{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265229/berita/sukan/kegagalan-arsenal-sukar-diterima---odegaard", "article_title": "Kegagalan Arsenal sukar diterima - Odegaard", "article_text": "PEMAIN sensasi, Martin Odegaard mengakui masih sukar untuk menerima kegagalan Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu.The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta mendominasi sebahagian besar saingan dan dilihat berpeluang cerah menamatkan kemarau kejuaraan dalam tempoh 19 tahun.Bagaimanapun, prestasi Arsenal hambar pada minggu terakhir apabila mereka hanya memenangi tiga daripada sembilan perlawanan terakhir.Situasi itu membuka ruang buat Manchester City memintas dan merangkul kejuaraan liga kali ketiga berturut-turut.Kegagalan tersebut dilihat menghantui Odegaard yang masih belum memahami apa yang berlaku, lapor Viaplay.\u201cSukar, ada banyak perkara yang menjadi puncanya,\u201d ujar kapten Arsenal itu mengulas kemerosotan The Gunners pada akhir musim.Odegaard menjelaskan saingan pada penghujung musim amat sengit terutama ketika Arsenal seri dalam tiga perlawanan dan rakan sepasukan hilang momentum.\u201cTerdapat banyak perkara yang menjejaskan permainan pasukan. Kami hampir memenanginya.\u201cSaya rasa ia akan mengganggu sepanjang hidup. Kami sangat hampir dengan kejuaraan. Saya hampir berjaya mencapai impian.\u201cIa pasti akan menghantui sepanjang hidup saya, tetapi kami perlu mencuba lagi tahun depan,\u201d katanya yang meledak 15 gol buat The Gunners.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265228/berita/sukan/kbs-belum-terima-laporan-peletakan-jawatan-zaki", "article_title": "KBS belum terima laporan peletakan jawatan Zaki", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) belum menerima sebarang laporan rasmi daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung peletakan jawatan bekas ketua jurulatih negara, Zaki Sadri, hujung bulan lepas.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai isu berkenaan memandangkan belum lagi menerima maklumat terperinci kemelut terbaharu melanda KOM itu.\"Hal itu mereka kena selesai dulu di peringkat persatuan (KOM) buat masa ini, saya belum dipanggil buat apa-apa lagi,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan program KBS x KL Car Free Morning di sini pada Ahad.Sebelum ini, media melaporkan bahawa Zaki yang juga bekas jaguh lompat kijang negara meletak jawatan susulan kesukaran mendapat kepercayaan daripada pegawai dalam badan induk itu untuk melakukan perubahan dalam skuad olahraga negara.Dalam pada itu, Hannah berkata, program KBS x KL Car Free Morning yang julung kali diadakan dengan jalinan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku penganjur utama acara itu akan berlangsung secara bulanan pada setiap Ahad minggu keempat dengan mengekalkan pengisian aktiviti utama seperti berbasikal, larian dan berjalan kaki.\"Edisi KBS juga akan mengetengahkan aktiviti utama ini dengan pelbagai tema pakaian yang dijangka menjadi tarikan utama pada edisi-edisi akan datang.\"Antara kelainan yang akan ditampilkan dalam edisi KBS nanti ialah kepelbagaian aktiviti sampingan seperti slot mari mencuba sukan-sukan baharu dan sukan teras, aktiviti kecergasan, sukan ekstrem, push bike, penampilan personaliti sukan termasuk atlet-atlet sukan para dan seumpamanya,\u201d katanya.Beliau juga berharap agar model kerjasama KBS dengan DBKL ini akan diperluas sehingga peringkat negeri-negeri lain melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri masing-masing. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265226/berita/sukan/messi-dedah-cabaran-besar-di-paris", "article_title": "Messi dedah cabaran besar di Paris", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi mendedahkan kesukarannya dan keluarga untuk menyesuaikan diri setelah berkelana ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021.Kapten Argentina itu mendakwa menjadi mangsa cemuhan dalam kalangan penyokong lebih-lebih lagi ketika penghujung musimnya bersama PSG.Situasi sama turut dialami rakan sepasukan, Kylian Mbappe dan Neymar.\u201cHidup saya di Paris bermula dengan proses menyesuaikan diri yang amat sukar. Lebih daripada yang saya jangkakan.\u201cSukar untuk sesuaikan diri dengan perubahan itu. Lewat tiba, tidak ada pra-musim, menyesuaikan diri dengan kelab baharu, corak permainan baharu, rakan sepasukan baharu dan kota itu.\u201cIa tidak mudah bagi saya dan keluarga,\u201d ujar Messi.Pemain berusia 36 tahun itu tidak memperbaharui kontraknya bulan ini selepas dua tahun dan pada 7 Jun lalu mengumumkan dia akan menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami.Biarpun menyumbat 32 jaringan dan melakukan 35 umpanan gol sepanjang dua musimnya bersama juara Perancis itu, dia tetap menjadi sasaran kritikan penyokong kerana gagal membantu PSG melepasi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.\u201cSambutan ketibaan saya sangat bagus. Sebahagian penyokong melayan saya dengan cara berbeza.\u201cHubungan tegang dengan sebahagian besar peminat Paris. Sayatidak berniat begitu, tetapi ia tetap berlaku. Ia juga berlaku kepada Mbappe dan Neymar. Mungkin itu cara mereka.\u201cSaya akan kenang semua yang menghormati saya. Saya hormat semua orang sejak tiba di Paris,\u201d kata Messi.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265221/berita/sukan/wang-besar-city-buat-hakimi", "article_title": "Wang besar City buat Hakimi", "article_text": "JUARA treble, Manchester City sedia berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat bek kanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi pada musim panas ini.Pemain Maghribi itu disifatkan sebagai pengganti terbaik untuk Kyle Walker dalam usaha Pep Guardiola membentuk skuad mantap bagi mempertahankan tiga kejuaraan dimenangi The Citizens musim lalu.Walker yang masih mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Etihad akan menyertai juara Jerman, Bayern Munich pada jendela perpindahan kali ini.Hakimi dilabel antara pertahanan terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lalu dan dia antara tonggak yang membantu Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar tahun lalu.Pemain berusia 24 tahun itu dilahirkan di Madrid menyertai akademi kelab gergasi Sepanyol itu sebelum membuat penampilan pertamanya pada tahun 2017.Hakimi kemudian dipinjamkan ke Borussia Dortmund selama dua tahun dan menghasilkan 12 jaringan serta 17 umpanan gol dalam 73 perlawanan.Inter Milan mendapatkan khidmatnya pada tahun 2020 sebelum berhijrah ke Paris dengan yuran perpindahan 60 juta pound (RM356.74 juta) pada musim berikutnya.Hakimi terus menyerlah bersama PSG dan bergandingan baik dengan pemain sensasi, Kylian Mbappe.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 11:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265201/berita/sukan/piala-fa-kl-city-resah-gelora-pantai-timur", "article_title": "Piala FA: KL City resah gelora Pantai Timur", "article_text": "KUALA LUMPUR City FC (KL City) menjangkakan tentangan sengit Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan beradu kekuatan dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Ahad.Pengendali KL City, Bojan Hodak mengakui skuad Penyu kendalian pengendali dari Croatia, Tomislav Steinbruckner telah menunjukkan kemajuan ketara dalam saingan Liga Super sejak kebelakangan ini.\u201cYa...kami pernah berdepan Terengganu pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini yang berakhir dengan keputusan seri.\u201cSaya akui Terengganu memiliki rekod yang cukup baik apabila beraksi di laman sendiri musim ini. Sokongan padu penyokong mereka juga merupakan cabaran tambahan kepada kami nanti.\u201cTerengganu pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk melangkah ke final kali kedua berturut-turut,\u201d katanya.Skuad The City Boys melalui detik yang agak cemerlang sejak dua tahun lalu apabila menjuarai Piala Malaysia pada 2021 sebelum muncul naib juara Piala AFC musim lalu.Mereka kini hanya tinggal selangkah untuk ke pentas final, sekali gus mengintai peluang muncul juara buat kali keempat selepas menjulang Piala FA pada musim 1993, 1994 dan 1999.Dalam pada itu, Hodak menyandarkan harapan kepada kapten, Paulo Josue bagi memimpin KL City selepas dia beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya baru-baru.\u201cSebelum ini terdapat segelintir pihak mempertikaikan pemberian status naturalisasi kepada Josue, namun dia berjaya membalas semula kepercayaan dengan persembahan cemerlang.\u201cJosue sudah bermain di Malaysia lebih enam tahun dan apabila dia berjaya menjaringkan empat gol ketika menyarung jersi Harimau Malaya, itu satu bonus kepadanya.\u201cApa yang saya harapkan, dia mengekalkan prestasi cemerlang itu bersama-sama KL City dalam menjadi key player apabila berdepan Terengganu nanti,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265202/berita/sukan/jaguh-berbasikal-lebuh-raya-negara-mohd-harrif-saleh-terpaksa-menggunakan-laman-sosial-facebook-untuk-meminta-bantuan-penajaan-basikal-trek-bagi-tujuan-latihan-dan-menyertai-sesuatu-kejohanan", "article_title": "Harrif cari basikal trek", "article_text": "JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh terpaksa menggunakan laman sosial Facebook untuk meminta bantuan penajaan basikal trek bagi tujuan latihan dan menyertai sesuatu kejohanan.Menurut Harrif atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat, dia tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan bantuan pihak luar selain daripada meluahkan isi hatinya itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.\u201cSebenarnya memang saya jarang nak bercerita tentang masalah diri saya di laman sosial. Takut nanti ada pihak lain pula yang salah erti dengan apa yang saya luahkan itu.\u201cTetapi baru-baru ini saya mengaku memang ada menulis perihal masalah berkenaan ketiadaan basikal trek. Saya sudah tidak tahu dengan siapa perlu saya bercerita, jadi saya luahkan sahaja di Facebook.\u201cMemang itulah ceritanya. Saya ada minta bantuan jika ada pihak yang sudi menaja basikal trek atau peralatan lain yang membolehkan saya berlatih dan menyertai pertandingan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Kelibat Harrif kembali mencuri tumpuan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai yang berakhir pada Isnin lalu.Sekalipun hanya membuat persiapan dua minggu, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba bertanding.Untuk rekod, kali terakhir pelumba kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu membuat penampilan di pentas ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan dia meraih gangsa acara scratch.\u201cSeperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada menyimpan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik. Saya lihat peluang layak ke Olimpik bagi acara trek ini lebih besar berbanding saingan dalam lebuh raya.\u201cJika ada basikal (trek) sendiri, bolehlah saya berlatih dan kalau ada rezeki, sudah tentu saya mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik. Saya percaya semua ini tidak mustahil.\u201cSaya akan terus pandang ke depan, saya tidak mahu buat kerja separuh jalan. Buktinya, tahun ini sahaja saya dah kembali bersaing di trek velodrom pada Kejohanan Kebangsaan dan ACC,\u201d jelasnya.Sepanjang kariernya setakat ini, antara rekod kejayaan Harrif adalah memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain menyambar lima pingat emas pada temasya Sukan SEA.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265190/berita/sukan/kelantan-fc-mungkin-berharap-kepada-pemain-muda---bernhardt", "article_title": "Kelantan FC mungkin berharap kepada pemain muda - Bernhardt", "article_text": "KELANTAN FC berkemungkinan besar menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ia susulan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas Kelantan FC atas kegagalan kelab itu melunaskan tunggakan gaji pemain dalam tempoh ditetapkan.\u201cSaya tidak tahu mengenai isu (Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain). Cuma saya dengar ejen sedang mencari pemain import dalam usaha membentuk semula pasukan ini.\u201cJika tidak dibenar mendapatkan pemain baharu, mereka terpaksa mengakhiri baki saingan dengan pemain skuad Bawah 23 tahun, itu sahaja pilihan yang ada,\u201d kata pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt pada Jumaat.Sebelum itu, Bernhardt mengakhiri tugasannya bersama Kelantan dengan langkah kiri apabila The Red Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Dalam pada itu, Bernhardt berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sokongan sepanjang beliau mengendalikan Kelantan FC.\u201cTerima kasih kepada setiap pemain dan penyokong Kelantan FC yang menakjubkan sejak saya mula mengendalikan pasukan ini.\u201cSaya benar-benar minta maaf dengan situasi yang melanda pasukan ketika ini. Mungkin semua melihat seseorang ketua jurulatih itu mampu mengubah situasi sesebuah pasukan.\u201cNamun, semua bergantung kepada keupayaan pemain kerana jurulatih hanya mampu menyumbang 10 hingga 15 peratus kejayaan pasukan,\u201d jelasnya.Bekas pengendali kelab Indonesia, Persita Tangerang, Alfredo Vera diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan FC menggantikan Bernhardt.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265189/berita/sukan/mvprc-juara-baharu-liga-ragbi-johor-2023", "article_title": "MVPRC juara baharu Liga Ragbi Johor 2023", "article_text": "MVPRC merangkul kejuaraan Liga Ragbi Johor 2023 selepas menewaskan Beringin Rendang RC, 15-10 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Johor, Johor Bahru pada Sabtu.Bagaimanapun dalam perlawanan itu, MVPRC kendalian Hasif Mecca diberikan tentangan hebat Beringin Rendang pimpinan Tajol Arif.Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 10-10.Namun MVPRC yang diperkuatkan khidmat pemain berpengalaman seperti Mohd Syahir Ashraf dan Farid Sujari ternyata dalam kelas tersendiri.MVPRC bangkit dengan permainan lebih bertenaga untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 15-10.Terdahulu, perlawanan tempat ketiga keempat menyaksikan BP Jockers menewaskan RMP Johor, 46-26.Mohd FaizSementara itu, MVPRC mencipta kejayaan berganda apabila Mohd Faiz Amir dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Ekmaluddin Ishak hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan.Sebagai rekod, kejuaraan telah berlangsung dari 20 Mei hingga 24 Jun melibatkan 10 pasukan kelab seluruh Johor.Dalam pada itu, Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Negeri Johor, Nor Fazreim Imran berkata, tujuan penganjuran Liga Ragbi Johor adalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu bagi kejohanan tempatan seperti Piala Agong dan Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah Kebangsaan.Selain itu jelasnya, Liga Ragbi Johor juga merupakan pentas untuk pasukan kelab sekitar Johor mendapatkan minit permainan kompetetif sebelum beraksi dalam kejohanan berintensiti tinggi lain.\u201cMatlamat utama penganjuran kejohanan ini juga bertujuan merakyatkan sukan ragbi dalam kalangan rakyat negeri Johor.\u201cDan ia berjaya dijelmakan apabila stadium yang mampu memuatkan 500 penonton dipenuhi peminat ragbi untuk menyaksikan perlawanan akhir,\u201d katanya.JohanMVPRCNaib JohanBeringin Rendang RCKetigaBP JokersKeempatRMP Johor", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265184/berita/sukan/young-tigers-mampu-beri-kejutan", "article_title": "Young Tigers mampu beri kejutan", "article_text": "KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dij Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember ini.Biarpun diundi bersama juara bertahan Argentina diikuti juara 1997 Australia dan Chile, presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, percaya status tuan rumah bakal memberi kelebihan buat Malaysia sekali gus mencatat keputusan membanggakan dalam kejohanan tersebut.\u201cUndian ini di luar bidang kuasa kita (KHM) ia di bawah Persekutuan Hoki Dunia (FIH), kita terpaksa terima hakikat dan tak boleh kata kumpulan ini mudah atau tidak... saya cukup yakin kita akan beri tentangan baik dan mungkin boleh buat kejutan.\u201cKita akan memberi persembahan terbaik. Selaku tuan rumah, ia adalah satu penghormatan untuk membanggakan negara kerana bagi saya setiap pemain dan jurulatih bertungkus lumus berlatih dan sebagainya,\u201d katanya pada majlis pelancaran logo rasmi kejohanan tersebut, pada Sabtu.Majlis pelancaran logo itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Bagi menyemarakkan penganjuran kejohanan tersebut, Subahan berkata KHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjemput murid sekolah menonton secara langsung di stadium.Dalam pada itu, Hannah berharap agar KHM mampu menyusun aktiviti sampingan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia hadir ke venue sekali gus memeriahkan lagi penganjuran kejohanan itu.Beliau juga yakin penganjuran kejohanan itu mampu melonjak ekonomi negara selain dijadikan platform sebagai pentadbir sukan negara untuk mengutip pengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di Bhubaneswar, India.Sementara itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013 Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi dengan Sepanyol, Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016 Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.Hoki Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 2023KUMPULANKUMPULAN A: Argentina Australia Chile MalaysiaKUMPULAN B: Mesir Perancis Jerman Afrika SelatanKUMPULAN C: Kanada India Korea Selatan SepanyolKUMPULAN D: Belgium Belanda New Zealand PakistanJuara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala pasukan lain berentap memburu kedudukan kesembilan hingga ke-6).Venue: Stadium Hoki Nasional, Bukit JalilJADUAL5 Disember (Selasa):(B) Perancis lwn Mesir - 9 pagi(B) Jerman lwn Afrika Selatan - 11 pagi(C) Sepanyol lwn Kanada - 2 petang(A) Argentina lwn Australia - 4 petang(C) India lwn Korea Selatan - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Chile - 8 malam6 Disember (Rabu)(D) Belanda lwn Pakistan - 9 pagi(D) Belgium lwn New Zealand - 11 pagi(B) Afrika Selatan lwn Mesir - 2 petang(B) Perancis lwn Jerman - 4 petang(A) Australia lwn Chile - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Argentina - 8 mam7 Disember (Khamis)(C) Korea Selatan lwn Kanada - 9 pagi(D) Pakistan lwn New Zealand - 11 pagi(D) Belgium lwn Belanda - 6 petang(C) Sepanyol lwn India - 8 malam8 Disember (Jumaat)(B) Afrika Selatan lwn Perancis - 9 pagi(B) Jerman lwn Mesir - 11 pagi(A) Argentina lwn Chile - 6 petang(A) Australia lwn MALAYSIA - 8 malam9 Disember (Sabtu)(C) Kore Selatan lwn Sepanyol - 9 pagi(D) Belanda lwn New Zealand - 11 pagi(C) India lwn Kanada - 6 petang(D) Pakistan lwn Belgium - 8 malam11 Disember (Isnin)Perlawanan Penentuan (9-16)12 Disember (Selasa)Suku Akhir13 Disember (Rabu)Perlawanan Penentuan (9-12); (13-16)14 Disember (Khamis)Perlawanan Penentuan (5-8)Separuh Akhir15 Disember (Jumaat)Perlawanan Penentuan (15/16); (13/14); 11/12); 9/10)16 Disember (Sabtu)Perlawanan Penentuan (7/8); (5/6); (3/4)FINAL", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265183/berita/sukan/malaysian-tigers-tenang-uji-sistem-permainan-baharu", "article_title": "Malaysian Tigers tenang uji sistem permainan baharu", "article_text": "PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj tetap memuji persembahan para pemain Malaysian Tigers walaupun tewas tipis 2-3 kepada Korea Selatan dalam siri jelajah persahabatan di Pusat Latihan Nasional Jingcheon, Incheon.Malah Arul turut memuji dua pertahanan muda Muhammad Syafiq Hassan dan Muhajir Abdu Rauf dalam perlawanan kedua tersebut.\"Sejujurnya secara keseluruhan dalam perlawanan ini, para pemain telah mempamerkan prestasi individu yang baik.\"Biarpun kami guna struktur baharu, namun nampak para pemain matang dan selesa menterjemahkan taktikal pasukan.\"Kami akan berehat dan buat persediaan malam esok untuk perlawanan seterusnya pada 25 Jun ini,\" katanya.Siri jelajah persahabatan yang menyingkap tirai Rabu sehingga 28 Jun menjadi medan persediaan Malaysian Tigers menjelang kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.Terdahulu dalam perlawanan itu, penyerang sensasi negara, Faizal Saari meletakkan pasukan negara di depan menerusi jaringan padang seawal minit kelima.Malaysian Tigers kemudian melebarkan jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.Namun Korea Selatan yang mengikat Malaysia 2-2 sebelum ini bangkit dengan tiga gol bermula gol padang minit ke-45, diikuti dua gol padang (m-46, m-54) untuk keputusan 3-2 memihak tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265170/berita/sukan/hoki-piala-dunia-remaja-lelaki-laluan-getir-menanti-young-tigers", "article_title": "Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki: Laluan getir menanti Young Tigers", "article_text": "MALAYSIA dijangka berdepan laluan sukar bagi melepasi saingan peringkat kumpulan seterusnya layak ke suku akhir apabila diundi bersama juara bertahan Argentina dan bekas juara, Australia pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Disember ini.Menurut undian Persekutuan Hoki Antarabanga (FIH) pada Sabtu, kejohanan bermula 5 hingga 16 Disember ini akan menyaksikan Kumpulan A terdiri daripada tuan rumah Malaysia, Argentina, Australia serta Chile.Pencapaian terbaik skuad Young Tigers dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di New Delhi, India.Skuad negara, bimbingan Muhamad Amin Rahim, akan membuka kempen menentang Chile pada 5 Disember disusuli perlawanan menentang Argentina sehari kemudian dan Australia dalam aksi terakhir kumpulan pada 8 Disember.Muhammad Ami, yang ditemui pemberita selepas majlis undian tersebut berkata, mereka setidak-tidaknya perlu mengetepikan cabaran Argentina atau Australia bagi menyahut cabaran diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk mara ke separuh akhir kejohanan tersebut.\"Jika kita berpeluang \u2018kick\u2019 salah satu pasukan, kita ada peluang dapat naib juara kumpulan. Kita mungkin ada peluang apabila menentang Australia memandangkan Argentina sebagai juara bertahan pasti akan turun dengan skuad terkuat mereka.\"Argentina sangat tidak menentu, cara mereka bermain sangat berbeza daripada pasukan Eropah dan Asia khususnya dari segi taktikal,\u201d katanya sambil menasihatkan anak buahnya agar tidak memandang remeh cabaran Chile.Mengenai persediaan menjelang kejohanan itu, beliau berharap agar skuadnya dapat menumpukan aspek mempertingkatkan tahap fizikal pada bulan ini dan Julai selain bakal mengadakan siri jelajah Eropah di Jerman, Belanda dan Belgium, Ogos ini.Katanya, setakat ini hanya Jerman yang sudah menjawab permohonan mereka mengadakan perlawanan persahabatan dan masih menanti jawapan dari Belanda serta Belgium manakala mereka juga bakal beraksi pada Piala Sultan Johor, Oktober ini.Dalam pada itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013, Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi bersama-sama Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016, Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara kumpulan setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16. - BernamaPIALA DUNIA REMAJA LELAKI 2023Kumpulan A: MALAYSIA, Australia, Argentina, ChileKumpulan B: Perancis,Afrika Selatan, Mesir, JermanKumpulan C: India, Korea Selatan, Kanada, SepanyolKumpulan D: Belanda, Belgium, Pakistan, New Zealand", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265166/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-mara-final-terbuka-taiwan", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun mara final Terbuka Taiwan", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum positif Terbuka Taiwan apabila menempah slot perlawanan akhir pada Sabtu.Wei Chong-Kai Wun, berstatus juara bertahan mengesahkan kemaraan ke final kejuaraan berstatus Super 300 itu selepas menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Arena Tian-Mu.Bagaimanapun dalam aksi separuh akhir, Wei Chong-Kai Wun berstatus pilihan kelima dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Yew Sin- Ee Yi dalam masa 60 minit.Set pertama, Wei Chong-Kai Wun diasak hebat sebelum tewas 17-21, namun kembali memenangi set kedua 21-19 kemudian mematikan langkah lawan yang juga pilihan pertama kejohanan 21-9.Menanti Wei Chong-Kai Wun dalam perlawanan akhir adalah pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.Ching Yao-Po Han mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Lin Chia Yu-Lin Yong Sheng, straight set 21-16, 21-16 dalam masa 45 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:18pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265137/berita/sukan/fandi-akui-sri-pahang-terpaksa-kerja-keras", "article_title": "Fandi akui Sri Pahang terpaksa kerja keras", "article_text": "KEJAYAAN Sri Pahang FC membelasah kelab tercorot, Kelantan FC, 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat disifatkan sebagai kemenangan yang belum sempurna.Sebaliknya pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad dipaksa bekerja lebih keras pada separuh masa kedua bagi menjinakkan skuad kendalian Frank Bernhardt yang tampil tanpa tenaga import selain diperkuatkan enam pemain muda dalam kesebelasan utama.Tegasnya, dia kurang berpuas hati dengan persembahan pemain di Kota Bharu walaupun skuad Tok Gajah menguasai rentak permainan.\"Sejujurnya, kami perlu bekerja keras terutamanya separuh masa kedua sebelum dapat menewaskan pasukan Kelantan yang tampil tanpa kelibat para pemain import.\"Malah dalam separuh masa pertama kami kurang bernasib baik biarpun mendahului satu gol apabila pasukan Kelantan lebih banyak membuat serangan balas,\" kata sejurus tamat perlawanan.Dalam pada itu, pengendali kelahiran Singapura itu turut mengakui situasi tersebut menyebabkan pasukan terpaksa melakukan tiga penukaran pemain bagi memperkemaskan semula rentak permainan pasukan.\"Saya lihat pemain Kelantan dalam perlawanan ini memiliki keyakinan begitu tinggi cuma mereka gagal menjaringkan gol.\"Saya percaya sekiranya pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol, tempo perlawanan berkemungkinan akan berubah menjadi lebih berintensiti tinggi,\" jelasnya.Dalam perlawanan itu, gol Sri Pahang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ketujuh, diikuti masing-masing dua gol daripada Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk membawa pulang tiga mata.Sementara itu, kekalahan ke-12 buat Kelantan FC dalam saingan liga itu disaksikan 3,528 penyokong sendiri di venue keramat The Red Warriors (TRW) selepas mengharungi 14 perlawanan yang menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga dengan melakarkan satu kemenangan, satu seri dan 12 tewas.Sri Pahang pula naik satu anak tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata selepas melakarkan sembilan kemenangan, empat seri, dua tewas dalam 15 perlawanan.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265101/berita/sukan/bayern-sambar-khidmat-guerreiro-secara-percuma-dari-dortmund", "article_title": "Bayern sambar khidmat Guerreiro secara percuma dari Dortmund", "article_text": "BAYERN Munich menandatangani bek kiri Portugal, Raphael Guerreiro secara percuma daripada pesaing Borussia Dortmund, kata juara Bundesliga itu.Guerreiro yang kontraknya dengan Dortmund berakhir pada 30 Jun telah menandatangani perjanjian setahun bersama Bayern.Pemain berusia 29 tahun itu akan bersatu semula dengan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang membawanya ke Dortmund dari kelab Perancis Lorient pada 2016.\u201cApabila panggilan datang daripada Bayern, saya membuat keputusan dengan pantas tanpa perlu berfikir panjang.\u201cIa satu penghormatan untuk saya dapat bermain untuk kelab hebat ini, dan saya juga menghargai Thomas Tuchel sejak kami bersama di Dortmund,\u201d kata Guerreiro.Sebagai rekod, Guerreiro menghabiskan tujuh tahun di Dortmund dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan untuk kelab itu,Dia juga telah menjaringkan 40 gol dan mempunyai 64 caps bersama Portgual selain memenangi Euro 2016.Menariknya, biarpun beraksi selaku pemain pertahanan, namun Guerreiro juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan di bahagian tengah.Dia mencatatkan empat gol dan 12 bantuan gol dalam Bundesliga musim lalu, ketika Bayern mengekalkan penguasaan di Bavaria menewaskan Dortmund dengan perbezaan gol bagi merangkul kejuaraan liga ke-11 berturut-turut.Sebagai rekod, pemain pertahanan Mats Hummels adalah pemain terakhir yang berpindah dari Dortmund ke Bayern pada 2016, apabila kembali ke kelab lembah Ruhr tiga tahun kemudian.Guerreiro adalah pembelian kedua Bayern di luar musim, selepas pemain tengah Konrad Laimer menyertai RB Leipzig, juga secara percuma", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:56pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265065/berita/sukan/kelibat-benitez-kembali-di-sepanyol", "article_title": "Kelibat Benitez kembali di Sepanyol", "article_text": "RAFA Benitez telah mencapai persetujuan dengan kelab LaLiga, Real Club Celta de Vigo (Celta Vigo) untuk mengurus Os Celestes dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Sepanyol itu.Pengendali berusia 63 tahun itu, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, Piala UEFA bersama Valencia (2004) dan Liga Europa bersama Chelsea (2013), kembali melatih lebih setahun selepas dipecat kelab Liga Perdana Inggeri, Everton pada Januari 2022.Dia akan mengendalikan Celta pada ulang tahun ke-100 kelab itu, menggantikan Carlos Carvalhal, yang telah dipecat awal bulan ini selepas mengharungi musim sukar yang menyaksikan Os Celestes bergelut sehingga perlawanan terakhir untuk mengelak penyingkiran.Sebagai rekod, pengalaman terakhir Benitez di Sepanyol adalah pada musim 2015-16 bersama Real Madrid, apabila dia menggantikan Carlo Ancelotti.Namun kemudiannya dipecat enam bulan selepas beberapa siri keputusan buruk, digantikan oleh Zinedine Zidane pada Januari 2016.\u201cRafa Benitez adalah antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab bola sepak Sepanyol dan pernah melatih pasukan bertaraf dunia dalam liga utama Eropah.\"Dalam musim centenary Celta, acara yang tidak dapat dilupakan untuk peminat Celta, kami akan mempunyai seorang pemimpin yang hebat dari bangku simpanan,\" kata Celta.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265062/berita/sukan/giliran-busquets-sertai-inter-miami", "article_title": "Giliran Busquets sertai Inter Miami", "article_text": "BEKAS pemain tengah Barcelona dari Sepanyol, Sergio Busquets menyertai Inter Miami sebagai ejen bebas, menurut kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) tersebut.Pemain berusia 34 tahun itu akan disatukan semula dengan rakannya dan bekas rakan sepasukan Barca, Lionel Messi selepas tidak memperbaharui kontraknya selepas 18 tahun di Nou Camp.Miami membuat pengumuman rasmi dengan menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan petikan daripada Pep Guardiola, Xavi Hernandez, Luka Modric dan Messi yang memuji Busquets.Bekas kapten Barcelona itu, yang bersara daripada tugas antarabangsa tahun lalu, bermain lebih 700 perlawanan untuk juara Sepanyol tersebut.Busquets sebelum ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi ketika Al Hilal dan Al Nassar membuat bidaan untuk mendapatkan khidmatnya.Sementara itu, Miami dilaporkan sedang berusaha menandatangani bekas pemain ketiga Barca apabila menunjukkan berminat dengan bek kiri Jordi Alba, yang juga meninggalkan kelab Sepanyol itu selepas akhir musim.Dalam pada itu, Busquets berkata: \"Ia adalah perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Sejak kecil sentiasa datang menyaksikan perlawanan, atau menontonnya di televisyen, saya selalu bermimpi bermain menyarung jersi Barcelona di Nou Camp.\"Di Barcelona, realitinya telah melebihi semua impian saya. Tentu sahaja pengalaman cukup indah bagi seorang remaja yang tidak pernah terfikir telah bermain 15 musim untuk kelab terbaik dunia.\"Barcelona, sekarang dan sentiasa menjadi kelab dalam hidup saya sebagai penyokong, pemain dan kapten.\"INFOStatistikPenampilan: 719Gol: 18Bantuan Gol: 45PencapaianLaLiga (8): 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16, 2017-18, 2018-19Piala Raja Sepanyol (7): 2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16, 2016-17, 2017-18, 2020-21Liga Juara-Juara (3): 2008-09, 2010-11, 2014-15Piala Super Eropah (3): 2009, 2011, 2015Piala Dunia Kelab (3): 2009, 2011, 2015Piala Super Sepanyol (7): 2009, 2010, 2011, 2013, 2016, 2018, 2022-23", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:38am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265053/berita/sukan/josue-aset-harimau-malaya", "article_title": "Josue aset Harimau Malaya", "article_text": "PENAMPILAN pemain naturalisasi, Paulo Josue bersama skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu baru-baru ini cukup berbaloi apabila dia merekodkan empat gol.Kehadiran pemain kelahiran Brazil itu ternyata menambah taring buat jentera serangan Harimau Malaya selepas dia turut membuat penampilan dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Mac lalu.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kapten Kuala Lumpur City (KL City) FC itu mempunyai aura tersendiri dan memiliki daya kepimpinan sebagai \u2018jeneral padang\u2019.Menurutnya, keupayaan teknikalnya mampu mengucar-ngacirkan kubu lawan, malah sebagai nilai tambah, Josue mampu menghasilkan jaringan buat pasukan negara.\u201cSaya melihat penampilan Josue bersama skuad negara berbaloi. Dia mempunyai kemahiran teknikal, pandai baca permainan dan killer pass dia juga banyak membantu pasukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Josue mempamerkan karakternya sebagai pemain tengah menyerang apabila meledak empat gol, satu jaringan ketika kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon sebelum dia melakar hatrik atas kejayaan membenam Papua New Guinea 10-0 pada Selasa lalu.Mengulas lanjut, Mohd Azraai berkata, Josue juga cepat belajar dan dilihat serasi dengan corak permainan diterapkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon serta mampu membentuk gandingan mantap dengan rakan-rakan sepasukan.\u201cJosue memiliki kelebihan daripada sepakan percuma. Cuba lihat free kick dia ketika membantu KL City menewaskan Sri Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super, awal Jun lalu.\u201cSepakan curve Josue menerjah ke penjuru gawang yang sukar diselamatkan oleh penjaga gol. Pemain seperti ini yang perlu ada dalam pasukan kebangsaan,\u201d jelasnya.Selain Josue, pemain tengah Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Endrick dos Santos antara \u2018muka baharu\u2019 naturalisasi yang telah mendapat kepercayaan Pan-gon dalam empat perlawanan persahabatan tahun ini.Selain Josue dan Endrick, Harimau Malaya pernah menggunakan khidmat dua lagi pemain naturalisasi, Sergio Aguero dan Lee Tuck pada kempen Piala AFF 2022.Sebelum itu, Harimau Malaya menyandarkan kudrat tiga pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula dalam beberapa tugasan antarabangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265050/berita/sukan/kelantan-fc-tersungkur-lagi-tewas-0-5-dengan-sri-pahang", "article_title": "Kelantan FC tersungkur lagi, tewas 0-5 dengan Sri Pahang", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PENGENDALI baharu Kelantan FC, Alfredo Vera perlu melakukan lebih banyak kerja rumah selepas The Reds Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat.Itu cabaran dilihat perlu diharungi Vera berusia 50 tahun dari Argentina, ketua jurulatih ketiga TRW musim ini yang mengantikan Frank Bernhardt (Jerman) selepas menggalas tanggungjawab daripada Choi Moon-sik (Korea Selatan) sebelum ini.Skuad yang bakal menjadi taruhan kepada bekas pengendali kelab Liga 1 Indonesia, Persita Tangerang sebelum itu bermula garang lima minit pertama ketika TRW bimbingan Bernhardt tersebut berdepan angkatan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad dalam perlawanan di Kota Bharu tersebut.Bagaimanapun Sri Pahang yang tampil lebih berpengalaman tenang mengawal permainan terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Sergio Aguero pada minit ketujuh sekali gus menyentap kira-kira 3,528 penonton bagi membolehkan skuad Tok Gajah memimpin separuh masa pertama 1-0.Separuh masa kedua, Kelantan yang tampil tanpa beberapa tonggak utama menggunakan beberapa pemain muda berusaha kembali dalam permainan apabila menguji penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi Roslan.Bagaimanapun Sri Pahang yang bermotivasi tinggi dengan kemenangan 4-3 ke atas Negeri Sembilan FC di Kuantan pada 9 Jun lalu tampil lebih kemas pada babak kedua.Hasilnya, empat gol Tok Gajah dijelmakan oleh Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk tiga mata dari bumi Cik Siti Wan Kembang tersebut.Kekalahan ke-12 liga selepas mengharungi 14 perlawanan menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga - satu menang, satu seri, 12 tewas.Sementara itu, Sri Pahang naik satu tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata - sembilan menang, empat seri, dua tewas - selepas 15 kali beraksi.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:59pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265047/berita/sukan/pdrm-fc-peroleh-tiga-mata-di-ipoh", "article_title": "PDRM FC peroleh tiga mata di Ipoh", "article_text": "PDRM FC mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super apabila berjaya menumpaskan Perak FC di Stadium Perak di Ipoh pada Jumaat.Minit awal perlawanan menyaksikan Perak FC menguasai permainan dengan beberapa percubaan.Bagaimanapun memasuki minit ke-17, PDRM FC memperoleh peluang terbaik menerusi tandukan Marcus Macauly namun melepasi palang gol.Kad kuning pertama dilayangkan Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi ke atas pemain Perak FC, Muhamad Alif Zikri kerana mengasari pemain lawan.Perak FC hampir mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma oleh Che Mohamad Suhairi pada minit ke-42 namun berjaya ditumbuk keluar penjaga gol PDRM FC, Muhammad Aqil Abdul Razak.Keputusan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan.Bersambung babak kedua, PDRM FC mengasak ke kubu tuan rumah dengan beberapa percubaan.Hasilnya pada minit ke-50, pemain import PDRM FC, Uche Agba berjaya mendahului jaringan menewaskan penjaga gol Perak FC, T Shaheeswaran.Berselang enam minit kemudian, Perak FC dihukum lagi dengan jaringan kedua pasukan pelawat menerusi Nabil Latpi.Pada minit ke-64, PDRM FC hampir menambah lagi jaringan namun tandukan Alif Najmi hasil umpanan melalui sepakan percuma Marcus Macauly mengatasi palang gol.Sementara itu, Perak dihadiahkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi jaringan sendiri apabila James Okwuosa tertampan ke gawang PDRM FC.Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265038/berita/sukan/400-anggota-polis-kawal-aksi-separuh-akhir-piala-fa", "article_title": "400 anggota polis kawal aksi separuh akhir Piala FA", "article_text": "SEBANYAK 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bagi tujuan kawalan keselamatan pada aksi separuh akhir Piala FA 2023, Ahad ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata, sebagai langkah keselamatan, petugas juga akan melakukan pemeriksaan badan dan beg di pintu masuk dan selepas memasuki stadium bagi menyaksikan pertemuan antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC.\"Penonton diingatkan agar sama sekali tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, minuman keras, tin minuman, laser, mancis, pemetik api dan power bank.\"Turut tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang objek tajam sama ada besi atau kayu, senjata tajam seperti pisau, gunting, parang serta payung atau tongkat, dron dan sebarang alat pembesar suara atau alat peniup yang mengeluarkan bunyi bising,\" katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Abdul Rahim berkata, polis juga memberi amaran keras kepada penyokong kedua-dua pasukan agar tidak menimbulkan kekecohan pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam.\"Penyokong tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan, perarakan atau membuat provokasi, pergaduhan, merusuh atau nyanyian dalam bentuk sindiran atau hinaan, serta membakar atau menyalakan suar dan sebagainya.\"Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang sedia ada oleh para penyokong. Oleh itu, polis menyeru kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi sepenuhnya garis panduan kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia),\" katanya.Beliau berkata, polis trafik juga akan ditempatkan di sekitar stadium bagi mengawal aliran lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama stadium. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265036/berita/sukan/terbuka-taiwan-tiga-beregu-malaysia-layak-ke-separuh-akhir", "article_title": "Terbuka Taiwan: Tiga beregu Malaysia layak ke separuh akhir", "article_text": "TIGA pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023 pada Jumaat.Apa yang lebih menarik, Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan.Pada perlawanan suku akhir hari ini, selaku pasangan pilihan pertama kejohanan Yew Sin-Ee Yi, berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah Lee Fang-Chih- Lee Fang-Jen, 15-21, 21-19, 21-17.Pasangan Wei Chong-Kai Wun, yang juga naib juara Masters Malaysia 2023 pula mengambil masa 32 minit untuk mengejutkan satu lagi pasangan tuan rumah, yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 21-19, 21-19.Sementara itu pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan tuan rumah Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14.Pasangan pilihan keempat kejohanan itu, akan berhadapan satu lagi pasangan tuan rumah Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang mengalahkan satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-18, 21-14. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264984/berita/sukan/medan-ujian-buat-misbun-di-indonesia---norza", "article_title": "Medan ujian buat Misbun di Indonesia - Norza", "article_text": "KEJOHANAN Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia bulan depan akan menjadi medan ujian buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek untuk memastikan anak buahnya menunjukkan prestasi sebenar di pentas antarabangsa.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia selepas prestasi hambar skuad muda negara di Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas yang menyaksikan tiada kelibat wakil negara di pentas akhir.\"Misbun sudah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) beliau untuk menempa kejayaan dan sekurang-kurangnya di peringkat Asia kalau bukan di peringkat dunia.\"Saya berharap Misbun sebagai jurulatih tahu apa dilakukan beliau dan kita (BAM) sentiasa beri sokongan kepada beliau melatih pasukan remaja kita menempa kejayaan di peringkat Asia,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia - Kementerian Pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.Ditanya sama ada sasaran BAM kepada skuad remaja yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan dari 7 hingga 16 Julai itu adalah untuk mara ke final, Mohammad Norza secara ringkas berkata: \"Insya-ALLAH\".Seramai 16 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Indonesia iaitu bagi acara perseorangan lelaki Eogene Ewe, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq dan Lok Hong Quan manakala Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi serta Ung Yi Xing bagi perseorangan wanita.Beregu lelaki pula diwakili Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, Aaron Tai Wei Qin, Kang Khai Xing, Hong Quan, sementara Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San dan Chan Wen Tse bagi beregu wanita.Misbun sebelum ini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja BAM kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja pada Februari lepas, selepas Akademi Badminton Malaysia (ABM) melakukan penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264971/berita/sukan/azizulhasni-jumpa-penyelaras-program-rtg-minggu-depan", "article_title": "Azizulhasni jumpa penyelaras program RTG minggu depan", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan mengadakan pertemuan bersama Penyelaras Program Jawatankuasa Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam minggu hadapan, bagi membincangkan keperluan dan kebajikan yang diperlukannya sebelum ini.Pelumba berusia 35 tahun itu berkata, hasil pertemuan itu penting, bagi membolehkannya untuk terus menampilkan aksi terbaik, ketika menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa.\"Memang sepatutnya saya berjumpa dengan pihak (RTG) beberapa hari lalu, namun jadual saya agak padat, jadi hanya tahu mengenai permintaan diluluskan melalui surat khabar dan portal berita, dan hanya akan berjumpa dengan Stuart pada awal minggu hadapan.\"Jadi buat masa ini tidak tahu secara terperinci (mengenai maklumat permintaan yang diluluskan),\u201d katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia-Kementerian Pendidikan Malaysia, di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini pada Jumaat.Pada Isnin lepas (19 Jun), Jawatankuasa RTG bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman itu, untuk memastikan atlet tersebut mendapat segala apa yang diperlukan bagi berada di prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024.Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN), yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik itu.Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN, dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai pada awal tahun ini, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.Dalam perkembangan lain, juara keirin ACC 2023 itu menzahirkan kesyukuran atas segala penat lelah yang disifatkan berbaloi, apabila ranking terkini beliau dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin dan pecut, meningkat.\"Saya tidak bimbang mengenai ranking, sebab saya memang tidak menyetai perlumbaan musim lepas, namun sebaik bermula dan kini menjadi nombor tiga dunia sudah semestinya menaikkan semangat diri ini. Ranking ini menunjukkan pasukan berbasikal dalam landasan tepat, untuk pergi ke Sukan Olimpik,\u201d katanya.Kedudukan pemenang pingat perak keirin Olimpik Tokyo 2020 itu meningkat daripada tangga ke-10 ke kedudukan ketiga di belakang pelumba Australia Matthew Richardson, yang berada di posisi kedua keirin dunia, manakala juara dunia dari Belanda Harrie Lavreysen, berada di tempat pertama.Bagi acara pecut pula, menyaksikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam, di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev di tangga kelima dan pelumba Jepun Kaiya Ota, di kedudukan keempat.April tahun lepas Azizulhasni telah menjalani pembedahan, susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264948/berita/sukan/pearly-kian-pulih-dijangka-kembali-berlatih-minggu-depan", "article_title": "Pearly kian pulih, dijangka kembali berlatih minggu depan", "article_text": "PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan yang cedera di siku ketika menyertai Terbuka Singapura awal bulan ini dijangka kembali menjalani latihan minggu depan.Jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How berkata kecederaan dialami atlet berusia 23 tahun itu semakin pulih dan mampu untuk menyambung latihan bersama gandingannya M Thinaah menjelang Terbuka Korea 2023 Julai depan.\u201cSaya ada hubungi dia baru-baru ini dan kedengaran okay, selepas cedera hari itu. Doktor kata dalam sebulan dia akan sembuh.\u201cTapi untuk pulih sepenuhnya belum lagi, mungkin 70-80 peratus, ada gerakan-gerakan tertentu dia tak boleh buat,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Kuala Lumpur pada Jumaat.Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada pusingan pembukaan Terbuka Singapura semasa menentang pasangan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17.Kecederaan tersebut turut menyebabkan juara Terbuka Perancis 2022 itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023, pada 13 Jun lepas.Dalam pada itu, Thien How berkata, beliau akan mengatur latihan yang bersesuaian dengan kondisi Pearly untuk menjalani latihan terbaiknya pada Isnin ini.\u201cUntuk keadaan Pearly yang belum pulih sepenuhnya, saya akan aturkan latihan apa yang boleh,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264922/berita/sukan/ejen-nafi-klopp-latih-jerman", "article_title": "Ejen nafi Klopp latih Jerman", "article_text": "EJEN jurulatih berpengalaman, Jurgen Klopp menafikan khabar angin bahawa pengurus Liverpool itu akan meninggalkan Anfield untuk melatih pasukan kebangsaan Jerman.Spekulasi itu susulan prestasi hambar Die Mannschaft yang dibimbing Hansi Flick apabila hanya memenangi empat daripada 16 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan sejak 15 bulan lalu.Akhbar berita Jerman, Bild melaporkan bahawa pelantikan Klopp akan menjadi 'penyelesaian premium' buat Jerman sekiranya mereka memutuskan untuk berpisah dengan Flick.Bagaimanapun, ejen Klopp, Mark Kosicke menegaskan bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu memiliki 'kontrak jangka panjang' bersama The Reds yang akan tamat pada Jun 2026 dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Anfield.\u201cJurgen mempunyai kontrak jangka panjang dengan LFC dan DFB mempunyai jurulatih kebangsaan, jadi ia bukan satu isu bagi kami,\u201d katanya.Jerman yang merupakan pemenang Piala Dunia empat kali tersingkir secara mengejut pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.Prestasi hambar Jerman berterusan setelah sekadar menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Liga Negara-Negara selepas memenangi hanya satu daripada enam perlawanan.Langkah Jerman terus lemah apabila gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan semasa rehat antarabangsa bulan ini.Terikat 3-3 dengan Ukraine diikuti kekalahan berturut-turut tanpa menjaringkan gol menentang Poland dan Colombia.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264919/berita/sukan/united-enggan-mengalah-pikat-kane", "article_title": "United enggan mengalah 'pikat' Kane", "article_text": "KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United enggan mengibar bendera putih dalam usaha untuk 'melamar' pemain sensasi, Harry Kane.Penyerang itu dilaporkan mahu kekal bersama Tottenham Hotspur untuk bekerjasama dengan pengendali baharu, Ange Postecoglou.Bagaimanapun Spurs yang tidak akan beraksi di peringkat Eropah musim depan, pengkritik dan peminat menyuarakan bahawa Kane perlu keluar dari kelab itu dan mencari cabaran baharu.United yang dibimbing Erik ten Hag gigih berusaha mendapatkan khidmat Kane dan dikatakan memujuk pemain berusia 30 tahun itu untuk memohon perpindahan daripada kelabnya.Permohonan tersebut dilihat menjadi 'talian hayat' buat United untuk mendapatkan Kane pada jendela perpindahan akan datang.Red Devils perlu meletakkan tanda harga tinggi untuk meyakinkan Spurs bagi menjual Kane kerana kontranya akan berakhir pada Jun 2024.United bagaimanapun perlu berjimat dalam berbelanja kerana Red Devils hanya mampu menawarkan maksimum 80 juta pound (RM474.3 juta) untuk mendapatkan Kane.Namun dilaporkan Spurs tidak mungkin melepaskan Kane pada harga tersebut.Perpindahan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Kane sendiri yang meluahkan hasrat untuk keluar dari kelab dan Spurs akan menurunkan harga seperti yang diminta oleh United.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264912/berita/sukan/messi-pesan-mbappe-berkelana-ke-kelab-terbaik", "article_title": "Messi pesan Mbappe berkelana ke kelab terbaik", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi berharap bekas rakan sepasukan di Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe untuk menyertai kelab yang mempunyai 'projek besar yang boleh membuahkan kejayaan'.Kapten Argentina menitipkan pesanan itu sebelum menyertai Inter Miami dan Messi mahu Mbappe memilih Barcelona berbanding Real Madrid.\"Saya lebih suka anda pergi ke Barca. Tetapi jika anda ke Madrid, lakukannya. Anda berhak bersama projek yang menghasilkan kemenangan,\" kata Messi.Mbappe cemerlang bersama PSG apabila merangkul lima gelaran Ligue 1 dan tiga Piala Perancis.Bagaimanapun, prestasi juara Perancis itu di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara mengecewakan generasi baharu PSG yang diketuai Mbappe.Mbappe yang merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 sebanyak lima kali itu mengejutkan PSG apabila dia mengumumkan untuk tidak memperbaharui kontraknya selepas musim depan.Khabar itu mencetuskan khabar angin penghijrahannya ke Real Madrid - 12 bulan selepas cadangan perpindahannya ke Sepanyol dipintas pada saat akhir oleh PSG menerusi tawaran lumayan yang sukar ditolak Mbappe.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264893/berita/sukan/pemilik-chelsea-lebar-sayap-ke-perancis", "article_title": "Pemilik Chelsea lebar sayap ke Perancis", "article_text": "PEMILIK Chelsea dari Amerika Syarikat (AS) melebarkan sayapnya ke Perancis apabila memeterai perjanjian pembelian kelab Ligue 1, Strasbourg.Pembelian menerusi konsortium BlueCo itu menjadi episod baharu dalam sejarah Strasbourg sebagai strategi dinamik bagi memantapkan pertumbuhan kelab.\"Konsortium komited untuk mempercepatkan pelaburan mampan dalam pertumbuhan kelab.\"Pembelian ini termasuk pasukan utama dan akademi dalam kesinambungan projek yang dilaksanakan oleh Marc Keller yang akan kekal sebagai pengerusi kelab.\"Keller akan disokong oleh pasukan pengurusannya sekarang,\" ujar konsortium Blue Co dalam satu kenyataan.Konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan Amerika, Todd Boehly dan Clearlake Capital yang berpangkalan di AS mengharungi tahun pertama yang mengecewakan di Stamford Bridge.Mereka memecat pengurus Thomas Tuchel dan Graham Potter sebelum menamatkan kempen yang menyedihkan di bawah bos sementara Frank Lampard.Kedudukan Chelsea di tempat ke-12 adalah yang terburuk sejak 1994 walaupun membelanjakan lebih daripada 500 juta pound (RM2.9 bilion) untuk pemain baharu ketika dua jendela perpindahan pertama di bawah pemilik baharu.Konsortium itu telah mengambil Mauricio Pochettino sebagai jurulatih baharu mereka.Boehly juga adalah pemilik bersama pasukan besbol Los Angeles Dodgers.Strasbourg melalui musim yang getir tahun lalu, apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-15 dua anak tangga daripada zon penyingkiran.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:58am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264885/berita/sukan/gesa-sekat-perpindahan-pemain-ke-arab-saudi", "article_title": "Gesa sekat perpindahan pemain ke Arab Saudi", "article_text": "LEGENDA Manchester United, Gary Neville menggesa pihak Liga Perdana menyekat perpindahan besar-besaran pemain ke Arab Saudi bagi memastikan \u2018sebarang integriti tidak terancam\u2019.Malah, Neville mempersoalkan transaksi dilakukan dalam kalangan kelab Liga Pro Saudi bagi mendapatkan pemain yang beraksi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL).\u201cLiga Perdana sepatutnya meletakkan sekatan segera atas setiap perpindahan ke Arab Saudi bagi memastikan integriti permainan tidak dirosakkan.\u201cSemakan lebih teliti perlu dilakukan ke atas setiap transaksi kelab bagi memastikan kesesuaian. Jika ia melalui proses itu, jelas perpindahan boleh dibuka semula.\u201cTetapi saya percaya pada masa ini perpindahan harus dihentikan sama ada terdapat urusan perpindahan menguntungkan yang tidak wajar,\u201d kata Neville.Gesaan Neville itu hadir apabila beberapa kelab Liga Pro Saudi membawa masuk bintang ternama Eropah seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan terbaharu, N'Golo Kante.Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi yang memiliki Newcastle United mengesahkan mengambil alih empat kelab terkemuka Liga Pro Saudi termasuk Al-Nassr yang menandatangani Ronaldo pada bulan Januari lalu.Kante pula mengikut jejak langkah Benzema menyertai Al-Ittihad, manakala trio Chelsea iaitu Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy dan Hakim Ziyech, masing-masing dijangka melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal, Al-Ahli serta Al-Nassr.Pemain tengah Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves juga semakin hampir memuktamadkan perpindahan ke Al-Hilal dengan rekod bayaran kelab \u00a347 juta (RM278 juta).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264876/berita/sukan/pan-gon-berjaya-bukti-kredibiliti", "article_title": "Pan Gon berjaya bukti kredibiliti", "article_text": "PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dianggap berjaya membuktikan kredibilitinya sepanjang mengendali skuad kebangsaan.Malah, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu juga berjaya meraih semula kepercayaan para penyokong Harimau Malaya.\u201cSebenarnya tekanan itu sesuatu perkara biasa untuk seseorang ketua jurulatih, tambahan pula apabila sesebuah negara yang prestasi pasukan bola sepaknya tidak begitu menonjol.\u201cTentu sahaja harapan dalam kalangan para penyokong skuad bola sepak kebangsaan adalah tinggi selepas persembahan hambar dalam beberapa pertandingan sebelum ini.\u201cPan-gon juga berjaya menanamkan semangat, strategi dan arahan yang berjaya dilaksanakan para pemain dengan sempurna dalam setiap perlawanan.\u201cPan-gon telah membuktikan kredibilitinya dalam meningkatkan prestasi pasukan negara. Malah Pan-gon perlu lebih tenang dan meneruskan proses penambahbaikan pasukan kebangsaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Terdahulu, Pan-gon mengakui tekanan merupakan cabaran terbesar yang dihadapinya, namun mengakui berpuas hati dengan hasil yang diraih skuad Harimau Malaya setakat ini.Dalam pada itu, Jamal berharap Harimau Malaya dapat berdepan pasukan yang memiliki tempo permainan tinggi selepas melakar kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan sebelum ini.\u201cPara pemain negara telah membuktikan keupayaan sebenar dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, malah dengan kemenangan besar.\u201cSaya berharap dengan berbaki beberapa bulan sebelum pusingan akhir Piala Asia tahun depan, kita dapat berdepan lawan yang lebih berkualiti.\u201cSebagai contoh kita akan berdepan Korea Selatan, jadi kita kena cari pasukan yang persis atau setaraf Korea Selatan sebelum Piala Asia bermula nanti,\u201d ujarnya.Harimau Malaya kini berada dalam fasa persiapan sebelum ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun depan selepas layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264865/berita/sukan/nampak-kematangan-keyakinan-malaysian-tigers", "article_title": "Nampak kematangan, keyakinan Malaysian Tigers", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara mempamerkan kematangan apabila memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon.\"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu.\"Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan,\" kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).Anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.Bagaimanapun Korea Selatan bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit.Tuan rummah kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi perlawanan tanpa sebarang jaringan.Sebagai rekod, aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India pada 3 hingga 12 Ogos ini.Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264858/berita/sukan/lebih-125-mohon-geran-padanan-sukan", "article_title": "Lebih 125 mohon Geran Padanan Sukan", "article_text": "PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima lebih 125 permohonan dana Geran Padanan Sukan (GPS) daripada pelbagai pihak yang mahu menganjurkan program dan aktiviti sukan dalam negara selepas dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun lalu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, kementerian akan meneliti terlebih dahulu kesemua permohonan yang dibuat termasuk oleh syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.\u201cBanyak permohonan (GPS) diterima namun saya akan umumkan data tepat nanti. Fasa pertama telah diluluskan dan kita akan umumkan status GPS tersebut,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Skate Malaysia di Sunway Pyramid pada Khamis.Sebagai rekod, kerajaan memperuntukkan RM40 juta ringgit kepada kementerian di bawah inisiatif GPS pada Belanjawan 2023 lalu.Syarat ketat peruntukan RM40 juta geran itu menyaksikan pemohon perlu telus dan penganjuran sukan berkenaan dapat memanfaatkan atlet negara dalam usaha membaiki prestasi atau ranking mereka.Terdahulu, Kejohanan Skate Malaysia yang berlangsung selama empat hari, menyaksikan lebih 400 peserta daripada tujuh negara termasuk Malaysia, bakal membuat penampilan pada penganjuran edisi ke-14 itu.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264848/berita/sukan/projek-bagus-tetapi-banyak-kerja", "article_title": "\u2018Projek bagus tetapi banyak kerja\u2019", "article_text": "JURGEN Klinsmann mempertahankan permulaan kurang memberangsangkan sebagai pengendali Korea Selatan apabila masih belum memenangi sebarang aksi daripada empat perlawanannya sejak mengambil alih tugas daripada Paulo Bento.Sebagai rekod, Klinsmann yang dilantik Februari lalu menyaksikan Taegeuk Warriors seri dua kali dan tewas dua kali ketikaGergasi Asia yang berada diranking ke-27 dunia itu ketika ini berusaha untuk bangkit selepas ditunjukkan jalan keluar dari pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 tahun lalu.Klinsmann memulakan era di Korea Selatan bersama Taegeuk Warriors dengan melakar keputusan seri menentang Colombia.Kemudian diikuti kekalahan menentang Uruguay dan Peru sebelum terikat 1-1 berdepan El Salvador pada Rabu.\u201cSaya harap dapat membetulkan situasi pasukan secepat mungkin kerana kami sepatutnya memenangi semua empat perlawanan.\u201cBukan hanya satu atau dua, sebaliknya dalam keempat-empat aksi Korea merupakan pasukan lebih baik dan bermain bola sepak mengagumkan.\u201cTerutamanya ketika perlawanan menentang Colombia pada separuh masa pertama, separuh masa kedua menentang Uruguay dan kemudian dua perlawanan dengan Peru dan El Salvador.\u201cYa, kami mempunyai begitu banyak peluang, namun tidak masuk,\u201d kata Klinsmann pada sidang akhbar di Seoul pada Khamis.Sebagai rekod, Klinsmann dilantik tiga tahun selepas tugas terakhirnya bersama kelab Bundesliga Jerman, Hertha Berlin berakhir dengan kekecewaan.Malah pengambilan bekas pemain yang memulakan karier bersama Stuttgarter Kickers tersebut oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan.Dalam pada itu, bekas penyerang berusia 58 tahun tersebut akur dengan persekitaran baharu ketika mereka cuba membangunkan skuad mantap ke pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada Januari depan.\u201cIa adalah satu keluk pembelajaran untuk kami jurulatih dan kami belajar banyak dalam tempoh tiga bulan lepas.\u201cKami terus belajar bagaimana KFA berfungsi, bagaimana persekutuan ini berfungsi.\u201cDalam masa sama kita ada cabaran lain. Kami mempunyai Piala Asia. Kita kena fikir tentang lawan. Ia projek yang bagus tetapi banyak kerja,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264842/berita/sukan/piala-mfl-kelantan-fc-digesa-tidak-ulangi-kesilapan", "article_title": "Piala MFL: Kelantan FC digesa tidak ulangi kesilapan", "article_text": "PEMAIN Kelantan FC dituntut mengambil pengajaran selepas diikat Negeri Sembilan FC, 2-2 dalam aksi Kumpulan B Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Rabu.Malah, pengendali skuad The Red Warriors (TRW) Bawah 23 (B-23) tahun, Sathit Bensoh mahu para pemainnya belajar daripada kesilapan apabila mempersia-siakan peluang meraih tiga mata.\u201cIa satu perlawanan yang baik, tapi kita mensia-siakan peluang untuk mendapatkan kemenangan.\u201cSaya harap ia menjadi pengajaran berguna buat pemain agar tidak mengulangi kesilapan sama dalam aksi berikutnya,\u201d kata Sathit.Dalam perlawanan itu, skuad Hobin Jang Hobin kendalian Ishak Kunju terlebih dulu mendahului pada minit ke-24 menerusi N Javabilaarivin, sebelum TRW bangkit gol penyamaan K Saranraj di minit 52.Aksi bertenaga Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian Haziman Che Ngah bijak menguis cantik bagi mengatasi Firdaus Irman di pintu gol lawan untuk mendahului 2-1.Namun ketika tiga mata seakan menjadi milik TRW, kesilapan menjatuhkan penyerang Negeri Sembilan dalam kotak penalti menyaksikan pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Muhammad Harith Samsuri.Anak buah Sathit akan meneruskan kempen menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5 Julai ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264787/berita/sukan/harimau-malaysia-sasar-kumpulan-16-terbaik-di-qatar", "article_title": "Harimau Malaysia sasar kumpulan 16 terbaik di Qatar", "article_text": "MALAYSIA menyasarkan untuk layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan, kata ketua jurulatih, Kim Pan Gon.Warga Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata, layak ke peringkat kalah mati kejohanan bola sepak Asia berprestij itu adalah matlamat sebenar Harimau Malaya.Bagaimanapun, Pan Gon berkata, anak buahnya perlu menyedari di mana kedudukan sebenar mereka berbanding pasukan lain ketika ini.\"Maksud saya Piala Asia bukanlah pentas yang mudah. Ada pasukan yang lebih baik daripada kami. Semua perlu bersedia untuk ini, dalam apa jua situasi kita mesti bersatu, saling memberi semangat dan mendorong pemain, ini penting.\"Kami akan cuba yang terbaik, kami mahu memberi permainan yang baik, menang dan layak (pusingan 16) dan menghadiahkan kejayaan buat Malaysia, namun saya rasa kami perlu melakukannya langkah demi langkah,\u201d katanya ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sasaran khusus untuk Piala Asia 2023, baru-baru ini.Pan Gon berkata, skuadnya akan bermain menentang pasukan lebih kuat bermula September ini selepas mengalahkan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Terengganu baru-baru ini, sekali gus merekodkan kemenangan dalam empat perlawanan sejak Mac lepas.Beliau berkata, Malaysia akan bermain minimum enam perlawanan kompetitif sebelum berangkat ke Qatar dan peluang itu akan digunakan untuk melakukan seberapa banyak eksperimen yang boleh untuk menyiapkan pasukan.\"Kami akan cuba (untuk melihat) berapa lama kita boleh bermain pendekatan taktikal ini dan selepas eksperimen itu, kami akan putuskan bagaimana pendekatan untuk Piala Asia,\u201d katanya.Malaysia, yang bakal membuat penampilan pertama dalam Piala Asia sejak edisi 2007, diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali Korea Selatan, Jordan dan Bahrain di Qatar.Johan dan naib johan kumpulan, termasuk empat pasukan terbaik di tempat ketiga layak ke peringkat kalah mati.Berdasarkan ranking dunia terkini, Korea Selatan berada di kedudukan ke-27, Jordan (84), Bahrain (85) dan Malaysia di posisi ke-138.Pasukan negara tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam ketiga-tiga penampilan di Piala Asia, iaitu di Iran pada 1976, Kuwait (1980) dan ketika menjadi penganjur bersama pada 2007. - Bernam", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264789/berita/sukan/city-tak-kisah-cancelo-ke-united", "article_title": "City tak kisah Cancelo ke United", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pemenang kejuaraan treble itu tidak mengambil peduli walaupun pemain pertahanan The Citizens, Joao Cancelo menyertai Manchester United.Malah tegas pengurus kelahiran Sepanyol itu, kelab itu juga tidak bimbang mengenai destinasi seterusnya pemain berusia 29 tahun dari Portugal tersebut selagi dia meninggalkan Etihad.Sebagai rekod, Cancelo menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich pada musim sejuk dengan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli pada harga \u20ac70 juta.Bagaimanapun, Bayern tidak mengambil pilihan itu menyebabkan Cancelo perlu mencari kelab baru pada musim panas ini.Guardiola mendakwa bahawa dia bersedia untuk melepaskan Cancelo pada musim sejuk kerana dia tidak diperlukan di kelab itu.\u201cSaya rasa mereka telah memaklumkannya bahawa dia jauh dari realiti. Di sini pula realitinya ialah kami memutuskan dia terpaksa pergi.\u201cKami tidak peduli ke mana dia pergi, walaupun dia mahu pergi ke United, yang merupakan saingan kami.\u201cAda ejennya dan kelab yang mereka setuju. Saya tidak akan mengatakan bahawa mereka menipunya tetapi mereka salah memberitahunya,\u201d kata Guardiola.Apabila ditanya mengenai masa depan Cancelo di Manchester City, Guardiola menambah: \u201cIni adalah soal pengarah sukan City, Txiki Begiristain, wakilnya dan kelab yang menyayanginya.\u201cSejujurnya saya tidak tahu mengapa dia tidak menyertai Barcelona? Kami tidak mendapat sebarang tawaran.\u201dTerdahulu Arsenal, Barcelona dan Real Madrid telah dikaitkan dengan perpindahan Cancelo pada musim panas ini.Terdahulu, Cancelo mengakui bahawa dia bukan sebahagian daripada perancangan Guardiola di Manchester City pada separuh kedua musim lalu.Malah, dia mengakui perlu meninggalkan Etihad kerana Guardiola telah menemui cara untuk bermain tanpa pemain belakang menyaksikan khidmatnya terhad kepada peranan bangku simpanan.\u201cSeperti yang saya sudah katakan, dia [Guardiola] menemui cara untuk bermain, selepas Piala Dunia, di mana dia mula bermain dengan pemain belakang lebih dalam, di mana saya juga bermain, dan dia suka apa yang dia lihat bersama Rico dan Nathan.\u201cSaya fikir seorang pemain sentiasa mementingkan diri sendiri. Mana-mana pemain mahu berasa penting, mahu bermain dan sesiapa yang berkata sebaliknya adalah berbohong.\u201cSeorang pemain yang kompetitif, seperti saya, yang bercita-cita untuk memenangi gelaran hanya mahu bermain,\u201d katanya.Pada masa sama Cancelo berharap untuk menandatangani perpindahan ke kelab lain, namun City masih belum bersetuju dengan bayaran dengan mana-mana kelab lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264743/berita/sukan/dulu-manchester-city-kini-barcelona", "article_title": "Dulu Manchester City, kini Barcelona", "article_text": "BINTANG tengah Jerman, Ilkay Gundogan menyertai juara LaLiga, Barcelona secara percuma daripada pemenang treble Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, lapor BBC dan Sky Sports.Gundogan kelahiran Gelsenkirchen tersebut meninggalkan City selepas mengetuai kelab Inggeris itu ke Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu, mengikat kontrak selama dua tahun yang berakhir Jun 2025 dengan pilihan.Pemain yang memulakan karier bersama kelab Jerman, VfL Bochum dari (2008 hingga 2009 menamatkan tempoh tujuh tahun yang fantastik di England menyaksikan dia memenangi 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola apabila dia mengambil alih City pada 2016 walaupun pemain itu diketepikan kerana kecederaan lutut apabila dia ditandatangani dari Borussia Dortmund.Dia terbukti menjadi pemain penting untuk perlawanan berintensiti besar di City, terutamanya sepanjang dua musim lalu apabila dia menjaringkan gol penting yang membantu City melakar beberapa trofi.Gundogan meninggalkan City setelah membuat lebih daripada 300 penampilan, menjaringkan 60 gol.Pengalamannya akan menjadi aset kepada pengendali Barca, Xavi selepas jeneral pemain tengah Sepanyol yang paling lama berkhidmat dan dipercayai, Sergio Busquets meninggalkan kelab itu pada penghujung musim selepas 18 tahun bersama armada Catalan itu.Barcelona memenangi kejuaraan LaLiga musim lalu, namun gagal keluar dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika mereka tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264738/berita/sukan/mumtalakat-tingkat-pegangan-dalam-mclaren", "article_title": "Mumtalakat tingkat pegangan dalam McLaren", "article_text": "ENTITI pelaburan Bahrain, Mumtalakat membeli saham utama dan waran bernilai 400 juta pound (AS$510.48 juta) dalam syarikat pembuat jentera McLaren daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dan Pengurusan Ares, lapor Sky News pada Khamis.Bagaimanapun menurut laporan itu, urus niaga tersebut tidak akan membawa sebarang suntikan tambahan wang baharu ke dalam pasukan berpusat di England tersebut.Pembelian itu secara tidak langsung akan mengembangkan pegangan majoriti Mumtalakat dalam kumpulan McLaren, termasuk pembuat kereta super Britain serta McLaren Racing.Sebagai rekod, firma pelaburan global Ares Management dan PIF Saudi menyediakan sebahagian besar daripada pelaburan ekuiti 550 juta pound dalam kumpulan McLaren pada Julai 2021.Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, Mumtalakat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berkenaan perkara tersebut.Sementara itu, pengurusan Ares pula enggan mengulas manakala McLaren dan PIF tidak memberikan sebarang maklumbalas.Dalam industri sukan, McLaren lebih dikenali dengan McLaren Racing Limited, sebuah ialah pasukan perlumbaan permotoran Britain yang berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren di Woking, Surrey, England.McLaren terkenal sebagai pembuat enjin pasukan Formula Satu (F1), entiti kedua tertua aktif dan pasukan F1 kedua paling berjaya selepas Ferrari dari Itali.Sebagai rekod, McLaren merupakan juara lapan kali Kategori Pembuat Enjin, 12 kali Kategori Pemandu sepanjang berkecimpung dalam perlumbaan F1.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264727/berita/sukan/southampton-pertaruh-magis-martin-kembalikan-status-elit", "article_title": "Southampton pertaruh magis Martin kembalikan status elit", "article_text": "KELAB Liga Kejuaraan, Southampton melantik pengendali berpengaruh Russell Martin sebagai pengurus baharu The Saints dengan kontrak tiga tahun selepas bekas pemain pertahanan itu meninggalkan Swansea City, kata kelab yang diturunkan pangkat dari Liga Perdana Inggeris itu.Pemilihan pengendali berusia 37 tahun itu menyaksikan dia diamanahkan untuk membawa kelab yang beraksi di Stadium St Mary's tersebut kembali ke liga teratas England musim depan.\u201cSejujurnya merupakan satu keistimewaan untuk menerima peluang ini di Southampton, sebuah kelab yang mempunyai sejarah yang begitu panjang dalam liga Inggeris.\"Matlamat saya adalah untuk mengembalikan kelab ini ke tempat asalnya - dalam liga utama bola sepak Inggeris. Saya bersedia untuk cabaran ini dan akan memberikan segala-galanya untuk mencapai matlamat ini dan untuk memberikan penyokong pasukan sesuatu yang membanggakan mereka,\u201d kata Martin.Sebagai rekod, Martin mengambil alih The Swans menjelang kempen 2021-22 memimpin kelab Wales itu ke tangga ke-15 pada musim pertamanya.Swansea City kemudiannya memperbaiki kedudukan apabila apabila mengakhiri cabaran di tempat ke-10 musim lalu, hampir kehilangan tempat playoff dengan tiga mata.Martin yang lebih gemar kepada gaya bola sepak Barcelona dan Manchester City, berjaya mempraktikan gaya permainan sama di Swansea apabila secara rutin mendominasi penguasaan bola dalam saingan Liga Kejuaraan.\"Dia sangat sesuai untuk apa yang kami cuba capai, dengan rekod kukuh dalam membangunkan dan memupuk pemain muda yang berbakat untuk memenuhi potensi mereka serta memberikan keputusan di padang,\" kata pengarah baharu bola sepak Saints, Jason Wilcox.Sebagai rekod, Martin mempunyai baki kontrak lebih setahun bersama Swansea setelah setelah menandatangani perjanjian tiga tahun pada 2021.\"Kelab ini juga berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa kami terhutang pampasan penuh untuk Russell, dan kami akan terus bekerja dengan tekun dan strategik untuk melindungi kepentingan terbaik kelab,\" kata Swansea.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264714/berita/sukan/ranking-dunia-azizulhasni-naik", "article_title": "Ranking dunia Azizulhasni naik", "article_text": "KEJAYAAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta sensasi pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan menjelmakan perkhabaran gembira kepada ranking atlet program Road To Gold (RTG) tersebut.Pelumba kelahiran Terengganu itu menyatakan rasa puas dengan pencapaian tersebut selepas melalui pelbagai cabaran musim ini.\"Assalamualaikum, selamat pagi semua. Ada sedikit berita gembira yang saya nak kongsikan dengan anda semua pagi ini.\"Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin - 3 manakala Individual Sprint - 6.\"Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif di dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\"Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Malaysia Boleh,\" katanya.Sebagai rekod, Azizulhasni mencipta magis tersendiri apabila menyambar 12 pingat emas peribadi dalam edisi tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:18am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264702/berita/sukan/harrif-mohon-tajaan-basikal-trek", "article_title": "Harrif mohon tajaan basikal trek", "article_text": "JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Hariff Saleh tampak benar-benar serius untuk kembali aktif menggegarkan trek velodrom.Selepas membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Harrif nyata tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Namun, Harrif yang terkenal selaku pakar pecut dalam acara lebuh raya berdepan masalah tidak memiliki basikal trek untuk merealisasikan impiannya itu.\u201cSaya memang berkeinginan jika ada pihak-pihak yang hendak menaja basikal trek velodrom ataupun peralatan lain seperti handle untuk acara trek.\u201cJika saya memiliki basikal sendiri, mudah bagi saya berlatih untuk menguatkan lagi sprint (pecut) dan juga stamina selain latihan road (lebuh raya) sekarang.\u201cTambahan pula, (dengan) velodrom yang baru siap berpangkalan di Dungun, Terengganu, mudah untuk saya berlatih di sana.\u201cSaya berharap ada pihak sudi membantu masalah saya ini. Saya jarang nak luahkan apa yang terbuku di hati ini,\u201d tulis Harrif di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.Hariff berkata, dia hanya menggunakan basikal trek yang dipinjamkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ketika membuat penampilan pada ACC 2023 yang berakhir Isnin lalu.\u201cSaya juga berterima kasih kepada MSNT kerana memberi pinjam basikal baru-baru ini kepada saya untuk mewakili malaysia dalam saingan ACC dan kejohanan kebangsaan.\u201cMemandangkan sekarang di Malaysia sudah banyak perlumbaan (trek) dianjurkan, cita-cita saya juga ingin menjadi seperti Dato Azizul (jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang).\u201cWalaupun berlainan acara, saya akan fokus pada acara track endurance,\u201d jelas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu.Pada ACC 2023, Harrif berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba biarpun hanya membuat persiapan dalam tempoh dua minggu.Sejurus menamatkan acara tersebut, Harrif atau lebih terkenal dengan panggilan Mamat menyatakan kesediannya membarisi skuad berbasikal trek negara jika khidmatnya diperlukan.Pada masa sama, Harrif mengakui tumpuan utamanya ketika ini adalah bersama TSG memandangkan dia sudah mencipta nama dalam saingan lebuh raya lebih sedekad yang lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:30am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264686/berita/sukan/harimau-muda-akhiri-kempen-piala-asia-b-17-dengan-kemenangan", "article_title": "Harimau Muda akhiri kempen Piala Asia B-17 dengan kemenangan", "article_text": "SKUAD Bawah (B-17) tahun negara menutup kempen Piala Asia B-17 dengan noktah kemenangan selepas menewaskan Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi.Dalam aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad muda negara bermula garang, namun kesilapan barisan pertahanan menyebabkan kapten Laos, Sayfon Keohanam menyumbat gol pada minit ke-12.Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Osmera Omaro bangkit memburu gol penyamaan sehingga akhirnya berjaya merobek gawang Laos menerusi Dainei Mat Disa pada minit ke-43.Aksi babak kedua menyaksikan Harimau Muda terus bersemangat memburu gol sebelum Dainei berjaya meledak jaringan kedua pada minit ke-78.Laos cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu setidak-tidaknya mampu menebus maruah Harimau Muda selepas mereka gagal layak ke suku akhir apabila tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.Harimau Muda memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Yemen sebelum mengalami kekalahan 0-3 ketika berdepan Thailand.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264663/berita/sukan/bekas-pengadil-kebangsaan-antarabangsa-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas pengadil kebangsaan, antarabangsa meninggal dunia", "article_text": "KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengucapkan takziah buat ahli keluarga bekas pengadil ragbi kebangsaan dan antarabangsa, Allahyarham Firdaus Sani Shaari yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu.Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KPM), Datuk Shahrul Zaman Yahya juga menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga besar ragbi Malaysia.\"Allahyarham merupakan antara individu yang banyak berbakti dan berjasa terhadap pembangunan sukan ragbi negara menerusi komitmen dalam dunia ke pengadilan serta pembangunan modal insan sukan ini.\"Mengenai kebajikan keluarga Allahyarham, KRM akan membantu berdasarkan kemampuan kewangan persatuan bagi memastikan nasib keluarga arwah sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya.\"KRM mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,\" katanya kepada Sukan Sinar.Terdahulu KRM memaklumkan Allahyarham yang berusia 53 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh jam 5.40 pagi Rabu.Sementara itu, menurut anaknya yang dikenali sebagai Alif, jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kepayang, Masjid Taufiqiyah, Ipoh pada jam 12.30 tengah hari Rabu.\"Terima kasih buat semua yang mendoakan dan juga bertanyakan status dari masa ke semasa. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,\" katanya.Sebagai rekod, Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak, merupakan bekas pengarah pengadil Putrajaya, jurulatih perlawanan rasmi (2010 -2023), tenaga pengajar (2010-2023), komisioner perlawanan (2017- 2023), pegawai pertandingan (1990-2016).", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264642/berita/sukan/sukan-asia-medan-perang-buat-atlet", "article_title": "Sukan Asia 'medan perang' buat atlet", "article_text": "WILAYAH Hangzhou di China yang menjadi tuan rumah Sukan Asia 2022 bukan destinasi 'makan angin menarik', sebaliknya merupakan medan 'perang' buat atlet untuk membawa pulang pingat buat negara.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyokong penuh syarat ketat yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan atlet ke temasya tersebut untuk memastikan hanya yang berpotensi memenangi pingat disenaraikan mewakili negara.\u201cKita beri sokongan penuh khususnya syarat yang lebih ketat. Apa yang penting Sukan Asia bukan pendedahan tapi medan pertempuran untuk atlet menunjukkan prestasi yang tinggi,\u201d katanya.Beliau menegaskan para atlet perlu membuktikan pemilihan ke temasya tersebut berbaloi seiring dengan fasiliti yang disediakan buat mereka.\u201cSiapa yang layak dalam kategori A, mereka sepatutnya membuktikan segala kemudahan yang kita berikan kepada mereka selama ini.\u201cSelayaknya diterima, jangan ambil mudah,\u201d katanya.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada Selasa menegaskan atlet yang berpotensi untuk menyumbang pingat sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian pada Sukan Asia Hangzhou akhir September depan.Penetapan itu dibuat susulan tahap kompetitif tinggi di Sukan Asia yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai platform pendedahan buat atlet.Syarat itu juga bagi memastikan pencapaian hambar kontinjen negara di Jakarta-Palembang 2018 tidak berulang apabila bersaing di Hangzhou.Sebagai rekod, kategori A akan ditanggung sepenuhnya oleh MOM dan ia melibatkan atlet yang memperoleh keputusan empat terbaik dalam kejohanan peringkat Asia.Kategori B pula akan ditanggung sepenuhnya persatuan sukan berkaitan, namun atlet atau pasukan yang layak beraksi ke temasya itu perlu mempunyai pencapaian enam terbaik dalam kejohanan sebenua.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264634/berita/sukan/skuad-taekwondo-dapat-sentuhan-korea", "article_title": "Skuad taekwondo dapat sentuhan Korea", "article_text": "SKUAD taekwondo bakal mendapat sentuhan Korea Selatan apabila bekas juara dunia dari negara kimchi itu akan menurunkan ilmunya kepada atlet negara.Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM), R. Dhanaraj berkata, mereka ialah Lee Woo Jin dan Kim Jin Man yang akan membantu atlet negara bagi meningkatkan teknik dalam kategori freestyle poomsae.Katanya, persatuan terpaksa mendapatkan kepakaran Korea kerana pada Sukan Asia Hangzhou atlet yang bersaing bagi kategori poomsae perlu beraksi dalam dua jenis kategori iaitu freestyle dan tradisional.\u201cKategori poomsae, atlet perlu bertanding dalam dua acara iaitu freestyle dan tradisional untuk mendapatkan satu pingat. Ini bermaksud seorang atlet akan beraksi kedua-dua kategori berkenaan.\u201cDisebabkan, freestyle lebih kepada akrobatik, jadi kita akan jemput jurulatih khas Korea yang memang pakar dalam acara ini. Woo Jin dan Jin Man dari Korea ini adalah bekas juara dunia dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan,\u201d katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan atlet ke Sukan Asia bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Selasa.Menurut Dhanaraj, dua jurulatih itu akan tiba di Malaysia pada Sabtu dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan.\u201cAtlet kita akan ambil bahagian dalam kejohanan dunia di Korea Selatan pada 5 hingga 10 Ogos ini dan mereka akan terus berlatih di sana selama tiga minggu sebelum pulang ke Malaysia untuk persiapan ke Sukan Asia,\u201d katanya.Pada mesyuarat itu, beliau menjelaskan MOM bersetuju menghantar tiga atlet ke temasya empat tahun sekali itu.Katanya, dua atlet dari disiplin poomsea iaitu Nur Humairah Abdul Karim dan Jason Loo layak untuk ke Sukan Asia kerana mempunyai prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MOM selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam kejohanan dunia tahun ini.\u201cKita juga sedang berusaha untuk memastikan seorang lagi atlet taekwondo, Syafiq Zuber yang meraih emas acara kyorugi pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini tersenarai ke Sukan Asia nanti.\u201cMOM mempertikai kedudukan Syafiq ke Sukan Asia. Pihak persatuan akan buat rayuan supaya Syafiq diserapkan ke Sukan Asia atas tiket kategori B1,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264633/berita/sukan/kamake-dedah-punca-kekalahan-besar-papua-new-guinea", "article_title": "Kamake dedah punca kekalahan besar Papua New Guinea", "article_text": "KETUA jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake mendedahkan punca kekalahan besar pasukannya apabila dibelasah Malaysia 0-10 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Selasa.Beliau berkata, dalam awal saingan para pemain berjaya mengikut percaturan permainan, namun pada babak kedua mereka hilang fokus dan ia membawa padah kepada pasukan.\u201cTahniah buat Malaysia, mereka adalah pasukan yang lebih baik pada malam ini (Selasa). Kesemua pemain beraksi mengikut perancangan yang ditetapkan tetapi pada separuh masa kedua pemain mula hilang fokus.\u201cBermain dengan pasukan yang lebih berkualiti seperti Malaysia membuatkan kami dihukum apabila mula hilang fokus,\u201d katanya dalam sidang media selepas berakhir perlawanan.Anak-anak buah Kamake berjaya memberi saingan kepada skuad Harimau Malaya apabila mereka hanya sekadar bolos satu gol di minit-minit akhir menerusi sepakan penalti.Bagaimanapun masuk separuh masa kedua, mereka seperti hilang apabila bolos sembilan gol.Dalam aksi itu, pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi meledak empat jaringan, manakala enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Kamake menerima kekalahan besar itu dengan hati terbuka dan akan terus memperbaiki segala kelemahan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan lain.Beliau juga bertekad untuk terus bekerja dengan pemain-pemain muda bagi membina sebuah skuad yang ampuh.Papua New Guinea hadir dengan keyakinan selepas mereka berjaya mengikat Singapura 2-2 dalam perlawanan persahabatan, namun terpaksa akur dengan kualiti yang ada pada pasukan lawan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264631/berita/sukan/arif-aiman-selesa-merendah-diri", "article_title": "Arif Aiman selesa merendah diri", "article_text": "BINTANG sensasi, Arif Aiman Hanapi selesa merendah diri apabila memberi kredit kepada rakan sepasukan biarpun meledak empat gol ketika membantu Harimau Malaya membenam Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan di Kuala Terengganu pada malam Selasa.Pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bangga, namun tanpa berselindung mengakui masih banyak yang perlu dipelajari memandangkan perjalanannya masih jauh.\u201cAlhamdulillah, pertama sekali saya bangga tapi bukan sebab empat gol, tapi kerana rakan sepasukan bantu saya untuk jaringkan gol pada malam ini (Selasa).\u201cNamun bagi saya tidak ada sebab untuk berpuas hati dalam penampilan pada kali ini, perjalanan masih jauh dan berliku. Saya cuma berikan terbaik dan bukan senang membarisi kesebelasan utama pasukan lagipun ramai pemain senior, tapi ia bagus sebagai persaingan,\u201d katanya kepada media selepas tamat perlawanan.Pemain kelahiran Pahang itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringannya apabila dimasukkan pada separuh masa kedua apabila meledak pada minit ke-57\u2032, 60, 87 dan 89.Enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Arif juga mengakui pasukan bergelut pada separuh masa pertama kerana hanya menjaringkan satu gol, namun kata-kata semangat daripada ketua jurulatih Kim Pan-gon membuatkan mereka lebih bersemangat apabila masuk separuh masa kedua.\u201cSemua tahu separuh masa pertama memang kita bergelut sikit tapi coach sentiasa memberi semangat kerana kita berjaya cipta banyak peluang pada separuh masa pertama tapi tiada rezeki untuk gol.\u201cPada separuh masa kedua selepas saya, Faisal dan rakan lain masuk fokus kami adalah untuk menghasilkan gol dan ia berjaya,\u201d katanya.Di sebalik dua kemenangan selepas menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 sebelum ini dan ketika menentang Papua New Guinea, Arif berkata mereka tidak boleh berasa berpuas hati.Ini kerana katanya, perlawanan-perlawanan yang dihadapi itu adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya untuk ke Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.\u201cTiada sebab untuk saya berpuas hati kerana ini adalah persiapan kami ke Piala Asia dan persediaan ini amat penting untuk pemain dan pasukan Harimau Malaya,\u201d kata pemain berusia 21 tahun itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264624/berita/sukan/azizulhasni-diharap-kekalkan-kayuhan-emas-di-sukan-asia", "article_title": "Azizulhasni diharap kekalkan 'kayuhan emas' di Sukan Asia", "article_text": "JAGUH berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang cemerlang meraih dua gelaran Asia baru-baru ini, diharap dapat mengekalkan 'kayuhan emasnya' pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Azizulhasni kini berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.\"Ini membuktikan Azizulhasni sudah cukup bersedia dan fokus untuk mengharungi dua lagi tugasan penting selepas ini - Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos dan Sukan Asia.\"Jadi saya berharap beliau dapat mengulangi kejayaannya pada Sukan Asia nanti, memandangkan Azizulhasni dijangka sekali lagi bersaing dengan pelumba-pelumba yang bertanding pada ACC kali ini,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.Azizulhasni, 35, yang terkenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman' mencipta sensasi di Velodrom Nasional, Nilai, apabila menyambar emas berganda pada ACC 2023 yang berakhir pada Isnin lepas, selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara pecut.Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menampilkan semangat terpuji untuk menyumbang gangsa acara keirin walaupun berdepan kemalangan pada pusingan separuh akhir sehingga mengalami kecederaan, manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut beraksi cemerlang muncul juara acara 1 kilometer ujian masa individu (ITT).Muhammad Fadhil juga beraksi cemerlang untuk mengetuai trio pecut berpasukan yang dibarisi dua pelumba muda - Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah - meraih pingat gangsa acara itu.Bagi kategori wanita, pelumba cilik berusia 19 tahun Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 500 meter ITT.Sementara itu, ketua jurulatih skuad trek negara John Beasley, menyambut baik pembinaan velodrom berkelas dunia di Sarawak yang diharap mampu melahirkan lebih ramai pelumba trek berbakat.\"Mendapat venue berkualiti merupakan satu berita yang baik. Kita telah mempunyai satu lokasi yang menghasilkan atlet yang bagus di Johor, kali ini kita dapat yang ini, jika dapat lebih banyak (venue) di negara ini, kita benar-benar berada di landasan tepat,\u201d katanya.Baru-baru ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembinaan velodrom mengikut standard antarabangsa dijangka bermula tahun depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264620/berita/sukan/pengganti-choong-hann-tak-boleh-dibuat-terburu-buru---norza", "article_title": "Pengganti Choong Hann tak boleh dibuat terburu-buru - Norza", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil langkah terburu-buru dalam mencari pengganti Wong Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan baru-baru ini.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui tidak mudah mencari jurulatih yang mampu mengisi kelompongan ditinggalkan Choong Hann yang menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun sejak November 2018 bersama badan memayungi badminton negara itu.Katanya, kebanyakan jurulatih terutamanya dari luar juga pastinya sedang memberi komitmen jitu membantu negara masing-masing menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, dengan kempen kelayakan sedang rancak berlangsung hingga April tahun depan.\"Tentu sekali kita sedang cari jalan sesuai ganti Choong Hann. Bukan senang kerana beliau telah bersama kita sejak lima tahun lepas, sudah sebati dan menjadi satu daripada penggerak serta aset pasukan badminton kita.\"Oleh itu, kita harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah.... Sama ada menerusi penyesuaian struktur masa ini (jurulatih) atau ambil orang baharu, perkara itu masih dalam perbincangan, tak boleh terburu-buru mahupun tangkap muat,\" katanya selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengenai pengganti Michelle Chai yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Mohamad Norza berkata BAM masih melakukan proses pencarian bagi memastikan individu itu benar-benar layak mengepalai ABM.\"Kita juga melantik ejen headhunter untuk lihat dari seluruh pelosok dunia individu yang boleh mengendalikan akademi sukan, lebih-lebih lagi sesuai dengan badminton,\" katanya.Bulan lepas, Michelle secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Michelle pada sidang media berkata kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton, Stadium Nasional Morodok Techo itu tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan serta kejurulatihan ABM. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264606/berita/sukan/brm-fc-dedah-punca-tarik-diri", "article_title": "BRM FC dedah punca tarik diri", "article_text": "KUALA Kangsar BRM FC tampil menjelaskan masalah kewangan dihadapi pasukan berkenaan merupakan punca kelab dari Perak itu menarik diri baki saingan Kejuaraan MBSB Bank 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir menegaskan, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM.\"Ini disebabkan kerana beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.\"Sehubungan itu, saya mewakili Kelab Bolasepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah berkhidmat dalam beberapa perlawanan musim ini.\"Tunggakan gaji kepada semua pegawai dan pemain pasukan akan dilunaskan kelab secara berperingkat mengikut jumlah sebenar yang layak diterima mereka.\"Kelab Bolasepak BRM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang bersama kelab ini dari awal musim,\" katanya.Sebagai rekod, Kuala Kangsar BRM menduduki tangga kesembilan liga dalam kalangan 14 pasukan dengan mengumpul enam mata hasil dua menang dan tujuh tewas.Terdahulu Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan menerima surat makluman penarikan diri kelab yang berpusat di Kuala Kangsar tersebut.\u201cKuala Kangsar BRM FC telah secara rasmi menarik diri dari saingan Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun.\u201cKita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab nekad dengan keputusan mereka.\u201cAFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,\u201d kata Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264568/berita/sukan/haaland-penyelamat-norway", "article_title": "Haaland penyelamat Norway", "article_text": "PENYERANG sensasi, Erling Haaland menyelamatkan maruah Norway apabila menyumbat dua gol ketika membantu pasukannya membenam Cyprus 3-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu.Kemenangan itu menghidupkan semula peluang Norway selepas kalah mengejut kepada Scotland di gelanggang sendiri sebelum ini.Kejayaan tersebut melonjakkan Norway ke tangga ketiga kumpulan lima negara itu dengan empat mata daripada empat perlawanan, di belakang pasukan tangga kedua Georgia menerusi perbezaan gol.Scotland yang menundukkan Georgia 2-0, menghuni tangga teratas dengan 12 mata maksimum daripada empat perlawanan.Norway membuka tirai jaringan menerusi ledakan Ola Solbakken pada minit ke-12.Haaland menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-56 dan disusuli satu lagi gol empat minit kemudian.Grigoris Kastanos pula menyumbang gol saguhati buat pelawat untuk mengurangkan defisit, namun ia tidak menjejaskan kegembiraan Norway yang meraih kemenangan pertama dalam peringkat Kumpulan A.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264563/berita/sukan/kante-tinggalkan-chelsea-pilih-al--ittihad", "article_title": "Kante tinggalkan Chelsea, pilih Al- Ittihad", "article_text": "N'GOLO Kante akan meninggalkan Chelsea selepas tujuh tahun berbakti di Stamford Bridge apabila memilih Al-Ittihad sebagai destinasi karier seterusnya dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Liga Pro Saudi itu pada Rabu.Pemain Perancis itu, yang menyertai kelab London barat dari Leicester City pada 2016, akan berpadu dengan rakan senegara dan pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema di Liga Pro Saudi.\"Jangan percaya kepada berita palsu. Kante adalah pemain Ittihad sekarang,\" tulis kelab itu dalam mesej video di laman sosialnya.Media Britain sebelum ini melaporkan pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menandatangani kontrak bernilai sekitar 86 juta pound ($109.78 juta) setahun.Terdahulu Benzema meninggalkan Real Madrid selepas 14 tahun sarat trofi dan menandatangani kontrak dua tahun dengan juara Arab Saudi itu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai lebih daripada 100 juta euro ($109.17 juta).Kante sepanjang berada bersama The Blues merupakan tonggak utama di Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa dan Piala FA.Dia telah beraksi dalam 269 perlawanan bersama Chelsea, menjaringkan 13 gol dan 16 bantuan gol.Bagaimanapun musim terakhir Kante yang dipalit kecederaan menyebabkan dia terlepas 38 perlawanan semua pertandingan menyaksikan Chelsea bergelut menduduki tempat ke-12 liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:39am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264554/berita/sukan/pan-gon-puji-pemain-harimau-malaya", "article_title": "Pan Gon puji pemain Harimau Malaya", "article_text": "JURULATIH skuad kebangsaan Kim Pan Gon memuji anak buahnya selepas Malaysia membenam Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.Pan Gon mengakui sangat gembira dengan komitmen ditunjukkan pemain setelah skuad Harimau Malaya mempamerkan persembahan berkualiti tinggi dan menarik di hadapan hampir 10,000 penonton di stadium.Beliau berkata, apa yang ditunjukkan pemainnya malam tadi memerlukan usaha dan kerja keras demi memenuhi permintaan barisan kejurulatihan, selain perlu berdepan tekanan hebat untuk melaksanakan taktikal pasukan pada setiap perlawanan.\"Mereka (pemain) sentiasa mencuba meningkatkan kualiti permainan dan sangat penting untuk melihat mereka berada dalam tekanan kerana kami (barisan kejurulatihan) datang ke sini untuk mengubah bola sepak Malaysia menjadi positif, dominan dan proaktif.\"Jadi, bagi saya, saya gembira malam ini (tadi) tetapi ini bukanlah penamat kempen, hanya satu perlawanan ... namun bola sepak seperti ini yang kami mahu bermain menentang pasukan kuat dan itulah sasaran kami,\u201d kata Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan di sini pada Selasa malam.Mengulas mengenai kemajuan yang dapat dilihat sejak mengambil alih pasukan pada Januari tahun lepas, Pan Gon berkata, tahap keyakinan pemain semakin meningkat dalam setiap perlawanan walaupun adakalanya mereka bergelut, namun apa yang penting ialah mereka tidak gentar.Beliau berkata, ketakutan boleh menjejaskan tumpuan, sekali gus menyukarkan pasukan untuk beraksi dengan baik.\"Seperti pada separuh masa kedua (malam tadi), ia bukan sesuatu yang boleh saya ajar. Ia hadir secara semula jadi daripada pemain, ia datang dari lubuk hati mereka ... saya rasa tahap keyakinan mereka sudah bertambah baik.\"Dan juga pada satu setengah tahun yang lepas, mereka cuba untuk memahami model permainan dan pendekatan taktikal kami. Kami berikan banyak maklumat kepada pemain, saya dapat lihat mereka sangat bijak dan saya bangga dengan mereka,\u201d kata jurulatih berusia 54 tahun itu.Pada pertembungan malam Selasa, persembahan cemerlang pada babak kedua menyaksikan skuad bimbingan jurulatih dari Korea Selatan itu menjaringkan sembilan gol selepas mendahului pada penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid.Pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan pemain naturalisasi Paulo Josue mencuri tumpuan selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol manakala pemain gantian lain Mohamad Faisal Abdul Halim dan Daniel Ting masing-masing menjaringkan satu gol.Kejayaan itu menyaksikan Harimau Malaya merakam kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak Mac lepas dan mencatat kemenangan terbesar sejak menewaskan Bhutan 7-0 semasa saingan persahabatan pada April 2018.Sementara itu, ketua jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake yang terkejut dengan kekalahan besar itu berkata kegagalan pasukannya untuk mematuhi arahan menjadi punca mereka dibolosi sembilan gol pada babak kedua.\"(Perlawanan) ini sukar buat pemain saya, ternyata Malaysia pasukan yang lebih baik, kredit penuh diberikan kepada mereka,\u201d katanya.Kerja keras Arif Aiman rebut kesebelasan utama Harimau Malaya mula buah hasilDalam pada itu, pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi mendedahkan kesukaran menembusi kesebelasan utama skuad kebangsaan, selepas meledak empat gol dalam kemenangan 10-0 Malaysia menentang Papua New Guinea di sini, Selasa malam.Tonggak jentera serangan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berusia 21 tahun itu berkata, bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara kendalian Kim Pan Gon, beliau bekerja keras bersaing dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman.Selepas kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 itu mengakui semakin memahami dan berasa selesa dengan corak permainan yang dikehendaki Pan Gon.\"Ya (makin selesa), saya sentiasa berlatih betul-betul (kerana) bukan senang nak bermain dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya apabila perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman daripada saya.\"Saya ambil kesempatan itu (jika diturunkan) bukan sebagai beban tetapi peluang yang berharga buat diri saya,\u201d katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam Selasa.Pada pertembungan itu, persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya menjaringkan sembilan gol selepas mendahului pada penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid.Arif Aiman yang masuk sebagai pemain gantian dengan mudah menjaringkan empat gol masing-masing pada minit ke-57, minit ke-60, minit ke-87 dan minit ke-89 sekali gus mengumpul lima gol bersama pasukan negara setakat ini.Baki lima gol Malaysia antaranya diperoleh menerusi hatrik pemain naturalisasi Paulo Josue sementara dua lagi pemain gantian Mohamad Faisal Abdul Halim dan Daniel Ting masing-masing menjaringkan satu gol.Meskipun berbangga mencipta hatrik pertamanya di pentas senior, Arif Aiman berkata kesemua gol yang dijaringkan malam tadi tidak akan hadir tanpa bantuan rakan sepasukan.\"Bagi saya dari babak pertama semua pemain bagi yang terbaik dan (apabila) jurulatih beri saya peluang pada separuh masa kedua ia tiada beza, semua pemain (tetap) beri yang terbaik pada perlawanan ini,\u201d katanya yang mengakui Pan Gon berjaya menaikkan semangat pasukan sewaktu rehat.Minggu lepas, Arif Aiman yang merupakan produk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang meraih jaringan sulung bersama pasukan negara ketika membantu Malaysia menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini.Mengulas lanjut, beliau berkata kini fokusnya adalah untuk membantu JDT layak ke final Piala FA seterusnya menjulang gelaran juara menjelang aksi separuh akhir berdepan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Isnin depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264534/berita/sukan/status-messi-janjikan-impak-besar-bola-sepak-as", "article_title": "Status Messi janjikan impak besar bola sepak AS", "article_text": "BINTANG Argentina, Lionel Messi bersedia bermain perlawanan pertamanya untuk Inter Miami pada 21 Julai apabila kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) itu menerima kunjungan pasukan dari Mexico, Cruz Azul, kata pengurusan pasukan Jorge Mas.Messi dan Miami sebelum ini bersetuju dengan syarat perjanjian serta sedang memuktamadkan kertas kerja termasuk visa selepas pengumuman kapten Argentina itu bulan ini mengenai hasratnya untuk menyertai kelab berprestij Amerika Syarikat tersebut.Pemain berusia 35 tahun itu akan menandatangani perjanjian dua setengah tahun bernilai AS$50 juta hingga AS$60 juta setahun dengan pilihan untuk melanjutkan sehingga 2026, menurut media Miami.\"Sama sekali tidak ada perubahan dalam peraturan jadual. Tiada kategori atau apa-apa yang diubah untuk memasukkan Messi ke dalam senarai Inter Miami,\" kata Mas.Status Messi sebagai pemenang Ballon d'Or tujuh kali menjanjikan impak besar untuk bola sepak di Amerika Syarikat, di mana popularitinya menjejaki empat lagi liga profesional utama Amerika Utara.Dalam pada itu Mas mentakrifkan kedatangan Messi sebagai detik penting dalam sejarah perkembangan bola sepak Amerika Syarikat sejajar hasrat MLS untuk menjadi salah satu liga terbaik dunia.\u201cSaya percaya akan sentiasa ada Messi sebelum dan selepas apabila kita bercakap tentang sukan di Amerika Syarikat.\"Saya juga mempunyai kepercayaan yang sangat kuat bahawa kita boleh mencipta impak di Amerika Utara dan Amerika Syarikat jika bukan liga terhebat, tetapi antara satu daripada dua liga terbaik di dunia.\"Messi akan datang ke negara ini untuk memenangi piala dan membuat perubahan secara menyeluruh terhadap landskap bola sepak Amerika Syarikat. Saya fikir ia menjadi tanggungjawab saya dan rakan kongsi dalam liga, pemilik lain, untuk merebut masa dan peluang itu,\" kata Mas.Berita mengenai Messi menyertai Miami memberi kesan pertama dalam beberapa jam, menyebabkan harga tiket melonjak 1,034 peratus dan meningkatkan jumlah pengikut di akaun Instagram kelab daripada satu kepada lapan juta.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:24am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264533/berita/sukan/kelantan-fc-umum-alfredo-vera-ganti-frank-bernhardt", "article_title": "Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt", "article_text": "KELANTAN FC pada Rabu mengumumkan Alfredo Vera sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan Frank Bernhardt.Perlantikan yang diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook itu dibuat bertujuan untuk mengembalikan semula 'taring' Kelantan FC susulan aksi tidak bermaya dalam saingan Liga Super ketika ini.\"Kami berharap dengan pengalaman dimiliki oleh Alfredo Vera dapat membantu Kelantan FC. Selamat maju jaya buat Alfredo Vera,\" katanya dalam satu kenyataan media ringkas.Menurut kenyataan itu lagi, Alfredo Vera yang berasal dari Argentina mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua dalam saingan Liga Indonesia.Ujarnya, antara pasukan yang pernah menggunakan khidmat Alfredo Vera ialah Persipura Jayapura ; Persebaya Surabaya dan banyak lagi.Media sebelum ini melaporkan Bernhardt dilantik sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.Sebelum ini melaporkan bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu Bernhardt dilantik sebagai pengarah teknikal Kelantan FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264532/berita/sukan/jiwa-heung-min-masih-epl", "article_title": "Jiwa Heung-min masih EPL", "article_text": "PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min menyangkal dakwaan dia akan mengikuti langkah beberapa pemain terkemuka berpindah ke Arab Saudi dalam masa terdekat.Sebaliknya bintang Korea Selatan itu menegaskan bahawa faktor kewangan bukan perkara yang menjadi kebimbangannya dalam masa terdekat ini.Terdahulu kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ittihad dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang Korea Selatan itu dengan harga kira-kira 50 juta pound ($63.62 juta) dan sedang bersedia untuk menawarkan Heung-min perjanjian jangka panjang bernilai 25 juta pound setahun.\u201cSejujurnya masih terdapat banyak perkara yang perlu selesaikan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).\u201cWang tidak penting bagi saya sekarang, sebaliknya kebanggaan bermain bola sepak, bermain dalam liga kegemaran saya adalah keutamaan paling penting,\u201d kata Heung-min selepas aksi persahabatan Korea Selatan menentang El Salvador di Stadium Piala Dunia Daejeon pada Selasa.Sebagai rekod, kelab Arab Saudi itu sebelum ini menandatangani Karim Benzema dengan perjanjian tiga musim, bernilai $165 juta menurut media tempatan yang turut melaporkan N'Golo Kante bersedia untuk menandatangani kelab itu seterusnya dari Chelsea.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:07am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264530/berita/sukan/ronaldo-tak-pernah-tak-padu", "article_title": "Ronaldo tak pernah tak padu", "article_text": "GOL penghujung perlawanan Cristiano Ronaldo membolehkan Portugal meneruskan rekod sempurna kempen kumpulan kelayakan Euro 2024 apabila menewaskan Iceland 1-0 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik pada Rabu.Jaringan pemain berusia 38 tahun pada minit ke-89 itu juga melebarkan penampilan ke-200 setelah sebelum ini mengatasi pencapaian Bader Al-Mutawa dari Kuwait, yang memegang rekod 196 perlawanan, semasa perlawanan kelayakan Euro 2024 Portugal menentang Liechtenstein pada Mac.Bagaimanapun Portugal bergelut untuk memecahkan kebuntuan menentang Iceland, namun anak buah Roberto Martinez meningkatkan tekanan apabila Willum Thor Willumsson dilayangkan kad kuning kedua selepas terjahan kasar ke atas pemain gantian Goncalo Inacio pada minit ke-81.Malah Ronaldo terpaksa menunggu dua minit untuk meraikan gol kemenangan apabila pengadil terlebih dahulu menolak rembatan jarak dekatnya pada minit ke-89 kerana ofsaid, namun jaringan itu diberikan selepas ulangan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan dia berada di bahagian tepi.Untuk rekod, ia adalah gol ke-123 Ronaldo untuk Portugal, sekali gus memanjangkan rekodnya sebagai penjaring gol antarabangsa sepanjang masa.Tiga mata diraih di laman lawan menyaksikan Portugal memimpin kumpulan dengan 12 mata, dua mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Slovakia, yang menang 1-0 di tempat lawan ke atas Liechtenstein.Portugal bermula dengan lebih agresif, namun Iceland perlahan-lahan mengawal dan mempunyai dua peluang besar mendahului pada separuh masa pertama menerusi pemain pertahanan Victor Palsson dan pertahanan penuh Hordur Magnusson.Namun Portugal bertindak balas selepas separuh masa pertama apabila beransur-ansur memasuki permainan, dengan gol Ronaldo memastikan tiga mata buat pasukannya.\u201cSaya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.\u201cMencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,\u201d katanya di Reykjavik", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:52am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264523/berita/sukan/acc-2023-penganjuran-terbaik", "article_title": "ACC 2023 penganjuran terbaik", "article_text": "PENGANJURAN Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 selama enam hari di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan yang berakhir pada Isnin lalu mendapat maklum balas positif daripada setiap negara yang bertanding.Malah, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) turut memberikan \u2018tabik hormat\u2019 kepada Malaysia atas penganjuran ACC 2023.\u201cSyukur alhamdulillah kita sekali lagi berjaya menganjurkan ACC selepas 2018. Selaku Presiden, saya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran ACC kali ini bermula hari pertama hingga hari terakhir.\u201cMelalui e-mel yang diterima, pihak UCI mahupun ACC merakamkan penghargaan kepada kita kerana telah berjaya menjadi tuan rumah dengan baik kerana ACC ini boleh dianggap sebagai satu kejohanan bertaraf dunia.\u201cSaya juga telah berjumpa dengan presiden dan wakil persekutuan berbasikal daripada beberapa negara lain.\u201cMereka gembira dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang enam hari ACC berlangsung,\u201d katanya dalam kenyataan akhbar pada Selasa.Untuk rekod, penganjuran ACC 2023 melibatkan penyertaan hampir 500 pelumba termasuk kira-kira 60 pelumba para (non-able) daripada keseluruhan 17 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah.Selain Jepun, Korea Selatan dan China yang dilabel gergasi Asia, antara negara lain yang mengambil bahagian termasuklah Taiwan, India, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Indonesia, Singapura serta Laos.\u201cBagi saya, ini (jumlah penyertaan) satu angka yang cukup baik. Malah, dari segi penganjurannya, saya boleh katakan ACC kali ini lebih baik berbanding edisi 2018 yang turut diadakan di Velodrom Nasional, Nilai.\u201cJadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur ACC 2023, agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu menjayakan kejohanan ini.\u201cSetiap pegawai mahupun petugas-petugas terlibat telah menjalankan tugas dengan cukup profesional kerana bukan mudah untuk mengendalikan kejohanan bertaraf dunia seperti ACC,\u201d ujar Abu Samah.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264518/berita/sukan/tonik-semangat-buru-slot-paris-2024", "article_title": "Tonik semangat buru slot Paris 2024", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara memperoleh suntikan semangat tambahan apabila disenaraikan ke dalam program Road To Gold (RTG) bagi misi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, berita gembira itu mengujakan para pemain yang ketika ini berada di Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India Ogos depan.\u201cTerima Kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Jawatankuasa RTG bersetuju untuk pasukan hoki lelaki negara dimasukkan ke dalam program RTG.\u201cBerita gembira ini pastikan akan menyemarakkan lagi semangat pasukan dalam memburu slot untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 selepas kali terakhir layak pada tahun 2000 di Sydney.\u201cPemain-pemain memang teruja kerana ia berita penyuntik semangat dan sebagai tonik tambahan untuk misi pada Sukan Asia dan seterusnya intai tiket ke Olimpik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Hannah pada Isnin mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.Justeru, Mirnawan mengingatkan para pemain skuad Malaysian Tigers untuk memberikan yang terbaik buat negara bagi memastikan tiket buat Malaysia di Paris tahun depan.\u201cPara pemain dan pasukan perlu sedar yang kita ada tanggungjawab yang lebih besar apabila berada dalam program RTG.\u201cPeluang pertama untuk layak adalah memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou September depan.\u201cMenerusi sokongan dan bantuan daripada program RTG mendorong pasukan untuk merancang dan melakukan persiapan yang lebih rapi. Ini pasti membantu dalam memburu tiket ke Olimpik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264513/berita/sukan/harimau-malaya-ratah-papua-new-guinea", "article_title": "Harimau Malaya ratah Papua New Guinea", "article_text": "SEJARAH tercipta di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu apabila skuad Harimau Malaya membenam Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan sebentar tadi.Pemain sayap lincah Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua berjaya mencuri tumpuan apabila menyumbang empat gol.Penyerang naturalisasi yang juga kapten KL City FC, Paulo Josue turut memahat namanya dalam sejarah baharu bola sepak Malaysia apabila meledak hatrik.Selepas merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon minggu lalu, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utamanya berdepan Papua New Guinea.Namun, Pan-gon tetap memberikan kepercayaan kepada Josue mengetuai jentera serangan Harimau Malaya sambil dibantu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di posisi sayap.Barisan pemain Harimau Malaya meraikan jaringan Safawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.\nFOTO: FB FAMTempoh 45 minit pertama perlawanan menyaksikan Harimau Malaya lebih dominan menerusi beberapa percubaan berbahaya daripada trio di barisan serangan itu.Selepas bertali arus mengasak kubu lawan yang menduduki ranking ke-159 dunia, Harimau Malaya akhirnya berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi sepakan penalti Safawi pada masa kecederaan babak pertama.'Pesta gol' Harimau Malaya bermula pada babak kedua yang menyaksikan Pan-gon membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk Arif Aiman dan Faisal Halim bagi menggantikan Safawi dan Akhyar.Hasilnya Josue menjaringkan gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-52 sebelum Arif Aiman kemudiannya mencipta nama sebagai penjaring berselang lima minit kemudian.Stadium makin gamat dengan sorakan penyokong apabila Faisal menyumbat gol keempat Harimau Malaya dua minit kemudian sebelum Arif Aiman menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-60.Josue kemudiannya melengkapkan hatrik menerusi dua gol pada minit ke-64 dan ke-70 sebelum pemain gantian, Daniel Ting menambah malam gemilang Harimau Malaya dengan gol kelapan enam minit kemudian.Bagaikan belum puas dengan dua gol, Arif Aiman memastikan Harimau Malaya merekodkan kemenangan kedua terbesar dalam sejarah bola sepak negara dengan gol pantas pada minit ke-87 dan 89.Kemenangan ke atas Papua New Guinea itu dianggap yang terbesar pernah direkodkan di bumi sendiri selepas kali terakhir Harimau Malaya 'berpesta gol' ketika membenam Timor Leste 7-1 dalam aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Jun 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264504/berita/sukan/afi-danial-upnm-juara-edisi-sulung-ltdlpt-2023", "article_title": "Afi Danial, UPNM juara edisi sulung LTdlPT 2023", "article_text": "PELUMBA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar muncul juara edisi sulung Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang berakhir di Putrajaya pada Selasa.Pecutan penuh bertenaga pada peringkat terakhir perlumbaan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi ke Putrajaya sejauh 90.3km itu membabitkan seramai 51 pelumba.Laluan perlumbaan membabitkan dua zon pecutan dan dua zon pendakian itu tidak menghalang Afi Danial untuk terus menguasai perlumbaan biarpun diberi saingan sengit hingga ke garisan penamat.Pelumba harapan UPNM yang menguasai Jersi Kuning selaku pendahulu sejak peringkat pertama perlumbaan dari Kolej Komuniti Segamat ke UTeM, Melaka Sabtu lalu itu terpaksa berhempas pulas mengekalkan kayuhan bertenaga untuk muncul juara dengan masa 1 jam 53 minit 20 saat (s).Pelumba dari Kota Tinggi, Johor itu turut merangkul tiga kejuaraan apabila dinobatkan selaku Juara Keseluruhan (Jersi Kuning), Raja Pecut (Jersi Hijau) dan Pelumba Terbaik Bawah 21 tahun (Jersi Putih).\u201cSejujurnya pengalaman bersama skuad Sukma Terengganu sebelum ini banyak membantu meningkatkan prestasi saya sehingga ke hari ini,\u201d katanya.Dalam pada itu, UPNM turut menyapu bersih semua gelaran termasuk Raja Bukit (Jersi Polka Dot) menerusi Ahmad Irfan Abdul Hamid.Kehebatan gandingan tiga serangkai Afi Danial, Ahmad Irfan dan dibantu Muhammad Iqbal Imran membolehkan UPNM muncul juara keseluruhan LTdIPT 2023.Tempat kedua menjadi milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) A, diikuti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketiga.Sebagai rekod, perlumbaan jelajah berbasikal kali pertama anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ini berlangsung sebanyak empat peringkat perlumbaan sejauh 332.7 km.Khaled (tengah) bersama para penerima Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet Sukan SEA 2023 sempena Pelancaran Program Semarak Siswa MADANI di Dewan Zaaba Kementerian Pengajian Tinggi pada Selasa.\u201cAlhamdulillah, impian untuk menganjurkan jelajah ini terlaksana dengan jayanya, banyak cabaran serta kerisauan, tetapi semangat pelumba-pelumba basikal di IPT amat mengagumkan.\u201cSuatu pencapaian yang luar biasa.\u201d kata Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli, yang juga Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Induk LTdIPT 2023.Sementara itu, Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan disertakan dengan Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT di Sukan SEA Kemboja 2023 yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Sejumlah RM64,000 disumbangkan kepada 31 atlet institut pengajian tinggi (IPT) yang berjaya menyumbangkan 20 pingat emas pada kejohanan tersebut.Penerima tertinggi Insentif Kecemerlangan Sukan SEA 2023 ialah Tan Cheong Min daripada Universiti Putra MaIaysia (UPM) bagi acara Nandao-Nangun Wanita dan Nanquan Wanita menerima insentif berjumlah RM4,000.Pada masa masa beberapa orang atlet IPT yang memenangi emas di Sukan SEA 2023 bakal beraksi di Temasya Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2023 selama 12 hari di Chengdu, China pada 28 Julai 2023 hingga 8 Ogos 2023.Antaranya atlet Khiew Hoe Yean (renang), Kimberly Bong (terjun), Andre Anura Anura (olahraga), Grace Wong Xiu Mei (olahraga), Umar Osman (olahraga), Muhammad Syafiq Zuber, Nurul Hidayah dan Jason Loo Jun Wei masing-masing dari acara taekwondo.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264498/berita/sukan/hangzhou-2022-medan-atlet-berkualiti", "article_title": "Hangzhou 2022 medan atlet berkualiti", "article_text": "SUKAN Asia 2022 di Hangzhou, China, September ini tidak boleh dijadikan platform untuk memberikan pendedahan kepada atlet, sebaliknya hanya atlet berpotensi menyumbang pingat kepada kontinjen negara akan dihantar ke temasya tersebut.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ini kerana nisbah pungutan pingat emas bagi setiap atlet berbanding bilangan atlet dihantar dilihat tidak selari dan semakin merosot sejak Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.\u201cDari segi statistik, jika kita lihat pingat emas bagi setiap atlet, kita nampak penurunan dari edisi 2006, kita hantar 244 atlet dapat lapan emas iaitu sekitar 30.5 atlet bagi setiap emas.\u201cEdisi 2010 (Guangzhou, China) pula 333 atlet, sembilan emas, sekitar 37 atlet bagi setiap emas. Edisi 2014 (Incheon, Korea Selatan) 277 atlet, lima emas bersamaan 55.4 atlet setiap emas dan edisi 2018 (Jakarta-Palembang, Indonesia) pula 417 atlet, tujuh emas bersamaan 59.7 atlet bagi setiap emas,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur pada Selasa.Justeru, Mohamad Norza berkata, jawatankuasa berkenaan menetapkan kriteria ketat bagi memastikan atlet yang benar-benar berkualiti dapat membawa cabaran negara di China.Jelas beliau, atlet atau pasukan yang mendapat senarai kedudukan empat teratas di peringkat Asia sejak 2018 tersenarai dalam Kategori A (kos ditanggung sepenuhnya), manakala meraih kedudukan enam teratas berbanding lapan sebelum ini dibenarkan bertanding di bawah Kategori B (kos ditanggung persatuan dan dipulangkan jika menang pingat).Berdasarkan mesyuarat pertama jawatankuasa itu, Mohamad Norza berkata, setakat ini seramai 115 atlet disenaraikan dalam kategori A, manakala 98 lagi diletakkan di bawah Kategori B.\u201cJadi, kesemuanya ada 213 atlet setakat ini dan sekiranya kita sasar tujuh pingat emas (Sukan Asia 2022), kami mengambil perhatian kira-kira 30 atlet untuk setiap emas dan ia adalah sama dengan kadar nisbah edisi 2006,\u201d katanya sambil menambah, tarikh tutup penyerahan nama atlet ke Sukan Asia 2022 pada 15 Julai ini.Walaupun menghantar kontinjen agak kecil, Mohamad Norza berkata, Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England menjadi contoh terbaik nisbah emas dimenangi seimbang dengan jumlah penyertaan atlet yang menyaksikan Malaysia meraih satu emas bagi setiap 14 atlet menerusi 104 atlet dan tujuh pingat emas dimenangi secara keseluruhan.Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menyokong penuh pendirian jawatankuasa pemilihan atlet dalam menetapkan syarat ketat ke Sukan Asia kali ini.Malah, Ahmad Shapawi mengingatkan mereka yang bakal beraksi di temasya empat tahun sekali itu terutama bagi Kategori A agar tidak mengambil mudah peluang sedemikian kerana perlu membuktikan bahawa segala bentuk kemudahan dinikmati sememangnya layak diterima.\u201cYang penting Sukan Asia bukan medan pendedahan tetapi medan pertempuran,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264459/berita/sukan/kbs-perhalusi-langkah-perkenal-e-sukan-di-sekolah", "article_title": "KBS perhalusi langkah perkenal e-sukan di sekolah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhalusi langkah memperkenalkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai antara aktiviti sukan di peringkat sekolah.Menterinya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, perkara itu masih di peringkat awal dengan mengambil kira keperluan serta potensi e-sukan dapat diperkembangkan secara meluas di premis pendidikan tersebut.\"Saya faham dengan adanya e-sukan digazetkan sebagai antara 103 sukan sudah tentu akan ada perbincangan di peringkat akar umbi untuk wujudkan pertandingan kecil membabitkan sukan itu di sekolah.\"Penyenaraian e-sukan sebagai satu sukan merupakan pengiktirafan penting. Namun kita tak boleh pastikan sukan ini boleh masuk di semua sekolah kerana bukan semua sekolah merupakan juara dalam e-sukan,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) di Hab ESI, di Puchong dekat sini pada Selasa.Hannah berkata, langkah memperkenalkan e-sukan dalam masa sama akan diperbanyakkan dengan penganjuran pelbagai kejohanan setelah e-sukan disahkan membuat penampilan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.Terdahulu, NESDEG dilancarkan secara rasmi sebagai panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri e-sukan.Enam teras utama di bawah NESDEG turut diumum meliputi pelbagai skop penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan iaitu pengurusan kontrak pemain, tadbir urus penganjuran acara dan memantau serta melindungi kanak-kanak.Ia turut membabitkan tatakelakuan dan etika, garis panduan laluan kerjaya serta aplikasi sains dan perubatan sukan dalam e-sukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264452/berita/sukan/rtg-jambatan-tze-yong-rebut-slot-olimpik", "article_title": "RTG jambatan Tze Yong rebut slot Olimpik", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang baru disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) bertekad untuk 'mencuri' satu daripada dua slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Tze Yong mahu memanfaatkan peluang tersebut bagi memastikan Malaysia memiliki dua wakil perseorangan lelaki di Paris nanti bersama pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia yang turut berada dalam RTG.\u201cSaya perlu mara sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dan separuh akhir pada kejohanan akan datang untuk berada dalam kelompok 16 teratas dunia bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.\u201cSudah tentu harapan supaya saya dan Zii Jia dapat layak ke Olimpik kerana peluang lebih besar jika ada dua wakil. Bagaimanapun, saya percaya ia bukan perkara mudah kerana semua pemain pun akan bersaing untuk ke Olimpik,\u201d katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Selasa.Jawatankuasa RTG pada Isnin mengumumkan Tze Yong serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dimasukkan dalam program tersebut bagi membantu mereka dalam saingan kelayakan ke Olimpik.Tze Yong yang menghuni ranking ke-21 dunia berkata, bantuan yang akan diterimanya selepas ini lebih spesifik bagi membantu dia melakukan proses pemulihan, berbeza berbanding dengan perkhidmatan terdahulu.\u201cSecara jujur, saya tidak sangka dapat masuk dalam RTG kerana sebelum ini mereka kata perlu berada dalam ranking 10 teratas dunia. Saya akan dapat lebih banyak bantuan untuk bantu saya layak ke Olimpik.\u201cSaya akan menerima khidmat sokongan spesifik daripada segi fisioterapi termasuk tukang urut. Sebelum ini, kadang-kadang ia (bantuan) tidak pasti apabila kurang orang pergi (kejohanan).\u201cApabila masuk RTG, akan dapat kelebihan ini. RTG ada pasukan (sokongan) sendiri dan akan pergi ke setiap kejohanan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264443/berita/sukan/azeem-dibenarkan-pulang-jalani-latihan-pusat-di-malaysia", "article_title": "Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia", "article_text": "PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dibenarkan pulang ke tanah air untuk menyertai kem latihan kontinjen negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 23 September hingga 8 Oktober ini.Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim mengesahkan khabar berkenaan berkata, atlet berusia 19 tahun itu akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.\"Azeem akan balik berlatih di sini dalam masa terdekat. Kita belum pasti tiket penerbangan pulang bila tapi kita harap dia bersama-sama kontinjen ke Bangkok.\"Azeem dapat lampu hijau daripada universitinya ke Bangkok, dan akan terus ke Sukan Asia,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2023 di sini pada Selasa.Muhammad Azeem yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn dilaporkan berkemungkinan kembali ke tanah air untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai.Mengulas mengenai pemilihan atlet ke Sukan Asia di Hangzhou, Norhayati berkata, pihaknya masih menunggu keputusan akhir mengenai jumlah sebenar atlet yang akan menggalas cabaran negara di temasya empat tahun sekali itu.Beliau berkata, setakat ini seramai 21 atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia iaitu lima atlet dalam Kategori A manakala selebihnya Kategori B.\"Itu hanya jangkaan awal dan kita berharap ada pertambahan atlet selepas Kejohanan Olahraga Asia,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264434/berita/sukan/pkbm-dapat-tabik-hormat-anjur-acc-2023", "article_title": "PKBM dapat 'tabik hormat' anjur ACC 2023", "article_text": "PENGANJURAN Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berakhir di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan, pada Isnin menerima maklum balas positif daripada kesemua negara bertanding.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, penganjuran ACC itu turut disertakan 'tabik hormat' kepada Malaysia selaku tuan rumah oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).\"Syukur Alhamdulillah apabila kita sekali lagi berjaya menganjurkan ACC selepas 2018. Selaku Presiden, saya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran ACC kali ini bermula hari pertama hingga hari terakhir.\"Saya juga berjumpa dengan presiden dan juga wakil persekutuan berbasikal daripada beberapa negara lain yang mana mereka gembira dengan apa yang kita lakukan sepanjang enam hari ACC berlangsung,\u201d katanya dalam kenyataan, pada Selasa.Penganjuran ACC 2023 bermula 14 Jun lepas, melibatkan penyertaan hampir 500 pelumba termasuk kira-kira 60 pelumba para daripada keseluruhan 17 negara termasuk Malaysia.Selain Jepun, Korea Selatan dan China yang dilabel gergasi Asia, antara negara lain yang mengambil bahagian termasuk Taiwan, India, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Indonesia, Singapura dan Laos. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": "NOZINA YAHAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264433/berita/sukan/tiada-penambahan-pemain-nsfc-pada-jendela-perpindahan-kedua", "article_title": "Tiada penambahan pemain NSFC pada jendela perpindahan kedua", "article_text": "KELAB Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengumumkan tiada penambahan pemain bagi jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.NSFC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada bakat baharu skuad Piala MFL (B-23) membuktikan kebolehan pasukan.Selain itu, NSFC juga mencapai persetujuan bersama pemain import dari Brazil, Vinicius Leonel Da Silva untuk menamatkan kontraknya lebih awal selepas menerima laporan prestasi kurang memuaskan daripada Ketua Jurulatih, K Devan.\"Pihak pengurusan NSFC sedia maklum berkenaan prestasi terkini pasukan yang kini menduduki tangga kesembilan. Sejak 2021, kelab memberikan kuasa penuh kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan berkenaan pemilihan pegawai teknikal dan pemain tanpa campur tangan mana-mana pihak.\"Pengagihan tanggungjawab yang sama juga membolehkan pasukan NSFC menduduki tempat keempat liga pada musim lepas. Pihak kelab mengakui persediaan pasukan bagi tahun ini agak lewat kerana kekangan kewangan dihadapi bagi musim 2023,\u201d menurut kenyataan itu.Bagaimanapun, pihak kelab sedaya upaya berusaha memastikan NSFC dapat menampilkan lima pemain import walaupun pada awalnya keputusan dibuat hanya tiga pemain import sahaja.Skuad Jang kini mempunyai empat pemain import iaitu Anselmo Arruda da Silva dari Brazil; Levy Clemen Madinda dari Gabon (pemain tengah); Mark Herold Goulon dari Perancis (pertahanan) dan Muhammad Safuwan Baharudin dari Singapura (pertahanan).Setelah mengharungi 14 perlawanan saingan liga musim ini, NSFC menghuni tangga kesembilan dengan 18 mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264428/berita/sukan/psm-yakin-pertahan-emas-di-sukan-asia", "article_title": "PSM yakin pertahan emas di Sukan Asia", "article_text": "PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) yakin mampu mempertahankan pingat emas acara regu lelaki di Sukan Asia 2022 yang dijadualkan pada 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, prestasi dipamerkan skuad negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bulan lepas yang berjaya menewaskan musuh tradisi Thailand, menjadi kayu pengukur untuk menetapkan sasaran emas itu.\u201cKali ini kami akan cuba sedaya upaya kekalkan emas (Sukan Asia)... bila lihat acara regu berpasukan (Sukan SEA) regu pertama dapat kalahkan regu pertama Thailand namun nasib tidak menyebelahi kita (tewas dua perlawanan berikutnya),\u201d katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur pada Selasa.Pada Sukan SEA 2023, skuad sepak takraw negara bermula cemerlang apabila regu yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Mohamad Azlan Alias dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menewaskan Jirasak Pakbuangoen, Kritsanapong Nontakote dan Yodsawat Uthaijaronsri 13-21, 21-17, 21-18 pada perlawanan pertama.Bagaimanapun, kecemerlangan regu pertama negara itu gagal diteruskan dua lagi regu sekali gus menyaksikan Thailand menang 2-1.Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas menundukkan Kemboja 3-0.Pada masa sama Mohd Sumali berkata, PSM menyasarkan pingat perak bagi acara regu berpasukan lelaki.Pada edisi 2018 di Indonesia, skuad negara dibarisi Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias menamatkan kemarau emas sepak takraw selama 24 tahun selepas menewaskan tuan rumah di pentas akhir.Sementara itu, Mohd Sumali tidak menolak kemungkinan PSM akan mengekalkan 70 hingga 80 peratus pemain yang disenaraikan di Sukan SEA 2023 untuk menggalas cabaran negara di Sukan Asia kali ini.Namun katanya, peluang masih terbuka bagi pemain lain untuk disenaraikan dan pihak kejurulatihan akan menilai prestasi pemain yang beraksi di Liga Sepak Takraw (STL) serta Piala Raja Thai, bulan depan.Bagi skuad wanita pula jelas Mohd Sumali, PSM bercadang untuk menghantar pemain beraksi dalam acara regu dan kuadran.Menurutnya, MOM telah menetapkan tarikh akhir penyerahan nama pemain ke Sukan Asia 2022 pada 15 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264413/berita/sukan/brm-fc-tarik-diri-liga-kejuaraan-mbsb-bank", "article_title": "BRM FC tarik diri Liga Kejuaraan MBSB Bank", "article_text": "KUALA KANGSAR BRM FC (KK BRM FC) sah menarik diri selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023.Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara itu selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.\u201cKuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.\u201cKita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.\u201cAFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,\u201d katanya.Tambah Mohd Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, perjalanan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023. akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.\u201cMengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264380/berita/sukan/euro-2024-wales-mahu-layak-secara-merit", "article_title": "Euro 2024: Wales mahu layak secara merit", "article_text": "WALES kekal optimis untuk meraih slot secara automatik ke Kejohanan Euro 2024 biarpun tewas dua kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.Keyakinan itu diluahkan jurulatihnya, Rob Page yang percaya anak-anak buahnya mampu melakukannya dengan baik dalam baki saingan akan datang.\u201cSaya percaya (layak ke Euro secara merit).\u201cBagi menjayakannya kami perlu melakukannya dengan baik,\" katanya yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 aksi sejak Wales layak ke Piala Dunia lalu.Wales tewas kepada Turki 0-2 dalam pertembungan di Samsun untuk mengulangi episod buruk di Armenia minggu lalu yang menyaksikan lawan di ranking ke-97 dunia itu merakam kemenangan 4-2 di Cardiff.Setelah lapan perlawanan, Wales ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Turki dan dua mata di belakang Armenia yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.Pasukan pilihan di peringkat Kumpulan D, Croatia yang bermain kurang dua perlawanan menyamai kedudukan Wales yang memungut empat mata.Wales hampir pasti dijamin tempat play-off menerusi ranking Liga Negara-Negara, tetapi Page menegaskan Wales mampu mara secara automatik.\u201cKem pusat kali ini mengecewakan tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh dikutip daripadanya.\u201cKami akan menanganinya. Kami turun dalam setiap perlawanan untuk menang.\"Ini bermakna adalah sangat penting kami mencapai kemenangan di tempat sendiri dan meraih seberapa banyak mata dari situ,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264378/berita/sukan/piala-fa-jdt-tawar-1000-tiket-buat-penyokong-selangor", "article_title": "Piala FA: JDT tawar 1,000 tiket buat penyokong Selangor", "article_text": "KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) memaklumkan khabar gembira buat penyokong Selangor apabila menawarkan 1,000 tiket untuk menyaksikan aksi separuh akhir Piala FA kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Isnin.Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata, peruntukan itu ada atas dasar semangat kesukanan bagi memeriahkan suasana saingan Piala FA dan jumlah tiket itu adalah seperti yang dipohon pengurusan Selangor FC.\u201cIa atas dasar semangat kesukanan. Diharapkan lebih ramai penyokong pasukan pelawat hadir untuk menikmati suasana stadium yang diiktiraf dunia.\u201cIa juga peruntukan tiket untuk penyokong pasukan pelawat tertinggi pernah diberikan bagi menyaksikan perlawanan di stadium yang serba canggih ini,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.SSI dipilih sebagai `2020 World Stadium of the Year' tiga tahun lalu.Menurut Edwards, sebelum ini tiket terbanyak yang ditawarkan kepada penyokong pasukan pelawat adalah sebanyak 800 keping.Pertembungan skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah bakal menyaksikan kapasiti penuh ketika JDT selaku juara bertahan memburu slot ke pentas final bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264371/berita/sukan/kelab-arab-saudi-intai-kelibat-heung-min", "article_title": "Kelab Arab Saudi intai kelibat Heung Min", "article_text": "KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad masih belum puas dengan pembelian berprofil tinggi, Karim Benzema dari Real Madrid apabila mengintai peluang untuk 'melamar' Son Heung Min dari Tottenham Hotspur.Al-Ittihad dilaporkan merisik penyerang Korea Selatan itu dengan tawaran perjanjian empat tahun dan bayaran gaji 26 juta pound (RM154 juta) semusim.Kelab tersebut dijangka mengemukakan tawaran 51 juta pound (RM302 juta) kepada Tottenham termasuk bonus buat pemain berusia 30 tahun itu.Spurs bagaimanapun dilaporkan akan menolak tawaran terhadap penyerang itu, yang menjadi tonggak utama kelab utara London berkenaan sejak beberapa tahun.Dia meledak 145 gol dalam 372 perlawanan buat Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.Heung Min awal bulan ini mengakui bergelut pada musim lalu kerana terpaksa beraksi dalam kesakitan selama sembilan bulan.Kesukaran dialaminya terbukti apabila Spurs beraksi hambar musim lalu dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan.Sekiranya berhijrah ke Al-Ittihad, Heung Min akan bersatu semula dengan bekas pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo yang membimbing kelab Arab Saudi itu merangkul kejuaraan musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264354/berita/sukan/kepahlawanan-saka-julang-england", "article_title": "Kepahlawanan Saka julang England", "article_text": "HATRIK Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Old Trafford pada Selasa sekali gus kemenangan keempat berturut-turut.Selain tiga gol bintang Arsenal pada minit ke-38, 47 dan 51 itu, kapten The Three Lions Harry Kane turut melebarkan jaringan minit ke-29 dan 73 untuk negaranya, manakala dua gol lagi disumbangkan Marcus Rashford (minit ke 45) dan Kalvin Phillips (64).\"Ini adalah perasaan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Tiada apa yang boleh saya katakan untuk menggambarkan kegembiraan.\"Ia adalah musim yang sangat panjang. Saya tidak boleh menamatkannya dengan cara yang lebih baik dan masa untuk berehat dan berehat.\"Kami benar-benar gembira dengan cara para penyokong berubah dalam menyatakan sokongan,\" kata Saka.Sebagai rekod, Saka, 21 tahun adalah pemain Arsenal pertama yang menjaringkan hatrik untuk England dan yang termuda sejak Theo Walcott ketika menentang Croatia pada 2008.Kemenangan England itu mencerahkan peluang pasukan tersebut menyambar slot pusingan akhir tahun depan selepas mengumpul 12 mata sempurna.Ukraine di tangga kedua dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan diikuti Itali ketiga, dua mata kurang satu perlawanan berbanding pesaing mereka.Dalam pada itu, pengendali England, Gareth Southgate memuji prestasi hebat Saka walaupun mengalami kecederaan achilles yang menyuramkan persembahan bersama The Three Lions.\"Dia mengalaminya selama beberapa minggu. Ia kecederaan yang hanya perlu lebih bijak untuk diuruskan. Dan apabila anda melalui perlawanan terbaik dalam hidup anda, ia adalah peringatan bahawa ia berbaloi untuk melalui perkara ini,\" kata Southgate semasa sidang akhbar.Mbappe lebarkan rentak kemenangan GreeceDalam perkembangan berasingan, bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe membantu Perancis mengekalkan rekod sempurna kelayakan Euro 2024 Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Greece yang beraksi 10 pemain di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Paris pada Selasa.MbappeMalah, jaringan penalti Mbappe pada minit ke-55 separuh masa kedua menyaksikan bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu muncul penjaring terbaik Perancis sepanjang musim dengan 54 gol untuk kelab dan negara dalam 58 perlawanan, mengatasi Just Fontaine pada 1957-58.Greece kendalian Gus Poyet terpaksa beraksi 10 pemain selepas Konstantinos Mavropanos dibuang padang pada minit ke-69 selepas gol Mbappe.Gol itu juga membantu penyerang PSG tersebut menyamai pencapaian penyerang Norway dan Manchester City, Erling Haaland yang akan berpeluang menamatkan penjaring terbanyak dalam kalangan mereka yang bermain dalam lima liga teratas Eropah apabila menentang Cyprus pada Rabu.Tiga mata diraih Les Parisian itu kendalian Didier Deschamps membolehkan naib juara Piala Dunia Qatar 2022 berkenaan mendahului Kumpulan B dengan 12 mata, enam mata di depan Greece di tempat kedua.Anak buah Deschamps akan menentang Republik Ireland dalam perlawanan berikutnya di Stadium Parc des Princes, Paris pada 8 September depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:26am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264350/berita/sukan/saya-tidak-kejar-rekod-rekod-kejar-saya---ronaldo", "article_title": "'Saya tidak kejar rekod, rekod kejar saya' - Ronaldo", "article_text": "PENYERANG sensasi Cristiano Ronaldo tidak akan berputus asa bermain untuk Portugal ketika pemain itu bersedia membuat penampilan antarabangsa ke-200 menentang Iceland dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik.Pemain berusia 38 tahun itu mencipta rekod antarabangsa lelaki baharu apabila memenangi cap ke-197 menentang Liechtenstein pada Mac.\u201cSaya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.\u201cMencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,\u201d katanya pada sidang media di Reykjavik menjelang perlawanan pada Rabu.Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sejak Roberto Martinez mengambil alih tugas sebagai pengendali Portugal awal tahun ini.Namun Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam kemenangan bergaya Portugal 3-0 ke atas Bosnia & Herzegovina minggu lalu.\"Sesungguhnya adalah amat menakjubkan untuk menobatkan perlawanan antarabangsa ke-200 saya dengan gol.\u201cSaya tidak mengejar rekod, mereka mengejar saya. Saya gembira kerana ia adalah sebahagian daripada motivasi untuk terus berada di peringkat tertinggi bersama pasukan.\u201cIa sesuatu yang saya tidak pernah fikir akan dicapai,\u201d kata Ronaldo, penjaring rekod antarabangsa pemain bola sepak lelaki sepanjang zaman dengan 122 gol.Dalam pada itu, Martinez mengesahkan bahawa penyerang itu yang kini bermain untuk Al-Nassr di Arab Saudi akan memulakan permainan berdepan Iceland.\u201cSeorang pemain mencapai 200 perlawanan, itu unik. Ia satu kebanggaan untuk bola sepak Portugal,\u201d kata bekas pengendali Belgium itu.Sebagai rekod, Portugal di landasan terbaik ke Euro Jerman 2024 apabila menduduki tangga teratas Kumpulan J selepas menjaringkan 13 gol tanpa bolos dalam tiga kemenangan berturut-turut.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264333/berita/sukan/aaron-wooi-yik-bertambah-baik-agresif", "article_title": "Aaron-Wooi Yik bertambah baik, agresif", "article_text": "PERUBAHAN ketara dipamerkan oleh beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan sebelum ini disifatkan sebagai sesuatu yang positif.Malah, pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky mengakui gembira dengan perkembangan itu dan percaya Aaron-Wooi Yik semakin mengakhiri kemarau kejuaraan terbuka pertama mereka\u201cPermainan Aaron-Wooi Yik bertambah baik sejak dari Terbuka Singapura, manakala dalam Terbuka Indonesia, kita dapat lihat mereka agak agresif.\u201cIni adalah petanda positif apabila mereka lebih konsisten berdepan pasangan teratas. Mereka mungkin kalah (Ahad) tetapi saya percaya kemenangan itu tidak jauh,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik mengakhiri kempen Terbuka Indonesia dengan gelaran naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir di Stadium Istora, Senayan pada Ahad.Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-17, 21-18, sekali gus menjadi kekalahan pertama dalam sembilan pertemuan sebelum ini.Dalam pada itu, Rexy menegaskan tumpuan terhadap gandingan ranking ketiga dunia itu kini adalah untuk meningkatkan kekuatan individu masing-masing.\u201cKami perlu bantu mereka mencari jalan untuk mengubah perlawanan ketika kedua-duanya berada di bawah tekanan.\u201cKedua-duanya mesti sama baik dalam serangan dan pertahanan dan aspek lain seperti servis, permainan gelanggang hadapan dan kemahiran dan taktik lain.\u201cMereka telah menunjukkan banyak peningkatan sejak kebelakangan ini dan kami perlu meneruskannya momentum ini,\u201d katanya.Sementara itu, Rexy memaklumkan Aaron-Wooi Yik akan dipersiapkan untuk mengharungi tiga kejohanan dalam masa terdekat selepas Terbuka Indonesia.\u201cTumpuan selepas ini adalah Terbuka Korea, Terbuka Jepun diikuti Terbuka Australia,\u201d katanya.Ditanya mengenai pendekatan diambilnya dalam memastikan Aaron-Wooi Yik berada tahap kecergasan terbaik dan mengelak risiko kecederaan Rexy berkata, \u201cSaya sering mengingatkan mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup.\u201cSelain itu, mereka perlu amalkan permakaman yang bergizi dan banyakan lakukan regangan fizikal,\" ujarnya", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264329/berita/sukan/suara-hati-kecil-jelitawan-raducanu", "article_title": "Suara hati kecil jelitawan Raducanu", "article_text": "EMMA Raducanu pemenang sensasi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 pada usia 18 tahun itu mengakui kejayaan dan kemasyhuran segera selepas menjuarai Grand Slam memberikan tekanan kepadanya.Malah, bintang tenis berusia 20 tahun yang kini menduduki ranking ke-128 dunia menegaskan ada ketikanya dia berharap tidak menjuarai Grand Slam sebelum ini.\u201cSejujurnya saya amat meraikannya ketika menjuarai Grand Slam sebelum ini, kerana kejuaraan itu telah benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenis saya.\u201cNamun sejak mengalami beberapa kecederaan, kemerosotan mula melanda saya satu demi satu. Biarpun begitu saya tetap tabah dan bertoleransi tinggi, tetapi sejujurnya bukan sesuatu yang mudah. \u200b\u200b\u201cKadang-kadang saya berfikir sendiri dan berharap saya tidak pernah memenangi Terbuka Amerika Syarikat,\u201d ujarnya.Emma Raducanu mengakui gelaran juara dimilikinya benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenisnya.Raducanu sebelum ini menjulang kejuaraan Grand Slam 2021 dengan bergaya, tanpa kehilangan satu set pun dalam sembilan perlawanan sebelum ke perlawanan akhir.Mengakui kemenangan itu datang dengan pujian, namun Raducanu mendedahkan bahawa dunia sukan berprestij itu sarat dengan segala berkemungkinan.\u201cSememangnya, saya perlu matang dengan cepat kerana apabila menang saya sangat naif.\u201cApa yang saya sedar dua tahun lalu, siri jelajah dan segala yang datang dengannya, ia bukanlah ruang yang sangat bagus, boleh dipercayai dan selamat.\u201cAnda perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dalam industri, terutamanya ketika berumur 19, sekarang 20.\u201cNamun saya telah belajar, dan kekalkan dalam kalangan kelompok sekecil mungkin,\u201d katanya yang kini tanpa bimbingan daripada mana-mana jurulatih sejak berpisah dengan Sebastian Sachs.Sebagai rekod, Raducanu terlepas Terbuka Perancis tahun ini dan tidak menyertai Wimbledon kerana masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan pada pergelangan tangan dan buku lalinya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264334/berita/sukan/argentina-tanpa-messi-tetap-padu-di-indonesia", "article_title": "Argentina tanpa Messi tetap padu di Indonesia", "article_text": "JUARA dunia, Argentina tanpa kelibat kapten berpengaruh, Lionel Messi berjaya menjinakkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, pada Isnin.Malah tanpa kelibat Messi, pemenang Ballon d'Or tujuh kali dan pemain baharu kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami, aura lebih 60,000 para penyokong skuad Garuda berjaya membentuk lautan baju merah.Argentina memberikan tekanan sejak dari sepak mula, menguasai bola ketika Indonesia mengharungi badai setengah jam pertama jelmaan skuad La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni tersebut.Gol dicari Argentina akhirnya hadir menerusi pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Leandro Paredes pada minit ke-38 selepas menterjemah bantuan gol Exequiel Palacios sekali gus merobek pertahanan ampuh anak buah Shin Tae-yong tersebut.Paredes antara pencetak gol ketika Argentina menewaskan Indonesia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno pada Isnin.Separuh masa kedua tuan rumah yang berstatus ranking ke-149 dunia berusaha kembali dalam permainan dengan membawa masuk beberapa pemain gantian.Bagaimanapun, Argentina kembali melebarkan pendahuluan hasil sentuhan Cristian Romero yang menyudahkan bantuan gol daripada Giovani Lo Celso pada minit ke-55.Selain Messi, kunjungan Argentina ke Indonesia juga tanpa kelibat beberapa tonggak termasuk pemain tengah Juventus, Angel Di Maria dan pertahanan Benfica, Nicolas Otamendi.La Albiceleste sebelum berkunjung ke Jakarta, telah menewaskan Australia, 2-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Beijing minggu lalu, dengan Messi menjaringkan gol terpantas dalam kariernya.Dalam pada itu, Scaloni mengakui Argentina berdepan kesukaran untuk mengalahkan Indonesia terutamanya dengan gaya permainan dipamerkan skuad Garuda tersebut.Biarpun begitu Scaloni tetap memuji Julian Alvarez dan para pemain Argentina lain apabila menampilkan permainan terbaik masing-masing dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.\"Ya, seperti yang saya jangkakan sebelum ini bahawa ia bukan merupakan satu perlawanan yang mudah berdepan Indonesia.\"Namun saya gembira apabila para pemain telah melakukan yang terbaik tambahan pula Argentina tampil ke Jakarta tanpa beberapa pemain utama,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264323/berita/sukan/upnm-kekal-penguasaan-peringkat-ketiga-ltdlpt-2023", "article_title": "UPNM kekal penguasaan peringkat ketiga LTdlPT 2023", "article_text": "UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meneruskan penguasaan saingan Le Tour de IPT (LTdlPT) 2023 apabila mengungguli peringkat ketiga pada Isnin.Namun kali ini giliran pelumba jersi 55, Ahmad Irfan Abdul Hamid apabila menguasai laluan sejauh 84.5 kilometer (km) dari Politeknik Port Dickson hingga Universiti Putra Malaysia (UPM).Pecutan bertenaga Ahmad Irfan membolehkannya melakarkan catatan masa 2 jam 7 minit 12 saat (s) dalam perlumbaan sengit berkenaan sekali gus mengekalkan jersi Polka Dot (Raja Bukit).Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aniq Najmuddin Md Sufian dari Universiti Teknologi Mara A (2:07:12s) diikuti ketiga pelumba Malaysian University Cycling Team B, Muhamad Firas Aliyan Ismail (2:07:12s).Sementara itu, pemenang dua peringkat terawal dari UPNM, Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar menduduki tempat kelapan dengan catatan 2 jam 9 minit 38 saat.Keputusan peringkat ketiga tidak menjejaskan status pelumba jersi 56 itu yang masih mengekalkan Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat ketiga, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut).Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli berkata, \u201cSaya sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba muda IPT walaupun ini edisi pertama, mereka nampak matang walaupun masih kurang pengalaman.\u201dSaingan seterusnya pada Selasa merupakan peringkat keempat sejauh 83.5km bermula dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi hingga Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264316/berita/sukan/zahid-harap-azizulhasni-teruskan-usaha-raih-emas-pertama-olimpik", "article_title": "Zahid harap Azizulhasni teruskan usaha raih emas pertama Olimpik", "article_text": "TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus berusaha bagi mendapatkan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan mengucapkan tahniah kepada The Pocket Rocketman yang telah menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai.\"Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau ini dan atlet-atlet sukan lain yang sentiasa berusaha gigih mengharumkan nama Malaysia di arena sukan antarabangsa.\"Tahniah semuanya! Malaysia berbangga,\u201d kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Isnin.Pada ACC 2023 yang menutup tirai hari ini, Mohd Azizulhasni, 35, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila meraih gelaran berganda menerusi acara pecut, Rabu lepas dan keirin semalam, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.Sementara itu, Ahmad Zahid juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang telah menamatkan penantian tujuh tahun untuk meraih gelaran di pentas Asia selepas mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) hari ini.Pelumba berusia 25 tahun itu mencatatkan satu minit 00.559 saat pada final sekali gus mengakhiri kemarau lebih sedekad Malaysia untuk gelaran tersebut selepas kejayaan Mohd Edrus Yunus pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni congak langkah ke ParisSaya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila' - AzizulhasniAzizulhasni sambar emas ke-12", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264310/berita/sukan/shah-firdaus-dapat-basikal-baharu-sebelum-sukan-asia---beasley", "article_title": "Shah Firdaus dapat basikal baharu sebelum Sukan Asia - Beasley", "article_text": "KETUA Jurulatih Berbasikal Trek Negara, John Beasley menyatakan bahawa Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan menerima basikal baharu sebelum Sukan Asia Hangzhou, yang dijadualkan dari 23 September hingga 8 Oktober.Beasley berkata, beliau akan berasa gembira jika versi baharu basikal WXR-Vorteq, akan siap sebelum Kejohanan Dunia dari 3-13 Ogos di Glasgow, Scotland, namun baginya sebelum Sukan Asia merupakan tarikh yang lebih realistik.\"Shah Firdaus rosakkan dua basikal pada dua perlumbaan terakhir. Sebelum ini, berlaku banyak kemalangan tetapi tiada yang rosak, tetapi pada dua kemalangan terakhir, dua basikal telah rosak, jadi ia cuma nasib tidak baik. Kami ada sedikit peruntukan, jadi kita akan pastikan untuk mendapatkan beberapa buah basikal lagi.\"Beliau rosakkan basikal projek dua dan tiga, tetapi kita akan ada basikal projek empat tidak lama lagi. Ia direka bentuk dalam cara yang membolehkan kami melakukan pembaikan dari semasa ke semasa,\u201d katanya kepada pemberita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, di sini pada Isnin.Shah Firdaus, 27, kehilangan basikal keduanya berturut-turut semalam, selepas terlibat dalam kemalangan ketika separuh akhir keirin lelaki, namun menunjukkan semangat melawan yang baik untuk mengayuh basikal yang rosak untuk layak ke peringkat akhir.Beliau kemudiannya menggunakan basikal versi prototype untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 (projek satu) bagi memenangi pingat gangsa, manakala Datuk Mohd Azizulhasni menang emas.Sebelum ini, Shah Firdaus kehilangan basikalnya di Siri Piala Trek Antarabangsa Hong Kong, bulan lepas.Dilaporkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk basikal digunakan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, yang dibangunkan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi kerjasama dengan Vorteq dan Worx Bikes untuk Olimpik Tokyo menelan belanja kira-kira RM13 juta, dengan setiap basikal bernilai kira-kira RM300,000. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264302/berita/sukan/gandingan-senior-muda-taruhan-papua-new-guinea", "article_title": "Gandingan senior, muda taruhan Papua New Guinea", "article_text": "PAPUA New Guinea berazam memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada pertemuan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.Susulan keputusan seri 2-2 berdepan Singapura pada aksi persahabatan di negara berkenaan Jumaat lalu, PNG tidak sabar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.Bagaimanapun pengendali Papua New Guinea, Harrison Kamake berkata, keputusan malam esok bergantung kepada kemampuan pasukan gabungan pemain muda dan senior melaksanakan pendekatan taktikal yang diatur.\u201cKami sudah cukup bersedia dan positif untuk berdepan dengan skuad Harimau Malaya..keputusan bergantung kepada pendekatan kepada perlawanan ini.\u201cTetapi kami menghormati semua pemain Malaysia, kami tahu cara mereka bermain. Malaysia mempunyai pemain yang cukup berkualiti terutama kapten (pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim),\u201d katanya pada sidang akhbar pada Isnin.Pertemuan esok adalah kedua dalam siri aksi persahabatan antarabangsa selepas Harimau Malaya membenam Kepulauan Solomon 4-1 di venue sama, Rabu lalu.Harimau Malaya kini memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 di Johor, Mac lalu.Berdasarkan rekod dengan PNG, Malaysia telah memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan yang sama.Hanya lima pemain daripada skuad 2016 kekal dalam pasukan Papua New Guinea sekarang termasuk kapten Raymond Gunemba yang menjaringkan gol penyamaan kedua menentang Singapura.Selain menyedari keupayaan skuad Harimau Malaya, Gunemba percaya rakan sepasukannya yang bermotivasi tinggi mampu mempamerkan aksi berkualiti untuk memberi saingan sengit.\u201cSelepas menonton perlawanan tuan rumah menentang Kepulauan Solomon, saya rasa standard skuad Harimau Malaya meningkat berbanding skuad 2016. Kini mereka memiliki pemain berkualiti dan kami perlu bersedia dengan baik untuk cabaran sukar esok,\u201d kata penyerang berusia 37 tahun itu.Malaysia kini berada di ranking ke-138 dunia manakala Papua New Guinea di kedudukan ke-159.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264303/berita/sukan/olimpik-paris-aura-pearly-thinaah-mampu-hadirkan-malaysia-emas", "article_title": "Olimpik Paris: Aura Pearly-Thinaah mampu hadirkan Malaysia emas", "article_text": "GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, semakin berbisa apabila mampu menempuh rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan dalam beberapa siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) baru-baru ini.Pendapat itu dilontarkan bekas pemain beregu wanita negara Woon Khe Wei yang merasakan juara Terbuka Perancis 2022 itu, mampu menghadirkan kilauan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berdasarkan rentak persefahaman yang ditonjolkan mereka.Bagaimanapun Khe Wei, menasihatkan Pearly untuk menguatkan jisim otot badannya dan mengambil pemakanan yang baik, bagi mengurangkan kecederaan yang sering membelenggu pemain berusia 23 tahun itu.\u201cSaya rasakan mereka berada dalam keadaan terbaik dan saya suka cara mereka (Pearly-Thinaah) bermain, terutamanya saya dapat lihat Thinaah telah meningkat dengan banyak dari segi bertahan. Mereka lebih kuat dan boleh dapat mata dengan mudah, jadi mereka sebabkan pasangan lain sukar berhadapan dengan mereka.\u201cSaya tahu ketika Terbuka Malaysia, hampir kesemua perlawanan kira-kira satu jam setengah dan ia bukan suatu yang mudah untuk mereka pulih semula dalam tempoh singkat. Oleh kerana Pearly lebih kurus menyebabkan tempoh pemulihannya ambil lebih banyak masa,\u201d katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Khe Wei yang pernah bergandingan bersama Vivian Hoo memenangi emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland serta Sukan SEA 2013 di Myanmar berkata ia suatu yang normal bagi atlet badminton melalui proses pemulihan yang lama, selepas berhempas pulas dalam perlawanan rali panjang.Pearly-Thinaah terpaksa mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit pada Masters Malaysia 2023, pada bulan lepas.Pasangan ranking ke-12 dunia itu berjaya meraih pingat perak, selepas ditewaskan beregu kedua terbaik dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan, 20-22, 21-8, 17-21 pada aksi final.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga mengumumkan pasangan itu untuk tidak menyertai Terbuka Indonesia yang berakhir semalam, apabila Pearly mengalami kecederaan siku yang menyaksikan mereka terpaksa menarik diri dari pusingan pertama Terbuka Singapura pada awal bulan ini.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264277/berita/sukan/azeem-tak-dapat-sertai-universiade-chengdu", "article_title": "Azeem tak dapat sertai Universiade Chengdu", "article_text": "HASRAT Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggunakan khidmat jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan, tidak kesampaian.Ketua jawatankuasa persediaan atlet ke Universiade Chengdu, Datuk Dr Pekan Ramli mengesahkan, Muhammad Azeem tidak dapat bersaing di China kerana jurulatihnya Leroy Burrell, mahu memberi tumpuan terhadap proses pemulihan pelari pecut sensasi negara itu, susulan kecederaan pangkal paha kanan dialaminya bulan lepas.Berdasarkan maklumat daripada Burrell, Pekan berkata, amat penting bagi atlet berpangkalan di Amerika Syarikat itu benar-benar fokus bagi memulihkan kecederaan dialaminya, dalam usaha memastikan Muhammad Azeem cergas bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, pada 19 hingga 27 Ogos ini.\"Muhammad Azeem sebenarnya berpotensi menyumbang pingat buat negara sekiranya dapat beraksi di Universiade Chengdu.\"Namun, disebabkan kecederaan Muhammad Azeem, kami terpaksa ubah rancangan asal dan jurulatih Muhammad Azeem pula mahu pastikan beliau bersiap sedia dan fokus pada Kejohanan Olahraga Dunia,\" katanya.Justeru, Pekan yang juga Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT berkata,pihaknya, akan mempertaruhkan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham sebagai pengganti Muhammad Azeem di China.Beliau berkata, Mohammad Thaqif mempunyai catatan peribadi terbaik 10.69 saat (s) yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Hong Kong hujung April lepas.Universiade Chengdu yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 27 Ogos 2021, ditangguh pada tahun ini susulan wabak Covid-19.Selain Kejohanan Olahraga Dunia, Muhammad Azeem yang merupakan pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan catatan 10.09s, dijangka beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Pelajar Universiti Auburn, Alabama itu memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas sekali gus memadam catatan lama 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264272/berita/sukan/tiada-istilah-anak-emas-dalam-program-rtg---hannah", "article_title": "Tiada istilah 'anak emas' dalam program RTG - Hannah", "article_text": "TIADA istilah \u2018anak emas\u2019 dalam program Road To Gold (RTG) yang dibentuk dalam usaha negara meraih emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau menegaskan semua atlet di bawah program berkenaan menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia di temasya berprestij itu.\"Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet berada dalam program ini.\"Servis ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya,\" katanya kepada pemberita selepas mesyuarat RTG pada Isnin.Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa RTG untuk mengekalkan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam program itu meskipun telah tergelincir daripada kedudukan ke-10 dunia berikutan aksi kurang memberangsangkan dipamerkannya.Baru-baru ini, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi susulan prestasi merudum sejak akhir-akhir ini.Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, keputusan mengekalkan pemain ke-11 dunia itu dibuat selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik dan saranan teknikal berdasarkan ranking Road to Paris.Stuart berkata, RTG juga telah menerima cadangan untuk memasukkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke dalam program tersebut berdasarkan pencapaian di kejohanan terbaru yang mereka sertai.Katanya, bagi kedudukan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-18 pula, mereka akan diberi masa sehingga September ini untuk membuktikan prestasi mereka.Sementara itu, Stuart turut mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaru RTG sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2023 September ini.\"Hoki akan menerima sokongan diperlukan ke temasya Sukan Asia yang merupakan medan kelayakan ke Olimpik Paris 2024,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264266/berita/sukan/kbs-komited-bantu-azizulhasni", "article_title": "KBS komited bantu Azizulhasni", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk terus memberi sokongan konsisten kepada jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam misinya memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan.Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara KBS dan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang dipengerusikan menterinya, Hannah Yeoh di Putrajaya pada Isnin.\u201cJawatankuasa telah meluluskan permintaan yang dibuat oleh Datuk Azizulhasni Awang dan komited untuk memastikan sokongan berterusan untuk beliau,\u201d katanya.Sinar Harian pada 8 Jun lalu melaporkan Azizulhasni tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.Mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang buat kali kedua akan turut meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG.Hannah memberitahu, ia melibatkan kriteria atlet yang tersenarai dalam pemenang pingat Olimpik yang lepas, senarai 10 ranking dunia dan RTG akan dipertimbangkan.Katanya, jawatankuasa turut memutuskan bahawa pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia kekal sebagai sebahagian daripada RTG sehingga jawatankuasa berpeluang bertemu dengan jurulatih baharunya Wong Tat Meng.\u201cJawatankuasa akan turut mempertimbangkan untuk memasukkan pemain badminton Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam RTG seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\u201cMengekalkan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sehingga fasa penilaian seterusnya pada September,\" katanya.Hannah turut mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.\u201cMemandangkan skuad hoki lelaki telah tersenarai di dalam ranking ke-10 dunia dan bagi memastikan pasukan itu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou dan seterusnya layak ke Olimpik, mesyuarat jawatankuasa bersetuju untuk memasukkan ke dalam program RTG,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264262/berita/sukan/aaron-wooi-yik-dedah-punca-tewas", "article_title": "Aaron, Wooi Yik dedah punca tewas", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia mendedahkan punca dia dan pasangannya, Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India dalam aksi final Terbuka Indonesia pada Ahad.Aaron memberitahu, sikap gopoh dan tidak tenang ketika beraksi menjadi punca mereka gagal mengatasi cabaran pasangan lawan.Beliau meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sambil mahu menjadikan kesilapan itu sebagai satu perkara positif yang perlu diperbaiki dalam saingan akan datang.\"Kami bermain agak gopoh dan tidak cukup tenang terutama di set pertama apabila pemain lawan mula mengejar.\"Semasa kami berada di depan, mereka berjaya mengutip enam mata secara berturut-turut.\"Berasa kecewa kerana kami sudah melangkah ke final, tetapi tidak dapat membawa pulang pingat emas. Bagaimanapun, masih ada sesuatu yang positif boleh diambil dan kami akan cuba lagi,\" katanya.Dalam aksi final di Istora Senayan, Jakarta, pasangan nombor tiga dunia itu sekali lagi terlepas gelaran pertama BWF selepas kalah 21-17 dan 21-18 kepada Chirag dan Rankireddy.Sementara itu, Wooi Yik berazam untuk terus bekerja keras dan enggan mengalah dalam usaha memburu gelaran sulung Jelajah Dunia sejak digandingkan pada 2017.\"Minta maaf kerana tidak dapat bawa pulang pingat emas, namun ini permulaan terbaik untuk kami jadi lebih baik.\"Kami akan terus bekerja keras untuk dapatkan gelaran pertama Jelajah Dunia,\" ujarnya.Sebagai naib juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang AS$43,750 (RM201,884), manakala Chirag-Rankireddy membawa pulang AS$92,500 (RM426,841).Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Indonesia adalah menerusi gandingan Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari pada 2008 selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264265/berita/sukan/pan-gon-lakukan-perubahan-menjelang-aksi-menentang-papua-new-guinea", "article_title": "Pan-gon lakukan perubahan menjelang aksi menentang Papua New Guinea", "article_text": "SETELAH mencetak kejayaan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon baru-baru ini, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bersedia melakukan beberapa perubahan menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.Pan-gon yang menyifatkan perlawanan itu sebagai eksperimen berkata, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu melihat persaingan dalam kalangan pemain terus meningkat dalam usahanya membentuk skuad terbaik terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.\"Saya mahu menjadikan mereka (pemain) terus bersaing antara satu sama lain. Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka.\"Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga. Jadi semua orang perlu bersaing antara satu sama lain untuk tempat dalam kesebelasan utama dan apabila kita beri mereka peluang untuk bermain, mereka perlu tunjukkan kepada kita bahawa mereka lebih baik daripada pemain lain dalam posisi itu,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di sini pada Isnin.Walaupun ada perubahan dilakukan, Pan-gon berharap anak buahnya terus menerapkan falsafah pasukan, bersikap agresif dan mengawal keseluruhan perlawanan, di samping mengurangkan kesalahan teknikal.\"Kita perlu membiasakan diri mencipta peluang menjaringkan gol dan memaksa lawan melakukan kesilapan...kita juga perlu mengurangkan kesilapan teknikal kecil supaya dapat memberikan permainan lebih baik daripada sebelumnya,\u201d katanya sambil mengesahkan hampir kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan esok.Berdasarkan statistik pertemuan dengan Papua New Guinea, Malaysia menang tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan sama.\"Kita menyaksikan perlawanan mereka (Papua New Guinea) menentang Singapura dan mereka lebih baik daripada yang dijangkakan. Saya tidak peduli dengan sejarah pertemuan lepas, kita mencari kemenangan berturut-turut di laman sendiri, mencipta budaya menang dan membina kubu di laman sendiri. Itu adalah sasaran utama kita,\u201d katanya.Sementara itu, pertahanan negara, Corbin Ong berkata, rakan-rakannya kini lebih fokus kepada usaha pasukan untuk mencapai tahap permainan terbaik berbanding memikirkan tentang lawan.\"Saya rasa di kem ini, kita lebih fokus bagaimana kita hendak bermain, bagaimana kita hendak serang dan bertahan, itu sahaja yang penting.\"Ia akan menjadi permainan yang berbeza, seperti kata jurulatih tumpuan kita adalah kepada karakter, kita mahu jadi agresif dan dominan pada masa sama kita mahu mengurangkan kesilapan. Jadi, daripada bercakap mengenai Papua New Guinea, kita tumpukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri sebagai satu pasukan,\u201d katanya.Berdasarkan ranking dunia, Malaysia menghuni tangga ke-138 manakala Papua New Guinea 159. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264256/berita/sukan/rm69-juta-dilulus-untuk-program-rtg---hannah", "article_title": "RM6.9 juta dilulus untuk program RTG - Hannah", "article_text": "SEJUMLAH RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata, jumlah peruntukan berkenaan diluluskan hari ini oleh mesyuarat kedua Jawatankuasa RTG.\"Untuk sekarang, program bagi kumpulan kali ini, dana mencukupi, kalau ada penambahan atlet, dana akan bertambah,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di sini, pada Isnin.Hannah berkata, mesyuarat itu turut meluluskan elaun khas RTG sebanyak RM3,000 sebulan seorang kepada atlet di bawah program berkenaan yang dibentuk sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam perkembangan lain, koordinator program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, jawatankuasanya bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizuhasni Awang.\"Kami akan beri sebanyak sokongan yang boleh diberi, RTG telah melihat segala keperluannya dan segala perkara yang diminta...(Ia termasuk) permintaan domestik,\u201d katanya.Mohd Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris.Juara dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264233/berita/sukan/emas-ini-ada-makna-istimewa", "article_title": "'Emas ini ada makna istimewa'", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis akhirnya merealisasikan 'impian emas' apabila mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.Fadhil berjaya mengubah kilauan emas daripada perak yang diraihkan dalam dua edisi ACC sebelum ini dengan merekodkan catatan masa 1 minit 00.559 saat di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin.Catatan itu sudah cukup buat Fadhil mengetepikan dua pencabar terdekatnya - Laitonjam Ronaldo dari India (1:00.863s) dan pelumba Korea Selatan, Woorim Choi (1:01.541s).Di sebalik senyuman yang terukir pada wajahnya, Fadhil mendedikasikan kejayaannya itu buat arwah bapanya, Mohd Zonis Mokhtar yang meninggal dunia pada 2019.\u201cEmas ini ada makna istimewa. Saya sudah cuba banyak kali sebelum ini, tetapi tak berjaya. Semalam (Ahad) pula hari bapa dan bapa saya meninggal dunia sejak empat tahu lalu.\u201cMemang niat saya dari dulu untuk mendapatkan jersi ini (Jersi Putih juara Asia) bagi (membalas) segala pengorbanan yang arwah ayah saya lakukan selama ini.\u201cSebelum ini, arwah ayah saya adalah tunjang belakang keluarga. Walaupun ketika dia sakit, ketika hari-hari terakhir dia nazak, dia masih memberikan sokongan kepada saya.\u201cBila saya menang tadi, saya agak emosi sehingga mengalirkan air mata. Bila difikirkan kembali, ibu saya berada di rumah, adik saya pula kemalangan, jadi ini adalah pengorbanan untuk keluarga saya,\u201d katanya.Kejayaan Fadhil itu menyaksikan dia mengikut jejak langkah Mohd Edrus Yunus yang kali terakhir menyumbang emas buat Malaysia dalam acara tersebut pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.Untuk rekod, pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu sebelum ini memenangi pingat perak acara 1km ITT elit di pentas ACC pada edisi 2020 dan 2022.Sementara itu, pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang mempertahankan emas acara 500m ITT wanita elit yang dimenanginya pada ACC 2022 apabila terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak.Nurul Izzah merakamkan masa 34.426s - catatan yang menyaksikan dia tewas kepada pemenang pingat emas dari China, Jiang Yulu (33.426s), manakala pingat gangsa dimenangi wakil Jepun, Aki Sakai (34.273s).Begitupun, Nurul Izzah masih boleh berbangga apabila memecahkan rekod 34.542s dilakukan bekas pelumba handalan wanita negara, Fatehah Mustapa dengan catatan baharu, 34.426s.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:08pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264203/berita/sukan/azizulhasni-congak-langkah-ke-paris", "article_title": "Azizulhasni congak langkah ke Paris", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang selayaknya digelar legenda Asia selepas merangkul keseluruhan 12 pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC).Pada edisi 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, Azizulhasni berjaya membawa pulang dua emas menerusi acara keirin dan pecut individu elit.Dengan menyambar emas berganda kali ini, Azizulhasni seoalah-olah memberi petunjuk awal ACC 2023 menjadi penampilan terakhirnya pada kejohanan berprestij di rantau Asia itu.\u201cIni adalah ACC terakhir saya, prestasi terbaik sepanjang zaman. Juara... juara... tak mudah untuk mendapatan kejuaraan berganda (dua emas pada ACC 2023).\u201cSebelum ACC ini, saya berada dalam 10 teratas acara keirin dan selepas kejohanan ini, mungkin naik ke kedudukan kelapan atau enam. Jika sudah masuk lima teratas, saya akan langkau ACC 2024.\u201cBuat masa ini, kedudukan saya dalam acara keirin agak selesa. Cuma pecut belum benar-benar selamat tapi kita masih ada Kejohanan Dunia (pada Ogos ini), kalau boleh saya nak langkau sahaja ACC,\u201d katanya.Terdahulu, timbul tanda tanya sama ada Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman akan beraksi pada ACC 2024 di New Delhi, India yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun depan.Malah, Ketua Jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley juga memberi bayangan Azizulhasni akan bersaing pada ACC 2024 dalam misi mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam pada itu, Azizulhasni mengimbas kembali situasi yang berlaku kepada skuad berbasikal trek negara ketika menyertai ACC 2022 di New Delhi pada Jun tahun lalu.\u201cSaya tidak mengambil bahagian pada ACC tahun lalu kerana menjalani pembedahan (jantung terbuka). Jadi saya hanya mengikuti perkembangan rakan-rakan menerusi kaca televisyen.\u201cMalangnya hampir seluruh pasukan ke India positif Covid-19. Saya tak mahu dijangkiti Covid-19 kerana apabila pasukan negara balik daripada kejohanan itu tahun lalu, hampir 95 peratus daripada mereka positif.\u201cSaya tidak mahu ambil risiko itu kerana tempoh ke Olimpik Paris sudah sangat dekat, kira-kira 5 atau 6 bulan, jika kedudukan ranking saya sudah okay, saya tidak mahu sertai (ACC 2024),\u201d ujarnya.Seakan-akan masih trauma dengan wabak terbabit, Azizulhasni berkata, dia mengharungi detik sukar ketika dijangka Covid-19 sebelum ini kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih.\u201cSaya pernah kena (positif) dan ambil masa 2 hingga 3 minggu untuk recover. Malah, saya perlu bermula daripada kosong untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik.\u201cBiasanya sewaktu badan kita sedang sihat dan cergas inilah cukup sensitif, senang dapat penyakit, senang dijangkiti virus, jadi saya tidak mahu mengambil risiko itu,\u201d katanya yang bakal bersara selepas Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264200/berita/sukan/croatia-tetap-boleh-berbangga", "article_title": "Croatia tetap boleh berbangga", "article_text": "CROATIA masih boleh berbangga biarpun impian mereka untuk menjuarai Liga Negara-Negara tidak kesampaian setelah tewas 4-5 kepada Sepanyol pada aksi final di Rotterdam awal pagi Isnin.Jurulatihnya Zlatko Dalic berkata, mereka memenangi satu lagi medal selepas meraih gelaran naib juara dan tempat ketika dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini.\u201cKami menang medal. Satu demi satu dan ia adalah sesuatu yang hebat.\u201cTiga medal adalah pencapaian hebat dan menunjukkan Croatia memiliki potensi besar. Kami kecewa kerana kalah, tetapi kami patut bangga dengan apa yang dilakukan,\u201d kata Dalic.Kekalahan selepas terikat tanpa jaringan itu mengecewakan Croatia yang dihangatkan sokongan puluhan ribu penyokong dalam usaha memburu trofi utama pertama selepas merangkul perak dan gangsa dalam dua edisi Piala Dunia lalu.Pada edisi 2018 di Rusia, Croatia tewas 2-4 kepada Perancis di pentas final, manakala di Qatar tahun lalu mereka meraih tempat ketiga setelah menewaskan Maghribi 2-1.Di sebalik kekecewaan itu, kem Croatia turut diselubungi teka-teki mengenai masa depan kapten, Luka Modric masih samar selepas pemain tengah Real Madrid berusia 37 tahun itu sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.\u201cLuka berkata dia akan membuat keputusan sendiri selepas kejohanan ini dan ia memang adil.\u201cDia bermain dengan hebat, kami gembira sekiranya Luka terus bermain. Saya berharap dia kekal bersama kami untuk tempoh yang panjang,\u201d ujar Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:00pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264195/berita/sukan/fadhil-tunai-janji-sambar-emas", "article_title": "Fadhil tunai janji sambar emas", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis mengotakan janjinya apabila menyambar pingat emas acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 sebentar tadi.Fadhil yang muncul pelumba terakhir berkayuh pada saingan final di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, berjaya merekodkan catatan masa 1 minit 00.559 saat (s).Catatan itu sudah cukup buat Fadhil mengetepikan dua pencabar terdekatnya - Laitonjam Ronaldo dari India (1:00.863s) dan pelumba Korea Selatan, Woorim Choi (1:01.541s).Kejayaan Fadhil itu menyaksikan dia mengikut jejak langkah Mohd Edrus Yunus yang kali terakhir menyumbang emas buat Malaysia dalam acara tersebut pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.Untuk rekod, pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu sebelum ini memenangi pingat perak acara 1km ITT elit di pentas ACC pada edisi 2020 dan 2022.Pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Fadhil tewas kepada Andrey Chugay dari Kazakhstan sebelum dia sekali lagi meraih perak apabila tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara di New Delhi, India tahun lalu.Sementara itu, pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang mempertahankan emas acara 500m ITT wanita elit yang dimenanginya pada ACC 2022 apabila terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak.Nurul Izzah merakamkan masa 34.426s - catatan yang menyaksikan dia tewas kepada pemenang pingat emas dari China, Jiang Yulu (33.426s), manakala pingat gangsa dimenangi wakil Jepun, Aki Sakai (34.273s).", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264192/berita/sukan/shaw-pujuk-kane-rice-sertai-united", "article_title": "Shaw pujuk Kane, Rice sertai United", "article_text": "PEMAIN berpengalaman, Luke Shaw mempelawa rakan sepasukannya di kem England iaitu Harry Kane dan Declan Rice untuk berhijrah ke Manchester United pada musim panas ini.Selepas meneruskan rentak kemenangan dalam kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Malta 4-0 pada Ahad, skuad bimbingan Gareth Southgate bersedia ke Carrington menjelang aksi menentang Macedonia Utara.Shaw membuat catatan di Instagram berserta foto di pangkalan latihan United, Old Trafford, sambil berdiri bersebelahan Kane dan Rice menerusi kapsyen 'menjelajah Carrington' disertai emoji mata.Pujukan itu susulan masa depan tidak menentu yang menyelubungi penyerang Tottenham Hotspur dan kapten West Ham itu.\u201cIa biasanya tidak dibincangkan tetapi saya melakukannya memandang terdapat banyak cakap-cakap dan gurauan mengenainya (perpindahan) musim ini,\" katanya.Shaw turut menyifatkan Kane dan Rice sebagai pemain bertaraf dunia dan Red Devils merupakan destinasi terbaik buat mereka.\u201cSaya tidak berbohong. Saya suka andai beberapa daripada mereka menyertai United.\u201cSaya beritahu mereka betapa bagusnya Manchester kerana saya tahu kualiti mereka.\u201cSaya tahu mereka adalah pemain bertaraf dunia dan mereka akan memberikan sumbangan besar tetapi saya hanya boleh bercakap sahaja.\u201cTerpulang kepada kelab dan apa sahaja keputusan mereka, jadi kami perlu terus melangkah ke depan,\u201d ujar Shaw.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264190/berita/sukan/verstappen-hadiahkan-red-bull-kemenangan-ke-100", "article_title": "Verstappen hadiahkan Red Bull kemenangan ke-100", "article_text": "JUARA dunia, Max Verstappen melebarkan status pendahulu perlumbaan apabila menjuarai Formula Satu (F1) di Grand Prix Kanada pada Ahad, sekali gus menghadiahkan Red Bull kemenangan ke-100.Kemenangan pelumba berusia 25 tahun dari Belanda itu yang memulakan perlumbaan dari petak pertama di Litar Gilles Villeneuve, menyamai rekod kemenangan 41 kali jagoan dari Brazil, mendiang Ayrton Senna.Dalam pada itu, Fernando Alonso menduduki tempat kedua untuk Aston Martin, podium keenam pelumba dari Sepanyol tersebut dalam lapan perlumbaan dengan juara dunia tujuh kali dari Britain, Lewis Hamilton memandu Mercedes ketiga.Hamilton diikuti rapat dua wakil Ferrari, dengan Charles Leclerc menduduki tempat keempat dan Carlos Sainz di tempat kelima.Sebagai rekod, Red Bull memenangi setiap perlumbaan setakat musim ini, dan GP Kanada merupakan kemenangan Verstappen yang keenam dalam kempen dan keempat berturut-turut F1.\"Sejujurnya kegembiraan hari ini apabila memenangi Grand Prix ke-100 untuk pasukan Red Bull merupakan sesuatu yang agak luar biasa.\"Saya tidak pernah menjangkakan untuk berada dalam nombor seperti ini, namun kami komited terus menikmati dan bekerja keras tetapi hari ini adalah hari yang hebat,\" kata Verstappen.Namun di sebalik kejayaan Red Bull melakar kemenangan penting, ia juga bukan hari yang sempurna untuk pasukan berikutan prestasi bawah par berterusan pelumba dari Mexico, Sergio Perez apabila gagal menaiki podium untuk perlumbaan ketiga berturut-turut.Selepas usaha kelayakan yang lemah yang menyaksikan dia bermula di tempat ke-12, Perez naik untuk menduduki tempat keenam dan mengambil mata bonus untuk pusingan terpantas.Walaupun bergelut baru-baru ini, Perez kekal di tempat kedua dalam kedudukan pemandu, namun ketinggalan 69 mata di belakang Verstappen yang mendahului dengan 195 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264166/berita/sukan/sepanyol-julang-trofi-liga-negara-negara", "article_title": "Sepanyol julang trofi Liga Negara-Negara", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Luis de la Fuente menutup mulut pengkritik apabila membimbing Sepanyol merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara selepas menewaskan Croatia 5-4 menerusi sepakan penalti awal pagi Isnin.De la fuente dikritik hebat pada Mac susulan kekalahan kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024.Ia juga menebus kekecewaan tewas kepada Perancis pada final 2021.Dani Carvajal muncul wira Sepanyol apabila meledak penalti ala Panenka dalam perlawanan akhir di Rotterdam, Belanda setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa sebenar permainan.Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menafikan sepakan Lovro Mayer dan Bruno Petkovic, sebelum Carvajal memastikan kemenangan untuk trofi pertama mereka sejak Euro 2012.Croatia yang dikendali Zlatko Dalic, naib juara Piala Dunia 2018 dan ketiga pada edisi 2022, belum pernah memenangi kejohanan utama dan Liga Negara-Negara.Malah final itu juga adalah peluang terbaik buat kelompok pemain veterannya termasuk kapten, Luka Modric, yang beraksi untuk kali ke-166 bersama negaranya menamatkan kemarau kejuaraan.\"Ini adalah peluang unik, kami tersingkir awal dalam satu lagi kejohanan (Piala Dunia Qatar) dan hari ini (Isnin) kami memanfaatkan peluang itu.\"Kami yakin dengan penalti dan ia berjalan lancar, saya tahu bagaimana untuk menyempurnakannya.\"Saya tahu akan menjadi pemain kelima. Saya mahu mengambilnya gaya Panenka dan ia berhasil,\" ujar Carvajal yang merupakan pemain pertahanan, Real Madrid.Sepanyol adalah negara kedua berjaya memenangi Piala Dunia, Euro dan Liga Negara-Negara, selepas Perancis pada tahun 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:42am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264158/berita/sukan/harimau-malaya-bakal-tampil-lebih-garang", "article_title": "Harimau Malaya bakal tampil lebih garang", "article_text": "AKSI lebih bertenaga dan garang bakal dipamerkan Harimau Malaya ketika menentang Papua New Guinea dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Selasa ini.Pemain tengah Stuart Wilkin berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya sedar peminat mahukan Harimau Malaya mempamerkan aksi berbeza berbanding ketika menentang Kepulauan Solomon.\u201cRanking dunia kita lebih baik namun saya percaya mereka akan hadir dengan permainan yang lebih baik dan mereka turut ada kelebihan dari segi fizikal.\u201cKami akan berikan aksi terbaik dan tahu harapan peminat pastinya tinggi mahukan kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri.\u201cJadi kami akan letakkan harapan itu sebagai cabaran utama dalam setiap perlawanan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya,\u201d katanya.Malaysia memulakan aksi persahabatan kali ini dengan menampilkan aksi bertenaga ketika menentang pasukan di tangga ke-134 dunia, Kepulauan Solomon 4-1.Rentak kemenangan itu semestinya mahu diteruskan oleh skuad kendalian Kim Pan-gon ketika menentang Papua New Guinea yang kini menghuni ranking ke-159 dunia.Dalam pada itu, Stuart mengakui bahawa saingan sengit dalam pasukan negara terutama di posisi tengah, namun percaya mampu menembusi skuad Harimau Malaya,\u201cSaya secara peribadi mahu tingkatkan kualiti permainan saya sekiranya diberikan peluang beraksi lagi menentang Papua New Guinea.\u201cSaya tahu ramai pemain tengah yang berkualiti dalam pasukan negara dan saya akan berusaha merebut posisi tersebut,\u201d ujar tonggak Sabah FC itu.ARTIKEL BERKAITAN:Harimau Malaya bangkit benam Kepulauan SolomonGol Pawi bukan biasa-biasaLawan terbaik Harimau Malaya5,000 tiket aksi Harimau Malaya, Kepulauan Solomon terjualMedia antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:40am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264155/berita/sukan/peta-hala-tuju-f30-lebih-realistik", "article_title": "Peta Hala Tuju F:30 lebih realistik", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui terdapat beberapa elemen yang gagal dicapai selepas berakhirnya fasa pertama Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, satu pelarasan sedang dirangka badan induk bola sepak itu untuk memastikan peta hala tuju itu lebih realistik dalam tempoh empat tahun akan datang.\u201cKalau kita lihat dalam F:30 itu ada tiga fasa. Fasa satu (antara tahun) 2019 hingga 2022 disusuli fasa kedua iaitu 2023-2026 dan ketiga 2027-2030.\u201cF30 ini adalah satu visi untuk kita buat apabila saya memimpin FAM. Sekarang kita dah habis satu fasa. Di sini ada beberapa kejayaan dan ada beberapa yang tidak capai.\u201cSaya tahu memang ada satu (atau) dua (sasaran) tidak tercapai seperti kegagalan skuad B-23 pada Sukan SEA dan kita tewas pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan,\u201d katanya pada program Townhall Bersama Presiden FAM di Terengganu baru-baru ini.Untuk rekod, F:30 telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018 yang dirasmikan secara bersama oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Hamidin.Hamidin - Foto BernamaDi bawah Peta Hala Tuju F:30, FAM mahu menjadikan bola sepak Malaysia sebagai lima gergasi Asia menjelang tahun 2030.Peta hala tuju dengan tempoh 12 tahun itu dibahagi kepada tiga pelan strategik, iaitu fasa pertama untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.Fasa kedua pula mencapai peringkat Asia dan fasa ketiga bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencapai taraf dunia.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, FAM tidak \u2018tutup mata\u2019 dengan kegagalan tersebut, sebaliknya sedang berada pada tahap akhir untuk melihat pelarasan yang boleh dilakukan terhadap F:30.\u201cKita akan umumkan tentang pelarasan tersebut. Pasukan saya sudah berada di peringkat akhir untuk pelarasan tersebut.\u201cKita sedang melihat perancangan yang lebih realistik dalam empat tahun akan datang,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264149/berita/sukan/piala-asia-cabaran-harimau-muda-b-17-berakhir", "article_title": "Piala Asia: Cabaran Harimau Muda B-17 berakhir", "article_text": "SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara mengakhiri cabaran Piala Asia B-17 lebih awal selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Pathum Thani, pada Ahad.Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut itu anak buah Osmera Omaro selepas dibelasah Yemen, 4-0 dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun lalu.Kekalahan yang menyaksikan skuad Harimau Muda B-17 dibolosi tujuh gol dalam dua perlawanan menyebabkan mereka terpaksa melupakan impian untuk melangkah ke suku akhir.Gol pasukan Thailand dalam perlawanan itu dijaringkan Pacharaphol Lekkun minit ke-47 manakala dua lagi gol dijelmakan Chanothai Kongmeng pada minit ke-54 dan 78.Harimau Muda B-17 negara akan melengkapkan jadual kumpulan berdepan Laos pada Rabu.Kedudukan Kumpulan A", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264148/berita/sukan/hannah-ucap-tahniah-kepada-azizulhasni", "article_title": "Hannah ucap tahniah kepada Azizulhasni", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai.Hannah berkata, beliau akan memastikan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) esok, akan membincangkan aspek keperluan yang diperlukan Mohd Azizulhasni untuk memastikan kejayaannya terus dapat dicapai, di peringkat antarabangsa.\"Saya ucap tahniah kepada Azizulhasni menang emas dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kejayaan di ACC) dan esok semasa mesyuarat RTG kita lihat bagaimana boleh tingkatkan lagi sokongan buat kedua-dua atlet itu,\" katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman merangkul gelaran keirin lelaki dengan mengenepikan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.Kemenangan itu menyaksikan beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali bergelar 'Raja Keirin Asia', selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.Mohd Azizulhasni turut meraih kejuaraan acara pecut elit lelaki buat kali ketujuh pada Jumaat lepas (16 Jun), selepas edisi 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.Hannah memaklumkan mesyuarat itu turut akan membincangkan keperluan dan bentuk sokongan yang diperlukan kesemua 15 atlet, yang telah tersenarai dalam RTG.Atlet yang terlibat selain Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah ialah jaguh badminton negara, Lee Zii Jia serta empat pasangan atlet badminton iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (beregu lelaki), Pearly Tan dan M. Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing (beregu campuran), serta Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie (beregu campuran).Turut tersenarai, atlet akuatik terjun Datuk Pandalela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri.Ditanya adakah beliau terkejut selepas Zii Jia mengumumkan mahu berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, Hannah berkata ia adalah fasa turun naik yang dihadapi oleh atlet.\"Saya tidak terkejut (Zii Jia umum berehat sementara waktu) sebab untuk atlet naik turun menang kalah memang dah biasa, jadi kita ada hari yang cemerlang dan juga tidak. Namun, konsisten bagi atlet itu adalah penting dan esok kita akan bincangkan,\" katanya.Zii Jia tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 pada Rabu (14 Jun), kepada pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13, dalam tempoh 33 minit di Stadium Istora Senayan.Selepas kekalahan itu, Zii Jia mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, namun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil oleh beliau. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264147/berita/sukan/pencapaian-skuad-skuasy-negara-di-india-membanggakan", "article_title": "Pencapaian skuad skuasy negara di India membanggakan", "article_text": "JURULATIH skuad kebangsaan, Jess Tay bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, yang meraih pingat perak di kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India pada Sabtu.Jess berkata, skuad campuran negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final apabila melakukan beberapa percubaan berani kepada juara bertahan itu.Malah pasukan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang menurunkan barisan terkuat mereka, pada aksi separuh akhir pada Jumaat (16 Jun).\"Saya masih tidak percaya kami dapat perak, sebab hanya sangka kita dapat gangsa. Namun semasa peringkat separuh akhir kita turut tewaskan pasukan hebat India, jadi saya sangat gembira.\"Pemain turun dengan tiada tekanan dan mereka benar-benar tampilkan aksi menarik dan berjaya melepasi halangan yang sukar,\" katanya semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.Malaysia terlepas gelaran kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 selepas pasukan negara diwakili Yee Xin Ying, P Darren Rahul, Aira Azman dan Ong Sai Hung, tumpas 1-2 kepada Mesir pada aksi final yang berlangsung di Express Avenue Mall pada Sabtu.Kejohanan kali terakhir diadakan pada 2011 itu, menyaksikan Mesir turut meraih kejuaraan ketika itu apabila diwakili jaguh skuasy mereka iaitu Raneem El Welily, Ramy Ashour, Karim Darwish dan Mohamed ElShorbagy. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264146/berita/sukan/kem-golf-fasa-akhir-pemilihan-atlet-sukan-asia-hangzhou-2023", "article_title": "Kem golf fasa akhir pemilihan atlet Sukan Asia Hangzhou 2023", "article_text": "PERSATUAN Golf Malaysia (MGA) kini berada di fasa akhir dalam pemilihan atlet yang bakal menggalas cabaran ke Sukan Asia Hangzhou 2023, September ini.Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, bagi edisi kali kini, skuad negara akan dibarisi pemain amatur terbaik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).Katanya, pemilihan pemain terbabit dibuat berdasarkan pemain yang berada di kedudukan tertinggi dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).\u201cKita akan umumkan dalam masa terdekat, pemain kita sekarang berada di Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di AS,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja negara (NJDP) pada Ahad.Berdasarkan senarai semasa WAGR, atlet lelaki terbaik negara Malcolm Ting Siong Hung yang menduduki ranking ke-210 manakala Jeneath Wong merupakan wakil terbaik kategori wanita dengan kedudukan ke-51.Terdahulu, MGA melancarkan program NJDP, iaitu program pembangunan atlet golf remaja yang menumpukan kepada pembentukan pemain elit berprestasi tinggi.Pengerusi NJDP, Fauzi Mesran berkata, program berkenaan bakal memberi bimbingan kepada 24 pemain terbaik yang dipilih untuk diberi pendedahan kepada kejohanan antarabangsa.\u201cSelama enam bulan kita buat pemilihan pemain terbaik ini, Dalam enam bulan mendatang kita akan adakan klinik golf untuk pemain remaja ini, selain mempersiapkan mereka ke tahap terbaik untuk kejohanan antarabangsa,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264144/berita/sukan/speedy-tigers-bereksperimen-di-korea-selatan", "article_title": "Speedy Tigers bereksperimen di Korea Selatan", "article_text": "BUMI Korea Selatan menjadi pentas skuad hoki lelaki negara menguji sistem permainan baharu menjelang Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India Ogos depan.Pengendali skuad The Speedy Tigers, Arul Selvaraj berkata, perlawanan persahabatan tersebut penting dalam menguji tahap keupayaan mengadaptasi sistem permainan baharu digunakan pasukannya.\u201cKami kini mempunyai satu sistem permainan yang baharu dan jelajah ini akan kami gunakan sebagai medan bereksperimen dengan sistem baharu yang telah kami terapkan di dalam pasukan.\u201cKami melakukan sedikit perubahan kepada sistem permainan selepas pulang daripada Piala Dunia 2023 pada Januari lalu.\u201cInilah peluang terbaik untuk pasukan menilai sejauh mana keberkesanan sistem baharu yang kami terapkan,\u201d katanya.Sebagai rekod, Speedy Tigers akan ke Incheon, Korea Selatan bermula 18 hingga 28 Jun ini.Terdahulu, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan Speedy Tigers bakal berdepan empat perlawanan menentang pasukan kebangsaan Korea Selatan dalam Siri Jelajah Persahabatan di negara berkenaan.\u201cIa akan turut menjadi platform untuk dua pemain yang baru dipanggil menyertai skuad senior lelaki kebangsaan, Mohd Fitri Saari dan Abdul Khaliq Hamirin untuk membuktikan kemampuan mereka beraksi bersama pasukan serta menentang pasukan di ranking kesembilan dunia, Korea Selatan,\u201d kata KHM.Dalam pada itu, Arul menegaskan siri jelajah tersebut turut bakal dijadikan perlawanan untuk menilai tahap kondisi fizikal pemain.Katanya, 90 peratus perubahan sistem permainan yang dilakukan akan melibatkan fizikal dan kekuatan para pemain.\u201cPerlawanan di Korea Selatan menjadi medium untuk memastikan para pemain untuk lebih bertanggungjawab dalam permainan terutamanya dari segi kefahaman taktikal.\u201cBagaimanapun fokus utama pasukan pada siri jelajah persahabatan ini ialah sistem permainan kami dan juga posisi pemain termasuk kekuatan fizikal mereka untuk bersaing.\u201cTerdapat juga sedikit perubahan posisi pemain yang akan saya lakukan pada siri jelajah persahabatan ini,\u201d katanya.INFOSiri Jelajah Korea Speedy Tigers1.Adrian Andy Albert (Penjaga gol)2.Mohd Zaimi Mat Deris (Penjaga gol)3.Muhammad Razie Abd Rahim (Pertahanan)4.Muhammad Marhan Mohd Jalil (Pertahanan)5.Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Pertahanan)6. Muhammad Aminuddin Mohd Zain (Pertahanan)6.Muhammad Syafiq Hassan (Pertahanan)7.Muhajir Abdu Rauf (Pertahanan)8.Muhammad Najib Abu Hassan (Pertahanan)9.Faiz Helmi Jali (Tengah)10.Meor Muhammad Azuan Hassan (Tengah)11.Muhammad Amirul Hamizan Azahar (Tengah)12.Shello Silverius (Tengah)13.Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (Tengah)14.Abdul Khaliq Hamirin (Tengah)15.Muhammad Firhan Ashaari (Penyerang)16.Faizal Saari (Penyerang)17.Mohamad Ashran Hamsani (Penyerang)18.Shahmie Irfan Suhaimi (Penyerang)19.Mohd Fitri Saari (Penyerang)", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264141/berita/sukan/semangat-berpasukan-kekuatan-skuad-bola-jaring-remaja", "article_title": "Semangat berpasukan kekuatan skuad bola jaring remaja", "article_text": "SEMANGAT berpasukan yang dipamerkan skuad bola jaring remaja kebangsaan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu, mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia buat kali ketujuh di Jeonju, Korea Selatan pada Sabtu.Kapten pasukan, Siti Maisarah Affandi berkata, kemenangan itu juga amat bermakna kerana ia membolehkan skuad berkenaan berjaya menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 di Gibralta, Sepanyol.Pemain berusia 21 tahun yang memegang posisi penjaring gol (GS) itu bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat beraksi pada kejohanan berprestij pada 2025 itu, kerana sudah melebihi had umur yang ditetapkan.Namun beliau berharap atlet yang bermain mewakili negara pada kejohanan remaja dunia itu nanti, akan lebih kukuh dan mempamerkan prestasi lebih baik.\"Saya rasa hubungan kami kuat sebab sentiasa melakukan latihan bersama,\" katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang menyambut kepulangan wira negara itu berkata pihaknya akan memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada Persatuan Bola Jaring Malaysia, bagi memastikan persiapan pasukan itu ke Sepanyol tidak terjejas.\"Macam sekarang, mereka banyak dapat bantuan daripada perbadanan stadium untuk melakukan latihan di gelanggang latihan di Bukit Kiara. Tetapi sekarang kami akan pastikan apa yang kami boleh bantu, kami bantu,\" katanya.Hannah turut berharap supaya sukan itu diperkasakan seawal peringkat sekolah rendah, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam bidang bola jaring untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Semalam, skuad kendalian Aminah Asaari meraih kejayaan itu, selepas mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final.Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia sebanyak enam kali pada 2004, 2006, 2008, 2010, 2013 dan 2019 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara bergelar naib juara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:30pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264140/berita/sukan/afi-danial-kekal-dominasi-peringkat-kedua-ltdipt-2023", "article_title": "Afi Danial kekal dominasi peringkat kedua LTdIPT 2023", "article_text": "PELUMBA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar mengekalkan momentum positif apabila mengungguli peringkat kedua saingan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 pada Ahad.Saingan Peringkat Kedua Kriterium dengan jarak sejauh 60 kilometer (km) mengelilingi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Durian Tunggal Melaka itu, Afi Danial melakukan catatan 2 jam 32 minit 44 saat (s).Kejayaan hari kedua itu membolehkan Afi Danial mengekalkan Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat kedua, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut) seterusnya memimpin pendahulu keseluruhan perlumbaan.Afi Danial yang berjersi 56 mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 31 minit 44 saat diekori rapat dua pelumba Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang (KKTML), Muhammad Hariz Md Hazri (1 jam 31 minit 47 saat) kedua dan Muhammad Hariz Md Hazri (1 jam 31 minit 56 saat).Dalam pada itu, rakan sepasukan Afi Danial, Ahmad Irfan Abdul Hamid memantapkan lagi penguasaan UPNM apabila merangkul satu lagi jersi polka dot (Raja Bukit).\u201cSejujurnya peringkat kedua ini sungguh mencabar, namun saya kata kepada rakan-rakan untuk kekal tenang sepanjang perlumbaan bagi mengelak risiko kemalangan.\u201cBiarpun begitu saya akui tidak boleh terlalu selesa kerana saingan esok pasti lebih ramai akan menukar strategi masing-masing.\u201cApapun esok, kami akan berusaha mempertahankan status pendahulu dan Raja Bukit pada peringkat pendakian seterusnya peringkat terakhir di Putrajaya,\u201d ujar Afi Danial.Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli mengakui saingan peringkat kedua sengit.\u201cPersaingan Jersi Kuning sekarang ini hanya dibezakan tiga saat. Saya percaya peringkat ketiga perlumbaan dari Politeknik Port Dickson ke UPM Serdang lebih sengit dan pertukaran jersi-jersi utama mungkin akan berlaku.\u201dSebagai rekod, Peringkat Ketiga sejauh 928km melibatkan perlumbaan bermula di Politeknik Port Dickson hingga Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.Peringkat LTdIPT 2023Peringkat Pertama (96.4km)Kolej Komuniti Segamat -Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), MelakaPeringkat Kedua (60km)KriteriumPeringkat Ketiga (92.8km)Politeknik Port Dickson-Universiti Putra Malaysia (UPM)Peringkat Keempat (83.5 km)Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi -Bangunan KPT, Putrajaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:25pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264136/berita/sukan/shah-firdaus-the-terminator", "article_title": "'Shah Firdaus The Terminator'", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak mendapat pujian melangit atas semangat juang tinggi yang ditampilkannya dalam acara keirin Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023) hari ini.Sebelum berentap di pentas final, Shah Firdaus berdepan insiden kemalangan dalam peringkat separuh akhir sehingga menyaksikan dia mengalami kecederaan pada beberapa anggota badannya.Malah, pelumba kelahiran Muar, Johor itu terpaksa mengharungi aksi final dengan basikal prototaip yang tidak biasa digunakannya selepas 'jentera' asalnya mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut.\"Pada awal saingan separuh akhir, tak ada masalah. Apabila (pelumba) Jepun membuat langkah, kayuhan saya mulanya memang baik tetapi tiba-tiba saya (seperti) tak tahu apa berlaku.\"Rupanya pelumba China itu tersilang tayar dengan pelumba Jepun dan kami berlima 'terbang'. (Selepas terjatuh) saya (terfikir) nak habiskan perlumbaan sahaja.\"Saya ambil basikal semula, saya tak tahu apa berlaku pada basikal, hanya kayuh saja. Tapi saya tak boleh tekan kaki saya, basikal saya ranap teruk tetapi nasib boleh gerak lagi (sehingga garisan penamat),\" katanya.Reaksi penonton ketika melihat Shah Firdaus mengalami kemalangan ketika saingan separuh akhir acara keirin ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai hari ini. - Foto BernamaDalam perlumbaan final itu, Shah Firdaus masih boleh berbangga apabila menyambar gangsa, manakala jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih emas dan pelumba Jepun, Shinji Nakano (perak).Sementara itu, Azizulhasni memuji persembahan Shah Firdaus yang digelarnya 'Shah Terminator' atas insiden kemalangan tersebut.\"Shah Terminator. Insiden (kemalangan) itu berlaku depan saya, dia jatuh dan terpelanting... dia bangun, cuba duduk atas karbon itu yang mana tempat duduk yang patah.\"Tengok dekat badan dia ada kayu dan karbon dalam seluar. Sukar dipercayai, semangat dia memang di tahap berlainan dan cuba untuk kayuh lagi.\"Kalau dia berputus asa, tak mungkin ada di final. Sama seperti semangat saya tunjukkan pada 2011, semangat juang sebegitu patut ada dalam diri atlet. Dia memang The Terminator,\" ujar Azizulhasni.Ketika bersaing pada Siri Piala Dunia Klasik 2011 di Manchester, betis Azizulhasni tertusuk serpihan kayu trek sehingga mendapat liputan meluas di seluruh dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:08pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264134/berita/sukan/saya-lihat-penonton-gila-saya-pun-gila---azizulhasni", "article_title": "Saya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila' - Azizulhasni", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan betapa dia berhak dilabel legenda terbilang apabila menoktahkan pingat emas ke-12 pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.Selepas menjuarai acara pecut individu elit di Velodrom Nasional, Nilai Jumaat lalu, Azizulhasni melepaskan kilauan emas ke-12 di pentas ACC apabila meraih emas acara kegemarannya, keirin petang tadi.Kejayaan yang diraih pelumba yang mendapat julukan The Pocketrocket Man itu boleh dianggap luar biasa dan sukar ditandingi oleh mana-mana pelumba di rantau Asia ini.Azizulhasni mengetepikan pelumba Jepun, Shinji Nakano yang meraih perak, manakala rakan seperjuangannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam aksi final penuh dramatik itu.\"Perlumbaan hari ini agak sukar kerana ada tujuh pelumba berbanding enam seperti biasa. Malah, saya memulakan perlumbaan di posisi ketujuh.\"Jadi memang agak sukar dan saya berdoa sahaja. Bila berlumba, saya punya strategi pergi depan terus kerana Jepun ada dua pelumba kuat iaitu Shinji dan Ota Kaiya.\"Saya takut untuk tunggu kerana mereka akan terus pecut dan saya tak boleh ambil risiko. Jadi saya ambil alih perlumbaan dan guna tenaga lebih awal cuma saya kekalkan kelajuan.\"Selepas itu pelumba lain mula lakukan 'serangan' tetapi saya tetap sabar dan tunggu masa yang sesuai dan di selekoh terakhir, saya berjaya di depan dan menang,\" kata Azizulhasni kepada pemberita.Kejayaan meraih dua pingat emas kali ini menyaksikan Azizulhasni berjaya mengulangi pencapaian sama dengan menjuarai acara keirin dan pecut individu pada edisi 2008 di Nara, Jepun.\"Saya menikmati detik ini. Saya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila'. Syukur.... ACC terakhir saya, prestasi terbaik, dua pingat emas.\"Saya ingat... sebelum ini pernah juga raih dua emas. ACC bukan mudah sekarang ini kerana (ia boleh dikatakan) sudah tahap dunia,\" jelasnya yang kini dalam misi mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 08:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264128/berita/sukan/luncur-air-aaliyah-raih-gangsa-di-mexico", "article_title": "Luncur air: Aaliyah raih gangsa di Mexico", "article_text": "RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat gangsa dalam disiplin jump pada Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Chapala, Mexico hari ini.Menurut laman sesawang http://www.iwwfed-ea.org/competition.php?cc=T 23IWWF14&page=23IWWF14, peluncur berusia 19 tahun yang buat julung kalinya menaiki podium pada pentas berprestij itu mencatatkan 45.2 meter (m) untuk menduduki tempat ketiga.Peluncur Chile, Agustina Varas yang mencatat 49.5m menduduki tempat pertama manakala Sade Ferguson dari Australia di kedudukan kedua dengan catatan 45.3m.Aaliyah yang merupakan pelajar Florida Southern College dan penerima biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) berkata kemenangan itu merupakan detik manis buat dirinya kerana beliau terpaksa membahagikan masa antara belajar dan berlatih bagi persiapan menghadapi kejohanan itu.\"Saya sangat teruja dengan keputusan ini kerana saya perlu berusaha keras untuk meraih podium peringkat dunia untuk kali pertama di sini,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, jurulatih luncur air kebangsaan Hanifah Yoong Yin Fah berkata pencapaian Aaliyah amat bermakna kerana beliau bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama tetapi juga peluncur Asia pertama menaiki podium kejohanan dunia ski air IWWF.Bagaimanapun, Aaliyah terlepas pingat gangsa dalam disiplin keseluruhan pada kejohanan sama apabila menamatkan saingan di tempat keempat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264119/berita/sukan/aaron-wooi-yik-naib-juara-terbuka-indonesia", "article_title": "Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia", "article_text": "HASRAT pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau gelaran pada Terbuka Indonesia selepas kali terakhir dinobatkan juara di Kejohanan Dunia di Tokyo, Ogos lalu tidak kesampaian pada Ahad.Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.Aksi set pertama gandingan negara bermula baik apabila mendahului 7-3 sebelum beregu lawan mengutip mata demi mata untuk menang 21-17.Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu lebih garang apabila saling bertukar mata sebelum Rankireddy-Shetty menoktahkan kemenangan 21-18.Sebagai rekod, gandingan Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari merupakan beregu lelaki terakhir negara menjuarai Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12, pada edisi 2008.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:14pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264115/berita/sukan/azizulhasni-sambar-emas-ke-12", "article_title": "Azizulhasni sambar emas ke-12", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas ke-12 peribadinya pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 sebentar tadi.Tampil dalam saingan final acara kegemarannya, keirin di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, Azizulhasni berjaya melintasi garisan penamat selaku 'sang juara'.Azizulhasni yang meraih emas acara pecut individu pada Jumaat lalu, berjaya mengetepikan cabaran sengit daripada pelumba Jepun, Shinji Nakano.Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dengan insiden kemalangan di peringkat separuh akhir turut berada di podium apabila meraih pingat gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264111/berita/sukan/sumali-hargai-sokongan-konsisten-mom-terhadap-psm", "article_title": "Sumali hargai sokongan konsisten MOM terhadap PSM", "article_text": "PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan sokongan konsisten Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terhadap badan induk itu telah banyak membantu menyelesaikan kemelut dihadapi sebelum ini.Malah tanpa berselindung Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan mengakui tanpa keyakinan tinggi Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkemungkinan badan induk antara tertua dunia tersebut berkubur.\u201cYa, kami warga PSM amat terhutang budi dan menghargai peranan aktif dimainkan MOM di bawah teraju Tan Sri Mohamad Norza kerana terus konsisten mengiktiraf PSM sebagai badan induk bagi sukan sepak takraw.\u201cSejujurnya pengiktirafan ini sebenarnya adalah antara faktor utama penyumbang kepada usaha berterusan PSM dalam pembangunan sukan sepak takraw negara,\u201d katanya selepas PSM kembali diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkuat kuasa Ahad.Terdahulu, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader ketika mengumumkan perkara itu menyatakan badan induk sepak takraw Asia berkenaan meluluskan permohonan PSM sejak dua bulan lalu dalam usaha melonjakkan lagi ketrampilan sukan sepak takraw tanah air.PSM sebelum ini disingkirkan daripada ASTAF pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Februari 2021.PSM kemudian pernah menghantar permohonan untuk kembali menyertai ASTAF, namun ditolak pada Mac 2022 sebelum sekali lagi mengemukakan permohonan pada Disember lalu sejajar hala tuju badan induk itu untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Dalam masa sama Sumali menyambut baik pengumuman ASTAF setelah kemelut badan induk itu selesai apabila semua ahli gabungan negeri dan bersekutu kembali bernaung di bawah PSM.\u201cDengan pengiktirafan ini, PSM yakin akan mampu menyumbang kepada pembangunan sukan tradisi ini di peringkat rantau Asia.\u201cMalah, PSM turut komited penglibatan Malaysia akan membantu meningkatkan usaha pengkomersialan sukan sepak takraw dalam meningkatkan minat di kalangan negara-negara lain, dengan harapan ia akan dipertandingkan di kejohanan antarabangsa yang lebih tinggi pada masa depan,\u201d katanya yang juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas sokongan serta sumbangan kepada sukan sepak takraw negara.Dalam masa sama PSM turut menghargai sokongan dalam kalangan ahli gabungan dan bersekutu serta rakan-rakan strategik atas sokongan yang telah diberikan sepanjang penubuhan badan induk tersebut.\u201cKerjasama di antara semua pihak ini diharap akan dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang demi kelangsungan pembangunan sepak takraw negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:20pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264092/berita/sukan/brentford-b-ikat-anak-beckham-setahun", "article_title": "Brentford B ikat anak Beckham setahun", "article_text": "ANAK lelaki David Beckham, Romeo menyertai pasukan Brentford B selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut sebelum ini.Romeo bersetuju dengan kontrak setahun bersama pasukan kedua The Bees selepas meninggalkan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami.Pemain berusia 20 tahun itu, yang bapanya adalah pemilik bersama Inter Miami, menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman dengan Brentford B.Romeo membantu The Bess menjulang Piala Liga Perdana selepas menumpaskan Blackburn Rovers, 2-1 dalam perlawanan akhir pada Mei lalu.Dia juga melakukan penampilan sebanyak 15 kali turut menjaringkan gol ketika menentang pasukan Liga Kebangsaan Wealdstone dalam Piala Senior Middlesex.Dalam pada itu, pengendali Brentford B, Neil MacFarlane berharap pemain muda tersebut dapat meneruskan perkembangannya bersama kelab barat London berkenaan.\u201cKami menambah Romeo ke dalam skuad kami pada Januari dan dia ternyata hebat untuk kumpulan,\u201d katanya.\u201cDia mempunyai penghujung musim yang hebat dari segi perlawanan baru-baru ini menentang Manchester City di mana dia menunjukkan apa yang dia pelajari semasa dipinjamkan dengan kami.\u201cKami akan membentuk dia dan berharap dia kembali dengan semangat yang lebih baik dengan bekerja lebih baik musim depan.\u201dSebagai rekod, David Beckham bermain untuk Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan, Paris Saint-Germain (PSG) dan England sebelum bersara pada 2013.Inter Miami baru-baru ini mengumumkan pembelian Lionel Messi selepas legenda Argentina itu meninggalkan PSG.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 03:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264091/berita/sukan/tedesco-tabik-kecemerlangan-courtois", "article_title": "Tedesco tabik kecemerlangan Courtois", "article_text": "AUSTRIA meraih satu mata apabila mengikat Belgium 1-1 dalam aksi kelayakan Kumpulan F Kejuaraan Eropah 2024 di Stadium King Baudouin, Brussels pada Ahad, menamatkan rentak kemenangan tuan rumah.Keputusan seri itu menamatkan rekod 15 kemenangan berturut-turut Belgium dalam kempen kelayakan Kejohanan Eropah, bermula sejak 2015.Satu mata itu menyaksikan Austria kendalian Ralf Rangnick memimpin kumpulan dengan tujuh mata lebih satu perlawanan berbanding Belgium kedua empat mata.Dalam perlawanan itu, Austria terlebih dulu memimpin permainan hasil jaringan sendiri pemain tengah Belgium, Orel Mangala yang menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois pada minit ke-21.Bagaimanapun Belguim kendalian Domenico Tedesco yang tanpa kelibat Kevin De Bruyne kembali menggandakan asakan separuh masa kedua.Hasilnya berjaya menemui gol penyamaan hasil jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-61 untuk mengikat perlawanan 1-1, sekali gus melebarkan rekod jaringan untuk negaranya kepada 73 gol dalam 108 penampilan.Dalam pada itu Tedesco memuji ketangkasan Courtois di gawang yang berjaya menafikan deretan percubaan jentera depan pasukan Austria.\u201cThibaut telah memainkan peranan penting kepada pasukan Belgium dalam perlawanan ini dan sejujurnya saya amat berbangga apabila dapat menggunakan khidmatnya dalam perlawanan ini.\u201cDia telah banyak melakukan penyelamatan terutama semasa penghujung perlawanan yang mungkin berkesudahan dengan keputusan 1-2 memihak pasukan Austria.\u201cSaya gembira dia konsisten mengekalkan kecemerlangannya sama seperti ketika berdepan Sweden sebelum ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 02:56pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264059/berita/sukan/peluang-fadhil-kalih-kilauan-pingat", "article_title": "Peluang Fadhil 'kalih' kilauan pingat", "article_text": "Pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis berada dalam prestasi terbaik memburu pingat emas acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Isnin.Berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan Fadhil ketika mengetuai trio pecut berpasukan meraih gangsa pada Rabu lalu, bukan 'misi mustahil' buat Fadhil menyambar kilauan emas dalam acara kegemarannya itu.Malah, Fadhil bertekad menghadiahkan pingat emas buat buat kem Malaysia dalam acara tersebut yang kali terakhir dimenangi Mohd Edrus Yunus pada ACC 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.\u201cBerdasarkan catatan masa dalam saingan pecut berpasukan sebelum ini, prestasi saya berada pada tahap terbaik. Saya sangat selesa untuk berlumba dalam acara ITT nanti.\u201cSaya berlumba di laman sendiri... gelanggang sendiri. Jadi sudah tentu saya lebih bermotivasi tetapi saya sedar saingan tahun ini lebih sukar kerana pelumba dari setiap negara sedang meningkatkan prestasi masing-masing.\u201cPesaing saya nanti tentunya dari Jepun dan China. Tambahan pula, Jepun kini memegang rekod Asia dan seorang pelumba China mempunyai catatan masa yang amat hampir dengan saya,\u201d kata Fadhil.Pada Rabu lalu, gandingan Fadhil bersama-sama dua lagi pelumba muda - Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah mencipta sensasi apabila meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan.Sekalipun tanpa kehadiran dua jaguh - Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, trio yang baru dibentuk itu masih mampu menjelmakan kilauan pingat buat kem Malaysia.Sementara itu, Ketua Jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley percaya Fadhil kini berada di kemuncak prestasinya dalam memburu gelaran sulung di pentas Asia.\u201cFadhil sudah kembali ke tahap terbaiknya. Saya menjangkakan dia akan melakukan masa yang sangat baik dalam acara 1km ITT itu nanti selepas beraksi cemerlang dalam pecut berpasukan.\u201cSaya harap dia mampu membuktikan sesuatu, apatah lagi dia akan mendapat sokongan daripada penyokong tempatan di sini (Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan,\u201d kata Beasley.Untuk rekod, pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu dua kali memenangi pingat perak acara 1km ITT di pentas ACC iaitu pada edisi 2020 dan 2022.Pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Fadhil tewas kepada Andrey Chugay dari Kazakhstan sebelum dia sekali lagi meraih perak apabila tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara di New Delhi, India tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264054/berita/sukan/intan-serah-buka-akaun-gol-bersama-new-york-dutch-lions", "article_title": "Intan Serah buka 'akaun gol' bersama New York Dutch Lions", "article_text": "PEMAIN bola sepak skuad wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli membuka akaun gol pertama dalam saingan Liga Premier Bolasepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat pada Ahad.Penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah membalas kepercayaan New York Dutch Lions FC (NYDL) apabila meledak jaringan pada minit ke-84 ketika tewas 1-3 kepada New York Athletic Club (NYAC) di Kompleks Sukan LIU.Biarpun tampil sebagai supersub, Intan ternyata menghadirkan bantuan dan ancaman kepada bahagian pertahanan pasukan lawan dalam perlawanan tersebut.Intan juga membuktikan keupayaannya dalam menyaingi pemain lawan biarpun diasak hebat sebelum menjaringkan gol tersebut.\"Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya di NYDL,\" kata pemain yang memakai jersi bernombor 10 selepas menambah sengat jentera hadapan pasukan.Terdahulu Intan mencipta sensasi di bumi Amerika Syarikat apabila muncul pemain wanita pertama negara beraksi dalam saingan liga negara itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:03am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264048/berita/sukan/southgate-mahu-england-kekal-mentaliti-kemenangan", "article_title": "Southgate mahu England kekal mentaliti kemenangan", "article_text": "GARETH Southgate mahu England mengekalkan mentaliti kemenangan dan mencontohi Manchester City yang menjuarai treble dalam laluan mereka untuk layak ke kejohanan Euro 2024.Skuad The Three Lions itu bagaikan sudah selangkah untuk mara ke Euro setelah menewaskan Itali dan Ukraine pada Mac sebelum menewaskan Malta 4-0 baru-baru ini.Mereka ketika ini berada di kedudukan teratas Kumpulan C dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.\"Kita baru sahaja menyaksikan City memenangi tiga trofi... kenapa? Kerana hampir setiap perlawanan yang saya lihat mereka bermain dengan mentaliti yang betul.\"Setiap pemain bersaing untuk mendapatkan tempat dan ia bagus dalam memastikan pasukan lebih berkualiti.\"Semua orang juga sudah tentu teruja dengan pemain muda. Tetapi, pemain senior mempunyai impak besar dalam cara mereka berlatih.\"Cara mereka menerima pemain muda yang datang dan cara mereka mengendalikannya di bilik persalinan, mentaliti yang mereka mula sediakan, jadi semuanya memainkan peranan,\" katanya.England akan turun berdepan Macedonia Utara dalam aksi kelayakan Euro seterusnya pada Selasa ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:15am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264046/berita/sukan/brazil-perjuang-kempen-antiperkauman", "article_title": "Brazil perjuang kempen antiperkauman", "article_text": "BRAZIL tidak memakai jersi utama kuning dan hijau mereka sebaliknya mengenakan jersi serba hitam untuk mempromosikan kempen menentang antiperkauman ketika kemenangan 4-1 ke atas Guinea dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Ahad.Ia sebagai sokongan kepada penyerang mereka, Vinicus Junior yang bermain untuk Real Madrid apabila menjadi mangsa ejekan perkauman ketika beraksi di LaLiga.Konfederasi Bolasepak Brazil melakukan inisiatif itu dengan disertai slogan \"Com racismo nao tem jogo\" (Dengan perkauman, tiada perlawanan).Pemain tengah Newcastle United, Joelinton, yang membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa, membuka jaringan pada minit ke-26 dengan penyudah jarak dekat.Rodrygo mengukuhkan kedudukan lima minit kemudian dengan rembatan yang tidak mampu untuk diselamatkan selepas membuat larian di sebelah kanan.Guirassy Serhou mengambil kesempatan di atas kegoyahan pertahanan Brazil dengan meledak gol untuk cuba merapatkan kedudukan selepas berpunca daripada serangan balas pantas.Bagaimanapun, Militao terus mengukuhkan kedudukan Brazil hasil jaringan melalui tandukan dan Vinicius mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan penalti empat minit sebelum perlawanan tamat.Selepas ini Brazil akan berdepan Senegal di Lisbon Rabu depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264032/berita/sukan/terbuka-indonesia-aaron-wooi-yik-mara-ke-final", "article_title": "Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke final", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JUARA dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan persembahan luar biasa dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila mengesahkan slot perlawanan akhir pada Sabtu.Dalam perlawanan separuh akhir di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta itu, Aaron-Wooi Yik menewaskan beregu dari Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.Bagaimanapun set pertama beregu utama negara yang berstatus nombor tiga dunia dikejutkan persembahan bertenaga gandingan ranking ke-25 tersebut dengan kekalahan 12-21.Set kedua, Aaron-Wooi Yik yang memiliki rekod dua kemenangan dalam tiga pertemuan menentang lawan mereka bangkit melakar kemenangan dalam aksi sengit yang akhirnya memihak kepada gandingan negara, 23-21.Kemenangan itu menyuntik motivasi dalam set penentuan apabila tenang meninggalkan lawan mereka untuk kemenangan 21-13 dalam tempoh 57 minit.Kejayaan mara ke perlawanan akhir itu memperbaiki pencapaian edisi sebelum ini yang menyaksikan cabaran Aaron-Wooi Yik tersekat pada separuh akhir kepadagandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.Aaron-Wooi Yik akan menentang gandingan luar jangka dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam perlawanan akhir pada Ahad dengan lapan rekod pertemuan memihak kepada gandingan negara.Satwiksairaj-Chirag pemenang gangsa Kejuaraan Dunia 2022 mencipta sensasi menjadi pasangan India pertama mara ke final kejohanan Super 1000 selepas bangkit mengejutkan gabungan pilihan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk- Seo Seung Jae 17-21, 21-19, 21-18.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 12:14am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264029/berita/sukan/skuad-para-negara-bawa-pulang-tiga-emas", "article_title": "Skuad para negara bawa pulang tiga emas", "article_text": "SKUAD para negara terus menggegar Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan apabila berjaya merangkul tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Sabtu.Dua pelumba lelaki negara - Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan masing-masing memenangi pingat emas acara acara omnium C5 dan kejar-mengejar individu C3.Pelumba wanita, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Nurul Suhada Zainal (pilot) pula membawa pulang emas dalam acara kejar-mengejar individu B.Satu pingat perak dimenangi Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol (pilot) dalam acara kejar-mengejar individu lelaki B.Nur Azlia Syafinaz (kanan) dan Nurul Syuhada menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka. - Foto BernamaNur Suraiya Muhamad Zamri yang dibantu Farina Shawati (pilot) dan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin pula masing-masing meraih gangsa acara kejar-mengejar individu wanita B dan kejar-mengejar individu lelaki C1.Bagi Zuhairi, dia berpuas hati dengan pencapaiannya pada ACC kali ini apabila berjaya melengkapkan kesemua pingat dalam koleksi peribadinya termasuk memenangi perak dan gangsa.\"Dalam saingan omnium yang saya sertai ini, ada empat acara secara keseluruhannya. Saya memenangi pingat perak acara pecut berpasukan C1-C5 dan 1 kilometer (km) ujian masa C3 selain gangsa dalam acara scrath.\"Tetapi saya gagal meraih sebarang pingat dalam acara 4km C3. Bagaimanapun, tiga pingat yang saya raih itu sudah cukup membolehkan saya muncul juara keseluruhan omnium,\" katanya.Sementara itu, Muhammad Adi Raimie berkata, dia bersemangat untuk menyambar pingat emas acara kejar-mengejar individu C3 selepas menjuarai acara 1km ujian masa C3 pada Khamis.\"Saya gembira kerana sekali lagi memenangi pingat emas. Walaupun gagal memperbaharui catatan peribadi terbaik hari ini (Sabtu), saya tetap bangga kerana masih mampu memenangi pingat emas,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 11:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264028/berita/sukan/tujuh-kelab-liga-super-dapat-lampu-hijau-afc", "article_title": "Tujuh kelab Liga Super dapat lampu hijau AFC", "article_text": "TUJUH kelab Liga Super kini boleh melakukan persediaan lebih awal untuk bersaing dengan jagoan bola sepak Asia khasnya dalam pentas Liga Juara-Juara Asia 2023/24.Perkhabaran gembira itu setelah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan tujuh kelab tersebut menerima Lesen Kelab AFC 2023 daripada badan induk bola sepak Asia berkenaan.Sebagai rekod, saingan bola sepak kelab di bawah kendalian badan induk itu ialah Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC.Tujuh kelab Liga Malaysia tersebut adalah juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) FC, Selangor FC, Terengganu FC (TFC), Sabah FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kuala Lumpur City FC dan Penang FC.Difahamkan sebelum ini sebanyak 11 kelab Liga Super telah menghantar permohonan manakala tiga lagi dikhabarkan masih belum berhasrat mendapatkan lesen berkenaan.Bagaimanapun, AFC hanya meluluskan tujuh permohonan kelab tersebut selepas melepasi semua proses tapisan teliti kriteria lesen badan induk berkenaan.Sebagai rekod, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut selain pemenang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia, JDT, TFC dan Sabah FC akan beraksi di pentas Asia musim ini.Harimau Selatan kendalian Esteban Solari akan kembali berentap dalam saingan Liga Juara-Juara Asia manakala skuad Penyu asuhan Tomislav Steinbruckner dan The Rhinos pimpinan Datuk Ong Kim Swee akan menyingkap tirai saingan Piala AFC.Difahamkan beberapa kriteria seperti personel dan pentadbiran, undang-undang, sukan, infrastruktur, perniagaan dan kewangan yang menjadi penilaian untuk kelab mendapatkan lesen tersebut.Kelulusan diberikan AFC kepada tujuh kelab ini juga secara tidak langsung merupakan pengiktirafan terhadap keseriusan pasukan ke arah memacu profesionalisme entiti masing-masing ke tahap lebih tinggi.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 11:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264025/berita/sukan/bekas-ratu-renang-negara-nurul-huda-sertai-ms", "article_title": "Bekas ratu renang negara, Nurul Huda sertai MS", "article_text": "TIGA muka baharu tersenarai dalam jawatankuasa tertinggi Persekutuan Renang Malaysia (MS) di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang kekal menerajui badan induk berkenaan bagi penggal 2023-2025.Shahidan menang tanpa bertanding manakala Oon Kee Seng mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dengan mendapat 24 undi untuk mengalahkan Anthony Kong (19) dan Ng Yau Loong dengan enam undi.Perubahan kali ini melibatkan jawatan Naib Presiden, Setiausaha Kehormat dan Penolong Setiausaha pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 badan induk itu pada Sabtu.Ketua jurulatih Selangor, Marilyn Chua, menang jawatan Naib Presiden selepas meraih 29 undi dengan menewaskan Datuk Nawawi Reduan (20 undian) manakala Andy Low membuat kejutan apabila memperoleh 29 undi berbanding Mae Chan (22 undian) bagi jawatan Setiausaha Kehormat.MS turut mendapat nafas baharu apabila bekas ratu renang negara, yang memenangi 22 pingat emas pada temasya Sukan SEA, Nurul Huda Abdullah (Selangor) dipilih sebagai Penolong Setiausaha setelah meraih 28 undi untuk mengetepikan Tan Chin Chin (20 undian).Bercakap kepada pemberita selepas pemilihan itu, Shahidan, menzahirkan penghargaan kepada semua barisan jawatankuasa lama yang banyak menabur bakti sehingga membuahkan hasil membanggakan sehingga di peringkat antarabangsa.Beliau, bagaimanapun, memaklumkan akan membawa usul mengenai pindaan perlembangaan persatuan bagi memboleh presiden melantik Setiausaha Kehormat dan Bendahari pada pemilihan penggal baharu nanti.Dalam pada itu, dua penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing iaitu Oon Kee Seng bagi jawatan Timbalan Presiden manakala Nancy Yap sebagai Bendahari. - BernamaBerikut Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Renang Malaysia 2023-2025:Presiden: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Perlis)Timbalan Presiden: Oon Kee Seng (Perak)Naib Presiden: Marilyn Chua (Selangor)Setiausaha Kehormat: Andy Low (Negeri Sembilan)Penolong Setiausaha: Nurul Huda Abdullah (Selangor)Bendahari: Nancy Yap (Kuala Lumpur)Lima Ahli Jawatankuasa:1. Tasha Jane (Pulau Pinang)2. Chee Pao Kam (Kedah)3. Goh Kah Yi (Negeri Sembilan)4. Mohd Azwan Abd Halim (Sabah)5. Haris Lua Abdullah (Johor)", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 10:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264023/berita/sukan/ltdipt-2023-afi-danial-laung-amaran-awal", "article_title": "LTdIPT 2023: Afi Danial laung amaran awal", "article_text": "PELUMBA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar melaungkan amaran awal kehadirannya bukan biasa-biasa apabila membolot tiga jersi dalam peringkat pertama Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 pada Sabtu.Pecutan bertenaga 300 meter terakhir membolehkan pelumba berjersi 56 itu menamatkan perlumbaan sejauh 96.4 kilometer bermula dari Kolej Komuniti Segamat ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka dalam masa 2 jam 18 minit 21 saat.Berkongsi kegembiraannya, Afi Danial menyifatkan ia perlumbaan sengit dan mencabar kerana setiap pelumba berusaha memburu keputusan terbaik dalam peringkat pertama ini.\"Pengalaman di pentas Sukma selain belajar di Sekolah Sukan Terengganu banyak membantu persembahan saya.\"Walaupun laluan peringkat pertama merupakan kegemaran, tetapi saya tidak menyangka terdapat selekoh pada pecutan beberapa meter terakhir,\" katanya.Afi Danial yang mengungguli peringkat pertama diekori rapat Muhamad Hafizul Asyraf Jaafar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang ketinggalan 0.09 saat (s), dan Muhammad Iqbal Imran Md Zahirrudin dari UPNM (0.11s).Kemenangan itu membolehkan pelumba dari Kota Tinggi, Johor tersebut menyapu Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat pertama, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut) sekali gus memimpin pendahulu keseluruhan hari pertama perlumbaan.UPNM yang mencipta sensasi pada peringkat pertama turut meraih gelaran Raja Bukit menerusi kayuhan padu diterjemahkan Ahmad Irfan Abdul Hamid (Jersi Polka Dot).Peringkat kedua melibatkan Kriterium sejauh 60 kilometer akan berlangsung pada Ahad antara empat peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 332.7 kilometer, yang menawarkan hadiah lumayan keseluruhan RM40,000 menjadi rebutan lebih 100 pelumba.Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli berkata, beliau pada mulanya bimbang pelumba tidak dapat mengharungi perlumbaan tersebut hingga ke garisan penamat.\"Namun kebimbangan saya terpadam apabila melihat mereka berentap sengit hingga ke garisan penamat, ini satu petanda sangat positif kepada perkembangan bakat baharu sukan lumba basikal negara pada masa depan.\"Saya menjangkakan perlumbaan peringkat kedua esok pastinya menjanjikan saingan yang amat sengit dan menarik.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 09:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264016/berita/sukan/skuad-bola-jaring-pertahan-gelaran-remaja-asia-2023", "article_title": "Skuad bola jaring pertahan gelaran Remaja Asia 2023", "article_text": "SKUAD bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan pada Sabtu.Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final, sekali gus menyaksikan pasukan remaja kebangsaan menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 yang akan berlangsung di Gibraltar.Turut meraih tiket bersama Malaysia ke Piala Dunia 2025 mewakili benua Asia itu adalah Singapura dan Sri Lanka yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan tersebut.Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring remaja negara atas kejayaan tersebut\"Pasukan bola jaring kebangsaan menang Juara Kejohanan Remaja Asia 2023 di Korea!!! Well done girls #DemiMalaysia,\" katanya menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya pada Sabtu.Pada Jumaat, Malaysia berjaya menempah slot ke final selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 77-36 di peringkat separuh akhir.Sebelum ini, Malaysia muncul juara edisi 2019 apabila menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final di Kashima, Jepun.Bagaimanapun, skuad negara terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2021 di Fiji susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia itu sebanyak lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara muncul naib juara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 08:54pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264017/berita/sukan/hafiq-bangkit-tebus-kecewa", "article_title": "Hafiq bangkit tebus kecewa", "article_text": "PERASAAN pelumba muda negara, Muhammad Hafiq Mohd Jafri bercampur baur selepas memenangi pingat perak acara perlumbaan mata (points race) junior lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Sabtu.Menurut Hafiq, kejayaan meraih perak itu setidak-setidaknya dapat mengubati kekecewaannya selepas gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara kegemarannya, omnium pada Jumaat.\u201cSemalam (Jumaat) bukan rezeki saya meraih pingat dalam acara omnium. Sudah tentu saya agak kecewa kerana saya meletakkan sasaran untuk meraih pingat, bukannya dalam acara points race.\u201cTetapi saya tetap bersyukur kerana hari ini (Sabtu) saya bangkit daripada kekecewaan untuk meraih pingat perak acara points race. Alhamdulillah... hari ini (Sabtu) rezeki saya menang pingat,\u201d katanya.Dalam saingan final, Hafiq terpaksa akur dengan kekuatan pelumba Indonesia, Nurahmat Syeihan Muhammad yang meraih pingat emas, manakala wakil Korea Selatan, Jo Jeongu membawa pulang gangsa.Hafiq berkata, Nurahmat mempunyai kelebihan dari segi ketahanan (endurance) bagi mengharungi saingan final perlumbaan mata itu yang melibatkan 80 pusingan (20 kilometer).\u201cSaya lihat Nurahmat ada endurance yang berbeza dengan saya pada perlumbaan ini. Dia berjaya mengekalkan endurance diri dari awal sehingga akhir perlumbaan.\u201cSebaliknya, saya kurang endurance... cuma saya lebih kepada kekuatan tenaga sahaja. Itu yang membezakan kami kerana Nurahmat kuat dari segi endurance dan tenaga,\u201d jelasnya.Hafiq yang meraih perak acara omnium pada ACC 2022 di New Delhi, India berpeluang menambah pingat apabila bakal membuat penampilan dalam acara madison pada Isnin.\u201cSaya akan cuba yang terbaik untuk meraih pingat dalam acara madison nanti. Jika berjaya, ia boleh dianggap satu bonus buat diri saya,\u201d ujar pelumba berusia 18 tahun kelahiran Melaka itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 08:53pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264010/berita/sukan/jdt-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "JDT dalam kelas tersendiri", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan kelab Singapura, Albirex Niigata (S), 5-1 pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.Tampil tanpa kelibat ramai pemain utama, JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak bertalu-talu ke gawang Albirex Niigata (S).Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menghasilkan sebarang jaringan apabila berjaya dikekang benteng pelawat.Bagaimanapun, hasil satu serangan balas JDT akhirnya membuka jaringan menerusi tandukan penyerang import, Diogo Santo pada minit ke-18.Gol berpunca daripada larian deras pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh yang melepasi kawalan pertahanan Albirex Niigata (S) sebelum hantaran silangnya ditanduk masuk Diogo untuk gol sulung perlawanan.Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Albirex Niigata (S), mula mengatur asakan-asakan berbahaya ke gawang tuan rumah dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekang asakan berkenaan sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-27, menerusi Fernando Forestieri.Ketinggalan dua gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat kesebelasan Albirex Niigata (S) untuk terus mengasak ke gawang JDT untuk merapatkan jurang gol.Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk kedudukan kekal hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua, JDT dilihat semakin memperkemaskan asakan ke gawang lawan dan kali ini giliran Nazmi Faiz Mansor meledak gol ketiga skuad Harimau Selatan itu.Kesebelasan utama JDT pada aksi persahabatan berkenaan - Foto FB Johor Southern TigersGawang skuad Harimau Selatan bolos akhirnya, apabila pemain Albirex Niigata memanfaatkan peluang bagi menjaringkan gol saguhati pada minit ke-63.Bagaimanapun, kesebelasan JDT bingkas bangkit untuk menjaringkan gol keempat seminit kemudian menerusi jaringan pemain gantian, Bergson Da Silva, pada minit ke-64.Tiga minit selepas itu giliran pemain gantian, Aysar Jadi mencatatkan nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-67.Skuad Harimau Selatan itu dilihat terus mendominasi perlawanan selepas itu dengan mengasak gawang skuad The White Swans itu dalam usaha menambah jaringan.Bagaimanapun, tiada tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan dan menyaksikan kedudukan 5-1 memihak JDT kekal ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 07:58pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264007/berita/sukan/pafa-belum-terbubar", "article_title": "PAFA belum terbubar", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) berjaya diselamatkan daripada terbubar akibat kemelut yang melanda persatuan itu sebelum ini.Perkara itu disahkan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah yang memaklumkan rayuan dibuat persatuan itu diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Menurutnya, sebelum ini Pesuruhjaya Sukan (PJS) sudah menghantar surat pembatalan PAFA itu namun pihak persatuan mengemukakan surat rayuan terus kepada menteri untuk dipertimbangkan semula keputusan pembatalan tersebut.\"Pada saya, PAFA ini persatuan yang paling tua, 100 tahun umurnya. Tidak wajar untuk kita membiarkan ia terbatal dengan isu-isu yang semua tahu. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan menghubungi menteri untuk memberi pertimbangan supaya melakukan tindakan yang bersesuaian dengan perlembagaan PJS dan sebagainya agar PAFA ini tidak terbatal.\"Menteri (Hannah) telah pun menghubungi saya dan berbincang mengenai perkara tersebut. Beliau akan melantik jawatankuasa bertindak dan ahlinya akan dipilih oleh menteri bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan PAFA untuk memilih ahli jawatankuasa baharu,\" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Jalinan Kolaborasi empowerNCER Akademik di sebuah hotel di sini pada Sabtu.Khairudin berkata, langkah segera yang diambil oleh PAFA bersama kerajaan negeri itu menampakkan keputusan positif apabila persatuan itu dapat diselamatkan daripada terbubar.Sebelum ini, PJS membuat keputusan menggantung badan induk bola sepak Perak itu selama enam bulan susulan kemelut yang melanda pada 7 Mac 2022 lalu.Kemelut permasalahan PAFA dikatakan berpunca daripada tindakan kedua-dua kumpulan bertelagah dalam PAFA untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan kerana tidak mengikut peraturan dan perlembagaan persatuan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263991/berita/sukan/olimpik-2024-kbs-rtg-bincang-permintaan-azizulhasni-atlet", "article_title": "Olimpik 2024: KBS, RTG bincang permintaan Azizulhasni, atlet", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bagi membincangkan segala aspek keperluan atlet pada Isnin ini di Putrajaya.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, perkara itu penting dalam hala tuju mempersiapkan para atlet dalam memburu kilauan pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.Menurutnya, mesyuarat juga akan memberi perhatian dan memperhalusi permohonan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.\u201cPermintaan Azizulhasni sudah dikumpulkan bersama atlet-atlet lain dan akan dimasukkan dalam program RTG.\u201cSeperti yang sudah dinyatakan, beliau adalah aset negara dan pasti jawatankuasa akan mempertimbangkan permintaan Azizulhasni untuk bersedia di Olimpik Paris,\u201d katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.Turut hadir, Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.Sebelum itu, pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman tersebut melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.Menurut Mohd Azizulhasni, beberapa siri perbincangan diadakan dengan MSN sejak setahun sebelum dia kembali ke Malaysia tetapi sehingga kini tiada penyelesaian dicapai.Atlet berusia 35 tahun itu antara prospek terbaik Malaysia bagi menyumbang emas sulung Olimpik selepas dia meraih pingat perak dan gangsa - masing-masing pada temasya Tokyo 2022 dan Rio 2016.Pada perkembangan lain, Hannah berkata, KBS juga akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani isu rokok elektronik dalam usaha membina Generasi Penamat Rokok (GEG).\u201cMoto kami memang sukan, kesihatan dan gaya hidup sihat jadi akan bekerjasama ke arah itu,\u201d ujarnya.KBS umum RM500,000 utk sukan komuniti KelantanDalam pada itu Hannah berkata, KBS mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pengajuran sukan komuniti di negeri Kelantan.Menurutnya, dana itu boleh digunakan oleh jabatan, agensi, persatuan belia, persatuan sukan, pertubuhan bukan kerajaan, kelab rukun tetangga dan persatuan penduduk dengan memohon melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri.\u201cPeruntukan keseluruhan diberikan Kementerian Kewangan ialah sebanyak RM20 juta untuk seluruh negara dan RM500,000 khas kepada Kelantan untuk pengajuran sukan dalam tempoh enam bulan akan datang pada tahun ini.\u201cSukan itu termasuk permainan tradisi seperti gasing serta sukan-sukan lain yang tersenarai dalam Akta Pembangunan Sukan,\u201d katanya.Kata Hannah, persatuan belia boleh memanfaatkan dana tersebut dengan membuat permohonan selain memastikan menambahkan lagi jumlah keahlian.\u201cSaya berharap jumlah yang aktif dalam persatuan belia akan meningkat dua kali ganda pada tahun depan.\u201cIni juga \u2018mandat\u2019 kepada JBSM Kelantan untuk pastikan program-program disertai oleh ramai orang muda,\u201d ujar beliau.Sementara itu, dalam perkembangan berkait Program Rakan Muda yang diberi suntikan nafas baharu, katanya akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangi, Selangor pada minggu hadapan.\u201cSepuluh teras akan diumumkan Perdana Menteri pada program itu nanti,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 05:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263979/berita/sukan/psm-kembali-bernaung-di-bawah-astaf", "article_title": "PSM kembali bernaung di bawah ASTAF", "article_text": "PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) kembali diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berkuat kuasa Ahad.Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader ketika mengumumkan perkara itu berkata, persekutuan itu telah meluluskan permohonan PSM sejak dua bulan lalu dalam usaha melonjakkan lagi keterampilan sukan sepak takraw tanah air.\"Pada detik yang bersejarah ini, saya ingin mengkhabarkan berita gembira kepada PSM dan seluruh ahli gabungannya, ASTAF menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Mohd Sumali Reduan.\"Saya amat menghargai kepimpinan beliau dan amat yakin beliau mampu dan berupaya mengemudi PSM hingga ke satu tahap yang amat membanggakan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM pada Sabtu.PSM sebelum ini telah disingkirkan daripada ASTAF pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Feb 2021.PSM kemudian pernah menghantar permohonan untuk kembali menyertai ASTAF namun ditolak pada Mac 2022 sebelum sekali lagi mengemukakan permohonan pada Disember lalu sejajar dengan hala tuju badan induk itu untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Selain itu, Abdul Halim berkata, penerimaan PSM sebagai ahli gabungan ASTAF akan membuka peluang untuk persatuan itu untuk diterima semula oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).Dalam pada itu, beliau berkata, ASTAF, yang bercadang mengadakan Kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL) Dunia, bersetuju memberikan tanggungjawab selaku tuan rumah kejohanan itu kepada PSM.Namun beliau tidak memaklumkan bila kejohanan berprestij itu bakal diadakan.Sementara itu, Mohd Sumali berkata, penerimaan semula PSM dalam ASTAF merupakan titik permulaan yang baik terutamanya dalam usaha membawa sukan itu ke peringkat lebih tinggi.\"Bila kita sudah kembali bernaung di bawah ASTAF, apa jua program pembangunan di peringkat antarabangsa kita boleh bincangkan, tentu ada perkara yang kita kena fikirkan dan bincang daripada sudut perlembagaan atau undang-undang permainan dan sebagainya,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 04:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263973/berita/sukan/mohamed-syamer-pasang-impian-beraksi-di-piala-asia-2023", "article_title": "Mohamed Syamer pasang impian beraksi di Piala Asia 2023", "article_text": "PEMAIN tengah skuad kebangsaan Mohamed Syamer Kutty Abba memasang impian beraksi dan bersaing dengan pemain terbaik di Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Januari tahun depan.Ini kerana pemain Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berusia 26 tahun itu percaya cabaran di pentas kejohanan bola sepak berprestij Asia itu dapat menjadikannya seorang pemain yang lebih baik.\"Bermain di Piala Asia adalah impian saya sebab itu adalah pentas tertinggi untuk saya berlawan dengan lawan yang lebih baik.\"Di situ juga peluang untuk saya belajar dan tempat untuk saya melakukan yang terbaik buat negara supaya pasukan melangkah lebih jauh lagi,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapan pasukan pada Sabtu.Mohamed Syamer turut menyasarkan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya sebanyak mungkin selepas mengumpul 22 penampilan di pentas antarabangsa dan menjaringkan satu gol setakat ini.Baginya setiap perlawanan adalah proses pembelajaran dan beliau tidak mudah berpuas hati, sebaliknya sering berusaha memperbaiki kelemahan dalam perlawanan.\"Saya tahu setiap permainan, saya akan buat lebih baik untuk memikat hati ketua jurulatih dan untuk berikan aksi terbaik kerana pakai jersi Malaysia,\u201d katanya.Sementara itu, dia berkata, pasukan akan turun memburu kemenangan apabila menentang Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Selasa ini.Katanya, ketika ini setiap perlawanan adalah penting dalam persediaan pasukan menghadapi cabaran getir di Piala Asia yang menyaksikan Malaysia diundi bersama juara dua kali Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.\"Jadi kita jangka perlawanan (Papua New Guinea) bukannya mudah kerana lawan akan berikan yang terbaik, kami hanya akan laksanakan arahan jurulatih dan lebih bersedia untuk perlawanan itu,\u201d katanya.Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Rabu lepas, sekali gus meraih kemenangan ketiga dalam aksi persahabatan sejak Mac. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 04:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263952/berita/sukan/chong-wei-belum-sedia-sandang-jawatan-tapi-sedia-bantu-bam", "article_title": "Chong Wei belum sedia sandang jawatan tapi sedia bantu BAM", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih belum berhasrat mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, beliau belum bersedia menggalas jawatan itu atau mana-mana jawatan sepenuh masa di BAM melihat kepada tanggungjawabnya dalam program Road To Gold (RTG) dan ahli jawatankuasa di Majlis Sukan Negara (MSN).\"Saya tak akan terima (mana-mana jawatan). Saya tak sedia untuk pegang jawatan ini (pengarah kejurulatihan perseorangan), sebab sekarang ini jawatan saya memang tak mudah.\"Untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih, saya tak sedia untuk jawatan BAM,\u201d katanya kepada Bernama apabila dihubungi baru-baru ini.Chong Wei berkata demikian sebagai mengulas pandangan pelbagai pihak termasuk bekas pemain beregu negara Tan Boon Heong semalam bahawa kekosongan jawatan itu layak diisi olehnya.Bagaimanapun, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu berkata, beliau sentiasa bersedia membantu BAM yang sebelum ini telah membentuknya sehingga menjadi seorang legenda badminton.Chong Wei yang merupakan antara panel penasihat teknikal di BAM berkata, beliau akan berusaha memberi khidmat nasihat dalam menambah baik prestasi pemain negara.\"Selama 19 tahun saya bersama BAM tidak akan saya lupa. Kalau persatuan itu perlu bantuan, saya mesti tolong, tapi bantu sahaja, 100 peratus dan bila-bila masa sahaja, tapi untuk sepenuh masa di BAM tak boleh,\u201d katanya.Dalam pada itu, beliau menasihati BAM supaya mencari individu yang tepat bagi menggantikan Choong Hann memandangkan sekarang adalah tempoh kelayakan untuk ke temasya Sukan Olimpik 2024.\"Bila Choong Han letak jawatan bukan senang kita nak cari pengganti, sekarang adalah waktu getir untuk Olimpik dan BAM perlu bertindak cepat mencari orang yang tepat bagi isi jawatan itu,\u201d katanya.Semalam, BAM dilaporkan telah memulakan proses pencarian pengganti Choong Hann, 46, yang meletak jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan minggu lepas sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama badan induk itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 02:55pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263945/berita/sukan/kilauan-emas-ke-12-gamit-azizulhasni", "article_title": "Kilauan emas ke-12 gamit Azizulhasni", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang semakin bersemangat menambah koleksi pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.Selepas berjaya menyambar emas acara pecut individu elit lelaki pada Jumaat, Azizulhasni tampak berada di momentum terbaik untuk meraih satu lagi kilauan emas menerusi acara kegemarannya, keirin.Bagaimanapun, Azizulhasni tidak mahu terlalu meletakkan tekanan ke atas dirinya sendiri, sebaliknya bersedia dengan sebarang perancangan daripada ketua jurulatihnya, John Beasley.\u201cSasaran saya sekurang-kurangnya satu pingat emas (pada ACC 2023) dan selepas ini keirin... anda semua tahu saya tak akan main-main, saya akan berusaha dengan penuh gigih.\u201cSaya sudah capai sasaran (selepas meraih emas acara pecut individu). Jadi tengoklah bagaimana perlumbaan Ahad ini... saya tak tahu perancangan John.\u201cApapun saya ingin meraikan kejayaan ini dahulu dan selepas itu bincang mengenai perancangan Ahad ini. Nak menang, memang nak menang kerana keirin adalah acara kegemaran saya,\u201d katanya.Kejayaan meraih emas acara pecut individu itu menyaksikan Azizulhasni kini merekodkan 11 pingat emas ACC dalam koleksinya, sekali gus memahat legasinya yang tersendiri di pentas Asia.Selain Azizulhasni, rakan sepelatihnya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang memburu gelaran sulung peribadinya pada ACC turut dijadualkan beraksi dalam acara keirin nanti.Menurut Shah Firdaus, dia meletakkan sasaran awal mara sehingga peringkat final sebelum mencongak strategi baharu bersama Beasley dalam memburu kilauan pingat.\u201cDi final itu nanti, harap kita tak bagi tiga pelumba Jepun sampai ke final kerana kita tahu, kalau tiga daripada mereka di final, mereka akan lakukan taktikal tradisi mereka.\u201cJadi kita kena 'pecahkan' mereka. Harapnya mereka tidak semua ke final kerana dalam keirin, semuanya adalah mengenai (strategi) taktikal,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 02:43pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263938/berita/sukan/syor-harimau-buta-diberi-insentif-kejayaan-di-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Syor Harimau Buta diberi insentif kejayaan di Sukan SEA Kemboja", "article_text": "SATU permohonan insentif kejayaan akan diajukan kepada Menteri Besar Selangor ekoran kejayaan 'Harimau Buta' merangkul pingat perak pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini.Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor, Norazreen Sulaiman berkata, cadangan pemberian insentif itu bertujuan memberi dorongan buat atlet kelahiran Selangor terus berusaha lebih keras mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.\"Kita di JBS Negeri Selangor akan membuat satu permohonan kepada pejabat Menteri Besar Selangor untuk memberi ganjaran atau insentif kejayaan kepada pasukan Harimau Buta.\"Malah kita juga berharap pemain anak jati Selangor yang beraksi dengan Harimau Buta turut diberi sumbangan khas kerana telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,\" katanya pada Sabtu.Boss James (kiri) dan Norazreen melihat seorang pemain Harimau Buta melakukan tendangan penalti dalam satu majlis menghargai pemain kebangsaan itu di Subang pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan pasukan Harimau Buta bersama penaja anjuran Hong Leong Yamaha Malaysia Alumni (HLYMA).Hadir sama, Presiden HLYMA, Ng Yee Sheng atau lebih dikenali sebagai Boss James dan Pengurus Besar Pemasaran Jualan Hong Leong Yamaha Motor, Tim Hoo.Mengulas lanjut, Norazreen berkata, cadangan pemberian insentif tersebut akan turut melibatkan beberapa pasukan kebangsaan lain yang menempa kejayaan baik di Sukan SEA Kemboja.Kata beliau, selain pasukan pingpong dan renang, atlet olahraga kurang upaya negara turut meraih keputusan cemerlang.Menurutnya, pemberian insentif itu dilihat relevan kerana kerajaan negeri Selangor sebelum ini pernah memberi ganjaran kepada atlet Selangor yang cemerlang pada kejohanan Para Sukan Malaysia (Para Sukma).Norazreen (tengah) dan Boss James bersama kumpulan penaja Harimau Buta yang beraksi di Para Sukan SEA di Kemboja pada Sabtu.Jelasnya, setiap atlet para Selangor yang memperoleh emas pada Para Sukma diberi ganjaran RM3,000, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000).Sementara itu, Yee Sheng berkata, HLYMA terpanggil untuk memberi tajaan kepada Harimau Buta semasa pasukan kebangsaan itu beraksi di Para Sukan SEA bagi menaikkan semangat atlet berjuang demi negara.Pempengaruh media sosial itu berkata, kekuatan dan semangat juang Harimau Buta harus ditingkatkan dengan tajaan yang mampu meringankan beban masing-masing ketika berada di luar negara.\"HLYMA mahu bersama-sama dengan Harimau Buta berjuang demi mengharumkan nama negara.\"Kita bersyukur mereka berjaya di Para Sukan SEA dengan membawa pulang pingat perak,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263932/berita/sukan/de-gea-mungkin-angkat-kaki", "article_title": "De Gea mungkin 'angkat kaki'", "article_text": "PENJAGA gawang Manchester United, David de Gea dilaporkan gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan perjanjiannya memaksa Red Devils mencari pemain baharu untuk mengisi kekosongan itu.Masa depan pemain berusia 33 tahun itu menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini dan The Red Devils baru-baru ini mengesahkan dia tidak akan kekal untuk musim 2023/24.Penjaga gol Sepanyol itu yang menghabiskan 12 musim di Old Trafford bersedia untuk menamatkan aksinya dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gagal mencapai persetujuan menyaksikan gajinya perlu dikurangkan.United masih mempunyai Tom Heaton, Nathan Bishop, dan Dean Henderson untuk mengisi tempat de Gea, namun dilaporkan mereka tidak memenuhi syarat yang dimahukan jurulatih Erik Ten Hag.The Mirror membayangkan bahawa Ten Hag telah menamakan tiga penjaga gol dalam senarai pendeknya untuk menggantikan De Gea.Senarai itu termasuk penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, Jordan Pickford dari Everton, dan Diogo Costa dari Porto.De Gea salah seorang daripada pemain United yang menerima bayaran lumayan apabila memperoleh 370,000 pound seminggu (RM2.2 juta), namun pemain itu enggan mencapai persetujuan berdasarkan tawaran kontrak baharu kelab.Dia memenangi Sarung Tangan Emas untuk musim ini, namun beberapa aksinya menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat yang mahukan perubahan dalam pasukan.Di Old Trafford De Gea memenangi satu gelaran EPL, Liga Europa dan Piala FA serta dua Piala Carabao dan tiga Perisai Komuniti FA.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 01:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263922/berita/sukan/peluang-modric-julang-croatia", "article_title": "Peluang Modric julang Croatia", "article_text": "PEMAIN berpengalaman, Luka Modric berpeluang memimpin Croatia untuk meraih trofi utama sulung apabila akan membuat perhitungan dengan Sepanyol pada final Liga Negara-Negara di Belanda pada Isnin.Biarpun diselubungi teka-teki mengenai masa depannya di pentas antarabangsa dan bersama kelab, Real Madrid apabila 'hayatnya' akan berakhir bulan ini, namun ia bukan penghalang buat pemain berusia 37 tahun itu mencipta kejutan.Sudah pasti kapten Croatia itu mahu menggembirakan empat juta penduduk negaranya menerusi kejayaan di Rotterdam.Croatia mempamerkan aksi menakjubkan di pentas antarabangsa sejak 25 tahun lalu, bermula dengan penamat tempat ketiga pada Piala Dunia 1998.Mereka kemudian mara ke final Piala Dunia 2018, namun dikecewakan Perancis dan sekali lagi menghuni tempat ketiga di Qatar tahun lalu.\u201cKami sekali lagi menjadi kuasa besar dalam bola sepak. Di sebalik semua masalah, kami mempunyai kualiti dan perwatakan,\u201d kata jurulatih Croatia, Zlatko Dalic.Modric yang membuat penampilan sulung antarabangsa pada tahun 2006, beraksi buat kali ke-165 ketika menentang Belanda di separuh akhir.Dia menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Croatia mara ke final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 pada masa tambahan.\u201cKami hanya perlu bertenang dan bijak. Tidak tergesa-gesa ke mana-mana, ketika cuba untuk meraih trofi.\u201cItulah harapan besar saya... gangsa, perak dan emas,\u201d ujar Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 12:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263913/berita/sukan/pkbm-sambut-baik-hasrat-harrif-sertai-skuad-trek-kebangsaan", "article_title": "PKBM sambut baik hasrat Harrif sertai skuad trek kebangsaan", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat jaguh lebuh raya, Mohd Harrif Saleh yang menyatakan kesediaannya memperkuat skuad trek jika khidmatnya diperlukan.Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Harrif mempunyai potensi untuk membarisi skuad trek bersandarkan pengalaman luas dimiliki pakar pecut negara itu.\u201cSecara peribadi saya melihat Harrif sebagai seorang pelumba yang luar biasa. Dia juga seorang pelumba yang cukup berpengalaman terutamanya dalam saingan lebuh raya.\u201cBuktinya dia memenangi perlumbaan jelajah di luar negara termasuk di Eropah. Malah, dia memenangi beberapa peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain meraih pingat emas Sukan SEA.\u201cJadi saya amat mengalu-alukan kesediaan Harrif. Cuma buat masa ini sudah tentu dia terikat dengan tugasannya bersama pasukan TSG (Terengganu Cycling Team),\u201d kata Abu Samah pada Jumaat.Terdahulu, pelumba berusia 34 tahun kelahiran Terengganu itu menyatakan kesediaannya untuk menabur bakti bersama skuad trek kebangsaan sekiranya khidmatnya diperlukan.Namun, pada masa sama, Harrif atau lebih mesra disapa Mamat mengakui tumpuan utamanya ketika ini adalah bersama TSG memandangkan dia sudah mencipta nama dalam saingan lebuh raya lebih sedekad.Harrif mencuri tumpuan peminat lumba basikal tempatan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan Khamis lalu.Biarpun hanya membuat persiapan dalam tempoh dua minggu, Harrif tetap berpuas hati dengan pencapaiannya yang menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 11:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263900/berita/sukan/kami-patut-jaringkan-lebih-banyak-gol---deschamps", "article_title": "'Kami patut jaringkan lebih banyak gol' - Deschamps", "article_text": "KYLIAN Mbappe menjaringkan gol daripada sepakan penalti ketika Perancis menang 3-0 ke atas Gibraltar pada Sabtu untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam kelayakan Euro 2024.Olivier Giroud meletakkan naib juara Piala Dunia tahun lalu itu di hadapan pada minit ketiga dalam aksi di Estadio Algarve Portugal, dan Mbappe menjadikan kedudukan 2-0 dari sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama.Kapten Perancis itu kemudiannya memaksa gol sendiri daripada Aymen Mouelhi untuk melengkapkan jaringan selepas rehat, dengan Les Bleus turut mempunyai banyak peluang yang terkena tiang.Keputusan itu menyusuli kemenangan ke atas Belanda dan Ireland pada Mac dan memastikan Perancis dengan maksimum sembilan mata daripada tiga perlawanan dalam kelayakan Kumpulan B.Perancis akan menerima kunjungan Greece pada Isnin, manakala Belanda yang kini terlibat dalam perlawanan akhir Liga Negara mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan.\"Objektifnya adalah untuk menang dan menyelesaikan tugas tetapi kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol.\"Kami sentiasa boleh melakukan yang lebih baik dan bermain dengan lebih laju tetapi padang tidak membantu kami.\"Saya akan berpuas hati dengan perkara ini dan mula memikirkan tentang hari Isnin yang merupakan perlawanan penting,\" kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263905/berita/sukan/city-lepaskan-gundogan-mendy", "article_title": "City lepaskan Gundogan, Mendy", "article_text": "MANCHESTER City bersedia melepaskan kapten Ilkay Gundogan dan Benjamin Mendy secara percuma apabila kontrak mereka tamat bulan ini.Sebelum ini, Gundogan membisu mengenai masa depannya selepas membawa kelab itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim ini.Pemain antarabangsa Jerman itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi seperti Arsenal dan Barcelona.Gundogan menjadi pemain penting buat City memenangi 14 trofi di kelab itu termasuk lima kejuaraan liga selepas perpindahannya dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada 2016.Mendy pula tidak bermain untuk City sejak Ogos 2021 selepas dia digantung berikutan penahanannya atas tuduhan rogol dan serangan seksual.Pemian kelahiran Perancis itu yang menyertai City pada 2017 dengan nilai \u00a352 juta (RM307 juta) didapati tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual pada Januari tetapi dia berdepan perbicaraan semula atas dua pertuduhan lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 10:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263897/berita/sukan/prestasi-jerman-terus-merosot", "article_title": "Prestasi Jerman terus merosot", "article_text": "TUAN rumah Euro 2024, Jerman tewas 0-1 ketika menentang Poland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Sabtu sekali gua meneruskan persembahan mengecewakan mereka kurang setahun sebelum mereka menjadi hos kejohanan benua itu.Tandukan Jakub Kiwior menyaksikan Poland melakar kemenangan kedua buat pasukan itu ke atas Jerman dalam tempoh 90 tahun.Jerman kini hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan antarabangsa terakhir mereka.Juara dunia empat kali itu yang akan menentang Colombia minggu depan dalam perlawanan antarabangsa terakhir mereka sebelum cuti musim panas, kini mempunyai kurang daripada setahun untuk membina pasukan yang kuat menjelang Eur di tempat sendiri.Susulan kegagalan mereka tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Qatar tahun lalu, sehingga kini mereka gagal membuktikan sudah pulih sekalipun aksi mereka pada babak kedua awal pagi tadi lebih baik berbanding separuh masa pertama.Mereka hanya berjaya meraih satu kemenangan ke atas Peru dalam empat perlawanan mereka sejak Piala Dunia.\"Masih jauh lagi perjalanan kami dan masih ada masa mencukupi.Saya amat yakin dengan apa yang perlu kami lakukan.\"Kami akan ada satu pasukan yang berfungsi menjelang Jun tahun depan. Ia satu proses yang kami lalui bersama. Pasukan bersedia untuk melakukannya.\"Kami berada dalam peringkat yang mana ia tidak mudah. Kami akan mengatasinya. Kami boleh meneruskan dengan persembahan babak kedua sekalipun keputusannya, sudah tentu tidak mencukupi buat kami,\" kata jurulatih Jerman, Hansi Flick.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 10:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263890/berita/sukan/england-belasah-malta", "article_title": "England belasah Malta", "article_text": "TRENT Alexander-Arnold memainkan peranan penting ketika bermain di posisi tengah ketika England membelasah Malta 4-0 untuk meneruskan permulaan sempurna mereka pada kempen kelayakan Euro 2024 pada Sabtu.Pengendali England, Gareth Southgate membuat kejutan apabila meletakkan pertahanan kanan Liverpool, Alexander-Arnold di bahagian tengah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Ta'Qali.Alexander-Arnold membalas kepercayaan Southgate dengan membantu mencipta gol pembukaan England sebelum menjaringkan gol antarabangsa keduanya dengan rembatan jarak jauh.Sepakan penalti Harry Kane membolehkannya mengumpul 56 gol bersama England ketika penjaring gol terbanyak Three Lions itu meraih penampilan ke-50 buat negaranya.Callum Wilson menyempurnakan tendangan penalti lewat aksi bagi gol keduanya bersama England sekali gus memastikan jurang kemenangan itu tampak tepat menggambarkan dominasi pasukannya.\"Sudah tentu kami tahu kami mempunyai kualiti untuk memenangi perlawanan dan kemudian ia mengenai mentaliti. Saya fikir kami bermula dengan baik sejak awal permainan.\"Dia (Alexander Arnold) menikmati projek itu. Dia teruja dengannya dan dia menunjukkan dengan tepat apa yang kami fikir dia mampu.\"Dia memberi kami sesuatu yang berbeza kepada pemain tengah yang lain. Saya tidak ragu-ragu dalam fikiran saya dia boleh melakukannya,\" katanya.England berada di tangga teratas Kumpulan C selepas kemenangan ketiga berturut-turut termasuk ke atas Itali dan Ukraine pada Mac.Dengan dua pasukan teratas layak ke Kejohanan Eropah di Jerman, anak buah Southgate akan melayan kunjungan Macedonia Utara di Old Trafford Isnin ini mengintai peluang untuk mencerahkan peluang layak.Hanya 19 hari selepas musim Liga Perdana Inggeris berakhir dan kurang seminggu selepas Manchester City memenangi Liga Juara-Juara, pemain England yang kepenatan terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti dengan fokus kepada dua lagi perlawanan kelayakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 09:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263884/berita/sukan/skuad-terjun-berkampung-di-china-sebelum-ke-jepun", "article_title": "Skuad terjun berkampung di China sebelum ke Jepun", "article_text": "SKUAD terjun negara akan menjalani latihan pusat selama sebulan di China sebagai persediaan untuk mengharungi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun Julai depan.Skuad seramai 20 orang yang terdiri daripada enam jurulatih serta pegawai dan 16 atlet masing-masing lapan penerjun lelaki serta enam penerjun wanita akan 'terbang' ke negara itu minggu depan.Jurulatih terjun negara, Datuk Leong Mun Yee berkata, skuad itu akan disertai penerjun berpengalaman negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.Beliau berkata, kejohanan itu menjadi medan terbaik buat para penerjun untuk meraih slot awal ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cManfaatkan latihan berpusat ini dengan sebaik mungkin fokus kepada latihan tanpa sebarang gangguan,\" katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Pandelela yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 akan beraksi dalam acara kegemarannya 10 meter (m) platform individu wanita, manakala Dhabitah yang mengakhiri saingan di tempat keempat di Olimpik Tokyo 2020 bersaing bagi acara 3m papan anjal invidu wanita.Mun Yee percaya penerjun negara terutama Pandelela dan Dhabitah mampu berada dalam kelompok 12 terbaik di Jepun bagi meraih slot ke Paris tahun depan.Bagaimanapun katanya, para penerjun lain juga perlu memanfaatkan kejohanan tersebut untuk memberikan yang terbaik bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.\u201cApa yang penting adalah konsisten. Dhabitah dan Pandelela ada peluang (12 terbaik) dalam acara individu.\u201cBagi kategori lelaki mungkin sukar sedikit untuk acara 10m individu, namun bagi 3m individu ada peluang. Apa pun buat yang terbaik, fokus dan konsisten,\u201d katanya.Bagi saingan individu, 12 atlet yang mara ke final secara automatik layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 manakala untuk acara seirama, atlet perlu menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas di pentas final.Kejohanan Dunia tahun ini dijadual berlangsung dari 14 hingga 30 Julai depan dengan acara terjun akan membuka tirai saingan bermula 15 hingga 22 Julai.Menurut Mun Yee, sekiranya penerjun terlepas peluang untuk meraih tiket ke Olimpik kali ini, mereka masih berpeluang berbuat demikian pada kejohanan sama tahun depan.\u201cKalau Kejohanan Dunia kali ini belum layak tahun depan ada peluang lagi.\u201cMalah tahun depan ada kelonggaran sedikit. Mungkin 18 terbaik untuk saingan individu, manakala acara seirama tujuh terbaik. Ini bermakna ada empat lagi kouta,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263882/berita/sukan/gol-pawi-bukan-biasa-biasa", "article_title": "Gol Pawi bukan biasa-biasa", "article_text": "GOL pemain skuad bola sepak negara, Safawi Rasid ketika Harimau Malaya menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan Rabu lalu disifatkan cukup berkualiti.Malah bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.\u201cKalau ikutkan gol itu merupakan satu gol yang cantik dan cukup berkualiti. Kita pun jarang-jarang dapat tengok kualiti teknik yang dipamerkan Safawi, tiga touch cara dia control.\u201cDia menyambut bola dengan kaki kanan kemudian menimbang dengan kaki kiri, sambil memusingkan badan sebelum merembat ke gawang lawan dengan kaki kiri.\u201cSekiranya ada peluang untuk kita calonkan itulah yang terbaik dan tidak salah untuk kita calonkan kali ini. Andai rezeki Safawi dengan jaringan itu dia boleh jadi pemain kedua dari Malaysia selepas Faiz Subri sebelum ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Terdahulu jaringan Safawi ketika membantu Harimau Malaya mengatasi Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Rabu mendapat perhatian media antarabangsa.Media antarabangsa laman sesawang bola sepak terkenal, Bleacher Report Football (B/R Football) mencadangkan jaringan gol ketiga minit ke-77 bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.Menerusi ciapan ringkas di media sosialnya, B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen \u201cTambah Safawi Rasid ke senarai Puskas.\u201dMengenai sentuhan penyudah pemain berusia 26 tahun itu bersama skuad Harimau Malaya, Akmal Rizal antara pemain tempatan yang pernah berkelana di Eropah pada 1999 percaya kualiti anak jati Dungun, Terengganu itu akan bertambah baik.Katanya, bukan mudah untuk seseorang pemain tempatan menjadi pemain import bagi saingan liga negara luar.\u201cNamun apabila Safawi mendapat call up bersama skuad Harimau Malaya dan kemudian membalasnya dengan jaringan cantik sedemikian itu satu motivasi.\u201cSaya percaya selepas ini confidence level dia lebih tinggi dan bermotivasi untuk menggalas cabaran bersama pasukan kebangsaan.\u201cSelepas ini apabila Safawi bermain dengan pasukan JDT atau pasukan lain, dia akan lebih matang dan lebih baik berbanding dia sebelum ini,\u201d katanya.Sebagai rekod, Safawi sebelum ini dipinjamkan JDT ke kelab liga Thailand, Ratchaburi FC, pernah dipinjamkan ke kelab liga Portugal, Portimonense SC pada 2021, berkelana ke Thailand sejak Disember lalu.Dalam pada itu, Akmal yang kini pengendali skuad Bawah 23 Tahun Penang FC menitipkan nasihat kepada Safawi, \u201cTeruskan jadi yang terbaik jangan berasa terlalu selesa kerana karier ahli sukan profesional ini merupakan satu proses yang berubah-ubah mengikut peredaran masa.\u201cTapi saya percaya dalam pasukan JDT, tiada para pemain yang akan merasa selesa kerana setiap pemain perlu bersaing untuk mendapatkan tempat.\u201cSekiranya pemain sedikit terleka sememangnya memang tiada tempat dalam pasukan. JDT merupakan tempat terbaik dan sesuai untuk Safawi meningkatkan prestasinya.\u201cDia takkan ada masa untuk merasakan dirinya selesa di JDT, kerana saingan di situ cukup sihat dan sengit dan saya percaya dia akan jadi yang terbaik.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263870/berita/sukan/terbuka-indonesia-aaron-wooi-yik-mara-ke-separuh-akhir", "article_title": "Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.Pada aksi suku akhir pada Jumaat di Istora Senayan di sini, pasangan ketiga dunia itu menang straight set 21-10, 21-15 menewaskan beregu Jepun Akira Koga-Taichi Saito dalam tempoh 41 minit.Ketika ditemui selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka bermain secara tenang dan mengekalkan 'game plan' untuk menang.Menanti di separuh akhir esok ialah beregu tuan rumah Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.Ditanya mengenai peluang mereka pada aksi separuh akhir, Wooi Yik berkata: \"Kami perlu meningkatkan fokus kerana di separuh akhir, semua pemain adalah terbaik.\"Pasti tidak mudah untuk semua dan kalau kami tidak bersedia, keputusan pasti tidak akan baik,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 11:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263865/berita/sukan/ltdipt-medan-cungkil-bakat-pelumba-berbasikal-lebuh-raya-negara", "article_title": "LTdIPT medan cungkil bakat pelumba berbasikal lebuh raya negara", "article_text": "PERLUMBAAN basikal Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membabitkan 16 pasukan akan bermula Sabtu.Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, \u201cKita percaya dari LTdIPT ini akan menonjol nanti beberapa pelumba basikal lebuhraya yang dipilih mewakili negara pada masa akan datang.\u201cPada waktu yang sama juga kita juga sedang mengenalpasti pelumba-pelumba basikal lebuhraya yang boleh mempunyai keupayaan untuk membentuk sebuah pasukan bagi mewakili 'Malaysian University Cycling Team' bagi beraksi dalam perlumbaan Jelajah Malaysia atau berupaya di Le Tour de Langkawi nanti\u201d.Tambah Pekan, \u201c LTdIPT juga secara tidak langsung memberi pendedahan untuk bertanding dalam perlumbaan berbasikal yang kompetitif.\u201cKPT mengharapkan LTdIPT mampu membantu merancakkan pembangunan sukan berbasikal dan melahirkan pelumba-pelumba berkaliber tanah air,\u201d katanya.Sebagai rekod kejohanan dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disertai pelbagai pasukan IPTA, IPTS di bawah naungan KPT.Saingan membabitkan empat peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 332.7 kilometer, dengan nilai hadiah keseluruhan RM40,000 menjadi rebutan lebih 100 pelumba.Majlis pengenalan pasukan disempurnakan Yang Di-pertua Negeri Melaka yang juga Canselor UTeM, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Naib Canselor UTeM Profesor Ts. Dr Massila Kamalrudin.Sebagai rekod, LTdlPT adalah kesinambungan daripada penganjuran Varsity Cycling Challenge (VCC) yang mula dianjurkan pada 2015.Pengiktirafan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dilihat turut menjadi pendorong usaha memajukan sukan basikal tempatan khasnya di IPT.INFOLe Tour de IPT (LTdIPT) 2023Pasukan1. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang2. Kolej Komuniti Malaysia3. Majlis Sukan Politeknik Malaysia4. Multimedia University5. UIAM/UPM/UNIMAS6. Universiti Malaysia Pahang7. Universiti Malaysia Kelantan8. Universiti Malaysia Terengganu9. Universiti Pendidikan Sultan Idris10. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka12. Universiti Teknologi Malaysia13. Universiti Teknologi MARA14. Malaysian University Cycling Team.Peringkat LaluanPeringkat Pertama (96.4km)Kolej Komuniti Segamat -Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), MelakaPeringkat Kedua (60km)KriteriumPeringkat Ketiga (92.8km)Politeknik Port Dickson-Universiti Putra Malaysia (UPM)Peringkat Keempat (83.5 km)Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi -Bangunan KPT, Putrajaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 09:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263861/berita/sukan/harimau-malaya-sisih-natxo-insa-muhamad-feroz", "article_title": "Harimau Malaya sisih Natxo Insa, Muhamad Feroz", "article_text": "PARA penyokong Harimau Malaya terpaksa melupakan hasrat menyaksikan pemain kacukan, Natxo Insa, beraksi bersama skuad kebangsaan pada perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Selasa depan.Ia selepas Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengesahkan Natxo bersama rakan sepasukannya di Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhamad Feroz Baharudin dilepaskan dari kem latihan pusat skuad kebangsaan di sini, berikutan masalah kecederaan pangkal paha dialami kedua-dua pemain itu.Menurut Pan-gon, pemain tengah itu yang menyertai pasukan sejak 10 Jun lalu didapati tidak bersedia untuk beraksi ketika Malaysia menewaskan Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan berstatus sama, Rabu kelmarin dan aksi menentang Papua New Guinea.Sementara pemain pertahanan Muhamad Feroz yang diturunkan dalam kesebelasan utama Rabu lalu, mengalami kecederaan pangkal paha pada perlawanan itu yang menyaksikan Malaysia meraih kemenangan bergaya 4-1.\u201cSudah tentu sebagai jurulatih, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menguji sepenuhnya kedua-dua pemain tersebut pada jendela perlawanan FIFA kali ini tetapi pada masa yang sama berasa sedih atas kecederaan dialami oleh Natxo dan Feroz.\u201cSemoga kedua-dua mereka cepat sembuh dan boleh kembali beraksi dalam saingan liga domestik bersama JDT, seterusnya kembali cergas untuk dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,\u201d katanya dalam kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Mengulas lanjut, Pan-gon berkata, dengan ketiadaan Natxo dan Muhamad Feroz, pasukannya akan meneruskan kem latihan pusat dengan baki 24 pemain lain termasuk Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Nooa Laine bagi menghadapi Papua New Guinea.Sebagai rekod, Pan-gon menghadapi situasi sama pada siri persahabatan di Johor, Mac lalu, apabila dua pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos, masing-masing dilepaskan dari kem latihan pusat disebabkan faktor kecederaan menjelang aksi menentang Hong Kong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 09:18pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263856/berita/sukan/azizulhasni-kembali-dinobat-raja-pecut-asia", "article_title": "Azizulhasni kembali dinobat Raja Pecut Asia", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya merampas semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat.Selepas kali terakhir meraih emas acara tersebut pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Azizulhasni kembali menjejakkan kaki di podium \u2018sang juara\u2019 selepas mengetepikan pelumba Jepun, Kaiya Ota 2-0 di pentas final.Sebelum itu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman menyingkirkan seorang lagi pelumba handalan Jepun, Kento Yamasaki di peringkat separuh akhir - juga dengan keputusan 2-0.\"Syukur Alhamdulillah... semua ini tidak datang daripada saya sahaja. Pertamanya daripada ALLAH SWT dan keduanya daripada penyokong dan ahli keluarga yang dapat memberikan sokongan.\"Sejak awal saya sudah jangka saingan hari ini agak mencabar. Bermula di peringkat separuh akhir sehingga final, perlumbaan hari ini memang mencabar.\"Peringkat kelayakan semalam juga cukup memenatkan. Kemudiannya pada pusingan pertama dan suku akhir, saya memberikan persembahan 80 peratus sahaja, ia lebih kepada taktikal,\" kata Azizulhasni.Azizulhasni berada di momentum terbaik bagi menghadapi saingan di peringkat separuh akhir dan final selepas mencatatkan masa 9.523 saat (s) untuk menduduki tangga pertama peringkat kelayakan pada Khamis.Lebih manis, catatan yang dilakukan Azizulhasni itu berjaya mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2020 di Berlin, Jerman.Malah, catatan itu juga menghampiri rekod Asia yang dipegang pelumba sensasi Jepun, Yuta Wakimoto iaitu 9.518s yang diciptanya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.Mengulas prestasinya dalam saingan separuh akhir dan final, Azizulhasni berkata, taktikal yang diaturnya menjadi sehingga memperoleh kemenangan bersih 2-0 ke atas kedua-dua lawannya dari negara Matahari Terbit itu.\"Memang perlumbaan hari ini saya banyak menggunakan tenaga. Pada perlumbaan kedua (separuh akhir), pelumba Jepun itu ada buat halangan sikit, jadi saya perlu kerah tenaga... alhamdulillah menang.\"Masuk final saya sedar ia menjanjikan saingan lebih mencabar. Perlumbaan pertama, saya guna taktikal berlumba di belakangnya dan kemudian terus memecut laju.\"Dalam perlumbaan kedua, saya pula berada di depannya. Saya mengerah segala kudrat yang ada pada penghujung perlumbaan sehinggalah melintasi garisan penamat,\" ujarnya.Dengan kejayaan dalam acara pecut individu sebentar tadi, Azizulhasni telah merekodkan 11 pingat emas di pentas ACC setakat ini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri pada kejohanan berprestij Asia itu.Azizulhasni berpeluang menambah kilauan pingat emas apabila turun bertanding dalam acara kegemarannya, keirin yang berlangsung pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 08:07pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263845/berita/sukan/mamat-puas-hati-gegar-velodrom-nasional", "article_title": "Mamat puas hati gegar Velodrom Nasional", "article_text": "JAGUH lumba basikal lebuh raya, Mohd Harrif Saleh bersedia untuk kembali menggegar trek velodrom jika kudratnya masih ditagih skuad kebangsaan Malaysia.Harrif yang terkenal selaku pakar pecut dalam acara lebuh raya mengakui dia masih rindu untuk berkayuh di trek meskipun sudah meninggalkan 'dunia velodrom' kira-kira 11 tahun lalu.Bagi mengubati kerinduannya, Harrif tampil beraksi pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 yang sedang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan ketika ini.Harrif berkata, dia tetap berpuas hati dengan pencapaiannya yang menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di kedudukan kelapan daripada 15 pelumba yang bertanding.\u201cBagi kejohanan ini (ACC 2023), saya hanya sempat melakukan persiapan selama dua minggu. Sebenarnya acara kegemaran saya adalah scratch, tapi pada kejohanan kebangsaan saya tidak menang.\u201cSaya menang dalam acara penyingkiran dan diberi peluang mewakili negara pada ACC kali ini. Saya berpuas hati dengan pencapaian (menduduki tangga kelapan),\u201d katanya.Dalam pada itu, Harrif mendedahkan dia telah dinasihati jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meneruskan kayuhan dalam saingan trek.\u201cDia (Azizulhasni) beritahu saya, sebagai pelumba lebuh raya, berlumba di trek juga boleh membantu meningkatkan kekuatan kayuhan, untuk saya cari tenaga.\u201cAsalkan kita meneruskan latihan, kekal bermotivasi, saya sendiri fikirkan tiada masalah,\u201d jelas Harrif yang meraih pingat gangsa acara scratch pada ACC 2012 - penampilan terakhir di pentas Asia itu.Ketika ditanya mengenai kesediaannya jika dipilih ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di China September ini, Harrif berkata: \u201cSaya sedia untuk terus membawa nama negara, tapi saya perlu mengutamakan pasukan saya (Terengganu Cycling Team).\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 06:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263819/berita/sukan/olimpik-2024-masih-ada-peluang-kian-meng-pei-jing", "article_title": "Olimpik 2024: Masih ada peluang Kian Meng-Pei Jing", "article_text": "BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing masih mempunyai peluang untuk merebut slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 andai menampilkan aksi konsisten dalam beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Bekas pemain campuran negara, Goh Liu Ying berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berhubung prestasi merudum juara Terbuka Korea 2022 itu sehingga terpaksa akur berada di ranking ke-18 dunia ketika ini.Kian Meng-Pei Jing sebelum ini pernah menghuni tangga kelima dunia pada Disember lepas serta tersenarai dalam Projek Road To Gold (RTG).\"Belum sampai masa kelayakan ke Sukan Olimpik ditutup, jadi saya rasa ketiga-tiga beregu negara ketika ini mempunyai peluang sama rata. Saya rasa tahap keyakinan mereka (Kian Meng-Pei Jing) juga mesti jatuh kerana tahun ini mereka langsung tidak pernah sampai suku akhir kejohanan.\"Jadi dalam masa singkat ini mereka perlu berusaha untuk kembali dalam prestasi terbaik,\u201d katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Badminton 3v3 Profesional Pertama di Malaysia di sini pada Jumaat.Sementara, dua lagi beregu negara semakin menunjukkan peningkatan iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang baru digandingkan November lepas, kini menghuni ranking ke-17 dunia telah mencipta sensasi menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022 dan Kejohanan Orleans Masters 2023.Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menduduki posisi kelapan dunia dan turut berada dalam RTG.Mengikut format badminton Olimpik, setiap negara boleh diwakili maksimum dua beregu, sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking lapan terbaik dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024, yang sudah bermula 1 Mei lepas.Sementara itu, Liu Ying ketika diminta mengulas mengenai hasrat pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia untuk berehat seketika daripada arena badminton berkata, beliau tidak boleh menggantung raket terlalu lama sekiranya mahu mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu berkata Juara All England 2021 itu perlu mencari punca permasalahan yang membelenggu dirinya supaya mampu kembali ke prestasi cemerlangnya.Turut mempunyai pendapat sama ialah bekas pemain beregu negara Tan Boon Heong, yang merasakan Zii Jia boleh berehat daripada dua atau tiga kejohanan sebelum kembali bertanding.Dua hari lepas, Zii Jia tewas seawal pusingan pertama kejohanan Terbuka Indonesia 2023 kepada pemain India Lakshya Sen 17-21, 13-21, di Stadium Istora Senayan.Selepas kekalahan itu, Zii Jia mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk berehat sementara daripada menyertai sebarang kejohanan badminton, namun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil beliau. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 04:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263791/berita/sukan/chong-wei-calon-terbaik-ganti-choong-hann", "article_title": "Chong Wei calon terbaik ganti Choong Hann", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianggap sebagai calon terbaik, bagi mengisi kekosongan jawatan pengarah kejurulatihan perseorangan persatuan badminton Malaysia (BAM) yang ditinggalkan Wong Choong Hann.Pandangan itu dilontarkan bekas pemain beregu negara, Tan Boon Heong, yang merasakan bekas pemain nombor satu dunia itu sudah membuktikan kemampuannya, sehingga menerima pengiktirafan Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF), baru-baru ini.\"Calon paling sesuai pastinya Chong Wei, jadi harap dia (Chong Wei) akan masuk dan tolong pasukan kebangsaan.\"Saya rasa ia bukan keputusan teruk untuk menggantikan jurulatih baharu, sebab Choong Hann sudah berada dalam BAM lima tahun. Choong Hann sudah hasilkan keputusan yang baik, namun masih ada ruang untuk baiki kelemahan,\u201d katanya selepas pelancaran Kejohanan Badminton 3v3 Profesional Pertama di Malaysia di sini pada Jumaat.Diminta memberi bayangan sama ada BAM sudah mempunyai senarai nama yang layak dipilih sebagai jurulatih baharu, Boon Heong yang merupakan antara ahli panel penasihat teknikal BAM berkata: \"Jangan risau mesti ada pengganti tetapi saya tidak boleh cakap.\u201dPemenang dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi itu, bagaimanapun berharap siapa pun yang dipilih sebagai jurulatih perseorangan baharu di bawah badan induk badminton negara itu, mampu melahirkan lebih ramai jaguh dunia.Terdahulu, BAM mengumumkan akan memulakan proses mencari pengganti Choong Hann yang membuat keputusan meletak jawatannya sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan BAM.Namun, proses itu mengambil masa dan badan induk tersebut hanya akan membuat pengumuman rasmi selepas ia dimuktamadkan.Menerusi laporan media sebelum ini, dimaklumkan Choong Hann, 46, menghantar surat peletakan jawatannya pada minggu lepas, sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama BAM.Kerjaya beliau di BAM bermula sebagai pengarah kejurulatihan kebangsaan pada November 2018 sebelum beralih sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan pada tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 03:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263775/berita/sukan/konsert-stadium-nasional-gelanggang-rasmi-harimau-malaya", "article_title": "Konsert: Stadium Nasional gelanggang rasmi Harimau Malaya", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mempertahankan nama baik badan induk itu dalam isu ketersediaan Stadium Nasional di Bukit Jalil menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, November depan.Ia susulan penganjuran konsert kumpulan muzik British, Coldplay di Stadium Nasional pada 22 November dan aksi pasukan negara yang mungkin berlangsung sehari lebih awal di venue sama.Hamidin berkata, FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya.\"Saya perlu menyatakan FAM dan PSM memang ada kontrak dari dulu sehingga sekarang, bukannya MoU (perjanjian persefahaman). Harap perkara ini dapat diselesaikan apabila jadual (pusingan kelayakan) keluar pada Julai.\"Kontrak kita (dengan PSM) adalah gelanggang rasmi Harimau Malaya di Bukit Jalil, mungkin ada pihak yang salah faham, jadi kita pastikan selepas ini tidak berulang lagi,\u201d katanya pada program Townhall Bersama Presiden FAM di sini, malam tadi.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator apakah punca menyebabkan penganjuran konsert itu berisiko menjejaskan aksi pasukan negara kendalian Kim Pan-gon, selepas timbul pelbagai spekulasi.Pada Mac 2021, FAM dan PSM melanjutkan perjanjian bersama yang menyaksikan Stadium Nasional terus menjadi \u2018Rumah Harimau Malaya\u2019 hingga 31 Disember 2025.Sebelum ini, Hamidin membuat kenyataan tidak akan membenarkan konsert Coldplay di Stadium Nasional mengganggu aksi skuad Harimau Malaya yang mungkin berlangsung sehari sebelum itu, mengambil kira tempoh persiapan konsert yang memakan masa.Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan memastikan penganjuran konsert dan perlawanan pasukan negara berjalan dengan baik.Pada 7 Januari lepas, puluhan ribu penyokong bola sepak negara berputih mata selepas 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional terpaksa \u2018dikosongkan\u2019 menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 Malaysia bertemu Thailand.Pengosongan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert seorang artis antarabangsa yang berlangsung pada 15 Januari. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 02:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263755/berita/sukan/piala-asia-fam-kbs-sedia-bantu-terbangkan-penyokong-ke-qatar", "article_title": "Piala Asia: FAM, KBS sedia bantu 'terbangkan' penyokong ke Qatar", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencongak memastikan seramai mungkin penyokong bola sepak negara dapat menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, satu mesyuarat melibatkan badan induk itu, KBS, syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines dan kumpulan penyokong tegar pasukan negara Ultras Malaya akan diadakan pada Khamis depan.\u201cSaya juga telah berhubung dengan Duta Besar Malaysia ke Qatar, beliau sedia untuk bantu dari segi tempat tinggal kerana tempoh skuad kebangsaan beraksi agak lama iaitu lawan Jordan pada 15 Januari, Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari), jadi kita akan bantu mana yang boleh untuk senangkan penyokong.\u201cDari segi penerbangan, kalau dapat penerbangan sewa khas lagi baik tetapi kita perlu tahu jumlah yang pergi. Saya fikir ia tidak jadi masalah kerana Malaysia Airlines akan membantu,\u201d katanya ketika ditemui selepas program Townhall Bersama Presiden FAM di Kuala Nerus pada malam Khamis.Pada saingan Piala Asia 2023, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.Pada Jun tahun lepas, skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon mencipta sejarah apabila menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia sejak kali terakhir melakukannya pada edisi 1980 di Kuwait.Kali terakhir Malaysia beraksi pada Piala Asia ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.Sementara itu, wakil Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad yang lebih dikenali sebagai Lekir berkata, tiga perkara yang menjadi perhatian penyokong adalah harga tiket penerbangan, akses membeli tiket perlawanan dan penginapan sepanjang di Qatar.\u201cBiasanya harga tiket pergi dan balik antara RM4,500 ke RM5,000, jadi macam mana kos ini boleh dikurangkan begitu juga dari segi tiket perlawanan. Kita juga tahu di Qatar ada tempat penginapan milik Malaysia, mungkin boleh dapat kadar yang tidak terlalu tinggi.\u201cSaya yakin sekiranya ketiga-tiga perkara itu kosnya dapat dikurangkan, lebih ramai penyokong akan pergi,\u201d katanya.Terdahulu, kira-kira 150 penyokong tempatan hadir ke program Townhall Bersama Presiden FAM yang berlangsung selama dua jam bagi berkongsi pandangan dan idea serta mengetahui lebih mendalam berkaitan skuad kebangsaan dan perkembangan bola sepak tanah air.Hadir sama, dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram; tiga Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Majais serta Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 12:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263753/berita/sukan/bam-kenal-pasti-pengarah-kejurulatihan-perseorangan-baharu", "article_title": "BAM kenal pasti pengarah kejurulatihan perseorangan baharu", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan memulakan proses pencarian pengganti Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Choong Hann yang membuat keputusan meletakkan jawatannya.Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, proses mencari pengganti berkebolehan bagi mengisi jawatan itu, akan mengambil masa dan badan induk sukan tersebut hanya akan membuat pengumuman rasmi selepas ia dimuktamadkan.\"BAM tidak akan meninggalkan sebarang usaha untuk mencari calon yang sesuai untuk jawatan itu,\" katanya dalam satu kenyataan BAM pada JumaatMohamad Norza pada masa sama, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Choong Hann atas sumbangan besarnya kepada badminton Malaysia, sejak dilantik memegang jawatan itu pada 2018.\"Choong Hann telah banyak berkorban sepanjang perkhidmatannya bersama BAM dan kami tidak dapat berterima kasih kepadanya atas jasanya kepada sukan ini,\" katanya.Choong Hann, 46, menerusi laporan media dimaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatannya pada minggu lepas, sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun bersama BAM.Kerjaya beliau di BAM bermula sebagai pengarah kejurulatihan kebangsaan pada November 2018, sebelum beliau berpindah sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan, tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 12:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263754/berita/sukan/ejen-nafi-rundingan-salah-psg", "article_title": "Ejen nafi rundingan Salah, PSG", "article_text": "EJEN Mohamed Salah menepis dakwaan bintang Mesir itu ada berbincang dengan presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mengenai kemungkinan untuk berkelana ke Parc des Princes.Laporan di seluruh benua Afrika dan Perancis pada Khamis menyebut bahawa pemain berusia 31 tahun itu bertemu dengan ketua PSG, Al-Khelaifi di Maghribi.Bagaimanapun ejen pemain itu, Ramy Abbas Issa segera menafikan pertemuan itu berlaku menerusi akaun Twitter miliknya.\u201cTidak, dia tidak bertemu pun. Itulah yang sebenarnya,\u201d kata Abbas mengulas laporan berita di Perancis.Berita tersebut pastinya melegakan peminat The Reds yang bimbang penyerang itu mungkin berpindah ke kelab lain termasuk berhijrah ke Perancis.Salah yang mengumpul 30 gol dalam semua pertandingan menikmati musim menakjubkan di Liverpool walaupun kelab itu bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Dia menandatangani perjanjian baharu tahun lalu yang akan mengekalkannya di Anfield sehingga 2025, namun terdapat spekulasi mengenai masa depannya dengan Liverpool selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini menafikan khabar angin Salah mungkin berpindah dari kelab gergasi Inggeris itu pada musim panas ini.\u201cJangan risau mengenai Salah. Saya hanya mendengar apa yang dia katakan. Saya tidak membaca berita lain yang tidak berkaitan.\u201cMo (Salah) suka berada di sini dan dia adalah sebahagian daripada pasukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 12:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263745/berita/sukan/penyudah-itali-tumpul---mancini", "article_title": "Penyudah Itali tumpul - Mancini", "article_text": "KETUMPULAN jentera serangan memaksa Itali bergelut untuk memberikan aksi terbaik ketika tewas 1-2 kepada Sepanyol dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara di Enschede awal pagi Jumaat.Justeru jurulatihnya, Roberto Mancini perlu mengilap bakat baharu untuk mengembalikan reputasi Itali di pentas dunia.Itali dipaksa berkampung di kawasan sendiri menahan asakan luar biasa Sepanyol apabila sukar mencipta peluang dan terpaksa akur tewas dengan gol lewat Joselu.\u201cKami perlu mencari sesuatu yang lebih segar dan akan terus berbuat demikian,\u201d ujar Mancini.Kekalahan kepada Sepanyol meneruskan prestasi tidak menentu juara Eropah itu, yang terlepas dua Piala Dunia terakhir dan tewas kepada England dalam kelayakan Euro 2024 Mac lalu.\u201cAda di antara mereka sangat bagus. Bagaimanapun, bakat mereka tidak konsisten. Sekarang ini kami mempunyai pemain tengah dan pertahanan yang bagus, tetapi kami kekurangan penyerang yang hebat, saya tidak tahu mengapa,\u201d kata Mancini.Beliau berkata menerusi taktikal baharu dengan tiga pertahanan tengah dan dua sayap berfungsi dengan baik pada separuh masa pertama, tetapi pasukannya memberi ruang terlalu mudah untuk Sepanyol selepas rehat.\"Kami menyusun strategi berbeza dan berjaya melakukannya dengan baik pada babak pertama apabila berjaya memintas hantaran Sepanyol.\u201cBagaimanapun situasi berubah, kami tercicir terlalu banyak pada separuh masa kedua,\u201d ujar Mancini.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 12:21pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263736/berita/sukan/jaringan-berdesup-messi-gegar-beijing", "article_title": "Jaringan berdesup Messi gegar Beijing", "article_text": "PENYERANG Argentina, Lionel Messi menjelmakan aura sensasinya kepada para penyokong La Albiceleste, apabila meledak gol terpantas dalam karier antarabangsanya, hanya 79 saat (1:19) selepas perlawanan bermula ketika mengalahkan Australia, 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Beijing pada Khamis.Argentina yang merupakan pasukan pilihan bermula agresif memenangi bola dalam kawasan Australia selepas seminit sebelum hantaran Enzo Fernandez menemui Messi.Kapten Argentina itu kemudiannya tenang melepasi kawalan dua pertahanan Australia sebelum menewaskan penjaga gol Mathew Ryan dengan penyudah lencong dari luar kotak penalti.Juara dunia itu kemudian menggandakan kelebihan pada separuh masa kedua menerusi sentuhan pemain gantian, German Pezzella yang menterjemahkan hantaran Rodrigo de Paul pada minit ke-68.Messi, minggu lalu mengesahkan mahu berpindah ke kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami, telah menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut untuk Argentina dan tidak menunjukkan petanda akan perlahan menjelang hari lahirnya yang ke-36 minggu depan.\"Ya, kami sentiasa seronok apabila dapat bersama dalam pasukan kebangsaan...\u201cNamun di sini ia adalah rumit untuk bermain kerana cuaca panas dan kelembapan, namun kami meletakkan segala-galanya di luar bagi meneruskan kemenangan pasukan,\u201d kata Messi.Lautan biru-putih telah menyambut Argentina ketika gergasi Amerika Selatan itu melangkah ke padang dengan majoriti besar daripada 68,000 penonton berkapasiti yang memakai warna juara Piala Dunia Qatar 2022 tersebut.\"Saya tidak dapat melihat sebarang baju kuning di mana-mana...\"Saya hanya berharap Lionel Messi mendapat sedikit komisen daripada jualan baju kerana saya tidak pernah melihat begitu banyak baju nombor 10 Argentina dalam hidup saya,\" kata pengendali Australia, Graham Arnold sebelum perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 11:23am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263728/berita/sukan/kda-fc-lira-sousa-capai-persetujuan-berpisah", "article_title": "KDA FC, Lira Sousa capai persetujuan berpisah", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC dengan berat hati terpaksa melepaskan penyerang importnya, William Lira Sousa selepas beberapa perbincangan mendalam dilakukan di antara kedua pihak.Kelab tersebut dalam kenyataannya berkata, mereka menghormati keputusan pemain Brazil itu untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super 2023 ketika nisbah jaringannya cukup baik dalam setiap perlawanan.Menurutnya, walaupun penampilannya di awal musim menerima pelbagai reaksi kurang senang, namun dia bangkit membuktikan ketajaman di depan gawang lawan dengan membantu Sang Kenari mencipta kemenangan.\"Lira Sousa merupakan penjaring terbanyak Sang Kenari dalam kancah Liga Super setakat 14 perlawanan dengan 8 gol.\"Ketahanan fizikal, sentiasa bersedia beraksi dalam setiap perlawanan menterjemahkan sikap profesionalnya di dalam dan luar padang. Kemana sahaja anda selepas ini, ingatlah anda selamanya Sang Kenari,\" katanya pada Jumaat.Dikhabarkan Lira Sousa bakal membawa haluan bersama kelab lain di Thailand namun tiada sebarang pengesahan berhubung perkara itu setakat Ini.Bagi pengganti Lira di Darul Aman pula, KDA FC juga masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara tersebut biarpun mengakui tiga pemain baharu sedang berada di dalam radar mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 11:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263720/berita/sukan/intan-sarah-teruja-debut-bersama-new-york-dutch-lions", "article_title": "Intan Sarah teruja debut bersama New York Dutch Lions", "article_text": "PEMAIN bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli mengakui teruja apabila dapat melakukan penampilan pertama dalam saingan Liga Premier Bolasepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat.Malah penyerang berusia 23 tahun itu, yang lebih dikenali sebagai Intan Serah gembira diberikan kepercayaan menggalas cabaran New York Dutch Lions FC (NYDL) ketika berdepan SUSA FC yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Kompleks Sukan SUSA, Long Island di New York, awal pagi Khamis.Intan yang memakai jersi nombor 10 dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua diberi peluang menunjukkan kemahirannya selama 10 minit.\"Kemunculan pertama dengan NYDL dan 10 minit pertama saya dengan jersi nombor 10 pertama saya.\"Perlawanan yang terbaik bersama rakan sepasukan. Satu mata dan lebih banyak mata lagi akan diburu,\" ujarnya.Mengenai keadaan perubahan cuaca di New York, Intan mengakui sedang menyesuaikan diri kerana suhu pada ketika ini amat sejuk.\u201cCuaca di sini terlalu sejuk. Saya duduk di bangku simpanan, sumpah macam duduk dalam peti ais, jari semua beku.\u201cRasa tak boleh warm up (pemanasan badan) biasa, kena masuk microwave je kalau nak panas badan. Tengok last slide (gambar terakhir), selimut pakai semua bip, tapi mereka macam rileks je kan?\u201cSangat tak kelakar 5 pagi cerah macam ni sekali,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 10:12am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263719/berita/sukan/trio-muda-tekad-gegar-bumi-hangzhou", "article_title": "Trio muda tekad gegar bumi Hangzhou", "article_text": "TRIO lelaki negara yang dibarisi Mohd Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah berharap dapat digandingkan bagi menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 di China September depan.Ia susulan kejayaan mereka meraih pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.Biarpun baru digandingkan, trio muda negara itu membuktikan betapa mereka mempunyai prospek yang cukup besar untuk mengambil alih tempat dua jagoan - Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.\u201cSaya harap pasukan (trio) ini dapat dikekalkan kerana Azizulhasni dan Shah Firdaus boleh memberikan fokus dalam acara individu (pecut dan keirin pada Sukan Asia 2022).\u201cJadi ia akan memberi peluang kepada pelumba-pelumba muda seperti saya dan Umar untuk beraksi pada Sukan Asia dalam acara berpasukan ini nanti.\u201cBuat masa ini, kami sudah melaksanakan tugas dengan baik dan Fadhil ketua kami. Jadi saya harap pasukan (trio) ini akan kekal sehingga Sukan Asia,\u201d kata Ridwan.Terdahulu, ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley bagaikan memberi bayangan Azizulhasni dan Shah Firdaus akan memberikan tumpuan dalam acara individu - pecut dan keirin pada Sukan Asia kali ini.Malah, Beasley tidak menolak kemungkinan Fadhil, 25, Ridwan, 22, dan Umar, 20, diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran Malaysia dalam acara pecut berpasukan di Hangzhou nanti.\u201cApa yang berlaku di sini (ACC 2023) merupakan satu keputusan positif dan sudah tentu kami berharap dapat meraih pingat pada Sukan Asia (jika dipilih beraksi).\u201cSeperti mana yang kami buat pada ACC, kami akan cuba tampil dengan prestasi yang baik. Harap dapat bawa pulang pingat, sekurang-kurangnya gangsa,\u201d ujar Ridwan yang mesra disapa Boy.Untuk rekod, Azizulhasni bersama-sama Shah Firdaus dan Fadhil meraih pingat perak acara pecut berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 09:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263716/berita/sukan/de-la-fuente-lega-sepanyol-menang", "article_title": "De la Fuente lega Sepanyol menang", "article_text": "JURULATIH Sepanyol, Luis de la Fuente boleh menarik nafas lega apabila membimbing pasukannya mara ke final Liga Negara-Negara selepas membenam Itali 2-1 di Enschede awal pagi Jumaat.Kemenangan itu memberi keyakinan kepada Sepanyol selepas permulaan hambar awal tahun ini.Ia merupakan final kedua berturut-turut Sepanyol dan akan membuatkan perhitungan dengan Croatia pada Isnin.Kemenangan itu mengendurkan tekanan ke atas De la Fuente selepas kalah aksi keduanya sebagai pengurus, 0-2 kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024 Mac lalu.\"Kami hanya memerlukan masa. Saya selalu berkata ini adalah satu proses,\" kata De la Fuente.Dalam aksi di Stadium De Grolsch Veste itu, skuad La Roja terlebih dahulu di depan menerusi Yeremy Pino sebelum Ciro Immobile menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti.Ketika aksi dilihat mungkin berlarutan ke masa tambahan, Joselu muncul wira apabila meledak gol kemenangan Sepanyol dua minit sebelum wisel penamat.Sepanyol perlu meneruskan momentum ini untuk menewaskan Croatia dalam perlawanan akhir di Rotterdam awal minggu depan, kata pemain tengah Manchester City, Rodri.\"Kami menentang Croatia beberapa kali, mereka sangat kompetitif sebagai satu pasukan. Memiliki pemain individu yang cemerlang dan terus berusaha sehingga tamat permainan.\"Kami mempunyai peluang untuk bersaing merebut trofi. Kami tidak boleh membiarkan perkara itu terlepas (kejuaraan),\" ujar Rodri.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 09:24am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263714/berita/sukan/manchester-united-sheikh-jassim-masih-berunding", "article_title": "Manchester United, Sheikh Jassim masih berunding", "article_text": "KELAB bola sepak Inggeris, Manchester United sedang berunding untuk memberikan hak eksklusiviti kepada konsortium yang dipimpin oleh Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dalam perbincangan untuk menjual kelab itu dengan nilai lebih $6 bilion, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.Laporan berita eksklusif Reuters itu memetik sumber yang sedia maklum mengenai rundingan berkenaan.Walaupun perjanjian berkembangan masih belum jelas, namun, perkembangan ini merupakan tonggak penting dalam usaha Sheikh Jassim yang juga anak bekas Perdana Menteri Qatar - antara lelaki terkaya di negara Teluk itu untuk mengambil alih jenama sukan ikonik ini.Ahli keluarga Glazer, yang memiliki pegangan minoriti dalam Manchester United dan mengawalnya melalui struktur dua kelas saham, akan menjual saham mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, kata seorang lagi sumber.Tawaran dari Qatar pada masa ini lebih disukai oleh keluarga Glazer berbanding tawaran daripada seorang jutawan British, Jim Ratcliffe yang juga pengasas pengeluar bahan kimia INEOS, jelas sumber-sumber berkenaan.Tawaran yang dikemukakan oleh Ratcliffe menyebabkan keluarga Glazer mempertahankan minat dalam Manchester United.Manchester United dalam masa sama tidak dibenarkan untuk berunding dengan pihak-pihak lain selain Sheikh Jassim semasa tempoh eksklusiviti itu.Tempoh eksklusiviti tersebut juga masih belum diketahui berapa lama akan bertahan.Ketika ini situasi juga masih berubah tegas sumber-sumber itu sambil memberi amaran tawaran baharu daripada Ratcliffe berupaya menghalang Sheikh Jassim daripada mendapatkan hak eksklusiviti itu.Sumber-sumber tersebut juga memberitahu, hal ini perlu dirahsiakan kerana perkara ini adalah sulit.Dalam masa sama, jurucakap Manchester United dan Sheikh Jassim tidak memberikan sebarang komen dengan segera berhubung rundingan itu.Berikutan penyebaran berita itu, harga saham Manchester United melonjak sebanyak 15 peratus dan meningkat 10 peratus menjadi $25.53 dalam perdagangan tengah hari di New York pada Khamis.Perjanjian bernilai lebih daripada $6 bilion bagi Manchester United akan menjadi salah satu yang terbesar dalam dunia sukan, mengikuti jualan yang mempunyai nilai serupa bagi pasukan bola sepak Liga Kebangsaan Amerika (NFL), Washington Commanders pada awal tahun ini.Nilai perjanjian ini juga juga akan mewakili premium yang signifikan berbanding dengan perjanjian bola sepak lain.Pada tahun lalu, pengambilalihan Chelsea Football Club dengan nilai $3.1 bilion oleh kumpulan pelaburan yang dipimpin oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital dinilai 5.7 kali gandaan pendapatan untuk tahun kewangan terakhir.Menurut data Refinitiv, jualan melebihi $6 bilion itu akan menjadikan nilai Manchester United lebih daripada 10 kali gandaan pendapatan tahunan pada tahun lalu.Manchester United yang telah memenangi gelaran juara Inggeris sebanyak 20 kali, mempunyai lebih daripada 650 juta peminat di seluruh dunia, kata firma penyelidikan pasaran Kantar.Sebahagian besar daripada peminat kelab berkenaan telah menyuarakan keinginan untuk melihat perubahan pada pemilikan.Keinginan itu disuarakan berikutan kemerosotan yang ketara dalam kejayaan kelab di bawah pemerintahan Glazer, dengan kelab hanya memenangi satu gelaran liga terakhir mereka di bawah pengurus terdahulu, Alex Ferguson, pada musim terakhirnya pada 2012-2013.Ketika sebahagian penyokong mungkin melihat pemilik Qatar yang baharu dengan sumber kewangan yang besar sebagai cara terpantas untuk mengurangkan jurang antara United dan Manchester City yang disokong oleh Abu Dhabi, namun, dalam masa sama ada yang menyuarakan \u2018kebimbangan mendalam\u2019 terhadap rekod hak asasi manusia Qatar.Beberapa negara Timur Tengah telah melabur secara besar-besaran dalam sukan dalam beberapa tahun terakhir, yang mengundang kritikan bahawa mereka cuba \u2018menyuci imej\u2019 mereka melalui sukan.Qatar menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar, Piala Dunia, pada tahun 2022, sementara syarikat Qatar Sport Investments (QSI) memiliki kelab Ligue 1, Paris St Germain.Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi pula membiayai LIV Golf Series yang baru-baru ini bersetuju untuk bergabung dengan PGA Tour selain memiliki pasukan Liga Perdana, Newcastle United. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 07:22am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263707/berita/sukan/hanya-zii-jia-sahaja-yang-tahu", "article_title": "'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'", "article_text": "KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.Sebaliknya, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan tindakan pemain berusia 25 tahun itu sebagai tempoh tenang selepas mengharungi kejohanan yang padat.\u201cSejujurnya pada saya tindakan Zii Jia bukan sesuatu yang salah atau tergesa-gesa sebaliknya demi kebaikan tubuh badan yang hanya dia sahaja yang mengetahuinya.\u201cSeseorang pemain itu perlu ada tempoh tenang yang dapat membantu memulihkan kembali kondisi badan sebagai persiapan meningkatkan semula keupayaan diri mengharungi kejohanan lebih besar.\u201cSebenarnya keadaan ini tidak hanya kepada Zii Jia, tetapi juga kepada semua para pemain skuad kebangsaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Zii Jia sebelum ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan mahu berehat sementara selepas tewas dalam Terbuka Indonesia pada Rabu.Pada pusingan pertama, bekas juara Asia itu tewas kepada pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21 pada aksi di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.Sebagai rekod, Terbuka Indonesia kejohanan keempat Zii Jia sejak saingan Piala Sudirman bulan lalu selepas menyertai Malaysia Masters dan Terbuka Singapura.Dalam masa sama Roslin sekali lagi menasihati para pemain badminton untuk lebih bijak memilih perlawanan tertentu pada masa depan.Mengakui bahawa para pemain teruja untuk memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada ketika ini.\u201cJika kita tengok semua masalah bermula dari Piala Sudirman tempoh hari. Kita sebagai manusia tidak boleh bandingkan keupayaan badan semua sama.\u201cTapi kita kena fikir pada satu sudut lain yakni kondisi badan kita, saya bagi contoh kita percaya badan mampu mengharungi satu kejohanan ke satu kejohanan.\u201cNamun sebenarnya kita tidak mengetahui sebenarnya sedang memaksa mental sedang kepenatan sebenarnya secara psikologi mengganggu emosi, ini sebenarnya mengundang kepada prestasi tidak menentu seterusnya kecederaan pemain,\u201d katanya.KEJOHANAN SIRI JELAJAH BWFTerbuka TaiwanSuper 30020/25 JunTerbuka KanadaSuper 50004/09 JulaiTerbuka Amerika SyarikatSuper 30011/16 JulaiTerbuka KoreaSuper 50018/23 JulaiTerbuka JepunSuper 75025/30 JulaiTerbuka AustraliaSuper 5001/6 OgosTerbuka ChinaSuper 10005/10 SeptemberTerbuka Hong KongSuper 50012/17 SeptemberTerbuka ArticSuper 50010/15 OktoberTerbuka DenmarkSuper 75012/22 OktoberTerbuka PerancisSuper 75024/29 OktoberTerbuka HyloSuper 30031/5 NovemberKorea MasterSuper 30007-12 NovemberMaster JepunSuper 50014/19 NovemberChina MastersSuper 75021/26 NovemberTerbuka IndiaSuper 30028/03 Disember", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263705/berita/sukan/piala-malaysia-aksi-final-jdt-bertemu-selangor-berulang", "article_title": "Piala Malaysia: Aksi final JDT bertemu Selangor berulang?", "article_text": "PEMINAT bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan sekali lagi pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2023 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam laluan berbeza kecuali bertemu di final.Pada final musim lalu, JDT mengalahkan Selangor FC 2-1.Menerusi undian dijalankan secara maya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pada Khamis, JDT, selaku juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik.Skuad Harimau Selatan dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir dan akan menentang antara pasukan Kelantan United dan Negeri Sembilan FC sebelum bertemu sama ada Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Kuching City FC atau Sabah FC di peringkat separuh akhir.Sementara itu, ancaman buat Selangor bermula seawal pusingan 16 terbaik selepas diundi bertemu PDRM FC, yang membuat kejutan menewaskan naib juara Piala Malaysia 2022 itu, 1-0, pada saingan Liga Super, 3 Jun lalu.Jika berhasil melepasi halangan itu, skuad Gergasi Merah dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir bertemu Terengganu FC atau satu kelab daripada Liga M3 sebelum menentang sama ada Sri Pahang FC, Penang FC atau seteru setempat Kuala Lumpur City FC di separuh akhir.Mengikut format, pusingan 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia musim ini akan dijalankan secara timbal balik bermula pada Ogos, sementara aksi final dijangka bakal berlangsung pada Disember.Majlis undian tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan.Undian Pusingan 16 Piala Malaysia 2023Kelantan FC mln JDTKelantan Utd mln Negeri Sembilan FCPerak FC mln Kedah Darul Aman (KDA) FCKuching City FC mln Sabah FCPDRM FC mln Selangor FCPasukan Liga M3 mln Terengganu FCPasukan Liga M3 mln Sri Pahang FCPenang FC mln KL City FC- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 11:13pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263703/berita/sukan/skuad-para-malaysia-terus-konsisten-sumbang-pingat", "article_title": "Skuad para Malaysia terus konsisten sumbang pingat", "article_text": "SKUAD berbasikal para negara sekali lagi menampilkan prestasi cemerlang apabila menyumbang satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada hari kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.Nur Suraiya Muhamad Zamri yang dibantu Farina Shawati Adnan berjaya membawa pulang emas selepas muncul juara acara 1 kilometer (km) ujian masa wanita B dengan catatan satu minit dan 12.501 saat (s).\"Syukur Alhamdulillah kerana saya dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia hari ini. Terima kasih kepada Farina yang banyak membantu saya dalam perlumbaan.\"Kejayaan ini cukup bermakna buat diri saya kerana ia dicapai di tempat sendiri. Dengan meraih pingat emas ACC, saya harap dapat meraih lebih banyak kejayaan selepas ini,\" kata Nur Suraiya.Dari kiri, Nur Suraiya, Farina Shawati, Nurul Syuhada dan Nur Azlia Syafinaz menunjukkan pingat emas dan perak yang dimenangi mereka dalam acara 1km ujian masa wanita B ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai pada Khamis. - Foto BernamaSeorang lagi pelumba negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Nurul Syuhada Zainal pula meraih perak selepas merekodkan masa 1:12.704s, manakala gangsa menjadi milik wakil dari Indonesia, Sri Sugiyanti (1:16.740s).Saingan 1km ujian masa lelaki B pula menyaksikan Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol masih boleh berbangga apabila meraih pingat perak selepas merakamkan masa 1:04.530s.\"Memang tak sangka dapat pingat perak kerana saya sedar saingan sengit daripada pelumba lain. Sukar nak gambarkan perasaan saya sekarang, memang saya tak sangka,\" jelas Mohd. Khairul.Pelumba Jepun, Kazuhei Kimura menyambar emas dengan catatan masa 1:03.546s, manakala wakil Iran, Mohammad Dalir Heidarabadi yang mencatat 1:05.361s meraih gangsa.Dua pingat gangsa Malaysia hadir menerusi sumbangan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dalam acara scratch lelaki C1-C3 dan Zuhairi Ahmad Tarmizi (scratch lelaki C5).Pada hari pembukaan ACC 2023, skuad para berjaya membawa pulang satu emas dan satu perak yang mana gandingan Mohd Khairul, Muhammad Khairul Adha Rasol, Nur Suraiya dan Farina Shawati menjuarai acara tandem berpasukan campuran.Trio Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali pula menyambar perak menerusi acara pecut berpasukan lelaki.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 10:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263695/berita/sukan/prestasi-di-kemboja-tidak-pengaruhi-sukan-asia---msn", "article_title": "Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN", "article_text": "MAJLIS Sukan Negara (MSN) optimis bahawa prestasi kurang memuaskan kontinjen di Sukan SEA Kemboja tidak akan mempengaruhi pencapaian atlet di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, September depan.Timbalan Ketua Pengarah MSN, Suhardi Alias berkata, ini kerana acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.Beliau berkata, sebahagian besar acara di Sukan Asia adalah sama seperti yang dipertandingkan di Sukan Olimpik sekali gus membuka peluang sama rata kepada semua atlet untuk meraih kejayaan.\"Di Sukan SEA kita dapati banyak acara baharu yang berpihak kepada pasukan tuan rumah tetapi di Sukan Asia dari segi kualiti pertandingannya berbeza.\"Jadi, amat penting untuk kita menerapkan persediaan yang baik. Saya merasakan cabaran ini berbeza dan peluang untuk dapat pingat bergantung kepada atlet sesebuah negara,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Negeri Sembilan ke Sukan SEA ke-32 Kemboja yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban pada Khamis.Mengenai sasaran pingat di Sukan Asia, Suhardi berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat penetapan pingat bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), persatuan sukan kebangsaan dan pengurus pasukan serta jurulatih nanti.\"Sudah pasti kita tidak akan menetapkan sebarang sasaran yang memberikan tekanan kepada para atlet kerana saingan di Sukan Asia amat tinggi sekali gus boleh menyumbang banyak implikasi kepada prestasi mereka,\u201d katanya.Sementara itu, beliau berkata, kontinjen negara ketika ini giat menjalani latihan di dalam dan luar negara menjelang temasya Sukan Asia dan beliau berpuas hati dengan tahap persediaan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh atlet, jurulatih, persatuan dan pegawai pasukan.Sukan Asia 2023 dijadual berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 10:16pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263693/berita/sukan/powerman-malaysia-tarik-peserta-antarabangsa-tertinggi", "article_title": "Powerman Malaysia tarik peserta antarabangsa tertinggi", "article_text": "POWERMAN Malaysia Duathlon 2023 menyaksikan penyertaan tertinggi atlet elit, amatur dan junior sekali gus mengekalkan statusnya acara duathlon terbesar dunia.Acara selama dua hari di Putrajaya menampilkan 4,000 peserta daripada 30 negara termasuklah Singapura, Thailand, Jepun, Perancis, Kenya, Hong Kong, United Kingdom (UK) dan Filipina.Laluan yang baharu direka sepanjang 80 kilometer (km) di Putrajaya menanti peserta yang jelas perlu berada pada tahap terbaik.Pengenalan kategori Larian Elit Wanita selain larian Elit Lelaki turut menyemarakkan lagi acara terbabit yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM23,000.Dalam pada itu, Pengarah Urusan Fresh Events Asia Sdn Bhd, Jeffrey Ross berkata sambutan hangat diterima bagi edisi kali ini yang mana turut menampilkan penyertaan pelbagai demografik peserta.\"Penyertaan kali ini lebih menyeluruh membabitkan pelbagai lapisan usia, kerakyatan serta latar belakang peserta,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 09:40pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263690/berita/sukan/harimau-muda-b-17-berdepan-laluan-berliku", "article_title": "Harimau Muda B-17 berdepan laluan berliku", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 17 tahun negara berdepan laluan sukar dalam misi mara ke suku akhir kejuaraan Piala Asia B-17 apabila dibelasah Yaman, 4-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Thammasat, di Bangkok, Thailand pada Khamis.Angkatan Yaman mengambil masa 20 minit untuk merobek gawang skuad Harimau Muda negara menerusi jaringan Abdul Rahman Al Kadher.Gol itu ternyata meningkatkan motivasi para pemain Yaman apabila meningkatkan asakan yang hasilnya dijelmakan jaringan Adel Abbas Qasem pada minit ke-32 untuk kedudukan 2-0 separuh masa pertama.Harimau Muda yang kembali dengan semangat baharu babak kedua berusaha kembali dalam permainan.Namun Yaman yang tenang mengawal permainan akhirnya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Anwar Hussein Al Turaiqi pada minit ke-47.Bolos tiga gol tidak menjejas tumpuan Harimau Muda yang berusaha menyaingi Yaman sebelum langkah pasukan dimatikan jaringan sendiri Adib Ibrahim yang tertampan bola ke gawang sendiri.Keputusan itu menyaksikan Harimau Muda kendalian Osmera Omaro tidak mempunyai pilihan kecuali menang berdepan Thailand dan Laos dalam baki dua perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 09:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263689/berita/sukan/nur-alyssa-cipta-kejutan-raih-perak-keirin-remaja", "article_title": "Nur Alyssa cipta kejutan raih perak keirin remaja", "article_text": "NUR Alyssa Mohd Farid mencipta kejutan dengan merangkul pingat perak acara keirin remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional di Nilai pada Khamis.Pelumba berusia 17 tahun itu, tidak gugup dalam penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa, untuk mempamerkan kayuhan bertenaga dan taktikal bijak untuk mencipta nama selaku pemenang pingat di pentas Asia.Lebih manis, anak jati Muar, Johor itu, hanya membuat latihan sepenuh masa selama sebulan untuk pertandingan trek buat pertama kali, dengan pengalaman beliau sebelum ini hanyalah menerusi Program Berbasikal Remaja Malaysia (JCM).\"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana pencabar di sini bukan calang-calang, terutamanya dua pelumba Korea Selatan. Ini kejayaan paling besar dalam karier saya setakat ini.Saya harap mampu mengekalkan prestasi baik ini untuk meraih pingat pada acara 500m ujian masa dan pecut. Pecut yang menjadi acara kegemaran saya, jadi saya harapkan kejayaan acara itu,\u201d katanya kepada pemberita.Korea Selatan mendominasi acara keirin remaja wanita menerusi Na Yunseo yang memenangi pusingan akhir itu dengan catatan 11.998 saat (s), manakala Kim Doye membawa pulang gangsa.Seorang lagi wakil negara, Yong Ann Tung menduduki tempat ketujuh selepas terlepas saingan final.Skuad remaja negara turut menghadiahkan pingat gangsa menerusi Intan Suraya Tokiman dalam acara scratch remaja wanita, manakala emas dan perak masing-masing menjadi milik Misaki Okamoto dari Jepun dan wakil Korea Selatan Kwon Nahye.Sementara itu, pelumba lebuh raya Mohd Harrif Saleh yang beraksi dalam perlumbaan penyingkiran elit lelaki, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelapan, manakala Nur Fitrah Shaari menduduki tempat kesembilan bagi saingan wanita acara sama.Dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia Para yang diadakan serentak dengan ACC 2023, skuad berbasikal para beraksi cemerlang untuk menyumbangkan sebutir emas, dua perak dan dua gangsa.Skuad negara mendominasi acara 1 kilometer (KM) ujian masa wanita B berbasikal para B, dengan Nur Suraiya Muhamad Zamri merangkul emas dengan catatan satu minit dan 12.501 saat, manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (1:12.704s) meraih perak.Gangsa menjadi milik wakil dari Indonesia, Sri Sugiyanti (1:16.740s).Saingan 1KM ujian masa lelaki B pula menyaksikan Mohd Khairul Hazwan Wahab (1:04.530s) meraih perak, manakala Kazuhei Kimura (1:03.546s) dari Jepun dan pelumba Iran, Mohammad Dalir Heidarabadi (1:05.361s) masing-masing meraih emas dan gangsa.Dua lagi pingat gangsa untuk Malaysia disumbangkan oleh Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menerusi acara scratch lelaki para C1-C3 dan Zuhairi Ahmad Tarmizi dalam acara scratch lelaki para C5. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 08:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263681/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sambar-slot-suku-akhir", "article_title": "Aaron-Wooi Yik sambar slot suku akhir", "article_text": "JUARA dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran kehadiran mereka dalam Terbuka Indonesia di Stadium Istora, Jakarta, Indonesia perlu diberikan perhatian.Pasangan nombor tiga dunia itu meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menjinakkan gandingan nombor sembilan dunia dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-19,21-16 dalam masa 38 minit.Pasangan negara itu akan bertemu wakil dari Jepun Akira Koga-Taichi Sato yang mengambil masa 71 minit untuk menewaskan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 18-21, 24-22, 21-16.Sementara itu, cabaran beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tersekat di pusingan kedua apabila tewas kepada wakil tuan rumah.Gandingan nombor 18 dunia Kian Meng-Pei Jing tewas kepada pasangan di kedudukan ke-15 dunia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-17,21-16.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 08:07pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263643/berita/sukan/ailton-ketua-jurulatih-baharu-kelantan-united-fc", "article_title": "Ailton ketua jurulatih baharu Kelantan United FC", "article_text": "KELANTAN United FC melantik Ailton Dos Santos Silva sebagai ketua jurulatih baharu Sang Kijang Hijau bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim 2023.Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman berkata, kehadiran Ailton, 56, dari Brazil itu mengisi kekosongan ditinggalkan Tomas Trucha yang menjadi ketua jurulatih pasukan pembangunan bawah 23 tahun bagi persaingan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).\u201cPelantikan Ailton sejajar dengan pihak pengurusan Kelantan United yang bertekad membangkitkan semula kelab dalam persaingan liga setelah menamatkan pusingan pertama pada kedudukan ketiga terakhir.\u201cAilton tidak asing dalam saingan di peringkat Asia Tenggara kerana pernah melatih dua kelab di Liga Thailand sebelum ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, ketika bersama Chiangrai United, Ailton berjaya memacu kelab tersebut muncul juara pada musim 2019 mengatasi beberapa kelab besar yang lain setelah mencatatkan 22 kemenangan seterusnya dinobatkan pengurus terbaik untuk musim itu.Katanya, Ailton dinamakan sebagai pengurus Chiangmai United pada 2021.\u201cKelantan United FC ialah kelab ketiga Ailton di Asia.\u201cPengalaman yang ada pada beliau sewaktu mengemudi dua kelab itu diharap dapat menaikkan semula kedudukan Sang Kijang Hijau di persada bola sepak Malaysia,\u201d ujar beliauSebelum ke Liga Thailand, Ailton melatih beberapa kelab Liga Brazil dan pernah membawa sebuah kelab negara berkenaan, River Plate-SE merangkul kejuaraan divisyen pada musim 2011.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 05:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263636/berita/sukan/hidap-kanser-tahap-empat-khalid-ali-terharu-keprihatinan-yakeb", "article_title": "Hidap kanser tahap empat, Khalid Ali terharu keprihatinan YAKEB", "article_text": "\u201cYAKEB banyak membantu saya sejak dari awal lagi mendapatkan rawatan bagi penyakit ini.\u201dItu luahan legenda bola sepak negara, Khalid Ali selepas menerima sumbangan RM17,000 daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi rawatan kanser paru paru tahap empatnya.Katanya, sumbangan yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan YAKEB secara tidak langsung membantu meringankan beban kos rawatannya.\u201cSumbangan ini sebenarnya sudah pasti sedikit sebanyak dapat membantu proses rawatan kanser yang sangat mahal.\u201cSetakat ini terdapat penambahbaikan dari segi kesihatan saya tetapi masih perlukan rawatan yang lebih kuat,\u201d katanya ketika dikunjungi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim dan Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed di Taman Sri Keramat Tengah, Kuala Lumpur pada Khamis.Dalam pada itu, Noorul Ariffin berkata, sumbangan RM17,000 itu seperti dimohon Khalid kepada YAKEB bagi pembelian ubat 'Pembrolizumab 100mg INJ Keytruda.'\u201cUbat adalah untuk proses susulan selepas Khalid menjalani dua rawatan kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 18 April dan 10 Mei lalu.\u201cKhalid layak mendapat bantuan seperti termaktub dalam Skim Bantuan Khas YAKEb di bawah Bantuan Pembiayaan Rawatan Penyakit Kritikal di mana setiap ahli boleh menerima maksimum RM20,000 bagi setiap tahun,\u201d kata Noorul.Sebagai rekod, terdapat 11 lagi jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB yang boleh dinikmati ahli, selain Bantuan Pembiayaan Rawatan Penyakit Kritikal.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 05:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263633/berita/sukan/azizulhasni-pecah-rekod-kebangsaan-miliknya", "article_title": "Azizulhasni pecah rekod kebangsaan miliknya", "article_text": "JAGUH negara, Datuk Azizulhasni Awang berpeluang menggenggam semula pingat emas acara pecut individu elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.Selepas kali terakhir meraih emas acara tersebut pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Azizulhasni kini hanya perlu melepasi dua lagi halangan untuk menjejakkan kaki di podium 'sang juara'.Azizulhasni berpeluang merampas gelaran jaguh Asia selepas mencatatkan masa 9.523 saat (s) untuk menduduki tangga pertama peringkat kelayakan bagi mengatasi 22 pencabar lain.Lebih manis, catatan yang dilakukan The Pocket Rocketman itu berjaya mengatasi rekod kebangsaan 9.548s yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2020 di Berlin, Jerman.Malah, catatan tersebut juga menghampiri rekod Asia yang dipegang pelumba sensasi Jepun, Yuta Wakimoto iaitu 9.518s yang diciptanya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.\u201cSyukur alhamdulillah kerana di peringkat kelayakan saya mencatat masa yang tidak dijangka. Prestasi terbaik ini dibawa sejak berlumba di Hong Kong bulan lalu.\u201cKetika saingan kelayakan, saya turun sebagai pelumba kedua terakhir dan memang terkejut apabila melihat catatan pelumba lain (dalam lingkungan) 9.6s (dan) 9.7s.\u201cDisebabkan itu saya hanya fokus untuk berada dalam kelompok tiga terbaik. Saya seperti berada dalam dunia sendiri saja sebelum memulakan perlumbaan,\u201d katanya kepada pemberita pada Khamis.Dalam saingan suku akhir, Azizulhasni yang telah merekodkan 10 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa di pentas ACC tidak berdepan masalah mengatasi pelumba Taiwan, Kang Shih Feng 2-0.\u201cSaya terkejut dengan catatan 9.5s tetapi tetap gembira. Dalam saingan suku akhir pula, saya tidak memberikan aksi 100 peratus.\u201cAksi tadi hanya 80 peratus, saya mahu menyimpan tenaga esok (Jumaat) yang merupakan perlumbaan sebenar apabila saya menentang Kento Yamasaki (di peringkat separuh akhir),\u201d jelasnya.Bagaimanapun, hasrat untuk melihat seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ke separuh akhir tidak kesampaian selepas dia tumpas 1-2 kepada pelumba Jepun, Koehi Terakasi.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 05:34pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263596/berita/sukan/nasihat-azizulhasni-buat-zii-jia", "article_title": "Nasihat Azizulhasni buat Zii Jia", "article_text": "JAGUH berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang bersetuju dengan tindakan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat seketika daripada dunia badminton.Begitupun, Azizulhasni berharap Zii Jia yang bergerak secara profesional sejak awal tahun lalu dapat memecahkan tembok sempadan yang menghalangnya keluar daripada belenggu kemerosotan prestasi.\u201cSaya rasa bagus untuk dia step back sikit, reset balik dan come back later... dia mempunyai bakat yang baik, cuma saya rasa dia kekurangan dari segi semangat melawan.\u201cDari segi mentaliti pula, dia perlu ada mentaliti \u2018Kita Juara\u2019,\u201d kata Azizulhasni ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional, Nilai pada Khamis.Pada Rabu, Zii Jia mengejutkan peminat sukan tanah air apabila mengumumkan mahu berehat seketika selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Indonesia 2023.AZIZULHASNIBerkongsi pengalamannya sebelum ini, Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman mengakui tekanan amat tinggi buat setiap atlet elit dalam memburu kejayaan.\u201cSaya cepat menyerapnya (tekanan) dan belajar. Dia (Zii Jia) juga perlu belajar untuk push the boundary dan saya rasa dia tahu apa yang dia perlukan.\u201cSemoga dia akan ada jurulatih yang bagus selepas ini. Ahli psikologi yang baik juga penting kerana hanya dia yang tahu apakah faktor diperlukan untuk memajukan dirinya,\u201d ujarnya.Dalam aksi pusingan pertama Terbuka Indonesia 2023, Zii Jia tewas 17-21, 13-21 kepada pemain handalan India, Lakshya Sen.Sepanjang tahun ini, Zii Jia turut tersingkir di pusingan pertama Terbuka Singapura dan Terbuka Malaysia, selain tersingkir di pusingan kedua Terbuka India, Indonesia Masters, Terbuka Jerman dan Malaysia Masters.Berdasarkan kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia yang juga juara Asia jatuh ke tangga ke-11, sekali gus tidak memenuhi antara syarat untuk berada dalam program Road to Gold (RTG).", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 03:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263580/berita/sukan/trio-muda-makin-dapat-kepercayaan", "article_title": "Trio muda makin dapat kepercayaan", "article_text": "TRIO lelaki negara yang kali pertama diperkenalkan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 dijangka terus diberi tanggungjawab bagi menghadapi Sukan Asia di Hangzhou, China September depan.Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley berkata, gandingan Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Ridhwan Sahrom dan Umar Hasbullah sudah membuktikan potensi masing-masing.Menurutnya, trio muda negara itu masih mampu menghadirkan pingat gangsa acara pecut berpasukan elit lelaki sekalipun tanpa 'kayuhan' dua jagoan - Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.\u201cPada Sukan Asia nanti, acara lumba basikal trek akan berlangsung selama empat hari sahaja. Azizulhasni dan Shah Firdaus akan beraksi dalam pecut (individu) dan keirin.\u201cJika saya turunkan pasukan A, mereka (Azizulhasni dan Shah Firdaus) juga akan beraksi pada hari terakhir untuk keirin, jadi saya rasa yang terbaik adalah mereka beraksi dalam acara keirin,\u201d katanya.Dalam aksi penentuan pingat gangsa acara pecut elit berpasukan di Velodrom Nasional, Nilai pada Rabu, trio negara menamatkan perlumbaan dengan catatan 44.363 saat (s) mengatasi Kazakhstan yang merekodkan 44.488s.Beasley berkata, beberapa langkah perlu diambil termasuk memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal dan mental bagi membolehkan barisan pelumba muda berada pada tahap seperti Azizulhasni dan Shah Firdaus.\u201cKita mula membentuk serta memberi peluang kepada pelumba muda, sekali gus membuka peluang buat mereka membuktikan kemampuan diri masing-masing,\u201d jelas Beasley.Untuk rekod, Azizulhasni bersama-sama Shah Firdaus dan Fadhil meraih pingat perak acara pecut berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.Sementara itu, Azizulhasni memuji prestasi trio muda negara atas kejayaan mereka menyambar pingat gangsa pecut berpasukan elit lelaki pada ACC kali ini.\"Tahniah diucapkan kepada pasukan team sprint elite lelaki selepas memenangi pingat gangsa dalam perlumbaan penentuan melawan Kazakhstan.\"Saya amat berbangga dengan usaha dan komitmen yang ditonjolkan oleh mereka terutamanya daripada dua pelumba, Umar dan Ridwan.\"Diharap mereka akan terus berusaha dengan lebih keras untuk meningkatkan prestasi dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 02:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263571/berita/sukan/kbs-akan-terus-sokong-zii-jia", "article_title": "KBS akan terus sokong Zii Jia", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata, kementerian memahami situasi dialami Zii Jia ketika ini kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap atlet yang mempunyai pasang surutnya.\"Saya percaya Zii Jia sebagai atlet yang banyak berjuang dalam kejohanan dan kebiasaannya (kalah menang) itu cabaran serta asam garam sebagai atlet.\"Bagaimanapun, kita yakin Zii Jia ada semangat kuat. Kita nak lihat Zii Jia bangkit sebagai salah seorang yang kita sandarkan harapan untuk ke Sukan Olimpik 2024 nanti,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman penajaan oleh Co-opbank Pertama (CBP) dan pelantikan duta Kuala Lumpur Golf and Country Club kepada dua pemain boling wanita negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Natasha Roslan di sini pada Khamis.Selepas disingkirkan pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13 pada pusingan pembukaan Terbuka Indonesia 2023 semalam, pemain ranking ke-11 dunia itu mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu bagi mendapatkan semula motivasi, susulan prestasi merudum dipamerkannya sejak akhir-akhir ini.Ditanya sama ada Zii Jia berdepan risiko digugurkan daripada Road to Gold (RTG), Adam Adli berkata pemain kelahiran Kedah itu akan diberi ruang untuk kekal dalam program tersebut dan pastinya dibantu jawatankuasa RTG bagi mereka meneliti segala kesulitan dihadapi juara All England 2021 itu.Beliau berkata, kesemua permasalahan lain dihadapi atlet tersenarai dalam program bertujuan memburu emas Olimpik sulung negara termasuk bagi mereka yang terkeluar daripada ranking sepuluh terbaik juga akan dibincangkan dalam satu mesyuarat RTG minggu depan.Sebelum ini, jawatankuasa RTG menetapkan dua kriteria utama bagi atlet tersenarai dalam program tersebut dan berpotensi menyumbang emas pertama negara di Sukan Olimpik 2024 iaitu pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik dunia.Bagaimanapun, Zii Jia kini sudah terkeluar daripada senarai kelompok 10 pemain terbaik dunia manakala juara Terbuka Perancis 2022 Pearly Tan-M. Thinaah berada dalam kedudukan ke-12 beregu wanita dunia dan beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula jatuh ke tangga ke-18.Ketiga-tiga wakil badminton negara itu merupakan sebahagian daripada 15 atlet terpilih ke dalam RTG April lepas yang turut melibatkan jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong.Sementara itu, Adam Adli berharap agar penajaan CBP kepada Siti Safiyah Amirah dan Natasha akan mencetus inspirasi kepada syarikat korporat mahupun pihak luar untuk menaja atlet serta turut serta membangunkan industri sukan tanah air. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 01:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263549/berita/sukan/wigan-athletic-dapat-pemilik-baharu", "article_title": "Wigan Athletic dapat pemilik baharu", "article_text": "KELAB bermasalah, Wigan Athletic akhirnya dijual kepada ahli perniagaan tempatan Mike Danson, kata kelab Liga Divisyen Satu itu pada Khamis.Semua pelepasan diperlukan telah diperoleh daripada Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) untuk pengambilalihan 100 peratus kelab itu, kata Wigan dalam satu kenyataan, dan dana dibayar ke akaunnya untuk menampung semua hutang tertunggak.\"Saya gembira dapat terlibat dalam Kelab Bola Sepak Wigan Athletic. Saya dilahirkan di Wigan, saya dibesarkan secara tempatan dan komuniti bandar itu dekat di hati saya...,\" kata pemilik baharu Danson.Wigan, yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris pada 2013, pada tahun yang sama mereka memenangi Piala FA, gagal membayar gaji tepat pada masanya pada beberapa ketika musim lalu apabila mereka menamatkan saingan di tangga kedua Liga Kejuaraan.Jabatan cukai Britain telah mengemukakan petisyen penggulungan terhadap kelab itu selepas pemiliknya gagal menjelaskan bil cukai, lapor media pada Selasa.\"Kami telah bekerja keras untuk menyediakan EFL dengan pelan kewangan yang realistik untuk menstabilkan operasi kelab ini.\"Kami menantikan permulaan baharu untuk kelab dan perancangan untuk musim baharu dengan semangat baharu,\" tambah Danson.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 12:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263551/berita/sukan/croatia-beri-belanda-pengajaran", "article_title": "Croatia beri Belanda pengajaran", "article_text": "CROATIA memberi Belanda satu pengajaran berharga apabila mara ke final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 pada masa tambahan pada Khamis, kata pengendali Belanda, Ronald Koeman.Belanda menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memaksa masa tambahan, namun Croatia yang menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia tahun lalu, menjaringkan dua gol dalam 30 minit tambahan untuk mengesahkan penentuan final menentang Itali atau Sepanyol.\"Terdapat detik-detik jelas yang menunjukkan di bahagian mana pasukan kami perlu diperbaiki bagi membentuk skuad yang mantap.\"Mereka hanya lebih bijak, sedikit lebih selamat dalam penguasaan bola, dan secara keseluruhan mereka berhak untuk menang,\" kata Koeman.Koeman merupakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Belanda, apabila menggantikan Louis van Gaal selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.Dalam perlawanan pertamanya kembali dalam tugas pada Mac, pasukan Koeman tewas 0-4 kepada Perancis sebelum berhempas pula untuk menang 3-0 ke atas Gibraltar.Koeman menegaskan bahawa pasukannya telah meningkat daripada perlawanan itu, namun belum berada pada tahap yang diharapkan untuk dicapai.\"Kami jelas mempunyai pasukan sekarang yang mempunyai tenaga yang betul, yang memberikan perlawanan. Itu sesuatu yang boleh kami bina.\"Tetapi kami menentang pasukan Croatia yang menunjukkan mengapa ia menduduki tempat kedua dan ketiga pada Piala Dunia terkini. Kami perlu belajar daripada itu,\" kata Koeman.Belanda akan meneruskan kempen kelayakan Euro 2024 pada September dengan menentang Greece dan Ireland.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 12:12pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263540/berita/sukan/harimau-malaya-belum-cukup-padu", "article_title": "Harimau Malaya belum cukup padu", "article_text": "PENGENDALI skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon mahu para pemain Harimau Malaya belajar dari kesilapan kecil ketika berdepan Kepulauan Solomon dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada Rabu.Malah jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, kemenangan bergaya 4-1 ke atas pasukan ranking ke-134 dunia tersebut belum boleh dianggap sebagai satu permulaan yang baik.Katanya, para pemain masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan-kelemahan yang masih terdapat dalam pasukan ranking 138 dunia itu bagi membentuk sebuah skuad yang lebih mantap.\"Ia bukanlah satu permulaan yang baik kerana kami mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih daripada empat gol namun masih ada kesilapan kecil yang kami perlu belajar daripada itu.\"Apapun saya tetap gembira kerana kita mengekalkan kemenangan di tempat sendiri. Tahniah kepada pemain dan terima kasih kepada penyokong yang hadir,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.Menurut Pan-gon, skuad kendaliannya akan kembali bangkit dengan taktikal yang lebih rapi menjelang perlawanan menentang Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan di venue sama pada Selasa depan.\"Pemain juga manusia, bintang dunia juga melakukan kesilapan walaupun penjaga gol mereka bagus.\"Sekurang-kurangnya, ini menjadi pengajaran kepada para pemain bahawa dengan satu kesilapan, ia boleh menghukum pasukan,\" ujarnya.Anak buah Pan-gon menampilkan corak permainan terpuji apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk membenamkan Kepulauan Solomon 4-1.Pasukan tuan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pelawat Raphael Le Ai pada minit ke-11 berikut kesilapan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.Gol itu menyaksikan para pemain negara menggandakan asakan memburu gol penyamaan yang dijelmakan pemain naturalisasi, Paulo Josue apabila meledak gol pada minit ke-40 sebelum Arif Aiman Mohd Hanapi menyempurnakan sepakan penalti minit ke-47 selepas dia dijatuhkan pertahanan lawan, Calvin Ohasio.Debaran penyokong skuad kebangsaan pada babak kedua perlawanan seakan terhenti apabila pemain gantian, Safawi Rasid berjaya meledak gol ketiga Harimau Malaya hasil rembatan menarik pada minit ke-77.Seorang lagi pemain gantian, Lee Tuck melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-91 sekali gus menceriakan lebih 12,000 penyokong yang hadir pada malam itu.Kedudukan itu kekal sehingga pengadil Vietnam, Ngo Dyu Lan meniupkan wisel penamat untuk mengesahkan kemenangan Malaysia dalam pertemuan pertama dengan negara tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 11:54am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263533/berita/sukan/dalic-tabik-modric", "article_title": "Dalic tabik Modric", "article_text": "PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic memuji Luka Modric selepas pemain berusia 37 tahun itu sekali lagi menjadi arkitek bahagian tengah ketika memacu pasukan tersebut mara ke final Liga Negara-Negara dengan kemenangan 4-2 ke atas Belanda dalam masa tambahan di Stadium De Kuip, Rotterdam pada Khamis.Bintang Real Madrid itu memenangi penalti untuk gol pembukaan Croatia sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan buat pasukan Dalic.Dengan karier Modric semakin menghampiri penghujung, Dalic berharap akan dapat menggunakan khidmat perancangan tengah itu pada masa depan.\u201cDia boleh menjadi orang yang membantu kami memenangi pingat emas dalam kejuaraan kali ini.\"Luka akan membuat keputusan sendiri selepas perlawanan akhir, namun dengannya kami jauh lebih baik.\"Sejujurnya Croatia mempunyai kualiti yang jauh lebih baik setiap kali pasukan bersama Luka,\" kata Dalic kepada pemberita, sebelum membincangkan masa depan Modric.Dalam perlawanan itu, gol Croatia dijaringkan Andrej Kramaric (m-55), Mario Pasalic (m-72), Bruno Petkovic (m-98) dan Modric (m-116) manakala jaringan Belanda dijelmakan Donyell Malen (m-34), Noa Lang (m-96).Sebagai rekod, Croatia menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember, empat tahun selepas muncul naib juara pada kejohanan di Rusia.Croatia akan menentang Sepanyol atau Itali dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara di Stadium De Kuip, Rotterdam awal pagi Isnin ini.Dalam pada itu, Dalic berharap pasukannya boleh memenangi kejuaraan besar benua Eropah tersebut untuk menobatkan era keemasan pasukan kebangsaan.\u201cIa akan menjadi ganjaran yang besar untuk memenangi pingat emas, saya rasa kami layak mendapatnya.\"Kami telah menjadi pasukan yang sentiasa berkualiti sejak enam tahun lalu,\" ujar Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 11:09am"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263527/berita/sukan/pawi-hadiahkan-gol-harimau-malaya-buat-isteri", "article_title": "Pawi hadiahkan gol Harimau Malaya buat isteri", "article_text": "PEMAIN skuad bola sepak negara, Safawi Rasid menyifatkan gol ketiga Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon merupakan hadiah buat isterinya, Syifa Melvin yang sedang hamil anak sulung.Tanpa berselindung, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut mengakui itu adalah sebab utama dia meraikan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jersi dalam perlawanan berkenaan.\"Gol tadi (semalam) saya hadiahkan buat isteri saya yang sedang mengandung hampir enam bulan.\"Saya harap semua doakan kami suami isteri selamat,\" kata tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu selepas perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.Sebagai rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu.Dalam aksi di Kuala Nerus itu, skuad kendalian Kim Pan-gon mudah membenam cabaran Kepulauan Solomon, 4\u20131.Bagaimanapun Harimau Malaya dikejutkan jaringan awal Kepulauan Solomon menerusi Raphael Lea'i seawal minit ke-11.Anak buah Pan-gon kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Paulo Josue minit ke-40 sebelum Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti minit ke-47 untuk Harimau Malaya memimpin separuh masa pertama.Separuh masa kedua, Safawi yang masuk sebagai pemain gantian membalas kepercayaan Pan-gon apabila dia tidak melepaskan peluang menambah jaringan ketiga pada minit ke-77, sebelum Lee Tuck melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan gol keempat pada minit 91.ARTIKEL BERKAITAN: Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah PuskasHarimau Malaya bangkit benam Kepulauan Solomon", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 10:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263516/berita/sukan/vincent-tan-lepaskan-kv-kortrijk", "article_title": "Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk", "article_text": "KELAB Liga Pro Belgium, KV Kortrijk mengesahkan pemilik De Kerels, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan kelab yang ditubuhkan pada 1901 kepada ahli perniagaan berdarah Poland-Amerika Syarikat, Maciek Kaminski.Kortrijk ketika berkongsi perkembangan itu dalam laman web rasmi kelab memetik Vincent sebagai berkata, \u201cSaya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya.\u201cKaminski adalah seorang pemilik yang bagus kepada kelab yang mana sudah memiliki pengalaman dalam bola sepak. Saya percaya dia akan membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi.\u201cSaya mahu mengambil peluang ini berterima kasih kepada para penyokong, staf dan bandar ini atas sokongan sepanjang tempoh saya berada di sini.\u201dSebagai rekod, KV Kortrijk kendalian Bernd Storck mengakhiri cabaran liga musim ini di kedudukan ke-14 - hasil lapan menang, tujuh seri dan 19 kekalahan - mengumpul 31 mata.Selain KV Kortrijk kelab yang menjadi tempat pemain negara Luqman Hakim Shamsudin menimba pengalaman sebelum menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman, Vincent juga merupakan pemilik kelab Liga Inggeris, Cardiff City.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 08:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263514/berita/sukan/media-antarabangsa-cadangkan-gol-safawi-ke-anugerah-puskas", "article_title": "Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas", "article_text": "[DIKEMASKINI] JARINGAN pemain skuad bola sepak negara, Safawi Rasid ketika membantu Harimau Malaya mengatasi Kepulauan Solomon di Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Rabu mendapat perhatian media antarabangsa.Media antarabangsa dari Amerika Syarikat, Bleacher Report Football (B/R Football) mencadangkan supaya jaringan minit ke-77, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dimasukkan Pan-gon sebagai pemain gantian dicalonkan ke Anugerah Puskas.Menerusi ciapan ringkas di media sosialnya, B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen \"Tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas,\"Muat naik video jaringan Safawi itu juga mendapat perhatian dan maklum balas dalam kalangan netizen yang turut memberi komen terhadap bintang Harimau Selatan berkenaan.Safawi meraikan jaringan pada minit ke-77 ketika membantu skuad negara menewaskan Kepulauan Solomon, 4-1 dalam perlawanan persahabatan di Gong Badak, Kuala Terengganu malam Rabu.Sebagai rekod, jaringan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri ketika membantu Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur pada 2016, membolehkan pemain tersebut mencipta sejarah bola sepak negara dan Asia merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.Gol Faiz dipilih selepas menerima undian keseluruhan 59.46 peratus menewaskan pesaingnya dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus.Sebelum itu, Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kepulauan Solomon, 4-1 dalam perlawanan persahabatan di Gong Badak, Kuala Terengganu.Kepulauan Solomon yang berada di kedudukan 134 dunia bermula garang apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang tersilap langkah menerusi Raphael Lea'i seawal minit ke-11.Namun Harimau Malaya kendalian Pan-gon berstatus 138 dunia tidak goyang kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Paulo Josue minit ke-40 sebelum Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti minit ke-47 untuk memimpin perlawanan separuh masa pertama.Separuh masa kedua Safawi membalas kepercayaan apabila dia tidak melepaskan peluang menambah jaringan ketiga pada minit ke-77, sebelum Lee Tuck melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan gol keempat dalam minit 91.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Jun 2023 08:04am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263501/berita/sukan/harimau-malaya-bangkit-benam-kepulauan-solomon", "article_title": "Harimau Malaya bangkit benam Kepulauan Solomon", "article_text": "MALAYSIA menampilkan rentak permainan terpuji apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu sebentar tadi.Sebaik wisel permulaan dibunyikan, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon bermula garang apabila mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu pasukan lawan.Bagaimanapun, kubu Harimau Malaya terlebih dahulu dirobek apabila kesilapan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi menghadiahkan gol buat Kepulauan Solomon menerusi jaringan Raphael Li\u2019ai pada minit ke-11.Peluang terbaik Harimau Malaya untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi sepakan percuma, namun percubaan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanafi sedikit melepasi palang gol.Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin (kiri) melakukan percubaan ke arah gawang Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi. - Foto FB FAMHarimau Malaya akhirnya berjaya menggegar gawang Kepulauan Solomon hasil rembatan Paulo Josue pada minit ke-40 sebelum Arif Aiman menambah gol kedua menerusi sepakan penalti menuju waktu rehat.Bersambung babak kedua, Harimau Malaya terus menggandakan usaha menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol Kepulauan Solomon, Phillip Mango menafikan setiap peluang yang terhidang.Kemasukan pemain gantian, Safawi Rasid menambah derita Kepulauan Solomon apabila dia meledak gol ketiga Harimau Malaya hasil satu rembatan menarik pada minit ke-77.Seorang lagi pemain gantian, Lee Tuck melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan.Kemenangan itu dianggap tonik terbaik buat Harimau Malaya sebelum berdepan Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung di venue sama pada Selasa depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 11:19pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263498/berita/sukan/trio-elit-sambar-gangsa-skuad-para-bawa-pulang-satu-emas-satu-perak", "article_title": "Trio elit sambar gangsa, skuad para bawa pulang satu emas, satu perak", "article_text": "TRIO pecut berpasukan lelaki negara yang dibarisi pelumba muda menampilkan kayuhan bertenaga apabila menyambar pingat gangsa acara gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu.Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Shahrom dan Umar Hasbullah mencatatkan 44.363 saat (s) untuk trio mengatasi Kazakhstan yang dibarisi Sergey Ponoryov, Dmitriy Rezanov dan Kirill Kurdidi (44.488s) pada penentuan pingat gangsa.Dari kiri, Zuhairi, Mohamad Yusof dan Hafiz menunjukkan pingat perak acara pecut berpasukan lelaki ACC 2023. - Foto BernamaJepun yang diwakili Kaiya Ota, Yuta Obara dan Yoshitaku Nagasako dengan catatan 42.987s berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara tersebut selepas menewaskan Guo Shuai, Zhou Yu dan Xue Chenxi dari China (43.619s).Terdahulu, pada pusingan kelayakan, skuad negara terlepas peluang ke final selepas menduduki tempat ketiga dengan catatan 44.728s di belakang Jepun (43.219s) dan China (44.014s), manakala Kazakhstan berada pada kedudukan keempat dengan 44.739s.\"Saya bangga melihat kepada keputusan dan rakan sepasukan, kerana semua pelumba berjaya memberikan prestasi yang diinginkan. Kita rasa ada peluang untuk cabar pingat di Sukan Asia nanti,\" kata Muhammad Fadhil kepada pemberita.Sementara itu, skuad wanita elit yang terdiri daripada Yuliya Golublova, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan terlepas pingat gangsa kepada Korea Selatan.Walaupun skuad negara berjaya mencatatkan rekod kebangsaan dengan melakukan 49.204s, namun ia tidak cukup untuk mengatasi juara, bertahan Korea Selatan yang menurunkan Hwang Hyeonseo, Lee Hyejin dan Cho Sunyoung yang mencatatkan 48.847s.Pasukan remaja wanita dibarisi Amber Yong, Nur Alyssa Mohd Farid, Nurul Nabilah Mohd Asri dan Ameera Alya Zahirrudin juga terlepas gangsa apabila kemenangan mereka dibatalkan akibat kesilapan teknikal, sekali gus memberi pingat itu kepada skuad Taiwan - Lin Jhih Yan, Li Ya Xun dan Lee Chai Roug (53.496s).Dari kiri, Fadhil, Umar dan Ridwan meraih pingat gangsa acara pecut berpasukan elit lelaki ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai pada Rabu. - Foto BernamaSementara itu, pasukan berbasikal trek para Malaysia berjaya menghadiahkan sebutir emas dan satu pingat perak.Dalam acara pecut berpasukan tandem berpasukan campuran, Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Nur Suraiya Muhammad Zamri yang masing-masing dibantu jurupandu Muhammad Khairul Adha Rasol dan Farina Shawati Mohd Adnan, mencatatkan 51.526s untuk meraih emas.Dalam acara pecut berpasukan lelaki, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hafiz Jamali yang mencatatkan 51.697s, terlepas emas kepada Li Zhangyu, Bunyod Khayitmakhammadov dan Lai Shanzhang dari China (49.216s).", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 10:57pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263495/berita/sukan/harimau-malaya-mendahului-kepulauan-solomon-2-1", "article_title": "Harimau Malaya mendahului Kepulauan Solomon 2-1", "article_text": "HARIMAU Malaya mendahului Kepulauan Solomon 2-1 pada babak pertama Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, di Kuala Nerus, malam ini.Pada 11 minit pertama perlawanan, kubu skuad kebangsaan negara itu dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat oleh Raphael Le'ai bagi membolehkan pasukan itu mendahului 1-0.Skuad kebangsaan seterusnya meningkatkan serangan menerusi hantaran Paulo Josue hasil umpanan Corbin Ong dari sebelah kiri gawang malangnya ditepis keluar pada minit ke-24.Usaha berterusan skuad kendalian Kim Pan Gon itu berhasil apabila tonggak naturalisasi negara, Paulo Josue memanfaatkan peluang yang ada dalam kotak penalti pada minit ke-40 dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1.Penantian penyokong hitam kuning di SSMZA hampir sempurna apabila sepakan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi membolosi gawang pelawat sekali gus menyaksikan skuad negara mendahului 2-1.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 10:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263435/berita/sukan/zii-jia-mahu-berehat", "article_title": "Zii Jia mahu berehat", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memutuskan untuk berehat daripada arena badminton setelah tumpas dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia pada Rabu.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, juara Asia itu terpaksa akur setelah kalah di tangan pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21.Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak pasti tempoh masa yang perlu diambil untuk berehat.\u201cLakshya bermain dengan baik hari ini (Rabu). Buat masa sekarang saya fikir mungkin perlu berhenti sementara daripada badminton.\u201cTidak pasti berapa lama tetapi saya mahu berhenti seketika daripada badminton sehingga saya kembali mendapat motivasi.\u201cSaya akan berhenti dan berehat seketika,\u201d ujar Zii Jia yang dipetik daripada laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.Zii Jia turut meluahkan rasa untuk tidak terlalu memikirkan mengenai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cMungkin saya akan berhenti bermain dalam kejohanan. Saya tidak pasti berapa lama. Perkara ini saya sudah fikir agak lama.\u201cSudah terlalu sukar untuk saya terus beraksi di gelanggang. Saya tidak boleh fokus 100 peratus.\u201cIa adalah sesuatu yang baik untuk saya berehat. Keutamaan saya adalah untuk mencari semula keterujaan di gelanggang,\u201d katanya.Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu ketika ranking dunianya jatuh ke tangga ke-11 setelah tewas di pusingan awal kejohanan.Sebelum ini, Zii Jia tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Singapura minggu lalu.Ia juga adalah kekalahan ketiga Zii Jia di tangan Lakshya yang menang dua daripada tiga pertemuan antara mereka sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN:Zii Jia balik awal lagiNasihat otai badminton buat Zii JiaPening punca Zii Jia tumbangZii Jia tergelincir daripada kelompok 10 terbaik dunia", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 04:44pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263433/berita/sukan/shah-firdaus-impi-gelaran-asia", "article_title": "Shah Firdaus impi gelaran Asia", "article_text": "PELUMBA elit negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berazam mengakhiri penantian pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.Selepas terpaksa berpuas hati dengan tiga kilauan perak dan dua gangsa dalam dua edisi ACC sebelum ini, pelumba kelahiran Muar, Johor itu mahu menoktahkan gelaran Asia di laman sendiri.\u201cSaya memang mengejar gelaran ini (Asia) kerana terlepas banyak kali... ada juga di garisan penamat beberapa milimeter (dengan pemenang pingat emas).\u201cKalau kita berada dalam keadaan baik sekalipun, apa sahaja boleh berlaku dan tak boleh memandang rendah lawan kita. Jadi saya harap semua berjalan lancar.\u201cDi peringkat Asia ini, mana-mana pelumba mampu mencipta kejutan dengan memintas pada saat-saat terakhir,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Velodrom Nilai pada Rabu.Untuk rekod, Shah Firdaus meraih pingat perak dalam acara pecut individu pada edisi 2019 di Jakarta, Indonesia sebelum menyambar dua lagi perak - keirin dan pecut berpasukan pada ACC 2022 di New Delhi, India.Malah, Shah Firdaus yang membuat penampilan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut berjaya menggenggam pingat gangsa dalam acara keirin dan pecut berpasukan di pentas ACC 2019.Dalam pada itu, Shah Firdaus berkata, ACC kali ini menjadi platform terbaik baginya untuk mengumpul seberapa banyak mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cSaya mahu meraih tempat yang menawarkan mata kelayakan Olimpik, itu juga adalah antara sasaran utama pada ACC ini selain mengumpul mata pada Kejohanan Dunia (di Glasgow) nanti.\u201cUntuk (acara) pecut, sekurang-kurangnya saya perlu layak ke suku akhir, manakala dalam keirin, saya dan Datuk Azizulhasni (Awang) perlu layak ke final,\u201d ujarnya.Shah Firdaus dan Azizulhasni yang menjadi sandaran utama buat skuad berbasikal negara meraih emas dijadualkan beraksi dalam acara keirin dan pecut individu yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Ahad ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 04:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263429/berita/sukan/zii-jia-tergelincir-daripada-kelompok-10-terbaik-dunia", "article_title": "Zii Jia tergelincir daripada kelompok 10 terbaik dunia", "article_text": "TERSINGKIR awal dalam tiga kejohanan berturut-turut menyaksikan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tergelincir daripada kedudukan 10 terbaik dunia hari ini.Berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia yang sebelum ini menghuni tangga ke-10 dunia turun satu anak tangga selepas dipintas pemain pemain China, Li Shi Feng untuk meletakkan beliau di kedudukan ke-11 dunia.Perseorangan Denmark Viktor Exelsen pula mengekalkan statusnya selaku pemain nombor satu dunia.Zii Jia merupakan antara 15 atlet tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) telah mempamerkan aksi mengecewakan sejak kebelakangan ini apabila tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia 2023 selepas tewas di tangan pemain Taiwan Li Chun-Yi 19-21, 21-16, 15-21 akhir Mei lepas.Pada Terbuka Singapura minggu lepas, pemain kelahiran Kedah itu pulang awal selepas tunduk kepada pemain China, Weng Hong Yang 20-22, 21-16, 19-21 seawal pusingan pertama.Zii Jia hari ini sekali lagi tewas pada pusingan pertama Terbuka Indonesia 2023 apabila dibenam mudah pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13.Satu lagi perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong kekal di kedudukan ke-21 dunia.Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik memanjat satu anak tangga daripada keempat dunia kepada ketiga.Juara dunia 2022 itu menampilkan aksi memberangsangkan pada Terbuka Singapura 2022 apabila melangkah ke separuh akhir namun tewas di tangan pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang 16-21, 21-15, 17-21. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Zii Jia balik awal lagiNasihat otai badminton buat Zii JiaPening punca Zii Jia tumbang", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 04:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263407/berita/sukan/zii-jia-balik-awal-lagi", "article_title": "Zii Jia balik awal lagi", "article_text": "NASIB malang terus menyelubungi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa pulang awal dalam kejohanan badminton Terbuka Indonesia pada Rabu.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, juara Asia itu terpaksa akur setelah kalah di tangan pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21.Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu ketika ranking dunianya jatuh ke tangga ke-11 setelah tewas di pusingan awal kejohanan.Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Singapura, minggu lalu.Ia juga adalah kekalahan ketiga Zii Jia di tangan Lakshya daripada empat pertemuan mereka sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 03:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263373/berita/sukan/peminat-messi-di-indonesia-mungkin-kempunan", "article_title": "Peminat Messi di Indonesia mungkin 'kempunan'", "article_text": "PARA peminat bola sepak Indonesia mungkin kempunan untuk menyaksikan kelibat bintang sensasi, Lionel Messi menentang skuad Sang Garuda pada aksi persahabatan di negara itu, pada Isnin.Media Argentina, Vermouth Deportivo melaporkan kapten Argentina itu tidak akan beraksi di Jakarta kerana mahu berehat sebelum menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat.Messi bersama rakan sepasukan berada di Beijing, China menjelang aksi persahabatan menentang Australia pada Khamis.Kelibat Messi dapat dilihat dalam sesi latihan namun pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan tidak akan terbang ke Indonesia selepas itu.\u201cSkuad Albiceleste mula mempersiapkan diri untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2026 selepas siri jelajah perlawanan persahabatan,\u201d menurut laporan Vermouth Deportivo, Ahad lalu.Kedua-dua aksi itu merupakan aksi persahabatan yang berada dalam kalendar Argentina pada bulan ini.Argentina dijangka membariskan kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Australia dan tidak menurunkan skuad terkuat dalam aksi bertemu Indonesia.Ahli jawatankuasa eksekutif Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Ahmad Riyadh bagaimanapun berkata, tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengenai ketiadaan Messi.\u201cSehingga hari ini (Selasa), PSSI tidak menerima sebarang komunikasi mengenai ketiadaan Messi. 100 peratus (tiada komunikasi).\u201cSemuanya berjalan lancar mengikut jadual. Setakat ini Messi dijadualkan tampil (aksi menentang Indonesia),\u201d kata Riyadh.Pemenang Ballon D'Or tujuh kali itu yang dianggap pemain terbaik dunia menjadi tarikan utama ribuan peminat di Indonesia yang sanggup membeli tiket sehingga mencecah AS$284 (RM1,312) sekeping untuk menyaksikan aksi itu.Perlawanan persahabatan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) Jakarta.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 12:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263364/berita/sukan/tugas-berat-de-la-fuente-bersama-sepanyol", "article_title": "Tugas berat de la Fuente bersama Sepanyol", "article_text": "UJIAN besar menanti jurulatih berpengalaman, Luis de la Fuente untuk mengembalikan reputasi Sepanyol menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Itali di Enschede, pada Jumaat.De la Fuente mengambil alih jawatan itu daripada Luis Enrigue secara mengejut Disember lalu selepas Sepanyol tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022 setelah kalah kepada Maghribi pada pusingan 16 terakhir.Biarpun menang 3-0 ke atas Norway yang tidak menurunkan bintang sensasi, Erling Haaland dan tewas 0-2 kepada Scotland, namun keputusan itu tidak menggembirakan penyokong Sepanyol.Situasi tersebut mencetuskan spekulasi masa depan de la Fuente yang tidak mungkin bertahan lama jika Sepanyol gagal melepasi peringkat separuh akhir Liga Negara-Negara di Belanda.Di sebalik kritikan penyokong dan media, barisan pemain mempertahankan jurulatih berusia 61 tahun itu yang menerapkan corak permainan hampir sama dengan Enrigue.\u201cJurulatih bekerja dengan sangat baik, menerusi semangat dan harapan yang tinggi. Itulah perkara paling penting.\u201cSaya gemarkan suasana kerja dan hubungan baik dalam pasukan, ia sangat mengujakan. Dia bersama kami setiap saat dan sering membantu kami,\u201d kata pemain pertahanan, Jesus Navas.Penjaga gol, Unai Simon turut mempertahankan De la Fuente yang melatihnya ketika peringkat remaja.\u201cDia jurulatih yang sangat baik, seorang motivator dan pengurus yang sangat baik,\u201d kata pemain Athletic Bilbao itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 12:17pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263340/berita/sukan/lewandowski-tidak-berminat-ke-arab-saudi", "article_title": "Lewandowski tidak berminat ke Arab Saudi", "article_text": "ROBERT Lewandowski tidak berhasrat beraksi di Liga Arab Saudi walaupun ditawarkan nilai gaji yang tinggi.Kelab-kelab di Arab Saudi sedang merancang perpindahan besar pemain ternama dunia ke liga tersebut dengan penyerang Real Madrid, Karim Benzema sudah pun berpindah selain N'Golo Kante dan Roberto Firmino bakal mengikuti jejak pemain itu.\"Tiada isu. Jadi saya tidak memikirkannya.\"Terutama kerana kontrak saya (dengan Barcelona) masih ada untuk sementara waktu ini.\"Saya melihat apa yang berlaku (di Arab Saudi) tetapi ia tidak membimbangkan saya, kerana saya mempunyai keutamaan lain pada masa ini,\" katanya.Lewandowski memang tidak dinafikan sebagai salah seorang penyerang terhebat pada usia 34 tahun dan menepati kriteria yang dicari kebanyakan kelab di Liga Arab Saudi.Namun, bekas penyerang Bayern Munich itu masih mempunyai baki tiga tahun kontrak di Barcelona dan dia tidak tergesa-gesa untuk berhijrah.Liga Arab Saudi sememangnya menjadi tumpuan pada masa ini terutama selepas perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr.Sebelum ini, ada usaha untuk membawa Lionel Messi ke liga tersebut namun gagal apabila pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu memilih untuk ke Liga Amerika Syarikat.Riyad Mahrez dari Manchester City, Luka Modric dari Real Madrid dan Kalidou Koulibaly juga merupakan beberapa nama yang sedang cuba dirunding untuk bermain di liga tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 09:46am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263338/berita/sukan/mu-gagal-goda-de-jong", "article_title": "MU gagal 'goda' de Jong", "article_text": "FRENKIE de Jong mengetepikan dakwaan bahawa dia mungkin berpindah ke Manchester United pada musim panas ini.Pemain berusia 26 tahun itu telah disenaraikan dalam senarai pendek pemain yang dimahukan oleh Erik ten Hag untuk berada dalam pasukan the Red Devils musim depan.\"Sudah jelas saya tidak akan berpindah terutama selepas perkara sama terjadi pada musim panas tahun lalu.\"Saya sentiasa tahu bahawa saya mahu kekal di Barcelona. Itulah sebabnya saya tidak terlalu memikirkan mengenai ke kelab lain.\"Selain itu, saya baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak (pada 2020) jadi saya sentiasa merasakan bahawa saya berada dalam kawalan dan boleh membuat keputusan sendiri.\"Itulah sebabnya saya tidak ambil kisah mengenainya (perpindahan). Saya gembira di Barcelona dan menganggap saya masih akan bermain di sini musim depan,\" katanya.De Jong telah memainkan peranan penting dalam kempen di Barcelona musim ini selepas membantu pasukan memenangi La Liga.Peranannya di kelab itu musim depan akan menjadi lebih besar selepas tonggak senior kelab Catalan itu, Sergio Busquest telah mengumumkan persaraan baru-baru ini.\"Ia akan berbeza musim depan apabila Busquets tiada. Dia bermain untuk Barcelona selama 15 tahun, anda akan merasai kehilangan seorang pemain yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 09:38am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263333/berita/sukan/nasihat-otai-badminton-buat-zii-jia", "article_title": "Nasihat otai badminton buat Zii Jia", "article_text": "MENANG kalah, menang kalah merupakan proses yang akan dilalui seseorang pemain badminton sepanjang perjalanan kariernya.Namun paling penting menurut legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, kesungguhan seseorang pemain itu bangkit daripada prestasi tidak konsisten adalah ukuran sebenarnya kepada pencapaiannya.\u201cYa, memang apabila tewas first round, second round, first round tahap keyakinan seseorang pemain itu akan lebih terkesan.\u201cNamun itu sebenarnya realiti bergelar pemain dan selagi itu jugalah perlu memikirkan cara tidak hanya untuk memperbaiki kelemahan tetapi juga meningkat kualiti permainan.\u201cJika kita perhatikan pemain Indonesia, Jonatan Christie dan Anthony Ginting pun tidak konsisten, namun mereka sentiasa berusaha improve dalam setiap pertandingan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas prestasi semasa pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada ketika ini.Zii Jia yang merupakan dalam kalangan 15 atlet tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) sebelum ini tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Singapura 2023 dalam masa aksi 74 minit.Pemain ranking ke-10 dunia itu menyingkap Siri Jelajah Dunia Berstatus Super 750 berkenaan langkah kiri apabila tewas kepada pemain nombor 27 dunia dari China, Weng Hong Yang, 20-22, 21-16, 19-21.Terdahulu pemain berusia 25 tahun itu ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Masters Malaysia, apabila tewas kepada pemain Taiwan, Lin Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.Prestasi naik turun Zii Jia menyaksikan ranking dunia pemain dari Alor Setar itu kini di kedudukan ke-10 selepas gah berstatus nombor dua dunia Oktober tahun lalu.Zii Jia akan kembali menyingkap Siri Jelajah Dunia Super 1000 Terbuka Indonesia berdepan pemain India, Lakshya Sen di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta pada Selasa.Pada masa sama Rashid yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu menyifatkan Zii Jia masih memerlukan bimbingan untuk kembali ke prestasi puncak sebelum ini.\u201cSejujurnya saya melihat Zii Jia masih tercari-cari rentak permainannya dari segi kekuatan dan kelemahan, dua perkara ini menunjukkan sememangnya dia masih memerlukan bimbingan terbaik.\u201cBiarpun seseorang pemain badminton itu bergelar juara dunia dan dalam kelompok 10 teratas dunia, dia masih perlu melalui banyak proses pembelajaran secara berterusan.\u201cMalah, proses pembelajaran dalam setiap pertandingan itu yang akan mematangkan permainan seseorang pemain tersebut.\u201cSeseorang pemain badminton ini anytime boleh menang dan boleh juga kalah, jadi tidak boleh santai dalam zon selesa serba serbi sudah bagus biarpun berada dalam kelompok 10 terbaik dunia,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263326/berita/sukan/mbappe-tak-pernah-bincang-sambung-perkhidmatan-bersama-psg", "article_title": "Mbappe tak pernah bincang sambung perkhidmatan bersama PSG", "article_text": "BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan tidak pernah berbincang melanjutkan kontraknya dengan juara Ligue 1 Perancis itu selepas tahun depan.Tonggak Perancis itu memberitahu dalam satu kenyataan pada Selasa, sehari selepas dia menghantar surat kepada pengurusan Les Parisiens bagi mengesahkan tidak akan mengambil pilihan untuk kekal di Paris.PSG dimaklumkan pada 15 Julai 2022 mengenai keputusan Mbappe untuk tidak mengaktifkan pilihan melanjutkan kontraknya, yang berakhir selepas musim depan, bagi mengesahkan apa yang dituturkan tentang sebelum ini, kata kenyataan itu.\u201cKylian Mbappe dan rombongannya mengesahkan perkara ini tidak dibincangkan sejak sepanjang tahun ini, kecuali dua minggu lalu untuk mengumumkan penghantaran surat itu.\u201cTiada pelanjutan kontrak berpotensi telah disebut.\u201cSelepas menyatakan secara terbuka dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Mbappe akan menjadi pemain PSG musim depan, Mbappe tidak meminta untuk meninggalkan musim panas ini dan baru saja mengesahkan kepada kelab bahawa Mbappetidak akan mengaktifkan tahun tambahan,\u201d jelas kenyataan daripada Mbappe.Surat Mbappe kepada PSG datang setahun selepas penyerang Perancis berusia 24 tahun itu menandatangani perjanjian baharu untuk kekal bersama juara Perancis itu, sambil menolak lamaran daripada gergasi LaLiga Sepanyol, Real Madrid.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 08:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263322/berita/sukan/argentina-tanpa-messi-pada-edisi-amerika-utara-2026", "article_title": "Argentina tanpa Messi pada edisi Amerika Utara 2026", "article_text": "KAPTEN Argentina, Lionel Messi memberi bayangan tidak akan bermain dalam edisi Piala Dunia 2026, selepas pemain berusia 35 tahun itu membawa kuasa bola sepak benua Amerika Selatan tersebut merangkul kejuaraan temasya berprestij di Qatar tahun lalu.\u201cSaya rasa tidak kerana sebelum ini saya pernah berkata beberapa kali bahawa edisi 2022 merupakan Piala Dunia terakhir saya...\u201cBagaimanapun, saya akan lihat keadaan tetapi secara teori saya tidak fikir akan berada dalam Piala Dunia seterusnya...,\" katanya ketika ditanya kemungkinan dia beraksi dalam edisi 2026 di Amerika Utara.Persoalan itu hadir apabila awal tahun ini Messi berkata kepada akhbar tempatan Argentina bahawa dia akan berdepan kesukaran bermain dalam Piala Dunia lain.Sebagai rekod, Messi akan berusia 39 tahun semasa kejuaraan seterusnya.Messi - Foto: AGENSISebagai rekod, Piala Dunia di Amerika Utara pada 2026 - Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi kejuaraan pertama membabitkan 48 pasukan, penambahan daripada 32 pasukan pada kejohanan tahun lalu di Qatar.Ia bermakna dijangka terdapat 104 perlawanan, penambahan besar berbanding 64 perlawanan pada Qatar 2022.Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu kini berada di Beijing mengetuai La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni berdepan Australia dalam perlawanan persahabatan pada Khamis.Perlawanan itu merupakan aksi ulangan perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia kedua-dua pasukan di Doha, yang dimenangi Argentina 2-1.Sementara ketika ditanya mengenai Ballon d'Or, Messi berkata, \u201cAdakah Ballon d\u2019Or penting kepada saya? Tidak, pada peringkat ini dalam hidup saya, ia tidak lagi penting bagi saya.\u201cSaya selalu berkata, hadiah individu bukanlah perkara yang penting bagi saya, tetapi hadiah kolektif adalah yang paling penting bagi saya.\u201cHadiah paling penting buat masa ini ialah Piala Dunia. Ini adalah hadiah terbesar bagi saya.\u201dTerdahulu Messi mengumumkan akan menyertai kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Inter Miami selepas perjanjian dua tahun dengan Paris Saint-Germain (PSG) berakhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2023 07:48am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263307/berita/sukan/djokovic-kembali-nombor-1-nadal-terkeluar-kelompok-100-teratas", "article_title": "Djokovic kembali nombor 1, Nadal terkeluar kelompok 100 teratas", "article_text": "BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic merampas semula ranking nombor satu dunia daripada Carlos Alcaraz selepas memenangi kejuaraan Grand Slam ke-23 di Terbuka Perancis, manakala Rafa Nadal terkeluar daripada 100 teratas buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.Djokovic, 36, melonjak dua anak tangga dalam kedudukan selepas kemenangan di Paris pada hujung minggu lalu.Alcaraz, bintang Sepanyol yang kecundang kepada Djokovic dalam aksi separuh akhir jatuh ke tempat kedua, manakala Daniil Medvedev yang tersingkir pada pusingan pertama, turut merosot satu tempat ke kedudukan ketiga.Namun naib juara Roland Garros, Casper Ruud kekal tenang di tempat keempat ranking dunia.Nadal, juara 14 kali Terbuka Perancis yang tidak bermain sejak Januari akibat kecederaan pinggul semasa Terbuka Australia, jatuh dari tempat ke-15 ke-136 selepas tidak beraksi secara berterusan dalam jelajah itu.Pemain berusia 37 tahun itu menjalani pembedahan awal bulan ini dijangka berehat selama lima bulan.Ranking wanita menyaksikan Iga Swiatek mengekalkan kedudukan teratas selepas mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis.Dia memegang ranking itu sejak April 2022, berpindah ke puncak selepas bintang Australia, Ash Barty mengumumkan persaraannya.Aryna Sabalenka, yang memenangi Terbuka Australia pada Januari, berpeluang memintas Swiatek, namun tewas kepada Karolina Muchova pada separuh akhir, kekal di tempat kedua.Sementara itu, finalis Terbuka Perancis, Muchova pula naik dari tangga ke-43 ke tangga 16.Jessica Pegula pula jatuh dua anak tangga ke ranking kelima, manakala Beatriz Haddad Maia menjadi pemain wanita Brazil pertama meraih kedudukan 10 teratas selepas meluncur laju separuh akhir Terbuka Perancis.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263296/berita/sukan/ee-yi-yew-sin-teruskan-cabaran-malaysia-di-indonesia", "article_title": "Ee Yi-Yew Sin teruskan cabaran Malaysia di Indonesia", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya lolos ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 di Istora Gelora Bung Karno pada Selasa.Bagaimanapun, Ee Yi-Yew Sin yang berstatus ranking ketujuh dunia tidak diberikan laluan mudah oleh gandingan ke-24 dunia dari India, M R Arjun-Dhruv Kapila apabila tewas set pertama 12-21.Tersentak dengan kekalahan set pertama, Ee Yi-Yew Sin kemudian bangkit lebih bertenaga di set kedua dengan kemenangan 21-6.Set penentuan menyaksikan Arjun-Dhruv yang tidak pernah menang empat pertemuan sebelum ini kembali menyaingi lawan sebelum Ee Yi-Yew Sin menoktah kemenangan 22-20 dalam tempoh 60 minit.Lain-lain keputusan menyaksikan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada Hiroki Midorikawa-Natsu.Saito dari Jepun, 17-21, 21-15, 21-17 dalam masa 60 minit.Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mengikuti langkah Tang Jie-Ee Wei apabila tewas kepada Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 21-13, 24-26, 17-21 dalam masa 68 minit.Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut tumbang apabila kecundang kepada Carolina Marin, 11-21, 11-21 dalam masa 34 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 09:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263291/berita/sukan/misi-ranking-30-terbaik-dunia-pang-ron-mei-xing", "article_title": "Misi ranking 30 terbaik dunia Pang Ron-Mei Xing", "article_text": "BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing menyasarkan ranking 30 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini selepas merangkul gelaran Cabaran Antarabangsa Maldives 2023 minggu lalu.Mei Xing berkata, penting bagi gandingan itu yang kini nombor 49 dunia berada pada kedudukan 30 teratas supaya dapat bermain di kejohanan lebih besar seperti acara Super 500 dan ke atas.Malah pemain berusia 26 tahun itu menyifatkan kejayaan menentang pasangan Amerika, Vinson Chiu-Jennie Gai, 21-13, 21-18, pada pusingan akhir di Kompleks Sukan Male tersebut tepat pada masanya.\u201cKeputusan di sini telah meningkatkan keyakinan kami selepas mencatatkan beberapa keputusan buruk dalam kejohanan disertai sebelum ini.\u201cKami kini lebih saling memahami, namun masih perlu lebih banyak latihan supaya lebih konsisten menentang beregu lebih kuat,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Kuala Lumpur pada Selasa.Sejak muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Iran, Februari lalu, Pang Ron-Mei Xing, yang digandingkan Disember, mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan apabila tersingkir pusingan awal empat acara Jelajah Dunia, sebelum muncul juara di Maldives.Bukan hanya mengekalkan tahap konsisten, Pang Ron berkata mereka juga perlu tampil dengan pelbagai strategi perlawanan untuk mengatasi taktik lawan ketika di gelanggang.\u201cKami tak boleh gunakan satu jenis strategi sahaja, kami perlu ada pelbagai strategi. Maksudnya kami boleh tukar strategi segera untuk disesuaikan dengan cara lawan bermain,\u201d kata gandingan kendalian Nova Widianto itu.Mengenai tugasan di Terbuka Taiwan 2023 minggu depan, pemain berusia 25 tahun itu berkata, mereka akan mencuba yang terbaik khususnya pada pusingan pertama bertemu satu lagi beregu negara Lee Fang Chih-Sun Wen Pei.Terbuka Taiwan sebahagian Super 300 akan berlangsung di Tian-Mu Arena, University of Taipei, dari 20 hingga 25 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263289/berita/sukan/lee-tuck-tekad-perkuatkan-harimau-malaya", "article_title": "Lee Tuck tekad perkuatkan Harimau Malaya", "article_text": "PEMAIN naturalisasi skuad bola sepak kebangsaan, Lee Tuck bertekad membuktikan penampilannya bersama Harimau Malaya mampu memperkuatkan cabaran pasukan ranking ke-138 dunia berkenaan.Malah tegas tonggak kelahiran Halifax, England itu menjadi satu kebanggaan apabila dapat kembali menyarung jersi Malaysia selepas kali terakhir pada saingan Piala AFF 2022.Arkitek tengah kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC itu, turut berikrar mempertingkatkan tahap permainan supaya dapat membarisi kesebelasan utama skuad Kim Pan-gon yang akan menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun).\u201cKami baik dan semakin baik serta adalah penting untuk kami terus bertambah baik dan pada masa ini kami bermain sangat baik, jadi kami dapat bersedia untuk pasukan kebangsaan dengan lebih baik lagi.\u201cNamun seperti yang semua tahu, kita ada ramai pemain yang bagus-bagus di sini. Jadi ia sukar untuk menjadi sebahagian daripada skuad dan saya berbesar hati untuk berada di sini.\u201cSaya hanya perlu bermain dengan baik dan terpulang kepada jurulatih dan ia bukan suatu yang di bawah kawalan saya,\" katanya.Dalam pada itu, Tuck mengakui teruja apabila dapat kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, yang pernah menjadi gelanggang utama ketika mewakili kelab Terengganu FC (TFC) suatu masa dulu.\u201cYa, saya berada di sini agak lama. Banyak memori di sini dan stadium, ia menjadi seperti biasa bermain di stadium ini, dan tentunya saya gembira boleh bermain di sini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263287/berita/sukan/tori-bowie-meninggal-dunia-akibat-komplikasi-semasa-bersalin", "article_title": "Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi semasa bersalin", "article_text": "PEMENANG pingat Olimpik tiga kali acara pecut, Tori Bowie meninggal dunia akibat komplikasi ketika bersalin, ejennya mengesahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Bowie meninggal dunia pada usia 32 tahun di rumahnya di Florida pada awal Mei dan wakilnya Kimberly Holland bercakap di televisyen Amerika bagi menamatkan spekulasi.\"Malangnya ramai orang, termasuk media, membuat spekulasi bahawa dia mencederkan dirinya sendiri,\" kata Holland kepada CBS News.Beliau berkata, semoga setelah mengetahui kebenaran, ramai yang akan memohon maaf.Bowie memenangi emas 4x100m berganti-ganti, 100m perak dan 200m gangsa untuk Amerika Syarikat pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan pada tahun berikutnya meraih emas 100m individu di Kejohanan Dunia di London. - Bernama-dpa", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263284/berita/sukan/acc-2023-mampukah-azizulhasni-ulangi-pencapaian-emas-berganda", "article_title": "ACC 2023: Mampukah Azizulhasni ulangi pencapaian emas berganda", "article_text": "ADAKAH jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mampu mengulangi pencapaian dua emas dalam acara pecut dan keirin pada edisi 2008 apabila Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 bermula di Velodrom Nasional di Nilai esok?Pelumba berusia 35 tahun, yang turut menggondol emas acara pecut dan keirin serta perak acara pecut berpasukan di Nara, Jepun, 15 tahun lalu, memburu sekurang-kurangnya satu gelaran kali ini dalam ACC, yang menawarkan mata kelayakan berharga untuk Sukan Olimpik Paris 2024.Juara dunia keirin 2017 itu, yang merupakan pelumba negara paling berjaya dalam ACC dengan 10 pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa, berharap dapat memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri untuk mencapai misinya.\"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Saya tidak akan mengatakan saya berada di puncak ketika ini tetapi berdasarkan prestasi pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong baru-baru ini, saya (menuju) ke arah yang betul. Sasaran saya sekurang-kurangnya satu emas, tetapi jika saya boleh memenangi kedua-duanya (pingat emas dalam pecut dan keirin) maka bagus.\"Saya sangat teruja kerana ACC kembali ke Malaysia (sejak 2018)... di hadapan penonton tuan rumah. Bukan selalu kita mendapat peluang ini.\"Semoga sokongan padu peminat akan meningkatkan semangat saya pada hari perlumbaan,\u201d katanya, pelumba, yang mendapat julukan \u2018The Pocket Rocketman\u2019, pada Selasa.Beliau akan memulakan kempen, Khamis ini, dalam pusingan kelayakan dan awal acara pecut, diikuti separuh akhir dan akhir pada Jumaat dan acara keirin, Ahad ini.Azizulhasni berharap rehat sehari pada Sabtu akan membantu dalam pemulihan dan meningkatkan tenaganya untuk mencabar emas keirin pada hari berikutnya.Walaupun keirin adalah acara kegemarannya, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, telah memenangi enam daripada 10 pingat emas ACC dalam acara pecut, manakala tiga lagi daripada keirin dan satu dalam acara pecut berpasukan.\"Biasanya, acara diadakan berturut-turut dan kadangkala pada hari yang sama. Selepas bersaing dalam pecut, yang menghabiskan tenaga kita, kita tidak berada pada tahap 100 peratus pada hari berikutnya dan apa-apa boleh berlaku dalam acara keirin, seperti disekat (oleh penunggang lain atau terbabas).\"Berehat sehari, saya fikir, akan banyak membantu. Namun, kami sudah bersedia dan sudah biasa dengan jadual yang padat semasa kejohanan. Sekurang-kurangnya, kami bersedia menghadapinya - dari segi mental dan fizikal,\u201d katanya.Mengenai cabaran kali ini, Azizulhasni menamakan pelumba dari Jepun dan China sebagai saingan terkuat terutamanya bintang yang semakin meningkat, Shinji Nakano dan Kaiya Ota, dari Jepun.Selain Azizulhasni, Malaysia juga akan bersandarkan kepada pelumba seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Mohd Zonis untuk kilauan emas di ACC.Sementara itu, Nakano, 24, mengisytiharkan bahawa beliau akan memberikan segalanya untuk menyukarkan pelumba pilihan tuan rumah, Azizulhasni, dalam acara keirin.\"Ini adalah pertandingan penting untuk Sukan Olimpik Paris. Jadi, jelas sekali, saya mahu menang dan ini adalah salah satu pertandingan latihan kami. Azizuhasnil dan Shah Firdaus sangat kuat, mereka akan menjadi pencabar utama saya... jadi, saya akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan mereka.\"Ya, ini adalah gelanggang mereka dan sudah biasa dengan velodrom ini tetapi saya harap kami akan dapat membiasakannya juga. Kami juga tidak mengalami sebarang \u2018jet lag\u2019 (kelesuan) datang dari Jepun, jadi saya rasa saya boleh menang,\u201d kata Nakano, yang tiba di sini,kelmarin.Amaran Nakano tidak boleh dipandang remeh oleh pelumba negara, lebih-lebih lagi selepas pelumba Jepun itu membuktikan kehebatannya dengan memenangi kejuaraan keirin Piala Negara UCI di Kaherah, Mesir. Mac lalu. - Bernama-- BERNAMATAGS:", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263278/berita/sukan/terengganu-digesa-terus-lahir-pemain-muda-berbakat", "article_title": "Terengganu digesa terus lahir pemain muda berbakat", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menggesa Terengganu supaya terus melahirkan pemain muda berbakat untuk negara.Hamidin yang dilantik selaku Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, mengakui Terengganu sudah membuktikan keupayaan melahirkan bukan sahaja pemain bola sepak berbakat tetapi juga atlet dalam sukan lain yang bertaraf dunia.\"Terengganu sememangnya terbukti banyak melahirkan pemain dan atlet yang baik antaranya Safawi Rasid dan jaguh berbasikal trek Datuk Azizulhasni Awang.\"Maka diharap Terengganu terus konsisten lahirkan lebih banyak lagi pemain serta atlet untuk harumkan nama negara di persada dunia,\u201d katanya pada majlis Perjumpaan Amanat Presiden FAM Kepada Kepimpinan Bola Sepak Daerah/ Negeri Terengganu di Kuala Terengganu menurut hantaran Facebook FAM pada Selasa.Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa keakraban dan silaturahim adalah penting untuk membentuk barisan pemain atau pasukan yang kuat.\"Jika tidak ada silaturahim yang utuh maka persatuan atau pasukan itu tidak akan pergi jauh. Jika kita ada sifat pentingkan diri sendiri maka yang untung nanti pasukan lawan. Prinsipnya, perlu setia terutama pada ketua,\u201d katanya.Majlis amanat itu, yang turut diselangi sesi soal jawab, dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), wakil-wakil PBSNT dan wakil sukan persatuan daerah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 07:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263273/berita/sukan/pujian-pemain-nombor-dua-dunia-tonik-buat-letshanaa", "article_title": "Pujian pemain nombor dua dunia tonik buat Letshanaa", "article_text": "BUKAN sahaja pengalaman berharga diraih ketika saingan Piala Sudirman 2023, tapi pujian pemain nombor dua dunia dari Korea Selatan, An Se Young menjadi 'tonik' buat pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa.Mengimbau aksi separuh akhir di Suzhaou, China bulan lalu, Letshanaa berpuas hati corak permainan dipamerkan dan perbualannya dengan Se Young selepas perlawanan menyemarakkan lagi semangatnya untuk beraksi lebih baik pada masa depan.\u201cKami berdua berbual selepas perlawanan dan Se Young beritahu, saya adalah pemain yang baik tapi perlu perbaiki pukulan depan.\u201cSangat manis apabila mendapat pujian daripada pemain nombor dua dunia,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Kuala Lumpur pada Selasa.Pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman 2023, Letshanaa yang membuat penampilan pertama tewas 10-21, 13-21 kepada Se Young.Malaysia tewas 1-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan separuh akhir dan berkongsi tempat ketiga dengan Jepun yang tewas kepada China 2-3 dalam satu lagi aksi separuh akhir.Se Young merupakan pemain perseorangan wanita paling cemerlang ketika ini, dengan memenangi lima daripada lapan kejuaraan termasuk Seluruh England 2023 selepas mengalahkan wakil China Chen Yu Fei 21-17, 10-21, 21-9 pada final, Mac lalu.Selain berdepan Se Young, Letshanaa yang merupakan pemain pelapis pada edisi 2021 di Vintaa, Finland, turut menyumbang mata apabila menewaskan Tiffany Ho 21-19, 21-12 ketika Malaysia menang 5-0 ke atas Australia dalam aksi kumpulan C Piala Sudirman 2023.Juara Cabaran Antarabangsa Uganda 2023 itu turut gembira apabila mendapat petua daripada Goh Jin Wei yang menjadi rakan sebiliknya sepanjang saingan di China, terutama untuk tanam dalam minda agar tidak mudah mengaku kalah.Dia sangat kagum dengan semangat juang Jin Wei yang bangkit mengecewakan bekas juara dunia PV Sindhu 14-21, 21-10, 22-20 sekali gus menyumbang mata membantu skuad negara meraih kemenangan 5-0 ke atas India dalam saingan kumpulan C.Dengan kemahirannya yang semakin baik, Letshanaa berharap dapat meningkatkan keupayaan bahagian bawah badannya bagi menghadapi permainan berintensiti tinggi jika perlu berdepan pemain di kedudukan lebih tinggi pada masa akan datang.Letshanaa yang akan menyertai Cabaran Antarabangsa Mongolia pada 27 Jun hingga 2 Julai ini selaku pilihan kedua, menyasarkan untuk berada dalam kelompok 50 terbaik dalam masa terdekat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 07:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263242/berita/sukan/davies-tak-gembira-dengan-undian-piala-asia-2023", "article_title": "Davies tak gembira dengan undian Piala Asia 2023", "article_text": "PEMAIN pertahanan negara, Matthew Davies mengakui tidak gembira dengan undian Piala Asia 2023 apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.Bagaimanapun beliau menganggap semua kumpulan adalah sukar dan skuad Harimau Malaya perlu menghadapinya dengan semangat juang tinggi.\u201cIa bukan undian yang mudah, tetapi mana-mana kumpulan pun tidak mudah. Jadi saya tidak gembira dan juga tidak berduka dengan undian ini.\u201cApa pun, saya yakin kita mampu lakukan sesuatu dalam kumpulan itu,\u201d katanya dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada Rabu.Mengulas aksi persahabatan itu, Davies mengakui bahawa penting buat skuad Harimau Malaya meraih kemenangan, namun yang paling utama adalah untuk melihat proses peningkatan pasukan.\u201cBagi saya kemenangan adalah penting tetapi proses lebih penting. Sekiranya kita ikut taktikal jurulatih saya percaya kemenangan akan menyusul.\u201cTahap pasukan kita semakin baik dan menentang lawan seperti mereka sudah tentu peminat menjangkakan kemenangan,\u201d katanya.Tambahnya, mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan Kepulauan Solomon kerana tahap bola sepak di negara itu berkembang baik.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263228/berita/sukan/main-untuk-menang-lebih-penting-berbanding-permainan-cantik", "article_title": "'Main untuk menang lebih penting berbanding permainan cantik'", "article_text": "PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, pendekatan bermain untuk menang adalah lebih penting berbanding corak permainan cantik, menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.Beliau berkata, dalam persiapan menghadapi cabaran getir saingan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan, barisan pemain perlu membiasakan diri dengan pelbagai pendekatan untuk menang menentang setiap pasukan dengan taktik berbeza.Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, pemainnya dinilai berdasarkan taktikal yang digunakan dalam satu perlawanan pada satu masa, oleh itu, mungkin berbeza daripada penilaian peminat bola sepak dan juga media.\"Kita mempunyai misi yang jelas, terutamanya pada ketika ini menjelang Piala Asia, semua lawan sangat kuat dan kita tidak boleh hanya bermain dengan corak permainan cantik dan \u2018menarik\u2019 setiap perlawanan tapi kita perlu bijak dan efektif untuk mencipta kemenangan, jadi pendekatan untuk menang lebih penting.\"Saya tahu ada yang mempunyai jangkaan sendiri untuk melihat corak permainan cantik dan \u2018menarik\u2019 tapi ada kalanya dengan cara itu, kita tidak mampu berdepan dengan lawan yang kuat,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan menjelang perlawanan persahabatan itu, di sini pada Selasa.Matthew (kanan) bersama Pan-gon pada sidang media menjelang perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Solomon Island pada Selasa. - Foto BernamaPertembungan dijadual berlangsung di gelanggang keramat Terengganu FC iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus itu merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan.Berdasarkan ranking dunia, Malaysia berada di kedudukan ke-138 manakala Kepulauan Solomon di tangga ke-134.\"Semoga kami dapat memberikan kemenangan kepada peminat tapi dalam bola sepak kita tidak tahu, kita akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan semangat kemenangan di laman sendiri dan juga mahu menjadikan rumah kita sebagai kubu - jadi, sesiapa sahaja yang datang ke sini, kita mahu kalahkan mereka - ini adalah budaya pasukan yang mahu kita bentuk,\u201d katanya.Mengenai kemunculan kembali penyerang Negeri Sembilan FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dalam skuad kebangsaan, Pan-gon berkata, ia memberikan pilihan tambahan di bahagian serangan pasukan.\"Ia peluang baik kepada kita untuk meletakkan pemain lain sebagai eksperimen, saya teruja jika dia melakukannya dengan baik mungkin kita dapat senjata lain,\u201d katanya menurut laporan BernamaSementara itu, pengemudi bahagian pertahanan, Matthew Davis percaya jika pemain boleh menterjemahkan taktik dengan baik, mereka boleh memenangi perlawanan esok.Bagaimanapaun, pemain Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berusia 28 tahun itu mengakui Kepulauan Solomon bukan calang-calang pasukan yang boleh dipandang mudah.\"Jika kita ikut taktik diberikan, saya rasa kemenangan menjadi keputusan buat pasukan kita tapi apa yang penting sekarang ini adalah proses, pada masa sama kita tidak boleh pandang mudah lawan. Sukan bola sepak sedang meningkat di rantau mereka, jadi kita tidak boleh pandang rendah,\u201d katanya.Perang psikologi Kepulauan SolomonSementara itu, Ketua jurulatih Kepulauan Solomon, Felipe Vega Arango selesa merendah diri apabila menyifatkan pasukan Malaysia dibarisi pemain berkualiti dan profesional berbanding skuad mereka rata-rata pemain amatur.Bagaimanapun katanya, status itu tidak menyekat hasrat mereka untuk memburu kemenangan ke atas skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.Tambahnya, bukan mudah buat mana-mana pasukan untuk mengekalkan rentak kemenangan dan para pemainnya akan memberi tentangan sengit kepada Harimau Malaya.\"Saya sudah mengingatkan kepada semua pemain untuk memberikan aksi terbaik kerana kita tahu Harimau Malaya bukan saja dibarisi pemain bagus, malah ia adalah pasukan profesional.\"Malah, saya juga menjangkakan aksi malam esok (Rabu) perlawanan yang getir dan sukar buat pasukan serta pemain saya,\" katanya pada sidang media di Kuala Nerus pada Selasa.Jurulatih dari Sepanyol itu berkata, Malaysia sebuah pasukan yang kuat kerana memiliki ramai pemain profesional berbanding skuadnya rata-rata pemain amatur.\"Daripada 23 senarai pemain, hanya tiga pemain berpangkalan di luar negara, manakala seorang sahaja berstatus profesional iaitu Raphael Lea'i yang beraksi dalam Liga Bosnia.\"Walaupun ranking kami lebih baik di tangga 134 berbanding Malaysia 138, namun ia tidak boleh dijadikan ukuran dan kelebihan buat pasukannya dalam perlawanan itu,\" katanya.Arango turut memuji skuad bimbingan Kim Pan-gon itu yang memiliki dua pemain sayap berbahaya yang mampu memberi ancaman kepada pasukan mereka.\u201cSemua pemain boleh menjadi ancaman, mereka ada dua pemain sayap yang yang hebat. Saya tak tahu nak sebut nama mereka. Pasukan lawan juga ada pertahanan kiri yang hebat (Corbin Ong) yang mempunyai kaps dan bantuan gol yang banyak,\u201d katanya.Beliau mengakui sudah mengkaji tentang skuad Malaysia tetapi beranggapan semua itu tidak berguna apabila berada di atas padang.\"Sudah pasti, Harimau Malaya akan turun untuk meraih kemenangan dan akan memberi tentangan sengit kepada kami,\" katanya.Dalam pada itu, penyerang skuad Bonitos, Joses Nawo teruja untuk menentang Malaysia buat kali pertama.\u201cSaya tidak sabar untuk perlawanan ini. Ia satu aksi sukar, tetapi saya percaya kami akan berikan cabaran yang hebat,\u201d katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Lawan terbaik Harimau Malaya", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 04:19pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263214/berita/sukan/perjuangan-bermula", "article_title": "Perjuangan bermula", "article_text": "JAGOAN dunia, Datuk Azizulhasni Awang akan mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 yang dibuka secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Rabu.Tampil berlumba di laman sendiri, Azizulhasni dan barisan pelumba Malaysia lain harus menggunakan segala peluang yang ada bagi menjelmakan kejayaan gemilang di hadapan penyokong mereka.Malah, dengan mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi taruhan, perjuangan Azizulhasni dan dua lagi pelumba elit - Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis sewajarnya berada di landasan yang tepat.Namun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kelibat Azizulhasni yang mahu mencipta legasi tersendiri pada ACC kali ini apabila bakal membuat penampilan dalam acara individu - pecut dan keirin elit.Pemburuan emas pertama Malaysia berkemungkinan disumbangkan trio lelaki - Mohd Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah apabila mereka dijangka memulakan perhitungan dalam acara final pecut berpasukan elit lelaki pada Rabu.Pada ACC di New Delhi, India tahun lalu, trio pecut berpasukan negara yang dianggotai Shah Firdaus Sahrom, Fadhil dan Muhammad Ridwan merangkul pingat perak selepas diketepikan pasukan Jepun.Hari kedua ACC 2023 pada Khamis pula menyaksikan Azizulhasni, Shah Firdaus dan Fadhil mengatur kayuhan untuk melayakkan diri ke pusingan akhir acara pecut individu dan keirin yang dijadualkan pada 16 Jun serta 18 Jun nanti.Fadhil yang juga pemegang rekod Asia acara 1 kilometer ujian masa individu pula boleh menambahkan koleksi pingat emas untuk kem Malaysia apabila menyertai acara kegemarannya itu pada hari terakhir Isnin ini.Nurul Izzah Izzati Mohd Asri - bintang muda yang dianggap jaguh dalam pembikinan pula boleh membuktikan keupayaannya apabila acara kegemarannya, 500 meter ujian masa individu wanita.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab percaya berbekalkan sokongan padu penonton dan persiapan beraksi di laman sendiri boleh menjadi faktor penentu kejayaan barisan pelumba negara.\u201cSaya percaya semua pelumba negara khususnya Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom dan Fadhil kini berada dalam prestasi terbaik bagi menghadapi ACC kali ini, seterusnya mengutip mata penting untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris.\u201cDoa saya agar semua pelumba negara berjaya mencapai sasaran masing-masing. Sebagai Presiden PKBM, saya amat berharap mereka boleh mengutip mata maksimum,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebanyak 17 buah negara termasuk Malaysia melibatkan lebih 500 pelumba mengesahkan penyertaan pada perlumbaan berprestij di rantau Asia itu yang bakal berlangsung selama enam hari.Selain ACC, tiga edisi Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2023 yang sebelum ini berlangsung di Jakarta, Indonesia; Kaherah, Mesir dan Milton, Kanada menjadi pentas buat setiap pelumba memburu mata kelayakan Sukan Olimpik 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 04:00pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263212/berita/sukan/terbuka-indonesia-pengalaman-bezakan-tze-yong-shi-yuqi", "article_title": "Terbuka Indonesia: Pengalaman bezakan Tze Yong, Shi Yuqi", "article_text": "PENGALAMAN ternyata membezakan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika berdepan jagoan China, Shi Yuqi dalam Pusingan Pertama Terbuka Indonesia 2023 yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta pada Selasa.Biarpun Tze Yong berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan, namun pemain berstatus 21 dunia akhirnya terpaksa mengalah lawan yang berstatus nombor sembilan dunia dalam aksi 60 minit.Set pertama menyaksikan Shi Yuqi mengungguli permainan apabila meninggalkan jauh Tze Yong, 21- 7, yang mara ke suku akhir Terbuka Thailand baru-baru ini.Bagaimanapun Tze Yong yang mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chou Tien Chen di Bangkok kemudian bangkit garang dengan kemenangan 21-17.Namun kegugupan Tze Yong, 23, dalam set penentuan menyaksikan Shi Yuqi berusia 27 tahun menggunakan pengalaman untuk kembali menguasai permainan dengan melakar kemenangan 21-13.\u201cSaya akui dalam set pertama perlawanan agak sukar untuk mengawal permainan manakala set penentuan saya agak ketinggalan.\u201cJadi untuk mendapat mata pada set penentuan agak gemuruh sedikit. Saya akan berbincang lagi dengan jurulatih,\u201d katanya.Sementara itu, beregu wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien akur kehebatan pasangan Indonesia, Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose apabila ditunjukkan jalan keluar 21-18, 23-21 dalam masa 59 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 03:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263172/berita/sukan/fam-erat-hubungan-dengan-ahli-gabungan", "article_title": "FAM erat hubungan dengan ahli gabungan", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Sri Aman, Kuala Terengganu pada Selasa.Kunjungan hormat ke atas Ahmad Samsuri yang juga merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu seiring dengan kehadiran skuad kebangsaan di Kuala Terengganu.Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon akan mengadakan dua aksi persahabatan \u2018Tier 1\u2019 menentang Kepulauan Solomon pada Rabu dan Papua New Guinea 20 Jun di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.\u201cStadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menjadi gelanggang rasmi Terengganu ini secara tidak langsung mendekatkan lagi peminat bola sepak negara dengan skuad kebangsaan khususnya bagi penyokong di Pantai Timur.\u201cAksi Harimau Malaya di Terengganu juga mengeratkan lagi hubungan FAM dengan ahli gabungan yang terbukti memberi sokongan padu pada seruan negara.\u201cSaya dan seluruh warga kerja FAM serta skuad kebangsaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terengganu yang mempermudahkan urusan kami sepanjang berada di sini,\u201d katanya.Hadir sama dua timbalan presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram; dua naib presiden, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Majais; ahli exco, Datuk Adly Shah Ahmad Tah serta setiausaha Agung, Noor Azman Rahman.Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah; Timbalan Presiden PBSNT, Datuk Marzuki Sulong; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Dato Seri Bijaya Tengku Farok dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 01:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263167/berita/sukan/lupakan-kekecewaan", "article_title": "Lupakan kekecewaan!", "article_text": "BARISAN pemain Inter Milan mahu mengalih fokus kepada aksi bersama skuad Itali dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol dua hari selepas tewas kepada Manchester City pada final Liga Juara-Juara di Turki Ahad lalu.Pasukan yang dibimbing Roberto Mancini itu akan menentang Sepanyol di Enschede, Belanda pada Khamis.Lima pemain Inter dipanggil menyertai kem latihan iaitu Nicolo Barella, Alessandro Bastoni, Federico Dimarco, Francesco Acerbi dan Matteo Darmian.Mereka tiba di pusat latihan pasukan Itali di Coverciano, dekat Florence, selepas tewas 0-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Manchester City di Istanbul.\u201cFokus kini pada perlawanan Khamis ini,\u201d kata pemain pertahanan Acerbi.Acerbi memberitahu, Itali tidak memandang mudah saingan Sepanyol yang merupakan sebuah pasukan yang disegani.\u201cKami hormat Sepanyol, tetapi jangan takut: kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.\u201cJuara Eropah Itali tekad bangkit selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.\u201cTidak layak ke Piala Dunia mungkin salah kami. Sekarang ada Liga Negara-Negara dan kami mahu menang. Para pemain akan berikan sesuatu tambahan bagi merealisasikannya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 12:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263164/berita/sukan/acc-medan-terbaik-kumpul-mata-olimpik", "article_title": "ACC medan terbaik kumpul mata Olimpik", "article_text": "KEJOHANAN Lumba Basikal Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan yang bermula Rabu hingga 19 Jun ini menjadi medan terbaik buat pelumba Malaysia mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, barisan pelumba negara khususnya Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom harus mengambil peluang di depan mata mereka.\u201cUntuk makluman, ACC adalah satu kejohanan di peringkat benua yang cukup penting. ACC merupakan kejohanan kedua terbesar selepas Kejohanan Dunia di Glasgow tahun ini buat para pelumba mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik.\u201cJadi sudah tentu setiap pelumba yang bertanding pada ACC kali ini mahu mengutip mata untuk menempatkan diri mereka pada kedudukan yang lebih baik menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan.\u201cBagi pelumba Malaysia pula, pastinya kita menyandarkan harapan kepada Azizulhasni dan Shah Firdaus untuk mengutip mata yang boleh bagi mencerahkan peluang mereka layak ke Olimpik,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Atas kertas, Azizulhasni dan Shah Firdaus sekali lagi menjadi sandaran terbaik skuad berbasikal trek negara beraksi di pentas Sukan Olimpik selepas mereka tampil bersama pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.Malah, Azizulhasni yang turut membuat penampilan pada edisi 2008 di Beijing, China; 2012 di London dan 2016 di Rio, Brazil menjadi antara prospek Malaysia dalam menyumbang pingat emas sulung Sukan Olimpik di bumi Paris nanti.Untuk rekod, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman meraih pingat gangsa acara keirin di Rio sebelum pelumba berusia 35 tahun itu menyambar kilauan perak dalam acara sama di Tokyo dua tahun lalu.Dalam pada itu, Amarjit berkata, Azizulhasi dan Shah Firdaus dijangka mendapat saingan sengit daripada barisan pelumba dari negara kuasa Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan China pada ACC kali ini.\u201cApapun saya percaya Azizulhasni dan Shah Firdaus akan memanfaatkan peluang mereka beraksi di tempat dan di hadapan penyokong mereka sendiri untuk mengutip mata kelayakan Olimpik Paris.\u201cBerbekalkan sokongan daripada penyokong, saya yakin Azizulhasni dan Shah Firdaus mampu merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan oleh ketua jurulatih, John Beasley pada kejohanan kali ini.\u201cApatah lagi, Azizulhasni sendiri telah menyatakan impiannya untuk mencipta legasi pada ACC kali ini. Jadi ini peluang terbaiknya untuk memahat sejarah baharu selain memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 12:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263160/berita/sukan/guardiola-sudah-congak-masa-depan", "article_title": "Guardiola sudah congak masa depan", "article_text": "JURULATIH Manchester City, Pep Guardiola sudah mencongak masa depannya bersama juara trebel itu apabila akan meninggalkan Etihad selepas kontraknya tamat pada 2025.Pengurus berusia 52 tahun itu sudah tujuh tahun bersama The Citizens sejak 2016.Kemenangan The Citizens ke atas Inter Milan 1-0 di Istanbul menjulang mereka sebagai raja Eropah buat kali pertama dalam sejarah selepas merangkul kejuaraan Liga Perdana dan Piala FA.Jurulatih dari Sepanyol itu melanjutkan kontrak dua tahun lagi di Etihad pada awal musim ini.Kejayaan merangkul trebel meningkatkan reputasi Guardiola sehingga dilabel antara jurulatih terbaik di dunia.Hasil 'air tangan' Guardiola, City merangkul lima kejuaraan EPL, dua Piala FA, empat Piala Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara.City dilaporkan mahu mengekalkan Guardiola untuk tempoh lebih lama, namun Guardian melaporkan dia mahu meninggalkan kelab itu dua tahun lagi setelah kontraknya tamat.Selepas menabur bakti di Sepanyol, Jerman dan kini England, Guardiola dijangka menyertai pasukan Itali sebaik meninggalkan London.Bagaimanapun, terdapat juga peluang besar untuk dia menyertai pasukan kebangsaan pada 2025, menjelang Piala Dunia 2026.Selepas menjulang gelaran liga di Sepanyol dan Jerman bersama Barcelona serta Bayern Munich, England menjadi destinasi ketiga daripada divisyen 'Big Five' Eropah buat Guardiola merangkul pelbagai trofi.Justeru, berkemungkinan Guardiola bakal berhijrah ke Itali atau Perancis untuk memenangi lebih banyak trofi sekali gus melengkapkan 'Big Five'.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 12:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263148/berita/sukan/jiwa-garnacho-lencana-argentina", "article_title": "Jiwa Garnacho lencana Argentina", "article_text": "PENYERANG Manchester United, Alejandro Garnacho teruja menantikan penampilan sulungnya bersama Argentina apabila menegaskan keputusan untuk menyarung jersi keramat juara Piala Dunia Qatar 2022 tersebut adalah muktamad.Dilahirkan di Sepanyol, pemain berusia 18 tahun itu dipanggil untuk perlawanan persahabatan Argentina menentang Australia, tidak teragak-agak untuk beraksi bersama Lionel Messi dengan juara dunia tersebut.\"Saya rasa diri Argentina, jiwa seorang Argentina. Mereka menyandarkan harapan dan ia jelas kepada saya.\"Pasukan senior bola sepak Argentina adalah pasukan kebangsaan sangat besar, peluang yang sangat baik dan seluruh keluarga sangat gembira serta menyokong saya dari minit pertama,\" kata Garchacho.Garchacho, yang mengharungi musim cemerlang bersama United, mengalami kecederaan buku lali dan terlepas peluang dipanggil pengendali Argentina, Lionel Scaloni untuk perlawanan persahabatan menentang Panama dan Curacao pada Mac lalu.Bulan lalu, dia juga terlepas peluang untuk mewakili Argentina pada Piala Dunia Bawah 20 tahun di negara Amerika Selatan itu yang menggantikan Indonesia sebagai tuan rumah.\"Saya banyak bercakap dengan pengendali Manchester United, Erik ten Hag dan memintanya untuk melepaskan saya pergi, namun dia berkata ia adalah mustahil.\"Namun begitu saya tetap tenang mengikuti perlawanan Argentina di televisyen seolah-olah saya berada di sana,\" katanya.Sebagai rekod, Peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan pemain dua kewarganegaraan menukar pasukan kebangsaan selagi mereka tidak bermain lebih daripada tiga perlawanan (termasuk perlawanan persahabatan).Namun dengan kemungkinan masih dipanggil oleh Sepanyol, Garnacho berkata, dia tidak sabar-sabar untuk meneruskan kerjaya bersama Argentina.\"Saya tidak perlu bermain tiga perlawanan. Saya di sini dan jika tidak membuat penampilan sulung dalam jelajah, itu tidak penting. Saya tahu saya mahu bersama Argentina dan ia akan berlaku,\"Saya mahu mencipta kerjaya bersama pasukan kebangsaan Argentina, jika jurulatih mempercayai, saya boleh terus datang. Saya mahu menjadi seorang lagi dan mengambil bahagian dalam Copa America, kelayakan dan Piala Dunia.\"Saya tahu bahawa ramai orang di Argentina menyayangi dan menghargai saya. Saya sudah membuat keputusan untuk bermain untuk Argentina, dan akan membalas perasaan cinta itu di atas padang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 11:11am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263147/berita/sukan/aura-messi-rancakkan-mls", "article_title": "Aura Messi rancakkan MLS", "article_text": "PENYERANG kelab Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG), Neymar Jr mengakui mengetahui Lionel Messi akan menyertai kelab Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami.Malah bintang Brazil itu meramalkan kejuaraan tertinggi bola sepak Amerika Syarikat (AS) dijangka berubah kerana populariti pemain kapten pasukan bola sepak Argentina tersebut.Messi yang berusia 35 tahun pada Rabu mengumumkan untuk membawa bakatnya ke South Beach selepas kontraknya dengan juara Perancis itu tamat akhir bulan ini.\u201cSaya sudah tahu. Messi adalah antara seorang kawan baik saya, ia adalah hadiah yang diberikan sukan bola sepak kepada saya untuk berpeluang bertemu, bermain dan kemudian menjalin persahabatan dengan Messi yang begitu indah.\u201cSaya memberitahunya dia akan sangat gembira di bandar itu untuk gaya hidup, peluang tinggal dan bermain di Miami.\"Saya pasti Leo akan merancakkan liga di Amerika Syarikat. Saya percaya liga akan menjadi lebih popular, jadi semua orang perlu mengambil kesempatan dan menikmati menontonnya bermain, kerana tiada apa yang kekal selama-lamanya,\u201d kata Neymar.Pemain Brazil tersebut dan bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona dan PSG sebelum itu melawat pemain bola keranjang Jimmy Butler di Florida sebelum perlawanan ke-4 Jumaat di Pusingan Akhir Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA).Dalam pada itu, Butler, enam kali NBA All-Star, yang teruja dengan perpindahan Messi ke Inter Miami menyifatkan pemenang Piala Dunia Qatar 2022 berkenaan akan melakukan banyak kebaikan untuk bola sepak AS.\"Sekarang dia berada di sini, saya percaya semua peminat bola sepak di seluruh dunia akan datang untuk melihatnya bertanding. Saya gembira dia ada di sini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 10:51am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263135/berita/sukan/mbappe-tidak-minat-sambung-perkhidmatan-bersama-psg", "article_title": "Mbappe tidak minat sambung perkhidmatan bersama PSG", "article_text": "BINTANG Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe telah memberitahu juara Ligue 1 Perancis itu bahawa dia akan meninggalkan Les Parisiens apabila kontraknya tamat tahun depan, lapor L'Equipe pada Isnin.Pemain Perancis itu juga tidak akan mengaktifkan pilihan lanjutan satu tahun yang bakal menyaksikan dia boleh dijual pada musim panas ini dalam usaha PSG menghalangnya daripada pergi secara percuma, menurut laporan tersebut lagi.Mbappe berada dalam situasi yang sama tahun lalu apabila dia dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi LaLiga Sepanyol, Real Madrid, hanya menandatangani sambungan kontrak dengan kelab milik Qatar Sports Investments tersebut.Pemain berusia 24 tahun itu, yang menjaringkan 41 gol dalam 43 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini, akan bebas berunding dan menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan kelab baharu mulai Januari sekiranya dia kekal di Parc des Princes, Paris.Hubungan PSG dan Mbappe dingin sejak April lalu apabila pemain itu kecewa setelah kelab tersebut menggunakan dirinya sebagai 'poster boy' untuk jualan tiket musim 2023/24.Dalam klip berdurasi 75 saat itu, Mbappe diletakkan di kedudukan depan dan tengah iklan tersebut bersama temu bual dengannya di samping aksi perlawanan serta klip penyokong.Mbappe mengakui tidak dimaklumkan kandungan tidak bersetuju dengan video berkenaan, membidas tindakan PSG apabila menyifatkan bahawa dirinya begitu menonjol dalam mempromosikan tiket musim Les Parisiens.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 09:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263123/berita/sukan/lawan-terbaik-harimau-malaya", "article_title": "Lawan terbaik Harimau Malaya", "article_text": "HARIMAU Malaya akan berdepan lawan cukup berbeza pada aksi persahabatan kali ini kerana Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pasukan yang mempunyai kelebihan fizikal.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, ia satu pendedahan terbaik buat skuad bola sepak negara melihat sejauh mana mereka mampu berdepan dengan pasukan yang mempunyai fizikal lebih tegap.\"Ramai yang mempertikaikan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia umumkan kita akan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea kerana mahukan lawan di ranking yang jauh lebih baik.\"Namun, bagi saya, Papua New Guinea mungkin dari segi skil mereka tak banyak tapi mereka ada fizikal. Sama juga dengan Kepulauan Solomon yang berada di ranking lebih baik.\"Ini satu pendedahan yang baik untuk pasukan negara kerana sebelum ini kita selalu bermain dengan pasukan yang sama saiz dengan kita,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum ini, pengendali skuad negara Kim Pan-gon menafikan pasukan yang dijemput dalam perlawanan persahabatan kali ini sekadar tangkap muat, sebaliknya yakin aksi kali ini akan memberikan banyak pengalaman kepada para pemainnya.Malah, pengendali kelahiran Korea Selatan itu menaruh harapan tinggi mahu melihat pasukannya mencatatkan kemenangan ke atas kedua-dua pasukan tersebut.Sebagai rekod, Kepulauan Solomon berada di ranking ke-134 dunia, Papua New Guinea ranking ke-159 manakala Malaysia pada kedudukan 138.Dalam pada itu, Mohd Azraai juga yakin pasukan negara akan dapat meraih keputusan positif dalam kedua-dua perlawanan itu berdasarkan kualiti pemain yang dikumpul oleh Pan-gon.\"Apabila Pan-gon meletakkan sasaran mahu menang, maka dia sebagai jurulatih dapat menilai bahawa pasukan mampu lakukannya walaupun akan berdepan pasukan di ranking lebih baik seperti Kepulauan Solomon.\"Pan-gon juga dapat mengumpulkan pemain tempatan dan naturalisasi yang saya sifatkan antara yang menyerlah dalam saingan liga ketika ini.\"Seperti pemain naturalisasi Paulo Josue dan Lee Tuck, ia adalah pilihan tepat untuk memanggil mereka kerana pengaruh mereka di atas padang sangat menyerlah,\" katanya.Kepulauan Solomon mampu dedah kelemahan Harimau MalayaSementara itu menurut laporan Bernama, aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Kepulauan Solomon pada Rabu memberi cabaran berbeza dan pengalaman baharu buat Malaysia yang berhasrat mengekalkan momentum kemenangan yang telah dibina.Pertembungan dijadual berlangsung di gelanggang keramat Terengganu FC iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus itu merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan.Tumpuan ketika ini terarah kepada pengendali pasukan negara Kim Pan Gon dan pendekatan taktikal bakal digunakan jurulatih dari Korea Selatan itu dalam usahanya mencatat kemenangan ke atas musuh baharu yang tidak kurang hebatnya serta memiliki kelebihan tersendiri.Berdasarkan ranking dunia, Kepulauan Solomon kendalian jurulatih dari Sepanyol Felipe Vega-Arango berada di tangga ke-134 manakala pasukan negara di posisi ke-138 selepas meraih dua kemenangan pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Johor, Mac lepas.Bagi siri aksi persahabatan kali ini, Vega-Arango membawa 23 pemain terdiri daripada gabungan bakat tempatan dan pemain beraksi di luar negara antaranya 'mesin gol' Gagame Feni, 24, yang meledak 16 gol dalam 29 perlawanan dan pemain profesional tunggal dalam pasukan Raphael Lea'i.Pada usia 19 tahun, Lea'i yang menyarung jersi kelab Bosnia dan Herzegovina, FK Velez Mostar, sudah mencipta nama tersendiri sebagai bintang semakin meningkat di Kepulauan Solomon, malah dikenali kerana kemahiran teknikal dan kebolehan menjaringkan gol.Menyertai Lea'i dalam skuad adalah dua pemain berpangkalan di luar negara - Ian Kalu selaku pemain pertahanan kelab New Zealand, Napier City Rovers dan Marlon Tahioa yang beraksi di bahagian tengah buat kelab Fiji, Suva FC.Vega-Arango turut membariskan tiga muka baharu iaitu Clavin Ohasio, Ben Fox, dan Norman Ngafu yang kesemuanya beraksi bersama pasukan Marist FC dalam usahanya mencipta keputusan positif berdepan Malaysia buat julung kali sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah pasukan.Kepulauan Solomon yang menerapkan permainan keras dan larian laju ketika ini berada dalam momentum yang baik selepas mencatat empat kemenangan dan seri sekali dalam lima perlawanan terakhir sejak September tahun lepas.Cabaran bakal diberikan Kepulauan Solomon menyaksikan mereka berupaya menjadi lawan yang baik buat pasukan negara khususnya Pan Gon untuk membentuk skuad lebih mantap menjelang dua tugasan penting dalam masa terdekat.Malaysia akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini sebelum berentap bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam saingan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024.Selepas dua kemenangan di Johor, antara perkara perlu diperbaiki pasukan negara adalah keberkesanan jentera serangan dengan penyerang Negeri Sembilan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi diberikan peluang membuktikan kemampuan dimiliki selepas kembali menyertai skuad.Shahrel Fikri antara pemain dipanggil semula Pan Gon, yang dalam masa sama turut mengekalkan 17 pemain ketika beraksi di Johor, selain menyenaraikan muka baharu iaitu pemain muda Selangor FC Muhamad Syahir Bashah.Dalam lima perlawanan terakhir, Malaysia hanya tewas sekali kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Januari lepas.Secara keseluruhan, kedua-dua pasukan berada dalam prestasi baik tetapi di atas kertas, Malaysia dilihat mempunyai kelebihan.Malaysia seterusnya akan menentang Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Kuala Terengganu pada 20 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263130/berita/sukan/pemain-bola-sepak-wanita-negara-intan-serah-kini-sah-pemain-nydlfc", "article_title": "Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah kini sah pemain NYDLFC", "article_text": "PEMAIN sensasi bola sepak wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli sah dilamar kelab bola sepak yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) iaitu New York Dutch Lions FC (NYDLFC).Perkara itu dimaklumkan NYDLFC menerusi akaun Instagram pada Isnin yang berkata Intan telah ditandatangani untuk menyertai pasukan berkenaan.\"Berlaku sedikit penangguhan kerana visa yang dia perlukan dari kedutaan. Tetapi sekarang, itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami! Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki anda Intan!\" jelas kenyataan itu.Nama Intan Serah, 24, bukanlah asing lagi dalam arena bola sepak dan futsal negara.Beliau sebelum ini menjadi aset penting dalam pasukan wanita kebangsaan dan kali terakhir beraksi di Sukan SEA Vietnam tahun lalu.Selain bidang sukan, Intan juga turut menceburi bidang lakonan, modeling, nyanyian dan juga seorang streamer. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:26am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263124/berita/sukan/rtg-bukan-angan-angan-mat-jenin", "article_title": "RTG bukan angan-angan Mat Jenin", "article_text": "PEMANTAUAN secara berterusan terhadap 15 atlet Road To Gold (RTG) disifatkan sebagai satu isyarat jelas betapa seriusnya pemegang taruh dalam merealisasikan agenda emas Olimpik pertama negara.Pemerhati sukan tanah air Datuk Dr Pekan Ramli berkata, mesej itu juga merupakan satu peringatan kepada kelompok atlet elit berkenaan untuk sentiasa berusaha meningkatkan prestasi semasa masing-masing.\u201cSaya sifatkan senarai 15 atlet yang terpilih ini, bagi menyertai program RTG ini bukan kaleng-kaleng kerana mereka merupakan dalam kalangan terbaik Malaysia miliki pada masa ini.\u201cApabila 15 atlet ini terpilih menyertai RTG adalah menjadi satu tanggungjawab besar kepada mereka untuk memastikan tidak digugurkan dari program tersebut.\u201cKita juga tidak mahu apabila sampai masa ke Olimpik nanti dalam kalangan 15 atlet hanya enam atau tujuh atlet sahaja yang layak menggalas cabaran negara secara merit.\u201cIni satu 'backfire' dan pembaziran kepada pemegang taruh RTG yang dibentuk dengan dana besar dalam merealisasikan agenda negara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.April lalu, penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam menyatakan senarai nama atlet dalam program itu sentiasa dipantau dan tidak semestinya kekal kepada 15 orang seperti diumumkan sebelum ini.Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu menegaskan atlet yang berada dalam program RTG tidak boleh berasa selesa dan santai kerana mereka boleh disingkirkan dari program tersebut.Bagaimanapun dalam masa, sama, Pekan menyarankan Jawatankuasa RTG memberikan satu tempoh masa kepada atlet elit ini sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).\u201cSejujurnya Jawatankuasa RTG juga perlu memberi satu tempoh 'dateline' tertentu sebagai KPI kepada 15 atlet elit untuk mereka 'perform' dan bukan menunggu hingga tarikh akhir layak ke Olimpik.\u201cPaling tidak mereka perlu diberikan surat tunjuk sebab dan peringatan mengapa mereka tidak boleh digugurkan dari RTG, ini kerana prestasi mereka yang tidak meningkat sebaliknya makin merudum.\u201cDan pengambilan baharu perlu dilakukan segera supaya atlet yang terpilih dapat menikmati faedah daripada program ini dan yang paling penting atlet itu mempunyai potensi dipertaruhkan memenangi pingat emas untuk negara,\u201d katanya.Sebagai rekod, Jawatankuasa RTG akan mengadakan mesyuarat kedua minggu depan bagi membincangkan sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program tersebut.Baru-baru ini beberapa atlet RTG, mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan sehingga tercicir daripada ranking 10 dunia.Jelas Pekan lagi, para atlet RTG juga perlu sentiasa peka kerana persaingan untuk ke Sukan Olimpik semakin sengit dengan kehadiran atlet baharu.Kata Pekan, 15 atlet ini perlu sentiasa bertanggungjawab ini sentiasa meningkatkan prestasi semasa untuk layak ke Sukan Olimpik kerana kedudukan ranking dunia sukan masing-masing sentiasa berubah.\u201cRanking atlet kita sekarang pun masih belum selamat lagi untuk beraksi di Olimpik.\u201cAtlet kita perlu bekerja keras untuk layak terlebih dahulu kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku menjelang Paris 2024,\u201d katanya.Mengulas mengenai terdapat permintaan tambahan berkenaan sistem sokongan dalam kalangan atlet RTG, Pekan berkata, \u201cTolong jangan jadikan RTG ini seperti 'Jabatan Kebajikan' pula dengan meminta pelbagai perkara-perkara yang tidak sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa RTG.\u201cProgram RTG bukan program angan-angan Mat Jenin, dalam kalangan 15 atlet ini juga perlu memiliki kemahuan dan kesedaran tinggi bagi mengharumkan nama Malaysia dan bukan sekadar untuk mendapatkan status Olimpian sahaja.\u201cSejujurnya tidak salah pun para atlet elit ini mengemukakan permintaan sokongan tambahan untuk meningkatkan prestasi daripada Jawatankuasa RTG kerana matlamat akhirnya adalah pingat emas Olimpik.\u201cNamun kita juga pada masa sama perlu ukur baju di badan sendiri serta realistik bagi tempoh masa panjang dalam merealisasikan harapan besar rakyat Malaysia ini.\u201cIni juga penting bagi membolehkan kita khasnya komuniti sukan negara nampak bahawa pemilihan mereka dalam RTG ni tepat dan boleh disandarkan harapan untuk emas pertama negara,\u201d katanya.Bagaimanapun Pekan tidak menolak kemungkinan mesej bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu juga mengundang ketidakselesaan dalam kalangan atlet.\u201cIni kerana mungkin dalam kalangan 15 ini merasakan kehadiran mereka dalam RTG masih lagi samar-samar.\u201cRealitinya memang mereka masih belum layak ke Paris 2024 dan RTG merupakan program yang dibentuk khusus merealisasikan misi emas Olimpik pertama negara.\u201cProses kelayakan ke Paris 2024 bagi acara badminton, berbasikal contohnya perlu melalui proses kedudukan ranking yang berlangsung hingga tahun depan,\u201d katanya.Pada masa sama Pekan juga berpandangan acuan program RTG tidak jauh bezanya seperti program Podium sebelum ini.\u201cSaya lebih suka melihat program RTG ini kelihatan seperti satu projek khas bukan hanya untuk Paris 2024 sahaja, sebaliknya juga untuk temasya Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032.\u201cLagipun kita lihat dalam kalangan 15 atlet yang terpilih belum secara rasmi akan ke Paris 2024, sebalik masih lagi nama dalam senarai panjang.\u201cJusteru adalah lebih baik RTG ini turut merangkumi atlet dalam sekurang-kurangnya untuk tiga kitaran Olimpik bagi memastikan kita mampu menghasilkan atlet yang akhirnya mampu meraih emas untuk negara,\u201d katanya.Terdahulu Kementerian Belia dan Sukan, mengumumkan pembentukan Jawatankuasa RTG bagi menyelaras usaha meraih pingat emas di Paris 2024 dan Los Angeles 2028 pada Mac lalu.Jawatankuasa itu akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi kedua-dua temasya, namun ketika ini ia mengambil kira struktur dan kaedah pelaksanaan projek Olimpik sebelum ini serta baki tempoh setahun bagi menghadapi Olimpik Paris 2024.Jawatankuasa RTG akan memperkasa Program Podium dipacu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) melalui pemantauan di peringkat kementerian bagi mengukuhkan lagi jawatankuasa yang akan memberi fokus antaranya menyediakan sokongan tambahan untuk bakal pemenang pingat.Dua kriteria utama menjadi asas RTG dalam penentuan atlet yang berpotensi ke temasya sukan terbesar dunia itu adalah atlet pernah memenangi pingat di Sukan Olimpik dan berada dalam ranking 10 terbaik dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 08:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263128/berita/sukan/spekulasi-gerrard-berkelana-ke-arab-saudi", "article_title": "Spekulasi Gerrard berkelana ke Arab Saudi", "article_text": "LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard dikhabarkan akan berkelana ke Arab Saudi untuk menyertai Al Ettifaq sebagai jurulatih.Bekas pemain berusia 43 tahun itu ketika ini tiada pekerjaan selepas dipecat Aston Villa, Oktober lalu.Gerrard sudah tiba di negara Teluk itu dan bersedia untuk menjadi bos pasukan itu, lapor wartawan Romain Molina.Dia dikaitkan dengan jawatan itu pada hujung minggu lalu dan kini semakin hampir untuk dilantik sebagai pengendali pasukan tersebut.Dalam aksi Liga Pro Saudi musim ini, Al Ettifaq menamatkan saingan di tangga ketujuh daripada 16 pasukan.Gerrard adalah nama besar terbaharu yang mengembara ke Arab Saudi bermula dengan Cristiano Ronaldo yang menyertai Al Nassr pada Januari lepas.Pemain sensasi, Karim Benzema pula meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Al Ittihad, manakala pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante berpotensi menjadi rakan sepasukan baharunya.Ketika bersama Aston Villa, Gerrard memenangi 13 perlawanan, seri lapan dan tewas 19 daripada 40 perlawanan dikendalikan.Gerrard turut dikaitkan dengan Leicester City bagi menggantikan Dean Smith selepas pasukan itu tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2023 07:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263107/berita/sukan/fih-batal-penggantungan-tambahan-12-bulan-dikenakan-mhc", "article_title": "FIH batal penggantungan tambahan 12 bulan dikenakan MHC", "article_text": "PEMILIK Hockademy, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, mendakwa Suruhanjaya Kehakiman Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) membatalkan penggantungan tambahan 12 bulan dikenakan terhadapnya Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini.Megat Shahriman berkata, Pengerusi Suruhanjaya Kehakiman FIH, Dr Stephan Netzle serta dua ahli panel - Urvasi Naidoo dan Eduardo Guelfand, yang bertindak atas rayuannya berhubung hukuman tersebut pada Oktober lalu, turut mengarahkan MHC membayar kos prosiding keseluruhannya berjumlah CHF3,500 (RM68,960) kepada pihaknya dan FIH.Beliau berkata, episod penggantungannya bermula apabila Jawatankuasa Tatatertib MHC mendakwanya melanggar Klausa 6 Kod Tatatertib Liga Hoki Malaysia 2020 selepas membuat kenyataan media mengenai kelewatan pembayaran hadiah wang tunai kemenangan Liga Hoki Malaysia (MHL).Beliau digantung 18 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti hoki berkuatkuasa mulai 3 November 2020 yang juga perintah penggantungan pertama.\"Tidak cukup dengan itu, pihak MHC sekali lagi mendakwa saya melanggar perintah penggantungan pertama tersebut apabila saya didakwa oleh MHC berdasarkan penglibatan saya dalam sidang temu ramah dalam talian bersama bekas pemain hoki Pakistan, Shahbaz Ahmad.\"Selain itu, kegagalan saya untuk memperbetulkan maklumat surat Bremer Hockey Club kepada Menteri Belia dan Sukan yang menggelarkan saya sebagai Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur.\"Oleh itu, saya telah digantung sebagai hukuman tambahan selama 12 bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti hoki,\" katanya dalam, satu kenyataan, pada Isnin.Beliau berkata, Suruhanjaya Kehakiman FIH juga menyatakan beberapa perkara dalam alasan penghakiman, antaranya, walaupun rayuan diadili berkaitan perintah penggantungan kedua, Panel FIH melihat kejanggalan keputusan perintah penggantungan pertama terlalu tegas dan tidak munasabah apabila sekadar bertanyakan isu berkaitan pembayaran hadiah wang tunai kemenangan MHL.Megat Shahriman berkata, Panel FIH juga menyatakan keputusan perintah penggantungan pertama tidak berpatutan memandangkan kesalahan dilakukannya hanyalah kesalahan kecil yang tidak sama sekali memberi sebarang impak negatif kepada sukan hoki.Menurutnya, Panel FIH juga menyatakan bahawa penglibatannya dalam sesi temu ramah dalam talian bersama Shahbaz bukanlah tindakan salah yang membolehkan hukuman berat dijatuhkan kepadanya.\"Panel FIH juga menyatakan bahawa pihak MHC telah gagal untuk mengambil kira keseriusan kesalahan dan faktor mitigasi yang dinyatakan mengikut Perkara 27.2.2 Kod Integriti FIH apabila fakta jelas menunjukkan penglibatan saya dalam temu ramah bersama Shahbaz Ahmad tidak mempunyai sebarang potensi untuk dijatuhkan sebarang hukuman.\"Panel FIH juga menegur MHC untuk tidak boleh menjatuhkan sebarang hukuman berat kepada individu tanpa dipertimbangkan keseriusan kesalahan, hukuman yang bersekadar, impak kepada sukan hoki dan pilihan hukuman lain yang lebih bersesuaian,\" katanya.Berdasarkan kepada dapatan Suruhanjaya Kehakiman FIH tersebut, Megat Shahriman berkata, ia jelas menunjukkan bahawa beliau menjadi mangsa kepada sistem perundangan MCH yang sebelum ini begitu konsisten menghalang penglibatannya dalam sukan hoki negara.Katanya, keputusan Suruhanjaya Kehakiman FIH memberi tamparan hebat kepada pentadbiran sukan hoki supaya akur kepada piawaian asas prosiding tatatertib dan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan tanpa menepati ciri-ciri asas keadilan sejagat dan keadilan prosedur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 09:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263106/berita/sukan/khairul-hafiz-tekad-perbaiki-catatan-masa", "article_title": "Khairul Hafiz tekad perbaiki catatan masa", "article_text": "PELARI pecut negara Khairul Hafiz Jantan kini mahu memberi tumpuan dan meningkatkan prestasi seterusnya layak beraksi pada saingan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September ini selepas pulih sepenuhnya daripada dibelenggu kecederaan berpanjangan.Pelari berusia 24 tahun dan diberi gelaran Speedy Jantan itu tekad untuk memperbaiki catatan masa dalam acara 100 meter (m) dan 4x100m pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, bulan depan.\"Perancangan kita untuk fokus pada kejohanan itu kerana untuk layak sekarang ini perlu dapat mata terbaik, selain kuartet yang meraih gangsa pada Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini juga akan disertai Muhd Azeem Fahmi yang dijangka pulang dari Amerika Syarikat untuk bantu pasukan negara.\"Kemungkinan beliau (Azeem) akan diberi tugas pelari terakhir dan saya sebagai pelari pertama dalam kuartet itu tetapi kita akan lihat nanti perancangan jurulatih, namun yang penting bagi kami ialah memperbaiki catatan masa 39.36 saat (s) ketika Sukan SEA baru-baru ini,\" katanya.Kuartet 4x100m lelaki negara yang diwakili Khairul Hafiz bersama rakannya Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi meraih pingat gangsa pada temasya itu.Mengulas lanjut, Khairul Hafiz yang pernah mencipta kegemilangan merangkul pingat emas dan dinobatkan sebagai raja pecut Asia Tenggara dalam acara 100m lelaki ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur itu menyifatkan usianya kini masih muda selain belum terlambat untuk beliau mengejar dan berusaha mengembalikan semula prestasi terbaiknya.Katanya, yang kini baharu setahun lebih di bawah kendalian jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, peluang beraksi pada Sukan SEA 2023 seolah-olah memberi nafas baharu baginya untuk kembali beraksi dalam acara 100m selain mencatat masa 10.36s dalam saringan.\"Alhamdulillah kini saya kembali setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan menumpukan sepenuh perhatian dengan latihan yang sebelum ini juga banyak terjejas ketika pandemik melanda.\"Dalam masa setahun ini saya perlu cuba tingkatkan prestasi jika ada rezeki dan boleh mengejar masa terbaik untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris dan dapat balik catatan masa di bawah 10.10 saat atau 10.20 saat kerana untuk pergi ke Olimpik kita perlu dapatkan mata bukan sekadar laju,\" katanya.Rekod terbaik Khairul Hafiz yang pernah dimilikinya ialah menerusi catatan 10.18s ketika memecahkan rekod kebangsaan pada Sukma Sarawak 2016.Catatan masa itu berjaya mengatasi rekod 18 tahun yang dipegang bekas pelari pecut negara Watson Nyambek. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 09:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263105/berita/sukan/kun-pan-hadiahkan-malaysia-emas-di-thailand", "article_title": "Kun Pan hadiahkan Malaysia emas di Thailand", "article_text": "SEJARAH terukir di Rayong, Thailand apabila lagu Negaraku berkumandang setelah pelumba Malaysia, Phi Kun Pan merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai Bawah 23 Tahun wanita di Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia (ACC 2023) sejauh 111 kilometer pada Isnin.Phi Kun berjaya mengetepikan cabaran pelumba Uzbekistan, Yanina Kuskova dan Dewika Mulya Sova dari Indonesia untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia.Pelumba cilik kelahiran Kedah itu merakam masa 2 jam 51 minit 41 saat dengan purata kelajuan 38.79 kmj untuk memastikan Malaysia melakar lembaran baharu dalam arena lebuh raya selepas kali terakhir menjulang pingat dalam kategori Bawah 23 Tahun pada 2012.Pada 2012, Adiq Hussainie Othman muncul wira negara apabila menghadiahkan sebutir pingat perak pada hari terakhir Kejohanan Lumba Basikal Asia 2012 (ACC 2012) di Putrajaya, Kuala Lumpur.Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Norazman Abu Samah menjelaskan kejayaan Phi Kun membuktikan skuad lebuhraya wanita kini berada di landasan yang betul.Beliau yang juga Pengerusi Biro Lebuhraya PKBM turut mendedahkan betapa pelumba tersebut dan rakan sepasukan termasuk Nur Fitrah Shaari hampir terlepas tiket untuk bertanding di ACC 2023 di Rayong.\u201cMereka datang ke Rayong untuk berlumba dengan menggunakan duit sendiri. Penyertaan mereka juga disahkan pada saat-saat terakhir. Saya kemukakan nama tiga pelumba ini kepada penganjur ACC Lebuhraya iaitu Thailand.\u201cNasib kita baik kerana kerana saya juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Persekutuan Berbasikal Asean. Saya merayu kepada Presiden ACF (Jeneral Dr Decha Hemkasri) supaya mereka diterima untuk berlumba.\u201cAlhamdulillah mereka bukan sahaja dapat berlumba malah Phi Kun menang pingat emas. Ini satu pencapaian yang sangat cemerlang yang telah disumbangkan oleh pelumba lebuhraya wanita,\u201d katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan PKBM pada Isnin.Pada perlumbaan itu, seorang lagi pelumba Malaysia, Zhen Yi Yeong yang ditaja oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menduduki tempat ke-10 manakala Nur Fitrah mengisi posisi ke-18.Norazman seterusnya mendedahkan betapa skuad lebuhraya wanita kini memiliki barisan ampuh untuk menyerlah pada Sukan Sea 2025 dan Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia 2024 nanti.\u201cKini, Aisyah (Nur Aishah Zubir) memiliki rakan sepasukan yang boleh diharapkan untuk mencatat kejayaan yang lebih bermakna pada pentas kejohanan Sukan Sea 2025 dan ACC 2024 nanti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 09:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263098/berita/sukan/terbuka-indonesia-pearly-thinaah-tarik-diri", "article_title": "Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri", "article_text": "PASANGAN beregu wanita badminton nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa, juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri daripada acara Super 1000 tersebut, disebabkan kecederaan yang dialami Pearly di Terbuka Singapura, minggu lepas.\"Pearly cedera di sikunya pada Terbuka Singgapura minggu lepas. Dengan Pearly yang belum sembuh 100 peratus, pasukan kejurulatihan membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko yang tidak perlu, dengan tidak membenarkan beliau bertanding,\u201d menurut kenyataan itu.Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada perlawanan pusingan pembukaan menentang pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly pada ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 07:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263078/berita/sukan/hakim-danish-ubat-kecewa-di-itali", "article_title": "Hakim Danish ubat kecewa di Itali", "article_text": "PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli mengubat kekecewaan di Itali apabila kembali menampilkan aksi kompetitif setelah menamatkan Perlumbaan 2 Red Bull Rookies Cup di tempat keenam dekat Mugello pada Ahad.Selepas gagal menamatkan perlumbaan pada Perlumbaan 1, Hakim mempamerkan pecutan meyakinkan, malah pada satu ketika mampu bersaing dengan kelompok depan untuk memperoleh penamat terbaik pada Perlumbaan 2.\u201cSaya membuat permulaan yang baik dan bersaing dengan kelompok hadapan. Pada bahagian 'chichane' di litar ini banyak kelemahan yang harus saya perbaiki.\u201cPada pusingan terakhir, saya cuba bersaing untuk kemenangan dan podium, namun bukan rezeki. Saya akan terus berusaha dan jadikan keputusan ini sebagai sesuatu yang baik selepas beberapa perlumbaan sebelum ini tidak begitu baik,\u201d katanya.Keputusan tersebut membolehkannya memungut 10 mata berharga sekali gus kekal menghuni kelompok 10 terbaik setelah mengutip 56 mata selepas empat pusingan perlumbaan.Seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril turut cemerlang apabila menamatkan kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2 dengan mengutip mata.Danial yang terpaksa berehat beberapa bulan sebelum ini kerana mengalami kecederaan, menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan dan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-14.\u201cIa bukanlah keputusan yang saya mahukan (Perlumbaan 2). Pada awal saingan, saya berada di kelompok hadapan, namun ada beberapa pelumba di hadapan terjatuh menyebabkan ada sedikit jurang dengan kelompok hadapan.\u201cPada pusingan terakhir, ada sedikit kesilapan kerana 'shifter' saya sensitif dan membuatkan saya tertinggal sedikit jauh. Apa pun saya gembira dengan pungutan mata kedua-dua perlumbaan ini,\u201d katanya yang ketika ini berada di tempat ke-16 setelah mengutip 23 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 05:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263076/berita/sukan/sukma-2024-lima-sukan-tambahan-dipertandingkan", "article_title": "Sukma 2024: Lima sukan tambahan dipertandingkan", "article_text": "LIMA jenis sukan tambahan bakal dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Isnin, yang menyaksikan sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket dipertandingkan selepas memenuhi syarat ditetapkan.\"Ini keputusan bersama dengan semua Exco di mana lima sukan ini memenuhi syarat seperti mempunyai kejohanan remaja kebangsaan mereka masing-masing.\"... yang paling penting Sarawak selaku penganjur Sukma 2024 sementara Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penganjur pada Sukma 2026 di Kelantan juga bersetuju ia dipertandingkan supaya ada kesinambungan,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma dan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pada Isnin.Hannah, bagaimanapun, menjelaskan penyenaraian lima sukan baharu itu adalah selain empat sukan dipersetujui penganjur (Sarawak) sebelum ini iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sukan), dengan ia tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukma.Sebelum ini, antara sukan wajib yang akan dipertandingkan pada Sukma 2024 adalah akuatik (renang dan terjun); angkat berat; badminton; berbasikal (trek dan lebuh raya); gimnastik (artistik dan gimrama); golf; lawan pedang; memanah; menembak; olahraga; pelayaran.Selain itu, hoki, judo; ping pong; taekwondo; karate; boling padang; pencak silat; sepak takraw; skuasy; tenpin boling; wushu; bola sepak; ragbi; bola jaring; bola keranjang; bola tampar dan tenis.Terdahulu, mesyuarat itu turut menetapkan temasya edisi ke-21 itu akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri kecuali acara basikal trek diadakan di Semenanjung.Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga bersetuju supaya Sukan Para Sukma akan berlangsung pada 21 hingga 28 Sept 2024, membabitkan penganjuran di dua bahagian Sarawak iaitu Kuching dan Samarahan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 05:44pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263075/berita/sukan/harimau-malaya-buru-keputusan-positif", "article_title": "Harimau Malaya buru keputusan positif", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu para pemainnya melakar keputusan positif dalam dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.Menurutnya, perlawanan menentang dua pasukan yang memiliki kekuatan berbeza selain lebih baik dari segi fizikal untuk menguji pasukan negara sebagai persiapan ke Piala Asia 2023.\u201cKem pada Jun ini kami menjemput dua pasukan dari Oceania. Ia berbeza dari Asean dan mereka agak baik dari segi fizikal.\u201cSaya mahu melihat bagaimana kami dapat menguasai permainan selain ujian baik untuk pasukan. Apa yang penting saya mahu melihat kemenangan dan mahu memberikan keputusan yang bagus kepada para penyokong,\u201d katanya.Pan-gon turut menegaskan dua pasukan itu bukan sekadar \u2018tangkap muat\u2019 sebaliknya percaya mampu memberikan tentangan kepada para pemain negara.\u201cKami memang menjemput satu pasukan di ranking yang lebih baik dan satu ranking bawah kami dalam aksi persahabatan kali ini.\u201cIni dalam perancangan selain strategi untuk memberi keyakinan kepada para pemain, bermain di tempat sendiri sudah pastinya saya mahukan kemenangan dalam dua pertemuan itu,\u201d katanya.Sebagai rekod, Kepulauan Solomon berada di ranking ke-134 dunia manakala Papua New Guinea ranking ke-159 berbanding Malaysia yang ketika ini di kedudukan 138.Dalam pada itu, Pan-gon mengesahkan khidmat penyerang, Haqimi Azim Rosli terpaksa digugurkan akibat masalah kesihatan.\u201cSehingga malam semalam kami memantau Haqimi, namun tidak nampak peningkatan.\u201cJadi saya fikir atas sebab rawatan perubatan dia digugurkan daripada pasukan. Setakat ini, semua orang (pemain lain) dalam keadaan baik,\u201d katanya.Kem latihan pusat kali ini, Pan-gon mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang dipanggil pada kem terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 05:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263071/berita/sukan/sarawak-negeri-pertama-setuju-guna-zeon-zoysia", "article_title": "Sarawak negeri pertama setuju guna Zeon Zoysia", "article_text": "SARAWAK menjadi negeri pertama yang setakat ini bersetuju menggunakan rumput baharu jenis Zeon Zoysia melibatkan salah satu stadium di negeri berkenaan sebagai menyambut tawaran dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Menterinya, Hannah Yeoh, bagaimanapun berkata, tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan sudah menyatakan pendirian tidak bersetuju dalam usaha ke langkah itu berikutan mahu menggunakan rumput sedia ada dimiliki di stadium masing-masing ketika ini.\"Sementara negeri lain iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perlis, Melaka, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah memohon untuk diberikan pelanjutan masa untuk mengkaji secara mendalam kesesuaian pelaksanaan penanaman rumput Zeon Zoysia di negeri masing-masing.\"Mereka mahu lihat dulu hasil penanaman rumput itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berikutan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan seperti naik taraf sistem saliran di stadium dan negeri berkenaan,\" katanya.Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Menara KBS, pada Isnin.Menurutnya, Sarawak selaku negeri pertama yang bersetuju, bagaimanapun, belum membuat keputusan berhubung lokasi stadium di negeri itu yang akan digantikan dengan rumput jenis Zeon Zoysia bagi melihat kesesuaian penanaman rumput jenis berkenaan.KBS sebelum ini menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco Belia dan Sukan negeri bagi menaik taraf padang stadium bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, turut menggunakan rumput jenis tersebut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 05:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263040/berita/sukan/fam-sasar-20000-jualan-tiket", "article_title": "FAM sasar 20,000 jualan tiket", "article_text": "SEBANYAK 20,000 tiket aksi Antarabangsa Tier 1 antara pasukan Malaysia dengan pasukan Solomon Island dijangka dapat dijual menjelang perlawanan Khamis ini, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya positif dapat menaikkan jumlah jualan tiket dalam tempoh berbaki dua hari sebelum perlawanan dengan sokongan penganjuran Festival Harimau Malaya di pekarangan Kompleks Gong Badak.\"Setakat ini dah hampir 5,000 keping tiket terjual. Dengan adanya acara dan aktiviti di Festival Harimau Malaya, benda (jualan tiket) itu akan naik perlahan-lahan.\"Insya-ALLAH ada dua hari lagi...Biasanya saat-saat akhir pembelian akan naik mendadak.\"Kita lihat dan mengharapkan boleh cecah 20,000 penonton hadir memyaksikan perlawanan,\" katanya pada sidang media pada Isnin.Noor Azman berkata, pihaknya juga menjangkakan kehadiran sekitar 100,000 pengunjung dari dalam dan luar Terengganu di Festival Harimau Malaya yang berlangsung selama tujuh hari bermula 14 Jun ini.Menurutnya lagi, antara aktiviti yang disediakan termasuk Harimau Malaya Night Run, Rembat Challenge BIMB, Kejohanan bola sepak kanak-kanak dan remaja, perlawanan amal bekas pemain kebangsaan dan cabaran bola sepak jalanan.Selain itu katanya,sebanyak 80 reruai pelbagai barangan dan makanan akan dibuka dengan jangkaan pulangan ekonomi sebanyak RM4 juta kepada usahawan dan peniaga tempatan.\"Penganjuran festival Harimau Malaya bukan sahaja mampu menarik sokongan penonton, malah memberi limpahan ekonomi kepada peniaga dan penduduk di sekitar Kuala Terengganu.\"Terima kasih kepada rakan penaja Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Syarikat Air Terengganu (SATU), Super Jantan dan lain-lain lagi yang memberi sokongan untuk program ini,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 03:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263038/berita/sukan/zamsaham-selesaikan-tunggakan-gaji-trw", "article_title": "Zamsaham selesaikan tunggakan gaji TRW", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham memaklumkan sudah membayar penuh tunggakan gaji pemain tempatan pasukan itu.Menurutnya, kini dia sedang memfokuskan untuk menyelesaikan bayaran gaji bagi pemain import untuk bulan Mei.\"Gaji pemain tempatan semua dah bayar dah. Ni nak cari duit untuk bayar gaji import bulan lepas pula,\" katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Isnin.Sebelum ini, bola sepak negara kecoh mengenai pendedahan pemain Kelantan FC berhubung tunggakan gaji bulan April yang tidak dibayar oleh pasukan itu.Malah, Zamsaham juga dikritik oleh peminat bola sepak kerana 'menahan' gaji pemain dengan alasan mahu melihat pasukan melakar kemenangan dalam saingan liga.Dalam pada itu, Zamsaham turut mengesahkan pemain importnya, Natanael Siringoringo akan kembali bersama pasukan itu pada pusingan kedua liga.Pemain kelahiran Indonesia itu sebelum ini dipinjamkan ke kelab negaranya, Dewa United sehingga berakhir pusingan pertama liga musim ini.\"Insya-ALLAH petang ini Natanael Siringgoringo akan sampai KLIA. Natanael akan bersama TRW Kelantan FC di pusingan kedua,\" katanya.Natanael boleh bermain di bahagian sayap dan serangan mempunyai kontrak bersama Kelantan FC sehingga penghujung musim 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 03:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263033/berita/sukan/aaliyah-buru-podium-di-mexico", "article_title": "Aaliyah buru podium di Mexico", "article_text": "ATLET luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah akan membuat penampilan pertama di pentas dunia dalam tempoh empat tahun apabila akan menyertai Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Boca Laguna, Mexico bermula Selasa hingga 17 Jun ini.Penampilan terakhir Aaliyah dalam arena antarabangsa ialah pada Kejohanan Ski Air Dunia IWWF di Putrajaya pada 2019.Pada kejohanan itu Aaliyah melakar kejayaan menakjubkan apabila menamatkan saingan dalam kedudukan 10 terakhir bagi kategori tricks terbuka wanita pada usia 16 tahun.Menjelang kejohanan di Mexico, Aaliyah berharap dapat meraih podium berdasarkan prestasi semasa dan ia mampu dicapai.Aaliyah ketika ini berada di kedudukan kedua dalam acara tricks, ketiga (jump) dan kedua dalam acara overall bagi kategori (B-21).Bagaimanapun Aaliyah berdepan cabaran untuk membahagikan masa antara tanggungjawabnya sebagai pelajar Florida Southern College dan minatnya terhadap sukan luncur air.\u201cAdalah sukar untuk mengimbangi latihan ski air dengan pengajian kerana ini adalah semester pertama saya di universiti.\u201cApa pun saya sangat gembira dengan hasil usaha dalam bidang akademik demi kerjaya dan perlu bekerja keras dalam sukan bagi membalas kepercayaan penaja.\u201cSaya perlu berlatih dan bersaing bersungguh-sungguh untuk mencapai kemajuan dan kejayaan setelah mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara dan Perbadanan Putrajaya,\u201d ujar Aaliyah.Pada kejohanan di Mexico, Aaliyah akan ditemani jurulatih dari Chile, Larry Gisler dan sudah tiba di negara itu sejak beberapa hari lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 02:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263018/berita/sukan/penganjur-kejohanan-bola-sepak-pekak-dunia-cari-rakan-penaja", "article_title": "Penganjur Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia cari rakan penaja", "article_text": "PERSIAPAN penganjuran Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia kali keempat di Kuala Lumpur berjalan lancar mengikut jadual menjelang pertandingan itu pada September depan.Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Ong Shin Ruenn memberitahu, urusan berkaitan kejohanan giat diuruskan dengan baik bagi menyambut kehadiran 22 pasukan bola lelaki pekak dari seluruh dunia dan 10 pasukan bola sepak wanita pekak.\u201cSemuanya berjalan lancar dan sehingga kini lebih 50 peratus persiapan telah dibuat,\" katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.Kejohanan tersebut berlangsung dari 23 September hingga 7 Oktober.Menurut Shin Ruenn, pihaknya juga giat mendapatkan tajaan serta kerjasama pelbagai pihak bagi merealisasikan kejohanan berkenaan yang setaraf dengan kejohanan bola sepak dunia anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).\u201cMasih ada yang perlu dilakukan lagi dan MSDeaf sentiasa memohon agar semua pihak sama ada badan kerajaan, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus memberikan kerjasama,\u201d katanya.Beliau turut menghargai beberapa pihak swasta yang prihatin telah tampil membantu MSDeaf bagi merealisasikan penganjuran kejohanan berkenaan.\u201cSyarikat Mitsubishi telah memberikan sumbangan yang amat kami hargai.\u201cBegitu juga dengan XOX, sebuah jenama kad sim. XOX dipilih menjadi rakan telekomunikasi rasmi untuk kejohanan ini,\u201d katanya.Dalam pada itu, menurut Shin Ruenn, lebih 150 sukarelawan telah mendaftarkan diri untuk membantu MSDeaf sepanjang kejohanan tersebut.Beliau berkata, kebanyakan sukarelawan itu adalah penuntut universiti tempatan yang akan diberi kursus bahasa isyarat terlebih dahulu secara percuma.\u201cKursus bahasa isyarat ini penting kerana mereka akan menyelia dan berdepan serta menyelesaikan pelbagai permasalahan apabila berhadapan dengan atlet-atlet pekak dari seluruh dunia,\" katanya.Shin Ruenn memberitahu, kejohanan tersebut akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Stadium Universiti Malaya dan Stadium Universiti Putra Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 01:34pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/263008/berita/sukan/12-pemain-remaja-kda-fc-timba-ilmu-di-real-madrid", "article_title": "12 pemain remaja KDA FC timba ilmu di Real Madrid", "article_text": "SERAMAI 12 pemain Akademi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berusia 14 tahun terpilih menimba ilmu bola sepak antarabangsa apabila akan menjalani latihan asas di akademi bola sepak terkemuka dunia, Real Madrid pada minggu hadapan.Mereka yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di Jitra, Kedah bakal mengikuti program yang dianjurkan oleh TH Globall Football Camp (THGFC) itu menerusi program Real Madrid Foundation Clinic selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Jun ini di Sepanyol.Pengasas TH Global Football Camp, Datuk Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar berkata, 12 pelajar terbabit terpilih selepas mereka menjuarai kejohanan bola sepak remaja yang dianjurkan TH Global Football Camp Road to Real Madrid di Pulau Pinang awal tahun ini.Barisan 12 pemain Akademi Kedah Darul Aman FC berusia 14 tahun akan mengikuti program Real Madrid Foundation Clinic selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 Jun ini di Sepanyol. - Foto: KDA FC\"Program Real Madrid Foundation Clinic ini mendedahkan pemain berkaitan aspek program teknikal dan taktikal daripada jurulatih di sana dan ini boleh meluaskan pelajaran dan pengalaman pemain ke peringkat antarabangsa.\"Seperti kita ke sekolah, dan kemudian kita tingkatkan pelajaran ke universiti di luar negara. Saya berharap apabila pemain yang melalui pengalaman di luar negeri ini pulang ke Malaysia, mereka memiliki pengetahuan yang lebih luas serta berpeluang mendapatkan kerjaya yang berjaya dalam bola sepak di Malaysia atau di mana sahaja,\" katanya pada petang Ahad.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis jamuan teh sempena meraikan pemain remaja Kedah yang akan mengikuti Program Real Madrid Foundation Clinic.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali, barisan penaja program Road To Real Madrid Foundation, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, para pegawai KDA FC, guru dan jurulatih pasukan bola sepak SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.Tunku Harrunnarasheed Putra berkata, penganjuran latihan pembangunan bakat muda di luar negara itu adalah usaha kedua selepas kejayaan program latihan diadakan di akademi bola sepak di Jerman iaitu BVB Dortmund pada 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 01:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262986/berita/sukan/al-hilal-intai-kelibat-neymar", "article_title": "Al-Hilal intai kelibat Neymar", "article_text": "SELEPAS gagal mendapatkan khidmat bintang sensasi, Lionel Messi, kelab Arab Saudi, Al-Hilal mengalih 'teropong' mengintai penyerang berbisa, Paris Saint Germain (PSG), Neymar menjelang jendela perpindahan musim panas ini.Penyerang yang menyertai PSG dengan perpindahan rekod dunia RM1.1 bilion pada 2017 itu dijangka meninggalkan juara Ligue 1 tersebut.Neymar bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan PSG selepas Sergio Ramos dan Messi, lapor CBS Sports.Laporan itu turut menyebut wakil Al Hilal telah 'terbang' ke Paris untuk mengadakan perbincangan dengan Neymar.Gergasi Arab Saudi tersebut sebelum ini mahu mendapatkan khidmat Messi, namun kapten Argentina itu memilih untuk berkelana ke Amerika Syarikat.Senario itu mendorong Al Hilal mengalihkan tumpuan kepada Neymar dan bersedia menawarkan pendapatan yang lebih lumayan.Pendapatan pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyamai gaji Cristiano Ronaldo sebanyak RM992 juta setahun seperti yang ditawarkan Al Nassr.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 12:15pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262968/berita/sukan/city-tak-boleh-leka", "article_title": "City tak boleh leka", "article_text": "ARSENE Wenger menasihatkan Manchester City untuk tidak berpuas hati selepas melengkapkan kejuaraan treble bersejarah memenangi Liga Juara-Juara di Istanbul pada Ahad.Menurut Wenger, City seharusnya terus menambah baik pasukan dengan membeli pemain baharu sekiranya mahu mengekalkan penguasaan di liga domestik dan pentas tertinggi Eropah.City memastikan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menewaskan Inter Milan 1-0 dalam perlawanan akhir sekali gus menyamai pencapaian pasukan Manchester United pada 1999 dengan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA pada musim yang sama.Guardiola telah membawa kejayaan yang tidak pernah dicapai City termasuk memenangi lima daripada enam gelaran Liga Perdana Inggeris.\"Saya berfikir apa yang akan dilakukan City selepas ini? Adakah mereka sedia dan bermotivasi untuk cabaran baharu?\"Atau adakah akan kekal dan terus membangunkan pasukan ini dengan pemain sedia ada. Mereka mungkin kehilangan pemain penting. Pasukan ini bukan pasukan lama tetapi tiada pemain muda.\"Selain Erling Haaland, yang kini berusia 22 tahun, semua pemain yang lain berusia antara 24 dan 32 tahun. Jadi dua atau tiga pemain baharu perlu bertukar. Mereka perlu mencari kualiti yang sama sekali lagi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 10:48am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262969/berita/sukan/djokovic-padam-impian-ruud", "article_title": "Djokovic padam impian Ruud", "article_text": "PARIS - Novak Djokovic memenangi gelaran perseorangan Grand Slam ke-23 peribadinya selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dengan kemenangan straight set dalam aksi final Terbuka Perancis pada Ahad.Kemenangan Djokovic menyaksikan pemain Serbia berusia 36 tahun itu mengatasi rekod kejohanan terbanyak dimenangi pemain perseorangan lelaki yang selama ini dikongsi bersama seteru tradisinya, Rafael Nadal, lapor Xinhua.Djokovic turut menjadi pemain lelaki pertama dalam sejarah tenis memenangi empat acara Grand Slam sekurang-kurangnya tiga kali.Bintang tenis itu bangkit daripada rehat awal pada set pertama untuk mencatat kemenangan 7-6(1), 6-3, 7-5 dalam tempoh tiga jam dan 13 minit.Pilihan keempat kejohanan, Ruud yang sedang memburu gelaran Grand Slam pertamanya, telah bermain tiga perlawanan akhir tetapi semuanya berakhir sebagai naib juara.Pemain itu tewas kepada Nadal di gelanggang sama tahun lalu dan turut kecundang kepada seorang lagi pemain Sepanyol Carlos Alcaraz dalam Terbuka AS tahun lalu. - Bernama-Xinhua", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262965/berita/sukan/haaland-ronaldo-sama-hebat", "article_title": "Haaland, Ronaldo sama hebat", "article_text": "PENYERANG Manchester City, Erling Haaland berjaya memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan status penjaring terbanyak menyamai rekod Cristiano Ronaldo 15 tahun lalu.Manchester City menutup musim 2022/2023 dengan kemenangan treble selepas menewaskan Inter Milan dalam aksi final Liga Juara-Juara pada Ahad.Selain Liga Juara-Juara, City turut memenangi kejuaraan EPL dan Piala FA yang menyaksikan pasukan kendalian Pep Guardiola itu menjadi pasukan Inggeris kedua yang memenangi treble dalam satu musim selepas Manchester United pada 1999.Haaland menjadi watak penting dalam kejayaan pasukan memenangi tiga gelaran dengan penyerang berusia 22 tahun itu menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan pada musim pertamanya bersama City.Haaland juga telah berjaya mendahului senarai penjaring terbanyak EPL dengan 36 gol dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA).Ketajaman Haaland turut dirasai di Eropah apabila bekas pemain Borussia Dortmund itu menjadi penjaring prolifik dalam Liga Juara-Juara dengan 12 gol.Ia sekali gus menyaksikan penyerang kelahiran Norway itu menjadi pemain kelab EPL kedua yang mendominasi penjaring terbanyak England dan Liga Juara-Juara, memenangi dua pertandingan serta menjadi Pemain Terbaik FWA dalam satu musim.Dia mengikut jejak langkah Ronaldo yang melakukannya bersama Manchester United pada musim 2007/2008.Bagaimanapun, Haaland menyifatkan kejayaan City musim ini bukan kerana dia seorang selain turut memberi kredit kepada semua elemen dalam kelab yang sama-sama berjuang untuk memenangi trofi.\"Kami semua berkongsi rasa yang sama untuk berjaya setiap hari. Kami ada untuk satu sama lain dan begitulah sepatutnya jika kami ingin berjaya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 10:37am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262959/berita/sukan/bellingham-terlepas-aksi-bersama-england", "article_title": "Bellingham terlepas aksi bersama England", "article_text": "PEMAIN tengah England, Jude Bellingham akan terlepas perlawanan kelayakan Euro 2024 negaranya menentang Malta dan Macedonia Utara selepas mengalami kecederaan hamstring.Dia akan menghabiskan masa di pusat bola sepak kebangsaan England untuk menerima rawatan lanjut yang menyaksikan dia tidak bermain dalam perlawanan terakhir Borussia Dortmund musim ini.Dengan ketiadaan pemain berusia 19 tahun itu, Dortmund terlepas gelaran Bundesliga selepas seri 2-2 di laman sendiri menentang Mainz.Baru-baru ini, Bellingham yang merupakan salah seorang bintang kempen Piala Dunia England tahun lalu bersetuju untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dan perjanjian akan dimuktamatkan apabila dia lulus ujian perubatan.Bellingham bukan satu-satunya pemain yang terlepas daripada kumpulan 25 pemain dikumpulkan Southgate kerana pertahanan Brighton, Lewis Dunk turut menarik diri.\"Lewis Dunk telah menarik diri daripada skuad England kerana kecederaan, manakala Jude Bellingham juga tidak akan bermain dalam kelayakan bulan ini,\" kata kenyataan rasmi skuad England.Declan Rice dari West Ham dan Jack Grealish, John Stones, Phil Foden, Kyle Walker dan Kalvin Phillips dari Manchester City dijangka tiba dalam beberapa hari akan datang selepas kejayaan mereka di pentas Liga Juara-Juara Eropah.England akan menentang Malta di Ta\u2019 Qali pada 16 Jun sebelum menerima kunjungan Macedonia Utara di Old Trafford Manchester pada 19 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 10:22am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262942/berita/sukan/sukma-2028-kelantan-cari-atlet-terbaik", "article_title": "Sukma 2028: Kelantan cari atlet terbaik", "article_text": "KERAJAAN Kelantan sudah melancarkan pelan pembangunan atlet dan infrastruktur sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2028.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelan berkenaan sudah dikemukakan kepada persatuan yang terlibat dan mereka juga sedang membuat persiapan ke arah itu.Menurut beliau, kerajaan turut bekerjasama dengan pengurus beberapa persatuan berkaitan sukan serta pihak yang terlibat Sukma bagi mencari atlet terbaik.\"Kita nampak ada kemajuan, contohnya pasukan menembak dan olah raga yang sudah mempunyai jurulatih baharu,\" katanya selepas Sidang Akhbar Mr Awang Selamat Kelantan 2023 di sini pada Ahad.Beliau turut memberitahu, persatuan badminton juga sudah memulakan pertandingan untuk mencari atlet terbaik.\"Sempena Sukma, kita bahagikan kepada tiga peringkat iaitu pengenalan, bakat dan imtiaz.\"Atlet baharu akan dilatih bagi mencari bakat yang boleh diketengahkan sebelum menjalani lebih banyak latihan ke arah imtiaz,\" katanya.Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor itu turut memaklumkan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk membaiki \u2018scoreboard\u2019 di Stadium Sultan Muhammad IV yang mengalami kerosakan.Jelas beliau, beberapa kemudahan lain di stadium itu juga disenaraikan untuk dibaikpulih.\"Kesemua itu perlu siap menjelang tahun 2024 bagi memenuhi syarat ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),\" katanya.Tambah beliau, kerajaan negeri sedang berbincang dengan Perbadanan Stadium Negeri (PSN) mengenai perkara yang perlu dilakukan.\"Semua kemudahan itu memang memerlukan kos pembaikan yang tinggi tetapi kita akan usahakan,\" katanya.Dalam pada itu, beliau memberitahu, pertandingan bina badan patuh syariah, Mr Awang Selamat akan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan.Pertandingan turut menampilkan ahli bina badan profesional selain menerima peserta baharu dan amatur.Katanya, kesemua peserta perlu menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.\"Orang ramai yang berminat juga boleh mengambil bahagian dan kemenangan berdasarkan pilihan juri yang pernah mengadili pertandingan di peringkat dunia,\" katanya.Tambah beliau, hadiah tertinggi yang ditawarkan ialah RM1,000 bersama medal dan keris.\"Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari pertandingan dan sehingga kini lebih 40 peserta mengambil bahagian yang kebanyakannya melibatkan jabatan dan agensi kerajaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 09:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262944/berita/sukan/tfc-kemuka-aduan-kepada-fam", "article_title": "TFC kemuka aduan kepada FAM", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) akan menghantar laporan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan Mohd Fusser Mad Sallih.Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh mengulas insiden kad merah diterima skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner semasa melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat.Steinbruckner sebelum itu menyifatkan kad merah kedua diterima pasukan tuan rumah bagaikan membunuh rentak para pemainnya dalam memburu gol penyamaan ketika berdepan anak buah Estaban Solari.Malah menurut Steinbruckner, beraksi dengan sembilan pemain berbanding 11 pemain lawan dalam 20 minit terakhir ternyata amat menyukarkan buat skuad Peteh Ganu Peteh tersebut.\u201cSaya dan pasukan teknikal akan melihat terlebih dulu laporan daripada ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner.\u201cIni termasuk video performance analysis, komen-komen termasuk pengacara dan sebagainya hari ini sebelum menghantar laporan lengkap kepada FAM untuk tindakan lanjut,\u201d kata Rasid pada Ahad.Dalam masa sama Ab Rasid percaya orang ramai khasnya komuniti bola sepak kini lebih terdedah kepada perkara berkaitan peraturan bola sepak di era teknologi bermaklumat.\u201cOrang awam termasuk peminat, penyokong terutamanya lagi penggiat bola sepak sudah faham dan mengetahui aspek teknikal termasuk undang-undang permainan bola sepak.\u201cJadi, semua orang boleh saksi dan buat ukuran sendiri mengenai mutu pengadilan perlawanan TFC menentang JDT pada Jumaat,\u201d katanya.Sebagai rekod, anak buah Steinbruckner yang ketinggalan 1-2 terpaksa beraksi sembilan pemain pada separuh masa kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin setelah Ivan Mamut menerima kad merah minit ke-52 selepas Argzim Redzovic sebelum itu dilayangkan kad kuning kedua.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 08:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262953/berita/sukan/bagnaia-tawan-litar-itali", "article_title": "Bagnaia tawan litar Itali", "article_text": "PELUMBA sensasi, Francesco Bagnaia memberikan hadiah bermakna buat peminat apabila mengungguli Grand Prix (GP) Itali di laman sendiri, Mugello pada malam Ahad.Malah kemenangan itu lebih bermakna kerana pasukannya, Ducati berasal dari negara itu.Ia merupakan kemenangan ketiga Bagnaia selepas menawan litar di Portugal dan Sepanyol.Kemenangan itu menjarakkan kedudukan dengan pesaing terdekat, Marco Bezzecchi yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kelapan.Jorge Martin menduduki tempat kedua, manakala Johann Zarco melengkapkan penguasaan Ducati apabila meraih podium ketiga pada pusingan keenam musim ini.Kejayaan Bagnaia itu amat menggembirakan puluhan ribu penyokong di laman sendiri.\"Saya tak jangka perlumbaan seperti ini (kejayaan di laman sendiri).\"Tugas selesai, selepas ini kami akan beri tumpuan perlumbaan seterusnya di Jerman minggu depan,\" katanya.Menerusi kemenangan itu, Bagnaia ketika ini mengutip 131 mata, berkelebihan 21 mata berbanding Bezzecchi.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 08:44am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262949/berita/sukan/ada-peningkatan-perlu-lebih-fokus---rexy", "article_title": "Ada peningkatan, perlu lebih fokus - Rexy", "article_text": "PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengakui terdapat peningkatan dipamerkan beregu negara di Terbuka Singapura 2023.Biarpun menegaskan tidak berpuas hati apabila dua wakil negara terkandas di separuh akhir, namun Rexy menyifatkan para pemain menampilkan persembahan baik terutama gandingan pasangan beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.\u201cPersembahan semua pemain ok dan terdapat peningkatan, cuma mereka hanya perlu mengurangkan unforce errors dalam keadaan perlawanan getir.\u201cAaron dan Wooi Yik juga menunjukkan peningkatan namun, mereka harus analisis persembahan setiap pusingan, fokus dan bermotivasi untuk bergelar juara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, dua wakil beregu negara mara ke separuh akhir menerusi Aaron-Wooi Yik dan pasangan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.Namun cabaran Aaron-Wooi Yik berakhir apabila tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-16, 15-21 dan 17-21.Tang Jie-Ee Wei pula tunduk kepada pasangan Jepun yang juga pilihan kedua, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24 dalam aksi masa 39 minit.Dalam pada itu, Aaron mengakui kehilangan fokus menjadi punca mereka tewas walaupun mendahului menerusi kemenangan di set pertama.\u201cSaya rasa mungkin waktu permainan set penentuan terutamanya ketika mata penting apabila kita kejar 15-15, 16-16. Kami ketika waktu mata penting mungkin terlalu fikir banyak.\u201cKami akan cuba memperbaiki gaya permainan selepas ini dengan melupakan apa yang terjadi dan jadikan kekalahan ini sebagai rujukan pada masa depan.\u201cIni kerana Terbuka Indonesia selepas ini lebih penting dan besar yang kami akan berusaha memberikan aksi yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 08:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262951/berita/sukan/stadium-shah-alam-bakal-mula-diroboh-awal-oktober", "article_title": "Stadium Shah Alam bakal mula diroboh awal Oktober", "article_text": "PROSES perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula awal Oktober ini selepas terpaksa ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerangkan walaupun proses permulaan bermula sedikit lewat namun, jangkaan siap sepenuhnya masih pada tahun 2026.\"Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini,\" katanya.\"Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.\"Perobohan bukan bulan ini (Jun), perobohan memerlukan KM sebab ini adalah struktur besar.. kalau hendak roboh bukan mudah sebab segala proses perlu dilihat. Perobohan dijangka September atau Oktober nanti.\"(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ketiga tahun 2026.\"Sementara itu, Amirudin yang ditemui di Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan sempena Program Selangor Youth Festival 2023 hadir memberi sumbangan RM500 kepada semua pemandu e-hailing khususnya di negeri Selangor. - Astro ArenaARTIKEL BERKAITAN: 10 tapak tanah dikenal pasti biaya kos Kompleks Sukan Shah AlamTak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJStadium Shah Alam baharu bertaraf dunia", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2023 08:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262933/berita/sukan/kami-cipta-sejarah---manchester-city", "article_title": "'Kami cipta sejarah' - Manchester City", "article_text": "MANCHESTER City dianggap antara kelab bola sepak heavyweight selepas memenangi Liga Juara-Juara untuk melengkapkan treble yang jarang berlaku, kata kapten Ilkay Gundogan,\u201cSukar untuk dipercayai dan diungkapkan dengan kata-kata. Hari ini, kami mencipta sejarah.Kelab berhak mendapat pengiktirafan apabila menjuarai Liga Juara-Juara yang meningkatkan kami ke puncak tertinggi kelab Eropah.\u201cKami tahu semua orang bercakap tentang treble. Tekanan ada, tetapi pasukan ini dibina untuk menangani tekanan dengan cara yang terbaik,\u201d kata Gundogan.Para pemain menangis sebak selepas gol separuh masa kedua Rodri menyaksikan kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik Atat\u00fcrk, Istanbul, T\u00fcrkiye.Ia merupakan kejuaraan Liga Juara-Juara pertama City, selepas menamatkan saingan Liga Perdana dan Piala FA bulan lalu.Grealish, yang menyertai City dari Aston Villa dengan rekod Britain 100 juta pound ($126 juta) pada 2021, antara pemain terbaik City musim ini memuji pengurus Pep Guardiola yang disifatkan genius.\u201cSaya baru sahaja bercakap kepada (Guardiola): 'Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda menghasilkan kejayaan ini berlaku untuk saya. Anda meletakkan begitu banyak kepercayaan kepada saya, membeli saya dengan banyak wang.'\u201cMalah tahun lepas ketika saya berada pada kemerosotan prestasi dia masih kekal bersama saya dan tahun ini dia memberi saya platform itu... Dia hanya seorang yang genius,\u201d kata Grealish.Penyerang Erling Haaland pula meletakkan sasarannya untuk lebih banyak kejayaan musim depan.Namun dia memberi amaran kepada pesaing bahawa treble belum memuaskan seleranya untuk trofi seterusnya selepas menerajui serangan City dengan 52 gol musim ini.\u201cSelepas beberapa hari apabila perkara ini agak reda dan perasaan memenangi trofi ini, saya pasti mahu melakukannya sekali lagi.\u201cKami perlu mempertahankan apa yang telah kami capai musim ini. Begitulah caranya. Dalam masa sebulan semuanya dilupakan dan kami perlu bermula semula,\u201d kata Haaland.City menyelesaikan tugas final tanpa perancang utama Kevin De Bruyne, apabila terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring pada separuh masa pertama.\u201cItulah yang saya perjuangkan selama bertahun-tahun. Sungguh luar biasa kami dapat mencapainya bersama City.\u201cIa adalah yang pertama dalam sejarah kelab. Kami akan sentiasa dikaitkan dengan kelab dengan cara itu. Ia benar-benar istimewa,\u201d kata De Bruyne.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 09:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262930/berita/sukan/ckj-racing-kuasai-pusingan-keempat", "article_title": "CKJ Racing kuasai pusingan keempat", "article_text": "PASUKAN Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, menguasai pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan, apabila merangkul kedudukan 1-2 kategori perdana, CP150 pada Ahad.Md Izzat Zaidi Md Salehan kembali menemui rentaknya untuk meraih gelaran pertama musim ini, selepas berjaya memecut daripada kelompok besar untuk kedudukan pertama selepas tiga pelumba di hadapan terlibat dengan kemalangan, pada pusingan terakhir.Pelumba berusia 27 tahun itu, meraih gelaran selepas melengkapkan 11 pusingan dalam masa 14 minit dan 03.436 saat, diikuti Md Akid Aziz (0.556s) dan pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin (0.558s).Md Izzat berharap untuk mengekalkan momentum kemenangannya selepas melalui permulaan musim yang mencabar, berikutan proses pemulihan dari kecederaan buku lali yang menyakitkan sejak kemalangan pada perlumbaan terakhir 2022, Disember lepas.\"Pertamanya terima kasih kepada pasukan saya kerana menyediakan jentera yang baik, saya dapat menyaingi pelumba lain walaupun perlumbaan hari ini sangat sengit. Saya berjaya menggunakan peluang dengan baik untuk mendahului selepas berlaku perlanggaran pada selekoh ke ketiga pusingan terakhir.\"Motivasi saya naik balik dengan kemenangan ini setelah saya cedera agak lama, saya harap dapat kekal konsisten sehingga hujung musim. Sasaran saya ialah untuk berada dalam lima teratas kedudukan keseluruhan musim ini,\" katanya yang mula bersaing dalam Cub Prix sejak berumur 15 tahun.Md Izzat yang menamatkan tiga pusingan pertama musim ini di kedudukan keempat, kelapan dan keenam, kini berjaya melonjak ke tempat kedua keseluruhan dengan 56 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang Md Akid.Pelumba Honda Yuzy Estremo, Azroy Hakeem Anuar berada di tempat ketiga dengan 54 mata, manakala Kasma Daniel Kasmayudin mewakili Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, yang sebelum ini mendahului kedudukan itu, turun ke tempat keempat (51 mata).Kasma Daniel terlepas pusingan keempat dan kelima kerana sedang menjadi pelumba ganti kepada pelumba Moto2, Kohta Nozane dari pasukan Correos Prepago Yamaha VR46, yang cedera, di Grand Prix Itali minggu ini dan Jerman pada minggu depan.Kejayaan hari ini juga menyaksikan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing menguasai kedudukan pasukan dengan 151 mata, diikuti Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (88 mata) dan Honda Yuzy Estremo (84 mata).Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang turut hadir, berharap untuk melihat penganjuran lebih banyak perlumbaan seperti Cub Prix, bagi meningkatkan minat lebih ramai golongan belia dan keluarga dalam arena permotoran yang selamat.\"Tahun ini kita menyediakan RM20 juta untuk tambah baik fasiliti SIC... harap litar ini terus menjadi destinasi permotoran dan selepas ini kita nak memperkenalkan fasiliti ini kepada duta-duta supaya kita ada acara antarabangsa. Apabila ada acara antarabangsa, industri sekitar seperti penyediaan makanan dan hospitaliti turut mendapat manfaat juga,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 08:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262929/berita/sukan/rtg-kekal-gugur-bincang-minggu-depan", "article_title": "RTG: Kekal, gugur bincang minggu depan", "article_text": "KEPUTUSAN sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program Road To Gold (RTG), akan dibincangkan jawatankuasa program berkenaan pada mesyuarat kedua yang dijadual minggu depan.Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, Sekretariat RTG, bakal membentangkan laporan berhubung prestasi semasa atlet, sebelum jawatankuasa memutuskan sama ada mahu menggugurkan atau membawa masuk atlet baharu, dalam program tersebut.\u201cSebagaimana kita tahu, RTG ada kriteria perlu dipenuhi untuk penerimaan dan pengguguran setiap atlet, mereka juga tahu. Prestasi semasa ialah penting bagi membolehkan mereka kekal dalam RTG.\u201cBukan saya buat keputusan mengenai senarai atlet RTG, tetapi kita akan kemukakan prestasi semasa atlet dan Jawatankuasa akan buat keputusan untuk gugurkan atau terima atlet baharu dalam RTG,\u201d katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet yang membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023, Jerman, di Kuala Lumpur pada Ahad.Atlet negara yang berhasrat beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih berpeluang untuk membuktikan kemampuan memandangkan kelayakan ke temasya empat tahun sekali itu baru sahaja bermula bagi sukan-sukan tumpuan Malaysia seperti badminton dan berbasikal trek.Namun, baru-baru ini beberapa atlet yang berada dalam program RTG, mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan seperti beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sehingga tercicir daripada kedudukan 10 teratas dunia, sekali gus menimbulkan persoalan.Justeru, Stuart berkata, tidak semua atlet yang tidak berada dalam kedudukan ranking 10 terbaik dunia perlu dikeluarkan daripada senarai RTG, mengambil kira terdapat atlet yang turun kedudukan mereka disebabkan mengalami kecederaan.\u201cSemua perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Saya bukan orang teknikal, jadi tidak boleh beri banyak komen mengenai perkara tersebut. Atlet tahu mengenai perkara ini kerana mereka sudah bersetuju dengan kriteria penerimaan dan pengguguran daripada RTG,\u201d jelasnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 08:42pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262927/berita/sukan/vida-mahu-kembalikan-kegemilangan-kelantan-fc", "article_title": "Vida mahu kembalikan kegemilangan Kelantan FC", "article_text": "USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida berjanji mengembalikan semula kegemilangan Kelantan FC sekiranya mengambil alih kelab itu daripada Norizam Tukiman.Menurut Vida, dia mahu memastikan The Red Warriors (TRW) tidak terus berada di kedudukan tercorot liga selain mampu bersaing dengan pasukan lain.\u201cKepada peminat bola sepak Kelantan FC, saya mengharapkan pasukan ini mampu meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan saya berharap pemilik semasa kelab mampu melakukannya dan jika tidak, serahkan kepada saya.\u201cJika saya meminta untuk mendapatkan kelab ini, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Saya ingin memberitahu jika mereka mampu untuk terus memacu kelab, silakan dan jika tidak, saya sedia menerima dan terus meningkatkan lagi pasukan ini.\u201cSaya mahu cuba untuk membawa pasukan ke tahap yang sepatutnya, bukannya berada di kedudukan yang tercorot,\u201d katanya dalam satu rancangan di Astro Arena pada Sabtu.Sebelum ini, Vida yang pernah menaja Kelantan FC pada 2016 menyuarakan hasrat untuk mengambil alih pasukan itu yang ketika ini berdepan beberapa masalah dalaman.Dia juga mempunyai perancangan untuk meletakkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau dikenali sebagai Kacak selaku pengurus pasukan.Malah, Vida juga mengakui mempunyai dana untuk kelab itu selama 10 tahun sekali gus cukup untuk memacu pasukan ke arah yang lebih baik.Mengulas mengenai dana tersebut, Vida juga menegaskan bahawa dia tidak akan mengulangi kesilapan ketika menjadi penaja Kelantan FC pada 2016.\u201cDi bawah pengurusan baharu, saya tidak akan mengulangi apa yang dilakukan sebelum ini, dengan meletakkan pemasaran nombor satu dan kelab nombor dua. Corak pimpinan kali ini sudah berubah dengan meletakkan keperluan dan tuntutan kelab menjadi keutamaan.\u201cSaya percaya dengan pengalaman saya serta pasukan di belakang saya, jika diberikan peluang untuk sekali lagi memimpin kelab ini, saya percaya kejayaan akan kembali hadir buat pasukan Kelantan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 08:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262925/berita/sukan/bahang-kehangatan-acc-2023-semakin-terasa", "article_title": "Bahang kehangatan ACC 2023 semakin terasa", "article_text": "KEHANGATAN Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 semakin dirasai apabila kebanyakan negara bertanding kini berada di Malaysia.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, beberapa kuasa besar seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong tiba sejak Sabtu lalu.\u201cSaya dimaklumkan Taiwan merupakan kontinjen terawal yang sampai ke negara ini pada 30 Jun lalu. Malah, barisan pelumba dari Taiwan telah mula berlatih sebaik mereka tiba di Malaysia.\u201cSetakat hari ini, apa yang telah dimaklumkan kepada saya oleh pihak sekretariat, hampir semua negara peserta telah sampai, hanya tiga negara peserta iaitu Thailand, Indonesia dan India belum tiba.\u201cSaya jangkakan kesemua pelumba dari ketiga-tiga negara itu akan sampai esok (Isnin) kerana sesi latihan rasmi akan bermula Isnin dan Selasa nanti,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Bagi edisi kali ini yang bakal diadakan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan dari 14 hingga 19 Jun ini, sebanyak 17 negara mengesahkan penyertaan termasuk Malaysia selaku tuan rumah.Selain beberapa gergasi Asia, antara negara lain yang bertanding ialah Kazakhstan, Macau, Arab Saudi, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan, Iran dan pendatang baharu, Laos.Daripada senarai negara peserta, seramai lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para (non-able) bakal mengambil bahagian pada kejohanan itu menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.Muhammad Shah\u201cSudah tentu kita mengalu-alukan kehadiran para pelumba terbaik dari rantau Asia bertanding pada kejohanan kali ini selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2018.\u201cSaya percaya kejohanan kali ini menjadi pelumba terbaik Asia dalam memungut mata penting untuk melayakkan mereka beraksi pada Sukan Olimpik di Paris tahun depan.\u201cBegitu juga dengan barisan pelumba Malaysia yang pastinya mahu mengambil peluang masing-masing beraksi di tempat sendiri bagi mencipta kejayaan di tanah air tercinta,\u201d ujar Abu Samah.Tumpuan peminat tempatan sudah pasti terarah kepada dua jagoan - Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang menjadi sandaran menyambar emas dalam acara yang mereka sertai.Azizulhasni sebelum ini telah menyatakan mahu mencipta legasi di pentas ACC selepas berjaya merangkul 10 pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa sepanjang menyertai kejohanan berprestij Asia itu sejak tahun 2007.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 08:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262924/berita/sukan/wei-ying-terima-insentif-terbanyak-dari-kerajaan-melaka", "article_title": "Wei Ying terima insentif terbanyak dari kerajaan Melaka", "article_text": "SERAMAI 39 atlet dan 12 jurulatih menerima insentif berjumlah RM334,350 daripada kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) mengikut tahap pencapaian masing-masing dalam temasya sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Penerima tertinggi ialah pemain badminton wanita negara cacat pendengaran, Boon Wei Ying, yang menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 atas kejayaannya meraih satu emas, perak dan gangsa dalam acara perseorangan, beregu dan beregu campuran di temasya Deaflympics 2022 di Brazil.Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata kesemua penerima insentif itu merupakan pemenang pingat di Sukan SEA 2023 Kemboja, Sukan M alaysia (SUKMA) 2022, Sukan Para SUKMA 2022, temasya Sukan Deaflympics 2022 dan jurulatih SUKMA.\"Seramai 25 atlet Melaka mewakili negara ke Sukan SEA di Phnom Penh pada Mei lalu dan mempamerkan pencapaian agak memberangsangkan dengan merangkul empat pingat emas, lima perak dan empat gangsa.\"Selain itu, kita turut berbangga dengan kesungguhan atlet para yang meraih sembilan pingat emas, 19 perak dan 12 gangsa di temasya Para SUKMA 2022.\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Melaka di Ayer Keroh, yang disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.Mengulas lanjut, Shanmugam berkata kejayaan diraih itu juga membuktikan atlet kelahiran Melaka mempunyai potensi dan kualiti tersendiri bagi mengharumkan nama negeri dan negara.Beliau berkata kerajaan negeri juga akan sentiasa menyokong usaha dan inisiatif untuk mengambil bahagian dan menganjurkan lebih banyak kejohanan di negeri berkenaan.Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan persediaan bagi menghadapi SUKMA 2024 di Sarawak yang dikendalikan menerusi persatuan sukan masing-masing dengan mengadakan latihan sama ada dua kali seminggu atau sebulan.\"Kita juga sedang dalam proses untuk mencadangkan supaya program ibu bapa dan jabatan angkat bagi sukan-sukan itu diteruskan tidak hanya dilantik ketika dua bulan sebelum temasya Sukma berlangsung.\"Ini bagi membolehkan pihak syarikat swasta yang dilantik sebagai bapa angkat dapat membantu menampung sedikit elaun kepada jurulatih,\" katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 08:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262899/berita/sukan/malaysian-tigress-kelima-terbaik-asia", "article_title": "Malaysian Tigress kelima terbaik Asia", "article_text": "SKUAD hoki remaja wanita kebangsaan mengakhiri cabaran Piala Remaja Asia 2023 di kedudukan lima terbaik selepas membelasah Kazakhstan 7-0 pada perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam di Kakamigahara, Jepun pada Ahad.Aksi di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Azmyra Mia Sofea Azhairy yang muncul pemain terbaik perlawanan, membuka tirai jaringan gol padang pada minit ke-14.The Malaysian Tigress bimbingan Lailin Abu Hassan menambah jaringan menerusi Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.Jaringan padang Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha pada minit ke-28 membolehkan skuad negara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.Babak kedua, Malaysian Tigress menambah jaringan keempat hasil penyudah pukulan sudut penalti Dian Nursyakira pada minit ke-36 sebelum Azmyra Mia meledak gol kelima menerusi jaringan padang.Nur Shamine dan Siti Nur Irdina Mohd Nor menambah koleksi gol peribadi masing-masing apabila menjaringkan gol padang pada minit ke-53 dan ke-55 sekali gus kemenangan pasukan.\u201cSepanjang kejohanan ini berlangsung, pemain menunjukkan prestasi yang baik walaupun kebanyakan mereka baru pertama kali beraksi di pentas antarabangsa tertinggi, namun menunjukkan satu kesungguhan tinggi untuk mencapai tahap permainan terbaik.\u201cSaya harap pemain akan terus memperbaiki diri, pendedahan serta pengalaman yang diraih pada kejohanan ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang,\u201d kata Lailin dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).Kata Lailin, perancangan pasukan seterusnya adalah meneruskan latihan secara berfasa, selain turut mengharapkan sokongan semua pihak dalam menghadapi kejohanan akan datang.Sebagai rekod, The Malaysian Tigress gagal mara ke separuh akhir di Kakamigahara apabila menduduki tempat ketiga dalam saingan Kumpulan A selepas melakar dua kemenangan dan tewas dua kali.Anak buah Lailin kemudian membelasah Hong Kong 10-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga lapan, Jumaat lepas sebelum bertemu Kazakhstan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 04:46pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262889/berita/sukan/semua-perlawanan-tidak-mudah---faisal", "article_title": "Semua perlawanan tidak mudah - Faisal", "article_text": "PEMAIN sayap kanan Harimau Malaya, Faisal Halim tidak memandang rendah kekuatan pasukan lawan yang akan beraksi dalam perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Kepulauan Solomon yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu Rabu ini.Malah pemain Selangor FC itu menyifatkan semua perlawanan adalah tidak mudah walaupun beliau kembali beraksi semula di padang yang sama ketika bersama dengan Terengganu FC (TFC) pada musim lalu.\"Semua perlawanan bukan mudah untuk pasukan kebangsaan kerana semua pasukan yang datang mempunyai bakat dan level (tahap) masing-masing, cuma kualiti pemain yang membezakan.\"Namun, dari segi taktikal 'coach' kita yakin kita mampu buat sesuatu dalam perlawanan ini,\" katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Ahad.Kembali beraksi di Terengganu sebagai pemain bagi pasukan kebangsaan, Faisal yang lebih mesra digelar 'Mickey' berkata, dia akan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang ada sebelum ini untuk memberikan aksi terbaik buat pasukan.\"Tak kisahlah saya bermain di mana, sebagai pemain Harimau Malaya, kita amat harapkan sorakan dan dan sokongan terbaik daripada rakyat Terengganu.\"Sudah tentu saya akan manfaatkan pengalaman saya sebelum ini bermain sebagai pasukan Terengganu dan bermain di Gong Badak selama dua tahun dan sekarang kembali bermain untuk pasukan kebangsaan dengan rakan-rakan yang terbaik di seluruh Malaysia, sudah tentunya persembahan juga lebih meningkat.\"Banyak aspek yang penting dalam perlawanan kali ini, bukan hanya faktor fizikal taktikal coach dan kerjasama dalam rakan sepasukan juga penting,\" ujarnya.Sementara itu, penyerang Harimau Malaya, Shahrul Saad berkata, beliau yakin pasukan itu mampu memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan kali ini.Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata, persefahaman yang baik dalam kalangan pemain menguatkan lagi bentuk kerjasama mereka dalam satu pasukan.\"Bagi saya panggilan untuk perlawanan kali ini tiada sebarang masalah. Kami boleh nampak ada 'bonding' antara satu sama lain dan itu yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.\"Sebelum ini masing-masing beraksi dalam liga dan telah dipanggil untuk pasukan kebangsaan. Tiada masalah kerana kita di sini bukan bermain untuk mana-mana pasukan, kita bermain untuk pasukan kebangsaan dan mencari peluang yang terbaik,\"katanya.Selain berdepan Kepulauan Solomon, Harimau Malaya juga dijadualkan menentang Papua New Guinea di vanue sama pada 20 Jun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 03:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262887/berita/sukan/kbs-harap-ramai-atlet-oku-sertai-olimpik-khas-dunia", "article_title": "KBS harap ramai atlet OKU sertai Olimpik Khas Dunia", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan lebih ramai atlet orang kurang upaya (OKU), dapat melibatkan diri secara aktif untuk terpilih membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia akan datang.Bagi tujuan tersebut, beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang giat menjalankan pencarian bakat atlet OKU, untuk memastikan Malaysia dapat menghantar lebih banyak penyertaan ke temasya sukan berprestij itu.\"Saya dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan melihat apa lagi bantuan, sokongan yang kementerian boleh beri kepada jurulatih khususnya kerana bukan mudah untuk melatih mereka (atlet OKU),\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet ke Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di sini pada Ahad.Terdahulu, Hannah mengumumkan seramai 16 atlet OKU bakal membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman yang akan berlangsung dari 17 hingga 25 Jun ini.Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi OKU yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.Mengulas lanjut, Hannah berkata, MSN sebelum ini menyalurkan dana sebanyak RM160,000, sebagai persediaan kontinjen negara ke Berlin.Dalam pekembangan lain, beliau berkata MSN dan KBS sudah menyiapkan kertas kerja untuk penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, yang dijangka diadakan September ini. \"Tahun ini sedikit unik kerana bajet baharu sahaja diserahkan pada April (kerana Belanjawan 2023 dibentangkan pada Februari lepas) dan sebagainya. Tapi MSN masih sedia untuk mempersiapkan perlumbaan itu, dan kami sedang berusaha ke arah itu,\u201d katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 03:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262866/berita/sukan/pm-ucap-tahniah-kepada-skuad-bola-sepak-cerebral-palsy", "article_title": "PM ucap tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy", "article_text": "PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja baru-baru ini.Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata beliau telah bertemu dengan skuad kendalian Asnan Md Zuki itu semalam, dan berhadap pasukan itu dapat meneruskan prestasi cemerlangnya pada masa akan datang.\"Saya ucap tahniah kepada mereka, dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan,\u201d katanya.Pada perlawanan akhir yang berlangsung Khamis lepas, skuad negara menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad.Sementara itu Perdana Menteri turut memuji aksi dan pencapaian yang dipamerkan kontinjen Malaysia sepanjang temasya APG 2023 berlangsung.\"Ucapan tahniah juga ditujukan buat kontinjen Malaysia keseluruhannya yang mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung,\u201d katanya.Pada APG 2023 di Kemboja yang berakhir Jumaat lepas, Malaysia memperoleh 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa sekali gus melepasi sasaran 33 emas yang diletakkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 12:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262853/berita/sukan/saliba-beri-bayangan-gembira-di-london", "article_title": "Saliba beri bayangan gembira di London", "article_text": "BINTANG Arsenal, William Saliba telah mencapai persetujuan dengan The Gunners mengenai kontrak baharu yang menyaksikan dia bersedia untuk kekal di Emirates sehingga sekurang-kurangnya musim panas 2027.Biarpun pemain Perancis itu belum mengesahkan penyambungan khidmat di Stadium Emirates, namun kedua-dua pihak dilaporkan gembira dengan syarat perjanjian yang akan ditandatangani dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.Sebelum ini timbul kebimbangan dalam kalangan penyokong setia Arsenal berkenaan status jangka panjang Saliba yang disifatkan semakin jauh dari utara London.Pemain tengah itu yang hanya mempunyai satu tahun lagi kontrak bersama Arsenal telah pun menarik minat beberapa kelab terbesar benua Eropah.Gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid dan jagoan Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dikaitkan dengan Saliba dalam beberapa bulan kebelakangan ini, hasil kempen debut sensasinya bersama Arsenal.Biarpun begitu, komitmen pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk mengekalkan para pemainb musim lalu termasuk Saliba.\"Kami mahu mengekalkan bakat terbaik kami, terutamanya pemain yang layak mendapat pengiktirafan.\"Saya fikir dia (Saliba) luar biasa sejak kembali dari tempoh pinjaman dan kami mahu memberi ganjaran kepadanya, itu sudah pasti. Kami akan mencari masa yang sesuai untuk melakukannya,\" katanya.Sebagai rekod, timbul tanda tanya mengenai status Arteta dengan Saliba, memandangkan pemain Perancis itu mengambil masa tiga musim dipinjamkan di Saint-Etienne, OGC Nice dan Marseille sebelum dia membuat penampilan sulung kompetitif di Arsenal.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 11:01am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262881/berita/sukan/ronaldo-terlalu-mahal", "article_title": "'Ronaldo terlalu mahal'", "article_text": "SPORTING Kansas City tidak akan membuat sebarang langkah menandatangani Cristiano Ronaldo dalam usaha bersaing dengan Inter Miami yang membawa masuk Lionel Messi untuk beraksi di Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS).Sebelum ini, Sporting berminat untuk mendapatkan Ronaldo selepas pemenang Ballon d'Or lima kali itu meninggalkan Manchester United akhir tahun lalu.Bagaimanapun, pihak MLS tidak dapat membuat perjanjian yang mampu menyaingi tawaran diterima Ronaldo daripada kelab Arab Saudi, Al Nassr.Messi disahkan akan menyertai Miami pada musim ini, namun pengendali Sporting Peter Vermes tidak melihat peluang untuk menandatangani Ronaldo.\u201cTidak, dia telah berada bersama Al Nassr selama dua tahun dengan sejumlah wang yang besar. Saya rasa yuran perpindahan akan berada di luar kemampuan kami.\u201cPada masa kami terfikir untuk melakukan perjanjian itu, (Messi ke Miami) adalah di luar jangkaan kerana ada cakap-cakap mengenai dia akan ke Miami pada penghujung piala dunia. Hakikat bahawa (Messi) akan datang ke sini adalah luar biasa,\u201d katanya.Vermes turut mengakui teruja melihat Messi datang ke MLS dan membandingkan ikon Argentina itu dengan bintang NBA Michael Jordan.\u201cSaya fikir apabila David Beckham datang ke liga dia mempunyai impak yang luar biasa pada liga kami, dan kemasyhuran ke seluruh dunia.\u201cMessi adalah pemain terbaik di dunia dan untuk mempunyai pemain terbaik di dunia bermain dalam liga ini adalah sangat hebat. Ia seperti menonton Michael Jordan bermain bola keranjang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 10:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262848/berita/sukan/city-kini-layak-digelar-pasukan-terbaik-eropah", "article_title": "City kini layak digelar pasukan terbaik Eropah", "article_text": "PEP Guardiola percaya Manchester City layak berada dalam kelompok pasukan terbaik dunia selepas selepas akhirnya memenangi trofi Liga Juara-Juara.City melengkapkan treble pada malam gemilang di Istanbul selepas menewaskan Inter Milan 1-0 menerusi jaringan Rodri pada minit ke-68.City telah mendominasi persada domestik di bawah kendalian Guardiola dengan memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh enam tahun serta dua Piala FA dan empat Piala Liga Inggeris.Namun, satu-satunya trofi yang belum dimenangi mereka ialah Liga Juara-juara dan mereka memecahkan badi itu dengan kemenangan di Stadium Olimpik Ataturk pada awal pagi Ahad.\"Anda perlu menang di Eropah untuk dianggap pasukan yang hebat dan kami berjaya melakukannya.\"Saya tidak mahu pasukan jatuh selepas menang Liga Juara-Juara. Kami perlu bekerja keras musim depan dan berada di final lagi.\"Ada pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara dan kemudiannya jatuh. Kami kena elakkan perkara itu.\"Ia satu kelegaan untuk memiliki trofi ini,\" katanya.Dalam pada itu, Guardiola memberi penghormatan kepada Inter kerana saingan luar biasa di final dan kepada pengurusan City kerana mengekalkan kepercayaan kepadanya untuk mengemudi pasukan.\"Untuk Inter, saya harus mengucapkan tahniah kepada mereka atas prestasi mereka. Saya tahu apa yang mereka rasa kerana kami merasakannya dua tahun lalu.\"Tiada perkataan yang boleh menangani kesakitan tetapi mereka adalah pasukan kedua terbaik di Eropah dan itu luar biasa.\"Kedua adalah untuk pengarah sukan, CEO dan pengerusi saya. Biasanya apabila anda tidak memenangi Liga Juara-Juara selepas bertahun-tahun anda dipecat. Berapa banyak kelab yang memusnahkan projek itu?\"Sekarang adalah masa untuk meraikan. Saya tidak sabar untuk hari Isnin di Manchester meraikannya dengan tiga trofi.\u201dCity menjadi pasukan Inggeris kedua selepas Manchester United kendalian Sir Alex Ferguson pada 1999 memenangi treble Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA pada musim yang sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 10:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262849/berita/sukan/inzaghi-bangga-semangat-juang-inter-milan", "article_title": "Inzaghi bangga semangat juang Inter Milan", "article_text": "PENGURUS Inter Milan, Simone Inzaghi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian I Nerazzurri walaupun mengalami kekalahan pahit kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad.Malah anak buah Inzaghi yang tewas 0-1 hasil gol Rodri pada separuh masa kedua, namun Inzaghi berusia 47 tahun kekal ceria selepas musim sukar apabila membimbing pasukannya ke tempat ketiga Serie A juga sebagai memenangi Piala Itali dan Piala Super.\"Pada malam seperti ini, saya tidak boleh memilih para pemain yang bermain di bawah par. Saya berkata semalam saya tidak akan menukar pemain saya untuk orang lain, dan malam ini dunia melihat sebabnya.\u201cMereka menunjukkan kepada seluruh dunia betapa mereka tenang menentang Manchester City, pasukan yang semua orang tahu mempunyai kualiti yang sangat tinggi.\"Saya memeluk pemain saya satu demi satu kerana mereka luar biasa, sama seperti peminat kami dan berhak mendapat keputusan berbeza, tetapi saya harap mereka gembira melihat cara pasukan bermain malam ini,\" kata Inzaghi.Dalam pada itu, Inzaghi mengakui menghadapi kritikan daripada para penyokong kelab Serie A tersebut dan media.\u201cSaya dan pemain Inter diserang dari pelbagai sudut dan diakui kami tewas dalam beberapa perlawanan yang tidak sepatutnya kami kalah, tetapi saya percaya kami belajar pengajaran berharga daripada kekalahan itu.\"Dengan semangat, organisasi dan keazaman ini, saya rasa kami akan kembali ke sini lagi pada masa depan,\" tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 10:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262843/berita/sukan/tak-sangka-sepakan-basikal-hasilkan-gol", "article_title": "Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol", "article_text": "PENYERANG Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Fernando Forestieri tidak menyangka sepakan basikal menghasilkan gol ketika berdepan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super pada Sabtu.Malah, jaringan peribadi ke-15, Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu dalam perlawanan tersebut.\u201cSebenarnya saya tidak menyangka sepakan basikal itu akan menghasilkan jaringan.\u201cMalah saya hanya mengambil peluang melakukan sepakan ke arah gawang pasukan lawan.\u201cDan apabila melihat bola menerjah jaring, saya meraikan jaringan bersama-sama rakan sepasukan,\u201d kata pemain berusia 33 tahun itu dalam temubual selepas perlawanan tersebut.Terdahulu Harimau Selatan melebarkan status pendahulu apabila menewaskan TFC, 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.Gol Harimau Selatan dihasilkan Forestieri minit ke-21, penalti Bergson da Silva (m-48) dan Endrick (m-94) manakala jaringan sagu hati skuad Penyu dihasilkan Sony Norde minit ke-28.Forestieri mengakui gembira dengan tiga mata diraih JDT ketika berdepan TFC. - Foto JOHOR Southern TigersDalam pada itu, Forestieri mengakui gembira dengan tiga mata diraih JDT pada perlawanan tersebut.\u201cBersama JDT, saya bukan sekadar sekadar mahu diingati sebagai penyerang memakai jersi nombor sembilan.\u201cSebaliknya juga mahu diingati dengan larian menggerakkan pasukan selain memberi bantuan gol kepada pasukan.\u201cPengorbanan dalam memastikan kemenangan buat pasukan adalah lebih penting daripada menjaringkan gol,\u201d katanya.Dalam pada itu, Forestieri mengakui persembahan JDT dalam tempoh 20 minit pertama separuh masa pertama kurang menghadirkan kesan kepada skuad Penyu.\u201cNamun pasukan kembali bermain dengan gaya bola sepak JDT selepas saya menjaringkan gol pendahuluan.\u201cTahniah juga kepada pasukan Terengganu yang mempamerkan persembahan berkualiti sekali gus menjadikan permainan lebih menarik.\u201cSejujurnya saya tidak menjangkakan Terengganu bertambah baik pada pusingan kedua,\u201d katanya.Mengenai gol ke-15 musim ini, Forestieri menyifatkannya hasil kerjasama berpasukan pemain Harimau Selatan.\u201cTanpa bantuan rakan sepasukan, adalah mustahil untuk saya menjaringkan gol selain sokongan para penyokong.\u201cBiarpun begitu selepas ini kami perlu bekerja lebih keras lagi kerana setiap pasukan lawan semakin bertambah baik setiap musim,\u201d katanya.Sementara itu, tiga mata diraih Harimau Selatan ketika menjinakkan skuad Penyu sekali gus melebarkan rentak kemenangan disifatkan bukan satu tugas mudah.Sebaliknya pengendali JDT, Esteban Solari mengakui persembahan skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner itu semakin meningkat berbanding pusingan pertama sebelum ini.\u201cYa, kami sememangnya sebelum perlawanan telah menjangkakan berdepan tentangan sengit Terengganu tambahan pula kami bermain di laman lawan.\u201cDan sememangnya Terengganu memberikan tekanan sejak awal permainan lagi, namun saya gembira apabila para pemain dapat kembali mengekalkan gaya permainan pasukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 07:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262844/berita/sukan/city-takluk-eropah", "article_title": "City takluk Eropah", "article_text": "MANCHESTER City akhirnya berjaya memenangi trofi Liga Juara-Juara selepas jaringan Rodri pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir di Istanbul pada awal pagi Ahad.Ia sekali gus menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola itu melengkapkan kejuaraan treble yang diidamkan mereka dalam aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk itu.\"Ia tidak mudah dan pasukan yang kami hadapi sukar dipercayai,\" kata Rodri.Setelah merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima dalam enam musim dan Piala FA, City menjadi kelab Inggeris yang memenangi treble itu sejak Manchester United melakukannya pada 1999.Ia juga adalah gelaran Liga Juara-Juara ketiga buat pengendali City, Pep Guardiola yang memenanginya sebanyak dua kali bersama Barcelona.\"Saya fikir kami mencipta sejarah. Perkara yang baik ialah kami mahukan lebih banyak kejuaraan lagi,\" katanya.Inter yang dalam laluan untuk meraih trofi buat kali keempat menampilkan persembahan berkualiti dan berjaya menyekat serangan City pada separuh masa pertama dengan perancang utama The Citizen, Kevin De Bruyne mengalami kecederaan.Pemain Belgium itu turut menerima nasib sama ketika City tewas pada final Liga Juara-Juara 2021 di tangan ChelseaMalah, mesin gol City, Erling Haaland turut gagal menemui sentuhan gol sepanjang perlawanan dengan Rodri hadir sebagai pemusnah melalui jaringan pada minit ke-68.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Jun 2023 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262831/berita/sukan/li-jane-muncul-juara-boling-terbuka-singapura-2023", "article_title": "Li Jane muncul juara boling Terbuka Singapura 2023", "article_text": "PEMAIN boling negara, Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.Bowling Malaysia menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini memaklumkan, pemain berusia 30 tahun itu merangkul gelaran keempat kejohanan Singapura itu selepas menumpaskan pemain tuan rumah Shirlene Wong untuk memenangi wang tunai sebanyak S$15,000 (RM51,507.03).Sebelum mara ke final, Li Jane hanya menduduki tangga kedua perlawanan dengan membuat 1,748 jatuhan pin manakala Shirlene membuat jatuhan pin sebanyak 1,808 pada pusingan Masters kedua, namun bangkit menewaskan Shirlene 227-193 dan 195-178 pada perlawanan pertama dan kedua pusingan akhir.Li Jane sebelum ini turut memegang gelaran juara kejohanan berkenaan pada 2010, 2013 dan 2014.Berbeza nasib, pemain boling lelaki Timmy Tan gagal memegang gelaran juara kategori lelaki apabila diketepikan pemain Sweden Kim Bolleby 184-213 pada perlawanan pertama, pusingan akhir kejohanan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 10:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262830/berita/sukan/aaron-wooi-yik-tamatkan-cabaran-di-separuh-akhir", "article_title": "Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir", "article_text": "PASUKAN Malaysia gagal meraih sebarang gelaran dalam Terbuka Singapura 2023 selepas juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan cabaran pada separuh akhir hari ini.Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod kemenangan 1-4 ke atas lawan mereka itu.Perlawanan itu adalah pertemuan kelima mereka dan pasangan Malaysia hanya sekali berjaya mengatasi beregu China itu, iaitu semasa Masters Indonesia, Januari tahun ini.\"Kami kecewa tidak bermain dengan baik ketika mata penting.\"Kami perlu lebih fokus. Perlawanan hari ini bukan mudah jadi kami perlu pulihkan diri segera sebelum bermain pada kejohanan seterusnya (Terbuka Indonesia) minggu depan,\u201d Wooi Yik memberitahu Bernama selepas perlawanan.Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menampilkan aksi mantap sebelum tunduk kepada beregu nombor tiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24.Kali terakhir Malaysia menjuarai kategori beregu lelaki pada kejohanan itu ialah pada 2008 menerusi Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menjadi pemain negara terakhir meraih gelaran di Terbuka Singapura pada 2018 sebelum kejohanan itu tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 10:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262824/berita/sukan/eain-yow-kekalkan-kejuaraan-asia", "article_title": "Eain Yow kekalkan kejuaraan Asia", "article_text": "PEMAIN skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mempertahankan gelaran juaranya dalam Kejohanan Skuasy Perseorangan Asia 2023 tetapi S Sivasangari tewas dalam perlawanan akhir.Pemain nombor 17 dunia, Eain Yow bermain dengan penuh tumpuan menewaskan wakil India S Velavan 11-4, 11-5, 11-6 dalam pertarungan selama 31 minit untuk gelaran juara itu di Pusat Skuasy Hong Kong, pada Sabtu.Pemain pilihan utama kejohanan itu mara ke final selepas menumpaskan wakil tuan rumah Henry Leung 11-5, 11-8, 12-10 pada separuh akhir semalam sementara Velapan meranapkan harapan untuk dua pemain Malaysia berentap di final dengan mengejutkan Ivan Yuen 11-4, 11-6, 8-11,11-7.Kejayaan ini bermakna Eian Yow kini merupakan pemain ketiga Malaysia yang menjuarai kejohanan diwtahunan itu berturut-turut selepas Ong Beng Hee (2000, 2002, 2004, 2006) dan Mohd Azlan Iskandar (2008, 2010).Sementara itu, Sivasangari terlepas peluang mengakhiri kemarau kejuaraan negara selama lapan tahun selepas tewas 6-11, 11-9, 14-12, 3-11, 1-11 kepada wakil tuan rumah Chan Sin Yuk setelah bertarung selama 40 minit.Sivasangari yang berpangkalan di Amerika Syarikat melangkah ke final selepas mengejutkan pemain pilihan utama kejohanan dan nombor 18 dunia Satomi Watanabe dari 11-9, 14-12, 11-8, Jepun sementara Chan menyingkirkan rakan senegara Ho Tze-Lok 7-11, 11-5, 11-5, 11-7.Kali terakhir Malaysia menjadi juara kejohanan ini selepas legenda skuasy wanita negara, Datuk Nicol David muncul juara buat kali kesembilan pada 2015.Jurulatih negara Andrew Cross memuji Eian Yow dan Sivasangari di atas kesungguhan mereka beraksi sehingga berjaya ke final.\u201cEian Yow tahu bagaimana untuk menyempurnakan tugasnya, beliau bermain dengan baik sepanjang minggu ini. Siva juga beraksi dengan baik hari ini, sebenarnya. Beliau menghadapi perlawanan mencabar minggu ini dan kekal positif dalam usahanya,\u201d katanya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 09:52pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262825/berita/sukan/belum-ada-penawaran-rasmi-dari-vida", "article_title": "'Belum ada penawaran rasmi dari Vida'", "article_text": "KELANTAN FC masih belum menerima sebarang tawaran rasmi pembelian The Red Warriors (TRW) daripada pihak berminat termasuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida.Itu pengkongsian pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang juga usahawan dan pakar pelaburan di laman Facebooknya.\u201cAda tak pilihan lain untuk menerajui team Kelantan selain Datuk Seri Vida?\u201cUntuk pengetahuan semua, setakat hari ini belum ada penawaran rasmi lagi dari beliau,\u201d katanya yang lebih dikenali sebagai Zamsaham.Dalam pada itu, Zamsaham turut bertanyakan pandangan para penyokong TRW berkenaan pilihan terbaik menerajui kelab tersebut selain Datuk Seri Vida.Datuk Seri Vida sebelum ini dilaporkan berminat mengambil alih kelab Liga Super pantai timur tersebut.Selain itu, dia juga dilaporkan meletakkan anaknya, Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin mengendalikan kelab Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 09:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262819/berita/sukan/haqimi-azim-digugur-dari-skuad-kebangsaan", "article_title": "Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan", "article_text": "KETUA Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon terpaksa melepaskan pemain penyerang, Haqimi Azim Rosli disebabkan masalah kesihatan dialami pemain Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu.Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, pihaknya memantau perkembangan pemain muda berusia 20 tahun berkenaan sehingga malam semalam, namun tiada tanda positif dia dapat hadir untuk menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.Beliau berkata selain Haqimi Azim, kesemua 26 pemain yang terpilih dalam senarai skuad Harimau Malaya berada dalam keadaan baik dan sudah tiba untuk latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) hari ini.\"Sehingga malam semalam kami memantau Haqimi, namun tidak nampak peningkatan.\"Jadi saya fikir atas sebab rawatan perubatan dia digugurkan daripada pasukan. Setakat ini, semua orang (pemain lain) dalam keadaan baik,\u201d katanya pada sidang media sebelum sesi latihan hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di SSMZA petang tadi.Bagi panggilan kem latihan pusat Jun ini, Pan-gon mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac lepas.Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck; tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.Dua aksi perlawanan persahabatan menentang pasukan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Kuala Terengganu bakal menjadi medan ujian buat skuad negara sebelum ke pusingan akhir Piala Asia 2023. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 09:26pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262810/berita/sukan/fandi-lega-pahang-akhiri-rentetan-kekalahan", "article_title": "Fandi lega Pahang akhiri rentetan kekalahan", "article_text": "KEJAYAAN Sri Pahang bangkit ketinggalan 1-3 ketika menjinakkan Negeri Sembilan FC 4-3 dalam aksi Liga Super disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa.Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menyifatkan skuad Tok Gajah memperagakan kebangkitan luar biasa dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan tersebut.\u201cAlhamdulillah, luar biasa apabila para pemain Pahang memberikan aksi 200 peratus dalam separuh masa kedua.\u201cSebenarnya, kita agak kecewa pada separuh masa pertama apabila disiplin pasukan kurang, namun separuh masa kedua kita kembali rancak dalam menyerang.\u201cPaling penting, kita kembali mengutip tiga mata selepas dua kekalahan sebelum ini,\u201d katanya yang mengakui ketiadaan Herold Goulon separuh masa kedua mengaktifkan jentera pasukan.Dalam perlawanan itu, gol Sri Pahang dijaringkan Stefano Brundo menerusi sepakan penalti minit ke-24 dan minit ke-90, David Rowley (m-80) dan Kpah Sherman (m-94).Sementara itu, gol skuad Rusa kendalian K Devan pula dijaringkan Goulon (m-7), Shahrel Fikri (m-14) dan Casagrande (m-25).Jelas Fandi lagi, dia gembira apabila perlawanan ke-14 itu mengakhiri dua kekalahan berturut-turut pasukan tersebut sebelum ini.\u201cSebelum perlawanan bermula, saya cakap mudah-mudahan tidak ada kekalahan hatrik pada malam ini.\u201cAlhamdulillah, terima kasih kepada semua pemain yang memberikan persembahan luar biasa untuk tiga mata dalam perlawanan ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 09:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262806/berita/sukan/habuan-cecah-rm1-juta-menanti-atlet-para-negara", "article_title": "Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara", "article_text": "SEPANG - Ganjaran wang tunai keseluruhan mencecah lebih RM1 juta menanti pemenang pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk R Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.\"Ganjaran adalah berdasarkan SHAKAM, saya pasti kerajaan akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan, saya tidak melihat ia sebagai masalah walaupun kita memenangi 50 emas,\u201d katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Sabtu.Menerusi SHAKAM, pemenang emas acara individu bakal membawa pulang RM20,000 diikuti RM10,000 untuk emas kedua dan seterusnya.Bagi acara berpasukan yang kurang daripada lima orang akan membawa pulang RM20,000 manakala acara berpasukan lebih daripada lima orang layak menerima RM5,000.Terdahulu, ketibaan Subramaniam bersama kontinjen negara ke APG 2023 disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta ahli keluarga barisan atlet.Sementara itu, atlet terbaik negara di APG 2023 Abd Halim Mohammad menjadi individu yang akan menerima habuan tertinggi selepas menggondol lima emas menerusi renang.Bagaimanapun, beliau yang membuat penampilan kedua pada temasya sukan dwitahunan itu tidak memikirkan soal ganjaran, sebaliknya mahu terus fokus memperbaiki prestasi serta catatan masa untuk bersaing di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 seterusnya Sukan Paralimpik Paris 2024.\"Apa pun saya anggap ganjaran itu sebagai bonus, saya ibaratkan macam durian runtuh, saya rasa sangat bersyukur,\u201d katanya.Pada APG 2023 di Kemboja yang melabuhkan tirainya semalam, pencapaian 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa menyaksikan Malaysia menduduki tangga keempat carta pingat di belakang juara, Indonesia diikuti Thailand (kedua) dan Vietnam ketiga.MPM sebelum ini mengumumkan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lepas di Solo, Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 08:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262804/berita/sukan/zamsaham-lepaskan-psps-riau-fc", "article_title": "Zamsaham 'lepaskan' PSPS Riau FC", "article_text": "USAHAWAN dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman mengesahkan Persatuan Sepakbola Pekanbaru dan Sekitarnya (PSPS) Riau FC kini dimiliki pemilik baharu.\u201cSaya Norizam Tukiman, dengan ini menyatakan bahawa PSPS Riau FC sudah berpindah tangan.\u201cDan orang yang akan menangani kelab tersebut adalah orang yang tepat untuk meneruskan mimpi saya supaya PSPS Riau FC kembali ke masa kejayaannya.\u201cSemua bayaran kerosakan kerusi stadium dan bayaran lain semua dijelaskan melalui lawyer yang dilantik iaitu Pak Effendy Shah Putra,\u201d katanya yang juga pemilik Kelantan FC di Facebooknya pada Sabtu.Norizam sebelum ini melebarkan sayap dalam industri bola sepak apabila mengambil alih PSPS Riau pada Mei 2021.Dalam masa sama, Norizam yang lebih dikenali Zamsaham juga meminta maaf kepada warga Pekanbaharu terutama para penyokong Lucky Warriors yang beraksi di Liga 2 Indonesia tersebut.\u201cDalam kesempatan ini, saya juga ingin meminta maaf kepada seluruh warga kota Pekanbaru, khususnya kepada supporter jika ada salah kata dan sikap selama saya menjadi pemilik PSPS Riau FC.\u201cSemoga kelab yang saya cintai ini menjadi lebih baik untuk ke depannya. Terima kasih juga untuk seluruh bentuk dukungan yang sudah diberikan kepada saya selama ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 08:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262790/berita/sukan/sorakan-tepukan-gemuruh-iringi-kepulangan-wira-apg-2023", "article_title": "Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023", "article_text": "TEPUKAN dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini.Lebih istimewa, kepulangan atlet berkenaan disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta ahli keluarga atlet.Sejurus keluar dari Balai Ketibaan kira-kira 5 petang, Dr Wan Azizah dan Hannah turut menyampaikan jambangan bunga kepada semua atlet yang tiba menerusi penerbangan MH755 dan MH7207 dari Phnom Penh, Kemboja.Dr Wan Azizah ketika ditemui Bernama pada majlis sambutan berkenaan berkata, beliau dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya berbangga dengan pencapaian kesemua atlet yang berjaya hampir menggandakan pungutan pingat berbanding sasaran awal.\"Kontinjen ini memberikan kita pingat hampir dua kali ganda daripada sasaran, bayangkan mereka semua \u2018kelainan upaya\u2019 dan saya berbangga dapat menyambut kepulangan mereka,\u201d katanya yang turut dilihat memberikan isyarat \"bagus\u201d kepada atlet berkenaan.Membariskan seramai 144 atlet, dengan 62 daripadanya membuat penampilan sulung di pentas berprestij itu, langsung tidak menyekat kontinjen para untuk membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini mengumumkan sasaran buruan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lepas di Solo, Indonesia.APG 2023 yang bermula 3 Jun lepas dan melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Indonesia mempertahankan gelaran juara keseluruhan dengan merangkul 159 pingat emas, 148 perak dan 94 gangsa, sekali gus memegang gelaran itu buat kali keempat selepas edisi Solo 2022, Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017.Thailand yang akan menjadi tuan rumah pada edisi ke-13 pada 2026 menghuni tangga kedua dengan meraih 126-110-92 diikuti Vietnam (66-58-77). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 06:30pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262787/berita/sukan/kembara-tang-jie-ee-wei-tersekat-separuh-akhir", "article_title": "Kembara Tang Jie-Ee Wei tersekat separuh akhir", "article_text": "HASRAT pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Singapura 2023 tidak kesampaian pada Sabtu.Tang Jie-Ee Wei yang berstatus ranking ke-20 dunia terpaksa akur kehebatan gandingan nombor tiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam aksi separuh akhir.Biarpun begitu dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, Tang Jie-Ee Wei tidak memberi laluan mudah kepada pasangan dari Jepun sebelum tewas set pertama 17-21.Set kedua Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan kembali permainan mula menyaingi lawan apabila kedua-dua sering bertukar mata sebelum pasangan negara itu tewas 22-24 dalam masa 39 minit.Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei bangkit kekalahan set kedua untuk menyingkirkan gandingan dari Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau 21-14, 16-21, 21-18 dalam masa 58 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 06:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262781/berita/sukan/damok-retak-rusuk-kiri-terlepas-gp-itali-jerman", "article_title": "Damok retak rusuk kiri, terlepas GP Itali, Jerman", "article_text": "PELUMBA Moto3 negara Syarifuddin Azman terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada Grand Prix (GP) Itali dan GP Jerman selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Mugello, Itali pada Jumaat.Pasukannya ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan pelumba yang lebih mesra dengan panggilan Damok itu mengalami keretakan rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika sesi latihan tersebut.\u201cDia akan terlepas dua perlumbaan (GP Itali dan GP Jerman). Damok akan dipantau dari semasa ke semasa untuk proses pemulihan. Mari kita bersama doakan untuk Damok segera pulih dan dapat beraksi dengan lebih baik selepas dia sembuh,\u201d menurut kenyataan itu.Sementara itu, pelumba berusia 22 tahun berkenaan yang pertama kali beraksi di litar Mugello, berharap dapat segera pulih untuk menyertai perlumbaan akan datang.\u201cSaya perlu kembali dengan kuat dan pulih secepat mungkin. Saya harap semua mendoakan saya untuk cepat sembuh. Mohon sokong adik-adik saya yang berlumba minggu ini di Red Bull MotoGP Rookies Cup,\u201d katanya menerusi video yang dikongsi ZK Racing pada Sabtu.Pada sesi latihan bebas pertama sebelum kemalangan, Damok berjaya melengkapkan saingan dengan melakukan catatan sepusingan terbaik dua minit 00.012 saat untuk berada di tempat ke-26 daripada 29 pelumba.Pusingan GP Itali bermula semalam hingga esok manakala GP Jerman bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini.Pada pusingan sebelum ini di GP Perancis, Damok gagal menamatkan perlumbaan susulan kemalangan ketika memburu kedudukan dalam kelompok 10 terbaik di Litar Le Mans, Mei lepas.Dia ketika ini berada di kedudukan ke-22 daripada 29 pelumba selepas mengumpul lima mata setelah menduduki tempat ke-11 di GP Argentina awal April lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 05:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262754/berita/sukan/nauraj-umum-persaraan", "article_title": "Nauraj umum persaraan", "article_text": "SELEPAS 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, atlet lompat tinggi sensasi negara, Nauraj Singh Randhawa mengumumkan persaraannya di usia 31 tahun pada Sabtu.Dalam catatan di akaun instagramnya, Nauraj berkata, sudah tiba masanya memberi tumpuan kepada kerjayanya selari dengan tuntutan kerja semasa dan alasan peribadi.Pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi lelaki itu mengakui bahawa keputusan tersebut semestinya sesuatu yang sukar dan telah difikirkan dalam tempoh yang lama.\u201cKeputusan saya berdasarkan alasan peribadi dan perkembangan semasa. Keputusan ini dibuat demi masa depan saya dan setelah difikir secara masak-masak.\u201cTambahan pula, saya berasa lega apabila tanggungjawab saya ini bakal digalas oleh dua atlet muda yang berwibawa untuk memastikan penguasaan berterusan Malaysia di Sukan SEA nanti,\u201d katanya.Atlet kelahiran Johor itu turut mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana menyediakan keperluan dan menyokongnya sepanjang kerjayanya selama 15 tahun.Nauraj telah memenangi pingat emas berturut-turut dalam tiga Sukan SEA, pada 2013 di Naypyidaw, 2015 di Singapura dan edisi Kuala Lumpur pada 2017. Beliau memegang rekod kebangsaan 2.30 meter (m) yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2017.Dia juga memegang rekod tertutup kebangsaan 2.27m yang dilakar pada Kejohanan olahraga Hvezdy vs Nehvizdech di Republik Czech pada Januari tahun lepas.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 03:28pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262747/berita/sukan/bekas-pelatih-malaga-city-sertai-trw", "article_title": "Bekas pelatih Malaga City sertai TRW", "article_text": "BEKAS pelatih Akademi Malaga City FC, Sepanyol, Allee Putra Azril, 18, sah menyarung jersi Kelantan FC pada pintu perpindahan kedua pemain pada Julai ini.Perkara tersebut diumumkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosialnya pada Sabtu.\"Dia selesa bermain di bahagian tengah dan mudahan boleh membantu TRW nanti.\"Kita sama-sama doakan kejayaan dia dan pasukan,\" katanya.Menurut beliau, anak kelahiran Bachok itu pernah berada dengan Akademi Malaga City FC selama dua tahun.Allee Putra sebelum ini pernah mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila terpilih menjadi pelatih di Akademi Malaga City FC pada tahun 2020.Ketika berkelana ke Eropah itu dia baharu berusia 15 tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 02:56pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262744/berita/sukan/jangan-risau-jangan-risau", "article_title": "'Jangan risau... jangan risau...'", "article_text": "JAWATANKUASA Road to Gold (RTG) akan bermesyuarat minggu depan bagi mengkaji dan membincangkan keperluan barisan atlet negara dalam misi memburu pingat emas sulung Sukan Olimpik.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mengambil serius masalah yang dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkenaan sistem sokongan sejak kembali berlatih di tanah air.\"Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat melihat dan mengkaji setiap permintaan (top up) yang diminta oleh atlet-atlet yang telah dipilih dalam program tersebut.\"Mesyuarat (Jawatankuasa RTG) itu akan berlangsung pada minggu hadapan dan semua hasrat atlet-atlet terpilih ini akan dikaji oleh Jawatankuasa RTG.\"Saya telah menghubungi Datuk Azizul melalui koordinator kita (Jawatankuasa RTG), Datuk Stuart Ramalingam. Kita akan usahakan yang terbaik untuk atlet negara.\"Ia bagi memastikan peluang untuk Malaysia dapat pingat emas (Sukan Olimpik) cerah. Jangan risau.. jangan risau,\" katanya di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu.Hannah ditemui pemberita ketika Majlis Pelancaran Program Malaysia Aktif@Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, Butterworth.Terdahulu, Azizulhasni meluahkan kekecewaannya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih gagal menyediakan sistem sokongan lengkap sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.Menerusi luahan di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis lalu, Azizulhasni nyata terkilan kerana sistem sokongan sukan di Malaysia dilihat belum setara dengan pangkalan latihan sebelum ini di Melbourne, Australia.Malah, Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman turut mendedahkan mengenai isu kelewatan bayaran elaun ketika berpangkalan di Melbourne.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 02:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262732/berita/sukan/everest-kbs-keluar-kenyataan-siasatan-selepas-operasi-selesai", "article_title": "Everest: KBS keluar kenyataan siasatan selepas operasi selesai", "article_text": "BUTTERWORTH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung siasatan tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas semua perkara berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pergunungan itu selesai.\"Itu saya tak nak komen sebab operasi (mencari dan menyelamat) SAR, Wisma Putra sedang bantu di luar kalau kita dah bersedia baru kita akan berikan kenyataan,\" katanya ringkas.Hannah berkata demikian ketika ditanya sama ada KBS sudah menjalankan siasatan berhubung isu kematian dan kehilangan pendaki ME2023.Beliau sebelum itu hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program Malaysia Aktif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, di Butterworth pad Sabtu.Pada 21 Mei lalu, Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam kenyataan menggesa KBS serta penganjur melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden kematian dan kehilangan pendaki negara di gunung itu.Katanya, ini kerana ia insiden kematian pertama sejak misi pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023.Tambahnya lagi, pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki sesuka hati.Misi pendakian Everest kali ini melalui episod duka buat negara apabila seorang pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, meninggal dunia ketika ekspedisi menakluk puncak bekenaan pada ketinggian 8,000 meter, 18 Mei lalu.Sementara itu, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, pula dilaporkan hilang sehari selepas kematian Awang Askandar.Kehilangan pendaki itu sudah masuk hari ke-23 namun sehingga kini dia masih belum ditemui. - AwaniARTIKEL BERKAITAN:Sherpa selamatkan pendaki Malaysia di 'zon maut' EverestEverest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak HawariSeorang lagi pendaki hilang di EverestPendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak EverestPemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negaraPendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak EverestPengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamatEverest: Orang ramai titip doa buat HawariJenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung LhotseIsmail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi EverestGesa siasatan menyeluruh tragedi EverestCuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung EverestRavichandran sedih kehilangan dua rakan pendakiDoakan Hawari ditemui selamat - IbuWisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang AskandarKerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang AskandarRavi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 01:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262727/berita/sukan/leonardo-pertahankan-messi-bidas-psg", "article_title": "Leonardo pertahankan Messi, bidas PSG", "article_text": "ERA bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi bersama gergasi Ligue 1 Perancis itu dijangka menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti bola sepak khasnya para penyokong kelab bandaraya Paris tersebut selama bertahun-tahun.Antara individu yang terlibat secara langsung dalam membawa kapten Argentina itu ke ibu negara Perancis pada 2021 selepas pemain itu meninggalkan gergasi LaLiga, ialah bekas pengarah sukan PSG, Leonardo.Malah, bekas pemain tengah Brazil itu menyuarakan kekecewaan pendekatan diambil juara Perancis tersebut dalam mengendalikan isu Messi hingga membawa kepada penghijrahan pemain itu ke saingan Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama Inter Miami.Tambah Leonardo lagi, dia menjangkakan Les Parisiens berdepan satu lagi musim baharu yang sukar apabila perlu melakukan penstrukturan para pemain selepas pemergian Messi dan beberapa pemain lain.\u201cPSG akan melakukan satu lagi rombakan musim panas sekali lagi. Dengan saya sebelum ini ia sukar, malah tanpa saya pastinya bertambah mustahil,\u201d katanya yang terkilan respon para penyokong PSG yang mencemuh pemenang Ballon d'Or tujuh dalam perlawanan terakhir untuk kelab minggu lalu.Jelas Leonardo lagi, PSG tidak sewajarnya melayan Messi dengan cara sedemikian selepas pemain itu memilih untuk tidak kekal bersama kelab milik Qatar Sports Investments tersebut.\u201cSaya benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Leo adalah seorang yang luar biasa dan juara yang layak menyertai Olympus bola sepak bersama Pele dan Maradona.\u201cDia telah membuat pilihan hidup yang membolehkan dia lebih tenang dan damai bersama keluarga dan bekerja dengan sebaik mungkin.\u201cJika anda berperang bersama-sama dengan Leo, anda tidak mungkin mati bersendirian, namun dengan yang lain, ya,\u201d kata Leonardo.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 12:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262721/berita/sukan/atlet-olahraga-digantung-sementara-selepas-kantoi-doping---adamas", "article_title": "Atlet olahraga digantung sementara selepas kantoi doping - Adamas", "article_text": "KUALA LUMPUR - Arena sukan negara dicemari dengan satu lagi insiden doping, kali ini melibatkan seorang atlet olahraga semasa Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada Februari lepas.Tanpa mendedahkan butiran atlet berkenaan, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) mengesahkan bahawa keputusan positif terhadap penggunaan bahan terlarang atau Adverse Analytical Finding (AAF) bagi bahan sibutramine.\"Pengesahan keputusan diterima dari Makmal Anti-Doping di Doha, Qatar (ADLQ) bagi analisis sampel atlet olahraga berkenaan dengan penemuan bahan terlarang dalam sampel berkenaan, iaitu dalam kelas S.6 Stimulants - sibutramine,\u201d kata Adamas menerusi kenyataan.Berikutan itu, atlet berkenaan digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan atau pertandingan lain sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.Adamas ketika dihubungi mengesahkan bahawa atlet berkenaan tidak beraksi pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, bulan lepas.Sibutramine merupakan bahan tersenarai dalam senarai bahan yang dilarang penggunaannya sewaktu pertandingan oleh Agensi Anti-Doping Dunia.Bahan itu lazimnya digunakan dalam kebanyakan produk mengurangkan berat badan dan pil pelangsing yang boleh didapati di pasaran dan ini bukan kes pertama melibatkan atlet Malaysia.Sementara itu, Adamas berkata, atlet terbabit akan diberi peluang untuk mempertahankan diri dan memberikan sebarang bukti untuk menyokong pembelaannya dalam tempoh pendengaran kes berkenaan.Agensi itu juga berjanji bahawa keseluruhan proses akan dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan anti-doping yang ditetapkan berdasarkan kepada Adamas Anti-Doping Rules 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM).\"Prinsip kebertanggungjawaban mutlak adalah terpakai kepada atlet.\"Ini bermakna setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan/atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.\"Oleh itu, adalah penting bahawa atlet dan Kakitangan Sokongan Atlet mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,\u201d menurut Adamas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 12:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262714/berita/sukan/west-ham-fiorentina-berdepan-hukuman-uefa", "article_title": "West Ham, Fiorentina berdepan hukuman UEFA", "article_text": "WEST Ham United dan Fiorentina berdepan hukuman Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berikutan kekecohan dicetuskan penyokong masing-masing semasa perlawanan akhir Liga Konferensi di Prague, Republik Czech pada Khamis lalu, kata badan induk bola sepak Eropah tersebut.Dalam perlawanan di Eden Arena itu, pengadil terpaksa memberhentikan aksi pada pertengahan separuh masa pertama selepas penyokong West Ham membaling objek ke arah pemain Fiorentina, Cristiano Biraghi, yang mengakibatkan kepala pemain pertahanan tersebut berdarah.Kedua-dua kelab Serie A Itali dan Liga Perdana Inggeris tersebut akan berdepan pertuduhan kerana membaling objek.Di samping itu, Fiorentina bakal dikenakan hukuman apabila para penyokong menyalakan suar, manakala West Ham akan dikenakan denda berikutan pencerobohan padang para penyokong The Hammers.Polis Czech juga berkata, pihaknya telah menahan 16 penyokong Fiorentina selepas mereka menyerang penyokong West Ham di bar tempatan dan seorang pegawai polis sebelum perlawanan.Jaringan Jarrod Bowen pada minit ke-90 membolehkan West Ham kendalian David Moyes merangkul kejuaraan trofi Eropah pertama kelab London itu sejak tahun 1965 apabila menewaskan Fiorentina, 2-1.Sebagai rekod, West Ham adalah juara kedua Piala Konferensi selepas kelab Serie A, AS Roma tahun lalu itu.Kemenangan itu membolehkan West Ham turut menempah tiket ke saingan Liga Europa musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 11:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262712/berita/sukan/liga-super-steinbruckner-salahkan-pengadil", "article_title": "Liga Super: Steinbruckner salahkan pengadil", "article_text": "KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyalahkan mutu pengadilan Muhammad Fusser Mad Sallih sebagai punca kekalahan 1-3 pasukannya kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.Beliau berkata, banyak keputusan pengadil yang dilihat memihak kepada JDT sehingga menyebabkan tumpuan anak buahnya terganggu dan akhirnya terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada babak kedua selepas Argzim Redzovic dan Ivan Mamut dilayangkan kad merah.Menurut beliau, pengadil sepatutnya lebih peka dengan situasi genting agar dapat membuat keputusan yang baik dan adil kepada kedua-dua pasukan.\"Ini bukan sahaja isu berkaitan penalti dan dua kad merah, tetapi juga kesilapan yang dilakukan di bahagian tengah ketika kita mempunyai peluang yang baik, (tetapi) situasi bahaya kepada gol lawan dan beberapa faul dari belakang...beberapa kali dia membuat kesilapan.\"Apa yang kami boleh katakan (pengadil) dia sudah putuskan siapa yang akan jadi pemenang,\u201d katanya selepas perlawanan menentang JDT di SSMZA di sini malam tadi.Bagaimanapun Steinbruckner yang lebih mesra dengan panggilan Tomi tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya terutama dalam tempoh 50 minit pertama permainan.Menurutnya, walaupun berdepan pelbagai tekanan atas padang, skuad Penyu yang diketuai Habib Haroon tetap mempamerkan semangat juang tinggi sehingga saat tiupan wisel penamat.\"Tahniah kepada anak buah saya kerana beraksi dengan baik. Juga tahniah kepada JDT kerana mereka terus menang semua perlawanan,\u201d katanya.Sementara itu Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Solari Andres berkata, pasukan Terengganu merupakan lawan yang sukar dan banyak peningkatan dipamerkan skuad Penyu berbanding pertemuan pusingan pertama Liga Super awal tahun lalu.Sementara itu, malam tadi sekitar 1,000 penyokong TFC berkumpul di luar pagar utama SSMZA bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pengadil.Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku kerana kawalan oleh anggota polis dan keselamatan lain yang bersiap sedia lebih awal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 11:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262707/berita/sukan/apg-mutu-atlet-negara-diangkat-di-kemboja", "article_title": "APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja", "article_text": "PEMINAT sukan tanah air boleh menarik nafas lega apabila mutu sukan negara kembali diangkat dengan kejayaan kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 yang bermula 3 Jun lepas dan melabuhkan tirainya, pada Jumaat.Membariskan seramai 144 atlet, dengan 62 daripadanya membuat penampilan sulung di pentas berprestij itu, langsung tidak menyekat mereka untuk membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.Lebih menarik pungutan pingat emas itu melebihi sasaran awal yang ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia iaitu sekurang-kurangnya 33 emas selepas tiga jaguh negara tidak menyertai temasya dwitahunan itu.Tiga jaguh yang dimaksudkan ialah pemenang pingat emas Sukan Paralimpik iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan jaguh badminton para Cheah Liek Hou.Sukan Paralimpik merupakan sebuah temasya sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet yang mengalami pelbagai kelainan upaya.Malah keberanian mempertaruhkan muka baharu dan lama yang disifatkan sebagai gandingan mantap membuahkan hasil apabila angka ke-33 muncul seawal hari keempat pertandingan (6 Jun) menerusi pasangan yang pertama kali digandingkan iaitu Chee Chaoming- Brady Chin dari acara beregu pingpong lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan).Rentak cemerlang itu diteruskan keesokan harinya apabila delegasi Malaysia yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG 2023 Noor Syahieda Mat Shah memadam rekod 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa pada edisi lalu, di Solo, Indonesia.Atlet \u2018luar biasa\u2019 ini telah membuktikan slogan \u2018Demi Malaysia\u2019 bukanlah sekadar omong kosong sebaliknya lahir daripada lubuk hati paling dalam dan dizahirkan dengan perjuangan bermatian-matian demi memastikan Malaysia gah di pentas Asia Tenggara itu.Skuad renang yang disasarkan untuk menuai 17 emas, 11 perak dan 17 gangsa, sekali lagi menjadikan sukan air itu sebagai lubuk emas dengan pungutan 26 emas, 12 perak dan 10 gangsa.Abd Halim Mohammad merupakan penyumbang terbesar pingat apabila merangkul 5 emas dan 1 gangsa serta mencatat nama sebagai pemegang rekod tiga acara iaitu 200 meter (m) rampaian individu lelaki, 50m gaya bebas lelaki dan 50m kuak dada lelaki bagi kategori S8-kecacatan fizikal, sekali gus muncul atlet terbaik negara Malaysia.Abd Halim ketika dihubungi Bernama berkata, beliau tidak menyangka mampu menyandang gelaran itu apabila misi kali ini hanyalah mempertahankan dua gelaran (100m kuak dada dan 50m kuak dada) yang dimenangi di Solo.\"Alhamdullilah, saya rasa lega dan bersyukur tamatkan pertandingan dengan kemenangan besar. Ia seperti membalas dendam apabila pada Para Sukan Malaysia yang lalu saya dicalonkan sebagai olahragawan namun tidak memenanginya.\"....mungkin bukan rezeki saya di situ tetapi di Kemboja. Saya yakin apa yang diperoleh hari ini adalah berkat ajaran jurulatih, Eva Wong yang tanpa jemu mengajar saya,\u201d katanya.Pasukan olahraga tidak kurang hebatnya apabila membawa pulang 14 emas, 15 perak dan 10 gangsa, manakala badminton (3-1-6); powerlifting (2-6-2), ping pong (2-3-1); judo (1-0-1); boccia (1-0-1) dan bola sepak cerebral palsy (1-0-0).Sementara itu, skuad bola sepak buta meraih satu pingat perak, pasukan bola keranjang berkerusi roda (dua gangsa); goalball (satu gangsa) manakala catur tidak menghadirkan sebarang pingat.Noor Syahieda berkata kejayaan di Kemboja adalah tanda positif bahawa negara tidak kekurangan atlet para berbakat yang mampu memberi saingan di pentas antarabangsa dengan acara terdekat ialah pada Sukan Para Asia 2022 Hangzhou, di China Oktober ini.\"Memang masa mula-mula datang terdapat beberapa rintangan tetapi kami sudah bersedia untuk atasinya. Pada saya, keputusan yang diraih hari ini menunjukkan semangat juang atlet yang sentiasa mahu memberi kembali kepada Malaysia.\"Ketika sudah mencapai 33 pingat itu sendiri memang hebat jadi pada hari terakhir (semalam) capai angka 50 itu memang benar-benar tunjukkan kemampuan atlet kita,\u201d katanya.Secara keseluruhannya, Indonesia mempertahankan gelaran juara keseluruhan carta kedudukan pingat dengan merangkul 159 pingat emas, 148 perak dan 94 gangsa, sekali gus memegang gelaran itu buat kali keempat selepas edisi Solo 2022, Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017.Thailand menghuni tangga kedua dengan meraih 126-110-92 dan dikuti Vietnam (66-58-77) di tangga ketiga. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 10:51am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262701/berita/sukan/kipyegon-terkejut-pecah-rekod-dunia", "article_title": "Kipyegon terkejut pecah rekod dunia", "article_text": "PELARI Kenya, Faith Kipyegon mengakui terkejut apabila mencipta rekod baharu acara 5,000 meter (m) wanita saingan Liga Berlian Paris di Stadium Charlety, Paris pada Sabtu, kategori yang tidak pernah ditandinginya sejak lapan tahun lalu.Seminggu selepas memecahkan rekod dunia dalam acara 1,500m wanita, atlet berusia 29 tahun itu mempamerkan persembahan menakjubkan untuk meleburkan rekod milik wakil Ethiopia, Letesenbet Gidey.Kipyegon memintas Gidey dengan baki kira-kira 700m untuk melepasi garisan penamat dalam masa 14 minit 5.20 saat.\"Saya tidak tahu bagaimana boleh berjaya melakukannya. Saya hanya fokus pada lampu hijau dan cuba untuk kekal santai serta menikmati sepanjang perlumbaan tersebut.\"Saya hanya mengharungi perlumbaan dan mahu melihat apa yang berlaku, apabila saya melihat bahawa ia adalah rekod dunia saya sangat terkejut,\" kata juara Olimpik dua kali itu.Sebagai rekod, rekod Gidey sebelum ini ialah 14:06.62 saat dilakukan di Valencia pada 7 Oktober 2020.Dalam pada itu, Kipyegon sememangnya mengharapkan dapat mengakhiri perlumbaan tersebut dengan kenangan terindah.\"Ini semua berkaitan dengan memberikan yang terbaik. Saya hanya mahu memperbaiki rekod peribadi terbaik, rekod dunia bukan dalam perancangan. Saya hanya mengejar Gidey, dia seorang wanita yang luar biasa. Ia menakjubkan.\"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya, kerana masih perlu berbincang dengan jurulatih dan pengurusan saya.\"Saya sangat gembira, sangat beremosi sekarang dan tidak tahu apa yang perlu hendak dikatakan. Jika badan saya sihat, apa-apa sahaja mungkin,\" kata ibu kepada Kipyegon seorang anak perempuan bernama, Alyn.Terdahulu aksi Liga Berlian Florence, Kipyegon mencipta rekod dunia baharu acara 1,500m apabila melakar masa 3:49.11s untuk memecahkan catatan 3:50.07s milik pelari Ethiopia, Genzebe Dibaba pada 2015.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 10:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262688/berita/sukan/oxford-city-stars-sambar-khidmat-cech", "article_title": "Oxford City Stars sambar khidmat Cech", "article_text": "BEKAS penjaga gol Chelsea, Petr Cech menandatangani kontrak dengan Oxford City Stars untuk kempen 2023/24, kata pasukan hoki ais tahap tiga tersebut.Cech berusia 41 tahun sebelum ini bermain untuk pasukan Guildford Phoenix dan Chelmsford Chieftains.Oxford City Stars ialah sebuah pasukan hoki ais berpangkalan di Oxford, England, kini bermain Divisyen Selatan NIHL 1.\"Sudah jelas Oxford mempunyai cita-cita besar dan saya harap dapat membantu pasukan ini merealisasikan impian tersebut.\u201cSecara peribadi saya tidak sabar menyahut cabaran baharu setelah bersama-sama membina pengalaman dengan Chelmsford Chieftains musim lalu.\u201cSejujurnya saya amat teruja untuk membantu pasukan mencapai tahap baharu pada musim akan datang ini,\u201d kata Cech, yang bermain sukan itu semasa zaman muda sebelum beralih kepada bola sepak.Cech menyertai Chelsea dari kelab Ligue 1 Perancis, Rennes setelah menarik perhatian Claudio Ranieri pada 2004, memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan tiga trofi Piala Liga bersama Blues.Cech menyertai Arsenal pada 2015 dan membuat 129 penampilan bersama Gunners selepas mencipta impak di Chelsea.Dia mengalami kecederaan kepala serius pada 2006 selepas berlaga dengan pemain Reading, Stephen Hunt.Pelanggaran kepala dengan lutut Hunt, menyaksikan tengkorak Cech retak tetapi dia kembali beraksi empat bulan kemudian sambil mengenakan pelindung kepala yang menjadi simbolnya ketika ini.Cech muncul penjaga gol pertama mengharungi 200 perlawanan tanpa bolos dalam kempen Liga Perdana Inggeris susulan kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Watford.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 07:32am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262682/berita/sukan/azizulhasni-tidak-berniat-jahat---amarjit", "article_title": "'Azizulhasni tidak berniat jahat' - Amarjit", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersedia menjadi pendamai bagi menyelesaikan isu membabitkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dengan Majlis Sukan Negara (MSN).Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya tidak mahu kemelut yang berlaku itu berlarutan sehingga menjejaskan persiapan Azizulhasni menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cSelagi boleh dan mampu, kami di PKBM akan membantu menyelesaikan masalah yang berlaku ini. Kedua-dua pihak harus duduk semeja bagi membincangkan masalah yang timbul.\u201cBaik Azizulhasni mahpun MSN, kedua-dua belah pihak harus berbincang dengan hati terbuka. Saya percaya setiap masalah boleh diatasi dengan adanya perbincangan yang baik.\u201cIsu yang timbul adalah antara Azizulhasni dan MSN, ia secara tak langsung tidak membabitkan PKBM. Tetapi kami sedia menjadi pendamai bagi menyelesaikan masalah ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pada Khamis, Azizulhasni meluahkan kekecewaannya terhadap MSN yang masih gagal menyediakan sistem sokongan lengkap sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.Menerusi luahan di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis, Azizulhasni nyata terkilan kerana sistem sokongan sukan di Malaysia dilihat belum setara dengan pangkalan latihan sebelum ini di Melbourne, Australia.Malah, Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman turut mendedahkan mengenai isu kelewatan bayaran elaun ketika berpangkalan di Melbourne.Ketika ditanya sama ada PKBM atau beliau sendiri sudah mengetuai masalah yang dihadapi Azizulhasni, Amarjit menjawab; \u201cSecara peribadi saya memang tidak tahu apa-apa berkaitan hal ini.\u201cSeperti yang dimaklumkan Azizulhasni, beliau sudah berbincang dengan pihak MSN. Tetapi saya tahu Azizulhasni juga sudah membangkitkan hal ini kepada (Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris) Datuk Hamidin (Mohd Amin) baru-baru ini,\u201d jelasnya.Mengulas lanjut, Amarjit menganggap apa yang diluahkan Azizulhasni itu tidak mempunyai sebarang niat jahat, sebaliknya lebih kepada berkongsi rasa kecewa yang dipendamnya selama ini.\u201cSaya percaya apa yang dilakukan Azizulhasni bukan mahu memburukkan nama MSN, cuma beliau mahu berkongsi isi hatinya dengan apa yang berlaku sejak berlatih di Malaysia.\u201cDi pihak MSN pula, saya percaya mereka juga ada beberapa kekangan. Selama ini MSN banyak membantu PKBM, bukan sahaja berbasikal, malahan sukan lain.\u201cJadi diharapkan kita semua akan mendapat jalan penyelesaian terbaik antara kedua-dua belah pihak. Perkara ini juga sudah dibawa ke Jawatankuasa Road to Gold (RTG) untuk diambil perhatian,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262679/berita/sukan/terengganu-gagal-kekang-jdt", "article_title": "Terengganu gagal kekang JDT", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) gagal mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super sebentar tadi.Bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus itu lebih dibayangi dengan insiden dua kad merah yang dilayangkan kepada pemain TFC.Dalam aksi berintensiti tinggi itu, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan gunting penyerang sensasi, Fernando Forestieri pada minit ke-20.Selepas beberapa mengasak kubu JDT, TFC akhir berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Sony Norde hasil sepakan percuma pada minit ke-28.Untuk rekod, jaringan pemain kelahiran Haiti itu adalah gol kedua yang membolosi gawang skuad Harimau Selatan musim ini selepas kali pertama ketika JDT menewaskan Kelantan FC 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Ketika aksi babak pertama dilihat berkedudukan 1-1, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan Norde pada masa kecederaan.Bergson Da Silva tidak menghadapi masalah untuk menewaskan penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin bagi memastikan JDT mendahului 2-1 sebaik babak pertama berakhir.Pada minit ke-52, TFC terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pertahanan import, Argzim Redzovic diperintahkan keluar padang selepas mengumpul dua kad kuning kerana mengasari pemain lawan.Nasib malang terus menimpa tuan rumah apabila penyerang, Ivan Mamut dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohd Fusser Mad Sallih kerana mengasari Feroz Baharuddin pada minit ke-73.Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin JDT yang berjaya memperoleh gol ketiga hasil jaringan Endrick Dos Santos pada masa kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 11:30pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262678/berita/sukan/apg-2023-tutup-tirai-penuh-meriah", "article_title": "APG 2023 tutup tirai penuh meriah", "article_text": "SELEPAS seminggu atlet paralimpik rantau ASEAN menempuh pelbagai onak dan duri, akhirnya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 dengan rasminya ditutup dengan persembahan memukau di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja malam ini.Sejumlah 50,000 penonton dengan pelbagai ragam dapat disaksikan sudah mula membanjiri stadium tersebut seawal jam 4 petang supaya tidak terlepas untuk menyaksikan majlis penutup temasya edisi ke-12 yang buat julung kali dianjurkan oleh negara itu.Majlis penutupan gilang gemilang dimulakan dengan semua 11 kontinjen mewakili negara ASEAN mengambil tempat masing-masing di dalam stadium sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang hadir.Kontinjen negara yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Noor Syahieda Mat Shah dilihat sekali lagi mengayakan pakaian trek dengan jaket bertemakan yang mempunyai logo Jalur Gemilang, seolah-olah memberi maksud perjuangan atlet adalah demi lencana di dada.Persembahan menarik dimulakan dengan muzikal 'Cambodia Shines' diikuti seni mempertahankan diri 'Kun Bokator Physical Education'.Malah, sukarelawan yang sentiasa membantu semua kontinjen daripada 11 negara diberikan penghormatan untuk mempersembahkan muzikal 'Heart Language' yang menyaksikan mereka berarak di sekeliling stadium.Suasana meriah dapat disaksikan pada acara penutup APG 2023 Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo malam ini. - Foto BernamaPerdana Menteri, Hun Sen, kemudian diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan mengisytiharkan penutupan secara rasminya temasya sukan yang bermula 3 Jun lalu.Penutupan itu bersambung dengan bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya, Thailand dan disambut dengan wakil persembahan negara Gajah Putih itu.Thailand akan menjadi tuan rumah edisi ke-13 di Nakhon Ratchasima dari 20 hingga 26 Jan 2026 dan ini adalah kali kedua APG diadakan di Nakhon Ratchasima selepas edisi 2008.Malam penutup itu diakhiri dengan persembahan bunga api berwarna warni di bumi Kemboja selepas obor temasya sukan dwitahunan itu dipadamkan.Kontinjen para negara yang diwakili kira-kira 144 atlet menamatkan cabaran kali ini dengan cemerlang apabila meraih 50 pingat emas, 38 perak dan 28 gangsa untuk menduduki tangga keempat carta pingat.Indonesia mempertahankan gelaran juara keseluruhan carta kedudukan pingat dengan merangkul 159 pingat emas, 148 perak dan 94 gangsa sekali gus memegang gelaran itu buat kali keempat selepas edisi Solo 2022, Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017.Thailand menghuni tangga kedua dengan meraih 126-110-92 dan dikuti Vietnam (66-58-77). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 11:05pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262676/berita/sukan/tok-gajah-bangkit-bikin-jang-gigit-jari", "article_title": "Tok Gajah bangkit bikin Jang gigit jari", "article_text": "SRI Pahang FC menampilkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC, 4-3 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.Ketinggalan 1-3 selepas tamat aksi separuh masa pertama ternyata tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah untuk mengutip tiga mata berharga di laman sendiri.Tempoh 10 minit terakhir perlawanan menjadi detik penting buat Pahang apabila memperoleh tiga gol termasuk jaringan kemenangan menerusi Kpah Sherman pada masa kecederaan.Negeri Sembilan terlebih dahulu bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.Dua gol Negeri Sembilan masing-masing dijaringkan oleh Levy Clement dan Shahrel Fikri Md Fauzi seawal minit kelapan dan minit ke-15.Brundo menyumbang dua gol buat Sri Pahang ketika aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.\nFOTO: FB SRI PAHANG FCTersentak dengan dua gol awal pasukan pelawat, Sri Pahang mula mengatur rentak permainan apabila pertahanan import, Stefeno Brundo menjaringan gol hasil sepakan penalti pada minit ke-23.Seminit sebelum itu, Sri Pahang berjaya merobek gawang Negeri Sembilan, namun jaringan Michael Glassock dibatalkan susulan ofsaid.Casangrande kembali meletakkan Negeri Sembilan kembali selesa di depan apabila meledak gol ketiga skuad Jang pada minit ke-24.Bersambung babak kedua, Sri Pahang tampak lebih banyak memberi tekanan kepada pelawat, namun barisan pertahanan mereka kental menafikan tambahan jaringan tuan rumah.David Rowley kembali menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-80 sebelum Brundo menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma berselang sembilan minit kemudian.Sherman akhirnya muncul wira apabila meledak gol kemenangan Tok Gajah menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 10:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262669/berita/sukan/sivasangari-eain-yow-mara-ke-final-kejohanan-asia", "article_title": "Sivasangari, Eain Yow mara ke final kejohanan Asia", "article_text": "PEMAIN nombor satu negara, S. Sivasangari, hanya selangkah lagi untuk menamatkan kemarau lapan tahun tanpa gelaran juara Asia perseorangan wanita apabila mara ke final pada Kejohanan Skuasy Asia, di Hong Kong, hari ini.Pemain berpangkalan di Amerika Syarikat itu berada di landasan tepat untuk mengikut jejak langkah legenda skuasy wanita negara, Datuk Nicol David yang muncul juara edisi 2015 di Kuwait, selepas mudah mengesahkan tiket final.Sivasangari, selaku pemain rankling ke-50 dunia, mengekalkan rekod bersih dalam enam pertemuan untuk mengejutkan pilihan pertama, Satomi Watanabe dari Jepun, 11-9,14-12, 11-8, dalam saingan separuh akhir.Pemain kelahiran Kedah itu akan berdepan dengan wakil tuan rumah dan pemain ranking ke-39 dunia, Chan Sin Yuk, di pentas final.Sin Yuk menyingkirkan rakan senegara, Tze Lok Ho, 7-11, 11-5, 11-5, 11-7 dalam satu lagi saingan separuh akhir.Sementara itu, dalam saingan lelaki, pilihan utama, Ng Eain Yow, akan mempertahankan gelaran, selepas hanya mengambil masa 42 minit melangkah ke final dengan mengetepikan pemain tuan rumah, Henry Leung, 11-5, 11-8, 12-10 di separuh akhir di Pusat Skuasy Hong Kong.Eain Yow, 25, akan berdepan dengan pemain India, Velavan Senthilkumar, selepas mengejutkan pemain veteran negara, Ivan Yuen, 11-4, 11-6, 8-11, 11-7 dalam pertarungan separuh akhir selama 44 minit itu.Eain Yow muncul juara pertama pada edisi lepas di Islamabad, Pakistan, pada 2021. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 09:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262662/berita/sukan/kim-swee-berang-sabah-tewas-lagi", "article_title": "Kim Swee berang Sabah tewas lagi", "article_text": "RIAK kecewa pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee jelas ketara selepas pemainnya tewas mengejut kepada PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Khamis.Menurut Kim Swee, pemain perlu menyalahkan diri sendiri dan perlu mengambil iktibar bagi mengelakkan lebih banyak kekalahan dialami skuad The Rhinos dilaman lawan selepas turut tewas kepada Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman Jumaat lalu.\"Satu keputusan yang mengecewakan, prestasi yang kurang memuaskan, semua pemain harus menyalahkan diri sendiri.\"Kita harus mengambil iktibar dari perlawanan ini kerana pasukan Sabah tidak boleh benarkan kekalahan demi kekalahan terutamanya di tempat lawan khasnya pusingan kedua dalam memastikan pasukan ini berada dalam kelompok terbaik\"Sekiranya pemain Sabah masih gagal mendapatkan keputusan yang baik terutama dalam perlawanan di laman lawan, saya percaya pasukan Sabah akan ketinggalan selepas ini,\" katanya.Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya itu, pasukan pelawat dilihat agak bergelut untuk beraksi baik dengan gol tunggal daripada pemain PDRM FC, Nabil Ahmad Latpi membuatkan Sabah pulang hampa.Dalam pada itu, Kim Swee menafikan isu luar padang yang menimpa pasukan itu menjadi punca Sabah tewas.\"Semua pihak harus menghormati kedua-dua pihak apatah lagi ia membabitkan hal peribadi. Apa yang berlaku itu adalah luar kawalan kita, jadi mereka harus cari jalan menyelesaikan masalah masing-masing.\"Tumpuan saya adalah kepada persembahan kita dan prestasi semasa yang agak membimbangkan. Untuk itu, beberapa pertukaran akan berlaku,\" katanya.Sebelum ini, seorang bekas pemain kebangsaan dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini.Walaupun identiti pemain itu tidak didedahkan, namun didakwa beraksi untuk Sabah pemain itu juga tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ataupun di bangku simpanan ketika berdepan PDRM FC.ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pemain bola sepak cederakan kekasih", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 07:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262661/berita/sukan/fahmi-fadzil-dilantik-sebagai-penaung-kl-city-fc", "article_title": "Fahmi Fadzil dilantik sebagai penaung KL City FC", "article_text": "JUARA Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC pada Jumaat secara rasmi mengumumkan pelantikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebagai penaung baharu kelab itu.Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di laman Instagram rasmi KL City.\"Kami mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikan ini dan tidak sabar menanti impak positif yang bakal dibawa kepada kelab ini. Sebagai peminat tegar pasukan ini dan Ahli Parlimen di KL, kami yakin beliau akan membawa pandangan serta kepakaran yang berharga kepada organisasi kami.\"Kami teruja untuk menjalin kerjasama dengan penaung baharu dan pada masa yang sama, terus berusaha ke arah kecemerlangan semasa beraksi serta ketika berada di luar padang,\u201d menurut hantaran itu.Pada Rabu lepas, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersetuju menjadi Penaung KL City selepas menerima tawaran Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur Khalid Abdul Samad.Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai Penaung KL City pada Ogos 2022 selepas bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan.KL City ketika ini berada di posisi keenam dalam saingan Liga Super 2023 dengan mengumpul 23 mata selepas mengharungi 14 perlawanan. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 07:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262638/berita/sukan/terbuka-singapura-aaron-wooi-yik-mara-ke-separuh-akhir", "article_title": "Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya membalas dendam kekecewaan Masters Malaysia dua minggu lalu apabila mengalahkan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin untuk mara ke separuh akhir Terbuka Singapura, hari ini.Selepas tewas 18-21, 19-21 di peringkat suku akhir Masters Malaysia, Aaron Chia-Wooi Yik menyingkirkan beregu ranking ke-10 dunia itu, 18-21, 21-16, 22-20 di peringkat sama dalam aksi sengit selama sejam 18 minit di Stadium Tertutup Singapura.Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.Beregu China, selaku pilihan ketujuh kejohanan, mengesahkan slot separuh akhir apabila dengan mudah mengatasi beregu England, Ben Lane-Sean Vendy, 21-11, 21-11.Januari lalu, Aaron-Wooi Yik, beregu ranking keempat dunia, mara Ke final Terbuka India sebelum tewas kepada Wei Keng-Chang, 21-14, 19-21, 18-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 05:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262618/berita/sukan/presiden-masca-letak-jawatan-kecewa-berdepan-ketidakadilan", "article_title": "Presiden Masca letak jawatan, kecewa berdepan ketidakadilan", "article_text": "ARENA sukan negara kembali bergelora apabila Datuk Michael Wong hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Kanu Malaysia (Masca) berkuat kuasa serta-merta.Peletakan jawatan Michael itu susulan kekecewaannya terhadap layanan suram terhadap persatuan tersebut terutama menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 23 September sehingga 8 Oktober ini.Mengakui sudah lama bersabar, kemuncak kekecewaan Michael adalah ketika Mesyuarat Pra-Pemilihan Atlet dan Pegawai ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di Kuala Lumpur baru-baru ini, apabila skuad perlumbaan bot tradisional kebangsaan seolah-olah dinafikan daripada mengambil bahagian di temasya sukan itu.Beliau mendakwa skuad kebangsaan menepati kriteria Kategori B untuk beraksi di Hangzhou, namun wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan hanya sukan di bawah Kategori A akan dihantar bertanding, serta ia adalah arahan pihak tertentu susulan pencapaian mengecewakan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 di Kemboja, baru-baru ini.\"Saya buat begini (letak jawatan) rasanya ramai tahu yang saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, sejak lima tahun ini tiada apa yang berubah,\u201d katanya pada sidang media di Kelab Tasik Putrajaya, di sini, hari ini.Mengulas lanjut, Michael berkata, secara tiba-tiba wujud kategori baharu iaitu B+, B1 dan B2 selepas pertemuan mereka bersama MOM pada mesyuarat pra-pemilihan itu sekali gus beliau difahamkan terdapat sukan yang tidak berada di bawah Kategori A diberikan peluang beraksi di Hangzhou.Katanya, sejak lima tahun bersama Masca, beliau tidak pernah mengetahui adanya kategori lain selain A dan B.\"Peliknya kenapa pada hari pertemuan hanya dimaklumkan mengenai Kategori A, kemudian baru ada B+, B1 dan B2. Saya tidak berniat untuk ganggu sukan lain tetapi mereka (MOM) suruh kita layak di bawah Kategori A,\" katanya.Sementara itu, beliau menyifatkan tindakan MOM yang memberikan masa 10 hari sehingga 20 Jun ini kepada skuad perlumbaan bot tradisional kebangsaan untuk menyertai mana-mana kejohanan bagi mencipta catatan masa yang lebih baik untuk ke Sukan Asia 2022 sebagai tidak masuk akal.Kategori A adalah sukan individu dan berpasukan berada di kedudukan empat teratas dalam ranking Asia sementara Kategori B adalah sukan individu dan berpasukan berada di kedudukan lapan teratas dalam ranking Asia.Sebagai rekod, Malaysia menamatkan badi 30 tahun tanpa pingat dalam perlumbaan bot tradisional di Sukan SEA selepas memenangi pingat perak acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki pada temasya sukan edisi ke-32 yang berlangsung di Kemboja bulan lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 04:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262579/berita/sukan/sabah-kena-mula-serius-kutip-tiga-mata-dari-laman-lawan---kim-swee", "article_title": "Sabah kena mula serius kutip tiga mata dari laman lawan - Kim Swee", "article_text": "PEMAIN Sabah FC digesa untuk lebih serius menghasilkan keputusan positif setiap kali beraksi di luar Likas bagi memastikan The Rhinos tidak keciciran dalam pemburuan kelompok terbaik Liga Super musim ini.Itu tuntutan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepas melihat anak buahnya mencatat kekalahan keempat liga musim ini apabila tewas mengejut kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Khamis.\"Satu keputusan yang mengecewakan, prestasi yang kurang memuaskan, semua pemain harus menyalahkan diri sendiri.\"Kita harus mengambil iktibar dari perlawanan ini kerana pasukan Sabah tidak boleh benarkan kekalahan demi kekalahan terutamanya di tempat lawan khasnya pusingan kedua dalam memastikan pasukan ini berada dalam kelompok terbaik\"Sekiranya para pemain Sabah masih gagal mendapatkan keputusan yang baik terutama dalam perlawanan di laman lawan, saya percaya pasukan Sabah akan ketinggalan selepas ini,\" katanya.Terdahulu hasrat anak buah Kim Swee untuk menyingkap kempen pusingan kedua dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila dijinakkan PDRM FC, 1-0 di Kelana Jaya.Jaringan separuh masa pertama minit ke-26, Nabil Ahmad Latpi itu juga membolehkan The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz menebus kekalahan 0-4 pusingan pertama di Stadium Likas pada 25 Februari lalu.Dalam perlawanan itu, gol The Rhinos dijaringkan Saddil Ramdani (m-13, m-71), Taesu Park (m-37) dan Stuart John Wilkin (m-93).Kekalahan terbaharu itu menyaksikan Sabah kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 24 mata - tujuh menang, tiga seri, empat tewas - selepas mengharungi 14 perlawanan.Mengulas insiden terbaharu yang melibatkan seorang pemain Sabah yang dibimbangi menjejaskan prestasi pasukan, Kim Swee berkata, 'Kita harus hormat kedua-dua belah pihak. Bagi saya ini melibatkan hal peribadi, apa yang berlaku di luar kawalan kita. Mereka harus mencari jalan menyelesaikan masalah masing-masing.\"Pada masa ini tumpuan saya lebih kepada persembahan, prestasi semasa pasukan Sabah yang agak membimbangkan dan kemungkinan beberapa pertukaran akan berlaku.\"Pada masa sama, Kim Swee berharap rehat sementara Liga Super merupakan peluang terbaik untuk para pemain The Rhinos meningkatkan semula prestasi masing-masing.\"Saya harap break sementara Liga Super selepas ini peluang terbaik untuk kita melakukan lebih kerja rumah bagi memastikan pasukan kembali ke landasan seperti sebelum ini,\" katanya.Ditanya perlawanan menentang Kelantan United dan Kuching City bakal menjadi titik tolak kebangkitan kelab Kepulauan Borneo tersebut, Kim Swee berkata, \"Saya tidak melihat kepada dua perlawanan, sebaliknya menumpukan satu perlawanan ke satu perlawanan.\"Saya tidak perlu menyatakan bahawa kita perlu menang dua perlawanan dengan perlawanan pertama belum lagi kita lalui lagi\"Apa yang paling penting semua pemain perlu kembali lebih segar selepas rehat sementara liga ini bagi memberikan tumpuan penuh kepada perlawanan liga.\"Perlawanan seterusnya Sabah akan menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 26 Jun sebelum melayan kunjungan Kuching City di Stadium Likas, 8 Julai.Sebagai rekod, perlawanan pusingan pertama Sabah menewaskan Kelantan United, 3-1 di Likas pada 1 Mac selain menang 2-0 dalam saingan Piala FA, manakala ketika berdepan Kuching City, The Rhinos menang 2-1 di Kuching pada 6 Mac.Dalam pada itu, Kim Swee percaya kehadiran bekas pemain import Kelantan FC, Miguel \u00c1ngel Garrido Cifuentes atau Cifu akan memberikan nilai tambah kepada jentera serangan The Rhinos.\"Ya, kehadiran Cifu akan membantu sedikit sebanyak menambah kekuatan pasukan Sabah dalam pusingan kedua.\"Namun kita masih tidak boleh mengunakan khidmat Cifu hingga perlawanan ketiga pusingan kedua.\"Ini bermakna dia masih belum boleh beraksi perlawanan menentang Kelantan United, namun selepas itu diharap dia dapat diturunkan sekali gus membantu mengatasi masalah kekurangan pemain berikutan kecederaan yang melanda pasukan Sabah,\" katanya.Sebagai rekod, Cifu berasal dari Sepanyol melakukan penampilan pertama bersama The Red Warriors (TRW) sejak Februari lalu dengan perlawanan terakhirnya ketika skuad Frank Bernhardt tewas 1-4 kepada Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 2 Jun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 02:26pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262556/berita/sukan/messi-tak-rela-tertekan-di-barcelona", "article_title": "Messi tak rela tertekan di Barcelona", "article_text": "PENGENDALI Barcelona, \u200b\u200bXavi Hernandez memahami keputusan Lionel Messi untuk tidak kembali ke kelab gergasi Catalan itu musim panas ini.Messi, 35, mengumumkan dia akan bermain di kelab Amerika Syarikat, Inter Miami selepas menamatkan tempoh dua tahun di Paris Saint-Germain.\"Dia tidak mempunyai masa yang baik dalam dua tahun ini (di Paris) dan kini dia tidak mahu tekanan sama berulang sekiranya menyertai Barcelona.\"Ia adalah keputusan peribadi dan kami perlu menghormatinya. Dia adalah pemain yang terbaik dalam sejarah,\" katanya.Xavi berkata, dia menghubungi Messi sejak beberapa bulan lalu tetapi melihat perubahan Messi untuk tidak menyertai kelab itu sejak beberapa hari lalu.\"Mungkin dia tidak melihatnya dengan begitu jelas, dan anda perlu menghormatinya. Sering kali kita tidak meletakkan diri kita dalam kedudukan orang lain, kita kurang empati dan menjadi Leo bukan perkara yang mudah.\"Bayangkan menjadi Leo dengan segala tumpuan yang diberikan kepadanya, dia tidak pernah tenang dan perlu berkelakuan sempurna. Dia harus sempurna di atas padang dan harus menjadi yang terbaik dalam segala hal,\" katanya.Messi yang bermain di Barcelona sejak berusia 13 tahun menjadi pemain terbaik dalam sejarah kelab Catalan itu.Dia terpaksa meninggalkan Barcelona pada 2021 selepas kewangan kelab menghalang mereka memberikannya perjanjian baharu.Pemenang tujuh kali Ballon d;Or itu memenangi Piala Dunia pada Disember 2022 bersama Argentina, diejek peminat PSG selepas pasukan itu tersingkir dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara untuk tahun kedua berturut-turut.\"Dia mahu menurunkan tahap tekanan, dan jika dia kembali ke sini, ia akan kembali kepada 10 daripada 10 (tekanan),\" kata Xavi.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 11:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262550/berita/sukan/city-enggan-kecewa-lagi", "article_title": "City enggan kecewa lagi", "article_text": "MANCHESTER City tidak akan memandang rendah keupayaan Inter Milan ketika pasukan itu sedang bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Ahad.City adalah pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan Eropah itu buat kali pertama sekali gus melengkapkan treble di Istanbul.\"Anda tidak akan layak ke final Liga Juara-Juara tanpa berada di kedudukan teratas.\"Saya rasa mereka (Inter) memenangi (piala) berganda di Itali. Mereka pada dasarnya telah memenangi setiap perlawanan pada akhir musim.\"Mereka mempunyai sistem, gaya mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dengan sangat baik dan saya tidak rasa sesiapa pun akan berfikir bahawa ia akan menjadi perlawanan yang mudah menentang Inter. Ia adalah perlawanan akhir jadi ia bermula 50-50,\" kata pemain tengah City, Kevin de Bruyne.City telah lama mendambakan kejayaan Liga Juara-Juara tetapi sering gagal untuk menjulang piala tersebut dengan momen paling hampir ketika menjadi naib juara, tewas kepada Chelsea pada 2021.\"Saya telah berada di sini (City) lapan tahun dan ia adalah sesuatu yang luar biasa. Bolehkah saya datang ke sini dan memikirkan jumlah perlawanan dan trofi yang akan kami menangi dalam lapan tahun? Mungkin tidak.\"Akhirnya kami mempunyai kerjaya yang cukup mengagumkan di City, tetapi kami belum menang (Liga Juara-Juara) dan ia adalah sesuatu yang kami mahu menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 11:31am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262540/berita/sukan/apg-2023-skuad-bola-sepak-cerebral-palsy-raih-emas", "article_title": "APG 2023: Skuad bola sepak cerebral palsy raih emas", "article_text": "SKUAD bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 pada hari keenam Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja pada Khamis.Pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh, sekali gus memperbaiki pencapaian dua pingat gangsa yang diraih skuad negara di pentas APG edisi 2013 (Myanmar) dan 2017 (Kuala Lumpur).Skuad kendalian Asnan Md Zuki kali pertama membuat penampilan dalam saingan APG di Naypyidaw, Myanmar pada 2013.Keputusan itu malah menyaksikan skuad negara unggul merangkul pingat emas ke-47 negara di Kemboja, disertai 38 perak dan 28 gangsa hari ini.Bagaimanapun, temasya dwitahunan yang akan melabuhkan tirainya esok masih berbaki satu acara iaitu badminton.Tumpuan kontinjen negara hari ini pastinya terarah kepada kem badminton yang mengesahkan slot final menerusi tiga acara iaitu Mhd Amin Burhanuddin (perseorangan lelaki SL4-kecacatan fizikal).Pemain berusia 31 tahun itu akan membuat perhitungan bersama pemain Indonesia Hikmat Ramdani pada aksi final perseorangan SL4, untuk mengubah warna pingat gangsa yang dimenanginya pada edisi lalu di Solo, Indonesia kepada emas.Selain itu, Muhammad Ikhwan Ramli akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan lelaki WH1- berkerusi roda serta beregu lelaki WH1-WH2 bersama Noor Azwan Noorlan.Muhammad Ikhwan perlu mempamerkan aksi terbaiknya pada aksi final sekiranya beliau mahu mempertahankan kedua-dua kejuaraan yang dimenanginya di Solo. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 10:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262538/berita/sukan/5000-tiket-aksi-harimau-malaya-kepulauan-solomon-terjual", "article_title": "5,000 tiket aksi Harimau Malaya, Kepulauan Solomon terjual", "article_text": "SAMBUTAN jualan tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada 14 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, agak memberangsangkan selepas hampir 5,000 tiket terjual setakat ini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman percaya perlawanan persahabatan berkenaan bakal meriah dengan penganjuran festival di pekarangan stadium bagi menyemarakkan lagi aksi tersebut.Beliau berkata program yang akan diadakan di pekarangan venue pada hari perlawanan termasuk aksi persahabatan antara bekas pemain Terengganu dan bekas pemain skuad kebangsaan di padang sintetik, pameran serta pertandingan bola sepak bawah umur.\"Saya minta penyokong di Pantai Timur untuk segera beli tiket. Saya nampak sambutan agak memberangsangkan dengan adanya festival berbanding perlawanan persahabatan di Johor Mac lepas yang dijalankan pada bulan puasa,\u201d katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.Pasukan negara sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.Dalam pada itu, Noor Azman berkata, jualan tiket bagi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea, pada 20 Jun ini di venue sama dilihat agak perlahan apabila kurang daripada 1,000 tiket sahaja terjual setakat ini.Awal bulan ini, FAM memaklumkan penjualan tiket bagi kedua-dua aksi menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka manakala RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dan hanya boleh didapati menerusi https://www.tickethotline.com.my/.Tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium dilakukan melibatkan perlawanan dengan kedua-dua negara terbabit.Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput ketika ini.Aksi persahabatan tersebut adalah sebagai medan persediaan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262534/berita/sukan/ronaldo-rancang-bersara-tiga-tahun-lagi", "article_title": "Ronaldo rancang bersara tiga tahun lagi", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo melihat kemungkinan untuk memiliki sebuah kelab bola sepak selepas bersara nanti.Pemain kelahiran Portugal berusia 38 tahun itu berkata, memiliki sebuah kelab bola sepak menjadi keutamaannya selepas merancang untuk bersara dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.\"Saya tidak menolak untuk menjadi pemilik kelab. Ia sesuatu yang saya fikirkan beberapa tahun lalu.\"Saya mungkin ingin memiliki kelab bola sepak. Saya berada di penghujung karier saya, maksimum dua hingga tiga tahun lagi,\" katanya.Dalam pada itu, Ronaldo yang menandatangani kontrak dengan Al Nassr pada Januari selepas meninggalkan Manchester United, meraikan keputusan bekas rakan sepasukan di Real Madrid iaitu Karim Benzema untuk menyertai Liga Pro Saudi.Benzema, 35, membatalkan kontrak selama setahun bersama Real dan menandatangani kontrak dengan juara Arab Saudi, Al Ittihad.\"Saya tahu perpindahan saya ke Arab Saudi akan membuka laluan dan saya tidak salah.\"Saya pasti dalam tempoh beberapa tahun lagi, liga ini akan menjadi salah satu liga terpenting di dunia.\"Karim sudah pergi dan saya 1,000 peratus pasti yang lebih ramai pemain akan turut serta,\" kata Ronaldo.Sergio Ramos, Jordi Alba, Sergio Busquets, N'Golo Kante, Angel Di Maria, Iago Aspas dan Roberto Firmino juga dilaporkan akan menyertai kelab di Liga Pro Saudi.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 10:13am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262529/berita/sukan/kerana-saya-islam-dan-arab-saudi-adalah-negara-islam", "article_title": "'Kerana saya Islam dan Arab Saudi adalah negara Islam'", "article_text": "KARIM Benzema menjelaskan peluang untuk tinggal di Arab Saudi selain ia merupakan sebuah negara majoriti Islam adalah faktor pendorong untuknya berpindah ke Al Ittihad.Pemain berusia 35 tahun melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid ke Al Ittihad selepas menerima tawaran lumayan daripada juara Liga Pro Saudi itu.Benzema diperkenalkan kepada penyokong Al Ittihad buat pertama kali di King Abdullah Sports City dengan 60,000 peminat hadir untuk majlis itu.\"Al Ittihad adalah salah satu kelab terbaik di Arab Saudi. Ia adalah kelab yang melihat banyak keghairahan daripada peminat dan mempunyai banyak trofi.\"Kerana saya Islam dan ini adalah negara Islam, dan saya sentiasa mahu tinggal di sini.\"Ia berbeza dengan Eropah. Saya sudah ke Arab Saudi dan saya rasa gembira mengenainya. Paling penting, ia adalah negara Islam, ia indah dan cantik.\"Di sinilah saya mahu berada kerana penting bagi saya untuk berada di negara Islam, di mana saya merasakan orang ramai sudah seperti saya. Ia akan membolehkan saya menjalani kehidupan baharu dan saya tidak sabar untuk tinggal di sini.\"Saya ingin bercakap bahasa Arab dengan fasih, ia penting bagi saya,\" katanya.Benzema adalah pemenang Ballon d\u2019Or kedua yang menyertai Liga Pro Saudi mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya di Real, Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr pada Januari.Benzema dan Ronaldo menghabiskan sembilan tahun bersama di Real dan Benzema berharap mereka berdua dapat meningkatkan taraf liga itu.\"Cristiano Ronaldo yang juga kawan saya sudah berada di sini. Ia menunjukkan Arab Saudi mula maju lebih jauh ke tahapnya; yang penting di peringkat antarabangsa.\"Ada nama besar bermain di sini iaitu Cristiano Ronaldo dan sekarang saya. Jadi, adalah penting untuk menunjukkan bahawa bola sepak Saudi boleh memberi impak global,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 09:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262522/berita/sukan/kebangkitan-gergasi-merah", "article_title": "Kebangkitan Gergasi Merah", "article_text": "KEJAYAAN Selangor FC melakar kemenangan besar 7-1 ke atas Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu disifatkan satu kebangkitan semula buat The Red Giants.Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe nyata gembira dengan kemenangan tersebut selepas anak-anak buahnya mengalami kekalahan mengejut 0-1 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Sabtu lalu.\u201cYa, ini adalah satu kebangkitan selepas kalah kepada PDRM. Kita nampak sikap pemain juga berubah apabila mereka lebih positif bermula gol pertama hingga gol terakhir.\u201cSetiap kali kita cipta peluang, ia menghasilkan gol. Dari situ kita nampak keyakinan diri dalam kalangan pemain apabila mereka melakukan percubaan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.Ditanya sama ada tujuh gol itu merupakan hadiah sempena hari lahirnya pada 30 Mei lalu, Cheng Hoe menjawab: \u201cSetiap kali pasukan melakar kemenangan, ia merupakan hadiah paling manis buat saya.\u201cApa pun saya anggap setiap kemenangan sebagai satu motivasi dalam pasukan. Kemenangan ini juga bukan hasil usaha saya seorang tetapi hasil kerja keras setiap pemain dan barisan kejurulatihan,\u201d jelasnya.Pada masa sama, Cheng Hoe mengakui kemenangan itu penting bagi memastikan Selangor terus memberikan saingan kepada penyandang juara, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT).\u201cSudah tentu tiga mata penting untuk memastikan pasukan berada dalam kedudukan terbaik. Selepas break nanti, kita juga perlu bekerja keras kerana dalam tiga minggu selepas ini, kebanyakan pemain ada komitmen bersama pasukan kebangsaan.\u201cIa secara tidak langsung akan menjejaskan persiapan pasukan. Namun, barisan kejurulatihan percaya pemain yang bersama skuad kebangsaan nanti akan mendapat pengalaman untuk meningkatkan prestasi pasukan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262516/berita/sukan/pdrm-kejutkan-sabah-di-petaling-jaya", "article_title": "PDRM kejutkan Sabah di Petaling Jaya", "article_text": "PDRM FC membuka kempen pusingan kedua Liga Super dengan momentum positif dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Khamis.The Cops mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Sabah FC 1-0 hasil jaringan separuh masa pertama Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-26.Sebagai rekod, The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz sebelum ini mengejutkan Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe, 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Jun lalu.Sebelum itu, PDRM menang bergaya 4-1 ke atas kelab bermasalah Kelantan FC kendalian Frank Bernhardt di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 23 Mei lalu.Kemenangan tipis 1-0 ke atas The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee tersebut sekali gus menebus kekalahan aksi pusingan pertama sebelum ini.Sebagai rekod, Sabah menewaskan PDRM 4-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas pada 25 Februari lalu.Gol The Rhinos dijelmakan Saddil Ramdani (m-13, m-71), Taesu Park (m-37) dan Stuart John Wilkin (m-93).", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 11:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262514/berita/sukan/penang-kuala-lumpur-city-sama-gagah-di-bandaraya", "article_title": "Penang, Kuala Lumpur City sama gagah di Bandaraya", "article_text": "PENANG FC dan Kuala Lumpur City berkongsi satu mata apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Khamis.Kuala Lumpur City tampil ke Pulau Pinang dengan misi melakar keputusan positif selepas kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur.Penang pula memburu tonik semangat selepas ditundukkan penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT), 0-2 di venue sama pada 3 Jun lalu.Kegarangan anak buah Bojan Hodak menyerlah menerusi Tchetche Kipre yang mengejutkan benteng pertahanan tuan rumah apabila membuka jaringan buat pasukan pelawat pada minit ketujuh perlawanan.Angkatan Manzoor Azwira yang tersentak dengan jaringan itu kembali memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Giovane Gomes pada minit ke-46.Keputusan itu mengulangi pencapaian pusingan pertama yang menyaksikan The City Boys dan Harimau Kumbang terikat 2-2 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu.Gol Kuala Lumpur City dijaringkan Paulo Josue (m-14, m-71) manakala jaringan Penang dijelmakan Hadin Azman (m-73) dan Giovane Gomes (m-85).Keputusan seri itu menyaksikan Kuala Lumpur City kini menduduki tangga keenam liga dengan 22 - enam menang, empat seri dan dua kalah - selepas mengharungi 13 perlawanan.Sementara Penang pula di kedudukan ke-10 - empat menang, dua seri, tujuh tewas - selepas mengharungi 13 perlawanan liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 11:29pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262510/berita/sukan/rice-tinggalkan-west-ham-united", "article_title": "Rice tinggalkan West Ham United", "article_text": "DECLAN Rice akan meninggalkan West Ham United pada musim penutup, kata pengerusi The Hammers, David Sullivan pada Khamis, sehari selepas pemain tengah itu mengetuai kelab London itu merangkul trofi Eropah pertama dalam tempoh 58 tahun.Sullivan berkata, perjanjian gentleman's agreement bermakna Rice dibenarkan meninggalkan London walaupun kontraknya tinggal setahun dengan pilihan melanjutkannya selama 12 bulan lagi.Ketika ditanya sama ada kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam Liga Konferensi Europa adalah perlawanan terakhir Rice untuk kelab itu, Sullivan memberitahu: \u201cSaya fikir ia mesti begitu.\u201cKami berjanji kepadanya dia boleh pergi. Dia menetapkan hatinya untuk pergi. Anda tidak boleh meminta seorang lelaki yang memberi komitmen lebih kepada kami musim ini. Pada masa akan datang, dia perlu meneruskan dan kami perlu mendapatkan pengganti, atau beberapa pengganti.\u201cIa bukan sesuatu yang kami mahu berlaku. Kami menawarkannya 200,000 paun ($249,260) seminggu 18 bulan lalu tapi dia menolak. Dia menelan belanja 10 juta pound untuk kekal di West Ham pada masa itu (dalam kehilangan gaji).\u201cDia mahu pergi. Anda tidak boleh mengekalkan pemain yang tidak mahu berada di sana... Saya rasa tawaran akan mula datang hari ini.\u201dSebagai rekod, Rice menyertai akademi West Ham dari Chelsea semasa remaja dan sentiasa hadir sejak musim kejayaannya pada 2017-18. Dia mengambil alih jawatan kapten selepas Mark Noble bersara tahun lalu.Pemain berusia 24 tahun itu bermain 50 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini ketika West Ham menduduki tempat ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris sebelum merangkul Liga Konferensi di Prague pada awal pagi Khamis.Rice telah bermain lebih daripada 200 perlawanan untuk West Ham memperoleh 41 caps untuk England sejak penampilan sulung antarabangsanya pada 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 09:44pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262508/berita/sukan/mac-allister-pembelian-pertama-liverpool", "article_title": "Mac Allister pembelian pertama Liverpool", "article_text": "LIVERPOOL menandatangani Alexis Mac Allister dari Brighton & Hove Albion dengan kontrak jangka panjang, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu, pada Khamis ketika The Reds dalam usaha membina semula kekuatan kelab Merseyside untuk musim depan selepas mengharungi kempen mengecewakan.Butiran kewangan mengenai perpindahan itu tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan bahawa bayaran untuk pemain tengah Argentina tersebut ialah 55 juta pound ($68.51 juta).\u201cRasanya menakjubkan. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan, sungguh menakjubkan berada di sini dan saya tidak sabar untuk memulakannya.\u201cSaya mahu berada dalam (dari) hari pertama pramusim, jadi ada baiknya semuanya selesai. Saya tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan saya,\u201d kata Mac Allister dalam satu kenyataan.Mac Allister membantu Brighton mara ke pentas kelab bola sepak Eropah buat kali pertama dalam kempen cemerlang 2022-23, menjaringkan 10 gol liga dalam 35 penampilan ketika mereka menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris.Pemain berusia 24 tahun itu, yang menandatangani kontrak baharu dengan Brighton pada Oktober, menyertai The Seagulls pada Januari 2019 dan dipinjamkan semula kepada bekas kelab lamanya Argentinos Juniors sebelum membuat penampilan pertama Brighton pada Mac 2020.Dia telah menjaringkan 20 gol dalam lebih 100 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan.Pemain tengah itu mempunyai 16 caps untuk Argentina dan bermain enam perlawanan dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022, termasuk perlawanan akhir, yang menyaksikan pasukan Lionel Scaloni menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.Mac Allister adalah pembelian pertama Liverpool yang dijangka akan menjadi jendela perpindahan yang sibuk di Anfield di bawah pengarah sukan baharu Jorg Schmadtke.\u201cSejak saya memenangi Piala Dunia, saya mahu memenangi lebih banyak trofi dan saya fikir kelab ini akan membantu saya melakukannya.\u201cItulah matlamatnya dan apabila anda berada dalam kelab besar seperti ini anda perlu memenangi trofi. Jadi, itulah yang saya mahu,\u201d tambah Mac AllisterPengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyasarkan untuk merombak barisan tengah The Reds selepas pemergian James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita pada akhir kontrak masing-masing.Sebagai rekod, Liverpool akan beraksi dalam saingan Liga Europa musim depan selepas menamatkan kempen mengecewakan di tempat kelima.Liverpool terlepas Liga Juara-Juara dan kedua-dua piala domestik, memulakan rentak liga tanpa kalah 11 perlawanan termasuk tujuh kemenangan berturut-turut, namun menamatkan saingan di luar kelompok empat teratas buat kali pertama sejak 2016-17.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 09:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262503/berita/sukan/terengganu-tagih-aura-padu-pemain-ke-12-berdepan-jdt", "article_title": "Terengganu tagih aura padu pemain ke-12 berdepan JDT", "article_text": "PARA penyokong Terengganu (TFC) diminta untuk memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, menjelang kunjungan penyandang juara Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) bagi aksi Liga Super pada Jumaat.Itu harapan pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner, dalam usaha menyuntik semangat para pemain TFC yang masih mengekalkan rekod bersih di laman sendiri musim ini.\u201cSaya percaya kehadiran para penyokong setia TFC secara tidak langsung akan merangsang motivasi para pemain berdepan JDT.\u201cSemua orang tahu siapa JDT... Musim ini, mereka tidak kehilangan satu mata pun dan hanya melepaskan satu gol dalam Liga Super.\u201cTetapi kami bersedia seperti biasa. Saya tidak mahu para pemain meletakkan diri mereka di bawah tekanan hanya kerana JDT adalah kelab yang dikendalikan dengan baik dan berjaya di Malaysia.\u201cKami akan lihat apa yang boleh kami lakukan semasa perlawanan,\" katanya ketika ditemui di sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak.Sebagai rekod, perlawanan pusingan pertama sebelum ini menyaksikan JDT menewaskan TFC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari lalu.Dalam pada itu, Steinbruckner mengakui skuad Penyu akan berdepan Harimau Selatan tanpa beberapa tonggak termasuk Liridon Krasnique kerana dia dipinjamkan dari kelab induk JDT.\"Liridon tidak boleh bermain kerana syarat pinjaman... juga dia telah menerima tiga kad kuning.\u201cSaya akan menggantikannya di bahagian tengah mungkin dengan Pusic atau pemain lain... kita akan lihat bagaimana,\" katanya, sambil menambah Penyu tanpa kelibat pertahanan Syafiq Ismail dan Sardor Kalmatov akibat kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 08:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262496/berita/sukan/terengganu-rai-atlet-harumkan-nama-malaysia-di-sukan-sea-2023", "article_title": "Terengganu rai atlet harumkan nama Malaysia di Sukan SEA 2023", "article_text": "SERAMAI 30 atlet Terengganu yang memenangi pingat di Sukan SEA Kemboja 2023 pada 5 hingga 12 Mei lalu menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) berjumlah RM82,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia melibatkan 23 atlet lelaki dan tujuh wanita yang memenangi 26 pingat termasuk lima emas, lapan perak dan 13 gangsa dalam 13 acara di temasya sukan dwitahunan berkenaan.\u201cGanjaran sebanyak RM4,000 disediakan untuk atlet yang memenangi pingat emas, pingat perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) untuk acara individu.\u201cBagi acara berkumpulan pula setiap atlet menerima insentif RM2,500 bagi pingat emas, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1500). Insentif ini diharap dapat menaikkan semangat atlet lain untuk memenangi pingat untuk negara pada mana-mana temasya sukan di luar negara pada masa akan datang,\u201d katanya pada majlis Apresiasi Atlet Terengganu Sukan SEA 2023 Kemboja di Kuala Terengganu pada Khamis.Pada majlis sama, Wan Sukairi turut menyampaikan insentif Skim Wakil Negara (SWARA) berjumlah RM54,000 kepada 54 atlet Terengganu yang mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja.Selain itu hadiah kemenangan berjumlah RM29,900 juga disalurkan kepada 15 atlet berbasikal yang telah memenangi pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan pada 14 hingga 19 Mei lalu.\u201cKita harap Terengganu akan terus menjadi kuasa sukan negara pada masa akan datang. Insentif sebegini antara usaha kerajaan negeri menggalak dan menghargai usaha atlet dalam mengharumkan nama negeri dan negara,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 07:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262491/berita/sukan/korea-selatan-sekat-hajat-young-tigress-ke-chile-2023", "article_title": "Korea Selatan sekat hajat Young Tigress ke Chile 2023", "article_text": "IMPIAN skuad hoki remaja wanita negara untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2023 di Chile, Disember ini, tidak kesampaian setelah gagal melangkah ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2023 di Kakamigahara, Jepun, pada Khamis.The Young Tigress, kendalian Lailin Abu Hassan, tewas 1-3 kepada Korea Selatan pada aksi akhir Kumpulan A, sekali gus terlepas tiga kuota diperuntukkan bagi benua Asia ke Piala Dunia Remaja 2023.Kemenangan tersebut membolehkan Korea Selatan dan India, masing-masing berkongsi 10 mata, dalam kumpulan tersebut mara ke separuh akhir.India muncul juara kumpulan dengan perbezaan gol akan menentang naib juara Kumpulan B, Jepun manakala Korea Selatan berdepan juara bertahan dan juara kumpulan, China, pada peringkat separuh akhir, Sabtu ini.Malaysia yang sebelum ini membenam Taiwan 7-0 dan Uzbekistan 12-0, selain dikecewakan India 1-2, menduduki tempat ketiga dengan enam mata.Korea Selatan membuka jaringan seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti Sujin An, sebelum Sungeun Song menggandakan jaringan menerusi satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-38.Young Tigress yang tidak mengalah kemudian pantas merapatkan jurang dalam masa beberapa saat sahaja menerusi jaringan padang, Norshafiqha Ishak pada minit ke-38.Ketika pasukan negara sedang mencari gol penyamaan, Korea Selatan terus meningkatkan jurang menerusi jaringan gol padang, Yujin Lee, pada minit ke-48 untuk mendapatkan tiga mata sekali gus meranapkan impian Malaysia ke separuh akhir.Sebagai rekod, Young Tigress akan bertemu Hong Kong dalam aksi penentuan tempat kelima-kelapan pada Jumaat manakala Korea Selatan akan mencabar juara bertahan, China.Sementara itu, Lailin meminta para pemain Young Tigress supaya tidak memandang mudah cabaran Hong Kong, selain mahu anak buahnya memberikan 100 peratus fokus dan usaha supaya dapat mara ke aksi penentuan tempat kelima-keenam.\u201cWalaupun tewas, pemain telah menunjukkan persembahan yang baik, beri tentangan yang hebat. Korea Selatan telah mula menyerang sejak wisel permulaan lagi, tapi kita berjaya kekang semua serangan mereka.\u201cNamun sedikit kelekaan pertahanan beri ruang kepada mereka jaring gol. Hong Kong mempunyai kekuatan yang baik, kita harus waspada dengan mereka dan pastikan mencatatkan kemenangan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 07:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262481/berita/sukan/zii-jia-akui-masalah-prestasi-tak-menentu", "article_title": "Zii Jia akui masalah prestasi tak menentu", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui dia kini berdepan prestasi tidak menentu sehingga gagal mencetuskan impak positif di pentas antarabangsa.Terbaharu, Zii Jia yang juga juara Asia tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Singapura 2023 sekali gus meneruskan rentak sumbangnya tahun ini.\u201cYa kalah lagi. Ini yang terbaik saya dapat lakukan dan inilah keputusannya, jadi saya perlu menerimanya. Kadang-kadang saya bermain sangat baik tetapi kadang-kadang beraksi terlalu buruk, ini masalah saya.\u201cSaya perlu fikir dengan lebih baik. Buat masa ini ia terlalu banyak bagi saya, jadi saya perlu lebih tenang,\u201d katanya di Stadium Tertutup Singapura pada Rabu.Zii Jia yang kini menduduki ranking ke-10 dunia ditunjukkan jalan keluar apabila tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang 20-22, 21-16, 19-21 dalam masa 74 minit.Cabaran seterusnya Zii Jia adalah Terbuka Indonesia 2023 yang menyingkap tirainya dari 13 hingga 18 Jun ini apabila dia diundi berdepan pemain sensasi India, Lakhsya Sen di pusingan pertama.Dalam pada itu, juara dunia yang juga beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Singapura 2023 apabila mengalahkan gandingan Indonesia, Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-18, 21-17.Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa akur dengan pengalaman pemain handalan Thailand, Kunlavut Vitidsarn apabila tewas 21-18, 22-24, 21-13.Turut tersingkir beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 21-14, 16-21, 9-21 kepada wakil Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 06:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262484/berita/sukan/kbs-yakin-jawatankuasa-rtg-tangani-isu-azizulhasni-secara-baik", "article_title": "KBS yakin jawatankuasa RTG tangani isu Azizulhasni secara baik", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) yakin isu ketidakpuasan hati yang dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, akan ditangani sebaik mungkin jawatankuasa program Road to Gold (RTG).Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, jawatankuasa itu telah dipertanggungjawabkan bagi mendengar segala permasalahan dikemuka mana-mana atlet yang berada di bawah program tersebut, dalam misi memburu emas Sukan Olimpik.\"KBS mendengar dan kita memahami perkara yang diluahkannya (Azizulhasni). Perkara ini sedang dibincangkan serta akan dikendalikan terutama sekali oleh RTG, menerusi koordinator programnya Datuk Stuart Ramalinggam.\"Beliau antara yang bertanggungjawab dan memang tujuan RTG diperkenal untuk kita teliti sebarang masalah ataupun cabaran dalam misi meraih emas di Sukan Olimpik. Justeru, Datuk Azizulhasni selaku individu yang diletakkan harapan, kita nak yang terbaik buat beliau,\u201d katanya kepada Bernama bagi mengulas isu dibangkitkan Mohd Azizulhasni di laman Facebook rasminya hari ini.Adam Adli berkata demikian pada majlis pengenalan pasukan e-sukan pertama dibarisi pempengaruh dan selebriti, CRIT MVP, di sini hari ini.Antara yang membarisi pasukan itu termasuk Muna Shahirah Munadi, Amir Asyraffudin Abd Aziz, Siti Khadijah Subir dan Muhd Afiq Abdul Aziz.Terdahulu, Mohd Azizulhasni melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, sejak awal tahun ini.Pelumba dengan gelaran \u2018The Pocket Rocketman itu berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan MSN sejak setahun sebelum dia kembali ke Malaysia, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian dicapai, sedangkan Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dalam tempoh setahun.Atlet berusia 35 tahun itu, yang memenangi pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020, berkata walaupun beliau menerima keputusan MSN untuk memindahkan pusat latihan dengan hati terbuka, namun kepulangannya ke tanah air telah tidak disertai dengan sistem sokongan lengkap dan bertaraf dunia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 06:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262479/berita/sukan/tuah-berganda-izzah-atirah-di-apg-kemboja-2023", "article_title": "Tuah berganda Izzah Atirah di APG Kemboja 2023", "article_text": "PEMAIN goalball, Izzah Atirah Tajuddin, tersenyum apabila dia bukan sahaja menghadirkan pingat pada Sukan Para Asean (APG) Kemboja 2023, malah menerima khabar gembira keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.Atlet berusia 18 tahun itu cemerlang membantu pasukan wanita meraih pingat gangsa selepas membenam skuad Indonesia 3-0 di Stadium Tertutup Kompleks Olimpik, Phnom Penh pada Khamis.Izzah Atirah atau lebih mesra disapa Tira berkongsi ibunya, Norazlina Ibrahim, 44, mengirimkan pesanan mengenai keputusan SPMnya iaitu 7A (1A 3A- 3A) dan 1B dalam aliran perniagaan dan sains sukan sekitar 10 pagi.\u201cSemalam memang ada cakap dekat ibu biar saya sendiri yang tengok keputusan tetapi ibu seronok untuk lihat dan berkongsi berita itu dengan saya sebelum pertandingan bermula.\u201cJadi masa permainan tadi memang saya cuba sehabis baik sebab saya pemain posisi kiri dan kanan. Memang ada banyak serangan dari Indonesia tapi kami berjaya tepis semua halangan itu,\u201d kata anak kedua dari lima adik-beradik itu.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Johor, itu bergandingan bersama Nur Amalina Hares; Nur Shazatul Nadhirah Mohd Shuhaidi; Athirah Azman; Lim Zi Ling dan Nurin Amalin Ishak dalam acara goalball pasukan wanita untuk menamatkan cabaran di kedudukan ketiga di bumi Kemboja.Izzah Atirah, yang membuat penampilan sulung pada edisi ke-12 ini, berkata bukan mudah mengimbangi masa sukan dan akademik, namun hasil pertolongan keluarga yang menetap di Bangi, Selangor, dia mampu melakukannya.Dia yang memasang impian besar untuk menjadi guru mahu menyambung pelajaran Diploma Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).\u201cSaya memang ada impian untuk menjadi guru sebab suka berkongsi dengan orang ramai pengetahuan apa yang saya tahu. Tetapi kalau suatu hari nanti jadi (cikgu) saya masih mahu menjadi atlet,\u201d katanya.Izzah Atirah, yang mempunyai penglihatan kurang daripada 50 peratus itu, yakin dia akan terus bersinar dalam dunia sukan sekiranya terus diberi peluang menyertai kejohanan di pentas antarabangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 06:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262470/berita/sukan/mhd-amin-tekad-cipta-kejutan-di-apg-kemboja-2023", "article_title": "Mhd Amin tekad cipta kejutan di APG Kemboja 2023", "article_text": "BERGELAR orang kurang upaya (OKU) fizikal tidak mematahkan semangat Mhd Amin Burhanuddin berkecimpung dalam dunia badminton pada usia 10 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa hari ini.Atlet berusia 31 tahun itu berkata, kecacatan kaki kanan sejak lahir yang dinamakan sebagai 'right ciev with surgical intervention/SL4' sehingga perlu menjalani pembedahan semasa dilahirkan menyebabkan dia terpaksa menggunakan bantuan tongkat sehingga berusia tujuh tahun.Selang dua tahun kemudian setelah simen di kaki kanan Mhd Amin dibuka, barulah dia boleh menyeimbangkan badan tanpa bantuan alatan untuk bergerak secara bebas di kawasan perumahannya di Labuan.\u201cKeluarga saya memang minat badminton, jadi timbul minat untuk saya turut serta.\u201cHanya pada usia 10 tahun saya mula memegang raket apabila sudah mendapat keseimbangan badan setelah membuka simen di kaki kanan dan mula mengikut ahli keluarga pergi ke dewan berdekatan untuk beriadah,\u201d katanya yang yang merupakan anak keempat daripada enam adik beradik.Bagaimanapun Mhd Amin berkata, pengetahuan yang kurang mengenai penjelasan laporan cara menjadi atlet para menyebabkan dia mula bermain di pentas antarabangsa ketika berusia 14 tahun.Enggan menoleh ke belakang, Mhd Amin berkata, abang keduanya, Sahbudin Burhanuddin,40, adalah insan yang sentiasa menyokongnya untuk terlibat secara aktif dalam sukan itu apabila mula diserap dalam program para negara tahun lepas.\u201cMasa saya sudah masuk gelanggang ada seorang doktor yang tegur saya berbakat dalam badminton. Jadi dia yang suruh pergi dan beritahu cara buat klarifikasi (penjelasan laporan) di hospital.\u201cPada mulanya saya hanya berlatih dengan keluarga terutamanya abang kedua. Kalau saya malas, mesti dia tetap suruh saya pergi,\u201d katanya.Mhd Amin yang sekadar meraih pingat gangsa pada edisi lalu di Solo, Indonesia kini hanya selangkah lagi membalas dendam untuk meraih pingat emas menerusi acara final perseorangan (SL4- kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asean (APG) Kemboja 2023, pada Jumaat.Pemain yang berada dalam ranking ke-20 dunia itu membenam Freddy Setiawan dari Indonesia menerusi permainan straight set 21-12 dan 21-14 pada aksi separuh akhir.Mhd Amin seterusnya akan bertemu pemain Indonesia Hikmat Ramdani pada aksi final perseorangan SL4.Menyentuh mengenai saingannya, Mhd Amin berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melakar kejutan terhadap pemain pilihan kedua kejohanan itu.\u201cDari segi atas kertas memang jauh dan ketinggalan dengan (Hikmat) namun saya tetap akan cuba yang terbaik,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 05:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262464/berita/sukan/saya-tahu-isu-azizuhasni-msn---stuart", "article_title": "'Saya tahu isu Azizuhasni-MSN' - Stuart", "article_text": "KEBIMBANGAN dan ketidakpuashatian dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang diharapkan dapat diselesaikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold (RTG) yang akan diadakan dua minggu lagi.Koordinator program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, dia tahu mengenai isu dihadapi juara keirin dunia 2017 itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan berharap keputusan dapat dibuat ketika mesyuarat itu.Menurutnya, RTG telah ditubuhkan terutamanya bagi menyelesaikan kesemua 'halangan' dihadapi para atlet yang akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.\u201cSaya tahu isu yang dihadapi Datuk Azizuhasni dengan MSN. Ini merupakan sebahagian daripada kompilasi isu dan permintaan daripada kesemua atlet yang saya telah lengkapkan selepas mesyuarat dengan kesemua atlet RTG.\u201cMalangnya beberapa isu lama seperti dalam kes ini yang telah pun bermula satu setengah tahun lalu antara Azizulhasni dan MSN yang memerlukan saya (sebagai penyelaras) mendapatkan butiran berkaitan daripada pelbagai pihak sebelum dibawa ke Jawatankuasa untuk pertimbangan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, The Pocket Rocketman melahirkan rasa kecewa terhadap MSN atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai sejak awal tahun ini.Katanya, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan MSN sejak setahun sebelum dia kembali ke Malaysia tetapi sehingga kini tiada penyelesaian dicapai sedangkan Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dalam tempoh setahun lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 05:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262461/berita/sukan/nicol-terima-anugerah-readers-digest-2023", "article_title": "Nicol terima anugerah Reader\u2019s Digest 2023", "article_text": "LEGENDA skuasy wanita negara, Dauk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader\u2019s Digest 2023, semalam.Berkongsi penghormatan tersebut dalam Facbook rasminya, Nicol, 39, berkata, beliau amat bangga kerana telah diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.\"Saya rasa sungguh istimewa selepas empat tahun bersara dan seperti yang anda tahu kehidupan dan tumpuan penuh kini terhadap yayasan saya dalam pembangunan akar umbi dalam sukan tersebut.\"Terima kasih Malaysia, anda terus memberikan saya kebahagiaan dan terima kasih Reader's Digest,\" katanya.Bekas ratu skuasy negara itu turut menyebut bagaimana ibu bapanya percaya terhadap sikap boleh dipercayai lebih penting daripada gelaran, justeru anugerah yang diterima malam tadi merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.\"Saya amat rendah hati bahawa Malaysia dapat melihat nilai ini dalam diri saya dan akan terus berusaha gigih untuk menyumbangkan kembali kepada negara yang telah banyak memberi sumbangan dan sokongan terhadap saya,\u201d kata bekas juara dunia sebanyak lapan kali itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 05:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262460/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sahkan-slot-suku-akhir-terbuka-singapura-2023", "article_title": "Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023", "article_text": "[DIKEMAS KINI] BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 selepas menewaskan wakil Indonesia hari ini.Pada perlawanan pusingan kedua berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu, Aaron-Wooi Yik, juga pilihan ketiga kejohanan, mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-17 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.Menanti gandingan negara itu di suku akhir membabitkan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang turut mara selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-14 dan 21-17.Sementara itu, perjalanan satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tersekat selepas tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam pertembungan tiga set.Gandingan negara itu terlebih dahulu tewas set pertama 18-21 sebelum bangkit di set kedua 21-18, namun dinafikan kemaraan selepas tewas 13-21 di set penentuan.Dalam pada itu, turut gagal mara ke suku akhir membabitkan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang tewas di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn juga pilihan ketujuh kejohanan, 18-21, 24-22 dan 13-21 dalam perlawanan 66 minit.Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, turut melagkah ke suku akhir selepas menumpaskan Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dari Indonesia dengan keputusan 21-17, 21-18.Beregu ranking ketujuh dunia itu akan berdepan dengan pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Hoa, esok.Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Teh Ee Wei juga meneruskan cabaran di peringkat suku akhir setelah menewaskan gandingan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-17, 21-17 untuk menentang wakil Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei- Ng Tsz Yau.Pasangan Hong Kong itu, yang menghuni ranking ke-24 dunia, sebelum itu mengejutkan wakil negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, `4-21, 21-16, 21-9. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 05:05pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262454/berita/sukan/kekuatan-kedah-jauh-berbanding-perak---yusri", "article_title": "Kekuatan Kedah jauh berbanding Perak - Yusri", "article_text": "PEMAIN import berkualiti dan pemain tempatan yang berpengalaman luas dimiliki Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi antara sebab Perak FC tumpas 0-3 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Pengendali sementara Perak FC, Yusri Che Lah mengakui hadir dengan corak permainan bertahan namun tetap bolos dengan jaringan besar kepada pasukan tuan rumah.Menurutnya, taktikal tersebut terpaksa dilakukan oleh pasukan kejurulatihan selepas The Bos Gaurus tewas beberapa perlawanan sebelum ini selain terdapat pemainnya turut mengalami kecederaan serta digantung.\"Selepas beberapa perlawanan dengan keputusan tidak memihak kepada kami, kami hadir ke sini dengan corak bertahan dan itu realitinya. Kita tahu kekuatan pasukan Kedah terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pasukan kami.\"Kami dibolosi pada babak pertama melalui hasil pergelutan yang kami pun kurang pasti dari mana punca jaringan itu terhasil dan apa yang cuba kami lakukan adalah cuba bangkit semula dengan aksi lebih baik pada babak kedua,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Jelas Yusri, kualiti yang dimiliki oleh pemain import dan tempatan KDA FC turut membantu pasukan tuan rumah untuk meraih tiga mata di laman mereka.\"Perak FC juga perlu diimbangi dengan kekuatan tenaga penyerang import kerana perkara ini dimiliki oleh hampir semua skuad Liga Super yang sedang beraksi.\"Liga kita ini memerlukan pemain import dan jika kita lihat pasukan Kedah jika beraksi dengan satu import sahaja maka keadaan perlawanan juga mungkin akan berubah,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262444/berita/sukan/kafa-tidak-campur-tangan-urusan-jual-beli-kelantan-fc", "article_title": "KAFA tidak campur tangan urusan jual beli Kelantan FC", "article_text": "PERSATUN Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta pihak yang menghubungi mereka dan menyatakan minat untuk memiliki Kelantan FC, supaya berurusan terus dengan pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman.Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, mereka tidak lagi tidak campur tangan dalam sebarang urusan Kelantan FC, selepas menjual 100 peratus saham kepada Norizam.\"Kita sudah menjual 100 peratus saham kepada Norizam, jadi kita tidak campur tangan urusan jual beli. KAFA simpati dengan permasalahan yang menimpa Kelantan FC ketika ini,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan, usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, kembali berminat mengambil alih Kelantan FC.Sementara itu, Husin meminta mana-mana individu atau pihak tidak hanya mengambil kesempatan dan mencari publisiti untuk menaikkan nama serta perniagaan masing-masing ke atas masalah yang dihadapi Kelantan FC.Beliau berkata, KAFA sebelum ini mempunyai pengalaman apabila ada individu hanya bercakap kosong tidak terus berurusan dengan berbincang, selain mengingatkan supaya tidak mengambil kesempatan kepada peminat dan penyokong terhadap situasi dalam kancah bola sepak Kelantan ketika ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 04:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262382/berita/sukan/jaringan-bowen-matikan-langkah-fiorentina", "article_title": "Jaringan Bowen matikan langkah Fiorentina", "article_text": "KELAB Serie A, Fiorentina tidak mempunyai sebarang jawapan kepada kekalahan 1-2 kepada West Ham United dalam perlawanan akhir Liga Konferensi di Eden Arena awal pagi Khamis.Malah menurut pengendali Fiorentina, Vincenzo Italiano sukar untuk memberikan reaksi selain kecewa selepas jaringan minit ke-90, Jarrod Bowen memastikan The Hammers merangkul trofi kejuaraan kelab Eropah tahap tiga tersebut.\u201cSejujurnya malam ini saya tidak menyangka segala-galanya boleh berakhir seperti ini...\u201cKami bermain dengan baik, mempunyai peluang dan segera menyamakan kedudukan selepas sepakan penalti yang boleh mematikan perjuangan Fiorentina.\u201cKami bertindak balas, kami mempunyai beberapa peluang keemasan, namun apabila pasukan lawan mula menguasai bahagian tengah, kami tidak melakukan pergerakan yang betul di bahagian pertahanan, dan semuanya sudah berakhir dan musnah,\u201d katanya.The Hammers terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan pada minit ke-62 apabila Said Benrahma menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura kembali menyamakan kedudukan buat kelab Itali itu selepas menewaskan penjaga gol West Ham, menewaskan Alphonse Areola.Kejayaan anak buah David Moyes itu juga menyaksikan kelab London tersebut merangkul trofi kedua kelab Eropah selepas Piala Juara-Juara pada tahun 1965.Sementara itu, Fiorentina terpaksa menunggu lebih lama untuk gelaran Eropah, setelah memenangi Piala Juara-Juara pada tahun 1961.\u201cSaya mempunyai kerjaya yang panjang dalam bola sepak dan anda tidak mendapat banyak saat seperti ini,\" kata Moyes, yang tugasnya terancam pada awal musim ketika The Hammers bergelut mengakhiri cabaran Liga Perdana Inggeris di tempat ke-14 mendapat tempat saingan Liga Europa musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 12:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262367/berita/sukan/barcelona-ucap-selamat-maju-jaya-buat-messi", "article_title": "Barcelona ucap selamat maju jaya buat Messi", "article_text": "BARCELONA menghormati keputusan bekas bintang Blaugrana, Lionel Messi selepas kapten Argentina itu menyatakan hasratnya menyertai Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS) Inter Miami, walaupun menerima cadangan untuk kembali gergasi La Liga tersebut.Barcelona dalam satu kenyataan memaklumkan bapa dan ejen Messi memberitahu kepada kelab itu pada Isnin mengenai keputusannya untuk berpindah ke Amerika Syarikat dan bukannya kembali ke Sepanyol.\u201cPresiden Barcelona (Joan) Laporta memahami dan menghormati keputusan Messi yang mahu bersaing dalam liga dengan permintaan yang lebih sedikit, jauh daripada tumpuan dan tekanan yang dia hadapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,\u201d kata kelab LaLiga itu.Kelab itu menambah bahawa Laporta dan Jorge Messi, bapa Messi, bersetuju untuk bekerjasama mempromosikan penghormatan sewajarnya daripada para penyokong kelab Catalan tersebut sebagai menghormati pemain berusia 35 tahun itu.Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi serta kembali ke Barcelona selepas beraksi pada perlawanan terakhirnya untuk gergasi Ligue 1, Paris St Germain (PSG) pada hujung minggu.Bagaimanapun, juara Sepanyol itu terikat kerana peraturan Financial Fair Play LaLiga.\u201cJika Barcelona tidak berjaya, saya mahu meninggalkan Eropah, keluar dari perhatian dan lebih memikirkan tentang keluarga saya...\"Saya tidak mahu menyerahkan masa depan di tangan orang lain. Saya tidak sabar untuk kembali, tetapi akhirnya ia tidak berlaku,\u201d kata Messi pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 11:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262354/berita/sukan/west-ham-united-juara-liga-konferensi", "article_title": "West Ham United juara Liga Konferensi", "article_text": "WEST Ham United menamatkan penantian panjang untuk menjulang kejuaraan kelab Eropah apabila menewaskan Fiorentina 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Konferensi di Eden Arena, awal pagi Khamis.Jaringan minit ke-90, Jarrod Bowen memastikan The Hammers dari London kendalian David Moyes merangkul trofi Eropah pertama dalam tempoh lebih setengah abad.Perlawanan di Prague seolah-olah seperti menuju ke masa tambahan sebelum percubaan Bowen yang menyudahkan sentuhan Lucas Paqueta menewaskan penjaga gol Fiorentina, Pietro Terracciano.The Hammers terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan pada minit ke-62 apabila Said Benrahma menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Giacomo Bonaventura kembali menyamakan kedudukan buat kelab Serie A kendalian Vincenzo Italiano tersebut selepas menewaskan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola.Sementara itu, Bowen menyifatkan jaringannya pada minit terakhir sesuatu yang sangat bermakna.\"Setiap perlawanan saya bermimpi untuk menjaringkan gol tetapi untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir sesuatu yang fantastik. Untuk melakukannya di hadapan para penyokong West Ham, saya hanya menangis dalam kegembiraan.\"Kami mempunyai impian, namun tidak mempunyai musim terbaik, termasuk saya sendiri, tetapi untuk memberikan para penyokong West Ham detik ini, saya sangat gembira.\"Tidak pernah rasa detik sebegini dalam hidup saya. Ini adalah perlawanan terbesar dalam kerjaya saya. Ya, cukup beremosi, sangat gembira umpama berada di atas bulan,\" kata Bowen.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:55am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262347/berita/sukan/messi-pilih-inter-miami-untuk-jiwa-lebih-tenang", "article_title": "Messi pilih Inter Miami untuk jiwa lebih tenang", "article_text": "LIONEL Messi mengumumkan akan menandatangani kontrak bersama kelab Kejuaraan Liga Bolasepak Utama (MLS), Inter Miami, apabila memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi karier seterusnya berbanding di Barcelona atau Arab Saudi.Penyerang Argentina berusia 35 tahun itu, telah menghabiskan dua musim terakhir di Paris Saint-Germain, (PSG) bermain perlawanan terakhirnya untuk kelab tersebut pada Sabtu, selepas berpindah dari Barcelona pada 2021, di mana dia menghabiskan sebahagian besar kariernya.Messi berkata, dia tidak mahu menunggu Barcelona mencari formula untuk menandatanganinya memandangkan keadaan kewangan kelab menyaksikan juara La Liga tidak dapat mengekalkannya sebelum berpindah ke PSG.Sementara itu, MLS dan Inter Miami mengesahkan berita itu di media sosial, walaupun liga Amerika Syarikat tersebut menyatakan semua urusniaga dalam proses untuk dimuktamadkan dengan perjanjian rasmi.\"Saya telah mengambil keputusan akan ke Miami, saya tidak mempunyai (perjanjian) 100 peratus dimeterai atau mungkin ada sesuatu yang perlu dilakukan, tetapi kami memutuskan untuk meneruskan laluan ke sana.\u201cSaya membuat keputusan untuk meninggalkan Eropah selepas memenangi Piala Dunia dan tidak dapat ke Barca, sudah tiba masanya untuk pergi ke MLS untuk menjalani bola sepak dengan cara yang berbeza dan lebih menikmati kehidupan seharian saya.\"Jelas sekali dengan tanggungjawab dan keinginan yang sama untuk menang, dan melakukan sesuatu dengan baik, tetapi dengan lebih tenang,\" kata Messi.Messi ialah pemenang Ballon d'Or tujuh kali dijangka memperoleh penghargaan individu sekali lagi selepas membawa Argentina menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember lalu.Komuniti bola sepak dunia sebelum ini menanti hala tuju baharu Messi selepas PSG mengesahkan minggu ini perancang Les Parisian itu, yang dianggap sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, akan meninggalkan Paris.\u201cJika ianya disebabkan soal wang, saya akan pergi ke Arab Saudi atau tempat lain.\"Ya, sememangnya lebih banyak melibatkan wang dan kebenarannya ialah keputusan saya pergi ke destinasi lain dan bukan untuk wang,\u201d kata Messi.Inter Miami, yang dimiliki bersama oleh bekas pemain England, David Beckham diasaskan pada 2018, memecat jurulatih Phil Neville minggu lalu dengan pasukan tercorot Konferens Timur.Bagaimanapun beberapa laporan mengatakan penaja utama MLS termasuk jenama pakaian sukan Adidas dan Apple TV, yang memiliki hak penyiaran domestik liga, berkemungkinan menyumbang kepada perjanjiannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:53am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262346/berita/sukan/ketiadaan-nafuzi-tidak-jejas-rentak-kda-fc", "article_title": "Ketiadaan Nafuzi tidak jejas rentak KDA FC", "article_text": "KETIADAAN Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain yang digantung tiga perlawanan susulan keputusan tindakan tatatertib susulan layangan kad merah semasa perlawanan menentang PDRM FC pada pusingan pertama Liga Super 2023 tidak mematahkan semangat pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC.Penolong Ketua Jurulatihnya, Victor Andrag berkata, Sang Kenari masih mampu meneruskan momentum dan taktikal seperti yang dirancangkan oleh Nafuzi semasa menang 3-0 ke atas Perak FC pada saingan ke-14 Liga Super di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Beliau berharap momentum berkenaan dapat terus ditingkatkan kerana perjalanan liga yang masih panjang selain bakal berdepan saingan sengit bertemu Terengganu FC 3 Julai depan.\"Ketiadaan Nafuzi memang menganggu momentum para pemain pada perlawanan ini namun saya yakin mereka akan menjalankan tanggungjawab dan tetap memberikan prestasi yang terbaik.\"Malam ini memang kita akan jangka akan dapat tiga mata di laman sendiri. Kita tidak mahu kalah lagi dan pemain telah memberikan yang terbaik dan berjaya mendapatkan tiga gol, apa lagi yang boleh kita mahu daripada mereka,\" katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Ketiadaan Nafuzi tidak menjejaskan rentak KDA FC untuk meneruskan momentum kemenangan menewaskan Perak FC 3-0. - Foto KDA FCPergantungan Nafuzi bermula pada aksi bertemu Perak FC dan ketua pasukan, Manuel Ott juga turut digantung dua perlawanan susulan kad merah pada perlawanan menentang PDRM tersebut.Walaubagaimanapun, Victor menjelaskan masih lagi ada ruang kelemahan yang perlu dibaiki dan perkara tersebut sentiasa diberikan perhatian oleh barisan kejurulatihan pada setiap perlawanan.\"Sebenarnya setiap perlawanan kita kenalpasti kelemahan dan masalah ini akan kita atasinya semasa aksi perlawanan persahabatan semasa saingan liga super berehat buat sementara waktu,\" ujar beliau lagi.Pada perlawanan tersebut, Amirbek Juraboev muncul hero KDA FC apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-26 dan 53 manakala satu lagi jaringan dihasilkan menerusi Willian Lira pada minit ke-67.Kejayaan meraih kemenangan kesembilan daripada 14 perlawanan tersebut menyaksikan Sang Kenari berjaya mendaki satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga super buat sementara waktu dengan mengumpul 28 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:42am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262344/berita/sukan/azizulhasni-kecewa-dengan-msn", "article_title": "Azizulhasni kecewa dengan MSN", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.\"Saya kembali pulang ke tanah air dari pangkalan latihan di Melbourne pada penghujung Januari tahun ini. Setahun lebih sebelum saya pulang, saya telah dipanggil pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang berbincang dan memujuk akan perihal ini.\"Ketika itu, hanya tinggal saya dan Shah Firdaus (Sahrom) yang berlatih di sana (Melbourne) dengan (ketua jurulatih) John Beasley dan kami dalam persiapan untuk temasya Olimpik Tokyo.\"Dengan jelas saya faham niat tersirat mereka adalah untuk menutup training base di sana (Melbourne) secara berperingkat.\"Sirih tidak kisah untuk pulang ke gagang, asalkan support system di Malaysia setara atau pun lebih bagus daripada di Melbourne,\" katanya.Bagaimanapun, Azizulhasni berkata, selepas beberapa siri perbincangan diadakan dan sehingga dia kembali ke tanah air, masih tidak ada sebarang jalan penyelesaian.\"Perbincangan dan perjumpaan dengan wakil saya telah berlangsung lebih 10 kali dan jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tersangat tidak profesional dan hanya membiarkan perkara tergantung dalam jangka masa yang amat lama.\"Bagi saya amat mudah, kalau tidak dapat support system yang bagus, lebih baik saya pulang berlatih di Melbourne. Hanya tinggal setahun lebih sahaja sebelum Olimpik Paris 2024.\"Bukan tidak suka berada di Malaysia, akan tetapi untuk atlet bertaraf dunia seperti saya, berlatih di Melbourne (buat masa ini) adalah lebih efektif.\"Di sana saya boleh berlatih dengan tenang tanpa gangguan pelbagai perkara terutamanya politik sukan seperti ini,\" ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan The Pocket Rocketman.Enggan masalah yang dihadapi berlarutan lebih panjang sehingga menjejaskan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, Azizulhasni kini berharap ada perkhabaran gembira buat skuad trek negara.\"Saya tahu saya banyak menyebut pihak MSN dalam penulisan ini. Saya harap pembaca tidak salah faham. Pihak MSN itu merujuk kepada beberapa individu yang terlibat dalam peristiwa ini.\"Sekarang perkara ini sudah dibawa kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan dan juga jawatankuasa Program Road to Gold, oleh itu saya tertunggu-tunggu untuk mendengar hasil keputusannya nanti,\" katanya.Azizulhasni dianggap antara prospek terbaik Malaysia bagi menyumbang emas sulung Olimpik selepas dia meraih pingat perak dan gangsa - masing-masing pada temasya Tokyo 2022 dan Rio 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:42am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262340/berita/sukan/nazrulerwan-kecewa-awang-import-gagal-berfungsi", "article_title": "Nazrulerwan kecewa awang import gagal berfungsi", "article_text": "PENOLONG Ketua Jurulatih Kelantan United FC menyalahkan barisan pemain import yang gagal berfungsi menjadi punca mereka diaibkan dengan kekalahan 1-7 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Rabu.Nazrulerwan Makmor turut menyifatkan kekalahan itu menjadi rekod paling mengejutkan sepanjang karier bola sepak dan kejurulatihannya.\u201cSewaktu saya jadi pemain tak pernah bolos sampai tujuh. Ini dalam karier jurulatih pertama kali terkejut kerana terlampau besar.\u201cPemain-pemain import tidak membantu, jadi, saya harap pengurusan dapat menukarkan mereka secepat mungkin,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat aksi perlawanan.Begitupun, Nazrulerwan mengakui dua gol awal pihak lawan merencatkan permainan dan taktikal anak-anak buahnya namun resam perlawanan perlu ada kebangkitan walaupun ketinggalan 0-2.\u201cPemain-pemain saya tidak mengikut arahan.Kekalahan Kelantan United FC kepada Selangor FC dalam perlawanan pada Rabu.\u201cSaya ulang sekali lagi, pemain-pemain import tidak memberi komitmen yang terbaik,\u201d tegasnya.Nazrulerwan turut mendesak pihak pengurusan segera menggantikan dengan pemain lebih berkualiti dan membantu pasukan kerana percaya Kelantan United belum ketinggalan serta mampu mencapai yang terbaik.Dalam pada itu, beliau memberitahu sudah mempunyai senarai nama pemain import baharu selain mengharapkan kekosongan jawatan ketua jurulatih cepat diisi bagi memudahkan perbincangan pertukaran dan taktikal perlawanan.\u201cAda lima atau enam nama tetapi tidak boleh dedahkan lagi kerana masih dalam perbincangan,\u201dujarnya.Sementara itu, Ketua Jurulatih The Red Giant, Tan Cheng Hoe memuji sikap pemain-pemainnya yang fokus setiap kali mencipta peluang dan berjaya manfaatkannya dengan gol.\u201cSetiap kemenangan memang cukup manis dan motivasi kerana terhasil dengan usaha setiap pemain, barisan jurulatih dan teknikal.\u201cSaya tidak menganggap setiap perlawanan itu adalah mudah dan mahu pemain-pemain bekerja keras serta terus konsisten dalam setiap perlawanan selain tidak boleh terleka untuk aksi seterusnya,\u201d katanya.Ends", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:07am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262338/berita/sukan/bellingham-dari-dortmund-ke-madrid", "article_title": "Bellingham dari Dortmund ke Madrid", "article_text": "DORTMUND bersetuju untuk menjual pemain tengah England, Jude Bellingham kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan bayaran permulaan \u20ac103 juta (AS$110.4 juta), menurut kelab Bundesliga itu dalam satu kenyataan.Pemain berusia 19 tahun yang telah dikaitkan dengan beberapa kelab utama Eropah itu, menyertai Dortmund dari Birmingham City pada 2020 dengan harga \u00a325 juta (AS$31.17 juta) sekali gus menjadi pemain berusia 17 tahun termahal dalam sejarah bola sepak.Dia segera menyesuaikan diri untuk berada dalam kesebelasan utama Dortmund dengan mengemudi bahagian tengah dan telah memulakan lebih 30 perlawanan Bundesliga setiap dua musim terakhirnya di Jerman.Pengendali England, Gareth Southgate menjadikan Bellingham pemain Inggeris termuda mewakili The Three Lions pada kejuaraan besar ketika kempen kejohanan Eropah 2021.Tidak lama selepas itu Bellingham menjadi pemain tetap bahagian tengah England dan beraksi dalam semua lima perlawanan di Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum disingkir Perancis pada aksi suku akhir.Bellingham dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris yang mahu membawanya pulang, termasuk Liverpool yang pengurusnya Jurgen Klopp berkata, kelab itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan untuk mendapatkannya kerana tanda harga pemain tersebut.Di Real Madrid, dia akan menyertai Los Blancos yang kaya dengan bakat muda di bahagian tengah - Federico Valverde, Eduardo Camavinga dan Aurelien Tchouameni - ketika kelab itu ingin membina masa depan menggantikan Toni Kroos dan Luka Modric yang masih mengisi posisi nadi pasukan tersebut.Dalam pada itu, pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti juga telah memberitahu hierarki kelab yang dia mahukan penyerang Tottenham Hotspur dan rakan sepasukan Bellingham di England, Harry Kane di kelab itu selepas pemergian Karim Benzema ke kelab gergasi Arab Saudi, Al Ittihad.Sebelum itu, Bellingham berkata, mentaliti merupakan segala-galanya sekiranya seseorang pemain itu mahu pergi lebih jauh dalam karier.\"Matlamat sentiasa menang, apabila anda bertanya cita-cita terbesar saya dalam permainan. Dan saya tidak takut untuk mengatakannya kerana itu sememangnya mentaliti saya.\u201cSaya akan melakukan yang terbaik untuk mencuba dan merealisasikannya dan jika tidak, maka ia tidak akan berlaku kerana saya tidak bekerja keras untuk itu.\"Tetapi, ya, saya akan katakan rekod individu tidak menggembirakan saya tidak seperti menjulang kejuaraan trofi, jadi itulah matlamat saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:07am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262339/berita/sukan/jdt-nekad-kekal-momentum-berdepan-terengganu", "article_title": "JDT nekad kekal momentum berdepan Terengganu", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), berazam meneruskan momentum kejayaan pada aksi sulung pusingan kedua Liga Super berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat.Menurut pengendali skuad Harimau Selatan Esteban Solari, kejayaan tersebut dilihat penting dalam usaha meneruskan kesinambungan aksi cemerlang pasukan musim ini.\"Bola sepak sentiasa berkait rapat dengan perlawanan akan datang dan kali ini (Jumaat), kami akan menentang Terengganu (FC), dan pasukan ini telah menunjukkan peningkatan.\"Oleh itu, perlawanan ini pastinya sukar kerana ketika menentang mereka pada pusingan pertama sebelum ini, kita turut menerima tentangan yang sengit, apatah lagi kali ini mereka beraksi di laman sendiri.\"Apa pun, kami akan cuba memberikan aksi terbaik bagi meraih tiga mata berharga,\" katanya.Untuk rekod, JDT menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super musim ini dengan nota cemerlang apabila menewaskan Penang FC, 2-0 di Stadium Bandaraya, Sabtu, lalu.Skuad Harimau Selatan itu kini gah di puncak Liga Super dengan 39 mata hasil 13 kemenangan berturut-turut sementara Penang FC berada pada kedudukan ke-10 dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tewas tujuh kali daripada 13 perlawanan.Sementara itu, Solari berharap tonggak pertahanan import, Jordi Amat kembali cergas untuk beraksi pada perlawanan berkenaan.Bagaimanapun katanya, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu bagi memastikan pemain berkenaan benar-benar cergas untuk beraksi.\"Kita mahu pastikan dia (Jordi), benar-benar cergas sebelum beraksi nanti,\" katanya.Pada aksi berdepan Penang FC, Sabtu Jordi dikeluarkan pada minit ke-46 dan digantikan oleh Shahrul Saad.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Jun 2023 10:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262322/berita/sukan/terbuka-singapura-zii-jia-tersingkir-awal", "article_title": "Terbuka Singapura: Zii Jia tersingkir awal", "article_text": "PEMAIN badminton perseorangan lelaki utama negara dan harapan pingat Olimpik, Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.Pemain ranking 10 dunia itu, gagal melepasi cabaran pusingan pertama dalam kejohanan Super 750 di Stadium Tertutup Singapura apabila tumpas 20-22, 21-16, 19-21 selepas beraksi selama 74 minit menentang pemain nombor 27 dunia, Weng Hong Yang dari China, malam ini.Dua minggu lepas, pemain berusia 25 tahun itu tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia, tumbang di tangan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.Kekalahan itu ditambah dengan beberapa prestasi buruk sejak awal tahun ini, menyaksikan dia jatuh dua anak tangga ke tempat ke-10 dalam ranking dunia, selepas menduduki ranking nombor dua dunia Oktober tahun lepas.Hong Yang, naib juara Masters Malaysia 2023, seterusnya akan menentang rakan senegara dan penyandang juara All England, Li Shi Feng, yang terdahulu menundukkan pemain Malaysia Cheam June Wei 16-21, 21-19, 14-21.Bekas juara dunia remaja, Goh Jin Wei juga mengalami nasib sama tersingkir awal dalam perseorangan wanita, tewas 11-21, 11-21, di tangan pemain nombor tujuh dunia, Wang Zhi Yi dari China.Dalam beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengejutkan pemain nombor 15 dunia, Kyohei Yamashita-Naru Shinoya dari Jepun 21-19, 21-11 untuk mara ke pusingan kedua.Beregu nombor 21 dunia itu, akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda pada pusingan 16 terakhir, esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 11:57pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262317/berita/sukan/kelantan-united-fc-diaibkan-selangor-fc-1-7", "article_title": "Kelantan United FC diaibkan Selangor FC, 1-7", "article_text": "KELANTAN United FC diaibkan di laman sendiri apabila kalah, 1-7 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Rabu.Pesta gol Selangor FC bermula babak pertama apabila tanpa menunggu lama untuk berada di depan apabila kapten Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi bijak menyempurnakan hantaran lintang import Ayron Del Valle Rodgriguez dalam kotak penalti seawal minit ke-4.Pelawat terus menjarakkan kedudukan 2-0 apabila giliran Ayron meledak gol memanfaatkan hantaran jauh Mukhairi Ajmal sekali gus menewaskan Muhammad Ilham Amirullah Razali, enam minit kemudian.Kerapuhan benteng pertahanan tuan rumah terus dihukum Mohamad Faisal Abdul Halim yang mengucar-kacir keadaan dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan deras meletakkan kedudukan 3-0, pada minit ke-28.Kelantan United FC yang kian tertekan berpeluang merapatkan jurang namun percubaan Devid de Santana Silva ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke-33.Selangor terus selesa menerusi tendangan gol sekali lagi dari Ayron minit ke-45 menjadikan kedudukan 4-0, kekal hingga tamat separuh masa pertama.Ayron yang berjaya memberikan hatrik gol pada aksi Liga Super 2023 di Kelantan pada Rabu.Bersambung babak kedua, Yohandry Jose Orozco Cujia mengukuhkan kedudukan 5-0 apabila rembatan menariknya terus menerjah jaring penjuru kiri pintu gol tuan rumah, minit-51.Peluang Kelantan United muncul menerusi tendangan penalti selepas Yan Victor Silva Paixao dijatuhkan lawan dalam kotak.Devid Silva yang mengambil sepakan tersebut menjadikan kedudukan 1-5 apabila berjaya menewaskan Mohamad Khairulazhan menerusi rembatan kencang, pada minit ke-75.Selang tiga minit, tuan rumah terus dikecewakan menerusi tendangan tepat pemain gantian Muhammad Aliff Izwan ke gawang lawan pada minit ke-78 melonjak kedudukan 6-1.Seminit kemudian, Ayron mencipta hetrik melalui tendangan gol dari luar kotak penalti menggandakan kegembiraan penyokong pelawat.Perlawanan tamat dengan Selangor FC 7 dan Kelantan United 1.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 11:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262272/berita/sukan/fahmi-setuju-jadi-penaung-kl-city-fc", "article_title": "Fahmi setuju jadi penaung KL City FC", "article_text": "MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab Kuala Lumpur City (KL City) FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad, hari ini.Mengesahkan perkara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tiada masalah untuk menjadi penaung kelab bola sepak The City Boys itu.\"Ya sahih...sebagai seorang Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, saya tiada halangan untuk jadi penaung kelab bola sepak ini,\u201d katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.Sementara itu, Khalid berkata, Fahmi yang ditemui di Parlimen hari ini bagaimanapun meletakkan syarat sebelum membuat keputusan untuk menerima pelawaan tersebut.\"Saya telah mendapat pengesahan daripada Fahmi untuk menjadi penaung pasukan KL City, dengan syarat KL City tidak boleh mendapatkan penajaan daripada mana-mana syarikat telekomunikasi, yang kini berada di bawah kementeriannya.\"Ini kerana beliau tidak mahu terhutang dengan syarikat berkenaan kerana menyumbang atau membantu KL City...jadi apa kita perlukan ialah seseorang dihormati dan disegani sebagai penaung dan kita akan usaha untuk mendapatkan penajaan lain,\u201d katanya pada sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai penaung KL City pada Ogos tahun lepas, selepas bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meletak jawatannya itu.Dalam pada itu, Khalid berkata, beliau sudah berjumpa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, untuk memohon pertimbangan bagi menambah bajet persatuan daripada RM5 juta kepada RM10 juta setahun.Beliau berkata, setakat ini bajet perbelanjaan yang digunakan KLFA ialah kira-kira RM16 juta hingga RM18 juta untuk pembangunan skuad KL City, dan pasukan di bawah naungannya termasuk aspek pengurusan persatuan.\"Saya dah jumpa Datuk Bandar Kuala Lumpur, dia pertimbangkan permohonan saya tempoh hari sebanyak RM10 juta, walaupun nilai itu masih lagi jauh berkurangan dari apa yang kita belanjakan.\"Kita juga bersetuju untuk menjadi ambassador Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan apa-apa inisiatif DBKL untuk tahun ini, termasuk KL City akan membawa kempen DBKL menjadikan \"Kuala Lumpur Ke Arah Bandar Rendah Karbon\u201d sebagai jenama,\u201d katanya.Beliau berkata, kerjasama tersebut turut bakal membuka peluang kepada syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) sebagai penaja, selari dengan kempen yang dibawa DBKL. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 06:34pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262265/berita/sukan/natxo-insa-kembali-perkuat-harimau-malaya", "article_title": "Natxo Insa kembali perkuat Harimau Malaya", "article_text": "TONGGAK tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada 14 dan 20 Jun ini.Pemain berdarah campuran Malaysia-Sepanyol itu sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan Mongolia pada 2018.Bagaimanapun, kelibatnya selepas itu bersama pasukan kebangsaan 'hilang' biarpun beraksi cemerlang bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia.Dalam pada itu, menerusi senarai pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 27 pemain akan diuji dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu.\"Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon mengekalkan seramai 17 pemain sebelum ini yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru pada Mac lalu.\"Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck.\"Tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah,\" kata FAM dalam kenyataan pada Rabu.FAM turut mengesahkan kapten Harimau Malaya, Dion Cools terlepas aksi persahabatan kali ini kerana akan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh tersebut.\"24 pemain diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai 27 pemain tersebut,\" kata kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 06:26pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262269/berita/sukan/pasangan-kekasih-ditahan-edar-dadah-hampir-rm70000", "article_title": "Pasangan kekasih ditahan edar dadah hampir RM70,000", "article_text": "KOTA BHARU - Sepasang kekasih ditahan selepas dipercayai mengedar empat jenis dadah termasuk 88.8 gram (g) syabu yang keseluruhannya bernilai RM69,401 di sebuah rumah sewa di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Ketereh, di sini pada Isnin lalu.Suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Bharu pada jam 2.45 petang.Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dadah-dadah lain yang dirampas ialah 5,070 pil kuda, 21.5g ganja dan 33 pil ekstasi.\u201cSuspek lelaki ialah peniaga baju dan mempunyai enam rekod lampau jenayah narkotik sementara suspek wanita pula ada lima rekod jenayah sama.\u201cUjian urin mereka didapati positif dadah dan ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin ini bagi siasatan lanjut,\u201d katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini pada Rabu.Kenderaan termasuk kereta yang disita dalam beberapa serbuan dadah di seluruh negeri Kelantan.Menurut beliau, dadah tersebut dipercayai boleh digunakan oleh 5,993 penagih, bagaimanapun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, dalam serbuan berasingan di Pasir Mas pada 30 Mei lalu, seorang penganggur lelaki berusia 25 tahun ditahan selepas 22,000 pil kuda bernilai RM242,000 dijumpai di sebuah rumah di Kampung Danger.Antara dadah yang dirampas dalam Operasi Tapis Khas dan Tapis Bersepadu di Kelantan.\u201cSuspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah narkotik namun ujian urinnya negatif dadah.\u201cSuspek direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen sama kerana dipercayai mengedar dadah,\u201d ujarnya.Dalam perkembangan sama, menurut beliau, sepanjang tempoh Operasi Tapis Khas dan Tapis Bersepadu yang dijalankan di negeri ini bermula 25 Mei lalu hingga Selasa, seramai 555 tangkapan dibuat membabitkan individu berusia 15 hingga 59 tahun.\u201cSebanyak 460 kes direkodkan melibatkan 515 warga tempatan, 35 warga asing, empat pelajar dan seorang penjawat awam.\u201cPelbagai jenis dadah dirampas yang keseluruhannya bernilai RM396,600 selain sitaan pelbagai jenis kereta serta motosikal,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 06:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262264/berita/sukan/zy-raih-emas-namun-belum-puas", "article_title": "ZY raih emas, namun belum puas", "article_text": "PERENANG muda, Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter (m) rampaian individu lelaki (SM5 - kecacatan fizikal), pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, Phnom Penh pada Rabu.Atlet berusia 16 tahun itu atau lebih dikenali sebagai 'Zy' itu, menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mampu menamatkan perlumbaan dengan catatan 3 minit 28 saat seperti yang dibuat pada kejohanan Itali bulan lalu, namun catatan masa 3:32.57s hari ini sudah cukup untuk membolehkan beliau membawa pulang pingat emas.\"Saya tahu boleh buat lebih baik daripada catatan hari ini, jadi saya mahu secepat mungkin kembali berlatih selepas tamat APG. Sasaran saya sudah pasti mahu bekerja keras dan sentiasa membuat Malaysia bangga.\"Saya pernah rekod 3:28s tetapi hari sekadar 3:3s jadi memang jauh dari catatan peribadi terbaik saya, mungkin salah satu kuak saya agak salah, tetapi saya akan cuba lagi pada kejohanan akan datang,\" katanya yang mempertahankan pingat sama pada edisi lalu di Solo, Indonesia.Beliau bagaimanapun seharusnya boleh mendabik dada kerana berjaya memadam rekod kejohanan 3:35.06s yang dibuat perenang Vietnam, Vo Thanh Tung pada APG 2015, yang mencatatkan 3:36.17s meraih gangsa.Pingat perak dimenangi perenang Indonesia Mulyadi Mulyadi (3:32.72s).\"Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan dan barisan jurulatih kerana sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada saya. Apa yang saya lakukan hari ini adalah bagi memastikan karier saya dalam sukan renang sentiasa berada dalam tahap terbaik.\"Memang tiada sesiapa yang meletakkan tekanan kepada saya namun saya yang meletakkan jangkaan besar buat diri sendiri,\" katanya.Pelajar SMJK Chung Ling Butterworth, Penang itu pada Isnin memenangi pingat emasnya yang pertama menerusi acara 200m gaya bebas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262211/berita/sukan/terbuka-singapura-kecederaan-sekat-kemaraan-pearly-thinaah", "article_title": "Terbuka Singapura: Kecederaan sekat kemaraan Pearly-Thinaah", "article_text": "KECEDERAAN dipercayai di siku kanan, memaksa pemain beregu wanita negara, Pearly Tan mengakhiri perjuangan bersama pasangannya M. Thinaah, setakat pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 pada Rabu.Beregu utama wanita negara itu bermula baik ketika berdepan wakil Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi sebelum kehilangan momentum susulan kecederaan dialami Pearly sehingga mereka tewas di set pertama 13-21, pada perlawanan di Stadium Tertutup Singapura.Bagaimanapun, juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tidak memberikan laluan mudah dan bangkit dengan kemenangan di set kedua 21-17.Selepas ketinggalan 9-16 di set penentuan, Pearly mengambil keputusan menarik diri sekali gus menyaksikan beregu Jepun di ranking ke-23 dunia itu mara ke pusingan kedua.Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii menepati ramalan apabila mara ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis.Yew Sin-Ee Yii yang juga merupakan pilihan kelapan kejohanan melakar kemenangan 21-18, 21-13 selepas pertarungan 31 minit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 02:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262192/berita/sukan/cdm-puji-atlet-luar-biasa-di-kemboja-capai-sasaran-emas", "article_title": "CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023, Noor Syahieda Mat Shah memuji semangat juang atlet 'luar biasa' yang mampu mencapai sasaran 33 pingat emas buat negara seawal hari keempat temasya dwitahunan itu berlangsung di Kemboja, pada Selasa.Beliau berkata, kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu dalam mempersiapkan diri mereka untuk menggalas cabaran Malaysia yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat ini.\"Mereka (atlet) menggunakan kudrat sendiri untuk bermain acara yang disusun secara back-to-back (padat) jadi sudah semestinya pujian harus diberikan kepada mereka.\"Atlet juga langsung tidak pernah merungut berkenaan apa-apa, jadi bagi saya sasaran emas ini untuk mereka dan negara,\" katanya selepas gandingan Chee Chaoming-Brady Chin menghadiahkan emas ke-33 buat Malaysia menerusi acara beregu ping pong lelaki (Kelas 9- masalah keseimbangan ringan).Emas keramat itu hadir semalam selepas gandingan negara menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez, 11-8, 11-7 dan 11-8, pada aksi final di Dewan Pingpong, Stadium Morodok.Noor Syahieda berkata, atlet negara yang akan mengambil bahagian berbaki tiga hari temasya seharusnya menggunakan peluang itu untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat apabila tiada lagi tekanan buat mereka.\"Sekarang ini tiada lagi tekanan buat atlet jadi mereka harus berseronok sebab lepas ini emas bonus dibuat adalah untuk mereka sendiri. Insya-Allah, saya yakin mereka mampu membawa lebih banyak emas,\" katanya.Malaysia kini mempunyai 33 emas, 27 perak dan 18 gangsa dan berada pada kedudukan keempat carta pungutan pingat setakat jam 8 pagi waktu Malaysia pada Rabu.Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 01:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262190/berita/sukan/united-intai-kelibat-pemain-korea", "article_title": "United intai kelibat pemain Korea", "article_text": "MANCHESTER United sedia untuk berbelanja besar untuk mendapatkan pemain pertahanan Napoli, Kim Min-jae yang mencecah nilai 51 juta pound (RM292.03 juta).The Red Devils yang dibimbing Erik ten Hag mahu memantapkan benteng pertahanan dengan pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama ketika Newcastle juga dikatakan berminat dengan pemain Korea Selatan itu.Ketiadaan Min-jae mendorong Napoli mencari pengganti baharu dan pemain Atalanta, Giorgio Scalvini dilihat sebagai pilihan yang sesuai lapor media Calciomercato.Min-jae menjadi sebahagian pasukan Napoli ketika menjuarai Serie A buat kali pertama sejak 1990.United ketika ini mempunyai Raphael Varane, Lisandro Martinez, Victor Lindelof dan Harry Maguire di bek tengah, namun kehadiran Min-jae mampu memberi pilihan berbeza.Min-jae mempamerkan prestasi menakjubkan pada musim pertamanya di Napoli selepas meninggalkan Fenerbahce musim lalu.Selain Min-jae, United juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount menerusi tanda harga 50 juta pound (RM286.30 juta).Pada musim ini United menjuarai Piala Carabao, namun mereka dikecewakan seteru utama Manchester City dalam saingan final Piala FA Sabtu lalu.The Red Devils menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ketiga dan tersingkir daripada Liga Europa di pentas suku akhir oleh juara, Sevilla.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 12:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262185/berita/sukan/sukan-tempur-kini-diklasifikasi-aktiviti-sukan-di-sekolah---hannah", "article_title": "Sukan tempur kini diklasifikasi aktiviti sukan di sekolah - Hannah", "article_text": "MENGKLASIFIKASIKAN sukan tempur sebagai aktiviti sukan berbanding aktiviti badan beruniform di sekolah sebelum ini, antara tujuh perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pembangunan Sukan pada Rabu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).\"Sukan tempur yang kita maksudkan adalah seperti taekwondo, wusyu. Kita hendak penyelarasan berdasarkan Akta Pembangunan Sukan, aktiviti sekarang sudah meningkat kepada 103 jenis sukan. Kita hendak koordinasi di peringkat sekolah juga, semua ini dinamakan sebagai sukan.\"Bukan sahaja sukan tempur, saya bagi contoh e-sukan, kategori kita sudah ada, definisi sukan ikut akta dan kita hendak pastikan penyelarasan berlaku di peringkat sekolah,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini pada Rabu.Mesyuarat HLC susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) berkenaan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.Hannah berkata, antara ketetapan yang telah dipersetujui oleh HLC ialah menggalakkan pewujudan kelab renang dan olahraga di sekolah-sekolah berpotensi bagi menarik minat pelajar menceburi bidang sukan berkenaan di samping mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.Ketetapan ketiga ialah mewujudkan dan menggiatkan pertandingan kompetitif tahunan peringkat sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) merentasi pelbagai sektor pendidikan termasuk sekolah swasta, tahfiz dan lain-lain melalui Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Beliau turut memaklumkan Biasiswa Sukan Persekutuan KBS bernilai RM2 juta kini diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menguruskan skop, terma dan peruntukan biasiswa itu.\"Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengaktifkan semula pelaksanaan program promosi dan aktiviti Rakan Aktif (teras Rakan Muda) di sekolah.\"Keenam ialah peranan Institut Sukan Negara yang akan membantu dalam memperluas, menyelaras serta menganjurkan program pendidikan dan pelesenan kejurulatihan kepada guru dan jurulatih di bawah KPM dan KPT,\u201d katanya.Ketetapan terakhir yang dipersetujui ialah permohonan Dana Sukan Komuniti sebanyak RM20 juta yang dikendalikan KBS akan diperluas kepada kelab dan persatuan di bawah KPM dan KPT untuk melaksanakan agenda nasional sihat di peringkat komuniti.Hannah berkata, kesemua tujuh perkara itu dipersetujui sebagai langkah pertama untuk membawa pembaharuan dalam mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha memperbaiki prestasi sukan di negara ini terutamanya dalam sukan tempur, olahraga dan renang seperti yang diputuskan JKPS sebelum ini. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 12:31pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262163/berita/sukan/kante-ikut-jejak-benzema-sertai-al-ittihad", "article_title": "Kante ikut jejak Benzema sertai Al Ittihad", "article_text": "PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante hampir bersetuju dengan syarat untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.Satu delegasi dari kelab Timur Tengah itu telah berada di London untuk meneliti syarat perjanjian bernilai sekitar \u00a386 juta (RM423 juta) setahun.Pemain berusia 32 tahun itu akan menjadi ejen bebas pada akhir bulan ini dan ditawarkan kontrak sehingga 2025.Kante telah berbincang mengenai perjanjian baharu dengan Chelsea tetapi rundingan terhenti selepas Mac.Chelsea mahukan skuad yang lebih muda dan sedang berbincang dengan Brighton mengenai perpindahan untuk mendapatkan Moises Caicedo bagi menggantikan Kante.Al Ittihad sebelum ini telah merekrut penyerang Real Madrid, Karim Benzema selain membuat tawaran untuk pemain seperti Lionel Messi, Serge Busquets, Paul Pogba, Pierre Emerick Aubameyang dan penjaga gol Tottenham Hugo Lloris.Mail Sport sebelum ini melaporkan bahawa perbincangan antara Al-Ittihad dan Kante bermula beberapa hari lalu dan matlamatnya adalah untuk persetujuan dicapai secepat mungkin.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 10:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262160/berita/sukan/guardiola-risau-kualiti-dimiliki-inter", "article_title": "Guardiola risau kualiti dimiliki Inter", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menasihatkan pemainnya supaya tidak memandang rendah Inter Milan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul, pada Ahad.\"Sudah tentu kami yakin dan optimis, tetapi pada masa sama saya tidak boleh menafikan kualiti dan kekuatan pasukan lawan.\"Kami tidak pernah bertemu Inter terutamanya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara,\" katanya.Anak buah Guardiola hanya memerlukan satu lagi kejuaraan untuk menjadi pasukan Inggeris kedua yang memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA pada musim yang sama.Pencapaian treble tersebut setakat ini hanya mampu dilakukan oleh Manchester United pada musim 1998/99.City dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara selepas perjalanan cemerlang mereka menewaskan Bayern Munich di suku akhir kemudian memalukan Real Madrid di separuh akhir.Dalam 27 perlawanan terakhir mereka, The Citizens hanya mengalami satu kekalahan menentang Brentford pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris pada penghujung Mei.Namun, Guardiola tidak suka untuk memikirkan mengenai rekod lampau dengan fokusnya ketika ini adalah menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara.\"Kami tahu apa yang penting di final ialah apa yang anda lakukan selama 95 minit. Tidak kira apa yang dicapai dalam peringkat kumpulan, dalam pusingan 16 atau dalam suku akhir, dalam Liga Perdana atau Piala FA. Ia adalah perlawanan yang unik, ia tentang menjadi lebih baik daripada lawan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 10:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262159/berita/sukan/al-ittihad-sambar-benzema", "article_title": "Al Ittihad sambar Benzema", "article_text": "PEMENANG BALLON d'Or, Karim Benzema menjadi pemain terbaharu yang bermain di Arab Saudi apabila dia menyertai Al Ittihad selepas meninggalkan Real Madrid.Benzema yang melakar kejayaan luar biasa bersama Real dalam tempoh 14 tahun menyertai juara Arab Saudi itu dalam perjanjian tiga tahun dan akan memakai jersi nombor sembilan.\"Saya teruja untuk mengharungi cabaran baharu bola sepak di negara berbeza. Saya bertuah kerana mencapai perkara yang menakjubkan dalam karier saya dan mencapai segala yang saya mampu di Sepanyol dan Eropah.\"Ini adalah masa yang sesuai untuk cabaran dan projek baharu. Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baharu saya dan bersama-sama mereka membantu membawa kelab yang menakjubkan ini dan permainan di Arab Saudi ke tahap baharu,\" katanya.Benzema mengikut jejak bekas rakan sepasukannya di Real, Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi selepas penyerang Portugal tersebut menandatangani kontrak lumayan selama 2 tahun.Setelah menyertai Real pada 2009 dari Olympique Lyonnais, Benzema menjadi tonggak utama serangan kelab itu selepas Ronaldo berpindah ke Juventus pada 2018 dan memenangi Liga Juara-Juara lima kali dan empat gelaran La Liga.Dia mengharungi musim terbaiknya bersama Real pada kempen 2021-22 apabila menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk membawa kelab itu merangkul kejuaraan Eropah ke-14 dan juga mahkota La Liga.Pemain berusia 35 tahun itu memenangi Ballon d'Or sebagai pemain lelaki terbaik dunia tahun lalu dan kelihatan bersedia untuk kekal bersama kelab Sepanyol itu setahun lagi selepas musim 2022-23 dihimpit kecederaan dan terlepas menyertai skuad Perancis di Piala Dunia Qatar 2022.Namun, tawaran dikatakan bernilai lebih 100 juta euro (RM492.77) daripada Arab Saudi membuatkan dia memikirkan semula keputusannya untuk kekal di Sepanyol.Bulan lalu, Al Ittihad muncul juara Liga Profesional Saudi buat kali pertama sejak 2009.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 10:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262156/berita/sukan/brazil-serius-mahu-ancelotti", "article_title": "Brazil serius mahu Ancelotti", "article_text": "JURULATIH Real Madrid, Carlo Ancelotti menjadi pilihan utama untuk membimbing Brazil bagi menggantikan Tite.Presiden Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues mahu menggunakan perlawanan antarabangsa di Eropah untuk berbincang dengan jurulatih skuad Catalan itu.Pada masa sama Rodrigues akan turut mengadakan pertemuan dengan presiden kelab, Florentino Perez.\"Dia kekal dalam Pelan A dan dalam kunjungan ke Eropah kali ini, kami akan mendapat gambaran lebih jelas,\" kata Rodrigues pada sidang media di ibu pejabat CBF di Rio de Janeiro pada Rabu.Rodrigues menganggap jurulatih dari Itali itu sebagai pilihan utama untuk menggantikan Tite yang melepaskan jawatannya selepas Brazil tersingkir dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar, November lalu.Brazil akan menentang Guinea di Sepanyol pada 17 Jun dan kemudian menentang Senegal di Lisbon, Portugal pada 20 Jun.\"Kunjungan kali ini amat penting buat kami (memutuskan mengenai jurulatih masa depan). Saya mahu bercakap dengan Ancelotti dan presiden Real Madrid. Hanya selepas itu baru kami boleh katakan apa yang akan berlaku selepas ini,\" kata Rodrigues.Ancelotti masih memiliki kontrak dengan Madrid hingga 2024 menerusi perjanjian yang turut membabitkan penalti sekiranya ia ditamatkan awal.Menurut Rodrigues, masalah tersebut tidak akan menjejaskan sebarang kemungkinan dengan Brazil.\"Isunya bukan kerana denda. Masalahnya mengenai kontrak dan tiada siapa mahu melanggarnya.\"Kami melabur dan berminat dengan idea ini dan akan melakukan apa yang termampu untuk menjadikannya realiti,\" katanya.Bulan lalu, Ancelotti menafikan minat Brazil dengan menyatakan dia menghormati tahun terakhir kontrak bersama Real Madrid.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 09:12am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262144/berita/sukan/adakah-vida-faham-tentang-bola-sepak---sathianathan", "article_title": "'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan", "article_text": "MASALAH yang melanda Kelantan FC ketika ini tidak akan selesai sekiranya pemilik baharu kelab itu tidak memiliki perancangan rapi dan pengetahuan mengenai ilmu dalam dunia bola sepak.Malah, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan FC juga perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.Menurutnya, kesudian usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida untuk kembali mengambil alih The Red Warriors (TRW) harus dilihat dari pelbagai sudut.\u201cSaya ada baca kenyataannya (Vida), nak letak anak beliau jadi pengurus sebab pandai bola. Macam mana ini? Realiti bola sepak sebenar berbeza.\u201cKalau nak kata minat bola sepak, kebanyakan orang memang minat bola sepak. Tetapi adakah beliau (Vida) faham tentang bola sepak? Apapun saya puji niat beliau nak ambil alih Kelantan FC.\u201cTetapi kena ada persiapan rapi. Beliau juga pernah menaja Kelantan sebelum ini (2016), jadi saya tahu beliau juga sudah boleh dapat gambaran situasi sebenar pasukan.\u201cJangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu. Hasrat beliau nak ambil alih (Kelantan FC) itu bagus tetapi dapatkan pihak yang boleh nasihat tentang bola sepak. Kalau ambil alih tetapi ilmu bola sepak tiada... memang susahlah,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sejak beberapa minggu lalu, Kelantan FC dibadai dengan pelbagai masalah termasuk dakwaan pemiliknya, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham \u2018menahan\u2019 gaji pemain.Malah, ejen bola sepak dari Korea Selatan, Myeongho Jeong pernah mendakwa bekas jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik tidak diberi kuasa penuh untuk menentukan senarai pemain.Di sebalik isu dalaman yang melanda, tiba-tiba nama Vida kembali \u2018meletup\u2019 apabila beliau secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih Kelantan FC.Vida yang pernah menjadi penaja pasukan pantai timur itu pada tahun 2016 turut berhasrat meletakkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau dikenali sebagai Kacak untuk menjadi pengurus Kelantan FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262141/berita/sukan/apg-2023-anwar-ucap-tahniah-kepada-kontinjen-malaysia", "article_title": "APG 2023: Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia", "article_text": "PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.\"Berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutup, saya percaya atlet kita akan terus pamer aksi cemerlang di Kemboja,\" katanya dalam hantaran di Twitter.Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming- Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2023 12:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262137/berita/sukan/beregu-ping-pong-lelaki-sumbang-emas-ke-33", "article_title": "Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33", "article_text": "KONTINJEN Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 pada Selasa sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini.Mereka cemerlang mencatatkan 11-8, 11-7 dan 11-8 pada aksi final untuk mengesahkan kemenangan pingat emas itu.Terdahulu, emas ke-32 disumbangkan atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menerusi acara 400 meter lelaki (T20- kecacatan intelektual).Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 11:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262123/berita/sukan/elavarasan-kekal-kemudi-harimau-muda", "article_title": "Elavarasan kekal kemudi Harimau Muda", "article_text": "KETUA Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan masih diberi mandat menjadi pengendali skuad Harimau Muda bagi mengharungi baki dua kejohanan antarabangsa tahun ini.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, hasil daripada mesyuarat diadakan hari ini, tiada perubahan teknikal dibuat badan induk bola sepak negara itu bagi skuad muda yang diletakkan sasaran untuk layak ke Piala Asia B-23, tahun hadapan.Beliau berkata, Indeks Prestasi Utama (KPI) yang baharu sudah diberikan kepada Elavarasan sebagai tanggungjawab untuk memastikan skuad Harimau Muda berada dalam kelompok pasukan terbaik pada kelayakan Piala Asia B-23, yang dijadualkan September ini.\"Kita akan mengharungi dua lagi kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada Ogos dan kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan kedua-dua kejohanan akan berlangsung di Thailand.\"Selepas mesyuarat Exco FAM sebentar tadi, kita mengambil keputusan kekalkan khidmat Elavarasan mengemudi pasukan untuk dua kejohanan tersebut,\u201d katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kelapan Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di sini pada Selasa.Skuad B-23 negara baru-baru ini menerima kritikan hebat susulan prestasi hambar ditampilkan apabila tersingkir seawal peringkat kumpulan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, sekali gus gagal mencapai sasaran layak ke final.Bagi kejohanan B-23 AFF, Harimau Muda diundi bersama pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia dalam misi memburu kejuaraan sulung di Chonburi, Thailand itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 09:10pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262112/berita/sukan/azizulhasni-mahu-cipta-legasi", "article_title": "Azizulhasni mahu cipta legasi", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mahu mencipta legasi tersendiri apabila membuat penampilan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai dari 14 hingga 19 Jun ini.Menurut Azizulhasni, dia bertekad menempa satu lagi kejayaan gemilang dalam penampilan terakhirnya di pentas ACC sebelum bersara sebaik temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.\u201cPada perlumbaan ACC kali ini, saya hanya mahu mencipta legasi. Sekarang dah ada 10 emas (ACC), jadi bagi saya ia lebih kepada mencipta legasi dalam perlumbaan terakhir ACC ini.\u201cSaya sentiasa enjoy kejohanan yang saya sertai, apatah lagi ACC adalah sebuah kejohanan besar. Saya mahu cabar diri sendiri dan juga mencabar beberapa pelumba bagus yang ada sekarang terutama dari China dan Jepun.\u201cKali ini ACC akan berlangsung di tanah air kita sendiri, jadi sudah tentu saya mahu mempersembahkan perlumbaan terbaik untuk tontonan peminat yang hadir ke velodrom nanti.\u201cSaya amat harapkan ramai penyokong tempatan memenuhi ruang velodrom ini untuk memberikan sokongan kepada saya dan juga pelumba Malaysia yang lain,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional pada Isnin.Untuk rekod, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman sudah memenangi 10 pingat emas, 7 perak dan 6 gangsa sepanjang menyertai ACC sejak tahun 2007.Pada edisi kali ini, Azizulhasni berkata, dia tidak mengambil bahagian dalam acara berpasukan, sebaliknya memberi fokus dalam saingan pecut individu dan keirin.\u201cKali ini, saya akan berlumba dalam acara pecut individu dan keirin. Saya tidak beraksi dalam acara pecut berpasukan... saya juga tidak muda lagi, saya sudah lanjut usia.\u201cJadi saya perlu jaga proses pemulihan... tidak seperti Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom), dia masih muda, seperti saya suatu ketika dahulu, masih boleh masuk semua acara,\u201d jelasnya secara berseloroh.Azizulhasni kini berada dalam prestasi terbaik selepas menyambar empat pingat emas Piala Trek Antarabangsa Hong Kong 2023 yang berakhir minggu lalu.Sebelum itu, Azizulhasni turut tampil cemerlang ketika membantu skuad Terengganu membolot dua pingat emas dalam acara pecut individu dan keirin Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 08:00pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262083/berita/sukan/lebih-400-pelumba-sertai-acc-2023", "article_title": "Lebih 400 pelumba sertai ACC 2023", "article_text": "LEBIH 400 pelumba termasuk 53 pelumba para (non-able) sudah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 (ACC 2023) di Velodrom Kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan bermula 14 hingga 19 Jun ini.Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan China, Jepun dan Malaysia muncul antara negara yang menghantar paling ramai pelumba pada ACC kali ini yang menawarkan mata pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cHampir semua negara kuasa besar seperti China, Jepun, Korea Selatan, Iran, Hong Kong, Kazakhstan dan Malaysia sudah mengesahkan penyertaan dalam semua acara yang dipertandingkan kali ini. Cuma saya agak terperanjat dengan penyertaan Laos.\u201cRasanya belum pernah Laos menyertai kejohanan trek yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Ini satu perkembangan yang sangat positif kepada sukan berbasikal trek. Ini membuktikan disiplin trek sangat diminati di serata negara di benua Asia.\u201cSaya bersedia membantu Laos sekiranya negara tersebut berdepan dengan sebarang masalah sepanjang pelumba mereka berada di Bandar Baru Nilai,\u201d katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Selasa.Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan setakat ini ialah China, China Taipeh, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Laos, Macau, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Uzbekistan, Iran dan MalaysiaIndia, Indonesia, Jepun, Thailand, Uzbekistan, Iran, China dan Malaysia turut menghantar pelumba trek para yang turut dianjurkan berselang seli dengan acara pelumba trek.Abu Samah yang juga Presiden PKBM percaya akan ada negara lain termasuk Nepal, Pakistan dan Myanmar yang bercadang untuk menampilkan pelumba mereka pada kejohanan bertaraf antarabangsa itu.\u201cSebenarnya masih ada negara yang berura-ura untuk menyertai ACC 2023. Penyertaan masih terbuka dan kita berharap akan ada lagi negara yang akan menghantar borang penyertaan kepada PKBM,\u201d katanya.Dalam perkembangan lain, semua negara kuasa besar dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 10 atau 11 Jun kerana sesi latihan di Velodrom Kebangsaan bermula 11 Jun ini.\u201cSesi latihan rasmi bermula pada 12 dan 13 Jun diikuti majlis pengesahan senarai pelumba, semakan lesen serta jersi negara yang menyertai ACC 2023.\u201cMajlis pembukaan ACC 2023 akan diadakan pada 13 Jun. Acara pertama para iaitu saringan 200 meter pecut omnium bermula pada jam 9 pagi pada 14 Jun diikuti Team Pursuit junior Wanita selepas itu,\u201d jelas Abu Samah.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 05:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262072/berita/sukan/persiapan-anjur-piala-dunia-hoki-remaja-capai-68-peratus", "article_title": "Persiapan anjur Piala Dunia Hoki Remaja capai 68 peratus", "article_text": "KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) berada pada landasan tepat untuk menganjurkan Piala Dunia Remaja (JWC) lelaki pada hujung tahun ini, apabila persiapannya sudah mencecah hampir 70 peratus setakat ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Anil Jeet Singh berkata, hanya beberapa aspek seperti penginapan dan pengangkutan masih dalam perbincangan kerana memerlukan persetujuan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).Beliau berkata, KHM sedang bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan bagi pemain bawah 21 tahun itu yang dijadual bermula 5 hingga 16 Disember depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.\"Persiapan dah capai 68 peratus, semua pihak dalam KHM sedang sibuk dengan kerja-kerja penganjuran. Kami akan beri yang terbaik buat kesemua 16 pasukan, sekurang-kurangnya kejohanan yang tidak dapat dilupakan apabila mereka meninggalkan Malaysia,\" katanya pada sidang media di Bukit Jalil pada Selasa.Anil Jeet berkata walaupun KHM mencadangkan beberapa venue untuk menganjurkan kejohanan berprestij itu, FIH tetap mahu ia diadakan di Bukit Jalil sahaja bagi memudahkan pasukan bertanding.\"Jadi semua perlawanan akan berlangsung di Padang 1, manakala Padang 2 digunakan untuk latihan dan sebagainya. Keadaan padang juga berada pada tahap baik ketika ini,\" katanya.Beliau turut mengesahkan saingan Piala Tun Abdul Razak kali ini, akan dianjurkan di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak bermula 11 hingga 21 Oktober supaya tidak mengganggu persiapan JWC di Bukit Jalil.\"Ini kali kedua Piala Tun Abdul Razak tidak diadakan di ibu negara, selepas edisi 2017 yang turut dianjurkan di Ipoh,\" katanya.Sementara itu, Anil Jeet berkata Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2023 akan berlangsung dari 3 hingga 19 Ogos ini, melibatkan penyertaan 45 pasukan lelaki dan wanita membabitkan 136 perlawanan.Selain Stadium Hoki Nasional, kejohanan bawah 19 tahun itu juga akan diadakan di Stadium Hoki Pantai, Stadium Hoki KPM di Kuala Lumpur; Stadium Hoki Bertam, Kepala Batas di Pulau Pinang; dan Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.Selain itu, buat julung kalinya, KHM dan Kelab Royal Selangor (RSC) bekerjasama menganjurkan Kejohanan Veteran Kebangsaan bermula 28 hingga 30 Julai ini melibatkan kategori 40 tahun ke atas serta 50 tahun, menggunakan format sembilan sebelah di RSC, Bukit Kiara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 05:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262063/berita/sukan/ajinomoto-rai-pemenang-pingat-sukan-sea", "article_title": "Ajinomoto rai pemenang pingat Sukan SEA", "article_text": "AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (AMB) menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada tiga atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja baru-baru ini.Sempena meraikan kejayaan mereka, AMB menganjurkan majlis penghargaan di Kilang AMB, Bandar Enstek, Seremban baru-baru ini.Ketiga-tiga atlet di bawah ASEAN Victory Project\u00ae ialah Andre Anura Anuar yang membawa pulang pingat emas bagi acara lompat kijang, manakala pelempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah, Nor Sarah Adi masing-masing berjaya membawa pulang perak.Terdahulu, ketiga-tiga atlet tersebut mengambil bahagian dalam Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi\u00ae di bawah ASEAN Victory Project\u00ae.Mereka diberi pendedahan mengenai pemakanan sukan dan menerima makanan seimbang bagi memenuhi keperluan latihan dan sasaran pada Sukan SEA ke-32, Kemboja yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei lalu.Malah, ketiga-tiga atlet berkenaan mengakui bahawa program nutrisi sukan Winning Meals Kachimeshi\u00ae telah membantu mereka mencapai potensi dan prestasi luar biasa bagi membolehkan mereka meraih keputusan cemerlang pada edisi Sukan SEA kali ini.Pengarah Urusan AMB, Tomoharu Abe berkata, pihaknya berharap Program Winning Meals Kachimeshi\u00ae akan dapat terus memberi sokongan dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.\u201cProgram Winning Meals Kachimeshi\u00ae ini juga diharapkan dapat memupuk amalan \u2018Pemakanan Sihat, Hidup aktif\u2019 dalam kalangan atlet dan individu yang aktif bersukan,\u201d katanya ketika Majlis Penghargaan Pemenang Pingat di bawah ASEAN Victory Project\u00ae dalam Sukan SEA ke-32 di Kilang AMB, Bandar Enstek, Serembang baru-baru ini.Penglibatan AMB dalam pemakanan nutrisi sukan bermula sejak 2019 melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam 'Projek Kesedaran Pemakanan Sukan'.Projek itu adalah inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan nutrisi sukan dalam kalangan pelajar-atlet.Projek tersebut masih diteruskan dan kini melibatkan tiga buah sekolah sukan yang terkenal iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 04:53pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262062/berita/sukan/20-pengadil-10-penolong-pengadil-bakal-dapat-tauliah-var", "article_title": "20 pengadil, 10 penolong pengadil bakal dapat tauliah VAR", "article_text": "SERAMAI 20 pengadil dan 10 penolong pengadil dipilih untuk menjalani latihan dan ditauliah sebagai pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) pada tahun ini.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, latihan tersebut akan diperluaskan lagi dengan jangkaan 15 pengadil lagi yang akan ditauliahkan pada tahun depan.Ia sekali gus menyaksikan usaha untuk memastikan penggunaan VAR dalam saingan Liga Malaysia dapat direalisasikan dalam masa terdekat.\"Latihan dan tauliah kali ini turut merangkumi pengadil bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) (enam orang), penolong pengadil FIFA (lapan orang) dan seorang penolong pengadil FIFA (wanita).\"Pelaksanaan VAR pada tahun ini lebih tertumpu kepada latihan pengadil, 'VAR simulator', pengiktirafan teknologi VAR dan pengiktirafan stadium yang akan menggunakan VAR.\"Sebagai tambahan seramai 15 pengadil dan penolong pengadil akan turut dipanggil untuk mengikuti latihan VAR pada tahun ini dan mereka akan ditauliahkan pada 2024,\" kata kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Kelapan Bagi Penggal 2021-2025 dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa.Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut bersetuju untuk memilih logo baharu Pestabola Merdeka edisi ke-42 tahun ini bagi menggantikan logo lama pada tahun 2013.\"Turut dipersetujui adalah harga tiket iaitu RM5 untuk kanak-kanak dan RM40 untuk dewasa bagi tempat duduk terbuka.\"Untuk granstand pula RM40 dan premium RM80. Jawatankuasa Eksekutif juga bersetuju untuk menawarkan tiket kombo RM70 bagi kategori terbuka untuk dua hari perlawanan (14 dan 17 Oktober 2023) dengan tempoh penjualan terhad dari 1 Ogos hingga 5 September 2023 di www.tickethotline.com.my,\" kata kenyataan itu.Pestabola Merdeka dijadualkan berlangsung 14 hingga 17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan tiga negara mengesahkan penyertaan iaitu Palestin, Lubnan dan India.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262060/berita/sukan/nafuzi-mahu-sang-kenari-teruskan-rentak-kemenangan", "article_title": "Nafuzi mahu Sang Kenari teruskan rentak kemenangan", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mahu meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Perak FC pada aksi pertama pusingan kedua Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Pengendalinya, Nafuzi Zain bagaimanapun mahu anak buahnya tidak memandang rendah keupayaan skuad bimbingan Yusri Che Lah yang kini sedang dahagakan kemenangan.Menurutnya, pengalaman tewas kepada pasukan yang berada di kelompok bawahan pada pusingan pertama liga super perlu menjadi pengajaran kepada semua pemain KDA FC.\"Kita menang 4-1 ke atas Perak FC pada perlawanan sulung liga super pada Februari lalu tapi kami tetap perlu lebih berwaspada dengan kemampuan dan kebangkitan mereka pada pusingan kedua ini.\"Bukan mudah jika menentang pasukan dianggap pasukan bawahan kerana sebelum ini ada kejutan yang berlaku dalam liga apabila pasukan besar tewas mengejut kepada pasukan bawahan,\" katanya mengulas aksi ke-14 liga super pada malam Rabu.Nafuzi berkata, KDA FC berada pada momentum yang baik selepas bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 pada Jumaat lalu.Jelasnya, Sang Kenari kini mahu meneruskan fokus dan mengekalkan momentum kemenangan di laman sendiri bagi memastikan kedudukan pasukan terus berada dalam kelompok atasan liga.\"Pasukan yang tewas seperti Perak FC sudah tentu tidak mahu terus kecewa dan mereka akan cuba untuk bangkit memburu keputusan positif dan menghukum pasukan yang lalai,\" ujar Nafuzi.Pada Sabtu lalu, Perak FC mencatatkan kekalahan kelapannya apabila tewas 0-3 kepada Terengganu FC di Ipoh.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 04:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262054/berita/sukan/hampir-seluruh-gaji-untuk-bina-badan---arif", "article_title": "Hampir seluruh gaji untuk bina badan - Arif", "article_text": "ATLET pelapis bina badan negara, Arif Amaruddin Azmi mendedahkan beliau menggunakan 90 peratus daripada gaji diterimanya setiap bulan bagi urusan perbelanjaan sukan itu.Arif Amaruddin berkata, baki 10 peratus gajinya diberikan kepada keluarganya manakala kebanyakan wang digunakan untuk bina badan dibelanjakan bagi membeli protein diperlukan seperti ayam dan telur.\u201cJujur cakap, saya mati untuk bina badan. Saya bukan macam orang biasa lain yang memikirkan untuk membeli rumah namun gaji saya untuk bina badan,\u201d katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan bina badan negara ke Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Asia Tenggara ke-17 di Batam, Indonesia pada 8 hingga 12 Jun ini.Bukan sahaja gaji, anggota polis itu mengakui terpaksa melupakan keseronokan lain terutamanya dalam aspek pemakanan dengan mengekalkan diet dan disiplin ketat bagi memastikan badannya kekal 'sado' menjelang kejohanan sulung antarabangsanya di Indonesia nanti.\u201cSetiap pagi saya akan goreng telur 10 biji tanpa minyak serta oat untuk sarapan dan sediakan ayam bakar dengan sedikit garam serta sayur-sayuran sebagai bekalan makan tengah hari dan malam.\u201cSaya memang terpaksa pantang gula dan minyak kerana itu adalah musuh utama saya selain penting untuk bakar lemak,\u201d katanya.Daripada segi latihan pula, atlet berusia 28 tahun itu berkata, dia memanfaatkan tiga sesi latihan di gimnasium merangkumi sekurang-kurangnya 10 jam sehari termasuk sesi 'cardio' di sebelah pagi.Bagaimanapun, anak jati Banting, Selangor itu tetap bersyukur tajaan seperti suplemen dan pakaian daripada syarikat produk nutrisi sukan tempatan sedikit sebanyak meringankan bebannya dalam mengharungi cabaran sebagai seorang atlet bina badan.Mengenai kejohanan di Batam, naib juara 'welter & light middleweight' (65 kilogram (kg) & 75kg) Piala Ketua Polis Negara 2022 itu berharap dapat memperagakan bentuk badan menarik seterusnya memikat hati juri untuk merangkul emas kategori 75kg nanti.Sementara itu, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Datuk Dr Ahmad Badrus Othman berkata, mereka meletakkan sasaran kepada kontinjen negara untuk membawa pulang tiga emas kali ini.Katanya, kesemua atlet dipilih kali ini adalah barisan pelapis yang boleh diketengahkan ke peringkat tertinggi selain berharap penyertaan mereka tidak menghampakan sekali gus dapat meneruskan kecemerlangan atlet senior lain sebelum ini.Selain Arif Amaruddin, Malaysia akan diwakili dua lagi atlet iaitu Muhammad Shaiful Hisyam Abd Aziz yang bersaing bagi kategori lelaki 175 sentimeter (cm) fizikal dan Shelen Aderina Kok untuk wanita lebih 160cm fizikal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 04:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262052/berita/sukan/skuad-hoki-remaja-negara-lepas-geram", "article_title": "Skuad hoki remaja negara lepas geram", "article_text": "SKUAD hoki remaja wanita negara seakan melepaskan geram apabila membelasah Uzbekistan 12-0 dalam aksi ketiga Kumpulan A Kejohanan Piala Remaja Asia (Wanita) 2023 di Jepun pada Selasa.Pasukan kebangsaan yang dibimbing Lailin Abu Hassan dikecewakan India 1-2 dalam aksi kedua kumpulan pada Isnin.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara Gifu itu, dua pemain negara, Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri dan Zati Alyani Muhamad Zubir muncul penjaring hatrik.Malah lebih manis buat Zati Alyani apabila dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.Dalam pada itu, Lailin memberitahu biarpun pasukannya menewaskan Uzbekistan 12-0, namun beliau perlu menilai kembali keseluruhan persembahan pemain.\u201cSaya berpuas hati dengan 12 gol yang telah dihasilkan kerana ia sekali gus merapatkan jarak perbezaan gol dengan pasukan Korea untuk membuka laluan ke separuh akhir nanti,\" katanya.Bagaimanapun di sebalik kemenangan besar itu, Lailin masih belum mahu berasa selesa kerana masih ada banyak kelemahan yang perlu dibaiki menjelang aksi menentang Korea Selatan pada Khamis.\u201cDalam sesi latihan yang akan kami jalankan esok (Rabu) sebagai persiapan bertemu Korea pada Khamis, saya akan lebih memberikan fokus kepada taktikal dan mempertajamkan lagi pukulan sudut penalti sama ada serangan mahupun bertahan.\u201cSaya berharap pemain akan cepat menyesuaikan diri dengan taktikal yang akan kami rancang menjelang pertemuan dengan Korea.\u201cKorea merupakan antara pasukan pilihan selain mereka juga memiliki peluang baik untuk melayakkan diri ke separuh akhir.\u201cBagaimanapun, saya dan pasukan akan cuba untuk menampilkan sesuatu yang terbaik pada pertemuan dengan Korea agar satu slot ke separuh akhir menjadi milik kami,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 04:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262034/berita/sukan/hasrat-ashraf-gapai-tiga-emas-tak-kesampaian", "article_title": "Hasrat Ashraf gapai tiga emas tak kesampaian", "article_text": "HASRAT atlet olahraga Muhamad Ashraf Muhammad Haisham untuk membawa pulang tiga pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 tidak kesampaian apabila beliau sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua bagi acara 800 meter (m) lelaki (T46- kecacatan fizikal) di Phnom Penh pada Selasa.Perlumbaan di Stadium Morodok Techo itu berlangsung sengit apabila atlet berusia 28 tahun itu mencatat 2 minit 13.25 saat (s) untuk meraih pingat perak dan hanya ketinggalan 00.03s di belakang King James dari Filipina yang merekodkan 2: 13.22s untuk merangkul pingat emas.Tran Van dari Vietnam meraih gangsa menerusi catatan 2:13.26s.\u201cAcara saya di sini memang padat di mana saya sudah meraih dua emas sebelum ini. Namun, hari ini (Selasa) daripada pagi rasa tidak sedap badan tetapi saya tetap cuba yang terbaik.\u201cSaya memang dah ikut perancangan jurulatih iaitu berada dekat pesaing namun 200m terakhir saya cuba kejar tetapi sudah tiada tenaga untuk pecut ketika itu walaupun saya cuba 'dive' sehingga luka di badan pada garisan penamat,\u201d katanya.Keputusan itu sekali gus menyaksikan beliau gagal mempertahankan pingat emas acara itu yang dimenanginya di edisi sebelum ini di Solo, Indonesia.Muhamad Ashraf yang membuat penampilan kali keempat pada temasya dwitahunan itu selepas edisi Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Solo (2022) memaklumkan jadual padat yang perlu diharungi di sini sedikit sebanyak mengganggu prestasi dirinya untuk memungut tiga emas buat pertama kali di APG.Beliau sebelum ini meraih dua pingat emas menerusi acara 5,000m T46 pada Ahad lepas dan 1,500m T46 semalam.Bagaimanapun Muhamad Ashraf berkata kejadian hari ini sedikit pun tidak melunturkan semangat beliau untuk memastikan impian membawa pulang tiga pingat emas tercapai pada edisi Thailand 2025.\u201cIni kekalahan pertama kali saya bagi acara 800m semenjak 2015 namun saya akan belajar daripada pengalaman ini. Saya terima kenyataan lagipun masa tidak boleh ulang semula,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 03:31pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262033/berita/sukan/kami-sangat-dahagakan-tiga-mata-penuh", "article_title": "'Kami sangat dahagakan tiga mata penuh'", "article_text": "PENOLONG jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mudah leka berdepan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu.Nazrulerwan berkata, sikap itu boleh membawa padah kerana The Red Giant bijak memanfaatkan setiap peluang terhidang yang dimiliki mereka.\"Mereka (Selangor FC) ketika ini berada dalam mood kecewa setelah tumpas menentang PDRM, saya yakin mereka datang ke Kota Bharu dengan azam tinggi untuk mendapatkan kemenangan.\"Jadi saya akan pastikan semua pemain berwaspada ancaman daripada jentera serangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, skuad Sang Kijang Hijau akan sedaya upaya memberikan cabaran, seterusnya cuba mendapatkan tiga mata penuh.\"Kami turun sebagai 'underdog' tapi menjangkakan saingan sengit pada perlawanan itu.\"Berbekalkan kemenangan pada perlawanan terakhir, kami sangat dahagakan tiga mata penuh lebih-lebih lagi kami beraksi di laman sendiri,\" katanya.Sementara itu, mengulas barisan pemain yang akan dipertaruhkan nanti, Nazrulerwan berkata, pihaknya ketika ini sedang memantau dua atau tiga pemain yang cedera, namun dijangka tiada perubahan besar-besaran dalam kesebelasan utama pasukan.\"Pastinya kami sudah mengenal pasti beberapa kelemahan dari pasukan Selangor,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 03:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262014/berita/sukan/verstappen-teruja-cabaran-hamilton", "article_title": "Verstappen teruja cabaran Hamilton", "article_text": "PELUMBA sensasi, Max Verstappen teruja dengan cabaran perebutan kejuaraan saingan Formula Satu (F1) yang dilontar Lewis Hamilton selepas berakhir Grand Prix (GP) Sepanyol pada Ahad.Verstappen cemerlang meraih kemenangan buat Red Bull selepas cemerlang mendominasi litar meninggalkan Hamilton dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell di tempat kedua dan ketiga.Pelumba berusia 26 tahun itu telah memenangi lima daripada tujuh pusingan pembukaan untuk mendahului 53 mata kejuaraan mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez.Bagaimanapun peningkatan prestasi Mercedes di Litar de Catalunya Barcelona memberikan Hamilton sinar baharu bahawa impiannya untuk merangkul gelaran dunia kelapan belum berakhir.\u201cSaya akan terus bersaing dalam F1 selama mungkin untuk merebut semula gelaran dunia daripada Verstappen,\" katanya.Hamilton tidak memenangi perlumbaan sejak kekalahannya yang mencetuskan 'perbalahan' dengan Verstappen pada pusingan akhir di Abu Dhabi musim 2021.Verstappen pula berada di landasan terbaik untuk melakar hatrik musim ini berasa teruja untuk bersaing dengan Hamilton.\u201cIa sudah pasti bagus untuk sukan ini. Sekiranya terdapat lebih banyak pasukan yang bertarung di hadapan.\u201cItulah yang mereka mahu capai, secara jujurnya ia akan menjadi menakjubkan.\u201cMoga sepanjang tahun ia akan menjadi lebih sengit. Mungkin tahun depan akan ada lebih banyak pasukan yang bersaing untuk merebut kejuaraan,\u201d ujar Verstappen.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 01:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/262001/berita/sukan/cabaran-besar-menanti-postecoglou-di-spurs", "article_title": "Cabaran besar menanti Postecoglou di Spurs", "article_text": "ANGE Postecoglou enggan melayan sebarang kritikan ketika dia disebut-sebut dilantik sebagai pengendali Tottenham Hotspur sebaliknya mahu fokus kepada bidang kejurulatihan bola sepak yang diceburinya lebih dua dekad lalu.Tular di media sosial mengenai kempen yang memandang rendah pengurus berusia 57 tahun itu di sebalik kejayaan yang dicipta Postecoglou sepanjang 26 tahun bergelar jurulatih.\u201cVisi saya ialah mahu bermain bola sepak dengan semua orang memperkatakannya,\u201d katanya.Postecoglou dilahirkan di Greece, namun mengenali bola sepak di Australia iaitu tempat dia dibesarkan.Dia seorang yang sangat minat dengan bola sepak dan sentiasa memberikan idea bagaimana perlawanan sepatutnya dimainkan.\u201cSaya harap ia datang dengan kejayaan (membimbing mana-mana pasukan),\u201d katanya.Postecoglou pada 2019 membina kejayaan bersama pasukan yang menang kejuaraan - Yokohama F Marinos.Kelab itu beraksi Liga J - liga paling mencabar di Asia yang juga gelaran pertamanya sebelum dia membimbing Celtic pada 2021.Pelantikannya di Parkhead bermula dengan kritikan apabila bekas penyerang Scotland, Alan Brazil membidas Postecoglou.Kritikan itu dibalas oleh Postecoglou apabila menghadiahkan Celtic dengan Piala Liga dan gelaran Liga Perdana Scotland, menyamai rekod Arsenal ketika melantik Arsene Wenger pada 1996.Tiga lagi trofi menyusul musim ini di Celtic dan 'treble' dilengkapkan Sabtu lalu apabila menewaskan Inverness Caledonian Thistle 3-1 pada Piala Scotland di Hampden Park.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 01:02pm"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261982/berita/sukan/pasukan-amatur-dari-pahang-dapat-perak-di-sukan-asia-e-sports", "article_title": "Pasukan amatur dari Pahang dapat perak di sukan asia e-sports", "article_text": "PASUKAN Pea X SME Baruz memenangi pingat perak dalam perlawanan sukan elektronik (e-sport) di aplikasi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) di Sukan Asia Esports Championship Bintulu, Sarawak, baru-baru ini.Pengerusi Koperasi Esports Pahang Berhad, Amirul Shafiq Sukor berkata, pasukan itu merupakan graduasi dari Pahang Esports Academy yang pertama berjaya mengalahkan 70 daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 72 peserta.Beliau mengakui tidak menyangka dengan kejayaan itu memandangkan semua peserta mempunyai kehebatan tersendiri.\"Masa pertandingan hari itu (Asia Esports Championship), kita bersaing dengan pasukan Terengganu Esports, Dejavu dari Sarawak dan Jellybeans dari Sabah.\"Ini pasukan adalah sangat hebat kerana mereka pernah bermain di peringkat profesional berbanding pasukan Pea x SME Baruz yang hanya pasukan amatur.\"Tapi, kita tidak jangka sama sekali menang kerana dalam perlawanan mereka tidak pernah Chicken dalam lapan match akhir memandang pasukan teratas semuanya mendapat Winner Chicken Dinner,\" katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.AmirulBeliau memaklumkan, cabaran yang dilalui pasukan ketika perlawanan itu antaranya masalah kesihatan membabitkan peserta dalam pasukan.Justeru, pihak pengurus pasukan bertungkus lumus untuk memberikan semangat kepada pemain untuk meneruskan perjuangan.\"Alhamdulillah berjaya mereka berjaya mendapat dapat tempat kedua antara pencapaian terbaik setakat ini.\"Insya-ALLAH, selepas ini pasukan ini seterusnya akan berada di Melaka, Johor dan Indonesia untuk perlawanan peringkat Malaysia,\" ujarnya.Dalam pada itu, Amirul berkata, Pahang Esports Academy kini bergiat secara aktif dalam sukan e-sport.Ujarnya, ini membuktikan bahawa anak kelahiran Pahang berbakat untuk persediaan Sukan Malaysia (Sukma) pada September depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 11:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261978/berita/sukan/real-madrid-buru-khidmat-kane", "article_title": "Real Madrid buru khidmat Kane", "article_text": "REAL Madrid bersaing untuk menandatangani penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas penyerang utama mereka, Karim Benzema akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini.Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah menyenaraikan Kane sebagai pilihan utama selain turut menyasarkan pemain Chelsea, Kai Havertz.Bagaimanapun, Real dilaporkan tidak mungkin akan membayar \u00a3100 juta (RM492 juta) untuk Kane tetapi akan mengadakan rundingan dengan Spurs.The Mirror melaporkan Pengerusi Spurs, Daniel Levy tetap akan meletakkan tanda harga yang tinggi untuk mengurangkan minat pasukan lain mendapatkan Kane.\"\u200cLevy juga bertegas bahawa beliau tidak akan menjual kepada pasukan di Liga Perdana Inggeris dan ia dilihat akan menggagalkan minat Manchester United pada musim panas ini. \u200c\"\u200cSekarang waktunya untuk Real memujuk Spurs dan cuba untuk menarik minat Kane menyertai pasukan itu.\"Mereka (Real) berkemungkinan besar tidak bersetuju untuk membayar \u00a3100 juta untuk pemain yang mencecah 30 tahun bulan depan dan mempunyai baki kontrak setahun,\" kata laporan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 11:00am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261972/berita/sukan/inter-sudah-sedia-benam-city", "article_title": "Inter sudah sedia benam City", "article_text": "SIMONE Inzaghi menegaskan bahawa Inter Milan tidak takut berhadapan Manchester City kerana beliau sedang menyiapkan pasukannya untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara tersebut.Inter akan bertemu City di Istanbul yang menjadi final Liga Juara-Juara pertama mereka sejak kali terakhir memenangi pertandingan itu 13 tahun lalu.Namun, City di bawah kendalian Pep Guardiola berada di final Liga Juara-Juara kedua mereka dalam tempoh tiga tahun dan hadir ke perlawanan itu sebagai pilihan utama.\"Kami bercakap tentang perlawanan bola sepak, tidak ada ketakutan.\"Kami sangat menghormati mereka tetapi kami bangga bermain dalam final ini kerana amat mahukannya,\" katanya,Inter perlu menyekat serangan City yang diketuai penyerang, Erling Haaland yang telah menjaringkan 12 gol di Eropah musim ini dan akan mendahului senarai penjaring terbanyak walau apa berlaku di Turkiye.Alessandro Bastoni ialah salah seorang daripada tiga pertahanan tengah Inter yang akan ditugaskan untuk mengawasi Haaland, dan beliau berjanji akan menggunakan segala pengalaman mengawal pemain Norway itu.\"Anda takutkan pembunuh, bukan pemain bola sepak. Adalah satu kesilapan bercakap mengenai rasa takut. Ia bukan Haaland menentang Inter, ia Manchester City menentang Inter.\"Tiada rasa takut, hanya tahap ketegangan yang betul. Lebih daripada itu, ia kegembiraan... Saya tidak sabar untuk ke padang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 10:27am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261970/berita/sukan/city-bukan-pasukan-pilihan", "article_title": "City bukan pasukan pilihan", "article_text": "KEVIN De Bruyne enggan menganggap Manchester City adalah pasukan pilihan untuk menewaskan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul pada Ahad.City ketika ini dalam misi untuk menewaskan pasukan Serie A itu dan menjadi kelab Inggeris pertama memenangi ketiga-tiga trofi utama dalam satu musim selepas Manchester United pada 1999.Mereka bergerak semakin hampir dengan misi mereka itu selepas menjuarai Piala FA melalui gol Ilkay Gundogan membantu pasukan Pep Guardiola menang 2-1 menentang United di Wembley, Sabtu lalu.Namun, City tidak mahu terlalu dibayangi dengan peluang mereka untuk menyamai rekod yang telah dilakukan oleh United itu selain menegaskan Inter merupakan pasukan yang sukar untuk ditundukkan.\"Terdapat keyakinan dalam pasukan (menewaskan Inter) tetapi tidak ada gunanya bercakap mengenainya sekarang.\"Saya mahu memenangi Liga Juara-Juara dan saya mahu memenangi treble dan kemenangan ke atas United mencerahkan peluang itu.\"Kami berhak menang. Saya sangat gembira dan sangat bangga. Kami sepatutnya menikmati minggu depan dan semoga kami dapat melakukan yang terbaik.\"Inter adalah pasukan yang sangat bagus. Pusingan akhir adalah 50-50. Mereka juga mempunyai pemain yang hebat dan kami menghormati mereka,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 10:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261965/berita/sukan/nasib-galtier-bersama-psg-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Nasib Galtier bersama PSG cetus tanda tanya", "article_text": "MASA depan Christophe Galtier bersama Paris Saint-Germain (PSG) mencetuskan tanda tanya selepas dia mungkin digugurkan pada musim depan.Perkara itu dimaklumkan oleh satu sumber bahawa perbincangan giat dijalankan bersama pengurusan kelab.Jurulatih berusia 56 tahun itu melalui musim pertama yang suram biarpun membantu PSG meraih gelaran ke-11 liga Perancis.Peguamnya enggan mengulas namun sumber mengesahkan bahawa Galtier tidak akan disenaraikan buat musim kedua bersama kelab Paris itu.Mengulas spekulasi itu, Galtier memberitahu akan berbincang dengan pengurusan kelab pada minggu ini.\"Selepas itu kita akan lihat keputusan yang bakal diambil oleh pengurusan,\" katanya selepas aksi terakhir musim ini yang menyaksikan PSG tewas 2-3 kepada Clermont hujung minggu lalu.Selepas aksi Sabtu lalu, Galtier diejek sebahagian penyokong di Parc des Princes ketika PSG meraikan gelaran yang merela menangi.Selepas permulaan yang baik, PSG mengalami 10 kekalahan dalam semua kejohanan pada musim 2023.Malah PSG juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada kelompok 16 terakhir yang juga sasaran utama mereka.Galtier berulang kali menyalahkan Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu yang berlangsung pada pertengahan musim menyebabkan mereka hilang rentak.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 08:53am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261950/berita/sukan/tingkatkan-kecergasan-zii-jia-ke-tahap-super-fit", "article_title": "Tingkatkan kecergasan Zii Jia ke tahap super fit", "article_text": "KEMEROSOTAN prestasi pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia, hanya bersifat sementara, sebaliknya atlet berusia 25 tahun itu akan kembali semula menyerlah pada tahap terbaiknya.Itu pandangan penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli yang percaya Zii Jia mampu melonjak kembali dalam kelompok terbaik dunia sekiranya pemain tersebut lebih bijak menggunakan kaedah yang betul.\u201cYa, sememangnya ranking Zii Jia makin jatuh. Tapi saya yakin dia mampu melonjak kembali pada ranking teratas dunia sekiranya pendekatan kena caranya.\u201cSusun kembali program latihannya dengan adanya jurulatih sendiri Wong Tat Meng. Perbaiki segera kelemahan permainan yang turun naik dan tidak begitu konsisten.\u201cPaling penting adalah tingkatkan tahap kecergasan untuk berada pada tahap super fit,\u201d katanya kepada Sukan Sinar menjelang Terbuka Singapura yang menyingkap tirai pada Selasa.Zii Jia akan kembali menyingkap Siri Jelajah Dunia Berstatus Super 750 itu berdepan pemain nombor 26 dunia dari China, Weng Hong Yang di pusingan pertama.Sebagai rekod, Zii Jia menghuni ranking nombor dua dunia pada Oktober tahun lalu sebelum jatuh ke kedudukan keempat Januari lalu. diikuti tangga kelapan awal bulan ini dan ke-10 sejak beberapa minggu lalu.Kemerosotan ranking Zii Jia dilihat berpunca daripada prestasi tidak menentu dalam beberapa kejuaraan musim ini yang menyaksikan dia tersingkir di pusingan awal termasuk terbaharu pada Masters Malaysia, minggu lalu.Anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah itu musim ini meraih pencapaian terbaik separuh akhir - Seluruh England dan Terbuka Switzerland, Mac lalu.Dalam pada itu, Pekan menyarankan Zii Jia supaya lebih selektif memilih kejohanan pada masa depan.\u201cPilih kejohanan yang sesuai sahaja dan susun kembali jadual periodisasi latihannya supaya berada pada kemuncak prestasi tepat pada waktunya di Paris 2024 nanti.\u201cJangan biarkan diri mudah ditewaskan oleh pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik. Sebaliknya biar mereka berasa gerun dan ingin mengelak untuk dijadualkan bertemu dengan beliau.\u201cAmbil serius untuk melakukan analisis terhadap setiap lawan yang bakal dihadapi, korban waktu untuk sesi ini, biarpun pemain itu akan dihadapi buat kali pertama.\u201cPaling penting sekali adalah, 'mindset' sebagai pemain profesional itu perlu betul-betul kukuh dan jauh berbeza dengan pemain-pemain lain yang bernaung di bawah persatuan sukan kebangsaan,\u201d katanya yang percaya semua rakyat Malaysia bersetuju, Zii Jia pemain perseorangan terbaik yang di miliki Malaysia pada ketika ini.TERBUKA SINGAPURA 2023 (SUPER 750)Perseorangan LelakiLee Zii Jia (Ranking 10)Ng Tze Yong ( Ranking 24)Cheam June Wei (Ranking 45)Perseorangan WanitaGoh Jin Wei (Ranking 30)Beregu LelakiAaron Chia/Soh Wooi Yik (Ranking 3)Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Ranking 7)Man Wei Chong -Tee Kai Wun (Ranking 22)Beregu WanitaPearly Tan/M Thinaah (Ranking 11)Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (Ranking 21)Beregu CampuranGoh Soon Huat -Shevon Lai Jemie (Ranking 7)Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (Ranking 18)Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (Ranking 20)", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 07:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261948/berita/sukan/jangan-sampai-kelantan-fc-lingkup", "article_title": "Jangan sampai Kelantan FC lingkup", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham perlu kembali memenangi hati para pemainnya sekiranya mahu melihat kelab pantai timur itu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, masalah utama yang membelenggu Kelantan FC ketika ini adalah kehilangan motivasi dalam kalangan pemain selepas berlakunya banyak perkara termasuk soal tunggakan gaji yang melanda kelab itu.Menurutnya, Zamsaham perlu mengambil pengajaran iaitu lebih bijak dalam menguruskan kelab, menukar pendekatan dan sikap selain mengelakkan masalah besar timbul yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pemain.\"Apa yang saya lihat ketika ini, pemain Kelantan FC sudah kehilangan motivasi kerana banyak perkara berlaku dan menyebabkan kelab kalah berturut-turut perlawanan.\"Persoalan sekarang adakah Zamsaham akan berjaya memenangi kembali hati pemain yang akan menjadi faktor utama untuk mereka bangkit. Jika masih ada lagi krisis antara pemilik dan pemain, saya tak yakin Kelantan akan mampu bangkit walaupun telah merekrut pemain baharu.\"Contohnya, jika masalah-masalah seperti gaji dapat ditangani sepenuhnya seperti dijanjikan, Zamsaham perlu memastikan ia tidak berlaku lagi selepas ini. Ketika ini, terpulang kepadanya untuk cuba menguruskan kelab dengan lebih baik dan mengelakkan masalah lebih besar berlaku,\"katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum ini, Kelantan FC dibadai dengan pelbagai masalah termasuk tindakan Zamsaham yang 'menahan' gaji pemain seperti yang didakwa oleh pemain pasukan itu.Malah, ada dakwaan yang mengatakan Zamsaham sering menggunakan kata-kata kesat kepada pemain.Langkah Zamsaham itu memberikan kesan besar apabila pasukan itu terus menerus tewas dalam saingan Liga Super dan kini berada di kedudukan terbawah liga dengan hanya satu kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.Bagaimanapun, beliau berjanji akan cuba mengembalikan pasukan ke landasan kemenangan termasuk mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.Pekan berkata, jika Zamsaham gagal untuk memulihkan kembali pasukan, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan melepaskan kelab itu kepada pihak yang lebih berkemampuan.\"Jika faktor dalaman ini sukar dipulihkan, jalan terbaik adalah lepaskan kepada pihak lain yang sudi untuk beli pasukan atau ambil alih.\"Kita tidak mahu Kelantan terus merosot dan akhirnya pasukan itu akan hanya menjadi pasukan belasahan dalam saingan liga,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261947/berita/sukan/malaysia-tambah-16-emas-pada-hari-ketiga-apg-2023", "article_title": "Malaysia tambah 16 emas pada hari ketiga APG 2023", "article_text": "MALAYSIA menambah 16 pingat emas hari ini menerusi kombinasi sukan 'lubuk emas\u2019 olahraga dan renang serta dibantu oleh dua sukan lain iaitu judo dan ping pong pada hari ketiga temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di sini.Hasil kerja keras atlet \u2018istimewa\u2019 membolehkan kontinjen negara mengumpul 24 emas, 17 perak dan 12 gangsa setakat ini.Atlet olahraga, Eddy Bernard, muncul juara acara 100 meter (m) T44 - kecacatan fizikal; diikuti Muhammad Ashraf Muhammad Haisham (1,500m T46 (kecacatan fizikal); Mohamad Saifuddin Ishak (Lompat Jauh T11-12) dan Zulkifly Abdullah (Lompat Jauh T20-kecacatan intelektual).Turut unggul meraih emas ialah Mohamad Aliff Mohamad Awi dan Mohd Shahmil Md Saad masing-masing menerusi acara lontar peluru F20- kecacatan intelektual dan lontar peluru F56 - kecacatan anggota.Kem renang tidak kurang hebatnya apabila turut menghadirkan tujuh kilauan emas menerusi Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan daripada acara 100m kuak lentang S14- kecacatan intelektual; Lee Kher Zy (200m gaya bebas S5-kecacatan fizikal) dan Mohd Adib Iqbal Abdullah (50m Kuak Dada SB14 -kecacatan intelektual).Muhammad Nur Syaiful pula meraih emas 50m kuak dada SB4- kecacatan fizikal; Abd Halim Mohammad (50m kuak dada SB8- kecacatan fizikal lelaki) dan Carmen Lim bagi kategori sama wanita.Acara 4x100m rampaian S14- kecacatan intelektual yang menggandingkan Ethan Khoo; Bryan Lau; Muhammad Imaan Aiman dan Mohd Adib Iqbal turut menyumbang emas apabila merekodkan 4 minit 15.29 saat untuk mengesahkan emas buat Malaysia.Skuad judo dan ping pong mencipta sensasi apabila turut menjelmakan satu pingat emas menerusi sukan masing-masing iaitu Muhamad Fatah Abu Bakar bagi judo (-73 kg J2 - kecacatan penglihatan) dan gandingan Brady Zi Rong Chin-Chee Chaoming dalam berpasukan ping pong lelaki TT9 - atlet berdiri.Tumpuan kontinjen negara esok sudah pastinya terarah kepada atlet olahraga Muhammad Ashraf, yang memburu pingat emas ketiganya, menerusi acara 800m lelaki (T46- kecacatan fizikal).Beliau sebelum ini meraih dua pingat emas menerusi acara 5,000m dan 1,500m. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2023 12:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261944/berita/sukan/arab-saudi-aktifkan-semula-rancangan-penswastaan-kelab-sukan", "article_title": "Arab Saudi aktifkan semula rancangan penswastaan kelab sukan", "article_text": "ARAB Saudi berhasrat menawarkan beberapa kelab sukan untuk penswastaan bermula pada suku keempat, kata agensi berita negara SPA, pada Isnin.Perkembangan itu sekali gus memberi nafas baharu kepada pelan yang membentuk sebahagian agenda ekonomi untuk mengurangkan pergantungan kepada minyak.Pelan itu yang dilancarkan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman akan meluluskan pelaburan oleh syarikat utama dan agensi pembangunan dalam kelab sukan sebagai pertukaran untuk pemindahan pemilikan, kata agensi itu.Cadangan itu menawarkan beberapa kelab sukan untuk penswastaan, bermula dari suku terakhir 2023, satu kenyataan yang dibawa oleh media kerajaan berkata, tanpa menyatakan berapa banyak kelab akan diswastakan.Sukan antara tonggak pelan kepelbagaian ekonomi Wawasan 2030 kerajaan yang bertujuan membina industri baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan.Projek itu memberi tumpuan utama kepada bola sepak, sukan kebangsaan negara, seperti dalam kenyataan itu.Kerajaan meluluskan rancangan untuk menukar kelab sukan milik kerajaan kepada syarikat swasta pada akhir 2016.Liga domestik juga telah menarik beberapa pemain yang paling popular dalam sukan ini, apabila penghujung tahun lalu, pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr.Bulan lalu, sumber yang rapat dengan kapten Argentina, Lionel Messi - saingan Ronaldo untuk gelaran pemain terbaik generasinya - telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi Al-Hilal musim depan.Pada Ahad, media kerajaan Saudi melaporkan kelab Al Ittihad mencapai persetujuan dengan penyerang Perancis, Karim Benzema untuk perjanjian dua tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 11:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261943/berita/sukan/ancelotti-terkejut-keputusan-benzema", "article_title": "Ancelotti terkejut keputusan Benzema", "article_text": "KEPUTUSAN Karim Benzema meninggalkan Real Madrid selepas 14 tahun setelah meraih pelbagai kejayaan disifatkan satu kejutan.Biarpun begitu pengendali kelab LaLiga itu, Carlo Ancelotti tetap menegaskan bahawa pemenang Ballon d'Or berhak untuk memilih yang terbaik untuk kariernya.\u201cPemergiannya sesungguhnya sesuatu mengejutkan semua orang, namun ia mesej yang perlu difahami. Ia adalah keputusan saat akhir.\u201cSemalam, dia berlatih seperti biasa, dan hari ini dia mengambil keputusan ini. Kami menerimanya. Saya bercakap dengannya pagi ini, dan dia berkata dia akan pergi dan saya faham.\u201cDia telah memikirkannya dengan matang dan keputusannya membentuk sebahagian daripada peralihan kelab ini, akan diteruskan tahun depan.\u201cKami mempunyai masa untuk memikirkan apa yang perlu kami lakukan. Kami akan mempunyai skuad kompetitif tahun depan,\u201d kata Ancelotti.Benzema menjadi peneraju serangan Real Madrid selepas Cristiano Ronaldo pergi ke Juventus pada 2018, setelah menyertai gergasi Sepanyol itu dari kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais pada 2009.Benzema telah menjaringkan lebih 350 gol untuk Real untuk menduduki tempat kedua dalam senarai penjaring sepanjang zaman kelab di belakang Ronaldo.Bintang Perancis itu menamatkan kariernya di ibu negara Sepanyol dengan rekod 25 trofi bersama Los Blancos termasuk lima Piala Eropah, empat kejuaraan LaLiga dan tiga Piala Raja Sepanyol.Penyerang berusia 35 tahun itu akan meninggalkan Real sebagai ejen bebas, dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Ittihad.\u201cSaya ucapkan selamat tinggal kepadanya yang juga antara seorang pemain terhebat dunia dan seorang penyerang terbaik. Kami semua berterima kasih kepadanya atas segala yang dia lakukan untuk kelab ini.\u201cDia adalah seorang tokoh legenda yang tidak dapat dilupakan, dan dia akan kekal selama-lamanya dalam ingatan kelab ini,\u201d kata Ancelotti.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261941/berita/sukan/messi-mahu-kembali-ke-barcelona", "article_title": "Messi mahu kembali ke Barcelona", "article_text": "LIONEL Messi yang bermain perlawanan terakhirnya untuk gergasi Ligue 1 Paris St Germain (PSG) baru-baru ini, terbuka kembali ke kelab LaLiga Barcelona, kata bapa penyerang Argentina itu pada Isnin.Barca terpaksa melepaskan Messi pada 2021 kerana gajinya yang tinggi ditambah dengan peraturan kewangan LaLiga yang ketat menjejaskan masa depan kelab.Messi, yang menyertai skuad remaja Barcelona berusia 13 tahun kemudian menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan pencipta penampilan dengan 672 gol dalam 778 perlawanan dalam semua pertandingan, berpindah ke PSG sebagai ejen bebas dengan kontrak dua tahun.Kewangan Barcelona sedikit bertambah baik sejak itu, namun menurut LaLiga, mereka masih melebihi had dan kekal tidak dapat mendaftarkan kontrak baharu yang ditandatangani beberapa bulan lalu termasuk pemain pertahanan Ronald Araujo dan pemain tengah Gavi.Sebelum ini, presiden juara LaLiga itu, Joan Laporta sering menyuara keinginannya untuk membawa Messi kembali ke Camp Nou.Namun sebarang perpindahan untuk pemain berusia 35 tahun itu berkemungkinan akan merumitkan lagi keupayaan mereka untuk mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP).\u201cLeo mahu kembali ke Barca dan saya juga ingin dia kembali. Kami yakin Leo boleh kembali,\u201d kata bapa Messi, Jorge.Messi yang membawa Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar dan juga mempunyai rekod tujuh anugerah Ballon d'Or, memenangi gelaran Ligue 1 pada musim 2021/22 dan 2022/23 bersama PSG serta Piala Super Perancis pada Julai 2022.Bagaimanapun, pemain paling berpengaruh dalam skuad Argentina tersebut memilih untuk tidak memperbaharui perjanjiannya dengan juara Ligue 1 itu.Masa depannya telah menjadi subjek banyak spekulasi baru-baru ini, dengan sumber yang rapat dengan kapten Argentina memberitahu bahawa dia telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan.Perpindahan ke Arab Saudi akan menyaksikan dia sekali lagi bermain dalam liga yang sama dengan pesaing dan bintang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, manakala penyerang Real Madrid, Karim Benzema juga dijangka melengkapkan perpindahan ke negara Timur Tengah itu.Kelab Bola Sepak Liga Utama Amerika Syarikat, Inter Miami juga disebut-sebut sebagai destinasi yang mungkin untuk Messi.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261940/berita/sukan/pelari-100m-pertama-catat-bawah-10s-meninggal-dunia", "article_title": "Pelari 100m pertama catat bawah 10s meninggal dunia", "article_text": "BEKAS pelari pecut legenda Amerika Syarikat (AS), Jim Hines telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.Hines, lelaki pertama mencatatkan bawah 10 saat bagi acara 100 meter (m).Hines dilahirkan di Dumas, Arkansas pada September 1946, dibesarkan di Oakland, California dan amat meminati besbol semasa penglibatan awal dalam sukan.Namun, jurulatih olahraga, Jim Coleman melihat kebolehan Hines yang menonjol pada umur 17 tahun, apabila berada antara 20 teratas dunia lebih 100 ela.Hines dibimbing juara tiga kali ganda Olimpik 1956 Bobby Morrow, meraih podium Kejohanan AS pertamanya pada 1965 apabila menduduki tempat kedua dalam acara 200m.Pada 1966 dia memenangi gelaran 200m kebangsaan dan setahun kemudian memenangi gelaran 100 ela kebangsaan pertamanya.Hines juga mencipta rekod dunia pertamanya yang disahkan pada 1967, mencatat 9.1 untuk 100m ela dan 10.0 untuk 100m.Pada Kejohanan AS 1968 di Sacramento, Hines menjadi orang pertama yang secara rasmi memecahkan halangan 10 saat untuk 100m, melakukannya dengan 9.9 (dan masa elektronik 10.03, walaupun tidak sampai 1977 masa elektronik diperlukan untuk pengesahan rekod).Setelah mendapat tempat dalam skuad olahraga AS, Hines ke Sukan Olimpik di Mexico City pada tahun itu sebagai pilihan kecil.Dia memenuhi jangkaan dan mencatatkan kemenangan dalam 9.9 (9.95 elektronik), menjadikannya lelaki pertama yang secara rasmi memecahkan 10 saat dengan pemasaan elektronik.Rekod dunia Hines bertahan 15 tahun - rekod dunia 100m lelaki terpanjang dalam era automatik sepenuhnya - sebelum akhirnya dipecahkan oleh Calvin Smith pada 1983 dengan 9.93.Hines terus menambah satu lagi pingat emas Olimpik - dan rekod dunia - ke dalam koleksinya apabila dia melabuhkan kemenangan Amerika Syarikat dalam acara 4x100m dalam 38.24.Selepas bersara daripada olahraga pada hujung 1968, Hines terus bermain di Liga Bolasepak Amerika (NFL) untuk Miami Dolphins dan Kansas City Chiefs, sebelum bekerja di Houston.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261928/berita/sukan/hamidin-jamin-sampaikan-segera-keperluan-atlet-rtg-kepada-menteri", "article_title": "Hamidin jamin sampaikan segera keperluan atlet RTG kepada menteri", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan segala keperluan atlet Road To Gold (RTG) yang disampaikan kepadanya akan segera dibawa untuk pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Hamidin berkata, perkara itu akan terus dibawa untuk perhatian Hannah yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa RTG meskipun ia masih belum sempat dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa program berkenaan.Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, langkah terbabit adalah demi memastikan atlet-atlet yang berada dalam Program RTG membuat persediaan terbaik menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 itu.\u201c(Keperluan yang diminta atlet) memang dah ada, Datuk Nicol Ann David dah sediakan laporan untuk kita bawa ke Mesyuarat RTG seterusnya, kalau mesyuarat lambat lagi kita akan mesyuarat dengan Hannah secepat mungkin.\u201cKita tak perlu tunggu mesyuarat (RTG) kita secara dalam talian jea dengan Menteri Hannah untuk maklum apa yang perlu dibuat kerana RTG telah diumum satu dua bulan dulu, dan kita nak cepat,\u201d katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai pada Isnin.Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke sesi latihan skuad berbasikal trek negara yang giat membuat persediaan untuk membuat penampilan di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.Terdahulu, pada lawatan itu Hamidin turut sempat mengadakan perbincangan bersama jurulatih berbasikal trek John Beasley dan dua atlet sandaran ke temasya berprestij terbabit iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.Dalam pada itu, Hamidin turut berkongsi, beliau telah mengumpul segala data mengenai keperluan semua atlet dan terdapat beberapa keperluan yang telah diselesaikan tanpa melalui jawatankuasa RTG.\u201cSebenarnya, saya sudah dapatkan semua maklumat daripada pemain dan jurulatih dan kita pun sudah ada hitam putih. Ada sesetengah keperluan yang kita sudah selesaikan tanpa melalui mesyuarat (jawatankuasa RTG),\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 08:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261926/berita/sukan/kerjaya-tukang-urut-bukan-penghalang-fatah-di-apg-kemboja-2023", "article_title": "Kerjaya tukang urut bukan penghalang Fatah di APG Kemboja 2023", "article_text": "ATLET judo, Muhammad Fatah Abu Bakar merasakan kerjaya tetap sebagai tukang urut bukan penghalang untuk menghadirkan kilauan emas untuk negara dalam sukan tempur dan seni mempertahankan diri pada temasya Sukan Para Asean (APG) Kemboja 2023, di Phnom Penh pada Isnin.Turun sebagai bukan pilihan kejohanan, Muhammad Fatah menampilkan aksi bertenaga menerusi kategori J2 (kecacatan penglihatan) kelas -73 kilogram (kg) untuk menumpaskan juara bertahan dari Indonesia, Sahrul Sulaiman, pada aksi final di Dewan Federasi Belia Kemboja, di sini.Lebih menarik apabila pingat itu hadir menerusi penampilan keduanya selepas edisi 2007 di Thailand yang ketika itu Muhammad Fatah terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa kategori 66kg lelaki.\u201cSaya sebenarnya demam hari ini namun terharu apabila dapat sumbang emas buat Malaysia. Banyak pengorbanan yang perlu saya lalui untuk sampai ke tahap ini.\u201cBukan mudah apabila saya bekerja sebagai tukang urut di Brickfields, Kuala Lumpur terpaksa mencari waktu lapang untuk melakukan latihan sendiri. Ia amat berbaloi buat negara dan keluarga tercinta,\u201d katanya yang kelihatan sebak selepas kemenangan itu.Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan Fatah berkongsi hampir berputus asa dalam kehidupan apabila hilang penglihatan secara tiba-tiba ketika berusia 21 tahun.Fatah juga terpaksa berhenti menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Kuala Lumpur dan kembali 'menapak' apabila ditempatkan di Pusat Latihan Gurney yang diusahakan Persatuan Orang Buta di ibu negara.Atlet berusia 37 tahun itu enggan menoleh ke belakang dan terus bergerak ke hadapan dalam mengimbangi kerjaya dan judo atas dasar cinta terhadap sukan itu.\u201cPada umur 21, secara berperingkat saya hilang penglihatan dan sudah semestinya tidak boleh terima kerana saya masih muda masa itu. Saya memang terduduk dengan ujian dari-Nya namun sedar pasti ada hikmah.\u201cSaya kembali bangkit dengan berkat dan sokongan keluarga dan orang sekeliling dan akhirnya pada 2007 jumpa judo dan terus wakil negara di APG Thailand,\u201d ujarnya.Dia seterusnya akan berjuang bagi emas kedua negara dalam acara berpasukan bersama Chee Hock Lee dan Mohd Khairul Azmi Abd Rahaman, esok.Sementara itu, rakan sepasukannya Hock Lee merangkul pingat gangsa menerusi acara J1-90kg. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 08:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261925/berita/sukan/empat-atlet-olahraga-dibenarkan-kibar-cabaran-di-apg-kemboja-2023", "article_title": "Empat atlet olahraga dibenarkan kibar cabaran di APG Kemboja 2023", "article_text": "EMPAT atlet olahraga dibenarkan menyertai temasya Sukan Para Asean (APG) Kemboja 2023 menerusi penggabungan acara yang disertai mereka pada temasya dwitahunan yang berlangsung di Phnom Penh hingga Jumaat ini.Perkara itu disahkan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja 2023, Noor Syahieda Mat Shah, hari ini selepas hasil perbincangan bersama kesemua negara yang terlibat kelmarin bagi menentukan sama ada acara itu tetap berlangsung melalui gabungan kelas atau mencukupkan penyertaan.\u201cMelalui Mesyuarat Pengurus Pasukan Para Olahraga itu, kebanyakan negara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam telah membangkitkan isu yang sama kerana ramai atlet mereka tidak dapat beraksi disebabkan acara tidak disenaraikan.\u201c.... dan hasil perbincangan mendapati kesemua atlet itu dibenarkan bertanding mengikut acara yang digabungkan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.Empat atlet negara yang terlibat ialah Mohamad Aliff Mohamad Awi menerusi acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual); Ahmad Fizzi Rosni (100 meter (m)/ T36/37 - celebral palsy); Badrul Hisam Musa (Lontar Peluru/ lempar cakera & lempar lembing T12 - kecacatan intelektual) dan Taufik Hidayat Nasirdin acara lontar peluru/ lempar cakera F34 - celebral palsy).Terdahulu, Mohamad Aliff unggul meraih emas setelah merekodkan balingan sejauh 13.86 meter (m) bagi acara lontar peluru F20 manakala Ahmad Fizzi meraih perak 100m T36/T37 hari ini di Stadium Morodok Techo.Badrul Hisam pula dijangka beraksi esok manakala jadual Taufik Hidayat akan diumumkan kemudian.Pada Ahad, sebuah portal berita melaporkan atlet olahraga itu sekadar 'penumpang' apabila tidak dapat menyertai acara kerana kekurangan penyertaan daripada negara lain. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 08:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261896/berita/sukan/piala-remaja-asia-2023-young-tigress-tewas-di-tangan-india", "article_title": "Piala Remaja Asia 2023: Young Tigress tewas di tangan India", "article_text": "[DIKEMAS KINI] SKUAD hoki remaja wanita kebangsaan nyata bukan tandingan pasukan India apabila tewas 1-2 pada aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 di Kakamigahara, Jepun pada Isnin.Biarpun skuad Young Tigress terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke enam menerusi gol padang oleh tonggak \u2018striker\u2019 Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri, namun kegembiraan skuad kendalian Lailin Abu Hassan tidak bertahan lama apabila pemain India Mumtaz Khan menyamakan kedudukan dengan menghasilkan jaringan sudut penalti empat minit kemudian.Jaringan berkenaan menjadi tonik tambahan buat India yang terus menggandakan kedudukan hasil penyudah Deepika menerusi pukulan penalti pada minit ke-26.Pasukan negara yang ketinggalan, cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng pertahanan India sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus memberi pasukan lawan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas Kumpulan A selepas dua kemenangan.Malaysia pula setakat ini berada di kedudukan ketiga kumpulan selepas semalam membenam Taiwan 7-0 pada perlawanan pertama dan dijadual bertemu Uzbekistan jam 11 pagi waktu Malaysia, pada SelasaSementara itu, biarpun tewas Lailin tetap memuji corak permainan dipamerkan anak buahnya yang bertungkus lumus menentang pasukan India yang disifatkan antara skuad terkuat.\"Saya berpuas hati dengan kesungguhan ditunjukkan pemain, mereka memang inginkan kemenangan dengan menunjukkan permainan terbaik hari ini dan buktikan kita boleh memberi tentangan kepada pasukan lebih kuat seperti India.\"Kita telah merancang ataupun melihat analisis pukulan sudut penalti pihak India dan kita dapat membaca gerakan setiap pemain atau penyerang India terutama sudut penalti, larian yang dilakukan pemain kita juga baik,\" katanya menerusi satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media hari ini.Dalam pada itu, Lailin turut mengingatkan semua pemain supaya fokus untuk memastikan kemenangan menentang Uzbekistan esok, selain memanfaatkan masa yang ada untuk kembali pulih sebelum perlawanan.Kejohanan berlangsung sejak 2 Jun hingga 11 Jun ini, yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Remaja Wanita, disertai oleh 10 pasukan dan dibahagi kepada dua kumpulan.Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke separuh akhir, manakala tiga pasukan terbaik mendapat slot ke Piala Dunia Remaja Wanita 2023 berlangsung di Santiago, Chile, pada 29 November hingga 10 Disember depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 03:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261894/berita/sukan/wira-piala-thomas-1967-dapat-gelaran-datuk", "article_title": "Wira Piala Thomas 1967 dapat gelaran Datuk", "article_text": "PEMENANG Piala Thomas, Datuk Yew Cheng Hoe masih mengingati dengan jelas penerimaan jam tangan Rolex daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman berikutan kemenangan menakjubkan pasukannya.Selepas 56 tahun, Cheng Hoe dan rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Thomas 1967 di Jakarta, Indonesia, sekali lagi menerima penghormatan hari ini.Kali ini atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.Cheng Hoe bersama rakan sepasukan Datuk Teh Kew San, mendiang Datuk Ng Boon Bee, Datuk Billie Ng @ Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan @ Tan Ah Hing serta Tan Aik Huang menerima kurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Seri Paduka yang membawa gelaran 'Datuk'.Cheng Hoe yang berusia 80 tahun berkata, darjah kebesaran itu merupakan penghormatan tertinggi yang diterima pasukan itu selepas pemberian anugerah oleh Tunku Abdul Rahman, yang juga Perdana Menteri pertama.\"Kami menjunjung terima kasih terhadap Seri Paduka Baginda kerana menghargai kami dan mengurniakan darjah kebesaran hari ini. Ia penantian yang berbaloi,\" katanya.Cheng Hoe yang merupakan pemain perseorangan pertama pada acara berpasukan badminton yang berprestij itu, memberi inspirasi kepada rakan sepasukannya untuk memenangi kejuaraan keempat Malaysia dalam kejohanan itu, menumpaskan Indonesia 6-3 pada perlawanan akhir.Beliau mengatasi pemain Indonesia Ferry Sonneville 15-9, 15-7.Turut dikurniakan darjah kebesaran hari ini ialah bekas atlet Sukan Olimpik Karu Selvaratnam, anak kelahiran Batu Gajah, Perak yang dianugerahkan PJN, membawa gelaran 'Datuk'.Karu, yang menyertai acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki dan 4x400m lelaki pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Jepun, merupakan bekas atlet yang berbakat.Selain olahraga, beliau yang berusia 82 tahun pernah menjadi kapten pasukan kriket kebangsaan serta bermain hoki dan badminton untuk Angkatan Tentera Malaysia dari 1961 hingga 1973. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 03:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261884/berita/sukan/abd-halim-bangga-kelebihan-jadi-anak-nelayan", "article_title": "Abd Halim bangga kelebihan jadi anak nelayan", "article_text": "PERENANG para negara, Abd Halim Mohammad tersenyum puas apabila berjaya menambah koleksi pingat emas ketiga peribadinya menerusi acara 50 meter (m) kuak dada lelaki (SB8- kecacatan fizikal), pada hari ketiga pertandingan Sukan Para ASEAN (APG) 2023 pada Isnin.Abd Halim berpendapat dilahirkan dalam keluarga nelayan yang sinonim dengan air sejak kecil, memberi kelebihan untuk beliau mempamerkan aksi bertenaga dengan catatan 34.44 saat (s) untuk meraih emas, sekali gus memadamkan rekod lamanya sendiri iaitu 34.88s, yang dicatatnya tahun lepas.Beliau berkata, nasihat daripada arwah bapa Mohammad Bondan yang meninggal dunia pada 2013, menjadi penguat semangat buat beliau untuk terus memungut pingat menerusi acara kolam renang.\"Saya tidak sangka dapat bawa pulang tiga emas terutamanya menerusi acara hari ini, memang terkejut namun bersyukur. Setiap kali saya pergi sertai kejohanan pasti teringat kata-kata semangat dari arwah ayah dan saya masih berpegang teguh pada nasihat itu.\"Arwah ayah selalu kata saya ada bakat dalam sukan jadi perlu berusaha sungguh-sungguh kalau mahu hasil. Lagipun kami hanya datang dari keluarga nelayan namun saya tetap bangga sebab perkara itu beri kelebihan pada saya,\u201d katanya.Anak buah Eva Wong menceritakan, beliau hanya terlibat sepenuh masa dalam bidang sukan air bermula pada 2017, selepas meninggalkan dunia olahraga yang diceburi selama tujuh tahun sebelum itu.Beliau berkata perubahan sukan dibuat, selepas terdapat halangan daripada kategori yang mahu disertainya, sehingga memaksa beliau mencari alternatif lain dengan menyertai uji bakat Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, yang menagih atlet renang ketika itu.Abd Halim, 25, sama sekali tidak menyesal bertukar kepada sukan air, yang seolah-olah membawa tuah kepada dirinya, setiap kali menyertai kejohanan pentas antarabangsa.\"Saya mula dengan sukan olahraga pada 2010 namun ketika 2017, terdapat masalah kategori namun saya tidak mahu meninggalkan dunia sukan.\"Pada pertengahan tahun sama, MSN Sabah ada mencari atlet renang dan saya mencuba. Tidak sangka rezeki saya di sana sehingga sekarang,\u201d kata anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.Beliau yang tinggal bersama ibu Saring Ibhrahim di Tuaran, Sabah berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa berada di sisinya setiap kali susah dan senang.Abd Halim bagaimanapun berkata hatinya berat setiap kali terpaksa meninggalkan ibunya seorang diri di kampung, untuk menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa namun tetap melakukannya demi Malaysia.Abd Halim yang membuat penampilan kali kedua selepas edisi Solo, Indonesia telah meninggalkan pesaing dari Vietnam Quang Vuong yang mencatatkan masa 37.68s dan perenang Indonesia Guntur Guntur (37.87s) pada acara 50m kuak dada lelaki SB8.Semalam, beliau merangkul dua pingat emas bagi acara 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 02:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261881/berita/sukan/city-boys-bijak-gunakan-peluang", "article_title": "City Boys bijak gunakan peluang", "article_text": "KETUA Jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak, berkata kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi, disebabkan keupayaan pemainnya memanfaatkan peluang di hadapan gawang lawan.Hodak berkata, skuad bimbingannya juga kelihatan turun dengan penuh yakin dan bermain dengan baik malam tadi, sehingga membolehkan KL City membawa pulang tiga mata penuh.\"Kita bermain amat baik, khususnya pada 25 minit pertama perlawanan di mana kita mengawal sepenuhnya permainan dan mencipta beberapa peluang keemasan, sehingga berjaya menghasilkan gol pertama.\"Selepas itu, mungkin kerana pemain beraksi terlalu tertekan, kita cepat kehilangan bola sehingga membuka ruang kepada Sri Pahang menyamakan kedudukan,\u201d katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.Pada perlawanan malam tadi, penyerang import City Boys Tchetche Kipre membuka tirai jaringan seawal minit kelima, sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh pemain pertahanan Stefano Brundo pada minit ke-57.Kapten KL City Paulo Josue kemudiannya mengecewakan peminat Tok Gajah, apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-75.Sementara itu, pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad mengakui persembahan anak buahnya agak lembab pada awal perlawanan, menjadi antara faktor kekalahan.\"Ada pemain kurang aktif di atas padang, menyebabkan kita melakukan pertukaran bagi menyuntik semangat pada babak kedua dan mereka beraksi lebih baik, tapi malangnya mereka (KL City) berjaya mencetak gol kedua,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 02:33pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261841/berita/sukan/penyudah-negeri-sembilan-tumpul-devan-kecewa-lagi", "article_title": "Penyudah Negeri Sembilan tumpul, Devan kecewa lagi", "article_text": "KETUMPULAN penyudah terutamanya bahagian serangan terus membelenggu Negeri Sembilan FC, ketika melabuh tirai pusingan pertama Liga Super pada Ahad.Itu luahan pengendali Negeri Sembilan, K Devan selepas skuad Rusa melakar keputusan seri 1-1 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.Tegas Devan, skuad Hoben Jang Hoben itu datang ke Kuching dengan misi tiga mata, namun sebaliknya hanya berjaya bawa pulang satu mata.\"Penyudah kita terutamanya bahagian jentera serangan tidak berapa baik, biarpun melakukan banyak percubaan, namun percubaan semua tepat ke arah penjaga gol, manakala percubaan yang baik pula tidak menepati sasaran.\"Saya kecewa dengan keputusan diraih dalam perlawanan ini kerana pasukan Negeri Sembilan memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol\"Saya optimis Negeri Sembilan boleh menang sekiranya semua peluang menjaringkan gol itu dimanfaatkan dengan lebih baik oleh para pemain dalam perlawanan ini,\" katanyaDalam perlawanan itu, Kuching City terlebih awal memimpin perlawanan hasil jaringan Zahrul Nizwan pada minit kelapan.Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila skuad Rusa kembali mengikat perlawanan menerusi penyudah Casagrande pada minit ke-34.Tambah Devan lagi, persembahan Negeri Sembilan pada separuh masa kedua ternyata jauh lebih baik dari separuh masa pertama apabila mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol terutamanya Shahrel Fikri.\"Kita ketinggalan satu gol pada awal permainan disebabkan kesilapan bahagian pertahanan, selepas itu Kita bangkit mencari gol penyamaan dengan pendekatan high pressing yang memberikan impak dalam perlawanan hari ini.\"Kita bangkit menguasai permainan pada separuh masa pertama yang akhirnya jaringan penyamaan berjaya dihasilkan Casagrande.\"Saya nampak kesungguhan para pemain selepas ketinggalan satu gol diikuti separuh masa kedua dan penghujung permainan untuk mencari gol kemenangan\"Biarpun saya akui kecewa namun akui gembira apabila sekurang-kurangnya pasukan membawa pulang satu mata dari Kuching,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 11:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261831/berita/sukan/united-sanggup-bayar-rm244-juta-untuk-mount", "article_title": "United sanggup bayar RM244 juta untuk Mount", "article_text": "MANCHESTER United dilaporkan untuk cuba memancing pemain Chelsea, Mason Mount dan sanggup membayar \u00a350 juta (RM244 juta) kepada kelab tersebut.Spekulasi itu mula bertiup kencang dengan pengendali United, Erik ten Hag ingin membina kembali The Red Devils pada jendela perpindahan kali ini.The Telegraph melaporkan bahawa United bersedia membayar nilai tersebut untuk mendapatkan Mount bulan ini berdasarkan beberapa penilaian tertentu.Ia termasuk tempoh kontrak yang hanya tinggal setahun bersama Chelsea dan The Blues tidak akan beraksi di pentas Eropah musim depan.Chelsea juga dikatakan berminat menjana pendapatan menjelang 30 Jun untuk mengurangkan kebimbangan 'Financial Fair Play' mereka selepas berbelanja besar dalam dua tingkap perpindahan pertama di bawah pemilikan baharu yang diterajui oleh Todd Boehly.Rundingan antara Chelsea dan United dikatakan bermula selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka baru-baru ini.Bagaimanapun, United berkemungkinan gagal untuk menandatangani perjanjian Harry Kane kerana Tottenham Hotspur keberatan untuk menjual kepada pasukan di EPL.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261829/berita/sukan/lloris-mahu-tinggalkan-spurs", "article_title": "Lloris mahu tinggalkan Spurs", "article_text": "PENJAGA gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini untuk cuba mencari cabaran baharu bersama pasukan lain.Dia telah bersama Spurs sejak 2012 dan mempunyai baki kontrak setahun, namun Lloris mengumumkan bahawa dia tidak mahu kekal di kelab itu.\"Sudah tentu akan tiba pada saat yang penting sama ada untuk kelab atau untuk saya. Ia adalah penghujung era. Saya mempunyai keinginan untuk mencari cabaran bersama pasukan\"Saya akan melihat beberapa kemungkinan, tetapi saya tidak lupa bahawa saya masih mempunyai kontrak setahun dengan Tottenham dan dalam bola sepak ia sentiasa sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku.\"Apa yang penting pada masa ini adalah untuk pulih dengan baik daripada kecederaan saya. Saya sedang bercuti tetapi saya terus melakukan latihan saya,\" katanya.Lloris terlepas beberapa perlawanan di penghujung musim akibat kecederaan dengan penampilan terakhirnya adalah ketika Spurs tewas 6-1 kepada Newcastle.Selepas memulakan kerjayanya di Nice, Lloris menyertai Lyon pada 2008 dan kemudian berpindah ke Spurs empat tahun kemudian.Dia telah membuat 447 penampilan untuk Spurs dan merekodkan 151 perlawanan tanpa bolos.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261828/berita/sukan/city-sudah-belajar-dari-kegagalan-lalu", "article_title": "City sudah belajar dari kegagalan lalu", "article_text": "MANCHESTER City telah belajar daripada kegagalan lalu di pentas Eropah dan berjanji tidak akan mengulangi episod duka menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Ahad ini.City terlepas kejuaraan Liga Juara-Juara selepas ditewaskan oleh Chelsea pada 2021 sebelum tersingkir di peringkat separuh akhir ketika menentang Real Madrid tahun lalu.Ia sekali gus menjadikan Liga Juara-Juara sebagai satu-satunya trofi yang masih belum diraih dan bakal menjadikan aksi perlawanan akhir di Istanbul untuk memecahkan kebuntuan itu.Pemain tengah City, Rodri berkata, kejayaan sensasi menentang Real Madrid di peringkat separuh akhir sebelum mara ke perlawanan akhir telah membuktikan pasukan itu boleh membetulkan kesilapan musim sebelumnya.\"Seperti yang saya beritahu anda sebelum ini, kami cuba belajar daripada masa lalu.\"Ia adalah sesuatu yang anda pelajari dan saya fikir keinginan seperti bagaimana kami bermain menentang Real Madrid.\"Jadi, kami akan bermain dengan cara yang sama, cuba menyelesaikannya dan cuba memenangi perlawanan akhir,\" katanya.Kemenangan 4-0 di Etihad menentang Real yang membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir menyaksikan City pada prestasi terbaik mereka.\"Saya fikir pengalaman itu adalah perkara yang sangat baik. Kami juga ada pemain yang datang dan memberi impak yang besar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:21am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261827/berita/sukan/benzema-messi-bakal-sertai-ronaldo-di-liga-pro-saudi", "article_title": "Benzema, Messi bakal sertai Ronaldo di Liga Pro Saudi", "article_text": "KARIM Benzema dan Lionel Messi dilaporkan akan berpindah ke Arab Saudi selepas penyerang Perancis itu sah meninggalkan Real Madrid.Saluran televisyen Arab Saudi, Al-Ekhbariya mendakwa Benzema telah menandatangani kontrak dengan Al-Ittihad yang berpangkalan di Jeddah.Pegawai pasukan Al Hilal telah terbang ke Perancis untuk cuba mendapatkan persetujuan Messi selepas pemain berusia 35 tahun itu bermain perlawanan terakhirnya untuk Paris Saint-Germain pada Ahad.Delegasi Arab Saudi merancang untuk bertemu bapa dan ejen Messi, Jorge, dengan tujuan untuk melengkapkan tandatangan secepat mungkin, kata sumber kepada AFP semalam.Messi tiba di Paris dua musim lalu dari Barcelona tetapi tidak dapat membantu PSG memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara selepas kelab itu tersingkir di pusingan 16 pasukan terbaik dalam kedua-dua kempen bersama tonggak Argentina itu.Benzema dan Messi dijangka menyertai Cristiano Ronaldo di liga Saudi apabila penyerang Portugal itu berpindah ke Al Nassr dari Manchester United selepas Piala Dunia tahun lalu.Menurut Al-Ekhbariya, presiden Al-Ittihad dan timbalannya berada di ibu negara Sepanyol untuk menandatangani Benzema secara rasmi dalam rekod perpindahan Real Madrid.Benzema dilaporkan telah bersetuju perjanjian dua tahun dengan kelab itu.Benzema menjulang lima Liga Juara-Juara, empat gelaran La Liga dan tiga piala liga bersama Real.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 10:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261825/berita/sukan/zlatan-ibrahimovic-umum-bersara-di-usia-41-tahun", "article_title": "Zlatan Ibrahimovic umum bersara di usia 41 tahun", "article_text": "ZLATAN Ibrahimovic akhirnya melabuhkan tirai karier bola sepak yang penuh kegemilangan setelah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.Penyerang veteran itu mendedahkan keputusannya untuk berhenti bermain semasa majlis selepas kemenangan 3-1, AC Milan ke atas Verona dalam kempen Serie A.\u201cIa adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, bukan hanya kepada anda sahaja.\"Terlalu banyak emosi untuk saya sekarang. Forza Milan dan selamat tinggal,\u201d kata Ibrahimovic di padang San Siro.Pemain berusia 41 tahun itu dijangka hanya mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong Milan selepas pemergiannya daripada juara Eropah tujuh kali itu diumumkan pada Sabtu.Dia kembali ke Milan pada akhir 2019 untuk tempoh kedua selepas tempoh dua tahun sebelumnya di mana dia memenangi gelaran Serie A pada 2011.\"Kali pertama saya datang ke sini awak memberi saya kebahagiaan, kali kedua awak memberi saya cinta...\u201cAnda menyambut saya dengan tangan terbuka, anda membuatkan saya berasa seperti di rumah sendiri, saya akan menjadi Milanista sepanjang hayat saya,\u201d katanya.Sebagai rekod, Ibrahimovic adalah watak penting dalam kebangkitan semula Milan ke puncak bola sepak Itali selepas kembali ke kelab itu sekali gus membantu mereka kembali daripada kekecewaan dan akhirnya memenangi Scudetto musim lalu.\u201cSejujurnya, dulu saya takut apabila wartawan tanya masa depan saya, tapi sekarang saya boleh terima, saya sudah bersedia.\"Saya telah melakukan ini sepanjang hidup saya, bola sepak menjadikan saya seorang lelaki. Ia membolehkan saya mengenali orang yang saya tidak akan pernah kenali, saya telah mengembara dunia terima kasih kepada bola sepak. Ini semua berkat bola sepak,\" kata Ibrahimovic selepas pengumumannya.Zlatan Ibrahimovic membuat keputusannya untuk berhenti bermain semasa majlis selepas kemenangan 3-1, AC Milan ke atas Verona dalam kempen Serie A. - Foto: AgensiSepanjang kariernya, Ibrahimovic memenangi kejuaraan liga di Belanda, Itali, Sepanyol dan Perancis, walaupun satu-satunya trofi Eropah utamanya ialah Liga Europa 2017 bersama Manchester United.Membuat pengumuman di San Siro adalah tepat kerana dia juga memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut bersama Inter Milan antara 2006 dan 2009 sebelum mengharungi pergolakan di Barcelona.Persaraannya berlaku selepas musim di mana dia hampir tidak bermain untuk kelab kendalian Stefano Pioli selepas dibelenggu kecederaan, kembali pada Februari selepas pembedahan pada lutut kirinya pada Mei.Pada Julai, dia menandatangani perjanjian lumayan sekitar \u20ac1 juta (AS$1.02 juta) dalam gaji tetap, dengan bonus besar dikaitkan dengan penampilan dan pencapaian.Namun selepas bersetuju dengan perjanjian itu, pemain berusia 41 tahun tersebut hanya memulakan satu perlawanan dan menjaringkan satu gol untuk Milan, kemenangan 3-1 di Udinese pada Mac - dia menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Serie A.Dia kemudian mengalami kecederaan betis semasa memanaskan badan sebelum perlawanan pada April dan menamatkan kariernya, menepis khabar angin bahawa dia akan berpindah ke Monza dan menyasarkan Euro 2024 bersama Sweden.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 09:17am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261820/berita/sukan/saya-sendiri-malu-tengok-perlawanan-kelantan-fc", "article_title": "'Saya sendiri malu tengok perlawanan Kelantan FC'", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah kehilangan kata selepas pasukan miliknya itu terus mengalami kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini.Menurut Zamsaham, beliau sebagai pemilik sendiri malu untuk melihat perlawanan melibatkan Kelantan FC selain turut dimarahi oleh penyokong pasukan itu susulan prestasi kurang memuaskan.Malah, beliau turut menjelaskan tidak berniat untuk menahan gaji pemain sebaliknya ia sebagai satu cara mendidik pemain untuk memberikan aksi yang lebih baik.\"Bukan niat saya nak tahan. Saya cuma kata saya dah tak tahu nak marah apa kat pemain. Pemain main betul-betul saya bagi balik gaji.\"Ini dah kali ke-10 kalah dan saya dah kena bantai dengan penyokong. Saya cakap tak apa lah cuba tahan gaji, ingatkan menang tapi lagi kalah.\"Saya jumpa dengan pemain baru-baru ini saya minta lawan Kelantan United menang atau serilah. Tapi kalau kalah juga, saya tak boleh buat apa saya janji bayar juga 50 peratus gaji pemain.\"Tapi, kita dah kalah banyak kali sampaikan saya malu nak tengok perlawanan. Lawan Kelantan United baru-baru ini saya tengok 30 minit sahaja,\" katanya dalam majlis berjumpa penyokong di Zambuger Kelantan, Kota Bharu pada Sabtu.Masalah melibatkan pasukan Kelantan FC menjadi tumpuan selepas Zamsaham didakwa tidak membayar gaji pemain untuk bulan April.Zamsaham mengakui menahan gaji pemain dengan harapan pasukan itu dapat memberikan kemenangan dalam saingan Liga Super.Kelantan FC ketika ini berada di kedudukan terbawah liga dengan hanya satu kemenangan, satu seri dan 11 kekalahan.Dalam pada itu, dia juga seolah-olah memberikan bayangan tidak akan melepaskan kelab tersebut selain berjanji akan cuba menambah baik pasukan pada pusingan kedua saingan Liga Super.\"Pada saya latihan itu sangat penting dan kita bermasalah dari sudut tersebut. Kalau latihan kita bagus, maka kita boleh buat yang terbaik.\"Pemain yang kita ada juga berkualiti, namun mungkin tiada rezeki lagi dan kita kalah. Insya-ALLAH kita akan susun semula dan ambil pemain yang lebih baik untuk separuh kedua liga ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261818/berita/sukan/solari-tak-bimbang-prestasi-arif-aiman", "article_title": "Solari tak bimbang prestasi Arif Aiman", "article_text": "PRESTASI bintang muda meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi akan kembali menyerlah apabila pusingan kedua Liga Super menyingkap tirai jadual pada minggu ini.Itu keyakinan pengendali JDT, Esteban Solari apabila mengakui tidak bimbang prestasi semasa pemain sayap berusia 20 tahun itu kerana percaya ia bersifat sementara dan suatu proses yang kebiasaannya dilalui setiap pemain.\u201cArif Aiman pemain yang baik dan mudah bekerja sama dengan para pemain JDT lain, dia bekerja keras mengerakan pasukan selain memberikan bantuan gol serta membantu bahagian pertahanan.\u201cNamun seperti kebiasaanya setiap pemain akan berada pada tahap prestasi kurang baik, tidak terkecuali Arif Aiman dalam perlawanan menentang Penang, dia pun mengetahuinya.\u201cBiarpun begitu Arif Aiman tahu kami keluarga JDT sentiasa memberikan sokongan kepadanya setiap masa dalam meningkat prestasi bersama pasukan ini kerana dia sentiasa hadir ketika kami amat memerlukan sentuhannya.\u201cKami di sini akan sentiasa memberikan sokongan kepada Arif Aiman, kerana dia masih muda dan banyak lagi perkara perlu dipelajari selain perjalanan karier bola sepaknya masih jauh,\u201d katanya pada Sabtu.Solari berkata demikian selepas pemain itu bergelut untuk berada pada prestasi terbaik ketika berdepan Penang FC.Terdahulu penyandang juara JDT mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut Liga Super selepas menewaskan Penang FC 2-0, di Stadium Bandaraya pada Sabtu.Dua gol hasil jaringan La'Vere Corbin-Ong minit ke-18 dan Fernando Forestieri (m-86), mengukuhkan cengkaman takhta liga dengan 39 mata.Bagaimanapun Solari mengakui jentera Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan Harimau Kumbang kendalian Manzoor Azwira tersebut untuk kemenangan ke-13 liga tersebut.Malah menurut Solari, kemenangan besar 5-0 Harimau Selatan ke atas Harimau Kumbang dalam suku akhir Piala FA sememangnya bukan sandaran untuk tiga mata mudah kepada pasukan pelawat.\u201cYa, seperti yang saya katakan sebelum ini berdepan Penang di laman lawan merupakan perlawanan yang mencabar, tambahan pula mereka memiliki jentera penyudah berkualiti yang sering menghadirkan kesulitan kepada bahagian benteng JDT.\u201cKami memerlukan selepas 20 minit di separuh masa pertama untuk kembali menguasai rentak permainan, dan selayaknya mendapatkan gol kerana para pemain berusaha keras mencari gol awal.\u201cSeparuh masa kedua pula JDT ternyata berbeza berbanding separuh masa pertama, dan memiliki beberapa peluang melebarkan jaring sebelum berjaya menambah jaringan,\u201d katanya yang gembira dengan prestasi Harimau Selatan pada masa ini.LIGA SUPER 2023RABU (7 JUN)Kelantan United lwn Selangor FC(Stdm Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 9 malam)Kedah Darul Aman lwn Perak FC(Stdm Darul Aman, 9 malam)KHAMIS (8 JUN)Kuching City FC lwn Kelantan FC(Stdm Negeri, 8.15 malam)Penang FC lwn Kuala Lumpur City(Stdm Bandaraya, 9 malam)PDRM FC lwn Sabah FC(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)JUMAAT (9 JUN)Sri Pahang lwn Negeri Sembilan FC(Stdm Darul Makmur, 8.15 malam)Terengganu FC lwn JDT FC(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2023 08:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261809/berita/sukan/apg-2023-atlet-renang-olahraga-sumbang-8-emas-hari-ini", "article_title": "APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang 8 emas hari ini", "article_text": "KONTINJEN Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja.Enam daripada lapan pingat emas itu diperoleh daripada aksi cemerlang kem renang para pada hari pertama pertandingan di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, yang menyaksikan tiga daripada mereka mencipta rekod baharu kejohanan.Pingat emas itu disumbangkan Mohd Adib Iqbal Abdullah menerusi acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB14 (kecacatan intelektual), Carmen Lim (100m kuak dada wanita SB8 - kecacatan fizikal) dan Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan (50m kuak lentang S14 - kecacatan intelektual).Mereka juga berjaya memecahkan rekod baharu pada edisi ke-12 ini.Tiga lagi pingat emas diperoleh menerusi Abd Halim Mohammad yang menyandang gelaran juara bagi dua kategori iaitu 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala Fraidden Dawan menerusi acara 400m gaya bebas S10 (kecacatan fizikal).Selain itu, dua perak diperoleh daripada Duran Yaspi menerusi acara 50m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) dan Rusdianto Rusmadi pada acara 400m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala satu gangsa oleh Carmen Lim menerusi 100m gaya bebas wanita S7-8 (kecacatan fizikal).Bagaimanapun situasi berbeza apabila skuad olahraga yang sinonim dengan acara \u2018lubuk emas\u2019 sekadar meraih dua pingat emas, empat perak dan dua gangsa pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo hari ini.Pingat emas itu menerusi Muhamad Ashraf Muhammad Haisham melalui acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) dan Nani Shahiera Zawawi pada acara lompat jauh wanita T20 - masalah pembelajaran.Semalam, Malaysia memperoleh pingat perak menerusi acara badminton berpasukan lelaki dan satu pingat gangsa menerusi bola keranjang berkerusi roda menjadikan pingat Malaysia kepada lapan emas, tujuh perak dan empat gangsa sekali gus berada pada kedudukan keempat hari ini.Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada edisi Kemboja.Esok, Malaysia akan meneruskan misi memburu emas pada temasya dwitahunan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:51pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261808/berita/sukan/pahang-ditundukkan-kl-city", "article_title": "Pahang ditundukkan KL City", "article_text": "KUALA LUMPUR City FC (KL City) berjaya menundukkan Sri Pahang FC dengan jaringan 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Ahad.Kekalahan skuad Tok Gajah itu adalah yang kedua selepas tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 24 Mei lalu.Gol pasukan pelawat muncul seawal minit kelima babak pertama melalui jaringan penyerangnya, Tchetche Kipre.Pahang yang ketinggalan menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan dengan mencipta beberapa peluang, namun gagal menemui titik penyudah hingga tamat separuh masa pertama.Pada babak pertama, peluang Pahang muncul pada minit ke tujuh melalui percubaan penyerang, Kpah Sean Sherman menerusi tendangan dari sebelah kanan pintu gol KL City namun tersasar.Berselang tiga minit kemudian, Stefano Brundo mendapat peluang keemasan apabila tandukannya berjaya menerjah gawang KL City, namun jaringannya dibatalkan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali kerana 'offside'.Pahang berjaya memperoleh gol penyamaan melalui sepakan penalti pada minit ke-57 melalui tendangan Stefano Brundo.Peluang keemasan itu muncul selepas pemain Pahang berjersi 12, Muhamad Baqiuddin Shamsuddin dijatuhkan penjaga gol KL City, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin dalam kawasan petak penalti.KL City memperoleh gol kedua pada minit ke-75 melalui sepakan percuma disempurnakan pemain berjersi 28, Paulo Josue.Pahang terpaksa akur apabila gagal mencari gol penyamaan untuk mengikat KL City hingga wisel penamat.Kedua-dua pasukan menggandakan serangan dan berjaya mencipta beberapa peluang namun gagal mendapatkan gol tambahan sekaligus menyaksikan keputusan perlawanan kekal 2-1.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:37pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261807/berita/sukan/kuching-city-negeri-sembilan-sama-kuat", "article_title": "Kuching City, Negeri Sembilan sama kuat", "article_text": "KUCHING City dan Negeri Sembilan masih belum mampu mengakhiri badi seri kali kedua berturut-turut apabila terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri pada Ahad.Anak buah K Devan sebelum itu dalam aksi terakhir liga terikat 3-3 ketika melayan kunjungan Kelantan United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 23 Mei lalu.Sementara itu, Kuching City pula mengikat Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.Dalam perlawanan itu, The Cats terlebih dulu mendahului hasil jaringan minit kelapan Zahrul Nizwan.Kedudukan itu tidak kekal lama apabila skuad Rusa kembali mengikat perlawanan menerusi Anselmo Arruda Da Silva atau Casagrande pada minit ke-34.Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul 18 mata hasil empat menang, enam seri dan tiga kekalahan dalam 13 perlawanan.Kuching City pula selepas 13 perlawanan mengumpul enam mata hasil satu menang, tiga seri dan sembilan kalah.Sebagai rekod, Kuching City akan melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Negeri pada Khamis.Dalam perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu pada 26 Februari lalu, Kuching City menewaskan Kelantan FC, 2-1.Sementara itu, Negeri Sembilan pula berkunjung ke Stadium Darul Makmur menentang Sri Pahang pada Jumaat.Perlawanan pusingan pertama di Paroi pada 25 Februari lalu, Negeri Sembilan sekadar terikat 1-1 menentang Sri Pahang.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261806/berita/sukan/apg-2023-muhamad-ashraf-mahu-emas-miliknya-bakar-semangat-kontinjen", "article_title": "APG 2023: Muhamad Ashraf mahu emas miliknya bakar semangat kontinjen", "article_text": "ATLET para Muhamad Ashraf Muhammad Haisham mahu menjadikan emas pertama yang diraihnya bagi acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) sebagai pembakar semangat kepada kontinjen olahraga pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.Atlet berusia 28 tahun itu berkata, tanggungjawab dipilih sebagai ketua pasukan olahraga di Kemboja adalah bagi memastikan beliau menampilkan aksi terbaik ketika turun berjuang sekali gus menghadirkan pingat pada kejohanan pentas antarabangsa.Muhamad Ashraf sebelum itu unggul merekodkan 18 minit 49.42 saat (s) untuk menyandang gelaran juara dan mengetepikan King James Teves Reyes dari Filipina yang mencatatkan 18:50.16s serta atlet Vietnam Tran Van Duc di kedudukan ketiga dengan 18:50.17s.\"Saya dilantik sebagai ketua bagi pasukan olahraga jadi saya harap ini (emas) menjadi pembakar semangat kepada kontinjen olahraga. Insya-Allah pasukan akan capai sasaran.\"Saya memang puas hati dengan kemenangan ini yang saya belajar daripada kekalahan di Solo, Indonesia pada tahun lalu. Masa itu (APG Solo) saya hanya fikir mahu pecahkan rekod namun hari ini saya ada strategi tersendiri,\u201d katanya kepada pemberita selepas menjadi atlet olahraga pertama menyumbang emas bagi sukan itu di sini hari ini.Beliau optimis mampu menambah lagi dua pingat emas menerusi acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan fizikal) dan 800m lelaki T46 (kecacatan fizikal) pada penampilan edisi ke-12 ini.Muhamad Ashraf bagaimanapun berkata, mustahil baginya untuk berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya dalam menghadapi saingan acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan fizikal) pagi esok selepas baru sahaja selesai acara 5,000 meter lelaki T46 (kecacatan fizikal) malam ini.\"Saya tidak yakin untuk berada dalam keadaan sepenuhnya bersedia bagi menghadapi saingan esok namun saya akan cuba buat yang terbaik. Macam tadi, saya akan berhati-hati semasa larian dan bertindak apabila pihak lawan leka,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261804/berita/sukan/mbappe-berazam-atasi-papin", "article_title": "Mbappe berazam atasi Papin", "article_text": "PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe bertekad memecahkan rekod penjaring terbanyak enam musim berturut-turut Ligue 1 musim depan.Keazaman tinggi Mbappe hadir selepas dia menyamai rekod lima anugerah Kasut Emas berturut-turut Jean-Pierre Papin.Mbappe menjaringkan gol liga ke-29 musim ini dalam perlawanan terakhir PSG di Paris pada Sabtu, yang menyaksikan kekalahan 2-3 kepada Clermont.Bintang Perancis itu sebelum ini dinamakan pemain Ligue 1 musim ini buat kali keempat berturut-turut minggu lalu.Pemain berusia 24 tahun itu muncul penjaring terbanyak Ligue 1 setiap tahun sejak berpindah ke PSG pada 2018, berkongsi Kasut Emas dengan Wissam Ben Yedder dari AS Monaco pada 2019-20.\u201cAnugerah penjaring terbanyak saya? Saya sangat gembira. Kami telah memenangi kejuaraan. Saya masih penjaring terbanyak dan pemain terbaik. Sesungguhnya ia satu yang hebat.\u201cMemang benar terpaksa menunggu penghujung musim, apabila kami memenangi kejuaraan, ia matlamat peribadi dan saya mencapainya.\u201cNamun saya berazam tahun depan untuk menewaskan Jean-Pierre Papin,\u201d kata Mbappe yang juga penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman.Sebagai rekod, tiga pemain memenangi Kasut Emas Ligue 1 lima kali tetapi Papin pemain pertama memenanginya lima kali berturut-turut antara 1987 dan 1992 ketika bersama Olympique de Marseille.Mbappe menandatangani lanjutan kontrak dengan PSG sehingga 2025 tahun lalu.Namun media melaporkan ia hanya kontrak dua tahun dengan pilihan pemain untuk tahun ketiga - yang bermakna Mbappe akan memasuki tahun terakhir kontraknya musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261805/berita/sukan/chong-wei-li-dan-layak-berada-di-dewan-kemasyhuran---bwf", "article_title": "Chong Wei, Li Dan layak berada di Dewan Kemasyhuran - BWF", "article_text": "BEKAS jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan legenda China, Li Dan, layak disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) Persekutuan Badminton Dunia (BWF).BWF dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang terhadap sukan badminton di luar gelanggang dalam tempoh masa yang signifikan.Ia berkata, Majlis BWF meluluskan pencalonan Chong Wei dan Lin Dan untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran yang dicadangkan Suruhanjaya Anugerah BWF, mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan di bawah Peraturan Anugerah BWF.\"BWF mengiktiraf pencapaian dan sumbangan banyak legenda sukan ini dan berharap dapat menyenaraikan lebih banyak juara ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam tahun-tahun mendatang,\" kata BWF.Baru-baru ini, penyenaraian Chong Wei dalam Dewan Kemasyhuran BWF kurang disenangi oleh legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat selepas tular video yang menunjukkan beliau mempersoalkan kelayakan bekas pemain nombor satu negara itu.Taufik berkata, bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu.Jumaat lalu, sebagai respons, Chong Wei, 41, meminta Taufik mendapatkan penjelasan BWF dan berharap badan dunia itu akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.Chong Wei, pemain berasal dari Pulau Pinang itu, merupakan pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara dunia pada 2011, 2013 dan 2015.Dalam pada itu, Lin Dan merupakan pemenang dua pingat emas Olimpik di Beijing 2008 dan London 2012 serta lima kejuaraan kejohanan dunia pada 2006, 2007, 2009, 2011 dan 2013. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261803/berita/sukan/skuad-kriket-mahu-lebih-banyak-pendedahan-luar-negara", "article_title": "Skuad kriket mahu lebih banyak pendedahan luar negara", "article_text": "SKUAD kriket wanita negara Twenty20 (T20) berharap untuk mendapat lebih banyak pendedahan antarabangsa dalam usaha melangkah lebuh jauh dan memperbaiki dalam ranking dunia pada masa hadapan.Ketua pasukan, Mas Elysa Yasmin Zulkifli, berkata mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.\u201cJika mendapat pendedahan tambahan bermain di luar negara dengan lebih baik, kami mahu menimba pengalaman, mengumpul mata ranking Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) T20 dan naik dari kedudukan semasa kami di nombor 27 untuk berada di kedudukan 20 teratas suatu hari nanti.\u201cApabila kita bersaing di peringkat antarabangsa, kita akan mendapat lebih banyak pengetahuan dan rasa permainan. Dari situ, kami boleh belajar mengawal pelbagai situasi di atas padang terutama apabila berdepan pasukan teratas,\u201d katanya kepada selepas perlawanan akhir siri dua hala Malaysia-Nepal, pada Ahad.Nepal memenangi perlawanan kelima dan terakhir siri itu, yang bermula pada 29 Mei, dengan tiga wiket di Oval Kriket Yayasan Sime Darby (YSD)-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.Malaysia sebelum ini memenangi perlawanan pertama dan keempat manakala Nepal memenangi perlawanan kedua dan ketiga siri dua hala itu.Mengulas mengenai prestasi Malaysia dalam siri itu, pemain berusia 22 tahun itu berkata beliau gembira melihat prestasi pasukannya meningkat dengan setiap perlawanan, terutama dalam pukulan (batting) mereka.Beliau juga cukup berpuas hati dengan pencapaian pingat gangsa Malaysia pada Sukan SEA 2023 yang baru berakhir di Phnom Penh, Kemboja, sambil menambah bahawa mereka berjaya merapatkan jurang dengan Thailand, juara temasya dwitahunan itu.\u201cSaya dapat rasakan jurang antara kami dan Thailand semakin rapat... cuma kami gagal memanfaatkan dua peluang besar untuk tewas dengan 12 larian kepada Thailand semasa peringkat kumpulan di Sukan SEA, tetapi saya yakin kami mampu untuk mengalahkan mereka tidak lama lagi,\u201d katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Persatuan Kriket Malaysia (MCA), M. Dinesh mengakui bahawa mereka perlu mengeluarkan lebih banyak wang, melalui pelaburan dan tajaan, bagi memastikan pasukan wanita negara boleh mendapat lebih banyak pendedahan antarabangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261802/berita/sukan/apg-2023-skuad-renang-jelma-enam-emas", "article_title": "APG 2023: Skuad renang jelma enam emas", "article_text": "SKUAD renang negara menepati ramalan apabila cemerlang meraih enam pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada hari pertama pertandingan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di sini hari ini.Tiga perenang negara turut mencipta sensasi apabila memecah rekod kejohanan APG pada edisi ke-12.Mohd Adib Iqbal Abdullah terlebih dahulu memecah rekod kejohanan menerusi acara 100 meter (m) kuak dada lelaki SB14 (kecatatan intelektual) dengan catatan satu minit 9.54 saat (s) untuk mengetepikan cabaran Ariel Joseph Montarde dari Filipina (1:13.59s) dan perenang Singapura Darren Wei di kedudukan ketiga (1:18.82s).Atlet berusia 23 tahun itu memecahkan rekod peribadi iaitu 1:10.87s yang dibuat pada edisi lepas di Solo, Indonesia.Mohd Adib Iqbal yang sebak selepas upacara penyampaian pingat berkata beliau gembira dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya melalui kerja keras yang dilaksanakan di bumi Kemboja.\"Saya sangat gembira sebab dapat pertahankan pingat sekali gus dapat pecah rekod. Saya hanya buat yang terbaik untuk hari ini dan kemenangan ini didedikasikan kepada keluarga yang beri sokongan tanpa berbelah bahagi,\u201d katanya kepada pemberita di sini.Sementara itu, perenang para wanita negara, Carmen Lim turut unggul meraih pingat emas menerusi acara 100m kuak dada wanita SB8 (kecacatan fizikal) apabila mencatatkan 1:41.32s, meninggalkan cabaran atlet Thailand Chaiwong Peakaithip di tempat kedua (1:46.32s) dan Thi My Le dari Vietnam di tempat ketiga (1:47.83s).Rekod kejohanan sebelum ini dipegang oleh Thin Thin Khaine dari Myanmar iaitu 1:42.58s yang dibuat pada APG Singapura 2015.Perenang muda, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan yang berusia 17 tahun pula meneruskan rentak cemerlang menerusi acara 50m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) dengan 31.01s sekali gus memadamkan rekodnya sendiri iaitu 29.27s.Kemenangan itu menyaksikan seorang lagi perenang negara Duran Yaspi Imam Basori meraih perak dengan 31.01s dan Indonesia Fathur Rizky (31.76s).Tiga lagi pingat emas diperoleh menerusi Abd Halim Mohammad yang menyandang gelaran juara bagi dua kategori iaitu 100m kuak dada SB8 (kecacatan fizikal) dan 100m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala Fraidden Dawan melalui acara 400m gaya bebas S10 (kecacatan fizikal).Selain itu, dua perak diperoleh menerusi Duran Yaspi pada acara 50m kuak lentang S14 (kecacatan intelektual) dan Rusdianto Rusmadi pada acara 400m gaya bebas S8 (kecacatan fizikal) manakala satu gangsa oleh Carmen Lim menerusi 100m gaya bebas wanita S7-8 (kecacatan fizikal). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 09:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261800/berita/sukan/sharmendran-thinaah-dinobat-olahragawan-olahragawati-selangor", "article_title": "Sharmendran, Thinaah dinobat Olahragawan, Olahragawati Selangor", "article_text": "ATLET karate negara, R Sharmendran dan pemain badminton, M Thinaah diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Selangor 2021-2022 sempena Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor pada Ahad.Kemenangan itu membolehkan kedua-dua atlet berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada majlis berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini.Sementara itu, anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan ASNS 2021-2022 dimenangi atlet renang, Andrew Goh Zheng Yen dan pemain tenis, Saw Jo Leen yang masing-masing membawa pulang RM5,000 dalam bentuk sijil simpanan premium berserta trofi.Anugerah Jurulatih Terbaik pula disandang Ong Jin Kooi dari sukan renang yang menerima insentif kemenangan RM5,000 dan trofi.Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan bagi menghargai jasa dalam pembangunan sukan turut diberikan kepada tiga individu yang menerima insentif RM5,000.Penerima tersebut ialah Setiausaha Persatuan Renang Amatur Selangor, Helen Chang, bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Peratuan Hoki Selangor, Datuk Profesor Dr S. Shamala dan bekas Presiden Gimnastik Putrajaya, Azmi Hassan.Sharmendran ketika ditemui pemberita berkata, anugerah yang pertama kali diterimanya dalam 10 tahun karier sukannya itu akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.Sementara itu, Thinaah, yang diwakili bapanya S Muralitharan, tidak dapat hadir kerana sedang melakukan persediaan untuk Terbuka Singapura 2023, minggu depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 09:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261778/berita/sukan/young-tigress-belasah-taiwan", "article_title": "Young Tigress belasah Taiwan", "article_text": "SKUAD hoki remaja wanita kebangsaan memulakan kempen Piala Remaja Wanita Asia 2023 dengan membelasah Taiwan, 7-0, dalam saingan Kumpulan A di Kakamigahara, Jepun, pada Ahad.Tonggak pertahanan, Nur Nabila Alia Yussaini dan Siti Nur Atika Shaikh Maznan masing-masing menyumbat dua gol bagi membantu skuad 'Young Tigress' di bawah kendalian Lailin Abu Hassan memungut tiga mata penuh dalam aksi di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries.Malaysia memulakan pesta gol menerusi jaringan padang oleh penyerang, Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha pada minit ke-20 dan hanya memerlukan dua minit kemudian untuk menggandakan jaringan menerusi penalti shootout oleh Nur Nabila Alia.Skuad kebangsaan terus melebarkan kedudukan menerusi jaringan daripada pukulan sudut penalti dalam tempoh dua minit dihasilkan oleh Siti Nur Atika pada minit ke-30 dan Nurul Fatin Fatiah Azman untuk gol keempat pada minit ke-32Pasukan negara yang terus menggandakan asakan memperoleh gol kelima, kali ini oleh jaringan padang Thibatharshini James, selang tiga minit kemudian diikuti gol kedua Nur Nabila Alia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-37 sebelum jaringan padang Siti Nur Atika melengkapkan kemenangan besar Malaysia pada minit ke-40.Walaupun menang besar, Lailin mengakui beliau kurang berpuas hati dengan kegagalan pemainnya memanfaatkan pukulan sudut penalti sekali gus menghalang Malaysia daripada menjaringkan lebih banyak gol hari ini.\"Pemain juga agak gugup untuk dapatkan gol namun selepas separuh masa kedua, saya lihat mereka dapat keyakinan jaringkan gol dan persefahaman makin meningkat pada setiap suku permainan,\" katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.Justeru, beliau menuntut anak-anak buahnya untuk terus fokus dan lebih tajam di hadapan gol ketika bertemu India, yang disifatkannya sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan ini, pada saingan kedua kumpulan esok.Kejohanan berlangsung sejak 2 Jun sehingga 11 Jun ini, yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Remaja Wanita, disertai oleh 10 pasukan dan dibahagi kepada dua kumpulan.Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke separuh akhir manakala tiga pasukan terbaik mendapat slot ke Piala Dunia Remaja Wanita 2023 berlangsung di Santiago, Chile, pada 29 November hingga 10 Disember ini.-Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 05:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261745/berita/sukan/apg-2023-fraidden-dawan-dedikasi-emas-buat-keluarga", "article_title": "APG 2023: Fraidden Dawan dedikasi emas buat keluarga", "article_text": "PERENANG para negara, Fraidden Dawan mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 di Kemboja kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada beliau setiap kali menyertai kejohanan antarabangsa.Atlet berusia 37 tahun itu berkata, isteri, Bibyanna W.J, 39, serta dua anaknya Evangeline Fraidden, 7, dan Frederick Fraidden, setahun, adalah penguat semangat buat dirinya untuk memastikan Jalur Gemilang terus gah berkibar di pentas antarabangsa.Beliau yang membuat penampilan kali ketujuh pada temasya Sukan Asia Tenggara itu cemerlang menyandang gelaran juara menerusi acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik di Stadium Morodok Techo.\"Saya sangat berbangga apa yang saya rancang memang menjadi untuk hari ini. Kemenangan ini sudah semestinya untuk Malaysia namun yang paling utama, buat keluarga sendiri sebab mereka sentiasa ada ketika susah dan senang.\"Terutamanya apabila saya adalah atlet sepenuh masa jadi banyak masa dikhaskan untuk berlatih dan setiap kali sebelum menyertai apa-apa kejohanan pasti anak-anak akan bagi semangat,\u201d katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.Anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu memaklumkan beliau optimis masih mampu menyumbang tenaga buat Malaysia pada kejohanan antarabangsa yang akan datang berdasarkan prestasi yang ditonjolkan hari ini.\"Setakat ini, saya masih nampak mampu untuk beri sesuatu kepada Malaysia dan selagi terdaya, lagipun apa yang saya buat ini adalah demi negara,\u201d ujarnya.Bagi mengesahkan kemenangan itu Fraidden Dawan bertindak cemerlang merekodkan 4 minit 52.60 saat, bagi meninggalkan pesaing dari Indonesia Sualang Tangkilisan Steven yang mencatatkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam Quach Van Vinh di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.Fraidden Dawan yang mempertahankan pingat 400m gaya bebas S10 pada edisi lalu di Solo, Indonesia berkata, beliau akan meneruskan perjuangan di Phonm Penh menerusi acara 100m kuak kupu-kupu lelaki S10 dan 200 m rampaian individu SM10 pada Selasa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 02:17pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261727/berita/sukan/kelekaan-hukum-selangor-di-petaling-jaya", "article_title": "Kelekaan hukum Selangor di Petaling Jaya", "article_text": "KELEKAAN menyaksikan Selangor FC terpaksa berputih mata ketika tewas 0-1 kepada PDRM FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.Itu rumusan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe selepas The Red Giants melabuh tirai pusingan pertama dengan kekalahan ketiga musim ini setelah mengharungi 13 perlawanan liga.\"Sejujurnya sukar untuk terima keputusan ini yang berpunca kelekaan para pemain terutamanya semasa transisi menyerang kita dibolosi gol tersebut yang menjejaskan tumpuan pasukan walaupun keseluruhannya Selangor bermain dengan baik.\"Biarpun begitu saya tidak boleh menafikan bahawa para pemain telah bermain dengan baik dan bekerja keras sepanjang 90 minit permainan.\"Namun inilah realiti bola sepak apabila top team menentang pasukan bawah, kemungkinan besar insiden seperti ini boleh berlaku, biarpun begitu kita harus mengambil pengajaran supaya tidak lagi keciciran mata perlawanan berikutnya,\" katanya selepas perlawanan pada Sabtu.Dalam perlawanan itu, jaringan tonggak PDRM, Bruno Suzuki pada minit ke-61 memastikan The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz mengekalkan kemenangan kedua berturut-turut selepas membelasah Kelantan FC, 4-1 di Kota Bharu pada 23 Mei lalu.Pada masa sama Cheng Hoe mengakui biarpun mengawal rentak perlawanan berdepan The Cops, namun kegagalan jentera depan menterjemahkan setiap percubaan dalam bentuk jaringan menyaksikan The Red Giants berputih mata.\"Dalam bola sepak apabila peluang-peluang di depan pintu gol sebegini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada para pemain pasukan lawan.\"Sebenarnya adalah penting untuk para pemain kekal fokus bermula dari minit pertama sehingga permainan berakhir, namun apabila permainan masih tanpa jaringan kemudian pasukan lawan menjaringkan gol adalah sukar untuk pasukan kita bangkit.\"Dan ini dibuktikan setelah pasukan lawan memanfaatkan satu peluang keemasan dengan menjaringkan gol kemenangan,\" katanya.Dalam pada itu, Azzmi mengakui gembira dengan kejayaan mengalahkan Selangor dalam perlawanan tersebut.\"Syukur, alhamdulillah tiga mata ke atas Selangor bukan sesuatu yang mudah apabila berdepan pasukan kedua terbaik negara selepas Johor Darul Ta'zim (JDT), tambahnya pula dengan hanya dua kekalahan sahaja musim ini sebelum berdepan PDRM.\"Alhamdulillah, hari ini kita score gol apabila mendapat peluang keemasan walaupun pasukan tidak banyak mendapat peluang menjaringkan gol dalam permainan ini.\"Saya harap team ini akan berkembang lagi selepas ini, kerana banyak masa lagi diperlukan untuk memantapkan kualiti permainan pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 12:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261731/berita/sukan/fraidden-dawan-sumbang-emas-pertama-malaysia-di-phnom-penh", "article_title": "Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh", "article_text": "PERENANG para negara, Fraidden Dawan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 pada Ahad.Atlet berusia 36 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, di sini.Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.Beliau cemerlang meninggalkan pesaing dari Indonesia, Tangkilisan Steven Sualang yang merekodkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam, Van Vinh Quach di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.Terdahulu, seorang lagi perenang negara Rusdianto Rusmadi meraih pingat perak menerusi acara 400m Gaya Bebas S8 (kecatatan anggota kaki) dengan catatan 5:50.54s. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261719/berita/sukan/bwf-ada-sebab-kukuh-beri-pengiktirafan-kepada-chong-wei---kbs", "article_title": "BWF ada sebab kukuh beri pengiktirafan kepada Chong Wei - KBS", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pengiktirafan kepada Chong Wei dalam Hall of Fame 2023 BWF itu juga berdasarkan data dan statistik oleh BWF.\"Saya ada di sana semasa beliau (Chong Wei) dan Lin Dan menerima anugerah dan pengiktirafan itu...kalau kita lihat data serta statistik saya percaya BWF mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memberi pengiktirafan itu.\"Kita juga bangga dengan pencapaian Lee Chong Wei,\" katanya kepada pemberita selepas Flag-Off Separuh Maraton Balik Pulau 2023 di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini pada Ahad.Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dalam satu video yang viral di media sosial, seakan tidak bersetuju dengan pemilihan Chong Wei untuk pengiktirafan tersebut.Dalam video itu, Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak mendapat pengiktirafan itu, namun beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain Malaysia berkenaan dalam senarai itu.Pada 26 Mei lepas, Chong Wei, 41, dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton kerana muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan beliau meraih 47 gelaran Siri Super atau Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara Kejohanan Dunia pada 2011, 2013 dan 2015.Terdahulu, seramai 4,000 peserta dari 24 negara menyertai separuh maraton Balik Pulau itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:15am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261714/berita/sukan/real-madrid-lepaskan-hazard", "article_title": "Real Madrid lepaskan Hazard", "article_text": "EDEN Hazard akan meninggalkan Real Madrid selepas empat musim yang mengecewakan bersama kelab gergasi Sepanyol itu.Hazard menyertai Real dari Chelsea pada 2019 dengan yuran \u20ac115 juta (RM564 juta) dan disambut oleh 50,000 penyokong di Santiago Bernabeu.Pemain antarabangsa Belgium itu berada di puncak permainannya, menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhirnya dengan Chelsea untuk membantu kelab Inggeris itu memenangi Liga Europa dengan menewaskan Arsenal 4-1.Tetapi, malang menimpanya apabila mengalami kecederaan buku lali sebaik sahaja menyertai Real Madrid.Beliau hanya membuat 54 penampilan liga dan hanya menjaringkan tujuh gol dalam tempoh empat tahun tersebut.\"Kelab Bola Sepak Real Madrid dan Eden Hazard telah mencapai persetujuan di mana pemain itu akan meninggalkan kelab pada 30 Jun 2023.\"Real Madrid ingin menyatakan rasa sayang kami kepada Eden Hazard dan kami mendoakan yang terbaik untuknya dan keluarganya untuk peringkat seterusnya dalam kariernya,\" kata Real dalam satu kenyataan.Dalam pada itu, penyerang Real Marco Asensio turut akan meninggalkan Real Madrid akhir kontraknya pada bulan Jun.Asensio memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara tiga kali masing-masing bersama Madrid, serta Copa del Rey musim ini buat kali pertama selain meledak 61 gol dalam 285 penampilan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 11:01am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261709/berita/sukan/kekalahan-iringi-perlawanan-terakhir-messi-di-psg", "article_title": "Kekalahan iringi perlawanan terakhir Messi di PSG", "article_text": "PERLAWANAN terakhir Lionel Messi untuk Paris Saint-Germain (PSG) berakhir dengan kekalahan pada awal pagi Ahad, manakala Monaco terlepas kelayakan Eropah dan Auxerre tersingkir pada malam terakhir Ligue 1 musim ini.Pengumuman mengenai Messi yang akan meninggalkan kelab gergasi Perancis itu selepas dua musim disahkan secara rasmi oleh PSG dalam satu kenyataan sejurus sebelum perlawanan menentang Clermont itu.\"Sumbangannya kepada Paris Saint-Germain dan Ligue 1 tidak boleh dipandang remeh dan kami mendoakan yang terbaik untuk Leo dan keluarganya pada masa depan,\u201d kata presiden PSG, Nasser al-Khelaifi.Namun Messi, yang menamatkan karier PSG dengan 32 gol dalam 75 penampilan, diejek oleh beberapa penyokong semasa perlawanan itu selepas tewas 3-2.PSG berdepan cabaran dalam perlawanan tersebut selepas melengkapkan rekod kejuaraan Perancis ke-11 hujung minggu lalu apabila pasukan kendalian Christophe Galtier itu mensia-siakan kelebihan dua gol dimiliki.Sergio Ramos yang turut akan meninggalkan pasukan menandakan penampilan terakhirnya dengan menanduk masuk hantaran lintang Vitinha untuk gol pembukaan pada minit ke-16.Mbappe yang ingin menamatkan kempen kelima berturut-turut sebagai penjaring terbanyak Ligue 1, kemudian menjaringkan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.Johan Gastien merapatkan kedudukan tiga minit berselang sebelum pelawat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Mehdi Zeffane.Grejohn Kyei memastikan kemenangan untuk Clermont pada separuh masa kedua dengan pasukan itu menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261708/berita/sukan/liga-super-jdt-kekalkan-rekod-tanpa-kalah", "article_title": "Liga Super: JDT kekalkan rekod tanpa kalah", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berjaya mengekalkan rekod bersih apabila melakarkan kemenangan dalam kesemua 13 perlawanan selepas menewaskan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, di sini malam Sabtu.Ketua jurulatih skuad, JDT FC Esteban Solari berkata, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi permainan kesemua anak buahnya yang telah beraksi dengan baik dan bersungguh-sungguh malam tadi.\"Saya berasa bangga dengan pemain kerana ia bukan suatu perlawanan yang mudah dengan pihak lawan. Pihak lawan adalah pasukan yang sukar...mereka mempunyai pemain yang berkualiti, namun pasukan kami berjaya menewaskan mereka.\"Ia adalah perlawanan yang sukar kerana hujan lebat dan penyokong di sini yang begitu teruja dengan aksi permainan bola sepak ini,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, malam Sabtu.Katanya, skuad Harimau Selatan itu akan berusaha untuk mengekalkan prestasi dalam meraih mata bagi perlawanan yang akan datang menentang Terengganu FC.Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid berkata, walaupun tidak berjaya meraih mata dalam aksi liga malam tadi, beliau tetap berpuas hati dengan permainan berkualiti anak buahnya ketika berdepan pendahulu Liga Super malam tadi.\"Kita kalah...tapi positifnya ialah kesungguhan dan sikap tidak mahu kalah pemain kita yang cuba bersaing dengan pasukan yang berkualiti dalam Liga Malaysia,\" katanya.Skuad Harimau Selatan yang berada di tangga pertama liga akan menentang Terengganu FC pada 9 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin manakala pasukan Harimau Kumbang yang kini berada di tangga kesembilan liga dijadualkan menentang KL City FC pada 8 Jun ini di Stadium Bandaraya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:14am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261705/berita/sukan/kekalahan-tipis-bukti-united-mampu-saingi-city", "article_title": "Kekalahan tipis bukti United mampu saingi City", "article_text": "ERIK ten Hag mahu Manchester United mengambil pengajaran daripada kekalahan tipis 1-2 dalam perlawanan akhir Piala FA kepada Manchester City untuk memperbaiki pasukan dan menyaingi pasukan musush setempat itu.Dalam aksi di Wembley itu, Ilkay Gundogan membuka jaringan dengan sepakan voli menakjubkan selepas 12 saat sebelum penalti Bruno Fernandes membatalkan gol terpantas dalam sejarah final Piala FA itu.Tetapi, City kembali mendahului menerusi satu lagi voli Gundogan untuk memastikan kemenangan 2-1, memberi mereka peluang untuk menyamai treble United pada 1999 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara hujung minggu depan.\"Pertama sekali, kami perlu sentiasa tunjukkan rasa hormat. Tetapi, ya sudah tentu, ia adalah motivasi.\"Anda perlu merasakannya di dalam diri anda. Ini menyakitkan dan ia mesti menjadi satu semangat.\"Kami mahu berada di sana dan pasukan kami, pemain saya layak. Tetapi, perkara paling penting adalah anda perlu memenanginya dan itu adalah langkah seterusnya yang perlu kami lakukan,\" katanya.Bagaimanapun, ia tetap menjadi pengakhiran yang menggembirakan untuk musim pertama di bawah kendalian Ten Hag apabila berbangga mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan ketiga, kemenangan Piala Liga Inggeris dan kekalahan tipis di final Piala FA.\"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada City kerana memenangi Piala FA, tetapi saya fikir ia sangat sengit, ia adalah satu lawan satu.\"Kami bermain sangat kompetitif dan organisasi yang sangat baik. Kami tidak membenarkan mereka keluar bermain permainan terbuka menentang pasukan yang mungkin terbaik di dunia pada masa ini.\"Kami bangkit selepas ketinggalan pantas dan saya rasa kami satu-satunya pasukan di dunia yang mampu melawan pasukan dari City ini.\"Jadi, ya, saya gembira dengan prestasi pasukan saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 10:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261704/berita/sukan/satu-lagi-misi-city", "article_title": "Satu lagi misi City", "article_text": "MANCHESTER City mempunyai satu lagi misi untuk meraih kejuaraan treble musim ini selepas menewaskan Manchester United 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA, pada Sabtu.Kapten City, Ilkay Gundogan menjadi wira dengan dua gol termasuk jaringan terpantas dalam perlawanan akhir Piala FA selepas hanya 12 saat.Skuad bimbingan Pep Guardiola itu sudah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ketiga berturut-turut dan boleh menyamai treble unik Manchester United pada 1999 jika mereka menewaskan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu depan di Istanbul.Guardiola yang pernah membimbing Barcelona dan Bayern Munich itu memberi amaran kepada pasukannya perlu menakluki Eropah buat kali pertama untuk dianggap antara pasukan terhebat sepanjang zaman.\"Pemain tahu apa yang ada di hadapan kami. Selepas kemenangan ini, semua orang berkata: 'satu lagi trofi untuk diraih'\"Kami berada dalam kedudukan yang mungkin tidak akan pernah kami alami lagi.\"Semua orang tahu kami telah melakukan musim yang luar biasa, tetapi kami perlu memenangi Liga Juara-Juara untuk diiktiraf sebagai pasukan terbaik,\" katanya.Kemenangan kedua Piala FA itu menyaksikan jumlah trofi utama Guardiola dalam tujuh musim di Manchester meningkat kepada 11 trofi.Namun, trofi Liga Juara-Juara masih belum berjaya dimiliki oleh City walaupun berbilion-bilion dilaburkan sejak pengambilalihan yang disokong Abu Dhabi mengubah nasib kelab itu 15 tahun lalu.\"Ia satu keistimewaan dan kami hanya tinggal satu perlawanan lagi. Lebih daripada fakta treble, (ia adalah) peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara.\"Bagi saya adalah luar biasa (untuk mara ke) dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan satu separuh akhir (dalam tiga tahun), tetapi pada akhirnya kami perlu memenanginya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 09:51am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261697/berita/sukan/hilang-keyakinan-punca-perak-dibelasah-terengganu", "article_title": "Hilang keyakinan punca Perak dibelasah Terengganu", "article_text": "HILANG keyakinan disifatkan punca Perak FC dibelasah Terengganu FC, 3-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.Namun begitu, pengendali sementara The Bos Gaurus, Yusri Che Lah mengakui para pemainnya telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan tersebut.\"Saya faham mereka masih dihantui dengan isu keyakinan yang perlu ditangani pasukan segera.\"Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada para pemain dan ini satu kerja yang cukup besar untuk saya tangani, dalam tempoh tiga hari sebelum bertemu Kedah FC,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Ipoh pada Sabtu.Dalam pada itu, Yusri memberikan jaminan akan meningkatkan usaha mengembalikan keyakinan para pemain Perak\"Keyakinan merupakan aspek penting terutamanya bagi mengharungi baki perlawanan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam liga,\" katanya lagiDalam pada itu, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner gembira apabila skuad Penyu berjaya membawa pulang tiga mata ke Kuala Terengganu.\"Kami bermain dengan baik dan memiliki deretan peluang menjaringkan gol dalam perlawanan ini.\"Ada perlawanan kita tidak sepatutnya kalah tetapi inilah bola sepak dan kini kami gembira kerana selepas dapat tiga mata ketika bertemu Penang FC, dan sebelum itu satu mata ketika bertemu Sabah FC.\"Ya, setiap perlawanan baharu satu cabaran baharu dan saya maklumkan para pemain untuk bermain dengan sepenuh hati jika hendak menang, dan hari ini kami berhak menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 08:05am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261689/berita/sukan/gundogan-pastikan-piala-fa-milik-manchester-city", "article_title": "Gundogan pastikan Piala FA milik Manchester City", "article_text": "KAPTEN Manchester City, Ilkay Gundogan mencipta sejarah tersendiri dalam perlawanan akhir Piala FA menentang seteru setempat, Manchester United di Stadium Wembley pada Sabtu.Pertama, Gundogan muncul wira skuad kendalian Pep Guardiola itu apabila dua jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas pasukan bimbingan Erik ten Hag.Kedua, Gundogan muncul penjaring gol terpantas dalam sejarah final Piala FA apabila voli selepas 13 saat permainan menewaskan penjaga gol Manchester United, David de Gea.Gol pemain tengah Jerman berusia 32 tahun itu memecahkan rekod lama 25 saat dicipta pemain Everton, Louis Saha ketika menentang Chelsea dalam perlawanan akhir edisi 2009.The Citizens yang tampil dengan status pasukan pilihan selepas menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris ternyata lebih dominan dalam penguasaan bola pada perlawanan tersebut.Bagaimanapun, gol Gundogan itu tidak kekal lama apabila bintang Manchester United kelahiran Portugal, Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-33.Gol penalti tersebut, Fernandes menyaksikan kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan kembali lebih garang dengan melakukan deretan percubaan dalam usaha menambah jaringan.Namun Gundogan sekali lagi muncul duri dalam daging buat Manchester United apabila menyudahkan sentuhan Kevin De Bruyne pada minit ke-51 untuk kemenangan 2-1.Kemenangan itu menyaksikan Piala FA merupakan trofi kedua dimenangi City musim ini selepas merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.Manchester City berpeluang merangkul trofi ketiga apabila berdepan kelab Serie A, Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik Atat\u00fcrk, Turkey pada tanggal 11 Jun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 01:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261688/berita/sukan/misi-malaysia-buru-33-pingat-emas-apg-kemboja-2023-bermula", "article_title": "Misi Malaysia buru 33 pingat emas APG Kemboja 2023 bermula", "article_text": "KEMBOJA mengalu-alukan penyertaan 2,000 atlet 'istimewa' dengan pericikan bunga api dan persembahan kebudayaan pada upacara perasmian yang menakjubkan sempena edisi ke-12 temasya Sukan Para ASEAN (APG) Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh malam ini.Kemboja yang memilih tema 'Sports: Live In Peace' unggul mempersembahkan acara bunga api berwarna warni yang memukau kira-kira 70,000 penonton, selain turut menyajikan persembahan menarik iaitu Khmer Heart yang berasal dari negara Asia Tenggara itu sendiri.Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 34 atlet dan 14 pegawai, diketuai Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Para Kemboja 2023, Noor Syahieda Mat Shah dan atlet boccia (BC1- kecatatan fizikal) Angeline Melissa Lawas yang menggalas tugas sebagai pembawa Jalur Gemilang.Malaysia menjadi negara keempat berarak masuk dengan memakai jaket berwarna kuning-hitam dan seluar trek yang mempunyai logo Jalur Gemilang.Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, seterusnya mengisytiharkan perasmian APG, menandakan saingan selama seminggu bermula secara rasmi hingga Jumaat ini dengan penyertaan 11 negara.Perasmian itu hadir selepas bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN dinaikkan dan lafaz ikrar oleh wakil atlet serta pegawai pertandingan berlangsung dengen penuh istiadat.Upacara perasmian itu diikuti dengan atlet bola keranjang berkerusi roda Sinet An menyalakan obor sebelum penonton di stadium menyaksikan pertunjukan bunga api yang menyinari langit Phnom Penh.Malaysia menyandarkan harapan negara kepada 144 atlet, dengan 62 atlet atau 43 peratus daripadanya kali pertama menyertai temasya edisi ke-12 itu.Mereka akan menggalas cabaran negara dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak cacat penglihatan, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan.Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sebelum ini mengumumkan sasaran sebanyak 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa menjadi buruan skuad kontinjen para negara, berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lalu di Solo, Indonesia.Pengurangan pingat emas itu adalah apabila tiga jaguh negara iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan jaguh badminton para Cheah Liek Hou tidak dihantar ke temasya dwitahunan itu selepas masing-masing memenangi pingat emas Sukan Paralimpik.Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Jun 2023 01:11am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261685/berita/sukan/harimau-selatan-baham-harimau-kumbang-di-bandaraya", "article_title": "Harimau Selatan baham Harimau Kumbang di Bandaraya", "article_text": "JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan rentak kemenangan musim ini kepada 13 perlawanan selepas mengatasi Penang FC, 2-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu.Kemenangan itu menyaksikan penyandang juara kendalian Esteban Solari semakin menjarakkan diri dengan pencabar terdekat Selangor FC pimpinan Tan Cheng Hoe yang dikejutkan kekalahan 0-1 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.Harimau Selatan kini memimpin liga dengan 39 mata, manakala The Red Giants pula kekal 28 mata, sambil diekori rapat Sri Pahang (25 mata) yang hanya akan beraksi menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Ahad.Skuad Solari yang sebelum itu hadir ke laman keramat Haria Penang Haria tersebut dengan semangat kemenangan 5-0 ke atas anak buah Manzoor Azwira di suku akhir Piala FA pada 28 Mei lalu ternyata menguasai rentak permainan.Namun jaringan La\u2019Vere Corbin-Ong minit ke-18 memisahkan kedua-dua pasukan menyaksikan JDT mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.Separuh masa kedua, Harimau Kumbang memperkemaskan permainan berusaha kembali semula dalam perlawanan.Namun Harimau Selatan lebih dominan menggandakan kedudukan menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-85 yang juga gol ke-14 peribadinya musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 11:47pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261684/berita/sukan/pdrm-jinakkan-selangor-di-petaling-jaya", "article_title": "PDRM jinakkan Selangor di Petaling Jaya", "article_text": "PDRM FC meneruskan momentum positif apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut Liga Super apabila menewaskan pasukan pilihan Selangor FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz yang masih segar dengan kemenangan 4-1 ke atas kelab bermasalah Kelantan FC di Kota Bharu 23 Mei lalu ternyata berjaya mengekang asakan jentera pasukan pelawat.Anak buah Tan Cheng Hoe yang tampil dengan suntikan semangat kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman FC sebelum ini ternyata menguasai rentak permainan.Bagaimanapun beberapa percubaan berbahaya The Red Giants terutamanya Quentin Cheng gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk kedudukan terikat tanpa jaringan separuh masa pertama.Separuh masa kedua, pertahanan The Cops tampil lebih berdisiplin apabila berjaya menutup setiap ruang sekali gus menggagalkan beberapa percubaan jentera depan The Red Giants.The Cops sebaliknya yang kurang melakukan serangan akhirnya berjaya menemui gol dicari hasil jaringan peledak The Cops, Bruno Suzuki yang menyudahkan hantaran Marcus Macauley pada minit ke-61.Tiga mata diraih PDRM menyaksikan 16 mata hasil lima menang, satu seri dan tujuh tewas selepas mengharungi 13 perlawanan.Sementara itu, Selangor pula di tangga kedua dengan 28 mata hasil sembilan menang, satu seri, tiga tewas selepas 13 perlawanan.PDRM selepas ini dijadualkan melayan kunjungan Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Jun.Sementara itu, Selangor pula akan bertandang ke Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu berdepan Kelantan United pada 7 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 11:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261674/berita/sukan/terengganu-benam-perak-di-ipoh", "article_title": "Terengganu benam Perak di Ipoh", "article_text": "HASRAT Perak FC melakar kebangkitan di bawah jurulatih sementara, Yusri Che Lah tidak kesampaian apabila tewas kepada Terengganu FC (TFC) 0-3 dalam aksi Liga Super di laman sendiri, Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.Para peminat skuad The Bos Gaurus mengharapkan pasukan kembali bangkit selepas merehatkan Datuk Lim Teong Kim, namun mereka memulakan perlawanan dengan langkah kiri.Dalam aksi itu pasukan pelawat mendahului menerusi Adisak Kraisorn pada minit keenam selepas penjaga gol Perak FC, Bryan See gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.Pasukan tuan rumah cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan, namun skuad Peteh menambah gol kedua menerusi Sony Norde pada minit ke-16 selepas menerima hantaran Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim.Memasuki babak kedua, Perak FC menggandakan asakan untuk merapatkan jurang gol, namun terus buntu untuk memecah benteng pasukan pelawat.Gol yang dicari hampir digapai, malangnya percubaan Luciano Guaycochea pada minit ke-46 tersasar daripada gawang gol lawan.Keghairahan Perak FC mengasak, memaksa jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner membawa masuk tenaga baharu, Jordan Mintah dan Engku Nur Shakir Engku Yaacob.Ternyata percaturan itu berbaloi apabila Mintah mudah menanduk masuk hantaran sepakan penjuru Norde pada minit ke-73 bagi melengkapkan kemenangan selesa 3-0 TFC ke atas Perak FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 08:19pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261665/berita/sukan/kelantan-fc-dapat-tanah-bina-padang-latihan", "article_title": "Kelantan FC dapat tanah bina padang latihan", "article_text": "KELANTAN FC mendedahkan pasukan itu sudah mendapat tanah seluas 3.2 hektar di kawasan Pengkalan Chepa dekat sini untuk membina padang latihan.Pemiliknya, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkata, lokasi itu terletak berhampiran Kelab Polo Kelantan.\"Kita akan tebang pokok kelapa dan bersihkan kawasan tersebut seterusnya membina beberapa buah padang bola sepak.\"Hala tuju kita jelas, padang yang selesa akan dibuat untuk pemain berlatih.\"Kita juga akan bina beberapa buah bangunan dan pusat rehab untuk kesihatan pemain-pemain yang memerlukan pemulihan,\" katanya semasa sesi soal jawab bersama penyokong TRW pada Sabtu.Lebih 100 penyokong menghadiri majlis tersebut dan sebanyak 25 daripada 28 soalan telah dijawab oleh Zamsaham di hadapan 'pemain ke-12' Kelantan FC itu.Menurut beliau, kemudahan padang merupakan salah satu perkara yang penting untuk pasukan.Ujarnya, pembinaan padang itu dijangka siap selewat-lewatnya tahun hadapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 07:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261662/berita/sukan/pemain-bola-keranjang-berkerusi-roda-muhamad-atib-zakaria-tidak-dapat-menyembunyikan-perasaan-gembira-walaupun-sekadar-memenangi-pingat-gangsa-menerusi-acara-3x3-lelaki-pada-temasya-sukan-para-asean-apg-2023-di-phnom-penh-pada-sabtu-pemain-hadapan-berusia-30-tahun-yang-membuat-penampilan-ketiga-di-temasya-dwitahunan-itu-selepas-edisi-singapura-2015-dan-kuala-lumpur-2017-berkata-mutu-permainan-yang-mantap-akhirnya-mampu-ditonjolkan-pasukan-negara-di-bumi-kemboja", "article_title": "Pengorbanan Atib, rakan sepasukan berbaloi", "article_text": "PEMAIN bola keranjang berkerusi roda Muhamad Atib Zakaria tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira walaupun sekadar memenangi pingat gangsa menerusi acara 3x3 lelaki pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Phnom Penh pada Sabtu.Pemain hadapan berusia 30 tahun yang membuat penampilan ketiga di temasya dwitahunan itu selepas edisi Singapura (2015) dan Kuala Lumpur (2017), berkata mutu permainan yang mantap akhirnya mampu ditonjolkan pasukan negara di bumi Kemboja.Muhamad Atib berkata, kejayaan meraih gangsa itu amat bermakna memandangkan semua pemain yang mempunyai pekerjaan masing-masing, sanggup berkorban masa untuk berlatih dalam tempoh yang singkat dan latihan sepenuh masa hanya bermula pada 10 Mei lepas.\"Saya amat berpuas hati dengan cara bermain hari ini kerana kami sudah menang dengan tuan rumah (Kemboja). Terutamanya pengorbanan masa apabila kami sendiri sudah mempunyai kerjaya masing-masing,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Dewan Elephant 2, Stadium Morodok Techo.Terdahulu, anak buah Lim Ming Lip, terdiri daripada gandingan Muhammad Atib, Freday Tan, Karthik Kana Pathy, Muhammad Azzwar Hassan Assari dan Razali Cantik itu, menewaskan pasukan tuan rumah 17-8.Ming Lip berkata strategi yang dirangka menjadi apabila pemain mudah menjaringkan mata.\"Saya sebenarnya sasar final bagi acara 3x3 namun disebabkan tidak dapat, saya memang suruh anak buah buat yang terbaik untuk sekurang-kurangnya bawa balik gangsa.\"Memang puas hati dengan cara permainan pasukan sebab kita sudah baiki beberapa kekurangan pada saingan peringkat kumpulan semalam,\" ujarnya.Malaysia memenangi dua daripada empat perlawanan peringkat kumpulan semalam untuk menempah slot kedudukan ketiga dan keempat hari ini.APG 2023 akan dibuka secara rasmi malam ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 07:12pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261659/berita/sukan/tiada-untung-punca-kelantan-fc-lewat-bayar-kwsp-perkeso", "article_title": "Tiada untung punca Kelantan FC lewat bayar KWSP, Perkeso", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui pihaknya lewat melunaskan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disebabkan kelab itu tidak memperoleh keuntungan.Zamsaham bagaimanapun berkata, pihaknya kini sedang berusaha melunaskan kedua-dua bayaran tersebut yang mencecah RM400,000.\"Kita sudah mula bayar, kalau tidak berbuat demikian Kelantan FC tidak boleh sambung lesen (perlesenan pasukan),\" katanya semasa sesi soal jawab bersama penyokong TRW pada Sabtu.Lebih 100 penyokong menghadiri majlis tersebut dengan 25 daripada 28 soalan telah dijawab oleh Zamsaham di hadapan 'pemain ke-12' Kelantan FC itu.Sebagai pemilik beliau turut mendahulukan duit poketnya sendiri untuk membayar tunggakan terbabit.Zamsaham (kiri) semasa sesi soal jawab bersama penyokong TRW pada Sabtu.Ujarnya, pada masa sama Kelantan FC sedang menyusun semula proses pembayaran KWSP dan Perkeso.Zamsaham memberitahu, beliau memberi komitmen tinggi terhadap isu tersebut.\"Setiap bulan perbelanjaan pasukan mencecah RM1 juta tetapi hasil pendapatan daripada jualan tiket dan sebagainya hanya RM800,000.\"Jadi kita rugi RM200,000 dan kita ada dua pilihan sama ada bayar gaji atau bayar caruman KWSP serta Perkeso. Bila kita rugi dan pemain-pemain mahukan gaji mereka terlebih dahulu maka kita pilih untuk memberi keutamaan kepada pembayaran gaji terlebih dahulu.\"Jadi kenapa tidak membayar caruman KWSP dan Perkeso? Sebab belum untung,\" katanya.Dalam perkembangan lain, Zamsaham berkata, TRW sedang berusaha mengekalkan pemain import pasukan termasuk Miguel Cifuantes.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 06:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261656/berita/sukan/kaji-semula-peranan-isn---subahan", "article_title": "Kaji semula peranan ISN - Subahan", "article_text": "KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyarankan supaya khidmat kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) diperluaskan kepada skuad wanita dan remaja negara dan bukan hanya semata-mata untuk pasukan senior lelaki kebangsaan dalam Program Podium.Justeru, KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, setakat ini hanya skuad lelaki kebangsaan layak menikmati bantuan penuh daripada ISN di bawah Program Podium manakala skuad kebangsaan wanita dan remaja tidak menerima khidmat badan induk itu.\u201cTeknologi dalam dunia sains sukan pada masa ini semakin canggih dan kami memerlukan lebih banyak perhatian dan bantuan sokongan sepanjang masa daripada ISN dalam merungkai kesediaan serta potensi skuad negara dalam menghadapi jelajah antarabangsa.\u201cApabila pasukan pergi ke luar negara...hanya terdapat kuota empat atau lima petugas sains sukan mengikuti skuad kebangsaan manakala kami memerlukan sekurang-kurang 10 petugas,\u201d katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu.Subahan juga berkata, KHM terpaksa menanggung sendiri elaun seperti makanan dan penginapan untuk petugas ISN seperti tukang urut, jurulatih fizikal serta pakar nutrisi yang berkhidmat untuk pasukan skuad lelaki kebangsaan walaupun mereka juga berjuang demi negara di pentas antarabangsa.Memandangkan KHM berdepan isu kekurangan petugas ISN yang sering bertukar ganti, beliau berkata, mereka terpaksa mengambil langkah melantik dua individu dari luar negara sebagai jurulatih fizikal masing-masing bagi skuad lelaki kebangsaan dan remaja lelaki yang bakal menghadapi saingan Piala Dunia Remaja 2023 dari 5 hingga 16 Disember di Kuala Lumpur.Selain fokus kepada program 'Road to Gold' (RTG), Subahan pada masa sama berharap agar ISN dapat juga memberi tumpuan menyokong atlet lain yang memerlukan bantuan sains sukan khususnya mereka yang menghadapi temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, September, ini, serta kejohanan peringkat dunia lain tahun ini.RTG merupakan projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik bermula di Paris 2024.Sementara itu, beliau juga mengharapkan agar ISN diberi peruntukan khas untuk melabur dalam pembelian peralatan latihan berteknologi tinggi seiring dengan kemajuan sains sukan yang menjadi elemen penting kejayaan seseorang atlet atau pasukan dunia ketika ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 06:49pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261647/berita/sukan/vida-sedia-taja-kelantan-fc-letak-kacak-sebagai-pengurus", "article_title": "Vida sedia taja Kelantan FC, letak Kacak sebagai pengurus", "article_text": "USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dilaporkan sedia untuk kembali menaja dan menyelamatkan Kelantan FC.Memetik laporan Majoriti, Vida yang pernah menjadi penaja pasukan pantai timur itu pada 2016 juga mengakui kasihan melihat keadaan Kelantan FC yang berdepan pelbagai masalah.Malah, beliau juga sudah mempunyai perancangan untuk meletakkan anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau dikenali sebagai Kacak untuk menjadi pengurus pasukan.\"Kalau kena caranya, saya akan ambil semula Kelantan. Seperti keadaan sekarang, kasihan saya tengok. Kalau tunggakan banyak, kami tak nak tapi kalau nak meneruskan atau nak cari pengganti yang boleh majukan memang boleh.\u201cSaya akan tengok keadaan apabila nak berjumpa dia (pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham). Risau jumpa sekarang, Zamsaham dapat publisiti yang dia nak. Tak boleh janji lagi.\"Saya kena berunding dengan mereka sebab bukan saya akan uruskan tapi Kacak. Saya akan beri kepada orang yang tahu pasal bola seperti Kacak. Jangan ada campur tangan pihak lain,\" katanya.Kemelut dalaman membabitkan Kelantan FC bermula daripada pendedahan bekas jurulatih mereka, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mengenai masalah kelab tersebut.Ia berlarutan apabila terdapat beberapa pemain Kelantan FC yang mendedahkan masalah gaji yang belum dibayar sepenuhnya oleh pihak pengurusan.Zamsaham dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya baru-baru ini mengakui 'menahan'gaji pemain, namun telah melunaskannya sebelum perlawanan Liga Super menentang Kelantan United pada Jumaat.Bagaimanapun, ia tidak dapat mengatasi masalah kemerosotan pasukan apabila tewas kepada Kelantan United FC 1-4 pada Jumaat sekali gus menimbulkan situasi lebih parah dalam saingan Liga Super musim ini.Untuk rekod, Vida pernah menaja Kelantan dengan nilai tajaan RM16 juta untuk tempoh 2016 dan 2017 yang turut menyaksikan Stadium Sultan Muhammad IV bertukar warna kepada merah jambu sebagai syarat penajaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261617/berita/sukan/mourinho-berdepan-dakwaan-uefa", "article_title": "Mourinho berdepan dakwaan UEFA", "article_text": "KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) akan mendakwa jurulatih AS Roma, Jose Mourinho kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan ketika aksi final Liga Europa baru-baru ini.Pengendali dari Portugal itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Anthony Taylor pada final di Budapest Rabu lalu yang menyaksikan Sevilla muncul juara menerusi sepakan penalti 4-1 selepas permainan terikat 1-1.Mourinho mengkritik Taylor dalam sidang media selepas perlawanan dan kemudian turut didakwa menghina pengadil itu di tempat letak kereta stadium.Kedua-dua kelab juga didakwa di atas salah laku pemain dan penyokong yang membaling objek serta menyalakan bunga api.UEFA mengutuk tindakan ganas ke atas Taylor serta keluarganya dan akan menilai insiden ini dengan teliti bagi memastikan ia tidak berulang pada masa depan.\u201cTiada semangat kesukanan dan perlakuan sebegini tidak boleh diterima. Pengadil memainkan peranan penting dalam memastikan integriti dan keadilan permainan.\u201cKeselamatan mereka sangat penting,\u201d kata UEFA.Sevilla turut didakwa di atas kesalahan penyokong menceroboh ke kawasan padang, manakala Roma didakwa kerana kerosakan dan kekacauan yang dicetus oleh penyokongnya.Pada aksi itu, Taylor melayangkan kad kuning kepada 13 pemain, tujuh daripadanya pemain Roma yang menyebabkan permainan terganggu akibat jumlah kekasaran yang tinggi.Pengadil dari England itu kemudian menjadi sasaran penyokong Roma di lapangan terbang Budapest.Taylor dan keluarganya terpaksa dikawal ketika keluar dari kafe ke kawasan selamat di lapangan terbang tersebut.Ia adalah kejuaraan Liga Europa ketujuh Sevilla dan kekalahan pertama Mourinho sebagai pengendali dalam final Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 01:04pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261610/berita/sukan/bernhardt-kecewa-kelantan-fc-dibelasah-kelantan-united", "article_title": "Bernhardt kecewa Kelantan FC dibelasah Kelantan United", "article_text": "KEKALAHAN 1-4 Kelantan FC di tangan seteru setempat, Kelantan United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat cukup mengecewakan pengendali pasukan, Frank BernhardtPerasaan kecewa jelas terpampang diraut wajah jurulatih kelahiran Jerman itu apabila dia seolah-olah hilang kata-kata melihat aksi yang dipamerkan barisan pemain The Red Warriors (TRW).\"Benteng pertahanan terlalu lemah dengan terus melakukan kesilapan dan dilihat seperti belum cukup bersedia untuk bersaing dalam Liga Super.\"Begitu juga dengan bahagian serangan, apabila peluang terhidang yang dimiliki gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan,\" katanya semasa sidang akhbar selepas tamat perlawanan.Menurut beliau, jumlah bolos yang direkodkan oleh TRW ketika ini bukanlah sesuatu perkara normal.Ujarnya, aksi terbaik benteng pertahanan dapat dilihat ketika pasukan hanya dibolosi tiga gol sahaja.\"Hal ini kerana, pada aksi lain lawan berjaya merobek gawang sehingga empat ke lima gol,\" katanya.Bernhardt memberitahu, beliau dan barisan kejurulatihan telah melakukan segala usaha untuk mengubah situasi dan memperbaiki setiap kelemahan yang dikesan.Tambahnya, pasukan jurulatih sudah menyediakan rakaman video dan bertemu serta berbincang secara perseorangan atau berkumpulan dengan pemain untuk menaikkan motivasi pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 12:25pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261608/berita/sukan/barcelona-sedia-terima-messi", "article_title": "Barcelona sedia terima Messi", "article_text": "PENGENDALI Barcelona, \u200b\u200bXavi Hernandez berkata Lionel Messi akan membuat keputusan mengenai masa depannya dalam masa terdekat selepas kontraknya tamat bersama Paris Saint Germain (PSG).Menurut Xavi, kelab Catalan itu juga masih menaruh minat untuk menandatangani penyerang itu sekiranya dia memilih untuk kembali ke Barcelona.Messi, 35, akan meninggalkan juara Perancis itu sebagai ejen bebas selepas dua tahun di Paris.ESPN melaporkan pada April bahawa Messi sedang mempertimbangkan tawaran besar daripada kelab Arab Saudi, Al Hilal walaupun bapanya, Jorge menafikan laporan tersebut.\"Dia akan membuat keputusan minggu depan dan kini terdapat 200 kemungkinan. Dia akan menentukan masa depannya dan di sini pintu terbuka, tiada perdebatan.\"Dia akan menamatkan musim di sana (di PSG). Dia sangat menghormati PSG. Dia mahu menamatkan dengan cara terbaik.\"Kontraknya tamat dan kemudian, dia mempunyai hak di dunia untuk menyatakan di mana dia pergi, ke mana hendak menamatkan kerjayanya,\" katanya.Messi menghabiskan tempoh 21 tahun di Barca dan membantu kelab itu memenangi 35 trofi kemudian berpindah ke PSG pada Ogos 2021 kerana krisis kewangan kelab.Penyerang Argentina itu telah menyumbang 21 gol dan 20 bantuan untuk PSG dalam semua pertandingan musim ini.\"Saya fikir dia masih boleh terus bermain di peringkat tertinggi dan jika dia datang ke Barca, semua orang memerlukannya,\"katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 12:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261605/berita/sukan/masa-perkasa-peranan-sekolah-projek", "article_title": "Masa perkasa peranan sekolah projek", "article_text": "PENGLIBATAN secara lebih aktif sekolah projek di setiap daerah dilihat mampu merancakkan semula pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang bersesuaian dengan pembangunan sains sukan itu pada masa ini.Itu reaksi penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa apabila menyifatkan program akar umbi seperti olahraga dan sukan tempur telah lama diwujudkan di beberapa negeri secara langsung mahupan secara tidak langsung.Jelasnya, pembangunan akar umbi sukan seperti olahraga, karate dan taekwondo telah lama wujud menerusi kegiatan kokurikulum sekolah.\u201cCuma bagaimana untuk menjadikannya lebih berkesan dalam menjadi pusat pembekalan bakat secara berterusan itu yang menjadi persoalan.\u201cBagaimanapun saya percaya sekiranya kita memperkasakan fungsi sekolah projek di setiap daerah, ia secara tidak langsung menjadi permulaan langkah awal yang positif supaya proses implementasi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) nampak jelas\u201cMemperkasa semula peranan sekolah projek merupakan pilihan terbaik untuk merancakkan kembali semula tiga sukan tersebut tanpa membebankan tanggungjawab secara menyeluruh kepada sekolah sukan negeri atau sekolah sukan Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pada Selasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan HLC untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang.Jawatankuasa itu akan melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).Tambah Mohd Sadek lagi, proses berterusan ini bukan sahaja melibatkan pembangunan bakat muda, namun perlu disertakan dengan khidmat pegawai dan kejurulatihan serta fasiliti bagi atlet yang berdaya saing.\u201cAspek kecergasan berdasarkan kemahiran dan aspek kecergasan berdasarkan kesihatan juga penting dibangunkan pada fasa peringkat sekolah rendah bagi membantu pembentukan atlet.\u201cSelain itu pertandingan peringkat akar umbi perlu dilaksanakan setiap tahun tanpa gagal bukan satu atau dua kejohanan tapi sekurang-kurangnya lima setiap supaya elemen kompetitif itu menjadi budaya dalam kalangan bakat muda ini.\u201cLima pertandingan setiap tahun ini melibatkan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan diikuti pendedahan antarabangsa,\" katanya yang menyifatkan penubuhan HLC satu pendekatan serius berterusan kerajaan untuk memperkasakan semula imej sukan Malaysia di peringkat antarabangsa.Justeru, beliau percaya sekiranya HLC ini mendapat penglibatan serius KBS, KPT dan KPM, kontinjen negara boleh menuai keberhasilan HLC di Sukan Olimpik Brisbane 2032.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 11:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261600/berita/sukan/pdrm-perlu-lebih-tajam-depan-gol-selangor", "article_title": "PDRM perlu lebih tajam depan gol Selangor", "article_text": "PDRM FC diharapkan dapat menjelmakan keputusan positif ketika turun melayan kunjungan Selangor FC dalam perlawanan penamat pusingan pertama Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Itu harapan pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, Azzmi Ab Aziz selepas skuad The Cops meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas kelab bermasalah Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 23 Mei lalu.\"Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan keputusan positif di Kota Bharu dan berharap momentum itu dapat diteruskan di Petaling Jaya pada Sabtu.\"Ya, sesungguhnya kita mengharapkan keputusan positif berdepan pasukan pilihan kedua terbaik Liga Super, Selangor selepas Johor Darul Ta'zim (JDT).\"Keputusan positif ke atas Selangor secara tidak langsung akan dapat memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga bagi pusingan pertama,\" katanya kepada Sukan Sinar.Sebagai rekod, PDRM kini menghuni tangga ke-10 carta liga dengan 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan tujuh tewas selepas mengharungi 12 perlawanan.Selangor pula di tangga kedua dengan 28 mata hasil sembilan kemenangan, satu seri, dua tewas selepas 12 perlawanan.Sementara itu, Azzmi berharap para pemain The Cops akan dapat menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan ketika berdepan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu nanti.\"Persembahan para pemain PDRM semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.\"Jadi saya harap begitu juga dalam perlawanan ini selain mahu para pemain PDRM lebih tajam di hadapan gol,\" katanya yang turut mengintai kedudukan terbaik pusingan pertama Liga Super.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 10:38am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261596/berita/sukan/penyokong-serang-pemain-rodez-sehingga-pengsan", "article_title": "Penyokong serang pemain Rodez sehingga pengsan", "article_text": "KUNJUNGAN Rodez ke Bordeaux dalam aksi Divisyen Dua Perancis pada Sabtu dihentikan selepas hanya 23 minit berlangsung apabila pemain pelawat, Lucas Buades pengsan selepas diserang penyokong tuan rumah.Pemain tengah, Buades meraikan golnya yang meletakkan pasukannya di hadapan 1-0 sebelum dia diserang oleh penyokong Bordeaux yang menceroboh padang.\"Pemain tersebut tidak boleh meneruskan permainan kerana mengalami gegaran otak.\"Kami telah menghormati peraturan, dan permainan tidak akan dimulakan semula,\" kata pengadil Nicolas Rainville kepada pemberita.Beraksi pada perlawanan terakhir Ligue 2 musim ini, Bordeaux mempunyai harapan untuk kembali ke Ligue 1 manakala Rodez mengintai untuk kekal di Divisyen Dua itu.Susulan keputusan pengadil, Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) akan mengadakan mesyuarat suruhanjaya disiplin pada hari Isnin untuk melihat langkah seterusnya yang akan diambil.\"LFP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap pemain ini dan berharap Lucas Buades segera pulih,\" kata LFP dalam satu kenyataan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 10:07am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261595/berita/sukan/inter-bakal-dapat-bonus-rm49-juta", "article_title": "Inter bakal dapat bonus RM49 juta", "article_text": "PRESIDEN Inter Milan, Steven Zhang dilaporkan telah menyediakan bonus \u20ac10 juta (RM49 juta) untuk skuad itu jika mereka berjaya menewaskan Manchester City dalam aksi final Liga Juara-Juara di Stadium Ataturk, Istanbul Ahad depan.Pasukan yang terkenal dengan gelaran Nerazzurri itu tidak bermain di Final Liga Juara-Juara sejak 2010.Menurut laporan La Gazzetta dello Sport, Zhang teruja untuk melihat pasukannya memenangi trofi tersebut dan membantu menambahkan motivasi dengan mengumumkan bonus tersebut untuk dibahagikan kepada kesemua pemain jika mereka memenangi Liga Juara-Juara.Sebelum ini, sudah terdapat klausa bonus \u20ac5 juta (RM24 juta) dalam kontrak setiap pemain sekiranya menang di peringkat Eropah dan pengumuman terbaharu oleh Zhang itu sudah tentu akan menaikkan lagi motivasi pasukan.Musim ini, skuad bimbingan Simone Inzaghi telah pun memenangi Piala Itali dan Piala Super Itali sekali gus mengekalkan kedua-dua trofi tersebut yang dimenangi musim lalu.Jika Inter menang, pasukan akan turut meraih pendapatan tambahan \u20ac4.5 juta (RM22 juta) daripada UEFA serta bonus daripada penaja mereka.Sementara itu, Manchester City juga sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah buat Inter dengan mereka juga cuba mengejar kejuaraan selepas memenangi Liga Perdana Inggeris.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 10:05am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261594/berita/sukan/kda-fc-masih-perlu-kerja-keras---nafuzi", "article_title": "KDA FC masih perlu kerja keras - Nafuzi", "article_text": "KEJAYAAN Kedah Darul Aman (KDA) FC bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat memastikan pasukan tersebut naik satu tangga di kedudukan keempat Liga Super 2023 selepas 13 perlawanan.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, sasaran untuk berada di kelompok empat pasukan terbaik selepas tamat pusingan pertama Liga Super berjaya direalisasikan selepas berdepan cabaran sukar namun masih perlu bekerja keras pada baki saingan liga.Menurutnya, semua pemainnya juga telah menunjukkan semangat dan karakter permainan yang diharapkan malah tidak mengalah walaupun ketinggalan gol kepada pasukan lawan.\"Kita tahu ini adalah tahun pertama saya bersama Kedah dan saya gembira berada di kelompok empat teratas pada pusingan pertama. (Namun) kita tahu banyak lagi kerja keras perlu dilakukan.\"KDA FC Ketinggalan gol awal kepada Sabah FC namun pemain tidak mengalah malah bersemangat mencipta ruang dan peluang serta menjaringkan gol penyamaan dan juga kemenangan. Corak permainan mereka sudah banyak meningkat walaupun masih banyak kelemahan dan persefahaman yang perlu diberikan perhatian,\" katanya pada sidang akhbar pada malam Jumaat.Beliau berkata demikian selepas perlawanan liga super di antara KDA FC dan Sabah FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.Lee Tuck muncul wira Sang Kenari apabila menjaringkan gol pada minit ke-40 dan 72 bagi memadamkan gol awal pasukan pelawat menerusi Gabriel Peres seawal minit ke-8.Mengulas dua jaringan Lee Tuck pula, Nafuzi mengakui komitmen yang diberikan oleh pemain itu dan dia berada pada masa serta posisi yang tepat untuk menjaringkan dua gol tersebut.\"Prestasi yang ditunjukkan oleh Lee Tuck membuatkan ramai gembira terutamanya penyokong Kedah,\" ujarnya.Pada perlawanan tersebut, Lee Tuck dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan dua gol untuk memberi tiga mata penuh kepada Sang Kenari di Darul Aman.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 10:05am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261593/berita/sukan/giliran-ramos-tinggalkan-psg", "article_title": "Giliran Ramos tinggalkan PSG", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) mengumumkan bekas pemain pertahanan veteran Sepanyol, Sergio Ramos akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.Ramos, 37, tiba di ibu negara Perancis itu pada 2021 selepas pelbagai kejayaan diraih di Real Madrid termasuk menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali.\"Kami ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Sergio Ramos selama dua tahun bersama kami.\"Kepimpinan Sergio, semangat berpasukan dan profesionalisme, digabungkan dengan pengalamannya di peringkat tertinggi, menjadikannya legenda bola sepak sejati dan merupakan satu penghormatan untuk memilikinya di Paris.\"Semua orang di kelab mendoakan yang terbaik untuknya,\" kata presiden PSG Nasser Al-Khelaifi dalam satu kenyataan.Pengumuman itu dibuat kurang 24 jam sebelum perlawanan terakhir PSG di Ligue 1 musim ini menentang Clermont.Ramos mengikuti jejak Lionel Messi keluar dari Parc des Princes dengan laporan turut mengaitkan Neymar turut akan meningglakan kelab itu.\"Esok adalah hari yang istimewa, esok saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada satu lagi babak dalam hidup saya, selamat tinggal PSG.\"Saya tidak tahu berapa banyak tempat seseorang boleh merasakan seperti di rumah sendiri, tanpa ragu-ragu PSG, peminatnya, dan Paris adalah salah satu daripadanya buat saya.\"Terima kasih di atas dua tahun istimewa yang membolehkan saya beraksi di setiap kejohanan dan memberikan segalanya,\" kata Ramos.Bekas pertahanan Sevilla itu memenangi gelaran Ligue 1 sebanyak dua kali di Paris, bermain 57 perlawanan dan kontraknya bersama PSG tamat pada 30 Jun ini.Sebanyak 44 daripada penampilannya hadir pada musim ini selepas musim pertamanya, ketika Mauricio Pochettino membimbing pasukan, dibelenggu kecederaan.Ramos, pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, dan Messi yang tiba pada musim panas lalu, diharapkan dapat membantu PSG memenangi gelaran Liga Juara-Juara pertama mereka, namun gergasi Perancis itu tersingkir di peringkat 16 terakhir dua kali berturut-turut.Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Miami dan kelab Arab Saudi serta kepulangan ke Barcelona.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 09:25am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261582/berita/sukan/selangor-diingatkan-jangan-pandang-mudah-pdrm", "article_title": "Selangor diingatkan jangan pandang mudah PDRM", "article_text": "STATUS PDRM FC bukan tiket untuk Selangor FC mengambil mudah apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.Sebaliknya pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengingatkan para pemain The Red Giants bahawa The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz mula mempamerkan peningkatan dalam perlawanan terakhir sebelum ini.Malah Cheng Hoe juga percaya The Cops sama seperti The Red Giants menyasarkan menamatkan pusingan pertama Liga Super di kedudukan terbaik.Tambahnya, prestasi semasa PDRM juga dalam perlawanan terakhir juga baik apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kelantan FC di Kota Bharu pada 23 Mei lalu.\u201cIni juga menunjukkan bahawa The Cops mampu menyaingi pasukan lain dalam saingan Liga Super, dan seharusnya Selangor perlu lebih berwaspada.\u201cPDRM memiliki jentera serangan berkualiti yang dipacu semangat juang tinggi, dan akan bermain hingga minit terakhir perlawanan.\u201cSelain itu, bahagian pertahanan PDRM juga cukup kental dan berdisiplin apabila bertahan yang kedua-dua ini cabaran buat Selangor,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Selangor kini di kedudukan kedua dengan 28 mata hasil sembilan menang, satu seri dan dua tewas manakala PDRM pula ke-10 dengan 13 mata - empat menang, satu seri, tujuh tewas - selepas 12 perlawanan.Pada masa sama Cheng Hoe mengakui taktikal disiplin skuad kendalian Azzmi tersebut cukup tinggi antara kelebihan dimiliki PDRM pada musim ini.Katanya, kejayaan PDRM mengejutkan Kedah Darul Aman FC, 1-0 di Stadium Darul Aman pada 4 Mac lalu membuktikan keupayaan pasukan itu.\u201cSaya boleh katakan PDRM sebagai team got nothing to lose terutama menerusi all out counter attack dalam mengharungi saingan Liga Super.\u201cSejujurnya taktikal PDRM ini juga peringatan kepada para pemain pasukan lawan untuk memberikan sepenuh tumpuan sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil,\u201d katanya.Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan Brendan Gan yang masih belum cergas berkemungkinan tidak diturunkan termasuk pemain import Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261586/berita/sukan/harimau-malaya-tak-perlu-kejar-populariti", "article_title": "Harimau Malaya tak perlu kejar populariti", "article_text": "SKUAD bola sepak negara tidak perlu mengejar populariti berdepan dunia seperti Argentina atau Brazil dalam usaha meningkatkan prestasi Harimau Malaya.Sebaliknya tegas penganalisis sukan tanah air Datuk Dr Pekan Ramli, Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon harus kekal menggunakan pendekatan realistik ke arah memajukan skuad negara.\u201cSaya setuju dengan Kim Pan-gon dan juga FAM. Buat apa kejar populariti. Kita mesti realistik. Saya juga nak nyatakan dari satu lagi aspek yang perlu kita sedari iaitu antara populariti dengan kualiti, yang mana satu keutamaan kita sekarang?\u201cDua-dua aspek ini perlu kita seimbangkan atau paling tidak kita sudah begitu yakin bahawa sudah tiada jurang pemisah yang jauh antara Harimau Malaya dengan Argentina dan Brazil. Barulah sedap sedikit kita untuk mendabik dada,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap tidak realistik mengadakan aksi persahabatan menentang Brazil dan Argentina semata mata untuk meraih populariti.Hamidin juga memaklumkan bahawa pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut melihat pertembungan itu belum lagi realistik.Sebagai rekod, negara jiran, Indonesia berpeluang menguji Argentina yang diperkuat dengan beberapa bintang seperti Lionel Messi, Enzo Fernandez dan Julian Alvarez pada aksi persahabatan di Jakarta pada 19 Jun ini.Jelas Pekan lagi, \u201cKita pun janganlah sampai terpaksa melutut atau hingga sanggup melobi dan menabur dan memandikan mereka dengan insentif wang dan sebagainya hanya semata-mata untuk datang dan bermain dengan kita atas sebab mencari populariti itu.\u201cPada waktu ini saya rasa lebih baik kita merendah diri dan bersikap ibarat ukur baju di badan sendiri.\u201cTak perlu risau tentang isu ini, jika kita boleh buktikan pasukan kebangsaan kita hebat menguasai rantau ini suatu hari nanti, insya-ALLAH sampai waktunya berebut-rebut pasukan utama dunia hingga terpaksa 'booking' dulu untuk menentang Harimau Malaya.\u201cNamun dengan syarat kita perlu serius dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengangkat darjat bola sepak kita terlebih dahulu.\u201dSenada dengan Pekan, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menegaskan Harimau Malaya tidak perlu berdepan Argentina dan Brazil semata-mata untuk meningkatkan prestasi semasa skuad kebangsaan.Sebaliknya Jamal Nasir mencadangkan usaha itu seharusnya dimulakan dengan meninjau gergasi bola sepak Asia.Malah katanya, keputusan FAM menolak mengadakan perlawanan menentang Selecao dan La Albiceleste sebagai tepat.\u201cSaya senada dengan Datuk Hamidin, kita seharusnya ukur baju ikut badan sendiri apabila mahu menguji kekuatan skuad Harimau Malaya.\u201cSebenarnya kita boleh sahaja melihat dalam kalangan negara Asia untuk perlawanan persahabatan.\u201cNegara Asia pun bukan tidak memiliki pasukan berkualiti ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa,\u201d katanya kepada Sukan Sinar yang turut menyuarakan mengenai appearance fee gergasi dunia tersebut.Tambah Jamal lagi, tumpuan pada masa ini seharusnya diberikan dalam kalangan negara Asia sebagai persediaan mengharungi Piala Asia 2023.Malah tegas Jamal, FAM boleh memulakan dengan memilih pasukan Asia dalam ranking 20 seperti Jepun atau Korea Selatan.\u201cNamun sekiranya masih terdapat cadangan selepas ini supaya Harimau Malaya menentang pasukan Argentina, Perancis atau Brazil, tolonglah fikirkanlah masak-masak terlebih dulu.\u201cRanking Harimau Malaya 138 dunia, tidakkah ini akan melibatkan maruah negara sekiranya pasukan negara diperkotak-katikkan yang ditonton masyarakat dunia?\u201cJadi sebelum berbuat sesuatu kita perlu ukur baju di badan sendiri, maksudnya tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita sesuai dengan kita bangsa bermaruah,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261588/berita/sukan/kekalahan-1-4-sejarah-hitam-trw---annuar-musa", "article_title": "Kekalahan 1-4 sejarah hitam TRW - Annuar Musa", "article_text": "BEKAS Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-4 The Red Warriors (TRW) di tangan Kelantan United sebagai sejarah hitam buat pasukan itu.Ia menyaksikan Kelantan FC merekod kekalahan ke-11 sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.Perkara itu dikongsikan oleh Annuar menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.\"Sejarah hitam buat TRW....carilah jalan pulihkan maruah pasukan,\" katanya.Sebelum itu, Kelantan United melakar kemenangan sulung selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menumpaskan Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.Annuar merupakan bapa pembangunan bola sepak Kelantan apabila menghadiahkan kejuaraan tiga piala pada musim 2012.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 06:53am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261579/berita/sukan/kelantan-united-bergaya-lakar-kemenangan-sulung-4-1", "article_title": "Kelantan United bergaya lakar kemenangan sulung 4-1", "article_text": "KOTA BHARU - Kelantan United melakar kemenangan sulung selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menumpaskan Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.Bagaimanapun perlawanan antara kedua-dua pasukan terpaksa ditangguhkan akibat hujan dan petir pada minit ke-37 selama satu jam setengah.Keputusan itu terpaksa dibuat oleh Pegawai Perlawanan, Teoh Hee Loon atas faktor keselamatan.Turun dengan misi menamatkan kemarau kemenangan, Kelantan FC memperoleh peluang terbaik mencetak jaringan pada minit ketiga namun Mohamad Fazrul Amir Md Zaman sekadar melepaskan rembatan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol tuan rumah, Muhamad Ilham Amirullah Razli.Tiga minit berselang, tuan rumah memperoleh peluang terbaik membuka tirai jaringan menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti oleh Devid Silva namun berjaya ditepis keluar penjaga gawang baharu Kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi yang kali pertama diturunkan.Aksi rancak antara kedua-dua pasukan selepas itu terbantut apabila hujan lebat membasahi padang Stadium Sultan Muhammad IV.Minit 13 pelawat sekali lagi menguji kemampuan Muhamad Ilham Amirullah namun penjaga gawang itu lebih bersedia menyelamatkan tandukan Mario Arques.Devid Silva akhirnya menghadiahkan jaringan pertama buat pasukannya selepas tenang menyudahkan bola lencongan Syazwan Zainol yang terkena tiang selepas ditepis Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi pada minit ke-21.Empat minit kemudian, Kelantan FC terus dihukum pada minit ke-25 selepas rembatan Jose Porteria berjaya melepasi jangkauan Muhammad Irfan Haikal untuk gol kedua tuan rumah.Menuju minit ke-37 perlawanan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu akibat hujan dan petir.Perlawanan yang ditangguhkan selama satu jam setengah kembali disambung dengan pelawat dilihat lebih bernafsu mendapatkan jaringan penyamaan.Gol penyamaan yang ditunggu pelawat akhirnya menjelma jua menerusi sepakan penalti oleh Ismaheel Akinade sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.Bersambung babak kedua, TRW dilihat lebih banyak mendominasi permainan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu tuan rumah namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.Selepas itu, Kelantan United menambah derita TRW dengan jaringan ketiga perlawanan menerusi Porteria pada minit ke-61.Syazwan terus menggandakan jaringan Kelantan United dengan gol keempat pada minit ke-66.Keputusan 4-1 itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan FC merakamkan kekalahan ke-11 setakat ini sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.CaptionPemain Kelantan FC (kanan) mengawal ketat penyerang Kelantan United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 12:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261580/berita/sukan/manchester-united-miliki-pengurus-luar-biasa", "article_title": "'Manchester United miliki pengurus luar biasa'", "article_text": "MANCHESTER City berdepan Manchester United yang jauh berbeza daripada yang tumbangkan 6-3 pada Oktober, kata pengendali Pep Guardiola, sambil menambah The Citizens perlu berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu.City kendalian Guardiola akan berdepan United kendalian Erik ten Hag dalam bukan sahaja final Piala FA pertama bersejarah antara seteru Manchester, tetapi juga usaha City meraih treble.\u201cApa yang Manchester (United) lakukan dalam tempoh lima atau enam bulan lepas, mereka adalah pasukan yang sama sekali berbeza dengan apa yang kami hadapi pada awal musim.\u201cAkhir adalah tentang bagaimana anda akan berada dalam 90 minit.\u201cIa bukan apa yang anda lakukan pada masa lalu atau betapa baiknya anda. Ia adalah satu perlawanan, jadi kami perlu menjadi yang terbaik untuk menewaskan mereka,\u201d kata Guardiola pada sidang akhbar pada Jumaat.City, yang mengekalkan rekod tanpa kalah pada minggu-minggu terakhir Liga Perdana Inggeris untuk memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut, akan menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara - satu-satunya trofi yang belum dirangkul City - pada 10 Jun di Istanbul.City sedang mencari treble yang hanya diraih kelab Inggeris - Manchester United pada tahun 1999 - dan pasukan Ten Hag tidak akan menyukai apa-apa yang lebih baik daripada merosakkan impian City.Bagaimanapun Guardiola mengakui kagum dengan hasil kerja pengurus Belanda itu, membimbing Manchester United ke Piala Liga pada Februari dan menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris pada musim sulungnya.\u201cSaya tidak boleh mengatakan kami berkawan... tetapi dia mewakili profesion kami sebagai pengurus dengan cara yang terbaik. Saya rasa Manchester United mempunyai pengurus yang luar biasa selama bertahun-tahun,\u201d kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.Dengan beberapa perlawanan diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti musim ini, termasuk kemenangan Sevilla ke atas AS Roma dalam perlawanan akhir Liga Europa, City bersedia untuk perlawanan diputuskan seperti itu.\u201cKemahiran paling penting ialah mentaliti,\u201d kata Guardiola.Sebagai rekod, City sedang memburu Piala FA ketujuh manakala United sedang memburu kejuaraan ke-13.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Jun 2023 12:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261578/berita/sukan/lee-tuck-wira-kedah-di-darul-aman", "article_title": "Lee Tuck wira Kedah di Darul Aman", "article_text": "KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) kembali semula ke landasan kemenangan selepas menang tipis 2-1 ke atas Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat.Anak buah Nafuzi Zain tampil dengan misi memburu kemenangan kelapan liga selepas tewas 2-3 kepada Selangor FC pada 24 Mei lalu.Bagaimanapun skuad Kenari terlebih dulu dikejutkan jaringan minit kelapan Gabriel Schmegel Wotter Peres hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.Anak buah Datuk Ong Kim Swee yang disingkirkan Kuala Lumpur City, 1-2 dalam aksi suku akhir Piala FA terus mengasak bagi melebarkan jaringan.Namun kelebihan pasukan pelawat itu tidak kekal lama apabila Lee Tuck menyamakan kedudukan minit ke-40 selepas menterjemah hantaran Manuel Hidalgo.Babak kedua kedua-dua pasukan menambah asakan namun deretan percubaan jentera gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.Gol dicari kedua-dua pasukan akhirnya dijelmakan Lee Tuck sekali lagi menerusi rembatan padu minit ke-72 untuk kedudukan 2-1.Tiga mata diraih anak buah Nafuzi membolehkan skuad Kenari naik satu anak tangga - tangga keempat - dengan mengumpul 25 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.Sementara itu, The Rhinos pula kekal turun ke tangga kelima dengan 24 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 11:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261572/berita/sukan/young-tigers-kena-buat-banyak-kerja-rumah", "article_title": "Young Tigers kena buat banyak kerja rumah", "article_text": "'SEJUJURNYA kita sedih dan kecewa pengakhiran The Young Tigers di Oman, namun perlu menerima hakikat bahawa masih banyak kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki segera menjelang persiapan pasukan untuk Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 2023 tahun ini.'Itu luahan pengendali skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim apabila The Young Tigers mengakhiri cabaran Piala Remaja Asia 2023 kedudukan keempat kejohanan selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan.\u201cPada barisan kejurulatihan pula, kami melihat banyak aspek sepanjang kejohanan di sini, yang paling ketara adalah faktor strength dan conditioning, speed dan power.\u201cIni elemen yang sangat penting dan perlu diberikan perhatian dalam dunia hoki moden pada masa kini.\u201cSaya berharap para pemain muda negara dapat belajar sesuatu dari kejohanan ini dan lebih bersedia untuk mengharungi fasa lebih mencabar selepas ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat di Kompleks Belia Sultan Qaboosa, Salalah, Oman itu, Korea Selatan terlebih dahulu memecah kebuntuan gol pada minit ke-22 menerusi pukulan sudut penalti Lim Dohyun.The Young Tigers kemudian bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari pada minit ke-26.Namun Korea Selatan kembali mendahului menerusi gol padang Yoo Seungho pada minit ke-37 yang merupakan gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan tersebut.Namun di sebalik kekecewaan perjalanan The Young Tigers berakhir dalam kelompok empat terbaik Asia, Muhamad Amin tetap memuji komitmen para pemainnya.\u201cBiarpun hasrat untuk pergi lebih jauh tersekat pada separuh akhir, namun begitu saya berikan pujian kepada para pemain muda negara yang telah mencuba sehabis baik beraksi back to back tournament bermula Sukan SEA Kemboja 2023 diikuti Piala Remaja Asia 2023.\u201cPasukan tetap akur dan terima keputusan kejohanan di Oman ini setelah bermula baik peringkat kumpulan apabila menang semua perlawanan, namun tersekat pada separuh akhir berdepan Pakistan diikuti penentuan tempat ketiga keempat kepada Korea Selatan,\u201d katanya.Young Tigers memulakan kempen Piala Remaja Asia dengan langkah kanan apabila menewaskan Uzbekistan 8\u20131, Bangladesh (5-1) dan Korea Selatan (3\u20131). Kemenangan itu juga membolehkan skuad negara muncul juara Kumpulan B dengan 12 mata, diikuti Korea Selatan (9 mata), Bangladesh (6 mata), Oman (3 mata) dan Uzbekistan (0 mata).Bagaimanapun hasrat skuad muda negara untuk pergi lebih jauh tidak kesampaian apabila tewas 2-6 kepada pasukan pilihan Pakistan dalam aksi suku akhir.Dalam pada itu, Muhamad Amin berkata, The Young Tigers akan kembali menjalani latihan pada 12 Jun depan selepas para pemain diberikan cuti selama 10 hari.\u201cSetiap kelemahan di kejohanan Piala Remaja Asia 2023 terutama aspek fizikal akan diberi penekanan supaya pasukan lebih bersedia bersaing pada peringkat lebih tinggi terutamanya Piala Dunia Remaja.\u201cPasukan juga dalam perancangan untuk mengadakan Siri Jelajah Eropah bagi membiasakan dengan gaya permainan Eropah supaya The Young Tigers lebih bersedia untuk cabaran Piala Dunia Remaja,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 11:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261565/berita/sukan/chong-wei-minta-taufik-hubungi-bwf-berkenaan-hall-of-fame", "article_title": "Chong Wei minta Taufik hubungi BWF berkenaan Hall of Fame", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meminta bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, untuk menghubungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF baru-baru ini.Bercakap kepada Bernama bekas pemain nombor satu dunia itu mengakui, tidak gembira dan terkejut dengan kenyataan Taufik, yang seakan tidak bersetuju tentang pemilihan itu sedangkan ia diputuskan sendiri pihak BWF dan bukannya atas permintaan beliau.Beliau berkata, komen dilontarkan Taufik yang disifatkan sebagai rakan baik sewaktu zaman kegemilangannya itu, seakan menyerang beliau selepas menerima pengiktirafan tersebut.\"Bukan saya yang minta BWF senaraikan saya dan bukan saya yang tulis surat kepada BWF, saya sendiri sebelum ini tidak tahu pemilihan ini. Mungkin ada syarat-syarat untuk pilih siapa yang dapat, dan ada juga pemain Malaysia juga menerima Hall of Fame yang tidak pernah memenangi (pingat emas) Olimpik.\"Taufik patut tanya BWF, tulis surat atau e-mel, tanya kenapa anugerah diberi kepada saya dan bukan dia, mungkin dia tak gembira sebab tak dapat,\u201d katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu pada masa sama turut berharap BWF mengeluarkan satu kenyataan, menjelaskan kepada Taufik mengapa beliau dan Lin Dan disenaraikan ke dalam Hall of Fame BWF itu.Pada 26 Mei lalu, Chong Wei, 41, dan Lin Dan, telah dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton, dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan, ketika era kegemilangan mereka.Penguasaan Chong Wei dalam arena badminton menyaksikan, beliau meraih 47 gelaran Siri Super /Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan atlet badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.Namun baru-baru ini, Taufik melalui satu video viral di media sosial, mempersoalkan kelayakan Chong Wei disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF itu.Taufik mengakui bahawa Lin Dan lebih layak untuk mendapat pengiktirafan itu dan beliau mempersoalkan kewujudan nama pemain Malaysia berkenaan, dalam senarai itu.\"Dalam pertandingan, yang diambil kira siapa yang juara bukan ditentukan siapa yang paling lama (konsisten). Bukan juga ditentukan siapa yang paling lama berada di tempat pertama. Kalau menang 10 kali perak dan hanya satu kali emas, kamu akan pilih yang mana?,\u201d menurut Taufik.Dalam pada itu, Chong Wei menasihati para peminatnya supaya bertenang dengan komen diberikan Taufik kepadanya, selain memaklumkan agar peminatnya tidak menimbulkan kekacauan di media sosial. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 09:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261563/berita/sukan/penangguhan-perlawanan-tidak-jejas-fokus-young-tigress", "article_title": "Penangguhan perlawanan tidak jejas fokus Young Tigress", "article_text": "PENANGGUHAN aksi Kumpulan A Piala Remaja Asia 2023, skuad hoki remaja wanita negara menentang Taiwan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara, Gifu berikutan faktor cuaca tidak menjejaskan tumpuan pasukan.Bagaimanapun menurut pengendali The Young Tigress, Lailin Abu Hassan, situasi cuaca yang tidak dapat dielakkan itu bakal menyaksikan skuad negara akan mengharungi tiga perlawanan padat 'back to back'.Dalam pada itu, Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengesahkan perlawanan menentang Taiwan dijadualkan jam 11 pagi pada Ahad ini.Justeru, Lailin mahu para pemainnya kekal fokus dari segi kecergasan dan pemulihan selepas setiap perlawanan.\u201cTaktikal bagi setiap perlawanan berbeza, sudah tentu kita perlu mencari kemenangan menentang Taiwan dan Uzbekistan.\u201cBagi perlawanan menentang India, yang merupakan pasukan pilihan, kita akan merancang strategi mengekang serangan dan mencari peluang untuk membuat serang balas,\u201d katanya.Sebagai rekod, perlawanan Kumpulan A, The Young Tigress menentang Taiwan pada Jumaat ditangguhkan susulan hujan lebat yang menyaksikan keadaan padang dipenuhi air.PIALA REMAJA ASIA 2023Kumpulan AAHAD (4 JUN)Malaysia lwn Taiwan, 11 pagiISNIN (5 JUN)Malaysia lwn India, 11 pagiSELASA (6 JUN)Malaysia lwn Uzbekistan, 11 pagiKHAMIS (8 JUN )Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petang", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 08:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261555/berita/sukan/young-tigers-rancang-siri-jelajah-eropah", "article_title": "Young Tigers rancang siri jelajah Eropah", "article_text": "SKUAD hoki remaja lelaki kebangsaan merancang untuk mengadakan siri jelajah Eropah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur pada Disember depan.Tanpa mendedahkan butiran lanjut negara Eropah yang menjadi pilihan, ketua jurulatih Muhamad Amin Rahim optimis akan mendapat manfaat penuh daripada siri jelajah tersebut yang kebiasaannya menurunkan barisan pemain terbaik bagi menguji keampuhan pasukan.\u201cKami belum lagi bermain dengan pasukan Eropah jadi diharapkan dalam jelajah itu kami akan membiasakan diri dengan corak dan gaya permainan mereka supaya lebih bersedia untuk bermain di Piala Dunia Remaja nanti,\u201d katanya menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.KHM sebelum ini meletakkan sasaran kepada pasukan hoki remaja negara untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan hoki tersebut yang akan diadakan pada 5 hingga 16 Disember ini.The Young Tigers pada Khamis menamatkan cabaran di tangga keempat selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan ketiga atau keempat Piala Remaja Asia 2023 di Salahah, Oman.Mengulas mengenai aksi dipamerkan anak buahnya di Piala Remaja Asia, Muhamad Amin berkata, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan Malaysia bersedia sepenuhnya menghadapi Piala Dunia Remaja 2023.\u201cTerdapat beberapa aspek telah dikenal pasti barisan kejurulatihan untuk diperbaiki terutama sekali dari segi kecergasan fizikal, ketangkasan serta kekuatan dan pemulihan.\u201cSelepas ini pemain diberikan rehat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum kembali menjalani latihan penuh. Kami akan beri tumpuan penuh kepada latihan fizikal kerana ia adalah kekurangan yang sangat ketara dalam kejohanan (Piala Remaja Asia) ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 07:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261544/berita/sukan/impian-tze-yong-jun-hao-tidak-kesampaian", "article_title": "Impian Tze Yong, Jun Hao tidak kesampaian", "article_text": "IMPIAN dua wakil negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2023 tidak kesampaian setelah tewas kepada lawan masing-masing dalam aksi suku akhir di Bangkok pada Jumaat.Tze Yong terpaksa akur tewas di tangan wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu sekali gus kempunan untuk berada dalam kelompok empat terbaik Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 buat kali kedua sejak Januari 2022.Dalam aksi di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok itu, Tze Yong mudah ditundukkan pemain ke-17 dunia itu apabila tewas straight set 19-21, 21-23 dalam aksi selama 53 minit.Keputusan itu bermakna Tze Yong mengalami kekalahan kedua di tangan Cheuk Yiu tahun ini.Kali terakhir Tze Yong mara ke separuh akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 adalah pada Terbuka India 2022 yang menyaksikan pemain itu tewas kepada Lakhsya Sen dari India.Sementara itu, nasib serupa turut dialami Jun Hao yang tewas straight set 19-21, 11-21 kepada Lakhsya yang menghuni ranking ke-23 dunia dalam tempoh 41 minit permainan.Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Jun Hao ketika bertemu Lakhsya di pentas antarabangsa.Kali terakhir mereka berentap adalah dalam Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2019 yang menyaksikan Lakhsya turut meraih kemenangan straight set 22-20 dan 21-18.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 06:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261540/berita/sukan/saya-bukan-ahli-sihir---yusri-che-lah", "article_title": "'Saya bukan ahli sihir' - Yusri Che Lah", "article_text": "KETUA jurulatih sementara Perak FC, Yusri Che Lah menuntut para pemain memberikan aksi terbaik untuk mencuri mata dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Ipoh pada Sabtu.Ketika harapan tinggi peminat The Bos Gaurus yang menagih kemenangan buat pasukan, Yusri selesa memberi fokus satu persatu setiap permainan.Justeru Yusri mengharapkan sokongan padu peminat kerana dia tidak mampu mengubah pasukan dalam tempoh segera.\u201cSaya bukanlah ahli sihir yang boleh menukar pasukan sekali gus. Saya harapkan kehadiran penonton untuk membantu beri sorakan kepada pemain,\" katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook Perak FC pada Jumaat.Perak FC ketika ini menghuni tangga ke-11 liga setelah mengutip sembilan mata hasil daripada dua kemenangan dan tiga seri.Yusri turut berharap anak-anak buahnya menikmati sebaik mungkin perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri dengan menghadiahkan kemenangan buat para penyokong.\u201cDalam masa sama pemain perlu lebih berasa yakin ketika beraksi nanti kerana ini peluang mereka untuk cuba mendapatkan mata ketika beraksi di halaman sendiri,\u201d katanya.Tambahnya, walaupun beraksi dalam keadaan cuaca panas, namun dia percaya semua pasukan menerima dengan positif untuk beraksi pada sebelah petang.\u201cSaya berharap pemain berikan yang terbaik lawan Terengganu dan cuba adaptasi cara permainan yang saya terapkan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 06:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261526/berita/sukan/pearly-thinaah-yakin-kekal-prestasi-terbaik-di-terbuka-singapura", "article_title": "Pearly-Thinaah yakin kekal prestasi terbaik di Terbuka Singapura", "article_text": "BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah optimis dapat mengekalkan prestasi baik mereka pada Terbuka Singapura 2023 minggu depan.Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas yang menyaksikan pasangan itu hampir merangkul kejuaraan di gelanggang sendiri, sebelum dikecewakan beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21, usai pertarungan satu jam 41 minit.\"Persediaan kami untuk Terbuka Singapura berjalan lancar pada ketika ini. Apa yang telah berlaku sudahpun berlalu, kami tak mahu memikirkan tentang Masters Malaysia lagi.\"Kami harap untuk perbaiki dari segi strategi, corak permainan dan (bermain) lebih agresif,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan, di Kuala Lumpur pada Jumaat.Ditanya adakah mereka mampu merapatkan jurang dengan beregu di ranking lima teratas, pemain berusia 25 tahun itu berkata, mereka tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan hanya mahu menikmati permainan.Meskipun tewas pada pusingan akhir Masters Malaysia, Pearly-Thinaah memenangi hati rakyat Malaysia dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan mereka, selain kental mengharungi empat perlawanan panjang yang mengambil masa secara total lima jam 54 minit.Pasangan nombor 11 dunia itu mempamerkan aksi luar biasa apabila bertahan selama sekurang-kurangnya sejam bagi setiap perlawanan itu, bermula pusingan kedua hingga ke final, meskipun Pearly baru sembuh daripada influenza.Juara Sukan Komanwel 2022 itu turut mencipta rekod tidak rasmi permainan rali terpanjang dengan 211 pukulan ketika menewaskan beregu Jepun Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 21-18, 8-21, 21-19 dalam perlawanan satu jam 51 minit pada suku akhir.Pearly-Thinaah akan membuka kempen Terbuka Singapura, yang akan bermula pada 6 hingga 11 Jun ini, dengan menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261521/berita/sukan/harimau-muda-diingatkan-jangan-leka---hamidin", "article_title": "Harimau Muda diingatkan jangan leka - Hamidin", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan tidak leka dalam perjuangan mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.Beliau dalam masa sama menekankan seruan ke peringkat Asia adalah cabaran yang harus dihargai setiap pemain dan perlu berjuang dengan sehabis baik demi Malaysia.\"Bagaimanapun, setiap pemain diingatkan tidak boleh leka kerana lawan di peringkat Asia ini memiliki kekuatan setara.\"Namun, saya yakin pemain dilihat bersedia cuma apa yang penting ialah semangat berjuang demi negara yang tinggi perlu diterapkan. Kita tidak boleh leka,\u201d katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi FAM pada Jumaat.Skuad Harimau Malaya B-17 kini dalam kem latihan pusat fasa akhir menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand yang dijadual berlangsung pada 15 Jun hingga 2 Julai.Selain itu, skuad B-17 dalam masa sama dijadualkan berdepan dalam perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan gergasi Asia iaitu Uzbekistan pada Selasa depan (6 Jun) dan Arab Saudi pada Jumaat (9 Jun) sebagai persiapan sebelum saingan Piala Asia bermula.Pada saingan Piala Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Yaman, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.Jika layak ke peringkat lapan terbaik, lawan yang dijangka menanti skuad negara adalah tiga pasukan terkuat benua ini dari Kumpulan B antara Korea Selatan, Qatar atau Iran, dengan Afghanistan melengkapkan kumpulan itu.Malaysia bakal mengharungi saingan Piala Asia dengan empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023 di Peru pada hujung tahun ini menjadi rebutan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 04:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261518/berita/sukan/apg-2023-sze-mei-mahu-skuad-badminton-para-kekal-fokus", "article_title": "APG 2023: Sze Mei mahu skuad badminton Para kekal fokus", "article_text": "SKUAD badminton para negara dinasihatkan untuk kekal fokus sekiranya mahu menghadirkan kilauan pingat menerusi acara berpasukan lelaki, pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Phnom Penh, esok.Jurulatih pasukan Woon Sze Mei berkata, Malaysia yang diundi bersama Thailand, harus mempamerkan semangat juang tinggi pada aksi separuh akhir, apabila hanya empat negara yang mengambil bahagian pada edisi ke-12 ini.Skuad berpasukan lelaki akan diwakili Muhammad Faris Ahmad Azri, Muhammad Fareez Anuar, Amyrul Yazid Ahmad Sibi, Mhd Amin Burhanuddin, Muhammad Zulfatihi Jaafar dan Muhammad Huzairi Abdul Malek.\"Pemain memang menunjukkan kesungguhan semasa menjalani latihan, namun mereka harus fokus ketika bertemu Thailand sebab kemungkinan dapat saingan sengit dari mereka. Saya cuma akan tentukan siapa yang bermain ikut kategori hanya pada esok.\"Walaupun ramai pemain baharu, namun mereka memang berbakat. Jadi kita kena cuba sehabis baik untuk melepasi peringkat separuh akhir dan ke final,\u201d katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.Sze Mei berkata, sekiranya mereka berjaya melepasi halangan tersebut, Malaysia akan bertemu sama ada juara bertahan Indonesia atau Vietnam pada aksi final.Malaysia tidak menyertai acara badminton berpasukan para pada edisi lalu di Solo, Indonesia kerana tidak mempunyai bilangan pemain yang mencukupi.Jurulatih yang telah berkhidmat selama empat tahun itu memaklumkan, Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam acara badminton berkerusi roda, yang julung kalinya dipertandingkan di APG.Beliau menjelaskan Malaysia terus beraksi di pentas final bertemu Thailand esok, selepas hanya dua negara mengesahkan penyertaan dalam pentas berprestij Sukan Asia Tenggara itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 04:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261507/berita/sukan/safee-buktikan-masih-belum-berkarat", "article_title": "Safee buktikan masih belum 'berkarat'", "article_text": "BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali membuktikan dia masih belum 'berkarat' apabila meledak gol pada kejohanan The Soccer Tournament (TST) di Amerika Syarikat (AS).Safee yang mewakili Far East United masih lagi memiliki penyudah berbisa apabila berjaya membantu pasukannya menewaskan West Ham United 4-2 dalam aksi pertama peringkat kumpulan D pada Khamis.Jaringan tersebut ternyata menggembirakan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC itu apabila menjentik hatinya untuk kembali ke padang selepas mengumumkan persaraan awal tahun ini.\u201cPermulaan yang baik pada perlawanan pertama. Menang dengan pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris) West Ham United.\u201cBangga jadi warga Malaysia, kapten pasukan dan menjaringkan gol. Perlukan saya memikirkan semula tentang persaraan,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.Jaringan Safee itu tular di media sosial dan menjadi bualan warganet yang menyifatkan pemain berusia 39 tahun itu masih memiliki skil tersendiri.Safee melakukannya sendirian menerusi gerakan solo yang turut menjerat bekas pemain EPL iaitu Anton Ferdinand sebelum menggegar jaring lawan.Pada kejohanan itu, Far East United diundi dalam Kumpulan D bersama West Ham United, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United.Kejohanan tersebut yang disertai 32 pasukan daripada lapan kumpulan itu bermula 1 hingga 4 Jun ini dan bermain dengan format tujuh sebelah.Safee merupakan pemain tunggal dari Malaysia yang beraksi dalam pertandingan berkenaan.TST adalah acara bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh The Tournament dan mereka turut mempunyai cabang sukan lain iaitu The Basketball Tournament (TBT).Bagi edisi TST kali ini terdapat beberapa pemain terkenal yang menyertai kejohanan itu termasuk Cesc Farbregas (Como 1907), Clint Dempsey (Team Dempsey) dan Kevin Grosskreutz (Borussia Dortmund).", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 03:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261573/berita/sukan/aktifkan-fungsi-sekolah-projek", "article_title": "Aktifkan fungsi sekolah projek", "article_text": "PENGLIBATAN secara lebih aktif sekolah projek setiap daerah dilihat mampu merancakkan semula pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang juga bersesuaian dengan pembangunan sains sukan itu pada masa ini.Itu reaksi penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa apabila menyifatkan program akar umbi seperti olahraga dan sukan tempur telah lama diwujudkan di beberapa negeri secara langsung serta tidak langsung.Jelasnya, pembangunan akar umbi sukan seperti olahraga, karate dan taekwondo telah lama wujud menerusi kegiatan kokurikulum sekolah.\u201cCuma bagaimana untuk menjadikannya lebih berkesan dalam menjadi pusat pembekalan bakat secara berterusan itu yang menjadi persoalan.\u201cBagaimanapun saya percaya sekiranya kita memperkasakan fungsi sekolah projek di setiap daerah secara tidak langsung permulaan langkah awal yang positif supaya proses implementasi HLC nampak jelas.\u201cMemperkasa semula peranan sekolah projek merupakan pilihan terbaik untuk merancakkan kembali semula tiga sukan tersebut tanpa membebankan tanggungjawab secara menyeluruh kepada sekolah sukan negeri atau sekolah sukan Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pada Selasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan HLC untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang.Jawatankuasa itu akan melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).Tambah Mohd Sadek lagi, proses berterusan ini bukan sahaja melibatkan pembangunan bakat muda, namun perlu disertakan dengan khidmat pegawai dan kejurulatihan serta fasiliti bagi atlet yang berdaya saing.\u201cAspek kecergasan berdasarkan kemahiran dan aspek kecergasan berdasarkan kesihatan juga penting dibangunkan pada fasa peringkat sekolah rendah bagi membantu pembentukan atlet.\u201cSelain itu pertandingan peringkat akar umbi perlu dilaksanakan setiap tahun tanpa gagal bukan satu atau dua kejohanan tapi sekurang-kurangnya lima setiap supaya elemen kompetitif itu menjadi budaya dalam kalangan bakat muda ini.\u201cLima pertandingan setiap tahun ini melibatkan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan diikuti pendedahan antarabangsa,\" katanya yang menyifatkan penubuhan HLC satu pendekatan serius berterusan kerajaan untuk memperkasakan semula imej sukan Malaysia di peringkat antarabangsa.\u201cSaya percaya sekiranya HLC ini mendapat penglibatan serius KBS, KPT dan KPM, kontinjen negara boleh menuai keberhasilan HLC di Sukan Olimpik Brisbane 2032,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261494/berita/sukan/piala-asia-b-17-pamer-semangat-juang-tinggi", "article_title": "Piala Asia B-17: Pamer semangat juang tinggi", "article_text": "PARA pemain skuad Harimau Malaya bawah 17 tahun (B-17) diingatkan untuk mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam saingan Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand pertengahan bulan ini.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hamidin Mohd Amin turut menekankan bahawa peluang bersaing di peringkat Asia ialah satu cabaran yang perlu dihargai dan perlu dibuktikan dengan mempamerkan aksi terbaik.Justeru beliau mengingatkan agar pemain tidak mudah leka kerana semua pasukan yang bertanding mempunyai kekuatan yang seimbang.\u201cSetiap pemain diingatkan tidak boleh leka kerana lawan di peringkat Asia ini memiliki kekuatan setara.\u201cSaya yakin pemain dilihat bersedia cuma apa yang penting ialah semangat berjuang demi negara yang tinggi perlu diterapkan untuk ke peringkat lebih jauh. Kita tidak boleh leka,\u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa menyaksikan sesi latihan skuad Harimau Malaya B-17 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat.Hadir sama Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Exco FAM, Christopher Raj selaku pengurus pasukan.Pasukan remaja negara ketika ini dalam kem latihan pusat fasa akhir menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok dari 15 Jun hingga 2 Julai.Dalam pada itu, skuad Harimau Malaya bakal mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang B-17 Uzbekistan pada 6 Jun dan B-17 Arab Saudi (9 Jun) dengan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam masing-masing pada jam 8.45 malam dan 4.45 petang.Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah, Thailand, Yaman dan Laos.Sekiranya layak ke peringkat lapan terbaik, lawan yang dijangka menanti adalah tiga pasukan terkuat benua Asia dari Kumpulan B antara Korea Selatan, Qatar atau Iran dengan Afghanistan melengkapkan kumpulan itu.Malaysia bakal mengharungi saingan Piala Asia B-17 itu dengan tawaran empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 03:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261481/berita/sukan/nur-izzuddin-sze-fei-mahu-tampil-lebih-garang", "article_title": "Nur Izzuddin, Sze Fei mahu tampil lebih garang", "article_text": "PEMAIN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei akan memanfaatkan peluang kedua bersama Nur Izzuddin Rumsani dengan menampilkan aksi lebih 'garang' dalam kejohanan selepas ini.Sze Fei percaya pengalaman sebelum ini telah mematangkan kedua-dua pemain itu dan beliau bertekad untuk memastikan gandingan mereka lebih 'menjadi' kali ini.Tanpa mendedahkan siapa yang memulakan langkah untuk bersatu kembali, Sze Fei berkata detik penyatuan semula dengan Nur Izzuddin bermula minggu lepas dan beliau gembira segalanya dapat dinoktahkan minggu ini.\"Siapa mula dulu itu tak penting (mahu bersatu kembali), yang penting kita berjuang sama-sama.\"Fokus utama kami adalah Sukan Olimpik 2024, saya rasa keserasian dengan Nur Izzuddin sudah bagus kerana kami sudah berpasangan lama...Memandangkan kita ada sasaran sama, kita akan cuba,\" katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Bukit Kiara pada Jumaat.Sze Fei pada masa sama berharap beliau dapat menambah baik aspek komunikasi bersama Nur Izzuddin demi memastikan tidak berlaku lagi pertelingkahan akibat salah faham antara mereka.Pemain berusia 25 tahun itu juga sangat menghargai restu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beliau dan Nur Izzuddin kembali digandingkan, empat bulan selepas mengumumkan perpisahan mereka.Sejak menjuarai Terbuka Jerman 2022, pasangan beregu itu dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi, termasuk tersingkir daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India, awal tahun ini.BAM kemudian melakukan rombakan terhadap tiga beregu negara selepas Nur Izzuddin nekad untuk berpisah dengan Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan.Situasi itu menyaksikan Muhammad Haikal Nazri yang sebelum ini bergandingan bersama Wan Muhammad Arif Wan Junaidi sejak 2019 terpaksa dipecahkan bagi memberi laluan kepadanya bergandingan bersama Nur Izzuddin.Wan Muhammad Arif pula dipasangkan dengan Yap Roy King manakala Sze Fei membentuk gabungan bersama Choong Hon Jian.Sze Fei berkata beliau turut memohon maaf kepada Hon Jian yang mungkin kecewa dengan keputusan itu.Sejak digandingkan Mac lepas, Sze Fei-Hon Jian hanya pernah bermain bersama dalam tiga kejohanan dengan pencapaian terbaik mereka naib juara Cabaran Antarabangsa Thailand 2023.Selain juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan naib juara Masters Malaysia 2023, Man Wei Chong-Tee Kai Wun merupakan antara pasangan berpotensi untuk ke Paris tahun depan.Setiap negara boleh menghantar dua wakil bagi setiap acara beregu sekiranya menghuni ranking lapan teratas manakala hanya satu wakil sahaja dibenarkan jika berada di ranking kesembilan hingga ke-50 dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik yang bermula 1 Mei lepas hingga 28 April tahun depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 02:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261458/berita/sukan/city-waspada-ancaman-united", "article_title": "City waspada ancaman United", "article_text": "MANCHESTER City tidak boleh memandang mudah aksi final Piala FA di Wembley pada Sabtu kerana sedar Manchester United mampu menyekat misi The Citizens untuk meraih treble pada musim ini.Pengendalinya, Pep Guardiola memberi amaran bahawa The Red Devils mampu memadam impian besar mereka jika para pemain leka dan hilang fokus pada aksi penting itu.Malah jurulatih itu masih dihantui mimpi ngeri ketika City tewas 1-2 di Old Trafford pada Januari, selain keputusan mengejut ketika United membenam Chelsea 4-1.\u201cSaya lebih fokus kepada United. Saya melihat perlawanan mereka menentang Chelsea. Saya benar-benar kagum dan saya telah menyemak apa yang mereka lakukan kepada kami dalam perlawanan di Old Trafford.\u201cKita kena berhati-hati. Bagaimanapun, saya akan berhati-hati tetapi selepas Khamis dan perlawanan mereka baru-baru ini, kami akan menyediakan yang terbaik yang kami boleh,\u201d katanya.The Citizens hadir di Wembley dengan impian memburu gelaran treble - Piala FA dan trofi Liga Juara-Juara selepas memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan lalu.Selepas berdepan musuh ketat United dalam perlawanan akhir Piala FA, City kemudiannya akan bertandang ke Istanbul untuk menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 11 Jun.Tumpuan utama Guardiola minggu ini ialah United, yang boleh menghalang percubaan kelab itu untuk mencontohi kejayaan treble bersejarah jiran mereka pada 1999.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 12:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261443/berita/sukan/ten-hag-akui-berdepan-kelab-terbaik-dunia", "article_title": "Ten Hag akui berdepan kelab terbaik dunia", "article_text": "ERIK ten Hag mengakui gemar menonton gaya permainan Manchester City, namun pengendali dari Belanda itu menggesa Manchester United untuk melawan seteru setempat tersebut sekiranya berhasrat menjulang kejuaraan Piala FA di Stadium Wembley, Sabtu ini.\u201cSaya percaya persaingan intensiti tinggi kedua-dua pasukan ini secara logik telah berterusan sekian lama, namun dalam Derbi Manchester final Piala FA, anda perlu menghormati antara satu sama lain.\u201cSabtu ini sudah tentu ia merupakan pertarungan besar antara dua kelab hebat liga Inggeris. Ia juga adalah perlawanan paling berprestij final Piala FA.\u201cMana-mana perlawanan melibatkan pertemuan Manchester United dan Manchester City merupakan derbi, namun apabila melibatkan perlawanan akhir ia merupakan sesuatu yang istimewa, sudah tentu,\u201d kata ten Hag.Sebagai rekod, City dan United akan bertembung buat kali pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang juga menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola turut mengintai kejuaraan treble selepas merangkul trofi Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.Terdahulu United pernah memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam satu kempen 24 tahun lalu.Namun di bawah Ten Hag, dia berharap menjelmakan kembali pencapaian itu selepas menjulang kejuaraan Piala Liga musim ini.Ten Hag menambah: \u201cSetiap perlawanan anda akan belajar dan mengambil pengajaran, namun Manchester United perlu belajar menghalang Manchester City kemudian menjadikannya permainan kami.\u201cManchester United telah membuktikan keupayaan boleh menewaskan mereka, tetapi kami perlu bermain dengan gaya bola sepak kelab ini apabila berdepan kelab hebat seperti Manchester City.\u201cSekiranya, kita mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa segala-galanya bermungkinan untuk berlaku, nescaya akan semuanya akan direalisasikan Stadium Wembley.\u201cKami mahu memenangi piala itu dan tahu ia akan menjadi sukar kerana anda bermain menentang pasukan terbaik di dunia pada masa ini.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 10:57am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261434/berita/sukan/jdt-mahu-manfaatkan-aksi-berdepan-penang-fc", "article_title": "JDT mahu manfaatkan aksi berdepan Penang FC", "article_text": "AKSI berdepan Penang FC bagi saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Sabtu perlu dimanfaatkan sebaiknya kesebelasan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) bagi memastikan momentum kemenangan pasukan itu berterusan.Pendapat itu disuarakan pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari yang mahu kesebelasan pemain memberikan aksi terbaik berdepan skuad Harimau Kumbang itu yang pastinya akan beraksi penuh bersemangat di depan penyokong sendiri.\u201cBiarpun baru sahaja menewaskan mereka (Penang FC), dalam saingan Piala FA minggu lalu, namun kali ini kita akan berdepan mereka sekali lagi dalam saingan Liga Super.\u201cDua pertandingan berbeza, namun fokus kita tetap sama. Kita juga telah menyaksikan video mengenai mereka dan mendapati mereka memiliki ramai pemain yang berkualiti, berbahaya dari segi set-piece.\u201cOleh itu kami menjangkakan satu lagi perlawanan yang sukar untuk ditempuh, namun kami bersedia.Kami hormati mereka kerana bola sepak sebenarnya bukannya satu permainan yang mudah,\u201d katanya.Untuk rekod, JDT menang 5-0 ke atas Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA minggu lalu.Mengulas mengenai kesebelasan yang bakal beraksi, Solari berkata, pihaknya sedang melakukan penggiliran pemain berikutan ramai pemain yang menunjukkan mereka sentiasa bersedia untuk diturunkan.Katanya, situasi itu dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, namun agak sukar untuk menamakan kesebelasan utama pasukan.\u201cIa bukan mudah untuk kita namakan kesebelasan utama kerana kita juga melakukan penggiliran pemain...tambahan pula untuk beraksi di tempat lawan.\u201cBagaimanapun ketika ini ramai dalam kalangan pemain kelihatan bersedia untuk beraksi dan diharapkan sesiapa juga diturunkan dapat memberikan aksi yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 09:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261433/berita/sukan/ronaldo-setia-bersama-al-nassr", "article_title": "Ronaldo setia bersama Al-Nassr", "article_text": "PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo menamatkan spekulasi untuk kembali ke Eropah apabila mengesahkan akan kekal di Arab Saudi.Kapten Portugal itu menyertai Al-Nassr selepas meninggalkan Manchester United pada Januari lalu, namun sejak kebelakangan ini tercetus khabar angin dia akan kembali bersama kelab Real Madrid.Bagaimanapun dalam satu temu bual di Saudi, bintang itu menegaskan yang dia akan kekal di Timur Tengah.\"Saya gembira di sini. Saya mahu terus berada di sini dan akan terus di sini,\" katanya.Ronaldo juga optimis bahawa Liga Saudi akan terus berkembang dan mampu berada dalam kelompok lima teratas di dunia dalam tempoh lima tahun.\"Saya akan menjadi sebahagian 'dunia' dan budaya kamu. Saya juga berharap dapat membuat semua orang gembira menerusi permainan, prestasi dan menjuarai sesuatu.\"Apa pun terima kasih kerana menyambut baik kedatangan saya di sini dan saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam tempoh berada di sini,\" katanya.Pemain berusia 38 tahun itu juga berkongsi perbezaan 'regim' latihan yang dilakukannya sejak berpindah ke Arab Saudi.\"Di Eropah kami berlatih lebih lama di waktu pagi tetapi di sini kami berlatih pada waktu petang dan pada Ramadan.\"Kami berlatih jam 10 malam - jadi, ia sesuatu yang janggal tetapi saya menganggapnya sebagai sebahagian daripada pengalaman dan memori,\" katanya.Ronaldo bagaimanapun gembira dengan rutin yang dilaluinya itu yang disifatkan sebagai pengalaman terindah.\"Saya suka detik sebegini kerana kamu belajar sesuatu daripadanya. Sukar tetapi ia sesuatu yang belum pernah saya alami.\"Pengalaman saya setakat ini adalah penyokong Saudi sangat meminati bola sepak dan ia sesuatu yang bagus dan saya sangat gembira sehingga sekarang,\" katanya.Ronaldo sudah menghasilkan 14 gol daripada 16 perlawanan sejak menyertai Al-Nassr dan membantu kelab menamatkan kempen di tangga kedua Liga Profesional Saudi di belakang Al-Ittihad.Benzema nafi berhijrah ke Arab SaudiDalam perkembangan berasingan, penyerang Real Madrid, Karim Benzema menepis khabar angin akan meninggalkan Santiago Bernabeu untuk berhijrah ke Arab Saudi bagi menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.Masa depan pemain berusia 35 tahun itu mencetuskan tanda tanya apabila kontraknya dijangka tamat akhir bulan ini.Difahamkan bahawa Benzema bersetuju dengan perjanjian dua tahun bersama Al-Ittihad bernilai kira-kira 171.5 juta pound (RM986.55 juta) setiap musim.Bagaimanapun pemain Perancis itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menyatakan bahawa 'internet bukanlah realiti'.\u201cCakap tentang apa? Kenapa saya perlu bercakap tentang masa depan? Saya di Real Madrid. Apa yang dikatakan datang dari internet dan internet bukan realiti.\u201cPada masa ini, saya di sini. Kami mempunyai perlawanan pada Ahad. Saya tahu betapa peminat Real Madrid menyayangi saya. Ia dapat dirasakan apabila saya berada di atas padang,\u201d katanya.Benzema menjelaskan bahawa dia gembira dengan kerjaya sebagai pemain bola sepaknya di Madrid dan menikmati rutin hariannya dengan baik.\u201cSaya memberikan yang terbaik. Saya selalu mengatakan bahawa kami bermain dengan 11 pemain di atas padang. Faktor yang paling penting ialah peminat Real Madrid.\u201cSaya sangat berbangga dengan kerja ini. Saya menikmati setiap saat di Madrid. Pergi ke Valdebebas untuk berlatih. Dalam fikiran, saya menikmatinya sepanjang masa di Madrid. Semalam, hari ini dan esok dalam latihan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 09:41am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261430/berita/sukan/apg-2023-atlet-para-sedia-jadi-pengubat-duka-malaysia-di-kemboja", "article_title": "APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja", "article_text": "KINI tiba giliran atlet para negara untuk menyinar apabila temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 membuka tirainya di sini, esok.Selepas pencapaian menyedihkan kontinjen negara pada Sukan SEA baru-baru ini, atlet para negara diharap dapat mengubati kekecewaan Malaysia pada temasya sukan bagi orang kurang upaya yang bakal berlangsung hingga 9 Jun ini.Ketiadaan tiga jaguh negara, iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh T20), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan atlet badminton para Cheah Liek Hou dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen negara yang hadir ke sini dengan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa.Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) juga dilihat mengambil langkah selamat apabila menyasarkan pingat emas yang lebih rendah berbanding pencapaian di Solo, Indonesia tahun lepas, iaitu 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa dan menamatkan kempen di kedudukan keempat.Pada edisi kali ini, Malaysia yang akan diwakili hampir 43 peratus atau 62 daripada 144 atlet yang akan beraksi buat pertama kali di pentas Asia Tenggara itu, pastinya akan membuatkan peminat sukan tanah air berfikir sejenak sekiranya sasaran itu mampu dicapai.Lebih merunsingkan apabila tuan rumah di sini tidak menyenaraikan 10 acara daripada dua sukan iaitu memanah dan tenis berkerusi roda yang dilihat mampu menyumbang sekurang-kurangnya tiga emas kepada kontinjen negara jika ia dianjurkan.Oleh itu, sukan yang sering menjadi lubuk emas negara seperti olahraga dan renang harus hadir dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan magis terlaksana di bumi Kemboja atau Malaysia sekali lagi berdukacita.Di Phnom Penh, kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak orang buta negara, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan.Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa.Oleh yang demikian, kontinjen \u2018luar biasa\u2019 ini perlu bersedia untuk melaungkan amaran awal pada hari pertama temasya dwitahunan itu esok untuk dilihat sebagai pencabar utama yang sama-sama mampu menghadirkan pingat buat negara tercinta dan tidak boleh dipandang ringan oleh pesaing.Malaysia tidak seharusnya melalui \u2018detik hitam\u2019 seperti gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang berakhir pada 17 Mei lepas.Ketika itu, kontinjen negara terpaksa akur apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan, berbanding 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa yang disasarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Kem paralimpik kebangsaan yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja, Noor Syahieda Mat Shah perlu sedar yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, yang seharusnya kejayaan itu datangnya daripada kerja keras tanpa mengenal erti penat lelah.Atlet Para dalam landasan terbaik capai 33 emasSementara itu, kontinjen negara disifatkan berada dalam landasan tepat untuk mencapai 33 pingat emas disasarkan pada temasya APG ke-12 yang bakal membuka tirai di Phnom Penh bermula esok.Noor Syahieda melaungkan keyakinan itu selepas 144 atlet yang akan beraksi di pentas Asia Tenggara itu menunjukkan semangat luar biasa ketika fasa latihan terakhir.Selain 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa turut menjadi buruan Malaysia menerusi 13 daripada 14 jenis sukan yang disertai pada edisi di Phnom Penh kali ini.\u201cInsya-ALLAH semua dalam landasan kerana ketika ini semangat atlet kita berada di tahap kemuncak walaupun terdapat cabaran daripada cuaca panas. Namun, kita dapat mengatasi masalah seperti itu dan mereka juga seronok berada di sini.\u201cSasaran yang diletakkan kepada atlet itu amat bagus kerana sekiranya tiada, kita ini seolah-olah pergi sahaja tanpa menetapkan sasaran. Lagipun kesemua sasaran itu diletakkan mengikut data kejayaan barisan atlet,\u201d katanya selepas upacara menaikkan bendera 11 negara yang mengambil bahagian di Phnom Penh pada Jumaat.Beliau dalam masa memaklumkan proses klasifikasi atlet negara berdasarkan kelas dan jenis kekurangan mengikut spesifikasi yang dijalankan pihak Kemboja berjalan lancar dan kesemua mereka dibenarkan menyertai acara masing-masing.Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, fokus utama kontinjen para negara ialah memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai dengan penuh bergaya.\u201cAlhamdullilah hari ini (Jumaat) kita ada upacara menaikkan bendera. Saya ada mesyuarat semalam dan semua negara bersetuju untuk memberikan komitmen sepenuhnya,\u201d katanya.Pada edisi lepas di Solo, Indonesia, kontinjen para negara membawa pulang 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa serta menamatkan kempen di kedudukan keempat.Malaysia pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen negara merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 09:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261417/berita/sukan/kim-swee-cabar-the-rhinos-bangkit-di-darul-aman", "article_title": "Kim Swee cabar The Rhinos bangkit di Darul Aman", "article_text": "PEMAIN Sabah FC dituntut untuk melupakan memori penyingkiran suku akhir Piala FA kepada Kuala Lumpur City di Stadium Likas, 28 Mei lalu.Sebaliknya menjadikan Stadium Darul Aman, pentas kebangkitan pemburuan kelompok terbaik Liga Super apabila berdepan Kedah Darul Aman FC.Itu gesaan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi berprofil tinggi dua pasukan kelompok lima terbaik liga pada Jumaat.\u201cYa, kekalahan tempoh hari kepada Kuala Lumpur City di suku akhir Piala FA tentu mengecewakan semua pihak dan bagi para pemain mereka faham tiada pilihan kecuali harus bangkit semula.\u201cBiarpun merupakan perlawanan liga dan amat berbeza, namun merupakan kesempatan terbaik kita bangkit semula mendapatkan keputusan positif di Alor Setar pada malam esok,\u201d kata Kim Swee.Sebagai rekod, Sabah kini berada di kedudukan keempat liga dengan 24 mata manakala Kedah Darul Aman kendalian Nafuzi Zain kelima (22 mata).Tiga mata ke atas Kedah Darul Aman juga membolehkan Sabah memintas Sri Pahang di tangga ke tiga dengan 25 mata yang akan berdepan Kuala Lumpur City pdi Kuantan ada Ahad.Biarpun kemenangan liga dijelmakan semula hasil kemenangan 3-1 ke atas Perak selepas diikat Terengganu FC, 2-2 di Likas, 19 Mei lalu, namun Kim Swee mengakui bukan tugas mudah berdepan skuad Kenari di Alor Setar.\u201cKita tahu bermain di Alor Setar bukan satu perlawanan yang mudah namun saya percaya pemain boleh beraksi sebaik mungkin.\u201cKita tahu prestasi Kedah kebelakangan ini bertambah baik dan mereka mempunyai corak permainan cukup agresif di tempat sendiri dan kita harus waspada.\u201cTujuan utama kita adalah untuk mengekalkan apa yang telah dilakukan dalam saingan liga sebelum ini,\u201d katanya.Aksi terakhir Kedah Darul Aman menyaksikan pasukan itu tewas tipis 2-3 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 24 Mei lalu.Berkenaan kejayaan The Rhinos mengekalkan rekod bersih enam perlawanan berturut-turut, Kim Swee mahu para pemainnya mengekalkan momentum itu.\u201cRekod di mana kita tidak tewas sebanyak enam perlawanan liga sebelum ini harus kita kekalkan dan memastikan pasukan tidak kehilangan mata,\u201d katanya.Mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan berdepan anak buah Nafuzi, Kim Swee berkata; \u201cSabah masih lagi berdepan isu kecederaan melibatkan beberapa pemain seperti Darren Lok termasuk Saddil Ramdani.\u201cBiarpun begitu, saya percaya para pemain Sabah lain mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya diberikan tanggungjawab berdepan Kedah.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261414/berita/sukan/young-tigers-keempat-terbaik-asia", "article_title": "Young Tigers keempat terbaik Asia", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara mengakhiri cabaran Piala Remaja Asia 2023 di kedudukan empat terbaik selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada Khamis.Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat di Kompleks Belia Sultan Qaboosa, Salalah, Oman itu anak buah Muhamad Amin Rahim bermula garang.Namun Korea Selatan yang dijinakkan 3-1 dalam peringkat Kumpulan B sebelum ini terlebih dulu di depan hasil pukulan sudut penalti Lim Dohyun pada minit ke-22.Bagaimanapun Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari kembali menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-26.Korea Selatan kemudian mengandakan asakan akhir kembali mendahului menerusi gol padang Yoo Seungho pada minit ke-37.Young Tigers memulakan kempen Piala Remaja Asia dengan langkah kanan apabila menewaskan Uzbekistan 8\u20131, Bangladesh (5-1) dan Korea Selatan (3\u20131).Kemenangan itu juga membolehkan skuad negara muncul juara Kumpulan B dengan 12 mata, diikuti Korea Selatan (9 mata), Bangladesh (6 mata), Oman (3 mata) dan Uzbekistan (0 mata).Bagaimanapun hasrat skuad muda negara untuk pergi lebih jauh tidak kesampaian apabila tewas 2-6 kepada pasukan pilihan Pakistan dalam aksi suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Jun 2023 12:02am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261408/berita/sukan/psg-berdepan-clermont-foot-63-aksi-terakhir-messi", "article_title": "PSG berdepan Clermont Foot 63, aksi terakhir Messi", "article_text": "PENYERANG Argentina, Lionel Messi akan membuat penampilan terakhir bersama Paris St Germain (PSG) apabila menentang Clermont Foot 63 dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes pada Ahad, kata pengendali Les Parisiens, Christophe Galtier.\u201cSaya mempunyai keistimewaan melatih pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.\u201cIni akan menjadi perlawanan terakhirnya di Parc des Princes.\u201cSaya berharap dia akan menerima sambutan yang paling hangat,\u201d kata Galtier kepada pemberita pada Khamis.Messi telah menjaringkan 21 gol dan 20 bantuan gol untuk Les Parisiens dalam semua kejohanan musim ini, berpindah ke ibu kota Perancis dari Barcelona pada 2021 dengan kontrak dua tahun.\u201cTahun ini, dia menjadi bahagian penting dalam pasukan, sentiasa bersedia.\u201cSaya tidak fikir sebarang komen atau kritikan adalah wajar.\u201cDia sentiasa berada di sana untuk pasukan. Ia adalah satu keistimewaan yang hebat untuk menemaninya sepanjang musim,\u201d kata Galtier.Masa depan Messi di Paris menjadi subjek spekulasi baru-baru ini, dengan sumber yang rapat dengan kapten Argentina memberitahu dia telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 10:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261405/berita/sukan/tze-yong-jun-hao-mara-ke-suku-akhir-terbuka-thailand", "article_title": "Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, pada Khamis.Bagaimanapun, cabaran Malaysia dalam beregu campuran berakhir selepas tiga pasangan negara terkandas di pusingan kedua.Tze Yong, pemain nombor 24 dunia, mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chow Tien Chen dari Taiwan dalam \u2018straight set; 23-21, 23-21 dalam pertarungan selama 59 minit.Pada set pertama, Tze Yong ketinggalan 9-17 namun berjaya menampilkan kebangkitan untuk mengikat kedudukan kepada 20-20 sebelum menamatkan set pertama dengan keputusan 23-21.Pada set kedua, TYze Yong sekali lagi bangkit daripada ketingalan 8-12 sebelum mengikat kedudukan 17-17 dan berjaya mengawal tekanan untuk mencatatkan kemenangan 23-21, sekali gus merakamkan kemenangan pertama ke atas Tien Chen dalam tiga pertemuan setakat ini.Saya bernasib baik apabila dapat bangkit daripada ketinggalan dalam kedua-dua set dan memenangi perlawanan... Saya gembira dengan prestasi saya hari ini.\"Saya akan berbincang dengan jurulatih mengenai permainan esok. Saya akan kekal fokus supaya dapat memperagakan aksi terbaik menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, esok,\u201d katanya kepada Bernama.Sementara itu, Jun Hao, pemain ranking ke-65 dunia, bangkit daripada ketingalan set pertama 20-22 sebelum menundukkan pemain Perancis, Christo Popov, 21-13, 21-19 dalam perlawanan 76 minit.\"Ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada set pertama. Saya pada mulanya mendahului tetapi lawan akhirnya menewaskan saya. Saya memberi tekanan kepada diri sendiri untuk mendapatkan mata.\"Dalam set penentuan, saya bermain dengan mengikut pergerakan angin dan mengambil peluang untuk menyerang. Saya gembira memenangi perlawanan itu,\u201d katanya yang akan berdepan pemain nombor 23 dunia, Lakshya Sen dari India di peringkat suku akhir.Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas 23-21, 17-21, 11-21 kepada pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumpas 13-21, 17-21di tangan pilihan kelima, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan.Pasangan profesional ranking ketujuh dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie tewas kepada pasangan Hong Kong, Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 13-21,17-2.Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien gagal meneruuskan kemaraan apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, dengan keputusan 10-21, 21-16, 19-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 10:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261404/berita/sukan/andre-sasar-pecah-rekod-peribadi", "article_title": "Andre sasar pecah rekod peribadi", "article_text": "ATLET lompat kijang lelaki negara Andre Anura Anuar berhasrat memecahkan catatan peribadi terbaiknya dalam tiga kejohanan yang akan disertainya tahun ini iaitu Sukan Universiti Dunia, Sukan Asia serta Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF).Andre Anura berkata untuk tujuan itu, beliau kini giat berlatih selain akan ke Jerman pada 10 Jun ini untuk latihan dan perlawanan persahabatan sebagai persediaan awal menghadapi ketiga-tiga temasya sukan.\u201cDalam sukan SEA di Hanoi pada 2022, saya merekodkan 16.51 meter manakala pada Sukan SEA tahun ini, walaupun saya berjaya merangkul emas namun saya hanya mampu melakukan catatan 16.06 meter berikutan kecederaan di tumit sebelum perlawanan.\u201cJadi sekarang ini saya akan kembali on the track, mungkin sasaran (pecah rekod) dekat tiga-tiga games akan datang,\u201d kata atlet kelahiran Sabah itu selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pemenang Pingat pada Sukan SEA ke-32 di bawah Asean Victory Project oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) pada Khamis.Turut diraikan atlet lempar cakra Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah Nor Sarah Adi.Ketiga-tiga atlet mengambil bahagian dalam Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi dan diberi pendedahan mengenai perkara itu serta menerima makanan seimbang bagi memenuhi keperluan latihan di temasya sukan itu.Queenie turut berazam memperbaiki rekod kebangsaan miliknya dengan menyasarkan lemparan melebihi 58 meter dalam kejohanan yang akan disertainya tahun ini.\u201cSekarang ini saya sedang bersedia untuk menghadapi ATF serta Sukan Asia dan berharap dapat memecahkan rekod kebangsaan,\u201d katanya.Atlet berusia 24 tahun yang berasal dari Sarawak itu melakukan lemparan sejauh 52.36 meter di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam pada Sukan SEA baru-baru ini untuk meraih pingat perak.Kejohanan ATF dijadual diadakan pada Julai di Thailand manakala Sukan Universiti Dunia dan Sukan Asia akan berlangsung sekitar Julai hingga September depan di China. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 10:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261402/berita/sukan/josiah-isabella-ungguli-golf-remaja-saujana-100plus", "article_title": "Josiah, Isabella ungguli Golf Remaja Saujana-100PLUS", "article_text": "PEMAIN remaja Australia, Josiah Edwards, muncul juara kategori lelaki Golf Remaja Saujana-100PLUS di Saujana Golf & Country Club pada Khamis.Selaku pendahulu dua pusingan, pemain berusia 16 tahun itu, meneruskan prestasi konsisten dengan melakukan satu di bawah par 71 pada pusingan akhir pada Khamis.Kejayaan itu membolehkannya mengumpul jumlah 217 pukulan sekali gus merangkul kejuaraan dengan kelebihan dua pukulan.Sementara itu, pemain cilik berusia 13 tahun, Daichi Hayashi dari China melakukan catatan 69 pukulan untuk muncul naib juara dengan jumlah 219 pukulan.Bakat tempatan, Nathan Wong dan Nor Haqeim Hadi masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.Kategori perempuan pula, menyaksikan pemain China, Isabella Yan, merangkul kejuaraan pertama tahun ini.Dia selepas menewaskan pemain negara, Wang Xin Yao dalam saingan playoff selepas masing-masing mengakhiri saingan dengan terikat 220 pukulan.Nur Batrisya Balqis, Tan Ying Ying dan Amanda Gan pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan 228 pukulan.KEPUTUSANLelaki: (Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan)217 Josiah Edwards (Australia) 71-75-71219 Daichi Hayashi (Jepun) 75-75-69220 Nathan Wong 74-75-71224 Nor Haqeim Hadi 74-76-74225 Wan Hasnul Daniel228 Kim Beom Gyu (Korea Selatan) 76-77-75230 Austrin Gan 76-77-77231 Wan Muhd Danial Hafiz 75-80-76, Muhd Izzul Irfan 81-72-78234 Ammer Aiman Mohd Fauzi 77-80-77PEREMPUAN220 Isabella Yan (China) 78-72-7-, Wan Xin Yao 71-75-74228 Nur Batrisyia Balqis 79-76-73, Tan Ying Ying 77-74-77 Amanda Gan (AUS) 76-75-77230 Kelly Low 79-74-77233 Alya Afza 80-74-79, Vanessa Chong 76-77-80235 Aarthi Ganesan 78-73-84241 Natali Jan Van Dort 81-78-82", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 10:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261379/berita/sukan/tak-munasabah-setiap-persatuan-sukan-tubuh-yayasan", "article_title": "Tak munasabah setiap persatuan sukan tubuh yayasan", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.Hannah berkata, ia kerana setiap persatuan mempunyai keupayaan kewangan yang berbeza-beza yang bergantung kepada jumlah tajaan selain bilangan penonton yang hadir.\"Kalau setiap persatuan sukan ada yayasan, itu bagus namun untuk kita kata semua persatuan sukan perlu ada yayasan sendiri, tidak munasabah kerana kalau persatuan sendiri pun sedang cari dana... bagaimana nak bantu tubuh yayasan,\u201d katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita mengenai kewajaran setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri selepas majlis penyampaian insentif kepada bekas pemain hoki negara anjuran Yayasan Hoki Malaysia, di sini.Dalam pada itu, Hannah sangat berterima kasih kepada Yayasan Hoki Malaysia yang ditubuhkan sejak 1992 di atas inisiatif mereka menjaga kebajikan pemain hoki negara.Katanya, ini termasuk langkah Yayasan Hoki Malaysia memberi bantuan skim persaraan sukan berdasarkan jumlah penampilan bersama skuad hoki kebangsaan kepada empat bekas pemain iaitu Baljit Singh Charun Singh berjumlah RM41,840, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (RM19,040), Joel Samuel Van Huizen (RM10,400) dan P. Pranbahkaran (RM10,400).Beliau percaya inisiatif sedemikian mampu menarik anak muda untuk menceburi bidang sukan memandangkan mereka dapat menyedari bahawa terdapat yayasan yang sedikit sebanyak berupaya menjaga kebajikan mereka selepas bersara kelak.Sementara itu, Izwan Firdaus bersyukur atas penghargaan diberikan kepadanya dam terharu kerana terdapat pihak yang tetap mengingati segala jasa dan keringat dicurahkan sewaktu mewakili negara satu masa dahulu.\"Sebagai bekas pemain, penghargaan seperti ini sangat penting kerana sebelum ini kita telah berkorban dan jalani latihan yang teruk demi negara,\u201d katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pemain skuad hoki lelaki negara menyumbang pingat perak pada Sukan Asia 2010. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 06:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261377/berita/sukan/stadium-sultan-ibrahim-hos-final-piala-fa-2023", "article_title": "Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023", "article_text": "GELANGGANG keramat juara bertahan, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dalam satu kenyataan, memaklumkan mereka hanya menerima bidaan daripada JDT untuk menjadikan SSI sebagai venue final Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada jam 5 petang, 24 Mei lalu.\"Dalam tempoh bidaan dibuka pada 19 Mei hingga 24 Mei, hanya JDT mengemukakan permohonan di mana tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain atau memohon lanjutan tempoh bidaan meskipun peringatan sudah diberikan kepada semua kelab,\u201d menurut kenyataan dimuat naik di Facebook MFL, pada Khamis.Bagi melayakkan bidaan, MFL menyatakan kelab dan venue perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat ditetapkan seperti termaktub dalam Manual Liga Malaysia 2023.Antara kriteria ditetapkan adalah sokongan kerajaan tempatan serta pihak berkuasa dan keselamatan tempatan, kesediaan stadium serta fasiliti sedia ada menganjurkan perlawanan akhir berskala besar dan permukaan padang baik selain bersedia dengan sebarang keadaan cuaca dan pencahayaan diperlukan.MFL menjelaskan pemilihan venue bagi edisi 2023 dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.\"SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini,\u201d menurut kenyataan itu.MFL juga menyatakan mereka tidak dapat menangguhkan final tersebut susulan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat seperti Liga Super, Piala Malaysia selain tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan (FIFA days), Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bermula September hingga Disember ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 06:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261363/berita/sukan/belum-tiba-masa-lawan-brazil-argentina", "article_title": "Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.Namun, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk itu serta ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon, berpendapat belum tiba masanya skuad negara berdepan dua pasukan terbaik dunia dari benua Amerika Selatan itu.Beliau berkata, pengendali dari Korea Selatan itu turut berpandangan adalah lebih wajar skuad Harimau Malaya \u2018mengukur baju di badan sendiri\u2019 terlebih dahulu dalam memilih pasukan untuk aksi persahabatan menjelang saingan Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan.\"Brazil (tawar) nak lawan tetapi saya tak nak kerana ini bukan masanya. Saya boleh buat kalau setakat nak tunjukkan (populariti) tetapi bukan masanya dan Pan Gon tak mahu.\"Kita dan Brazil sama-sama Ahli Majlis FIFA tetapi belum masanya lagi, mungkin apabila tiba masa yang tepat (baru kita adakan aksi persahabatan),\" kata Hamidin selepas mengadakan pertemuan bersama pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, di sini, malam tadi.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pasukan Indonesia yang akan bertemu juara Piala Dunia 2022 Argentina pada aksi persahabatan yang akan berlangsung di Jakarta pada 19 Jun ini.Hamidin turut memaklumkan Argentina juga pernah mempelawa FAM untuk aksi persahabatan bersama skuad Harimau Malaya.\"Saya ada hubungan yang baik dengan Argentina juga dan mereka ada menjemput kita tetapi Pan Gon tak mahu. Kalau nak adakan persahabatan, kena pasukan yang realistik,\" katanya.Sementara itu, Hamidin berkata,FAM tiada masalah mengenai pertukaran pasukan Yaman kepada Papua New Guinea yang akan bertemu Harimau Malaya bagi aksi antarabangsa Tier 1 pada 20 Jun ini.Katanya, Papua New Guinea merupakan pasukan yang sesuai untuk menggantikan Yaman melihat kepada kedudukan kedua negara itu dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hanya dibezakan dengan dua kedudukan dengan Yaman di posisi ke-157 manakala Papua New Guinea (159).Dalam pada itu, Hamidin berkata, barisan kejurulatihan akan membuat perancangan untuk memastikan skuad negara berentap dengan pasukan berada di ranking lebih tinggi pada Disember atau Januari depan.Skuad Harimau Malaya dijadual menghadapi aksi antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun, sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua 20 Jun, kedua-duanya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 05:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261353/berita/sukan/dua-wakil-negara-raih-slot-suku-akhir-di-thailand", "article_title": "Dua wakil negara raih slot suku akhir di Thailand", "article_text": "DUA pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand selepas menundukkan lawan masing-masing di Bangkok pada Khamis.Tze Yong mengejutkan pilihan utama yang juga pemain ketujuh dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan menerusi kemenangan straight set dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok.Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan 17-20 untuk melakar kemenangan 23-21.Bagaimanapun, 'drama' berbeza terjadi pada set kedua ketika mendahului 20-18, Tze Yong memberi peluang lawan bangkit untuk mengikat mata kepada 20-20.Pemenang pingat emas acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel 2022 itu bagaimanapun tenang mengawal tekanan untuk merakam kemenangan 23-21 dalam aksi yang berlangsung selama 59 minit itu.Dalam pada itu, Jun Hao mengesahkan tiket ke suku akhir setelah menewaskan pemain Perancis, Christo Popov dalam aksi tiga set yang berlangsung selama 76 minit.Jun Hao tewas pada set pertama 20-22, sebelum bangkit melakar kemenangan 21-13 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.Aksi berlangsung dengan sengit, namun pemain di ranking ke-65 dunia itu menamatkan aksi menerusi kemenangan 21-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 05:08pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261345/berita/sukan/cabaran-sengit-menanti-kda-fc", "article_title": "Cabaran sengit menanti KDA FC", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menjangkakan satu cabaran sengit akan dihadapi pasukannya apabila menerima kunjungan Sabah FC pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Menurutnya, Sang Kenari yang mahu menebus kekecewaan selepas tewas tipis 3-2 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super 24 Mei lalu mendambakan tiga mata penting untuk membantu mereka kekal di kelompok atasan liga.\"Jika kami menyudahkan pusingan pertama liga di tangga keempat, ia satu tahap yang baik buat kami bagi meneruskan lagi aksi ke pusingan kedua liga selepas ini,\" katanya mengulas aksi Liga Super ke-13 minggu ini.Sabah FC kini berada di tangga keempat dengan 24 mata berbanding Kedah dengan 22 mata di tangga kelima selepas 12 perlawanan.Jelasnya, Sabah FC pastinya juga mahu mencari penawar duka selepas disingkirkan oleh Kuala Lumpur City FC daripada saingan Piala FA 2023 baru-baru ini.\"Sabah mempunyai kualiti pemain yang berada pada tahap yang terbaik dari segi pemain tempatan seperti Baddrol Bakhtiar mahupun import berpengalaman.\"Jika mahu membandingkan dengan Kedah, saya menjangkakan satu cabaran cukup sengit bakal kami hadapi kali ini,\" ujar Nafuzi.Tambahnya, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan oleh Sang Kenari sebaik mungkin untuk mendapatkan mata penuh.\"Pemain perlu beraksi dengan lebih baik dan berkeyakinan, tambahan pula kami akan beraksi di depan lebih ramai penyokong sendiri yang akan meniupkan semangat ketika beraksi,\" katanya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 04:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261327/berita/sukan/epl-radrizzani-mohon-maaf-leeds-tersingkir", "article_title": "EPL: Radrizzani mohon maaf Leeds tersingkir", "article_text": "PENGERUSI Leeds United, Andrea Radrizzani memohon maaf kepada penyokong berikutan penyingkiran kelab itu daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).Radrizzani meneruis Twitternya mengakui lembaga pengarah telah melakukan kesilapan dan berharap untuk membuat beberapa 'pelantikan penting dalam kelab'.Bagaimanapun, Radrizzani yang merupakan sebahagian daripada konsortium yang telah menyelesaikan pengambilalihan Sampdoria tidak menyebut kemungkinan perubahan pemilikan di Leeds.\u201cBeberapa hari kebelakangan ini amat sukar bagi semua yang terlibat dengan Leeds United.\u201cSaya berasa sangat sukar untuk mencari perkataan yang tepat untuk diucapkan, selain meminta maaf kepada semua peminat kami atas penyingkiran kelab,\" katanya.Radrizzani menjelaskan, pihaknya telah membuat pelaburan yang besar untuk cuba mengekalkan Leeds United dalam EPL, namun ketika bekerja keras untuk memperbaiki kelab, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.\u201cKami mengambil pengajaran daripada kesilapan ini, memperbaiki semula kelab dan membuat kemajuan pada masa hadapan.\u201cAnda memahami perjalanan yang telah kami lalui. Saya harap apabila kemarahan dan kekecewaan itu reda, anda akan melihat bahawa kami boleh kembali dengan lebih kuat,\u201d ujar Radrizzani.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 03:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261324/berita/sukan/bukan-semua-permintaan-atlet-program-rtg-dipenuhi---hannah", "article_title": "Bukan semua permintaan atlet Program RTG dipenuhi - Hannah", "article_text": "BUKAN semua permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG) akan dipenuhi dan ia bergantung kepada kewajaran permintaan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.Beliau berkata, RTG yang menyediakan bantuan sokongan kepada atlet dalam misi menggenggam emas di temasya Sukan Olimpik itu akan meneliti sepenuhnya sesuatu permintaan sebelum ia ditunaikan.\u201cPermintaan atlet mestilah wajar dalam membantu prestasi mereka dan ia akan diputuskan bersama jawatankuasa RTG,\" katanya pada sidang media pengumuman Geran Padanan Sukan (GPS) di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia yang mahukan rakan sepelatih berkualiti serta latihan di luar negara bagi memastikan peningkatan prestasinya dalam satu pertemuan bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin pada malam Rabu.\"RTG ini adalah perkhidmatan sokongan jadi tak boleh tuntut perkara yang asas. Ini adalah tugas atlet sendiri lagi-lagi jika mereka bergerak secara persendirian jadi mereka sudah tahu ini adalah kos yang perlu ditanggung,\u201d katanya.Terdahulu, pada majlis tersebut KBS mengumumkan syarat permohonan dana GPS kepada syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar yang menganjurkan program dan aktiviti sukan dalam negara.Permohanan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.kbs.gov.my/gps.html mulai hari ini hingga 31 Julai, dengan keutamaan diberikan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bagi tujuan penganjuran.Syarat ketat peruntukan RM40 juta geran itu menyaksikan pemohon perlu telus dan penganjuran berkenaan dapat memanfaatkan atlet negara dalam usaha membaiki prestasi atau ranking mereka.Menurut Hannah, pemberian dana GPS adalah 50 peratus daripada kos program atau maksimum sehingga satu juta ringgit, secara tuntutan bayaran balik, serta sebarang penganjuran perlu berkaitan 103 jenis sukan terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).Pada masa sama, dua sekretariat diterajui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan, bertujuan untuk melakukan semak dan imbang bagi mengelakkan sebarang ketirisan atau pilih kasih dalam pelaksanaan pemberian geran tersebut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 03:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261294/berita/sukan/tiket-aksi-persahabatan-harimau-malaya-mula-dijual-hari-ini", "article_title": "Tiket aksi persahabatan Harimau Malaya mula dijual hari ini", "article_text": "PEMINAT bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Tier 1 bermula hari ini, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada 14 dan 20 Jun.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, penjualan tiket berharga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/.FAM turut memaklumkan tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium dilakukan melibatkan perlawanan dengan kedua-dua negara terbabit.Skuad kendalian Kim Pan Gon itu dijadual berdepan perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua 20 Jun di stadium berkenaan.Aksi persahabatan tersebut adalah sebagai medan persediaan Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari tahun depan.Pasukan negara sebelum ini, mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Mac, menyaksikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 01:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261290/berita/sukan/irfan-bakti-kemalangan-ketika-pulang-dari-masjid-kini-stabil", "article_title": "Irfan Bakti kemalangan ketika pulang dari masjid kini stabil", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada malam Rabu.Perkara itu dikongsikan kelabnya, Kuching City FC.Menurut kelab itu, Irfan mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika mahu pulang dari masjid.Susulan itu, pengendali berusia 72 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan dan beliau difahamkan berada dalam keadaan stabil.\u201cSebagai makluman coach Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.\u201cBeliau telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan baik.\u201cSama-sama kita doakan kesembuhan buat coach Irfan Bakti agar pulih segera. Syafakallah. Get well soon, coach!,\u201d ujar pihak pengurusan dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi kelab.Kuching City FC ketika ini menghuni tangga ke-12 liga dengan lima mata.Bagi aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada 4 Jun ini, penolong jurulatih, Sulaiman Hussin dijangka mengalas peranan sebagai pemangku jurulatih sementara Irfan menjalani proses pemulihan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 01:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261282/berita/sukan/perancis-panggil-dembele-nkunku-perkuat-les-bleus", "article_title": "Perancis panggil Dembele, Nkunku perkuat Les Bleus", "article_text": "JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan semula Ousmane Dembele dari Barcelona dan penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku untuk menyertai Les Bleus mengharungi dua perlawanan kelayakan Euro 2024.Masalah kecergasan menyaksikan kedua-dua pemain itu terlepas aksi kelayakan pembukaan Perancis Mac lalu ketika mereka menewaskan Belanda, 4-0 di laman sendiri dan menang 1-0 di tempat lawan kepada Republik Ireland.\u201cDia (Nkunku) sepatutnya berada dalam skuad Piala Dunia tetapi diketepikan kerana kecederaan, tetapi kini dia kembali dengan prestasi terbaik,\" tambah Deschamps.Nkunku menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan terakhir Bundesliga musim ini.Pemain berusia 26 tahun itu sudah bersedia untuk beraksi bersama Leipzig pada perlawanan akhir Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.Nkunku. - Foto AFPPerancis akan menentang Gibraltar di Faro, Portugal pada 16 Jun dan pertembungan di tempat sendiri dengan Greece tiga hari kemudian, ketika mereka mendahului Kumpulan B dengan enam mata.\u201cAnda akan mengatakan saya sangat pragmatik, tetapi tiga mata pada aksi menentang Gibraltar mempunyai nilai yang sama ketika kami peroleh ketika menentang Belanda atau di Ireland,\u201d kata Deschamps.Bek tengah Chelsea, Wesley Fofana juga berada dalam skuad dan berharap untuk membuat penampilan sulung bersama Perancis selepas menarik diri daripada senarai Mac kerana kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 01:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261271/berita/sukan/masa-depan-mourinho-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Masa depan Mourinho cetus tanda tanya", "article_text": "MASA depan Jose Mourinho bersama AS Roma mencetuskan tanda tanya selepas pasukan bimbingannya kalah 1-4 kepada Sevilla dalam penentuan sepakan penalti aksi final Liga Europa di Budapest, awal pagi Khamis.Meskipun masih mempunyai baki kontrak selama setahun, masa depan pengendali berusia 60 tahun itu mengundang persoalan sama ada akan kekal di ibu kota Itali selepas beliau turut dikaitkan dengan pemindahan ke Paris St Germain.\u201cSaya ada bercakap dengan kelab pada Disember ketika saya menerima tawaran dari pasukan kebangsaan Portugal.\u201cSaya tidak berhubung dengan sesiapa pun selepas itu. Saya mempunyai baki kontrak setahun lagi dan itulah situasinya.\u201cSaya perlu berjuang untuk pemain. Oleh itu tidak menyatakan secara objektif yang saya akan kekal,\u201d kata Mourinho.Kekalahan memeritkan itu menyaksikan Roma terlepas tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.Ia merupakan kekalahan pertama Mourinho di pentas final Eropah namun dia tetap berbangga dengan prestasi anak-anak buahnya dan menyedari musim ini tidak berlangsung seperti diharapkan.Malah tanpa berselindung beliau turut tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan.\u201cKami sangat letih tetapi tetap bangga. Saya sentiasa berkata, kamu boleh tewas dalam perlawanan tetapi jangan sesekali maruah atau profesionalisme.\u201cSaya tewas kali ini tetapi saya pulang dengan rasa bangga. Pemain memberikan segala-galanya pada musim ini,\u201d katanya.Mourinho turut mengkritik pengadil Anthony Taylor yang banyak melayangkan kad kuning dalam perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 12:20pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261302/berita/sukan/kami-mahu-kalahkan-trw", "article_title": "'Kami mahu kalahkan TRW'", "article_text": "KELANTAN United FC memasang impian besar untuk mengalahkan seteru setempat, The Red Warriors (TRW) pada pertembungan Kelantan Derby di Kota Bharu, Jumaat ini.Sasaran itu bagi memastikan skuad Sang Kijang Hijau mengutip tiga mata penuh dan menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super Malaysia 2023 bukan di kedudukan tercorot.Penolong ketua jurulatih, Nazrulerwan Makmor bagaimanapun mengakui TRW sukar ditewaskan mengikut rekod pasukan ketika berdepan pasukan itu dua musim lalu.\"Tetapi kali ini, berbeza. Mereka ada banyak masalah dan inilah peluang kami,\" katanya melalui kenyataan pada Khamis.Nazrulerwan pada masa sama tetap menghormati TRW yang dibimbing Frank Bernhardt tetapi beranggapan sangat rugi jika gagal mendapatkan kemenangan.Menurutnya, satu kerugian buat Kelantan United FC jika melepaskan peluang mengutip kemenangan pertama ketika pelawat berdepan pelbagai masalah dalaman ketika ini.Nazrulerwan yakin barisan pemain Kelantan United FC ketika ini sangat bersemangat serta mahu memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu.\"Pemain telah melalui proses pemulihan cemerlang selepas menempuh kekecewaan di Negeri Sembilan dan bersungguh-sungguh pada sesi latihan demi mencapai kejayaan sulung dalam saingan liga,\" katanya.Justeru, pasukan itu berjanji memberikan aksi terbaik dan mencatat kejayaan dalam usaha pasukan memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super selepas 13 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 11:45am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261262/berita/sukan/india-australia-sah-sertai-soj-ke-11", "article_title": "India, Australia sah sertai SOJ ke-11", "article_text": "JUARA dan naib juara edisi ke-10, India dan Australia mengesahkan penyertaan kejuaraan ke-11 hoki bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang akan bermula 27 Oktober hingga 4 November depan.Menurut Presiden Persatuan Hoki Johor (JHA), Datuk Majid Manjit Abdullah, India dan Australia antara lapan negara yang bakal menyahut cabaran pada edisi kali ini.Selain itu katanya, enam pasukan lain yang turut menyahut cabaran adalah Argentina, Jerman, Britain, New Zealand dan skuad remaja negara, Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim.\"Penyertaan lapan pasukan dalam edisi ke-11 ini amat memberangsangkan memandangkan kejohanan kali ini ibarat mini Piala Dunia Remaja.\"Penyertaan pasukan dari Amerika Selatan dan Argentina yang kali terakhir beraksi pada 2015 akan memeriahkan lagi kejuaraan ini.\"Tambahan pula Malaysia menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Remaja yang bermula pada 5 Disember hingga 16 Disember ini dan kejohanan Piala Sultan Johor pastinya lebih meriah memandang pasukan yang bertanding kali ini membawa pemain terbaik masing-masing,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Dalam masa sama, Majid Manjit berkata, JHA terpaksa menolak penyertaan beberapa negara bagi menjaga kualiti kejohanan tersebut.\"Terdapat beberapa pasukan yang mahu menyertai kejohanan seperti Mesir, Afrika Selatan dan Jepun yang akan menyertai Piala Dunia Remaja.\"Namun kita tidak dapat memenuhi permintaan pasukan-pasukan ini kecuali terdapat pasukan yang tarik diri.\"Sebenarnya, JHA boleh sahaja menerima penyertaan sehingga 16 pasukan, tetapi untuk melaksanakan SOJC sememangnya agak sukar ditambah pula dengan kekangan masa yang mungkin boleh menjejaskan kualiti kejohanan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 11:37am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261247/berita/sukan/sevilla-rangkul-kejuaraan-ketujuh-liga-europa", "article_title": "Sevilla rangkul kejuaraan ketujuh Liga Europa", "article_text": "SEVILLA merangkul kejuaraan ketujuh Liga Europa apabila menewaskan AS Roma, 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Puskas Arena.Kemenangan itu membolehkan Los Nervionenses kendalian Jos\u00e9 Luis Mendilibar melebar rekod kejuaraan tahap dua kelab Eropah tersebut.Kekalahan I Giallorossi asuhan Jose Mourinho itu menyaksikan ketewasan kali pertama dalam enam perlawanan akhir kelab Eropah.Dalam perlawanan itu, penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou menyelamatkan sepakan penalti daripada Gianluca Mancini dan Roger Ibanez.Sementara itu, Sevilla menyempurnakan kesemua tugasan sepakan penalti apabila dalam menjaringkan empat gol pertama kelab tersebut.Paulo Dybala memberi pendahuluan kepada kelab dari Itali tersebut hasil serangan balas pada minit ke-35 bagi meninggalkan pasukan dari Sepanyol itu.Namun kelab LaLiga itu kemudian mengawal semula permainan dan menemui gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Inter, Mancini pada minit ke-55.Sebagai rekod, Sevilla menjulang kejuaraan Liga Europa bermula 2006, 2007, 2014, 2015, 2016, 2020 dan terkini 2023.Kemenangan itu bermakna Sevilla akan bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan walaupun menamatkan saingan di luar kelompok empat teratas LaLiga.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 10:21am"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261243/berita/sukan/nagarajan-stabil-dirawat-di-hospital", "article_title": "Nagarajan stabil, dirawat di hospital", "article_text": "PENDAKI Malaysia, RJ Nagarajan dilapor dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).Pejabat Pro Naib Canselor UKM memaklumkan, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM dan dipindahkan terus ke hospital menggunakan ambulans.\"Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada jam 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi Pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.\"Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa,\" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Sebelum ini media melaporkan, Nagarajan, 59, berjaya menakluki tertinggi di dunia, Gunung Everest pada 22 Mei lalu menerusi program Misi ZeroTo8000.Kejayaan itu sekali gus menjadikan Nagarajan rakyat Malaysia kedua selepas penjelajah negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 09:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261244/berita/sukan/zii-jia-cari-rakan-sparring", "article_title": "Zii Jia cari rakan sparring", "article_text": "PENCARIAN rakan sparring buat Lee Zii Jia merupakan antara perkara yang dibincangkan pemain perseorangan profesional negara itu bersama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam.Pemain berusia 25 tahun itu berkata, beliau dan Hamidin turut menyentuh mengenai perancangan untuk menjalani latihan di luar negara dalam memastikan peningkatan prestasinya menjelang temasya sukan berprestij berkenaan.\"Ia (perbincangan) termasuk juga perancangan untuk saya sertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk gunakan fasiliti, kita akan lihat apa rancangan lain yang Datuk Hamidin buat.\"Masalah jurulatih sudah selesai, jadi saya harap ia akan membawa saya dan pasukan haluan yang bagus untuk ke Olimpik ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Hamidin semalam.Perbincangan itu bagi membincangkan keperluan selain persediaan Zii Jia untuk berentap dalam kejohanan antarabangsa.Selain itu Zii Jia memaklumkan jurulatih baharunya, Wong Tat Meng memerlukan masa kira-kira sebulan untuk menyelesaikan urusan di Hong Kong.Katanya, segala perancangan mengenai latihan bagi program Road To Gold (RTG) akan diketahui sebaik Tat Meng tiba di Malaysia.Tat Meng, yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan, sebelum ini berkhidmat untuk beberapa pasukan di luar negara termasuk pasukan kebangsaan Korea Selatan dan Hong Kong.Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia akhir tahun lepas.Pemain kelahiran Kedah itu dijadual untuk membuat penampilan seterusnya pada Terbuka Singapura minggu hadapan diikuti Terbuka Indonesia.Sebelum ini, Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua Masters Malaysia selepas ditewaskan wakil Taiwan Lin Chun-Yi 19-21, 21-26, 15-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 09:33am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261242/berita/sukan/kemaraan-young-tigers-disekat-pakistan", "article_title": "Kemaraan Young Tigers disekat Pakistan", "article_text": "HASRAT skuad hoki remaja negara untuk mara ke perlawanan akhir Piala Remaja Asia 2023 tidak kesampaian apabila disekat pasukan pilihan Pakistan, 2-6 dalam aksi separuh akhir awal pagi Khamis.Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Belia Sultan Qaboosa, Salalah, Oman itu gol The Young Tigers dijaringkan hasil pukulan sudut penalti T Perabu minit ke-21 dan gol padang minit ke-45, Muhammad Danish Aiman.Sementara itu, gol Pakistan dijaringkan Rehman yang meledak hatrik (m-44, m-48, m-51), Mohammad Khan (m-42), Abdul Shahid (m-47) dan Arbaz (m-58).Keputusan itu menyaksikan anak buah Muhamad Amin Rahim akan berentap dengan Korea Selatan yang tewas 1-9 kepada India dalam satu lagi aksi separuh akhir.\u201cSaya puji persembahan para pemain Young Tigers yang beraksi cemerlang untuk tiga suku permainan pada hari ini, namun kita tidak mampu beraksi dalam suku terakhir berikutan masalah kekuatan fizikal.\u201cPara pemain Young Tigers sememangnya mampu bersaing dengan mana-mana pasukan, namun hoki moden menuntut kekuatan fizikal yang tinggi.\u201cMenerusi keputusan ini juga kami akan bekerja lebih keras bagi memperkuatkan fizikal para pemain bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar terutama sekali Piala Dunia Remaja,\u201d kata Muhamad Amin kepada Sukan Sinar pada Khamis.Mengenai perlawanan berdepan Korea Selatan, pesanan Muhamad Amin kepada pemain-pemain Young Tigers, \u201cKita sekali lagi bertemu Korea Selatan, dan mereka bukan lawan mudah sebab kami mengetahui mereka mempunyai kekuatan dari segi fizikal.\u201cPara pemain harus bijak memanfaatkan setiap peluang, serta menutup segala kelemahan pasukan bagi memastikan kami keluar dengan kemenangan dalam penentuan tempat ketiga keempat.\u201cKemenangan pastinya akan menjadi pembakar semangat kepada para pemain dan juga pasukan untuk memburu lebih banyak lagi kejayaaan pada masa depan.\"Piala Remaja Asia 2023Penentuan Ketiga KeempatKHAMIS (1 JUN)Malaysia lwn Korea Selatan(Kompleks Belia Sultan Qaboos, 9.30 malam)", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 09:08am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261232/berita/sukan/misi-tiga-mata-young-tigress", "article_title": "Misi tiga mata Young Tigress", "article_text": "SKUAD hoki remaja wanita negara dicabar menyingkap tirai Kumpulan A Piala Remaja Asia 2023 berdepan Taiwan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara, Gifu dengan noktah kemenangan.Malah tanpa berselindung pengendali The Young Tigress, Lailin Abu Hassan mengakui tiga mata mata awal penting sebagai dos penggalak dalam mengharungi baki perlawanan peringkat kumpulan itu.\u201cYa, tiga mata awal dalam perlawanan permulaan peringkat kumpulan amat penting kepada pasukan.\u201cBegitu juga apabila kita berdepan dengan Taiwan yang masih lagi merupakan pasukan misteri buat pasukan negara.\u201cBiarpun begitu kita percaya kekuatan pasukan ini adalah kepada corak permainan pantas dan fizikal kerana mereka mirip seperti pasukan China dan Hong Kong,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sebagai rekod, anak buah Lailin diundi dalam Kumpulan A bersama India, Korea Selatan, Taiwan dan Uzbekistan.Mengulas persediaan pasukan, Lailin berkata, para pemain muda negara secara keseluruhan telah bersedia mengharungi kempen kali ini.\u201cPersiapan terakhir sebelum ke Piala Remaja Asia 2023, kita telah mengadakan empat perlawanan persahabatan menentang kelab dari Australia di Kuala Lumpur.\u201cDi sini, saya boleh nyatakan bahawa hasil yang boleh dirumuskan dalam empat perlawanan itu bahawa pasukan negara sudah bersedia memberi cabaran bermula dengan berdepan Taiwan.\u201cKami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mengutip mata dalam keempat perlawanan,\u201d katanya.PIALA REMAJA ASIA 2023Kumpulan AJUMAAT (2 JUN)Malaysia lwn Taiwan, 11 pagiISNIN (5 JUN)Malaysia lwn India, 11 pagiSELASA (6 JUN)Malaysia lwn Uzbekistan, 11 pagiKHAMIS (8 JUN )Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petang", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261226/berita/sukan/tze-yong-jun-hao-langkah-kanan-di-bangkok", "article_title": "Tze Yong, Jun Hao langkah kanan di Bangkok", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao memulakan kempen dengan langkah kanan dalam Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok pada Rabu.Tze Yong, pemain nombor 24 dunia itu, hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pemain dari India Pyinanshu Rajwat, 21-19, 21-10.\u201cTerdapat angin dalam dewan yang kuat, namun saya dapat mengatasinya dan menang set pertama. Selepas itu saya bermain dengan lebih yakin dalam set kedua.\u201cSaya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok. Saya akan berbincang dengan jurulatih selepas ini,\u201d katanya yang akan bertemu pemain nombor lima dunia Chou Tien Chen dari Taiwan esok.Sementara itu Jun Hao pula berjaya ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil tuan rumah Sitthikom Thammasin, 16-21, 21-16, 21-12.\"Pada set pertama, saya bermain berhadapan angin, yang menjadikan sukar untuk saya memukul bola dam Sitthikom menggunakan kelebihan itu dan melakukan serangan.\u201cSelepas tewas set pertama, saya mengubah cara permainan dan bermain dengan lebih agresif pada set kedua dan set penentuan. Ini membolehkan saya mengawal permainan dan menang,\u201d katanya.Jun Hao akan berhadapan Christo Popov dari Perancis pada pusingan kedua.Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara Cheam June Wei, apabila tewas kepada juara All England Li Shi Feng dari China 18-21, 21-18, 14-21.Pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pula berjaya mengalahkan lawan mereka yang juga pasangan nombor lima dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 21-15, 19-21, 21-19 dalam masa 62 minit.Kejayaan itu kemudiannya diikuti pasangan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie.Peng Soon-Yee See mengatasi Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dari Singapura 15-21, 21-11, 22-20, manakala Soon Huat-Shevon menewaskan pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yao 19-21, 21-15, 21-15 dalam masa 57 minit.\u201cDalam set pertama, saya lakukan banyak kesilapan. Nasib baik Sooh Huat dapat bantu saya dan kami berkomunikasi dengan baik bagi memenangi perlawanan pusingan pertama kami,\u201d kata Shevon.Pusingan kedua esok menyaksikan Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan pasangan Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo; Peng Soon-Yee See pula bertemu pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun; dan Soon Huat-Shevon akan bertemu pasangan Hong Kong Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet.Satu lagi pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula gagal meneruskan kemaraan, selepas tewas 21-15, 16-21, 16-21 kepada pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia-Hsin.Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei juga terkandas selepas tewas 11-21, 19-21 kepada Hsu Wen-chi dari Taiwan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 11:19pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261223/berita/sukan/demi-pentas-olimpik-paris-2024", "article_title": "Demi pentas Olimpik Paris 2024", "article_text": "SELEPAS berpisah kira-kira lima bulan, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fe kembali bergandingan demi mengejar impian mereka beraksi pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Izzuddin-Sze Fei sah akan kembali bersatu sebagai gandingan beregu lelaki.Menurut Mohamad Norza, keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Izzuddin-Sze Fei termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky pada Rabu.\u201cIni satu berita baik apabila Izzuddin dan Sze Fei sudah bersepakat untuk kembali menjadi pasangan untuk meneruskan cabaran dan impian mereka beraksi pada Olimpik.\u201cMereka bertemu dengan saya dan Rexy. Setelah bertemu dengan mereka meluahkan ada kekesalan dan saya telah menasihati mereka untuk kembali bersama untuk mencapai impian Olimpik.\u201cSaya mahu mereka belajar daripada kesilapan, kuatkan semangat setiakawan antara mereka kerana mereka ada potensi yang sangat tinggi dan ia akan menjadi sia-sia kalau dibiarkan mereka begitu,\u201d katanya.Pada Januari lalu, Izzuddin-Sze Fei memutuskan untuk berpisah selepas mendakwa tiada lagi persefahaman antara mereka susulan keputusan mengecewakan dalam beberapa kejohanan yang disertai.Susulan perpisahan mereka itu, ABM terpaksa merombak bahagian beregu lelaki dengan Izzuddin digandingkan bersama Muhammad Haikal Nazri manakala Sze Fei berpasangan dengan Choong Hon Jian.Mengulas lanjut, Norza percaya Izzuddin-Sze Fei yang juga juara Terbuka Jerman 2022 masih mempunyai peluang untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cSaya fikir belum terlambat memandangkan pusingan kelayakan baru saja bermula (1 Mei lalu). Lagipun kedudukan ranking dunia mereka masih baik di tangga ke-32.\u201cSekiranya mereka fokus dan ikhlas tentu saja mereka mampu mencapai impian ke Olimpik,\u201d ujarnya yang menjangkakan Izzuddin-Sze Fei akan kembali bersatu dalam masa terdekat.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 10:29pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261209/berita/sukan/uitm-united-tekad-kembali-mengaum", "article_title": "UiTM United tekad kembali mengaum", "article_text": "UiTM United kembali mewarnai saingan liga domestik negara dengan imej baharu saingan Liga M4 2023 selepas menarik diri dari kancah tertinggi bola sepak negara, Liga Super.Presiden UiTM United, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi menyifatkan kehadiran semula The Lions Roars tersebut bertujuan mendapatkan semula semangat bola sepak dalam arena sukan nombor satu negara itu.\u201cPengurusan tertinggi UiTM telah memberikan sokongan penuh bagi UiTM United untuk terus kekal dalam persada arena bola sepak tempatan selain menghasilkan produk tempatan berkualiti untuk skuad kebangsaan pada masa depan.\u201cSelain itu UiTM juga mempunyai sistem pembangunan atlet yang sangat baik apabila sentiasa melahirkan pemain-pemain yang mewarnai liga bola sepak negara ini.\u201cSaya percaya UiTM United mampu memberi cabaran positif biarpun dengan mengekalkan tradisi penggunaan 100 peratus kudrat dalam kalangan pemain tempatan,\u201d katanya yang menyatakan pasukan menggunakan bajet RM300, 000 bagi saingan musim ini.Mohd Sazili sebelum itu merasmikan pelancaran logo baharu dan pengenalan pemain UiTM United di Kompleks Pusat Sukan UiTM Shah Alam pada Khamis.Sebagai rekod, UiTM United merupakan penjenamaan semula UiTM FC yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia musim lagi sebelum menarik diri daripada saingan teratas Liga Super disebabkan kekangan kewangan.Dalam pada itu, pengurus UiTM United, Ahmad Tarmizy Mohammed menyasarkan kelompok empat terbaik pada penampilan pertama Liga M4.\u201cUiTM United tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjadi juara pada penampilan musim ini.\u201cSebaliknya pasukan akan memberikan persembahan sehabis baik bagi meraih slot empat terbaik liga seterusnya slot saingan Liga M3 pada musim depan,\u201d katanya.UiTM United akan menyingkap cabaran Liga M4 menentang kelab dari Terengganu, Real Chukai FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 07:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261186/berita/sukan/nor-hakim-hassan-sah-milik-skuad-penyu", "article_title": "Nor Hakim Hassan sah milik skuad Penyu", "article_text": "BEKAS pemain Selangor FC, Nor Hakim Hassan sah menjadi milik Terengganu FC (TFC) selepas menandatangani kontrak setahun dengan pasukan itu yang berpangkalan di Kuala Nerus.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Ab Rasid Jusoh pemain berusia 32 tahun itu akan memperkuat skuad Penyu bagi mengharungi pusingan kedua saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Konfederasi Asia (AFC) yang dijadual bermula Ogos depan.Beliau berkata, Nor Hakim yang juga bekas pemain kebangsaan akan mengemudi bahagian tengah yang ketika ini menjadi posisi kritikal skuad Penyu.\"Kita harap kehadiran Nor Hakim akan membantu menaikkan TFC ke kedudukan lebih baik di Liga Super dan kejohanan lain yang penting selepas ini,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, Nor Hakim berkata beliau gembira kerana akhirnya dapat pulang beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya selepas kali terakhir bersama T-Team FC pada 2015.Lebih menggembirakan, beliau juga akan berada di bawah bimbingan Tomislav Steinbruckner, jurulatih sama yang mengendalikan T-Team FC ketika itu.\"Sedikit sebanyak saya sudah faham dan tahu apa yang diinginkan coach (ketua jurulatih) Tomi daripada pemainnya. Ini antara faktor saya memilih berhijrah ke Terengganu.\"Bagaimanapun mungkin terdapat perubahan pada cara latihannya sesuai dengan perubahan masa. Apapun saya akan beri yang terbaik untuk membantu pasukan baharu nanti,\" katanya.Nor Hakim sebelum ini membantu Perak FC menjulang juara Piala Malaysia pada 2018 sebelum berkelana ke Selangor FC selama empat musim.Beliau juga membuat enam penampilan ketika bersama Harimau Malaya dengan kali terakhir beraksi di Piala Mitsubishi Electric 2022 yang menyaksikan Malaysia layak ke separuh akhir. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 06:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261143/berita/sukan/arsenal-sudah-sampai-prestasi-kemuncak", "article_title": "Arsenal sudah sampai prestasi kemuncak", "article_text": "BEKAS kapten berpengaruh Arsenal, Tony Adams memberi amaran bahawa The Gunners berada pada prestasi kemuncak selepas berakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah menurut Adams, kedudukan pengendali Mikel Arteta juga berkemungkinan dalam keadaan bahaya musim depan selepas gagal memanfaatkan peluang mengakhiri kemarau kejuaraan utama kelab London tersebut.\"Mikel Arteta bekerja keras untuk membawa Arsenal di kedudukan kedua musim ini dengan barisan keupayaan para pemain dimiliki.\"Namun apabila seorang pengurus telah berprestasi secara besar-besaran dan meningkatkan jangkaan kelab dengan begitu tinggi, selalunya akan berlaku kemerosotan jika tahap kecemerlangan tidak dikekalkan pada musim berikutnya.\"Apabila situasi itu berlaku berkemungkinan seseorang pengurus itu akan meninggalkan kelab menjelang Krismas,\" kata Adams.Arsenal mengakhiri saingan di tempat kedua EPL musim ini, penamat terbaik sensasi London tersebut sejak Arteta mengambil alih tanggungjawab sebagai pengendali.Arsenal mendahului lapan mata daripada Manchester City pada awal kempen dilihat bakal menjulang trofi utama kejuaraan kelab England buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun.Namun kemeruduman prestasi pada penghujung musim menyaksikan penyandang juara The Citizens kendalian Pep Guardiola kembali mengekalkan kejuaraan meninggalkan The Gunners menamatkan musim tanpa trofi.Bagaimanapun Adams percaya situasi itu tidak akan menimpa bekas pemain Arsenal tersebut yang pernah membawa kelab berkenaan menjulang Piala FA pada 2019/20.\"Saya tidak mencadangkan The Gunners menyingkirkan Arteta, tetapi saya takut situasi ini boleh menjadi yang terbaik untuk pengurusan kelab.\"Tiada siapa yang menjangkakan Arsenal akan menamatkan saingan pada tahap begitu tinggi musim ini.\"Namun persoalan seterusnya kepada semua itu ialah ke mana mereka dari sini selepas ini? Saya benci untuk menyatakan ini, tetapi saya percaya bahawa pasukan ini telah mencapai kemuncaknya.\"Saya tidak fikir mereka akan sampai ke tahap itu lagi. Mereka pastinya tidak akan mencabar Manchester City musim depan dan tanpa pengambilan pemain yang serius pada musim panas ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 02:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261092/berita/sukan/inter-mampu-tewaskan-city", "article_title": "Inter mampu tewaskan City", "article_text": "LEGENDA Barcelona, \u200b\u200bSergio Busquets meramalkan bahawa Inter Milan mempunyai keupayaan untuk mengejutkan Manchester City apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 11 Jun ini.Menurutnya, Inter Milan boleh menimbulkan ancaman terhadap City seperti yang dihadapi Barcelona apabila bergelut menentang gergasi Serie A itu musim ini.\"Semua orang fikir Manchester City akan menang, tetapi berhati-hati dengan Inter Milan. Pertama sekali, apa sahaja boleh berlaku di final dan ia bukan klise.\"Semuanya rumit apabila anda bermain menentang pasukan seperti Inter. Mereka mempunyai identiti yang jelas, lima pemain pertahanan, tiga pemain tengah dan dua penyerang. Inter bertahan dengan baik dan penyerang membantu pasukan.\"Kami telah menghadapi mereka dua kali musim ini dan kami bergelut. Mungkin mereka tidak mencipta banyak peluang, tetapi mereka akan bermain dengan dua penyerang menentang dua pertahanan Man City dan saya fikir mereka boleh menyakiti City dalam situasi ini. Apa sahaja boleh berlaku,\" katanya.Barcelona menghadapi skuad kendalian Simone Inzaghi itu dua kali musim ini yang menyaksikan mereka tewas 0-1 di San Siro dan seri 3-3 di Camp Nou.Inter berada dalam prestasi yang baik dan akan menuju ke final Liga Juara-Juara selepas merangkul Piala Itali menewaskan Fiorentina 2-1 baru-baru ini.Pasukan Nerazzurri juga telah menewaskan AC Milan, Benfica, dan Porto dalam perjalanan ke final Liga Juara-Juara dan City dijangka akan menjadi ujian paling sukar mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 10:48am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261091/berita/sukan/batal-lawan-yaman-papua-new-guinea-jadi-pengganti", "article_title": "Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti", "article_text": "PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihak persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) telah menghantar surat pembatalan tersebut lewat petang Selasa memaksa badan induk bola sepak itu mencari pengganti dalam kadar segera.Menurutnya, FAM telah menghubungi beberapa pasukan dan berjaya mendapatkan Papua New Guinea sebagai lawan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan tersebut.\"FAM menerima surat makluman rasmi daripada YFA pada jam 5 petang Selasa yang menyatakan hasrat membatalkan perlawanan tersebut atas alasan ketiadaan pemain utamanya kerana menyertai skuad B-23 negara berkenaan ke West Asian Championship di Iraq.\"Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.\"Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa, 20 Jun 2023,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu akan berdepan pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon bagi satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di venue sama pada 14 Jun.Sebagai rekod, Yaman di kedudukan ranking ke-157 dunia, manakala Papua New Guinea ke-159 dunia, berbanding Malaysia ke-138 dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 10:40am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261088/berita/sukan/martial-terlepas-final-piala-fa", "article_title": "Martial terlepas final Piala FA", "article_text": "PENYERANG Manchester United, Anthony Martial terpaksa diketepikan daripada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City, Sabtu ini kerana kecederaan hamstring.Martial mengalami kecederaan tersebut dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham baru-baru ini.Pemain Perancis itu yang masuk sebagai pemain gantian ketika United menang 2-1 ke atas Fulham itu telah melakukan imbasan terhadap kecederaannya itu dan tidak sempat pulih menjelang aksi bertemu City.\"Anthony Martial tidak dapat beraksi di final Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu akibat kecederaan.\"Dia cedera di bahagian hamstring ketika kemenangan 2-1 ke atas Fulham di Old Trafford.\"Pemeriksaan lanjut menunjukkan yang ototnya koyak dan pemain 27 tahun itu tidak dapat beraksi di Wembley,\" kata United dalam satu kenyataan.Martial terlepas dua perlawanan pertama United di EPL musim ini kerana masalah hamstring selain turut berdepan banyak lagi siri kecederaan yang menyaksikan dia hanya membuat 29 penampilan musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 10:21am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261086/berita/sukan/joao-felix-tiada-dalam-perancangan-chelsea", "article_title": "Joao felix tiada dalam perancangan Chelsea", "article_text": "CHELSEA tidak berminat untuk mengekalkan Joao Felix dan pemain sayap portugal itu akan kembali ke Atletico Madrid apabila perjanjian pinjaman tamat.Felix menyertai Chelsea secara pinjaman pada Januari untuk baki kempen 2022-23 dan telah menjaringkan empat gol dalam 20 penampilan bersama The Blues.Selepas mengharungi musim sukar dan berada di kedudukan ke-12 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengumumkan pelantikan Mauricio Pochettino sebagai ketua jurulatih baharu mereka.Presiden Atletico, Enrique Cerezo berkata, Chelsea sudah memaklumkan perkara tersebut kepadannya dan Atletico masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai Felix.\"Sebenarnya saya tidak boleh memberitahu anda rancangan dengan Joao.\"Ia adalah berita yang kami dapat semalam, bahawa jurulatih baharu tidak mempunyai perancangan untuknya di Chelsea. Kami belum ada apa-apa perancangan lagi, Joao adalah pemain Atletico sekarang,\" katanya.Atletico membeli Felix dari Benfica pada 2019 dengan nilai 114 juta pound (RM651 juta) dan menjadi perpindahan keempat termahal sepanjang zaman.Dia telah membuat 131 penampilan untuk pasukan Diego Simeone, menjaringkan 34 gol, dan membantu mereka memenangi gelaran LaLiga pada musim 2020-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 09:54am"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261084/berita/sukan/tak-boleh-sekat-gaji-pemain---syed-yazid", "article_title": "'Tak boleh sekat gaji pemain' - Syed Yazid", "article_text": "TINDAKAN pemilik kelab bola sepak yang menyekat gaji pemain adalah salah dan tiada undang-undang yang membenarkan perkara itu berlaku.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Syed Yazid Syed Omar berkata, peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga tidak mempunyai klausa tersebut dan pemilik kelab perlu membayar gaji pemain mengikut kontrak.\"Saya sudah berhubung dengan bahagian Undang-Undang FAM dan jelas tidak ada peraturan FIFA yang membenarkan pemilik untuk menamatkan kontrak jika tidak berpuas hati dengan prestasi pemain.\"Begitu juga dengan gaji. (Pengurusan) tidak boleh sekat gaji pemain disebabkan oleh prestasi yang tidak memuaskan. Pemilik kena bayar mengikut perjanjian dalam kontrak,\u201d katanya.Sebelum ini, kecoh mengenai dakwaan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang menahan 50 peratus gaji pemain susulan prestasi buruk The Reds Warriors (TRW) dalam Liga Malaysia ketika ini.Beliau menjelaskan, pengurusan pasukan juga tidak boleh membuang mana-mana pemain atau menamatkan kontrak pemain sesuka hati atas alasan pemain gagal menunjukkan prestasi yang terbaik.Katanya, pasukan hanya dibenarkan membuang pemain atas masalah disiplin dan tingkah laku melampau, namun pengurusan tetap perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.\"Kalau berkenaan prestasi pemain, memang tidak boleh sekat gaji pemain ataupun buang. Tetapi jika pemain melanggar disiplin atau bertindak kasar, pengurusan boleh keluarkan surat amaran terlebih dulu untuk meminta pemain berubah jika tidak mahu berdepan penyingkiran,\" katanya.Begitupun, sekiranya pihak pengurusan kelab bertegas untuk membuang pemain, pemilik kelab perlu berbincang atau mendapatkan persetujuan secara bersama.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 09:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261076/berita/sukan/young-tigers-perlu-manfaatkan-kelemahan-pakistan", "article_title": "Young Tigers perlu manfaatkan kelemahan Pakistan", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara dituntut memanfaatkan kelemahan dimiliki pasukan pilihan Pakistan apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan separuh akhir Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman awal pagi Khamis.Malah, pengendali The Young Tigers, Muhamad Amin Rahim percaya keputusan positif mampu dijelmakan sekiranya skuad mudanya lebih fokus dan berdisiplin berbanding ketika berdepan Oman.\"Ya, Pakistan sememangnya semua sedia maklum antara pasukan yang kuat dalam kejohanan ini apatah lagi ia pasukan utama mereka.\"Malah mereka beraksi dengan baik sepanjang aksi Kumpulan B dan hanya seri berdepan juara Kumpulan A, India.\"Sejujurnya ini merupakan antara perkara yang harus kita beri tumpuan menjelang aksi separuh akhir. Mereka memiliki kekuatan dari segi penyudah bahagian serangan menerusi counter attack dan pukulan sudut penalti.\"Namun di barisan pertahanan mereka agak sedikit lemah, dan kita akan gunakan peluang untuk melakukan serangan balas,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Young Tigers kendalian Muhamad Amin akan berdepan skuad muda kuasa hoki Asia itu selepas mengesahkan kemaraan selaku juara Kumpulan B setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Oman 1-0 awal pagi Selasa.Mesin gol Young Tigers, Shahmie Irfan Suhaimi muncul wira pasukan apabila menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 bagi gol keenam peribadi sepanjang kempen tersebut.Mengulas kemenangan tipis ke atas Oman, Muhammad Amin berkata:\"Alhamdulillah, kita berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah empat perlawanan peringkat kumpulan.\"Biarpun satu pencapaian agak baik, namun terdapat segelintir pemain yang mengambil sikap sambil lewa dari segi persembahan menentang Oman.\"Sikap sambil lewa ini perlu dibuang jauh apabila berdepan pasukan pilihan Pakistan di peringkat separuh akhir nanti.\"Biarpun mengakui Oman yang berstatus tuan rumah tampil berbeza daripada perlawanan sebelumnya, namun Muhamad Amin sedikit kecewa apabila para pemain kurang mengekalkan tahap disiplin tinggi.\"Ya, sememangnya Oman beraksi lebih agresif dan dapat membaca corak permainan kita, namun secara keseluruhan pasukan kita jauh lebih baik dari mereka.\u201cSaya amat berharap ini merupakan satu perlawanan terburuk terakhir Young Tigers dalam kejohanan ini, dan pemain akan kembali bangkit seperti dalam tiga perlawanan awal apabila berdepan Pakistan di separuh akhir.\u201cPara pemain perlu kembali konsisten seperti ketika berdepan Uzbekistan, Bangladesh dan Korea Selatan, dengan tidak terbawa-bawa persembahan menentang Oman apabila melayan Pakistan,\" katanya yang mengesahkan tiada pemain Young Tigers yang cedera atau digantung menjelang aksi separuh akhir itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 07:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261069/berita/sukan/skuad-badminton-kena-selektif-pilih-kejohanan", "article_title": "Skuad badminton kena selektif pilih kejohanan", "article_text": "SKUAD badminton negara perlu selektif memilih kejohanan bagi memastikan para pemain berada pada tahap optimum daripada aspek fizikal, mental dan emosi ketika mereka dalam misi mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim berkata, kecergasan pemain juga perlu menjadi faktor utama sebelum menghantar mereka kerana ia boleh menjejaskan prestasi ketika di gelanggang.Beliau bukan menafikan kecergasan pemain negara yang sememangnya berada pada tahap terbaik, namun ia boleh menurun disebabkan kepenatan melampau susulan kepadatan jadual kejohanan.\u201cPemain kita fit, kalau tak fit mereka tak mampu beraksi dengan baik pada Masters Malaysia selepas menyertai Piala Sudirman di China pertengahan bulan ini.\u201cMalah Pearly Tan dan M Thinaah boleh bermain rali yang panjang. Kalau tak fit mereka tak mampu mara ke final.\u201cTaktikal dan corak permainan semua bagus, semangat melawan juga hebat, tetapi disebabkan kepenatan (selepas mengharungi aksi sengit Piala Sudirman) keputusan naib juara juga sangat membanggakan peminat negara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Justeru, Roslin yang juga panel penasihat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap para pemain dapat berbincang dengan jurulatih mengenai penyusunan jadual sebelum menyertai mana-mana kejohanan.Beliau berkata, hanya pemain yang mengetahui tahap kesediaan serta kecergasan fizikal dan mereka perlu bijak untuk membuat keputusan berdasarkan nasihat serta pandangan jurulatih.\u201cJangan paksa (kerah kudrat yang melampau) kerana jika penat boleh berehat dua atau tiga hari sudah kembali cergas, tetapi kalau cedera, mungkin ambil masa berbulan-bulan untuk pulih.\u201cSiapa yang rugi terlepas kejohanan (akibat kecederaan). Jadi berbincang secara baik dengan jurulatih, pilih kejohanan. Setahun mungkin sekali back to back - sertai tiga kejohanan berturut-turut. Kejohanan lain mungkin boleh pilih,\u201d katanya.Pada Kejohanan Masters Malaysia 2023 yang berakhir Ahad lalu, Pearly-Thinaah mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit.Bagaimanapun rezeki tidak memihak mereka pada pusingan akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam 41 minit.Begitu juga dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal melangkah ke suku akhir setelah tewas 19-21, 21-16, 15-21 kepada pemain Taiwan, Lin Chun-Yi pada aksi pusingan kedua.Kegagalan pemain dari Alor Setar, Kedah itu disebabkan faktor kesihatan kerana mengalami pening selepas dia tampil cemerlang ketika membantu Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2023 di Suzhou.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2023 07:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261065/berita/sukan/fokus-satu-demi-satu-perlawanan", "article_title": "Fokus satu demi satu perlawanan", "article_text": "ENAM tonggak senior menjadi taruhan dalam kalangan 20 pemain skuad hoki remaja wanita negara apabila menyingkap saingan Piala Remaja Asia 2023.Lima daripada enam pemain itu merupakan pemain skuad yang memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 Kemboja baru-baru ini.Sebagai rekod, kejuaraan akan berlangsung di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara Gifu, Jepun dari 2 hingga 11 JunKejohanan ini juga akan menjadi pentas kepada 10 pasukan remaja wanita Asia merebut tiket ke Piala Dunia Remaja Chile.Piala Remaja Asia juga perlawanan kelayakan Piala Dunia Remaja dengan tiga slot bagi benua Asia menjadi rebutanYoung Tigress diundi dalam Kumpulan A bersama India, Korea, Taiwan serta Uzbekistan.Kumpulan B menampilkan Jepun, China, Hong Kong China, Indonesia dan Kazakhstan.\u201cPerlawanan pertama kami akan bertemu Taiwan diikuti India yang merupakan pasukan terkuat pada kejohanan ini, seterusnya Uzbekistan dan Korea Selatan pada perlawanan terakhir.\u201cKami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mengutip mata pada pertemuan dengan Taiwan serta Uzbekistan.\u201cPertemuan dengan Korea Selatan akan menjadi penentuan untuk kami mencapai sasaran layak ke separuh akhir sebelum cuba untuk muncul selaku tiga pasukan terbaik kejohanan dan seterusnya layak ke Piala Dunia Remaja Chile 2023,\u201d kata pengendali skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan.PIALA REMAJA ASIA 2023JUMAAT 2 JUNMalaysia lwn Taiwan, 11 pagiISNIN 5 JUNMalaysia lwn India, 11 pagiSELASA 6 JUNMalaysia lwn Uzbekistan, 11 pagiKHAMIS 8 JUNMalaysia lwn Korea Selatan, 1 petang", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 11:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261060/berita/sukan/apg-kemboja-2023-semua-atlet-selesai-jalani-proses-klasifikasi", "article_title": "APG Kemboja 2023: Semua atlet selesai jalani proses klasifikasi", "article_text": "SEMUA atlet paralimpik yang akan mewakili negara pada Sukan Para Asean (APG) Kemboja 2023 telah menjalani klasifikasi mengikut kelas dan jenis kekurangan sebelum dibenarkan menyertai acara masing-masing.Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja 2023, Noor Syahieda Mat Shah berkata, proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.\u201cBagi tahun ini, kita buat klasifikasi dalaman mengikut nama yang sudah disenarai pendek (ke Sukan APG 2023). Kita mohon bantuan daripada yang berkelayakan untuk memeriksa atlet kami sekiranya mereka layak bertanding mengikut kategori yang didaftarkan pada bulan lalu.\u201cPerkara ini sangat penting supaya kami dapat mengurangkan masalah (di Kemboja) dan sekiranya apa-apa berlaku di Kemboja kami boleh selesaikan namun sekarang kami berkeyakinan dan Insya-ALLAH semua berjalan lancar,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur.Noor Syahieda yang dilantik sebagai CDM wanita pertama APG berkata, dia akan memastikan semua perancangan yang dibuat berjalan lancar supaya tidak mengganggu fokus atlet para negara.Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan kontinjen negara menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada APG 2023 di Phnom Penh, Kemboja yang berlangsung dari 3 hingga 9 Jun ini.Kontinjen negara akan diperkuatkan dengan 144 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan dipertandingkan di Kemboja termasuk satu sukan demo iaitu e-sukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 11:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261053/berita/sukan/jun-hao-bermula-garang-di-terbuka-thailand", "article_title": "Jun Hao bermula garang di Terbuka Thailand", "article_text": "PEMAIN badminton perseorangan negara, Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok pada Selasa.Jun Hao bermula garang dengan menewaskan pemain India, Meiara Luwang Maisnam 16-21, 21-5, 21-16, sebelum menjinakkan rakan senegara Sholeh Aidil 21-15, 21-19.\u201cSaya memperoleh lebih keyakinan dan ketenangan pada perlawanan kedua, selepas saya dapat membiasakan diri dengan gelanggang. Saya akan berehat selepas ini dan bersedia untuk perlawanan esok,\u201d katanya yang akan berhadapan pemain Thailand Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama.Dua lagi pemain perseorangan negara Lee Shun Yang dan Yeoh Seng Zoe, pula gagal untuk layak selepas tewas perlawanan masing-masing.Dua pasangan beregu lelaki iaitu Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci juga gagal layak, selepas masing-masing tewas pada perlawanan pusingan kelayakan.V Shem-Khim Wah tewas 23-25, 21-16, 16-21, kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, manakala Xin Yuan-Tien Ci tewas 21-18, 15-21, 12-21, kepada pasangan Thailand Natthapat Trinkajee-Thanawin Madee.Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing juga menerima nasib yang sama, selepas tewas 14-21, 16-21 kepada Adnan Mualana- Nita Violina Marwah dari Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 10:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261048/berita/sukan/xin-yao-ungguli-pusingan-pertama-golf-remaja-saujana-100plus", "article_title": "Xin Yao ungguli pusingan pertama golf remaja Saujana-100PLUS", "article_text": "PEMAIN golf negara, Wang Xin Yao cemerlang apabila mendahului pusingan pertama kategori perempuan pada Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.Xin Yao yang mengakhiri saingan di kedudukan kelapan di Kejohanan Remaja Konfederasi Golf Asia Pasifik (APGC) di Manila, Filipina baru-baru ini mengakhiri pusingan pertama dengan catatan satu di bawah par 71 pada aksi yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club (SGCC).Dia memperoleh empat birdie dan dua bogey di sembilan lubang pertama dan kekal konsisten di hujung permainan.Xin Yao mengatasi pemain Australia kelahiran Malaysia, Amanda Gan dan Vanessa Chong Yi Wen yang berkongsi kedudukan kedua dengan lima di atas par 76.\u201cSaya mengalami selesema pada Isnin dan gembira dapat pulih dengan cepat sebelum aksi pusingan pertama.\u201cHari ini (Selasa) adalah hari yang baik kecuali bogey yang saya lakukan,\u201d kata Xin Yao yang akan beraksi dalam beberapa kejohanan di Amerika Syarikat bermula Jun hingga Ogos depan.Dalam pada itu, pemain Australia, Josiah Edward mendahului pusingan pertama bagi kategori lelaki selepas merakam satu di bawah par 71 untuk mengatasi 53 pencabar yang lain.Dua pemain, Nor Haqeim Nor Hadi dan Nathan Wong Tsen Jan berkongsi kedudukan di tempat kedua selepas masing-masing mencatat dua di atas par 74.Wan Hasnul Daniel, Japanese Daichi Hayashi dan Wan Muhammad Danial Hafiz berada di tempat ketiga dengan 75 pukulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 09:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261010/berita/sukan/peruntukan-rm20-juta-untuk-litar-drag-setiap-negeri-tidak-cukup", "article_title": "Peruntukan RM20 juta untuk litar drag setiap negeri tidak cukup", "article_text": "PERUNTUKAN RM20 juta untuk membangunkan litar drag di setiap negeri seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak mencukupi memandangkan kos penyelenggaraan menelan belanja besar selain keperluan menitikberatkan aspek keselamatan.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peruntukan yang dibentangkan kerajaan terdahulu pada Belanjawan 2023 juga tidak pernah dibahaskan serta mendapat kelulusan di Parlimen malah tiada input daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai projek berkenaan.\"Bukan sahaja duit, untuk membina litar drag ini melibatkan tanah yang besar dan kena dapatkan persetujuan kerajaan negeri. Dalam keadaan politik semasa yang mana kita ada kerajaan negeri berbeza-beza, bagaimana pengumuman itu boleh dibuat dan ada jangkaan untuk \u2018rollout\u2019...tak mungkin,\" katanya.BeliauBeliau berkata, aspek keselamatan dalam sukan permotoran juga sangat penting dan KBS menitikberatkan soal ini selain daripada keperluan penyelenggaraan litar.Hannah berkata, demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.Meskipun demikian, Hannah berkata, KBS akan memastikan sukan permotoran diberi perhatian dan pada tahun ini, terdapat peruntukan untuk program permotoran yang akan diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan Litar Antarabangsa Sepang juga menerima peruntukan bagi membuat program dan penambahbaikan.Mengenai program \"Road to Gold\u201d bagi pemain badminton dalam usaha meraih pingat pada Sukan Olimpik di Paris 2024, Hannah berkata, tiada ada sebarang perubahan senarai pemain badminton meskipun berlaku penurunan ranking dunia termasuk wakil negara yang tersingkir awal di kejohanan Masters Malaysia.Beliau berkata, syarat kelayakan program RTG adalah jelas iaitu bekas pemenang pingat Olimpik dan atlet yang berada dalam senarai 10 terbaik dunia berdasarkan sukan masing-masing.\"Tidak ada (pemain badminton keluar dan masuk program RTG) sebab syarat kelayakan itu sangat jelas. Kalau mereka hendak masuk mesti berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia,\" katanya.Hannah berkata, untuk menyingkirkan atlet daripada program RTG bukan perkara mudah kerana ia memerlukan perbincangan lanjut serta nasihat daripada penasihat teknikal seperti Datuk Dr Ramlan Aziz, Josiah Ng dan Datuk Lee Chong Wei.Ketika ini, ranking dunia pemain badminton menyaksikan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia menduduki nombor 10 dunia manakala beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di ranking ketiga dunia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di nombor tujuh dunia.Bagi beregu wanita negara pula, Pearly Tan-M Thinaah menduduki nombor 11 dunia namun dijangka meningkat selepas meraih gelaran naib juara Masters Malaysia Ahad lepas.Atlet badminton mendominasi senarai program RTG antaranya Zii Jia, dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.Selain pemain badminton, antara atlet yang menyertai senarai berkenaan ialah pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (terjun).Ditanya mengenai perseorangan lelaki Zii Jia, Hannah berharap pemain itu dapat fokus dan memberikan yang terbaik sepanjang kelayakan Olimpik terutama selepas mendapat jurulatih baharu Wong Tat Meng.\"Saya gembira untuk Zii Jia kerana sebelum pengumuman dia mempunyai masalah tiada jurulatih. Ia sangat penting buat dia mempunyai jurulatih dan bergerak ke depan kerana kita tahu dia mahu memenangi emas. Dia mengambil langkah memperbaiki dirinya,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 05:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/261009/berita/sukan/litar-drag-pacu-sukan-pemotoran-negara---ismail-sabri", "article_title": "Litar drag pacu sukan pemotoran negara - Ismail Sabri", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan perlu menimbangkan semula cadangan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri kerana ia mampu memberi impak yang besar dalam sukan permotoran di peringkat tempatan dan antarabangsa.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan utama pembinaan litar drag menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta adalah bagi memenuhi minat yang mendalam dalam kalangan belia di negara ini.\u201cTujuan utama pembinaan litar drag adalah untuk menghindarkan golongan muda daripada terlibat dengan budaya tidak sihat seperti perlumbaan haram, samseng jalanan dan melepak dengan menyediakan tempat untuk mereka beriadah.\u201cSaya mempunyai keyakinan tinggi bahawa pembinaan litar drag mempunyai impak yang besar dalam menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih dan melahirkan bakat baharu tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.\u201cSukan permotoran mempunyai minat yang tinggi dalam kalangan belia dan jelas kelihatan sewaktu saya menghadiri Program RXZ Members 4.0 di Gong Badak pada tahun lepas dengan kehadiran puluhan ribu anak muda dari seluruh negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Selasa memaklumkan bahawa pembinaan litar itu memerlukan kos yang tinggi selain perlu mengambil kira beberapa faktor lain termasuk penyelenggaraan yang menelan perbelanjaan besar.Justeru Ismail Sabri menjelaskan peruntukan sebanyak RM20 juta itu memadai sebagai dana awal melaksanakan program tersebut.Katanya, sekiranya peruntukan tersebut tidak mencukupi seperti yang disebut oleh Hannah, jumlah tersebut boleh ditambah pada tahun berikutnya sehingga litar drag itu dapat dibina di seluruh negeri.Beliau juga memahami walaupun Belanjawan 2023 telah dibentangkan tetapi tidak sempat dibahas dan diluluskan ketika pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia, namun dari segi kepentingan dan memenuhi aspirasi anak muda peruntukan sebanyak RM20 juta itu perlu diteruskan.\u201cPihak kerajaan seharusnya melihat secara mendalam tujuan sebenar pembinaan litar drag ini dan bukannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya dengan memberikan pelbagai alasan.\u201cSaya berharap Menteri Belia dan Sukan dapat turun padang dan melihat sendiri bagaimana litar drag sedia ada bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai sukan permotoran ini.\u201cIni merupakan tanggungjawab bersama oleh semua pihak terutama KBS agar belia negara terus terpelihara daripada penyakit sosial yang semakin membimbangkan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 05:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260997/berita/sukan/luqman-nooa-laine-perkuat-harimau-muda", "article_title": "Luqman, Nooa Laine perkuat Harimau Muda", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi isyarat bahawa skuad Bawah 23 Tahun (B-23) akan diperkuat dua pemain muda berpangkalan di luar negara menjelang pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand September ini.Ia selepas badan induk itu mengesahkan dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu penyerang, Luqman Hakim Shamsudin dan pemain tengah kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine dapat dilepaskan kelab masing-masing untuk menyertai skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan.Luqman Hakim, 21, beraksi untuk kelab Iceland, Njardvik FC sementara Nooa, 20, bermain bersama kelab Finland, SJK Seinajoki.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pusingan kelayakan itu mustahak dan berlangsung dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).\"FAM sudah berhubung dengan Luqman Hakim dan Nooa. Dua pemain ini memang dapat dilepaskan kali ini, jadi FAM harap skuad B-23 dapat bentuk pasukan yang mantap untuk pusingan kelayakan akan datang,\" katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.Pada pusingan kelayakan itu, skuad B-23 kebangsaan diundi dalam Kumpulan H bersama pasukan tuan rumah, Thailand, Bangladesh dan Filipina.Juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir tahun depan yang merupakan pentas merebut tiket beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.Mengulas lanjut, Hamidin berkata beliau telah berjumpa dengan Elavarasan dan meminta jurulatih berusia 61 tahun itu meningkatkan prestasi pasukan.Menjelang Kejohanan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2023 yang akan berlangsung di Chonburi pada Ogos ini, Hamidin berpendapat anak buah Elavarasan sekurang-kurangnya perlu mara ke peringkat separuh akhir.\"Tetapi kena ingat kejohanan B-23 AFF bukan dalam kalendar FIFA, ramai pemain tidak akan dilepaskan (kelab) jadi dia (Elavarasan) akan cuba pemain yang tidak terlibat dengan aksi Liga Malaysia,\" katanya.Baru-baru ini, pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang tidak berada dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA, skuad B-23 kebangsaan tersingkir seawal peringkat kumpulan sekali gus gagal mencapai sasaran layak ke final temasya sukan dwitahunan itu.Sebelum itu, Elavarasan membimbing pasukan berkenaan untuk muncul juara Piala Merlion di Singapura, Mac lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 04:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260971/berita/sukan/leicester-akan-bangkit", "article_title": "Leicester akan bangkit", "article_text": "LEICESTER City bertekad untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tergelincir ke saingan Liga Kejuaraan pada musim depan.Pengerusinya, Aiyawatt Srivaddhanaprabha juga menolak gesaan para penyokong yang mendesak supaya The Foxes dijual selepas kelab itu mengharungi kisah dongeng merangkul gelaran EPL tujuh tahun lalu.Malah The Foxes juga cemerlang apabila meraih Piala FA pada musim 2021 setelah menewaskan Chelsea 1-0.Ia adalah kejatuhan luar biasa The Foxes dan Srivaddhanaprabha telah menerima mesej yang menyinggung perasaan selain kecaman secara terang-terangan daripada penyokong.\u201cSaya telah menerima sejumlah besar mesej daripada peminat - positif dan negatif.\u201cAda yang mahu saya menjual kelab, ada yang menggunakan kata-kata menyinggung perasaan dan tidak bertimbang rasa. Ada yang secara terang-terangan menghina.\u201cSelain mesej menyakitkan, saya juga menerima mesej sokongan, penghargaan dan perpaduan. Ramai orang yang ditemui juga datang bertanya khabar kepada saya dan keluarga. Ia amat bermakna bagi kami,\u201d katanya.Bapa Srivaddhanaprabha, Vichai dan keluarganya membeli kelab itu pada 2010 dan membawa Leicester ke EPL empat tahun kemudian.Leicester menghasilkan kisah pasukan bukan pilihan terbesar bola sepak Inggeris dengan memenangi gelaran EPL pada 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 03:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260968/berita/sukan/hlc-diwujud-untuk-cungkil-bakat-sukan-tempur-olahraga-dan-renang", "article_title": "HLC diwujud untuk cungkil bakat sukan tempur, olahraga dan renang", "article_text": "PUTRAJAYA - Satu jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahmad Zahid yang akan mempengerusikan HLC itu pada 7 Jun ini berkata, jawatankuasa itu melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).\"HLC ini untuk memastikan negara tidak ketinggalan dan seiring dengan negara yang mempunyai pembangunan sukan yang maju,\" katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) di sini pada Selasa.Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan, Adam Adli Abdul Halim.Ahmad Zahid berkata, HLC itu juga akan melihat kepada mencungkil bakat dalam kalangan anggota tentera, polis dan badan penguat kuasa supaya mereka dilibatkan dalam pembangunan sukan negara.Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat JKPS hari ini bersetuju untuk mempelawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membiayai program sukan bagi memangkinkan pembangunan sukan negara.Katanya, JKPS juga mencadangkan peraturan pengecualian cukai kepada penaja dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan penambahan jumlah penajaan.Menurut Ahmad Zahid, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat JKPS hari ini semakan semula keanggotaan JKPS dan cadangan penubuhan Integriti Sukan Malaysia (MSI).Turut dibincangkan adalah prestasi kontinjen Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini serta cadangan pelaksanaan program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2025 dan Sukan SEA 2027 merentasi kementerian.Sementara itu, Hannah berkata, penubuhan HLC itu akan mempersiapkan atlet negara supaya tidak ketinggalan dalam Sukan SEA di Thailand pada 2025 dan Sukan Olimpik. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 02:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260946/berita/sukan/gaji-sudah-bayar-saya-nak-menang--norizam", "article_title": "'Gaji sudah bayar, saya nak menang'- Norizam", "article_text": "PARA pemain Kelantan FC mendapat suntikan semangat baharu untuk memburu kemenangan dalam saingan Liga Super apabila pemilik kelab, Norizam Tukiman mengesahkan pengurusan sudah membayar semua gaji dan tiada tunggakan.Malah beliau yang mesra disapa Zamsaham itu turut mengesahkan baki gaji sebanyak 50 peratus yang ditahan akan lunaskan kesemuanya.Justeru beliau menagih agar pemain dapat memberikan aksi terbaik berdepan Kelantan United pada Jumaat.\u201cSaya telah bayar semua gaji, tiada tunggakan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik.\u201cBagi perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.\u201cSaya nak menang sebenarnya. Itu sahaja,\u201d ujar Norizam menerusi catatan di Facebooknya pada Selasa.Norizam menjelaskan The Red Warriors tidak berdepan tunggakan gaji sehingga dua bulan dan meskipun ada pembayaran gaji yang dibuat secara berperingkat, semua pemain tetap mendapat gaji penuh.Bagaimanapun katanya, prestasi kurang memberangsangkan menyaksikan beliau terpaksa 'menahan' gaji kerana mahukan barisan pemain bangkit melakar kemenangan.\u201cSebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.\u201cTapi bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul. Saya bukan tolak, saya tahan.\u201cSaya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 01:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260947/berita/sukan/howe-mula-buat-kerja-rumah", "article_title": "Howe mula buat 'kerja rumah'", "article_text": "PENDATANG baharu Liga Juara-Juara, Newcastle membuat persiapan awal apabila akan mengintai pemain di seluruh dunia untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi saingan yang mencabar pada musim depan.Musim pertama dalam tempoh 20 tahun bertarung dalam kancah liga elit Eropah memaksa Eddie Howe untuk bekerja lebih keras membentuk pasukan yang hebat.Menurut Howe, satu perbincangan telah diadakan antara pengurus dan pegawai kelab mengenai persiapan menghadapi jendela perpindahan tidak lama lagi.\u201cKami telah mengadakan perbincangan (Sabtu lalu),\u201d katanya.Kecederaan menyebabkan Newcastle kurang berkesan pada musim ini walaupun mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat - tertinggi sejak 2003.Howe merasakan skuadnya tidak mempunyai ramai pemain berkualiti tinggi untuk memenangi perlawanan apabila terikat 1-1 dengan Chelsea Ahad lalu - aksi penutup tirai musim penuh EPL.\u201cIa sesuatu yang sukar kerana kami akan menghadapi banyak pertandingan musim depan, jadi kami memerlukan skuad yang sentiasa bersedia memberikan yang terbaik.\u201cTahun ini tidak terlalu banyak aksi, sudah tentu penambahan pemain bagi memperkuatkan pasukan sesuatu yang amat diperlukan pada musim depan.\u201cJelas sekali kami belum berada di tahap yang terbaik. Anda boleh lihat itu (menentang Chelsea), kami juga berdepan dengan masalah kecederaan,\u201d ujar Howe.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 01:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260931/berita/sukan/sterling-optimis-magis-pochettino", "article_title": "Sterling optimis magis Pochettino", "article_text": "PENYERANG sensasi, Raheem Sterling menyifatkan Mauricio Pochettino adalah bos yang 'betul' untuk mengembalikan era kegemilangan Chelsea dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Pochettino diumumkan secara rasmi sebagai pengendali baharu The Blues pada Isnin selepas dia menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan tambahan setahun.\u201cSewaktu dia di Tottenham saya sudah mendengar tentangnya dan dia adalah individu tepat yang kami perlukan,\u201d katanya.Chelsea menamatkan saingan EPL musim ini di tangga ke-12.Penyerang England, Sterling menyertai Chelsea dari Manchester City pada musim panas lalu dan jurulatih dari Argentina itu adalah bos keempatnya di Stamford Bridge selepas Thomas Tuchel, Graham Potter dan Frank Lampard.\u201cDia akan membawa daya kepimpinan berbeza. Dia akan mencabar pemain-pemain secara fizikal dan mental. Saya rasa dia akan datang ke sini membawa personaliti yang akan dihormati semua orang.\u201cItu yang kami perlukan, seseorang yang dapat mengawal keadaan,\u201d kata Sterling.Pochettino pernah membimbing Spurs ke final Liga Juara-Juara pada tahun 2019 sebelum menjadi bos Paris Saint-Germain dan memenangi Ligue 1 serta Piala Perancis.Jurulatih berusia 51 tahun akan membawa Chelsea ke Amerika Syarikat untuk persiapan pramusim pada Julai depan.Dia mengambil alih kelab daripada pengendali sementara dan legenda kelab, Lampard, yang kembali membimbing Chelsea selepas Potter dipecat bulan lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 12:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260906/berita/sukan/pemain-sabah-perlu-ubah-sikap---kim-swee", "article_title": "Pemain Sabah perlu ubah sikap - Kim Swee", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menuntut pemain-pemain The Rhinos mengubah sikap selepas ditunjukkan jalan keluar Kuala Lumpur City FC, 1-2 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas.\"Sabah tidak bermain seperti mana ketika sebelum pasukan menjaringkan gol. Selepas mendapatkan gol pertama kita mulai hilang fokus apabila membenarkan Kuala Lumpur menjaringkan gol.\"Separuh masa kedua Sabah berusaha kembali dalam permainan dengan menunjukkan kesungguhan, namun bagi saya semuanya telah terlewat apabila deretan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan gol.\"Dalam tiga perlawanan sebelum ini selepas Sabah mendahului kita dibolosi, namun kali ini setelah dibolosi gagal mendapatkan kemenangan selepas itu,\" kata Kim Swee selepas perlawanan tersebut.Dalam perlawanan itu, anak buah Kim Swee terlebih dulu mendahului menerusi sepakan penalti Gabriel Peres seawal minit keenam.Namun KL City kemudian bangkit lebih bertenaga menyamakan kedudukan menerusi Romel Morales (m-29) sebelum T Saravanan (m-44) memastikan The City Boys unggul di depan.Dalam pada itu, Kim Swee menegaskan akan menilai semula para pemain yang akan diturunkan selepas kekalahan kepada Kuala Lumpur City tersebut bagi perlawanan selepas ini.\"Saya percaya banyak bahagian pasukan Sabah yang perlu diperkemaskan selepas ini terutamanya selepas dibolosi dua gol setelah kita mendahului,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 09:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260893/berita/sukan/young-tigers-tutup-kempen-kumpulan-tanpa-kalah", "article_title": "Young Tigers tutup kempen kumpulan tanpa kalah", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara melabuh kempen Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023 dengan mengekalkan rekod tanpa kalah pada Selasa.Dalam perlawanan terakhir The Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim menewaskan pasukan tuan rumah, Oman 1-0 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman.Shahmie Irfan Suhaimi muncul wira The Young Tigers apabila menyempurnakan pukul sudut penalti pada minit ke-48 untuk mata ke- 12 pasukan negara.Terdahulu anak buah Muhamad Amin memulakan kempen pada Piala Remaja Asia 2023 dengan langkah kanan dengan menewaskan Uzbekistan 8\u20131, Bangladesh (5-1) dan Korea Selatan (3\u20131).Kemenangan itu juga membolehkan skuad negara muncul juara Kumpulan B dengan 12 mata, diikuti Korea Selatan (9 mata), Bangladesh (6 mata), Oman (3 mata) dan Uzbekistan (0 mata).Pada aksi separuh akhir pada Rabu, Malaysia akan berdepan naib juara Kumpulan A, Pakistan manakala Korea Selatan berdepan juara Kumpulan B, India untuk perebutan pentas perlawanan akhir.Sementara itu, Muhamad Amin mengakui tidak berpuas hati dengan persembahan para pemain The Young Tigers biarpun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan.Sebaliknya Muhamad Amin menuntut pemain-pemain mudanya mengembalikan semula aura pasukan seperti dalam tiga perlawanan sebelum ini.\u201cKami mencapai objektif untuk menutup perlawanan dengan kemenangan ke atas Oman, namun secara keseluruhan saya kurang berpuas hati terutamanya apabila deretan peluang menjaringkan gol padang dan gol pukulan sudut penalti gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.\u201cPara pemain juga agak sambil lewa dan pasukan akan menghadapi masalah pada separuh akhir nanti jika pemain tidak mengubah sikap ini.\u201cSaya amat berharap ini adalah merupakan satu perlawanan terburuk Young Tigers dalam kejohanan ini, dan pemain akan bangkit seperti dalam tiga perlawanan awal apabila berdepan Pakistan di separuh akhir.\u201cPemain perlu kembali konsisten seperti ketika berdepan Uzbekistan, Bangladesh dan Korea Selatan, dengan tidak terbawa-bawa persembahan menentang Oman apabila melayan Pakistan,\" katanya.Piala Remaja Asia 2023Separuh AkhirKHAMIS (1 JUN)Malaysia lwn Pakistan(Kompleks Belia Sultan Qaboos, 1 pagi)", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2023 07:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260866/berita/sukan/kontinjen-para-asean-sasar-33-emas", "article_title": "Kontinjen Para ASEAN sasar 33 emas", "article_text": "KONTINJEN Malaysia ke temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja awal bulan depan menyasarkan untuk meraih 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa.Sasaran tersebut berdasarkan kepada perbincangan bersama persatuan sukan kebangsaan pada temasya yang dijadualkan berlangsung di Phnom Penh bermula 3 hingga 9 Jun itu.Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, sasaran itu juga bersandarkan kepada maklumat terbaharu berkaitan keupayaan atlet bersaing dengan negara lain.Menurutnya, sasaran negara juga terjejas apabila penganjur tidak menyenaraikan 10 acara termasuk memanah dan tenis kerusi roda sekali gus Malaysia kehilangan tiga emas pada temasya dwi tahunan itu ya.\u201cMalaysia juga bakal kehilangan tiga emas apabila atlet Paralimpik Tokyo 202 iaitu Datuk Mohd Latif Romly, Ziyad Zulkifli dan Cheah Liek Hou tidak menyertai sukan Para ASEAN kali ini.\u201cKita percaya akan ada atlet yang mampu mencipta kejutan dan tidak mustahil menambah jumlah pungutan pingat keseluruhan untuk kontinjen Malaysia daripada Kemboja kali ini,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja 2023 yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Isnin.Turut diumumkan pada majlis itu ialah atlet boccia, Angeline Melissa Lawas sebagai pembawa Jalur Gemilang pada perarakan masuk kontinjen Malaysia di APG Kemboja.Dalam pada itu, Megat D Shahriman mengakui kemungkinan timbul beberapa isu yang terpaksa dihadapi atlet berikutan kali pertama Kemboja menjadi negara penganjur untuk temasya Sukan Para ASEAN.\u201cAntara yang dibangkitkan ialah isu penempatan atlet kerana perkampungan sukan belum siap sepenuhnya.\u201cSituasi itu mungkin mengakibatkan ada atlet terpaksa dipindahkan ke hotel di Phnom Penh sekali gus menimbulkan isu lain seperti pembekalan makanan halal untuk atlet beragama Islam seperti yang berlaku semasa Sukan SEA baru-baru ini.\u201cPegawai sekretariat kontinjen Malaysia dan MSN akan mengambil tindakan yang perlu bagi menangani isu itu dan yakin kesejahteraan atlet sentiasa dijaga,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 08:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260879/berita/sukan/henti-salahkan-hannah-msn-perlu-bertanggungjawab---hamidin", "article_title": "Henti salahkan Hannah, MSN perlu bertanggungjawab - Hamidin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meminta semua pihak berhenti menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas kegagalan Malaysia mencapai sasaran pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata, Hannah sudah bekerja keras walaupun baru dilantik sebagai menteri dan mempunyai tempoh yang singkat dalam menerajui persiapan kontinjen negara bagi temasya sukan dwitahunan itu.Hamidin berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meningkatkan lagi prestasi atlet negara selepas Malaysia hanya mengumpul keseluruhan 34 berbanding 40 emas yang disasarkan.\u201cBeliau (Hannah) buat tugas yang baik sehingga hari ini, kita tidak boleh menyalahkannya, beliau baru enam bulan (jadi menteri). Beliau setiap hari jumpa dengan presiden persatuan sukan kebangsaan,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan MOM di sini pada Isnin.\u201cDi sini MSN perlu bertanggungjawab juga kerana mereka antara yang berkolaborasi dengan persatuan. Kami akan lihat kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang Sukan SEA 2025 dan terutama Sukan SEA 2027 kerana kebanyakan dana datang dari MSN,\u201d tambah beliau.Kontinjen negara membawa pulang keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa di Kemboja, iaitu pencapaian yang sedikit lebih baik daripada kutipan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.Namun berdasarkan kedudukan carta pingat, Malaysia menamatkan saingan di posisi terburuk apabila menduduki tempat ketujuh buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA selepas menghuni tangga keenam pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Justeru, beberapa pihak mendesak Hannah membuat permohonan maaf susulan kegagalan di Kemboja, malah terdapat juga yang mempertikai kenyataan Ahli Parlimen Segambut itu bahawa ketidakstabilan politik menjejaskan prestasi barisan atlet negara.Sementara itu, Hamidin gembira dengan komitmen ditunjukkan Milo yang terus konsisten memberi sumbangan kepada kemajuan sukan negara menerusi perjanjian penajaan hingga 2028 dengan dana akan disalurkan bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.Perjanjian itu ditandatangani Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Ng Su Yen, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad Juan Aranols dan Hamidin.Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran bekas jaguh sukan dan atlet elit kebangsaan iaitu atlet wanita negara pertama beraksi di Sukan Olimpik, Annie Choong (olahraga), Tan Sri Dr M Jegathesan (olahraga), Datuk Soh Chin Aun (bola sepak), Nurul Huda Abdullah (renang), Datuk Rashid Sidek (badminton), Ng Shu Wai (gimnastik artistik) dan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 08:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260860/berita/sukan/saya-masih-boleh-bersabar-dengan-zii-jia---hamidin", "article_title": "'Saya masih boleh bersabar dengan Zii Jia' - Hamidin", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin masih menaruh kepercayaan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan sedia menunggu detik kebangkitan juara All England 2021 itu pada temasya sukan berprestij tersebut.Beliau berkata, peluang perlu terus diberikan kepada Zii Jia, yang diibaratkan sebagai aset kontinjen negara di Paris, untuk menemui semula rentak kecemerlangan sekali gus keluar daripada fasa prestasi kurang memberangsangkan ketika ini.\u201cSaya sebagai Ketua Kontinjen masih boleh bersabar, minggu depan saya ada pertemuan dengan dia lagi, beri dia peluang, kadang-kadang pemain ini ada masalah yang perlu diselesaikan. Kita perlu ingat ini aset, bukan senang kita nak gilap aset lain secara tiba-tiba, aset muda mungkin lima tahun lagi.\u201cTetapi kalau sampai satu masa dia tidak boleh buktikan, kita terpaksa buat satu keputusan...Saya yakin dia pemain yang bagus,\u201d katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Milo dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini pada Isnin.Dalam kemas kini ranking dunia terbaharu, Zii Jia yang terkandas di pusingan kedua kejohanan badminton Masters Malaysia baru-baru ini, jatuh dua anak tangga di posisi ke-10 selepas pernah menjadi nombor dua dunia pada Oktober tahun lepas.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, bermula sekarang barisan pemain badminton kebangsaan seharusnya berusaha sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan bagi meraih mata kelayakan ke Paris selain menimba pengalaman beraksi pada tahap yang tinggi.Pada masa sama, Timbalan Presiden MOM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu mengingatkan pemain badminton negara yang tidak berada dalam Road To Gold (RTG) masih berpeluang menyertai projek tersebut sekiranya menunjukkan pencapaian positif.Beliau berkata, perkara itu juga memberi mesej kepada barisan pemain sedia ada supaya tidak berasa terlalu selesa dan berisiko digugurkan.\u201cMacam pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (beregu lelaki) dan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki) antara yang berpotensi menyingkirkan pemain sedia ada ataupun dimasukkan selepas mencapai kriteria minimum iaitu berada dalam ranking 10 terbaik dunia,\u201d katanya.Hamidin turut menasihati barisan atlet negara supaya tidak memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terlalu memikirkan mengenai memenangi emas di Paris sebaliknya fokus kepada usaha meningkatkan prestasi dalam kejohanan yang bakal disertai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 08:15pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260850/berita/sukan/zamsaham-sedia-jawab-persoalan-penyokong", "article_title": "Zamsaham sedia jawab persoalan penyokong", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia untuk menjawab sebarang soalan daripada penyokong dalam satu majlis jamuan makan bersama penyokong pada Sabtu ini.Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengajak penyokong Kelantan FC bertemu sekali gus bersedia untuk meleraikan sebarang persolan yang sedang dihadapi pasukan pantai timur itu.\"Pada 3 Jun 2023 ini boleh hadir ke Zamburger Kelantan di Kota Bharu. Saya buat jamuan makan sambil bertemu dengan semua peminat TRW Kelantan FC. Masa jam 2 hingga 5 petang.\"Saya mohon maaf kerana jadual nak buat awal masa raya tak tercapai kerana saya hadir Expo halal di Kanada. Insya-ALLAH semua yang berkelapangan hadir pada 3 Jun 2023, Sabtu di Zamburger Kelantan, Kota Bharu.\"Ada ruangan sesi soal jawab. Jemput semua hadir,\" katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.Kelantan FC ketika ini berdepan kemelut tunggakan gaji apabila pemain pasukan itu mendedahkan tidak dibayar untuk bulan April.Ia sekali gus menambahkan masalah yang sudah melanda pasukan itu sebelum ini apabila bekas jurulatih, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mahu menyaman kelab itu berkaitan kontrak.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 07:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260849/berita/sukan/azizulhasni-gembira-kejayaan-di-hong-kong", "article_title": "Azizulhasni gembira kejayaan di Hong Kong", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang gembira dengan prestasi semasanya ketika ini setelah berjaya merangkul empat pingat emas dalam Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II yang berakhir pada Ahad.\u201cAlhamdulillah penutup yang sempurna hari ini (Ahad) apabila saya sekali lagi memenangi pingat emas dalam acara pecut lelaki.\u201cSecara keseluruhan saya mendapat empat pingat emas untuk empat acara dan sudah tentu saya berpuas hati dengan persembahan di sini,\u201d ujarnya menerusi catatan di Facebook pada malam Ahad.Pelumba yang berasal dari Terengganu itu juga berasa bangga kerana kejayaannya turut diikuti pelumba muda yang melakar pencapaian positif sekali gus menggambarkan Malaysia tidak ketandusan pelumba muda di arena antarabangsa.\u201cTahniah kepada rakan sepasukan saya Fadhil Zonis yang mendapat pingat gangsa selepas menewaskan pelumba dari Kazakhstan dengan kemenangan 2-1.\u201cTahniah juga buat pelumba muda negara, Amber Yong yang mendapat pingat emas untuk acara keirin wanita remaja sekali gus melengkapkan tiga pingat emas untuk kategori itu,\u201d katanya.Kejayaan dicipta The Pocket Rocketman itu adalah emas keduanya pada kejohanan itu selepas turut mengungguli acara keirin pada Sabtu.Sebelum itu, juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I Jumaat lepas.Sementara itu, dalam acara pecut wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjaya meraih gangsa selepas mengenepikan cabaran pelumba Korea Selatan, Park Jihae pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.Pelumba muda negara, Amber Yong pula cemerlang merangkul pingat emas menerusi acara pecut remaja wanita, menewaskan Valencia Tan dari Singapura yang memenangi perak, manakala gangsa menjadi milik pelumba Taiwan, Lin Jhih Yan.\u201cTerima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan sokongan dan doa untuk saya dan rakan sepasukan. Semoga pasukan lumba basikal Malaysia akan terus cemerlang. Insya ALLAH,\u201d ujar Azizulhasni.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 07:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260846/berita/sukan/pfam-terima-laporan-tunggakan-gaji-kelantan-fc", "article_title": "PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC", "article_text": "PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan sudah menerima laporan membabitkan tunggakan gaji pemain Kelantan FC.Presiden PFAM, Safee Sali berkata, pihaknya akan berhubung dengan pengurusan Kelantan FC bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum sebarang tindakan diambil.\u201cMemang ada laporan pasal kes Kelantan FC... jadi saya harapkan pemain lain berani ke depan membuat laporan supaya boleh buat perbincangan selanjutnya.\u201cBukan kita mahu cari kesalahan tetapi kita cuba selesaikan dengan cara baik untuk kebaikan kedua dua belah pihak di mana kita nak capai kata sepakat dan kata setuju.\u201cSekarang ini kes tidak boleh didedahkan secara terperinci tetapi PFAM memang sedar mengenai masalah ini. Saya rasa proses selepas ini, kita akan adakan perbincangan untuk menyelesaikannya,\u201d katanya.Kemelut dalaman membabitkan Kelantan FC terus parah bermula daripada pendedahan bekas jurulatih mereka, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mengenai masalah kelab tersebut.Ia berlarutan apabila terdapat beberapa pemain Kelantan FC yang mendedahkan masalah gaji yang belum dibayar sepenuhnya oleh pihak pengurusan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 06:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260838/berita/sukan/jojo-impi-raih-kontrak-rm460000-tali-pinggang-one-championship", "article_title": "Jojo impi raih kontrak RM460,000, tali pinggang ONE Championship", "article_text": "WALAUPUN usianya baru mencecah 16 tahun, peserta muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sentiasa menyematkan azam untuk meraih kontrak berprestij ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM460,000) dan merangkul tali pinggang kejuaraan.Meneruskan aksi menakjubkan dalam siri ONE Championship, Muhammad Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo telah menampilkan satu lagi persembahan mengagumkan dalam kejohanan itu pada Jumaat.Peserta muda Malaysia itu berjaya menarik perhatian penonton apabila melepaskan pukulan knockout (KO) terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee.\"Sasaran saya untuk mendapatkan kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 tetapi matlamat utama saya untuk bergelar juara ONE Championship,\" katanya di Bangkok baru-baru ini.Johan yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap turut meraih Bath 350,000 (RM46,000) untuk pukulan knockout kedua berturut-turut.Pada Februari lepas, Johan mengejutkan peminat melakarkan penampilan sulung menakjubkan apabila hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya dari Thailand, Padetsuk Fairtex, 18, dalam pertarungan Flyweight Muay Thai.\"Saya rasa tali pinggang ONE Championship ditakdirkan untuk saya. Saya adalah masa depan,\" katanya kepada orang ramai di Stadium Lumpinee selepas memenangi pertarungan itu pada Jumaat.Johan sekali lagi memberikan aksi yang mengujakan, mempamerkan kemahiran dan keazamannya untuk memastikan kemenangan.Walaupun mengalami luka berdarah di bahagian kepala dan ejekan berterusan daripada Tai yang mempamerkan provokasi 'melampau' apabila menjelirkan lidah, namun gagal menghentikan aksi Johan apabila memberi tumbukan padu tanpa henti.Beliau menumbangkan lawannya selepas memberi tumbukan padu menyebabkan Tai jatuh dan keluar.\"Menyedari luka pendarahan itu, pengadil boleh hentikan pertarungan pada bila-bila masa. Jadi saya berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan pantas,\" katanya.Mengenai impiannya untuk meraih kontrak dan tali pinggang ONE Championship, Johan mengakui keraguan menyelubungi hasratnya.\"Beberapa tahun lalu orang menganggap impiannya untuk bertanding dalam ONE Championship terlalu hebat. Kini impiannya itu menjadi kenyataan.\"Sekarang saya mengejar matlamat baharu. Saya faham keraguan mungkin akan timbul semula. Namun begitu, saya komited sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik dan membuktikan mereka yang ragu-ragu itu adalah salah,\" katanya.Johan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan beliau dalam tempoh enam tahun lepas.Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada jurulatihnya, Addy Singpayak yang konsisten memastikan latihannya kekal berada di landasan yang betul. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 05:29pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260805/berita/sukan/indonesia-ujian-awal-harimau-muda", "article_title": "Indonesia ujian awal Harimau Muda", "article_text": "PASUKAN bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan ujian awal bertemu pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia dalam kumpulan B kejuaraan B-23 AFF 2023 yang akan berlangsung di Thailand, Ogos depan.Ia sekali gus menyaksikan skuad Harimau Muda bertemu Indonesia buat kali ketiga berturut-turut selepas diundi dalam kumpulan sama pada 2019 dan 2022.Selain Indonesia, skuad kendalian E Elavarasan itu juga diundi bertemu Timor Leste dengan juara kumpulan dan pasukan kedua terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir.Skuad negara dijadualkan bertemu Indonesia pada 18 Ogos sebelum menentang Timor Leste pada 22 Ogos.Dalam pada itu, juara bertahan, Vietnam diundi dalam kumpulan C bersama Vietnam, Filipina dan Laos manakala Kumpulan A dihuni tuan rumah Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar.Sebelum ini, Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi 2022 di Kemboja selepas tewas dua kali kepada Laos dengan hanya dua pasukan bertanding memandangkan Myanmar dan Indonesia menarik diri.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 03:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260792/berita/sukan/guardiola-harap-pemain-cedera-sempat-sembuh", "article_title": "Guardiola harap pemain cedera sempat sembuh", "article_text": "KEM Manchester City diselubungi keresahan ekoran kecederaan tiga tonggak ketika misi besar The Citizens memburu kejuaraan treble menjelang dua aksi final bulan depan.Jurulatihnya, Pep Guardiola mendedahkan, Kevin De Bruyne, Jack Grealish dan Ruben Dias bergelut dengan masalah kecergasan menjelang aksi final Piala FA menentang Manchester United Sabtu ini.Pemain tengah Belgium, De Bruyne, pemain sayap England, Grealish dan pertahanan Portugal, Dias tidak dapat beraksi ketika City kalah 0-1 di Brentford pada Ahad akibat kecederaan.Jaringan tunggal Ethan Pinnock pada minit ke-85 menjadikan Brentford satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan City sebanyak dua kali musim ini dan ia yang kelima sejak Guardiola membimbing pasukan itu pada tahun 2016.\u201cRuben, Jack dan Kevin tidak dapat bermain. Saya percaya mereka akan sempat pulih tetapi mereka belum sedia untuk berlatih.\u201cSebab itu anda hanya lihat mereka tidak bermain hari ini,\u201d kata Guardiola.Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang akan menentang Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara pada 10 Jun, berada di landasan tepat untuk mengulangi kejayaan United pada tahun 1999 memenangi tiga trofi utama dalam semusim.Bagaimanapun misi menewaskan seteru tetangga itu di Wembley hujung minggu ini akan terjejas sekiranya ketiga-tiga tonggaknya itu tidak sempat pulih daripada kecederaan mereka.\u201cKami akan beraksi sedikit berbeza jika mahu menang. Setakat ini saya gembira dengan cara kami bermain.\u201cSaya katakan kepada pemain, anda sudah memenangi gelaran, nikmati cuti dua hari bersama keluarga dan kemudian kita akan bersedia untuk final yang pertama,\u201d ujar Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 01:35pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260767/berita/sukan/leicester-tersingkir-everton-terselamat", "article_title": "Leicester tersingkir, Everton terselamat", "article_text": "LEICESTER City tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya tujuh tahun selepas kejayaan menjulang trofi liga tersebut.Everton pula terselamat dan akan kekal di liga utama Inggeris itu untuk tempoh 69 tahun apabila menewaskan Bournemouth 1-0 semalam.Leeds United juga akan kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim dalam EPL selepas tewas 1-4 kepada Tottenham Hotspur.Abdoulaye Doucoure muncul wira Everton selepas pemain tengah Mali itu meledak gol pada minit ke-57 untuk mencetuskan sambutan meriah di sekitar Goodison Park.Sebaliknya, Leicester kecewa apabila mereka tersungkur, walaupun menang 2-1 ke atas West Ham.\"Terdapat masalah dalam pasukan tetapi ia tidak serius dan kami membuktikannya. Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi.\"Kami tidak sepatutnya berada di kedudukan ini dan kami perlu belajar mengatasinya,\" kata pengurus Everton, Sean Dyche.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 11:17am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260762/berita/sukan/lampard-akhiri-tugas-di-chelsea-dengan-kekecewaan", "article_title": "Lampard akhiri tugas di Chelsea dengan kekecewaan", "article_text": "FRANK Lampard mengakui kecewa dengan prestasi pemain bintang Chelsea yang telah menurun sekali gus memberikan kesan kepada kelab tersebut.Lampard mengharungi perlawanan terakhir sebagai pengendali sementara Chelsea dalam perlawanan yang menyaksikan The Blues diikat 1-1 dengan Newcastle United.Memegang status sebagai penjaring gol terbanyak Chelsea, Lampard akan sentiasa dipandang tinggi oleh peminat kelab itu.Bagaimanapun, Lampard percaya Mauricio Pochettino yang akan mengambil alih kelab itu nanti berdepan tugas berat untuk membentuk kembali Chelsea.Penamat tempat ke-12 Chelsea itu menyaksikan mereka menamatkan saingan di kedudukan tengah-tengah liga sejak 1995-96.Mereka juga mencatat pungutan mata terendah dan gol yang dijaringkan dalam era Liga Perdana.Hanya dua tahun selepas Thomas Tuchel membawa mereka menjuarai Liga Juara-Juara, Chelsea berada dalam krisis.\"Standard secara kolektif sudah menurun. Saya boleh jujur mengenainya sekarang kerana ia adalah perlawanan terakhir saya, saya mungkin tidak melihat sebahagian daripada mereka lagi,\" kata Lampard.\"Standard untuk kelab seperti Chelsea perlu berada pada tahap maksimum atau anda tidak akan cukup kompetitif dari segi fizikal atau anda tidak akan dapat bermain pada tahap yang tinggi.\"Jika anda tidak bersama di bilik persalinan, dan anda tidak lantang di bilik persalinan membantu antara satu sama lain serta berdaya saing kerana saya mahukan tempat anda dan anda mahukan tempat saya. Mana-mana pasukan pun akan berada dalam keadaan sukar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 10:53am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260759/berita/sukan/pencapaian-terburuk-klopp-bersama-liverpool", "article_title": "Pencapaian terburuk Klopp bersama Liverpool", "article_text": "LIVERPOOL menutup saingan Liga Perdana Inggris (EPL) dengan 11 perlawanan tanpa kalah, namun tidak mampu menafikan hakikat bahawa 2022-23 adalah musim terburuk Jurgen Klopp mengemudi The Reds.Pasukan itu dipaksa untuk bangkit sebelum meraih keputusan seri 4-4 menentang Southampton di Stadium St Mary pada Ahad.Liverpool mensia-siakan dua gol awal Diogo Jota dan Roberto Firmino selepas gawang dibolosi dua gol Kamal Sulemana dan masing-masing satu gol dari James Ward-Prowse serta Adam Armstrong.Penyerang Belanda, Cody Gakpo mencetuskan kebangkitan dengan gol pada minit ke-72 sebelum Jota menyamakan kedudukan seminit berselang.Keputusan perlawanan menentang Southampton memang tidak mengubah nasib Liverpool yang mengakhiri saingan liga di kedudukan kelima EPL.Namun, dengan satu mata tambahan itu menyaksikan pasukan kendalian Klopp itu hanya mengumpul 67 mata dalam 38 perlawanan.Statistik Squawka menunjukkan Liverpool mengharungi musim terburuj di bawak Klopp dengan pengendali dari Jerman itu mula mengambil alih Liverpool pada penghujung musim 2015 sebelum memulakan tugas sepenuhnya pada musim 2016-17.Sepanjang enam musim terakhir Klopp mengemudi Liverpool, mereka tidak pernah mengakhiri liga di luar kelompok empat terbaik.\"Syukur untuk 11 perlawanan terakhir kerana ia sangat membantu. Ia memberi kami rangsangan sebenar, memberi kami perspektif, memberi kami asas untuk apa yang perlu kami lakukan.\"Ia tidak akan mengubah musim ini menjadi yang terbaik, kami menyedarinya. Kami sangat kecewa dengan hakikat bahawa kami gagal menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.\"Kami menempuhi musim yang buruk, kami berada di tempat kelima, itu juga satu mesej. Bayangkan kami dalam keadaan yang normal, yang pastinya kami akan kembali pada musim depan dan akan kembali menjadi pencabar,\" kata Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 10:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260755/berita/sukan/kagum-kekentalan-pearly-thinaah---jurulatih", "article_title": "Kagum kekentalan Pearly-Thinaah - Jurulatih", "article_text": "JURULATIH beregu wanita negara, Hoon Thien How kagum dengan kekentalan dipamerkan Pearly Tan-M.Thinaah selepas gandingan itu mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit pada Masters Malaysia 2023 yang berakhir pada Ahad.Beliau berkata, semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu meskipun Pearly baharu sahaja pulih daripada jangkitan virus influenza April lepas.\"Sebelum ini dalam kejohanan tak pernah tengok mereka main sampai satu jam 51 minit, latihan lain, pertandingan agak terkejut sebab Pearly pun baru pulih dari flu, tapi boleh bertahan sampai macam ini memang bagus.\"Sebelum ini mereka terpaksa tarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mereka berlatih hanya lima hari sebelum menyertai Piala Sudirman dan terus Masters Malaysia, prestasi bagus,\u201d katanya kepada pemberita selepas aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena di sini, pada Ahad.Di Masters Malaysia, Pearly-Thinaah mencipta sensasi apabila menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 51 minit sebelum mengetepikan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun 21-18, 8-21, 21-19 untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.Pemenang pingat emas Terbuka Perancis 2022 itu kemudian melangkah ke final selepas membenam lawan dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21 dalam masa satu jam 33 minit.Di pusingan akhir pada Ahad, gandingan itu terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan pertama di laman sendiri selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam 41 minit.Sementara itu, Thien How berkata, dalam memastikan Pearly-Thinaah dapat memantapkan lagi ketajaman serangan mereka, pasangan itu akan membuat sparing bersama beregu lelaki negara sebagai persediaan ke Terbuka Singapura 2023 bulan depan.\"Untuk kecergasan, seminggu ini kita akan kekalkan sahaja, tak boleh paksa, sebab tinggal empat hari sahaja untuk berlatih lepas tu mereka mesti penat jadi kita kekalkan tahap kecergasan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 09:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260754/berita/sukan/united-optimis-rangkul-piala-fa", "article_title": "United optimis rangkul Piala FA", "article_text": "MANCHESTER United akan mengerahkan segala kudrat untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City dalam aksi final Piala FA awal bulan depan.Jurulatihnya Erik ten Hag optimis The Red Devils berpeluang memenangi trofi tersebut dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Wembley.\"Masih ada satu lagi perlawanan dan saya yakin para pemain akan memberikan segalanya untuk menewaskan City hujung minggu ini.\"Jika anda (peminat) menyokong kami, saya yakin kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk merampas kembali piala itu ke Old Trafford,\" ujar ten Hag.United mengesahkan tiket kelayakan Liga Juara-Juara setelah menewaskan Chelsea Jumaat lalu, The Red Devils mengesahkan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir kempen.United bangkit daripada gol tandukan awal Kenny Tete sebelum David De Gea menyelamatkan sepakan penalti Aleksandar Mitrovic.Jadon Sancho dan Bruno Fernandes kemudian memastikan kemenangan 2-1 menentang Fulham di Old Trafford pada Ahad.Para pemain diberi sambutan gemilang sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas,\u201cPertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain. Mereka telah menempuhi satu musim yang cemerlang.\u201cMereka juga disokong oleh kakitangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga kakitangan kami.\u201csaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda (peminat). Sepanjang musim ini kami berjuang dengan sangat hebat di Old Trafford dan di tempat lawan.\u201csumbangan anda yang telah menyokong kami amat dihargai - ia menakjubkan, jadi terima kasih,\" ujar ten Hag.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 09:21am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260753/berita/sukan/solari-tabik-pemain", "article_title": "Solari tabik pemain", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari memberikan kredit kepada barisan pemain yang disifatkannya telah beraksi mantap ketika berdepan Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.Menurut Solari, biarpun ada antara mereka (pemain), yang telah lama tidak beraksi akibat kecederaan, namun kesemuanya telah memberikan yang terbaik di sepanjang perlawanan hingga menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menang 5-0.\u201cKita telah mengharungi perlawanan yang sukar hari ini (Ahad), tambahan pula kita memberikan minit (permainan) kepada pemain-pemain yang mahu beraksi seperti mana yang mereka tunjukkan dalam sesi latihan.\u201cApa pun, saya akui di peringkat awal permainan, pasukan kita berdepan tentangan sengit lawan, tetapi setelah kita mendapat jaringan pertama, permainan kita juga mula berubah.\u201cIni dapat dilihat pada separuh masa kedua apabila kita banyak mencipta peluang dan ini ternyata bukan sesuatu yang mudah bagi pemain-pemain yang kita turunkan kali ini, tahniah kepada mereka,\u201d katanya.Untuk rekod, JDT menang 5-0 hasil jaringan sendiri pemain import Penang FC, Ousmane Fane pada minit ke-32, diikuti Jordi Amat (min-38), Arif Aiman Hanapi (min-49), Corbin Ong (min-58) dan Syafiq Ahmad (min-90 ).Kemenangan itu menyaksikan di peringkat separuh akhir kela, JDT bakal berdepan Selangor FC yang menewaskan Negeri Sembilan FC, 3-1, pada satu lagi aksi suku akhir pada Ahad.Mengulas mengenai aksi separuh akhir, Solari menegaskan skuad kendaliannya itu telah bersedia secukupnya untuk beraksi berdepan skuad Red Giant itu.Malah, Solari turut menjangkakan tentangan sengit daripada pihak lawan di sepanjang perlawanan kelak.\u201cSudah pasti perlawanan ini lebih sukar buat kita...tapi dalam masa sama, ia memberikan peluang untuk pasukan kita mempamerkan aksi bola sepak yang terbaik nanti.\u201cApa pun, fokus kita adalah untuk berdepan Penang FC sekali lagi bagi saingan Liga Super hujung minggu ini dan kita akan beraksi di gelanggang lawan,\u201d katanya.Pertahanan Pulau Pinang cuba mengekang pergerakan pemain ganti an JDT, Akhyar Rashid (tengah), pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.Penang FC dapat pengajaran berguna di Iskandar Puteri\"PENGALAMAN dalam proses mematangkan permainan lebih penting berbanding jumlah bolos ketika berdepan kelab berkualiti seperti Johor Darul Ta'zim (JDT),\"Itu reaksi penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid selepas skuad Harimau Kumbang tersebut tewas 0-5 pada aksi suku akhir Piala FA 2023 kepada Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad.\"JDT sebuah pasukan yang hebat di semua posisi dalam kalangan kelab yang Penang FC telah berdepan musim ini.\"Kualiti yang dimiliki JDT menuntut pasukan yang berdepan kelab itu untuk lebih melakukan persediaan awal.\"Bercakap mengenai kelemahan, banyak perkara yang perlu diperbaiki lagi Penang bagi memantapkan persediaan pasukan mengharungi baki saingan,\" katanya sejurus tamat perlawanan pada Ahad.Pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membuka jaringan hasil gol sendiri pertahanan import Harimau Kumbang, Ousmane Fane pada minit ke-32.Empat gol lagi dijanakan menerusi Jordi Amat (min-38), Arif Aiman Mohd Hanapi (min-49), Corbin-Ong (mkn-58) dan pemain gantian Syafiq Ahmad meledak gol ke lima pada masa kecederaan bagi mengesahkan kemaraan juara bertahan itu untuk Selangor FC di separuh akhir.\"Jika hendak bandingkan JDT dengan Penang FC, adalah tidak adil, namun yang lebih baik kita positif adalah pasukan mendapat pengalaman dari perlawanan ini untuk aksi seterusnya.\"Sebenarnya kualiti, teknikal dan taktikal dimiliki JDT berbeza dengan pasukan lain baik untuk Liga Malaysia.\"Dan sesuatu yang baik dan positif untuk dicontohi pasukan lain dalam Liga Malaysia,\" tambah Manzoor Azwira lagi.\"Sebenarnya sebelum perlawanan saya sudah maklumkan kepada para pemain Penang yang kita tidak rugi apa-apa pun dari perlawanan hari ini.\"Walaupun kita tidak layak ke separuh akhir namun para pemain mendapat sesuatu pengajaran seterusnya mematangkan permainan pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 09:11am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260747/berita/sukan/young-tigers-dituntut-tutup-kempen-kumpulan-dengan-kemenangan", "article_title": "Young Tigers dituntut tutup kempen kumpulan dengan kemenangan", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara dituntut sekali lagi untuk mengekalkan rentak kemenangan apabila melayan tuan rumah Oman dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman pada Selasa.Malah biarpun telah mengesahkan slot ke separuh akhir, pengendali The Young Tigers, Muhamad Amin Rahim mengingatkan para pemainnya untuk mengekalkan rekod bersih menang semua perlawanan.Namun pada masa sama jelasnya, para pemain negara harus bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kekal fokus dengan matlamat serta objektif pasukan.\u201cOman ada kelebihan selaku tuan rumah, pasti mereka akan turun dengan kelebihan tersebut. Selain itu juga mereka bermain agak fizikal serta agresif.\u201cNamun saya yakin dengan kemampuan para pemain The Young Tigers berdasarkan penampilan di sepanjang kejohanan ini.\u201cBiarpun begitu sekali lagi saya ingin ingatkan para pemain bahawa setiap mereka harus kekas fokus dan konsisten untuk semua perlawanan sepanjang kejohanan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Skuad muda negara kendalian Muhamad Amin memulakan kempen pada Piala Remaja Asia 2023 dengan langkah kanan dengan menewaskan Uzbekistan 8\u20131, Bangladesh (5-1) dan Korea Selatan (3\u20131).Pada masa sama Muhamad Amin memuji komitmen dan disiplin tinggi yang dipamerkan para pemainnya dalam tiga perlawanan terakhir kumpulan sebelum ini.\u201cUntuk tiga perlawanan yang telah kita harungi ini, pemain telah menunjukkan disiplin yang baik sebagai satu pasukan.\u201cMalah setiap mereka telah mengikut game plan yang dirancang barisan kejurulatihan dengan baik dan sempurna serta memahami setiap tugasan yang diberikan kepada mereka.\u201cBuat masa ini tiada kecederaan serius dialami pemain-pemain dan tiada pemain yang terlepas perlawanan berdepan Oman akibat penggantungan,\u201d katanya.PIALA DUNIA REMAJA 2023Kumpulan BSELASA (30 MEI)Malaysia lwn Oman, 12.30 tengah malam", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mei 2023 08:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260740/berita/sukan/azizulhasni-tambah-koleksi-emas-keempat-di-hong-kong", "article_title": "Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.Pada hari terakhir saingan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 yang berlangsung di Velodrom Hong Kong, Mohd Azizulhasni menyambar emas acara pecut lelaki menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, menurut www.uci.org.Mengiringi kejayaan Mohd Azizulhasni di podium adalah seorang lagi pelumba elit negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk membawa pulang gangsa.Mengiringi kejayaan Azizulhasni di podium, Muhammad Fadhil (kanan) yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk membawa pulang gangsa. - Foto Facebook Azizulhasni AwangKejayaan dicipta The Pocket Rocketman itu merupakan emas keduanya di kejohanan itu selepas turut mengungguli acara keirin semalam.Sebelum itu, juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I yang hanya berlangsung sehari pada Jumaat lepas.Sementara itu, saingan pada Ahad menyaksikan pelumba wanita negara, Anis Amira Rosdi kempunan menaiki podium selepas menamatkan saingan final keirin di kedudukan keempat di belakang tiga pelumba Korea Selatan iaitu Lee Hye-jin (emas) diikuti Kim Ha-eun (perak) dan Cho Sun-young (gangsa). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 11:49pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260733/berita/sukan/jdt-lolos-ke-separuh-akhir-piala-fa", "article_title": "JDT lolos ke separuh akhir Piala FA", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA 2023 apabila menewaskan Penang FC, 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.Kemenangan itu menyaksikan JDT bakal berdepan Selangor FC yang menewaskan Negeri Sembilan FC, 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.Pada aksi suku akhir itu, skuad Harimau Selatan dilihat bermula garang sebaik wisel permulaan dalam usaha membuka jaringan.Bagaimanapun, jentera serangan skuad kendalian Esteban Solari itu dilihat buntu untuk menembusi benteng pertahanan skuad Harimau Kumbang, malah hampir dibolosi beberapa kali hasil serangan balas pelawat.Peluang terbaik JDT untuk membuka jaringan hadir pada minit ke-18 apabila penjaga gol Penang FC, Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri gagal menangkap kemas rembatan deras pemain import JDT dari luar kotak penalti.Namun keadaan itu gagal dimanfaatkan penyerang import, Diogo Santo apabila Muhammad Azfar tangkas menyelamatkan bola.JDT bagaimanapun berjaya membuka jaringan hasil jaringan sendiri pemain Penang FC, Ousmane Fane pada minit ke-32.Gol itu nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang Penang FC bagi menambah jaringan dan usaha berkenaan berhasil apabila pemain pertahanan, Jordi Amat meledakkan gol kedua pada minit ke-38.Penghujung babak pertama menyaksikan penyerang import Fernando Forestieri hampir menambah jaringan, namun rembatannya gagal menepati sasaran untuk kedudukan 2-0 kekal memihak buat tuan rumah.Babak kedua menyaksikan JDT semakin garang mengasak ke pintu gol pelawat dan kali ini giliran pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ketiga perlawanan pada minit ke-49.Ketinggalan tiga gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat kesebelasan Penang FC untuk mengasak ke gawang JDT bagi merapatkan jurang gol.Bagaimanapun, akibat sedikit kelekaan, gawang Penang FC dibolosi lagi pada minit ke-58 dan kali ini oleh pemain pertahanan JDT, Corbin Ong.JDT kemudiannya menjaringkan gol ke lima pada minit ke-60 namun jaringan penyerang import, Diogo Santo dibatalkan kerana ofsaid.Biarpun selesa memimpin perlawanan, namun kesebelasan JDT dilihat masih mengasak hebat ke gawang Penang FC bagi menambah jaringan dan hasilnya, pemain gantian, Safiq Ahmad meledak gol ke lima pada masa kecederaan bagi mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan ke separuh akhir Piala FA.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:22pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260730/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-terlepas-gelaran-sulung-masters-malaysia", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun terlepas gelaran sulung Masters Malaysia", "article_text": "BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal merangkul kejuaraan Masters Malaysia 2023 apabila tewas 15-21, 24-22, 19-21 kepada wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Kekalahan itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun gagal mengakhiri kemarau kejuaraan beregu lelaki Masters Malaysia selepas kali terakhir dimenangi gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2013.Sekalipun terlepas gelaran sulung Masters Malaysia, pujian harus diberikan kepada Wei Chong-Kai Wun yang berjaya mempamerkan peningkatan selepas sekadar menamatkan saingan di pusingan kedua pada edisi 2022.Dalam laluan mereka ke pentas final kali ini, Wei Chong-Kai Wun memahat sejarah tersendiri apabila mengejutkan gandingan handalan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.Wei Chong-Kai Wun yang juga gandingan nombor 26 dunia menumbangkan bekas juara dunia itu dengan kemenangan straight-set 23-21, 21-17 pada aksi suku akhir.Dalam saingan separuh akhir pada Sabtu, Wei Chong-Kai Wun menyingkirkan satu lagi wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dengan kemenangan 21-17, 22-20.Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah turut terlepas peluang merangkul kejuaraan Masters Malaysia kali ini apabila tumbang di tangan wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.Biarpun tampil dengan semangat juang tinggi, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-11 dunia terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set 20-22, 21-8, 17-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 09:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260729/berita/sukan/prannoy-raih-gelaran-sulung-jelajah-dunia", "article_title": "Prannoy raih gelaran sulung Jelajah Dunia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki India, H S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Ahad.Pemain berusia 30 tahun bagaimanapun terpaksa bermandi peluh dalam pertarungan 94 minit sebelum berjaya mengecewakan wakil China, Weng Hong Yang 21-19, 13-21, 21-18.Kemenangan hari ini menyaksikan Prannoy muncul pemain perseorangan lelaki India pertama memenangi gelaran Masters Malaysia.Prannoy, yang merupakan sebahagian pemain dalam skuad India ketika menjuarai Piala Thomas 2022 tidak menyangka memenangi kejuaraan di Malaysia selepas melalui begitu banyak episod suram sebelum ini.\u201cSaya rasa seperti menaiki roller coaster sejak enam ke tujuh tahun lepas. Jujurnya, saya tak rasa akan menang kejuaraan tahun ini.\u201cTerima kasih kepada jurulatih saya yang sentiasa ada bersama dan memberikan keyakinan kerana sering kali saya tidak melepasi ke saingan separuh akhir,\u201d katanya kepada pemberita.Pencapaian terbaik Prannoy adalah menjadi naib juara Terbuka Switzerland 2022 selepas tewas kepada Jonatan Christie dari Indonesia 21-12, 21-18.Sementara itu, pilihan utama perseorangan wanita, Akane Yamaguchi dari Jepun memerlukan 34 minit untuk muncul juara selepas mengecewakan bintang meningkat naik dari Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung 21-17, 21-7.Yamaguchi gembira berjaya meraih gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Terbuka Malaysia 2023 pada Januari lepas dan teruja bermain di hadapan penonton yang semangat memberikan sokongan.Beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai turut meraih kejuaraan Jelajah Dunia pertama tahun ini selepas mengecewakan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China, 16-21, 21-13, 21-18.Taerattanachai berkata, kerja keras mereka ketika latihan membuahkan hasil apabila berjaya menaiki podium lagi selepas kali terakhir bergelar juara Terbuka Jepun 2022 pada Ogos tahun lepas.\u201cSasaran kami seterusnya adalah memenangi Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark pada Ogos diikuti Sukan Asia di China, bulan berikutnya,\u201d katanya.Prannoy dan Yamaguchi masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$31,500 dan piala manakala Puavaranukroh-Taerattanachai meraih AS$33,180 berserta piala. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 09:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260728/berita/sukan/kbs-umum-syarat-geran-padanan-dalam-masa-terdekat", "article_title": "KBS umum syarat geran padanan dalam masa terdekat", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan syarat permohonan geran padanan dalam masa terdekat untuk membolehkan persatuan sukan kebangsaan memohon inisiatif kewangan tersebut.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, persatuan sukan kebangsaan dan syarikat yang menganjurkan program sukan boleh memohon geran tersebut selepas syarat diumumkan dan ia sebagai satu langkah untuk meningkatkan kemajuan sukan di negara ini.Beliau berkata, sukan yang sedang meningkat naik seperti Dodgeball juga digalakkan memohon sekali gus memastikan ia dapat berkembang di negara ini.\"Itu yang kita nak buat (bantu sukan Dodgeball) dengan geran padanan yang telah diberikan kepada KBS.\"Tahun ini kita ada RM40 juta, objektif pertama untuk membantu prestasi atlet kita dengan menyertai banyak pertandingan dan mereka boleh menilai diri dan prestasi mereka.\"Kita akan umumkan syarat permohonan dalam satu atau dua minggu lagi untuk banyakkan kesedaran dalam kalangan persatuan sukan kebangsaan untuk memohon,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penutup Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik (API) di Kompleks Sukan Shah Alam pada Ahad.Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik itu disertai 140 kelab daripada 16 negara dalam saingan yang berlangsung pada Khamis dan berakhir pada Ahad.Dalam pada itu, Hannah turut memaklumkan satu mesyuarat oleh Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan diadakan untuk menilai kemungkinan skuad hoki lelaki negara boleh diletakkan dalam program tersebut.Ia selepas skuad Malaysian Tigers ketika ini berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dan menepati syarat untuk dimasukkan dalam RTG.\"RTG akan bermesyuarat dalam masa terdekat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 09:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260720/berita/sukan/kl-city-jumpa-terengganu-separuh-akhir-piala-fa", "article_title": "KL City jumpa Terengganu separuh akhir Piala FA", "article_text": "KUALA Lumpur (KL) City FC mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sabah FC 2-1 dalam aksi suku akhir di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.Ia sekali gus menyaksikan KL City akan membuat perhitungan dengan Terengganu FC (TFC) selepas pasukan dari pantai timur itu menewaskan Kelantan FC 4-2 dalam satu lagi aksi suku akhir pada Sabtu.Sabah terlebih dahulu di hadapan selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila Jailton Da Silva dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Paulo Josue pada minit kelima.Gabriel Peres mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan The Rhinos di hadapan.Begitupun KL City menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui Romel Morales selepas menyudahkan hantaran lintang Declan Lambert yang gagal ditampan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.Pasukan pelawat kemudiannya berjaya berada di depan seminit sebelum separuh masa pertama tamat apabila T Saravanan bijak menerima hantaran jauh Zhafri Yahya sebelum merembat untuk gol kedua KL City.Bersambung babak kedua, Sabah cuba mencari gol penyamaan dan hampir mendapatkannya melalui tandukan Park Taesu yang tersasar selepas menerima hantaran dari sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar pada minit ke-50.Sabah sekali lagi mencipta peluang gol menerusi sepakan percuma daripada Baddrol pada minit ke-69, namun penjaga gol KL City, Azim Al Amin tangkas menyelamatkan sepakan itu.Usaha berterusan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencari gol penyamaan tidak berjaya dan menyaksikan kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 08:01pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260703/berita/sukan/pearly-thinaah-kalah-bermaruah-di-pentas-final-masters-malaysia", "article_title": "Pearly-Thinaah kalah bermaruah di pentas final Masters Malaysia", "article_text": "BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur tumbang di tangan gandingan nombor enam dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di pentas final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-11 dunia menampilkan semangat juang tinggi sebelum tewas dalam pertarungan tiga set 20-22, 21-8, 17-21 dalam masa satu jam 41 minit.Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal mengikut jejak langkah bekas beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara edisi 2012.Dalam laluan ke pentas final, Pearly-Thinaah yang tampil selaku pilihan kejohanan pada edisi kali ini berjaya mencuri tumpuan bermula aksi pusingan kedua.Pada aksi pusingan kedua, Pearly-Thinaah berjaya mencipta antara rekod rali terpanjang dunia dengan melakukan 211 pukulan ketika menentang beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam masa tiga minit 35 saat.Dalam aksi penuh dramatik yang memakan masa selama satu jam 29 minit itu, Pearly-Thinaah merekodkan kemenangan 21-17, 18-21, 21-19Di peringkat suku akhir, Pearly-Thinaah mempamerkan kebangkitan sensasi apabila menang 13-21, 21-19, 21-16 ke atas satu lagi wakil Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dalam pertarungan memakan masa hampir dua jam.Pada aksi separuh akhir, Pearly-Thinaah berjaya menewaskan beregu berpengalaman Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21 dalam masa satu jam 33 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 05:51pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260688/berita/sukan/cheng-hoe-tabik-mentaliti-menang-selangor-fc-di-paroi", "article_title": "Cheng Hoe tabik mentaliti menang Selangor FC di Paroi", "article_text": "MENTALITI menang dipamerkan pemain Selangor FC ketika bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menyingkirkan Negeri Sembilan FC 3-1 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu disifatkan sesuatu yang membanggakan pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe.Malah Cheng Hoe mengakui turut kagum dengan sikap setiap pemainnya terutama pada aksi babak pertama ketika berdepan gaya permainan taktikal skuad Rusa kendalian K Devan yang menyaksikan benteng pasukan pelawat sering diuji beberapa percubaan tuan rumah.\"Ya, tidak dinafikan gol seawal minit pertama menyebabkan keyakinan dan kelancaran corak permainan Selangor turut terjejas pada separuh masa pertama.\"Namun saya amat gembira apabila mentaliti pemain untuk kembali semula dengan gol penyamaan berapa minit selepas itu.\"Malah dalam separuh masa kedua, mentaliti untuk menang itu bertambah kuat apabila mula mengawal tempo perlawanan yang diterjemahkan dengan jaringan selepas itu sekali gus membawa pasukan ke separuh akhir,\" katanya selepas perlawanan di Paroi pada Sabtu.Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui tentangan sengit yang diberikan Negeri Sembilan terutamanya pada babak pertama perlawanan.Malah menegaskan secara keseluruhannya corak permainan taktikal skuad Rusa terutama bahagian pertahanan lebih berdisiplin memberikan cabaran kepada jentera serangan Selangor FC.\"Transisi daripada menyerang kepada bertahan cukup penting buat Selangor dalam perlawanan ini penting kerana hanya sedikit kelekaan mengundang padah kepada pasukan.\"Apapun saya gembira apabila para pemain yang diberikan tanggungjawab menggalas cabaran dalam perlawanan ini bermain sebagai satu unit pasukan dalam memastikan kemenangan di Paroi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 04:22pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260680/berita/sukan/luton-town-kembali-semula-ke-liga-elit", "article_title": "Luton Town kembali semula ke liga elit", "article_text": "LUTON Town mengesahkan slot ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Coventry City menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 setelah seri 1-1 dalam saingan final play-off Liga Kejuaraan di Stadium Wembley awal pagi Ahad.Luton adalah kelab pertama yang mara dari divisyen kelima ke liga utama dalam era EPL.Kelab itu pernah mengalami kegawatan kewangan sejak kali terakhir beraksi di liga utama 31 tahun lalu.Kejayaan Luton kembali semula ke liga utama England itu bernilai sekitar 170 juta pound (RM965.67 juta), disifatkan satu kenaikan pangkat kepada The Hatters.Sebahagian aliran tunai Luton akan digunakan bagi menaik taraf stadium Kenilworth Road berkapasiti 10,000 penonton yang berada di kawasan perumahan komuniti bagi menampung pertambahan pengunjung.Sementara itu, pemain tengah Luton, Pelly Ruddock Mpanzu, 29, yang melalui perjalanan bersama kelab muncul pemain pertama dari Liga Kebangsaan ke EPL.\u201cSejujurnya saya merasakan telah melengkapkan perjalanan karier bola sepak yang akan menjadi pesta sepanjang musim panas,\u201d kata Mpanzu.Bagaimanapun The Hatters berdepan detik cemas pada awal perlawanan apabila kapten, Tom Lockyer rebah di padang.Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu diusung keluar sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Kelab kemudian memaklumkan Lockyer berada dalam keadaan sedar dan boleh berkomunikasi dengan ahli keluarganya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 03:34pm"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260668/berita/sukan/550-pesilat-malaysia-indonesia-berentap-di-temerloh", "article_title": "550 pesilat Malaysia, Indonesia berentap di Temerloh", "article_text": "SERAMAI 550 peserta melibatkan 30 buah pasukan seluruh negara serta Indonesia berentap mempamerkan kehebatan mereka dalam Kejuaraan Silat Piala Al Jufferi Kebangsaan dan Antarabangsa Kali Keempat 2023 yang membuka tirainya secara rasmi di Dewan Tun Razak di sini pada Sabtu.Kejohanan anjuran Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia (PSCHM) dengan kerjasama kerajaan negeri itu buat julung kalinya mempertaruhkan piala tersebut sempena penghargaan terhadap pesilat dan juara dunia, Al Jufferi Jamari yang juga anak jati Pahang.Yang Dipertua PSCHM, Datuk Osman Nok memberitahu, beliau gembira kerana kejohanan itu terus mendapat sambutan menggalakkan termasuk penyertaan pesilat luar negara.Menurutnya, tiga kategori dipertandingkan iaitu usia tujuh hingga 12 tahun, remaja (13 \u2013 16 tahun) dan dewasa (17 tahun \u2013 40 tahun) dalam kejohanan yang berlangsung selama empat hari tersebut.\"Pesilat bukan sahaja dari negeri Pahang namun dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk persatuan silat dari Indonesia yang bakal memberikan saingan hebat,\u201d kata Osman pada sidang media sempena majlis perasmian kejohanan tersebut.Hadir sama, Penaung PSCHM, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Yang Dipertua Persatuan Silat Negeri Pahang (Pesaka Pahang), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.Sementara itu, Mohd Sharkar memuji penganjuran kejohanan itu sekali gus dapat mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam seni bela diri tersebut yang juga antara sukan yang diterima di peringkat antarabangsa.Ujar beliau, ia juga menjadi platform terbaik bagi seni bela diri tersebut terus dapat bertahan di negara ini.\"Selain itu, menerusi kejuaraan silat yang diadakan di daerah ini juga dilihat dapat memperkenalkan Temerloh kepada orang luar sebagai destinasi pelancongan.\"Kalau sebelum ini, mungkin mereka hanya mendengar mengenai ikan patin yang menjadi ikon daerah Temerloh tapi kali ini, mereka dapat merasakan suasana itu dan melalui pengalaman itu, mereka dapat mempromosikan daerah ini secara tidak langsung,\" kata Mohd Sharkar lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 02:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260665/berita/sukan/shereen-raih-emas-400m-pada-kejohanan-ncaa-colorado", "article_title": "Shereen raih emas 400m pada Kejohanan NCAA, Colorado", "article_text": "ATLET olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini.Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://results.leonetiming.com/?mid=5634, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi \"Uncle Sam\" itu.Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s.Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, Amerika Syarikat.Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s.Pada Mac tahun lepas, Shereen mula mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.Beliau kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lepas sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s) pada Febuari dengan memenangi pingat emas.Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 01:23pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260654/berita/sukan/semangat-saja-tak-cukup-nsfc-perlu-import-tambahan---devan", "article_title": "Semangat saja tak cukup, NSFC perlu import tambahan - Devan", "article_text": "PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan enggan menuding jari menyalahkan para pemainnya berikutan kekalahan juara edisi 2010 itu kepada Selangor FC, 1-3 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.Sebaliknya Devan menyifatkan, kekurangan pemain import antara faktor yang menyebabkan kualiti permainan skuad Rusa itu tidak berupaya menyaingi kekuatan anak buah Tan Cheng Hoe.\"Ya, sememangnya begitu dirasai ketiadaan pemain import ini menjejaskan prestasi pasukan terutamanya apabila dibandingkan prestasi Negeri Sembilan dengan pasukan seperti Selangor dan Kedah (Kedah Darul Aman) yang dianggap pasukan top, kita tidak miliki kualiti untuk bersaing dari aspek pemain import.\"Namun hari ini kalau dilihat kepada perlawanan sememangnya kita tidak boleh menyalahkan para pemain kerana mereka sudah bermain bersungguh-sungguh hingga saat akhir perlawanan. Tapi masih tidak dapat menyaingi kehebatan Selangor,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan pada Sabtu.Dalam perlawanan itu, bekas pemain pertahanan Selangor, Muhammad Safuwan Baharudin terlebih dulu menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid seawal minit pertama untuk mendahului pasukan pelawat.Bagaimanapun, anak buah Cheng Hoe kembali menyamakan kedudukan menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga untuk kedudukan 1-1 separuh masa pertama.Separuh masa kedua, Selangor melebarkan jaringan menerusi Yuhandry Orozco Cujia pada minit ke-60 sebelum pemain berusia 32 tahun dari Venezuela itu meledak gol kedua peribadinya minit ke-87 untuk kedudukan 3-1.Dalam masa sama, Devan sekali lagi mengulangi pandangan bahawa skuad Hoben Jang Hoben itu amat memerlukan kuota pemain import sama seperti pasukan Liga Malaysia lain bagi memastikan pasukan tersebut menyaingi pasukan lawan.\"Semangat sahaja tidak cukup untuk cipta kejayaan, hari ini (malam tadi) pemain Negeri Sembilan ada semangat tapi kualiti iaitu sumbangan daripada pemain import?\"Para penyokong Negeri Sembilan di luar tidak mengetahui masalah sebenar pasukan pada ketika ini, dan saya juga tidak boleh bagi tahu kepada setiap penyokong dan saya amat harap pihak media membantu kita,\" kata pengendali kelahiran Bahau itu.Devan juga menegaskan, keputusan sesuatu perlawanan boleh memberi impak kepada moral dan semangat pemain seterusnya akan mendorong kepada suasana tidak baik dalam pasukan.\"Saya terpaksa luahkan perkara ini kerana saya pun mahu menang. Jika Negeri Sembilan memiliki pemain import yang mencukupi dan berkualiti, pastinya kita boleh sasarkan kedudukan lebih baik dalam liga seperti musim lalu,\" katanya.Sementara itu, Devan juga tidak menafikan skuad Jang bermula dengan baik malah berjaya bertahan walaupun pada minit-minit terakhir biarpun dengan 10 pemain.\"Babak kedua nampak sedikit kelonggaran di bahagian pertahanan dan saya buat pertukaran taktikal lebih menyerang malah ada serangan-serangan, saya rasa ada tiga empat kali penjaga gol mereka menyelamatkan keadaan sehinggalah kita dibolosi gol ketiga,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 11:35am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260653/berita/sukan/masters-malaysia-misi-memburu-kejuaraan", "article_title": "Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan", "article_text": "DUA wakil Malaysia - Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini.Baik Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun, mereka kini berpeluang mengakhiri penantian peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pemain negara kembali bergelar 'sang juara' pada kejohanan Super 500 itu.Untuk rekod, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul pemenang terakhir Masters Malaysia pada edisi 2017.Legenda negara, Datuk Lee Chong Wei nyata berada dalam kelas tersendiri selepas memenangi lima gelaran Masters Malaysia sejak edisi sulung 2009 dan kali terakhir pada 2016 di Pulau Pinang.Tumpuan peminat tempatan kini terarah kepada Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun yang masing-masing bakal turun beraksi pada final acara beregu wanita dan beregu lelaki.Dalam aksi separuh akhir, Pearly-Thinaah menewaskan beregu nombor lima dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-2.Wei Chong (kiri) dan Kai Wun meraikan kejayaan mereka mara ke final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Sabtu. Foto: BernamaWei Chong-Kai Wun pula mara ke final selepas menjinakkan beregu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-17, 22-20.Pearly-Thinaah hanya selangkah lagi untuk mengikut jejak langkah bekas beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara edisi 2012.Tampil selaku pilihan keenam, Pearly-Thinaah bakal berdepan gandingan nombor enam dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di pentas final.Wei Chong-Kai Wun pula bakal meneruskan 'kisah dongeng' dalam memburu kejuaraan di bumi sendiri apabila turun menentang satu lagi wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 11:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260649/berita/sukan/kejuaraan-yang-sukar-dipercayai", "article_title": "'Kejuaraan yang sukar dipercayai'", "article_text": "BAYERN Munich meraih kejuaraan Bundesliga buat kali ke-11 berturut-turut secara dramatik selepas melakar kemenangan 2-1 dalam aksi terakhir liga menentang Cologne.Ia sekali gus menyaksikan Bayern 'merampas' kejuaraan yang sepatutnya ditabalkan kepada Dortmund selepas lawannya itu hanya seri 2-2 menentang Mainz.Bayern menamatkan saingan liga dengan 71 mata dan berada di puncak Bundesliga dengan perbezaan gol daripada Dortmund.RB Leipzig dan Union Berlin masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat dan bakal beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.\"Ia sukar untuk dipercayai yang saya menyertai pemburuan gelaran seperti ini.\"Orang yang mempunyai minat dalam bola sepak merasakan yang kami tidak layak (gelaran) dan saya memahaminya kerana pada babak kedua musim, ia sangat mencabar buat kami.\"Apapun, ia masih sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Saya pernah berharap ia berlaku tetapi tidak memikirkan ia bakal terjadi,\" kata tonggak utama Bayern, Thomas Mueller.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:53am"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260650/berita/sukan/terengganu-akui-kelantan-sukar-dijinakkan", "article_title": "Terengganu akui Kelantan sukar dijinakkan", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berpuas hati finalis edisi 2022 itu merealisasikan misi menang berdepan seteru tetangga, Kelantan FC, 4-2 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di Kuala Nerus pada Sabtu.Jelasnya, TFC dijangka akan memperoleh kemenangan mudah selepas menewaskan The Red Warriors (TRW) 5-0 dalam Derbi Pantai Timur aksi Liga Super di venue sama pada April lalu.\"Perlawanan ini sepatutnya merupakan perlawanan yang mudah untuk Terengganu namun sebaliknya. Biarpun begitu tahniah kepada para pemain apabila membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya.\"Empat gol yang menarik daripada empat pemain berbeza Azam Azmi (m-17), Ivan Mamut (m-41), Soney Norde (m-53) dan Syafik Ismail (m-82).\"Saya juga berpuas hati dengan komitmen bahagian pertahanan sepanjang perlawanan biarpun dua gol dihasilkan pasukan Kelantan merupakan kesilapan.\"Sejujurnya saya tidak mahu menyatakan berpunca kesilapan individu, namun saya percaya pemain yang bertanggungjawab mengetahui perkara ini,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Sabtu.Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, beliau ingin mengulangi pencapaian TFC pada musim lalu dengan membawa Sang Penyu ke pentas perlawanan akhir piala FA.Ujarnya, beliau yakin pemain-pemain akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk aksi separuh akhir kalah mati tidak lama lagi sama ada menentang Sabah atau KL City FC.\"Memang peluang seimbang jika TFC bertemu mana-mana pasukan itu kerana dalam saingan Liga Super, kami seri 0-0 dengan KL City FC dan 2-2 dengan Sabah, minggu lalu.\"Tetapi beraksi di laman sendiri bersama ribuan penyokong kami pasti memberi kelebihan dan pemain-pemain tahu misi seterusnya iaitu layak ke final,\" katanya.Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt mengakui biarpun tewas, para pemain TRW telah mempamerkan semangat juang yang tinggi berdepan pasukan pilihan seperti TFC.\"Para pemain telah memberikan tentangan sehabis baik, malah tidak memberikan ruang untuk pemain pasukan Terengganu mencipta banyak peluang melakukan percubaan.\"Malah para pemain akan bersama mempertahankan bahagian benteng sekiranya pasukan lawan mendapat peluang melakukan serangan ke arah gol Kelantan.\"Gol kedua dan keempat Terengganu pula berpunca kesilapan penjaga gol, saya percaya sekiranya elemen seperti ini dapat disisihkan pastinya keputusan akan berubah dalam perlawanan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260647/berita/sukan/psg-cipta-rekod-ligue-1", "article_title": "PSG cipta rekod Ligue 1", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) terus dominan apabila mencipta rekod baharu menang 11 kejuaraan Ligue 1 selepas seri 1-1 di Strasbourg awal pagi Sabtu.Lionel Messi meledak gol pada minit ke-59 sebelum disamakan oleh Kevin Gameiro, namun keputusan itu memberikan PSG kelebihan empat mata berbanding pasukan di kedudukan kedua, Lens dengan baki satu perlawanan.PSG mengatasi rekod 10 kejuaraan yang dicatatkan oleh Saint-Etienne pada 1981 dan mempertahankan gelaran musim lalu ketika di bawah bekas jurulatih Mauricio Pochettino.Ia adalah gelaran kesembilan PSG dalam 11 musim terakhir, satu tempoh panjang telah mendominasi bola sepak Perancis di bawah pemilikan Qatar.\"Petang ini saya melihat hari terakhir musim dalam Bundesliga dan kamu boleh lihat yang ia sangat sukar untuk menjuarai liga, mana-mana pun liga.\"Semua juara bertahan dalam kesemua liga Eropah sering mempunyai masalah musim ini, jadi kami menghargainya.\"Ia satu gelaran dan kami harus tidak percaya yang ia satu kemenangan biasa, biarpun kami ini adalah Paris Saint-Germain,\" kata pengendali PSG, Christophe Galtier.Mbappe dinobatkan sebagai pemain terbaik Ligue 1 buat kali keempat berturut-turut di Paris awal pagi Isnin. Foto AFPMbappe terbaik Ligue 1Kylian Mbappe berada dalam kelas tersendiri apabila dipilih sebagai pemain terbaik Ligue 1 kali keempat berturut-turut selepas membantu Paris Saint-Germain (PSG) melakar rekod memenangi kejuaraan Perancis ke-11.Pemain berusia 25 tahun itu meledak 28 gol dalam liga musim ini dan berada di landasan terbaik untuk muncul penjaring terbanyak bagi musim kelima berturut-turut.\"Ia amat menggembirakan. Saya sentiasa mahu menang untuk memahat nama dalam sejarah liga.\"Walaupun ia menjadi cita-cita saya, tetapi tidak sangka dapat meraihnya secepat ini,\" ujar Mbappe di Paris pada Isnin.Bintang Perancis itu menolak tawaran Real Madrid pada penghujung musim lalu dan memperbaharui kontrak tiga tahun untuk kekal bersama PSG.Menurut laporan, kontrak Mbappe akan tamat tahun depan melainkan dia menggunakan pilihan untuk kekal sehingga 2025.Mengulas masa depannya bersama PSG, Mbappe mahu kekal di Paris.\"Saya akan berada di sini lagi musim depan,\" katanya.Pencapaian terbaik Mbappe itu mengatasi Zlatan Ibrahimovic yang memenangi anugerah tersebut sebanyak tiga kali bersama PSG.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:47am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260646/berita/sukan/ronaldo-gagal-menang-liga-bersama-al-nassr", "article_title": "Ronaldo gagal menang liga bersama Al Nassr", "article_text": "MUSIM pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tanpa trofi apabila Al-Nassr terpaksa akur Piala Liga Pro Saudi itu menjadi milik Al-Ittihad.Ronaldo tiba di Riyadh pada Januari lalu selepas dilepaskan oleh Manchester United dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam saingan Liga Pro Saudi itu.Keputusan seri 1-1 Al-Nassr dengan Ettifaq pada Sabtu menyaksikan Al-Ittihad muncul juara selepas menang 3-0 menentang Al-Feiha.Ia sekali gus menyaksikan Al-Ittihad mendahului lima mata di puncak liga dengan baki satu perlawanan dan kejuaraan liga pertama sejak 2009.Dalam perlawanan itu, Al-Nassr mendominasi tetapi ketinggalan sebelum rehat separuh masa pertama apabila Youssef Niakate meledak gol sebelum disamakan oleh Luiz Gustavo pada minit ke-56.Ronaldo telah menjaringkan 14 gol dalam 16 perlawanan liga sejak membuat penampilan sulungnya pada Januari.Dalam pada itu, Al-Ittihad menang mudah hasil dua gol penyerang Brazil, Romarinho serta gol minit ketiga dari Ahmed Sharahili.\"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain dan peminat atas sokongan mereka musim ini dan semua orang telah bekerja keras sejak awal,\" kata pengendali Al-Ittihad, Nuno Espirito Santo.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260644/berita/sukan/tiada-penamat-gembira-buat-dortmund", "article_title": "Tiada penamat gembira buat Dortmund", "article_text": "PENGENDALI Borussia Dortmund, Edin Terzic mengakui kecewa dan menyifatkan tiada tiada pengakhiran yang menggembirakan selepas pasukannya gagal menjulang trofi Bundesliga.Dortmund mendahului dua mata di puncak sebelum perlawanan terakhir liga, namun mereka diikat 2-2 di tempat sendiri oleh Mainz.Ia sekali gus membolehkan Bayern Munich yang menang 2-1 di Cologne melonjak ke tangga pertama dan memenangi kejuaraan menerusi perbezaan gol.Terzic dilihat menangis selepas wisel penamat dibunyikan ketika penyokong melaungkan nama jurulatih kelahiran Dortmund itu.\"Anda boleh lihat betapa sukarnya sukan ini. Ia amat menyakitkan dan tidak akan ada pengakhiran yang menggembirakan untuk kami tahun ini.Kapten Bayern Munich, Thomas Mueller yang meraih gelaran ke-12 peribadinya dalam saingan Bundesliga dalam pada itu turut meluahkan rasa simpati ke atas Dortmund.\"Saya tidak memohon maaf kerana menjadi juara dan kami gembira dengannya tetapi apabila kamu memikirkan pasukan lain, maka saya sedikit kesal.\"Walaupun sekiranya mereka tidak mahukan atau perlu menghadapinya. Saya bukannya cuba untuk menunjukkan diri saya sebagai seorang berjiwa besar atau apapun tetapi ia sukar.\"Dalam pada itu, Mats Hummels - satu-satunya ahli dalam skuad yang pernah meraih kejuaraan bersama Dortmund berkata: \"Hari-hari berikutnya akan menjadi sangat sukar.\"Ia akan menjadi sukar untuk dihadamkan. Ia akan mengambil masa lebih daripada beberapa hari,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 10:35am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260631/berita/sukan/kim-swee-mahu-sabah-manfaatkan-aura-likas", "article_title": "Kim Swee mahu Sabah manfaatkan aura Likas", "article_text": "JUARA edisi 1995, Sabah FC perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas apabila berdepan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Ahad.Itu peringatan pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee selepas anak buahnya kembali ke landasan kemenangan dengan mengatasi Perak, 3-1 dalam aksi Liga Super 23 Mei lalu.Rentak kemenangan kelab Kepulauan Borneo tersebut tersentak apabila diikat Terengganu FC, 2-2 pada 19 Mei selepas cemerlang menewaskan Selangor FC 2-1 sebelum itu.\u201cKali ini sudah tentu perlawanan yang berbeza kerana ini merupakan suku akhir Piala FA, piala kalah mati.\u201cKita harus mengambil kesempatan bermain di tempat sendiri untuk memastikan Sabah layak ke peringkat seterusnya,\u201d katanya kepada pemberita semasa sesi latihan pasukan pada Sabtu.Sebagai rekod, Sabah mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan Kelantan United, 2-0 di Likas pada 16 April lalu.Sementara itu, KL City pula menewaskan Imigresen FC, 2-0 di Cheras pada 14 April lalu.Dalam pada itu, Kim Swee mengakui The Rhinos masih perlu memperbaiki beberapa bahagian pasukan tersebut.\u201cKita harus memperbaiki lagi gaya permainan daripada segi bertahan ataupun di bahagian pertahanan.\u201cSemua pemain harus faham bahawa kita tidak boleh sentiasa dibolosi pada setiap perlawanan.\u201cJika kita mampu mengawal permainan dengan baik dan bertahan dengan baik saya percaya Sabah mempunyai peluang yang cukup baik untuk layak ke peringkat seterusnya,\u201d katanya.Ditanya mengenai sasaran Sabah yang pernah mara ke perlawanan akhir kejuaraan itu sebanyak empat kali, Kim Swee berkata, sudah tentukan pasukannya ingin melangkah ke peringkat yang seterusnya.\u201cAhad adalah perlawanan yang cukup penting dan saya tidak ingin para pemain memikirkan tentang untuk layak ke separuh akhir, ke akhir.\u201cYang penting kita menjalankan tugas kita bagi memastikan Sabah tidak tewas ataupun gagal layak ke peringkat seterusnya,\u201d katanya.Dalam pada itu, Kim Swee juga memaklumkan bahawa The Rhinos terpaksa menyisihkan beberapa tonggak yang masih mengalami kecederaan.\u201cAda beberapa pemain yang masih lagi mengalami kecederaan seperti Saddil Ramdani yang pasti tak dapat diturunkan.\u201cSelain itu beberapa pemain lain lagi seperti Ko Kwang-min, Irfan Zakaria yang baru saja pulih dan saya berharap mereka dapat pulih sepenuhnya untuk bersama pasukan kita esok,\u201d katanya.PIALA FA 2023Suku AkhirAHAD (28 Mei)Sabah FC lwn Kuala Lumpur City FC(Stadium Likas, 5.45 petang)JDT lwn Penang FC(Stadium Sultan Ibrahim, 8.15 malam)* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260629/berita/sukan/badminton-asia-bam-tandatangani-mou", "article_title": "Badminton Asia, BAM tandatangani MoU", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia pada Sabtu menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan memudahkan kemajuan dalam pembangunan sukan badminton.MoU itu ditandatangani Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Badminton Asia, Kim Jong Soo dengan disaksikan oleh Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer.Jong Soo berkata, majlis hari ini menyaksikan bermulanya perjalanan mereka dalam dalam pertukaran, perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran teknikal.\"Dengan penglibatan dalam program latihan, kejohanan dan inisiatif kerjasama, kami berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran, teknik dan pembangunan secara keseluruhan atlet, jurulatih dan pentadbir sukan,\u201d katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Sabtu.Sementara itu, Mohamad Norza yang menerima kerjasama itu dengan penuh optimis berkata, MoU berkenaan menyediakan rangka kerja untuk meneroka dan melaksanakan program secara kerjasama yang akan memberi manfaat kepada sukan badminton di Malaysia.\"MoU ini membuka pintu kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sains sukan, pendidikan jurulatih, pembangunan kurikulum, pengurusan sukan dan pembangunan infrastruktur,\u201d katanya.Beliau berkata, melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pemain badminton dari negara luar akan menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.\"Memandangkan Badminton Asia dan BWF ada di Malaysia, saya rasa kami mahu jadikan ABM sebagai pusat menarik lebih ramai pemain badminton dari negara-negara lain. Buat masa ini, kita lakukan menerusi kerjasama ini, kita boleh melangkah ke tahap lebih baik. Ia memberi manfaat kepada negara terlibat dan badminton di Malaysia.\"Terdapat empat pemain dari Syria dan akan bermula tidak lama lagi, sebelum itu kita ada tiga pemain dari Azerbaijan, jadi, saya menjangkakan ramai pemain akan datang namun kita perlu selaraskan dengan betul kerana kita juga perlu melihat kapasiti akademi,\u201d katanya.Difahamkan, kerjasama berkenaan adalah selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya untuk tempoh dua tahun lagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mei 2023 12:16am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260625/berita/sukan/impian-negeri-sembilan-ke-separuh-akhir-lebur", "article_title": "Impian Negeri Sembilan ke separuh akhir lebur", "article_text": "HASRAT juara edisi 2010 Negeri Sembilan FC untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Selangor FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.Skuad Rusa tampil garang dengan misi mengembalikan rentak kemenangan selepas terikat 3-3 menentang Kelantan United dalam perlawanan Liga Super, pada Selasa.Hasilnya The Red Giants dikejutkan dengan jaringan bekas pemain pertahanan Selangor, Muhammad Safuwan Baharudin seawal minit pertama separuh masa pertama menewaskan penjaga gol, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.Bagaimanapun anak buah Tan Cheng Hoe yang menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 April lalu kembali menyamakan kedudukan menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga untuk kedudukan 1-1 separuh masa pertama.Separuh masa kedua, The Red Giants ternyata lebih mendominasi permainan, namun hanya berjaya melebarkan jaringan menerusi Yuhandry Orozco Cujia pada minit ke-60.Selangor yang masih bersemangat selepas bangkit menjinakkan Kedah Darul Aman FC, 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, mematikan kebangkitan skuad Rusa apabila Orozco Cujia sekali lagi menjadi duri dalam daging dengan gol kedua peribadi seterusnya jaringan kemenangan Selangor pada minit ke-87.Keputusan itu menyaksikan Selangor mengiringi Terengganu FC (TFC) ke separuh akhir yang terlebih dulu menewaskan Kelantan FC, 4-2 di Kuala Nerus petang Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 11:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260624/berita/sukan/bwf-tolak-cadangan-chong-wei", "article_title": "BWF tolak cadangan Chong Wei", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.Sebaliknya, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan oleh BWF ialah mewujudkan sistem kejohanan \u2018ladder\u2019 dengan menyusun semula semua pertandingan mengikut keutamaan.\"Pada padangan saya, kita sudah kukuh dan sudah boleh mulakan perbincangan kejohanan mana perlu diberikan keutamaan dan kejohanan mana diletakkan dalam tier dua dan tier ketiga, saya juga percaya bahawa ini akan menyediakan generasi muda untuk benar-benar mendapat pendapatan.\"Saya rasa kita patut bincang bagaimana kita boleh laksanakan ladder (sistem) dan fokus. Saya tidak mahu mengurangkan kejohanan, saya mahu membuat lebih banyak kejohanan supaya kita boleh membuat sistem ladder itu, itu yang saya percaya,\u201d katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang mencadangkan agar BWF mengurangkan jumlah kejohanan dalam setahun jika negara mahu melahirkan pemain berkualiti seperti Lin Dan dari China.Hoyer berkata, Chong Wei bukan bekas pemain pertama yang mencadangkan perkara terbabit.\"Kita juga mahu mendengar pendapat daripada pemain berpengalaman yang lain,\u201d kata pemenang pingat emas perseorangan lelaki edisi 1996 Atlanta.Terdahulu, Hoyer turut menjadi saksi kepada majlis menandatangani MoU antara Badminton Asia dan BAM dan Akademi Badminton Malaysia (ABM).MoU ditandatangan oleh Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo and Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 11:05pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260623/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-cipta-kejutan-mara-final-masters-malaysia", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun cipta kejutan mara final Masters Malaysia", "article_text": "BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan cerita 'dongeng mereka' apabila mara ke pentas final Masters Malaysia 2023.Pada aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Wei Chong-Kai Wun menewaskan beregu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-17, 22-20 dalam tempoh 46 minit.Kejayaan mara ke pentas final itu dianggap cukup manis buat Wei Chong-Kai Wun selepas mereka menyingkirkan bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam aksi suku akhir pada Jumaat.Malah, kejayaan itu amat signifikan buat kem Malaysia selepas beregu lelaki utama negara yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang di tangan Leo Rolly-Daniel di peringkat suku akhir.Dalam aksi final pada Ahad, Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking ke-26 dunia bakal membuat perhitungan dengan beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.Terdahulu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah menceriakan ribuan penyokong sendiri yang membanjiri Axiata Arena apabila mara ke pentas final.Pearly-Thinaah mengesahkan tiket final menjadi milik mereka selepas menewaskan beregu berpengalaman Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21 dalam aksi separuh akhir.Lawan Pearly-Thinaah di pentas final adalah satu lagi wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang menewaskan beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 10:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260622/berita/sukan/azizulhasni-sambar-emas-ketiga-dalam-tempoh-24-jam", "article_title": "Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 di Velodrom Hong Kong, malam Sabtu.Atlet berusia 35 tahun yang diberi julukan \u2018The Pocket Rocketman\u2019 itu tampil dengan kayuhan bertenaga untuk menewaskan Sergey Ponomaryov dari pasukan Astana yang merangkul perak sementara pelumba muda negara, Mohd Akmal Nazimi membawa pulang gangsa, demikian menurut www.uci.org.Seorang lagi pelumba elit negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam.Semalam, Mohd Azizulhasni yang juga juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I yang hanya berlangsung selama sehari.Saingan pada Sabtu menyaksikan pelumba wanita sensasi negara, Nurul Izzah Mohd Asri, yang merangkul emas acara pecut semalam, gagal mengulangi pencapaiannya apabila meraih gangsa dalam acara sama.Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 berlangsung selama dua hari bermula Sabtu. - Foto Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 10:24pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260610/berita/sukan/tfc-singkir-kelantan-mara-separuh-akhir-piala-fa", "article_title": "TFC singkir Kelantan, mara separuh akhir Piala FA", "article_text": "NAIB juara Piala FA 2022, Terengganu FC (TFC) mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir selepas mengatasi Kelantan FC, 4-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada Sabtu.Perlawanan kedua derbi pantai timur selepas kemenangan besar 5-0 skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner ke atas The Red Warriors (TRW) pada April lalu dimulakan dengan rembatan Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-17 menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Nik Mohd Amin Ahmad.Tuan rumah berpeluang melebarkan jaringan menerusi Ivan Mamut pada minit ke-28, namun gol hasil hantaran Sony Norde tersebut didapati ofsaid oleh pengadil perlawanan, S Logeswaran.TRW kendalian Frank Bernhardt yang masih belum menemui rentak kemenangan dalam lima perlawanan terakhir liga sejak mengambil alih tanggungjawab daripada Choi Moon-sik pada April terus ketinggalan apabila Mamut melebarkan jaringan pada minit ke-41.Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila pemain import TRW dari Nigeria, Ismaheel Akinade merapatkan jurang minit ke-45 untuk kedudukan 2-1 separuh masa pertama.Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memperkemaskan corak permainan masing-masing menyaksikan bekas pemain kebangsaan Haiti, Sony Norde kembali melebarkan jaringan minit ke-53 untuk tuan rumah selepas menyudahkan hantaran Habib Haron.Bagaimanapun TRW yang tidak mengalah, kembali semula ke dalam permainan apabila Ismaheel sekali lagi merapatkan jurang apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua peribadinya pada minit ke-64.Bagaimanapun hasrat TRW untuk memberi tekanan kepada skuad Penyu berakhir apabila Syafik Ismail mematikan kebangkitan pasukan pelawat dengan gol minit ke-82 bagi menceriakan 5,000 penonton.Kemenangan anak buah Steinbruckner itu membolehkan kelab pantai timur tersebut menanti pemenang perlawanan Sabah FC menentang Kuala Lumpur City FC di pentas empat terbaik.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 07:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260594/berita/sukan/jdt-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "JDT dalam kelas tersendiri", "article_text": "KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mengintai kejuaraan ke-10 Liga Super musim ini berbeza daripada setiap aspek berbanding pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).Pemiliknya yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan perbezaan yang dimiliki skuad Harimau Selatan itu termasuk daripada segi kualiti rumput, infrastruktur hingga ke tempat simpan baja.\"Kami sangat berbeza. Berlainan dalam setiap aspek. Rumput, infra, pengangkutan, pakaian, falsafah bola sepak, celebration, hinggalah ke tempat simpan baja.\"Kawalan kualiti dalam setiap aspek dan fokus kepada perincian membuatkan kami lain daripada yang lain. Itulah falsafah yang saya terapkan dalam kelab kami,\" katanya menerusi satu komen di laman Instagram kelab, officialjohor.Skuad Harimau Selatan memegang status sebagai kelab elit negara menerusi kemudahan canggih berkelas dunia.Pasukan bimbingan Esteban Solari itu ketika ini memimpin Liga Super menerusi kemenangan bersih 12 perlawanan untuk mengutip 36 mata.JDT melakar sejarah tersendiri sudah merangkul Liga Super sembilan kali berturut-turut sejak 2014.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 05:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260584/berita/sukan/young-tigers-kekal-rekod-bersih-ke-separuh-akhir", "article_title": "Young Tigers kekal rekod bersih ke separuh akhir", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara melebarkan rekod tanpa kalah untuk tiga perlawanan berturut-turut Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023 selepas menewaskan Korea Selatan, 3-1 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman pada Sabtu.Kemenangan ketiga itu sekali gus menyaksikan skuad The Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim mengesahkan tempat ke separuh akhir.Tiga gol pasukan negara dihasilkan menerusi T Perabu minit ke-11 diikuti jaringan Shahmie Irfan Suhaimi (m-54) sebelum ledakan minit ke-57 daripada Mughni Mohamad Kamal melengkapkan kemenangan manakala gol sagu hati Korea dijaringkan Park Geonwoo (m-56).Sementara itu, Muhamad Amin memuji kesungguhan dan juga usaha keras pemain-pemainnya yang tidak menghiraukan faktor cuaca serta keletihan sebaliknya memberikan aksi yang terbaik.\u201cUntuk perlawanan hari ini dari segi pukulan sudut penalti, kita boleh lihat penyudahan yang baik apabila kami meraih lima pukulan sudut penalti dan menjaringkan tiga daripadanya di mana ia satu petanda positif buat pasukan.\u201cKami juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol padang tetapi penyudahan yang agak kurang baik daripada barisan serangan, namun kami menggunakan kelebihan pukulan sudut penalti dengan sebaiknya untuk mendapatkan gol.\u201cPerlawanan terakhir bertemu Oman, untuk saya apa yang lebih penting adalah konsentrasi daripada pemain dan mereka perlu turun dengan pemikiran yang betul iaitu untuk mencari kemenangan seterusnya muncul juara peringkat kumpulan,\u201d katanya.Malaysia akan melengkapkan saingan berdepan Oman dalam aksi terakhir Kumpulan B pada awal pagi Selasa.PIALA DUNIA REMAJA 2023Kumpulan BSELASA (30 MEI)Malaysia lwn Oman, 12.30 tengah malam", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260583/berita/sukan/cub-prix-gegar-jasin", "article_title": "Cub Prix gegar Jasin", "article_text": "BANDAR Jasin, Melaka bakal bergema minggu ini apabila kembali menjadi tuan rumah bagi Pusingan 3 Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia pada 27 hingga 28 Mei.Ia merupakan satu kebanggaan buat peminat sukan permotoran di bandar tersebut kerana perlumbaan motosikal tertua negara itu kembali ke negeri bandaraya bersejarah selepas kali terakhir menganjurkannya pada edisi 2018.Bagi memastikan kejuaraan tersebut berlangsung meriah, pihak Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah mengadakan kerja-kerja promosi dengan kerjasama pihak penganjur pada minggu lalu agar perlumbaan itu mendapat sambutan hangat daripada para peminat tempatan.Beberapa pekan utama di Melaka telah menjadi persinggahan untuk kerja-kerja mempromosikan kejuaraan tersebut termasuk mengajak para peminat sukan permotoran setempat supaya membanjiri pekan Jasin sepanjang dua hari perlumbaan berprestij itu.Selain perlumbaan melibatkan tiga kelas utama iaitu kategori Wira, CP125 dan CP150 beberapa acara sampingan turut diadakan antaranya konvoi bermotosikal melibatkan 300 penunggang, gerai jualan serta khemah-khemah promosi para penaja kejuaraan.Tarikan utama ialah jualan Happy Bag Cub Prix yang mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton sejak ia mula diperkenalkan tahun 2019.Jualan Happy Bag itu turut menawarkan cabutan bertuah dan sebuah motosikal sama ada Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X menanti pemenang hadiah utama.Happy Bag Cub Prix yang dijual pada harga istimewa RM65 mengandungi baju-T edisi terhad, minyak pelincir Petronas Sprinta, minuman bertenaga Ranger serta alat pemegang kunci.Kandungan Happy Bag itu bernilai lebih RM80.Setiap pembelian Happy Bag, para pembeli akan diberikan satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah dan bagi mereka yang membeli dua mereka akan mendapat tiga kupon.Selain hadiah utama, beberapa hadiah lain turut disediakan termasuk jaket, topi keledar dan alat-alat ganti motosikal yang nilainya mencecah ratusan ringgit.Pengumuman pemenang cabutan bertuah itu akan diadakan pada Ahad jam 5 petang sejurus selesai perlumbaan terakhir bagi Pusingan 3 itu.Menurut Pengurus Promosi dan Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, Happy Bag yang mula diperkenalkan dua tahun lalu merupakan satu produk Cub Prix yang semakin popular dalam kalangan penonton dan harganya amat berbaloi kerana para pembeli akan mendapat barangan berkualiti tinggi.\u201cNilai hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang cabutan bertuah juga mencecah ratusan ringgit dan kesemua produk berkenaan merupakan jenama besar dalam pasaran tempatan.\u201cPeluang untuk menang adalah sangat cerah. Jika gagal pada Pusingan 3 ini, para penonton boleh mencuba lagi di pusingan seterusnya kerana jualan Happy Bag sentiasa ada di setiap venue perlumbaan. Ada Cub Prix, pasti ada Happy Bag,\u201d ujarYvonne.Tambahnya, para penonton yang membeli Happy Bag pada Sabtu, mereka berpeluang untuk mendapatkan pass paddock bagi membolehkan mereka memasuk kawasan berkenaan.Selain Happy Bag, turut dijual adalah cenderahati Cub Prix antaranya baju-T untuk kanak-kanak dan dewasa, payung, alat pemegang kunci dan tuala.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 04:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260579/berita/sukan/pearly-thinaah-gah-sambar-tiket-final-masters-malaysia", "article_title": "Pearly-Thinaah gah sambar tiket final Masters Malaysia", "article_text": "BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terus mencipta sensasi apabila berjaya melangkah ke pentas final Masters Malaysia 2023 sebentar tadi.Dalam aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, Pearly-Thinaah yang tampil selaku pilihan keenam kejohanan menewaskan beregu berpengalaman Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21.Sama seperti dalam dua aksi sebelum ini iaitu di pusingan kedua dan suku akhir, semangat luar biasa dan tidak pernah kenal erti mengalah menjadi faktor utama kejayaan Pearly-Thinaah.Biarpun ketinggalan jauh terutama di set kedua, mereka tetap menampilkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengejar lawan yang juga pilihan kelima kejohanan bagi menoktahkan kemenangan.Dalam aksi pusingan kedua pada Khamis, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-11 dunia berjaya mencipta antara rekod rali terpanjang dunia dengan melakukan 211 pukulan ketika menentang beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.Mereka sekali lagi tampil bergaya apabila menidakkan cabaran satu lagi wakil handalan Jepun, Fukushima-Hirota dalam aksi suku akhir yang berlangsung hampir dua jam.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 04:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260577/berita/sukan/kelab-kampung-dapat-sentuhan-dna-sepanyol", "article_title": "Kelab kampung dapat sentuhan DNA Sepanyol", "article_text": "KELAB bola sepak komuniti, Kerteh FC yang berpangkalan di pekan Kerteh, Terengganu mengorak langkah apabila mendapatkan sentuhan DNA sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol iaitu RieraSport.Ia terhasil menerusi kerjasama dengan pemilik RieraSport, Oscar Riera yang dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kerteh FC.Menurut Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim, Oscar kini berada di Kerteh untuk berkongsi ilmu dan kepakarannya dengan jurulatih serta pelatih kelab tersebut.\"Kerteh FC telah bekerjasama dengan Oscar sejak 1 Mei 2020. Sebagai Penasihat Teknikal, Oscar bertanggungjawab untuk membentuk DNA Kerteh FC dengan menyediakan metodologi latihan kepada pemain dan jurulatih kelab Kerteh FC.\"Sepanjang pandemik Covid-19 melanda dunia, Kerteh FC dan Oscar bekerja secara komunikasi dalam talian bagi pertukaran idea dan maklumat.\"Bagaimanapun pada tahun ini, Oscar berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Kerteh dan bertemu dengan pelajar, pemain dan ibu bapa secara bersemuka seterusnya memberi taklimat hala tuju pemain pada masa depan\", katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Razeman memberitahu, Kerteh FC merasa amat bertuah kerana mendapat sentuhan Oscar yang juga anak kepada bekas kapten pasukan kebangsaan Sepanyol dan Kelab RCD Espanyol era 1960-an iaitu Julian Riera.Oscar merupakan bekas Pengurus Jabatan Pencari Bakat Antarabangsa Kelab RCD Espanyol serta pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di 26 buah akademi bola sepak dengan jumlah pelatih lebih 8,000 orang di seluruh dunia termasuk di Eropah, Afrika, United Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Selatan.Selain itu, Oscar juga pernah menjawat jawatan selaku Pengarah Rangkaian Sekolah Bola Sepak Kelab RCD Espanyol di Catalunya bagi Projek XEF selama lapan tahun.Beliau kemudian dilantik sebagai Pengurus Sukan Antarabangsa di Kelab RCD Espanyol selama tujuh tahun.Sepanjang 10 hari berada di Kerteh, jadual Oscar padat dengan sesi latihan di dalam kelas dan di atas padang bersama jurulatih serta pemain.Malah beliau juga mengambil peluang melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh untuk bertemu dengan pemain Kelab Bola Sepak sekolah tersebut.Tambah beliau, SMK Kerteh adalah sekolah di bawah 'Affiliate Program' Kerteh FC di mana sekolah tersebut menerima faedah daripada segi kejurulatihan, barangan dan peralatan serta tempat latihan yang disediakan oleh pihak kelab.Dalam pada itu, Oscar dalam reaksinya selepas turun padang bersama pelatih Kerteh FC berpendapat, kualiti pelatih kelab itu boleh dibanggakan khususnya daripada segi corak permainan dua sentuhan bola yang diterapkan.\"Secara umumnya saya melihat pelatih mampu menyerap teknik permainan berasaskan DNA yang saya bawa untuk mereka dalam tempoh masa yang singkat.\"Begitu juga dengan barisan kejurulatihan setiap peringkat umur kelab ini yang saya dapati cukup berkualiti dan memahami metodologi bola sepak yang saya terapkan di sini,\" ujarnya.Tambah Oscar, beliau juga tertarik dengan corak permainan tiga pelatih Kerteh FC yang disifatkannya berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.Pemain yang dimaksudkan ialah Muhammad Hafiq Aiman Mohd Zaid, Muhammad Haziq Zahid dan Muhammad Fariz Juprizal.Beliau merancang untuk membawa ketiga-tiga pelatih tersebut bermain di dalam sistem bola sepak remaja di Sepanyol, jika ada mana-mana pihak di negara ini yang sudi menaja kos mereka di sana.Ini kerana ketiga-tiga pemain tersebut dilihat mempunyai berpotensi yang besar pada masa akan datang.Kerteh FC ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sejak September 2018 di bawah pemilikan dan pengurusan syarikat KAL Services Sdn Bhd.Sebagai rekod, Kerteh FC sebelum ini menjadi Juara Liga Perdana dan Juara Piala Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019.Dengan status pasukan Liga M5, Kerteh FC turut memiliki skuad akar umbi daripada pelbagai peringkat umur bermula dari bawah enam tahun (B-6).Kerteh FC bakal menyertai saingan Liga Bolasepak Terengganu Bawah B-12, B-17 tahun dan pasukan utama yang dijangka bermula pada Julai 2023.Pasukan B-8, B-10, B-12, B-14 dan B-16 pula akan menyertai Liga Suparimau 2023 yang akan bermula Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 04:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260581/berita/sukan/keputusan-lepaskan-teong-kim-bukan-mudah---abdul-azim", "article_title": "Keputusan lepaskan Teong Kim bukan mudah - Abdul Azim", "article_text": "PENAMATAN kontrak Datuk Lim Teong Kim daripada mengendalikan Perak FC dibuat secara teliti setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk elemen perniagaan.Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, perkara itu diputuskan menerusi satu mesyuarat Lembaga Pengarah dan Exco Perak FC yang bermesyuarat dua hari lalu.Katanya, perbezaan haluan antara pengurusan Perak FC dan Teong Kim turut dikenal pasti menjadi punca jurulatih itu dipecat.Tambahnya, sebagai entiti perniagaan, pertimbangan yang dibuat pastinya berbeza berbanding cara lama.\u201cKeputusan dibuat dua hari lepas selepas mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengarah dan Exco Perak FC yang memakan masa dua jam setengah. Ahli Lembaga Pengarah ada lima orang, Exco ada tujuh lapan orang dan semuanya beri hujah termasuk ada yang pertahankan Teong Kim.\u201cKita berpendapat mungkin Teong Kim tidak sehaluan dengan kita. Kena ingat bahawa kita lihat (Perak FC) sebagai satu perniagaan, bukan macam dahulu di bawah PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak). Pasukan ini dimiliki syarikat (XOX) yang tersenarai di bursa saham.Abdul Azim\u201cSemua ini kita ambil kira dan jika ia perniagaan, pertimbangannya juga agak berlainan. Kita kena lihat sama ada ia akan jejaskan nama syarikat, jejaskan keuntungan syarikat atau pun jejaskan reputasi syarikat.\u201cKita tengok banyak aspek, namun yang penting adalah perniagaan kita kerana tanpa perniagaan, kita tidak dapat duit untuk pemain dan buat bayaran lain. Jadi, kalau tidak sehaluan dengan kami, susahlah,\u201d katanya.Perak FC dalam satu kenyataan pada Khamis mengumumkan Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara.Dalam masa sama, Abdul Azim menjelaskan perbincangan bersama Teong Kim sudah pun dibuat beberapa kali dan keputusan yang dibuat itu adalah sukar.\u201cTiada kata dua, tetapi saya sendiri sudah jumpa dia beberapa kali, duduk berbincang dan mohon dia lihat balik pasukan.\"Kita bincang, tengok data, statistik dan semua benda, tetapi percayalah untuk buat keputusan ini bukan mudah,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 04:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260561/berita/sukan/azeem-hitung-detik-lebur-rekod-kebangsaan", "article_title": "Azeem hitung detik lebur rekod kebangsaan", "article_text": "ADAKAH peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.Terdapat kebarangkalian perkara tersebut berlaku apabila pelari berusia 19 tahun itu, yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat mengesahkan akan kembali ke tanah air untuk bersaing dalam kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini.Apa yang lebih menarik, selepas mencipta catatan musim terbaik 10.11 saat (s) pada kejohanan di Louisiana baru-baru ini, atlet kelahiran Perak itu merasakan dirinya berada di landasan tepat untuk memadam rekod kebangsaan 10.09s miliknya tidak lama lagi.\"Saya bersyukur sebab dapat buat catatan musim terbaik 10.11s di kejohanan Southeastern Conference (SEC) dua minggu lepas yang (catatan) dibezakan 0.02s daripada rekod kebangsaan, ia sangat bagus lagipun saya lakukannya di penggal pertama 2023.\"Saya masih mempunyai musim yang panjang dan saya yakin akan memecahkan rekod kebangsaan milik sendiri dalam masa beberapa bulan lagi,\" katanya yang berada di Florida ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Selepas Terbuka Malaysia, penuntut Universiti Auburn, Alabama itu akan menghadapi pertandingan lebih besar iaitu Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Julai, Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary (Ogos) dan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September.Muhammad Azeem, yang tidak bersama skuad olahraga negara ke temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini, turut berazam melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum akhir tahun ini.\"Jika tiada halangan, diberikan kesihatan yang baik dan semua berjalan lancar, sebelum 2024 saya akan cuba sedaya upaya untuk layak sebab saya nak buat kerja mudah layak awal kemudian hanya kekalkan prestasi. Secara keseluruhan saya di landasan yang baik,\" katanya.Awal pagi tadi waktu Malaysia, Muhammad Azeem mencatat masa 10.04s dengan bantuan angin 5.5s dalam pusingan suku akhir saingan divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, namun gagal mara ke pusingan seterusnya.Beliau mengakui tidak berada pada tahap terbaik selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksanya berehat dan tidak menjalani latihan selama enam hari.\"Boleh kata tidak berlatih selama seminggu terus berlari di pusingan pertama dan mara ke suku akhir adalah satu perkara yang positif bagi saya.\"Sebelum ini, kalau cedera saya akan bertindak lebih awal dengan menarik diri tapi disebabkan ini adalah tahun pertama saya di sini, jadi saya cuba lakukan sesuatu untuk diri sendiri dan negara, mungkin belum rezeki saya,\" katanya.Muhammad Azeem mencipta rekod kebangsaan 100m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas sekali gus memadam catatan lama 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 03:13pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260557/berita/sukan/gopoh-punca-aaron-wooi-yik-tersungkur", "article_title": "Gopoh punca Aaron-Wooi Yik tersungkur", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik harus menyalahkan diri mereka sendiri atas kegagalan mara ke peringkat separuh akhir Masters Malaysia 2023.Kekalahan 18-21, 19-21 kepada gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat meleburkan impian Aaron-Wooi Yik meraih kejayaan di laman sendiri.Sikap kurang sabar menjadi antara faktor yang menyumbang kekalahan buat juara dunia itu yang gagal untuk mengulangi sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir pada edisi tahun lalu.\"Mungkin kami tak cukup sabar sebab bulu tangkis agak perlahan. Pemain lawan pula bijak mencuri mata daripada set pertama lagi.\"Saya dah Aaron cuba perbetulkan rentak kami tapi kadangkala mereka bermain lebih baik. Jadi kami cuba bertahan dan beri yang terbaik.\"Kalau ikutkan game ini, peluang 50-50 sebab cara permainan kami dan mereka lebih kurang sama. Cuma mereka lebih bersedia,\" kata Wooi Yik kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal menempah pertemuan menentang rakan sepelatih mereka, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di peringkat separuh akhir.Wei Chong-Kai Wun memahat sejarah tersendiri apabila mengejutkan gandingan handalan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 23-21, 21-17 dalam satu lagi aksi suku akhirGandingan muda negara yang kini menduduki ranking ke-26 dunia itu bakal menentang Leo Rolly-Daniel dalam aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung malam ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260552/berita/sukan/klopp-tak-percaya-salah-tinggalkan-liverpool", "article_title": "Klopp tak percaya Salah tinggalkan Liverpool", "article_text": "JURGEN Klopp optimis pemain sensasi mereka, Mohamed Salah akan kekal bersama Liverpool biarpun The Reds gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.Penyerang Mesir itu menerusi catatan di media sosial meluahkan rasa kecewa selepas Manchester United menewaskan Chelsea 4-1 menyebabkan Liverpool terpaksa beraksi dalam Liga Europa musim depan.Pemain berusia 30 tahun itu mengatakan hatinya remuk dan sama sekali merasakan Liverpool tidak sepatutnya terlepas kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).Salah pada musim panas lalu menandatangani kontrak baharu yang menjadikannya pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam sejarah kelab itu.Mengulas kebimbangan tentang masa depan Salah selepas kenyataan yang jarang berlaku itu, Klopp tidak berasa khuatir, malah memberitahu pemain itu gembira berada di Anfield.\u201cJangan risau, tidak. Saya hanya mendengar apa yang dia katakan tetapi saya tidak mengesan sebarang perkara yang boleh menjurus ke arah itu.\"Mo (Salah) gembira berada di sini dan Mo adalah sebahagian daripadanya.Malah Klopp turut menjelaskan mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Salah.\"Dia meminta maaf atas pencapaian 'kami' - bukan meminta maaf atas tindakan orang lain. Semuanya baik-baik saja.\u201cJika ada pemain yang datang kepada saya dan mahu pergi kerana terlepas Liga Juara-Juara, maka saya sendiri akan membawanya ke kelab lain.\"Saya akan mengambil kunci dan berkata 'masuk kereta, ke mana awak nak pergi, saya bawa awak',\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 02:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260541/berita/sukan/masa-depan-xhaka-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Masa depan Xhaka cetus tanda tanya", "article_text": "MASA depan pemain sensasi, Granit Xhaka bersama Arsenal pada musim depan mencetuskan tanda tanya selepas kegagalan The Gunners dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23.Pengurus The Gunners, Mikel Arteta yang memuji pengaruh besar pemain berusia 30 tahun itu dalam pasukan bagaimanapun enggan mengulas nasib mana-mana pemain menjelang aksi terakhir EPL menentang Wolves pada Ahad.\u201cBagi saya (dia) sangat penting di setiap peringkat dan saya fikir untuk pasukan dan kebaikan kelab,\" ujar Arteta.Xhaka menjadi tunjang penting bersama Thomas Partey di bahagian tengah dalam percaturan Arteta untuk musim ini selain menjadi pemain yang disegani.Kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah itu ekoran kontraknya akan tamat pada akhir musim depan.\u201cKetika saat hebat yang kami tempuh musim ini selepas berdepan keadaan yang sukar.Saya fikir kami sudah menjadi kelab yang dibarisi dengan pemain yang lebih baik.\u201cSaya fikir kelab dan ramai orang melakukan yang terbaik untuk berada di sana dan memahami apa yang berlaku secara emosi dan mengapa reaksi itu berlaku,\u201d ujar Arteta.Xhaka menghabiskan empat tahun di Jerman bersama Borussia Monchengladbach sebelum Arsene Wenger membawanya ke Arsenal pada 2016 dengan harga kira-kira 30 juta pound (RM170.40 juta).Pemain antarabangsa Switzerland itu bagaimanapun mempunyai hubungan yang kurang baik dengan peminat dan kemuncak perbalahan adalah apabila dia digantikan semasa perlawanan menentang Crystal Palace di Emirates empat tahun lalu.Pengurus Unai Emery kemudiannya melucutkan tugasnya sebagai kapten dan masa depannya di kelab kelihatan suram.Namun musim ini menyaksikan kebangkitan Xhaka apabila Arsenal memberi tekanan kepada Manchester City sehingga ke minggu-minggu terakhir musim dalam perebutan gelaran juara liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 01:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260536/berita/sukan/lampard-harap-penutup-positif-di-stamford-bridge", "article_title": "Lampard harap penutup positif di Stamford Bridge", "article_text": "FRANK Lampard berharap dapat menamatkan aksi terakhir Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri menentang Newcastle United pada Ahad dengan penutup yang positif.Meskipun tidak mampu mengubah nasib The Blues, namun kemenangan mampu mengembirakannya biarpun sedar tugas berat untuk menentang pasukan di tangga keempat liga itu.\u201cSaya tidak mahu kelihatan seperti kasar tetapi saya tidak fikir ia seperti satu ucapan selamat tinggal.\u201cLebih daripada segala-galanya, saya mahu berikan kepada mereka satu prestasi (baik) untuk dibawa ke musim depan dan merasakan sedikit positif mengenainya,\u201d katanya.Lampard mengalas tugas selaku pengendali sementara pada April lalu namun gagal, susulan musim penuh berliku dihadapi Chelsea yang ketika ini menghuni tangga ke-12 liga.Kelab dari London itu tewas lapan daripada 10 perlawanan di bawah kendalian Lampard dan akan menamatkan musim ini tanpa trofi meskipun pemilik baharu dari Amerika Syarikat (AS) memperuntukkan dana besar bagi mendapatkan pemain baharu.Pertemuan di Stamford Bridge mungkin yang terakhir buat Lampard, venue yang mempunyai seribu satu kenangan baik sebagai pemain dan pengurus kelab.\u201cSaya menghargainya, semakin hampir ke penghujung musim dan mengakhiri masa saya. Namun normalnya apabila kamu meninggalkan kelab, kamu tidak mempunyai 'sorakan gembira' sebagai seorang pengurus.\u201cSaya agak tenang dan tidak begitu bernostalgia tetapi apa yang pasti hargailah apa yang peminat berikan pada Ahad nanti,\u201d katanya.Chelsea dilaporkan sudah memuktamadkan persetujuan mengikat bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Paris St Germain, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu The Blues musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 01:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260519/berita/sukan/muhammad-azeem-tamatkan-aksi-ncaa-di-tempat-ke-11", "article_title": "Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11", "article_text": "PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan acara 100 meter (m) di kedudukan ke-11 pada saingan suku akhir divisyen satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Jacksonville, Florida, pagi tadi waktu Malaysia.Menurut laman sesawang kejohanan, https://flashresults.ncaa.com/Outdoor/2023/FirstRounds/East/001-2.pdf, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.Catatan itu lebih pentas daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas, namun ia tidak diiktiraf kerana bantuan angin sebanyak +5.5 meter per saat (m/s) berbanding maksimum +2.0m/s yang dibenarkan untuk diterima sebagai rekod baharu kebangsaan.Difahamkan, atlet berusia 19 tahun dari Ipoh, Perak itu terpaksa berlari dalam keadaan menahan sakit berikutan kecederaan pangkal paha kanannya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 11:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260518/berita/sukan/city-ghairah-buru-treble", "article_title": "City ghairah buru treble", "article_text": "PEP Guardiola dan barisan pemain Manchester City melaungkan semboyan untuk mencipta sejarah trebel merangkul Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara.Trofi EPL sudah dalam genggaman dan The Citizens teruja untuk melakar kemenangan ke atas Manchester United pada aksi final Piala FA dan Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara bulan depan.\"Semua orang tahu di mana posisi kami (memburu trofi). Ia hadir sekali seumur hidup,\" ujar Guardiola.Sebagai rekod, hanya United yang berjaya meraih gelaran trebel dalam kancah bola sepak Inggeris iaitu pada musim 1998/99.Guardiola memiliki 'ketajaman' dalam melakukan percaturan The Citizens yang dilihat menjadi kunci kejayaan pasukan.\"Apabila kami di sana (final) yang pertama kamu perlu bertenang dan menikmatinya selain melakukan yang terbaik.\"Namun tiada seorang pun yang dapat memastikan yang kami akan kembali dalam posisi berkenaan lagi (perlawanan akhir),\" katanya.Dalam pada itu, menurut Gardiola, tempoh rehat selepas aksi terakhir liga di Brentford pasa Ahad adalah masa terbaik untuk melakukan persiapan menjelang dua perlawanan penting itu.\"Kembali dalam keadaan terbaik untuk aksi final nanti,\" kata bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu yang pernah menjuarai 11 gelaran liga dalam 14 musim sebagai jurulatih.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 11:01am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260513/berita/sukan/jdt-perlu-pamer-aksi-terbaik-berdepan-penang-fc---solari", "article_title": "JDT perlu pamer aksi terbaik berdepan Penang FC - Solari", "article_text": "JUARA bertahan, Johor Darul Ta\u2019zim perlu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad bagi menjamin slot ke separuh akhir musim ini.Menurut pengendalinya, Esteban Solari, pelawat sudah pasti bakal menurunkan kesebelasan selain merangka percaturan strategi terbaik dalam usaha mencatatkan kejayaan.Justeru, kesemua pemain skuad Harimau Selatan diharap bersedia untuk berdepan tentangan sengit daripada kesebelasan skuad Harimau Kumbang itu.\u201cKini JDT sudah berada di suku akhir Piala FA...seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap perlawanan dalam saingan kalah mati seperti ini pastinya sukar.\u201cLawan JDT kali ini adalah Penang FC...pasukan yang mempunyai strategi yang baik, pemain-pemain yang pantas dan kesemua ini pastinya akan memberikan kesukaran kepada kita.\u201cOleh itu, semua pemain perlu memberikan aksi yang terbaik untuk melepasi peringkat ini (suku akhir),\u201d katanya.Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA apabila menewaskan Terengganu FC, 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September 2022, lalu.JDT mara ke suku akhir Piala FA musim ini apabila menewaskan PDRM FC, 3-0 bagi saingan kelompok 16 terbaik di Stadium Sultan Ibrahim, 14 April lalu.Mengulas mengenai kesebelasan yang bakal beraksi berdepan Penang FC, Solari berkata, ramai dalam pemain dilihat bersedia untuk diturunkan termasuk pemain-pemain simpanan.Katanya, senario berkenaan dilihat memberikan petanda positif dan memberikannya lebih banyak pilihan bagi menurunkan kesebelasan terbaik berdepan skuad Harian Penang Haria itu.\u201cRata-rata pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi kali ini. Apa pun, mereka (pemain) diharap telah bersedia untuk berdepan apa sahaja kemungkinan.\u201cMereka (pemain) juga perlu ingat, setiap perlawanan adalah berbeza dan mereka perlu sentiasa bersedia,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 10:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260512/berita/sukan/korea-selatan-ujian-sebenar-young-tigers-di-oman", "article_title": "Korea Selatan ujian sebenar Young Tigers di Oman", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara diingatkan supaya tidak meletakkan diri dalam zon selesa selepas meraih dua kemenangan menyakinkan dalam aksi Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023.Malah biarpun pengendali The Young Tigers, Muhamad Amin Rahim menyifatkan kemenangan besar ke atas Uzbekistan dan Bangladesh adalah hasil usaha keras setiap pemain, namun ujian paling lebih getir apabila berdepan pasukan Korea Selatan Sabtu ini.Sebaliknya Muhamad Amin menegaskan berdepan Korea Selatan pada Sabtu merupakan cabaran sebenar buat para pemain negara dalam menterjemahkan kekuatan The Young Tigers.\u201cAlhamdulillah, dua kemenangan yang diharapkan dalam perlawanan awal kumpulan telah berjaya dilunaskan, namun perjalanan kejohanan masih panjang.\u201cPastinya dapat dilihat prestasi setiap pemain semakin meningkat ditambah dengan keyakinan tinggi untuk turun dalam setiap perlawanan.\u201cBiarpun begitu cabaran pasukan sebenarnya adalah berdepan Korea Selatan yang juga bukan lawan mudah tambahan pula selepas mereka menang dua perlawanan peringkat kumpulan.\u201cKemenangan besar Korea Selatan 8-1 ke atas Oman, harus diberikan perhatian setiap pemain untuk lebih berdisiplin.\u201cBiarpun begitu kita akan menganalisa kekuatan dan kelemahan pasukan Korea Selatan serta menyusun strategi terbaik menjelang aksi berdepan mereka,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.The Young Tigers meneruskan rentak cemerlang aksi Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023 apabila melakar kemenangan kedua dengan mengatasi Bangladesh, 5-1 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman pada Khamis.Keputusan itu meneruskan momentum cemerlang anak buah Muhamad Amin yang menyingkap tirai kempen dengan kemenangan bergaya 8-1 ke atas Uzbekistan sebelum ini.Mengulas mengenai keadaan cuaca panas di Oman, Muhamad Amin Rahim berkata, \u201cCuaca bukan alasan, Kita menentang lawan yang berbeza pada setiap perlawanan dengan kekuatan yang juga berbeza.\u201cNamun kemenangan itu lebih penting dan paling utama saya tekankan kepada para pemain adalah untuk mengekalkan tahap konsistensi persembahan pasukan setiap kali kerana percaya elemen itu akan diterjemahkan dalam bentuk jaringan menerusi persembahan baik mereka.\u201dPIALA DUNIA REMAJA 2023Kumpulan BSABTU (27 MEI)Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petangSELASA (30 MEI)Malaysia lwn Oman, 12.30 tengah malam", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 09:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260510/berita/sukan/cheng-hoe-waspada-taktikal-devan-di-paroi", "article_title": "Cheng Hoe waspada taktikal Devan di Paroi", "article_text": "SELANGOR FC akan lebih berwaspada menjelang perlawanan kalah mati suku akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.Biarpun Selangor pernah menewaskan Negeri Sembilan sebelum ini, namun pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.Sebaliknya, Cheng Hoe percaya skuad Rusa yang dibimbing pengendali berpengalaman K Devan mampu menghadirkan keputusan positif sekiranya para pemain mengambil mudah cabaran pasukan tuan rumah.Selangor bangkit menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 April lalu - dengan gol diledakan Faisal Halim (minit ke-56) dan Sharul Nazeem Zulpakar (m-91) yang memadamkan pendahuluan Herold Goulon (m-48).\"Biarpun begitu kejayaan menewaskan Kedah tempoh merupakan tonik semangat dan menambah keyakinan kepada pemain Selangor untuk meraih keputusan positif berdepan Negeri Sembilan.\"Memang kebanyakan pemain ternyata nampak keletihan sedikit, namun itu bukan alasan untuk tidak memberikan aksi terbaik masing-masing di Paroi biarpun Negeri Sembilan memiliki keletihan satu hari rehat.\"Saya akui terdapat pemain-pemain yang telah mengharungi dua perlawanan berturut-turut, kemungkinan kami akan melakukan penggiliran apabila berdepan Negeri Sembilan,\" katanya kepada Sukan Sinar.Mengulas lanjut Cheng Hoe mengakui Negeri Sembilan merupakan sukar dijinakkan seperti dibuktikan ketika kedua-kedua pasukan berentap dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.Tambahnya, saingan Piala FA peringkat ini pula merupakan saingan kalah mati yang pastinya menghadirkan pelbagai kejutan akan dimanfaatkan skuad Hoben Jang Hoben sebagai pasukan tuan rumah.\"Saya percaya Negeri Sembilan di bawah kendalian coach Devan yang sememangnya yang cukup berpengalaman dalam saingan Liga Super tahu bagaimana untuk menyediakan pasukan yang mantap berdepan Selangor.\"Negeri Sembilan yang lebih dikenali dengan permainan counter attack mungkin coach Devan akan menggunakan pendekatan berbeza perlawanan kali ini.\"Malah saya menjangkakan Negeri Sembilan akan lebih agresif di Paroi dan Selangor perlu lebih bersedia mental dan fizikal dalam perlawanan Piala FA yang penuh pelbagai kejutan,\" katanya.Terdahulu Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-2 dalam perlawanan aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Tiga mata diraih itu membolehkan anak Cheng Hoe menghimpun 28 mata sekaligus kemenangan keenam dalam tujuh aksi terakhir The Red Giants.PIALA FA 2023Suku AkhirSABTU (27 Mei)Terengganu FC lwn Kelantan FC(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 5 petang)Negeri Sembilan lwn Selangor FC (Stdm Tuanku Abdul Rahman, 8.15 malam)AHAD (28 Mei)Sabah FC lwn Kuala Lumpur City FC(Stdm Likas, 5.45 petang)JDT lwn Penang FC(Stdm Sultan Ibrahim, 8.15 malam)*Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mei 2023 09:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260494/berita/sukan/chong-wei-kongsi-resipi-kejayaan", "article_title": "Chong Wei kongsi resipi kejayaan", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkongsi bagaimana keinginan untuk berjaya telah mendorong beliau menjadi \u2018superstar\u2019 sukan badminton sehingga disenarai dalam Badminton Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.Menurut Chong Wei, beliau sentiasa mahu menjadi pemain terbaik dunia kerana padanya, bergelar pemain nombor satu Malaysia masih belum memadai.\"Dalam fikiran, saya sentiasa mahu menjadi rakyat Malaysia pertama, (menjadi) yang pertama (rakyat Malaysia) menjadi nombor satu dunia.\"Saya selalu tanam dalam minda bahawa saya mahu jadi pemain Malaysia pertama memegang gelaran nombor satu dunia paling lama,\u201d katanya kepada pemberita pada majlis pemasyhuran Badminton Hall of Fame BWF di sini hari ini.Chong Wei mengakui cabaran daripada \u2018musuh tradisinya\u2019 Lin Dan menjadi pendorong kepada beliau untuk layak ke perlawanan akhir dalam setiap kejohanan, kerana kedua-dua mereka sering kali cuba mengatasi satu sama lain dalam pertandingan.Walaupun Lin Dan menjadi musuh utamanya dalam gelanggang, namun pemain China yang kini berusia 39 tahun itu sentiasa memberi dorongan diperlukan untuk berada dalam kelasnya tersendiri.\"Sama ada saya atau dia (Lin Dan) menang, saya sentiasa mahu bersaing (pastikan) kedua-dua kami akan mara ke final. Saya sentiasa mahu kalahkan Lin Dan dan kami memberi galakkan antara satu sama lain setiap kali di final,\u201d katanya.Hari ini, Chong Wei dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 11:44pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260493/berita/sukan/aaron-wooi-yik-tumbang-di-suku-akhir-masters-malaysia", "article_title": "Aaron-Wooi Yik tumbang di suku akhir Masters Malaysia", "article_text": "LANGKAH beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti di peringkat suku akhir Masters Malaysia 2023 selepas tewas 18-21, 19-21 kepada Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Aaron-Wooi Yik yang turun dengan reputasi selaku juara dunia gagal menyaingi lawan mereka dari Indonesia itu yang menampilkan corak permainan agresif sepanjang perlawanan berlangsung.Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi tahun lalu apabila mereka mara sehingga peringkat separuh akhir.Ketika itu, Aaron-Wooi Yik tumbang di tangan beregu Indonesia yang kini berstatus nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.Terdahulu, beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun memahat sejarah tersendiri apabila mengejutkan gandingan handalan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.Wei Chong-Kai Wun yang juga gandingan nombor 26 dunia menumbangkan bekas juara dunia itu dengan kemenangan straight-set 23-21, 21-17 pada aksi suku akhir.\"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi ia tidak bermakna kami boleh selesa kerana banyak lagi perlu dilakukan menentang beregu-beregu lebih hebat,\" kata Kai Wun selepas tamat perlawanan.Wei Chong pula gembira dengan prestasi dan persefahaman antara mereka dalam aksi itu sambil mengharapkan kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat untuk mara ke final Masters Malaysia kali ini.\"Kejohanan ini adalah permulaan kejayaan dalam karier kami. Namun, kami perlu terus kerja keras dan tidak boleh cepat gembira dengan kejayaan ini,\" jelasnya.Dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, Wei Chong-Kai Wun dijadualkan menentang Leo Rolly-Daniel.Satu lagi wakil negara dalam acara beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula gagal melangkah ke separuh akhir selepas tewas 21-15, 16-21, 14-21 kepada gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 11:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260482/berita/sukan/piala-trek-antarabangsa-hong-kong-azizulhasni-sambar-dua-emas", "article_title": "Piala Trek Antarabangsa Hong Kong: Azizulhasni sambar dua emas", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Jaguhberbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menampilkan kayuhan memukau apabila menyambar dua pingat emas pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong di Velodrom Hong Kong hari ini.Azizulhasni meraih emas pertama dalam acara pecut selepas menewaskan pelumba Taiwan, Kang Shing Feng dalam aksi final.Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut berjaya menjejakkan kaki di podium apabila menewaskan pelumba Korea Selatan, Kang Seojun dalam aksi penentuan tempat ketiga/ keempat.Azizulhasni yang kini dalam misi memburu tiket Sukan Olimpik Paris 2024 terus menampilkan henjutan bertenaga apabila menyambar emas kedua menerusi acara kegemarannya, keirin.Kecemerlangan The Pocket Rocketman itu turut diiringi dengan kemenangan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang meraih emas acara pecut dan perak (keirin).Dalam saingan final, Nurul Izzah Izzati berjaya mengetepikan cabaran pelumba Korea Selatan, Park Jihae.Seorang lagi pelumba muda wanita negara, Amber Yong turut cemerlang apabila membawa pulang pingat emas acara keirin junior.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 09:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260476/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-tewaskan-the-daddies-layak-ke-separuh-akhir", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun tewaskan 'The Daddies', layak ke separuh akhir", "article_text": "PASANGAN beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mencatatkan kejayaan peribadi tersendiri mereka selepas mengejutkan bekas juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023, di Kuala Lumpur, hari ini.Pada set pertama, kedua-dua Wei Chong-Kai Wun dan Mohammad Ahsan-Hendra yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, bersaingan sengit sehingga terikat 21-21, sebelum pasangan Malaysia berjaya untuk menang, 23-21.Set kedua yang juga sengit antara kedua pasangan itu, membuatkan penonton tidak senang duduk terutamanya ketika kedua mereka terikat 16-16.Bagaimanapun akhirnya, pasangan Wei Chong-Kai Wun yang bukan pasangan pilihan kejohanan, ternyata lebih bernasib baik apabila pukulan smesy Hendra tersangkut di jaring, yang membolehkan pasangan Malaysia itu menang 21-17, sekali gus layak ke separuh akhir.Ketika ditemui selepas perlawanan, Kai Wun berkata, kemenangan hari ini yang juga merupakan kemenangan terbesar sepanjang karier mereka setakat ini, telah meningkatkan keyakinan mereka untuk menentang pasangan terbaik seterusnya.Sementara itu, Wei Chong benar-benar gembira atas kejayaan mereka menewaskan beregu dari Indonesia yang lebih bagus dan berpengalaman, menyebabkan mereka merasakan lawan mereka itu sukar untuk ditewaskan.Dalam pada itu, Mohammad Ahsan berkata mereka redha dengan kekalahan itu dan mengakui Wei Chong-Kai Wun jelas bermain dengan lebih baik hari ini.Hendra pula menasihatkan pasangan Malaysia untuk tidak terbawa-bawa dan cepat berpuas hati dengan kemenangan menakjubkan mereka itu, kerana perjalanan mereka dalam badminton masih jauh.Keputusan hari ini juga bermakna Wei Chong-Kai Wun berjaya membalas dendam terhadap pasangan yang dikenali sebagai The Daddies, selepas pasangan Indonesia itu menewaskan mereka pada pusingan kedua Terbuka Singapura 2022, 14-21, 15-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 08:26pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260474/berita/sukan/rexy-bengang-keputusan-kontroversi-pengadil", "article_title": "Rexy bengang keputusan kontroversi pengadil", "article_text": "AKSI suku akhir Masters Malaysia 2023 antara beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi benar-benar 'panas'.Ia gara-gara beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Serbia, Alexander Olennikov yang secara tiba-tiba memberhentikan perlawanan ketika pertarungan di set ketiga.Situasi itu nyata membangkitkan kemarahan Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang pantas meluru ke arah Olennikov.\u201cPemain penat ketika rali panjang, tetapi pengadil berhentikan permainan kerana melihat jurulatih Jepun sedang bercakap kepada pemainnya.\u201cSaya terus bangun dan mengadu kerana mereka juga bekas pemain dan harus faham pemain sememangnya penat. Ini kali pertama saya berdepan insiden sebegini,\" kata Rexy.Sebelum itu, Rexy turut mempersoalkan tindakan pengadil yang menegur Thinaah walaupun dia tidak membuat kesalahan pada penghujung set kedua.Pengadil mendakwa Thinaah telah menghempas raket, namun Rexy menafikannya dan menganggap itu hanya reaksi biasa.\u201cPeraturan badminton terlalu ketat seperti pemain tiada kebebasan. Peraturan badminton ikut seperti tenis tetapi semuanya seperti tak sama bila pemain tiada hak mereka,\u201d jelasnya.Dalam pada itu, Rexy berkata, kemenangan 13-21, 21-19, 21-16 Pearly-Thinaah ke atas Fukushima-Hirota hasil kesabaran yang tinggi ditunjukkan anak-anak buahnya.\u201cYa mereka berjaya mengikut arahan dan bermain dengan cukup baik. Saya harap mereka terus konsisten dalam aksi separuh akhir esok,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 07:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260451/berita/sukan/mpm-cari-dana-untuk-paralimpik-paris", "article_title": "MPM cari dana untuk Paralimpik Paris", "article_text": "MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) pada Jumaat memperkenalkan kempen TambahEMAS Paris 2024 sebagai inisiatif mengumpul dana bagi membantu atlet dalam misi memburu pingat emas ke-10 negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, sebagai permulaan kempen dengan fokus utama itu dalam kerjasama antara MPM dan Health Lane Family Pharmacy akan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Disember depan.Beliau berkata, dana yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan persediaan atlet menghadapi Sukan Paralimpik Paris 2024, namun enggan menyatakan jumlah kutipan yang disasarkan.\"Ini bukan percubaan, ini satu daripada banyak kempen yang kita akan cuba selepas ini. Kita tidak meletakkan sasaran (kutipan) kerana apa yang penting adalah kesedaran untuk buka mata semua orang di luar sana yang tidak tahu pasal sukan para.\"Kalau boleh (jumlah kutipan) mesti nak paling tinggi tetapi saya harap semua orang dapat bagi sumbangan seikhlas boleh, paling penting adalah sokongan moral,\" katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MPM dan Health Lane Family Pharmacy di Kuala Lumpur pada Jumaat.Pada masa sama, Megat D Shahriman menyifatkan kempen TambahEMAS Paris 2024 dapat menampung kos yang diperlukan barisan atlet para negara sekiranya sesuatu perkara tidak diingini berlaku.\"Dengan keadaan ekonomi negara sekarang mungkin bajet (sukan para) menjadi kurang atau lebih kita tidak tahu, jadi bila adanya dana tambahan adalah untuk tampung atlet, hanya untuk atlet,\" katanya yang turut mengintai peluang kerjasama dengan lebih banyak sektor korporat selepas ini.Beliau berkata, kempen itu secara tidak langsung memberi bayangan awal jumlah sasaran emas kontinjen negara di Paris selepas Malaysia setakat ini berjaya mengumpul keseluruhan enam emas masing-masing tiga pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dan edisi 2020 di Tokyo, Jepun.Mengenai sasaran kontinjen negara ke temasya Suka Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja pada 3 hingga 9 Jun ini, Megat D Shahriman berkata, ia akan diumumkan pada Isnin depan.Sementara itu, Pengurus Pemasaran Health Lane Family Pharmacy, Calvin Lau berkata, melalui kerjasama dengan MPM, kami mahu memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah putus asa dan berusaha mencapai impian mereka. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 05:55pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260445/berita/sukan/pearly-thinaah-terus-cipta-sensasi", "article_title": "Pearly-Thinaah terus cipta sensasi", "article_text": "BEREGU utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan kebangkitan sensasi apabila melakar kemenangan 13-21, 21-19, 21-16 ke atas gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dalam aksi suku akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Tampil selaku pilihan keenam kejohanan, Pearly-Thinaah yang mendapat sokongan padu daripada ribuan penyokong sendiri membuktikan betapa mereka layak menidakkan cabaran Fukushima-Hirota pada perlawanan yang berlangsung hampir dua jam itu.Kejayaan Pearly-Thinaah yang kini menduduki ranking ke-11 dunia mara ke peringkat separuh akhir itu sekali gus mengulangi pencapaian mereka pada edisi tahun lalu.Ketika itu, Pearly-Thinaah tewas 10-21, 19-21 kepada beregu handalan China, Chen Qingchen-Jia Yifan.Pada Khamis, Pearly-Thinaah mencuri tumpuan apabila berjaya mencipta antara rekod rali terpanjang dunia dengan melakukan 211 pukulan ketika menentang satu lagi beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam masa tiga minit 35 saat.Dalam aksi separuh akhir pada Sabtu, Pearly-Thinaah dijadualkan menentang gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong yang menang 21-15, 18-21, 21-16 ke atas gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Inaramadhanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 05:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260387/berita/sukan/hamilton-nafi-sertai-ferrari", "article_title": "Hamilton nafi sertai Ferrari", "article_text": "PELUMBA sensasi, Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangkakan untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes dalam beberapa minggu akan datang'.Masa depan Hamilton bersama Mercedes mencetuskan teka-teki ketika kontraknya berbaki enam bulan menerusi perjanjian yang mencecah 40 juta pound setahun (RM228 juta).Dilaporkan menjelang Grand Prix Monaco minggu ini Ferrari sedia menawarkan bidaan lumayan untuk mendapatkan Hamilton.Mengulas desas-desus minat pasukan dari Itali itu, Hamilton membuka mulut menjelaskan perkara sebenar.\u201cApabila anda berada dalam rundingan kontrak sentiasa ada spekulasi, melainkan anda mendengarnya daripada saya. Itu sahaja.\u201cPasukan saya bekerja rapat di belakang tabir dengan Toto Wolff (ketua pasukan Mercedes) dan kami hampir di penghujung untuk memeterai kontrak baharu,\" katanya.Hamilton menjelaskan rundingan kontrak baharu itu diuruskan oleh pasukannya kerana beliau mahu memberi fokus kepada perlumbaan.\u201cIni kali pertama saya tidak berunding sendiri. Saya mempunyai pasukan yang hebat dengan latar belakang melakukan kerja. Saya mahu tumpu kepada kerja (berlumba).\u201cSaya katakan apa yang saya mahu dan itulah yang sedang kami usahakan jadi mudah-mudahan dalam beberapa minggu akan datang ia selesai,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 12:56pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260385/berita/sukan/pearly-thinaah-tempuh-rali-terpanjang-di-dunia-211-pukulan", "article_title": "Pearly-Thinaah tempuh rali terpanjang di dunia, 211 pukulan", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JIKA ada catatan secara rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), jumlah 211 pukulan yang terhasil ketika beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menewaskan gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 21-17, 18-21, 21-19 dalam aksi pusingan kedua Masters Malaysia 2023 pada Khamis boleh dianggap antara rali terpanjang di dunia.Dalam aksi penuh dramatik yang memakan masa selama satu jam 29 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Pearly-Thinaah ketika itu sedang mendahului lawan mereka pada kedudukan 16-14 di set penentuan.Kedua-dua gandingan berkenaan saling berkejaran memburu mata penting sehingga penonton yang hadir memenuhi segenap ruang di Axiata Arena 'terhibur' dengan aksi mereka.Dalam usaha menoktahkan kemenangan pada penghujung perlawanan itu, Pearly-Thinaah tampak lebih 'gagah' apabila berjaya menyambar 'satu mata keramat' selepas 211 pukulan terhasil dalam masa tiga minit 35 saat.Sebaik bulu tangkis jatuh ke gelanggang, Pearly dilihat terbaring akibat keletihan manakala Thinaah pula membaling raketnya ke udara bagi meraikan kejayaan mereka mengutip mata penting itu.Rekod itu secara tidak rasmi memadam rali terpanjang seperti pernah dilaporkan lawan sesawang DNA India ketika aksi antara beregu wanita Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Rim dan Du Yue-Li Wei Mei padaTerbuka Korea 2022 iaitu sebanyak 195 pukulan.Sebelum itu, rali terpanjang berlaku ketika aksi antara beregu wanita Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao dan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Taiwan pada Terbuka Denmark 2015 apabila 256 pukulan terhasil dalam masa empat minit 32 saat.Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan keenam Masters Malaysia kali ini dijadualkan berdepan satu lagi pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dalam aksi suku akhir petang ini.Ia merupakan pertemuan keenam buat kedua-dua beregu itu dengan rekod kemenangan memihak kepada Fukushima-Hirota 3-2.Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam aksi separuh akhir Masters Indonesia 2023 pada Januari lalu apabila Fukushima-Hirota meraih kemenangan 21-14, 21-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 12:45pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260383/berita/sukan/mohd-daud-bangga-persembahan-kda-fc-walaupun-tewas", "article_title": "Mohd Daud bangga persembahan KDA FC walaupun tewas", "article_text": "PEMILIK Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar tetap bangga dengan prestasi semasa kelabnya biarpun gagal meneruskan momentum selepas tewas tipis 3-2 kepada Selangor FC, dalam aksi ke-12 Liga Super 2023 pada Rabu.Menurutnya, Sang Kenari telah beraksi pada tahap terbaik dan kesungguhan diberikan sehingga ke tiupan wisel terakhir, namun rezeki tidak memihak kepada mereka di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.\"KDA FC gagal dan kalah dengan Selangor FC dalam satu perlawanan yang penuh intensiti. Hati sedih dengan kekalahan.\"Ramai peminat dan penyokong KDA FC sudah pasti sedih dan kecewa. Tapi saya tetap bangga dengan persembahan Sang Kenari. Persembahan terbaik mereka,\" katanya seperti dipetik melalui Facebook rasminya.Mohd Daud turut mengucapkan tahniah kepada pasukan atas kemajuan yang konsisten serta penambahbaikan yang dilakukan.\"Mereka sudah ada karakter mereka seperti yang diperkatakan oleh Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain. KDA FC kurang bernasib baik dan ini takdir ketentuan Ilahi,\" ujar beliau yang turut menghargai kehadiran semua peminat dan penyokong Sang Kenari yang membanjiri stadium lawan di Kelana Jaya.Menurutnya, pasukan itu akan kembali bangkit pada aksi seterusnya dan memohon sokongan berterusan penyokong KDA FC untuk terus memberikan motivasi kepada semua pemain.\"Jom kita terus meningkatkan persembahan sama ada di tempat sendiri atau tempat lawan. Jumpa nanti di Stadium Darul Aman pada 2 Jun. Insya-Allah Sang Kenari akan bangkit semula,\" katanya.KDA FC bakal menerima kunjungan satu lagi pasukan yang berada di kelompok atasan liga super iaitu Sabah FC pada 2 Jun ini.Sang Kenari kini berada di tangga kelima dengan 22 mata manakala The Rhinos berada di tangga keempat dengan 24 mata selepas 12 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 12:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260375/berita/sukan/united-dapat-tiket-liga-juara-juara", "article_title": "United dapat tiket Liga Juara-Juara", "article_text": "ERIK ten Hag boleh menarik nafas lega apabila Manchester United mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Chelsea 4-1 di Old Trafford awal pagi Jumaat.Kemenangan itu meletakkan Red Devils di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus mengiringi sang juara, Manchester City, Arsenal dan Newcastle ke saingan elit pentas Eropah.\"Buat masa sekarang ia sudah sampai ke kemuncak tetapi kami mahukan lebih lagi,\u201d kata Ten Hag.Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford meledak buat United, manakala gol saguhati Chelsea hasil sentuhan Joao Felix.Ten Hag mengharungi musim pertama yang hebat menerusi kedudukan empat teratas serta menamatkan kemarau trofi selama enam tahun menerusi Piala Liga pada Februari.Red Devils juga berpeluang menambah satu lagi trofi sekiranya mampu menewaskan City pada final Piala FA awal bulan depan.Bagaimanapun sasaran utama Ten Hag ialah berada dalam kelompok elit Eropah musim depan selepas mengambil alih pasukan yang menamatkan kempen 2021-22 di tangga keenam.\"Saya rasa ini musim yang berjaya tetapi ia belum berakhir. Kelab ini berhak berada dalam Liga Juara-Juara, tetapi liga ini sangat kuat dengan banyak kelab bersaing untuk merebut kedudukan terbaik.\"Sasaran utama ialah kembali ke Liga Juara-Juara. Ia perlawanan yang sukar, dibarisi pasukan yang amat bagus dan pengendali yang hebat. Jadi anda melakukan kerja yang bagus (untuk layak),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 12:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260351/berita/sukan/impian-besar-haaland", "article_title": "Impian besar Haaland", "article_text": "PEMAIN sensasi, Erling Haaland memasang impian besar untuk membantu Manchester City merangkul kejuaraan treble musim ini.The Citizens sudah mengesahkan gelaran kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh enam musim.Anak-anak buah Pep Guardiola itu akan membuat perhitungan dengan Manchester United pada aksi final Piala FA, 3 Jun ini.Seminggu kemudian City akan berkunjung ke Istanbul, Turkiye menentang Inter Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.\"Ada dua perlawanan akhir lagi, kami perlu kekal fokus untuk meraih apa yang diidamkan (trofi).\"Saya akan melakukan segala yang termampu untuk mencapai kejayaan dan semoga dapat memenangi kedua-duanya,\" ujar Haaland.Pemain Norway itu meraih anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak di London pada Khamis.Haaland telah menjaringkan 52 gol dalam 51 perlawanan untuk City -- menjelang perlawanan akhir EPL menentang Brentford pada Ahad.City berhasrat untuk mencontohi pencapaian Manchester United pada tahun 1999 yang merangkul kejuaraan treble - EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara.\u201cSatu perkara yang baik menentang Inter kerana ia bermakna kami mempunyai kualiti.\"Kami perlu bermain bola sepak dengan cara kami, menyerang dan menguasai bola. Pada akhirnya kita akan lihat siapa yang menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 10:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260343/berita/sukan/dodgeball-intai-sukma-sarawak-2024-sukan-sea-2025", "article_title": "Dodgeball intai Sukma Sarawak 2024, Sukan SEA 2025", "article_text": "SUKAN Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 diharap menjadi pentas pencetus penampilan sulung dodgeball yang sedang meningkat naik dalam negara ini bagi dikembangkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.Malah menurut Presiden Persekutuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk N Radhakrishnan, badan induk itu telah pun mengusulkan cadangan kepada penganjur jawatankuasa penganjur Sarawak 2024 supaya sukan itu dimainkan di temasya dwitahunan berkenaan.Jelas Radhakrishnan lagi, cadangan yang mendapat reaksi positif masih dalam perbincangan antara MAD dengan penganjur edisi tersebut.\u201cSebenarnya dodgeball bukan sukan baharu di Malaysia dan apabila melihat kepada sambutan masyarakat sudah semestinya kami berharap sukan ini dapat dimasukkan dalam Sukma Sarawak 2024.\u201cKami sedang berunding dengan jawatankuasa penganjur Sarawak 2024 supaya dodgeball boleh dianjurkan di Sarawak nanti.\u201cMAD bergantung kepada mereka yang menganjurkannya, namun jika tidak tersenarai sebagai sukan kompetitif kami harap ia disenarai sebagai sukan pertunjukan,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik (API) di Kompleks Sukan Shah Alam (Stadium Panasonic), Shah Alam.Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik yang disertai 140 kelab daripada 16 negara dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.Tambah Radhakrishnan lagi, pengenalan dodgeball di Sukma, juga akan menjadi pencetus langkah memperkenalkan sukan itu di Sukan SEA 2025 di Thailand serta Sukan SEA 2027 apabila negara bergelar tuan rumah.\u201cJika kita mahu lihat sukan ini dalam Sukan SEA banyak negara perlu turut serta. Sekarang ini daripada 10 negara Asia Tenggara hanya tujuh yang bermain dodgeball, tapi ia satu penanda aras yang bagus untuk sukan ini dipertandingkan di Sukan SEA,\u201d katanyaPada masa sama Radhakrishnan memaklumkan dalam kalangan negeri di Malaysia terdapat yang telah menubuhkan persatuan dodgeball masing-masing.\u201cPada masa ini MAD menganjurkan Kejuaraan Dodgeball Nasional (NDC) yang merupakan kejohanan kelab yang disertai 100 hingga 200 kelab dari universiti, kolej dan kelab.\u201cKejuaraan ini berlangsung selama enam bulan bermula dari Februari hingga Oktober yang dimainkan pada hujung minggu.\u201cTumpuan kini adalah untuk menganjurkan saingan liga melibatkan pasukan negeri, dan kami amat berbesar hati daripada 13 negeri, 11 negeri yang aktif memainkan dodgeball.\u201cJadi kami berhasrat menganjurkan Liga Dodgeball Malaysia melibatkan pasukan negeri ini yang kami cadang dianjurkan sepanjang Bulan Sukan Negara,\u201d katanya yang memaklumkan hanya Perlis, Sabah dan Labuan tidak mempunyai persatuan dodgeball negeri.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 09:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260340/berita/sukan/salah-kecewa-liverpool-terlepas-aksi-liga-juara-juara", "article_title": "Salah kecewa Liverpool terlepas aksi Liga Juara-Juara", "article_text": "PEMAIN sensasi, Mohamed Salah meluahkan rasa kecewa di atas kegagalan Liverpool beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.Beliau berkata, tiada alasan di atas kegagalan itu kerana The Reds memiliki sebuah pasukan yang mantap dan serba lengkap.Manchester United mengesahkan tempat terakhir dalam empat kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Jumaat.Kemenangan 4-1 United ke atas Chelsea memastikan Red Devils akan menyertai Manchester City, Arsenal dan Newcastle sebagai wakil England dalam pertandingan kelab elit Eropah musim depan.\"Saya benar-benar kecewa. Tidak ada alasan.\"Kami memiliki segala-gala yang diperlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara, tapi kami gagal,\" luah Salah dalam media sosialnya.Pemain Mesir itu meledak 30 gol dalam semua pertandingan musim ini.The Reds mengalami kemerosotan prestasi secara drastik dalam musim ini yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Kebangkitan pada lewat musim terlalu singkat dan 10 perlawanan tanpa kalah hanya menjamin tempat kelima untuk beraksi di Liga Europa musim depan.\"Kami adalah Liverpool dan perlu layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf tetapi terlalu cepat untuk tidak merasa kecewa atau optimistik.\"Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri,\" ujar Salah yang menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun bersama The Reds.Musim depan akan menjadi kali pertama Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak Salah menyertai kelab itu pada 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260328/berita/sukan/young-tigers-lepasi-halangan-bangladesh", "article_title": "Young Tigers lepasi halangan Bangladesh", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara meneruskan rentak cemerlang Kumpulan B Piala Remaja Asia 2023 apabila membelasah Bangladesh, 5-1 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman pada Khamis.Tampil dengan misi mengekalkan rentak kemenangan selepas menang bergaya 8-1 ke atas Uzbekistan sebelum ini, anak buah Muhamad Amin Rahim bermula garang dengan gol padang Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini pada minit kelapan.Gol itu ternyata menyemarakan semangat pemain The Young Tigers apabila melebarkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-13 dan Muhammad Syamim Naim Abd Hamid (m-15).Bangladesh yang cuba bangkit menyaingi skuad muda negara akhirnya berjaya mengurangkan defisit dengan gol pukulan sudut penalti Abdullah minit ke-37.Bagaimanapun Bangladesh terpaksa akur kemantapan jentera penyudah lawan apabila Shahmie Irfan sekali lagi meledak dua gol menerusi pukulan sudut penalti minit ke-43 dan 59 sekaligus hatrik untuk kemenangan 5-1.Sementara itu, Muhamad Amin memuji barisan pemainnya yang kekal berdisiplin sepanjang 60 minit perlawanan apabila mengikut setiap perancangan pasukan.\u201cIni hasil yang berjaya diraih apabila pemain kekal berdisiplin. Kami mendapat tujuh kelebihan pukulan sudut penalti sepanjang perlawanan dan menjaringkan tiga gol menerusi flik terus serta satu gol susulan dan ia merupakan satu peratusan yang amat baik.\u201cDari segi perlaksanaan pukulan sudut penalti hari ini, pemain telah melakukan tugas dengan baik selain Shahmie Irfan Suhaimi juga melakukan tugasnya dengan baik dan saya berharap momentum perlaksanaan pukulan sudut penalti ini akan kekal hingga tamat kejohanan.\u201cBagaimanapun kami melepaskan satu gol dan saya boleh katakan ianya ekoran daripada kurangnya konsentrasi serta pemain terbawa-bawa dengan keputusan pengadil yang tidak memihak kepada pasukan,\" katanya yang berharap pemain-pemain Young Tigers mengambil pengalaman dari perlawanan itu untuk tidak terkesan sebarang keputusan pengadil.Tambah Muhamad Amin lagi, \u201cEsok kami mempunyai satu hari rehat dan pemain perlu melakukan semua proses pemulihan dengan betul serta kami akan melakukan video analisa untuk melihat kembali perkara yang baik yang dilakukan hari ini dan kesilapan yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Korea.\u201cUntuk pertemuan dengan Korea, kami telah melihat beberapa kekuatan mereka di mana pukulan sudut penalti mereka agak baik jadi kami perlu berikan tumpuan sepenuhnya untuk tidak memberikan pukulan sudut penalti kepada mereka. Sudah tentu kami akan turun dengan satu taktikal yang berlainan apabila bertemu Korea.\u201dPiala Remaja Asia 2023Kumpulan BSABTU (27 MEI)Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petangSELASA (30 MEI)Malaysia lwn Oman, 12.30 tengah malam", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 11:24pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260327/berita/sukan/masters-malaysia-aaron-wooi-yik-ketuai-kemaraan-3-beregu-lelaki", "article_title": "Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik ketuai kemaraan 3 beregu lelaki", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum positif apabila layak ke suku akhir Masters Malaysia 2023 selepas menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho hari ini.Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan tidak berdepan banyak masalah untuk meraih kemenangan 21-19, 21-14.\"Hari ini kami lebih bersedia kerana baru bermain di Piala Sudirman (minggu lalu). Lawan kali ini memang 50-50 dan memang sengit pada set pertama.\"Bagi saya, siapa yang menang (set pertama), itu satu kelebihan untuk memasuki set kedua. Corak permainan kami juga baik dan sentiasa menyerang.\"Saya harap dapat mengekalkan momentum itu (pada perlawanan seterusnya),\" kata Wooi Yik kepada pemberita selepas perlawanan.Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu sama ada pilihan kelapan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin atau gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong.Turut mengikuti jejak Aaron-Wooi Yik adalah beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan gandingan dari Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 19-21, 21-16, 21-13.Wei Chong-Kai Wun dijadual bertemu sama ada pilihan ketiga dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang menumpaskan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-17, 21-14.Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut menempah tiket suku akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 15-21, 21-12, 21-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 09:34pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260324/berita/sukan/pening-punca-zii-jia-tumbang", "article_title": "Pening punca Zii Jia tumbang", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal melangkah ke suku akhir Masters Malaysia 2023 apabila tewas 19-21, 21-16, 15-21 kepada pemain Taiwan, Lin Chun-Yi pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Kegagalan Zii Jia itu agak mengejutkan selepas dia tampil cemerlang ketika membantu Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China minggu.\"Semua orang dapat lihat dia (Zii Jia) kurang cergas hari ini. Dia bukan demam tetapi pening ketika beraksi tadi sehingga tidak dapat menghadiri sidang media.\"Sejak beberapa hari lalu, dia sudah berasa tidak selesa. Kami hanya bagi makan panadol tetapi malangnya dia masih tidak boleh tahan.\"Saya minta maaf kepada semua (pihak media) kerana menunggu. Itu sebabnya saya menggantikan tempatnya,\" kata kakak Zii Jia, Lee Zii Yii kepada pemberita.Peminat badminton tempatan kini sekali lagi terpaksa akur melihat kegagalan bekas juara Asia yang menduduki ranking ke-10 dunia itu di laman sendiri tahun ini.Pada Terbuka Malaysia 2023 Januari lalu, Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama apabila tumbang di tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka.Mengulas lanjut, Zii Yii berkata, dia dan pengurusan Team LZJ akan memantau kondisi Zii Jia sebelum kembali beraksi pada Terbuka Singapura minggu depan.\"Saya harap dia akan kembali cergas seperti biasa apabila mendapat rehat beberapa hari ini. Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuknya,\" jelas Zii Yii.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 08:56pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260302/berita/sukan/rali-panjang-iringi-kejayaan-pearly-thinaah", "article_title": "Rali panjang iringi kejayaan Pearly-Thinaah", "article_text": "BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah menempah tiket suku akhir Masters Malaysia 2023 selepas menewaskan gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto sebentar tadi.Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Pearly-Thinaah merakamkan kemenangan dalam pertarungan tiga set 21-17, 18-21, 21-19 yang berlarutan 1 jam 29 minit.Tumpuan aksi tersebut ketika set penentuan apabila Pearly-Thinaah sedang mendahului Rena-Ayako di kedudukan 16-14 apabila sebanyak 211 pukulan terhasil.Ia secara tidak rasmi menjadi antara rali terpanjang di dunia bagi acara beregu wanita, sekali gus memadam rekod lama 195 pukulan ketika gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Rim menentang Du Yue-Li Wen Mei dari China pada Terbuka Korea 2022.\u201cApabila rali itu berakhir dan kami mendapat mata, saya sangat teruja kerana sangat memenatkan, kami hanya mahu habiskan rali dengan cepat.\u201cSaya melambung dan campak raket itu satu perkara, saya mahu lengahkan masa kerana untuk mengambil semula raket akan memakan masa, ada masa untuk saya rehat,\u201d kata Thinaah selepas perlawanan.Ketika ditanya sama ada mahu mencipta rekod pukulan rali terbanyak, Thinaah menjawab: \u201cHarap dapat matikan permainan dengan lebih cepat.\u201dDalam aksi suku akhir pada Jumaat, Pearly-Thinaah yang kini menduduki ranking ke-11 dunia dijadualkan menentang pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 06:10pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260289/berita/sukan/perak-fc-tamatkan-lim-teong-kim", "article_title": "Perak FC tamatkan Lim Teong Kim", "article_text": "PIHAK Pengurusan Perak FC mengambil keputusan menamatkan khidmat ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berkuat kuasa serta merta.Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi hantaran di Facebook rasmi pasukan Liga Super Malaysia itu.Sehubungan itu, Yusri Che Lah akan mengambil semula jawatan tersebut sebagai ketua jurulatih sementara.\"Perak FC mengumumkan Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super berkuat kuasa serta-merta. Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Sementara untuk masa terdekat.\"Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,\" katanya kenyataan tersebut ringkas pada Khamis.Teong Kim dilantik ke jawatan berkenaan pada September tahun lalu menggantikan Yusri yang ditugaskan membimbing skuad B-23 Perak FC.Sepanjang membimbing pasukan dalam Liga Super, Perak FC hanya memperoleh dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan sekaligus menyaksikan Perak FC kini berada di tangga ke-11 liga.Perlawanan terakhir yang dikendalikan ketua jurulatih itu adalah pada Selasa yang menyaksikan Perak FC kecundang 1-3 dengan Sabah FC di Stadium Likas.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 05:23pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260250/berita/sukan/solari-puas-hati-walau-pemain-hanya-mampu-ledak-dua-gol", "article_title": "Solari puas hati walau pemain hanya mampu ledak dua gol", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PENGENDALI skuad Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu biarpun sekadar menjaringkan dua gol ketika menumpaskan Sri Pahang FC 2-0, di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.Menurut Solari, dua gol berkenaan nyata sudah cukup memadai buat skuad Harimau Selatan itu meraih tiga mata berharga di laman sendiri ketika berdepan pasukan handalan seperti skuad Tok Gajah itu.\u201cHari ini (Rabu) satu perlawanan yang sukar buat kita dan kita memang mengambil serius mengenainya minggu ini.\u201cSememangnya kita menghormati pasukan lawan kita dan di situlah kita akan cuba beraksi dengan sebaik mungkin bagi mencatatkan kejayaan.\u201cIa berhasil kali ini...saya gembira bila kita menjaringkan gol pada minit-minit terakhir separuh masa pertama bagi menutup kegagalan kita menyempurnakan deretan peluang yagn kita perolehi sebelum itu,\u201d katanya.Untuk rekod, gol sulung JDT dijaringkan penyerang import Bergson Da Silva masa kecederaan separuh masa pertama sementara Fernando Forestieri pula menyumbat gol kedua pada minit ke-74 bagi memastikan skuad Harimau Selatan itu mengukuhkan lagi cengkaman di persada Liga Super 36 mata hasil 12 kemenangan berturut-turut setakat ini.Sementara itu, Solari mengakui skuad kendaliannya itu berdepan kesukaran menentang skuad Tok Gajah itu yang dibarisi ramai yang tinggi, terutamaya di benteng pertahanan.Katanya, keadaan itu menyaksikan pihaknya mengubah corak permainan bagi menembusi benteng pertahanan lawan.\u201cMemang sukar apabila bermain dengan pasukan yang memiliki ramai pemain yang tinggi dan ia turut menyukarkan kita melakukan serangan atau menjaringkan gol menerusi set-pices seperti sebelum ini.\u201cBagaimanapun, kami berjaya mengubah tempo permainan agar sentiasa pantas kerana agak sukar untuk melepasi benteng pertahanan lawan dengan pemain-pemain yang tinggi,\u201d katanya.Sri Pahang FC tewas kepada team terbaik \u2013 Fandi AhmadSementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad ketika mengulas kekalahan 0-2 skuad kendaliannya itu kepada JDT pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Rabu berkata pasukannya kalah kepada team terbaik dalam Liga Super.Menurut Fandi, kesebelasan anak didiknya telah berjaya memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan berkenaan walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang cedera ketika ini.\u201cTahniah kepada JDT, dan tahniah juga kepada pemain kita yang bagi 100 peratus...matlamat kita adalah untuk \u2018cover\u2019 permainan mereka.\u201cBagaimanapun, minit terakhir separuh masa pertama agak \u2018killer\u2019 untuk kita....gol itu menjatuhkan sedikit semangat.\u201cTapi saya rasa bangga dengan pemain kita kerana walaupun beraksi tanpa pemain-pemain terbaik, mereka masih mampu memberikan tentangan sengit kepada JDT,\u201d katanya.Aksi malam tadi berlangsung sengit hinggakan JDT perlu menunggu hingga pada masa kecederaan babak pertama untuk membuka jaringan menerusi Bergson Da Silva sebelum Fernando Forestieri kemudiannya menambah derita pelawat dengan meledak gol kedua pada minit ke-74.Kekalahan itu menyaksikan Sri Pahang FC berada pada kedudukan ketiga Liga Super ketika ini dengan 25 mata hasil tujuh kemenangan, seri empat kali dan tewas sekali daripada 12 perlawanan setakat ini.Sementara itu Fandi berkata, sekiranya skuad Tok Gajah berjaya mengikat skuad Harimau Selatan itu terikat 0-0 pada babak pertama, pihaknya optimis keputusan perlawanan berkenaan pasti berbeza.\u201cJika 0-0 mungkin keputusan akan berubah, tapi, apa yang kita nak adalah prestasi...kalau nak kata kita cover (pintu gol) dengan treler, tapi treler tu \u2018bocor\u2019 katanya.\u201cSelepas ini untuk next window kita pastinya akan cari dua atau tiga player di bahagian penyerang dan tengah,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 02:34pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260249/berita/sukan/kedah-dihukum-kesilapan-sendiri---nafuzi", "article_title": "Kedah dihukum kesilapan sendiri - Nafuzi", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mengakui beberapa kesilapan yang dilakukan pemain menjadi punca kekalahan 2-3 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Rabu.Menurutnya, gol yang dijaringkan oleh Selangor semuanya berpunca daripada kesilapan pertahanan walaupun berjaya mendahului dua kali dalam perlawanan tersebut.\"Pertahanan kita kena banyak perbaiki. Walaupun kita bermain dengan baik, tetapi serangan pihak lawan menyebabkan mereka ada peluang untuk jaringkan gol.\"Gol yang dijaringkan Selangor juga atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.\"Namun, secara keseluruhan saya berbangga dengan persembahan 90 minit pemain. Walaupun kita ketinggalan dan kekuarangan pemain, tetapi kita mencuba. Dari segi persembahan kita tak sepatutnya kalah, cuma kita dihukum dengan kesilapan sendiri,\" katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.Dalam perlawanan itu, Amirbek Juraboev terlebih dahulu meletakkan KDA FC di hadapan pada minit keenam sebelum Ayron del Valle menyamakan kedudukan pada minit ke-23.Willian Lira kembali meletakkan pasukan dari Utara itu di hadapan pada minit ke-28 dan Faisal Halim memadam kelebihan itu lima minit sebelum separuh masa pertama.Noor Al Rawabdeh menjadi wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-78 untuk memastikan pasukan Gergasi Merah itu berada di kedudukan kedua liga dengan 28 mata.Dalam pada itu, Nafuzi turut menyifatkan kedudukan kelima ketika ini dalam saingan liga boleh dianggap sebagai sesuatu yang memuaskan.\"Tetapi sudah tentu kita mampu untuk tambah baik lagi pasukan. Saya agak berpuas hati dengan peningkatan pemain tetapi banyak aspek perlu ditingkatkan,\" katanya.Mukhairi dapat semula keyakinanSementara itu, pemain muda Selangor, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi kembali mendapat keyakinan selepas membantu skuad Gergasi Merah itu melakar kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Rabu.Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengharapkan persembahan yang ditunjukkan pemain tengahnya itu akan terus konsisten dalam perlawanan akan datang.\"Dalam dua perlawanan terakhir dia telah menjadi kapten, mengetuai pasukan dan bermain dengan baik. Namun kadang-kadang ada kesilapan dan ia adalah sebahagian daripada perlawanan.\"Dia dah meningkatkan prestasinya dan saya harap dia akan terus fokus untuk perlawanan akan datang nanti,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Sebelum ini, Cheng Hoe mendedahkan beberapa pemain muda Selangor termasuk Mukhairi yang pulang dari Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini berdepan masalah motivasi selepas tersingkir awal di peringkat kumpulan.Cheng Hoe berkata, barisan staf kejurulatihan dan pemain senior perlu membantu pemain muda tersebut untuk mendapatkan semula keyakinan.Dalam pada itu, beliau menyifatkan para pemainnya telah memberikan persembahan sehabis baik ketika menewaskan pasukan Kedah.\"Pada perlawanan ini pemain menunjukkan perwatakan dan semangat juang yang tinggi. Sudah pasti pujian harus diberikan kepada semua pemain.\"Sebagai jurulatih, saya lihat ini adalah salah satu permainan terbaik kami tunjukkan dan bukan mudah untuk menang kerana Kedah juga bermain dengan baik,\" katanya.Jaringan Bergson bunuh semangat Sri PahangDalam pada itu, Bergson Gustavo Silveira Da Silva pada minit kecederaan babak pertama perlawanan 'membunuh' semangat Sri Pahang FC untuk bangkit pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.Ketua Jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata beliau yakin pasukannya dapat mengubah keputusan permainan sekiranya tiada jaringan awal daripada Harimau Selatan.\"Gol tersebut agak 'killer' dan meruntuhkan semangat kita. Jika keputusan 0-0 pada separuh masa pertama, perlawanan pasukan pasti berubah.\"Saya ada cakap sebelum ini kita akan letak 'treler' (pertahanan) depan gawang pada perlawanan ini, tetapi treler kita bocor pula,\" katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.Menyifatkan pasukan kendalian Esteban Solari itu sebagai yang terbaik dalam liga, Fandi yang juga bekas pemain Pahang bagaimanapun berbangga kerana pemainnya dapat memberikan tentangan dan persembahan terbaik.Beliau berkata, hal ini kerana tiga tonggak utamanya Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Lucas Silva tidak dapat diturunkan akibat kecederaan, selain tidak dapat mempertaruhkan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang merupakan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT).Sementara itu, Solari menyifatkan perlawanan bertemu Sri Pahang FC sukar, namun pemainnya mempunyai kemampuan untuk memecahkan pertahanan dirancang Tok Gajah.\"Saya setuju perlawanan ini memang sukar, kami tahu mereka akan bertahan dan kami cuba mengawal permainan. Kami lihat Sri Pahang FC juga telah melakukan beberapa percubaan tetapi pertahanan kami berjaya menghalang mereka daripada menjaringkan gol,\" katanya.Perlawanan antara kedua pasukan itu menyaksikan JDT menundukkan Sri Pahang FC 2-0 sekali gus memadam rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah itu.Dengan kemenangan kali ke-12 berturut-turut, JDT kekal sebagai pendahulu liga dengan 36 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 02:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260234/berita/sukan/pelantikan-tat-meng-kami-ikut-undang-undang---zii-jia", "article_title": "Pelantikan Tat Meng: 'Kami ikut undang-undang' - Zii Jia", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menolak dakwaan dia 'merampas' jurulatih pasukan kebangsaan Hong Kong, Wong Tat Meng secara tidak profesional.Sebaliknya, Zii Jia berkata, dia dan pasukannya, Team LZJ mengikut saluran yang sah bagi mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Ipoh, Perak berusia 56 tahun itu.\u201cSaya tidak fikir ini (pelantikan Tat Meng sebagai Pengarahan Kejurulatihan Team LZJ) satu isu. Kami melakukannya secara profesional dan mengikut undang-undang.\u201cApabila Eric Ten Hag meninggalkan Ajax untuk ke Manchester United, adakah pemain dan pengurusan (Ajax) membuat bising (meluahkan rasa tak puas hati)...tidak ada.\u201cJadi lebih baik pandang ke depan dan cuba bersikap positif. Marilah kita bantu satu sama lain untuk mengejar impian Olimpik bersama-sama,\u201d katanya kepada pemberita di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.Pada Selasa lalu, Team LZJ secara rasmi mengumumkan pelantikan Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan dalam usaha pemain nombor 10 dunia itu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.Namun, timbul perkhabaran kurang enak didengar apabila pemain perseorangan lelaki Hong Kong, Angus Ng Ka Long meluahkan rasa kecewa susulan pelantikan Tat Meng itu.Bagi Ka Long, ia situasi janggal memandangkan dia dan rakan-rakan sepasukannya mempunyai tempoh terhad untuk membuat persediaan ke Sukan Asia 2022 Hangzhou, China September depan.Mengulas lanjut, Zii Jia berkata, dia memilih Tat Meng sebagai 'sifu' atas pengalaman luas yang dimiliki jurulatih yang pernah berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.\u201cAkhirnya saya sudah ada jurulatih yang berasal dari Malaysia...sudah tentu ramai yang gembira. Dia (Tat Meng) seorang jurulatih yang cukup berpengalaman.\u201cDia juga memiliki rekod yang baik sebelum ini dan membimbing beberapa pemain terbaik dunia seperti (perseorangan wanita Korea Selatan) An Se-young.\u201cJadi saya harap dia akan membawa saya pada satu tahap yang lebih tinggi,\u201d ujarnya yang bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Pada masa sama, Zii Jia berharap mendapat sentuhan Tat Meng yang pernah membimbing Korea Selatan, Indonesia dan Scotland dalam masa terdekat.\u201cKita ada satu bulan tempoh berehat selepas Terbuka Indonesia (dari 13 hingga 18 Jun) dan dia juga ada perkara yang perlu diselesaikan lagi,\u201d jelas Zii Jia.Ketika ditanya adakah kontrak Tat Meng sehingga Sukan Olimpik Paris 2024, Zii Jia berkata: \u201cItu tak pasti, kena tanya kakak saya (Lee Zii Yi selaku pengurus Team LZJ).\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 01:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260231/berita/sukan/sterling-terlepas-aksi-euro-2024", "article_title": "Sterling terlepas aksi Euro 2024", "article_text": "PEMAIN sensasi, Raheem Sterling akan diterus dibantu untuk pulih daripada mimpi ngeri musim ini selepas tidak disenaraikan dalam skuad terbaru England.Jurulatih England, Gareth Southgate ada bercakap dengan Sterling yang bergelut dengan masalah hamstring dan mengakui dia tidak mencapai prestasi terbaiknya.Walaupun tidak disenaraikan Southgate menjangkakan pemain berusia 28 tahun itu akan kembali menemui semula sentuhan terbaiknya.\u201cSaya akan sentiasa menyokongnya untuk segera pulih dan mempunyai daya tahan serta kecekalan untuk membuktikan kemampuan dirinya,\u201d katanya.Penyerang Chelsea itu bakal terlepas aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan depan.\u201cSterling memberitahu bahawa dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tetapi itu hanyalah sementara.\u201cDia adalah watak penting dalam pasukan kami dan itu tetap sama. Apabila dia berada dalam padang dia akan bermain dengan baik untuk kami,\u201d ujar Southgate.Sterling bergelut dengan prestasi dan kecergasan sejak perpindahan 47.5 juta pound (RM270.59 juta) dari Manchester City musim panas lalu.Dia hanya menjaringkan sembilan gol dari 37 penampilan dalam musim hura-hara Chelsea yang menyaksikan Thomas Tuchel dan Graham Potter dengan Frank Lampard sebagai pengurus sementara sejak April.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 01:10pm"} {"author_name": "NAZRIN ZULKAFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260204/berita/sukan/220-atlet-terkesan-disebabkan-langkah-sheraton---hannah-yeoh", "article_title": "\u2018220 atlet terkesan disebabkan Langkah Sheraton\u2019 - Hannah Yeoh", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan sebanyak 220 atlet negara terkesan akibat daripada Langkah Sheraton yang dilakukan bagi menjatuhkan kerajaan ketika itu.Menurut beliau, setelah pertukaran kerajaan, didapati pembentangan Belanjawan 2022 tidak memperuntukkan dana kepada Program Podium yang menyebabkan atlet tidak dapat meneruskan latihan.Jelasnya, perkara tersebut telah menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa untuk menyusun semula program persediaan atlet ketika itu sebagai persediaan ke arah temasya sukan utama seperti Sukan Sea, Komanwel, Asean Games dan Asia Games.Tambahnya lagi, ia menyebabkan MSN terpaksa mengagih dan menggunakan peruntukan dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet dan gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan.\u201c(Seramai) 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan memandangkan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah Program Podium.\u201cSetiap kali ada perubahan, apabila ada elaun tertangguh dan gaji jurulatih tertangguh sebab bajet tiada, ini beri kesan kerana ada yang perlu ke luar negara.\"Saya ada bincang dengan atlet dan persatuan, mereka mengakui dalam empat tahun ini, negara kita sibuk berpolitik dan negara jiran telah maju kehadapan.\u201cKita mesti mengakui bahawa selepas Langkah Sheraton, memang ada banyak usaha yang kerajaan telah lakukan masa itu untuk bantu ekonomi, pendidikan, semuanya terganggu kerana ketidakstabilan politik. Itu adalah fakta,\u201d katanya di Dewan Rakyat semasa sesi pertanyaan menteri pada Rabu.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui langkah yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan ketidakstabilan politik tidak menjejaskan sektor sukan negara.Tambah Hannah, kementerian ketika itu telah mengambil inisiatif memohon kepada Kabinet untuk mendapatkan peruntukan bagi program tersebut dan dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dengan memperuntukkan sebanyak RM240 juta dari tahun 2022-2025.Jelasnya, langkah yang telah diambil oleh KBS adalah dengan mewujudkan jawatankuasa Road To Gold melibatkan bekas atlet, Persatuan Sukan Kebangsaan dan pentadbir sukan yang berpengalaman.Tambah beliau, melalui kerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia, meskipun kerajaan berubah atau tidak stabil, atlet masih boleh menjalankan latihan dan mendapatkan infrastruktur yang mencukupi.\u201cDengan adanya Majjlis Olimpik Malaysia, walaupun tidak ada menteri, jawatankuasa tetap berjalan dan tidak ada lagi gangguan terhadap atlet kita,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 11:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260202/berita/sukan/tidak-tolak-spekulasi-neymar-sertai-united", "article_title": "Tidak tolak spekulasi Neymar sertai United", "article_text": "ERIK ten Hag tidak menolak spekulasi yang mengaitkan Manchester United akan cuba mendapatkan Neymar pada jendela perpindahan akan datang.Neymar difahamkan sedia untuk dilepaskan oleh Paris Saint-Germain (PSG) dengan United menjadi salah sebuah pasukan yang bersedia untuk menyambar bintang Brazil itu.PSG membeli Neymar dengan rekod dunia \u00a3200 juta (RM992 juta) dari Barcelona pada 2017.Namun, kelab gergasi Perancis itu dilaporkan mahu menjual pemain itu bersama beberapa nama besar lain seperti Lionel Messi untuk membina kembali PSG.Namun, United masih belum memberikan kata putus dengan Ten Hag menimbangkan beberapa sasaran lain selepas membelanjakan \u00a3220 juta (1.09) bilion dalam jendela perpindahan pertamanya bersama kelab itu.\"Apabila kami sudah mempunyai berita mengenai perkara tersebut, kami akan memberitahu anda,\" kata ten Hag.United akan kembali sibuk dalam jendela perpindahan musim panas ini dengan ramai pemain yang dijangka meninggalkan Old Trafford.Beberapa nama disebut akan dilepaskan iaitu Harry Maguire selain terdapat tanda tanya mengenai masa depan Anthony Martial, Diogo Dalot, Aaron Wan-Bissaka, Fred, Scott McTominay, Donny van de Beek, Anthony Elanga dan Brandon Williams.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260200/berita/sukan/rentak-kemenangan-city-berakhir", "article_title": "Rentak kemenangan City berakhir", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan persembahan para pemainnya walaupun diikat 1-1 dengan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL,) pada Khamis.Buat pertama kali sejak Februari, City gagal meraih tiga mata penuh selepas gol penyamaan menakjubkan oleh pemain remaja Brighton, Julio Enciso memadam gol pembukaan Phil Foden sekali gus menamatkan rekod kemenangan 12 perlawanan juara EPL itu.Satu mata itu sudah mencukupi buat Brighton untuk mengesahkan kedudukan di tangga keenam liga dan layak ke Liga Europa musim depan.City mempunyai satu lagi perlawanan liga sebelum perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester United dan kemudian bakal mengharungi penentuan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.\"Permainan yang luar biasa. Tahniah kepada Brighton kerana layak layak ke Liga Europa.\"Hanya 48 jam sebelum mereka minum kesemua alkohol di Manchester. Hari ini mereka menunjukkan kenapa mereka adalah juara.\"Kami menunjukkan apa yang telah kami lakukan dengan dan tanpa bola. Saya tidak nampak penurunan dalam intensiti dan idea kami. Mereka mempunyai peluang, kami mempunyai peluang, kami menjaringkan gol dan mereka juga menjaringkan gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 10:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260197/berita/sukan/dua-gol-martinez-bantu-inter-julang-piala-itali", "article_title": "Dua gol Martinez bantu Inter julang Piala Itali", "article_text": "DUA gol daripada Lautaro Martinez menyaksikan Inter Milan berjaya melakar kebangkitan menewaskan Fiorentina 2-1 di Stadio Olimpico untuk mengekalkan kejuaraan Piala Itali.Fiorentina mendahului menerusi Nicolas Gonzales seawal minit ketiga sebelum Martinez meledak dua gol pada minit ke-29 dan ke-37 untuk memastikan kemenangan Inter.\"Kami bermula dengan teruk dan melakukan pendekatan yang salah, tetapi pemain berjaya bertahan dan kemudian mengubah corak permainan.\"Saya gembira kerana kami memenangi piala yang kami mahu dan mengulangi apa yang kami lakukan musim lalu. Fiorentina adalah pasukan berkualiti yang menyebabkan kami berdepan banyak masalah,\" katanya.Inter mengharungi musim yang agak berjaya dengan mengekalkan kejuaraan Piala Itali dan Piala Super Itali selain mara ke final Liga Juara-Juara bulan depan menentang Manchester City.\"Kami mempunyai dua perlawanan terakhir Serie A, kemudian Istanbul (menentang City) dan kami mahu teruskan musim yang hebat ini,\" katanya.Dalam pada itu, Martinez gembira dua gol yang dihasilkannya itu berjaya memastika trofi tersebut kekal di San Siro.\"Sejujurnya saya terharu kerana selama beberapa tahun kami telah membawa trofi kepada kelab hebat ini dan kami mesti terus mengekalkannya.\"Saya sangat gembira untuk membawa trofi ini kembali ke Milan, atau lebih tepatnya menyimpannya di sana memandangkan ia adalah milik kami tahun lepas,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 09:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260178/berita/sukan/young-tigers-perlu-segera-sesuaikan-diri-keadaan-cuaca", "article_title": "Young Tigers perlu segera sesuaikan diri keadaan cuaca", "article_text": "FAKTOR cuaca dijangka menjadi ujian kepada karakter skuad hoki remaja negara apabila berdepan Bangladesh dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 pada Khamis.Namun pengendali The Young Tigers, Muhamad Amin Rahim menegaskan fizikal dan mental anak-anak buahnya perlu segera menyesuaikan diri dengan situasi itu.Jelasnya, cuaca sangat memainkan faktor utama dalam mempengaruhi persembahan pasukan dalam Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 ini.\u201cBiarpun begitu pengalaman para pemain yang beraksi dalam Sukan SEA Kemboja 2023 ternyata memberi sedikit kelebihan bermain dalam keadaan cuaca sebegini.\u201cApapun ingin saya tegaskan di sini cuaca bukan alasan untuk tidak mempamerkan persembahan meyakinkan seperti dibuktikan ketika menang ke atas Uzbekistan.\u201cJadi saya amat berharap momentum ini kekal berterusan kerana perlawanan menentang Bangladesh, kita akan beraksi jam 3.30 petang, yang cuaca lebih panas berbanding aksi menentang Uzbekistan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu,Terdahulu The Young Tigers menyingkap kempen Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman, langkah kanan apabila membelasah Uzbekistan, 8-1 dalam aksi Kumpulan B pada Selasa.Pesta gol The Young Tigers dijanakan hatrik pukulan sudut penalti T Perabu minit ketujuh, kesembilan dan 18.Skuad muda negara terus melebarkan jaringan menerusi Alfarico Lance Liau Jr (m-12), Shahmie Irfan Suhaimi (m-26).Turut menjadi penjaring, Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar (m-27), Mughni Mohamad Kamal (m-43) dan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari (m-52).Sementara itu, gol saguhati pasukan Uzbekistan dijelmakan hasil gol padang Shavkatjon Kakhramonov pada minit ke-55.Mengulas empat gol daripada 12 kelebihan pukulan sudut penalti selain empat gol padang daripada jumlah keseluruhan lapan gol Muhamad Amin berkata, \u201cEmpat gol dari 12 pukulan sudut penalti (35 peratus) peratusan yang agak kurang baik dari segi penyudah pasukan.\u201cNamun para pemain berjaya menjaringkan gol padang, ini membuktikan skuad muda negara mempunyai keupayaan menjaringkan gol dari dua sudut jaringan sekali gus petanda positif buat pasukan.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260171/berita/sukan/jdt-tiada-tandingan-selangor-tewaskan-kda-fc", "article_title": "JDT tiada tandingan, Selangor tewaskan KDA FC", "article_text": "JOHOR Darul Ta\u2019zim (JDT) ternyata tiada tandingan, apabila menundukkan Sri Pahang FC 2-0 sekali gus memadam rekod tanpa kalah pasukan itu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.Kemenangan kali ke-12 berturut-turut oleh pasukan kendalian Solari Esteban Andres itu, menguatkan lagi cengkaman Harimau Selatan sebagai pendahulu liga.Kedua-dua pasukan bermula cemerlang apabila melancarkan serangan bertali arus sebelum gawang skuad Tok Gajah dibolosi pemain sensasi Bergson Gustavo Silveira Da Silva, pada minit kecederaan babak pertama perlawanan.Sebaik babak kedua bemula, JDT terus menguasai perlawanan apabila Sri Pahang FC terus dihukum apabila benteng mereka sekali lagi runtuh pada minit ke-74, menerusi hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi yang disudahi dengan rembatan Fernando Martin Forestieri dari luar kotak penalti.Pemain JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva meraikan jaringannya ketika menentang Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BernamaJaringan itu menyaksikan keputusan kekal 2-0 sehingga tiupan wisel penamat.Sementara itu, dalam aksi penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan, Selangor menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-2.Pasukan pelawat kendalian Nafuzi Zain, tidak menunggu lama untuk meledak jaringan gol pembukaan menerusi pemain import Amirbek Juraboev dari Tajikistan pada minit keenam perlawanan, menerusi sepakan penjuru Manuel Hidalgo, namun Skuad Gergasi Merah kembali bangkit apabila Ayron del Valle tenang menyamakan kedudukan pada minit ke-23.Kedua-dua pasukan kembali memperkemaskan corak permainan, namun penyerang import KDA FC, William Lira berjaya meledak gol enam minit kemudian, selepas mengatasi benteng pemain pertahanan, Yazan Al-Arab dan Sharul Nazeem.Kapten Terengganu FC (TFC), Sony Norde (kiri) melakukan percubaan gol semasa menentang pasukan Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto BernamaEnggan tewas di laman sendiri, pemain sayap sensasi Selangor, Mohamad Faisal Abdul Halim bijak mengambil peluang menambah gol kedua pasukan dalam keadaan kucar kacir di hadapan gawang pada minit ke-40.Bersambung babak kedua perlawanan, pemain Selangor garang melakukan beberapa percubaan berani sekali gus menyaksikan Noor Al-Rawabdeh muncul wira, apabila menoktahkan kemenangan pada minit ke-78, yang dimanfaatkan selepas pasukan pelawat bermain dengan 10 pemain setelah pertahanan Kamil Akmal Abd Halim dilayangkan kad merah.Sementara itu, skuad Penyu berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menerusi gol milik Engku Nur Shakir Engku Yaacob yang menerima umpanan cantik Sony Norde pada minit ke-75.Sementara itu, aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan Kuala Lumpur City FC terpaksa akur apabila keputusan seri 1-1 bersama Kuching City. - BernamaPemain Kuala Lumpur City FC,Tchetche Hermann Brice Kipre meraikan kejayaan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan Piala Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Foto Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 11:46pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260165/berita/sukan/zii-jia-selamatkan-maruah-kem-malaysia", "article_title": "Zii Jia selamatkan maruah kem Malaysia", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terselamat daripada 'malapetaka' yang menimpa kem Malaysia pada pusingan pertama Masters Malaysia 2023 hari ini.Selepas satu persatu wakil Malaysia tumbang, Zii Jia menutup cerita di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan langkah kanan selepas menewaskan pemain China, Lu Guang Zu 21-12,-21-19.\"Sudah tentu saya gembira dan lega dengan kemenangan tadi. Ia satu permulaan yang baik untuk saya menghadapi pusingan kedua esok (Rabu),\" kata Zii Jia yang kini menduduki ranking ke-10 dunia.Dalam aksi pusingan kedua, Zii Jia dijadualkan menentang pemain Taiwan, Lin Chun-Yi yang mengalahkan penyandang juara dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 13-21, 21-16, 21-8.Kemenangan Zii Jia itu nyata menggembirakan peminat badminton tempatan selepas mereka dikecewakan dengan kekalahan empat wakil beregu campuran, satu gandingan beregu lelaki dan dua pemain perseorangan.Terdahulu, barisan pemain beregu campuran memulakan kisah duka kem Malaysia apabila semua empat wakil tersingkir awal.Gandingan meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menghadirkan keceriaan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 20-22, 21-11, 15-21 kepada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.Beregu profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir awal apabila mengalami kekalahan 19-21, 21-18, 12-21 di tangan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tewas 20-22, 20-22 kepada beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumbang di tangan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 8-21, 15-21.Nasib sama dialami beregu lelaki profesional negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong tewas 23-21, 14-21, 16-21 kepada gandingan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall.Penyokong tempatan terus disajikan dengan skrip sama apabila dua wakil dalam acara perseorangan mengalami kekalahan di tangan lawan masing-masing.Perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei tewas 17-21, 21-17, 15-21 kepada Yvonne Li dari Jerman, manakala perseorangan lelaki, Ng Tze Yong tewas 21-17, 16-21, 13-21 kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 10:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260161/berita/sukan/jdt-ada-pelan-terbaik-buat-safawi", "article_title": "JDT ada pelan terbaik buat Safawi", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) sudah tentu mempunyai perancangan terbaik untuk Safawi Rasid selepas pemain itu kembali dari tempoh pinjaman bersama kelab Thailand, Ratchaburi FC.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, Safawi telah membuktikan bahawa dia mampu untuk beraksi dengan baik di Thailand selain menjadi antara pemain yang sering diturunkan dalam kesebelasan utama Ratchaburi.\u201cSebelum ini, beberapa pasukan Liga Malaysia ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safawi secara pinjaman dan mungkin itu perancangan seterusnya JDT.\u201cKalau tidak dipinjamkan sekali pun, JDT mempunyai banyak perlawanan yang akan diharungi musim ini dan mungkin Safawi akan dapat minit permainan yang dimahukannya.\u201cApa yang penting adalah Safawi dapat meraih lebih banyak peluang beraksi sekali gus memastikan dia dapat memberikan banyak pilihan kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelang persiapan ke Piala Asia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Safawi dilihat kembali menjalani latihan bersama JDT setelah tamat tempoh pinjaman bersama Ratchaburi selepas Liga Thailand berakhir baru-baru ini.Pemain kelahiran Terengganu itu telah membantu Ratchaburi menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan selain dia turut diturunkan dengan kerap dalam setiap perlawanan.Sebelum ini, Terengganu FC secara terbuka menyatakan minat untuk mendapatkan Safawi secara pinjaman daripada JDT.Dalam pada itu, Mohd Azraai juga percaya pemain berusia 26 tahun itu mampu untuk kembali menembusi kesebelasan utama JDT sekiranya dia menampilkan tahap permainan yang baik.\u201cSesuatu yang bagus untuk Safawi jika dia dapat bersaing kembali meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama JDT. Kita tahu kualiti yang dimilikinya dan saya yakin dia boleh,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 09:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260150/berita/sukan/sukar-bawa-faisal-ke-korea-selatan-jika-terlalu-mahal", "article_title": "Sukar bawa Faisal ke Korea Selatan jika terlalu mahal", "article_text": "HASRAT peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan pemain Selangor FC, Faisal Halim beraksi dalam saingan Liga Korea Selatan mungkin tidak kesampaian sekiranya skuad Gergasi Merah meletakkan harga yang terlalu tinggi.Ejen bola sepak dari Korea Selatan, Myeongho Jeong memaklumkan masih belum menghubungi pengurusan Selangor FC untuk membawa Faisal ke negara itu.\"Saya rasa agak sukar untuk membayar (jika terlalu mahal).\u201cSaya belum bercakap dengan pasukan (Selangor FC) lagi, memandangkan ia sepatutnya (jangkaan perpindahan) jendela pada Julai nanti.\u201cSaya juga sedang menunggu tawaran konkrit dan rasmi dari pasukan Korea yang berminat mendapatkan Faisal,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Jeong sebelum ini mendedahkan dua kelab Korea Selatan iaitu Suwon Samsung FC dan Incheon United berminat dengan khidmat Faisal.Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menegaskan mana-mana kelab perlu bersedia membayar dengan harga mahal sekiranya berminat untuk mendapatkan pemain sayap lincah itu.Sebelum ini, Selangor FC juga pernah meletakkan harga kepada bekas pemainnya, Syahmi Safari dengan nilai RM6 juta sekali gus nilai sama atau lebih tinggi akan diletakkan untuk Faisal.Jeong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency berkata, dia turut memantau beberapa pemain lain yang mungkin berpotensi untuk dibawa ke Liga Korea Selatan.\u201cSaya akan terus melihat potensi lebih ramai lagi pemain lain,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 08:12pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260148/berita/sukan/jin-wei-tangisi-kegagalan-di-axiata-arena", "article_title": "Jin Wei tangisi kegagalan di Axiata Arena", "article_text": "PEMAIN perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tersingkir seawal pusingan pertama Malaysia Masters 2023.Dalam aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Jin Wei gagal menjelmakan kegembiraan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 17-21, 21-17, 15-21 kepada Yvonne Li dari Jerman.\"Saya kecewa kecewa dengan diri sendiri, saya tidak menjaga kondisi badan dengan baik. Sepatutnya saya lebih bersedia dan cergas beraksi minggu ini.\"Saya perlu melakukan fisioterapi di luar (swasta) setiap hari tetapi saya tidak mempunyai servis sokongan. Bagi seorang pemain elit, kami perlu pergi ke fisioterapi setiap minggu.\"Saya berharap dapat disenaraikan dalam projek Road to Gold (RTG). Walaupun ada kriteria (yang ditetapkan) saya harap dapat disenaraikan.\"Jadi boleh menggunakan fasiliti mereka. Ia sudah pasti akan membantu meningkatkan prestasi saya,\" katanya yang mengalirkan air mata ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan.Dalam pada itu, Jin Wei berkata, dia berkemungkinan tidak beraksi pada Terbuka Thailand minggu depan atas alasan masalah keletihan\"Apapun saya tidak akan hanya duduk berdiam diri, saya harus kembali bangkit dan menunjukkan sesuatu kepada peminat,\" jelas juara dunia remaja dua kali itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 08:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260128/berita/sukan/tiada-wakil-beregu-campuran-ke-pusingan-kedua-masters-malaysia", "article_title": "Tiada wakil beregu campuran ke pusingan kedua Masters Malaysia", "article_text": "KESEMUA gandingan beregu campuran negara menampilkan prestasi mengecewakan, selepas tiada wakil yang melepasi halangan pertama pada pusingan pembukaan Masters Malaysia 2023 di sini pada Rabu.Peminat badminton tanah air dikecewakan seawal perlawanan pertama apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.Pasangan di nombor 17 dunia itu tewas 20-22, 20-22, kepada gandingan ke-13 dunia dalam pertarungan sengit selama 44 minit di Axiata Arena di sini pada Rabu.Kian Meng ketika ditemui pemberita mengakui kekalahan dialami berpunca daripada beberapa kesalahan dilakukan beliau dan Pei Jing sendiri, meskipun pasangan terbabit sudah mendahului ketika perlawanan kedua berlangsung.\"Macam tadi saya cakap, kita yang mendahului, mereka yang kejar kita, hanya bahagian-bahagian kritikal kita buang, sudah dahului berapa mata kita buang dengan senang, itu yang hari ini kita main tidak bagus, perkara utama ialah kita tak pegang betul-betul,\u201d katanya.Nasib sama turut melanda Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie yang merupakan pilihan ketujuh, apabila mempamerkan aksi di bawah kemampuan dan tewas di tangan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.Selepas tewas 19-21 di set pertama, Soon Huat-Shevon Jemie berjaya bangkit pada set kedua dengan menang 21-18, namun hilang rentak dan kecundang 12-21 pada set penentuan.\"Mungkin dari saya sebab di perlawanan kedua di mata penting saya ada paksa beberapa biji bola, jadi kaki saya tertarik, semasa set penentuan saya paksa (kaki saya), memang lawan yang kuat... tak ada peluang untuk serang,\u201d katanya.Suasana suram terus melanda kem badminton negara, apabila Chan Peng Soon-Cheah Yee See disingkirkan pasangan Korea, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 21-8, 21-15.Dalam pada itu, pasangan meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bangkit pada set kedua menentang Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, gagal menjadi penyelamat kem beregu campuran apabila tidak mampu memberi tentangan pada set ketiga, sebelum tumpas 20-22, 21-11, 21-15.\"Prestasi tak bagus dan kami harus bertanggungjawab, kita tak cukup fokus seratus peratus...Sekarang saya mental sudah letih sebab kalah, sedih,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 06:04pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260123/berita/sukan/chong-wei-harap-zii-jia-tat-meng-cipta-magis", "article_title": "Chong Wei harap Zii Jia-Tat Meng cipta magis", "article_text": "KEHADIRAN Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dianggap tepat pada masanya.Malah, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei percaya Tat Meng mampu memperbaiki prestasi Zii Jia dalam mengharungi pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cBagi saya, ini satu petanda positif buat Zii Jia. Kalau kita tengok di seluruh dunia, semua pemain utama dunia ada jurulatih mereka sendiri.\u201cIni adalah tempoh yang penting buat Zii Jia kerana kelayakan ke Sukan Olimpik sudah bermula. Sekarang Zii Jia sudah ada jurulatih,\u201d katanya pada Rabu.Pada Selasa, Zii Jia mengumumkan pelantikan Tat Meng sebagai jurulatih baharunya yang bakal memulakan tugas sebaik proses perpindahannya dari Hong Kong selesai.Chong Wei berkata, Zii Jia dan Tat Meng harus saling bekerjasama dengan baik bagi memastikan segala perancangan yang direncana mampu menghasilkan impak positif.\u201cSaya berharap mereka boleh membentuk kerjasama yang baik. Ini kerana komunikasi antara pemain dengan jurulatih itu sangat penting.\u201cHarap kerjasama antara mereka dapat keputusan yang baik. Saya percaya seluruh peminat juga gembira dengan keputusan Zii Jia mendapatkan khidmat jurulatih,\u201d ujarnya.Untuk rekod, Zii Jia bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas dia berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Tat Meng kini masih terikat dengan tugasnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Hong Kong selepas membimbing pasukan Korea Selatan dari tahun 2019 hingga 2022.Ketika membimbing Korea Selatan, Tat Meng berjaya melonjakkan prestasi pemain perseorangan wanita negara itu, An Se-young yang kini menduduki ranking kedua dunia.Jurulatih kelahiran Ipoh, Perak berusia 56 tahun itu pernah berada dalam barisan kejurulatihan Malaysia pada 2003-2011 dan 2013-2016; Indonesia (2012); Scotland (2016-2018) dan Hong Kong (2022-2023).", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 06:04pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260111/berita/sukan/malaysia-dapat-sentuhan-yongbo", "article_title": "Malaysia dapat sentuhan Yongbo", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) memberi bayangan awal barisan pemain negara bakal mendapat sentuhan legenda China, Li Yongbo.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya tertarik dengan tawaran Pengarah FreeYond, Datuk Eddie Chai Woon Chet untuk menjadi penghubung antara BAM dan Akademi Li Yongbo di Dongguan, China.\u201cKenapa kami menerima jalinan kerjasama dengan pihak FreeYond disebabkan Datuk Eddie Chai mempunyai hubungan baik dengan Li Yongbo.\u201cJadi Datuk Eddie Chai telah berbincang dengan Li Yongbo untuk cuba membawa beberapa pemain kita untuk dihantar ke akademi Li Yongbo di China\u201cApa yang saya boleh katakan ini adalah sebahagian daripada kerjasama selain dua pertiga daripada perjanjian ini melibatkan wang tunai,\u201d kata Mohamad Norza pada Rabu.Mohamad Norza (lima dari kanan) dan Eddie Chai (enam dari kiri) pada majlis MoU antara BAM dengan FreeYond di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara BAM dengan FreeYond di Axiata Arena, Bukit Jalil.Perjanjian penajaan antara BAM dengan FreeYond membabitkan tempoh dua tahun (1 1) dengan nilai tajaan RM2 juta setahun.Mengulas lanjut, Mohamad Norza berkata, kehadiran FreeYond itu membuka ruang untuk memulihkan prestasi skuad negara terutamanya membabitkan perseorangan lelaki dan wanita.\u201cSebagai permulaan kita akan berbincang untuk menghantar pemain perseorangan lelaki serta wanita dan mungkin kita juga akan menghantar pemain elit dalam melakukan persediaan ke Sukan Olimpik,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 05:16pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260063/berita/sukan/kelantan-fc-perlu-ubah-minda", "article_title": "Kelantan FC perlu ubah minda", "article_text": "PEMAIN Kelantan FC perlu segera mengubah minda sekiranya berhasrat mengeluarkan kelab itu dari kelompok bawahan Liga Super musim ini.Itu yang dapat disimpulkan dari luahan hati pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt selepas The Red Warriors (TRW) mencatat kekalahan demi kekalahan dan terbaru 1-4 kepada PDRM FC.Bernhardt mengambil alih pasukan daripada ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik sebelum ini.\"Kami (barisan kejurulatihan) semasa sesi latihan telah menyediakan perancangan taktikal untuk pasukan sebelum perlawanan, namun sebaliknya berlaku apabila kadangkala para pemain tidak mengikuti perancangan taktikal dalam perlawanan sebenar.\"Sebagai contoh hari ini, para pemain mengunakan pendekatan ofsaid untuk memerangkap pemain PDRM sebaliknya dua yang dijangka tidak ofsaid,\" jelas pengendali dari Kiel, Jerman itu ketika ditanya pemberita kemelut yang melanda skuad pantai timur tersebut pada ketika ini.Pada satu ketika, jelas Bernhardt, barisan kejurulatihan mengubah taktikal pasukan dengan mengunakan tiga pemain tengah.\"Apabila kami mengunakan tiga pemain tengah, dan berfungsi hanya seorang pemain yang bermain menyaingi pemain lawan menyebabkan taktikal pasukan tidak berkesan.\"Ia umpama membina bangunan, yang memerlukan sokongan kerana apabila satu bahagian hilang, bangunan akan musnah.\"Saya juga tidak nampak sebarang masalah komunikasi dengan pemain apabila penolong saya sering membantu memberikan arahan taktikal semasa sesi latihan dan permainan sebenar.\"Apa yang saya nampak sebenarnya adalah mindset pemain, apabila barisan kejurulatihan mempunyai perancangan taktikal untuk pasukan sebelum perlawanan, pemain pula mempunyai perancangan sendiri semasa perlawanan, yang akhirnya tidak berbaloi,\" katanya.Pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, hasrat Bernhardt untuk memperbaiki kedudukan liga TRW tampak samar apabila penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin Ahmad bolos dua jaringan PDRM.Dua gol The Cops yang dihasilkan Marcus Macauley minit ke-15 diikuti jaringan Nabil Ahmad Latpi minit ke-33 membolehkan anak buah Azzmi Ab Aziz memimpin perlawanan separuh masa pertama 2-0.Separuh masa kedua, Kelantan memasukan Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi bagi menggantikan Nik Mohd Amin yang mengalami kecederaan bagi memperkemaskan benteng terakhir TRW.Namun The Cops terus melebarkan jaringan dengan dua lagi gol yang dijelmakan Uche Agba pada minit je-65 sebelum Bruno Suzuki melabuh pesta gol pasukan pelawat minit ke-90.Kelantan FC yang berusaha memberi saingan akhirnya mendapat gol saguhati hasil jaringan Miguel Cifuentes pada minit ke-94.Kekalahan ke-10 liga itu menyaksikan Kelantan kekal di kedudukan ke-13 dengan empat mata manakala PDRM di tangga ke-10 dengan 13 mata.Sebagai rekod, Kelantan FC yang tewas 0-3 kepada Selangor FC (9 April), 1-6 kepada Sabah FC (19 April), 2-3 kepada Perak FC (28 April) dan 0-5 kepada Kedah Darul Aman FC (19 Mei) sebelum ini.TRW akan berdepan Kelantan United dalam Derbi Kota Bharu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dijadualkan pada 2 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 02:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260054/berita/sukan/martinez-sanggup-kurangkan-gaji-demi-messi", "article_title": "Martinez sanggup kurangkan gaji demi Messi", "article_text": "PENJAGA gol kontroversi, Emi Martinez membuat tawaran 'luar biasa' untuk memikat pemain sensasi, Lionel Messi menyertai Aston Villa bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Martinez dan Messi merangkul Piala Dunia 2022 bersama Argentina di Qatar akhir tahun lalu.Messi dilaporkan akan meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) hujung musim ini selepas dua tahun bersama gergasi Ligue 1 itu.Bagaimanapun, Martinez tampil dan sedia mengurangkan gajinya supaya dapat membawa Messi menyertai Aston Villa.\u201cJika kelab berminat, saya akan membawanya (Messi) ke sini. Hai kawan, kita akan sentiasa minum dan makan daging panggang pada setiap minggu.\u201cSaya sanggup potong gaji dan kita akan lakukan yang terbaik,\u201d ujar Martinez.Sebagai rekod, Villa hampir mengesahkan slot ke Liga Konferens Europa musim depan selepas menghuni tangga ketujuh ketika ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260047/berita/sukan/kapten-brighton-layak-beraksi-bersama-england", "article_title": "Kapten Brighton layak beraksi bersama England", "article_text": "JURULATIH Brighton, Roberto De Zerbi mendedahkan Lewis Dunk merupakan watak utama membantu Seagulls beraksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus layak ke saingan Eropah musim depan.Malah kapten Seagulls berusia 31 tahun itu juga bermain dalam kesakitan untuk memastikan pasukan meraih slot Liga Europa.\u201cDia bermain dalam kesakitan kerana dia mempunyai masalah betis dan belakang tetapi dia tetap bermain setiap perlawanan,\u201d katanya.De Zerbi mengakui Dunk mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainannya yang berintensiti tinggi selepas dia menggantikan Graham Potter pada September tahun lalu.Bagaimanapun pengendali dari Itali itu berkata, Dunk berjaya mengukuhkan statusnya sebagai pemain utama dan 'layak' untuk beraksi dalam kancah bola sepak antarabangsa mewakili pasukan kebangsaan England.\u201cPada mulanya ia tidak begitu mudah untuk dia memahami idea saya tetapi dia sentiasa bersedia sepenuhnya,\u201d kata De ZerbiPengurus England, Gareth Southgate akan menamakan skuadnya bagi mengharungi aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan depan.Dunk pernah berada dalam skuad Southgate ketika mereka menewaskan Amerika Syarikat 3-0 dalam aksi persahabatan pada November 2018 tetapi tidak lagi beraksi untuk negaranya selepas itu.Brighton mengesahkan tempat ke saingan Europa musim depan dengan baki dua perlawanan selepas menang 3-1 ke Southampton.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 01:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260042/berita/sukan/liek-hou-raih-juara-berganda-di-bahrain", "article_title": "Liek Hou raih juara berganda di Bahrain", "article_text": "JAGUH badminton negara, Cheah Liek Hou kembali memperagakan kecemerlangan selepas membolot dua gelaran juara pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Bahrain, pada Selasa.Gelaran juara pertama diraih pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu bermula dengan acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) selepas menundukkan wakil Indonesia, Suryo Nugroho 21-13 dan 21-10 pada aksi berlangsung di Manama.Kejayaan itu pada masa sama mengubati kekecewaan Liek Hou yang terkandas di pusingan suku akhir di tangan lawan sama pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand, dua minggu lepas.Atlet berusia 35 tahun itu kemudian meneruskan momentum cemerlang selepas gandingan bersama Muhammad Fareez Anuar berjaya menjinakkan wakil India Chirag Baretha-Raj Kumar sekali gus muncul juara acara beregu lelaki kategori SU5.Biarpun menang di set pertama 21-18, Liek Hou-Muhammad Fareez diberikan tentangan sengit apabila tewas set kedua 19-21 sebelum berjaya menoktahkan kemenangan di set penentuan 21-14 dalam tempoh 40 minit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 12:02pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260021/berita/sukan/saka-sambung-kontrak-bersama-arsenal", "article_title": "Saka sambung kontrak bersama Arsenal", "article_text": "PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka menandatangani kontrak baharu jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Pemain England berusia 21 tahun itu menjaringkan 14 gol dalam kesemua kejohanan musim ini selain turut menghasilkan 11 bantuan jaringan.\"Saya amat gembira. Terdapat banyak cakap-cakap dan ia sudah berlarutan buat seketika tetapi saya kini berada di sini.\"Saya fikir, ini adalah kelab dan tempat yang betul untuk meneruskan langkah. Ia sebuah kelab yang indah dan terbaik.\"Bagi saya, ia tentang mencapai impian peribadi iaitu sebanyak mana telah mendorong diri dan apa yang saya mahukan dari diri dalam setiap perlawanan.\"Saya fikir saya memiliki segala-galanya untuk menjadi pemain terbaik dan gembira untuk kekal berada di sini bagi masa yang panjang kerana benar-benar percaya yang kita boleh mencapai perkara-perkara besar,\" katanya.Arsenal tidak mendedahkan tempoh baharu kontrak Saka tersebut, namun dipercayai pemain itu akan kekal di Emirates untuk tempoh empat tahun lagi.Saka melakukan penampilan pertama bersama The Gunners pada November 2018 dan telah beraksi untuk pasukan itu sebanyak 178 kali.\"Saya dapat lihat banyak perubahan. Saya dapat lihat pasukan dan kelab ini berkembang dan satu perkara yang orang di sekeliling kita berasa teruja adalah kita sedang menuju ke arah yang betul,\" katanya.Guardiola tidak akan tinggalkan CitySementara itu dalam perkembangan berlainan, Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan Manchester City walaupun telah berjaya membantu pasukan itu memperolehi kejuaraan treble musim ini.Menurutnya, situasi pasukan itu yang berdepan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris juga tidak akan mempengaruhi tempoh dia berada di Stadium Etihad.Selepas kejayaan meraih kejuaraan EPL, Guardiola berpeluang menjadi pengurus kedua dalam sejarah bola sepak Inggeris yang memenangi tiga trofi terbesar sekiranya menang menentang Manchester United dalam final Piala FA dan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.Guardiola berkata, dia mempunyai kontrak selama dua tahun lagi bersama City dan akan terus menghormati kontrak tersebut.\"Buat masa ini saya tidak berfikir untuk meninggalkan pasukan, tetapi siapa tahu? Namun, saya tidak berfikir mengenai perkara itu.\"Saya ingin terus berada di sini musim depan tanpa bergantung kepada keputusan. Saya mahukannya, tetapi saya tidak tahu apa yang saya akan rasa, menang atau kalah dalam dua peluang yang ada di hadapan kita.\"Perasaan saya ialah saya mempunyai kontrak dan apabila saya menandatanganinya maka saya mahu menghormati kelab. Saya akan kekal musim depan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 11:03am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260010/berita/sukan/ronaldo-bersujud-selepas-ledak-gol-kemenangan-al-nassr", "article_title": "Ronaldo bersujud selepas ledak gol kemenangan Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo bangga melihat perjuangan Al Nassr ketika melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Al Shabab dalam saingan Liga Pro Arab Saudi di Stadium Al Awal Park, pada Rabu.Ronaldo menjaringkan gol kemenangan Al Nassr pada minit ke-59 sekali gus mengekalkan peluang pasukan itu dalam perebutan kejuaraan liga.\"Saya sangat gembira. Pasukan memberikan permainan yang hebat. Ketinggalan dua gol adalah situasi yang sangat sukar, tetapi kami yakin sehingga tamat permainan dan boleh menjaringkan tiga gol.\"Jadi, tahniah kepada semua orang dalam pasukan, peminat juga luar biasa hari ini dan kami sangat gembira,\" kata Ronaldo.Bukan sahaja gol Ronaldo menjadi tumpuan, malah sambutan gol pemain berusia 38 tahun itu juga meraih perhatian apabila menukar sambutan yang biasa dilakukannya iaitu 'siuuu' kepada sujud.Kebiasaannya, cara meraikan gol sebegitu hanya dilakukan oleh pemain bola sepak beragama Islam termasuk bintang Liverpool Mohamed Salah.Ronaldo turut menyatakan kepercayaannya bahawa Liga Pro Saudi akan menjadi salah satu liga bola sepak terbaik di dunia.\"Kami jauh lebih baik. Saya rasa Liga Saudi semakin baik dan musim depan akan lebih baik. Secara beransur-ansur liga ini akan menjadi lima liga terbaik dunia.\"Tetapi segala-galanya memerlukan masa, ia memerlukan pemain yang bagus dan infrastruktur. Tetapi saya pasti negara ini mempunyai potensi yang sangat besar dan liga ini akan menjadi luar biasa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 10:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260008/berita/sukan/kim-swee-ceria-dalam-gundah", "article_title": "Kim Swee ceria dalam gundah", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui masih terdapat beberapa kelemahan ketara yang perlu diperbaiki The Rhinos biarpun melakar kemenangan 3-1 ke atas Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas.Kelekaan para pemain ketika selesa mendahului The Bos Gaurus merupakan elemen yang menjentik Kim Swee biarpun The Rhinos melonjak kelompok empat terbaik dengan kemenangan tujuh liga itu.\"Sejujurnya misi untuk mendapatkan tiga mata itu paling penting dalam perlawanan ini.\"Namun secara keseluruhannya Sabah tidak bermain seperti mana yang dipamerkan pada separuh masa pertama.\"Para pemain mula leka selepas selesa mendahului pasukan Perak dengan tiga gol menyaksikan Sabah dihukum, perkara ini perlu dielakkan dan banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Likas itu.Sebelum itu, Sabah kembali semula menemui rentak kemenangan apabila menewaskan Perak, 3-1 di Likas pada Selasa.Anak buah Kim Swee tampil garang dengan misi memburu kemenangan selepas seri 2-2 berdepan Terengganu FC sebelum ini.Tonggak Harimau Malaya, Darren Lok terlebih dulu meletakkan skuad The Rhinos di depan seawal minit keempat hasil rembatan susulan situasi kucar-kacir di pintu gol The Bos Gaurus.Gol itu nyata menambah semangat pasukan tuan rumah apabila giliran Park Tae-su melebarkan jaringan pada minit ke-31.Kemudian giliran Baddrol Bakhtiar menampilkan sentuhan pemusnah untuk gol ketiga Sabah untuk mendahului 3-0 separuh masa pertama.Separuh masa kedua, anak buah Datuk Lim Teong Kim lebih agresif berbanding separuh pertama kembali menyaingi skuad kendalian Kim Swee.Hasilnya The Bos Gaurus berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan Harith Naem pada minit ke-83.Kemenangan ketujuh liga membolehkan Sabah naik ke tangga keempat dengan 24 mata manakala Perak kekal di tangga ke-11 dengan sembilan mata selepas masing-masing mengharungi 12 perlawanan.Dalam pada itu, Teong Kim mengakui The Bos Gaurus beraksi kurang kemas pada separuh masa pertama apabila memberi ruang kepada The Rhinos.\"Gol-gol yang dijaringkan pasukan Sabah pun disebabkan kita tidak jaga dengan baik.\"Namun pada separuh masa kedua kita tukar cara pasukan bermain dengan meletakkan dua penyerang di depan, selain mengawal pemain-pemain lawan dengan rapi.\"Kehadiran dua penyerang, Perak berjaya beri tekanan kepada Sabah apabila berjaya menjaringkan satu gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 09:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259996/berita/sukan/geran-padanan-alternatif-baharu-majukan-sukan", "article_title": "Geran Padanan alternatif baharu majukan sukan", "article_text": "PENGLIBATAN orang politik bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) atau persatuan sukan negeri bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kewangan persatuan sukan terlibat sememangnya tidak dinafikan penting dalam pembangunan sukan sejak sekian lama.Bagaimanapun kebergantungan terhadap pengaruh golongan itu dalam entiti sukan kini dapat dikurangkan dengan kewujudan Geran Padanan seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini.Itu pandangan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang menyifatkan inisiatif itu permulaan positif mengurangkan kebergantungan kepada pengaruh orang politik mencari dana seterusnya memberi ruang kepada lebih banyak penglibatan pelbagai pihak bersama membangunkan sukan negara.\u201cSejujurnya saya sambut baik dan puji sekiranya dalam kalangan ahli politik yang sanggup membantu mencari dana bagi mengerakkan pertubuhan sukan di negara ini.\u201cBegitu pun, jika golongan ini berhasrat memperkasakan sukan negara, sebaiknya jaga pentadbiran sahaja dan jangan mencampuri urusan pemilihan atlet atau skop latihan.\u201cNamun dengan wujudnya peruntukan dalam Geran Padanan seperti yang dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, sudah tiba masanya untuk setiausaha agung persatuan sukan perlu bekerja lebih keras dan proaktif mencari dana.\u201cKini seharusnya persatuan sukan sudah boleh mengemukakan kertas kerja lengkap dan baik untuk pembangunan sukan tersebut bagi dipertimbangkan pihak kementerian bertanggungjawab.\u201cSaya percaya dengan kertas kerja yang baik tidak akan menjadi masalah untuk permohonan geran diluluskan,\u201d katanya yang juga bekas Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Presiden Persatuan Olahraga Johor (POJ) kepada Sukan Sinar pada Selasa.Dalam pada itu, Noorul Ariffin menegaskan, pemimpin badan sukan di negara ini perlu diterajui dalam kalangan bekas atlet yang telah mengharumkan nama Malaysia.\u201cSecara peribadi bagi saya tiba masa untuk kepimpinan NSA dan persatuan sukan negeri dipimpin bekas atlet yang berkaliber untuk memimpin kerana golongan ini lebih memahami setiap permasalahan golongan atlet.\u201cPaling penting mereka pernah melalui pahit dan manis sebelum berjaya pada kejohanan dalam atau luar negara, selain boleh menjadi inspirasi kepada atlet muda atau pelapis.\u201cSatu lagi dengan kemajuan bidang sukan yang semakin pesat di seluruh dunia, tiba masa untuk diberikan kepada kepimpinan muda menerajui persatuan sukan dengan idea baharu,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/260001/berita/sukan/young-tigers-bermula-garang-di-oman", "article_title": "Young Tigers bermula garang di Oman", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara menyingkap kempen Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman, langkah kanan apabila membelasah Uzbekistan, 8-1 dalam aksi Kumpulan B pada Selasa.Pesta gol The Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim dijanakan hatrik pukulan sudut penalti T Perabu minit ketujuh, kesembilan dan 18.Skuad muda negara terus melebarkan jaringan menerusi sentuhan Alfarico Lance Liau Jr (m-12), Shahmie Irfan Suhaimi (m-26), Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar (m-27), Mughni Mohamad Kamal (m-43) dan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari (m-52).Sementara itu, gol saguhati pasukan Uzbekistan dijelmakan hasil gol padang Shavkatjon Kakhramonov pada minit ke-55.\u201cHari ini kami berjaya menjaringkan empat gol daripada 12 kelebihan pukulan sudut penalti selain menjaringkan empat gol padang daripada jumlah keseluruhan lapan gol.\u201cIni satu petanda yang baik apabila pasukan menjaringkan gol menerusi gerakan padang dan pukulan sudut penalti.\u201cNamun kesilapan d ibahagian pertahanan melepaskan satu gol perlu dilihat kembali dan kami akan mengenalpasti bagaimana Uzbekistan berjaya mencuri satu gol pada sesi postmortem pasukan,\u201d kata Muhamad Amin.The Young Tigers akan berdepan Bangladesh dalam perlawanan kedua Kumpulan B pada Khamis.Dalam pada itu Muhammad Amin berharap pemain-pemainnya akan memperbaiki kesilapan mudah dan kekal fokus untuk 60 minit perlawanan di padang.\u201cSaya amat berharap para pemain peka kerana sedikit kelekaan atau sambil lewa di atas padang akan mengakibatkan pihak lawan berjaya menjaringkan gol.\u201cSecara keseluruhan pada separuh masa pertama kami bermain dan bergerak sebagai satu unit dan hasilnya kami menjaringkan enam gol iaitu daripada pukulan sudut penalti juga gol padang.\u201cNamun pada separuh masa kedua, berlaku sedikit kelekaan di kalangan pemain yang mengakibatkan kami melepaskan satu gol padang menerusi serangan balas lawan selepas kami dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti,\u201d kata Muhamad Amin.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 08:13am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259989/berita/sukan/kelantan-fc-terus-dirundung-malang", "article_title": "Kelantan FC terus dirundung malang", "article_text": "PENGENDALI Kelantan FC, Frank Bernhardt perlu mencari ramuan terbaik untuk segera mengembalikan The Red Warriors (TRW) ke landasan kemenangan selepas kecundang 1-4 ketika melayan kunjungan PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Selasa.Itu rumusan yang boleh dibuat selepas kelab dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu tumpas buat kali kelima berturut-turut selepas pengendali berusia 54 tahun itu mengemudi TRW daripada ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik sebelum ini.Malah kehadiran pengendali dari Kiel, Jerman itu untuk memperbaiki kedudukan liga TRW tampak samar apabila penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin Ahmad bolos dua jaringan dalam aksi babak pertama di hadapan penyokong sendiri.Dua gol The Cops hadir menerusi Marcus Macauley pada minit ke-15 diikuti jaringan Nabil Ahmad Latpi minit ke-33 membolehkan anak buah Azzmi Ab Aziz memimpin perlawanan babak masa pertama dengan kedudukan 2-0.Bersambung babak kedua, tuan rumah memasukkan Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi menggantikan Nik Mohd Amin bagi memperkemaskan benteng terakhir TRW.Begitupun pelawat yang memiliki bekalan selesa pada babak pertama terus melebarkan jaringan dengan dua lagi gol yang dijelmakan Uche Agba pada minit ke-65 sebelum Bruno Suzuki melabuh pesta gol The Cops minit ke-90.Kelantan FC yang terus berusaha memberi saingan akhirnya berjaya mendapat gol saguhati hasil jaringan Miguel Cifuentes pada minit ke-94.Kekalahan ke-10 liga itu menyaksikan Kelantan kekal di kedudukan ke-13 dengan empat mata manakala PDRM di tangga ke-10 dengan 13 mata.Untuk rekod, Kelantan FC gagal meraih sebarang mata dalam empat perlawanan bulan lalu selepas tewas 0-3 kepada Selangor FC (9 April), 1-6 kepada Sabah FC (19 April) dan 2-3 kepada Perak FC (28 April) manakala tumpas 0-5 kepada Kedah Darul Aman FC pada 19 Mei laluKelantan FC bakal membuat perhitungan derbi Kota Bharu berdepan Kelantan United pada 2 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 12:26am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259988/berita/sukan/sabah-fc-menang-di-laman-sendiri", "article_title": "Sabah FC menang di laman sendiri", "article_text": "SABAH FC yang bermain di laman sendiri malam ini beraksi cemerlang menewaskan Perak FC 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.Anak buah Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan kencang Darren Lok yang membuat susulan terhadap sepakan percuma Baddrol Bakhtiar sekali gus menafikan ketangkasan penjaga gawang pelawat, Bryan See.Kedua-dua pasukan kemudiannya masing-masing cuba mengatur serangan namun kelebihan berpihak kepada skuad tuan rumah apabila berjaya menambah jaringan melalui sepakan padu Park Tae Su di dalam kotak penalti pada minit ke-32, sebelum Kapten Sang Badak Baddrol menambah jaringan lapan minit kemudian.Anak buah Datuk Lim Teong Kim cuba bangkit pada babak kedua perlawanan apabila pemain gantian Harith Naim berjaya membolosi gawang Sabah FC dengan sepakan kencang untuk menghadiahkan gol sagu hati buat pasukannya, namun terpaksa akur apabila keputusan kekal 3-1 sehingga tiupan wisel penamat.Sementara itu, PDRM FC menang bergaya dengan menewaskan tuan rumah Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.Pasukan pelawat cemerlang membuka jaringan menerusi pemain import Marcus Macauley seawal minit ke-15 perlawanan apabila mudah menolak masuk bola hantaran lambung rakan pasukan dalam kotak penalti tuan rumah, sebelum Nabil Ahmad Latpi menambah jaringan pada minit ke-33.Bersambung babak kedua perlawanan, Sang Saka Biru yang memperkemaskan jentera serangan berhasil mendapatkan jaringan ketiga menerusi pemain import Uche Agba pada minit ke-65, sebelum Bruno Suzuki mengesahkan lagi kemenangan pada waktu kecederaan.Bagaimanapun, pemain import Kelantan FC, Miguel Cifuentes berjaya memperoleh gol saguhati buat pasukannya menerusi tandukan pada masa tambahan perlawanan sebelum wisel penamat dibunyikan dengan keputusan 4-1.Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan FC (NSFC) pula terpaksa akur dengan kutipan satu mata apabila berkongsi jaringan 3-3 dengan Kelantan United malam ini.Pasukan tuan rumah dibolosi gol pendahuluan pemain import lawan, Jose Elmer Porteria pada minit ke-14 akibat kesilapan pemain pertahanan NSFC di depan pintu gol.Pasukan pelawat terus menghukum pertahanan tuan rumah dengan rembatan kencang Muhammad Syazwan Salihin pada minit ke-32 di depan pintu gol menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.Tersentak dengan jaringan itu, NSFC bangkit dengan jaringan pertama pasukan oleh Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi selang empat minit kemudian, dan pada babak kedua perlawanan, NSFC lebih menguasai permainan dengan hantaran bola dan larian pantas Selvan Anbualagan namun penyudah yang tumpul di bahagian serangan menyukarkan tuan rumah mencipta jaringan.Rembatan kencang pemain gantian Mohd Hafiz Ramdan untuk gol penyamaan pada minit ke-71 menaikkan semangat NSFC tetapi Kelantan United kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-80.Bagaimanapun, Filemon Anyie Standly berhasil menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk memastikan tuan rumah tidak pulang dengan tangan kosong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2023 12:18am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259985/berita/sukan/masters-malaysia-2023-aaron-wooi-yik-lulus-ujian-sulung", "article_title": "Masters Malaysia 2023: Aaron-Wooi Yik lulus ujian sulung", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melepasi ujian awal selepas menewaskan gandingan Indonesia, Yeremia Rambitan-Pramudya Kusumawardana 21-18, 10-21, 23-21 dalam aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik yang tampil dengan status selaku juara dunia dipaksa bekerja keras bagi menoktahkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri dalam tempoh hampir sejam.\"Ya saya harus akui perlawanan hari ini bukan mudah sebab jadual kami agak padat. Kami baru balik daripada (beraksi pada) Piala Sudirman, jadi kami perlu rehat untuk fresh bila turun bertanding.\"Tapi saya tidak mahu jadikan perkara itu sebagai alasan. Saya harap rehat sehari selepas ini kami boleh gunakan dengan baik sebelum kembali beraksi Khamis nanti,\" kata Wooi Yik kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.Pada aksi pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking kedua dunia dijadualkan menentang gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.Terdahulu, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-16, 21-18.Pada pusingan kedua, Yew Sin-Ee Yii bakal menentang wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang menewaskan wakil Belanda, Ruben Jille-Ties Van der Lecq 21-17, 21-15.Turut mara ialah satu lagi wakil beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mencipta kejutan selepas mengalahkan gandingan berpengalaman Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen 25-23, 21-16.Dalam pada itu, beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak menghadapi masalah menumpaskan gandingan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-17, 21-14.Pearly-Thinaah bakal membuat perhitungan dengan gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dalam aksi pusingan kedua.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 11:07pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259978/berita/sukan/tiada-jalan-mudah-buat-jdt", "article_title": "Tiada jalan mudah buat JDT", "article_text": "SRI Pahang tidak akan memberi laluan mudah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan ketika pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad berkata, beliau sedar cabaran besar menanti di laman Harimau Selatan itu, namun para pemainnya akan tetap hadir dengan semangat juang tinggi.\"Siapa pergi sana (Stadium Sultan Ibrahim) memang berdepan tugas berat. Psikologi dan mental sentiasa kuat dan positif jika nak bermain di sana.\"Kita kena ubah cari bermain dan kaji kekuatan mereka. Seperti kita tahu, kekutan mereka di semua posisi, jadi kita kena berwaspada.\"Apa yang paling penting adalah kita berjuang bermatian dan dengan penuh semangat melawan,\" katanya.Pertemuan kali ini menjadi lebih menarik apabila Sri Pahang dan JDT masih memegang rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.Namun, pasukan Pantai Timur itu mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan rekod bersih itu ketika bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim berdasarkan kualiti dimiliki pendahulu liga itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 09:04pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259976/berita/sukan/tanda-harga-faisal-tinggi", "article_title": "'Tanda harga' Faisal tinggi", "article_text": "KELAB yang berminat untuk menebus kontrak tonggak Selangor FC, Faisal Halim perlu bersedia membayar dengan harga tinggi.Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, pihaknya tidak akan mudah untuk melepaskan pemain lincah itu kerana dia antara aset penting The Red Giants.Namun, beliau menegaskan belum menerima sebarang tawaran buat masa ini walaupun timbul khabar angin mengatakan dua kelab dari Korea Selatan berminat \u2018menyambar\u2019 Faisal.\u201cKami belum mendapat sebarang surat daripada mana-mana kelab atau ejen tetapi apabila surat diterima, kami akan pertimbangkan dengan sewajarnya.\u201cSoal ini (harga Faisal) perlu dibawa ke Jawatankuasa Teknikal dan Ahli Lembaga Pengarah. Ia hanya boleh dibincangkan apabila sudah ada tawaran.\u201cNamun, Faisal merupakan pemain penting buat pasukan, jadi kami harus tengok apa tawaran yang masuk. Buat masa ini belum ada lagi, hanya spekulasi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan dua kelab dari Korea Selatan iaitu Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings berminat mahu mendapatkan khidmat bintang Harimau Malaya itu bagi mengisi kuota import Asia.Berita tersebut masih spekulasi dengan kedua-dua kelab berkenaan juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyatakan minat secara rasmi kepada Selangor FC.Sebelum ini, gergasi Lembah Klang itu pernah meletakkan klausa pelepasan RM6 juta kepada mana-mana pasukan untuk mendapatkan bekas pemain pertahanannya, Syahmi Safari pada 2019.Malah, tidak mustahil Selangor FC akan meletakkan \u2018tanda harga\u2019 hampir sama atau lebih tinggi ke atas Faisal yang berhijrah dari Terengganu FC (TFC) musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 08:37pm"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259899/berita/sukan/kerja-keras-atlet-bot-tradisional-sukan-sea-negara-berbaloi", "article_title": "Kerja keras atlet bot tradisional Sukan SEA negara berbaloi", "article_text": "LATIHAN lebih setahun dalam sukan bot tradisional ternyata membawa kejutan buat 12 kru apabila mereka berjaya merangkul pingat perak dan gangsa dalam acara sukan itu pada Sukan SEA Kemboja pada 13 Mei lalu.Salah seorang krunya, Ahmad Nuqman Hadi Ayob, 23, berkata, latihan intensif yang dilakukan sebelum ini, banyak membantu mereka dalam mencapai prestasi terbaik sekali gus membolehkan Malaysia menamatkan penantian selama 30 tahun untuk merangkul pingat dalam acara terbabit.\"Saya dan pasukan lain tak jangka dengan kemenangan itu, tapi apa yang boleh dikongsikan, kami semua gigih berlatih untuk perlawanan kali ini.\"Walaupun kami asalnya adalah pemain kayak tapi bila diminta untuk sertai ini (sukan bot tradisional), kami lakukan yang terbaik dan membuat persiapan awal dengan pelbagai latihan yang diberikan jurulatih.\"Jadi, pada Sukan SEA lalu, kami berjaya buktikan usaha keras dan semangat berkumpulan yang tinggi memainkan peranan untuk kami memecahkan rekod dalam acara ini (tamat penantian),\" katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Panching Utara pada Selasa.Ahmad Nuqman menunjukkan pingat yang dimenangi kepada ibu dan ayahnya yang sentiasa memberi sokongan dan galakan ketika ditemui Sinar Harian di rumah di Felda Panching Utara pada Selasa.Difahamkan pasukan yang disertai Ahmad Nuqman memenangi perak dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka dengan catatan dengan masa 2 minit 09.54 saat (s) manakalagangsa pula dimenangi dalam acara 800m pada kejohanan sama.Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berkata, banyak cabaran yang dihadapinya ketika sesi latihan kerana sukan bot tradisional tidak seperti berkayak.Ahmad Nuqman yang pernah merangkul emas dalam Kejohanan South East Asia Canoe Sprint Championship 2019 di Pattaya, Thailand memberitahu, sukan ini hanya memerlukan kayuhan sebelah yang memerlukan keseragaman ketika berdayung.\"Sukan ini, ia tidak seperti kayak, kalau kayak kita perlu gerakan dayung kiri dan kanan.\"Tapi sukan bot tradisional ini, kita perlu kayuh sebelah, agak sukar juga tetapi bila kita sudah buat persiapan awal dan latihan, semuanya berada dalam keadaan terkawal,\" ujarnya.Ditanya mengenai cabaran yang dilalui pasukan ketika pertandingan, Ahmad Nuqman berkata, keadaan air pasang surut antara cabaran dilalui pasukannya dan memaksa mereka berkayuh dengan melawan arus.\"Pada waktu itu kami kena bersatu hati untuk kayuh demi untuk menang. Pada masa sama, kami perlu lawan kekuatan mental kerana bertemu dengan negara Thailand yang sememangnya pasukan berstatus juara dunia,\" ujar.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 03:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259896/berita/sukan/skuad-penyu-tempang-hilang-dua-tonggak", "article_title": "Skuad Penyu tempang hilang dua tonggak", "article_text": "KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui persiapan perlawanan Liga Super menentang Penang FC pada Rabu sedikit terjejas dengan kehilangan dua tonggak utama.Menurut pengendali kelahiran Croatia itu, khidmat kapten pasukan, Habib Haroon terpaksa dilupakan setelah beliau digantung perlawanan susulan menerima tiga kad kuning pada perlawanan menentang Sabah FC, manakala Adisak Kraisorn pula dihantui masalah kecederaan belakang.Justeru beliau memikirkan untuk membuat rombakan kecil bagi memastikan benteng skuad Penyu tidak dibolosi ketika melayan kunjungan Sang Badak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu nanti.\u201cKami memulakan latihan sejurus pulang dari Sabah pada Jumaat lepas. Persediaan biasa... seperti selalu.\u201cKami mungkin berdepan sedikit masalah kerana Habib digantung dan Adisak cedera... mungkin dua atau tiga minggu untuk dia pulih daripada kecederaan belakang,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada Isnin.Dalam pada itu Steinbruckner mengingatkan pemainnya supaya berwaspada dengan empat pemain Penang FC yang dilihat mampu memberi ancaman kepada pasukan.Ia termasuk dua bekas pemain skuad TFC iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan dua tonggak import, Soony Saad dan Adriano Narcizo yang perlu dikawal rapi supaya tidak bergerak bebas.\u201cKita tahu Penang bermain secara fizikal (agresif) dan serangan terus. Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti, saya harap TFC mampu beraksi dengan baik dan mengutip mata penuh untuk berada di kedudukan terbaik (Liga Super),\u201d katanya.TFC ketika ini menghuni tangga kelapan Liga Super selepas mengutip 14 mata daripada 11 perlawanan dan diekori rapat Penang FC di kedudukan kesembilan dengan jumlah mata yang sama namun dibezakan dengan hanya satu jaringan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 03:29pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259882/berita/sukan/golf-amal-pnsb-kumpul-dana-rm20000-bantu-rumah-kebajikan", "article_title": "Golf Amal PNSB kumpul dana RM20,000 bantu rumah kebajikan", "article_text": "SHAH ALAM - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berjaya mengutip dana berjumlah RM20,000 melalui penganjuran Kejohanan Golf Amal PNSB 2023 di Glenmarie Golf and Country Club di sini pada Ahad lalu.PNSB dalam kenyataan memaklumkan, kutipan dana itu disalurkan kepada empat pertubuhan kebajikan terpilih.Menurut PNSB, empat badan kebajikan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7, Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Good Samaritan Home Care Centre dan Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.\"Penganjuran yang diadakan kali ini bermatlamat mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan kebajikan dan ia merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNSB tahun ini,\" kata kenyataan itu pada Selasa.PNSB memberitahu, kejohanan itu bertujuan mengeratkan silaturahim di antara pihaknya dengan ketua jabatan; pegawai daerah; Yang Dipertua di negeri ini selain ketua dari sektor swasta dan korporat.PNSB memaklumkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNSB turut menyertai kejohanan itu seterusnya menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.Haris (duduk lima dari kanan) bersama sebahagian peserta menjayakan Kejohanan Golf Amal PNSB 2023 di Glenmarie Golf and Country Club di sini pada Ahad lalu.Menurut PNSB, seramai 132 peserta daripada pelbagai jabatan, agensi dan organisasi bersaing merebut hadiah juara keseluruhan.Selain itu, kenyataan itu menambah, PNSB juga turut menawarkan hadiah bagi kategori medal A dan B selain turut menawarkan hadiah cabutan nombor bertuah.Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dalam ucapan alu-aluan semasa majlis makan tengah hari dan penyampaian hadiah berkata, sumbangan dan khidmat bakti atas tujuan kebajikan mampu menjana perubahan seterusnya membawa makna kepada mereka yang memerlukan.\"Penganjuran acara berbentuk riadah ini juga dilihat selari dengan misi CSR PNSB,\" ujar beliau.Pada kejohanan itu, Romie Akmali Mohd Nor menjadi juara keseluruhan, manakala naib juara, Asisten Superintenden Rudy Syahrizal Elham dan tempat ketiga, Imran Md Nor.Pemenang kategori Medal A pula diungguli Ng Jun Lip manakala kategori Medal B pula Abd Rahman Ismail.Kali terakhir PNSB menganjurkan Kejohanan Golf Amal pada tahun 2019 dan pada tahun sebelumnya, PNSB hanya menganjurkan Kejohanan Golf Persahabatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 02:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259865/berita/sukan/bantuan-rm400000-buat-shereen-sambung-latihan-di-as---hannah", "article_title": "Bantuan RM400,000 buat Shereen sambung latihan di AS - Hannah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa bersetuju memberi pakej bantuan menyeluruh kira-kira RM400,000 kepada ratu 400 meter (m) Asia Tenggara, Shereen Samson Vallabouy bagi mengembangkan lagi potensinya di persada dunia.Menterinya Hannah Yeoh berkata, pakej bantuan itu diberikan supaya pemenang pingat emas 400m Sukan SEA 2023 berusia 24 tahun berkenaan dapat meneruskan program latihan di Amerika Syarikat (AS) selepas tamat pengajian di Universiti Winona State di Minnesota bulan ini.Beliau berkata, pakej bantuan itu antaranya merangkumi kos penginapan, kejurulatihan, elaun makan, makanan tambahan, suplemen, rawatan cyro, perkhidmatan urutan sukan dan pendedahan kejohanan.\u201cPakej bantuan ini akan bermula 1 Jun 2023 hingga Julai 2024 yang akan membolehkan Shereen menjalani latihan di Lifespeed Athletics Florida di bawah kendalian jurulatih Derrick White,\u201d katanya pada sidang media pengumuman pakej bantuan itu di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Selasa.Menerusi pakej bantuan itu, Hannah berharap Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan akan bekerja keras untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia pada Ogos ini di Budapest, Hungary, memenangi emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 dan layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan ini, Shereen menepati ramalan merangkul emas dengan catatan masa 52.53 saat (s), kira-kira sebulan selepas meleburkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun dengan kepantasan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California.Rekod kebangsaan 400m wanita sebelum ini menjadi milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya di Filipina pada 1993.Dalam pada itu, Hannah berkata, bantuan dinikmati Shereen itu juga adalah komitmen untuk memperkasakan lagi usaha pembabitan wanita dalam sukan yang menjadi antara keutamaan kementerian ketika ini.\u201cSaya percaya inisiatif diberikan kepada Shereen akan menjadi pendorong kepada lebih ramai atlet muda berpotensi untuk membuktikan kemampuan mereka supaya dapat menikmati bantuan seperti diberikan kepada beliau berdasarkan merit,\u201d kata Hannah.Sementara itu Hannah berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) sedang dalam proses perbincangan bersama seorang lagi atlet olahraga negara Umar Osman untuk mengenal pasti bentuk sokongan buat beliau mengorak langkah menjelang Sukan Asia Hangzhou dan siri pertandingan selepas itu.Umar mencipta sensasi pada Sukan SEA 2023 apabila bukan sahaja menggondol emas 400m lelaki, malah atlet kelahiran Kluang, Johor itu turut memecahkan rekod kebangsaan hampir 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin selepas merakam masa 46.34s pada saingan final. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 01:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259861/berita/sukan/ferrari-intai-khidmat-hamilton", "article_title": "Ferrari intai khidmat Hamilton", "article_text": "FERRARI dilaporkan bersedia membawa pemandu sensasi Lewis Hamilton dari Mercedes menerusi tawaran mencecah 40 juta pound (RM226.2 juta) pada musim 2024.Daily Mail melaporkan pasukan terkenal Formula Satu (F1) itu sanggup menawarkan Hamilton kontrak lumayan bagi menarik minat juara dunia tujuh kali itu.Strategi itu difahamkan bagi mengembalikan semula status Ferrari dengan presiden syarikat, John Elkann sudah berhubung dengan Hamilton.Jika perancangan itu berjaya direalisasikan Hamilton bakal bergandingan dengan Charles Leclerc dan ini bermakna Ferrari perlu melepaskan Carlos Sainz daripada kontraknya setahun lebih awal.Alternatif lain, Ferrari dilaporkan turut bersedia untuk membenarkan Leclerc berhijrah ke Mercedes bagi mendapatkan Hamilton.Bos Mercedes, Toto Wolff baru-baru ini mengakui Leclerc berada dalam bayangannya ketika spekulasi masa depan Hamilton bersama pasukan itu masih belum terjawab.Kontrak Hamilton bersama Mercedes dijadualkan berakhir penghujung musim ini tetapi pemandu berusia 38 tahun itu masih belum menandatangani kontrak baharu.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 01:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259863/berita/sukan/real-madrid-fail-aduan-insiden-perkauman-ke-atas-vinicus", "article_title": "Real Madrid fail aduan insiden perkauman ke atas Vinicus", "article_text": "KELAB Real Madrid menyifatkan ejekan perkauman yang ditujukan kepada Vinicus Junior merupakan satu 'jenayah kebencian' dan telah membuat laporan kepada Pejabat Peguam Negara Sepanyol.Vinicus menganggap perkara itu sebagai 'episod berterusan yang merebak ke beberapa bandar di Sepanyol' selepas dia sekali lagi menjadi mangsa ejekan perkauman sewaktu Madrid tewas 0-1 kepada Valencia dalam aksi La Liga di laman lawan hujung minggu lalu.Menurutnya, polis telah mengenal pasti penonton yang melakukan serangan perkauman itu dan individu terbabit berdepan penggantungan seumur hidup daripada menghadiri perlawanan di Stadium Mestalla.\u201cSetiap perlawanan di laman lawan memberikan kejutan yang tidak menyenangkan. Ia kerap berlaku musim ini. Ugutan bunuh, patung yang digantung dan jeritan bagaikan penjenayah, semuanya ada.\u201cNamun ia dikatakan kes terpencil dilakukan oleh seorang penyokong. Ini bukan kes terpencil. Mereka meneruskan episod ini dengan menyebarkan ke bandar-bandar sekitar Sepanyol (termasuk dalam program televisyen),\u201d kata Vinicius dalam satu ciapan pada Isnin.Madrid dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Vinicius itu.\u201cPerkara ini merupakan satu serangan langsung ke atas model kewujudan bersama dan undang-undang sosial serta demokrasi kita.\u201cIa sebagai satu jenayah kebencian. Kami telah memfailkan aduan ke pejabat peguam negara, khususnya pejabat pendakwa raya, terhadap jenayah kebencian dan diskriminasi ini supaya perkara ini dapat disiasat dengan penuh tanggungjawab,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 01:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259829/berita/sukan/newcastle-kembali-ke-liga-juara-juara-selepas-20-tahun", "article_title": "Newcastle kembali ke Liga Juara-Juara selepas 20 tahun", "article_text": "EDDIE Howe memuji para pemain Newcastle United yang menampilkan persembahan luar biasa selepas mereka layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas seri 0-0 menentang Leicester pada Selasa.Ia turut dibantu keputusan seri Liverpool dengan Aston Villa pada Sabtu yang bermakna Newcastle hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara.\"Ia satu kelegaan yang besar sebenarnya, malam yang menakjubkan. Anda sentiasa berharap dan anda perlu bermimpi. Tetapi kami tidak berasakan kami bersedia untuk empat teratas.\"Selepas berjaya mengelakkan tersingkir musim lalu, ia adalah persoalan sama ada kami menjadi pasukan yang lebih baik.\"Saya perlu memuji seluruh skuad kerana secara fizikal ia adalah satu permintaan yang besar. Mereka telah melihat hasil kerja mereka sendiri,\" katanya.Kebangkitan luar biasa Newcastle daripada pasukan yang berdepan penyingkiran ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris hanya dalam 18 bulan adalah hasil daripada bimbingan Howe dan sokongan kewangan daripada kumpulan pemilik dari Arab Saudi.The Magpies juga mara ke final domestik pertama sejak 1999 musim ini namun, tewas kepada Manchester United dalam Piala Liga.Selepas kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Bobby Robson pada 2003, Newcastle yang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dua dekad lalu percaya mereka kini mampu menjadi calon kejuaraan sekali lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 10:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259828/berita/sukan/city-perlu-contohi-manchester-united", "article_title": "City perlu contohi Manchester United", "article_text": "ILKAY Gundogan menggesa rakan-rakannya di Manchester City untuk kekal fokus ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersiap sedia untuk mengejar kejuaraan treble.City dinobatkan sebagai juara EPL buat kali kelima dalam enam musim selepas Arsenal yang merupakan pencabar terdekat mereka tewas di Nottingham Forest.Pasukan kendalian Pep Guardiola itu menikmati pesta kejuaraan mereka pada Ahad di Etihad dengan kemenangan 1-0 menentang Chelsea.Dengan kejuaraan ketiga berturut-turut itu, City kini boleh memberi tumpuan untuk mencontohi pasukan Manchester United yang memenangi EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA pada 1998-99.\"Kami tidak tewas sebarang perlawanan selama beberapa minggu dan itulah standard yang perlu kami tetapkan untuk diri kami sendiri.\"Kami perlu melakukan perkara yang sama seperti yang telah kami lakukan dalam beberapa minggu lepas dan diharapkan ia boleh menjadi penamat musim yang sangat istimewa.\"Saya suka kelab ini dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menakjubkan. Jelas sekali, kami mahu menamatkan musim ini dengan dua lagi trofi,\" katanya.Pemburuan melengkapkan kejuaraan treble City diteruskan dengan menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 3 Jun, dan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara di Istanbul tujuh hari kemudian.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259826/berita/sukan/tahun-yang-sangat-memenatkan", "article_title": "'Tahun yang sangat memenatkan'", "article_text": "JUVENTUS tewas 1-4 kepada Empoli pada awal pagi Selasa, beberapa jam selepas dihukum pemotongan pengurangan mata susulan aktiviti perpindahan pemain secara tidak sah sekali gus menjadi tamparan hebat untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.Kelab gergasi Turin itu berada satu mata di bawah Roma yang menduduki tempat keenam untuk kelayakan Liga Persidangan Europa.Terdahulu, mahkamah rayuan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan potongan 10 mata Juventus.Keputusan itu dibuat berikutan semakan semula hukuman pemotongan 15 mata dikenakan ke atas kelab itu kerana aktiviti perpindahan pemain yang melanggar peraturan.\"Apabila anda mendapati dipotong 10 mata beberapa jam sebelum bermulanya perlawanan, ia sememangnya sukar.\"Ia adalah tahun yang sangat memenatkan,\" kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.Keputusan FIGC dan keputusan di Empoli juga bermakna Lazio, yang menggantikan Juventus di tempat kedua telah layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2020 dan hanya kali kedua sejak 2007.Dengan berbaki dua perlawanan liga musim ini, Juventus yang ketika ini mengumpul 59 mata, masih boleh mengejar AC Milan di tempat keempat dengan 64 mata, iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 10:28am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259823/berita/sukan/young-tigers-dituntut-lebih-padu-di-oman", "article_title": "Young Tigers dituntut lebih padu di Oman", "article_text": "PEMAIN skuad hoki remaja negara dituntut untuk meningkatkan prestasi masing-masing apabila menyingkap cabaran Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah Oman bermula Selasa hingga 1 Jun depan.Malah pengendali Young Tigers, Muhamad Amin Rahim mahu pemain-pemainnya menggunakan kejohanan itu sebagai pentas persiapan mental dan fizikal bagi menghadapi Piala Dunia Remaja 2023.Katanya, secara keseluruhan persediaan pasukan berada pada tahap terbaik, namun berharap pemain mengekalkan fokus dan konsisten dalam setiap latihan serta perlawanan.\u201cBiarpun Malaysia telah layak beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Kuala Lumpur 2023, namun kejohanan ini akan digunakan pasukan sebagai persiapan bagi menghadapi temasya tersebut.\u201cJadi pemain yang diturunkan harus tampil dengan persembahan terbaik masing-masing pada kejohanan ini.\u201cSegala input yang diperoleh di sini akan membantu barisan jurulatih mempersiapkan satu skuad yang mantap pada Kejohanan Piala Dunia Remaja 2023,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Sebagai rekod, Young Tigers diundi dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea Selatan, Oman dan Uzbekistan.Skuad muda negara akan membuka gelanggang berdepan Uzbekistan jam 9.45 malam, Selasa.Dalam masa sama, Muhamad Amin berharap pengalaman dan pendedahan diperoleh pemain semasa Siri Jelajah Perth dan Sukan SEA Kemboja 2023 digunakan dengan sebaik mungkin ketika beraksi di Semenanjung Arab tersebut.\u201cSecara keseluruhan untuk Siri Jelajah Perth dan Sukan SEA Kemboja 2023 terutama dari segi tempo, kualiti, physicality dan speed, para pemain mendapat minit permainan secukupnya serta dapat pendedahan yang baik.\u201cPara pemain juga menunjukkan peningkatan setiap perlawanan yang mempunyai taktikal permainan dan kekuatan pasukan yang berbeza, namun pemain berjaya menghadapi setiap perlawanan dengan baik.\u201cSetiap pasukan yang bertanding ada misi tersendiri, namun kita tetap kena hormat setiap pasukan dan tidak boleh memandang rendah setiap pasukan,\u201d katanya.Piala Remaja Asia 2023Kumpulan BSELASA (23 MEI)Malaysia lwn Uzbekistan, 9. 45 malamKHAMIS (25 MEI)Malaysia lwn Bangladesh, 7.30 malamSABTU (27 MEI)Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petangSELASA (30 MEI)Malaysia lwn Oman, 12.30 tengah malam", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 09:17am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259815/berita/sukan/teroka-kerjasama-lebih-luas", "article_title": "Teroka kerjasama lebih luas", "article_text": "MALAYSIA digesa meneroka kerjasama lebih luas dengan menjadikan kuasa sukan besar dunia seperti negara Eropah, Afrika selain China dan Jepun sebagai model baharu yang boleh diterapkan kepada atlet negara.Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim berkata, tindakan segera perlu diambil untuk mengkaji model sukan di negara berkenaan dalam memajukan prestasi atlet negara.\u201cSaya bersetuju bahawa kita perlu melihat kepada negara yang lebih maju dalam sukan tetapi kita tidak boleh lihat sahaja. Kita kena ambil tindakan dengan seberapa pantas.\u201cKalau kita sekadar cakap sahaja, memang tidak akan jadi. Pihak yang berkaitan perlu agresif merangka strategi berjumpa dengan wakil dari negara-negara tersebut untuk mengkaji model sukan yang sesuai dengan budaya kita.\u201cDari segi cuaca contohnya, bagaimana Afrika yang negaranya panas seperti Malaysia tetapi dapat pingat emas Sukan Olimpik dalam larian jarak jauh. Itu kita kena kaji,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu lalu.Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Malaysia tidak boleh lagi menjadikan Singapura sebagai perbandingan, sebaliknya fokus untuk mencabar gergasi Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.Mohamad Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan model sukan di negara ini telah lapuk dan memerlukan perubahan dengan membawa masuk idea baharu.Pada masa sama, beliau memuji penubuhan Projek Road to Gold (RTG) yang dibentuk dalam misi Malaysia memburu pingat emas sulung pada temasya Sukan Olimpik.Malah, beliau bersama-sama Jawatankuasa RTG diketuai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sempat \u2018berguru\u2019 di Universiti Sains Sukan Nippon di Tokyo, Jepun bulan lalu bagi merealisasikan misi tersebut.Dalam pada itu, Zulakbal menyifatkan kegagalan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 sudah boleh dijangka lebih awal.\u201cKontinjen yang kita hantar kali ini memang tidak menepati sasaran kerana kita berada dalam satu zaman transisi daripada kumpulan atlet lama kepada kumpulan atlet baharu.\u201cKita juga harus akui memang ada kebenarannya apabila Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan kebergantungan kepada atlet senior, selain masalah termasuk ketidakstabilan politik menjadi antara penyebab kegagalan itu,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259812/berita/sukan/zii-jia-jin-wei-dalam-momentum-terbaik", "article_title": "Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik", "article_text": "PRESTASI jaguh perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia berada dalam tahap terbaik menjelang saingan Malaysia Masters 2023 yang menyingkap tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.Itu rumusan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann terhadap pemain nombor lapan dunia itu selepas berakhirnya kempen Piala Sudirman 2023 di China, Ahad lalu.\u201cUntuk Zii Jia, dia mempamerkan prestasi yang stabil. Malah, dia juga berjaya atasi beberapa pemain bintang seperti pemain India, S Kidambi, pemain Taiwan, Chou Tien-chen dan Jeon Hyeok-jin dari Korea Selatan.\u201cBagi saya, memang bukan mudah Zii Jia menewaskan nama-nama besar ini memandangkan dia menggalas tanggungjawab besar dalam pasukan negara pada Piala Sudirman.\u201cNamun, apa yang saya lihat, Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain,\u201d katanya.Legenda badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek juga senada dengan Choong Hann apabila menyifatkan prestasi Zii Jia berada dalam \u2018keadaan stabil\u2019.\u201cSekarang Zii Jia lebih kepada menjadi underdog (pemain bukan pilihan) sebab saya tengok dia bermain tanpa sebarang tekanan. Jadi, itulah yang kita dapat lihat pada Piala Sudirman,\u201d jelasnya.Dalam pada itu, ketika diminta mengulas prestasi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, Choong Hann mengakui bekas juara remaja dunia dua kali itu berjaya menampilkan aksi memukau.\u201cJin Wei merupakan antara pemain bintang pasukan negara terutamanya ketika berdepan India apabila dia berjaya menghadiahkan mata kemenangan pasukan negara.\u201cDari awal kejohanan, dia sudah menampilkan persembahan luar biasa, cuma mungkin dia kurang bernasib baik ketika berdepan pemain Denmark, Mia Blichfeldt,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2023 06:34am"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259804/berita/sukan/khairy-tetap-salute-walaupun-kutipan-pingat-emas-merosot", "article_title": "Khairy tetap \u2018salute\u2019 walaupun kutipan pingat emas merosot", "article_text": "BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang berjuang dalam Sukan SEA 2023 Kemboja baru-baru ini.Meskipun sedih dengan kemerosotan pingat emas dalam temasya itu, beliau tetap berbangga dengan semangat juang ditunjukkan atlet-atlet terlibat.\u201cKomitmen atlet dan kontinjen kita, saya \u2018salute\u2019 kerana saya telah meninggalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam keadaan yang kukuh bukan hanya keputusan 2017 Sukan SEA yang terbaik dalam sejarah begitu juga 2016 Olimpik Rio dan Paralimpik terbaik dalam sejarah negara termasuk enam atlet menjadi juara dunia.\u201cMenteri kata Sukan SEA kali ini banyak atlet muda, memang betul tetapi itu dasar dari dulu lagi, zaman sebelum saya pun, Sukan SEA kita hantar atlet muda,\u201d katanya pada siri Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Shahril Hamdan pada Isnin.Khairy berkata, sebagai contoh Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nichole Ann David tidak menyertai temasya itu kerana direhatkan.\u201cKalau adapun Datuk Azizul Hasni Awang sebab dia yang mahu sertai, Datuk Pandelela Rinong dan lain juga ada tetapi kita banyak ketengahkan pelapis-pelapis juga,\u201d katanya.Beliau mengakui, tuan rumah Kemboja memang banyak menggugurkan acara sukan yang lazimnya dimenangi oleh Malaysia contohnya acara berbasikal trek dan beberapa acara sukan yang lain.\u201cTetapi 40 sasaran emas kita, sebagai contoh sukan renang yang kita berjaya menang dalam temasya sebelum ini juga agak hambar.\u201cPrestasi bergantung kepada menteri, ada menteri menganggap ini bukan tugas dia dan ini diserahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga persatuan-persatuan sukan untuk menentukan,\u201cBagi saya, saya lebih \u2018hands on\u2019, saya tahu yang akan umumkan sasaran itu adalah menteri. Kalau kita lepas tangan umumkan benda yang kita rasa tiada peranan, akhirnya kita kena bertanggungjawab juga,\" katanya.Jelas Khairy, proses persediaan menghadapi Sukan SEA adalah dua tahun dan selepas sukan itu tamat, menteri terlibat akan melihat prestasi dan membuat unjuran sama ada terhadap mana-mana atlet untuk beraksi dalam Sukan SEA akan datang.\u201cKita juga kena ambil pertimbangan sama ada atlet itu akan pergi ke Sukan Komanwel, Sukan Asia atau Sukan Olimpik yang mana mungkin kalendar itu akan bertindih dengan Sukan SEA.\u201cSelepas itu kita kena bincang dengan MSN dan persatuan sukan untuk menentukan atlet ini akan dihantar ke kejohanan mana tahun ini,\u201d ujarnya.Tegas Khairy, perancangan termasuk peruntukan, kos dan sebagainya perlu dinilai oleh menteri kerana menteri yang menetapkan polisi dan target.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 10:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259799/berita/sukan/aaron-sudah-bersedia-mental-fizikal", "article_title": "Aaron sudah bersedia mental, fizikal", "article_text": "PEMAIN beregu lelaki negara, Aaron Chia sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal bagi mempamerkan aksi terbaik di Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2023 yang akan membuka tirai esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.Aaron dan pasangannya, Soh Wooi Yik, yang kini menduduki ranking kedua dunia, tidak akan menjadikan jadual padat sebagai alasan untuk aksi kurang memuaskan meskipun mereka baru sahaja tiba di Malaysia pagi tadi selepas menamatkan saingan Piala Sudirman di Suzhou, China pada Sabtu.\"Saya rasa sebagai seorang pemain memang sentiasa bersedia keadaan yang baik dan teruk. Kita tidak boleh bagi alasan perjalanan letih ke apa dan bila dalam gelanggang, kita memang bagi yang terbaik.\"Macam saya cakap beregu lelaki memang tidak kisah pemain Indonesia, Denmark atau China, jadi kena sentiasa bersedia bermula dari pusingan pertama sudah berdepan perlawanan yang sukar sampai final pun perlawanan sukar,\" katanya kepada pemberita selepas sesi uji gelanggang pada Isnin.Juara dunia 2022 itu akan melakukan perhitungan dengan pasangan Indonesia Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan-Pramudya Kusumawardana pada pusingan pertama esok.Pemain badminton beregu wanita negara Pearly Tan pula enggan memikirkan penyingkiran seawal pusingan pertama di Terbuka Malaysia Januari lepas sebaliknya menikmati perlawanan di laman sendiri pada penampilan kali ini bagi membuahkan hasil.\"Yang lepas tu, lepaslah jadi kami tidak terlalu memikirkannya, kami hanya berharap untuk kembali beraksi dengan lebih baik,\" katanya.Pearly Tan dan pasangannya M. Thinaah, yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan, bakal bertemu pasangan adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria pada pusingan pertama esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 09:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259795/berita/sukan/karate-optimis-akhiri-kemarau-12-tahun", "article_title": "Karate optimis akhiri kemarau 12 tahun", "article_text": "PERSEKUTUAN Karate Malaysia (MAKAF) optimis mampu mengakhiri kemarau 12 tahun tanpa kilauan pingat emas pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, September ini.Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, persiapan rapi sedang giat dilakukan barisan atlet negara yang akan turut menjalani latihan selama sebulan di Mesir pada Jun ini dan seterusnya di Jepun serta Vietnam.\u201cPersediaan ini juga bagi menghadapi Kejohanan Karate Asia ke-19 di Melaka pada 20 hingga 23 Julai ini yang dilihat medan terbaik untuk atlet negara menguji kemampuan dan meningkatkan prestasi mereka.\u201cPada Kejohanan Karate Asia kali ini, kita menyasarkan sekurang-kurangnya satu emas dapat dihasilkan daripada mana-mana disiplin sama ada kata atau kumite,\u201d katanya di Pasir Ujong, Melaka pada Ahad.Nur Azmi berkata, pemilihan atlet bagi Sukan Asia adalah berdasarkan prestasi mereka pada Kejohanan Karate Asia itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).Nur Azmi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran dalam kedua-dua kejohanan tersebut dengan kehadiran jurulatih baharu dari Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy dan komitmen serta semangat skuad negara.\u201cDengan kutipan empat pingat emas, dua perak dan lima gangsa pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini yang melepasi sasaran tiga emas ditetapkan, kita percaya ia juga satu persediaan yang baik untuk skuad negara,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, Nur Azmi berkata, Melaka sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Asia yang akan disertai 2,000 atlet termasuk 500 atlet para daripada 45 negara.\u201cDari segi teknikal bersama jawatankuasa kecil, saya selaku pengerusi dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK) sebagai penganjur bersama telah mengadakan perbincangan demi perbincangan untuk memastikan kejohanan ini berjalan lancar,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 09:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259780/berita/sukan/adib-tidak-sabar-berlumba-di-kampung-halaman", "article_title": "Adib tidak sabar berlumba di kampung halaman", "article_text": "PELUMBA Bad Lab Honda KC Racing, Md Adib Hareez Hazwat bertekad meraih keputusan positif kategori Wira KBS apabila Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 menyingkap tirai di Bandar Jasin Bestari, Bemban hujung minggu ini.Pada musim lepas, pelumba yang berasal dari Melaka ini telah beraksi untuk Honda AFB Tech Racing.Pencapaiannya secara keseluruhan tidak begitu memuaskan lebih-lebih lagi dengan status \u2018DNF\u2019 dalam lima pusingan yang telah menggugat mata keseluruhannya.Namun begitu, musim ini bermula dengan nada positif apabila dia tampil dengan aksi hebat di kedua-dua pusingan di Litar Sepang Antarabangsa dan Litar Seri Jempol.Pelumba jentera Honda ini jelas telah kembali dengan suatu perubahan baharu dan kelihatan lebih yakin dengan pengendalian jenteranya.Dia yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan pada masa kini hanya kekurangan tiga mata daripada pelumba di tangga teratas.Pusingan yang bakal berlangsung di kampung halamannya mungkin memberikan Adib kelebihan menguasai litar Jasin sekaligus membuka peluang menaiki carta keseluruhan.\u201cPada pendapat saya, pusingan 1 dan 2 memang agak baik bukan setakat pencapaian tetapi lebih penting, saya berjaya menyesuaikan diri dengan jentera baru.\u201cBagaimanapun, saya perlu lebihkan komunikasi dengan pasukan agar dapat berikan mereka lebih input mengenai jentera serta cara tunggangan saya.\u201cSaya suka jentera Honda kerana struktur badannya yang lebih lebar yang memberikan saya keselesaan semasa berlumba,\u201d katanya.Dalam pada itu, Adib berkata, pusingan kedua dia akan lebih fokus dan berusaha meningkatkan stamina serta kecergasan mental.\u201cPasukan saya telah memberikan 100 peratus tumpuan kepada keperluan saya. Mereka juga sentiasa memberikan saya sokongan dari segi jentera dan tunjuk ajar.\u201cPusingan ini juga akan berlangsung di kampung halaman saya jadi saya agak teruja setelah sekian lama tidak berlumba di sini.\u201cSudah pasti saya akan memberikan saingan terbaik kepada pelumba-pelumba lain dan cuba mengutip mata untuk kekal di kedudukan atas,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 07:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259762/berita/sukan/tahap-kawalan-sehabis-baik-di-stadium-perak", "article_title": "Tahap kawalan sehabis baik di Stadium Perak", "article_text": "PERAK FC menyediakan kawalan keselamatan pada tahap terbaik mengikut standard ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepanjang perlawanan Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin susulan insiden provokasi yang dicetuskan penyokong casual Perak terhadap penyokong Selangor semasa perlawanan separuh pertama.Bobie Farid berkata, pihaknya memandang serius provokasi dicetuskan penyokong Casual Perak hingga menimbulkan kekecohan dalam stadium yang memalukan dan merosakkan imej bola sepak negara.\u201cSebenarnya untuk game Liga Super, Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak pada Sabtu, kami telah pun menyediakan seramai 100 pegawai keselamatan, 200 anggota polis dan 60 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).\u201cDan terdapat tangkapan dilakukan anggota keselamatan di stadium pada Sabtu, namun begitu jumlah penyokong-penyokong casual agak ramai.\u201cKeadaan stadium yang terbuka di antara zon juga memberi masalah kawalan sekali gus menyukarkan anggota bertugas mengawal pergerakan dalam stadium.\u201cNamun kami akur dan menerima sekiranya dikenakan hukuman MFL susulan insiden ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar insiden kekecohan penyokong semasa perlawanan The Bos Gaurus menentang The Red GiantsPerlawanan Derbi El Classico Malaya yang berintensiti tinggi itu menyaksikan Perak akur tewas 0-4 kepada Selangor.Pada masa sama Bobie Farid berkata, Perak FC berhasrat mengenakan larangan seumur hidup terhadap penyokong The Bos Gaurus daripada membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan itu.Katanya, ia antara pendekatan proaktif yang akan dilaksanakan pengurusan kelab Liga Super tersebut dalam membendung penularan samseng bola sepak (hooligan).Tambah Bobie Farid lagi, pihaknya percaya larangan membeli tiket seumur hidup mampu mengekang penularan anasir itu walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh.\u201cBegitupun kami akan bekerjasama lebih erat dengan pihak polis untuk mengenalpasti golongan ini dan akan cuba menghalang mereka sebaik mungkin dari memasuki stadium menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Perak,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 06:06pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259726/berita/sukan/kda-peroleh-tonik-hadapi-selangor-di-petaling-jaya", "article_title": "KDA peroleh tonik hadapi Selangor di Petaling Jaya", "article_text": "KEMENANGAN pada dua aksi lalu menjadi tonik kepada Kedah Darul Aman (KDA) menghadapi Selangor FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu ini.Pemain pertahanannya, Ariff Farhan Md Isa berkata, motivasi tinggi diperlukan oleh Sang Kenari ketika ini untuk berdepan The Red Giants yang kini berada di tangga kedua liga super.Menurutnya, tugas getir juga menanti mereka untuk bertahan dengan baik selepas berjaya melakukannya pada dua aksi lalu semasa mengatasi Negeri Sembilan FC 0-2 dan terbaru menjinakkan Kelantan FC 5-0 pada Jumaat.\"Kemenangan 5-0 ke atas Kelantan FC adalah tonik kami untuk lebih bersemangat bertemu Selangor FC dan saya berharap momentum permainan dapat diteruskan.\"Sebelum Ini kami juga dilihat kerap bolos dalam beberapa aksi terdahulu, tetapi jika dilihat pada dua aksi terakhir terakhir iaitu ketika menentang Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC lalu, kami bertahan dengan baik,\" katanya mengulas aksi Liga Super bertemu Selangor pada perlawanan ke-12.Ariff Farhan berkata, perlawanan tersebut penting buat Sang Kenari dan kemenangan yang diraih mampu membantu melonjakkan pasukan itu ke kedudukan lebih baik.Menurutnya, persiapan rapi telah dilakukan oleh KDA FC bagi perlawanan seterusnya semasa Liga Malaysia berehat sementara selama dua minggu lalu.\"Perlawanan menentang Red Giants nanti akan menjadi perlawanan yang cukup sengit kerana kami juga mahu melonjakkan kedudukan ke tangga kedua manakala Selangor juga pada masa yang sama mahu kekalkan kedudukan itu.\"Kami yakin ketua jurulatih Nafuzi Zain sedang mempersiapkan perancangan dan strateginya yang perlu kami terapkan diatas padang nanti,\" ujar Ariff Farhan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 03:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259716/berita/sukan/pkns-anjur-perlumbaan-basikal-antarabangsa-pertama-di-selangor", "article_title": "PKNS anjur perlumbaan basikal antarabangsa pertama di Selangor", "article_text": "PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal menganjurkan Selangor International Race 2023 perlumbaan berbasikal antarabangsa pertama di Selangor pada 25 Jun depan.Acara julung kali itu bertujuan mempromosikan Selangor sebagai hab sukan selaras aspirasi PKNS \u2018Membina Kehidupan Yang Lebih Baik\u2019 bagi mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai demi pembangunan rakyat negeri ini.Selain menyokong usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan pelancongan sukan di Selangor, acara ini juga bertujuan memperkenalkan pusat pertumbuhan dibangunkan PKNS serta projek pembangunan perbadanan itu.Perlumbaan berbasikal ini akan membawa peserta melalui laluan sejauh 130 kilometer (km) yang melewati bandar-bandar di sekitar Selangor.Bermula di Bangunan Ibu Pejabat PKNS di Shah Alam, laluan merangkumi permukaan muka bumi beralun dengan kawasan lapang rata sepanjang 30km dan terdedah kepada keadaan berangin.Peserta akan melewati beberapa mercu tanda terkenal di Selangor sepanjang perlumbaan seperti pekan Batu Arang yang terkenal dengan perlombongan arang batu suatu ketika dahulu.Selain itu, Selangor Fruit Valley dan Kampung Kuantan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang tidak asing lagi dengan aktiviti melihat kelip-kelip selain perbandaran Kota Puteri.\u201cPKNS sangat teruja untuk menjadi tuan rumah acara perlumbaan berbasikal antarabangsa ini dan berbesar hati untuk menyambut peserta dari seluruh dunia.\u201cAcara ini tidak hanya mempromosikan pelancongan sukan di Selangor tetapi juga dijangka akan memberi faedah pertumbuhan ekonomi bagi Shah Alam dan kawasan sekitarnya.\u201cKami berharap perlumbaan ini akan berjaya dan dapat menarik lebih ramai peserta pada masa hadapan,\u201d kata Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas yang akan membuat pelepasan peserta semasa perlumbaan itu.PKNS juga mengalu-alukan semua peminat dan pelumba sukan berbasikal profesional untuk menyertai perlumbaan ini bagi merasai pengalaman melihat keindahan dan kepelbagaian landskap Selangor.Perlumbaan ini terbuka kepada semua pelumba profesional dan amatur, termasuk kategori junior, lelaki dan wanita berumur 16 tahun ke atas bagi merebut empat hadiah utama melebihi USD4,000, dengan setakat ini, seramai 950 peserta telah mendaftar bagi acara ini.Bagi merasai bahang kehangatan acara ini, para peminat sukan itu boleh mengunjungi Bangunan Ibu Pejabat PKNS untuk menyertai klinik berbasikal, bengkel dan mengunjungi gerai pameran dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada Sabtu, 24 Jun.Sementara peserta boleh mengambil kit perlumbaan di Blok B, Bangunan Ibu Pejabat PKNS dari jam 10 pagi hingga 6 petang hari sama.Untuk maklumat lanjut boleh layari http://selangorrace.com.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 03:39pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259707/berita/sukan/perak-fc-senarai-hitam-penyokong-samseng", "article_title": "Perak FC senarai hitam penyokong samseng", "article_text": "KELAB bola Sepak Perak FC akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti pelaku yang mencetuskan pergaduhan ketika aksi Perak menentang Selangor di Stadium Ipoh Perak pada Sabtu.Perak FC dalam satu kenyataan berkata, kelab itu akan menyenaraihitamkan pelaku tersebut memasuki stadium sekali gus mengelakkan kejadian seumpama itu terus berlaku.\"Perak FC sentiasa berusaha dan bersiap sedia untuk memastikan perlawanan yang kami anjurkan di Stadium Perak adalah selamat untuk dihadiri oleh semua pihak.\"Kelab mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia serta FRU atas tindakan tangkas mereka dalam meleraikan pergaduhan dan provokasi antara kedua-dua penyokong\"Kami mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku buruk yang menimbulkan kekacauan dan menganggu keharmonian,\" kata kenyataan tersebut pada Ahad.Dalam pada itu, Perak FC meminta para penyokong bersabar dan memberikan sokongan dalam proses membina semula kelab itu.\"Sebagai pemilik persendirian kelab, adalah menjadi kewajiban pertama kami untuk membangunkan Perak FC sebagai entiti komersial, sebelum menguruskannya sebagai peminat bola sepak.\"Dari awal lagi kami telah bersepakat untuk memberi tumpuan kepada bakat tempatan dan memberi peluang kepada pemain muda.\"Tujuan utama kami adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi kelab sentiasa terjaga sambil meningkatkan tahap bola sepak dalam kalangan pemain tempatan,\" kata kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 03:00pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259677/berita/sukan/pentas-eropah-gamit-brighton", "article_title": "Pentas Eropah gamit Brighton", "article_text": "KEJAYAAN Brighton & Hove Albion mara ke pentas kelab Eropah musim depan disifatkan lebih berprestij daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).Itu nada pengendali Brighton & Hove Albion, Roberto de Zerbi selepas The Seagulls membenam cabaran Southampton 3-1 di Stadium Komuniti American Express.\u201cSejujurnya keputusan ini lebih berprestij daripada bersaing dengan enam kelab besar Liga Perdana Inggeris bagi pasukan seperti kami,\u201d kata De Zerbi.Brighton mengesahkan penampilan di pentas Eropah musim depan buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan Southampton, dengan penyerang remaja The Seagulls, Evan Ferguson menjaringkan dua gol.Kemenangan ke-18 liga musim ini tersebut menyalakan impian Seagulls bagi mengesahkan tempat sekurang-kurangnya dalam satu saingan dari tiga kejuaraan kelab Eropah.Anak buah De Zerbi kini memerlukan satu mata daripada dua perlawanan menentang Manchester City dan Aston Villa untuk memastikan tempat keenam dan tempat dalam Liga Europa musim depan.Perbezaan gol unggul Brighton bermakna berkemungkinan besar untuk menamatkan saingan di hadapan Aston Villa, yang berada di tempat ketujuh dengan baki satu perlawanan, walaupun Brighton kekal dengan 61 mata pada penghujung musim.Sebagai rekod De Zerbi, yang meninggalkan Shakhtar Donetsk di Ukraine musim panas lalu, tiba di Brighton pada September lalu selepas Graham Potter berhijrah ke Chelsea.Musim cemerlang Brighton menyaksikan De Zerbi dikaitkan dengan beberapa kelab besar, termasuk Tottenham Hotspur, namun pengendali dari Itali berusia 43 tahun itu bertegas mahu kekal lama di Brighton.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 12:59pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259648/berita/sukan/liverpool-tetap-mampu-tarik-pemain-bintang", "article_title": "Liverpool tetap mampu tarik pemain bintang", "article_text": "VIRGIL van Dijk menyangkal kegagalan Liverpool untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan akan menyukarkan kelab itu untuk menarik minat pemain berkualiti menyertai The Reds.Keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Aston Villa pada Sabtu menamatkan usaha kelab itu untuk berada di kedudukan empat teratas liga.Mereka perlu mengharapkan sama ada Newcastle United atau Manchester United kalah dalam kedua-dua baki perlawanan mereka.Ia adalah kemungkinan yang agak mustahil dan Van Dijk menegaskan pemain terbaik tetap akan menyertai pasukan walaupun beraksi di Liga Europa.\"Jelas sekali peluang untuk bermain di Liga Juara-Juara agak tipis dan sukar. Tetapi, persiapan pramusim akan menjadi sangat penting. Saya sangat teruja untuk musim depan.\"Banyak perkara yang perlu diusahakan tetapi perkara yang baik dalam kes ini ialah kami mempunyai seluruh pramusim untuk memperbaiki pasukan.\"Terdapat pemain yang akan berhijrah dan ada juga pemain masuk dan bersedia untuk permulaan pramusim.\"Semua orang tahu kami telah melalui sedikit peralihan. Jika saya seorang pemain yang sedang meningkat naik dan Liverpool menghubungi saya, saya pasti sangat berminat menyertai pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259641/berita/sukan/tak-lengkap-kalau-tak-menang-liga-juara-juara", "article_title": "'Tak lengkap kalau tak menang Liga Juara-Juara'", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan kejayaan pasukan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini.Pengendali kelahiran Sepanyol itu terus cemerlang mengemudi City selepas meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dalam enam tahun.Rekodnya dengan 11 kejuaraan liga dalam 15 musim sebagai pengurus Barcelona, \u200b\u200bBayern Munich dan kini City bagaikan sukar untuk menafikan kredibiliti Guardiola sebagai pengurus pasukan terbaik di dunia ketika ini.Malah, Guardiola mampu untuk membawa City ke tahap yang lebih tinggi dengan memenangi Piala FA dan kemudian Liga Juara-Juara untuk melengkapkan treble.\"Gelaran Liga Perdana kelima dalam tempoh enam tahun, saya tidak dapat bayangkan memenangi lima kejuaraan dalam enam tahun.\"Saya rasa kami telah melakukan sesuatu yang luar biasa tetapi untuk dianggap antara yang terhebat kami perlu memenangi Liga Juara-Juara, jika tidak ia tidak lengkap.\"Kami menang banyak tetapi tidak boleh menafikan bahawa ia boleh menjadi tidak adil untuk memenangi Liga Juara-Juara untuk memberi nilai kepada apa yang telah anda lakukan,\" katanya.City memintas pencabar terdekat, Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir selepas mengekori pasukan itu dengan jurang lapan mata beberapa minggu lalu.\"Separuh pertama liga, Arsenal berjaya meraih 50 mata dan saya merasakan mereka telah melakukan sesuatu yang istimewa.\"Tetapi, kami tidak berputus asa dan perlu memenangi setiap perlawanan kerana mengetahui ia adalah mustahil jika kami tidak melakukannya,\" katanya.Ini adalah kali ketiga Guardiola memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut, selepas melakukannya di La Liga pada musim 2009-11 dan di Bundesliga dari 2014-16.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 10:24am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259638/berita/sukan/manchester-city-sukar-dihalang", "article_title": "'Manchester City sukar dihalang'", "article_text": "MANCHESTER City meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Chelsea 1-0 melalui gol tunggal oleh Julian Alvarez di Stadium Etihad pada Ahad.City yang dalam pemburuan mengejar kejuaraan treble dinobatkan sebagai juara EPL selepas pencabar terdekat, Arsenal tewas di Nottingham Forest Sabtu.Tonggak serangan City, Jack Grealish mengakui pasukan itu sukar untuk dihentikan walaupun pada satu ketika ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal pada penghujung Mac lalu.\"Saya bercakap dengan beberapa pemain dan berkata bayangkan jika seseorang berkata kami perlu menang 12 perlawanan berturut-turut untuk memenangi liga.\"Saya tidak mengatakan bahawa kami tidak boleh melakukannya tetapi ia agak sukar. Namun kami mempunyai begitu ramai pemain berkualiti dalam skuad ini dan pada masa ini kami rasa sukar untuk dihalang,\" katanya.City memungut 88 mata daripada 36 perlawanan dengan kelebihan tujuh mata berbanding Arsenal yang masih berbaki satu perlawanan.Pasukan itu ketika ini menikmati tempoh penguasaan dalam saingan Liga Perdana yang tidak dilihat sebelum ini sejak kali terakhir Manchester United melakukannya dengan memenangi lima gelaran dalam enam musim antara 1996 dan 2001.Mereka juga dalam usaha untuk menyamai rekod treble United pada 1999 dan itu akan menjadikan City sebagai salah satu pasukan bola sepak Inggeris terhebat.City akan menentang Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 3 Jun, kemudian menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul tujuh hari kemudian.\"Saya bagaikan tidak percaya dan sangat gembira. Kenangan yang saya akan ingat sepanjang hidup dan kami telah bekerja keras,\" kata penyerang City, Erling Haaland.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 10:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259640/berita/sukan/arsenal-tak-perlu-malu-patut-bangga", "article_title": "Arsenal tak perlu malu, patut bangga", "article_text": "NAIB juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal perlu mengakui kesilapan yang telah membantu Manchester City sekali lagi mengekalkan kejuaraan teratas Inggeris tersebut pada musim ini.Namun pada masa sama penjaga gol The Gunners, Aaron Ramsdale menegaskan kelab London itu tidak perlu malu sebaliknya masih boleh berbangga apabila mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas kali terakhir beraksi dalam kejuaraan berprestij itu pada 2017.Walaupun Arsenal mendahului liga selama hampir 250 hari, skuad City berpengalaman sentiasa menjejaki barisan muda Mikel Arteta, sebelum mengesahkan kejuaraan setelah Arsenal tewas mengejut 0-1 kepada Nottingham Forest.Katanya, pasukan itu perlu serius melihat lebih mendalam punca cabaran kejuaraan EPL berakhir walaupun selesa dengan fakta kembali ke kelompok empat teratas buat kali pertama sejak 2016.\"Slot kejuaraan Liga Juara-Juara adalah sasaran pertama pada permulaan musim. Kami telah berjaya melakukannya buat kali pertama dalam enam atau tujuh tahun.\"Kami memberikan tekanan kepada Manchester City sepenuhnya, yang telah menang lima kali dalam tempoh enam tahun. Kekecewaan tidak akan datang daripada tidak memenangi liga, sebaliknya dari bagaimana semuanya berakhir.\"Kami benar-benar berbangga dengan diri sendiri, namun kami perlu melihat cermin dan harus menjadi orang pertama mengakui kesilapan kami dan di mana silap kami, kerana dari situ lkami belajar dan menjadi lebih baik,\" kata Ramsdale.Sebagai rekod, Arsenal akan menamatkan musim dengan perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates hujung minggu depan.Mengenai aksi menentang Wolves, Ramsdale berkata, matlamat Arsenal adalah untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang untuk penyokong The Gunners.\"Ia akan bermakna segala-galanya adalah untuk melihat kebangkitan semula Arsenal, yang saya tahu ia akan menjadi tugas sukar untuk penyokong selepas insiden di Nottingham Forest.\"Kami perlu mempamerkan persembahan dan kembalikan semula senyuman di wajah penyokong kami. Mereka boleh pergi meninggalkan musim ini dengan berbangga dengan kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 09:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259625/berita/sukan/memalukan-beri-imej-buruk-bola-sepak-negara", "article_title": "Memalukan, beri imej buruk bola sepak negara", "article_text": "INSIDEN pergaduhan penyokong di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu ketika aksi Liga Super yang menemukan Perak FC dengan Selangor FC dianggap memalukan dan memberi imej buruk kepada bola sepak negara.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kekecohan itu bukan sahaja menggambarkan mentaliti yang rendah dalam kalangan penyokong, malah ia melibatkan maruah dan air muka individu itu sendiri.Menurutnya, bola sepak bukan sekadar sukan semata-mata sebaliknya ia adalah lambang penyatuan, perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat di negara ini.\u201cSaya pun tak faham. Perkara ini bukan baharu. Sebelum ini pernah terjadi dan kali ini berlaku lagi.\u201cMentaliti yang lemah, bukan semua tetapi jumlah yang kecil itu memberi gambaran yang buruk kepada semua pihak. Ia soal maruah dan harga diri,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Justeru, beliau yang pernah melatih Perak berharap peminat tidak terikut-ikut dengan budaya kasar dan memberontak dalam kalangan penyokong di negara Barat.Katanya, Piala Dunia Qatar 2022 perlu dijadikan sebagai contoh teladan apabila pemain daripada 24 negara saling menghormati walaupun bersaing sengit bagi merebut kejuaraan.\u201cBudaya kita orang Malaysia sangat istimewa, hormat orang. Jangan ikut budaya tak elok di negara Barat.\u201cTengok Piala Dunia dalam padang mereka berlawan, di luar mereka rakan dan saling menghormati. Kalah menang adat permainan,\u201d katanya.Azraai berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk menjaga tingkah laku dan akhlak dalam usaha membentuk jiwa serta hati yang murni.\u201cBetulkan niat pergi stadium nak tengok bola, bukan nak gaduh. Solat dan doa dahulu sebelum tengok bola, minta dipelihara keselamatan kita dan dijauhi daripada perkara buruk, bergaduh dan sebagainya,\u201d katanya.Perlawanan Liga Super, Perak menentang Selangor sebelum itu dicemari insiden pergaduhan kedua-dua penyokong di dalam stadium.Rakaman video mengenai insiden tersebut juga tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penyokong tuan rumah menyerbu masuk ke arah tempat duduk pasukan pelawat sebelum sempat dileraikan pasukan keselamatan.Pergaduhan itu bukan kali pertama kerana insiden kekecohan penyokong Kelantan FC dan Perak FC pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ogos 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259609/berita/sukan/syafiq-ridhwan-siti-safiyah-naib-juara-terbuka-filipina", "article_title": "Syafiq Ridhwan, Siti Safiyah naib juara Terbuka Filipina", "article_text": "PEMAIN boling kebangsaan, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul naib juara pada Kejohanan Boling Terbuka Filipina kali ke-4 di Manila, pada Ahad.Syafiq, 36, yang mara ke final sebagai pilihan utama, tewas 175-248 kepada Darren Ong dari Singapura.Seorang lagi pemain, Ahmad Azriq Izamudin menduduki tempat ketiga selepas kalah 203-279 kepada Darren pada separuh akhir.Sementara itu, pada peringkat akhir wanita, Siti Safiyah kehilangan gelaran kepada wakil tuan rumah Marie Alexis Sy, selepas tumbang 216-279.Pemain berusia 32 tahun itu mara ke final selepas menyingkirkan pemain Singapura Jazreel Tan Shi Hua 209-191.Pada Jumaat, pemain muda negara Syabil Azam Syamsul Azam dan Nurul Anis Nabila Nizam masing-masing merangkul gelaran terbuka remaja lelaki dan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 09:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259606/berita/sukan/pemain-tunjuk-petanda-positif-miliki-potensi-menyerlah", "article_title": "Pemain tunjuk petanda positif, miliki potensi menyerlah", "article_text": "PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kekal tenang di sebalik perjuangan skuad negara tersekat di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada Korea Selatan 1-3 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di China pada Sabtu.Rexy berkata, para pemain menampilkan prestasi memberangsangkan dan menunjukkan corak permainan berbeza yang lebih baik pada kejohanan tersebut.Beliau juga berbangga dengan semangat juang yang dipamerkan para pemain dan mereka mempunyai potensi besar untuk menyerlah pada masa depan.\u201cPersiapan kita kali ini berbeza, biarpun belum sempurna tapi ada satu peningkatan baik ditunjukkan oleh para pemain,\" katanya.Selepas kem badminton negara ketinggalan 1-2, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diharapkan mampu menyamakan kedudukan bagi mengheret aksi ke permainan penentuan, namun mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada pasangan Korea, Kim Won Ho-Na Sung Seung 12-21, 11-21.\u201cPrestasi para pemain secara keseluruhan cukup positif kecuali semalam (Sabtu - menentang Korea) apabila mereka kurang rehat kerana permainan berlangsung sehingga malam Jumaat dan pagi Sabtu kita harus bermain lagi.\u201cSaya puji prestasi Aaron-Woi Yik ketika lawan India dan Denmark, tapi semasa menentang Korea mereka tidak tunjuk prestasi seperti yang kita harapkan.\u201cApa pun kita sedar situasi ini dan akan perbaiki kelemahan mereka menjelang Malaysian Masters nanti,\u201d katanya.Mengulas prestasi para pemain lain, lahir jurulatih kelahiran Indonesia itu tanpa bersembunyi berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan.Malah beliau turut memuji aksi cemerlang K Letshanaa sekali gus menepis andaian pemain itu bakal berdepan saingan sukar dalam kejohanan tersebut.\"Letshanaa, orang anggap akan kalah teruk tapi dia mampu main dengan baik. Begitu juga Lee Zii Jia, Goh Jin Wei dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga beraksi dengan baik,\u201d katanya.Kekalahan kepada Korea Selatan menyaksikan Malaysia menyamai pencapaian sebelum ini apabila mara ke separuh akhir di Guangzhou pada edisi 2019 dan Vantaa, Finland (2021).Sebagai rekod Malaysia tidak pernah mara ke final sejak kejohanan diperkenalkan pada 1989.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 08:45pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259608/berita/sukan/elak-impak-lebih-buruk", "article_title": "Elak impak lebih buruk", "article_text": "ARENA sukan negara sudah boleh menjangkakan musibah lebih besar bakal dialami pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China September depan berdasarkan pencapaian kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berkata, pencapaian negara di Kemboja merupakan petunjuk utama prestasi lebih buruk bakal melanda kontinjen Malaysia di China nanti.\u201cApa yang berlaku pada Sukan SEA Kemboja 2023 boleh menjadi petunjuk kepada Sukan Asia 2022, sama seperti yang berlaku ketika Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dengan kesannya dirasai sehingga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.\u201cRamai pihak yang marah dan kecewa apabila atlet negara tidak menyerlah, sebab itu adalah petunjuk kepada Sukan Asia 2022 dan akan mengundang malapetaka.\u201cJangan terkejut kalau kita gagal pada Sukan Asia nanti. Kena ingat apa yang berlaku pada Sukan Komanwel Gold Coast, kita gagal dan implikasinya kepada Sukan Asia pada tahun sama,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Sebaik tirai Sukan SEA Kemboja 2023 disingkap pada Rabu lalu, kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sehingga mengundang kritikan ramai pihak.Jumlah 34 emas selain 45 perak dan 96 gangsa yang dibawa pulang pada temasya edisi ke-32 kali ini disifatkan sebagai pencapaian terburuk Malaysia di pentas sukan tertinggi Asia Tenggara itu.Mengulas lanjut, Mohd Sadek berharap semua pemegang taruh dalam industri sukan negara untuk terus merangka strategi baharu dalam mendepani cabaran akan datang.\u201cKita mahu lihat strategi apa yang akan digunakan dan mereka perlu membentangkan apa yang mahu dilakukan. Mereka harus mempunyai perancangan berkesan untuk mengatasi perkara ini.\u201cMereka perlu duduk bincang secara holistik mengenai perancangan daripada Sukan SEA 2025 di Thailand sehinggalah Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.\u201cAntara Sukan SEA 2025 di Thailand dan Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur akan berlangsung Sukan Asia dan Komanwel. Jadi fokus betul-betul sehingga Olimpik 2028, elak malapetaka lebih buruk berlaku,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 07:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259562/berita/sukan/dulu-thailand-pun-tak-stabil-sukan-tetap-hebat---pekan", "article_title": "Dulu Thailand pun tak stabil, sukan tetap hebat - Pekan", "article_text": "[DIKEMAS KINI] BUTIRAN rumusan pencapaian terburuk kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disifatkan lebih kepada mengalih pandangan dan menuding jari kepada pihak lain atas kegagalan misi di Kemboja itu.Malah penganalisis tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli mempersoalkan kewajaran ketidakstabilan politik dalam negara diumumkan Hannah dijadikan elemen merungkai kemerosotan teruk prestasi keseluruhan kontinjen negara dalam temasya Sukan Asia Tenggara tersebut.\u201cBiar betul? Adakah ketidakstabilan politik negara ini penyebab utama kepada pencapaian terburuk di Kemboja? Memang sejak PRU 14 kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan bertukar beberapa kali.\"Tapi bajet macam biasa saja saya tengok, pernah waktu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri, bajet Podium dan AMD tiada dalam Belanjawan tetapi YB Ahmad Faizal mohon kembali Bajet tersebut dalam sidang khas Dewan Rakyat dan kemudiannya lulus.\u201cSaya rasa kenyataan ini juga membuat Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan kebangsaan menarik nafas lega,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Beliau menegaskan, sukan dan politik sepatutnya tidak boleh dicampur adukkan atau dipolitikkan.\u201cBanyak negara pun amalannya sama. Sukan ini milik bersama, tak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang.\"Sama-sama akan meraikan kejayaan atlet dan sama-sama bersedih dan simpati bila atlet kita tumpas,\u201d katanya.Tambah Pekan lagi, beliau tidak melihat kesimpulan daripada Hannah itu sebagai alasan kukuh dalam merumuskan pencapaian kontinjen negara khasnya dalam era moden yang berteras sains sukan.\u201cSaya tidak melihat justifikasi ini (alasan) ini sesuatu yang kukuh, ada negara yang kerap bertukar kerajaan suatu waktu dahulu seperti Thailand tetapi sukan mereka tetap lebih hebat dari kita.\u201cMalah ada negara seperti Iraq yang sedang bergolak hebat pada waktu itu tetapi mereka muncul juara bola sepak Piala Asia 2007 waktu itu, sukar nak melihat korelasi ini kerana prinsip sukan ini difahami oleh kebanyakan ahli sukan dan juga setiap negara,\u201d katanya.Dalam pada itu, Pekan turut menyifatkan rumusan daripada Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria lebih bersifat terbuka menerima kegagalan di Kemboja 2023 dengan kesedaran untuk melakukan transformasi terhadap sukan negara.\u201cSaya respek dengan pengakuan Tan Sri Norza bahawa kita tidak semestinya betul dan perlu menerima pandangan orang lain.\u201cNorza juga mengakui Malaysia juga perlu untuk merancang kembali supaya bukan sahaja mengatasi Singapura tetapi perlu sebaris dengan Vietnam dan Thailand serta Indonesia,\u201d katanya.Pada masa sama, Pekan menyarankan MSN supaya melupakan hasrat untuk mengenalpasti punca kehilangan 12 pingat emas dalam pelbagai acara yang disasarkan.Jelasnya, jika menang semua sasaran ini sememangnya sasaran selamat yang akhirnya jadi tidak selamat dan memakan diri.\u201cLupakanlah, setiap kali edisi Sukan SEA perkara ini tetap berlaku. Kita bukan bekerja dengan mesin, kita bekerja dengan manusia. Macam-macam perkara boleh berlaku pada ahli sukan ini sebelum dan semasa pertandingan.\u201cBila kalah bermakna kalahlah, mereka yang menang pun tidak melanggar peraturan temasya. Sebenarnya kita banyak sangat nak cari salah itu salah ini, akhirnya orang nampak semua itu sebagai alasan orang yang sudah kalah, lebih baik kita buka buku baharu sahaja.\u201cSebenarnya kita perlu mencontohi Vietnam, sebaik mereka muncul juara keseluruhan sebagai tuan rumah tahun lalu, semua atlet-atlet mereka dikekalkan, terus tanpa berehat menjalani latihan dalam dan luar negara hinggalah mereka meneruskan kecemerlangan muncul juara keseluruhan buat pertama kali di luar Vietnam.\u201cPada masa sama saya nak tanya, apa pula yang kita lakukan dengan segera sebaik mengetahui pencapaian buruk kita semasa Sukan SEA Vietnam 2021 tahun lalu?\u201d katanya.Tegas beliau lagi, Malaysia sepatutnya mencontohi Vietnam yang tetap menghantar atlet terbaik tanpa mengambil kira status dan usia serta tanpa memilih kejohanan.\u201cTengok sahaja cara Vietnam menampilkan atlet olahraga Nguyen Thi Oanh, berusia 27 tahun yang menyinar dengan menyapu empat emas dalam masa lima hari. Begitu juga dengan Nguyen Thi Huyen berusia 30 tahun, atlet paling berjaya di sepanjang zaman untuk Vietnam apabila memenangi tiga emas dan satu perak.\u201cPerenang muda Pham Thanh Bao, 22 tahun turut menyumbang dua emas dan dua rekod baharu Sukan SEA. Tran Hung Nguyen, 20 tahun juga cemerlang dengan tiga emas, satu perak dan satu gangsa.\u201cKita perlu mantapkan kembali program latihan atlet dan pasukan secara berterusan dan paling serius adalah memberikan latihan yang sistematik, menyertai kejohanan kompetitif dan sokongan diperlukan atlet dan jaga kebajikan mereka sebaik mungkin, barulah atlet akan 'perform',\u201d katanya.Jelas Pekan, satu transformasi secara besar-besaran perlu dilakukan dalam mengembalikan semula maruah Malaysia dalam temasya sukan bermula dengan Sukan SEA Thailand 2025.\u201cPerbetulkan kembali prinsip kita terhadap pembangunan sukan negara. Tanamkan jati diri yang tinggi dalam jiwa setiap atlet negara, tonjolkan identiti bangsa Malaysia yang hebat menerusi sukan.\u201cTolonglah saya minta jangan alasan demi alasan dipertahankan setiap kali kita gagal dalam misi mengembalikan maruah sukan negara dalam temasya sukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 03:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259546/berita/sukan/sukan-mesti-dijauhkan-daripada-politik---hannah", "article_title": "Sukan mesti dijauhkan daripada politik - Hannah", "article_text": "SEBAIK-BAIK sukan itu mesti dijauhkan daripada politik, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penglibatan orang politik dalam mana-mana persatuan sukan.Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan kepentingan individu berpengaruh bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kekangan kewangan persatuan sukan terlibat.\"Tapi cuma untuk pastikan reset sukan negara ini berlaku, persatuan perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk bangunkan sukan tersebut.\"Sebab itu juga bila mereka nak cari dana, mereka akan cari tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh untuk bantu cari dana,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini pada Ahad.Menurutnya, sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjayakan reset sukan negara tersebut berikutan bakat-bakat muda hadir daripada institusi sekolah serta pengajian tinggi.\"Untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar bagi mendapatkan bakat-bakat baharu ini, kita tidak boleh bergantung kepada MSN (Majlis Sukan Negara), Putrajaya atau di peringkat kebangsaan sahaja.\"Kita perlu pergiatkan lagi dan saya percaya dengan adanya geran padanan yang diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini, lebih banyak kejohanan seperti hari ini dapat dilaksana yang anak-anak kecil boleh datang bersama dan melahirkan minat baharu dalam sukan,\" katanya.Isu reset sukan negara mula menjadi topik panas, susulan rekod terburuk kontinjen Malaysia yang gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, serta menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh secara keseluruhan di Sukan SEA 2023 Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 01:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259541/berita/sukan/lambaian-kane-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Lambaian Kane cetus tanda tanya", "article_text": "TINDAKAN Harry Kane melambai tangan kepada penyokong selepas Tottenham Hotspur tewas 1-3 kepada Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mencetuskan tanda tanya mengenai nasibnya bersama kelab itu.Selepas dia gagal merancang perpindahan ke Manchester City pada 2021, Kane yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya dikaitkan dengan Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Manchester United.Bagaimanapun jurulatih sementara Spurs, Ryan Mason pantas menafikan spekulasi tersebut sebaliknya beliau menjelaskan tindakan Kane itu sebagai penghargaan buat penyokong kerana ia merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri.\u201cDia melambai kepada orang ramai setiap musim. Saya masih ingat duduk di sini dua tahun lalu dan anda semua yakin dia akan pergi, berkata perkara yang sama.\u201cIa adalah perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini jadi dia mahu menunjukkan penghargaannya terhadap sokongan yang dia terima dan kami semua menerima musim ini,\u201d ujar Mason.Pada aksi itu, sepakan percuma Kane meletakkan Spurs di depan selepas lapan minit untuk gol ke-30 dalam semua pertandingan musim ini.Bagaimanapun Brentford bertindak balas dengan dua gol Bryan Mbeumo dan gol lewat perlawanan dari Yoane Wissa menyebabkan penyokong Spurs kecewa.Kekalahan itu melenyapkan impian Spurs untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 01:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259533/berita/sukan/united-sebelah-kaki-ke-liga-juara-juara", "article_title": "United sebelah kaki ke Liga Juara-Juara", "article_text": "ERIK ten Haq boleh mula tersenyum apabila Manchester United berada di ambang Liga Juara-Juara setelah menewaskan Bournemouth 1-0 di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Justeru kata ten Haq, masa depan Red Devils terletak di tangan mereka sendiri dan segala-galanya berada dalam genggaman.\u201cSegala-galanya dalam tangan kami,\" ujar ten Hag.Gol berharga Casemiro pada separuh masa pertama menjadi penentu United yang hanya memerlukan satu mata daripada dua baki perlawanan EPL musim ini \u2013 kedua-duanya di Old Trafford \u2013 menentang Chelsea dan Fulham minggu depan untuk memastikan tempat di dalam saingan elit pentas Eropah.Juara Eropah tiga kali itu akan menempah tempat mereka lebih awal sekiranya kemenangan mereka disertai dengan kekalahan Liverpool.Bagaimanapun musuh ketat United itu bangkit dari ketinggalan untuk memastikan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Aston Villa.\u201cIa (keputusan Liverpool) tidak penting, saya memberitahu anda sudah berminggu-minggu ini bukan mengenai lawan kami.\u201cKami mendahului, ia terpulang kepada kami, kami ada segala-galanya di tangan kami, kami tidak perlu melihat ke belakang. Kami perlu mempamerkan persembahan kami,\u201d ujar ten Hag.Layak ke Liga Juara-Juara bermakna Ten Hag menepati sasaran utama pada musim pertamanya mengendalikan United yang sudah meraih Piala Liga menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang pesaing tempatan Manchester City bulan depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 12:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259530/berita/sukan/city-belum-cukup-padu---guardiola", "article_title": "City belum cukup padu - Guardiola", "article_text": "PEP Guardiola meletakkan standard yang tinggi buat Manchester City untuk dilabel sebagai kelab terbaik ketika The Citizens mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pentas Eropah.Beliau menegaskan The Citizens bukan sahaja mesti memenangi Liga Juara-Juara tetapi melakukannya lebih daripada sekali untuk dianggap antara yang hebat.Guardiola tidak meragui tentang kecemerlangan pasukannya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, namun ia masih belum mencukupi dan merasakan mereka memerlukan kejayaan yang lebih besar di pentas Eropah untuk benar-benar melakar sejarah.\u201cIni sebuah pasukan yang bagus tetapi saya bersetuju dengan media atau apabila orang berkata anda perlu berjaya di pentas Eropah. Malah anda perlu mengangkatnya berulang kali untuk dianggap sebagai antara pasukan terbaik.\u201cPasukan-pasukan itu berjaya di Eropah, bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali. Kami masih tidak melakukannya,\u201d ujar Guardiola.The Citizens menjadi pilihan terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama musim ini selepas mara ke final bulan depan menentang Inter Milan selepas kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Real Madrid pada pertengahan minggu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 12:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259525/berita/sukan/liverpool-hanya-layak-beraksi-liga-europa", "article_title": "Liverpool hanya layak beraksi Liga Europa", "article_text": "PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp membuka mulut mengakui The Reds tidak cukup bagus untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara musim depan.Terikat 1-1 di laman sendiri ketika bertemu Aston Villa bukan hanya menamatkan sembilan kemenangan berturut-turut namun kian menutup peluang The Reds untuk menamatkan saingan di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.Liverpool wajib menang aksi terakhir mereka di Southampton sambil bergantung kepada Newcastle atau Manchester United untuk tidak mengutip satu lagi mata daripada baki dua perlawanan mereka.Bagaimanapun harapan itu diakui Klopp sukar untuk berlaku.\"Saya rasa kualiti permainan sepanjang musim ini hanyalah untuk kami layak ke Liga Europa berbanding Liga Juara-Juara.\"Kami gagal bermain dengan baik untuk memperbaiki kedudukan pasukan,\" katanya.Pada aksi itu, Jacob Ramsey meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-27 selepas menanduk hantaran lintang Douglas Luiz untuk melepasi jangkauan penjaga gol, Allison.Roberto Firmino kemudian menjaringkan gol penyamaan dramatik pada penampilan terakhirnya di Anfield buat Liverpool.Firmino adalah salah seorang daripada empat pemain yang akan meninggalkan The Reds setelah kontraknya tamat pada penghujung musim, menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk menggembirakan penyokong yang menyanyikan lagu buat pemain Brazil itu yang menangis selepas wisel penamat.\"Sudah tentu (emosi). Ini bukan hari yang mudah buat kami. Separuh masa kedua kami terpaksa bertenang, meningkatkan tekanan tetapi bertenang dan itulah yang kami lakukan. Ia seri dan tidak mengapa,\" ujar Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 11:56am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259520/berita/sukan/insiden-pengadil-cedera-imbas-kontroversi-5-tahun-lalu", "article_title": "Insiden pengadil cedera imbas kontroversi 5 tahun lalu", "article_text": "INSIDEN kecederaan dialami pengadil ketika perlawanan Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak di sini pada Sabtu mengimbau kejadian seumpamanya lima tahun lalu.Dalam perlawanan malam tadi, Noor Azriel Baharudin terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-72 untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanan.Perlawanan tertangguh kira-kira tiga minit sebelum beliau dipapah keluar padang oleh pegawai perubatan dan pemain Selangor FC, Brendan Gan.Keadaan itu memaksa pengadil keempat, Mohd Azizan Saat Ariffin masuk menggantikan Noor Azriel untuk meneruskan perlawanan yang berbaki kira-kira 15 minit.Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor FC selepas membenam Perak 4-0.Situasi itu mengingatkan peminat bola sepak mengenai kejadian hampir sama di Stadium Perak di sini pada 9 Februari 2019 apabila pengadil perlawanan ketika itu, Hamdan Awang mengalami kekejangan otot pada minit ke-67 dalam perlawanan di antara Perak dan Kedah.Bagaimanapun pertukaran pengadil mencetuskan kontroversi apabila penggantian pengadil keempat dibantah ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin kerana pengadil berkenaan berasal dari Perak.Disebabkan situasi itu, perlawanan terpaksa dihentikan kira-kira 15 minit sebelum kedua-dua pasukan bersetuju agar pembantu pengadil pertama, Mohd Shahreen Omar mengadili perlawanan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 11:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259515/berita/sukan/hari-yang-menyedihkan-buat-arsenal", "article_title": "'Hari yang menyedihkan buat Arsenal'", "article_text": "MANCHESTER City berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kelima dalam enam musim selepas pesaing terdekat, Arsenal kalah 0-1 kepada Nottingham Forest.Peluang The Gunners untuk mengejar City sudah tertutup selepas kekalahan kedua berturut-turut meletakkan anak buah Mikel Arteta empat mata di belakang pendahulu dengan saingan liga berbaki satu aksi.\"Tahniah buat City kerana muncul juara. Ia hari yang menyedihkan buat kami.\"Kami perlu sedar, kami dibolosi dan gagal menembusi benteng lawan. Kami boleh main untuk tiga jam, tetapi masih gagal untuk melakukannya,\" ujar Arteta.Jaringan Taiwo Awoniyi di babak pertama turut memastikan Forest berjaya mengelak penyingkiran pada musim pertama kembali ke EPL selepas 23 tahun.City yang dibimbing Pep Guardiola boleh memberikan fokus untuk melengkapkan treble apabila berdepan Manchester United dan gergasi Itali, Inter Milan pada final Piala FA serta Liga Juara-Juara Eropah bulan depan.Dalam pada itu pengendali Forest, Steve Cooper berkata:\"Kami mengehadkan pergerakan mereka, keazaman kuat untuk menang dan berjaya melakukannya.\"United dan Newcastle semakin hampir untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan selepas Liverpool seri 1-1 menentang Aston Villa.Kedua-dua pasukan yang menghuni tangga keempat dan ketiga liga ketika ini tiga mata di depan Liverpool yang berbaki satu perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 10:17am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259510/berita/sukan/kl-city-menang-hodak-kecewa-lagi", "article_title": "KL City menang, Hodak kecewa lagi", "article_text": "ISU mutu pengadilan saingan Liga Super musim ini terus menghantui pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak biarpun The City Boys melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu.Selepas mengemukakan aduan berhubung isu mutu pengadilan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Februari lalu ketika KL City seri 2-2 menentang Penang FC di Cheras, pengendali dari Croatia berusia 52 tahun itu menegaskan akan mengambil tindakan sama terhadap pengadil perlawanan, Fitri Maskon.\u201cSejujurnya, saya tidak gembira dengan mutu pengadilan pada perlawanan ini.\u201cSaya akan membuat laporan melalui saluran yang betul,\u201d katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas perlawanan di Kota Baharu tersebut.Bagaimanapun Hodak tidak memperincikan perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hatinya.\u201cSaya tidak boleh memberikan komen lanjut kerana bimbang dipotong gaji,\u201d ujarnya.FAM sebelum ini mengulangi pendirian sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan berkaitan isu pengadil demi kebaikan arena bola sepak negara.Malah badan induk bola sepak negara itu menegaskan segala aduan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil.Dalam perlawanan itu, gol KL City dijaringkan T Saravanan pada minit ke-17, Sean Giannelli (m-23) dan Paulo Josue (m-75) manakala Kelantan United membalas menerusi sepakan penalti Devid Silva minit ke-34.Aksi berintensiti tinggi kedua-dua pasukan itu juga menyaksikan Fitri melayangkan sebanyak lima kad kuning kepada pemain KL City dan dua Kelantan United.Selain itu, Fitri juga menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Kelantan United dan satu KL City.Mengenai perlawanan itu, Hodak memuji aksi pemain-pemain KL City sambil menegaskan pasukan pelawat layak meraih kemenangan ke atas skuad Kijang Hijau.\u201cMereka hasilkan tiga gol ke atas Kelantan United yang tampil dengan corak permainan begitu tersusun walaupun berada di tangga tercorot liga.\u201cKelantan United bermain dengan baik dan sentiasa berusaha memberikan tekanan yang akhirnya dijelmakan dengan satu gol,\u201d katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Kelantan United tak pernah mengalahARTIKEL BERKAITAN:Kelantan tersungkur lagi, tewas 1-3 dengan KL City", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 09:19am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259511/berita/sukan/teong-kim-mahu-pemain-cepat-sesuaikan-diri", "article_title": "Teong Kim mahu pemain cepat sesuaikan diri", "article_text": "PEMAIN Perak FC digesa segera menyesuaikan diri dengan cara permainan dalam Liga Super bagi memastikan mereka boleh terus bersaing dengan pasukan lain.Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berkata, anak buahnya masih tercari-cari rentak selepas kembali dalam saingan Liga Super musim ini.Jelasnya, kebanyakan pemain masih baharu dalam pasukan dan terbawa-bawa gaya permainan ketika di Liga Premier musim lalu.\"Bukan mereka tidak bagus, (cuma) mereka perlu masa untuk bermain dalam liga ini. Mereka baru empat bulan, lima bulan bersama pasukan ini. Kami adalah pemain yang bermain di Liga Premier dahulu. Mereka perlu masa untuk menyesuaikan diri di Liga Super dan saya harap mereka pantas menyesuaikan diri.\"Bermain di Liga Super satu pengalaman yang baik untuk mereka belajar bahawa dalam Liga Super ini tempo berlainan, intensiti berlainan, semua berlainan kerana bermain dengan pemain import yang berkualiti. Walaupun kita kalah, kita boleh belajar daripada perlawanan ini. Ini semua proses di mana mereka perlu masa,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super di antara Perak FC dengan Selangor FC di Stadium Perak di sini pada malam Sabtu.Pada perlawanan berkenaan menyaksikan Perak FC dibelasah lawan dengan keputusan 4-0.Teong Kim bagaimanapun tetap optimis anak buahnya akan terus memberi saingan walaupun berdepan pasukan berpengalaman.Katanya, kualiti permainan yang ditunjukkan pemain Perak FC semakin baik namun pengalaman menjadi penghalang untuk mereka beraksi cemerlang.Jelasnya, kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan menyebabkan pasukan lain mengambil kesempatan menghukum dengan jaringan.Perak FC kini berada di tangga ke-11 liga dengan dua kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan manakala Selangor FC berada di kedudukan kedua liga berkongsi 25 mata dengan Sri Pahang FC.ARTIKEL BERKAITAN:Royal Rumble penyokong cemari aksi Perak, Selangor di Ipoh", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 09:17am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259506/berita/sukan/kelantan-united-tak-pernah-mengalah", "article_title": "Kelantan United tak pernah mengalah", "article_text": "KELANTAN United tidak akan mengalah dalam misi meraih kemenangan pertama musim ini biarpun buntu mencatat tiga mata dalam 11 perlawanan Liga Super.Penolong pengendali Kelantan United, Nazrulerwan Makmor positif kelab yang melakukan penampilan pertama liga elit itu mampu pergi lebih jauh musim ini.Malah jelasnya, skuad Kijang Hijau juga menyasarkan mengakhiri cabaran musim di tangga kelapan hingga 10 liga.\u201cKami akan berusaha membuktikan dan cuba sedaya upaya dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan selepas ini.\u201cYa, Negeri Sembilan memiliki pemain berkualiti, begitu juga Kelantan United. Cuma kita masih belum menjanakan gol untuk kemenangan pasukan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, pada Sabtu.Dalam pada itu, Nazrulerwan gembira apabila anak-anak buahnya menunjukkan peningkatan prestasi permainan dan hanya terlepas peluang untuk meraih kemenangan pertama.\u201cSaya gembira kerana mereka memberikan persembahan 100 peratus dan membuktikan mampu menyaingi pasukan lain.\u201cKami dapat tunjukkan bahawa Kelantan United bukan pasukan belasahan dan berusaha memberikan permainan yang baik,\u201d katanya.Bagaimanapun, Nazrulerwan mengakui kelemahan Kijang Hijau tidak dapat menjaringkan gol berbanding lebih banyak melepaskan gol kepada lawan.\u201cDalam bola sepak, kita kena menyerang untuk bertahan. Bermaksud, kita perlu menyerang untuk menjaringkan gol dan selepas itu bertahan.\u201cJika tidak dapat menjaringkan gol, maka kita perlu terima akibatnya,\u201d katanya.Kekalahan 1-3 kepada Kuala Lumpur City FC menyaksikan Kelantan United terus kekal di kedudukan tercorot liga dengan sembilan kekalahan dan dua seri.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mei 2023 08:21am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259497/berita/sukan/royal-rumble-penyokong-cemari-aksi-perak-selangor-di-ipoh", "article_title": "Royal Rumble penyokong cemari aksi Perak, Selangor di Ipoh", "article_text": "PERLAWANAN tumpuan Liga Super minggu ini terarah kepada pertemuan derbi 'El Classico Malaya' menemukan Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak, pada Sabtu.Perlawanan ini diibaratkan langit dan bumi antara The Bos Gaurus menentang The Red Giants, yang berakhir dengan kemenangan bergaya 4-0 berpihak pasukan pelawat.Anak buah Tan Cheng Hoe terlebih dulu selesa memimpin separuh masa pertama 2-0 hasil daripada gol dijelmakan menerusi sepakan percuma Ayron del Valle pada minit ke-41 diikuti jaringan Faisal Abdul Halim minit ke-46.Separuh masa kedua, anak buah Datuk Lim Teong Kim terus diasak pelawat yang menggandakan jaringan menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-51 yang merupakan jaringan gol pertamanya dalam liga musim ini.Selangor meneruskan tekanan ke atas tuan rumah apabila Ayron del Valle menambah gol kedua peribadi selepas menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan minit ke-70 untuk gol keempat pasukannya.Kemenangan Selangor menyaksikan Red Giants mengubati kekalahan 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Likas dalam aksi terakhir.Sementara itu, Perak gagal meneruskan momentum positif selepas menjinakkan Kelantan FC 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebelum ini.Bagaimanapun, 'El Classico Malaya' kali ini dicemari insiden Royal Rumble segelintir penyokong Bos Gaurus dengan Reds Giants ketika perlawanan separuh masa pertama.Insiden itu sempat dirakam wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang berlaku di tempat duduk penyokong apabila kelihatan sekumpulan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah tempat duduk penyokong pasukan pelawat.Insiden Royal Rumble tumbuk menumbuk penyokong-penyerang kedua-dua pasukan itu akhirnya berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 11:23pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259499/berita/sukan/kelantan-tersungkur-lagi-tewas-1-3-dengan-kl-city", "article_title": "Kelantan tersungkur lagi, tewas 1-3 dengan KL City", "article_text": "KOTA BHARU - Kelantan United FC (KUFC) terus dirundung malang apabila tewas 1-3 ketika menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.Beraksi di hadapan 224 penonton, peluang awal muncul untuk KUFC pada minit-11 namun sepakan deras pemain jersi 10 Jose Elmer Porteria sempat ditepis penjaga gawang KL City FC Muhammad Azri Ghani.Seminit kemudian tandukan Yan Victor Silva Paixao turut kecundang apabila bola ditangkap kemas Muhammad Azri.Anak buah Bojan Hodak bangkit melancarkan serangan menerusi sepakan deras Saravanan Thirumurugan yang menerjah gawang lawan menewaskan penjaga gol Ahmad Asyraaf Omar pada minit-16.Pasukan pelawat terus bertuah apabila asakan yang dilakukan sekali lagi berjaya membolosi pertahanan tuan rumah memberikan gol kedua melalui sepakan Sean Gan Giannelli pada minit-23.Saravanan (kiri) yang menjaringkan gol penalti pada Aksi Liga Super di Kota Bharu pada Sabtu. Ketinggalan 0-2, skuad Kijang Hijau merapatkan kedudukan melalui Devid De Santana Silva menerusi tendangan penalti kencang pada minit ke-33 selepas Mohamad Fandi Othman dikasari pemain lawan.Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-2.Babak kedua perlawanan dalam hujan lebat tidak menghentikan asakan dari kedua-dua pasukan.Minit-63, situasi tegang tercetus antara kedua-dua pasukan apabila berlaku insiden tolak-menolak membabitkan Romel Oswaldo Morales Ramirez dan Yan Victor.Keadaan pantas ditenangkan pengadil perlawanan Fitri Maskon.Tujuh minit masa tambahan memberi kelebihan kepada skuad City Boys untuk menambah jaringan menerusi penalti yang disempurnakan oleh Paulo Josue Sturmer Dos Reis.KUFC turut berpeluang menambah jaringan melalui penalti seterusnya yang diterima namun gagal disudahkan Yan Victor.Perlawanan tamat dengan keputusan KUFC 1, KL City FC-3.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 11:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259486/berita/sukan/ravi-tahan-sakit-demi-kibar-jalur-gemilang-di-everest", "article_title": "Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest", "article_text": "PENDAKI solo negara, T Ravichandran yang mengalami kecederaan jari akibat radang dingin (frostbite) kini menjalani rawatan di sebuah hospital dekat Kathmandu, Nepal.Isterinya, Leela Ramamurthy ketika mengesahkan perkembangan terkini suaminya berkata, Ravichandran dikejarkan ke hospital menaiki helikopter susulan kecederaan yang dialami ketika berada 200 meter (m) untuk sampai ke puncak Gunung Lhotse, gunung keempat tertinggi dunia, yang berketinggian 8,516m.\u201cNamun, dia berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera penaja Himalaya Sports di gunung tertinggi di dunia, Everest berketinggian 8,848m pada 17 Mei 2023 jam 12 tengah hari (waktu Nepal), untuk kali yang keempat.\"Saya juga mengharapkan sokongan dan doa dalam kalangan rakyat Malaysia supaya Ravichandran segera sembuh dan pulih,\u201d katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.Sebagai rekod, Ravichandran menyertai Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 dalam percubaan melakar rekod negara apabila menjadi pendaki Malaysia pertama menawan puncak Gunung Lhotse selepas mengibarkan bendera di puncak Gunung Everest, dengan hanya mengambil masa 24 jam.Pada masa sama, Leela Ramamurthy mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam misi menawan Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) pada Sabtu.Sementara itu, Ravichandran dijangka pulang ke tanah air dan tiba jam 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN:Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak EverestPemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negaraPendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak EverestPengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamatEverest: Orang ramai titip doa buat HawariJenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung LhotseIsmail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi EverestGesa siasatan menyeluruh tragedi EverestCuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung EverestRavichandran sedih kehilangan dua rakan pendakiDoakan Hawari ditemui selamat - IbuWisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang AskandarKerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang AskandarRavi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 07:29pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259485/berita/sukan/penalti-kontroversi-sherman-julang-tok-gajah", "article_title": "Penalti kontroversi Sherman julang Tok Gajah", "article_text": "SRI Pahang FC mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.Beraksi di sebelah petang dilihat menjejaskan sedikit rentak kedua-dua pasukan apabila aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.Sebaik babak kedua bersambung, Sri Pahang dihadiahkan sepakan penalti kontroversi selepas Kpah Sherman dijatuhkan oleh pertahanan Penang, Rafael Vitor.Keputusan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir itu menimbulkan rasa tidak puas hati barisan pemain Penang yang mendakwa terjahan Vitor terlebih dahulu terkena bola dan bukan kaki Sherman.Bagaimanapun, bantahan tersebut tidak dilayan Mohd Hasrol dan Sherman tenang menyudahkan penalti untuk gol buat Tok Gajah.Penang cuba memperkemaskan permainan dan berpeluang mencari gol penyamaan menerusi sepakan percuma Soony Saad pada minit ke-55, namun percubaannya melambung tinggi.Situasi 'bola mati' sekali lagi menghadirkan ancaman buat Sri Pahang pada minit ke-70, namun tendangan terus Soony berjaya ditumbuk keluar oleh Zarif Irfan.Beberapa peluang turut dimiliki kedua-dua pasukan, namun gagal disudahkan menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga penghujung perlawanan.Sri Pahang kini berada di kedudukan kedua liga dengan merekodkan 25 mata, manakala Penang pula berada di kedudukan kesembilan dengan 14 mata.Skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), manakala Penang akan menentang Terengganu FC pada perlawanan liga seterusnya Rabu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 07:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259467/berita/sukan/seagf-setuju-kurangkan-sukan-tradisional-pelik-di-sukan-sea", "article_title": "SEAGF setuju kurangkan sukan tradisional, 'pelik' di Sukan SEA", "article_text": "TIGA edisi Sukan SEA selepas ini akan mengurangkan penganjuran sukan \u2018pelik\u2019 dan tradisi, dengan keutamaan pada sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan Sukan Asia.Ini berikutan pindaan Piagam Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang dipersetujui oleh negara-negara anggota awal bulan ini.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, 11 negara yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu bersetuju untuk mengurangkan bilangan sukan pilihan pada Sukan SEA Thailand 2025, Malaysia 2027 dan Singapura 2029.\"Piagam itu telah diubah pada 4 Mei, harapnya selepas ini tiada lagi perkara yang berlaku dalam edisi terdahulu. Kategori sukan untuk tuan rumah pilih telah dikurangkan, kami akan fokus pada sukan Olimpik dan Sukan Asia,\u201d katanya dalam sidang media pada Jumaat.Dalam Sukan SEA, selain sukan Kategori 1 - olahraga dan akuatik (renang, terjun) - iaitu sukan mandatori, tuan rumah boleh memilih untuk memperkenalkan sukan bukan Olimpik dan sukan tradisional jika sekurang-kurangnya empat negara bersetuju untuk mengambil bahagian.Hal ini telah menyebabkan tuan rumah, termasuk Malaysia, untuk menambah sukan dan acara yang dikuasai mereka dan menggugurkan acara yang tidak dikuasai, untuk mendapatkan kedudukan pingat yang baik, biasanya menyasarkan juara keseluruhan.Antara sukan kurang popular dipertandingkan di Sukan SEA baru-baru ini adalah arnis, catur ouk chaktrang, kenpo, kun bokator, kun khmer, kurash, hoki dalam air, renang sirip dan vovinam.Meskipun perubahan positif itu, Mohamad Norza memberi amaran Malaysia mungkin akan masih lagi ketinggalan dalam Sukan SEA jika semua pihak berkepentingan terutama Majlis Sukan Nasional (MSN) dan badan sukan kebangsaan tidak memperbaiki kelemahan.\"Bercakap mengenai Sukan Olimpik, kita ada olahraga dan akuatik dalam Kategori 1, kita tak boleh lari daripada itu. Jadi saya rasa masa dah sampai untuk kita bersama-sama melihat pada perkara ini untuk bawa sukan kita ke tahap yang lebih baik,\u201d katanya.Beliau turut meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk merangka semula sistem ganjaran para atlet, mendakwa negara jiran seperti Indonesia mempunyai sistem ganjaran yang lebih baik.Mohamad Norza berkata, atlet dan badan sukan kebangsaan yang mempunyai prestasi baik harus diberi ganjaran sewajarnya, manakala kementerian juga boleh menghukum mereka yang gagal mencapai jangkaan dengan mengurangkan dana mereka.Pada Sukan Kemboja baru-baru ini, Malaysia hanya mencapai kedudukan ketujuh dengan 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa, prestasi terburuk pasukan negara dalam sejarah sukan dwitemasya itu sejak 1959, dengan olahraga memenangi lima daripada 47 emas yang ditawarkan dan renang; satu daripada 39. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 05:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259458/berita/sukan/bukan-rezeki-kita-ke-final-piala-sudirman", "article_title": "Bukan rezeki kita ke final Piala Sudirman", "article_text": "SKUAD badminton Piala Sudirman 2023 memiliki karakter untuk mara ke pentas perlawanan akhir acara berpasukan dunia edisi Shuzou, China kali ini.Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berkata, secara keseluruhan itu semangat dan keazaman dimiliki skuad Piala Sudirman walaupun perjalanan disekat Korea Selatan di pentas separuh akhir pada Ahad.\"Biarpun kita berjaya capai sasaran separuh akhir yang ditetapkan sebelum ini, namun sebenarnya saya percaya skuad negara boleh buat lebih baik mara ke perlawanan akhir.\"Tapi kadang-kala kita perlu terima bahawa rezeki tidak berpihak dengan kita biarpun telah memberikan sehabis baik dalam perlawanan.\"Begitupun secara keseluruhan semua pemain telah memberikan aksi terbaik masing-masing malah sentiasa menyalakan semangat perjuangan rakan-rakan,\" katanya pada Ahad.Sebelum itu, hasrat skuad negara untuk ke perlawanan akhir buat pertama kali tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan akhir.Dalam perlawanan pertama beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 21-11, 13-21, 7-21.Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menyalakan harapan apabila menyamakan kedudukan dengan menjinakkan Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-9.Bagaimanapun dalam perlawanan ketiga pemain perseorangan wanita muda negara, K Letshanaa tewas 10-21, 13-21 kepada An Se Young.Impian skuad negara untuk kembali ke dalam permainan tidak kesampaian apabila Aaron-Soh Wooi Yik tewas kepada Won Ho-Sung Seung 12-21, 11-21.Dalam pada itu, Wooi Yik memohon maaf kepada rakyat Malaysia khasnya penyokong badminton negara selepas pasangan juara dunia tersebut gagal menyumbang mata buat pasukan.\"Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia dan penyokong kerana kami tidak dapat menyumbang mata kepada pasukan negara.\"Kami telah memberikan sehabis baik untuk menang perlawanan ini, namun hari ini sebaliknya yang berlaku.\"Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang sentiasa sokong kami selama ini, masih banyak lagi pertandingan yang akan diharungi lagi selepas ini,\" katanya.Sebagai rekod, pencapaian separuh akhir Shuzou 2023 ini menyamai edisi Guangzhou 2009 dan 2021 di Vantaa 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 04:33pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259421/berita/sukan/piala-sudirman-malaysia-terkandas-di-separuh-akhir", "article_title": "Piala Sudirman: Malaysia terkandas di separuh akhir", "article_text": "IMPIAN skuad badminton negara untuk melangkah ke final Piala Sudirman tidak kesampaian apabila tewas kepada Korea Selatan 1-3 dalam aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, China pada Sabtu.Ia sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati hanya menyamai pencapaian yang dilakukan pada 2009 dan 2021.Malaysia tidak dapat memperagakan aksi yang diharapkan terutama melalui beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas kepada Kim Win ho-Na Sung Seung 12-21,11-21 pada ketika skuad negara memerlukan mata penyamaan.Sebelum itu, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tampil dengan permainan agresif menang set pertama 21-11 ke atas gandingan di ranking kelima dunia, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.Bagaimanapun, mereka gagal meneruskan rentak tersebut tewas pada dua set berikutnya 13-21 dan 7-21 sekali gus memberikan mata pertama kepada Korea Selatan.Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyalakan harapan apabila menang mudah untuk menyamakan kedudukan mengatasi Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-9.K Letshanaa yang diturunkan menggantikan Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita pula nyata bukan tandingan buat pemain nombor dua dunia, An Se Young apabila tewas 10-21,13-21.Korea Selatan yang berjaya mara ke final buat kali kelapan akan menanti pemenang antara China atau Jepun dalam satu lagi aksi separuh akhir petang ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 02:01pm"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259396/berita/sukan/prestasi-sukan-sea-tiada-kaitan-dengan-ketidakstabilan-politik", "article_title": "Prestasi Sukan SEA tiada kaitan dengan ketidakstabilan politik", "article_text": "KENYATAAN Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mendakwa ketidakstabilan politik negara menjadi punca kepada prestasi Malaysia dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) terjejas adalah tidak tepat.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menganggap kenyataan itu jauh tersasar dan menggambarkan menteri terbabit tidak mengetahui perkembangan sukan.Tegasnya, mereka yang terlibat dengan sukan sahaja yang mengetahui situasi sebenar mengenai dunia sukan.\"Orang (individu) yang terlibat dalam sukan, tahu bahawa perkembangan sukan tidak ada kena-mengena dengan kestabilan politik.\"Ada banyak masalah lain mengapa prestasi kita mungkin turun naik dalam sukan tetapi bukan disebabkan kestabilan politik. Jadi janganlah membuat kenyataan yang menunjukkan beliau (Hannah) tidak memahami sukan,\" katanya ketika Jamuan Aidilfitri Keluarga Perikatan Nasional Indera Mahkota pada malam Jumaat.Pada Jumaat, Hannah dalam kenyataan mengakui ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun kebelakangan turut memberi impak kepada kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.Hannah juga berkata, ketidakstabilan politik negara menyaksikan segala perancangan, peruntukan mahu pun persiapan terjejas disebabkan struktur politik negara yang sering berubah.Jelasnya, antara sektor yang terkesan memandangkan apa yang dirancang termasuk program pembangunan dan strategi dalam sukan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan antara penyebab prestasi sukan terjejas susulan tiada pembangunan sukan yang mantap.Ujarnya, berdasarkan pengalaman sebagai pengasas Liga Bola Keranjang Wanita Malaysia, beliau memberi contoh Malaysia kalah disebabkan tiada pemain posisi tengah yang 'tinggi'.Tambahnya, apabila negara lain menurunkan pemain tengah tinggi, Malaysia masih menurun kesemua pemain yang merupakan rakyat jati (yang rendah).\"Saya boleh bagi tahu mengapa prestasi bola keranjang Malaysia tidak begitu baik di Sukan SEA baru baru ni. Langsung tak ada kena mengena dengan politik. Kelemahan utama pasukan bola keranjang Malaysia ialah kerana kita tak ada pemain 'center' (tengah) yang tinggi.\"Sebelum ini pasukan wanita Malaysia menang 11 pingat emas sebab center kita boleh lawan semua center dari ASEAN. Tapi bila dia (negara lain) bawa pemain dari Amerika Syarikat, pengsan lah kita\" jelasnya.Beliau menyarankan agar Menteri Sukan itu untuk merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih berpengalaman sebelum membuat kenyataan.\"Isu sebenar mereka adalah pembangunan sukan, bukannya masalah politik. Justeru, saya nak nasihatkan menteri (Hannah) supaya tanyalah orang yang sudah lama dalam sukan sebelum buat kenyataan,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 11:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259395/berita/sukan/city-enggan-terburu-buru-raikan-kejuaraan", "article_title": "City enggan terburu-buru raikan kejuaraan", "article_text": "PEP Guardiola tidak bercadang untuk meraikan kejayaan jika Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih awal.City berada di ambang kejuaraan EPL kelima dalam enam musim dan ia akan disahkan sebelum mereka beraksi menentang Chelsea jika pencabar terdeka, Arsenal tewas kepada Nottingham Forest pada Sabtu.Guardiola menegaskan dia tidak memikirkan tentang apa yang akan berlaku ke atas Arsenal dan hanya fokus untuk menewaskan Chelsea di Stadium Etihad sekali gus meraikannya di laman sendiri pada Ahad.\"Saya tidak fikir (kami akan meraikannya) kerana kami mempunyai perlawanan sehari selepas itu dan kami perlu menentang Chelsea.\"Dalam fikiran saya, saya ingin merasakan kita perlu menang untuk menjadi juara. Ini yang kita kena fikir.\"Kami tidak boleh mengawal Nottingham dan tidak kira apa yang berlaku di Nottingham. Kami perlu melakukan tugas kami dan memenangi permainan kami.\"Jika kami boleh menang, kami boleh meraikannya di stadium bersama orang ramai dan itu adalah yang terbaik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 11:08am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259394/berita/sukan/rashford-akan-terus-kekal-bersama-united", "article_title": "Rashford akan terus kekal bersama United", "article_text": "ERIK ten Hag yakin Marcus Rashford tidak akan meninggalkan pasukan dan menyambung kontrak bersama Manchester United.Rashford hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya bersama kelab yang diwakilinya sejak sejak berusia tujuh tahun.Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu menafikan laporan awal tahun ini bahawa dia menuntut \u00a3500,000 (RM2.82 juta) seminggu.Ten Hag yang kelihatan tenang dalam situasi Rashford itu berkata: \"Saya tahu (ia mengambil masa), tetapi saya tidak bercakap mengenai proses itu.\"Ini tidak penting bagi saya atau Rashy buat masa ini. Baginya, ia adalah untuk mendapatkan lebih banyak gol musim ini dan dia bermain musim yang hebat dan pasukan bermain musim yang hebat.\"Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara dan fokus pada misi itu. Marcus mahu kekal dan kami mahu dia kekal, jadi saya fikir kami akan mencapai persetujuan,\" katanya.Ketidakpastian terhadap proses pengambilalihan United sudah pasti akan menimbulkan kebimbangan mengenai prospek mereka untuk jendela perpindahan musim panas.\"Kami melakukan tugas kami dan kami bekerja keras tetapi, buat masa ini ia mengenai perlawanan dan mara ke Liga Juara-Juara serta Piala FA.\"Bagi saya, ia adalah mengenai kewangan dan ada wang yang tersedia untuk melakukan perkara yang betul,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 10:55am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259393/berita/sukan/liverpool-buru-pemain-pertahanan", "article_title": "Liverpool buru pemain pertahanan", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak menolak kemungkinan untuk menandatangani pemain pertahanan pada jendela perpindahan musim panas ini.Selain di bahagian pertahanan, The Reds akan mencari pemain tengah berkualiti selepas kehilangan James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita bulan depan.\"Kami melihat di semua posisi selain penjaga gol pada masa ini. Ya, jika ada yang bagus di luar sana, saya tidak akan menafikannya,\" kata Klopp.Dalam pada itu, Liverpool juga masih belum mengumumkan pengganti pengarah sukan, Julian Ward yang akan meninggalkan pasukan dengan bekas ketua Wolfsburg, Jorg Schmadtke antara nama yang dikaitkan untuk mengisi jawatan itu.\"Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu tetapi jika ia berlaku, ia bukan kerana kami berdua adalah warga Jerman atau kedua-duanya mengenali antara satu sama lain. Itu tidak ada kaitan dengannya.\"Saya tahu dia seorang yang baik dan bijak. Sangat hebat pada apa yang dia lakukan di Jerman, pastinya, sangat berjaya.\"Kita boleh bercakap tentang (bekas pengarah sukan di Borussia Dortmund) Michael Zorc memiliki kumpulan umur yang sama, situasi yang sama.\"Terdapat ramai pengarah sukan yang baik di Jerman dan anda tidak akan mempercayainya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 10:55am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259389/berita/sukan/chelsea-perlu-ambil-inspirasi-city", "article_title": "Chelsea perlu ambil inspirasi City", "article_text": "FRANK Lampard mahu para pemain Chelsea untuk belajar dan mengambil inspirasi daripada apa yang telah dilakukan oleh Manchester City dalam mengejar tiga kejuaraan berturut-turut menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Etihad pada Ahad.City akan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekiranya menang ke atas Chelsea, malah mampu bergelar juara lebih awal sekiranya Arsenal tewas pada Sabtu.Ia akan menjadi gelaran kelima buat skuad kendalian Pep Guardiola dalam enam musim jika City muncul juara dan kemudian akan beraksi di final Liga Juara-Juara Eropah kedua mereka dalam tempoh tiga tahun menentang Inter Milan.Pemburuan trofi seterusnya adalah pada aksi final Piala FA berdepan musuh setempat, Manchester United.Prestasi cemerlang City ketika ini dapat dilihat apabila mereka membelasah juara Eropah, Real Madrid 4-0 Rabu lalu, kemenangan ke-17 dalam 19 perlawanan terakhir mereka.Chelsea, yang pernah menjadi pesaing untuk trofi-trofi utama kini di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris walaupun pemiliknya, Todd Boehly berbelanja besar memperkuatkan skuad sepanjang 12 bulan lalu.Lampard berkata kerja keras City sepatutnya merangsang pemain Chelsea untuk bangkit musim depan.\"Anda pastinya perlu menghormati hari perlawanan. Tetapi satu-satunya inspirasi yang diperlukan oleh pemain muda ialah kesungguhan yang City untuk mencapai apa yang mereka ada.\"Ia bukan masa untuk mengangkat piala, ia adalah perjalanan Kevin De Bruyne, (Erling) Haaland, (Ilkay) Gundogan, dan perjalanan John Stones.\"Pemain-pemain perlu memahami perkara itu dan saat menjulang piala adalah hasil daripada kerja keras mereka sejak beberapa tahun.\"Pasukan ini jelas sekali bekerja keras dan apabila seseorang berhenti bekerja keras, orang lain masuk menggantikannya. Itu yang perlu difahami oleh pemain-pemain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 10:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259385/berita/sukan/liga-super-nafuzi-mahu-anak-buah-tidak-leka-selepas-menang-besar", "article_title": "Liga Super: Nafuzi mahu anak buah tidak leka selepas menang besar", "article_text": "KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) tidak boleh leka dengan kemenangan besar ke atas Kelantan dalam aksi Liga Super malam tadi, sebaliknya perlu beralih tumpuan pada perlawanan menentang Selangor, Rabu ini.Ketua Jurulatih KDA FC, Mohd Nafuzi Mahammad Zain berkata, walaupun tiga mata di halaman sendiri itu memberi semangat dan suntikan moral kepada pasukan, namun berdepan Selangor di tempat lawan dilihat sukar jika tiada perancangan teliti dilakukan.\"Kita kena memikirkan strategi baharu untuk perlawanan bertemu Selangor di tempat lawan pada Rabu ini kerana jangkaan 'game' ini adalah sukar dan kena ingat bertemu Selangor berbeza berbanding apa yang diperoleh dalam perlawanan ini (malam tadi).\"Untuk bersaing dengan pasukan teratas liga, kita tak boleh kehilangan mata, itu yang penting sekali dan ia memberi cabaran buat saya sebagai jurulatih,\" katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman, malam tadi.Dalam perlawanan itu, Sang Kenari berpesta gol apabila menjaringkan lima gol tanpa balas dan meletakkan pasukan itu di tangga keempat Liga Super.Mohd Nafuzi berkata, percaturan baharunya yang meletakkan Mohd Amirul Hisham Awang Kechil di posisi tengah bersama Lee Andrew Tuck di bahagian kiri berhasil mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, sekali gus mencipta banyak peluang dan jaringan.Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan FC, Frank Bernhardt berkata, pasukannya tidak bernasib baik apabila percaturan yang dibuat serba tidak menjadi selain banyak kesilapan dilakukan pemain sehingga menyebabkan hilang bola dan tewas pada perlawanan itu.\"Pemain tidak melakukan hantaran yang tepat, malah sering hilang bola, pengalaman pemain juga memberi kesan kepada pasukan, inilah yang membezakan keputusan perlawanan malam ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 09:49am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259379/berita/sukan/msn-kenal-pasti-punca-hilang-12-emas", "article_title": "MSN kenal pasti punca hilang 12 emas", "article_text": "MAJLIS Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan pada Sukan SEA Kemboja 2023.Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata, 12 emas berkenaan membabitkan sukan akuatik-renang, badminton, berbasikal-basikal bukit, hoki dalam dewan, kriket, judo, jujitsu, kun khmer dan sepak takraw.\"Renang kita letak sasaran tiga emas tetapi hanya meraih satu disebabkan kita terlampau bergantung kepada atlet senior yang sudah beraksi tiga hingga empat Sukan SEA.\"Jadi kita harus mendedahkan ramai atlet baharu. Kebergantungan kepada sesetengah atlet untuk menyertai banyak disiplin juga membuatkan mereka keletihan,\" katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil pada Jumaat.Jefri berkata, pihaknya turut menyedari mengenai jurang besar antara barisan pemain muda negara dengan Indonesia dalam sukan badminton.\"Kita cuba buktikan bakat baharu yang diketengahkan mampu bersaing dan bagi acara individu, ada pemain kita yang dapat mengejutkan pemain Indonesia,\" jelasnya.Beliau menambah, pingat emas hoki dalam dewan lelaki yang sepatutnya mampu diraih terlepas ke tangan Indonesia - berpunca akibat kelemahan taktikal permainan.\"Bagi kriket dan judo kita sedia maklum bahawa atlet kita berada pada tahap terbaik namun pasukan tuan rumah menggunakan atlet naturalisasi.\"Kriket misalnya kita ranking pertama dan hanya perlu berwaspada dengan Thailand namun kita tidak mendapat maklumat bahawa tuan rumah menggunakan atlet naturalisasi.\"Ia menjejaskan peluang kita, sedangkan tuan rumah menggunakan pemain yang bagus (berkualiti) dari Pakistan dan India. Ia bukan daripada kesilapan pasukan kita sendiri,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 08:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259378/berita/sukan/anggap-kegagalan-capai-sasaran-40-emas-satu-rahmat", "article_title": "Anggap kegagalan capai sasaran 40 emas satu 'rahmat'", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menganggap kegagalan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 sebagai satu 'rahmat' dalam usaha meningkatkan lagi arena sukan tanah air.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Malaysia tidak boleh lagi menjadikan Singapura sebagai perbandingan, sebaliknya fokus untuk mencabar Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam kelompok tiga terbaik di rantau Asia Tenggara.\"Kita perlu move on, jika dapat 40 pingat emas dan gembira, adakah ia akan mengubah kedudukan Malaysia di tempat ketujuh? Adakah kita negara yang buat perbandingan dengan Singapura menerusi perbezaan 17 emas atau Vietnam yang berbeza 102 emas.\"Saya percaya ini boleh dianggap 'rahmat' kerana semua orang akan gembira jika dapat 40 emas sedangkan kita masih jauh ketinggalan dengan Vietnam, Thailand dan Indonesia. Kita perlu kembali jadi tiga terbaik di Asia Tenggara.\"Hari ini saya nak beritahu bahawa model sukan di negara kita sudah lapuk dan perlukan perubahan. Dunia sudah berubah, begitu juga sukan, kita perlu terima perubahan dan bawa masuk idea baharu,\" katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil pada Jumaat.Beliau turut memberi penekanan terhadap olahraga dan renang yang mencatat keputusan kurang memberangsangkan apabila kedua-dua sukan tersebut hanya menyumbang enam pingat emas daripada 87 yang dipertandingkan.\"Fakta ada di sana, tengok renang hanya mendapat satu daripada 39 pingat emas dan olahraga lima daripada 38 pingat emas. Semua pingat emas yang dipertandingkan dalam dua sukan ini adalah 87 pingat.\"Sejak Sukan SEA Filipina (2019) lagi saya sudah cakap mengenai olahraga dan renang yang mewakili 87 pingat emas tetapi kita buat tak tahu sahaja sedangkan ia merupakan sukan kategori satu pada temasya Sukan Olimpik.\"Jadi kita perlu buat keutamaan dengan betul dan kembangkan peranan masing-masing. Kita juga tidak boleh lagi merasa kita sahaja betul dan orang lain salah, tak boleh macam itu,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 08:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259380/berita/sukan/34-pingat-emas-ini-bermaruah-bukannya-nasib---cdm", "article_title": "'34 pingat emas ini bermaruah, bukannya nasib' - CDM", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Nasir Ali mengakui kegagalan mencapai sasaran 40 pingat emas menjadi pengajaran berguna buat setiap pemegang taruh terlibat.Menurut beliau, semua pihak harus memandang kegagalan itu daripada sudut positif dengan kelahiran ramai atlet muda sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA edisi Thailand 2025 dan Malaysia 2027.\u201cSukan SEA kali ini memberikan pengajaran besar. Kita tak capai sasaran, boleh bagi bermacam-macam alasan tetapi kita tak boleh nafikan mereka (atlet) mencuba sedaya upaya.\u201cNamun, kita tak boleh nafikan 34 pingat emas ini adalah berkualiti dan kemenangan yang bermaruah, bukannya menang hanya disebabkan nasib. Kita tak boleh lupakan siapakah pemenang 34 pingat emas ini?\u201cKita ada bakat-bakat baharu, contohnya Umar (Osman) acara 400 meter (m) dan pemain golf berumur 15 tahun (Ng Jing Xuen) yang dulu menang gangsa di Hanoi tetapi kali ini berjaya mendapatkan pingat emas,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil pada Jumaat.Pada masa sama, Mohd Nasir memberitahu, segala apa yang berlaku di bumi Kemboja seharusnya menjadi titik kebangkitan dan membuka mata semua pihak.\u201cSaya harap langkah seterusnya dapat dilakukan oleh persatuan-persatuan sukan bagi memastikan bakat atlet yang dikenal pasti dapat meningkat ke satu tahap lebih tinggi.\u201cUmar nak lari 44 saat ambil masa empat hingga lima tahun untuk jadi juara. Apa kita nak buat sebab dia adalah bintang negara sekarang. Adakah hantar dia ke luar negara atau dapat latihan istimewa?\u201cIa juga bukan mengenai pemain golf umur 15 tahun (Ng Jing Xuen) menang Sukan SEA tetapi bagaimana kita nak memastikan dia menjadi juara Asia, juara remaja Asia dalam sukan golf,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 07:40am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259381/berita/sukan/masih-ada-sinar-harapan", "article_title": "Masih ada sinar harapan", "article_text": "Di sebalik kegagalan mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023, masih ada sinar yang dapat dilihat daripada penampilan 63 peratus atlet muda dalam kontinjen Malaysia kali ini.Malah, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tetap menganggap ada sisi positif yang dijelmakan kontinjen Malaysia terutamanya barisan atlet muda yang menyumbang 18 pingat emas, 27 perak dan 66 gangsa.\"Saya sudah katakan daripada hari pertama, orang yang komen seperti itu tidak mengikuti sidang media kita sebelum kita menghantar kontinjen lagi. Kita sudah katakan, daripada hari pertama kita tahu, kita hilang semua pingat ini kerana sukan itu tidak dipertandingkan.\"Kalau dinilai dari segi tak dapat 40 emas dan ranking negara pula, saya boleh katakan, kalau dapat 40 emas pun ranking (kedudukan pingat emas) tidak berubah,\" kata Hannah di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Jumaat.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar rangkuman prestasi kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023 yang dianggap pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959.Turut hadir timbalannya, Adam Adli Abd Halim; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali.Dalam pada itu, Hannah memuji atlet muda dan atlet yang kali pertama ke temasya tersebut susulan prestasi baik dipamerkan terutama Umar Osman yang meraih emas 400 meter lelaki dengan catatan rekod kebangsaan.Sebanyak 62 peratus iaitu 423 daripada 674 atlet, kali pertama beraksi di pentas Sukan SEA dan seramai 211 orang daripada mereka berjaya menaiki podium dengan membawa pulang 12 emas, 20 perak dan 46 gangsa.Sementara itu, atlet bawah usia 23 tahun meliputi 63 peratus (427 atlet), seramai 222 berjaya menaiki podium apabila meraih 18 emas, 21 perak dan 66 gangsa.\"Ini adalah strategi kita untuk menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand dan 2027 di Malaysia, kita yakin atlet muda kita mampu menyinar,\" jelasnya.Mengulas lanjut, Hannah berkata, ketidakstabilan politik dalam lima tahun terakhir termasuk dalam sektor ekonomi menjadi antara penyebab kegagalan pada Sukan SEA 2023.\"Sukan menjadi antara sektor yang terkesan kerana apa yang dirancang termasuk program pembangunan dan pelaksanaan strategi tidak dapat dilaksanakan.\"Sebelum ini, ada menteri tidak sampai setahun. Keluar bajet, langkah susulan dan melaksanakan strategi tidak sempat. Macam Norza cakap sebelum buat sudah tukar dan ada hala tuju baharu,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259373/berita/sukan/jdt-tewaskan-kuching-4-0", "article_title": "JDT tewaskan Kuching 4-0", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super dengan menewaskan Kuching City FC 4-0, di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak, malam ini.Kemenangan yang diraih pasukan kendalian Esteban Solari itu merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini sekali gus membolehkan skuad Harimau Selatan memperkuatkan lagi cengkaman mereka di persada Liga Super.Babak pertama menyaksikan penyerang sensasi kelahiran Argentina, Fernando Martin Forestieri meledak jaringan pembukaan pada minit ketiga, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-36.Separuh masa kedua menyaksikan Harimau Selatan terus ghairah untuk memburu jaringan, sebelum Bergson Da Silva menambah derita skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringannya pada minit ke-70, diikuti sepakan kencang dihasilkan Juan Muniz pada minit ke-72 dan kedudukan 4-0 itu, kekal hingga tamat perlawanan.Sementara itu di Kota Kinabalu, pertembungan Sabah FC dan Terengganu FC menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Likas, Sabah.Sabah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 apabila Telmo Castanheira menanduk masuk bola sepakan percuma ketua pasukan Baddrol Bakhtiar, sebelum berjaya menggandakan jaringan melalui sepakan penalti menerusi penyerang Darren Lok, pada minit ke-37.Sony Norde kemudian berjaya merapatkan kedudukan buat Sang Penyu pada minit ke-46, menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti, yang diberikan apabila Liridon Krasniqi dijatuhkan.Babak kedua menyaksikan Norde menggagalkan usaha Sabah mendapat tiga mata penuh, selepas penyerang berasal dari Haiti itu menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti pada masa tambahan minit ke-94, selepas Jordan Mintah dijatuhkan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 12:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259372/berita/sukan/malaysia-janji-aksi-habis-habisan-berdepan-korea-selatan", "article_title": "Malaysia janji aksi habis-habisan berdepan Korea Selatan", "article_text": "SKUAD badminton negara menjanjikan aksi terbaik apabila berdepan Korea Selatan dalam saingan separuh akhir Piala Sudirman 2023 di Shuzou, China pada Jumaat.Itu laungan Aaron Chia selepas skuad negara memenuhi sasaran awal apabila mara ke separuh akhir acara berpasukan dunia tersebut selepas menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi suku akhir.\"Saya percaya semua pemain semakin bersemangat dengan kemenangan ini untuk berdepan Korea Selatan.\"Saya yakin pemain-pemain yang akan diturunkan esok akan memberikan aksi terbaik masing-masing.\"Kami semua akan berikan yang terbaik untuk mara ke pusingan berikutnya kerana berdepan Korea Selatan bukan satu tekanan,\" katanya pada Jumaat.Sebagai rekod, ini kali ketiga Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan itu selepas 2009 dan 2021.Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghadiahkan mata pertama negara selepas menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Boje, 15-21, 21-14, 21-7.Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia yang tampil menggalas cabaran pemain kedua memperoleh kemenangan percuma ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen yang menarik diri akibat kecederaan kaki pada kedudukan 4-4.Mengulas kecederaan Axelsen, Zii Jia mengakui terkejut insiden menimpa pemain tersebut.\"Saya masih terkejut. Apapun harap kecederaan Axelsen tidak serius dan dapat pulih dalam masa singkat. Saya harap yang baik saja untuknya,\" katanya.Hasrat Malaysia menutup perlawanan lebih awal menerusi perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tidak kesampaian apabila tumpas kepada Mia Blichfeldt,14-21, 21-15, 19-21.Mata kemenangan negara akhirnya dijelmakan Aaron-Wooi Yik selepas mengatasi Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-17, 21-16.Dalam pada itu, Aaron menyifatkan kejayaan menewaskan gergasi badminton Eropah tersebut adalah hasil kerjasama semua pemain.Malah menurut Aaron, kemenangan itu juga buat rakyat Malaysia yang selama ini sentiasa memberi sokongan padu kepada pemain negara.\"Biarpun saya dan Wooi Yik menyumbang mata kemenangan negara, namun ini semua adalah hasil komitmen semua pemain termasuk Jin Wei.\"Walaupun Jin Wei tewas, namun dia sudah buat yang terbaik sepanjang permainan mungkin luck kurang menyebelahi dia.\"Apapun untuk Piala Sudirman 2023 kami berjuang sebagai satu pasukan,\" katanya.Sementara itu, Wooi Yik mengakui mereka berdepan tekanan berdepan gandingan Denmark bagi meraih mata kemenangan pasukan.Namun sebaliknya jelas Wooi Yik, mereka berdua perlu segera membiasakan diri apabila berdepan situasi sedemikian.\"Saya dan Aaron menganggapnya sebagai motivasi bagi menyalakan semangat kami terutama ini merupakan acara berpasukan.\"Kebiasaannya apabila masuk ke gelanggang fokus kami hanya terhadap perlawanan, namun apabila sokongan daripada rakan-rakan ia ternyata menghadirkan sesuatu yang lain.\"Masa set pertama saya bermain dengan tenang, namun set kedua semangat saya menyala apabila mendapat sokongan rakan-rakan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mei 2023 12:16am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259368/berita/sukan/kda-fc-belasah-kelantan-5-0", "article_title": "KDA FC belasah Kelantan 5-0", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata pada aksi ke-11 Liga Super 2023 apabila membelasah Kelantan FC, 5-0 di Stadium Darul Aman pada Jumaat.Kesilapan pertahanan pelawat yang tidak mengawal ketua pasukan Sang Kenari, Manuel Ott membawa padah apabila pemain itu menjaringkan gol pembukaan, meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan pada minit ke-16.Jaringan tersebut berjaya meningkatkan motivasi KDA FC yang mahu memburu tiga mata di laman sendiri dan Lee Tuck berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 untuk kedudukan 2-0 selepas menerima hantaran menarik daripada Manuel Hidalgo.Tuan rumah terus menjarakkan kedudukan kepada 3-0 menerusi Hidalgo selepas memanfaatkan hantaran Willian Lira sebaik perlawanan memasuki minit ke-46.KDA terus menambah jaringan menerusi Lira apabila penyerang dari Brazil tersebut mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk kedudukan 4-0 pada minit ke-59.Pengadil, Razlan Joffri Ali menghadiahkan sepakan penalti itu selepas pertahanan Kelantan terjatuh dan bertindak memegang bola dalam kotak penalti.Jonathan Balotteli menutup malam gemilang Sang Kenari dengan gol pada minit ke-89 untuk kedudukan 5-0 apabila melakukan larian solo menewaskan penjaga gol pelawat, Nik Mohd Amin Ahmad selepas menerima hantaran daripada Lira.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 11:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259363/berita/sukan/penyertaan-luar-biasa-rhb-lekas-highway-ride-2023", "article_title": "Penyertaan luar biasa RHB Lekas Highway Ride 2023", "article_text": "EDISI kelapan RHB Lekas Highway Ride 2023 mendapat sambutan luar biasa apabila seramai 6,000 peserta telah pun mengesahkan penyertaan acara berbasikal itu yang bakal berlangsung di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), pada 21 Oktober depan.Acara berbasikal yang dilabel sebagai kayuhan berbasikal lebuh raya nombor satu pada sebelah malam itu juga berjaya menarik penyertaan peserta tempatan serta antarabangsa.Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bank Group, Mohd Rashid Mohamad berkata, sejak dianjurkan pada 2012, acara berbasikal itu mendapat sambutan cukup menggalakkan dalam setiap edisi.\"Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan, kami telah memutuskan untuk meningkatkan bilangan kepada 6,000 penyertaan tahun ini.\"Kami berharap dapat membawa satu lagi acara berbasikal yang tidak dapat dilupakan dan menarik serta memberi impak yang lebih besar pada tahun ini.\"Dalam tempoh 10 hari sejak pendaftaran dibuka 1 Mei lalu, kami telah mencapai 6,000 pendaftaran, mengatasi jumlah peserta tahun lalu. Ia adalah sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat sukan berbasikal di negara ini,\" katanya pada sidang media pada Jumaat.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada setiap peserta.\"Acara ini telah mencapai kemuncak kejayaannya, dengan proses pendaftaran sudah penuh,\" katanyaSebanyak empat kategori ditawarkan pada edisi kali ini iaitu 120 kilometer (km), 78km, 22km dan 12km.Untuk edisi kali ini, pihak penganjur memperkenalkan kategori baharu membabitkan wanita veteran 78km manakala bagi kategori remaja menyaksikan pertambahan laluan sepanjang 22km berbanding 17km sebelum ini.Sebagai rekod, RHB Lekas Highway Ride 2023 adalah acara anjuran bersama RHB Banking Group (RHB) dan Lekas, yang merupakan anak syarikat kepada IJM Corporation Berhad.Untuk melancarkan penganjuran kayuhan berbasikal itu, laluan sepanjang Lebuhraya Lekas akan ditutup bermula jam 5 petang 21 sehingga 3 pagi 22 Oktober.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 10:27pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259353/berita/sukan/malaysia-tempah-perhitungan-dengan-korea-selatan", "article_title": "Malaysia tempah perhitungan dengan Korea Selatan", "article_text": "MALAYSIA mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala Sudirman selepas menewaskan Denmark 3-1 dalam aksi suku akhir di Suzhou, China pada Jumaat.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara akan membuat perhitungan dengan Korea Selatan yang terlebih dahulu menundukkan Taiwan dalam satu lagi aksi suku akhir.Tumpuan di Pusat Sukan Olimpik Suzhou itu sudah tentu terarah kepada pertembungan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menentang pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.Namun, hasrat peminat badminton untuk menyaksikan pertarungan tersebut tidak kesampaian apabila Axelsen terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika perlawanan baru berlangsung lima minit sekali gus memberikan mata kedua buat negara.Sebelum itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terus diberikan kepercayaan menggalas tugas dalam acara beregu campuran tampak agak gementar di set pertama apabila tewas 15-21 kepada Mathias Christiansen-Alexandra Boje.Gandingan di ranking ke-22 dunia itu kembali bangkit pada set kedua dan ketiga untuk meraih mata pertama buat negara menerusi kemenangan 21-14 dan 21-7 dalam tempoh 58 minit.Bagaimanapun, harapan untuk melihat perseorangan wanita negara, Goh Jin wei mencipta kejutan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan sengit tiga set 14-21, 21-15 dan 19-21 kepada Mia Blichfeldt.Pasangan beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik nyata tidak menghampakan apabila menghadiahkan mata kemenangan yang dicari-cari selepas menumbangkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.Turut mengesahkan kemaraan ke separuh akhir adalah Jepun yang menewaskan Thailand 3-2 dan akan bertemu tuan rumah, China yang mara selepas menundukkan Indonesia.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 09:05pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259347/berita/sukan/aksi-persahabatan-bantu-persiapan-skuad-bunga-raya-harungi-arc", "article_title": "Aksi persahabatan bantu persiapan skuad Bunga Raya harungi ARC", "article_text": "AKSI persahabatan berdepan Kelab Ragbi Johor (Pirates Rugby Club & MVP Rugby Club) di Leisure Farm, Bale Club, Gelang Patah pada Sabtu, diharap mampu membantu persiapan skuad ragbi kebangsaan mengharungi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023, Jun depan.Menurut ketua jurulatih skuad ragbi 15 sebelah kebangsaan, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, pihaknya yakin skuad kendaliannya itu akan dapat membuat persiapan terbaik apabila bakal berdepan dengan kelab ragbi Johor yang dibarisi ramai pemain handalan.\"Tujuan utama kita mengadakan aksi persahabatan atau kita kata practice match ini adalah bagi menguji kombinasi pemain baharu dan lama setelah kesemua pemain melapor diri Ahad lalu.\"Kita pilih Johor untuk aksi persahabatan ini disebabkan saingan liga di Lembah Kluang telah pun bermula dan atas cadangan rakan-rakan kita memilih Johor kerana difahamkan kebanyakan pasukan di sini sedang melakukan persiapan menjelang saingan bagi Liga Johor tak lama lagi.\"Jadi, bagi saya, keadaan ini memang baguslah sebagai persiapan pasukan kita,\" katanya kepada Sinar Harian sempena sesi latihan skuad Bunga Raya di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor Bahru pada Jumaat.Sesi latihan menjelang aksi persahabatan pada Sabtu. - Foto Malaysia RugbySkuad ragbi 15 sebelah kebangsaan bakal berdepan skuad Korea Selatan pada 3 Jun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sebelum menentang Hong Kong di tempat lawan pada 10 Jun bagi saingan liga satu pusingan dalam Divisyen Premier musim ini.Untuk rekod, kesemua pemain kali ini melibatkan 20 pemain yang pernah menyarung jersi skuad Bunga Raya sebelum ini, termasuk 10 muka baharu yang dipilih daripada Kejohanan Ragbi Piala Agong, Disember lalu.Sementara itu, Mohd Farid Syazwan berkata, untuk saingan ARC kali ini, skuad Bunga Raya tidak dibarisi pemain dari Fiji seperti sebelumnya.Bagaimanapun katanya, skuad kali ini dibarisi seorang sahaja pemain naturalisasi dari United Kingdom.\"Pemain ini dah lama bekerja di sini, dah lebih lima tahun, jadi dia layak untuk beraksi sebagai naturalisasi.\"Apa pun, kami menyasarkan untuk merekodkan lebih banyak kejayaan dalam saingan ARC kali ini sekali gus diharap dapat membantu melonjakkan lagi ranking sedia ada,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 08:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259330/berita/sukan/malaysia-patut-lawan-vietnam-kejar-tiga-teratas-bukan-singapura", "article_title": "Malaysia patut lawan Vietnam kejar tiga teratas, bukan Singapura", "article_text": "PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran di Sukan SEA Kemboja, mampu membuka mata semua pihak mengenai keperluan melakukan penstrukturan semula model sukan negara.Beliau berkata, sekiranya Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan, pada hakikatnya ia bukanlah satu keputusan yang boleh diagungkan.Mohamad Norza berkata, Malaysia tidak sepatutnya bersaing dengan Singapura atau Filipina, sebaliknya mencabar Vietnam, Thailand dan Indonesia, untuk kedudukan tiga teratas pada temasya berkenaan.\"Jika capai 40 emas pun, adakah ia akan mengubah kedudukan Malaysia di tempat ketujuh? Adakah negara kita perlu buat perbandingan dengan Singapura menerusi perbezaan 17 pingat emas atau Vietnam yang berbeza 102 emas.\"Model sukan di negara kita sudah lapuk dan perlukan perubahan...Dunia sudah berubah, begitu juga sukan, kita perlu terima perubahan dan bawa masuk idea baharu. Kita perlu kembali jadi tiga terbaik di Asia Tenggara,\u201d katanya pada sidang media Rangkuman Prestasi Sukan SEA Kemboja di sini pada Jumaat.Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64.Vietnam mempertahankan gelaran juara keseluruhan dengan kutipan 136-105-118, manakala tuan rumah Kemboja mencatatkan pencapaian terbaik mereka dengan buruan 81-74-127 pingat, untuk berada di tempat keempat.Sementara itu, Mohamad Norza turut menggesa pihak persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk melakukan reformasi institusi dengan mencipta dua \u2018enjin\u2019 untuk meningkatkan bakat dalam sukan.\"Cukupkah dengan hanya mempunyai persatuan negeri, bagaimana dengan kelab dan sektor swasta? Perlu membesarkan jumlah bakat yang ada menerusi kelab,\u201d katanya.Beliau turut meminta Persatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persekutuan Renang Malaysia (MS), untuk bertindak segera memperbaiki prestasi masing-masing, kerana kedua-dua sukan itu menawarkan jumlah pingat yang paling banyak, dengan 86 emas menjadi pertaruhan.\"Renang hanya mendapat satu daripada 39 pingat emas dan olahraga lima daripada 47 emas. Sejak Sukan SEA 2019 di Filipina lagi saya dah cakap mengenai dua sukan ini, kerana ia merupakan sukan kategori satu, jadi kita perlu buat keutamaan dengan betul dan kembangkan peranan masing-masing,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 06:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259326/berita/sukan/kbs-pastikan-konsert-coldplay-aksi-harimau-malaya-berjalan-baik", "article_title": "KBS pastikan konsert Coldplay, aksi Harimau Malaya berjalan baik", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan penganjuran konsert kumpulan muzik Coldplay dan aksi Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil November ini berjalan dengan baik.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung penggunaan stadium itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert kumpulan muzik dari United Kingdom itu pada bulan yang sama.\"Isu stadium selalu kita akan imbangkan antara sukan bola sepak dan konsert, kita telah bincang beberapa pilihan tapi saya tak nak umum pilihan ini dulu.\"Kita akan tunggu undi (kelayakan Piala Asia 2027) yang Datuk Hamidin akan dapat bulan Julai nanti,\" katanya kepada pemberita selepas sidang media Rangkuman Prestasi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023, di sini pada Jumaat.Pada Khamis, Hamidin menerusi kenyataan menjelaskan bahawa insiden tarikh konsert dan aksi Harimau Malaya yang bertindih tidak boleh berlaku kerana FAM telah membuat tempahan awal kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengikut tarikh perlawanan skuad kebangsaan yang dijadual dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Tarikh kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan konsert itu masing-masing dijangka berlangsung pada 16, 21 dan 22 November depan.Isu sama pernah berlaku pada Januari lalu apabila penyokong bola sepak tanah air berang selepas 21,000 tempat duduk bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di stadium itu terpaksa dikosongkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pentas konsert penyanyi terkemuka dari Taiwan, Jay Chou. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 06:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259310/berita/sukan/sukan-sea-hannah-minta-nsa-hantar-laporan-pascanilai", "article_title": "Sukan SEA: Hannah minta NSA hantar laporan pascanilai", "article_text": "SEMUA persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang terlibat dengan Sukan SEA Kemboja 2023 akan diminta mengemukakan laporan pascanilai (post-mortem) berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya itu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, laporan itu, yang perlu dihantar bersama perancangan jangka pendek dan panjang, menentukan bentuk sokongan yang bakal diterima mereka daripada Majlis Sukan Negara (MSN) selepas ini.Beliau berkata, antara lain, sukan yang berjaya menyumbang pingat akan diberi sokongan pengurusan atlet, kejurulatihan, pusat latihan, prestasi, pendedahan latihan dan pertandingan di dalam dan luar negara serta perkhidmatan sokongan Institut Sukan Negara (ISN).\"Selepas menerima laporan itu, kita akan duduk bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk merancang kertas dan bawa ke kabinet untuk melihat dari segi peruntukan. Kita juga akan bincang penstrukturan semula melibatkan pembangunan bakat baharu di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.\"KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sahaja tidak boleh buat tanpa melibatkan penglibatan peringkat sekolah kerana atlet 15 tahun dah mampu menang emas,\u201d katanya pada sidang media Rangkuman Prestasi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 pada Jumaat.Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64 bagi edisi Kemboja yang berlangsung baru-baru ini.Vietnam mempertahan gelaran juara keseluruhan dengan kutipan 136-105-118 manakala tuan rumah Kemboja mencatatkan pencapaian terbaik mereka dengan 81-74-127 pingat untuk berada di tempat keempat.Sementara itu, Hannah berkata, sebelum temasya itu bermula lagi, Malaysia telah kehilangan 18 emas, 16 perak dan 30 gangsa, apabila sukan dan acara yang dimenangi di edisi lepas di Vietnam tidak dipertandingkan di Kemboja, termasuk sukan yang menjadi lubuk pingat seperti tenpin boling, memanah dan gimrama, manakala jumlah acara terjun, gimnastik artistik dan berbasikal dikurangkan.\"Tuan rumah juga menganjurkan sukan yang tidak popular di Malaysia seperti kun bokator, kun khmer, arnis, vovinam, chess ouk chaktrang dan chess xianqi yang menawarkan 93 emas. Dari awal lagi kita hanya berpeluang memenang 59 peratus emas yang ditawarkan kerana hanya menyertai 340 daripada 579 acara,\u201d jelasnya.Beliau turut menggesa persatuan sukan kebangsaan untuk melakukan reformasi institusi supaya arena sukan negara dapat bergerak ke hadapan, termasuk Persekutuan Renang Malaysia (MS), untuk memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu berikutan sukan itu paling banyak menawarkan pingat emas dengan 39 butir di Kemboja.Hannah turut memuji atlet muda dan atlet yang kali pertama ke temasya tersebut susulan prestasi baik dipamerkan, terutama Umar Osman yang meraih emas 400m lelaki dengan catatan rekod kebangsaan.Sebanyak 62 peratus iaitu 423 daripada 674 atlet, kali pertama beraksi di Sukan SEA dan seramai 211 orang daripada mereka berjaya menaiki podium dengan membawa pulang 12 emas, 20 perak dan 46 gangsa.Sementara itu, atlet bawah 23 tahun meliputi 63 peratus (427 atlet), seramai 222 berjaya menaiki podium apabila meraih 18 emas, 21 perak dan 66 gangsa.\u201dIni adalah strategi kita untuk menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand dan 2027 di Malaysia, kita yakin atlet muda kita mampu menyinar,\u201d katanya.Mengulas lanjut, Hannah berkata, ketidakstabilan politik dan bajet yang rendah turut menyebabkan penurunan prestasi atlet apabila KBS menjadi antara kementerian yang menerima bajet paling rendah.Beliau berkata, dana pembangunan sukan daripada Sports Toto juga, semakin berkurangan apabila nilainya hanya satu per tiga pada masa kini, berbanding 10 tahun yang lepas.\"(Ini kesannya) bila kita lihat sukan sebagai rekreasi sahaja, fokus kepada kementerian lain. Tetapi tahun ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beri kita kenaikan 10 peratus, jadi kita dapat buat lebih banyak program akar umbi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 05:21pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259303/berita/sukan/jdt-naik-taraf-stadium-sultan-ibrahim", "article_title": "JDT naik taraf Stadium Sultan Ibrahim", "article_text": "KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mahu berhenti menambah baik fasiliti di Stadium Sultan Ibrahim untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada penyokong.Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, kelab itu kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian-perjanjian yang akan menaikkan lagi standard stadium tersebut.\"Kami kini sedang berbincang dengan syarikat arkitek terkemuka antarabangsa untuk meningkatkan dan menambah baik lagi Stadium Sultan Ibrahim ikonik yang telah diundi sebagai 'World Stadium of the Year' pada 2020,\" katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Jumaat.Stadium Sultan Ibrahim boleh dikategorikan stadium terbaik dimiliki di negara ini dan menjadi lambang kemegahan skuad Harimau Selatan.Stadium yang dilancarkan pada 22 Februari 2022 itu dibina dengan kos RM200 juta dan menjadi 'rumah' buat JDT menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.Kenyataan itu turut memberitahu, JDT telah mencapai persetujuan dengan syarikat minuman kopi terkenal, Starbucks untuk membuka cawangan di stadium itu.\"Ini akan meningkatkan lagi pilihan makanan dan minuman di Stadium Sultan Ibrahim setelah Woodfire Burger dan KFC dibuka.\"JDT juga dalam proses untuk menyediakan galeri muzium di stadium untuk memperagakan kejayaan yang dicapai sepanjang 10 tahun sejak ditubuhkan pada 2013,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 05:07pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259285/berita/sukan/pemain-selangor-pulang-sukan-sea-hilang-keyakinan", "article_title": "Pemain Selangor pulang Sukan SEA hilang keyakinan", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe mendedahkan pemain kelab itu yang mewakili negara ke Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini bagaikan hilang motivasi selepas skuad Harimau Muda gagal melangkah jauh terkandas pada peringkat kumpulan.Menurut Cheng Hoe, barisan kejurulatihan Selangor dan pemain senior membantu dengan memberikan semangat dan kata-kata positif untuk memulihkan keyakinan mereka.\"Seperti pemain yang baru pulang daripada Sukan SEA, mereka perlu dapat keyakinan semula dan juga daripada segi mental dan psikologi mereka pelu bersedia.\"Kalau kita lihat pencapaian di Sukan SEA kurang memberangsangkan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan psikologi mereka.\"Kami barisan kejurulatihan dan pemain senior sentiasa memberikan kata-kata positif kepada pemain muda tersebut untuk pulihkan keyakinan mereka,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Skuad B-22 negara gagal memenuhi sasaran untuk layak ke perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja selepas terkandas di saingan peringkat kumpulan.Harimau Muda menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam.Enam pemain Selangor berada dalam senarai pasukan tersebut iaitu Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Ruventhiran, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Mohd Khalili dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.Dalam pada itu, Cheng Hoe mahu para pemainnya bangkit melakar kemenangan ke atas Perak selepas tewas kepada Sabah bulan lepas sebelum aksi Liga Super berhenti rehat.\"Perlawanan yang kita perlu bangkit semula selepas kekalahan kepada Sabah. Namun, kami perlu berhati-hati kerana pasukan Perak ini apabila bermain di laman sendiri mereka sangat bersemangat.\"Mereka juga telah menang dengan Kelantan, jadi kami perlu bermain dengan baik dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 03:54pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259231/berita/sukan/newcastle-hampir-pasti-ke-liga-juara-juara", "article_title": "Newcastle hampir pasti ke Liga Juara-Juara", "article_text": "PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe menyifatkan kemenangan ke atas Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris tidak akan bermakna jika mereka tidak menewaskan Leicester City Selasa depan untuk mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara.The Magpies melakar kemenangan 4-1 ke atas Brighton di St James\u2019 Park sekali gus terus mencerahkan peluang mereka ke kejuaraan tertinggi Eropah itu musim depan.\"Ia adalah kemenangan besar bagi kami tetapi ia tidak akan bermakna jika tidak menang ke atas Leicester dan ia adalah perlawanan yang amat sukar.\"Selepas perlawanan hari ini dan apa yang telah kami berikan dalam perlawanan itu, kami tahu kami perlu mengulanginya.\"Kami tahu kualiti Leicester, jadi kami perlu tenang dan perlu mempunyai fokus dan mentaliti sama seperti yang kami ada hari ini,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Newcastle mendapat gol pendahuluan melalui jaringan sendiri pemain lawan, Deniz Undav pada minit ke-22 sebelum Dan Burn menggandakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.Undav merapatkan kedudukan buat Brighton pada minit ke-51 sebelum Callum Wilson dan Bruno Guimaraes memastikan kemenangan Newcastle United di penghujung perlawanan.Kemenangan itu meletakkan Newcastle di tangga ketiga dalam carta Liga Perdana dan hanya memerlukan satu kemenangan daripada baki dua perlawanan liga musim ini, di tempat sendiri menentang Leicester pada Isnin dan bertemu Chelsea di tempat lawan untuk memastikan tempat ke saingan elit Eropah.Kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas akan terjamin tanpa perlu menunggu baki dua perlawanan lagi jika Liverpool tewas kepada Aston Villa esok.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 11:32am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259229/berita/sukan/seaman-puji-impak-arteta", "article_title": "Seaman puji impak Arteta", "article_text": "BEKAS Penjaga gol Arsenal, David Seaman memuji sentuhan luar biasa Mikel Arteta yang mampu mengubah Arsenal untuk menyaingi Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.The Gunners akan bermain dalam Liga Juara-Juara tahun depan buat kali pertama sejak musim 2016/2017 selepas kempen mengagumkan yang menyaksikan mereka mendahului liga sebelum prestasi sedikit merosot beberapa minggu kebelakangan ini.Dia yang juga bekas penjaga gol England memuji impak pengurus Sepanyol tersebut walaupun ia merupakan peranan pertamanya dalam bidang pengurusan.Malah, Seaman percaya bekas kelabnya itu untuk sedang mengambil langkah lebih jauh ke arah cita-cita jangka panjang mereka untuk menjulang trofi musim depan.\"Ia adalah tugas pertamanya, dia telah melaksanakan kerja yang menakjubkan dan ia adalah amanah yang berat tetapi dia berjaya melakukannya.\"Segalanya bergantung kepadanya sendiri, cara dia mencorakkan permainan, kepercayaan, tuntutannya terhadap pemain itulah yang akhirnya diperagakan di atas padang.\"Proses yang Arteta lakukan ini sudah menampakkan hasil. Malah, sebelum ini apabila dia bercakap mengenai proses ketika dia mula-mula tiba, ramai yang mempersoalkannya memandangkan persembahan anak buahnya bukan di tahap terbaik, tetapi saya sempat melihat apa yang dilakukan oleh Mikel di padang latihan dan saya dapat menyaksikan semangat dan bimbingannya yang menakjubkan.\"Arsenal akan menilainya berdasarkan pencapaiannya dalam UCL tetapi saya berharap mereka mampu meraih gelaran itulah matlamat utamanya, di situlah kelab perlu beradam iatu kembali ke kerangka memenangi piala,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 11:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259222/berita/sukan/west-ham-tamatkan-penantian-47-tahun", "article_title": "West Ham tamatkan penantian 47 tahun", "article_text": "PEMAIN gantian West Ham United, Pablo Fornals menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika pasukan itu memastikan kemenangan 1-0 ke atas AZ Alkmaar untuk mara ke perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah dengan kemenangan agregat 3-1.Kemenangan itu juga menyaksikan The Hammers menamatkan penantian selama 47 tahun untuk mara ke perlawanan akhir dalam kejohanan utama di Eropah.Mereka dijadualkan menentang Fiorentina pada perlawanan akhir di Prague pada 7 Jun.West Ham yang memenangi Piala Juara-Juara pada 1965 dan menjadi naib juara pada 1976, menunjukkan persembahan yang mantap walaupun kelihatan letih untuk menyaingi lawan mereka.Namun, mereka cukup berdisiplin di bahagian pertahanan sebelum Fornals bijak mencuri peluang pada minit keempat masa kecederaan untuk memenangi perlawanan.\"Kami benar-benar teruja. Ia satu pencapaian besar untuk kelab, tetapi kini ia mengenai pergi dan memenanginya. AZ sangat bagus dalam apa yang mereka lakukan, tetapi saya gembira kami melakukannya.\"Kami membawa masuk ramai pemain antarabangsa untuk menjadi lebih baik, tetapi kami benar-benar bergelut musim ini. Kami terpaksa kembali kepada perkara yang membuatkan anda menang, dan bersyukur kami melakukannya,\" kata pengendali West Ham, David Moyes.Kali terakhir West Ham mara ke final Eropah pada tahun 1976 apabila mereka tewas kepada Anderlecht ketika aksi Piala Juara-Juara.Fiorentina bangkit sambar slot finalJaringan pemain Fiorentina, Antonin Barak dalam masa kecederaan penghujung masa tambahan memastikan kelab Serie A Itali tersebut ke final Liga Konferensi untuk kemenangan 3-1 di Stadium St. Jakob-Park pada Jumaat.Kemenangan agregat 4-3 sekali gus menterbalikkan kekalahan 1-2 Fiorentinadi Stadium Artemio Ranchi pada 12 Mei lalu.Sebagai rekod, kelab Itali itu membuat final Eropah pertama dalam tempoh 33 tahun akan menentang West Ham United dalam perlawanan akhir di Prague pada 7 Jun.West Ham pula mengesahkan kemaraan selepas kelab London itu menewaskan AZ Alkmaar dengan agregat 3-1 selepas menang 1-0 di Stadium AFAS pada separuh akhir kedua.Lebih menarik Fiorentina menjadi kelab pertama mara ke pusingan akhir empat pertandingan UEFA, setelah bermain di Piala Eropah, Piala UEFA, dan Piala Antara Juara-Juara.Kali terakhir Fiorentina mara ke final Eropah apabila tewas kepada Juventus dalam kejuaraan Piala UEFA pada 1990.\u201cMalam ini kami bermain seperti pasukan yang matang untuk menang.\"Ia adalah musim pertama saya di Eropah dan mara ke final adalah satu kepuasan yang hebat.\"Laluan ke final ini akan sentiasa kekal bersama kami namun kini kami mempunyai misi perlu diselesaikan,\" ujar pengendali Fiorentina, Fiore Vincenzo Italiano.Fiorentina tampil permainan kemas selepas Basel memenangi perlawanan pertama 2-1 berdepan masalah mencari ruang selepas kelab Switzerland itu menggunakan strategi pertahanan mendalam selain melakukan serangan balas.Fiorentina mendahului pada minit ke-35 apabila sepakan sudut disambut Nicolas Gonzalez yang tidak dikawal menanduk untuk menyamakan kedudukan agregat 2-2.Zeki Amdouni kemudian menjaringkan gol untuk Basel 10 minit memasuki separuh masa kedua sebelum Gonzalez membalas pada minit ke-72 dengan rembatan tepat bagi membawa perlawanan ke masa tambahan.Kemudian Barak melebarkan pendahuluan pelawat apabila meledak jaringan minit ke-129 untuk memastikan Fiorentina ke final.Sebagai rekod, musim ini kelab Itali mara ke pusingan akhir bagi ketiga-tiga pertandingan Eropah, dengan Inter Milan menentang Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara dan AS Roma bertemu Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa selepas hampir tiga dekad.\"Sungguh mengagumkan, bola sepak Itali menunjukkan bahawa ia kembali ke tahap penting. Ketiga-tiga mereka layak ke final, kami semua akan memberikan hati dan jiwa untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan akhir,\" kata Italian lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 10:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259220/berita/sukan/acara-berbasikal-boleh-jadi-lubuk-emas-negara---azizulhasni", "article_title": "Acara berbasikal boleh jadi lubuk emas negara - Azizulhasni", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang optimis pasukan berbasikal trek negara tidak berdepan masalah untuk menyumbang banyak pingat emas sekiranya acara itu dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025.Pelumba berusia 35 tahun itu berkata, acara berbasikal trek mampu menjadi lubuk emas buat kontinjen negara di temasya dwitahunan itu memandangkan kebanyakan atlet muda sukan berkenaan kini sudah berada di tahap Sukan Asia.\"Saya rasa untuk acara pecut memang skuad negara boleh tuai emas sebab pelumba kita memang setakat ini prestasinya baik.\"Pelumba kita bagi yang junior pun sudah berada di tahap Sukan Asia, cuma yang perlu ditambah baik adalah acara berbasikal lasak sebab program kita setakat ini tidak menentu,\u201d katanya kepada pemberita selepas menjuarai Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023 bagi acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, di sini semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi dan kemampuan skuad muda berbasikal trek kebangsaan sekiranya acara berbasikal trek dipertandingkan di Sukan SEA Thailand.Azizulhasni yang digelar sebagai \u2018The Pocket Rocketman\u2019 itu bagaimanapun berkata, skuad berbasikal kebangsaan tidak boleh berlengah dan perlu membuat persediaan rapi dalam usaha merealiasikan impian untuk menyumbang banyak pingat emas.Malaysia, melalui detik hitam di edisi Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mencipta pencapaian terburuk dalam sejarah temasya sukan itu dengan kedudukan ketujuh serta gagal mencapai sasaran 40 emas.Malaysia hanya mampu mengumpul 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 09:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259214/berita/sukan/sevilla-as-roma-berentap-final-liga-europa", "article_title": "Sevilla, AS Roma berentap final Liga Europa", "article_text": "SENSASI Liga Europa, Sevilla menampilkan satu kebangkitan luar biasa bagi menyingkirkan cabaran Juventus 2-1 bagi kemenangan agregat 3-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Ramon S\u00e1nchez Pizjuan pada Jumaat.Bagaimanapun angkatan Jose Luis Mendilibar terlebih dulu ketinggalan apabila Juventus memimpin perlawanan menerusi penyudah kemas pemain gantian Du\u0161an Vlahovic dari Serbia pada minit ke-65.Sevilla yang tenang kemudian memperkemaskan permainan menyamakan kedudukan menerusi sentuhan rembatan jarak jauh yang menakjubkan dijelmakan Suso pada minit ke-71.Gol penyamaan pemain tengah Sevilla itu membawa permainan ke masa tambahan menyaksikan tandukan padu pemain Argentina, Erik Lamela minit ke-95 mengesahkan kepulangan skuad Massimiliano Allegri ke Turin dengan noktah kekecewaan.Sementara itu, itu AS Roma mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir kejuaraan tahap dua Eropah tersebut selepas menang secara agregat 1-0 setelah terikat tanpa jaringan ke atas Bayer Leverkusen pada Jumaat.Dalam perlawanan di Bay Arena itu kelab Serie A dari Itali kendalian Jose Mourinho berjaya mengekang kemaraan jentera skuad Bundesliga asuhan Xabi Alonso yang mengawal penguasaan bola sebanyak 72 peratus.The Giallorossi yang memiliki rekod baik dalam tiga pertemuan kedua-dua pasukan apabila menang ketiga-tiga aksi terakhir tersebut berjaya membuat membuntukan jentera penyudah tuan rumah untuk layak ke final Eropah kedua dalam beberapa musim.Bayer mengawal sebahagian besar perlawanan kedua di BayArena, namun tidak dapat mencari jalan untuk melepasi kedegilan bahagian pertahanan Roma.Kemenangan aksi timbal balik separuh akhir kedua itu membolehkan kelab dari Rom itu mara ke pusingan akhir Eropah berturut-turut di bawah Mourinho selepas merangkul kejuaraan Liga Konferensi Europa musim lalu.Roma berhak ke finalPengendali AS Roma, Jose Mourinho menyifatkan pasukannya berhak mara ke perlawanan akhir Liga Europa selepas menumpaskan Bayer Leverkusen dengan agregat 1-0.Keputusan itu menyaksikan Roma berjaya mara ke pusingan akhir dalam kejuaraan Eropah kali kedua selepas menjulang kejuaraan Liga Persidangan Eropah musim lalu.Dalam perlawanan di Stadium Bay Arena itu, Roma bermain bertahan dan terpaksa mengharungi tekanan hebat daripada Leverkusen yang terlepas banyak peluang keemasan.Keputusan akhirnya memihak kepada Roma ketika mereka mara dengan kemenangan 1-0 minggu lalu di Itali minggu lalu dan akan menempah pertemuan dengan Sevilla di perlawanan akhir.\"Perlawanan ini adalah hasil kerja kami, kebijaksanaan taktikal, pengalaman, tahu bagaimana untuk kekal dalam perlawanan dan cuba menyembunyikan masalah kami.\"Mereka ini layak mendapat sesuatu yang istimewa. Kebimbangan saya sentiasa untuk mara ke final, ia akan menjadi sangat sukar dengan pengalaman Sevilla tetapi kami akan memikirkannya kemudian,\" katanya.Dalam pada itu, kapten Roma, Lorenzo Pellegrini berkata, semua pujian atas kejayaan Roma itu harus ditujukan kepada Mourinho.\"Dia berbeza, dia membuatkan anda sedar kepentingan perlawanan itu. Kami datang ke sini dan semua orang tahu apa yang mereka perlu lakukan.\"Kami belajar segalanya. Terutama di Eropah, anda boleh lihat apa yang jurulatih bawa kepada kami. Mourinho adalah pencipta personaliti kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 09:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259209/berita/sukan/kerana-mulut-klopp-digantung-dan-didenda-as95000", "article_title": "Kerana mulut, Klopp digantung dan didenda AS$95,000", "article_text": "PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp digantung dari berada di garisan tepi padang bagi dua perlawanan dan didenda 75,000 pound (AS$95,000) berikutan komennya kepada media selepas menentang Tottenham Hotspur di Stadium Anfield pada 30 April, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris.Bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund itu mendakwa pengadil Paul Tierney mempunyai sesuatu 'menentang' Liverpool selepas tuan rumah dipaksa berhempas pulas mengekang kebangkitan pasukan pelawat sebelum menang 4-3.Badan pengadil menyemak audio antara Tierney dengan Klopp, mendapati pegawai perlawanan tersebut bertindak secara profesional sepanjang masa.\"Perlawanan pertama larangan Klopp di garisan tepi padang berkuat kuasa serta-merta dan perlawanan kedua digantung sehingga akhir musim 2023-24, dengan syarat dia tidak melakukan apa-apa lagi pelanggaran Peraturan FA E3 dalam masa sama,\" kata badan induk tersebut.Perkembangan terkini itu menyaksikan pengendali dari Jerman itu tidak akan menguruskan The Reds apabila melayan kunjungan kelab penuh kejutan, Aston Villa pada Sabtu.Sebagai rekod, Liverpool berada di tempat kelima dalam kedudukan liga dengan 65 mata, tujuh mata di hadapan Brighton and Hove Albion di tempat keenam tetapi telah bermain lebih dua perlawanan.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (20 MEI)Tottenham Hotspur lwn Brentford, 7.30 malamLiverpool lwn Aston Villa, 10 malamWolves lwn Everton, 10 malamBournemouth lwn Manchester United, 10 malamFulham lwn Crystal Palace, 10 malamAHAD (21 MEI)Nottingham Forest lwn Arsenal, 12.30 tengah malamWest Ham United lwn Leeds United, 8.30 malamBrighton lwn Southampton, 9 malamManchester City lwn Chelsea, 11 malamSELASA (23 MEI)Newcastle United lwn Leicester City, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 08:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259201/berita/sukan/terus-pandang-ke-depan", "article_title": "'Terus pandang ke depan'", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh perlu lebih tegas dengan operasi dan perancangan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) agar pencapaian terburuk kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang berakhir pada Rabu tidak berulang pada masa depan.Pengulas sukan Zainal Abidin Rawop berkata, menteri tidak perlu memberi penerangan berhubung kegagalan Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya tersebut sebaliknya perlu menyerahkan kepada NSA untuk memberi penjelasan terperinci.Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan juga perlu lebih 'garang' bagi memastikan Majlis Sukan Negara (MSN) bertegas dengan NSA untuk membuat persiapan yang rapi sebelum menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa agar pulangan kepada pelaburan jutaan ringgit itu berbaloi.\u201cMenteri tidak perlu beri penerangan panjang lebar, sebaliknya persatuan yang kena beri penjelasan kerana mereka yang bersemangat dan bercita-cita tinggi untuk capai sasaran.\u201cKBS perlu bertegas dengan MSN supaya beritahu NSA kalau mereka betul-betul nak sertai Sukan SEA, kena buat persiapan rapi sebab jutaan ringgit sudah dikeluarkan.\u201cNamun apa yang berlaku, pulangan seperti ini terburuk dalam sejarah Sukan SEA. Ia adalah sesuatu yang memalukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Kontinjen Malaysia menamatkan temasya dwitahunan itu di tempat ketujuh di belakang Singapura setelah sekadar mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 64 gangsa.Singapura yang mengutip 51 emas juga cemerlang dalam sukan renang apabila meraih 22 daripada 39 emas berbanding Malaysia cuma memperoleh satu emas.Justeru Zainal Abidin berharap, pemegang taruh terus pandang ke hadapan, berfikir di luar kotak kerana para peminat mahu melihat pembaharuan dalam sukan negara di peringkat antarabangsa.Beliau berkata, menteri mungkin boleh membuat keputusan tidak popular bagi menyelamatkan sukan Malaysia.\u201cMenteri kena tegas, mungkin keputusan di luar kotak pemikiran adalah tak beri pasukan tak berjaya ini daripada menyertai kejohanan di luar negara selagi tiada persiapan konkrit jangka panjang yang kemas sebab kita harap ada perubahan.\u201cTidak payah nak buka cerita itu dan ini, sebab apa kita kehilangan emas (Sukan SEA). Jangan buang masa terus buat persiapan untuk Sukan Asia. Itu lebih baik,\u201d katanya.Beliau juga berharap kontinjen Malaysia menghantar atlet terbaik pada Sukan Asia di China September kerana temasya itu bukan pentas untuk pendedahan sebaliknya ia adalah pentas besar atlet elit di rantau Asia.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 08:00am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259195/berita/sukan/konsert-coldplay-tak-boleh-ganggu-aksi-harimau-malaya", "article_title": "Konsert Coldplay tak boleh ganggu aksi Harimau Malaya", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak akan membenarkan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil mengganggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum itu.Menurut Hamidin, beliau akan memastikan insiden sama yang menyaksikan hanya 21,000 tempat duduk disediakan pada aksi separuh akhir Piala AFF menentang Thailand pada 7 Januari lalu kerana memberi laluan kepada persiapan untuk konsert Jay Chou tidak berulang lagi.\"Perkara ini sebenarnya saya telah bincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan juga dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi.\"Saya telah menyatakan pada menteri perkara ini dah kali kedua berlaku. Perkara ini tidak boleh berlaku lagi. Beliau setuju kerana kita telah maklumkan kontrak kita dengan PSM ini.\"Semuanya dalam FIFA kalendar dan juga kalau nak buat apa-apa, perlu maklumkan kepada kita. Jika tidak, lebih baik jangan ada kontrak dengan PSM, lebih baik kita pergi stadium lain,\" katanya.Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan sebarang tindakan seterusnya akan diambil apabila undian sudah berlangsung sekiranya Harimau Malaya perlu beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.\"Kita sudah buat beberapa persiapan untuk lihat kalau perlawanan berlangsung 21 November itu di Stadium Nasional.\"Konsert yang dibuat ini memang betul di luar kalendar FIFA, tetapi persiapan itu lima enam hari dan membuatkan sebahagian tidak boleh digunakan. Apa pun kita kena tunggu Julai untuk undian selain saya juga telah berbincang dengan AFC,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mei 2023 12:12am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259193/berita/sukan/azizulhasni-terus-gegar-velodrom-nasional", "article_title": "Azizulhasni terus gegar Velodrom Nasional", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus ghairah memburu kilauan emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023 selepas meraih pingat emas keduanya menerusi acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, Nilai pada Khamis.Pelumba yang digelar sebagai The Pocket Rocketman yang mewakili Terengganu itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba Selangor, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan pelumba Johor, Muhammad Ridwan Sahrom masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.Mengulas mengenai perlumbaan, atlet berusia 35 tahun itu berkata, prestasi yang dipamerkan memberi nafas lega buatnya kerana ia membuktikan dia masih mampu beraksi cemerlang meskipun mengalami kecederaan otot kaki kanan semasa menjalani latihan sebelum ini.\"Untuk kejohanan ini saya tak nak terlalu yakint, saya cuma buat satu per satu, daripada pusingan pertama semua okey, akhir cuma buat benda yang betul, tak nak berlaku kemalangan sebab kita banyak lagi perlumbaan,\" katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.Pemenang pingat perak keirin Olimpik 2020 itu berkata, dia bakal menumpukan untuk beraksi cemerlang pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa di Hong Kong yang bermula minggu depan.Katanya, kejohanan itu merupakan medan persediaan buatnya untuk Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di sini bagi kelayakan Sukan Olimpik Paris memandangkan pelumba dari Jepun, China dan New Zealand bakal turut serta di pentas Hong Kong kelak.\"Pada masa ini saya okey, saya akan tingkatkan secara perlahan-lahan, tengok prestasi kita di Hong Kong minggu depan kita terbang (ke Hong Kong),\" katanya.Sementara itu, bintang muda meningkat naik negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sekali lagi mencipta kejutan apabila merangkul emas kedua kejohanan terbabit dalam acara keirin.Pelumba berusia 20 tahun dari Kedah itu sekali lagi memperagakan kayuhan cemerlang meninggalkan pelumba berpengalaman Anis Amira Rosidi dari Perlis dan Nurul Alina Syafika Azlan dari Pulau Pinang yang hanya berpuas hati dengan tempat kedua dan ketiga.\"Semasa perlumbaan saya terpaksa tukar strategi sebab undian saya berada di belakang sekali, Anis Amira dah tinggalkan saya, tapi saya tak leka untuk pecut tinggalkan mereka,\"Sekarang prestasi saya dah setanding dengan Anis Amira, saya akan cuba kekalkan momentum saya untuk terus beraksi cemerlang di ACC dan Sukan Asia 2023 Hangzhou,\" katanya.Pada Selasa lalu, Azizulhasni dan Nurul Izzah turut memperoleh emas masing-masing dalam acara pecut elit lelaki dan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 11:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259189/berita/sukan/piala-sudirman-malaysia-buat-perhitungan-suku-akhir-dengan-denmark", "article_title": "Piala Sudirman: Malaysia buat perhitungan suku akhir dengan Denmark", "article_text": "MALAYSIA selaku juara Kumpulan C bakal berdepan naib juara Kumpulan A, Denmark pada aksi aksi suku akhir Piala Sudirman 2023 selepas selesai majlis undian di Suzhou, China sebentar tadi.Jika melepasi saingan suku akhir, skuad badminton negara dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara Korea Selatan atau Taiwan yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.Undian itu juga menyaksikan juara bertahan, China akan bertemu Indonesia, manakala Thailand yang muncul juara Kumpulan B menentang naib juara Kumpulan D, Jepun.Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia tampil cemerlang apabila apabila menang semua tiga perlawanan menentang Australia 5-0, India 5-0 dan Taiwan 4-1.Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Sudirman adalah mara sehingga separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 11:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259188/berita/sukan/pdrm-tewas-di-laman-sendiri-nsfc-naik-tiga-anak-tangga", "article_title": "PDRM tewas di laman sendiri, NSFC naik tiga anak tangga", "article_text": "[DIKEMAS KINI] HASRAT PDRM FC untuk mencipta sensasi di laman sendiri tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.Rentak kecemerlangan yang diteruskan NSFC menyaksikan skuad K Devan itu mendaki tiga anak tangga untuk berada di kedudukan keenam dengan memperoleh 16 mata keseluruhan selepas 11 perlawanan.Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seimbang, namun skuad Hobin Jang Hobin selaku pelawat terlebih dahulu membolosi gawang PDRM menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-41 yang menerima hantaran cantik daripada Levy Clement Madinda.Skuad anak didik Azzmi Ab Aziz beberapa kali mendapat peluang, namun buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan.Bersambung babak kedua, percaturan demi percaturan dilakukan jurulatih Sang Saka Biru termasuk menukar beberapa pemain membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Amirul Wa\u2019ie Ya\u2019cob pada minit terakhir perlawanan.Jaringan terbabit bagaimanapun tidak mematahkan semangat NSFC apabila meledak jaringan emas pada minit kecederaan melalui pemain simpanan yang dibawa keluar A. Selvan dan keputusan kekal 1-2 sehingga wisel penamat ditiupkan.Keputusan terbabit menjadikan PDRM turun satu anak tangga di kedudukan ke-10 dalam carta Liga Super musim ini.Ahad lepas, NSFC kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 10:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259181/berita/sukan/kbs-pertimbang-sepak-takraw-kembali-dalam-sukan-teras---hannah", "article_title": "KBS pertimbang sepak takraw kembali dalam sukan teras - Hannah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan sepak takraw kembali menjadi sebahagian daripada sukan teras berdasarkan prestasi sukan itu di Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.Menterinya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa melakukan proses penelitian terhadap kemudahan yang disediakan pihak kerajaan serta mengadakan lebih banyak sesi taklimat umum bersama penggiat sukan itu bagi bertukar pandangan mendapatkan maklumat yang diperlukan.\"Hasrat sepak takraw dijadikan sukan teras, (KBS) kena adakan perbincangan selepas melihat prestasi sukan SEA dan bedah siasat akan dilakukan.Sukan (sepak takraw) mampu bagi pingat kepada kita dan sangat popular di mana kita perlu bagi semangat kepada mereka dan (isu sukan teras ini) akan menjadi satu keutamaan perbincangan ini di KBS,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.STL akan berlangsung mulai Jumaat depan (26 Mei) hingga 5 Ogos ini di Kuala Kangsar, Perak.Skuad sepak takraw kebangsaan telah memenangi empat pingat perak dan empat pingat gangsa pada temasya dwitahunan yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.Sebagai rekod, sepak takraw bersama angkat berat dan taekwondo adalah tiga sukan digugurkan Majlis Sukan Negara (MSN) daripada senarai sukan teras negara pada 2017, berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan peningkatan berdasarkan semakan semula, termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan itu sejak 2007. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 08:50pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259138/berita/sukan/jdt-sambar-muhammad-aqil", "article_title": "JDT sambar Muhammad Aqil", "article_text": "KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim telah mengumumkan menandatangani pemain muda berbakat dari Terengganu, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi.Perkara itu diumumkan JDT dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu pada Khamis.Sebelum ini, video Muhammad Aqil bermain bola sepak tular di media sosial yang menampilkan aksinya yang cukup tenang dan lincah mengawal bola berhadapan dengan pemain yang lebih berusia.Muhammad Aqil\"Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim telah menandatangani pemain muda berusia 13 tahun, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi dari Terengganu.\"Remaja tersebut akan menyertai Akademi JDT. Akademi JDT adalah satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan. Luaskan Kuasamu Johor,\" kata JDT dalam satu kenyataan pada Khamis.Difahamkan, Muhammad Aqil merupakan anak kepada lagenda futsal Terengganu, Shamsul Aswadi dan pernah menjalani latihan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 04:50pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259135/berita/sukan/fam-ada-strategi-di-piala-asia", "article_title": "FAM ada strategi di Piala Asia", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai strategi tersendiri untuk cuba mendapatkan mata selepas diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E di Piala Asia, Qatar yang berlangsung awal tahun depan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, skuad negara menyasarkan untuk mencuri mata berdepan Jordan dan Bahrain sekali gus tidak hanya menjadi pasukan pelengkap dan pulang dengan tangan kosong di kejohanan bola sepak tertinggi Asia itu.\"Kalau kita lihat undian, kita akan bertemu dengan Jordan dahulu kemudian Bahrain dan Korea Selatan. Sudah tentu harapan saya dan FAM untuk membawa mata balik kerana kita dah lama tak masuk pusingan akhir Piala Asia ini.\"Tetapi, kita perlu berhati-hati kerana pasukan yang ada ini adalah pasukan terbaik di Asia. Kalau kita tengok Korea ini bukan terbaik dalam Asia, tetapi mereka dah tahap Piala Dunia.\"Saya harap kita akan dapat persiapkan pasukan ini dengan baik dan Harimau Malaya dapat buat yang terbaik terutama melawan Jordan dan Bahrain walauapun kita tahu ranking mereka lebih tinggi daripada kita.\"Harapan kita dapat mata, tidak kosong untuk bawa balik Malaysia. Tetapi, kalau dapat layak ke pusingan 16 terbaik itu memang bagus,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Hari Raya FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Dalam pada itu, Hamidin menjelaskan persiapan rapi telah diatur membabitkan perlawanan persahabatan dengan pasukan berkualiti sekali gus menyediakan pasukan negara sebelum kejohanan bermula.\"Sekarang ini, persiapan adalah yang paling mustahak menentang Kepulauan Solomon (pada 14 Jun) dan menentang Yaman pada 20 Jun. Selepas itu, mungkin pada September kita akan pergi ke China dan satu lagi negara yang akan disahkan kemudian.\"Kemudian untuk Pestabola Merdeka kita akan main lagi dengan Palestin, India dan Lubnan. Seterusnya kita ada kelayakan Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia pada bulan november.\"Saya rasa setiap satu atau dua bulan ada perlawanan, ia adalah satu persiapan yang cantik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 04:28pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259117/berita/sukan/saya-dan-fam-sudah-tentu-kecewa", "article_title": "'Saya dan FAM sudah tentu kecewa'", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.Menurutnya, FAM akan menunggu laporan yang akan dikemukakan oleh pengendali B-22 negara, E Elavarasan dan barisan teknikal pasukan berhubung prestasi pasukan dan kegagalan memenuhi sasaran layak ke perlawanan akhir di temasya dwitahunan itu.\"Saya dan FAM dah tentu kecewa. Namun, kalau kita lihat ini kali pertama Elavarasan membawa pasukan B-22 ke Sukan SEA.\"Jadi, kita perlu melihat laporan daripada beliau dan barisan teknikal untuk pihak Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat penilaian,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Hari Raya FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Skuad B-22 negara gagal memenuhi sasaran untuk layak ke perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja selepas terkandas di saingan peringkat kumpulan.Harimau Muda menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk bola sepak Sukan SEA ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu perak manakala kali terakhir meraih emas adalah di Indonesia pada 2011.Dalam pada itu, Hamidin menjelaskan laporan daripada Elavarasan dan barisan teknikal pasukan akan siap pada minggu depan dan sebarang langkah akan diambil selepas menilai laporan tersebut.\"Kita akan tengok secara keseluruhan laporan tersebut. Coach Elavarasan ada dua lagi kejohanan B-23 iaitu AFF B-23 dan juga Kelayakan AFC yang akan diadakan minggu depan.\"Selain itu skuad negara juga akan ada kelayakan pusingan akhir ke Sukan Olimpik pada bulan September ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 03:16pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259102/berita/sukan/jangan-anggap-mudah-lawan-kelantan---nafuzi", "article_title": "Jangan anggap mudah lawan Kelantan - Nafuzi", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak memandang rendah keupayaan Kelantan FC apabila menerima kunjungan pasukan tersebut pada aksi ke-11 Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Pengendalinya, Nafuzi Zain mengingatkan pemain Sang Kenari agar berwaspada dengan The Red Warriors (TRW) kerana kejutan boleh berlaku pada perlawanan tersebut jika mereka leka.Menurutnya, KDA FC perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan mahu momentum kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC pada 28 April lalu diteruskan oleh anak buahnya.\"Kita tidak boleh anggap mudah berdasarkan kedudukan Kelantan ketika ini kerana mereka juga memiliki kekuatan tersendiri malah mampu melakukan kejutan.\"Jika kita pandang mudah dan leka, kita boleh dihukum. Jadi, kita perlu beri aksi yang terbaik seperti apa yang dirancangkan dan perlu elak daripada melakukan kesilapan mudah,\" katanya yang mengulas persiapan KDA FC menjelang aksi liga Super pada malam Jumaat.Nafuzi berkata, walaupun Kelantan FC berada di dasar liga, pasukannya masih tetap perlu memberikan segala-galanya untuk memastikan tiga mata berjaya diraih.Pasukan dari utara tanah air ini kini berada pada kedudukan kelima liga super dengan mengumpul 19 mata selepas enam kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.Kelantan FC pula menghuni tangga ke-13 liga super selepas hanya sekadar mengumpul empat mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 01:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259099/berita/sukan/jangka-hayat-panjang-kane-bersama-spurs", "article_title": "Jangka hayat panjang Kane bersama Spurs", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur optimis pemain sensasi, Harry Kane akan menjalani kerjaya yang panjang bersama kelab itu di sebalik spekulasi dia akan berpindah ke kelab lain musim depan.Mabbutt yang juga duta kelab, berkata, Tottenham akan melakukan apa saja yang mampu bagi memastikan penyerang prolifik mereka itu kekal ketika kontraknya hanya berbaki setahun lagi.\u201cKami akan lakukan apa saja yang termampu untuk Harry kekal sebagai pemain Spurs sepanjang kerjayanya.\u201cJadi itulah yang diharapkan dan kami percaya itu yang sedang berlaku,\u201d ujar Mabbutt yang juga duta kelab.Pemain berusia 29 tahun itu sudah menjaringkan 27 gol musim ini, berada di kedudukan kedua di belakang penyerang Manchester City, Erling Haaland.Bagaimanapun, dengan Tottenham berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan terkeluar daripada pemburuan tiket ke saingan Liga Juara-Juara, Kane dikaitkan akan berpindah pada musim panas ini ke Manchester United atau Paris Saint-Germain.Spurs ketika ini dibimbing pengurus ketiga musim ini, Ryan Mason dan Kane secara terbuka mengkritik budaya kelab itu sejak pemecatan Mauricio Pochettino yang membawa mereka mara ke final Liga Juara-Juara 2019.Bagaimanapun Mabbutt yang menjulang Piala FA sebagai kapten Spurs pada 1991 menegaskan pergolakan itu tidak akan menyebabkan jurulatih terkemuka enggan mengambil peranan membimbing kelab berkenaan.\u201cSemua jurulatih terkemuka mahukan jawatan itu. Menjadi pengurus Spurs adalah peranan yang besar bagi mana-mana pengurus,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 01:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259097/berita/sukan/skuad-lebuh-raya-berpeluang-ke-sukan-asia", "article_title": "Skuad lebuh raya berpeluang ke Sukan Asia", "article_text": "SKUAD lebuh raya elit lelaki yang meraih pingat emas menerusi acara lepas beramai-ramai di Sukan SEA 2023 di Siam Reap, Kemboja Jumaat lalu berpeluang untuk bertanding secara automatik ke Sukan Asia 2023 di Huangzhou, China.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan badan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan syarat wajib cemerlang di Kejohanan Lumba Basikal (Lebuh raya) Asia (ACC) 2023 di Thailand 7 hingga 13 Jun.\u201cSkuad elit lelaki hampir memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PKBM dan MOM. Perkara ini (kemungkinan bertanding di Sukan Asia 2023) telah dibincangkan pada mesyuarat Exco Selasa lalu.\u201cMereka menang emas Sukan SEA. Kini PKBM dan MOM mahu mereka cemerlang di ACC Lebuh Raya di Thailand bulan depan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Setakat ini Setiausaha Agung PKBM, Arif Astaman dinamakan sebagai pengurus pasukan bagi acara trek Sukan Asia 2023.Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan mesyuarat Exco Selasa lalu memberi penghormatan kepada semua pihak khususnya pelumba kelab benua yang bekerja keras untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA.\u201cKami menghargai sumbangan yang diberikan oleh pelumba dan jurulatih dari TSG (Terengganu Cycling Team) dan Sapura (Sapura Cycling Team).\"Bukan mudah untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA kerana Indonesia, Thailand dan Filipina turut memiliki pelumba kelab benua yang sangat kuat,\u201d katanya.Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan PKBM akan terus menagih kudrat pelumba dan jurulatih TSG serta Sapura bagi menguatkan penampilan skuad lebuh raya lelaki Malaysia ke ACC Lebuhraya dan Sukan Asia di Huangzhou sekiranya layak nanti.Bagaimanapun sekiranya layak, Abu Samah percaya laluan getir tetap menunggu skuad lebuh raya elit lelaki kerana Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong memiliki barisan pelumba profesional ternama.\u201cMalaysia sudah lama tidak bertanding di peringkat Sukan Asia. Jadi sekiranya mereka berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk ke Sukan Asia di Huangzhou, kita perlukan satu persiapan sangat rapi kerana bakal menentang pelumba Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong,\u201d katanya.Berdasarkan prestasi di Sukan SEA lalu, Malaysia dilihat mampu untuk memberi cabaran bermakna sekiranya menurunkan barisan terkuat termasuk pemenang pingat emas di Kemboja Nur Amirul Fakhruddin Mazuki di ACC Lebuhraya 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 01:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259083/berita/sukan/ancelotti-puji-city-lebih-bagus", "article_title": "Ancelotti puji City lebih bagus", "article_text": "CARLO Ancelotti mengangkat bendera putih dan mengakui Real Madrid ditewaskan skuad lebih baik apabila dibelasah 0-4 oleh Manchester City yang melengkapkan kekalahan agregat 1-5 pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.The Citizens yang ditewaskan Real pada peringkat sama musim lepas melunaskan dendam menerusi persembahan hebat di hadapan penyokong sendiri dengan ketangkasan penjaga gol Real, Thibaut Courtois mengelak kekalahan lebih besar pasukannya.\u201cMereka beraksi lebih baik daripada kami dan berhak menang.\u201cMereka mengasak dan menekan sejak awal sehingga kami sukar menguasai bola, membolehkan mereka berjaya mendahului dua gol.\u201cSelepas itu, sukar untuk kami kembali dalam perlawanan. Kami berusaha pada babak kedua tetapi tetap sukar,\u201d ujar Ancelotti.Ancelotti mengakui ia malam mengecewakan tetapi masih terlalu awal untuk menganalisa kekalahan.\u201cKekalahan ini sangat melukakan tetapi ia boleh berlaku. Kami mara ke separuh akhir menentang lawan kuat. Mereka beraksi lebih bagus. Kami perlu belajar dan untuk musim depan, kami perlu melakukannya lebih baik,\u201d katanya.Setahun selepas meraih gelaran berganda dengan menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara serta muncul pengurus pertama meraih semua lima gelaran liga utama Eropah, Ancelotti kini hanya mampu menamatkan kempen dengan Piala Sepanyol dan Piala Dunia Kelab FIFA.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259081/berita/sukan/manchester-united-minat-dapatkan-mane", "article_title": "Manchester United minat dapatkan Mane", "article_text": "MANCHESTER United dilaporkan berminat untuk menandatangani Sadio Mane pada musim panas ini, namun bakal mendapat persaingan daripada Newcastle.Bekas pemain sayap Liverpool itu dijangka meninggalkan Bayern Munich selepas hanya semusim bersama gergasi Bundesliga itu.Bayern dilaporkan mahu melepaskan Mane susulan masalah yang ditimbulkan pemain itu, dakwa Sky Sports di Jerman.Pemain antarabangsa Senegal itu menumbuk rakan sepasukan Leroy Sane selepas tamat aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester City dan dia digantung satu perlawanan serta denda 250,000 pound (RM1.41 juta).Mane sepatutnya mendapat bayaran 17.4 juta pound (RM98.20 juta) setahun, bermakna tidak banyak kelab mampu memilikinya.Bagaimanapun bukan halangan kepada United yang mahu menambah bisa di bahagian serangan Red Devils.Sebelum menyertai Liverpool pada 2016, pemain berusia 31 tahun itu pernah meluahkan hasrat untuk berhijrah ke Old Trafford dan minat itu membuka peluang kepadanya kembali beraksi di England.Dalam pada itu, Newcastle turut mengintai kelibat Mane ketika pengurusnya, Eddie Howe mahu memiliki lebih banyak pilihan di bahagian serangan dengan tiket Liga Juara-Juara semakin hampir dalam genggaman.Chelsea juga dilaporkan memantau situasi Mane tetapi mereka sudah pun memiliki beberapa pemain sayap, manakala kepulangan ke Anfield tidak mungkin berlaku selepas Jurgen Klopp menandatangani Cody Gakpo dan Darwin Nunez selepas perpindahannya.Di luar kancah Liga Perdana Inggeris, Mane mungkin boleh menyertai Barcelona tetapi perlu berdepan pemotongan gaji susulan masalah kewangan dihadapi juara La Liga itu.Kelab dari Arab Saudi antara destinasi baharu boleh dituju Mane ketika mereka mahu menambah lebih ramai pemain berprofil tinggi di liga mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 12:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259066/berita/sukan/beri-tumpuan-kepada-potensi-sukan-sumbang-pingat-emas", "article_title": "Beri tumpuan kepada potensi sukan sumbang pingat emas", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mengatur strategi terbaik dengan menilai semula beberapa sukan berpotensi menyumbang lebih banyak pingat dalam temasya yang akan disertai pada masa hadapan.Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, langkah tersebut termasuk menambah peruntukan kewangan dan menghantar atlet berpotensi untuk berlatih di luar negara serta merangka program latihan intensif lebih baik.\u201cIni bukan bermakna agensi yang bertanggungjawab meminggirkan sukan yang lain, tetapi perlu meningkatkan kualiti atlet berpotensi menyumbang pingat emas buat negara.\u201cPersatuan sukan di negara ini perlu memberikan maklumat yang tepat kepada KBS, MSN dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mengelak sasaran yang diletakkan dalam mana-mana kejohanan lebih bersifat \u2018syok sendiri\u2019 dan gagal direalisasikan oleh atlet,\u201d ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, kegagalan atlet Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 tidak wajar diletakkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim sepenuhnya berikutan atlet negara hanya membawa pulang 34 pingat emas berbanding 40 emas yang disasarkan.Menurutnya, pencapaian atlet Malaysia tidak gagal walaupun kurang menepati sasaran, namun atlet muda yang dihantar dilihat berjaya melakar kejutan dan menempa kejayaan termasuk memecahkan rekod kebangsaan.\u201cSasaran yang diletakkan persatuan sukan juga perlu realistik dengan kemampuan atlet masing-masing dan bukan hanya \u2018gah\u2019 dengan sasaran, namun bergelut untuk menunaikan apa yang ditetapkan apabila memasuki kejohanan sehingga menjejaskan imej negara.\u201cPendedahan kepada barisan atlet muda dan kejayaan yang dicapai mereka juga merupakan persiapan terbaik menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2027.\u201c65 peratus atlet membuat penampilan pertama di Sukan SEA sekali gus membuktikan kita sebenarnya berani memberi peluang kepada atlet muda yang bakal menjadi aset sukan negara pada masa hadapan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 10:32am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259059/berita/sukan/milner-sah-tinggalkan-liverpool", "article_title": "Milner sah tinggalkan Liverpool", "article_text": "KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengesahkan James Milner akan meninggalkan pasukan itu apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.Selain Milner, Roberto Firmino, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain juga disahkan tidak akan disambung kontrak di kelab tersebut.\"Kami boleh mengesahkan Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan kelab selepas tamat kontrak musim panas ini.\"Pengiktirafan khas akan diberikan kepada mereka di Anfield dan penghormatan selanjutnya akan menyusul pada penghujung musim,\" kata kelab itu dalam satu kenyataan.Milner, 37, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Brighton atau Leeds United selepas lapan tahun berkhidmat di Anfield.Dia membuat penampilan di EPL untuk Leeds ketika berusia 16 tahun pada 2002 dan pernah berkhidmat di Newcastle, Aston Villa dan Manchester City sebelum menyertai Liverpool pada 2015.Pemain tengah itu melakukan 617 penampilan di EPL dan berada di belakang Gareth Barry (652) dan Ryan Giggs (632) dalam senarai penampilan terbanyak liga itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259056/berita/sukan/city-singkir-real-jumpa-inter-di-final-liga-juara-juara", "article_title": "City singkir Real, jumpa Inter di final Liga Juara-Juara", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kelab itu cukup sempurna apabila diperkuatkan elemen ketenangan dan ketegangan ketika menyingkirkan Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.Juara Liga Perdana Inggeris itu dalam misi pemburuan trofi paling berprestij kelab Eropah buat kali pertama menyingkirkan juara bertahan tersebut 4-0 dengan aksi luar biasa untuk memastikan kemenangan agregat 5-1 sekali gus mengesahkan slot final menentang kelab Serie A, Inter Milan.\"Saya mempunyai perasaan pada hari-hari terakhir ini bahawa kami mempunyai gabungan ketenangan dan ketegangan untuk bermain dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.\"Dan selepas 10 atau 15 minit, saya mempunyai perasaan bahawa semua kesakitan yang kami harungi musim lalu berdepan Real Madrid ibarat kami terpaksa menelan racun dijelmakan dengan keputusan perlawanan ini,\" kata Guardiola.Sebagai rekod, Real Madrid menumbangkan Manchester City 12 bulan lalu dengan agregat 6-5 selepas kebangkitan lewat yang luar biasa gergasi La Liga itu.\"Dalam sukan, jelas sekali anda mempunyai peluang lagi dan apabila undian adalah Madrid, saya berkata ya, saya mahukannya,\" kata Guardiola.Di Stadium Etihad, Real Madrid tiba dengan sejarah sebagai pemegang gelaran dan rekod juara Eropah 14 kali.Namun Manchester City, disokong 23 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, tidak tewas dalam 26 perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Etihad.Dalam perlawanan itu, Bernardo Silva meledak dua gol minit ke-23 dan 37, disusuli Manuel Akanji (m-76) sebelum sentuhan minit ke-91 oleh Juli\u00e1n \u00c1lvarez melengkapkan kemenangan bergaya Manchester City.\"Sejujurnya malam ini jauh, lebih baik. Saya tidak tahu kenapa, anda terhidu bahawa pasukan itu sudah bersedia untuk bersaing pada tahap yang mereka saingi hari ini,\u201d kata Guardiola.Kejayaan Manchester City itu menyaksikan The Citizens berpeluang merangkul kejuaraan treble ketika mereka menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA pada 3 Jun dan memenangi Liga Perdana Inggeris.\"Kami lebih dekat...Musim ini benar-benar bagus, apa yang telah kami lakukan sebenarnya. Keseronokan, kegembiraan, betapa kami berseronok musim ini berulang kali. Kami menggembirakan penyokong-penyokong Manchester City, di seluruh dunia menonton kami, mereka melihat pasukan yang bagus bermain. Ini adalah pujian terbesar,\" kata GuardiolaGuardiola berkata, pemain, kakitangan dan keluarga akan berkumpul untuk sarapan pagi pasukan sebelum menikmati hari cuti pada Jumaat diikuti persiapan terakhir untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.Kemenangan ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul pada 10 Jun akan menjamin satu trofi yang diidamkan Sheikh Mansour dari Abu Dhabi sejak membeli City pada 2008, selepas tewas kepada Chelsea dua tahun lalu dalam satu-satunya penampilan mereka di final sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 08:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259052/berita/sukan/selamat-tinggal-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Selamat tinggal Sukan SEA Kemboja!", "article_text": "SELEPAS menempuh cabaran selama 11 hari pertandingan, ketabalan, drama dan emosi oleh atlet rantau ASEAN, Sukan SEA Kemboja 2023 akhirnya dengan rasminya ditutup dengan persembahan penuh berwarna warni dan bertenaga di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini, malam tadi.Hujan lebat beberapa jam sebelum majlis bermula pasti tidak menjejaskan kemeriahan pesta yang menampilkan persembahan cahaya, esan visual, bunyi, bunga api dan lebih penting lagi, budaya Kemboja.Sejumlah 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan majlis penutup temasya edisi ke-32 yang buat julung kali dianjurkan oleh negara itu.Persembahan itu dimulakan dengan persembahan muzikal bertema 'See You Again' oleh barisan penyanyi tersohor negara itu dan penari tempatan diikuti dengan persembahan seni mempertahankan diri yang menakjubkan dalam segmen 'The Great Soul of Kun Bokator'.Persembahan istimewa disajikan kepada para penonton sempena acara penutup Sukan SEA 2023 Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo pada Rabu. - Foto BernamaKun Bokator ialah seni mempertahankan diri tradisional Khmer (Kemboja) sejak zaman purba yang melibatkan pelbagai gerakan tangan serta lutut dan disenaraikan sebagai salah satu acara sukan pertama kali diperkenalkan dalam sukan dwitahunan ituPerarakan masuk maskot, pegawai kontinjen, 1,000 atlet dan 2,000 sukarelawan yang berkerja tanpa jemu untuk memastikan kelancaran temasya sukan itu disambut dengan sorakan daripada penonton.Penonton kemudian dihiburkan dengan tayangan video memaparkan sorotan aksi sepanjang temasya itu termasuk penampilan khas alet kebangsaan Kemboja, Bou Sammang, yang menuju ke tengah padang, diiringi tepukan gemuruh daripada penonton.Suasana meriah dapat disaksikan pada acara penutup Sukan SEA 2023 Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo pada Rabu. - Foto BernamaWalaupun menduduki tempat terakhir, Sammang memenangi hati peminat sukan tempatan dan antarabangsa apabila beliau meneruskan lariannya dalam hujan semasa perlumbaan 5,000 meter (m) wanita pada 8 Mei lalu.Timbalan Perdana Menteri, Tea Banh, kemudian naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah Atlet Terbaik Sukan SEA ke-32, kepada dua atlet wanita - perenang Singapura, Ting Wen Quah dan wakil vovinam Kemboja, Pal Choraksmey atas pencapaian luar biasa di temasya kali ini.Wen Quah merangkul enam pingat emas dan dua perak daripada kolam renang manakala Choraksmey memperoleh empat emas, satu perak dan satu gangsa.Perdana Menteri, Hun Sen, kemudian diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan mengisytiharkan penutupan secara rasminya temasya sukan yang bermula 5 Mei lalu.Semasa obor temasya dipadamkan di Phnom Penh, bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan Sukan SEA ke-32 diturunkan dengan iringi lagu SEAGF yang dinyanyikan oleh 64 orang kanak-kanak.Banh, mewakili Jawtankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) kemudian menyerahkan bendera itu kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand (NOCT), Jeneral Prawit Wongsuwon selaku tuan rumah edisi akan datang pada 2025.Gabenor pihak berkuasa sukan Thailand, Gongsak Yodmani (tiga, kanan) mengibarkan bendera rasmi Sukan Asia Tenggara sebagai simbolik Thailand sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-33. - Foto BernamaIa disusuli denngan persembahan kebudayaan daripada wakil Thailand membabitkan simbol budaya, jiwa dan identiti masyarakat negara Gajah Putih itu.Thailand akan menjadikan tuan rumah edisi ke-33 di tiga bandar utama negara itu, Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Dis, 2025.Vietnam mempertahankan gelaran juara keseluruhan carta kedudukan pingat di sini dengan mengumpul 136 emas, 105 perak dan 118 gangsa, selepas mengumpul 205-70-104 ketika menjadi tuan rumah edisi lepas di Hanoi pada 2021.Persembahan istimewa dari negara Thailand sebagai tuan rumah Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-33 akan datang di Stadium Nasional Morodok Techo. - Foto BernamaKemboja mencatatkan prestasi terbaik sepanjang tempoh penyertaan mereka pada temasya sukan dwitahunan itu apabila mengakhiri saingan di tempat keempat selepas mengutip 81 emas, 74 perak dan 127 gangsa.Malaysia, melalui detik hitam di edisi Kemboja apabila mencipta pencapaian terburuk dalam sejarah temasya sukan itu dengan kedudukan ketujuh serta gagal mencapai sasaran 40 emas.Malaysia hanya mampu mengumpul 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa. - BernamaBarisan atlet dari Malaysia berarak masuk pada acara penutup Sukan SEA 2023 Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo. - Foto Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mei 2023 07:29am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259029/berita/sukan/zii-jia-harap-terus-konsisten", "article_title": "Zii Jia harap terus konsisten", "article_text": "PERSEORANGAN lelaki negara, Lee Zii Jia berharap rentak positif yang dipamerkannya ketika ini dapat diteruskan sekali gus membantu pasukan badminton negara mara lebih jauh dalam kejohanan Piala Sudirman di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.Menurutnya, kejayaan menewaskan Chou Tien Chen 21-14, 23-21 untuk meraih mata kedua negara ketika kemenangan ke atas Taiwan dalam aksi Kumpulan C sememangnya memberikan semangat berganda buatnya.\"Empat pertemuan terakhir dengan Tien Chen saya kalah dan hari ini saya menang. Untuk pasukan memang saya sangat bangga dapat menyumbang mata penting naikkan semangat pasukan.\"Secara peribadi pula, ia satu 'break' untuk saya sebab sebelum ini empat pertemuan tak pernah menang. Saya harap akan kekal konsisten selepas ini,\" katanya.Zii Jia yang sebelum ini dikritik kerana berdepan kemerosotan prestasi tampil cemerlang untuk pasukan negara di Piala Sudirman apabila menang semua perlawanan menewaskan wakil Australia, Ricky Tan dan menumpaskan pemain India K Srikanth dalam aksi kumpulan.Dalam pada itu, Zii Jia turut menyifatkan kesabaran sebagai kunci untuknya meraih kemenangan ke atas Tien Chen.\"Saya rasa lebih kepada kesabaran untuk hadapi apa jua situasi jika dia kejar balik atau sebagainya. Saya bersabar dan ada sediki tuah hari ini.\"Untuk perlawanan ini juga, perasaan sangat berbeza dengan suasana yang buat saya sangat teruja.\"Saya mahu fokus dan naikkan semangat balik selain membantu pasukan negara dalam kejohanan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 07:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259030/berita/sukan/semua-pihak-perlu-lebih-matang", "article_title": "Semua pihak perlu lebih matang", "article_text": "PEMIKIRAN dan semangat semua segmen bola sepak di Kedah diharap dapat berubah selari dengan perubahan masa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang akan menjangkau usia 100 tahun penubuhannya pada 2024.Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua segmen antaranya pihak pengurusan, penaja, jurulatih, pemain dan penyokong perlu lebih matang dan positif demi membantu mengangkat kembali negeri Kedah di persada bola sepak tanah air.\"Bola sepak ini bukan lagi sukan untuk kesihatan tetapi ia telah berubah menjadi industri. Memang ada sisi positif dalam bola sepak ini tetapi sisi gelapnya lebih banyak dan itu yang membuatkan industri bola sepak negeri dan negara rosak.\"Tahun depan, genap 100 tahun KFA, banyak sejarah dan suka duka yang telah dilalui... jadi dengan pencapaian 100 tahun itu, saya berharap pemikiran dan semangat kita semua juga dapat berubah selari dengan perubahan masa ini,\" katanya semasa berucap pada Majlis Aidilfitri KFA pada Selasa.Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, sejak dilantik menjadi Presiden KFA pada 2020, banyak perubahan yang telah cuba dilakukannya termasuk menutup ruang-ruang kepada pihak yang berniat untuk mengambil kesempatan terhadap persatuan berkenaan.\"Saya tahu selok-belok dalam persatuan bola sepak... ini tempat untuk orang membina pengaruh dan membawa lari duit, jadi saya telah matikan, tutup semua ruang yang boleh ditembusi kerana ingin pastikan KFA bebas daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan bola sepak negeri.\"Menjangkau 100 tahun ini juga, kita telah berjaya mempunyai bangunan sendiri yang akan dinamakan sebagai 'House Of Kedah Football' dan ini akan menjadi mercu tanda kepada persatuan di samping meningkatkan lagi tadbir urus organisasi KFA demi pembangunan bola sepak di Kedah,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 07:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/259025/berita/sukan/mana-maruah-kita", "article_title": "'Mana maruah kita?'", "article_text": "TIRAI temasya Sukan SEA Kemboja 2023 secara rasmi ditutup malam ini, namun kontinjen Malaysia sudah boleh melupakan misi menggapai 40 pingat emas yang disasarkan pada edisi ke-32 kali ini.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, pencapaian buruk itu menggambarkan tahap kualiti sukan Malaysia di rantau Asia Tenggara berbanding Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.Menurutnya, Malaysia tidak sepatutnya berada di kedudukan pertengahan carta pingat bersandarkan kepada fasiliti dan kepakaran sukan terbaik, barisan kejurulatihan hebat serta atlet terlatih yang dimiliki.\u201cBanyak maklum balas yang menggambarkan pencapaian terburuk negara di Kemboja. Rakyat berpuluh juta, fasiliti baik, pusat latihan bagus dan kepakaran sukan, tetapi kita berada di kedudukan bawah. Mana maruah kita?\u201cBukan sukan semata-mata, tapi ia adalah maruah negara dan jati diri rakyat. Banyak elemen lain dalam sukan... perpaduan, semangat, kerjasama berpasukan dan kepakaran,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Berdasarkan pungutan pingat pada temasya Sukan SEA kali ini, kontinjen Malaysia dilihat hampir pasti berada berada di bawah kedudukan negara jiran lebih kecil, Singapura buat kali kedua berturut-turut.Pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan keenam dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa berbanding Singapura di tempat kelima (47 emas, 46 perak dan 73 gangsa).Pekan memberitahu, setiap pemegang taruh terlibat perlu menerima pencapaian buruk itu secara positif dengan tidak memberi alasan klise, sebaliknya merangka strategi terbaik untuk kembali bergelar gergasi di rantau ini.\u201cKita tidak mahu dengar alasan sama seperti rasa tak puas hati kepada tuan rumah, pengadil dan peraturan. Semua sudah tahu dan biasa alami di mana-mana Sukan SEA,\" ujarnya.Beliau berkata, beberapa langkah boleh dilakukan termasuk melakukan audit forensik bagi mencari punca kegagalan, menyediakan blueprint lengkap, transformasi fikiran, penstrukturan persatuan, latihan dan pertandingan.\u201cWalaupun hanya Sukan SEA kita tidak boleh pandang ringan, positif dan maju ke depan. Malaysia perlu jadi kuasa sukan di rantau ini. Persiapan perlu dilakukan lebih awal kerana dua tahun lagi Thailand jadi tuan rumah dan Malaysia pada 2027.\u201cPemilihan atlet juga perlu diberi perhatian kerana pada saya usia 23 tahun sepatutnya sudah menang emas. Hantar juga atlet bawah 20 tahun sebagai pendedahan awal pada Sukan SEA,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 07:15pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258973/berita/sukan/malaysia-benam-taiwan-muncul-juara-kumpulan-c", "article_title": "Malaysia benam Taiwan, muncul juara Kumpulan C", "article_text": "MALAYSIA meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan Taiwan 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C kejohanan Piala Sudirman di Pusat Sukan Olimpik Suzhou pada Rabu.Kemenangan itu menyaksikan Malaysia muncul juara Kumpulan C selepas turut menewaskan Australia dan India.Skuad badminton negara meraih mata pertama menerusi gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 17-21, 21-19 dan 21-17 dalam pertarungan selama 67 minit.Lee Zii Jia yang dilihat mula menemui sentuhannya kembali tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain di kedudukan kelima dunia, Chou Tien Chen 21-14, 23-21 untuk meraih mata kedua negara.Bagaimanapun, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur dengan kehebatan pemain di ranking ketiga dunia, Tai Tzu Ying selepas tewas straight set 21-8, 21-10 dalam tempoh 28 minit.Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memastikan mata ketiga negara selepas mudah menundukkan gandingan Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-8, 23-21.Gandingan beregu wanita negara turut cemerlang menghadiahkan mata keempat buat negara dengan kemenangan ke atas Hsu Ya Ching-Teng Chun Hsun 21-15, 19-21 dan 21-15.Aksi separuh akhir dijadualkan berlangsung pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 03:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258967/berita/sukan/sukan-sea-cdm-mohon-maaf-malaysia-gagal-capai-40-emas", "article_title": "Sukan SEA: CDM mohon maaf Malaysia gagal capai 40 emas", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya dwitahunan itu di sini.Mohd Nasir berkata, seramai 677 atlet yang menggalas cabaran Malaysia telah berjuang bersungguh-sungguh sekali gus menyifatkan keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa diraih kali ini adalah pencapaian terbaik yang boleh dihasilkan.\"Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya sasaran itu sesuatu yang diharap-harapkan dan kita tidak mencapai sasaran 40 emas tersebut.\"Tetapi jumlah 34 emas yang diraih adalah pingat yang berkualiti, saya yakin 34 emas ini akan terus dapat dipertingkatkan,\u201d katanya kepada media tempatan di sini.Jumlah 34 emas menyaksikan kontinjen Malaysia mencatat pencapaian terburuk sejak mengutip keseluruhan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.Namun, berdasarkan kedudukan carta pingat, Malaysia menamatkan saingan di posisi terburuk apabila menduduki tempat ketujuh buat kali pertama dalam sejarah Sukan SEA, selepas menghuni tangga keenam pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Mohd Nasir turut mengulangi pendiriannya bahawa 40 emas adalah sasaran realisitik.Katanya sasaran 40 emas yang ditetapkan itu tidak dibuat secara sambil lewa dan dimuktamadkan selepas tiga mesyuarat.\"Kita adakan tiga mesyuarat jadi ia (sasaran) bukan saat akhir punya kerja dan sasaran itu juga kita bincang dengan setiap persatuan, sebab itu selepas ini kita perlu kembali kepada persatuan dan minta penjelasan,\u201d katanya.Dalam pada itu, beliau tidak menganggap persiapan singkat sebagai faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian tersebut, biarpun mengakui terdapat beberapa sukan menghadapi masalah semasa tempoh persediaan.Tanpa mendedahkan identiti sukan berkenaan, beliau berkata sukan teras sememangnya telah bersedia lebih awal sementara ada antara sukan yang kurang popular tetap diberi peluang beraksi di sini meskipun persiapan yang singkat.Sementara itu, Mohd Nasir berkata, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan memberikan perincian mengenai prestasi dan pencapaian atlet di Sukan SEA 2023 pada sidang media rangkuman prestasi di Kuala Lumpur, Jumaat ini.\"Keputusan ini bukanlah bermakna pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MOM, MSN (Majlis Sukan Negara) ataupun ISN (Institut Sukan Negara) tidak mahu berdepan dengan media (di sini), cuma analisis terperinci terhadap prestasi kontinjen Malaysia perlu diperhalusi satu per satu,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 02:14pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258956/berita/sukan/juventus-pasukan-pilihan-tapi-sevilla-ada-kelebihan", "article_title": "Juventus pasukan pilihan, tapi Sevilla ada kelebihan", "article_text": "PEMAIN tengah Sevilla, Fernando Reges menyifatkan Juventus sebagai pasukan pilihan namun percaya kelab Sepanyol itu mampu menghadirkan kejutan berbekalkan sorakan penyokong sendiri dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa pada Jumaat.Reges berkata, sokongan penyokong di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan merupakan kelebihan dimiliki Sevilla selepas aksi separuh akhir pertama di Turin berakhir seri 1-1 minggu lalu.\"Juventus adalah pasukan pilihan dalam perlawanan itu nanti. Mereka lebih kuat berbanding kami dan mampu menyamakan kedudukan pada aksi pertama dengan hanya satu peluang.\"Saya yakin mereka tidak akan memberikan banyak peluang kepada kami dalam perlawanan ini.\"Bermain di laman sendiri merupakan kelebihan kami. Kami akan bermain dan menekan lawan seterusnya berusaha menunjukkan aksi luar biasa demi para penyokong,\" katanya.Dalam pada itu, Reges turut berharap Sevilla mampu menggunakan faktor rekod cemerlang di Liga Europa dengan enam kejuaraan yang telah diraih mereka sebelum ini.\"Jurulatih (Jose Luis Mendilibar) memberikan keyakinan bahawa kami mampu untuk melangkah ke final. Kehadirannya menyelamatkan musim kami dan kini kami berpeluang kembali ke final Liga Europa.\"Selain itu, dia juga mampu mengembalikan prestasi pemain yang merosot dan kini semua pemain ada peranan penting dalam pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 01:49pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258914/berita/sukan/ronaldo-hidupkan-peluang-al-nassr", "article_title": "Ronaldo hidupkan peluang Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo menghidupkan semula harapan tipis Al-Nassr untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi pada musim pertamanya di kelab itu selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta'ee pada Rabu.Ronaldo meletakkan Al Nassr di hadapan menerusi sepakan penalti tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula dan pemain Brazil, Talisca menjaringkan gol kedua sepuluh minit sebelum perlawanan ditamatkan.Dalam pada itu, pendahulu liga Al-Ittihad gagal memanfaatkan kelebihan dua gol untuk seri 2-2 dengan Al-Hilal sekali gus mengurangkan jurang dengan Al Nassr kepada tiga mata berbaki tiga aksi lagi.Al-Ittihad mendahului menerusi Igor Coronado dan Ahmed Bamsoud pada separuh masa pertama tetapi Musab Aljuwayr mengurangkan defisit empat minit sebelum rehat.Percubaan silang Musab kelihatan ditampan oleh penjaga gol Al-Ittihad, Marcelo Grohe dan permainan diteruskan selama lebih seminit sebelum Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bahawa bola sebenarnya telah melepasi garisan gol.VAR sekali lagi memainkan peranan pada masa kecederaan penghujung perlawanan apabila sepakan penyerang Al-Hilal, Michael diselamatkan oleh pemain pertahanan Ahmed Hegazy namun VAR sekali lagi mengesahkan bahawa bola telah masuk terlebih dahulu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 11:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258923/berita/sukan/prestasi-skuad-muda-membimbangkan-apa-lagi-seterusnya", "article_title": "Prestasi skuad muda membimbangkan, apa lagi seterusnya?", "article_text": "IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.Demikian perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan prestasi hambar skuad badminton negara pada temasya Sukan SEA 2023 yang melabuhkan tirainya pada Rabu.Kekalahan memalukan kepada Filipina dialami skuad wanita kebangsaan dalam acara berpasukan pada peringkat suku akhir dengan keputusan 3-0 seolah-olah memberi petanda bahawa temasya kali ini akan mengundang 'bencana' kepada kem badminton negara di sini.Ternyata, sangkaan itu tidak meleset sama sekali apabila skuad badminton gagal menepati sasaran membawa pulang satu pingat emas diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum temasya dwitahunan itu berlangsung.Malaysia sebaliknya merangkul dua perak menerusi acara berpasukan lelaki dan gandingan beregu campuran - Yap Roy King-Cheng Su Yin - serta empat pingat gangsa oleh perseorangan lelaki - Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang - selain beregu wanita Su Yin-Cheng Su Hui dan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan.Pencapaian buruk skuad negara kali ini sekali gus mengulangi pencapaian pada edisi 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia, apabila mereka hanya memenangi satu perak menerusi acara berpasukan lelaki dan dua gangsa daripada acara berpasukan wanita dan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah.Pengurus pasukan badminton kebangsaan, Mohd Taupik Hussain ketika ditemui mengakui kegagalan skuad wanita dalam acara berpasukan di sini selepas dikejutkan Filipina, minggu lepas.Justeru, Mohd Taupik yang akan membentangkan laporan prestasi para pemain negara sejurus pulang ke Malaysia juga tidak menolak kemungkinan bahawa rombakan akan berlaku dalam kem badminton wanita kebangsaan susulan persembahan merudum dipamerkan dalam acara berpasukan di Dewan Badminton Morodok Techo.Di sebalik aksi mengecewakan acara berpasukan di Kemboja, beliau memuji persembahan para pemain wanita dalam acara individu khususnya Su Yin-Su Hui dan Xin Jie-Yeen Yuan yang berjaya membutirkan gangsa sekali gus dapat mengubati sedikit luka yang sememangnya \"memedihkan\u201d bagi mereka di sini.Bukan itu sahaja, beliau juga berbangga dengan prestasi dilakar pasukan lelaki kebangsaan apabila mereka tetap memberikan tentangan sengit biarpun tewas kepada sang juara, Indonesia 1-3 di pentas final, Khamis lepas serta pasangan beregu campuran, Roy King-Su Yin.Walaupun baru digandingkan pada saat akhir menjelang Sukan SEA 2023, Roy King-Su Yin ternyata mempamerkan persembahan terpuji apabila dapat memberi tentangan sengit kepada pilihan utama dan pasangan ke-10 dunia dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati sebelum tumpas 22-20, 8-21, 16-21.\"Mereka telah berikan persembahan baik, namun apakan daya tuah bukan bersama kita,\u201d katanya ketika mengulas mengenai prestasi pasukan badminton lelaki dan Roy King-Su Yin.Selain kualiti permainan yang perlu dipertingkatkan, aspek mental dan psikologi pemain juga seharusnya dititikberatkan lagi bagi memastikan mereka dapat beraksi dengan lebih tenang di atas gelanggang.Ini dapat dilihat bahawa terdapat pemain negara yang mudah \"koyak\u201d pada saat-saat genting sekali gus menyebabkan hilang fokus dan menjejaskan prestasi mereka sehinggakan tumbang kepada pemain yang jauh lebih rendah daripada ranking mereka.Tidak dinafikan, pemain mungkin telah bermain sehabis baik, namun barisan kejurulatihan serta pengurusan tertinggi BAM juga perlu bertanggungjawab terhadap episod suram di Kemboja.Satu perubahan radikal wajar diambil kerana standard pemain negara dengan musuh tradisi Indonesia yang turut menampilkan skuad muda agak merungsingkan, malah jika pihak terlibat terus leka, tidak mengejutkan jika Vietnam dan Filipina pula mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain badminton negara pada masa depan.Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai baru-baru ini wajar dipuji kerana beliau sendiri mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan skuad badminton wanita biarpun Sukan SEA 2023 masih berlangsung ketika itu.Malah, peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti apakah akan ada tindakan selanjutnya daripada BAM yang mampu menyelamatkan kembali maruah skuad badminton kebangsaan di pentas dunia.Lebih menyedihkan, kegagalan skuad badminton negara di Kemboja merupakan satu daripada detik hitam kontinjen negara yang mencatatkan pencapaian teruk dalam sejarah Sukan SEA di sini.Malaysia menutup kempen di Phnom Penh dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas ditetapkan apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan di belakang Kemboja, Filipina dan Singapura.Pada hari semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara kali ini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam tahun lepas yang menyaksikan mereka berada pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 10:59am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258911/berita/sukan/sheikh-jassim-tingkatkan-nilai-tawaran-beli-united", "article_title": "Sheikh Jassim tingkatkan nilai tawaran beli United", "article_text": "PENGERUSI Qatar Islamic Bank, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani telah mengemukakan tawaran yang lebih baik untuk membeli Manchester United daripada keluarga Glazer.Sheikh Jassim sedang bersaing dengan jutawan British, Jim Ratcliffe selepas mereka muncul sebagai pesaing utama untuk membeli pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Ratcliffe dilihat mendahului Sheikh Jassim untuk mendapatkan kelab itu apabila pusingan ketiga bidaan ditutup bulan lepas.Pengasas syarikat kimia INEOS itu yang juga peminat United sejak zaman kanak-kanak dilaporkan meletakkan harga yang lebih tinggi ke atas kelab itu kerana dia mahu mendapatkan pegangan majoriti.Bagaimanapun, bidaannya yang bakal membenarkan pengerusi bersama eksekutif Avram dan Joel Glazer kekal melabur dalam Red Devils merupakan satu langkah yang amat tidak disenangi penyokong.Sebaliknya, tawaran Sheikh Jassim adalah untuk menguasai 100 peratus kelab dan berjanji untuk menghapuskan hutang United sebanyak \u00a3970 juta (RM5.465 bilion).Keluarga Glazers yang gagal memenangi hati penyokong sejak mereka membebani kelab dengan hutang dalam pengambilalihan berleveraj \u00a3790 juta (RM4.451 bilion) pada 2005, akan mendapat untung besar selepas menawarkan peluang pelaburan pada November.Bagaimanapun, mereka dilaporkan tetap mahu menjual kelab itu dengan harga rekod dunia \u00a36 bilion (RM33.81 bilion) sebelum mereka bersetuju untuk menjual kepada mana-mana individu yang bersetuju dengan harga itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 10:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258902/berita/sukan/inzaghi-tidak-ragui-keupayaan-inter", "article_title": "Inzaghi tidak ragui keupayaan Inter", "article_text": "PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi menegaskan tidak pernah meragui bahawa pasukannya boleh mara ke final Liga Juara-Juara selepas melengkapkan kemenangan agregat 3-0 yang memberangsangkan ke atas saingan AC Milan di San Siro, pada Rabu.Sebulan lalu, Inzaghi berdepan kritikan dan berada di bawah tekanan selepas Inter meraih keputusan hambar, namun pasukannya telah mengubahnya dan kemenangan 1-0 separuh akhir kedua ke atas Milan adalah yang kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan.\"Ia adalah impian pada permulaan, tetapi kami sentiasa percaya, kami mempunyai larian yang luar biasa dan memenangi separuh akhir dalam perlawanan derbi dengan cara ini amat memuaskan. Kami hanya boleh memuji pemain,\" kata Inzaghi.Inter berada di tempat ketiga dalam Serie A dan akan menentang Fiorentina dalam perlawanan akhir Piala Itali di Stadium Olimpico pada 25 Mei.Kembali ke prestasi Inter telah dibina di atas pertahanan yang kukuh, mengekalkan enam gol tanpa bolos dalam rentak kemenangan semasa mereka dan hanya melepaskan tiga gol.\"Saya sudah lama berkata kami akan melakukan usaha gila tanpa melihat satu kejuaraan atau yang lain, sebaliknya kami hanya cuba memberikan segala-galanya bagi mencapai yang terbaik,\" katanya.Inzaghi menikmati kegemilangan kemenangan pasukannya ke atas Milan, kemenangan keempat berturut-turut ke atas seteru tetangga bandar.Sebagai rekod, Milan tidak mengalami empat kekalahan dalam satu kempen menentang Inter sejak musim 1973-74.\"Milan menunjukkan kekuatan, keazaman, intensiti, tumpuan, mereka hebat.\"Kami bermain empat derbi sejak Januari dan memenangi keempat-empatnya, kami tahu Milan adalah juara Itali dan mempunyai kualiti yang sangat baik, tetapi pemain Inter sangat baik dan layak menikmati kemenangan petang ini,\" katanya.Sebelum dua kemenangan separuh akhir mereka, Inter menewaskan Milan 3-0 untuk menjulang Piala Super Itali pada Januari dan meraih kemenangan 1-0 dalam Serie A pada bulan berikutnya.Ditanya sama ada dia lebih suka pada perlawanan akhir untuk menentang Manchester City atau Real Madrid, yang bermain pada perlawanan kedua pusingan empat terakhir pada awal pagi Khamis, Inzaghi meletakkan mesejnya di dadanya.\"Adalah perkara biasa apabila pasukan anda pergi menentang City atau Real, anda mula menjadi bukan pilihan, tetapi bola sepak sentiasa terbuka: kami bertemu Real Madrid tahun lepas dan kami tewas dua perlawanan, tetapi bermain dengan baik.\"Manchester City pula tidak memerlukan pengenalan, kami akan menonton dan sesiapa sahaja yang tiba untuk Inter hadapi, kami bersedia beri aksi terbaik,\" katanya.Sementara itu, Inzaghi menegaskan kejuaraan Serie A kini menjadi tumpuan utama pemainnya, yang berdepan juara baharu Napoli di Stadium Diego Armando Maradona pada awal pagi Isnin ini.\"Saya memberi pemain cuti esok kerana kami tidak mempunyainya sejak 1 April. Ia sepatutnya, kami akan bertemu lagi mulai Khamis kerana kami perlu membuat persediaan untuk perlawanan liga di Naples.\"Perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul pada 10 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 09:02am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258900/berita/sukan/kbs-digesa-iktiraf-muay-thai-sebagai-sukan-utama", "article_title": "KBS digesa iktiraf Muay Thai sebagai sukan utama", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) digesa mengiktiraf muay thai sebagai sukan utama seperti mana sukan-sukan teras yang lain kerana ia mampu memberi pulangan besar kepada negara.Ketua Jurulatih Skuad Muay Thai Kebangsaan, Benard Radin berkata, sokongan dan bantuan diterima atlet Muay Thai tidak sehebat pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa seperti diraih atletnya.Menurutnya, kejayaan Mohammad Rifdean Masdor melengkapkan hatrik gelaran dunia bagi Kejohanan Muay Thai Dunia kali ketiga pada 11 Mei lalu membuktikan potensi sukan tersebut dalam prospek pingat menjelang Sukan SEA di Thailand pada 2025.\"Saya harap sukan Muay Thai ini diiktiraf sama dengan mana-mana sukan lain dan diberi bantuan sewajarnya kerana kami tidak pernah gagal untuk melahirkan atlet bukan sahaja di peringkat Asia tetapi bertaraf dunia. Kami harap kami ini dipandang dan teruskan pembangunan sukan Muay Thai ini dan tidak direhatkan sementara.\"Ketiadaan program Podium untuk Muay Thai menyusahkan atlet kerana mereka berkorban masa depan untuk sukan ini.\"Setahun dua ini kami amat struggle tetapi kita tetap diteruskan ini demi cinta terhadap sukan ini dan negara. Sekarang ini bajet untuk latihan dan makan ditanggung sendiri,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Program Penyatuan Ukhuwah Fisabilillah di Meow Garden di sini pada malam Selasa.Benard berkata, dengan prestasi kurang memberangsangkan kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja ketika ini, KBS wajar memberikan peluang kepada sukan Muay Thai yang mampu menyumbang pingat emas menjelang penganjuran kejohanan berkenaan pada tahun 2025 di Thailand.Jelasnya, Muay Thai hampir pasti akan dimasukkan sebagai salah satu acara pada kejohanan di Thailand nanti dan Malaysia perlu mengambil peluang itu dengan memberikan bantuan sewajarnya untuk latihan atlet sukan ini.\"Lebih 15 tahun Persatuan Muay Thai tidak pernah gagal mencapai sasaran ditetapkan MSN (Majlis Sukan Negara) dan begitu juga di Perak, kita tak pernah gagal capai sasaran.\"Memandangkan tahun 2025 Thailand akan menjadi tuan rumah. Ini merupakan satu lombong atau kilang untuk kita mendapat pingat emas seterusnya membantu kontinjen Malaysia,\" katanya.Sementara itu, beliau berkata, ketika ini persiapan sedang dibuat untuk penyertaan atlet ke Sirkit Kejohanan Pro Muay Thai Dunia bermula bulan depan di Bangkok, Thailand diikuti di Poland pada bulan Jun dan Turkiye pada bulan Ogos.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 08:34am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258897/berita/sukan/perpaduan-pacu-inter-ke-final-liga-juara-juara", "article_title": "Perpaduan pacu Inter ke final Liga Juara-Juara", "article_text": "GOL separuh masa kedua penyerang Lautaro Martinez membolehkan Inter Milan menang 1-0 ke atas pencabar AC Milan pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada Rabu.Kemenangan di Stadium San Siro itu sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 3-0 untuk Inter menempah tiket perlawanan akhir di Istanbul.Dalam aksi itu, Martinez tenang memecah kebuntuan apabila melakukan rembatan kencang untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.Inter sebelum itu selesa dengan bekalan dua gol yang dijanakan Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan untuk kedudukan 2-0.Kemenangan itu membolehkan Inter menentang Real Madrid atau Manchester City dalam perlawanan akhir pada 10 Jun.Pengendali Inter, Simone Inzaghi menurunkan pasukan yang tidak berubah dari perlawanan pertama, dengan Martinez dan Dzeko di hadapan, telah merehatkan pemain di Serie A pada hujung minggu.Penyerang utama, Rafael Leao kembali ke Milan selepas kecederaan mengetepikannya pada perlawanan pertama, dengan Junior Messias dan Malick Thiaw bermula menggantikan Alexis Saelemaekers dan Simon Kjaer.Milan pimpinan Stefano Pioli terus mencari ruang untuk mencetuskan kebangkitan, namun Inter terlebih dulu menutup setiap ruang pada separuh masa pertama.Martinez memadam kebangkitan Milan, bermain satu-dua dengan pemain gantian Romelu Lukaku sebelum menjaringkan gol keenamnya dalam enam perlawanan terakhir Inter.\"Terdapat banyak sejarah dalam kejuaraan ini. Saya merasakannya, kami melakukan kerja yang hebat dalam kedua-dua perlawanan...\"Perpaduan berkumpulan (memotivasikan kami). Saya mengalaminya di Piala Dunia, itu penting. Jika anda mempunyai kumpulan bersatu, perkara lebih mudah. \u200b\u200bKami telah menunjukkan bahawa Inter layak mendapat detik ini.\"Beraksi di final Liga Juara-Juara adalah impian. Kami memulakan musim ini dengan gol dan hari ini kami mencapai satu yang sangat penting,\" kata Martinez, yang memenangi Piala Dunia bersama Argentina pada Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 08:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258896/berita/sukan/pesta-kad-merah-warnai-emas-bola-sepak-indonesia", "article_title": "Pesta kad merah warnai emas bola sepak Indonesia", "article_text": "SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia meraih ibu emas Sukan SEA Kemboja setelah menewaskan Thailand 5-2 pada aksi final yang diwarnai suasana tegang di Stadium Olimpik, Phnom Penh sebentar tadi.Pesta kad merah mewarnai perlawanan yang berlarutan sehingga ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar permainan.Pada aksi itu, Indonesia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ramadhan Sananta pada minit ke-21.Jaringan itu menyuntik semangat para pemain Sang Garuda untuk menggandakan asakan dan ia membuahkan hasil apabila Sananta sekali lagi meledak pada masa tambahan babak pertama.Bersambung babak kedua para pemain Thailand menyusun semula gerak dan strategi mereka menjadi apabila Anan Yotsangwan menanduk masuk bola pada minit ke-65 untuk merapatkan jurang gol.Ketika menuju ke penghujung aksi berlaku salah faham dalam kalangan pegawai Indonesia apabila menyangka perlawanan sudah berakhir dan mereka berlari ke padang bagi meraikan kemenangan.Bagaimanapun pengadil perlawanan mengarahkan mereka keluar dari padang untuk menyambung semula aksi.Sananta (depan) meledak dua gol ketika membantu Indonesia meraih pingat emas selepas menundukkan Thailand 5-2 pada aksi final bola sepak Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh pada Selasa. - Foto Facebook PSSI.Pada ketika itu kelekaan pemain Indonesia membawa padah apabila Thailand menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Yosakorn Burapha untuk mengheret aksi ke masa tambahan.Selepas Sang Garuda memperoleh gol ketiga menerusi Irfan Jauhari pada awal minit masa tambahan pesta kad merah bagi kedua-dua pasukan bermula.Pemain Indonesia, Komang Teguh dilayangkan kad merah bersama penjaga gol Thailand, Soponwit.Insiden tidak berakhir di situ, malah turut 'berjangkit' ke tepi padang melibatkan pergaduhan pegawai kedua-dua pasukan sehingga mengakibatkan kecederaan seorang staf Indonesia.Akibatnya dua pegawai pasukan Thailand dan seorang staf dari Indonesia turut dilayangkan kad merah.Ketika Thailand memburu gol penyamaan, tindakan kurang bijak Jonathan Khemdee yang menghalang gerakan pemain Sang Garuda mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning kedua.Di sebalik keghairahan Thailand menyerang, kelekaan benteng pertahanan mereka sekali lagi dihukum oleh Fajar Fatul Rahman apabila menyumbat gol keempat pada minit ke-108.Skuad Gajah Perang yang cuba bangkit pada minit-minit akhir perlawanan sekali lagi dijerat oleh Sang Garuda yang melengkapkan kemenangan 5-2 menerusi jaringan Beckam Putra di penghujung masa tambahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 12:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258885/berita/sukan/pencapaian-terburuk-kontinjen-malaysia-dalam-sejarah-sukan-sea", "article_title": "Pencapaian terburuk kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA", "article_text": "KONTINJEN Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam Selasa.Pada hari semua acara pingat berakhir hari ini, pencapaian negara pada edisi ke-32 di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu.Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, malam esok, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan.Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura.Lebih mengecewakan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja.Pada saingan pada Selasa, Malaysia berjaya menambah empat pingat emas menerusi atlet sukan tari, Sam Jee Lek, pasukan hoki lelaki dan wanita serta atlet kick boxing Ahmad Nor Iman Hakim Rakib.Selepas tamat saingan hari ke-11, Vietnam muncul juara keseluruhan apabila mengutip keseluruhan 136 emas, 105 perak dan 114 gangsa, diikuti Thailand 108-95-108 manakala Indonesia di tempat ketiga 85-81-109.Tuan rumah Kemboja berada di kedudukan keempat dengan mengutip keseluruhan 81-74-126 manakala Filipina di tempat kelima 58-86-116 sementara Singapura di posisi keenam 51-42-64. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mei 2023 12:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258877/berita/sukan/thailand-yakin-tuan-rumah-terbaik-sukan-sea-2025", "article_title": "Thailand yakin tuan rumah terbaik Sukan SEA 2025", "article_text": "THAILAND yakin negara itu akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025 dengan jayanya dengan meneliti semua aspek penganjuran yang bakal berlangsung di tiga bandar utama negara itu - Bangkok, Chonburi dan Songkhla, dari 9 hingga 20 Disember 2025.Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), Gongsak Yodmani, memberi keyakinan tentang persediaan, selaku tuan rumah, diaturkan secara rapi bagi memastikan temasya dwitahunan edisi ke-33 itu berjalan dengan lancar.Katanya, mereka mempunyai beberapa penginapan dan juga kemudahan sukan bertaraf dunia, justeru tidak akan membina infrastruktur baharu tetapi sebaliknya mengubah suai atau menaik taraf kemudahan sukan yang sedia ada termasuk venue utama, Stadium Rajamangala.Selain venue pertandingan, katanya, mereka tidak merancang membina Perkampungan Sukan bagi menempatkan atlet dan pegawai kerana bercadang menginap mereka di asrama universiti atau hotel di tiga bandar tersebut.\"Tiada infrastruktur baharu kerana kami cuba melakukan segala-galanya dalam bajet yang terhad, tetapi ia mesti dilakukan dengan standard yang tinggi (pengubahsuaian tempat).\"Kami yakin boleh menyediakan persiapan terbaik bagi setiap negara untuk datang dan menikmati bukan sahaja pertandingan tetapi juga layanan dan keharmonian kami kepada seluruh delegasi dan kontinjen negara ASEAN,\u201d katanya pada sidang media, di sini, pada Selasa.Sementara itu, Gongsak berkata, mereka masih belum memuktamadkan bilangan acara sukan dan venue yang akan ditampilkan kerana ini akan dibincangkan kemudian dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).Bagaimanapun, beliau membayangkan kebanyakan acara sukan akan berlangsung di Bangkok manakala acara sukan air di Chonburi dan bola sepak dan sepak takraw di Songkhla.Sukan SEA 2025 merupakan kali keenam Thailand menganjurkan temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir pada edisi 2007 di Nakhon Ratchasima.Sebelum ini, SEAGF memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027, dikuti Singpura pada 2029. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 09:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258874/berita/sukan/presiden-pkbm-terima-anugerah-merit-acf", "article_title": "Presiden PKBM terima Anugerah Merit ACF", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab muncul tokoh sukan pertama negara menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) daripada badan induk dunia, pada Isnin.Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, merit ACF itu diusulkan Presiden ACF Jeneral Decha Hemkasri dan diterima sebulat suara Ahli Pengurusan Eksekutif Persatuan Berbasikal Asia (ACA) sebelum diluluskan Kongres ACF 2023 yang bermesyuarat di Siam Reap, Kemboja pada 10 Mei lepas.\"Pencapaian ini bermakna beliau muncul tokoh sukan pertama di negara ini menerima pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), benua - Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau (ACF),\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat ACC sebelum ini pernah menerima Anugerah Merit UCI pada 2012 dan merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Presiden ACC, Tan Sri Darshan Singh.Sementara itu, Abu Samah menganggap pengiktirafan terbaharu tersebut sebagai pembuka mata kepada semua tokoh sukan berbasikal di negara ini.\"Saya berterima kasih kepada ACF yang telah mengiktiraf semua kerja saya sejak awal 90-an. Saya ikhlas dan komited untuk membangunkan dunia berbasikal di Asia dan ASEAN bersama rakan-rakan dari negara lain.\"Saya sentiasa bersedia untuk membimbing generasi muda agar menjadi pentadbir muda sukan yang berkaliber dan berkualiti,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 08:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258871/berita/sukan/skuad-sepak-takraw-gagal-bawa-pulang-emas-antara-regu", "article_title": "Skuad sepak takraw gagal bawa pulang emas antara regu", "article_text": "HASRAT skuad sepak takraw negara untuk membawa pulang pingat emas acara antara regu lelaki Sukan SEA 2023 tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat kedua pada Selasa.Namun, pujian harus diberikan kepada anak buah Ahmad Jais Baharun itu apabila berjaya mencuri satu set ketika bertemu pasukan pilihan yang juga juara bertahan, Thailand, pada aksi pembukaan saingan yang dijalankan secara liga sepusingan itu.Dalam aksi berlangsung di Dewan Bola Keranjang NSTC itu, pasukan negara dibarisi Mohammad Syahir Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias bermula dengan langkah kiri apabila tumpas kepada regu Thailand, 12-21.Namun, regu Malaysia bangkit untuk mengheret pertarungan ke set penentuan apabila menang ke atas regu Thailand yang dibarisi Kritsanapong Nontakote, Pattarapong Yupadee dan Thawisak Thongsai, pada set kedua dengan 23-21.Di set penentuan, corak permainan skuad negara tidak menjadi sebaliknya Thailand mendominasi saingan dengan kemenangan berpihak kepada skuad negara Gajah Putih itu 21-13.Pada perlawanan kedua, skuad kebangsaan tidak menghadapi masalah apabila mengatasi tuan rumah, Kemboja dengan kemenangan 21-7, 21-11.Malaysia melengkapkan aksi saingan tersebut dengan kemenangan 21-11, 21-16 ke atas Singapura, sekali gus mengesahkan pingat perak.Kemboja dan Singapura berkongsi gangsa dalam acara itu yang disertai empat pasukan.Pada temasya kali ini, skuad lelaki negara meraih keseluruhan empat pingat perak menerusi acara regu berpasukan, antara regu, double dan chinlone (same stroke) serta dua gangsa menerusi chinlone (non repetition dan linking).Pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lalu, skuad sepak takraw lelaki negara gagal membawa pulang emas dan sekadar meraih tiga perak dalam acara regu berpasukan, antara regu dan double.Kali terakhir Malaysia meraih emas menerusi acara antara regu lelaki ialah ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun ketika itu acara tersebut tidak disertai Thailand.Sementara itu, skuad sepak takraw wanita negara terpaksa berpuas hati merangkul pingat gangsa acara quadrant apabila tumpas 0-2 (9-21, 9-21) kepada Vietnam di peringkat separuh akhir, pada Selasa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 08:35pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258869/berita/sukan/bapa-bakar-semangat-nor-iman-sambar-emas-kick-boxing", "article_title": "Bapa bakar semangat Nor Iman sambar emas kick boxing", "article_text": "KATA-KATA semangat daripada bapanya, Rakib Ahmad serta kejayaan adiknya mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA edisi lepas, membakar semangat atlet kick boxing negara, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara.Turun bersaing dalam final kategori kick light lelaki bawah 69 kilogram di Elephant Hall, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh pada Selasa, Nor Iman menewaskan wakil Indonesia, Muharram Syach Firman 2-1 untuk muncul juara Sukan SEA Kemboja 2023.Kejayaan meraih emas itu amat bermakna bagi atlet berusia 23 tahun itu yang pertama kali bertanding dalam acara kick boxing selepas meraih perak dan gangsa masing-masing pada edisi 2019 di Filipina dah Hanoi, Vietnam tahun lepas bagi acara taekwondo.Pada edisi di Hanoi, adiknya, Ahmad Nor Iman Aliff menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara muay Thai.\"Saya rasa gembira sangat, sukar nak digambarkan. Nak dapatkan pingat emas bukan mudah...susah sebab saya ada banyak komitmen...belajar, mengajar kelas taekwondo dan muay Thai. Memang perlu pengorbanan,\" katanya.Nor Iman berkata, bapanya yang juga legenda tinju negara, ada memberi kata-kata semangat sebelum beliau turun bersaing pada final hari ini.\"Ayah beritahu strategi dan kata-kata semangat, dia cakap buat yang terbaik. Saya harap ibu bapa saya gembira dengan pingat emas yang dimenangi sebab adik saya dah dapat emas (Sukan SEA) dulu daripada saya.\"Adik saya lebih dahulu ke hadapan, saya rasa tertinggal. Itu mendorong saya untuk mendapatkan pingat emas. Adik juga ada beritahu supaya saya buat yang terbaik,\" katanya menjelaskan keinginannya yang tinggi bagi mendapatkan emas membuatkan beliau berjuang habis-habisan sehingga pertarungan tamat.Sebagai rekod, Rakib adalah pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 1998 serta pingat perak Sukan SEA 2001. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 08:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258849/berita/sukan/emas-pengubat-kepayahan-lego-sam", "article_title": "Emas pengubat kepayahan Lego Sam", "article_text": "SKUAD sukan tari tidak pulang tangan kosong apabila meraih pingat emas dalam acara final breakdance Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh pada Selasa.Penari breakdance negara, Sam Jee Lek atau digelar 'Lego Sam' berada dalam kelas tersendiri untuk mengalahkan Kantapon Rodsaarat dari Thailand 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik.Seorang lagi peserta Thailand, Chinavut Chantarat merangkul gangsa setelah berjaya mengatasi wakil dari Filipina, Yer Lord Ilyvm Losinio Gabriel 2-1.\u201cKemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara,\u201d ujar Jee Lek.Kejayaan itu bukan diraih dengan mudah, Jee Lek mengharungi cabaran sukar apabila terpaksa berlatih bersendirian tanpa pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan.Bagaimanapun kepayahan itu berbaloi buat Jee Lek apabila tiada masalah untuk mengekalkan emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Filipina 2019.\u201cSaya berusaha keras sejak awal tahun lagi dengan melakukan latihan demi mengharumkan nama Malaysia.\u201cApa yang boleh saya katakan, semua persediaan adalah sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada menyalurkan bantuan kewangan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 06:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258848/berita/sukan/analisis-pencapaian-kontinjen-sukan-sea-pada-jumaat", "article_title": "Analisis pencapaian kontinjen Sukan SEA pada Jumaat", "article_text": "ANALISIS pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 hanya akan dibuat setelah kesemua mereka kembali sepenuhnya ke tanah air pada Jumaat ini.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA, Datuk Mohd Nasir Ali serta timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee, bagi memperincikan prestasi kontinjen negara di temasya dwitahunan itu.Katanya, biarpun sasaran 40 pingat emas ditetapkan sebelum ini hampir mustahil untuk dicapai, pihaknya mahu kem negara membuat sehabis baik dan melakukan pecutan terakhir pingat emas.\"Kita ada sasarkan beberapa acara untuk meraih emas terutamanya hoki dan saya berharap mereka dapat memenangi pingat emas tersebut.\"Kita hanya minta atlet buat yang terbaik di temasya ini dan saya percaya kalau ikut hari-hari sebelum ini ada di antara mereka yang tidak disasarkan pingat tapi mereka berjaya membuat kejutan,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan forum kepimpinan 'An International Speakers and Leadership Convention Like Never Before', di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.Setakat petang Selasa, kontinjen negara mengumpul 169 pingat merangkumi 33 emas, 43 perak dan 94 gangsa.Sukan SEA Phnom Penh akan melabuhkan tirai secara rasmi pada malam Rabu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 06:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258842/berita/sukan/liverpool-datang-pramusim-di-singapura", "article_title": "Liverpool datang pramusim di Singapura", "article_text": "KELAB berpengaruh Liga Perdana Inggeris, Liverpool akan kembali ke Singapura untuk tahun kedua berturut-turut menentang Leicester City dan Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan pramusim.The Reds berada di Singapura tahun lalu, menewaskan Crystal Palace 2-0 dalam edisi 2022 Standard Chartered Singapore Trophy.Menurut promoter TEG Sport, Liverpool akan menentang Leicester City jam 5 petang pada 30 Julai diikuti Bayern Munich 7.30 malam pada 2 Ogos.Ini merupakan lawatan pertama Bayern Munich ke Singapura sejak 2017.Liverpool yang bersaing sengit dalam pemburuan empat teratas EPL, manakala Leicester bergelut mengelak penyingkiran ke Liga Kejuaraan musim depan.Sebagai rekod, The Reds kendalian Jurgen Klopp menewaskan Leicester 3-0 manakala Bayern menewaskan Schalke 04 6-0.Bayern asuhan Thomas Tuchel mendahului tipis satu mata ketika gergasi Bundesliga Jerman itu berhasrat untuk mengekalkan mahkota Bundesliga sekali lagi di bumi Munich.Sebelum ini Tottenham Hotspur dijadualkan menentang AS Roma dalam perlawanan persahabatan di Singapura pada 26 Julai.Semua perlawanan persahabatan berlangsung di Stadium Nasional.Liverpool, Bayern dan Tottenham akan mengadakan sesi latihan terbuka sepanjang berada di Singapura.Spurs akan mengadakan sesi latihan mereka pada jam 6 petang pada 25 Julai, manakala sesi The Reds akan diadakan pada jam 8.30 malam pada 29 Julai di Stadium Nasional.Sesi latihan Bayern akan diadakan pada 1 Ogos, dengan tempat dan masa masih belum disahkan.Tiket untuk semua acara akan mula dijual mulai 10 pagi pada 22 Mei melalui Ticketek Singapore.Acara bola sepak itu sebahagian daripada Festival Bola Sepak Singapura yang julung kali diadakan oleh CDG Zig yang akan berlangsung dari 26 Jul hingga 2 Ogos yang disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB).Ketua Pegawai Eksekutif TEG, Geoff Jones berkata: \"Festival Bola Sepak Singapura didorong oleh CDG Zig menandakan masa yang menarik untuk peminat bola sepak di Singapura dan rantau ini.\"Kami menyaksikan sokongan dan suasana yang menggembirakan pada perlawanan tahun lalu, dan kami gembira dapat mengembalikan bola sepak berkualiti tinggi dengan lima pasukan daripada tiga liga terbaik dunia bermain di Stadium Nasional.\"Ketua Eksekutif STB Keith Tan menambah: \"Kami teruja untuk membina kejayaan perlawanan tahun lepas untuk menawarkan minggu bola sepak yang penuh bintang yang akan menarik peminat bersemangat dari seluruh rantau ini.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 06:05pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258841/berita/sukan/abu-samah-terima-anugerah-merit-acf", "article_title": "Abu Samah terima Anugerah Merit ACF", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab melakar sejarah baharu dalam arena sukan tanah air apabila menerima Anugerah Merit Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF).Kejayaan itu juga bermakna Abu Samah muncul tokoh sukan pertama di negara ini yang menerima Anugerah Merit daripada badan induk dunia - Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI); benua - Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan wilayah serantau - ACF.Setiausaha Agung ACF, Datuk Amarjit Singh berkata, pengiktirafan itu atas jasa Abu Samah yang telah mengasaskan Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA) pada 2001 selain sumbangan berterusan kepada sukan berbasikal di Asia Tenggara sejak awal tahun 90-an.\u201cUsul untuk memberi ACF Merit kepada Abu Samah telah diusulkan oleh Presiden ACF (Jeneral Decha Hemkasri). Usul ini telah diterima sebulat suara oleh Ahli Pengurusan Eksekutif ACA.\u201cAnugerah ini diluluskan juga oleh Kongres ACF 2023 yang bermesyuarat di Siam Reap, Kemboja pada 10 Mei lalu. Ia satu kejayaan yang sangat unik untuk beliau dan sukan berbasikal di Malaysia,\u201d katanya selepas Mesyuarat Exco PKBM di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa.Sementara itu, Abu Samah menganggap pengiktirafan terbaharu yang diterima daripada ACF sebagai 'pembuka mata' kepada semua tokoh sukan berbasikal di negara ini.\u201cSaya berterima kasih kepada ACF yang telah mengiktiraf semua kerja saya sejak awal tahun 90-an. Saya ikhlas dan komited untuk membangunkan dunia berbasikal di Asia dan ASEAN bersama rakan-rakan daripada negara lain.\u201cDi Malaysia, saya telah menyediakan pelbagai peluang kepada generasi baharu, masa saya akan berakhir tidak lama lagi. Saya sentiasa bersedia untuk membimbing generasi muda agar menjadi pentadbir muda sukan yang berkaliber dan berkualiti,\u201d jelasnya.Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat ACC menerima Anugerah Merit UCI pada 2012. Beliau merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Presiden ACC, Tan Sri Darshan Singh.Pada 2014, beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Merit ACC berdasarkan sumbangannya kepada sukan berbasikal di benua Asia dan menerimanya daripada Presiden ACC ketika itu, Choo Hee Wok.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 06:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258840/berita/sukan/kbs-lancar-kelas-zumba-percuma-untuk-kaum-ibu-di-ppr", "article_title": "KBS lancar kelas zumba percuma untuk kaum ibu di PPR", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan kelas zumba percuma untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang terutama kepada golongan ibu sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan mereka.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kelas zumba itu akan diadakan setiap hujung minggu bagi membolehkan mereka beriadah dan berehat selepas seminggu bekerja serta menjaga keluarga.\"Ramai ibu yang sibuk bekerja dan tidak bersenam, mereka menjadi penjaga. Ini adalah satu usaha yang kita boleh lakukan untuk mencegah orang ramai daripada jatuh sakit,\u201d katanya semasa perjumpaan kelab Concorde bersama wartawan kanan di sini pada Selasa.Menurut Hannah, golongan ibu yang tinggal di PPR akan dapat menyertai kelas berkenaan kerana ia akan dijalankan dalam kawasan tempat tinggal.\"Kita sediakan kelas zumba percuma untuk sesiapa sahaja tapi tumpuan diberikan kepada golongan ibu kerana mereka menjaga anak-anak dan tidak boleh pergi jauh untuk bersenam dan kawasan tempat tinggal tiada padang,\u201d katanya.Kelas berkenaan akan dilancarkan dalam masa empat minggu bersama dengan pemerkasaan program Rakan Muda. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 06:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258837/berita/sukan/sukan-sea-skuad-hoki-lelaki-negara-tepati-ramalan-rangkul-emas", "article_title": "Sukan SEA: Skuad hoki lelaki negara tepati ramalan rangkul emas", "article_text": "MALAYSIA menepati ramalan memenangi pingat emas hoki padang lelaki Sukan SEA 2023 selepas mengatasi Singapura 3-0 pada pertembungan final yang berlangsung dalam cuaca panas dan berangin di padang hoki Stadium Nasionak Morodok Techo, di sini, pada Selasa.Kejayaan tersebut menghadiahkan emas ke-32 buat kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan itu yang bakal menutup tirai secara rasmi, malam esok.Turun beraksi dalam suhu mencecah 39 darjah Celsius, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim diberikan tentangan sengit Singapura sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan di awal suku kedua menerusi penyudah pukulan sudut penalti Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-16.Anak buah Muhamad Amin terus ditekan Singapura, namun berdisiplin menyerap segala serangan dengan baik sebelum kesilapan pertahanan lawan memberikan peluang buat Malaysia menggandakan kedudukan menerusi penalti strok Muhammad Amirul minit ke-38.Kelebihan dua gol itu digunakan sebaiknya pasukan negara untuk \u2018membunuh\u2019 perlawanan lebih awal selepas menambah jaringan yang ketiga pada minit ke-48, hasil penyudah gol padang Alfarico Lance Liau Jr sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia.\"Saya puji pemain turun dengan sepenuh hati, main bermati-matian dan dapat sumbangkan emas ke-32 buat kontinjen, itu yang membanggakan saya,\u201d kata Muhamad Amin ketika ditemui selepas perlawanan itu.Beliau menambah: \"Secara jujur saya sangat yakin dengan pasukan yang dibawa kali ini, walaupun kita turun dengan pasukan remaja kita masih boleh dikatakan kuasa besar di rantau Asia Tenggara, saya tahu keupayaan pemain dan kekuatan lawan yang bertanding. Jadi saya sangat setuju dan sahut cabaran dibuat untuk hantar skuad remaja,\u201d.Sementara itu, Muhammad Amirul. yang merupakan pemain senior skuad kebangsaan berkata, kerjasama yang diberikan rakan sepasukan menjadi kunci Malaysia mudah menewaskan Singapura selepas mencatat kemenangan tipis 4-3 pada aksi saingan liga sepusingan sebelum ini.\"Semalam hari rehat dan kita merancang strategi untuk dilakukan dalam padang dan satu pasukan bagi kerjasama yang sangat baik sebab itu perlawanan hari ini nampak mudah.\"Perlawanan sebelum ini kami mahu menang tapi mungkin tidak fokus, jika lihat hari ini kami berikan 100 peratus usaha dan komitmen untuk memenangi emas,\u201d katanya.Sebagai rekod, Malaysia mencatat kemenangan 100 peratus di sini selepas mengungguli saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah untuk mara ke final selaku pendahulu.Secara keseluruhan, pencapaian hari ini menyaksikan Malaysia meneruskan dominasi dalam acara hoki padang lelaki Sukan SEA lebih lima dekad.Malaysia, yang merupakan kuasa besar hoki di rantau ini dengan pencapaian cemerlang 16 pingat emas Sukan SEA sejak 1971, melakukan taruhan berani apabila membariskan 14 pemain remaja dan empat pemain senior bagi mengharungi cabaran di Phnom Penh.Acara hoki padang kembali membuat kumunculan di Sukan SEA selepas enam tahun selepas ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 05:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258815/berita/sukan/kem-badminton-negara-gagal-sumbang-emas-di-kemboja", "article_title": "Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja", "article_text": "KEM badminton negara gagal mencapai sasaran satu emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final, di sini, pada Selasa.Gandingan negara yang baru dibentuk beberapa hari lalu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.Bagaimanapun, Roy King-Su Yun bermula dengan langkah kanan dengan kemenangan tipis 22-20 pada set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum pada set berikut dengan beberapa siri kesilapan sebelum pasangan Indonesia itu menheret perlawanan ke set rubber set dengan keputusan 8-21.Pada set penentuan aksi di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini, Roy King-Su Yin mendahului 13-11 pada satu ketika sebelum Indonesia berjaya merampas pingat emas dengan keputusan 21-16.Malaysia menjadi penyandang pemenang pingat emas acara tersebut yang dimenangi Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.Skuad negara menoktahkan persembahan hambar di Kemboja dengan menyumbang dua pingat perak menerusi Roy King-Su Yin dan berpasukan lelaki dan empat pingat gangsa oleh perseorangan lelaki - Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang serta beregu wanita Su Yin-Cheng Su Hui dan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan.Kali terakhir Malaysia gagal meraih emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia, di mana mereka hanya memenangi satu perak menerusi acara berpasukan lelaki dan dua gangsa daripada acara berpasukan wanita dan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 04:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258782/berita/sukan/jun-hao-tekad-tebus-kesilapan-di-malaysia-masters", "article_title": "Jun Hao tekad tebus kesilapan di Malaysia Masters", "article_text": "SETELAH terlepas tiket final perseorangan lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh, pemain kebangsaan, Leong Jun Hao tidak sabar untuk menebus kesilapannya pada Kejohanan Malaysia Masters 2023 minggu depan.Pemain ranking ke-64 dunia itu berkata, beliau berharap dapat melepasi undian utama Malaysia Masters kerana dijadualkan beraksi pada pusingan kelayakan pertama dalam kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dari 23 hingga 28 Mei.Walaupun berjaya meraih gangsa dalam acara perseorangan lelaki, pemain berusia 23 tahun itu percaya kemenangannya ke atas juara bertahan Malaysia Masters, Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-16, 21-13, pada perlawanan akhir acara berpasukan lelaki, di sini Khamis lepas, telah meningkatkan keyakinannya untuk berdepan pemain ranking tinggi pada masa akan datang.Mengenai prestasi keseluruhannya pada temasya dwitahunan di Kemboja itu, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, pencapaian di sini masih baik kerana beliau berjaya membantu Malaysia meraih perak dalam acara berpasukan lelaki selepas tewas kepada Indonesia 1-3, pada perlawanan akhir baru-baru ini.\"Saya akan bincang dengan jurulatih selepas ini untuk perbaiki kekurangan saya di sini. Saya juga berharap untuk lebih konsisten selepas ini,\" katanya ketika ditemui di Dewan Badminton Morodok Techo di sini.Dalam pada itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang, cukup gembira dengan prestasinya di Kemboja selepas mengalami permulaan kurang baik dalam temasya sukan itu, apabila tewas dua perlawanan dalam acara berpasukan.Pemain berusia 21 tahun itu tewas di tangan pemain Vietnam Le Duc Phat di suku akhir, 13-21, 21-16, 7-21 dan Christian Adinata dari Indonesia, 17-21, 9-21, dalam perlawanan akhir berpasukan lelaki.Shun Yang juga berharap dapat meningkatkan kawalan mentalnya dalam usaha memastikan beliau mampu menangani tekanan terutama dalam mengutip mata penting di gelanggang.Pemain nombor 95 dunia itu juga meletakkan sasaran untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir bagi tugasan seterusnya di Terbuka Thailand 2023 di Bangkok dari 30 Mei hingga 4 Jun ini.Jun Hao dan Shun Yang berkongsi pingat gangsa selepas tewas kepada lawan masing-masing dari Indonesia, Christian Adinata dan Chico di separuh akhir, semalam.Jun Hao yang bermain dengan baik bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tunduk 21-19, 21-12 kepada Adinata manakala Shun Yang tewas kepada Chico 15-21, 18-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 02:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258777/berita/sukan/ronaldo-datang-singapura-bulan-depan", "article_title": "Ronaldo datang Singapura bulan depan", "article_text": "BINTANG Portugal Cristiano Ronaldo dijangka melawat Singapura pada Jun depan.Pemenang Ballon d'Or lima kali itu sebelum ini telah mengunjungi negara tersebut beberapa kali termasuk lawatan menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.Pada tahun 2019, bekas tonggak Juventus, Real Madrid, Manchester United telah membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah Yumin.Ketika berkongsi kegembiraan foto acara itu di media sosialnya, Ronaldo berkata: \"Bergembira beberapa tahun lalu untuk melawat Singapura.\"Luangkan masa bersama anak-anak hebat ini dan lihat kerja hebat Biasiswa Peter Lim.\"Tidak sabar untuk berjumpa anda semua lagi bulan depan.\"Sebagai rekod, biasiswa itu diwujudkan Yayasan Olimpik Singapura pada 2010, dengan sumbangan S$10 juta (AS$7.48 juta) daripada Peter Lim, yang memiliki kelab LaLiga Sepanyol Valencia yang merupakan rakan Ronaldo.Ia merupakan inisiatif dalam menyediakan bantuan kewangan kepada bakal atlet muda.Ronaldo kini bermain untuk kelab Liga Profesional Saudi (SPL) Al Nasr selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan pada November 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 01:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258771/berita/sukan/liverpool-tiada-pilihan-kecuali-tingkat-tekanan", "article_title": "Liverpool tiada pilihan kecuali tingkat tekanan", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menggesa pemain The Reds untuk mengekalkan tekanan ke atas pesaing Liga Perdana Inggeris dalam dua perlawanan terakhir musim ini.Desakan bekas pengurus Borussia Dortmund itu hadir setelah menyifatkan Liverpool memilih kebangkitan pada penghujung musim untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas.Terdahulu, Liverpool mengesahkan slot Liga Europa musim depan selepas kemenangan bergaya 3-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power.Tiga mata hasil jaringan Curtis Jones (minit ke-33, m-36) dan Trent Alexander-Arnold (m-71) membolehkan Liverpool ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat Manchester United dan Newcastle United di tangga ketiga, walaupun kedua-dua pasukan mempunyai satu perlawanan dalam tangan masing-masing.Klopp, yang pasukannya kini dalam tujuh kemenangan berturut-turut, berkata, enam minggu lalu dia mempunyai keraguan tentang peluang Liverpool untuk bermain di Eropah musim depan.\"Saya tidak percaya ia boleh berlaku dalam keadaan prestasi dan keputusan dijelmakan pasukan sejak kebelakangan ini.\u201cApa yang kami kurang pada masa itu adalah konsisten dan hanya ada satu peluang untuk kami berada dalam situasi ini yakni memenangi hampir semua perlawanan bola sepak.\u201cSelebihnya bukan di tangan kami sendiri, namun kami tahu perlu memenangi semua perlawanan sehingga akhir musim untuk mendapat peluang.\"... Anda berharap pihak lawan hanya kalah dan anda mempunyai tekanan seperti itu dari bahu anda. Tugas kami adalah untuk mengekalkan tekanan secara tenang dan santai,\" kata Klopp.Liverpool menerima kunjungan Aston Villa di Stadium Anfield pada Sabtu sebelum terbang ke Stadium St Mary's berdepan Southampton, yang telah disahkan penyingkiran untuk perlawanan terakhir pada 28 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 01:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258765/berita/sukan/united-intai-pemain-korea-selatan", "article_title": "United intai pemain Korea Selatan", "article_text": "PERTAHANAN kental Napoli, Kim Min-jae semakin hampir untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dilaporkan akan menyertai Manchester United menerusi klausa perpindahan mencecah 43 juta pound (RM242 juta).Pemain itu dikatakan sudah bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford dan hanya menunggu butiran lain untuk dipertimbangkan, lapor media Itali di Naples, Il Mattino.Laporan berkenaan turut menyebut, Napoli sudah mencari pemain pertahanan baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain antarabangsa Korea Selatan itu.Min-jae gembira di Napoli, namun beliau memasang impian untuk berpindah ke EPL.Pemain berusia 27 tahun itu mempamerkan aksi mengagumkan pada penampilan Serie A musim ini apabila membantu kelabnya merangkul kejuaraan Scudetto.Beliau beraksi sebanyak 43 kali dalam semua kejohanan dan turut meledak dua gol bersama pasukan yang merekodkan 15 perlawanan tanpa bolos musim ini.Min-jae baru sahaja menyertai Napoli musim panas lalu dari kelab Turkiye, Fenerbahce dengan nilai 15 juta pound (RM84.42 juta).Napoli dijangka mendapat habuan lumayan kerana klausa pelepasan yang perlu dibayar Red Devils dikatakan antara 43 juta pound (RM242 juta) hingga 52 juta pound (RM292.65 juta).", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 12:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258743/berita/sukan/inter-jangka-lukaku-lebih-padu-berdepan-milan", "article_title": "Inter jangka Lukaku lebih padu berdepan Milan", "article_text": "PENYERANG prolifik Inter Milan, Romelu Lukaku disifatkan memasuki bulan terakhir musim ini dengan prestasi terbaik biarpun berdepan pelbagai kemelut prestasi.Itu reaksi pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi menjelang perlawanan timbal balik perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang jiran tetangga, AC Milan.Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari Chelsea, bergelut dengan kecederaan dan prestasi musim ini, namun menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhirnya.Ditanya sama ada pemain Belgium itu telah kembali ke tahap yang ditunjukkannya semasa tempoh pertamanya di Inter - di mana dia menjaringkan 64 gol dalam dua musim dan memenangi gelaran Serie A - Inzaghi dengan tenang berkata: \"Anda kenal dia, anda tahu apa yang dia boleh lakukan dalam situasi tertentu untuk kelab.\u201cItulah yang kami jangkakan sepanjang tahun ini, malangnya sesuatu tidak diduga berlaku ke atas dia dan (Marcelo) Brozovic sebelum ini. Ya, kehilangan dua pemain yang sangat diperlukan selama beberapa bulan.\"Saya boleh memikirkan perlawanan penting yang dimainkan tanpa mereka, tetapi apa yang anda lihat ialah Lukaku yang tiba pada bulan lepas dengan cara terbaik.\"Bagaimanapun, Inzaghi menambah bahawa masih terdapat beberapa keraguan mengenai kecergasan pemain berusia 30 tahun itu apabila menegaskan, \"Tiga perlawanan seminggu pada masa ini, saya tidak tahu sama ada dia boleh menguruskannya.\"Sebagai rekod, Inter mendahului 2-0 ke atas Milan menjelang perlawanan kedua di San Siro ketika jagoan Serie A Itali itu berhasrat untuk mara ke final buat kali pertama sejak dinobatkan sebagai juara kelab Eropah pada 2010.Kelab Itali itu mempunyai pendahuluan yang sama menjelang perlawanan kedua suku akhir menentang Benfica, dan Inzaghi berkata, mesejnya kepada pemainnya adalah sama seperti sebelum perlawanan bulan lalu.\"Saya berkata sebelum Benfica, ia memerlukan ketenangan mental dan hati yang hangat. Saya akan berulang-ulang, tetapi ia satu-satunya cara untuk perlawanan seperti ini.\"Kami tahu ia adalah salah satu perlawanan paling penting dalam sejarah Inter. Malah kami tahu kami mempunyai kelebihan, memang sepatutnya, tetapi kami bukan sahaja perlu menguruskannya. Kami perlu bermain sebagai Inter, mengetahui bahawa kami berdepan pasukan yang kuat di hadapan kita.\"Kami tahu kami berada 90 minit dari merealisasikan mimpi indah untuk kelab sehebat Inter,\" tambah Inzaghi.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 10:44am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258742/berita/sukan/city-buru-gelaran-treble", "article_title": "City buru gelaran treble", "article_text": "MANCHESTER City berada di landasan terbaik untuk merangkul juara treble pada musim ini.Keyakinan itu disuarakan pertahanan The Citizens, Aymeric Laporte yang percaya skuad bimbingan Pep Guardiola itu layak meraih banyak perkara.\"Kami berhak mendapat banyak perkara. Moga boleh dapat treble, tetapi kami perlu fokus dalam setiap perlawanan,\" katanya.Jika City menewaskan Real Madrid awal pagi Khamis, mereka akan berada di final Liga Juara-Juara kedua dalam tempoh tiga musim.The Citizens juga berpeluang untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima dalam tempoh enam tahun pada hari Ahad dengan kemenangan ke atas Chelsea.Perlawanan akhir pertama Piala FA menentang Manchester United menanti mereka pada 3 Jun.Selepas Arsenal tewas 0-3 kepada Brighton memberi peluang kepada City untuk merangkul gelaran EPL di tempat sendiri dengan baki dua perlawanan dan Laporte mengakui fokus semakin jelas.\"Ia besar untuk kami dan penting untuk musim ini,\" ujar Laporte.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 10:37am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258721/berita/sukan/ncaa-mula-gamit-azeem", "article_title": "NCAA mula gamit Azeem", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi memiliki potensi cerah untuk meraih tiket Divisyen Satu Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS).Bekas jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, ia berdasarkan pencapaian membanggakan Azeem apabila melakar catatan 10.25 saat (s) untuk meraih tempat ketujuh acara 100 meter (m) Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana pada Ahad.Beliau berkata, bagi melayakkan diri ke pentas lebih berprestij NCAA, Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m perlu berada dalam kedudukan 14 teratas pada kejohanan regional NCAA.\u201cSaya optimis Azeem akan layak dan berada dalam kelompok 14 terbaik semasa kejohanan regional NCAA. Ada satu lagi kejohanan regional NCAA di Florida minggu depan.\u201cKejohanan itu akan menjadi pentas terbaik buat Azeem untuk melayakkan dirinya ke NCAA. Kejohanan SEC dan regional adalah platform kelayakan untuk bertanding di NCAA sebenar,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Divisyen satu dikhaskan bagi kelompok atlet terbaik dengan atlet profesional terbanyak hadir dalam kategori itu, manakala divisyen dua mempunyai beberapa atlet yang baik dan segelintir yang boleh bersaing dengan divisyen satu peringkat rendah.Pada Kejohanan SEC Outdoors 2023 di Louisiana, Azeem mencatat masa 10.11s ketika menamatkan peringkat saringan di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari Universiti Auburn, Favour Ashe.Ia adalah catatan tahunan terbaik Azeem pada tahun ini dan semakin hampir untuk menyamai rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.Mengulas lanjut, Amir juga yakin pelari kelahiran Perak berusia 19 tahun itu akan melalui proses persediaan yang rapi sebelum menyertai sesuatu kejohanan di bumi AS.\u201cSaya percaya proses latihan yang dilalui di Universiti Auburn menjadikan Azeem lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran.\u201cSaya juga optimis jurulatih, Ken Harnden telah membuat perancangan yang rapi sebagai persediaan buat Azeem untuk layak ke NCAA,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258717/berita/sukan/kita-tak-serius", "article_title": "'Kita tak serius'", "article_text": "KEGAGALAN kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 emas seperti ditetapkan untuk Sukan SEA Kemboja 2023 disifatkan berpunca daripada tidak keseriusan menghadapi temasya dwitahunan itu.Malah, menurut bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad, sasaran itu merupakan bersifat 'selamat' yang sebenarnya mampu dicapai kontinjen Malaysia.\u201cSebenarnya kita kena ambil serius bermula daripada pemimpin sukan hingga peringkat atlet kerana Sukan SEA ini merupakan temasya dua tahun sekali.\u201cDua tahun bukan satu tempoh masa lama... jadi persediaan untuk perkara yang berkaitan membawa imej negara perlukan dilakukan pada tahap terbaik.\u201cKita perlu lebih tegas dan tiada berkompromi dalam memastikan sasaran dapat dicapai, jika memerlukan latihan pusat 24 jam demi maruah negara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebagai rekod, kontinjen Malaysia diletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada edisi ke-32 kali ini seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Sehingga jam 10 malam tadi kontinjen Malaysia berjaya mengumpul 30 pingat emas, 42 perak dan 85 gangsa dengan keseluruhan 157 pingat bagi kedudukan ketujuh.Dalam pada itu, Mazlan berharap MSN lebih praktikal dalam memastikan setiap sasaran pingat mampu dicapai kontinjen Malaysia.\u201cMungkin sudah tiba masanya MSN perlu menukar pendekatan selepas berakhirnya Sukan SEA Kemboja 2023. Ketika berada di MSN, saya mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi dalam hal ini (sasaran pingat).\u201cSaya ambil tanggungjawab serius kerana melibatkan maruah negara, sekiranya gagal saya amat rasa bertanggungjawab sebagai organisasi yang dipertanggungjawabkan bagi memacu kecemerlangan arena sukan Malaysia,\u201d ujarnya.Pada masa sama, Mazlan turut berharap setiap persatuan sukan kebangsaan perlu meletakkan pungutan pingat emas sebagai keutamaan masing-masing.\u201cIni penting kerana kita mahu atlet yang dihantar dalam mana-mana temasya sukan mempamerkan semangat juang untuk memburu pingat emas.\u201cJika hanya letak pingat gangsa sebagai sasaran (Sukan SEA), pada saya ia perlu disemak semula kerana kita dalam usaha melahirkan atlet berdaya saing ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia atau Sukan Olimpik,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258726/berita/sukan/ac-milan-tagih-kudrat-leao-di-san-siro", "article_title": "AC Milan tagih kudrat Leao di San Siro", "article_text": "MESIN gol AC Milan, Rafael Leao mungkin cergas untuk menentang Inter Milan dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara.Pengendali Milan, Stefano Pioli berkata, itu memberikan dorongan besar kepada harapan pasukannya untuk membalikkan defisit dua gol.Sebagai rekod, bintang sayap Portugal berusia 23 tahun terlepas aksi ketika Milan tewas 0-2 pada perlawanan pertama, selain turut disisihkan semasa kekalahan mengejut kepada Spezia dalam Serie A selepas mengalami kecederaan paha dalam kemenangan liga Milan ke atas Lazio awal bulan ini.Leao merupakan antara pemain paling berpengaruh di Milan musim ini dan mencatatkan 13 gol dan 10 bantuan gol dalam semua kejuaraan.\"Dia semakin lebih baik, begitu juga (Rade) Krunic dan (Junior) Messias. Jika semuanya berjalan seperti sepatutnya, mereka akan tersedia untuk latihan petang ini dan untuk perlawanan esok,\" kata Pioli ketika ditanya status Leao sebelum perlawanan timbal balik.Dalam pada itu, Pioli yakin Milan akan dapat bangkit semula di San Siro selepas kekalahan pada perlawanan pertama minggu lalu yang mengecewakan apabila mereka bolos dua kali dalam 10 minit pembukaan.Juara Eropah tujuh kali Milan belum mara ke final Liga Juara-Juara sejak kemenangan terakhir mereka pada 2007.\u201cKami mempunyai matlamat penting dalam fikiran - untuk memenangi perlawanan dan untuk layak ke perlawanan akhir, yang tiada siapa yang akan meramalkan, sama seperti pada awal tahun ini tiada siapa yang akan meramalkan kehadiran kami di separuh akhir.\u201cKami tidak bercakap mengenai Spezia, hanya mengenai esok... Kami tahu kami bermula dengan kelemahan, tetapi kami juga mempunyai kualiti membalikkannya.\"Sekarang lebih daripada sebelumnya, tiada siapa yang menyangka Milan boleh mara ke final. Saya tahu kami boleh bermain permainan yang hebat dan tahu betapa kuatnya pemain Milan... Kami telah melakukan beberapa kesilapan, tetapi masa lalu tidak relevan,\" kata Pioli", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2023 07:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258708/berita/sukan/malaysia-smash-india-tempah-slot-suku-akhir-piala-sudirman", "article_title": "Malaysia 'smash' India, tempah slot suku akhir Piala Sudirman", "article_text": "MALAYSIA meneruskan persembahan luar biasa saingan Piala Sudirman 2023 apabila menewaskan India, 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, China pada Isnin.Kemenangan memberangsangkan itu menyaksikan skuad negara mengesahkan tiket ke suku akhir selepas melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas Australia pada Ahad.Momentum positif dua perlawanan awal itu membolehkan skuad negara untuk lebih santai berdepan Taiwan dalam aksi terakhir pada Rabu yang menentukan gelaran juara dan naib juara kumpulan.Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menyumbang mata pertama Malaysia selepas menewaskan Dhruv Kapila-Ashwini Ponappa 21-16, 21-17Rentak kemenangan itu diteruskan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia apabila meletakkan Malaysia selesa 2-0 di depan selepas menjinakkan K Srikanth 21-16, 21-11.Goh Jin Wei yang tampil dengan status perseorangan wanita negara meneruskan momentum Malaysia apabila menewaskan, PV Sindhu 14-21, 21-10, 22-20 dalam aksi ketiga.Juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil lebih garang apabila mengatasi cabaran Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-19.Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya apabila menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 21-15, 21-13.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 11:01pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258707/berita/sukan/kekalkan-konsep-1-1-untuk-menang-emas-thailand-2025", "article_title": "Kekalkan konsep 1 1 untuk menang emas Thailand 2025", "article_text": "KONSEP 1 1 harus dikekalkan sekiranya skuad lebuhraya Malaysia mahu mengekalkan penguasaan dalam acara lepas beramai-ramai dan kriterium pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.Pengurus pasukan, Norazman Datuk Abu Samah menegaskan wakil pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (TSC) mesti dibenarkan berbakti demi negara sekiranya Malaysia mahu memburu lebih banyak emas pada bumi Negara Gajah Putih kelak.Jurulatih TSG dan Sapura juga harus digandingkan pada temasya Sukan SEA 2025 kerana mereka memiliki kepakaran untuk mencatur strategi pertandingan demi melakar sejarah menang pingat emas acara lepas beramai-ramai untuk kali ketiga berturut-turut sejak 2021.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan Persekutuan Berbasikal Asean (ACF) menjelaskan kedengaran khabar angin betapa lebih 10 pingat akan dipertandingkan menerusi disiplin lebuhraya pada temasya Sukan SEA 2025.\u201cSekiranya benar, ia satu jumlah yang sangat besar. Saya difahamkan akan dipertandingkan beberapa acara baharu seperti ujian masa campuran berpasukan (MTT) iaitu dua pelumba elit lelaki bergandingan dengan dua pelumba elit wanita. Saya faham kenapa Thailand mahukan acara ini.\u201cThailand memiliki dua pelumba elit lelaki yang kuat. Thailand juga memiliki barisan pelumba elit wanita yang kuat. Faktor menyebabkan Thailand memperkenalkan acara ujian masa campuran berpasukan,\u201d katanya.Azman percaya Thailand menyenaraikan acara lepas beramai-ramai, kriterium dan ujian masa perseorangan (ITT) untuk elit lelaki dan wanita.\u201cDi sini sahaja ada enam pingat emas untuk direbut. Saya percaya akan ada tambahan pingat sekiranya Thailand menyenaraikan emas untuk kategori berpasukan menerusi acara acara lepas beramai-ramai dan kriterium,\u201d katanya.Beliau yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) turut mendesak semua pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) agar segera memulakan latihan pusat.\u201cKita tak perlu tunggu sehingga tiga atau empat bulan sebelum bermulanya temasya Sukan Sea 2025. Saya difahamkan lebih 40 pingat emas boleh direbut menerusi disiplin lebuhraya, trek, basikal bukit (MTB) dan BMX.\u201cKita perlu manfaatkan peluang ini untuk merebut seberapa banyak pingat emas yang boleh. Bagaimanapun, kita perlu bermula lebih awal. Saya akan mendesak Biro Lebuhraya PKBM segera kemukakan cadangan kepada KBS atau MSN,\u201d katanya.Skuad lebuhraya Malaysia meraih satu emas satu perak dua gangsa menerusi acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan Wanita serta kriterium pada temasya Sukan Sea 2023 yang diadakan di Siam Reap, Kemboja.Pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki menyelamatkan maruah Malaysia selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki yang dimenangi di Sukan SEA 2021 di Vietnam tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 10:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258725/berita/sukan/kpt-masum-knights-sasar-kelompok-empat-terbaik-stl", "article_title": "KPT-MASUM-Knights sasar kelompok empat terbaik STL", "article_text": "REGU KPT-MASUM-Knights meletakkan sasaran empat terbaik apabila menyingkap saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2022/23.Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sasaran itu satu cabaran untuk anak buah Ahmad Sufi Mohamed Hashim lebih berdaya saing.Malah jelas Pekan, biarpun ini penampilan pertama KPT-MASUM-Knights, namun percaya pasukan tersebut mampu memberi saingan kepada pasukan elit.\u201cKita bawa diri sebagai 'underdog', pasukan ini masih muda tetapi mereka berjiwa besar. Semua pemain IPT dan kemungkinan kita satu-satunya pasukan tanpa menggunakan khidmat pemain import.\u201cSaya dan pengurusan pasukan yakin akan berlaku beberapa kejutan. Pemain kita semakin matang dengan persiapan pasukan yang lebih teratur.\"Sekarang terserah kepada para pemain untuk pamer aksi terbaik dalam saingan STL,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Selain sasaran tempat keempat keseluruhan, regu KPT-MASUM-Knights turut menyasarkan untuk layak ke aksi Piala Antara Juara STL nantiMajlis pelancaran dan pengenalan pasukan KPT-MASUM-Knights berlangsung di UPM, Serdang pada Isnin.Hadir sama, Pengurus KPT-MASUM-Knights, Dr Hanafiah Ayub dan Ketua Jurulatih KPT-MASUM-Knights, Ahmad Sufi.Sebagai rekod, saingan STL Liga Premier 2022/2023 bakal berlangsung dari Mei hingga Ogos depan.Minggu pertama dijadualkan berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar Perak dari 26 hingga 28 Mei.Spice Arena Pulau Pinang merupakan venue minggu kedua yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun.Minggu ketiga dari 9 hingga 11 Jun bakal berlangsung di Dewan MBS, Seremban Negeri Sembilan.Stadium Titiwangsa pula menjadi venue minggu keempat kejohanan yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun.Stadium Titiwangsa juga menjadi venue minggu kelima dari 30 Jun hingga 2 Julai, minggu keenam bermula 7 hingga 9 Julai.Venue sama juga kekal untuk minggu ketujuh bermula 14 hingga 16 Julai diikuti minggu kelapan dari 21 hingga 23 Julai.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 10:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258705/berita/sukan/nur-ameer-wakili-negara-ke-sukan-olimpik-khas-dunia-berlin", "article_title": "Nur Ameer wakili negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin", "article_text": "SEORANG remaja yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, Nur Ameer Muqsiq, 19, akan mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.Nur Ameer dipilih mewakili negara oleh Olimpik Khas (SO) Perak selepas beliau memenangi emas untuk acara larian 100 meter (m) dan lompat jauh pada temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia di Melaka pada Ogos lepas.Pada temasya di Jerman nanti, Nur Ameer akan bertanding dalam acara larian 100m, 4x100m dan lompat jauh.\"Ini merupakan kali pertama saya akan mewakili negara. Saya rasa seronok dan gementar.\"Saya telah mula berlatih sejak tahun lepas. Saya berlatih dua kali seminggu di rumah dan di Stadium Perak bersama jurulatih,\u201d katanya kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Akademi Hoki Raja Ashman Shah Persekutuan Hoki Asia (AHF) di sini hari ini.Sementara itu, jurulatihnya, S. Manogaran berkata, atlet yang turut menghidap disklesia itu sentiasa bersemangat untuk bersaing pada temasya sukan tersebut.Katanya, Nur Ameer juga adalah seorang yang sangat mendengar kata dan sentiasa memberi sepenuh perhatian ketika melakukan latihan.\"Saya pernah beberapa kali bawa dia untuk melihat perlawanan di stadium, dia begitu teruja dan berkata ingin berlatih bersungguh-sungguh untuk mewakili negara,\u201d katanya.Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 10:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258703/berita/sukan/syafiq-dedikasi-pingat-emas-buat-ibu", "article_title": "Syafiq dedikasi pingat emas buat ibu", "article_text": "ATLET taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber mendedikasikan pingat emas dimenangi pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh kepada ibunya sempena Hari Ibu yang disambut pada Ahad.Kejayaan Syafiq mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg) itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.Pada saingan final berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.Kejayaan tersebut juga mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.Lebih membanggakan pencapaian Syafiq itu melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu pada Isnin.Ketika ditemui pemberita, Syafiq menzahirkan rasa syukur atas kejayaan mempertahankan gelaran tersebut dan dapat menunaikan permintaan ibunya, Salmah Shafie agar dia membawa pulang pingat emas.\u201c(pingat emas) Ini hadiah untuk ibu saya sempena Hari Ibu...dia kata supaya saya bawa balik pingat emas. Pada mulanya saya tidak janji apa-apa tetapi Alhamudillah saya dapat tunaikan permintaannya,\u201d katanya.Dia turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang banyak membantunya sehingga dapat mempertahankan pingat emas tersebut.Mengenai pertarungan hari ini, dia tidak menjangka dapat memenangi saingan tersebut kerana belum pernah bertemu lawannya sebelum ini.\u201cSaya masih tidak percaya dapat memenangi pingat emas ini. Tetapi saya beritahu kepada diri sendiri saya boleh melakukan yang terbaik. Sudah tentu tekanan adalah tinggi tetapi saya gembira dapat sekali lagi memenangi emas.\u201cBukan mudah mempertahankannya. Saya hanya ikut arah jurulatih, Alhamdulillah saya berjaya,\u201d katanya bahawa kem latihan selama dua bulan di Korea Selatan serta pengorbanan dilakukan apabila tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga adalah berbaloi.Pingat emas dimenangi Syafiq pada hari terakhir acara taekwondo itu adalah ketiga daripada kem taekwondo negara selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 10:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258702/berita/sukan/kriket-wanita-ulangi-memori-kuala-lumpur-2017", "article_title": "Kriket wanita ulangi memori Kuala Lumpur 2017", "article_text": "SKUAD kriket wanita negara mempertahankan pingat gangsa acara Twenty20 (T20) selepas menewaskan jiran tetanga, Singapura dengan lapan wiket Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin.Dalam perlawanan pingat gangsa di AZ Group Cricket Oval, Malaysia yang tewas memulakan perlawanan berjaya melakukan 54 larian dalam 9.1 overs manakala Singapura mencatat 51 larian dalam 20 overs.Ini adalah gangsa kedua berturut-turut Malaysia selepas mengatasi Kemboja dengan 10 wiket dalam 50-overs, Jumaat lalu.Sementara itu, Thailand mempertahankan pingat emas apabila mengalahkan Indonesia dengan 40 larian pada perlawanan akhir.Skuad wanita negara akan berpeluang menghadiahkan gangsa 'hatrik' apabila berdepan tuan rumah, Kemboja, sekali lagi dalam acara T10, esok.Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad kriket wanita negara meraih gangsa sulung dalam Sukan SEA selepas menewaskan Singapura dengan lapan wiket.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 10:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258699/berita/sukan/sukan-sea-skuad-hoki-wanita-di-tahap-terbaik-hadapi-final", "article_title": "Sukan SEA: Skuad hoki wanita di tahap terbaik hadapi final", "article_text": "SKUAD hoki wanita kebangsaan yang sudah pun mengesahkan tempat di final, mengakhiri saingan liga sepusingan dengan rekod tanpa kalah selepas membelasah Indonesia 6-0 pada aksi terakhir di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini.Skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bermula garang apabila mendahului 2-0 pada 10 minit pertama selepas Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad meledak gol padang pada minit kedua sebelum Nuramirah Shakirah Zulkifli menyempurnakan pukulan penalti pada minit kesembilan.Malaysia semakin selesa mendominasi permainan apabila Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin meledak gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-36 dan Nuramirah Shakirah menjadikan kedudukan 4-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-50.Tidak terhenti di situ, Malaysian Tigress terus menambah derita lawan dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh singkat menerusi pukulan penalti Nur Afiqah Syahzani Azhar dan pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni, masing-masing pada minit ke-55.Kejayaan membelasah Indonesia merupakan kemenangan keempat berturut-turut anak buah Mohd Nasihin menjelang pertembungan final berdepan Thailand, esok.Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di kedudukan teratas mengumpul 12 mata diikuti Thailand kedua (enam mata), Singapura ketiga (lima mata) sementara Indonesia dan Kemboja masing-masing berkongsi dua mata di tempat keempat dan kelima.\"Untuk aksi final esok, strategi kedua-dua pasukan pastinya telah diketahui, namun kami akan merancang satu strategi lain dan yang terbaik untuk final.\"Saya amat berharap pemain akan mencurahkan segalanya pada aksi terakhir esok kerana ia merupakan perlawanan paling dinantikan semua,\u201d kata Mohd Nasihin selepas perlawanan di sini.Sebagai rekod, pasukan hoki wanita negara memenangi emas pada edisi 2017 sebelum sukan itu tidak dipertandingkan pada edisi 2019 di Filipina dan 2021 di Vietnam.Dalam pada itu, Thailand yang telah mengesahkan tempat di final lebih awal tewas 0-1 di tangan Singapura pada satu lagi aksi terakhir saingan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 09:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258696/berita/sukan/kriket-wanita-ulangi-pencapaian-edisi-2017-kl", "article_title": "Kriket wanita ulangi pencapaian edisi 2017 KL", "article_text": "SKUAD kriket wanita negara berjaya mempertahankan pingat gangsa dalam acara Twenty20 (T20) selepas menewaskan jiran, Singapura, dengan lapan wiket, pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 di sini pada Isnin.Dalam perlawanan pingat gangsa di AZ Group Cricket Oval, Malaysia, yang tewas memulakan perlawanan, berjaya melakukan 54 larian dalam 9.1 overs manakala Singapura mencatat 51 larian dalam 20 overs.Ini adalah gangsa kedua berturut-turut Malaysia di sini selepas mereka mengatasi Kemboja dengan 10 wiket dalam 50-overs, Jumaat lalu.Sementara itu, Thailand mempertahankan pingat emas apabila mengalahkan Indonesia dengan 40 larian pada perlawanan akhir.Skuad wanita negara akan berpeluang menghadiahkan gangsa 'hatrik' apabila berdepan tuan rumah, Kemboja, sekali lagi, kali ini dalam acara T10, esok.Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, skuad kriket wanita negara meraih gangsa sulung dalam Sukan SEA selepas menewaskan Singapura dengan lapan wiket. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 08:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258688/berita/sukan/syafiq-zuber-legakan-kontinjen-negara-sumbang-emas-ke-30", "article_title": "Syafiq Zuber legakan kontinjen negara, sumbang emas ke-30", "article_text": "ATLET taekwondo, Muhammad Syafiq Zuber menghadiahkan pingat emas ke-30 buat kontinjen negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), di sini, pada Isnin.Pada saingan final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, atlet berusia 23 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.Kejayaan tersebut juga mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.Pencapaian Muhammad Syafiq itu sekali gus melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu hari ini.Pingat emas dimenangi Muhammad Syafiq itu adalah ketiga daripada skuad taekwondo selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 07:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258680/berita/sukan/roy-king-su-yin-harapan-emas-kem-badminton-malaysia", "article_title": "Roy King-Su Yin harapan emas kem badminton Malaysia", "article_text": "WALAUPUN baru digandingkan beberapa hari sebelum Sukan SEA 2023, pasangan Yap Roy King-Cheng Su Yin menjadi satu-satunya harapan pingat emas kem badminton selepas empat lagi wakil negara terkandas di separuh akhir hari ini.Bagaimanapun, Roy King-Su Yin terpaksa berhempas pulas lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke final acara beregu campuran selepas mengetepikan wakil Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong 24-22, 25-27, 21-19, di Dewan Badminton Morodok Techo.Pasangan negara menempah pertemuan dengan pilihan utama dari Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, yang menyingkir Ratchapol Makkasasithorn-Chasinee Korepap dari Thailand 19-21, 21-18, 21-19.Roy King ketika ditemui selepas perlawanan hari ini berkata, beliau harus memberikan kredit kepada Su Yin kerana telah beraksi dengan baik sehingga membawa mereka selangkah untuk mempertahankan pingat emas beregu campuran di temasya dwitahunan itu.\"Jika Su Yin tiada, kami tidak boleh menang lawan Thailand. Saya sangat gembira dapat ke final,\u201d katanya kepada pemberita.Mengenai perlawanan akhir esok, beliau akan memberikan aksi terbaik dalam usaha menyumbang emas buat kontinjen negara.Sementara itu, dua pemain perseorangan negara Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang berkongsi pingat gangsa selepas tewas kepada lawan masing-masing dari Indonesia Christian Adinata and Chico Aura Dwi Wardoyo di separuh akhir.Jun Hao yang bermain dengan baik bagaimanapun gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tunduk 21-19, 21-12 kepada Adinata manakala Shun Yang tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo 21-15, 21-18.Perseorangan lelaki negara yang menduduki ranking ke-64 dunia mengakui tidak mampu menyaingi kehebatan lawannya manakala Shun Yang tetap berpuas hati dengan pencapaian kali ini meskipun terkandas.\"Saya rasa ada peluang pada set kedua, tapi Chico lebih berani untuk beri pukulan yang susah untuk saya balas,\u201d menurut Shun Yang.Bagi acara beregu wanita pula, Su Yin yang bergandingan dengan kembarnya Cheng Su Hui bagaimanapun tidak dapat meneruskan momentum sama, tewas 21-10, 21-17 kepada wakil Indonesia Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allesya Rose.Aksi akhir beregu wanita akan menyaksikan pertembungan dua wakil Indonesia selepas pilihan utama Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi mudah mengetepikan satu lagi wakil Malaysia Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan, 21-9, 21-9. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 06:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258633/berita/sukan/nur-syazwani-tebus-kecewa-kem-angkat-berat", "article_title": "Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat", "article_text": "SKUAD angkat berat negara boleh menarik nafas lega apabila berjaya menepati sasaran meraih satu pingat gangsa dalam acara berkenaan pada Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin.Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat dipertandingkan di Dewan Taekwondo Olimpik di Phnom Penh.Pencapaian itu sekali gus menebus kekecewaan kem angkat berat negara apabila badang negara Muhammad Erry Hidayat yang menjadi sandaran membawa pulang satu gangsa pada temasya kali ini tidak berjaya berbuat demikian selepas gagal menamatkan saingan dalam kategori 73kg lelaki pada Ahad.Atlet berusia 20 tahun itu yang membuat penampilan pertama pada temasya di sini, melakukan angkatan keseluruhan 184kg dengan mencatat 80kg bagi snatch dan 104 untuk clean and jerk.Pingat emas acara berkenaan menjadi milik wakil Indonesia Tsabitha Alfiah Ramadani yang melakukan jumlah angkatan keseluruhan 204kg (snatch 97kg, clean and jerk 107kg) manakala peserta Vietnam Thi Thu Uyen Dinh membawa pulang perak dengan catatan 194kg (snatch 96kg, clean and jerk 98kg).Nur Syazwani berkata, ketika beraksi dalam kategori snatch, dia cuba mengerahkan seluruh tenaga bagi melakukan angkatan seberat 104kg bagi memastikan dapat meraih pingat gangsa.\u201cSebelum giliran saya, atlet dari Indonesia dan Vietnam melakukan angkatan mereka. Saya rasa perlu melakukan angkatan lebih baik jika mahu bawa pulang pingat.\u201cSaya gembira dapat lakukan angkatan sempurna...jika diikutkan catatan terbaik pernah saya lakukan dalam snatch adalah 106kg,\u201d katanya yang berasal dari Bukit Pinang, Kedah.Sebelum ini, PABM menyasarkan skuad negara dapat membawa pulang satu pingat gangsa menerusi Muhammad Erry.Ia berikutan, dua lagi jaguh angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan tidak menyertai temasya di Kemboja kerana mereka perlu menyertai kejohanan lain yang menjanjikan kutipan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 03:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258617/berita/sukan/bukan-sebab-dendam-jika-pilih-kewarganegaraan-indonesia---dharma-raj", "article_title": "Bukan sebab dendam jika pilih kewarganegaraan Indonesia - Dharma Raj", "article_text": "FAKTOR dendam tidak sesekali akan mempengaruhi bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam memuktamadkan tawaran menjadi warganegara Indonesia.Pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia itu berkata, tiada rasa dendam mahupun rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan tertinggi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) biarpun terlalu kecewa terhadap layanan yang diterima di Malaysia sebelum ini.Beliau yang juga pengendali kedua-dua skuad hoki dalam dewan serta padang lelaki dan wanita Indonesia berkata, konflik bersama KHM memaksa beliau mengambil keputusan membawa diri meninggalkan keluarga dan pasukan kesayangannya untuk ke Indonesia sebelum melalui saat sukar di sana.\"Situasi menjadi sangat tegang pada waktu (konflik) itu, tetapi saya tidak berdendam walaupun kecewa sangat dengan apa yang berlaku kerana saya harus pergi tinggalkan keluarga (ke Indonesia) dan pasukan kebangsaan yang saya bawa selama bertahun-tahun, ia sangat menyedihkan.\"Saya tiada pilihan waktu itu, saya pergi macam itu saja, saya sangat susah di Jawa Barat semasa Covid-19, gaji terkesan, tidak boleh balik, saya merana hidup sendirian selama 18 bulan di sana sehingga mengalami kemurungan,\u201d katanya di sini.Semalam, Muhammad Dharma yang lebih mesra disapa Dharma Raj mendedahkan beliau ditawarkan kewarganegaraan Indonesia melalui Federasi Hoki Indonesia bagi meneruskan usaha membangun dan memajukan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita republik itu.Menurutnya rasa cinta terhadap keluarga hoki Indonesia yang menerima beliau selepas kontrak bersama KHM tamat pada Disember 2019, mendorongnya mempertimbangkan tawaran yang diberi.Beliau memutuskan untuk tidak memohon kembali jawatan sebagai jurulatih skuad hoki wanita negara kerana berasa seperti diaibkan susulan terdapat dakwaan dirinya berpaling tadah terhadap KHM.Mengulas lanjut, Dharma Raj berkata, beliau sentiasa rasa terhutang budi dengan kerajaan Malaysia terutama Majlis Sukan Negara (MSN) atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan selama membimbing pasukan negara.\"Saya rasa kerajaan Malaysia bantu dengan membelanjakan hampir sejuta ringgit untuk naikkan saya sebagai jurulatih, mereka hantar saya ke Jerman, Belanda, Argentina dan India, jadi dalam fikiran saya sentiasa bersyukur terhadap kerajaan Malaysia dan MSN,\u201d kata jurulatih berpengalaman berusia 53 tahun itu.Pada Mac 2021, Dharma Raj dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia dengan kontrak hingga Disember 2025, selepas 10 bulan memegang jawatan pengarah teknikal hoki Wilayah Jawa Barat.Prestasi hoki Indonesia menunjukkan peningkatan mendadak sejak kehadiran Dharma Raj dan terbaharu beliau membawa pasukan dalam dewan lelaki republik itu mencipta sejarah merangkul emas sulung di Sukan SEA di sini, dengan menewaskan Malaysia di final.Sebelum itu, pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita Indonesia menamatkan saingan Piala Asia 2022 masing-masing di kedudukan keempat dan naib juara, manakala skuad hoki padang lelaki dan wanita Indonesia pula akan beraksi di Sukan Asia 2023.Bersama Malaysia pula, antara kejayaan diraih Dharma Raj bersama Malaysian Tigress ialah merangkul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selain mencipta sejarah muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia dan menduduki tempat kelima pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.Beliau juga pernah membawa pasukan hoki remaja lelaki kebangsaan meraih tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 03:19pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258618/berita/sukan/raja-libas-tidak-pernah-lupa-sepak-takraw-negara---anak", "article_title": "Raja libas tidak pernah lupa sepak takraw negara - anak", "article_text": "RAJA libas negara, Allahyarham Adnan Saidin, 66, sentiasa mengikuti perkembangan semasa sukan sepak takraw negara dan menyifatkan sukan ini masih mempunyai masa depan cerah serta mampu menyerlah di pentas antarabangsa berdasarkan bakat-bakat baharu dan sedia ada.Perkara tersebut didedahkan anak ketiganya, Mohd Faizal Adnan, 38, yang juga bekas perejam negara, Kedah dan Negeri Sembilan.Menurutnya, Allahyarham yang merupakan Pemain Terbaik Asia 1984 dan digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986 itu masih lagi memberikan tumpuan kepada perkembangan sepak takraw negara dan sering bertanya serta berkongsi pendapat dengannya tentang sukan itu.\"Ayah kata bakat-bakat sekarang ada potensi. Gandingan yang membarisi pasukan negara ini melibatkan pemain pengalaman dan baharu.\"Walau dalam keadaan yang macam itu (tidak sihat) ayah masih lagi menyokong dan tengok. Kadang-kadang saya yang akan beritahu tentang keadaan semasa sukan sepak takraw kepadanya. Terbaharu saingan Sukan SEA 2023 ayah tidak sempat lihat sebab masuk hospital,\" katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Huda, Jalan Gangsa, dekat sini pada Isnin.Media melaporkan negara kehilangan permata sukan sepak takraw apabila Adnan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, akibat masalah kesihatan pada pagi Isnin.Jenazah disembahyangkan di Surau Kampung Padang, Batu Dua, Tandop, Alor Setar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang selepas solat Zohor.Mohd Faizal berkata, Allahyarham bapanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak seminggu lalu kerana sering mengadu keletihan.Mohd Faizal (tengah) mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang mendokan allahyarham bapanya. Gambar kecil: Mohd Zahir Awang, Azman Ismail\u201cAyah dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kerana mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. Masuk hari ketiga dirawat, dia tidak sedarkan diri dan imbasan pada kepala mendapati terdapat pendarahan dalam kepalanya.\u201cAllahyarham kemudiannya telah dirujuk ke HSB, semalam dan meninggal dunia hari ini,\u201d ujarnya.Sementara itu, bekas rakan regu negara Allahyarham yang beraksi di posisi apit kanan, Mohd Zahir Awang, 60, menyifatkan Adnan adalah pemain legenda sepak takraw yang sukar dicari ganti kerana mempunyai disiplin tinggi baik semasa latihan ataupun perlawanan sebenar.Menurutnya, walaupun dia merupakan pemain negara paling muda ketika itu namun rakan-rakan lain terutamanya Allahyarham Adnan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.\"Adnan adalah seorang pemain disiplin yang tinggi, saya dapat banyak pengalaman daripada Allahyarham dan Azman Ismail semasa berada dalam satu regu dan kami dianggap antara regu terbaik Asia ketika itu.\"Allahyarham banyak membantu memberikan petua kepada kami terutamanya saya dalam menghadapi lawan pada situasi getir. Dia banyak bagi motivasi dan saya anggap dia masih lagi antara pemain sepak takraw negara sehingga sekarang,\" kata Mohd Zahir.Azman, 62, juga turut mengakui disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh Allahyarham Adnan dan meminta pemain negara pada hari ini mencontohi sikap serta kesungguhan legenda tersebut semasa beraksi mewakili negara.\"Adnan bila bermain memang tidak mudah mengaku kalah dan bila bermain akan bermain betul-betul. Dia akan usaha dan belajar dari kesilapan-kesilapan sebelum itu. Dia akan sentiasa meningkatkan prestasinya,\" ujarnya..Allahyarham memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan negara bermula dari 1980 hingga 1986 dan Kedah dari 1976 hingga 1992 banyak melakar kenangan manis dalam sukan takraw.Anak jati Kampung Padang, Tandop, dekat sini itu mula berjinak-jinak dalam sukan tersebut sejak berusia lapan tahun yang kemudiannya jejak langkah itu dituruti oleh Ahmad Faizal.Antara pencapaian terbaik allahyarham bersama pasukan sepak takraw Malaysia adalah meraih pingat emas regu berpasukan Sukan SEA Jakarta 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983 selain juara Kejohanan Asia 1980 di Kuala Lumpur serta Piala Raja Thailand 1985 di Bangkok.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 03:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258610/berita/sukan/skuad-takraw-terus-kempunan-emas", "article_title": "Skuad takraw terus kempunan emas", "article_text": "SKUAD sepak takraw negara terus kempunan menuai pingat emas apabila tumpas1-2 kepada Indonesia pada aksi final double lelaki pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Isnin.Kekalahan itu menyaksikan skuad negara gagal menepati sasaran meraih pingat emas yang ditetapkan bagi acara berkenaan di temasya kali ini.Pingat perak itu juga sekali gus menyamai pencapaian pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas apabila Malaysia tumpas kepada lawan sama dengan keputusan yang serupa.Pada saingan yang berlangsung sengit di Dewan Bola Keranjang NSTC itu, gandingan Malaysia dibarisi Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Nor Aizat Mohd Nordin dengan Muhammad Hafizul Hayazi Adnan diletakkan sebagai simpanan, bermula baik apabila menang 21-16 pada set pertama.Namun rentak kemenangan itu gagal diteruskan pada set kedua dengan pemain negara gagal mendapatkan mata sebelum tewas 16-21.Pada set penentuan, corak serangan dan hadangan dilakukan anak buah Ahmad Jais Baharun itu kerap tersekat dan terpaksa akur dengan kekalahan 13-21 dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira satu jam setengah.Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Muhammad Nor Aizat mengakui kecewa kerana gagal menebus kekecewaan kalah kepada seteru lama yang sama pada temasya di Hanoi.Namun, beliau bersyukur dengan pingat perak tersebut dan berjanji akan menampilkan aksi lebih baik pada kejohanan akan datang\"Pada set pertama, rezeki kita menang tetapi di set kedua kami hilang fokus, servis dan pukulan (libasan) pun tidak menjadi. Di situ punca kekalahan kita kepada Indonesia pada hari ini (Isnin).\"Sebenarnya kami memang nak balas dendam...kami bertiga sudah berusaha sehabis baik tetapi Allah SWT nak kita usaha lebih lagi bagi mendapatkan pingat emas,\" katanya.Dalam pada itu, Aidil berkata pasukan negara sudah berusaha sehabis mungkin bagi mendapatkan pingat emas, namun nasib tidak berpihak kepada mereka.Setakat ini, skuad lelaki negara meraih tiga pingat perak menerusi acara regu berpasukan, double dan chinlone (same stroke) serta dua gangsa menerusi chinlone (non repetition dan linking).Esok, pasukan negara akan turun beraksi dalam acara terakhir sepak takraw kategori antara regu.Sebelum ini, satu pingat emas dalam acara double sepak takraw dan chinlone menjadi sasaran buat Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada temasya Sukan SEA 2023. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 03:04pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258585/berita/sukan/devan-fokus-mantap-aksi-skuad-negeri-sembilan", "article_title": "Devan fokus mantap aksi skuad Negeri Sembilan", "article_text": "NEGERI Sembilan FC enggan memberikan tumpuan terhadap pemburuan kedudukan kelompok terbaik Liga Super musim ini biarpun melakar kemenangan ketiga menewaskan Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.Sebaliknya pengendali skuad Rusa, K Devan sekali lagi menegaskan fokus utama pada masa ini adalah untuk memantapkan mutu persembahan dan prestasi skuad Hoben Jang Hoben itu.Malah jelasnya, skuad Jang musim ini perlu realistik apabila mereka mempunyai keterbatasan barisan pemain import.\"Kalau saya ada satu pasukan yang cukup dengan semua kuota (pemain import), mungkin saya akan kejar tempat teratas liga, tapi buat masa ini kita akan tengok macam mana dan mengutip seberapa banyak mata yang boleh untuk pusingan pertama...kita fikir tentang kedudukan realistik pasukan.\u201cLepas itu untuk pusingan kedua, kita tengok kepada kemampuan kelab untuk ambil pemain import dan cuba membuat sesuatu, sebab mata (dalam liga) pun tidak banyak beza dengan pasukan lain,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Dalam perlawanan itu, gol skuad Hobin Jang Hobin dijaringkan kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-73 sebelum KL City FC menyamakan kedudukan minit ke-84 hasil jaringan pemain gantian, Zhafri Yahya yang menyudahkan sepakan percuma Paulo Josue.Ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan keputusan seri, Safuwan Baharudin muncul wira skuad Rusa apabila meledak jaringan kemenangan tuan rumah pada minit ke-87.Dalam pada itu, Devan berkata, kesungguhan dan komitmen pemain dalam padang selain pemain gantian mengikuti taktikal disiplin sepanjang aksi ternyata membuahkan hasil ketika berdepan anak buah Bojan Hodak.Tambah Devan, dia juga enggan melayani pandangan pihak luar berhubung kemenangan ketiga yang dianggap bagi \u2018menutup mulut\u2019 pengkritik berkenaan prestasi skuad bimbingannya itu.\"Setiap orang ada pendapat masing-masing, tidak sama dengan saya, tetapi apa yang berlaku dalam pasukan, saya lebih tahu. Saya tidak kata pendapat mereka salah, yang penting sebagai jurulatih saya akan fokus dengan tugas saya,\u201d ujarnya.Keputusan di Paroi memperbaiki kedudukan Negeri Sembilan yang kini berada di tangga kesembilan dengan 13 mata manakala KL City kekal di tangga keenam (15 mata) selepas masing-masing melengkapkan perlawanan ke-10 liga.Sebagai rekod, perlawanan itu merupakan aksi tertunda berikutan cuaca buruk dan keadaan padang di laman keramat skuad Hobin Jang Hobin yang ditakungi air pada Mac lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 01:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258589/berita/sukan/pogba-sempat-main-24-minit", "article_title": "Pogba sempat main 24 minit", "article_text": "GOL separuh masa kedua Nicolo Fagioli dan Gleison Bremer membolehkan Juventus menang selesa 2-0 ke atas kelab kedua tercorot Cremonese dalam Serie A di Stadium Allianz.Bagaimanapun tiga mata diraih hasil jaringan minit ke-55 dan 79 kedua-dua pemain itu yang mengukuhkan cengkaman The Old Lady di tangga kedua liga terpalit insiden kecederaan Paul Pogba, arkitek kelab Turin tersebut.Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24 dengan pemain berusia 29 tahun Arkadiusz Milik yang dipinjamkan dari kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.Pemain tengah Perancis tersebut sebelum ini kembali ke Juventus musim panas lalu, namun bergelut kecederaan memulakan permainan lebih tenang ketika dia memulakan perlawanan buat kali pertama sejak April lalu ketika bermain untuk Manchester United di Liverpool.Kecederaan Pogba menyaksikan bekas peledak Manchester United itu terpaksa digantikan minit ke-24Namun Pogba hanya bertahan lebih 20 minit sebelum kembali cedera dan meninggalkan padang dengan linangan air mata menuju ke terowong.\"Sejujurnya saya amat memerlukan dia sebagai penyerang tambahan pasukan ini.\"Dalam situasi sebegini anda perlu berharap tiada apa-apa yang berlaku. Lambat laun saya terpaksa mencuba dan memulakannya kembali semula.\"Kami semua minta maaf, dia juga melakukannya dengan agak baik dan tanpa dia kami bergelut untuk mencari kedudukan. Kini dia pasti perlu direhatkan sementara selagi dia berasa sakit,\" kata jurulatih Massimiliano Allegri.Media tempatan melaporkan bahawa Pogba yang juga memulakan aksi Serie A pertamanya sejak Mei 2016, mengalami masalah otot.Sebagai rekod, Juventus kini di tempat kedua, yang pada Jumaat bertandang ke Stadium Ramon Sanchez Pizjuan berdepan Sevilla untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa selepas terikat 1-1, mendahului lapan mata daripada AC Milan yang berada di tangga kelima dalam perebutan kedudukan empat teratas Serie A.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 12:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258580/berita/sukan/saravanan-optimis-harimau-muda-akan-bangkit", "article_title": "Saravanan optimis Harimau Muda akan bangkit", "article_text": "PEMAIN tengah skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara, T. Saravanan yakin pasukan itu akan bingkas bangkit mencatatkan keputusan positif pada masa akan datang selepas terpaksa pulang awal daripada saingan Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh.Menurut Saravanan, biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran melangkah ke pusingan separuh akhir seperti yang ditetapkan.\"Tahun ini ikutkan pasukan sudah buat yang terbaik, namun kita tak mempunyai rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya.\"Nak kata banyak kekurangan dipamerkan pun tidak... jurulatih dan pemain sudah memberikan 100 peratus cuma apa yang dipraktik tidak dapat ditunjukkan di atas padang,\" katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang selepas tiba dari Phnom Penh awal pagi Isnin.Skuad Harimau Muda memulakan kempen Sukan SEA Kemboja dengan langkah kanan selepas menundukkan Laos 5-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B.Namun harapan mara ke separuh akhir terkubur selepas skuad negara mencatat kekalahan di tangan pasukan pilihan Thailand 0-2 dan Vietnam 1-2 masing-masing pada aksi kedua dan ketiga kumpulan.Saravanan yang mewakili pasukan Kuala Lumpur City FC, pada masa sama meminta supaya barisan pemain skuad B-22 tidak menganggap keputusan dicatat di Phnom Penh ialah penamat kepada segalanya.\"Perjalanan kita masih jauh dan saya yakin para pemain akan sedar mengenai itu serta bangkit dalam perlawanan-perlawanan akan datang,\" katanya yang turut mencetak empat gol selepas skuad negara membelasah Singapura 7-0 pada aksi terakhir Kumpulan B. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 12:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258578/berita/sukan/sepak-takraw-dunia-sedih-kehilangan-adnan", "article_title": "Sepak takraw dunia sedih kehilangan Adnan", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin yang meninggal dunia pada Isnin.Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Adnan yang dikenali sebagai Raja Libas, seorang pemain luar biasa yang menakluki perlawanan pada 1980-an.Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berkata Adnan memukau dunia sepak takraw selama sedekad dan memberi sumbangan besar kepada sukan itu.\"Sebagai sebuah pertubuhan sukan antarabangsa, kami mengiktiraf dan menghargai pencapaian penting Allahyarham dalam sepak takraw, dan kami amat sedih dengan kehilangannya. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat Adnan dan seluruh komuniti sukan.\"Kami mendoakan ALLAH SWT mengurniakan beliau tempat di syurga dan dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan abadi. Semasa waktu sukar ini, kami mendoakan agar ALLAH SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada insan tersayang atas kehilangan ini. Doa dan ingatan kami bersama mereka,\" katanya dalam kenyataan pada Isnin.Adnan meninggal dunia pada pukul 6 pagi Isnin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada usia 66 tahun.Anaknya Mohd Faizal Adnan, 38, berkata, Allahyarham bapanya itu mula dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sejak seminggu lepas kerana disyaki menghidap tibi, sebelum dirujuk ke HSB semalam kerana mengalami masalah pada jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.Sementara itu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.\"Sama-samalah doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Perginya beliau tiada galang ganti sebagai Raja Libas Asia. Banyak mengharumkan nama dan berjasa kepada negara,\" menurut PSM dalam hantaran di Facebook.Mula bermain sepak takraw pada usia 10 tahun, anak kelahiran Alor Setar itu mewakili Kedah dan Malaysia dari 1976 hingga 1986, dan libasan mautnya bukan hanya mencederakan pihak lawan, malah rakan sepasukan dan penonton turut terkena tempias beberapa kali.Adnan yang memenangi tiga pingat emas Sukan SEA berturut-turut di Jakarta pada 1979, Manila 1981 dan Singapura 1983, dinobatkan sebagai juara Kejohanan Asia pada 1984 dan Piala Raja Thailand pada 1985.Beliau turut dianugerahkan Pemain Terbaik Asia pada 1984 dan Raja Sepak Takraw dalam Kejohanan Regu Asia MAS/Utusan/RTM di Kuala Lumpur pada 1986. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 12:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258569/berita/sukan/feyenoord-juara-eredivisie-belanda", "article_title": "Feyenoord juara Eredivisie Belanda", "article_text": "FEYENOORD Rotterdam mengesahkan kejuaraan Eredivisie Belanda dengan baki dua perlawanan selepas dua gol awal membolehkan menang 3-0 ke atas Go Ahead Eagles di Stadium De Kuip.Oussama Idrissi membuka tirai jaringan pada minit ke-15, diikuti sentuhan pemain Mexico, Santiago Gimenez tiga minit kemudian sebelum Igor Paixao memastikan kejuaraan milik pasukan tuan rumah dengan gol ketiga sembilan minit separuh masa kedua.Kejayaan Feyenoord menyaksikan mencetuskan sambutan dalam kalangan penyokong-penyokong kelab berpangkalan di bandar pelabuhan itu, ketika mereka melakar kejuaraan buat kali pertama sejak 2017.Kemenangan ke-24 musim ini menyaksikan Feyenoord mengumpul 79 mata daripada 32 perlawanan, di luar jangkauan pencabar terdekat PSV Eindhoven yang menewaskan Fortuna Sittard, 2-1.Namun PSV hanya boleh mencapai maksimum 77 mata jika memenangi ketiga-tiga baki perlawanan terakhir.Feyenoord asuhan Arne Slot hanya tewas satu perlawanan musim ini iaitu kepada PSV pada September lalu, daripada 32 perlawanan liga yang dimainkan musim ini.Ia adalah gelaran ke-16 Feyenoord namun hanya yang kedua dalam dua dekad lalu, muncul daripada bayang-bayang musuh ketat Ajax Amsterdam dan PSV.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 11:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258563/berita/sukan/arteta-mohon-maaf-kecewakan-penyokong-arsenal", "article_title": "Arteta mohon maaf kecewakan penyokong Arsenal", "article_text": "MISI tiga mata Arsenal menentang Brighton and Hove Albion bertujuan memberikan tekanan kepada penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.Namun sama seperti penghujung musim lalu, The Gunners meneruskan persembahan turun naik kali ini menyaksikan kelab London itu diaibkan The Seagulls, 3-0 di Stadium Emirates.Pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang mengharapkan keputusan lebih positif selepas Manchester City membenam Everton dengan jaringan sama sebelum itu, akhirnya tenang menerima kekalahan tersebut.Sebelum itu, suasana meriah ketika beribu-ribu penyokong Arsenal membanjiri Stadium Emirates, bertukar anti-klimaks apabila pemain ke-12 pasukan tuan rumah mula meninggalkan stadium ketika Brighton 2-0 di hadapan hasil jaringan separuh masa kedua Julio Enciso (minit ke-51) dan Deniz Undav (minit ke-86).Ketika Pervis Estupinan melebarkan kedudukan 3-0 pada minit ke-93, stadium yang mampu memuatkan kapasiti 60,704 penonton mula kosong, menyaksikan semua impian Arsenal, yang mendahului carta sebahagian besar musim ini namun gagal dalam tempoh enam minggu lalu.\"Seminggu lalu saya berdiri di sini dengan perasaan bangga, namun hari ini kami perlu memohon maaf atas persembahan pada separuh masa kedua yang tidak boleh diterima.\u201cSecara matematik, (kejuaraan EPL) masih boleh, tetapi hari ini mustahil untuk memikirkannya.\u201cSebaliknya jami perlu menghadam keputusan dan prestasi pada separuh masa kedua, memahami sebabnya,\u201d kata Arteta.Sebagai rekod, sejak Arsenal menewaskan Leeds United 4-1 pada 1 April, The Gunners berada lapan mata di hadapan City dan mengawal perebutan kejuaraan.Bagaimanapun sejak itu, anak buah Arteta hanya meraih dua kemenangan daripada tujuh perlawanan dan diketepikan di City bulan lalu.Arsenal mencapai kemajuan besar musim ini, setelah menduduki tempat kelima musim lalu, namun Arteta yang kecewa boleh melihat beberapa perkara positif selepas pasukannya menyerah kalah kepada Brighton pada separuh masa kedua.Kemenangan City ke atas Everton di Goodison Park menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola berpotensi meratakan mood Arsenal sebelum sepak mula dan persembahan The Gunners, terutama separuh masa kedua, yang boleh dikatakan paling teruk musim ini.\u201cSejujurnya kemenangan City tidak boleh menjadi cara untuk membenarkan apa yang berlaku pada separuh masa kedua.\"Pada masa ini perasaan itu adalah kekecewaan apabila kami melepaskan permainan itu. Kami berjuang bersungguh-sungguh untuk berada di kedudukan ini dan hari ini adalah saat genting untuk terus berharap dan terus mengapai impian.\"Namun anda tidak boleh melakukan apa yang kami melakukannya pada separuh masa kedua,\" kata Arteta.Dalam masa sama Arteta menegaskan dia mempunyai banyak perkara yang perlu difikirkan sepanjang musim panas kerana musim depan menyaksikan Arsenal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dengan tuntutan Liga Juara-Juara.Namun buat masa ini dia perlu memilih kesebelasan terbaik untuk berdepan Nottingham Forest di Stadium City Ground awal pagi Ahad, apabila kekalahan akan mengesahkan City sebagai juara.Biarpun walaupun Arsenal menang, City hanya memerlukan satu kemenangan daripada tiga perlawanan liga terakhir mereka untuk menjulang kejuaraan.\"Saya benci apabila mengecewakan orang apabila mereka benar-benar mengharapkan sesuatu.\"Itu penyesalan terbesar saya hari ini. Dan kami perlu memohon maaf untuk itu,\" kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 11:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258561/berita/sukan/guardiola-mahu-gundogan-kekal-bersama-city", "article_title": "Guardiola mahu Gundogan kekal bersama City", "article_text": "PRESTASI cemerlang Ilkay Gundogan semasa membantu Manchester City membenam cabaran Everton, 3-0 di Stadium Goodison Park pada Sabtu mendapat pujian Pep Guardiola ketika penyandang juara itu melebarkan kedudukan mata pendahulu liga.Malah bekas pengendali kelab Bundesliga, Bayern Munich itu menegaskan berhasrat mengekalkan khidmat pemain tengah The Citizens berkenaan.\u201cDia menunjukkan kualiti dan kepentingannya kepada kemajuan kelab pada musim ini.\u201cKomitmennya kepada kami semua di kelab, ia bukan sekadar menjaringkan gol, dia mempunyai meneruskan momentumnya seperti ketika menentang Leeds United, dan dia sekali lagi boleh melakukan segala-galanya,\u201d kata Guardiola.Sebagai rekod, Gundogan sebelum ini telah dikaitkan dengan khabar angin dengan kelab gergasi LaLiga, Barcelona.\"Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku, mungkin dia kekal. Mudah-mudahan,\" ujar Guardiola.Sementara ketika ditanya sama ada dia telah melobi pengurusan kelab untuk mengekalkannya, pengendali Sepanyol itu menjawab: \u201cYa, saya telah pun memberitahu mereka untuk mengekalkan khidmat Gundogan.\u201cKapten bukanlah seorang pemimpin yang lantang, tetapi apabila dia bercakap, semua orang mendengar. Ini adalah kuasa seorang pemimpin.\"Dengan tiga perlawanan berbaki, City tampak sukar digugat dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris kali ketiga berturut-turut, mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut pada Ahad, selain juga tidak tewas dalam 22 perlawanan dalam semua pertandingan.Angkatan Guardiola, juga memburu kejuaraan Liga Juara-Juara pertama mereka dan mara ke final Piala FA, dijangka melakukan perubahan pantas sebelum melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 11:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258544/berita/sukan/barcelona-raih-trofi-la-liga", "article_title": "Barcelona raih trofi La Liga", "article_text": "BARCELONA merangkul gelaran La Liga buat pertama kali sejak tahun 2019 selepas mengharungi tempoh sukar di dalam dan luar padang sejak beberapa tahun lalu.Kemenangan diraih selepas skuad bimbingan Xavi Hernandez menewaskan Espanyol 4-2 pada Isnin sekali gus merampas kembali kejuaraan daripada Real Madrid.Gergasi Catalan itu mengungguli kejuaraan liga ke-27 di laman lawan dalam suasana kecoh apabila penyokong tuan rumah menceroboh ke dalam padang ketika pemain-pemain Barca meraikan kemenangan.\"Ia saat yang sangat beremosi. Detik yang amat sukar untuk tidak diraikan selepas kerja keras selama berbulan-bulan,\" ujar Xavi.Dalam aksi itu, Robert Lewandowski meledak dua kali untuk Barcelona, manakala Alejandro dan Jules Kounde turut mencatat nama selaku penjaring.Javi Puado dan Joselu menjaringkan gol lewat permainan buat tuan rumah.Kemenangan itu menjadi penyuntik semangat kepada kebangkitan mereka dengan Xavi membantu Barca memenangi trofi major pertamanya sejak mengambil alih pasukan pada November 2021.Rombakan pasukan dilakukan presiden kelab, Joan Laporta dikritik hebat pada musim panas lalu ketika Barcelona berdepan krisis kewangan.Tersingkir daripada Liga Juara-Juara memberi tamparan hebat buat Barca, tetapi mereka memenangi Piala Super Sepanyol pada Januari, sebelum mengesahkan kejuaraan La Liga ketika musim berbaki empat aksi.Xavi menjelaskan kejayaan itu membuktikan kelab berada di landasan tepat untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan.\"Kami tidak meraikannya kerana ia adalah stadium Espanyol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 09:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258537/berita/sukan/snuker-penyelamat-kontinjen-negara-hari-kesembilan", "article_title": "Snuker penyelamat kontinjen negara hari kesembilan", "article_text": "KEM snuker muncul penyelamat buat kontinjen negara apabila menyumbangkan satu-satunya pingat emas pada hari kesembilan temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh pada Ahad.Kejayaan Thor Chuan Leong menghadiahkan emas ke-29 negara dalam acara snuker perseorangan lelaki memberi sedikit kelegaan kepada kontinjen negara yang buntu mencari kilauan emas sejak Sabtu.Namun, pencapaian Chuan Leong itu tidak mengubah kedudukan Kontinjen Malaysia apabila kekal berada di kedudukan ketujuh dalam carta pungutan pingat dengan meraih 29 emas, 41 perak dan 79 gangsa.Kedudukan itu pastinya sukar bagi kem Malaysia untuk memperbaiki posisi dalam pungutan pingat apabila Singapura yang berada di tempat keenam sudah mengutip 42 emas, 36 perak dan 55 gangsa sedangkan temasya dwitahunan itu hanya berbaki tiga hari lagi sebelum melabuhkan tirai Rabu ini (17 Mei).Malah, peluang kontinjen negara untuk mencapai sasaran 40 pingat emas juga agak tipis berikutan acara yang menjadi lubuk emas Malaysia seperti terjun, olahraga, karate dan silat sudah pun berakhir.Tumpuan kem negara bagi menambah pingat emas kini terarah kepada hoki, badminton dan sepak takraw.Pada Isnin, skuad sepak takraw berpeluang menambah pingat emas buat negara apabila dijadual berdepan Indonesia dalam final acara double lelaki.Selepas tamat saingan hari kesembilan, Vietnam kekal selaku pendahulu dalam carta pungutan pingat dengan mengutip 107 emas, 90 perak dan 94 gangsa, diikuti Thailand 90-67-88, manakala Indonesia memintas Kemboja di tempat ketiga dengan 67-61-80.Tuan rumah berada di tempat keempat dengan kutipan 65-61-103 sementara tempat kelima dihuni Filipina yang mengutip 46-72-86. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 07:26am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258530/berita/sukan/piala-sudirman-malaysia-sedia-hadapi-india", "article_title": "Piala Sudirman: Malaysia sedia hadapi India", "article_text": "SKUAD badminton negara bersedia sepenuhnya untuk turun menentang India dalam aksi kedua Kumpulan C Piala Sudirman di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, China pada Isnin.Pengarah kejurulatihan beregu Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky bagaimanapun tidak mahu terlalu meletakkan tekanan kepada pemain biarpun sedar sekiranya menang ke atas India mampu untuk mengesahkan slot ke suku akhir.\"Untuk perlawanan esok (hari ini), semua pemain sudah bersedia. Siapa pun yang turun nanti bersedia untuk berjuang. Kami juga sudah mempunyai perancangan pemain yang akan diturunkan.\"Bagaimanapun, kami tidak mahu fikir terlalu jauh dahulu dan melihat langkah demi langkah. Kami akan menilai game by game,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.India sememangnya bukan lawan yang mudah buat negara dengan terbaharu mengalahkan Malaysia 1-4 pada peringkat kumpulan Kejohanan Berpasukan Badminton Asia di Dubai, Februari lalu.Menurut Rexy, beliau mahu para pemain mengekalkan rentak kemenangan 5-0 yang dilakar ke atas Australia dan momentum positif itu dibawa untuk cuba menundukkan India.\"Semua pemain bermain dengan baik (menentang Australia). Kecuali K Letshanaa yang baru pulih daripada kecederaan dan sedikit perlahan hari ini.\"Namun, untuk perlawanan seterusnya saya yakin dia akan bermain lebih baik,\" katanya.Selepas aksi menentang India, skuad badminton negara akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Taiwan pada Rabu.Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah meletakkan sasaran separuh akhir kepada skuad negara pada edisi kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258526/berita/sukan/nsfc-temui-semula-sentuhan-kemenangan-di-paroi", "article_title": "NSFC temui semula sentuhan kemenangan di Paroi", "article_text": "NEGERI Sembilan FC (NSFC) menamatkan kemarau empat perlawanan Liga Super tanpa kemenangan apabila menjinakkan Kuala Lumpur City FC, 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.Anak buah K Devan dan Bojan Hodak tampil dengan misi memperbaiki kedudukan liga bermula agresif, namun tindakan penyudah gagal menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk gol.Kedua-dua pasukan akhirnya terpaksa berpuas hati menuju ke bilik persalinan dengan keputusan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.Separuh masa kedua, skuad Rusa dan The City Boys kembali memperkemaskan permainan masing-masing.Tuan rumah akhirnya terlebih dulu menemui jaringan hasil sentuhan penyudah kapten pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-73.Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila KL City kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Zhafri Yahya.Jaringan terhasil selepas Zhafri menanduk sepakan percuma Paulo Josue untuk gol penyamaan untuk kedudukan 1-1.Ketika perlawanan seakan berkesudahan dengan keputusan seri, Safuwan Baharudin muncul wira skuad Hoben Jang Hoben apabila meledak jaringan kemenangan tuan rumah dengan gol minit ke-87.Keputusan di Paroi memperbaiki kedudukan Negeri Sembilan yang kini berada di tangga kesembilan dengan 13 mata manakala KL City kekal keenam - 15 mata selepas masing-masing melengkapkan perlawanan ke-10 liga.Sebagai rekod, perlawanan merupakan aksi tertunda berikutan cuaca buruk dan keadaan padang di laman keramat skuad Hoben Jang Hoben yang ditakungi air pada Mac lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 11:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258524/berita/sukan/sukan-sea-chuan-leong-kembali-raih-emas-selepas-lapan-tahun", "article_title": "Sukan SEA: Chuan Leong kembali raih emas selepas lapan tahun", "article_text": "SELEPAS kira-kira 48 jam, Malaysia kembali menuai pingat emas di Sukan SEA 2023 menerusi billiard yang disumbangkan Thor Chuan Leong dalam acara snuker perseorangan lelaki.Menewaskan Akani Songsermsawad dari Thailand pada peringkat akhir yang berlangsung di Aeon Mall Sen Sok, Chuan Leong meraih emas selepas lapan tahun iaitu kali terakhir dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura.Beliau menampilkan prestasi memberangsangkan dengan meraih kemenangan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).Seorang lagi atlet negara Lim Kok Leong berkongsi pingat gangsa dengan wakil tuan rumah Sophanith Men.Kejayaan itu sekali gus menyaksikan sasaran dua emas yang ditetapkan Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia pada temasya ini tercapai, selepas Moh Keen Ho menyumbangkan emas pertama kem snuker negara dalam acara 6-Red individu, Selasa lepas.Chuan Leong kini memiliki keseluruhan lima emas Sukan SEA selepas mengungguli acara berpasangan lelaki pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia dan 2015 di Singapura selain acara 6-Red perseorangan pada edisi 2013 di Myanmar. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 10:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258520/berita/sukan/sukan-sea-skuad-hoki-negara-mara-ke-final-dengan-bergaya", "article_title": "Sukan SEA: Skuad hoki negara mara ke final dengan bergaya", "article_text": "MALAYSIA menamatkan saingan liga sepusingan hoki lelaki Sukan SEA 2023 di kedudukan teratas dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Indonesia 4-2 pada perlawanan terakhir di sini, hari ini.Pada aksi yang berlangsung di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo, Malaysia yang telah mengesahkan kemaraan ke final lebih awal, berdepan tentangan sengit sekali gus buntu menemui jaringan hingga menghampiri separuh masa.Namun, selepas bertahan dengan baik, gawang Indonesia akhirnya dibolosi dua kali dalam tempoh singkat selepas Shahmie Irfan Suhaimi dan Muhammad Najib Abu Hassan masing-masing meledak jaringan padang pada minit ke-28.Mendahului 2-0, anak buah Muhamad Amin Rahim semakin selesa mengawal permainan apabila Mohammad Harris Iskandar Osman menjadikan kedudukan 3-0 menerusi jaringan padang, sebelum Muhammad Amirul Hamizan Azahar mencetak nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-43.Bagaimanapun, kealpaan pasukan negara membawa padah yang menyaksikan Indonesia berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas Derangga Raditya meledak dua gol, masing-masing menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-44 dan jaringan padang seminit kemudian.Kejayaan menundukkan Indonesia menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan keempat berturut-turut untuk menerajui saingan liga dengan mengumpul 12 mata, menjelang aksi final bertemu Singapura di venue sama, Selasa depan.\"Secara keseluruhan persembahan kurang memberangsangkan. Banyak melakukan kesilapan mudah hingga membenarkan lawan menjaringkan dua gol. Namun keluar dengan kemenangan dan kekal rekod bersih tanpa kalah harus diberi pujian.\"Kita akan gunakan rehat esok dengan baik dan lakukan analisa bagaimana untuk bermain baik serta kembalikan keyakinan pasukan. Siapa pun lawan kami di final, kami akan turun dengan bermati-matian bagi memastikan pingat emas milik pasukan Malaysia,\u201d kata Muhamad Amin, di sini.Singapura melangkah ke final dengan kelebihan jaringan mengatasi Indonesia selepas kedua-dua pasukan berkongsi tujuh mata.Kejayaan Singapura itu hadir selepas menewaskan Thailand 6-1 pada satu lagi aksi di sini, hari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 09:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258514/berita/sukan/pasukan-mobile-legends-negara-terlepas-emas", "article_title": "Pasukan Mobile Legends negara terlepas emas", "article_text": "KEMENANGAN berterusan pasukan lelaki kebangsaan Mobile Legends: Bang Bang dalam Sukan SEA 2023 berakhir apabila mereka kecundang dalam pusingan akhir pada Ahad.Dibarisi Idreen Abdul Jamal (Momo); Mohamad Zul Hisham Mohd Noor (Xarn); Mohammad Irwandy Lim (Izanami); Muhammad Danial Mohamad Fuad (CikguGais) dan Muhammad Nazhan Mohd Nor (Chibi) - pasukan negara tewas kepada Filipina, 0-3, sekali gus membawa pulang perak dalam acara yang diadakan di Naga World 2.Ia adalah kekalahan kali pertama pasukan itu selepas mereka merekodkan empat kemenangan dalam peringkat kumpulan dan kemenangan ke atas tuan rumah Kemboja, 2-1 dalam separuh akhir sebelum mara ke pusingan akhir.Meskipun gagal meraih emas, pengurus pasukan kebangsaan Andrew Cheong memuji para pemain memandangkan mereka hanya mempunyai seminggu untuk membuat persiapan bagi temasya itu, selepas beraksi bagi pasukan masing-masing dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL)\"Persiapan pun tidak seberapa, lebih-lebih lagi untuk cari keserasian. Kali ini kami senaraikan kombinasi pemain daripada beberapa pasukan di MPL antaranya Todak dan HomeBois.\"Selepas liga MPL tamat, kesemua pemain hanya sempat berlatih selama seminggu di Majlis Sukan Negara (MSN) tapi ia masih pencapaian yang hebat,\u201d katanya kepada Bernama.Pasukan e-sukan Malaysia memenangi perak menerusi acara berpasukan campuran Attack Online 2 (AK2) pada 7 Mei, diikuti gangsa daripada pasukan wanita Mobile Legends: Bang Bang pada Khamis (11 Mei). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 08:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258505/berita/sukan/ping-pong-malaysia-terlepas-lagi-pingat-emas-beregu-lelaki", "article_title": "Ping pong: Malaysia terlepas lagi pingat emas beregu lelaki", "article_text": "IMPIAN pasangan pemain ping pong negara, Javen Choong-Wong Qi Shen untuk meraih pingat emas lebur selepas tewas 1-3 kepada gandingan Singapura, Izaac Quek-Koen Yew En Pang di pentas final Sukan SEA 2023 pada Ahad.Pada saingan berlangsung di Dewan Ping Pong Morodok, Izaac-En Pang bermula cemerlang menewaskan pasangan negara 11-3 pada set pertama sebelum pasangan negara bangkit menyamakan kedudukan selepas menang set kedua 11-8.Bagaimanapun, pasangan negara tersungkur pada dua set terakhir 8-11, 4-11 menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala Singapura membawa pulang emas.Qi Shen ketika ditemui mengakui beliau tidak menampilkan corak permainan terbaiknya sepanjang aksi akhir hari ini sementara lawan mereka sangat bersedia untuk berdepan Malaysia.Pada masa sama, Javen pula berharap dapat meningkatkan tempo permainan dan bermain corak pantas seperti lawan mereka, Singapura.\"Semua strategi kami hari ini tidak menjadi, mereka (Singapura) punya persiapan sangat bagus, kami akui kena dikuasai dengan mereka dari permulaan permainan,\u201d katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.Pingat perak diraih skuad negara adalah yang pertama dari acara beregu lelaki di temasya dwitahunan itu selepas tiga dekad.Kali terakhir pasukan negara meraih pingat pada edisi 1993 di Singapura menerusi Yong Hong Cheh-Khor Kok Seong.Pada Khamis, Malaysia terlepas peluang meraih pingat emas sulung acara berpasukan wanita selepas tewas kepada juara bertahan Thailand 0-3.Pada masa sama, gandingan wanita negara, Alice Chang Li Sian-Im Li Ying meraih pingat gangsa selepas tunduk kepada wakil Singapura, Zhou Jingyi-Wong Xin Ru 7-11, 5-11, 8-11 di separuh akhir.Bagaimanapun, Singapura gagal meneruskan rentak cemerlang di peringkat akhir apabila tewas kepada pasangan Thailand, Orawan Pranang-Suthasini Sawettabut 4-11, 13-15, 7-11. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 07:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258475/berita/sukan/dharma-raj-ditawar-kerakyatan-indonesia", "article_title": "Dharma Raj ditawar kerakyatan Indonesia", "article_text": "BEKAS ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan kewarganegaraan Indonesia bagi meneruskan usaha membangun dan memajukan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita republik itu.Pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia merangkap pengendali kedua-dua skuad hoki dalam dewan serta padang lelaki dan wanita negara itu berkata, tawaran tersebut dibuat Federasi Hoki Indonesia sebelum Sukan SEA 2023 bermula.Menurut Muhammad Dharma yang lebih mesra disapa Dharma Raj, tawaran menjadi warganegara Indonesia itu sedang dinilai daripada pelbagai sudut secara teliti, memandangkan ia melibatkan beberapa keputusan penting seperti melepaskan status kerakyatan Malaysia.\"Melepaskan kerakyatan Malaysia adalah salah satu yang harus difikirkan sebaik-baiknya, kalau saya memilih menjadi warganegara Indonesia saya perlu lepaskan taraf kerakyatan Malaysia.\"Sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada keluarga, tetapi isteri dan anak saya tak nak jadi (warganegara Indonesia), mereka ingin kekal tinggal di Malaysia, tetapi Malaysia ke Indonesia hanya dua jam menaiki pesawat,\" katanya.Dharma Raj berkata, rasa cinta terhadap keluarga hoki Indonesia yang menerimanya selepas kontrak bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tamat pada Disember 2019, mendorong beliau mempertimbangkan tawaran yang diberi.Beliau memutuskan untuk tidak memohon kembali jawatan sebagai jurulatih skuad hoki wanita negara kerana berasa seperti diaibkan susulan terdapat dakwaan dirinya berpaling tadah terhadap KHM.Katanya, beliau bekerja keras membalas kepercayaan yang diberi Konfederasi Hoki Indonesia untuk membangun dan memajukan hoki negara jiran itu kerana mahu melupakan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima selepas lebih 10 tahun menabur bakti kepada skuad kebangsaan.\"Pasukan hoki Wilayah Jawa Barat merupakan pasukan pertama saya di sana (Indonesia) dan skuad dalam dewan lelaki dan wanita kami menang emas kejohanan seumpama Sukan Malaysia. Sekarang, pasukan kebangsaan Indonesia dibarisi separuh pemain daripada wilayah itu.\"Saya bukan mahu meninggi diri tetapi rasa hormat yang diberikan keluarga hoki Indonesia kepada saya seperti raja, orang tidak mencari masalah dengan saya di sana,\" katanya.Dharma Raj dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia dengan kontrak hingga Disember 2025 pada Mac 2021 selepas 10 bulan memegang jawatan pengarah teknikal hoki Wilayah Jawa Barat.Prestasi hoki Indonesia menunjukkan peningkatan mendadak sejak kehadiran Dharma Raj dan yang terbaharu beliau membawa pasukan dalam dewan lelaki republik itu mencipta sejarah merangkul emas sulung di Sukan SEA di Kemboja, dengan menewaskan Malaysia di final.Sebelum itu, pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita Indonesia menamatkan saingan Piala Asia 2022 masing-masing di kedudukan keempat dan naib juara, manakala skuad hoki padang lelaki dan wanita Indonesia pula akan beraksi di Sukan Asia 2023.Bersama Malaysia pula, antara kejayaan diraih Dharma Raj bersama Malaysian Tigress ialah merangkul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selain mencipta sejarah muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia dan menduduki tempat kelima pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.Beliau juga pernah membawa pasukan hoki remaja lelaki kebangsaan meraih tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 05:14pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258455/berita/sukan/piala-sudirman-malaysia-tewaskan-australia-5-0", "article_title": "Piala Sudirman: Malaysia tewaskan Australia 5-0", "article_text": "MALAYSIA tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Australia 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Sudirman di Suzhou, China pada Ahad.Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai mengutip mata pertama negara selepas menewaskan Goh Kenneth Choo-Gronya Somerville 21-17 dan 21-14 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Suzhou itu.Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk terus meletakkan Malaysia di hadapan selepas menewaskan Ricky Tang 21-3,21-13 dalam tempoh 25 minit.K Letshanaa turut beraksi cemerlang untuk mengesahkan kemenangan skuad negara dengan menyumbang mata ketiga apabila menewaskan Tiffany Ho 21-19,21-12.Beregu nombor tiga dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula hanya memerlukan 24 minit untuk menundukkan gandingan Rayne Wang-Jack Yu 21-7,21-14 sebelum beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melengkapkan kemenangan ke atas Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12,21-13.Seterusnya, skuad badminton negara dijadualkan menentang India pada Isnin sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Taiwan pada Rabu.Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah meletakkan sasaran separuh akhir kepada skuad negara pada edisi kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 02:16pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258440/berita/sukan/azeem-akhiri-saingan-di-tempat-ketujuh", "article_title": "Azeem akhiri saingan di tempat ketujuh", "article_text": "JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengakhiri saingan akhir 100 meter (m) Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Louisiana di tempat ketujuh dengan catatan masa 10.25 saat (s) pada Ahad.Dia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan mewakili Auburn State University Alabama itu tidak dapat mengulangi pecutan terbaiknya musim ini pada peringkat saringan semalam dengan catatan masa 10.11sBagi Azeem, ia tetap menjadi pengalaman berharga buatnya dan bersedia untuk melakukan yang lebih baik pada kejohanan akan datang.\"Minggu yang baik dengan pelari-pelari yang pantas. Salah satu proses pembelajaran,\" katanya di laman Twitter miliknya.Acara final 100m lelaki itu dimenangi oleh pelari Louisiana State University (LSU), Godson Oghenebrume yang mencatat 10.04s manakala tempat kedua dimenangi rakan sepasukan Azeem, Favour Ash dengan catatan 10.08s manakala kedudukan milik Dorian Camel dengan catatan 10.19s.Sebelum ini, Azeem melakar 10.14s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan East Coast di Florida, bulan lalu.Pada Mac, Azeem mencatat 10.32s pada Kejuaraan Perlumbaan Florida State University (FSU).Sasaran utama Azeem pada tahun ini adalah untuk melakukan catatan 10.00s untuk melayakkan diri ke Kejuaraan Dunia di Budapest, Hungary, Ogos nanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 01:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258432/berita/sukan/psg-hampiri-gelaran-ke-11", "article_title": "PSG hampiri gelaran ke-11", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) semakin hampir untuk merangkul gelaran ke-11 Liga Perancis selepas menewaskan Ajaccio 5-0 ketika kepulangan pemain sensasi, Lionel Messi dikecam peminat.PSG memerlukan empat mata daripada tiga aksi terakhir \u2013 menentang Auxerre, Strasbourg dan Clermont \u2013 untuk memastikan kejuaraan Ligue 1 selepas melebarkan kelebihan enam mata ke atas Lens di tempat kedua.\"Pemain berazam mempamerkan persembahan terbaik. Mereka mahu menjadi juara dan sedar bahawa Lens tidak berputus asa. Tersilap langkah boleh meningkatkan tekanan.\"Kemenangan ini amat melegakan para pemain,\" ujar jurulatih PSG Christophe Galtier.Pada aksi itu, Fabian Ruiz membuka jaringan pada minit ke-22 di Parc des Princes dan Achraf Hakimi menyumbat gol kedua 11 minit kemudian.Penyerang sensasi, Kylian Mbappe menjaringkan dua gol sejurus selepas separuh masa.Mohamed Youssouf menambah derita Corsica apabila menyumbat gol sendiri untuk jaringan kelima PSG.Malang turut menimpa Hakimi dan pemain tengah Ajaccio, Thomas Mangani dilayangkan kad merah lewat perlawanan.Dalam pada itu, sebelum sepak mula ketika pengumuman nama Messi mengundang tepukan serta cemuhan daripada penyokong, susulan penggantungannya kerana membuat lawatan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.Kapten Argentina itu sekali lagi dicemuh selepas mendapat bola pada perlawanan yang mungkin menjadi penampilan kedua terakhirnya di Paris.Pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu dilaporkan bakal menyertai Cristiano Ronaldo di Liga Pro Saudi.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258430/berita/sukan/hadkan-atlet-naturalisasi---cdm", "article_title": "Hadkan atlet naturalisasi - CDM", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali menggesa Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mengehadkan penggunaan atlet naturalisasi pada masa depan.Beliau mencadangkan agar penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan pada temasya sukan dwitahunan tersebut.Menurut Mohd Nasir, beliau agak terkejut dengan apa yang berlaku di Kemboja dengan tuan rumah menurunkan lebih separuh atlet naturalisasi dalam pasukan mereka.\"Kita tak jangka lebih separuh daripada itu (penggunaan atlet naturalisasi), tidak boleh sampai satu pasukan semua orang luar... tidak dinafikan kadang-kadang ia mengusik psikologi pemain kita.\"Bagaimanapun, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan, anggaplah satu kekangan, jadi mainlah semampu yang boleh,\" katanya.Sebelum ini, tuan rumah dilihat menggunakan atlet naturalisasi dalam skuad hoki dalam dewan lelaki, kriket dan bola keranjang.Pasukan kriket Malaysia, yang turun dalam misi merangkul tiga emas, turut terkena tempias apabila gagal menandingi kehebatan tuan rumah selepas mereka menyenaraikan pemain dari India dan Pakistan yang sememangnya merupakan kuasa besar dunia sukan tersebut.Situasi itu menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua perak setakat ini setelah dikecewakan Kemboja yang merangkul emas bagi acara 50-overs dan Twenty20I (T20I).Jumaat lepas, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) menerusi kenyataan menyatakan kerisauan serta meminta SEAGF dan Jawatankuasa Olimpik yang terlibat supaya membuat penelitian mendalam ke atas penganjuran kriket dan audit ke atas kelayakan atlet yang beraksi pada temasya kali ini.\"Dalam kejohanan lelaki, Kemboja menurunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain, yang didakwa Kemboja mereka warganegara secara naturalisasi. Walaupun hanya melihat beberapa pasport, kami dapati pasport berkenaan dikeluarkan pada 23 April 2023, perlawanan pertama berlangsung pada 29 April, manakala tarikh tutup untuk senarai pendek ialah 3 Mac.\"Perkara ini menimbulkan persoalan; bolehkah pindaan dibuat untuk seramai 13 pemain? Jika ya, apakah tujuan penyenaraian pendek? Adakah tindakan ini mengikut semangat Sukan SEA atau semangat kriket?\" menurut MCA yang menyatakan bahawa perlu adanya tempoh 'cooling off' selama setahun sebelum pemain beraksi untuk negara baharu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 12:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258410/berita/sukan/ac-milan-terciduk-di-spezia", "article_title": "AC Milan terciduk di Spezia", "article_text": "DUA gol pada separuh masa kedua memastikan Spezia menang mengejut 2-0 dalam aksi Serie A di Stadium Alberto Picco ke atas AC Milan, yang menjelmakan kekalahan pertama liga angkatan Stefano Pioli dalam dua bulan, sekali gus memusnahkan harapan mengisi kelompok empat teratas.Pemain pertahanan, Przemyslaw Wisniewski (minit ke-75) dan pemain tengah Salvatore Esposito (minit ke-85) membantu Spezia memperoleh kemenangan pertama dalam sembilan perlawanan bagi mengangkat darjat kelab tersebut dari zon penyingkiran ke Serie B musim depan.Milan, yang menentang Inter Milan dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu selepas tewas 0-2 di tempat sendiri, hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka.Anak buah Pioli kekal di tempat kelima dalam kedudukan dengan 61 mata, lima mata di belakang Inter di tempat ketiga yang menang besar 4-2 ke atas Sassuolo di Stadium San Siro.\u201cAdalah perkara biasa apabila Liga Juara-Juara berada dalam fikiran kami dan perkara biasa kami kecewa dengan keputusan perlawanan pertama di San Siro sebelum ini.\u201cTetapi kami tahu musim ini datang dengan status kejuaraan Serie A selain kompetitifnya Liga Juara-Juara dan kekalahan ini merumitkan masa depan kami.\"Sekarang kami tidak mempunyai banyak peluang lagi untuk menjadi positif musim ini. Sesungguhnya Rabu adalah peluang terbaik untuk Milan kembali hebat, kami harus percaya kami boleh menewaskan Inter Milan,\" kata Pioli.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 10:24am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258405/berita/sukan/liga-juara-juara-gamit-semula-manchester-united", "article_title": "Liga Juara-Juara gamit semula Manchester United", "article_text": "GOL Anthony Martial dan Alejandro Garnacho membolehkan Manchester United menyalakan semula impian menembusi slot Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.Jaringan setiap babak bermula minit ke-32 diikuti jaringan masa kecederaaan minit ke-94 membolehkan anak buah Erik ten Hag mengumpul 66 mata selepas mengharungi 35 perlawanan - empat mata mengatasi Liverpool yang berada kedudukan keempat dengan kedua-dua pasukan berbaki tiga perlawanan.Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menyifatkan tiga mata diraih dalam perlawanan itu sebagai sesuatu yang amat penting selepas kurang konsisten dalam perlawanan terdahulu.\"Dalam perlawanan ini kami telah melakukan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.\"Matlamat dalam perlawanan ini mudah iaitu kami perlu mendapatkan tiga mata dan memenangi perlawanan selepas dua kekalahan.\"Kami tahu betapa pentingnya untuk mengembalikan momentum kemenangan kepada pasukan kami,\" kata Fernandes.Sebagai rekod, Manchester United tewas dua perlawanan terakhir sebelum ini - 0-1 kepada Brighton pada 5 Mei diikuti 0-1 kepada West Ham United (8 Mei) menyaksikan sasaran pentas kejuaraan Eropah musim depan samar.Pada masa sama Fernandez yang berpeluang menjaringkan dua gol sebelum dinafikan ketangkasan penampilan sulung penjaga gol Wolves, Daniel Bentley, memuji kecekapan pemain berusia 29 tahun itu selepas memulakan karier bersama Southend, Brentford dan Bristol City.\u201cKami melakukan tanggungjawab secara profesional dan boleh menjaringkan lebih banyak gol di Old Trafford, namun penjaga gol mereka tampil permainan yang sangat bagus untuk mengekalkan Wolves dalam permainan sepanjang perlawanan.\"Sejujurnya perlawanan ini bukan kes mensia-siakan peluang kami. Penjaga gol mereka melakukan kerja yang sangat baik, dan kami perlu memuji prestasinya dalam perlawanan ini,\" kata Fernandes.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 09:42am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258397/berita/sukan/solari-gembira-jdt-realisasi-kemenangan-ke-10", "article_title": "Solari gembira JDT realisasi kemenangan ke-10", "article_text": "PENGENDALI skuad Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari nyata gembira dengan kejayaan skuad Harimau Selatan itu mencatatkan kemenangan ke-10 musim ini apabila menewaskan Kelantan United FC (KUFC), 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.Menurut Solari, kemenangan itu dilihat bakal menyuntik semangat kesebelasan pemain bagi mengharungi perlawanan-perlawanan yang jauh lebih mencabar pada masa akan datang.\u201cDi permulaan musim, saya tidak dapat gambarkan bagaimana perjalanan skuad ini, tetapi kami berjaya melakukan perlawanan demi perlawanan dan lihat sahaja pencapaian kami hari ini.\u201cSebelum perlawanan, saya juga telah beritahu pemain bahawa mereka memiliki peluang kali ini untuk menang dan ternyata ia berjaya menghasilkan kemenangan ini.\u201cBagaimanapun, segala yang dilakukan hari ini sebenarnya merupakan persiapan kami bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang yang pastinya jauh lebih mencabar,\u201d katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.Untuk rekod, aksi Liga Super pada Sabtu menyaksikan skuad JDT melakar kemenangan 6-0 ke atas KUFC dengan menyaksikan tonggak import, Berson Da Silva mencatat jaringan hatrik pada minit ke-8, 61 dan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69 selain Fernando Forestieri meledak dua gol pada minit ke-22 dan masa kecederaan selain satu gol lagi dijaringkan Leandro Velazquez menerusi sepakan penalti pada minit ke-76.Penyerang JDT, Fernando Forestieri (tengah), melepasi kawalan dua pemain KUFC pada perlawanan berkenaan. - Foto FB Johor Southern Tigers.Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Harimau Selatan itu kian mengukuhkan cengakaman di puncak Liga Super dengan 30 mata hasil 10 kemenangan berturu-turut musim ini.Mengulas mengenai aksi Bergson dan Forestieri yang dikatakan seperti agak \u2018tamak\u2019 ketika berada di depan pintu gol lawan, Solari berkata, ia adalah sesuatu yang lumrah bagi mana-mana pemain di posisi penyerang.\u201cSaya sendiri merupakan bekas penyerang dan bila berada di depan pintu gol memiliki peluang, sudah pasti saya mahu melakukan percubaan.\u201cApa pun mereka berdua (Bergson dan Forestieri), menunjukkan gandingan yang baik malam tadi (Sabtu), dan diharapkan prestasi itu berterusan,\u201d katanya.Sementara itu penolong jurulatih KUFC, Nazrulerwan Makmor berkata, pihaknya perlu realistik dengan keputusan berkenaan berdasarkan reputasi gah yang dimiliki JDT, ketika ini.Malah katanya, kesebelasan skuad Sang Kijang Hijau itu diharap dapat belajar khususnya dari segi taktikal, menyerang dan beberapa elemen baik yang dipraktikkan skuad Harimau Selatan itu.Kesebelasan utama JDT pada aksi berdepan Kelantan United FC. - foto fb Johor Southern Tigers\u201cKalau ikutkan dia (JDT) boleh jaringkan sembilan gol, kita kena realisitik, kena belajar...yang baik kita ambil.\u201cLagi pun, kita bermain dengan pasukan yang berkualiti dan memang nampak jurang antara pasukan kami dengan JDT...nasib kena 6-0 kalau 8-0 tak tahu nak letak muka kat mana,\u201d katanya.ARTIKEL BERKAITAN: JDT realisasi kemenangan Liga Super kali ke-10", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258396/berita/sukan/kisah-klasik-southampton-di-epl-berakhir", "article_title": "Kisah klasik Southampton di EPL berakhir", "article_text": "KAPTEN Southampton, James Ward-Prowse menyifatkan The Saints gagal memenuhi standard sebenar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengesahkan penyingkiran dari saingan teratas England pada Sabtu.Kekalahan 0-2 kepada Fulham di Stadium St Mary's hasil jaringan separuh masa kedua Carlos Vinicius (minit ke-48) dan Aleksandar Mitrovic (minit ke-72) mengesahkan kekalahan ke-24 liga selepas 36 perlawanan musim ini.\"Ya, sesungguhnya ia sesuatu yang amat mengecewakan tambahan pula ia detik yang akan datang. Kami tahu bahawa sesungguhnya kami juga yang meletakkan kelab ini dalam kedudukan yang sukar.\"Saya percaya kami sepatutnya beraksi pada tahap lebih baik daripada yang dilakukan dan kami tidak melakukannya secara konsisten.\"Ya, sejujurnya piawaian Southampton telah hilang dan itulah sebabnya kelab sarat tradisi liga Inggeris ini berada di kedudukan sekarang,\" kata Ward-Prowse.Southampton kini berada di tangga terbawah dengan 24 mata daripada 36 perlawanan, akan kembali ke Liga Kejuaraan, 11 tahun selepas dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris pada 2012.The Saints lebih dikenali dengan reputasi kelab pembangunan bakat dalam tempoh menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik EPL selama empat musim berturut-turut.Namun mula menjarakkan diri daripada perebutan slot kempen kelab Eropah apabila bergelut untuk menyisihkan diri dari zon penyingkiran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Southampton telah menamatkan saingan di tempat ke-15 atau lebih rendah dalam empat daripada lima kempen terakhir liga teratas sebelum ini, dengan kemerosotan berterusan memuncak musim ini, apabila hanya memperoleh enam kemenangan liga, sambil mencatat rekod kekalahan kelab sebanyak 24 kali.The Saints juga berada di bawah kendalian pengendali ketiga musim ini, Ruben Selles, berikutan pemecatan Nathan Jones dan Ralph Hasenhuettl sebelum itu.Ward-Prowse, yang berasal dari Akademi Southampton, membuat 341 penampilan EPL untuk kelab itu, boleh meninggalkan St Mary's pada jendela perpindahan musim ini.\"Ya, Southampton yang mempunyai konsistensi sejak 10 tahun kebelakangan ini mula goyah. Ia akan menguji semua orang kerana inilah masa yang menjadikan anda sebagai pemain dan sebagai sebuah kelab, kami telah melakukannya sebelum ini dan kami akan melakukannya sekali lagi,\" kata pemain berusia 28 tahun itu.Sementara itu, pemilik kelab Sport Republic menyifatkan penyingkiran sebagai dari saingan EPL sebagai sesuatu yang amat sangat memilukan dalam sejarah pembikinan kelab.\"Kami telah berjuang tanpa jemu sebagai sebuah kelab sepanjang musim, tetapi semua perlu jelas memahami bahawa Liga Perdana Inggeris adalah liga paling kompetitif dunia dan keputusan dalam perlawanan kami juga tidak cukup bagus untuk mengekalkan kelab di sana lagi.\u201cWalaupun keputusan ini menyusahkan kita semua, namun sejujurnya sekarang ini merupakan masa terbaik untuk komuniti The Saints menunjukkan semula aura perpaduan.\"Bagi tujuan itu, kerja kami bermula hari ini untuk mengembalikan maruah serta imej Kelab Bola Sepak Southampton - ahli sulung Liga Perdana Inggeris dengan sejarah dan tradisi sejarah bola sepak Inggeris - ketempat yang sepatutnya. Matlamat kami adalah untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris secepat mungkin dan memastikan kekal di sana,\" kata kelab dalam satu kenyataan.Southampton akan bertandang ke Brighton & Hove Albion sebelum melayan kunjungan Liverpool dalam perlawanan terakhir musim ini.Liga Perdana InggerisKeputusan:Leeds United 2-2 Newcastle UnitedAston Villa 2-1 Tottenham HotspurChelsea 2-2 Nottingham ForestCrystal Palace 2-0 BournemouthManchester United 2-0 WolvesSouthampton 0-2 Fulham", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mei 2023 07:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258389/berita/sukan/kontinjen-negara-perlu-lipat-ganda-usaha", "article_title": "Kontinjen negara perlu lipat ganda usaha", "article_text": "SASARAN 40 emas kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Kemboja 2023 yang berbaki beberapa hari lagi memerlukan kerja keras lebih gigih untuk direalisasikan pada edisi ke-32 kali ini.Di sebalik menyifatkannya satu misi sukar Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tetap percaya sasaran itu mampu dijelmakan sekiranya atlet negara berupaya meningkatkan prestasi masing-masing.\u201cSaya rasa susah tapi seperti dekat-dekat sama dengan situasi edisi Hanoi 2021 tahun lalu.\u201cSaya berharap baki hari yang tinggal ini mereka mampu untuk bekerja lebih keras bagi memastikan kita mampu menambah lagi pingat emas,\u201d katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (BAM) di Kuala Lumpur pada Sabtu.Sebagai rekod, Malaysia setakat jam 11 malam ini meraih 28 pingat emas, 37 perak dan 73 gangsa di kedudukan ketujuh dalam kalangan 11 negara.Dalam pada itu, Mohamad Norza menegaskan paling lebih penting daripada sasaran pingat emas adalah kontinjen negara kali ini lebih berani menyenaraikan atlet muda berbanding edisi terdahulu.\u201cLagi penting kita sudah capai objektif memperkenalkan atlet muda sama ada kita berani atau tidak. Malah terdapat beberapa laporan berita yang memuji tindakan Malaysia yang menyenaraikan atlet muda.\u201cSukan SEA ini adalah medan untuk memberi pendedahan kepada atlet kita, dari keseluruhan kita kena lihat perkara ini dari sudut yang lebih besar,\u201d katanya.Mohamad Norza juga berpendapat Malaysia kini seharusnya fokus kepada sukan yang menawarkan lebih banyak pingat emas seperti olahraga dan renang ketika menyertai temasya sukan.\u201cSaya rasa skuad olahraga mempamerkan peningkatan di temasya kali ini. Kali terakhir di Hanoi mereka tidak berada pada prestasi sebenar dan kali ini kita lihat atlet muda, mereka menyumbang pingat emas.\u201cBagaimanapun untuk renang, ia berbeza. Jadi saya harap sesuatu boleh dilakukan selepas ini. Hal ini kerana apabila kita menyertai temasya sukan banyak emas akan hadir dari renang dan olahraga,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 11:44pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258385/berita/sukan/jdt-realisasi-kemenangan-liga-super-kali-ke-10", "article_title": "JDT realisasi kemenangan Liga Super kali ke-10", "article_text": "HASRAT pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari yang mahu menyaksikan skuad kendaliannya itu melakar kemenangan ke-10 musim ini tercapai apabila skuad Harimau Selatan itu menewaskan Kelantan United FC (KUFC), 6-0, pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.Kemenangan itu menyaksikan Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu kian mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super dengan 30 mata.Bagai diramal, JDT bermula garang dengan mengasak kubu pelawat sebaik wisel permulaan bagi membuka jaringan.Kesemua asakan berkenaan akhirnya berhasil apabila rembatan tonggak import, Bergson Da Silva dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol KUFC, Ahmad Asyraf Omar untuk gol sulung perlawanan pada minit ke-8.Tersentak dengan gol berkenaan, pemain KUFC dilihat cuba bangkit mengasak ke gawang tuan rumah dalam usaha menyampaikan kedudukan.Namun asakan-asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan JDT ambil menyaksikan beberapa percubaan pelawat tidak menepati sasaran.JDT menambah gol kedua hasil jaringan seorang tonggak import, Fernando Forestieri pada minit ke-21.Tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan selepas itu dan menyaksikan JDT selesa memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan.JDT menggandakan asakan pada babak kedua dalam usaha menambah jaringan, namun dilihat sukar untuk melepasi benteng pertahanan pelawat.Skuad Harimau Selatan itu terpaksa menunggu hingga minit ke-62, bagi meledak jaringan ketiga menerusi Bergson yang tenang menewaskan Ahmad Asyraf buat kali kedua.Jaringan itu semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk menambah jaringan dan Bergson kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk gol keempat dan gol ketiga peribadinya malam tadi.JDT meledak gol keempat pada, apabila seorang lagi tonggak import, Leandro Velazquez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75.Selesa 5-0 di depan bagaimanapun menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terus mengasak hebat ke gawang skuad Kijang Hijau itu bagi menambah jaringan dan hasilnya Forestieri menjaringkan gol keenam pada masa kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 10:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258381/berita/sukan/penajaan-korporat-mampu-kembalikan-f1-ke-malaysia", "article_title": "Penajaan korporat mampu kembalikan F1 ke Malaysia", "article_text": "PEMINAT sukan permotoran pastinya menginginkan Formula Satu (F1) kembali menggegarkan Litar Sepang Antarabangsa (SIC), namun buat masa ini ia kekal angan-angan, susulan kos penganjuran perlumbaan itu yang tinggi.Dengan anggaran kos lebih RM200 juta setahun, Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding dolar AS.Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan F1 kembali ke SIC dalam masa tiga atau lima tahun akan datang, jika ada pihak korporat yang sanggup menaja kos penganjuran.\u201cUntuk jadi tuan rumah kita tiada masalah, persoalannya ialah siapa yang akan bayar dan adakah kita mampu atau tidak. Saya tak tahu kosnya sekarang, tetapi pastinya lebih tinggi ketika kita berhenti (menganjur) pada 2017.\u201cF1 lebih popular sekarang, ia mempunyai penonton baharu selepas siri Netflix 'Formula 1: Drive to Survive' dan lebih banyak negara membida untuk (menganjurkan) perlumbaan itu bagi menonjolkan negara mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas Rumah Terbuka Aidilfitri MAM di Kuala Lumpur pada Sabtu yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Sebagai rekod, Malaysia merupakan tuan rumah kepada perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menjadi penganjur pada 2017 kerana nilai pulangan yang merosot.Mokhzani berkata, meskipun enam tahun tidak menganjurkan perlumbaan itu, SIC masih dikenali dalam kalangan peminat dan pemandu F1.\u201cKita dengar komen daripada pemandu-pemandu itu sendiri, iaitu Sepang adalah salah satu trek mencabar yang mereka mahu ada semula dalam kalendar (perlumbaan). Kami mempunyai hubungan yang baik dengan pihak penganjur, kami mengenali mereka sejak 1996 semasa kami memulakan perbincangan untuk menganjurkan perlumbaan itu, jadi hanya tunggu masa sahaja,\u201d ujarnya.Beliau berkata, keutamaan MAM kini ialah memfokuskan pada pembangunan bakat akar umbi dan memastikan semua acara permotoran di negara ini dianjurkan dengan selamat demi memastikan keselamatan pelumba serta penonton.Sementara itu, Hannah yang memuji usaha itu berkata, lebih banyak perbincangan perlu dilakukan bersama pihak berkepentingan dan industri serta agensi penguatkuasaan untuk mengenakan langkah-langkah yang lebih ketat terhadap penganjur perlumbaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 09:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258378/berita/sukan/kemarau-pingat-perlumbaan-bot-tradisional-sukan-sea-berakhir", "article_title": "Kemarau pingat perlumbaan bot tradisional Sukan SEA berakhir", "article_text": "KONTINJEN Malaysia yang masih buntu menemui pingat emas pada hari kelapan temasya Sukan SEA Kemboja 2023 menambah satu kilauan perak menerusi sukan perlumbaan bot tradisional.Pada saingan grand final yang berlangsung di Prek Kampot di wilayah Kampot, kira-kira 150 kilometer dari sini, pingat perak itu disumbangkan dalam acara 250 meter (m) 12 kru terbuka lelaki.Skuad perlumbaan bot tradisional negara mencatatkan masa 2 minit 9.545 saat (s) di belakang Thailand yang merangkul emas dengan catatan 2:03.764s sementara Kemboja membawa pulang gangsa selepas menamatkan saingan dengan catatan 2:10.120s.Kejayaan itu sekali gus menamatkan badi tanpa pingat selama 30 tahun buat skuad negara dalam sukan itu sejak kali terakhir Malaysia meraih pingat pada edisi 1993 di Singapura.Skuad negara dibarisi Ahmad Amir Khan Zainalabadin Khan, Ahmad Ariff Rasydan, Ahmad Nuqman Hadi Ayob, Khairul Naim Zainal, Mirza Adli Shaharaziz, Mohammad Fahmi Izwan Shahril dan Montoya Raw Michael.Melengkapi pasukan adalah Muhammad Fakhrullah, Muhammad Aiman Zamberi, Muhammad Bahij Rabbani. Muhammad Ridzuan Abdul Aziz, Muhammad Shahrin Haziq dan Nik Afiq Nik Mazli.Sementara itu, kem perlumbaan bot tradisional negara turut menyumbangkan gangsa menerusi acara 250m 3 Kru (U24) wanita.Vietnam merangkul emas dalam acara itu selepas menjadi pasukan terpantas dengan catatan masa 2:49.560s diikuti Kemboja 2:49.636s untuk pingat perak dan Malaysia jauh ketinggalan berdasarkan catatan masa di tempat ketiga selepas merekodkan 4:26.028s.Skuad negara dibarisi Farah Zulaikha Tokiman, Nur Amirah Anisah Abd Kadir, Nur Atasha Nabila Saring, Nur Syahirah Fuad, Nurul Najieha Zulkifli dan Siti Nurul Masyitah Md Elias.Dalam pada itu, Malaysia mengakhiri acara 250m 5 Kru (U24) lelaki di kedudukan keempat di belakang Myanmar yang memenangi emas, Kemboja (perak) dan gangsa menjadi milik Thailand.Acara perlumbaan bot tradisional akan bersambung esok dan melabuhkan tirai saingan pada Selasa ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 09:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258390/berita/sukan/hilang-fokus-luqman-haqim-terkilan-gagal-raih-emas", "article_title": "Hilang fokus, Luqman Haqim terkilan gagal raih emas", "article_text": "PHNOM PENH - Atlet taekwondo negara, Muhammad Luqman Haqim Mohd Suhaimi, hampa tidak dapat melunaskan misi membawa pulang emas pada Sukan SEA 2023 selepas tumbang di tangan wakil Filipina, Samuel Thomas Harper, bagi saingan separuh akhir kyorugi lelaki bawah 87 kilogram (kg) di sini pada Sabtu.Selepas bermula baik dengan menang pusingan pertama, 10-7, Muhammad Luqman seolah-olah hilang arah sehingga gagal mengekang kebangkitan Samuel yang melancarkan beberapa siri tumbukan dan tendangan yang tepat ke arah dadanya, sekali gus menyaksikannya berputih mata apabila kecundang, 6-9 dan 1-4 pada dua pusingan terakhir di Dewan F, Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.Atlet berusia 22 tahun itu mengakui keghairahannya mengejar mata membawa padah sehingga dirinya hilang konsentrasi dan seterusnya menyaksikan impian merangkul emas sulung pada temasya sukan dwitahunan tersebut berkecai.Keputusan hari ini menyaksikan Muhammad Luqman berkongsi gangsa dengan Phou Soucheng apabila wakil tuan rumah tumpas kepada peserta Indonesia, Nicholas Armanto dalam satu lagi aksi separuh akhir.\"Pusingan pertama sudah berhabis-habisan, dah buat terbaik kemudian pusingan kedua saya terlalu kejar mata nak menang, masuk pusingan ketiga saya terus kekaburan dan Samuel bangkit.\"Saya akui terlalu selesa ketika mendahului (pusingan pertama) jadi lawan dapat bangkit... terkilan tak dapat ke final, sasaran di sini nak dapat emas namun tiada rezeki, saya harap dapat buat terbaik pada Sukan SEA seterusnya\u201d katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.Ini merupakan gangsa kedua Sukan SEA buat Muhammad Luqman selepas meraihnya buat kali pertama pada edisi 2019 di Manila, Filipina.Sementara itu, seorang lagi atlet taekwondo negara, Sebastian Tan Chung Wan turut menerima nasib serupa selepas tunduk 0-2 kepada Ramnarong Sawekwihareie dari Thailand dalam aksi separuh akhir kyorugi lelaki bawah 54kg.Sebastian berkongsi gangsa dengan Keston Ghim Weng Pang apabila wakil Singapura itu kalah kepada Kurt Bryan Dela Vega Barbosa dari Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir.Semalam kem taekwondo negara bermula cemerlang dengan mengutip dua emas acara poomsae menerusi Nur Humaira Abdul Karim yang mencipta kejutan mengungguli saingan individu wanita dan kejayaannya diteruskan kakaknya, Nurul Hidayah yang bergandingan dengan Jason Loo bagi kategori berpasangan campuran. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 08:30pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258348/berita/sukan/sesi-percubaan-akademi-jdt-dapat-sambutan-luar-biasa", "article_title": "Sesi percubaan Akademi JDT dapat sambutan luar biasa", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tampil menjelaskan mengenai insiden yang berlaku ketika sesi percubaan Akademi JDT di Pusat Latihan Junior kelab itu di Padang Mawar pada Jumaat.Ia selepas tular satu video luahan seorang bapa yang mempertikaikan sesi pemilihan tersebut tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan ada kanak-kanak yang tidak dapat bermain.Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, kehadiran peserta untuk sesi percubaan itu di luar jangkaan dan kelab mengakui kesal kerana tidak dapat mengawal kehadiran luar biasa tersebut.\"Akademi JDT menjalankan beberapa sesi percubaan dalam setahun untuk bakat-bakat yang telah dikenalpasti oleh barisan peninjau bakat di seluruh Malaysia.\"Sebelum ini sesi percubaan hanya diadakan secara tertutup, namun percubaan semalam dibuka kepada beberapa peringkat umur.\"Bagaimanapun, kehadiran adalah diluar jangkaan kerana ramai yang hadir untuk mendapatkan peluang menjadi sebahagian daripada satu-satunya akademi kelab bola sepak yang profesional sepenuh masa di negara ini.\"Kami kesal kerana kami tidak dapat mengawal kehadiran luar biasa ini jika dibandingkan dengan sesi percubaan sebelum ini,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Difahamkan ada kanak-kanak yang hadir seawal 6.30 pagi dan terpaksa menunggu sehingga ke petang selain didakwa kebanyakan daripada mereka dikatakan tidak berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka di atas padang.Dalam pada itu, Alistair berjanji JDT akan mengadakan lebih banyak sesi percubaan selepas ini dan akan terus menghantar pencari bakat ke semua kejohanan remaja, bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara bagi memastikan tidak ada bakat yang ketinggalan.\"Akademi JDT menawarkan kepada yang terpilih latihan bola sepak profesional, pendidikan dan tempat tinggal.\"Antara pemain yang muncul dari pelatih Akademi JDT ke skuad senior termasuk Arif Aiman Hanapi, Ramadhan Saifullah, Feroz Baharudin dan K Daryl Syam,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 05:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258344/berita/sukan/bam-mahu-choong-hann-baiki-prestasi-pemain", "article_title": "BAM mahu Choong Hann baiki prestasi pemain", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menggesa Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu prestasi perseorangan negara yang dilihat tidak menyerlah sejak penghujung tahun lepas.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, aksi pemain perseorangan lelaki dan wanita semakin merudum selepas ABM dikendalikan secara profesional bermula November lepas.\"Memang skuad perseorangan tidak menyerlah (selepas BAM melepaskan ABM). Ahli majlis telah meluahkan kekecewaan semasa mesyuarat tadi terhadap jabatan perseorangan yang diketuai Choong Hann.\"Justeru, kita mahu Choong Hann menilai semula keadaan jabatan tersebut bagi melihat bagaimana untuk memastikan prestasi pemain-pemain boleh kembali meningkat. Jadi nanti dia (Choong Hann) kena beritahu kami apa tindakan selanjutnya,\u201d katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung BAM ke-78 di ABM, Bukit Kiara, pada Sabtu.Sebelum ini, Mohamad Norza berkata, BAM hanya menumpukan tugas-tugas sebagai badan induk badminton negara sementara ABM sebagai pusat prestasi tinggi akan diuruskan sepenuhnya oleh golongan profesional.\"Pada saingan 2022, kita ada memenangi BATC (Kejohanan Berpasukan Campuran Asia) pada Februari, selain skuad Piala Uber layak secara merit. Pada 28 Ogos pula, kita ada juara dunia menerusi Aaron-Soh Wooi Yik.\"Kemudian, kita juga muncul juara Terbuka Perancis menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah pada Oktober selain merangkul pingat emas berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Birmingham,\" katanya.Sementara itu, Mohamad Norza mengesahkan Ahli Majlis BAM bersetuju untuk menerima peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM, Michelle Chai, berkuat kuasa hari ini.\"Ahli majlis bersetuju untuk menerima keputusan yang dibuat berhubung peletakan jawatan Michelle. Bagaimanapun, beliau akan membantu pengurusan bagi mencari calon terbaik untuk jawatan CEO itu.\"Michelle sudah buat tugas yang baik sejak memegang jawatan tersebut namun CEO selepas ini perlulah memiliki latar belakang dalam sukan badminton serta reputasi besar yang boleh mengendalikan individu-individu berstatus legenda,\" ujarnya.Selasa lepas (9 Mei) Michelle secara sukarela menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir pada pusingan suku akhir Sukan SEA yang kini berlangsung di Phnom Penh, selepas tewas 0-3 kepada pasukan Filipina.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 05:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258342/berita/sukan/jun-hao-tewaskan-singapura-mara-ke-suku-akhir", "article_title": "Jun Hao tewaskan Singapura, mara ke suku akhir", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melangkah ke suku akhir Sukan SEA Kemboja 2023 selepas mengatasi wakil Singapura, Joel Koh Jia Wei, pada pusingan kedua, di sini pada Sabtu.Selaku pilihan ketiga, Jun Hao terpaksa berhempas pulas pada set pertama untuk melakarkan kemenangan 23-21 sebelum mudah mencipta kemenangan 21-14 pada set kedua dalam saingan selama 38 minit.Jun Hao mengakui bahawa keghairahannya untuk memenangi set pertama selepas menikmati kelebihan enam mata pada 20-14 hampir mengundang padah apabila Joel berjaya membuat kebangkitan untuk menyamakan kedudukan pada 20-20 sebelum bertenang untuk memenangi set pertama dengan hanya margin dua mata.\"Ketika di penghujung set pertama, fikiran saya hanya mahu habiskan perlawanan dengan cepat. Walaupun saingan agak sukar, namun saya berjaya mengatasi dan harap ini permulaan baik di sini,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini.Sementara itu, Jun Hao, pemain nombor ke-64 dunia, berkata beliau tidak memandang remeh kemampuan lawanannya, Joel Angelo Albo dari Filipina di suku akhir.Joel Angelo mara ke suku akhir selepas menundukkan pemain Myanmar, Zaw Lin Htoo, 21-13, 21-15.Walaupun hanya lima hari digandingkan sebelum tiba di sini, beregu campuran negara, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tidak mengahadapi masalah untuk mengesahkan tiket ke suku akhir apabila menewaskan pasangan Singapura, Donovan Willard Wee-Xiao En Heng, 21-14, 21-17.Roy King-Su Ying akan berdepan dengan pasangan Kemboja, Vannthoun Vath-Kimloung Lim di suku akhir selepas pasangan tuan rumah itu mudah mengalahkan wakil Filipina, Zidane Ovaldo-Zoraida Dela Torre, 21-6, 21-8, pada pusingan kedua.Roy King berkata, beliau gembira untuk mara ke suku akhir selepas merasakan lawan mereka dari Singapura itu tidak bersedia untuk menentang mereka dan berharap untuk ke separuh akhir.Cheah pula berkata mereka masih dalam usaha mencari rentak dan berharap dapat beraksi sebaik mungkin dalam temasya dwitahunan itu.Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Ong Xin Yee, ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua oleh pemain Indonesia, Ester Nurumi Tri Wardoyo, 21-15, 21-18. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258337/berita/sukan/kilauan-gangsa-pada-hari-terakhir-acara-berbasikal", "article_title": "Kilauan gangsa pada hari terakhir acara berbasikal", "article_text": "SKUAD berbasikal lebuh raya negara menutup tirai kayuhan penuh bergaya apabila pelumba harapan, Nur Aisyah Mohammad Zubir menghadiahkan pingat gangsa dalam acara lepas beramai-ramai elit wanita pada Sukan SEA 2023 di Siem Reap hari ini.Pencapaian itu sekali gus menyaksikan kem Malaysia mencatat sejarah unik apabila pelumba negara berjaya menaiki podium empat kali dengan kejayaan merangkul satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi acara kriterium dan lepas beramai-ramai elit lelaki serta wanita.Pada perlumbaan sejauh 100.4 kilometer di laluan Angkor Wat itu, terletak kira-kira 320 kilometer dari bandar ini, Nur Aisyah yang mencatat masa 2 jam 48 minit 39 saat mencetuskan keresahan di kem negara apabila dilihat hampir sama tiba di garisan penamat bersama pelumba Indonesia, Magh Firotika Marenda.Perlumbaan itu juga menyaksikan kejutan selepas pelumba Pro Tour dari Vietnam, Nguyen Thi That mengetepikan tonggak pilihan dari Thailand, Jutatip Maneephan yang dianggap hampir pasti membawa pulang pingat emas ke negara Gajah Putih, dengan kedua-duanya turut mencatat masa 2:48:39s.Dengan purata kelajuan 35.72kmj, perlumbaan itu bermula dengan sangat perlahan kerana semua pelumba sangat berhati-hati dan dilihat menyimpan tenaga ke garisan penamat rentetan terpaksa berkayuh dalam cuaca panas mencecah 39 darjah Celsius.Saingan bertambah sengit pada baki 15km perlumbaan apabila pelumba pilihan dari Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia mula saling mencongak percaturan menuju ke garisan penamat.Nur Aisyah mengakui agak terperanjat dengan kejayaannya merangkul dua pingat gangsa menerusi acara kriterium dan lepas beramai-ramai elit wanita, namun pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu percaya pencapaian itu bukan secara kebetulan.\"Ia dicapai menerusi satu usaha dan kerjasama berpasukan yang sangat baik. Semua pelumba bekerjasama dengan baik dan patuh kepada arahan serta strategi jurulatih. Saya percaya kejayaan merangkul dua gangsa bukan satu kebetulan,\u201d katanya.Jurulatih skuad wanita negara, Amir Mustafa Rusli pula menegaskan kejayaan membawa pulang dua pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 memberi petanda pelumba wanita sudah memperagakan peningkatan ketara.\"Saya juga melihat pelumba wanita banyak belajar daripada skuad elit lelaki. Mereka belajar cara taktikal dan bagaimana hendak mengawal perlumbaan. Saya gembira dengan perkembangan ini,\u201d katanya.Pengurus pasukan skuad negara, Norazman Abu Samah pula berkata kejayaan menaiki podium sebanyak empat kali menandakan satu era kebangkitan baharu pada kem lebuh raya elit lelaki dan wanita Malaysia.\"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelumba, jurulatih, mekanik dan masseur kerana bekerjasama dengan baik untuk mencapai sasaran ditetapkan,\u201d katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 04:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258323/berita/sukan/istaf-akan-perkenal-kamera-badan-kepada-pengadil", "article_title": "ISTAF akan perkenal kamera badan kepada pengadil", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) buat julung kali akan memperkenalkan penggunaan kamera badan kepada pengadil bagi memastikan keputusan setiap pertandingan dibuat dengan telus dan tiada berat sebelah.Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, langkah itu juga adalah untuk menunjukkan bahawa pengadil yang diberi tanggungjawab mengadili setiap kejohanan melaksanakan tugas mereka dengan berintegriti.\"Kita perkenalkan kamera badan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan dan perjalanan sepak takraw dipandang di mata dunia iaitu satu sukan yang telus dan mempunyai integriti dalam membuat keputusan dalam setiap kejohanan.\"Ia juga memberi ruang kepada ISTAF untuk mengawasi secara dekat setiap pengadil yang diberikan tanggungjawab mengadili perlawanan di peringkat dunia, Sukan Asia dan Sukan SEA menjalankan tugas dengan jujur dan amanah,\u201d katanya ketika ditemui Bernama di sini.Beliau berkata, penggunaan kamera badan itu juga sebagai langkah transformasi dilakukan badan induk sepak takraw itu bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) supaya sukan berkenaan disenaraikan dalam Sukan Olimpik pada masa akan datang.Sehubungan itu, Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkata, pihaknya akan mengemas kini pentadbiran, pelaksanaan dan perjalanan ISTAF dalam perkara berkaitan etika dan integriti.Bagi tujuan itu, beliau berkata, ASTAF melantik bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Integriti ASTAF bagi memastikan imej ISTAF sebagai sebuah organisasi sukan antarabangsa diangkat setaraf dengan persatuan sukan Olimpik yang lain.\"Kita mahu mengambil langkah-langkah dalam mengekang isu seperti rasuah, pilih kasih dalam kalangan pengadil yang mengadili pertandingan walaupun perkara ini belum terjadi,\u201d katanya.Beliau berkata, sebagai percubaan, penggunaan kamera badan itu dilaksanakan ketika acara berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 antara Malaysia dan Thailand, dua hari lepas.\"Insya-Allah kita akan gunakan sepenuhnya kamera badan ini pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand yang akan berlangsung di Korat dari 9 hingga 16 Julai depan,\u201d katanya.Beliau berkata, pelaksanaan penggunaan kamera badan itu akan diperluas kepada penjaga garisan yang dapat memberi sudut pandang lebih ideal dalam membuat keputusan.Sementara itu, beliau berkata, ISTAF akan terus menggunakan 'challenge camera' pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai untuk melihat semula kedudukan bola sama ada keluar atau masuk menerusi rakaman video, bagi memastikan keputusan perlawanan dibuat dengan tepat.\"Kita dapati semasa perlawanan antara Malaysia dan Thailand (dua hari lepas), daripada 20 challenge diminta (dalam menentukan kedudukan bola), 10 daripadanya ialah reverse decision atau keputusan yang tepat atau sebaliknya,\u201d kata beliau. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 03:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258328/berita/sukan/sukan-sea-malaysian-tigress-hampiri-kejayaan-raih-emas", "article_title": "Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas", "article_text": "PASUKAN hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0 pada aksi ketiga saingan liga sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini pada Sabtu.Pada aksi tersebut, tentangan hebat diberikan Thailand di awal permainan menyaksikan skuad Malaysian Tigress buntu memburu gol pada suku pertama sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin.Jaringan itu ternyata mengubah permainan sekelip mata apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua dan ketiga dalam tempoh tiga minit masing-masing menerusi gol padang Fatin Shafika Mohd Sukri pada minit ke-26 dan gol pukulan sudut penalti disempurnakan Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-29.Kedudukan 3-0 kekal sehingga masa penuh sekali gus memberikan kemenangan ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dalam saingan liga sepusingan menjelang aksi terakhir bertemu Indonesia esok.Mohd Nasihin berkata, pasukannya menunjukkan komitmen yang tinggi berdepan Thailand apabila tidak menjadikan faktor bermain di bawah matahari terik dan bahang sebagai penghalang untuk beraksi dengan baik.\"Pemain-pemain bermain dengan mengikut perancangan yang diberikan kepada mereka, namun begitu, ada seketika mereka mula kurang tumpuan dan menyebabkan pasukan lawan datang menyerang.\"Secara keseluruhan saya memuji usaha para pemain, namun saya menuntut lebih lagi daripada mereka. Walaupun kami telah layak ke final, kami akan tetap fokus pada perlawanan menentang Indonesia nanti, sama seperti sebelum ini dan kami tetap menghormati siapa sahaja lawan yang kami temui,\u201d katanya.Ketika ini hanya Malaysia yang sudah melayakkan diri ke final apabila mengumpul keseluruhan sembilan mata di kedudukan teratas selepas tiga perlawanan sementara Thailand kedua (enam mata) dan Indonesia ketiga selepas mengumpul dua mata.Sementara itu, Singapura yang baru bermain dua perlawanan di kedudukan keempat dengan meraih satu mata manakala Kemboja di posisi tercorot selepas hanya mengutip satu mata daripada keseluruhan tiga perlawanan.Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan yang menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan teratas layak ke final untuk membuat perhitungan merebut pingat emas.Terdahulu, Malaysia turut menempah slot di final bagi saingan lelaki selepas membenam Thailand 5-0 pada aksi ketiga liga sepusingan di venue sama, pada sebelah pagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 03:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258319/berita/sukan/sukan-sea-kom-tak-puas-hati-olahraga-gagal-tepati-sasaran", "article_title": "Sukan SEA: KOM tak puas hati olahraga gagal tepati sasaran", "article_text": "HANYA lima bukan 10 seperti \u2018digembar-gemburkan\u2019 sebelum ini.Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ternyata tidak berpuas hati susulan prestasi kem olahraga negara yang gagal mencapai sasaran 10 emas ditetapkan pada Sukan SEA 2023.Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata harapan membawa pulang 10 emas yang diletakkan sebelum ini dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet negara sebelum mereka turun berjuang di bumi Kemboja.Walaupun prestasi olahraga negara menghampakan, Shahidan tetap bersyukur langkah KOM mempertaruhkan sejumlah muka baharu adalah satu tindakan tepat sehinggakan mereka berjaya membawa pulang pingat waima gangsa sekali pun.\"Jika tidak dapat gangsa mungkin saya rasa kurang menyeronokkan tapi bila dapat pingat itu membuktikan pendedahan pertama di Sukan SEA kepada atlet muda adalah berjaya,\u201d katanya.Selain lima emas, saingan olahraga yang menutup tirainya semalam menyaksikan Malaysia membawa pulang tiga perak dan 12 gangsa.Pencapaian membawa pulang lima emas yang dilakar skuad olahraga itu sekali gus menyamai pencapaian pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.Di Kemboja, tiga atlet negara, Grace Wong (tukul besi wanita), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera lelaki) dan Andre Anura Anuar (lompat kijang lelaki) menampilkan prestasi cemerlang dengan mempertahankan emas dimenangi masing-masing.Tatkala tumpuan lebih diberikan kepada jaguh 400m wanita negara, Shereen Samson Vallabouy yang menepati ramalan menjuarai acara tersebut, pelari lelaki berusia 20 tahun, Umar Osman ternyata membuat kejutan menggondol emas pada penampilan pertamanya di temasya sukan dwitahunan tersebut.Malah pemuda dari Kluang, Johor itu mencatat 46.34 saat (s) pada saingan berlangsung di Stadim Nasional Morodok Techo sekali gus sudah cukup baginya memecahkan rekod kebangsaan 400m lelaki hampir 22 tahun oleh Mohd Zaiful Zainal Abidin, 46.41 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Asia Junior di Brunei pada Julai 2001.Kejayaan dilakar Umar menyaksikan beliau menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.Shereen pula kembali meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei.Bukan itu sahaja, kuartet lelaki berjaya menamatkan kemarau 10 tahun tanpa sebarang pingat dengan membawa pulang gangsa semalam.Kuartet dibarisi Umar, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S. Tarshan merekodkan masa tiga minit dan 08.82 saat (s) untuk merangkul gangsa, sekali gus menyamai pencapaian Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat acara tersebut pada edisi 2013 di Myanmar. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 03:06pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258316/berita/sukan/pecutan-azeem-makin-pantas", "article_title": "Pecutan Azeem makin pantas", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus mempamerkan peningkatan prestasi apabila merekodkan catatan 10.11 saat (s) pada saringan 100 meter (m) Kejuaraan Trek dan Padang SEC di Lousiana, pada awal pagi Sabtu.Ia sekali gus menyaksikan Azeem yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat hampir untuk memecahkan rekod miliknya sendiri yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia tahun lalu.Penuntut Auburn State University di Alabama itu mengakhiri saringan di kedudukan kedua di belakang rakan sepasukannya, Favour Ash yang melakar catatan terpantas 10.06sAzeem akan turun sekali lagi pada aksi final pada Ahad dan berpeluang untuk memperbaiki catatannya itu.Sebelum ini, Azeem melakar 10.14s untuk menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan East Coast di Florida, bulan lalu.Selain itu, Azeem juga turut beberapa kali mencuri perhatian menerusi acara pecut 60 m lelaki dalam dewan apabila berjaya mencatat 6.62 s di kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina pada Februari lalu.Ia sekali gus memadam rekod yang dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 02:52pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258315/berita/sukan/star-cougars-fc-cari-tajaan-ke-ibercup-estoril-portugal-2023", "article_title": "Star Cougars FC cari tajaan ke IberCup Estoril Portugal 2023", "article_text": "PASUKAN bola sepak Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), STAR Cougars FC dipilih mewakili negara pada kejohanan IberCup Estoril Portugal 2023, Julai depan.STAR Cougars FC merupakan satu-satunya pasukan yang dijemput untuk bertanding di kejohanan bola sepak remaja berprestij dunia yang berlangsung pada 2 hingga 12 Julai di Estoril, Lisbon, Portugal.Pengetuanya, Azmi Jimat berkata, pemilihan itu merupakan satu pencapaian tertinggi untuk pasukannya beraksi di peringkat antarabangsa.Menurutnya, ia bukan perkara mudah bagi pihaknya membiayai penyertaan pasukan ke negara selatan Eropah yang membabitkan kos bernilai RM175,000 ke kejohanan itu.\"Seramai 22 pemain dan empat pegawai mengikuti kejohanan kali ini dengan yuran penyertaan yang tinggi selain perbelanjaan lain sepanjang 10 hari berada di negara itu.\"Kita berhasrat agar pihak yang berkemampuan seperti sektor korporat dan kerajaan dapat memberi sumbangan agar dapat merealisasikan impian mereka bertanding di negara luar,\" katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.Ketua Jurulatih, Mohammad Hafizul Kamel memberi penerangan kepada STAR Cougars sebelum menjalani latihan di padang STAR di Ipoh.Azmi berkata, STAR Cougars FC ingin menyahut cabaran itu untuk menambah pengalaman beraksi di peringkat lebih tinggi.\"Sasaran kita agar pasukan dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya supaya dapat bersaing dengan pasukan Eropah, itu satu pencapaian hebat.\"Dengan latihan terperinci, bantuan sumbangan pihak lain, persiapan rapi yang dilakukan, kami berusaha untuk melakar kejayaan seperti mana pada Yakoma Cup U-17, Hanoi, Vietnam, tahun lalu,\" katanya.Sementara itu, Pengurus pasukan, Mohd Firdaus Ahmad berkata, penyertaan pasukan itu adalah contoh keseimbangan antara akademik dan sukan di sekolah berasrama penuh ini.Tambahnya, dengan sokongan daripada semua pihak termasuk ibu bapa, ia dapat mengembangkan potensi dan jati diri pelajar.\"Di Eropah, sukan bola sepak berkembang dengan pesat jadi pengalaman di sana akan dikongsi bersama untuk dibangunkan di peringkat sekolah berasrama penuh menerusi kejohanan yang akan dianjurkan nanti.STAR Cougars melakukan persiapan rapi untuk beraksi di peringkat antarabangsa.\"Kita bukan sahaja menyasarkan kecemerlangan akademik tetapi boleh membangunkan sukan dalam kalangan pelajar. Mereka berpotensi cuma peluang dan ruang tidak mencukupi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 02:31pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258304/berita/sukan/mason-mahu-pegang-spurs", "article_title": "Mason mahu pegang Spurs", "article_text": "RYAN Mason sekali lagi menegaskan dia bersedia menjadi ketua jurulatih Tottenham Hotspurs selepas kelab itu membatalkan niat mendapatkan Julian Nagelsmann.Nagelsmann dikaitkan dengan kerusi panas di Spurs itu sejak meninggalkan Bayern Munich pada akhir Mac lalu.Apabila Antonio Conte meninggalkan Spurs sejurus selepas Nagelsmann dipecat oleh Bayern, pengendali dari Jerman itu terus dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan.Pelbagai spekulasi telah timbul, namun kelab itu dilaporkan tidak akan menemu duga pengendali berusia 35 tahun itu.\"Saya sentiasa berkata saya bersedia. Saya bersedia untuk saat ini. Saya rasa seperti saya dapat membantu kelab. Itu perasaan saya secara amnya dan saya kekal dengannya.\"Itulah juga perasaan saya sejak kelab mempercayai saya untuk memikul tanggungjawab ini,\"katanya.Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi, bekas pengendali Sepanyol, Luis Enrique dan bos Feyenoord, Arne Slot antara calon dalam senarai pendek Tottenham.Kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu merupakan kemenangan pertama Mason selaku pengendali sementara pasaukan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 01:40pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258296/berita/sukan/manchester-united-kelab-idaman-pemain-bintang", "article_title": "Manchester United kelab idaman pemain bintang", "article_text": "ERIK ten Hag percaya Manchester United lebih mudah untuk mendapatkan pemain berkualiti pada jendela perpindahan akan datang walaupun terdapat ketidakpastian berterusan mengenai pemilikan kelab itu.Ten Hag mengakui sukar meyakinkan pemain untuk menyertai United pada jendela perpindahan pertamanya di kelab itu walaupun berjaya memujuk Casemiro dari Real Madrid dan beberapa pemain lain seperti Christian Eriksen, Antony, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia.United tahu mereka perlu aktif dalam jendela perpindahan akan datang terutama untuk mencari penyerang baharu bagi mengurangkan beban Marcus Rashford selain mendapatkan pemain tengah, pertahanan kanan dan penjaga gol.Pemilik United, Keluarga Glazer masih belum memuktamadkan pembida yang akan mengambil alih kelab itu, namun ten Hag percaya United mempunyai tarikan kepada pemain.\"Saya melihat perbezaan besar berbanding tahun lalu. Terdapat banyak alasan sewaktu saya bercakap dengan pemain pada tahun lalu dan kini, ramai pemain sudah dapat lihat projek ini, apa yang sedang berlaku, dinamik dan hala tuju projek ini, terutama kualitinya. Mereka kini mahu datang ke sini, saya dapat lihat perkara itu.\"Terdapat banyak keraguan ketika kami mendekati pemain tahun lalu. Tahun ini, ramai pemain berkualiti yang benar-benar mahu datang ke sini,\" katanya.United masih belum mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tetapi dengan kejayaan memenangi Piala Liga Inggeris dan akan bersaing dalam final Piala FA, ten Hag menegaskan pemain kini akan berebut untuk menyertai Manchester United.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 01:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258292/berita/sukan/sukan-sea-2023-skuad-hoki-negara-tepati-ramalan-ke-final", "article_title": "Sukan SEA 2023: Skuad hoki negara tepati ramalan ke final", "article_text": "SKUAD hoki remaja lelaki kebangsaan mengesahkan kemaraan ke final dengan bergaya selepas membenam Thailand 5-0 pada aksi ketiga saingan liga sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini, pada Sabtu.Pada pertembungan itu, Malaysia yang meraih kemenangan dalam dua aksi pertama terpaksa menunggu sehingga minit ke-12 untuk memecah kebuntuan gol selepas Shahmie Irfan Suhaimi menyempurnakan pukulan sudut penalti.Lima minit berselang, gol padang Muhammad Najib Abu Hassan menjadikan kedudukan 2-0 sebelum skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim semakin selesa mendahului menerusi jaringan padang Shahmie Irfan pada minit ke-20.Menghampiri suku ketiga, giliran Mohammad Haris Iskandar Osman mencetak nama sebagai penjaring menerusi gol padang pada minit ke-30 dan Shahmie Irfan melengkapkan hatrik serta kemenangan bergaya pasukan negara hasil penyudah gol padang pada minit ke-49.Kejayaan mengatasi Thailand itu menyaksikan anak buah Muhammad Amin mencatat kemenangan ketiga berturut-turut untuk menerajui saingan liga dengan mengumpul sembilan mata menjelang aksi terakhir bertemu Indonesia esok.Selepas tiga perlawanan, Indonesia yang turut mengesahkan tempat ke final kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul tujuh mata diikuti tempat ketiga Thailand (tiga mata), Singapura (satu mata) dan Kemboja tercorot tanpa sebarang mata.Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan yang menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan teratas layak ke final untuk membuat perhitungan merebut pingat emas.Bercakap kepada Bernama selepas perlawanan hari ini, Muhammad Amin gembira dengan persembahan yang ditunjukkan pasukannya, namun berharap para pemain dapat mengekalkan konsistensi sehingga ke pentas final.\"Kalau lihat memang kita diramalkan untuk menang semua perlawanan dan layak ke final, saya rasa untuk tiga aksi pertama pasukan sudah buat kerja dengan betul dan ada lagi dua perlawanan sebelum kita betul-betul boleh menerima kalungan emas di leher, kita perlu fokus pada dua perlawanan terakhir dengan Indonesia.\"Bagi saya apa yang paling penting adalah konsistensi, kalau pasukan konsisten dalam setiap perlawanan dengan taktikal yang diterapkan saya rasa kita akan bermain setiap perlawanan itu dengan mudah,\u201d katanya.Malaysia merupakan kuasa besar hoki pada temasya Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak edisi 1971 di Kuala Lumpur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 12:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258289/berita/sukan/kerisauan-kriket-malaysia-ada-asasnya---hannah", "article_title": "Kerisauan kriket Malaysia ada asasnya - Hannah", "article_text": "KEBIMBANGAN dan kerisauan yang diluahkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengenai penggunaan atlet naturalisasi pada Sukan SEA Kemboja ada asasnya, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, pihaknya akan melihat perkara itu dengan lebih mendalam selepas temasya di Phnom Penh itu menutup tirai pada 17 Mei ini.\"Kita tunggu dulu selepas semua pertandingan, saya juga ada bincang dengan menteri sukan yang lain. MCA yakin mereka boleh menang emas, tetapi bila bertembung dengan pihak lawan yang menurunkan banyak atlet naturalisasi (mereka tidak dapat),\" katanya selepas melancarkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Renang di Kepong, hari ini.Hannah turut meminta semua supaya mendoakan agar sasaran 40 pingat emas Malaysia dapat dicapai dengan baki empat hari sebelum temasya berkenaan menutup tirai dengan rasminya.\"Saya pun gementar .... Kita ada pingat yang disasarkan terlepas, manakala acara yang tidak disasarkan dapat pingat. Kita ada lagi sukan hoki, judo, taekwondo, sepak takraw, dancesport dan badminton yang masih berlangsung,\" katanya.Setakat pagi Sabtu, Malaysia kekal di kedudukan ketujuh dengan kutipan 28 emas, 35 perak dan 61 gangsa, dengan sasaran yang ditetapkan ialah 40-37-64.Terdahulu, MCA menerusi kenyataan menyatakan kerisauan serta meminta Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dan Jawatankuasa Olimpik yang terlibat supaya membuat penelitian mendalam ke atas penganjuran kriket dan audit ke atas kelayakan atlet yang beraksi pada temasya kali ini.\"Dalam kejohanan lelaki, Kemboja menurunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain, yang didakwa Kemboja mereka warganegara secara naturalisasi. Walaupun hanya melihat beberapa pasport, kami dapati pasport berkenaan dikeluarkan pada 23 April 2023, perlawanan pertama berlangsung pada 29 April, manakala tarikh tutup untuk senarai pendek ialah 3 Mac.\"Perkara ini menimbulkan persoalan; bolehkah pindaan dibuat untuk seramai 13 pemain? Jika ya, apakah tujuan penyenaraian pendek? Adakah tindakan ini mengikut semangat Sukan SEA atau semangat kriket?\u201d menurut MCA yang menyatakan bahawa perlu adanya tempoh 'cooling off' selama setahun sebelum pemain beraksi untuk negara baharu.MCA turut mendakwa bahawa kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara menjadi sasaran gangguan pengarah teknikal kejohanan serta jadual perlawanan yang hanya dikeluarkan sehari sebelum pertandingan.Malaysia yang menjadi pilihan untuk pingat emas, terpaksa berpuas hati dengan perak acara 50-over dan Twenty-20 (T-20) lelaki selepas tewas kepada Kemboja pada final, manakala pasukan 50-over wanita meraih gangsa. Malaysia sedang beraksi dalam acara Ten-10 (T-10) lelaki dan wanita.Ketika kriket dipertandingkan buat kali pertama dan terakhir pada temasya dwitahunan itu pada edisi Kuala Lumpur 2017, Malaysia meraih emas 50-over lelaki, perak T-20 lelaki dan gangsa T-20 wanita.Dalam pada itu, Hannah berkata, kementeriannya memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi tahun ini untuk program KLAS: Renang menyasarkan penglibatan 720 kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40, yang bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat lemas.\"Mengikut statistik sebelum pandemik Covid-19, seramai 500 kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas setahun, angka yang tinggi. Daripada bazirkan kolam renang yang ada dan tak guna duit rakyat untuk tujuan murni seperti ini, baik kita mulakan program ini,\" katanya.Beliau berkata, sebagai permulaan, program itu akan diadakan di 18 daerah di lapan negeri tahun ini - Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor dan Pahang - sebelum diluaskan ke tempat lain.Berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini, Hannah berkata beberapa langkah keselamatan seperti penggunaan fasiliti tertutup diambil demi keselamatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 12:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258280/berita/sukan/arsenal-tanpa-saliba", "article_title": "Arsenal tanpa Saliba", "article_text": "ARSENAL akan beraksi dalam misi menang semua baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa William Saliba menentang Brighton & Hove Albion di Stadium Emirates pada Ahad.Biarpun begitu pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan pemain Perancis itu dan rakan pertahanan Oleksandr Zinchenko itu tidak diketepikan untuk baki musim ini.\u201cDengan William, itu sudah pasti dia tidak akan cergas untuk perlawanan ini dan kami meragui sama ada dia juga akan bermain untuk perlawanan di Nottingham Forest.\u201cTetapi kami mahu mengekalkan harapan dan memastikan pasukan memberi peluang terbaik untuk membawa mereka kembali,\u201d kata Arteta kepada ketika ditanya mengenai status kecederaan kedua-dua pemain tersebut.Laporan awal sebelum ini menunjukkan kedua-duanya akan terlepas baki kempen sekali gus satu tamparan buat The Gunners yang dalam perebutan gelaran EPL dengan pendahulu dan penyandang juara serta pasukan pilihan Manchester City.Saliba dikeluarkan dari skuad utama sejak Mac kerana kecederaan belakang manakala Zinchenko disisihkan semasa separuh masa kedua berikutan masalah betis ketika Arsenal menang 2-0 ke atas pasukan tangga ketiga Newcastle United di Stadium St James'Park hujung minggu lalu.Arsenal berbaki tiga perlawanan dan ketinggalan satu mata di belakang Manchester City, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan berada di kedudukan peneraju sejak menewaskan kelab utara London itu, 4-1 di Etihad pada 26 April lalu.Namun anak buah Arteta mula kembali mempamerkan keputusan positif dalam perlawanan menentang Chelsea dan Newcastle yang mengembalikan semula harapan bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu.\"Setiap kali anda menang, setiap kali anda bermain dengan baik, setiap kali anda berasa seperti anda bersaing pada tahap yang diperlukan untuk memenangi liga ini, ia memberi anda harapan baharu.\"Sejujurnya ia bukan dalam tangan kami dan pada Ahad, kami pastinya perlu berada pada tahap terbaik sekali lagi dan cuba memenangi perlawanan. Jika kami memenangi perlawanan, kami akan menjadi lebih dekat.\"Ada tiga perlawanan lagi, ini adalah perlawanan paling penting dan sekarang kami mahu menewaskan mereka dan meningkatkan harapan dan semangat untuk meneruskannya kerana segala-galanya masih perlu dimainkan dengan tenang sehingga hujung musim,\" kata Arteta.Mengulas mengenai tugasan pengendali The Seagulls, Roberto De Zerbi dan kakitangannya, Arteta berkata, merekatelah melakukan tugas yang luar biasa dan menjangkakan pasukan pelawat akan menjadi lawan yang sangat sukar.Sebagai rekod, Arsenal menewaskan Brighton 4-2 di pantai selatan pada penghujung Disember selepas tewas 3-1 pada pusingan ketiga Piala Liga di Emirates, November lalu.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (13 MEI)Leeds United lwn Newcastle United, 7.30 malamSouthampton lwn Fulham, 10 malamChelsea lwn Nottingham Forest, 10 malamAston Villa lwn Tottenham Hotspur, 10 malamManchester United lwn Wolves, 10 malamCrystal Palace lwn Bournemouth, 10 malamAHAD (14 MEI)Everton lwn Manchester City, 9 malamBrentford lwn West Ham United, 9 malamArsenal lwn Brighton, 11.30 malamSELASA (16 MEI)Leicester City lwn Liverpool, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 10:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258279/berita/sukan/jangan-bandingkan-kami-dengan-muhammad-azeem", "article_title": "'Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem'", "article_text": "PEMENANG gangsa 100 meter (m) lelaki Sukan SEA 2023, Muhammad Haiqal Hanafi, menggesa orang ramai khususnya para netizen agar tidak membandingkan dirinya dan Khairul Hafiz Jantan, dengan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Muhammad Haiqal mengingatkan diri sendiri dan Khairul Hafiz untuk mempedulikan pandangan orang ramai terhadap kemampuan mereka di atas trek kerana setiap atlet mempunyai kelebihan dan prestasi masing-masing.\"Setiap manusia ada kelebihan masing-masing ... Muhammad Azeem sememangnya ada bakat tersendiri dan kami juga ada prestasi tersendiri,\u201d katanya ketika ditemui di sini.Pada Jumaat, Muhammad Haiqal merangkul gangsa dengan 10.443s bagi mengetepikan Khairul Hafiz yang merekodkan masa 10.448s di tangga keempat pada hari terakhir olahraga dalam temasya sukan dwitahunan kali ini.Pelari Thailand, Soraoat Dapbang dinobatkan sebagai raja pecut baharu Asia Tenggara dengan catatan 10.37s dan hanya dibezakan dengan 0.02s untuk mengatasi Marc Brian Louis dari Singapura, yang merekodkan 10.39s bagi pingat perak.Walaupun Khairul Hafiz menampilkan prestasi agak baik selepas dihimpit masalah kecederaan sebelum ini, Muhammad Haiqal berharap agar rakannya itu kembali lebih mantap pada masa depan.Nama Muhammad Azeem disebut-sebut sebagai permata baharu olahraga negara selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas.Sementara itu, Khairul Hafiz mendedahkan beliau hampir bersara pada tahun lepas selepas tidak berjaya melayakkan diri ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.Bagaimanapun, atlet dari Melaka itu berkata, jurulatih pecut kebangsaan Mohd Poad Md Kassim berjaya menghalangnya daripada bebuat demikian sehinggakan dapat disenaraikan semula bagi membarisi kuartet 4x100m yang membawa pulang gangsa pada Sukan SEA kali ini.Dalam pada itu, pelari 400m lelaki kebangsaan, Abdul Wafiy Roslan, kejayaan Umar Osman dan Shereen Samson Vallabouy yang masing-masing menjuarai acara individu lelaki serta wanita selain kejayaan kuartet lelaki membawa pulang gangsa membuka mata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menumpukan perhatian acara berkenaan.Abdul Wafiy bersama Umar serta dua lagi pelari, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S Tarshan merekodkan masa tiga minit dan 08.82s untuk merangkul gangsa, sekali gus menamatkan kemarau tanpa sebarang pingat selepas Malaysia kali terakhir memenangi pingat acara itu pada edisi 2013 di Myanmar, juga menerusi gangsa.Selasa lepas, Umar, 20, bukan sahaja meraih emas malah mencipta sensasi apabila pelari berusia 20 tahun itu mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34s sekali gus meleburkan rekod lama 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang dicatat dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Brunei pada Julai 2001.Kejayaan dilakar Umar menyaksikan beliau menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan mencatat masa 52.53s, merangkul emas kategori wanita sekali gus memecahkan dominasi juara empat kali berturut-turut, Nguyen Thi Huyen dari Vietnam (53.27s) yang merangkul perak, manakala gangsa milik rakan senegaranya, Nguyen Thi Hang (53.84s).Shereen pula kembali meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 10:31am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258275/berita/sukan/manchester-city-kekal-tenang", "article_title": "Manchester City kekal tenang", "article_text": "MANCHESTER City yang dalam pemburuan kejuaraan treble akan mengharungi jadual padat bermula minggu ini.Namun situasi itu tidak membimbangkan pengendalinya, Pep Guardiola apabila menyifatkan pasukannya memahami intensiti setiap perlawanan dan ganjarannya.\"Ya, apa yang pasti ia berkaitan enam, mungkin tujuh perlawanan untuk semua berjuang untuk segala-galanya,\" kata Guardiola mengenai dorongan penuh pasukannya pada akhir musim.Sebagai rekod, Manchester City hanya satu mata di depan Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan satu perlawanan di tangan iaitu menentang Everton di Goodison Park pada Ahad.Dalam pada itu, Arsenal juga akan menentang Brighton pada hari sama.\u201cSaya percaya Arsenal akan berusaha memenangi tiga baki perlawanan mereka.\u201cSejujurnya saya mahu mereka kehilangan mata \u200b\u200btetapi saya percaya mereka akan mendapat sembilan mata,\u201d kata Guardiola.City sebelum ini bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat penyandang juara, Real Madrid 1-1 dalam separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu.Dalam pada itu, anak buah Guardiola juga akan menentang Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA, 3 Jun depan.\"Kami bermain untuk semua pertandingan. Anda perlu melakukan pertukaran kemudiannya menyesuaikan diri segera. Terdapat empat perlawanan lagi dalam Liga Perdana Inggeris dan ia sangat penting. Ia mengingatkan kami bahawa nasib pasukan ini di tangan kami,\" kata pengendali dari Sepanyol itu.Ditanya bagaimana pemainnya bangkit daripada keputusan seri yang meletihkan secara fizikal dan mental Selasa lalu, Guardiola berkata, kemenangan ke-10 liga berturut-turut telah membantu memotivasikan pasukan.\u201cJika dalam perlawanan sebelum ini anda menang, secara mental pemulihan anda lebih cepat.\"Saya percaya manusia mempunyai sumber motivasi yang luar biasa untuk bergerak ke hadapan, itu yang pasukan kami teruskan.\u201cPenat itu situasi biasa, tetapi pada masa sama, jika keinginan anda tinggi, mental anda berada pada kedudukan yang betul, manusia itu boleh memacu tenaga yang luar biasa,\u201d katanya.Dalam pada itu, Erling Haaland yang dipilih Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) mendapat pujian daripada Guardiola yang gembira prestasi konsisten mesin Manchester City tersebut.\u201cSaya amat gembira dengan pencapaian tersebut, dan tahniah kepada Erling Haaland,\u201d katanya.Pemain Norway itu telah menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan untuk City musim ini, dan rekod satu musim Liga Perdana Inggeris dengan 35 gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 09:16am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258269/berita/sukan/teknik-spin-serve-rindshoj-dilarang-sementara---bwf", "article_title": "Teknik 'spin serve Rindshoj' dilarang sementara - BWF", "article_text": "TEKNIK 'spin serve' (servis putaran bulu tangkis) yang diperkenalkan oleh pemain beregu lelaki Denmark, Marcus Rindshoj, dilarang sementara di semua kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Mei ini.Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer berkata, larangan itu termasuk dalam Kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China bermula Ahad ini hingga 21 Mei serta Malaysia Masters di Arena Axiata, Kuala Lumpur dari 23 hingga 28 Mei depan yang menawarkan mata untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.Katanya, badan induk dunia itu telah meluluskan keputusan bahawa pemain hanya boleh melepaskan bulu tangkis tanpa menambah putaran sebelum melakukan pukulan.\"BWF telah menerima maklum balas daripada komuniti badminton, termasuk Suruhanjaya Atlet BWF, bahawa servis itu boleh memberi kesan negatif kepada permainan. Ia juga diperhatikan secara dalaman bahawa 'spin serve' ini mempunyai banyak ciri yang serupa dengan 'servis Sidek', yang tidak dibenarkan.\"Jadi, panel pakar mengesyorkan untuk tidak membenarkan teknik ini sehingga rundingan lanjut dengan semua negara anggota badan dunia itu pada mesyuarat agung tahunan pada 27 Mei ini.\"BWF juga mahu mengelak senario di mana Piala Sudirman akan datang dan kejohanan antarabangsa lain, boleh menjadi platform untuk menguji 'spin serve' baharu dan akhirnya mengganggu pertandingan.\"BWF berasakan yang terbaik untuk tidak membenarkan 'spin serve' sehingga BWF bersidang semula pada 29 Mei untuk perbincangan lanjut,\" katanya dalam satu kenyataan.'Spin serve' yang sukar dibalas oleh lawan pertama kali dilaporkan diamalkan Rindshoj pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Poland 2023, pada Mac lalu.'Spin serve' berdasarkan video yang dikongsikan di internet ialah teknik pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 07:42am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258267/berita/sukan/kedudukan-kontinjen-malaysia-di-sukan-sea-kemboja-mencemaskan", "article_title": "Kedudukan kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja mencemaskan", "article_text": "KEDUDUKAN kontinjen negara dalam pungutan pingat agak mencemaskan apabila kekal berada di tempat ketujuh selepas berakhir hari ketujuh temasya Sukan SEA 2023 pada Jumaat.Berbaki lima hari sebelum temasya sukan Asia Tenggara itu melabuhkan tirai pada Rabu ini, kedudukan itu pastinya membimbangkan kerana kontinjen negara sering berada di kedudukan lima teratas dalam temasya dwitahunan tersebut.Malaysia hanya dua kali berada di tempat keenam iaitu pada edisi Singapura 1983 dan Vietnam 2021 tahun lalu.Dengan pungutan pingat yang masih perlahan pada Jumaat, kem negara sekadar meraih empat pingat emas, sekali gus menyaksikan Malaysia secara keseluruhan mengumpul 28 emas, 35 perak dan 60 gangsa.Kem taekwondo muncul pasukan terbaik apabila menyumbangkan dua pingat emas menerusi Nur Humaira Abdul Karim dalam acara poomsae individu wanita serta gandingan Nurul Hidayah Abdul Karim dan Jason Loo bagi kategori poomsae berpasangan campuran.Dua lagi pingat emas yang diraih Malaysia adalah menerusi atlet wushu Tan Cheong Min dalam acara Taolu wanita (Nandao Nangun) serta pelumba berbasikal Nur Amirul Fakhruddin Mazuki yang mengungguli acara lebuh raya lepas beramai-ramai elit lelaki.Dalam pada itu, Malaysia turut menambah lima pingat perak dan sembilan gangsa pada hari ketujuh.Selepas tamat saingan Jumaat, Vietnam kekal mendahului carta pungutan pingat dengan meraih 71 emas, 68 perak dan 78 gangsa, diikuti Thailand 60-43-67 manakala tuan rumah, Kemboja di tangga ketiga dengan 58-47-63. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 07:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258260/berita/sukan/kok-leong-keen-ho-terlepas-peluang-rangkul-emas-kedua", "article_title": "Kok Leong-Keen Ho terlepas peluang rangkul emas kedua", "article_text": "SKUAD snuker negara terlepas peluang merangkul emas kedua selepas gandingan Lim Kok Leong-Moh Keen Ho tewas mengejut kepada pasangan tuan rumah pada final beregu lelaki Sukan SEA Kemboja 2023, di Aeon Mall 2, Phnom Penh, malam ini.Gandingan Kok Leong-Keen Ho terpaksa akur tewas 1-3 untuk membawa pulang perak apabila gagal menyaingi kehebatan gandingan Chhay Suon-Sophanith Man yang menikmati prestasi memberangsangkan pada temasya sukan dwitahunan itu.Pada saingan final berkenaan, gandingan negara memulakan permainan dengan aksi hambar apabila tewas 0-69 di frame pertama sebelum bangkit di frame kedua dengan kemenangan 103-13.Bagaimanapun, pasangan Kemboja yang beraksi di laman sendiri kembali menemui rentak dan menampilkan aksi konsisten sebelum merakam kemenangan di dua frame berikutnya 72-35 dan 60-28 untuk mengesahkan kejayaan dramatik.\"Perlawanan tadi memang sukar sikit sebab persembahan mereka hari ini bagus, mula-mula first frame (hanya) ada dua peluang kemudian kami lawan balik dalam frame kedua dan selepas itu juga kita tidak dapat banyak peluang,\" kata Keen Ho ketika ditemui selepas upacara penyampaian pingat di sini.Kekalahan itu menyaksikan Kok Leong-Keen Ho tidak berjaya mempertahankan emas dalam acara itu yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina sebelum tidak berpeluang untuk mempertahankan kejayaan apabila acara beregu lelaki tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam, tahun lalu.Keen Ho akui berasa sedih kerana tidak berjaya mengulangi pencapaian edisi 2019.\"Ada rasa sedikit sedih tetapi masih boleh terima (kekalahan) sebab lawan memang main bagus hari ini,\" katanya.Sebagai rekod, Keen Ho menyumbangkan emas pertama kem snuker negara selepas meraih emas acara 6-Red individu Selasa, lalu.Dalam pada itu, Kok Leong akan turun beraksi dalam acara individu esok dalam misinya membantu Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia mencapai sasaran dua emas yang ditetapkan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mei 2023 12:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258255/berita/sukan/taekwondo-sumbang-dua-emas-dua-perak", "article_title": "Taekwondo sumbang dua emas, dua perak", "article_text": "SKUAD taekwondo menceriakan kontinjen negara apabila menyumbang dua pingat emas dalam acara poomsae pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh pada Jumaat.Nur Humaira Abdul Karim mencipta kejutan apabila mengungguli acara poomsae individu wanita selepas mengutip 7.430 mata, mengatasi pencabarnya dari Singapura Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi (7.260) di tempat kedua manakala wakil tuan rumah Kanithyda meraih gangsa (7.090).Kejayaan Nur Humaira itu kemudian membakar semangat kakaknya, Nurul Hidayah yang bergandingan dengan Jason Loo bagi merangkul emas dalam acara berpasangan campuran selepas mengumpul 7.550 mata.Vietnam yang mengumpul mata sama dengan Malaysia meraih pingat perak manakala Filipina di tempat ketiga selepas meraih 7.500 mata.Ia juga kejayaan berganda bagi pasangan adik-beradik itu apabila mereka turut memenangi pingat perak dalam acara berpasukan wanita bersama seorang lagi wakil negara Lim Jia Wei dengan 7.700 mata di belakang pasukan Filipina (7.720) manakala gangsa milik Thailand (7.660).Chin Ken Haw melengkapkan episod cemerlang skuad negara pada hari pertama acara taekwondo dipertandingkan dengan meraih pingat perak dalam acara individu lelaki selepas mengutip 7.380 mata.Pingat emas acara berkenaan dimenangi peserta Filipina Patrick King Perez yang mengumpul 7.460 mata sementara atlet tuan rumah Chhorn Kimhak meraih gangsa dengan 7.360 mata.Ketika ditemui pemberita, Nur Humaira yang pertama kali bersaing dalam acara individu, berkata, dia tidak menjangka dapat meraih emas dalam kategori itu kerana sasarannya adalah bagi acara berpasukan wanita.\"Setelah terlepas pingat emas dalam acara berpasukan wanita, jurulatih beritahu saya supaya buat yang terbaik dan saya bersyukur dapat meraih emas dalam acara individu. Alhamdulillah... saya ada rezeki dalam acara individu,\" katanya.Atlet berasal dari Bintulu, Sarawak itu juga bersyukur pengorbanannya berbaloi yang terpaksa meninggalkan lebih sebulan pengajian dalam Pengurusan Sukan di Universiti Malaya selain menyambut Aidilfitri di Korea Selatan kerana menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi temasya ini.Pada edisi Vietnam 2021 tahun lalu, Nur Humaira meraih gangsa dalam acara berpasukan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 11:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258246/berita/sukan/haiqal-raih-pingat-gangsa-100-meter", "article_title": "Haiqal raih pingat gangsa 100 meter", "article_text": "BEKAS raja pecut Sukan SEA, Muhammad Haiqal Hanafi merangkul gangsa bagi acara 100 meter (m) lelaki pada edisi 2023.Saingan akhir acara riben biru di Stadium Nasional Morodok Techo menyaksikan Muhammad Haiqal dan seorang lagi wakil negara, Khairul Hafiz Jantan yang masing-masing belari di lorong keempat dan kelima bermula dengan baik apabila mendahului kelompok peserta lain.Bagaimanapun, pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan wakil Singapura Marc Brian Louis secara tiba-tiba berjaya memintas mereka pada jarak 50m terakhir sekali gus menyaksikan mereka terlepas peluang memperoleh dua kedudukan tertinggi podium.Soraoat dinobatkan sebagai raja pecut baharu Asia Tenggara dengan catatan 10.37 saat (s) dan hanya dibezakan dengan 0.02s untuk mengatasi Marc Brian, yang merekodkan 10.39s.Namun rezeki ternyata memihak Muhammad Haiqal, yang juga juara edisi 2019 di Manila, untuk membawa pulang gangsa selepas mencatat 10.443s berbanding Khairul Hafiz yang merekodkan masa 10.448s pada hari terakhir olahraga pada temasya sukan dwitahunan kali ini.Dalam pada itu, dua wakil negara bagi acara 100m wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Aishah Rofina Aling, tidak berupaya membawa pulang pingat selepas masing-masing sekadar memperoleh tempat keempat dan ketujuh.Zaidatul mencatat 11.83s manakala Nur Aishah pula merekodkan 12.12s.Wakil Singapura, Veronica Shanti Pereira muncul ratu pecut baharu Sukan SEA dengan mencatat 11.41s diikuti peserta Thailand, Supanich Poolkerd untuk perak (11.58s) dan gangsa menjadi milik pelari Vietnam, Thi Nhi Yen Tran (11.75s). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 09:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258215/berita/sukan/malaysia-pertahan-emas-berbasikal-lebuh-raya", "article_title": "Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya", "article_text": "PELUMBA negara, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023 di laluan di Angkor Wat, Siem Reap pada Jumaat.Kejayaan pada perlumbaan sejauh 150.6 kilometer di kawasan berkenaan, yang terletak kira-kira 320 kilometer dari bandar ini, sangat bermakna apabila skuad berbasikal lebuh raya Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas.Pencapaian tersebut sekali gus menyaksikan pelumba kelab benua Terengganu Cycling Team (TSG) itu menambah koleksi kemenangan selepas meraih perak menerusi acara kriterium elit lelaki, semalam.Pada perlumbaan hari ini, Nur Amirull Fakhruddin selesa mendahului pelumba Indonesia Aiman Cahyadi yang meraih pingat perak sehingga garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 22 minit 50 saat.Tonggak Filipina, Ronald Oranza turut melebarkan kutipan pingatnya apabila memenangi gangsa selepas memenangi pingat sama dalam acara kriterium. Ketiga-tiga pelumba mencatat masa yang sama.Nur Amirull Fakhruddin bersyukur dengan kejayaannya itu kerana pada Ramadan lepas, beliau sentiasa berdoa supaya pasukan negara memperoleh pencapaian terbaik di temasya kali ini.\"Sepanjang bulan Ramadan, saya banyak berdoa. Saya minta berilah satu kejayaan kepada pasukan Malaysia. Tak kira siapa yang menang asalkan kejayaan itu berpihak kepada skuad Malaysia.\"Alhamdulillah, ALLAH SWT makbulkan doa saya. Paling manis saya menang pingat emas dalam acara kegemaran semua pelumba di rantau Asia Tenggara. Terima kasih kepada semua khususnya rakan sepasukan dan pengurusan di sini,\u201d katanya.Perlumbaan tersebut dianggap antara yang terpantas dalam sejarah acara lepas beramai-ramai di temasya Sukan SEA dengan kelajuan purata 44.55 kmj.Jurulatih skuad negara Mohd Sayuti Mohd Zahit memuji anak buahnya yang patuh kepada semua percaturan yang ditetapkan.\"Saya arah Nur Amirull Fakhruddin kawal Terry (Yudha Kusuma). Terry sangat berbahaya dan boleh melakukan kejutan. Apabila Terry nampak agak kurang bermaya, saya arahkan Nur Amirull Fakhruddin untuk terus ke hadapan.\"Nur Amirull Fakhruddin faham arahan saya dan syukur kita menang pingat emas pada hari ini,\u201d katanya.Sementara itu, pengurus pasukan negara, Norazman Abu Samah mengakui tidak terkejut dengan kejayaan Nur Amirull Fakhruddin kerana percaya dengan keupayaan kesemua pelumba Malaysia pada perlumbaan di temasya kali ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 06:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258203/berita/sukan/meriahkan-karnival-hello-kuantan-bersama-skuad-tok-gajah-artis", "article_title": "Meriahkan Karnival Hello Kuantan bersama skuad Tok Gajah, artis", "article_text": "BERITA gembira buat warga Kuantan, Astro bakal membawakan sesuatu yang istimewa di Karnival Hello Kuantan! pada 20 Mei ini di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.Seisi keluarga boleh menikmati kemeriahan yang akan dibawakan sepanjang hari karnival itu berlangsung sambil memberi sokongan buat pasukan kesayangan anda, Tok Gajah dalam aksi Liga Super yang menemukan Sri Pahang FC dan Pulau Pinang FC pada jam 5.15 petang.Selain itu, peminat juga boleh beramah mesra bersama legenda bola sepak negara yang juga merupakan komentator Astro seperti, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Razman Roslan dan Hafizal Hamad pada jam 2 petang.Paling menarik, peminat juga berpeluang berjumpa dan bergambar dengan pemain Sri Pahang FC yang akan bersama-sama turun ke karnival selepas perlawanan itu nanti.Pelbagai acara menarik bakal disajikan kepada orang ramai. - Foto AstroBuat ibu bapa, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak untuk bergembira dan menyanyi bersama Didi & Friends serta Upin & Ipin bermula seawal 10 pagi.Bukan itu sahaja, di sebelah malam pula, para peminat boleh \u2018layan\u2019 konsert dan persembahan daripada Idris Brown, Khairul Nizam dan Jesper dari All Together Now musim 1 dan 2 bermula jam 8 malam.Selebriti lain yang akan turun menggamatkan karnival itu termasuk pasangan suami isteri dari Gegar Vaganza, Fuad dan Tom.Turut serta peserta Big Stage musim keempat, Yazmin Aziz dan Daniel Chuer serta ramai lagi selebriti lain seperti Amsyar Lee, Mimi Fly dan Han Byul dari The Masked Singer musim ketiga turut hadir.Bagi peminat filem Polis Evo pula, anda mungkin boleh bertentang mata bersama hero sensasi Shaheizy Sam dan Zizan Razak.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 05:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258187/berita/sukan/muay-thai-rifdean-lengkapkan-hatrik-gelaran-dunia", "article_title": "Muay Thai: Rifdean lengkapkan hatrik gelaran dunia", "article_text": "ATLET Muay Thai negara, Mohd Rifdean Masdor berjaya melengkapkan hatrik gelaran dunia selepas muncul juara Kejohanan Muay Thai Dunia buat kali ketiga semalam.Walaupun terpaksa naik satu kategori berat kepada 51kg lelaki Bawah 23 tahun (B-23) kerana akan beraksi dalam sirkit produnia dalam kategori sama hujung bulan ini, atlet berusia 21 tahun itu tetap unggul pada kejohanan di Bangkok, Thailand.Beliau berjaya mengatasi tentangan hebat wakil Uzbekistan, Daler Sobirov menerusi kemenangan 30-27 pada final.Bagi kategori wanita pula, Nur Amisha Azrilrizal yang meraih gangsa edisi 2021 dan perak pada 2022, terus cemerlang apabila merangkul gelaran dunia pertamanya bagi kategori 51kg B-23.Nur Amisha mencatatkan kemenangan 29-27 ke atas atlet berpengalaman dari Iran, Fatemeh Mamani untuk emas sulungnya itu, menurut kenyataan Persatuan Muaythai Malaysia.Menurut persatuan, keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memasukkan acara Wai Kru dan Mai Muay Thai dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 juga mendapat pulangan, apabila tiga emas berjaya diperoleh menerusi disiplin berkenaan.Secara keseluruhannya, Malaysia yang diwakili 10 atlet di Kejohanan Dunia yang berlangsung pada 3 hingga 13 Mei, membawa pulang lima pingat emas, dua perak dan sebutir gangsa.Keputusan tuan rumah Sukan SEA Kemboja 2023 untuk menukar nama sukan dan badan dunia daripada Muay kepada Kun Khmer, menyaksikan atlet negara tidak dapat menyertai edisi kali ini dan memilih untuk beraksi di Kejohanan Muay Thai Dunia yang dianjurkan pada minggu sama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 04:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258156/berita/sukan/bekas-timbalan-presiden-pkbm-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas Timbalan Presiden PKBM meninggal dunia", "article_text": "BEKAS Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad meninggal dunia pada Jumaat.Allahyarham meninggal dunia di Hospital UITM Puncak Alam dan perkhabaran itu dimaklumkan oleh anaknya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.\u201cDengan berat hati saya memaklumkan kepada anda tentang kematian ayah saya Naim Mohamad pagi ini (Jumaat).\u201cJenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9.\u201cJenazah masih di Hospital UITM Puncak Alam,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.Dalam pada itu, Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh menyifatkan bekas timbalan presiden PKBM itu individu yang berdedikasi dan memberikan masa serta tenaganya untuk pembangunan berbasikal semasa memegang jawatan di persatuan itu sejak 1980-an.\u201cTerkejut kita mendengar berita pemergian Datuk Naim.\u201cPemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada komuniti berbasikal dan beliau akan dirindui oleh kita semua.\u201cBeliau adalah penasihat yang baik dan sentiasa bersedia untuk membantu kita semua,\u201d katanya.Allahyarham berkhidmat sebagai Setiausaha PKBM semasa kepimpinan Tan Sri Darshan Singh pada tahun 1988 dan selepas itu sebagai Timbalan Presiden dengan Datuk Abu Samah Wahab sebagai presiden.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 02:58pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258153/berita/sukan/solari-mahu-kemenangan-ke-10", "article_title": "Solari mahu kemenangan ke-10", "article_text": "SETELAH merekodkan sembilan kemenangan berturut-turut, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari mahu skuad kendaliannya itu memberikan aksi terbaik bagi melakar kemenangan ke-10 apabila berdepan Kelantan United FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu.Menurut Solari, sasaran itu dilihat selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan pada awal musim iaitu untuk melihat sejauh mana peningkatan termasuk hala tuju skuad Harimau Selatan itu, kali ini.\"Kita telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sejak awal musim, kini kita akan cuba untuk melakarkan kemenangan ke-10.\"Selain itu, kita sebenarnya mahu memberikan aksi terbaik kepada penyokong kerana mereka berhak menerimanya.\"Ia juga sebagai tanda penghargaan daripada kami kepada mereka (penyokong), yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi,\" katanya.Untuk rekod, JDT kini gah di puncak Liga Super dengan 27 mata hasil sembilan kemenangan berturut-turut berbanding Kelantan United FC yang berada pada kedudukan tercorot dengan hanya merah dua mata hasil dua seri dan tewas tujuh kali daripada sembilan perlawanan.Sementara itu, Solari meramalkan JDT bakal menerima tentangan sengit apabila berdepan Kelantan United FC.Malah katanya, pelawat juga dijangka menurukan kesebelasan terbaik bagi mencatakan keputusan terbaik.\"Bagi saya, tidak ada istilah pasukan paling lemah atau sebagainya kerana setiap perlawanan yang kami harungi, ternyata sangat sukar.\"Apa pun secara keseluruhannya, ia sentiasa menjadi cabaran besar kepada kita terutamanya bagi melihat sejauh mana pasukan ini mampu meningkat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 02:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258152/berita/sukan/henderson-optimis-liverpool-menyengat-musim-depan", "article_title": "Henderson optimis Liverpool menyengat musim depan", "article_text": "KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson optimis The Reds bakal lebih menyengat menerusi pelbagai pilihan jentera serangan pada musim depan.Luis Diaz kembali daripada kecederaan beberapa minggu lalu melegakan jurulatihnya, Jurgen Klopp.Kepulangan Diaz menyaksikan The Reds kembali mendapatkan prestasi terbaik dan memperoleh enam kemenangan berturut-turut untuk membantu mereka bersaing dalam perebutan penamat empat teratas.Liverpool memiliki enam penyerang ketika ini, namun Roberto Firmino dikhabarkan akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini.Menerusi lima penyerang yang tinggal - Mohamed Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota, Cody Gakpo dan Diaz, Henderson percaya Liverpool mampu bersaing dengan lebih sengit musim depan.\u201cSetiap perkara bergerak mengikut masa dan kami memiliki pemain baharu yang boleh masuk ke bahagian serangan. Mereka merupakan pemain yang amat menarik.\u201cKami memiliki ramai pemain berkualiti yang boleh ke bahagian depan dan mereka boleh menjaringkan gol. Jadi kami perlu menggunakan kelebihan itu musim depan,\u201d Henderson.Berbaki tiga saingan sebelum tirai EPL ditutup musim ini, pemain tengah The Reds itu berharap, rakan sepasukan dapat mempamerkan aksi terbaik untuk meraih keputusan positif.\u201cHarap kami dapat menamatkan tiga perlawanan terakhir ini dengan positif dan membawa kecemerlangan itu ke musim depan,\u201d katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 02:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258124/berita/sukan/cheong-min-atlet-malaysia-pertama-sumbang-dua-emas", "article_title": "Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas", "article_text": "JAGUH wushu kebangsaan, Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun), di sini pada Jumaat.Pada final disiplin Nandao yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa dalam acara Nandao wanita, Rabu lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258121/berita/sukan/mourinho-lega-roma-menang", "article_title": "Mourinho lega Roma menang", "article_text": "JOSE Mourinho boleh menarik nafas lega apabila Roma memperoleh bekalan satu jaringan ketika mengatasi Bayer Leverkusen 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi Jumaat.Pemain tengah, Edoardo Bove menyumbat gol tunggal pada minit ke-63 di Stadio Olimpico bagi membolehkan Roma memiliki sedikit kelebihan menjelang aksi timbal balik di Jerman minggu depan.\"Semuanya bergantung kepada usaha setiap pemain yang beraksi dengan keinginan dan mentaliti yang betul.\u201cSaya sudah melalui banyak perkara sepanjang karier tetapi benar-benar merasakan sokongan padu penyokong,\u201d ujar Mourinho.Kemenangan itu memberi peluang kepada Mourinho untuk mara ke final Eropah buat kali kedua sebagai jurulatih Roma selepas memenangi Liga Konferensi Eropah musim lalu.\u201cBarisan pemain pula bertindak balas dengan keinginan untuk menggembirakan penyokong mereka,\u201d kata Mourinho.Kemenangan Roma itu diraih tanpa kesebelasan utama selepas beberapa pemain tidak cergas untuk beraksi.Pemain bintang, Paulo Dybala dan Georginio Wijnaldum masuk dari bangku simpanan pada 15 minit terakhir untuk membantu rakan sepasukan yang keletihan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 12:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258115/berita/sukan/gatti-penyelamat-juventus", "article_title": "Gatti penyelamat Juventus", "article_text": "PEMAIN sensasi, Federico Gatti menjadi penyelamat apabila meledak gol penyamaan ketika membantu Juventus mengikat Sevilla 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi Jumaat.Pada aksi di Turin itu, pemain antarabangsa Maghribi, Youssef En-Nesyri meletakkan Sevilla di depan pada minit ke-26, Gatti menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-97.Jurulatih Sevilla, Jose Luis Mendilibar meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut kerana menganggap para pemainnya beraksi baik dan berpeluang untuk menang, namun dinafikan gol penyamaan pasukan lawan.\u201cKeputusan ini agak memalukan jika mengambil kira prestasi para pemain. Mereka menyamakan kedudukan di hujung perlawanan, tetapi itulah yang berlaku.\u201cKami menafikan setiap cubaan Juventus dan beraksi konsisten sepanjang masa.\u201cKami perlu melihat kepada perkara itu, bukan kepada apa yang berlaku di hujung perlawanan,\u201d ujar Mendilibar.Sevilla, juara enam kali yang menyingkirkan Manchester United pada aksi suku akhir, tidak pernah tersingkir di peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu.Kelab Sepanyol itu, yang memenangi Liga Europa di Juventus pada 2014, seolah-olah beraksi di laman sendiri apabila menguasai perlawanan pada babak pertama.Dalam pada itu jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengakui lega apabila barisan pemainnya meraih keputusan seri.\u201cKami mempamer aksi terbaik untuk bangkit semula dan berhak memperoleh keputusan seri yang mana peluang kedua-dua pasukan lebih seimbang pada aksi timbal balik nanti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 11:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258117/berita/sukan/dua-bekas-raja-pecut-sukan-sea-lolos-ke-final", "article_title": "Dua bekas raja pecut Sukan SEA lolos ke final", "article_text": "DUA bekas raja pecut Sukan SEA, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 di sini, pada Jumaat.Pada aksi saringan di Stadium Nasional Morodok Techo, Muhammad Haiqal Hanafi yang memenangi emas edisi 2019 di Manila, Filipina, muncul pelari terpantas bagi saringan pertama acara riben biru itu dengan catatan 10.47 saat (s).Juara edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz pula unggul menguasai saringan kedua dengan menduduki tempat pertama menerusi catatan 10.37s.Bagi kategori wanita, dua pelari pecut kebangsaan iaitu pemenang perak edisi 2017, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Aishah Rofina Aling turut menempah tiket final dijadual berlangsung petang ini.Zaidatul Husniah menduduki tempat ketiga dengan catatan 11.69s pada saringan pertama manakala Nur Aishah Rofina, yang membuat penampilan pertama pada temasya sukan dwitahunan itu, merekodkan masa 12.04s, juga di tempat ketiga dalam saringan kedua. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 11:48am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258099/berita/sukan/west-ham-bangkit-atasi-alkmaar", "article_title": "West Ham bangkit atasi Alkmaar", "article_text": "WEST Ham United bangkit ketinggalan separuh masa pertama untuk menewaskan kelab Belanda, AZ Alkmaar 2-1 pada separuh akhir pertama Liga Konferensi Europa di Stadium London pada Jumaat.The Hammers kendalian David Moyes itu kini berada dalam kedudukan yang terbaik untuk mara ke final Eropah pertama sejak 1976 menjelang timbal balik kedua di Alkmaar, Jumaat depan.Said Benrahma menyamakan kedudukan pada minit ke-67 apabila memanfaatkan sepakan penalti hasil kesilapan penjaga gol AZ, Matt Ryan.Gol penyamaan itu kemudian disusuli penyudah sempurna Michail Antonio untuk gol kemenangan West Ham sembilan minit kemudian selepas sentuhan Nayef Aguerd ditepis Yukinari Sugawara dimanfaatkan tonggak berusia 33 tahun berkenaan.Namun sebelum itu percubaan jarak jauh Tijani Reijnders pada minit ke-41 menewaskan penjaga gol West Ham Alphonse Areola memastikan pasukan kendalian Pascal Jansen memimpin separuh masa pertama.Dalam pada itu, Antonio mengakui Kaaskoppen bukan lawan mudah ditambah rekod baik dalam lapan kemenangan di Stadium AFAS perlawanan kejuaraan tahap tiga Eropah tersebut.\"Kami tahu AZ adalah pasukan yang baik terutamanya apabila beraksi di laman sendiri.\"Ya, kami menyukarkan situasi apabila melepaskan satu gol pada separuh masa pertama.\"Tetapi kami akan membawa semangat kemenangan 2-1 ke tempat mereka dan moga mendapat kemenangan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 10:29am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258090/berita/sukan/kelantan-united-tekad-bawa-pulang-satu-mata-jumpa-jdt", "article_title": "Kelantan United tekad bawa pulang satu mata jumpa JDT", "article_text": "KOTA BHARU - Kelantan United tekad mencuri satu mata dalam aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.Penolong jurulatih, Nazrulerwan Makmor mengakui berdepan pendahulu Liga Super yang lengkap dari segenap posisi itu bukan satu tugas mudah buat mereka.\"Bagaimanapun, kunjungan kita ke JDT dengan sasaran untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata biarpun sedar lawan bakal turun dengan kekuatan penuh,\" katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Menurut beliau, Kelantan United selesa turun dengan status pasukan bukan pilihan dan akan memberikan tentangan sengit kepada lawan.Ujarnya, beliau menuntut barisan pemain mengamalkan disiplin dengan mengikut segala taktikal yang bakal direncanakan itu nanti.Mengulas tahap kecergasan pemain termasuk import, Nazrulerwan menjelaskan masih ada beberapa pemain yang berada dalam pemantauan selepas mengalami kecederaan pada aksi sebelum Aidilfitri.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 10:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258068/berita/sukan/yamaha-y15zr-honda-rs-x-gamit-pengunjung-bertuah", "article_title": "Yamaha Y15ZR, Honda RS-X gamit pengunjung bertuah", "article_text": "DUA motosikal bakal menjadi milik pengunjung bertuah pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 12 hingga 14 Mei ini.Motosikal tersebut iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X merupakan hadiah utama untuk pemenang cabutan bertuah Happy Bag ARRC 2023.Untuk menyertai cabutan bertuah tersebut, para pengunjung hendaklah membeli Happy Bag ARRC yang dijual pada harga RM65 dan ia boleh didapati di khemah promosi ARRC bermula Sabtu ini.Pengunjung yang membeli satu Happy Bag akan diberikan satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah manakala bagi setiap pembelian dua Happy Bag, dia bakal mendapatkan tiga kupon cabutan bertuah.Antara kandungan Happy Bag ARRC tersebut termasuk baju-T ARRC edisi terhad, minyak pelincir Idemitsu serta beberapa barangan lain.Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Yvonne Ng, selain dua motosikal sebagai hadiah utama, pelbagai hadiah menarik yang lain juga disediakan termasuk helmet dan sebagainya.Yvonne\u201cJualan Happy Bag ARRC akan bermula pada Jumaat dan para penonton yang mahu mendapatkan bag tersebut boleh singgah di khemah Happy Bag yang terletak di tapak promosi ARRC di Litar Sepang.\u201cPengumuman pemenang cabutan bertuah akan diadakan pada Ahad, jam 4.30 petang,\u201d jelas Yvonne.Menurutnya lagi, hadiah-hadiah menarik yang disediakan untuk cabutan bertuah Happy bag itu merupakan penghargaan buat para penonton yang sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran kejuaraan tersebut selama ini.Selain dua motosikal, hadiah-hadiah lain yang ditawarkan untuk cabutan bertuah Happy Bag ARRC tersebut termasuk lima set baucer Hakkaclo, dua unit produk RKM, lima set produk keluaran Cardinals Racing, tiga unit bateri Koyoko, satu unit produk ARC, satu unit produk keluaran UMA Racing, Racing Boy, Corsa, Sofili dan juga produk SCK.Edisi tahun lalu, dua pemenang hadiah utama Muhammad Shahrin Sabri membawa pulang motosikal Honda RS-X manakala motosikal Yamaha Y15ZR pula dimenangi Mohd Azli Tumiran.Sebagai rekod, Sepang menjadi hos Pusingan 2 ARRC yang membuka tirainya di Litar Antarabangsa Chang Buriram, Thailand pada 24 hingga 26 Mac lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 08:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258080/berita/sukan/malaysia-hanya-kumpul-bawa-pemain-untuk-bertanding", "article_title": "Malaysia hanya 'kumpul', 'bawa' pemain untuk bertanding", "article_text": "KETUA jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22), E. Elavarasan memberi gambaran faktor yang mempengaruhi kegagalan pasukannya mara ke separuh akhir perlawanan bola sepak lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini.Elavarasan yang juga penolong ketua jurulatih skuad senior berkata, berbanding pasukan lain yang membuat persiapan rapi sebelum temasya sukan dwitahunan itu, skuad Harimau Muda di bawah kendaliannya itu hanya 'dikumpul dan 'dibawa' bertanding.\"Beberapa pasukan datang ke sini dengan persiapan yang baik, buat Malaysia apa yang kita lakukan hanya kumpulkan dan bawa mereka (ke sini), perlawanan demi perlawanan mereka bertambah baik tetapi kita kalah pada masa tertentu kejohanan yang sekurang-kurangnya kita perlu seri, jadi itu yang membuatkan perbezaan.\"Ia pengalaman berharga yang kami pelajari di sini. Buat peminat Malaysia, kami memohon maaf kerana tidak dapat membawa pasukan ke pusingan kedua. Kami juga berterima kasih kepada peminat yang selalu bersorak dan menyokong pasukan, serta persatuan dan kelab yang membantu kita melepaskan pemain,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan setelah Malaysia membenam Singapura 7-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Prince di sini.Mengulas mengenai perlawanan itu, beliau berkata, Singapura tidak menurunkan skuad terbaiknya yang menyebabkan prestasi hambar sehingga bolos tujuh gol manakala anak buahnya mengambil setiap peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol.Sementara itu, Elavarasan berkata, kakitangan kejurulatihan akan berbincang dan melihat kepada kelemahan pemain yang perlu diperbaiki untuk menghadapi kejohanan seterusnya.\"Kita perlu melihat di mana kelemahan, di mana kita perlu kembangkan dan bergerak ke hadapan,\u201d katanya.Skuad kendalian Elavarasan menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam, dan gagal untuk mara ke separuh akhir.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk bola sepak Sukan SEA ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu perak manakala kali terakhir meraih emas adalah di Indonesia pada 2011. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 07:23am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258078/berita/sukan/atur-perlawanan-shakhtyor-soligorsk-dilucutkan-juara-bpl", "article_title": "Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL", "article_text": "JUARA Belarus, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan gelaran Liga Perdana Belarus (BPL) dimenangi musim lalu selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.Persekutuan Bola Sepak Belarus (BFF) berkata, The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.\"BFF mendapati pegawai kelab mengatur pengaturan perlawanan dan menawarkan insentif kewangan haram kepada pasukan lain dalam liga,\" kata BFF.Sebagai rekod, Soligorsk merupakan antara kelab berprofil tinggi Belarus berstatus juara BPL tiga kali 2005, 2020 dan 2021 beroperasi di Stadium Stroitel berkapasiti 4,200 penonton.Gergasi Belarus, BATE Borisov yang juga juara 15 kali BFL akan mengambil tempat Shakhtyor dalam kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.Dalam pada itu, dua lagi kelab, Energetik-BGU Minsk yang merupakan naib juara musim lalu, dan Belshina Bobruisk turut dikenakan potongan mata selepas didapati terlibat dalam mengatur perlawanan.Musim bola sepak Belarusia dijadualkan berlangsung dari Mac hingga November.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mei 2023 07:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258067/berita/sukan/memang-saya-kecewa---ahmad-jais", "article_title": "'Memang saya kecewa' - Ahmad Jais", "article_text": "SKUAD sepak takraw negara terus kempunan untuk merangkul pingat emas acara regu berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 selepas tumpas 1-2 kepada musuh tradisi, Thailand di Dewan Bola Keranjang NSTC di Phnom Penh, pada Khamis.Malaysia bermula cemerlang pada aksi pembukaan pusingan round robin itu apabila regu diperkuatkan Amirul Zazwan Amir, Mohamad Azlan Alias dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menang 13-21, 21-17, 21-18 ke atas gandingan Thailand Jirasak Pakbuangoen, Kritsanapong Nontakote dan Yodsawat Uthaijaronsri.Kemenangan itu, bagaimanapun gagal diteruskan regu kedua dibarisi Aidil Aiman Azwawi, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin dan Muhammad Afiffudin Mohd Razali yang tumpas 25-24, 15-21, 14-21 kepada regu Thailand Pattarapong Yupadee, Phutawan Sopa dan Siriwat Sakna.Usaha regu ketiga negara, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Norfaizzul Abd Razak untuk memberikan mata kemenangan tidak kesampaian apabila kecundang 8-21, 12-21 kepada gandingan Thailand dibarisi Pornthep Tinbangbon, Rachan Viphan dan Thawisak Thongsai.Berikutan kekalahan itu, skuad negara tiada pilihan selain perlu mencatat kemenangan ke atas tuan rumah, Kemboja untuk meraih pingat perak.Mengikut format pertandingan, pasukan teratas dalam saingan round robin itu akan merangkul pingat emas, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih perak dan gangsa.Pengurus pasukan skuad sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun mengakui kecewa skuad negara gagal mengambil peluang memenangi saingan tersebut setelah mendahului satu perlawanan menerusi regu pertama.\"Berdasarkan prestasi semasa, regu kedua adalah yang terbaik semasa latihan di Bukit Jalil tetapi mereka tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar. Memang saya kecewa.\"Pemain pun tahu pentas Sukan SEA ini diambil kira untuk memilih pemain ke Sukan Asia (di Hangzhou, China pada September ini). Kalau mereka tidak menunjukkan prestasi baik, kita akan beri peluang kepada pemain lain yang tidak disenaraikan ke sini. Kita mahu yang benar-benar terbaik,\" katanya.Ahmad Jais seterusnya berharap pemain negara dapat meningkatkan prestasi mereka dalam acara antara regu dan double selepas ini.Dalam pada itu, skuad wanita negara tumpas 0-3 kepada Laos dalam aksi pembukaan acara double berpasukan sebelum mencatat kemenangan percuma ke atas Timor Leste. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 11:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258064/berita/sukan/kurang-sihat-bukan-alasan-tak-beri-aksi-padu", "article_title": "Kurang sihat bukan alasan tak beri aksi padu", "article_text": "SKUAD petanque negara menampilkan aksi membanggakan apabila meraih satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara triples campuran pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Petanque Olimpik, Phnom Penh pada Khamis.Biarpun majoriti pemain negara yang beraksi dalam acara tersebut kurang sihat, ia tidak melemahkan semangat mereka untuk menyumbangkan pingat kepada kontinjen Malaysia.Gandingan Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz, Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali dan Mohamad Muiz Ezham Mohd Rizan meraih pingat perak dalam acara campuran dua pemain wanita dan seorang lelaki, selepas tumpas 6-13 kepada Thailand pada perlawanan akhir.Sementara trio dibarisi Jasnina Jasmine Johan Johnson, Amirol Mukminin Mohd Dali dan Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom memenangi pingat gangsa bagi kategori campuran dua pemain lelaki dan seorang wanita, selepas tumpas 8-13 kepada Laos di peringkat separuh akhir.Sementara itu, penolong pengurus pasukan skuad negara, Maya Heng berkata, dia bangga dengan semangat juang yang ditampilkan pemain negara walaupun mereka tidak berada dalam keadaan terbaik.Katanya, kecuali Nur Thahira Tasnim dan Akhtar Shauqi, kesemua pemain mengalami sakit tekak dan deman sejak semalam.\"Jadi pasukan perubatan ISN (Institut Sukan Negara) terpaksa memberikan rawatan dan ubat malam semalam. Saya benar-benar berterima kasih kepada pemain dan jurulatih yang memberikan sepenuh komitmen dan berjaya memenangi pingat,\" katanya.Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Kehormat Persekutuan Sukan Boules Malaysia berkata pencapaian membanggakan skuad negara di temasya kali ini kerana mendapat sokongan penuh daripada badan induk sukan itu yang memilih pemain terbaik daripada seluruh negara bagi mewakili Malaysia.Ahad lalu, atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 11:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258062/berita/sukan/kemarau-18-tahun-emas-badminton-berpasukan-berpanjangan", "article_title": "Kemarau 18 tahun emas badminton berpasukan berpanjangan", "article_text": "SKUAD badminton negara sekali lagi gagal membawa pulang emas selepas tewas 1-3 kepada musuh ketat, Indonesia dan terpaksa akur dengan pingat perak dalam pusingan akhir berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh pada Khamis.Malaysia mendahului melalui pemain perseorangan utama negara Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-64 dunia apabila hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain nombor 19 dunia Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-16, 21-13 pada acara yang diadakan di Dewan Badminton Morodok Techo.Bagaimanapun, kekalahan pada perlawaan pembukaan tidak mematahkan semangat pemain Indonesia yang lain untuk bangkit kembali pada tiga pelawanan seterusnya.Juara beregu lelaki Seluruh England 2022, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana memberi inspirasi kepada kebangkitan Indonesia apabila berjaya mengatasi beregu utama negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe, 21-12, 22-20, menjadikan kedudukan terikat 1-1.Christian Adinata kemudian meletakkan Indonesia di depan buat kali pertama dalam perlawanan itu apabila mengetepikan pemain perseorangan kedua Malaysia Lee Shun Yang 21-17, 21-9.Walaupun menang set pertama daripada empat perlawanan, 21-13, beregu lelaki kedua negara Chia Weijie-Liew Xun kemudian tumbang pada dua set terakhir menentang Pramudya Kusumuwardana-Yeremia Erich Yoche Rambitan, 16-21, 16-21, setelah pasangan Indonesia berkenaan meraih mata pingat emas pada pertembungan selama 50 minit itu.Ketika pemain Indonesia meraikan pingat emas ke-18 mereka pada acara itu, gandingan Malaysia tunduk mengalah, memikirkan apa yang mereka perlu lakukan lagi untuk menamatkan kemarau 18 tahun.Ketika ditemui selepas perlawanan, Weijie mengakui mereka telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dan mara ke set penentuan, namun tidak berjaya.Katanya, Pramudya-Yeremia ternyata lebih baik terutamanya ketika menangani tekanan di gelanggang.\"Saya rasa mereka lebih berpengalaman daripada kami dan saya mengakui pihak lawan bermain lebih bagus daripada kami hari ini,\" katanya kepada pemberita.Pada masa sama, Weijie bertekad untuk kembali dengan lebih kuat dan percaya dapat memberi saingan sengit menentang Pramudya-Yeremia jika mereka bertembung sekali lagi dalam acara perseorangan di sini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 10:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258061/berita/sukan/andre-gembira-emas-lompat-kijang-kekal-milik-malaysia", "article_title": "Andre gembira emas lompat kijang kekal milik Malaysia", "article_text": "ATLET lompat kijang negara, Andre Anura Anuar tetap berjaya mempertahankan emas lompat kijang lelaki pada Sukan SEA 2023, walaupun baru sahaja pulih daripada kecederaan tumit, baru-baru ini.Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan pada aksi di Stadium Nasional Morodok Techo.Pingat perak dimenangi wakil Filipina, Ronnie Auxilio Mapilay (15.74m) dan rakan sepasukannya, Mark Harry Aloto Diones pula merangkul gangsa (15.70m).Atlet dari Sabah itu mengakui lega apabila dapat juga memenangi emas biarpun baru sahaja mula melompat semalam selepas menjalani proses pemulihan susulan kecederaan dialaminya dua minggu lepas.\"Hampir dua minggu saya tak lakukan sebarang teknik lompatan dan terpaksa berehat seketika untuk pulihkan tumit saya, sedikit tekanan bagi saya tapi bukan daripada lawan namun cabaran untuk lawan kecederaan.\"Sebelum ini hanya jalani latihan di gimnasium namun semalam baru mula lompat untuk ambil feel dan dapat rentak sebelum bersaing hari ini,\" katanya kepada pemberita di Phnom Penh pada Khamis.Biarpun tidak berjaya melunaskan misi meleburkan rekod dipegang Muhammad Hakimi Ismail, 16.77m, dilakukan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, namun Andre tetap gembira dapat memastikan emas acara lompat kijang kekal di pangkuan Malaysia sejak 2015 di Singapura.Seorang lagi wakil negara Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan lompatan sejauh 15.38m.Bagi aksi balapan pula, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari berjaya menyumbang gangsa 800m lelaki menerusi catatan 1 minit dan 53.86 saat (s) di belakang pemenang emas yang juga atlet tuan rumah, Chhun Bunthorn (1:52.91s) dan perak diraih Duc Phuoc Luong dari Vietnam (1:53.34s).Kategori wanita pula menyaksikan dua atlet negara, Savinder KaurJogindr Singh (2:15.77s) dan Hizillawanty Jamain (2:16.92s) masing-masing menamatkan saingan di tempat keenam dan ketujuh.Emas disambar atlet Vietnam Nguyen Thi Thu Ha (2:08.55s) diikuti seorang lagi wakil negaranya, Thi Ngan Bui (2:08.96s) yang meraih perak dan gangsa dimiliki atlet Singapura Chui Ling Goh (2:09.15s). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 10:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258060/berita/sukan/irfan-menang-dalam-bengang", "article_title": "Irfan menang dalam \u2018bengang\u2019", "article_text": "JAGOAN lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, ternyata berang walaupun berjaya mempertahankan emasnya pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, pada Khamis.Muhammad Irfan yang melakukan balingan terbaik pada percubaan keduanya 57.83 meter (m), mengakui tidak berpuas hati dengan kesilapan dilakukan seorang pegawai teknikal pada balingan pertamanya dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo itu.Atlet berusia 27 tahun itu mendakwa telah berjaya memecahkan rekod Sukan SEA dipegang atlet Singapura Wong Tuck Yim, 59.50m, yang dicatatkan pada edisi 1999 di Brunei.\u201cSalah seorang pegawai tersilap mengangkat bendera merah, sepatutnya angkat bendera putih ketika percubaan pertama, saya percaya itu rekod Sukan SEA pada balingan pertama saya...saya betul-betul nampak penanda saya dekat dengan garisan 60m.\u201cSaya memang rancang datang sini untuk lakukan sehabis baik pada balingan pertama, saya tahu kondisi saya di sini, lepas balingan pertama saya mengaku tenaga banyak digunakan dan buat badan lemah, itu sebab saya mahu habiskan di balingan pertama dan seterusnya saya cuma ikut rentak saja,\u201d katanya kepada pemberita pada Khamis.Walaupun mengakui fokusnya sedikit terganggu dengan insiden tersebut, Muhammad Irfan berharap dapat kembali lebih kuat pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Pattaya, Thailand, dari 12 hingga 16 Julai ini, selain Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, dijadual bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Kejayaan hari ini menyaksikan Muhammad Irfan mengungguli acara itu enam kali berturut-turut sejak memenanginya buat kali pertama pada edisi 2013 di Myanmar.Sementara itu, dua atlet Thailand iaitu Kiadpradid Srisai yang melakukan 51.89m dan Bandit Singhatongkul (50.02m) masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 10:36pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258056/berita/sukan/harimau-malaya-tak-gentar-janji-aksi-terbaik", "article_title": "Harimau Malaya tak gentar, janji aksi terbaik", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap positif walaupun berdepan cabaran sukar selepas diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari tahun depan.Menurutnya, Harimau Malaya berjanji akan memberikan aksi terbaik bersaing dengan kesemua pasukan gergasi Asia tersebut.\"Kumpulan yang sukar. Korea Selatan adalah salah satu pasukan yang terbaik. Tetapi, kami akan cuba yang terbaik bersaing dengan mereka dan memberikan kebangaan kepada rakyat Malaysia,\" katanya.Untuk rekod, Korea Selatan mengakhiri saingan Piala Asia edisi lalu di pusingan suku akhir manakala, Jordan dan Bahrain berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.Berdasarkan kemampuan semasa semua pasukan dalam Kumpulan E, Harimau Malaya sudah tentu berdepan tugas sukar dalam usaha mencipta kejutan melepasi peringkat kumpulan pada penampilan kali ini.Sebelum ini, skuad negara mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun tahun lalu.Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 09:35pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258043/berita/sukan/harimau-malaya-jumpa-korea-selatan-jordan-dan-bahrain", "article_title": "Harimau Malaya jumpa Korea Selatan, Jordan dan Bahrain", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya berdepan cabaran sukar dalam aksi Piala Asia selepas diundi bertemu juara dua kali, Korea Selatan dalam Kumpulan E pada majlis undian rasmi yang berlangsung di Katara Opera House, Doha di Qatar pada Khamis.Selain Korea Selatan, skuad bimbingan Kim Pan-gon itu juga perlu berdepan pasukan di ranking ke-84 dunia iaitu Jordan dan Bahrain dalam aksi yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari tahun depan.Ia sekali gus menjadi tugas getir buat Harimau Malaya dalam usaha untuk cuba mencipta kejutan dalam penampilan keempat di Piala Asia itu.Sebelum ini, skuad negara mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun tahun lalu.Ia selepas Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 08:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/258024/berita/sukan/harimau-muda-mengamuk-belasah-singapura", "article_title": "Harimau Muda mengamuk belasah Singapura", "article_text": "SKUAD bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara menutup kempen Sukan SEA Kemboja 2023 dengan kemenangan ke atas Singapura 7-0 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Khamis.Perlawanan sekadar aksi pelengkap jadual itu menyaksikan Harimau Muda garang membuka tirai jaringan menerusi T Saravanan yang berjaya memperdayakan pertahanan Singapura sebelum melepaskan rembatan untuk jaringan pada minit ke-14.Haqimi Azim menggandakan kedudukan buat skuad negara selepas menanduk masuk bola hantaran lintang daripada Saravanan pada masa kecederaan separuh masa pertama.Bersambung separuh masa kedua, Saravanan sekali lagi meledak gol selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan pada minit ke-48.Pemain Kuala Lumpur City itu terus mengganas dengan dua lagi gol pada minit ke-53 dan ke-62 sebelum Mukhairi Ajmal meledak gol keenam negara pada minit ke-87.Mohd Aiman Afif melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Muda dengan gol ketujuh pada masa kecederaan separuh masa kedua.Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubat duka anak buah E Elavarasan itu yang gagal melangkah ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand.Ia juga menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ketiga kumpulan B dengan enam mata hasil dua kemenangan yang terlebih dahulu dicatat ke atas Laos 5-1, Rabu lalu.Kumpulan B menyaksikan Vietnam dan Thailand mara ke separuh akhir, manakala untuk Kumpulan A diwakili Indonesia dan Myanmar.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 07:03pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257993/berita/sukan/berbasikal-lebuhraya-rangkul-perak-gangsa", "article_title": "Berbasikal lebuhraya rangkul perak, gangsa", "article_text": "SKUAD lebuhraya Malaysia bermula langkah kanan apabila menggondol dua pingat \u2013 perak dan gangsa \u2013 menerusi acara kriterium lelaki serta wanita pada temasya Sukan SEA 2023 di Siam Reap, pada Khamis.Acara kriterium lelaki yang bermula di depan Angkor Wat menyaksikan pelumba profesional negara, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki kempunan kilauan emas selepas kalah separuh tayar.Tonggak kelab benua Terengganu Cycling Team (TSG) itu merakam masa 1 jam 13 minit 38 saat untuk merangkul pingat perak manakala Terry Yudha Kusuma dari Indonesia juga mencatat masa serupa, menuai kilauan emas.Pelumba Filipina, Ronald Oranza melengkapkan podium kemenangan acara pembuka disiplin lebuhraya Sukan SEA 2023 dengan menggondol pingat gangsa selepas tercicir satu di belakang Terry Yudha dan Nur Amirull Fakhruddin.Pelumba cilik kelahiran Terengganu itu mengaku sudah mencuba sedaya upaya namun nasib tidak menyebelahi Malaysia.\u201cSaya bersama Akmal Hakim (Zakaria) sudah mencongak strategi menjelang ke garisan penamat. Bagaimanapun, pelumba Indonesia lebih bertuah kerana hanya di depan separuh tayar sahaja,\u201d katanya.Tuaian pingat berterusan untuk kem negara apabila pelumba wanita, Nur Aisyah Mohammad Zubir berjaya merangkul kilauan gangsa dengan catatan masa 55 minit 19 saat sekaligus mempertahankan kedudukan yang dimenanginya di Sukan SEA 2021 di Vietnam tahun lalu.Nur Aisyah merangkul pingat gangsa sekali gus mempertahankan kedudukan dimenanginya di edisi Vietnam 2021 tahun lalu.Harapan Thailand, Jutatip Maneephan yang turut merakam masa sama menang pingat emas manakala bintang Pro Tour Vietnam, Thi That Nguyen sekadar menuai kilauan perak.Dalam pada itu, jurulatih skuad lebuhraya, Sayuti Mohd Zahit percaya Nur Amirull Fakhruddin sebenarnya berpeluang membawa pulang pingat emas, namun mengaku pelumba Indonesia memiliki sedikit kekuatan memecut.\u201cApapun saya berterima kasih kepada semua pelumba negara pada hari ini (semalam). Mereka telah berjuang berhabis-habisan. Mereka turun dengan hakikat Malaysia tidak meraih sebarang pingat menerusi acara kriterium di Vietnam tahun lalu.\u201cJadi saya bersama seorang lagi pengurus dan jurulatih, Mohamed Saiful (Anuar Aziz) mencatur strategi bagaimana untuk meraih sebutir pingat. Saya percaya pingat perak ini akan membawa semangat skuad lebuhraya untuk mengekalkan emas yang dimenangi di Vietnam,\u201d katanya.Sementara itu, pengurus pasukan, Norazman Datuk Abu Samah pula mengaku lega dengan pencapaian pingat perak dan gangsa yang dimenangi menerusi acara kriterium lelaki serta wanita.\u201cUntuk acara esok, saya serahkan kepada kedua-dua jurulatih untuk mencatur strategi. Namun saya percaya skuad lebuhraya berpengalaman luas untuk kekalkan pingat emas yang dimenangi di Vietnam,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 05:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257986/berita/sukan/imbuhan-menanti-skuad-terjun-negara", "article_title": "Imbuhan menanti skuad terjun negara?", "article_text": "PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MS) berteka teki berhubung ganjaran yang bakal menanti atlet terjun negara susulan prestasi cemerlang membawa pulang empat pingat emas berbanding tiga seperti disasarkan pada Sukan SEA 2023 di sini.Presiden MS, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang gembira dengan pencapaian barisan terjun yang rata-ratanya dibarisi atlet pelapis di sini berkata, beliau akan berbincang bersama pengurusan MS terlebih dahulu sebelum membuat keputusan itu.\"Insya-Allah akan bincang (ganjaran) dan akan dimaklumkan kemudian,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara kalungan pingat bagi acara platform lelaki, di Pusat Akuatik Morodok Techo, di sini, hari ini.Shahidan sebelum itu menyaksikan acara yang dimenangi penerjun negara, Enrique Maccartney Harold dengan mengumpul 442.95 mata selepas enam pusingan bagi menghadiahkan emas keempat negara dalam sukan terjun.Lebih manis, Malaysia turut memenangi perak menerusi Bertrand Rhodict Lises dengan 384.00 mata manakala gangsa milik penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon yang mengutip 362.8 mata.Terjunan emas Enrique hari ini menyaksikan Malaysia menyapu bersih kesemua empat pingat emas ditawarkan pada temasya sukan dwitahunan di Kemboja kali ini.Isnin lepas, Kimberly Bong merangkul emas pertama negara bagi acara 3m papan anjal wanita dan momentum tersebut diteruskan Muhammad Syafiq Puteh yang menyumbang emas kedua negara selepas menjuarai acara 3m papan anjal lelaki, keesokan harinya.Semalam, penerjun berusia 15 tahun, Lee Yiat Qing melakar kejutan apabila merangkul emas acara platform wanita walaupun membuat penampilan pertama di Sukan SEA. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 04:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257971/berita/sukan/kempunan-pingat-emas-weng-son-sudah-tawar-hati", "article_title": "Kempunan pingat emas, Weng Son sudah tawar hati", "article_text": "SUKAN SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhir buat atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son di temasya sukan dwitahunan itu selepas kempunan memenangi pingat emas yang amat diinginkan.Juara dunia 2017 dalam acara jianshu itu mengakui kegagalan untuk menghadiahkan emas buat Malaysia selepas berusaha bersungguh-sungguh sepanjang lima edisi menyebabkannya mula tawar hati untuk terus bersaing di Sukan SEA.Bagaimanapun, beliau mengharapkan kegagalan pada pertandingan pertamanya sejak pandemik Covid-19 itu terbalas dengan kilauan emas di pentas temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat, masing-masing dijadual pada September dan November depan.\"Memang ada rasa tawar hati, saya bertanya diri sendiri mengapa tak dapat emas dan masih perak? Adakah itu takdir Tuhan?\"Jika ini takdir Tuhan saya terima. Saya tidak akan berputus asa kerana tahun ini masih ada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia, harap-harap saya boleh dapatkan emas lagi di sana,\u201d katanya.Selepas bertanding dalam lima edisi Sukan SEA bermula di Myanmar pada 2013, hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua.Weng Son yang mengumpul keseluruhan 19.103 mata terpaksa akur tewas kepada atlet Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy yang merangkul emas dengan mengumpul 19.326 mata manakala gangsa milik Sandrex Navida Gainsan dari Filipina (18.926 mata).\"Saya tidak rasa terkilan cuma kesedihan itu memang ada kerana ini Sukan SEA kelima saya dan pingat perak keempat untuk saya, saya memang harapkan untuk dapatkan emas tapi nasib saya bukan hari ini,\u201d katanya.Ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancangan untuk bersara, beliau berkata perkara itu dalam pertimbangannya dan akan diputuskan selepas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia tahun ini.Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 31 tahun, keadaan tubuhnya masih kuat untuk bertanding, namun hanya semangat menjadi perbezaan.\"Memang badan saya boleh pergi lagi tetapi saya perlu ada semangat sebab dalam situasi sekarang yang tiada pingat emas ia membuatkan saya rasa down,\u201d kata atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.Dalam pada itu, kem wushu turut meraih satu gangsa pada hari kedua saingan menerusi Pang Pui Yee dalam acara Taolu wanita yang menggabungkan disiplin jianshu dan qiangshu selepas mengumpul mata keseluruhan 18.246.Pingat emas disambar atlet Vietnam Duong Thuy Vi yang meraih 19.229 mata sementara perak menjadi milik Sandy Oo dari Myanmar yang mengumpul 19.086 mata.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 03:32pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257962/berita/sukan/malaysia-dominasi-acara-terjun", "article_title": "Malaysia dominasi acara terjun", "article_text": "PENERJUN negara, Enrique Maccartney Harold berjaya memenangi emas dalam acara platform lelaki pada Khamis sekali gus menyaksikan negara terus mendominasi acara terjun di pentas Sukan SEA.Enrique yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu berjaya mengumpul 442.95 mata untuk meraih pingat emas ke-22 untuk kontinjen Malaysia.Seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises berjaya memenangi pingat perak dengan pungutan mata 384 dan pingat gangsa pula dimenangi penerjun dari Singapura, Max Lee Shen Oon 362 mata.Kejayaan Enrique itu melengkapkan kejayaan pasukan terjun kebangsaan untuk memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA di Kemboja kali ini.Secara keseluruhan, kontinjen terjun negara menyumbang empat pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa melepasi sasaran tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa yang ditetapkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 03:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257964/berita/sukan/enrique-penuhi-misi-sapu-bersih-acara-terjun", "article_title": "Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun", "article_text": "PENERJUN negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) platform pada temasya Sukan SEA 2023 di sini pada KhamisPencapaian itu sekali gus mengulangi kejayaan negara membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.Dalam acara berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Enrique yang julung kali mewakili negara dalam temasya dwitahunan itu, berada di kelas tersendiri apabila mengumpul 442.95 mata selepas enam pusingan bagi menghadiahkan emas ke empat negara dalam sukan terjun.Lebih manis, Malaysia turut merebut dua podium bagi acara itu selepas seorang lagi penerjun, Bertrand Rhodict Lises meraih pingat perak dengan 384.00 mata.Gangsa milik penerjun Singapura, Shen Oon Max Lee yang mengutip 362.8 mata.-- LAGI", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 02:54pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257952/berita/sukan/real-tak-perlu-takut-bertandang-ke-etihad", "article_title": "Real tak perlu takut bertandang ke Etihad", "article_text": "DANI Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu takut untuk bertandang ke Stadium Etihad menentang Manchester City bagi perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Khamis depan.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama di Bernabeu pada Rabu.Vinicius Junior memecah kebuntuan buat juara bertahan itu dengan percubaan dari luar kotak penalti pada separuh masa pertama sebelum rembatan leret Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan pada minit ke-67.\"Mereka mempunyai pemain bertaraf dunia, mereka menggerakkan bola dengan sangat baik, taktikal mereka menjadi tetapi saya tidak fikir kami melihat pasukan City lebih hebat daripada Madrid.\"Kami tahu bahawa kami telah beraksi dengan baik dan jika kami melakukan perkara yang betul dan kami mengambil peluang di Manchester maka kami mempunyai peluang untuk mara.\"Kami akan pergi ke sana tanpa perlu takut. Kami perlu pergi ke sana untuk menang, bermain dengan gaya kami dan pasukan mempercayainya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 02:36pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257951/berita/sukan/serah-peranan-gilap-ubi-muda-kepada-fa", "article_title": "Serah peranan gilap 'ubi muda' kepada FA", "article_text": "KEGAGALAN skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara di Sukan SEA 2023 Kemboja menandakan satu tindakan drastik perlu dilakukan untuk memastikan bakat muda dapat dibentuk dengan sebaik mungkin.Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Syed Yazid Syed Omar berkata, peranan persatuan bola sepak negeri (FA) dalam menggilap bakat muda perlu dikembalikan dan tidak seharusnya diserahkan 'bulat-bulat' kepada Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD).\"Saya fikir dah tiba masanya FA di seluruh negara diberi peranan lebih serius membuat program pembangunan sendiri, dengan dana kerajaan diberikan kepada FAM.\"Isunya FA memang ada membuat program pembangunan sekarang tapi bila ada pemain dapat tawaran ke AMD, pemain itu akan pergi dan FA tak dapat nak kembangkan bakat pemain itu kerana pergi ke AMD.\"Budaya itu tak sama dengan budaya di Eropah. Di luar negara, kelab-kelab atau FA yang banyak membuat program pembangunan sehingga pemain itu mencapai usia remaja sebelum ada kelab yang membeli pemain itu,\" katanya.Perjuangan skuad B-22 negara di pentas Sukan SEA Kemboja berakhir di peringkat kumpulan selepas tewas dua perlawanan kepada Thailand dan Vietnam sekali gus gagal menepati sasaran untuk mara ke final.Ia mengulangi keputusan sama yang dicatat pada edisi 2019 di Manila, Filipina manakala pada edisi 2021 di Vietnam, skuad B-22 negara mengakhiri saingan di kedudukan keempat.Syed Yazid berkata, dana pembangunan dari kerajaan juga perlu disalurkan kepada FAM selaku badan induk untuk diedarkan kepada setiap FA di seluruh negara bagi menjalankan program pembangunan di negeri masing-masing.\"AMD adalah sebuah program yang bagus namun pemain yang terpilih memasuki akademi itu dilihat gagal membawa impak yang konsisten selepas keluar daripada pusat itu.\"Kualiti pemain di AMD agak mendatar dan itu terbukti apabila kita tersingkir awal di peringkat kumpulan pada Sukan SEA Kemboja kali ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 02:08pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257943/berita/sukan/inter-belum-selamat---inzaghi", "article_title": "Inter belum selamat - Inzaghi", "article_text": "SIMONE Inzaghi menegaskan Inter Milan masih belum selamat walaupun berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas AC Milan dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.Inter hanya memerlukan 11 minit untuk meledak dua gol menerusi Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan untuk membawa bekalan selesa sebelum aksi timbal balik pada Rabu depan.\"Kami boleh menjaringkan lebih daripada dua gol, tetapi ini perlawanan yang hebat. Kami telah melalui beberapa perlawanan seperti ini dan kami tahu kami berada di hadapan.\"Sekarang akan ada perlawanan kedua, kami akan mendapat sokongan daripada peminat kami dan kami tahu bahawa kami masih perlu melakukan usaha yang luar biasa untuk merealisasikan impian,\" katanya.Dalam pada itu, Dzeko memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu bergembira menjelang perlawanan kedua.\"Jelas sekali kami tahu kami mempunyai keputusan yang baik tetapi kami perlu berwaspada dengan perlawanan timbal balik itu nanti.\"Walaupun selepas ini kami akan menjadi tuan rumah, tetapi sebenarnya ia adalah perlawanan di tempat sendiri untuk mereka hanya di hadapan penyokong kami.\"Kami perlu berhati-hati kerana mereka adalah pasukan yang bagus tetapi jika kami bermain seperti hari ini, kami berada di laluan yang baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 01:38pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257940/berita/sukan/busquets-tinggalkan-barcelona", "article_title": "Busquets tinggalkan Barcelona", "article_text": "SERGIO Busquets dihujani penghargaan selepas mengumumkan meninggalkan Barcelona selepas kontraknya berakhir pada Jun ini.\"Masa telah tiba untuk mengumumkan ini adalah musim terakhir saya di Barcelona. Ia adalah satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan,\" kata Busquets di laman Instagram miliknya.Busquets memenangi Liga Juara-Juara tiga kali dan La Liga sebanyak lapan kali bersama Barcelona.Pemain berusia 34 tahun itu telah menjadi pemain utama Barcelona sejak menembusi pasukan utama di bawah jurulatih ketika itu iaitu Pep Guardiola pada 2008 dan menjadi kapten kelab pada 2021.Busquets berada di kedudukan ketiga dalam dalam senarai penampilan terbanyak sepanjang masa Barcelona apabila \u200b\u200bbermain sebanyak 718 kali dan menjulang 31 trofi.\"Ia adalah satu penghormatan, impian, kebanggaan. Ia adalah segala-galanya untuk dapat mempertahankan dan mewakili lencana ini selama bertahun-tahun, tetapi segala-galanya mempunyai permulaan dan penghujung.\"Walaupun ia bukan satu keputusan yang mudah, saya rasa masanya sudah tiba,\" katanya.Jurulatih Barcelona Xavi Hernandez, yang pernah bermain bersama Busquets di bahagian tengah selama beberapa tahun mahu pemain tengah itu kekal musim depan.Namun, dia menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain itu.Bekas rakan sepasukan Busquets memberi penghormatan kepadanya di media sosial selepas dia mengumumkan persaraannya itu.\"Di atas padang anda sentiasa No 5, tetapi pada hakikatnya sebagai pemain dan sebagai individu, anda adalah 10\"Terima kasih atas segala-galanya di dalam dan di luar padang,\" kata penyerang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 01:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257937/berita/sukan/hannah-puas-hati-prestasi-atlet-muda-di-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Hannah puas hati prestasi atlet muda di Sukan SEA Kemboja", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berpuas hati dengan prestasi atlet muda di Sukan SEA, Kemboja yang berjaya menyumbang pingat emas buat negara meskipun baru pertama kali beraksi di kejohanan dwitahunan itu.Hannah berkata, walaupun ada beberapa sukan yang menjadi sasaran pingat tidak menepati ramalan, namun beliau tetap berpuas hati apabila jenis sukan seperti silat, wushu, golf dan karate menampilkan prestasi di luar jangka dengan menghadiahkan pingat emas buat negara melebihi sasaran.\"Setakat ini kita melihat silat sangat cemerlang, karate, wushu, golf dan olahraga serta banyak sukan, kita tumpang gembira dengan atlet muda sebab kebanyakan mereka kali pertama (bersaing di Sukan SEA).\"Ini memang sifat sukan, ia kompetitif, kadang-kadang menang dan kalah, tapi kalau kalah kita akan pastikan apa faktor kekalahan, kita tangani dan bantu kurangkan risiko kekalahan pada masa hadapan,\" katanya kepada pemberita pada Bengkel Serantau YSEALI Game Changers di sini, pada Khamis.Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti prestasi cemerlang yang ditampilkan atlet di Sukan SEA bagi peruntukan dana dalam memastikan pembangunan dan kecemerlangan sukan dapat diteruskan.\"Kita akan meneliti data yang ada selepas semua selesai dan membuat kajian untuk melihat atlet cemerlang dalam suatu sukan, adakah ia disebabkan jurulatih atau latihan luar negara, dan pada yang menang sukan itu kita akan letak lebih banyak dana untuk pembangunan sukan tersebut,\" katanya.Setakat ini, kontinjen negara berada di kedudukan ketujuh carta pingat dengan memungut 21 pingat emas, 22 perak dan 42 gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 01:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257929/berita/sukan/pioli-percaya-peluang-milan-belum-padam", "article_title": "Pioli percaya peluang Milan belum padam", "article_text": "PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli kekal optimis peluang pasukannya walaupun tewas 0-2 kepada Inter Milan pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di San Siro pada Khamis.Inter meraih dua gol awal menerusi Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan memiliki kelebihan besar pada perlawanan kedua di San Siro minggu depan.\u201cRealitinya ialah Inter beraksi lebih baik pada separuh masa pertama, menjaringkan dua gol, itu hakikat perlu diterima Milan.\u201cBagaimanapun Milan menunjukkan peningkatan persembahan apabila bangkit menyaingi lawan pada separuh masa kedua.\u201cNamun seperti kebiasaannya deretan peluang menjaringkan gol gagal diterjemahkan dalam bentuk penyudah iaitu gol,\u201d kata Pioli.Kekalahan kepada Inter adalah kekalahan ketiga Milan dalam satu musim, sesuatu yang tidak pernah dialami kelab merah hitam tersebut sejak kempen 1994/95.Sebagai rekod, Milan memperoleh kemenangan 3-2 ke atas Inter dalam Serie A pada September sebelum mengalami kekalahan berturut-turut, 3-0 dalam Piala Super Itali dan 1-0 dalam Serie A.Bagaimanapun, Pioli memuji ketabahan pasukannya apabila berusaha kekal di landasan untuk memenangi Piala Eropah buat kali kelapan, 16 tahun selepas kejayaan terakhir pada 2007.\u201cKami mempunyai peluang pada separuh masa kedua jadi secara semula jadi, pada perlawanan kedua, kami memerlukan lebih kualiti dan sikap yang lebih agresif,\u201d katanyaDalam pada itu, penyerang Rafael Leao terlepas perlawanan tersebut selepas mengalami kecederaan, namun Pioli percaya pemain Portugal berkemungkinan cergas untuk perlawanan kedua.\"Dia tidak berada dalam sebarang keadaan untuk bermain hari ini, ada enam hari lagi dan kami berharap dia akan bersedia,\" katanya.Juara Itali musim lalu Milan hanya memenangi dua daripada enam perlawanan domestik terakhir dan berada di luar empat teratas dalam kedudukan dengan baki empat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 12:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257925/berita/sukan/persib-bandung-kunci-mulut-status-safawi", "article_title": "Persib Bandung kunci mulut status Safawi", "article_text": "NAMA penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang harum subur dalam saingan Liga Thailand dikhabarkan mendapat perhatian kelab Liga Indonesia, Persib Bandung Bermartabat (PBB).Bintang juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini dipinjamkan Harimau Selatan kepada The Dragons kini mula bermain di bibir Pangeran Biru kelab dari Indonesia.Bagaimanapun Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.\"Tunggu sahaja pengumumannya,\" kata Teddy Tjahjono dipetik portal media negara itu ketika mengulas desas-desus perkhabaran mengenai pemain Harimau Malaya tersebut.Biarpun begitu Teddy Tjahjono juga meminta semua pihak khasnya penyokong-penyokong Pangeran Biru bersabar serta tidak terpengaruh dengan desa-desus tersebut.\"Enggak tau (jadi bidikan Persib), ditunggu saja. Rumor-rumor yang kurang jelas. Nanti kalau salah gimana,\" tegasnya ketika ditanya sama pemain dari Terengganu tersebut akan menyarung jersi kelab Bandung tersebut musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 11:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257915/berita/sukan/nak-gaji-penuh-kelantan-fc-perlu-menang-perlawanan--zamsaham", "article_title": "'Nak gaji penuh, Kelantan FC perlu menang perlawanan'- Zamsaham", "article_text": "PEMILIK kelab Liga Malaysia (Liga-M), Kelantan FC, Norizam Tukiman mengulangi ketegasan hanya akan membayar gaji penuh pemain-pemain The Red Warriors (TRW) sekiranya pasukan pantai timur tersebut meraih kemenangan.Menurutnya yang lebih dikenali Zamsaham, dia akan membayar tunggakan itu sekiranya kelab yang berada di kedudukan ke-13 Liga Super tersebut meraih dua kemenangan dalam perlawanan seterusnya.\u201cPasal pemain kena potong 50 peratus dan tak dapat KPI. 10 kali kalah, satu kemenangan dan satu seri. Nombor 13 dalam liga. Nak KPI penuh? Nak gaji penuh?\u201cBerikan saya dua kemenangan dan 50 peratus yang ditahan akan dibayar penuh. Anda ada komitmen dan saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi.\u201cPekerja yang baik kita akan kekalkan. Mana prestasi buruk kita buang. Dalam saham dipanggil cutloss atau tukar kepada lain yang lebih baik,\u201d tulisnya, yang juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemain-pemain yang gagal mempamerkan prestasi terbaik bersama TRW, dalam satu hantaran dalam Facebooknya pada Rabu.Terdahulu terdapat rungutan dipercayai pemain-pemain TRW di media sosial yang mendakwa tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus petunjuk prestasi utama (KPI) setakat ini.Sebagai rekod, Kelantan akan ke Stadium Darul Aman, Alor Setar menentang Kedah Darul Aman FC pada 19 Mei.Kemudian anak buah Frank Bernhardt itu dijangka menerima kunjungan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 23 Mei.Mengenai larangan perpindahan pemain, Norizam berkata, \"TRW sudah tiga tahun reputasi tiada transfer band dan so far tiada lagi sekatan untuk mengambil pemain dalam perpindahan kedua.\"Kalau ada hanyalah kes Fadel Antar yang sedang dilawan dan diselesaikan di Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).\"Peguam TRW sedang buat kerja untuk kebenaran memihak Kelantan FC. InsyaALLAH tiada sekatan untuk ambil pemain baharu.\"Dalam masa sama, Norizam juga mengakui kecewa berhubung isu penjualan jersi TRW yang didakwa pemain ke-12 pasukan pantai timur berkenaan.\u201cIsu-isu berkenaan jersi biarlah manager saya jawab. Saya minta mereka pulangkan sahaja balik duit Kalau benar jersi itu rosak dan tidak selesai.\u201cOrder jersi banyak, sepatutnya saya boleh untung banyak. Tapi order tak dapat dipenuhi. Sayang....saya kena ubah sesuatu,\u201d tulisnya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 10:26am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257908/berita/sukan/khairul-hafiz-lega-zaidatul-mungkin-bersara", "article_title": "Khairul Hafiz lega, Zaidatul mungkin bersara", "article_text": "ENAM tahun lepas, pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan pernah menggegarkan arena sukan tanah air ketika menjuarai 100 meter (m) lelaki pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan membuatkan dirinya kurang mendapat perhatian peminat sukan negara.Bagaimanapun, peluang beraksi di Sukan SEA 2023 seolah-olah memberi nafas baharu bagi Khairul Hafiz yang sedang berusaha untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya.Mana tidaknya, beliau amat menghargai kepercayaan diberikan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim yang tetap menyenaraikannya untuk berlari di Kemboja selepas kali terakhir mewakili kuartet 4x100m lelaki kebangsaan pada edisi 2019 di Manila, FilipinaWalaupun tidak berjaya membantu kuartet 4x100m lelaki mempertahankan pingat perak di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini, pencapaian merangkul gangsa bersama rakan sepasukannya semalam disifatkannya sebagai antara kejayaan bermakna sepanjang bergelar atlet.\"Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada\"Saya akui sebelum ini saya tertekan, namun keluarga, rakan-rakan dan jurulatih Poad tidak putus-putus berikan semangat,\u201d katanya kepada pemberita di sini.Justeru, pencapaian meraih gangsa 4x100m di sini meniup semangatnya untuk meneruskan program latihan dengan lebih mantap bagi memastikan dirinya terus relevan dalam kem olahraga negara.Semalam, Khairul Hafiz bersama Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi memperoleh pingat gangsa dengan catatan 39.36s.Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.Sementara itu, pelari pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli, memberi bayangan Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan tersebut.Zaidatul (dua dari kanan) ketika beraksi pada acara 200 meter akhir pada Sukan SEA. - Foto BernamaEnggan mengulas lanjut, Zaidatul sebaliknya berbangga dapat membantu atlet muda yang menjadi rakan sepasukannya dalam kuartet 4x100m wanita iaitu Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling beraksi cemerlang dengan memecahkan rekod kebangsaan selama enam tahun bagi acara tersebut.\"Saya gembira dapat bantu pelari lain, mungkin dengan adanya saya dalam kuartet mereka lebih bersemangat dan berani, sekurang-kurangnya bagi saya pula nak bantu mereka pergi lebih jauh dalam olahraga,\u201d katanya.Selain merangkul gangsa, Zaidatul dan rakan sepasukannya mencipta sensasi dengan melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatatnya sendiri bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada tahun 2017 dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India.Selasa lepas, Zaidatul menamatkan kemarau enam tahun pingat 200m wanita dengan meraih gangsa selepas kali terakhir memenangi pingat acara berkenaan pada edisi Kuala Lumpur 2017 dengan merangkul perak.Beliau merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira yang berjaya mempertahankan emasnya menerusi catatan 22.69s dan perak pula disambar Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 09:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257906/berita/sukan/inter-lepasi-ujian-pertama-milan-di-san-siro", "article_title": "Inter lepasi ujian pertama Milan di San Siro", "article_text": "INTER Milan menjaringkan dua gol awal untuk memastikan kemenangan mengagumkan 2-0 ke atas AC Milan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium San Siro pada Khamis.Permulaan baik itu membolehkan Inter kekal di landasan untuk menjadi kelab Itali pertama memenangi trofi tersebut sejak melakukannya pada 2010.Dua gol Inter hadir menerusi voli Edin Dzeko minit kelapan sebelum Henrikh Mkhitaryan menggandakan jaringan hasil hantaran lintang Federico Dimarco untuk mengejutkan jiran tertangga tersebut pada minit ke-11.Milan yang berusaha kembali dalam permainan pada separuh masa kedua ternyata buntu menyaingi aksi Derbi Euro kedua-dua pasukan di pentas Liga Juara-Juara itu berdepan tugas berat untuk kekal di landasan terbaik menjulang kejuaraan Eropah kelapan mereka.\"Rasanya sangat bagus, terutamanya kerana ia adalah perlawanan derbi. Kami bermain di tempat lawan di atas kertas. Ia keputusan yang hebat untuk kami.\"Kadang-kadang anda berada dalam detik sukar ini di mana bola tidak mahu masuk. Kesabaran dan kerja keras sentiasa membuahkan hasil.\"Sejujurnya saya tenang kerana mengetahui gol akan datang seperti biasa dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini,\" kata Dzeko.Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Inter menewaskan jiran Milan dalam saingan kalah mati Eropah, dengan Milan mara daripada kedua-dua pertemuan sebelumnya, yang terbaharu pada suku akhir Liga Juara-Juara 2004/05.Inter akan menerima kunjungan Milan pada perlawanan kedua di venue yang sama pada Rabu depan dan pemenang bakal menentang Real Madrid atau Manchester City pada perlawanan akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mei 2023 08:33am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257888/berita/sukan/malaysia-belajar-ilmu-bola-sepak-qatar", "article_title": "Malaysia belajar ilmu bola sepak Qatar", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan mempergiat kerjasama bola sepak dan mengeratkan hubungan dua negara.MoU berkenaan ditandatangani di antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani di pejabatnya di Al-Bidda Tower, Doha, Qatar pada Rabu.Turut hadir Setiausaha Agung QFA Mansour al-Ansari dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.Menurut FAM, MoU selama setahun itu akan diperbaharui secara automatik setiap setahun dengan tempoh perjanjian tidak lebih lima tahun.Katanya, ia meliputi kerjasama dalam enam bidang iaitu pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, bola sepak wanita, perlawanan persahabatan, kem untuk pasukan kebangsaan belia, struktur dan operasi perlawanan belia serta pembangunan futsal\"Sebagai permulaan, skuad Bawah 17 tahun negara (B-17) telah menjalani kem latihan di Akademi Aspire Qatar dan enam perlawanan persahabatan baru-baru ini sebagai persediaan untuk mengharungi aksi Piala Asia B-17 2023 yang bakal berlangsung di Thailand, bulan depan,\" katanya.Sementara itu, Hamidin berkata, \u201cAkademi Aspire ini sememangnya mempunyai kelengkapan latihan, perubatan dan kemudahan moden yang lengkap dan terkini. Sudah tentu kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak kita.\u201cDalam perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama dalam membina hubungan yang erat antara persatuanmasing-masing demi manfaat bersama juga promosi, pertumbuhan dan kejayaan bola sepak antara dua negara.\u201cIni juga bagi melindungi nilai dan tradisi sukan ini memandangkan bola sepak bukan sahaja untuk aktiviti ekonomi, tetapi ia juga instrumen sosial dalam persefahaman antarabangsa.\"Dalam pada itu, Hamidin juga menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa pengelola Piala Asia 2023 dan mesyuarat jawatankuasa Exco AFC di Doha, yang turut dihadiri Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 10:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257886/berita/sukan/dua-kali-lompatan-batal-nor-sarah-terlepas-pertahan-emas", "article_title": "Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas", "article_text": "KEGAGALAN melepasi dua lompatan pada saingan awal membawa padah kepada atlet lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi dalam usahanya mempertahankan emas pada Sukan SEA 2023 di sini pada Rabu.Biarpun berkongsi catatan 4.05 meter (m) dengan Chonthicha Khabut, namun tuah memihak kepada atlet Thailand itu untuk merampas emas daripadanya pada hari ketiga saingan olahraga di Stadium Nasional Morodok Techo pada Rabu.Nor Sarah pula gagal melepasi percubaan pertama masing-masing pada ketinggian 3.85m dan 3.90m manakala Chonthicha pula dapat menyempurnakan kesemua lompatannya pada percubaan pertama.Setiap peserta hanya dibenarkan membuat tiga kali percubaan pada setiap ketinggian dilakukan.Biarpun tidak berjaya mengekalkan emas dimenanginya, Nor Sarah tidak berasa hampa dengan keputusan tersebut kerana dapat memperbaharui catatan peribadi iaitu 4.00m ketika membuat penampilan pertama pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.\"Dua kali lompatan saya batal walaupun catatan sama namun juri dapati lompatan atlet Thailand lebih kemas,\u201d kata Nor Sarah kepada pemberita, di sini.Lebih menarik, beliau mengakui baru sahaja kembali menjalani latihan semalam dan mula melompat hari ini selepas mengalami kecederaan ligamen di kaki kanan dua minggu lepas.\"Dua minggu saya tinggalkan latihan kerana tumpu pada pemulihan tapi masih berupaya lakar catatan peribadi terbaik. Saya ingat tak boleh lompat kerana ligamen putus namun saya bertanding juga, tak rasa sakit dan saya pun dah balut bahagian yang cedera,\u201d katanya.Atlet berusia 22 tahun itu pada masa sama tetap berterima kasih kepada Institut Sukan Negara atas bantuan diberikan sehingga beliau dapat beraksi pada temasya sukan dwitahunan kali ini.Dalam pada itu, jaguh lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni tidak berjaya membawa pulang emas selepas merangkul perak dengan catatan 50.73m.Subenrat Insaeng mempertahankan emas dengan lemparan sejauh 57.69m manakala gangsa diraih Thi Cam Lung De dari Vietnam dengan catatan 45.08m.Queenie berkata atlet Thailand yang pernah menyertai Sukan Olimpik 2016 dan 2020 itu sememangnya sukar dicabar dan reda dengan rezeki pingat perak dimenanginya hari ini, sekali gus mengulangi pencapaian dilakarnya pada edisi lepas di Hanoi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 10:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257868/berita/sukan/tanpa-leao-ac-milan-tetap-jalan---pioli", "article_title": "Tanpa Leao, AC Milan tetap jalan - Pioli", "article_text": "STATUS Rafael Leao untuk perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, AC Milan menentang jiran tetangga Inter Milan di Stadium San Siro awal pagi Khamis masih menjadi rahsia.Itu makluman pengendali AC Milan, Stefano Pioli selepas pemain sayap Portugal tersebut mengalami kecederaan otot.Leao antara pemain Milan yang paling berpengaruh musim ini dengan 13 gol dan 10 bantuan gol dalam semua pertandingan, namun hanya bertahan 12 minit ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Lazio pada Sabtu.Pioli berkata, Leao sama ada akan memulakan permainan atau tidak bermain langsung, sambil menambah bahawa pemain sayap Belgium Alexis Saelemaekers adalah pengganti berpotensi untuk perlawanan Derbi Euro itu.\"Hari ini dia (Leao) berlatih, esok saya akan memutuskan apa yang perlu dilakukan pasukan.\"Saya akan tidur dengan tenang malam ini, lagipun pada waktu pagi Rafa dan doktor akan memberitahu keadaannya. Jika dia sihat dia akan dipanggil.\"Jika dia lulus ujian, dia boleh bermain. Jika tidak dia tidak boleh bermain - sama ada dari awal atau akhir. Saya lebih suka melakukannya hari ini, tetapi ia tidak mungkin,\" kata Pioli kepada pemberita, sambil menambah dia tidak tertekan dengan tahap kecergasan pemain berusia 23 tahun itu.Milan yang disingkirkan sebagai juara Serie A minggu lalu oleh Napoli, mengharungi perlawanan yang sukar dalam liga dengan hanya tiga kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir untuk melonjak ke tangga kelima - dua mata di belakang Inter di tangga keempat.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 07:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257847/berita/sukan/sukan-sea-2023-skuad-silat-negara-sumbang-tiga-pingat-emas", "article_title": "Sukan SEA 2023: Skuad silat negara sumbang tiga pingat emas", "article_text": "KEM pencak silat menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan tiga pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini pada Rabu.Turun ke gelanggang sebagai pesilat pertama Malaysia dalam aksi final pagi tadi, Norsyakirah Muksin tidak mengecewakan apabila menghadiahkan emas sulung dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri selepas menumpaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33.Skuad silat kebangsaan meraih emas kedua menerusi Nor Farah Mazlan setelah lawannya dari Singapura Nadhrah Sahrin dibatalkan penyertaan selepas melanggar peraturan pertandingan ketika pesilat negara kelahiran Sabah itu sedang mendahului 23-16 dalam kategori 45-50kg Putri.Muhammad Izzul Irfan Marzuki pula berjaya meraih pingat emas ketiga Malaysia setelah menumpaskan wakil dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33 dalam kategori 60-65kg Putra.Dalam pada itu, dua pesilat Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tumpas kepada lawan masing-masing dalam pertarungan peringkat akhir itu.Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman terpaksa akur dengan kehebatan pesilat Indonesia Iqbal Candra Pratama apabila tumpas 9-53 bagi kategori 70-75kg Putra.Sementara, Siti Shazwana Ajak tumpas kepada Atifa Fismawati dari Indonesia 35-38 dalam kategori 60-65kg Putri.Kontinjen negara berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila seorang lagi wakil Malaysia Muhammad Robial Sobri akan membuat perhitungan berdepan Sheik Farhan Sheik Alau\u2019ddin dari Singapura pada petang ini bagi kategori 85-90kg Putra. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 05:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257846/berita/sukan/sukan-sea-sistem-pemarkahan-saingan-wushu-tidak-berfungsi", "article_title": "Sukan SEA: Sistem pemarkahan saingan wushu tidak berfungsi", "article_text": "PHNOM PENH - Masalah teknikal melibatkan sistem pemarkahan sehingga menjejaskan perjalanan final, mencemari hari pertama saingan wushu Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, hari ini.Berdasarkan pemerhatian Bernama, sistem pemarkahan di venue pertandingan gagal berfungsi sekali gus memberi kesukaran kepada juri dalam memuktamadkan markah para atlet bertanding dan mengheret setiap acara bermula lewat.Lebih parah, permasalahan itu menyaksikan barisan juri terpaksa mengambil masa yang lama untuk memuktamadkan markah apabila terpaksa mengira secara manual, menyebabkan para atlet menunggu lama untuk memulakan acara.\"Situasi ini jelas menjejaskan tumpuan atlet yang sudah bersedia untuk memulakan acara terpaksa menunggu lama dan menjadi lesu apabila menunggu sehingga berjam-jam.\"Mereka juga sedang kelaparan kerana belum makan, sepatutnya pertandingan Taolu boleh habis lebih awal dan Sanda akan bermula jam 3, tetapi disebabkan ini Sanda terpaksa dianjak ke jam 7.30 malam,\u201d kata seorang pegawai kontinjen yang bertanding ketika ditemui Bernama di sini.Menurut beliau, sistem pemarkahan itu bukan yang biasa digunakan bagi sukan wushu di mana-mana pertandingan antarabangsa.Pada masa sama, beliau memaklumkan pingat bagi upacara penyampaian pingat wushu juga tidak mencukupi.Sebelum ini, Bernama melaporkan wushu berdepan kemungkinan dibatalkan susulan masalah teknikal di venue pertandingan melibatkan sistem pemarkahan dan platform ataupun \"leitai\u201d bagi disiplin Sanda yang gagal diselesaikan berbaki lima hari sebelum tirai saingan dibuka.Situasi itu memaksa Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt yang juga exco Persekutuan Wushu Asia meminta pertolongan daripada Persekutuan Wushu Vietnam untuk meminjamkan platform Sanda dalam usaha memastikan atlet kebangsaan tidak kempunan untuk membuat penampilan di bumi Kemboja.Sebagai rekod, juara dunia 2019 Tan Cheong Min menghadiahkan emas sulung buat kem wushu negara hari ini selepas mengungguli final Nanquan wanita yang berlangsung pada sebelah pagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 05:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257820/berita/sukan/amarjit-dilantik-setiausaha-agung-pertama-acf", "article_title": "Amarjit dilantik Setiausaha Agung pertama ACF", "article_text": "NAIB Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dipilih sebulat suara sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) pada Kongres ACF 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dipilih sebagai Setiausaha Agung ACF pertama selepas Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA) diberikan nafas baharu dua hari lepas.Seorang lagi Naib Presiden PKBM, Norazman Abu Samah turut dipilih sebulat suara pada Kongres ACF 2023 bagi menganggotai Jawatankuasa Pengurusan ACF bagi penggal 2023-2027.Amarjit menerusi kenyataan daripada PKBM berkata, pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung ACF membuktikan kepercayaan terhadap Malaysia oleh perwakilan dari ASEAN yang mengharapkan sentuhan pentadbiran dan memastikan arah tuju baharu ACF.\"Saya menerima pelantikan ini dengan hati terbuka. Dunia berbasikal ASEAN sebenarnya mempunyai ramai personaliti hebat dari Thailand, Filipina dan Indonesia. Saya akan berusaha untuk memainkan peranan penting untuk transformasikan sukan berbasikal di ASEAN,\" katanya selepas Kongres ACF 2023 di Siam Reap, Kemboja.Amarjit, yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menegaskan Kongres ACF 2023 turut meluluskan perlembagaan, logo dan nama baharu ACF secara sebulat suara.Semua anggota ACF iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar, Indonesia, Singapura, Timor Leste, Laos, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Brunei menghadiri Kongres ACF 2023.Terdahulu, Pemilihan ACF 2023 menyaksikan enam Ahli Jawatankuasa ACF dipilih iaitu Ekachai Savetsomphob (Thailand), Nou Chamreoun (Kemboja), Dr Hongkham Souvannavong (Laos), Atty Aveleo Sumagui (Filipina), Norazman (Malaysia) dan Vu Nguyuen Vu (Vietnam) bagi penggal 2023-2027.Jeneral Decha Hemkasri dipilih sebagai Presiden ACF baharu menggantikan Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab yang melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada tokoh berbasikal dari Thailand itu.Abu Samah memegang jawatan Presiden ACA sejak 2001 selepas mengasaskannya bersama seorang lagi tokoh berbasikal Thailand Jeneral A Prasad. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 04:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257783/berita/sukan/silat-sumbang-dua-emas", "article_title": "Silat sumbang dua emas", "article_text": "KEM pencak silat menghadiahkan dua emas buat negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Rabu.Pesilat negara, Norsyakirah Muksin memberikan emas pertama kategori wanita 40-45 kilogram (kg) setelah menundukkan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33 dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Center.Kejayaan itu menyuntik semangat Norfarah Mazlan untuk turut beraksi cemerlang sekali gus menyumbang emas kedua dalam acara bawah 50kg.Norfarah menewaskan Nadhrah Sahrin dari Singapura 23-16 pada pertarungan di peringkat akhir.Farah ketika menentang atlet dari Singapura, Nadhrah Sahrin dalam acara akhir kategori Putri bawah 50kg pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Chroy Changvar Convention Center pada Rabu. Foto BernamaPesilat dari Sabah itu berada pada tahap terbaik dengan kemenangan selesa mengatasi Nadhrah.Ia merupakan emas ke-17 buat negara dalam misi memburu sasaran 40 emas bagi edisi ke-32 kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 01:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257781/berita/sukan/sukan-sea-wushu-sumbang-emas-ke-18", "article_title": "Sukan SEA: Wushu sumbang emas ke-18", "article_text": "RATU wushu negara, Tan Cheong Min menceriakan kontinjen Malaysia apabila meraih emas pertamanya di Sukan SEA Kemboja pada Rabu.Atlet berusia 25 tahun itu mengungguli saingan kategori Nanquan Wanita selepas mengutip 9.626 mata di Chroy Changvar Convention Centre Hall A, Phnom Penh.Ia merupakan pingat ke-18 buat kem negara dalam misi memburu 40 emas seperti disasarkan Malaysia bagi edisi ke-32 kali ini.Wakil Indonesia, Tasya Ayu Puspa Dewi terpaksa akur meraih perak setelah mengumpul 9.593 mata.Atlet dari Myanmar, Aye Thitsar Myint pula ketiga selepas mengumpul 9.143 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 01:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257780/berita/sukan/de-gea-united-ikat-perjanjian-baharu", "article_title": "De Gea, United ikat perjanjian baharu", "article_text": "PENJAGA gol sensasi, David de Gea dilapor sudah bersetuju untuk membaharui kontrak bersama Manchester United tidak lama lagi.Kontrak penjaga gawang berusia 33 tahun itu akan berakhir pada Jun dan masa depannya bersama Red Devils mencetuskan tanda tanya ekoran beberapa kesilapannya musim ini.Bagaimanapun United dan penjaga gol dari Sepanyol itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya yang menghampiri 12 tahun di Old Trafford.Menerusi perjanjian baharu itu, gaji de Gea bakal dipotong apabila akan menerima 175,000 pound (RM983,000) seminggu berbanding 375,000 pound (RM2.1 juta) seminggu sebelum ini.Bagaimanapun melalui perjanjian baharu de Gea difahamkan akan menerima insentif untuk perlawanan yang dia beraksi selain tambahan dalam bentuk prestasi.Dia ketika ini menunggu United bagi menandatangani perjanjian sebelum pengumuman rasmi dibuat.De Gea dikritik hebat peminat ekoran kesilapannya ketika United tewas 0-1 kepada West Ham di Stadium London pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 01:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257761/berita/sukan/scaloni-hanya-mahu-messi-selesa-gembira", "article_title": "Scaloni hanya mahu Messi selesa, gembira", "article_text": "PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menegaskan dia tidak peduli kelab menjadi pilihan Lionel Messi bermain bola sepak asalkan bintang La Albiceleste berasa selesa dan gembira.\"Biarkan dia pergi ke mana yang membuatkan dia berasa selesa dan gembira dengan rakan sepasukannya serta peminat kelab.\"Perkara itu tidak menjejaskan kami sebagai pasukan kebangsaan selagi dia gembira apabila dia menyertai kami dan kami memerlukannya untuk gembira,\" kata Scaloni.Masa depan Messi di Paris Saint Germain (PSG) menimbulkan persoalan sejak minggu lalu selepas kelab milik Qatar itu menggantungnya kerana melakukan perjalanan ke Arab Saudi selain terlepas sesi latihan pasukan.Messi kemudian meminta maaf kepada PSG dan rakan sepasukannya minggu lalu, kembali menjalani latihan pada Isnin.Media Perancis pada Selasa melaporkan bahawa urusniaga perpindahan ke kelab Arab Saudi telah selesai, sambil menambah bahawa kapten Argentina itu dalam proses memuktamadkan butiran sebelum menandatangani kontrak.Bagaimanapun bapa Messi menafikan sebarang persetujuan telah dicapai dengan pasukan lain berkata, tiada keputusan akan dibuat sehingga akhir musim ini.Difahamkan Messi telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal musim depan dengan pembaharuan kontrak di PSG bukan lagi pilihan bekas pemain Barcelona tersebut.Sebelum ini, negara kaya minyak itu melantik Messi, yang genap 36 tahun bulan depan sebagai duta pelancongan tahun lalu dan dia melawat Jeddah pada Mei 2022.Dia kembali pada Januari untuk bermain perlawanan persahabatan dengan PSG menentang pasukan Saudi All Stars, termasuk Cristiano Ronaldo - saingan Messi untuk gelaran pemain terbaik generasinya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 11:34am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257749/berita/sukan/city-bawa-bekal-cukup-makan", "article_title": "City bawa bekal 'cukup makan'", "article_text": "MANCHESTER City membawa bekalan 'cukup makan' untuk aksi timbal balik di Etihad Rabu depan selepas mengikat Real Madrid 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara pada Rabu.Pada aksi di Santiago Bernabeu itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Vinicius Junior dari luar kotak penalti pada minit ke-36.The Citizens yang dibimbing Pep Guardiola kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-67 hasil sentuhan Kevin De Bruyne.Pada aksi itu, pemain sensasi City, Erling Haaland dirantai kemas pemain tengah tuan rumah, David Alaba dan Antonio Rudiger.Strategi juara bertahan itu dilihat berjaya mengekang Haaland daripada bergerak bebas.\"Alaba dan Rudiger sangat rapat dengan Erling. Kami perlu melihat ruang untuk menyerang dengan lebih baik.\"Bukan mudah mencari ruang. Kami akan cuba menyesuaikannya pada perlawanan kedua supaya lebih lancar dan bermain dengan rentak lebih baik,\" ujar Guardiola.Real yang merupakan juara dengan rekod 14 kali itu menyingkirkan City pada peringkat sama musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 10:35am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257729/berita/sukan/inter-perlu-lebih-bijaksana-hadapi-taktikal-milan-di-san-siro", "article_title": "Inter perlu lebih bijaksana hadapi taktikal Milan di San Siro", "article_text": "GERGASI Serie A, Inter Milan mesti berfikir dengan baik dan segera menyesuaikan diri apabila berdepan pasukan pilihan AC Milan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, awal pagi Khamis.Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi berkata, dua elemen itu penting dalam usaha kelab tersebut membatalkan rekod kekalahan Liga Juara-Juara menentang jiran tertangga bandaraya Milan berkenaan.\"Kami telah bermain banyak kali, saya telah mengatakannya sebelum ini. Tujuh. Kami telah menang, kalah, mara ke separuh akhir, final.\u201cKami perlu pandai menggunakan mentaliti kami apabila situasi memerlukan kerana sentiasa ada peristiwa yang tidak dijangka dalam perlawanan penting khasnya dalam perlawanan akhir, kami perlu sentiasa lebih bijaksana berdepan taktikal Milan.\"Ia adalah perlawanan yang sangat penting seperti perlawanan akhir lain. Ia bukan derbi biasa, sebaliknya derbi Euro. Kami tahu apa maknanya untuk kami, untuk kelab, untuk peminat, malah untuk diri saya sendiri.\"Tetapi cukuplah katakan mahu melihat pemain Inter bermain dengan tenang, ketika ini saya melihat pemain-pemain sangat fokus,\" kata Inzaghi kepada pemberita menjelang pertemuan separuh akhir pertama di San Siro.Seteru Itali, Inter dan Milan, yang jika digabungkan memenangi 10 kejuaraan Liga Juara-Juara, bertemu satu sama lain sebanyak dua kali di peringkat kalah mati, dengan Milan muncul sebagai pemenang dalam kedua-dua perlawanan sebelumnya - bermain pada 2003 dan 2005.Bagaimanapun, Inter lebih berjaya dalam pertemuan baru-baru ini, memenangi tiga dan seri dua daripada tujuh derbi dimainkan pasukan sejak Inzaghi mengambil mengendalikan Inter pada 2021.Kemenangan itu termasuk kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Super Itali awal tahun ini dan separuh akhir Piala Itali tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 08:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257732/berita/sukan/real-madrid-manchester-city-sama-padu-di-santiago-bernabeu", "article_title": "Real Madrid, Manchester City sama padu di Santiago Bernabeu", "article_text": "PERLAWANAN berintensiti tinggi dua jagoan bola sepak separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, penyandang juara Real Madrid menentang Manchester City berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi Rabu.Jaringan jarak jauh Kevin De Bruyne minit ke-67 separuh masa kedua sudah cukup menghela nafas lega buat angkatan Pep Guardiola menjelang timbal balik kedua di Stadium Etihad pada 18 Mei depan.Sebelum itu skuad asuhan Carlo Ancelloti memimpin perlawanan hasil percubaan Vin\u00edcius J\u00fanior pada minit ke-36 dalam separuh masa pertama biarpun pendahulu Liga Perdana Inggeris tersebut menguasai sebahagian besar aksi berkenaan.Jaringan mengejut Vin\u00edcius itu menyaksikan Real kembali menyusun taktikal untuk kembali semula dalam perlawanan dalam separuh masa kedua.Real kelihatan meningkatkan tahap mengasak kelebihan mereka selepas rehat dengan Ederson beraksi berkali-kali untuk mengekalkan satu gol pasukan tuan rumah.Los Blancos mempertaruhkan kudrat Luka Modric dan Antonio Rudiger mengantikan Militao serta Aurelien Tchouameni.Sementara The Citizens pula menampilkan Ruben Diaz, Kyle Walker, Bernando Silva dan Jack Grealish - pakej pengalaman menyerap aura pasukan tuan rumah.Kedua-dua pasukan dijangka membuat perhitungan semula di Manchester minggu depan sebagai jajaran terakhir menentukan hanya yang terbaik layak meneruskan perjalanan ke Istanbul, Turkeye.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 07:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257723/berita/sukan/kemboja-2023-presiden-ffc-tak-jadi-letak-jawatan", "article_title": "Kemboja 2023: Presiden FFC tak jadi letak jawatan", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), Sao Sokha berkata, beliau akan kekal dalam mengemudi badan induk itu sehari selepas mengumumkan peletakan jawatannya berikutan rayuan daripada perdana menteri dan peminat sukan paling popular negara tersebut.Terdahulu, Sokha mengumumkan peletakan jawatannya serta-merta selepas skuad Kemboja B-22 tewas 0-2 kepada Myanmar pada aksi ketiga kumpulan A Sukan SEA 2023 di Phnom Penh.Sokha membuat janji itu selepas skuad kendalian Ryu Hirose tersebut hanya mencatatkan keputusan seri pada aksi kedua bertemu Filipina selain menyifatkan kekalahan sebagai memalukan dengan status Kemboja sebagai tuan rumah serta diperkuatkan sokongan padu rakyat negara berkenaan.Perdana Menteri, Hun Sen bagi pihak kerajaan, menggesa Sokha untuk membatalkan keputusannya sambil berkata bahawa bola sepak Kemboja beransur-ansur bertambah baik di bawah bimbingannya.\"Saya menerima rayuan Perdana Menteri Hun Sen, pencinta bola sepak kerajaan...yang meyakinkan saya untuk meneruskan mandat saya sebagai ketua Persekutuan Bola Sepak Kemboja yang dipilih,\" kata Sokha dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Sokha, yang juga timbalan ketua komander angkatan tentera Diraja Kemboja berkata, \"Sebagai respons kepada kepercayaan perdana menteri dan semua peminat bola sepak di Kemboja, saya merayu kepada semua kelab untuk terus melakukan pembaharuan dan membangunkan semua bahagian bola sepak.\"Sebagai rekod, Kemboja menjadi tuan rumah Sukan SEA 2024 dari 5 Mei hingga 17 Mei ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257717/berita/sukan/layanan-tiada-beza-kami-wakili-malaysia", "article_title": "'Layanan tiada beza, kami wakili Malaysia'", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kapten skuad badminton negara bagi Piala Sudirman 2023, Tan Kian Meng tidak membezakan pemain sama ada bergelar pemain kebangsaan atau pemain profesional dalam menggalas cabaran negara di kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.Kian Meng berkata, gelaran tersebut hanya tercatat di atas kertas dan matlamat setiap pemain adalah untuk menghadiahkan kejayaan buat negara dengan meletakkan sasaran mara ke saingan separuh akhir.\"Layanan terhadap pemain itu sama ada pemain profesional atau tidak, kekal sama. Apabila sudah masuk ke gelanggang tiada istilah itu ditimbulkan. Kita bermain sebagai satu pasukan mewakili Malaysia.\"Kem bina semangat yang diadakan baru-baru ini juga membantu dalam membentuk persefahaman skuad negara,\" katanya pada sidang media sempena Majlis Pelepasan Skuad Piala Sudirman di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.Dalam pada itu, Kian Meng yang bakal bergandingan dengan Lai Pei Jing bagi aksi beregu campuran menyifatkan, pelantikan selaku kapten pasukan di pentas itu satu penghormatan buat dirinya.\"Antara tanggungjawab saya adalah menjadi penghubung antara pemain dan jurulatih. Sebagai pemain senior saya harap saya mampu untuk membantu pasukan di Piala Sudirman,\u201d katanya.Beliau berkata, barisan pemain negara kini berada dalam landasan tepat bagi melangkah jauh pada kejohanan tersebut.\"Semua pemain berada dalam motivasi terbaik. Saya harap pasukan ini boleh beri yang terbaik, serta percaya dengan diri sendiri dalam kejohanan ini,\" katanya.Skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.Pemain Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama atau kedua untuk mara ke saingan suku akhir.Malaysia tidak pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam kejohanan itu yang dipertandingkan sejak 1989 dengan pencapaian terbaik ialah di peringkat separuh akhir pada 2009 dan 2021. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 11:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257714/berita/sukan/keen-hoo-raih-emas-ke-15-malaysia", "article_title": "Keen Hoo raih emas ke-15 Malaysia", "article_text": "PEMAIN snuker negara, Moh Keen Hoo bangkit daripada ketinggalan untuk meraih pingat emas dalam acara 6-Red perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini hari ini.Dalam aksi mendebarkan di Aeon Sen Sok Mall di sini hari ini, permainan ditampilkan Keen Hoo tidak menjadi pada awal saingan apabila ketinggalan 0-3 kepada wakil Laos Sitthideth Sabieng, sebelum berjaya menyamakan kedudukan 3-3.Kedudukan itu tersebut ternyata memberikan keyakinan kepada atlet negara berusia 36 tahun itu bagi meraih kemenangan dalam dua set berikutnya untuk menoktahkan keputusan 5-3.Kejayaan Keen Hoo itu sekali gus memperbaiki pencapaiannya pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam apabila meraih gangsa dalam acara berkenaan, yang dimenangi rakan sepasukan Lim Kok Leong.Kok Leong gagal mempertahankan gelaran itu selepas tumpas kepada Siththideth 2-5 pada aksi suku akhir semalam.Sementara itu, Keen Hoo mengakui bahawa pada awal saingan, beliau gagal mempamerkan permainan terbaik disebabkan beraksi dalam keadaan tekanan.\"Pada awal permainan, memang ada tekanan kerana selepas Kok Leong tewas, tumpuan kepada saya bagi mendapatkan pingat emas, tapi selepas ketinggalan 0-3, saya cuba tenangkan diri dan nasib baik sempat kejar mata (penyamaan).\"Selepas itu pada permainan keempat dan kelima, dia (Sitthideth Sabieng) pula terlepas mendapatkan mata. Pada ketika itu saya mula mendapatkan keyakinan dan berjaya meraih kemenangan,\u201d katanya yang kini membuat penampilan kesembilan pada temasya dwitahunan itu.Pencapaian Keen Hoo itu menyaksikan kontinjen negara meraih pingat emas ke-15 setakat ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 10:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257707/berita/sukan/tak-kisah-alami-hamstring-janji-menang---umar", "article_title": "Tak kisah alami hamstring, janji menang - Umar", "article_text": "\"NAK hamstring pun hamstringlah, janji menang,\u201d itu reaksi bersahaja atlet olahraga negara, Umar Osman usai mencipta kejutan memenangi emas 400 meter (m) lelaki Sukan SEA 2023 hari ini.Lebih manis apabila pelari berusia 20 tahun itu mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34 saat (s) sekali gus meleburkan rekod lama 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang dicatat dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Brunei pada Julai 2001.Umar yang pada awalnya bermula agak perlahan berjaya melakukan pecutan pada 70m terakhir untuk menamatkan larian dan menghadiahkan emas ketiga kem olahraga negara pada hari kedua saingan di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini.Bercakap kepada pemberita selepas aksinya itu, beliau sama sekali tidak menyangka dapat memenangi acara tersebut apatah lagi memadamkan rekod kebangsaan berusia hampir 22 tahun milik Mohd Zaiful dalam penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA.\"Saya hanya nak ambil pengalaman sebab ini kali pertama sertai Sukan SEA, walaupun saya ranking pertama pada aksi separuh akhir pagi tadi, saya tak yakin menang kerana peserta lain mungkin tak \u2018all out\u2019. Ketika di final saya buat sehabis daya, tak fikir apa, \u2018belasah\u2019 sahaja,\u201d katanya sambil mengalirkan air mata.Pelari dari Kluang, Johor itu, pada masa sama mahu mendedikasikan kejayaan tersebut kepada jurulatih, Simon Lau Chin Meng, yang banyak membantunya termasuk dalam aspek pendidikan sehingga berjaya menyambung pelajaran di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, selain keluarga atas dorongan diberikan.\"Saya tak habiskan tingkatan enam, sebaliknya masuk politeknik kerana keputusan ketika itu kurang elok dan \u2018coach\u2019 Simon risau saya tak sambung belajar.\"Saya dah rugi dua tahun di tingkatan enam dan buat keputusan untuk sertai politeknik sebelum ke kem kebangsaan untuk berlatih, ada ketika saya \u2018tergolek\u2019 dan tak boleh bangun,\u201d katanya ketika mengenang kembali jerih perih dilalui sebelum mencipta kejayaan membanggakan di Kemboja.Aksi final di sebelah petang hari ini menyaksikan pingat perak dan gangsa masing-masing disambar atlet Filipina iaitu Umajesty Wesley Lachicha Williams (46.52s) dan Frederick Cabatu Ramirez (46.63s).Dalam pada itu, Shereen Samson Vallabouy yang muncul ratu 400m baharu Asia Tenggara gembira dapat meraih emas pertama acara kegemarannya selepas memenangi gangsa dalam penampilan sulung pada edisi 2015 di Singapura.Katanya, nasihat daripada ibunya, Josephine Mary sebelum perlumbaan telah membakar semangatnya untuk tampil dengan prestasi meyakinkan.\"Saya rasa perkara utama di sini ialah saya hanya mahu buat yang terbaik, sudah tentu ada tekanan tetapi tetapi dapat menanganinya serta bercakap dengan ibu bapa saya yang sebelum ini adalah atlet, memberi motivasi dan benar-benar membantu saya meredakan kebimbangan.\"Terima kasih atas semua sokongan dan pengorbanan yang mereka (keluarga) lakukan. Saya bersyukur kerana mereka ada di sini untuk menyaksikan detik paling hebat buat saya,\u201d katanya.Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan mencatat masa 52.53s, sekali gus memecahkan dominasi juara empat kali berturut-turut, Nguyen Thi Huyen dari Vietnam (53.27s) yang merangkul perak, manakala gangsa milik rakan senegaranya, Nguyen Thi Hang (53.84s).Kejayaan dilakar Umar menyaksikan beliau menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.Shereen pula kembali meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 10:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257706/berita/sukan/ziyad-pertahan-gangsa-bakar-semangat-rampas-kembali-emas", "article_title": "Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas", "article_text": "KEJAYAAN mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas emas lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis.Muhammad Ziyad juga bangga bahawa beliau dapat mengekalkan prestasi untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan atlet normal lain pada penampilan keempat berturut-turut Sukan SEA semenjak edisi 2017 di Kuala Lumpur.\"Dapat bertanding kali keempat ketika berusia 33 tahun di Sukan SEA merupakan satu motivasi melakar nama di Sukan Paralimpik 2024.\"Saya mahu buktikan pingat yang saya patut menang dapat dibawa pulang ke Malaysia,\u201d katanya ketika ditemui selepas saingan hari ketiga olahraga Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.Terdahulu, beliau melakukan lontaran sejauh 17.30 meter (m) pada percubaan ketiganya untuk memperoleh gangsa manakala wakil Thailand, Jakkapat Noisri muncul pemenang dengan 17.84m dan perak pula dimiliki Thanh Binh Phan dari Vietnam (17.39m).Rakan sepasukannya, Jonah Chang Rigan pula menduduki tempat keempat dengan catatan 16.67m.Mengulas aksinya hari ini, Muhammad Ziyad mengakui kesilapan teknik digunakan memakan dirinya sendiri sekali gus menggagalkan misinya untuk cuba memperbaiki pencapaian dilakar pada edisi 2021.Pada Sukan Paralimpik 2020, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94m yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.Beliau diklasifikasikan sebagai DNS susulan bantahan oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.Berikutan itu, atlet Ukraine Maksym Koval diumum pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 09:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257702/berita/sukan/hoe-yean-ceriakan-kontinjen-negara", "article_title": "Hoe Yean ceriakan kontinjen negara", "article_text": "PERENANG Khiew Hoe Yean menceriakan kontinjen negara selepas menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam Selasa.Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).Atlet berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Thailand Dulywat Kaewsriyong yang meraih perak dengan masa 1:49.29s sementara gangsa menjadi milik perenang Vietnam Nguyen Huy Hoang selepas merakam 1:49.31s.Kejayaan Hoe Yean di sini bukan sahaja menghadiahkan emas ke-14 buat kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, malah menyaksikan beliau berjaya mempertahankan emas acara kegemarannya itu yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Pada masa sama, seorang lagi wakil negara Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan saingan dengan catatan 1:52.24s di kedudukan terakhir daripada keseluruhan lapan perenang.Sementara itu, perenang wanita Phee Jinq En terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak dalam acara 100m kuak dada wanita selepas mencatat masa 1:09.60s di belakang juara bertahan dari Singapura Letitia Sim yang mendominasi saingan dengan mencipta rekod baharu kejohanan 1:07.94s.Pingat gangsa diraih seorang lagi wakil Singapura Christie Chue dengan catatan masa 1:10.94s. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 09:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257701/berita/sukan/malayan-tigress-ikut-jejak-harimau-muda-pulang-awal", "article_title": "Malayan Tigress ikut jejak Harimau Muda pulang awal", "article_text": "IMPIAN skuad bola sepak wanita negara untuk melabuh kempen Sukan SEA Kemboja 2023 dengan noktah kemenangan tidak kesampaian pada edisi 32 kali ini.Dalam aksi terakhir kumpulan A di Stadium Army, Phnom Penh pada Selasa, Malayan Tigress tewas 1-5 kepada Myanmar.Skuad asuhan Soleen Al-Zoubi tampil dengan misi meraih keputusan lebih positif untuk ke separuh akhir selepas tunduk kepada Vietnam (0-3) dan Filipina (0-1) sebelum ini.Bagaimanapun tiga gol bermula dengan July Kyaw (minit ketiga) diikuti dua lagi jaringan Khin Marlar Tun (m-26', 39') menyaksikan dominasi Myanmar pada separuh masa pertama.Separuh masa kedua, Malayan Tigress memperkemaskan taktikal kembali semula dalam perlawanan hasil jaringan Intan Sarah pada minit ke-58.Namun Myanmar yang tersentak dengan jaringan itu kembali meledak dua lagi gol yang dijelmakan San Thaw Thaw pada minit ke-62' dan minit ke-82'.Kedudukan Kumpulan A.Kekalahan itu menyaksikan Malayan Tigress mengikut jejak langkah Harimau Muda Bawah 22 (B-22) tahun yang tersingkir awal di peringkat kumpulan sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 09:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257699/berita/sukan/enam-pesilat-negara-buru-pingat-emas-esok", "article_title": "Enam pesilat negara buru pingat emas esok", "article_text": "ENAM pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini hari ini.Nor Farah Mazlan memulakan langkah cemerlang skuad silat negara apabila mara ke saingan akhir selepas menewaskan wakil Thailand, Firdao Duromae 58-36 dalam kategori 45-50 kilogram (kg) Putri.Menanti Nor Farah dalam penentuan pingat emas esok adalah peserta dari Singapura Nadhrah Sahrin.Langkah kanan pesilat negara diteruskan menerusi Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman yang menewaskan peserta Thailand Aekarat Maehchi 44-42, dan akan berdepan Iqbal Candra Pratama dari Indonesia dalam kategori 70-75kg Putra.Norsyakirah Muksin turut tidak mengecewakan apabila mengesahkan tempat ke akhir kategori bawah 45kg Putri dengan mengalahkan peserta Singapura Nur Tuhfah Md Roslan 6-0. Beliau akan bertemu wakil Indonesia Suci Wulandari esok.Turut mara Siti Shazwana Ajak yang mengatasi atlet tuan rumah, Phyrom Moniroth 46-5 (60-65kg Putri), Muhammad Izzul Irfan Marzuki mengalahkan At Chandy dari Kemboja 27-6 (60-65kg Putra) dan Muhammad Robial Sobri mengetepikan cabaran peserta Thailand Saranon Glompan 17-10 (85-90kg Putra).Pada pentas final, Siti Shazwana akan berdepan Atifa Fismawati dari Indonesia, Muhammad Izzul Irfan bertemu atlet Indonesia Kadek Andrey Nova Prayada manakala Muhammad Robial akan membuat perhitungan dengan Sheik Farhan Sheik Alau\u2019ddin dari Singapura.Dua lagi wakil Malaysia, bagaimanapun gagal meloloskan diri ke peringkat akhir selepas tumpas kepada lawan masing-masing.Afiq Aniq Fazly tumpas kepada Sheik Firdaus Sheik Alau\u2019ddin dari Singapura 15-28 bagi kategori 75-80kg Putra manakala Nur Syazerra Hidayah Idris terpaksa akur berdepan peserta Indonesia Safira Dwi Meilani apabila tewas 39-46 bagi kategori 50-55kg Putri.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 09:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257690/berita/sukan/michelle-sah-letak-jawatan-ceo-abm", "article_title": "Michelle sah letak jawatan CEO ABM", "article_text": "MICHELLE Chai pada lewat petang Selasa membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).Peletakan jawatan itu susulan kekalahan memalukan skuad wanita negara di tangan Filipina dalam acara berpasukan di Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin.ABM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan Michelle itu bagi mengambil tanggungjawab susulan keputusan buruk yang dipamerkan barisan pemain negara baru-baru ini.Kenyataan tersebut memaklumkan Pengarah Prestasi Tinggi ABM, Dr Tim Jones turut melepaskan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.Terdahulu, Michelle dalam satu sidang media pada sebelah pagi Selasa memberi bayangan beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya.Bayangan kemungkinan peletakan jawatan itu ekoran prestasi buruk skuad badminton pada temasya dwitahunan tersebut.Sesuatu yang tidak disangka terjadi dalam sejarah badminton apabila pasukan wanita negara dikejutkan Filipina setelah tewas 0-3 dalam pusingan awal badminton berpasukan pada Isnin.Michelle juga dapat merasakan kekecewaan yang dialami para pemain dan turut memahami kemarahan yang dirasai peminat badminton negara.\u201cBukan tidak menghormati Filipina tetapi kekalahan semalam (Isnin) tidak boleh diterima.\u201cKami sedar bahawa pemain adalah muda tetapi ia bukan alasan kerana sesiapa yang dihantar untuk menyarung jersi Malaysia mereka perlu beraksi dengan baik.\u201cKetika mengkaji kekalahan kepada Filipina, ia menjadi masa yang terbaik buat kami termasuk saya untuk melihat diri sendiri dan berlaku jujur. Adakah kami masih mampu untuk memberikan nilai tambah kepada para pemain.\u201cJika sudah tidak dapat memberikan impak kepada pemain, kami perlu berundur dan bawa individu lain yang boleh membawa idea baharu,\u201d katanya dalam sidang media yang turut dihadiri barisan kejurulatihan ABM pada Selasa.Barisan pengurusan dan kejurulatihan ABM itu termasuk Pengarah Prestasi Tinggi, Dr. Tim Jones, Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan Perseorangan) dan Rexy Mainaky (Pengarah Kejurulatihan Beregu).Menurut Michelle, meskipun memiliki perancangan jangka panjang yang dilihat mampu menghasilkan keputusan dimahukan, beliau tanpa berselindung mahu melihat pencapaian dalam tempoh terdekat dijelmakan.\"Perancangan jangka panjang memang ada tetapi mahu tengok juga perubahan dalam tempoh tiga atau enam bulan. Secara jujur, perancangan jangka panjang tidak akan nampak sekarang kerana ia memerlukan masa,\" katanya.Semalam, skuad badminton wanita negara sekali lagi mengulangi aksi mengecewakan pada edisi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam sebelum ini selepas tersekat di saingan suku akhir acara badminton berpasukan.Kekalahan kepada Filipina itu menyaksikan skuad wanita tersingkir dan tidak dapat mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir ketika temasya di Hanoi yang menyaksikan Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.Kekalahan itu menjejaskan semangat serta moral para pemain dan sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan mereka kekal fokus untuk menghadapi acara individu sekali gus mampu menebus kekecewaan dalam acara berpasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 07:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257678/berita/sukan/shereen-tepati-ramalan-raih-emas", "article_title": "Shereen tepati ramalan raih emas", "article_text": "[DIKEMAS KINI] ATLET olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 400 meter (m) akhir wanita Sukan SEA Kemboja 2023.Dalam saingan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh pada Selasa, rentak larian Shereen yang berpangkalan di Amerika Syarikat sukar digugat barisan pencabarnya.Tampil sebagai antara prospek kontinjen Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini, Shereen melintasi garisan penamat dengan catatan masa 52.53 saat (s).Catatan itu sudah cukup untuk menumpaskan pesaing terdekatnya dari Vietnam, Nguyen Thi Huyen yang merekodkan 53.27s, manakala Nguyen Thi Hang di tempat ketiga, 53.84s.Sebelum ini, pelari berusia 24 tahun itu meleburkan rekod kebangsaan acara 400m yang berusia 30 tahun milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya di Filipina pada 1993.Shereen berjaya memadam rekod berkenaan menerusi catatan masa 51.80s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California bulan lalu.Sebelum itu, Shereen empat kali meleburkan rekod kebangsaan acara 400m dalam dewan dengan terbaharu ketika memenangi emas Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia.Umar cipta sensasi di Kemboja 2023Dalam pada itu, atlet muda negara, Umar Osman mencipta kejutan apabila meraih pingat emas acara 400 meter (m) lelaki Sukan SEA Kemboja 2023 pada Selasa.Tampil buat kali pertama di pentas Sukan SEA, Umar yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk memenangi pingat emas berjaya merekodkan masa 46.34 saat (s).Dalam acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh itu, larian bertenaga Umar kira-kira 50m terakhir memastikan kilauan emas menjadi miliknya.Lebih manis, catatan masa dilakar Umar itu juga memecahkan rekod kebangsaan milik Mohd Zaiful Zainal Abidin (46.41s) pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001.Pingat perak dan gangsa menjadi milik atlet Filipina, Umajesty Wesley yang merakamkan masa 46.52s dan Frederick Cabatu (46.63s).Selepas mencipta kejutan memenangi emas acara 400m, kelibat pelari berusia 20 tahun itu pastinya menjadi tumpuan apabila dia turun beraksi dalam saingan 4x400m.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 06:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257652/berita/sukan/michelle-beri-bayangan-lepas-jawatan-ceo-abm", "article_title": "Michelle beri bayangan lepas jawatan CEO ABM", "article_text": "KETUA Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai memberi bayangan sedia mengundur diri jika dirinya gagal mencetuskan impak terbaik ketika prestasi tidak menentu skuad badminton negara di Sukan SEA Kemboja ketika ini.Sesuatu yang tidak disangka terjadi dalam sejarah badminton apabila pasukan wanita negara dikejutkan Filipina setelah tewas 0-3 dalam pusingan awal badminton berpasukan pada Isnin.Michelle juga dapat merasakan kekecewaan yang dialami para pemain dan turut memahami kemarahan yang dirasai peminat badminton negara.\u201cBukan tidak menghormati Filipina tetapi kekalahan semalam (Isnin) tidak boleh diterima.\u201cKami sedar bahawa pemain adalah muda tetapi ia bukan alasan kerana sesiapa yang dihantar untuk menyarung jersi Malaysia mereka perlu beraksi dengan baik.\u201cKetika mengkaji kekalahan kepada Filipina, ia menjadi masa yang terbaik buat kami termasuk saya untuk melihat diri sendiri dan berlaku jujur. Adakah kami masih mampu untuk memberikan nilai tambah kepada para pemain.\u201cJika sudah tidak dapat memberikan impak kepada pemain, kami perlu berundur dan bawa individu lain yang boleh membawa idea baharu,\u201d katanya dalam sidang media yang turut dihadiri barisan kejurulatihan ABM pada Selasa.Barisan pengurusan dan kejurulatihan ABM itu termasuk Pengarah Prestasi Tinggi, Dr. Tim Jones, Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan Perseorangan) dan Rexy Mainaky (Pengarah Kejurulatihan Beregu).Menurut Michelle, meskipun memiliki perancangan jangka panjang yang dilihat mampu menghasilkan keputusan dimahukan, beliau tanpa berselindung mahu melihat pencapaian dalam tempoh terdekat dijelmakan.\"Perancangan jangka panjang memang ada tetapi mahu tengok juga perubahan dalam tempoh tiga atau enam bulan. Secara jujur, perancangan jangka panjang tidak akan nampak sekarang kerana ia memerlukan masa,\" katanya.Semalam, skuad badminton wanita negara sekali lagi mengulangi aksi mengecewakan pada edisi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam sebelum ini selepas tersekat di saingan suku akhir acara badminton berpasukan.Kekalahan kepada Filipina itu menyaksikan skuad wanita tersingkir dan tidak dapat mengulangi pencapaian layak ke separuh akhir ketika temasya di Hanoi yang menyaksikan Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam.Kekalahan itu menjejaskan semangat serta moral para pemain dan sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan mereka kekal fokus untuk menghadapi acara individu sekali gus mampu menebus kekecewaan dalam acara berpasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 05:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257642/berita/sukan/pingat-emas-hadiah-untuk-anak---muhammad-syafiq", "article_title": "Pingat emas hadiah untuk anak - Muhammad Syafiq", "article_text": "PENERJUN negara, Muhammad Syafiq Puteh menyifatkan kejayaan mempertahankan pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal lelaki pada Sukan SEA 2023 sebagai hadiah kepada anak perempuannya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Jumaat ini.Atlet berusia 28 tahun itu berkata, pada tahun lepas beliau tidak dapat menyambut hari lahir Nuraisya Zulaikha kerana beraksi pada temasya dwitahunan tersebut di Hanoi, Vietnam.\"Hari kelahiran anak perempuan saya Nuraisya Zulaikha pada 12 Mei, jadi ini hadiah kemenangan buat beliau selain saya anggap sebagai rezeki untuk anak kedua yang bakal lahir November ini,\u201d katanya.Skuad terjun dijangka pulang ke tanah air pada Jumaat, sehari selepas acara terjun melabuhkan tirai pada temasya kali ini.Pada aksi hari ini, dua atlet negara, Muhammad Syafiq dan Gabriel Gilbert Daim menguasai Pusat Akuatik Morodok Techo apabila menduduki tempat pertama dan kedua selepas melakukan enam terjunan.Kejayaan Muhammad Syafiq dengan kutipan 377.85 mata itu sekali gus menyaksikan beliau mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas di Hanoi.Gabriel turut cemerlang apabila mempertahankan pingat perak selepas mengumpul keseluruhan 365.25 mata, manakala gangsa menjadi milik penerjun Singapura Avvir Tham Pac Lun yang mengutip 360.40 mata.Mengenai aksi hari ini, Muhammad Syafiq gembira dapat mempertahankan pingat emas dimenanginya di Hanoi, namun sedikit kecewa pada terjunan terakhir.\"Saya mahu melakukan keputusan terbaik pada terjunan terakhir yang juga terjunan kegemaran saya tetapi tidak menjadi. Saya akan bekerja keras dan ia menjadi pengajaran buat saya pada kejohanan akan datang,\u201d katanya.Kejayaan Muhammad Syafiq itu adalah pingat emas ke-11 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.Semalam, Malaysia membuka tirai hari pertama acara terjun dengan bergaya selepas Kimberly Bong meraih pingat emas acara 3m papan anjal wanita.Skuad terjun negara menyasarkan tiga pingat emas daripada empat acara yang dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.Sebagai rekod, skuad terjun negara menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan selain turut membawa pulang tiga perak dan satu gangsa di Sukan SEA Hanoi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 04:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257618/berita/sukan/sukan-sea-skuad-badminton-mara-ke-separuh-akhir", "article_title": "Sukan SEA: Skuad badminton mara ke separuh akhir", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Skuad badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam pada peringkat suku akhir Sukan SEA 2023 di Phnom Penh pada Selasa.Pemain perseorangan utama negara, Leong Jun Hao merangkul mata pertama setelah pemain nombor 61 dunia itu menumpaskan Nguyen Hai Dang, 21-14, 21-16, dalam perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton Morodok Techo National Stadium.Meskipun diasak sengit beregu Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh, 21-19, dalam set pertama perlawanan kedua, beregu negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe kekal tenang untuk memenangi set kedua 21-14, sekali gus menambah mata pendahuluan buat Malaysia.Bagaimanapun, Lee Shun Yang, pemain ranking ke-93 dunia, gagal meneruskan momentum kejayaan itu selepas tewas kepada pemain nombor 163 dunia, Le Duc Phat, 13-21, 21-16, 7-21.Dalam perlawanan terakhir, beregu kedua negara Chia Weijie-Liew Xun menundukkan Xun Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai, 21-14, 21-18, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir untuk Malaysia pada Rabu.Malaysia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentukan slot ke final dengan menentang Thailand, selepas juara bertahan itu mengalahkan Kemboja 3-0.Sementara itu, Weijie ketika ditemui selepas perlawanan mengakui mereka kehilangan fokus pada minit-minit akhir set kedua, sekali gus memberi peluang kepada pasangan Vietnam memperoleh lima mata bagi merapatkan jurang hingga 19-18.Namun Weijie-Liew berjaya menempuh saat-saat genting itu untuk akhirnya meraih mata kemenangan buat Malaysia.Weijie berkata mereka bersedia untuk 'menggempur' Thailand, selain mahu menebus kekalahan 0-3 kepada pasukan itu pada edisi final 2021.Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas bagi acara berpasukan lelaki ialah di Manila 2005.Semalam, pemain negara tewas 0-3 kepada Filipina dalam peringkat suku akhir berpasukan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 03:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257615/berita/sukan/syafiq-gabriel-ceriakan-kem-terjun", "article_title": "Syafiq, Gabriel ceriakan kem terjun", "article_text": "DUA penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim cemerlang di kolam renang apabila mempertahankan pingat emas dan perak yang dimenangi pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu.Syafiq dan Gabriel mengungguli kedudukan pertama dan kedua acara 3 meter (m) papan anjal Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Akuatik Morodok Tech, Phnom Penh pada Selasa.Penerjun berusia 27 tahun itu mengutip 377.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan dan Gabriel (365.25), manakala atlet Singapura, Avvir Tham Pac Lun yang mengumpul 360.4 mata meraih gangsa.Skuad terjun pada Isnin meraih emas pertama menerusi Kimberly Bong yang mengungguli acara 3m papan anjal.Kimberly memungut 276.3 mata sekali gus mengekalkan emas yang dimenangi Ng Yan Yee pada temasya sama di Vietnam, tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 02:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257581/berita/sukan/impian-pemain-everton-tak-pernah-padam", "article_title": "Impian pemain Everton tak pernah padam", "article_text": "EVERTON mempamerkan kualiti sebenar dalam permainan ketika meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Brighton awal pagi Selasa.Kemenangan itu melonjakkan Toffees dua mata dari zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan saingan musim ini berbaki tiga perlawanan lagi.Pengurus Everton, Sean Dyche tidak pernah meragui kebolehan para pemainnya kerana mereka sedar tentang matlamat dan misi untuk kekal dalam kancah EPL musim depan.\u201cOrang ramai di luar sana berfikir mungkin masih ada sisa harapan dalam pasukan ini tetapi bagi kami impian itu tidak pernah lenyap,\u201d katanya.Ia adalah kemenangan liga pertama Everton di tempat lawan dalam 14 percubaan.Jaringan Abdoulaye Doucoure selepas 33 saat permainan terbukti menjadi titik tolak buat mereka beroleh keyakinan.Doucoure kemudian meledak gol kedua pada minit ke-29, sebelum gol sendiri Jason Steele pada minit ke-35 dan dua jaringan Dwight Mc Neil pada minit ke-76 dan masa kecederaan melengkapkan kemenangan Everton.Brighton pula meraih gol saguhati menerusi sentuhan Alexis Mac Allister pada minit ke-79.\u201cCuma saya perlu ingatkan pemain tentang etika kerja, komitmen mereka terhadap matlamat dan pasukan adalah sangat penting kerana saya tahu mereka mempunyai kualiti,\u201d ujar Dyche.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 12:21pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257579/berita/sukan/impian-ronaldo-tersentak-di-riyadh", "article_title": "Impian Ronaldo tersentak di Riyadh", "article_text": "HARAPAN Cristiano Ronaldo untuk merangkul Liga Pro Saudi pada penampilan pertama tersentak selepas Al-Nassr diikat 1-1 kelab bawahan Al-Khaleej di Riyadh pada Selasa.Pasukan pelawat, yang sedang berjuang mengelak penyingkiran, mendahului menerusi Fabio Martins pada minit keempat selepas menterjemahkan sentuhan Andrew Eric Feitosa dalam perlawanan di Al-Awwal Park tersebut.Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila bintang sensasi Al-Nassr, Alvaro Gonzalez yang mendapat bantuan gol daripada Abdulrahman Ghareeb kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-17.Separuh masa kedua, penyerang Portugal itu yang tampil lebih agresif menyangka memberikan pasukannya pendahuluan pada minit ke-58, namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid.Al-Nassr selepas ini akan berdepan Al-Ta'ee (17 Mei), Al-Shabab (24 Mei), Al-Ettifaq (28 Mei) dan Al Fateh (1Jun).Sementara itu, pendahulu liga, Ittihad, melebarkan jurang jarak kepada lima mata dengan Al-Nassr selepas membelasah Abha 4-0 dengan empat perlawanan berbaki.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 12:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257574/berita/sukan/harimau-muda-sepatutnya-ke-final---elavarasan", "article_title": "Harimau Muda sepatutnya ke final - Elavarasan", "article_text": "PENGENDALI skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, E Elavarasan seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa pasukan bimbingannya tersingkir daripada saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.Peluang skuad Harimau Muda untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup selepas tewas 1-2 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Prince di sini malam tadi.Beliau berkata, dengan kualiti permainan yang ditunjukkan anak buahnya ketika menentang juara bertahan Vietnam itu, sepatutnya Malaysia layak beraksi di pentas final.\"Kita memang sasar untuk sekurang-kurangnya pergi ke perlawanan akhir, dari standard yang kita tunjuk tadi sepatutnya kita berada di sana (final). Kadang-kadang dalam keadaan sebegini kita kena terima keputusan-keputusan dibuat oleh pihak lain.\"Kadang-kadang kita kena terima yang kita main bagus, bukan tak bagus. Kita tak dapat menjaringkan gol bila kita ada peluang jadi kita terpaksa terima yang kita tersingkir,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.Kekalahan malam tadi menyaksikan perjalanan skuad B-22 pada Sukan SEA kali ini berakhir setelah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dengan hanya mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan iaitu menang 5-1 ke atas Laos dan tewas 0-2 di tangan Thailand.Vietnam pula yang mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan anak buah Elavarasan, akan mengiringi Thailand ke pusingan kalah mati selepas kedua-duanya berkongsi sembilan mata di kedudukan teratas.Walaupun kecewa skuad bimbingannya gagal mencapai sasaran layak ke final seperti ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Elavarasan masih berbangga dengan elemen positif yang ditunjukkan para pemain.\"Saya jarang tengok Sukan SEA tetapi ini pertama kali saya bawa pasukan, jadi pada saya boleh nampak DNA skuad senior itu boleh dicapai ataupun dicapai pada masa akan datang untuk pemain dinaikkan ke skuad senior,\u201d katanyaMengulas lanjut, Elavarasan berkata, pasukan masih perlu memberikan tumpuan dan mempamerkan persembahan terbaik ketika menentang Singapura pada baki aksi kumpulan menentang Singapura Khamis ini.Dengan tersingkirnya pasukan negara, anak buah Elavarasan mengulangi episod 2019 di Manila, Filipina, selepas \u2018pulang\u2019 awal apabila menamatkan saingan kumpulan di kedudukan keempat. Edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas, Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat.Kali terakhir Malaysia membawa pulang pingat adalah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas meraih perak sementara kali terakhir merangkul emas pada edisi 2011 di Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 11:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257571/berita/sukan/jangan-cari-salah-sesiapa---eriksen", "article_title": "Jangan cari salah sesiapa - Eriksen", "article_text": "\u201cSESIAPA sahaja boleh melalukan kesilapan.\u201d Demikian kata pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen yang mahu rakan sepasukan tidak menuding jari mencari salah sesiapa ketika mereka dalam misi memburu tempat Liga Juara-Juara musim depan.The Reds berada dalam kedudukan bahaya ditekan Liverpool yang berada di tempat kelima ketinggalan hanya satu mata belakang, namun bermain lebih satu perlawanan.Kesilapan David de Gea yang gagal menampan kemas memberi kemenangan 1-0 kepada West Ham pada perlawanan Ahad lalu.Percubaan Said Benrahma dari jarak jauh yang gagal ditampan kemas penjaga gol berusia 32 itu menambah rentetan kesilapan yang dilakukan penjaga gol itu tahun ini.\u201cKeadaan menjadi sukar apabila David (de Gea) tergelincir. Sukar sebagai penjaga gol kerana jika anda melakukan kesilapan, ia adalah gol.\u201cBagaimanapun dia juga adalah salah satu sebab di mana kita berada sekarang,\u201d ujar Eriksen yang memenangi anugerah Kemunculan Semula Laureus selepas serangan jantungnya pada 2021.Skuad The Reds bimbingan Erik ten Hag dilihat mula hilang tenaga ketika berkunjung ke Timur London yang juga aksi ke-57 musim ini.United hanya memperoleh empat dari 12 mata yang ditawarkan.Kegagalan layak ke Liga Juara-Juara bakal menjadi malapetaka buat The Reds dan Ten Hag yang juga mengakui ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengukuhkan skuad musim panas ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 11:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257567/berita/sukan/derbi-milan-inter-unik", "article_title": "Derbi Milan, Inter unik", "article_text": "BEKAS pemain AC Milan, Kaka menyifatkan derbi Milan menentang Inter Milan sebagai perlawanan berintensiti tinggi yang unik menjelang perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.Malah bekas pemain Brazil itu berkata, pertemuan kedua-dua jagoan Serie A dan kelab Itali paling berjaya di pentas Eropah itu sesuatu yang penting buat penduduk bandar Milan.\u201cDerbi AC Milan dan Inter Milan adalah perlawanan yang unik. Ke mana sahaja anda pergi orang bercakap tentang derbi.\u201cMilanisti memberitahu anda untuk menang, Interisti memberitahu anda untuk tidak bermain helah. Ia perlawanan yang boleh mengubah musim,\u201d katanya.Sebagai rekod, perlawanan yang menyaksikan Milan akan menjadi tuan rumah kepada Inter juga merupakan Derbi Euro yang kali terakhir disaksikan sejak 2003.Kedua-dua kelab tampil di fasa empat terbaik dengan motivasi terbaik selepas meraih kemenangan penting menentang pasukan Rom pada hujung minggu lalu.Milan menewaskan Lazio 2-0, manakala Inter menewaskan Roma juga dengan jaringan sama.Sementara itu, Kaka mengakui perlawanan dua jiran tetangga di Stadium San Siro tersebut mengimbau semula memori gol pertamanya ketika menentang NerazzurriJelasnya, pertama kali pertama dia menjaringkan gol untuk Milan menentang Inter, penyokong-penyokong terus bertindak balas dari tempat penonton.\u201cSangat menggembirakan untuk mengingati gol pertama saya dalam perlawanan derbi.\u201cIa kekal dalam fikiran saya selama-lamanya, saya ingat gol, kegembiraan dan peminat turun ke arah saya.\u201cSaya tidak pernah bermimpi yang penampilan pertama saya dengan jersi Milan merupakan perlawanan derbi,\u201d katanya.LIGA JUARA-JUARASeparuh Akhir PertamaRABU (10 MEI)Real Madrid lwn Manchester City, 3 pagiKHAMIS (11 MEI)AC Milan lwn Inter Milan, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 11:08am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257541/berita/sukan/terima-kasih-atas-sokongan-semua", "article_title": "Terima kasih atas sokongan semua", "article_text": "PENERJUN muda negara, Kimberly Bong Qian Ping menyifatkan kerjasama semua pihak membolehkannya merangkul pingat emas ke-10 negara dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA Kemboja 2023 pada Isnin.\u201cSejujurnya kejayaan pada hari ini juga hasil sokongan jurulatih saya, Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Sukan Malaysia (MOM), yang sentiasa bekerja keras bersama-sama saya selama ini.\u201cSelain itu terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan, keluarga dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan untuk kejayaan pada hari ini,\u201d katanya.Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, penerjun muda berusia 20 tahun itu mengumpul 276.30 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk menewaskan lapan penerjun lain.Pingat perak dimenangi atlet Indonesia Gladies Lariesa Garina Haga (273.10 mata) manakala seorang lagi wakil negara Ong Ker Ying (248.70 mata) membawa pulang gangsa.Kejayaan Kimberly itu merupakan emas Sukan SEA pertamanya selepas membuat kemunculan di temasya sukan dwitahunan tersebut sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.Atlet dari Sarawak itu juga mengekalkan penguasaan negara dalam acara 3m papan anjal wanita sejak Cheong Jun Hoong memenangi emas edisi 2011 di Palembang, Indonesia.Edisi 2021 Vietnam di Hanoi tahun lalu, Kimberly meraih perak 1m papan anjal selepas menamatkan saingan di belakang Nur Dhabitah Sabri yang merangkul emas.Selasa, giliran skuad penerjun lelaki negara turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal.Sebagai rekod, Persekutuan Renang Malaysia (MS) meletakkan sasaran tiga emas, tiga perak dan dua gangsa pada temasya edisi ke-32 kali ini.Di bumi Kemboja kali ini MS menyandarkan harapan kepada enam penerjun muda dipacu dua penerjun elit, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim.Edisi Vietnam 2021 sebelum ini skuad terjun negara menepati ramalan apabila menyapu bersih semua lapan emas ditawarkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 07:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257542/berita/sukan/epl-tetap-keutamaan-manchester-city", "article_title": "EPL tetap keutamaan Manchester City", "article_text": "PEP Guardiola menegaskan dia kekal fokus sepenuhnya pada Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun Manchester City menghampiri aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan penyandang juara, Real Madrid awal pagi Rabu.Penyandang juara EPL itu masih meneruskan pemburuan kejuaraan treble ketika saingan musim ini menghampiri penghujung musim.The Citizens masih mengekalkan status pendahulu selepas melakarkan kemenangan 2-1 ke atas Leeds United sebelum perhatian beralih kepada angkatan Los Blancos pimpinan Carlo Ancelotti di Santiago Bernabeu.Sebagai rekod, Guardiola membuat tujuh pertukaran semasa perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Etihad, namun menegaskan dia tidak berfikir lebih awal untuk pertembungan di laman keramat Real.\u201cSaya tidak menggilirkan pasukan disebabkan memikirkan tentang Real Madrid. Saya melakukan pertukaran pemain kerana merasakan beberapa pemain bertanya kepada saya \u2018Saya sangat penat\u2019.\u201cYa, ramai orang memberitahu saya bahawa terdapat pemain City yang mula keletihan, jadi itulah sebabnya saya melakukannya pertukaran pemain.\u201cSejujurnya saya memandang serius Liga Perdana Inggeris. Ya, sangat serius kerana Oktober, November dan Disember secara realitinya pasukan anda boleh kehilangan mata.\u201cKami tahu pasukan pada tahap ini perlu beraksi dengan baik dan kami akan mengharungi perlawanan separuh akhir pertama sebaik mungkin berdepan Real dengan baik,\u201d katanya.Perlawanan di Etihad itu menyaksikan mesin gol City, Erling Haaland bermain penuh selama 90 minit untuk perlawanan keempat berturut-turut namun Guardiola tidak bimbang tentang kecergasan penjaring terbanyaknya.\u201cDia berasa begitu kuat... Orang kata dia susu atau apa. Saya pun minum ramuan ajaib ini tetapi tidak menjaringkan 50 gol sepanjang karier.\u201cSaya akan mengesyorkan budak-budak kecil yang ingin mencontohi Erling untuk cuba mencontohi kemahirannya dan bukannya minuman,\u201d katanya.LIGA JUARA-JUARAJADUAL PERLAWANANSEPARUH AKHIR PERTAMARABU (10 MEI)Real Madrid lwn Manchester City, 3 pagiKHAMIS (11 MEI)AC Milan lwn Inter Milan, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257551/berita/sukan/messi-argentina-dapat-pengiktirafan", "article_title": "Messi, Argentina dapat pengiktirafan", "article_text": "KAPTEN skuad bola sepak Argentina yang menjuarai Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Laureus, manakala juara pecut Shelly-Ann Fraser-Pryce meraih penghormatan sama kategori wanita dalam majlis anugerah pada Isnin.Messi juga menerima anugerah bagi pihak pasukan bola sepak lelaki Argentina, yang dinamakan Pasukan Terbaik Dunia selepas kejayaan di Piala Dunia 2022 di Qatar.Sebagai rekod, penyerang Paris St Germain (PSG) berusia 35 tahun itu pernah memenangi anugerah itu sebelum ini, berkongsinya dengan pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton pada 2020.Lebih manis Messi juga menjadi atlet pertama merangkul kedua-dua Anugerah Olahragawan Terbaik Dunia dan Anugerah Pasukan Terbaik Dunia pada tahun sama.\"Saya melihat nama-nama legenda luar biasa yang memenangi Anugerah Ahli Sukan Terbaik Laureus sebelum saya: Schumacher, Woods, Nadal, Federer, Bolt, Hamilton, Djokovic.\"Sejujurnya saya benar-benar tenggelam dalam kalangan terbaik yang sukar dipercayai dan apa pun pada saya satu penghormatan yang unik,\" kata Messi yang masih merupakan aset La Albiceleste.Sebagai rekod, Fraser-Pryce dari Jamaica menikmati tahun 2022 yang cemerlang, termasuk memenangi emas 100m di Kejohanan Olahraga Dunia.Dalam pada itu, pemain tenis Carlos Alcaraz, yang memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 dan naik ke nombor satu dalam ranking ATP juga mendapat penghormatan dalam majlis tersebut.Christian Eriksen, yang pulih serangan jantung pada Euro 2021 untuk kembali Liga Perdana Inggeris bersama Brentford diikuti Manchester United sebelum bersaing bersama Denmark di Piala Dunia 2022, menerima Anugerah Kemunculan Kembali Terbaik Dunia Laureus.Sebagai rekod, Calon Anugerah Sukan Dunia Laureus dipilih oleh media global, manakala pemenang ditentukan oleh 71 ahli Akademi Sukan Dunia Laureus. disampaikan setiap tahun sejak penubuhannya pada 2000.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 07:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257538/berita/sukan/kontinjen-negara-kekal-di-kedudukan-ketujuh", "article_title": "Kontinjen negara kekal di kedudukan ketujuh", "article_text": "PHNOM PENH - Malaysia kekal berada di kedudukan ketujuh selepas berakhir hari ketiga temasya Sukan SEA 2023 apabila kontinjen negara sekadar menambah empat lagi pingat emas hari ini.Kutipan empat pingat emas itu sekali gus menyaksikan kem negara setakat ini mengutip keseluruhan 10 emas, 13 perak dan 25 gangsa.Pada saingan hari ini, atlet pelayaran muncul pasukan terbaik apabila menyumbangkan dua emas menerusi Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri bagi kelas RS: One.Pencapaian dua pingat emas pada hari terakhir saingan di Sihanoukville Boulevard di wilayah Sihanoukville yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini itu, menyaksikan skuad pelayaran kebangsaan pulang dengan mencapai sasaran dua pingat emas.Acara terjun yang membuka saingan di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, juga tidak mengecewakan apabila menyumbangkan sebutir pingat emas kepada Malaysia menerusi penerjun muda Kimberly Bong yang merangkul emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita.Kejayaan Kimberly itu merupakan emas Sukan SEA pertamanya selepas membuat kemunculan di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.Saingan dalam acara olahraga yang bermula hari ini juga menyaksikan jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong, merangkul pingat emas, dengan memecahkan rekod Sukan SEA dengan catatan 61.87m, memadamkan rekod lama diciptanya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu 59.24m.Namun, Jackie Wong gagal mempertahankan emas dan terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara baling tukul besi lelaki.Di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, skuad karate turut terlepas peluang mempertahankan pingat emas apabila terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara kumite berpasukan lelaki.Skuad bola sepak turut mempamerkan aksi mengecewakan apabila tewas kepada Vietnam 1-2 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B malam ini, sekali gus menyaksikan anak buah E. Elavarasan ditunjukkan jalan keluar daripada saingan dan gagal mencapai sasaran mara ke pentas final.Selepas tamat saingan hari ini, tuan rumah Kemboja kekal mendahului carta kedudukan pingat apabila meraih keseluruhan 37 pingat emas, 31 perak dan 32 gangsa.Vietnam menghuni tangga kedua dengan 28-29-35 manakala Thailand berada di tempat ketiga dengan 28-21-32. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2023 12:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257537/berita/sukan/perenang-negara-cipta-dua-rekod-kebangsaan", "article_title": "Perenang negara cipta dua rekod kebangsaan", "article_text": "PERENANG Malaysia mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam perjalanan untuk merangkul pingat gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Morodok Techo, di sini, pada Isnin.Perenang muda, Tan Khai Xin memulakan usaha mencipta rekod dalam acara 400 meter rampaian individu lelaki.Bukan sahaja berpuas hati muncul pemenang pingat tunggal untuk kem renang negara, hari ini, tetapi beliau juga membuktikan kebolehannya dengan mencipta rekod kebangsaan dalam acara itu.Khai Xin mencatat masa 4 minit 23.24 saat (s)untuk menggondol gangsa bagi pingat pertamanya di temasya dwitahunan itu dan memadam catatan masa sebelumnya 4:24.83s yang dicipta oleh Khiew Hoe Yean pada Kejohanan Sepanyol pada 2021.Bercakap kepada media Malaysia, perenang berusia 19 tahun itu mengaku tidak pernah terfikir akan memecahkan rekod kebangsaan kerana hanya mengintai penamat podium di Kemboja selepas pulang dengan tangan kosong pada penampilan sulungnya di Hanoi pada 2021.\"Saya bekerja keras sepanjang tahun, saya percaya boleh melakukannya dan gembira dapat melakukannya (memenangi pingat),\u201d katanya selepas majlis penyampaian pingat,Hung Nguyen Tran mendahului Vietnam pada penamat satu-dua apabila dia meraih emas dalam masa 4:19.12s, dengan Quang Thuan Nguyen meraih perak dalam masa 4:21.03s.Rekod kebangsaan kedua diperoleh daripada kuartet 4x100m rampaian berganti-ganti lelaki iaitu Hoe Yean, Andrew Goh Zheng Yen, Bryan Leong Xin Ren dan Arvin Shaun Singh Chahal.Walaupun menduduki tempat kelima, mereka masih wajar diberi pujian selepas mencatat masa 3:42.12s untuk memecahkan rekod berusia enam tahun iaitu 3:45.07s yang dibuat oleh Tern Jian Han, Wong Fu Kang, Chan Jie dan Keith Lim Kit Sern di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.Singapura menang pingat emas dengan catatan masa 3:37.45s, diikuti Thailand (3:41.75s) dan Indonesia (3:41.92s).Jurulatih renang kebangsaan, Chris Martin, memuji usaha kuartet lelaki negara dalam mencipta rekod kebangsaan baharu.\"Ya, saya fikir mereka akan (memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini)... ia adalah (suatu) saingan yang menarik dan sengit. Renangan sungguh berani oleh mereka,\u201d katanya kepada Bernama.Sementara itu, dua perenang wanita negara - Kelly Teo Yao dan Hooy Jia Yee - gagal memberi impak selepas masing-masing menduduki tempat keenam dan terakhir dalam acara 400m gaya bebas.Teo Yao (4:32.15s) dan Jia Yee (4:37.55s) berada jauh daripada rentak apabila perenang Singapura, Ching Hwee Gan, mendominasi perlumbaan untuk menang dalam masa 4:15.17s, diikuti oleh rakan senegaranya, Ashley Yi-Xuan Lim (4:17.16 s) dan Kamonchanok Kwanmuang dari Thailand (4:21.79s). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 11:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257536/berita/sukan/messi-kembali-berlatih-dengan-psg", "article_title": "Messi kembali berlatih dengan PSG", "article_text": "LIONEL Messi kembali berlatih dengan Paris St Germain (PSG) sekali lagi, kata kelab Ligue 1 pada Isnin, selepas penyerang itu digantung susulan melakukan perjalanan ke Arab Saudi dan hilang sesi latihan.Media Perancis melaporkan Messi digantung selama dua minggu selepas lawatan tanpa kebenaran ke Arab Saudi apabila dia sepatutnya berlatih bersama skuad itu sehari selepas pendahulu Ligue 1 itu tewas 1-3 kepada Lorient bulan lalu.Messi, yang meminta maaf kepada PSG dan rakan sepasukannya pada Jumaat, diketepikan daripada skuad yang melakar kemenangan 3-1 ke atas pasukan bawahan Troyes pada Ahad.PSG menyiarkan gambar Messi berlatih di media sosial, bersama dengan kapsyen: \"Penyerang Argentina dari Paris Saint-Germain itu kembali berlatih pada Isnin 8 Mei.\"PSG mendahului enam mata pencabar terdekat Lens dan lapan mata di depan Olympique de Marseille dengan baki empat perlawanan musim ini.Sebelum ini timbul desas-desus masa depan Messi di PSG telah menjadi subjek spekulasi sejak kebelakangan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 11:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257535/berita/sukan/skuad-chinlone-lelaki-negara-tambah-koleksi-pingat", "article_title": "Skuad chinlone lelaki negara tambah koleksi pingat", "article_text": "SKUAD chinlone lelaki negara menambah koleksi pingat apabila meraih gangsa acara linking pada Sukan SEA 2023 di Dewan Bola Keranjang Kompleks Olimpik,Kemboja pada Isnin.Pasukan negara yang dibimbing jurulatih kelahiran Myanmar, Thu Ya Zaw, mengutip keseluruhan 314 mata selepas mengumpul 161 mata pada set pertama dan 153 di set kedua.Pingat emas acara berkenaan dimenangi Laos yang mengumpul 419 mata, mengatasi Myanmar di tempat kedua yang mencatat 407 mata.Sementara itu tuan rumah, Kemboja yang mengutip 268 mata berkongsi pingat gangsa bersama Malaysia.Kedudukan terkini pingat Sukan SEA Kemboja 2023 setakat jam 10.30 malam.Pengurus pasukan skuad sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun berkata, dia berpuas hati pencapaian pemain negara berdasarkan persiapan singkat bagi menghadapi temasya kali ini walaupun meraih gangsa.\u201cKita hanya membuat persiapan kira-kira dua minggu sebelum datang ke sini. Malah jurulatih dari Myanmar yang kita ambil, hanya tiba di tanah air pada pertengahan April.\u201cBerbanding pasukan lain, mereka sudah membuat persediaan sejak lebih enam bulan lepas,\u201d katanya.Sebagai rekod, skuad negara meraih pingat perak dalam acara same stroke. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 11:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257534/berita/sukan/harimau-muda-pulang-awal", "article_title": "Harimau Muda pulang awal", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara terpaksa melupakan hasrat meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Prince, Phnom Penh sebentar tadi.Tampil dengan misi mencipta kejutan ke atas penyandang juara itu, Harimau Muda tersentak awal apabila gawang mereka dibolosi seawal minit ketujuh.Gol pembukaan Vietnam itu berpunca menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan tonggak pertahanan, Harith Haiqal Adam Afkar.Nguyen Van Tung menyempurnakan sepakan penalti itu sebelum dia sekali lagi berjaya merobek gawang Harimau Muda pada minit ke- 34.Skuad kendalian E Elavarasan yang turun dengan misi wajib menang berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Aiman Afif Md Afizul.Aimam Afif berjaya meledak gol selepas penjaga gol Vietnam, Quan Van Chuan gagal menangkap kemas bola sepakan percuma Alif Izwan Yuslan ketika aksi babak pertama berbaki dua minit.Sebaik bersambung babak kedua, Harimau Muda tampak lebih dominan untuk memperoleh gol penyamaan.Namun, malang menimpa mereka apabila terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Safwan Mazlan dilayangkan kad merah pada minit ke-79 sebelum nasib sama menimpa Najmudin Akmal Kamal Akmal berselang tiga minit kemudian.Insiden itu bagaikan menutup terus peluang Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata seterusnya menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas mereka tewas 0-2 kepada Thailand pada Sabtu lalu.Kekalahan itu menyaksikan Harimau Muda kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata dan akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Singapura di venue sama pada Khamis ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 10:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257527/berita/sukan/pearly-pulih-sebelum-piala-sudirman", "article_title": "Pearly pulih sebelum Piala Sudirman", "article_text": "PEMAIN beregu wanita negara, Pearly Tan kian beransur pulih sekali gus sedia beraksi bersama gandingannya, M Thinaah pada Kejohanan Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones yang memaklumkan perkembangan terbaharu itu berkata, walaupun Pearly tidak dapat diturunkan dalam simulasi kejohanan Piala Sudirman pada Ahad, namun beliau yakin pemain berusia 23 tahun itu mampu pulih sepenuh menjelang kejohanan itu.\u201cBeliau mengalami sedikit kekejangan leher sejak Jumaat lepas dan masih belum 100 peratus pulih tetapi tiada sebab untuk mengambil risiko ke atasnya dan menjadikan keadaan lebih buruk.\u201cAdalah lebih penting untuk memastikan beliau bersedia minggu depan. Ia tidak membimbangkan kerana kami berjaya menguruskan segalanya dengan baik,\u201d katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Isnin.Thinaah dan Pearly tersenyum.Pada September lalu, Pearly mengakhiri perjuangannya bersama Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 selepas mengalami kecederaan lutut kiri.Dalam masa sama, Jones menyifatkan barisan pemain yang menggalas tugas di Suzhou nanti, berpeluang untuk merealisasikan sasaran mara ke separuh akhir seperti yang ditetapkan BAM.\u201cKami perlu mendapatkan semangat berpasukan yang tepat kerana ia akan membawa kami mara ke depan,\u201d katanya.Pada saingan Piala Sudirman, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia dengan Malaysia perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama atau kedua untuk mara ke saingan suku akhir.Skuad negara tidak pernah merangkul kejuaraan sepanjang pembabitan dalam kejohanan itu yang dipertandingkan sejak 1989 dengan pencapaian terbaik negara ialah beraksi di separuh akhir pada 2009 dan 2021. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 09:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257525/berita/sukan/pelumba-lebuh-raya-malaysia-diingatkan-jangan-terlalu-yakin", "article_title": "Pelumba lebuh raya Malaysia diingatkan jangan terlalu yakin", "article_text": "SKUAD berbasikal lebuh raya elit lelaki negara diingatkan agar tidak terlalu yakin dengan status profesional mereka sehingga menjejaskan peluang untuk mempertahankan pingat emas acara lepas beramai-ramai pada Sukan SEA 2023.Tampil dengan kombinasi dua kelab ternama Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (TSC), pasukan negara dianggap pilihan utama bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas.Pengurus pasukan skuad berbasikal lebuh raya negara, Norazman Abu Samah menasihatkan pelumba negara agar lebih berhati-hati kerana Thailand, Indonesia dan Filipina turut menghantar skuad profesional dalam acara itu yang akan berlangsung di Siem Reap terletak kira-kira 320 kilometer dari ibu negara Kemboja ini.\"Di atas kertas skuad lebuh raya Malaysia dianggap sangat kuat kerana memiliki pelumba profesional TSG dan Sapura (TSC). Bagaimanapun, jangan pandang rendah kekuatan Thailand, Indonesia atau Filipina.\"Saya juga minta jangan pandang rendah kehebatan pelumba Laos. Mereka pernah buat kejutan di Sukan SEA 2013 di Myanmar. Walhal ketika itu, pelumba Malaysia di hadapan dan perlumbaan tinggal 30 kilometer sahaja,\u201d katanya dalam kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Isnin.Norazman, yang juga Naib Presiden PKBM, menegaskan kesemua pelumba mesti bekerjasama dan mengetepikan status kelab masing-masing bagi merealisasikan impian mempertahankan pingat emas di Siam Reap nanti.\"Mereka mesti kekalkan semangat sebagaimana ditunjukkan di Vietnam. Dalam hal ini, saya memuji kehebatan Datuk Ng Joo Ngan yang bijak mengatur strategi dan mengambil hati pelumba profesional pada temasya lepas,\u201d katanya.Pada temasya kali ini, skuad lebuh raya negara diramal berpeluang besar untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi menerusi acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan kriterium sekali gus menguatkan harapan untuk diselitkan ke Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China, September ini.\"Saya sudah tegaskan kepada mereka bahawa tiket untuk ke Sukan Asia banyak bergantung kepada kejayaan di Sukan SEA 2023. Saya harap mereka tahu implikasi kemenangan di Kemboja,\u201d katanya.Acara berbasikal lebuh raya akan berlangsung bermula Khamis ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 08:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257522/berita/sukan/zaidatul-tamat-kemarau-enam-tahun-raih-pingat-gangsa", "article_title": "Zaidatul tamat kemarau enam tahun, raih pingat gangsa", "article_text": "RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan kemarau enam tahun pingat acara 200 meter (m) wanita selepas merangkul gangsa pada Sukan SEA 2023, di sini pada Isnin.Zaidatul yang kali terakhir meraih pingat acara berkenaan pada edisi Kuala Lumpur 2017 dengan merangkul perak, merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira yang berjaya mempertahankan emasnya menerusi catatan 22.69s dan perak pula disambar Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s).Beliau mengakui pada mulanya tidak mahu menyertai acara itu setelah pulang dengan tangan kosong pada dua edisi lepas namun dorongan jurulatih Mohd Poad Md Kassim, membuatkannya untuk terus berlari pada Sukan SEA 2023.\"Hari ini saya hanya menyasarkan final sahaja namun syukur Alhamdulillah (menang gangsa) kerana saya dah lama tak dapat medal individu,\u201d katanya kepada pemberita, di sini.Justeru, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 11.35 saat dilakukan di Afrika Selatan pada 2017, berharap agar pencapaiannya pada hari ini dapat membakar semangatnya meraih pingat acara 4x100m wanita dijadual pada Rabu ini.Dalam pada itu, Jonathan Nyepa terlepas peluang menaiki podium selepas sekadar meraih tempat keempat bagi acara 200m dengan catatan 21.31s.Emas dimenangi pelari Thailand Soraoat Dapbang dengan catatan 20.62s diikuti perak oleh Ngoc Nghia Ngan dari Vietnam (20.84s) dan gangsa dimiliki bekas juara dunia bawah 20 tahun, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia (21.02s).Walaupun tidak berjaya membawa pulang pingat hari ini, Jonathan ketika ditemui tetap berpuas hati dengan lariannya di Kemboja dan mahu kembali fokus bagi acara 4x100m lelaki selepas ini. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 07:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257518/berita/sukan/jackie-akur-pingat-emas-dirampas-kittipong", "article_title": "Jackie akur pingat emas 'dirampas' Kittipong", "article_text": "JAGUH baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong terpaksa akur dengan pingat perak selepas emasnya dirampas musuh ketat dari Thailand, Kittipong Boonmawan pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, pada Isnin.Balingan sejauh 64.20 meter (m) pada percubaan ketiga daripada sejumlah enam balingan tidak berjaya mengatasi catatan musuh ketatnya itu yang melakukan 64.49m juga pada percubaan ketiga, untuk merampas semula emas daripada tangan Jackie dan seterusnya mengulangi pencapaiannya pada 2019.Bagaimanapun, saingan penuh kontroversi itu menyaksikan Jackie, yang turut pernah menjuarai edisi 2017, mendakwa dia berjaya membuat balingan terakhirnya sejauh 64.64m sebelum catatannya tidak ditolak susulan kesilapan teknikal para juri pada hari pertama di Stadium Nasional Morodok Techo.Keputusan itu menyaksikan wakil kem olahraga negara melakukan protes, namun Jackie berkata, juri memutuskan bahawa Kittipong diangkat sebagai juara bagi acara berkenaan.\u201cKita telah failkan protes dan lancar rayuan, juri kata mereka akan melihat video tetapi beliau tidak menunjukkan video itu dan terus menolak rayuan kami... macam mana boleh jadi begini, memang itu tidak adil bagi saya.\u201cSaya memang tak boleh terima keputusan ini kerana mereka tak nyatakan alasan yang cukup kukuh (protes ditolak),\u201d katanya kepada pemberita pada Isnin.Jackie yang ternyata kecewa dengan keputusan itu berharap kontroversi itu dapat diberikan perhatian sepenuhnya oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023 Datuk Mohd Nasir Ali bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang kepada atlet olahraga kebangsaan lain di Kemboja.Dalam pada itu, pingat gangsa dimenangi seorang lagi wakil Malaysia, Sadat Marzuqi Ajisan yang mencatat balingan terbaik, 59.76m pada percubaan terakhirnya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 07:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257517/berita/sukan/sejarah-edisi-lepas-berulang-filipina-aibkan-malaysia-3-0", "article_title": "Sejarah edisi lepas berulang, Filipina aibkan Malaysia 3-0", "article_text": "PRESTASI hambar skuad badminton wanita negara pada Sukan SEA 2023 berulang sekali lagi apabila gagal melangkah ke separuh akhir acara berpasukan selepas tewas mengejut 3-0 kepada Filipina, pada Isnin.Selepas tewas 3-1 kepada tuan rumah Vietnam di peringkat suku akhir pada edisi Vietnam 2021 tahun lalu, nasib sama menimpa skuad negara di Dewan Badminton Morodok Techo, Stadium Nasional.Pemain perseorangan pertama, Mikaela Joy De Guzman, yang berada di ranking ke-184 dunia, menyumbang mata pertama kepada Filipna apabila mengambil masa 48 minit untuk menyingkirkan wakil negara, Tan Zhing Yi, 24-22, 21-18.Beregu wanita negara, Low Yeen Tuan-Valeree Siow untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila bergelut dengan beregu utama Filipina, Alyssa YYsabel Leonardo-Thea Marie Pomar, sebelum tewas 22-20, 19-21, 22-24, dalam pertarungan selama 62 minit.Ketinggalan 2-0 tersebut memberikan tekanan kepada pemain perseorangan kedua, Siti Nurshuhaini Azman, untuk menghidupkan peluang skuad negara mengintai slot separuh akhir tetapi aksi dalam keadaan gugup menyebabkan beliau dengan mudah tewas 21-16, 21-18 kepada Maria Bianca Ysabel Carlos.Sebagai rekod, Filipina bakal bertemu pemenang antara Indonesia dan Kemboja pada separuh akhir.Sementara itu, Siti Nurshuhaini, ketika ditemui selepas perlawanan berkata, dia kecewa kerana tidak dapat memberi inspirasi kepada kebangkitan Malaysia selepas tidak dapat menahan tekanan besar selepas ketinggalan 2-0 sebelum melangkah ke gelanggang.\u201cAgak kecewa, tahun lalu saya turun sebagai perseorangan pertama (menentang Vietnam) tetapi gagal sumbang mata tapi tahun ini saya jadi penentu namun tak berjaya juga.\u201cSaya rasa boleh main namun tekanan terlalu tinggi bila pasukan ketinggalan... prestasi saya tidak menjadi dengan melakukan banyak kesilapan. Saya berazam memperbaiki kesilapan pada acara individu bermula Jumaat ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 07:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257512/berita/sukan/kem-pelayaran-pulang-dengan-senyuman-dari-kemboja", "article_title": "Kem pelayaran pulang dengan senyuman dari Kemboja", "article_text": "SKUAD pelayaran mampu pulang dengan senyuman selepas mencapai sasaran dua pingat emas di Sukan SEA 2023 pada hari terakhir saingan di Sihanoukville Boulevard dalam Wilayah Sihanoukville yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Phnom Penh.Dua emas itu masing-masing disumbangkan Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri menerusi kelas RS: One selepas kedua-duanya mendominasi saingan sejak hari pertama perlumbaan pada Selasa lalu.Bagaimanapun, kem pelayaran terpaksa melupakan hasrat mencipta sensasi selepas terlepas dua emas apabila gandingan Abdul Latif Mansor-Muhammad Dhiauddin Rozaini dalam kelas 29er dipintas pada saat akhir yang menyaksikan mereka meraih perak.Gandingan negara itu berada di kedudukan teratas selepas 12 perlumbaan pada hari kelima saingan pada Ahad.Dalam pada itu, Malaysia turut mengutip empat gangsa masing-masing menerusi Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri dalam kelas ILCA 6, Muhammad Asnawi Iqbal Adam (ILCA 4), Muhammad Faizal Ahmad Asri (ILCA 7) dan gandingan Muhammad Hilfi Nafael Mohd Hasrizan-Sara Amanda Mohd Noor Azman dalam kelas Optimist Campuran.Pengurus pasukan, Muhammad Fariz Idham Mat Zaki berkata, pencapaian di Sukan SEA kali ini ibarat batu loncatan buat para atlet untuk pergi lebih jauh dan meraih kejayaan lebih tinggi pada masa hadapan.\u201cSaya harapkan selepas ini kita cuba buat yang terbaik dalam temasya akan datang dan terus membangunkan sukan pelayaran di negara.\u201cUntuk jangka masa panjang kita akan berusaha untuk layak ke Sukan Olimpik yang tidak mustahil dilakukan sekiranya kita mempunyai kualiti atlet yang bagus,\u201d katanya.Dalam pada itu, Muhammad Fariz Idham meminta barisan atlet yang tidak berjaya memenangi emas atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peribadi supaya tidak kecewa.\u201cBagi saya pingat adalah nombor dua, saya tahu ada atlet yang rasa kecewa sebab tak capai sasaran tetapi mereka tetap membanggakan,\u201d katanya.Sebagai rekod, skuad pelayaran negara gagal membawa pulang emas apabila hanya satu perak dan lima gangsa berjaya diraih pada edisi 2019 di Filipina.Sebelum ini pelayaran tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lalu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 06:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257500/berita/sukan/terlalu-ghairah-buat-karate-berputih-mata", "article_title": "Terlalu ghairah buat karate berputih mata", "article_text": "SKUAD karate negara terlepas peluang mempertahankan pingat emas dalam acara kumite berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 apabila tumpas tipis 2-3 kepada Vietnam dalam aksi final di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, pada Isnin.Malaysia sepatutnya berpeluang membawa pulang pingat emas dalam acara itu, namun kesilapan dilakukan beberapa wakil negara dan atlet berpengalaman, S Prem Kumar, yang turun dalam pertarungan terakhir membuatkan skuad negara berputih mata dan sekadar meraih perak.Beliau terlalu ghairah untuk meraikan kejayaan ketika mendahului lawan sedangkan pertembungan masih berbaki beberapa saat, dan kesempatan itu digunakan wakil dari Vietnam untuk mendapatkan mata kemenangan.Sebaik pertarungan berakhir, Prem Kumar ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.Ketika ditemui pemberita, jurulatih kumite negara, Tamer Abdelraouf Mourssy berharap barisan atlet negara mendapat pengajaran berguna akibat kesilapan tersebut dan tidak mengulanginya pada kejohanan akan datang.\u201cSaya sudah memberitahu mereka supaya tidak meraikan kemenangan sehingga pertarungan tamat.\u201cMereka sepatutnya memberi fokus dan tidak meraikannya terlalu cepat kerana perlawanan masih berlangsung,\u201d kata jurulatih dari Mesir itu.Bagaimanapun dia berpuas hati dengan pencapaian skuad negara pada temasya kali ini apabila membawa pulang empat pingat emas sekali gus melepasi sasaran tiga emas.Tuan rumah, Kemboja dan Indonesia berkongsi pingat gangsa dalam acara berkenaan.Sementara itu, Malaysia berkongsi gangsa dengan Indonesia dalam acara kumite berpasukan wanita selepas tumpas di peringkat separuh akhir.Pingat emas dimenangi Vietnam yang menewaskan Filipina pada aksi final.Empat pingat emas dimenangi atlet negara dalam acara karate yang berakhir hari ini, adalah menerusi C. Shahmalarani dalam acara kumite wanita bawah 50kg, diikuti Prem Kumar (lelaki bawah 55kg), H Sureeya Sankar (lelaki bawah 60kg) dan R Sharmendran (lelaki bawah 75kg). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 06:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257478/berita/sukan/grace-tenang-redah-cuaca-panas-40-darjah-celcius", "article_title": "Grace tenang redah cuaca panas 40 darjah Celcius", "article_text": "CUACA panas terik mencecah hampir 40 darjah Celsius tidak menghalang jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong daripada mencipta kejayaan berganda pada Sukan SEA 2023 pada Isnin.Selain mempertahankan emas dimenanginya, Grace turut memperbaharui rekod diciptanya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu 59.24 meter (m) dengan catatan baharu 61.87m menerusi balingan keempatnya pada hari pertama acara olahraga di Stadium Nasional Morodok Techo.Lebih manis, kejayaan atlet dari Sarikei itu diraikan bersama seorang lagi wakil negara, Nurul Hidayah Lukman, yang meraih gangsa selepas melakukan catatan 49.61m, manakala pingat perak dimenangi wakil Thailand Mingkamom Koomphon dengan 57.86m.\u201cSaya suka cuaca panas di sini, macam Malaysia dan ia membantu saya buat yang terbaik di Sukan SEA kali ini,\u201d katanya kepada pemberita di sini.Mengakui sedikit gementar dalam saingan hari ini, atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun tetap bersyukur dapat mengatasi perasaan tersebut selain berpuas hati dengan catatan dilakukannya.Menurut Grace, kem latihan hampir tiga bulan di Chengdu, China benar-benar membantunya dalam meraih emas ketiga peribadinya di temasya dwitahunan itu dan berharap dapat mengatasi rekod kebangsaan miliknya 62.48m dalam temasya Sukan Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China, Julai ini.Sementara itu, Nurul Hidayah gembira dapat membawa pulang pingat pertama dalam penampilan sulungnya di sini biarpun sedikit terkilan tidak dapat memperbaharui catatan peribadi 52.49m yang dilakukannya di Sukan Universiti ASEAN, tahun lepas.Atlet berusia 22 tahun itu pada masa sama berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) atas sokongan dan bantuan selama ini termasuk menghantarnya berlatih di China selama sebulan sebelum ke Kemboja, baru-baru ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 04:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257476/berita/sukan/kimberly-terkejut-raih-emas-akui-silau-jejas-fokus", "article_title": "Kimberly terkejut raih emas, akui silau jejas fokus", "article_text": "PENERJUN muda negara, Kimberly Bong terkejut di sebalik kegembiraan apabila mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja pada Isnin.Penerjun berusia 20 tahun itu berkata, ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya.Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan.Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan dia meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.\u201cSaya gembira tetapi macam tidak percaya kerana darjah kesukaran saya agak rendah berbanding atlet lain dan (keadaan) venue sedikit silau dengan permukaan air juga agak silau jadi ada beberapa terjunan yang saya tak yakin kerana silau,\u201d katanya ketika ditemui media tempatan di sini.Mengulas lanjut, Kimberly berkata, masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki terutama dalam menghadapi Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun pada Julai, selain berazam untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pada aksi final hari ini, pingat perak menjadi milik atlet Indonesia Gladies Lariesa Garina Haga yang mengumpul 273.10 mata manakala seorang lagi wakil negara Ong Ker Ying terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa dengan pungutan mata 248.70.Sebagai rekod, edisi 2023 merupakan penampilan ketiga Kimberly di pentas Sukan SEA selepas edisi 2017 dan 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas yang berjaya membawa pulang perak dalam acara 1m papan anjal.Kejayaan Kimberley merangkul emas di sini menyaksikan penguasaan Malaysia dalam acara 3m papan anjal wanita berterusan sejak Cheong Jun Hoong memenangi emas pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia.Saingan terjun Sukan SEA 2023 akan bersambung Selasa dengan giliran penerjun lelaki turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 04:23pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257465/berita/sukan/sukan-sea-kimberly-raih-pingat-emas-sulung-peribadi", "article_title": "Sukan SEA: Kimberly raih pingat emas sulung peribadi", "article_text": "[KEMAS KINI] PENERJUN muda negara, Kimberly Bong menyingkap kempen skuad terjun negara di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan percikan emas pada Isnin.Dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Pusat Akuatik Morodok Techo, Kimberly memungut 276.3 mata keseluruhan.Kimberly mengetepikan cabaran atlet Indonesia, Gladies Lariesa (perak) dan seorang lagi penerjun negara, Ong Ker Ying (gangsa).Sebagai rekod, edisi Vietnam 2021 sebelum ini skuad terjun negara menepati ramalan apabila menyapu bersih semua lapan emas ditawarkan.Edisi ke-32 di bumi Kemboja kali ini Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyandarkan harapan kepada enam penerjun muda yang dipacu pengalaman dua penerjun elit, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 03:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257452/berita/sukan/balingan-emas-grace-gegar-kemboja-2023", "article_title": "Balingan emas Grace gegar Kemboja 2023", "article_text": "ATLET lontar tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei membuktikan penguasaannya dalam Sukan SEA apabila meraih pingat emas untuk kontinjen Malaysia di Kemboja 2023 pada Isnin,Dalam acara di Stadium Morodok Techno, Phnom Penh itu balingan Grace sejauh 61.88 meter (m) juga memecah rekod kejohanan dwitahunan tersebut.Sebagai rekod, penampilan Grace di dua temasya sebelum ini menyaksikan atlet tersebut mencatat balingan 59.24m (Kuala Lumpur 2017) dan 57.13m (Hanoi 2021).Pingat perak menjadi milik atlet dari Thailand, Mingkamon Koomphon (57.62m) manakala gangsa milik seorang lagi atlet negara Nurul Hidayah Lukman (49.61m).", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 03:03pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257446/berita/sukan/arteta-bangga-arsenal-lepasi-ujian-st-james-park", "article_title": "Arteta bangga Arsenal lepasi ujian St James' Park", "article_text": "MIKEL Arteta akui bangga dengan gaya permainan Arsenal yang tenang mengekalkan cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas melakar kemenangan sukar ke atas Newcastle United di Stadium St James' Park.Biarpun angkatan The Magpies kendalian Eddie Howe mengadu secara konsisten mengenai pembaziran masa di pihak The Gunners, terutamanya pemain tengah, Granit Xhaka yang berulang kali jatuh di padang dengan kecederaan yang dianggap Newcastle taktik penangguhan, Arteta berkata, beliau tidak mempunyai jawapan kepada rungutan pasukan tuan rumah itu.\u201cPerkataan yang saya boleh berikan untuk menggambarkan permainan Arsenal di St James' Park adalah kebanggaan.\u201cSejujurnya apabila anda mempunyai tanda tanya perlu menyelesaikannya dengan cara yang betul dan meletakkannya dengan betul.\u201cPengurusan gaya permainan adalah sesuatu yang besar dalam cara Newcastle bermain dan kami terpaksa melakukannya dengan lebih baik daripada mereka,\u201d kata pengendali kelahiran Sepanyol itu, yang pasukannya kini berada di tangga kedua, satu mata di belakang Manchester City.Dalam perlawanan itu, Arsenal lebih dulu memimpin separuh masa pertama hasil jaringan Martin Odegaard pada minit ke-14 separuh masa pertama sebelum gol sendiri pemain Magpies, Fabian Schar (m-71) mengesahkan kemenangan ke-25 selepas mengharungi 35 perlawanan liga.Biarpun terdapat sedikit keraguan kesungguhan Arsenal mencabar kejuaraan sebelum perlawanan, namun Arteta berkata, pemainnya telah menjawab persoalan itu melalui persembahan yang komited.\u201cYa, kami memerlukan prestasi lebih baik daripada mana-mana perlawanan musim ini, maksud di sini pemain akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,\u201d kata Arteta.Sebelum ini harapan The Gunners untuk layak ke Liga Juara-Juara musim lalu terpadam apabila tewas di Tyneside Mei lalu.Bagaimanapun kini, gelaran itu kekal dalam jarak yang dekat walaupun Manchester City mempunyai satu perlawanan dalam tangan.\u201cKami sudah hampir sampai. Hadiahnya tidak terlalu jauh. Mari kita teruskan dan lihat apa yang berlaku,\u201d kata Arteta.Mengenai Xhaka dan membuang masa dia berkata: \u201cPasti pasukan kami tidak begitu, saya tidak mahu mendekati pertanyaan sedemikian itu. Tetapi kami telah melakukan apa yang kami perlu lakukan untuk memenangi perlawanan dan saya sangat gembira.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 02:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257411/berita/sukan/kane-inspirasi-untuk-spurs", "article_title": "Kane inspirasi untuk Spurs", "article_text": "KAPTEN Tottenham Hotspur, Harry Kane telah menunjukkan contoh mentaliti menang kepada setiap warga kelab London tersebut ketika Spurs bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.Pengendali sementara Tottenham, Ryan Mason berkata, kehadiran Kane dalam setiap perlawanan Tottenham sememangnya amat dinantikan khasnya penyokong-penyokong The Spurs.\"Sememangnya kita semua akan bercakap tentang gol Harry, apabila bermain bola sepak dia akan berusaha menjaringkan gol dalam setiap percubaan...itu mentaliti elitnya di sini.\"Namun, tidak terhenti di situ sahaja pemikiran elit itu, contoh yang dia tunjukkan setiap hari dalam dan sekitar tempat itu, sangat bagus untuk berada di sekeliling Harry.\"Kerana apabila anda mempunyai orang seperti itu, mereka memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi lebih baik dan kami sangat menghargai Harry di kelab bola sepak ini.\"Malah untuk konsisten, anda perlu mempunyai 11 pemain yang berjuang untuk satu sama lain dan bekerja keras sebagai satu kolektif untuk mendapatkan keputusan,\" kata Mason.Kane sebelum ini meledak gol dalam masa kecederaan separuh masa pertama ketika menewaskan Crystal Palace 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur.Gol itu juga merupakan gol ke-209 Liga Perdana Inggeris jaringan Kane - lebih satu gol daripada Wayne Rooney, namun masih jauh di belakang pemegang rekod, Alan Shearer dengan 260 gol.Tiga mata diraih Tottenham menyaksikan kelab itu melonjak ke tangga keenam dengan 57 mata daripada 35 perlawanan akan ke Aston Villa pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 11:56am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257404/berita/sukan/celtic-intai-kejuaraan-treble", "article_title": "Celtic intai kejuaraan treble", "article_text": "CELTIC mengesahkan kejuaraan Liga Scotland ke-53, mahkota ke-11 dalam 12 musim terakhir, dengan baki empat perlawanan selepas kemenangan 2-0 ke atas Hearts di Stadium Tynecastle Park.Jaringan Kyogo Furuhashi (minit ke-67) dan pemain gantian Oh Hyeon-gyu (m-80) membekalkan gol yang melonjak Celtic dengan 95 mata di tangga teratas Liga Perdana Scotland (SPL), 13 mata di depan Rangers selepas 31 kemenangan dalam 34 perlawanan.\"Awal musim kelab ini menuntut kecemerlangan dalam setiap pemain demi kejayaan Celtic. Anda perlu menjadi pasukan terbaik sepanjang 38 perlawanan dan pasukan terbaik telah memenangi liga.\"Saya sangat gembira untuk semua pemain, kakitangan dan peminat. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sangat istimewa untuk penyokong Celtic,\" kata kapten Callum McGregor.Celtic, yang memenangi Piala Liga Scotland pada Februari, boleh meraih treble domestik apabila menentang kelab Divisyen Dua, Inverness Caledonian Thistle dalam perlawanan akhir Piala Scotland pada 3 Jun.Sebagai rekod, Celtic dan Rangers telah merangkul kejuaraan liga Scotland paling lama sejak Aberdeen memenangi Divisyen Perdana lama pada 1985.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 11:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257396/berita/sukan/kompany-kekal-khidmat-di-burnley", "article_title": "Kompany kekal khidmat di Burnley", "article_text": "PENGENDALI Burnley, Vincent Kompany menyambung kontraknya bersama The Clarets sehingga 2028 selepas memacu kelab menjuarai Liga Kejuaraan yang mengesahkan slot ke Liga Perdana Inggeris musim depan.\"Sejujurnya, tindakan kelab bola sepak Burnley dan Turf Moor merekrut Vincent Kompany satu keputusan tepat sejak awal.\"Jadi sesungguhnya ia juga adalah satu tindakan wajar untuk saya menandatanganinya bagi tempoh lima tahun lagi,\" kata bekas kapten Manchester City dan Belgium tersebut.Sebagai rekod, Burnley mendapat kenaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris bulan lalu selepas satu musim di Liga Kejuaraan, dengan dua perlawanan berbaki.\"Bersama-sama penyokong-penyokong kami telah menjadikan Turf Moor sebagai kubu sekali lagi dan terus menantikan masa depan dan tugas untuk menjadikan Burnley lebih baik dengan setiap langkah,\" kata kelab itu selepas Kompany mengesahkan kekal di Turf Moor.Burnley akan melabuh kempen Liga Kejuaraan musim ini menentang Cardiff City di tempat sendiri pada Isnin yang disusuli penyampian trofi kejuaraan liga.\"Kami sangat gembira Vincent telah menandatangani perjanjian baharu. Dia amat sesuai dengan filosofi kelab sebagaimana kita semua mahu Burnley bergerak ke hadapan.\"Seorang pemimpin yang luar biasa, menetapkan standard yang lebih tinggi dan memacu kelab Burnley ke tahap yang kami semua mahu capai pada masa hadapan,\" kata pengerusi Burnley, Alan Pace.Kejayaan Burnley juga menyaksikan pelaburan baharu datang daripada bekas pemain Liga Bola Sepak (NFL) Amerika Syarikat (AS) J.J. Watt dan isterinya Kealia Watt, bekas pemain bola sepak AS.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 09:46am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257394/berita/sukan/menang-ke-atas-united-west-ham-belum-selamat", "article_title": "Menang ke atas United, West Ham belum selamat", "article_text": "KESILAPAN penjaga gol Manchester United, David De Gea menghadiahkan West Ham United tiga mata penting buat kelab mengelak zon penyingkiran itu ketika menang tipis 1-0 ke atas Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London.Semua berpunca selepas percubaan Said Benrahma pada minit ke-27 gagal diselamatkan penjaga gol dari Sepanyol tersebut setelah The Red Devils menguasai rentak permainan pada awal perlawanan.Tiga mata itu membolehkan West Ham berada di tangga ke-15 dengan 37 mata, tujuh di atas zon penyingkiran manakala United berada di tempat keempat dengan 63 mata selepas 34 perlawanan.Anak buah Erik ten Hag yang kini dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara satu mata di hadapan Liverpool dengan satu perlawanan di tangan ke atas Merseysiders.Sementara itu, Kapten West Ham, Declan Rice mengakui kemenangan di bumi London tersebut cukup penting selepas persembahan hambar The Hammers dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini.Katanya, setiap mata dalam baki perlawanan selepas ini amat penting buat kelab tersebut dalam mengekalkan status elit berkenaan dalam Liga Perdana Inggeris.\"Mata yang diberikan kepada kami kini meletakkan jurang yang baik antara kami dan pasukan di bawah. Masih ada tiga perlawanan lagi, namun kepentingan tiga mata adalah besar.\"Saya rasa ini persembahan terbaik West Ham di laman sendiri musim ini. Agresif satu lawan satu, semuanya hari ini adalah persembahan yang positif,\" katanya.Dalam pada itu, Pengendali Hammers, David Moyes memuji watak bertenaga pemain-pemainnya, namun mengingatkan bahawa kelab berpusat di London berkenaan masih belum selamat dari zon penyingkiran ke Liga Kejuaraan musim depan.\u201cAngka (mata) itu tidak mengesahkan bahawa ia telah mengekalkan anda dalam Liga Perdana Inggeris musim depan, jadi kami perlu menantikan perlawanan seterusnya dan cuba mengutip lebih banyak mata,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 09:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257382/berita/sukan/malaysia-tambah-empat-pingat-emas-naik-ke-kedudukan-ketujuh", "article_title": "Malaysia tambah empat pingat emas, naik ke kedudukan ketujuh", "article_text": "MALAYSIA pada Ahad menambah empat pingat emas sekali gus menyaksikan kedudukan kontinjen negara naik dua anak tangga ke tempat ketujuh selepas berakhir saingan hari kedua temasya Sukan SEA 2023, yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat.Skuad karate terus menampilkan aksi cemerlang apabila menyumbangkan dua pingat emas, manakala pencak silat dan petanque masing-masing menceriakan kem negara dengan satu emas.Pungutan empat pingat emas itu menyaksikan kontinjen negara kini mengutip keseluruhan enam emas, 10 perak dan 13 gangsa.Tuan rumah, Kemboja terus berada di tempat teratas dalam carta kedudukan pingat selepas meraih 29 pingat emas, 21 perak dan 22 gangsa, diikuti Thailand yang memenangi 16-17-26 manakala Indonesia dengan 16-11-24.Namun begitu, harapan kontinjen negara untuk menambah koleksi emas menerusi acara hoki dalam dewan tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yang disasarkan menyumbangkan emas susulan status sebagai juara bertahan, gagal berbuat demikian apabila tewas di pentas final.Selain karate yang dijangka menyumbangkan pingat emas dalam acara kumite berpasukan lelaki, yang menyaksikan mereka selaku juara bertahan, hari ketiga esok juga akan menyaksikan beberapa acara akan membuka saingan, termasuk terjun dan olahraga.Skuad terjun yang muncul pasukan paling cemerlang pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas apabila menyapu bersih lapan pingat emas, menjadi taruhan terbaik kontinjen negara bagi menambah kilauan emas.Begitu juga olahraga yang menyasarkan 10 pingat emas pada temasya kali ini, dengan Jackie Wong dan Grace Wong yang masing-masing meraih emas dalam acara tukul besi lelaki dan wanita di Hanoi, akan turun bersaing di Stadium Nasional Morodok Techo, esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 12:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257381/berita/sukan/dari-kecil-nak-wakil-malaysia-banggakan-mak-ayah", "article_title": "'Dari kecil nak wakil Malaysia, banggakan mak ayah'", "article_text": "GANDINGAN pesilat kembar Muhammad Danial Azray Noorazizan dan Muhammad Danial Azrol mempertahankan pencapaian Malaysia dalam acara seni ganda putra selepas merangkul emas pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Pada final berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, kepelbagaian teknik pasangan negara itu berjaya memukau juri apabila mengumpul keseluruhan 9.945 mata untuk menewaskan gandingan Filipina Alfau Jan Esmael Abad-Almohaidib Esmael Abad yang meraih 9.885 mata.Lebih manis, ia merupakan penampilan pertama atlet berusia 21 tahun ini iaitu Muhammad Danial Azray dan adiknya Muhammad Danial Azrol di temasya sukan dwitahunan itu.Kejayaan memenangi emas seni ganda putra menyaksikan pasangan kembar yang dilahirkan selang enam minit itu mengekalkan dominasi Malaysia dalam acara tersebut selepas Mohd Taqiyuddin Hamid-Sazlan Yuga merangul kilauan sama pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lalu.\"Walaupun ini temasya sulung saya tetapi dengan berkat doa dan rezeki saya dapat mengharumkan nama negara dan berikan emas pertama buat kem silat,\" kata Danial Azrol ketika ditemui media tempatan selepas tamat aksi final di sini.Katanya mereka mengambil masa tiga tahun untuk mahir dalam acara seni menjelang Sukan SEA kali ini selepas mula menceburi silat seawal usia empat tahun.Sementara itu, Danial Azray berkata, dia tidak pernah terfikir akan menggenggam kilauan emas Sukan SEA terutama pada penampilan pertama sejak menceburi silat.\"Saya tak terfikir (menang emas) cuma apa yang saya fikir dari kecil saya nak wakil Malaysia dan banggakan mak dan ayah saya,\" katanya.Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak terutama kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada mereka berdua.\"Walaupun berada jauh, mereka (ibu bapa) telefon tadi, ucapkan buat yang terbaik dan bacakan surah Yasin untuk kami supaya kami tenang, Alhamdulillah dengan berkat itu kami berjaya,\" katanya.Saingan silat akan bersambung esok yang menyaksikan giliran acara tanding membuka gelanggang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 12:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257379/berita/sukan/saiful-bahri-raih-emas-keenam-kontinjen-malaysia", "article_title": "Saiful Bahri raih emas keenam kontinjen Malaysia", "article_text": "ATLET petanque Saiful Bahri Musmin membuktikan kredibilitinya apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Ahad.Biarpun terpaksa menjalani latihan bersendirian berikutan tuntutan tugasnya selaku kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, ia bukan penghalang bagi atlet berusia 32 tahun itu untuk menampilkan prestasi terbaik pada temasya kali ini.Di peringkat saingan akhir yang berlangsung sengit di Kompleks Petanque Olimpik, Saiful Bahri menewaskan wakil Laos, Bountamy Southammavong 13-9.Peserta Thailand Akkrachai Meekhong dan wakil tuan rumah Sok Chanmean berkongsi pingat gangsa selepas, masing-masing tumpas di peringkat separuh akhir.Sementara itu, Saiful Bahri berkata, beliau tidak menjangkakan dapat merangkul pingat emas kerana persediaannya bagi menghadapi temasya kali ini agak singkat iaitu kira-kira sebulan.\"Saya terpaksa menjalani latihan sendiri disebabkan tugasan saya di Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Jadi kejayaan meraih emas ini memang tidak diduga,\" katanya yang pernah meraih emas ketika edisi 2017 dan 2019, masing-masing dalam acara doubles dan triples lelaki.Mengenai aksi di peringkat akhir itu, dia bersyukur dapat menampilkan prestasi terbaik di penghujung saingan bagi menjarakkan mata sekali gus memenangi pertarungan tersebut.Pencapaian Saiful Bahri itu sekali gus menyumbangkan pingat emas keenam buat negara pada temasya kali iniselepas Ia adalah emas keenam negara setakat ini selepas tiga lagi disumbangkan menerusi karate dan pencak silat.Sementara itu, Nur Durratul Iffah Yazit meraih gangsa selepas tewas di peringkat separuh akhir dalam acara singles wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mei 2023 12:04am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257375/berita/sukan/sukan-sea-kem-renang-tuai-satu-lagi-gangsa", "article_title": "Sukan SEA: Kem renang tuai satu lagi gangsa", "article_text": "HANYA satu pingat gangsa berjaya dituai barisan perenang kebangsaan pada hari kedua saingan renang Sukan SEA 2023 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, di sini pada Ahad.Pingat gangsa negara hadir menerusi kuartet 4x200 meter (m) gaya bebas lelaki dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Tan Khai Xin dan Lim Yin Chuen selepas mencatat masa 7 minit dan 21.55 saat (s) pada aksi final.Kilauan emas menjadi milik Vietnam dengan catatan masa 7:18.51s manakala perak dimenangi Singapura selepas merekod 7:21.50s.Keputusan itu menyaksikan kuartet negara gagal menyamai pencapaian edisi 2021 di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas apabila membawa pulang perak.\"Ia renangan yang hebat, ini pasukan yang baharu, jadi kami mencuba perenang baharu... kami membina keserasian baharu jadi saya rasa 7:21s ialah masa yang baik,\u201d kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan itu di sini.Acara itu ialah satu daripada tujuh final yang disertai wakil negara, selain antaranya 50m gaya bebas lelaki yang menyaksikan Bryan Leong sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.Dalam acara 50m kuak lentang lelaki, Arvin Shaun mengakhiri saingan di tempat kelapan manakala dalam acara 100m kuak dada lelaki menyaksikan Andrew Goh dan Hii Puong Wei masing-masing berada di tempat kelima dan kelapan.Pencapaian kurang memuaskan itu turut menghantui perenang wanita negara selepas Chong Xin Lin sekadar menamatkan saingan 50m kuak lentang di tempat kelima manakala Kelly Teo menduduki tempat ketujuh 200m gaya bebas dan Tan Rouxin kelapan 200m medley individu.Semalam, kem renang negara turut meraih satu gangsa menerusi Phee Jinq En dalam acara 50m kuak dada wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 11:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257373/berita/sukan/skuad-chinlone-sumbang-perak", "article_title": "Skuad chinlone sumbang perak", "article_text": "SKUAD chinlone lelaki menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan pingat perak pada Sukan SEA 2023 di Dewan Bola Keranjang Kompleks Olimpik, di sini pada Ahad.Dalam acara same stroke itu, pasukan negara mengutip keseluruhan 179 mata selepas mengumpul 89 dan 90 mata masing-masing pada set pertama dan kedua.Seperti dijangka, Thailand mengungguli acara berkenaan selepas mengumpul keseluruhan 257 mata apabila meraih 145 mata semasa set pertama dan 112 pada set berikutnya.Tuan rumah Kemboja dan Myanmar, masing-masing berkongsi pingat gangsa selepas mengutip keseluruhan 175 dan 174 mata.Pengurus pasukan skuad sepak takraw negara Ahmad Jais Baharun berpuas hati dengan pencapaian itu yang menepati sasaran ditetapkan.\"Jumlah kutipan mata juga tidak jauh berbeza semasa ketika membuat latihan... purata dalam 90 hingga 100 mata bagi satu set,\u201d katanya yang mengakui bahawa Thailand terlalu unggul dalam acara berkenaan.Beliau berharap pasukan negara dapat menghasilkan keputusan positif dalam acara chinlone (linking) esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 09:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257372/berita/sukan/nasib-malang-turut-timpa-skuad-hoki-dalam-dewan-wanita", "article_title": "Nasib malang turut timpa skuad hoki dalam dewan wanita", "article_text": "SKRIP yang sama.Giliran skuad hoki dalam dewan wanita pula gagal mengekalkan pingat emas pada Sukan SEA 2023 apabila tumpas pada aksi final berdepan Thailand di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar di sini pada Ahad.Anak buah Mohd Badrul Hisham Osman terpaksa akur untuk melepaskan pingat emas setelah dikecewakan dalam aksi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol dalam permainan sebenar.Pasukan negara tumpas 1-2 selepas hanya Raja Norsharina Raja Shahbuddin menyempurnakan pukulan penalti manakala Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun gagal berbuat demikian.Pada edisi 2019 di Filipina, skuad wanita negara merangkul emas selepas menewaskan Thailand 2-0 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sebenar.Terdahulu, skuad hoki dalam dewan lelaki negara terpaksa akur apabila tumpas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 09:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257371/berita/sukan/sukan-sea-jaguh-karate-negara-berteka-teki-soal-bersara", "article_title": "Sukan SEA: Jaguh karate negara berteka-teki soal bersara", "article_text": "JAGUH karate negara, R. Sharmendran menyifatkan final Sukan SEA 2023 adalah yang paling sukar selepas menggondol pingat emas acara kumite individu lelaki bawah 75 kilogram (kg) di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, pada Ahad.Pembawa Jalur Gemilang berusia 31 tahun itu yang mempertahankan emas yang dimenangi sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur berkata pertarungan akhir berdepan atlet Kemboja Sot Phanith merupakan final paling sengit sepanjang penampilannya dalam lima edisi Sukan SEA.\"Ya final paling sengit kerana generasi muda sedang meningkat naik, mereka hampir menewaskan saya, ia bukan mudah. Pesaing sekarang sangat sukar dan saya tahu pertandingan ini akan menjadi sangat sukar dan saya pun sudah tua, tak laju lagi.\"Tetapi kejayaan ini adalah ibarat kerja keras yang membuahkan hasil. Jika kita buat kerja dengan betul kita akan dapat (kejayaan),\u201d katanya ketika ditemui media tempatan.Mengulas lanjut, beliau berkata, emas kali ini cukup bermakna dan melengkapkan rasa gembiranya selepas dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang dan dikejutkan dengan kehadiran ibunya ke Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023 hujung bulan lepas.Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada edisi kali ni bakal menjadi penampilan terakhir di Sukan SEA, Sharmendran berkata, hanya waktu akan menentukan.Katanya, jika khidmat beliau masih ditagih Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) beliau sedia mempertimbangkan perkara tersebut.\"Masa akan menentukan dan itulah yang saya fikirkan sebelum ini, selepas tiga (pingat emas) saya mahu berehat tapi saya tentu akan rindukan karate. Saya lakukan kerana minat, elaun saya tak tinggi tetapi sukan ini beri saya kegembiraan.\"Berlatih, berpeluh, kena tumbuk, koyak sana dan bengkak sini semua itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,\u201d katanya.Ini merupakan emas keempat berturut-turut Sharmendran dalam kategori bawah 75kg selepas edisi 2017 di Kuala Lumpur; edisi 2019 di Manila, Filipina dan edisi 2021 di Hanoi.Pada penampilan pertamanya pada edisi 2013 di Myanmar, Sharmendran sekadar merangkul perak kumite individu lelaki bawah 67kg sebelum karate tidak dipertandingkan pada edisi 2015 di Singapura. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 08:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257369/berita/sukan/skuad-hoki-dalam-dewan-gagal-pertahan-emas", "article_title": "Skuad hoki dalam dewan gagal pertahan emas", "article_text": "SO near and yet so far (begitu hampir menggenggam kejayaan, namun...).Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan bagi skuad hoki dalam dewan lelaki negara apabila gagal mempertahankan pingat emas pada aksi final Sukan SEA 2023 di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar di sini, petang Ahad.Pada satu ketika anak buah Mohd Hanip Che Halim selesa mendahului Indonesia 3-0, namun segalanya berubah ketika permainan berbaki 16 minit, apabila pasukan lawan menyamakan kedudukan untuk mengheret perlawanan kepada penentuan pukulan penalti.Pada aksi penentuan tersebut, Malaysia terpaksa akur apabila gagal menyempurnakan dua percubaan berbanding Indonesia yang hanya melepaskan satu pukulan.Terdahulu, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan masing-masing saling mengatur gerakan bagi mendapatkan gol pendahuluan.Selepas beberapa percubaan berbahaya di hadapan gawang Indonesia, skuad negara akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-16 menerusi jaringan Danial Asyraf Abdul Ghani, sebelum Muhammad Firdaus Omar menggandakan jaringan lima minit kemudian.Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad negara apabila Faridzul Afiq Mohd menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-24.Namun, selepas jaringan tersebut segalanya tidak menjadi buat skuad negara untuk menambah jaringan, sebaliknya pemain Indonesia lebih bersemangat dan mereka berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Muhammad Firdaus pada minit ke-37.Selang dua minit kemudian, giliran Ferdian Rahman pula menjaringkan gol kedua Indonesia sebelum pukulan sudut penalti Revo Priliandro pada minit akhir permainan meranapkan impian Malaysia untuk meraih pingat emas dan perlawanan diheret ke penentuan pukulan penalti.Ketika aksi mendebarkan itu, Malaysia tumpas 1-2 apabila Izham Azhar dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan gagal menyempurnakan pukulan penalti tersebut.Sebagai rekod, skuad hoki dalam dewan lelaki negara meraih pingat emas pada edisi 2019 di Filipina selepas menumpaskan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir. Pada edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas, acara berkenaan tidak dipertandingkan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 08:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257361/berita/sukan/sukan-sea-silat-hadiah-emas-kelima", "article_title": "Sukan SEA: Silat hadiah emas kelima", "article_text": "KEM silat menceriakan kontinjen negara apabila menyumbang emas kelima dalam Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad.Pasangan kembar, Muhammmad Danial Azray dan Muhammmad Danial Azroy Noorazizan meraih pingat emas dalam acara silat seni ganda lelaki di Phnom Penh.Gandingan negara itu mengumpul 9.945 mata untuk mengenepikan pasangan adik beradik dari Filipina, Al Faujan dan Al Mohaidib yang memperoleh 9.885 di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar E.Malaysia meraih pingat emas silat seni ganda lelaki menerusi Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga pada Sukan Sea Vietnam 2021, tahun lalu.Kem karate turut cemerlang pada Ahad apabila menambah dua lagi emas menerusi pembawa Jalur Gemilang, R Sharmendran dan H Sureeya Sankar dalam acara kumite bawah 75 kilogram (kg) serta 60kg..Skuad karate pada Sabtu menyumbang dua emas menerusi C Shamalarani yang menewaskan wakil Filipina, Junna Tsukii dalam acara kumite wanita bawah 50kg.S Prem Kumar turut mencatat nama selaku penyumbang emas selepas mengatasi atlet Thailand, Chanpet Setthapong dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 07:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257357/berita/sukan/malaysia-raih-pingat-perak-dalam-attack-online-2", "article_title": "Malaysia raih pingat perak dalam Attack Online 2", "article_text": "MALAYSIA berjaya meraih pingat perak pertama dalam e-sukan pada Sukan SEA di sini, menerusi acara berpasukan campuran Attack Online 2 (AK2) pada Ahad.Pasukan negara terdiri daripada lima pemain - Harriq Izzat Amirul Muhammad (Puaka); Iqbal Harun (KienKien12); Muhammad Fazrul Izwan Roslan (Saviourz); Reydza Pyar Dasha Mohd Fadilah (Zetsu) dan Shah Rullah Muadzah Sauki (Kinda) - tewas 0-3 menentang Kemboja dalam perlawanan pingat emas selama hampir satu setengah jam yang berlangsung di Naga World 2.Pengurus pasukan kebangsaan Andrew Cheong berpuas hati dengan persembahan pasukannya hari ini kerana mereka berjaya mencapai sasaran untuk membawa pulang pingat perak daripada pemainan dalam talian paling popular di Kemboja itu.AK2 ialah permainan video first person shooter untuk peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC).\"Saya tidak nafikan bahawa AK2 ialah permainan dalam talian paling popular di Kemboja, namun pujian harus diberikan kepada pasukan kerana mereka mempersembahkan pertarungan yang baik menentang Kemboja dari mula sehingga tamat,\u201d katanya kepada Bernama selepas perlawanan akhir itu.Bukan itu sahaja, Cheong yang turut dikenali sebagai \"Sir Cloud\u201d berkata, pasukan negara juga layak diberi penghargaan kerana semua pemain yang mewakili negara merupakan pekerja sepenuh masa.\"Saya sangat bangga dengan komitmen mereka terutamanya menjelang dua bulan sebelum temasya sukan ini, bukan mudah untuk mereka bergelut dengan kerja dan latihan, namun akhirnya mereka berjaya membawa pulang pingat,\u201d katanya.Bagi pihak pasukan, Cheong berkata beliau ingin berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara kerana memberi kebenaran untuk berlatih di Bukit Jalil, dan Majlis Olimpik Malaysia atas bantuan dan sokongan pada sukan dwitahunan itu.Edisi Manila 2019 kekal sebagai pencapaian terbaik buat pasukan e-sukan Malaysia kerana berjaya merangkul satu-satunya pingat emas setakat ini, menerusi Yew Weng Kean dalam permainan Hearthstone dan gangsa melalui Mobile Legends: Bang Bang.Pada Hanoi 2021, skuad negara meraih tiga gangsa dalam FIFA Online 4, Arena of Valor dan PUBG Mobile. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 06:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257343/berita/sukan/kemboja-kejutkan-malaysia-rampas-emas-50-overs-lelaki", "article_title": "Kemboja kejutkan Malaysia, 'rampas' emas 50-overs lelaki", "article_text": "KENYATAAN yang sukar ditelan skuad kriket lelaki negara apabila mereka gagal mempertahankan emas acara 50-overs pada Sukan SEA 2023 selepas tewas kepada Kemboja dengan 89 larian, di sini, pada Ahad.Diperkukuh dengan beberapa import daripada India dan Pakistan, pasukan tuan rumah yang menang lambungan duit syiling dan memilih untuk memukul, melakukan 334 larian dalam 50 overs pada inning pertama, yang menyaksikan Ram Raushan Sharan membuat larian melebihi 100 dengan 111 larian di AZ Group Cricket Oval.Pada inning kedua, kapten Malaysia Ahmad Faiz Mohamad Noor mencatatkan 78 larian, namun ia tidak cukup untuk membantu pasukan negara mengatasi lawan apabila mereka menamatkan perlawanan itu, yang berlangsung hampir tujuh jam, dengan 254 larian dalam 40.1 overs.Mengulas pertembungan itu, Ahmad Faiz hampa dengan persembahan hari ini memandangkan mereka terlepas peluang untuk mempertahan emas bagi Malaysia.\"Satu kekalahan yang agak buruk dan sangat mendukacitakan, boleh dikatakan prestasi kita ketika membaling agak teruk sehingga lepaskan 334 larian kepada Kemboja, di mana kita tahu pemain mereka tunjuk prestasi baik di final.\"Kita memang dah jangka dengan persembahan pemain Kemboja kerana terdapat beberapa pemain import mereka pernah main di peringkat tertinggi sebelum ini, jadi pujian kepada tuan rumah kerana menampilkan prestasi menonjol daripada kita,\u201d katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan.Ditanya sama ada pasukannya akan membantah taktik tuan rumah menggunakan pemain import, pemain berpengalaman berusia 35 tahun itu berkata, perkara itu adalah di luar kawalan mereka. Justeru, beliau berazam untuk menebus kekalahan itu dengan beraksi lebih baik untuk meraih emas dalam final kedua mereka, iaitu dalam acara T20 menentang juara Kumpulan B, Khamis ini.Malaysia muncul juara pertama 50-overs ketika julung kali kriket dipertandingkan di temasya dwitahunan itu pada Kuala Lumpur 2017, sebelum diadakan semula dalam edisi kali ini.Khamis lepas, pemain negara menumpaskan Thailand dengan lapan wiket untuk mengungguli Kumpulan A berbekalkan empat mata dalam saingan T20. Sementara itu, Thailand mengatasi Indonesia dengan tiga wiket untuk membawa pulang gangsa 50-overs semalam. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 05:03pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257333/berita/sukan/bremen-paksa-bayern-kerja-keras-di-weserstadion", "article_title": "Bremen paksa Bayern kerja keras di Weserstadion", "article_text": "PENYANDANG juara Bayern Munich dipaksa bekerja keras lebih sejam sebelum menewaskan tuan rumah Werder Bremen 2-1 di Stadium Weserstadion pada Ahad untuk mendahului sementara empat mata di puncak Bundesliga dengan baki tiga perlawanan.Gol separuh masa kedua daripada Serge Gnabry (minit ke-62) dan Leroy Sane (m-72) memberikan Bayern kemenangan kedua dalam empat perlawanan liga terakhir untuk 65 mata, empat mata di depan Borussia Dortmund, yang mempunyai empat perlawanan lagi bermula menjadi tuan rumah VfL Wolfsburg di Signal Iduna Park.\u201cSaya sangat gembira dan berpuas hati dengan keputusan diraih termasuk cara kami bermain di Bremen. Ya, kami dominan, namun juga terlepas menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan di depan gol.\u201cKami mempunyai separuh peluang yang boleh dimainkan dengan lebih baik untuk diterjemahkan dalam bentuk gol.\u201cSaya tidak nafikan kami kehilangan sedikit aura tambahan, sedikit keyakinan semasa menguji pasukan lawan. Tetapi kami kekal fokus dan meningkatkan tempo pada separuh masa kedua,\u201d kata Pengendali Bayern, Thomas Tuchel.Sebagai rekod, Bavarians yang hanya mempunyai baki Bundesliga untuk diperjuangkan selepas Piala Jerman dan Liga Juara-Juara tersingkir dalam beberapa minggu ini.Sementara itu, Gnabry berkata, \u201cIni sangat penting. Kami tahu jika menang ia akan menjadi hujung minggu yang baik.\u201cKami melakukan tugas masing-masing dan kini telah mencipta satu penampan.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 04:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257327/berita/sukan/individu-pernah-lahirkan-sang-juara-pilihan-zii-jia", "article_title": "Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia", "article_text": "PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bahawa calon jurulatih baharu yang bakal dipilihnya merupakan individu yang pernah menghasilkan \u2018sang juara\u2019 dalam kejohanan badminton sebelum ini.Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Zii Jia yang kembali menagih khidmat jurulatih menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris yang akan bermula dengan Piala Sudirman di China pada 14 Mei ini berkata, keputusan mengenai jurulatih baharunya itu, bagaimanapun belum dimuktamadkan.\"Proses pencarian jurulatih sedang berjalan. Ada beberapa calon dikenal pasti, namun saya tidak boleh umum kerana belum disahkan. Apa yang boleh saya katakan ialah jurulatih itu pernah hasilkan juara,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.Zii Jia sebelum ini bergerak secara bersendirian tanpa bimbingan jurulatih selepas mengambil keputusan berpisah dengan pengendali dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lepas.Ketiadaan jurulatih hampir enam bulan menyaksikan prestasi pemain berusia 25 tahun itu merudum dalam beberapa kejohanan, selain jatuh ke posisi kelapan daripada posisi keempat dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terbaharu.Terdahulu, Zii Jia yang mengetuai skuad Malaysian Tigers menjuarai edisi kedua Piala Presiden selepas mencatat kemenangan 4-1 ke atas Malaysian Eagles.Piala Presiden merupakan kejohanan simulasi buat barisan atlet badminton negara yang akan menggalas cabaran Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 04:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257291/berita/sukan/kuartet-larian-berhalangan-lelaki-kempunan-emas", "article_title": "Kuartet larian berhalangan lelaki kempunan emas", "article_text": "IMPIAN kuartet larian berhalangan lelaki negara untuk mencipta sejarah meraih pingat emas tidak kesampaian selepas tewas kepada Filipina pada acara final lari berganti-ganti berpasukan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini, pagi ini.Kuartet dibarisi Ghalib Mohamad Azimi, Mohd Redha Rozlan, Nuur Hafis Said Alwi dan Yoong Wei Theng terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan catatan masa 25.15 saat (s).Filipina yang memintas Malaysia pada saat-saat akhir dalam saingan itu merakam masa 24.47s sementara Indonesia dan Laos berkongsi gangsa selepas masing-masing merekodkan kepantasan 31.27s dan 34.11s dalam satu lagi aksi.Biarpun keputusan tidak memihak Malaysia, Mohd Redha selaku ketua pasukan berkata, mereka telah memberikan yang terbaik selepas turut berkorban masa dan tenaga dalam usaha melakar sejarah merangkul emas.\"Terima kasih kepada rakan sepasukan, kami telah bekerja keras dengan korbankan waktu berpuasa bersama keluarga apabila berlatih selama tiga minggu di Manila kemudian datang kira-kira seminggu awal ke sini, raya pun ala kadar saja.\"Untuk larian hari ini saya gembira kerana kita telah berikan segalanya, tetapi tetap ada sedikit masalah, namun ia tetap ok, mungkin pada Sukan SEA lain, kita akan perbaiki prestasi untuk dapatkan emas,\u201d katanya ketika ditemui media Malaysia selepas aksi final di sini.Mengulas lanjut, Mohd Redha berkata, pasukan mengharapkan sokongan daripada pihak luar untuk menyediakan set berhalangan pertandingan yang lengkap bagi tujuan latihan supaya mampu meningkatkan prestasi pada masa hadapan.Beliau optimis Malaysia mampu merangkul emas pertama dalam sukan itu pada edisi Sukan SEA seterusnya sekiranya mendapat bantuan dalam masa terdekat.\"Setakat ini kita kekurangan kemudahan latihan, kita hanya berlatih di gim di mana 60 per cent simulasi sama macam di sini. Jadi kita harapkan ada mana-mana pihak ataupun KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sendiri bantu sediakan set berhalangan yang sama macam mana Filipina ada,\u201d kata atlet berusia 35 tahun itu.Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketiga Mohd Redha di Sukan SEA selepas merangkul perak acara mendaki tembok tiruan pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia sebelum memenangi tiga perak dalam larian berhalangan di Manila, Filipina pada 2019.Sementara itu, dalam saingan wanita, Malaysia meraih gangsa bersama dengan Kemboja manakala emas milik Filipina dan perak diraih Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 11:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257290/berita/sukan/sabalenka-padu-unggul-di-madrid", "article_title": "Sabalenka padu, unggul di Madrid", "article_text": "PILIHAN kedua dari Belarus, Aryna Sabalenka meneruskan prestasi menakjubkannya tahun ini apabila mengatasi pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam aksi final Terbuka Madrid.Juara Terbuka Australia itu merangkul kejuaraan berkenaan setelah menjinakkan juara Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat 2022 tersebut 6-3, 3-6, 6-3 dalam masa dua jam 25 minit.Kemenangan itu juga menebus kekalahannya kepada pemain Mdari Poland tersebut dalam perlawanan akhir Terbuka Stuttgart bulan lalu.\u201cSejujurnya saya sangat menghormatinya. Dia seorang pemain yang hebat, dan apa yang dia lakukan musim lalu dan apa yang terus lakukan benar-benar memotivasikan saya untuk bertambah baik, terus bekerja keras dan berjuang. Ya, saya tahu bahawa perlawanan hebat ini ibarat sentiasa berperang dengannya.\u201cUntuk meraih kemenangan ini terutamanya di gelanggang tanah liat, sesuatu yang sukar dipercayai. Saya benar-benar gembira apabila dapat menyainginya dan memperoleh kemenangan ini. Jadi tidak begitu membosankan untuk orang ramai menonton perlawanan kami,\u201d kata Sabalenka.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 11:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257286/berita/sukan/lampard-lega-chelsea-akhirnya-menang", "article_title": "Lampard lega Chelsea akhirnya menang", "article_text": "FRANK Lampard boleh menarik nafas lega apabila Chelsea menamatkan deretan enam kekalahan setelah menewaskan Bournemouth 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Jurulatih itu berkata, para pemain The Blues boleh meraikan kejayaan tersebut, namun mereka juga perlu sedar perjuangan belum berakhir.\"Mereka boleh menikmatinya dan kami gembira buat seketika.\"Ini adalah satu langkah kecil untuk menuju ke hadapan yang lebih baik,\" katanya.Dalam aksi itu, jaringan lewat daripada Benoit Badiashile dan Joao Felix membantu The Blues meraih tiga mata berharga.Chelsea terlebih dahulu di depan menerusi Conor Gallagher pada minit kesembilan, sebelum Matias Vina menyamakan kedudukan buat Bournemouth.Ia merupakan kemenangan pertama Lampard sejak kembali ke Stamford Bridge sebagai pengendali sementara bulan lalu dan kap yang ke-100 sebagai pengurus saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Bekas pemain tengah England itu turut mengingatkan anak buahnya bahawa mereka tidak boleh berhenti menjelang empat perlawanan terakhir musim ini.\u201cPemain-pemain hanyalah manusia, kami semua terjejas dengan cara yang sama apabila anda tidak memenangi perlawanan.\"Anda tidak berasa seperti anda berada pada tahap terbaik dan satu-satunya cara untuk mengatasinya adalah dengan berjuang dan bekerja keras.\"Mereka perlu menikmati kemenangan ini dan perlu mengekalkan usaha sama untuk mengorak langkah ke hadapan sehingga akhir musim ini.\"Kemenangan di Dorset membantu juara Eropah dua kali itu memperoleh 42 mata untuk menghuni tangga ke-11 EPL.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 11:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257280/berita/sukan/rodrygo-wira-real-madrid-julang-trofi-copa-del-rey", "article_title": "Rodrygo wira Real Madrid julang trofi Copa del Rey", "article_text": "PEMAIN sensasi, Rodrygo muncul wira apabila meledak dua gol ketika membantu Real Madrid merangkul trofi Copa del Rey selepas menewaskan Osasuna 2-1di Seville awal pagi Ahad.Rakan senegaranya dari Brazil, Vinicius Junior menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila memainkan peranan penting untuk kedua-dua gol tersebut.Kemenangan itu menamatkan penantian sembilan tahun skuad bimbingan Carlo Ancelotti untuk menjulang trofi itu.Real meraih Piala Sepanyol buat kali ke-20 di La Cartuja dalam penampilan ke-40 mereka di final.\"Mereka (Rodrygo dan Vini) memainkan peranan berbeza. Mengucar-kacirkan kubu lawan.\"Vini merobek pertahanan. Rodrygo pula menyumbat dua gol,\" ujar Ancelotti.Osasuna yang tidak pernah memenangi sebagai trofi utama berjaya memberi tentangan, namun gagal menyaingi juara bertahan Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara itu.Real sekarang ini meraih enam trofi ketika di bawah penampilan kedua Ancelotti, selepas pengendali kelahiran Itali itu kembali pada 2021.Pada aksi itu, Rodrygo meletakkan Real di depan seawal minit kedua selepas Vini melakukan larian di sebelah kiri.Bagaimanapun, Lucas Torro berjaya menyamakan kedudukan buat Osasuna pada minit ke-58 bagi menghidupkan peluang mereka untuk melakar kejutan dalam final pertama sejak 2005.Rodrygo mengesahkan kemenangan Real selepas menyudahkan bola yang melantun ke kakinya juga berpunca daripada gerakan Vinicius.Real menewaskan Atletico Madrid dan kemudian menyingkirkan Barcelona untuk mara ke final.Ancelotti enggan meraikan kejayaan itu secara keterlaluan kerana Real bakal berdepan misi lebih besar menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada 10 Mei.\"Sudah tiba masa untuk meraikannya, tetapi tidak keterlaluan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 10:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257275/berita/sukan/sensasi-salah-di-anfield", "article_title": "Sensasi Salah di Anfield", "article_text": "PEMAIN sensasi, Mohamed Salah berada dalam kelas tersendiri apabila meledak gol ke-100 ketika membantu Liverpool menewaskan Brentford 1-0 di Anfield awal pagi Ahad.Kejayaan bersejarah pemain Mesir itu mendapat pujian jurulatihnya, Jurgen Klopp yang menganggap dia sebagai pemain hebat sepanjang zaman.\"Ramai pemain kurang menghargai seseorang ketika mereka masih bermain. Namun bagi kami, dia (Salah) seorang yang hebat sepanjang zaman,\" katanya.Kejayaan itu membolehkan Salah membantu The Reds untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.Salah menyudahkan peluang jarak dekat pada minit ke-13 untuk meraih jaringan kesembilan berturut-turut di laman sendiri, sekali gus membolehkannya mengumpul 30 gol musim ini.Ia juga adalah jaringan ke-100 Salah di stadium ikonik Liverpool itu sejak menyertai kelab tersebut dari AS Roma pada 2017.\"Sebagai pemain depan, anda harus mempunyai keinginan untuk meledak gol, namun ramai yang terlupa berapa jaringan yang berjaya dihasilkan.\"Dia (Salah) sangat kerap terbabit dengan jaringan,\" ujar Klopp.Liverpool menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masih mempunyai peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.Bagaimanapun The Reds perlu terus menang sambil mengharapkan pasukan dalam kelompok empat terbaik tergelincir.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 09:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257264/berita/sukan/newcastle-harus-lebih-disiplin-layan-arsenal", "article_title": "Newcastle harus lebih disiplin layan Arsenal", "article_text": "NEWCASTLE United mesti lebih berdisiplin jika ingin memastikan kelab itu kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.Malah Pengendali The Magpies, Eddie Howe menuntut pemainnya supaya lebih fokus kepada persembahan dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris.\u201cSepanjang musim kami tidak memberi tumpuan kepada di mana kami berada, siapa di sekeliling kami, bentuk pasukan \u2013 kami hanya fokus pada diri sendiri dan itu sahaja yang boleh kami lakukan, jadi kekalkan sedemikian.\u201cKami mempunyai perlawanan yang sukar tetapi saya fikir pada masa yang sama perlawanan hebat kerana setiap perlawanan adalah penting. Ia adalah acara yang hebat dan kami ingin meneruskan prestasi terbaik kami.\u201cKami bersaing dengan pasukan elit yang akan berjuang habis-habisan dan perlu melakukan perkara yang sama. Dalam lima perlawanan kami, kami perlu memberikan persiapan dan fokus terbaik kerana pertarungan yang kami hadapi mungkin akan berakhir hingga ke penghujung perlawanan,\" kata Howe menjelang perlawanan berdepan Arsenal pada Ahad.Newcastle berada di tangga ketiga dengan 65 mata, dua mata di depan Manchester United di tempat keempat dan enam mata di hadapan Liverpool, yang berada di tempat kelima setelah bermain satu perlawanan lagi.The Magpies menyasarkan menamatkan saingan di empat teratas, namun menghadapi kemuncak yang sukar untuk musim ini, dengan Brighton & Hove Albion juga dalam prestasi terbaik.Selain itu, Leeds United dan Leicester City yang sedang bergelut mengelakkan penyingkiran serta Chelsea dan Arsenal di tempat kedua dalam baki perlawanan mereka.Kali terakhir Newcastle menentang Arsenal menyaksikan keputusan seri 0-0 pada Januari, selepas itu kelab London tersebut didenda 40,000 pound ($50,428.00) apabila gagal mengawal pemain mereka.Sementara itu, Howe berkata, pertembungan di St Jame\u2019s Park tersebut adalah babak tertutup, sambil menambah bahawa dia sangat menghormati tugas luar biasa dilakukan Arteta di Arsenal.\u201cDalam permainan, anda akan sentiasa mempunyai saat-saat di mana anda menentang lawan dan terdapat sedikit konfrontasi. Itu adalah lumrah dan sebahagian tugas. Tiada masalah daripada pihak saya.\u201cApa pun yang berlaku ia akan menjadi tontonan hebat antara dua pasukan yang sangat berpengaruh musim ini,\u201d kata Howe.LIGA PERDANA INGGERISAHAD (7 MEI)Newcastle United lwn Arsenal, 11.30 malamISNIN (8 MEI)West Ham United lwn Manchester United, 2 pagiFulham lwn Leicester City, 10 malamSELASA (9 MEI)Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malamNottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257262/berita/sukan/gol-saat-akhir-filipina-hantar-malayan-tigress-pulang-awal", "article_title": "Gol saat akhir Filipina 'hantar' Malayan Tigress pulang awal", "article_text": "GOL pada penghujung babak permainan memusnahkan impian Malaysia untuk mencipta kejutan ke atas pasukan yang beraksi di Piala Dunia, Filipina, selepas tewas 0-1 pada aksi kedua Kumpulan A saingan Sukan SEA 2023 malam Sabtu.Kekalahan di Stadium Army di sini, menyaksikan perjalanan skuad Malayan Tigress bimbingan Soleen Al-Zoubi dalam kempen temasya sukan dwitahunan itu hampir pasti berakhir, setelah gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan pertama.Sarina Isabel Calpo Bolden muncul wira Filipina apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua, sekali gus memberikan kemenangan sulung kepada pasukan itu dalam usaha memburu tempat ke separuh akhir.Jaringan itu berpunca daripada sepakan penjuru pada minit-minit akhir dengan Sarina melompat tinggi untuk menanduk masuk bola ke gawang, menewaskan penjaga gol Nur Ezza Ashikin Abdul Razak yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.Terdahulu, Filipina yang akan beraksi di Piala Dunia 2023 bermula Julai depan buntu untuk menghasilkan gol apabila anak buah Soleen menunjukkan disiplin yang baik dalam mengekang asakan bertali arus ke kubu pertahanan negara.Sebelum ini, Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Vietnam - yang juga bakal beraksi di Piala Dunia 2023 - pada perlawanan pembukaan kumpulan di venue sama, Rabu lepas.Malaysia akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Myanmar, Selasa depan.Selepas dua perlawanan, Vietnam kini menerajui saingan Kumpulan A dengan mengumpul enam mata diikuti Filipina (tiga mata), Myanmar (tiga mata) dan Malaysia di kedudukan terakhir tanpa mata.Sebagai rekod, kali terakhir skuad wanita kebangsaan meraih pingat di temasya sukan dwitahunan itu adalah pada edisi 1995 di Thailand selepas merangkul perak. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2023 12:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257255/berita/sukan/salah-intai-status-penjaring-sepanjang-zaman-mesir", "article_title": "Salah intai status penjaring sepanjang zaman Mesir", "article_text": "PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah akan menjadi penjaring sepanjang zaman Mesir jika beliau menjaringkan gol menentang Brentford dalam Liga Perdana Inggeris di Anfield, pada awal pagi Ahad.Sebagai rekod, Salah telah menjaringkan 313 gol sepanjang kerjaya bola sepak untuk kelab dan negara, menyamai rekod bekas kapten Mesir, Hossam Hassan dengan sepakan penalti minit ke-39, ketika The Reds menang tipis 1-0 ke atas Fulham pada Khamis.Salah telah menjaringkan 185 gol untuk Liverpool sejak menyertai kelab Merseyside pada 2017 dan akan menyamai bekas kapten Steven Gerrard, penjaring kelima terbanyak dalam sejarah Liverpool, dengan satu lagi gol.Legenda Liverpool, Ian Rush masih mengetuai senarai sepanjang zaman The Reds dengan 346 gol.Kapten Mesir berusia 30 tahun, adalah penjaring rekod Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris dengan 136 gol.Gol kelab Salah yang lain adalah di AS Roma (34), Fiorentina (9), Chelsea (2), Basel (20) ditambah 12 untuk kelab zaman kanak-kanaknya Al-Mokawloon Al-Arab.Salah sepanjang menyarung jersi Mesir telah merekodkan 51 gol bersama angkatan The Pharaohs.Liverpool kini berada kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris dengan 59 mata, empat di belakang pasukan di tangga keempat Manchester United yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan dalam perlumbaan slot Liga Juara-Juara musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 11:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257253/berita/sukan/penampilan-kali-pertama-athachai-berbaloi", "article_title": "Penampilan kali pertama Athachai berbaloi", "article_text": "PENAMPILAN kali pertama atlet negara dalam sukan tempur tuan rumah, kun khmer pada Sukan SEA 2023 di sini, membuahkan hasil apabila Athachai Saiphawat Kiang menghadiahkan pingat gangsa, pada Sabtu.Biarpun beraksi di hadapan ratusan penyokong tuan rumah di Kompleks Sukan Morodok, ia tidak menghalang atlet keturunan Thailand kelahiran Perlis itu untuk menampilkan gerakan menarik dalam acara tarian Kun Kruk kategori 54 kilogram (kg).Peserta tuan rumah Meng Hong Kan mengungguli acara berkenaan manakala atlet Vietnam Khamlar Samavong membawa pulang pingat perak.Sementara itu, pengurus pasukan kun khmer negara Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri berharap kemenangan Athachai dapat menyuntik semangat rakan sepasukan yang lain bagi meraih pingat pada penampilan kali pertama mereka di temasya dwitahunan itu.\"Seperti sedia maklum, sukan ini dikuasai tuan rumah, Laos dan Vietnam. Namun atlet Malaysia mampu membuktikan kemampuan dengan meraih pingat,\" katanya bahawa wakil Malaysia lain akan meneruskan cabaran dalam kategori 54 dan 67kg.Kun khmer adalah sukan tradisi masyarakat Kemboja yang mirip kepada seni mempertahankan diri muay thai dengan menawarkan keseluruhan 19 pingat emas pada temasya kali ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 10:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257251/berita/sukan/sukan-sea-permulaan-cemerlang-buat-kontinjen-negara", "article_title": "Sukan SEA: Permulaan cemerlang buat kontinjen negara", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan pencapaian kontinjen negara merangkul dua emas pada Sukan SEA 2023, sehari selepas temasya itu dibuka secara rasmi semalam, sebagai permulaan yang cemerlang.Hannah berkata, beliau gembira dengan kejayaan atlet yang tidak dijangka merangkul pingat terutama atlet karate, S Prem Kumar yang memenangi emas acara kumite lelaki bawah 55 kilogram (kg).\"Syabas dan tahniah kepada atlet serta ketua kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali. Saya harapkan atlet terus kerja keras lagi dan rakyat Malaysia pula terus berikan sokongan selain doa untuk atlet di Kemboja,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan acara karate di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, Mohd Nasir lega dengan pencapaian dua emas atlet negara setakat ini, khususnya kejayaan karate yang berjaya menampung kehilangan emas daripada sukan jujitsu.Beliau juga yakin atlet karate akan mampu meneruskan momentum kecemerlangan untuk setidak-tidaknya mencapai sasaran tiga emas ditetapkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) di Kemboja.Terdahulu, Adam Akasyah, yang dicanang sebagai prospek emas jujitsu bagi acara lelaki NE-Waza-Gi bawah 69 kg sekadar meraih gangsa dengan menumpaskan wakil Filipina Michael Bryan Tiu 4-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 09:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257252/berita/sukan/harapan-adam-genggam-emas-berkecai", "article_title": "Harapan Adam genggam emas berkecai", "article_text": "ATLET jujitsu negara, Adam Akasyah gagal melengkapkan set pingatnya kerana hanya mampu meraih gangsa dalam acara NE-Waza-Gi lelaki bawah 69 kilogram (kg) pada Sukan SEA 2023, di sini pada Sabtu.Adam yang memenangi pingat perak di Hanoi 2021, menewaskan atlet Filipina, Michael Bryan Tiu, 4-2, untuk merangkul gangsa di sini, sekali gus mengulangi pencapaian di Manila 2019 yang juga penampilan sulungnya pada temasya dwitahunan itu.Walaupun sekadar gangsa, Adam mengakui beliau tidak terlalu kecewa dengan kegagalannya mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama memenangi emas jujitsu dalam Sukan SEA.\"Saya bersyukur kerana telah banyak melakukan penambahbaikan dan melakukan yang lebih baik (berbanding dua Sukan SEA sebelum ini).\"Saya boleh katakan rentak saya bertambah baik dan berjaya melepaskan diri daripada kedudukan \u2018buruk\u2019 yang sering menjejaskan saya sebelum ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat di Chroy Changvar Convention Centre, di sini.Terdahulu, Adam tewas kepada musuh ketatnya merangkap juara bertahan, Noah Lim dari Singapura, 0-4 pada separuh akhir.Mengulas mengenai pertarungannya menentang atlet Singapura itu, penuntut jurusan Sains Sukan dari Universiti Malaya berkenaan berkata kesilapan yang dilakukannya di peringkat awal telah membawa padah.\"Saya terlepas cengkaman di awal permainan dan ia mengundang padah kepada saya,\u201d katanya.Noah sebaliknya terus melakar kejayaan, memenangi emas kedua berturut-turut selepas merangkul emas pertama di Hanoi 2021 dengan menewaskan Jedidiah Phomsavath Slayman dari Laos, 5-0. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 09:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257249/berita/sukan/elavarasan-enggan-salahkan-cuaca-yakin-masih-ada-peluang", "article_title": "Elavarasan enggan salahkan cuaca, yakin masih ada peluang", "article_text": "PENGENDALI skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan enggan menyalahkan faktor luaran selepas Malaysia tumpas 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince di sini pada Sabtu.Beliau berkata, pasukannya perlu menerima kekalahan dan tidak menjadikan cabaran bermain dalam cuaca panas melampau sehingga suhu mencecah 39 darjah Celcius sebagai alasan.\"Di sini keadaan cuaca memang berbeza dan pemain terpaksa menyesuaikan diri tetapi kita tidak mahu menyalahkan apa-apa. Ya kita kalah 2-0 dan mereka (pihak lawan) mempunyai peluang yang lebih baik dan menjaringkan gol.\"Kemudian kita terus mencari one special thing to happen tapi tidak menjadi, jadi kita kena terima kekalahan ini,\u201d katanya yang optimis pintu buat skuad bimbingannya ke separuh akhir masih terbuka ketika ditemui selepas perlawanan.Elavarasan yakin skuad negara akan bangkit memburu keputusan positif pada aksi ketiga bertemu juara bertahan, Vietnam di venue sama Isnin depan biarpun di atas kertas, keputusan seakan berpihak kepada pasukan lawan namun Malaysia bukan pasukan yang lemah.\"Ini adalah kitaran di mana pemain-pemain akan menempuh perlawanan sebegini. Untuk perlawanan hari ini, kita bermula baik tetapi dibolosi sebelum tumpuan terjejas. Apa yang penting mentaliti para pemain yang mahukan kemenangan, saya pasti kita akan buat lebih baik,\u201d katanya.Kapten pasukan, Muhammad Azam Azmi Murad pula menyifatkan pasukan negara tidak mempunyai pilihan lain selain wajib melakar kemenangan ke atas Vietnam dan Singapura dalam baki dua perlawanan kumpulan.Pemain Terengganu FC itu menyeru rakan sepasukan untuk lebih berdisiplin dalam permainan.\"Bagi saya, kekalahan ini satu pengajaran dan semangat untuk pasukan bangkit semula... malam ini mungkin para pemain penat ataupun hilang fokus sekejap. Fokus penting dalam permainan, kalau tak fokus kita akan dihukum, perkara itu perlu ditambah baik lagi,\u201d katanya.Pada pertembungan hari ini, dua pemain gantian Thailand Anan Yodsangwal dan Yotsakon Burapha masing-masing menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Muda selepas meledak gol pada separuh masa kedua.Selepas dua perlawanan, Vietnam dan Thailand berkongsi enam mata di kedudukan pertama dan kedua sementara Malaysia ketiga (tiga mata) manakala Singapura dan Laos masing-masing di kedudukan tercorot tanpa mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 09:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257246/berita/sukan/lihat-situasi-chelsea-luar-konteks", "article_title": "Lihat situasi Chelsea luar konteks", "article_text": "FRANK Lampard mengakui tidak terkesan dengan prestasi semasa Chelsea yang tewas dalam keenam-enam perlawanan semua pertandingan sejak dilantik pengendali sementara pada April.Sebaliknya, Lampard memberitahu bahawa dia dan pemain The Blues mengambil berat, namun sekali lagi mengakui situasi membadai kelab London itu perlu dilihat dalam konteks beberapa dekad kebelakangan ini.\"Sejujurnya saya tidak sakit hati. Mungkin sebabnya saya telah menjadi sebahagian daripada kelab ini melalui kejayaan besar jadi apabila anda melihat suka dan duka sukan, mana-mana sukan boleh memberi detik-detik kesukaran.\u201cSekali lagi sejujurnya kami di Chelsea amat cukup bernasib baik selama 20 tahun ini.\"Aksi musim ini tidak akan membawa Chelsea ke Liga Juara-Juara. Ia juga tidak akan membawa Chelsea dalam kelompok lapan teratas atau apa sahaja.\"Sudah tentu mungkin tidak semua para penyokong mahu mendengarnya tetapi ia adalah realiti yang saya alami semula,\" katanya.Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu membawa The Gunners ke Bournemouth pada Sabtu dengan kemungkinan mereka boleh jatuh jauh di bawah carta Liga Perdana berbanding tempat ke-12 sekarang.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (6 MEI)Bournemouth lwn Chelsea, 10 malamManchester City lwn Leeds United, 10 malamWolves lwn Aston Villa, 10 malamTottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 10 malamAHAD (7 MEI)Liverpool lwn Brentford, 12.30 tengah malamNewcastle United lwn Arsenal, 11.30 malamISNIN (8 MEI)West Ham United lwn Manchester United, 2 pagiFulham lwn Leicester City, 10 malamSELASA (9 MEI)Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malamNottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 08:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257236/berita/sukan/malaysia-pilih-laluan-berliku", "article_title": "Malaysia pilih laluan berliku", "article_text": "MALAYSIA berdepan laluan berliku setelah tewas kepada Thailand 0-2 pada aksi kedua Kumpulan B Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Sabtu.Skuad Harimau Muda yang membelasah Laos 5-1 pada aksi pertama lalu gagal mempamerkan aksi agresif dan penyudah yang tajam untuk menafikan kemenangan Thailand ketika beraksi dalam cuaca panas antara 36 hingga 39 darjah Celcius.Penguasaan pasukan lawan bermula pada babak pertama melalui percubaan berbahaya ke gawang negara dan usaha mereka akhirnya menemui sasaran menerusi pemain gantian, Anan pada minit ke-72.Thailand kemudian menggandakan jaringan menerusi pemain paling muda dalam pasukan berusia 17 tahun, Yotsakon pada minit ke-83.Jurulatih Harimau Muda, E Elavarasan melakukan empat pertukaran apabila meletakkan Fergus Tierney, Syahir Bashah, T Saravanan dan Azrin Afiq dalam kesebelasan utama.Sebaliknya merehatkan Mukhairi Ajmal, Haqimi Azim, Daryl Sham dan Aliff Izwan.Selepas Thailand, skuad Harimau Muda akan berdepan juara bertahan, Vietnam pada Isnin sebelum aksi terakhir menentang Singapura (11 Mei).", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 07:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257232/berita/sukan/karate-mula-sumbang-emas-sukan-sea-2023", "article_title": "Karate mula sumbang emas Sukan SEA 2023", "article_text": "SKUAD karate menceriakan kontinjen Malaysia apabila menyumbang dua pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh sebentar tadi.Emas pertama disumbangkan atlet karate wanita negara, C Shahmalarani menerusi acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg).Dia menewaskan atlet Filipina, Junna Tsukii dalam pertarungan yang berlangsung di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar A.Shamalarani pernah memenangi acara itu di Sukan SEA Hanoi tahun lalu.Sejurus kejayaan Shamalarani, atlet karate lelaki negara, S Prem Kumar turut menghadiahkan emas kedua buat Malaysia.Prem Kumar mengenepikan cabaran Chanpet Setthapong dari Thailand dalam acara Kumite lelaki bawah 55kg.Kejayaan itu menebus kekecewaan Prem yang terlepas pingat emas dalam acara bawah 60kg pada Sukan SEA Hanoi tahun lepas.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 06:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257221/berita/sukan/tryouts-mypw-mahu-lahir-lebih-ramai-emman", "article_title": "Tryouts MYPW mahu lahir lebih ramai Emman", "article_text": "KEJAYAAN pengusti muda negara, Emman Azman merangkul kejuaraan Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) tahun lalu, mendorong Malaysia Pro Wrestling (MYPW) lebih proaktif menyemarakkan pembangunan bakat sukan lasak tersebut di negara ini.Malah MYPW percaya kejayaan atlet berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia secara tidak langsung memberi petanda positif penerima generasi muda terhadap sukan berkenaan.\"Sebenarnya kejayaan Emman Azman yang lebih dikenali sebagai Golden Boy, merangkul tali pinggang MCW membuktikan anak Malaysia mampu berdaya saing dalam sukan ini.\"Lebih manis pencapaian Emman tidak hanya terhenti di situ apabila berjaya menarik perhatian syarikat gusti kedua terbesar dunia, New Japan Pro Wrestling (NJPW) untuk beraksi di pentas gusti tersebut baru-baru ini,\" kata MYPW pada Sabtu.Tambah MYPW lagi, jejak langkah Emman itu kemudian diikuti Miles Karu berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur apabila mencipta merangkul tali pinggang MYPW National Wrestlecon dalam Kejohanan Gusti New Breed, Februari lalu.Emman semasa sesi latihan bersama Karu sebelum Kejohanan Gusti New Breed, Februari lalu.\"Kejayaan Miles Karu membolehkannya menyertai Kejohanan SETUPTH bagi mempertahankan tali pinggang kejuaraan di Thailand, pada 22 Julai depan.\"Melihat potensi gusti profesional ini, MYPW yakin dapat menggilap bakat pelapis melalui silibus latihan terkini, selain dapat memupuk disiplin dan jati diri ke arah gaya hidup sihat.\"Bagi tujuan itu MYPW giat mencari bakat baharu dalam kalangan anak muda yang berusia 18 tahun ke atas untuk diketengahkan sebagai pelapis dalam industri sukan gusti profesional negara,\" katanya.Sehubungan itu, mereka yang berminat mendalami profesion lasak boleh menghadiri Tryouts MYPW di Stadium Mini Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 10 pagi pada 20 Mei lalu.Selain itu, mereka yang mahu mengetahui maklumat lanjut boleh melayari Facebook Malaysia Pro Wrestling.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 05:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257216/berita/sukan/empat-perenang-para-raih-slot-paralimpik-paris-2024", "article_title": "Empat perenang para raih slot Paralimpik Paris 2024", "article_text": "EMPAT perenang para negara berjaya menempah tiket awal ke Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September tahun depan.Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, mereka yang berjaya menempah slot ke acara sukan berprestij itu ialah Zy Kher Lee, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Brenda Anellia Larry dan Imaan Aiman.\"Kelayakan pada kali ini agak sengit, jadi ia akan menjadi taruhan yang sukar untuk atlet kita layak beraksi di Paralimpik Paris.\"Saya berharap atlet kita tidak menunggu sehingga minit-minit terakhir untuk mencapai had kelayakan,\" katanya selepas perasmian Manic Ride Studio di Kuala Lumpur pada Sabtu.Beliau berkata, persiapan MPM dan atlet ke Sukan Para ASEAN ke-12 (APG) di Kemboja dari 3 hingga 9 Jun ini berjalan lancar sejak enam bulan lepas serta yakin skuad negara dapat meraih lebih banyak pingat berbanding edisi lepas di Solo, Indonesia.\"Kita mempunyai masa depan yang cerah kerana memiliki pelapis baharu dan pembangunan bakat yang dapat dibanggakan. Saya percaya akan wujud bintang baharu yang bakal dicipta di APG bahkan di Sukan Paralimpik Paris 2024,\" katanya.Megat D Shahriman juga berkata, Jawatankuasa Pengelola Tempatan Kemboja telah memberi jaminan bahawa 140 atlet paralimpik negara bakal ditempatkan di hotel yang sama sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung.Kontinjen negara dijangka berlepas ke Phnom Penh bermula 28 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 05:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257208/berita/sukan/danial-syahmi-selesai-jalani-pembedahan", "article_title": "Danial Syahmi selesai jalani pembedahan", "article_text": "PELUMBA muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril terpaksa berehat lebih tiga minggu daripada saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan Dunia JuniorGP, akibat kecederaan patah tulang pada buku lali kiri.Pelumba berusia 21 tahun itu yang mengalami kecederaan berkenaan ketika sesi kelayakan Red Bull Rookies Cup di Jerez minggu lepas, bagaimanapun selamat menjalani pembedahan selama empat jam di Hospital Universiti Dexeus, Barcelona awal pagi Sabtu.\"Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk mendoakan saya dan saya tidak sabar untuk kembali dalam trek secepat mungkin. Insya-Allah saya akan berlumba kembali sebaik pulih,\u201d kata Danial Syahmi menerusi audio yang dikongsikan oleh ZK Racing.Kru pasukan ZK Racing juga berjanji untuk menemani beliau sepanjang proses pemulihan itu, termasuk ketika menjalani fisioterapi dan rawatan selanjutnya.Kecederaan itu menyebabkan Danial Syahmi terlepas peluang beraksi pada pusingan pertama JuniorGP di Litar Estoril, Portugal bermula Jumaat lepas hingga esok, dan pusingan kedua di Ricardo Tormo, Sepanyol bermula 19-21 Mei.Beliau juga tidak dapat menyertai pusingan ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup di Le Mans, Perancis bermula hujung minggu depan (13-14 Mei). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257206/berita/sukan/skuad-hoki-dalam-dewan-wanita-raih-slot-final", "article_title": "Skuad hoki dalam dewan wanita raih slot final", "article_text": "SKUAD hoki dalam dewan wanita negara mara ke pentas final selepas menewaskan Indonesia 4-2 dalam aksi terakhir pusingan round robin Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Sabtu.Mereka akan membuat perhitungan dengan Thailand dalam perlawanan akhir di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar pada Ahad.Malaysia menewaskan Indonesia menerusi jaringan hatrik Iren Hussin yang membuka tirai jaringan pada minit keenam selepas menyudahkan kelebihan penalti stroke.Iren menambah dua lagi gol pada minit ke-11 hasil gerakan padang dan minit ke-27 hasil satu lagi kelebihan penalti stroke.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Nur Atira Mohamad Ismail apabila meledak pada minit ke-15 selepas bijak menggunakan peluang menerusi gerakan padang.Indonesia cuba bangkit membalas menerusi dua jaringan, namun belum cukup untuk menafikan kemaraan Malaysia ke pentas final.Selepas tamat pusingan round robin, Malaysia mencatat empat kemenangan dan satu seri selain menghasilkan 28 gol dan hanya bolos dua gol, mengumpul keseluruhan 13 mata.Dalam pada itu, pasukan lelaki yang turun melengkapkan jadual pusingan round robin pada Sabtu bertemu Indonesia berjaya memastikan rekod bersih tanpa kalah selepas menewaskan lawan 3-2.Corak permainan yang lebih berhati-hati ditampilkan kedua-dua pasukan yang akan bertemu sekali lagi pada Ahad dengan misi yang lebih penting.Indonesia bagaimanapun terlebih dahulu di depan menerusi gol padang Candra Prawesti pada minit keenam sebelum kem negara menyamakan kedudukan menerusi gol pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Muhammad Firdaus Omar pada minit ke-13.Bersambung suku kedua Indonesia kembali di depan pada minit ke-30 hasil gol padang Muhammad Firdaus.Malaysia kemudian kembali menyusun gerak untuk memadam kelebihan jaringan pasukan lawan.Pasukan negara memperoleh dua gol hasil gerakan padang Abdul Khaliq Hamirin pada minit ke-35 dan gol pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minti ke-37.Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan dan Malaysia menutup aksi pusingan round robin di kedudukan teratas dengan 15 mata, menghasilkan 42 jaringan selain bolos enam gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 04:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257192/berita/sukan/nur-assyira-pertahan-perak-berbasikal-bukit", "article_title": "Nur Assyira pertahan perak berbasikal bukit", "article_text": "PELUMBA basikal, Nur Assyira Zainal Abidin menceriakan kem berbasikal bukit negara apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara individu cross country Olympic wanita pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Sabtu.Pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan saingan sejauh 18.5 kilometer (km) dalam perlumbaan di Kulen Mountain, Siem Reap yang terletak kira-kira 320 km dari ibu negara Kemboja dengan catatan 1 jam 17 minit 09 saat.Kejayaan jaguh basikal bukit wanita kebangsaan itu meraih perak sekali gus mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Pelumba Indonesia, Sayu Bella Sukma Dewi mengungguli acara berkenaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca mencecah hampir 40 darjah Celcius, dengan catatan masa 1:13.48s, manakala pingat gangsa milik pelumba Thailand Yonthanan Phonkla yang merekodkan 1:18.42s.Dua lagi pelumba negara, Phi Kun Pan dan Natahsya Soon, masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dan ke-10 selepas mencatat masa 1:24:37s dan 1:26:42s.Pengurus pasukan skuad berbasikal bukit negara Mohd Saiful Abdul Jalil menyifatkan kejayaan Nur Assyira itu sebagai satu kejutan memandangkan pelumba dari Indonesia, Thailand dan Filipina membariskan pelumba yang cukup hebat.\"Memang Nur Assyira menang perak semasa di Hanoi tahun lepas, tetapi atas kertas pada perlumbaan di sini kita tidak meletakkan harapan tinggi dalam acara individu kerana pelumba dari negara lain menyenaraikan pelumba-pelumba yang cukup hebat.\"Namun kita bersyukur kerana dapat membawa pulang pingat perak. Sasaran kita adalah dalam acara cross country team relay (berganti-ganti berpasukan) bagi menyumbangkan pingat emas kepada negara esok (Ahad),\" katanya.Sebagai rekod, skuad berbasikal bukit negara mencipta pencapaian bersejarah pada edisi di Hanoi, apabila merangkul pingat emas pertama dalam acara cross country berpasukan (relay) sepanjang penganjuran acara berkenaan pada temasya Sukan SEA. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 03:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257190/berita/sukan/rahadiazli-pasrah-terlepas-aksi-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Rahadiazli pasrah terlepas aksi Sukan SEA Kemboja", "article_text": "PENJAGA gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang digugurkan daripada skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara ke Sukan SEA Kemboja akibat kecederaan menerimanya sebagai ujian buat seorang pemain bola sepak profesional.Justeru pemain berusia 22 tahun itu mahu fokus untuk kembali pulih sepenuhnya sebelum Liga Super kembali bersambung selepas berakhir temasya dwitahunan tersebut.Beliau berkata, dugaan sentiasa menimpa dirinya setiap kali dipanggil ke skuad kebangsaan kerana sebelum ini namanya digugurkan daripada skuad Harimau Malaya selepas positif Covid-19 dan terbaharu mengalami kecederaan retak di bahagian tangan kanan sekali gus terpaksa melupakan hasrat ke Kemboja.Bagaimanapun situasi itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus bekerja keras terutamanya dalam usaha membantu kelab kembali ke kedudukan yang lebih baik di pentas Liga Super.\u201cSituasi macam ini saya sudah selalu lalui sejak berumur 19 tahun lagi. Setiap kali ke skuad kebangsaan, pasti ada sahaja yang tak kena.\u201cTak kisah benda kecil atau besar, pasti ada sesuatu akan terjadi macam sekarang ini, tetapi saya anggap ia sebagai ujian dan saya juga kena sentiasa perbaiki diri,\" katanya.Rahadiazli tidak dapat menyembunyikan kekecewaan tersebut kerana ia adalah peluang terakhir buatnya untuk beraksi di Sukan SEA.\u201cBerasa kecewa sebab saya tahu ini adalah Sukan SEA yang terakhir dan saya nak perbaiki balik apa yang pernah jadi ketika di Singapura (Piala Merlion) tahun lepas.\u201cApabila keputusan X-ray keluar, saya sudah tahu tak dapat untuk ke Sukan SEA. Saya tidak mahu fikir apa-apa, hanya nak cepat pulih sahaja,\u201d katanya.Rahadiazli menyifatkan kecederaan yang dialaminya itu tidak terlalu serius dan dijangka pulih dalam tempoh dua hingga ke tiga minggu selain positif kembali beraksi dalam kesebelasan utama.Bahkan, tempoh rehat ketika ini sebelum sepak mula bersambung pada 19 Mei ini sekurang-kurangnya dapat memberikan lebih masa kepada dirinya untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan yang lebih baik selepas ini.\u201cKecederaan saya ini tidak teruk sangat cuma sekarang ada rasa tak selesa di bahagian jari dan kecederaan ini tidak akan lama.\u201cApa yang penting, ia tidak ambil masa lama untuk pulih sepertimana yang saya pernah kena ACL sebelum ini apabila terpaksa berehat lama.\u201cCuma awal-awal doktor cakap ada sedikit retak dan tulang ada sedikit terkehel, tetapi sekarang Alhamdulillah semakin baik,\u201d katanya.Terengganu FC akan berkunjung ke Stadium Likas pada 19 Mei ini untuk aksi Liga Super menentang Sabah FC menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbr\u00fcckner itu berada di tangga kelapan dengan 13 mata setakat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 03:31pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257180/berita/sukan/johor-bincang-bantuan-atlet-negeri-raih-pingat-sukan-sea", "article_title": "Johor bincang bantuan atlet negeri raih pingat Sukan Sea", "article_text": "KERAJAAN Johor akan berbincang dengan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Johor berhubung bantuan yang akan diberikan kepada atlet negeri yang meraih pingat, terutamanya pingat emas pada temasya Sukan Sea Kemboja ke-32, kali ini.Menurut Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Mohd Hairi Mad Shah, perbincangan itu dibuat agar bantuan yang diberikan kelak memadai dengan kejayaan yang dihasilkan atlet berkenaan dalam mengharumkan nama negara dan Johor dalam temasya dwi tahunan itu.\"Sekarang sedang berlangsung temasya Sukan terbesar di Asia Tenggara iaitu Sukan Sea mulai 5 hingga 17 Mei nanti dan seramai 66 atlet yang bertanding adalah dari negeri Johor; paling ramai.\"InsyaaALLAH, kita juga percaya pingat yang akan diperoleh nanti juga datangnya daripada atlet Johor.\"Oleh itu bantuan ini akan kita bincangkan dengan pihak MSN JOHOR... sebelum ini kita juga dah berikan bantuan awal RM1,000 kepada kesemua 66 atlet yang bertanding,\" katanya pada Sabtu.Mohd Hairi berkata demikian sempena Majlis Rumah Terbukanya di Dewan Taman Perbadanan Islam, Jalan Serunai, Kebun Teh, di sini.Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad serta beberapa Exco Kerajaan Negeri.Untuk rekod, kesemua 66 atlet dari Johor yang melibatkan 35 atlet lelaki dan 31 wanita bertanding dalam sukan olahraga, akuatik, badminton, bola keranjang, kriket, berbasikal, hoki dan tinju pada temasya edisi ke-32 itu.Sementara itu Mohd Hairi berkata, pihaknya akan ke Kemboja mulai 15 hingga 18 Mei ini dalam usaha memberikan sokongan kepada atlet negara khususnya atlet dari Johor.Katanya, kehadiran rombongan daripada pihak kerajaan negeri itu diharap dapat membantu memberikan semangat kepada atlet-atlet yang sedang bertanding.\"Diharapkan kunjungan kami akan membantu memberikan semangat kepada atlet.\"Bagaimanapun, kami belum berbincang samada nak bawa penyokong atau tidak kerana kalau bawa mereka ni terlalu ramai,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 02:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257171/berita/sukan/liverpool-tak-berhajat-belanja-besar", "article_title": "Liverpool tak berhajat belanja besar", "article_text": "LIVERPOOL tidak bercadang berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baharu untuk mengharungi kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan.Pengurusnya Jurgen Klopp memberitahu, The Reds tidak akan membayar lebih terhadap pemain yang mereka mahukan sebaliknya mempunyai pilihan untuk mencari pemain lain.Liverpool menarik diri dalam usaha mendapatkan Jude Bellingham dari Borussia Dortmund yang mungkin meminta bayaran kira-kira 130 juta pound (RM729 juta).\u201cKami tidak boleh membeli pemain itu yang terlalu mahal. Jika harganya terlalu tinggi kita tidak boleh melakukannya,\u201d katanya.The Reds yang dalam usaha memantapkan semula bahagian tengah kini beralih arah kepada Alexis Mac Allister dari Brighton sebagai alternatif.Kelemahan jentera tengah Liverpool boleh menjadi faktor kelab-kelab lain meletakkan nilai yang tinggi kepada The Reds yang terdesak untuk memperkuatkan semula bahagian tengah mereka.\u201cKami akan membawa masuk pemain yang dimahukan dan mereka yang akan membantu kami. Saya cukup yakin dengan usaha yang dilakukan.\u201cAnda mungkin mempunyai pemain yang diinginkan, namun jika kelab lain tidak mahu menjual atau terdapat kelab yang mahu membayar dengan harga yang lebih tinggi, maka kami tidak boleh meneruskannya.\u201cKebiasaannya kami akan dapat pemain yang dimahukan. Namun persoalannya adakah kami mampu untuk membawa mereka menyertai kelab?,\u201d ujar Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 01:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257155/berita/sukan/arsenal-perlu-tampil-berbeza", "article_title": "Arsenal perlu tampil berbeza", "article_text": "ARSENAL perlu tampil lebih baik berbanding musim lalu menjelang aksi menentang Newcastle United pada Ahad dalam misi memburu impian tipis untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL).The Gunners tewas 0-2 di St James Park edisi lalu menyaksikan mereka berada di tangga kelima, manakala Newcastle pula menghuni kedudukan ke-11 EPL.Bagaimanapun perlawanan malam Ahad berbeza apabila skuad bimbingan Mikel Arteta itu berada di kedudukan kedua, Newcastle pula ketiga dan hanya sekali tewas di laman sendiri tampil dengan misi untuk berada dalam kelompok empat teratas.\u201cIa adalah perlawanan yang sangat berbeza. Setahun yang lalu ia menampilkan pemain yang berbeza, permainan yang berbeza. Kami perlu bermain lebih baik daripada apa yang kami lakukan tahun lalu, itu sudah pasti,\u201d ujar Arteta.Justeru jurulatih berusia 41 tahun itu mahu para pemain lebih waspada kerana Newcastle bukan lawan yang mudah buat The Gunners.\u201cNewcastle adalah pasukan yang sangat bagus. Mereka dilatih dengan baik memiliki pemain yang bagus dan berada dalam persekitaran kelab yang baik.\u201cMereka berada di kedudukan ketiga liga dan berhak untuk berada di mana mereka berada ketika ini,\u201d ujar Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 12:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257148/berita/sukan/lionel-messi-mohon-maaf-kepada-psg", "article_title": "Lionel Messi mohon maaf kepada PSG", "article_text": "LIONEL Messi telah memohon maaf secara terbuka kepada Paris Saint Germain berikutan perjalanan tanpa kebenarannya ke Arab Saudi awal minggu ini.Pemain skuad kebangsaan Argentina itu dilaporkan didenda dan digantung oleh pendahulu Ligue 1 selepas melakukan lawatan promosi ke negara Timur Tengah itu tanpa kebenaran.Lelaki berusia 35 tahun itu, yang merupakan duta bagi Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi, digambarkan di Riyadh pada hari Isnin, sehari selepas pasukannya mengalami kekalahan mengejut kepada Lorient.Messi berkata, dia terpaksa membuat perjalanan atas sebab kontrak setelah membatalkannya sebelum ini, dan mengandaikan dia mempunyai cuti sehari.Isu itu telah menyerlahkan kemerosotan jelas hubungan antara pemenang Piala Dunia dengan PSG, dengan laporan menyatakan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada musim panas.Messi berkata, dalam video yang disiarkan di Instagram, \u201cSaya mahu membuat video ini atas semua yang berlaku.\u201cPertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada rakan sepasukan saya dan kepada kelab. Sejujurnya saya fikir kami akan bebas selepas perlawanan, seperti yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya.\u201cSaya telah pergi ke Arab Saudi minggu ini, yang telah dibatalkan sebelum ini dan kali ini saya tidak dapat melakukannya. Saya memohon maaf sekali lagi dan saya di sini sedia menerima sebarang keputusan kelab. Semua yang terbaik.\"Messi, pemenang Ballon d\u2019Or tujuh kali, menyertai PSG dalam publisiti yang hebat selepas Barcelona menghadapi masalah kewangan yang teruk dua tahun lalu.Dia telah dikaitkan dengan kembali ke Nou Camp tetapi secara meluas dianggap kedudukan kewangan pemimpin LaLiga itu menjadikannya tidak realistik. Arab Saudi dan Amerika Syarikat dikhabarkan sebagai destinasi berpotensi lain. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 11:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257146/berita/sukan/larian-berhalang-sumbang-pingat-sulung-di-phnom-penh", "article_title": "Larian berhalang sumbang pingat sulung di Phnom Penh", "article_text": "SUKAN larian berhalangan menjadi penyumbang pingat pertama negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu.Atlet wanita, Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli menyumbang pingat pertama negara dan berkongsi kedudukan acara individu wanita bersama Anggun Yolanda Samsul Hadi biarpun tewas kepada peserta Indonesia, dalam penentuan pingat gangsa.Wan Athirah Hidayah mencatat masa 41.724 saat (s) di belakang Anggun yang merekodkan masa 39.598s.Meskipun berkongsi pingat gangsa, wakil acara lelaki individu pula, Yoong Wei Theng tetap memenangi saingan itu dengan menewaskan peserta tuan rumah, Ol Saoheang.Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234s dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.Wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan merekodkan 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).Sementara itu, Wei Theng mengakui terkejut dengan insiden apabila Saoheang terjatuh pada halangan kedua pada acara hari ini.\"Ketika dia jatuh, saya terkejut tetapi saya teruskan untuk menamatkan perlumbaan tanpa terganggu dan hilang fokus,\" katanya.Dalam pada itu, Wan Athirah Hidayah mengakui kesilapan ketika bergayut pada 70 meter (m) terakhir memberikan kelebihan buat lawannya memintasnya.Bagaimanapun, beliau berharap dapat memperbaiki prestasi dan kembali lebih kuat untuk beraksi dalam saingan berpasukan menentang Kemboja esok. - BernamaSukan SEA, Phnom Penh, Yoong Wei Theng, Wan Athirah Hidayah Ahmad Fuzli, Kemboja, gangsa", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 11:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257143/berita/sukan/united-janji-kebangkitan", "article_title": "United janji kebangkitan", "article_text": "MANCHESTER United akan bangkit untuk memastikan peluang Red Devils meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan tidak terlepas.Jurulatihnya, Erik ten Hag percaya para pemain sudah melupakan kekecewaan tewas kepada Brighton untuk kembali memburu kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham awal pagi Isnin.\"Kami perlu berada dalam saingan Liga Juara-Juara. Kami mahu mencabar pasukan terbaik dunia,\" katanya.Penalti Alexis Mac Allister pada masa kecederaan membolehkan Brighton menang 1-0 yang memaksa anak buah ten Hag hanya empat mata di atas Liverpool di tangga kelimaUnited bagaimanapun berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.Kekalahan itu adalah satu tamparan, namun United mampu menebus kekecewaan tersebut dengan ten Hag optimis dengan kelayakan Liga Juara-Juara dalam genggaman.\u201cSemangat pemain berbeza pada musim ini, apabila kami mengalami kekalahan, kami bangkit.\u201cJadi, saya bergantung kepada pemain dan pasukan saya. Kami perlu bangkit sekali lagi,\" katanya.Justeru ten Haq mahu para pemain fokus kepada baki lima perlawanan sebelum saingan EPL menutup tirai musim ini.\u201cTiada masa untuk kekal dalam (kekecewaan). Kami akan meneruskan perlawanan menentang West Ham. Semua fokus kepada perlawanan itu.\u201cKami akan membuat perancangan yang baik, pemain perlu bertanggungjawab dan mereka akan melakukannya. Saya bergantung kepada mereka,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 10:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257144/berita/sukan/sukan-sea-2023-wei-theng-sumbang-pingat-sulung-negara", "article_title": "Sukan SEA 2023: Wei Theng sumbang pingat sulung negara", "article_text": "ATLET larian berhalangan, Yoong Wei Theng muncul atlet pertama menyumbang pingat kepada negara pada Sukan SEA 2023 selepas meraih gangsa acara lelaki individu, di sini pada Sabtu.Acara yang berlangsung di tempat letak kereta Chroy Changvar Convention Centre itu, menyaksikan Wei Theng tidak berdepan masalah apabila unggul meninggalkan peserta tuan rumah, Ol Saoheang sejak dari awal saingan.Malang menimpa Saoheang selepas terjatuh pada halangan kedua sekali gus merencatkan usahanya mengejar wakil Malaysia itu.Wei Theng yang melengkapkan setiap halangan dengan sempurna bagi larian sejauh 100 meter itu merekodkan masa 28.234 saat (s) dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.Sementara itu, wakil Filipina, Mark Julius Malabriga Rodelas muncul juara dengan mencatat 25.194s menewaskan rakan sepasukannya, Kevin Jeffrey Dador Pascua (26.814s).AKAN MENYUSUL", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 10:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257136/berita/sukan/leeds-perlu-lebih-kejam-di-manchester-city", "article_title": "Leeds perlu lebih 'kejam' di Manchester City", "article_text": "LEEDS United perlu mempamerkan prestasi pertahanan terbaik musim ini jika berhasrat mengambil mata daripada Manchester City dalam usaha mengekalkan status Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengendali sementara Leeds, Sam Allardyce mengakui kelab itu berdepan ujian pertama mengelak penyingkiran selepas kelab Yorkshire itu memecat Javi Gracia.\u201cKami harap dapat mencari satu atau dua ruang untuk menimbulkan masalah kepada Manchester City.\u201cMalah paling penting kami tidak boleh melepaskan sebarang peluang, sebaliknya perlu lebih kejam dan klinikal selain pertahanan pasukan perlu menjadi yang terbaik musim ini.\u201cYa, pertahanan agak lemah, tetapi kami akan cuba meletakkan bahagian pertahanan kembali di landasan yang betul,\" Allardyce berusia 68 tahun, yang tidak pernah diturunkan dari EPL sehingga ketika bersama West Bromwich Albion dalam tugas terakhirnya.Sebagai rekod, Leeds berada di tempat ke-17, di luar zon penyingkiran dengan perbezaan gol, dan berjaya meraih satu mata daripada lima perlawanan terakhir.Mengenai kawasan masalah yang perlu ditanganinya, Allardyce berkata: \u201cDalam penguasaan bola, saya sentiasa melihat mereka sangat bagus, namun daripada penguasaan bola baru-baru ini, seperti yang semua orang boleh lihat melalui jaringan yang mereka bolos, sesuatu yang diperbaiki segera.\u201cKami perlu mengimbangi kedua-duanya. Teruskan dengan cara anda bermain dalam penguasaan bola, mencipta peluang, namun pastikan apabila anda kehilangan bola anda menyekat pintu terbuka. Jika anda tidak melakukannya menentang Manchester City, anda akan berdepan masalah besar.\u201c... Saya mahu pemain menunjukkan kami telah membuat perubahan dan mereka cukup bersemangat untuk terus berjuang sehingga ke penghujungnya,\u201d kata Allardyce.Sementara itu, Leeds akan beraksi tanpa Stuart Dallas, Tyler Adams, Liam Cooper dan Luis Sinisterra apabila berkunjung ke Manchester City.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 09:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257121/berita/sukan/guardiola-waspada-muslihat-allardyce-di-etihad", "article_title": "Guardiola waspada muslihat Allardyce di Etihad", "article_text": "PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City menjangkakan tentangan sengit Leeds United apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Etihad pada Sabtu.Malah, pengendali The Citizens, Pep Guardiola menegaskan pengalaman Sam Allardyce dalam saingan liga teratas menjadi cabaran kepada pasukan tuan rumah.\u201cYa, sudah pastinya satu perlawanan sukar, tambahan pula kehadiran Allardyce sebagai pengurus bagi mengelak penyingkiran.\u201cSemua tahu dia mempunyai karisma dan pengalaman yang akan memberi tekanan kepada pemain.\u201cPaling penting, dia tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan pasukannya dalam perlawanan penting ini,\u201d kata pengendali berusia 52 tahun itu yang mengakui usia bukan faktor untuk menjadi pengurus yang baik.Allardyce, 68 tahun dilantik menggantikan Javi Gracia yang dipecat sebelum ini untuk mengharungi empat perlawanan terakhir liga.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (6 MEI)Bournemouth lwn Chelsea, 10 malamManchester City lwn Leeds United, 10 malamWolves lwn Aston Villa, 10 malamTottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 10 malamAHAD (7 MEI)Liverpool lwn Brentford, 12.30 tengah malamNewcastle United lwn Arsenal, 11.30 malamISNIN (8 MEI)West Ham United lwn Manchester United, 2 pagiFulham lwn Leicester City, 10 malamSELASA (9 MEI)Brighton lwn Everton, 12.30 tengah malamNottingham Forest lwn Southampton, 3 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mei 2023 07:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257106/berita/sukan/misi-buru-40-emas-kemboja-2023-kontinjen-negara-bermula", "article_title": "Misi buru 40 emas Kemboja 2023 kontinjen negara bermula", "article_text": "SUKAN SEA Kemboja 2023 edisi ke-32 disingkap secara rasmi dengan suasana meriah di Stadium Morodok Techno, pada Jumaat.Tema Sports Live In Peace, diselitkan dengan persembahan kun bakator yakni seni bela diri tradisional masyarakat Kemboja menambah keunikan perasmian temasya dwitahunan ini.Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali mengetuai kontinjen negara sambil dipacu pembawa Jalur Gemilang, yang juga atlet karate R Sharmendran.Edisi Kemboja 2023 kali ini menyaksikan kontinjen negara menampilkan pakaian batik pada upacara perasmian.Penghibur mengambil bahagian dalam upacara perasmian Sukan SEA ke-32 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.Sebagai rekod, sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa diletakkan sebagai sasaran kepada kontinjen Malaysia.Ini mengambil kira keputusan negara penganjur tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Vietnam tahun lalu yang menyaksikan kontinjen negara hilang 18 emas, 16 perak dan 30 gangsa.Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA edisi 32 kali ini melibatkan 927 anggota kontinjen, terdiri daripada 676 atlet dan 251 pegawai.Edisi Vietnam 2021, Malaysia melabuh tirai di kedudukan keenam dengan meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.Pungutan pingat diraih di Hanoi tersebut melepasi sasaran pingat 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa yang ditetapkan sebelum itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 10:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257102/berita/sukan/atlet-malaysia-perlu-waspada-gejala-penyakit-bawaan-haba", "article_title": "Atlet Malaysia perlu waspada gejala penyakit bawaan haba", "article_text": "KESAN utama penyakit bawaan haba seperti strok haba kekal menjadi kebimbangan utama pasukan perubatan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 yang berlangsung dalam fenomena cuaca panas melampau di Kemboja.Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen (CMO), Dr Jasmiza Khuzairi Jasme berkata, cuaca di Kemboja panas dan sangat kering sehingga suhu boleh mencecah 40 darjah Celcius sekali gus strok haba mungkin boleh menyerang atlet terutama mereka yang terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.Menurutnya, antara simptom awal penyakit bawaan haba ialah pening, kurang bermaya dan rasa seakan kepala berpusing manakala serangan strok haba pula mampu menyebabkan atlet pitam atau lebih parah.\u201cSekiranya mereka bergejala, kita sudah boleh ambil langkah berjaga-jaga atau dia (atlet) sendiri kena tingkatkan hidrasi. Kita juga menasihatkan supaya atlet tidak mengambil terlalu banyak air manis, kopi ataupun minuman berkafein sebab itu akan jejaskan hidrasi.\u201cSudah tentu yang terbaik adalah minum banyak air kosong ataupun minuman elektrolit untuk pastikan air dan garam dalam badan berada dalam keadaan baik,\u201d katanya ketika ditemui di klinik kontinjen negara di Perkampungan Atlet Sukan SEA 2023 di sini.Bagi atlet yang terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama ketika bertanding, beliau berkata, mereka perlu menggunakan tuala basah ataupun pek ais untuk menyejukkan anggota badan seperti di belakang leher, kepala dan celah-celah badan bagi mengurangkan risiko suhu badan meningkat.Menurut beliau yang merupakan CMO ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kaedah itu merupakan cara termudah untuk mengurangkan suhu badan.\u201cSelain itu, dari segi pemakaian kita nasihatkan atlet supaya tidak pakai terlalu tebal dan elak pakaian berwarna terlalu gelap sebab ini akan menambahkan risiko mendapat penyakit bawaan haba. Mereka juga boleh pakai topi, sarung tangan dan losyen serta krim pelindung matahari,\u201d katanya.Pada masa sama, beliau berkata, atlet boleh menjalani proses pemulihan termasuk menggunakan ice bath yang disediakan di klinik kontinjen.Sementara itu, Dr Jasmiza berkata, seramai 30 kakitangan perkhidmatan sokongan sains dan perubatan sukan termasuk enam doktor pakar dari Institut Sukan Negara (ISN) ditugaskan untuk memantau tahap kesihatan kesemua 677 atlet kebangsaan di Sukan SEA 2023 dari 5 hingga 17 Mei ini.Katanya, pasukan perubatan ke temasya sukan dwitahunan itu turut terdiri daripada pegawai paramedik, jururawat, ahli fisioterapi dan tukang urut bagi memastikan para atlet negara menerima perkhidmatan terbaik.\u201cSelain di sini, kita juga ada dua pasukan yang bertugas di wilayah Sihanoukville (venue sukan pelayaran) dan satu pasukan di wilayah Siem Reap (berbasikal) tetapi yang utama adalah di Perkampungan Atlet di mana kita ada klinik kontinjen yang bersedia 24 jam sepanjang temasya berlangsung.\u201cDi sini kita ada ultrasound yang boleh bantu mendiagnosis kecederaan dan segala jenis ubatan yang diperlukan. Selain daripada khidmat klinik, kita juga ada khidmat fisioterapi dan urutan sukan di mana kita ada kakitangan yang berguas setiap masa,\u201d katanya.Mengulas mengenai cabaran pasukan perubatan di sini, Dr Jasmiza berkata, pada peringkat awal pihaknya menghadapi permasalahan peralatan asas klinik dan pengangkutan, namun ia berjaya diatasi dengan bantuan pelbagai pihak serta inisiatif sendiri.\u201cKita mempunyai kereta yang disewa bagi memudahkan pihak ISN melakukan tugasan luar, saya percaya kita akan menemui cabaran setiap hari tetapi kita akan cuba atasinya,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257100/berita/sukan/kok-leong-tekad-bawa-pulang-emas-berganda", "article_title": "Kok Leong tekad bawa pulang emas berganda", "article_text": "ATLET snuker negara, Lim Kok Leong bertekad membawa pulang lebih daripada satu emas buat kem snuker pada Sukan SEA edisi kali ini, selepas sekadar berpuas hati dengan satu pingat emas dan satu perak pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.Atlet berusia 27 tahun yang menyumbang emas menerusi acara 6-Red perseorangan lelaki pada edisi lepas berkata, persiapan rapi dilakukan dalam misi pemburuan emas berganda sekali gus menebus kekecewaan terlepas emas acara perseorangan lelaki sebelum ini.Hasrat Kok Leong untuk meraih emas kedua buat dirinya pada ketika itu tidak kesampaian selepas tewas di tangan pemain veteran Thailand, James Wattana pada aksi final.\u201cIni penampilan ketiga saya di Sukan SEA jadi saya kalau boleh mahu membolot dua emas bagi acara sama yang dipertandingkan.\u201cBagi acara 6-Red perseorangan, saya rasa tidak berdepan masalah, namun bagi acara perseorangan saya menjangkakan tentangan sengit daripada negara lain,\u201d katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Kemboja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) pada Jumaat.Juara Snuker Amatur Dunia 2022 itu yang turut mewakili negara dalam dua lagi acara iaitu 6-Red beregu dan beregu bersama pemain snuker berpengalaman Moh Keen Hoo, 37, dalam masa sama optimis mampu menceriakan kem snuker dengan menyumbang lebih daripada dua pingat disasarkan pada temasya kali ini.Gandingan Kok Leong-Keen Hoo sebelum ini pernah membantu kem negara meraih emas acara beregu pada edisi 2019 di Manila, Filipina sebelum menyaksikan acara itu tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2021 Hanoi.\u201cBagi acara beregu kita mempunyai potensi untuk emas apatah lagi saya turut bergandingan bersama Keen Hoo iaitu pemain senior di dalam skuad.\u201cNamun kami tidak mahu terlalu selesa dengan kelebihan itu dan merasakan semua negara mempunyai peluang sama rata bagi meraih emas,\u201d katanya.Pemain snuker negara dijadual memulakan aksi acara itu yang diadakan di Hotel Naga World di Phnom Penh bermula 7 hingga 14 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257092/berita/sukan/harimau-muda-waspada-bola-mati-thailand", "article_title": "Harimau Muda waspada bola mati Thailand", "article_text": "PENJAGA gol skuad Bawah 22 (B-22) tahun negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman mengingatkan rakan sepasukan agar berwaspada dengan gerakan terancang Thailand pada aksi kedua Kumpulan B Sukan SEA 2023 Kemboja pada Sabtu.Sikh Izhan berkata, penelitian telah dilakukan menerusi video analisis bagi mengkaji ketajaman barisan serangan Thailand yang mungkin boleh mengundang ancaman berbahaya kepada gawang negara menerusi set piece dalam perlawanan berlangsung di Stadium Prince.\u201cKami juga perlu sedar dengan hantaran merbahaya dibuat pemain tengah pasukan Thailand dan lebih fokus kepada bahagian pertahanan.\u201cMalah selain muka baharu, ada dalam kalangan mereka bermain di pasukan senior dan liga utama, jadi mereka punya kematangan lebih baik tetapi kita juga ada kelebihan dibarisi pemain yang beraksi di Liga Super,\u201d katanya kepada media Malaysia pada sesi latihan di Stadium EDC, pada Jumaat.Selain berhati-hati dengan permukaan padang, Sikh Izhan juga berharap dapat menambah baik aspek komunikasi bersama benteng pertahanan agar insiden yang berlaku pada perlawanan pertama sewaktu membelasah Laos 5-1 tidak berulang lagi.Selepas mendahului perlawanan hasil jaringan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, gawang negara bolos menerusi jaringan sendiri pemain sama ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Phetdavanh Somsanid pada minit ke-21, untuk lawan menyamakan kedudukan sebelum Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata penuh Rabu lepas.Dalam pada itu, penyerang, Muhammad Aliff Izwan Yuslan pula berkata, mereka sedang menumpukan usaha mempertajamkan teknik penyudah terutamanya menghasilkan jaringan menerusi set piece menentang naib juara edisi 2021.Muhammad Aliff juga mengakui sedikit tertekan menjelang aksi berdepan juara 16 kali tersebut kerana apa jua keputusan dilakar anak buah E Elavarasan esok bakal mencerminkan nasib pasukannya memandangkan mereka turut diundi bersama juara bertahan, Vietnam dalam Kumpulan B.Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu tetap berharap dapat membantu pasukan negara menamatkan kemarau 'ibu segala pingat' selama 12 tahun dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA di sini.Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.Vietnam selaku juara bertahan pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 08:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257052/berita/sukan/skuad-hoki-padang-sedia-teruskan-dominasi-emas-malaysia", "article_title": "Skuad hoki padang sedia teruskan dominasi emas Malaysia", "article_text": "PASUKAN hoki remaja kebangsaan bersedia untuk mengalas cabaran meneruskan dominasi emas dalam acara hoki padang lelaki Sukan SEA lebih lima dekad, walaupun bakal berdepan lawan yang lebih berpengalaman.Malaysia, yang merupakan kuasa besar hoki di rantau ini dengan pencapaian cemerlang 16 pingat emas Sukan SEA sejak 1971, hanya membariskan empat pemain senior yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, manakala 14 lagi adalah pemain skuad remaja.Empat pemain tersebut adalah penjaga gol Mohd Zaimi Mat Deris, Muhammad Amirul Hamizan Azahar (pertahanan), Muhammad Najib Abu Hassan (tengah) dan Muhamad Ramadan Rosli (penyerang).Ketua Jurulatih Muhamad Amin Rahim dalam kenyataan pada Jumaat berkata, anak buahnya telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen menentang tuan rumah, Kemboja pada Rabu depan, di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.Beliau berharap bahawa anak-anak buahnya akan menampilkan aksi terbaik sepanjang temasya itu sebagai persiapan menuju Kejohanan Piala Remaja Asia di Salalah, Oman bermula 23 Mei ini, selepas turut menyertai Siri Jelajah Perth Austalia baru-baru ini.\"Harapan dan sasaran yang diletakkan oleh pasukan tentunya untuk menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia. Namun untuk pasukan, kami datang ke Sukan SEA dengan strategi serampang dua mata menjadikan pentas di temasya ini sebagai persiapan untuk Piala Remaja Asia.\"Pemain juga diingatkan supaya tidak memandang rendah akan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pasukan yang bertanding dan setiap kali turun beraksi, pemain perlu turun dengan satu pemikiran yang betul selain memiliki mentaliti untuk menang pada setiap perlawanan,\u201d katanya.Skuad negara dijadualkan bertemu Singapura pada Khamis (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (14 Mei) untuk melengkapkan liga sepusingan dengan dua pasukan teratas mara ke final, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi gangsa.Sementara itu, ketua jurulatih skuad wanita Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, pihaknya tidak mahu memikirkan reputasi Malaysia pada edisi lepas dan dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mengelak tekanan, sebaliknya fokus akan diberikan sepenuhnya terhadap setiap aksi selain menghormati setiap lawan yang bakal dihadapi.Katanya, untuk temasya kali ini, hanya empat pemain mempunyai pengalaman beraksi di Sukan SEA, manakala selebihnya mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa seperti di Kejohanan Piala Asia 2022, Piala Dunia Remaja 2022 serta Kejohanan Jemputan China baru-baru ini.\"Kriteria pemilihan pemain ke Sukan SEA adalah lebih kepada kebolehan pemain mengadaptasi dengan permainan pantas, membuat keputusan baik, memiliki teknik baik dan berfikiran positif. Barisan kejurulatihan, pegawai dan para pemain memiliki hasrat juga motivasi yang tinggi dalam memburu pingat emas di Kemboja.\"Pengalaman yang telah diraih oleh setiap pemain pastinya membantu untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka. Sukan SEA kali ini juga pasukan akan menampilkan pemain muda berusia 19 tahun iaitu Azmyra Mia Sofea Azhairy,\u201d katanya.Skuad wanita negara yang turut mendominasi acara hoki padang dengan merangkul tujuh emas secara berturut-turut sejak edisi Jakarta 1997 hingga Kuala Lumpur 2017, dijadual bertemu Kemboja pada Rabu (10 Mei), Singapura (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (15 Mei).Acara hoki padang kembali dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu selepas enam tahun setelah ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 05:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257029/berita/sukan/misi-hidup-mati-skuad-bola-tampar-lelaki-negara", "article_title": "Misi hidup mati skuad bola tampar lelaki negara", "article_text": "SKUAD bola tampar lelaki negara tekad berjuang habis-habisan apabila menentang Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan bagi memburu slot ke separuh akhir pada Sukan SEA 2023 Kemboja.Ketua pasukan negara Sim Jian Qin menyifatkan perlawanan menentang Vietnam dalam kempen Kumpulan B itu esok adalah misi \u2018hidup mati\u2019, kerana hanya kemenangan akan menjamin tempat buat skuad kebangsaan mara ke separuh akhir.Beliau berkata, walaupun di atas kertas Vietnam merupakan pasukan pilihan, ia bukan menjadi penghalang kepada barisan pemain negara untuk mempamerkan aksi terbaik bagi meraih kemenangan.\"Kelebihan mereka adalah dari segi pemain mereka (Vietnam) yang tinggi, tapi dari aspek pertahanan, pasukan kita nampak lebih baik. Ramai pemain kita lebih rendah daripada mereka, jadi kita boleh bergerak lebih pantas, dan diharapkan nasib menyebelahi kita,\u201d katanya.Seandainya misi layak ke separuh akhir itu berjaya dilunaskan, ia sekali gus turut memperbaiki prestasi buruk skuad kebangsaan ketika edisi di Hanoi, tahun lepas.Pada temasya edisi ke-31 di Hanoi, skuad bola tampar lelaki negara tersingkir di peringkat kumpulan dan lebih mengecewakan apabila mereka menamatkan saingan tanpa sebarang kemenangan.Malaysia dan Vietnam bakal membuat perhitungan terakhir dalam saingan Kumpulan B, bagi mengiringi Thailand yang sudah mengesahkan slot dalam kelompok empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.Sementara itu bagi atlet Khairol Shazrime Shamsaimon, beliau optimis skuad negara mampu menjelmakan keputusan positif, selain menyifatkan kesemua 14 pemain disenaraikan ke Kemboja adalah yang terbaik pada masa ini.\"Kita sudah tengok corak permainan Vietnam ketika mereka lawan dengan Myanmar, jadi kita tahu apa kelemahan dan kelebihan mereka,\u201d katanya.Malaysia kini menghuni tangga kedua Kumpulan B, berkongsi empat mata bersama Vietnam yang berada di tempat ketiga, manakala Thailand di kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata.Mengikut format pertandingan, dua pasukan terbaik masing-masing dalam Kumpulan A dan B akan layak ke separuh akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 03:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/257027/berita/sukan/nur-azmi-tak-risau-isu-berat-sebelah", "article_title": "Nur Azmi tak risau isu berat sebelah", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad tidak berasa gusar dengan pengendalian acara karate termasuk isu berat sebelah pada Sukan SEA 2023 Kemboja.Menurut Nur Azmi, beliau percaya sebarang unsur kontroversi yang sering berlaku dalam sukan tempur sebelum ini tidak akan berlaku pada temasya sukan dwitahunan di Kemboja memandangkan pengerusi teknikal acara yang berlangsung di Chroy Changvar Convention Centre itu adalah dari Malaysia.\"Insya-ALLAH keadaan sedemikian (isu berat sebelah) tidak akan berlaku lagi memandangkan acara kali ini turut dilengkapi bantuan video.\"Dari segi persiapan penganjur pula saya difahamkan terdapat masalah dari segi tempat duduk penonton, hanya 150 penonton sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan,\u201d katanya.Sementara itu Nur Azmi berkata tiga juara bertahan bagi acara masing-masing wajib membawa pulang emas disasarkan untuk kontinjen Malaysia kali ini.Katanya, mereka adalah pemenang emas acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) C Shahmalarani, diikuti Sankar Sureeya Sankar Hari (kumite lelaki bawah 67kg) dan juara tiga kali berturut-turut kumite lelaki bawah 75kg, R. Sharmendran.\"Ada tiga lagi sasaran, tapi fokus tiga pingat emas ini terdahulu, dan pingat lain pula adalah bonus,\u201d katanya.Nur Azmi yang pernah menjadi Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2021 tidak menafikan tekanan sememangnya wujud terhadap rakannya, Datuk Mohd Nasir Ali yang kini mengetuai kontinjen negara, bagi memastikan Malaysia menepati sasaran pingat ditetapkan di Hanoi.Justeru, beliau berharap agar semua prospek emas negara dapat mempamerkan prestasi membanggakan, sekali gus dapat membakar semangat atlet lain dalam mengharumkan nama negara di Kemboja.Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan keenam dalam carta pungutan pingat keseluruhan dengan meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 03:02pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256984/berita/sukan/sheikh-jassim-mahu-bawa-mbappe-ke-united", "article_title": "Sheikh Jassim mahu bawa Mbappe ke United", "article_text": "CALON pemilik Manchester United, Sheikh Jassim Hamad Al Thani berminat untuk mendapatkan Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain (PSG) jika dapat membeli pasukan gergasi England itu.Sebagai sebahagian daripada kumpulan Qatar yang ingin mengambil alih United, Sheikh Jassim adalah antara watak penting yang menyasarkan untuk membeli pegangan kawalan dalam kelab itu.Dia merupakan antara pencabar selain Sir Jim Ratcliffe yang sedang bersaing untuk membeli kelab itu daripada keluarga Glazer.Walaupun belum berjaya membeli kelab itu, laporan media antarabangsa menyatakan bahawa Sheikh Jassim sudah mempunyai senarai sasaran perpindahan pemain termasuk membawa Mbappe.Selain pemain antarabangsa Perancis itu, Sheikh Jassim juga ingin mendapatkan Kingsley Coman dan Eduardo Camavinga masing-masing dari Bayern Munich dan Real Madrid dalam usaha untuk memperkuat pasukan utama Manchester United.Bagaimanapun, United boleh menjangkakan persaingan yang sengit jika mereka mahu mengejar Mbappe, dengan Real Madrid mempunyai minat jangka panjang terhadap pemain antarabangsa Perancis itu.Tawaran ketiga dan terakhir telah dikemukakan minggu lalu dalam biadaan untuk membeli United dengan Ratcliffe dipercayai menawarkan harga yang lebih tinggi daripada Sheikh Jassim.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 10:52am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256977/berita/sukan/nak-bayar-kos-selenggara-padang-pun-dah-merungut---tmj", "article_title": "Nak bayar kos selenggara padang pun dah merungut - TMJ", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan kemampuan pasukan untuk membayar kos penyelenggaraan sekiranya sudah mempunyai stadium sendiri.Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil dengan cadangan mahu membantu pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium.Menurut Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), ada pasukan yang merungut apabila terpaksa mengeluarkan dana RM200,000 setahun untuk kos penyelenggaraan rumput sekiranya menukar dari jenis Cow Grass kepada rumput Zeon Zoysia sekali gus menyaksikan kemungkinan untuk memiliki stadium sendiri itu hanya sebagai 'cakap kosong'.\"RM200,000 setahun selenggara padang pun tak boleh terima dan cakap tak mampu, macam mana nak ada stadium sendiri? Siapa nak selenggara? Cakap dan nak buat sesuatu tu biar berdasarkan fakta. Semua cakap dan memberi gambaran tak betul kepada penyokong.\"Kos selenggara stadium JDT RM7 juta setahun. Itu pun kami terkial kial nak bayar dan selenggara. Kalau stadium lebih kecil kemungkinan RM4 juta atau RM5 juta setahun.\"Sekarang soalan saya, jika kos penyelenggaraan padang RM200,000 ribu lebih setahun pun dah merungut apatah lagi RM5 juta.\"Dan jika stadium mempunyai teknologi canggih macam stadium baru yang di sebut sebut sebelum ini yang akan dibina. Kos penyelenggaraan mencecah RM30 atau RM60 juta setahun? Kelab boleh bayar?,\" katanya dalam laman Instagramnya pada Khamis.Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat tawaran penukaran padang secara percuma di setiap stadium negeri, tetapi dipandang sepi oleh pasukan dengan alasan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.Dalam masa sama, Tunku Ismail menegaskan keperluan untuk diadakan forum terbuka agar dapat memberikan gambaran yang betul kepada penyokong dalam pelbagai perkara termasuk isu stadium tersebut.\"ltu pasal saya cakap berkali-kali adakan forum terbuka untuk penyokong dengan semua presiden dan CEO kelab.\"Bagi penyokong tanya apa saja soalan. Sampai ke hari ni semua diam, takda yang berani. Penyokong sekarang boleh nilai sendiri kenapa semua takut? Apa yang nak disembunyikan? Nilai sendiri.\"Cakap memang senang,bila ajak berdepan takut. No transparency. Forum terbuka CEO dan pemilik kelab dengan penyokong sangat diperlukan demi ketulusan untuk mengelakkan kaki temberang dan kaki kencing,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256974/berita/sukan/peringatan-buat-skuad-harimau-muda-di-kemboja", "article_title": "Peringatan buat skuad Harimau Muda di Kemboja", "article_text": "BAGI mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan diingatkan supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023, di sini.Peringatan itu dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahukan skuad Harimau Muda berjuang bermati-matian memburu keputusan positif ketika turun menentang dua pasukan pilihan iaitu Thailand dan Vietnam pada aksi getir saingan Kumpulan B.Hamidin berkata, anak buah E. Elavarasan yang mempunyai sasaran ke final perlu menganggap pertembungan dengan kedua-dua pasukan itu sebagai perlawanan \u2018hidup atau mati\u2019 dalam usaha mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.Katanya, para pemain juga memahami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mencuri tiga mata dalam kedua-dua perlawanan tersebut.\"Kita lawan Thailand dan Vietnam adalah ibarat perlawanan final. Maknanya kalau boleh kalahkan Thailand ataupun Vietnam, mereka (pemain) sudah boleh merasakan mungkin bakal menjadi juara,\u201d katanya dalam satu pertemuan bersama media tempatan di sini, malam Khamis.Skuad kendalian Elavarasan yang membenam Laos 5-1 pada aksi sulung kumpulan di Stadium Prince di sini, Rabu lepas akan berdepan Thailand dan Vietnam masing-masing esok dan Isnin depan di venue sama sementara kedua-dua pasukan lawan itu akan bertemu sesama sendiri pada aksi terakhir 11 Mei ini.Dalam pada itu, Hamidin berkata, skuad yang dibentuk kali ini mempunyai kelebihan apabila pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilihat mempunyai keupayaan setara dengan kesebelasan utama.Beliau berkata, perkara itu akan dapat membantu pasukan mengekalkan momentum sekiranya terdapat mana-mana pemain yang mengalami kecederaan ataupun berdepan penggantungan perlawanan.\"Tetapi dalam perlawanan berpasukan komitmen dalam dan luar padang penting, saya maklumkan kepada jurulatih dan pemain bonding dalam dan luar padang mustahak. Jadi saya harap lepas kemenangan dengan Laos mereka kuat dan bersedia bertemu Thailand dan Vietnam,\u201d katanya.Beliau yakin pasukan muda negara mampu mengalahkan Thailand dan Vietnam dengan syarat para pemain bebas daripada sebarang masalah dan hanya menumpukan kepada perlawanan.Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan kumpulan, sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.Vietnam selaku juara bertahan pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256973/berita/sukan/kekalahan-yang-mengecewakan---ten-hag", "article_title": "Kekalahan yang mengecewakan - Ten Hag", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan kekalahan kepada Brighton yang disifatkannya sebagai menjengkelkan ketika harapan untuk ke saingan Liga Juara-Juara sedikit terjejas.Pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister menyempurnakan sepakan penalti pada minit kesembilan masa tambahan selepas bola terkena tangan Luke Shaw.Kekalahan dramatik 1-0 di Stadium Amex itu menjejaskan peluang kedudukan empat teratas United apabila menyaksikan mereka hanya empat mata di atas Liverpool yang berada di tangga kelima walaupun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.Ten Hag mengakui para pemainnya perlu menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut.Pengendali Belanda itu menyifatkan United mempunyai banyak pelung pada babak awal perlawanan apabila Antony memiliki peluang keemasan sebelum penjaga gol David De Gea menafikan percubaan pemain sayap Albion, Kaoru Mitoma.\"Setiap kekalahan adalah mengecewakan tetapi akhirnya apabila anda tewas pada saat terakhir, itu sudah tentu menjengkelkan.\"Dan saya rasa minit pertama merumuskan segala-galanya. Kami mencipta peluang yang baik tetapi tidak cukup klinikal. Kemudian dalam serangan selepas itu kami melepaskan peluang besar.\"Dan akhirnya, kami juga memberikan gol dan itu menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang kerana anda tidak menghabiskan peluang anda maka jangan kalah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256971/berita/sukan/napoli-tamatkan-penantian-33-tahun-muncul-juara-serie-a", "article_title": "Napoli tamatkan penantian 33 tahun muncul juara Serie A", "article_text": "NAPOLI mengesahkan kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun apabila jaringan Victor Osimhen memberikan satu mata berharga dalam keputusan seri 1-1 menentang Udinese, awal pagi Jumaat.Setelah terlepas peluang untuk memenangi kejuaraan di hadapan peminat mereka sendiri Ahad lalu, Napoli hadir ke Dacia Arena dengan mengetahui satu mata sudah cukup untuk menjuarai Scudetto pertama mereka sejak era Diego Maradona.Osimhen yang meledak gol jaringan ke-22 liga musim ini memastikan Napoli menuntut mahkota Serie A ketiga, membatalkan gol pembukaan Sandi Lovric.Udinese tidak berjaya mendapatkan jaringan tambahan sekali gus gagal menangguh hari yang cukup bersejarah buat Napoli.\"Untuk dibandingkan dengan Maradona untuk menjulang Scudetto, saya tidak mempunyai kata-kata.\"Ini bukan gelaran saya, ia milik setiap pemain dan orang yang bekerja untuk merealisasikan impian kami,\" kata kapten Napoli, Giovanni Di Lorenzo.Spalletti dan skuadnya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta seluruh bandar itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina Ahad ini.\"Melihat orang Neapolitan gembira sudah cukup untuk memberikan anda rasa kegembiraan yang mereka rasai.\"Mereka ini akan melihat saat ini apabila hidup semakin sukar, mereka mempunyai hak untuk meraikan seperti ini. Anda berasa lebih santai kerana mengetahui bahawa anda memberi mereka kebahagiaan ini,\" kata pengendali Napoli, Luciano Spalletti yang dilihat mengalirkan air mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256969/berita/sukan/brighton-tundukkan-united", "article_title": "Brighton tundukkan United", "article_text": "BRIGHTON melunaskan janji untuk membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Manchester United pada separuh akhir Piala FA selepas Alexis Mac Allister menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-99 untuk menjejaskan harapan The Red Devils ke Liga Juara-Juara.Brighton tampil dengan permainan berkualiti di Stadium Amex mendominasi penguasaan bola tetapi tidak mempunyai peluang sehingga bola terkena tangan Luke Shaw pada masa kecederaan memberikan mereka peluang untuk meraih tiga mata.Keputusan 1-0 itu melengkapkan kemenangan berganda Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas United.Ia selepas pasukan itu turut menewaskan anak buah Erik ten Hag dalam perlawanan pertama musim ini tetapi mengalami kekalahan yang menyakitkan menerusi sepakan penalti pada aksi separuh akhir Piala FA bulan lalu di Wembley.United kekal di kedudukan keempat EPL dan kedudukan terakhir untuk meraih tempat ke Liga Juara-Juara.Mereka dibezakan empat mata di hadapan Liverpool di tangga kelima namun mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan manakala Brighton naik ke tangga keenam.\"Ada tuhan bola sepak. \"Kami berhak memenangi separuh akhir tetapi tewas menerusi sepakan penalti tetapi hari ini kami menang dengan penalti.\"Dalam kedua-dua perlawanan saya rasa kami bermain lebih baik daripada United,\" kata pengendali Brighton Roberto De Zerbi.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mei 2023 09:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256950/berita/sukan/skuad-hoki-dalam-dewan-lelaki-selangkah-pertahankan-emas", "article_title": "Skuad hoki dalam dewan lelaki selangkah pertahankan emas", "article_text": "SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2023 selepas mengesahkan tempat ke final pada Khamis.Anak buah Mohd Hanip Che Halim itu menempah slot ke perlawanan akhir selepas membenam Thailand 5-3 pada aksi keempat round robin yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar, petang tadi.Kemenangan dilakar ke atas Thailand itu juga menyaksikan skuad negara terus cemerlang dengan rekod tanpa kalah pada temasya kali ini selepas menewaskan Kemboja 10-1, Filipina 19-0 dan Singapura 5-0.Pasukan kebangsaan akan melengkapkan aksi round robin itu menentang Indonesia pada Sabtu ini, sebelum turun beraksi berdepan lawan yang sama di pentas final pada Ahad.Pada aksi yang berlangsung hari ini, Thailand terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan padang Suyaram Anuson pada minit kelapan, sebelum Faridzul Afiq Mohd menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.Jaringan penyamaan itu terus menyuntik semangat pemain negara apabila menambah tiga lagi jaringan menerusi Muhamad Izham Azhar pada minit ke-12, Razali Mohd Hazemi (minit ke-19) dan Muhammad Firdaus Omar (minit ke-26).Thailand kemudian merapatkan kedudukan menerusi dua jaringan A-Nukoon Warawut pada minit ke-33 dan ke-34 sebelum Faridzul Afiq menoktahkan kemenangan Malaysia pada minit ke-38.Sementara itu, Mohd Hanip memuji barisan pemainnya yang mempamerkan permainan lebih mantap berbanding ketika bertemu Singapura, semalam.\u201cSetiap peluang disempurnakan dengan begitu baik serta corak permainan hari ini lebih kemas.\u201cPada suku terakhir kita agak leka sedikit dari segi bertahan dan Thailand mengambil peluang tersebut. Di mana setiap 'foul' perlu cepat berada dalam kedudukan tetapi sedikit leka dan menyebabkan kita melepaskan gol,\u201dkatanya.Mengenai perlawanan round robin berdepan Indonesia pada Sabtu ini, beliau berkata pasukan negara akan tetap membuat persediaan rapi walaupun kedua-dua akan bertemu sekali lagi di pentas final, sehari kemudian.Indonesia menghuni tangga kedua setelah berkongsi 12 mata dengan Malaysia, namun dibezakan dengan jaringan.Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas dalam pusingan round robin akan berentap untuk merebut pingat emas, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi pingat gangsa.Sebagai rekod, skuad hoki dalam dewan lelaki negara meraih pingat emas pada edisi 2019 di Filipina selepas menumpaskan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir. Pada edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas, acara berkenaan tidak dipertandingkan.Sementara itu, pasukan hoki dalam dewan wanita negara turut cemerlang pada aksi hari ini, apabila membenam tuan rumah, Kemboja 4-0.Gol pasukan negara dijaringkan Fazilla Sylvester Silin pada minit keenam, Iren Hussin (minit ke-25), Nur Atira Mohamad Ismail (minit ke-28) dan Qasidah Najwa Muhammad Halimi (minit ke-30).Pasukan negara yang menghuni tangga kedua di belakang Thailand, dengan masing-masing mengumpul 10 mata, perlu sekurang-kurangnya seri apabila bertemu Indonesia (sembilan mata) pada perlawanan akhir pusingan round robin, Sabtu ini untuk menempah tempat ke pentas final. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 10:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256908/berita/sukan/adam-mahu-lengkapkan-koleksi-pingat", "article_title": "Adam mahu lengkapkan koleksi pingat", "article_text": "SELEPAS meraih gangsa pada edisi di Manila 2019 dan perak di Hanoi 2021, atlet jujitsu negara, Adam Akasyah kini mengintai kilauan pingat emas di Sukan SEA 2023 Kemboja bagi melengkapkan koleksi tiga warna pingatnya.Pemuda berusia 23 tahun itu yakin mampu meraih emas menerusi acara Gi bawah 69 kilogram (kg) selepas latihan menyeluruh selama setahun untuk temasya dwitahunan itu.\"Persediaan kali ini adalah yang paling lengkap setakat ini berbanding dua Sukan SEA sebelumnya, iaitu kami mempunyai tambahan pakar psikologi sukan, latihan yang lebih khusus dan pasangan sparring yang sangat bagus.\"Saya 150 peratus bersedia dan ia sepatutnya emas. Tiada tekanan untuk saya dan saya berharap dapat tuah (bertanding) kali ketiga,\u201d katanya.Meskipun menyasarkan emas, pelajar sains sukan daripada Universiti Malaya itu tidak memandang rendah cabaran daripada juara bertahan, Noah Lim daripada Singapura, ekoran pengalaman dan keupayaannya untuk meraih mata.Pada final edisi lepas, Adam hampir memenangi emas selepas dia jauh mendahului Lim, namun kecederaan buku lali memaksanya untuk menarik diri daripada perlawanan itu.Sementara itu, seorang lagi atlet jujitsu Malaysia, Soo Yan Wei, berazam untuk memperbaiki persembahannya selepas pulang dengan tangan kosong daripada Manila 2019.Dia telah bersedia untuk bertarung dalam acara No Gi bawah 69kg lelaki, yang akan diadakan di Chroy Changvar Convention Centre.\"Pada 2019, saya buat kesilapan terlalu memikirkan tentang pingat, kali ini saya hanya mahu fokus untuk menghasilkan aksi yang lebih baik.\"Kalau anda beraksi bagus, anda punya peluang baik untuk mendapatkan pingat,\u201d katanya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 03:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256900/berita/sukan/pesilat-negara-dituntut-tampil-semangat-juang-tinggi", "article_title": "Pesilat negara dituntut tampil semangat juang tinggi", "article_text": "BARISAN pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi esok bagi menghadiahkan pingat kepada negara meskipun kurang pengalaman.Jurulatih silat negara, Nasri Nasir berkata, walaupun skuad negara yang dibarisi 75 peratus atlet muda dan pertama kali beraksi di temasya itu, namun beliau mahu mereka tidak gentar berjuang habis-habisan demi negara.\"Apa yang membezakan mereka ialah daripada segi pengalaman namun bagi saya ia bukan satu masalah yang besar. Keseimbangan akan dapat diperoleh berdasarkan semangat dan keinginan mereka untuk menang.\"Semua persiapan telah dilakukan buat atlet menerusi beberapa kejohanan dan latihan sebelum ini, jadi kami harap mereka dapat mengekalkannya sehingga hari pertandingan berlangsung,\u201d katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Kemboja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Khamis.Nasri dalam pada itu memaklumkan skuad negara berada dalam keadaan yang cukup baik bagi mengharungi saingan aksi lima hari di gelanggang silat bermula 6 hingga 10 Mei ini.\"Beberapa atlet sebelum ini ada mengalami kecederaan namun mereka telah kembali pulih seperti sedia kala, jadi boleh dikatakan skuad ini telah bersedia sepenuhnya,\u201d katanya.Sementara itu, Pengurus Pasukan Silat, Datuk Seri Khairudin E S Abd Samad mahu skuad itu menjadikan segala rintangan di Sukan SEA Kemboja sebagai pencetus dalam menjelmakan kilauan pingat emas buat negara.Beliau berkata, rintangan seperti keadaan cuaca panas, venue kejohanan tidak sempurna dan sebagainya tidak seharusnya diendahkan pesilat negara.\"Bagi saya kita akan hadapi beberapa masalah, begitu juga kontinjen negara lain...Mereka juga akan menghadapi masalah sama...Insya-ALLAH sama-sama kita hadapi perkara itu,\u201d katanya.Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 Kemboja di Phnom Penh, yang berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 03:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256878/berita/sukan/sukan-sea-skuad-kriket-lelaki-mara-ke-final-kedua", "article_title": "Sukan SEA: Skuad kriket lelaki mara ke final kedua", "article_text": "HANYA sehari selepas menempah slot ke final 50-over, skuad kriket lelaki negara sekali lagi berpeluang untuk meraih emas, kali ini menerusi acara Twenty20 (T20) di Sukan SEA di sini, hari ini.Dalam perlawanan yang berlangsung di AZ Group Cricket Oval itu, pasukan Malaysia mengatasi Thailand dengan lapan wiket, sekali gus menjuarai Kumpulan A dan mara ke penentuan pingat emas menentang juara Kumpulan B, minggu depan.Malaysia, yang menang undian secara lambungan syiling, memilih untuk memadang dan melakukan 114 larian dalam 12.3 over, manakala lawan mereka menghasilkan 113 larian dalam 20 over.Kapten pasukan Ahmad Faiz Mohamad Noor gembira dengan keputusan hari ini terutama dengan aksi hebat dipamerkan Vijay Unni Suresh, Virandeep Singh dan Syed Aziz Syed Mubarak, meskipun berdepan kesukaran bermain di permukaan padang yang tidak rata.\"Alhamdulillah satu keputusan positif hari ini, saya sangat gembira dengan prestasi dilakar pemain seperti Vijay Unni dan Virandeep yang masing-masing berjaya peroleh dua wiket, manakala Syed Aziz pula berjaya (lakukan) 55 larian selain dua run-outs sepanjang permainan,\u201d katanya.Pasukan kebangsaan merangkul perak dalam acara T20 lelaki ketika kali terakhir kriket dipertandingkan di temasya dwitahunan itu pada edisi Kuala Lumpur 2017.Semalam, Malaysia, yang merupakan juara bertahan 50-over, akan bertemu Kemboja untuk perebutan emas, selepas menewaskan Thailand dengan tujuh wiket dalam pusingan awal.Sabtu lepas, pasukan ruan rumah menundukkan Indonesia dengan 129 larian sekali gus menempah tiket ke akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 12:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256865/berita/sukan/cabaran-getir-menanti-atlet-negara-di-bumi-kemboja", "article_title": "Cabaran getir menanti atlet negara di bumi Kemboja", "article_text": "PERTARUHAN yang berbaloi atau makan diri?Itu persoalan berlegar-legar di minda peminat sukan tanah air selepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyasarkan kontinjen negara meraih 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, yang dijadual dibuka secara rasmi, esok.Sasaran tersebut diumumkan Ahad lepas, sudah semestinya sedikit tinggi jika dibandingkan dengan prestasi kurang memberangsangkan dilakar kontinjen kebangsaan yang sekadar membawa pulang 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.Dengan Malaysia bakal kehilangan 18 emas, 16 perak dan 30 gangsa susulan keputusan tuan rumah di sini, tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA 2021 meliputi beberapa sukan sering menjadi lubuk emas negara iaitu terjun selain ketiadaan acara gimrama, menembak serta tenpin boling pastinya menjadi cabaran getir buat atlet negara mengejar indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan.Lebih menarik, trend hampir sama seperti dilakukan di Hanoi dengan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu merangkumi 440 orang atau 65 peratus daripada jumlah keseluruhan 677 atlet juga dinanti-nantikan banyak pihak sama ada mereka berjaya mencipta magis di bumi Kemboja atau pulang hampa tanpa sebarang hasil lumayan.Di Phnom Penh, kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan meliputi 340 ataupun 58.42 peratus daripada keseluruhan 582 acara dipertandingkan atas faktor antara lain tindakan penganjur menyenaraikan sukan agak asing bagi Malaysia seperti arnis, vovinam dan kun bokator.Memandangkan Malaysia hanya pernah meraih kedudukan terburuk iaitu keenam dari segi carta pungutan pingat sebanyak dua kali pada edisi 1983 di Singapura serta Hanoi 2021, pencapaian di Phnom Penh juga tampak sukar dibaca apabila Hannah sendiri menyatakan mencapai sasaran ditetapkan lebih menjadi keutamaan berbanding mengejar kedudukan lima teratas dalam carta pungutan pingat.Biarpun rata-rata atlet negara dibarisi muka baharu termasuk 387 atlet berusia bawah 23 tahun, tindakan sedemikian juga perlu dilihat dari sisi positif kerana Sukan SEA 2023 bakal menjadi platform membuktikan kemampuan mereka menandingi kehebatan atlet senior mahupun bersaing bersama jaguh serantau lain, malah mungkin boleh dijadikan batu loncatan untuk cuba merebut slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.Olahraga menyaksikan penyertaan seramai 65 atlet yang bakal mengibar cabaran negara di Phnom Penh untuk cuba mencapai sasaran \u2018berani mati\u2019 10 emas oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) biarpun berjaya membawa pulang lima emas, tiga perak dan lapan gangsa pada edisi 2021.Ketiadaan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi susulan komitmennya di Amerika Syarikat mungkin merencatkan usaha mereka menepati sasaran namun kelibat seorang lagi atlet yang berpangkalan di negara \u2018Uncle Sam\u2019 iaitu Shereen Samson Vallabouy melegakan kem olahraga negara.Shereen, yang baru sahaja meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56 saat (s) pada 1993, di Filipina, berjaya mencatat 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, bulan lepas, diharap mampu merangkul emas acara 400m selain melonjak motivasi skuad olahraga kuartet 4x400m wanita kebangsaan meraih kedudukan tertinggi di podium.Kejutan mungkin boleh dilakukan kuartet 4x100m wanita negara dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling tatkala mereka menampilkan larian memukau untuk muncul pemenang di garisan penamat menerusi catatan masa 45.70s mengatasi Singapura di kedudukan kedua (45.82s) manakala ketiga milik Thailand (46.06s) di Terbuka Singapura bulan lepas.Selepas gah menyapu bersih lapan pingat emas pada edisi 2021, skuad terjun negara berdepan cabaran dalam usaha memastikan mereka terus menguasai Sukan SEA susulan ketiadaan nama besar seperti ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang bagi memberi laluan kepada barisan pelapis mencipta nama di peringkat serantau.Daripada lapan atlet disenaraikan pada Sukan SEA kali ini, hanya Muhammad Syafiq Puteh, Gabriel Gilbert Daim, Bertrand Rhodict Anak Lises diikuti atlet wanita Kimberly Bong dan Ong Ker Ying telah beraksi di Hanoi, manakala Enrique Maccartney Harold, Lee Yiat Qing serta Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj bakal membuat penampilan pertama pada temasya berkenaan.Bagi acara badminton pula, kecederaan bintang meningkat naik, Justin Hoh berikutan kecederaan achilles tendon kiri, bulan lepas, memberi tamparan hebat kepada mereka dalam memburu emas perseorangan lelaki selepas kali terakhir dimenangi jaguh profesional negara, Lee Zii Jia pada edisi 2019.Bagaimanapun, sandaran boleh diletakkan kepada pemain perseorangan utama lelaki di sini iaitu Leong Jun Hao selain Goh Boon Sze-Rayner Beh (beregu lelaki) dan Yap Roy King-Yap Ling (beregu campuran) untuk setidak-tidaknya memperbaiki pencapaian satu emas, dua perak dan satu gangsa di Hanoi.Dalam pada itu, permulaan meyakinkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Laos dalam aksi Kumpulan B di Stadium Prince diharap dapat membakar semangat anak buah E. Elavarasan menamatkan kemarau 12 tahun meraih \u2018ibu segala pingat\u2019 ketika menundukkan tuan rumah ketika itu, Indonesia, menerusi penentuan sepakan penalti, 4-3.Acara hoki juga berpeluang besar meraih empat emas masing-masing dua bagi kategori padang dan dalam dewan manakala sukan renang, kriket, berbasikal dan karate berpotensi menjelmakan kilauan emas sekiranya atlet mereka berada pada prestasi terbaik di hari pertandingan.Sementara itu, tuan rumah yang masih bertungkus lumus melakukan persiapan akhir, pula mempertaruhkan 896 atlet untuk cuba mengaut sebanyak mungkin pingat emas sekali gus menjadikan edisi kali ini sebagai pencapaian terbaik selepas edisi 1971 di Kuala Lumpur yang menyaksikan mereka mengakhiri kedudukan di tangga kelima dengan 17 emas, 18 perak dan 18 gangsa.Tidak dinafikan, debaran atlet Malaysia kian berdegup kencang sebelum medan perjuangan dibuka namun walau apa pun rintangan dihadapi, diharapkan agar mereka dapat memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Kemboja sehingga 17 Mei ini.Selamat berjuang buat atlet Malaysia! - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 10:48am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256861/berita/sukan/penalti-liverpool-memalukan", "article_title": "Penalti Liverpool memalukan", "article_text": "PENGENDALI Fulham, Marco Silva mendakwa pemberian penalti oleh pengadil yang menghasilkan jaringan kemenangan Liverpool adalah sesuatu yang amat memalukan.Mohamed Salah menjaringkan gol daripada sepakan penalti tersebut untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Fulham selepas Issa Diop menjatuhkan Darwin Nunez.Silva tidak percaya pengadil memberikan sepakan penalti tersebut yang disifatkannya sebagai terlalu mudah dan Video Bantuan Pengadil (VAR) gagal menilai semula situasi itu dengan baik.\"Cara mereka menjaringkan gol, saya perlu katakan ia amat memalukan.\"Hari ini dalam bola sepak memberikan penalti kepada kekasaran seperti itu dan VAR gagal untuk menilai dengan baik ia sesuatu yang sukar untuk difahami.\"Saya tidak akan berkata apa-apa lagi kerana akan menjadi sukar untuk saya dan saya tidak mahu menimbulkan lebih banyak masalah. Sukar untuk memahami penalti itu.\"Issa memberitahu saya bahawa ia jelas bukan penalti. Pengadil membuat kesilapan dan VAR ada untuk melihat semula keputusan itu. Itu jelas bagi saya,\" katanya.Liverpool teruskan rentak kemenanganDalam pada itu, Liverpool berjaya meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Fulham 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Khamis.Jaringan tunggal menerusi penalti Mohamed Salah sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat Liverpool sekali gus mengekalkan harapan tipis mara ke Liga Juara-Juara musim depan.Kemenangan itu meletakkan Liverpool di kedudukan kelima dengan 59 mata, empat mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester United yang berkelebihan dua perlawanan dalam tangan.Fulham terlebih dahulu memperoleh peluang berharga menerusi Carlos Vinicius namun Alisson Becker menjadi penyelamat untuk mengelakkan dibolosi pada minit ke-14.Enam minit sebelum tamat babak pertama, berlaku perebutan antara pertahanan tengah Fulham, Issa Diop dan Darwin Nunez dan pengadil memberikan sepakan penalti.Salah tidak mensiakan peluang dan berjaya meledak gol sekali gus menambah jumlah jaringannya kepada lapan gol dalam lapan perlawanan terakhir di laman sendiri.Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp kagum dengan semangat dipamerkan anak buahnya dan menjelaskan musim ini adalah untuk membina momentum.\"Ia adalah sangat penting. Kami perlu cuba membuat sesuatu yang boleh kami gunakan, sesuatu yang boleh kami bina untuk musim depan. Itulah yang kami lakukan dan saya gembira dengannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 10:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256857/berita/sukan/haaland-cipta-rekod-baharu", "article_title": "Haaland cipta rekod baharu", "article_text": "ERLING Haaland mencipta rekod baharu 35 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini ketika Manchester City mengatasi West Ham 3-0 untuk kembali ke kedudukan teratas liga.City dipaksa bekerja oleh lawan sebelum mencatat kemenangan sekali gus mendahului satu mata di depan Arsenal dan memiliki kelebihan perlawanan dalam tangan.Haaland turut melebarkan rekodnya dengan meledak gol ke-51 dalam semua pertandingan pada musim pertamanya di City.\"Saya tidak memikirkan semua rekod ini. Saya akan pulang ke rumah, bermain permainan video, makan dan kemudian tidur,\" katanya.Pemain Norway itu diberi penghargaan oleh rakan sepasukannya ketika dia meninggalkan padang selepas tamat perlawanan.\"Dalam bola sepak apabila ada majlis istimewa, kami perlu menunjukkan betapa istimewanya perkara itu.\"Kami sangat gembira untuk Haaland kerana sangat istimewa untuk memiliki pemain seperti dia. Rekod itu akan dipecahkan pada masa hadapan, mungkin olehnya juga,\" kata pengendali City, Pep Guardiola.Pasukan pelawat kehilangan pemain kebangsaan England, Declan Rice, Tomas Soucek dan Nayef Aguerd kerana kecederaan bermakna pengendali David Moyes hanya boleh menyenaraikan lima pemain gantian.Namun anak buah Moyes mampu bertahan sehingga 50 minit perlawanan sebelum ditundukkan di Etihad dan masih kekal berada di ambang zon penyingkiran.Nathan Ake memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-50 sebelum Haaland membolosi gawang pelawat selang dua minit kemudian.Pemain berusia 22 tahun ini kini melepasi rekod 34 gol dilakukan Alan Shearer dan Andy Cole masing-masing ketika bersama Blackburn dan Newcastle pada era 1990-an.Namun, rekod baharu dilakukannya itu masih jauh untuk menyamai rekod 60 jaringan sepanjang zaman dalam tempoh semusim EPL yang dilakukan Dixie Dean (Everton) pada 1927/28.Phil Foden yang dibawa masuk dari bangku simpanan memuktamadkan keputusan 3-0 City di laman sendiri, hanya lima minit sebelum tamat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 10:14am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256858/berita/sukan/arab-saudi-sedia-tawarkan-rm179-bilion-untuk-messi", "article_title": "Arab Saudi sedia tawarkan RM1.79 bilion untuk Messi", "article_text": "KERAJAAN Arab Saudi dilaporkan sedang menyediakan tawaran mega untuk membawa Lionel Messi ke Liga Pro Saudi pada jendela perpindahan musim panas ini.Penyerang itu dijangka meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada penghujung musim ini dengan bapanya, Jorge, dilaporkan memaklumkan keputusan kepada kelab Perancis itu sebulan lalu.Tidak jelas kemana destinasi seterusnya buat pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu, namun dikaitkan dengan pasukan Al-Hilal yang bersedia untuk menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah.Laporan itu dikuatkan lagi selepas Messi digantung selama dua minggu oleh PSG apabila dia pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab itu.Arab Saudi berharap dapat memujuk Messi mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo ke Timur Tengah selepas pemain Portugal itu menyertai Al-Nassr tahun lalu.Messi telah ditawarkan \u00a3320 juta (RM1.79 bilion) setahun, hampir dua kali ganda daripada \u00a3165 juta (RM924 juta) gaji Ronaldo setiap tahun di Al-Nassr.Tawaran itu telah disediakan sejak beberapa minggu lalu ketika Messi bersiap sedia untuk membuat keputusan besar mengenai masa depannya selepas dia menjadi ejen bebas.Bekas ketua eksekutif Manchester City, Garry Cook akan terlibat dalam berunding dalam perjanjian tersebut selepas dia dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Pro Saudi pada awal tahun.Kapten Argentina itu sebelum ini menandatangani perjanjian \u00a325 juta (RM140 juta) setahun dengan Arab Saudi tahun lalu untuk menjadi duta pelancongan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 10:04am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256856/berita/sukan/vlahovic-jelmakan-tiga-mata-juventus", "article_title": "Vlahovic jelmakan tiga mata Juventus", "article_text": "PENYUDAH Dusan Vlahovic membolehkan Juventus melonjak ke tempat tiga Serie A, ketika jaringan kemenangan 2-1 ke atas Lecce itu mengakhiri kemarau gol liga pertamanya dalam tempoh hampir tiga bulan.Gol kemenangan jaringan penyerang Serbia lima minit sebelum separuh masa di Stadium Allianz, Turin itu menyaksikan The Old Lady mengumpul 63 mata hasil 33 perlawanan.Gol kesembilan liga bekas penyerang Fiorentina itu, dan gol pertamanya sejak awal Februari, dijelmakan selepas sepakan penalti Assan Ceesay pada minit ke-37 menyamakan tendangan percuma awal minit ke-15, Leandro Paredes.\u201cYa, dia tidak hanya menjaringkan gol yang hebat, malah persembahannya bertambah baik sepanjang perlawanan.\u201cDia tidak pernah berdepan situasi seperti ini sebelum ini, kerana semasa bersama Fiorentina semuanya sentiasa berjalan lancar.\u201cNamun bersama kelab besar lagi berpengaruh seperti Juventus setiap pemain mempunyai tempoh seperti ini dalam karier mereka dan hanya perlu melaluinya,\u201d kata pengendali Juventus, Massimiliano Allegri.Vlahovic juga merupakan seorang daripada dua pemain selain Erling Haaland dilahirkan 2000 yang telah menjaringkan 60 dalam liga utama di Eropah.Juventus kini berada satu mata di belakang Lazio, yang menjinakkan Sassuolo 2-0 pada Rabu dengan mengetahui tanpa kemenangan akan memberikan Napoli kejuaraan liga pertama sejak 1990 sebelum pendahulu bertandang ke Udinese pada KhamisBiarpun begitu kemenangan Lazio di Stadio Olimpico, menyaksikan Napoli hanya memerlukan satu mata lagi daripada enam perlawanan terakhir untuk merangkul kejuaraan Scudetto.Sementara itu, kemenangan angkatan Allegri mengakhiri rekod empat perlawanan tanpa kemenangan, namun peluang untuk menjadikan Liga Juara-Juara bergantung pada keputusan baharu berhubung potongan 15 mata berikutan aktiviti perpindahan terlarang yang dibatalkan selepas rayuan bulan lalu.Dalam pada itu, kekalahan meninggalkan Lecce empat mata di atas zon penyingkiran, walaupun perjuangan untuk bertahan dibantu Spezia yang berada di tangga ke-18 tumbang 2-3 di Atalanta, yang melonjak ke tempat Liga Juara-Juara.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 09:57am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256850/berita/sukan/elavarasan-anggap-belasah-laos-bukan-perkara-besar", "article_title": "Elavarasan anggap belasah Laos bukan perkara besar", "article_text": "MALAYSIA belum boleh menarik nafas lega walaupun mencatat kemenangan bergaya selepas membenam Laos 5-1 pada perlawanan sulung Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince di sini, malam tadi.Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan E. Elavarasan berkata, ini kerana kemenangan besar itu tidak boleh menjadi sandaran ketika anak buahnya turun menentang pemenang pingat emas terbanyak, Thailand yang turut dianggap sebagai antara pasukan pilihan pada perlawanan kedua.Beliau yang juga Penolong Ketua Jurulatih skuad senior kebangsaan berkata, keputusan 5-1 itu juga seakan tidak memberi apa-apa makna jika pasukannya gagal membawa pulang mata berdepan skuad bimbingan Issara Sritaro itu, Sabtu ini.\"Sebenarnya lima gol dan satu bolos bukan sesuatu yang besar, sebab bila kita bermain dengan Thailand dan kalau kita kalah apa kelebihan lima gol itu? tiada makna, kecuali seri, itu okay...kalau keputusan baik lawan Thailand kelebihan gol itu akan membantu, tetapi kalau kalah tiada kelebihan.\"Jadi kita gembira dengan kemenangan malam ini dan kita bersedia untuk perlawanan seterusnya, tiada apa yang terjamin untuk masa depan bagi semua pasukan, ia hanya petanda yang menunjukkan pasukan itu tidak teruk,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Laos.Menyedari akan ada peminat mula menaruh harapan tinggi selepas ini, Elavarasan berkata, semua pihak perlu realistik memandangkan Thailand antara pasukan yang membuat persediaan lebih baik, selain juara bertahan Vietnam yang turut diundi dalam kumpulan sama.\"Untuk penyokong, saya boleh ucapkan terima kasih sebab lepas ini pengharapan itu (jadi) tinggi tetapi dari sudut yang betul kita kena lihat bahawa Thailand adalah pasukan yang lebih bersedia, kita mesti memahami pasukan Vietnam yang juga lebih bersedia.\"Bila lawan dengan Thailand kemudian kita boleh tahu apa kedudukan sebenar sama ada kita mampu mengatasi keunggulan Thailand dan Vietnam?. Buat masa ini susah untuk saya katakan (ramalan) tetapi sudah tentu kami teruja berdepan mereka dan boleh belajar sesuatu,\u201d katanya.Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati dengan kesungguhan para pemain memburu kemenangan sulung berdepan Laos dengan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik dalam misi layak ke final tatkala pasukan berdepan kekangan masa dalam membuat persiapan.Elavarasan mengakui tidak menjangkakan kemenangan besar ketika menentang skuad bimbingan Michael Weiss itu, namun melihat ia sebagai petanda kemajuan para pemain memahami kepentingan untuk menyempurnakan setiap peluang jaringan yang terhidang.Malaysia dan Thailand yang baru bermain satu perlawanan, masing-masing meraih tiga mata di tempat kedua dan ketiga dalam saingan Kumpulan B sementara Singapura dan Laos di kedudukan tercorot selepas gagal mengutip mata dalam dua perlawanan pertama.Vietnam pula menerajui saingan dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 08:34am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256838/berita/sukan/leeds-united-pecat-gracia-lantik-allardyce", "article_title": "Leeds United pecat Gracia, lantik Allardyce", "article_text": "LEEDS United yang bergelut mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) mengambil tindakan proaktif apabila memecat pengendali Javi Gracia susulan prestasi tidak menentu The Whites musim ini.Pemecatan Gracia menyaksikan kelab yang berada di tangga 17 daripada 20 pasukan selepas mengharungi 30 meletakkan tanggungjawab kepada Sam Allardyce bagi menyelamatkan status elit kelab dengan baki empat perlawanan terakhir musim ini.Pengendali dari Sepanyol itu meninggalkan Elland Road selepas hanya 10 minggu dan 12 perlawanan bertanggungjawab, dengan kelab di luar zon penyingkiran hanya berdasarkan perbezaan gol.Allardyce atau lebih dikenali Big Sam berusia 68 tahun, adalah pengendali tetap ketiga Leeds selepas Gracia menggantikan Jesse Marsch pada Februari lalu.\"Kami berterima kasih kepada Javi Garcia dan pasukannya atas segala usaha mereka untuk mengeluarkan kelab dari situasi sukar.\"Baki empat perlawanan musim ini akan dikendalikan ketua jurulatih berpengalaman Sam Allardyce, \" kata kelab itu dalam satu kenyataan.Allardyce, bekas pengendali Bolton, Newcastle, West Ham dan England tidak bekerja sejak akhir musim 2020/21 selepas gagal menyelamatkan West Bromwich daripada penyingkiran liga teratas.\"Saya telah melihat banyak masalah sebelum ini dan percaya Leeds United masih boleh diselamatkan, tetapi berbaki empat perlawanan - harap kami boleh membuat perubahan luar biasa dan mengekalkan kelab hebat ini dalam Liga Perdana Inggeris,\" kata Allardyce.Allardyce dilaporkan bersetuju menerima gaji asas \u00a3500,000 pound untuk empat perlawanannya sebagai bertanggungjawab, dengan bonus \u00a32.5 juta sekiranya dapat mengekalkan Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris.Sebagai rekod, ia adalah kali pertama Allardyce disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris dalam karier pengurusannya selama 30 tahun, dia meninggalkan Hawthorns enam bulan dalam kontrak 18 bulan.Senarai Pengendali EPL dipecatScott Parker - Bournemouth - 30 OgosThomas Tuchel - Chelsea - 7 SeptemberGraham Potter- Brighton - 8 SeptemberBruno Lage - Wolves - 2 OktoberSteven Gerrard - Aston Villa - 20 OktoberRalph Hasenhuttl - Southampton -7 NovFrank Lampard - Everton - 23 JanuariJesse Marsch - Leeds Utd - 6 FebruariNathan Jones - Southampton - 12 FebPatrick Vieira - Crystal Palace - 17 MacAntonio Conte - Tottenham -26 MacBrendan Rodgers - Leicester - 2 AprilGraham Potter - Chelsea - 2 AprilJavi Gracia - Leeds Utd - 2 Mei", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mei 2023 12:12am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256833/berita/sukan/harimau-muda-belasah-laos", "article_title": "Harimau Muda belasah Laos", "article_text": "SKUAD bola sepak bawah 22 (B-22) tahun negara membuka saingan Sukan SEA Kemboja 2023 dengan langkah kanan selepas membelasah Laos 5-1 di Stadium Prince, Phnom Penh pada Rabu.Skuad Harimau Muda bermula garang apabila meledak gol pertama menerusi Ubaidullah Shamsul Fazili seawal minit keempat selepas pemain itu menyambar bola yang ditampan oleh penjaga gol Laos, Solasak Thilavong.Tersentak dengan gol tersebut, Laos berjaya mengimbangi perlawanan sebelum hampir menyamakan kedudukan menerusi Chony Wenpaserth, namun bola rembatannya berjaya digagalkan oleh Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-16.Penjaring gol negara, Ubaidullah Shamsul menghadiahkan gol penyamaan untuk Laos selepas gagal mengeluarkan dengan baik bola hantaran lintang yang dilakukan Phetdavanh Somsanid menyaksikan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-21.Skuad negara kembali berada di hadapan menerusi situasi yang seakan sama dengan gol penyamaan Laos apabila pertahanan lawan, Anantaza Siphongphan gagal mengeluarkan dengan baik bola hantaran lintang yang dilakukan Safwan Mazlan pada minit ke-28.Harimau Muda berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-74 menerusi Syahir Bashah yang melepaskan rembatan deras dalam kotak penalti untuk menewaskan Solasak.Muhammad Najmudin Akmal menjaringkan gol keempat sebelum gol sendiri pemain Laos, Sonexay pada penghujung perlawanan melengkap malam gemilang skuad muda negara.Skuad kendalian E Elavarasan itu seterusnya akan menentang Thailand dalam perlawanan kedua Kumpulan B pada Sabtu ini sebelum bertemu Vietnam pada 8 Mei sebelum menutup saingan kumpulan bertemu Singapura pada 11 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 09:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256809/berita/sukan/kelab-kerdil-bina-pengaruh-di-as", "article_title": "Kelab kerdil bina pengaruh di AS", "article_text": "KELAB kerdil Wales, Wrexham yang baru dinaikan pangkat daripada Divisyen Lima, akan mengadakan siri jelajah Amerika Syarikat (AS) ke Tinseltown pada Julai depan.Perlawanan pramusim ini adalah bagi membina pangkalan para penyokong di AS dengan aksi persahabatan menentang pasukan simpanan Major League Soccer (MLS) LA Galaxy II.Kelab milik pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada November 2020 mendapat penamat Hollywood didambakan bulan lalu.Ini selepas kelab berpangkalan di utara Wales itu mengesahkan kembali ke Liga Inggeris sebagai juara Divisyen Lima selepas mengalahkan Boreham Wood, 3-1.\"Kami gembira untuk bertemu penyokong-penyokong dari Amerika dalam siri jelajah pramusim dan ia akan menjadi kesempatan dan pengalaman yang hebat.\"Pastinya satu kenangan terindah untuk bermain menentang kelab Amerika Syarikat di hadapan lebih ramai penyokong baharu ini,\" kata pengendali Phil Parkinson dalam satu kenyataan merujuk kepada perlawanan 22 Julai depan.Dua lagi perlawanan di AS telah pun disahkan, dengan Wrexham akan menentang Chelsea di Chapel Hill, North Carolina, dan Manchester United di San Diego, California, masing-masing pada 19 dan 25 Julai.Terdahulu Reynolds dan McElhenney melengkapkan pengambilalihan Wrexham. apabila menguasai 100 peratus kelab itu daripada Wrexham Supporters Trust (WST).Difahamkan Reynolds dan McElhenney membelanjakan \u00a32 juta (RM11.16 juta) pelaburan di Wrexham.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 06:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256786/berita/sukan/masa-buat-zii-jia-bangkit", "article_title": "Masa buat Zii Jia bangkit", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mungkin boleh menekan butang panik apabila tergelincir ke tangga kelapan berbanding ranking keempat sebelum ini.Kedudukan tersebut meletakkan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu dalam bahaya bagi misi pemburuan emas sulung negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan.Andai Zii Jia tidak segera bangkit, kedudukannya dalam program Road To Gold (RTG) juga terancam yang menetapkan syarat berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia.Kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu sepatutnya 'membangunkan' Zii Jia untuk melakukan sesuatu selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.Pemain berusia 25 tahun itu berdepan prestasi tidak menentu, biarpun meraih beberapa gelaran selepas keluar BAM.Situasi bertambah sulit selepas dia memilih bergerak sendiri tanpa bimbingan jurulatih apabila berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Minggu lalu dia tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas kalah kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long.Turut mengalami nasib sama, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila ranking dunia mereka turun satu anak tangga jatuh ke tangga ketiga dunia.Aaron-Wooi Yik juga berdepan kemelut prestasi apabila sukar untuk kekal konsisten terutama selepas muncul juara dunia tahun lalu.Saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei ini menjadi medan terbaik untuk mereka bangkit mempamerkan watak sebenar.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 05:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256774/berita/sukan/sukan-sea-ganjaran-rm2-juta-menanti-skuad-bola-keranjang", "article_title": "Sukan SEA: Ganjaran RM2 juta menanti skuad bola keranjang", "article_text": "SKUAD bola keranjang negara diberikan suntikan semangat untuk memburu pingat di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mereka dijanjikan ganjaran lumayan bernilai sehingga RM2 juta sekiranya berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara.Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, ia adalah dalam usaha memberikan motivasi kepada kira-kira 40 atlet dan pegawai MABA untuk membutirkan pingat pada temasya dwitahunan tersebut.\"Saya ada bagi insentif sendiri kepada pemain kalau mereka dapat pingat, insentif sama seperti tahun lalu di Vietnam, kalau mereka dapat emas akan dapat RM50,000 setiap pemain dan pegawai, untuk jurulatih RM100,000.\"Sekiranya dapat pingat perak RM20,000, jurulatih RM40,000, gangsa pemain RM10,000 dan jurulatih RM20,000, ganjaran ini bagi kedua-dua acara yang dipertandingkan, cuma bagi acara 3X3 jurulatih akan dapat sama dengan pemain,\u201d katanya pada Majlis penyerahan Jalur Gemilang dan pengumuman pasukan bola keranjang negara ke Sukan SEA Kemboja di sini pada Rabu.Skuad bola keranjang berpasukan wanita sebelum ini sekadar membawa pulang satu pingat gangsa pada temasya dwitahunan itu di Hanoi, tahun lalu selain memperoleh ganjaran berjumlah RM10,000 daripada Tian Hock.Skuad bola keranjang wanita bakal membuka tirai perlawanan bagi acara 3x3 bagi peringkat Kumpulan B bertemu tuan rumah Kemboja, Indonesia dan Singapura pada 6 Mei.Bagi acara berkumpulan mereka telah diundi dalam Kumpulan A untuk bertemu Kemboja (9 Mei), Singapura (10 Mei), Indonesia (11 Mei), Vietnam (12 Mei), Thailand (13 Mei) dan Filipina pada 15 Mei ini.Sementara pasukan lelaki menyaksikan skuad kebangsaan diundi dalam Kumpulan B bertemu Singapura, Thailand dan Kemboja acara 3x3 pada 6 Mei.Acara berpasukan pula mereka akan membuka tirai saingan Kumpulan A bertemu Filipina pada 9 Mei diikuti menentang Singapura pada 11 Mei sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu tuan rumah Kemboja pada 13 Mei.Sementara itu, Tian Hock berkata, skuad kebangsaan tidak akan menggunakan khidmat pemain naturalisasi kerana perkara itu memerlukan beberapa prosedur sebelum mendapat kebenaran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\"Saya harap, kalau boleh saya menyeru kerajaan dan jemaah Kabinet dapat luluskan untuk pemain naturalisasi di negara ini, saya ada buat cadangan ini pada dialog bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tapi ini akan makan masa yang lama.\"Kita tak ada sasaran tinggi tahun ini sebab kita tahu kelemahan kita, bola keranjang kita perlukan pemain yang tinggi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 04:12pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256756/berita/sukan/tmj-tak-puas-hati-kualiti-padang-jdt", "article_title": "TMJ tak puas hati kualiti padang JDT", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menitahkan semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.Ia selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak berpuas hati dengan kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim dan pusat latihan JDT ketika ini.\"Kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan pada penghujung musim.\"Ia akan dimulakan dengan pusat latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024,\" kata kelab itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Rabu.Padang JDT di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan pusat latihan JDT di Seri Gelam menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.Langkah Tunku Ismail menitahkan semua padang tersebut dinaik taraf membuktikan baginda tidak mengambil mudah soal padang walaupun mungkin hanya mengalami kerosakan kecil kerana ia akan memberikan impak besar kepada pasukan kelab itu.Malah, sebelum ini juga Tunku Ismali amat mengambil berat soal kualiti rumput dengan menaja penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil dan meminta semua kelab bola sepak di negara ini menukar daripada rumput jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 03:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256747/berita/sukan/dedikasi-chong-wei-buat-rakyat-malaysia", "article_title": "Dedikasi Chong Wei buat rakyat Malaysia", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan kejayaannya dipilih untuk diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebagai satu kebanggaan dan penghormatan tertinggi buat dirinya.Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, pengiktirafan itu adalah satu kegemilangan buat rakyat Malaysia yang menyokongnya sejak menceburi arena tersebut 19 tahun lalu.\"Apabila anda melihat beberapa bakat yang menghiasi arena badminton pada masa lalu, ia sukar dipercayai.\"Saya berasa sangat berbesar hati menyertai Hall of Fame. Tanpa jurulatih, rakan sepasukan, keluarga dan pemain lawan, saya tidak akan dapat mencapai ini,\" katanya menerusi catatan di Facebook pada Rabu.Chong Wei menjadi pemain Malaysia pertama dipilih untuk berada di Dewan Kemasyhuran BWF sejak Wong Peng Soon pada 1999.Beliau dengan rendah diri turut melahirkan penghargaan buat pelbagai pihak yang menyokongnya selama ini.\"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi ia adalah kejayaan kita semua rakyat Malaysia.\"Terima kasih kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Penaja yang sentiasa berada di belakang saya tidak kira dalam apa jua situasi termasuk ketika saya mengalami situasi paling sukar.\"Akhir sekali kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua,\" katanya.Pemain Malaysia lain yang turut diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran BWF ialah Eddy Choong (1997), David Choong, Ng Boon Bee, Ong Poh Lim dan Tan Yee Khan (1998).BWF dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemilihan Chong Wei dan musuh tradisinya dari China, Lin Dan untuk diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran badan induk itu.Majlis pemasyhuran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei ini.Chong Wei, 41 dan Lin Dan, 40, yang memulakan kerjaya mereka di peringkat antarabangsa pada awal 2000, menempa nama dalam sukan badminton sehingga masing-masing memutuskan untuk bersara pada 2019 dan 2020.Chong Wei yang bersara akibat masalah kesihatan kanser hidung dialaminya telah meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang hampir dua dekad penglibatannya.Beliau memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.Ching Wei merupakan pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.Lin Dan puka tiada tandingan pada penyertaan di kejohanan utama dengan dua gelaran jaguh Olimpik dan lima kejohanan dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 02:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256727/berita/sukan/emas-sulung-dijangka-sabtu-ini", "article_title": "Emas sulung dijangka Sabtu ini", "article_text": "SEORANG atlet lelaki jujitsu kebangsaan dijangka menyumbang emas sulung Malaysia pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Sabtu iniKetua Kontinjen negara, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, atlet sukan tempur berkenaan sememangnya merupakan prospek emas negara pada temasya dwitahunan kali ini.\"Kita jangka selepas majlis pembukaan rasmi Jumaat ini, keesokannya ada acara jujitsu, harap beliau dapat emas, Insya-Allah,\" katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan atlet Sukan SEA 2023 di pekarangan Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh pada Rabu.Kem jujitsu mempertaruhkan dua atlet lelaki iaitu Adam Akasyah dan Soo Yan Wei bagi membawa cabaran negara di Kemboja.Pada edisi 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam, pasukan jujitsu negara membawa pulang dua pingat iaitu perak dalam acara 69 kilogram (kg) lelaki menerusi Adam manakala atlet wanita, Bless Khoon Yin Yeap pula meraih gangsa bagi acara 48kg.Dalam pada itu, Mohd Nasir memaklumkan hampir 300 daripada keseluruhan 677 atlet telah tiba di Kemboja bagi mengharungi kempen Sukan SEA yang masuk edisi ke-32 itu.Beliau berkata, kontinjen negara telah bersedia untuk bersaing di Kemboja selain berpuas hati dengan perkhidmatan perubatan disediakan penganjur untuk para atlet termasuk bagi mereka yang mahu mendapatkan bantuan fisioterapi serta psikologi.Mohd Nasir juga berkata setakat ini, tiada isu pengangkutan mahupun makanan halal dibangkitkan kontinjen negara sejak mereka tiba di sini beberapa hari yang lepas.\"Mereka (kontinjen negara) nampaknya berpuas hati dengan makanan disediakan, malah saya turut berjumpa ketua cef makanan warga Filipina di perkampungan sukan yang beliau pernah kendalikan Sukan SEA 2019 di Manila.\"Namun beliau rasa terkilan sedikit tak dapat sediakan lebih banyak makanan halal kerana bahan-bahannya susah dicari di sini,\" katanya.Terdahulu, majlis menyambut ketibaan atlet Sukan SEA 2023 menyaksikan upacara menaikkan bendera kesemua negara bertanding diikuti nyanyian lagu kebangsaan masing-masing turut berkumandang di sini.Sukan SEA 2023 yang bermula secara rasmi 5 Mei akan berakhir 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 12:28pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256716/berita/sukan/klopp-terima-padah", "article_title": "Klopp terima padah", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menerima padah apabila didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris susulan kritikannya terhadap pengadil, Paul Tierney ketika kemenangan 4-3 ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.Klopp dilayangkan kad kuning kerana meraikan kemenangan Diogo Jota pada minit ke-94 dengan berlari ke arah pegawai keempat John Brooks di Anfield.Kemudian, selepas perlawanan, dia menuduh Tierney berdendam dengan Liverpool tetapi badan pengadil PGMOL menyemak audio Tierney dan berkata dia bertindak secara profesional sepanjang masa.\"Jurgen Klopp dari Liverpool FC didakwa selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad, 30 April.\"Ulasan pengendali itu berkenaan pengadil perlawanan ketika wawancara selepas perlawanan didakwa mempunyai unsur salah laku apabila menuduh pengadil berat sebelah, dan/atau mempersoalkan integriti pengadil, dan/atau bersifat peribadi, dan/atau memberi nama buruk terhadap sukan ini.\"Jurgen Klopp diberi tempoh sehingga Jumaat, 5 Mei untuk memberikan jawapan,\" kata FA Inggeris.Kesalahan Klopp kali ini dijangka menyebabkan pengendali itu digantung perlawanan.Semalam Klopp menarik balik tuduhannya terhadap Tierney, mengakui yang pengadil itu bertindak dengan betul tetapi pada masa sama menegaskan yang ada sejarah di antara kedua-dua pihak.\"Saya tidak kata apa-apa kepada Brooks. Saya hanya jerit; 'Tanpa kamu, tanpa kamu'. Ia tidak membawa maksud apa-apa. Kemudian Tierney datang kepada saya dan melayangkan kad kuning.\"Saya pasti dia tidak mempunyai niat apa-apa terhadap saya tetapi kami mempunyai sejarah yang saya tidak boleh nafikan,\" kata Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 11:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256710/berita/sukan/barca-kian-hampir-bergelar-juara-la-liga", "article_title": "Barca kian hampir bergelar juara La Liga", "article_text": "GOL tunggal Jordi Alba sudah cukup buat Barcelona untuk meraih tiga mata berharga ketika menewaskan Osasuna 1-0 awal pagi Rabu.Kemenangan tipis itu membawa skuad bimbingan Xavi Hernandez sebelah kaki untuk meraih gelaran La Liga kali pertama sejak 2019.Barca berkelebihan 14 mata di hadapan pasukan di tangga kedua Real Madrid yang tewas 0-2 kepada Real Sociedad.\"Kami semakin hampir (bergelar juara). Tunggu dan lihat,\" ujar Xavi.Pada aksi itu, pelawat beraksi 10 permain selepas Jorge Herrando dibuang padang susulan mengasari Pedri ketika mereka bertahan daripada asakan barisan penyerang tuan rumah.Penjaga gol Osasuna, Aitor Fernandez cekal mengawal gawang pada separuh masa kedua, namun dibocori pemain gantian Alba yang meledak gol untuk kemenangan lewat permainan\"Kami agak bergelut, terlepas beberapa peluang terbuka tetapi mujur Alba menjaringkan gol yang kadangkala menjadikan kemenangan lebih baik pada saat seperti ini,\" katanya.Dalam pada itu, jurulatih Osasuna, Jagoba Arrasate merehatkan beberapa tonggak menjelang final Piala Raja Sepanyol Sabtu ini.Barca pula mengekalkan skuad sama ketika menewaskan Betis Ahad lalu.Jika Barcelona meraih dua lagi mata daripada lima perlawanan selepas ini, mereka bakal dinobatkan sebagai juara.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 10:57am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256704/berita/sukan/haaland-belum-capai-prestasi-sebenar", "article_title": "Haaland belum capai prestasi sebenar", "article_text": "PEP Guardiola memberi amaran bahawa musim kedua Erling Haaland di Manchester City mungkin lebih baik daripada musim pertamanya.Haaland bakal mencipta rekod baharu jumlah jaringan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kempen pertama yang sensasi di Stadium Etihad.Pemain Norway itu menjaringkan gol ke-34 dalam saingan EPL dan 50 gol untuk semua kejohanan musim ini selepas kemenangan 2-1 ke atas Fulham Ahad lalu.Ia meletakkan pemain itu setanding legenda EPL, Andy Cole dan Alan Shearer dengan enam perlawanan liga yang berbaki dan sekali gus akan menetapkan penanda aras baharu dalam saingan liga itu.\"Selalu saya berkata akan menjadi sukar apabila anda melihat apa yang telah dia lakukan dan jika dia tidak menjaringkan gol orang akan berkata bahawa dia sangat teruk.\"Saya fikir dia mempunyai keinginan untuk menjadi pemain lebh baik. Selagi dia ada di sini, dia boleh melakukannya,\" katanya.Guardiola juga percaya Haaland yang menyertai City pada musim panas lalu selepas meledak 86 gol dalam 89 penampilan untuk Borussia Dortmund mempunyai keazaman untuk memecahkan rekod di EPL.\"Ya, saya fikir begitu. Saya mengenalinya dan dia sangat kompetitif dan positif terutama dalam cara berfikir. Dia mempunyai keyakinan diri yang luar biasa dan positif.\"Ia adalah keyakinan dalam diri Haaland untuk meledak gol dan sudah menjaringkan 50 gol menyamai rekod dua legenda Andy Cole dan Alan Shearer,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256701/berita/sukan/malang-nasib-lampard", "article_title": "Malang nasib Lampard", "article_text": "FRANK Lampard tergamam setelah menyaksikan Chelsea 'ditelan' pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal 1-3 awal pagi Rabu.Kekalahan itu turut memahat sejarah buruk buat Lampard apabila muncul pengurus Inggeris pertama tewas 10 perlawanan berturut-turut saingan liga utama dalam tempoh 35 tahun.Penjaring terbanyak sepanjang zaman The Blues itu tewas semua enam perlawanan sejak dilantik pengurus sementara selepas pemecatan Graham Potter.Selepas kalah empat aksi terakhir ketika membimbing Everton dia kini senasib pengurus Derby County, Arthur Cox pada 1988 - juga dengan dua kelab berbeza.\"Kami perlu mencari punca secepat mungkin. Sejak permulaan (awal musim) hingga penamat,\" ujar Lampard.Lampard mungkin tidak menjangkakan nasib malang menimpanya apabila kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua mengendalikan kelab selepas dipecat pada 2021.Dia kelihatan terkedu setelah Arsenal mengambil peluang di atas kelemahan pertahanan Chelsea sehingga mendahului 3-0 selepas 34 minit.Meskipun prestasi pada separuh masa kedua lebih baik, Lampard turut membayangkan tugas sukar bakal dipikul jurulatih Chelsea selepas ini.\"Ia bukan penyelesaian satu malam. Jawapan utama adalah mudah. Kami perlu melakukan perkara asas lebih baik dan selepas itu barulah nampak kemajuan,\" katanya.Pengurus berusia 44 tahun itu hanya menang satu daripada 20 perlawanan terakhirnya sebagai pengurus.Terlalu ramai pemain mahal Chelsea yang beraksi di bawah tahap sebenar dan penyokong mula mempersoalkan komitmen mereka, namun Lampard menafikannya.\"Pemain tidak seperti mereka sangka. Penyokong mempersoalkan kesungguhan pemain tetapi saya tidak bersetuju\"Pemain saya mahu beraksi dengan baik tetapi perlu difahami. Mereka berlatih setiap hari. Bagaimana mempersiapkan diri dan mengekalkan tahap kecergasan,\" ujar Lampard.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 09:26am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256696/berita/sukan/psg-gantung-messi-dua-minggu", "article_title": "PSG gantung Messi dua minggu", "article_text": "LIONEL Messi telah digantung oleh Paris St Germain (PSG) selama dua minggu selepas melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi, menurut laporan media antarabangsa.Messi dilaporkan telah ke Arab Saudi selepas kekalahan PSG di tempat sendiri kepada Lorient pada Ahad tanpa kebenaran kelab.Pemain berusia 35 tahun itu, yang berperanan sebagai duta pelancongan untuk Arab Saudi dijangka terlepas perlawanan menentang Troyes pada Ahad dan AC Ajaccio pada 13 Mei.Dia juga dilaporkan tidak akan berlatih dengan kelab itu, atau dibayar selama dua minggu tempoh pergantungan itu.Messi bermain selama 90 minit penuh selepas tewas 1-3 kepada Lorient yang menyebabkan PSG hanya berkelebihan lima mata di depan Marseille di kedudukan teratas Ligue 1.Kapten Argentina itu telah menjaringkan 24 gol untuk kelabnya musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 09:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256685/berita/sukan/harimau-muda-ela-miliki-ramuan-emas", "article_title": "Harimau Muda Ela miliki ramuan emas", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Datuk K Rajagobal percaya skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mampu melakar kejutan biarpun berada dalam 'kumpulan maut' bersama juara bertahan, Vietnam dan Thailand pada Sukan SEA 2023 kali ini.Beliau berkata, E Elavarasan merupakan jurulatih berpengalaman dan sudah pasti pengendali Harimau Muda itu mempunyai ramuan tersendiri untuk berdepan dengan pasukan yang kuat di peringkat Asia Tenggara.Biarpun mengakui suasana ketika zamannya membimbing skuad negara meraih 'ibu emas' Sukan SEA berbeza dengan situasi kali ini, Rajagobal tetap percaya setiap jurulatih mempunyai strategi terbaik untuk meraih kemenangan.\u201cZaman sudah berbeza tapi cabaran yang bakal dihadapi tetap sama. Saya percaya beliau (Elavarasan) tahu apa nak buat (strategi untuk menang) dan persediaan rapi untuk menghadapi pertandingan.\u201cPada saya membimbing skuad negara dalam saingan Sukan SEA lalu, kami juga diundi dalam 'kumpulan maut' yang ada Vietnam dan Thailand selain Kemboja dan Timor Leste.\u201cMalah, ketika bertemu Vietnam ada pemain utama tidak boleh bermain kerana digantung perlawanan. Itu antara cabaran yang perlu dihadapi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Pada Sukan SEA edisi ke-32 ini, Malaysia diundi dalam \u2018kumpulan maut\u2019 bersama Thailand selaku juara 16 kali selain Vietnam, Singapura serta Laos dalam Kumpulan B.Malaysia akan memulakan kempen di Phnom Penh menentang Laos di Stadium Olympic pada Rabu.Selepas berdepan Laos, Harimau Muda akan menentang pemenang 16 pingat emas Sukan SEA, Thailand pada Ahad ini sebelum berdepan juara bertahan, Vietnam (8 Mei) dan aksi terakhir menentang Singapura (11 Mei).Rajagobal berkata, setiap jurulatih bakal berdepan dengan cabaran tersendiri, namun dengan pengalaman dan strategi betul kejayaan mampu dicapai, biarpun diletakkan dalam kumpulan 'maut'.Justeru, beliau berkata, menerusi keyakinan dan kepercayaan dengan para pemain yang dimiliki, skuad negara mampu melakar kemenangan, meskipun tanpa pemain utama.\u201cPerkara ini biasa. Ketiadaan pemain utama atau mengalami kecederaan. Apa pun yakin dengan apa yang kita ada (pemain). Ikut arahan jurulatih dan berikan yang terbaik,\u201d jelasnya.Sebagai rekod, Rajagobal membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF 2010 selepas membimbing skuad B-23 negara meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 08:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256691/berita/sukan/arsenal-tenang-sepak-manchester-city-dari-singgahsana-epl", "article_title": "Arsenal tenang 'sepak' Manchester City dari singgahsana EPL", "article_text": "DUA gol daripada Martin Odegaard, diikuti jaringan ke-10, Gabriel Jesus musim ini telah mengembalikan semula status Arsenal sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-1 ke atas Chelsea.Biarpun Chelsea berusaha kembali ke dalam permainan menerusi jaringan Noni Madueke, namun tiga gol awal yang diletuskan Arsenal di Stadium Emirates sudah cukup membunuh rentak kebangkitan pasukan pelawat.Arsenal ternyata bermaharajalela pada separuh masa pertama, dengan dua jaringan daripada Odegaard pada minit ke-18 dan minit ke-31, meletakkan permainan dalam kawalan The Gunners.Jesus kemudiannya menghukum Chelsea apabila tidak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan penyudah minit ke-34.Pada awal separuh masa kedua, berjaya ditepis dan Kepa Arrizabalaga tampil cemerlang bermula dengan menepis tandukan Gabriel dan menafikan percubaan Granit Xhaka serta Bukayo Saka sebelum Madueke menjanakan satu gol untuk Chelsea minit ke-64.Kemenangan ke-24 selepas 34 perlawanan membolehkan Arsenal menendang penyandang juara, Manchester City dari menerajui liga sementara biarpun lawan mempunyai dua perlawanan dalam tangan.Mikel Arteta sebelum perlawanan telah membuat tiga perubahan susulan kekalahan 1-4 kepada penyandang juara Manchester City di Stadium Etihad pada 27 April lalu.Jakub Kiwior diberikan permulaan pertamanya untuk kelab London itu, manakala Jorginho dan Leandro Trossard diturunkan ke dalam pasukan.Rob Holding, Thomas Partey dan Gabriel Martinelli kali diletakkan di bangku simpanan.Sementara itu, Frank Lampard hanya membuat dua pertukaran terhadap The Blues berikutan kekalahan 0-2 kepada Brentford pada minggu lalu, selain kembali memperkukuh empat pemain belakang.Pierre-Emerick Aubameyang berada dalam kesebelasan utama pertama sejak November menentang kelab lamanya selain Madueke turut ditampilkan dalam perlawanan ini.Conor Gallagher dan Trevoh Chalobah bermula di bangku simpanan, begitu juga Kai Havertz, yang diturunkan cukup cergas selepas kecederaan lutut.Cabaran Arsenal seterusnya adalah berdepan kelab tenang dan santai, Newcastle United di Stadium St James's Park pada Ahad ini.Bagaimanapun Manchester City mampu kembali memimpin liga sekiranya menang ke atas West Ham United di Stadium Etihad awal pagi Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 07:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256688/berita/sukan/suami-isteri-buat-pelaburan-ke-atas-kelab-epl", "article_title": "Suami, isteri buat pelaburan ke atas kelab EPL", "article_text": "BEKAS pemain Liga Bolasepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat (AS), JJ Watt dan isterinya, bekas pemain bola sepak AS, Kealia Watt, mengumumkan bahawa mereka melabur dalam kelab liga Inggeris, Burnley FC.Sebagai rekod, Burnley memperoleh kenaikan automatik kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal April selepas hanya satu musim di Divisyen Dua, menduduki tempat pertama Liga Kejuaraan.Pasangan itu berkata, mereka tidak sabar untuk mengukuhkan kehadiran Burnley di peringkat global dan menyumbang kepada komuniti sukan.\"Apabila anda melabur dalam kelab yang telah wujud sejak 1882, anda mesti sangat menghormati sejarah dan tradisi kelab tersebut.\"Kami faham bahawa bukan sahaja melabur dalam skuad dan pengurus, kami juga melabur dalam bandar dan rakyatnya,\" kata mereka dalam satu kenyataan.Sementara itu, Pengerusi The Clarets, Alan Pace berkata, pasangan itu akan memberi nilai tambah luar biasa kepada sukan dan sejarah kelab serta menarik penonton global.\"Ini adalah perbualan yang telah berlaku sejak sekian lama dan sepanjang musim ini kami sangat kagum dengan semangat dan minat mereka terhadap kedua-dua kelab dan komuniti Burnley,\" katanya.Butiran kewangan pelaburan kedua-dua pasangan tersebut tidak didedahkan kepada umum.Sebagai rekod, Watt merupakan pemain pertahanan terbaik NFL sebanyak tiga kali, mengumumkan persaraannya pada Disember, dianggap antara pemain pertahanan terhebat pada eranya.Kealia Watt pula pernah bermain untuk Chicago Red Stars dari Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan kini merupakan ejen bebas.Burnley dimiliki Burnley FC Holdings Limited, dengan Calder Vale Holdings memegang sebanyak 83.97 peratus daripada syarikat dan pemegang saham individu memegang baki saham.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256655/berita/sukan/bersediakah-kemboja-anjur-sukan-sea-2023", "article_title": "Bersediakah Kemboja anjur Sukan SEA 2023?", "article_text": "IBARAT rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.Kira-kira tiga hari sebelum pembukaan rasmi temasya Sukan SEA 2023 Jumaat ini, tuan rumah dilihat masih bertungkus-lumus dalam menyiapkan kemudahan termasuk venue dan perkampungan sukan utama atlet yang terletak di Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, kira-kira setengah jam perjalanan dari sini.Walaupun enam blok pangsapuri berwarna putih yang menjadi perkampungan sukan atlet tersergam indah hampir 200 meter dari Stadium Nasional Morodok Techo, dari sini, namun hakikatnya masih wujud sebilangan unit pangsapuri yang belum siap sepenuhnya dengan keadaan berhabuk serta pelekat pula masih belum ditanggalkan di beberapa tingkap unit tersebut.Tinjauan Bernama juga mendapati, para kontraktor juga sedang sibuk melakukan kemasan terakhir dengan menampal beberapa poster gergasi melibatkan maskot utama Sukan SEA 2023 yang merupakan dua ekor arnab dikenali Borey dan Rumdoul di pusat akuatik yang boleh memuatkan 3,000 penonton pada satu-satu masa.Malah, terdapat pekerja sedang giat mengecat di pintu masuk utama Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo yang dibina bagi menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu dan kos pembinaan menelan belanja kira-kira AS$161 juta.Perkampungan sukan untuk para atlet Sukan SEA tersergam indah namun masih belum siap sepenuhnya ketika tinjauan pada Selasa di perkampungan tersebut yang terletak berhampiran Stadium Nasional Morodok Techo di jalan Ly Yongphat, Phnom Penh. - Foto BernamaBukan itu sahaja, venue acara kriket, AZ Ground Cricket Oval juga masih belum sempurna setakat pagi tadi biarpun sukan tersebut telah membuka tirai pada Sabtu lepas.Selain keadaan padang yang bertompok, masih terdapat pekerja giat memasang penghadang bagi menutup keseluruhan venue tersebut memandangkan lokasinya yang agak terbuka dan berada di tepi jalan raya di Hun Sen Boulevard.Situasi tersebut sudah semestinya mengundang bahaya bagi para atlet serta penonton yang terpaksa \u2018berjemur\u2019 memandangkan tiada bumbung disediakan di tempat duduk penonton di venue tersebut.Dalam pada itu, Timbalan ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023, Sharon Wee berkata biarpun tidak semua unit pangsapuri di perkampungan sukan tersebut siap, namun unit yang sudah tersedia berada dalam keadaan baik untuk dihuni para atlet.Katanya, beliau memahami bahawa tuan rumah juga sedang cuba melakukan terbaik bagi menganjurkan Sukan SEA buat kali pertama di negara mereka.\"Atlet Malaysia pula berada dalam keadaan baik, selamat dan fokus terhadap aksi mereka (Sukan SEA 2023),\u201d katanya.Sukan SEA 2023 yang masuk edisi ke-32 akan berakhir pada 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256647/berita/sukan/chong-wei-lin-dan-dapat-pengiktirafan-bwf", "article_title": "Chong Wei, Lin Dan dapat pengiktirafan BWF", "article_text": "LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan 'musuh' tradisinya dari China, Lin Dan dipilih dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.BWF dalam kenyataan memaklumkan, dua legenda badminton yang merupakan pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka telah dipilih dalam senarai pemain luar biasa badan induk dunia itu.Majlis pemasyhuran itu dijadualkan pada 26 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer yang memuji kedua-dua pemain atas impak dalam pertandingan berkata, mereka akan diingati lebih daripada pencapaian dan kejayaan yang dicapai dalam kejohanan disertai.\"Chong Wei dan Lin adalah antara duta terulung sukan badminton sepanjang dua dekad yang lepas. Dengan persembahan cemerlang, mereka menarik peminat dari seluruh generasi kepada sukan ini.\"Kedua-dua mereka layak berada dalam Hall of Fame,\" katanya.Chong Wei, 41 dan Lin, 40, yang memulakan kerjaya mereka di peringkat antarabangsa pada awal 2000, menempa nama dalam sukan badminton sehingga masing-masing memutuskan untuk bersara pada 2019 dan 2020.Chong Wei yang bersara akibat masalah kesihatan kanser hidung dialaminya telah meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya dan memegang gelaran nombor satu dunia selama 349 minggu.Pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan pemain badminton paling berjaya Malaysia, dengan tiga pingat perak Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 serta tiga gelaran naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.Sementara Lin yang tiada tandingan pada penyertaan di kejohanan utama dengan dua gelaran jaguh Olimpik dan lima kejohanan dunia.\"Ukuran penguasaan antara mereka, mereka berentap sebanyak lima perlawanan akhir Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia BWF. Chong Wei dan Lin mencipta beberapa rekod sepanjang kerjaya mereka.\"Mereka juga menjadi aset penting pasukan dalam kejohanan berpasukan,\" menurut BWF. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256644/berita/sukan/ganjaran-lumayan-menanti-pemenang-pingat-emas-badminton", "article_title": "Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas badminton", "article_text": "ATLET badminton yang bakal menggalas cabaran negara ke Sukan SEA Kemboja dijanjikan ganjaran lumayan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya berjaya membutirkan pingat emas buat negara Mei ini.Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, insentif itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat barisan atlet badminton untuk melakar kejayaan cemerlang pada temasya dwitahunan tersebut.Beliau berkata, pemain perseorangan dijanjikan ganjaran sebanyak RM20,000 dan beregu RM30,000 manakala bagi acara berpasukan pula, setiap pemain akan menerima RM10,000.\"Untuk badminton, kita sudah ada struktur insentif, jadi kita akan ikut insentif itu... Pemain tahu jika mereka beraksi cemerlang, apa ganjaran yang menanti, insentif banyak, untuk kejohanan dunia, jelajah dunia dan banyak lagi kategori,\u201d katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini sebelum skuad negara berlepas ke Sukan SEA.Kenny berkata, skuad negara, yang sebelum ini menjalani latihan pusat di ABM, telah melakukan persediaan rapi untuk berentap di Kemboja.Beliau berkata, pada masa sama, gandingan beregu campuran Yap Roy King-Yap Ling, Choong Hon Jian-Cheng Su Yin diharap mampu mempertahan emas yang diraih Chen Tang Jie-Peck Yen Wei pada edisi Hanoi.Di Sukan SEA Vietnam, skuad negara membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.Badminton bakal berentap di Sukan SEA Kemboja menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran serta berpasukan lelaki dan wanita.Penolong ketua pasukan Low Yee Yuan, yang juga pemain beregu wanita, optimis skuad beregu wanita telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256651/berita/sukan/pan-gon-risik-rahsia-kelab-epl", "article_title": "Pan Gon risik rahsia kelab EPL", "article_text": "SELEPAS Sepanyol, London menjadi destinasi barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan menimba ilmu baharu apabila mereka menghabiskan tempoh seminggu di ibu kota England itu.Delegasi barisan kejurulatihan yang diketuai Kim Pan-gon berpeluang berkongsi pengalaman dengan kelab West Ham dan Brighton yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Turut serta ialah pembantunya, Pau Marti Vicente serta jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun yang meneruskan lawatan teknikal ke dua pasukan yang beraksi di EPL itu.Mereka berpeluang menyaksikan sesi latihan pasukan West Ham, melawat fasiliti latihan kelab tersebut serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus West Ham, David Moyes.Selain itu, mereka turut ke Brighton bertemu beberapa staf teknikal dan kejurulatihan kelab berkenaan.Sepanjang berada di London, Pan-gon dan staf kejurulatihan berkesempatan menyaksikan dua perlawanan EPL membabitkan aksi West Ham bertemu Liverpool serta Brighton menentang Wolverhampton Wanderers.Pan Gon (kiri) bersama Hee-chan yang beraksi bersama Wolves. - Foto Facebook FAMSelepas perlawanan, Pan Gon sempat meluangkan masa bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers.Barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu selamat tiba di Kuala Lumpur pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256626/berita/sukan/pamer-aksi-konsisten-buru-mata-ke-olimpik", "article_title": "Pamer aksi konsisten buru mata ke Olimpik", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mahu pemain negara terutama yang tersenarai dalam projek Road to Gold (RTG) bangkit mempamerkan aksi konsisten dalam setiap kejohanan disertai susulan pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024, Paris bermula pada Isnin.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain negara tanpa mengira sama ada mereka bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.Mengikut format pertandingan Olimpik bagi sukan itu yang bermula Isnin hingga 28 April tahun depan, setiap negara boleh diwakili maksimum dua pemain perseorangan sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking 16 terbaik serta dua beregu sekiranya kedua-dua mereka menduduki ranking lapan terbaik.\"Proses kelayakan sudah bermula dan akan berakhir setahun daripada sekarang, ia paling penting bagi pemain kerana Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mengira daripada 10 permainan terbaik untuk mata kelayakan.\"Kita mahu dengan adanya RTG dan bantuan yang diberikan, pemain semakin meningkat serta tunjukkan prestasi konsisten sampai tahap kemuncak sebelum April 2024,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 di Kelab Golf Seri Selangor pada IsninDalam pada itu, Mohamad Norza bersedia mencadangkan beberapa nama pemain yang mempamerkan persembahan bertenaga kepada jawatankuasa RTG untuk dipertimbangkan seperti pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menjuarai Kejohanan Badminton Orleans Masters pada April lepas.\"Ada peminat badminton yang mengatakan mengapa kita tidak melihat kepada beberapa nama seperti Tang Jie-Ee Wei dan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong namun ia adalah proses. Mana-mana pemain yang kita perlu angkat ke laluan pantas Olimpik, kita akan buat pertimbangan kepada RTG kerana (sekarang ini) hanya senarai permulaan,\" ujarnya.Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan berjumpa dengan kesemua pemain badminton yang tersenarai di bawah projek RTG pada hujung minggu ini bagi membincangkan bentuk keperluan dan sokongan yang mereka perlukan.Projek RTG yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bulan lepas dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.KBS sebelum ini mengumumkan sukan badminton mendominasi senarai atlet iaitu 11 orang daripada 15 atlet yang tersenarai dalam program RTG, melibatkan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; jaguh profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.Turut tersenarai adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 05:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256627/berita/sukan/skuad-hoki-dalam-dewan-lelaki-wanita-terus-menggila", "article_title": "Skuad hoki dalam dewan lelaki, wanita terus 'menggila'", "article_text": "SKUAD hoki dalam dewan lelaki dan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring dengan melakar kemenangan besar ke atas Filipina pada aksi kumpulan di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja di sini pada Selasa.Pasukan lelaki negara ternyata berada dalam kelas tersendiri ketika membelasah skuad lelaki Filipina 19-0 manakala pasukan wanita kebangsaan pula mudah menjinakkan skuad wanita lawan, 12-0, dalam saingan berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar.Bagi acara lelaki, penyerang Faridzul Afiq Mohd meledak empat gol dengan jaringan pertama hadir menerusi pukulan sudut penalti seawal minit pertama diikuti minit ke-15, ke-21 dan ke-34 manakala pemain tengah, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan turut berkongsi jumlah jaringan sama melalui gol pada minit ke-16, ke-25, ke-26 dan ke-29.Lima pemain negara masing-masing menyumbat dua gol iaitu Abdul Khaliq Hamirin (minit ketiga dan ke-12\u2019), Muhammad Izham Azhar (keempat dan ke-25), Adam Aiman Mamat (kelapan dan ke-30), Danial Asyraf Abdul Ghani (ke-17 dan ke-30) dan Razali Mohd Hazemi (ke-28 dan ke-37) manakala Muhammad Firdaus Omar turut mencetak nama selaku penjaring menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-23.Selepas kejayaan menumpaskan Kemboja 10-1 dalam aksi sulung semalam, ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Mohd Hanip Che Halim gembira pemain terus komited dalam mengikut perancangan taktikal dilaksanakannya sehingga dapat menterjemahkan segala peluang terhidang dengan baik.\"Filipina mungkin baru dalam permainan hoki dalam dewan. Jadi, bagi game hari ini kita gunakan untuk mempertajamkan kelemahan terdapat pada perlawanan semalam bagi persiapan bertemu Thailand (4 Mei) dan Indonesia (6 Mei),\u201d katanya selepas perlawanan.Dalam pada itu, dua pemain skuad wanita cemerlang melakar hatrik ketika membantu Malaysia berpesta gol ke atas Filipina iaitu tonggak pertahanan, Fazilla Sylvester Silin yang mula merobek gawang lawan minit ke-11, ke-23 dan ke-35 dan penyerang Iren Hussin mencatat jaringan pertamanya pada minit ke-12 disusuli gol pada minit ke-13 dan ke-23.Dua lagi pemain pula meledak dua gol iaitu Surizan Awang Noh (kelapan dan ke-29) dan Raja Norsharina Raja Shabudin (ke-16 dan ke-37) manakala Nuraslinda Said dan Nor Asfarina Isahyifiq Isahhidun masing-masing turut menemui sentuhan jaringan pada minit keenam dan ke-39.Sementara itu, Ketua Jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita negara Mohd Badrul Hisham Osman berpuas hati menyaksikan peningkatan prestasi dipamer anak-anak buahnya pada perlawanan hari ini berbanding ketika membuka kempen semalam sewaktu membelasah Singapura 8-0.Beliau juga berharap dapat memberikan tentangan sengit kepada pencabar utama mereka, Thailand, seterusnya memastikan Malaysia dapat mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ketiga esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 05:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256618/berita/sukan/hanya-satu-laporan-kod-sukan-selamat-diterima---hannah", "article_title": "Hanya satu laporan Kod Sukan Selamat diterima - Hannah", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan hanya menerima satu laporan berhubung penggunaan Kod Sukan Selamat, setakat ini.Hannah berkata, laporan itu berkaitan dengan kes pelumba wanita negara daripada acara skuad berbasikal bukit (MTB) yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri pada Mac lalu.\"Setakat ini yang dimaklumkan kepada (KBS) hanya kes (pelumba wanita dakwa menjadi mangsa gangguan seksual) ini. Namun, perkara itu dikendalikan oleh pegawai pelindung Majlis Sukan Negara (MSN) dan difahamkan siasatan polis masih lagi berlangsung,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Bersama Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia di Bunga Kemboja Fitness, Seri Kembangan, Selangor pada Selasa.Menurut Hannah, atlet itu sudah menyambung latihan untuk mewakili negara di Sukan SEA Kemboja dan pihaknya sentiasa memastikan tiada lagi gangguan terhadap atlet itu.Hannah juga berkata, sehingga hari ini beliau belum mengadakan pertemuan empat mata dengan mana-mana pihak berkaitan kes itu sebaliknya hanya mendapatkan maklumat terkini daripada pegawai pelindung MSN kerana mereka mahu menjaga kerahsiaan identiti mangsa.Kod dibangunkan KBS pada 15 Mac lalu itu adalah garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam sukan.Selain itu, ia dapat memperkukuh aspek integriti dalam tadbir urus badan sukan dan ekosistem sukan negara secara menyeluruh.Mengulas mengenai Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Bersama Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, Hannah berkata, ini adalah usaha produktif pihaknya memberi kesedaran berkaitan keselamatan seseorang ketika bersukan.KBS turut memperuntukkan RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia bagi membantu kelangsungan sektor industri itu untuk terus maju selepas pandemik Covid-19. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 05:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256610/berita/sukan/dimensi-baharu-pemain-profesional-nilai-komersial-liga-m", "article_title": "Dimensi baharu pemain profesional, nilai komersial Liga-M", "article_text": "KARIER pemain bola sepak negara memasuki dimensi baharu menerusi landskap profesional yang lebih sihat, peningkatan nilai komersial dan perlindungan hak yang terjamin buat penggiat sukan nombor satu Malaysia itu.Matlamat itu direalisasikan menerusi Perjanjian Kolaborasi (Terma Rujukan) antara Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Kuala Lumpur pada Selasa.Perjanjian kolaborasi itu merupakan inisiatif PFAM untuk berkongsi matlamat dan tujuan yang sama dalam melindungi imej dan nilai komersial Liga Malaysia (Liga-M).Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail menyatakan bahawa pihaknya komited untuk bekerjasama dengan MFL bagi memastikan hak pemain dapat dilindungi di samping mengekalkan integriti dan nilai komersial liga.\u201cPerjanjian Kolaborasi ini adalah bukti visi dan dedikasi PFAM yang dikongsi untuk membangunkan sektor bola sepak profesional di Malaysia,\u201d katanya dalam satu kenyataan.Hadir sama Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, Presiden PFAM, Safee Sali dan CEO MFL, Stuart Ramalingam.Dalam pada itu, Stuart berkata, kerjasama dengan PFAM itu adalah salah satu usaha yang amat penting dalam fokus MFL meningkatkan kualiti liga bola sepak profesional tempatan dalam semua aspek terutama pengurusan kelab dan perkembangan karier pemain.\u201cMFL percaya kemajuan yang dicapai kelab dan pemain akan memberi refleksi kepada nilai sesebuah liga. Atas sebab itu, MFL telah mengambil langkah besar dan berani sebelum ini dengan melaksanakan proses penswastaan kelab serta melakukan penstrukturan Liga-M.\u201cJusteru kami melihat langkah proaktif bersama PFAM ini akan mewujudkan proses rangka kerja yang cekap antara kedua-dua pihak melalui proses dan mekanisme yang dipersetujui secara bersama,\u201d katanya.Sementara itu, Ab Ghani memberitahu bahawa kolaborasi itu akan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara badan pengelola liga profesional tempatan dan PFAM.\u201cSaya percaya langkah ini adalah selari dengan misi dan visi MFL dalam proses transformasi Liga-M di mana usaha yang dilakukan MFL bagi meningkatkan daya saing serta nilai komersial liga.\"Malah ia juga bagi memastikan kepentingan kelab dan pemain sentiasa dijaga serta disokong oleh ekosistem bola sepak yang kukuh,\u201d katanya.Objektif perjanjian kolaborasi itu bertujuan mewujudkan sistem perlindungan hak para pemain bola sepak profesional serta menjaga hak kepentingan kelab bola sepak yang bermain di dalam Liga-M.Pada masa sama, perkara itu juga selari dengan tuntutan global setelah FIFPRO dan World League Forum (WLF) pada September 2022 telah menandatangani Perjanjian Buruh Global (GLA) di Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).Ia bagi mengambil tanggungjawab yang lebih besar sebagai rakan kongsi sosial untuk mengukuhkan penyelesaian yang dipersetujui bersama dalam industri bola sepak.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256586/berita/sukan/rauf-peneraju-baharu-mafa", "article_title": "Rauf peneraju baharu MAFA", "article_text": "KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kini memimpin Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) sebagai presiden bagi menggantikan Datuk Nur Azmi Ahmad yang mengemudi persatuan itu sejak Ogos tahun lalu.Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan MAFA pada Selasa.\u201cMesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA di Wisma MAFA semalam (Isnin) yang dipengerusikan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memutuskan presiden badan induk itu kini disandang Ab Rauf,\u201d katanya.Menurut kenyataan itu, mengikut perlembagaan MAFA, Ketua Menteri Melaka yang baharu secara automatik akan menyandang jawatan presiden.\u201cPihak Jawatankuasa Eksekutif MAFA mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang akan menerajui persatuan bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Melaka.\u201cSemoga dengan sentuhan Datuk Seri Ab Rauf akan terus membawa bola sepak Melaka ke tahap yang lebih membanggakan demi meletakkan nama negeri Melaka gah dalam sukan nombor satu dunia ini pada masa hadapan.Kenyataan itu memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Nur Azmi yang telah memimpin persatuan sejak Ogos 2022 dan mencurahkan jasa dan bakti kepada sukan bola sepak negeri Melaka.\u201cAntaranya penubuhan kelab bola sepak Melaka FC yang ketika ini bersaing dalam saingan Liga M3 di samping penganjuran Kejohanan Piala TYT Melaka (Governor Cup) dan pembangunan akar umbi.\u201cSegala jasa dan sumbangan beliau kepada bola sepak Melaka akan terus diabadikan dalam lipatan bola sepak negeri sebagai salah seorang presiden persatuan yang kini hampir menginjak usia satu abad penubuhannya pada 1924,\u201d tambah kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 03:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256582/berita/sukan/sukan-sea-aksi-sukar-menantang-laos-esok---elavarasan", "article_title": "Sukan SEA: Aksi sukar menantang Laos esok - Elavarasan", "article_text": "SKUAD bola sepak lelaki Bawah 22 Tahun (B-22) negara dijangka menempuh laluan sukar dalam aksi sulung Kumpulan B menentang Laos esok pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Ketua jurulatih, E. Elavarasan memberi bayangan Laos akan turun bermati-matian selepas mereka tewas dalam perlawanan pertama kumpulan kepada Vietnam, 2-0, di Stadium Prince, pada Ahad.\"Memandangkan Laos kalah perlawanan pertama, mereka kena bangkit pada perlawanan kedua dan saya jangka ia agak sukar untuk kita.\"Walaupun tewas kepada Vietnam, namun saya lihat Laos bermain baik cuma tak dapat lakukan serangan balas yang sebaiknya,\u201d katanya kepada Bernama sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, di sini pada Selasa.Beliau pada masa sama mengunci mulut mengenai strategi yang bakal direncanakannya selain enggan mengulas mengenai pemain lawan mana yang bakal memberi ancaman besar kepada anak buahnya di Stadium Olimpik, esok.Bagaimanapun, beliau mengharapkan agar Malaysia dapat pulang dengan tiga mata penuh ketika berdepan pasukan kendalian Michael Weiss itu.Beliau juga mahu skuad negara yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke Phnom Penh dapat menyesuaikan diri dengan cepat termasuk cuaca panas di sini sebelum memulakan kempen di temasya sukan dwitahunan itu.Selepas Laos, Malaysia dijadual bertemu Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura (11 Mei).Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei, sebelum aksi final atau penentuan tempat ketiga dan keempat pada 16 Mei.Kali terakhir Malaysia merangkul emas pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 03:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256574/berita/sukan/sukan-sea-virandeep-cipta-sejarah-bantu-tewaskan-indonesia", "article_title": "Sukan SEA: Virandeep cipta sejarah bantu tewaskan Indonesia", "article_text": "PEMAIN kriket negara, Virandeep Singh melakar kejayaan menakjubkan apabila menjadi pemain pertama mencapai lebih 100 larian dalam format T20 antarabangsa ketika membantu Malaysia menewaskan Indonesia pada Sukan SEA 2023 di sini pada Selasa.Pada aksi pembukaan Kumpulan A hari ini, Virandeep mencatatkan 116 larian untuk membantu pasukan negara membuka kempen temasya dwitahunan itu dengan cemerlang menewaskan Indonesia dengan 94 larian.Beliau mengakui tidak menjangkakan mampu melepasi lebih 100 larian dalam acara yang berlangsung di AZ Group Kriket Oval itu.\"Tahun ini saya hampir beberapa kali mencapai 100 larian iaitu mencatat 96 larian ketika menentang Bahrain dan 94 larian ketika menentang Oman.\"Saya sentiasa mahu menyumbang untuk Malaysia. Permulaan yang cemerlang untuk Malaysia dan saya di Kemboja ini. Saya harap mampu mencatat lebih daripada 100 larian pada masa akan datang,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Sementara itu, kapten skuad kriket negara Ahmad Faiz Mohamad Noor melahirkan rasa syukur dengan kemenangan menentang Indonesia dan berbangga atas pencapaian Virandeep hari ini.\"Sebagai seorang pemukul pencapaian Virandeep memang hebat dan kami amat bangga dengan keputusan ini,\u201d katanya.Malaysia seterusnya dijadual bertemu Thailand pada perlawanan Kumpulan A Khamis ini (4 Mei). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 02:41pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256566/berita/sukan/tfc-nafi-wujud-cadangan-tukar-jurulatih", "article_title": "TFC nafi wujud cadangan tukar jurulatih", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Terengganu FC (TFC) menafikan khabar angin mendakwa wujud cadangan daripada pihak kelab berkenaan untuk menggantikan ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbruckner dengan pengendali baharu.Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman facebook TFC pada Selasa.Ujar kenyataan itu, setakat ini tiada perbincangan mengenai pertukaran jurulatih yang dilakukan di peringkat kelab.\"Untuk makluman, proses untuk mencadang, menukar atau melantik jurulatih yang baharu bukan perkara yang mudah dan perlu dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Teknikal Terengganu FC (TFC).\"Ia juga perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dan bukan hanya boleh dicadang dan dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak atasan,\" kata kenyataan tersebut.Jelasnya lagi, maklumat yang disebarkan mengenai pertukaran jurulatih itu dilihat sedikit sebanyak mengganggu persediaan serta perhubungan dalam kelab berkenaan.\"TFC tidak akan mengambil keputusan terburu-buru terutama melibatkan pengendali pasukan.\"Ketika ini, jawatankuasa teknikal kelab serta barisan kejurulatihan sedang dalam usaha bagi memperkemaskan pasukan untuk perlawanan Liga Super yang bakal bersambung pada 19 Mei ini serta membuat penyenaraian akhir pemain ingin dibawa masuk setelah jendela perpindahan dibuka Julai ini.\"Pihak TFC juga menyeru agar para penyokong atau mana-mana pihak tidak mudah terpengaruh serta menyebarkan berita yang tidak sahih seperti ini kerana ia dilihat mendatangkan impak yang kurang baik dalam perhubungan kelab ini,\" katanya.Sebelum ini wujud desas desus mengaitkan dua nama jurulatih iaitu Irfan Bakti dan Aidil Shahrin yang dikatakan bakal menggantikan tempat bekas pengarah teknikal skuad Penyu itu menjelang pusingan kedua liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 01:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256561/berita/sukan/brighton-teruja-menanti-kunjungan-united", "article_title": "Brighton teruja menanti kunjungan United", "article_text": "DILEMA jurulatih Brighton, Roberto De Zerbi untuk menyenaraikan kesebelasan utama menjelang kunjungan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Jumaat ini.Seagulls juga mahu melunaskan dendam kekalahan aksi separuh akhir Piala FA bulan lalu dan tekad tampil bertenaga Jumaat ini selepas membelasah Wolverhampton Wanderers 6-0.\u201cSaya serta pemain tidak sabar menantikan perlawanan Khamis (Jumaat) ini,\u201d ujar De Zerbi.Pada perlawanan itu, De Zerbi meletakkan pemain berstatus bintang Alexis MacAllister, Moises Caicedo dan Kaoru Mitoma di bangku simpanan.Penyerang Deniz Undav menyumbat dua gol sebelum Pascal Gross dan Danny Welbeck meledak empat gol lagi.Pendekatan De Zerbi 'membangunkan' pemain menerima pujian dan kini beliau mengakui berdepan kesukaran mengenai pemain yang perlu diketepikan selepas kemenangan bergaya ke atas Wolves.\u201cSukar memutuskan barisan kesebelasan utama. Ia pasti akan berdepan masalah, saya rasa tidak boleh tidur, tetapi ia tidak menjadi masalah,\u201d katanya.Brighton ketinggalan 11 mata di belakang United dan mahu memburu tiket ke saingan Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 01:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256554/berita/sukan/kudermetova-beri-bayangan-cabut-logo-penaja", "article_title": "Kudermetova beri bayangan cabut logo penaja", "article_text": "BINTANG tenis jelita Rusia, Veronika Kudermetova akan mengeluarkan logo penaja Rusia, Tatneft daripada kitnya supaya dia boleh bertanding di Wimbledon tahun ini.Wimbledon sebelum ini mengharamkan pemain Rusia dan Belarus pada 2022 berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.Namun pada Mac lalu, penganjur kejuaraan Grand Slam itu akan menerima mereka sebagai atlet neutral untuk kejohanan tahun ini.Penganjur kejohanan berkata, pemain dilarang menyatakan sokongan terhadap pencerobohan itu dan tidak boleh menerima pembiayaan daripada Rusia atau Belarus.Penaja Kudermetova, Tatneft yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas telah dikenakan sekatan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun lalu.\u201cSaya tahu untuk Wimbledon, ia tidak dibenarkan bermain dengan lencana dari Rusia.\u201cJika saya mahu bermain Wimbledon, saya perlu menanggalkan lencana itu,\u201d kata Kudermetova kepada pemberita di Terbuka Madrid pada Isnin.Kudermetova, yang akan menentang Jessica Pegula pada suku akhir di Madrid, antara beberapa pemain Rusia dan Belarus menandatangani pengisytiharan peribadi yang akan membolehkan mereka bersaing sebagai pemain neutral di Wimbledon.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 12:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256552/berita/sukan/empat-pemain-liga-super-tonggak-harimau-muda-di-kemboja", "article_title": "Empat pemain Liga Super tonggak Harimau Muda di Kemboja", "article_text": "KEHADIRAN empat pemain Liga Super dalam senarai utama skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara memberi keyakinan kepada ketua jurulatih E. Elavarasan untuk pasukan beraksi cemerlang pada Sukan SEA 2023, di Phnom Penh, Kemboja.Elavarasan juga yakin meskipun diundi dalam kumpulan \u2018maut\u2019 bersama juara bertahan, Vietnam dan naib juara edisi lepas, Thailand, peluang skuad negara memiliki \u2018ibu segala emas\u2019 pada temasya dwitahunan itu tetap terbuka memandangkan semua pasukan menampilkan pemain daripada umur yang sama.\"Saya rasa kumpulan kali ini walaupun bersama team bekas juara, saya rasa peluang untuk menang tetap terbuka sebab kali ini pertandingan (melibatkan pemain) sama umur. Saya rasa dalam pasukan yang penting adalah pemain.\"Dilihat daripada tiga hari latihan, saya rasa dari segi pasukan sudah bagus dan mereka ada pengalaman dalam Liga Super, jadi ia akan memberi semangat yang lain,\u201d katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kemboja bersama skuad Harimau Muda dan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali.Elavarasan berkata, empat pemain Liga Super yang bakal menjadi tonggak utama skuad Harimau Muda adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muhammad Azam Azmi Murad.Beliau berkata, skuad Harimau Muda perlu menanam misi \u2018wajib menang\u2019 apabila bertandang ke Stadium Prince, Phnom Penh pada perlawanan pertama menentang Laos bagi saingan Kumpulan B, esok untuk mengutip tiga mata pertama.Dalam pada itu, penjaga gol skuad B-22 negara, Sikh Izhan berkata persefahaman yang kukuh bakal memberi kelebihan kepada pasukan untuk menumpaskan Laos esok.\"Saya rasa dalam pasukan, kami mempunyai ikatan dan semangat yang kuat sangat memahami 100 peratus, saya rasa untuk menentang Thailand dan Vietnam juga kami sudah bersedia,\u201d katanya.Sementara itu, Mohd Nasir optimis kesemua atlet negara telah bersedia sepenuhnya untuk memenuhi sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa di Kemboja.Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa atlet dan pegawai yang telah tiba di Kemboja menghadapi masalah kekurangan tempat penginapan, namun jawatankuasa CDM membuat tempahan hotel di kawasan berdekatan.\"Kita telahpun bangkitkan isu ini dalam mesyuarat SEA CDM semalam dan hari ini (kami) akan dapatkan penyelesaian secepat mungkin,\u201d katanya.Skuad Harimau Muda akan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 esok, diikuti dengan perlawanan menentang Thailand B-22 (6 Mei), Vietnam B-22 (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 (11 Mei).Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei, sebelum aksi final atau penentuan tempat ketiga dan keempat pada 16 Mei.Kali terakhir Malaysia merangkul emas pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 12:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256548/berita/sukan/tolak-mata-liverpool", "article_title": "Tolak mata Liverpool", "article_text": "LIVERPOOL berdepan risiko pemotongan mata susulan komen jurulatih The Reds, Jurgen Klopp terhadap pengadil, Paul Tierney ketika aksi menentang Tottenham Spur hujung minggu lalu.Gesaan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Ref Support UK, Martin Cassidy yang mahu Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mengenakan hukuman ke atas Liverpool.\u201cMendenda Liverpool 30 juta pound (RM167.3 juta) tidak beri kesan apa-apa. Mulakan dengan hukuman memotong mata bagi membolehkan mereka diam dan berkelakuan lebih baik.\u201cKami percaya itu akan menjadi pengajaran kepada seluruh warga bola sepak dari akar umbi hingga ke Liga Perdana,\u201d ujar Cassidy.Klopp menuduh Tierney mempunyai agenda peribadi terhadap The Reds.Ia selepas Diogo Jota memastikan Liverpool meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Spurs yang mempamer kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan tiga jaringan.Klopp dilayangkan kad kuning selepas bertengkar dengan pegawai perlawanan keempat, John Brooks ketika meraikan gol kemenangan Jota itu.Jurulatih berusia 55 tahun itu perlu bersedia untuk menerima hukuman daripada FA atas serangan lisannya terhadap Tierney.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 12:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256545/berita/sukan/sukan-sea-kemboja-medan-dedah-atlet-muda", "article_title": "Sukan SEA Kemboja medan dedah atlet muda", "article_text": "OBJEKTIF utama kontinjen Malaysia bagi temasya Sukan SEA di Kemboja pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet muda dan pelapis.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ia bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat muda untuk beraksi di peringkat lebih tinggi selepas ini.\"Fokus Sukan SEA adalah untuk pembangunan dan persaudaraan. Jadi kita beri pendedahan kepada atlet muda dan pelapis supaya dalam Sukan Asia dan Olimpik ada barisan pelapis dan atlet muda yang berpengalaman,\u201d katanya pada sidang media pemberian bantuan dan peruntukan di bawah kementeriannya di sini pada Selasa.Hannah juga yakin bahawa sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa yang diumumkan beliau pada Ahad lepas, adalah data yang realistik dan mampu dicapai.Dengan para atlet dan pegawai sudah mula bertolak secara berfasa ke Phnom Penh, beliau berkata, fokus untuk beberapa hari ini adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan beberapa isu logistik yang mungkin bakal dihadapi.Malaysia yang diwakili oleh 676 atlet, dengan 440 atlet (65 peratus) daripadanya membuat penampilan kali pertama di temasya dwitahunan itu, akan menyertai 34 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan.Sukan SEA 2023 dijadualkan berlangsung secara rasminya bermula 5-17 Mei, namun beberapa acara sudah mula dipertandingkan.Sementara itu, Hannah turut mengumumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan 32 permohonan melibatkan dana RM880,050 peruntukan bagi program berkaitan sukan dan belia sejak awal tahun hingga hari ini.Beliau juga telah memperkenalkan ruangan khusus di portal KBS, www.kbs.gov.my, untuk memudahkan permohonan dana kementerian tersebut, yang turut memaparkan senarai penerima dana.\"Senarai kelulusan penerima bantuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi rujukan dan semakan oleh orang ramai terutamanya dalam kalangan pihak berkepentingan belia dan sukan. Sekiranya mana-mana badan yang menerima peruntukan tidak menjalankan aktiviti berkenaan, ia boleh dilaporkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).\"Amalan tadbir urus dan tata kelola yang telus, tertib dan teratur adalah komitmen dan keutamaan KBS, terutamanya melibatkan pemberian bantuan, termasuk hebahan mengenai penerima bantuan,\u201d katanya.Semakan di laman sesawang mendapati Persatuan Footgolf Malaysia serta Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) adalah penerima dana tertinggi dengan masing-masing mendapat RM100,000. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 11:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256544/berita/sukan/kim-swee-nasihat-elak-tekanan-fokus-setiap-perlawanan", "article_title": "Kim Swee nasihat elak tekanan, fokus setiap perlawanan", "article_text": "FAKTOR tekanan mampu menjadi punca kegagalan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan dalam memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang bakal membuka tirai secara rasmi Jumaat ini.Perkara itu disuarakan bekas pengendali skuad B-22 kebangsaan Datuk Ong Kim Swee yang melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat di temasya sukan dwitahunan itu sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival.Bercakap berdasarkan pengalaman luasnya, ketua jurulatih Sabah FC itu yang membimbing skuad Harimau Muda meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia berkata tumpuan pasukan seharusnya terarah kepada usaha mencatat keputusan positif dalam setiap perlawanan.\"Kalau lihat pengalaman saya di lima edisi Sukan SEA (bermula 2011 hingga 2019), setiap kali akan ada sesetengah pihak katakan ini tidak penting, kejohanan kelas kedua dan ada yang inginkan sesuatu.\"Bagi saya apabila Sukan SEA, kita sentiasa tumpu kepada keputusan, jadi saya percaya kita tidak harus beri tekanan kepada pemain iaitu mereka harus pulang dengan pingat, yang penting pemain mesti berada pada tahap terbaik dan fokus kepada setiap perlawanan,\u201d katanya kepada Bernama di sini.Beliau berkata, pasukan tidak boleh memikirkan untuk bermain di peringkat separuh akhir mahupun akhir sebelum memulakan saingan, sebaliknya perlu segera mendapatkan keyakinan terutama dalam perlawanan sulung Kumpulan B bertemu Laos di Phnom Penh esok.Malaysia kemudian dijadual membuat perhitungan menentang pemenang emas terbanyak, Thailand pada 6 Mei diikuti juara bertahan, Vietnam (8 Mei) dan menutup saingan Kumpulan B bertemu Singapura yang masih belum pernah memenangi emas pada 11 Mei.Menurut Kim Swee, tekanan yang begitu tinggi dipikul pemain dalam setiap perlawanan berpotensi memberikan impak negatif yang mendalam kepada mereka sekali gus meletakkan pasukan dalam bahaya.Bagaimanapun, beliau percaya skuad B-22 kebangsaan kendalian E. Elavarasan yang merupakan penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan mampu berdepan cabaran getir di Phnom Penh.\"Dengan barisan pemain yang kita ada, saya percaya mereka mampu menggalas tugas dengan cukup baik dan ada antara mereka bermain dalam liga utama kita secara konsisten. Pada masa sama, saya percaya Elavarasan mempunyai pengalaman luas bersama kejurulatihan pasukan senior negara.\"Ini penting untuk pastikan pasukan fokus, bagi saya lebih baik kita fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan dan tidak harus memikirkan tentang pasukan Vietnam mahupun Thailand,\u201d kata jurulatih berusia 52 tahun itu.Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan layak ke peringkat separuh akhir bukan jaminan anak buah Elavarasan akan melangkah dengan mudah ke final sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan, namun cukup untuk menyuntik semangat pemain bagi berjuang memburu \u2018ibu segala pingat\u2019.\"Walaupun kita diletakkan dalam kumpulan yang boleh dikatakan amat sukar, bagi saya kalau kita dapat layak ke peringkat seterusnya (separuh akhir), sudah tentu ini bukan menyenangkan tetapi akan memberi lebih motivasi dan keyakinan kepada pemain untuk layak ke peringkat akhir,\u201d katanya.Kim Swee menjadi jurulatih terakhir yang membimbing skuad B-22 kebangsaan memenangi emas di Sukan SEA untuk mempertahankan kejayaan yang dicipta Malaysia pada edisi 2009 di Laos sebelum impian mengulangi kejayaan sama tidak kesampaian apabila meraih perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.Pada edisi 2013 di Myanmar, skuad bimbingannya sekadar mara ke peringkat separuh akhir dan tewas pada perlawanan penentuan pingat gangsa sementara pada edisi 2015 (Singapura) dan 2019 (Filipina) pasukan kendaliannya terkandas di peringkat kumpulan.Edisi terakhir di Vietnam tahun lepas menyaksikan skuad B-22 kebangsaan kendalian jurulatih dari Australia, Brad Maloney pulang dengan tangan kosong selepas tewas pada perlawanan penentuan pingat gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 11:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256542/berita/sukan/terbuka-madrid-cameron-norrie-tersingkir-di-tangan-zhizhen", "article_title": "Terbuka Madrid: Cameron Norrie tersingkir di tangan Zhizhen", "article_text": "CAMERON Norrie tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka Madrid walaupun tidak berdepan sebarang mata break menentang pemain China, Zhang Zhizhen, yang bangkit daripada ketinggalan satu set untuk melangkah ke pusingan keempat awal pagi tadi.Pemain nombor satu Britain, yang juga pemain pilihan ke-11 kejohanan di ibu kota Sepanyol itu, kelihatan akan mudah meneruskan kemaraan selepas memenangi empat game berturut-turut untuk mengungguli set pertama 6-2 dan aksi dalam set kedua juga pada awalnya kelihatan memihaknya.Bagaimanapun, pemin kidal itu melepaskan lima peluang mata break dan lawannya, yang berada di ranking ke-99 dunia, bangkit untuk mencatatkan kemenangan 2-6, 7-6, 7-6 selepas bertarung selama dua jam dan sembilan minit. Zhang seterusnya akan berdepan pemain pilihan kelapan, Taylor Fritz, dalam penampilan pusingan 16 pertamanya bagi kejohanan kategori Masters 1000. - Stadium Astro", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 11:40am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256539/berita/sukan/benteng-tottenham-perlu-cakap-serupa-bikin", "article_title": "Benteng Tottenham perlu 'cakap serupa bikin'", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur perlu membuktikan kesungguhan mengetatkan bahagian pertahanan selepas tewas 3-4 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield.Itu tegas Kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas melihat kebangkitan kelab London daripada ketinggalan tiga gol bagi menyamakan kedudukan sebelum kealpaan pertahanan menyaksikan pasukan pelawat berputih mata.Katanya, persembahan Tottenham pada peringkat awal perlawanan menunjukkan pasukan pelawat tidak belajar untuk meningkatkan tahap prestasi.\"Ia bukan kali pertama berlaku musim ini. Jadi saya ingin tegaskan di sini bahawa kami perlu mula memahami perlawanan besar dengan lebih baik.\u201cKami menunjukkan bahawa pasukan ini boleh kembali semula dalam permainan, dan membuktikannya di Anfield, ia menunjukkan kemampuan sebenar kami, namun sejujurnya hanya untuk permulaan.\"Hanya terdapat begitu banyak perkataan yang boleh anda gunakan, intinya untuk perlawanan ini, anda perlu pergi ke sana dengan tenang,\" katanya.Liverpool mendahului 3-0 dalam masa 15 minit di Anfield sebelum Tottenham menambat tuan rumah kembali 3-3.Bagaimanapun, gol masa kecederaan Diogo Jota membolehkan kelab Merseyside itu berpesta meraikan kemenangan 4-3.Sebagai rekod, Tottenham bolos lima gol dalam 21 minit ketika kekalahan 1-6 kepada Newcastle United, ketinggalan selepas hanya tujuh minit ketika seri 2-2 dengan Manchester United Khamis lalu", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 11:22am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256535/berita/sukan/calvert-lewin-senjata-ampuh-everton", "article_title": "Calvert-Lewin senjata ampuh Everton", "article_text": "DOMINIC Calvert-Lewin disifatkan sebagai senjata ampuh Everton dalam misi kelab Merseyside itu mengelak penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).Itu pandangan pengendali Everton, Sean Dyche selepas penyerang itu kembali ke senarai penjaring ketika The Toffees seri 2-2 menentang Leicester City di Stadium King Power.Calvert-Lewin yang dilanda kecederaan menjaringkan penalti untuk meletakkan Everton di hadapan, gol pertamanya sejak Oktober.Bagaimanapun Calvert-Lewin juga mensia-siakan deretan peluang sebelum separuh masa pertama, namun Dyche gembira apabila pemain tersebut kembali ke penampilan walaupun keputusan seri itu tidak sedikit pun mengurangkan kebimbangan Everton untuk tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.\"Ya, Dom (Calvert-Lewin) terlepas satu peluang menjaringkan gol, namun kelihatan lebih tajam serta pantas dan akan menjadi senjata sebenar untuk kami.\"Kecergasan sebenarnya telah kembali, dia kelihatan kuat dan berwaspada,\" kata Dyche yang menggantikan Frank Lampard yang dipecat pada akhir Januari.Everton, kelab yang memiliki sentuhan penyudah kurang menyerlah di Liga Perdana Inggeris, kelihatan jauh lebih kuat daripada biasa tetapi perlawanan liga ke-13 di tempat lawan tanpa kemenangan itu menyaksikan The Toffees berada di kedudukan kedua dari bawah dengan berbaki empat perlawanan.Biarpun begitu Dyche, bekas pengendali Burnley menegaskan dia tahu situasi yang di hadapi kelab dan bersedia untuk perlawanan di laman The Foxes.\u201cKami menjelmakan sepenuhnya keberanian, terus mencuba mencipta sesuatu dan secara keseluruhan ia adalah persembahan yang baik, walaupun kami tidak memperoleh tiga mata yang disasarkan.\"Saya tidak datang ke sini untuk berjalan-jalan di taman, saya tahu ia akan menjadi satu cabaran dan kami berada pada satu ke satu perlawanan.\"Satu-satunya kesilapan malam ini ialah dua gol yang sangat mudah, namun pemain menjelmakan mentaliti yang kami mahukan daripada pasukan,\" katanya.Sementara itu, Dyche hampir pasti akan beraksi tanpa pemain berpengalaman Seamus Coleman untuk empat perlawanan terakhir selepas tonggak pertahanan tersebut diusung keluar sebelum rehat.\"Ia benar-benar malang. Kami menunggu berita, ia mungkin serius, kecederaan lutut,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 10:56am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256517/berita/sukan/40-emas-sasaran-paling-habis-berani", "article_title": "40 emas sasaran paling habis berani", "article_text": "SASARAN 40 pingat emas diletakkan terhadap kontinjen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 dianggap sebagai satu sasaran habis berani.Malah dalam erti kata lain, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, jumlah sasaran itu memang dijangka dan biasa disebut sebagai sasaran selamat setiap kali kontinjen negara menyertai sukan berbentuk temasya ini terutamanya Sukan SEA.\u201cSebabnya sekiranya kita lihat berdasarkan pengalaman Malaysia, apabila kita meletakkan sekadar 40 pingat emas tetapi kedudukan terbaik keseluruhan di Sukan SEA ini kononnya bukan matlamat kita, seolah-olah kalau kita menduduki peperiksaan besar, kita cuma sekadar nak lulus sajalah.\u201cSecara logiknya kalau lingkungan 40 pingat emas itu kalau mengikut trend pungutan pingat Sukan SEA dalam beberapa temasya sebelum ini memang kita akan berada pada kedudukan keempat hingga keenam keseluruhan.\u201cJika ini menjadi realiti, alangkah merendah dirinya kita, adakah ini nilai jati diri bangsa Malaysia yang cuba kita terapkan menerusi sukan ini. Diam tak diam kita sendiri sudah meletakkan tahap sukan kita kini sekelompok dengan Myanmar, Laos, Kemboja dan Timor Leste barangkali.\u201cTabik saya pada Kemboja walaupun hanya menang empat emas di Fillipina dan sembilan emas di Vietnam tetapi begitu berani melaungkan sasaran 103 pingat emas apabila menjadi tuan rumah buat kali pertama. Kita pun macam tak percaya bolehkah Kemboja mencapai sasaran itu?,\u201d katanya.Jelasnya lagi, beberapa negara termasuk Malaysia mengakui kehilangan banyak pingat emas kerana banyak acara yang memberi kelebihan kepada ketika di Vietnam dulu tidak dipertandingkan di Kemboja.\u201cSaya lihat di Kemboja ini, Thailand tetap dengan sasaran tinggi 164 pingat emas dan juara bertahan Vietnam menyasarkan 100 pingat emas. Nampaknya orang Thailand dan Vietnam ini sentiasa berjiwa besar dan realistik berbanding kita.\u201cKita sering mengumpul pelbagai alasan dulu, kita sudah siapkan jawapan dulu sebagai jawapan kepada punca kegagalan yang akan berlaku nanti.\u201cBagi saya, di setiap temasya Sukan SEA ini akan berlaku perkara biasa dan kerap berlaku pada setiap tuan rumah, jadi kalau perkara yang kita sudah biasa dan konsisten serta kerap berlaku, fakta ini sudah tidak lagi boleh dijadikan sebagai alasan tetapi ianya lebih kepada bagaimana kita membuat persediaan lebih rapi untuk menghadapinya perkara-perkara yang sudah dijangka.\u201cAlasan kerana kontinjen kita diwakili lebih 40 peratus muka baharu dan ini hanya pendedahan untuk kita siapkan mereka apabila menjadi tuan rumah 2027 nanti (lama lagi), entah-entah mereka ini nanti bila gagal di Kemboja terus hilang dari radar.\u201cSaya agak 'skeptikal' dengan alasan ini. Persoalannya, Sukan SEA temasya paling rendah di rantau ini, banyak negara pun memang diwakili ramai atlet baharu yang mungkin peratusannya sama atau lebih tinggi dari Malaysia, jadi kita sudah siap alasan sebelum perjuangan di Kemboja ini,\u201d katanya.Sebagai rekod, edisi 31 di Vietnam tahun lalu, kontinjen negara mengakhiri cabaran di kedudukan keenam dengan 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa berbanding Singapura 47-46-73 kelima.Kontinjen negara diletakkan sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa apabila menyingkap cabaran di Sukan SEA Kemboja 2023.Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA edisi 32 kali ini melibatkan 927 anggota kontinjen, terdiri daripada 676 atlet dan 251 pegawai.Pada masa sama sasaran 40 pingat emas itu disasarkan berdasarkan penampilan seramai 440 atlet (64.99 peratus) bakal buat penampilan pertama, 387 atlet (56.33 peratus) berusia bawah 23 tahun.Kontinjen negara juga hanya mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan dipertandingkanSelain itu, kontinjen negara hanya mengambil bahagian dalam 340 acara (58.42 peratus) daripada keseluruhan 582 acara.Kontinjen negara tidak bersaing dalam perebutan 242 pingat emas, pingat perak, dan pingat gangsa apabila acara yang tidak disertai itu adalah daripada sukan-sukan pilihan tuan rumah dan jenis sukan asing untuk kontinjen negara seperti sukan arnis, vovinam, kun bokator dan beberapa jenis sukan lain.Dalam masa sama Pekan juga mengakui tidak terkejut dengan sasaran diletakkan terhadap kontinjen negara di edisi ke-32 kali ini.\u201cSaya sebenarnya menjangkakannya sekitar 35 hingga 40 pingat emas sebelum ini berdasarkan sesi libat urus dengan persatuan sukan kebangsaan dan prestasi negara Asia Tenggara lain.\u201cNamun sejujurnya fakta atau statistik diberikan sebagai alasan sasaran 40 pingat emas, seperti 440 atlet bakal buat penampilan pertama, selain 387 atlet berusia bawah 23 tahun dan tuan rumah tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Vietnam,\u201d katanya.Pekan juga mengakui hairan apabila sasaran 40 pingat emas itu disifatkan sebagai realistik, namun pada masa sama masih percaya atlet muda negara mampu merangkul lebih banyak lagi emas.\u201cJadi sasaran 40 pingat emas selepas sesi libat urus bersama persatuan sukan bukanlah sesuatu yang realistik, jadi apa maksud sebenarnya dengan sasaran realistik tersebut?\u201cJadi dalam kes sasaran 40 pingat emas diletakkan terhadap kontinjen Malaysia di Kemboja 2023, mungkin realistiknya adalah 50 hingga 60 pingat emas.\u201cSepatutnya kita perlu berani letak sasaran lebih 50 atau 60 pingat emas untuk berada di kedudukan tiga terbaik Sukan SEA berbanding sasaran untuk rasa selamat dengan 40 emas ini,\u201d katanyaPekan juga sekali lagi menegaskan Sukan SEA pentas penting bagi menggambarkan iltizam sebenar komuniti sukan negara untuk membawa imej Malaysia secara lebih konsisten ke peringkat lebih tinggi.\u201cSaya hendak beritahu di sini sebenarnya mindset kita perlu berani berubah sekiranya mahu Malaysia lebih cemerlang dalam arena temasya sukan dunia biarpun sekecil Sukan SEA.\u201cSampai bila kita hendak meletakkan sasaran 40 pingat emas setiap kali Sukan SEA di luar Malaysia? Bila masanya kita hendak muncul kuasa sukan sekiranya di tahap Asia Tenggara kita tidak miliki keberanian letak sasaran tinggi?\u201cSampai bila kita hendak lihat Thailand atau Indonesia muncul juara di laman lawan tanpa kita berusaha mencabar atlet Malaysia meraih sasaran pingat emas lebih tinggi?,\u201d katanya.Tambah Pekan lagi, \u201cSekiranya kontinjen negara gagal meraih sasaran pingat lebih tinggi di Sukan SEA, tiada sesiapa pun yang kena letak jawatan sebagai rasa bertanggungjawab.\u201cTengok sahaja kepada Filipina meletakkan sasaran 70 pingat emas, tapi bawa pulang 52 pingat emas dari Vietnam.\u201cTiada pula siapa yang letak jawatan, sebaliknya orang kata prestasi Filipina di Vietnam cemerlang lagi apabila atlet negara itu mendapat pelbagai pengiktirafan.\u201cBegitu juga waktu di Filipina kita sasarkan 70 emas tetapi bawa pulang 56 emas, tiada apa pun yang berlaku,\u201d katanya.KEDUDUKAN MALAYSIA DI SUKAN SEASukan SEA Thailand 2007Kedudukan 2 Dari 11 NegaraEmas 68Perak 52Gangsa 96Jumlah 216Sukan SEA Laos 2009Kedudukan 4 Dari 11 NegaraEmas 40Perak 40Gangsa 59Jumlah 139Sukan SEA Indonesia 2011Kedudukan 4 Dari 11 NegaraEmas 58Perak 50Gangsa 81Jumlah 189Sukan SEA Myanmar 2013Kedudukan 5 Dari 11 NegaraEmas 43Perak 38Gangsa 77Jumlah 158Sukan SEA Singapura 2015Kedudukan 4 Dari 11 NegaraEmas 62Perak 58Gangsa 66Jumlah 186Sukan SEA Kuala Lumpur 2017Kedudukan 1 Dari 11 NegaraEmas 145Perak 90Perak 86Jumlah 321Sukan SEA Filipina 2019Kedudukan 5 Dari 11 NegaraEmas 56Perak 57Gangsa 71Jumlah 184Sukan SEA Vietnam 2021Kedudukan 6 Dari 11 NegaraEmas 39Perak 45Gangsa 90Jumlah 174*Pencapaian Malaysia di Sukan SEA sejak 2007", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256516/berita/sukan/bukan-senang-harimau-muda-menang-emas-di-kemboja-2023", "article_title": "'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'", "article_text": "STATUS juara kejohanan empat penjuru - Piala Merlion 2023 di Singapura Mac lalu bukan 'tiket' mudah buat skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, skuad kendalian E Elavarasan bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.\u201cAspek pemilihan pemain memang semua mantap. Ini adalah satu pasukan yang kita boleh harap untuk dapat pingat pada Sukan SEA di Kemboja nanti.\u201cIa satu petanda yang baik tetapi bukan mudah untuk menang (raih pingat emas) Sukan SEA. Ia terpulang kepada persediaan kita sebelum menghadapi temasya itu.\u201cPasukan-pasukan lain seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia adalah skuad yang sama kuat dengan pasukan muda negara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Untuk rekod, Harimau Muda meraih 'ibu emas' Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan edisi 2011 di Jakarta, Indonesia yang ketika itu masing-masing dibimbing Datuk K Rajagobal dan Datuk Ong Kim Swee.Mengulas lanjut, Sathianathan percaya barisan kejurulatihan dapat membina keserasian dalam kalangan pemain untuk membentuk sebuah pasukan mantap.\u201cSemuanya perlu ambil masa untuk bentuk keserasian dan teknik permainan. Kita perlu ada satu sistem yang mantap bagi membantu sebuah pasukan yang cukup kuat.\u201cTetapi saya percaya coach Elavarasan sudah mempunyai barisan terbaiknya. Beliau sudah membentuk pasukan ini sejak beberapa bulan lalu,\u201d jelasnya.Malaysia akan memulakan kempen di Kemboja menentang Laos Rabu ini diikuti berdepan Thailand (Sabtu), Vietnam pada 8 Mei sebelum menutup saingan kumpulan B bertemu Singapura (11 Mei).Bagaimanapun, misi skuad muda negara untuk merampas pingat emas acara bola sepak lelaki dilihat berliku apabila bakal berdepan ujian awal Thailand dan Vietnam.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256514/berita/sukan/api-perjuangan-arsenal-tak-pernah-padam", "article_title": "Api perjuangan Arsenal tak pernah padam", "article_text": "ARSENAL masih bersemangat memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun selepas kekalahan kepada Manchester City, kata pengendali Mikel Arteta.Malah tegas Arteta, pemain kelab utara London itu perlu meningkatkan prestasi dengan melakar kemenangan ke atas Chelsea.\u201cAnda perlu menyedari masih ada kerja yang perlu dilakukan. Kami perlu merendah diri, mengenali kelemahan dan berusaha untuk menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan.\u201cTetapi kami juga mempunyai banyak kekuatan dan banyak perkara yang kami lakukan dengan baik sejak 10 bulan lalu.\u201cSekarang ia (perlumbaan gelaran) bukan di tangan kami lagi. Apa yang ada di tangan kami adalah untuk mencuba memenangi baki perlawanan, selebihnya diserahkan kepada City.\u201cSaya tidak perlu mengambil mood pemain, kerana semangat mereka masih tetap menyala berdepan Chelsea. Amat sukar untuk meramalkan apa yang mereka (Chelsea) akan lakukan tetapi kami perlu bersedia untuk memenangi perlawanan,\" kata pengendali dari Sepanyol itu.Arsenal sebelum itu melepaskan cengkaman tangga teratas selepas empat perlawanan tanpa kemenangan, termasuk kekalahan 1-4 kepada City dan seri dengan Liverpool, West Ham United dan Southampton.Arsenal kini berada di kedudukan kedua dengan 75 mata, satu di belakang pendahulu City yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.The Gunners boleh kembali ke puncak liga buat seketika dengan kemenangan ke atas Chelsea, yang berada di tangga ke-12 selepas mengharungi kempen yang mengecewakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 10:57pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256513/berita/sukan/chelsea-wajar-contohi-modul-arsenal---lampard", "article_title": "Chelsea wajar contohi modul Arsenal - Lampard", "article_text": "CHELSEA perlu menjadikan kejayaan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai contoh menyediakan pelan tindakan membina semula kekuatan The Blues selepas kempen yang mengecewakan musim ini.Pengendali sementara The Blues, Frank Lampard berkata, \u201cTerdapat proses yang panjang dari segi masa untuk sampai ke tempat yang anda mahu pergi untuk kemajuan pada masa depan.\u201cSaya masih ingat akan menentang Mikel Arteta pada peringkat awal itu. Kadang-kadang mereka bermain lima di bahagian belakang, kadang-kadang empat; kini mereka mempunyai identiti yang jelas.\u201cTerdapat banyak kerja melalui pasukan yang berjaya dibentuk Mikel selepas mengendali Arsenal. Adakah kami mempunyai kemungkinan untuk melakukannya? Ya. Adakah ia ambil masa dan keputusan yang baik? Sudah tentu, ya. Tetapi mengambil masa untuk sampai ke tahap seperti Arsenal.\u201cProses itu boleh mengambil masa dua atau tiga tahun. Arsenal adalah contoh yang bagus untuk melakukannya dengan baik,\" kata Lampard kepada pemberita menjelang lawatan ke Stadium Emirates berdepan The Gunners.Kekalahan Chelsea 0-2 kepada Brentford minggu lalu menyaksikan The Blues berada di kedudukan ke-12, tersadung ke arah kempen terburuk sejak musim 1993/94, apabila mereka menduduki tempat ke-14 di bawah Glenn Hoddle, walaupun pemilik baru AS itu mengeluarkan perbelanjaan besar.Sementara itu, Lampard mengakui pemain Chelsea kurang keyakinan menjadi punca prestasi buruk, namun mencabar The Blues untuk mengatasi kekurangan keyakinan diri dengan kerja lebih keras.\u201cAnda hanya boleh bekerja untuk mendapatkan tahap prestasi untuk mengembalikan keyakinan.\u201cSaya pernah berada di sini pada saat-saat di mana keyakinan rendah kerana tiada siapa yang suka kalah dalam perlawanan.\u201cSaya mempunyai detik-detik sebagai pemain di mana kami menjatuhkan standard kami sebagai kolektif dan kami terpaksa menaikkannya.\u201cMelihat melalui sejarah, kami berjaya mendapatkannya kembali melalui kerja keras. Kami hanya boleh mempertimbangkan masa depan dan mendapatkan skuad yang kami inginkan,\u201d kata Lampard.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 10:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256504/berita/sukan/sukan-sea-misi-wajib-menang-dengan-loas---muhammad-mukhairi", "article_title": "Sukan SEA: Misi wajib menang dengan Loas - Muhammad Mukhairi", "article_text": "SKUAD bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara membawa misi wajib menang apabila bertandang ke Stadium Prince, Phnom Penh di Kemboja dengan perlawanan pertama menentang Laos bagi saingan kumpulan B, Rabu ini.Tonggak tengahnya, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berharap rakan sepasukan mampu menggunakan semua pengalaman yang dimiliki untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus membakar semangat untuk terus menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan lain di peringkat kumpulan.\"Kita perlu kumpul tiga mata pada perlawanan pertama untuk bakar semangat (walaupun) satu cabaran yang sukar melawan Laos... (jadi kita) tidak harus mengambil mudah cabaran lawan.\"Saya tengok semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan taktikal jurulatih. Saya pernah bermain dalam pasukan senior dengan taktikal yang sama. Jadi saya harap pemain dapat fokus untuk Sukan SEA kali ini,\u201d katanya ketika ditemui pemberita ketika menjalani latihan akhir di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini pada Isnin.Muhammad Mukhairi, 22, yang mengimpikan kemenangan buat pasukannya, turut berjanji mencari persefahaman secepat mungkin bersama skuad kendalian E. Elavarasan itu memandangkan beliau tidak dapat bersama ketika pasukan menjulang Piala Merlion 2023 di Singapura Mac lepas kerana mengalami jangkitan kuman dalam perut.\u2018Saya nak (Malaysia jadi) juara sebab tahun lepas kita kalah semi final. Saya harap tahun ini peluang terbaik kerana ini Sukan SEA terakhir saya dan saya akan buat yang terbaik,\u201d katanya yang akan berlepas ke Kemboja esok bersama skuad B-22.Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia di undi dalam Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Laos (3 Mei) diikuti Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei).Perjalanan skuad bola sepak di temasya dwitahunan itu pada edisi tahun lepas di Hanoi, Vietnam terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan.Dua belas tahun lepas di Jakarta, Indonesia, Malaysia meraih emas dengan menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan keputusan 1-1. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 07:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256494/berita/sukan/hamidin-yakin-skuad-b-22-mampu-raih-ibu-emas-di-kemboja", "article_title": "Hamidin yakin skuad B-22 mampu raih 'ibu emas' di Kemboja", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) mampu mengulangi pencapaian gemilang Malaysia merangkul \u2018ibu segala emas\u2019 12 tahun lepas di Jakarta, pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Hamidin berkata, keyakinan itu berdasarkan semangat juang tinggi dimiliki skuad negara selain peluang sama rata buat semua pasukan yang bertanding pada temasya dwitahunan itu, walaupun mengakui Malaysia diundi dalam kumpulan \u2018maut\u2019 seawal peringkat kumpulan.\"Kalau dilihat pada Sukan SEA tahun lepas di Hanoi, kita kalah pada perlawanan waktu kecederaan dengan pasukan tuan rumah (Vietnam), jadi seperti saya katakan kepada pemain bahawa peluang ini semua sama rata.\"Kalau pemain kita (di tahap) tinggi atau bersedia daripada semua aspek, kecergasan, fikiran dan komitmen mereka, saya rasa kita boleh melangkaui kejayaan seperti 2011 apabila kita menang emas di Jakarta. Jadi tak mustahil dan mereka perlu fokus dan bersedia untuk berkorban,\u201d katanya.Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) SAM 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.Beliau bagaimanapun berharap anak buah E. Elavarasan yang berangkat ke Kemboja esok, tidak terlalu memikirkan berkenaan pesaing yang akan dihadapi sebaliknya memberikan usaha sehabis baik pada setiap perlawanan.Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Laos (3 Mei) seterusnya Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei).Perjalanan skuad bola sepak negara di temasya dwitahunan pada edisi lepas terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.Pada 12 tahun lepas di Jakarta, Malaysia meraih emas dengan menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 06:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256492/berita/sukan/skuad-hoki-dalam-dewan-mula-langkah-kanan-di-kemboja", "article_title": "Skuad hoki dalam dewan mula langkah kanan di Kemboja", "article_text": "SKUAD hoki dalam dewan wanita negara memulakan langkah kanan pada Sukan SEA Kemboja apabila mudah membenam Singapura 8-0, pada Isnin.Aksi yang berlangsung di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar itu menyaksikan pasukan wanita negara selesa 6-0 di hadapan pada separuh masa pertama sebelum menambah dua gol pada babak kedua untuk mengutip tiga mata pertama.Ketua jurulatihnya, Mohd Badrul Hisham Osman menzahirkan rasa syukur dengan tiga mata berharga itu, namun menyifatkan beberapa kesilapan yang dilakukan pemain pada perlawanan pertama perlu diperbaiki menjelang aksi seterusnya.\u201cPembukaan yang baik dan tiga mata yang diraih adalah sangat penting untuk pasukan. Pemain telah beraksi dengan baik dan mengikut setiap perancangan yang telah disusun sebelum perlawanan bermula.\u201cSaya berpuas hati dengan keputusan positif yang diraih hari ini (Isnin),\" katanya.Badrul memberitahu, jentera serangan berdepan cabaran untuk menokok jaringan pada babak kedua kerana perubahan corak permainan pasukan lawan.\u201cKami kurang menjaringkan gol pada separuh masa kedua jika dibandingkan dengan separuh masa pertama. Ini kerana lawan lebih menerapkan corak permainan secara bertahan kerana mahu mengurangkan jumlah bolos.\u201cBagaimanapun pemain tetap meneruskan permainan yang terbaik,\" katanya.Mengulas pertemuan dengan Filipina pada Selasa, Badrul mahu para pemain mempertingkatkan lagi mutu permainan untuk memburu kemenangan kedua.\u201cBagi aksi kedua bertemu Filipina, kami akan mengekalkan corak permainan yang telah diterapkan hari ini (Isnin) selain memperkemaskan lagi beberapa kesilapan kecil yang dikenalpasti.\u201cSaya juga berharap pemain tidak melepaskan setiap peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol kerana jumlah jaringan dalam setiap perlawanan amat penting,\u201d katanya.Pada aksi pembukaan itu, Nuraslinda Said muncul penjaring terbanyak buat pasukan negara apabila meledak empat gol - tiga pukulan sudut penalti pada minit kelapan, ke-11 dan 18 serta satu gol padang pada minit ke-19.Fazilla Sylvester Silin turut menyumbang dua gol pukulan sudut penalti pada minit ke-13 dan 34 selain dua gol lagi masing-masing disumbangkan oleh gol padang Raja Norsharina Raja Shahbuddin seawal minit ketiga dan gol pukulan stroke oleh Iren Hussin minit ke-26.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 06:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256489/berita/sukan/skuad-muda-badminton-perlu-tampil-terbaik", "article_title": "Skuad muda badminton perlu tampil terbaik", "article_text": "SKUAD muda badminton negara ke Sukan SEA 2023 perlu menggunakan peluang pada kejohanan dwitahunan di Kemboja itu untuk menampilkan aksi cemerlang bagi menandingi kehebatan pemain senior dalam pasukan kebangsaan.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ini selari dengan matlamat badan itu untuk memantapkan pembangunan atlet muda dari peringkat akar umbi bagi memastikan Malaysia terus meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.\"Kita telah mula mengetengahkan pemain muda ke Sukan SEA bermula dari dua atau tiga edisi (Sukan SEA) lalu, dan umur pemain yang dihantar semakin menurun, maksudnya makin muda bermaksud proses membina pelapis itu berlaku.\"Itu perkara yang mereka (pemain muda) sedia tahu dan mereka juga mahu pergi menyertai Sukan SEA,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Isnin.Pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh yang bermula dari 5 hingga 17 Mei itu, perseorangan lelaki skuad negara akan dibarisi Leong Jun Hao, Lee Shun Yang, Ong Ken Yon manakala perseorangan wanita ialah Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman dan Wong Ling Ching.Beregu lelaki pula akan diwakili oleh Goh Boon Sze-Rayner Beh, Chia Wei Jie-Liew Xun dan Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan, Valeree Siow (berpasukan) bagi beregu wanita.Beregu campuran pula ialah Yap Roy King-Yap Ling, Choong Hon Jian-Cheng Su Yin.Pada edisi tahun lalu di Hanoi, Vietnam, skuad badminton negara membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.Badminton menawarkan tujuh pingat emas di Sukan SEA Kemboja menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran serta berpasukan lelaki dan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 05:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256479/berita/sukan/mfl-lunas-hutang-jdt-secara-berperingkat", "article_title": "MFL lunas hutang JDT secara berperingkat", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menjelaskan badan itu dalam proses melunaskan 'hutang' kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) secara berperingkat dan dijangka selesai tahun ini.Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan memberitahu, penangguhan pembayaran wang kemenangan pada musim 2020 itu telah dipersetujui oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.\u201cTunku Ismail memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19.\u201cMFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini,\" katanya di Kuala Lumpur pada Isnin.Menurutnya, selain JDT, MFL tiada sebarang tunggakan dengan pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim tersebut.\u201cBagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,\u201d katanya.Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini berharap denda susulan tindakan penyokong membakar suar di Stadium Sultan Ibrahim selepas aksi JDT dapat ditolak daripada hutang lama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pasukan itu.Perkara tersebut dimaklumkan Tunku Ismail yang sedar skuad Harimau Selatan itu berdepan hukuman denda apabila tiga kali membakar suar dalam saingan Liga Super.Penyokong JDT dilaporkan membakar suar selepas perlawanan dan ia melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagaimanapun menafikan badan induk itu berhutang dengan JDT.Sebaliknya beliau menjelaskan kemungkinan MFL yang masih berhutang dengan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu melibatkan wang kemenangan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 04:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256471/berita/sukan/norizam-masih-terbuka-jual-kelantan-fc", "article_title": "Norizam masih terbuka jual Kelantan FC", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman masih membuka pintu kepada pihak yang berminat untuk membeli kesemua saham kelab The Red Warriors (TRW).Beliau yang juga dikenali sebagai Zamsaham meminta pihak berkenaan untuk tampil dengan 'proof of funds' bukan sekadar sembang kosong semata-mata.\"Dalam catatan, saya masih kekal terbuka untuk mana-mana individu yg mampu galas tugas sebagai owner untuk beli TRW ini daripada saya.\u201cSetakat hari ini (Isnin) tiada seorang pun hadir. Silakan, marilah runding.\u201cSilakan hadir dan email ke zamsaham@gmail.com dengan proof of funds. Tak mahu sembang sahaja. Saya masih terbuka,\u201d tulis beliau menerusi Facebook pada Isnin.Beliau mengulas persoalan beberapa pihak yang masih meragui kejujurannya untuk mengendalikan TRW.\u201cCepat munculkan diri. Saya nak bayar gaji lagi. Kalau saya untung, marilah jadi owner dan cari untung dengan bisnes bola,\u201d katanya.Zamsaham sekali lagi menegaskan keikhlasannya membina TRW sama seperti beliau menyelamatkan Kelantan FC tiga tahun lalu.\u201cMasa itu tiada orang nak selamatkan. Hanya dalam tujuh hari hari saya selesai deal dan bayar deposit beli Kelantan pada 3 September 2020.\u201cHari ini saya nak tengok. Ada tak yang berkenan. Dari Liga Premier saya sudah bawak naik ke Liga Super secara merit.\u201cAnda minta. Marilah, jangan cakap sahaja. Saya terbuka dengan tawaran,\" ujar Zamsaham.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 03:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256446/berita/sukan/jota-selamatkan-maruah-liverpool", "article_title": "Jota selamatkan maruah Liverpool", "article_text": "LIVERPOOL perlu berterima kasih kepada Diogo Jota kerana meledak gol saat akhir ketika membantu The Reds meraih kemenangan berharga ke atas Tottenham Hotspur 4-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dilihat berpeluang meraih kemenangan mudah apabila menguasai perlawanan menerusi tiga jaringan dalam tempoh 15 minit hasil sentuhan Curtis Jones, Luis Diaz dan Mohamed Salah.Tottenham bagaimanapun mempamerkan kebangkitan hasil jaringan Harry Kane dan Son Heung-min sebelum Richarlison menyamakan kedudukan pada minit ketiga waktu kecederaan.Bagaimanapun skrip berubah pada penghujung aksi apabila Jota memanfaatkan kesilapan hantaran Lucas Moura untuk meledak gol kemenangan Liverpool.'Drama' itu berlaku berselang 99 saat selepas Spurs menyamakan kedudukan.\u201cIni satu hari untuk diingati, terutama buat saya. Gol kemenangan sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa,\u201d ujar Jota.Pemain berusia 27 tahun itu turut menyifatkan Liverpool sudah kembali ke tahap terbaik selepas meraih empat kemenangan berturut-turut.\u201cIa berasa amat hebat dan kami hanya perlu meneruskannya.\u201cKami menyukarkan diri sendiri. Selepas mendahului 3-0, kami perlu mengelakkan situasi seperti ini berulang, namun akhirnya kami menang.\u201cSemua orang mengimpikan untuk menjaringkan gol kemenangan minit terakhir. Saya dapat lihat bola tidak dikawal dengan baik oleh pertahanan. Saya percaya boleh membuat jaring dan ia menjadi amat luar biasa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 01:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256438/berita/sukan/malayan-tigress-berbekalkan-taktikal-baharu-di-sukan-sea", "article_title": "Malayan Tigress berbekalkan taktikal baharu di Sukan SEA", "article_text": "SKUAD bola sepak wanita negara yang bakal menentang pasukan Piala Dunia Vietnam di Sukan SEA, Kemboja pada Rabu ini, dipersiapkan dengan taktikal baharu oleh Ketua Jurulatihnya, Soleen Al-Zoubi.Soleen yang berpuas hati dengan taktikal baharu yang dipamerkan anak buahnya sepanjang kem latihan optimis skuad itu sudah bersedia menentang pasukan gergasi Vietnam.\"Hampir semuanya lengkap, kami sentiasa boleh menambah baik, beberapa taktikal yang kami lakukan, semuanya baik-baik saja.\"Sejujurnya, kebanyakan pasukan masih muda, mereka menyerap segala-galanya dan mematuhi semua arahan, mereka melakukannya dengan sangat baik, dari segi arahan taktikal saya gembira.\"Mereka mempunyai pengalaman bertarung yang baik,\" katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.Dalam pada itu, kapten pasukan Malayan Tigress, Steffi Sarge Kaur berkata, jurulatih dari Jordan itu turut memberi sentuhan latihan lebih moden sekali gus memberi keyakinan tinggi buat Malayan Tigress untuk berentap menentang Vietnam.\"Kali ini kem latihan sedikit berbeza, kalau ikut taktikal sebab kita ada jurulatih Soleen. Kita harap dapat gunakan taktikal baharu ini dalam pasukan untuk membuat penampilan seperti apa yang dirancang menentang Vietnam nanti,\" katanya.Dalam pada itu Steffi berkata, meskipun rata-rata barisan pemain skuadnya merupakan muka baharu, namun ia merupakan gabungan yang baik, melihat kepada keserasian pasukan yang ditampilkan sepanjang sebulan kem latihan ke temasya dwitahunan itu.\"Ini adalah permulaan baharu, skuad kita akan menentang pasukan World Cup, Filipina dan Vietnam, mereka membuat persiapan awal dan mereka sangat bagus, tapi apa yang penting kita akan turun padang dan beri seratus peratus penampilan terbaik,\" katanya.Skuad di bawah kendalian Soleen itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu (3 Mei), Filipina pada Sabtu (6 Mei) dan Myanmar pada Selasa (9 Mei) di Stadium Army, Phnom Penh, Kemboja.Sekiranya skuad bola sepak wanita kebangsaan itu berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256435/berita/sukan/dua-ahli-psikologi-bantu-atlet-di-kemboja", "article_title": "Dua ahli psikologi bantu atlet di Kemboja", "article_text": "JAWATANKUASA Ketua Kontinjen (CDM) menyediakan dua ahli psikologi sukan bagi membantu para atlet sepanjang Sukan SEA ke-32 di Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.Timbalan CDM, Datuk Shalin Zulkifli berkata, ini kerana kebanyakan atlet yang menyertai edisi kali ini terdiri dalam kalangan muka baharu.\"60 peratus atlet merupakan muka baharu yang akan bertanding buat kali pertama dan kami membuat persiapan bersama pengurus pasukan untuk terus berhubung bersama Institut Sukan Negara (ISN) sekiranya pemain-pemain mereka memerlukan bantuan (psikologi) tersebut,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kemboja bersama seorang lagi Timbalan CDM yang juga bekas pemain skuasy wanita kebangsaan, Sharon Wee.Turut berlepas ke Kemboja hari ini adalah jawatankuasa Majlis Sukan Negara, skuad bola sepak wanita kebangsaan (Malayan Tigress), pasukan bola tampar dan golf negara.Bekas ratu boling negara itu turut yakin dengan persediaan yang dilakukan para atlet sama ada dari segi mental mahu pun fizikal untuk berentap bagi acara masing-masing, sekali gus dapat menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara.\"Selepas Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas, kebanyakan atlet telah membuat perancangan sendiri, jadi mereka sudah tahu persiapan apa yang perlu dibuat,\" katanya.Olahragawati kebangsaan sebanyak lima kali itu turut berharap rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan kepada semua atlet bagi menyuntik semangat mereka dalam menggalas cabaran negara di Kemboja. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256433/berita/sukan/sensasi-haaland-pecah-rekod-92-tahun", "article_title": "Sensasi Haaland pecah rekod 92 tahun", "article_text": "PEMAIN sensasi, Erling Haaland berada dalam kelas tersendiri apabila memecahkan rekod jaringan berusia 92 tahun ketika membantu Manchester City menewaskan Fulham 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.Penyerang Norway itu meledak gol pembukaan The Citizens pada minit ketiga untuk menjadi pemain pertama dalam liga tertinggi Inggeris menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan sejak tahun 1931.Tom 'Pongo' Waring menjaringkan 50 gol untuk Aston Villa dalam semua pertandingan pada musim 1930/31.Setahun sebelum itu, legenda West Ham, Vic Watson juga menyumbat 50 gol untuk pasukannya.Haaland turut berpeluang memburu rekod 63 gol jaringan Dixie Dean untuk Everton pada tahun 1928.\u201cTahniah buat Erling. Matlamat utama untuk membantu kami mencapai apa yang pasukan impikan (kejuaraan),\u201d ujar jurulatih City, Pep Guardiola.Pada aksi di Craven Cottage itu, Julian Alvarez meledak gol kemenangan City, manakala gol saguhati Fulham hasil jaringan Carlos Vinicius.Jaringan Haaland itu turut menyamai rekod Alan Shearer dan Andy Cole untuk gol terbanyak dalam satu musim EPL.Shearer meledak 34 gol untuk Blackburn pada tahun 1995 dan Cole melakukannya untuk Newcastle pada tahun 1994.City yang masih memburu tiga kejuaraan musim ini berada di takhta liga buat kali pertama dalam tempoh 10 minggu selepas menang lapan aksi terakhir liga dan belum kalah dalam 18 aksi terakhir mereka.The Citizens yang bermain kurang satu perlawanan berbanding Arsenal, perlu menang lima daripada baki enam perlawanan untuk mengesahkan gelaran kelima dalam enam musim.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256430/berita/sukan/howe-akui-wilson-buat-newcastle-tersenyum", "article_title": "Howe akui Wilson buat Newcastle tersenyum", "article_text": "PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe memberi tabik hormat kepada Callum Wilson yang muncul pencetus inspirasi The Magpies untuk bangkit ketinggalan satu gol menewaskan Southampton, 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Jame's Park.Wilson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan dua gol pada minit ke-54 dan 81 manakala satu jaringan lagi hasil jaringan sendiri pemain Southampton, Theo Walcott (m-79) bagi memadamkan pendahuluan awal Stuart Armstrong (m-41).\u201cSesungguhnya Callum adalah pemain yang luar biasa apabila dia ternyata mengubah gaya permainan untuk Newcastle United pada separuh masa kedua.\u201cPertama sekali seperti biasa dia tampil dengan sikap yang betul. Dia mempunyai keinginan menjaringkan gol, untuk pasukan dan dirinya, dan dia bermungkinan berpeluang menjaringkan hatrik.\u201cApa yang pasti kehadirannya pada separuh masa kedua memberikan impak positif untuk kemenangan Newcastle United dalam perlawanan ini,\u201d kata Howe.Kemenangan ke-13 musim ini - kelapan dalam sembilan perlawanan liga - menyaksikan Newcastle kini menduduki tangga ketiga liga dengan 65 mata - 10 mata di belakang Arsenal, 11 mata ketinggalan dari penyandang juara Manchester City, kian menghampiri slot Liga Juara-Juara musim depan.Penyerang berusia 31 tahun itu sebelum ini diketepikan daripada kesebelasan utama Newcastle United walaupun menjaringkan dua gol ketika membaham Everton 4-1 di Stadium Goodison Park pada 28 April lalu.Namun Wilson memanfaatkan sepenuhnya potensi diri untuk membantu The Magpies menukar defisit 0-1 kepada kemenangan 3-1 ke atas The Saints.Untuk kali kedua musim ini, Wilson dinamakan antara pemain gantian selepas menjaringkan dua gol - nasib sama yang turut dialami Alexander Isak dan Jacob Murphy dalam beberapa minggu kebelakangan ini - walaupun Howe menegaskan pemain tersebut tidak mempersoalkan keputusannya itu.\u201cSaya tahu dia terdesak untuk bermain setiap minit perlawanan, tetapi saya mempunyai kewajipan memastikan dia kekal cergas selama mungkin kerana apabila dia cergas dan bermain serta melakukan apa yang dia lakukan seperti hari ini, saya rasa tidak ada orang yang lebih baik.\u201cSaya gembira untuknya, dan ia jelas memberi saya sesuatu untuk difikirkan ketika Newcastle United mengharungi lima perlawanan terakhir.\u201cDalam seminggu tiga perlawanan sebelum ini, Callum mungkin akan bermain setiap perlawanan \u2013 dan setiap minit setiap perlawanan \u2013 dan itu mungkin bermakna dia mengalami kecederaan, jadi kami boleh menguruskannya dengan berhati-hati.\u201cTetapi apa yang saya akan katakan ialah pada masa di mana dia telah diuruskan, sikapnya benar-benar kelas pertama. Itulah sebabnya dia boleh beraksi seperti yang kita semua lihat dalam perlawanan ini,\u201d ujar Howe.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 11:57am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256426/berita/sukan/piala-belanda-kekal-di-bumi-psv-eindhoven", "article_title": "Piala Belanda kekal di bumi PSV Eindhoven", "article_text": "PENYANDANG juara PSV Eindhoven mempertahankan kejuaraan Piala Belanda selepas menyingkirkan cabaran Ajax Amsterdam, 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan akhir di De Kuip, Rotterdam.Anak buah Ruud van Nistelrooy terlebih dulu memimpin separuh masa pertama hasil jaringan sendiri pemain Ajax, Jarrad Branthwaite pada minit ke-42 selepas tertepis bola hantaran lintang bekas penyerang PSV Steven Bergwijn ke gawang sendiri untuk mendahului 1-0.Bagaimanapun, hasrat PSV untuk melabuh perlawanan lebih awal tidak kesampaian apabila Thorgan Hazard menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-67 bagi membolehkan angkatan John Heitinga mengheret aksi ke penentuan sepakan penalti.Dalam penentuan sepakan penalti, Fabio Silva muncul wira PSV apabila menyempurnakan penalti kemenangan setelah Brian Brobbey, Jurrien Timber dan Edson Alvarez gagal melakukan tugasan sama buat Ajax.Kemenangan ke-11 itu membolehkan PSV merangkul kejuaraan ke Piala Belanda, kurang sembilan di belakang Ajax yang merekodkan 20 kejuaraan sebelum ini.Kekalahan Ajax juga menyaksikan bekas kelab pengendali Manchester United, Erik ten Hag itu bakal melabuhkan tirai kempen domestik Ajax akan tanpa trofi utama buat kali pertama sejak musim 2017-18.Bekas gergasi Eropah itu kini menduduki tempat ketiga Liga Eredivisie Belanda dengan empat perlawanan berbaki, tiga mata di belakang PSV dan 11 di belakang pendahulu Feyenoord Rotterdam.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 11:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256421/berita/sukan/ten-hag-lega-united-menang", "article_title": "Ten hag lega United menang", "article_text": "ERIK ten Hag boleh menarik nafas lega biarpun sekadar menang tipis ke atas Aston Villa 1-0 dalam perjalanan Red Devils meraih tiket Liga Juara-Juara musim depan.Jurulatih dari Belanda itu menganggap United berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat terbaik.Kemenangan itu juga menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan Villa.\"Kami di landasan tepat (dalam persaingan empat teratas). Ia bergantung kepada kami,\" katanya.Bruno Fernandes muncul wira United apabila meledak gol tunggal pada minit ke-39 di Old Trafford.Namun penyokong terpaksa berdepan waktu petang yang cemas apabila United gagal untuk menambah gol selepas itu.Ten hag memuji para pemain apabila menganggap mereka 'hebat' menguasai bola, meskipun bergelut untuk menyempurnakan beberapa peluang terbaik.\"Kami fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan selepas ini kami akan berdepan Brighton, jadi kami perlu bekerja keras sekali lagi.\"Kami perlu menunjukkan semangat yang tinggi sekali lagi dan tidak perlu bimbang mengenai kedudukan liga,\" katanya.Kemenangan itu menyaksikan Red Devils tujuh mata di hadapan Liverpool yang menghuni tangga kelima.United yang merangkul Piala Liga Awal musim ini berpeluang layak ke kejohanan berprestij Eropah bersama Manchester City, Arsenal dan Newcastle United.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 09:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256418/berita/sukan/celtic-nyalakan-semula-impian-treble", "article_title": "Celtic nyalakan semula impian treble", "article_text": "GERGASI Liga Scotland, Celtic kembali mengekalkan harapan untuk memenangi treble domestik musim ini selepas menewaskan seteru utama, Rangers 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala Scotland di Stadium Hampden Park pada AhadCeltic, yang memenangi Piala Liga selepas menewaskan Rangers pada perlawanan akhir Februari lalu, juga berada di puncak liga dengan kelebihan 13 mata - satu kemenangan lagi bagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Scotland (SPL).Celtic yang dipimpin Michael Beale menjaringkan gol pembukaan beberapa minit sebelum separuh masa selepas Jota menjaringkan gol dengan tandukan mudah.Rangers yang berusaha bangkit memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua, namun Celtic tenang bertahan untuk menempah tempat perlawanan akhir menentang kelab Divisyen Dua, Inverness Caledonian Thistle pada Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 08:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256416/berita/sukan/piala-belgium-milik-antwerp", "article_title": "Piala Belgium milik Antwerp", "article_text": "DUA gol setiap babak membolehkan Royal Antwerp merangkul kejuaraan Piala Belgium keempat selepas menewaskan KV Mechelen, 2-0 dalam perlawanan akhir yang tegang di Stadium King Baudouin, Brussels pada Ahad.Vincent Janssen menjaringkan penalti pada minit ke-36 separuh masa pertama sebelum Michel-Ange Balikwisha melengkapkan gol minit ke-81 untuk trofi pertama pengendali Mark van Bommel sebagai ketua jurulatih.Antwerp memperoleh kemenangan piala kedua dalam tempoh empat tahun membuka jaringan hanya selepas setengah jam apabila pemain pertahanan skuad kendalian Steven Defour, Dries Wouters menjatuhkan Jurgen Ekkelenkamp dalam kotak penalti.Janssen terpaksa mengambil semula sepakan penalti selepas dia melakukan percubaan pertama sebelum pengadil Jonathan Lardot meniup wisel.Penyerang itu kemudian memilih sudut bertentangan dengan percubaan kedua untuk gol pertama pasukannya..Mechelen yang tidak berputus asas kembali semula dalam pertandingan sehingga 10 minit terakhir apabila pemain gantian Balikwisha, menjaringkan gol kedua Antwerp selepas menyempurnakan hantaran lintang Calvin Stengs.Kejayaan merangkul Piala Belgium membolehkan Antwerp bersaing dalam kempen Liga Europa 2023/24 dalam pusingan play-off terakhir sebelum memasuki peringkat kumpulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 08:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256403/berita/sukan/bayern-munich-pintas-borussia-dortmund", "article_title": "Bayern Munich pintas Borussia Dortmund", "article_text": "PENYANDANG juara, Bayern Munich menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan kelab tercorot Hertha Berlin 2-0 di Allianz Arena bagi memimpin semula Bundesliga dengan baki empat perlawanan.Gol daripada Serge Gnabry dan Kingsley Coman membantu The Bavarians memanfaatkan keputusan seri Borussia Dortmund di VfL Bochum pada Jumaat untuk melonjakkan semula ke tempat teratas dengan 62 mata.Sementara itu, Dortmund pula dengan 61 mata di tempat kedua diikuti Union Berlin ketiga dengan 56 mata bersama Freiburg di tempat keempat.Kemenangan itu juga menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan Bayern merentasi semua pertandingan, sambil menawarkan pengendali Thomas Tuchel sedikit masa yang diperlukan selepas pasukannya tersingkir dari Piala Jerman dan Liga Juara-Juara dalam beberapa minggu lalu.\u201cPada masa ini saya mempunyai perasaan yang semua orang mahukan dan semua orang sedar hakikat bahawa kami sebagai satu pasukan perlu meningkatkan prestasi.\u201cPasukan bola sepak perlu mempamerkan tenaga secara bersama. Saya gembira dengan cara kami meraikannya bermaksud kami tidak mengambil mudah segala-galanya\u201cYa, kadang-kadang pemain perlukan sedikit semangat, hari ini kami perlukan ketenangan kerana saya rasa semua orang sudah bersedia,\u201d kata Tuchel, yang mengambil alih tugas pada akhir Mac daripada Julian Nagelsmann.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 01:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256402/berita/sukan/newcastle-united-digamit-liga-juara-juara", "article_title": "Newcastle United digamit Liga Juara-Juara", "article_text": "NEWCASTLE United hampir pasti bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas dua gol Callum Wilson menyaksikan The Magpies bangkit menewaskan kelab tercorot Southampton 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James' Park pada Ahad.Bagaimanapun Newcastle yang berada di tempat ketiga sebelum itu digegarkan pada minit ke-41 apabila Stuart Armstrong meletakkan The Saints di hadapan.Namun Newcastle, yang tidak bermain dalam Liga Juara-Juara selama dua dekad, mendominasi separuh masa kedua dengan pemain gantian, Wilson membuat impak serta-merta dengan jaringan minit ke-54.Dia kemudian mendapat satu lagi gol, namun dibatalkan kerana ofsaid tetapi kelegaan Southampton tidak lama kerana gol sendiri Theo Walcott minit ke-79 meletakkan anak buah Eddie Howe di hadapan.Dua minit kemudian Wilson, yang masuk pada separuh masa, memastikan tiga mata tuan rumah selepas menterjemahkan hantaran Alexander Isak pada minit ke-81.Kemenangan ke-18 liga Newcastle itu membolehkan The Magpies mengumpul 65 mata dengan baki lima perlawanan, 11 mata di depan Tottenham Hotspur yang berada di tangga kelima yang bermain di tempat ketujuh Liverpool pada Ahad.Southampton pula berada di hujung zon penyingkiran selepas selama sedekad di peringkat teratas dengan 24 mata dengan baki empat perlawanan, enam mata di belakang Nottingham Forest yang menduduki tempat ke-17.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 01:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256401/berita/sukan/manchester-city-kembali-terajui-epl", "article_title": "Manchester City kembali terajui EPL", "article_text": "PENYANDANG juara Manchester City akhirnya kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Februari selepas menang 2-1 ke atas Fulham di Craven Cottage, London pada Ahad.Pada masa sama bintang City, Erling Haaland turut melakar satu lagi pencapaian luar biasa apabila hanya mengambil masa tiga minit untuk menjaringkan gol ke-34 liga bagi menyamai rekod penampilan musim pertamanya selepas menyempurnakan sepakan penalti.Pencapaian itu menaikkannya setaraf dengan rekod musim penampilan pertama liga Alan Shearer dan Andy Cole.Pemain Norway itu juga menjadi pemain pertama dalam liga utama England yang menjaringkan 50 gol dalam semua pertandingan dalam satu musim sejak Tom Waring melakukannya untuk Aston Villa pada 1931.Bagaimanapun City diikat semula pada minit ke-15 apabila Carlos Vinicius melepaskan rembatan menewaskan Ederson.Percubaan Jack Grealish dinafikan palang sebelum penyerang Argentina, Julian Alvarez menewaskan Bernd Leno untuk kemenangan liga kelapan berturut-turut.Manchester City kini menduduki tempat teratas dengan 76 mata berbanding Arsenal 75 dan juga mempunyai satu perlawanan dalam tangan manakala Fulham kekal di tempat ke-10.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256400/berita/sukan/skuad-kriket-wanita-negara-atasi-myanmar", "article_title": "Skuad kriket wanita negara atasi Myanmar", "article_text": "SKUAD kriket wanita negara terus mengorak langkah cemerlang apabila menumpaskan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 pada Ahad.Malaysia mencatatkan empat wiket dalam aksi pembukaan Kumpulan A saingan 50-overs di Phnom Penh itu.Aksi di A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu menyaksikan Malaysia mencatat 123 larian dan enam wiket dalam 35.3-overs, manakala Myanmar hanya melakukan 122 larian dalam 44.5-overs.Malaysia seterusnya akan bertemu Thailand bagi melakukan perhitungan pusingan kedua pada 8 Mei ini.Skuad kriket wanita negara pada Sabtu memulakan kempen acara Ten10 (T10) dengan langkah kanan.Malaysia mengatasi Singapura dengan 38-37 larian dalam peringkat kumpulan.Sukan SEA Kemboja 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei melabuh tirai 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256398/berita/sukan/nur-faiqah-ambil-masa-sejam-fahami-catur-ouk-trang", "article_title": "Nur Faiqah ambil masa sejam fahami catur ouk trang", "article_text": "SUKAN catur ouk trang mungkin agak asing bagi pemain catur, namun wakil negara di Sukan SEA 2023 tidak berdepan masalah besar untuk mengadaptasi corak permainan sukan tradisi Kemboja itu.Pemain catur ouk trang negara, Nur Faiqah Aminuddin berkata, dia hanya mengambil masa sejam untuk memahami selok belok permainan tersebut yang buat pertama kali dianjurkan dalam temasya sukan dwitahunan itu.Katanya, antara perbezaan ketara dapat dilihatnya adalah saiz yang besar selain kuasa dimiliki sesetengah buah catur pada saingan berlangsung di Royal University of Phnom Penh, di sini.\u201cBiasanya kalau catur biasa, fungsi queen sangat powerful namun tidak bagi chess ouk trang kerana the rook lebih hebat,\u201d katanya pada Ahad.Dia, yang pernah mewakili negara pada Kejohanan Catur Remaja Dunia edisi edisi 2013 dan 2022 juga menarik perhatian dengan mencabar dirinya mencuba acara baharu pada Sukan SEA 2023 setelah mula bermain catur seawal usia empat tahun.Nur Faiqah yang membuat kemunculan sulung di Sukan SEA berkata, peluang beraksi di Phnom Penh umpama 'rezeki terpijak' baginya selepas ramai pemain berpengalaman tidak 'berani' bersaing dalam catur ouk trang.Ditanya mengenai sasaran kali ini, pemain catur berusia 17 tahun itu berharap dapat membawa pulang gangsa dalam acara wanita beregu 60 minit bersama gandingannya, Chua Jia Tien selain memberi tentangan sengit dalam acara perseorangan wanita 60 minit.Sebelum itu, Jia Tien-Nur Faiqah memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan keputusan seri 0.5-0.5 ketika berhadapan gandingan Thailand, Sarocha Chuemsakul-Sirikan Sukpancharoen, sebelum tumpas 0-1 kepada pasangan Filipina, Janelle Mae Bermas Frayna-Shania Mae Garcia Mendoza, pada pusingan kedua Kumpulan A pada Ahad.Pasangan negara akan meneruskan saingan dengan menentang Houanchanmone Phonesavanh-Inthavong Maly dari Laos diikuti Nu Hong An Ton-Thanh Phuong Thao Pham dari Vietnam masing-masing bagi pusingan ketiga dan keempat esok.Sebagai rekod, Sukan SEA Kemboja 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei dan berakhir 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mei 2023 12:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256396/berita/sukan/yew-sin-ee-yi-naib-juara-bac-2023", "article_title": "Yew Sin-Ee Yi naib juara BAC 2023", "article_text": "KEGAGALAN mengekalkan rentak cemerlang menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa berputih mata apabila dinafikan hajat menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 setelah tewas dalam perlawanan akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.Dalam perlawanan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr itu, Yew Sin-Ee Yi yang juga pilihan kelapan terpaksa akur pengalaman pilihan keenam gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang menang 16-21, 21-17, 21-19 dalam pertarungan sejam tujuh minit.Pada aksi set pertama Yew Sin-Ee Yi bermula garang apabila saling bertukar mata dengan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty sebelum pasangan negara menutup perlawanan dengan kemenangan 21-16.Set kedua Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang berstatus juara Terbuka Switzerland kembali menyusun permainan setelah ketinggalan 3-8 untuk menang 21-17 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan berintensiti tinggi.Pada set penentuan, Yew Sin-Ee Yi kembali tampil semula dalam permainan apabila mendahului sebelum beberapa kesilapan mudah menyaksikan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty menutup gelanggang dengan kemenangan 21-19.Sebagai rekod, Yew Sin-Ee Yi tampil ke perlawanan akhir dengan mengejutkan juara dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada separuh akhir dan beregu nombor satu dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto dari Indonesia di suku akhir.Kali terakhir Malaysia mengungguli acara beregu lelaki kejohanan tersebut adalah semasa edisi Johor Bahru 2007 menerusi Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang menyingkirkan cabaran rakan sepasukan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 10:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256391/berita/sukan/sukan-sea-kemboja-kbs-beri-jaminan-utama-kebajikan-atlet", "article_title": "Sukan SEA Kemboja: KBS beri jaminan utama kebajikan atlet", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan kebajikan atlet yang menggalas cabaran negara di Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini akan diutamakan dan dijaga sebaik mungkin.Menteri berkenaan, Hannah Yeoh, berkata pihak sekretariat kontinjen Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu-isu yang timbul di Kemboja sekali gus memastikan prestasi atlet tidak terjejas.\u201cAntara yang dibangkitkan ialah isu penempatan atlet ekoran Perkampungan Sukan yang belum siap sepenuhnya.\u201cIa mengakibatkan ada sebahagian atlet negara terpaksa dipindahkan ke hotel-hotel di Phnom Penh yang mungkin menimbulkan isu-isu lain seperti pembekalan makanan halal untuk atlet beragama Islam,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja di MSN pada Ahad.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal pegawai sekretariat kontinjen Malaysia yang berada di Kemboja, mereka turut berkongsi kebimbangan lain melibatkan keadaan lalu lintas yang sesak daripada tempat penginapan atlet menuju ke venue pertandingan.\u201cKeadaan cuaca ketika ini di Kemboja juga agak panas selain keadaan berhabuk,\u201d katanya.Justeru, Hannah berkata, pihak Institut Sukan Negara (ISN) telah memberikan peringatan kepada atlet negara selain panduan dan nasihat untuk diikuti sepanjang berada di Kemboja.INFOKontinjen Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023- 676 atlet- 251 pegawaiJumlah 927 orang401 lelaki275 wanitaJumlah 676 atletSasaran kontinjen Malaysia40 pingat emas,37 perak64 gangsa", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 10:10pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256367/berita/sukan/elavarasan-tak-risau-persiapan-singkat", "article_title": "Elavarasan tak risau persiapan singkat", "article_text": "PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, E Elavarasan tidak risau walaupun berdepan persiapan singkat menghadapi Sukan SEA di Kemboja, bermula Rabu ini.Menurutnya, pemain yang bersama skuad tersebut sudah mengetahui corak permainan pasukan dan tidak berdepan masalah untuk cepat menyesuaikan diri sebelum temasya dwitahunan itu membuka tirainya.\"Cara kita buat tahun ini lain sikit sebab kita ada kem pertama, kem kedua dan kem ketiga.\"Walaupun lewat dia (pemain dikumpulkan) sampai, tapi dia tahu matlamat kita, modul kita, jadi untuk saya bukan isu lewat sampai ke apa.\"Bagi saya, kita dah buat banyak latihan dan tunjuk ajar untuk pasukan yang kita panggil sekarang,\" katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Sabtu.Dalam saingan Sukan SEA kali ini, Malaysia berdepan cabaran getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Thailand, Laos dan Singapura.Beliau turut optimis kemampuan barisan pemainnya bagi menghadapi aksi pertama berdepan Laos, Rabu ini.\"Fokus utama kita perlu melakukan yang terbaik, mudah saja bukan kecergasan ke apa...sebab tiga hari buat persediaan dan terus terbang ke Kemboja.\"Lepas itu pada 3 Mei kita sudah sedia untuk aksi pertama, sebelum main lagi pada 6, 8 dan 11 Mei, sebelum ke separuh akhir dan final pada 13 dan 16 Mei,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 05:46pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256364/berita/sukan/perak-fc-rancang-beli-pemain-baharu", "article_title": "Perak FC rancang beli pemain baharu", "article_text": "PENGURUSAN Perak FC memberi bayangan untuk mendapatkan beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi mengukuhkan kedudukan pasukan itu.Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pasukan itu sedang proses untuk stabil selepas proses pemulihan beberapa pemain yang cedera seperti Wan Zack Haikal dan Luciano Guaycochea mula membuahkan hasil.Jelas beliau, kedua-dua pemain tersebut diakui tidak mendapat tempoh pemulihan yang sebaiknya setelah mengalami kecederaan serius malah terpaksa bermain walaupun berada dalam kesakitan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana musim lalu.\"Kini kita sangat gembira melihat kualiti yang ditonjolkan mereka dan pastinya ia mempengaruhi keseluruhan corak permainan pasukan. Perak FC sedang dalam proses menstabilkan pasukan dan kita sudah menghampiri separuh musim Liga Malaysia.\"Kami berpuas hati dengan prestasi pasukan dan akan berusaha untuk membuat satu atau dua pertukaran pada jendela perpindahan akan datang dalam memastikan sasaran 25 mata agar kita boleh berada di pertengahan carta kedudukan Liga Super 2023,\" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Abdul Azim berkata, pihaknya amat gembira melihat pemain-pemain kembali cergas untuk bersaing merebut kesebelasan utama pasukan.Katanya, kemenangan dengan Kelantan FC pada Jumaat lalu merupakan dedikasi pasukan untuk semua peminat setia khususnya yang mengharungi kesesakan lalu lintas untuk memberi sokongan di Kota Bharu, Kelantan.Dalam perlawanan pada Jumaat lalu, Perak FC mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan tuan rumah 3-2 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Perak FC ketika ini berada di tangga ke-11 liga dengan sembilan mata selepas mengharungi 10 perlawanan dengan dua kemenangan, lima kekalahan dan tiga seri.Skuad The Bos Gaurus itu akan menanti kunjungan Gergasi Merah iaitu Selangor FC pada 20 Mei depan di Stadium Perak di sini dalam saingan Liga Super.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 05:34pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256354/berita/sukan/malaysia-buru-40-emas-di-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Malaysia buru 40 emas di Sukan SEA Kemboja", "article_text": "KONTINJEN Malaysia diletakkan sasaran untuk memenangi 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa di temasya Sukan SEA Kemboja yang akan membuka tirainya pada 5 Mei ini.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sasaran itu ditetapkan selepas sesi libat urus membabitkan Majlis Sukan Negara serta Majlis Olimpik Malaysia bersama semua persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang bertanding di Sukan SEA kali ini.Menurutnya, sasaran itu juga dianggap realistik melalui data terkini kemampuan atlet-atlet pesaing dari negara-negara yang bertanding.\"Turut diambil kira ialah keputusan negara penganjur tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Vietnam tahun lalu yang menyaksikan kontinjen negara hilang 18 pingat emas, 16 perak dan 30 gangsa.\"Kita bagaimanapun percaya bahawa akan ada atlet-atlet yang mampu mencipta kejutan dan tidak mustahil menambah jumlah pungutan pingat keseluruhan untuk kontinjen Malaysia dari Cambodia kali ini,\" katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja pada Ahad.Untuk rekod, dalam edisi Sukan SEA di Vietnam tahun lalu, Malaysia memungut 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa.Hannah berkata, kontinjen Malaysia kali ini akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan.\"Daripada segi jumlah acara, kontinjen Malaysia akan hanya mengambil bahagian dalam 340 acara ataupun hanya 58.42 peratus daripada keseluruhan 582 acara yang dipertandingkan.\"Ia bermakna, kontinjen Malaysia tidak akan bersaing dalam perebutan 242 pingat emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan kali ini.\"Ia kerana acara-acara sukan yang tidak disertai itu adalah daripada sukan-sukan pilihan tuan rumah dan jenis sukan yang asing untuk kontinjen negara seperti sukan arnis, vovinam, kun b0kator dan beberapa jenis sukan lainnya,\" katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kontinjen Malaysia ke Sukan SEA kali ini melibatkan 928 anggota kontinjen terdiri daripada 677 orang atlet dan 251 orang pegawai.\"Seramai 440 atlet daripada jumlah keseluruhan 677 atlet iaitu sebanyak 65 peratus bakal membuat penampilan pertama di temasya Sukan SEA ini.\"Daripada jumlah keseluruhan atlet yang mewakili kontinjen Malaysia juga seramai 387 orang atau 56.33 peratus, merupakan atlet-atlet yang berusia di bawah umur 23 tahun.\"Sukan olahraga menyaksikan penyertaan jumlah teramai ke Kemboja iaitu seramai 65 atlet dan 21 orang pegawai. Selain itu, 262 atlet dan 90 pegawai adalah daripada tujuh acara berpasukan di Sukan SEA kali ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 03:52pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256329/berita/sukan/fam-sokong-cadangan-forum-terbuka", "article_title": "FAM sokong cadangan forum terbuka", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik cadangan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan forum terbuka bersama pemilik kelab masing-masing.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, forum tersebut sudah tentu akan memberikan sesuatu yang positif terutama untuk meningkatkan mutu setiap pasukan.Bagaimanapun, Hamidin berkata, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir liga juga tidak pernah duduk diam dan sering mengadakan perjumpaan dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab masing-masing secara berkala.\"Liga ini di bawah MFL dan Datuk Ab Ghani Hassan selaku presiden MFL dan Stuart Ramalingam selaku CEO sering mengadakan perjumpaan secara fizikal atau dalam talian dengan CEO kelab-kelab.\"Tetapi, mungkin dengan pemilik kelab belum ada lagi. Itu cadangan Tunku Ismail untuk forum terbuka bersama pemilik kelab dan semestinya satu cadangan yang baik,\" katanya.Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencadangkan satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga-M demi kemajuan bola sepak negara.Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan penyokong bertanya sebarang persoalan mengenai perkembangan kelab masing-masing.Malah, terdapat juga cadangan yang mahu FAM dan MFL bersama dalam forum terbuka itu agar agenda forum boleh diangkat sebagai agenda nasional.Selain itu, ia akan menjadi medium terbaik buat FAM dan MFL menjawab persoalan penyokong berhubung pelbagai isu membabitkan bola sepak negara.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 01:31pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256323/berita/sukan/united-buru-khidmat-kane", "article_title": "United buru khidmat Kane", "article_text": "ERIK ten Hag tanpa berselindung mengakui bahawa Manchester United memerlukan penyerang baharu pada jendela perpindahan akan datang selepas penyokong menyanyikan nama Harry Kane semasa perlawanan menentang Tottenham Hotspur baru-baru ini.Kapten England itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke United dan The Red Devils dijangka melakukan rundingan dengan Spurs.\"Saya rasa semua orang tahu, bukan satu rahsia bahawa kami dalam jangka panjang dan sepanjang musim mempunyai kekurangan pemain nombor sembilan.\"Kita kehilangan (Cristiano) Ronaldo, kemudian Anthony Martial dibelenggu kecederaan, Jadon Sancho juga sering tidak dapat beraksi, dan kita juga kekurangan pemain barisan hadapan.\"Dengan kekurangan pemain, kami perlu melakukan kerja keras dalam perlawanan. Pastinya di barisan hadapan kami memerlukan pemain yang memperkuatkan skuad.\"Anda boleh melakukannya dalam pelbagai cara. Nombor sembilan biasa, (atau) Rashford juga boleh bermain dengan sangat baik sebagai nombor sembilan.\"Jadi kami mempunyai pemain yang boleh memainkan peranan itu, tetapi pastinya kami memerlukan beberapa pemain serangan yang benar-benar memberikan impak dan kualiti meningkatkan kemampuan di jentera serangan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 12:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256314/berita/sukan/muhammad-azeem-raih-tempat-keenam-di-florida", "article_title": "Muhammad Azeem raih tempat keenam di Florida", "article_text": "PELARI pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan saingan acara 100 meter (m) di tempat keenam pada Kejohanan East Coast Relays di Jacksonville, Florida, awal pagi tadi waktu Malaysia.Menurut laman sesawang kejohanan, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.14 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di University of North Florida.Catatan itu sekali gus memperbaiki rekod perlumbaan 100m pertamanya di bumi \u2018Uncle Sam\u2019 ketika menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) Relays yang hanya mencatatkan 10.32s pada Mac lepas.Anak kelahiran Perak berusia 19 tahun itu juga boleh tersenyum lebar apabila berjaya menewaskan pemenang pingat emas Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown dari Jepun yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.Muhammad Azeem menerusi laman Twitternya berkata: \"10.14s and we back to work! (10.14s dan kita kembali bekerja!) Alhamdullilah\u201d.Beliau merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lepas.Kejohanan East Coast Relays itu dimenangi oleh Cejhae Greene mewakili Puma dengan 10.01s, diikuti wakil Tumbleweed Track Club, Xie Zhenye (10.06s) dan Dominique Alexander dari Universiti Campell di tempat ketiga (10.11s).Yan Haibin dari Tumbleweed Track Club di tempat keempat dengan 10.11s dan wakil Virginia Tech Cole Beck di kedudukan kelima (10.14s). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 11:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256310/berita/sukan/toulouse-tamatkan-penantian-66-tahun-julang-piala-perancis", "article_title": "Toulouse tamatkan penantian 66 tahun julang Piala Perancis", "article_text": "LOGAN Costa dan Thijs Dallinga menjaringkan dua gol ketika membantu Toulouse membelasah Nantes 5-1 untuk memenangi Piala Perancis buat kali pertama sejak 1957.Nantes kelihatan bergelut untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu itu di Stade de France apabila ketinggalan seawal minit keempat apabila pertahanan tengah, Costa melompat tinggi untuk menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Branci van den Boomen.Impian Toulouse untuk bergelar juara kali pertama semakin menyinar melalui satu lagi situasi bola mati apabila lintangan yang dilakukan Stijn Spierings ditanduk masuk Costa dari jarak dekat selepas pertahanan Nantes gagal mengeluarkan bola dengan sempurna.Nantes hampir merapatkan jurang tetapi percubaan Gabriel Suazo dikeluarkan Mostafa Mohamed di atas garisan gol dan Toulouse pula kemudian menambah satu lagi jaringan sebaik Dallinga meluru mendapatkan hantaran Suazo untuk menewaskan Alban Lafont pada minit ke-23.Harapan Nantes untuk merencanakan kebangkitan musnah sebaik Dallinga menemui gol kedua peribadinya dengan menolak masuk bola muntah susulan percubaan awal Fares Chaibi.Kapten Nantes, Ludavic Blas, berhasil mengurangkan defisit jaringan dengan menyudahkan sepakan penalti selepas Rasmus Nicolaisen menjatuhkan Fabien Centonze pada 15 minit terakhir tetapi Zakaria Aboukhlal meledakkan jaringan terakhir perlawanan final itu pada minit ke-79 untuk memastikan kemenangan selesa Toulouse.\"Ia pertandingan ikonik di negara ini dan kami berbangga. Kami melakukannya, kami menjadi sejarah buat kelab,\" kata Costa.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 10:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256309/berita/sukan/barcelona-kukuhkan-penguasaan-la-liga", "article_title": "Barcelona kukuhkan penguasaan La Liga", "article_text": "RAPHINHA menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan untuk Barcelona kembali berkelebihan 11 mata di kedudukan teratas La Liga selepas menewaskan Real Betis 4-0 awal pagi Ahad.Real Madrid merapatkan jurang itu kepada lapan mata susulan kemenangan 4-2 ke atas Almeria sebelum sepak mula di Camp Nou tetapi Barca memastikan keadaan itu tidak bertahan lama menerusi kemenangan bergaya mereka.Gol tandukan awal Andreas Christensen selepas menerima bola daripada hantaran lintang Raphinha meletakkan Blaugrana di depan pada minit ke-14 sebelum Robert Lewandowski menyambut masuk gol kedua Barca pada minit ke-36.Raphinha kemudian mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketiga Barca sebaik menerima lorongan Sergio Busquet pada minit ke-39.Aksi dominan Barca itu ditamatkan dengan satu lagi gol yang disumbangkan jaringan sendiri Guido Rodriguez pada minit ke-82.Barcelona turut memperkenalkan pemain muda berusia 15 tahun, Lamine Yamal yang merupakan pemain pemain kedua termuda dalam sejarah kelab.\"Dia mempunyai bakat luar biasa di bahagian serangan yang sukar dicari. Dia tidak kelihatan seperti baru berusia 15 tahun, dia lebih matang daripada usianya. Saya melihatnya dalam latihan dan dia menunjukkannya.\"Dia bermain 10 minit, tetapi melakukannya dengan baik, dia mampu melakar sesuatu di kelab,\" kata pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256305/berita/sukan/liverpool-hanya-akan-diingati-kerana-belasah-united-7-0", "article_title": "Liverpool hanya akan diingati kerana belasah United 7-0", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyalahkan faktor konsisten sebagai kelemahan pasukan itu musim ini dan mengakui kelab itu mungkin hanya diingati kerana kemenangan 7-0 mereka ke atas Manchester United.Walaupun memenangi tiga perlawanan terakhir mereka termasuk kemenangan 6-1 ke atas Leeds, The Reds telah mengharungi kempen yang mengecewakan.Mereka tidak mampu mencabar kedudukan empat terbaik dan berpotensi tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.\"Untuk tempoh yang lama, ia sangat bagus. Apa yang kurang tahun ini ialah konsistensi. Itulah yang perlu kita ubah dan itulah yang sedang kita usahakan.\"Ia adalah musim di mana banyak perkara sukar untuk banyak pasukan. Ia tidak hebat untuk Liverpool, tetapi ia membuka pintu kepada pasukan lain. Kesilapan kecil sepanjang musim boleh memberi impak yang besar,\" katanya.Ketika disoal sama ada prestasi terbaru menunjukkan Liverpool kembali kepada konsistensi mereka dari musim-musim sebelumnya, Klopp berkata ia terlalu awal untuk menyatakannya.Dia berkata, musim ini mungkin hanya diingati oleh peminat Reds susulan kemenangan hebat 7-0 ke atas Manchester United di Anfield pada Mac.\"Jika tidak melakukan sesuatu yang benar-benar istimewa musim ini, Liverpool hanya akan diingati kerana membelasah United 7-0.\"Saya harap apabila orang bercakap mengenainya dalam beberapa tahun mereka akan melihat kembali dan (berkata) itu adalah tahun kami menewaskan United 7-0,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 April 2023 10:26am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256290/berita/sukan/nazim-sekadar-tempat-kelima-pada-pusingan-pertama", "article_title": "Nazim sekadar tempat kelima pada pusingan pertama", "article_text": "PEMANDU muda negara, Nazim Azman yang membuat penampilan sulung di Piala Porsche Carrera Asia 2023 terpaksa akur apabila hanya meraih tempat kelima pada perlumbaan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), malam ini.Nazim, 21, yang bersaing dalam PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 dengan kerjasama Earl Bamber Motosport (EBM) itu mengakui sukar mengekalkan momentum apabila pesaingnya memiliki pengalaman luas selain terpaksa berlumba pada waktu malam.\"Perlumbaan sangat berbeza di Piala Porsche Carrera (berbanding dengan Formula 3 (F3) terutamanya pada waktu malam. Ini adalah cabaran baharu kerana saya tidak pernah mengalaminya jadi agak sukar apabila kereta boleh mengikut rapat dan pemandu di sini sangat berbakat dan agresif,\" katanya kepada pemberita selepas perlumbaan itu.Nazim yang mempunyai pengalaman sebagai pelumba F3 pada tahun lepas itu merekodkan 2 minit 16.196 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima pada pusingan pertama dan akan meneruskan saingan pada pusingan kedua esok.Perlumbaan pusingan pertama membabitkan 19 pelumba dimenangi Luo Kailuo mewakili Toro Racing dengan catatan masa 2:12.239s manakala tempat kedua milik Martin Ragginger (Porsche Holding) setelah merekodkan 2: 12.679s.Tempat ketiga pula diduduki pelumba Team Shanghai Yongda iaitu Chris Van Der dengan catatan 2:12.672s.Mengikut rekod, Malaysia diberi penghormatan untuk membuka tirai perlumbaan 2023, yang seterusnya akan bersambung di Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di pangkalan Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.Perlumbaan terbabit akan kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos depan serta pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 11:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256289/berita/sukan/yew-sin-ee-yi-tempah-tiket-akhir-bac-2023", "article_title": "Yew Sin-Ee Yi tempah tiket akhir BAC 2023", "article_text": "BEREGU lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya layak ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) setelah menewaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, malam ini.Yew Sin-Ee Yi, yang menghuni ranking kelapan dunia menampilkan aksi cemerlang apabila menundukkan pilihan keempat kejohanan itu 21-16 dan 26-24, dalam perhitungan yang berlangsung selama 50 minit di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.Pasangan regu negara itu yang pada mulanya menunjukkan aksi cemerlang pada set pertama, kemudian diberi tentangan hebat pada set kedua dengan saling berkejaran mata sehingga satu ketika ketinggalan 14-18.Bagaimanapun, pasangan muda negara itu kembali bangkit dan walaupun Ee Yi mengalami sedikit kecederaan di lutut kiri setelah terjatuh ketika mata terikat 18-18, pasangan Yew Sin-Ee Yi terus menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mengheret perlawanan ke mata tambahan sebelum menjinakkan pasangan dari negara Matahari Terbit itu.Kemenangan itu merupakan kali kedua buat mereka daripada lapan pertemuan bersama pasangan Jepun berkenaan dan menjadi satu-satunya wakil Malaysia bagi aksi final BAC musim ini.Mereka dijangka bertemu pemenang separuh akhir antara gandingan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Sheety dari India atau Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan pada final esok.Sementara itu, perjalanan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terhenti pada pusingan separuh akhir selepas tewas kepada juara bertahan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.Soon Huat-Shevon yang menghuni kedudukan lapan dunia terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China itu menerusi perhitungan straight set 11-21 dan 13-21, sekali gus menyaksikan kekalahan kali ke-10 buat Soon Huat-Shevon kepada juara Olimpik 2020 itu.Pasangan pilihan pertama kejohanan itu akan bertemu sama rakan senegara Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam perebutan gelaran kategori campuran BAC pada musim ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256288/berita/sukan/kean-yew-anthony-berentap-di-final-bac-2023", "article_title": "Kean Yew, Anthony berentap di final BAC 2023", "article_text": "PEMAIN Singapura, Loh Kean Yew mengesahkan slot perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas menewaskan pemain China, Lu Guang Zu dalam straight set di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.Dalam perlawanan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr itu kedua-dua pemain saling bertukar mata pada set pertama.Namun dua mata berturut-turut diperoleh Kean Yew yang juga pilihan ketujuh kejohanan membolehkan pemain kelahiran Pulau Pinang itu menang set pertama 21-19.Set kedua, kedua pemain menampilkan permainan agresif, namun Kean Yew tidak menoleh ke belakang meningkatkan tekanan untuk menang 21-15.Sebagai rekod, bekas juara dunia itu sebelum ini menewaskan Lee Cheuk Yiu pada suku akhir kejohanan di Dubai.Pemain berprofil tinggi itu juga sebelum ini menyingkirkan cabaran pemain dari India, Lakshya Sen dan Bahaedeen Ahmad Alshannik dari Jordan pada pusingan awal.Kean Yew akan menentang pemain pilihan kedua dari Indonesia Anthony Sinisuka Ginting dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada Ahad.Anthony sebelum itu menewaskan pemain dari Jepun, Kante Tsuneyama, 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr, Dubai.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256287/berita/sukan/norza-dilantik-sebagai-presiden-kehormat-badminton-asia", "article_title": "Norza dilantik sebagai Presiden kehormat Badminton Asia", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Presiden kehormat Badminton Asia (BA) bagi penggal 2023-2027.Pemilihan Norza diumumkan oleh presiden baharu BA, Kim Jong Soo dari Korea Selatan, selepas persetujuan sebulat suara daripada perwakilan dan barisan kepimpinan BA pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan serantau itu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.Menurut kenyataan BAM, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, memenangi jawatan Setiausaha Agung BA, pada pemilihan tersebut.Bagaimanapun, BAM tidak menjelaskan butiran berhubung jumlah undi atau calon pada pemilihan tersebut.Menurut laman web BA, jawatan presiden menyaksikan pertandingan antara Kim dan AliJah Almarri dari Kuwait manakala Kenny dicabar oleh Armand Darmadji (Indonesia), Omar Mohammad Bani Hani (Jordan) dan Ng Yoke Weng dari Singapura.\"Pelantikan Presiden BAM adalah sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan besar beliau kepada sukan itu di Asia. Norza adalah rakyat Malaysia pertama yang menyandang jawatan Presiden Kehormat,\u201d menurut BAM.Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam, pelantikan itu secara tidak langsung akan memberi nilai tambah kepada BA berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan Norza dalam bidang pemasaran, penajaan, penganjuran acara dan pembangunan badminton.\"Kami menyambut baik pelantikan itu dan mengucapkan tahniah kepada Norza bagi pihak Majlis BAM dan semua ahli gabungannya,\u201d katanya dalam kenyataan tersebut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256284/berita/sukan/terengganu-inc-taja-hakim-danish", "article_title": "Terengganu Inc taja Hakim Danish", "article_text": "ZK Racing mengumumkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menaja pelumba cilik dari Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli pada Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan European Talent Cup (ETC) bagi musim ini.ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan terhadap pelumba berusia 15 tahun itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.\u201cDengan penajaan dan sokongan ini, kita dapat terus memastikan Hakim Danish kekal kompetitif dan berdaya saing dalam mengecapi impian beliau,\u201d menurut kenyataan itu. Hakim DanishSementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun meletakkan keyakinan terhadap potensi dan keazaman yang ada dalam diri pelumba kelahiran Terengganu itu.\u201cKejayaannya akan membawa kebaikan kepada nama Terengganu dan Malaysia,\u201d katanya.Dalam pada itu, Hakim Danish melahirkan rasa syukur di atas penajaan itu dan berazam akan memberikan yang terbaik dari segi prestasi untuk melangkah lebih tinggi dan berjaya dalam kariernya.Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:02pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256283/berita/sukan/elavarasan-belum-dapat-bayangan-barisan-harimau-muda", "article_title": "Elavarasan belum dapat bayangan barisan Harimau Muda", "article_text": "PENGENDALI skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara, E Elavarasan masih berteka-teki berhubung senarai Harimau Muda yang menggalas ke Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada 5 hingga 17 Mei ini.Malah Elavarasan menegaskan hanya akan memuktamadkan nama 20 daripada 25 senarai pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat ke temasya itu sebelum berlepas ke Kemboja pada 2 Mei ini.\u201cBelum ada... masih awal lagi dan saya tidak mempunyai gambaran tentang itu,\u201d katanya kepada pemberita semasa sesi latihan skuad B-22 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Sabtu.Mengenai perkembangan kem latihan pusat diadakan, Elavarasan mengakui berpuas hati apabila kebanyakan pemain dipanggil melaporkan diri.\u201cHari ini hari pertama kumpulkan mereka. Semalam ada pemain yang hadir, namun masih dalam proses pemulihan tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengumpulkan mereka,\u201d katanya.Sebagai rekod, Harimau Muda akan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei diikuti menentang Thailand B-22 (6 Mei), Vietnam B-22 (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei.Sekiranya Harimau Muda berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah sebelum gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.SUKAN SEA KEMBOJA 2023BOLA SEPAKKUMPULAN B3 MEIHarimau Muda lwn Laos6 MEIHarimau Muda lwn Thailand8 MEIHarimau Muda lwn Vietnam11 MEIHarimau Muda lwn Singapura", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:53pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256282/berita/sukan/kemboja-2023-skuad-kriket-wanita-mula-langkah-kanan", "article_title": "Kemboja 2023: Skuad kriket wanita mula langkah kanan", "article_text": "SKUAD kriket wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 di Kemboja dengan langkah kanan apabila mengatasi Singapura 38-37 larian dalam peringkat kumpulan acara Ten10 (T10) di Phnom Penh pada Sabtu.Perlawanan Kumpulan A-Z di Kriket Oval, Hun Sen Boulevard itu sudah pasti menyuntik semangat skuad negara untuk terus memberi saingan sengit apabila bertemu Thailand pada Ahad depan.Bagi saingan T10, skuad negara yang dibarisi 15 pemain diundi bersama Thailand dan Singapura dalam Kumpulan A.Bagi acara Twenty20 (T20) pula menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina serta Myanmar.Saingan 50-overs pula menyaksikan Malaysia sekali lagi diundi bersama Thailand dan Myanmar dalam Kumpulan A.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256281/berita/sukan/90-minit-paling-konsisten-tok-gajah", "article_title": "90 minit paling konsisten Tok Gajah", "article_text": "KEJAYAAN Sri Pahang FC melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Super mendapat pujian pengendali Fandi Ahmad.Malah tanpa berselindung Fandi menyifatkan berdepan skuad Penyu dipacu Tomislav Steinbr\u00fcckner merupakan aksi paling konsisten sejak dari awal hingga perlawanan berakhir.Katnya, pemain Tok Gajah berhak diberi pujian terutama barisan pertahanan yang melaksanakan tugas paling cemerlang di hadapan lebih 10,000 penyokong skuad Penyu.\u201cSaya rasa perlawanan malam ini (malam tadi) adalah persembahan terbaik kita (Sri Pahang FC) setakat ini. Biasa kita main tak konsisten, sama ada beraksi baik di separuh masa pertama atau di masa kedua.\u201cTetapi hari ini kita penuh dengan disiplin, semangat juang dan berpasukan yang sangat tinggi,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Tiga mata di laman TFC itu menyaksikan Sri Pahang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan,Status tersebut sekali gus menyaksikan Tok Gajah naik daripada tangga kelima ke kedudukan ketiga carta Liga Super musim ini dengan 22 mata.Sementara itu, Steinbruckner tidak menyalahkan pemainnya 100 peratus atas kekalahan kelima selepas mengharungi 10 perlawanan tersebut.Bagaimanapun dia mengakui agak terkilan kerana pemain-pemain gagal memanfaatkan deretan peluang dalam bentuk jaringan.\u201cSaya tidak boleh salahkan pemain kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.\u201cKami juga mencipta banyak peluang namun tidak menghasilkan lebih banyak gol untuk menang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256280/berita/sukan/wai-ching-tawan-menara-spinnaker-di-portsmouth", "article_title": "Wai Ching tawan Menara Spinnaker di Portsmouth", "article_text": "PELARI menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga bangunan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di Portsmouth, United Kingdom, Jumaat.Lebih manis, Wai Ching melakukan larian 560 anak tangga dalam masa dua minit 18 saat (s) sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan oleh atlet tuan rumah, Marks Sims pada 2017.Pencapaian terbaru ini juga menandakan kemenangan ke-21 berturut-turut untuk Wai Ching dalam pertandingan larian menara sejak kemenangan pertamanya di One World Trade Center, New York, pada 5 Jun tahun lalu.Ini juga merupakan pertandingan larian keempatnya di Eropah tahun ini selepas Bieg Na Szczyt (Rondo 1), Warsaw, Poland; Teletorni Trepijooks (Tallinn TV Tower), Tallinn, Estonia dan Subida Vertical Gran Bali Hotel (Gran Bali Hotel), Benidorm, Sepanyol.\u201cSebaik sahaja melepasi garisan penamat, saya segera berlutut dan menarik nafas, kemudian bertanya kepada kru tentang catatan masa dan mereka memberitahu saya masa adalah 2:18s.\u201cSaya secara peribadi berpendapat bahawa catatan 2:18s masih boleh diatasi dan mungkin boleh mencapai masa bawah 2:10s dengan lebih banyak latihan ketahanan kelajuan yang disesuaikan untuk larian ini,\u201d kata atlet berusia 28 tahun itu menerusi catatannya di laman web rasminya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256279/berita/sukan/fam-umum-senarai-akhir-20-pemain-malayan-tigress-ke-sukan-sea-2023", "article_title": "FAM umum senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress ke Sukan SEA 2023", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini.FAM menerusi laman web rasmi fam.org.my berkongsi senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress antaranya tiga kapten pasukan iaitu Steffi Sarge Kaur (pertahanan), Nur Lyana Soberi dan Farahiyah Muhamad Ridzuan (tengah).Nur Ezza Ashikin Abdul Razak (penjaga gol) serta Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Henrietta Justine pula diberi tanggungjawab untuk mengemudi jentera serangan.Skuad di bawah kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu (3 Mei), Filipina pada Sabtu (6 Mei) dan Myanmar pada Selasa (9 Mei) di Stadium Army, Phnom Penh, Kemboja.Sekiranya skuad bola sepak wanita kebangsaan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei.Malaysia pada edisi di Hanoi, Vietnam tidak menghantar wakil untuk beraksi pada acara itu.Berikut 20 nama pemain Malayan Tigress yang akan beraksi pada Sukan SEA.Nur Ezza Ashikin Abdul RazakUPNMHenrietta JustineUPNMEva Olivianie AntinusUPNMSiti Nurfaizah SaidinUPNMFarah Syakira Mohd SaadKelana UnitedNurul Nadia RoslanKelana UnitedIntan Sarah Anisah ZulgafliKelana UnitedNur Amirah Abdul RahmanKelana UnitedNurfazira Muhamad SaniUiTM FCSiti Nurkhaleeda IsmailUiTM FCNur Syafiqah Zainal AbidinUiTM FCPutri Arissa Balqis Ab LahUiTM FCThivashini SivakumarSekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)Nur Najwa Irdina ZaidiSekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)Nur Lyana SoberiMBSJSteffi Sarge KaurMBSJJaciah JumilisSpicegalsKanchenjeet Kaur NanuaSSS LeopardLauren Hoh RuyiSekolah Antarabangsa British English, ThailandFarahiyah Muhamad RidzuanPJ Kita- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:21pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256278/berita/sukan/negeri-sembilan-perlu-penyerang-berkualiti", "article_title": "Negeri Sembilan perlu penyerang berkualiti", "article_text": "NEGERI Sembilan FC memerlukan penyerang berkualiti termasuk pemain import yang berupaya mencipta gol bagi membolehkan skuad Rusa terus kekal kompetitif mengharungi Liga Super musim ini.Malah pengendali Negeri Sembilan, K Devan enggan menyalahkan pemainnya yang disifatkannya melakukan yang terbaik selepas kecundang 1-2 menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, menegaskan ketumpulan jentera serangan dan kurangnya pemain import antara punca kekalahan skuad Hoben Jang Hoben tersebut.Katanya, pasukan tuan rumah hanya turun dengan dua pemain import, berbanding skuad Kenari dibarisi lima pemain import dan seorang lagi di bangku simpanan.\u201cSecara jelas pemain yang menjaringkan gol adalah pemain import di bahagian serangan, tetapi kita tiada penyerang import.\u201dSaya lihat masalah pasukan adalah susah mendapatkan gol, pemain juga kurang kualiti di bahagian tertentu, sekiranya kita mahu menyaingi pasukan yang mempunyai bajet lebih baik, kita perlu cari jalan... jika tidak, perlu terima keputusan seperti ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.Sebagai rekod, pemain import yang beraksi berdepan Hijau Kuning, Mark Herold Goulon dan Levy Clement Madinda, manakala Casagrande tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.Tambah Devan lagi, Negeri Sembilan dalam situasi sekarang berdepan dilema dalam menghasilkan tindakan penyudah tajam.\u201cSekarang ini pasukan perlu menjaringkan gol, kita bolos lebih banyak, pemain bermain bersungguh-sungguh sehingga tamat perlawanan.\u201cSemangat sahaja tidak mencukupi perlu ada kualiti, disebabkan kurang kualiti, Negeri Sembilan tidak dapat menyaingi pasukan lain,\u201d katanya.Sementara itu, jelas Devan hasil perbincangan dengan pihak pengurusan, Negeri Sembilan akan bermain dengan pasukan sedia ada sekarang.Katanya, jika kewangan persatuan bertambah baik pasukan bakal mencari tambahan pemain import bagi jendela perpindahan kedua selepas ini.Sebegai rekod, Negeri Sembilan kini menduduki tangga kesembilan dengan 10 mata dijadual berdepan Kuala Lumpur City di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Mei ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 09:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256265/berita/sukan/fam-pantau-situasi-cuaca-panas", "article_title": "FAM pantau situasi cuaca panas", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan sentiasa memantau situasi cuaca panas yang sedang melanda negara sebelum memulakan sebarang perlawanan yang berlangsung pada waktu petang.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, komisioner perlawanan akan diminta untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum perlawanan untuk mengelakkan risiko strok haba.Menurutnya, badan induk itu yang mengendalikan saingan Piala Belia dan Piala Presiden menegaskan tidak akan berkompromi dan akan meletakkan isu keselamatan pemain sebagai perkara utama.\"Kita memandang serius perkara ini dan saya harap pegawai perlawanan yang bertugas agar sentiasa memantau suhu dan cuaca sebelum perlawanan.\"Jika cuaca didapati panas, mungkin perlawanan terbabit boleh dilangsungkan di sebelah malam atau ditunda dulu.\"Isu keselamatan dan nyawa bagi saya kita tidak boleh berkompromi. Kita kena letakkan keselamatan pemain di tahap tertinggi,\" katanya.Setakat Sabtu, lima kes gangguan kesihatan akibat cuaca panas direkodkan di seluruh negara.Angka itu melibatkan satu kematian kanak-kanak 11 tahun akibat strok haba dan satu kematian bayi berusia 19 bulan kerana kelesuan haba, kedua-dua berlaku di Kelantan.Tiga lagi kes dilaporkan di Sarawak membabitkan dua kes kekejangan haba dan satu kes kelesuan haba.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 05:03pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256256/berita/sukan/fam-tidak-berhutang-dengan-tmj---hamidin", "article_title": "FAM tidak berhutang dengan TMJ - Hamidin", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan badan induk itu mempunyai hutang dengan Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Menurut Hamidin, hutang yang dimaksudkan oleh Tunku Ismail itu mungkin membabitkan pembayaran hadiah kemenangan yang masih belum dijelaskan sepenuhnya oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada JDT.\"Tak ada... saya tak pasti kita ada hutang atau tidak. Saya rasa, pandangan saya mungkin MFL... mungkin ada sedikit hadiah kemenangan yang belum dilunaskan.\"Tapi saya rasa mungkin hampir dilunaskan... saya rasa. Tapi dengan FAM tak ada.\"Mungkin kelewatan membayar wang kemenangan, tapi ia mungkin dah dijelaskan, mungkin boleh semak dengan Datuk Ab Ghani (Presiden MFL),\" katanya ketika ditemui media di Majlis Terbuka Aidilfitri di kediamannya pada Sabtu.Sebelum ini, Tunku Ismail mendedahkan FAM mempunyai hutang lama yang belum dilunaskan kepadanya dan mahu ia ditolak melalui denda yang akan dikenakan kepada kelab itu selepas tiga kali membakar suar dalam saingan Liga Super.Penyokong tegar JDT iaitu Boys Of Straits (BOS) membakar suar selepas perlawanan yang sebenarnya melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 04:19pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256254/berita/sukan/bernhardt-geleng-kepala-prestasi-trw-di-kota-bharu", "article_title": "Bernhardt geleng kepala prestasi TRW di Kota Bharu", "article_text": "PENGENDALI Kelantan FC, Frank Bernhardt menyifatkan pemain-pemain The Red Warriors (TRW) mempunyai stamina untuk mengalahkan Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu kecewa apabila perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-3 kepada The Bos Gaurus kendalian Datuk Lim Teong Kim selepas tuan rumah bermula baik 30 minit pertama.\u201cSaya kecewa apabila terdapat pemain yang melakukan kesilapan mudah hingga menyaksikan pasukan dibolosi pada minit ke-35.\u201cSaya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kekalahan ini kerana budak kecil pun boleh menjaringkan gol, apabila ketumpulan penyudah selain gol mudah dilepaskan kepada pasukan lawan antara masalah utama pasukan ketika ini.\u201cSejujurnya Kelantan sentiasa mendapat bola tetapi sering tumpul di bahagian penyudah. Saya tidak pasti di mana kesilapannya menyaksikan Perak lebih melakukan serangan dalam perlawanan ini,\u201d katanya yang mengakui faktor kecergasan turut mempengaruhi momentum pasukan.Dalam perlawanan itu, Kelantan terlebih dulu mendahului menerusi gol sendiri Shivan Pillay pada minit ke-14 sebelum jaringan sendiri pemain Perak, Yusri Yuhasmadi menyamakan kedudukan pada minit ke-35 (gol sendiri)Bos Gaurus kembali di depan hasil jaringan Luciano Guaycochea minit ke-45, diikuti sentuhan Che Suhairi Che Halim melebarkan kedudukan pada minit ke-69, sebelum jaringan minit ke-94 Nurshamil Abd Ghani merapatkan kedudukan.Sementara itu, Teong Kim mengakui amat gembira tiga mata penting diraih di laman keramat TRW berkenaan, namun menegaskan ia bukan sesuatu kemenangan yang mudah buat pasukan pelawat.\u201cWalaupun Perak menang tapi Kelantan memberi tentangan, namun pasukan bertahan dengan baik dan memanfaatkan setiap peluang.\u201cDalam perlawanan ini, Kelantan banyak melakukan hantaran jauh dan saya akui situasi tersebut juga memberikan cabaran kepada pemain-pemain Perak,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 04:09pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256247/berita/sukan/hati-hati-zii-jia", "article_title": "Hati-hati Zii Jia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia perlu berhati-hati bagi mengelakkan digugurkan daripada projek Road To Gold (RTG) selepas terus mempamerkan prestasi kurang memuaskan tewas seawal pusingan pertama di Kejohanan Badminton Asia (BAC 2023).Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menolak kemungkinan tersebut namun beranggapan masih terlalu awal untuk membuat keputusan selain turut positif pemain nombor empat dunia itu akan kembali bangkit.\"Saya kira bukan sahaja Zii Jia tetapi semua atlet (berisiko digugurkan). RTG ini dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.\"Kita akan melakukan penilaian setiap dua bulan prestasi atlet. Kemungkinan juga ada pemain baharu yang akan masuk dalam program ini pada penghujung tahun.\"Namun, untuk nak kata Zii Jia akan terkeluar adalah terlalu awal. Kita nak sesuatu yang positif termasuk semua atlet. Kecuali prestasi dia betul-betul menurun. Namun, kita harap dia akan kembali. bukan sahaja Zii Jia tetapi juga mana-mana atlet,\" katanya ketika ditemui media di Majlis Terbuka Aidilfitri di kediamannnya pada Sabtu.Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia memulakan kempen musim ini dengan prestasi suram apabila tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman, bagaimanapun menunjukkan peningkatan selepas mara ke separuh akhir Seluruh England dan Terbuka Switzerland.Kekalahan di pusingan pertama BAC 2023 itu sekali lagi menjadi tamparan hebat kepada Zii Jia yang sebelum ini dipertikaikan selepas disenaraikan dalam projek RTG itu.Dalam pada itu, Hamidin turut akan membuat pertemuan dengan semua pemain badminton negara selepas saingan BAC 2023 berakhir.\"Saya akan buat pertemuan dengan semua pemain badminton apabila mereka kembali dari Dubai. Ada beberapa perkara yang telah saya susun berbincang dengan mereka.\"Apabila kita sudah bersedia untuk pergi Olimpik kita kena bagi latihan atau kerja yang kuat. Bagi saya pemain se[erti Zii Jia, Ng Tze Yong dan beregu kita pernah kalahkan pemain hebat.\"Maknanya kalau 'right time, right place' kita akan ada peluang cerah di Paris. Jadi kita kena kerja kuat dalam tempoh setahun ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 03:37pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256215/berita/sukan/realitinya-kami-masih-ketinggalan-dua-mata", "article_title": "'Realitinya kami masih ketinggalan dua mata'", "article_text": "PEP Guardiola memberi amaran bahawa Arsenal tidak akan berputus asa dalam usaha mereka untuk menafikan kejuaraan ketiga berturut-turut Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.Selepas City membelasah Arsenal 4-1 pada Khamis, anak buah Guardiola berada dua mata di belakang Arsenal selain turut memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.Arsenal hanya akan turun pada Selasa apabila melayan kunjungan Chelsea dan ia bermakna City berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga sekiranya menang ke atas Fulham pada Ahad.Bagaimanapun, Guardiola menegaskan ia bukan masa untuk City bergembira sebaliknya perjalanan untuk menjadi juara masih berliku.\"Secara psikologi, ia penting untuk kembali berada di kedudukan teratas. Tetapi, hakikatnya ia bergantung kepada kami, kami tidak perlu melihat apa-apa kecuali beraksi sebaik mungkin untuk menang perlawanan.\"Orang ramai mula berkata mereka mempunyai perasaan bahawa ia sudah berakhir. Ia belum berakhir. Ia akan berakhir apabila ia berakhir. Dalam setiap perlawanan, lawan kami bermain untuk menang.\"Kami tidak akan ambil mudah. \u200bSudah tentu kami gembira untuk beberapa perlawanan terakhir. Realitinya kami masih ketinggalan dua mata.\"Saya tahu hanya tinggal tujuh perlawanan. Tetapi, tujuh perlawanan adalah tujuh perlawanan, ia tetap banyak memandangkan kami juga perlu mengharungi saingan Liga Juara-Juara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:32am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256214/berita/sukan/sheikh-qatar-serah-tawaran-akhir-beli-united", "article_title": "Sheikh Qatar serah tawaran akhir beli United", "article_text": "ANAK kepada bekas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani menyerahkan tawaran terakhirnya untuk membeli Manchester United sejurus sebelum tarikh tutup bidaan pada Jumaat.Menurut sumber kepada Reuters, selain memberikan tawaran nilai untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu, Sheikh Jassim juga turut mengemukakan rancangan tambahan pelaburan modal dan infrastruktur.Sumber itu menambah bahawa bidaan itu 100 peratus untuk kelab dan akan menghapuskan semua hutang.Manchester United dan bank pelaburan yang menjalankan proses pembidaan, Raine Group masih belum memberikan sebarang kenyataan apabila diminta memberi reaksi berhubung perkara berkenaan kepada Reuters.Tiada butiran kewangan bagi bidaan akhir telah didedahkan secara rasmi.Pemilik Manchester United dari Amerika Syarikat itu melancarkan proses jualan rasmi kelab pada penghujung tahun lalu dan menerima beberapa tawaran termasuk dari jutawan British, Jim Ratchliffe, pengasas pengeluar bahan kimia INEOS dan ahli perniagaan Finland, Thomas Zilliacus.Sky Sports News melaporkan bahawa bidaan Ratcliffe untuk pegangan majoriti dalam Manchester United juga telah dikemukakan.Menurut analisis oleh Deloitte, United adalah kelab bola sepak keempat terkaya di dunia dan merupakan salah satu aset yang paling berharga dalam semua sukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256213/berita/sukan/mane-dalam-radar-chelsea", "article_title": "Mane dalam radar Chelsea", "article_text": "CHELSEA dilaporkan sedang menilai potensi perpindahan Sadio Mane selepas pemain itu dilaporkan mahu dijual oleh Bayern Munich.Mane, 31, memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama Liverpool sebelum menyertai Bayern pada jendela perpindahan Jun tahun lalu.Musim pertamanya di Jerman menyaksikan dia meledak 10 gol dan lima bantuan gol dalam 30 penampilan saingan Bundesliga dan Liga Juara-Juara.Walaupun prestasinya dilihat cukup baik, namun masa depannya di kelab itu menjadi tanda tanya selepas insiden dia menumbuk rakan sepasukannya ketika kekalahan dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Manchester City.Menurut Football Insider, Mane kini dipercayai berada dalam radar Chelsea dan kelab Inggeris itu kini bersedia untuk mempertimbangkan langkah mengejut mendapatkan pemain Senegal itu.Laporan itu menyatakan Bayern hanya akan cuba untuk mendapatkan balik sebahagian besar yuran yang mereka bayar untuk pemain itu ketika dibeli daripada Liverpool.Laporan itu juga menyebut bahawa Liverpool juga tidak berminat untuk membawanya kembali ke Anfield.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 10:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256192/berita/sukan/sri-pahang-kembali-huni-kedudukan-tiga-teratas-liga-super", "article_title": "SRI Pahang kembali huni kedudukan tiga teratas Liga Super", "article_text": "SRI Pahang FC kembali merampas kedudukan ketiga carta Liga Super 2023 daripada Sabah FC selepas menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, malam ini.Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi seimbang, namun skuad Tok Gajah selaku pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Kpah Sherman yang menyempurnakan sepakan percuma diambil Stefano Brundo pada minit ke-30.Kegembiraan Sri Pahang tidak bertahan lama apabila pemain Terengganu, Ivan Mamut berjaya menjaringkan gol penyamaan sembilan minit kemudian.Pada minit ke-68, Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad berhasil menggandakan jaringan hasil rembatan jarak jauh Nor Azam Azih untuk mendahului 2-1.Skuad Penyu yang ketinggalan cuba bangkit melakukan serangan balas, namun gagal menembusi benteng Tok Gajah sehingga wisel penamat ditiupkan.Negeri Sembilan FC pula tewas di halaman sendiri apabila dikecewakan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Skuad bimbingan K. Devan menerima tentangan sengit di awal perlawanan dengan beberapa percubaan menarik pemain import Kedah sebelum dihukum dengan jaringan pendahuluan hasil tandukan penyerang import dari Brazil, Willian Lira Sousa pada minit ke-30.Sepakan jarak dekat pemain tuan rumah, Zainal Abidin Jamil yang terkena pemain lawan membuahkan hasil dengan gol penyamaan pada minit ke-35.Bersambung babak kedua, Wilian Lira sekali lagi memanfaatkan peluang di depan pintu gol menerusi tandukan jarak dekat di hadapan pintu gol pada minit ke-72 untuk memutlakkan kemenangan Kedah.Sementara itu, aksi pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, menyaksikan Kelantan FC tewas tipis 2-3 di tangan Perak FC.Skuad Red Warriors membuka jaringan terlebih dahulu menerusi Nuha Marong pada minit ke-14 sebelum Perak meraih gol penyamaan hasil gol sendiri pertahanan Kelantan, Muhammad Yusri Yuhasmadi, pada minit ke-34.Skuad Bos Gaurus kemudian menambah dua jaringan masing-masing menerusi Luciano Guaycochea pada minit ke-45 dan Muhamad Hafizal Mohamad pada minit ke-67 sebelum Kelantan memperoleh gol kedua menerusi menerusi Nurshamil Abd Ghani pada masa kecederaan (93\u2019). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 April 2023 12:10am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256190/berita/sukan/liga-super-perak-menang-di-kelantan", "article_title": "Liga Super: Perak menang di Kelantan", "article_text": "HASRAT Kelantan FC untuk menang di rumah sendiri tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV di sini sebentar tadi.Babak pertama, tuan rumah beraksi garang apabila membuat beberapa percubaan ke atas gawang gol Perak FC.Gol jaringan Nuha Marong Krubally pada minit ke-13 ternyata gagal bertahan apabila Perak FC melalui kesilapan Kapten Kelantan, Muhammad Yusri Yuhasmadi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-35.Bagaimanapun, Luciano Guaycochea mula menambah jaringan, 10 minit kemudian.Skuad kendalian Frank Bernhardt beberapa kali mendapat peluang tetapi buntu mencipta gol untuk menyamakan kedudukan.Debaran memuncak pada minit ke-21 apabila Perak FC mula melakukan serangan di gawang gol Kelantan tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan.Perak FC mengukuhkan kedudukan melalui sepakan gol ketiga jaringan Che Mohamad Suhairi Che Halim pada minit ke-68.Bagaimanapun Nor Syamel Abdul Ghani berjaya mengelakkan Kelantan terus dimalukan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-93.Keputusan akhir Perak menang 3-2 ke atas Kelantan FC di hadapan 5,148 penonton di stadium.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 11:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256189/berita/sukan/bac-2023-sin-teo-ee-yi-soon-huat-shevon-tempah-tiket-separuh-akhir", "article_title": "BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir", "article_text": "KUALA LUMPUR - Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas menyingkirkan gandingan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam ini.Gandingan kelapan dunia itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengalahkan beregu Indonesia itu dengan keputusan 22-20 dan 21-15 pada aksi suku akhir di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.Keputusan yang dilakar Yew Sin-Ee Yi sekali gus melebarkan rekod empat kemenangan ke atas gandingan Indonesia itu, yang mencatatkan tujuh kemenangan daripada 11 pertemuan.Menanti Yew Sin-Ee Yi di separuh akhir adalah pemenang antara beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang turut beraksi malam ini.Beregu campuran profesional, negara yang juga berada di ranking kelapan dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga mengiringi kemaraan wakil negara itu selepas turut menjinakkan gandingan ke-14 dunia dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari menerusi pertembungan tiga set.Soon Huat-Shevon, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan, dapat mengawal perlawanan dengan baik dan mencatat kemenangan set pertama dengan keputusan 21-17 sebelum kebangkitan pihak lawan di set kedua 15-21.Rekod pertemuan sebanyak empat kali dengan tiga kemenangan memihak kepada wakil negara itu kemudian dilebarkan lagi apabila mereka berjaya menoktahkan kemenangan di set penentuan 21-19 dalam pertarungan selama 55 minit.Soon Huat-Shevon akan berdepan beregu nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, yang tidak pernah dikalahkan mereka sepanjang 10 pertemuan sebelum ini.Si Wei-Ya Qiong mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavinati, 21-11, 21-17. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 11:29pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256136/berita/sukan/kami-mahu-perlawanan-yang-adil", "article_title": "'Kami mahu perlawanan yang adil'", "article_text": "TONGGAK Selangor FC, Faisal Halim meluahkan rasa kecewa dalam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Khamis.Menurutnya, pasukan telah bekerja keras untuk cuba mencari tiga mata, namun terpaksa pulang hampa dengan perjalanan perlawanan yang dianggap kurang adil buat Gergasi Merah.\"Kami bekerja keras, kita berusaha. Saya terima kekalahan ini, tetapi bukan bermakna kami tidak bagus. Selangor sudah cuba yang terbaik, namun saya kecewa dengan cara kami kalah.\"Semua orang dah tahu setiap tahun perkara sama yang berulang. Saya sebagai pemain, kalau saya cakap 'direct', saya tidak ada duit untuk bayar denda atau sebagainya. Tetapi, saya merayu dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Sabah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan penalti Saddil Ramdani pada minit ke-24 sebelum Faisal menyamakan kedudukan menerusi sepakan dari luar kotak penalti tujuh minit selepas separuh masa kedua bersambung.Baddrol Bakhtiar memastikan Sabah terus kebal di gelanggang sendiri apabila meledak gol kemenangan melalui sepakan percuma sekali gus memberikan tiga mata berharga kepada The Rhinos.Beberapa insiden yang tidak mendapat perhatian pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir mungkin menjadi pertikaian yang menimbulkan rasa kurang senang buat pasukan Selangor.Dalam masa sama, Faisal mengharapkan perubahan boleh berlaku dalam mutu pengadilan agar perlawanan lebih adil dapat diberikan kepada semua pasukan.\"Kalau perlawanan yang adil kami kalah 5-0, 10-0 tak apa kami terima. Tetapi, cara begini, kami sangat kecewa dan kami tak boleh terima.\"Tetapi, ini bola sepak apa yang boleh kami buat keputusan dah tertulis dan kami kena terima kekalahan ini\"Saya tak perlu cakap lebih, ada siaran langsung hari ini. Semua orang boleh melihat sama ada pasukan Selangor tak bagus untuk menang atau sebaliknya. Semua orang boleh menilai,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 04:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256127/berita/sukan/hannah-akan-jumpa-shereen", "article_title": "Hannah akan jumpa Shereen", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan Shereen Samson Vallabouy pada Selasa ini bagi membincangkan keperluan dan kebajikan atlet olahraga negara itu.Hannah berkata, Shereen, 25, yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak dan kini pelajar atlet di Universiti Winona State di Minnesota, Amerika Syarikat, telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.Sehubungan itu, beliau berkata, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memberikan sokongan kepada atlet seperti Shereen.\"Namun, bentuk bantuan yang akan diberikan itu masih dalam perbincangan peringkat KBS. Lagipun, perjumpaan minggu hadapan (Selasa) akan diadakan secara tertutup (di KBS) dan selepas itu baru kita akan maklumkan kepada media,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 di sini pada Jumaat.Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan ibu kepada pelari 400 meter (m) negara itu, Josephine Mary memberitahu bahawa Shereen berdepan masalah untuk membiayai latihan dan tinggal di Florida selepas tajaan daripada Better Malaysia Foundation (BMF) dijangka hanya cukup hingga Disember ini, dalam usaha merebut slot ke Sukan Olimpik 2024.Shereen akan berpindah ke Florida Jun ini selepas semester terakhirnya di Universiti Winona State bagi menjalani latihan amali dan seterusnya berlatih di bawah kendalian jurulatih Derrick White.Pada 16 April, Shereen meleburkan rekod 400m kebangsaan milik Allahyarham Rabia Abdul Salam dengan mencatatkan 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat.Beliau sebelum itu pernah meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan sebanyak empat kali, dengan yang terakhir ketika memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia pada Mei lepas.Pelari itu juga merupakan antara wakil negara yang akan menggalas cabaran dalam temasya Sukan SEA Kemboja pada Mei ini bagi acara 400m dan 4x400m.Mengenai penganjuran KLSCM edisi ke-15 yang dijadual berlangsung di sekitar Dataran Merdeka pada 30 September dan 1 Oktober ini, Hannah berkata, ia merupakan usaha yang baik dalam menarik rakyat Malaysia menyertai aktiviti sihat terutamanya apabila pelbagai kategori dipertandingkan.Sementara itu, Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans berkata, sejumlah 40,000 peserta dijangka menyertai larian tersebut musim ini.\"Kami berbesar hati menerima label Road Race daripada World Athletics, merupakan cap kelulusan yang akan memberi keyakinan tambahan kepada pelari bahawa mereka mendaftar untuk acara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,\u201d kata Rainer. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 03:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256113/berita/sukan/lewandowski-tekad-kalahkan-real-betis", "article_title": "Lewandowski tekad kalahkan Real Betis", "article_text": "PEMAIN sensasi, Robert Lewandowski dan Barcelona mahu melakar impak positif dalam perhitungan dengan Real Betis awal pagi Ahad ini ketika mereka dalam pengembaraan menuju gelaran La Liga musim ini.Skuad bimbingan Xavi Hernandez ketika ini 11 mata di puncak liga dan semakin menghampiri gelaran liga pertama sejak 2019.Bagaimanapun di atas kertas, mereka hanya meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini.Lewandowski meraih permulaan musim yang positif dan menjadi penjaring terbanyak dengan 18 jaringan, namun untuk aksi La Liga musim ini, dia hanya menyumbat lima gol.\u201cKami berada di posisi yang baik. Kami mempunyai dua perlawanan di laman sendiri dan perlu cuba bermain dengan baik.\u201cKami juga perlu memikirkan mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dalam baki tujuh perlawanan akan datang,\u201d kata Lewandowski.Justeru penyerang Poland mahu rakan sepasukan lebih tenang untuk mengharungi baki saingan liga musim ini.\u201cKami tidak mempunyai kesabaran untuk mencipta peluang dan mencipta serangan. Kami perlu lebih tenang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 02:27pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256097/berita/sukan/peluang-newcastle-sambar-slot-liga-juara-juara-cerah", "article_title": "Peluang Newcastle sambar slot Liga Juara-Juara cerah", "article_text": "NEWCASTLE United semakin hampir menamatkan penantian 20 tahun untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Everton 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park pada Jumaat.Pasukan kendalian Eddie Howe itu nyata bukan tandingan Everton dengan Callum Wilson menjaringkan dua gol dan masing-masing satu gol daripada Joelinton dan Jacob Murphy.Kemenangan itu menyaksikan Newcastle menjarakkan kedudukan dengan kelebihan lapan mata daripada pasukan di kedudukan kelima, Aston Villa.\"Separuh masa pertama tidak sempurna, tetapi separuh masa kedua sangat bagus. Kami menjaringkan beberapa gol yang sangat bagus.\"Separuh masa kedua, kami benar-benar menunjukkan apa yang kami mampu lakukan,\" kata Howe.Kekalahan itu menyebabkan Everton masih berada di zon penyingkiran, dua mata di belakang zon selamat.\"Perlawanan berubah selepas gol kedua mereka dan itulah yang perlu kami ubah,\" kata pengendali Everton, Sean Dyche.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 01:01pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256092/berita/sukan/messi-tidak-sepatutnya-kembali-ke-barcelona", "article_title": "Messi tidak sepatutnya kembali ke Barcelona", "article_text": "LEGENDA Argentina, Mario Kempes memberi amaran kepada Lionel Messi agar tidak kembali ke Barcelona dan kekal bersama Paris Saint-Germain.Masa depan Messi ketika ini menjadi spekulasi kerana kontraknya bersama PSG akan tamat pada musim panas ini dan bintang Argentina itu dikatakan akan kembali ke Barcelona.Bagaimanapun, PSG masih berminat untuk menyambung kontrak Messi yang telah meledak 31 gol dan 34 bantuan gol dalam 70 perlawanan untuk Les Parisiens sejak 2021.Kempes percaya Messi tidak sepatutnya kembali ke Barcelona kerana kelab itu masih berdepan beberapa masalah dalaman.\"Saya rasa tidak bagus untuk dia (Messi) kembali ke Barcelona. Adalah lebih baik untuk dia kekal di Perancis. Dia boleh menyertai Piala Dunia seterusnya dalam keadaan lebih baik.\"Matlamat Barcelona kini berbeza. Mereka masih membina pasukan semula sejak Messi pergi, dan terdapat banyak masalah dalam kelab.\"Saya memberitahu Messi untuk kekal di PSG untuk persiapan fizikal dan mentalnya sebelum Piala Dunia akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 12:20pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256077/berita/sukan/tawaran-rm187-juta-beli-parc-des-princes-mengarut", "article_title": "'Tawaran RM187 juta beli Parc des Princes mengarut'", "article_text": "DATUK Bandar Paris, Anne Hidalgo menyifatkan tawaran \u20ac38 juta (RM187 juta) yang dikemukakan Paris Saint Germain (PSG) untuk membeli stadium Parc des Princes milik bandar itu sebagai tidak masuk akal.PSG kini memasuki tahun ke-10 dalam perjanjian sewa selama 30 tahun, tetapi telah menyasarkan pemilikan stadium sepenuhnya sebelum meneruskan perancangan mengubah suai venue itu yang dibina sempena Piala Dunia 1998.Menurut Hidalgo, harga yang ditawarkan PSG sebagai mengarut dan kelab itu perlu mengemukakan harga yang munasabah.\"Kami telah membuka pintu kepada kemungkinan menjual stadium kepada kelab. Memang benar dalam model ekonomi kelab besar, mereka merupakan pemilik kesemua kelab itu dan sudah tentu kami perlu melihat hujah ini.\"Untuk menjual, anda perlu menghormati peraturan kerana stadium itu milik masyarakat Paris, ia bukan milik saya.\"Kami terikat dengan undang-undang, jadi ada prosedurnya dan kami perlu menetapkan harga yang mesti sepadan demi kebaikan bersama.\"Kelab itu menawarkan \u20ac38 juta (RM187 juta). Saya fikir tidak masuk akal adalah perkataan yang tepat,\" katanya.PSG dilaporkan turut berminat untuk membeli Stadium Stade de France dan akan menyatakan hasrat mereka secara rasmi dalam masa terdekat.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 10:53am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256075/berita/sukan/jadual-padat-beri-kesan-kepada-united", "article_title": "Jadual padat beri kesan kepada United", "article_text": "ERIK ten Hag menyifatkan beberapa pemainnya gagal memberikan persembahan 100 peratus selepas Manchester United mensia-siakan kelebihan dua gol ketika seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada awal pagi Jumaat.United seharusnya mampu menghadirkan tekanan kepada Spurs yang sedang berdepan prestasi tidak menentu di Stadium Tottenham Hotspur selepas mendahului 2-0 menerusi jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford.Namun, pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi Pedro Porro dan Son Heung-min.\"Kami mempunyai jadual paling teruk dalam Liga Perdana Inggeris dan itu tidak akan berubah. Tetapi, kami perlu menerimanya. Ia tidak boleh dijadikan alasan.\"Masa cukup untuk pemain pulih dan mereka perlu bersedia. Namun, pemain tidak melakukannya hari ini dan kami hilang fokus.\"Saya tahu mereka bukan robot dan ia adalah jadual yang sukar. Tetapi apabila anda bermain untuk United dan bermain di tempat lawan, anda perlu memberikan semua yang ada,\" katanya.United kekal enam mata di atas Spurs dan berada di kedudukan kelima liga serta mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan berbanding pasukan kendalian Ryan Mason itu.Dalam pada itu, Mason gembira dengan semangat yang ditunjukkan para pemain sehingga mampu mengikat United.\"Saya telah banyak mendengar tentang kekurangan keyakinan dalam diri pemain tetapi saya tahu saya mereka mampu bermain dengan baik sebagai satu pasukan.\"Itu adalah tugas saya untuk memberi inspirasi kepada mereka supaya setiap kali turun bermain, pemain akan beri yang terbaik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 10:43am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256068/berita/sukan/sabah-lonjak-ke-kedudukan-ketiga-kl-benam-pdrm", "article_title": "Sabah lonjak ke kedudukan ketiga, KL benam PDRM", "article_text": "SABAH FC berjaya melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2023 selepas menewaskan Selangor FC 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.Sabah mengumpul 20 mata hanya dipisahkan dua mata dengan Selangor (22 mata) di kedudukan kedua dan Johor Darul Ta'zim selaku pendahulu liga (27 mata), tenang memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-24 melalui sepakan penalti Saddil Ramdani.Kedua-dua pasukan masing-masing kemudian cuba mengatur serangan namun gagal menembusi gawang gol pasukan lawan sehingga wisel separuh masa ditiup.Bersambung babak kedua, Selangor selaku pelawat tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila Mohamad Faisal Abdul Halim berjaya menewaskan penjaga gol Sabah menerusi sepakan kencang luar kawasan kotak penalti pada minit ke-51.Permainan kian rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum kapten pasukan Sabah Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-66 dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.Kuala Lumpur (KL) City FC turut memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri selepas menewaskan PDRM FC 3-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.Tiga gol tanpa berbalas dihasilkan skuad City Boys menerusi Romel Morales pada minit ke-14, Paulo Josue (minit ke-26) dan Kipre Tchetche (minit ke-87) sudah memadai buat skuad itu membawa pulang tiga mata penuh.Sementara itu, hasrat Kuching City FC untuk menamatkan kemarau kekalahan pasukan selepas mengharungi 10 perlawanan liga terbantut selepas tewas di tangan Penang FC 1-2 pada aksi di Stadium Bandaraya, Georgetown.Kuching City membuka tirai jaringan menerusi Abu Razard Kamara seawal minit ke-14 sebelum dibalas dua gol tuan rumah menerusi Khairul Akmal Rokisham pada minit ke-45 dan Soony Saad pada minit ke-51. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 08:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256062/berita/sukan/bac-2023-aaron-wooi-yik-tersingkir-daripada-saingan", "article_title": "BAC 2023: Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada saingan", "article_text": "HASRAT beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menampilkan prestasi sebenar selepas beraksi hambar dalam kejohanan musim ini terbantut selepas ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam ini.Kredibiliti pasangan nombor dua dunia dan Juara Dunia itu tercalar selepas tewas di tangan pasangan nombor 14 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin dalam perlawanan yang diheret ke set penentuan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.Aaron-Wooi Yik pada mulanya mendominasi perlawanan seawal set pertama dengan mencatatkan kemenangan 21-14.Bagaimanapun, pihak lawan yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 bangkit menghalang kemaraan Aaron-Wooi Yik dan memenangi set seterusnya 16-21 dan 19-21 dalam pertarungan selama 47 minit.Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gandingan kelapan dunia, terpaksa bergelut dalam pertarungan tiga set berdepan gandingan Jepun Ayato Endo-Yuta Takei sebelum berjaya menempah slot suku akhir BAC.Yew Sin-Ee Yi tewas 10-21 set pertama sebelum bangkit 21-15 dan 22-20 bagi menoktahkan kemenangan serta bakal berdepan ujian getir di suku akhir apabila dijadual bertemu beregu nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 07:22am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256048/berita/sukan/libatkan-fam-mfl-dalam-forum-terbuka", "article_title": "Libatkan FAM, MFL dalam forum terbuka", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu digandingkan bersama dalam forum terbuka yang dicadangkan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, ia bagi memastikan isu yang diutarakan dalam forum tersebut boleh diangkat sebagai agenda nasional, selain menjadi medium buat FAM dan MFL untuk menjawab persoalan penyokong.\u201cBukan hanya kelab sahaja, sebaliknya penglibatan MFL dan FAM amat penting kerana saya yakin banyak perkara yang mahu ditanya oleh penyokong bola sepak negara.\u201cSebarang isu yang diketengahkan mungkin boleh menjadi idea buat MFL dan FAM untuk direalisasikan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencadangkan satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga-M demi kemajuan bola sepak negara.Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan penyokong bertanya sebarang persoalan mengenai perkembangan kelab masing-masing.Pekan turut melihat penganjuran forum tersebut sebagai satu langkah yang baik dan semua pasukan perlu bersifat terbuka untuk memastikan cadangan itu dapat berjalan lancar.Beliau berkata, tema forum itu juga perlu lebih menyeluruh dan relevan agar ia dapat membantu dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.\u201cMengambil contoh yang baik terutama apa yang dilakukan oleh JDT tetapi tidak semua kelab mampu untuk ikut seperti JDT.\u201cAlternatif untuk adakan forum ini adalah baik dan menarik minat mereka. Namun, kita tidak boleh terlalu memaksa dan jika ada kelab yang tidak setuju, kita label mereka sebagai tidak positif.\u201cSebab saya rasa ketika ini banyak kelab yang tumpu untuk mengharungi saingan liga dan perlu ada masa sesuai untuk adakan forum tersebut,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/256039/berita/sukan/peluang-wakil-selangor-dalam-e-sukan", "article_title": "Peluang wakil Selangor dalam e-Sukan", "article_text": "KARNIVAL Pendidikan Sinar Bestari membuka peluang menggilap bakat e-Sukan dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk mewakili negeri Selangor yang akan diketengahkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.Presiden Esport Selangor Association (ESS), Abdul Razak Mohd Yusof berkata, sebanyak 16 pasukan terawal dijangka berentap dalam pertandingan e-Sukan yang akan diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari bermula pada 11 hingga 12 Mei ini di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini.\u201cPada pertandingan kali ini, peserta-peserta akan berentap dalam permainan Mobile Legends dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG).\u201cKita tidak mahu mereka bermain dan menang sahaja tetapi rekod akan tersimpan dalam portfolio peserta.\u201cLebih menarik, rekod tersebut akan dijadikan rujukan dalam proses pemilihan atlet-atlet e-Sukan mewakili negeri Selangor pada temasya Sukma akan datang,\u201d katanya ketika dihubungi.Justeru, jelas beliau, peserta-peserta yang menyertai Karnival Pendidikan Sinar Bestari berpeluang bergelar atlet negeri pada temasya sukan berprestij peringkat kebangsaan itu.Menurut Abdul Razak, pihaknya sentiasa memantau dan menggilap bakat-bakat e-Sukan dalam pertandingan-pertandingan penganjuran ESS.Selain pertandingan, beliau berkata, jerayawara berkenaan e-Sukan akan diadakan sebagai nilai tambah bagi menarik pengunjung pada karnival pendidikan terbesar di Selangor itu.\u201cPengunjung boleh merasai pengalaman bermain permainan bola sepak FIFA secara percuma melalui platform PlayStation.\u201cKita menjangkakan bukan sahaja peserta akan ramai malah pengunjung kerana e-Sukan sangat dekat dan popular dalam kalangan pelajar-pelajar serta mahasiswa IPT,\u201d ujarnya.Penganjuran karnival pendidikan tersebut adalah kerjasama antara Kumpulan Karangkraf dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) yang mengetengahkan tema \u2018Memacu Pendidikan Generasi Digital\u2019.Pelbagai aktiviti menanti pengunjung termasuk jualan buku Karangkraf Mall, Sinar Rovers, menunggang kuda, hari kantin sekolah, mini zoo, jualan mega dan pameran bertemakan digital, skil serta kerjaya.Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan, antaranya pidato, tarian Malaysia, pancaragam, dikir barat, koir, Sinar Bestari Got Talent, kawad kaki dan banyak lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 09:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255996/berita/sukan/sukan-sea-sharmendran-dipilih-bawa-jalur-gemilang-di-kemboja", "article_title": "Sukan Sea: Sharmendran dipilih bawa Jalur Gemilang di Kemboja", "article_text": "KUALA LUMPUR - Jaguh karate negara, R Sharmendran diberi kepercayaan membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja, pada 5 Mei ini.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, antara sebab Sharmendran dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara tersebut adalah kerana atlet berusia 30 tahun itu merupakan prospek emas negara kali ini.\u201cSelepas meneliti senarai pendek yang merangkumi tujuh calon, MOM memilih Sharmendran untuk diberi penghormatan ini berdasarkan dua kriteria \u2013 prospek pingat dan pengalaman,\u201d katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook MOM hari ini.Sharmendran kini sedang memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam kategori kumite lelaki 75 kilogram (kg), selepas muncul juara acara sama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.Beliau bakal menjadi wakil karate kedua menjadi pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan temasya sukan dwitahunan itu, selepas R. Puvaneswaran diberikan penghormatan melakukannya pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.Sukan SEA 2023 akan berlangsung sehingga 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 03:00pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255991/berita/sukan/ronaldo-bakal-tinggalkan-al-nassr", "article_title": "Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo dilaporkan telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi.Menurut laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi itu pada Januari selepas berselisih faham dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo mencuba nasib untuk memastikan kembali ke Real Madrid.Namun, Perez telah menghalang pemain itu kembali ke Bernabeu. Bagaimanapun, dia kini telah ditawarkan kembali kelab itu tetapi bukan berperanan sebagai pemain.Laporan itu mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 02:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255968/berita/sukan/rayo-kejutkan-barca", "article_title": "Rayo kejutkan Barca", "article_text": "BARCELONA terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata di puncak La Liga setelah kalah mengejut 1-2 kepada Rayo Vallecano di Vallecas awal pagi Khamis.Alvaro Garcia dan Fran Garcia muncul wira untuk membantu kemenangan berharga Rayo, manakala Robert Lewandowski memperoleh gol lewat permainan buat Barca.\u201cMereka beraksi dengan baik dan berhak menang. Kami tidak cukup bagus.\u201cMereka tampil lebih garang di tempat sendiri. Kami pula membuat dua kesilapan dan mereka hasilkan gol,\u201d kata pertahanan Barcelona, Ronald Araujo.Kekalahan itu tidak menjejaskan skuad Xavi Hernandez apabila kekal 11 mata di depan pasukan di tempat kedua Real Madrid dengan berbaki tujuh perlawanan.Selepas juara bertahan Madrid tewas di Girona pada Rabu, harapan mereka pertahankan gelaran semakin tipis walaupun Barcelona mengalami nasib sama.Barca pula hanya menang satu daripada empat aksi terakhir liga - kemenangan tipis ke atas Atletico Madrid Ahad lalu dalam misi memburu gelaran liga pertama sejak 2019.Xavi sebelum perlawanan memberi amaran kepada pemainnya mengenai ancaman Rayo kerana mereka gagal menewaskan kelab Madrid itu dalam empat aksi terakhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 12:18pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255957/berita/sukan/lampard-pasrah-diejek-penyokong", "article_title": "Lampard pasrah diejek penyokong", "article_text": "FRANK Lampard mengakui wajar diejek oleh penyokong yang berang dengan prestasi Chelsea selepas tewas 0-2 kepada Brentford pada awal pagi Khamis.Jaringan sendiri Cesar Azpilicueta dan rembatan lewat, Bryan Mbeumo menyaksikan Chelsea gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir mereka.Chelsea gagal menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh aksi terakhir dan kini berada di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL).\"Sudah tentu penyokong berasa bimbang. Jika anda penyokong Chelsea, anda sudah biasa dengan kejayaan 20 tahun dan anda mahu lebih lagi.\"Saya tiada masalah dengan ejekan penyokong. Saya tidak duduk di sini untuk menentang penyokong dan berkata jangan ejek pemain,\" ujarnya.Pada masa sama, Lampard percaya kekurangan keyakinan dalam setiap pemain menjadi punca kekalahan tersebut.\"Ia sesuatu yang sukar. Mereka telah mengharunginya (prestasi merosot) lebih lama daripada saya dan ada keyakinan yang rendah dalam setiap diri pemain, katanya.Lampard yang bertindak sebagai pengurus sementara hanya mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini dengan kemungkinan bekas pengendali Paris Saint Germain dan Tottenham Mauricio Pochettino menjadi calon pilihan dilantik pengurus baharu Blues.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 11:00am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255955/berita/sukan/liverpool-mula-pamer-kekuatan-sebenar", "article_title": "Liverpool mula pamer kekuatan sebenar", "article_text": "JURGEN Klopp menggesa Liverpool agar terus menunjukkan karakter sebenar mereka selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut untuk berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham 2-1 di Stadium London pada Khamis hasil jaringan Cody Gakpo dan Joel Matip yang membatalkan gol awal Lucas Paqueta.\"Saya sangat menyukai persembahan ini. Saya rasa kami luar biasa dalam separuh masa pertama. Kami kawal permainan dengan cukup baik dari awal lagi cuma kami melakukan satu kesilapan dan ketinggalan 1-0.\"Saya juga menggemari aksi babak kedua. Kami terpaksa terpaksa bertungkus lumus akibat corak permainan fizikal West Ham, mereka sentiasa mempunyai peluang untuk bangkit selagi kami tidak membunuh permainan dan kami tidak melakukannya.Klopp berkata pasukannya berhak menang perlawanan tersebut selepas turut dibayangi kontroversi bola terkena tangan Thiago Alcantara di dalam kotak penalti di penghujung perlawanan.\"Saya juga terdengar mengenai bola terkena tangan tetapi ketika itu saya sedang memandang ke arah lain.\"Saya fikir pemain saya hanya jatuh ke atas bola tetapi saya boleh faham mungkin kalau (pengendali West Ham) David Moyes melihatnya daripada sudut yang berbeza sama sekali.\"Akhirnya, jika anda melihat perlawanan ini, saya fikir kami memang berhak menang dan itu bagi saya sangat penting,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 10:44am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255954/berita/sukan/city-mudah-jinakkan-arsenal", "article_title": "City mudah jinakkan Arsenal", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu mendabik dada dan menegaskan kemenangan 4-1 keatas Arsenal bukan penentu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) milik mereka.Dua gol daripada Kevin De Bruyne selain gol daripada John Stones dan Erling Haaland menyaksikan persembahan dominan daripada City dalam aksi di Stadium Etihad itu.Menurut Guardiola, tiga perlawanan seterusnya akan menentukan peluang City untuk menjuarai saingan EPL musim ini.City kekal di tempat kedua dan dua mata di belakang Arsenal tetapi memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.\"Saya tahu tiga perlawanan seterusnya sangat penting. Fulham pada hari Ahad dengan apa yang Marco Silva (pengendali Fulham) lakukan musim ini adalah luar biasa.\"Kemudiannya perlawanan di laman sendiri menentang West Ham dan Leeds akan menentukan musim ini.\"Realiti hari ini kami berada di belakang Arsenal, mereka dua mata di hadapan kami,\" katanya.Guardiola turut memuji aksi dominan kemenangan pasukannya yang kini memenangi 12 perlawanan liga berturut-turut menentang Arsenal.\"Dari minit pertama kami sangat fokus. Mereka bertindak balas dengan luar biasa dalam perlawanan penting,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255945/berita/sukan/arteta-mula-hilang-semangat", "article_title": "Arteta mula hilang semangat", "article_text": "ARSENAL kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi bahasa badan pengendali, Mikel Arteta selepas kekalahan 1-4 kepada Manchester City menunjukkan dia tahu peluang kejuaraan mereka telah hilang.Pasukannya gagal menghalang serangan berterusan City apabila Kevin De Bruyne menjaringkan dua gol dengan John Stones dan Erling Haaland turut mencipta nama sebagai penjaring.Penyandang juara, City akan berada di tempat teratas EPL jika mereka menewaskan Fulham pada hujung minggu setelah mengekori Arsenal sepanjang musim.\"Saya tidak tahu apa yang akan diperlukan. Pastinya kami perlu memastikan pemain bangkit dahulu kerana mereka menderita malam ini.\"Kami perlu melakukan semua yang kami lakukan setakat ini dengan baik dan mula dapatkan kemenangan semula,\" katanya.Arsenal kehilangan momentum apabila seri tiga perlawanan berturut-turut sebelum tewas di Etihad dan mereka terasa kehilangan tonggak pertahanan William Saliba yang mengalami kecederaan.\"30 minit pertama semua perkara asas menentang pasukan teratas gagal untuk kami lakukan dan jelas kami dihukum.\"Kami menentang pasukan yang luar biasa. Kami juga pasukan yang luar biasa - tetapi hari ini kami gagal memberikan saingan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 10:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255933/berita/sukan/korban-syawal-demi-impian-di-australia", "article_title": "Korban Syawal demi impian di Australia", "article_text": "SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri bagi si perantau yang berjauhan daripada keluarga tersayang di Malaysia sememangnya menjentik kerinduan tersendiri.Namun bagi pengusti pertama Malaysia yang beraksi dalam kejohanan gusti New Japan Pro Wrestling (NJPW), Tamashii di Australia, Emman Azman, ia merupakan sesuatu perkara perlu dibiasakan sejak berkelana di negara tersebut empat tahun lalu.Malah bagi juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth tersebut perasan kerinduan itu harus diletakkan diketepikan sementara dalam misi mengembangkan kariernya.\u201cSejujurnya ini merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri keempat yang Emman rai berjauhan daripada ahli keluarga tercinta.\u201cBagaimanapun kemeriahan meraikan hari kemenangan umat Islam ini tetap terasa apabila Emman dapat meraikan bersama-sama rakan dari Malaysia yang tinggal di perantauan dengan mengadakan potluck.\u201cBagi yang berjauhan daripada keluarga disebabkan faktor belajar atau karier, menyambut Aidilfitri bersama-sama rakan-rakan adalah kenangan terindah biarpun tidak seindah beraya bersama keluarga dan saudara mara lain,\u201d kata Emman kepada Sukan Sinar.Emman sebelum ini mencipta sensasi apabila menjadi rakyat pertama beraksi dalam arena gusti profesional.Emman ketika bertarung menentang Jarvis di Melbourne, baru-baru ini.Dalam penampilan pertama dalam pentas NJPW, Emman yang terkenal dengan julukan Golden Boy mengambil masa 11 minit untuk menewaskan seterunya dari Australia, Jarvis dengan teknik KL Gold Running Elbow di Melbourne.Sebagai rekod, Emman pernah mengalahkan Jarvis dalam perlawanan MCWBlood In TheWater di Melbourne pada 8 April lalu.Kali pertama Emman menentang Jarvis dalam MCW Ascension Tournament, Mei tahun lalu.Dalam pada masa sama penggusti berusia 22 tahun itu memberitahu memori menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarganya kembali menggamitnya setiap kali 1 Syawal.\u201cEmman rindu pagi raya pergi masjid solat sunat Aidilfitri dengan ayah dan sepupu Emman. Emman juga rindu malam raya ketika menolong ibu masak dan sediakan makanan raya.\u201cSelain itu, kenangan menggamit memori setiap kali raya sebelum ini adalah dapat menikmati juadah raya bersama-sama kawan dan keluarga, dan selepas itu rehat di kerusi panjang dan tengok televisyen atau main game bersama-sama mereka.\u201cKerinduan itu bersama-sama ahli keluarga terubat dengan video call ibu selepas solat sunat raya dan mesej ucapan kepada ahli keluarga Emman,\u201d katanya yang menggemari menu wajib Aidilfitri seperti lemang, soto dan aneka rendang.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 09:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255929/berita/sukan/alah-bisa-tegal-biasa---shalin", "article_title": "Alah bisa tegal biasa - Shalin", "article_text": "ALAH bisa tegal biasa.Demikian perasaan ratu boling negara, Datuk Shalin Zulkifli apabila 'mengorbankan diri' menyambut Syawal di perantauan dek kerana membawa nama negara pada kejohanan di pentas antarabangsa.Shalin berkata, suasana tersebut tidak boleh dielakkan kerana pertandingan yang disertai di luar negara adalah mengikut kalendar Masihi bersamaan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam.Tambahnya, skuad boling tidak boleh melepaskan peluang pertandingan itu biarpun berlangsung ketika Syawal kerana ia merupakan antara kejohanan besar boling iaitu Liga Profesional di Amerika Syarikat (AS).\u201cBanyak kali, sudah biasa (Syawal di perantauan), jadi tidak rasa sangat (sedih).\u201cLagi pun saya bukan pergi seorang tetapi bersama rakan sepasukan. Jadi kami sudah rasa macam keluarga sendiri,\u201d katanya ketika ditemui Sukan Sinar di Kuala Lumpur baru-baru ini.Bagaimanapun katanya, kemeriahan sambutan Aidilfitri masih boleh dirasai apabila skuad boling berkunjung ke pejabat kedutaan di luar negara.\u201cKetika di Holand, kami berkunjung ke kedutaan dan berjumpa dengan orang Malaysia di sana.\u201cSemasa ada kejohanan di AS empat tahun lepas kami bawa bahan dari Malaysia dan masak nasi lemak serta rendang,\u201d ujar bekas atlet berusia 45 tahun itu.Tambahnya, ketika masih bujang kerinduan kepada suasana perayaan di tanah air tidak dirasai, namun apabila sudah berkahwin dan ada anak, rasa sedih tidak boleh dielak.Beliau dan suami yang juga bekas atlet boling negara, Azidi Ameran sudah sepakat apabila ada kejohanan di luar negara salah seorang berada di Malaysia menguruskan anak.\u201cApabila sudah ada anak (Alya) baru terasa sedih lebih-lebih lagi kejohanan itu berlangsung pada bulan puasa dan berlarutan sehingga Syawal,\u201d katanya yang bersara daripada arena boling dua tahun lepas.Bagaimanapun tegas Shalin, ia merupakan pengorbanan besar atlet buat negara untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.\u201cSaya tidak fikir sangat (Syawal) sebab sudah biasa. Sudah menjadi tanggungjawab kita kalau anda tak boleh, susahlah nak jadi atlet negara.\u201cBukan atlet sahaja, bertanding di bulan puasa dan menyambut Syawal di luar negara. Bidang pekerjaan lain seperti kru kapal terbang. Ini pengorbanan besar buat negara,\u201d katanya yang memenangi pingat emas Sukan Asia di Busan (2002) dan Doha (2006).Shalin yang bergelar atlet selama 28 tahun melakar kejayaan cemerlang apabila menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, AS.Dia juga dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002).", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 09:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255927/berita/sukan/zhafri-tuntut-rakan-kekal-momentum-waspada-pdrm", "article_title": "Zhafri tuntut rakan kekal momentum, waspada PDRM", "article_text": "PEMAIN tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Zhafri Yahya berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan PDRM FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Khamis.Malah Zhafri yang telah bersedia untuk diturunkan selepas baru pulih kecederaan percaya tiga mata diraih ke atas The Cops adalah penting yang secara tidak langsung memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan liga.\u201cSelepas sebulan bergelut dengan kecederaan, alhamdulillah saya telah mula kembali jalani latihan sebelum berdepan Kedah Darul Aman tempoh hari. InsyaALLAH, perlawanan berdepan PDRM ini saya bersedia untuk diturunkan, namun bergantung kepada taktikal coach.\u201cAlhamdulillah syukur, saya gembira apabila keserasian dalam kalangan pemain KL City juga semakin baik dan mantap dalam tiga perlawanan terakhir liga sebelum ini.\u201cCuma perlawanan berdepan PDRM kali ini, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan lawan, sebaliknya perlu berwaspada dan tidak terikut ikut dengan corak taktikal PDRM,\u201d katanya yang meraikan Aidilfitri di Klang dan Batu Pahat kali ini.Sebagai rekod, The City Boys mula kembali ke prestasi sebenar dalam tiga perlawanan terakhir apabila menang 2-0 ke atas Sabah, Perak (1-0) dan Kedah Darul Aman (3-2).KL City kendalian Bojan Hodak kini menghuni tangga ketujuh Liga Super dengan 12 manakala PDRM pula dikedudukan ke-10 dengan 10 mata hasil sembilan perlawanan - lebih satu aksi dari The City Boys.LIGA SUPER 2023 - KHAMIS 27 APRILSabah FC lwn Selangor FC(Stdm Likas, 8.15 malam)Kuala Lumpur City FC lwn PDRM FC(Stdm Bola Sepak Kuala Lumpur, 8.15 malam)Penang FC lwn Kuching City FC(Stdm Bandaraya, 9 malam)JUMAAT 28 APRILTerengganu FC lwn Sri Pahang FC(Stdm Sultan Mizan Zainal, 9 malam)Negeri Sembilan FC lwn Kedah Darul Aman FC(Stdm Tuanku Abdul Rahman, 8.15 malam)Kelantan FC lwn Perak FC(Stdm Sultan Muhammad IV, 9 malam)* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan MFL", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 08:50am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255926/berita/sukan/selangor-intai-peluang-lebur-rekod-tanpa-kalah-sabah", "article_title": "Selangor intai peluang lebur rekod tanpa kalah Sabah", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bakal berdepan tugas sukar apabila menentang Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas pada Khamis.Menurutnya, walaupun menyedari kekuatan dimiliki Sabah, namun skuad Gergasi Merah tetap akan cuba melakar keputusan positif sekali gus meleburkan rekod The Rhinos yang masih belum tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini.\"Satu perlawanan yang sukar sebab kalau kita lihat pasukan Sabah berada dalam satu prestasi terbaik terutama apabila mereka bermain di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong mereka.\"Namun, kalau kita betul-betul bersedia, kita mampu mencipta keputusan positif untuk terus mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan liga,\" katanya.Untuk rekod, Sabah masih belum tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Malaysia musim ini dengan kali terakhir tewas adalah pada aksi separuh akhir Piala Malaysia kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) musim lalu.Dalam pada itu, Cheng Hoe juga memuji disiplin yang ditunjukkan para pemainnya terutama apabila tidak dapat bercuti panjang menyambut Hari Raya Aidilfitri.\"Setakat ini latihan lancar dan kita kena singkatkan tempoh hari raya. Pemain terpaksa kena korbankan (hari raya) sebab kita ada perlawanan yang cukup penting menentang sabah.\"Saya sebagai jurulatih juga selalu memberi nasihat kepada pemain untuk jaga rehat dan jaga makan sepanjang hari raya ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 08:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255921/berita/sukan/120-terbaik-dunia-bukan-mustahil", "article_title": "120 terbaik dunia bukan mustahil", "article_text": "SASARAN diletakkan Harimau Malaya untuk berada di ranking ke-120 dunia menjelang hujung tahun ini dilihat agak tinggi, namun tidak mustahil untuk dicapai.Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, untuk meletakkan skuad negara di kedudukan ke-120 memerlukan kerja keras, persembahan konsisten dan keputusan positif dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.\u201cKesungguhan perlu ada untuk pasukan negara sekiranya mereka mahu mencapai ranking 120 dunia kerana sekarang sudah nak masuk bulan Mei dan perlu mencari mata yang banyak menjelang hujung tahun.\u201cSenang cerita, mereka kena meraih keputusan positif dalam semua perlawanan sekiranya mahu mencapai sasaran tersebut. Jika kita dapat kedudukan 120 itu, sudah tentu sangat bagus dan satu perkembangan yang baik untuk bola sepak negara\u201cNamun, sasaran tidak selalunya tepat. Jika tak dapat ranking 120, dapat sekitar ranking 130 iaitu memperbaiki ranking 138 ketika ini pun dah cukup baik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad negara akan terus mendaki kedudukan lebih baik menembusi ranking ke-120 dunia sekiranya meraih keputusan positif dalam keseluruhan enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober depan.Malaysia ketika ini naik tujuh anak tangga daripada kedudukan 145 untuk berada di posisi 138 dalam kemas kini terbaharu ranking FIFA baru-baru ini.Ia disumbangkan dua kemenangan, masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, bulan lepas.Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah di kedudukan ke-75 dunia yang dilakukan pada tahun 1993.Dalam pada itu, beliau berkata, FAM perlu bijak mencari lawan yang berada di ranking tinggi untuk mendapat mata yang banyak dalam setiap perlawanan.\u201cSaya difahamkan beberapa pasukan seperti Taiwan, China dan Kuwait berminat untuk lawan pasukan negara pada September nanti.\u201cChina merupakan pilihan yang baik tetapi kalau dapat yang lebih baik berbanding Taiwan atau Kuwait juga lebih bagus untuk pasukan negara,\u201d katanya.Malaysia akan melayani kunjungan Kepulauan Solomon dan Yaman dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Jun sebelum menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan pada September yang belum lagi dimuktamadkan.Selepas itu, pasukan negara akan menjadi hos Pestabola Merdeka dengan India, Palestin dan Lubnan akan mengambil bahagian.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255937/berita/sukan/bac-2023-zii-jia-tewas-pusingan-pertama", "article_title": "BAC 2023: Zii Jia tewas pusingan pertama", "article_text": "MISI pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 tidak kesampaian apabila tewas dalam aksi pusingan pertama.Pemain pilihan ketiga kejohanan itu tewas straight set dalam masa 39 minit kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus 19-21, 16-21 di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Al Nasr di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.Keputusan itu menyaksikan Ka Long yang berstatus pemain nombor 17 dunia menempah slot berdepan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama bagi perebutan tiket ke suku akhir.Sebagai rekod, Zii Jia tampil ke kejuaraan itu dengan reputasi tinggi selepas mengungguli edisi Manila 2022 di Filipina setelah menjinakkan pemain Indonesia, Jonatan Christie, 21-17, 23-21 dalam perlawanan akhir.Pada set pertama, Zii Jia selesa mendahului 7-2 namun Ka Long bangkit memimpin permainan 15-13 seterusnya menyaksikan kedua-duanya saling berkejar mata untuk kedudukan 20-17, sebelum kemenangan 21-19 berpihak pemain Hong Kong tersebut.Set kedua, kedua-dua pemain saling berkejar mata untuk kedudukan 10-6, sebelum Ka Long memimpin permainan 14-10 kemudiannya mengungguli perlawanan dengan 21-16.Terdahulu, seorang lagi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong tewas kepada pemain Hong Kong, China Lee Cheuk Yiu juga straight set 21-17, 21-18.Sementara itu, pemain Singapura, Loh Kean Yew meneruskan kemaraan selepas menewaskan Lakshya Sen dari India 21-7, 23-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 07:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255922/berita/sukan/sasaran-pingat-sukan-sea-2023-realistik", "article_title": "Sasaran pingat Sukan SEA 2023 realistik", "article_text": "BURUAN pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja Mei ini yang bakal diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hujung minggu ini adalah sasaran yang realistik.Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali berkata, sasaran tersebut melebihi pencapaian pingat yang kem negara peroleh pada Sukan SEA edisi lalu di Hanoi.Pada edisi 2021 yang diadakan tahun lalu, Malaysia meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.Beliau berkata, jumlah sasaran tersebut akan dimuktamadkan sempena perhimpunan atlet di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung bulan ini.\u201cLebih (sasaran emas) dari Hanoi. Apa pun belum dipastikan. Nanti semasa perhimpunan dan perkampungan bersama atlet bermula 28 hingga 30 April ini akan dimuktamadkan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Meskipun sasaran pingat hanya akan diumumkan pada Ahad ini, Mohd Nasir optimis dengan kemampuan 680 atlet negara yang akan dibarisi 57 peratus atlet muda.Beliau menjelaskan walaupun secara purata Malaysia \u2018kehilangan\u2019 18 pingat emas susulan sukan yang menjadi lubuk emas digugurkan, namun harapan disandarkan kepada olahraga dan renang untuk melakar kejutan.\u201cBeberapa sukan yang menyumbangkan emas di Hanoi pada edisi lalu seperti menembak, memanah, bina badan dan gimrama tidak dipertandingkan.\u201cSukan seperti terjun, gimnastik dan angkat berat pula dikurangkan acaranya,\u201d katanya.Selain olahraga dan renang yang mempunyai kontinjen terbesar, beberapa acara individu lain seperti badminton dan karate turut dijadikan sandaran.Pada edisi terakhir di Hanoi, Mei tahun lalu, Malaysia melepasi sasaran 36 pingat emas dengan mengakhiri saingan di kedudukan keenam apabila mengutip 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa - pencapaian terburuk kontinjen negara sejak 1983.Sukan terjun menjadi penyumbang terbanyak emas kem negara apabila memenangi lapan emas diikuti olahraga lima emas, manakala karate dan gimnastik masing-masing membawa pulang empat emas.Bagi edisi ke-30 di Filipina pada 2019 pula, Malaysia meraih 55 emas,58 perak dan 71 gangsa untuk menghuni tangga kelima keseluruhan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 April 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255914/berita/sukan/yew-sin-ee-yi-mara-ke-pusingan-kedua-bac-2023", "article_title": "Yew Sin-Ee Yi mara ke pusingan kedua BAC 2023", "article_text": "BEREGU lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya melepasi halangan pertama pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Rabu.Bagaimanapun, pasangan kelapan dunia itu terpaksa bekerja keras apabila bertarung sehingga set penentuan sebelum mengatasi pasangan India M R Arjun dan Dhruv Kapila 12-21, 21-16, 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.Kemenangan itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi merekodkan kemenangan keempat ke atas Arjun-Dhruv selepas Terbuka Thailand 2021, All England 2021 dan Terbuka Jerman 2022.Yew Sin-Ee Yi yang juga pilihan kelapan kejohanan akan menentang sama ada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae atau beregu Jepun Ayato Endo-Yuta Takei pada pusingan kedua esok.Sementara itu, beregu wanita profesional Vivian Hoo-Lim Chiew Sien tewas kepada pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu yang juga pilihan keempat kejohanan, 15-21, 12-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 09:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255897/berita/sukan/bac-2023-tze-yong-kandas-wei-chong-kai-wun-mara", "article_title": "BAC 2023: Tze Yong kandas, Wei Chong-Kai Wun mara", "article_text": "[KEMAS KINI] PERJALANAN pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), terhenti pada pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, pada Rabu.Pemain ranking ke-25 dunia itu ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 17-21, 18-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 42 minit di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.Ini merupakan kali pertama Tze Yong tewas kepada pemain ranking ke-20 dunia itu, selepas menewaskan Cheuk Yiu di Terbuka Singapura pada Julai lepas.Cheuk Yiu dijadual bertemu pemain ke-10 dunia, Shi Yu Qi dari China pada pusingan kedua esok, yang mendapat laluan mudah di pusingan pertama apabila pemain pilihan pertama kejohanan dari Indonesia, Jonatan Christie menarik diri daripada meneruskan saingan.Sementara itu, beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempamerkan aksi mantap dengan menumpaskan P.S Ravikrishna-Sankar Prasad Udayakumar dari India, 21-12, 21-17, dalam pertarungan yang berlangsung selama 28 minit.Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei turut tersingkir apabila ditundukkan pemain pilihan kedua kejohanan, An Se Young dari Korea Selatan, 10-21, 8-21 dalam perhitungan yang berlangsung selama 27 minit.Se Young yang berada di ranking kedua dunia akan bertemu pemain Thailand Busanan Ongbamrungphan pada pusingan kedua, esok.Beregu lelaki profesional negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong pula ditunjukkan jalan keluar awal oleh pilihan keenam kejohanan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dalam perlawanan straight set, 14-21, 17-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 05:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255892/berita/sukan/aksi-harimau-malaya-di-kuala-terengganu-pada-14-dan-20-jun", "article_title": "Aksi Harimau Malaya di Kuala Terengganu pada 14 dan 20 Jun", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengesahkan tarikh aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 bagi skuad Harimau Malaya, Jun ini.FAM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan aksi menentang pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon akan diadakan pada 14 Jun (Rabu), diikuti aksi menentang Yaman (ke-157) pada 20 Jun (Selasa).Kedua-dua perlawanan pasukan Malaysia, yang menduduki ranking ke-138 dunia akan berlangsung pada 9 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur menyaksikan aksi pasukan kebangsaan.FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.Skuad kendalian Kim Pan Gon yang mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 05:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255869/berita/sukan/athens-2004-jadikan-inspirasi-ke-paris-2024---chong-wei", "article_title": "Athens 2004 jadikan inspirasi ke Paris 2024 - Chong Wei", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu pemain negara yang belum pernah merasai pengalaman beraksi di Sukan Olimpik untuk mengambil inspirasi daripada kisahnya pada edisi Athens 2004 di Greece.Chong Wei berkata, pemain negara yang bakal mengharungi kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bermula bulan depan tidak seharusnya berputus asa dan perlu berjuang sehingga ke titisan terakhir bagi memastikan mereka dapat melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu seperti apa yang dirasainya hampir dua dekad lalu.Pemenang pingat perak perseorangan lelaki sebanyak tiga kali berturut-turut pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 itu mengakui sama sekali tidak menyangka mewakili negara pada Sukan Olimpik 2004 memandangkan dirinya belum pernah mewakili negara di pentas Sukan SEA mahupun Sukan Asia ketika itu.\"Ketika itu hanya Wong Choong Hann dan Roslin Hashim yang sah pergi, namun sewaktu menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Kuala Lumpur saya berjaya mara ke suku akhir dan secara tak langsung dapat berada dalam kedudukan ke-15 dalam ranking top 16 ke Sukan Olimpik kerana ketika itu setiap negara dibenarkan menghantar tiga wakil berbanding dua ketika ini.\"Saya tidak rasa tekanan langsung kerana tiada siapa mengharapkan pingat daripada saya di Athens 2004, hanya pergi dan enjoy. Selepas Choong Hann dan Roslin tersingkir, tinggal saya sahaja seorang yang menentang pemain nombor dua dunia ketika itu dari China, Chen Hong pada pusingan 16 dan kecewa tewas walaupun saya main set penentuan tetapi saya banyak belajar di situ,\u201d katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.Chong Wei berkata demikian pada majlis pembukaan Soul Sports Physio and Rehab Centre yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.Selain mengharapkan dua wakil perseorangan lelaki negara beraksi di Paris 2024, bekas pemain nombor satu dunia itu juga mahu melihat Malaysia memiliki lebih banyak pilihan yang dapat bersaing bagi mengisi kedudukan 16 terbaik dalam ranking Sukan Olimpik bagi kategori tersebut.\"Sememangnya Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong saya selalu cakap harap ada dalam top 16 dalam kelayakan Olimpik namun bagi Tze Yong kena berusaha kerana bukan mudah. Pada masa yang sama, saya juga harap ada pemain perseorangan ketiga atau keempat seperti Leong Jun Hao atau Cheam June Wei untuk bagi pertarungan ke Paris 2024,\u201d katanya.Beliau pada masa sama mahu berkongsi pengalamannya mengawal tekanan sewaktu beraksi pada empat edisi Sukan Olimpik yang lalu dengan kesemua atlet termasuk mereka yang tersenarai dalam program \u2018Road To Gold\u2019 (RTG) kerana baginya bukan mudah untuk berdepan cabaran tersebut.Sementara itu, juara BAC 2016 itu berkata, bukan mudah bagi Zii Jia mempertahankan mahkota kejuaraannya tahun ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu namun percaya pemain nombor empat dunia itu boleh melakukannya jika menampilkan prestasi terbaiknya.Zii Jia yang turun selaku pilihan ketiga di Dubai akan membuka kempennya bertemu wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, hari ini.Mengenai pembukaan Soul Sports Physio and Rehab Centre, Chong Wei berkata, idea menubuhkan pusat berkenaan hadir bersama dua rakan perniagaannya iaitu Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Datuk Seri Lee Tian Hock dan Pengerusi MJHM Sdn Bhd, Datuk Mike Tee Swee Guan, selepas memahami kepentingan pencegahan untuk atlet mahupun orang awam merawat kecederaan dialami.Sementara itu, Hannah memaklumkan penyelaras RTG, Stuart Ramalingam bersama Chong Wei dan dua lagi legenda sukan tanah air iaitu Datuk Nicol David (skuasy) dan Datuk Mirnawan Nawawi (hoki) masih dalam proses meneliti segala keperluan dimohon 15 atlet terlibat dalam program tersebut.\"Secara dasarnya ramai perlukan fasiliti di Institut Sukan Negara terutamanya indie players (badminton) tapi kesemua ini akan diteliti termasuk bajet diperlukan,\u201d katanya.Antara atlet yang tersenarai dalam program RTG adalah Zii Jia, juara bertahan beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.RTG merupakan projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik bermula di Paris 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 03:20pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255865/berita/sukan/pemain-spurs-bayar-semula-tiket-penyokong", "article_title": "Pemain Spurs bayar semula tiket penyokong", "article_text": "PEMAIN Tottenham Hotspur menawarkan untuk membayar semula ganti rugi kepada penyokong yang bertandang ke Stadium St James' Park ketika mereka diaibkan dengan kekalahan 1-6 kepada Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.Newcastle mendahului 5-0 selepas hanya 21 minit perlawanan belangsung untuk menjadi pasukan kedua tercepat melakukannya dalam sejarah EPL selepas rekod yang dilakukan Manchester City ke atas Watford pada September 2019.Kekalahan besar itu turut menyaksikan ketua jurulatih sementara, Cristian Stellini, dipecat dan Ryan Mason pula dipilih untuk menggantikan tempat itu sehingga penghujung musim ini.\"Sebagai satu pasukan, kami memahami kekecewaan anda, kemarahan anda. Ia tidak cukup baik.\"Kami sedar kata-kata sahaja tidak mencukupi dalam situasi seperti ini tetapi percayalah, kekalahan seperti ini melukai kami.\"Kami menghargai sokongan anda, di laman sendiri dan di laman lawan. Oleh itu, kami mahu membayar semula kos yang dikeluarkan penyokong untuk membeli tiket di St James' Park.\"Kami sedar ini tidak akan mengubah apa yang berlaku pada hujung minggu lalu dan kami akan memberikan segala-galanya untuk memperbetulkan keadaan ketika menentang Manchester United,\" kata kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 03:04pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255861/berita/sukan/dunia-iktiraf-stadium-sultan-ibrahim", "article_title": "Dunia iktiraf Stadium Sultan Ibrahim", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus melangkah ke hadapan melalui fasiliti bertaraf dunia apabila dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama ke Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik).Kelab itu dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, Stadium Sultan Ibrahim telah menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium tersebut.\"Stadium Sultan Ibrahim telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada Asia-Pacific Venue Industry Congress ke-30 yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Melbourne, Australia.\"Jemputan kepada Stadium Sultan Ibrahim ini juga adalah indikator kepada pengiktirafan berterusan kepada stadium ini sejak dibuka pada Februari 2020.\"Stadium ini juga pernah dinamakan sebagai \u2018World Stadium of the Year\u2019 pada tahun 2020,\" kata kenyataan itu pada Rabu.Persatuan Pengurusan Venue (VMA) adalah badan untuk venue industri profesional di Australia, New Zealand dan Asia dengan lebih 900 keahlian, mewakili lebih 300 venue utama dari pelbagai sektor termasuk venue sukan dan bukan sukan.Stadium Sultan Ibrahim boleh dikategorikan stadium terbaik dimiliki di negara ini dan menjadi lambang kemegahan skuad Harimau Selatan.Stadium yang dilancarkan pada 22 Februari 2022 itu dibina dengan kos RM200 juta dan menjadi 'rumah' buat buat JDT menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 02:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255858/berita/sukan/dhabitah-mahu-bebas-kecederaan", "article_title": "Dhabitah mahu bebas kecederaan", "article_text": "ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri mahu memastikan dirinya bebas daripada sebarang kecederaan sebelum kembali dalam 'mood' pertarungan untuk menghadapi beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa pada tahun ini.Pemenang pingat gangsa di Kejohanan Dunia Budapest itu, memaklumkan kecederaan lutut kirinya sudah beransur pulih meskipun kembali ditimpa kemalangan iaitu terseliuh di pergelangan tangan kiri semasa menjalani latihan terjunan 10 meter (m) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.\"Kecederaan pada lutut kiri ini memang sudah agak lama iaitu hampir sebulan. Saya tidak pasti kenapa proses pemulihan lambat sedangkan ia hanya keradangan, sehingga baru-baru ini saya terpaksa mengambil suntikan di bahagian itu selepas berbincang dengan doktor.\"Walaupun mengalami kecederaan, saya sebenarnya masih berlatih cuma tidak boleh buat terjunan sebab lutut kiri baru lepas elok dan tidak mahu memaksa diri. Saya ambil langkah demi langkah,\" katanya.Nur Dhabitah memaklumkan Piala Dunia FINA di Kanada yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Mei ini merupakan kejohanan terdekatnya dan menjadi medan perhitungan pertama pada musim ini.Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu yang membuat penampilan kali terakhir di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada November lepas, enggan meletakkan sebarang sasaran supaya tidak membebankan dirinya.\"Dengan keadaan sekarang susah nak sasarkan apa-apa cuma saya punya sasaran nak dapatkan balik 'mood' pertandingan sebab sekarang saya lebih risaukan kecederaan dan nak pulih cepat.\"Saya juga tidak memikirkan pesaing dari negara lain sebab saya rasa kalau asyik fikir tentang mereka (pesaing) jadi tidak sihat. Saya cuma mahu buat yang terbaik untuk diri sendiri,\" ujarnya.Ditanya mengenai perasaannya selepas tersenarai dalam projek 'Road To Gold' (RTG) bersama ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, beliau mengakui teruja walaupun merasakan tekanan yang bakal diharungi sangat besar.Justeru, Nur Dhabitah bersedia menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar sentiasa komited terhadap bidang sukan yang diceburinya dan terus berusaha untuk sekali lagi merebut slot beraksi di temasya Sukan Olimpik di Paris 2024.Projek RTG diperkenalkan KBS bulan lepas dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik meliputi edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 02:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255856/berita/sukan/langkah-kanan-tang-jie-ee-wei-di-dubai", "article_title": "Langkah kanan Tang Jie-Ee Wei di Dubai", "article_text": "BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sensasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mengalahkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun pada malam Selasa.Kemenangan itu membolehkan pasangan ranking ke-22 dunia itu mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 yang berlangsung di Dubai.Masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Masters Orleans awal bulan ini, mereka menang 21-14, 21-13 ke atas Won Ho-Na Eun pada aksi pusingan pertama kejohanan.Tang Jie-Ee Wei akan menentang bekas juara Seluruh England, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia untuk perebutan tiket ke suku akhir pada Khamis.Dalam pada itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 15-21, 22-20, 21-15 bagi meraih tiket ke kelompok 16 terbaik.Pilihan kelapan kejohanan itu akan menentang pasangan China, Cheng Xing-Chen Fang Hui pada perlawanan pusingan kedua.Bagaimanapun skrip berbeza buat satu lagi beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila menjadi 'korban' pertama dari Malaysia.Mereka ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama selepas kalah kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 17-21, 13-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 01:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255848/berita/sukan/ledak-empat-gol-umpama-mimpi---castellanos", "article_title": "Ledak empat gol umpama mimpi - Castellanos", "article_text": "PENYERANG sensasi, Taty Castellanos menyifatkan kejayaannya meledak empat gol ketika membantu Girona membenam Real Madrid 4-2 ibarat mimpi.Penyudah tajam Castellanos meletakkan dia sebagai pemain pertama menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan menentang Real Madrid sejak 1947 dalam saingan La Liga awal pagi Rabu.\u201cIa umpama mimpi, kami beraksi hebat menentang antara pasukan handalan dunia. Saya tak pernah terfikir ia boleh berlaku,\u201d ujar pemain berusia 25 tahun itu.Kekalahan mengejut Real meletakkan juara bertahan itu tampak semakin sukar mempertahankan gelaran daripada dirampas musuh tradisi Barcelona.Castellanos yang dipinjam daripada kelab MLS, New York City FC meledak dua gol pada kedua-dua babak perlawanan bagi memastikan kemenangan sensasi ke atas skuad Carlo Ancelotti.Girona dan New York City adalah kelab 'angkat' Manchester City yang bakal berdepan Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara Mei depan.\u201cSaya nikmati kegembiraan ini bersama penyokong, keluarga dan masyarakat di Argentina. Mereka sentiasa menyokong saya dan ia sangat berharga,\u201d kata Castellanos.Penyerang Argentina itu memenangi Anugerah Bola Emas MLS 2021 selepas meledak 19 gol dalam 32 perlawanan tetapi tidak pernah menyarung jersi pasukan negaranya.Individu terakhir meledak empat gol ketika menentang Madrid dalam aksi La Liga ialah pemain Real Oviedo, Esteban Echavarria pada 1947.Penyerang Barcelona Robert Lewandowski pernah melakukannya, namun ia berlangsung dalam saingan Liga Juara-Juara ketika beraksi bersama Borussia Dortmund pada 2013.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 12:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255846/berita/sukan/burnley-kembali-ke-kancah-epl", "article_title": "Burnley kembali ke kancah EPL", "article_text": "SATU gol sudah cukup buat Burnley untuk mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan setelah menang tipis ke atas Blackburn Rovers di laman lawan awal pagi Rabu.Jaringan tunggal Manuel Benson pada minit ke-66 menghadiahkan tiga mata berharga buat Burnley yang sudah pun layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.Berbaki dua perlawanan, mereka mengumpul 95 mata, 13 mata di depan Sheffield United yang boleh meraih satu lagi tiket ke EPL awal pagi Khamis.Blackburn kekal di tangga kelapan saingan liga kedua Inggeris itu dengan 65 mata, namun berkongsi mata dengan Sunderland yang menempah tiket final playoff.Burnley menikmati musim mengagumkan di bawah kendalian bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany.Selepas tersingkir daripada EPL tahun lalu, mereka kembali ke saingan liga tertinggi England bulan ini.Sekiranya mereka menang baki dua perlawanan, Burnley akan mengutip 101 mata, pencapaian yang kali terakhir dilakukan Leicester City dengan 102 mata pada musim 2013/14.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 12:21pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255833/berita/sukan/uefa-bakal-laksana-gaji-siling", "article_title": "UEFA bakal laksana gaji siling", "article_text": "PRESIDEN Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin mahu memperkenalkan gaji siling dalam saingan bola sepak Eropah secepat mungkin.Ceferin berkata, keputusan memperkenalkan gaji siling itu adalah penyelesaian untuk melindungi keseimbangan persaingan dalam liga dan isu itu sudah pun dibincangkan dengan kelab.UEFA memperkenalkan peraturan kos baharu mulai musim panas ini menjelang 2025 yang bermakna perbelanjaan kelab untuk yuran perpindahan dan gaji mestilah tidak melebihi 70 peratus daripada pendapatan mereka.Bagaimanapun, Ceferin berkata, dalam jangka panjang gaji siling adalah penyelesaian untuk memastikan gaji sentiasa terkawal dan semua kelab sudah bersetuju.\"Pada masa hadapan, kita perlu memikirkan secara serius tentang had gaji. Jika belanjawan melambung tinggi maka keseimbangan daya saing kami menjadi masalah.\"Ia bukan mengenai pemilik, ia mengenai nilai pertandingan kerana jika lima kelab akan sentiasa menang maka ia tidak masuk akal lagi.\"Saya sudah bercakap dengan beberapa orang dari Suruhanjaya Eropah. Ia mestilah perjanjian kolektif \u2013 setiap liga dan UEFA. Kerana jika kita melakukannya dan liga lain tidak melakukannya, maka ia tidak masuk akal.\"Setakat ini semua orang bersetuju \u2013 kelab besar, kelab kecil, kelab milik kerajaan, kelab milik jutawan, semua orang bersetuju.\"Saya harap ia dapat dibuat secepat mungkin. Kami baharu sahaja mula membincangkannya, saya fikir itulah penyelesaiannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255831/berita/sukan/united-minat-dapatkan-neymar", "article_title": "United minat dapatkan Neymar", "article_text": "MANCHESTER United dilaporkan sedang mengikuti rapat bintang Paris Saint-Germain (PSG) Neymar yang berkemungkinan menjadi sasaran perpindahan kelab itu dalam beberapa bulan akan datang.Neymar, 31, telah meledak lebih 100 gol untuk bekas kelabnya Barcelona dan dengan PSG serta 77 gol dalam 124 penampilan antarabangsa untuk Brazil.Bagaimanapun, Neymar sedang bergelut dengan kecederaan buku lali yang serius pada Februari dan menandakan kempen bola sepaknya untuk musim ini berakhir lebih awal.Selepas mencipta rekod perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia pada 2017, Neymar boleh membuat keputusan jika dia mahu meninggalkan Paris.Menurut Foot Mercato, United telah memerhatikan situasi Neymar selama beberapa bulan tetapi mereka tidak akan dapat meneruskan sebarang rundingan sehingga penjualan kelab itu dimuktamadkan.Laporan itu turut menyatakan beberapa pemain bintang akan dibawa masuk ke Old Trafford sekiranya berlaku penjualan kelab dan Neymar akan berada di bahagian atas senarai itu.Sementara itu, The Mirror menambah Chelsea juga berminat dengan bintang Brazil itu, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Neymar pada masa akan datang.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 10:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255815/berita/sukan/sambut-baik-forum-terbuka", "article_title": "Sambut baik forum terbuka", "article_text": "FORUM terbuka bersama-sama penyokong kelab bola sepak bukan perkara baharu dalam era bola sepak moden.Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City (KL City) FC, Stanley Bernard berkata, interaksi perlu lebih kerap dilakukan bagi membolehkan penyokong mengetahui perkembangan terkini.Jelas Stanley lagi, pihaknya aktif mengadakan pemakluman perkembangan terkini berkenaan kelab dalam platform sidang akhbar sejak menguruskan KL City.Menurutnya, kebanyakan penyokong mahu mengetahui perkara asas seperti sasaran dan hala tuju serta indeks petunjuk prestasi (KPI) kelab daripada pengurusan yang menjalankan operasi kelab.\u201cSejujurnya kita tidak nafikan dalam sesi forum terbuka sebegini akan berlaku percanggahan pendapat kerana setiap penyokong mempunyai pandangan masing-masing.\u201cBagaimanapun, saya percaya terdapat input positif dan membina yang boleh didapati dalam forum terbuka sebegini.\u201cPaling penting pada pengakhirannya kita semua akan meletakkan kepentingan kelab sebagai keutamaan paling tinggi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan satu forum terbuka diadakan melibatkan semua pemilik kelab Liga-M demi kemajuan bola sepak negara.Menurut TMJ, forum terbuka itu diadakan untuk memudahkan penyokong bertanya sebarang persoalan mengenai perkembangan kelab masing-masing.Ditanya masa sesuai mengadakan forum terbuka bersama-sama penyokong Stanley berkata: \u201cMasa sesuai mengadakan sesi bertemu penyokong adalah pada awal musim dan penghujung musim.\u201cPada awal musim penting bagi membolehkan kelab berkongsi sasaran diletakkan terhadap pasukan musim itu.\u201cPenghujung musim pula bagi membolehkan kelab membentangkan pencapaian diraih sepanjang saingan liga.\u201dSementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Satwant Singh berkata, pihaknya sentiasa menyokong sebarang usaha positif pemegang taruh Liga Malaysia (Liga-M) dalam memajukan bola sepak negara.\u201cCadangan Tunku Ismail untuk diadakan forum terbuka antara pemilik atau CEO kelab bersama penyokong demi kemajuan bola sepak negara adalah petanda positif.\u201cNegeri Sembilan FC juga melihat cadangan Tunku Ismail sesuai dengan status JDT sebuah kelab paling berjaya dan mengukuhkan status sebagai kuasa bola sepak tanah air serta ke arah untuk menjuarai Liga Super bagi tempoh sedekad berturut-turut.\u201cMalah, sebenarnya saya percaya penyokong tidak hanya akan menyokong pasukan semasa perlawanan tetapi juga mengemukakan idea bagi memajukan kelab masing-masing menerusi forum terbuka sebegini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 09:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255806/berita/sukan/pertembungan-mega-blockbuster-arsenal-manchester-city", "article_title": "Pertembungan 'mega blockbuster' Arsenal, Manchester City", "article_text": "PERTEMBUNGAN Liga Perdana Inggeris yang dinanti-nantikan antara Arsenal dan Manchester City akan menjadi sangat penting untuk kelab utara London itu.Namun tegas pengendali Arsenal, Mikel Arteta, ia tidak akan menentukan musim The Gunners yang telah menampilkan prestasi tahap terbaik musim ini.Arsenal sebelum itu kehilangan cengkaman perebutan kejuaraan selepas memperoleh keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir yang menyaksikan kelab tersebut hanya lima mata mengatasi juara bertahan City, setelah bermain lebih dua perlawanan daripada angkatan Pep Guardiola.City, sebaliknya, telah berada dalam prestasi padu melakar kemenangan ketika The Citizens menyasarkan treble yang sukar dicapai selepas menyambar slot final Piala FA dan separuh akhir Liga Juara-Juara.Arsenal bertandang ke City awal pagi Khamis, berharap untuk mendapatkan semula kawalan dalam perlumbaan kejuaraan ketika mereka mencari trofi Liga Perdana Inggeris pertama sejak 2003-04.\u201cYa, sejujurnya kami tahu sejak awal, City dan Liverpool adalah pasukan yang perlu dikalahkan. (Untuk) apa yang mereka lakukan selama enam atau tujuh tahun lalu, mereka layak menerima pujian sepenuhnya.\u201cKami mahu merapatkan jurang sebanyak yang kami boleh, kini kami saling berjauhan.\"Kami juga tahu perlu pergi ke Etihad dan selepas itu kami akan menghadapi lima perlawanan yang sangat sukar.\u201cJadi perlawanan itu (pada awal pagi Khamis) akan menjadi sangat penting. Adakah ia akan menentukan musim ini? Jawapannya tidak,\u201d kata Arteta.Sebagai rekod, Arsenal tewas tujuh pertemuan terakhir berdepan City dalam semua pertandingan dan tidak pernah menang di City dalam liga sejak 2015.Namun Arteta menegaskan bahawa dia mempunyai 100 peratus kepercayaan kepada pasukannya untuk menentang City..\u201cSaya melihat bagaimana reaksi pemain (selepas perlawanan terakhir), mereka mempertahankan satu sama lain dalam setiap saat.\u201cKami benar-benar mahukannya dan kami sekali lagi akan menunjukkannya malam esok.\u201cTetapi anda perlu menyampaikan pada masa yang tepat, prestasi yang betul. Ia mesti sempurna kerana itulah yang dituntut pada masa ini (dalam musim),\u201d tambah Arteta.Ditanya sama ada pertembungan itu akan menjadi 'pemenang-ambil-semua', Arteta berkata: \u201cTidak, jika kami menang esok kami belum memenangi liga. Ia mungkin akan mengubah peratusan, tetapi lima perlawanan dalam liga ini masih sangat rumit.\u201dSementara itu, ditanya sama ada pemain pertahanan Saliba boleh didapati untuk lawatan ke Etihad, Arteta menambah: \u201cSaya akan menyerahkan perkara itu kepada doktor. Kami sedang bersedia untuk perlawanan ini tanpa dia, kami perlu pergi minggu demi minggu.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255827/berita/sukan/presiden-kelab-al-nassr-al-muammar-letak-jawatan", "article_title": "Presiden kelab Al-Nassr, Al-Muammar letak jawatan", "article_text": "MUSSALLI Al-Muammar, Pengerusi Lembaga Pengarah Kelab Al-Nassr, meletakkan jawatannya sebagai Presiden kelab bola sepak Arab Saudi ituSurat peletakan jawatannnya dikemukakan kepada Kementerian Sukan, lapor portal berita Saufi Gazette yang memetik sumber.Peletakan jawatan ketua kelab di Riyadh ini difahamkan berkait rapat dengan tekanan daripada peminat susulan dua kekalahan berturut-turut kelab berkenaan dalam tempoh seminggu.Al-Nassr yang membarisi bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kalah 0-2 kepada kelab Al-Hilal Riyadh dalam perlawanan Liga Pro Saudi pada 18 April lalu.Kekalahan itu membolehkan Al-Ittihad, yang merupakan ketua liga, memperluaskan kelebihannya kepada enam mata.Al-Nassr juga tersingkir daripada Piala Raja Juara setelah kalah dalam perlawanan separuh akhir 1-0 kepada Al-Wehda pada Isnin.Dijangkakan peletakan jawatan Al-Muammar akan diterima dalam tempoh dua hari akan datang sekali gus lembaga pengarah semasa akan dibubarkan.Dalam masa sama, Setiausaha Agung kelab berkemungkinan besar akan dilantik untuk mengendalikan urusan kelab untuk tempoh yang akan datang sebelum tarikh untuk mengadakan mesyuarat agung dan pencalonan Presiden Al-Nassr dibuka sebelum akhir musim ini.Al-Muammar, yang pernah menjadi Ketua Liga Pro Saudi mengambil alih jawatan Presiden kelab pada 1 April 2021, menggantikan Safwan Al-Suwaiket. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 08:41am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255805/berita/sukan/bac-medan-pulih-maruah", "article_title": "BAC medan pulih maruah", "article_text": "BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik harus menjadikan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai medan kebangkitan.Maruah juara dunia itu makin tercalar selepas mereka beraksi hambar dalam tiga kejohanan di Eropah bulan lalu \u2013 Terbuka Jerman, Seluruh England dan Terbuka Switzerland.Walaupun berstatus beregu nombor dua dunia, Aaron-Wooi Yik gagal menampilkan rentak permainan \u2018sang juara\u2019 apabila tersingkir di pusingan awal dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut.Justeru, BAC 2023 yang membuka tirainya pada Selasa seharusnya menjadi detik ke-bangkitan buat Aaron-Wooi Yik yang terlepas gelaran juara pada edisi tahun lalu di Manila, Filipina.Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tumbang di tangan beregu muda Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan dalam aksi final.\u201cMemang keputusan kami dalam tiga kejohanan di Eropah bulan lalu tidak begitu baik. Kami harus segera bangkit dan memperbaiki setiap kelemahan yang ada.\u201cSejujurnya memang sukar untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan tetapi kami harus konsisten. Kami berdepan masalah konsistensi sejak beberapa tahun lalu.\u201cBAC merupakan kejohanan Super 1000 dan sudah tentu, ia penting bagi kami menampilkan prestasi yang baik sebelum bermula tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024,\u201d kata Aaron.Dalam aksi pusingan pertama pada Rabu, Aaron-Wooi Yik dijadual berdepan wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, lawan yang menyingkirkan mereka di pusingan pertama Seluruh England bulan lalu.Jika mara ke pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik dijangka bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.Beregu nombor tujuh dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pula diramal menanti Aaron-Wooi Yik sekiranya mereka mara ke suku akhir.\u201cSaya akui banyak yang harus kami perbaiki dari segi skil dan taktikal permainan. Apa pun kami tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri apabila turun ke gelanggang pertan-dingan nanti,\u201d jelas Wooi Yik.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 April 2023 08:40am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255801/berita/sukan/gergasi-asia-lawan-harimau-muda", "article_title": "Gergasi Asia lawan Harimau Muda", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 17 (B-17) tahun negara akan terus mengasah taring mereka sebelum menghadapi saingan Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai depan.Pengurus skuad B-17 negara, Christopher Raj berkata, dua gergasi Asia iaitu Uzbekistan dan Arab Saudi akan menjadi lawan anak-anak buahnya selepas mereka menjalani kem latihan pusat di Jakarta, Indonesia.\u201cMengikut perancangan, skuad negara akan menjalani latihan pusat di Jakarta dari 27 Mei hingga 3 Jun dan kemudiannya kembali menyambung latihan di sini (Malaysia).\u201cPada 6 dan 8 Jun, skuad negara akan menentang Uzbekistan sebelum bertemu Arab Saudi pada 9 Jun. Kedua-dua pasukan itu juga dalam persiapan menghadapi Piala Asia di Bangkok.\u201cJadi, aksi persahabatan menentang dua pasukan gergasi Asia itu menjadi medan penilaian terakhir sebelum kita membawa 23 pemain ke Bangkok,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Skuad kendalian Osmera Omaro itu baru selesai menjalani kem latihan Fasa 2 melibatkan seramai 25 pemain yang dibawa ke Qatar untuk berdepan enam aksi persahabatan.Pada saingan di Bangkok nanti menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan tuan rumah, Thailand, selain Laos dan Yemen.Skuad Harimau Muda diletakkan sasaran layak ke separuh akhir bagi membolehkan mereka beraksi di pentas Piala Dunia B-17 pada hujung tahun ini.\u201cSelepas mengharungi latihan dan aksi persahabatan di Dubai, saya lihat pemain-pemain cukup bersemangat untuk merebut tempat mereka dalam pasukan.\u201cLebih menggembirakan saya apabila melihat karakter mereka yang sentiasa inginkan kemenangan.\u201cIni satu petanda yang cukup positif,\u201d jelas Christopher.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 10:41pm"} {"author_name": "NORHASFIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255800/berita/sukan/tfc-buka-langkah-bawa-masuk-safawi", "article_title": "TFC 'buka langkah' bawa masuk Safawi", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) telah memulakan langkah untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid pada jendela perpindahan kedua Julai depan.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan kelab itu sudah bersedia untuk \u2018mengikat\u2019 Safawi.Menurutnya, jika perancangan tersebut berjalan lancar, Safawi akan dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi memperkuatkan jentera tengah dan serangan TFC.\u201cTetapi kami tidak mahu melanggar sebarang prosedur (perpindahan) dan menyerahkan kepada pihak pengurusan JDT untuk membuat keputusan.\u201cMemang kami begitu berminat untuk menggunakan khidmatnya (Safawi), lebih-lebih lagi kami akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini.\u201cKami sudah berusaha ke arah itu (mendapatkan Safawi) selepas dikhabarkan dia tidak begitu gembira dan selesa beraksi bersama kelab Ratchaburi FC.\u201cJika tidak ada sebarang masalah, insya-ALLAH dia akan kembali beraksi dengan negeri kelahirannya (Terengganu) pada jendela perpindahan kedua nanti,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Marang, Terengganu pada Isnin.Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang mengenai kepulangan Safawi ke tanah air dan TFC tidak mahu terlepas peluang untuk \u2018menempah\u2019 awal khidmat bekas pemain T-Team itu.Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner turut mengakui berminat mendapatkan khidmat Safawi yang dianggapnya mampu memantapkan lagi jentera serangan skuad Penyu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 10:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255794/berita/sukan/nur-eilisha-lupakan-sambutan-aidilfitri-demi-negara", "article_title": "Nur Eilisha lupakan sambutan Aidilfitri demi negara", "article_text": "DEMI menjayakan misi memburu pingat emas pada penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja bulan depan, penerjun muda negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj terpaksa melupakan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak.Anak kepada bekas penerjun wanita Sarawak, Victory Emmy itu bagaimanapun mengakui perkara itu sudah menjadi lumrah kehidupannya sebagai seorang atlet yang telah biasa berjauhan dari keluarga sejak berusia 14 tahun lagi.\"Tahun ini saya hanya diberi cuti selama dua hari (22 April dan 23 April). Jadi saya memilih untuk beraya di bilik di Bukit Jalil bersama rakan atlet yang tidak pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri.\"Saya hanya menyambutnya secara sederhana dengan menelefon keluarga tercinta di pagi Hari Raya dan membeli makanan di luar untuk makan bersama kawan-kawan. Namun, saya amat merindui masakan tempoyak oleh ibu dan kari ayam ayah saya di Sarawak,\" katanya ketika dihubungi.Nur Eilisha Rania turut memaklumkan telah kembali menjalani latihan semalam bersama jurulatih Li Jun Bai untuk memperkemaskan teknik terjunannya bagi memastikannya mampu memberikan saingan sengit di temasya dwitahunan itu.Selain latihan, penerjun berusia 17 tahun itu turut menjadikan nasihat atlet senior sebagai pembakar semangat bagi membolehkannya mengikut jejak langkah mereka mencipta kejayaan di beberapa siri kejohanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik.Beliau yang akan berangkat ke Kemboja pada 5 Mei bersama skuad terjun negara, dijadual menyertai acara terjun 10 meter (m) platform wanita.\"Atlet senior seperti Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri ada memberikan nasihat supaya saya fokus dalam pertandingan dan jangan terlampau memikirkan tekanan yang ada semasa beraksi di sana (Sukan SEA).\"Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan membawa balik pingat emas untuk Malaysia. Walaupun saya akui ada sedikit tekanan (tiada penyertaan atlet senior), namun saya berharap semua pihak percaya pada (kebolehan) atlet muda,\" katanya.Pada temasya sukan SEA-32 di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini, skuad negara membariskan pasukan terjun pelapis untuk memburu kilauan pingat emas.Pada edisi di Hanoi, Vietnam, skuad terjun menyapu bersih kesemua lapan pingat emas serta meraih tiga perak dan satu gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 09:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255774/berita/sukan/edan-syah-catat-guinness-world-records-acara-maraton", "article_title": "Edan Syah catat Guinness World Records acara maraton", "article_text": "PELARI maraton terkenal, Mohd Syahidah Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records pada acara Edan Syah catat Guinness World Records acara maraton di London, United Kingdom (UK), pada Ahad lalu.Edan Syah berjaya menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer (km) dengan catatan masa dua jam 49 minit 22 saat dengan memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok.Beliau berkata, sepanjang 11 tahun menyertai maraton, ini adalah kali pertama dia merakam sendiri saat bersejarah itu menggunakan 360 Camera.\"Saya kongsikan antara klip video untuk semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan kami untuk rekod dunia Fastest Marathon dengan berbaju Melayu lengkap!\"Terima kasih semua warga Malaysia di London, setia menunggu dan menyokong dalam hujan lebat dan kesejukan untuk mengambil video dalam reel ini,\" katanya menerusi hantaran di Instagram.Edan Syah memecahkan rekod kategori Maraton Terpantas dalam pakaian tradisional Melayu (Lelaki) merupakan perlumbaan jalan raya tahunan kedua terbesar di negara tersebut.Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London menerima kunjungan Edan Syah di pejabatnya di UK.\"Baju Melayu tradisional telah diubah suai khas untuk memudahkan laluan sejauh 42km.\"Ia diperbuat daripada bahan kering, dengan seluar berzip untuk memudahkan pergerakan.\"Bahagian atas songkok telah digantikan dengan bahan yang melancarkan aliran udara pernafasan. Baju Melayu adalah lambang budaya dan warisan kita. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Edan Syah,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 06:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255733/berita/sukan/ayuh-gegar-etihad", "article_title": "Ayuh gegar Etihad!", "article_text": "MANCHESTER City mahu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menanti kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Stadium Etihad pada awal pagi Khamis ini.Pengendali City, Pep Guardiola berkata, sokongan padu daripada penyokong sendiri mampu membangkitkan semangat buat anak-anak buahnya bagi memburu kemenangan.Malah, Guardiola percaya berbekalkan sorakan gemuruh daripada penyokong The Citizens, barisan kendaliannya berupaya untuk membawa pulang tiga mata berharga.\u201cPerlawanan malam esok (awal pagi Khamis) ibarat final menentang kelab terbaik di England setakat ini apabila mereka berada lima mata di depan kami.\u201cSaya tahu walaupun Arsenal seri dalam tiga aksi terakhir, tetapi cara mereka bermain dalam keseluruhan perlawanan, ia sukar untuk disekat.\u201cIni adalah perlawanan yang sangat penting kepada kami kerana kemenangan bakal memberikan kelebihan besar untuk kami menjuarai liga,\" katanya.Sebelum ini, Guardiola secara terbuka telah mengkritik penyokong City kerana mendakwa mereka kurang memberi sokongan kepada anak-anak buahnya.Kenyataan Guardiola itu nyata kurang disenangi segelintir penyokong City yang menganggap mereka sudah 'memberikan segala-galanya' sejak beberapa musim lalu.\u201cSaingan EPL adalah tempoh 11 bulan bekerja, bekerja, bekerja dan kami mahu merebut peluang ini. Kami tidak boleh melakukannya seorang.\u201cSaya harap seluruh Etihad penuh dengan penyokong Manchester City. Kami berharap mereka dapat memenuhi setiap ruang di stadium nanti,\" ujar Guardiola.Biarpun ketinggalan lima mata di belakang Arsenal, City kini berada di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila beraksi kurang dua perlawanan berbanding skuad The Gunners itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 12:13pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255730/berita/sukan/pochettino-dalam-radar-chelsea", "article_title": "Pochettino dalam radar Chelsea", "article_text": "CHELSEA kini dalam proses rundingan untuk melantik bekas pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu mereka.Jurulatih kelahiran Argentina itu dikatakan berminat dengan tugas di Stamford Bridge, namun beberapa rundingan akan dilakukan sebelum sebarang perjanjian dimuktamadkan.Terdapat juga laporan yang mengatakan Chelsea mahukan segera membawa masuk Pochettino dan percaya mereka dalam proses akhir memuktamadkan pengganti Graham Potter.Sejak Potter meninggalkan Stamford Bridge pada awal bulan ini, bekas bintang Chelsea, Frank Lampard dilantik sebagai pengendali sementara.Bagaimanapun, kehadiran semula Lampard tidak membawa sebarang petanda positif apabila Chelsea tewas dalam kesemua empat perlawanan di bawah kendaliannya.Sehingga kini, masih belum diketahui sama ada Pochettino yang tidak lagi membimbing mana-mana kelab sejak Paris Saint-Germain (PSG) memecatnya pada Julai 2022 akan mengambil alih tugas Lampard.Mengikut perancangan pihak pengurusan Chelsea, Lampard akan terus kekal membimbing Chelsea seperti yang dirancang sehingga akhir musim ini.Selain Pochettino, Chelsea turut dilapor mengadakan perbincangan dengan bekas pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann yang dipecat bulan lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 11:49am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255725/berita/sukan/kelayakan-euro-2024-ukraine-dapat-lampu-hijau", "article_title": "Kelayakan Euro 2024: Ukraine dapat 'lampu hijau'", "article_text": "UKRAINE akan terus beraksi dalam kempen Kelayakan Euro 2024 meskipun sebelum ini dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan yang membabitkan penyertaan wakil dari Rusia dan Belarus.Ketua Persatuan Bola Sepak Ukraine (FFU), Andriy Pavelko memaklumkan, mereka telah mendapat 'lampu hijau' untuk beraksi dalam kempen Kelayakan Euro 2024 yang menyaksikan Belarus turut mengambil bahagian.\"Pasukan kebangsaan Ukraine akan meneruskan aksi Kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024,\" tulisnya di laman sosial rasmi Facebook FFU pada Isnin.Terdahulu, kerajaan Ukraine mengenakan larangan berkenaan apabila Moscow menceroboh Ukraine dan Belarus dijadikan sebagai 'tempat persinggahan' atas tindakan pencerobohan itu.Pada kempen Kelayakan Euro 2024, Ukraine berada dalam Kumpulan C yang turut disertai England, Itali, Macedonia Utara dan Malta.Belarus pula berada dalam Kumpulan I bersama-sama Israel, Andorra, Kosovo, Romania dan Switzerland.Dalam aksi pembukaan, Ukraine tewas 0-2 kepada England yang mendahului carta Kumpulan C dengan enam mata selepas dua perlawanan.Ukraine yang berada di tangga keempat selepas baru mengharungi satu perlawanan dijadualkan menentang Macedonia Utara pada 16 Jun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 11:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255715/berita/sukan/ajax-berisiko-cicir-slot-liga-juara-juara", "article_title": "Ajax berisiko cicir slot Liga Juara-Juara", "article_text": "AJAX Amsterdam berisiko menamatkan saingan di luar kelompok dua teratas liga Belanda buat kali pertama dalam 13 musim sekali gus kehilangan slot Liga Juara-Juara musim depan ketika bekas jagoan Eropah itu bergelut untuk membina pasukan baharu berikutan rekod jualan tahun lalu.Kelab itu telah menamatkan saingan juara tujuh kali dan naib juara lima lagi dalam tempoh 12 musim terakhir, sejak menduduki tempat ketiga di belakang AZ Alkmaar dan Twente Enschede pada 2009.Bagaimanapun, selepas kekalahan 0-3 kepada PSV Eindhoven pada Ahad, menyaksikan kelab itu jatuh ke tangga ketiga dengan baki empat perlawanan liga.Situasi boleh menjadi lebih kritikal apabila kerana pertembungan liga seterusnya berdepan AZ Alkmaar di Stadium Johan Cruijff Arena pada 7 Mei, yang ketinggalan dua mata di belakang mereka di tempat keempat.Ajax, yang bertemu PSV sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala Belanda pada Isnin ini, terpaksa membayar harga untuk kejayaan sepanjang tiga musim memenangi kejuaraan dan perjalanan ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019, menjual sebahagian besar bakat termasuk pengendali Erik ten Hag kepada Manchester United.Kini seteru tertangga Feyenoord yang berada di landasan untuk memenangi liga, memerlukan lima mata daripada empat perlawanan terakhir.Feyenoord mempunyai 73 mata dengan PSV kedua dengan 65 dan Ajax dengan 62, berdepan perlu bermain dalam Liga Europa musim depan selepas 13 musim berturut-turut bersaing dalam Liga Juara-Juara.Anak buah John Heitinga yang merupakan juara Eropah empat kali, membuat perpindahan sebanyak 216.2 juta euro pada musim penutup, termasuk hampir 155 juta Euro sahaja dari Manchester United untuk pemain Brazil Antony dan pemain pertahanan Lisandro Martinez.Namun di sebalik baki kewangan yang positif, kelab itu dalam peralihan bergelut menggantikan bakat yang telah meninggalkan Amsterdam.Kapten Ajax, Dusan Tadic berkata, dia telah menyedari penurunan dalam tahap latihan setiap hari dan dalam perlawanan mingguan.\"Kami memenangi satu perlawanan teratas sepanjang musim.\"Namun kami memerlukan lebih banyak kualiti dalam skuad untuk mencabar sebarang kejuaraan,\" merujuk kepada kejayaan separuh akhir Piala Belanda di Feyenoord bulan ini.Ajax sebelum ini diaibkan 1- 6 Napoli di tempat sendiri dan 0-3 Liverpool dalam Liga Juara-Juara diikuti pada Januari memecat pengendali Alfred Schreuder selepas hanya setengah musim mengendalikan rentetan tujuh perlawanan tanpa kemenangan.Heitinga bertindak sebagai penjaga untuk sepanjang musim ini berkata, ia merupakan musim yang sukar.\u201cIa adalah musim yang sukar dan kita semua menyedarinya \u201cKami harus realistik, banyak kualiti telah hilang dan pasukan yang benar-benar baharu perlu dibentuk.\"Itu mengambil masa. Kami perlu mengambil tahun ini sebagaimana adanya, namun melihat dengan sangat kritikal pada musim depan. Ia adalah tahun jurang, tetapi kami tidak boleh mempunyai terlalu banyak tahun jurang di Ajax,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 09:57am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255713/berita/sukan/tottenham-pecat-stellini", "article_title": "Tottenham pecat Stellini", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur memecat pengendali sementara Cristian Stellini, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas kelab London itu diaibkan 1-6, Newcastle United di Stadium St Jame's Park yang menyaksikan pemburuan kelompok empat teratas EPL pasukan itu terjejas.Penolong pengendali Ryan Mason, 31, akan mengambil alih tugas dikosongkan Stellini berkuat kuasa serta-merta manakala kelab itu terus mencari pengurus tetap di samping mencari pengarah bola sepak berikutan peletakan jawatan Fabio Paratici bulan ini.Stellini sebelum ini menggantikan rakan senegaranya dari Itali, Antonio Conte bulan lalu dengan Spurs masih di tempat keempat.Kekalahan kepada The Magpies meninggalkan Spurs enam mata di belakang Newcastle dan Manchester United setelah bermain lebih banyak perlawanan.\"Persembahan pada Ahad menentang Newcastle United tidak boleh diterima sepenuhnya. Ia amat mendukacitakan untuk disaksikan semua.\u201cKita boleh melihat banyak sebab mengapa ia berlaku dan sementara saya sendiri, lembaga pengarah, pengurus dan pemain semua mesti bertanggungjawab secara kolektif, akhirnya tanggungjawab itu adalah milik saya.\"Cristian melangkah masuk pada titik sukar dalam musim Tottenham dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya atas cara profesional yang dia dan kakitangan kejurulatihannya telah mengendalikan diri mereka semasa masa yang mencabar,\" kata pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy dalam satu kenyataan.Sebagai rekod, ini kali kedua Mason menjadi pengendali sementara mengambil alih apabila kelab itu berpisah dengan Jose Mourinho pada April 2021.Stellini sebelum ini adalah ahli kakitangan pengurusan Conte dan pengendali dari Itali berusia 48 tahun itu mengambil bahagian mengetuai pasukan apabila Conte terlepas beberapa perlawanan akibat pembedahan pundi hempedu.Dalam ketiadaan Conte, Stellini membimbing Spurs untuk menang ke atas Manchester City, West Ham United dan Chelsea.Bagaimanapun, dia tidak dapat mencipta semula kejayaan itu selepas menggantikan Conte, dengan Spurs hanya memenangi satu perlawanan menentang Brighton & Hove Albion manakala Bournemouth merampas kemenangan 3-2 di tempat lawan awal bulan ini.Sementara itu, bekas pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann adalah pilihan pembuat taruhan untuk mengambil alih Tottenham manakala Vincent Kompany, yang telah membawa Burnley kembali ke Liga Perdana musim ini, turut dilaporkan dalam radar kelab tersebut.Selain itu, pengendali kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam, Arne Slot dan bekas pengurus Leicester City, Brendan Rodgers juga dikaitkan dengan tugasan di London.Media tempatan sebelum ini melaporkan bekas pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, yang mengetuai kelab itu ke final Liga Juara-Juara pada 2019, sedang berbincang untuk mengemudi satu lagi kelab London, Chelsea.Spurs seterusnya akan menerima kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 09:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255704/berita/sukan/luqman-hakim-teringat-juadah-raya-ibu", "article_title": "Luqman Hakim teringat juadah raya ibu", "article_text": "PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini berada di bumi Eropah sekali lagi \u2018bersendirian\u2019 meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa keluarga di sisi.Selepas dua tahun beraya di Belgium, tahun ini pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan berusia 21 tahun itu menyambut Aidilfitri di Iceland.\u201cBila sebut pasal raya (Aidilfitri), satu perkataan terlintas di fikiran adalah semua masakan mak saya (Hasmah Che Soh).\u201cIni adalah tahun ketiga saya tak beraya bersama-sama keluarga tercinta saya. Jadi saya harap tahun akan dapat bersama tahun depan dan raya seterusnya bersama keluarga, Insya-ALLAH.\u201cSelamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh keluarga saya tercinta,\u201d kata Luqman Hakim di laman sosial Instagramnya.Luqman Hakim kini mewakili kelab Liga Iceland, FC Njardvik selaku pemain pinjaman selepas dua tahun menyarung jersi kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.Perpindahan Luqman Hakim ke Iceland pada Februari lalu bagi membolehkan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu mendapat minit permainan.Menjelang sambutan Aidilfitri pada Jumaat lalu, Luqman Hakim berjaya meledak gol pertama ketika membantu FC Njardvik mengatasi KFA 4-1 dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Iceland.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255699/berita/sukan/rendang-unta-gamit-memori-bekas-orang-kuat-fam", "article_title": "Rendang unta gamit memori bekas orang kuat FAM", "article_text": "SETIAP kali tiba 1 Syawal, keenakan rendang unta kembali menggamit selera bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar.Menurut Mohd Saifuddin, juadah itu antara yang sering menjadi pilihannya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri walaupun ketika bertugas di luar negara.\u201cSeingat saya, pertama kali saya merasai rendang unta ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa bertugas di bumi Arab selama 11 tahun.\u201cSaya merasai rendang unta itu sebagai juadah 1 Syawal disediakan oleh isteri yang rasanya lebih enak berbanding rendang lembu atau ayam.Daging unta tekstur halus dan tidak berlemak dibanding daging lembu.\u201cDaging unta tekstur halus dan tidak berlemak dibanding daging lembu. Dagingnya tidak hancur jika dimasak rendang Minang yang perlu dimasak lebih lama.\u201cPernah satu ketika saya bawa balik ke Malaysia untuk dikongsi bersama-sama ahli keluarga. Apa pun menu kegemaran saya ialah rendang Minang air tangan isteri tersayang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Sebagai rekod, Mohd Saifuddin sebelum ini mengharumkan nama negara apabila menjadi anak Malaysia pertama bertugas dengan persatuan bola sepak luar negara bermula sebagai Penolong Ketua Pertandingan Liga Professional Qatar (2009-2012).Selepas itu, Mohd Saifuddin dilantik perunding teknikal pertandingan dan liga profesional Persatuan Bolasepak Oman (OFA) dari 2012 hingga 2019.Berkongsi pengalaman beraya di luar negara sebelum ini, Mohd Saifuddin mengakui banyak memori indah menggamit kenangan ketika berada di perantauan.\u201cLemang antara juadah kegemaran dan wajib dimakan setiap kali sambutan Aidilfitri. Raya saya boleh katakan, tak feel kalau tiada lemang.\u201cDisebabkan semata-mata nak rasa feel lemang, saya dan beberapa orang sahabat sanggup bakar lemang yang buluhnya dibawa dari Malaysia.\u201cKemeriahan beraya di perantauan tetap tak semeriah di Malaysia apabila dapat berkumpul dengan anak beranak, sanak saudara dan rakan taulan,\u201d jelasnya.Daging unta goreng, masak tomato dan nasi Arab daging unta masakan tradisi masyarakat Arab hidangan sambutan 1 Syawal semasa Saifuddin dan keluarga di Oman.Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini juga lebih bermakna kepada Mohd Saifuddin dan isterinya, Hanizah Hashim dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga.\u201cAlhamdulillah... kehadiran cucu pertama saya yang baru berusia enam bulan, Nurul 'Aliya Sofea ternyata menceriakan lagi sambutan keluarga besar kami.\u201cSyukur biarpun saya sibuk dengan tugasan dalam dan luar negara, saya masih diberikan kesempatan untuk meraikan 1 Syawal kali ini bersama-sama ahli keluarga di Melaka.\u201cSaya sebelum ini beberapa kali telah beraya di luar negara semasa di Qatar dan Oman serta semasa mengendalikan pertandingan. Saya akan ke Riyadh pada raya keempat kerana tuntutan tugas,\u201d ujar anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka berusia 63 tahun itu.Mohd Saifuddin sebelum ini dilantik menjawat jawatan nombor dua dalam FAM menggantikan Stuart Ramalingam pada Ogos 2021.Namun setiausaha agung FAM ke-10 itu kemudian melepaskan jawatan itu pada 23 Ogos 2022 bagi menyahut semula cabaran sebagai komisioner perlawanan.Mohd Saifuddin kini menabur pengalaman bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) serta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mengendalikan pertandingan anjuran badan induk bola sepak dunia tersebut.\u201cSelepas tidak lagi bersama FAM, saya diberikan kepercayaan oleh AFC, AFF untuk menjalankan tugas sebagai komisioner perlawanan.\u201cAntara tugas telah dipertanggungjawabkan AFF kepada saya adalah memastikan kelancaran perjalanan Piala AFF di semua negara ASEAN.\u201cAFC juga telah memberi kepercayaan menjalankan tugas bagi kejohanan Bawah 17 tahun di Jordan, Bawah 20 tahun di Kuwait, Liga Juara-Juara Asia di Doha terbaharu kejohanan Bawah 20 tahun di Bangladesh,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255692/berita/sukan/bersuara-demi-bola-sepak-negara---tmj", "article_title": "Bersuara demi bola sepak negara - TMJ", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan berhenti bersuara demi kebaikan arena bola sepak negara.Menurut Tunku Ismail, sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya, beliau tidak kisah dan akan terus berkongsi pendapat.\u201cSemasa saya ditanya ada tak apa-apa pesanan buat penyokong bola sepak tempatan sempena hari raya? Saya jawab selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.\u201cTetapi ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan.\u201cJika ada pihak tak boleh terima, itu terpulang kepada pendapat masing-masing. Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara,\u201d kata Tunku Ismail di laman sosial miliknya.Pada masa sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berharap forum bola sepak bersama pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Malaysia (Liga-M) dapat direalisasikan demi hak penyokong bola sepak tanah air.\u201cKita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan. Jangan kita sembunyi di belakang surat.\u201cBersemuka dengan penyokong adalah cara terbaik. Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang penakut,\u201d ujarnya.Persatuan Penulis Sukan-Sukan Malaysia (SAM) dilaporkan sedang berusaha untuk mengundang semua pemilik atau CEO kelab Liga-M untuk satu sesi forum secara \u2018siaran langsung\u2019 dengan penyokong.Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255691/berita/sukan/azeem-rindu-beraya-bersama-keluarga-tersayang", "article_title": "Azeem rindu beraya bersama keluarga tersayang", "article_text": "BUAT pertama kali, pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi terpaksa berjauhan dengan ahli keluarganya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Mengakui merindui suasana Aidilfitri di tanah air tercinta, Azeem yang kini berkelana di Amerika Syarikat (AS) menganggap beraya bersama keluarga tersayang merupakan momen paling indah.Bagaimanapun, atlet muda kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, kerinduan yang mengusik emosinya itu perlu diketepikan buat seketika dalam misi mengembangkan kariernya.\u201cYa... menyambut Aidilfitri bersama-sama anggota keluarga merupakan detik paling saya rindukan. Yang pertama terlintas di fikiran sekiranya mengenai raya, mestilah keluarga kerana saya berada jauh di perantauan.\u201cNamun, ini pengorbanan yang perlu dilalui bagi merealisasikan impian diri sendiri selain mengharumkan nama negara. Harap segala pengorbanan ini berbaloi.\u201cSaya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua yang berpeluang untuk beraya bersama keluarga, hargailah setiap masa yang ada di samping keluarga tercinta,\u201d kata Azeem di laman Facebooknya.Ketika ini, pelari berusia 18 tahun itu yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) melanjutkan pengajiannya di Universiti Auburn, AS.Pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia Ogos tahun lalu, Azeem mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09 saat (s).Azeem memadam rekod lama dipegang seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang mencatatkan masa 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak.Pada Februari lalu, Azeem mula \u2018menggegar\u2019 negara Uncle Sam itu apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 60m dalam dewan pada Kejohanan Tiger Paw Invitational.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2023 06:25am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255685/berita/sukan/sukan-sea-acara-sepak-takraw-regu-berpasukan-tetap-diadakan", "article_title": "Sukan SEA: Acara sepak takraw regu berpasukan tetap diadakan", "article_text": "ACARA sepak takraw regu berpasukan akan tetap dianjurkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023, walaupun mempunyai kurang daripada empat negara yang mengambil bahagian dalam acara itu, demikian menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC).Setiausaha Agungnya, Vath Chamroeun, berkata keputusan itu dibuat untuk memperakui dan menghargai sumber dan masa yang diluangkan oleh pemain, jurulatih dan pegawai pasukan sebagai persediaan untuk acara tersebut pada temasya dwitahunan itu.Justeru, katanya, acara itu akan disertai oleh juara bertahan, Thailand, Malaysia, pemenang pingat perak Sukan SEA 2021, dan tuan rumah, Kemboja.\"Saya juga boleh mengesahkan bahawa CAMSOC mengekalkan keputusannya untuk membenarkan tiga NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) yang bertanding dianugerahkan pingat emas, perak dan gangsa mengikut keputusan akhir pertandingan,\u201d katanya dalam surat kepada Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, semalam.Sementara itu, ASTAF, dalam kenyataan, mengesahkan acara regu berpasukan akan dipertandingkan mengikut format \u2018round robin\u2019 susulan penyertaan kurang daripada lima negara.Sukan SEA ke-32 akan berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 10:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255684/berita/sukan/25-minit-pertama-paling-memalukan", "article_title": "25 minit pertama paling memalukan", "article_text": "PENGENDALI sementara Tottenham Hotspur, Cristian Stellini menyifatkan prestasi Spurs dalam 25 minit separuh masa pertama sebagai memalukan ketika dibelasah Newcastle United 1-6 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah tanpa berselindung Stellini menegaskan kekalahan ke-11 liga di St James' Park itu selepas mengharungi 32 perlawanan adalah yang paling teruk.Spurs memulakan perlawanan dengan empat tonggak belakang, namun melepaskan lima gol pada 21 minit permainan.Situasi itu mendorong Stellini untuk menggantikan pemain tengah Pape Matar Sarr dengan pertahanan Davinson Sanchez bagi kembali kepada tiga tonggak belakang.\"Tiada perkataan untuk menjelaskan persembahan seperti ini. 25 minit pertama mungkin yang paling teruk pernah saya lihat selama di sini.\"Saya harap sistem yang kami ubah, untuk memberi kami tenaga, adalah keputusan yang salah. Jika itu, itu tanggungjawab saya.\u201cKami bermain dengan empat pemain di belakang dan jika ini kesilapan, itu adalah kesilapan saya,\" kata Stellini.Kemenangan itu melonjakkan Newcastle ke tempat ketiga dengan 59 mata, enam lebih daripada Spurs di tempat kelima, yang juga bermain lebih banyak perlawanan.Tottenham akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United dalam aksi liga pada Jumaat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 09:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255683/berita/sukan/al-hilal-dapat-tonik-semangat-berdepan-urawa-red", "article_title": "Al-Hilal dapat tonik semangat berdepan Urawa Red", "article_text": "KELAB Arab Saudi, Al-Hilal hampir terkeluar perebutan kejuaraan Liga Pro Saudi, namun mendapat tonik semangat berdepan pencabar Al-Ittihad dalam separuh akhir Kejuaraan Piala Raja, menjelang perlawanan pertama final Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Jepun, Urawa Red Diamonds dari Jepun pada Ahad.Al-Hilal menang 1-0 hasil jaringan sendiri oleh kapten Al-Ittihad, Ahmed Hegazy pada masa tambahan untuk mara ke final berdepan menentang kelab pemain Cristiano Ronaldo, Al-Nassr atau Al-Wehda.Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Al-Hilal, yang menduduki tangga keempat liga, tujuh mata di belakang pendahulu Al-Ittihad yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.\u201cKami mempunyai lima hari sebelum perlawanan akhir (menentang Urawa), dan kami boleh pulih pada tahap fizikal dan mental.\u201cKami membuka halaman ini dan (kini kami) memikirkan (perlawanan) seterusnya,\u201d penjaga gol Al-Hilal Abdullah Al-Mayouf.Sebagai rekod, Al-Hilal, yang tewas 5-3 kepada Real Madrid dalam Piala Dunia Kelab pada Februari, melayan kunjungan Urawa pada perlawanan pertama pada 30 April sebelum berkunjung ke Stadium Saitama pada 6 Mei.Walaupun kedudukan Al Hilal dalam liga, mereka akan bermain dalam Liga Juara-Juara Asia musim depan sebagai juara Arab Saudi tahun lalu, berikutan perubahan dalam tarikh mula dan tamat kejohanan Asia.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 09:51pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255682/berita/sukan/shah-firdaus-terlepas-sambar-pingat-gangsa", "article_title": "Shah Firdaus terlepas sambar pingat gangsa", "article_text": "PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Milton, Kanada pada Ahad.Shah Firdaus gagal menyaingi kehebatan juara pecut lelaki Sukan Komanwel 2022 dari Australia, Matthew Richardson yang menumpaskannya 2-0 dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa.Wakil Trinidad and Tobago, Nicholas Paul muncul juara acara berkenaan selepas menundukkan pelumba Poland, Mateusz Rudyk, juga dengan keputusan 2-0.Sementara itu, pelumba wanita negara yang sedang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi berjaya mencatatkan rekod kebangsaan baharu bagi acara pecut individu.Dalam saingan yang berlangsung di Mattamy National Cycling Centre itu, Nurul Izzah merakamkan catatan 11.057 saat (s) pada pusingan kelayakan.Nurul Izzah memadamkan rekod 11.094s milik rakan sepasukannya, Anis Amira Rosdi yang dilakar di Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.Walaupun berjaya melepasi peringkat kelayakan, Nurul Izzah gagal mara ke peringkat seterusnya apabila tersingkir pada pusingan 1/16 di tangan pelumba Mexico, Yuli Verdugo Osuna.Anis Amira turut ditunjuk jalan keluar pada pusingan 1/16 apabila gagal menyaingi kepantasan pelumba dari Great Britain, Thomas Lowri.Jumaat lalu, Nurul Izzah bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan yang beraksi dalam acara pecut berpasukan wanita mencatat 50.172s untuk memadam rekod kebangsaan lama mereka, 50.388s yang dilakukan di Jakarta, Indonesia pada Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 09:00pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255681/berita/sukan/eain-yow-juara-terbuka-ireland", "article_title": "Eain Yow juara Terbuka Ireland", "article_text": "PEMAIN skuasy lelaki, Ng Eain Yow melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain keempat Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Ireland di Dublin pada Ahad.Tampil selaku pilihan pertama kejohanan, Eain Yow memastikan gelaran juara menjadi miliknya hasil kemenangan ke atas pemain Mesir, Aly Abou Eleinen 12-10, 11-3, 11-2 di pentas final.Kemenangan tersebut menyaksikan pemain ranking ke-21 itu merekodkan gelaran keenam dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).Kejuaraan di Dublin juga dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan Eain Yow selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Britain awal bulan ini.Sementara itu, pemain muda negara yang sedang meningkat naik, Aira Azman terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara acara individu wanita.Dalam aksi final, Aira terpaksa akur apabila tewas 11-8, 5-11, 4-11, 9-11 kepada pemain England, Jasmine Hutton.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 08:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255671/berita/sukan/mahrez-mahu-lebih-peluang-di-manchester-city", "article_title": "Mahrez mahu lebih peluang di Manchester City", "article_text": "RIYAD Mahrez berharap hatrik bersejarahnya menentang Sheffield United ketika aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley pada Ahad lalu dapat menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama Manchester City.Menurut Mahrez, beliau sentiasa berusaha membuktikan kualiti sentuhan dimilikinya sebagai pemain yang lebih cenderung bergerak di bahagian sayap.\u201cTerdapat ramai pemain hebat di Manchester City dan semua orang sedang mencari peluang mendapat tempat dalam kesebelasan utama.\u201cApabila mendapat peluang, anda perlu membuktikan kepada jurulatih bahawa anda layak bermain dalam kesebelasan utama pasukan,\u201d kata pemain kelahiran Algeria itu.Bekas pemain Leicester City berusia 32 tahun itu tidak beraksi pada perlawanan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich yang menyaksikan City menang dengan agregat 4-1.Namun, Mahrez mucul wira apabila meledak hatrik bagi membantu City menewaskan Sheffield United 3-0, sekali gus muncul pemain pertama menjaringkan tiga gol dalam aksi separuh akhir Piala FA sejak 1958.\u201cKami bersaing antara satu sama lain dan saling memotivasikan diri sendiri untuk kepentingan pasukan. Itu menjadi kekuatan pasukan sejak beberapa musim lalu,\u201d jelas Mahrez.Sementara itu, Guardiola mengakui Mahrez sentiasa meluahkan kemarahannya apabila tidak mendapat peluang berada dalam kesebelasan utama City.\u201cSepanjang masa dia akan marah tetapi hari ini tidak. Dia menampilkan permainan luar biasa dengan mentaliti menjaringkan gol,\u201d ujar Guardiola.City yang dalam laluan memburu gelaran hatrik musim ini dijadualkan menentang Manchester United dalam aksi final Piala FA di Stadium Wembley pada 3 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 07:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255658/berita/sukan/harimau-muda-b17-menyerlah-di-qatar", "article_title": "Harimau Muda B17 menyerlah di Qatar", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 17 (B17) tahun negara meraih pengalaman berharga dalam enam perlawanan persahabatan di Doha, Qatar sebagai persiapan ke Piala Asia B17 2023 pertengahan tahun ini.Pengurus Harimau Muda B-17, Christopher Raj berkata, skuad kendalian Osmera Omaro itu mempamerkan prestasi cemerlang dalam enam aksi persahabatan berdepan kelab negara itu yang menyaksikan barisan muda Malaysia melakar lima kemenangan dan satu tewas.Jelasnya lagi, dia berbangga dengan komitmen setiap pemain Harimau Muda dalam tempoh dua minggu kem latihan intensif itu yang berlangsung pada Ramadan.\u201cSebagai pengurus pasukan, saya sangat berbangga dengan prestasi, disiplin dan komitmen ditunjukkan pemain-pemain yang dipanggil serta barisan kejurulatihan sepanjang dua minggu di Doha, Qatar.\u201cSaya percaya pemain-pemain mendapat pengalaman yang bernilai untuk dibawa pulang ke tanah air sekali gus menambah baik aspek permainan dalam dan luar padang.\u201cTerima kasih kepada penyokong-penyokong Harimau Muda B17 yang terus menerus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pemain muda negara,\u201d katanya.Sebagai rekod, Harimau Muda B17 negara menjaringkan 21 gol dan bolos empat kali selepas mengharungi enam perlawanan tersebut.Anak buah Osmera yang mengharungi cabaran Piala Asia B-17 Thailand 2023 pada Jun akan menyingkap kempen Kumpulan A berdepan tuan rumah, Thailand, Yaman dan Laos.PERSAHABATAN HARIMAU MUDA B17 QATAR 2023KEPUTUSANMalaysia B17 4-2 Al Arabia SC B17Malaysia B-17 5-0 Umm Salal SC B17Malaysia B17 4-1 Al Ghrafa SC B18Malaysia B17 7-0 Al Markhiyah SC B17Malaysia B17 1-0 Al Duhail SC B19Malaysia B17 0-1 Akademi Aspire B17", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 04:56pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255640/berita/sukan/salah-mahu-jaring-lebih-banyak-gol", "article_title": "Salah mahu jaring lebih banyak gol", "article_text": "LEGENDA Liverpool, Robbie Fowler memerlukan 11 musim dalam dua tempoh bersama Liverpool untuk berada dalam kedudukan keenam penjaring sepanjang masa The Reds.Namun bintang Mesir, Mohamed Salah menyamai 183 golnya dalam masa kurang daripada enam musim apabila menjaringkan gol kemenangan menentang Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Sabtu.Penyerang berusia 30 tahun itu mengatasi Fowler untuk menjadi penjaring terbanyak Liverpool dalam liga dengan 134 gol bulan lalu, dan kini juga pemain paling banyak menjaringkan gol dengan kaki kiri dalam sejarah liga dengan 108 gol.Sebagai rekod, Salah dan Fowler, berada tiga gol di belakang legenda The Reds, Steven Gerrard, penjaring kelima terbanyak dalam sejarah Liverpool, manakala Ian Rush mendahului senarai dengan 346 gol.\u201cPenjaring terbanyak keenam untuk Liverpool? Ia bagus untuk mencapai angka ini dalam masa kurang daripada enam tahun. Fowler adalah legenda kelab, jadi saya bangga dapat setanding dengannya selepas enam musim.\u201cSaya berharap untuk menjaringkan lebih banyak gol dan memecahkan lebih banyak nombor,\u201d kata Salah.Biarpun penjaring terbanyak liga tiga kali itu tidak mengalami musim terbaiknya, dia telah menjaringkan 16 gol dalam liga, di belakang Erling Haaland dari Manchester City (32), Harry Kane dari Tottenham (23) dan Ivan Toney dari Brentford (19).Dalam pada itu, Salah menyifatkan Liverpool yang berada di tempat ketujuh bergelut ketika melakar kemenangan 3-2 ke atas Forest, sedang berjuang untuk mengelak penyingkiran.\u201cDalam 15 atau 20 minit pertama, kami berdepan kesukaran dalam permainan. Alhamdulillah, kami dapat menang dan mendapat keputusan positif... Fokus kami bukan pada siapa yang menjaringkan gol, yang penting adalah keputusan yang baik.\u201cBagi pasukan yang berjuang untuk mengelak penyingkiran, ini adalah perlawanan hidup atau mati dan semua perlawanan adalah sukar,\u201d tegasnya.Dengan baki tujuh perlawanan, Liverpool berada enam mata di belakang empat teratas dan masih bercita-cita untuk layak ke kejuaraan Eropah musim depan", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 03:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255630/berita/sukan/manchester-united-kembali-bangkit", "article_title": "Manchester United kembali bangkit", "article_text": "KUASA bola sepak Inggeris, Manchester United bangkit daripada minggu sukar dengan kemenangan 7-6 ke atas Brighton & Hove Albion bagi menempah slot final Piala FA, pada Ahad.Keputusan itu ternyata melegakan pengendali Manchester United, Erik ten Hag tiga hari selepas The Red Devils disingkirkan kelab LaLiga, Sevilla dari Liga Europa.Kemenangan dramatik Manchester United di Wembley menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0 mengembalikan harapan baharu pengurus Belanda tersebut.\"Pada Khamis saya melihat pasukan yang saya tidak kenali, namun hari ini kami kembali seperti biasa apabila dapat melihat keazaman dan ketabahan.\"Kami berjuang untuk setiap pelosok padang dan bersaing dalam setiap pertempuran. Kami mempunyai peluang yang baik,\" katanya.Ten Hag sebelum itu menempelak pemain-pemain Manchester United selepas tewas 0-3 dengan agregat 2-5 pada suku akhir.\u201cSaya tidak boleh terima pasukan saya tidak memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,\u201d katanya.Namun semua itu berubah selepas Victor Lindelof, pemain ketujuh United yang mengambil penentuan sepakan penalti menjaringkan gol kemenangan selepas sepakan bintang Brighton, Solly March Brighton tersasar.\"Dia cukup tenang apabila melibatkan penalti dan dia agak hebat secara umum dalam perlawanan ini,\" kata Ten Hag mengenai Lindelof.Dalam masa sama Ten Hag juga berpuas hati dengan penjaga golnya David de Gea, yang berjaya mengekang beberapa serangan agresif The Seagulls.\"Dia melakukan beberapa penyelamatan yang cemerlang berdepan Brighton, biarpun terasa sakit apabila dia melakukan kesilapan semasa menentang Sevilla.\"Selalunya apabila anda melakukan kesilapan sebagai penjaga gol, anda akan dihukum. Ya, kami mengecewakannya apabila kami tidak bangkit melawan Sevilla. Namun sebaliknya kami bangkit dalam perlawanan hari ini,\" kata Ten Hag.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 01:17pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255623/berita/sukan/napoli-selangkah-bergelar-juara-serie-a", "article_title": "Napoli' selangkah' bergelar juara Serie A", "article_text": "NAPOLI semakin hampir merangkul kejuaraan Serie A buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Juventus di Turin pada awal pagi Isnin.Jaringan tunggal Giacomo Raspadori pada masa kecederaan sudah cukup membolehkan Napoli meraih kemenangan bermakna di laman lawan, sekali gus meletakkan mereka 17 mata di puncak liga.Berbaki tujuh perlawanan, Napoli kini merekodkan 78 mata bagi meninggalkan pencabar terdekat, Lazio yang mengumpul 61 mata dan Juventus dengan 59 mata.Kemenangan itu juga secara tidak langsung mengubati kekecewaan Napoli yang ditunjuk jalan keluar dalam saingan Liga Juara-Juara selepas tumbang di tangan AC Milan minggu lalu.Jika Napoli menewaskan Salernitana Sabtu ini, mereka hanya perlu mengharapkan Inter Milan mengelak kekalahan di laman sendiri di tangan Lazio keesokannya untuk dinobatkan sebagai juara Serie A.\u201cSekarang bukan masa untuk berpesta. Kami perlu menunggu sebelum boleh meraikan kejayaan kerana masih mempunyai perlawanan untuk ditempuhi.\u201cBukan mudah untuk bangkit mencipta kemenangan dalam tempoh singkat selepas tersingkir dalam Liga Juara-Juara,\u201d kata pengendali Napoli, Luciano Spalletti.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 11:25am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255622/berita/sukan/spurs-tersentak-dilanyak-newcastle", "article_title": "Spurs tersentak dilanyak Newcastle", "article_text": "MISI Tottenham Hotspur menempah slot Liga Juara-Juara musim depan semakin sukar selepas mengalami kekalahan 1-6 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park pada Ahad.Ia merupakan kekalahan terbesar dialami skuad The Lilywhites itu yang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima gol dalam tempoh 21 minit pertama perlawanan.Sebaliknya, Newcastle terus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas apabila menduduki tangga ketiga - berkongsi 59 mata dengan Manchester United yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.\u201cIa sangat memalukan. Perkara pertama yang perlu dilakukan, kami harus memohon maaf kepada penyokong yang hadir dan menyaksikan perlawanan ini.\u201cKami tidak menunjukkan sesuatu yang baik hari ini. Kami tidak mampu menyamai prestasi pemain Newcastle, kami lambat dari setiap sudut perlawanan.\u201cKami nyata ketinggalan pada babak pertama perlawanan. Babak kedua adalah kisah berbeza tetapi ia amat menyakitkan hati kami semua,\u201d kata penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.Sebaik babak kedua bersambung, Fraser Forster mengambil alih tugas menjaga gawang Spurs susulan masalah kecederaan yang dialami Lloris.\u201cKami boleh cuba mencari alasan atas kekalahan ini. Jika kamu memasuki padang tanpa keinginan untuk menang pertarungan, ia menjadikannya sangat sukar,\u201d jelas Lloris.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 11:25am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255621/berita/sukan/psg-sedia-lepaskan-messi-secara-percuma", "article_title": "PSG sedia lepaskan Messi secara percuma", "article_text": "MASA depan Lionel Messi terus mencetuskan tanda tanya ketika kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) bakal tamat penghujung musim ini.Kedua-dua pihak belum mencapai sebarang persetujuan mengenai perjanjian baharu, malah timbul spekulasi mengaitkan pemain berusia 35 tahun itu akan kembali ke Barcelona.Malah, Messi yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar juga telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke kelab Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).Menurut laporan Sunday Mirror baru-baru ini, PSG dilaporkan bersedia untuk membenarkan Messi meninggalkan bumi Paris secara percuma.Rundingan kontrak antara Messi dan PSG telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu sebaik Argentina menjulang Piala Dunia 2022 walaupun dilaporkan kedua-dua pihak menghampiri kata putus yang positif.Namun, laporan itu turut mengaitkan PSG tidak tergesa-gesa untuk melanjutkan perjanjian Messi memandangkan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mahu mengukuhkan kewangan kelab gergasi Perancis itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 11:22am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255598/berita/sukan/rindu-azman-tiada-penghujung", "article_title": "Rindu Azman tiada penghujung", "article_text": "KEHILANGAN bapa tersayang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri enam tahun lalu masih mengundang kerinduan buat bekas penyerang sensasi negara, Azman Adnan.Bukan sekadar seorang bapa, Adnan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Nan merupakan individu yang sangat istimewa buat Azman dalam membuka laluan kepadanya menjadi pemain bola sepak terkemuka.Azman berkata, kedatangan Syawal kali ini sudah tidak semeriah seperti sebelum bapanya kembali ke rahmatullah pada 1 Julai 2017.\u201cMemang ada beza, bukan sahaja hari raya tahun ini tetapi sejak enam tahun lepas. Pada hari raya kedua enam tahun lalu, bapa saya meninggal dunia.\u201cJadi bila tiba hari raya, mesti teringat arwah kerana beliau meninggal semasa hari raya. Memang terasa sangat kerana arwah bapa, saya menjadi pemain bola sepak,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Menceritakan memorinya bersama Pak Nan, Azman mengakui ketegasan arwah bapanya dalam mendidik membuatkan dirinya mampu menjadi antara penyerang berbisa di negara ini.Menurut Azman, dia mula mengenali dunia bola sepak hasil asuhan arwah bapanya ketika masih di bangku sekolah rendah.\u201cArwah bapa sayalah yang menjadi pendukung utama saya, selain ahli keluarga dan rakan-rakan sepanjang karier saya sebelum saya bersara pada tahun 2004.\u201cSebab itu, jasa dan pengorbanan arwah bapa kepada saya amat besar serta sangat bernilai,\u201d ujarnya yang pernah mencipta kemasyhuran bersama pasukan Kuala Lumpur dan Selangor.Dalam pada itu, menurut Azman, beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama-sama ibu dan adik-beradiknya di Kuala Lumpur.\u201cTerus terang saya rindu suasana raya pada masa dahulu. Berbeza kalau kita balik ke kampung di Rembau, Negeri Sembilan, di kampung sudah ramai yang tak ada.\u201cMemang berbeza raya sekarang dengan dahulu. Sekarang saya beraya di Kuala Lumpur sahaja, di rumah emak di Cheras. Adik-beradik semua berkumpul sama.\u201cSelepas itu, raya kedua baru kami balik kampung menziarahi saudara-mara di Rembau,\u201d jelasnya yang mencipta nama di zaman kegemilangannya dari 1989 hingga 2004.Berkongsi juadah yang menjadi kegemarannya setiap kali sambutan Aidilfitri, Azman mengakui tidak sabar menjamah rendang hasil tangan ibunya.\u201cItu tidak dapat dinafikan. Kalau bukan hari raya pun, saya akan minta emak saya buatkan rendang. Rendang Negeri Sembilan lain sikitlah.\u201cMenikmati juadah hari raya dan berkumpul bersama ahli keluarga sekurang-kurangnya dapat mengubati kerinduan saya terutama kepada arwah bapa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255599/berita/sukan/doa-buat-khalid-ali", "article_title": "Doa buat Khalid Ali", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KISAH legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang kini menghidap penyakit kanser paru-paru mendapat perhatian dan simpati ramai pihak.Masing-masing mendoakan kesembuhan buat bekas pemain Harimau Malaya itu dan berharap beliau terus cekal dalam menghadapi ujian daripada ALLAH SWT.Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed antara individu yang menitipkan doa buat Khalid ketika beliau menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.\u201cKetika mengerjakan umrah bersama anak saya, Nur Badrisyiah, saya sempat mendoakan buat ahli keluarga, sahabat handai, rakan media dan seluruh bekas atlet negara.\u201cSepanjang berada di Makkah, saya mengambil kesempatan mendoakan kita semua diberikan kesejahteraan, dipelihara sihat, murah rezeki dan dilindungi ALLAH SWT.\u201cDoa khas juga saya titipkan buat legenda bola sepak Malaysia, saudara Khalid yang kini diuji dengan masalah kesihatan akibat penyakit kanser yang dihadapinya.\u201cAda juga rakan-rakan bekas atlet negara yang mengirimkan salam kepada Rasulullah SAW.\u201cAlhamdulillah, itu pun telah saya tunaikan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Pada Jumaat lalu, Sukan Sinar melaporkan Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.Beliau yang pernah mencipta nama bersama Selangor, menerima ujian daripada ALLAH itu dengan reda dan mahu menjalani rutin harian tanpa dibelenggu bimbang memikirkan penyakitnya.Dalam masa sama Noorul Ariffin berkongsi pengalaman mengunjungi ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW di Madinah.\u201cSememangnya menjadi impian setiap jemaah haji atau umrah, pasti ingin mengunjungi ke Raudhah dan Makam Nabi Muhammad SAW di Madinah.\u201cBagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik berjaya merebut peluang keemasan itu kerana ada jemaah tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke Raudhah.\u201cSaya bersyukur apabila dapat memasuki Raudhah sebanyak tiga kali, yang merupakan kenangan terindah sepanjang mengerjakan umrah,\u201d katanya yang mengakui keterujaan melihat umat Islam bersolat Tarawih dalam hujan lebat di Dataran Masjid Nabawi pada 29 Ramadan.Berkongsi pengalaman beraya di Madinah, Noorul Ariffin berkata, umat Islam di Arab Saudi beraya awal sehari iaitu pada, Jumaat.\u201cSaya bersyukur dapat bersama umat Islam negara lain berpeluang menunaikan solat di dalam Masjid Nabawi.\u201cMasjid juga penuh dengan masyarakat Islam dari pelbagai negara. Di sini jemaah melimpah sampai ke jalan raya dari solat subuh hingga solat Aidilfitri,\u201d katanya.Tambah Noorul Ariffin lagi, biarpun sambutan 1 Syawal di Madinah sederhana, namun kemeriahan dirasai pekarangan luar dan dalam masjid setiap masa.\u201cBagi solat fardu kena datang awal dua jam atau sejam awal untuk dapat solat dalam masjid.\u201cKali ini kita dapat dua khutbah, khutbah raya dan khutbah Jumaat, saya rasa bertuah berpeluang beraya di Madinah.\u201cDi Madinah, berpeluang ziarah semua masjid dan tempat Perang Uhud,\u201d katanya yang memaklumkan cuaca di Madinah, 37 darjah Celcius panas kering, namun pada malam suhu sejuk sehingga 22 darjah Celcius serta angin sejuk.Berkongsi pengalaman berbuka puasa di Madinah, Noorul Ariffin berkata, malam 27 hingga 29 Ramadan merupakan detik dinanti umat Islam.\u201cTiga malam terakhir Ramadan dimanfaatkan sepenuhnya jemaah di sini. Masjid sentiasa penuh ada yang datang sejak Zohor sampai berbuka serta Tarawih.\u201cWaktu berbuka sememangnya penuh dengan makanan dalam pekat (roti, kurma, yogurt, air mineral) manakala air zam zam diagih dalam masjid.\u201cKiri kanan masyarakat Islam dari pelbagai negara duduk sebelah menyebelah kita, tidak kira warna kulit atau bangsa, semuanya adalah umat Nabi Muhammad SAW,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 08:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255610/berita/sukan/manchester-united-mara-final-piala-fa", "article_title": "Manchester United mara final Piala FA", "article_text": "KELAB pilihan Manchester United menepati jangkaan mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menyingkirkan cabaran Brighton & Hove Albion di Stadium Wembley.Dalam perlawanan separuh akhir itu, The Red Devils menewaskan The Seagulls menerusi penentuan sepakan penalti yang mendebarkan selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0 selepas masa tambahan.Pemain ketujuh Brighton, Solly March yang mengambil sepakan penalti menyaksikan tendangannya melewati palang sebelum Victor Lindelof mengesahkan kemenangan 7-6 untuk Manchester United.Perlawanan berintensiti tinggi kedua-dua jagoan Liga Perdana Inggeris berkenaan sebelum itu berlangsung 120 minit penuh aksi sarat drama sepanjang malam.Manchester City yang mengejar treble menanti Manchester United di final selepas menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United 3-0 dalam satu perlawanan separuh akhir sebelum itu.Sebagai rekod, perlawanan separuh akhir adalah perlawanan ulangan perlawanan akhir 1983, apabila Brighton tewas kepada United dalam satu-satunya penampilan pasukan pantai selatan itu dalam perebutan kejuaraan ketika itu.Manchester United asuhan Erik ten Hag, pemenang Piala FA sebanyak 12 kali, memburu satu piala berganda selepas memenangi Piala Liga pada Februari lalu.Perlawanan akhir Piala FA antara Manchester United menentang Manchester City asuhan Pep Guardiola dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 3 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 April 2023 07:50am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255587/berita/sukan/malaysia-mampu-lahirkan-lebih-ramai-azeem", "article_title": "Malaysia mampu lahirkan lebih ramai 'Azeem'", "article_text": "JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai pelari pecut seperti Muhammad Azeem Fahmi.Justeru, Amir Izwan berkata, misi bagi melahirkan pelari pecut berbakat seperti Azeem yang mencipta beberapa kejayaan di usia muda tidak boleh terhenti di tengah jalan, selain perlu dipergiat dari masa ke masa.\u201cSaya tiada tekanan. Kita hanya buat apa yang kita mampu dengan \u2018material\u2019 yang kita ada. Pada masa sama kita akan usaha dapatkan dan cari \u2018Azeem\u2019 nombor dua,\u201d katanya baru-baru ini.Sementara itu, beliau berkata, tempoh masa yang khusus tidak boleh diletakkan dalam proses menjelmakan atau menghasilkan pelari pecut seperti Azeem.\u201cTidak perlu diletakkan tempoh masa. Ia kena berterusan, dilakukan dengan melihat kepada bakat sedia ada dan jangan diletakkan sasaran dua atau tiga tahun kerana kita mahu projek itu berjalan,\u201d ujarnya.Mengulas sama ada pelari pecut negara mempunyai semangat juang untuk menghasilkan pencapaian membanggakan seperti Azeem, Amir Izwan berkata, rata-rata mereka mempunyai mentaliti hampir sama.\u201cNak kata cara pemikiran, semua orang boleh ada itu, cuma bagaimana seseorang atlet menzahirkannya dalam latihan dan kejohanan.\u201cAtlet ini semuanya berbeza kebolehan, jadi mungkin perlu ambil masa. Bergantung kepada sama ada mereka boleh memberikan reaksi yang cepat atau tidak,\u201d jelasnya.Azeem mula disebut-sebut permata baharu olahraga negara selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09saat (s) pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos lepas.Pelari berusia 18 tahun itu kini melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn, Amerika Syarikat.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 08:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255586/berita/sukan/juwaidi-bawa-pulang-dua-gangsa-dari-turkiye", "article_title": "Juwaidi bawa pulang dua gangsa dari Turkiye", "article_text": "PEMANAH compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki menyambut Aidilfitri jauh di perantauan dengan membuat panahan yang memberikan dua pingat gangsa Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya, Turkiye pada Sabtu.Juwaidi mengekalkan tumpuannya untuk menamatkan, masing-masing acara individu lelaki dan pasukan campuran bersama gandingannya, Fatin Nurfatehah Mat Salleh.Gandingan Juwaidi-Fatin Nurfatehah membawa pulang gangsa selepas memenangi persaingan sengit menentang wakil Itali, Marco Bruno-Elisa Roner dengan kiraan mata 19-18 setelah kedua-dua pasukan seri 157 mata.Sebelum itu, mereka tewas tipis 155-157 kepada Ojas Pravin Deotale-Jyothi Surekha Vennam dalam separuh akhir sebelum pilihan kedua dari India itu menumpaskan Chen Chieh Lun-Chen Yi Hsuan dari Taiwan 159-154 untuk muncul selaku juara.Juwaidi yang menduduki ranking ke-161 dunia, kemudian menambah kilauan pingatnya dengan mengecewakan pemanah nombor satu dunia dari Belanda, Mike Schloesser 148-146 dalam aksi penentuan pingat gangsa.Juwaidi sebelum itu gagal mara ke pentas final selepas tewas 145-147 di tangan Jozef Bosansky dari Slovakia dalam saingan separuh akhir.Rabu lalu, Juwaidi memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam pusingan kelayakan apabila mengutip 714 mata selepas 72 panahan bagi memadam catatan 709 mata yang dicipta pada Kejohanan Memanah Asia 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 08:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255575/berita/sukan/bayern-munich-tidak-bertenaga-di-mainz", "article_title": "Bayern Munich tidak bertenaga di Mainz", "article_text": "GERGASI Jerman Bayern Munich tewas 1-3 kepada Mainz 05 dalam aksi Bundesliga di Mewa Arena pada Sabtu.Tiga gol dilepaskan dalam tempoh 14 minit menyaksikan penyandang juara itu melakar kekalahan keempat liga selepas 29 perlawanan dengan baki lima aksi.The Bavarians, yang disingkirkan Manchester City dalam perlawanan fasa lapan terbaik Liga Juara-Juara, tidak dapat membayangkan prestasi hambar selepas mendahului 1-0 hasil tandukan Sadio Mane pada minit ke-29.Namun Mainz bangkit dengan tiga gol selepas itu hasil jaringan Ludovic Ajorque (m-66), Leandro Barreiro (m-73) dan Aaron Martin (m-79) untuk 10 perlawanan tanpa kekalahan buat Mainz.Keputusan itu menyaksikan Mainz kini berada di tangga keenam dan dalam perebutan tempat di Eropah musim depan.Sementara itu, Bayern, yang memburu mahkota liga ke-11 berturut-turut, dengan 59 mata dan Borussia Dortmund di tempat kedua, dengan 57, boleh mengambil alih pendahuluan dengan kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt pada Sabtu.Walaupun memiliki lebih 70 peratus penguasaan bola lebih sejam, Bayern bimbingan Thomas Tuchel, yang kini hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan terakhir di bawah bekas jurulatih Mainz itu, tidak dapat mencipta peluang lagi.\u201cKami seperti tidak mempunyai sebarang tenaga lagi. Terlalu banyak yang berlaku kepada pasukan ini dan ia bergelut untuk bangkit apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diharapkan.\u201cIa amat sukar untuk membangunkan semangat para pemain sebagai sebuah pasukan untuk melawan.\u201cKami bergelut untuk memenangi perlawanan ini. Kami mengawal permainan, namun malangnya tidak menjaringkan gol kedua. Kami tidak cukup fokus,\u201d kata Tuchel.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 05:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255569/berita/sukan/brentford-akhiri-momentum-kemenangan-aston-villa", "article_title": "Brentford akhiri momentum kemenangan Aston Villa", "article_text": "BRENTFORD mengakhiri rekod lima kemenangan berturut-turut Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech Community pada Sabtu.Pelawat meraih keputusan seri 1-1 hasil gol lewat perlawanan Douglas Luiz selepas Ivan Toney menjaringkan gol ke-20 musim ini untuk Brentford.Keputusan itu meletakkan Villa di tempat keenam liga dengan 51 mata, satu mata di depan Liverpool yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan, namun masih bergelut untuk memastikan diri mereka saingan Eropah musim depan.\u201cHari ini kami tidak bermain dengan baik tetapi satu adalah mata yang sangat bagus,\u201d kata pengendali Aston Villa, Unai Emery, sambil menyatakan Brentford hanya tewas dua kali di laman sendiri sepanjang musim.Walaupun seri, gol penyamaan lewat Villa bermakna The Villa telah menjaringkan gol dalam semua 19 perlawanan liga setakat ini di bawah Emery, rekod jaringan Liga Perdana Inggeris terpanjang sebarang kelab di bawah pengurus baharu.Sementara itu, keputusan seri ke-14 liga tersebut meletakkan Brentford di tempat ke-10 liga dengan 44 mata.Dalam pada itu, pengendali Brentford, Thomas Frank menyifatkan tuah tidak menyebelahi pasukan tuan rumah untuk meraih tiga mata di laman sendiri.\u201cMereka sangat malang kerana tidak menang kerana ia hampir dengan persembahan yang sempurna untuk saya. Apabila anda hanya mendahului 1-0 dalam bola sepak ia boleh berlaku - anda tidak pernah tahu,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 05:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255562/berita/sukan/king-kazu-cipta-sensasi-lagi", "article_title": "King Kazu cipta sensasi lagi", "article_text": "Bekas penyerang Jepun, Kazuyoshi Miura sekali lagi mencipta sensasi dalam kariernya pada Sabtu, apabila melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Divisyen Dua Portugal, Oliveirense dalam usia 56 tahun.Miura, yang menyertai Oliveirense secara pinjaman dari kelab Liga Jepun, Yokohama FC awal tahun ini, masuk pada minit ke-90 ketika Unionists menang 4-1 ke atas Academico de Viseu di Est\u00e1dio do Fontelo.Menurut laporan di laman web liga Portugal, penampilan Miura menjadikannya pemain bola sepak tertua beraksi dalam liga Portugis, dengan 56 tahun, satu bulan dan 24 hari.Miura, yang dalam musim ke-38 bola sepak profesionalnya, telah bermain untuk beberapa kelab di seluruh dunia termasuk Palmeiras, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.Portugal negara keenam Miura, yang digelar King Kazu, selepas memulakan kerjaya bola sepak bersama Santos, Brazil pada 1986.Sebagai rekod, dia bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992, dan merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang masa dengan 55 gol.Perlawanan antarabangsa terakhir Miura adalah pada 2000.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 04:01pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255559/berita/sukan/hatrik-riyad-mahrez-pacu-manchester-city", "article_title": "Hatrik Riyad Mahrez pacu Manchester City", "article_text": "HATRIK Riyad Mahrez membolehkan Manchester City menamatkan rentetan kekalahan pada separuh akhir Piala FA selepas membelasah kelab Divisyen Dua, Sheffield United 3-0 di Wembley, pada Sabtu.Selepas tersingkir pada separuh akhir untuk tiga musim terakhir, skuad Pep Guardiola tampil memburu kejuaraan treble ternyata tidak memberi ruang kepada The Blades.Biarpun begitu skuad kendalian Paul Heckingbottom bermula cemerlang apabila mengecewakan City sepanjang separuh masa pertama sebelum Mahrez meletakkan pasukan pilihan itu di depan hasil penalti pada minit ke-43.Mahrez kemudian melebarkan jaringan apabila menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-61 sebelum melengkapkan hatriknya lima minit kemudian dengan penyudah klinikal hasil hantaran Jack Grealish.Sebagai rekod, ia adalah hatrik separuh akhir Piala FA pertama sejak Alex Dawson untuk Manchester United menentang Fulham pada 1958.Sementara itu, Guardiola memuji kesungguhan Riyad Mahrez yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Citizens musim ini.\u201cBiarpun kurang mendapat minit perlawanan dalam kesebelasan utama The Citizens musim ini, namun kualiti Riyad sejak dari Leicester City masih kekal bersama City.\u201cDia adalah pemain yang mempunyai mentaliti juara selain bercita-cita besar untuk menjaringkan gol. Menjaringkan gol pada penghujung separuh masa pertama adalah sangat penting,\u201d katanya.Sebagai rekod, City tidak melepaskan sebarang gol dan menjaringkan 17 gol untuk mara ke final Piala FA, dijangka berdepan Manchester United.United kendalian Erik ten Hag akan menentang Brighton & Hove Albion pada Ahad.Sementara itu, City masih dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), akan berdepan Arsenal awal pagi Khamis.Selain itu akan ke Madrid berdepan penyandang juara Liga Juara-Juara, Real Madrid bagi separuh akhir pertama pada 10 Mei depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 03:28pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255551/berita/sukan/liverpool-mula-pamer-peningkatan-ketara", "article_title": "Liverpool mula pamer peningkatan ketara", "article_text": "LIVERPOOL telah menunjukkan peningkatan ketara dalam persembahan gergasi Inggeris sejak beberapa minggu kebelakangan ini.Itu luahan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Sabtu.\u201cBeberapa perkara telah berubah. Hari ini saya juga melihat banyak tekanan dilakukan ke atas pasukan lawan.\u201cSaya suka itu dan bagi kami ia sangat penting. Saya fikir fokus kami lebih jelas lagi untuk bahagian tersebut.\u201cJika anda bukan sahaja padu tetapi benar-benar bagus dan agresif serta positif dalam bertahan maka anda boleh membinanya. Bagi saya, rasanya ini kali pertama musim ini kita mengalaminya - lewat tetapi diharapkan tidak terlambat,\u201d kata Klopp selepas kemenangan ke-14 itu.Liverpool sebelum itu menumpaskan Leeds United 6-1 pada awal minggu sebelum menewaskan Forest yang bergelut untuk memastikan kemenangan liga berturut-turut buat kali pertama sejak awal bulan lalu.Kelab Merseyside itu kini tidak tewas dalam empat perlawanan terakhir berada di tempat ketujuh liga dengan 50 mata - enam di belakang Newcastle United di tempat keempat, yang bermain di tangga kelima Tottenham Hotspur pada Ahad.Dalam masa sama, Klopp turut memuji penyerang Diogo Jota, yang menjaringkan dua gol ketika menentang Forest.Jota kini menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan selepas gagal menjaringkan gol dalam 32 penampilannya sebelum ini untuk kelab itu.Penyerang Portugal itu sebelum ini menghabiskan masa yang lama di luar padang awal musim ini berikutan kecederaan betis.Namun telah mempamerkan potensi luar biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini turut menjaringkan dua gol dalam kemenangan ke atas Leeds minggu lalu.\u201cSaya percaya gol dijaringkan Diogo Jota petanda positif kepada peningkatan prestasinya sekali gus memberikan keyakinan.\u201cSungguh mengagumkan selepas sekian lama dia berada di luar dan kini mempunyai perkara-perkara positif ini - terlibat dalam gol penyamaan Arsenal dan kini menjaringkan dua gol. Ia adalah yang terbaik,\u201d kata Klopp.Liverpool yang dalam misi mengakhiri kempen musim ini dalam kelompok empat terbaik akan berdepan West Ham United di Stadium London pada awal pagi Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 02:15pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255532/berita/sukan/mb-selangor-beri-kata-semangat-buat-khalid-ali", "article_title": "MB Selangor beri kata semangat buat Khalid Ali", "article_text": "SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menziarahi legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang disahkan menghidap barah paru-paru.Amirudin berkata, kunjungan itu dilakukan sempena mengambil keberkatan Aidilfitri ini yang menggalakkan umat Islam menziarahi antara satu sama lain.\"Sambil ditemani isteri beliau, saya memberi kata-kata semangat dan bertanyakan situasi terkini rawatan.\"Saya mendoakan agar Khalid diberi kekuatan dan kesembuhan, Insya-ALLAH. Semoga kita sama-sama mendoakan beliau,\" katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.Khalid sebelum ini beraksi di posisi tengah merupakan bekas pemain kebangsaan pada era 1970-an.Khalid yang pernah mencipta nama bersama Selangor meraih beberapa pencapaian terbaik dan pernah membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 April 2023 10:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255465/berita/sukan/mohd-juwaidi-selangkah-ke-final-piala-dunia-memanah-di-antalya", "article_title": "Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah di Antalya", "article_text": "PEMANAH berpengalaman negara, Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 1 di Antalya, Turkiye, malam Khamis.Menurut laman web rasmi kejohanan, Mohd Juwaidi tidak berdepan masalah menewaskan wakil India, Ojas Pravin Deotale di suku akhir selepas lawannya itu mencipta kejutan menyingkirkan pemanah ranking keenam dunia, Mathias Fullerton dari Denmark di pusingan ketiga.Atlet berusia 32 tahun yang menduduki ranking ke-161 dunia menang ke atas Deotale 150-148 dan bakal membuat perhitungan menentang pemanah ranking ke-11 dunia dari Slovakia Jozef Bosansky di pentas separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Sabtu.Sekiranya Mohd Juwaidi berjaya ke final, menanti pemenang dua pingat emas Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas itu adalah antara Mike Schloesser dari Belanda dan pemanah Amerika Syarikat, Sawyer Sullivan yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.Terdahulu, Mohd Juwaidi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam pusingan kelayakan Rabu lepas apabila mengumpul keseluruhan 714 mata selepas 72 panahan sekali gus memadam rekod lama 709 mata yang dicipta di Kejohanan Memanah Asia 2019.Dalam pada itu, pemanah elit, Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang menjadi wakil tunggal negara dalam acara compound individu wanita terkandas di pusingan kedua selepas tewas tipis di tangan Avneet Kaur dari India 145-146.Bagaimanapun, Fatin Nurfatehah berpeluang menebus kekecewaannya itu dalam acara compound berpasukan campuran bersama Mohd Juwaidi dengan mereka menanti lawan antara Estonia dan Poland di pusingan kedua pada Sabtu, selepas diberi \u2018bye\u2019 di pusingan pertama.Sementara itu, hasrat trio Syaqiera Mashayikh, Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini dan Nurul Azreena Mohamad Fazil untuk mara lebih jauh dalam saingan recurve berpasukan wanita tidak kesampaian apabila tumpas kepada gandingan Denmark 2-6 seawal pusingan pertama.Syaqiera dan Ku Nurin Afiqah bagaimanapun akan turun beraksi dalam acara recurve individu, masing-masing akan berdepan pemanah Taiwan, Peng Chia-Mao dan Chiu Yi-Ching di pusingan pertama yang dijadual berlangsung hari ini.Syaqiera yang membuat penampilan sulung Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tiga tahun lepas turut bergandingan bersama Muhammad Danish Amsyar Norazlan dalam saingan recurve berpasukan campuran dan akan berdepan Riau Salsabilla-Diananda Choirunisa dari Indonesia di pusingan pertama hari ini.Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya berlangsung dari 18-23 April ini.Selepas ini, saingan Peringkat 2 dijadual berlangsung di Shanghai, China dari 16-21 Mei diikuti Peringkat 3 di Medellin, Colombia 13-18 Jun dan Peringkat 4 di Paris, Perancis 15-20 Ogos sebelum pusingan akhir dijangka diadakan di Hermosillo, Mexico, September ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 April 2023 02:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255428/berita/sukan/saya-kena-kuat-lawan-kanser", "article_title": "'Saya kena kuat lawan kanser'", "article_text": "LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan lalu.Bekas pemain kebangsaan itu menerima ujian daripada ALLAH dengan reda dan mahu menjalani rutin harian seperti biasa tanpa dibelenggu kebimbangan memikirkan tentang penyakit yang dihidapi.Malahan, kata Khalid yang pernah mencipta nama bersama Selangor, era kemasyhuran ketika bergelar pemain sudah berlalu, sebaliknya beliau mahu buka 'buku baharu' dalam hidupnya.\u201cBagi saya, enjoy your life... baki hidup mungkin tak lama, lima atau 10 tahun. Tolak tepi rasa risau... fokus your future. Itu yang hanya saya fikirkan sekarang.\u201cPerkara lain semua sudah buang, no more. Apa sahaja pencapaian lalu, semua sudah tiada... sudah berlalu. Saya mahu mulakan hidup baharu dengan gembira,\u201d katanya ketika ditemui Sukan Sinar di Kuala Lumpur baru-baru ini.Khalid antara bekas pemain yang sering melontarkan pandangan mahupun kritikan dalam meningkatkan prestasi arena bola sepak Malaysia.Khalid yang beraksi di posisi tengah merupakan bekas pemain Harimau Malaya pada era 1970-an yang mana antara pencapaian terbaiknya membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.Bercerita lanjut penyakit yang dihidapinya, Khalid mengakui mendapat semangat baharu daripada rakan-rakan yang senasib dengannya yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya.\u201cSaya ada sertai satu kumpulan pesakit-pesakit kanser di hospital (PPUM). Dalam kumpulan itu, kami bersembang dan berbual... pesan mereka enjoy your life,\u201d ujarnya.Mengulas mengenai detik dimaklumkan mengenai penyakit kanser, Khalid berkata, beliau mengetahuinya pada awal Ramadan lalu setelah dimaklumkan oleh pegawai perubatan di PPUM.Khalid bergambar bersama isteri, Siti Norkhanah Mohd Yatin, anak, menantu dan cucungya pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.\u201cApabila doktor buat CT scan ada nampak ketumbuhan besar dalam 6.9 sentimeter (cm), namun ketika itu doktor belum boleh mengesahkan lagi sama ada itu kanser atau tidak.\u201cApabila buat endoskopi, baru nampak jelas saya ada kanser, namun belum tahu tahap berapa. Selepas buat pet scan, baru nampak jelas... kanser itu pada tahap 3A.\u201cIa sudah merebak tak boleh buat pembedahan hanya rawatan kemoterapi. Apa yang doktor nasihat, penyakit ini tak boleh baik, tapi boleh dirawat,\u201d ujarnya yang mencecah usia 66 tahun.Khalid (kanan) bersama sahabatnya, Roslan Muhiddin.Sekalipun mengakui berasa sedih apabila mula-mula disahkan menghidap kanser, Khalid tetap menerima berita itu dengan reda kerana menganggap ia merupakan ketentuan dan takdir ALLAH.\u201cInsya-ALLAH dengan doa semua, rakan-rakan dan peminat, saya mampu melawannya, saya kena kuat. Saya akan menjalani kemoterapi untuk enam pusingan dan tengok perkembangannya selepas itu,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 April 2023 08:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255438/berita/sukan/khairulnizam-kali-pertama-sambut-1-syawal-tanpa-keluarga", "article_title": "Khairulnizam kali pertama sambut 1 Syawal tanpa keluarga", "article_text": "SAMBUTAN 1 Syawal tahun ini merupakan kali pertama buat jaguh pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy meraikannya di luar negara tanpa keluarga tersayang.Khairulnizam berkata, dia kini giat menjalani latihan di Hyeres, Perancis sebagai persediaan bagi menghadapi Pusingan Kedua Kejohanan Perahu Layar Olimpik Perancis yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 29 April.\u201cIni merupakan Aidilfitri pertama yang saya raikan berjauhan daripada isteri, anak dan ahli keluarga lain sepanjang tempoh 20 tahun terlibat dalam sukan pelayaran ini.\u201cSejujurnya, saya berasa agak janggal sikit kerana ini pertama kali berjauhan beraya dengan ahli keluarga dan sanak saudara berbanding sebelum ini beraya bersama-sama orang tersayang.\u201cApapun saya perlu membiasakan dan menyesuaikan diri kerana sebagai atlet, sudah tentu kita mempunyai tanggungjawab dalam menggalas cabaran dan membawa nama Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Menurut Khairulnizam, dia masih boleh berhubung dengan ahli keluarganya dan rakan taulan pada sambutan Aidifitri nanti biarpun berada jauh dari tanah air.\u201cWalaupun berada jauh beribu-ribu kilometer, sekarang zaman serba canggih dan moden dengan teknologi yang ada. Jadi kami akan membuat panggilan video bagi mengubati kerinduan,\u201d ujarnya.Pada masa sama, Khairulnizam memaklumkan sambutan 1 Syawal bersama rakan-rakan diraikan secara sederhana.\u201cUntuk pengetahuan, tarikh 1 Syawal di sini jatuh pada hari terakhir sesi latihan yang memerlukan kami untuk sentiasa fokus.\u201cPagi selepas solat sunat Aidilfitri di sini, kami akan berkumpul bersama-sama meraikannya pada tengah hari sebelum turun berlatih di sebelah petangnya,\u201d katanya.Berkongsi juadah kegemaran, Khairulnizam berkata, rendang ayam merupakan menu utamanya setiap kali menyambut Aidilfitri.\u201cSekiranya bersama-sama ayah, dia akan menyediakan rendang kambing. Pada sebelah malam pula, kebiasaannya sup gearbox juga antara juadah pilihan utama,\u201d jelasnya.Mengenai sesi latihan sepanjang Ramadan, Khairulnizam memaklumkan, perkara itu tidak mengganggu tumpuan dan bukan masalah kepada rutin hariannya.\u201cKami perlu bijak menyusun jadual, pada awalnya latihan sebelah petang, namun hujung-hujung Ramadan ini kami tukar ke sebelah pagi.\u201cLatihan sebelah pagi lebih baik, selepas sahur kami tidak tidur semula sebaliknya rehat sebentar kemudian pagi-pagi terus ke laut, dan tengah hari kami dapat rehat sementara lelapkan mata sebelum sambung gim pada petang sebelum berbuka.\u201cIni rutin kami supaya tidak penat sangat. Bab pengambilan makanan sepanjang Ramadan sememangnya antara elemen yang diberikan perhatian serius.\u201cBila berbuka kena ambil dalam kuantiti yang banyak sikit untuk recovery tenaga. Bangun makan bersahur satu keperluan sebagai bekalan tenaga bagi sesi latihan sebelah pagi. Jadi bab makanan ini sememangnya perlu berdisiplin,\u201d jelasnya.Mengenai Pusingan Kedua Kejohanan Perahu Layar Olimpik Perancis, Khairulnizam berkata, kejuaraan itu merupakan pentas persediaan mengharungi Sukan Asia.\u201cAwal tahun ini saya kurang bernasib baik apabila mengalami beberapa kecederaan pada bahagian tangan forearm tear dan kecederaan bahagian belakang badan.\u201cJadi permulaan tahun ini kurang baik, sekarang ini merupakan proses untuk mendapatkan semua pada tahap terbaik. Kejohanan ini juga merupakan persediaan kelayakan Sukan Olimpik di The Hague, Belanda.\u201cSebanyak 16 negara terbaik akan layak secara merit, kita sasar layak awal dan menang di Sukan Asia,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 April 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255390/berita/sukan/hannah-ingatkan-atlet-jaga-makan", "article_title": "Hannah ingatkan atlet 'jaga makan'", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan para atlet negara untuk 'berjaga-jaga' dengan makanan yang bakal menjadi juadah mereka pada Syawal nanti.Beliau berkata, setelah sebulan berpuasa dan mungkin mengalami penurunan berat badan, namun tanpa penjagaan makanan yang betul boleh menyebabkan berat badan mereka kembali seperti sebelum Ramadan.\u201cPesanan ini bukan sahaja untuk atlet, tapi untuk semua termasuk saya sendiri.\u201cSelepas satu bulan berpuasa, pastikan kita 'pilih' makanan semasa hari raya, kalau tidak nanti semua kilogram yang hilang akan berpatah balik dengan cepat,\u201d katanya.Atlet negara ketika ini dalam proses mempersiapkan diri untuk menggalas nama Malaysia di Sukan SEA Kemboja bulan depan.Kontinjen Malaysia akan dibarisi seramai 677 atlet dipacu 237 pegawai bagi menyahut cabaran pada temasya dwitahunan dari 5 hingga 17 Mei.Hannah turut berpesan kepada atlet yang akan pulang ke kampung sempena Syawal nanti untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.\u201cNasihat saya kepada semua atlet yang akan balik kampung berhati-hati di jalan raya dan pastikan anda fokus memandu jangan tengok telefon sahaja.\u201cPesanan ini untuk semua yang guna jalan raya,\u201d katanya.Beliau memberitahu, atlet negara juga seperti orang biasa yang mempunyai kehidupan mereka sendiri.\u201cHarap mereka juga boleh mempunyai kehidupan sosial seperti orang lain dan saya harap hari raya ini mereka dapat bertemu degan keluarga dan sanak saudara bersama di kampung,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 06:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255380/berita/sukan/tiger-woods-selamat-jalani-pembedahan-buku-lali", "article_title": "Tiger Woods selamat jalani pembedahan buku lali", "article_text": "TIGER Woods selamat menjalani pembedahan buku lali bagi merawat arthritis yang disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya sebelum ini.Pada awal bulan ini, pemain berusia 47 tahun itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan Masters akibat kecederaan yang dikaitkan dengan \"plantar fasciitis\u201d.Beliau menjalani pembedahan pada Rabu di New York dan kemungkinan besar tidak akan menyertai kejohanan US PGA Championship bulan depan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Menurut kenyataan di saluran media sosial Woods: \"Pembedahan dilakukan oleh Dr Martin O\u2019Malley di Institut Perubatan Sukan HSS di New York City dan beliau semakin pulih.\u201dWoods pernah mengalami kecederaan serius dalam nahas jalan raya di Los Angeles pada Februari 2021. - Bernama/ DPA", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 04:16pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255350/berita/sukan/aksi-berdepan-pdrm-fc-paling-membosankan---solari", "article_title": "'Aksi berdepan PDRM FC paling membosankan' - Solari", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan aksi berdepan PDRM FC sebagai aksi paling membosankan yang pernah dilaluinya setakat ini.Katanya, corak taktikal daripada skuad The Cops itu yang dilihat lebih banyak bertahan selain melengah-lengahkan permainan ternyata cukup membosankan kerana tidak memberikan cabaran kepada skuad Harimau Selatan itu.\u201cPada saya ia merupakan perlawanan yang membosankan setakat ini dihadapi JDT. Mencabar? Bagi saya, sesuatu perlawanan itu mencabar apabila pasukan lawan memberikan cabaran kepada pasukan saya.\u201cNamun, ia tidak berlaku (dalam perlawanan ini) apabila PDRM FC dilihat lebih banyak bertahan dan melengah-lengahkan permainan.\u201cApa pun, saya tidak menyalahkan mereka kerana saya pasti ia merupakan antara strategi PDRM FC bagi berdepan JDT pada perlawanan ini,\u201d katanya sejurus tamat perlawanan, pada malam Rabu.Pada perlawanan berkenaan, penyerang import JDT, Fernando Forestieri muncul wira skuad Harimau Selatan itu apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-61 dan sekali gus melebarkan rekod kemenangan skuad Harimau Selatan kepada sembilan perlawanan berturut-turut, setakat ini.Kemenangan turut menyaksikan juara quadruple (empat piala semusim), musim lalu itu terus gah mendominasi puncak liga dengan 27 mata setakat ini selain terus mengekalkan rekod tanpa kalah, kepada sembilan perlawanan.Sementara itu, Solari memuji karakter pemain Harimau Selatan biarpun sekadar melakar kemenangan 1-0 ketika berdepan berdepan PDRM FC.Malah jelas Solari, dia amat berpuas hati dengan komitmen diberikan kesebelasan skuad Harimau Selatan ketika berdepan \u2018corak taktikal\u2019 The Cops, pada perlawanan berkenaan.\u201cSebelum perlawanan, kita pun tahu PDRM FC akan mengamalkan corak permainan bertahan seperti sebelum ini, tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan sikap yang dipamerkan pemain-pemain JDT di sepanjang perlawanan.\u201cSaya juga diberitahu, berdasarkan statistik perlawanan, JDT menguasai 80 peratus permainan selain berjaya melakukan 13 percubaan berbanding PDRM... jadi ini menggambarkan bahawa kami mengawal sepenuhnya perlawanan.\u201cPemain-pemain juga telah berusaha sebaik mungkin bagi menambah jaringan, namun sebaliknya lain pula gaya permainan (bertahan), yang dipamerkan PDRM,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 01:10pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255345/berita/sukan/harapan-positif-buat-teong-kim", "article_title": "Harapan positif buat Teong Kim", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim percaya pasukannya berada di landasan tepat untuk tampil lebih mantap selepas mengikat Negeri Sembilan FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Perak pada Rabu.Menurutnya, kejayaan mengikat antara pasukan kuat seperti Negeri Sembilan itu memberikannya harapan positif dalam mengharungi saingan liga.\"Pemain-pemain kita memberikan segalanya yang mereka ada dalam perlawanan ini. Persembahan ini memberikan saya harapan yang positif terutama dalam menghadapi perlawanan selepas cuti hari raya nanti.\"Saya pasti kita akan lebih mantap lagi,\" katanya dalam sidang media selepas perlawanan.Dalam perlawanan itu, Perak mendahului seawal minit ketiga menerusi Mohd Alif Zikri dan menunjukkan persembahan yang baik sebelum Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-70 melalui Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.Teong Kim berkata, mereka mampu untuk melakar kemenangan dalam perlawanan itu menerusi beberapa peluang yang ada, namun beliau tetap berpuas hati dengan satu mata.\"Kita mahu beri hadiah yang terbaik. Tetapi satu mata pun boleh kata lebih baik daripada tiada kerana Negeri Sembilan pun ada peluang untuk jaringkan gol.\"Kita pun ada peluang untuk tambah gol, tetapi ini adalah bola sepak,\" katanya.Perak ketika ini berada di kedudukan ke-11 liga dengan enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 12:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255335/berita/sukan/drogba-hentam-kepincangan-chelsea", "article_title": "Drogba hentam kepincangan Chelsea", "article_text": "BEKAS penyerang Chelsea, Didier Drogba tidak lagi memandang tinggi The Blues kerana dakwanya wujud kepincangan dalam pengurusan pasukan.Drogba mengkritik cara pemilik bersama, Todd Boehly mengendalikan kelab berkenaan sejak mengambil alihnya daripada Roman Abramovich.The Blues kecundang 0-2 kepada Real Madrid di Stamford Bridge pada Rabu dan terkandas di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan agregat 4-0.Ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menuju penghujung kempen musim ini tanpa sebarang trofi, Drogba yang memenangi 12 gelaran utama sepanjang sembilan musim bersama Chelsea mengkritik rejim semasa kelab itu.\"Saya mengenali kelab ini berdasarkan kelas tertentu dalam era Abramovich tetapi hari ini saya mendapati kepincangannya,\" katanya.Prestasi The Blues dalam saingan domestik juga amat mengecewakan apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan lalu.Kemerosotan prestasi Chelsea bertambah parah selepas kelab membelanjakan sekitar 600 juta pound (RM3.31 bilion) sepanjang jendela perpindahan musim panas lalu serta Januari.Boehly yang tiba di Stamford Bridge tahun lalu sudah memecat dua pengendali - Thomas Tuchel dan Graham Potter dan melantik Frank Lampard sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim.Bagaimanapun legenda Chelsea itu tewas keempat-empat perlawanan pertamanya.Drogba mula menyertai Chelsea pada 2004 sehingga 2012 sebelum menyertai Shanghai Shenhua (2012/13) dan Galatasaray (2013/14) dan kembali ke Stamford Bridge pada musim 2014/15.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 11:53am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255320/berita/sukan/fam-tidak-pilih-kasih-isu-penyokong-jdt-bakar-suar", "article_title": "FAM tidak pilih kasih isu penyokong JDT bakar suar", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih selepas badan induk itu seakan-akan membisu berhubung tiga insiden pembakaran suar yang dilakukan oleh segelintir penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, semua pasukan dilayan sama rata dan JDT juga tidak akan terlepas daripada menerima hukuman atas insiden yang berlaku di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu.\"Itu hanya spekulasi dan tidak benar (menuduh FAM beri keistimewaan kepada JDT). Jawatankuasa tatatertib FAM layan semua kelab sama rata.\"Mereka akan tengok kes demi kes dan jawatankuasa yang akan memutuskan bentuk hukuman nanti,\" katanya ketika ditemui media pada majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Bolabros Global Events Sdn Bhd (Bolabros) dan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) pada Rabu.Sebelum ini, sebanyak tiga kali sekumpulan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) membakar suar selepas perlawanan sekali gus melanggar peraturan Artikel 70.1 Kod Tataterbit FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.Setakat ini, belum ada hukuman yang dikenakan kepada JDT sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak negara kemungkinan JDT diberikan keistimewaan oleh FAM.Bagaimanapun, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui pasukan itu akan dikenakan denda selain mengharapkan agar nilai denda itu dapat ditolak melalui hutang lama mereka.Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM mengharapkan agar insiden suar itu tidak berulang dan kelab perlu bertanggungjawab mengelakkan penyokong membawa masuk barang larangan.\"Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sendiri yang maklumkan kepada kelab, ini tanggungjawab kelab untuk memastikan penyokong tidak membawa masuk barang larangan bukan sahaja suar tetapi juga barang larangan lain,\" katanya.Terdahulu, Mohd Firdaus turut menandatangani MOU bagi pihak Bolabros dan PBSMM yang menjalinkan kerjasama dalam program The Showcase Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 2-5 Jun ini.The Showcase bertujuan membangun bakat bola sepak Malaysia dan seorang pemain terpilih akan berpeluang diterbangkan ke Madrid untuk menerima latihan profesional Sepanyol pada Julai nanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 10:22am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255319/berita/sukan/arif-aiman-tak-pernah-tak-padu", "article_title": "Arif Aiman tak pernah tak padu", "article_text": "BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Super, PDRM FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.Arif Aiman menerima peratusan undian tertinggi sebanyak 47.94 peratus mengalahkan empat calon lain iaitu Park Tae-su (Sabah - 43.38 peratus), Fernando Forestieri (JDT - 4.78 peratus), Faisal Halim (Selangor - 2.98 peratus) dan Ramadhan Hamid (PDRM FC - 0.92 peratus)Pemain berusia 20 tahun itu menerima hadiah plak, wang tunai bernilai RM2,000 dan produk minuman protein tajaan OPI.Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM ini dikelolakan Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) antara pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.Sebagai rekod, sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.Pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM.Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 09:42am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255317/berita/sukan/city-buat-perhitungan-dengan-real-madrid", "article_title": "City buat perhitungan dengan Real Madrid", "article_text": "MANCHESTER City akan menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut selepas Erling Haaland meledak gol dalam keputusan seri 1-1 yang memastikan kemenangan 4-1 secara agregat ke atas Bayern Munich.Pemain Norway itu gagal menjaringkan penalti pada separuh masa pertama tetapi berjaya menebus kehampaan dengan gol pada babak kedua perlawanan sekali gus menjadi gol ke-48 dalam 41 penampilan musim ini.Bayern menjaringkan penalti lewat perlawanan menerusi Joshua Kimmich tetapi sekali lagi dihantui oleh ketidakupayaan mereka untuk membuat penguasaan dan mencipta peluang\"Separuh akhir sekali lagi... pengalaman yang kami ada dalam pertandingan dan mereka mahu melakukannya dengan sangat baik,\" kata pengendali City, Pep Guardiola.Bayern memecat pengendali sebelum ini, Julian Nagelsmann dan melantik Thomas Tuchel walaupun mempunyai rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, tetapi kini tersingkir daripada saingan Eropah serta Piala Jerman.\"Jika kami tidak dapat mengambil keputusan positif daripada perlawanan ini, kami akan menghadapi masalah\"Pada masa ini, City berada dalam keadaan terbaik, dengan pemain terbaik dalam liga terbaik di dunia,\" katanya.Guardiola, yang sering dikritik dalam saingan Liga Juara-Juara kerana suka melakukan eksperimen ke atas skuadnya, kali ini menurunkan kesebelasan utama sama yang menang 3-0 pada aksi suku akhir pertama di Manchester.Pemenang antara City dan Real akan berdepan sama AC Milan atau Inter Milan di final yang akan berlangsung di Istanbul pada 10 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 09:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255316/berita/sukan/perjalanan-ke-separuh-akhir-umpama-mimpi", "article_title": "Perjalanan ke separuh akhir umpama mimpi", "article_text": "PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi menyifatkan perjalanan mereka ke separuh akhir Liga Juara-Juara sebagai mimpi dan tekad berjuang mara ke final.Inzaghi tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas pasukannya seri 3-3 dengan Benfica pada perlawanan suku akhir kedua di San Siro sekali gus menang dengan agregat 5-3.Ia sekali gus menamatkan kemarau Inter untuk mara ke separuh akhir sejak memenangi trofi itu 13 tahun lalu.\"Pemain-pemain saya? Mereka mencipta sejarah. Ia bersejarah, kerana apa yang mereka lakukan, mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara dan Coppa Italia.\"Kami tahu ketinggalan beberapa mata di Liga Itali, tetapi ia kebanyakannya kerana jadual yang gila.\"Apabila kami diundi dalam kumpulan bersama Bayern dan Barcelona pada Ogos (dalam Liga Juara-Juara), kami melihat ia perjalanan yang berliku,\" katanya.\"Kami berhak untuk mara ke separuh akhir ini. Ia adalah satu impian tetapi kini, kami berada di sini dan kami akan bermain dengan hebat.\"Saya gembira untuk pemain dan perjalanan mereka. Kami bermula dari kumpulan yang sangat sukar bersama Bayern dan Barca tetapi kami bagus, bersatu bersama penyokong yang banyak membantu kami,\" katanya.Inter dijadualkan bertemu musuh setempat AC Milan dalam pusingan separuh akhir di San Siro dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 10 Mei dan perlawanan kedua pada 16 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 08:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255303/berita/sukan/selangor-masih-belum-sempurna", "article_title": "Selangor masih belum sempurna", "article_text": "BIARPUN mengakui gembira Selangor FC mula mendominasi permainan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super.Namun pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menegaskan masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan The Red Giants dalam memantapkan permainan selepas ini.\"Ya, kita nampak pemain mempamerkan persembahan terbaik dalam pergerakan sebagai satu pasukan baik semasa bertahan dan menyerang.\"Namun sebagai jurulatih, Selangor sebenarnya masih belum mencapai sesuatu yang pasukan ini perlukan dalam mengekalkan persembahan mantap.\"Saingan liga masih lagi panjang dan pemain-pemain perlu bekerja lebih keras meningkatkan prestasi bagi memastikan pasukan berada dalam kedudukan terbaik liga musim ini,\" katanya selepas perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa.Anak buah Cheng Hoe melakar kemenangan ketujuh liga bagi mengumpul 22 mata setelah mengharungi sembilan perlawanan selepas membenam TFC, 5-1.Gol Selangor dijaringkan Ayron del Valle (m-17, m-71), Faisal Abdul Halim (m-21) Harith Haiqal (m-40) dan Aliff Haiqal (m-84) manakala gol skuad Penyu dijaringkan pemain import dari Croatia, Ivan Mamut (m-61).Dalam masa sama, Cheng Hoe mengakui dia dan barisan jurulatih bangga dengan komitmen pemain-pemain apabila menang semua perlawanan sepanjang Ramadan setakat ini.\"Saya dan barisan kejurulatihan gembira dengan pemain-pemain apabila mereka fokus terhadap perlawanan walaupun berpuasa.\"Kami bangga apabila pemain-pemain yang berpuasa berjaya mengamalkan permakanan dengan betul.\"Namun begitu seperti saya katakan sebelum ini jangan berpuas hati, sebalik perlu bekerja lebih keras lagi kerana masih banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255301/berita/sukan/jdt-tenang-lepasi-ujian-pdrm", "article_title": "JDT tenang lepasi ujian PDRM", "article_text": "JUARA sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) tenang meninggalkan pesaing lain apabila melakar kemenangan kesembilan selepas menjinakkan PDRM FC, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Rabu.Jaringan peledak JDT, Fernando Forestieri pada minit ke-61 sudah cukup membolehkan Harimau Selatan keluar pemenang dalam perlawanan berintensiti tinggi di Petaling Jaya tersebut.Biarpun begitu The Cops kendalian Azzmi Aziz berjaya menyerap asakan bertali arus jentera berprofil tinggi Harimau Selatan sebelum tunduk mengalah kepada jaringan Forestieri.Kemenangan anak buah Esteban Solari terus mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan di puncak Liga Super dengan 27 mata - 37 gol dan bolos satu - lima mata meninggalkan pasukan tangga kedua Selangor FC.Dalam perlawanan itu, The Cops terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-74 selepas kehilangan khidmat Kyaw Min Oo yang diarah meninggalkan padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.Sementara itu, perlawanan Perak FC menentang Negeri Sembilan FC berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Perak, Ipoh.Pemain Perak FC, Shafizi Iqmal (kiri) mengawal bola ketika bertemu Pasukan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak pada Rabu.\u2028\u2028 - Foto BernamaAlif Zikri terlebih dulu meletakkan The Bos Gaurus kendalian Datuk Lim Teong Kim di depan pada minit kelima untuk memimpin separuh masa pertama.Bagaimanapun hasrat Perak untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila Shahrel Fikri meledak jaringan penyamaan pada minit ke-70 untuk keputusan seri keempat liga angkatan K Devan selepas mengharungi lapan perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 12:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255299/berita/sukan/sabah-langgar-habis-kelantan-di-likas", "article_title": "Sabah langgar habis Kelantan di Likas", "article_text": "SABAH FC kembali mempamerkan watak sebenar The Rhinos apabila membelasah pasukan bawahan Kelantan FC, 6-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada Rabu.Kemenangan yang sememangnya amat diharapkan pengendali, Datuk Ong Kim Swee itu boleh disifatkan kesinambungan dari momentum ketika menewaskan Kelantan United 2-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala FA di venue sama pada 15 April lalu.Kemenangan luar biasa ke atas anak buah Frank Bernhardt menyaksikan Sabah merekodkan kemenangan keempat berturut-turut di laman sendiri.The Rhinos memulakan pesta gol apabila mendahului separuh masa pertama menerusi pemain tengahnya, Daniel Ting yang meledak dua gol masing-masing pada minit ketiga dan ke-10.Separuh masa kedua, The Rhinos tampak lebih bernafsu apabila melanyak The Red Warriors (TRW) dengan empat gol lagi.Namun TRW berusaha kembali dalam permainan sebelum itu melalui gol Miguel Angel Garrido Cifuentes pada minit ke-46.Kedudukan itu tidak kekal lama apabila pemain pertahanan tuan rumah, Dominic Tan melebarkan jaringan pada minit ke-47.Kapten Rhinos, Baddrol Bakhtiar turut mengukir nama sebagai penjaring apabila meledak gol keempat pada minit ke-60.Stuart Wilkin juga tidak melepaskan peluang apabila turut mencetak nama sebagai penjaring dengan gol minit ke-75.Telmo Castanheira akhirnya melengkapkan malam derita TRW dengan gol minit ke-91 untuk kemenangan 6-1.Kemenangan kelima selepas mengharungi sembilan perlawanan itu membolehkan Sabah mengumpul 17 mata kekalahan Kelantan di Likas merupakan yang ketujuh selepas sembilan perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 April 2023 12:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255289/berita/sukan/bac-pearly-tarik-diri-akibat-masalah-kesihatan", "article_title": "BAC: Pearly tarik diri akibat masalah kesihatan", "article_text": "HASRAT untuk melihat gandingan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 bulan ini tidak kesampaian selepas Pearly terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram, petang Rabu.\"Pearly Tan menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia 2023 kerana masalah kesihatan,\u201d menurut hantaran itu.BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 25 hingga 30 April ini.Pada edisi lalu di Filipina, Pearly-Thinaah, pasangan ranking kelapan dunia dan juara Terbuka Perancis 2022 berjaya mara sehingga ke suku akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 10:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255242/berita/sukan/pemilihan-ssmza-penghargaan-buat-terengganu---pbsnt", "article_title": "Pemilihan SSMZA penghargaan buat Terengganu - PBSNT", "article_text": "TERENGGANU melakar sejarah tersendiri apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak dekat Kuala Nerus terpilih menjadi gelanggang bagi dua perlawanan persahabatan Harimau Malaya pada Jun depan.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Marzuki Sulong berkata, pemilihan tersebut merupakan suatu penghormatan kepada PBSNT khususnya dan Terengganu amnya.Justeru, beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menzahirkan setinggi penghargaan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dan jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan Gon atas keputusan tersebut.\"Skuad kebangsaan akan berdepan Solomon Island pada 15 Jun dan Yemen, 20 Jun. Harimau Malaya ketika ini menghuni ranking ke-138 dunia manakala Kepulauan Solomon, 134 dan Yemen, 157.\"Ini adalah sejarah manis buat Terengganu kerana Harimau Malaya akan beraksi untuk pertama kali di gelanggang kita,\" katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sehubungan itu, Marzuki menyeru agar 40,000 penyokong bola sepak tempatan hadir memenuhi SSMZA bagi memberi sokongan kepada skuad negara.Menurut beliau, rakyat Terengganu diketahui memiliki semangat kesukanan yang tinggi sehingga muncul sebagai antara kuasa sukan terbesar dalam negara.\"Saya harap penyokong dapat hadir SSMZA untuk menyaksikan sendiri perlawanan dan pemain Harimau Malaya beraksi depan mata. Tunjukkan semangat dan sokongan tidak berbelah-bahagi demi kemajuan bola sepak tanah air,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 05:01pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255192/berita/sukan/bojan-gembira-kualiti-serangan-kl-city-makin-tajam", "article_title": "Bojan gembira kualiti serangan KL City makin 'tajam'", "article_text": "KETUA Jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak menyifatkan jentera serangan pasukannya semakin tajam selepas membantu melakar kemenangan kali keempat berturut-turut setakat ini.Beliau mengakui gembira dengan kejayaan terbaru pemainnya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-3 pada aksi kesembilan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.Menurutnya, keserasian tinggi gandingan pemain di bahagian serangan musim ini dianggap lebih baik berbanding rangkaian penyerangnya musim lalu.\"Saya rasa cukup gembira apabila mendapat kemenangan kali keempat berturut-turut. Ini adalah perkembangan baik di jentera serangan yang mula menunjukkan keserasian melalui kombinasi yang baik.\"Serangan kami dilihat lebih baik pada musim ini berbanding musim lalu dan ianya ditambah dengan kehadiran penyerang, Herlison Caion dan inilah yang menyebabkan kami lebih meningkat pada musim ini,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanab tamat di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.Jelasnya, selain Caion, kehadiran penyerang berpengalaman Kipre Tchetche turut menambah kualiti jentera serangan pasukan tersebut.\"Ada pemain yang begitu cepat serasi dan ada juga yang mengambil masa untuk mencapai keserasian. Setiap pemain tetap akan memerlukan masa untuk mencapai tahap yang terbaik bersama pasukan,\" ujar beliau.Walau bagaimanapun, menurut Bojan, masih ada lagi sisi kekurangan The City Boys yang perlu dibaiki selepas dua kali pintu gawangnya dibolosi KDA FC pada separuh masa pertama perlawanan.\"Dengan dibolosi dua gol seperti ini, ianya belum lagi sampai tahap yang terbaik dan kita tidak sepatutnya bolos kedua gol berkenaan.\"Kami berhadapan dengan kecederaan dua pemain di barisan pertahanan dan dibolosi dua gol, namun saya yakin dengan perkembangan yang ditunjukkan ini ianya akan menjadi lebih baik bagi perlawanan seterusnya,\" kata jurulatih berpengalaman tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 01:58pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255193/berita/sukan/surat-tawaran-kontrak-tiada-dalam-sistem-mfl", "article_title": "Surat tawaran kontrak tiada dalam sistem MFL", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) menyangkal tuduhan bahawa badan pentadbir liga itu sebagai punca surat tawaran kontrak pemain import Selangor FC 'bocor' seperti yang tular baru-baru ini.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada pihaknya itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.Menurutnya, MFL hanya menerima kontrak pemain dan bukannya surat tawaran kontrak yang diberikan kepada pemain pasukan tersebut.\"MFL tidak akan memberi sebarang kenyataan kepada media sosial tetapi disebabkan ada pertanyaan daripada pihak media, jadi kita akan jelaskan.\"Sistem MFL adalah muat naik kontrak pemain tetapi surat tawaran ini tidak wujud dalam sistem kita. Jadi dakwaan itu adalah tidak berfakta dan tidak bertanggungjawab.\"Kita ambil peluang susulan pertanyaan media untuk jelaskan bahawa dokumen ini tidak wujud dalam sistem MFL,\" katanya kepada media ketika Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih AEON BiG dan MFL di Wangsa Maju pada Selasa.Pada Isnin lalu, sebuah laman Facebook mendedahkan satu surat tawaran kontrak yang didakwa milik pemain import Selangor FC dengan nilai gaji RM132,000 sebulan.Susulan itu, ramai yang menuding jari kepada MFL yang dikatakan punca surat tawaran tersebut bocor.Namun, surat tawaran yang berlegar di media sosial itu disahkan palsu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor FC.Dalam masa sama, Stuart menjelaskan pihaknya tidak berhubung dengan pengurusan Selangor FC untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai isu tersebut.\"Saya rasa Selangor FC tahu apa yang dimuat naik dalam sistem kita. Kita tidak muat naik apa-apa dokumen tetapi pasukan (yang lakukannya).\"Saya percaya mereka juga tahu yang dokumen ini bukan datang daripada MFL,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 01:56pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255191/berita/sukan/terengganu-fc-idam-khidmat-safawi", "article_title": "Terengganu FC idam khidmat Safawi", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid bagi membantu pasukan itu yang kini berada dalam prestasi tidak menentu.Menurutnya, TFC akan cuba mendapatkan Safawi sekiranya Johor Darul Ta'zim (JDT) sedia melepaskan pemain sayap kebangsaan itu.\"Sudah tentu saya berminat terhadap beberapa pemain seperti yang sudah kita bincangkan dan pemain yang ada kualiti seperti Safawi.\"Dia pernah bersama dalam pasukan saya pada 2015 dan saya sangat mengenalinya selain dia adalah pemain yang berpengalaman.\"Memang saya ada beberapa pemain sayap tetapi mereka tidak berada pada tahap yang sama dengan Safawi,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Selangor pada Selasa.Safawi ketika ini dipinjamkan daripada JDT ke kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC selama satu musim untuk mendapatkan minit permainan.Bagaimanapun, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu tidak selesa bermain di kelab Thailand itu dan mahu kembali beraksi di Liga Malaysia.Tunku Ismail masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu membenarkan Safawi menamatkan tempoh pinjaman lebih awal.Dalam pada itu, Steinbruckner mengakui kecewa dengan kekalahan besar 1-5 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.Pengendali kelahiran Croatia itu percaya deretan kesilapan pemain menjadi punca kekalahan tersebut.\"Saya kecewa kerana banyak kesilapan dilakukan pemain. Selangor mempunyai kualiti pemain dan menghukum kesilapan kami.\"Selangor boleh menang lebih daripada lima gol. Ia sangat mengecawakan dan kelihatan seperti pemain saya bermain seperti sudah bercuti hari raya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 01:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255175/berita/sukan/kane-terlalu-tua-dan-mahal---matthaus", "article_title": "'Kane terlalu tua dan mahal' - Matthaus", "article_text": "LEGENDA Bayern Munich, Lothar Matthaus menyifatkan pemain sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai tua dan mahal.Matthaus lebih meminati pemain 24 tahun Napoli, Victor Osimhen berbanding pemegang rekod jaringan terbanyak Spurs itu cuma bernilai 100 juta pound (RM550.6 juta) pada usia 29 tahun.Masa depan kapten England itu menjadi bualan menuju jendela perpindahan musim panas dengan kontraknya berbaki setahun setengah.Matthaus mengakui teruja untuk melihat penyerang baharu termasuk Victor Osimhen yang bermain cemerlang bersama Napoli.\u201cKita tidak tahu sama ada dia (Osimhen) boleh berjaya di Munich, tetapi saya rasa dia sesuai bersama pasukan.\u201cRandal Kolo Muani pula mungkin perlu sedikit masa, tetapi dia bagus di dalam kotak penalti dan mampu berjaya di Munich. Harry Kane terlalu tua dan mahal.\u201cNisbah harga-corak permainan mungkin lebih berbaloi untuk Niclas Fullkrug (penyerang Werder Bremen).\u201cDia mungkin boleh ditandatangani pada harga 20-25 juta euro (RM97-RM122 juta) dan menjaringkan 25 gol di Munich,\u201d ujar Matthaus.Sekiranya Kane tidak menandatangani kontrak baharu bersama Spurs, kelab lain boleh mendapatkannya secara percuma pada musim panas 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 12:30pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255174/berita/sukan/pengadil-siku-robertson-kembali-bertugas", "article_title": "Pengadil siku Robertson kembali bertugas", "article_text": "CONSTATINE Hatzidakis akan kembali memulakan tugasnya dalam saingan liga divisyen dua selepas insidennya menyiku pertahanan Liverpool, Andy Robertson.Penolong pengadil itu disiasat oleh Persatuan Bola Sepak (FA) berhubung insiden ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan The Reds menentang Arsenal, awal bulan ini.Rakaman televisyen menunjukkan Hatzidakis mengangkat sikunya sehingga terkena dagu Robertson di penghujung separuh masa pertama.Robertson yang membantah tindakan itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil Paul Tierney.Bagaimanapun, Hatzidakis dilaporkan sudah memohon maaf kepada kapten pasukan kebangsaan Scotland itu.Dia akan bertindak sebagai penolong pengadil dalam perlawanan di antara Preston North End dan Blackburn Rovers di Deepdale pada Ahad ini.Kemudian, dia akan kembali bertugas dalam saingan EPL mengendalikan video bantuan pengadil (VAR) bagi pertembungan Leeds United dan Leicester City di Elland Road.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 12:30pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255154/berita/sukan/giroud-bantu-milan-ke-separuh-akhir", "article_title": "Giroud bantu Milan ke separuh akhir", "article_text": "AC Milan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak mereka memenangi trofi itu 16 tahun lalu hasil jaringan Olivier Giroud dalam keputusan seri 1-1 di Napoli untuk kemenangan agregat 2-1 ke atas pesaing Serie A itu.Napoli mengasak sepanjang perlawanan untuk mencari gol, namun gagal memecahkan benteng pertahanan Milan sehingga penyerang Victor Osimhen menyamakan dalam masa kecederaan.Namun, ia sudah terlambat untuk pasukan itu apabila pengadil menamatkan perlawanan beberapa saat kemudian.Juara Eropah tujuh kali Milan akan berdepan Inter Milan atau Benfica yang akan bertemu di San Siro awal pagi esok dengan kelab Itali itu berkelebihan 2-0 hasil kemenangan peringkat pertama.Jurulatih Milan Stefano Pioli berkata, dia teruja jika dapat menentang pencabar setempat itu pada separuh akhir.\"Boleh dijangka kerana Inter menang selesa aksi pertama. Pastinya saingan ini turut sukar tetapi ia pertembungan menarik di Liga Juara-Juara. Kami berjaya mara dan tidak mahu terhenti setakat ini.\"Saya rasa kelebihan kecil 1-0 pada perlawanan pertama membantu kami,\" katanya.Ia adalah pertemuan ketiga antara Milan dan Napoli dalam tempoh 16 hari, dengan pasukan kendalian Pioli itu telah meraih kemenangan 4-0 menentang pendahulu Serie A itu pada 2 April lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 10:23am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255152/berita/sukan/pemain-kedah-kurang-bersungguh---nafuzi", "article_title": "Pemain Kedah kurang bersungguh - Nafuzi", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain melihat kegagalan pemainnya memberikan aksi terbaik pada perlawanan kesembilan Liga Super 2023 menjadi punca tewas 2-3 kepada Kuala Lumpur City (KL City) pada malam Selasa.Menurutnya, sejak awal permainan lagi pelawat sudah mendominasi perlawanan di Stadium Darul Aman dan beliau melihat kesungguhan Sang Kenari belum cukup untuk keluar sebagai pemenang.\"Pasukan kita terutamanya di posisi pertahanan terlalu mudah (bolos) apabila KL City menyerang kembali kita dalam situasi bahaya.\"Saya rasa kita bernasib mendahului (separuh masa pertama 2-1) walaupun sebenarnya kita tidak bermain dengan baik. Pada separuh masa kedua terlalu awal untuk kita bolos, jadi ia memberikan tekanan kepada kita apabila terikat 2-2.\"Kesilapan individu di barisan pertahanan dan terlalu senang melepaskan gol, kita tidak cukup bagus pada malam ini, kita mencuba sehingga tamat perlawanan, tahu pemain mahu menang tapi kesungguhan, keyakinan bermain kita kurang,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.Mengulas lanjut, Nafuzi berkata, kegagalan KDA FC bergerak sebagai satu pasukan juga untuk membantu di antara satu sama lain semasa kubu diasak oleh pasukan pelawat menjadi punca mereka gagal meraih mata di laman sendiri.Menurutnya, sukar buat pasukan tersebut untuk bersaing di kelompok atasan liga super berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada masa ini.\"Untuk bersaing di kelompok tiga teratas selepas tewas tiga empat perlawanan agak sukar, kita tahu baki perlawanan liga super masih banyak lagi tapi kita kena buat sesuatu dan kelemahan perlu dibaiki,\" ujar beliau lagi.Jelasnya, KDA FC perlu mengelak untuk bolos lagi dengan jaringan besar pada aksi seterusnya jika mahu terus berada pada kelompok atasan liga super.\"Bersaing di kelompok atasan yang penting kita tidak bolos. Jika gagal menjaringkan gol, kita seri, tidak tewas boleh selamatkan satu mata. (Sekarang ini) begitu sukar kita menjaringkan gol tapi mudah pula kita melepaskan gol,\" kata Nafuzi.Sang Kenari kini berada di tangga keempat liga super dengan 16 mata selepas lima menang, satu seri dan tiga tewas manakala KL City memperbaiki kedudukan ke tangga ketujuh dengan 12 mata selepas tiga menang, tiga seri dan dua tewas.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 10:07am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255151/berita/sukan/real-mudah-tundukkan-chelsea", "article_title": "Real mudah tundukkan Chelsea", "article_text": "RODRYGO meledak dua gol untuk membantu Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Chelsea 4-0 menerusi agregat di Stamford Bridge pada Rabu.Pasukan tuan rumah, dengan Frank Lampard kembali ke pangkuan Chelsea sebagai pengendali sementara bermula baik pada separuh masa pertama.Namun, mereka terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol sekali gus memberi tekanan ke atas juara bertahan berkenaan.Real menghukum ketumpulan serangan Chelsea apabila Rodrygo meledak gol pada minit ke-58 selepas serangan balas pantas dan dia menjadikan kedudukan 2-0 ketika perlawanan berbaki 10 minit.\"Kami menerima tekanan tetapi kami kekal konsisten dalam perlawanan untuk membantu kekal 0-0 pada penghujung separuh masa pertama.\"Separuh masa kedua kami jauh lebih baik dan menjaringkan dua gol. Kami gembira kerana layak,\" kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.Ancelotti turut memuji peranan yang dimainkan penjaga golnya, Thibaut Courtois yang tampil cemerlang menyelamatkan percubaan berbahaya Chelsea.\"Aksi terbaik dari Courtois menafikan jaringan lawan. Chelsea mencuba segala-galanya, mereka mencipta masalah untuk kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 10:04am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255149/berita/sukan/ronaldo-gusti-pemain-al-hilal", "article_title": "Ronaldo 'gusti' pemain Al Hilal", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo mendapat kad kuning kedua dalam kariernya bersama Al Nassr selepas melakukan gerakan yang kelihatan lebih menarik di gelanggang gusti WWE berbanding di padang bola sepak.Ronaldo dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Michael Oliver ketika tewas 0-2 kepada Al Hilal pada Rabu selepas melakukan kekasaran merangkul kepala pemain lawan, Gustavo Cuellar dan menariknya sehingga terjatuh.Selain insiden itu, Ronaldo juga dilaporkan menunjukkan kekesalannya akibat tewas perlawanan itu dengan menendang botol di tepi padang.Dalam perlawanan tersebut, bekas penyerang Manchester United, Odion Ighalo meledak dua gol menerusi sepakan penalti untuk memberikan kemenangan kepada pasukannya.Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada harapan Ronaldo untuk memenangi Liga Pro Saudi pada musim pertamanya bersama Al Nassr.Pendahulu liga, Al-Ittihad mengukuhkan kedudukan dan kini unggul tiga mata daripada Al Nassr dengan satu perlawanan dalam tangan.Ronaldo telah menjaringkan 11 gol dalam 13 perlawanan pertamanya untuk Al Nassr dan turut menerima dua kad kuning.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 09:45am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255148/berita/sukan/zamsaham-tak-jadi-jual-kelantan-fc", "article_title": "Zamsaham tak jadi jual Kelantan FC", "article_text": "NORIZAM Tukiman membatalkan hasratnya mahu menjual Kelantan FC selepas tiada mana-mana pihak berani tampil menawarkan hasrat mengambil alih kelab tersebut.Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, ramai yang hanya berani memberikan komen dan kritikan tetapi tidak sanggup mengambil risiko membeli skuad The Red Warriors (TRW) itu.\"Genap sudah tujuh hari (pada Selasa). Yang bercakap dan komen ramai tetapi sayangnya tiada sorang pun yang nak ambil risiko, keluar duit, atau pendek cerita ambil alih sepenuhnya A - Z Kelab TRW Kelantan FC dari saya,\" katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.Sebelum ini, Zamsaham terfikir untuk melepaskan saham pasukan itu kepada individu yang mampu selepas berdepan kritikan berhubung prestasi semasa Kelantan FC.Dalam pada itu, beliau menjelaskan akan terus berjuang membangunkan Kelantan FC sehingga masa yang sesuai.Malah, beliau juga telah berjumpa dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan inspirasi memacu pasukan pantai timur itu.\"Maka, selepas berjumpa dengan DYMM TMJ semalam, saya dapat semangat baru,inspirasi untuk saya teruskan menerajui kelab ini dan buat yang terbaik.\"Mungkin tak sekelip mata tapi berperingkat dan berfasa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 09:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255139/berita/sukan/inilah-barisan-terbaik-kita", "article_title": "'Inilah barisan terbaik kita'", "article_text": "SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara kendalian jurulatih berpengalaman, E Elavarasan memiliki ramuan terbaik untuk membawa pulang 'ibu emas' pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.Penganalisis sukan, Azlan Johar percaya skuad muda negara itu mempunyai reputasi yang baik menerusi kejayaan yang mereka lakar di pentas antarabangsa sebelum ini.Beliau berkata, Elavarasan juga sudah pasti mempunyai strategi ampuh untuk mencapai sasaran mara ke final seterusnya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA kali ini.\u201cPada pandangan saya, Elavarasan seorang jurulatih yang tegas, berkemahiran dan mempunyai kepandaian untuk merangka taktikal terbaik buat pasukan.\u201cSkuad negara kali ini dibarisi pemain berkebolehan dan terbaik yang mampu melakar kejutan pada temasya Sukan SEA di Kemboja nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Pada Sukan SEA edisi ke-32 ini, Malaysia diundi dalam \u2018kumpulan maut\u2019 bersama-sama Thailand selaku juara 16 kali selain penyandang juara, Vietnam, Singapura serta Laos dalam Kumpulan B.Bulan lalu, skuad Harimau Muda merangkul kejuaraan Piala Merlion 2023 selepas menumpaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, di Singapura.Mengulas ketiadaan Arif Aiman Hanapi, Azlan menganggap ia satu kerugian buat skuad negara memandangkan Sukan SEA menjadi pentas terbaik buat bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukir nama di rantau ini.\u201cPercayalah memenangi pingat emas Sukan SEA akan menjadi satu kenangan terindah untuk dikongsi bersama anak dan cucu kita pada masa depan,\u201d ujarnya.Sambil mengakui bola sepak bukan bergantung kepada individu, sebaliknya menuntut kerjasama berpasukan, Azlan mahu barisan pemain memahami sasaran yang diletakkan kepada mereka dan memberikan yang terbaik buat negara.\u201cSaya percaya jurulatih ada solusi terbaik bagi menampung ketiadaan pemain tertentu. Berlatih bersungguh-sungguh. Berikan yang terbaik demi negara,\" katanya.Menyentuh skuad negara berada dalam 'kumpulan maut', Azlan melihat situasi itu dari sudut positif dengan berkata: \"Bukan Malaysia yang 'maut' tetapi pasukan lawan yang 'maut'.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255130/berita/sukan/selangor-ratah-tfc-5-1-lakar-kemenangan-keempat-berturut-turut", "article_title": "Selangor ratah TFC 5-1 lakar kemenangan keempat berturut-turut", "article_text": "SELANGOR FC merakam kemenangan Liga Super keempat berturut-turut sambil menghadiahkan kekalahan terbesar buat Terengganu selepas berpesta gol meraih kemenangan 5-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam Selasa.Terengganu bermula baik seawal 10 minit pertama dengan penyerang import, Jordan Mintah hampir meletakkan pasukan pelawat bimbingan Tomislav Steinbruckner di hadapan, namun sepakan percumanya pada minit ke-11 tepat ke palang gol.Pertahanan kurang kemas skuad Penyu mengundang padang apabila Selangor berjaya meledak dua gol dalam tempoh kurang daripada lima minit masing-masing menerusi penyerang, Ayron Del Valle, pada minit ke-17 dan bekas pemain sayap Terengganu, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-21.Skuad Gergasi Merah terus melebarkan penguasaan, kali ini giliran pemain pertahanan muda Harith Haiqal Adam Afkar mencetak nama sebagai penjaring selepas dia yang tidak dikawal bijak menyambar bola sepakan penjuru rakan sepasukan pada minit ke-40.Ketinggalan 0-3, Terengganu berjaya mengurangkan defisit gol pada minit ke-61 menerusi tandukan penyerang gantian Ivan Mamut, namun Ayron terus menghukum kepincangan barisan pertahanan lawan apabila mudah melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol keempat Selangor pada minit ke-70.Pemain tengah gantian Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau memastikan kejayaan manis skuad kendalian Tan Cheng Hoe dengan gol kelima pada minit ke-84 selepas melepaskan rembatan leret yang deras dari jarak dekat.Selangor kini di posisi kedua dengan mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan dan dibezakan dua mata dengan pendahulu yang juga juara bertahan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), yang akan berdepan PDRM, di sini malam Rabu, sementara Sri Pahang ketiga mengutip 19 mata.Sementara itu, di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Penang mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi Kelantan United 2-0 sekali gus menyaksikan pasukan pelawat terus buntu menemui kemenangan pertama musim ini.Dua gol skuad bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid masing-masing disumbangkan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-48 dan kapten Rafael Vitor pada minit ke-58.Dalam pada itu, jaringan tunggal perlawanan pemain tengah Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-57 membantu Sri Pahang membawa pulang tiga mata berharga selepas menewaskan Kuching City 1-0 di Stadium Negeri, Kuching. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 12:34am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255129/berita/sukan/kl-city-bangkit-jinakkan-kda-di-alor-setar", "article_title": "KL City bangkit jinakkan KDA di Alor Setar", "article_text": "KUALA Lumpur City FC (KL City) bangkit menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-3 pada saingan Liga Super 2023 sekali gus membawa pulang tiga mata dari Stadium Darul Aman pada malam Selasa.Ketua pasukan KL City, Paulo Josue meletakkan pelawat di hadapan 0-1 seeawal minit ke-10 selepas menerima hantaran Tchetche Kipre.Tersentap dengan jaringan itu, Sang Kenari kembali menyusun serangan dan kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-24 menerusi Jonathan Balotteli.Jaringan penting tuan rumah itu terhasil melalui larian solo Balotelli yang berjaya melepasi pemain pelawat selepas menerima hantaran kemas Ariff Farhan.Jaringan penyamaan menyemarakkan semangat pemain KDA FC dan mereka berjaya berada di hadapan dengan kedudukan 2-1 pada minit ke-30 hasil tandukan Bojan Ciger selepas menerima sepakan percuma Lee Tuck.Pada separuh babak kedua, pelawat mengandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas Romel Romales bijak menanduk masuk gol hantaran Kipre pada minit ke-48.KL City yang semakin menguasai perlawanan berjaya kembali di depan dengan jaringan 2-3 pada minit ke-74 menerusi penyerangnya yang baru dibawa masuk, Herlison Caion.Sang Kenari yang berusaha memperbaiki dan memburu gol penyamaan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata namun keputusan itu kekal sehingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 April 2023 12:18am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255117/berita/sukan/jepun-inspirasi-emas-sulung-olimpik", "article_title": "Jepun inspirasi emas sulung Olimpik", "article_text": "DALAM misi merealisasikan pingat emas sulung di pentas Sukan Olimpik, Jawatankuasa Road to Gold (RTG) meletakkan negara kuasa besar Asia, Jepun sebagai sumber inspirasi.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kepakaran Jepun khususnya yang dimiliki Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) di Tokyo cukup terbukti dengan pencapaian dilakar atlet negara dari negara matahari terbit itu.\u201cKenapa Jepun? (Ini) kerana mereka adalah negara Asia yang banyak memenangi pingat emas (di Olimpik). Apabila saya pergi ke universiti di sana (NSSU), galeri Dewan Kemasyhuran mereka saja menampilkan lebih 40 pemenang pingat emas di peringkat universiti.\u201cBayangkan kita di peringkat negara masih memburu emas pertama. mereka adalah pakar. Jadi apa yang kami sudah bincang dengan Presiden NSSU, mereka bagi komitmen sepenuhnya kepada kita.\"Apa-apa yang kita perlukan mereka akan bantu,\u201d kata Hannah selepas Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya pada Selasa.NSSU memiliki rekod cemerlang dalam penghasilan barisan atlet bertaraf dunia apabila melahirkan 137 pemenang pingat buat kontinjen Jepun pada Sukan Olimpik serta Paralimpik termasuk 41 pingat emas keseluruhan.Minggu lalu, Hannah mengetuai lawatan delegasi Jawatankuasa RTG ke NSSU dalam misi melahirkan atlet yang mampu menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya sukan paling berprestij di dunia itu.Turut serta dalam delegasi itu ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli dan Penyelaras RTG, Stuart Ramalingam.Mengulas lanjut, Hannah berkata, pihaknya sedang meneliti strategi terbaik untuk tidak hanya bergantung kepada acara sukan seperti berbasikal, badminton dan terjun bagi menyumbang pingat buat Malaysia di pentas Olimpik.\u201cSebenarnya kita ada banyak lagi atlet yang berpotensi jika ada strategi yang betul. Sebab itulah, kita menjalin kerjasama dengan NSSU.\u201cSelepas kita meneliti, perbandingan paling jelas yang dapat dilihat adalah cara mereka mencungkil bakat bermula sangat awal di peringkat sekolah,\u201d jelasnya.Untuk rekod, Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi Melbourne 1956 masih kempunan untuk meraih pingat emas dengan pencapaian terbaik sekadar empat perak dan satu gangsa pada temasya Olimpik Rio 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 08:59pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255104/berita/sukan/hamidin-janji-selesaikan-masalah-atlet-rtg", "article_title": "Hamidin janji selesaikan masalah atlet RTG", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin berjanji akan menyelesaikan beberapa isu dikongsikan oleh penerjun yang berada dalam Program 'Road to Gold' (RTG) dalam masa terdekat.Beliau dan timbalannya, Datuk Nicol David, yang mengadakan perbincangan secara tertutup bersama Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, ketika lawatan ke sesi latihan skuad terjun, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, yakin perkara itu dapat diselesaikan.\"Ada beberapa perkara, insya-ALLAH kita dapat selesaikan, kalau tak dapat saya akan jumpa Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk selesaikan. Kebanyakannya isu semasa yang perlu dikemaskan, sebagai CDM boleh selesaikan dengan cepat,mungkin selepas Raya.\"Ia tidak perlu tunggu sehingga mesyuarat Jawatankuasa RTG yang seterusnya, walaupun libatkan banyak pihak,\" katanya kepada pemberita pada Selasa.Namun, Hamidin enggan mendedahkan isu atau permintaan yang diutarakan oleh dua penerjun berkenaan.Dengan kebanyakan atlet dalam RTG sebelum ini dilaporkan mahu sokongan sains sukan, Hamidin berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan semua atlet dalam program itu mendapat sokongan yang secukupnya untuk mencipta kejayaan di Paris tahun depan.\"Bukan hanya terjun, tetapi badminton dan sukan lain pun (perlukan sokongan sains sukan). Kalau ISN (Institut Sukan Negara) punya (staf) tak cukup kita ambil kepakaran dari luar.\"Ini, sebab kita memburu pingat emas, perak dan gangsa di peringkat dunia. Jadi kita tak nak hanya laungkan nak menang emas, tapi tidak melihat perkara itu dengan lebih dekat,\" katanya.Beliau berkata, skuad terjun negara akan menjalani kem latihan lebih kurang sebulan di China, sebelum menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, bermula 14-30 Julai, yang juga merupakan salah satu kejohanan kelayakan ke Olimpik Paris.Sementara itu, Setiausaha Persekutuan Renang Malaysia (MS), Mae Chen berkata, pihaknya meletakkan harapan ke atas Wendy Ng Yan Yee untuk melayakkan diri dalam acara 3m papan anjal wanita, selain Pandelela dan Nur Dhabitah.\"Tetepi barisan penerjun lelaki agak sukar untuk layak kerana belum sampai standard di peringkat tringgi,\" katanya.Bagi sukan renang pula, beliau berharap empat perenang - Bryan Leong, Steve Khiew Hoe Yean, Andrew Goh Zheng Yen dan Phee Jinq En - yang telah melayakan diri ke Kejohanan Dunia menerusi Kategori B turut dapat melayakkan diri ke Paris. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 06:59pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255090/berita/sukan/harimau-malaya-berdepan-kepulauan-solomon-yemen-di-terengganu", "article_title": "Harimau Malaya berdepan Kepulauan Solomon, Yemen di Terengganu", "article_text": "DUA aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya akan diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu pada Jun ini.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan bahawa harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.\"Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu untuk memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan serta pemain secara dekat,\" katanya.Hamidin yang juga Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 berkata demikian selepas meninjau latihan skuad terjun negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bersama timbalannya, Datuk Nicol David.Harimau Malaya yang melonjak ke ranking 138 dunia pada awal bulan ini, dijadual bertemu Kepulauan Solomon yang menghuni ranking ke-134 dunia pada 15 Jun, diikuti aksi menentang Yemen (ke-157) pada 20 Jun.Skuad kendalian Kim Pan-gon itu sebelum ini mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor menyaksikan mereka mencatatkan kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.Stadium Nasional,Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya tidak dapat digunakan ketika ini berikutan kerja-kerja penggantian rumput.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 05:41pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255067/berita/sukan/60-entiti-kpm-kpt-tandatangani-kod-sukan-selamat", "article_title": "60 entiti KPM, KPT tandatangani Kod Sukan Selamat", "article_text": "SEBANYAK 60 entiti daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menandatangani perakuan Kod Sukan Selamat yang dipelopori Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaras dengan pelancaran kod berkenaan Mac lalu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pelajar di peringkat sekolah dan mahasiswa universiti adalah pihak berkepentingan terbesar bagi kod terbabit memandangkan peringkat sekolah merupakan akar umbi kepada pembangunan atlet negara.\u201cSaya percaya semua pelajar dan jurulatih akan ada kesedaran yang tinggi mengenai Kod Sukan Selamat dan bila ada kesedaran, mereka akan tahu bagaimana ingin membawa diri semasa mereka melakukan aktiviti sukan.\u201cKita ingin wujudkan budaya sukan yang sihat di negara ini, bahasa yang digunakan (dalam kod ini) mudah difahami, ada apa-apa masalah, KBS akan sedia bantu KPM,\u201d katanya pada Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama KPM dan KPT di Putrajaya pada Selasa.Dalam pada itu, Hannah mencadangkan agar KPM melantik pegawai bagi mengawal selia kod itu selain menjadi saluran menerima aduan bagi kod terbabit.Menurut Hannah enam aspek diberi keutamaan dalam Kod Sukan Selamat meliputi gangguan seksual, salah laku mental, salah laku fizikal, pembulian, pengantunan seksual dan kesalahan-kesalahan yang sedia ada di bawah undang-undang negara.\"Satu lagi komponen penting dalam kod ini adalah kerahsiaan terutama pengadu kanak-kanak, unit pengurusan aduan akan pastikan kerahsiaan pengadu dalam peringkat siasatan,\" ujarnya.Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan memastikan kod terbabit dilaksanakan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung tidak lama lagi.\u201cIni adalah peluang yang cukup baik, untuk kita pastikan kod ini berjalan dengan meluas dalam konteks sukan di bawah KPM sendiri.\u201cKita akan perincikan di peringkat KPM bagaimana bentuk proses akses aduan dan sebagaimana kita jangka aduan akan lebih banyak kerana mereka sudah ada akses dan kesedaran,\u201d jelasnya.Kod Sukan Selamat telah dilancarkan pada 15 Mac lalu merangkumi tatacara kelakuan yang bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 03:52pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255059/berita/sukan/kpt-sentiasa-aktifkan-sukan-selamat", "article_title": "KPT sentiasa aktifkan sukan selamat", "article_text": "KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) komited memberikan kerjasama terbaik 'ke arah menwujudkan persekitaran sukan selamat' seperti disarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, \"Pengajaran tentang nilai-nilai baik serta skop salah laku dalam sukan dan etika sebenarnya sudah terdapat dalam silibus pengajian program sukan di peringkat IPT.\"Namun kewujudan Kod Sukan Selamat ini boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan atau penambahbaikan kepada semua pihak yang terbabit dalam sukan di IPT,\" katanya.Sebagai rekod, Majlis Menandatangani Sokongan Kod Sukan Selamat di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya itu disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Selasa.KPT diwakili Pekan dan wakil Majlis Sukan IPT termasuk Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti (Maskom) dan Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa)Bagi tujuan itu kata Pekan, KPT akan meminta semua empat majlis-majlis sukan IPT dan kesemua pusat-pusat sukan IPT untuk melantik pegawai khas serta membentuk jawatankuasa yang berkaitan dengan Kod Sukan Selamat tersebut.\"Ini penting bagi memastikan tidak berlakunya skop salah laku dalam sukan di peringkat institusi pengajian tinggi pada masa depan,\" ujar Pekan.Sebagai rekod, selain KPT, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga adalah merupakan rakan strategik utama untuk program ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 03:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255048/berita/sukan/arif-aiman-tiada-dalam-senarai-ke-kemboja", "article_title": "Arif Aiman tiada dalam senarai ke Kemboja", "article_text": "SKUAD Bawah 22 Tahun (B-22) negara terpaksa melupakan khidmat pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi apabila namanya tiada dalam senarai pasukan untuk ke Sukan SEA Kemboja bulan depan.Pelbagai pihak sudah menjangkakan pemain berusia 20 tahun itu mungkin tiada dalam senarai kerana temasya dwitahunan tersebut berada di luar kalender Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Susulan ketiadaan kelibat pemain kelahiran Pahang itu, skuad junior negara menyandarkan harapan kepada tonggak tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal yang kembali disenaraikan oleh jurulatih, E Elavarasan.Mukhairi terpaksa diketepikan daripada aksi di Piala Merlion 2023 di Singapura, bulan lalu akibat jangkitan perut.Menerusi senarai skuad itu, Elavarasan dilihat mengekalkan majoriti pemain yang membantu negara merangkul Piala Merlion 2023 selepas menewaskan Hong Kong 2-1 di pentas final.Bagi panggilan kem latihan pusat kali ini, ia dibahagikan kepada dua fasa - Fasa 1 yang menetapkan kesemua pemain melaporkan diri bermula Rabu untuk sesi latihan sehingga Jumaat.Pemain akan diberi cuti Hari Raya Aidilfitri selama dua hari pada 22 dan 23 April sebelum mereka perlu melapor diri secara berperingkat untuk kem latihan pusat Fasa 2 bermula 24 April depan.Bagaimanapun senario itu bergantung kepada penglibatan mereka dalam perlawanan Liga Super bersama kelab masing-masing pada minggu tersebut.Mereka dijadualkan berlepas ke Kemboja pada 2 Mei dan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos pada 3 Mei, kemudian akan bertemu Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang Singapura pada 11 Mei.Sekiranya pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad muda negara mara ke final Sukan SEA.Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 2011.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 02:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255037/berita/sukan/hadiah-aidilfitri-buat-rakyat-malaysia", "article_title": "Hadiah Aidilfitri buat rakyat Malaysia", "article_text": "DISIPLIN tinggi sepanjang Ramadan biarpun berdepan jadual padat, menyaksikan juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman melakar kemenangan kejohanan gusti New Japan Pro Wrestling (NJPW) Tamashii di Australia, Ahad.Remaja berusia 22 tahun itu mudah mengatasi seterunya dari Australia, Jarvis dengan teknik KL Gold Running Elbow dalam perlawanan yang mengambil masa 11 minit.Emman lebih dikenali julukan Golden Boy mengakui gembira dengan kejayaan itu dan menghadiahkan kemenangan tersebut kepada rakyat Malaysia sempena Aidilfitri tidak lama lagi.\"Emman berharap akan terus bersinar di Jepun dan mahu satu dunia tahu Emman seorang rakyat Malaysia yang satu-satunya menyertai kejohanan di syarikat gusti Jepun.\"Emman hadiahkan kemenangan ini kepada peminat-peminat di Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.\"Emman berusaha keras untuk menempa kejayaan ini. Sudah tentu sokongan dan doa ibu dan keluarga sentiasa menyemarakkan lagi semangat Emman untuk mengharumkan nama negara,\" katanya.Selepas kejohanan gusti New Japan Tamashii, Emman akan menyertai kejohanan gusti Smashing Pumpkins Tour yang dikelolakan syarikat gusti Amerika Syarikat iaitu National Wrestling Alliance (NWA) pada 23 dan 27 April ini.\"Emman gembira menang menentang Jarvis dalam perlawanan memakan masa 11 minit, apatah lagi mengimbau semula kenangan ketika berumur 17 tahun, sudah pergi ke Jepun untuk menonton perlawanan gusti di sana.\"Memang impian Emman nak jadi ahli gusti profesional, kalau tak WWE (World Wrestling Entertainment) atau AEW (All Elite Wrestling), tetapi sukar untuk percaya yang Emman akhirnya berjaya menjejak kaki bertanding di kejohanan syarikat gusti kedua terbesar dunia, dan menjadi rakyat Malaysia pertama masuk ke New Japan Pro Wrestling,\" katanya.Sebagai rekod New Japan Tamashii di Melbourne, pada Ahad mendapat perhatian dunia apabila syarikat NJPW yang ditubuhkan 1972 merupakan entiti sukan gusti terbesar dan popular di negara Matahari Terbit itu selepas WWE.Sebagai rekod, Emman pernah mengatasi Jarvis dalam perlawanan MCWBlood In TheWater di Melbourne pada 8 April lalu.Sebelum ini Emman menentang Jarvis buat kali pertama di pada MCW Ascension Tournament, Mei tahun lalu.Emman mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti \u2018New Breed\u2019 di Kuash TTDI, di ibu negara pada pada 18 Februari lalu.Golden Boy, menewaskan pengusti dari Singapura, Endboss Gregory dengan teknik KL Gold Running Elbow.Terdahulu Emman Azman menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) selepas menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks, pada 26 November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255028/berita/sukan/arsenal-perlu-bangkit", "article_title": "Arsenal perlu bangkit", "article_text": "ARSENAL perlu naik ke 'gear' lebih tinggi untuk kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tercicir mata buat kali kedua berturut-turut.Penyerang The Gunners, Gabriel Jesus berharap rakan sepasukan dapat meningkatkan momentum permainan untuk kembali ke landasan kemenangan.\"Sekali lagi, tiga mata itu sepatutnya sudah ada dalam genggaman kami,\" katanya.The Gunners melepaskan kelebihan dua jaringan sebelum terikat 2-2 dengan West Ham dalam saingan EPL hujung minggu lalu.Pada 9 April lalu, skuad bimbingan Mikel Arteta turut terlepas tiga mata berharga apabila terikat 2-2 dengan Liverpool.Keputusan itu menyaksikan kelebihan mereka di tangga teratas dengan pencabar terdekat, Manchester City berkurang kepada empat mata.Pada aksi di Stadium London itu, Jesus dan Martin Odegaard meletakkan pasukan pelawat itu di depan seawal 10 minit pertama, namun Said Benrahma dan Jarrod Bowen kemudian kembali menyamakan kedudukan buat West Ham.The Citizens yang ketika ini menghuni tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan akan menjadi lawan mereka pada 27 April ini.Justeru Jesus menggesa rakan sepasukan untuk mengekalkan standard mereka dan mengelak daripada keciciran sebarang mata sehingga akhir musim ini.\"Sebagai satu pasukan, kami perlu meningkatkan tahap permainan dan kembali kepada momentum sebenar pasukan.\"Kami tahu kekuatan masing-masing dan kami tahu apa yang perlu dilakukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 12:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255022/berita/sukan/liverpool-lega-akhirnya-menang", "article_title": "Liverpool lega akhirnya menang", "article_text": "LIVERPOOL menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Leeds United 6-1 awal pagi Selasa.Biarpun dikatakan sebagai kemenangan kontroversi susulan gol Cody Gakpo, namun ia sudah cukup buat skuad kendalian Jurgen Klopp meraih mata berharga menuju baki saingan EPL musim ini.\u201cIa perlawanan terbaik kami musim ini dari pelbagai sudut.\u201cBahagian paling menarik bagi saya ialah pada minit ke-92 apabila kami mengasak pemain Leeds. Ia adalah gerakan terbaik,\u201d ujar Klopp.Pada aksi di Elland Road itu, The Reds mendahului aksi di Elland Road apabila jaringan Gakpo dibenarkan walaupun bola terkena tangan Trent Alexander-Arnold.Pegawai VAR dilaporkan tidak memeriksa insiden berkenaan kerana ia berlaku awal dalam gerakan sebelum jaringan Gakpo, dan ia mencetus rasa tidak puas hati pemain-pemain Leeds.Pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Salah serta Diago Jota masing-masing meledak dua gol dan Darwin Nunez turut mencatat nama selaku penjaring.Gol pasukan tuan rumah dihasilkan Luis Sinisterra pada awal babak kedua.Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kelapan, dua mata di belakang Brighton yang menghuni tangga ketujuh EPL.Kekalahan tersebut sesuatu yang malang buat Leeds selepas dibelasah 1-5 di laman sendiri oleh Crystal Palace dan hanya berada dua mata di atas zon penyingkiran.Skuad kendalian Javi Gracia itu teruk dicemuh penyokong sendiri selepas menjadi kelab kedua yang dibolosi sekurang-kurangnya lima jaringan dalam dua aksi EPL berturut-turut di laman sendiri.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 12:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/255002/berita/sukan/mane-didenda-rm1-juta-tumbuk-sane", "article_title": "Mane didenda RM1 juta tumbuk Sane", "article_text": "BAYERN Munich mendenda pemain kontroversi, Sadio Mane lebih 250,000 euro (RM1.21 juta) kerana menumbuk muka rakan sepasukan, Leroy Sane minggu lalu.Jumlah denda itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah Bayern.Kedua-dua pemain itu bertengkar di atas padang ketika kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara.Insiden tidak berakhir di situ sebaliknya semakin tegang apabila mereka memasuki terowong di Stadium Etihad.,Akibat tumbukan itu, Sane yang merupakan bekas pemain City mengalami luka dan bengkak di bahagian bibir.Susulan insiden tersebut, Mane turut digugurkan ketika aksi Bundesliga menentang Hoffenheim pada Sabtu.Bagaimanapun bekas pemain Liverpool itu dijangka kembali untuk aksi suku akhir kedua bertemu The Citizens awal pagi Khamis.Bekas pertahanan Borussia Dortmund, Manuel Akanji yang akan membarisi skuad City di Allianz Arena berharap rakan sepasukan tidak gentar dengan kebangkitan Bayern.Katanya, tidak ada apa yang perlu digeruni dengan suasana di Munich.\"Saya tidak rasa ia salah satu daripada suasana terbaik di Jerman. Saya rasa ada tempat lain yang lebih baik tetapi mereka tetap akan cuba membantu pasukan.\"Kita tidak boleh fikir yang kita mempunyai kelebihan tiga jaringan. Bayern akan cuba melakukan apa saja untuk mengatasi defisit ini, tetapi kita perlu bersedia,\" ujar Akanji.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 10:17am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254992/berita/sukan/jdt-perlu-fokus-berdepan-pdrm-fc", "article_title": "JDT perlu fokus berdepan PDRM FC", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim, Esteban Solari mahu skuad kendaliannya memberi fokus pada aksi Liga Super berdepan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ) pada Rabu.Menurutnya, kesebelasan skuad Harimau Selatan itu juga diharap tidak terikut-ikut dengan rentak permainan skuad The Cops yang dijangka mempamerkan aksi sama seperti saingan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim 14 April lalu.\u201cSaya menjangkakan aksi yang sama daripada mereka (PDRM FC). Pasukan ini sebenarnya agak \u2018liat\u2019 dan sentiasa berjuang di tengah padang.\u201cMereka juga akan bermain secara bertahan dan melengah-lengahkan permainan, semua itu memang dibenarkan dalam bola sepak.\u201cSaya tidak salahkan mereka, tetapi sebaliknya perlu menyalahkan diri sendiri kerana perlu lebih bijak menguasai perlawanan, membuatkan perlawanan berlangsung lebih pantas dan seterusnya muncul sebagai pemenan. Itu yang seharusnya dilakukan, bukannya menyalahkan mereka (pasukan lain),\u201d katanya.Untuk rekod, JDT kini gah di puncak Liga Super dengan 24 mata hasil lapan kemenangan berturut-turut setakat ini.Mengulas mengenai kesebelasan pemain yang bakal beraksi, Solari berkata, berkemungkinan akan memberikan peluang kepada lebih ramai pemain termasuk pemain muda untuk beraksi.Malah katanya, setakat ini pemain-pemain berkenaan dilihat telah membalas kepercayaan yang diberikan dengan memberikan aksi terbaik.\u201cSeperti yang saya katakan sebelum ini, kami ada ramai pemain dan mereka akan mendapat peluang untuk beraksi.\u201cApa pun, perlawanan dengan PDRM FC ini agak penting juga buat kami kerana ia merupakan perlawanan terakhir sebelum liga berehat seketika (seminggu), dan kami pastinya mahu mencatatkan kemenangan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 09:49am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254985/berita/sukan/argentina-tuan-rumah-b-20-ganti-indonesia", "article_title": "Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia", "article_text": "ARGENTINA akan mengambil alih tempat Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 20 Mei sehingga 11 Jun depan.Pengumuman itu dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa.Dengan menjadi penganjur, Argentina turut mengambil bahagian mengisi tempat Indonesia.Pasukan itu gagal layak berdasarkan merit.Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.\"FIFA mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan,\" katanya.FIFA pada bulan lalu menarik hak penganjuran daripada Indonesia selepas tercetus bantahan ke atas penyertaan Israel pada kejohanan tersebut.Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.Argentina menawarkan diri untuk menjadi pengganti.FIFA melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas fasiliti di negara itu minggu lalu.Undian bakal berlangsung di Zurich pada Jumaat ini.Kerajaan Argentina sebelum itu melahirkan sokongan penuh kepada bidaan tuan rumah oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) biarpun negara itu berdepan kekangan ekonomi.Juara dunia Argentina adalah pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia B-20 iaitu sebanyak enam kali.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 09:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254972/berita/sukan/masa-terbaik-shereen-tuai-hasil", "article_title": "Masa terbaik Shereen tuai hasil", "article_text": "PRESTASI semasa atlet olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy disifatkan berada dalam momentum terbaik untuk lebih menyerlah tahun ini.Malah, bekas jaguh pecut negara, Nazmizan Muhammad berkata, kejayaan Shereen meleburkan rekod kebangsaan 400 meter (m) juga petanda positif untuk menuai lebih laba hasil kerja kerasnya selama ini.\u201cSecara jujur, Shereen telah mempamerkan peningkatan prestasi yang konsisten dari satu kejohanan ke satu kejohanan sepanjang berada di Amerika Syarikat (AS).\u201cSaya amat berharap Shereen dapat mengekalkan momentum larian sehingga Sukan SEA Kemboja 2023 bulan depan berdasarkan catatan 51.80 saat (s).\u201cCatatan yang diraih oleh Shereen sebenarnya merupakan rekod Sukan SEA untuk kedudukan pingat emas,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum itu, atlet Winona State University di Minnesota berusia 25 tahun itu melakar masa 51.80 saat (s) pada saringan satu Kejohanan Olahraga St Mac Relays di California, AS.Keputusan tersebut sekali gus memperbaharui rekod milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada tahun 1993 di Filipina.Kejayaan dilakar anak bongsu kepada pasangan bekas pelari negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu juga memadam rekod Sukan SEA Vietnam 2003 di Hanoi milik atlet Vietnam, Nguyen Thi Tinh, 51.83s.Catatan itu juga melayakkan Shereen beraksi dalam Sukan Asia Hangzhou di China pada September ini.Kejayaan terbaru Shereen itu turut meletakkan dia sebagai antara pilihan utama untuk memenangi pingat emas 400m dalam Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, bulan depan.Mengulas lanjut, Nazmizan berharap atlet dari Ipoh yang sedang menuntut dalam bidang rekreasi dan pelancongan di Winona State University sejak 2019 itu mengakhiri cabaran Sukan Asia di kedudukan podium.\u201cWalaupun kita bakal berdepan cabaran dari Bahrain, Kazakhstan, China dan Jepun, namun dengan komitmen serta disiplin yang diterjemahkan dalam pertandingan di AS, dia mampu membawa lebih banyak perkhabaran gembira.\u201cYang penting adalah dia perlu terus memastikan dirinya berada pada tahap terbaik bagi meraih keputusan lebih baik lagi, selain mengelak diri daripada sebarang kecederaan.\u201cSaya juga berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dapat menyalurkan bantuan kewangan bagi menampung kos pengajian serta sara hidup Shereen sepanjang berada di sana,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254961/berita/sukan/masters-malaysia-tumpuan-10-terbaik-dunia", "article_title": "Masters Malaysia tumpuan 10 terbaik dunia", "article_text": "PEMAIN badminton kelompok 10 terbaik dunia antara yang menyahut cabaran Kejohanan Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 hingga 28 Mei ini.Itu jaminan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria terhadap kejuaraan Super Jelajah Dunia 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang merupakan Jelajah Dunia pertama menawarkan mata ranking untuk Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cMasters Malaysia merupakan kejohanan yang sangat berharga untuk pemain mendapatkan mata ranking bagi kelayakan Olimpik, terutama dalam perseorangan lelaki, kebanyakan 10 pemain terbaik dunia akan bermain,\u201d katanya pada sidang akhbar kejohanan di Kuala Lumpur pada Isnin.Sebagai rekod, Masters Malaysia dijadualkan berlangsung selepas Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei, menawarkan hadiah AS$420,000 (hampir RM1.86 juta) serta mata kelayakan Olimpik 'Race to Paris', dijangka disertai lebih 300 pemain badminton elit seluruh dunia.Dalam masa sama Mohamad Norza mahu pemain-pemain negara memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan sokongan penyokong tempatan mempamerkan persembahan cemerlang bagi meraih mata kelayakan itu.\u201cSaya percaya setiap mereka tahu tanggungjawab masing-masing, terutama 10 pemain terbaik kita yang merupakan sebahagian daripada Program Road To Gold (RTG), pendekatan untuk membantu mereka pada peringkat tertinggi.\u201cIni sepatutnya menjadi motivasi kepada mereka untuk berdaya saing sekiranya mereka mahu meneruskan sokongan ini, mahu kita meletakkan banyak lagi pelaburan kepada mereka, pemain seharusnya mempamerkan aksi yang setimpal dengan mengambil peluang,\u201d katanya.Beliau turut memaklumkan tiada peningkatan harga tiket dan peminat boleh membeli tiket secara dalam talian di www.ticket2u.com.my mulai 20 April.Sebagai rekod, edisi Masters Malaysia lalu harga tiket dijual antara RM20 hingga RM460.Edisi 2017 merupakan kali terakhir pemain tempatan menjuarai kejohanan itu menerusi Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengungguli beregu campuran,Edisi 2016, pemain perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan perseorangan lelaki kelimanya di Pulau Pinang.INFO23 hingga 28 MeiKejohanan Masters Malaysia 2023(Axiata Arena, Bukit Jalil)Pemenang Masters Malaysia 2022:Perseorangan lelaki:Chico Aura Dwi Wardoyo (Indonesia)Perseorangan wanita:An Se Young (Korea Selatan)Beregu lelaki:Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia)Beregu wanita:Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China)Beregu campuran:Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China)", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 10:26pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254962/berita/sukan/jing-xuen-nateeshvar-sandaran-podium-di-kemboja-2023", "article_title": "Sukan SEA: Jing Xuen, Nateeshvar sandaran podium", "article_text": "PERSATUAN Golf Malaysia (MGA) berharap dua pemain negara Ng Jing Xuen dan G Nateeshvar mampu menamatkan perjuangan mereka di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini dengan menaiki podium.Harapan itu dilontarkan Presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor bersandarkan pengalaman kedua-dua atlet berkenaan termasuk membuat penampilan di temasya dwitahunan itu dalam edisi di Hanoi, Vietnam.\"Dengan pasukan terkini, mereka juga sedang meningkat naik dalam ranking golf amatur, dengan dua bekas pemain Hanoi (Sukan SEA Hanoi) mereka akan memberi inspirasi untuk mendapatkan penamat podium,\" katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Isnin.Selain Jing Xuen dan Nateeshvar, lima pemain lain yang membawa cabaran negara ke temasya itu ialah Malcolm Ting Anson Yeo, Hariz Hezri Geraldine Wong dan Foong Zi Yu.Sebelum ini, MGA menyasarkan hanya satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja meskipun golf meraih dua emas di Hanoi.Dalam pada itu, Mohd Anwar berkata, MGA telah menyediakan rakan 'sparring' yang merupakan pemain profesional negara ketika latihan, sebagai memberi persediaan buat skuad kebangsaan sebelum ke Kemboja.Katanya, inisiatif berkenaan mampu memberi tonik tambahan buat pasukan negara dalam usaha memburu pingat di Sukan SEA.Mohd Anwar berkata, menerusi latihan sparring bersama pemain profesional itu, pihaknya berharap ia dapat menguatkan dan menjadikan pemain lebih bersemangat bertanding dalam match play.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 09:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254951/berita/sukan/terengganu-akui-selangor-miliki-ramai-pemain-berkualiti", "article_title": "Terengganu akui Selangor miliki ramai pemain berkualiti", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) mengakui tugas getir menanti skuad Penyu apabila berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam aksi Liga Super malam esok.Malah pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, ia bukan jaminan untuk skuad Penyu mencatat kemenangan ke atas Selangor FC yang berada pada prestasi terbaiknya ketika ini, walaupun pasukannya mendapatkan rentak kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.Katanya, lebih menggusarkan, TFC sebelum ini memiliki rekod buruk apabila tewas semua tiga perlawanan di tempat lawan ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan pasukan gergasi, Johor Darul Ta'zim (JDT).\"Kami tahu Selangor FC ada ramai pemain berkualiti. Mereka juga berada di atas kemuncak prestasi mereka.\u201cTapi kami juga banyak melakukan penambahbaikan dengan memenangi empat perlawan berturut-turut. Jadi saya harap pemain kami boleh melakukannya dengan lebih baik dan mengekalkan momentum... sekurang-kurangnya pulang dengan satu mata dari Selangor malam esok,\" katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Isnin.TFC kini menghuni tangga keenam liga dengan 13 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.Selangor kendalian Tan Cheng Hoe pula di kedudukan kedua liga dengan 19 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.Bagaimanapun, Steinbruckner mengakui sedikit pening dengan masalah kecederaan yang dialami beberapa tonggak pertahanannya.Justeru dia terpaksa meletakkan sandaran penuh kepada trio penyerang iaitu Adisak Kraisorn, Ivan Mamut dan Jordan Mintah yang setakat ini meledak enam gol pada aksi Liga Super dan Piala FA.\"Argzim (Argzim Redzovic) and Nijey (Shahrul Nizam Ros Hasni) masih cedera dan Sardor (Sardor Kulmatov) dalam keadaan 50-50 untuk diturunkan ataupun tidak esok,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 08:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254948/berita/sukan/aaron-wooi-yik-enggan-janjikan-bulan-bintang", "article_title": "Aaron-Wooi Yik enggan janjikan bulan, bintang", "article_text": "GANDINGAN juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan menjanjikan 'bulan dan bintang' berhubung sama ada mereka mampu menamatkan kemarau lima tahun bagi wakil tuan rumah merangkul gelaran Masters Malaysia.Sebaliknya, beregu di ranking kedua dunia itu mahu membuktikan keupayaan mereka terlebih dahulu pada kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, bermula 23 hingga 28 Mei iniAaron, 26, yang mengakui teruja dan gementar untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri pada kejohanan yang menjadi Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pertama menawarkan mata ranking ke 'Race to Paris' itu berkata, mereka sedang membuat persiapan rapi bagi saingan tersebut.\u201cKita susah nak cakap (sama ada boleh menang gelaran atau tidak), jadi saya rasa kita jangan cakap tapi buat dulu, lepas buat baru cakap.\u201cTempoh kelayakan (setahun) ke Olimpik juga sudah nak mula pada 1 Mei, jadi semua kejohanan dalam tempoh ini penting. Kita berharap boleh kekalkan prestasi dengan konsisten,\u201d katanya pada sidang akhbar kejohanan itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Isnin.Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran Masters Malaysia pada edisi 2017 apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul juara beregu campuran, manakala Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain paling cemerlang dengan lima gelaran (2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016) sejak edisi sulung pada 2009. Edisi 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.Aaron juga mengakui bahawa pendekatan ABM menggunakan latihan simulasi video sejak awal bulan ini, membantu mereka meningkatkan prestasi dengan hasilnya diharap dapat dilihat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) bermula 25 hingga 30 April ini di Dubai.\u201cIa membantu kita untuk betulkan kesilapan yang selalu kita lakukan, kurangkan kesilapan mudah. Saya tidak boleh kongsi banyak kerana ada privasi,\u201d jelasnya.Prestasi Aaron-Wooi Yik sebelum ini dilihat tidak konsisten ketika siri kejohanan di Eropah pada bulan lepas.Sementara itu, Wooi Yik, 25, berkata, mereka sudah membuat persiapan rapi untuk BAC dan berharap mencapai prestasi yang baik supaya memperoleh keyakinan menjelang tempoh kelayakan Olimpik Paris 2024, yang bakal bermula dengan Piala Sudirman pada 14-21 Mei di Suzhou, China.\u201cBanyak yang kita perbaiki dari segi skil, taktikal, pertukaran dan untuk kita lebih serasi ketika perlawanan. Kita harapkan ini boleh bantu, namun kita tak nak letakkan harapan yang tinggi untuk BAC, sebab ada banyak lagi kejohanan lebih penting selepas itu,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 08:06pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254939/berita/sukan/kontrak-bocor-tawaran-gaji-rm132000-palsu", "article_title": "Kontrak 'bocor' tawaran gaji RM132,000 palsu", "article_text": "SELANGOR FC menafikan hantaran di laman sebuah Facebook, Harimau Selatan X mengenai kontrak tawaran gaji yang didakwa berjumlah AS$30,000 (RM132,000) sebulan kepada pemain import pasukan tersebut.Menurut satu kenyataan rasmi Selangor FC, hantaran tersebut adalah palsu, tidak tepat dan dianggap sebagai satu fitnah.\"Kelab Bola Sepak Selangor mengambil maklum berkenaan satu kandungan yang disebarkan di media sosial dan kemudiannya dilaporkan oleh agensi media lain, yang mengandungi dakwaan mengenai gaji seseorang individu di dalam Kelab.\"Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam siaran media sosial tersebut.\"Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej Kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama,\" kata kenyataan itu.Laman Facebook Harimau Selatan X mendakwa seorang pemain import Selangor menerima gaji RM132,000 sebulan selain bayaran yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.Selain itu, surat tawaran tersebut turut menyatakan pemain import tersebut akan menerima imbuhan RM132,000 sekiranya berjaya membantu Selangor FC menjuarai Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.Pemain itu turut ditawarkan RM1,000 bagi kemenangan di tempat sendiri selain elaun rumah sebanyak RM2,500 sebulan.Dalam pada itu, Selangor FC juga akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada pihak tersebut.\"Kelab juga ingin memberi jaminan kepada penyokong bahawa kelab kini berada atas landasan yang baik dalam pelbagai aspek dan akan kekal komited terhadap nilai Selangor FC yang berteraskan integriti, ketelusan dan keadilan dalam membina sebuah kelab bola sepak yang kukuh dan berjaya, di atas mahupun di luar padang.\"Kelab tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini sementara menunggu prosiding undang-undang,\" kata kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 06:15pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254922/berita/sukan/kelantan-fc-lepaskan-dua-tonggak-import", "article_title": "Kelantan FC lepaskan dua tonggak import", "article_text": "KELANTAN FC membuat kejutan apabila bertindak melepaskan dua tonggak import meskipun saingan Liga Super baharu memasuki perlawanan kelapan musim ini.Dua pemain import yang dimaksudkan itu ialah Cristian Rotini dan Carli De Murga.Selain itu, penyerang tempatan Shafiq Shaharudin turut dilepaskan.Kelantan FC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ketiga-tiga pemain itu telah menamatkan kontrak lebih awal menerusi persetujuan bersama.\"Semua obligasi yang melibatkan kedua-dua belah pihak juga telah disepakati.\"Pihak kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan oleh pemain-pemain tersebut. Selamat Maju Jaya,\" katanya.Setakat ini barisan import yang masih kekal bersama Kelantan FC ialah Nuha Marong, Mario Argues, Miguel Cifuantes, Ismail Akinade, Kim Ming Kyu, Kang Eui Chan dan Leonardo Rolon.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 05:29pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254914/berita/sukan/johor-beri-insentif-rm30000-untuk-shah-firdaus", "article_title": "Johor beri insentif RM30,000 untuk Shah Firdaus", "article_text": "JOHOR BAHRU - Atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang meraih pingat perak dalam acara Keirin Lelaki di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM), Ghent mendapat pengiktirafan apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian insentif berjumlah RM30,000.Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Muhammad Shah Firdaus, atas kejayaan yang membanggakan itu.\"Dalam tahun yang sama, anak kelahiran Muar ini juga telah memenangi pingat perak menerusi acara Keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2023, yang berlangsung di Mesir.\"Sebagai tanda pengiktirafan, kerajaan negeri berbesar hati untuk memberi sumbangan RM30,000 kepada Shah Firdaus kerana terus mengharumkan nama Johor dan Malaysia di persada antarabangsa, \" katanya menerusi muat naik di laman Facebook rasminya pada Isnin.Onn Hafiz turut mendoakan kejayaan Muhammad Shah Firdaus dalam kelayakan Kejohanan Dunia yang dijadualkan pada Ogos 2023.\"Semoga beliau meneruskan kayuhan cemerlang pada siri kejohanan akan datang, seterusnya berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia,\" katanya.Sebelum itu, media melaporkan Muhammad Shah Firdaus memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium dalam Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent pada Ahad, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.Pelumba berusia 27 tahun menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 04:41pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254904/berita/sukan/kontrak-bocor-dedah-import-selangor-terima-rm132570-sebulan", "article_title": "Kontrak bocor dedah import Selangor terima RM132,570 sebulan", "article_text": "SATU dokumen yang didakwa tawaran kontrak seorang pemain import Selangor menerima gaji setinggi AS$30,000 (RM132,570) sebulan tular di media sosial.Sebuah laman Facebook Harimau Selatan X mendedahkan surat tawaran kontrak Selangor FC tersebut bertarikh 26 Januari lalu yang turut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.Menurut surat tawaran tersebut, pemain itu akan menerima gaji RM132,570 sebulan, yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.Selain itu, surat tawaran tersebut turut menyatakan pemain import tersebut akan menerima imbuhan RM132,000 sekiranya berjaya membantu Selangor FC menjuarai Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.Pemain turut ditawarkan RM1,000 bagi kemenangan di tempat sendiri selain elaun rumah sebanyak RM2,500 sebulan.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada surat tawaran itu adalah tulen, selain Selangor FC juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 04:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254890/berita/sukan/faisal-nafi-dibayar-gaji-rm80000-sebulan", "article_title": "Faisal nafi dibayar gaji RM80,000 sebulan", "article_text": "PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim menafikan dakwaan sebuah laman Facebook, Harimau Selatan X yang mendakwa dia menerima gaji RM80,000 sebulan.\"Pandai pandai je hahahahahah 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah,\" kata Faisal di ruangan komen Harimau Selatan X.Facebook Harimau Selatan X itu memuat naik gambar yang menunjukkan perbezaan gaji diterima pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Faisal.Hantaran tersebut mendakwa Faisal menikmati gaji RM80,000 sebulan jauh lebih tinggi berbanding Arif Aiman yang memperoleh RM25,000 sebulan.Isu mengenai gaji tersebut mula hangat dibincangkan netizen selepas pendedahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai gaji diterima oleh Arif Aiman.Tunku Ismail juga menjelaskan kejayaan Harimau Selatan pada ketika ini bukan disebabkan oleh kuasa wang atau gaji lumayan pemain.Menurutnya, gaji pemain JDT boleh dikategorikan pada tahap kompetitif dengan ada pasukan Liga-M yang berbelanja lebih tinggi untuk seorang pemain import.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 03:33pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254862/berita/sukan/kepulangan-ancelotti-imbau-memori-di-stamford-bridge", "article_title": "Kepulangan Ancelotti imbau memori di Stamford Bridge", "article_text": "KEPULANGAN pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti ke Stamford Bridge untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea, membangkitkan memori ketika bersama kelab London itu.Ancelotti sebelum ini pernah memacu The Blues merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA pertama kelab itu pada 2010.Namun semua kenangan itu berlalu dengan kemerosotan prestasi semasa kelab kendalian pengendali sementara Frank Lampard yang terpalit dua kekalahan berturut-turut kini berada di kedudukan ke-11.\u201cSaya sedih, ya. Saya mempunyai ingatan hebat mengenai kelab ini, dan orang yang masih bekerja di sana.\u201cSaya penyokong Chelsea, sudah tentu, kerana saya menghabiskan dua tahun yang sangat baik di sana.\u201cSaya fikir dan saya harap Lampard akan dapat melakukan tugas yang hebat bersama mereka,\u201d kata Ancelotti sebelum aksi pertama 13 April lalu.Pengkritik menyifatkan kelab milik Todd Boehly sekarang tidak mempunyai barisan pemain yang memiliki kepimpinan dan kualiti seperti era Didier Drogba, John Terry, Michael Ballack dan Lampard.Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan 0-2 Chelsea kepada Real Madrid di Santiago Bernabeu minggu lalu.Sebagai rekod, Ancelotti dilepaskan pemilik ketika itu, Roman Abramovich pada 2011, menamatkan tempoh dua musim singkat yang tidak dapat dilupakannya pengendali dari Itali tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 02:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254865/berita/sukan/liek-hou-pertahan-gelaran-di-brazil", "article_title": "Liek Hou pertahan gelaran di Brazil", "article_text": "JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2023, pada Ahad.Pemain berusia 35 tahun itu sekali lagi membawa pulang pingat emas acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas membenam rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar 21-19, 21-19 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Sao Paulo, Brazil.Lebih manis, pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo itu yang berentap dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya, Muhammad Fareez turut meraih pingat emas selepas menewaskan pasangan pilihan pertama kejohanan dari India, Chirag Baretha-Raj Kumar 21-13, 21-18.Kejayaan Liek Hou-Muhammad Fareez itu adalah ketiga berturut-turut ke atas gandingan India tersebut selepas menumpaskan mereka pada pentas final Kejohanan Antarabangsa Bahrain Mei tahun lalu, dan Kejohanan Antarabangsa Sepanyol, Februari lepas.\"Saya telah menjalankan tugas dengan baik dan berjaya mempertahankan gelaran dimenangi saya di sini tahun lepas.\"Keadaan akan menjadi lebih sukar untuk setiap kejohanan kerana acara kelayakan sudah pun bermula untuk Sukan Paralimpik Paris 2024,\" katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Isnin. - Foto Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 01:42pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254854/berita/sukan/bukan-sebab-jdt-yang-kuat", "article_title": "Bukan sebab JDT yang kuat", "article_text": "PEMILIK pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak melihat pasukan Harimau Selatan itu terlalu kuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Sebaliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menilai kemungkinan perancangan yang salah dilakukan kelab lain sehingga mereka gagal menyaingi JDT.\"Bukan kami yang kuat, agak-agak oleh kerana perancangan yang salah, yang lain makin tak kuat. Selalu orang nampak JDT makin kuat, ia bukan soal JDT makin kuat.\"JDT akan sentiasa cuba tambah baik (kualiti pasukan) setiap tahun. Tetapi, jika ada masalah antara pasukan lain, kemungkinan persiapan pasukan lain atau perancangan pasukan lain itu salah.\"Bukan saya nak persoalkan, tetapi saya rasa kita (JDT) tidak begitu kuat kalau nak dibandingkan dengan analisis kami tahun lepas. Kami hanya kuat beberapa peratus tetapi mungkin ada kekurangan itu datang daripada pasukan lain,\" katanya dalam satu temubual bersama Astro Arena.JDT membuktikan keunggulan mereka dalam saingan Liga-M apabila merekodkan 39 gol dan hanya bolos sekali musim ini.Juara sembilan kali Liga Super itu turut melakar beberapa kemenangan besar ke atas pasukan pencabar utama seperti Selangor 4-0, Sabah 4-0 dan Kedah Darul Aman 6-0.Dalam pada itu, Tunku Ismail juga mendakwa penstrukturan yang dilakukan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menyaksikan tiada lagi pasukan akan tersingkir juga membuatkan kelab rasa terlalu selesa.\"Mungkin juga mindset atau mentaliti selesa apabila MFL tukar format tiada lagi penyingkiran dan tiada 'promotion'. Jadi, pasukan tahu kalau kalah setiap perlawanan pun masih ada di Liga Super,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 01:21pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254841/berita/sukan/mane-diturunkan-bertemu-city", "article_title": "Mane diturunkan bertemu City", "article_text": "PENGENDALI Bayern Munich, Thomas Tuchel telah mengesahkan bahawa Sadio Mane akan berada dalam skuad untuk perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada Rabu.Bintang Senegal itu digantung satu perlawanan kerana menumbuk rakan sepasukan Leroy Sane di bilik persalinan selepas kekalahan 3-0 di tangan City pada perlawanan pertama.Sane mengalami bengkak dan luka di bibir, namun Tuchel menegaskan isu itu telah diselesaikan sepenuhnya.\"Sadio Mane akan berada dalam skuad pada hari Rabu. Isu ini sudah habis dan dia sudah minta maaf,\" kata Tuchel.Sebelum ini, Mane digantung satu perlawanan selepas insiden tersebut dan terlepas perlawanan Bundesliga menentang Hoffenheim.Kelab itu juga mengesahkan bahawa Mane akan dikenakan didenda atas tindakannya itu.Bayern bakal berdepan tugas sukar menentang City di Allianz Arena selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu menguasai perlawanan pertama di Stadium Etihad.Rodri, Bernardo Silva dan Erling Haaland menemui sasaran untuk memberikan bekalan selesa buat City menjelang aksi di Munich.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 12:20pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254838/berita/sukan/kda-fc-azam-bangkit-bertemu-kl-city", "article_title": "KDA FC azam bangkit bertemu KL City", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC berazam bangkit pada aksi kesembilan Liga Super 2023 untuk kembali memburu mata penuh apabila menerima kunjungan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Darul Aman pada malam Selasa.Ketua Jurulatihnya, Nafuzi Zain mengakui semua pemain kecewa selepas tewas besar 6-0 kepada Johor Darul Ta'zim pada aksi terdahulu, namun mereka perlu kembali bangkit untuk menyaingi kelompok atasan Liga Super.\"Perasaan pemain memang kecewa selepas tewas besar kepada skuad Harimau Selatan dengan keputusan yang kita sendiri tidak jangka.\"Namun selepas itu pemain memperlihatkan keazaman tinggi ingin bangkit kembali pada aksi kali ini.\"Saya harap pemain dapat melupakan kekecewaan lalu dan mengambil pengajaran sebaiknya dengan positif untuk bangkit lebih kuat bagi menentang KL City di laman sendiri,\" katanya pada Isnin.Jelas Nafuzi, tempoh rehat seminggu digunakan sebaik mungkin oleh Sang Kenari untuk meningkatkan prestasi selepas mereka gagal melayakkan diri ke pusingan 16 Piala FA 2023.Menurutnya, kehadiran semula dua tonggak utama barisan pertahanan iaitu Ariff Farhan dan Wan Amirul Afiq memperkuatkan kembali pasukannya selepas tempoh penggantungan mereka tamat.\"Kita kini memiliki pemain yang lebih lengkap dalam pasukan dan ini membolehkan kita memiliki pilihan dan perancangan yang lebih baik.\"Saya berharap semua posisi dapat berfungsi dengan baik dan lancar kerana dengan keadaan itu saja kita dapat meningkatkan tahap permainan berpasukan pada tahap yang dirancang,\" ujar beliau.Menurutnya lagi, KDA FC perlu berwaspada dengan ancaman pasukan pelawat kerana dibarisi ramai pemain berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia.\"KL City adalah sebuah pasukan yang memiliki banyak pemain berpengalaman dalam Liga Malaysia dan keputusan mereka juga kini semakin baik dengan mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut,\" kata Nafuzi.Sang Kenari kini berada di tangga keempat Liga Super selepas lima kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, manakala KL City yang kurang satu perlawanan berada di tangga ke lapan melalui dua kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 12:13pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254829/berita/sukan/united-patut-menang-jaringan-lebih-besar---ten-hag", "article_title": "United patut menang jaringan lebih besar - Ten Hag", "article_text": "ERIK ten Hag percaya Manchester United sepatutnya boleh menang dengan jaringan lebih besar ketika berdepan Nottingham Forest di City Ground pada Ahad.Antony meletakkan The Red Devils di hadapan pada separuh masa pertama, tetapi United bergelut untuk mencari gol tambahan walaupun memiliki deretan peluang sebelum Diogo Dalot meraih gol kedua pada minit ke-76 untuk kemenangan 2-0.Kemenangan itu sekali gus menyaksikan United naik ke kedudukan ketiga liga.\"Persembahan yang mantap dan kemenangan yang sepatutnya kami dapat. Satu-satunya kritikan yang boleh saya katakan, kami patut menang dengan jaringan lebih besar.\"United patut menang 3-0 atau 4-0. Kami terlepas banyak peluang di sana. Anda mahu menjaringkan gol dan menamatkan serta membunuh permainan pada saat-saat awal.\"Itu sentiasa penting. Dalam perlawanan besar anda tidak mencipta begitu banyak peluang, jadi anda perlu menjaringkan gol.\"Kami memerlukan lebih ramai penjaring gol dan saya gembira dengan Antony. Dia menjaringkan gol, memberikan bantuan gol,\" katanya.United turun dalam perlawanan itu tanpa penjaring terbanyak, Marcus Rashford akibat kecederaan, serta gandingan pertahanan Raphael Varane dan Lisandro Martinez selepas kedua-duanya mengalami kecederaan pada perlawanan suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla, Jumaat lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 11:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254824/berita/sukan/arsenal-hilang-punca", "article_title": "Arsenal hilang punca", "article_text": "MIKEL Arteta kecewa selepas Arsenal gagal mempertahankan kelebihan dua gol ketika menentang West Ham United pada Ahad.The Hammers bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 di Stadium London sekali gus memberikan tamparan buat Arsenal untuk merangkul kejuaraan liga.Ia selepas Manchester City hanya empat mata dibezakan dengan Arsenal dan memiliki satu perlawanan dalam tangan.\"Sangat mengecewakan. Cara kami bermula adalah hebat dan kami mengawal sepenuhnya, kemudian kami hilang tujuan.\"Kami memberi mereka harapan, memberikan sepakan penalti, pujian diberikan kepada mereka.\"Kami memerlukan gol ketiga dan keempat, namun ia gagal dihasilkan,\" kata Arteta.Gabriel Jesus dan Martin Odegaard memberikan permulaan sempurna buat The Gunners dalam tempoh 10 minit separuh masa pertama.Said Benrahma merapatkan kedudukan pada minit ke-33 sebelum Jarrod Bowen menyamakan kedudukan pada minit ke-54, dua minit selepas Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti.Sementara itu, pengendali West Ham, David Moyes memuji persembahan hebat anak buahnya walaupun pasukan itu masih bergelut dengan risiko penyingkiran.\"Kami ketinggalan 2-0 tetapi bangkit menentang Arsenal dengan cara permainan mereka, selepas beraksi pada Khamis, adalah baik.\"Penalti itu mencetus kebangkitan kami. Ia membuka peluang dan membangkitkan semangat kami untuk mengejar,\" kata Moyes", "reading_time": "4", "article_dt": "17 April 2023 10:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254799/berita/sukan/shah-firdaus-genggam-perak-dalam-acara-keirin-di-belgium", "article_title": "Shah Firdaus genggam perak dalam acara keirin di Belgium", "article_text": "ATLET berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom memastikan Malaysia memperoleh sekurang-kurangnya satu penyudah podium dalam Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent pada Ahad, dengan memenangi pingat perak dalam acara keirin lelaki.Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.Wakil Skuad Kebangsaan Perancis Luca Priore membawa pulang gangsa, menurut laman sesawang rasmi Berbasikal Trek Belgium.Biarpun Malaysia menurunkan empat atlet dalam separuh akhir, hanya Muhammad Shah Firdaus berjaya menaiki podium sementara yang lain gagal mendapatkan tempat enam teratas untuk ke final.Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 Datuk Mohd Azizulhasni Awang berada di kedudukan ketujuh, sementara Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Shahrom masing-masing di tempat kelapan dan ke-10. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 10:55pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254795/berita/sukan/pbt-selangor-disaran-sedia-tempat-busking-khas-atlet-buta", "article_title": "PBT Selangor disaran sedia tempat busking khas atlet buta", "article_text": "SEMUA 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor disaran menyediakan tapak khusus kepada bekas atlet para di negeri ini yang aktif dalam muzik jalanan.Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kebanyakan mereka itu bernaung di bawah Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada tempat khusus kepada golongan itu untuk menyerlahkan bakat masing-masing.\"Mereka ini cenderung bermain muzik secara busking bagi menghiburkan pelanggan, namun mereka tiada tempat khusus untuk menambah pendapatan,\" katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Iftar Hargai Jasa Atlet 2023 di Dewan MPKS, Saujana Utama di sini pada Ahad.Mohd Khairuddin berkata, setakat ini, tiga PBT sudah berbincang bagi melaksanakan dan menyediakan tempat sesuai kepada persatuan berkenaan.Jelasnya, tiga PBT banyak membantu kerajaan negeri ke arah itu antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA); Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).\"Kita berharap PBT dapat menyediakan tempat sesuai khusus untuk atlet cacat penglihatan di negeri ini dan tidak menyusahkan mereka bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti muzik jalanan.\"Antara tempat yang boleh disediakan ialah di bazar larut malam, pusat beli-belah yang mana PBT menyediakan tapak, manakala dari segi keperluan serta kos lain diuruskan kerajaan negeri,\" kata beliau.Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM30,000 sumbangan Aidilfitri kepada 150 penerima bagi kemeriahan Syawal tahun ini.\"Sebanyak RM22,500 disumbangkan kepada 45 Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan RM10,000 kepada Majlis Pemuafakatan Penduduk (MPP) Saujana Utama,\" jelas beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 10:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254777/berita/sukan/safawi-rasid-bakal-kembali-ke-jdt", "article_title": "Safawi Rasid bakal kembali ke JDT?", "article_text": "DESAS-desus bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan kian bertiup kencang selepas pemilik kelab itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyentuh mengenai perkara berkenaan.Tunku Ismail dalam satu pertemuan bersama Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam, bertitah pemain penyerang yang kini dipinjamkan kepada kelab Ratchaburi FC di Liga 1 Thailand untuk tempoh semusim dikhabarkan tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu.\"Saya ada berhubung dengan dia (Safawi) dan saya rasa dia tidak begitu selesa di sana (Ratchaburi). Kita tengok macam mana sebab perkara yang dia nak pergi secara pinjaman ini bukan saya yang hantar dia, dia yang nak pergi dan kami hanya beri kerjasama kepada beliau.\"Buat masa ini, belum ada kata putus lagi kalau dia nak balik ke tidak tetapi kita tahu dia kurang selesa di sana dan adalah ura-ura yang mengatakan kalau boleh dia nak balik ke sini,\" titah Tunku Ismail menerusi audio dikongsikan SAM kepada media pada Ahad.Bagaimanapun, Tunku Ismail memaklumkan JDT belum berhubung secara rasmi dengan Safawi mengenai sama ada beliau mahu kembali atau tidak ke kancah Liga Malaysia (Liga-M).\"Kita tengok dahulu, saya pun tiada kata putus. Saya belum buat keputusan dan saya sendiri belum dapat hubungi dia secara terus,\" titah Tunku Ismail.Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.Beliau membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand dengan menyertai Ratchaburi sejak Disember lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 05:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254774/berita/sukan/skuad-takraw-negara-simpan-kuku", "article_title": "Skuad takraw negara 'simpan kuku'", "article_text": "KEM sepak takraw negara selesa dengan pendekatan 'mengunci mulut' mengenai gandingan pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.Ini kerana Malaysia mempunyai strategi tersendiri apabila akan mengumumkan senarai gandingan itu pada detik akhir bagi mengelak taktikal mereka diintai pasukan lawan.Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun sudah mempunyai bayangan gandingan yang akan dipertaruhkan, namun perlu disesuaikan memandangkan ia melibatkan beberapa acara.\u201cBerdasarkan keputusan perlawanan ujian selama empat malam sebelum ini, ada perlawanan yang kita menang dan ada yang tewas. Perlawanan ini bagi saya sesuai dijadikan sebagai penilaian untuk melihat kelemahan pemain.\u201cGandingan pemain pula, kita akan lihat dari segi kesesuaian supaya dapat gabungkan mereka mengikut acara sama.\u201cIa melibatkan acara berpasukan, antara regu dan acara doubles. Kita akan lihat dari segi kesesuaian untuk ke Sukan SEA nanti,\u201d katanya kepada pemberita baru-baru ini.Mengulas keputusannya membawa lima pemain apit kanan ke Kemboja biarpun terdapat beberapa nama dari posisi berlainan yang dirasakan layak tidak berada dalam pasukan, Ahmad mempunyai sebab tersendiri.Beliau berpandangan keperluan membawa lima perejam adalah berdasarkan variasi gulungan yang dimiliki setiap pemain dalam misi menundukkan Thailand.\u201cKalau kita lihat tahap prestasi pemain muda, mereka masih belum mencapai satu tahap yang kita boleh harapkan sebagai pemain utama.\u201cPemain senior seperti Azlan Alias dan Khairol Zaman (Hamid Akhbar). Mereka mempunyai pengalaman yang tinggi pada kejohanan peringkat antarabangsa.\u201cJadi kita bawa mereka sebagai nilai tambah untuk digandingkan dengan pemain muda bagi menghadapi temasya itu nanti,\u201d jelasnya.Selain Azlan dan Khairol Zaman, antara perejam yang dipertaruhkan Malaysia termasuklah Hafizul Hayazi Adnan selain dua 'muka lama' - Noraizat Nordin dan Afifudin Razali.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 05:40pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254756/berita/sukan/apa-yang-selangor-buat-semua-menjadi---fandi-ahmad", "article_title": "'Apa yang Selangor buat semua menjadi' - Fandi Ahmad", "article_text": "SRI Pahang FC nyata tidak mampu menandingi kualiti yang dipamerkan Selangor FC sebelum tunduk menyerah 0-4 dalam pusingan 16 Piala Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Sabtu.Perkara itu diakui pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad yang menyifatkan Selangor wajar meraih kemenangan besar itu selepas setiap gerakan dan taktikal yang direncanakan Gergasi Merah sepanjang perlawanan sentiasa menjadi.\"Sudah pasti Selangor main lebih baik dan mempunyai standard yang lebih tinggi. Apa-apa yang mereka buat menjadi dan kita berdepan kesulitian.\"Memang separuh masa pertama kita nak bertahan dahulu, tetapi lima minit terakhir separuh masa pertama ada kesilapan sedikit menyebabkan kita bolos.\"Selepas itu, kita terpaksa bermain dengan corak terbuka untuk mencari gol dan apabila bermain dengan corak sebegitu kita menerima padah,\" katanya.Kekalahan itu menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan suku akhir Piala FA, malah lebih menambah duka apabila rekod tanpa tewas lebur.Tonggak muda tengah sensasi Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tampil garang dengan meledak dua gol selain Faisal Halim dan Brendan Gan turut mengukir nama selaku penjaring.Dalam pada itu, Fandi turut mengakui ketiadaan pemain di bahagian tengah merencatkan corak serangan pasukan Pantai Timur itu.\"Ini bukan alasan, tetapi buat sementara ini kita memang sedang menurun sebab kita kekurangan pemain tengah. Macam tadi ada penyerang yang terpaksa dibawa masuk untuk bermain di bahagian tengah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 02:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254754/berita/sukan/piala-fa-nsfc-perlu-tajamkan-penyudah---k-devan", "article_title": "Piala FA: NSFC perlu tajamkan penyudah - K Devan", "article_text": "NEGERI Sembilan FC (NSFC) perlu mempertajamkan penyudah apabila berdepan Selangor FC pada suku akhir Piala FA untuk terus mara dalam saingan itu.Meskipun menewaskan pasukan Liga M3, PIB Shah Alam FC 2-0 di Stadium Tuanku Rahman Paroi di sini, malam tadi untuk menjadi antara lapan pasukan ke suku akhir, Ketua Jurulatih NSFC K. Devan berkata, pasukannya gagal memanfaatkan banyak peluang bagi menghasilkan jaringan lebih besar.\"Saya rasa taktikal permainan itu sudah ada tetapi penyudah, skil individu, penyerang dan pemain yang dapat peluang (untuk jaringan) agak longgar, kita perlu latihan lebih baik pada intensiti tinggi supaya yakin untuk jaringkan gol bila dapat peluang,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.Beliau berkata, penyudah yang tajam akan memberikan kelebihan buat pasukannya apabila berdepan Selangor yang memiliki barisan pemain berkualiti.Skuad Gergasi Merah menempah tiket ke suku akhir dengan bergaya apabila menewaskan Sri Pahang 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.\"Mereka ada kelebihan dari segi kualiti pemain dengan rata-rata pemain tempatan adalah pemain kebangsaan...kita kekurangan dari segi itu tapi kita tak boleh bandingkan, kita akan buat yang terbaik dalam 90 minit atas padang,\u201d katanya.Selain aksi Selangor bertemu Negeri Sembilan, juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadual bertemu Penang FC, Terengganu FC bertemu Kelantan FC, Sabah FC bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 02:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254750/berita/sukan/cheng-hoe-tak-sangka-menang-mudah", "article_title": "Cheng Hoe tak sangka menang mudah", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak menyangka pasukannya mampu menang mudah 4-0 ke atas Sri Pahang FC dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Sabtu.Menurutnya, pemain Gergasi Merah menunjukkan taktikal disiplin yang cukup baik sekali gus mengatasi cabaran yang mahu diberikan pasukan lawan.\"Itulah hasil daripada konsentrasi dan juga semangat berpasukan kita dapat menjaringkan empat gol dan saya sebagai jurulatih agak terkejut.\"Secara keseluruhan saya rasa semua pemain layak untuk menang. Saya harap untuk aksi berikutnya, pasukan kena kekalkan taktikal disiplin dan juga konsisten setiap perlawanan,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tampil dengan persembahan berkualiti meledak dua gol dan masing-masing satu gol menerusi Faisal Halim dan Brendan Gan.Cheng Hoe turut menjelaskan sudah mengkaji terlebih dahulu kelemahan Sri Pahang.\"Sebelum perlawanan, Sri Pahang turun dengan rekod tanpa kalah dalam liga dan mereka terbaik dari segi permainan dan individu.\"Kita tahu sedikit sebanyak mengenai permainan mereka dan dapat mengatasi setiap kelemahan mereka. Saya tahu pemain nak kemenangan ini untuk layak ke peringkat seterusnya,\" katanya.Negeri Sembilan FC akan menanti skuad bimbingan Cheng Hoe di pusingan suku akhir pada 28 Mei ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 02:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254749/berita/sukan/kbs-teliti-program-pembangunan-sukan-jepun", "article_title": "KBS teliti program pembangunan sukan Jepun", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti program pembangunan dan sistem sokongan atlet di Jepun dalam usaha memantapkan arena sukan negara.Menterinya, Hannah Yeoh mengetuai delegasi Jawatankuasa Road To Gold (RTG) berada di negara matahari terbit itu untuk berkongsi pengalaman Jepun berjaya melahirkan pemenang pingat emas Olimpik.Bagi merealisasikan impian itu, delegasi RTG mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Jepun (JSC) di Pusat Sukan Berprestasi Tinggi Jepun.Perbincangan bersama JSC memberi tumpuan kepada struktur pentadbiran dan pembangunan sukan daripada peringkat akar umbi sehingga pasukan kebangsaan, strategi untuk meningkatkan prestasi atlet dan ekosistem pembangunan atlet.\"Delegasi RTG turut berpeluang melihat atlet Olimpik dan atlet Paralimpik berkongsi tempat latihan serta fasiliti lain.\u201cKedua-dua pihak turut membincangkan untuk mewujudkan kerjasama dalam penyelidikan sukan, perubatan, sains dan teknologi serta pertukaran kaedah pembangunan bakat sukan.\u201cJawatankuasa RTG akan meneliti perbandingan sistem sokongan atlet di Jepun dan Malaysia. Penemuan jawatankuasa akan diberikan perhatian oleh KBS,\u201d catat KBS menerusi Facebook pada Ahad.Delegasi Jawatankuasa RTG turut mengadakan perbincangan bersama Dr Etsuko Ogasawara di Universiti Juntendo, Tokyo.Sesi perbincangan memfokuskan kepada penglibatan wanita dalam sukan, pembangunan jurulatih wanita dan Persidangan Wanita ASEAN dalam Sukan 2023 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.\u201cDr Etsuko Ogasawara juga berkongsi pengalaman dan cabaran beliau dalam membangunkan komponen wanita dalam sukan di Jepun,\u201d ujar kenyataan itu.Ahli jawatankuasa lain yang menyertai lawatan itu ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Selain itu turut serta, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan penyelaras RTG, Stuart Ramalingam.Hannah serta Mohamad Norza yang merupakan pengerusi bersama RTG.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 02:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254739/berita/sukan/koulibaly-terharu-diberi-peluang-berbuka-puasa", "article_title": "Koulibaly terharu diberi peluang berbuka puasa", "article_text": "KEPRIHATINAN Liga Perdana Inggeris (EPL) menghentikan perlawanan bagi memberi peluang kepada pemain Islam berbuka puasa mendapat pujian.Pemain Chelsea beragama Islam, Kalidou Koulibaly mengakui ia sesuatu yang luar biasa yang tidak pernah dilalui sebelum ini.\u201cApabila anda hadir ke sini dan melihat mereka menghentikan permainan untuk orang Islam mengisi perut seketika, ia sangat mengagumkan.\u201cIa tidak pernah berlaku kepada saya, jadi itulah sebabnya saya dapat rasakan perasaan luar biasa,\" katanya.Sejak awal Ramadan, beberapa perlawanan liga dihentikan pada pertengahan separuh masa pertama, sejurus selepas matahari terbenam bagi membolehkan pemain yang berpuasa berbuka dengan menjamah makanan dan minuman.Beraksi menentang Liverpool minggu lalu, Koulibaly, Wesley Fofana dan N'Golo Kante berpeluang untuk kembali bertenaga pada waktu Maghrib.\u201cSebelum ini, saya pernah melihat di televisyen ketika Wesley (Fofana) berada di Leicester City berbuka puasa semasa perlawanan berlangsung,\u201d katanya.Menurut Koulibaly, selain berpuasa pemain Islam turut menunaikan ibadah lain termasuk solat serta pemahaman terhadap agama.\u201cKetika Ramadan, rakan sepasukan melihat kami bersolat dan bertanya apa yang kami lakukan.\u201cKebanyakan mereka berfikir Ramadan adalah hanya mengenai tidak makan atau minum, tetapi ia lebih daripada itu.\u201cIa mengenai memahami apa yang kita baca dalam al-Quran, mendalami agama, menjaga tingkah laku dan menghayati ajaran Nabi Muhammad.\u201cKami perlu menjelaskannya kepada mereka. Jadi apabila seseorang bertanya, kami boleh memberi jawapan,\u201d ujar Koulibaly.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 01:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254735/berita/sukan/kelibat-martial-buat-ten-hag-dilema", "article_title": "Kelibat Martial buat Ten Hag dilema", "article_text": "DILEMA Erik ten Hag mengenai prestasi dan kecederaan Anthony Martial untuk terus kekal bersama Manchester United pada musim depan.Jurulatih berusia 53 tahun itu juga mengakui masalah kecergasan Martial menyukarkan untuk bergantung kepada pemain itu.\u201cSukar untuk dikatakan kerana sejarah mengatakan berbeza,\u201d ujar ten Hag.Penyerang Perancis berusia 27 tahun itu berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertemu Nottingham Forest.Dia beraksi selama 77 minit dalam tempoh tiga bulan selepas pulih daripada kecederaan, selain hanya turun lapan kali dalam kesebelasan utama bagi aksi liga dalam tempoh dua tahun.Martial membuat kepulangan yang mengagumkan dalam perlawanan Liga Europa menentang Sevilla Khamis lalu.Walaupun Ten Hag memuji kebolehannya, namun dia mengakui sukar untuk mengetahui sama ada Martial boleh diharap untuk memberi impak jangka masa panjang bersama United atau sebaliknya.\u201cSaya mahu dia menghasilkan sesuatu kerana dia seorang pemain yang hebat. Dia mempunyai kualiti untuk bermain bola sepak terbaik dan apabila dia cergas, pasukan kami bermain dengan lebih baik.\u201cDia boleh bermain sebagai penyerang utama. Dia juga mampu beraksi di bahagian tengah serta sayap,\u201d ujar Ten Hag.Kontrak Martial akan berakhir akhir musim depan ketika Red Devils mempunyai pilihan untuk menambah setahun kepada perjanjian tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 12:41pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254723/berita/sukan/bibir-sane-bengkak-ditumbuk-mane", "article_title": "Bibir Sane bengkak ditumbuk Mane", "article_text": "LEROY Sane muncul dengan bibir yang bengkak ketika perlawanan menentang Hoffenheim selepas pemain sayap Bayern Munich itu terlibat insiden ditumbuk rakan sepasukan Sadio Mane.Sane dinamakan dalam kesebelasan utama Bayern dalam perlawanan liga di tempat sendiri menentang Hoffenheim - perlawanan pertama mereka sejak insiden tersebut semasa kekalahan kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.Pengendali Bayern, Thomas Tuchel mengesahkan bahawa Mane akan terlepas satu perlawanan sebagai hukuman dan penyerang Senegal berusia 31 tahun itu boleh beraksi untuk perlawanan timbal balik menentang Man City.Dalam perlawanan menentang Hoffenheim itu, jelas kelihatan bekas luka di bibir Sane dengan bahagian atas bibirnya itu bengkak.Bagaimanapun, insiden antara kedua-dua pemain itu dilaporkan sudah selesai dan Sane juga sudah memaafkan Mane.Bayern hanya mampu seri 1-1 menentang Hoffenheim menyebabkan kedudukan mereka di kedudukan teratas Bundesliga agak goyak dan dikejar Borussia Dortmund.Bayern Munich kini mengumpul 59 mata dari 28 perlawanan dan hanya dibezakan dua mata dengan Dortmund.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 11:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254719/berita/sukan/sensasi-shereen-pecah-rekod-kebangsaan", "article_title": "Sensasi Shereen pecah rekod kebangsaan", "article_text": "ATLET wanita negara, Shereen Samson Vallabouy mencipta sensasi di Amerika Syarikat apabila memecahkan rekod 400 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun pada Ahad.Pelari berusia 25 tahun itu melakar catatan 51.80 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays di California.Catatan itu sekali gus memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya pada tahun 1993 di Filipina.Menerusi catatan terbaharu pelajar Winona State University, Minnesota itu menyaksikan dia menamatkan saingan di tempat kelima pada kejohanan di Stadium Hilmer Lodge itu.Juara dalam acara itu ialah pelari Texas A&M University, Jermaisha Arnold dengan catatan 50.79s diikuti rakan sepasukannya, Tierra Robinson-Jones kedua (51.01s).Atlet University of South Carolina, Jan'Taijah Jones ketiga (51.0s) dan Ziyah Holman dari University of Michigan keempat (51.60s).Shereen sebelum ini empat kali meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dengan catatan 52.27s.Catatan itu dilakukan ketika dia memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, bulan lalu.Kejayaan Shereen yang juga anak bekas atlet kebangsaan, Josephine Mary Singarayar itu meletakkan dia di laluan terbaik dalam misi memburu emas 400m di Sukan SEA Kemboja, Mei ini.Pada Sukan SEA Hanoi tahun lepas, emas dimenangi pelari Vietnam, Nguyen Thi Huyen menerusi catatan 52.83s.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 10:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254716/berita/sukan/saya-sangat-kecewa---lampard", "article_title": "'Saya sangat kecewa' - Lampard", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mengakui sangat kecewa selepas pasukan kendaliannya tewas kepada Brighton dan Hove Albion 1-2 di Stamford Bridge.Ia menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut sejak Lampard yang bertindak sebagai pengendali sementara mengemudi pasukan.Danny Welbeck membatalkan gol pembukaan Chelsea melalui Conor Gallagher yang melencong, sebelum rembatan Julio Enciso memberikan tiga mata berharga buat Brighton.\"Saya kecewa pada setiap peringkat. Pasukan yang lebih baik menang. Mereka boleh menang dengan lebih banyak lagi. Mereka bermain seperti satu pasukan. Mereka sudah lama bersama.\"(Kami) tidak cukup bagus. Kami kekurangan dalam semua bahagian asas bola sepak,\" katanya.The Blues perlu bangkit segera apatah lagi akan menerima kunjungan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu ini.Pasukan itu perlu menukar defisit 0-2 selepas tewas perlawanan suku akhir pertama jika ingin mara ke separuh akhir.\"Tidak ada gunanya terlalu kecewa, tetapi kita perlu memahami mengapa hari ini berjalan seperti apa yang telah berlaku.\"Dalam bola sepak, sebuah cerita boleh berubah dengan cepat. Real Madrid dalam Liga Juara-Juara adalah kemuncak bola sepak.\"Peminat Chelsea akan datang untuk melihat pasukan memberikan segala-galanya untuk mengubah keputusan, dan itulah yang perlu kami lakukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 10:12am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254715/berita/sukan/haaland-sehebat-salah", "article_title": "Haaland sehebat Salah", "article_text": "ERLING Haaland menyamai rekod jaringan semusim Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 38 perlawanan pada Ahad ketika Manchester City merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal kepada hanya tiga mata.Penyerang Norway itu menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama ketika kemenangan 3-1 City ke atas Leicester sekali gus menyamai rekod 32 gol yang dicipta penyerang Liverpool, Mohamed Salah pada musim 2017-18.John Stones membuka jaringan untuk tuan rumah sebelum Haaland menyempurnakan sepakan penalti dan disusuli dengan satu gol menarik.Pep Guardiola menggantikan pemain berusia 22 tahun itu ketika rehat, sekali gus memaksa Haaland untuk menanti perlawanan seterusnya bagi memburu rekod 34 gol dalam satu musim di era EPL yang dicatat ketika setiap pasukan perlu mengharungi 42 perlawanan berbanding 38 sekarang.City, yang memburu kejuaraan Liga Perdana kelima dalam tempoh enam tahun, mengumpul 70 mata, tiga mata di belakang Arsenal dengan baki lapan perlawanan - The Gunners menentang West Ham hari ini.\"Seperti yang saya katakan akhir-akhir ini, ia adalah menang, menang dan menang. Mereka telah mengharungi keputusan yang luar biasa musim ini dan saya tidak fikir mereka akan kehilangan banyak mata.\"Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah terus mengejar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 10:04am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254703/berita/sukan/ramsdale-capai-kemajuan-luar-biasa-bersama-arsenal", "article_title": "Ramsdale capai kemajuan luar biasa bersama Arsenal", "article_text": "PENJAGA gol Arsenal, Aaron Ramsdale mencapai kemajuan luar biasa bersama kelab London itu selepas dua penyingkiran sebelum ini, kata pengurus Mikel Arteta.Sebelum menyertai Arsenal pada Ogos 2021, Ramsdale diturunkan dari liga teratas bersama kelab kerdil Bournemouth dan Sheffield United.Pemain berusia 24 tahun itu memainkan peranan penting dalam usaha memburu kejuaraan Arsenal musim ini, yang terbaru melakukan beberapa siri penyelamatan penting dalam keputusan seri 2-2 dengan Liverpool di Anfield dalam perlawanan terakhir.\u201cDia benar-benar sangat bagus terutamanya ketika situasi kelab dalam keadaan memerlukan kecemerlangannya.\u201cIni kerana apabila anda melihat masa lalunya dan dari mana dia datang, dia tersingkir dua kali, sukar untuk membayangkannya.\u201cTetapi kami melihat dia mempunyai perwatakan, karisma dan personaliti untuk bermain untuk kelab Arsenal dan kualiti yang berpotensi dimasukkan ke dalam cara kami bermain.\u201cApabila anda melihat perkembangan yang dia miliki dalam dua musim lalu saya rasa dia berada pada tahap luar biasa,\u201d kata Arteta.Sebagai rekod, Ramsdale, yang mempunyai tiga penampilan untuk England, telah melakukan 12 penyelamatan dalam liga setakat ini, di belakang hanya David de Gea dari Manchester United dan Nick Pope dari Newcastle United, yang terikat pada 13.Dalam perkembangan sama, jelas Arteta, kelab itu cuba melindungi Ramsdale apabila pemain tersebut berdepan penderaan di media sosial selepas ketibaan di Stadium Emirates, sambil menambah dia berdepan kritikan sebelum bermain perlawanan pertamanya untuk Arsenal.\u201cIa sukar, dia memerlukan sedikit sokongan dan kami perlu melindunginya, tetapi dia bersedia untuk menanganinya,\u201d kata Arteta.Arsenal akan bertandang ke West Ham United dalam aksi liga pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254699/berita/sukan/hajat-dhabitah", "article_title": "Hajat Dhabitah", "article_text": "PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri telah menyenaraikan keperluan buat dirinya bagi menggalas cabaran negara memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.Menerusi projek Road To Gold (RTG) penerjun berusia 24 tahun berharap dapat memperoleh sistem sokongan yang berkesan dan bersistematik bagi meningkat prestasi seterusnya mampu mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan.\u201cSaya juga sudah berbincang dengan Datuk Pandelela (Rinong) dan senaraikan bentuk sokongan dan bantuan yang kami perlukan.\u201cNamun saya tidak boleh beritahu semua keperluan itu, sebab belum berjumpa dengan RTG (jawatankuasa),\u201d katanya kepada Sukan Sinar ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu dan Pandelela disenaraikan bersama 11 pemain badminton dan dua pelumba negara sebagai atlet dalam projek RTG baru-baru ini.Dhabitah memberitahu, keperluan buat dirinya secara umum melibatkan sokongan fisioterapi, perubatan dan kumpulan staf yang boleh bantu tingkatkan prestasinya.Katanya, teknik biomekanik dan kelengkapan video juga penting buat dia dan Pandelela dalam usaha mereka membaiki segala kelemahan dalam terjunan.\u201cKeperluan itu untuk bantu tingkatkan prestasi dan buat lebih baik pada hari pertandingan. Rakaman video boleh bantu ketika sesi latihan dan baiki kelemahan. Fisioterapi juga penting,\u201d katanya.Di sebalik peluang disenaraikan dalam projek tersebut, Dhabitah meluahkan rasa syukur dengan peluang serta kepercayaan yang diberikan dan tekad memberikan yang terbaik.\u201cAlhamdulillah. Pada mulanya saya sangka nama tak naik, namun syukur ada nama saya dan Pandelela. Saya sebenarnya harap ramai lagi nama atlet terjun boleh naik (disenarai), tapi lebih baik daripada tiada langsung,\u201d katanya.Menyentuh mengenai permintaan untuk menyertai lebih banyak kejohanan Dhabitah memberitahu, ia bergantung kepada proses pemulihan yang mereka lalui selepas menyertai sesuatu kejohanan.Tambahnya, skuad terjun akan pergi ke Kanada sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Dunia bulan depan.\u201cKena fikir hal itu (recover), tak boleh suka-suka hati nak sertai kejohanan macam itu sahaja,\u201d katanya.Menurut Dhabitah daripada aspek psikologi, dia bersama rakan skuad terjun sudah saling memahami dan membantu antara satu sama lain.\u201cTekanan memang ada sebab orang sentiasa tengok (prestasi). Jadi saya kena tunjuk yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254697/berita/sukan/selangor-negeri-sembilan-berentap-suku-akhir-piala-fa", "article_title": "Selangor, Negeri Sembilan berentap suku akhir Piala FA", "article_text": "JUARA lima kali Selangor FC mengesahkan kemaraan suku akhir Piala FA apabila menewaskan juara tiga kali Sri Pahang FC, 4-0 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.Anak buah Tan Cheng Hoe bermula garang apabila mula mengasak skuad asuhan Fandi Ahmad yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super musim ini.Mukhairi Ajmal Mahadi memulakan pesta gol The Red Giants pada minit ke-41 apabila rembatannya menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan untuk memimpin perlawanan separuh masa pertama.Bersambung babak kedua Selangor FC menggandakan asakan akhirnya sekali lagi menyaksikan Mukhairi Ajmal menambah gol kedua pada minit ke-59 hasil sentuhan Quentin Cheng.Gol itu ternyata membara jentera pasukan tuan rumah apabila giliran Faisal Halim meledakan gol pada minit 67' sebelum Brendan Gan melengkapkan kemenangan bergaya Selangor.Kemenangan itu menyaksikan anak buah Cheng Hoe bakal berdepan Negeri Sembilan FC pimpinan K Devan di suku akhir.Terdahulu, Negeri Sembilan mengesahkan kemaraan selepas menewaskan PIB Shah Alam, 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.Bagaimanapun skuad Rusa hanya mendahului perlawanan pada separuh masa kedua melalui jaringan Casagrande pada minit ke-52.Skuad Jang melengkapkan kemenangan hasil jaringan Shahrel Fikri pada minit ke-71 untuk kedudukan 2-0 yang memihak tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 12:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254695/berita/sukan/penang-sabah-sambar-slot-suku-akhir-piala-fa", "article_title": "Penang, Sabah sambar slot suku akhir Piala FA", "article_text": "PENANG FC dan Sabah FC mengesahkan slot suku akhir Piala FA selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan pusingan 16 pada Sabtu.Penang FC mara setelah menewaskan Kuching City FC 4-0 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.Soony Saad, terlebih dulu meletakkan pasukan pelawat di depan hasil jaringan Soony Saat minit ke-10 untuk memimpin perlawanan separuh masa pertama.Separuh masa kedua Harimau Kubang meningkat tekanan apabila tiga gol lagi terhasil menerusi jaringan Rafael Victor minit ke-48.Hadin Azman dan Giovanni Gomes masing-masing turut menyumbang gol pada minit ke-65 diikuti minit ke-95.Kemenangan itu menyaksikan Penang bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas lapan terbaik.Sementara itu, Sabah turut mengiringi Penang mara selepas menyingkirkan cabaran Kelantan United, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Likas.Gol anak buah Datuk Ong Kim Swee dijaringkan setiap babak bermula dengan jaringan Baddrol Bakhtiar minit ke-13 diikuti Stuart Wilkins pada minit ke-59.Kemenangan itu menyaksikan Sabah berdepan Kuala Lumpur City di fasa suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 April 2023 12:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254692/berita/sukan/steinbruckner-tuntut-peledak-import-kekalkan-penyudah-tajam", "article_title": "Steinbruckner tuntut peledak import kekalkan penyudah tajam", "article_text": "KETAJAMAN penyudah Ivan Mamut dan Jordan Mintah ketika membantu naib juara tahun lalu, Terengganu FC (TFC) menang besar 4-0 ke atas Melaka FC dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, mendapat pujian pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner.Malah Steinbruckner menuntut kedua-dua penyudah import skuad Penyu itu mengekalkan tahap konsisten dalam saingan Liga Super.\"Ya, apabila Ivan dan Jordan mula kerap menghasilkan jaringan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pasukan seperti dipamerkan dalam perlawanan ini.\"Sememangnya pasukan amat mengharapkan Ivan dan Jordan untuk lebih banyak lagi menjaringkan gol buat pasukan selepas ini,\" katanya selepas perlawanan tersebut.TFC yang berstatus pilihan sebelum itu menjinakkan kelab Liga M3, Melaka FC, bermula jaringan Mamut pada minit kelima bagi mendahului babak pertama 1-0.Tiga lagi gol skuad Penyu dijelmakan pada babak kedua oleh Hakimi Abdullah (m-70) sebelum Mintah (m-82, m-93) melabuh tirai pesta gol 4-0 tuan rumah.Mengulas mengenai cabaran Melaka FC, Steinbruckner mengakui pasukan pelawat bukan lawan yang mudah apabila berdepan kesukaran menambah jaringan selepas mendahului satu gol.\"Biarpun kami mendominasi permainan, namun pasukan lawan bijak bertahan dan selain beberapa percubaan turut mengancam benteng TFC.\"Namun pertukaran pemain dan taktikal pada separuh masa kedua menyaksikan pasukan berjaya menambah tiga lagi jaringan.\"Saya berpuas hati dengan kemenangan positif, namun diakui menentang Melaka FC kelab Divisyen Tiga, pemain nampak bergelut untuk menambah jaringan pada babak pertama selepas gol Ivan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 11:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254678/berita/sukan/trio-anak-muda-malaysia-mengagumkan", "article_title": "Trio anak muda Malaysia mengagumkan", "article_text": "TRIO skuasy anak muda Malaysia - Aira Azman, Noor Ainaa Amani Ampandi dan Yasshmita Jadishkumar berjaya melepasi ke pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia bagi menempah tiket sulung di pentas dunia.Mereka layak ke pertemuan yang akan diadakan di Chicago dari 3 hingga 11 Mei yang menawarkan 12 slot kelayakan masing-masing enam bagi lelaki dan wanita, selepas mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan skuasy Terbuka Britain yang berlangsung baru-baru ini.Noor Ainaa, 21, yang kini berada dalam keadaan terbaik, meraih dua gelaran berturut-turut dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), adalah yang pertama berjaya selepas melakar kemenangan mengagumkan 6-11, 11-5, 11-9, 11-6 ke atas pemain Jerman Katerina Tycova dalam pusingan akhir kelayakan di Birmingham pada Jumaat.Noor Ainaa, yang kini berada di kedudukan ke-83 dunia, terlebih dahulu menundukkan pemain remaja Mesir, Nour Heikal 11-4, 11-4, 11-6 sebelum mengatasi pemain ranking ke-65 Jerman Saskia Beinhard 11-8, 11-6, 11-5 untuk mara ke final.\u201cIa adalah satu perasaan luar biasa kerana saya datang ke sini tanpa sebarang tekanan walaupun tahu akan berdepan dengan pemain pilihan. Ini kali pertama saya beraksi dalam acara kelayakan dan rasa seronok dapat bermain ke peringkat dunia buat kali pertama,\u201d katanya menerusi kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) pada Sabtu.Susulan kejayaan Noor Ainaa, Aira (ranking ke-67) merupakan pilihan ketiga pada acara kelayakan itu, mengalahkan pemain Australia Alex Haydon 11-6, 11-3, 11-8 dalam separuh akhir sebelum membenam pemain Mesir Menna Hamed 11-8, 11-6, 11-4 di final.Pemain Malaysia ketiga yang berjaya melepasi saingan Yasshmita, 18, yang menewaskan rakan senegara senior Chan Yiwen 8-11, 7-11, 11-8, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir.Ia merupakan satu pencapaian luar biasa buat atlet kelahiran Seremban itu yang menduduki ranking ke-103 dunia kerana sebelum ini beliau bertarung melalui dua pusingan lima penentu, masing-masing menentang Rana Ismail dari Mesir dan Kiera Marshall dari England.Selain tiga pusingan kelayakan, pemain Malaysia lain yang telah menempah tempat berdasarkan ranking dunia mereka ialah pemain nombor 23 dunia S. Sivasangari, nombor 25 dunia Rachel Arnold dan di kedudukan ke-26 dunia Aifa Azman.Dalam acara lelaki, pemain veteran Ivan Yuen, yang bertanding dalam kejohanan pertamanya dalam tempoh lima bulan, juga turut meraikan kejayaan itu selepas mengatasi cabaran sukar untuk menempah tiket ke pertemuan dunia.Pemain berusia 32 tahun itu bertarung dalam lima perlawanan di separuh akhir sebelum menang ke atas Yannick Wilhelmi dari Switzerland 7-11, 11-6, 11-3, 9-11, 11-5, dan hasil pengalaman pemain nombor 66 dunia itu, berjaya menewaskan remaja Britain Finnlay Withington 13-11, 11-4, 14-12 pada pusingan akhir.Ivan menyertai rakan senegara dan pemain nombor 21 dunia Ng Eain Yow wakil dua pemain lelaki Malaysia dalam undian utama, menjadikan penyertaan Malaysia seramai lapan orang.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 08:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254676/berita/sukan/haaland-dipantau-24-jam", "article_title": "Haaland dipantau 24 jam", "article_text": "PASUKAN perubatan Manchester City sentiasa memantau Erling Haaland bagi memastikan tahap kecergasan penyerang utama The Citizens itu berada pada tahap terbaik musim ini.Pengendali The Citizens, Pep Guardiola berkata, tahap kecergasan pemain Norway itu adalah penting ketika kelab berdepan jadual padat.\u201cSaya tidak tahu apa yang dia lakukan di Dortmund tetapi kami menjaganya 24 jam. Kami mempunyai doktor dan ahli fisioterapi yang luar biasa, mereka berada di belakangnya setiap saat sepanjang hari.\u201cSukar untuk memahami mengapa anda membelanjakan wang yang banyak untuk pemain dan kemudian meninggalkan mereka \u2013 saya tidak tahu apa yang dilakukan kelab lain,\u201d ujar Guardiola.Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kecergasan Haaland menjelang perpindahannya selepas dia terlepas 16 perlawanan akibat kecederaan untuk Dortmund musim lalu.Namun pemain Norway itu hanya terlepas empat perlawanan bersama City sepanjang kempen musim ini.Sebagai rekod, Haaland yang menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund musim ini, telah menjaringkan 45 gol dalam semua pertandingan untuk City - satu rekod untuk pemain Liga Perdana Inggeris.Tambah Guardiola dengan jadual perlawanan yang padat ini setiap tiga atau empat hari pasukan perubatan kelab perlu memantau Haaland.\u201cIa sangat menuntut, dengan pemakanan, rehat, tidur, makanan... Kami tahu kami perlu mengawasinya kerana dia sangat besar. Fisioterapi menjaganya, dia diurut - belakangnya, bahu, urat, semuanya.\u201cDia bekerja terlalu banyak masa di pusat latihan - lebih banyak daripada di padang. Hari ini dalam bola sepak moden, pemain berlatih lebih banyak di belakang tabir berbanding di padang,\u201d luah Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 08:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254662/berita/sukan/atlet-sukan-ekstrem-keluar-daripada-pertapaan-500-hari", "article_title": "Atlet sukan ekstrem keluar daripada pertapaan 500 hari", "article_text": "SEORANG atlet sukan ekstrem Sepanyol, Beatriz Flamini muncul dari sebuah gua di Grenada selepas 500 hari \u2018bertapa\u2019 pada kedalaman 230 kaki di bawah tanah, lapor United Press International (UPI).Flamini yang berusia 50 tahun dipantau dari jauh oleh sepasukan saintis dari universiti Almeria, Granada dan Murcia berkata, beliau hilang kiraan hari selepas kira-kira dua bulan dan menyangkakan hanya berada di gua itu antara 160-170 hari daripada matlamat projek 500 hari.Katanya, dia meluangkan masa dengan membaca, menulis, melukis, bersenam dan mengait sepanjang berada di gua itu pada 21 November 2021.\"Bagi saya sekurang-kurangnya, sebagai ahli sukan ekstrem elit, perkara yang paling penting ialah apa yang anda fikirkan dan apa yang anda rasa dan apa yang anda katakan.\"Memang ada momen yang sukar, tetapi ada juga saat yang sangat indah -- dan saya mengalami kedua-duanya kerana saya memenuhi komitmen saya untuk tinggal di dalam gua selama 500 hari,\" kata Flamini pada sidang akhbar.Sebagai rekod, Flamini membaca 60 buku sepanjang 500 hari di dalam gua itu.Dua kamera mendokumentasikan masanya di bawah tanah untuk dokumentari projek itu.Masa atlet di dalam gua itu dipercayai sebagai rekod dunia baharu untuk masa paling lama dihabiskan bersendirian di dalam gua, tetapi tidak jelas sama ada Rekod Dunia Guinness mempunyai kategori untuk pencapaian itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 05:46pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254642/berita/sukan/sampaoli-pengendali-baharu-flamengo", "article_title": "Sampaoli pengendali baharu Flamengo", "article_text": "JORGE Sampaoli dinamakan pengendali baharu Flamengo, umum kelab liga Brazil tersebut pada Sabtu selepas hampir sebulan dipecat Sevilla.Flamengo, juara bertahan Copa Libertadores, berkata Sampaoli telah menandatangani perjanjian sehingga Disember 2024.Pengendali berusia 63 tahun dari Argentina itu dipecat Sevilla pada 21 Mac ketika kelab berkenaan berdepan penyingkiran dari liga teratas Sepanyol.Di Flamengo, Sampaoli menggantikan Vitor Pereira yang dilepaskan awal minggu ini sebelum ini pernah bekerja dengan kelab Brazil, Santos dan Atletico Mineiro.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 03:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254639/berita/sukan/malaysia-korek-rahsia-emas-olimpik-jepun", "article_title": "Malaysia 'korek rahsia' emas Olimpik Jepun", "article_text": "MALAYSIA serius untuk merealisasikan impian meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik apabila sanggup 'terbang' ke Jepun untuk 'berguru' dengan negara Matahari Terbit itu.Dalam misi melahirkan atlet berkelas dunia, Jawatankuasa Road To Gold (RTG) mahu melihat lebih dekat kelengkapan serta sistem sokongan atlet di negara Samurai tersebut.Delegasi yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ini berada Nippon Sport Science University (NSSU) di Tokyo dan Yokohama bagi mempelajari sistem sokongan atlet di universiti tersebut.Perkembangan itu dimaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi catatan di Facebook pada Sabtu.\u201cNSSU memiliki rekod hebat menghasilkan atlet-atlet bertaraf dunia. Mereka sudah melahirkan 137 pemenang pingat untuk Kontinjen Jepun di temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik, termasuk 41 pingat emas keseluruhan,\u201d ujar kenyataan itu.Dalam lawatan itu Jawatankuasa RTG telah berpeluang bertemu dengan pimpinan NSSU, berdialog serta mengadakan sidang media bersama.\u201cHasil pertemuan itu NSSU bersedia menawarkan kerjasama serta sistem sokongan bukan sahaja untuk atlet tetapi buat jurulatih negara,\u201d menurut catatan itu.KBS memaklumkan, fokus lawatan kerja itu turut membincangkan mengenai aspek wanita dalam sukan.\u201cDiharapkan kerjasama dua negara itu dapat meningkatkan mutu kualiti sukan di Malaysia dalam usaha mencapai impian emas Olimpik,\u201d katanya.Ahli jawatankuasa lain yang menyertai lawatan itu adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Turut serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan penyelaras RTG Stuart Ramalingam.Hannah (lima dari kanan) bersama Jawatankuasa RTG ketika mengunjungi NSSU di Jepun. - Foto Facebook KBSHannah dan Mohamad Norza merupakan pengerusi bersama RTG.MSN dan MOM pada Februari lalu memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan NSSU bagi membuka peluang perkongsian pengetahuan serta kepakaran berkaitan bidang teknologi sains sukan dan pendidikan jasmani dengan universiti yang dikenali sebagai 'Nittaidai'.Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi Melbourne 1956 masih belum merasai kenikmatan untuk meraih pingat emas dengan pencapaian terbaik sekadar empat perak dan satu gangsa di edisi Rio 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 03:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254633/berita/sukan/chelsea-intai-sentuhan-jurulatih-kelab-portugal", "article_title": "Chelsea intai sentuhan jurulatih kelab Portugal", "article_text": "CHELSEA beralih arah memandang ke Portugal dalam misi The Blues mencari penganti Graham Potter yang dipecat dari Stamford Bridge.Sasaran The Blues ialah jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim yang cemerlang dalam saingan Liga Europa.Pengurusan Chelsea dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan pengendali berusia 38 tahun itu.Selain Amorim, pemilik bersama Todd Boehly juga sudah mengadakan pertemuan dengan bekas pengurus Sepanyol, Luis Enrique, selain Julien Nagelsmann dan Marco Silva turut berada dalam pertimbangan.Legenda Chelsea, Frank Lampard yang menggalas tugas sebagai pengurussementara sehingga akhir musim ini juga dilihat cuba menarik perhatian selain tidak menolak peluang untuk memegang jawatan panas itu buat kali kedua.Terbaharu, Amorim pula berada dalam radar ketika pengendali dari Portugal itu mempunyai rekod cemerlang.Dia membantu Sporting meraih gelaran pertama mereka dalam tempoh 19 tahun pada 2021 selain menjuarai Piala Liga Portugal sebanyak tiga kali - dua bersama Sporting dan bakinya bersama bekas kelab, Braga.Aksi pasukan bimbingan Amorim dalam kancah liga domestik kurang memberangsangkan apabila menghuni tangga keempat Liga Portugal.Ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Benfica - namun baru-baru ini, Sporting mengejutkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dalam saingan Liga Europa.Sporting mengikat Gunners 2-2 di Lisbon sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan keputusan 1-1 di Emirates dan memenanginya menerusi penentuan sepakan penalti.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254626/berita/sukan/ancelotti-setia-bersama-real-madrid", "article_title": "Ancelotti setia bersama Real Madrid", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Carlo Ancelotti meluahkan hasrat untuk kekal bersama Real Madrid sehingga akhir musim ini ketika tersebar spekulasi dia bakal mengemudi Chelsea dan Brazil.Jurulatih berusia 63 tahun itu menikmati tempoh kedua yang gemilang sebagai ketua jurulatih Los Blancos selepas kembali ke kelab itu pada Julai 2021, memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga musim lalu.\u201cSaya berasa bangga dengan segala-galanya, saya memperoleh kejayaan setakat ini. Saya berharap untuk meneruskan, tetapi saya bangga dengan apa yang telah saya capai,\u201d katanya.Pengendali kelahiran Itali itu memacu pasukan untuk memenangi Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA dengan Madrid dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara sekali lagi musim ini dan Copa del Rey.Barcelona ketika ini memimpin liga dengan kelebihan 13 mata, namun Real Madrid yang menjadi pencabar terdekat enggan berputus asa untuk merebut gelaran.Kontrak Ancelotti berbaki setahun dan dia tidak bercadang untuk meninggalkan di ibu negara Sepanyol itu.\u201cSaya rasa Perez (Presiden Madrid Florentino) menyokong saya. Kami akan berada di sini musim depan tanpa ragu-ragu. Saya akan menghormati kontrak,\u201d katanyaDi sebalik prestasi Real Madrid dalam kancah domestik, Ancelotti 'tidak lari' daripada menerima kritikan pihak tertentu musim ini.\u201cIni adalah bola sepak, kami telah berjaya dalam beberapa pertandingan, tetapi anda perlu menunggu untuk menilai.\u201cSaya mendengar kritikan, itu perkara biasa. Kita perlu hidup dalam dunia di mana anda perlu mendengar pendapat orang ramai, kelab dan pemain,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 02:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254628/berita/sukan/tuchel-tekad-balas-dendam-ke-atas-city", "article_title": "Tuchel tekad balas dendam ke atas City", "article_text": "PENGURUS Bayern Munich, Thomas Tuchel belum mahu mengibarkan bendera putih setelah tewas 0-3 kepada Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara.Sebaliknya pengendali baharu itu mahu para pemain bangkit dan balas dendam ke atas City pada aksi suku akhir kedua 20 April ini.\u201cSaya dapat berasakan bahawa kami amat menginginkan peluang untuk membalas dendam dalam perlawanan kedua,\u201d katanya.Para peminat melihat perlawanan itu sudah berakhir, namun Tuchel mahu Bayern mengambil kesempatan dengan kelebihan beraksi di laman sendiri minggu depan untuk bangkit.\u201cAdalah penting untuk tidak kehilangan fokus.\u201cTugas itu kelihatan hampir mustahil, tetapi tiada yang mustahil dalam bola sepak,\u201d ujar Tuchel.Pada aksi itu, gol kemenangan City dihasilkan menerusi sentuhan Rodri, Bernardo Silva dan Erling Haaland.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 01:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254615/berita/sukan/arsenal-waspada-sebarang-kemungkinan", "article_title": "Arsenal waspada sebarang kemungkinan", "article_text": "PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta belum mahu berasa selesa dengan peluang besar untuk meraih gelaran pertama sejak 2004 ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hampir menuju ke garisan penamat.Ini kerana kata Arteta sebarang kemungkinan boleh berlaku dan dia mahu skuad The Gunners fokus untuk memburu kemenangan dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.\u201cKami memikirkan setiap kemungkinan.\u201cKami mahu menang perlawanan terlebih dulu dengan menghasilkan sebanyak mungkin gol, tetapi kami harus bersikap terbuka dengan sebarang kemungkinan,\u201d katanya.Selain itu, Arteta juga tidak menolak The Gunners memerlukan 'tuah pada detik yang tepat' untuk mengatasi pencabar terdekat, Manchester City untuk bergelar juara.City yang dikendali Pep Guardiola dijadualkan menanti kunjungan Leicester City dan mampu merapatkan jurang dengan Arsenal kepada tiga mata sebelum Gunners meneruskan saingan bertemu West Ham pada Ahad.\u201cKamu perlu tuah pada saat yang tepat,\u201d kata Arteta.Arsenal mensia-siakan kelebihan 2-0 ke atas Liverpool di Anfield minggu lalu sebelum menamatkan perlawanan 2-2 sekali gus menjadikan City kembali menjadi tumpuan mengekalkan gelaran buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.The Gunners boleh memberi fokus memburu gelaran pertama EPL sejak 19 tahun, ketika City bakal beraksi di separuh akhir Piala FA menentang Sheffield United minggu depan selain hanya selangkah lagi untuk berada dalam kelompok empat terbaik Liga Juara-Juara.Arsenal dan City bakal membuat perhitungan di Stadium Etihad pada 26 April ini yang menjadi detik penting perebutan gelaran.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 12:58pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254613/berita/sukan/jdt-perlu-belajar-terima-suasana-bola-sepak-baharu", "article_title": "JDT perlu belajar terima suasana bola sepak baharu", "article_text": "PENYANDANG juara Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu belajar menerima suasana bola sepak baharu setelah menewaskan PDRM FC, 3-0 dalam pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.Malah, menurut pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari mengakui pendahulu Liga Super itu juga perlu segera menyesuaikan apabila berdepan dengan pasukan seperti The Cops dalam saingan Liga Malaysia.\u201cPada separuh masa pertama pemain-pemain JDT tampil dengan karakter positif, memberikan tekanan, mencipta peluang dan menjaringkan gol.\u201cSejujurnya bukan sesuatu yang mudah apabila berdepan pasukan yang menggunakan kesebelasan utama dalam kalangan lima dan enam pemain di bahagian belakang untuk bertahan sepanjang perlawanan.\u201cBagaimanapun, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pemain-pemain JDT sepanjang separuh masa pertama,\u201d katanya sejurus tamat perlawanan pada Jumaat.Untuk rekod, JDT menewaskan PDRM FC 3-0 hasil jaringan Bergson Da Silva seawal minit ke-3, sebelum penyerang kelahiran Brazil itu menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua pada minit ke-12 dan Leandro Velazquez sekali lagi memanfaatkan sepakan penalti untuk gol ketiga pada minit ke-27.Kesebelasan utama JDT pada perlawanan berkenaan.Mengulas mengenai aksi suku akhir yang bakal menemukan JDT dengan Kuching City FC atau Penang FC, Solari menegaskan pasukannya tidak memilih lawan tertentu sebaliknya mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan.Malah katanya, setiap peringkat dalam saingan Piala FA merupakan saingan yang mencabar tambahan pula apabila berada pada fasa peringkat kalah mati.\u201cPada peringkat seperti ini (kalah mati), permainan akan menjadi sukar biarpun dengan pasukan mana yang ditemui sekiranya pasukan kita tidak melakukan persediaan awal dengan rapi.\u201cOleh itu, kita perlu melihat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dalam setiap pertandingan selepas ini dalam merancang taktikal pasukan,\u201d katanya.Sementara itu, Solari mengakui terkilan dengan corak dan tempo permainan yang dipamerkan PDRM FC pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama.Katanya, tempo berkenaan termasuk seperti sengaja melengah-lengahkan permainan nyata menjejaskan momentum skuad kendaliannya itu kali ini.\u201cKetika rehat separuh masa pertama saya dan pemain-pemain berbincang sebarang kemungkinan berlaku dalam babak kedua seperti melambat-lambatkan masa permainan yang akan menjejaskan rentak pasukan JDT.\u201cApa pun, kami harus belajar dan membiasakan diri untuk berdepan situasi sebegini kerana pada akhirnya pemain-pemain perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan permainan berjalan lancar.\u201cKami juga perlu mewujudkan suasana positif dalam pasukan apabila berdepan corak permainan pasukan lawan seperti ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 12:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254595/berita/sukan/malang-united-hilang-dua-pemain", "article_title": "Malang United 'hilang' dua pemain", "article_text": "MALANG merundung Manchester United apabila terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Lisandro Martinez sehingga akhir musim akibat kecederaan.Malah, nasib sama turut menimpa Raphael Varane, namun untuk tempoh beberapa minggu sahaja.Mereka mengalami kecederaan ketika skuad bimbingan Erik ten Hag itu terikat 2-2 dengan Sevilla dalam saingan suku akhir pertama Liga Europa di Old Trafford.Pada aksi itu menyaksikan Red Devils menjaringkan dua gol sendiri.Martinez, yang menjuarai Piala Dunia bersama Argentina tahun lalu terpaksa dikeluarkan selepas cedera buku lali.United sudah kehilangan pilihan utama bek tengah Varane kerana mengalami kecederaan pada babak pertama.Tempatnya digantikan Harry Maguire yang menjaringkan gol sendiri pada masa tambahan.Ten Hag yang ditemui media tidak pasti tahap kecederaan mereka, namun selepas itu kelab mengesahkan tahap kecederaan dialami pemain berkenaan.United dalam satu kenyataan menyebut Lisandro Martinez diketepikan untuk baki musim ini selepas patah tulang 'metatarsal' di kakinya.\"Bagaimanapun dia dijangka pulih sepenuhnya dalam masa yang tepat untuk persiapan musim depan.\"Raphael Varane juga diketepikan kerana mengalami kecederaan pada separuh masa pertama aksi sama dan dijangka dikeluarkan untuk tempoh beberapa minggu,\" kata kenyataan itu.Martinez - pada musim pertama di Old Trafford - dan Varane menjadi tunjang Ten Hag di bahagian bek tengah.Ketiadaan mereka meninggalkan kesan kepada United yang berhasrat menamatkan kempen di kedudukan lebih baik.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 10:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254577/berita/sukan/kim-swee-tuntut-sabah-kembali-pamer-rentak-kemenangan", "article_title": "Kim Swee tuntut Sabah kembali pamer rentak kemenangan", "article_text": "KEMENANGAN Sabah FC ke atas Kelantan United dalam perlawanan Liga Super sebelum ini tidak boleh dijadikan sandaran apabila kedua-dua pasukan kembali berentap dalam saingan Pusingan 16 Piala FA di Stadium Likas pada Sabtu.Sebaliknya pengendali Sabah FC, Datuk Datuk Ong Kim Swee menuntut para pemain The Rhinos untuk kembali mempamerkan rentak kemenangan yang kali terakhir diraih pada 17 Mac lalu.\u201cSejujurnya kemenangan ke atas Kelantan United sebelum ini sudah lama berlalu dan berdasarkan prestasi semasa dipamerkan pemain Sabah FC dalam tiga perlawanan terakhir sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula rentak kemenangan pasukan.\u201cRealitinya pasukan Sabah belum lagi kembali ke prestasi terbaik seperti ketika saingan awal liga biarpun berjaya menyaingi Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir sebelum ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Sebagai rekod, Sabah melakar kemenangan bergaya 3-1 ketika menewaskan Kelantan United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas pada 1 Mac lalu.Catatan kemenangan terakhir Sabah sebelum ini adalah ketika mengalahkan Penang FC pada 17 Mac lalu sebelum rekod tanpa kalah berkubur di Stadium Sultan Ibrahim setelah dibelasah 0-4 penyandang juara sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 31 Mac lalu.The Rhinos selepas itu dijinakkan 0-2 ketika berdepan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada 5 April sebelum berkongsi mata semasa kunjungan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi 10 April.Dalam masa sama Kim Swee turut mengingatkan pemain-pemain Sabah untuk tidak memandang rendah keupayaan The Green Deers walaupun kelab pantai timur itu berada di kedudukan tercorot Liga Super.Malah tegas Kim Swee, saingan Piala FA amat berbeza dengan saingan Liga Super apabila menyaksikan pelbagai kejutan berlaku terutamanya dalam saingan kalah mati.\u201cPemain Sabah harus memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri seterusnya menukar landskap dari tiga perlawanan sebelum ini daripada kalah, seri kepada kemenangan.\u201cSejujurnya adalah penting untuk Sabah meraih kemenangan berdepan Kelantan United bukan sahaja untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi juga bagi bentuk semula keyakinan dalam mengharungi saingan Liga Super,\u201d katanya.PIALA FA 2023PUSINGAN 16 TERBAIKSABTU (15 APRIL)Kuching City FC lwn Penang FC(Stdm Negeri, 9.15 malam)Sabah FC lwn Kelantan United(Stdm Likas, 9.15 malam)Negeri Sembilan lwn PIB Shah Alam(Stdm Tuanku Abdul Rahman, 10 malam)Selangor FC lwn Sri Pahang FC(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10 malam)", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254571/berita/sukan/piala-fa-gergasi-merah-tekad-benam-tok-gajah", "article_title": "Piala FA: Gergasi Merah tekad benam Tok Gajah", "article_text": "SELANGOR FC telah cukup bersedia menanti kunjungan Sri Pahang FC bagi menghadapi aksi pusingan 16 terbaik Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Sabtu.Bagaimanapun, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mahu kunjungan kali kedua Tok Gajah itu selepas terikat 1-1 aksi Liga Super pada 5 Mac lalu dimanfaatkan pemain-pemain Gergasi Merah.Tambahnya, pemain tuan rumah juga harus mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri meraih kemenangan, sekali gus menyingkirkan Sri Pahang.\u201cSudah tentu kami perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri untuk layak ke pusingan seterusnya.\u201cTetapi saya percaya, ia bukan tugas mudah kerana rekod Pahang yang diperkuat Kpah Sherman di laman sendiri dan lawan juga bermain baik. Mereka masih kekal dengan rekod tanpa kalah Liga Super.\u201cSebelum ini juga kami seri dengan Pahang, jadi saya jangka perlawanan sekali lagi sengit, cuma saya harap pemain dapat mencipta kemenangan kali ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pada masa sama, Cheng Hoe berkata, skuad Gergasi Merah tetap memberikan keutamaan dalam kempen Piala FA yang menjanjikan slot ke pentas Piala AFC.\u201cKami tidak menganggap Piala FA sekadar pelengkap jadual. Selangor mempunyai reputasi dan sejarah tersendiri dalam saingan Piala FA sebelum ini,\u201d jelasnya yang akan menurunkan kesebelasan terbaik.Jika melepasi halangan Sri Pahang, Selangor bakal berdepan pemenang antara Negeri Sembilan FC atau PIB Shah Alam dalam aksi suku akhir.PIALA FA 2023PUSINGAN 16 TERBAIKSABTU (15 APRIL)Kuching City FC lwn Penang FC(Stdm Negeri, 9.15 malam)Sabah FC lwn Kelantan United(Stdm Likas, 9.15 malam)Negeri Sembilan lwn PIB Shah Alam(Stdm Tuanku Abdul Rahman, 10 malam)Selangor FC lwn Sri Pahang FC(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10 malam)", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254573/berita/sukan/bakal-pemilik-baharu-trw-harus-miliki-jiwa-besar", "article_title": "Bakal pemilik baharu TRW harus miliki jiwa besar", "article_text": "INDIVIDU yang berhasrat membeli Kelantan FC tidak hanya memerlukan aliran kewangan kukuh tetapi juga perlu memiliki pengetahuan membangunkan semula sukan paling dekat dengan penduduk Negeri Cik Siti Wan Kembang dalam jangka panjang.Malah, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah juga tidak menafikan The Red Warriors (TRW) merupakan antara jenama yang telah memiliki pengaruh dalam kalangan komuniti bola sepak negara ini.\u201cSecara peribadi saya melihat ia merupakan satu perkhabaran baik kepada individu atau pihak yang terlibat dalam industri bola sepak apabila (pemilik Kelantan FC), Norizam (Tukiman) menyatakan kesediaan menjual pegangannya dalam TRW.\u201cBiarpun kita banyak mendengar pelbagai khabar angin berkenaan Kelantan FC sejak kebelakangan ini, namun itu bukan satu halangan kepada yang berminat untuk meletakkan kembali kelab tersebut di landasannya seperti sebelum ini.\u201cMarket untuk Kelantan FC ini sebenarnya besar dari segi fans base kerana pasukan itu telah lama wujud sebelum penjenamaan semula kepada kelab bola sepak dalam beberapa tahun kebelakangan ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pada 10 April lalu pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri dari mengendalikan TRW sekiranya penyokong pasukan itu merasakan dia tidak layak menjadi pemilik kelab pantai timur berkenaan.Jelas Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham lagi dalam hantaran di laman Facebooknya, dia terfikir untuk melepaskan saham Kelantan FC kepada individu yang berminat mengendalikan kelab yang berada ditangga ke-13 Liga Super berkenaan.Effendi Jagan juga mengingatkan individu atau pihak yang berminat membeli Kelantan FC, faktor kekukuhan aliran kewangan perlu sentiasa disokong dengan ilmu bola sepak moden.Tegasnya, mereka juga perlu memiliki pengalaman atau sanggup belajar ilmu baharu pengurusan kelab bola sepak apabila telah mengambilalih sesebuah kelab.\u201cYa, aliran kewangan kukuh penting bagi memastikan operasi kelab berjalan lancar, namun itu bukanlah segala-galanya kerana ia memerlukan sokongan segmen lain.\u201cSecara jujur untuk mengendali kelab bola sepak ini bukan mudah kerana industri tersebut sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa termasuk aspek kebajikan pemain dan lain-lain.\u201cPemilik kelab bola sepak juga tidak hanya mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pembangunan sukan itu dalam komuniti persekitarannya, tetapi juga menggalas tanggungjawab menjaga imej negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254583/berita/sukan/piala-fa-terengganu-kelantan-kl-city-mara-suku-akhir", "article_title": "Piala FA: Terengganu, Kelantan, KL City mara suku akhir", "article_text": "NAIB juara edisi 2022, Terengganu FC (TFC) menyingkap kempen Piala FA langkah kanan apabila melakar kemenangan ke atas kelab Liga M3, Melaka FC, 4-0 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada Jumaat.Skuad kendalian Tomislav Steinbr\u00fcckner bermula garang apabila penyerang import dari Croatia, Ivan Mamut terlebih dulu meletakkan tuan rumah pada minit kelima bagi memimpin perlawanan separuh masa pertama.Separuh masa kedua skuad Penyu melebarkan jaringan menerusi Hakimi Abdullah pada minit ke-70 untuk kedudukan 2-0.Jordan Mintah kemudiannya melebarkan jaringan tuan rumah pada minit ke-82 diikuti jaringan masa kecederaaan minit ke-94 bagi mengesahkan kemaraan ke suku akhir menentang Kelantan FC.Sementara itu, kelab kedua tercorot Liga Super, Kelantan FC tidak berdepan masalah menewaskan kelab Liga M3, Manjung City FC, 3-0.Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu, skuad kendalian Frank Bernhardt mengesahkan kemaraan bermula dengan jaringan kapten The Red Warriors, Mario Arques pada minit ke-33.Dua gol TRW lagi dihasilkan pada separuh masa kedua yang dijelmakan Nuha Marong Krubally pada minit ke-59 dan m-90.Perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pula, Kuala Lumpur City FC mudah menyingkirkan cabaran kelab Liga M3, Imigresen FC, 2-0.Gol skuad The City Boys kendalian Bojan Hodak dijaringkan T Saravanan pada minit ke-47 dan Romel Morales minit ke-83.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 07:01am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254568/berita/sukan/jdt-mara-suku-akhir-piala-fa", "article_title": "JDT mara suku akhir Piala FA", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta'zim menepati ramalan apabila mara ke saingan suku akhir Piala FA 2023 apabila menewaskan PDRM FC, 3-0, di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.JDT tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Bergson Da Silva mudah menanduk masuk hantaran cantik, pemain sayap, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-3.Skuad Harimau Selatan itu hampir menggandakan jaringan pada minit ke-6, namun rembatan pemain import, Juan Muniz dari luar kotak penalti tinggi melepasi palang gol.Hasil satu serangan balas, PDRM FC dilihat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-9, namun tandukan pertahanan import James Okwuosa berjaya ditampan penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum dikeluarkan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu.JDT kemudiannya meledak gol kedua apabila Bergson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12.Mendahului 2-0 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu semakin hebat mengasak ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.Asakan-asakan berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila tonggak import, Leandro Velazquez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-27, untuk gol ketiga tuan rumah.Penghujung babak pertama menyaksikan JDT mula mengendurkan asakan tiada sebarang tambahan jaringan dilakukan hingga tamat separuh masa pertama.Babak kedua menyaksikan JDT semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.Bergson berpeluang mencatat hattrik dengan menjaringkan gol ke empat JDT pada minit ke-62, namun tandukan hanya sedikit tersasar biarpun penjaga gol PDRM FC, Muhamad Aqil Abdul Razak, sudah pun tertewas.Bergson sekali lagi hampir menjaringkan gol pada minit-79, namun tandukanya gagal menepati sasaran.Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan JDT semakin hebat mengasak gawang PDRM FC bagi menambah jaringan.Namun, kedudukan 3-0, kekal hingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 April 2023 12:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254562/berita/sukan/pahang-perlu-elak-kesilapan-mudah-berdepan-selangor", "article_title": "Pahang perlu elak kesilapan mudah berdepan Selangor", "article_text": "SRI Pahang perlu mengelakkan melakukan kesilapan mudah apabila berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menentang Selangor FC dalam pusingan 16 Piala FA pada Sabtu.Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Stefano Brundo berkata, perlawanan di laman The Red Giants itu sangat penting memandangkan ia adalah aksi kalah mati.Jadi tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk memberikan sepenuh tumpuan memburu jaringan berharga dalam tempoh 90 minit.\u201cSaya tidak menjangkakan Sri Pahang berdepan laluan mudah sebaliknya perlu lebih berhati-hati bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan terutamanya pada minit-minit akhir.\u201cKalau kita tengok semula ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super, mereka berjaya menjaringkan gol pada minit akhir menyaksikan kami terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.\u201cItu sungguh mengecewakan tetapi esok kita tidak boleh buat kesilapan sama dan satu pasukan harus menang dalam tempoh 90 minit perlawanan,\u201d katanya.Sebagai rekod, pemain kelahiran Argentina itu cemerlang dengan enam gol secara keseluruhan termasuk satu jaringan dalam saingan Piala FA terus menjadi sandaran pengendali Fandi Ahmad.Malah dia juga turut cemerlang di bahagian tengah bersama-sama Nor Azam Azih dalam merencanakan pergerakan pasukan.Dalam pada itu, Brundo mengakui gembira apabila Tok Gajah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan liga sebelum ini.\u201cTentunya saya sangat gembira kerana terlebih dahulu Pahang masih belum tewas dalam lapan aksi liga dan secara peribadi saya juga gembira dengan gol yang telah dijaringkan untuk bantu pasukan.\u201cSaya pun sudah mula bermain di bahagian tengah dan bila ada peluang, saya akan cuba bantu di bahagian depan juga, tetapi ini adalah kerjasama satu pasukan.\u201cAzam juga banyak membantu dalam melakukan hantaran dan saya rasa dengan usaha keras semua pemain ini, kami boleh terus melakukan yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 10:35pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254544/berita/sukan/sukan-sea-2023-skuad-silat-sasar-dua-pingat-emas", "article_title": "Sukan SEA 2023: Skuad silat sasar dua pingat emas", "article_text": "PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran dua pingat emas daripada pesilat negara yang akan bersaing pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan.Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu kerana 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruhkan kali ini adalah muka baharu.Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik berhubung acara yang mempunyai peluang cerah untuk menjelmakan pingat emas buat negara di Kemboja memandangkan kesemua pesilat tidak kira yang lama mahupun baharu berpotensi melakar pencapaian membanggakan buat Malaysia.\u201cSaya lebih bersikap terbuka semua atlet ada peluang untuk menyumbang kerana tak mahu atlet muda ini terbeban. Kalau dahulu ada Mohd Al-Jufferi Jamari, mesti dia sumbang emas.\u201cBagaimanapun, saya tak mahu beri tekanan kepada atlet muda kerana mereka belum biasa tetapi saya percaya mereka mampu, apatah lagi pasukan kita sekarang ini dikendalikan bekas pesilat negara seperti Mohd Fauzi Khalid dan Siti Rahmah Mohamed Nasir,\u201d katanya.Megat Zulkarnain berkata, Pesaka mengambil langkah berhati-hati dalam menetapkan sasaran pingat selepas mengambil iktibar daripada pengalaman pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam yang menyaksikan mereka hanya membawa pulang dua emas berbanding tiga disasarkan.\u201cDi Vietnam, ada beberapa insiden tidak dijangka seperti Mohd Al-Jufferi kalah di peringkat separuh akhir kerana kecederaan dan kita hilang satu emas, jadi kita ambil kira pengalaman dan berhati-hati umumkan sasaran,\u201d jelasnya.Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara pada Sukan SEA 2023 yang akan dibuka secara rasmi dari 5 hingga 17 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 08:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254506/berita/sukan/6-atlet-tersenarai-100-orang-paling-berpengaruh-2023", "article_title": "6 atlet tersenarai 100 orang paling berpengaruh 2023", "article_text": "MAJALAH Time pada Khamis menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh pada 2023, yang termasuk enam ikon sukan.Mereka termasuk bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan rakan sepasukannya Kylian Mbappe dan juara tenis perseorangan wanita Terbuka Amerika Syarikat 2022, Iga Swiatek, menurut Anadolu Agency.Bintang Phoenix Mercury, Brittney Griner turut dinamakan dalam senarai itu bersama peluncur ski alpine yang juga juara Olimpik, Mikaela Shiffrin dan quarterback juara Super Bowl NFL, Patrick Mahomes.Griner ditahan di Lapangan Terbang Sheremetyevo Moscow tahun lepas kerana disyaki cuba mengimport minyak hasyis (hashish) secara haram ke Rusia dan dihukum penjara sembilan tahun.Bagaimanapun Griner dibebaskan dalam program pertukaran banduan dengan warga Rusia Viktor Bout pada 8 Disember tahun lepas. - Bernama-Anadolu", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 04:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254482/berita/sukan/jacky-kok-azam-pamer-aksi-terbaik-di-kemboja", "article_title": "Jacky Kok azam pamer aksi terbaik di Kemboja", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong berazam untuk memperagakan aksi cemerlang untuk membalas kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang memilihnya untuk menggalas cabaran negara di Sukan SEA Kemboja pada Mei ini.Pemain berusia 21 tahun yang akan membuat penampilan kedua di temasya itu berkata, beliau akan memastikan tahap kesihatan mental dan fizikalnya berada dalam keadaan terbaik supaya tidak mensia-siakan peluang untuk menghasilkan magis di sana.\"Saya memang tidak sangka akan terpilih sebab tahu permainan saya tahun lepas memang tidak berada dalam keadaan yang terbaik sebab ada kecederaan lower back.\"Namun sekarang kesihatan saya lebih baik dan sekarang menjadi tanggungjawab saya untuk mencari sendiri kelemahan tanpa hanya mengharapkan jurulatih untuk membaiki permainan dalam gelanggang,\u201d katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Jumaat.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM, Wong Choong Hann dalam satu hantaran di Facebook BAM pada Khamis memaklumkan, Jacky Kok akan mengisi tempat Justin Hoh yang mengalami kecederaan achilles tendon kiri yang dialami pemain berusia 19 tahun itu ketika menjalani latihan pada Isnin.Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan negara, Lee Shun Yang menyasarkan sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir sekiranya diberi peluang untuk bermain dalam acara individu.Bagaimanapun, pemain di kedudukan ke-95 dunia itu berkata beliau menjangkakan saingan sengit daripada pemain Thailand, Singapura dan Indonesia yang berada di ranking dunia lebih baik.\"Saya tidak pasti lagi akan bermain dalam kategori individu namun saya tetap akan berlatih bersungguh-sungguh sebab ada sasaran untuk diri sendiri sampai suku akhir (sekiranya terpilih),\u201d katanya yang tersenarai sebagai pemain simpanan skuad badminton Sukan SEA Kemboja.Pada edisi tahun lalu di Hanoi, Vietnam, skuad badminton negara membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.Badminton menawarkan tujuh pingat emas di Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran serta berpasukan lelaki dan wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 02:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254454/berita/sukan/juventus-bawa-bekalan-satu-gol-ke-lisbon", "article_title": "Juventus bawa bekalan satu gol ke Lisbon", "article_text": "GERGASI Serie A Itali, Juventus menampilkan persembahan positif untuk mara kelompok empat terbaik Liga Europa selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab Portugal, Sporting Lisbon dalam perlawanan pertama suku akhir di Stadium Allianz, Turin pada Jumaat.Jaringan Federico Gatti pada minit ke-73 memastikan tuan rumah membawa bekalan satu gol menjelang perlawanan timbal balik kedua di Lisbon minggu depan.Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri sebelum perlawanan melakukan perubahan taktikal terhadap skuad yang tewas 1-2 kepada Lazio dalam Serie A minggu lalu kepada yang lebih menyerang dengan menggunakan tiga penyerang.Begitupun kegagalan menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan terus menghantui kelab Turin sepanjang 90 minit perlawanan.Peluang pertama terbaik dimiliki The Old Lady hadir apabila Federico Chiesa berpeluang melakukan rembatan dari dalam kotak sebelum dinafikan penjaga gol Sporting, Antonio Adan.Sporting mendominasi sebahagian besar perlawanan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama.Rembatan kapten Sporting, Sebastian Coates berjaya diselamatkan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny sebelum Gleison Bremer mengeluarkan percubaan Nuno Santos dari garisan beberapa minit kemudian.Bagaimanapun kemenangan itu dibelenggu kecederaan yang digantikan Szczesny sebelum rehat dengan Mattia Perin.Sementara itu kelab berkata, penjaga gol Poland itu tidak mengalami sebarang masalah serius, dengan pemain tersebut sendiri memaklumkan status terkini kesihatannya.\"Saya baik-baik saja, cuma agak cemas, tetapi telah melakukan semua ujian dan semuanya baik-baik saja.\u201cSaya takut, ia tidak pernah berlaku kepada sebelum ini, saya sukar bernafas dan ia sangat membimbangkan saya,\u201d kata Szczesny.Dalam pada itu, pemain tengah Juventus, Paul Pogba turut membuat penampilan pertamanya di luar Serie A musim ini apabila dimahukan pada lewat separuh masa kedua menggantikan Angel Di Maria.Bagaimanapun tumpuan terarah kepada Perin yang menjadi wira selepas penyelamatan berganda hebat pada masa kecederaan.Keputusan itu meneruskan rentak tanpa kemenangan Sporting di Itali dalam empat daripada 16 perlawanan di negara ini apabila menghasilkan keputusan seri, manakala 12 berakhir dengan kekalahan.Perlawanan kedua pada Jumaat depan di Estadio Jose Alvalade, Lisbon menyaksikan pemenang akan menentang sama ada Sevilla atau Manchester United pada separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 12:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254433/berita/sukan/sevilla-bangkit-ketinggalan-dua-gol-ikat-united", "article_title": "Sevilla bangkit ketinggalan dua gol ikat United", "article_text": "GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United mempersiakan dua gol awal ketika diikat sensasi La Liga, Sevilla 2-2 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di Stadium Old Trafford pada Jumaat.Skuad kendalian Erik ten Hag terlebih dulu di depan hasil sepakan Marcel Sabitzer pada minit ke-14 apabila menterjemahkan hantaran tepat Bruno Fernandes sebelum merembat melepasi penjaga gol Sevilla, Bono.Sabitzer, yang dipinjamkan daripada gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich, menjaringkan gol Eropah keduanya untuk United pada minit ke-21 selepas menerima hantaran Anthony Martial bagi mengawal perlawanan separuh masa pertama.Separuh masa kedua, Sevilla yang mencatat rekod juara Liga Europa enam kali, bangkit di penghujung perlawanan apabila membalas satu gol pada minit ke-84 selepas rembatan Jesus Navas terbias kaki Tyrell Malacia sebelum memperdayakan penjaga gol sensasi United, David de Gea.The Red Devils terpaksa beraksi 10 pemain apabila pemain pertahanan Lisandro Martinez diusung keluar minit ke-86 selepas mengalami kecederaan.Kekurangan itu dimanfaatkan sepenuhnya jentera serangan angkatan Jose Luis Mendilibar apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan Youssef En-Nesyri pada masa kecederaan.Tandukan En-Nesyri terbias Harry Maguire sebelum menerjah ke dalam gawang minit ke-92 sekali gus memberikan Los Nervionenses kelebihan besar menjelang perlawanan kedua Stadium Ramon Sanchez Pizjuan minggu depan.\"Saya percaya kami menguasai dan mengawal permainan di Old Trafford. Dan kami sepatutnya menjaringkan tiga atau empat selepas separuh masa pertama\"Namun ternyata amat malang dalam separuh masa kedua diikuti kecederaan kami melepaskan dua gol sendiri.\"Ya, kami perlu menanganinya sudah tentu, kami perlu belajar bahawa kami perlu membunuh permainan lebih awal,\" ujar ten Hag dalam usaha United membida trofi kedua musim ini selepas kejuaraan Piala Liga.Sementara itu, Sabitzer's berkata, sukar untuk mengulas kemerosotan mendadak sensasi Inggeris tersebut pada separuh masa pertama.\u201cYa, ibarat sebuah roller-coaster.. Kami terpaksa menamatkan perlawanan, ia seri, bukan yang kami mahu apabila perlu pergi ke Seville selepas ini.\u201cKami mempunyai peluang, kami yakin dalam permainan dan saya fikir kami mengawal permainan, namun malangnya kami memberikan gol mudah kepada lawan,\u201d katanya..", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 10:08am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254417/berita/sukan/kl-city-turunkan-pemain-simpanan-berdepan-imigresen-fc", "article_title": "KL City turunkan pemain simpanan berdepan Imigresen FC", "article_text": "PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak akan menurunkan pemain simpanan dalam aksi Pusingan 16 Piala FA menentang Imigresen FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.Menurutnya, keputusan itu bukan kerana memandang rendah pasukan lawan sebaliknya mahu pemain diberikan peluang bermain dan membuktikan mereka layak berada dalam kesebelasan utama.\u201cPerlawanan seperti ini adalah teruk kerana pemain akan anggap ia mudah, kerana itulah Piala FA terkenal dengan kejutan.\u201cJadi, mungkin bagus jika saya letakkan pemain yang jarang bermain kerana mereka akan ambil serius perlawanan seperti ini.\u201cMusim ini kami mempunyai pemain \u2018squad depth\u2019 yang lebih baik berbanding musim lalu dan boleh menggantikan pemain utama dengan pemain simpanan pada bila-bila masa,\u201d katanya.Dalam pada itu, Bojan mengakui Imigresen bukan lawan yang mudah apatah lagi turut dibarisi beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan.\u201cKami perlu hadir dalam perlawanan tersebut dengan serius. Apabila bertemu dengan pasukan kuat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) atau Selangor saya tidak perlu memotivasikan pemain kerana mereka boleh termotivasi sendiri menentang lawan kuat.\u201cTetapi, untuk menentang pasukan seperti Imigresen, motivasi adalah perkara paling utama. Sebab itu, Piala FA selalunya berlaku kejutan,\u201d katanya.JADUAL PIALA FA 2023PUSINGAN 16JUMAAT (14 APRIL)JDT lwn PDRM FC(Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam)Terengganu FC lwn Melaka FC(Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 10 malam)Kuala Lumpur City FC lwn Imigresen FC(Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 10 malam)Manjung FC lwn Kelantan FC(Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 10 malam)SABTU (15 APRIL)Kuching City FC lwn Penang FC(Stadium Negeri, 9.15 malam)Sabah FC lwn Kelantan United(Stadium Likas, 9.15 malam)Negeri Sembilan lwn PIB Shah Alam(Stadium Tuanku Abdul Rahman, 10 malam)Selangor FC lwn Sri Pahang FC(Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10 malam)", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 08:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254411/berita/sukan/manjung-city-tidak-gerun-status-kelantan-fc", "article_title": "Manjung City tidak gerun status Kelantan FC", "article_text": "KELAB Liga M3, Manjung City FC menyifatkan Kelantan FC mempunyai aura tersendiri walaupun baru dibimbing pengendali, Frank Bernhardt apabila kedua-dua berentap dalam Pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Jumaat ini.Malah, pengendali Manjung City FC, Rafae Isa mengakui kredibiliti dimiliki bekas pengendali UiTM FC itu akan memberikan nilai tambah kepada The Red Warriros (TRW) biarpun baru mengendali kelab pantai timur itu.Jadi Rafae menuntut setiap pemain kelab tersebut menerapkan disiplin tinggi dalam mengikuti perancangan sepanjang perlawanan berkenaan.\u201cBiarpun berstatus pasukan bukan pilihan di pentas Piala FA ini, saya tidak mahu pemain Manjung City FC terlalu merendah diri, sebaliknya mahu mereka percaya mampu untuk melakar kejutan.\u201cKita tahu Kelantan memang pasukan yang bagus dan melihat kepada situasi yang berlaku kepada Kelantan ketika ini mungkin akan ada sedikit kelebihan kepada kita,\u201d katanya.Bagaimanapun jelas Rafae daripada segi prestasi, TRW diakui memiliki kelebihan tersendiri ditambah dengan pengalaman Bernhardt.\u201cBernhardt pernah membimbing skuad Bawah 23 tahun negara, dan saya percaya mereka mesti telah merencana strategi tertentu untuk mengatasi kita.\u201cTetapi kita juga ada strategi tersendiri untuk mengekang Kelantan supaya tidak mudah untuk menghadapi kita nanti,\u201dkatanya.Dalam masa sama, Rafae mengakui sentiasa menganalisis perlawanan diharungi Kelantan di pentas Liga Super sebelum ini.Lantaran itu, Rafae mahu barisan pemain Manjung City FC lebih berwaspada terhadap kualiti pemain import TRW.\u201cSaya memang ada tengok permainan Kelantan FC dan dekat situ kita nampak apa kelebihan dan kekurangan mereka.\u201cTetapi keutamaannya adalah jika kita dapat mengekang asakan pemain import TRW, sudah tentu ia akan lebih seimbang dan mereka juga tidak akan mudah untuk atasi kita.\u201cPemain saya sekarang dalam keadaan yang terbaik dan mereka tahu apa yang perlu dibuat sebab ada beberapa taktikal yang harus dilakukan daripada pelbagai aspek,\u201d katanya.JADUAL PIALA FA 2023PUSINGAN 16JUMAAT (14 APRIL)JDT lwn PDRM FC(Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam)Terengganu FC lwn Melaka FC(Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 10 malam)Kuala Lumpur City FC lwn Imigresen FC(Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 10 malam)Manjung FC lwn Kelantan FC(Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 10 malam)SABTU (15 APRIL)Kuching City FC lwn Penang FC(Stadium Negeri, 9.15 malam)Sabah FC lwn Kelantan United(Stadium Likas, 9.15 malam)Negeri Sembilan lwn PIB Shah Alam(Stadium Tuanku Abdul Rahman, 10 malam)Selangor FC lwn Sri Pahang FC(Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 10 malam)", "reading_time": "4", "article_dt": "14 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254382/berita/sukan/klba-peluang-guru-jadi-jurulatih-badminton", "article_title": "KLBA: Peluang guru jadi jurulatih badminton", "article_text": "PERSATUAN Badminton Kuala Lumpur (KLBA) akan memanfaatkan empat sekolah yang dijadikan pusat latihan sukan itu sebagai medan mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.Presiden KLBA, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, empat pusat latihan berkenaan mampu menempatkan kira-kira 3,000 hingga 5,000 peserta berbanding 80 peserta di satu pusat latihan di KLBA.Katanya, sekolah terlibat sebagai pusat latihan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru, SMK Sri Pantai, SMK Seri Bintang Selatan dan SMK Wangsa Melawati, setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) baru-baru ini.\u201cKita akan melibatkan peserta dari 292 sekolah di seluruh Kuala Lumpur. Sekarang lebih besar dengan adanya pusat latihan ini dan kita beri peluang kepada guru di sekolah itu untuk menjadi jurulatih dan mengambil sijil kejurulatihan badminton yang diiktiraf oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM),\u201d katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Badminton Tertutup Jejak Juara 2023 di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan pada Khamis.Sebagai rekod, kejohanan akan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei ini, melibatkan acara perseorangan lelaki dan perempuan bagi kategori umur bawah 8, 10, 12, 14, 16 dan 18 tahun.Kejohanan menurut Jahaberdeen inisiatif KLBA menerusi Projek Jejak Juara 2022 hingga 2027 yang dilancarkan Ogos tahun lalu.\u201cProjek Jejak Juara ini satu daripada program blue print KLBA dengan projek ini mempunyai empat elemen utama iaitu Pembangunan, Kejohanan, Biasiswa Presiden dan Akademi Badminton Antarabangsa KL.\u201cKLBA dengan kerjasama JPWPKL berhasrat memecahkan rekod Malaysia dengan mendaftarkan Kejohanan ini di Malaysian Book of Records sebagai pemegang rekod Pertandingan Badminton Terbesar di Malaysia sekiranya jumlah penyertaan pemain mencecah 3,500 peserta,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 08:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254369/berita/sukan/jacky-galas-posisi-justin-di-kemboja-2023", "article_title": "Jacky galas posisi Justin di Kemboja 2023", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong dipilih bagi menggantikan tempat Justin Hoh dalam skuad badminton ke Sukan SEA Kemboja 2023.Justin sebelum itu terpaksa dilepaskan daripada menyertai kontinjen negara ke Kemboja berikutan kecederaan achilles tendon kiri yang dialami pemain berusia 19 tahun itu ketika menjalani latihan pada Isnin.Jing Hong menghuni ranking ke-156 dunia dijangka 'berehat' selama enam bulan sebelum pulih sepenuhnya.\u201cJing Hong telah menunjukkan dirinya ketika latihan. Ini adalah peluang terbaik buat dirinya untuk meningkat naik dalam temasya itu,\u201d kata Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam kenyataan di media sosial.Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2023 dijadualkan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei.Pada bulan lalu, BAM mengumumkan Justin, Leong Jun Hao dan Ong Ken Yen memikul cabaran negara dalam perseorangan lelaki di temasya dwitahunan itu.Sebagai rekod, edisi Hanoi Vietnam sebelum ini skuad badminton negara membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 06:14pm"} {"author_name": "BERNAMA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254325/berita/sukan/pemain-tak-boleh-terlalu-manja---chong-wei", "article_title": "Pemain tak boleh terlalu manja - Chong Wei", "article_text": "Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang juga calon Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pengurus pasukan badminton \u2018Road to Gold\u2019 (RTG) ke Olimpik Paris 2024 sudah pun mempunyai satu tugas mencabar untuk dilaksanakan.Selain membantu barisan pemain mendapat persiapan dan sokongan terbaik bagi menghadapi temasya berprestij dunia tersebut, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu turut mahu mengubah minda pemain zaman ini supaya tidak terlalu manja.Bekas pemain nombor satu dunia berusia 41 tahun itu berkata, keadaan dan mentaliti pemain pada masa kini sangat berbeza berbanding ketika beliau bergelar pemain, yang membantunya menjadi antara pemain berkelas dunia.\"Sekarang apa paling susah adalah jurulatih, kerana apa-apa kena bincang dengan pemain dahulu. Dulu jurulatih tak pernah bincang dengan saya, kalau awak mahu berlatih awak berlatih, kalau tak mahu, awak balik. Tetapi kini sangat berbeza.\"Saya mahu mula tukar pemikiran pemain sekarang, kita tak boleh manja sangat, kena keras sikit. Kalau manja sangat, dia rasa BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang perlukan dia, bukannya dia perlukan BAM. Ini sesuatu yang perlu ada keseimbangan,\u201d katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia di sini.Beliau yang pernah meraih pingat perak kejohanan dunia sebanyak tiga kali, turut menekankan bahawa disiplin menjadi kunci utama untuk bergelar atlet berkelas dunia.\"Satu dunia tahu pertama perlu disiplin, kalau tak ada disiplin, tak boleh jadi pemain terbaik. Bagaimana untuk jadi berdisiplin, banyak cara, seperti bangun awal pagi (untuk latihan).\"Secara keseluruhannya, masa sebagai seorang atlet sangat singkat, bagaimana anda hendak kekalkan (prestasi) dalam beberapa tahun ini sangat penting,\u201d katanya.Sementara itu, Chong Wei turut mengingatkan semua atlet yang disenaraikan dalam Program RTG dan menjadi prospek untuk layak ke Olimpik, supaya lebih berhati-hati, mendapatkan rehat secukupnya dan fokus dalam latihan untuk mengelak kecederaan.Beliau berkata dengan tempoh kelayakan bagi badminton agak mencabar memandangkan ia berlangsung untuk tempoh setahun bermula 1 Mei ini adalah penting untuk pemain bebas kecederaan dan mempamerkan prestasi konsisten dalam semua kejohanan disertai.\"Setiap kejohanan mencabar kerana setiap negara mahu layak ke Olimpik dan juga berebut kedudukan \u2018seeding\u2019. Sangat penting untuk elak pemain-pemain tertentu. Saya boleh kata Olimpik ialah impian semua, hanya empat tahun sekali, ia adalah pertandingan besar, jadi perlu mula fokus,\u201d katanya.Pada masa sama, beliau juga sedang merangka strategi untuk membantu Malaysia mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan lelaki, dengan pemain profesional Lee Zii Jia menjadi tonggak utama, manakala Ng Tze Yong turut diharapkan untuk melayakkan diri.Chong Wei juga berjanji untuk berusaha keras membantu skuad negara membawa pulang emas pertama negara pada temasya Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.Semalam, BAM mencadangkan kepada Jawatankuasa RTG untuk melantik Chong Wei sebagai pengurus pasukan badmitnon RTG ke Paris 2024.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 03:44pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254316/berita/sukan/damok-buru-keputusan-positif", "article_title": "Damok buru keputusan positif", "article_text": "PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman mahu meneruskan momentum positif pada perlumbaan Pusingan ketiga Grand Prix (GP) Amerika Syarikat hujung minggu ini.Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok berkata, kejayaan meraih lima mata berharga sewaktu perlumbaan di GP Argentina baru-baru ini melonjakkan semangatnya untuk melakukan tunggangan yang lebih baik.Pelumba MT Helmets-MSI itu menamatkan saingan perlumbaan GP Argentina pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s) di Litar Termas de Rio Hondo.\"Selepas keputusan yang baik di Argentina, saya kini lebih gembira dan positif. Pasukan saya juga bersedia untuk memberikan yang terbaik pada pusingan ketiga di Austin ini,\" katanya.Dalam pada itu, Damok juga menyasarkan kelompok 15 terbaik di GP Amerika Syarikat itu nanti walaupun baru pertama kali beraksi di Litar Americas (COTA) itu.\"Sasaran saya adalah untuk berada kelompok ke-15 terbaik dalam setiap sesi dan akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam perlumbaan kali ini.\"Ini kali pertama saya di litar ini dan saya membuat beberapa ulangkaji dalam litar ini dengan menonton perlumbaan tahun lalu untuk mengkaji sedikit sebanyak berkenaan litar ini.\"Oleh itu, saya harapkan doa dari semua untuk saya dalam perlumbaan pusingan ketiga ini,\" katanya.Pelumba berusia 21 tahun itu kini menghuni tangga ke-17 keseluruhan bagi saingan kelas Moto3.Pelumba Sepanyol, Daniel Holgado mendahului carta dengan 38 mata manakala Diogo Moreira, 36 mata dan Tatsuki Suzuki berada di kedudukan ketiga, 27 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 03:20pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254267/berita/sukan/mane-sane-bergaduh-di-bilik-persalinan", "article_title": "Mane, Sane bergaduh di bilik persalinan", "article_text": "PENYERANG Bayern Munich, Sadio Mane dan Leroy Sane bergaduh di bilik persalinan selepas tewas 0-3 kepada Manchester City dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara semalam, lapor media Jerman pada Khamis.Menurut Bild, Sky Jerman dan beberapa media lain, kedua-dua pemain itu bergaduh selepas perlawanan tamat dan terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.Sane dilaporkan ditumbuk di bahagian muka oleh pemain antarabangsa Senegal itu menyebabkan dia mengalami luka di bibir.Bayern enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut, namun Bild melaporkan ketegangan kedua-dua pemain itu berlaku ketika minit akhir perlawanan menentang City.Kekalahan itu adalah kekalahan terbesar Bayern dalam Liga Juara-Juara sejak 2017.Juara Eropah enam kali itu masih mempunyai harapan untuk memulihkan defisit pada perlawanan timbal balik di Munich minggu depan untuk mara ke separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 10:48am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254264/berita/sukan/kejutan-boleh-berlaku-di-stamford-bridge", "article_title": "Kejutan boleh berlaku di Stamford Bridge", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard percaya kejutan boleh berlaku di Stamford Bridge dan mereka boleh 'menukar' keputusan kekalahan perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara kepada Real Madrid.The Blues mengalami kekalahan 0-2 di Santiago Bernabeu selain turut terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ben Chilwell dilayangkan kad merah pada minit ke-59.Lampard yakin pasukannya mempunyai apa yang diperlukan untuk mengubah keadaan dan mahu para pemain membina keyakinan diri untuk menghadapi Real dalam aksi timbal balik minggu depan.\"Saya berbangga dengan pemain saya. Bermain dengan 10 pemain, mereka mengasak kami. Ada beberapa perkara yang baik, tetapi kami perlu menerima keputusan ini.\"Saya hanya berkata kepada pemain (di bilik persalinan), perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge. Mereka pasukan yang sangat bagus, tetapi kami harus yakin.\"Ia adalah tempoh yang sukar untuk mereka. Saya fikir mereka perlu memahami betapa bagusnya mereka dan apa yang boleh mereka lakukan.\"Mungkin kami sedikit kekurangan (keyakinan diri). Minggu depan akan menjadi detik penentuan dan kami perlu lebih positif.\"Saya (ketika menjadi pemain) telah terlibat dalam malam-malam yang penuh kejutan di Stamford Bridge,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254260/berita/sukan/real-belum-mahu-dabik-dada", "article_title": "Real belum mahu dabik dada", "article_text": "PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti gembira dengan kemenangan 2-0 ketika menentang Chelsea tetapi menegaskan mereka mesti bersedia untuk berjuang dan berkorban pada perlawanan kedua di Stamford Bridge.Real selangkah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut selepas mereka mengatasi skuad kendalian Frank Lampard itu pada aksi suku akhir pertama di Santiago Bernabeu pada Khamis.Gol daripada Karim Benzema dan Marco Asensio melengkapkan persembahan dominan daripada penyandang juara itu yang akan bertandang ke London untuk perlawanan timbal balik minggu depan.\"Saya mengetahui situasi bola sepak dengan sangat baik dan pemain faham bahawa kami mempunyai 90 minit lagi untuk bermain, dan ia akan menjadi sukar.\"Kami menang 2-0 dan mengambil kesempatan daripada perlawanan ini, tetapi ia belum selesai. Chelsea adalah pasukan bagus dengan pemain yang bagus.\"Kami perlu berjuang dan berkorban di Stamford Bridge. Ini adalah perkara biasa. Kami berpuas hati dengan permainan ini, ia adalah perlawanan yang bagus, dan kini kami fokus pada perlawanan seterusnya,\" katanya.Ancelotti juga sedikit kecewa kerana Real tidak dapat menambah jaringan biarpun Chelsea bermain dengan 10 pemain apabila Ben Chilwell dilayangkan kad merah pada minit ke-59.\"Apabila kami menentang 10 orang, mereka bermain lebih ke bawah dan bukan mudah untuk menembusi mereka.\"Saya fikir kami menghabiskan banyak tenaga untuk cuba mengasak lawan dan pada akhirnya gagal mencari lebih banyak gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 10:32am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254259/berita/sukan/jdt-serius-berdepan-pdrm-fc", "article_title": "JDT serius berdepan PDRM FC", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), mengambil serius aksi kalah mati berdepan PDRM FC bagi saingan Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.Menurut pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari, PDRM FC merupakan salah satu pencabar yang kuat dalam saingan Liga Super termasuk bagi saingan Piala FA, musim ini.\u201cKami tahu, PDRM FC merupakan pasukan yang kuat..mereka pernah mengejutkan pasukan handalan seperti Kedah (KDA FC)...saya tahu jika sesebuah pasukan itu tidak kuat, mereka tidak mampu untuk menewaskan Kedah.\u201cKami juga tahu mereka ada corak taktikal yang baik untuk berdepan JDT kerana ketika ini semua pasukan mahu menewaskan JDT.\u201cOleh itu bagi kami, aksi berdepan PDRM FC bagi saingan kalah mati Piala FA merupakan satu lagi cabaran kepada kesemua pemain dan diharap mereka mampu berikan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan,\u201d katanya.Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA setelah menewaskan Terengganu FC 3-1 pada aksi final musim lalu.Sementara itu Solari berkata, persiapan skuad Harimau Selatan itu berjalan lancar seperti biasa menjelang aksi berkenaan.Malah katanya, kesemua pemain juga dilihat bersemangat untuk beraksi dan ini bakal memberikannya lebih banyak pilihan bagi menurukan kesebelasan terbaik.\u201cSemua pemain dilihat bersedia untuk perlaanan ini. Mereka (pemain), juga tahu bahawa perlawanan ini penting buat kami.\u201cLagi pun, kami sentiasa mencabar diri sendiri bagi mendapatkan keputusan yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 10:31am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254244/berita/sukan/kita-pun-ada-hak-saman---norizam", "article_title": "'Kita pun ada hak saman' - Norizam", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman tidak gentar sekiranya kes membabitkan kelab itu dengan ejen terkenal dari Korea Selatan, Myeongho Jeong dan ketua jurulatihnya, Choi Moon-sik dibawa ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak akan hanya berpeluk tubuh.Malah, Norizam juga mengesahkan sudah mengarahkan peguamnya untuk membawa kes tersebut terlebih dahulu ke FIFA dan menyaman Jeong dan Moon-sik.\u201cSaya tak ada masalah (berdepan FIFA). Ketika ambil (alih) bola sepak Kelantan, saya adalah pemilik kelab bola sepak yang paling banyak hantar surat kepada FIFA.\u201cIa untuk selesaikan tidak kurang 10 kes transfer ban iaitu pemain yang minta hutang dengan Kelantan FC. Kita dah berurusan dengan FIFA dan kita selesaikan semua masalah.\u201cSebenarnya saya dah cakap dengan peguam saya untuk bawa kes ejen (Jeong) dan ketua jurulatih, Choi ke FIFA. Kita bukan bodoh untuk hanya menunggu saman tetapi kita pun ada hak untuk saman dia,\u201d katanya dalam satu rancangan temu bual di Astro Arena pada Selasa.Kemelut membabitkan skuad The Red Warriros (TRW) itu bermula selepas Moon-sik direhatkan ketika aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) minggu lalu.Susulan itu, Jeong yang mendakwa dirinya sebagai ejen kepada Moon-sik bertindak membuka beberapa cerita yang kurang enak didengar secara umum di laman Instagramnya.Ia termasuklah mendakwa pengendali dari Korea Selatan itu tidak diberi kuasa penuh untuk menentukan senarai pemain selain pemain tidak dibayar gaji dua bulan.Malah, Jeong turut mendakwa TRW tidak beroperasi seperti kelab profesional, sebaliknya terlalu banyak kelemahan termasuk soal pemakanan yang terabai, padang latihan yang daif sehingga memaksa Moon-sik membuat kerja penyelenggaraan rumput.Pada masa sama, Jeong mendedahkan bakal menyaman Kelantan FC dan sudah melantik barisan peguam tempatan bagi mengendalikan kes berkenaan.Pendedahan Jeong itu telah mendapat liputan meluas media Korea Selatan dan ia secara tidak langsung dilihat memburukkan imej liga bola sepak Malaysia.Menerusi laporan Sukan Sinar pada Ahad lalu, Norizam menafikan semua dakwaan dibuat ejen berkenaan sambil menyifatkan ia hanyalah berniat untuk menjatuhkan nama baik serta reputasi Kelantan FC di mata dunia.Dalam pada itu, Norizam berkata, beliau agak kecewa dengan sikap Moon-sik yang tidak mahu mendengar cadangan pihak lain untuk memacu TRW.\"Kita ada baca permintaan para peminat. Supaya masukkan pemain pemain tertentu. Penyokong kata, mungkin masukkan Ghaffar (Rahman), mungkin Keon (Khairul Helmi), mungkin masukkan Shamil (Nurshamil) atau pemain yang masih tidak ada peluang.\"Sebab saya nampak, kalau penyokong dah bercakap, penyokong ini bukannya bodoh, mereka pandai. Penyokong Kelantan sangat sayang dan fanatik dengan bola sepak.\"Saya membaca dan mengambil input tersebut dan sampaikannya kepada ketua jurulatih. Sebab ketua jurulatih tak sampai dua, tiga bulan bersama Kelantan FC, sedangkan saya sudah berada di Kelantan FC hampir tiga tahun.\"Jadi saya faham mana pemain yang boleh bermain dan mana pemain yang tidak boleh bermain. Saya sebagai pemilik kelab, saya sampaikan. Tetapi, kalau dia keras kepala tak boleh mendengar satu peratus cadangan, ini kelab bola siapa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254255/berita/sukan/anak-malaysia-pertama-berentap-saingan-gusti-jepun", "article_title": "Anak Malaysia pertama berentap saingan gusti Jepun", "article_text": "JUARA Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman bersedia mengharumkan nama Malaysia dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan New Japan Pro Wrestling (NJPW) TAMASHII di Melbourne, Australia, Ahad ini.Malah jelasnya, dia teruja untuk kejuaraan itu setelah melakukan persediaan rapi dengan mengikuti latihan dan perlawanan yang disediakan barisan kejurulatihan pasukannya.\"Jadual latihan sepanjang bulan Ramadan tidak menjejaskan persediaan sebaliknya lebih mendisiplinkan saya untuk mengharungi kejohanan ini.\"Masa berbuka di sini sekitar jam 6 petang, sementara sesi latihan bermula jam 7.30 atau 8 malam.\"Cuma latihan di gimnasium pada sebelah tengah hari agak mencabar sedikit, namun itu sebenarnya secara tidak langsung menguatkan mental dan fizikal saya,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Emman yang beraksi bagi kategori solo akan berdepan pengusti Australia, Jarvis, yang merupakan pertemuan kali ketiga kedua-dua pertarung tersebut.Emman\"Peluang beraksi dalam NJPW merupakan satu penghormatan besar kerana ia kejohanan gusti yang terbesar selepas WWE.\"Sejujurnya saya sangat teruja dan bangga apabila akan menjadi pengusti pertama Malaysia menyertai kejuaraan ini.\"InsyaALLAH saya berusaha membawa berita gembira buat Malaysia, ini kali pertama saya muncul bersama entiti wrestling Jepun, jadi saya berazam memberikan terbaik sekali gus mengharumkan nama Malaysia. Moga rakyat Malaysia sentiasa mendoakan saya,\" katanya yang akan menjadi rakyat Malaysia pertama bersaing di NJPW.Sebagai rekod, NJPW ditubuhkan pada 1972 merupakan entiti sukan gusti terbesar dan popular di Jepun, selepas World Wrestling Entertainment (WWE).Sebagai rekod, Emman muncul juara MCW Blood In The Water selepas menewaskan Jarvis dalam perlawanan di Melbourne pada 8 April lalu.Kali pertama Emman menentang Jarvis dalam saingan MCW Ascension Tournament pada Mei tahun lalu.Pada 18 Februari lalu, Emman mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan dalam kejohanan gusti \u2018New Breed\u2019 di Kuash Taman Tun Doktor Ismail, Kuala Lumpur.Lebih dikenali Golden Boy, Emman menewaskan penggusti Singapura, Endboss Gregory dengan penamat berimpak tinggi KL Gold Running Elbow.Pada 26 November 2022, Emman yang berusia 22 tahun menjuarai MCW selepas menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 April 2023 08:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254220/berita/sukan/pearly-thinaah-pelbagaikan-strategi-buru-pingat-di-bac", "article_title": "Pearly-Thinaah pelbagaikan strategi buru pingat di BAC", "article_text": "BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah akan mempelbagaikan strategi di atas gelanggang dalam usaha memburu pingat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 yang bermula 25 April ini.Pearly berkata, kekurangan strategi untuk berentap di atas gelanggang ialah faktor utama gandingan berkenaan sukar mengekalkan prestasi cemerlang secara konsisten dalam mana-mana kejohanan.\"Saya rasa kita perlukan lebih banyak strategi, mungkin kita dahulu hanya mempunyai pelan A, pelan B, tetapi sekarang kita mahu mempunyai lebih banyak rancangan untuk mendahului pihak lawan,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.Pearly turut mengakui kurangnya komunikasi antara beliau dengan pasangannya menjadi antara faktor mereka tidak mempersembahkan prestasi baik sejak kebelakangan ini.Bagaimanapun, atlet berusia 23 tahun kelahiran Kedah itu memaklumkan telah menambah baik kekurangan berkenaan sepanjang latihannya sejak pulang daripada kejohanan di Eropah baru-baru ini.BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 hingga 30 April ini.Pada Apil tahun lepas, Pearly-Thinaah gagal mara ke separuh akhir selepas ditewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 19-21, 16-21 pada kejohanan BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 09:41pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254190/berita/sukan/urusan-jual-beli-kelab-harus-ikut-kriteria-mfl", "article_title": "Urusan jual beli kelab harus ikut kriteria MFL", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akan terlibat secara langsung sekiranya pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berhasrat menjual kelab tersebut.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, sebarang urusan jual beli mempunyai kriteria yang perlu dipatuhi seperti mana yang ditetapkan oleh pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu.Menurutnya, kegagalan mematuhi kriteria tersebut akan menyebabkan lesen tidak akan diberikan sekali gus memberi implikasi pasukan dilarang beraksi dalam saingan Liga Super.\"Sudah pasti, tahun lalu dua pengambilalihan pasukan kita tidak luluskan selepas penilaian wajar dibuat. Sekarang MFL akan membabitkan diri dalam proses pengambilalihan pasukan supaya ia lebih sistematik, bukan pemilik boleh jual tanpa pembabitan MFL.\"Ia kerana MFL memerlukan penilaian wajar ke atas pembeli sebelum apa-apa pembelian atau penjualan boleh berlaku.\"Saya bagi contoh lesen diberi kepada pasukan A, kalau individu membeli lesen dan mahu mengubah semua memang tidak boleh kerana ini bukan liga jual lesen,\" katanya ketika Majlis Berbuka Puasa MFL bersama media di Petaling Jaya pada Selasa.Sebelum ini, Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham dalam satu hantaran di laman Facebooknya memberikan bayangan mahu melepaskan kelab itu kepada mana-mana individu yang mampu.Ia selepas Zamsaham 'diserang' oleh penyokong pasukan itu sendiri susulan prestasi kurang memuaskan Kelantan dalam kancah saingan Liga Super.Dalam pada itu, MFL akan menilai secara proaktif kes yang sedang berlaku kepada Kelantan FC menerusi satu perjumpaan dengan pemilik Kelantan FC itu.\"Pada masa ini tiada maklumat mengenai hasrat beliau, saya tidak boleh membuat komen yang tiada fakta. Tapi selepas saya berbincang dengan beliau, saya akan tahu perancangan beliau.\"Saya akan berjumpa dengan beliau tapi perbincangan bukan sekadar penjualan pasukan kerana ia adalah isu baru tapi lebih kepada apa yang terjadi beberapa minggu ini dengan tersebarnya isu dalaman pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 05:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254179/berita/sukan/sasaran-separuh-akhir-untuk-skuad-piala-sudirman", "article_title": "Sasaran separuh akhir untuk skuad Piala Sudirman", "article_text": "SKUAD badminton negara diletakkan sasaran separuh akhir untuk Piala Sudirman pada 14-21 Mei ini di Suzhou, China, iaitu sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pingat gangsa dalam edisi sebelum ini di Vantaa, Finland.Pengarah Prestasi Tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM), Dr Tim Jones mengumumkan sasaran itu selepas menyenaraikan 20 pemain untuk skuad itu - melibatkan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain profesional - bagi kejohanan berpasukan campuran itu, pada Rabu.Senarai itu menyaksikan pemain profesional yang juga pemain nombor empat dunia, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong (ke-26) dalam perseorangan lelaki, manakala perseorangan wanita terdiri daripada Goh Jin Wei dan K. Letshanaa.Beregu lelaki akan dipimpin juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, sementara beregu nombor lapan dunia Pearly Tan-M. Thinaah disenaraikan dalam beregu wanita bersama Go Pei Kee dan Valeree Siow.Dalam pada itu, BAM melakukan kejutan dengan menamakan empat beregu campuran terdiri daripada beregu nombor lapan dunia Goh Soon Huat-Shevon Lai dan beregu nombor 13 dunia Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (kedua-duanya beregu profesional), juara Orleans Masters Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing.Jones berkata, pasukan kejurulatihan memutuskan untuk membawa empat pasangan beregu campuran bagi memberi peluang kepada kedua-dua pemain profesional dan ABM.\"Kami ingin memastikan kami mempunyai pasukan yang kuat untuk beraksi, jadi ini memberi kami lebih \u2018senjata\u2019 untuk dipilih. Ini juga menjadikan kami lebih fleksibel, jika kami mahu menggunakan mana-mana \u2018scratch pair\u2019 kami mempunyai pilihan, kami juga meninggalkan beberapa pemain untuk pasukan Sukan SEA.\"Pemain-pemain (yang akan bermain) bakal dipilih berdasarkan kedua-dua ranking dan prestasi semasa. Kami bawa mereka ke China, teruskan latihan dan kami akan membuat keputusan dari sana,\u201d katanya dalam sidang media di ABM di sini, pada Rabu.Susulan jadual yang ketat, dengan Kejohanan Badminton Asia di Dubai dari 25-30 April, diikuti Sukan SEA di Phnom Penh (5-17 Mei), Jones berkata peserta Piala Sudirman dijangka mengikuti kem latihan berpusat pada 2-10 Mei, sebelum terbang ke China pada 11 Mei.Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Taiwan, johan Piala Thomas India dan Australia. Berdasarkan format kejohanan itu, setiap pasukan akan menurunkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita, beregu lelaki dan beregu campuran dalam aksi kumpulan.Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan dwitahunan itu ialah gangsa pada edisi Vantaa 2021 dan Guangzhou 2009. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 04:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254177/berita/sukan/olahraga-renang-ditagih-sumbang-banyak-emas", "article_title": "Olahraga, renang ditagih sumbang banyak emas", "article_text": "ATLET sukan renang dan olahraga perlu membantu kontinjen Malaysia untuk membutirkan emas selepas beberapa sukan yang menjadi lubuk pada temasya Sukan SEA Kemboja digugurkan.Malaysia kehilangan 15 emas apabila beberapa sukan tidak dipertandingkan oleh tuan rumah sekali gus mendorong kontinjen negara berhati-hati meletakkan sasaran pada temasya dwitahunan itu.Ketua Kontinjen negara (CDM), Datuk Mohd Nasir Ali berkata, sukan akuatik terutama terjun yang sebelum ini menjadi lubuk emas terpaksa berhati-hati menetapkan sasaran kerana acara dikurangkan kepada separuh.Sebelum ini Malaysia menyapu bersih lapan emas dalam sukan terjun di Hanoi, namun kali ini tuan rumah menyenaraikan empat acara sahaja.\"Kita nak letakkan sasaran lebih tinggi berbanding apa yang dicapai ketika di Hanoi, Vietnam tahun lalu, namun kita perlu ambil kira kehilangan 15 emas.\"Ada sukan yang sebelum ini dapat emas tidak dipertandingkan seperti memanah dan bina badan. Ada juga sukan sebelum ini dipertandingkan tetapi acara dikurangkan seperti terjun, gimnastik dan angkat berat.\"Dua isu ini kita telah kehilangan banyak pingat emas. Kita harap sukan-sukan lain seperti olahraga dan renang serta atlet bawah 23 tahun melakukan kejutan membantu negara meraih emas.\"Apa pun kita tetap melakukan yang terbaik - memperbaiki pencapaian tahun lalu sewaktu di Hanoi. Kita tidak mahu menjadikan cabaran ini sebagai satu alasan,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama pengurus pasukan Sukan SEA di Wisma MOM, Kuala Lumpur pada Rabu.Hadir sama Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia(MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib.Turut hadir timbalan CDM, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.Pada Sukan SEA Hanoi tahun lalu, kontinjen negara melepasi sasaran 36 pingat emas apabila menamatkan saingan di kedudukan keenam setelah mengumpul 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.Dalam pada itu, Mohd Nazifuddin memberi bayangan penetapan pingat menjelang bengkel penetapan sasaran pingat yang berlangsung pada Khamis akan dilakukan dengan lebih berhati-hati.\"Kita lihat ramai atlet pelapis baharu akan menyertai Sukan SEA kali ini buat kali pertama.\"Jadi kita belum tahu adakah mereka mampu mencapai prestasi terbaik. Jadi saya sarankan kita lebih berhati-hati untuk membuat sasaran yang tinggi.\"Perlu jaga jangkaan rakyat. Kita lebih selesa meletakkan jangkaan yang rendah tapi mampu lakar kejutan luar biasa daripada letak jangkaan tinggi tetapi mengecewakan dari segi pencapaian,\" katanya.Pasukan tuan rumah memperkenalkan sukan tradisional mereka seperti catur tradisional seperti Xiangqi dan Ouk Chaktrang.Turut diperkenalkan ialah sukan tempur seperti Kun Khmer sekali gus menjejaskan peluang negara untuk meraih emas.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 04:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254167/berita/sukan/zii-jia-layak-ada-dalam-projek-rtg---stuart", "article_title": "Zii Jia layak ada dalam projek RTG - Stuart", "article_text": "STATUS jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selaku pemain yang menghuni ranking keempat dunia ketika ini melayakkan dia berada dalam senarai projek Road to Gold (RTG).Itu respon Penyelaras RTG, Stuart Ramalingam ketika diajukan pertanyaan perihal penyenaraian nama Zii Jia dalam projek RTG menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.Malah, Stuart berkata, nama pemain profesional negara itu tidak harus diketepikan dalam misi kontinjen Malaysia memburu kilauan emas sulung Sukan Olimpik.\u201cPenglibatan Zii Jia ini menunjukkan keterbukaan projek RTG dalam memastikan sokongan sewajarnya diberikan kepada mana-mana atlet yang berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.\u201cPada masa ini, Zii Jia berada tempat keempat di dunia. Secara dasar kita tidak boleh terlepas pandang Zii Jia... kemasukannya tidak sepatutnya dipersoal kerana dia adalah pemain perseorangan nombor satu di Malaysia.\u201cKita tahu dia mungkin ada sejarah yang masih diingati ramai, tetapi perkara itu sedang diselesaikan untuk memastikan peluang terbuka untuk Zii Jia dalam temasya Sukan Olimpik,\u201d katanya.Stuart berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.Stuart beramah mesra dengan beberapa petugas media pada Majlis Berbuka Puasa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada Selasa. - Foto MFLTerdahulu, perdebatan tercetus dalam kalangan penganalisis mahupun peminat sukan tanah air apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyenaraikan nama Zii Jia bagi projek RTG.Ia berikutan prestasi tidak menentu juara Seluruh England 2021 itu sejak dia 'berpisah' dengan jurulatih kelahiran Indonesia, Indra Wijaya tahun lalu.Mengulas lanjut, Stuart berkata, penyenaraian Zii Jia dan enam lagi pemain badminton profesional negara dalam projek RTG telah mendapat 'lampu hijau' daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\u201c(Presiden BAM) Tan Sri (Mohamad) Norza Zakaria sendiri yang telah mengemukakan nama-nama atlet profesional ini untuk memastikan peluang diberi juga kepada mereka,\u201d jelas Stuart yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MFL.Tiga gandingan profesional negara yang terdiri daripada dua wakil beregu campuran - Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut berada dalam senarai RTG.Mereka adalah antara 11 pemain badminton selain dua wakil daripada BAM - beregu utama lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu utama wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang tersenarai dalam projek RTG.Projek RTG dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung Olimpik pada edisi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 03:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254139/berita/sukan/chong-wei-calon-pengurus-badminton-rtg", "article_title": "Chong Wei calon pengurus badminton RTG", "article_text": "DATUK Lee Chong Wei bakal dilantik sebagai pengurus bagi pasukan badminton projek Road To Gold (RTG) dalam misi negara meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik Paris 2024.Nama legenda itu dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan media menerusi Facebook pada Rabu.Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei seorang legenda dan pemain terhebat dunia, menjadikannya ikon paling sesuai menjadi pengurus RTG bagi sukan badminton.Katanya, Chong Wei juga memiliki pengalaman luas dan banyak pengetahuan dari zaman bergelar pemain, selain cukup dihormati.\u201cTiada orang yang lebih baik untuk menjadi pengurus pasukan kerana kami berusaha untuk mencapai impian emas di Paris,\" ujar Norza.Chong Wei, 41, memenangi tiga pingat perak di tiga temasya Olimpik berbeza iaitu Olimpik Beijing, London dan Rio, menyatakan kesediaannya membimbing prospek pingat emas di Paris.\u201cWalaupun sudah sebahagian daripada Jawatankuasa RTG, namun pelantikan sebagai pengurus pasukan badminton ini meningkatkan lagi tumpuan kepada badminton dan peranan yang lebih dekat dari segi membantu persiapan pemain.\"Ini adalah tanggungjawab yang besar dan jika dilantik saya sedia mengambilnya dan memainkan peranan untuk membantu Malaysia.\"Memenangi pingat emas Olimpik pertama telah menjadi agenda kebangsaan. Ia adalah harapan rakyat Malaysia,\u201d ujar Chong Wei.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 02:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254128/berita/sukan/sukan-sea-pembawa-jalur-gemilang-diketahui-minggu-depan", "article_title": "Sukan SEA: Pembawa Jalur Gemilang diketahui minggu depan", "article_text": "TEKA-TEKI mengenai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan SEA Kemboja Mei ini bakal terjawab minggu depan.Ketua Kontinjen negara (CDM), Datuk Mohd Nasir Ali berkata, seramai tujuh calon sudah dikenal pasti dan mereka terdiri daripada lima atlet lelaki dan dua wanita.Menurutnya, calon-calon merupakan atlet yang pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA, malah ada dalam kalangan mereka pernah meraih pingat di Sukan Komanwel.\"Kita akan umum menjelang bulan ini atau mungkin minggu depan sebelum majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama pengurus pasukan Sukan SEA di Wisma OCM, Kuala Lumpur pada Rabu.Hadir sama, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib.Turut hadir, Timbalan CDM, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.Menurut Mohd Nasir, pemilihan calon akan diputuskan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.\"Ia (pemilihan) berdasarkan kepada pencapaian yang pernah diraih atlet pada temasya sukan sebelum ini,\" katanya.Pada Sukan SEA di Hanoi tahun lalu, pembawa Jalur Gemilang ialah penerjun, Nur Dhabitah Sabri, manakala temasya di Manila pada 2019, tugas itu digalas oleh pemain boling, Muhammad Rafiq Ismail.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 01:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254117/berita/sukan/hamidin-janji-kerja-sepenuh-hati-demi-emas-pertama-di-paris", "article_title": "Hamidin janji kerja sepenuh hati demi emas pertama di Paris", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin optimis dan sedia bekerja dengan sepenuh hati untuk menamatkan penantian pingat emas pertama negara pada temasya sukan terunggul dunia itu.Hamidin yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berjanji untuk bekerja keras sehingga kemuncak temasya berkenaan pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan bagi memastikan lagu Negaraku berkumandang di Paris nanti.Beliau turut berhasrat untuk meningkatkan pencapaian pingat perak dan gangsa pada temasya itu.\"Bila jawatan diberi kepada, saya bukan setengah hati, saya seorang yang sangat komited dan bekerja dengan sepenuh hati. Insya-Allah dengan rezeki Allah SWT, kita dapat capai (emas), tak mustahil.\"Kita pun ada peluang pada Rio 2016, belum ada rezeki. Saya ingin bekerja ke arah itu sehingga hari kemuncak,\u201d katanya selepas mengadakan lawatan bersama Timbalan CDM Datuk Nicol David ke sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Rabu.Malaysia yang menyertai Olimpik musim panas sejak edisi 1956 Melbourne, masih kempunan emas pertama, dengan pencapaian terbaik adalah empat perak dan satu gangsa di edisi Rio 2016.Sementara itu, Hamidin berkata, lawatan pertamanya sebagai CDM telah dibuat ke ABM kerana kesemua pemain yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan profesional menjalani latihan pada hari ini, kecuali Lee Zii Jia yang berada di Hong Kong.Hamidin berkata beliau seterusnya akan melawat persiapan sukan-sukan lain untuk berjumpa atlet dan mendapatkan perkembangan semasa.\"Saya akan berjumpa dengan semua persatuan dan atlet yang berpotensi untuk layak seperti terjun, berbasikal, pelayaran, menembak dan break dance. Kita akan pantau semua yang berpotensi layak,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 12:38pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254110/berita/sukan/kasut-michael-jordan-dijual-rm97-juta", "article_title": "Kasut Michael Jordan dijual RM9.7 juta", "article_text": "KASUT yang dipakai bintang NBA, Michael Jordan berjaya dilelong pada harga AS$2.2 juta (RM9.7 juta) sekali gus mencatat rekod lelongan tertinggi untuk kasut sukan yang dipakai ketika perlawanan.Legenda bola keranjang itu memakai kasut 'Bred' Air Jordan 13s semasa perlawanan kedua Pusingan Akhir NBA 1998 ketika memburu kejuaraan NBA keenam dan terakhirnya.Jualan itu juga memecahkan rekodnya sendiri yang sebelum ini turut menjual sepasang kasut berharga AS$1.5 juta (RM6.62 juta) pada September 2021.Tahun lalu, salah satu jersinya dijual pada harga AS$10.1 juta (RM44.61 juta).\"Keputusan lelongan hari ini membuktikan bahawa permintaan untuk koleksi sukan Michael Jordan terus mengatasi semua jangkaan,\" kata ketua pakaian jalanan dan barang koleksi moden di Sotheby's, Brahm Wachter dalam satu kenyataan.Jordan memakai kasut itu untuk separuh masa kedua ketika kemenangan Chicago Bulls 93-88 ke atas Utah Jazz pada 5 Jun 1998.Pusingan Akhir dipaparkan dalam dokumentari ESPN/Netflix 2020 yang popular 'The Last Dance' mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan Chicago.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 11:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254097/berita/sukan/inter-selangkah-ke-separuh-akhir", "article_title": "Inter selangkah ke separuh akhir", "article_text": "INTER Milan selangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas mencatatkan kemenangan selesa 2-0 ke atas Benfica di Estadio da Luz, Lisbon pada Rabu.Inter yang juga pemenang tiga kali Liga Juara-Juara itu mendahului suku akhir pertama menerusi jaringan Nicolo Barella pada minit ke-51 dan Romelu Lukaku melalui penalti lapan minit sebelum perlawanan tamat.Benfica yang menyasarkan untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1990, tidak dapat memberikan tentangan kepada Inter yang mengawal rentak permainan sepenuhnya.\"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain. Kami menikmati perlawanan itu dan kami tahu kami telah mengambil langkah pertama ke separuh akhir.\"Kami akan mengharungi perlawanan timbal balik menentang pasukan yang sebelum ini tidak tewas (dalam Liga Juara-Juara musim ini).\"Pemain-pemain juga berada dalam keadaan terbaik dan kami berhak mendapat kemenangan ini. Tetapi, dalam Liga Juara-Juara kami tahu bahawa ini belum berakhir.\"Benfica adalah pasukan yang berkualiti, sangat kuat. Kami perlu mengulangi perlawanan yang kami mainkan hari ini di Milan,\" kata pengendali Inter, Simone Inzaghi.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 11:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254096/berita/sukan/usah-persoal-penyenaraian-zii-jia-dalam-projek-rtg", "article_title": "Usah persoal penyenaraian Zii Jia dalam projek RTG", "article_text": "PENYENARAIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dalam projek Road To Gold (RTG) tidak perlu dipersoalkan, kata penyelaras projek, Stuart Ramalingam.Stuart berkata, ini kerana Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia adalah perseorangan terbaik negara ketika ini sekali gus tidak wajar diketepikan sekalipun mempunyai sejarah lampau tersendiri.Menurutnya, penglibatan Zii Jia juga menunjukkan keterbukaan projek RTG dalam memastikan sokongan sewajarnya diberikan kepada mana-mana atlet yang berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik.\"Zii Jia pada masa ini tempat keempat di dunia, secara dasar kita tidak boleh terlepas pandang terhadap Zii Jia...saya rasa kemasukannya tidak sepatutnya dipersoal kerana dia adalah pemain perseorangan nombor satu di Malaysia.\"Kita tahu dia mungkin ada sejarah yang masih diingati ramai, tetapi perkara itu sedang diselesaikan untuk memastikan peluang terbuka untuk Zii Jia di Sukan Olimpik,\u201d katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di sebuah hotel dekat sini pada Selasa.Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkata demikian ketika ditanya sama ada Zii Jia masih dianggap calon terbaik untuk membawa pulang emas pertama negara di Sukan Olimpik.Sebelum ini, terdapat beberapa tanggapan negatif antaranya Zii Jia tidak wajar berada dalam projek RTG memandangkan beliau adalah atlet profesional dan mempunyai penaja.Mengulas lanjut, Stuart berkata penglibatan Zii Jia dan pemain atlet profesional badminton negara yang lain telah mendapat persetujuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\"Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (Presiden BAM) sendiri yang mengemukakan nama-nama atlet profesional ini untuk memastikan peluang diberi juga kepada mereka,\u201d katanya.Selain Zii Jia, tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi antara keseluruhan 15 atlet yang tersenarai dalam projek RTG.Sabtu lepas, Zii Jia yang juga juara All England 2021 menyatakan hasratnya untuk memenangi emas sulung negara di Sukan Olimpik ketika pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Stuart di Kuala Lumpur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254092/berita/sukan/bayern-dihukum-dengan-kejam", "article_title": "'Bayern dihukum dengan kejam'", "article_text": "THOMAS Tuchel 'jatuh cinta' dengan Bayern Munich biarpun pasukan kendaliannya itu tewas 3-0 kepada Manchester City dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada Rabu.Harapan Bayern untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara mungkin sudah boleh dilupakan selepas jaringan besar yang terhasil di Stadium Etihad itu.Bagaimanapun, gergasi Bundesliga itu menguasai 56 peratus penguasaan bola dan City terpaksa bermain tanpa bola iaitu situasi yang berlaku hanya empat kali di bawah pimpinan Pep Guardiola.Itu mungkin menjadi penyebab kepada keyakinan Tuchel bergembira dengan kekalahan tersebut yang mungkin akan merugikan pasukan baharunya.\"Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu sama sekali. Kami dihukum dalam fasa di mana kami adalah pasukan yang lebih baik. Kami dihukum dengan kejam hari ini.\"Saya fikir persembahan kami sangat baik sehingga kedudukan 2-0. Saya tidak mahu memperkatakan keputusan itu dan saya melihat persembahan yang sangat baik sehingga minit ke-70.\"Saya rasa kami layak mendapat sekurang-kurangnya satu gol dan memberikan lawan lebih daripada dua gol adalah terlalu banyak. Saya rasa pemain kami kurang keyakinan dan prestasi. Sudah tentu, keputusan itu pahit buat kami.\"Namun, saya jatuh cinta dengan pasukan saya hari ini terutama cara mereka beraksi. Walaupun kedengaran pelik, itu sangat menyeronokkan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 10:24am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254089/berita/sukan/city-garang-tewaskan-bayern", "article_title": "City garang tewaskan Bayern", "article_text": "ERLING Haaland menjaringkan gol ke-45 peribadinya musim ini ketika Manchester City menewaskan Bayern Munich 3-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada Rabu.Rodri dan Bernardo Silva turut meledak gol buat City yang mengorak langkah untuk menakluki kejuaraan tersebut buat kali pertama.Ia juga kemenangan manis buat pengendali City, Pep Guardiola menentang bekas kelabnya itu buat kali pertama sejak meninggalkan Bayern, tetapi dia memberi amaran bahawa tugas itu belum selesai.\"Saya sudah tiga tahun di sana dan saya tahu di Eropah pasukan ini istimewa. Untuk mengalahkan pasukan ini anda perlu bermain dua perlawanan yang bagus bukan hanya satu.\"Saya tahu apa yang perlu kami lakukan di sana, mereka mampu menjaringkan satu, dua, tiga gol. Kami perlu melakukan permainan kami dengan personaliti tersendiri,\" katanya.City juga berjaya membalas dendam terhadap pengendali Bayern Thomas Tuchel, yang sebelum ini menewaskan anak buah Guardiola untuk menjulang trofi tersebut ketika mengendalikan Chelsea pada final 2021.Dalam pada itu, Guardiola mahu para pemainnya menyelesaikan tugas tersebut dalam perlawanan kedua di Munich minggu depan.\"Sudah tentu, apabila anda berada di sana, anda menyedari betapa bagusnya Bayern Munich sebagai satu pasukan.\"Sepanjang 55, 60 minit ia adalah permainan yang sukar dan dalam banyak saat mereka lebih baik daripada kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 10:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/254075/berita/sukan/guna-peluang-sebaik-mungkin", "article_title": "Guna peluang sebaik mungkin", "article_text": "BARISAN atlet negara ketika ini cukup bertuah kerana mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi projek Road To Gold (RTG) dalam memburu emas sulung Sukan Olimpik.Justeru, legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, tiada alasan buat setiap atlet berkenaan untuk tidak memberikan aksi terbaik pada temasya sukan terbesar dunia itu.\u201cPada zaman saya dahulu, memang tiada. Sebelum ini tiada program seumpama itu, sekarang lebih bersistematik dan program juga tersusun.\u201cJadi, tiada alasan lagi bagi atlet-atlet negara. Mereka beruntung. Tugas mereka fokus dan ikut latihan berkualiti bagi meningkatkan prestasi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Pada Jumaat lalu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan 15 atlet negara disenaraikan dalam projek RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Ia melibatkan 11 pemain badminton selain dua pelumba berbasikal trek dan dua penerjun wanita yang dianggap prospek terbaik menjelmakan kilauan emas di pentas Olimpik.\u201cPaling penting layak dahulu ke Olimpik, bukan senang untuk dapat pingat. Kumpul mata untuk layak ke Olimpik, selagi tak layak bagaimana nak dapat pingat,\u201d ujar Rashid.Sambil menyambut baik projek RTG itu, Rashid turut berharap atlet terpilih memanfaatkan peluang tersebut kerana mereka menggalas misi besar kontinjen Malaysia.\u201cHargai apa yang kerajaan beri. Guna sepenuhnya (kemudahan dan sokongan) untuk tingkat prestasi dan seterusnya dapatkan pingat buat negara,\u201d ujar pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu.Menurutnya, setiap atlet terutama yang berstatus profesional tidak perlu lagi memikirkan sebarang kekangan yang sebelum ini membelenggu mereka kerana terpaksa mencari dana sendiri.\u201cPerkhidmatan sokongan dan latihan berkualiti dalam projek RTG amat bagus sebagai persiapan bagi atlet-atlet yang terlibat sebelum menghadapi Sukan Olimpik.\u201cNak kekal prestasi bukan senang, jadi bagi saya ini (projek RTG) sesuatu yang bagus kerana KBS mengambil berat mengenai persiapan atlet,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 April 2023 08:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253982/berita/sukan/tanam-durian-pun-tunggu-tujuh-tahun-untuk-berbuah", "article_title": "'Tanam durian pun tunggu tujuh tahun untuk berbuah'", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim sekali lagi mengharapkan penyokong untuk bersabar dalam usaha melihat pasukan dapat meraih kejayaan pada masa akan datang.Menurutnya, Perak masih dalam proses untuk membentuk para pemain dan ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam sekelip mata.\"Saya minta peminat bola sepak Perak supaya bersabar. Saya tanam durian semalam, ia akan berbuah dalam tujuh tahun. Kalau kahwin, nak ada anak pun kena ambil masa juga.\"Filosofi kita adalah memberikan pemain muda untuk bermain dan mereka juga bermain dengan baik. Saya dulu pun muda juga bermain untuk kelab dan saya tahu situasi yang perlu dihadapi.\"Jika saya tak berikan mereka masa untuk bermain dengan pemikiran terbuka di mana mereka boleh buat kesilapan, jadi perkembangan mereka tak akan jadi, bola sepak semuanya tentang kesilapan,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan itu.Perak terus mencatatkan kekalahan dalam saingan Liga Super musim ini apabila tunduk 0-1 kepada Kuala Lumpur (KL) City dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Isnin.Kekalahan kelima berturut-turut itu menyaksikan Perak kini berada di kedudukan ke-11 liga dengan lima mata.Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Teong Kim tidak gusar sebaliknya melihat pasukannya sudah bermain dengan baik menentang antara pasukan terbaik di Liga Super itu.\"Seperti malam ini, kita main bagus tetapi tak menang. Sudah tentu kita mahu menang dan Kuala Lumpur bukan pasukan yang calang-calang.\"Mereka ada beberapa import yang bermain dan bukan senang untuk datang ke sini untuk menang. Mereka juga ada pemain yang handal,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 03:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253976/berita/sukan/sukan-sea-semua-kemudahan-venue-sudah-sedia", "article_title": "Sukan SEA: Semua kemudahan, venue sudah sedia", "article_text": "KEMBOJA yakin semua kemudahan dan venuenya telah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei ini.Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Duta Khas Jawatankuasa Kebangsaan Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC), Hor Sarun berkata, ia termasuk perkampungan sukan yang boleh menempatkan hampir 10,000 atlet bagi temasya dwitahunan itu.\"Semuanya baik. Kami telah bersedia dan merasa bangga untuk menganjurkan Sukan SEA 2023,\" katanya kepada pemberita selepas Larian Obor Temasya Sukan SEA ke-32 di Putrajaya pada Selasa.Dalam pada itu, Sarun mempelawa rakyat Malaysia berkunjung ke negara itu untuk menyokong semua atlet di rantau ini memandangkan tiket bagi rakyat tempatan dan asing adalah percuma seperti yang diumumkan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen baru-baru ini.Beliau berkata, Malaysia adalah negara kelima menjadi tuan rumah larian obor itu dan selepas ini ia akan menuju ke Singapura selepas dibawa dari Vietnam, Filipina, Indonesia dan Timor Leste sejak 21 Mac lepas.Terdahulu turut hadir Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara; Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin.Sementara itu, Hannah yang menyertai acara larian obor bersama 250 peserta sebelum itu, melahirkan keyakinan persiapan Kemboja sebagai tuan rumah berjalan lancar sebelum penganjuran temasya sukan itu buat pertama kalinya, bulan depan.\"Larian obor hari ini adalah simbolik kerana kami mengalu-alukan kedatangan delegasi Kemboja di Putrajaya,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 03:20pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253971/berita/sukan/jang-puas-hati-ikat-sabah-di-paroi", "article_title": "Jang puas hati ikat Sabah di Paroi", "article_text": "PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan berpuas hati dengan keputusan seri dilakar skuad Rusa biarpun menyasarkan tiga mata ketika berdepan Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin.Tanpa berselindung Devan memuji kesungguhan yang dipamerkan pemain-pemain skuad Hoben Jang Hoben untuk meraih tiga mata di laman sendiri bagi memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga.\"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, kita pun tahu bahawa Sabah merupakan pasukan yang diperkuatkan dengan pemain berkualiti biarpun Negeri Sembilan terlebih dulu mendahului dan lebih baik pada separuh masa pertama.\"Separuh masa kedua, Sabah lebih mengawal permainan, sebaliknya Negeri Sembilan lebih banyak bertahan selain pertukaran pemain memberikan kelebihan kepada mereka.\"Apabila kita mengeluarkan pemain import digantikan dengan pemain lokal di situ, kualiti mula tidak seimbang, namun pemain telah bermain dengan baik terutamanya apabila bertahan cuma saya perlu melihat semula kepada bahagian serangan yang kurang tajam setiap kali melakukan percubaan,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan pada Isnin.Negeri Sembilan dan Sabah berkongsi mata di Paroi dengan gol skuad Rusa dijelmakan Tommy Mawar Mada pada minit ke-21 sebelum tandukan Park Tae-su minit ke-76 sekali gus mengikat perlawanan 1-1.Ditanya mengenai bahagian pertahanan Negeri Sembilan, Devan mengakui bahagian tersebut masih memerlukan penambahbaikan dalam usaha mewujudkan benteng yang lebih mantap.\"Dari segi fokus, komunikasi apabila berdepan serangan pasukan lawan masih belum baik dan memerlukan penambahbaikan.\"Sekiranya mereka beraksi untuk tempoh masa yang lama satu sama lain dan memiliki 'leader' di bahagian tersebut, saya percaya permainan akan menjadi bertambah baik,\" katanya.Keputusan seri itu menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul sembilan mata setelah mengharungi tujuh perlawanan untuk berada di kedudukan kesembilan manakala Sabah pula keempat dengan 14 mata selepas lapan perlawanan.Sementara itu, Devan mengakui tidak terlalu memikirkan kedudukan semasa Negeri Sembilan dalam saingan liga, sebaliknya memberikan jaminan anak-anak buahnya akan memberikan aksi terbaik setiap perlawanan.\"Sejujurnya, saya tidak terlalu memikirkan kedudukan semasa Negeri Sembilan dalam liga pada masa ini.\"Ini kerana perjalanan liga masih panjang dan permulaan musim kita berdepan pasukan pilihan, kita masih belum berdepan di bawah kedudukan kita.\"Biarpun begitu kita akan memberikan yang aksi terbaik dalam setiap perlawanan dengan kapasiti dan kemampuan semasa skuad Negeri Sembilan pada masa ini,\" sambil mengakui mengharapkan tambahan pemain import pada jendela perpindahan kedua untuk memastikan skuad Rusa lebih berdaya saing.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 03:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253929/berita/sukan/the-foxes-lantik-smith-ganti-rodgers", "article_title": "The Foxes lantik Smith ganti Rodgers", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Dean Smith akan melakukan kerja menyelamat untuk mengekalkan Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan selepas dilantik membimbing The Foxes.Pengendali berusia 52 tahun itu memimpin Aston Villa dan Norwich City, tiba di Stadium King Power untuk menggantikan Brendan Rodgers secara interim sebelum ini.The Foxes bergelut dalam zon penyingkiran daripada dan tugas utama pengurus Inggeris itu turun pangkat ke Liga Kejuaraan ketika aksi berbaki lapan perlawanan musim ini.\u201cSaya amat gembira mendapat peluang untuk mengetuai pasukan ini bagi beberapa minggu terakhir musim ini,\u201d ujar Smith.Smith turut membawa bekas penolongnya di Aston Villa, John Terry dan bekas jurulatih Norwich, Craig Shakespeare.\"Tugas pertama ialah membina semula keyakinan dan menerapkan kepercayaan terhadap pasukan. Saya tidak sabar untuk mula bekerja dengan pemain-pemain minggu ini.\u201cCabaran di depan amat jelas tetapi ia sesuatu yang saya dan barisan kejurulatihan pernah lalui sebelum ini. Berbekal kualiti yang dimiliki skuad ini dan baki aksi yang tinggal, ia sesuatu yang boleh dicapai,\u201d katanya.Smith, yang dipecat oleh kelab divisyen dua, Norwich pada Disember, berdepan tugas berat pada perlawanan pertamanya, bertemu juara bertahan, Manchester City pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 12:11pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253913/berita/sukan/lampard-idam-ulangi-kejayaan-2012", "article_title": "Lampard idam ulangi kejayaan 2012", "article_text": "FRANK Lampard mahu para pemainnya melupakan kemelut yang menyelubungi pasukan ketika ini dan cuba menampilkan aksi luar biasa untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara seperti yang dilakukan pada 2012.Lampard kembali mengetuai Chelsea sehingga akhir musim selepas menggantikan Graham Potter yang dipecat minggu lalu.Selepas menyaksikan Chelsea tewas 0-1 di tangan Wolves dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus pada hari Sabtu, Lampard kini membawa mereka ke Real Madrid untuk perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.Lampard mengetuai Chelsea dalam kejuaraan yang tidak dijangka ketika menjuarai Liga Juara-Juara 11 tahun lalu.The Blues menamatkan saingan di tempat keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika itu dengan Roberto Di Matteo menggantikan Andre Villas-Boas yang telah dipecat pada Mac.Tetapi, dalam saingan Liga Juara-Juara, mereka menukar defisit perlawanan pertama 3-1 untuk menewaskan Napoli pada pusingan 16 terakhir, kemudian bangkit daripada ketinggalan 2-1 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua untuk menyingkirkan Barcelona.Dalam perlawanan akhir menentang Bayern Munich, mereka memerlukan gol penyamaan terakhir daripada Didier Drogba untuk mencipta kemenangan penentuan penalti ke atas pasukan dari Jerman itu.Untuk mengulangi kejayaan dongeng itu tampak agak sukar, namun Lampard menegaskan apa juga boleh berlaku jika pemainnya menunjukkan keinginan yang tinggi.\"Kami mempunyai keinginan yang tinggi dan pemain yang hebat dalam pasukan yang telah berusaha selama bertahun-tahun untuk memenangi Liga Juara-Juara.\"Sebuah pasukan akan sentiasa melalui saat-saat sukar untuk mencapai sesuatu yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 10:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253911/berita/sukan/zii-jia-perlu-susun-semula-keutamaan", "article_title": "Zii Jia perlu susun semula keutamaan", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia perlu bijak menguruskan kerjayanya lebih-lebih lagi selepas diletakkan sebagai prospek untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik menerusi program Road To Gold (RTG).Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, pemain nombor empat dunia itu perlu menyusun semula keutamaannya untuk bergelar juara dunia dan merealisasi impian meraih emas sulung buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.Beliau juga menggesa Zii Jia meneladani resipi kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang menggandakan latihan daripada semua aspek untuk bergelar jaguh dunia.\u201cApakah Zii Jia mempunyai ketahanan mental dan disiplin untuk berjaya sebagaimana Chong Wei?\u201cBukanlah rahsia Chong Wei konsisten disebabkan beliau sedia berlari lebih jauh daripada rakan-rakan sepelatih lebih muda serta mampu mengangkat bebanan lebih berat daripada yang lain.\u201cChong Wei melakukan pengorbanan yang tidak dapat dilakukan oleh atlet lain, sebab itu dia boleh pergi jauh daripada yang lain,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Pada Jumaat, Zii Jia bersama 14 lagi atlet disenaraikan dalam projek RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Susulan pengumuman tersebut pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu yang mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Sabtu meluahkan hasrat untuk membawa pulang emas buat negara.Dalam pada itu, Rizal memberitahu, Zii Jia bertuah kerana mendapat perhatian khusus daripada Hannah yang sedia membantu kerjaya dan masa depannya.\u201cZii Jia beruntung kerana ada Chong Wei untuk dijadikan sebagai pakar rujuk.\u201cZii Jia juga beruntung kerana dipertimbangkan menjadi atlet RTG walaupun tidak bernaung dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).\u201cZii Jia beruntung kerana berdikari atas tajaan beberapa syarikat yang sudi melabur ke atas bakatnya. Soalnya bagaimana menterjemah keuntungan ini kepada faedah untuk negara,\u201d katanya.Secara realistik kata Rizal, andai Zii Jia dapat memenuhi potensinya, beliau adalah prospek pingat emas bersama Datuk Azizulhasni Awang.\u201cCuma kenapa beliau hilang fokus dan baru kini terbit semula semangatnya untuk menang?\u201cApakah Zii Jia tidak mempunyai rakan sepelatih berkualiti? Apakah beliau tidak mendapat bimbingan seorang jurulatih yang tahu apa yang perlu dilakukan?,\" katanya.Rizal juga berharap Zii Jia dapat mempelbagaikan corak dan teknik permainannya untuk menjadi pemain versatil.\u201cDaripada segi teknik dan taktik, apakah corak permainannya mudah dibaca? Apakah cukup andai ada seorang pakar psikologi dapat memperkasakan fokusnya?\u201cAndai Zii Jia dapat menjawab persoalan ini beliau harus menjadi prospek emas di Paris 2024,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 10:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253902/berita/sukan/ancelotti-enggan-layan-spekulasi-ke-chelsea-brazil", "article_title": "Ancelotti enggan layan spekulasi ke Chelsea, Brazil", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Carlo Ancelotti enggan melayan spekulasi yang mengaitkannya untuk membimbing Chelsea dan skuad kebangsaan Brazil kerana menghormati majikannya, Real Madrid.Kontrak pengendali Itali itu masih berbaki setahun, namun ia tidak terlepas menjadi 'mangsa' khabar angin beberapa pasukan termasuk The Blues dan Selecao sejak kebelakangan ini.\"Begitulah. Saya masih ada kontrak sehingga 30 Jun 2024. Saya perlu menghormati perkara ini,\" katanya.Ancelotti pernah mengendalikan Chelsea selama dua tahun dan membimbing mereka memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim 2009/10.Real Madrid akan berdepan bekas kelabnya itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.Bagaimanapun menjelang aksi suku akhir itu, Ancelotti enggan menjawab sebarang soalan mengenai spekulasi bahawa dia akan meninggalkan Santiago Bernabeu untuk menyertai pasukan baharu.\"Ada ayat yang manis untuk bercakap mengenai perkara ini dengan cara yang betul.\"Ia hanya angin yang membawa perkhabaran ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 09:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253890/berita/sukan/skuad-fin-swimming-mahu-naik-podium-di-kemboja-2023", "article_title": "Skuad fin swimming mahu naik podium di Kemboja 2023", "article_text": "SKUAD fin swimming negara optimis berada di kedudukan terbaik untuk bersaing bagi meraih pingat dalam sukan akuatik pada Sukan Sea Kemboja bulan depan.Pengurus pasukan, S Ravivarma berkata, biarpun skuad itu masih baharu berbanding negara pesaing seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura, namun persiapan rapi dilakukan para atlet sejak beberapa bulan lalu mampu merealisasikan impian tersebut.Katanya, persiapan para perenang berjalan lancar menerusi latihan pusat di Kuala Lumpur serta program perenang di negeri masing-masing seperti di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.\u201cPara atlet menunjukkan prestasi yang baik dan mereka sudah bersedia untuk bersaing di Kemboja nanti.\u201cMalah kali ini kalau ditanya mengenai sasaran pingat, kita nampak peluang cerah merangkul satu atau dua pingat cuma warnanya belum pasti. Ini satu perkembangan yang positif kepada kami,\u201d katanya di Majlis Sukan Negara (MSN), Kuala Lumpur baru-baru ini.Ravivarma memberitahu, temasya di Kemboja adalah yang kedua buat skuad fin swimming negara selepas penyertaan kali pertama di Hanoi tahun lalu.Katanya, skuadnya terdiri daripada lapan atlet masing-masing empat lelaki dan wanita dengan sasaran pingat disandarkan kepada Faliq Nazrin Nazle dan Jamie Tan Guan.\u201cKami ada membuat analisis serta penilaian pada temasya di Hanoi tahun lalu dan pencapaian kali ini lebih baik.\u201cAtlet kami khususnya Faliq Nazrin dan Jamie berpeluang membawa pulang pingat kali ini,\u201d katanya.Ravivarma juga optimis peralatan khas mencecah RM50,00 yang dibeli dari Eropah mampu membantu perenang untuk memberi saingan sengit kepada Vietnam dan Indonesia.\u201cSelain kekuatan fizikal serta pengalaman sebagai bekas perenang ditambah dengan peralatan baharu saya percaya mereka mampu membuat catatan masa yang lebih baik.\u201cBiarpun Vietnam dan Indonesia mendominasi pingat dalam acara ini, namun para atlet enggan cepat mengalah sebaliknya tekad memberikan yang terbaik,\u201d katanya.Sebagai rekod, sukan fin swimming mula dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam 2003.Ia kemudian dipertandingkan di Laos dan pada ketika itu, Vietnam membolot lapan emas, lapan perak dan tiga gangsa, manakala Indonesia muncul naib juara dengan meraih tiga emas, lima perak dan enam gangsa.Sukan itu turut dipertandingkan di Indonesia 2011 dan menyaksikan Indonesia mendominasi carta keseluruhan pingat dengan tujuh emas, lapan perak dan dua gangsa, manakala Vietnam mendapat enam emas, lima perak dan enam gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253882/berita/sukan/perak-terus-alami-kekalahan-tewas-0-1-ke-atas-kl-city", "article_title": "Perak terus alami kekalahan, tewas 0-1 ke atas KL City", "article_text": "PERAK FC terus dirundum malang apabila mengalami kekalahan keempat berturut-turut, kali ini 1-0 di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.Kedua-dua pasukan bermula seimbang mengatur gerak dalam usaha memburu jaringan namun gagal memecah kebuntuan pada minit awal perlawanan.Skuad City Boys kemudian mendahului The Bos Gaurus pada hujung babak pertama menerusi jaringan tunggal Sebastian Avanzini yang menanduk masuk bola ke gawang pihak lawan selepas menerima hantaran pemain naturalisasi Paulo Josue yang menerima sepakan percuma daripada pengadil.Babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan cuba menokok jaringan dalam usaha mengutip tiga mata berharga namun ianya berakhir dengan kebuntuan dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.Kemenangan yang diraih anak buah Bojan Hodak itu memberi kelebihan kepada mereka untuk mendaki dua anak tangga kepada kedudukan kelapan liga selepas menerima tiga mata.Sementara itu, perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang menyaksikan pasukan Sri Pahang FC mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United FC.Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha memburu jaringan namun gagal memecah kebuntuan.Bersambung babak kedua, skuad tuan rumah dilihat menggandakan usaha melancarkan serangan ke arah kubu lawan untuk memecah kebuntuan tanpa gol perlawanan namun hanya membuahkan hasil pada minit kecederaan menerusi Stefano Brundo yang menerima hantaran rakan sepasukan Nor Azam AzihKeputusan 1-0 yang berpihak kepada Sri Pahang kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus meletakkan pasukan itu naik di tangga ketiga liga.Di Seremban, Sabah terpaksa akur berkongsi mata bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas seri 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Kedua-dua pasukan dilihat saling mengasak dan berbalas serangan namun tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui sepakan percuma yang diambil Tommy Mawar Mada pada minit ke-20.Memasuki babak kedua perlawanan, Sabah FC yang terus menggandakan usaha dengan beberapa percubaan dilakukan di hadapan gawang gol tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan kencang Park Tae-su pada minit ke-75. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 01:37am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253881/berita/sukan/negeri-sembilan-sabah-kongsi-mata-di-paroi", "article_title": "Negeri Sembilan, Sabah kongsi mata di Paroi", "article_text": "HASRAT Negeri Sembilan untuk melakar kemenangan ketiga musim ini tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 ketika melayan kunjungan Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Isnin.Bagaimanapun, Sabah dilihat lebih mendominasi perlawanan apabila memiliki beberapa peluang mendahului dengan kesempatan terbaik hadir pada minit ke-15.Namun skuad Rusa, K Devan yang tewas 1-2 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 4 April lalu, berjaya menyaingi asakan pasukan pelawat.Kesungguhan tuan rumah untuk meraih tiga mata akhirnya dijelmakan menerusi sepakan percuma daripada Tommy Mawat Bada pada minit ke-21 bagi memimpin perlawanan separuh masa pertama.Bersambung separuh masa kedua, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tampil ke bumi Hoben Jang Hoben dengan misi menamatkan rentetan kekalahan dalam dua perlawanan terakhir, kembali agresif.Sebagai rekod, The Rhinos tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Johor Darul Ta'zim (0-4) diikuti Kuala Lumpur City (0-2) sebelum ini selepas cemerlang dalam perlawanan awal musim.Percaturan Kim Swee akhirnya berhasil apabila gol penyamaan dicari pasukan pelawat akhirnya dihadiri menerusi tandukan kapten The Rhinos, Park Tae-su pada minit ke-76 untuk mengikat kedudukan 1-1.Keputusan seri itu menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi tujuh perlawanan untuk berada di kedudukan kesembilan liga.Sementara itu, Sabah pula berada di kedudukan keempat liga dengan 14 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 April 2023 12:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253872/berita/sukan/plus-fc-juara-divisyen-satu-liga-premier-selangor", "article_title": "PLUS FC juara Divisyen Satu Liga Premier Selangor", "article_text": "SKUAD bola sepak PLUS FC mencipta sensasi dalam penampilan sulung apabila menjuarai Divisyen Satu Liga Premier Selangor setelah menewaskan AS Gaison FC, 2-1 pada perlawanan akhir di Radia Arena Bukit Jelutong pada Ahad.Skuad kendalian bekas pemain KL PLUS, Mohd Faizal Ab Rahman terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma Asnan Awal Hisyam pada minit ke-22 bagi mendahului separuh masa pertama.Separuh masa kedua, AS Gaison yang menggandakan serangan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-49, sekali gus menghidupkan kembali permainan.Gol kemenangan PLUS FC, akhirnya hadir selepas pemain PLUS FC, Nazrin Syamsul Bahri bijak menyempurnakan peluang pada minit-minit akhir sekali gus mengesahkan kejuaraan milik pasukan itu.Nazrin Syamsul pemain terbaik perlawanan akhir tersebut. Sementara itu, Pengurus PLUS FC, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata kejayaan itu adalah hasil kerja keras pasukan dan pemain-pemain selama enam bulan.\u201cSaya percaya PLUS FC layak dinobatkan sebagai juara atas usaha serta semangat juang yang tinggi semua pemain-pemain saya.\u201cKami kini bersedia untuk bersaing di Liga Juara Selangor pada Julai depan,\u201d ujarnya.Sebagai rekod, sebanyak 16 pasukan dari seluruh Selangor menyertai Liga Premier Divisyen Satu Selangor musim ini.Kejayaan PLUS FC menjuarai liga tersebut membolehkan kelab itu layak ke peringkat playoff Liga Juara Selangor yang bakal bermula Julai depan.Nazrin Syamsul Bahri turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala penjaga gawang PLUS FC, Muhammad Aiman Zulkepli dinobatkan Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir.Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan para pemain.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 09:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253854/berita/sukan/harimau-kumbang-tekad-kekal-rekod-menang", "article_title": "Harimau Kumbang tekad kekal rekod menang", "article_text": "PENANG FC akan berusaha mengekalkan momentum kemenangan selepas menewaskan PDRM FC 4-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.Penolong Pengendali Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid berkata, beraksi pada bulan puasa bukanlah suatu yang mudah kerana pemain memerlukan tenaga secukupnya untuk berdepan lawan.\u201cNak dapatkan konsistensi bukan mudah tetapi saya dan pemain akan cuba sebaik mungkin untuk kekalkan prestasi semasa seperti dalam perlawanan ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Gol Penang FC dalam perlawanan itu dijaringkan hasil gol sendiri James Okwuosa minit ke-11, Hassan Ali Soony Saad (m-17, m-69) dan Rahmat Makasuf (m-93) manakala jaringan The Cops menerusi Marcus Macauley (m-3) dan Azmi Muslim (m-28).Sementara itu, pengendali PDRM FC, Azzmi Aziz mengakui kesilapan individu punca The Cops tewas kepada tuan rumah.\u201cPemain kita dibolosi pihak lawan. Apa pun, pemain kita sudah mencuba sebaik mungkin,\u201d katanya.Beliau berkata, Sang Saka Biru perlu meningkatkan prestasi terutama di bahagian serangan bagi membolehkan pasukan memenangi perlawanan seterusnya.Harimau Kumbang dijadualkan menentang Kelantan United FC di Stadium Bandaraya pada 18 April ini.Sementara itu, Sang Saka Biru pula akan melayan kunjungan penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 19 April.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 08:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253823/berita/sukan/permulaan-sukar-buat-bernhardt", "article_title": "Permulaan sukar buat Bernhardt", "article_text": "FRANK Bernhardt mengakui menghadapi kesukaran apabila terpaksa berhadapan dua pasukan gergasi dalam permulaan tugasnya selepas dilantik sebagai pengendali Kelantan FC.Menurutnya, ia cabaran besar selepas tewas kepada Selangor FC 0-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum dijadualkan berdepan Sabah FC di Stadium Likas dalam saingan Piala FA Sabtu ini.Namun, beliau percaya mampu untuk kembali memulihkan prestasi terumbang-ambing pasukan Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super musim ini.\"Saya percaya mampu buat perubahan untuk pasukan dan dapatkan mata. Namun, ia bukan permulaan mudah kerana perlu berdepan Selangor dan Sabah.\"Mereka pasukan kuat dan kami perlu hadapinya, tetapi ia situasi yang sukar,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Kelantan kini menghuni kedudukan ke-13 liga dengan hanya empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan enam kekalahan.Mengulas mengenai kekalahan pasukannya kepada Selangor, Bernhardt melihat barisan pemainnya mampu memberikan tentangan terutama pada separuh masa pertama.\"Dalam separuh masa pertama kita ada tiga peluang terbaik untuk jaringkan gol tetapi gagal sempurnakan.\"Pada separuh masa kedua, saya menghadapi masalah untuk menukar pemain dan taktikal kerana ramai pemain cedera. Tiga gol yang kita bolos adalah agak besar tetapi kami perlu menerimanya dan bergerak ke hadapan,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 04:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253809/berita/sukan/insentif-rm50000-buat-pemenang-emas-xiangqi-di-kemboja", "article_title": "Insentif RM50,000 buat pemenang emas xiangqi di Kemboja", "article_text": "PERSATUAN Xiang Qi Malaysia membuat kejutan apabila menawarkan insentif kemenangan bernilai RM50,000 kepada atletnya yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.Pengurus pasukan, Seck Kin Wai berkata, nilai insentif itu sebagai usaha memotivasikan barisan atlet terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita yang akan mengambil bahagian dalam keseluruhan empat acara sukan xiangqi atau catur Cina yang dipertandingkan.Beliau berkata, insentif tersebut juga menunjukkan tahap keseriusan persatuan dalam memburu kilauan emas sulung di temasya dwitahunan itu, selepas sekadar membawa pulang dua perak dan tiga gangsa pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.\"Sekurang-kurangnya RM50,000 dijanjikan pihak pengurusan persatuan kepada atlet yang berjaya dapatkan emas kerana kami betul-betul inginkan pingat emas di Sukan SEA,\" katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.Beliau berkata, sasaran yang ditetapkan ialah dua perak masing-masing dalam acara individu wanita Standard dan berpasukan lelaki Blitz serta satu gangsa menerusi berpasukan lelaki Rapid, namun tidak mustahil kilauan emas mampu dijelmakan berdasarkan prestasi semasa barisan atlet.Dalam pada itu, ketua pasukan Russel Sim yang bakal turun berentap dalam acara individu lelaki Standard dan berpasukan lelaki Blitz bersama gandingan Yeoh Thean Jern menaruh harapan tinggi untuk menghadiahkan emas pertama negara.Katanya, beliau menyimpan hasrat mencipta sejarah sebagai atlet xiangqi pertama negara yang memenangi pingat emas di Sukan SEA.\"Saya harap sebagai ketua pasukan saya boleh menyumbang pingat emas terlebih dahulu dan jadi inspirasi kepada rakan sepasukan untuk turut sama memperoleh kejayaan,\" kata atlet kelahiran Kuching, Sarawak berusia 39 tahun itu.Pada edisi lepas, Russel yang juga Xiangqi International Master bersama Thean Jern merangkul perak berpasukan lelaki Rapid.Satu lagi perak di Hanoi disumbangkan Jee Xin Ru dalam individu wanita Standard dan baki tiga gangsa masing-masing dihadiahkan Tan Yu Huat dan Fang Sze Fei dalam individu lelaki Standard serta gandingan Sze Jie dan Thean Jern (berpasukan lelaki Blitz). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 04:02pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253802/berita/sukan/pemilik-kelantan-fc-zamsaham-sedia-undur-diri", "article_title": "Pemilik Kelantan FC, Zamsaham sedia undur diri", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia untuk mengundurkan diri sekiranya penyokong merasakan beliau tidak layak menjadi pemilik pasukan itu.Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, beliau terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC kepada individu yang mampu.\"Pelbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW (The Red Warriors) dari 2020 sehingga sekarang. Duit saya yang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hutang RM 3.8 juta belum di terima lagi sesen pun.\"Banyak perancangan saya termasuk fasiliti untuk TRW masih belum tercapai. Saya telah usaha untuk (tempoh) 2.5 tahun.\"Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi pemilik kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yang mampu,\" katanya di laman Facebooknya pada Isnin.Dalam pada itu, beliau menjelaskan apa yang dilontarkan itu bukan kerana merajuk atau marah.\"Harap takda salah faham. Cuma terpikir nak bagi peluang untuk sesiapa merasai jadi pemilik penuh sebuah kelab bola.\"Uruskan sendiri baru tahu bagaimana jadi pemilik. Kepada yang sentiasa positif dan kritis dengan TRW, saya ucapkan berjuta terima kasih,\" katanya.Sebelum itu, penyokong Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah kepada Zamsaham selepas prestasi kurang memuaskan TRW dalam saingan Liga Super musim ini.Segelintir penyokong turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk meluahkan perasaan kecewa mereka.Selepas mengharungi lapan perlawanan Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan dengan mengumpul empat mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 03:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253794/berita/sukan/ronaldo-berang-bertengkar-dengan-pemain-lawan", "article_title": "Ronaldo berang, bertengkar dengan pemain lawan", "article_text": "PEMAIN sensasi, Cristiano Ronaldo kecewa setelah pasukannya, Al Nassr sekadar terikat tanpa jaringan dengan Al Feiha dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi Isnin.Kapten Portugal itu mendakwa pasukan lawan sengaja melengahkan permainan yang dilihat membantutkan misi Al Nassr memburu kejuaraan liga.Pencabar mereka, Al Ittihad mencetak kemenangan 2-1 ke atas Al Wehda untuk mendahului dengan kelebihan tiga mata di puncak liga.Sejurus tamat perlawanan Ronaldo dilihat bertengkar dengan pemain Al Feiha, Ali Al-Zaqaan dalam aksi Stadium King Salman Sport City itu.Ronaldo kecewa susulan kegagalan skuadnya menembusi gawang Al Feiha dan pertelagahannya dengan Al-Zaqaan dirakam kamera televisyen.\"Anda tidak mahu bermain,\" herdik Ronaldo ketika berjalan ke luar padang.Di belakangnya, pemain kedua-dua pasukan bertolakan sesama sendiri dengan Al Nassr tampak sangat kecewa selepas keciciran mata.Al Nassr berkunjung ke tempat lawan berbekal semangat tinggi setelah membenam Al Adalah 5-0 minggu lalu.Bekas pemain Manchester United itu meledak dua gol dalam akai itu tetapi gagal mengulanginya ketika menentang Al Feiha dengan kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan.Ronaldo berpeluang mencipta jaringan menarik tetapi sepakan percumanya sedikit melepasi palang, manakala gol Talisca dibatalkan angkara ofsaid.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 02:45pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253767/berita/sukan/penyokong-trw-gantung-sepanduk-marah-prestasi-pasukan", "article_title": "Penyokong TRW gantung sepanduk 'marah' prestasi pasukan", "article_text": "PENYOKONG Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah kepada pemilik pasukan, Norizam Tukiman selepas The Red Warriors (TRW) mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.Pada masa sama, penyokong turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini bagi menzahirkan rasa marah dengan prestasi semasa pasukan.Selepas mengharungi lapan perlawanan Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan dengan mengumpul empat mata.Penyokong Kelantan bertindak menggantung sepanduk sebagai tanda marah selepas TRW mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super setakat ini.Bukan itu sahaja Kelantan FC merekodkan jumlah bolos agak tinggi dalam saingan Liga Super dengan 25 jaringan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Kelantan FC merehatkan Choi Moon-sik susulan aksi kurang memuaskan yang dipersembahan oleh Kelantan FC sepanjang berada di bawah kendalian Moon-Sik.Ejen kepada jurulatih itu Myeongho Jeong bertindak mendedahkan krisis dalaman melibatkan Kelantan FC di laman Instagramnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 12:06pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253751/berita/sukan/perjalanan-jdt-masih-jauh", "article_title": "Perjalanan JDT masih jauh", "article_text": "BIARPUN berjaya mengatasi cabaran daripada pasukan handalan seperti Terengganu FC, Selangor FC, Sabah FC dan terbaharu, Kedah Darul Aman FC (KDAFC), namun pengendali Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari enggan mendabik dada dan menyifatkan masih banyak perlawanan yang perlu diharungi skuad kendaliannya itu dalam saingan Liga Super musim ini.Menurut Solari, skuad Harimau Selatan itu masih perlu melakar lebih banyak kejayaan selepas ini jika mahu merealisasikan impian menggenggam trofi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.\u201cPerjalanan kita masih jauh. Ya, kita memang gembira dengan prestasi dan pencapaian kita setakat ini, tetapi ia masih belum menjanjikan apa-apa.\u201cKita cuma telah bermain dengan pasukan-pasukan handalan dan menewaskan mereka... lagi pun, kita menghormati setiap pasukan dan bermain pada tahap yang sama.\u201cOleh itu, amat penting untuk kita terus melakar kemenangan demi kemenangan pada perlawanan-perlawanan akan datang,\u201d katanya kepada pemberita pada Ahad.Sebelum itu JDT meraih tiga mata berharga apabila menewaskan KDAFC, 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Mengulas mengenai kemenangan berkenaan Solari berkata, seperti diramal, aksi berdepan KDAFC sememangnya sukar dan menyaksikan JDT hanya mampu menjaringkan satu gol pada babak pertama.Bagaimanapun katanya, corak permainan Harimau Selatan itu mulai berubah pada babak kedua dengan menyaksikan lima lagi jaringan terhasil hingga ke wisel penamat.\u201cAksi pemain pada separuh masa pertama agak perlahan namun hasil perbincangan pada masa rehat, pemain menggandakan tekanan kepada benteng pelawat dan menyaksikan lima gol dihasilkan.\u201cKita seharusnya menjaringkan lebih banyak gol, namun keputusan ini juga sudah cukup memadai,\u201d katanya.Sementara itu ketika mengulas mengenai prestasi pemain yang beraksi berdepan KDAFC, Solari berkata, kesemuanya telah memberikan aksi terbaik masing-masing bagi membantu kejayaan pasukan.Malah, Solari turut gembira dengan aksi beberapa pemain muda yang diberikan peluang beraksi pada Ahad.\u201cJDT merupakan sebuah kelab besar dan kami merancang untuk mengetengahkan lebih ramai pemain-pemain baharu berbakat pada masa hadapan.\u201cKami akan pilih mereka (pemain muda), latih mereka dengan sebaik-baiknya kerana mereka inilah yang akan membawa pasukan ini ke tahap lebih tinggi selepas ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 10:38am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253748/berita/sukan/nafuzi-tidak-sangka-kda-fc-tewas-besar", "article_title": "Nafuzi tidak sangka KDA FC tewas besar", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain tidak menyangka pasukannya akan tewas besar 6-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi kelapan Liga Super 2023 pada malam Ahad.Menurutnya, tiga gol awal pada 10 minit separuh masa kedua bermula hasil kesilapan sendiri menjadi titik permulaan kepada kenduri gol Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.\"Saya secara peribadi tidak menyangka dengan kekalahan besar ini. Kita tengok pada separuh masa pertama (bolos) 1-0 ok tapi untuk 10 minit separuh masa kedua kita melepaskan tiga gol yang mudah.\"(Jaringan pantas tiga gol) mungkin melemahkan moral pemain untuk bangkit. Kita cuba tapi kita tahu bukan satu perkara yang mudah, disebabkan kesilapan mudah kita telah dihukum oleh jaringan besar,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat di Stadium Sultan Ibrahim pada malam Ahad.Pada perlawanan tersebut, JDT membuka jaringan menerusi Fernando Forestieri pada minit ke-23, diikuti Feroz Baharudin (m-48), Oscar Aribbas (m-50), jaringan penalti Bergson Da Silva (m-53), Arif Aiman Hanapi (m-77) dan Leandro Velazquez (m-86).Nafuzi menjelaskan, secara keseluruhan beliau melihat masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di semua posisi sebelum menghadapi perlawanan seterusnya.Secara keseluruhan masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pasukan KDA FC. - Foto KDA FC\"Malam ini saya sendiri boleh nampak di mana level kita apabila berdepan pasukan yang bagus seperti JDT. pemain perlu bekerja keras lagi untuk kita bersaing.\"Saya boleh nampak karakter pemain apabila berdepan dengan pasukan yang baik seperti ini,\" ujar beliau.Tambah Nafuzi, ketiadaan dua tonggak pertahanan, Wan Amirul Afiq dan Ariff Farhan yang tidak diturunkan akibat digantung perlawanan bukan punca Sang Kenari tewas besar pada perlawanan itu.\"Ketiadaan mereka sedikit menjejaskan rentak tapi bagi saya tidak boleh meletakkan ketiadaan mereka menyebabkan pasukan kita tewas besar pada malam ini. Pemain lain juga diberikan tanggungjawab dan memainkan peranan.\"(Sebenarnya) Banyak posisi, kesilapan individu (berlaku), kita kena ada sikap melawan yang lebih,\" katanya mengulas punca kelemahan KDA FC pada perlawanan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 10:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253745/berita/sukan/klopp-bagai-hilang-kata-kata", "article_title": "Klopp bagai hilang kata-kata", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp kelu selepas The Reds gagal menutup kebangkitan dengan kemenangan ke atas Arsenal dalam 'drama' menarik di Anfield awal pagi Isnin.Liverpool ketinggalan 0-2 selepas 28 minit, namun Mohamad Salah dan Roberto Firmino mengikat kedudukan 2-2.\"Permulaan yang sama sahaja pada musim ini. Kami ketinggalan dalam banyak aspek kepada Arsenal pada babak pertama.\"Aksi terbuka. Mereka mendahului pada babak pertama,\" ujar Klopp.Pada aksi itu Arsenal mendahului menerusi Gabriel Martinelli pada minit kelapan dan Gabriel Jesus menambah jaringan 20 minit kemudian.\"Selepas ketinggalan kami memberi reaksi yang bagus. Ia perlawanan hebat.\"Namun saya tidak tahu bagaimana kami tidak menang dengan beberapa peluang terbaik pada saat akhir,\" kata Klopp.Salah terlepas penalti dan rembatannya melepasi palang pada masa kecederaan.Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale cemerlang di gawang apabila menyelamatkan dua percubaan Salah dan Ibrahima Konate ketika pelawat cekal bertahan.\"Saya antara gembira dan tidak.\"Tiada masalah dengan seri. Arsenal bagus tetapi mereka sepatutnya kalah perlawanan ini, namun satu mata lebih baik untuk mereka,\" katanya.Keputusan seri meletakkan Liverpool di tangga kelapan, ketinggalan 29 mata di belakang pendahulu Arsenal.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 10:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253740/berita/sukan/maguire-sedia-pacu-united", "article_title": "Maguire sedia pacu United", "article_text": "PARA pemain Manchester United perlu bangkit mempamerkan watak sebenar mereka untuk memacu Red Devils dalam baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Kapten United, Harry Maguire menyuarakan kesediaan memainkan peranan yang lebih besar dalam skuad bimbingan Erik Ten Hag itu.Pemain England dilihat sukar untuk merebut tempat dalam skuad Red Devils musim ini apabila hanya memulakan enam daripada 29 aksi.Bagaimanapun pemain berusia 30 tahun itu kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Raphael Varane ketika mereka menundukkan Everton 2-0 pada Sabtu.\"Kita tidak akan berjaya dengan hanya 11 pemain,\" ujar Maguire.United ketika ini berada di landasan terbaik dalam misi memburu penamat empat teratas dan masih bersaing merebut gelaran Liga Europa dan Piala FA.Dengan berbaki sembilan aksi musim ini, kapten United itu mahu setiap pemain memainkan peranan masing-masing sehingga ke penghujung saingan.\"Ini adalah EPL dan kita juga masih bersaing dalam kesemua kejohanan.\"Kami mahu melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan, memenangi trofi dan bersaing di peringkat tertinggi dalam EPL.\"Bagi menjayakannya, anda memerlukan lebih daripada 11 pemain,\" katanya.Red Devils akan menanti kunjungan Sevilla bagi perlawanan suku akhir pertama Liga Europa awal pagi Jumaat.United kemudian akan menentang Brighton & Hove Albion bagi aksi separuh akhir Piala FA pada 23 April ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 09:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253739/berita/sukan/tfc-puas-hati-rakam-tiga-kemenangan-berturut-turut", "article_title": "TFC puas hati rakam tiga kemenangan berturut-turut", "article_text": "KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut di laman sendiri malam tadi.Steinbruckner berkata, kejayaan tersebut juga amat berharga kerana membolehkan skuad bimbingannya naik daripada tangga keenam ke kedudukan kelima Liga Super musim ini.Beliau berkata, walaupun masih terdapat beberapa kelemahan seperti ketumpulan penyudah, prestasi pemain dilihat semakin meningkat termasuk ketika aksi menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam tadi.\"Ini kemenangan ketiga berturut-turut dan saya berpuas hati cara kami bermain malam ini (malam tadi). Kami cipta banyak peluang dan berjaya menjaringkan dua gol.\"Mungkin kami terlepas banyak mata daripada perlawanan awal, tetapi tidak mengapa kerana sekarang kami lebih baik dan berada di kedudukan ke-5 dalam Liga Super,\u201d katanya selepas aksi Liga Super menentang Kuching City FC di SSMZA malam Ahad.Pada perlawanan itu, TFC berjaya menewaskan skuad The Cats 2-0 hasil jaringan penyerang import, Jordan Mintah.Sementara itu pengendali Kuching City FC Irfan Bakti Abu Salim berkata, kelekaan dan kesilapan mudah oleh pemain menjadi faktor kekalahan pasukannya malam tadi.Bagaimanapun beliau mengakui belum berputus asa dan akan memperbaiki kelemahan pasukan yang kini menghuni tangga ke-12 daripada 14 pasukan di Liga Super.\"Terengganu malam ini tidaklah beraksi baik sebagaimana perlawanan sebelum ini, tetapi mereka masih menang kerana pemain kami leka dan berterusan melakukan kesilapan mudah yang menyebabkan kami dihukum.\"Tetapi saya percaya kami masih boleh buat 'come back' sebelum pusingan kedua Liga Super. Insya-Allah kami akan perbaiki kelemahan yang ada,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 09:01am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253735/berita/sukan/selangor-pintas-kedah-darul-aman", "article_title": "Selangor pintas Kedah Darul Aman", "article_text": "SELANGOR FC merampas kedudukan kedua Liga Super daripada Kedah Darul Aman FC selepas menewaskan Kelantan FC, 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.Anak buah Tan Cheng Hoe yang mendominasi permainan menerusi jaringan penyerangnya Ayron Del Valle yang membuka tirai jaringan pada minit ke-28 bagi memimpin separuh masa pertama.Separuh masa kedua Selangor terus menggandakan serangan ke atas pasukan kendalian Frank Bernhardt yang menggantikan Choi Moon-Sik itu.Usaha itu menjelmakan hasil apabila pemain gantian Ayron, Rauf Salifu menyumbat tenang jaringan kedua Selangor selepas menerima hantaran lorongan daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-80.Sembilan minit kemudian Rauf, yang menerima hantaran Norhakim Hassan, sekali lagi menghadiahkan jaringan buat skuad Cheng Ho untuk keputusan kekal 3-0 sehingga tamat perlawanan.Sementara itu, Terengganu FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.Skuad Penyu Tomislav Steinbr\u00fcckner mendominasi babak pertama dengan beberapa percubaan tepat seawal minit keempat.Namun gol pertama hanya hadir pada minit ke-22 menerusi Jordan Mintah yang menyempurnakan hantaran cantik Adidak Kraisorn.Pada minit ke-52, Mintah sekali lagi menceriakan penyokong Penyu apabila meledak gol kedua perlawanan dan gol keempat peribadi dalam saingan Liga Super musim ini.Baki perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada jaringan dihasilkan hingga ke akhir perlawanan.Di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Penang FC memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas membenam PDRM FC 4-2.Kedua pasukan bermula ghairah memburu jaringan namun skuad kendalian Azzmi Aziz berjaya memecah kebuntuan dengan meledak jaringan seawal minit ketiga menerusi Marcus Macaule.Gol terbabit tidak mematahkan semangat skuad tuan rumah apabila James Okwusa dan Soony Saad meledak jaringan pada minit ke-11 dan 17 sebelum PDRM membalas tentangan dengan jaringan kedua mereka menerusi Azmi Muslim pada minit ke-28.Separuh masa kedua skuad asuhan Chong Yee Fatt meledak jaringan sekali lagi hasil penyudah Soony pada minit ke-53 sebelum Rahmat Makasuf melengkapkan jaringan pada minit ke-69.KEPUTUSANJohor Darul Ta'zim 6-0 Kedah Darul AmanSelangor 3-0 KelantanPenang FC 4-2 PDRM FCTerengganu FC 2-0 Kuching City FC", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 07:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253729/berita/sukan/senario-kurang-sihat-industri-bola-sepak-negara", "article_title": "Senario kurang sihat industri bola sepak negara", "article_text": "KELAB Liga Malaysia (Liga-M) dinasihatkan supaya melakukan kajian lebih teliti pada masa depan sebelum mengambil jurulatih asing bagi menguruskan pasukan masing-masing.Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menegaskan, tindakan merehatkan jurulatih pasukan yang tidak mencapai prestasi dalam beberapa perlawanan bukan sesuatu yang sihat bagi industri bola sepak negara.Tegasnya, reputasi dimiliki seseorang jurulatih asing juga bukan jaminan pasukan akan cemerlang dalam saingan liga tempatan yang begitu kompetitif.\u201cSejujurnya banyak perkara sebenarnya yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan tersebut selain pengalaman jurulatih itu sendiri.\u201cNamun pada saya, kes pertikaian jurulatih asing dan kelab, jurulatih akan terus membuat laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya berlaku isu berbangkit.\u201cDan dalam kebanyakan kes pula, berdasarkan kontrak keputusan akan memihak kepada jurulatih yang membuat aduan kepada badan induk bola sepak antarabangsa itu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Terdahulu saingan Liga Super yang baru memasuki tujuh perlawanan dikejutkan kemelut dalaman Kelantan FC dengan pengendalinya dari Korea Selatan, Choi Moon-sik.Insiden melanda The Red Warriors (TRW) turut mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyiasat kemelut tersebut.Tidak terhenti di situ, Kelantan United juga mengambil tindakan sama apabila merehatkan pengendalinya, Tomas Trucha berikutan prestasi kurang memuaskan dalam saingan liga musim ini,Sebagai rekod, Kelantan FC dan Kelantan United kini menduduki tangga ke-13 serta 14 Liga Super selepas mengharungi tujuh perlawanan.Dalam masa sama Sathianathan percaya setiap pertikaian yang timbul antara jurulatih dan kelab dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya kedua-dua pihak memahami kontrak dipersetujui.\u201cMasalah tidak akan timbul sekiranya pengurusan kelab melaksanakan perkara yang termaktub dalam kontrak sebelum ini.\u201cSekiranya khidmat jurulatih berdepan masalah disebabkan prestasi pasukan, maka pengurusan perlulah membayar pampasan atau perkara yang termaktub dalam kontrak.\u201cJadi pesan saya kepada kelab Liga Malaysia yang menggunakan khidmat jurulatih asing supaya lebih profesional dalam menyelesaikan isu berbangkit.\u201cJika sebelum ini kelab mengikat jurulatih berdasarkan terma kontrak, seharusnya pendekatan sama digunakan sekiranya khidmat tidak diperlukan disebabkan faktor prestasi pasukan,\u201d katanya.Dalam perkembangan sama, Sathianathan memaklumkan bahawa setakat ini PJBM masih belum menerima sebarang laporan berkenaan tunggakan gaji atau masalah berkaitan dalam kalangan ahlinya.\u201cSekiranya masalah timbul, saya minta dalam kalangan ahli untuk terus membuat laporan kepada persatuan supaya tindakan segera dalam diambil dalam menyelesaikan berbangkit,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253730/berita/sukan/aaron-wooi-yik-mula-atur-langkah", "article_title": "Aaron, Wooi Yik mula atur langkah", "article_text": "PEMAIN beregu utama negara, Aaron Chia meluahkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi peluang kepadanya serta Soh Wooi Yik untuk berada dalam projek Road To Gold (RTG).Beregu nombor dua dunia itu bersama sembilan pemain badminton serta masing-masing dua atlet daripada sukan terjun dan basikal menjadi prospek untuk meraih emas sulung buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.Aaron berkata, sebagai langkah pertama, mereka perlu melayakkan diri terlebih dahulu ke temasya terbesar dunia tersebut dan seterusnya berjuang untuk memenangi pingat.\u201cPertama sekali saya berterima kasih kepada KBS, MSN (Majlis Sukan Negara), BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan semua yang sentiasa membantu kami,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Aaron bertekad untuk memberikan yang terbaik bagi mengumpul mata dalam setiap kejohanan yang disertai bermula bulan depan bagi meraih tiket ke Paris.\u201cSaya dan Wooi Yik akan bermula dengan langkah demi langkah. Buat yang terbaik untuk pastikan layak dulu ke Olimpik.\u201cSetelah layak (Olimpik) kami akan berjuang untuk meraih pingat terbaik,\u201d katanya.Pada Jumaat, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan senarai 15 atlet yang menjadi prospek untuk meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik.Daripada senarai tersebut, 11 daripadanya membabitkan wakil daripada sukan badminton iaitu Aaron-Wooi yang merupakan pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.Turut tersenarai tiga beregu profesional iaitu satu wakil dalam beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan dua pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.Selain badminton, atlet sukan lain yang tersenarai ialah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta dua wakil sukan terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 07:10am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253722/berita/sukan/harimau-selatan-ratah-kenari", "article_title": "Harimau Selatan 'ratah' Kenari", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta'zim melebarkan penguasaan di puncak Liga Super apabila 'membenam' Kedah Darul Aman FC (KDA FC), 6-0, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.JDT bermula garang dengan mengasak bertubi-tubi ke gawang KDA FC dalam usaha membuka jaringan.Asakan-asakan berkenaan hampir membuahkan hasil namun tonggak import, Bergson Da Silva gagal merembat tepat lorongan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-10 sebelum percubaan selang seminit kemudian tinggi melepasi palang gol.Skuad Harimau Selatan itu sekali lagi hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-16, namun rembatan dari luar kotak penalti pemain import, Juan Muniz gagal menepati sasaran.JDT akhirnya memecah kebuntuan jaringan apabila penyerang import, Fernando Forestieri memanfaatkan peluang terbuka di depan gawang pelawat pada minit ke-23.Tersentak dengan gol itu, KDA FC mula bangkit memburu jaringan penyamaan, namun gagal melepasi benteng pertahanan JDT.Bagaimanapun, benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu cemas seketika apabila penyerang import KDA FC, Willian Lira berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan sebelum melakukan percubaan dari luar kotak penalti.Namun rembatan 'lencong' itu hanya sipi melepasi tiang gol kiri walaupun penjaga gol JDT, Ahmad Syihan sudah pun tertewas.Kedua-dua pasukan kemudiannya dilihat terus buntu untuk menambah jaringan dan menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua, JDT dilihat menggandakan asakan dan skuad Harimau Selatan itu tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol kedua menerusi Feroz Baharuddin pada minit ke-48.Bagai mendapat semangat baharu, skuad Harimau Selatan itu kian mengasak hebat ke gawang lawan dan kali ini giliran Oscar Arribas meledak gol ketiga pada minit ke-50.Belum pun reda sorakan penyokong JDT meraikan jaringan berkenaan, giliran Bergson mencatatkan nama selaku penjaring apabila menyempurnakan sepak penalti pada minit ke-53.JDT kemudiannya menambah gol kelima pada minit ke-70, namun jaringan hasil sepakan penalti itu dibatalkan pengadil.Bagaimanapun, situasi berkenaan ditebus pemain sayap lincah Arif Aiman Hanapi pada minit ke-77.Pemain gantian Leandro Velazquez furut mencatatkan nama selaku penjaring apabila meledak gol keenam pada minit ke-86 dan keputusan berkenaan kekal ke wisel penamat.JDT - Ahmad Syihan Hazmi, Matthew Davies, Jordi Amat (kapten), Shio Hong Wan (Syameer Kutty Abba), Bergson Da Silva (Syahmi Safari), Feroz Baharuddin, Juan Muniz, Endrick Dos Santos (Afiq Fazail), Oscar Arribas (Leandro Velasquez), Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri (Akhyar Rashid)KDA FC - KalamullahAl-Hafiz, Mohd Akmal Md Zahir (Mohd Lokman Hakim), Rodney Celvin (Jonathan De Reis), Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Ott (kapten), William Lira, Lee Tuck (Fayadh Zulkifli), Mohamad Heshamudin Ahmad (Muhammad Azrin Afiq), Muhammad Kamil Akmal, Manuel HidalgoPENGADIL - Razlan Joffri Ali", "reading_time": "4", "article_dt": "10 April 2023 12:02am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253710/berita/sukan/final-tetap-final---hamidin", "article_title": "Final tetap final - Hamidin", "article_text": "SASARAN skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk mara ke final acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei ini tidak berubah meskipun terpaksa berdepan dua pasukan pilihan Thailand dan juara bertahan Vietnam dalam saingan Kumpulan B.Biarpun tanggapan orang ramai bahawa skuad bimbingan E Elavarasan itu diundi dalam kumpulan 'maut' kerana turut disertai Singapura dan Laos, namun Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap sebaliknya.Malah katanya, undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda dan halangan yang menanti anak buah Elavarasan pernah dilalui skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang akhirnya berjaya meraih pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.\u201cSaya sudah tanamkan kepada pemain dan Elavarasan... Thailand dan Vietnam (kalau) kita jumpa awal lagi senang bergantung kepada taktikal.\u201cIni terjadi semasa saya jadi pengurus dan Datuk Ong jadi jurulatih (2011)... ketika itu dipanggil juga kumpulan maut apabila Malaysia, Thailand dan Indonesia satu kumpulan.\u201cSaya rasa lebih baik kumpulan ini kerana kita lawan pasukan kuat lebih awal dan akan jumpa pasukan dari kumpulan yang dikatakan laluan mudah... tetapi bagi kejohanan karnival, tumpuan, kecederaan dan komitmen pemain penting... sasaran kita tetap masuk final,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.Sebagai rekod saingan Kumpulan A bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 yang dijadual bermula 29 April hingga 16 Mei ini Menghimpunkan Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.Malaysia kali terakhir merangkul emas ialah pada edisi 2011 selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas dikejutkan pula Thailand di final.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 08:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253712/berita/sukan/harimau-muda-b-17-asah-taring-di-qatar", "article_title": "Harimau Muda B-17 asah taring di Qatar", "article_text": "SIRI jelajah latihan pusat skuad Bawah 17 (B-17) tahun negara di Doha, Qatar yang bermula hari ini hingga 21 April akan menjadi medan mempertajam corak permainan skuad negara menjelang saingan Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand pada Jun.Pengurus pasukan B-17 negara, Christopher Raj berkata, segala persiapan telah diatur dengan rapi termasuk tiga perlawanan persahabatan di Doha yang sememangnya penting bagi meningkatkan tahap persediaan pemain.\"Seramai 38 pemain dan pegawai berlepas ke Doha, Qatar Ahad ini selama dua minggu untuk menjalani fasa ketiga latihan pusat yang sudah bermula sejak Januari yang lalu, bagi membolehkan pengendali Osmera Omaro menyediakan skuad terbaik di kejohanan Piala Asia B-17 Jun depan.\"Ini merupakan perancangan kita untuk menambah baik corak permainan bagi menghadapi persaingan sengit dari negara-negara besar Asia yang akan berentap merebut empat slot mewakili pasukan Asia ke Piala Dunia B-17 hujung tahun ini,\" katanya dalam kenyataan pada Ahad.Dalam pada itu, Christopher berkata, skuad B-17 negara akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Piala Asia B-17, Arab Saudi pada 8 Jun sebelum berlepas ke Bangkok.Sebagai rekod, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran tinggi untuk skuad B-17 negara iaitu dapat beraksi buat pertama kali di pentas Piala Dunia B-17 hujung tahun ini, dengan merebut empat tiket automatik mewakili Asia.Skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A akan memulakan saingan Piala Asia B-17 berdepan Yemen pada 15 Jun, diikuti menentang tuan rumah Thailand (18 Jun) dan Laos (21 Jun).", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 08:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253699/berita/sukan/tang-jiendashee-wei-pahat-sejarah-di-perancis", "article_title": "Tang Jie\u2013Ee Wei pahat sejarah di Perancis", "article_text": "BEREGU campuran muda negara, Chen Tang Jie\u2013Toh Ee Wei memahat sejarah tersendiri apabila buat kali pertama memenangi Kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas muncul juara Terbuka Orleans di Perancis pada Ahad.Malah lebih manis ia merupakan final pertama pasangan itu yang baru digandingkan sejak November tahun lalu.Kejayaan tersebut diraih selepas mereka menundukkan pasangan Taiwan, Ye Hong-wei-Lee Chia Hsin 21-19, 21-17 pada kejohanan berstatus Super 300 itu.Dalam aksi di Palais des Sports tersebut, pasangan di ranking ke-26 dunia itu bermula baik pada set pertama apabila mendahului 11-8 sebelum menerima tentangan sengit dan akhirnya menoktahkan kemenangan dengan 21-19.Ee Wei (kiri) dan Tang Jie mengungguli Terbuka Orleans di Perancis pada Ahad. - Foto AgensiMemasuki set kedua mereka ketinggalan 8-11 sebelum mempamerkan kebangkitan untuk mengejar mata demi mata dan pasangan lawan terpaksa akur tewas 17-21 dalam tempoh 35 minit permainan.Ia adalah pertemuan kali pertama antara Tang Jie-Ee Wei dengan gandingan Taiwan itu yang menghuni ranking ke-25 dunia.Pada aksi separuh akhir sebelum ini, Tan Jie-Ee Wei mempamerkan rentak cemerlang apabila menewaskan gandingan Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu 21-10, 21-16.Sebelum itu pada aksi suku akhir pasangan negara melakar kejutan terbesar apabila menundukkan juara Terbuka Switzerland dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin 21-14, 21-15.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 06:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253694/berita/sukan/rtg-shah-firdaus-tak-jangka-tersenarai", "article_title": "RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai", "article_text": "KUALA LUMPUR - Walaupun dianggap sebagai atlet elit negara, pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program \u2018Road to Gold\u2019 (RTG) bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.Muhammad Shah Firdaus mengakui memikul tanggungjawab berat untuk membalas balik kepercayaan diletakkan kepadanya memandangkan beliau kini merupakan antara prospek negara untuk membawa pulang emas dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut tahun depan.\"Pertama sekali syukur alhamdulillah saya tak sangka terpilih, kita tahu dalam senarai itu ada juara dunia dan pemenang pingat Olimpik, jadi macam saya ini tiada apa lagi namun ia merupakan penghormatan bagi saya.\"Tekanan memang ada namun apa yang penting saya ambil positif dapat terpilih dalam RTG... bermakna saya perlu beri 100 peratus dan sememangnya ini tanggungjawab saya untuk sumbangkan lebih banyak (di Sukan Olimpik 2024),\u201d katanya kepada Bernama.Ditanya mengenai apa yang bakal dimintanya dalam program RTG, pemenang pingat gangsa keirin lelaki Sukan Komanwel 2022 itu berkata perbincangan masih dilakukan dengan jurulatihnya John Beasley sebelum memuktamadkan keperluan dimahukan bagi membantunya berlumba di Paris 2024.Muhammad Shah Firdaus, yang kini sedang menjalani latihan di Eropah berkata, beliau akan berjumpa dengan jawatankuasa RTG selepas pulang daripada beraksi pada pusingan ketiga Kejohanan Piala Negara-Negara di Milton, Kanada, awal bulan depan bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung tawaran yang bakal dinikmatinya dalam program berkenaan.Selain beliau, pemenang pingat perak keirin lelaki Sukan Olimpik 2020 serta bekas juara dunia Datuk Mohd Azizulhasni Awang juga merupakan antara 15 nama yang tersenarai dalam program RTG.Sukan badminton pula mendominasi program tersebut apabila seramai 11 pemain tersenarai iaitu juara dunia dan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, jaguh profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah.Turut terpilih adalah tiga beregu profesional iaitu dua wakil dari kem beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie serta beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi manakala dua wakil terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri melengkapkan senarai atlet dalam program RTG.Sementara itu, Soon Huat, yang bersyukur kerana terpilih dalam program RTG percaya ia pasti akan memberi mereka motivasi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama di Perancis.Soon Huat berkata, beliau dan Shevon kini boleh menarik nafas lega selepas segala usaha mereka untuk mendapatkan bantuan terutama daripada Kementerian Belia dan Sukan akhirnya membuahkan hasil.\"Permintaan utama kami adalah perkhidmatan kakitangan sokongan daripada Majlis Sukan Negara dan juga Institut Sukan Negara untuk perubatan, fisioterapi dan tukang urut semasa kejohanan dan latihan.\"Saingan akan lebih sengit kerana kami akan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2024 bermula bulan depan serta kejohanan berturut-turut, kami bukan sahaja perlu berada dalam keadaan terbaik tetapi juga untuk mengelakkan kecederaan,\u201d katanya.Dalam pada itu, Yew Sin berkata, beliau dan Ee Yi akan memberikan yang terbaik untuk membalas kepercayaan jawatankuasa RTG manakala Thinaah berharap semua proses yang perlu mereka lalui dalam program itu berjalan lancar. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 06:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253656/berita/sukan/perlawanan-sukar-buat-real-madrid---ancelotti", "article_title": "Perlawanan sukar buat Real Madrid - Ancelotti", "article_text": "REAL Madrid wajar menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang sehingga terpaksa akur tewas mengejut 2-3 kepada Villarreal dalam aksi La Liga awal pagi Ahad.Pemain sayap Samu Chukwueze memacu kemenangan Villarreal apabila meledak dua gol biarpun pasukan tuan rumah mendahului dua kali dalam aksi di Santiago Bernabeu itu.Skuad kendalian Carlo Ancelotti beraksi cemerlang apabila membelasah seteru Barcelona 4-0 di Camp Nou pada separuh akhir Copa del Rey Rabu lalu.Namun mereka tidak dapat mengekalkan momentum itu kerana kekalahan yang menyebabkan mereka mengumpul 59 mata di tempat kedua sekali gus memberi laluan buat Barcelona mendahului 15 mata di puncak jika menewaskan Girona Selasa depan.\"Ia adalah perlawanan yang sukar. Kami mempunyai peluang dan boleh menjadikan kedudukan 3-1, namun ia tidak menjadi,\" ujar Ancelotti.Pada aksi itu Real Madrid terlebih dahulu di depan menerusi gol sendiri, Pau Torres pada minit ke-16, sebelum Chukwueze menyamakan kedudukan pada minit ke-39.Pasukan tuan rumah sekali lagi di depan menerusi jaringan Vinicius Junior pada minit ke-48, namun Jose Luis Morales mengikat kedudukan dan Chukwueze mengesahkan kemenangan Villarreal apabila menyumbat gol ketiga 10 minit menjelang wisel penamat.\"Kami boleh bertahan dengan lebih baik. Sejujurnya, sukar untuk kami menjadi 100 peratus bermotivasi, ia adalah perkara biasa,\" ujar Ancelotti.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 01:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253652/berita/sukan/ten-hag-salahkan-jadual-epl", "article_title": "Ten Hag salahkan jadual EPL", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Erik ten Hag menuding jari menyalahkan jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas penyerang Marcus Rashford cedera setelah Manchester United menang ke atas ke atas Everton 2-0 pada Sabtu.Penyerang berusia 26 tahun itu mengalami masalah di pangkal paha dan Ten Hag mempersoalkan mengapa United diberikan perlawanan waktu tengah hari selepas berdepan Newcastle pada Ahad lalu diikuti Brentford pada Rabu.\u201cSaya bukan doktor. Saya tidak tahu. Kita perlu tunggu untuk tahu baik atau buruk keadaannya. Kita perlu menunggu imbasan untuk tahu,\u201d kata Ten Hag mengenai kecederaan Rashford.Biarpun keputusan menggilirkan pemain termasuk mengerah kudrat Rashford terletak di tangannya, namun Ten Hag mengalih perhatian menyalahkan pentadbiran liga yang meletakkan pemain dalam bahaya.\u201cAda perkara yang tidak boleh dielakkan tetapi ini boleh dielakkan. Kenapa EPL memberikan kami aksi lewat pada Ahad dan kemudian awal Sabtu. Saya rasa ia tidak betul.\u201cAnda menyebabkan pemain tidak sempat berehat. Kajian dan sains menyebut bahawa pemain memerlukan tempoh tertentu untuk kembali cergas.\u201cTidak ada pengendali akan menggilirkan pemain pada fasa terakhir musim seperti ini,\u201d katanya.Red Devils telah mengharungi 49 aksi musim ini dan berbaki 16 lagi dalam saingan liga, Liga Europa dan Piala FA.Rashford sudah beraksi dalam 52 perlawanan untuk kelab dan negaranya musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 01:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253649/berita/sukan/chelsea-perlu-tampil-lebih-garang", "article_title": "Chelsea perlu tampil lebih garang", "article_text": "JURULATIH baharu Chelsea, Frank Lampard mahu para pemain tampil lebih bersemangat selepas The Blues tewas mengejut kepada Wolverhampton Wanderees 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggersi (EPL) pada malam Sabtu.Keputusan tersebut bukan seperti diharapkan Lampard selepas kembali membimbing The Blues Khamis lalu dalam aksi di Stadium Molineux.Gol tunggal Matheus Nunes pada minit ke-31 sudah cukup buat Wolves mencipta kejutan ke atas Chelsea dalam perlawanan pertama Lampard sebagai pengurus sementara pasukan itu musim ini.\u201cKami sedar kami bukan berada di posisi yang dimahukan.\u201cSaya menyedarinya dan tidak menjangkakan ia dapat diselesaikan dalam sehari,\u201d ujar Lampard.Lampard mewakili Chelsea sewaktu zaman kegemilangan pasukan itu dari 2001 hingga 2014.Bekas pemain kebangsaan England itu menamatkan kariernya selaku pemegang rekod penjaring terbanyak kelab dengan 147 gol.Pemain tengah itu juga merupakan antara pemain paling rajin sepanjang eranya dan Lampard mahu generasi baharu Chelsea melakukan perkara sama.\u201cBerdasarkan analisis dalam setiap aksi EPL, anda perlu lebih agresif dalam permainan. Lebih pantas dan lebih kompetitif merebut bola berbanding pihak lawan,\u201d ujar Lampard.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 12:46pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253643/berita/sukan/frank-bernhardt-ketua-jurulatih-kelantan-fc-yang-baharu", "article_title": "Frank Bernhardt ketua jurulatih Kelantan FC yang baharu", "article_text": "FRANK Bernhardt secara rasmi dilantik sebagai pengendali baharu Kelantan FC berkuat kuasa pada Ahad bagi menggantikan Choi Moon-sik.Perkara itu diumumkan oleh Kelantan FC menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik menerusi entri laman sosial Facebook rasmi pasukan sebentar tadi.\"Semoga pelantikan ini dapat memacu dan membantu TRW Kelantan FC ke arah lebih baik,\" katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara itu dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC.Pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Nasir Yusuf.Bernhardt bukanlah asing dalam arena bola sepak tempatan apabila pernah melatih UiTM FC yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.Jurulatih berasal dari Kiel, Jerman itu memiliki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne, selain pernah menjadi Pengarah Teknikal Estonia FA (2007-2012) dan Azerbaijan FA (2014-2017)", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 11:41am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253645/berita/sukan/harimau-malaya-berterima-kasih-kepada-jdt-tmj", "article_title": "Harimau Malaya berterima kasih kepada JDT, TMJ", "article_text": "PENINGKATAN prestasi pasukan negara sehingga melonjak tujuh anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dipengaruhi antaranya peranan penting tanpa disedari yang dimainkan kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT).Penolong pengurus skuad kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, tidak dinafikan keberhasilan peningkatan prestasi pasukan adalah disebabkan pemilihan dibuat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam melantik Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih skuad negara.Namun di sebalik perubahan positif dibawa Pan Gon, Kamarul Ariffin berkata, kualiti dipamerkan skuad Harimau Malaya ketika ini adalah kerana mutu barisan pemain itu sendiri dengan lebih 50 peratus yang mengisi kesebelasan utama sejak akhir ini merupakan pemain JDT.\"JDT melahirkan pemain yang baik kerana fasiliti mereka kerana apa ditekankan TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) di kelab iaitu aspek profesionalisme, padang latihan, pusat latihan dan barisan kejurulatihan, semuanya bertaraf dunia.\"Sehinggakan serendah-rendah perkara seperti nutrien pun TMJ tentukan. Jadi semua (peningkatan) ini hasil kerja keras dan ketekunan TMJ, kenyataan ini tidak dapat disangkal,\u201d kata bekas pengurus skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan itu kepada Bernama di sini.Malaysia naik tujuh anak tangga daripada kedudukan 145 untuk berada di posisi 138 dalam ranking FIFA yang dikeluarkan bulan ini susulan dua kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Johor, bulan lepas.Mengulas mengenai pengalaman pasukan negara mengadakan kem latihan pusat selama 12 hari di Johor, Kamarul Ariffin berkata berlatih di Pusat Latihan JDT Padang Seri Gelam, Johor Bahru dan bermain dua perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri telah mencipta satu standard yang tinggi.\"Tidak pernah dalam karier saya sebagai pengurus dan penolong pengurus skuad kebangsaan merasai fasiliti bertaraf dunia (seperti di Johor),\u201d katanya.Justeru, Kamarul Ariffin berharap peranan dimainkan kelab JDT dalam \u2018membekalkan\u2019 pemain bermutu tinggi, selain kesudian TMJ membenarkan pasukan negara berlatih dan beraksi di Johor, dapat diteruskan bagi menjamin perkembangan positif pasukan kebangsaan.\"Tanpa TMJ skuad kebangsaan tidak akan mencapai kedudukan ranking ke-138 kerana jasa TMJ membenarkan skuad kebangsaan berlatih 12 hari di Johor dapat memberi lonjakan mata ranking dan TMJ adalah grand design untuk skuad kebangsaan di masa mendatang,\u201d katanya.Grand design merujuk kepada apa-apa jenis rancangan tindakan yang disengajakan dan dalam istilah politik, ia membawa maksud strategi menyeluruh ataupun pelan jangka panjang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 11:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253639/berita/sukan/harimau-malaya-tak-jadi-lawan-jepun", "article_title": "Harimau Malaya tak jadi lawan Jepun", "article_text": "IMPIAN peminat tempatan untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya berentap dengan Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), September depan tidak kesampaian selepas pasukan nombor satu Asia itu mempunyai komitmen lain.Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, bagaimanapun berkata, tiga pasukan lain berminat untuk menguji skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon dalam tempoh tersebut iaitu Taiwan, China dan Kuwait.Menurut beliau, pasukan negara masih berpeluang bertemu skuad Samurai Biru, sekiranya diundi bersama dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini, selain ketika dalam persediaan terakhir sebelum menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024.\"Kita sepatutnya berjumpa Jepun tetapi mereka ada komitmen dan kita sudah ada pasukan lawan lain, mungkin kemudian kita akan jumpa (dengan Jepun). Pan Gon akan melihat peluang itu selepas November.\"Sepatutnya selepas November sudah perlu lawan dengan pasukan lebih besar tetapi ada kemungkinan berjumpa pada Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Jepun dan Korea Selatan... atau mungkin Disember sebelum pergi ke Doha,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.Pada masa sama, disebabkan faktor lokasi, Hamidin secara peribadi merasakan Taiwan dan China merupakan lawan ideal pasukan negara yang merancang untuk beraksi di luar pada September, namun beliau berkata Pan Gon terlebih dahulu akan membuat pilihan.Sebelum ini, Hamidin memaklumkan FAM sedang menunggu jawapan berhubung perancangan mengadakan aksi persahabatan antara Malaysia dan Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada September.Kali terakhir Malaysia membuat perhitungan menentang Jepun, yang juga juara Piala Asia empat kali, pada aksi persahabatan ialah pada Piala Cabaran Kirin 2004 yang menyaksikan pasukan negara tewas 0-4.Sementara itu, Hamidin berkata, pasukan negara merancang untuk berangkat ke Doha 10 hari lebih awal sebelum saingan Piala Asia 2023 membuka tirai bermula 12 Jan hingga 10 Feb bagi melakukan persiapan terakhir.Malaysia mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun pada Jun tahun lepas.Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun lebih empat dekad gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 11:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253633/berita/sukan/jaringan-ke-100-heung-min-cetus-inspirasi", "article_title": "Jaringan ke-100 Heung-min cetus inspirasi", "article_text": "PEMAIN Korea Selatan, Son Heung-min melalui detik bersejarah dalam kariernya apabila menjadi individu Asia pertama menyumbat 100 gol dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengalaman manis itu dinikmati ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Brighton 2-1 malam Sabtu.\"Ia sesuatu yang saya impikan. Ia pencapaian menakjubkan yang tidak mampu saya lakukan tanpa bantuan rakan sepasukan,\" ujar Heung-min.Jaringan bersejarah itu dilakukan menerusi sepakan lencong untuk meletakkan Spurs di depan pada babak pertama dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur, London.Brighton kemudian menyamakan kedudukan menerusi Lewis Dunk sebelum Harry Kane memastikan kemenangan minit ke-79 untuk mengekalkan Spurs dalam pemburuan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.Heung-min turut menghadiahkan gol bersejarah itu kepada mendiang datuknya.Ia adalah pencapaian membanggakan buat Heung-min yang mengharungi musim sukar dengan prestasi kurang memberangsang dan beberapa kali tersisih daripada kesebelasan utama, selain kematian datuknya baru-baru ini.\"Menjaringkan 100 gol di EPL adalah sesuatu yang cukup besar. Ia amat beremosi kerana saya mengharungi saat sukar sejak beberapa minggu lalu.\"Datuk saya meninggal dunia dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya hadiahkan gol ini kepadanya,\" ujar Heung-min.Jaringan berharga itu diharapkan menjadi inspirasi buat pemain Asia khususnya kepada rakan senegara.\"Saya harap semua pemain Asia terutama dari Korea Selatan lihat pencapaian ini. Percaya diri sendiri anda boleh lakukan perkara luar biasa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 10:17am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253634/berita/sukan/kelantan-united-waspada-ancaman-sri-pahang-fc", "article_title": "Kelantan United waspada ancaman Sri Pahang FC", "article_text": "KELANTAN United selesa mengambil pendekatan berwaspada berdepan ancaman Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada IsninPenolong jurulatihnya, Nazrulerwan Makmor berkata, hal ini kerana tuan rumah merupakan sebuah pasukan yang serba lengkap dengan barisan pemain tempatan dan import yang berkualiti.\"Melihat kepada kekuatan lawan, saya mahu barisan pemain berwaspada dengan corak permainan Sri Pahang FC bagi mengelakkan mereka pulang dengan tangan kosong.\"Tiada rombakan besar-besaran dalam senarai, namun kami ada buat pengiliran pemain kerana jadual liga yang sangat padat sepanjang Ramadan selain terpaksa beraksi di luar Kota Bharu,\" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Justeru, beliau menuntut pemain Kelantan United tidak memberikan ruang kepada beberapa tonggak utama Sri Pahang seperti Kpah Sherman, Azam Azih, Sergio Aguero serta Baqiuddin.Ujarnya, pemain ini mampu memberi masalah kepada Kelantan United jika diberikan ruang untuk mereka bergerak bebas pada perlawanan itu nanti.Nazrulerwan memberitahu, barisan pemain diharap dapat berjuang sehingga ke keringat terakhir untuk menafikan kemenangan pasukan kendalian Fandi Ahmad di hadapan penyokong sendiri.\"Kami hadir ke Darul Makmur sebagai pasukan bukan pilihan tetapi tetap bertekad mencuri mata.\"Tekad kami mahu memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 10:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253619/berita/sukan/cheng-hoe-waspada-muslihat-kelantan-fc", "article_title": "Cheng Hoe waspada muslihat Kelantan FC", "article_text": "TAN Cheng Hoe memberi amaran kepada Selangor FC supaya tidak mengambil mudah cabaran Kelantan FC yang akan dihadapi The Red Giants dalam aksi Liga Super pada Ahad.Malah tanpa berselindung pengendali Selangor itu menyatakan kedudukan liga semasa The Red Warriors (TRW) sesuatu yang perlu diberikan perhatian skuadnya apabila jagoan pantai timur berkenaan.\u201cYa, saya tidak nafikan prestasi Kelantan dalam keadaan terumbang-ambing tambahan pula dengan perkembangan terkini yang melanda pasukan itu.\u201cBiarpun begitu keputusan dilakar Kelantan dalam tujuh perlawanan kecuali kekalahan kepada Terengganu, tidaklah begitu teruk membuktikan mereka memiliki pemain berkualiti.\u201cSaya juga percaya Rezal Zambery Yahya yang mengambil alih pasukan daripada Choi Moon-sik, seorang jurulatih yang cukup berpengalaman dan lebih mengetahui kekuatan pasukannya.\u201cMalah sebelum ini Rezal Zambery pernah mengemudi Kelantan semasa berada di Liga Premier musim lalu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Selangor yang berada di tangga ketiga liga akan melayan kunjungan Kelantan dalam perlawanan liga kelapan masing-masing di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.Kelab dari pantai timur itu bergelut dalam aksi domestik musim ini hanya satu mata di atas pasukan tangga ke-14 Kelantan United di kedudukan ke-14 liga.Tambah Cheng Hoe lagi, dia juga menjangkakan perlawanan tersebut berlangsung sengit dalam misi kedua-dua pasukan memperbaiki kedudukan dalam liga.\u201cSaya percaya semua lawan dalam Liga Super, merupakan pasukan yang kuat pada musim ini.\u201cKelantan yang tewas besar kepada Terengganu FC minggu lalu sudah tentu tidak mahu situasi sama berlaku apabila menentang Selangor\u201cJadi Selangor perlu bermain bola sepak pada prestasi terbaik jika mahu meraih kemenangan dan itulah perlu dilakukan berdepan Kelantan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 April 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253609/berita/sukan/bryan-leong-sambar-slot-kejohanan-dunia-2023", "article_title": "Bryan Leong sambar slot Kejohanan Dunia 2023", "article_text": "PERENANG muda yang sedang meningkat naik, Bryan Leong mencipta kejutan apabila mengesahkan slot ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 30 Julai.Ia selepas perenang berusia 20 tahun itu melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di England pada Jumaat.Kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Ponds Forge itu menyaksikan Bryan merakam masa 53.48 saat (s) sekali gus menduduki tangga ke sembilan acara terbabit.Setiausaha Agung Renang Malaysia (MS) Mae Chen ketika dihubungi berkata, pencapaian diperoleh perenang muda itu merupakan berita gembira buat negara kerana ia membuktikan skuad kebangsaan mampu menampilkan prestasi terbaik tahun ini.\"Kami sangat gembira kerana ada lagi atlet yang mampu melayakkan diri ke kejohanan dunia, kita ada lebih kurang dua bulan lagi berbaki sebelum berlangsungnya kejohanan itu. Kami harap ramai lagi atlet yang dapat layakkan diri ke kejohanan dunia ini,\" katanya.Chen berkata, selain Bryan atlet lain yang bakal menggalas cabaran negara ke Fukuoka setakat ini adalah Steve Khiew Hoe Yean, Andrew Goh Zheng Yen dan Phee Jinq En.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 10:46pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253608/berita/sukan/tfc-diingat-kembali-ke-dunia-nyata", "article_title": "TFC diingat kembali ke dunia nyata", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) diingatkan supaya tidak terus dibuai dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan FC dalam derbi pantai timur Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 4 April lalu.Sebaliknya pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner menasihatkan pemain meningkatkan mutu permainan apabila berdepan Kuching City FC pada Ahad.Malah katanya, pemain juga perlu memanfaatkan kelebihan di laman sendiri bagi meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus memperbaiki kedudukan liga.\"Saya sentiasa beritahu pemain supaya kerja keras dan tidak mudah berasa selesa dengan kemenangan lepas.\"Kita mesti sentiasa jaga prestasi. Cuba elakkan kesilapan kecil dan tak masuk akal. Selepas menang dua perlawanan, kini kita rasa lebih baik dan yakin untuk menang ke atas Kuching City FC,\" kata pengendali kelahiran Croatia itu pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Pemain TFC tenang menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai persediaan berdepan Kuching City pada Ahad. - Foto: FacebookTerengganu FCDalam masa sama Steinbruckner menegaskan masih belum memuktamadkan kesebelasan utama yang akan diturunkan kerana beberapa tonggak utama berdepan kecederaan.Bagaimanapun dia memberi jaminan tidak akan melakukan rombakan besar selepas berpuas hati dengan aksi dijelmakan skuad yang diturunkan ketika membelasah The Red Warriors.\"Sony Norde ada masalah kecederaan...hamstring. Saya tak pasti sama ada beliau boleh bermain esok.\"Bagaimanapun, perkara paling penting semua pemain sudah bersedia dan kami bagus sebagai satu pasukan,\" katanya.Sementara itu, tonggak import TFC, Jordan Mintah yang meledak dua gol untuk skuad Penyu musim ini, berharap rakan sepasukannya dapat mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi.Katanya sikap mementingkan diri akan merugikan pasukan dan menghampakan harapan penyokong yang inginkan kemenangan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 10:29pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253605/berita/sukan/manchester-united-terlalu-kuat-buat-everton", "article_title": "Manchester United terlalu kuat buat Everton", "article_text": "GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meneruskan rentak kemenangan selepas menjinakkan Everton, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Old Trafford pada Sabtu.Ini kemenangan kedua berturut-turut The Red Devils yang menewaskan Brentford 1-0 pada 6 April lalu selepas dikejutkan kekalahan 0-2 kepada Newcastle United sebelum itu.Tuan rumah memimpin separuh masa pertama menerusi jaringan yang dijelmakan Scott McTominay pada minit ke-36 selepas menterjemahkan bantuan gol daripada Jadon Sancho.Percaturan taktikal Ten Hag memasukkan Anthony Martial pada minit ke-60 ternyata membuahkan hasil buat tuan rumah.Pemain Perancis itu meledak jaringan pada minit ke-71 selepas menyudahkan sentuhan Marcus Rashford.Tiga mata di bumi sendiri itu membolehkan skuad asuhan Erik Ten Hag mengumpul 56 mata selepas mengharungi 29 perlawanan.Kemenangan ke-17 musim ini itu secara tidak langsung mencerahkan impian Red Devils untuk kembali bersaing di pentas Liga Juara-Juara pada musim depan.Sebagai rekod, Manchester United akan berdepan kelab La Liga Sepanyol, Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa di Stadium Old Trafford pada 14 April depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 10:02pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253585/berita/sukan/skuad-ragbi-negara-naib-juara-sea-7s", "article_title": "Skuad ragbi negara naib juara SEA 7s", "article_text": "SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara mengakhiri cabaran Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) dengan status naib juara pada Sabtu.Dalam perlawanan akhir, skuad Bunga Raya 7s negara sekali lagi terpaksa akur kehebatan Taiwan apabila tewas 14-17 di Stadium Nasional, Singapura.Biarpun begitu dalam aksi ulangan itu, skuad Bunga Raya 7s kendalian Ahmad Fadzlee Ahmad Idris berjaya memberikan saingan sengit kepada jagoan Asia berkenaan berbanding ketika tewas pada pasukan sama sebelum ini.\u201cAlhamdulillah kita berjaya perbaiki prestasi permainan dengan kombinasi serta pemahaman dalam kalangan pemain semakin baik.\u201cBiarpun begitu banyak lagi elemen penambahbaikan yang perlu kita tingkatkan terutama skill individu serta daya tahan kardiovaskular mengikut masa permainan.\u201cInsya-ALLAH, pemain sekarang lebih fokus dan bersemangat untuk majukan diri dan pasukan selepas ini,\u201d kata Ahmad Fadzlee ketika mengulas prestasi keseluruhan anak buahnya pada Sabtu.Terdahulu Bunga Raya 7s membuka kempen langkah kanan apabila mengatasi Filipina 38-0 sebelum tewas 7-19 kepada Taiwan.Bagaimanapun skuad Bunga Raya 7s kembali bangkit apabila menewaskan Singapura 12-7 pada saingan separuh akhir.SEA 7s merupakan antara kejuaraan pemanas badan skuad Bunga Raya 7s sebelum menyingkap cabaran di Sukan Asia Hangzhou, China tahun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 06:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253582/berita/sukan/jadikan-konsisten-budaya-manchester-united---ten-hag", "article_title": "Jadikan konsisten budaya Manchester United - Ten Hag", "article_text": "PEMAIN Manchester United perlu segera memupuk budaya konsisten di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut, kata pengendali Erik ten Hag.Dalam aksi terakhir liga, Manchester United bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Newcastle United dengan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford yang melonjakkan The Red Devils kepada 53 mata, tiga mata di depan Tottenham Hotspur di tangga kelima.Namun ketika ditanya mengenai semangat ditunjukkan Red Devils ketika menentang Brentford, pengendali Erik ten Hag menegaskan adalah penting bagi Manchester United untuk menunjukkan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan dan bukan hanya apabila bertindak balas terhadap kekalahan.\u201cItu mesti menjadi standard, anda perlu melakukannya dan itulah tanggungjawab yang perlu anda tunaikan apabila bermain untuk Manchester United.\u201cAnda perlu bertanggungjawab. Ia mengenai tuntutan. Kita kena buat piawaian. Ia mengenai budaya, anda perlu melakukannya sentiasa.\u201cBagi pemain yang berada di atas, bersaing untuk trofi, anda perlu melakukannya sentiasa dan konsisten. Tugas kami untuk membawa mentaliti itu,\u201d jelas bekas pengendali Ajax Amsterdam itu, menjelang aksi berdepan Everton di The Old Trafford.United akan menentang Everton, yang tidak tewas dalam empat perlawanan liga terakhir, termasuk keputusan seri menentang Chelsea dan Tottenham Hotspur.Kelab Merseyside yang menduduki tempat ke-16 itu tampil lebih baik sejak Sean Dyche mengambil alih tugas pada Januari apabila berjaya keluar dari zon penyingkiran hasil beberapa keputusan positif baru-baru ini.Sementara itu, ten Hag memuji impak positif dijelmakan Dyche di Goodison Park.\u201cDia jelas seorang pengurus yang melakukan kerja yang hebat.\u201cEverton benar-benar cergas, prestasi fizikal pemain luar biasa, jadi kami perlu tidak hanya menyamai sebaliknya menyaingi mereka,\u201d katanya.Sebagai rekod, United akan melayan kunjungan Everton tanpa pemain pertahanan Luke Shaw.\u201cKita perlu melihat perkembangan Shaw untuk minggu akan datang,\u201d kata Ten Hag.LIGA PERDANA INGGERISManchester United lwn Everton, 7.30 malamBrentford lwn Newcastle, 10 malamWolverhampton lwn Chelsea 10 malamAston villa lwn Nottingham Forest, 10 malamLeicester City lwn Bournemouth, 10 malamFulham lwn West Ham United, 10 malamTotteham Hotspur lwn Brighton, 10 malam", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 05:26pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253576/berita/sukan/biarkan-lampard-bekerja", "article_title": "'Biarkan Lampard bekerja!'", "article_text": "FRANK Lampard yang lebih berpengalaman dan lebih bersedia seharusnya dijadikan pengendali tetap Chelsea, tegas bekas pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Guus Hiddink.Sebelum itu, Lampard disahkan pengendali sementara The Blues berikutan pemecatan Graham Potter selepas beberapa keputusan buruk yang menyebabkan kelab utara London tersebut berada di tangga ke-11.\u201cSaya mahu dia dianggap bukan sahaja sebagai jurulatih sementara, tetapi juga diberikan lebih kepercayaan untuk meneruskan projek itu pada musim depan.\u201cDia tahu kelab itu tidak seperti orang lain dan penting untuk memberikan kesinambungan kepada sesuatu.\u201cSeperti sesiapa pun, Lampard akan memerlukan masa, biarpun Chelsea telah melabur banyak wang tetapi kini perlu menyesuaikan diri dengan idea,\u201d kata Hiddink.Sebagai rekod, Chelsea mara ke final Piala FA dan menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris di bawah kepimpinan Lampard pada musim 2019/20.Namun kempen musim berikutnya situasi tampil mengecewakan walaupun kelab itu berbelanja besar untuk pemain seperti Kai Havertz, Timo Werner dan Hakim Ziyech.\u201cMungkin terlalu awal untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar.\u201cDia baru sahaja memulakan karier kejurulatihannya dan kini dia mempunyai lebih banyak pengalaman, dia lebih bersedia dan lebih bersedia.\u201cBiarkan dia bekerja! Saya kenal dia dan saya rasa dia orang yang tepat,\u201d kata Hiddink, yang pernah melatih Lampard semasa berkhidmat di Stadium Stamford Bridge pada 2009.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 04:55pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253570/berita/sukan/individu-fitnah-kelantan-fc-berdepan-tindakan-undang-undang", "article_title": "Individu fitnah Kelantan FC berdepan tindakan undang-undang", "article_text": "INDIVIDU yang cuba mencemarkan nama baik Kelantan FC dengan fitnah liar dan bersifat jahat bakal berdepan tindakan undang-undang daripada pasukan.Bahagian Perundangan Kelab The Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) berkata, tuduhan-tuduhan liar di media sosial oleh seorang individu berbangsa Korea yang mengaku dirinya adalah ejen kepada bekas ketua Kelantan FC bersifat fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi pasukan.\"Tuduhan itu bersifat berat sebelah dengan motif balas dendam untuk membela dan menutup kesalahan bekas ketua jurulatih yang telah direhatkan.\"Individu tersebut telah memuat naik di dalam media sosialnya kononnya pihak Kelantan FC tidak menyediakan penginapan yang bersesuaian dan selesa kepada bekas ketua jurulatih dengan menunjukkan gambar keadaan sinki dalam tandas yang pecah,\" katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.Menurut kenyataan itu, bukti dalam simpanan Kelantan FC mendapati keadaan sinki yang didakwa rosak dan tidak selesa tersebut sebenarnya berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian semasa serahan penginapan dibuat.Katanya, tuduhan pengurusan menyediakan makanan kepada pemain yang kononnya hanyalah sekadar nasi dan ayam tidak benar apabila set hidangan itu seimbang cukup dengan karbohidrat seperti nasi dan spageti, protein (ayam) dan vitamin daripada buah-buahan.\"Individu tersebut juga berulang kali menuduh Kelantan FC gagal membayar gaji pemain dan pegawai kelab telah tertunggak 2 bulan. Hakikatnya dakwaan ini adalah dakwaan palsu di mana pihak kelab sangat komited terhadap isu gaji pemain.\"Kelab telah membuat bayaran penuh gaji kepada pemain-pemain dan tidak akan membiarkan sebarang tunggakan gaji melebihi dua bulan seperti dakwaan individu tersebut,\" katanya.Bahagian Perundangan TRW Kelantan FC berkata, individu tersebut bukanlah authorized agent yang berdaftar atau mempunyai sebarang perkaitan kontrak dengan pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 04:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253575/berita/sukan/mun-yee-tubuh-akademi-terjun-mahu-lahirkan-juara-olimpik", "article_title": "Mun Yee tubuh akademi terjun, mahu lahirkan juara Olimpik", "article_text": "BEKAS penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee berharap dapat melahirkan juara Sukan Olimpik pada masa depan menerusi penubuhan akademinya, 'DLMY x DSA' (DSwim Academy) pada Sabtu.Mun Yee, yang teruja dapat merealisasikan impian menubuhkan akademi tersebut, berkata, tidak mustahil baginya membentuk juara pada temasya sukan terbesar itu kerana atlet sukan terjun sememangnya perlu dibentuk sejak dari kecil lagi.\"Penubuhan akademi ini secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai platform pencarian bakat bagi peringkat umur lima hingga 12 tahun. Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas untuk menyertainya dan lebih baik lagi jika mereka ada latar belakang sukan gimnastik, trampolin mahupun balet.\"Diharapkan lebih ramai penerjun muda dapat dilahirkan, seterusnya memastikan sukan terjun lebih maju pada masa depan dan menyumbang emas pertama negara dalam Sukan Olimpik,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran akademi \"DLMY x DSA\u201d oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini.Pencapaian tertinggi skuad terjun negara pada Sukan Olimpik meraih pingat perak pada edisi Rio 2016 di Brazil menerusi gandingan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.Dalam pada itu, Olimpian negara sebanyak lima kali itu turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Malaysia serta DSA atas sokongan diberikan dalam usahanya mencungkil bakat baharu sukan terjun menerusi akademi itu.Ditanya bagaimana membahagikan masa di akademi dan tugasnya sebagai pembantu jurulatih skuad negara, Mun Yee berkata, beliau akan memastikan segala program yang diaturnya di akademi itu berjalan lancar kerana tugas melatih peserta dikendalikan bekas jurulatih negara, Agnus Wong dan jurulatih skuad pelapis kebangsaan, Richard Carlyse.Sementara itu, Hannah berharap lebih ramai ibu bapa mengambil inisiatif menghantar anak mereka ke akademi \u2018DLMY x DSA\u2019 kerana Malaysia berpotensi melahirkan bintang terjun pada masa akan datang.\"Dengan adanya program terjun ini ia akan melengkapkan latihan di DSA kerana mereka juga mempunyai program renang, jadi kepada kanak-kanak yang tahu berenang mereka boleh sertai juga akademi ini,\u201d katanya.Terdapat dua kelas ditawarkan oleh akademi itu, iaitu kelas permulaan serta pertengahan dan ke atas dengan pendaftaran sebanyak RM120 manakala yuran bulanan pula RM630 sebulan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 04:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253565/berita/sukan/aura-benzema-modric-kroos-masih-diperlukan-real-madrid", "article_title": "Aura Benzema, Modric, Kroos masih diperlukan Real Madrid", "article_text": "PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menjangkakan trio Karim Benzema, Luka Modric dan Toni Kroos akan melanjutkan tempoh khidmat bersama juara La Liga itu dengan tawaran baharu selepas kontrak semasa masing-masing tamat pada penghujung musim ini.Pemenang Ballon d'Or, Benzema, 35, dan Modric, pemain tengah Croatia berusia 37 tahun membantu Real memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara, manakala bekas pemain antarabangsa Jerman, Kroos, 33, memenangi empat kejuaraan.Walaupun Modric dan pemain tengah Kroos kurang bermain musim ini, bekas penyerang Perancis Benzema adalah penjaring terbanyak Real dengan 25 gol dalam semua pertandingan.Ancelotti berkata, kelab itu sedang berbincang dengan ketiga-tiga pemain tersebut mengenai tawaran baharu berkenaan.\u201cSaya fikir mereka akan kekal. Kami perlu menilai pemain bukan mengikut umur tetapi dengan apa yang mereka lakukan.\u201cAnda boleh fikir mereka bertiga tidak mempunyai profil fizikal atau tenaga seperti pemain muda, tetapi apa yang mereka ada dari segi pengurusan permainan adalah unik, anda tidak boleh membelinya di mana-mana pasaran dunia.\u201cIni dilahirkan dengan pengalaman - usia mengambil sesuatu daripada anda, tetapi ia memberi anda sesuatu kembali juga,\u201d kata Ancelotti.Sebagai rekod, Real kini berada di tangga kedua dengan 59 mata, 12 mata di belakang pesaing dan pendahulu Barcelona, akan melayan pasukan tangga keenam, Villarreal di Stadium Santiago Bernabeu.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 04:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253563/berita/sukan/guardiola-dedah-faktor-sisihkan-walker", "article_title": "Guardiola dedah faktor sisihkan Walker", "article_text": "MANCHESTER City terpaksa menyisihkan khidmat tonggak pertahanan, Kyle Walker sejak kebelakangan ini selepas pemain tersebut tidak berupaya mengikuti taktikal The Citizens.Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, situasi itu menyebabkan pemain England tersebut terpaksa memanaskan bangku simpanan dalam dua perlawanan terakhir liga.Sebagai rekod, Walker merupakan sebahagian daripada pertahanan City telah membuat 23 penampilan dalam semua kejuaraan musim ini, namun Guardiola memilih menggunakan John Stones ketika membelasah Liverpool, 4-1 dan kemenangan tipis 1-0 ke atas Crystal Palace.Biarpun memuji rentak Walker, namun pengendali dari Sepanyol itu menegaskan pemain berusia 32 tahun tersebut tidak mempunyai ciri-ciri untuk bermain dalam peranan pelbagai - pertahanan bergerak masuk ke ruang tengah untuk mendominasi penguasaan bola.\u201cDia tidak boleh melakukannya. Anda perlu mempunyai pergerakan tersendiri, namun dia tidak mempunyai ciri-ciri tersebut untuk bermain di dalam.\u201cSebelum ini dia biasa bermain bek sayap dengan empat pemain di belakang. Dia melakukan dengan sangat baik, namun untuk bentuk tiga pemain di belakang dan dua pemain di tengah, dia tidak boleh melakukannya,\u201d kata Guardiola.Manchester City dijadualkan bertandang ke Stadium St Mary\u2019s berdepan kelab tercorot Southampton dalam misi memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Arsenal.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 04:06pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253561/berita/sukan/kalamullah-akui-perlu-kerja-keras-hadapi-jdt", "article_title": "Kalamullah akui perlu kerja keras hadapi JDT", "article_text": "PENJAGA gol utama Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz mahu memperagakan aksi terbaik bagi menafikan setiap percubaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang aksi kelapan Liga Super 2023 pada malam Ahad.Mengakui bakal berdepan tugas getir, dia perlu bekerja keras bersama barisan pertahanan Sang Kenari untuk mengekang asakan pendahulu Liga Super itu di Stadium Sultan Ibrahim.\"JDT sebuah pasukan hebat dan memiliki keupayaan menjaringkan gol dengan jumlah yang besar apabila berdepan mana-mana pasukan sebelum ini.\"Penguasaan melalui penyerang berkualiti mereka dalam beberapa perlawanan lalu menjadi perhatian semua pihak dan sudah pasti menjadi cabaran buat saya untuk lebih bersedia pada perlawanan ini,\" katanya mengulas perlawanan membabitkan pendahulu dan pasukan yang berada di tangga kedua Liga Super ini.Kalamullah mengakui dirinya perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk berdepan JDT yang terbukti mempunyai rangkaian serangan yang tajam selepas menjaringkan 30 gol hanya dalam tujuh perlawanan Liga Super.Menurutnya, kepercayaan jurulatih yang menurunkan pada perlawanan penting seperti ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan keupayaannya menjaga gawang KDA FC.\"Saya sentiasa berusaha memperbaiki prestasi pada setiap perlawanan sehinggalah semasa menentang Penang FC Rabu lalu.\"Seterusnya adalah berdepan JDT dan ini adalah ruang yang terbaik untuk saya buktikan kemampuan,\" ujar penjaga gol berusia 27 tahun ini lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 03:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253555/berita/sukan/mufc-bakal-bernafas-semula", "article_title": "MUFC bakal 'bernafas' semula?", "article_text": "DETIK hitam yang melanda Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) seakan ada penghujungnya susulan usaha sedang dilakukan untuk mengembalikan pasukan Hang Tuah itu beraksi di Liga Malaysia.Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya sedang meneliti dan mengkaji pelbagai sudut termasuk merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulihkan kembali pasukan tersebut yang sebelum ini 'terkubur' akibat masalah pembayaran gaji.\"Saya bukan nak beri jaminan namun saya sedang mengkaji, melihat dan meneliti isu MUFC ini dan sudah semestinya akan berusaha untuk memulihkan pasukan ini.\"Saya akan mengambil kesempatan yang ada untuk memulihkan MUFC, yang pastinya pasukan ini akan kembali beraksi seperti dahulu. Cuma tunggu sedikit masa,\" katanya kepada pemberita pada Majlis Tautan Kasih 2023 Universiti Melaka di sini pada Sabtu.Pada September lepas, MUFC membuat kenyataan terbuka bahawa skuad terbabit disahkan disingkirkan daripada saingan Piala Malaysia susulan kegagalannya melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.Menurut MUFC, pihaknya mengambil maklum pembatalan slot Piala Malaysia 2022 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berikutan isu gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji mengikut tarikh ditetapkan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 02:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253552/berita/sukan/arsenal-mahu-akhiri-badi-di-anfield", "article_title": "Arsenal mahu akhiri badi di Anfield", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal bertekad meneruskan momentum positif apabila berdepan Liverpool, sekali gus mengakhiri kemarau kemenangan di Anfield.Sebagai rekod, Arsenal tidak pernah menang di Anfield dalam kempen liga sejak kemenangan 2-0 pada musim 2012/13 - perlawanan yang menyaksikan kelibat Mikel Arteta untuk kelab utara London itu.Selepas musim 2012/13, rekod The Gunners setiap kali bertandang ke laman keramat The Reds berakhir dengan kekalahan teruk termasuk dua kekalahan 1-5.Sebelum aksi terakhir di Anfield pada November 2021, yang menyaksikan Arsenal tewas 0-4, Arteta menggunakan kaedah unik dalam membentuk kekuatan mental pemain bagi berdepan aura Anfield.Pengendali Arsenal itu telah memainkan lagu penyokong The Reds - 'You'll Never Walk Alone' pada sistem bunyi di tempat latihan sebagai menghadapi suasana di Liverpool.\"Anda perlu menyediakan pemain. Anda perlu memberitahu mereka apa yang akan mereka hadapi dan anda perlu menyedarinya,\u201d kata Arteta.Biarpun prestasi Liverpool tidak konsisten musim ini, yang menyaksikan The Reds berada di tangga kelapan liga, kelab Merseyside itu masih mempunyai rekod cemerlang di laman sendiri - Leeds United merupakan satu-satunya pasukan yang menewaskan Liverpool di Anfield setakat ini dalam liga.Dalam masa sama Arteta mengakui pemain The Gunners bersemangat menjelang pertembungan berintensiti tinggi dalam misi mengekalkan kelebihan lapan mata ke atas Manchester City dalam perebutan kejuaraan.\u201cKami tahu cabaran besar berdepan Liverpool, tetapi saya melihat peluang besar untuk pergi ke Anfield dan melakukan sesuatu yang kami tidak lakukan selama bertahun-tahun. Itulah yang memacu pasukan dalam beberapa hari kebelakangan ini,\u201d kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 02:40pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253546/berita/sukan/pertemuan-positif-jom-kerja---hannah", "article_title": "'Pertemuan positif, jom kerja' - Hannah", "article_text": "SEPERTI diumumkan sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Penyelaras Road to Gold (RTG), Stuart Ramalingam telah mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton profesional lelaki negara, Lee Zii Jia pagi tadi.\"Pagi ini, saya bertemu Lee Zii Jia, ia adalah pertemuan yang positif. Lee Zii Jia menyokong inisiatif RTG dan bersyukur kerana dimasukkan ke dalam projek nasional ini.\"Lee Zii Jia memberitahu saya dia sangat mahukan pingat emas pertama (Sukan Olimpik) Paris 2024 untuk negara. Inilah yang saya ingin dengar daripada atlet kita, ia bermula dengan keinginan meraih emas.\"Stuart akan berbincang lebih lanjut dengan ejen Lee Zii Jia (mengenai) butiran komitmennya terhadap RTG yang akan merangkumi koordinasi bimbingan dan sparring. Jom pergi kerja,\" kata Hannah di laman sosial Facebooknya.Pada Jumaat, Hannah mengumumkan seramai 15 atlet daripada tiga acara sukan - berbasikal, badminton dan akuatik (terjun) disenaraikan dalam projek RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Badminton mendominasi barisan atlet RTG apabila seramai 11 pemain dipilih, manakala dua pelumba berbasikal trek dan dua penerjun wanita turut berada dalam senarai.Zii Jia diletakkan antara prospek yang mampu menjelmakan pingat emas buat Malaysia apabila namanya disenaraikan dalam projek Road to Gold (RTG) menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Selain Zii Jia, 10 lagi pemain badminton yang berada dalam senarai RTG termasuklah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik;.Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki); Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita); serta dua wakil beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 02:07pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253545/berita/sukan/fam-pandang-serius-kemelut-kelantan-fc", "article_title": "FAM pandang serius kemelut Kelantan FC", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius masalah dalaman Kelantan FC yang melibatkan pengendalinya dari Korea Selatan, Choi Moon-sik dan pihak pengurusan kelab itu.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau telah meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung dengan Kelantan FC bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara itu.\u201cSaya tidak mahu masuk campur (tangan) tetapi saya sudah maklum kepada mereka (MFL) bagi mendapatkan penjelasan daripada Kelantan. Saya tidak mahu tengok dari sudut sosial media, takut ada fakta yang salah.\u201cJadi kita akan ambil tindakan susulan selepas mendapat penjelasan itu. Tetapi sebagai pengendali Liga Malaysia (Liga-M), MFL akan ambil tindakan terlebih dahulu,\" katanya.Hamidin berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat.Pada Selasa, Kelantan FC membuat keputusan mengejut apabila merehatkan Moon-sik dan melantik penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali sementara.Keputusan itu dibuat kira-kira satu jam sebelum aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu.Susulan itu, ejen Moon-sik, Myeongho Jeong membuat beberapa dakwaan terhadap pihak pengurusan Kelantan FC di laman media sosial dan sedia membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman kemudiannya tampil mempertahankan keputusan yang dibuat itu apabila turut mendedahkan kekalahan berterusan The Red Warriors menjadi antara punca Moon-sik direhatkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 01:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253521/berita/sukan/burnley-kembali-semula-ke-epl", "article_title": "Burnley kembali semula ke EPL", "article_text": "PENGENDALI Burnley, Vincent Kompany mengakui tidak menjangkakan mengetuai pasukan dari Lancashire itu ke Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya sebagai pengurus kelab Liga Kejuaraan itu.Namun di sebalik kejayaan itu, bekas tonggak pertahanan Manchester City tersebut menyasarkan lebih banyak lagi siri momentum positif.Burnley memperoleh kenaikan automatik ke Liga Perdana Inggeris dengan berbaki tujuh perlawanan selepas kemenangan 2-1 di Middlesbrough pada Jumaat, memastikan The Clarets akan menamatkan saingan di kelompok dua teratas kejuaraan divisyen dua berkenaan.Burnley kembali ke liga teratas England selepas satu musim, setelah diturunkan pada hari terakhir kempen 2021/22, selepas menduduki tempat ketiga terbawah.Kompany, yang dilantik pada Jun 2022, berkata, dia tidak menjangkakan keputusan positif dalam musim pertamanya mengendalikan The Clarets.\u201cKami masih ada tujuh perlawanan lagi, namun kami sudah pun meraikan kembali ke liga utama.\"Sejujurnya saya tidak menjangkakan ini biarpun mahu mengalaminya satu hari nanti, namun kami mempunyai masa yang berbeza bagi tujuan tersebut. Ya, kadangkala lebih cepat lebih baik.\"Hari-hari seperti hari ini berlaku lebih daripada yang anda fikirkan, kami mendapati cara ia tidak mudah sama sekali. Tetapi entah bagaimana musim ini kami juga berakhir dengan permainan yang baik pada penghujung permainan.\"Terdapat kepercayaan dalam pasukan, dan ia masih pasukan yang boleh meningkat dan itu adalah bahagian yang mengujakan,\" kata Kompany.Sementara itu, Pengerusi Burnley, Alan Pace berkata, kejayaan kembali semula ke saingan teratas itu merupakan satu kejutan yang lengkap.\"Vincent dan saya bercakap semasa musim panas mengenainya dengan panjang lebar. Kami memberi diri kami dua hingga tiga tahun... Apa yang anda lihat ialah banyak keajaiban yang datang,\" kata Pace.Sebagai rekod, Burnley memerlukan 11 mata daripada tujuh perlawanan terakhir untuk memenangi kejuaraan Liga Kejuaraan, manakala 13 mata akan menyaksikan kelab itu menjadi pasukan Liga Kejuaraan pertama yang mengumpul lebih 100 mata sejak Leicester City pada musim 2013-14.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 11:47am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253516/berita/sukan/kelantan-united-rehatkan-trucha", "article_title": "Kelantan United rehatkan Trucha", "article_text": "KOTA BHARU - Bahang 'panas' saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin dirasai apabila Kelantan United merehatkan sementara pengendali pasukan, Tomas Trucha.Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Wan Zul Ikman berkata, pengendali kelahiran Republik Chez direhatkan sementara sehingga tamat aksi Liga Super dalam bulan Ramadan.\"Sepanjang ketiadaan Trucha tugas itu akan dipangku oleh penolong jurulatih iaitu Nazrulerwan Makmor dan Tengku Hazman Raja Hassan,\" ujarnya.Menurut beliau, pihak pengurusan sedang meneliti untuk penstrukturan semula kelab dan tidak menolak kemungkinan Trucha diberikan peranan selaku Pengarah Teknikal KUFC selepas ini.Ujarnya, tindakan merehatkan Trucha dilalukan susulan aksi kurang memuaskan yang diperagakan oleh Kelantan United ketika ini.Wan Zul Ikman memberitahu, prestasi itu amat mengecewakan pihak pengurusan pasukan yang mengharapkan Kelantan United mampu memberikan saingan dalam Liga Super musim ini.\"Satu mata dalam enam perlawanan cukup mengecewakan.\"Oleh itu, kita turut meminta pemain supaya meningkatkan prestasi masing-masing termasuklah tonggak import,\" katanya.Trucha merupakan jurulatih kedua dalam saingan Liga Super yang direhatkan selepas Choi Moon-sik dari Kelantan FC.Selepas mengharungi enam perlawan, Kelantan United sekadar meraih satu mata sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 11:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253515/berita/sukan/pkbm-minta-kbs-masukkan-fadil-dalam-road-to-gold", "article_title": "PKBM minta KBS masukkan Fadil dalam Road to Gold", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyenaraikan pelumba muda, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam senarai atlet projek Road to Gold (RTG).Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, penampilan Fadhil dalam projek itu penting sebagai 'sokongan' kepada dua jaguh sedia ada - Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.\u201cSecara peribadi saya melihat pemlihan Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam projek RTG adalah tepat kerana mereka merupakan prospek pingat Olimpik.\u201cNamun, PKBM mahu membuat permintaan (kepada KBS) untuk memasukkan Fadhil dalam senarai RTG sebagai back up sekiranya ada pelumba mengalami kecederaan.\u201cSenarai yang diumumkan YB (Yang Berhormat) Menteri (Hannah Yeoh) bukanlah kekal dan boleh berubah. Jadi amat penting untuk Fadhil berada dalam projek tersebut,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama pihak media di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.Terdahulu, Hannah dalam sidang akhbarnya di Putrajaya mengumumkan senarai 15 atlet yang telah terpilih berada dalam projek RTG menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Amarjit bersama pengamal media ketika majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. - Foto BernamaDaripada keseluruhan 15 atlet tersebut, Azizulhasni dan Shah Firdaus merupakan dua pelumba berbasikal trek yang berada dalam senarai projek RTG.Mengulas lanjut, Amarjit berkata, ketua jurulatih berbasikal trek, John Beasley sebelum ini berharap ketiga-tiga pelumba negara termasuk Fadhil disenaraikan.\u201cJika mereka (Azizulhasni, Shah Firdaus dan Fadhil) boleh layak untuk acara pecut berpasukan pada Sukan Olimpik Paris, kita mempunyai tiga pelumba bagi acara itu.\u201cProses kelayakan (Sukan Olimpik Paris 2024) hanya akan selesai tahun hadapan tetapi kita tidak mahu tunggu ia selesai, baru mahu masukkan atlet ke dalam projek RTG.\u201cKita perlu jangka mereka layak dan masukkan dalam RTG serta beri segala bentuk sokongan tambahan diperlukan,\u201d ujarnya yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Perak.Pada masa sama, Amarjit meminta RTG yang merupakan program tambahan kepada Program Podium sedia ada akan terus memberikan bantuan kepada pelumba negara dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D).\u201cSaya rasa yang paling penting ialah kelengkapan digunakan, pakaian dan sebagainya yang mampu memberikan bantuan dari aspek kelajuan dan catatan masa pada perlumbaan.\u201cBantuan itu sememangnya sudah ada tetapi kita akan bincangkan dengan jurulatih dan atlet apa lagi yang mereka mahukan serta ajukan kepada KBS,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 10:51am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253514/berita/sukan/kelantan-jangka-putuskan-isu-tukar-rumput-sebelum-aidilfitri", "article_title": "Kelantan jangka putuskan isu tukar rumput sebelum Aidilfitri", "article_text": "KOTA BHARU - Perbadanan Stadium Negeri Kelantan (PSNK) dijangka membuat keputusan tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk penukaran rumput jenis Zeon Zoysia sebelum Hari Raya Aidilfitri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat memberitahu, buat masa ini PSNK masih belum membincangkan perkara berkenaan.\"Bagaimanapun kita sudah meminta PSNK membuat kajian berkaitan keburukan penggunaan rumput jenis itu.\"Kita juga perlu mengkaji kos penggunaan rumput Zeon Zoysia dan perolehan kajian akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah terlebih dahulu,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Madinah Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.Beliau turut menjangkakan keputusan dapat dicapai dalam masa terdekat.Orang ramai memenuhi dewan pada Program Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Madinah Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.Wan Roslan memberitahu, PSNK dianggap sebagai badan yang paling relevan untuk membuat keputusan.\"Bagaimanapun kerajaan negeri menyambut baik tawaran Kementerian Belia dan Sukan itu,\" katanya.KBS sebelum ini menawarkan dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang stadium bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia, yang turut digunakan di Stadium Sultan Ismail, Johor Bahru.KBS menawarkan peruntukkan untuk menukar rumput Zeon Zoysia di setiap stadium negeri.Bagaimanapun, ada beberapa negeri dan kelab yang tidak bersetuju untuk menukar rumput kerana risau berdepan kos penyelenggaraan yang tinggi.Sejak tawaran terbabit dibuka, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan KBS hanya menerima dua surat permohonan iaitu daripada kerajaan negeri Kedah dan Perak untuk peruntukan menaik taraf padang bola sepak mereka dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 10:34am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253507/berita/sukan/solari-mahu-pemain-berikan-aksi-terbaik", "article_title": "Solari mahu pemain berikan aksi terbaik", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari mahu kesebelasan Harimau Selatan itu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Ahad.Menurutnya, skuad Kenari itu pastinya akan beraksi sebaik mungkin dalam usaha meneruskan rentak kemenangan pasukan setelah mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Penang FC pada aksi terakhir Liga Super, Rabu lalu.Justeru katanya, kesebelasan pemain JDT perlu berwaspada di sepanjang perlawanan agar tidak menjadi \u2018mangsa\u2019 yang seterusnya.\u201cKami menghormati Kedah (KDA FC), kerana mereka merupakan pasukan yang berada dalam prestasi yang baik ketika ini dan kami tahu perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang sukar buat kami.\u201cTambahan pula, setiap pasukan pasti mahu memberikan yang terbaik ketika berdepan JDT dan kebiasaannya mereka akan beraksi lebih baik berbanding kebiasaannya.\u201cNamun, bagi kami, perkara itu dilihat sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh dan kami sukakan perlawanan seperti ini kerana ia pasti akan menghasilkan mutu permainan yang menarik untuk disaksikan,\u201d katanya.Untuk rekod \u2018sayembara\u2019 kedua-dua pasukan ini dilihat sebagai ulangan kepada aksi dua pasukan teratas (top table battle) Liga Super setelah aksi JDT menentang Sabah di venue sama 31 Mac lalu yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu menang 4-0.Pemain JDT menjalani latihan menjelang aksi Liga Super berdepan KDAFC, pada Ahad. - Foto FB Johor Southern TigersMengulas mengenai persiapan pasukan, Solari berkata, kesebelasan pemain sudah mula menjalani latihan setelah berdepan Perak FC di Stadium Perak, Ipoh, 4 April lalu.Katanya, biarpun mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas skuad The Bos Gaurus itu, pihaknya segera membuat pemeriksaan dan penilaian bagi memastikan tiada kecederaan serius yang berlaku kepada pemain.\u201cKita sudah pun melakukan pemeriksaan serta penilaian pemain yang bakal beraksi berdepan KDAFC nanti.\u201cSetakat ini, kesemua pemain dilaporkan cergas dan ini memberikan kami banyak pilihan untuk menurunkan kesebelasan terbaik nanti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 09:52am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253505/berita/sukan/harimau-malaya-mampu-tembus-kelompok-120-terbaik-dunia", "article_title": "Harimau Malaya mampu tembus kelompok 120 terbaik dunia", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya yang naik ke posisi 138 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berpotensi menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percaya, pasukan negara akan terus mendaki ke kedudukan terbaik jika berjaya meraih keputusan positif dalam keseluruhan enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober depan.Hamidin berkata, skuad bimbingan Kim Pan-gon juga boleh mengutip lebih banyak mata ranking dalam dua perlawanan aksi kumpulan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bermula pada November.\"Jadi kalau proses ini berjalan sampai November dan kejayaan banyak memihak Malaysia, kita mungkin naik ke tangga 120 lebih, itu memang keinginan kita tetapi kita perlu bekerja keras dan yang penting kita perlu mempertahankan ranking FIFA ini.\"Kita tidak boleh kalah berterusan (seperti) yang terjadi sebelum ini, kalau kita lihat bermula hujung tahun 1995 hingga 2010 satu keadaan yang tidak bagus iaitu kita jatuh merudum,\u201d katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.Malaysia naik tujuh anak tangga daripada kedudukan 145 untuk berada di posisi 138 dalam ranking FIFA yang dikeluarkan bulan ini susulan dua kemenangan masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, bulan lepas.Di kedudukan ke-138, skuad Harimau Malaya dipisahkan 63 anak tangga daripada posisi terbaik pernah dicapai iaitu kedudukan ke-75 pada 1993.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, Pan-gon bersama Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan dirinya harus bijak dalam percaturan menentukan pasukan yang akan bermain menentang skuad Harimau Malaya demi mempertahankan ranking dan pada masa sama meningkatkan kualiti pasukan.Menurut beliau, ranking pasukan negara tidak akan terus melonjak sekalipun berjaya menumbangkan pasukan gergasi dunia, selain ia juga tidak mudah jatuh sekiranya mengalami kekalahan.\"Kalau kalah sekali, kita mesti kekal menang dua atau tiga perlawanan seterusnya supaya ranking tidak tergugat dan kalau hari ini kita menang dengan Brazil, bukan boleh naik nombor satu. Maknanya kita perlu pertahankan ranking dan meningkat secara pelan-pelan,\u201d katanya.Dalam pada itu, beliau mengesahkan Malaysia akan melayani kunjungan Kepulauan Solomon dan Yaman pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 Jun ini dengan venue perlawanan hampir pasti di Johor dan Terengganu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 08:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253497/berita/sukan/gembira-qpr-teruskan-tradisi-komuniti", "article_title": "Gembira QPR teruskan tradisi komuniti", "article_text": "PEMAIN tengah, Queens Park Rangers (QPR), Ilias Chair gembira apabila kelab Liga Kejuaraan itu meneruskan tradisi komuniti dengan penganjuran Iftar Terbuka di Stadium Loftus Road.Malah pemain dari Maghribi berusia 25 tahun itu mengakui menjadi satu kewajipan kepadanya melaksanakan Rukun Islam ketiga tersebut.saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.Laungan azan berkumandang di Stadium Loftus Road. - Foto Agensi \u201cRamai orang bertanya kepada saya sama ada ia sukar.... setiap orang berbeza namun bagi saya ia tidak sukar.\u201cMalah saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.\u201cQPR melakukan tugas yang besar dalam kalangan anggota komuniti dan merupakan kelab yang menghormati setiap orang dan setiap agama.\u201cSejujurnya pendekatan kelab mewujudkan keharmonian dalam kalangan komuniti dan saya bangga mewakili diri, Islam dan QPR,\u201d katanya.saya amat berbangga dapat menghadiri acara seperti ini dan berterima kasih kepada kelab QPR kerana menganjurkannya.Antara komuniti setempat yang berbuka puasa di Stadium Loftus Road. - Foto AgensiTerdahulu Ilias menyertai pemain skuad Bawah 18 tahun Rayan Kolli, Ramy Bouhiaoui dan Youssef Yahyaoui; ketua perubatan kelab Dr Imtiaz Ahmad dan Iqra Ismail dari QPR Trust memeriahkan sambutan berbuka puasa di Stadium Loftus Road.Sebagai rekod, program mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat, latar belakang dan kepercayaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253499/berita/sukan/krm-harps-holdings-rai-anak-yatim-asnaf", "article_title": "KRM, Harps Holdings rai anak yatim, asnaf", "article_text": "KEMERIAHAN Ramadan serta Syawal, 40 anak yatim dan asnaf lebih bermakna apabila diraikan dengan pembelian baju raya dan majlis berbuka puasa anjuran Harps Holdings Berhad dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, program itu merupakan kesinambungan tradisi sebelum ini dengan kerjasama penaja utama skuad ragbi negara tersebut.\"Program santuni anak-anak yatim dan asnaf telah dianjurkan sejak tahun lalu lagi oleh Harps Holdings Berhad yang merupakan penaja utama Kesatuan Ragbi Malaysia.\"Pada tahun ini Harps Holdings Berhad mengambil inisiatif untuk menjayakan program ini bersama - sama Kesatuan Ragbi Malaysia sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat,\" katanya pada majlis yang berlangsung di sebuah restoran di Teluk Intan.Tambah Shahrul Zaman, KRM dan Harps Holdings Berhad berharap sumbangan itu dapat memberi keceriaan kepada golongan tersebut dalam menyambut Aidilfitri tahun ini.Jelasnya lagi, program turun padang sedemikian juga secara tidak langsung mendekatkan lagi dua entiti itu dengan golongan kurang bernasib baik.\"Hubungan baik antara Kesatuan Ragbi Malaysia bersama Harps Holdings Berhad akan terus diperkukuhkan lagi bagi menyokong sebarang aktiviti bersama,\" katanya.Dalam majlis itu, wakil Harps Holdings Berhad yang juga Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohamad Hisham Mohd Taufek bersama Shahrul Zaman turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf.Hadir sama Setiausaha Agung Kehormat KRM, Amrul Hazarin Hamidon dan Pengarah Pembangunan KRM, Mohd Khairulnizam Mohd Isa serta pegawai Harps Holdings Berhad.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253503/berita/sukan/misi-lunas-dendam-bunga-raya-7s", "article_title": "Misi lunas dendam Bunga Raya 7s", "article_text": "SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara menempah slot perlawanan akhir Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) selepas menewaskan tuan rumah Singapura pada Jumaat.Dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Jurong tersebut, skuad Bunga Raya 7s kendalian Ahmad Fadzlee Ahmad Idris menewaskan jiran tetangga itu 12-7 pada saingan separuh akhir.Kemenangan ke atas Singapura itu membolehkan Bunga Raya 7s berdepan sekali lagi Taiwan dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional yang diibaratkan misi balas dendam.Terdahulu Bunga Raya 7s membuka kempen langkah kanan apabila mengatasi jagoan Asia Tenggara, Filipina 38-0.Bagaimanapun rentak kemenangan itu gagal diteruskan dalam perlawanan kedua apabila tewas 7-19 kepada Taiwan.Sebagai rekod, SEA 7s merupakan antara kejuaraan pemanas badan anak buah Ahmad Fadzlee sebelum menyingkap cabaran di Sukan Asia Hangzhou, China tahun ini.Sementara itu, Ahmad Fadzlee mengakui masih terdapat banyak lagi elemen yang perlu ditambah baik skuad Bunga Raya 7s.\"Prestasi memang perlu dibaiki sebab kombinasi pengalaman dan fitness masih belum serasi apabila gugup dalam membuat keputusan di padang.\"Insya-ALLAH, Bunga Raya 7s akan lebih baik lagi dengan game high level bagi mengadaptasi keserasian dalam permainan.\"Persediaan berdepan Taiwan lebih kepada tugas individu yang perlu disatukan bersama dengan team mates lain kerana Taiwan akan bermain tight contact game.\"Jadi kita akan cuba main wide untuk pastikan pemain buka ruang menyerang,\" katanya kepada Sukan Sinar.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 April 2023 07:04am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253431/berita/sukan/kda-fc-hilang-dua-tonggak-pertahanan-bertemu-jdt", "article_title": "KDA FC hilang dua tonggak pertahanan bertemu JDT", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC perlu memikirkan formula ampuh untuk memperkemaskan bentengnya menjelang aksi kelapan Liga Super 2023 bertemu pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, Sang Kenari kehilangan pertahanan kiri, Ariff Farhan yang digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.Nasib sama menimpa seorang lagi pemain pertahanan, Wan Amirul Afiq yang juga tidak dapat beraksi bertemu JDT kerana layangan kad merah kepadanya semasa menentang Penang FC Rabu lalu.\"Kami perlu melakukan percaturan taktikal baharu meletakkan pemain lain yang mampu memberi keseimbangan di posisi penting benteng KDA FC pada Ahad ini.\"Penggantungan dua pemain pertahanan ini juga akan membuka peluang kepada pemain lain selepas menunggu lama untuk berada dalam kesebelasan utama.\"Saya perlu lebih teliti dan memikirkan perancangan yang dapat menyeimbangkan kekuatan benteng selepas kami kehilangan dua tonggak utama di posisi penting,\" katanya mengulas aksi perlawanan penting dua pasukan teratas Liga Super ini.Jelas Nafuzi, KDA FC akan hadir sebagai pasukan bukan pilihan di laman Harimau Selatan namun dengan membawa bekal keyakinan yang tinggi untuk berdepan juara liga super sembilan kali berturut-turut itu.\"Kita tahu bila kita lawan pasukan yang bagus ini kita mahu cuba beri aksi yang terbaik dan kita tetap mahukan satu keputusan yang positif untuk dibawa pulang.\"Saya memiliki perancangan saya sendiri dan saya rasa pemain cukup bersemangat dan fokus untuk menghadapi cabaran besar ini walaupun kami hadir sebagai underdog di tempat lawan nanti,\" ujarnya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 04:03pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253418/berita/sukan/malaysia-tetap-sertai-sukan-olimpik-paris-2024", "article_title": "Malaysia tetap sertai Sukan Olimpik Paris 2024", "article_text": "DALAM misi memburu emas sulung pada Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia tetap akan menghantar kontinjen walaupun beberapa negara dilaporkan mahu memboikot penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) itu selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak mahu sebarang isu politik dibawa ke dalam sukan.Malah, Hannah yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa RTG percaya barisan atlet negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik di Paris tetap akan menampilkan prestasi terbaik mereka bagi memburu pingat.\u201cSaya tak boleh mengulas mengenai negara lain, tetapi seperti saya katakan, kita berpegang kepada apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa RTG,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.Sebelum ini, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Australia dilaporkan mahu memboikot Sukan Olimpik 2024 susulan keputusan IOC membenarkan penyertaan kontinjen Rusia dan Belarus di Paris nanti.Dalam pada itu, Hannah berkata, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Aziz dan bekas pelumba berbasikal trek negara, Josiah Ng dilantik sebagai pembantu teknikal kepada Penyelaras RTG, Stuart Ramalingam.\u201cProjek RTG ini juga akan menggunakan dashboard Institut Sukan Negara (ISN) yang menggunakan Athlete Management System (AMS) untuk menganalisis prestasi dan gaya hidup atlet terlibat,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 03:23pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253411/berita/sukan/15-atlet-sandaran-emas-sulung-olimpik", "article_title": "15 atlet sandaran emas sulung Olimpik", "article_text": "SERAMAI 15 atlet daripada tiga acara sukan - berbasikal, badminton dan akuatik (terjun) disenaraikan dalam projek Road to Gold (RTG) menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.Seperti dijangka, badminton mendominasi barisan atlet RTG apabila seramai 11 pemain dipilih, manakala dua pelumba berbasikal trek dan dua penerjun wanita turut berada dalam senarai.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, dua kriteria utama menjadi keutamaan dalam pemilihan kesemua atlet berkenaan yang dianggap berpotensi menyumbang emas sulung Olimpik.Namun, Hannah tidak menolak kemungkinan bilangan atlet sedia ada akan berubah berdasarkan prestasi semasa atlet lain apabila kejohanan kelayakan ke Olimpik Paris 2024 bermula nanti\u201cDua kriteria pemilihan (atlet RTG) iaitu satu (atlet) pemenang pingat pada temasya Olimpik Tokyo 2020 dan kedua, tersenarai dalam ranking top 10 di dunia.\u201cKita juga ada kriteria tambahan yang mana atlet podium sedia ada yang menunjukkan peningkatan yang sangat-sangat baik, yang itu wajar dipertimbangkan case by case untuk masukkan atlet itu dalam projek RTG.\u201cSenarai ini dijangka berubah apabila kejohanan kelayakan ke Paris bermula dan ia tertakluk kepada persetujuan RTG dan reviu serta pemantauan berkala.\u201cSetiap permainan (kejohanan) ada tempoh kelayakan yang berbeza, jadi sebab itu kita kena tengok sukan berkenaan,\" katanya dalam sidang akhbar pengumuman senarai atlet RTG di Putrajaya pada Jumaat.Pada masa sama, Hannah berkata, anggaran perbelanjaan RTG hanya boleh ditentukan selepas pertemuan bersama semua atlet terlibat dan dipersetujui oleh jawatankuasa projek.\u201cKenapa kita tidak boleh beritahu sekarang adalah kerana kita kena kira kos perbelanjaan terlebih dahulu untuk keperluan atlet. Sebagai contoh, atlet itu minta sokongan dari segi jurulatih atau rawatan kecederaan.\u201cPenyelaras RTG (Stuart Ramalingam) dan tiga ahli jawatankuasa, Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Mimawan Nawawi akan memulakan pertemuan bersama atlet RTG dan jurulatih dalam masa sebulan.\"Mereka akan mendengar keperluan top-up yang diperlukan oleh mereka dan mendapatkan persetujuan serta komitmen mereka untuk mengikuti projek RTG ini,\" jelasnya.SENARAI ATLET PROJEK RTG1. Datuk Azizulhasni Awang (berbasikal)2. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal)3. Lee Zii Jia (Badminton)4. Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)5. Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (badminton)6. Pearly Tan-M Thinaah (badminton)7. Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (badminton)8. Goh Soon Huat- Shevon Lai (badminton)9. Datuk Pandelela Rinong Akuatik (terjun)10. Nur Dhabitah Sabro Akuatik (terjun)", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 02:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253401/berita/sukan/tmj-pelawa-sprm-periksa-kewangan-kelab-jdt", "article_title": "TMJ 'pelawa' SPRM periksa kewangan kelab JDT", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelab bola sepak yang berminat untuk datang \u2018memeriksa\u2019 serta melakukan audit kewangan termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan skuad Harimau Selatan itu.Ia sebagai respons Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi ciapan Twitter beliau berhubung tuduhan gaji barisan pemain JDT dibayar oleh \u2018kontraktor\u2019.Menurut Tunku Ismail, kewangan JDT datang daripada penaja, dirinya dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.\"Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?,\u201d menurut ciapan Tunku Ismail, pagi Jumaat.Terdahulu, Tunku Ismail berkata, beliau sudah lama menunggu soalan berhubung tuduhan terdapat \u2018kontraktor\u2019 membayar gaji pemain-pemain JDT yang dipersoal seorang pemilik akaun Twitter.JDT, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, kini menerajui musim 2023 dengan mengumpul 21 mata selepas memulakan kempen dengan cemerlang apabila meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama dengan mencetak 30 gol dan bolos hanya sekali. - Bernama1/3Alhamdulillah, saya memang dah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yg pertama saya tak rasa apa2 kerana selama 11 thn dlm industri bola sepak tiada perkara yg baik pun dikatakan tentang JDT. Kami di JDT dah biasa dgn perkara2 sebegini. https://t.co/iMkvoy04CJ\u2014 HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 6, 2023", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 01:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253386/berita/sukan/arab-saudi-intai-khidmat-mourinho", "article_title": "Arab Saudi intai khidmat Mourinho", "article_text": "ARAB Saudi dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Jose Mourinho dengan tawaran lebih daripada 100 juta pound (RM547 juta) untuk kontrak selama dua tahun.Andai ia menjadi realiti, pengendali berusia 60 tahun itu bakal menjadi sebagai pengurus yang menerima bayaran termahal.Laporan turut menyebut kelab yang disertai Cristiano Ronaldo, Al-Nassr juga berminat dengan Mourinho ketika pengendali skuad itu, Rudi Garcia dilaporkan mahu meninggalkan pasukan pada akhir musim ini.Pengendali dari Portugal itu menyertai kelab terbaik Serie A, Roma pada 2021 dan kontraknya masih berbaki sehingga 2024.Bagimanapun nasib Mourinho mencetuskan tanda tanya kerana terdapat pertikaian mengenai pemindahan dan kekecewaan berhubung prestasi Roma pada musim ini.Roma ketika ini berada di kedudukan kelima carta dengan 50 mata ketinggalan 21 mata berbanding pendahulu Napoli.Biarpun masa depannya masih terbuka bersama kelab Itali itu, namun Mourinho ketika ini dilaporkan dirisik oleh pengurusan utama bagi mengendalikan pasukan kebangsaan Arab Saudi.Menurut laporan media, kontrak itu termasuk nilai 52 juta pound (RM284 juta) setiap tahun dengan dua pilihan buat Mourinho.Dia mungkin boleh menamatkan kontrak pada hujung musim pertama atau melanjutkannya sehingga 2026 - tahun untuk saingan Piala Dunia di Amerika Utara.Dalam satu laporan lain, Mourinho mungkin mengikut jejak Ronaldo yang menunjukkan prestasi menakjubkan sejak berpindah ke Liga Pro Saudi Januari lalu.Kapten Portugal tersebut pernah berada dalam satu 'kapal' bersama rakan senegaranya itu di Bernabeu selama tiga musim antara tahun 2010 dan 2013.Mereka pernah merangkul gelaran La Liga dan Copa del Rey.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 12:16pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253384/berita/sukan/tmj-tak-sangka-permulaan-luar-biasa-jdt", "article_title": "TMJ tak sangka permulaan luar biasa JDT", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menyangka permulaan luar biasa mampu dipamerkan Harimau Selatan dalam saingan Liga Super musim ini.Menurut Tunku Ismail, keupayaan meledak 30 gol dalam hanya tujuh perlawanan merupakan bukti komitmen tinggi pemain selain mampu melaksanakan perancangan pasukan dengan baik.\"Syukur Alhamdullilah berpuas hati, tetapi tidaklah begitu berpuas hati sangat kerana kami ingin memperbaiki dan menambah baik banyak perkara.\"Saya rasa persiapan yang kami rancang dengan jurulatih serta pasukan untuk ke Dubai (perlawanan pramusim) dan membuat persiapan lawan dengan pasukan yang lebih hebat, adalah keputusan yang tepat.\"Bagi saya, pesiapan adalah kunci kejayaan. Saya tak sangka yang kami akan jaringan 30 gol dalam tujuh perlawanan dan menang semua perlawanan tersebut.\"Selalunya lepas pramusim, kami akan 'hiccup' kerana intensisti pramusim yang sangat tinggi. Tetapi saya tengok pasukan, semua pemain tunjuk komitmen yang tinggi dan melaksanakan dengan baik perancangan pasukan. Kami harap perkara ini akan konsisten sepanjang musim,\" katanya dalam video temubual yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis.JDT yang juga juara sembilan kali Liga Super itu terus menunjukkan kualiti yang dimiliki mereka apabila meraih semua kemenangan dalam tujuh perlawanan awal liga selain hanya bolos sekali menerusi sepakan penalti ketika bertemu Kelantan FC.Malah, jentera serangan JDT juga harus digeruni musim ini dengan rekod 30 gol sepanjang tujuh perlawanan tersebut dan turut menang besar dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan 7-0, Kelantan (5-1), Selangor (4-0), Sabah (4-0) dan Perak (5-0).", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 12:03pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253383/berita/sukan/sic-terima-dana-rm20-juta", "article_title": "SIC terima dana RM20 juta", "article_text": "SELEPAS tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini sudah boleh kembali menarik nafas lega.Menerusi Bajet 2023, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada SIC bagi menaik taraf semula infrastruktur di litar berkenaan.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu penting dalam usaha SIC menarik lebih banyak penganjuran acara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.\u201cTahun ini kita (KBS) menerima dana daripada Bajet 2023 untuk membantu SIC. Selepas beberapa tahun tidak dapat bantuan dan sokongan daripada kerajaan, kali ini dana ini cukup penting untuk mereka.\u201cIni kerana ekonomi sudah dibuka semuala dan SIC sudah ada event antarabangsa yang akan masuk (dianjurkan) pada April. Jadi sekarang kita segerakan penambaikan naik taraf infrastruktur di sini (SIC).\u201cSaya percaya dengan infrastruktur yang lebih lengkap dan sempurna, SIC akan menjadi satu tempat yang mampu menarik minat event organiser, bukan sahaja tempatan tetapi juga antarabangsa.\u201cApabila sudah ada event antarabngsa dianjurkan semula SIC, ekonomi negara juga akan meningkat,\u201d katanya kepada pemberita ketika Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga SIC di Sepang pada Khamis.Pada masa sama, Hannah memeklumkan, KBS juga akan menyalurkan dana untuk program pembangunan bakat pelumba muda yang dilaksanakah SIC sejak beberapa tahun lalu.\u201cSaya percaya apabila pelumba muda ini mendapat sokongan yang baik, mereka boleh bersaing dengan meraih pencapaian yang cemerlang di pentas antarabangsa sepert yang ditunjukkan Hakim Danish (Ramli).\u201cSukan permotoran adalah sukan yang mahal dan kementerian tidak mahu bersendirian dalam hal ini. Jika ia adalah sukan, ia sepatutnya dibangunkan secara bersama,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memperuntukan dana RM20 juta bagi menaik taraf fasiliti di litar berkenaan.\u201cBagi pihak SIC, saya mahu berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Hannah, KBS dan Kementerian Kewangan kerana tahun ini kami dapat bantuan dana untuk kami tingkatkan fasiliti di sini (SIC).\u201cAlhamdulillah dengan bantuan ini, kami dapat meningkat fasiliti berkelas dunia yang mana kesemua fasiliti ini akan berada pada tahap yang lebih baik,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 12:00pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253379/berita/sukan/perak-fc-mohon-maaf-kepada-pengamal-media", "article_title": "Perak FC mohon maaf kepada pengamal media", "article_text": "PERAK FC mengemukakan permohonan maaf kepada pengamal media termasuk Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) susulan insiden membabitkan Ketua Jurulatih pasukan itu, Datuk Lim Teong Kim pada Selasa.Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, pihaknya mengakui kecewa dengan tindakan dilakukan Teong Kim ketika sesi temu bual itu.Pihaknya turut mengambil iktibar terhadap insiden yang telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.\"Saya mewakili semua yang terlibat bersama Perak FC ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media termasuk SAM untuk kejadian yang tidak diingini melibatkan Ketua Jurulatih kami semasa sidang media selepas perlawanan Perak FC lawan Johor Darul Ta'zim tempoh hari.\"Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengamal media bahawa Kelab Bola Sepak Perak amat menyokong peranan yang dilakukan rakan media dan memahami kekecewaan dialami dengan kejadian yang berlaku,\" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, Abdul Azim menjelasnya pihak sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian yang tular mengikut dasar serta polisi syarikat.Katanya, tindakan tatatertib akan diambil dalam masa terdekat jika perlu berbuat demikian.\"Kami mengambil perhatian bahawa semasa perlawanan berintensiti tinggi, emosi pastinya memuncak dan kami berharap ini adalah insiden terpencil dan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.\"Dalam masa yang sama, kami memohon kepada rakan-rakan media untuk terus membuat liputan untuk Perak FC seperti yang telah dilakukan selama ini,\" katanya.Menerusi rakaman video temu bual di yang tular itu, banyak pihak mempersoalkan cara Teong Kim menjawab pertanyaan dari wartawan Astro Arena pada Selasa.Perkara itu kemudiannya menimbulkan pelbagai polemik dan kritikan terhadap Teong Kim.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 11:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253377/berita/sukan/fifa-beku-pembiayaan-kepada-persatuan-bola-sepak-indonesia", "article_title": "FIFA beku pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membekukan pembiayaan kepada Persatuan Bola sepak Indonesia (PSSI) selepas melucutkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 negara itu minggu lepas.FIFA bagaimanapun menegaskan komitmen penuh untuk menyokong PSSI dalam proses transformasi bola sepak Indonesia.\u201cSusulan mesyuarat minggu lalu, pentadbiran FIFA, mencadangkan sekatan sementara ke atas penggunaan dana FIFA Forward sehingga notis selanjutnya,\u201d kata Presidennya, Gianni Infantino.Dalam satu kenyataan, beliau berkata, FIFA akan menilai secara menyeluruh pelan strategik yang telah dibentangkan oleh presiden PSSI, Erick Thohir di Paris pada Khamis sebelum menarik balik sekatan itu.Sebagai susulan kepada pertemuan mereka di Qatar pada 29 Mac, Erick turut berkongsi rancangan kerajaan Indonesia untuk melabur dalam infrastruktur bola sepak di seluruh negara.FIFA menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan 24 pasukan itu selepas dua gabenor wilayah enggan menjadi tuan rumah pasukan Israel yang turut beraksi dalam kejohanan itu.Piala Dunia B-20 yang dijadual dari 20 Mei hingga 11 Jun sepatutnya berlangsung di enam lokasi - Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 11:27am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253376/berita/sukan/juventus-dihukum-selepas-hina-lukaku", "article_title": "Juventus dihukum selepas hina Lukaku", "article_text": "JUVENTUS diarah menutup sebahagian daripada tempat duduk penyokong selepas mereka dijatuhi hukuman gara-gara tindakan penyokong kelab itu menghina penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku.Lukaku menjadi sasaran ejekan penyokong lawan sebelum dan selepas menyumbat sepakan penalti pada minit kelima masa tambahan untuk membolehkan Inter seri 1-1 dalam pertembungan separuh akhir pertama Piala Itali pada Rabu.Ketika meraikan jaringan itu, pemain Belgium tersebut mengutip kad kuning kedua kerana meletakkan jari di bibirnya sebagai isyarat menutup mulut penyokong di Stadium Allianz.Serie A pada awal pagi Jumaat mengumumkan bahawa Juventus harus menutup sebahagian tempat duduk di bahagian untuk perlawanan bertemu Napoli, dua minggu lagi.Hakim yang mengendalikan kes itu menyatakan bahawa majoriti daripada 5,034 penonton bersalah kerana menghina Lukaku secara ejekan berbaur perkauman.Lukaku masih akan menjalani penggantungan satu perlawanan dalam aksi timbal balik dengan Juventus pada 26 April depan kerana dibuang padang hingga mengundang protes panjang.Penjaga gol Inter, Samir Handanovic dan pemain tengah Juventus, Juan Cuadrado turut diarahkan keluar padang kerana terlibat dalam pertelingkahan itu dan masing-masing akan menjalani penggantungan satu dan tiga perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 11:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253374/berita/sukan/psg-bukan-kylian-saint-germain", "article_title": "PSG bukan Kylian Saint Germain", "article_text": "KYLIAN Mbappe kecewa dengan Paris Saint-Germain (PSG) berhubung video promosi terbaharu yang menggunakan dirinya sebagai imej untuk jualan tiket musim bagi kempen 2023-24.Penyerang itu menandatangani kontrak baharu bersama juara Ligue 1 berkenaan tahun lalu selepas menolak perpindahan ke Real Madrid.Walaupun terikat kontrak hingga 2025, masa depan penyerang Perancis itu terus menimbulkan spekulasi, lebih-lebih lagi di tengah-tengah prestasi goyah skuad kendalian Christophe Galtier tersebut.Mbappe bertindak menyuarakan kekecewaannya kerana menggunakan imejnya dan menjadi tumpuan utama dalam usaha mempromosikan tiket bermusim PSG itu.\"Saya hanya mengambil bahagian ketika hadir dalam kempen langganan tiket kelab untuk musim 23-24. Saya tidak pernah dimaklumkan mengenai kandungan temu bual itu.\"Ia kelihatan seperti wawancara biasa ketika hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang diterbitkan ini.Itulah sebabnya saya memperjuangkan hak imej individu.\"PSG merupakan kelab besar dan keluarga besar, tetapi ia bukan Kylian Saint-Germain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 11:18am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253368/berita/sukan/liverpool-didakwa-kerana-kerumun-pengadil", "article_title": "Liverpool didakwa kerana kerumun pengadil", "article_text": "LIVERPOOL berdepan dakwaan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan insiden yang menyaksikan pemain mereka mengerumuni pengadil ketika kekalahan 1-4-di Manchester City, Sabtu lalu.Insiden itu berlaku pada minit ke-34 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Etihad ketika kedudukan terikat 1-1 selepas pemain tengah City, Rodri, melakukan kekasaran ke atas Cody Gakpo.Pemain Sepanyol terbabit telah pun dilayangkan kad kuning kerana kekasaran yang sama beberapa minit sebelum itu tetapi pengadil, Simon Hooper, mengelak daripada melayangkan kad kuning kedua.Diogo Jota, Fabinho, Virgil van Dijk dan ketua pasukan, Jordan Henderson, meluru ke arah pengadil bagi mempersoalkan keputusan itu.Ia mendorong FA untuk mendakwa kelab itu yang didapati gagal memastikan pemainnya berkelakuan dengan tepat.Liverpool mempunyai hingga Khamis depan untuk menjawab pertuduhan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 10:42am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253366/berita/sukan/keputusan-mudah-kembali-ke-chelsea", "article_title": "Keputusan mudah kembali ke Chelsea", "article_text": "FRANK Lampard mengakui tidak sukar untuk membuat keputusan menerima semula peranan sebagai pengendali sementara Chelsea sehingga hujung musim ini.Lampard,44, dilantik sebagai pengendali sementara kelab itu pada Khamis susulan pemecatan Graham Potter sekali gus memberinya peluang yang tidak dijangka untuk kembali berada di kerusi panas itu.Dia yang memegang rekod 211 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan memenangi 13 trofi sebagai pemain Chelsea, telah dipecat sebagai pengurus pada Januari 2021 selepas 84 perlawanan dan digantikan oleh Thomas Tuchel.Selepas itu, Tuchel juga dipecat pada September dan kemudian penggantinya Potter turut meninggalkan pasukan dengan kelab London itu ketika ini bergelut di tangga ke-11 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.\"Ia adalah keputusan yang cukup mudah untuk saya. Ini adalah kelab saya sejak bermain dan pernah menguruskan kelab ini sebelum ini.\"Saya gembira dan berterima kasih kepada orang yang memberi saya peluang tersebut. Saya yakin dengan diri sendiri, mempunyai pemahaman yang baik tentang skuad, tempat latihan, stadium dan penyokong. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan apa yang mereka mahu,\" katanya.Ditanya sama ada peranan itu boleh kekal, Lampard berkata dia hanya mahu menumpukan untuk memberi impak kepada skuad dengan cara yang terbaik.\"Selepas itu kita akan lihat apa yang berlaku,\" tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 10:33am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253359/berita/sukan/tiket-motogp-kbs-perjuang-pengurangan-cukai-hiburan", "article_title": "Tiket MotoGP: KBS perjuang pengurangan cukai hiburan", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, selain acara sukan, pihak kementerian juga menerima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.\u201cSudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai hiburan),\u201d katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, pada Khamis.Dalam pada itu, Hannah berkata, agak mustahil bagi Malaysia untuk mengembalikan semula perlumbaan Formula 1 (F1) memandangkan kos penganjuran yang terlalu tinggi.Beliau berkata, sebaliknya, KBS buat masa ini akan mengutamakan pemberian dana kepada SIC termasuk suntikan RM20 juta bagi menaik taraf infrastruktur dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara tempatan atau antarabangsa.\u201cKalau mampu memang kita akan buat (perlumbaan F1) tapi memang kita tak mampu sekarang, jadi kita akan gunakan dana yang kita ada untuk keutamaan lain dahulu,\u201d katanya.Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkannya pada 2017 ekoran penyusutan pulangan yang ketara.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan terdapat kelainan dalam penganjuran MotoGP di SIC yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 12 November ini.Dalam perkembangan lain, Azhan Shafriman berkata, kerja-kerja penurapan litar di selekoh 7 sehingga 12 daripada keseluruhan litar sepanjang 5.54 kilometer itu telah mencapai tahap 40 peratus.Beliau yakin kerja-kerja penurapan tersebut dapat disiapkan menjelang minggu terakhir bulan ini sebelum pihaknya dapat menganjurkan Piala Porsche Carrera Asia yang dijadual pada 29 dan 30 April ini.Kali terakhir SIC menaik taraf litar tersebut adalah pada tahun 2016 dan selepas itu tiada sebarang penurapan baharu dilakukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 April 2023 08:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253339/berita/sukan/argentina-kembali-ungguli-ranking-pertama-fifa-selepas-6-tahun", "article_title": "Argentina kembali ungguli ranking pertama FIFA selepas 6 tahun", "article_text": "ARGENTINA kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember.Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti Perancis dengan 1,838.45 mata.Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata.Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 10:10pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253333/berita/sukan/kejayaan-tewaskan-sabah-petanda-positif-buat-kl-city", "article_title": "Kejayaan tewaskan Sabah petanda positif buat KL City", "article_text": "KUALA Lumpur (KL) City FC mula mendapat momentum dalam saingan Liga Super musim ini selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Sabah di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.Pengendali KL City FC, Bojan Hodak berkata, pemainnya dituntut untuk mengekalkan momentum kemenangan tersebut dalam perlawanan akan datang.Menurutnya, lawan dalam perlawanan akan datang tidak sesukar ketika beberapa perlawanan awal kerana KL City sudah menentang pasukan kuat seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu, Sabah dan Selangor untuk pusingan pertama liga.\"Sudah tentu tekanan sudah berkurangan selepas berjaya meraih kemenangan pertama ini dan pemain boleh fokus untuk perlawanan seterusnya.\"Kami juga sudah menentang semua pasukan yang kuat seperti JDT, Sabah, Selangor dan Terengganu. Selepas ini, kami akan berdepan dengan pasukan di kedudukan bawah liga. Jadi kami perlu optimistik untuk perlawanan seterusnya,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Dalam perlawanan itu, KL City membuka tirai jaringan menerusi T Saravanan pada minit ke-15 selepas menyempurnakan hantaran jauh Sebastian Avanzini.Pemain gantian, Sean Giannelli memastikan kemenangan buat KL City meledak gol kedua di penghujung permainan.Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Bojan percaya para pemainnya tidak melakukan kesilapan selain berjaya mencipta banyak peluang jaringan.\"Kemenangan pertama memang sentiasa sukar. Kami tidak bernasib baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Hari ini kami bermain dengan baik tanpa kesilapan,\"katanya.KL City dijadualkan menentang Perak FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 09:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253330/berita/sukan/aston-villa-anjur-iftar-di-villa-park", "article_title": "Aston Villa anjur iftar di Villa Park", "article_text": "KELAB berpengaruh Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa buat kali pertama menganjurkan majlis iftar di Stadium Villa Park pada Rabu.Beratus-ratus orang berkumpul di Villa Park, Birmingham untuk menghadiri acara yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Aston Villa dan Projek Khemah Ramadan.Sebelum berbuka puasa, azan turut dilaungkan melalui sistem PA Villa Park.Masyarakat Islam dibawa melihat pemandangan Stadium Villa Park. - Foto Ramadan Tent ProjectPengasas Projek Khemah Ramadan, Omar Salha berkata, projek itu telah menghubungkan lebih setengah juta orang daripada semua latar belakang melalui Festival Ramadan tahunan dan inisiatif perdana Open Iftar sejak sedekad lalu.\u201cDaripada taman awam dan dataran, ke mercu tanda yang paling digemari, budaya dan ikonik di Britain, galeri, muzium, tempat ibadat dan stadium sukan, Ramadan terbuka kepada semua dan kami amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada komuniti masyarakat,\u201d katanya.Sebagai rekod, Aston Villa menjadi kelab keempat yang menganjurkan acara itu tahun ini selepas kelab mewah Chelsea diikuti Brighton & Hove Albion dan Queens Park Rangers.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aston Villa, Christian Purslow berterima kasih kepada kepada masyarakat Islam sekitar Villa Park yang menjayakan program pertama kali anjuran kelab tersebut.\u201cKami berbesar hati untuk membuka pintu kami dan membolehkan anda berbuka puasa di Kelab Bola Sepak Aston Villa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 09:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253307/berita/sukan/skuad-renang-harap-tuah-di-kemboja", "article_title": "Skuad renang harap tuah di Kemboja", "article_text": "SKUAD renang negara berharap tuah memihak mereka untuk meraih keputusan lebih baik pada Sukan SEA Kemboja bulan depan berbanding satu pingat emas pada temasya di Hanoi tahun lalu.Jurulatih skuad renang, Chris Martin bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sasaran pingat, namun berharap perenang negara dapat melakukan yang terbaik.Justeru katanya, kem renang giat merangka strategi untuk mencapai keputusan yang diharapkan di Pusat Akuatik Morodok di Phnom Penh, dengan menyenaraikan 18 perenang.\u201cKita telah menetapkan sasaran dan kita akan buat yang terbaik untuk mencapainya. Tahun lepas, kita peroleh kejayaan dalam acara relay berbanding sebelum ini, jadi sesuatu yang baik,\u201d katanya pada sidang akhbar skuad renang di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada bulan lalu menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Terbuka Malaysia edisi ke-65.\u201cSeperti saya katakan, ini sebab kita anjurkan kejohanan di sini dan tiada siapa boleh mengatakan siapa menang.\u201cDaripada laporan, kolam renang di Phnom Penh sangat baik, lebih baik berbanding tahun lepas, kita teruja,\u201d katanya.Pada edisi di Hanoi, Khiew Hoe Yean menjadi satu-satunya pemenang pingat emas acara renang di temasya dwitahunan itu menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki, selain meraih empat perak dan dua gangsa.Pencapaian skuad renang negara di Sukan SEA menyaksikan pernah meraih dua emas, dua perak dan tiga gangsa di Filipina pada 2019, 5-3-3 di Kuala Lumpur (2017), 3-4-4 di Singapura (2015), 4-4-4 di Myanmar (2013) dan 5-10-3 di Indonesia (2011).Martin juga berharap barisan perenang tidak mengulangi kesilapan yang menyebabkan mereka hilang pingat perak dan rekod kebangsaan tidak diiktiraf dalam acara 4x400m gaya bebas lelaki di Hanoi kerana kesalahan 'false start'.Berdasarkan keputusan, Singapura dan Malaysia dibarisi Welson Sim, Lim Yin Churn, Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan saingan masing-masing di tempat pertama dan kedua diikuti Vietnam ketiga.Bagaimanapun, pembatalan akibat kesalahan berkenaan menyebabkan Singapura dan Malaysia hilang kelayakan sekali gus menyaksikan Vietnam meraih emas, diikuti Indonesia dan Thailand dengan perak dan gangsa.\u201cKami menjalankan latihan khas namun kesilapan tetap dilakukan, itulah bahang pertandingan.\u201cKita tidak berada dalam keadaan tersebut dan atlet agak gementar ketika itu tapi kali ini mereka akan lebih baik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 06:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253300/berita/sukan/penerjun-muda-negara-sedia-galas-cabaran", "article_title": "Penerjun muda negara sedia galas cabaran", "article_text": "PENERJUN muda negara sedia mengalas cabaran untuk membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.Biarpun tanpa kelibat Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri enam penerjun pelapis tetap berkobar-kobar mengharumkan nama negara pada temasya dwitahunan tersebut.Pada edisi di Hanoi, Vietnam lalu, skuad terjun membuktikan mereka selaku pasukan gergasi Asia Tenggara apabila menyapu bersih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa.Bagaimanapun, senario berbeza di Kemboja apabila Persekutuan Renang Malaysia (MS) mempertaruhkan enam atlet pelapis dan dua penerjun berpengalaman iaitu Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim.Menurut pengurus pasukan, Ong Suh Chyn, keputusan mereka menghantar barisan atlet muda bagi menyahut cabaran Majlis Olimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi pendedahan di pentas antarabangsa.\u201cIni adalah pendedahan pertama penerjun muda untuk merasai pertandingan di peringkat antarabangsa. Enam penerjun pelapis dan dua lagi atlet elit.\u201cKita meletakkan harapan tinggi kepada atlet pelapis ini dan mereka mampu menaiki podium pada temasya dwitahun itu,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.Mengulas sasaran skuad terjun mampu mengulangi pencapaian di Hanoi edisi lalu, Suh Chyn berkata, ia berubah kerana acara pun berkurangan berbanding temasya lepas.\u201cBerdasarkan sasaran awal, kita letakkan penerjun negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa,\u201d katanya.Dalam pada itu, Syafiq Puteh percaya mereka mampu melakar kejayaan berdasarkan Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) di Bukit Jalil minggu lalu.\u201cBerdasarkan persembahan pada MIAG, saya yakin mereka mampu mempamerkan aksi terbaik dan membawa pulang pingat ke tanah air,\u201d katanya yang meraih emas dalam acara 3 meter papal anjal individu lelaki di Hanoi tahun lepas.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 06:41pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253299/berita/sukan/harimau-muda-tak-gentar-berdepan-vietnam-thailand", "article_title": "Harimau Muda tak gentar berdepan Vietnam, Thailand", "article_text": "TIADA istilah gentar buat skuad bola sepak Bawah 22 tahun (B-22) negara walaupun diundi dalam kumpulan maut pada Sukan SEA Kemboja 2023 bulan depan.Pengendali Harimau Muda, E Elavarasan yakin dengan kemampuan pemainnya selain optimis mampu mencapai keputusan positif di temasya dwitahunan itu.\u201cSatu undian menarik dan dalam masa sama mencabar selepas kami diundi bersama juara bertahan, Vietnam dan pasukan pilihan Thailand.\u201cDi sebalik pasukan negara harus realistik dengan keputusan undian tersebut, saya kekal optimis bahawa skuad ini memiliki potensi sama seperti pasukan-pasukan lain di mana kami juga memiliki keyakinan untuk turun dalam kejohanan Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti,\u201d katanya dalam satu kenyataan.Dalam undian yang berlangsung pada Rabu itu, skuad Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Vietnam dan juara terbanyak dengan rekod 16 kali, Thailand selain turut dihuni Singapura dan Laos.Saingan Kumpulan A pula menyaksikan tuan rumah, Kemboja diundi bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir dengan acara \u2018ibu emas\u2019 di Phnom Penh itu akan menyingkap tirai mulai 29 April hingga 16 Mei.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran mara ke final dalam saingan Sukan SEA tersebut.Menurut Elavarasan, sasaran tersebut tidak berubah dan para pemainnya akan cuba sedaya upaya menamatkan penantian 12 tahun meraih emas.\u201cFokus dan visi kami tidak akan berubah. Sudah pasti kami akan bersiap sedia untuk berdepan kumpulan sukar ini dan tugas saya sekarang adalah memastikan pasukan ini dalam keadaan bersedia,\u201d katanya.Malaysia kali terakhir merangkul emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia menerusi sepakan penalti.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 06:40pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253292/berita/sukan/jdt-bukan-penjara---tmj", "article_title": "'JDT bukan penjara' - TMJ", "article_text": "[DIKEMASKINI] PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab spekulasi berkaitan bintang sensasi pasukan itu, Arif Aiman Mohd Hanapi yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pasukan luar negara.Menurut Tunku Ismail, setakat ini tiada tawaran diterima daripada mana-mana pasukan dan kelab itu tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Arif Aiman beraksi di luar negara.\"Buat masa ini kami tidak ada terima mana-mana tawaran, tetapi tanggungjawab saya sebagai pemilik kelab adalah jelas iaitu saya bertanggungjawab dengan nilai komersial kelab dan kejayaan kelab di dalam padang.\"Kalau ada siapa siapa nak, bagi duit tawaran yang boleh memberi JDT manfaat daripada pendapatan tersebut. Kelab kami bukan penjara, sesiapa sahaja boleh keluar dari sini,\" katanya dalam satu video yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis.Sebelum ini, Arif Aiman dilaporkan sedang diintai beberapa kelab dari Jepun dan Korea Selatan selepas mereka terpikat dengan bakat pemain berusia 20 tahun itu.Kelab Liga 1 Jepun (Liga J), Kashiwa Reysol dikatakan antara kelab yang berminat untuk merekrut Arif Aiman yang kini sudah meledak empat gol dan empat bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini.Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berpandangan bermain di luar negara bukan faktor utama untuk menunjukkan seseorang pemain itu bagus.Sebaliknya beliau menjelaskan, mungkin pemain tersebut mempunyai kualiti, namun apabila beraksi dalam liga atau perlawanan yang kurang kompetitif selain tidak dapat peluang bermain yang sewajarnya akan memberikan kesan kepada masa depan pemain tersebut.\"Tak semestinya bermain di luar negara bergantung kepada kategori liga yang dapat beri jaminan berada dalam kesebelasan utama atau peluang tambah baik prestasi.\"Saya bagi contoh, Titus James dulu di main di Perancis beberapa tahun, apa sumbangan kepada pasukan kebangsaan?\"Sama juga macam kalau kita tengok Luqman sekarang, Kesian juga saya tengok sebab dia seorang pemain yang baik, ada sikap yang baik. Tapi dengan kurangnya kualiti, minit atau peluang perlawanan. Eropah bukan senang, sama juga Jepun dan Korea.\"Kalau kita tengok Hadi Fayyadh, dia pergi Yakult (yang) bawa. Mana Hadi Fayyadh hari ini? Main dengan Perak. Sama juga dengan Wan Zack Haikal dan pertahanan kiri, Nazirul Naim tak silap saya. Tak semestinya semua yang bermain di luar negara itu awak semua harus sanjung,\" katanya.Tunku Ismail juga menegaskan JDT turut memberikan pendedahan yang tinggi kepada pemain dengan menentang pasukan berkualiti selain beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).\"Seperti contoh, kami beraksi dalam ACL, lawan pasukan 10 kali ganda lebih baik daripada kami. Itu adalah satu pengalaman yang bagus bagi mana-mana pemain yang beraksi dalam pasukan bola sepak JDT.\"Kami boleh lihat sendiri kualiti perlawanan dan kualiti latihan. Jadi, tak semestinya main di luar, main bagus. Pandangan saya, saya tak setuju dengan pendapat itu (bermain di luar negara semuanya bagus),\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 05:58pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253273/berita/sukan/harimau-malaya-kini-ranking-ke-138-dunia", "article_title": "Harimau Malaya kini ranking ke-138 dunia", "article_text": "SKUAD bola sepak Malaysia melonjak tujuh anak tangga dari kedudukan ke-145 dunia ke-138 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.Peningkatan itu disumbangkan kiraan mata ketika berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022 selain kejayaan menumpaskan Turkmenistan dan Hong Kong pada aksi persahabatan pada bulan lalu.Harimau Malaya memungut 1082.13 mata, naik 15.53 mata berbanding 1066.6 mata pada kemas kini terakhir pada 22 Disember tahun lalu.Di peringkat Asia, Malaysia berada di tangga ke-25 daripada 46 negara manakala di peringkat Asean, skuad kendalian Kim Pan-gon itu di kedudukan keempat di belakang Vietnam (95), Thailand (114) dan Filipina (136).Kedudukan ke-138 dunia itu menyamai kedudukan skuad kebangsaan pada 2011 selepas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018.Sementara itu, Argentina memintas Brazil untuk berada di kedudukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1840.93 mata dan Perancis di kedudukan kedua dengan 1838.45 mata.Brazil pula di kedudukan ketiga dengan 1834.21 mata disusuli Belgium (1792.53 mata) dan England (1792.43 mata)", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 04:52pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253275/berita/sukan/sanusi-kekal-presiden-kfa", "article_title": "Sanusi kekal Presiden KFA", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal menyandang jawatan tersebut bagi penggal 2022-2026 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA pada Khamis.Timbalan Presiden KFA juga kekal milik Datuk Abdul Rahman Abdullah manakala jawatan Naib Presiden KFA dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.Jawatankuasa Eksekutif KFA pula dimenangi oleh Ben Ying Shen, Mohd Aizad Roslan, M Youvarajan, Jusrianuar Jamarudin, Badrul Hisham Sulaiman, Shafferi Rejab, Mohd Farhan Ahmad, Idzham Nordin dan kuota wanita milik Nor Nadia Ahmad Shukri yang menang tanpa bertanding.Muhammad Sanusi (kanan) mempengerusikan Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Khamis. - FOTO KFA\u201cSeramai lapan ahli eksekutif (exco) telah dipilih dan saya selaku Presiden KFA telah diberi peluang untuk melantik dua lagi exco tambahan bagi jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Lantikan itu akan dibuat pada mesyuarat ahli jawatankuasa pertama selepas hari raya Aidilfitri nanti.\u201cSepatutnya, pemilihan ahli jawatankuasa penggal 2022-2026 ini dibuat pada November tahun lalu tetapi ada isu pemutihan di mana terdapat ahli gabungan yang belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan maka ia ditangguh ke tahun ini,\u201d kata Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul Aman, dekat sini.Mengulas lanjut, beliau berkata, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun KFA pada tahun hadapan.\u201cPada 2024 genap 100 tahun KFA, satu legasi yang sangat panjang yang ada pasang surut, turun naiknya. Tetapi, ada juga perkembangan menarik antaranya kita memiliki Wisma KFA sendiri di mana bangunan yang terletak berhampiran Stadium Darul Aman itu sedang dalam proses renovasi.\u201cBanyak lagi benda baharu yang kita umumkan dan diharapkan KFA akan terus maju jaya.\"Selain itu, seluruh kepimpinan ahli jawatankuasa penggal baharu ini berharap sukan bola sepak Kedah dan Malaysia akan terus berkembang secara sihat dengan semangat kesukanan yang tinggi,\u201d ujar beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 04:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253261/berita/sukan/cooper-masih-dapat-kepercayaan", "article_title": "Cooper masih dapat kepercayaan", "article_text": "PEMILIK Nottingham Forest, Evangelos Marinakis secara terbuka mengekalkan sokongan terhadap pengendali Steve Cooper biarpun kelab berdepan prestasi buruk dalam Liga Perdana Inggeris.Namun begitu jutawan dari Greece itu tetap mengingatkan Cooper supaya segera menyelesaikan masalah prestasi yang membelenggu kelab yang bergelut di zon penyingkiran tersebut.\u201cSejujurnya tiada siapa yang menafikan bahawa kelab berada pada kedudukan sukar dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi kami ingin mengesahkan Steve Cooper kekal pengurus Nottingham Forest.\u201cYa, kami semua kecewa persembahan baru-baru ini dan sangat jelas banyak kerja rumah perlu dilakukan segera. Tidak ada masa untuk melayan gangguan, khabar angin dan spekulasi.\u201cMasa yang ada kini adalah untuk kerja keras, keazaman, komitmen daripada Steve dan pemain bagi mendapatkan keputusan yang kami perlukan dalam memastikan Forest terus kekal di saingan Liga Perdana Inggeris,\u201d kata Marinakis yang juga pemilik kelab Greece, Olympiacos.Sebagai rekod, Forest melakar kekalahan terbaharu apabila tewas 2-1 kepada Leeds United di Elland Road pada Rabu sekaligus menyaksikan anak buah Cooper tidak menang dalam lapan perlawanan terakhir liga.Keputusan itu menyaksikan Forest kini menduduki tempat ke-17 dalam kedudukan liga dengan 27 mata, sama seperti tiga kelab lain, dan hanya keluar dari zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol yang lebih baik daripada Bournemouth.Kekalahan ke-14 selepas mengharungi 28 perlawanan menimbulkan keraguan mengenai masa depan Cooper di City Ground, apabila terdapat beberapa laporan media mendakwa pengendali dari Wales itu berkemungkinan menjadi pengurus Liga Perdana ke-13 yang dipecat musim ini.Forest akan berdepan kelab tangga ketujuh, Aston Villa di Villa Park pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 03:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253214/berita/sukan/bayern-intai-kelibat-kane", "article_title": "Bayern intai kelibat Kane", "article_text": "KEKALAHAN memeritkan Bayern Munich kepada Freiburg 1-2 dalam aksi suku akhir Piala Jerman pada Rabu 'menjentik' pengurusan pendahulu Bundesliga itu untuk melakukan sesuatu.Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic mengintai peluang untuk membawa masuk peledak baharu pada jendela perpindahan akan datang.\"Sudah tentu kami akan duduk dan memantau apa yang perlu kami lakukan dalam pasaran perpindahan selepas ini,\" katanya.Langkah Bayern disekat buat kali ketiga berturut-turut mendorong Salihamidzic untuk menandatangani penyerang baharu agar kelab dapat terus menyengat pada musim depan.Antara pemain baharu yang menjadi sasaran Bayern termasuk penyerang sensasi Tottenham Hotspur yang juga kapten England, Harry Kane.\"Memasuki musim baharu dengan penampilan Eric Maxim Choupo-Moting, Mathys Tel, Thomas Muller dan Sadio Mane semata-mata belum mencukupi.\"Mungkin ada penyerang baharu, Kane atau Victor Osimhen atau Randal Kolo Muani untuk minggu mendatang,\" katanya.Pada aksi suku akhir itu, skuad kendalian Thomas Tuchel mendahului perlawanan menerusi Dayot Upamecano sebelum gol penyamaan Nicolas Hoefler.Bagaimanapun sepakan penalti Lucas Hoeler pada minit ke-95 menyingkirkan pendahulu Bundesliga itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 11:44am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253204/berita/sukan/real-benam-barcelona", "article_title": "Real benam Barcelona", "article_text": "KARIM Benzema menjaringkan hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Barcelona 4-0 di Camp Nou untuk mara ke final Copa del Rey pada Khamis.Barcelona yang menang perlawanan separuh akhir pertama 1-0 di Madrid bulan lepas tidak berupaya untuk menandingi kualiti dipamerkan Real sekali gus tewas dengan agregat 1-4.Benzema turut menjadi pemain Real pertama yang menjaringkan hatrik dalam aksi El Clasico di Nou Camp sejak Ferenc Puskas pada 1963.Vinicius Jr meletakkan Real di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui serangan balas pantas dan Benzema menambah gol kedua pasukan lima minit selepas separuh masa kedua bersambung.Lapan minit kemudian Real dihadiahkan sepakan penalti selepas Vinicus dikasari dalam kotak penalti dan Benzema menyempurnakan sepakan penaltinya menewaskan Marc-Andre ter Stegen.Pada minit ke-80, Benzema sekali lagi meledak hasil hantaran Vinicius untuk melengkapkan hatriknya selepas turut sama menjaringkan tiga gol ke atas Real Valladolid pada aksi La Liga minggu lalu.\"Ia adalah perlawanan yang sempurna, apabila anda bermain dengan lengkap, anda akan menang 4-0 seperti ini.\"Ini adalah detik paling penting pada musim ini dan apabila kami berada pada suhu tepat seperti ini, kami menjadi pasukan yang bagus.\"Pada separuh masa pertama kami menghadapi kesukaran tetapi gol pertama mengubah dinamik keseluruhan perlawanan,\" kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.Los Blancos ketinggalan 12 mata di belakang seteru utama itu pada carta La Liga dan kalah kepada Barca di final Piala Super Sepanyol, Januari lalu, tetapi kemenangan ini membolehkan mereka mara ke final Copa buat kali pertama sejak 2014 dan mereka akan berdepan Osasuna.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 10:48am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253200/berita/sukan/dua-teratas-liga-super-kda-fc-enggan-berasa-selesa", "article_title": "Dua teratas Liga Super, KDA FC enggan berasa selesa", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain enggan berasa selesa dan menyifatkan perjalanan Liga Super 2023 masih lagi jauh walaupun pasukannya kini berada di kedudukan kedua liga selepas tujuh perlawanan.Menurutnya, Sang Kenari perlu terus mengekalkan momentum pada setiap perlawanan jika mahu kekal berada di kelompok atasan liga super sehingga penghujung musim ini.\"Kita berada di nombor dua tapi kita masih ada baki 19 perlawanan, Kalau pada perlawanan ke-26 kita berada di dua teratas liga itu memang kita antara terbaik.\"Jauh lagi perjalanan kerana kita masih perlu terus mendaki,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman selepas menyaksikan KDA FC menang tipis 1-0 ke atas Penang FC pada aksi derbi utara pada malam Rabu.Sang Kenari berjaya memungut tiga mata penting selepas menang hasil jaringan Willian Lira pada minit ke-64 walaupun beraksi bersama 10 pemain selepas layangan kad merah kepada pertahanannya, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman pada minit ke-53.Kemenangan itu menyaksikan KDA FC berada di tangga kedua dengan 16 mata selepas mencatatkan lima menang, satu seri dan satu tewas selepas tujuh perlawanan.Nafuzi ZainSementara itu, mengulas perlawanan menentang Penang FC pula, Nafuzi menegur sikap pemainnya yang dilihat tidak agresif terutamanya pada separuh masa pertama.Beliau berharap sikap yang ditunjukkan oleh pemain Sang Kenari adalah kali terakhir ditunjukkan oleh mereka kerana mampu memberikan kelebihan kepada lawan untuk memberikan tekanan kepada pasukannya.\"Prestasi yang ditunjukkan pada separuh masa pertama diharapkan kali terakhir dipamerkan oleh pemain kerana kita bernasib baik tidak bolos, kita (bermain) 'lazy football'.\"Kita tengok pemain banyak tidak bergerak, dari segi tekanan kita terlalu banyak memberi ruang kepada lawan. Pada waktu rehat kami perbetulkan keadaan dan (akhirnya) berjaya untuk merobek gawang gol lawan,\" ujar beliau.Penolong Ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid pula mengakui bukan perkara mudah untuk berdepan sebuah pasukan yang dibarisi pemain berkualiti seperti KDA FC di laman lawan.\"Kita tahu bukan mudah untuk mengatasi lawan yang beraksi dengan 10 pemain kadang-kadang mereka akan lebih berdisiplin dan berjaya mendapatkan gol, jadi kita cuba untuk dapatkan semula satu jaringan, peluang ada tapi gagal untuk menterjemahkan kepada gol,\" kata Manzoor Azwira.Sang Kenari seterusnya akan terbang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim manakala Harimau Kumbang pula menerima kunjungan PDRM FC pada Ahad ini bagi aksi kelapan Liga Super 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253199/berita/sukan/kepala-pemain-ajax-cedera-dibaling-objek", "article_title": "Kepala pemain Ajax cedera dibaling objek", "article_text": "AKSI separuh akhir Piala Belanda pada Khamis antara Feyenoord dan Ajax Amsterdam terpaksa dihentikan selama 30 minit selepas pemain Ajax, Davy Klaassen cedera di kepala terkena objek dibaling dari tempat duduk penonton.Insiden itu berlaku ketika Klaassen berada di kawasan sepakan sudut pada awal separuh masa kedua apabila objek yang dipercayai pemetik api dibaling kepadanya.Pemain antarabangsa Belanda itu mengalami pendarahan di kepala dan pengadil, Allard Lindhout membuat keputusan mengarahkan semua pemain keluar dari padang.Perlawanan tertangguh selama setengah jam dan pembantu jurulatih Feyenoord, John de Wolf menggesa penyokong tuan rumah untuk bertenang sebelum perlawanan bersambung semula.Klaassen cuba meneruskan perlawanan tersebut namun dilihat beberapa kali memegang kepalanya sebelum digantikan Brian Brobbey.Bagaimanapun, insiden itu tidak memberikan kesan kepada Ajax apabila mara ke final Piala Belanda dengan kemenangan 2-1 ke atas Feyenoord dan akan bertemu PSV pada 30 April ini.\"Ia sentiasa perlawanan gila apabila anda bermain di sini. Tetapi kami tidak menjangkakan ini. Ia melampaui semua had.\"Saya merasakan sesuatu yang agak sukar. Pada mulanya saya berasa marah di dalam hati, dan saya bertambah marah apabila penjaga gol mereka (Timon Wellenreuther) berlari dan menjerit bahawa saya perlu bangun.\"Kemudian seorang lagi pemain melihat kepala saya dan ternyata kepala saya berdarah. Saya kemudiannya rasa sakit di kepala dan menghadapi masalah untuk fokus sehingga terpaksa dikeluarkan,\" kata Klaasen.Polis berkata, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang diadakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 10:29am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253190/berita/sukan/belum-masanya-umum-sasaran-pingat", "article_title": "Belum masanya umum sasaran pingat", "article_text": "SASARAN pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 dijangka diumumkan selepas sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, pihaknya masih belum menerima laporan prestasi atlet dan pasukan yang akan ke menyertai temasya dwitahunan di Phnom Penh itu.Beliau memberitahu, masih ada dalam kalangan atlet berada di luar negara sama ada menyertai kejohanan atau menjalani latihan.\u201cKita masih belum terima laporan tahap prestasi atlet untuk nilai potensi (peluang raih emas) mereka.\u201cSebelum Syawal ini akan diadakan mesyuarat bersama MSN (Majlis Sukan Negara) dan pengurus-pengurus pasukan untuk dapatkan maklum balas daripada mereka.\u201cRamai yang ternanti-nanti tentang sasaran ini. Saya ingat selepas Aidilfitri, kita umum,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Pada temasya di Hanoi, Vietnam tahun lalu, Malaysia meraih 36 emas, 45 perak dan 90 gangsa, manakala bagi edisi 2019 di Manila, Filipina, Malaysia membawa pulang 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa.Menurut Mohd Nasir, ramai dalam kalangan atlet yang akan menggalas cabaran negara pada temasya itu adalah kali pertama beraksi di pentas antarabangsa.\u201cMereka adalah atlet Sukma (Sukan Malaysia) yang masih muda berusia awal 20-an. Ini adalah pengalaman pertama dan mereka juga berpotensi (raih emas),\u201d ujarnya.Mengulas isu doping, beliau memberitahu, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) melakukan ujian tersebut daripada semasa ke semasa bagi memastikan semua atlet \u2018bersih\u2019 sebelum ke Kemboja.Mohd Nasir berkata, siri ceramah dan kursus turut diadakan agar para atlet mendapat gambaran jelas berhubung perkara tersebut.\u201cIsu ini (doping) bergantung pada diri sendiri... ia mudah sahaja. Jika berasa sangsi dengan ubat atau suplemen yang mahu diambil, rujuk kepada ISN (Institut Sukan Negara),\u201d jelas beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 09:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253183/berita/sukan/teong-kim-perlu-lebih-tenang---azraai", "article_title": "Teong Kim perlu lebih tenang - Azraai", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dinasihati untuk lebih bijaksana mengawal perasaan ketika mengemudi The Bos Gaurus mengharungi Liga Super.Malah jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap bekas Pengarah Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) itu meletakkan profesional pada tahap lebih tinggi.\u201cSejujurnya apabila kita bergelar ketua jurulatih kena ingat semua mata terutamanya komuniti bola sepak akan memerhatikan setiap pergerakan kita\u201cInsiden membaling bola terhadap Arif Aiman tidak harus berlaku kerana jelas ia tidak profesional dan keputusan pengadil melayangkan kad kuning adalah tepat.\u201cArif Aiman pula bekas pelatih AMD dan seharusnya bekas tok guru perlulah menujukan contoh baik- tenang is good,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum itu, dalam aksi Liga Super, anak buah Teong Kim dijinakkan pendahulu Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), 5-0 di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa.Kekalahan kepada juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu menyaksikan Perak kini berada di tangga ke-10 liga dengan lima mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.Namun paling mencuri tumpuan insiden sekitar minit ke-74 apabila bola terkeluar daripada permainan ketika Arif Aiman meminta bola daripada Teong Kim.Namun tindakan balingan pantas bekas pemain berusia 59 tahun itu hampir mengenai kepalanya, tetapi berjaya disambut pemain sayap Harimau Malaya tersebut.Tindakan Teong Kim itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa pemain JDT termasuk Arif Aiman dan penyerang, Bergson da Silva.Pertengkaran di tepi padang berlanjutan sehingga pengadil melayangkan kad kuning kepada Teong Kim.Rentetan di stadium tidak berakhir di situ apabila Teong Kim dilihat bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan petugas media stesen televisyen swasta selepas perlawanan.Azraai yang juga bekas pemain kebangsaan juga menasihati bekas pemain tengah Harimau Malaya itu untuk lebih memahami etika ketika berdepan petugas media.\u201cSaya tidak nafikan terdapat juga soalan dalam kalangan petugas media yang bersifat provokasi.\u201cNamun sebagai bekas pemain dan jurulatih berpengalaman yang membawa imej kelab, dia sepatutnya lebih matang apabila berdepan situasi sebegini.\u201cHarus dingat apa sahaja yang keluar dari mulut seseorang itu menggambar keperibadian seseorang dalam kehidupannya,\u201d ujarnya.Sebagai rekod, Teong Kim pernah beraksi bersama beberapa kelab lokal seperti Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah selain Hertha Berlin (Jerman) dan Ibiza (Sepanyol).Bidang kejurulatihan pula menyaksikan, Teong Kim memiliki pengalaman 12 tahun bersama skuad Bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich.Selain itu, dia yang memiliki 60 penampilan bersama skuad kebangsaan sepanjang 1982 hingga 1991 telah meledak 12 gol, pernah berkhidmat bersama kelab Itali, Bologna.Pengalaman di tanah air juga tidak kurang hebat apabila pernah memegang jawatan Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) pada 2013 sebelum dilantik Pengarah AMD pada 2016.Musim 2023, Teong Kim menyahut cabaran bersama Bos Gaurus apabila menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan memperbaharui kontrak selama setahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253178/berita/sukan/negeri-sembilan-perlu-import-tambahan", "article_title": "Negeri Sembilan perlu import tambahan", "article_text": "NEGERI Sembilan FC memerlukan tambahan pemain import bagi memastikan skuad Rusa mampu berdaya saing dengan pasukan besar Liga Super selepas tunduk 1-2 kepada Selangor FC dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya.Malah pengendali Negeri Sembilan, K Devan berkata, pemain Hoben Jang Hoben telah berusaha menyaingi Selangor kendalian Tan Cheng Hoe yang tampil dengan aksi lebih baik dalam perlawanan tersebut.\u201cSeparuh masa pertama kami menyerang dan bertahan dengan baik serta menjaringkan gol menerusi set pieces.\u201cNamun pemain saya keletihan, saya tidak boleh minta lebih berdasarkan komitmen yang diberikan setiap pemain di padang pada perlawanan ini.\u201cSehingga saya terpaksa mengeluarkan Safuwan Baharudin walaupun dia masih boleh bermain lagi, selain Levy Madinda dan Casagrande dikeluarkan apabila saya memikirkan perlawanan-perlawanan selepas ini.\u201cKualiti import memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan terutamanya dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti menentang Selangor,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Sebagai rekod, Negeri Sembilan menggunakan khidmat lima pemain import - Herold Goulon, Casagrande, Safuwan Baharudin, Levy Madinda dan Vinicius Leonel bagi saingan musim ini.Ditanya mengenai perancangannya pada jendela perpindahan pemain selepas ini, Devan menyerahkan perkara itu kepada pengurusan kelab.\u201cSecara peribadi situasi sekarang memerlukan pemain lokal untuk bekerja lebih keras yang saya bimbang pemain tidak mampu bertahan sampai hujung musim.\u201cSekiranya berlaku loading terlalu banyak ia bakal mengundang risiko kecederaan kepada pemain-pemain yang akhirnya tidak mampu mengakhiri saingan musim ini.\u201cSituasi sekarang masih awal musim lagi itulah yang kita memerlukan skuad yang lebih besar bagi melakukan penggiliran untuk merehatkan pemain,\u201d katanya.Mengenai status Vinicius Leonel yang masih belum berada dalam kesebelasan utama, Devan memaklumkan pemain pertahanan itu masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan bersama pasukan Negeri Sembilan.\u201cVinicius Leonel hadir pada tahap kecergasan yang kurang memuaskan sebelum ini.\u201cNamun kini sudah cergas, tetapi masih memerlukan perlawanan persahabatan berintensiti tinggi sebelum diturunkan dalam perlawanan sebenar,\u201d katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 08:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253174/berita/sukan/sri-pahang-kekal-rekod-tanpa-kalah-kda-fc-di-posisi-kedua", "article_title": "Sri Pahang kekal rekod tanpa kalah, KDA FC di posisi kedua", "article_text": "DUA gol pada separuh masa pertama sudah memadai buat Sri Pahang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan selepas membenam PDRM 2-1 pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.Kejayaan Sri Pahang mengutip tiga mata bukan sahaja mengubat kekecewaan Sabtu lalu selepas seri 1-1 menentang KDA FC di laman sendiri, malah membolehkan skuad Tok Gajah memintas Sabah di tangga keempat dengan kelebihan jaringan selepas berkongsi 13 mata.Pemain sayap, Muhd Baqiuddin Shamsudin membuka tirai jaringan skuad bimbingan Fandi Ahmad pada minit ke-18 selepas menjaringkan gol pertamanya musim ini sebelum penyerang Kpah Sherman menggandakan kedudukan empat minit kemudian sekali gus meledak gol keempatnya musim ini.PDRM yang melakar dua kemenangan berturut-turut sebelum ini, bangkit merapatkan defisit jaringan pada separuh masa kedua menerusi tandukan James Okwuosa pada minit ke-76, namun gagal memburu gol penyamaan sehingga wisel penamat dibunyikan.Pada masa sama, KDA FC turut meraih tiga mata berharga biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas mengatasi Penang 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.Layangan kad merah kepada Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman pada minit ke-53 susulan mengutip dua kad kuning tidak menjejaskan rentak pasukan yang berjaya menemui jaringan kemenangan pada minit ke-64 menerusi rembatan leret Wiliam Lira Sousa yang menewaskan Muhammad Azfar Arif Mohd Shukri di gawang.Kejayaan itu menyaksikan Kedah Darul Aman naik ke posisi kedua, berkongsi 16 mata bersama Selangor di kedudukan ketiga, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.Sementara itu, Kuala Lumpur City FC meraih kemenangan sulung musim ini selepas mengatasi Sabah 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sekali gus menyaksikan skuad Sang Badak mengalami kekalahan kedua berturut-turut.Dua gol skuad bimbingan Bojan Hodak masing-masing djaringkan pemain tengah T Saravanan pada minit ke-15 dan pemain gantian Sean Giannelli pada masa kecederaan separuh masa kedua.Di Stadium Negeri, Kuching, jaringan pada masa kecederaan babak kedua pemain Kelantan United, Asraff Aliffuddin Yasin menafikan gol pembukaan Sirojiddin Kuziev pada minit ke-52 sekali gus menyekat hasrat Kuching City meraih tiga mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 12:36am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253173/berita/sukan/derbi-utara-milik-kda-fc-tebus-kekecewaan-ke-atas-penang", "article_title": "Derbi utara milik KDA, tebus kekecewaan ke atas Penang", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya menebus kekecewaan ke atas Penang FC apabila menang tipis 1-0 pada aksi derbi utara Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Biarpun beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanannya, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dilayangkan kad merah pada minit ke-53, namun tidak menghalang Sang Kenari untuk beraksi cemerlang dalam memburu tiga mata.Willian Lira menjaringkan gol kemenangan KDA FC pada minit ke-64 sekali gus menebus kekecewaan selepas mereka disingkirkan lawan pada pusingan pertama Piala FA 2023 Mac lalu.Pada perlawanan ketujuh saingan Liga Super itu, Lira berpeluang untuk menjaringkan gol lebih awal namun percubaannya semasa berada di dalam kotak penalti tersasar ke sebelah kanan gawang lawan pada minit ke-11.Seminit kemudian, pemain sayap lawan, Adib Raop melakukan percubaan terus ke pintu gol tuan rumah namun ditepis keluar oleh penjaga gol Sang Kenari, Kalamullah Al Hafiz Mat RowiPada minit ke-14, pemain sayap KDA FC, Al Hafiz Harun berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan oleh pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir kerana dikesan offsaid oleh penjaga garisanHarimau Kumbang kembali mengatur corak permainannya dan menyusun serangan ke kubu tuan rumah untuk memburu gol penyamaan.Pada minit ke-91, Harimau Kumbang berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan penyerangnya, Adriano ditepis keluar Kalamullah dan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 April 2023 12:08am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253164/berita/sukan/selangor-perlu-buat-lebih-banyak-lagi-kerja-rumah", "article_title": "Selangor perlu buat lebih banyak lagi kerja rumah", "article_text": "SELANGOR FC masih belum berada dalam prestasi terbaik walaupun mempamerkan persembahan memberangsangkan dalam tujuh perlawanan awal Liga Super musim ini.Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, masih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi Gergasi Merah kepada tahap yang lebih baik.\u201cKami tidak boleh dengan prestasi terumbang-ambing kerana setiap perlawanan cukup penting dan setiap mata yang dikutip penting untuk kami berada dalam kedudukan terbaik.\u201cKami nak juga pemain bekerja keras setiap hari kerana kami masih lagi belum mencapai tahap terbaik, banyak yang kami perlu tingkatkan lagi termasuk dari segi persefahaman dan taktikal.\u201cPaling utama kita bergerak dari satu perlawanan ke satu perlawanan kerana setiap perlawanan penting untuk kita dapatkan keputusan positif bagi mengelak jurang yang lebih jauh,\u201d katanya.Terdahulu anak buah Chen Hoe bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Negeri Sembilan FC, 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Selasa.Herold Goulon meletakkan skuad Hoben Jang Hoben di hadapan sebelum tamat babak pertama, namun Faisal Abdul Halim menyamakan kedudukan buat Selangor pada minit ke-56.Tiga mata menjadi milik tuan rumah selepas Sharul Nazeem menyumbang gol kemenangan pada masa kecederaan.Kemenangan ke atas Negeri Sembilan menyaksikan Selangor kini mengumpul 16 mata, lima mata di belakang pendahulu, JDT.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 09:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253154/berita/sukan/harimau-muda-dalam-kumpulan-maut", "article_title": "Harimau Muda dalam kumpulan maut", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 22 tahun (B-22) negara dijangka berdepan laluan berliku apabila diundi dalam \u2018kumpulan maut\u2019 pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 bulan depan.Skuad kendalian E Elavarasan itu diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan pemenang pingat emas terbanyak Sukan SEA, Thailand selain Singapura dan Laos.Undian pada Rabu itu menyaksikan skuad Harimau Muda kini perlu memanfaatkan tempoh masa sedia ada dengan melakukan persiapan rapi.Sementara itu, saingan Kumpulan A pula menyaksikan Kemboja diundi bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.Sebagai rekod, dua pasukan teratas daripada Kumpulan B akan layak ke peringkat separuh akhir dengan acara \u2018ibu emas\u2019 di Phnom Penh itu akan menyingkap tirai mulai 29 April hingga 16 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 08:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253133/berita/sukan/pearly-bergelut-kelesuan-upaya-kembali-ceria-berlatih", "article_title": "Pearly bergelut kelesuan upaya, kembali ceria berlatih", "article_text": "PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan yang sebelum ini bergelut dengan keletihan melampau selepas menghadapi tiga kejohanan berturut-turut di Jelajah Eropah baru-baru ini sudah kembali menjalani latihan.Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones berkata, atlet berusia 24 tahun itu turut dijangkiti virus selepas pulang dari Kejohanan Terbuka Switzerland akhir Mac lepas namun tidak menyebut jenis jangkitan berkenaan secara spesifik.\"Pearly mengalami sedikit lesu upaya selepas kembali dari Eropah. Agak sukar untuk mengenal pasti punca sebenar lesu upaya dialaminya tetapi ia mungkin akibat kombinasi kesan keputusan yang tidak memihak kepada beliau dan berjauhan daripada keluarga dan sebagainya.\"Dia juga dijangkiti virus dan perlu berehat. Ia tidak serius dan ia kadang-kadang berlaku apabila kamu kembali dari luar negara,\" katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Kuala Lumpur pada Selasa.Baru-baru ini, atlet kelahiran Kedah itu memuat naik hantaran di laman Instagramnya dengan menulis 'Do you get a bit tired of life' bagi meluahkan perasaannya.Bagaimanapun pada Selasa tinjauan mendapati Pearly dilihat sudah kembali bersemangat menjalani latihan di ABM bersama pasangannya, M Thinaah.Dalam pada itu, Jones turut menyuarakan rasa lega melihat pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tampil berlatih semalam.Pada Kejohanan Badminton All England 2023, Mac lepas Pearly-Thinaah tersingkir seawal pusingan pertama kepada pasangan Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 13-21,21-15,15-21 selain turut kalah pada Terbuka Switzerland pada pusingan sama selepas dikecewakan gandingan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun 15-21, 21-14, 16-21.Gandingan itu dijadualkan beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 25 hingga 30 April ini.Sementara itu, Jones pada masa sama berkata BAM tidak akan mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan pemain namun menggesa mereka agar lebih bijak dalam penggunaan kemudahan itu bagi memastikan kesejahteraan mental mereka. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 06:18pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253119/berita/sukan/kerap-kali-kalah-punca-moon-sik-direhatkan", "article_title": "Kerap kali kalah punca Moon-sik direhatkan", "article_text": "KEKALAHAN berterusan yang direkod oleh Kelantan FC menjadi punca kepada pengendali pasukan Choi Moon-sik direhatkan oleh pihak pengurusan.Mendedahkan perkara itu kepada umum pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, kesukaran berkomunikasi antara pemain dan jurulatih turut mempengaruhi keputusan tersebut selain tiada laporan prestasi.\"Saya kena buat keputusan ini sebagaimana menjadikan Rezal Zambery Yahya sebagai pemangku jurulatih ketika ketiadaan Marco Rajini dahulu,\" katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.Respon itu dibuat Norizam atau Zamburger susulan pendedahan yang dibuat oleh ejen bola sepak Asia Myeongho Jeong menempelak tindakan Kelantan FC merehatkan pengendali pasukan itu Choi Moon-sik tanpa sebarang budi bicara.Jeong dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya leo_jeong10 mendakwa tindakan itu seperti sudah dirancang dan pemilihan pemain untuk perlawanan dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan Moon-sik.Zamburger turut menafikan beliau suka campur tangan dalam menentukan barisan pemain semasa perlawanan.Ujarnya, beliau memberikan kepercayaan penuh kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan.\"Tetapi...ada masa saya akan minta untuk masukkan atau keluarkan pemain-pemain yang dirasakan perlu atas nasihat barisan jurulatih. Kalau selaku pemilik, cadangan saya yang satu peratus tak boleh diterima, baik saya jangan jadi pemilik.\"Saya juga tak mahu ketua jurulatih besar kepala sehingga langsung tidak mahu dengar pandangan dari teknikal, 'Sporting Director' dan pasukan jurulatih yang lain,\" katanya.\"Di Kelantan kita semua kena terbuka pada idea, yang baik kita ambil, takda salah pun. Matlamat saya hanya mahu menang, itu sahaja,\" katanya.Zamburger memberitahu, jika kemenangan diberikan beliau tidak akan mengacau pasukan kerana mempunyai tanggungjawab lain.\"Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk. Saya kena campur tangan sebab tiada pemilik hendak kelabnya kalah dan terus jadi 'lauk'. Semua ada tertulis dalam kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih.\"Jurulatih datang dan pergi. Bila menang dia 'tuntut' semua kejayaan. Bila masalah...senang angkat kaki. Macam biasa, saya juga yang hadap bila ada masalah dan isu besar,\" katanya.Mengulas lanjut mengenai masalah gaji, Zamburger berkata, kelewatan dalam pembayaran gaji memang berlaku.\"Bagaimanapun, ia hanya melibatkan tempoh singkat antara seminggu hingga dua minggu sahaja. Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 05:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253114/berita/sukan/jentera-penyudah-tfc-kembali-berbisa", "article_title": "Jentera penyudah TFC kembali berbisa", "article_text": "KEMARAU gol Terengganu FC (TFC) berakhir apabila jentera serangan skuad Penyu kembali menemui sentuhan berbisa setelah membelasah Kelantan FC, 5-0 pada aksi Derbi Pantai Timur Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.Malah pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner mengakui lega selepas jentera serangannya kembali menemui sentuhan gol selepas tampil dengan prestasi kurang menyerlah dalam perlawanan berintensiti tinggi sebelum ini.Kemenangan besar awal musim itu juga tegas Steinbrucker penting bagi menebus kekecewaan penyokong skuad Penyu berikutan prestasi yang kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan musim ini.\"Sebelum ini skuad Penyu dibelenggu ketumpulan penyudah sehingga menyaksikan deretan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol.\"Kali ini saya sangat gembira apabila ketiga-tiga penyerang, semuanya menjaringkan gol. Perlawanan sebelum ini, kami juga mencipta begitu banyak peluang dan semua orang bermain dengan baik, namun sukar untuk menjaringkan gol.\"Ya, saya benar-benar berpuas hati dengan keputusan itu dan melihat dengan optimis untuk perlawanan seterusnya menentang Kuching City FC,\" katanya selepas perlawanan pada Selasa.Gol skuad Penyu dijaringkan Jordan Mintah minit ke-16, Adisak Kraisorn (m-61), Ivan Mamut (penalti m-67, m-91) dan Hakimi Abdullah (m-63).Tiga mata itu menyaksikan TFC naik ke tangga keenam Liga Super dengan 10 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.Sementara itu, bagi pengendali sementara Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, kekalahan perlawanan derbi tetangga itu merupakan cabaran kepada pemain The Red Warriors (TRW) untuk memperbaiki pelbagai kelemahan pasukan.Malah tegasnya, kekalahan besar itu bukan penamat buat TRW melakukan perubahan dalam meningkatkan kembali prestasi jagoan pantai timur berkenaan.\"Pemain Kelantan perlu bekerja keras kerana pasukan kini bermain pada saingan Liga Super yang corak permainan serta kualiti pemainnya jauh berbeza berbanding sebelum ini,\" katanya yang memangku jawatan pengendali selepas Choi Moon-sik direhatkan sebelum perlawanan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 05:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253101/berita/sukan/sam-kecewa-cara-teong-kim-santuni-petugas-media", "article_title": "SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media", "article_text": "PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada malam Selasa.Presidennya, Norismadi Abd Manap berkata, Teong Kim seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas di Eropah, namun bersikap acuh tak acuh ketika menjawab dua soalan mudah yang dilontarkan penolong penerbit stesen televisyen swasta kepadanya sejurus perlawanan tamat.\"Bahasa tubuh serta cara beliau berdepan dengan media untuk dua soalan ringkas itu amat negatif pada pandangan SAM. Rakan media faham situasi dan emosi jurulatih selepas mengalami kekalahan besar, tetapi kami hanya menjalankan tugas.\"Janganlah menjadikan media sebagai tempat untuk melepaskan geram kerana kami tidak mencampuri sebarang urusan dalam pasukan anda dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi,\" katanya.Norismadi berkata, media berperanan untuk menyampaikan maklumat dan tidak seharusnya menerima layanan seperti diberikan bekas Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu.Dalam pertembungan di Ipoh pada malam Selasa, JDT membelasah Perak 5-0 sekali gus menyaksikan anak buah Teong Kim mencatat kekalahan ketiga berturut-turut.Kekalahan besar itu dilihat mempengaruhi emosi Teong Kim yang menunjukkan reaksi kurang mesra terhadap penolong penerbit bertugas semasa sesi temu bual yang disiarkan secara langsung selepas perlawanan, termasuk meminta pengamal media berkenaan melakukan penilaian serta mencari jawapan sendiri berhubung soalan yang diberikan.Perak ketika ini berada di kedudukan ke-10 dengan mengumpul lima mata selepas hanya berjaya merakam satu kemenangan dan dua seri dalam keseluruhan tujuh perlawanan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 04:31pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253097/berita/sukan/moon-sik-direhatkan-tanpa-budi-bicara---ejen", "article_title": "Moon-sik direhatkan tanpa budi bicara - Ejen", "article_text": "EJEN bola sepak Asia, Myeongho Jeong menempelak tindakan Kelantan FC merehatkan pengendali pasukan itu, Choi Moon-sik tanpa sebarang budi bicara.Jeong dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya leo_jeong10 mendakwa, tindakan itu seperti sudah dirancang dan pemilihan pemain untuk perlawanan dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan Moon-sik.\"Dalam perlawanan hari ini juga, ketua jurulatih tidak dapat memilih pemain. Majikan dan pengarah teknikal telah pun memilih 11 pemain terbaik tanpa berunding dengan ketua jurulatih.\"Ketua jurulatih sangat kecewa dan tidak turun ke padang perlawanan serta pasukan telah merehatkan beliau tanpa sebarang permohonan maaf,\" katanya.Menurut beliau, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pihak media dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengenai perkara ini.Ujarnya, Kelantan FC hanya cantik daripada luaran namun tidak profesional.Jeong memberitahu, beliau sememangnya sayang dan hormati bola sepak Malaysia serta penyokong.\"Jurulatih saya sudah bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam segalanya. Pasukan itu (Kelantan FC) kelihatan cantik di sudut luarannya, tetapi di dalamnya, ia adalah pasukan yang lebih teruk daripada sebuah pasukan amatur,\" dakwanya.Jeong mendakwa pemain-pemain Kelantan FC sudah dua bulan tidak menerima gaji.Dakwanya, semasa perlawanan sukar di tempat lawan mereka terpaksa melalui perjalanan lebih 10 jam menaiki bas tanpa makan.\"Semuanya seperti sebuah pasukan amatur, tetapi barisan jurulatih telah melakukan yang terbaik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 04:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253075/berita/sukan/piala-jerman-freiburg-kejutkan-bayern-munich-di-allianz-arena", "article_title": "Piala Jerman: Freiburg kejutkan Bayern Munich di Allianz Arena", "article_text": "SC Freiburg mengejutkan pasukan pilihan Bayern Munich 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Jerman di Allianz Arena pada Rabu, bagi mengesahkan slot empat terbaik.Ini merupakan kekalahan mengejut untuk pendahulu Bundesliga itu dalam perlawanan kedua pengendali baharu, Thomas Tuchel selepas menjinakkan Borussia Dortmund 4-2 di gelanggang sama dalam perlawanan liga pada Ahad lalu.\u201cSejujurnya saya tidak marah kekalahan ini. Kami melepaskan dua gol hasil peluang dimanfaatkan Freiburg. Selain itu, saya tidak ingat peluang lain dimiliki Freiburg dalam perlawanan ini.\u201cNamun kami masih mempunyai beberapa percubaan baik, namun gagal menfaatkannya dalam bentuk jaringan.\u201cAkhirnya semuanya salah kami. Kami sangat kecewa apabila tewas pada suku akhir di tempat sendiri. Sudah tentu saya bertanggungjawab,\u201d kata Tuchel selepas pasukannya terlepas piala pertama musim ini.Pada perlawanan itu, Bayern mendahului minit ke-19 menerusi tandukan Dayot Upamecano hasil sepakan sudut Joshua Kimmich.Biarpun begitu, Freiburg kendalian Christian Streich yang tidak mengalah kembali menyamakan kedudukan hasil percubaan 20 meter daripada Nicolas Hoefler pada minit ke-27.Bayern, yang akan menentang Freiburg di Stadium:Europa-Park Sabtu ini sebelum bertandang ke Stadium Etihad berdepan Manchester City dalam perlawanan lapan terakhir Liga Juara-Juara minggu depan, mula menguji penjaga gol Freiburg, Mark Flekken.Biarpun agresif pada babak kedua namun Eric-Maxim Choupo-Moting, Thomas Mueller dan Leroy Sane tidak dapat menjaringkan gol.Ketika anak buah Tuchel konsisten menekan pasukan asuhan Streichtampil mendapat peluang memimpin perlawanan selepas bola terkena tangan Jamal Musiala di dalam kotak penalti.Lucas Hoeler yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan penalti itu tenang menewaskan Yann Sommer dengan gol minit ke-59 bagi menamatkan rentak tuan rumah.Sementara itu, Streich mengakui teruja dengan kemenangan mengejutkan di laman lawan tersebut.\u201cSaya gembira dengan keputusan ini. Kami memerlukan sedikit tuah juga tetapi kami bekerja keras. Pemain bertahan dengan sangat baik.\u201cIa adalah persembahan yang bersemangat dan kemudian anda memerlukan momentum sedemikian untuk memenanginya,\u201d katanya.Sementara itu, Eintracht Frankfurt juga menempah tempat dalam slot empat terbaik dengan kemenangan 2-0 ke atas Union Berlin hasil dua gol Randal Kolo Muani dalam masa tiga minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 02:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253073/berita/sukan/petronella-bimbing-skuad-bola-sepak-wanita-b-17", "article_title": "Petronella bimbing skuad bola sepak wanita B-17", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu mengumumkan Petronella Douny, 36, sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara.Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan komitmen dan pencapaian bekas pemain kebangsaan tersebut sebagai bekas penolong jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.Beliau berkata, Petronella merupakan satu-satunya jurulatih wanita Malaysia yang memiliki Lesen Kejurulatihan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)/FAM A.\u201cKebolehan serta kredibiliti Petronella sebagai seorang jurulatih juga boleh dilihat selepas diberi kepercayaan untuk mengendalikan skuad Malayan Tigress B-17 pada Kejohananan JENESYS 2022 di Okinawa, Jepun dari 17 hingga 21 Mac lepas.\u201cSaya berharap dengan pelantikan Petronella, ia akan membuka lembaran baharu buat bola sepak wanita negara sekali gus dapat memberi inspirasi dan motivasi untuk para wanita di luar sana berkecimpung di dalam bidang kejurulatihan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Scott berkata, komitmen tinggi Petronella dalam arena bola sepak wanita juga dapat dilihat menerusi penglibatan berterusan terhadap pembangunan sukan berkenaan di negeri kelahirannya, Sabah.Dalam pada itu, Ketua Jurulatih skuad wanita kebangsaan Soleen Al-Zoubi menganggap pelantikan Petronella sebagai permulaan yang baik bukan sahaja untuk skuad kebangsaan malah buat pertandingan domestik bola sepak wanita Malaysia.\u201cSaya dan Petronella sentiasa berkomunikasi serta berbincang mengenai sesi latihan serta program-program pembangunan untuk para pemain kami yang boleh dilakukan bersama.Pengalamannya sebagai bekas pemain kebangsaan sejak 2002 hingga 2009 juga sudah tentu dapat membantu beliau dalam membentuk pemain-pemain muda di dalam skuadnya.\u201cBesar harapan saya untuk melihat lebih ramai lagi jurulatih terdiri daripada wanita mengendalikan pasukan di dalam negara,\u201d ujar Soleen.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 02:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253064/berita/sukan/skuad-hoki-remaja-buru-emas-di-kemboja", "article_title": "Skuad hoki remaja buru emas di Kemboja", "article_text": "BIARPUN memegang status juara 16 kali acara hoki di pentas Sukan SEA, skuad hoki remaja enggan terbuai dengan kejayaan diraih itu, sebaliknya berazam untuk meneruskan legasi itu di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.Kapten skuad hoki remaja negara Muhamad Faris Harizan berkata, biarpun berupaya merealisasikan misi mempertahankan pingat emas, skuad Young Tigers sebaliknya tidak boleh memandang remeh cabaran negara Asean lain pada temasya dwitahunan itu.Menurut Faris yang bermain di posisi pertahanan, masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan skuad hoki remaja negara sekiranya tidak mahu diaibkan pada Sukan Asia Tenggara di Kemboja itu.\"Tekanan ada seperti biasa, namun kita tidak boleh ambil mudah semua pasukan Asean yang lain. Mereka juga sudah semestinya tidak akan memberikan laluan mudah buat negara.\"Sukan SEA ialah kejohanan kompetitif antarabangsa. Walaupun dikira sebagai medium menimba pengalaman, kami perlu kekal dengan misi mempertahankan pingat emas dimiliki sebelum ini,\" katanya.Skuad hoki negara merupakan kuasa besar pada temasya Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak 1971.Kali terakhir Malaysia meraih emas adalah di Kuala Lumpur 2017, manakala kali pertama meraih warna pingat sama pada 1971, juga ketika Malaysia menjadi tuan rumah.Faris pada masa sama berkata skuad remaja boleh menarik nafas lega apabila empat pemain senior negara disahkan turut serta dalam skuad itu sekali gus berupaya memperkukuh cengkaman negara pada temasya itu.Pada edisi kali ini, kelibat pemain Speedy Tigers; Muhamad Ramadan Rosli (pemain tengah), Muhamad Zaimi Mat Deris (penjaga gol) serta Muhammad Najib Abu Hassan dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar (masing-masing pertahanan) akan turun memperkukuh keampuhan skuad remaja sedia ada.\"Dengan adanya mereka ia dapat membantu pemain remaja daripada segi pengetahuan dan pengalaman sebagai bekalan ke Sukan SEA nanti. Kami juga sedang merangka persiapan untuk Kejohanan Dunia Remaja (JWC) hujung tahun ini, jadi mereka (senior) boleh membantu,\" katanya.Skuad kendalian Muhammad Amin Rahim itu kini berada di Perth, Australia, bagi mengharungi aksi pemanas badan sebelum menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja bulan depan serta Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman pada 23 Mei hingga 1 Jun ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 02:04pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253061/berita/sukan/perak-fc-buat-bantahan-rasmi-mutu-pengadilan", "article_title": "Perak FC buat bantahan rasmi mutu pengadilan", "article_text": "PERAK FC akan mempertimbangkan bantahan rasmi terhadap beberapa keputusan pengadil ketika perlawanan di antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Selasa.Ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim bagaimana pun enggan mengulas lanjut mengenai kelemahan pengadilan perlawanan berkenaan kerana bimbang dikenakan tindakan denda atau digantung.Jelasnya, pada perlawanan berkenaan, kekasaran yang dilakukan pihak lawan menyebabkan Perak FC kehilangan tonggak utama akibat kecederaan termasuk penyerang, Seo Seonung.\"Kalau saya beritahu dengan jujur (tentang mutu pengadilan) tentu saya akan digantung. Lebih baik saya tak cakap dengan jujur.\"Kita nak perlawanan yang adil itu sahaja. Kamu suruh saya terima begini sebagai jurulatih? Nanti kalau kita kata macam-macam mereka denda saya.\"Kita perlukan orang yang betul-betul buat sesuatu supaya dua-dua pihak dapat keadilan. Itu sahaja permintaan kami. Sekarang Seo (Seonung) cedera. Kecederaan dialami sangat teruk dan kita mungkin akan kemukakan bantahan,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Perak FC menentang JDT di Stadium Perak di sini pada Selasa.Mengenai kekalahan besar 5-0, Teong Kim menganggap kesilapan mudah yang dilakukan pemainnya menyebabkan keputusan itu selain mengakui JDT bukan lawan mudah.Katanya, semua pemain sudah maklum mengenai kekuatan JDT dan mereka juga sudah tahu bagaimana strategi perlawanan namun apa yang berlaku sebaliknya.Beliau menambah gol-gol JDT kecuali sepakan percuma memang menerusi gerakan-gerakan mudah yang sepatutnya dikawal baik sekaligus mengelak dibolosi dengan jumlah yang besar.Sementara itu, pengendali JDT, Esteban Solari enggan mendabik dada di sebalik kemenangan besar berterusan yang diperoleh dalam saingan Liga Super ketika ini.\"Kita sangat puas hati dengan keputusan hari ini walaupun bukan mudah dari mula. Kita menjaringkan lima gol ia satu prestasi yang baik. Pada saya setiap perlawanan merupakan satu cabaran untuk kita perbaiki kelemahan dan memberikan pemain konsentrasi.\"Kemenangan tujuh perlawanan berturut-turut sesuatu yang membanggakan tetapi perjalanan masih jauh dan kita kena terus merendah diri, terus bekerja keras dan memperbaiki kelemahan serta buktikan bahawa setiap perlawanan lebih baik daripada perlawanan sebelumnya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 01:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253053/berita/sukan/tolak-pengadil-mitrovic-digantung-lapan-perlawanan", "article_title": "Tolak pengadil, Mitrovic digantung lapan perlawanan", "article_text": "PADAH menimpa Aleksandar Mitrovic apabila digantung lapan perlawanan kerana mengasari pengadil ketika Fulham kalah kepada Manchester United dalam saingan suku akhir Piala FA bulan lalu.Penyerang antarabangsa Serbia itu turut didenda 75,000 pound (RM411,781).Pemain berusia 28 tahun itu dilayangkan kad merah kerana menolak Chris Kavanagh selepas pegawai perlawanan berkenaan menghadiahkan sepakan penalti dan melayangkan kad merah ke atas pemain Fulham, Willian kerana menahan bola dengan tangan di depan gol.Jurulatih Fulham, Marco Silva yang turut dilayangkan kad merah dalam saingan tersebut akan digantung dua perlawanan.Fulham mendahului 1-0 sebelum insiden tiga kad merah itu, menyebabkan mereka akhirnya tewas 1-3 dalam aksi di Old Trafford tersebut.Selain penggantungan automatik tiga aksi, Mitrovic digantung tiga lagi perlawanan kerana tindakan ganas terhadap pengadil dan dua perlawanan lagi kerana menggunakan perkataan kesat, menghina dan mengancam.Mitrovic pada minggu lalu mengakui menyesal dengan tindakannya dan sudah bercakap serta meminta maaf daripada Kavanagh.Beliau menjalani penggantungan pertama ketika Fulham tewas 1-2 kepada Bournemouth dan tidak dapat bermain sehingga menentang Southampton pada 13 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 12:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253052/berita/sukan/pochettino-calon-sesuai-latih-chelsea", "article_title": "Pochettino calon sesuai latih Chelsea", "article_text": "BEKAS pemain England, Gary Neville menganggap Mauricio Pochettino adalah pengurus yang ideal untuk mengambil alih Chelsea yang dirundung prestasi tidak menentu ketika ini.The Blues mengintai bos baharu buat kali kedua musim ini, setelah memecat Graham Potter kurang tujuh bulan selepas dia menggantikan Thomas Tuchel di Stamford Bridge.Di bawah kendalian Potter dan Pengarah Sukan Chelsea, Todd Boehly The Blues telah berbelanja besar pada jendela perpindahan lalu dengan menyerap masuk muka baharu termasuk pemain muda.Bagi bergerak ke hadapan dengan perbelanjaan mungkin dihadkan, bermakna pengendali baharu mungkin perlu berurusan dengan pemain sedia ada.Justeru Neville percaya Pochettino yang merupakan bekas pengurus Tottenham Hotspur adalah individu yang sesuai kerana pengalamannya dalam menguruskan pemain muda.\u201cBerdasarkan apa yang dikatakan oleh Boehly, Chelsea telah melakukan perbelanjaan mereka untuk tiga tahun akan datang,\u201d kata Neville.Beliau berkata, Chelsea juga mempunyai beberapa pilihan lain termasuk melantik bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane atau Diego Simeone.\u201cJika lantik Zidane atau Simeone, Chelsea perlu berbelanja kira-kira 300 juta pound (RM1.6 bilion) lagi kerana mereka (Zidane atau Simeone) tidak akan menyukai beberapa pemain yang telah ditandatangani sebelum ini.\u201cMereka perlu melantik pengurus yang akan mewarisi pemain dan skuad sedia ada. Ramai daripada mereka masih muda dan saya fikir individu itu ialah Mauricio (Pochettino),\u201d ujar Neville.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 12:39pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253041/berita/sukan/tukar-rumput-zeon-zoysia-perlukan-kos-tinggi-tapi-berkualiti", "article_title": "Tukar rumput Zeon Zoysia perlukan kos tinggi tapi berkualiti", "article_text": "FAKTOR urus tadbir dalam penyelenggaraan harus menjadi elemen utama yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana kelab bola sepak mahupun pemilik stadium jika mahu menukar rumput jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.Pengarah Pusat Sukan, Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Ekmal Buhary berkata, industri bola sepak negara memerlukan anjakan yang lebih serius kepada aspek pembangunan dan kemahiran penyelenggaraan yang lebih sistematik.\u201cBaru-baru ini, Perak dan Kedah berhasrat menerima tawaran penukaran rumput. Bagi saya, mereka telah membuat pilihan yang bagus dan itu satu anjakan ke arah mutu padang lebih bagus.\u201cBagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya dalam pengurusan padang, rumput Cow Grass yang digunakan di kebanyakan padang adalah paling mudah untuk dijaga.\u201cCuma kita masih dengar cerita padang yang menggunakan rumput Cow Grass ini tetap rosak kerana tidak ada kesungguhan oleh pihak berkenaan dalam penyelenggaraan padang.\u201cKalau rumput yang senang nak dijaga pun agak sukar untuk mereka jaga, apa lagi jika jenis Zeon Zoysia. Kita tak mahu nanti projek pertukaran padang rumput itu jadi pembaziran,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Menurutnya, kelab perlu mempunyai keberanian untuk mula melabur bagi menyediakan fasiliti sendiri yang lebih fokus kepada keperluan utama membina pasukan dan meningkatkan mutu penyelenggaraan yang seterusnya akan memberi kesan kepada corak permainan dan seni bola sepak yang semakin maju.\"Sebagai perumpamaan, padang ibarat pentas persembahan, jika kita mengharapkan persembahan yang terbaik maka pentasnya perlu lebih baik. Penyelenggaraan padang yang baik akan menghasilkan kualiti dan persembahan yang terbaik,\" katanya.Terdahulu, kerajaan Perak dan Kedah bersetuju menerima tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menaik taraf rumput di stadium terpilih daripada Cow Grass kepada Zeon Zoysia.Namun, negeri-negeri lain belum menyatakan persetujuan dan KBS akan mengadakan mesyuarat bersama Exco belia dan sukan negeri dalam masa terdekat bagi mendapatkan ketetapan mereka berhubung pemilikan rumput itu.Difahamkan, kos penyelenggaraan rumput Zeon Zoysia yang mencecah RM240,000 setahun atau sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan menjadi antara sebab tawaran dibuat oleh KBS kurang mendapat sambutan.Kos penyelenggaraan bulanan rumput Cow Grass mungkin melibatkan separuh dari kos penyelenggaraan Zeon Zoysia sekali gus menyebabkan pemegang taruh lebih cenderung untuk kekal mengguna pakai rumput Cow Grass di stadium masing-masing.\u201cSesetengah tempat yang menjadikan padang itu bukan hanya kegunaan kelab bola sepak, ia akan ada sedikit kekangan. Kalau Stadium Sultan Ibrahim memang khusus untuk bola sepak sahaja.\u201cKalau di stadium negeri atau yang di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), mereka memerlukan majlis lain diadakan di stadium tersebut untuk dapatkan dana bagi pelbagai kos baik pulih stadium.\u201cJadi, ia menjadi cabaran kepada pemilik stadium untuk memastikan apabila rumput itu siap nanti, ia dapat dijaga dengan sebaik mungkin,\u201d jelas Nur Ekmal.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 11:14am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253033/berita/sukan/selangor-pamer-mentaliti-menang", "article_title": "Selangor pamer mentaliti menang", "article_text": "SELANGOR FC mempamerkan semangat melawan tinggi apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk mengatasi Negeri Sembilan FC, 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.Pada perlawanan itu, Selangor yang mendominasi permainan mempunyai peluang menjaringankan gol awal menerusi penyerang Ayron Rodriguez, namun dua percubaannya pada minit ketiga dan ke-10 serta tandukan pada minit ke-16 gagal menewaskan penjaga gol sensasi Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.Tekanan anak buah Tan Cheng Hoe tidak mengendurkan peluang pasukan pelawat apabila skuad Hoben Jang Hoben kendalian K Devan terlebih dahulu mendahului hasil jaringan Herold Goulon selepas Anselmo Arruda Da Silva dijatuhkan Richmond Tetteh Ankrah pada minit ke-53 masa kecederaaan.Babak kedua Selangor bangkit menyamakan kedudukan hasil gol Faisal Halim pada minit ke-56 selepas menyudahkan hantaran Quentin Cheng bagi menewaskan Sikh Izhan.Tiga mata akhirnya menjadi milik Selangor selepas Sharul Nazeem menanduk hantaran sepakan percuma Yohandry Orozo pada minit ke-92 untuk kemenangan kelima selepas tujuh perlawanan.Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pula, Terengganu FC (TFC) melakar kemenangan besar di laman sendiri selepas menumpaskan Kelantan FC, 5-0.Skuad Penyu mendahului 2-0 pada babak pertama hasil penyudah Jordan Mintah pada minit ke-15 sebelum Adisak Kraisorn meledak gol kedua enam minit kemudian.Anak buah Tomislav Steinbruckner kemudian meledak tiga gol di babak kedua masing-masing menerusi gol Ivan Mamut pada minit ke-66 dan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua serta jaringan pemain gantian, Hakimi Abdullah, untuk melengkapkan kemenangan bergaya 5-0.Tiga mata itu menyaksikan TFC kini berada di kedudukan keenam dengan 10 mata manakala Kelantan FC, yang merehatkan pengendalinya, Choi Moon-sik, 30 minit sebelum perlawanan, kekal tercorot dengan satu mata tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 10:33am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253031/berita/sukan/tawaran-lumayan-al-hilal-buat-messi", "article_title": "Tawaran lumayan Al Hilal buat Messi", "article_text": "KELAB Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan sedia membuat tawaran lebih besar buat bintang sensasi, Lionel Messi sebanyak 400 juta euro (RM1.93 bilion) setahun.Tawaran itu jauh lebih tinggi berbanding kontrak Cristiano Ronaldo bersama kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.Menurut wartawan Itali, Fabrizio Romano, kelab itu berharap dapat menandatangani Messi yang memacu Argentina merangkul Piala Dunia selepas kontraknya di Paris Saint-Germain berakhir musim panas ini.Bagaimanapun, dia merasakan pemain berusia 35 itu akan memilih untuk kekal bersaing dalam liga Eropah.\"Difahamkan Al Hilal membuat tawaran secara rasmi kepada Leo Messi. Gaji yang ditawarkan lebih 400 juta euro setahun.\"Bagaimanapun keutamaan Leo mahu terus beraksi di Eropah.\"Barcelona menunggu FFP (Financial Fair Play) untuk menghantar bidaan dan memulakan rundingan (dengan Messi),\" kata Romano.Messi dilaporkan mahu meninggalkan PSG, malah dicemuh penyokong sendiri ketika aksi menentang Lyon.Kapten Argentina itu difahamkan turut dikaitkan dengan perpindahan ke Major League Soccer di Amerika Syarikat bersama Inter Miami.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 10:11am"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253028/berita/sukan/tfc-ledak-gol-belasah-kelantan-fc-5-0", "article_title": "TFC ledak gol, belasah Kelantan FC 5-0", "article_text": "KUALA NERUS - Perlawanan Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam Selasa menyaksikan pasukan Terengganu FC (TFC) meledak gol menewaskan Kelantan FC 5-0.Lebih mengujakan, jaringan bagi Sang Penyu itu turut disumbangkan oleh penyerangnya, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut yang sebelum ini berdepan kritikan hebat penyokong pasukan berkenaan gara-gara gagal mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan sebelum ini.Sepak mula menunjukkan pasukan pelawat lebih agresif mencari peluang awal namun dihalang oleh penjaga gol, Suhaimi Husin.Gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-16 selepas Mintah melakukan sepakan dari luar kotak penalti sekali gus membolehkan TFC mendominasi perlawanan.TFC berpesta gol apabila menewaskan Kelantan FC 5-0 dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kuala Nerus malam tadi. TFC ledak gol, belasah Kelantan FC 5-0TFC seterusnya mendapat kedudukan selesa apabila berhasil membuat jaringan oleh Adisak Kraison pada minit ke 20.Kedudukan TFC terus selesa dengan jaringan ketiga apabila penyerang, Ivan Mamut dikasari didalam kotak penalti sekaligus membuka peluang pemain dari Croatia itu menjaringan gol yang pertama buat pasukan berkenaan.TFC terus mara menambah jaringan apabila Ivan Mamut dengan mudah menjaringkan gol keempat pasukan tuan rumah.Pasukan itu merangkul kemenangan bergaya dihadapan 5,000 penyokong apabila Hakim Abdullah menambah jaringan kelima yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Sang Penyu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 09:39am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/253005/berita/sukan/harimau-selatan-baham-seladang-di-ipoh", "article_title": "Harimau Selatan baham Seladang di Ipoh", "article_text": "SEPERTI dijangka, pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) mudah menewaskan Perak FC pada perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Perak pada Selasa.Kemenangan bergaya 5-0 itu sekaligus mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas mencipta kemenangan berturut-turut musim ini.Seperti dijangka, minit awal perlawanan menyaksikan pelawat lebih banyak menguasai bola berbanding tuan rumah dengan beberapa percubaan.Hasilnya, JDT tidak perlu menunggu lama untuk menghasilkan jaringan apabila seawal minit ke-5 pemain Perak FC, Hasnul Zaim tertampan ke gawang sendiri selepas pemain JDT, Arif Aiman membuat percubaan.Serangan bertali arus kemudiannya terus dilancarkan JDT ke kubu Perak FC untuk mencari gol tambahan sehingga memaksa pemain tuan rumah bertahan di kubu sendiri.Memasuk minit ke-23, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Leandro Velazquez dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahan Perak, Fadhil Idris.Peluang itu tidak disia-siakan Leandro yang menyudahkan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol Perak FC, Bryan See sekaligus JDT mendahului tuan rumah dengan 2-0.Kad kuning pertama perlawan dilayangkan pengadil, S Logeswaran setelah penyerang Perak FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak mengasari pemain lawan, Fernando ForestieriKetika separuh masa pertama hampir tamat, JDT menambah lagi derita Perak FC apabila gawang mereka bolos lagi menerusi rembatan Diogo Santo sekaligus menyaksikan kedudukan berubah kepada tiga gol tanpa balas.Bersambung babak kedua, ketua jurulatih JDT, Esteban Solari membawa masuk dua pemain iaitu Bergson Da Silva bersama Shahrul Saad bagi menggantikan Jordi Amat dan Diogo Santo.Pasukan pelawat meneruskan rentak penguasaan bola dengan beberapa serangan dilancarkan ke kawasan pertahan Perak FC.JDT kemudiannya membuat dua lagi pertukaran dengan mengeluarkan Matthew Davies dan Forestieri diganti dengan Akhyar Rashid serta Syahmi Safari.Minit ke-66, gawang Perak bolos lagi menerusi jaringan pemain gantian JDT Bergson yang menyudahkan hantara Arif Aiman untuk gol ke-4 perlawanan.Pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim kemudiannya membuat beberapa pertukaran pemain termasuk dua pemain import, Christian Obiozor dan Luciano Guaycochea serta pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal bagi mengatur strategi baharu.Ketika perlawanan memasuki minit tambahan, JDT terus berpesta gol dengan jaringan kelima menerusi sepakan percuma Leandro menewaskan Bryan See.Keputusan kekal memihak kepada JDT dengan kemenangan besar 5-0 di Stadium Perak sehingga tamat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 April 2023 12:13am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252997/berita/sukan/rizal-zambery-ganti-moon-sik-latih-kelantan", "article_title": "Rizal Zambery ganti Moon-sik latih Kelantan", "article_text": "KELANTAN FC melakukan kejutan apabila mengumumkan Rezal Zambery Yahya sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan Choi Moon-sik yang direhatkan susulan aksi kurang menyengat diperagakan The Red Warriors dalam saingan Liga Super ketika ini.Perkhabaran mengejutkan itu diumumkan Kelantan FC menerusi kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook pada Selasa.Pengumuman itu dibuat sejam sebelum sepak mula saingan Liga Super antara Kelantan FC dan Terengganu FC malam ini.\"Pelantikan ini berkuat kuasa sehingga pihak pengurusan melantik pengendali baharu Kelantan FC.\"Semoga dengan pelantikan ini, Rezal Zambery dapat memikul tanggungjawab untuk mamacu pasukan (Kelantan FC) ke arah yang lebih baik,\" katanya.Semasa dibawah kendalian Moon-sik Kelantan meraih satu kemenangan satu, satu seri dan merekodkan empat kekalahan dalam enam perlawanan setakat ini.Rezal Zambery bukanlah nama asing buat Kelantan apabila membantu pasukan itu muncul naib juara Liga Perdana musim lalu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara, Frank Bernhardt dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Dalam kenyataan pada Sabtu, Kelantan FC memaklumkan, pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Nasir Yusuf.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 10:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252995/berita/sukan/gangguan-seksual-pelumba-basikal-wanita-kembali-sertai-latihan", "article_title": "Gangguan seksual: Pelumba basikal wanita kembali sertai latihan", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan pelumba wanita negara yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri kembali menjalani latihan pada Selasa.Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya telah melantik Nor Alfizar Othman sebagai jurulatih sementara skuad berbasikal bukit (MTB) berkuat kuasa Sabtu lepas (1 April) susulan isu itu bagi memastikan persiapan pasukan ke temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini berjalan lancar.\"Semua pelumba (termasuk mangsa) sudah kembali ke kem latihan bermula hari ini untuk menjalani latihan di Nilai. Namun, Nor Alfizar hanya pinjaman sementara daripada Majlis Sukan Negeri Kedah dan kembali ke Kedah selepas Sukan SEA tamat.\"Berbaki 27 hari sebelum Sukan SEA bermula, jadi kami prihatin dengan mental, emosi dan fokus pelumba dan paling penting PKBM mahu pastikan atlet berada dalam keadaan selamat. Biar polis jalankan siasatan mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat antara PKBM dan MSN mengenai kes gangguan seksual atlet berbasikal di MSN, Bukit Jalil pada Selasa.Nor Alfiza, 46, merupakan Jurulatih Sukan Berbasikal Negeri Kedah yang memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat pelumba muda meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sehingga mampu meraih pingat emas acara 500 meter ujian masa di New Delhi pada 20 Jun tahun lepas.Pada 31 Mac lepas, Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB, dan pihaknya mengambil tindakan serta-merta menggantung jurulatih berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.Amarjit Singh bagaimanapun berkata, atlet wanita itu kini berada dalam keadaan stabil selepas insiden itu berlaku dan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mewakili negara dalam usaha mengibarkan bendera Malaysia di temasya dwitahunan itu.\"Saya telah bercakap dengan beliau pada Sabtu lepas selama setengah jam melalui panggilan telefon. Emosinya terganggu apabila kejadian ini berlaku dan sudah tentu kami memuji (keberanian) beliau untuk tampil (buat laporan polis).\"Namun selepas panggilan telefon dilakukan, beliau meyakinkan saya dan Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil, yang beliau sudah 100 peratus bersedia untuk menghadapi situasi (mendapat perhatian media) dan mewakili negara,\u201d ujarnya.Sementara itu, Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil berkata sasaran mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran masih dikekalkan pada edisi Sukan Asia Tenggara edisi ini, namun corak latihan berkemungkinan berbeza sedikit daripada sebelum ini.Pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei lalu, skuad MTB negara tampil cemerlang menyumbang emas dalam acara rentas desa campuran berpasukan serta turut meraih satu perak dan gangsa dalam acara merentas desa wanita.Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 09:54pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252977/berita/sukan/potter-kaut-rm71-juta-selepas-dipecat-chelsea", "article_title": "Potter kaut RM71 juta selepas dipecat Chelsea", "article_text": "GRAHAM Potter bakal menerima wang pampasan kira-kira13 juta pound (RM71.1 juta) selepas dipecat sebagai pengendali Chelsea pada Ahad lalu.Pampasan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan dibelanjakan Chelsea untuk ketua jurulatih sahaja dalam tempoh sembilan bulan, mencecah 50 juta pound (RM273.5 juta).Chelsea membayar 22 juta pound (RM120.4 juta) kepada Brighton untuk mendapatkan Potter dan kakitangan sokongannya secara kontrak pada September tahun lalu, selepas membayar 10 juta pound (RM54.7 juta) kepada Thomas Tuchel.Perbelanjaan besar memaksa Chelsea melepaskan sebahagian pemainnya pada jendela perpindahan musim panas ini bagi memenuhi tuntutan peraturan perbelanjaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mana kelab itu mencatat kerugian 121 juta pound (RM661.8 juta) bagi musim 2021/2022.Jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan 550 juta pound (RM3 bilion) ke atas pemain baharu sejak Todd Boehly mengambil alih Chelsea pada musim panas lalu.Lebih malang pendapatan Chelsea juga bakal merosot musim depan akibat kegagalan layak ke pertandingan Eropah - yang bernilai sekitar 80 juta pound (RM437.5 juta).", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 06:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252968/berita/sukan/permintaan-pandelela-akan-dibincang---hannah", "article_title": "Permintaan Pandelela akan dibincang - Hannah", "article_text": "PERMINTAAN ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong supaya atlet diberi khidmat sokongan lebih konsisten menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, antara isu yang akan dibincangkan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Road To Gold (RTG) pada Khamis ini.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang juga merupakan pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata, maklum balas sedemikian akan menjadi keutamaan pihaknya dalam memastikan Malaysia mencapai impian meraih pingat emas pertama Olimpik.\"Apa yang Pandelela bangkitkan adalah sebab utama kita wujudkan RTG ini, untuk menyelesaikan roadblocks dan membantu atlet-atlet yang berpotensi untuk sumbang pingat. Kita nak bagi sokongan lebih baik, tambahan daripada apa yang mereka dapat menerusi Program Podium sekarang.\"Beberapa isu telah diketengahkan dalam perhatian RTG, kita akan bincangkan semua isu ini dalam mesyuarat, ada beberapa isu akan ditambah baik,\" katanya pada sidang akhbar direktori fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada Selasa.Media pada Isnin melaporkan harapan Pandelela supaya skuad terjun negara mendapat khidmat sokongan yang lebih konsisten seperti khidmat tukang urut dan biomekanik sukan seperti disediakan ketika edisi London 2012 dan Rio 2016, selain keperluan untuk analisis video.Pandelela mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama negara menyumbang pingat (gangsa) di Sukan Olimpik pada edisi 2012 bagi acara 10 meter (m) platform dan kemudian meraih perak dalam 10m platform seirama menerusi gandingan bersama Cheong Jun Hoong pada edisi 2016.Sementara itu, Hannah berkata, Jawatankuasa RTG tidak mahu mengumumkan dahulu senarai atlet dalam program tersebut atas permintaan tiga bekas atlet - Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Datuk Mirnawan Nawawi - yang berada dalam jawatankuasa berkenaan.\"Kita belum bincang dengan teliti, kalau ikut perspektif pentadbir, kita suka nak umum, tetapi kita nak hormati perspektif bekas atlet juga. Jawatankuasa ini akan buat reviu berkala, contohnya atlet itu ranking 10 teratas dunia sekarang, tapi tahun depan langsung tak layak yang perlu dikeluarkan dan ada atlet baharu yang akan masuk kerana layak.\"Tempoh kelayakan itu ada yang belum mula pun, jadi kita kenal pasti (atlet berdasarkan) ranking yang sedia ada, pencapaian berdasarkan Olimpik lepas, serta potensi pingat dan sebagainya, kemudian kita akan lihat apa mereka perlukan dulu,\" katanya.Ditanya mengenai beberapa negara yang dikatakan mahu memboikot temasya Olimpik atau kejohanan kelayakan ke Paris 2024 jika ada penyertaan dari atlet Rusia dan Belarus, Hannah berkata, perkara berkaitan itu belum dibincangkan.\"Kita belum bincang perkara ini dengan MOM (Majlis Olimpik Malaysia), saya yakin (Presiden MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan membawa perkara ini dalam perhatian jawatankuasa nanti. Bagaimana respons negara lain, akan berbeza dengan apa maklum balas yang kita berikan, biar saya bincang dulu dengan MOM,\" katanya.Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) baru-baru ini membenarkan atlet Rusia dan Belarus untuk beraksi dalam kejohanan kelayakan sebagai atlet neutral, namun ia tidak disenangi oleh Ukraine dan beberapa negara barat yang mengancam untuk memboikot kerana konflik Rusia-Ukraine masih berlarutan sejak Februari tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 06:19pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252951/berita/sukan/kelantan-united-perlu-menang-berdepan-kuching-city", "article_title": "Kelantan United perlu menang berdepan Kuching City", "article_text": "KELANTAN United mahu melakar kemenangan berdepan Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Sarawak pada Rabu.Penolong jurulatihnya, Nazrulerwan Makmor berkata, kemenangan itu penting dalam mendapatkan semula rentak selepas merekodkan lima kekalahan dalam aksi sebelum ini.\"Selain itu, kemenangan amat penting buat kami untuk mendapatkan semula keyakinan dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam carta.\"Alhamdulillah, moral barisan pemain kita berada pada tahap terbaik dan mereka dilihat sudah melupakan kekalahan sebelum ini,\" kataya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Nazrulerwan bagaimanapun memberitahu, Kelantan United tetap menghormati kemampuan pasukan lawan yang dibarisi oleh pemain berkualiti.Ujarnya, serangan balas pantas lawan perlu diawasi bagi mengelakkan Kelantan United keciciran mata pada perlawanan tersebut.\"Kedatangan kita ke sini (Kuching) untuk meraih keputusan positif dan kami sudah bersedia,\" katanya.Kelantan United kini menduduki tangga tercorot Liga Super selepas mengumpul satu mata setelah mengharungi enam perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 05:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252945/berita/sukan/kbs-teliti-ugutan-siber-terhadap-joo-ven", "article_title": "KBS teliti ugutan siber terhadap Joo Ven", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti ancaman siber terhadap pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven baru-baru ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, Kod Sukan Selamat yang dilancarkan KBS pada 15 Mac lepas turut merangkumi buli siber seperti yang dialami oleh Joo Ven selepas tersingkir di pusingan kelayakan Madrid Spain Masters Selasa lepas.\"Kod Sukan Selamat adalah untuk wujudkan persekitaran yang selamat, ia merangkumi ancaman dalam talian. Kita belum bincang lagi dengan pegawai pelindung mengenai kes ini, saya sebenarnya tidak tahu pun mengenai kes ini.\"Tetapi kita akan teliti selepas ini. Kita ada senaraikan cara buat aduan (bagi atlet) untuk memudahkan atlet membuat aduan...kalau ada aspek jenayah, polis akan siasat,\" katanya pada sidang media direktori fasiliti KBS di Putrajaya pada Selasa.Joo Ven, 27, sebelum ini menerima komen negatif di akaun media sosialnya, selepas pemain di ranking 51 dunia itu gagal menempah tiket ke pusingan utama susulan tewas 21-19, 27-29, 16-21 selepas perlawanan berlangsung lebih sejam.Kod Sukan Selamat merangkumi panduan dan rujukan kepada komuniti sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab mengenai aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.Sementara itu, Hannah menjangkakan lebih banyak aduan akan diterima oleh pihaknya apabila kesedaran mengenai Kod Sukan Selamat meningkat.\"Ini tak semestinya buruk kerana kita ada kesedaran sekarang. Mungkin kes baharu atau lama, tetapi kerana ada kesedaran atlet akan tahu ini salah (selepas memahami kod itu). Kita perlu pastikan atlet dan jurulatih tahu undang-undang,\" katanya.Sementara itu, Hannah berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mempercepatkan pelantikan jurulatih skuad berbasikal bukit (MTB), menggantikan jurulatih yang digantung berikutan laporan gangguan seksual.Jumaat lepas, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba MTB.Atlet skuad Sukan SEA berusia 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri semasa menjalani latihan bersama pasukan.PKBM mengambil tindakan serta-merta menggantung jurulatih berkenaan untuk membantu siasatan, namun jurulatih itu dilaporkan telah meletak jawatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 05:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252950/berita/sukan/eilisha-sahut-cabaran-ibu", "article_title": "Eilisha sahut cabaran ibu", "article_text": "\"JANGAN sesekali menyesali keputusan anda untuk meneruskan aktiviti terjun, tetapi ingat ia tidak selalunya mudah\". Itulah kata-kata daripada bekas atlet terjun wanita Sarawak Victory Emmy, 39, kepada anak perempuannya yang juga atlet terjun muda negara, Eilisha Rania Abrial Rajagopal.Eilisha baharu berusia tujuh tahun ketika dia menyahut cabaran ibunya itu tanpa mengetahui bagaimana masa depannya dalam arena sukan terjun.\"Semuanya bermula apabila saya dipilih menjadi penerjun ketika sekolah rendah. Ibu dan jurulatih bertanya sama ada saya benar-benar minat sukan terjun dan saya jawab ya,\" katanya ketika ditemui pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Sejak itu, atlet berusia 17 tahun ini berdepan jatuh bangun ketika dia berusaha tanpa lelah untuk cuba mencipta nama sebagai penerjun negara.Selain ibunya, Eilisha turut berterima kasih kepada bapanya Abrial Rajagopal, 43, yang disifatkan sebagai tonggak kekuatannya.Penerjun kelahiran Kuching, Sarawak itu pernah hampir berputus asa, namun bapanya terus mendorongnya untuk meneruskan perjuangan.\"Saya hampir menarik diri daripada mewakili Sarawak pada Sukma (Sukan Malaysia) 2016, tetapi bapa mendorong saya untuk bertanding. Saya tidak pernah menyangka boleh memenangi dua pingat pada penampilan pertama di sana,\" katanya.Pada temasya itu, Eilisha merangkul pingat gangsa pada acara 10 meter (m) platform wanita dan pingat emas menerusi acara 10m platform seirama wanita dengan seorang lagi atlet terjun negara Kimberly Bong.Selepas membuat kemunculan semula daripada kecederaan lutut yang dialaminya pada 2021, Eilisha kini berhasrat untuk beraksi lagi.Justeru, beliau berharap dapat membawa pulang pingat emas dalam acara 10m platform wanita pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja nanti.\"Persediaan saya untuk Kemboja kini 80 peratus. Saya harap dapat lakukan dengan baik dalam penampilan pertama saya di Sukan SEA,\" katanya dan menambah beliau turut bercita-cita untuk layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 04:51pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252885/berita/sukan/jdt-kukuhkan-nilai-komersial-bola-sepak-malaysia", "article_title": "JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia", "article_text": "PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.Menurut Tunku Ismail, ia adalah fakta yang sukar untuk disangkal menerusi beberapa kejayaan yang telah dibuktikan juara sembilan kali Liga Super itu di pentas domestik mahupun di peringkat antarabangsa.\"Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita\".\"JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,\" kata Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor pada Isnin.Aura JDT dalam saingan liga domestik sememangnya tidak dapat dinafikan selepas aksi pasukan itu sentiasa mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.Malah, perlawanan membabitkan Harimau Selatan di semua platform Astro mengungguli rating tontonan sekali gus memberikan nilai tambah dalam pembayaran hak penyiaran kepada semua pasukan.Di pentas Asia, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan musim lalu mereka berjaya mencipta sejarah mara sehingga peringkat 16 pasukan terbaik.Ia merupakan kejayaan luar biasa dicapai JDT dan membuka mata ramai pihak mengenai kekuatan pasukan dari Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 01:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252884/berita/sukan/aksi-everton-spurs-dihentikan-beri-laluan-pemain-berbuka-puasa", "article_title": "Aksi Everton, Spurs dihentikan beri laluan pemain berbuka puasa", "article_text": "SIKAP hormat yang ditunjukkan oleh pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) wajar dipuji apabila pegawai perlawanan menghentikan permainan bagi memberi peluang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.Suasana itu dapat disaksikan pada perlawanan antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park pada Selasa.Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi memberi laluan kepada trio Everton, Andre Onana, Abdoulaye Doucoure dan Idrissa Gueye berbuka puasa di tepi padang.Rakan sepasukan dan pemain pasukan lawan menggunakan ruang 'rehat' seketika itu untuk mendengar arahan dan perancangan taktikal jurulatih masing-masing.Senario itu boleh diibarat seperti water break dalam liga yang berlangsung ketika cuaca panas.Keputusan perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.Berbeza bagi liga bola sepak lain di Eropah, rakan sepasukan terpaksa mencari helah untuk menghentikan permainan bagi membolehkan rakan Muslim mereka berbuka puasa.Ketika aksi Serie A antara Inter Milan dan Fiorentina, Luca Ranieri berpura-pura cedera bagi membolehkan Sofyan Amrabat berbuka puasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 01:04pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252875/berita/sukan/kda-fc-enggan-kecewa-kali-kedua", "article_title": "KDA FC enggan kecewa kali kedua", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC berazam menebus kembali kekalahan mereka kepada Penang FC pada pusingan pertama Piala FA 2023 apabila dijadualkan bertemu sekali lagi pada aksi Liga Super 2023 pada malam Rabu.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, aksi Derbi Utara kali kedua dalam tempoh hampir sebulan yang juga diadakan di Stadium Darul Aman diharapkan bakal memberikan tiga mata penting kepada Sang Kenari.\"Kita perlu terus kekal fokus di samping memastikan tidak mengulangi kesilapan yang dilalui apabila berdepan Penang FC kali ini. Kita tidak mahu lagi kecewa buat kali kedua beraksi di laman sendiri ini.\"Bagi kekal berada di kelompok atas liga, kita juga tidak boleh keciciran mata dan saya faham untuk pasukan Kedah ini tiada istilah kalah dan setiap perlawanan kita perlukan kemenangan,\" katanya mengulas tentang aksi ketujuh Liga Super 2023.Menurutnya, kualiti yang dimiliki oleh Harimau Kumbang tidak boleh dipandang rendah lagi selepas pasukannya disingkirkan oleh pasukan itu pada saingan Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga ke hujung perlawanan pada 8 Mac lalu.\"Penang FC kini merupakan satu pasukan yang bagus. Mereka dibarisi pemain berpengalaman yang dapat memberi saingat yang cukup sengit buat kami. Saya tetap menganggap mereka bukan satu pasukan yang mudah untuk ditentang,\" ujar beliau lagi.Sementara itu, mengulas tentang prestasi semasa KDA FC pula, Nafuzi mengakui prestasi dan corak permainan semua pemainnya semakin bertambah baik dan cuma di posisi serangan perlu diperkemaskan lagi.Menurutnya, mereka agak buntu di jentera serangan semasa beraksi menentang Sri Pahang FC beberapa hari lalu yang berakhir dengan keputusan 1-1 di Kuantan.\"Tetapi saya percaya untuk perlawanan seterusnya di tempat sendiri kali ini (bertemu Penang FC), kita akan meningkatkan lagi aspek berkenaan temasuk semangat dan moral pemain, tambahan kita beraksi dihadapan penyokong yang begitu mengharapkan kemenangan.\"Kita juga mahu posisi lain seperti pertahanan juga perlu diperkukuhkan. Kita boleh lihat bagaimana kita dibolosi akibat kesilapan pertahanan sewaktu perlawanan menentang Sri Pahang yang lalu\", kata beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 12:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252873/berita/sukan/fifa-tarik-hak-peru-tuan-rumah-piala-dunia-b-17", "article_title": "FIFA tarik hak Peru tuan rumah Piala Dunia B-17", "article_text": "SELEPAS Indonesia, Peru pula menerima nasib sama apabila hak sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) ditarik balik.Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan pelucutan hak itu berikutan 'negara penganjur tidak mampu menyediakan infrastruktur diperlukan'.FIFA dalam satu kenyataan menyebut, kejohanan melibatkan 24 negara tersebut dijadualkan bermula 10 November hingga 2 Disember depan dan pihaknya sedang mencari tuan rumah baharu.Tambahnya, di sebalik kerjasama positif dengan Persekutuan Bolasepak Peru didapati masa tidak mencukupi untuk menarik pelaburan yang diperlukan oleh negara itu.Kerajaan Peru juga didapati berdepan kekangan masa untuk melengkapkan kerja-kerja berkaitan sebelum kejohanan bermula.Tuan rumah turut menyatakan pihaknya terbuka untuk menganjurkan kejohanan lain di Peru pada masa depan.Kejohanan dwitahunan itu sepatutnya diadakan di Peru pada 2021, tetapi dibatalkan kerana pandemik Covid-19, manakala Brazil menjadi penganjur bagi edisi 2019.Minggu lalu, FIFA menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 yang dijadualkan bermula 20 Mei hingga 11 Jun.Perlucutan hak itu berikutan negara itu mahu mengharamkan penyertaan Israel yang layak buat kali pertama.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 12:22pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252868/berita/sukan/perak-harap-keajaiban-berdepan-jdt-di-ipoh", "article_title": "Perak harap keajaiban berdepan JDT di Ipoh", "article_text": "PERAK FC mungkin sudah boleh menjangkakan aksi sukar ketika melayani kunjungan juara sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada Selasa.Bersandarkan rekod cemerlang JDT dalam enam aksi terdahulu termasuk ketika membenam beberapa pencabar terkuat mereka, skuad The Bos Gaurus pastinya sedar dengan ancaman yang bakal dihadapi di hadapan penyokong sendiri.Dengan rekod 25 gol dan hanya bolos satu jaringan setakat ini, Perak FC harus lebih berwaspada dengan jentera serangan skuad Harimau Selatan itu yang tampak cukup mengganas setakat ini.Ironinya, Perak yang mendapat sentuhan Datuk Lim Teong Kim musim ini tampak masih jauh di belakang JDT apabila sekadar merekodkan empat gol dan bolos 10 kali dalam enam perlawanan lalu.Malah, JDT terus gah mendahului carta Liga Super hasil kutipan 18 mata maksimum, manakala Perak sekadar menduduki tangga ke-10 dengan merekodkan lima mata.\u201cKita tahu kekuatan JDT dan kita ambil (berdepan) perlawanan ini seperti lawan pasukan biasa yang lain. Kemungkinan (Perak FC) dapat mata juga ada.\u201cTak mustahil dan ini semua terpulang kepada pemain-pemain. Tetapi kalau nak menang, kena ada keajaibanlah,\u201d kata Teong Kim pada Isnin.Pada masa sama, Teong Kim mengakui beliau berdepan tekanan ekoran prestasi tidak menentu skuad kendaliannya dalam saingan Liga Super setakat ini.\u201cTekanan itu sentiasa ada sebagai jurulatih mana-mana pasukan, bukan sahaja di Perak FC. Ia biasa dan menjadi tugas sebagai jurulatih.\u201cJika tak nak tekanan, baik saya jual pisang goreng tetapi itu pun ada tekanan juga,\u201d seloroh bekas skuad remaja kelab gergasi Jerman, Bayern Munich itu.Sementara itu, penjaga gol Perak, Bryan See berkata, persediaan rapi sudah dilakukan bagi menghadapi Harimau Selatan, selain dia mahu mengelak gawangnya daripada dibolosi.\u201cIni bukan tahun pertama saya lawan JDT. Setiap perlawanan pun ada tekanan sendiri. Memang JDT ialah pasukan terkuat abad ini tetapi kita kena bersedia,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 12:11pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252857/berita/sukan/united-terima-padah-tak-beli-penyerang", "article_title": "United terima padah tak beli penyerang", "article_text": "MANCHESTER United mengecewakan Erik ten Hag pada jendela perpindahan Januari dengan tidak menandatangani penyerang, kata bekas pemain pasukan itu, Gary Neville.Kekalahan kepada Newcastle United pada Ahad menyaksikan United tergelincir ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris dan berdepan halangan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.Menurut Neville, kegagalan kelab untuk merekrut penyerang baharu pada jendela jendela perpindahan Januari selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo menjadi punca utama masalah mereka.\"Erik ten Hag dikecewakan teruk pada Januari. Temu bual Cristiano Ronaldo dengan Piers Morgan telah dilakukan pada November dan dia sudah pasti berhijrah pada permulaan Piala Dunia.\"Manchester United kemudian mempunyai enam minggu sebelum jendela perpindahan bermula.\"Mereka membuat keputusan untuk tidak memberi Erik ten Hag wang itu kerana mereka tidak mendapat wang. Mereka membuat keputusan untuk memberitahunya dia perlu membawa seseorang secara pinjaman.\"Siapa yang akan meminjamkan Manchester United penyerang bertaraf dunia pada Januari? Tiada siapa yang akan melakukannya.\"Saya tidak menyalahkan Wout Weghorst sama sekali. Dia telah melakukan kerja yang sangat baik. Namun. dia jelas tidak cukup bagus untuk menjadi penyerang Manchester United. Tetapi mereka memerlukan sokongan pada Januari.\"Mereka kehilangan khidmat Ronaldo, mereka kehilangan Edinson Cavani pada musim panas, dan Anthony Martial cedera. Anda tidak boleh bermain tanpa penyerang tengah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 11:17am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252841/berita/sukan/stellini-kecewa-persembahan-pemain-spurs", "article_title": "Stellini kecewa persembahan pemain Spurs", "article_text": "CRISTIAN Stellini kecewa dengan pemainnya selepas gagal mengawal permainan dalam keputusan seri 1-1 di tempat lawan menentang Everton pada awal pagi Selasa.Penalti Harry Kane pada minit ke-68 dilihat sudah cukup untuk Spurs memberikan permulaan kemenangan di bawah Stellini yang menjadi pengendali sementara selepas Antonio Conte dipecat.Namun, jaringan lewat Michael Keane dari jarak jauh merampas mata penting untuk Everton di Goodison Park.\"Perasaan saya sekarang ialah kami telah kehilangan dua mata. Kami hanya perlu mengawal permainan selepas mejaringkan gol.\"Kami cuba melakukannya tetapi tidak seperti yang saya jangkakan. Dengan 11 pemain (selepas pemain Everton, Abdoulaye Doucoure dibuang padang), kami perlu melakukan lebih baik. Anda mengawal permainan dengan bola, bukan tanpa bola,\" katanya.Walaupun terlepas kemenangan, keputusan seri itu membawa Tottenham kembali ke kedudukan empat teratas dan mempunyai mata yang sama dengan Newcastle United dan Manchester United.Newcastle dan United mempunyai dua perlawanan dalam tangan, tetapi Stellini percaya Spurs boleh menggunakan pengalaman mereka daripada saingan musim lalu untuk mara ke Liga Juara-Juara.\"Ia akan jadi saingan yang sukar. Tetapi setahun lalu, kami mempunyai 51 mata. Kami berada di tempat kelima, dan hari ini, kami berada di tempat keempat.\"Kami berada dalam kedudukan yang sama seperti musim lalu. Kami perlu bersedia untuk bertarung. Sekarang kami memikirkan perlawanan seterusnya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 10:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252840/berita/sukan/pemain-chelsea-sedih-potter-dipecat", "article_title": "Pemain Chelsea sedih Potter dipecat", "article_text": "PENGENDALI sementara Chelsea, Bruno Saltor berkata, pemain sedih selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu memecat Graham Potter.Potter dipecat pada Isnin selepas kekalahan 0-2 di tempat sendiri menentang Aston Villa Ahad lalu.Chelsea yang berbelanja besar pada jendela perpindahan Januari hanya meraih 10 kemenangan daripada 28 perlawanan liga musim ini dan berada di tangga ke-11 dalam carta, 12 mata di luar kelompok empat teratas.Julian Nagelsmann, yang dipecat sebagai pengendali Bayern Munich bulan lalu, adalah pilihan untuk menjadi bos Chelsea yang seterusnya.Bruno memberitahu, pemecatan Potter menjadi sangat sukar pada setiap peringkat, terutamanya membabitkan emosi pemain dan staf pasukan.\"Saya berada di sini sekarang untuk cuba meneruskan proses dan kami hanya cuba bekerjasama sebaik mungkin dan saya fikir Graham melakukan kerja yang menakjubkan.\"Bola sepak adalah perniagaan yang sangat kompleks dan kami perlu meneruskannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 10:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252822/berita/sukan/jangan-cepat-koyak", "article_title": "Jangan cepat 'koyak'", "article_text": "ATLET negara perlu lebih bersedia untuk berdepan impak media sosial apabila menjerumuskan diri di platform tersebut dalam era selebriti sukan pada masa ini.Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, terdapat dalam kalangan atlet yang aktif di media sosial, namun tidak mempunyai kekuatan mental apabila berdepan provokasi netizen.\u201cPertama ingin saya tegaskan kepada selebriti sukan ini bahawa tidak semua orang akan suka dan menyokong kita. Ini sesuatu yang perlu difahami lebih awal.\u201cKedua sebagai atlet pula mereka tidak perlulah melayan atau respon kepada semua komen bersifat negatif atau provokasi sebaliknyahanya abaikan.\u201cBiarkan sahaja, jangan mudah koyak emosi, kalau emosi mudah koyak macam mana nak berdepan dengan lawan di gelanggang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum ini pemain perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven menerima ugutan dan komen negatif daripada segelintir netizen di laman sosial Instagramnya.Pemain berusia 27 tahun di Twitternya pada Sabtu mengakui bimbang menggunakan akaun laman sosial berkenaan kerana bukan dirinya sahaja dikecam, malah ia turut melibatkan ahli keluarganya.Tambah Pekan, sekiranya seseorang atlet itu kekal untuk terus melayan komen-komen netizen dibimbangi akan memberi pelbagai kesan negatif.\u201cSaya bimbang prestasi atlet ini akan rosak pada masa depan sekiranya terus menerus melayan emosi dengan netizen.\u201cLambat laun sekiranya dibiarkan berterusan akan menjejaskan prestasi kariernya pada masa depan,\u201d katanya.Mengulas lanjut, Pekan tidak menafikan terdapat dalam kalangan atlet yang kurang bersedia apabila tidak mengikuti perkembangan media sukan selama ini.\u201cSaya percaya ada juga atlet yang tidak tahu perkembangan dalam bidang ini yang berkembang pesat sejak zaman Golden Age of Sport 1920, sejarah komunikasi media sukan mengangkat atlet sebagai selebriti termasuklah wartawan, perantara, pengulas, pegawai dan jurulatih.\u201cApabila status atlet telah diangkat sebagai selebriti sukan mereka perlulah bersedia berdepan sebarang kemungkinan apabila berada di media sosial,\u201d katanya yang mengakui atlet juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya komen daripada netizen bersifat fitnah yang boleh menjejaskan imej mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252813/berita/sukan/quotsaya-bukan-azimat---klopp", "article_title": "'Saya bukan azimat' - Klopp", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp secara berseloroh mempersoalkan mengapa dia masih mempunyai pekerjaan ketika kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) aktif memecat pengurus masing-masing semasa saingan memasuki fasa akhir musim.Kelab tangga ke-11, Chelsea memecat Graham Potter pada Isnin, beberapa jam selepas Leicester City yang memasuki zon penyingkiran berpisah dengan Brendan Rodgers selepas Tottenham Hotspur melepaskan khidmat Antonio Conte sebelum itu.Sebagai rekod, Klopp berada di Liverpool sejak 2015 berada di bawah tekanan apabila kelab Anfield itu berada di tangga kelapan - lapan mata di belakang kelompok empat teratas selepas tewas 1-4 kepada penyandang juara Manchester City.Bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund sebelum itu telah membimbing The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.\u201cApa yang boleh saya katakan tentang isu pemecatan? Mungkin disebabkan terdapat sesuatu yang menyebabkan saya masih kekal dalam dunia gila ini...\u201cJadi saya fikir kedua-dua kelab tidak berada di tempat yang diharapkan menyebabkan berlakunya situasi ini. Saya sangat menghormati Potter dan Rodgers. Mereka baik dan hebat.\u201cKami semua menerima sebahagian kesan perniagaan itu sahaja. Antonio Conte minggu lepas, Julian Nagelsmann dan kini Potter serta Rodgers, mungkin mereka tidak mencapai sasaran kelab,\u201d kata Klopp.Sebagai rekod, Liga Perdana Inggeris mencatatkan rekod 12 pengurus yang dipecat musim ini, yang disifatkan Klopp sebagai suasana yang tidak berapa sihat.\u201cBegitulah keadaannya. Sekiranya kelab kurang mencipta kejayaan ditetapkan maka anda perlu menerima keputusan itu,\u201d katanya.Mengenai masa depannya bersama Liverpool, pengurus dari Jerman itu berkata, Liverpool mempunyai pemilik bijak, namun dia tidak menyukai hakikat masih memegang jawatan itu disebabkan kejayaannya sebelum ini bersama kelab itu.\u201cSaya di sini untuk menyampaikan, saya di sini bukan sebagai azimat atau mural di dinding rumah.\u201cSaya masih di sini kerana apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak suka hakikat kebergantungan kepada faktor itu.\u201cTetapi sejujurnya kami tidak boleh terus bermain seperti dilakukan beberapa perlawanan sebelum ini. Saya sangat kecewa dan kami perlu masih mencari jalan keluar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 09:30pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252798/berita/sukan/jangan-sekejap-ada-sekejap-tiada", "article_title": "'Jangan sekejap ada, sekejap tiada'", "article_text": "RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berharap agar projek 'Road To Gold' (RTG) memberi fokus kepada menyediakan semula khidmat sokongan lebih konsisten kepada atlet kebangsaan.Pandelela berkata, dia mendapat khidmat sokongan seperti pasukan sains sukan ketika beraksi pada dua Olimpik iaitu edisi 2012 di London dan edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, yang membantunya menyumbang pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.\"Diharapkan selepas ini khidmat sokongan lebih konsisten, jangan sekejap ada, sekejap tiada. Seperti ketika di London dan Rio kami mempunyai tukang urut dan (khidmat) biomekanik sukan, namun untuk Tokyo 2020 tiada (khidmat sokongan),\" katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan (MIAG) ke-58 di Kuala Lumpur pada Isnin.Pandelela berkata, atlet terjun memerlukan analisis video ketika latihan dan pertandingan dan tanpa khidmat sokongan berkenaan sukar bagi mereka mempamerkan aksi konsisten.Pandelela mencipta sejarah apabila muncul atlet wanita pertama negara menyumbang pingat (gangsa) di Sukan Olimpik pada edisi 2012 bagi acara 10 meter (m) platform dan kemudian meraih perak dalam 10m platform seirama, bergandingan bersama Cheong Jun Hoong, pada edisi 2016.Bulan lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik.Dalam pada itu, atlet dari Sarawak tersebut yakin bahawa barisan penerjun junior mampu menyinar, sekali gus mengekalkan dominasi Malaysia dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Januari lepas, penolong jurulatih, Datuk Leong Mun Yee mengumumkan skuad terjun elit tidak akan menyertai Sukan SEA 2023 di Kemboja, bagi memberi pendedahan kepada penerjun muda di peringkat antarabangsa.Terdahulu, Pandelela yang mewakili pasukan kebangsaan menepati ramalan apabila menjuarai 10m platform dengan mengutip 326.05 mata diikuti penerjun Sarawak, Eilisha Rania Abrial Rajagopal (235 mata) dan wakil Singapura, Ong Rei En meraih gangsa (208.25 mata).Mengulas aksinya pada Isnin, Pandelela berkata, dia lega dapat kembali merasai pengalaman bertanding selepas kali terakhir bersaing pada Grand Prix (GP) Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di sini, November lepas.Katanya, pertandingan kali ini merupakan platform baginya menyiapkan diri bagi membawa cabaran negara pada Piala Dunia Terjun 2023 di Montreal, Kanada pada 5 hingga 7 Mei ini.Sementara itu, penerjun kebangsaan menguasai podium dalam acara 10m platform lelaki menerusi Bertrand Rhodict yang meraih 404.15 mata untuk memenangi emas, menewaskan Jellson Jabilin yang merangkul perak (372.10 mata) dan Enrique Maccartney meraih gangsa (338.75 mata). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 07:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252801/berita/sukan/legenda-bola-sepak-negara-diuji-hidap-kanser-paru-paru", "article_title": "Legenda bola sepak negara diuji hidap kanser paru-paru", "article_text": "LEGENDA bola sepak negara, Khalid Ali berdepan ujian tidak terduga apabila disahkan menghidap kanser paru-paru baru-baru ini.Menceritakan detik sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan, Khalid berkata, tahap oksigen dalam badan pernah menurun kepada 40 peratus walaupun dengan sekadar berdiri dan berjalan selama tiga hingga empat jam.Khalid yang merupakan antara watak penting kejayaan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 berkata, berat badannya juga turun mendadak sebanyak 17 kilogram (kg) dalam tempoh satu setengah bulan susulan hilang selera makan.\u201cSaya nampak kuat tetapi saya perlukan juga doa daripada semua, kawan-kawan dan peminat, mana tahu doa seorang daripadanya dapat menyembuhkan.\u201cHari ini (Isnin) Subang Jaya Medical Center (Pusat Perubatan Subang Jaya) ada hubungi dan memberitahu keputusan (mengenai tahap kanser) sudah ada dan saya perlu berjumpa doktor pada 10 April ini,\u201d katanya.Menurut Khalid, perjumpaan dengan doktor pada 10 April bagi mendapatkan keputusan akhir mengenai tahap kanser dihadapinya sebelum memulakan proses rawatan.\"Ramai juga bagi idea dan nasihat untuk cuba dapatkan rawatan tradisional dan sebagainya tetapi saya rasa biar tunggu keputusan doktor dahulu, selepas itu baru kita tahu arah (ikhtiar) mana kita nak pergi,\" ujarnya.Biarpun sedang diuji dengan masalah kesihatan, Khalid yang juga pemerhati dan pengkritik bola sepak tempatan bersyukur masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa malah bersemangat untuk bangun bersahur.\u201cAlhamdulillah dapat berpuasa, hanya tiga hari tinggal kerana melakukan pemeriksaan seperti endoscopy dan CT (computerized tomography) scan dan saya juga bangun sahur makan kurma, minum susu dan makan ubat,\u201d kata bekas pemain berusia 65 tahun itu.Bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang membantu menguruskan dan menampung rawatannya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 07:16pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252796/berita/sukan/gergasi-merah-resah-duo-negeri-sembilan", "article_title": "Gergasi Merah resah duo Negeri Sembilan", "article_text": "SELANGOR FC harus mengawasi Mohamad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Safuwan Baharuddin yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC menjelang aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Selasa.Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe percaya, kedua-dua pemain itu sudah tentu mengetahui kelemahan dan kelebihan pasukannya memandangkan mereka pernah menyarung jersi Gergasi Merah.\u201cShahrel Fikri dan Safuwan pernah bersama Selangor dan sudah tentu tahu tentang kelemahan kami, namun kami perlu fokus untuk dapatkan satu keputusan positif.\u201cApa yang saya lihat Safuwan dan Shahrel Fikri juga sudah memberikan impak kepada pasukan mereka (Negeri Sembilan), jadi kami perlu berwaspada,\u201d katanya.Shahrel Fikri yang bersama Selangor selama dua tahun berpindah ke Negeri Sembilan musim ini, mula dilihat menemui sentuhan terbaiknya apabila meledak gol pertama buat skuad Jang itu Sabtu lalu.Safuwan yang merupakan pertahanan Singapura pula turut bersama skuad gergasi Lembah Klang itu selama dua tahun dan sudah tentu tahu cara menyekat serangan yang mahu diatur anak-anak buah Cheng Hoe.Dalam pada itu, Cheng Hoe menyifatkan pertemuan menentang Negeri Sembilan itu adalah 'misi wajib menang' dalam usaha mengekalkan rentak positif.\u201cSaya menjangkakan satu perlawanan sengit. Walaupun tahu kami ada kualiti dan mampu menjaringkan gol, tetapi kami perlu elak serangan balas daripada lawan.\u201cKami perlu satu keputusan yang positif tetapi setiap perlawanan adalah berbeza. Sebab itu, pemain perlu turun ke padang dengan penuh keyakinan dan perlu konsisten,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 06:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252787/berita/sukan/kelantan-fc-sasar-10-terbaik-pusingan-pertama-relevan", "article_title": "Kelantan FC sasar 10 terbaik pusingan pertama relevan", "article_text": "[DIKEMAS KINI] SASARAN Kelantan FC untuk mengakhiri saingan pusingan pertama Liga Super dalam kalangan 10 pasukan terbaik disifatkan masih relevan.Malah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ketika meluahkan keyakinan itu di laman Facebooknya berkata, \u201cInsya-ALLAH, target saya untuk Top 10 pada pusingan pertama masih relevan.\u201cBiarlah apa orang nak kata, yang penting saya bina semula sesuatu yang sudah karam.\u201cPerlahan tapi insyaALLAH pasti berjaya akhirnya,\u201d tulisnya.Sebagai rekod, Kelantan yang dikemudi pengendali dari Korea Selatan, Choi Moon-sik kini berada di kedudukan ke-11 liga dengan enam mata selepas mengharungi enam perlawanan.Anak buah Moon-sik akan berdepan Terengganu FC asuhan Tomislav Steinbruckner pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa.Pada masa sama Norizam berterima kasih kepada penyokong-penyokong The Red Warriors (TRW) yang sentiasa memberikan pandangan dan kritikan konstruktif demi kemajuan kelab tersebut.\u201cSaya sangat suka. Mana yang baik saya ambik nota dan minta pasukan untuk berikan perhatian.\u201cBanyak penyokong-penyokong yang ikhlas mahu melihat TRW maju dalam saingan Liga Super\u201cLagi sekali terima kasih semua fans mendoakan TRW Kelantan FC. Komen dan pandangan membina anda diambil berat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 06:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252783/berita/sukan/tfc-dituntut-kutip-tiga-mata-berdepan-kelantan-fc", "article_title": "TFC dituntut kutip tiga mata berdepan Kelantan FC", "article_text": "SKUAD Penyu dituntut mengekalkan rentak kemenangan sebelum ini ketika turun melayan kunjungan Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berkata, pemain perlu bekerja keras dan mengelak kesilapan mudah bagi memastikan skuad tuan rumah pulang dengan tiga mata.\u201cSelepas kemenangan Jumaat lalu, kami segera melihat kepada lawan seterusnya iaitu Kelantan.\u201cSaya harap pemain dapat mengekalkan momentum dan buat terbaik untuk mengutip tiga mata berdepan Kelantan FC,\u201d katanya pada pemberita di Gong Badak.Sementara itu, tonggak import skuad Penyu, Jordan Mintah berharap dapat pulih daripada kecederaan dan kekal beraksi pada perlawanan menentang The Red Warriors (TRW).Mintah mengakui bersemangat untuk membantu TFC mencipta kemenangan selepas meledak gol pertamanya musim ini ketika menentang Kelantan United FC pada Jumaat lalu.\u201cSaya sentiasa bekerja keras dan memberikan 100 peratus kepada pasukan.\u201cSudah tentu saya gembira dapat menjaringkan gol pertama saya minggu lepas. Tapi tidak kira sesiapapun yang menjaringkan gol...yang penting adalah kemenangan pasukan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 05:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252755/berita/sukan/damok-laung-amaran-dari-argentina", "article_title": "Damok laung amaran dari Argentina", "article_text": "PELUMBA Moto3 sensasi negara, Syarifuddin Azman mula melaungkan amaran kehadirannya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia bukan sekadar pelengkap apabila mengutip lima mata pertama musim ini pada Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo.\u201cSyukur Alhamdulillah saya berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-11 di GP Argentina.\u201cNamun saya akui sebenarnya agak sukar berlumba di sini dengan keadaan litar basah dan licin yang menyaksikan beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh semasa perlumbaan.\u201cBiarpun begitu saya gembira apabila dapat menghabiskan perlumbaan pada tempat ke-11 di trek yang kali pertama saya berlumba,\u201d kata pelumba berusia 21 tahun itu dalam satu kenyataan pada Isnin.Pada perlumbaan itu, Syarifuddin yang lebih dikenali Damok menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s) selepas memulakan perlumbaan di kedudukan ke-20.Sebagai rekod, ini merupakan mata pertama diraih pelumba MT Helmets-MSI itu yang kali pertama beraksi dalam saingan musim penuh selepas mengakhiri cabaran di tempat ke-22 di GP Portugal, minggu lalu.Pelumba Jepun, Tatsuki Suzuki (35:18.099s) mengungguli perlumbaan di Wilayah Santiago del Estero itu diikuti pelumba Brazil, Diogo Moreira (35:22.670s) dan Andrea Migno dari Itali ketiga (35:22.798s).Sementara itu, Damok turut berterima kasih kepada kru pasukannya yang bertungkus lumus dalam mempersiapkan jenteranya untuk perlumbaan tersebut.\u201cTerima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus lumus dalam perlumbaan kali ini dan tidak lupa buat semua penaja saya. Jumpa anda di Austin nanti,\u201d ujarnya.Lima mata itu menyaksikan Syarifuddin kini berkedudukan ke-17 keseluruhan dalam senarai pelumba Moto3.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 03:54pm"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252740/berita/sukan/kuantan---sebanyak-564-kertas-siasatan-jenayah-komersial-telah-direkodkan-di-pahang-bagi-tempoh-suku-pertama-tahun-ini-membabitkan-kerugian-rm9-743-24252-ketua-polis-pahang-datuk-seri-ramli-mohamed-yoosuf-berkata-daripada-jumlah-terbabit-sebanyak-260-kertas-siasatan-telah-didakwa-dengan-kadar-peratusan-461-peratus", "article_title": "Jenayah komersil Pahang rekod lebih RM9 juta kerugian", "article_text": "KUANTAN - Sebanyak 564 kertas siasatan jenayah komersial telah direkodkan di Pahang bagi tempoh suku pertama tahun ini membabitkan kerugianRM9, 743, 242.52.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah terbabit, sebanyak 260 kertas siasatan telah didakwa dengan kadar peratusan 46.1 peratus.Menurutnya, kes penipuan dalam talian adalah penyumbang utama bagi kesalahan kes jenayah komersil dengan merekodkan 478 kes dengan kerugian berjumlah RM6,948,138.52.\u201cSebanyak 33 peratus lagi, melibatkan tipu e-belian manakala sebanyak 17 peratus ( tawaran kerja) sekali gus menjadikan kedua-dua kes ini mencatatkan jumlah paling tinggi.\"Data-data ini kita peroleh berdasarkan laporan yang diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sebanyak 1,710 sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar bacaan kad laporan JSJK Kontinjen Pahang 2023 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Isnin.Ramli menjelaskan pekerja sektor swasta merupakan mangsa yang tertinggi dilaporkan ditipu dengan 229 kes diikuti mangsa dari sektor kerajaan iaitu sebanyak 69 kes.\"Mangsa kebanyakan adalah lelaki dengan anggaran umur mangsa terlibat adalah 17 hingga 40 tahun,\u201d katanya.Tambahnya, JSJK Pahang telah berjaya membuat tangkapan ke atas 319 kes jenayah komersil sepanjang tempoh itu dengan 303 daripadanya membabitkan kes tipu yang kebanyakannya adalah pemilik akaun.\u201cPerbandingan jumlah tangkapan yang telah berjaya dibuat berbanding tempoh sama pada tahun lalu adalah sebanyak 230 tangkapan dengan peningkatan sebanyak 89 tangkapan iaitu bersamaan dengan 38.7 peratus,\u201d katanya.Ramli juga memberitahu, pihak JSJK Pahang sentiasa menjalankan program pencegahan secara berterusan seperti pameran, ceramah dan siaran media secara fizikal dan secara maya, pengedaran risalah, pertemuan dengan masyarakat di luar bandar seperti sembang santai.\u201cHebahan berkenaan fungsi semak mule serta Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 juga dibuat bagi membolehkan masyarakat menghubungi dengan segera sekiranya terdapat transaksi yang mencurigakan dalam akaun. Dengan itu, dapat mengesan pemilik akaun yang terlibat dengan aktiviti scammer,\u201d katanya.Selain itu katanya, bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak empat pameran telah dilaksanakan dengan jumlah kehadiran seramai 1,550 orang.\u201cDalam masa sama juga, sebanyak 64 ceramah telah diadakan dengan jumlah kehadiran mencatatkan 8,467 peserta dan 97 siaran media telah dijalankan di seluruh negeri Pahang.\"Program yang dijalankan di pelbagai agensi seperti institusi pendidikan, agensi kerajaan serta swasta, rumah-rumah ibadat dan lebih meluas melalui media sosial untuk memberi seberapa banyak pendedahan kepada masyarakat berkenaan kes-kes terutamanya penipuan dalam talian,\u201d jelasnya.Sehubungan itu, Ramli menasihatkan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan laman media sosial jualan yang tidak wujud, sindiket pelaburan tidak wujud, pinjaman tidak wujud dan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial.Beliau meminta agar masyarakat mengelakkan memuat naik aplikasi pautan dari sumber tidak sah atau mencurigakan.\"Kalau boleh buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.\"Masyarakat juga dinasihatkan supaya kerap membuat semakan berhubung kemasukan atau pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi disuspek sebagai keldai akaun,\" kata.Habis#", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 03:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252737/berita/sukan/correa-pastikan-atletico-konsisten", "article_title": "Correa pastikan Atletico konsisten", "article_text": "JARINGAN penghujung perlawanan Angel Correa membolehkan sensasi Sepanyol, Atletico Madrid meraih kemenangan keempat berturut-turut apabila menewaskan Real Betis 1-0 dalam aksi La Liga di Stadium Civitas Metropolitan.Tiga mata diraih di bumi Madrid itu menyaksikan angkatan Diego Simeone melanjutkan rentak tanpa kalah dalam La Liga kepada 11 perlawanan.Keputusan itu juga menyaksikan Atletico kini berada di tangga ketiga dengan 54 mata, enam di depan Real Sociedad dan lima di belakang Real Madrid, hampir untuk memastikan slot Liga Juara-Juara musim depan.Sementara itu, Betis asuhan Manuel Pellegrini pula yang berada di tempat kelima dengan 45 mata juga giat berusaha memburu baki slot pentas Eropah.Correa yang tampil sebagai pemain simpanan sebelum menjaringkan gol kemenangan lima minit sebelum tamat mengakui jaringan keenam peribadinya musim ini merupakan sesuatu yang terindah.\u201cYa, sesungguhnya saya amat gembira dengan gol tersebut dan paling penting membantu pasukan meraih kemenangan.\u201cKami sebelum perlawanan hadir dengan momentum positif hasil daripada beberapa kemenangan berturut-turut terdahulu. Pasukan ini bekerja dengan sangat baik dan kami berharap untuk terus seperti ini sehingga akhir musim,\u201d kata Correa yang juga bintang Argentina itu.Sementara itu, Simeone mengakui corak permainan skuad Pellegrini menghadirkan kesukaran kepada bahagian serangan untuk menjelmakan gol.Selain itu bekas tonggak Argentina itu menegaskan semua percubaan menyerang tuan rumah dikecewakan pertahanan Betis yang mantap di sebalik kecemerlangan penjaga gol Rui Silva, yang mencatat enam penyelamatan.\u201cApabila anda berdepan lawan yang bekerja dengan baik di bahagian pertahanan seperti Betis, Angel (Correa) adalah antara terbaik yang kami ada peranannya bersama kelab ini. Malah dia sentiasa ada, dan sentiasa terlibat dalam pasukan.\u201cIa menggembirakan saya apabila dapat bentuk pasukan disaksikan penyokong yang datang untuk melihat pasukan mereka bermain sepenuh jiwa. Pemain telah melakukan tugas untuk penyokong kelab,\u201d kata Simeone.Isnin ini, Atletico berdepan Rayo Vallecano, manakala Betis menjadi tuan rumah kepada Cadiz yang diancam penyingkiran pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 02:53pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252735/berita/sukan/leicester-city-rodgers-berpisah-akhirnya", "article_title": "Leicester City, Rodgers berpisah akhirnya", "article_text": "BRENDAN Rodgers akhirnya meninggalkan kerusi pengendali Leicester City dengan persetujuan bersama kelab itu, selepas The Foxes melakar kekalahan ke-17 liga setelah mengharungi 26 perlawanan.Kekalahan 1-2 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London pada Sabtu menyaksikan kelab itu tergelincir ke zon penyingkiran.Sebagai rekod Rodgers yang berusia 50 tahun merupakan pengendali ke-12 dipecat dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Bekas pemain pertahanan kelahiran Irleand Utara itu hadir ke Leicester dari Celtic pada Februari 2019 telah memacu kelab memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti pada tahun 2021.Selain itu Rodgers juga membawa Leicester ke separuh akhir Liga Konferens Eropah musim lalu, namun pencapaian luar dugaan musim ini menyaksikan pengurusan The Foxes mengambil tindakan melepaskannya.\u201cPencapaian pasukan di bawah Brendan telah pun berjaya dibuktikan dengan rekod sejak beberapa musim lalu.\u201cKelab telah mengharungi beberapa detik terbaik di bawah bimbingannya dan akan sentiasa berterima kasih kepada Brendan dan kakitangannya atas pencapaian di padang\u201cDi luar padang pula Brendan menerima budaya kelab dan membantu memupuk persekitaran pembangunan cemerlang. Tempatnya dalam sejarah Leicester City terjamin,\u201d kata pengerusi The Foxes, Aiyawatt Srivaddhanaprabha dalam satu kenyataan.Bagaimanapun jelas Srivaddhanaprabha, prestasi dan keputusan semasa pada musim ini adalah di bawah jangkaan pengurusan kelab.\u201cAdalah menjadi kepercayaan kami bahawa kesinambungan dan kestabilan akan menjadi kunci membetulkan perjalanan kami, terutamanya memandangkan pencapaian kami sebelum ini di bawah pengurusan Brendan.\u201cMalangnya, peningkatan yang diinginkan tidak akan datang dan, dengan baki 10 perlawanan musim ini, lembaga pengarah terpaksa mengambil tindakan alternatif untuk melindungi status Liga Perdana Inggeris.\u201cTugas di hadapan kami dalam 10 perlawanan terakhir adalah jelas. Kami kini perlu bersatu bersama penyokong, pemain dan kakitangan dengan menunjukkan ketenangan, kualiti dan perjuangan untuk memastikan kedudukan Leicester City sebagai kelab Liga Perdana Inggeris,\u201d katanya.Dengan 25 mata, Leicester kini ketinggalan satu mata di belakang Everton dan Leeds dalam Liga Perdana Inggeris.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 02:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252724/berita/sukan/kemenangan-ini-cukup-bagus-buat-ac-milan", "article_title": "'Kemenangan ini cukup bagus buat AC Milan'", "article_text": "PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli menyifatkan kemenangan besar 4-0 penyandang juara itu ke atas pendahulu Napoli di Stadium Diego Armando Maradona membarakan motivasi jagoan Serie A tersebut mengakhiri kempen pada tahap terbaik.Pada perlawanan berprofil tinggi itu, penyerang AC Milan, Rafael Leao menjaringkan dua gol pada minit ke-17 dan 59, manakala dua gol disumbangkan Brahim Diaz (m-25) dan Alexis Saelemaekers (m-67) sekali gus memacu gergasi Itali itu ke tangga ketiga liga.Kemenangan ke-15 selepas mengharungi 28 perlawanan itu membolehkan Milan mempunyai 51 mata, satu mata di depan Inter Milan di tempat keempat, dan empat di belakang Lazio di tempat kedua manakala Napoli tenang mendahului Liga dengan 20 mata.\u201cIni hanya langkah pertama. Terdapat sembilan lagi perlawanan Serie A di mana kami mesti mempunyai sikap sama seperti dalam perlawanan ini.\u201cSejujurnya kami telah banyak membuang peluang dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan tidak boleh melakukannya lagi. Ini adalah kemenangan yang bagus, namun ia hanya satu perlawanan.\u201cApa pun keputusan yang akan berlaku pada petang ini, ia tidak akan menjejaskan Liga Juara-Juara, kerana itu akan menjadi pengalaman, suasana dan segala-galanya yang berbeza. Ia akan membolehkan kami mengkaji perlawanan ini dan melihat di mana kami melakukannya dengan baik atau boleh melakukannya. lebih baik,\u201d kata Pioli.Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pertama Napoli di laman sendiri dalam saingan Serie A sejak 22 tahun lalu dengan empat gol atau lebih.Napoli dalam pemburuan gelaran Serie A pertama sejak 1989-90, selepas menjadi naib juara empat kali sejak 2013.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 02:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252684/berita/sukan/afc-kecam-tindakan-israel-serbu-stadium", "article_title": "AFC kecam tindakan Israel serbu stadium", "article_text": "KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan provokasi tentera Israel ke atas pemain dan penonton semasa perlawanan akhir Piala Abu Ammar, Balata FC menentang Jabal Al Mukabber di Stadium Antarabangsa Faisal Al Husseini, al-Ram pada Khamis.\"AFC meminta agar semua tindakan keganasan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan segera.\"AFC berdiri dalam solidariti teguh dengan Persekutuan Bola Sepak Palestin (PFA) dan komuniti bola sepak Palestin,\" kata badan induk bola sepak Asia itu.Sebelum itu, tentera Israel menggunakan dua kenderaan perisai ketika menyerbu stadium itu, melepaskan gas pemedih mata di padang dan tempat penonton.Situasi itu menyebabkan perlawanan dihentikan lebih sejam apabila beberapa pemain termasuk penjaga gol Jabar Al-Mukaber, Rami Hamadi dan penyokong kelab Palestin berkenaan khasnya kanak-kanak dan wanita, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.Insiden malang itu menyaksikan penyokong dan pemain terpaksa dirawat di tepi padang sebelum mendapatkan rawatan lanjut.Sementara itu, Kapten Balata, Saed Abu Saleem berkata, gas pemedih mata merebak ke dalam bilik persalinan menyebabkan pemain juga sukar bernafas dan pengsan.Apabila perlawanan bersambung Jabal Al-Mukaber muncul juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Balata FC, hasil jaringan Zaid Qombor.Presiden PFA, Jibril Rajoub mengecam serangan gas pemedih mata dilancarkan tentera Israel di utara Jerusalem itu.\"Serangan tersebut satu serangan yang dirancang terhadap penyokong dan pemain kelab Palestin,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 10:49am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252682/berita/sukan/penyokong-psg-ejek-messi", "article_title": "Penyokong PSG ejek Messi", "article_text": "PARIS Saint-Germain mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri pada Isnin selepas tumbang 0-1 kepada Lyon dengan pemain bintang mereka, Lionel Messi diejek oleh sebahagian penyokong.Selepas tewas 0-2 di laman sendiri kepada Rennes dua minggu lalu, pemain Lyon, Bradley Barcola menambah derita PSG di Parc des Princes.Gol oleh Barcola yang masuk sebagai pengganti Amin Sarr, menebus sepakan penalti yang tersasar oleh Alexandre Lacazette pada separuh masa pertama.Ia adalah kekalahan kali kelima PSG di Ligue 1 musim ini, sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Christophe Galtier hanya mempunyai kelebihan enam mata berbanding Lens di tempat kedua dan Marseille di tempat ketiga.Kontrak Messi, 35, selama dua tahun bersama kelab Paris itu hampir tamat.Rundingan telah bermula mengenai kemungkinan pembaharuan kontrak tersebut selain Messi juga dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona.Dalam dua musim di PSG, dia telah bermain 67 perlawanan dengan PSG dan menjaringkan 29 gol.\"Sukar untuk menjelaskan mengenai ejekan itu. Leo adalah pemain yang banyak memberi sumbangan sejak awal musim.\"Dengan kebijaksanaannya, Leo dapat melorongkan bola dengan baik, membantu menjaringkan gol dan dia sendiri menjaringkan gol. Saya tidak pernah terfikir untuk melepaskannya,\" kata Galtier.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 10:32am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252680/berita/sukan/united-beraksi-seperti-tidak-mahu-menang", "article_title": "United beraksi seperti tidak mahu menang", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag percaya Newcastle United mempunyai keinginan menang yang lebih tinggi berbanding pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.The Red Devils mengalami kekalahan kedua dalam tiga perlawanan terakhir EPL selepas tewas 0-2 menerusi gol separuh masa kedua daripada Joe Willock dan Callum Wilson di St James' Park.United jatuh ke tangga keempat EPL di belakang Newcastle dengan perbezaan gol dan hanya satu mata di depan Tottenham Hotspur.\"Saya tidak suka mengatakannya tetapi mereka (Newcastle) lebih baik hari ini terutama keazaman, semangat dan keinginan (mereka).\"Saya fikir kami mempunyai peluang tetapi kami tidak menyempurnakannya. Kami juga membenarkan lawan mencipta peluang.\"Pemain perlu laparkan gol dan perlu memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan. Saya rasa permainan menyerang kami tidak cukup bagus. Saya tidak mahu fokus kepada individu.\"Ia tiada kaitan dengan permainan individu. Ia mengenai prestasi pasukan. Ia tidak cukup bagus,\" ujarnya.Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Belanda itu yakin United akan kembali bangkit dan tidak akan terus kecundang dalam baki perlawanan selepas ini.\"Ini perkara biasa. Dalam satu musim, anda mempunyai halangan dan anda perlu menghadapinya berkali-kali.\"Selepas kekalahan 0-7 kepada Liverpool, kami dapat bangkit. Saya tidak bimbang dan saya percaya pada pasukan saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 10:20am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252676/berita/sukan/chelsea-pecat-potter", "article_title": "Chelsea pecat Potter", "article_text": "CHELSEA telah memecat pengendali, Graham Potter susulan prestasi hambar sejak mengambil alih pasukan tujuh bulan lalu.The Blues telah jatuh ke tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Aston Villa walaupun membelanjakan lebih \u00a3500 juta (RM2.71 bilion) untuk pembelian baharu musim ini.Bekas pertahanan Brighton, Bruno Saltor telah telah dilantik sebagai pengendali sementara pasukan tersebut.Chelsea hanya memenangi tiga perlawanan dalam 11 perlawanan terakhir mereka tetapi telah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dan bakal menentang juara bertahan Real Madrid.\"Kami mempunyai tahap penghormatan tertinggi untuk Graham sebagai jurulatih dan sebagai seorang individu. Dia sentiasa menjalankan tugasnya dengan profesional serta berintegriti dan kami semua kecewa dengan keputusan ini.\"Kami mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana dan suku akhir Liga Juara-Juara di hadapan. Kami akan meletakkan setiap usaha dan komitmen dalam setiap satu daripada perlawanan itu supaya kami dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang,\" kata pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali dalam satu kenyataan.Potter menjadi pengurus kedua yang dipecat oleh konsortium yang diketuai oleh pemilik bersama LA Dodgers Boehly dan firma ekuiti persendirian Clearlake Capital pada musim pertama mereka memiliki kelab itu.Thomas Tuchel, yang dilantik sebagai bos Bayern Munich minggu lalu, dipecat pada September, selepas lebih setahun memimpin Chelsea menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara.Chelsea membayar \u00a321.5 juta (RM116.7 juta) sebagai pampasan kepada Brighton untuk melantik Potter.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 09:39am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252672/berita/sukan/perak-bukan-lawan-yang-mudah---solari", "article_title": "Perak bukan lawan yang mudah - Solari", "article_text": "PENGENDALI skuad Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari menafikan tanggapan pihak yang menyifatkan aksi berdepan Perak FC di Stadium Perak pada Selasa, sebagai antara \u2018perlawanan mudah\u2019 buat skuad Harimau Selatan, musim ini.Menurut Solari, tanggapan sedemikian ternyata tidak berasas kerana baginya tidak wujud istilah sedemikian (perlawanan mudah), dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), khususnya Liga Super, musim ini.\u201c(Menentang) Perak FC \u2018perlawanan mudah?' Mungkin di atas kertas, tapi sebenarnya bagi saya, setiap perlawanan merupakan cabaran dan cabarannya adalah untuk bersaing dengan diri kita sendiri.\u201cInilah cabaran yang perlu kita lalui dan bagaimana kita mengharunginya sehingga ke wisel penamat dan perkara sama (cabaran) akan berulang apabila kita berdepan Perak FC.\u201cSudah pasti kita akan beraksi di tempat lawan, dengan keadaan padang, suasana yang berbeza, namun pemain perlu terus mempamerkan aksi terbaik untuk mencatatkan kejayaan,\u201d katanya menjelang perlawanan berkenaan.Untuk rekod, JDT kini gah di puncak Liga Super dengan 18 mata hasil enam kemenangan berturut-turut sementara Perak FC berada pada kedudukan ke-10 dengan lima mata hasil satu kemenangan, dua seri dan tewas tiga kali setelah mengharungi enam perlawanan setakat ini.Pemain JDT Syameer Kutty Abba (kiri) dan La'vere Corbin Ong, menjalani latihan menjelang aksi berdepan Perak FC, pada Selasa. - Foto FB Johor Southern TigersSementara itu menurut Solari, pihaknya menunggu keputusan perubatan mengenai status terkini penyerang import, Bergson Da Silva, menjelang aksi berdepan Perak FC.Katanya, laporan berkenaan penting kerana dia mahu memastikan Bergson telah pulih 100 peratus daripada kecederaannya sebelum dibenarkan beraksi bersama pasukan.\u201cMemang dia (Bergson) merupakan pemain yang kita perlukan pada perlawanan seperti ini dan kita berharap dia mampu beraksi minggu ini.\u201cBagaimanapun, dalam masa sama, kita juga tidak mahu menurunkannya selagi belum cergas sepenuhnya kerana kita mahu melindunginya agar tidak cedera lagi pada perlawanan akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 09:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252662/berita/sukan/taring-harimau-selatan", "article_title": "Taring Harimau Selatan", "article_text": "JUMLAH jaringan besar yang dihasilkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencecah 25 gol daripada enam perlawanan Liga Super musim ini membuktikan skuad Harimau Selatan itu sebagai sebuah pasukan yang begitu 'garang'.Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully menganggap skuad bimbingan Esteban Solari itu sebagai serba lengkap dan mantap sekali gus sukar digugat dalam perebutan gelaran Liga Super.Katanya, mereka mempunyai pemain berkualiti di semua posisi selain berpengalaman beraksi di pentas tertinggi iaitu Liga Juara-Juara Asia (ACL)\u201cRealitinya JDT memang mantap. Tidak boleh dinafikan antara pasukan terbaik di Asia. Mereka mempunyai pemain berkualiti dan mantap di semua posisi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Pemain import dari Argentina, Fernando Forestieri menjadi penjaring terbanyak JDT dengan enam gol, diikuti Arif Aiman Hanafi dan Juan Muniz yang berkongsi empat jaringan.Dua lagi pemain import, Endrick Dos Santos dan Diogo Luis Santo masing-masing berkongsi tiga jaringan, pemain pertahanan, La'vere Corbin Ong (dua gol) manakala, Bergson da Silva dan Syahmi Safari dengan satu jaringan.Satu lagi jaringan diperoleh hasil gol sendiri Romel Morales ketika skuad Harimau Selatan menewaskan Kuala Lumpur City FC 3-0 pada 1 Mac lalu. JDT hanya bolos satu gol iaitu ketika menewaskan Kelantan FC 5-1 pada 11 Mac dengan gol saguhati pasukan lawan dihasilkan menerusi sepakan penalti Leonardo Rolon.Menurut Richard, biarpun di atas kertas kedudukan JDT di puncak liga sukar digugat, namun dalam bola sepak sebarang kemungkinan boleh berlaku.\u201cSaingan Liga Super masih awal. Secara matematik JDT susah digugat, tetapi perlu diingat apa pun boleh berlaku. Mungkin seperti layangan kad merah (JDT kurang seorang pemain), keletihan, kesilapan mereka sendiri atau prestasi merosot,\u201d katanya.Justeru beliau meminta agar semua pasukan yang akan menentang skuad Harimau Selatan untuk tidak berasa gentar, sebaliknya bermain seperti biasa dan nikmati perlawanan dengan corak permainan sendiri.\u201cPara pemain lawan perlu all-out mengikut strategi dan taktikal jurulatih masing-masing. Fikir positif. Seri satu keputusan yang bagus dan kalau menang, bonus.\u201cKalah, jadikan ia sebagai pengajaran berguna. Dapat belajar sesuatu daripada JDT, jangan takut. Ia pengalaman berharga buat pasukan dan para pemain,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 09:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252661/berita/sukan/skuad-hoki-remaja-asah-taring-di-australia", "article_title": "Skuad hoki remaja asah taring di Australia", "article_text": "SKUAD hoki remaja negara akan mengasah taring di Perth, Australia sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kemboja bulan depan.Jurulatihnya, Muhammad Amin Rahim memberitahu, skuad muda negara itu akan mengharungi enam perlawanan dengan kelab di negara tersebut.\u201cMereka dijangka berangkat pada Selasa dengan membawa 20 pemain untuk menyahut cabaran siri Jelajah Australia kali ini,\" katanya.Beliau berkata, bagi mengharungi Sukan SEA fokus latihan menjurus kepada taktikal dan membaiki beberapa kelemahan yang dikenalpasti semasa Liga Hoki Malaysia yang lalu.\u201cBeberapa kelemahan itu kita akan perbetulkan. Ia bukan sahaja untuk persiapan Sukan SEA, malah untuk Piala Remaja Asia,\u201d katanya.Menurut Muhammad Amin, corak latihan pada bulan Ramadan ini turut berubah sesuai selain memahami ia merupakan kali pertama buat skuad remaja itu berlatih dengan cabaran berpuasa.\u201cLatihan tetap perlu diteruskan. Kita faham suasana berpuasa pemain remaja tiada pengalaman berlatih pada waktu siang. Cuma kita kawal daripada segi intensiti. Intensiti penuh kita buat waktu malam.\u201cPada waktu malam para pemain mula berlatih pada jam 9.30 hingga 11 malam. Latihan dibahagikan kepada aktiviti di gimnasium dan corak latihan lebih spesifik dalam kumpulan kecil yang memberi tumpuan kepada teknik dan kemahiran,\u201d katanya.Beliau menambah, setakat ini kekuatan pasukan adalah seramai 39 pemain termasuk empat muka baharu dan jumlah itu akan dikurangkan kepada 30.\u201cSejumlah 30 pemain ini akan dikekalkan sehingga Piala Sultan Johor (SOJC) Oktober depan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 April 2023 08:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252650/berita/sukan/devan-gembira-jang-ledak-empat-gol-di-paroi", "article_title": "Devan gembira Jang ledak empat gol di Paroi", "article_text": "KEJAYAAN memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, selain setiap pemain dapat menyesuaikan diri rentak permainan membawa impak positif kepada Negeri Sembilan FC pada Sabtu.Pengendali Negeri Sembilan, K Devan berkata, kemenangan besar empat gol ke atas Kelantan FC dalam aksi Liga Super menjadi perubahan besar buat pasukannya untuk meneruskan rentak kemenangan.\u201cDalam keadaan padang basah, perlu beri penekanan kepada kawalan bola dan memang kita ada banyak peluang menjaringkan gol tapi ini adalah kali pertama kita menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.\u201cSaya memang cukup berpuas hati dengan (corak) permainan ini walau pun saya rasa kita boleh tambah jaringan lagi, tetapi setakat ini dapat tiga mata dan ia baik untuk pasukan,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, Negeri Sembilan meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila mengalahkan pasukan tercorot, Kelantan FC, 4-2.Kemenangan itu meletakkan skuad Rusa berada di tangga ketujuh liga selepas memungut lapan mata setakat ini.Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik yang akur dengan kekalahan tersebut mengakui pasukannya berdepan tekanan ketika bertemu pasukan tuan rumah.\u201cBetul perlawanan ini memberikan tekanan tapi kita perlu segera pulih dan meningkatkan motivasi pemain untuk perlawanan seterusnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 09:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252644/berita/sukan/verstappen-tawan-gp-australia", "article_title": "Verstappen tawan GP Australia", "article_text": "PELUMBA sensasi, Max Verstappen mengukuhkan kedudukan dalam kejuaraan dunia saingan Formula Satu (F1) apabila menyekat cubaan Lewis Hamilton untuk melakar kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Australia pada Ahad.Juara dunia dari Red Bull itu bermula dari petak depan dan dipintas gandingan Mercedes, George Russell dan Hamilton pada awal saingan.Verstappen bagaimanapun kekal tenang untuk mengungguli perlumbaan yang tergendala tiga kali selain beberapa kemalangan.Hamilton terpaksa berpuas hati di tempat kedua di depan pemandu Aston Martin, Fernando Alonso yang sudah mencatat tiga podium daripada tiga saingan musim ini.\u201cKami bermula dengan teruk. Pada pusingan pertama saya perlu berhati-hati,\u201d kata pemandu Belanda itu.Verstappen memulakan saingan musim 2023 dengan langkah kanan apabila mengungguli aksi pembukaan di Bahrain dan kedua di Jeddah dua minggu lalu.\u201cSelepas rentak menjadi pantas. Ada kibaran bendera merah, saya tidak tahu dan tidak faham. Ia mengganggu saya tetapi kami ada kepantasan yang bagus dan kami menang. Jadi itu amat penting,\u201d katanya.Ia juga menjadi hari yang sukar buat pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang juga pemenang di Melbourne tahun lalu apabila terbabas pada pusingan pertama.Malang turut menimpa Russell apabila jenteranya disambar api pada pusingan kesembilan menyebabkan dia juga tidak dapat menamatkan perlumbaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 07:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252642/berita/sukan/joo-ven-terima-ugutan-komen-negatif-di-media-sosial", "article_title": "Joo Ven terima ugutan, komen negatif di media sosial", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven menerima ugutan dan komen negatif oleh segelintir warganet di laman sosial, Instagram dipercayai susulan prestasinya yang kurang memberangsang ketika ini.Atlet berusia 27 tahun dalam satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitternya pada Sabtu mengakui takut untuk menggunakan akaun laman sosial berkenaan kerana bukan dirinya sahaja dikecam, malah ia turut melibatkan ahli keluarganya.\u201cIni adalah salah satu punca kenapa saya takut dengan IG (Instagram).\u201cAda individu akan memaki dan mencarut kepada anda dan keluarga. Saya fikir ia sesuatu benda yang bodoh,\u201d ujar Joo Ven.Salah satu mesej yang menyinggung perasaannya ialah;\u201cPatutlah anda masih pemain amatur kerana anda selalu memandang rendah kemampuan lawan anda. Malah ketika anda berada di depan 19-12 ketika menentang Magnus di set kedua anda masih memandang rendah,\u201d tulis pemilik akaun berkenaan.Malah lebih menakutkan Joo Ven, pemilik akaun itu menuduhnya mengatur perlawanan, selain mengharapkan satu perkara buruk berlaku dalam kehidupannya.\u201cMungkin anda seorang individu yang mengatur perlawanan. Saya berharap satu hari nanti anda akan dihukum manakala anda dan keluarga akan mati dalam kemalangan jalan raya sebab perbuatan anda itu,\u201d tulis pemilik akaun berkenaan.Akhir bulan lalu, pemain yang berada di ranking ke-50 dunia itu tersingkir di pusingan kelayakan Sepanyol Masters selepas kalah kepada Magnus Johannesen dari Denmark.Biarpun memberi tentangan sengit, namun Joo Ven terpaksa akur tewas dalam aksi rubber set 21-19, 29-27, 21-16 sekali gus gagal mara ke pusingan pertama kejohanan bertaraf S300.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 06:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252629/berita/sukan/sukan-sea-kimberly-mahu-tingkat-tahap-kesukaran-terjunan", "article_title": "Sukan SEA: Kimberly mahu tingkat tahap kesukaran terjunan", "article_text": "PENERJUN wanita negara, Kimberly Bong yakin mampu meningkatkan tahap kesukaran terjunannya menjelang Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan, meskipun agak kesuntukan masa.Bagi penerjun Sarawak itu, tiada yang mustahil untuk beliau beraksi sekurang-kurangnya pada tahap kesukaran 3.0 dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanila di temasya dwitahunan itu.Selepas beraksi pada tahap kesukaran antara 1.0 dan 2.5 sebelum ini, Kimberly mahu mencabar dirinya dengan mencuba terjunan baharu bagi meraih lebih banyak mata daripada pengadil.\"Ia mungkin mengambil masa untuk saya berbuat demikian tetapi saya sedang berusaha ke arah itu dan jurulatih juga mengalakkannya.\"Saya lebih faham dengan keadaan tubuh saya. Jadi, saya rasa tidak ada masalah untuk saya meningkatkan tahap kesukaran dalam masa yang singkat,\u201d katanya kepada pemberita selepas memenangi emas dalam acara 3m papan anjal wanita di Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58, di sini hari ini.Justeru, pemenang pingat perak Sukan SEA 2021 bagi acara 1m papan anjal wanita itu meletakkan sasaran untuk melakukan sekurang-kurangnya dua terjunan baharu daripada lima pusingan di Phnom Penh nanti.Mengenai persembahannya hari ini, Kimberly mengakui agak gementar untuk bertanding dalam acara hari ini kerana ini merupakan kejohanan pertamanya sejak November lepas.\"Namun, saya lega kerana berjaya mengatasi rasa gementar itu. Ini merupakan pertandingan pertama dan terakhir saya sebelum Sukan SEA, jadi ia tidaklah teruk langsung,\u201d katanya.Sementara itu, pelajar pengurusan sukan Universiti Malaya itu berharap dapat mengelak daripada sebarang kecederaan serius menjelang temasya itu.Terdahulu, Kimberly yang mewakili pasukan negara mengumpul 280.55 mata untuk muncul tempat pertama, manakala rakan sepasukannya, Ong Ker Ying meraih perak dengan 252.80 mata dan Alycia Lim dari Singapura melengkapkan podium dengan 171.30 mata.Kejohanan tiga hari itu dijadualkan berakhir esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 05:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252616/berita/sukan/tze-liang-cabar-penerjun-muda", "article_title": "Tze Liang cabar penerjun muda", "article_text": "ATLET terjun negara Ooi Tze Liang mencabar rakan sepasukan terutama penerjun muda untuk meningkatkan prestasi mereka sekali gus meneruskan legasinya di temasya Sukan SEA terutama dalam acara 3 meter (m) papan anjal.Pemenang pingat emas acara 3m papan anjal di Sukan Komanwel Glasgow itu mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.\"Saya rasa mereka perlu bekerja keras, lagi-lagi jika mahu menggantikan tempat saya. Mereka harus menang dulu,\" katanya kepada pemberita selepas meraih pingat emas 3m papan anjal lelaki di Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia (MIAG) ke-54 di Kuala Lumpur pada Ahad.Pemenang pingat perak Sukan Asia sebanyak dua kali itu berkata beliau sentiasa memberikan usaha lebih 100 peratus setiap kali menyertai kejohanan sebelum ini.Ia kerana beliau terhutang budi dan merasakan perlu untuk membalas kepercayaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah memberikan kontrak dan elaun kepadanya selama ini.Susulan tidak menyertai temasya Sukan SEA 2023, atlet berusia 26 tahun itu berharap wakil negara Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan pingat emas dan perak yang dimenangi mereka dalam acara 3m papan anjal lelaki pada temasya dwitahunan itu bulan depan.Dalam pada itu, atlet kelahiran Pulau Pinang berkenaan akan memberikan tumpuan penuh kepada Piala Dunia Terjun 2023 di Montreal, Kanada pada 5 hingga 7 Mei.Pada Januari lepas, penolong jurulatih Datuk Leong Mun Yee mengumumkan skuad terjun elit tidak akan menyertai Sukan SEA di Kemboja, bagi memberi laluan kepada penerjun muda mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa.Sebelum itu, Tze Liang melakar kejayaan selepas mengumpul 452.35 mata untuk muncul juara, diikuti seorang lagi penerjun negara Chew Yi Wei meraih perak dengan 407.10 mata manakala Muhammad Syafiq di tempat ketiga dengan 402.70 mata.Biarpun tidak dapat mengatasi Tze Liang, Yi Wei berjaya membawa pulang pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki, bergandingan dengan Gabriel selepas mengumpul 341.49 mata.Gandingan Singapura Ayden Ng-Kenji Tan pula meraih pingat perak dengan 258.45 mata manakala wakil Sarawak Awang Sharzan Nasrin-Soh Tze Kang mengutip 251.22 mata untuk gangsa.Kejohanan berlangsung selama tiga hari itu akan berakhir pada Isnin. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 03:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252594/berita/sukan/yakult-anjur-bengkel-lompat-tali", "article_title": "Yakult anjur Bengkel Lompat Tali", "article_text": "PENGELUAR minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd memeriahkan Hari Kesihatan Sedunia apabila menganjurkan Bengkel Lompat Tali dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia.Program itu berlangsung di Spacerubix, Puchong pada Sabtu sebelum dianjurkan di The TOP, Pulau Pinang pada Sabtu depan.Bengkel itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang akan disambut pada 7 April setiap tahun.Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, penganjuran Bengkel Lompat Tali itu selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana pencegahan lebih baik daripada merawat.\u201cKesihatan usus yang baik juga dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.Justeru Yakult Malaysia sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik seperti bermain lompat tali selain mewujudkan persekitaran yang sihat di bulan Ramadan ini.\u201cBengkel Lompat Tali adalah program yang julung kalinya diadakan bersama Persatuan Lompat Tali Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan penjagaan kesihatan melalui sukan lompat tali.\u201cIa juga selaras dengan misi Yakult untuk menyokong segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan tubuh badan yang baik menerusi penjagaan usus kerana 80 peratus sistem imun badan berpusat di usus.\u201cKita boleh kuatkan usus dengan minuman probiotik seperti Yakult. Pada bulan Ramadan ini, kita juga boleh melakukan senaman ringan seperti lompat tali yang banyak memberikan faedah kepada kesihatan badan kita,\u201d katanya.Sebagai rekod, seramai 100 peserta menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagikan kepada beberapa kategori dengan pemenang mendapat hadiah istimewa dari Yakult Malaysia dan Persatuan Lompat Tali Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 01:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252593/berita/sukan/tanpa-haaland-city-tetap-berbisa", "article_title": "Tanpa Haaland, City tetap berbisa", "article_text": "TANPA penyerang berbisa, Erling Haaland tiada masalah buat Manchester City untuk 'makan' Liverpool menerusi kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam Sabtu.Jurulatih The Citizens, Pep Guardiola tanpa berselindung mendedahkan taktik dan corak permainan mereka tetap sama, biarpun tanpa Haaland yang mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang Burnley pada 18 Mac lalu.Pujian wajar diberikan kepada pemenang Piala Dunia bersama Argentina, Julian Alvarez, Kevin De Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish masing-masing menjadi peledak gol buat City.Ia sekali gus menutup kebimbangan bahawa mereka mungkin bergelut untuk menjaringkan gol tanpa Haaland yang membantu memberi sokongan kepada rakan sepasukan dari tepi padang.Lebih manis ia merupakan kemenangan ke-100 Guardiola di Etihad bersama City.\"Tiada apa-apa yang berubah. Kualiti, taktik bola sepak ditentukan oleh pemain dan apabila kami mempunyai Erling, ia adalah sesuatu yang istimewa,\" katanya.Pemain Norway itu telah menghasilkan 42 jaringan dalam semua kejohanan termasuk 28 gol dalam saingan liga.Di sebalik ketiadaan mesin gol mereka, Guardiola turut memuji kelibat Alvarez yang disifatkan sebagai pemain yang istimewa.\"Dia sangat bijak mengawal bola dan seorang pemain yang luar biasa. Kelab membuat pembelian yang berbaloi.\"Dia muncul juara dunia bersama Lionel Messi kerana dia mempunyai sesuatu,\" kata Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 01:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252584/berita/sukan/juventus-intai-penamat-enam-terbaik", "article_title": "Juventus intai penamat enam terbaik", "article_text": "GERGASI Serie A Itali, Juventus menghidupkan peluang penamat kelompok enam terbaik untuk slot Eropah musim depan selepas menjinakkan Hellas Verona di Stadium Allianz, Turin pada Ahad.Bagaimanapun The Old Lady terpaksa menunggu ledakan separuh masa kedua minit ke-55, penyerang Moise Kean untuk mengesahkan mata ke-44 musim ini selepas mengharungi 28 perlawanan.Kemenangan itu meletakkan anak buah Massimiliano Allegri di tempat ketujuh selepas dikenakan pemotongan 15 mata sebelum ini, tiga di belakang pasukan tangga keenam AS Roma, yang kurang satu perlawanan.\"Kami tahu kesukaran perlawanan ini, kerana Verona kuat dari segi fizikal dan mempunyai kualiti, kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.\"Kami memulakan separuh masa kedua dengan baik dan boleh menggandakan kelebihan kami, namun tidak melakukannya, tetapi masih membawa pulang keputusan menggembirakan penyokong Juventus.\u201cBiarpun begitu saya akui Juventus tidak bermain dengan baik apabila dalam lima minit terakhir kami berupaya menjaringkan gol kedua, sebaliknya Verona terus mengekalkan tekanan,\u201d kata Allegri.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 12:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252578/berita/sukan/langkah-kanan-tuchel-bersama-bayern", "article_title": "Langkah kanan Tuchel bersama Bayern", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Thomas Tuchel memulakan legasi baharu bersama Bayern Munich dengan lakaran kemenangan 4-2 ke atas musuh tradisi, Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi Ahad.Di sebalik kemenangan bermakna itu, Tuchel sekadar menunjukkan reaksi bersahaja tanpa meraikannya biarpun memulakan tugas pertama dengan langkah kanan.\u201cSaya gembira jika pemain bersinar dan menunjukkan potensi sebenar mereka, malah lebih gembira jika mereka meraikan kemenangan di hadapan penyokong,\" katanya.Tuchel menggantikan Julian Nagelsmann minggu lalu dan kemenangan itu sekali gus membawa Bayern kembali ke puncak Bundesliga.\u201cSaya rasa belum tiba masanya. Julian adalah jurulatih sehingga sekarang dan saya tiba di akhir musim,\" ujar Tuchel mengulas sebab dia tidak meraikannya bersama para pemain.Pada aksi itu, kapten Bayern, Thomas Mueller meledak dua kali dalam tempoh lima minit selepas jaringan sendiri penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel pada minit ke-13.Kingsley Coman menambah jaringan di babak kedua dan dua gol lewat permainan Dortmund belum cukup untuk menafikan kemenangan Bayern.Tuchel menjelaskan mahu fokus kepada pembentukan skuad yang mantap selain ingin mewujudkan suasana harmoni dalam pasukan.\u201cSaya cuba membantu mereka mencapai prestasi terbaik sebagai satu pasukan. Saya cuba membawa pengaruh dan mencipta suasana yang membuatkan orang senang datang untuk bekerja.\u201cPerkara-perkara lain, saya tidak mahu masuk campur,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 12:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252557/berita/sukan/gabriel-jesus-pacu-kemenangan-arsenal", "article_title": "Gabriel Jesus pacu kemenangan Arsenal", "article_text": "KEPULANGAN Gabriel Jesus mengubah wajah Arsenal ketika membantu The Gunners membenam Leeds United, 4-1, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.Penyerang Brazil itu yang meledak dua gol dianggap oleh Mikel Arteta seperti menandatangani pemain baharu.Jesus kembali dalam kesebelasan utama The Gunners buat kali pertama di EPL sejak November tahun lalu.\"Saya gembira, rakan sepasukan juga begitu. Kami semua bertepuk tangan untuknya (Jesus),\" ujar Arteta.Bekas penyerang Manchester City itu yang mengalami kecederaan lutut ketika Piala Dunia 2022 digantikan pada separuh masa kedua.Dia meninggalkan padang dengan mendapat tepukan gemuruh.Gol pertamanya dalam tempoh enam bulan membantu Arsenal kembali dengan kelebihan lapan mata ke atas City dalam perebutan gelaran liga ketika saingan berbaki sembilan aksi.\"Dia (Jesus) sudah bekerja keras sejak empat atau lima bulan lalu apabila menerima sokongan daripada semua. Hari ini dia berhak mendapat peluang diturunkan dalam kesebelasan utama.\"Dia mengambil peluang itu dengan yakin dan menghasilkan dua gol,\" ujar Arteta.Arsenal mengintai kejuaraan liga pertama sejak kali terakhir pada 2004.Masih ada beberapa cabaran perlu diharungi dengan The Gunners yang dihantui beberapa masalah kecederaan tetapi kepulangan Jesus nyata memberikan impak segera.Ben White dan Granit Xhaka turut mencatat nama selaku penjaring untuk memberikan kemenangan berharga buat Arsenal.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 10:40am"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252555/berita/sukan/fandi-tak-salahkan-pemain-akur-satu-mata-menentang-kedah", "article_title": "Fandi tak salahkan pemain, akur satu mata menentang Kedah", "article_text": "JARINGAN gol penyamaan Kedah Darul Aman FC pada minit akhir perlawanan agak mengecewakan pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.Baginya, Sri Pahang sepatutnya mendapat mata penuh namun peluang itu telah dinafikan lawan dan terpaksa akur dengan hanya satu mata.Menurutnya, keputusan itu diterima tanpa menyalahkan mana-mana pemain.\"Pada aksi malam ini (Sabtu) pemain kita gagal memanfaatkan banyak peluang terutama pada babak pertama.\"Pada aksi babak kedua, kita ubah formasi dan corak persembahan nampak lebih baik dan berjaya mengawal permainan sebelum memperoleh jaringan gol hasil sepakan penalti yang disempurnakan Stefano Brundo pada minit ke-62.\"Peluang penalti kedua bukan rezeki Pahang apabila tendangan Lucas Silva tersasar,\" katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur di sini pada Sabtu.Fandi berkata, Lukas Silva yang turun buat kali pertama banyak membantu Kpah Sherman di bahagian atas.\"Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, pemain itu telah menunjukkan semangat juang tinggi pada perlawanan malam ini.\"Cuma mungkin dengan ketiadaan kapten pasukan, Sergio Aguero dan Kevin Langbehn Ingreso yang dibelenggu kecederaan menyebabkan bahagian tengah kita agak longgar kerana biasanya kedua pemain ini yang mendominasi,\" jelasnya.Beliau berkata, status kecederaan dua pemain itu agak serius dan tidak pasti bila mereka dapat kembali beraksi.Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nafuzi Mohd Zain berkata, tempo dan rentak permainan ditunjukkan pemainnya ketika menentang Sri Pahang adalah yang terbaik setakat ini.Mohd NafuziMenurutnya, secara keseluruhan semua bahagian bermain dengan baik dan berjaya mendominasi permainan dengan mencipta beberapa peluang, namun penyudahnya agak tumpul terutama pada babak pertama.\"Pemain kita tidak putus asa dari awal permainan sebelum berjaya jaringkan gol penyamaan yang amat penting pada minit akhir.\"Mujur sepakan penalti Sri Pahang yang kedua tersasar, kalau tidak sukar untuk kita menyamakan kedudukan,\" jelasnya.Beliau berkata, bermain dengan Sri Pahang bukan perlawanan mudah, namun berpuas hati dengan corak permainan ditunjukkan pemainnya.\"Kita tiada masalah malam ini (Sabtu), pemain mampu bertahan dan mematahkan serangan lawan cuma down sikit lepas Pahang jaringkan gol,\" katanya.Pada perlawanan itu Sri Pahang dan Kedah sekadar seri 1-1.Gol Pahang muncul pada minit ke-62 apabila memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan pemain berjersi 15, Stefano Brundo.Kedah yang ketinggalan meneruskan asakan dan berjaya mencipta gol penyamaan pada minit ke- 93 masa tambahan hasil rembatan pemain penyerang, Jonathan Dos Reis.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 10:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252550/berita/sukan/empat-pemain-sahaja-bermain-baik---klopp", "article_title": "Empat pemain sahaja bermain baik - Klopp", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa hanya empat pemain The Reds beraksi baik ketika mereka tewas 1-4 kepada Manchester City di Stadium Etihad malam Sabtu.\"Hanya empat yang okey dan ia amat sukar. Dua pemain tengah, Hendo (Jordan Henderson) dan Fab (Fabinho) bekerja keras, Cody Gakpo serta Alisson.\"Jika anda mahu mendapatkan sesuatu di sini, 14 atau 15 pemain perlu berada pada prestasi terbaik, tetapi ia tidak berlaku,\" kata Klopp.Biarpun mendahului menerusi Mohamed Salah, namun kekalahan itu menyaksikan peluang untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara kian kabur.Kelompangan dan aksi di bawah tahap sebenar skuad The Reds memberi ruang besar buat The Citizens mendominasi permainan.\"City melakukan apa yang mereka mahu kerana ruang terlalu besar. Kami bernasib baik tidak kena lebih daripada empat,\" ujar Klopp.Klopp mula berang apabila kedudukan kembali seimbang setelah Julian Alvarez menyamakan kedudukan pada minit ke-27.Kemudian Liverpool membiarkan City mendahului 2-1 pada minit pertama babak kedua menerusi Kevin De Bruyne.\"Kami tidak cuba menghalang. Saya tidak tahu mengapa. Jika bertahan terlalu ke bawah, ruang itu dimanfaatkan City.\"Kami dibolosi dengan dua gol pantas dan ia amat sukar untuk bangkit,\" kata Klopp.Dua lagi gol pasukan tuan rumah dihasilkan menerusi sentuhan Ilkay Gundogan dan Jack Grealish.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 10:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252546/berita/sukan/potter-faham-kekecewaan-penyokong-chelsea", "article_title": "Potter faham kekecewaan penyokong Chelsea", "article_text": "JURULATIH Chelsea, Graham Potter memahami kekecewaan dirasai peminat The Blues ketika tewas kepada Aston Villa 0-2 di laman sendiri awal pagi Ahad.Barisan pemain The Blues diejek penyokong sendiri sejurus berakhir perlawanan di Stamford Bridge.\"Kami dapat rasakan keperitan penyokong. Saya faham apabila pasukan tewas di tempat sendiri. Ia menyebabkan ramai orang kecewa dan marah.\"Tiada siapa menyukainya. Apa jua kritikan yang datang, saya terima,\" ujar Potter.Ollie Watkins meletakkan Villa di depan pada minit ke-18 sebelum jaringan John McGinn menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-56.Di sebalik kekalahan itu, tekanan kian meningkat dan Potter tiada pilihan selain mengambil tanggungjawab sepenuhnya.\"Saya tidak suka menyalahkan sesiapa. Saya perlu bertanggungjawab,\" katanya.Kemenangan itu menyaksikan Villa mendaki di tangga kesembilan, manakala Chelsea di tempat ke-11 serta kurang lima mata di belakang slot saingan pentas Eropah.Kekalahan itu mendedahkan ketumpulan jentera serangan Chelsea menerusi 27 percubaan tepat berbanding lima diraih Villa, namun lawan mereka menyempurnakan dua daripadanya.\"Anda boleh lihat berapa banyak kali kami berjaya masuk ke dalam kotak penalti lawan. Ada perkara yang positif tetapi keputusan itu mengecewakan kami,\" ujar Potter.Ia adalah kemenangan kelima Villa di tempat lawan sejak Unai Emery menjadi jurulatih pada Oktober.Mereka ketika ini satu mata di belakang Liverpool di tempat kelapan serta kurang dua mata untuk memburu tiket di saingan Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 08:04am"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252545/berita/sukan/nsfc-benam-kelantan-fc-4-2", "article_title": "NSFC benam Kelantan FC 4-2", "article_text": "NEGERI Sembilan FC(NSFC) membenam Kelantan FC 4-2 dalam pertembungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Sabtu.Peluang bermain di laman sendiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad Hobin Jang Hobin itu apabila menjaringkan gol pertama menerusi rembatan dari luar kotak penalti Mahalo Jasuli pada minit ke-15.Bagaimanapun, kemenangan itu tidak berpanjangan apabila skuad kendalian Choi Moon Sik menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti Ismaheel Akinade.Dua minit kemudian, Skuad Hobin Jang Hobin kembali mendahului menerusi hasil tandukan Herold Mark Goulon.Kelantan FC tidak membiarkan begitu saja apabila kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-53, sekali lagi menerusi sentuhan Akinade.Anak didik K Devan terus berusaha keras melancarkan serangan dan berjaya memperoleh gol ketiga buat NSFC menerusi hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-75.Ia diteruskan jaringan keempat oleh Shahrel Fikri untuk tuan rumah dan akhirnya kemenangan berpihak kepada NSFC 4-2", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 07:57am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252541/berita/sukan/tiada-syarat-wajib-layak-rtg", "article_title": "Tiada syarat wajib layak RTG", "article_text": "TIADA sebarang syarat wajib dikenakan ke atas mana-mana atlet negara yang mendapat bantuan dan sokongan menerusi projek Road to Gold (RTG).Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memaklumkan atlet berkenaan tidak diwajibkan untuk menyertai persatuan sukan kebangsaan (NSA) dalam acara sukan diwakilinya.Hannah berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi jaguh profesional negara, Lee Zii Jia yang dipilih menyertai projek RTG akan kembali berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Malah, desas-desus itu semakin bertiup kencang apabila Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria terbuka untuk menerima semula perseorangan lelaki No. 4 dunia itu.Namun, Hannah tampil menjelaskan, Jawatankuasa RTG yang dipengerusikannya bersama Mohamad Norza tidak meletakkan syarat tertentu dan atlet yang layak akan mendapat bantuan sepatutnya.\u201cSaya akan berjumpa dengan Zii Jia minggu depan. Selepas berjumpa dengannya, saya akan maklumkan butiran. Kita mahu pastikan setiap atlet yang ada peluang bantu Malaysia dapatkan emas (Sukan) Olimpik diberikan sokongan mencukupi.\u201cDalam bentuk apa bantuan itu, saya akan maklumkan selepas jumpa Zii Jia. Dalam RTG, struktur yang diberikan kepada atlet dikenal pasti dalam bentuk sokongan berbeza antara atlet.\u201cKita tidak letakkan syarat layak dapat sokongan mesti sertai persatuan sukan itu. Kita tiada syarat sebegitu,\u201d katanya selepas melancarkan kempen pengumpulan dana pasukan Footgolf Malaysia di Shah Alam pada Sabtu.Footgolf Malaysia memerlukan peruntukan RM500,000 untuk merealisasikan impian beraksi pada Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS), dengan Hannah turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000.Mengenai bentuk bantuan dan sokongan kepada atlet tersenarai dalam RTG, Hannah berkata, ia akan diumumkan selepas beliau serta penyelaras projek, Stuart Ramalingam berjumpa dengan atlet terlibat.Sebelum ini, Mohamad Norza memaklumkan, semua bantuan yang diperlukan atlet termasuk Zii Jia bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi projek RTG.Malah, beliau mahu menyelesaikan sebarang isu luar gelanggang melibatkan atlet negara sebelum bermulanya temasya Olimpik Paris yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 April 2023 07:15am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252529/berita/sukan/city-mudah-benam-liverpool", "article_title": "City mudah benam Liverpool", "article_text": "MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad sebentar tadi.Kedua-dua pasukan menampilkan rentak permainan seimbang sebaik sepak mula, namun Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan penyerang berbisa, Mohamed Salah pada minit ke-17.City kemudiannya menyamakan kedudukan apabila Julian Alvarez menyudahkan hantaran lintang pemain sayap England, Jack Grealish pada minit ke-27.Baru seminit aksi babak kedua bersambung, City berjaya memperoleh gol kedua hasil jaringan Kevin de Bruyne yang bijak menyambung hantaran Riyad Mahrez.Belum sempat Liverpool mengatur langkah, gawang mereka dibocori lagi apabila kapten City, Ilkay Gundogan meledak gol ketiga pada minit ke-53.Tersentak dengan gol ketiga City itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp membuat empat pertukaran termasuk memasukkan Darwin Nunez bagi menggantikan Salah.Namun, ia tidak banyak memberi impak di barisan serangan The Reds yang seakan-akan longlai dalam memburu jaringan tambahan.Sebaliknya, City terus berpesta dengan gol keempat menerusi Grealish yang menyudahkan hantaran perancang, Kevin de Bruyne.Kemenangan itu membolehkan City yang berada di tangga kedua merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Arsenal kepada tujuh mata, manakala Liverpool kekal di tangga keenam dengan 43 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 09:57pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252522/berita/sukan/terengganu-lega-kembali-kutip-tiga-mata", "article_title": "Terengganu lega kembali kutip tiga mata", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya ketika menundukkan Kelantan United FC 2-1 dalam aksi Liga Super pada Jumaat.Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, kemenangan berkenaan berjaya menaikkan semula semangat skuad Penyu selepas tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini.Beliau berkata, tiga mata yang dikutip di laman sendiri itu amat berharga dalam memperbaiki kedudukan TFC daripada tempat kesembilan ke tangga keenam liga dengan tujuh mata.\"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain saya untuk tiga mata malam ini (tadi). Mungkin kita boleh jaringkan lebih banyak gol kerana kita cipta banyak peluang.\"Tetapi anda dapat lihat setiap perlawanan sentiasa sama. Ia sukar dan saya berpuas hati dengan dua gol ini,\" katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.Pada perlawanan itu, TFC berjaya memperoleh gol hasil jaringan Liridon Krasniqi dan Jordan Mintah. manakala gol Kelantan United disumbangkan oleh Jose Porteria.Bagaimanapun, Steinbruckner mengingatkan pemain supaya tidak terlalu teruja dengan kemenangan itu dan fokus kepada perlawanan menentang Kelantan FC Selasa depan.Pengendali Kelantan United, Tomas Trucha pula akur dengan kekalahan tersebut dan fokus terhadap perlawanan menentang Kuching City FC.\"Kami terpaksa menerima keputusan seri dan melihat ke hadapan. Saya harap pemain belajar daripada kekalahan kepada Terengganu ini,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 08:15pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252519/berita/sukan/penang-fc-mula-dapat-tonik-semangat", "article_title": "Penang FC mula dapat tonik semangat", "article_text": "KEMENANGAN sulung Penang FC selepas enam perlawanan dalam Liga Super musim ini setelah berjaya menewaskan Perak FC 3-1 di Stadium Bandaraya pada Jumaat dilihat mampu menjelmakan motivasi tambahan buat skuad Harimau Kumbang.Pengendali Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid berkata, selepas meraih kemenangan itu, Harimau Kumbang akan memberikan lebih tumpuan untuk menentang pihak lawan dalam pertembungan seterusnya.\"Selepas perlawanan malam ini, kami akan fokus pada perlawanan yang akan datang untuk bertemu dengan Kedah Darul Aman FC, satu pasukan yang kuat.\"Jadi, kami akan cuba mendapatkan mata di Kedah supaya perbezaan mata itu tidak berada pada jurang yang sangat besar,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan.Mengulas mengenai peluang pemain muda yang dikatakan kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama, Manzoor Azwira berkata, beliau akan mengambil kira pelbagai aspek.\"Saya rasa perlawanan lalu semasa menentang Sabah FC kita ada beri peluang kepada Alif Ikmalrizal lebih 20 minit untuk bermain dan kita perlu mengambil kira rekod pasukan tahun lalu yang agak teruk.\"Jadi buat masa sekarang kita perlu memastikan kedudukan pasukan itu lebih terjamin supaya tekanan-tekanan yang lain tidak berlaku tetapi dalam masa sama, saya tetap bagi peluang kepada pemain muda,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 08:12pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252467/berita/sukan/red-giants-mampu-jadi-lebih-garang", "article_title": "Red Giants mampu jadi lebih garang", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan aksi dipamerkan para pemainnya ketika menewaskan Kuala Lumpur (KL) City, 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat bukanlah persembahan terbaik pasukan.Sebaliknya, beliau berkata, Gergasi Merah belum mencapai tahap sebenar permainan selepas enam perlawanan liga dan percaya masih banyak ruang penambahbaikkan boleh dilakukan.\"Saya rasa kita belum capai lagi tahap yang terbaik. Setiap perlawanan adalah penting untuk kita tambah baik dari segi kualiti individu dan bermain sebagai satu pasukan,\" katanya.Dalam perlawanan itu, KL City terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Kipre Tchetche pada minit ke-24 sebelum Selangor bangkit menerusi penalti pemain import Colombia, Ayron Del Valle (m-32) dan Faisal Halim (m-41) untuk mendahului pada separuh masa pertama.Ayron sekali lagi membuktikan ketajamannya menyumbat gol kedua untuk mengesahkan kemenangan pasukan pada minit ke-54.Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui kemenangan ke atas KL City itu amat penting untuk menaikkan moral dan keyakinan pasukan.Malah, bekas pengendali pasukan kebangsaan itu turut memuji kualiti yang dimiliki Ayron yang menjadi nadi kemenangan pasukan.\"Bukan mudah untuk menentang KL City dari segi taktikal kerana mereka mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun kita dibolosi gol awal, tetapi disebabkan semangat melawan, kita mampu bangkit untuk dapatkan kemenangan.\"Kita tahu Ayron memiliki kualiti tersendiri dan berbahaya di depan gol. Cuma dia masih perlukan masa kerana dia menyertai pasukan agak lewat dan bukan mudah untuknya.\"Tetapi dia sentiasa berusaha keras bagi memastikan berada dalam keadaan terbaik dan mana-mana penyerang yang menjaringkan gol pasti akan bertambah yakin,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 02:19pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252456/berita/sukan/kim-swee-enggan-ulas-kualiti-pengadilan", "article_title": "Kim Swee enggan ulas kualiti pengadilan", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee enggan mengulas lanjut mengenai kualiti pengadilan pada perlawanan menentang juara sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mengakui bimbang digantung lagi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).\u201cSaya sudah digantung, kalau saya cakap ni saya kena gantung lagi. Saya nasihatkan pada pegawai perlawanan untuk saksikan semula insiden tersebut. Kalau saya cakap, tak tahu berapa lama nak kena.\"Itulah perkara yang sentiasa berlaku dan kita perlu perbaiki, bukan sahaja pasukan saya perlu perbaiki, tetapi keputusan-keputusan pegawai perlawanan harus diperbaiki juga,\u201d katanya selepas perlawanan keenam kedua-kedua pasukan pada Jumaat.Pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Sabah dengan kemenangan 4-0.Gol Harimau Selatan dijelmakan Arif Aiman minit-20, Juan Muniz (m-39'), Syahmi Safari (m-81') dan Fernando Forestieri (m-89').Biarpun begitu gol pertama Harimau Selatan kendalian Estaban Solari menjadi pertikaian apabila dikatakan ofsaid.Pada masa sama Kim Swee mengakui, pemain Sabah berusaha menyaingi bagi mengimbangi kekuatan JDT sepanjang perlawanan itu.\"Namun kita tidak dapat rentak sejak awal lagi apabila gagal mengawal permainan seperti yang dirancangkan sebelum perlawanan.\"Apabila kita dibolosi gol pertama diikuti gol kedua selang beberapa minit kemudian ini secara tidak langsung menyukarkan pencarian jaringan penyamaan,\" katanyaNamun pada babak kedua Kim Swee mengakui pemain The Rhinos tampil lebih baik bagi menyaingi barisan jentera Harimau Selatan.\"Kita cuma mengawal permainan pada 20 minit pertama separuh masa kedua, namun kita masih gagal menterjemah setiap percubaan dalam bentuk jaringan.\"Namun apabila JDT melakukan serangan balas yang semua maklum itu kekuatan utama mereka menyaksikan kita dibolosi lagi pada minit-minit terakhir,\" katanyaMengenai kemungkinan faktor ketiadaan perlawanan sepanjang 12 hari sebelum ini menjejaskan momentum, Kim Swee menafikan elemen tersebut merupakan punca The Rhinos mengundang kepada kekalahan pertama Sabah selepas enam aksi liga.\"Faktor keletihan, penggantungan dan kecederaan beberapa pemain Sabah antara punca pasukan kurang menyerlah dalam perlawanan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 01:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252455/berita/sukan/gangguan-seksual-jurulatih-berbasikal-letak-jawatan", "article_title": "Gangguan seksual: Jurulatih berbasikal letak jawatan", "article_text": "JURULATIH yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara berbasikal bukit (MTB) telah meletak jawatan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, bagaimanapun siasatan terhadap insiden gangguan seksual itu akan terus dilaksanakan memandangkan insiden itu sudah menjadi kes di bawah Kanun Keseksaan.\"Gangguan seksual ini wujud dalam Penal Code (Kanun Keseksaan) dan laporan polis telah dilakukan, namun kita kena pastikan setiap aduan disiasat dengan adil. Kalau ada tuduhan yang tidak benar, perlu pastikan ada keadilan kepada orang yang dituduh.\"Oleh itu biar siasatan berlaku dahulu, lepas polis dan pegawai pelindung daripada Majlis Sukan Negara (MSN) habiskan siasatan, baru kita akan komen lebih lanjut... untuk keadilan semua pihak,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pengumpulan dana bagi menghantar pasukan footgolf kebangsaan ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu.Masukkan selepas para 4Pada Jumaat, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab dilaporkan mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB.Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis dua hari lepas, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan.Hannah berkata, susulan itu, kementeriannya juga telah mengaktifkan pegawai pelindung dalam MSN selaras dengan Kod Sukan Selamat dan akan memantau siasatan kes itu terutama di peringkat MSN bagi memastikan tindakan dilakukan dengan cepat.Menurut Hannah, beliau mahu kes berkenaan dijadikan contoh bagaimana ia dikendalikan menurut prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan Kod Sukan Selamat yang baru sahaja dilancarkan.Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kementeriannya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat sekiranya ada lagi aduan berhubung gangguan seksual.\"Saya tidak kira kalau pesalah itu adalah atlet nombor satu negara. Kalau ada kes seperti ini dan anda telah mewujudkan satu persekitaran yang tidak selamat, tindakan tegas akan diambil oleh KBS (Kementerian Belia dan Sukan),\u201d katanya.Mengulas mengenai persiapan atlet lain susulan kejadian itu, beliau berkata, MSN akan memastikan seorang pegawai wanita dilantik bagi memastikan persiapan dan latihan pasukan berbasikal tidak terganggu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 01:03pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252431/berita/sukan/ahmad-shahmim-giat-jalani-latihan-ketika-ramadan", "article_title": "Ahmad Shahmim giat jalani latihan ketika Ramadan", "article_text": "KOTA BHARU - Pemenang pingat emas powerlifting acara 49 kilogram (kg) ke atas pada Sukan Para Sukma 2022, Ahmad Shahmim Mohd Kadri giat menjalani latihan walaupun dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadan.Atlet berusia 21 tahun itu dalam persediaan ke Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 pada Jun ini.Ahmad Shahmim berkata, dia tidak meletakkan sasaran yang tinggi namun menumpukan sepenuh perhatian dalam menjalani latihan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur ketika ini.\u201cSaya akan mengharungi latihan selama dua bulan dan pulang sekejap ke Kelantan pada pertengahan sesi latihan untuk menyambut perayaan Aidilfitri.Shahmim (kiri) yang menerima sokongan padu daripada Faridah (kanan) untuk aktif dalam sukan angkat berat.\u201cSetakat ini, tidak ada masalah berlatih selama sejam setiap hari walaupun dalam keadaan berpuasa,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.Menurut Ahmad Shahmim, amalan pemakanan pada bulan Ramadan juga dijaga rapi sama seperti bulan-bulan sebelumnya dan telur rebus masih menjadi rutin bagi menjaga stamina.\u201cSaya juga makan nasi dalam kuantiti yang sedikit, daging, banyakkan sayuran dan pisang sebagai makanan tambahan.Shahmim ketika memenangi emas di Sukan Para SUKMA 2022.\u201cMengawal pemakanan dan minum air kosong yang cukup dapat membantu saya mengekalkan berat badan,\u201d katanya anak sulung kepada pasangan Mohd Kadri Deraman dan Faridah Mat Esa itu.Atlet berasal dari Selinsing, Pasir Puteh itu melakukan angkatan 104kg sekali gus memecahkan rekod temasya dan kebangsaan iaitu 97kg yang sebelum ini dipegang atlet Kuala Lumpur, Syed Omar Syed Hashim ketika Para Sukma Perak 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 11:09am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252425/berita/sukan/solari-puas-hati-prestasi-pemain", "article_title": "Solari puas hati prestasi pemain", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim, Esteban Solari gembira dengan prestasi dipamerkan Endrick Dos Santos dan Arif Aiman Hanapi pada aksi Liga Super berdepan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.Kedua-dua pemain itu dilaporkan mengalami kecederaan sehingga terpaksa dilepaskan oleh kem skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini.Menurutnya, kedua-dua pemain berkenaan dilihat telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan dan malah Arif Aiman turut berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan bergaya 4-0 skuad Harimau Selaan itu.\u201cSebenarnya, kami sendiri tidak tahu mereka \u2018mampu\u2019 untuk beraksi, sehinggalah ke hari terakhir; lagi pun, mereka tidak menjalani bersama pasukan dengan sempurna.\u201cApa pun bagi saya, tindakan pasukan kebangsaan dengan \u2018menyerahkan\u2019 semula kedua-dua pemain yang mengalami kecederaan ini kepada kami dilihat sebagai satu bentuk kerjasama yang sangat baik.\u201cMalah, staf perubatan kami juga telah melakukan tugas dengan baik. Ini ditambah dengan usaha serta semangat daripada kedua-dua pemain ini untuk bermain (beraksi),\u201d katanya.Untuk rekod, Hendrick dan Arif Aiman dilepaskan oleh kem latihan skuad kebangsaan susulan masalah kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, 28 Mac lalu.Tambah Solari, pihaknya juga gembira dengan prestasi dipamerkan pemain gantian, Syahmi Safari pada perlawanan berkenaan termasuk La\u2019vere Corbin Ong yang disifatkannya telah memberikan \u2018nilai tambah\u2019 kepada aksi yang dipamerkan.Menurutnya, kesebelasan pemain telah mempamerkan aksi mantap biarpun beberapa pemain baru sahaja selesai tugasan bersama skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa berdepan Turkmenistan dan Hong Kong, baru-baru ini.\u201cYa, saya gembira dengan prestasi dipamerkan pemain kerana kita tahu ramai antara mereka baru sahaja beraksi dengan skuad kebangsaan baru-baru ini.\u201cIa juga merupakan satu cabaran besar buat pemain untuk kembali fokus bersama pasukan; walaupun agak sukar, namun mereka berjaya melakukannya (fokus) dan ia sesuatu yang membanggakan,\u201d katanya.Kemenangan 4-0 itu turut menyaksikan JDT terus gah di puncak Liga Super ketika ini dengan 18 mata hasil enam kemenangan berturut-turut setakat ini.Mengulas mengenai aksi berdepan Sabah FC, Solari berkata, merupakan aksi yang sukar terutamanya pada minit-minit awal permainan apabila kerap diasak pelawat.Bagaimanapun katanya, kesebelasan JDT berjaya menyerap kesemua asakan berkenaan, menyusun permainan sehinggalah membuka jaringan.\u201cBagi saya ia satu perlawanan yang sukar, namun pemain berjaya menangani tekanan dan kembali mendapat rentak permainan.\u201cSetelah berjaya membuka jaringan, kami mula menguasai perlawanan dan ia berterusan sehinggalah ke wisel penamat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 10:21am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252424/berita/sukan/barcelona-usaha-bawa-messi-pulang", "article_title": "Barcelona usaha bawa Messi pulang", "article_text": "BARCELONA sedang berhubung dengan Lionel Messi dan berusaha membawa bintang Argentina itu kembali ke Camp Nou, menurut naib presiden kelab itu Rafael Yuste.Messi berada dalam beberapa bulan terakhir kontrak dengan Paris Saint-Germain, setelah menyertai kelab gergasi Ligue 1 itu apabila krisis kewangan memaksanya meninggalkan Barcelona pada 2021.Dia telah menjaringkan 18 gol dan melakukan 17 bantuan gol musim ini, tetapi PSG gagal dalam Liga Juara-Juara sekali gus timbul keraguan mengenai masa depannya di ibu negara Perancis itu.\"Sudah tentu kami berhubung dengan Messi. Leo dan keluarganya tahu bagaimana kasih sayang kami terhadapnya dan bagaimana penting untuk memilikinya.\"Saya mengambil bahagian dalam rundingan yang tidak membuahkan hasil dua tahun lalu. Saya ingin dia kembali dan rasa peminat juga akan melakukannya, kerana kisah-kisah indah dalam hidup mesti mempunyai pengakhiran yang bahagia.\"Kami jatuh cinta dengan Messi dan saya rasa Messi jatuh cinta dengan Barcelona dan bandar Barcelona,\" katanya.Sebarang potensi untuk membawa pulang Messi mungkin bergantung kepada keupayaan Barcelona dalam menguruskan kewangan mereka dengan presiden LaLiga Javier Tebas mahu kelab itu menjimatkan \u20ac200 juta (RM595.32 juta) untuk memenuhi peraturan pertandingan musim depan.\"Jika semua syarat dipatuhi, kami akan meneroka kemungkinan itu (membawa Messi pulang). Presiden Barcelona bersama bapa Leo sudah berbincang baru-baru ini dan terdapat hubungan yang baik.\"Sekiranya kami dapat meletakkan semua syarat dan mengembalikan Leo ke Barcelona, \u200b\u200bia akan menjadi pengakhiran yang sempurna,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 10:15am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252423/berita/sukan/liga-perancis-larang-henti-perlawanan-untuk-pemain-buka-puasa", "article_title": "Liga Perancis larang henti perlawanan untuk pemain buka puasa", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Perancis (FFF) tidak membenarkan pengadil menghentikan perlawanan untuk membolehkan pemain Islam berbuka puasa pada bulan Ramadan, kata laporan media pada Jumaat.Tidak seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membenarkannya, amalan itu tidak mematuhi statut Persekutuan Bola Sepak Perancis, lapor beberapa media berdasarkan e-mel yang dihantar kepada pengadil.FFF mendakwa, perlawanan akan terganggu sekiranya pengadil memberhentikan perlawanan dan membenarkan pemain berbuka puasa.\"Ideanya ialah ada masa untuk segala-galanya. Masa untuk bersukan, masa untuk mengamalkan agama masing-masing,\" kata Ketua Suruhanjaya Pengadil FFF, Eric Borghini.Dia berkata, FFF mendapati bahawa beberapa perlawanan peringkat amatur telah dihentikan untuk membolehkan pemain yang berpuasa berbuka seketika.\"Perkara itu tidak dibenarkan dalam peraturan,\" katanya, sambil menegaskan bahawa ia termasuk menghormati prinsip sekularisme dalam bola sepak.EPL telah mengambil keputusan sebaliknya dan akan membenarkan perlawanan dihentikan sementara pada bulan RamadanDitanya mengenai isu itu, jurulatih Nice Didier Digard berkata pada Jumaat bahawa beberapa pemain Islam dalam pasukan itu menyambut Ramadan tanpa sebarang masalah.Walaupun katanya adalah baik jika Perancis membenarkan tempoh rehat seketika itu, dia menambah: \"Tiada siapa yang peduli jika mereka tidak melakukannya. Kerana kita bukan dalam negara Islam. Anda perlu menerima peraturan negara yang anda tinggal.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 10:13am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252422/berita/sukan/united-dapat-guna-khidmat-rashford", "article_title": "United dapat guna khidmat Rashford", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menjangkakan Marcus Rashford akan cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle pada Ahad.Sebelum ini, Rashford diketepikan daripada skuad England untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine selepas mengalami kecederaan yang tidak ditentukan semasa kemenangan suku akhir Piala FA ke atas Fulham.Pemain berusia 25 tahun itu kemudiannya digambarkan sedang berehat di New York ketika England beraksi, percutian yang menimbulkan persoalan tentang komitmennya kepada pasukan Gareth Southgate.Dia kembali berlatih bersama United minggu ini dan Ten Hag dijangka akan menurunkannya dalam perlawanan menentang Newcastle.\"Saya mempunyai harapan yang tinggi. Dia berlatih tetapi perlu melakukan beberapa rawatan dan beberapa latihan individu.\"Hari ini dia menyertai latihan. Kami mempunyai satu hari lagi, jadi saya mempunyai harapan yang baik dia boleh diturunkan,\" katanya.Rashford telah menjaringkan 19 gol dalam 25 penampilan untuk United sejak kembali dari Piala Dunia pada Disember.Dia memuat naik gambar dengan kapsyen 'masa rehat' semasa berada di New York dan Ten Hag menegaskan tempoh rehat itu bermanfaat untuk pemulihannya.\"Saya rasa Rashford bersama-sama dengan Bruno (Fernandes), adalah antara pemain yang banyak beraksi dalam skuad.\"Saya rasa Manchester United bermain paling banyak perlawanan di Eropah dan pemain antarabangsa kami kebanyakannya tidak berada di bangku simpanan, kebanyakannya mereka bermain.\"Jadi mereka juga memerlukan masa untuk berehat dan memulihkan tenaga,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 10:03am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252421/berita/sukan/al-nassr-raikan-rekod-ronaldo", "article_title": "Al Nassr raikan rekod Ronaldo", "article_text": "AL Nassr menghargai pencapaian luar biasa yang dilakukan Cristiano Ronaldo selepas pemain berusia 38 tahun itu memecahkan rekod penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.Ronaldo yang diketepikan dalam kesebelasan utama ketika Piala Dunia di Qatar tahun lalu, meraih penampilan ke-197 untuk negaranya ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024 pada Isnin lalu.Dia menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi penalti selepas dua gol awal daripada Joao Cancelo dan Bernardo Silva, sebelum menyudahkan sepakan percuma 12 minit kemudian.Ronaldo (kiri) dan Abdulrahman ketika diraikan oleh Al Nassr.Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod jaringan 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama dapat meledak 100 kali dalam saingan antarabangsa kompetitif.\"Hari ini, kami meraikan rekod dan hari lahir. Rekod pemain paling banyak beraksi dalam bola sepak antarabangsa dan hari lahir pemain Saudi yang berbakat,\" kata kelab itu dalam laman Twitter.Selain meraikan rekod yang dilakukan Ronaldo, Al Nassr turut meraikan ulang tahun ke-25 pemain sayap pasukan itu, Abdulrahman Ghareb.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 09:52am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252413/berita/sukan/raja-lembah-klang-milik-selangor", "article_title": "Raja Lembah Klang milik Selangor", "article_text": "STATUS Raja Lembah Klang pusingan pertama menjadi milik Selangor FC selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-1 dalam derbi tetangga di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.Bagaimanapun anak buah Tan Cheng Hoe dikejutkan skuad pimpinan Bojan Hodak terlebih dahulu sebelum bangkit dengan tiga gol untuk penawar kekecewaan tewas 0-4 kepada juara sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.The City Boys yang memburu kemenangan sulung saingan Liga Super terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan dari luar kotak penalti oleh pemain import Ivory Coast, Kipre Tchetche pada minit ke-24.The Red Giants kemudiannya memanfaatkan dua jaringan penalti menerusi pemain import Colombia, Ayron Del Valle Rodriguez dan Faisal Halim, masing-masing pada minit ke-32 dan ke-41 untuk memimpin perlawanan babak pertama.Babak kedua, Rodriguez sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menambah keceriaan buat pelawat apabila menyumbat gol kedua peribadi dan ketiga Red Giants pada minit ke-54, bagi memastikan status Raja Lembah Klang menjadi milik Selangor.Sementara itu di Kuala Nerus, Terengganu FC (TFC) berjaya meraih tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Pemain naturalisasi Liridon Krasniqi, tidak menunggu lama untuk meletakkan skuad Penyu di depan menerusi rembatan dari dalam kotak penalti pada minit keenam, dan giliran awang import dari Ghana, Jordan Mintah, meledak gol kedua kelab pimpinan Tomislav Steinbruckner itu pada minit ke-28.The Green Deers asuhan Tomas Trucha, akhirnya merapatkan defisit hasil jaringan pemain tengah dari Filipina, Jose Porteria pada minit ke-76.Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pula, Penang FC akhirnya merekodkan kemenangan sulung musim ini apabila membelasah pasukan bergelut prestasi, Perak FC, 3-1.Pemain import dari Lubnan Soony Saad, menggamatkan penyokong Harimau Kumbang menerusi gol pendahuluan pada minit keenam, manakala Nik Akif Syahiran Nik Mat pula menyumbang jaringan kedua pasukan pada minit ke-37.Pemain import dari Korea Selatan, Seo Seon-ung, merapatkan jurang The Bos Gaurus asuhan Datuk Lim Teong Kim pada minit ke-71 sebelum angkatan Chong Yee Fatt menambah jaringan menerusi Giovane Gomes minit ke-83 sekali gus mematikan sisa kebangkitan Perak.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 07:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252405/berita/sukan/nasihat-legenda-buat-zii-jia-tze-yong", "article_title": "Nasihat legenda buat Zii Jia, Tze Yong", "article_text": "STANDARD dipamerkan pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam tiga kejuaraan terakhir disifatkan sebagai sesuatu yang positif untuk dia kembali semula ke prestasi sebenarnya.Namun di sebalik itu, legenda badminton negara, Ong Ewe Hock amat berharap pertemuan pemain kelahiran Alor Setar itu dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan menjadi dos penggalak dalam memacu kebangkitan bintang nombor empat dunia tersebut.\"Saya harapkan apabila Zii Jia balik dari Switzerland (selepas Terbuka Switzerland), dia dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dapat mengadakan pertemuan empat mata seperti yang dihasratkan menteri sebelum ini. Dari situ kita harap Menteri boleh bantu Zii Jia.\"Saya percaya masalah luar gelanggang sejak kebelakangan ini menjejaskan prestasi Zii Jia, biarpun diakui standard dia masih terbaik apabila mula kembali meningkatkan dalam beberapa kejuaraan terakhir baru-baru ini.\"Namun apa yang saya boleh lihat Zii Jia masih gagal menemui sentuhan terbaik apabila masalah luar gelanggang masih membelenggu tumpuannya dalam setiap kejuaraan. Mental dan jiwa dia masih belum tenang lagi sebab itu prestasi dia turun naik, situasi sama juga berlaku kepada (Viktor) Axelsen,\" katanya kepada Sukan Sinar.Sebagai rekod, tiga kejuaraan terakhir menyaksikan Zii Jia mengakhiri cabaran di Terbuka Switzerland dengan status separuh akhir.Terbuka Jerman pula menyaksikan Zii Jia melabuh tirai pada pusingan kedua manakala Kejuaraan Seluruh England di fasa separuh akhir.Mengenai prestasi seorang lagi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, Ewe Hock menyifatkan bintang muda dari Johor itu telah mula menunjukkan isyarat baik dalam perjalanan karier badmintonnya awal tahun ini.\"Ya, Tze Yong masih dalam proses pembelajaran untuk mematangkan gaya permainannya kerana standardnya belum membolehkan menjuarai kejuaraan buat masa ini.\"Kejutan ketika menyingkir pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di pusingan kedua Seluruh England sebelum ini satu bonus untuk Tze Yong terus mengekalkan kecemerlangannya biarpun kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan semasa berlangsungnya Terbuka Switzerland.\"Biarpun begitu sejujurnya, Tze Yong masih perlu berusaha gigih bagi meningkatkan tahap prestasi kerana dia sudah berada di landasan yang betul,\" katanya.Sebagai rekod, Tze Yong di Terbuka Switzerland terpaksa menarik diri di suku akhir selepas mengalami kecederaan di set kedua semasa menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen.Semasa di Kejuaraan Seluruh England, perjalanan Tze Yong terhenti di suku akhir apabila pemain nombor itu, tewas kepada pemain China, Li Shi Feng di Utilita Arena, Birmingham.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 07:20am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252402/berita/sukan/jdt-perkukuh-cengkaman-di-puncak-liga-super", "article_title": "JDT perkukuh cengkaman di puncak Liga Super", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta\u2019zim mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila meraih tiga mata berharga hasil kemenangan 4-0 ke atas Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.JDT bermula garang dengan melancarkan asakan bertali arus ke gawang pelawat dalam usaha membuka jaringan namun beberapa percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.Bagaimanapun, Arif Aiman Hanapi akhirnya menggamatkan stadium apabila meledak gol pembukaan skuad Harimau Selatan itu pada minit ke-20.Arif Aiman yang menerima lorongan cantiK rakan sepasukan, berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan sebelum merembat melepasi jangkauan penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.Gol berkenaan menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke gawang pelawat dan kali ini giliran pemain import, Juan Muniz mencatatkan nama selaku penjaring menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-38.JDT semakin hebat mengasak ke gawang pelawat di penghujung babak pertama, namun tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga tamat tamat babak pertama.Bersambung babak kedua, JDT menggandakan asakan bagi menambah jaringan, namun rembatan penyerang import, Diogo Santo gagal menepati sasaran.Sabah FC turut melancarkan serangan balas ke gawang JDT dalam usaha merapatkan jurang gol, namun asakan-asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah.Skuad Harimau Selatan itu kemudiannya berpeluang meledak gol ketiga pada minit ke-55, namun rembatan Arif Aiman berjaya ditampan Khairul Fahmi.Pertengahan babak kedua menyaksikan Sabah FC mengasak hebat pintu gol tuan rumah dalam usaha memburu jaringan, namun percubaan-percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran.JDT tidak mahu ketinggalan mengasak ke gawang Sabah FC dalam usaha menambah jaringan dan kali ini, giliran pemain gantian, Syahmi Safari menggamatkan stadium apabila meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-81.JDT seumpama tidak kenal penat apabila asakan di penghujung perlawanan menyaksikan penyerang import, Fernando Forestieri menjaringkan gol keempat pada minit ke-88 sekali gus mengukuhkan kedudukan skuad Harimau Selatan itu.Penghujung perlawanan menyaksikan JDT semakin hebat mengasak ke gawang lawan bagi menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.JDT \u2013 Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Jordi Amat (kapten), Shio Hong Wan, Diogo Santo (Leandro Velazquez), Muhamad Feroz Baharudin, Juan Muniz (Afiq Fazail), Endrick Dos Santos (Syahmi Safari), Oscar Arribas (La\u2019vere Corbin Ong), Arif Aiman Hanapi (Akhyar Rashid), Fernando ForestieriSABAH FC \u2013 Khairul Fahmi Che Mat, Gabriel Peres, Taesu Park (kapten), Mohd Rizal Ghazali, Kwang Min Ko (Stuart Wilkin), Darren Lok, Dominic Tan (Muhammad Jafri Firdaus Chew), Saddil Ramdani (Amri Yahyah), Irfan Zakaria, Jailton Da Silva (S.Kumaahran), Irfan Fazail (Baddrol Bakhtiar)PENGADIL \u2013 Muhammad Nazmi Nasaruddin", "reading_time": "4", "article_dt": "01 April 2023 12:04am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252397/berita/sukan/hannah-yeoh-jumpa-zii-jia-minggu-depan", "article_title": "Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.Hannah berkata, beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.\"Saya kena jumpa dia dahulu untuk dengar masalah dia...mungkin Zii Jia tak nak masuk BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kita tidak tahu,\u201d katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia pada Jumaat.Hannah berkata, beliau akan mengumumkan perkembangan lanjut kepada umum selepas berjumpa dengan Zii Jia.Sebelum ini, media melaporkan Hannah mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan pemain berusia 25 tahun itu sebaik Zii Jia pulang daripada siri kejohanan di Eropah bagi membantunya susulan prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.Spekulasi kepulangan pemain kelahiran Kedah ke BAM juga bertiup kencang selepas juara All England 2021 itu bertemu dengan Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebanyak dua kali sebelum ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 10:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252376/berita/sukan/gergasi-merah-cari-penawar-di-cheras", "article_title": "Gergasi Merah cari penawar di Cheras", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menjangkakan misi The Red Giants untuk meraih keputusan positif dalam perlawanan Derbi Lembah Klang Liga Super menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya berdepan tentangan sengit tuan rumah.Malah Cheng Hoe mengakui kedua-dua pasukan dalam misi memburu kemenangan selepas kurang menyerlah dalam perlawanan terakhir masing-masing sebelum ini.Katanya, keputusan positif di Cheras secara tidak langsung dapat mengubati kekecewaan dijinakkan 0-4 pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 17 Mac lalu.\"Ya, ini bukan derbi Lembah Klang biasa-biasa buat kedua-dua pasukan kerana pastinya Kuala Lumpur kendalian Bojan Hodak mahu memburu kemenangan pertama liga musim ini tambahan pula berdepan Selangor.\"Keputusan positif menentang Kuala Lumpur City amat penting buat Red Giants untuk pasukan bangkit kembali selepas kekalahan kepada JDT sebelum ini.\"Cuma saya harapkan persembahan berkualiti daripada pemain kedua-dua pasukan tanpa sebarang insiden yang menjejaskan momentum perlawanan,\" katanya kepada Sukan Sinar.Sebagai rekod, pertemuan Selangor dan Kuala Lumpur City dalam dua perlawanan terakhir liga berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun lalu, manakala aksi di Petaling Jaya dinoktahkan 1-1 pada 20 Julai.Sementara itu, Cheng Hoe percaya Faisal Halim mampu membantu The Red Giants membawa pulang keputusan positif dari Cheras.Keyakinan Cheng Hoe itu hadir selepas bekas pemain Terengganu FC itu kembali menemui sentuhan gol untuk Harimau Malaya ketika mengalahkan Hong Kong, 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.\"Sejujurnya saya gembira apabila Faisal Halim akhirnya berjaya mengakhiri kemarau gol bersama pasukan kebangsaan dan berharap gol itu menjadi motivasi apabila kembali menyarung jersi Selangor.\"Biarpun begitu seperti yang saya nyatakan sebelum ini Faisal tetap menjadi antara penyumbang kepada gerakan dalam menghasilkan gol buat pasukan Selangor,\" katanya.Pada masa kata Cheng Hoe, Selangor juga masih dalam proses membentuk keserasian dalam kalangan pemain bagi mewujudkan gandingan mantap.\"Biarpun kita sudah mengharungi lima perlawanan liga, sejujurnya untuk membentuk keserasian dalam kalangan pemain mengambil masa dan itulah yang sedang diusahakan bagi memastikan keputusan positif dalam setiap perlawanan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 08:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252377/berita/sukan/petanda-positif-kuartet-negara-menjelang-sukan-sea", "article_title": "Petanda positif kuartet negara menjelang Sukan SEA", "article_text": "KUARTET lelaki negara meneruskan momentum positif apabila mengungguli acara 4 x 100 meter (m) kejohanan Olahraga Terbuka Australia di Brisbane pada Khamis.Gandingan mantap Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa dan Muhammad Zulfiqar Ismail berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan 39.96 saat (s).Mereka meninggalkan kuartet Singapura, Quek Jun Jie Calvin, Ho Xander Ann Heng, Joshua Chua Hanwei dan Lee Mark Ren di tempat kedua menerusi catatan 40.28s.Kuartet Victoria, Australia yang terdiri daripada Jacob Sesar, Corey Baker, Brayden Portelli dan Michael Hansford pula terpaksa berpuas hati dengan catatan 41.66s untuk berada di kedudukan ketiga.Kejayaan itu ternyata membarakan lagi semangat anak-anak buah Mohd Poad Kassim untuk memburu kilauan emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.Biarpun mengakui gembira dengan pencapaian itu kerana mereka kali pertama digandingkan untuk kejohanan tersebut, Mohd Poad berkata, masih ada ruang serta peluang untuk ditingkatkan.\u201cSaya berpuas hati, namun masih banyak yang perlu dibaiki. Mereka baru sahaja dibentuk dan ini kejohanan pertama,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Sebelum ini, barisan pelari negara itu mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat acara 100m Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland pada 18 Mac lalu.Dalam acara itu, Khairul Hafiz meraih emas dengan catatan masa 10.34s sekali gus melakar catatan masa terbaik peribadinya musim ini.Muhammad Haiqal pula meraih tempat kedua (10.41s) diikuti Jonathan (10.43s) dan Muhammad Zulfiqar (10.48s) masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.\u201cMenerusi kejayaan ini diharapkan kita dapat memberi saingan yang kuat kepada Thailand nanti (Sukan SEA Kemboja),\u201d ujar Mohd Poad.Sebagai rekod, pada Sukan SEA Hanoi tahun lalu, kuartet Malaysia yang ketika itu dibarisi Haiqal, Muhammad Azeem Fahmi, Zulfiqar dan Arsyad Md Saat meraih pingat perak acara 4x100m.Mereka melakukan catatan masa 39.09s, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan iaitu 39.27s yang dilakukan pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 08:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252374/berita/sukan/pelumba-basikal-negara-dakwa-jadi-mangsa-gangguan-seksual", "article_title": "Pelumba basikal negara dakwa jadi mangsa gangguan seksual", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang pelumba wanita negara dalam acara berbasikal bukit (MTB) yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual, baru-baru ini.Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, pelumba terbabit telah membuat laporan polis pada Khamis dengan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan jurulatihnya sendiri.\"Saya mengesahkan terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya baru-baru ini.\"Jawatankuasa Disiplin PKBM telah pun mengambil tindakan susulan berhubung kes itu dengan menggantung jurulatih berkenaan serta merta.\"PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan pada masa sama memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin mendapatkan maklumat berkaitan kejadian itu,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Sebelum itu, Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh memaklumkan, pihaknya telah diberitahu mengenai satu laporan polis dibuat seorang pelumba basikal negara berhubung kes gangguan seksual.\"PKBM mengambil perkara ini dengan begitu serius dan Jawatankuasa Disiplin akan menyiasat perkara ini secara mendalam.\"Jurulatih berkenaan telah pun digantung tugas serta merta sepanjang siasatan bagi memastikan tiada gangguan dalam proses penyiasatan.\"Kami juga akan memberi kerjasama penuh dengan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan agensi kerajaan yang lain untuk siasatan bebas mereka,\" ciap Amarjit di laman Twitter.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 07:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252351/berita/sukan/rumput-stadium-nasional-jadi-kenangan-berharga", "article_title": "Rumput Stadium Nasional jadi kenangan berharga", "article_text": "ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.Tindakan itu susulan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada Jumaat.Rumput di venue keramat pasukan bola sepak kebangsaan itu juga, ialah venue skuad Harimau Malaya meraih kejayaan layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengakhiri penantian lebih empat dekad pada Jun tahun lepas, selain pelbagai acara sukan dan hiburan lain.Petak rumput berukuran 1x1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula esok (1 April) dan sempena ulang tahun ke-25 Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).Ketika tinjauan pagi Jumaat, para peminat bola sepak dan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, apatah lagi apabila ia merupakan rumput yang sama skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015.Seorang peminat yang hadir, Erik Tan, 47, berkata, dia mahu menyimpan rumput berkenaan sebagai kenangan dengan menanamnya di halaman rumah.Orang ramai mengambil rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibuka kepada pengunjung sehingga petang Jumaat sebelum kerja-kerja memasang rumput baharu jenis Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput Cow Grass di padang tersebut. - Foto: Bernama\"Rumput ini merupakan rumput yang pasukan kita main pelbagai kejohanan dan melayakkan diri ke Piala Asia, selain (upacara perasmian dan olahraga) Sukan SEA juga diadakan di sini.\"Saya mahu membawanya balik, pecah-pecahkan dan tanam di halaman rumah.... Nanti boleh beritahu anak-anak inilah rumput yang pasukan kita pernah main dulu di Stadium Nasional,\u201d katanya.Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad untuk ke Piala Asia selepas meraih tempat kedua dalam Kumpulan E pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional pada Jun 2022.Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun kali terakhir layak secara merit adalah pada edisi 1980 di Kuwait.Sementara itu, rumput berkenaan juga akan memanfaatkan pelatih (bekas penagih) untuk aktiviti sukan dan riadah di padang Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi.Pegawai Pemulihan dari pusat itu, Wan Donne Khalid Wan Abdullah, 45, yang hadir bersama rakan setugasnya, merakamkan penghargaan kepada PSM kerana kos bagi satu petak rumput 1x1 kaki adalah lebih kurang RM4 hingga RM5.\"Kita memang ada aktiviti sukan dan riadah hampir setiap petang, seperti bola sepak. Rumput ini dapat membantu kita menggantikan sedikit sebanyak bahagian padang yang rosak.\"Aktiviti sukan merupakan satu daripada terapi penting kerana sebelum ini mereka mengambil dadah di luar, jarang bersukan. Apabila masuk dalam pusat pemulihan, kita menjadikan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu daripada komponen penting untuk gaya hidup sihat,\u201d katanya.Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 05:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252345/berita/sukan/empat-pemain-senior-perkuat-skuad-hoki-sukan-sea", "article_title": "Empat pemain senior perkuat skuad hoki Sukan SEA", "article_text": "KHIDMAT empat pemain senior hoki negara yang pernah beraksi pada kejohanan besar, ditagih bagi membimbing pemain remaja pada kempen Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada 5 hingga 17 Mei ini.Pengendali skuad Sukan SEA Kemboja 2023, Muhammad Amin Rahim berkata, pembabitan pemain senior pada temasya dwitahunan itu bakal menjadi pencetus kejayaan menghadirkan pingat emas buat negara sekali gus mengekalkan penguasaan bergelar pasukan terkuat Asia Tenggara.Menurutnya, pada edisi kali ini kelibat pemain senior, Muhamad Ramadan Rosli (pemain tengah), Muhamad Zaimi Mat Deris (penjaga gol) serta Muhammad Najib Abu Hassan dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar (masing-masing pertahanan) akan turun memperkukuhkan keampuhan pasukannya.\"Mereka akan turut serta dalam pasukan selepas cuti raya nanti. Saya tak risau kerana mereka juga menjalani latihan yang sama di mana konsep dan corak permainan juga sama dan saya tidak nampak sebarang kesukaran pemain senior untuk biasakan diri apabila bersama (skuad remaja) nanti.\"Saya harap dengan kehadiran pemain senior akan membantu pasukan ini untuk meraih pingat emas buat negara,\" katanya semasa sesi lawatan Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2023 Datuk Mohd Nasir Ali di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam Khamis.Dalam pada itu Pengurus Pasukan I.Vikneswaran berharap aura positif kehadiran pemain senior bakal diserap sepenuhnya oleh barisan pemain remaja sedia ada dalam mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen Sukan SEA itu nanti.\"Biasanya dalam setiap Sukan SEA yang kita lihat, pemain-pemain senior adalah sangat penting di mana mereka merupakan 'stabilising factor' buat pasukan.\"Skuad Sukan SEA ini dibarisi ramai pemain muda jadi kalau apa-apa berlaku, mereka (pemain senior) ada untuk membimbing. Ikutkan daripada segi kemampuan pasukan ini sudah mampu (capai kejayaan) namun kita perlu memastikannya,\" katanya.Skuad hoki negara merupakan kuasa besar di temasya Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak 1971.Kali terakhir Malaysia meraih emas adalah di Kuala Lumpur 2017, manakala kali pertama meraih warna pingat sama pada 1971, juga ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 04:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252336/berita/sukan/tze-yong-mahu-cipta-magis-di-dubai", "article_title": "Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menjadikan pengalaman menumbangkan juara dunia Viktor Axelsen di pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini, sebagai bekalan untuk mencipta 'magis' di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada April.Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bersiap sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil apabila dibenam seawal pusingan pertama oleh pemain India Kidambi Srikanth.\"Saya banyak belajar di kejohanan Eropah dan yakin tampil aksi lebih baik dalam beberapa siri kejohanan selepas ini. Saya sudah sihat lepas kecederaan di Eropah.\"Saya kembali menjalani latihan Rabu lepas (29 Mac) dan akan sertai BAC selepas ini,\" katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara pada Jumaat.Tze Yong, 23, enggan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terburu-buru meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan itu, sebaliknya akan menajamkan kemahiran sedia ada bersama jurulatih Hendrawan untuk menikmati perlawanan demi perlawanan ketika bertemu pihak lawan.Pada 16 Mac lalu, Tze Yong mencipta sensasi apabila menyingkirkan penyandang juara Seluruh England, Axelsen pada saingan kedua di Birmingham, namun terpaksa akur apabila ditewaskan Li Shi Feng dari China dalam perhitungan straight set 21-11, 21-11 pada suku akhir.Beliau bagaimanapun terpaksa menarik diri di suku akhir Terbuka Switzerland (24 Mac) ketika menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chen selepas mengalami ketegangan hamstring paha.Kecederaan itu memaksanya untuk menamatkan kempen di Eropah dengan melupakan kejohanan Masters Sepanyol yang membuka tirai Selasa lalu (28 Mac).BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, UAE pada 25 hingga 30 April ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 03:58pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252320/berita/sukan/kda-turun-dengan-misi-sukar-di-kuantan", "article_title": "KDA turun dengan misi sukar di Kuantan", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC turun dengan misi sukar untuk mengutip tiga mata bertemu Sri Pahang FC pada aksi keenam Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur pada malam Sabtu.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, persiapan rapi dilakukan bagi memberikan saingan sengit kepada kualiti barisan pemain Tok Gajah yang dilihat semakin baik pada musim ini selepas belum tewas dalam lima perlawanan liga super.\"Kita ke sana memanglah matlamat nak menang di tempat lawan untuk dapatkan tiga mata tapi kita tahu bukan tugas yang senang. Untuk jadi pasukan yang kuat dan bagus, kita kena lalui (perlawanan sukar).\"Pahang sekarang tidak pernah kalah lagi di peringkat liga musim ini dan rekodnya mencatatkan keputusan seri dengan pasukan yang berada di kelompok atas seperti Selangor dan Sabah,\" katanya mengulas aksi bertemu skuad kendalian Fandi Ahmad itu di Kuantan pada malam Sabtu.Jelas Nafuzi, kesilapan mudah yang dilakukan sebelum ini perlu dielakkan oleh Sang Kenari semasa bertemu pasukan tuan rumah jika mahu keluar sebagai pemenang pada perlawanan tersebut.Walau bagaimanapun keserasian pemain KDA FC dilihat semakin baik selepas mengharungi lima perlawanan liga dan beliau mahu pasukan terus fokus dengan falsafah permainan yang diterapkan.\"Kalau kita fokus dengan cara kita. Saya rasa dengan sesiapa saja pun kita boleh bersaing. Jadi kita kena cuba elakkan kesilapan mudah (seperti yang dilakukan sebelum ini),\" ujar beliau lagi.Tambahnya, KDA FC yang kini berada di tangga ketiga liga super selepas lima perlawanan dilihat berada di landasan tepat dan semua pemain perlu memastikan momentum pasukan sentiasa berada pada tahap baik.\"Tiga mata penting, saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, yang penting itu sahaja. Kalau penyerang menjaringkan gol tapi kita tewas tidak ada gunanya juga,\" katanya juga apabila mengulas tentang prestasi penyerang-penyerangnya seperti Lira Willian dan Balotelli yang dilihat masih belum terbukti sebagai mesin gol Sang Kenari setakat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 02:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252311/berita/sukan/derbi-lembah-klang-diramal-hangat", "article_title": "Derbi Lembah Klang diramal hangat", "article_text": "PENGENDALI Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak menuntut The City Boys memberikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan apabila melayani kunjungan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.\"Derbi Lembah Klang, KL City menentang Selangor, perlawanan yang pastinya menjadi tumpuan untuk kedua-dua pasukan meraih kemenangan tambahan pula perlawanan ini mempunyai sejarah tersendiri buat penyokong.\"Namun bagi KL City, setiap perlawanan adalah penting dan fokus kami adalah untuk meraih kemenangan tambahan pula beraksi di laman sendiri kali ini.\"Biarpun begitu saya menjangkakan ini akan menjadi satu perlawanan yang sengit, jadi pemain KL City perlu kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan,\" katanya kepada Sukan Sinar.Sebagai rekod, dua perlawanan terakhir liga kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun lalu, manakala aksi di Petaling Jaya dinoktahkan 1-1 pada 20 Julai.Pada masa, Hodak mengakui pemain KL City bermotivasi untuk memburu keputusan positif tambahan pula pasukan masih dalam pemburuan kemenangan pertama musim ini.Biarpun begitu katanya, tuan rumah akan kehilangan khidmat empat hingga lima pemain utama dalam perlawanan tersebut akibat penggantungan dan kecederaan.Namun katanya, dia telah bersedia menurunkan beberapa pemain baharu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan tonggak sebelum ini.\"Ini juga merupakan peluang terbaik untuk pemain baharu ini membuktikan keupayaan masing-masing merebut tempat dalam kesebelasan utama.\"Saya akui pemain baharu ini teruja untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama KL City tambahan pula perlawanan Derbi Lembah Klang yang mempunyai nilai sentimental tersendiri buat kedua-dua pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 02:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252299/berita/sukan/dilema-destinasi-baharu-gundogan", "article_title": "Dilema 'destinasi' baharu Gundogan", "article_text": "MASA depan Ilkay Gundogan masih terbuka ketika tercetus spekulasi yang mengaitkan kapten Manchester City itu berminat untuk menyertai Barcelona sebaik kontraknya tamat.Kontrak pemain tengah The Citizens itu selama empat tahun yang dimeterainya pada 2019 akan tamat tiga bulan lagi.Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu masih belum bersetuju dengan perjanjian baharu.\u201cBelum ada perjanjian lagi dengan mana-mana kelab.\u201cTumpuan Ilkay dalam beberapa minggu kebelakangan ini hanya kepada Manchester City dan kelahiran anak lelakinya,\" ujar Gundogan.Gundogan membuat 24 penampilan daripada 27 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, namun beliau dikaitkan mahu berkelana ke Camp Nou akhir musim ini.Walaupun terdapat cadangan Barcelona bersedia menawarkan pemain Jerman itu kontrak dua tahun, ejen yang juga bapa saudaranya, Ilhan Gundogan berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat.\u201cTumpuan Ilkay dalam beberapa minggu kebelakangan ini hanya kepada Manchester City dan kelahiran anak lelakinya.\u201cDia berada dalam fasa terakhir musim ini dan adalah penting baginya memberi tumpuan sepenuhnya dalam perjuangannya. Kedudukan Ilkay pada musim depan masih terbuka,\u201d Ilhan.Gundogan telah memenangi empat trofi EPL sejak menyertai City daripada Borussia Dortmund.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 12:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252292/berita/sukan/beri-potter-masa-pacu-chelsea---emery", "article_title": "Beri Potter masa pacu Chelsea - Emery", "article_text": "GRAHAM Potter memerlukan masa untuk memacu Chelsea kembali ke puncak kejayaan selepas mengambil alih The Blues daripada Thomas Tuchel September tahun lalu.Pengurus Aston Villa, Unai Emery mempertahankan 'kepimpinan' bekas jurulatih Brighton & Hove Albion yang dilihat mampu membawa kejayaan jangka panjang kerana sudah ada tanda-tanda kemajuan di Stamford Bridge.\u201cDia memberi sentuhan yang menakjubkan di Brighton dan memerlukan masa untuk menyesuaikan ideanya di Chelsea,\u201d kata pengurus itu sempena perlawanan tengah malam esok.Kewibawaan Potter selepas menggantikan Tuchel dipersoal susulan kemarau kemenangan dalam 11 perlawanan berturut-turut ketika memulakan saingan tahun ini.Bagaimanapun, Potter beransur-ansur mengubah situasi apabila Chelsea memasuki rehat antarabangsa dengan mencatat tiga kemenangan dan satu seri.Emery percaya Potter sememangnya layak mendapat peluang untuk menyerlah di kelab besar.\u201cSecara proaktif, mereka melakukan yang lebih baik dan lebih baik.\u201cKerja Tuchel juga menakjubkan tetapi apa yang dilakukan Potter bersama Brighton sungguh menakjubkan dan dia berhak untuk mengemudi kelab seperti Chelsea,\"katanya.Justeru Emery berharap para peminat Chelsea bersabar dan memberi sokongan kepada Potter kerana dia memerlukan masa untuk mengembalikan kegemilangan The Blues.\u201cMereka semakin maju. Sebagaimana segala usahanya sebelum ini bersama Brighton, dia mampu melakukannya juga di Chelsea. Dia hanya perlukan masa.\u201cMereka beraksi dengan baik dalam Liga Juara-Juara tetapi tidak begitu mantap dalam EPL,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 12:32pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252290/berita/sukan/pemain-epl-dibenarkan-buka-puasa-tepi-padang", "article_title": "Pemain EPL dibenarkan buka puasa tepi padang", "article_text": "PENGADIL telah diberi kebenaran untuk menghentikan sementara perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang Ramadan bagi membolehkan pemain berbuka puasa mulai Sabtu.Menerusi arahan terbaharu EPL itu, semua pegawai perlawanan digalakkan untuk mencari waktu sesuai memberhentikan perlawanan yang berlangsung di sebelah petang.Pemain akan diberi masa untuk berbuka puasa dengan mengambil minuman, gel tenaga dan makanan tambahan.Pengadil juga telah diminta untuk mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju bersetuju untuk menghentikan perlawanan seketika pada tempoh ditetapkan.Umat \u200b\u200bIslam di seluruh dunia kini sedang menjalani bulan Ramadan hingga 21 April dan perlu menahan makan dan minum dari terbit sehingga terbenam matahari dan akan berbuka puasa di sebelah petang.Ramai pemain bola sepak akan mendapat manfaat daripada perubahan ini termasuk bintang Liverpool, Mohamed Salah, Riyad Mahrez dari Manchester City dan Ngolo Kante dari Chelsea.Dua tahun lalu EPL menjadi tumpuan apabila perlawanan antara Crystal Palace dan Leicester City dihentikan seketika pada pertengahan permainan untuk membolehkan pemain berbuka puasa.Tindakan itu adalah kali pertama di EPL dan mendapat pujian ramai termasuk bek tengah, Wesley Fofana yang beragama Islam dan beraksi pada perlawanan berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 11:58am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252276/berita/sukan/de-gea-yakin-kekal-bersama-united", "article_title": "De Gea yakin kekal bersama United", "article_text": "DAVID de Gea tidak terganggu dengan perbincangan mengenai kontrak baharu dan kekal fokus untuk membantu Manchester United mendapat slot ke Liga Juara-Juara musim depan.Kontrak De Gea bersama United akan tamat pada penghujung musim ini dan penjaga gol kelahiran Sepanyol itu yakin akan diberikan kontrak baharu untuk terus kekal di kelab tersebut.\"Saya telah berada di sini selama bertahun-tahun, menikmati setiap saat di kelab ini dan bermain banyak perlawanan.\"Sudah tentu ia hebat untuk berada di sini, ia adalah kelab besar. Saya suka kelab ini dan saya sangat gembira di sini.\"Ia adalah sama selama bertahun-tahun. Terdapat banyak perkara dilalui, tetapi para pemain hanya menumpukan pada perlawanan. Apa yang akan kami hadapi pada hari Ahad - ia adalah perlawanan yang besar untuk kami kerana mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.\"Kami mempunyai banyak perlawanan jadi saya fikir kami perlu benar-benar mengambil berat tentang latihan, pulih dengan baik, membantu pasukan dan itu perkara paling penting, lebih daripada kontrak atau apa-apa sahaja,\" katanya.United akan bertandang ke St James Park menentang Newcastle Ahad dengan pasukan lawan itu berada di tempat kelima hanya di bezakan tiga mata dengan United di tempat ketiga.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 10:48am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252268/berita/sukan/liverpool-tak-boleh-buat-silap", "article_title": "Liverpool tak boleh buat silap", "article_text": "ANDREW Robertson memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Liverpool bahawa mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika ingin berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).The Reds mengharungi prestasi mengecewakan musim ini selain masalah kecederaan yang membelenggu beberapa pemain utama pasukan itu.Musim lalu, Liverpool memenangi Piala Liga Inggeris dan Piala FA selain mara ke final Liga Juara-Juara dan hanya menamatkan satu mata di belakang juara EPL, Manchester City.Bagaimanapun, musim ini menyaksikan mereka gagal mempertahankan mana-mana piala, tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada peringkat 16 terakhir dan berdepan cabaran sukar untuk menamatkan saingan di empat teratas EPL.\"Motivasinya adalah sama. Kami mahu beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, jadi motivasinya adalah sama seperti kami memburu trofi.\"Ia jelas minggu yang penting (menentang City). Kami juga akan menentang tiga pasukan besar dan ia akan menjadi minggu sengit, tetapi itulah yang anda nantikan apabila datang ke kelab ini.\"Ini adalah perlawanan besar yang anda mahu sertai. Kami tidak mempunyai masa untuk disia-siakan dan kami tidak boleh buat kesilapan jikamahu mencapai kedudukan empat teratas,\" katanya.Liverpool ketika ini berada di kedudukan keenam EPL dan dibezakan tujuh mata dengan pasukan di kedudukan keempat, Tottenham Hotspur selain mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan mengharungi tiga perlawanan penting menentang menentang Manchester City pada Sabtu, Chelsea pada Rabu ini dan pendahulu EPL, Arsenal minggu depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 10:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252245/berita/sukan/sathianathan-sokong-ketegasan-pfam", "article_title": "Sathianathan sokong ketegasan PFAM", "article_text": "BEKAS pengendali Sarawak United, B Sathianathan menyokong tindakan yang mahu diambil Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam mencari penyelesaian secara tuntas berkaitan isu tunggakan gaji pemain.\u201cSaya puji keberanian PFAM kerana sekiranya kita masih lagi berterusan berkompromi dalam isu ini, ia sebenarnya tidak baik untuk imej industri bola sepak Malaysia pada masa depan.\u201cPada saya secara jujur isu tunggakan gaji yang berlarutan ini boleh disifatkan ketidakpekaan pengurusan kelab yang tidak tahu apa perasaan pemain dan jurulatih apabila tidak dapat gaji.\u201cSeharusnya pengurusan perlu lebih bertanggungjawab menjana kewangan kelab dan bukan pemain atau jurulatih.\u201cTakkan sebuah kelab tidak mempunyai perancangan kewangan jangka pendek dan panjang? Di mana silapnya?,\u201d kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) itu kepada Sukan Sinar pada Khamis.Terdahulu, Melaka United dan Sarawak United berdepan kemungkinan diheret ke mahkamah susulan masalah tunggakan gaji bekas pemain masing-masing yang belum selesai sehingga hari ini.Ini kerana PFAM akan terus membawa kes membabitkan tunggakan gaji bekas pemain kedua-dua pasukan itu ke muka pengadilan.Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang sebaik mengetahui keputusan perbicaraan Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 6 April ini.\u201cKita sudah hantar beberapa surat kepada Melaka United dan Sarawak United, namun tiada ruang mahupun inisiatif daripada kedua-dua kelab untuk menyelesaikan masalah tersebut.\u201cYa ini sememangnya satu tindakan keras bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji pemain berlaku pada masa depan.\u201cPFAM terpaksa guna langkah seterusnya iaitu undang-undang. Kami harap akan ada satu keputusan daripada perbicaraan NDRC minggu depan sebelum bawa kes ini ke mahkamah.\u201cKita mengambil tindakan mahkamah kerana tiada ruang dan inisiatif daripada pasukan terbabit untuk selesaikan masalah itu,\u201d katanya kepada pemberita ketika Program Buka Puasa PFAM Bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 09:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252249/berita/sukan/rasa-macam-hujung-nyawa", "article_title": "'Rasa macam hujung nyawa'", "article_text": "BEKAS Raja Pecut negara, Nazmizan Mohamad kembali mengimbas insiden yang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya ketika menyertai satu kejohanan pada bulan Ramadan di Thailand kira-kira 16 tahun lalu.Nazmizan berkata, dia seperti berada di hujung nyawa akibat dehidrasi selepas mengerah sepenuh tenaga dan kudrat dalam larian peringkat saringan acara 100 meter (m) yang berlangsung pada pukul 10 pagi.Menurut Nazmizan, dia sempat menjamah buah kurma selain makan nasi dan minum air mineral ketika waktu bersahur sebelum turun untuk sesi memanaskan badan.\u201cSaya all-out dalam acara itu dan sejurus melepasi garisan penamat tekak berasa begitu kering. Saya cuba telan air liur pun tak lepas, berasa lemas seperti tak boleh bernafas.\u201cRakan-rakan pelari yang lain nampak muka saya pucat. Saya nak minta air, tapi nak bercakap pun masa itu tak lepas (suara tak keluar) dah rasa macam hujung nyawa.\u201cMujur alhamdulillah, selepas dapat air, barulah saya berasa agak lega dan boleh bernafas semula,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Nazmizan memberitahu, pada ketika itu dia tiada pilihan terpaksa mengorbankan puasa bagi mengelak mudarat yang lebih besar.\u201cTerasa sayang terpaksa berbuka puasa, tapi sebab darurat, saya tiada pilihan. Masa bersahur saya minum banyak air, tapi mungkin faktor cuaca,\u201d ujar pensyarah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu.Nazmizan memberitahu, kebiasaannya ketika sahur dia makan nasi berlaukkan ikan masin, pekasam atau ikan kering selain mengambil kurma tiga biji dan air mineral.\u201cPada sebelah pagi, saya akan mengikuti kelas di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum mengikuti sesi latihan bermula jam 6 petang dengan melakukan sesi pemanas badan.\u201cBerbuka pada jam 7.15 malam (2003), saya tak makan nasi, tapi ambil tiga biji kurma dan minum air masak, solat Maghrib dan kemudian sambung latihan sehingga pukul 10 malam.\u201cSelepas itu badan dah penat. Di Dewan Makan UPM, ambil sup dan roti. Solat Tarawih dan kemudiannya tidur. Begitulah rutin sepanjang bulan Ramadan,\u201d kata bekas atlet negara berusia 42 tahun itu.Nazmizan menjelaskan, berpuasa bukan alasan buat atlet untuk mengetepikan sesi latihan atau tidak menyertai kejohanan, sebaliknya menerusi diet dan pemakanan yang betul ia membantu mereka untuk kekal cergas dan bertenaga.\u201cDapatkan nasihat daripada pakar pemakanan untuk nutrisi dan diet yang berkesan untuk membantu kita menjalani rutin latihan dengan baik serta teratur,\u201d jelasnya.Ketika bergelar atlet, antara pencapaian cemerlang Nazmizan di balapan apabila dia menyumbang dua pingat emas pada Sukan SEA Hanoi 2003 bagi acara 100 meter (m) dan 200m.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 08:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252250/berita/sukan/antara-dua-darjat", "article_title": "'Antara dua darjat'", "article_text": "SAINGAN Liga Super akan kembali 'hangat' pada Jumaat selepas berakhir 'cuti rehat' yang menyaksikan jurang mata yang besar antara kelompok teratas dan bawahan carta kedudukan.Prestasi berbeza antara 14 buah pasukan boleh diibaratkan 'antara dua darjat' dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri dengan rekod lima kemenangan bersih untuk mengumpul 15 mata.Pengulas sukan Zainal Abidin Rawop berkata, prestasi kelab-kelab tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu teratas, pertengahan dan bawahan liga.Katanya, kelompok teratas seperti JDT, Sabah FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Selangor FC dan Sri Pahang dilihat dominan dalam saingan musim ini.Tambahnya, bagi kelompok pertengahan pula mereka bersaing sesama sendiri seperti PDRM FC, Perak FC, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Kelantan FC.\"Kelompok bawahan pula masih tercari-cari rentak dan mereka antaranya pendatang baharu Liga Super.\"Ia termasuk Kuala Lumpur (KL) City yang masih belum menyengat, Kuching City FC, Penang FC dan Kelantan United (satu mata),\" katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Menurut Zainal Abidin, JDT dilihat berpeluang cerah untuk merangkul kejuaraan liga buat kali ke-10 menerusi barisan pemain yang serba lengkap di setiap posisi.\"Siapa sahaja yang diletakkan di barisan depan pasti menjadi. Forestieri (Fernando), Diago (Luis Santo) dan Bergson apabila diturunkan pasti meledak gol.\"Persaingan adalah bagi merebut naib juara Liga Super antara kelompok empat pasukan teratas,\" katanya.Tambah beliau, prestasi PDRM juga boleh dibanggakan termasuk mengalahkan KDA FC di laman lawan, biarpun pasukan itu dilihat sebagai 'biasa-biasa sahaja'.Katanya, prestasi KL City pula mencetuskan tanda tanya sedangkan pengendalinya, Bojan Hodak memiliki pemain yang sama cuma ditambah dengan dua penyerang berbisa, Tchetche Kipre dan Caion.\"Saya tak pasti kenapa KL belum lagi 'menjerit'. Saya juga lihat Hodak perlu mencari seorang lagi pemain bagi membantu Paulo Josue mengemudi barisan tengah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252259/berita/sukan/bukan-mudah-tapi-tak-mustahil-jerat-harimau-selatan---kim-swee", "article_title": "Bukan mudah tapi tak mustahil jerat Harimau Selatan - Kim Swee", "article_text": "PEMAIN Sabah FC diingatkan untuk tidak melakukan kesilapan mudah yang akan merugikan The Rhinos apabila berdepan pendahulu Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.Malah pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu pemain The Rhinos tampil di laman keramat Harimau Selatan itu dengan misi mengekalkan rekod bersih dalam lima perlawanan sebelum ini.\u201cKita tahu apabila berkunjung ke JDT nanti bukan satu tugas mudah, kerana saya pun tidak tahu bila kali terakhir Harimau Selatan tewas di laman sendiri.\u201cNamun Sabah bertekad mahu mengekalkan momentum positif dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini dengan memberikan tentangan sengit kepada JDT biarpun bukan satu perkara mudah, namun tidak mustahil untuk pemain Sabah melakukan kejutan.\u201cSaya harap pemain-pemain Sabah yang diturunkan di Stadium Sultan Ibrahim, memberikan aksi terbaik dalam menyaingi jentera JDT kerana perlawanan ini sememangnya penting untuk kedua-dua pasukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Mengenai persediaan bahagian serangan The Rhinos dalam mengekang asakan jentera serangan Harimau Selatan yang telah meledak 21 jaringan dalam lima perlawanan terakhir, Kim Swee menegaskan pasukan pelawat akan mengekalkan pendekatan sama seperti dalam perlawanan sebelum ini.\u201cTiada sebarang perbezaan yang dilakukan dalam persediaan berdepan jentera serangan JDT, pendekatan kita masih lagi sama seperti dalam lima perlawanan terdahulu kerana saya percaya setiap pemain Sabah tahu tanggungjawab masing-masing dalam perlawanan penting ini.\u201cApa yang paling penting di sini setiap pemain perlu mengekalkan fokus dan lebih berdisiplin dalam perlawanan ini kerana JDT sebuah pasukan yang mempunyai kualiti yang cukup baik dan mereka mampu melakukan serangan pada bila-bila masa, selain bahagian pertahanan paling ampuh apabila hanya bolos satu gol pada ketika ini.\u201cJika dilihat statistik perlawanan sebelum dapat kita katakan bahawa JDT berada pada tahap terbaik mereka, namun saya percaya pemain-pemain Sabah teruja untuk membuktikan sesuatu apabila berdepan tuan rumah,\u201d katanya.Sementara itu, Kim Swee menegaskan keputusan perlawanan ibarat buku bertemu ruas di Iskandar Puteri tersebut tidak akan mengubah arah tuju kejuaraan liga.\u201cSejujurnya kita harus realistik kerana ini baru merupakan perlawanan keenam liga buat Sabah dan JDT, dan apabila jendela perpindahan pemain dibuka setiap pasukan akan melakukan penambahbaikan masing-masing.\u201cBagi Sabah FC, saya lebih memfokuskan dari satu perlawanan ke satu perlawanan seperti yang saya maklumkan sebelum ini tanpa mengira JDT atau pasukan lain.\u201cApa juga keputusan di Iskandar Puteri tidak akan menentukan pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan liga musim ini.\u201cMalah kami masih perlu mengharungi lebih banyak perlawanan liga selepas ini selain beberapa lagi kejuaraan lain,\u201d katanya.Pada masa sama Kim Swee mengakui Harimau Selatan dikendalikan pengendali JDT, Esteban Solari merupakan satu pasukan yang boleh dikatakan paling konsisten bukan sahaja dalam setiap perlawanan tetapi juga dengan kejuaraan yang mereka miliki sejak beberapa musim lalu.\u201cWalaupun kita dapat lihat JDT meraih kejayaan demi kejayaan, namun Harimau Selatan sentiasa melakukan penambahbaikan pemain-pemain sedia ada terutama pada musim ini\u201cIni termasuk kemasukan semula penyerang sensasi, Diogo Luis Santo bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim ini, malah tanpa Bergson Da Silva pun Diogo telah membuktikan keupayaan sebenarnya.\u201cSecara keseluruhan saya boleh katakan JDT memiliki skuad paling mantap tanpa mengira pemain import atau lokal yang diturunkan kerana setiap department pasukan seimbang serta mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan ketua jurulatih tanpa banyak perbezaan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252239/berita/sukan/rumput-padang-stadium-nasional-diagih-percuma-esok", "article_title": "Rumput padang Stadium Nasional diagih percuma esok", "article_text": "ORANG ramai khasnya pencinta rumput boleh mendapatkan rumput padang Cow Grass Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Perbadanan Stadium Malaysia ingin menawarkan rumput sedia ada secara percuma kepada orang awam pada tarikh tersebut bermula pagi dan petang Jumaat sempena dengan kerja-kerja penggantian rumput padang Stadium Nasional.\"Waktu pengambilan melibatkan dua sesi iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang sehingga 5 petang.\"Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian.\"Perkhabaran itu dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia menerusi laman sosialnya menjelang proses menggantikan rumput baharu padang Rumah Harimau Malaya daripada Cow Grass ke rumput Zeon Zoysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252225/berita/sukan/harimau-muda-tak-pandang-mudah-thailand-yaman-laos", "article_title": "Harimau Muda tak pandang mudah Thailand, Yaman, Laos", "article_text": "PENGENDALI Harimau Muda Bawah 17 tahun (B-17) negara, Osmera Omaro berkata, anak buahnya tidak akan mengambil mudah saingan Kumpulan A Piala Asia B-17 2023 di Thailand, Jun ini.Malah menurutnya, ketiga-tiga pasukan lawan termasuk tuan rumah Thailand, Yaman dan Laos mempunyai kekuatan masing-masing.Tegasnya, skuad negara bakal berdepan tuan rumah Thailand yang mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.\u201cSaya juga mengetahui mengenai Yaman, mereka sangat mengagumkan semasa kelayakan manakala Laos memang pasukan yang akan buat orang susah kerana pemain Laos mempunyai disiplin permainan yang baik.\u201cKita selesa main dengan pasukan Asia dan Asia Tenggara. Jadi, kita ada peluang yang baik, kita kena ambil kesempatan undian ini dan cuba melangkah sejauh yang boleh,\u201d katanya menerusi rakaman audio yang dikongsi kepada pemberita pada Khamis.Sebelum itu, peluang skuad Harimau Muda B-17 untuk ke Piala Dunia B-17 di Peru cerah, apabila diundi bersama dua pasukan Asia Tenggara dalam Kumpulan A Piala Asia B-17 2023.Harimau Muda dijangka tidak berdepan masalah melepasi peringkat kumpulan apabila cabaran sebenar hanya bakal dihadapi pada pusingan suku akhir di kejohanan berprestij itu.Skuad muda negara dijangka bertemu antara tiga pasukan terkuat benua ini yang berada dalam Kumpulan B - Korea Selatan, Qatar, Iran atau Afghanistan, sekiranya muncul juara atau naib juara peringkat kumpulan.Sebagai rekod, empat pasukan terbaik pada Piala Asia B-17 2023 akan mendapat slot ke Piala Dunia B-17 2023 di Peru, hujung tahun ini, sebagai wakil Konfederasi Bola sepak Asia (AFC).Kumpulan C pula menyaksikan pasukan China, Arab Saudi, Australia dan naib juara edisi lepas, Tajikistan.Juara bertahan Jepun pula mengetuai Kumpulan D bersama-sama Vietnam, India dan Uzbekistan.Pencapaian terbaik Harimau Muda B-17 negara adalah mara suku akhir pada 2014 apabila tumpas kepada Australia 1-2 di Bangkok.Harimau Muda mencipta sensasi apabila melangkah ke Piala Asia selepasmembelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Pakansari, Indonesia pada Oktober lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 08:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252222/berita/sukan/joko-widodo-kecewa-keputusan-fifa", "article_title": "Joko Widodo kecewa keputusan FIFA", "article_text": "PRESIDEN Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Federasi Sepak Bola Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.Beliau berkata, keputusan itu turut mengecewakan seluruh rakyatnya namun mahu mereka segera melupakannya dan tidak saling menunding jari menyalahkan sesiapa.\"Kita harus menghormati dan menerima keputusan itu,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga digesa mengelakkan negaranya dikenakan tindakan tatatertib dan mencuba untuk menjadi hos bagi kejohanan FIFA yang lain.FIFA pada Rabu menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia selepas beberapa ahli politik negara itu membantah penyertaan pasukan Israel.Menurut persekutuan itu, tindakan tatatertib terhadap PSSI mungkin diputuskan tidak lama lagi.Indonesia dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan pasukan Israel melayakan diri ke kejohanan itu pada Julai 2022.Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 08:47pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252218/berita/sukan/pfam-mahu-heret-melaka-sarawak-united-ke-mahkamah", "article_title": "PFAM mahu heret Melaka, Sarawak United ke mahkamah", "article_text": "MELAKA dan Sarawak United FC akan dibicarakan di peringkat Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 6 April ini selepas kegagalan dua kelab itu melunaskan tunggakan gaji pemain masing-masing yang bakal menyaksikan tindakan mahkamah menjadi penyelesaian terakhir.Itu nada tegas Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail, selepas kegagalan kepimpinan kedua-dua kelab tersebut memberikan maklum balas dalam usaha entiti berkenaan untuk menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan pemain-pemain sebelum ini.\u201cKita sudah hantar beberapa surat kepada Melaka United dan Sarawak United, namun tiada ruang mahupun inisiatif daripada kedua-dua kelab untuk menyelesaikan masalah tersebut.\u201cYa, ini sememangnya satu tindakan keras bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji pemain berlaku pada masa depan.\u201cJadi, PFAM terpaksa guna langkah seterusnya iaitu undang-undang. Kami harap akan ada satu keputusan daripada perbicaraan NDRC minggu depan sebelum membawa kes ini ke mahkamah.\u201cKita mengambil tindakan mahkamah kerana tiada ruang dan inisiatif daripada pasukan terbabit untuk selesaikan masalah itu,\u201d katanya kepada pemberita pada Program Buka Puasa PFAM Bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) pada Rabu.Difahamkan Melaka United mempunyai tunggakan gaji lebih RM1 juta manakala Sarawak United pula kurang RM500,000 terhadap 20 pemain yang bernaung di bawah PFAM daripada kedua-dua kelab tersebut.Sebagai rekod, Melaka United dan Sarawak United sebelum ini disingkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kedua-dua kelab itu untuk Lesen Kebangsaan ditolak berikutan masalah tunggakan gaji musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 08:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252204/berita/sukan/hanya-dua-negeri-minat-tukar-rumput-zeon-zoysia", "article_title": "Hanya dua negeri minat tukar rumput Zeon Zoysia", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan hanya menerima dua surat permohonan iaitu daripada kerajaan Kedah dan Perak untuk peruntukan menaik taraf padang bola sepak mereka dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.Beliau bagaimanapun berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memerlukan sedikit masa untuk meneliti kandungan surat berkenaan.\"Mesyuarat kedua bersama Exco dari semua negeri akan diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas terkini daripada wakil setiap negeri sekiranya mereka masih berminat atau menolak tawaran yang diberikan KBS.\"Mereka (kerajaan Kedah dan Perak) sudah sedia sebab mereka sudah menghantar surat permohonan tukar rumput Zeon Zoysia. Namun, kita tetap akan (adakan) mesyuarat bersama Exco negeri-negeri untuk mendapatkan ketetapan mereka berhubung pemilikan rumput itu,\" katanya kepada pemberita selepas majlis bersama Persatuan Kriket Malaysia (MCA) di sini semalam.Hannah berkata, negeri-negeri yang berminat perlu memastikan penyelenggaraan awal seperti memastikan infrastruktur padang berada dalam keadaan baik dilaksanakan sebelum penyerahanJanuari lepas, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di satu padang yang dipilih dengan penyelenggaraan tahunan padang berkenaan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah pihak MCA yang tidak memiliki padang latihan tetap ketika ini dan beliau berterima kasih kepada Sime Darby Properties yang menawarkan badan induk itu menjalankan latihan di Bayuemas Oval di Klang, bermula Ogos tahun lalu.\"Sukan ialah non-profit. Jadi susah untuk mereka cari dana sendiri dan fokus mereka seharusnya kepada isu pembangunan sukan tetapi bila fasiliti infrastruktur tiada memang sukar untuk mereka (fokus).\"Jadi saya hargai pihak korporat yang membantu dan kali ini KBS memang ada penambahan bajet dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab bantu sukan dapat lebih perhatian dalam pelaksanaan bajet,\" katanya.Sementara itu, Presiden MCA Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali berharap skuad kriket negara mempunyai 'rumah tetap' untuk bertapak sekiranya hasrat untuk berada di Bayuemas Oval selama-lamanya tidak kesampaian, selain mengharapkan badan korporat tampil membantu dan bekerjasama dengan mereka.\"Kita harap jumpa jalan penyelesaian sama ada boleh duduk di sini selama-lamanya. Saya berharap KBS akan bersama kita dan menyokong kita namun sejak beberapa tahun lepas, ia tidak berlaku demikian. Tapi saya yakin (Menteri Belia dan Sukan) akan bantu kita melalui waktu sukar ini,\" katanya.Pada 30 Jun tahun lalu, MCA terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada padang kesayangan mereka di Kinrara Oval, Puchong selepas 18 tahun beroperasi di situ. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 07:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252176/berita/sukan/azizulhasni-berpuasa-15-jam-di-mallorca-sepanyol", "article_title": "Azizulhasni berpuasa 15 jam di Mallorca, Sepanyol", "article_text": "JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berdepan ujian mencabar untuk berpuasa selama kira-kira 15 jam sehari di bulan Ramadan ini.Tempoh berpuasa yang panjang itu terpaksa dilalui oleh pelumba berusia 35 tahun itu kerana berada di Mallorca, sebuah pulau di Sepanyol berhampiran perairan Mediterranean bagi mengikuti kem latihan untuk perlumbaan di sekitar Eropah.\u201cPuasa di sini mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan keadaan cuaca yang mempunyai matahari panas tetapi dengan angin yang sejuk.\u201cSuhu minimum sekitar 8 celcius dan maksimum mencecah 25 celcius, malah masyarakat tempatan mengatakan sekarang adalah the best season of the year,\u201d ujarnya menerusi catatan di Facebook pada Khamis.Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman turut berkongsi foto kepenatan yang dialaminya selepas menjalani sesi latihan sementara menunggu waktu berbuka puasa.\u201cKalau anda dapat lihat gambar yang dikongsi itu, saya bukan sahaja kepenatan daripada sesi latihan tetapi mengusap perut memujuk diri yang hanya tinggal beberapa jam lagi untuk berbuka puasa,\u201d katanya.Bagaimanapun pelumba yang berasal dari Terengganu itu menjelaskan sesi latihan pada Ramadan disesuaikan dengan program dan waktu latihan.\u201cBagi mereka yang tak tahu, latihan masih dijalankan seperti biasa untuk saya dan pasukan lumba basikal trek Malaysia walaupun di bulan Ramadan.\u201cCumanya, sudah tentu ada sedikit ubah suai ke atas program latihan dan waktu untuk berlatih,\u201d katanya.Pertengahan bulan ini, Azizulhasni yang mengalami kecederaan semasa sesi latihan terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan saingan dalam perlumbaan Piala Negara-Negara UCI di Kaherah, Mesir.Sebelum itu, dia yang kembali ke trek pada Februari lalu selepas rehat panjang susulan pembedahan berkaitan jantung berjaya meraih pingat perak dalam acara keirin saingan Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 05:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252146/berita/sukan/misi-wajib-menang-tfc", "article_title": "Misi wajib menang TFC", "article_text": "MISI wajib menang dilaungkan pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner apabila pasukan itu menerima kunjungan Kelantan United FC (KUFC) pada aksi keenam Liga Super malam esok.Beliau yang mesra dengan panggilan Tommy, justeru menggesa anak buahnya menggunakan segala kudrat yang ada untuk mengutip tiga mata penuh pada aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini.Katanya, skuad Penyu perlu menang seberapa banyak perlawanan jika ingin berada di kelompok teratas Liga Super.\"Kami tidak ada pilihan kecuali menang dan mengutip tiga mata pada perlawanan menentang KUFC Jumaat ini.\"Sudah tentu setiap perlawanan beri sedikit tekanan kerana setakat ini kami hanya mengumpul empat mata daripada lima perlawanan. Saya harap pemain dapat meningkatkan mutu permainan dan beraksi lebih baik dalam perlawanan akan datang untuk meraih tiga mata,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan di SSMZA.Sementara itu, kapten TFC, Shahrul Nizam Ros Hasni berharap rakan sepasukannya dapat mengikut perancangan yang ditetapkan ketua jurulatih malam esok.Beliau berkata, walaupun skuad Kijang Hijau dibarisi ramai tonggak berpengalaman seperti Syazwan Zainon dan Indra Putra Mahayuddin, ia bukan alasan untuk TFC terlalu memandang tinggi keupayaan pihak lawan.\"Saya akui moral dan tahap keyakinan rakan sepasukan mungkin agak terjejas selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir, tetapi saya nak ingatkan mereka supaya jangan gerun sangat dengan KUFC. Atas padang tiada istilah pemain senior atau junior... hanya yang kuat akan menang,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 03:19pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252133/berita/sukan/jdt-tak-pandang-mudah-ancaman-sabah", "article_title": "JDT tak pandang mudah ancaman Sabah", "article_text": "JUARA sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) menyifatkan Sabah FC merupakan pasukan yang tetap perlu diberikan perhatian berdasarkan persembahan konsisten kelab dari Kepulauan Borneo itu dalam saingan Liga Super musim ini.Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, perlawanan menentang anak buah Datuk Ong Kim Swee pada Jumaat ini merupakan satu perlawanan yang sukar memandangkan The Rhinos juga mempamerkan prestasi yang baik selepas lima perlawanan pembukaan liga.\u201cKami perlu fokus secara taktikal sepanjang 90 minit. Kami telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.\u201cWalaupun skuad ini secara amnya berada dalam keadaan yang baik, terdapat beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya dan masih menjalani pemulihan.\u201cNatxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang manakala Bergson Da Silva masih belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan terakhir,\u201d katanya yang juga pengurus Harimau Selatan.JDT kini mengungguli saingan Liga dengan 15 mata manakala Sabah pula di kedudukan kedua dengan 13 mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan liga.Untuk rekod, perlawanan ini juga disifatkan sebagai perlawanan berintensiti tinggi yang akan menguji keberkesanan percaturan taktikal Solari dan Kim Swee.Pada masa sama Solari memaklumkan bahawa tuan rumah bermungkinan kehilangan khidmat Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.\u201cArif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos juga tidak cergas 100 peratus dan masih menjalani pemulihan serta latihan ringan.\u201cKami berharap pemain-pemain ini kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 02:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252126/berita/sukan/laluan-landai-bukan-jaminan-dapat-emas", "article_title": "Laluan landai bukan jaminan dapat emas", "article_text": "STRUKTUR laluan landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, Kemboja bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu Mei depan.Pelumba basikal wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir berkata, situasi itu turut memberi manfaat kepada pasukan negara lain yang mempunyai kelebihan dalam memecut untuk menjuarai acara berbasikal lebuh raya.Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu bersama rakan sepasukan akan menggunakan strategi yang sesuai selain mencuri ruang untuk berkomunikasi ketika perlumbaan bagi mendahului pasukan lain.\u201cLaluan di Kemboja adalah rata tetapi bukan mudah untuk dapat emas. Berbanding ketika Sukan SEA, Hanoi, ini lagi mudah,\u201d katanya.Terdahulu Timbalan Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee meninjau persiapan atlet berbasikal di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai pada Rabu.Sharon (kiri) dan Shalin (dua dari kiri) meninjau sesi latihan skuad berbasikal negara di Nilai pada Rabu. - Foto Facebook MSNAtlet kelahiran Terengganu itu memberitahu, skuad kebangsaan akan berlepas ke Thailand pada 6 April ini bagi menghadapi dua kejohanan sebagai medan persiapan sebelum ke Sukan SEA.Katanya, kejohanan itu mampu membantu skuadnya mengenali dan mengetahui tahap kekuatan pasukan lawan sebelum ke Kemboja.Pada Sukan SEA di Hanoi tahun lepas, Nur Aisyah meraih dua pingat perak masing-masing dalam acara lebuh raya wanita individu dan lebuh raya wanita berpasukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 01:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252115/berita/sukan/ansu-fati-menghitung-nasib-bersama-barcelona", "article_title": "Ansu Fati menghitung nasib bersama Barcelona", "article_text": "DILEMA pemain muda, Ansu Fati dalam menentukan perjalanan karier bola sepaknya apabila perlu memilih untuk kekal atau angkat kaki meninggalkan kelab La Liga, Barcelona.Pemain berusia 20 tahun itu mahu kekal di Camp Nou, bagaimanapun bapanya, Bori Fati berfikiran sebaliknya.Penyerang itu telah membuat 38 penampilan dalam kesemua kejohanan musim ini dengan 27 daripadanya sebagai pemain gantian.Bori Fati yang merupakan pengurus anaknya di samping ejen, Jorge Mendes tidak berpuas hati dengan situasi itu dan berasakan pemain itu layak mendapat lebih banyak minit permainan bersama pasukan bimbingan Xavi tersebut.\u201cJika saya dapat menentukannya, saya akan membawanya keluar menyertai pasukan lain tetapi Ansu mahu kekal di Barcelona,\u201d ujar Bori Fati.Ansu sudah bersama kelab tersebut sejak 2012 sehingga 2019 sebelum menyertai skuad senior.\u201cDia tidak mahu menyertai pasukan lain tetapi saya mahu melihat dia berjaya. Sebagai seorang bapa, saya berasa marah.\u201cMelihat Ansu hanya dapat bermain dengan sedikit membuatkan anda berasa bengang. Saya berfikir sebagai seorang bapa, bukan sebagai jurulatih,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 12:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252106/berita/sukan/renard-letak-jawatan-jurulatih-arab-saudi", "article_title": "Renard letak jawatan jurulatih Arab Saudi", "article_text": "ARAB Saudi mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Herve Renard yang akan dilantik sebagai pengendali skuad wanita Perancis.Renard, yang masih memiliki kontrak dengan Arab Saudi sehingga 2027, akan mengambil alih pasukan wanita Perancis menjelang saingan Piala Dunia di Australia dan New Zealand pada Julai depan.Jurulatih berusia 54 tahun itu akan menggantikan tempat Corinne Diacre sebagai jurulatih Les Bleues.\"Terima kasih kepada peminat, penyokong dan kerajaan Arab Saudi sepanjang tempoh empat tahun sebagai jurulatih.\"Ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengambil keputusan seperti ini,\" ujar Renard.Renard melatih Arab Saudi pada 2019 dan memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali.Dia juga memacu pasukannya ke saingan Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut selain turut menjadi jurulatih import yang merekodkan kemenangan terbanyak dalam sejarah negara itu.Renard memimpin Arab Saudi menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Qatar sebelum tersingkir selepas tewas kepada Poland dan Mexico.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 12:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252103/berita/sukan/kemasyhuran-ferguson-wenger", "article_title": "Kemasyhuran Ferguson, Wenger", "article_text": "IBARAT sireh pulang ke gagang bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson dan bekas bos Arsenal, Arsene Wenger menjadi jurulatih pertama menyertai Dewan Kemasyhuran Liga Perdana Inggeris (EPL).Figura hebat itu bersaing sengit di era 90-an, memenangi 16 gelaran liga tertinggi Inggeris di antara mereka.Ferguson, 81, menjadi jurulatih paling berjaya dalam sejarah EPL apabila memacu United merangkul 13 gelaran, manakala Wenger memenangi kejohanan itu tiga kali bersama Arsenal, termasuk tidak tewas sepanjang musim 2003/04.Ferguson yang membimbing United lebih 26 tahun, memenangi gelaran sulung ketika EPL diperkenalkan pada musim 1992/93 - kejayaan liga pertama Red Devils sejak tahun 1967.\u201cIni satu penghormatan apabila mendapat pengiktirafan sebegini. Namun ia bukan tentang saya sebagai individu, sebaliknya berkaitan tugas di United dan ikatan yang kami ada sepanjang di Old Trafford.\u201cSaya amat bangga untuk kelab, kakitangan dan pemain-pemain,\u201d kata Ferguson yang bersara pada tahun 2013 selepas merangkul gelaran ke-13.Enam pemain di bawah kendalian Ferguson terlebih dahulu memasuki Dewan Kemasyhuran EPL.Mereka ialah David Beckham, Eric Cantona, Roy Keane, Wayne Rooney, Peter Schmeichel dan Paul Scholes.Wenger pula tiba di Arsenal pada tahun 1996 sebagai salah seorang pengendali dari luar negara di EPL, kekal di kelab itu sehingga tahun 2018.Jurulatih dari Perancis itu menerapkan falsafah bola sepak berbeza, mementingkan soal pemakanan dan sains sukan dalam bola sepak Inggeris.Dia komited dengan corak permainan menarik, menyerang dan memenangi gelaran pada 1997/98 - musim penuh pertamanya bersama kelab.Wenger turut memanfaatkan pasaran perpindahan dengan mencungkil bakat dari luar negara, dua pemainnya dari Perancis - Thierry Henry dan Patrick Vieira turut tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran EPL.\u201cBerkongsi pengiktirafan ini bersama Sir Alex adalah penghormatan yang besar buat saya. Ia seperti dua petinju - bertarung sengit dan mencapai kejayaan bersama.\u201cIa adalah peluang terbaik untuk kembali bertemunya dan mengimbau kenangan lalu,\u201d kata Wenger yang bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebagai ketua pembangunan bola sepak FIFA.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 12:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252077/berita/sukan/fifa-gugurkan-indonesia-anjur-piala-dunia-bawah-20-tahun", "article_title": "FIFA gugurkan Indonesia anjur Piala Dunia Bawah 20 Tahun", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Rabu menggugurkan Indonesia sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Bawah 20 Tahun (U-20) 2023 berikutan kegagalan memberikan komitmen untuk kejohanan itu,Keputusan negara berkenaan untuk tidak mengendalikan kejohanan yang dijangka berlangsung pada 20 Mei hingga 11 Jun itu dibuat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) berikutan penolakan penyertaan pasukan Israel di kejohanan tersebut oleh dua orang gabenor di republik itu.\u201cDisebabkan beberapa keadaan semasa, FIFA telah membuat keputusan mengeluarkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023,\u201d kata FIFA dalam kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Reuters. FIFA turut berkata, pengumuman negara mana yang bakal mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.Dalam masa sama, tarikh kejohanan berkenaan, jelas FIFA, kekal tidak berubah.\u201cKemungkinan bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap PSSI juga akan diumumkan pada peringkat seterusnya,\u201d tegas FIFA lagi.Badan induk bola sepak antarabangsa itu berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pertemuan yang berlangsung antara Presiden FIFA, Gianni Infantinio dan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir di Doha, Qatar pada Rabu.Baru-baru ini demonstrasi mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin diadakan di ibu negara itu, Jakarta menuntut agar pasukan bola sepak Israel tidak dibenarkan menyertai kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023.Gabernor Bali, Wayan Koster dan Gabernor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo turut melakukan bantahan yang sama.Indonesia merupakan negara yang memiliki penduduk Islam terbesar di dunia.Negara itu dipilih sebagai penganjur pertandingan edisi 2023 pada Oktober 2019 sedangkan penyertaan pasukan Israel hanya diketahui pada Julai 2022.Kejohanan Piala Dunia B-20 dijadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun membabitkan 24 negara dan berlangsung di enam lokasi iaitu Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya.Media tempatan melaporkan FIFA secara rasmi membatalkan undian kumpulan Piala Dunia B-20 yang bakal diadakan pada 31 Mac di Bali.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 08:31am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252071/berita/sukan/masih-banyak-kena-belajar---faisal", "article_title": "Masih banyak kena belajar - Faisal", "article_text": "BINTANG Harimau Malaya, Faisal Halim menyifatkan masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaikinya dalam perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional biarpun dilabel antara pemain terbaik dimiliki skuad kebangsaan ketika ini.Menurut pemain Selangor FC itu, dia dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu permainannya pada masa depan.\u201cAlhamdulillah, saya tetap bersyukur kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemain bagi membantu kemenangan pasukan kali ini.\u201cKalau diikutkan, memanglah ini bukan yang terbaik, tetapi pemain telah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik kali ini,\u201d katanya.Sebagai rekod, Faisal memainkan peranan besar pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong baru-baru ini.Malah, Faisal turut mencatatkan nama selaku penjaring gol pada aksi persahabatan berkenaan apabila menjaringkan gol kedua ketika berdepan Hong Kong.Mengulas mengenai kejayaannya mengakhiri kemarau gol Faisal berkata, dia bersyukur dengan kejayaan berkenaan.Malah katanya, kejayaannya itu turut dibantu oleh rakan-rakan sepasukan lain yang turut bekerja keras sepanjang perlawanan.\u201cSyukur dengan apa yang ALLAH SWT berikan kali ini, malah semua ini datang dari ALLAH SWT... insya-ALLAH, ia akan membantu saya untuk meningkatkan lagi mutu permainan selepas ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 07:36am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252070/berita/sukan/dua-gol-buat-harimau-malaya-barakan-semangat-akhyar", "article_title": "Dua gol buat Harimau Malaya barakan semangat Akhyar", "article_text": "PEMAIN Harimau Malaya, Muhammad Akhyar Rashid mengakui amat berpuas hati selepas meledak dua gol dalam dua aksi persahabatan menentang Hong Kong dan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.Bintang Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) itu berkata, perasaan itu hadir disebabkan dia kurang mendapat peluang beraksi sekali gus tidak berpeluang menampilkan potensi sebenar dimilikinya.\u201cBagi saya untuk dua perlawanan ini, disebabkan saya jarang dapat main (jadi) saya puas hati sangat kerana dua gol dalam dua perlawanan.\u201cJadi untuk perlawanan berikutnya saya akan buat lebih baik, saya tak rasa bermain dengan sangat baik dalam dua perlawanan ini tetapi saya cuba buat apa yang terdaya.\u201cSejujurnya saya amat terharu, terima kasih kepada keseluruhan pemain Harimau Malaya yang memberikan dorongan walaupun saya jarang dapat bermain, itulah yang saya boleh buat, saya bagi 100 peratus dalam permainan,\u201d katanya selepas perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Iskandar Puteri.Pada perlawanan itu, pemain Harimau Selatan berusia 24 tahun itu antara penjaring gol bermula minit ke-18 diikuti jaringan Faisal Halim (m-41) untuk kemenangan 2-0.Bekas bintang berprofil tinggi Sang Kenari itu sebelum ini turut menyumbang gol kemenangan Harimau Malaya ketika menjinakkan Turkmenistan 1-0, pada Khamis lalu.Berkongsi mengenai tahap kecergasannya dan keupayaan mengekalkan rentak setiap kali dipanggil menyarung jersi negara di sebalik jarang beraksi, Akhyar berkata, antara rahsianya ialah penjagaan makan dan minum.\u201cSejujurnya saya jaga makan dan minum, saya tidak cukup cergas disebabkan tidak cukup minit permainan tetapi saya cuba buat yang bagus dalam latihan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 07:27am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252064/berita/sukan/tnb-barakan-liga-hoki-phkl-dbkl", "article_title": "TNB barakan liga hoki PHKL-DBKL", "article_text": "KEHADIRAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai penaja memeriahkan lagi saingan Liga Hoki Terbuka Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL)- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), I Vikneswaran berkata, liga terbuka yang akan dikenali sebagai TNB-PHKL-DBKL tahun ini akan mempertandingkan beberapa kategori sekali gus menarik minat masyarakat terhadap sukan hoki.\u201cLiga TNB-PHKL-DBKL akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023 dengan peringkat yang berbeza. Acara yang sedang berlangsung ialah liga terbuka.\u201cKami juga akan mengadakan acara untuk umur 35 tahun, 50 tahun dan 60 tahun keatas. Liga wanita dan acara pembangunan yang berbeza untuk kumpulan umur yang lebih muda juga akan diadakan sebagai persediaan untuk peringkat bawah 14 tahun dan 16 tahun kebangsaan,\u201d katanya pada Rabu.Dalam masa sama, Vikneswaran turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang terus setia memberikan sokongan kepada penganjuran pelbagai aktiviti sukan.\u201cDatuk Bandar Kuala Lumpur adalah penaung PHKL apabila sukan diberi tempat yang istimewa kerana ia bukan sahaja membangunkan bakat tetapi untuk membina sahsiah dan memupuk gaya hidup positif dalam masyarakat yang berbilang budaya.\u201cDengan perjalanan positif liga yang meriah di Kuala Lumpur, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal telah memberikan sokongan penuh terhadap usaha yang diambil oleh PHKL, DBKL dan TNB untuk melihat sukan ini terus berkembang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252049/berita/sukan/liga-super-safee-kecewa-penyerang-tempatan-kurang-bermain", "article_title": "Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain", "article_text": "BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.Safee yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Selangor berkata, situasi itu boleh membawa keburukan kepada skuad Harimau Malaya dalam melahirkan penyerang berkualiti selepas kebanyakan pasukan Liga Super lebih bergantung kepada kudrat penyerang import dalam saingan tersebut.\"Untuk kebaikan pasukan negara saya harapkan akan ada banyak lagi penyerang tempatan diturunkan dalam liga selepas ini.\"Sekiranya penyerang tempatan diturunkan, saya percaya ia dapat meningkatkan keyakinan pemain dari semasa ke semasa,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Orang Kurang Upaya penglihatan dan orang kerdil anjuran Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) di sini hari ini.Selepas lima perlawanan Liga Super musim ini, hanya pemain sayap sensasi JDT Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya mengisi kelompok 10 penjaring teratas dengan berada di tempat ketiga menerusi tiga gol.Rakan sepasukan Arif Aiman, Fernando Martin Forestieri yang merupakan penyerang kelahiran Argentina mengungguli carta penjaring terbanyak dengan lima gol sehingga kini.Sementara itu, Safee yang juga Presiden PFAM berkata, majlis itu dianjurkan bagi memberi sumbangan termasuk duit raya kepada golongan memerlukan termasuk mereka yang diraikan hari ini.\"Majlis ini merupakan peluang kepada kami dan pemain untuk menambah pahala dalam bulan Ramadan yang mulia ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 09:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252029/berita/sukan/fasiliti-universiade-setanding-olimpik", "article_title": "Fasiliti Universiade setanding Olimpik", "article_text": "TUAN rumah Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya tersebut yang dijadualkan pada 27 Julai hingga 8 Ogos depan.Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli pada Rabu.\"Opening (pembukaan) Julai nanti, tapi kebanyakan venue macam boleh mula dah esok,\" katanya menerusi catatan di Facebooknya.Makluman perkembangan persiapan itu dibuat selepas lawatan dan taklimat di sebahagian venue yang diberikan kepada ketua-ketua delegasi negara peserta Universiade Chengdu.Pekan turut meluahkan rasa kagum dengan komitmen tuan rumah menguruskan persiapan Universiade itu yang boleh dianggap setaraf mengelolakan Sukan Olimpik.\"Spesifikasinya sangat tinggi. Kemajuan teknologi yang digunakan berkelas dunia,\" katanya.Tambahnya, biarpun temasya tersebut ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, namun tuan rumah tetap bersemangat untuk menyiapkan semua kemudahan buat para atlet.\"Mungkin disebabkan acara telah tertangguh selama dua tahun, tetapi yang menakjubkan komitmen dan bersemangat tinggi rakyat Chengdu dan China tetap jitu dan tidak berubah,\" katanya.Menurut Pekan, Chengdu juga dikenali sebagai Country of Heaven dan dipercayai segalanya yang dihajatkan boleh ditunaikan di sini sesuai dengan tagline Make Dreams Comes True.\"Apakah impian kontinjen Universiti Malaysia untuk menggapai emas sulung di Universiade akan menjadi kenyataan,\" katanya.Kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam lapan jenis sukan iaitu badminton, wushu, terjun, olahraga, memanah, taekwondo, menembak dan renang.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 07:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252023/berita/sukan/kbs-sedia-realisasi-impian-mom-miliki-bangunan-baharu", "article_title": "KBS sedia realisasi impian MOM miliki bangunan baharu", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersedia merealisasikan impian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk memiliki bangunan baharu canggih di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya akan meneliti cadangan itu sebelum dibawa ke kabinet untuk mendapat kelulusan dan seterusnya dibangunkan.Katanya, Wisma MOM di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur tidak lagi sesuai untuk masa depan kerana kawasan tersebut dikelilingi sekolah dan bangunan komersial termasuk Menara Merdeka 118.Tambahnya, wisma baharu tidak melibatkan dana KBS sebaliknya MOM akan bekerjasama dengan syarikat pemaju untuk melaksanakan pertukaran aset (land swap) dengan tanah milik kerajaan di Bukit Jalil.\u201cKita perlu lihat dahulu tanah projek. Selepas itu model dan diikuti dengan dana. Bagaimanapun, ia perlu kelulusan kabinet. Saya akan mengangkat kertas (cadangan) ke kabinet,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat kunjungan ke Wisma MOM di Kuala Lumpur pada Rabu.Kedatangan beliau disambut Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Hannah berkata, sebelum dibawa ke Kabinet beliau perlu mendapat maklum balas dari beberapa agensi berkaitan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).\u201cSaya perlu maklum balas ini untuk melihat kepada fasiliti dan sebarang kekangan. Apabila ditanya nanti senang untuk difahami.\u201cLagi pun di sini juga mempunyai galeri Olimpik yang sebenarnya boleh diakses oleh orang awam, cuma lokasinya sangat kecil.\u201cSebagai ahli parlimen di Wilayah Persekutuan saya juga perlu lihat pelan pembangunan Kuala Lumpur dan permohonan bangunan mengikut pelan berkenaan,\u201d katanya.Dalam pada itu, Norza memberitahu MOM mahu mengikut jejak langkah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland yang sudah mempunyai bangunan baharu.\u201cSaya beranggapan bangunan MOM baharu di Bukit Jalil akan menjadi satu monumen dan kemegahan warga sukan negara.\u201cIa juga untuk memodenkan persatuan sukan yang mempunyai pejabat di MOM dengan menyediakan pelbagai fasiliti asas (pejabat, bilik mesyuarat, bilik pentadbiran, muzium dan pusat penyelidikan Olimpik).\u201cPersatuan juga boleh berjumpa dengan atlet yang berada di sekitar Bukit Jalil. Jadi kita melihat perkara ini untuk mengurangkan kos semua orang. Ia juga untuk elak daripada melakukan pembaziran dengan ada pusat sehenti,\u201d katanya.Nilai Wisma MOM dianggarkan berjumlah RM100 juta pada 2020 dengan berkeluasan 1.6 ekar ( 0.647 hektar).Wisma itu menempatkan 14 persatuan sukan kebangsaan, tiga persatuan negeri serta Persatuan Penulis-Penulis Sukan, Persatuan Olimpian Malaysia serta Persatuan Lumba Jalan Kaki.Tanah bangunan itu yang berkeluasan 0.647 hektarmempunyai tempoh pajakan daripada kerajaan selama 99 tahun sejak 1978 dan akan tamat pada 10 Ogos 2077.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 06:34pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252016/berita/sukan/corbin-ong-gembira-bantu-kejayaan-harimau-malaya", "article_title": "Corbin Ong gembira bantu kejayaan Harimau Malaya", "article_text": "BEK kiri Harimau Malaya, La\u2019vere Corbin Ong gembira berjaya membantu kejayaan skuad negara dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.Menurutnya, kesemua pemain juga dilihat telah memberikan aksi terbaik masing-masing bagi menjamin kejayaan pasukan.\u201cYa, saya gembira kerana telah membantu kemenangan pasukan negara kali ini, tetapi ia bukannya hasil kerja saya seorang.\u201cIa turut melibatkan kerja keras daripada back four, (pemain pertahanan) kita termasuk pemain-pemain di bahagian serangan yang mengasak hebat ke pintu gol lawan.\u201cKami juga dibekalkan dengan game plan daripada jurulatih dan ia ternyata cukup menjadi,\u201d katanya.Skuad Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0, 23 Mac lalu sebelum menewaskan Hong Kong, 2-0 pada 28 Mac dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Selasa.Untuk rekod, Corbin yang berusia 31 tahun itu juga dilihat sebagai antara tonggak utama pasukan dan menjadi antara pemain terbaik Harimau Malaya pilihan netizen di media sosial.Sementara itu Corbin yakin skuad Harimau Malaya kali ini akan menjadi lebih baik dari masa ke masa, asalkan mereka sentiasa bekerja keras memberikan yang terbaik ketika beraksi.Malah katanya, hubungan komunikasi dengan barisan jentera pertahanan pasukan juga semakin bertambah baik.\u201cKami juga cuba memahami corak permainan masing-masing kerana di atas padang, kami bekerja sebagai satu unit dan mengikut perancangan taktikal (game plan) daripada jurulatih,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 06:05pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/252006/berita/sukan/tuah-tidak-berpihak-kepada-kami---andersen", "article_title": "'Tuah tidak berpihak kepada kami' - Andersen", "article_text": "\u201cJIKA tuah berpihak kepada kami di minit-minit awal, sudah pasti keputusan perlawanan ini akan berubah,\u201d Itu reaksi pengendali Hong Kong, Joern Andersen ketika mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad kendaliannya itu kepada Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.Begitupun, Andersen tetap berpuas hati dengan keputusan perlawanan setelah menyaksikan kesebelasan pemainnya mempamerkan aksi mantap dengan memberikan tekanan demi tekanan kepada skuad negara.Malah katanya, skuad yang beraksi kali ini dilihat jauh lebih baik berbanding skuad yang beraksi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lalu.\u201cSaya lebih berpuas hati dengan keputusan perlawanan daripada skuad kali ini..saya dapat lihat lima hingga enam pemain bekerja keras di sepanjang perlawanan dan memberikan kesukaran buat Malaysia.\u201cPemain muda kami, Poon Pui Hin misalnya, memiliki sekurang-kurangnya empat peluang terbaik untuk menjaringkan gol; saya memberikannya peluang untuk beraksi selama 90 minit dan dia telah membalas kepercayaan itu,\u201d ujarnya.Kesebelasan utama pasukan Hong Kong ketika turun bertemu Harimau Malaya pada Selasa. - - Foto FAMUntuk rekod, Hong Kong berpeluang membuka jaringan seawal minit ke-4, menerusi pemain pertahanan, Vasudeva Nunez, namun tandukannya tepat ke tiang gol sebelum melantun keluar biarpun penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sudah pun tertewas.Sementara itu Andersen berkata, pihaknya berkemungkinan menjemput skuad negara untuk beraksi di Hong Kong pada September depan.\u201cSudah dua kali kita dijemput beraksi di sini (Malaysia), dan kini giliran kami pula menjemput anda untuk bermain di Hong Kong.\u201cTapi saya difahamkan, skuad Harimau Malaya sudah pun memiliki perancangan lain, apa pun kita tunggu apa juga keputusannya nanti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 05:25pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251997/berita/sukan/damok-mahu-peraga-tunggangan-lebih-baik-di-gp-argentina", "article_title": "Damok mahu peraga tunggangan lebih baik di GP Argentina", "article_text": "PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman tekad menampilkan aksi lebih baik pada pusingan kedua di Grand Prix (GP) Argentina, minggu ini.Menurut pelumba MT Helmets-MSL berusia 21 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Damok berkata, persembahan pertamanya beraksi di GP Portugal minggu lalu merupakan pengalaman berharga selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-22.\"Ini adalah perlumbaan pertama saya di kejuaraan dunia, jadi saya perlu kekal positif dan berfikiran ke hadapan untuk memperbaiki diri saya. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dengan jentera baharu saya.\"Seperti semua tahu, saya ada lagi banyak perlumbaan. Jadi saya akan bawa semua pengalaman ke perlumbaan seterusnya di Argentina.\"Saya harap semua dapat doakan saya selamat dalam kesemua perlumbaan saya,\" katanya.Damok yang melengkapkan saingan membabitkan 19 pusingan di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao, selatan Portugal dengan catatan keseluruhan 34 minit 57.030 saat.Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Moto3 sebagai pelumba wildcard pada GP Aragon 2021, membuat empat lagi penyertaan wildcard tahun lalu, iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.Kempen 2023 menyaksikan sebanyak 21 pusingan perlumbaan berlangsung dengan Malaysia menjadi venue bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 November ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 05:13pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251990/berita/sukan/harimau-malaya-perlu-tampil-lebih-garang", "article_title": "Harimau Malaya perlu tampil lebih garang", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifaktan kesebelasan skuad kendaliannya perlu tampil lebih garang selepas ini dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan terutamanya ketika beraksi di laman sendiri.Menurut Pan-gon, biarpun kesebelasan pemainnya telah mempamerkan peningkatan ketika menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu, namun rata-ratanya dilihat masih belum mencapai tahap prestasi yang diinginkan.\u201cMasih ada ruang untuk penambahbaikan... kerana walaupun menang, saya masih kurang berpuas hati dan ini adalah satu kenyataan.\u201cNamun pada masa sama, matlamat kita juga sebenarnya masih berterusan dan kami kini berada pada suatu tahap di mana saya gembira untuk mengekalkan rentak kemenangan.\u201cPaling penting, ini kubu kami; siapa (pasukan) yang datang, kami akan tentang dan sedaya upaya mencatatkan kemenangan,\u201d katanya pada Rabu..Untuk rekod, skuad negara mencatatkan dua kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 apabila menewaskan Turkmenistan, 1-0 pada 23 Mac sebelum menewaskan Hong Kong 2-0 malam tadi.Kemenangan itu sekali gus menjadikan skuad negara mengulangi kemenangan 2-0 pada aksi persahabatan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia Kumpulan E, berdepan Hong Kong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun tahun lalu.Selain itu, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu turut gembira apabila skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri selepas hanya tewas kepada Bahrain 1-2 pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun tahun lalu.Tambah Pan-gon, dia berjanji akan membantu pemain mencapai potensi terbaik mereka bagi memastikan pasukan mempamerkan peningkatan menjelang jendela perlawanan antarabangsa FIFA Jun depan.\"Sekarang pemain akan kembali ke kelab masing-masing dan saya mahu lihat setiap mereka, saya mahu lihat mereka pada setiap perlawanan, anda boleh lihat sesetengah pemain tidak cukup kecergasan.\u201cJadi saya mahu galakkan mereka bermain dengan kerap... ini harapan saya dan saya fikir kita boleh maju,\u201d katanya.Sementara itu, pengendali berusia 53 tahun itu berkata, dia agak kecewa menyaksikan kesebelasan pemain tidak dapat mengekalkan intensiti di sepanjang permainan.Katanya, senario berkenaan juga memerlukan kesebelasan pemain untuk mengekalkan penguasaan dan aggresif di sepanjang perlawanan.\u201cSecara keseluruhannya, saya gembira kami menang dua kali berturut-turut, menentang Hong Kong, saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada TMJ ( Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas penyediaan segala kemudahan baik di sini. Kami mempunyai masa dan persediaan untuk dua perlawanan dan menikmatinya.\u201cTerima kasih juga kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, atas sokongan yang diberikan.. terima kasih kepada peminat yang datang untuk memberi sokongan kepada kami semasa Ramadan kerana menerusi sokongan yang diterima, kami mampu berjuang untuk Malaysia. Malam ini ( pada Selasa) amat sukar namun masih satu kemenangan yang baik\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 04:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251986/berita/sukan/norza-berlapik-isu-zii-jia", "article_title": "Norza 'berlapik' isu Zii Jia", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengambil sikap 'berlapik' mengenai spekulasi pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kembali ke pangkuan badan induk itu.Beliau sebaliknya mahu menunggu hasil pertemuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan pemain nombor empat dunia itu. Malah di sebalik prestasi tidak menentu Zii Jia, beliau mengesahkan pemain itu disenaraikan sebagai atlet dalam projek Road to Gold (RTG).\u201cSama ada dia balik kepada BAM atau tidak, dia pasti atlet RTG. Seperti komen semalam (Selasa) saya nak tunggu pertemuan Hannah dan Zii Jia.\u201cApa sahaja bantuan yang diperlukan daripada segi latihan dan kejurulatihan kita (RTG) akan beri sokongan sepenuhnya.\u201cApa pun ia berpandu kepada kriteria dan syarat RTG,\u201d katanya pada sidang media di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur pada Rabu.Beliau terdahulu menerima kunjungan Hannah yang meninjau fasiliti MOM di ibu negara.Sehubungan itu, Mohamad Norza berkata, segala kepincangan melibatkan Zii Jia yang keluar dari BAM awal tahun lalu diketepikan dan mahu pemain itu fokus kepada Sukan Olimpik.Beliau menegaskan, pihaknya enggan campur tangan masalah peribadi kerana negara ketika ini mempunyai misi lebih besar iaitu meraih pingat emas pertama Olimpik.\u201cKetika ini, kita tak ada masa yang panjang, (Olimpik) Paris sudah semakin hampir. Saya mahu kurangkan isu dan spekulasi.\u201cSaya fikir kita hanya nak fokus kepada RTG kerana tak ada guna kalau semua pihak ada isu masing-masing. Isu ini tak boleh diselesaikan dalam sebulan atau setahun,\u201d katanya.Mohamad Norza yang juga pengerusi bersama RTG dengan Hannah menjelaskan bertemu dengan Zii Jia secara kebetulan di hotel ketika kejohanan Seluruh England di Birmingham baru-baru ini.Malah sekali lagi terserempak dengan pemain itu ketika bersahur di sebuah restoran mamak di Sri Hartamas, Petaling Jaya.Sebelum ini tercetus khabar angin pemain dari Alor Setar, Kedah itu akan kembali ke BAM selepas Mohamad Norza memuat naik gambar beliau bersama Zii Jia dalam Instagram.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 04:25pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251985/berita/sukan/harimau-malaya-bakal-naik-ranking-138-dunia", "article_title": "Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia", "article_text": "DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.Menurut pengiraan laman Footy Rankings, skuad negara akan memperolehi 5.27 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dan 4.85 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong.Ia sekali gus menyaksikan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-138 dengan mengumpul 1,082.13 mata dengan kemas kini rasmi hanya akan dilakukan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April depan.Mengikut kemaskini terakhir ranking FIFA pada 22 Disember tahun lalu, Malaysia berada di ranking ke-145 dunia dengan 1066.60 mata dan belum dicampur dengan kiraan mata ketika aksi Piala AFF 2022.Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diraih skuad negara adalah di kedudukan ke-75 manakala ranking terburuk adalah di kedudukan ke-178 dunia.Kedudukan ke-138 dunia itu bakal menyamai kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah berada di kedudukan itu sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 04:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251952/berita/sukan/pan-gon-gembira-dengan-kemenangan-harimau-malaya", "article_title": "Pan Gon gembira dengan kemenangan Harimau Malaya", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon merasakan pasukannya mempamerkan peningkatan permainan meskipun prestasi belum mencapai tahap yang diharapkan selepas menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun, gembira skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri selepas hanya kalah kepada Bahrain 1-2 pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun tahun lepas.\"Matlamat masih berterusan tetapi saya (dapat) rasakan peningkatan itu... Saya rasa masih ada ruang untuk penambahbaikan dan ini adalah kenyataan, kami berada pada suatu tahap namun saya gembira kami mengekalkan rentak kemenangan. Seingat saya, kami beraksi di halaman sendiri sejak Mac dan hanya tewas kepada Bahrain.\"Ini kubu kami, jadi sesiapa yang datang kami beri tentangan. Kami akan sedaya upaya untuk menjadikan halaman kami sebagai kubu dan terus melakar kemenangan... ini yang penting, dari segi prestasi walaupun menang saya masih kurang berpuas hati,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.Mengulas lanjut, jurulatih berusia 53 tahun itu berkata apa yang mengecewakan beliau ialah anak buahnya tidak dapat mengekalkan intensiti permainan, menggambarkan anak buahnya perlu mengekalkan penguasaan dan agresif sepanjang perlawanan.Pada pertemuan dengan Hong Kong yang berada di ranking ke-146 dunia malam tadi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim masing-masing menghasilkan jaringan pada separuh masa pertama membantu Malaysia meraih kemenangan kedua pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini.Kejayaan malam tadi menyaksikan anak buah Pan Gon mencatat kemenangan kedua berturut-turut menentang Hong Kong selepas turut merekodkan kemenangan 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Kuala Lumpur, Jun tahun lepas.Skuad Harimau Malaya yang memutusan menjalani latihan pusat dan beraksi di Johor pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA turut menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-135 dunia, Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas.\"Saya gembira kami menang dua kali berturut-turut, menang berturut-turut menentang Hong Kong, saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada TMJ ( Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas penyediaan segala kemudahan baik di sini. Kami mempunyai masa dan persediaan untuk dua perlawanan dan menikmatinya.\"Terima kasih kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) atas sokongan penuh, terima kasih kepada peminat yang datang untuk memberi sokongan kepada kami semasa Ramadan kerana menerusi sokongan yang diterima, kami mampu berjuang untuk Malaysia. Malam ini (malam tadi) amat sukar namun masih satu kemenangan yang baik,\u201d katanya.Sementara itu, Pan Gon berjanji akan membantu pemain untuk mencapai potensi terbaik mereka dalam memastikan pasukan terus mempamerkan peningkatan menjelang jendela perlawanan antarabangsa FIFA Jun depan.\"Sekarang pemain kembali ke kelab masing-masing, saya mahu lihat setiap mereka, saya mahu lihat mereka pada setiap perlawanan, anda boleh lihat sesetengah pemain tidak cukup kecergasan. Jadi saya mahu galakkan mereka bermain dengan kerap... ini harapan saya dan saya fikir kita boleh maju,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 01:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251939/berita/sukan/kami-tewaskan-brazil-ketika-ramadan-selepas-solat-tarawih", "article_title": "'Kami tewaskan Brazil ketika Ramadan, selepas solat tarawih'", "article_text": "KEMENANGAN dramatik Maghribi ke atas juara Piala Dunia lima kali, Brazil dalam aksi persahabatan antarabangsa hujung minggu lalu sebagai kejayaan yang menakjubkan.Jurulatihnya, Walid Regragui meluahkan keterujaan dan kegembiraannya dengan pencapaian terbaru Atlas Lions itu.\"Kami menewaskan Brazil ketika Ramadan, selepas solat tarawih, ia sungguh gila,\" ujar Regragui.Maghribi menjadi sebutan di pentas antarabangsa ketika Piala Dunia Qatar 2022 apabila mengalahkan pasukan bertaraf dunia.Ia termasuk menewaskan Sepanyol, Belgium serta Portugal dan buat pertama kali dalam sejarah, Atlas Lions mara ke separuh akhir Piala Dunia.Penyerang Maghribi, Soufiane Boufal menganggap kejayaan itu sebagai bukti bahawa Maghribi meneruskan momentum Piala Dunia Qatar.Boufal meledak gol pembukaan pada minit ke-29 sekali gus melakar sejarah kali pertama Maghribi menjaringkan gol menentang gergasi bola sepak Brazil.\"Kami masih bermimpi! Kami meneruskan momentum di Piala Dunia dan ia sangat menggembirakan,\" kata Boufal.Maghribi juga menarik perhatian ramai kerana semangat berpasukan mereka terutama video Regragui memberi kata-kata semangat kepada Hakim Ziyech setelah terlepas peluang menghasilkan gol tular di media sosial.Ziyech mempamerkan aksi menakjubkan ketika berdepan barisan pemain terbaik Brazil yang menarik perhatian peminat bola sepak dunia serta media antarabangsa.Prestasinya diraikan oleh kelabnya Chelsea, kerana menonjolkan peranan penting dalam memastikan kemenangan Maghribi ke atas Brazil.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 12:51pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251938/berita/sukan/jdt-pencipta-sejarah-penakluk-satu-dekad---tmj", "article_title": "'JDT pencipta sejarah, penakluk satu dekad' - TMJ", "article_text": "PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan misi kelab itu belum selesai dan bertekad untuk menjuarai Liga Super untuk tahun ke-10 berturut-turut.Menurut Tunku Ismail, JDT mahu terus mencipta sejarah dan menjadi pasukan yang mendominasi saingan liga buat satu dekad.Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor juga mahu melihat penyokong skuad Harimau Selatan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi aksi bertemu pasukan di kedudukan kedua Liga Super, Sabah FC pada Jumaat ini.\"Jumpa di SSI Jumaat ini keluarga JDT ku. Misi belum selesai untuk mencipta sejarah mendominasi satu dekad.\"Perjalanan masih jauh. Demi Johor, demi kelab kami, demi keluarga biru merah putih kami. Kami adalah pencipta sejarah dan peneraju dalam semua aspek.\"Ini adalah satu fakta dan bukan cerita dongeng atau halusinasi. Jumpa hari Jumaat ini. Hidup Johor, muafakat itu berkat ALLAH peliharakan Sultan,\" kata Tunku Ismail di Instagram miliknya pada Rabu.JDT terus membuktikan kualiti mereka pada saingan Liga Super musim ini dengan lima kemenangan selain turut melakar jumlah jaringan besar dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor.Aksi menentang Sabah merupakan perlawanan tumpuan dan dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak negara kerana pasukan itu merupakan pesaing rapat untuk JDT ketika ini.Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada di kedudukan kedua dan berpeluang memintas JDT sekiranya berjaya meraih tiga mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 12:42pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251928/berita/sukan/pemain-spurs-sokong-conte-dipecat", "article_title": "Pemain Spurs sokong Conte dipecat", "article_text": "PEMAIN sayap Tottenham Hotspur, Dejan Kulusevski mengakui sedih apabila Antonio Conte dipecat oleh kelab, namun mendakwa pemain Spurs menyokong keputusan memecat pengendali kelahiran Itali itu.Conte melepaskan jawatan sebagai pengurus Spurs secara 'persetujuan bersama', Ahad lalu selepas 16 bulan membimbing pasukan di utara London itu.\"Ia sentiasa menyedihkan apabila anda telah bekerja dengan seseorang itu dan kemudiannya dia pergi. Tetapi, kehidupan perlu diteruskan dan kami mempunyai sepuluh perlawanan lagi sekarang dan kami perlu melakukan yang terbaik untuk mencapai empat teratas.\"Conte sangat penting (kepada saya). Saya telah belajar banyak daripadanya dan saya akan sentiasa mengingatinya, tetapi kini kami mempunyai pembantunya (Cristian Stellini), yang sangat saya kenali.\"Kemudian kita akan lihat siapa yang datang musim depan, tetapi saya sangat menikmati bermain di kelab ini,\" katanya.Menurut Kulusevksi, keputusan kolektif untuk memecat Conte itu tidak mengundang masalah kepada kelab.\"Bukan saya yang tentukan. Siapa pun jurulatih, kami pemain akan sentiasa menerima dan bermain.\"Sekarang kelab membuat keputusan ini kerana mereka fikir ia adalah yang terbaik, dan kami pemain berdiri di belakangnya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 12:21pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251903/berita/sukan/messi-ledak-gol-ke-100-bersama-argentina", "article_title": "Messi ledak gol ke-100 bersama Argentina", "article_text": "LIONEL Messi menjaringkan gol ke-100 peribadinya untuk Argentina dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan juara dunia itu membelasah Curacao 7-0 di Santiago del Estero, awal pagi Rabu.Dalam perlawanan itu, Messi meledak hatrik sekali gus meneruskan prestasi cemerlangnya yang turut menjaringkan gol dalam aksi persahabatan menentang Panama pada Jumaat lalu.Gol ketika menentang Panama itu juga menyaksikan beliau telah mencapai angka 800 gol dalam kariernya di peringkat kelab dan antarabangsa.Gol antarabangsa senior pertama pemain berusia 35 tahun itu muncul ketika menentang Croatia dalam kekalahan persahabatan 3-2 pada Mac 2006.Lapan gol yang dijaringkannya menentang Bolivia menjadikan negara Amerika Selatan itu sebagai lawan kegemarannya, diikuti oleh Ecuador dan Uruguay dengan enam gol menentang kedua-dua pasukan itu).Qatar pula adalah satu-satunya pasukan yang Messi telah lawan lebih daripada sekali tanpa menjaringkan gol (dua perlawanan).Di luar perlawanan persahabatan, Messi telah menjaringkan 28 gol dalam kelayakan Piala Dunia dan 13 gol di Copa America dan Piala Dunia.Selain membawa Argentina menjulang Piala Dunia tahun lalu, pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu juga menjulang Copa America pada 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 10:29am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251902/berita/sukan/belgium-bermain-tanpa-belas-kasihan", "article_title": "'Belgium bermain tanpa belas kasihan'", "article_text": "SATU gol dan dua bantuan jaringan daripada Kevin De Bruyne memastikan Belgium mengatasi tuan rumah Euro 2024 Jerman 3-2 dalam aksi persahabatan di Cologne pada awal pagi Rabu.De Bruyne membantu mengumpan dua gol awal dalam tempoh 10 minit kepada Yannick Carrasco dan Romelu Lukaku sebelum meledak sendiri pada lewat babak kedua.\"Sangat penting untuk melihat bagaimana kami beraksi dalam perlawanan persahabatan ini.\"Bukan mudah bermain di sini... Jerman memiliki sebahagian pemain yang sangat bagus,\" kata jurulatih Belgium, Domenico Tedesco.Jerman berharap akan tampil dengan persembahan lebih baik selepas tersingkir daripada kejohanan besar sebelum ini, namun tewas kepada Belgium buat kali pertama sejak 1954.\"Kami terlalu banyak dikawal, terlalu pasif dan kami gagal memberikan tekanan terhadap lawan. Belgium bermain tanpa belas kasihan,\" kata jurulatih Herman, Hansi Flick.Juara dunia empat kali itu tersingkir pada peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia tahun lalu selepas kalah pada kelompok 16 terakhir di tangan England pada Euro 2020.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 10:21am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251901/berita/sukan/scotland-rentap-ego-sepanyol", "article_title": "Scotland rentap ego Sepanyol", "article_text": "SCOTT McTominay menjaringkan dua gol ketika Scotland mengejutkan Sepanyol 2-0 di Hampden Park dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu.Pasukan kendalian Steve Clarke itu memenangi perlawanan pembukaan kelayakan mereka dalam Kumpulan A 3-0 ke atas Cyprus pada Sabtu lalu dan sekali lagi menang bergaya keatas juara Eropah tiga kali Sepanyol.Ia merupakan kemenangan pertama mereka ke atas Sepanyol sejak 1984 dan turut menjadi keputusan terbaik mereka sejak menewaskan Perancis pada 2007.\"Pengurus berkata kepada kami sebelum menaiki bas ke stadium iaitu ini adalah peluang untuk mencipta legasi sebagai pemain Scotland.\"Ini adalah malam dalam 20-30 tahun yang anda akan ingat sebagai pemain. Apabila anda menonton semula permainan anda mengatakan saya berada di sana,\" kata McTominay.Keputusan itu merupakan kekalahan pertama bagi jurulatih baharu Sepanyol, Luis de la Fuente yang mengambil alih tugas daripada Luis Enrique selepas Sepanyol tersingkir di peringkat 16 terakhir Piala Dunia kepada Maghribi tahun lalu.\"Kami juga cuba untuk bangkit, percubaan kami terkena tiang dua kali dan kami mempunyai banyak peluang untuk jaringkan gol lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.\"Kami perlu memperbaiki kesilapan ini yang menyebabkan kami terlepas mata penting,\" kata pemain tengah Sepanyol, Rodri.Scotland berada di kedudukan teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan hasil dua kemenangan manakala Sepanyol di kedudukan kedua dengan satu kemenangan yang dilakar ke atas Norwway Ahad lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 09:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251899/berita/sukan/mohamad-faisal-lega-kemarau-gol-berakhir", "article_title": "Mohamad Faisal lega kemarau gol berakhir", "article_text": "PEMAIN sayap negara, Mohamad Faisal Abdul Halim akhirnya menamatkan kemarau gol selepas berjaya mencetak nama sebagai seorang daripada penjaring ketika membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 di sini, malam tadi.Mohamad Faisal yang sebelum ini mengakui tertekan apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa jaringan, menzahirkan rasa lega dan menganggap ia sebagai permulaan dalam usaha beliau meningkatkan prestasi ke tahap terbaik.\"Sedikit lega tetapi ini adalah permulaan yang baik untuk diri saya sebenarnya. Saya perlu tambah lagi usaha serta perbaiki apa yang kurang dan gol pada malam ini sedikit sebanyak bantu semangat saya untuk teruskan rentak dan sentuhan jaringan.\"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan isteri yang sentiasa berdoa, (serta) peminat yang begitu ramai memberi kata-kata semangat dan paling penting rakan sepasukan yang pastikan saya tidak berasa kecewa,\u201d katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di sini, malam tadi.Pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, jaringan di babak pertama oleh Mohamad Faisal dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid memastikan Malaysia menewaskan Hong Kong buat kali kedua berturut-turut selepas menang 2-0 pada aksi berstatus sama di Kuala Lumpur pada Jun tahun lepas.Pemain Selangor berusia 25 tahun itu yang lebih mesra disapa \u2018Mickey\u2019 sebelum ini buntu untuk mencipta jaringan bersama Gergasi Merah dalam lima aksi pertama Liga Super 2023 setakat ini dan kemarau gol ditamatkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa malam tadi.Sementara itu, Mohamad Faisal berkata, semua pemain memahami kehendak ketua jurulatih Kim Pan Gon yang mahukan persembahan yang berkualiti dan berintensiti tinggi, namun memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai sasaran itu.Beliau berkata, sesuatu perkara tidak boleh dielak apabila pemain yang hadir menjalani latihan berbeza dan memerlukan masa untuk mengadaptasi corak permainan yang dipamerkan oleh setiap pemain.\"Mungkin ada ketika tidak mencapai apa yang jurulatih mahukan tetapi kita dapat menjalankan tanggungjawab yang baik selepas meraih dua kemenangan pada perlawanan antarabangsa sekali gus meningkatkan lagi motivasi setiap pemain.\"Apa pun, ia belum yang terbaik untuk skuad kebangsaan kerana kita perlu banyak melakukan penambahbaikan dan semua pemain perlu bekerja keras dan tidak boleh menoleh ke belakang malah harus terus bangkit dengan kualiti permainan yang lebih berintensiti tinggi,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 08:10am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251883/berita/sukan/harimau-malaya-mengaum-lagi-di-iskandar-puteri", "article_title": "Harimau Malaya mengaum lagi di Iskandar Puteri", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya melakar kemenangan kedua pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 apabila menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.Ia merupakan kemenangan kedua skuad kendalian Kim Pan-gon itu setelah menewaskan Turkmenistan dalam satu lagi aksi persahabatan di venue sama, 23 Mac lalu.Bagaimanapun, skuad negara dilihat agak cemas pada awal perlawanan bagi mengekang asakan pantas pelawat yang bermula garang sebaik wisel permulaan.Malah, asakan-asakan yang dilancarkan hampir membuahkan hasil pada minit ke-4, namun tandukan pemain Hong Kong, Vasudeva Nunez terkena tiang gol sebelum dikeluarkan pertahanan tuan rumah.Tersentak dengan serangan pantas itu, skuad negara mula bangkit mengatur gerakan ke gawang Hong Kong dan hasilnya Akhyar Rashid berjaya meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-18.Seminit berselang Akhyar hampir meledak gol kedua skuad negara namun rembatannya sekadar melewati palang gol.Begitupun Hong Kong hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-34, namun rembatan penyerang, Poon Pui Hin sedikit tersasar, biarpun berjaya melepasi kawalan pertahanan negara termasuk penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang sudah pun tertewas.Skuad negara kemudiannya menjaringkan gol kedua hasil rembatan leret Faisal Halim pada minit ke-41.Faisal berjaya melepasi kawalan pertahanan Hong Kong, sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Yapp Hung Fai buat kali kedua malam tadi.Skuad negara dilihat terus mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan, namun tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga tamat babak pertama perlawanan.Bersambung babak kedua, giliran skuad negara pula bermula garang dengan mengasak gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan, namun asakan-asakan berkenaan berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.Namun deretan peluang terhidang gagal disempurnakan jentera serangan skuad Harimau Malaya itu dan malah menyaksikan Hong Kong pula yang sesekali berjaya mengatur asakan berbahaya bagi merapatkan defisit gol.Di pertengahan babak kedua, Hong Kong dilihat mula menggandakan asakan ke gawang skuad negara namun benteng pertahanan skuad negara yang dikemudi kapten, Dion Cools dan Shahrul Saad kekal ampuh selain ketangkasan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menangkis asakan pemain lawan.Sehingga ke penghujung perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat terus buntu untuk menjaringkan gol dan menyaksikan kedudukan 2-0 kekal hingga ke wisel penamat.MALAYSIA \u2013 Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Shahrul Saad, Faisal Halim, Darren Lok, Nooa Hamzah Laine, Paulo Josue, Akhyar Rashid, Dion Cools (kapten), La\u2019vere Corbin Ong, Nor Azam Azih, Quentin ChengHONG KONG \u2013 Yapp Hung Fai (kapten), Vasudeva Nunez, Huang Yang, Wu Chun Ming, Leung Kwun Chung, Li Ngai Hoi, Poon Pui Hin, Awal Mahama, Yue Tsz Nam, Sun Ming Him, Ju YingzhiPENGADIL \u2013 Mongkolchai Pechhri", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Mac 2023 12:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251855/berita/sukan/zii-jia-kembali-ke-bam", "article_title": "Zii Jia kembali ke BAM?", "article_text": "PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.Desas desus yang timbul mengatakan Zii Jia akan kembali ke BAM semakin jelas selepas Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memuat naik gambar beliau bertemu pemain berusia 25 tahun itu beberapa kali di laman rasmi Instagramnya, baru-baru ini.Bagaimanapun, Mohamad Norza, ketika dihubungi Bernama pada Selasa memaklumkan, dua pertemuannya bersama pemain nombor empat dunia di sebuah restoran adalah secara kebetulan dan tidak dirancang.Beliau pada masa sama enggan memberi sebarang komen mengenai adakah juara Seluruh England 2021 itu akan kembali bernaung di bawah badan induk sukan badminton kebangsaan itu.\"Buat masa ini tiada komen, setakat dua pertemuan adalah terserempak, bukan dirancang, saya pun nak tunggu hasil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang ingin bertemu Zii Jia,\u201d katanya.Baru-baru ini sebuah media tempatan melaporkan Zii Jia berkemungkinan kembali ke BAM apabila pasukan Road To Gold (RTG) difahamkan bakal menggerakkan semula pemain terbabit untuk kembali bernaung di bawah badan induk berkenaan.Dalam pada itu, Mohamad Norza, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mengesahkan pertemuan rasmi bersama pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu akan diadakan melalui program RTG yang akan dipengerusikan oleh Hannah dan beliau sendiri.\"Kita akan lihat keperluan dia (Zii Jia),\u201d katanya ringkas.Sebelum ini, media melaporkan Hannah memberitahu akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia sebaik pemain itu pulang ke tanah air selepas tamat siri kejohanan di Eropah untuk membantu atlet berkenaan susulan prestasi tidak menentu pemain profesional itu sejak kebelakangan ini.Mengulas mengenai prestasi Zii Jia yang baru pulang daripada Kejohanan All England dan Terbuka Switzerland, Mohamad Norza menyifatkan pemain itu sudah menemui rentak kemenangannya dan perlu diberikan masa untuk beraksi lebih baik.Pada kejohanan All England menyaksikan, Zii Jia tersingkir di peringkat separuh akhir selepas ditewaskan pemain China, Shi Yu Qi 19-21,13-21, manakala beliau turut terkandas di pusingan sama di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe, 11-21, 14-21 di Terbuka Switzerland. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 06:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251837/berita/sukan/sukan-sea-skuad-hoki-tolak-aksi-persahabatan", "article_title": "Sukan SEA: Skuad hoki tolak aksi persahabatan", "article_text": "SKUAD projek khas hoki lelaki yang bakal beraksi pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei ini terpaksa menolak pelawaan Thailand dan Indonesia untuk aksi persahabatan bagi memastikan corak permainan pasukan negara menjadi \u2018rahsia\u2019.Ketua jurulatihnya, Muhammad Amin Rahim berkata, ia kerana pihaknya tidak mahu strategi pasukan diketahui oleh pihak lawan menjelang temasya dwitahunan itu yang dijadual berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei depan.Sebaliknya, pasukan muda negara, dalam persiapan untuk Piala Dunia Remaja (JWC) pada hujung tahun ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, dijangka beraksi dalam aksi pemanas badan menentang skuad senior yang sedang bersedia menghadapi Sukan Asia Hangzhou, China, yang juga merupakan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.\"Kita tidak mahu dedahkan strategi dan corak permainan kepada musuh. Kalau tiada halangan, kita akan ke Australia minggu depan untuk latihan dan beberapa aksi menentang pasukan kelab di sana,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad remaja negara, baru-baru ini.Walaupun hanya menghantar skuad junior untuk mencabar negara lain yang dibarisi pemain senior pada temasya di Phnom Penh, Malaysia tetap menjadi pilihan untuk mengekalkan statusnya selaku pasukan terkuat Asia Tenggara.Sukan SEA boleh dianggap sebagai pemanas badan bagi pasukan itu menjelang Piala Remaja Asia bermula 23 Mei hingga 1 Jun di Salalah, Oman.Namun, Muhammad Amin berkata, pihaknya enggan mendabik dada kerana tidak mahu peristiwa final edisi 2015 berulang, apabila skuad negara diheret sehingga penentuan penalti oleh tuan rumah Singapura, selepas terikat 2-2.Malaysia, bagaimanapun, berjaya meraih emas selepas menang 4-3 menerusi penentuan penalti.\"Kita akan ada lebih kurang 30 perlawanan antarabangsa menjelang Jun. Jadi kita boleh tahu di mana tahap kita, kemudian kita tambah baik dan betulkan dari segi teknikal, taktikal dan strategi pukulan sudut penalti, selain menguji bagaimana pemain beraksi dalam tekanan dan intensiti tinggi.\"Kita kini ada 35 pemain, dan hanya akan kekalkan 30 pemain menjelang akhir April, yang akan dijangka kekal sehingga JWC nanti. Pingat emas Sukan SEA pastinya dapat membakar semangat pemain menjelang Piala Remaja Asia dan JWC,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 05:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251832/berita/sukan/ragbi-sasaran-empat-terbaik-sukan-asia-realistik", "article_title": "Ragbi: Sasaran empat terbaik Sukan Asia realistik", "article_text": "SASARAN kelompok empat terbaik di Sukan Asia Hangzhou di China, buat skuad ragbi lelaki tujuh sebelah kebangsaan (Bunga Raya 7\u2019s) disifatkan sasaran realistik.Malah menurut pengendali baharu Bunga Raya 7s, Ahmad Fadzlee Ahmad Idris, keyakinan itu hadir selepas pasukan tersebut berjaya memberikan saingan kepada jagoan Asia di Kejuaraan 7s Asia tahun lalu.\"Semasa Kejuaraan 7s Asia sebelum ini pasukan negara berjaya mengekang pasukan Jepun dan Korea Selatan serta memberi tentangan kepada Hong Kong.\"Bunga Raya 7s tewas kepada lawan pada tahun lalu disebabkan separuh daripada pemain dipalit kecederaaan semasa kejuaraan berlangsung menyaksikan kita tidak boleh 'sustain' dalam kempen tersebut.\"Namun dengan bantuan Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia, kita telah perbaiki kelemahan dengan melaksanakan sistem pengiliran pemain bagi membolehkan pemain mendapatkan cukup rehat,\" katanya pada Selasa.Sebelum itu, di MSN, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU), Datuk Shahrul Zaman Yahya mengumumkan senarai 18 pemain yang akan berada di bawah program podium Majlis Sukan Negara dan MRU bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejuaraan Siri Ragbi Asia, menyaksikan Bunga Raya 7 dikendalikan Ahmad Fadzlee dibantu penolong Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain.Barisan 18 pemain yang akan berada di bawah program podium MSN dan MRU bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejuaraan Siri Ragbi Asia.Mengenai keserasian dalam kalangan pemain Bunga Raya 7s, Ahmad Fadzlee menegaskan keserasian antara pemain senior dan junior tidak menjadi masalah kepada anak buahnya.Tambah beliau, keserasian dalam kalangan pemain sememangnya telah lama wujud kerana sering bermain bersama semasa peringkat kejohanan bawah umur sebelum ini.\"Tumpuan yang saya perlu berikan pada ketika ini untuk membentuk keserasian dalam aspek daya saing dan daya tahan pemain semasa perlawanan.\"Selain itu tumpuan juga akan diberikan terhadap meningkatkan tahap kecergasan dan build up muscle setiap pemain bagi mengharungi perlawanan berintensiti tinggi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 05:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251804/berita/sukan/juara-liga-super-bakal-terima-rm24-juta", "article_title": "Juara Liga Super bakal terima RM2.4 juta", "article_text": "JUARA Liga Super musim ini akan menerima wang hadiah kemenangan berjumlah RM2.4 juta menerusi sistem agihan pendapatan berasaskan merit 2023-2025 yang diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).Pengenalan sistem agihan itu turut membolehkan enam kelab teratas tidak termasuk juara, meraih lebih RM1 juta sementara pasukan tercorot tetap membawa hadiah kemenangan berjumlah RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada musim lepas.Kadar agihan pendapatan kepada keseluruhan 14 kelab yang bertanding musim ini menyaksikan peningkatan sebanyak 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama pada 2022.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, sebanyak RM6.95 juta akan diagihkan kepada setiap kelab berdasarkan prestasi masing-masing di penghujung musim sementara juara dan naib juara Piala MFL masing-masing menerima RM500,000 dan RM250,000.\"Sistem agihan pendapatan berdasarkan merit ini sudah dibentangkan kepada rakan kongsi liga dalam pertemuan bersama kesemua CEO kelab Liga-M pada 15 Februari lepas. Sistem ini dilihat lebih adil buat kelab-kelab yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang musim Liga-M 2023.\"Pembentangan yang dibuat mendapat reaksi cukup baik dan mereka menerima cadangan agihan pendapatan berdasarkan merit untuk diperkenalkan tahun ini,\u201d katanya dalam kenyataan MFL pada Selasa.Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, peningkatan agihan pendapatan kepada semua kelab Liga Super musim ini adalah satu petanda positif terhadap perkembangan kancah saingan domestik.Beliau berkata, MFL melihat sistem agihan pendapatan itu akan menggalakkan semua kelab bersaing hebat bagi mendapatkan kedudukan terbaik sekali gus menerima lebih banyak pendapatan.\"Adalah tanggungjawab MFL sebagai badan pengelola liga untuk berusaha meningkatkan pendapatan kelab-kelab dan kami percaya dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat serta rakan penyiar, Liga-M dapat terus dikomersialkan bagi meningkatkan pendapatan kelab-kelab,\u201d katanya.Sebagai rekod, susulan impak pandemik Covid-19 yang melanda, agihan pendapatan bagi musim 2021 dan 2022 dilakukan berdasarkan dua asas iaitu yang pertama agihan sama rata sebanyak RM500,000 dan RM250,000 masing-masing kepada setiap kelab Liga Super dan Liga Premier.Asas kedua ialah hanya kelab yang menamatkan saingan Liga Super dan Liga Premier dalam kelompok tiga teratas akan memperoleh hadiah wang tunai tambahan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 03:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251766/berita/sukan/conte-hargai-penyokong-spurs", "article_title": "Conte hargai penyokong Spurs", "article_text": "ANTONIO Conte meluahkan penghargaan kepada penyokong Tottenham Hotspur dan semua warga kelab itu yang berkongsi 'cara hidupnya' selepas meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Pengendali dari Itali itu melepaskan jawatan sebagai pengurus Spurs secara 'persetujuan bersama', Ahad lalu selepas 16 bulan membimbing pasukan di utara London itu.\u201cPenghargaan khas kepada penyokong yang sentiasa menyokong dan menghargai saya,\u201d ujar Conte.Perpisahan itu berlaku selepas dia menempelak para pemain ketika Spurs seri 3-3 di Southampton pada 18 Mac lalu.Meskipun Spurs mendahului 3-1 dan Conte mengkritik anak buahnya sebagai tamak dan tidak mampu bermain dengan baik di bawah tekanan.\u201cBola sepak adalah semangat dan kesungguhan.\u201cSaya berterima kasih kepada semua orang di Spurs yang menghargai dan berkongsi semangat serta cara hidup saya sebagai jurulatih bola sepak,\u201d tulis Conte di Sporty Monday.Jurulatih berusia 53 tahun itu mula membimbing Spurs pada November 2021 akan digantikan oleh penolongnya, Cristian Stellini sehingga akhir musim ini.\u201cPerjalanan kita bersama sudah berakhir dan saya harap anda menjadi yang terbaik pada masa depan,\u201d ujar Conte.Spurs ketika ini menduduki tempat keempat EPL, dua mata di depan pasukan tangga kelima, Newcastle, yang memiliki kelebihan dua perlawanan dan bersaing untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 12:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251728/berita/sukan/manchester-united-wrexham-berentap-di-san-diego", "article_title": "Manchester United, Wrexham berentap di San Diego", "article_text": "MANCHESTER United akan menentang kelab bukan liga, Wrexham AFC di San Diego Amerika Syarikat pada 25 Julai.Menurut kelab itu, ia yang merupakan sebahagian daripada aksi pra musim panas kelab tersebut bagi persediaan menghadapi musim baharu.\"Perlawanan akan berlangsung di Stadium Snapdragon, gelanggang kelab Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan, San Diego Wave FC pada 25 Julai.\"Pasukan akan memberi tumpuan kepada pemain remaja skuad jelajah United yang ditambah dengan prospek akademi kelab dalam aksi berdepan Wrexham,\" kata The Red Devils.Sebagai rekod, Wrexham merupakan kelab Liga Nasional Divisyen Lima, sebelum ini terkenal selepas dibeli pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney pada 2020 setelah pemilik baharu menyiarkan siri dokumentari bertajuk 'Selamat Datang ke Wrexham.Dalam pada itu, United masih belum mengumumkan lawan, tarikh atau tempat untuk baki perlawanan jelajah di Amerika Syarikat.Manchester United asuhan Erik ten Hag kini menduduki tangga ketiga liga dengan 50 mata selepas mengharungi 26 perlawanan akan berdepan Newcastle United di St James Park pada Ahad ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 09:42am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251724/berita/sukan/pavard-pacu-kemenangan-perancis", "article_title": "Pavard pacu kemenangan Perancis", "article_text": "SATU gol hasil ledakan pemain pertahanan, Benjamin Pavard sudah cukup buat Perancis meraih kemenangan ke atas Ireland 1-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.Dalam aksi di Lansdowne Road, Dublin itu Pavard menyumbat gol pada minit ke-50 awal pagi Selasa.\"Saya diberi peluang untuk bermain dan menghasilkan gol. Ia satu kejayaan,\" ujar Pavard.Dalam aksi itu, pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol, Mike Maignan yang menggantikan belas kapten Hugo Lloris.Maignan beraksi cemerlang memastikan gawang Perancis kebal dalam dua minit terakhir perlawanan.Ketika permainan berbaki 30 saat penjaga gol AC Milan itu menepis keluar tandukan rakan sepasukan, Jule Kounde.Ia disusuli sepakan sudut dan Maignan sekali lagi menyelamat gawang Perancis, kali ini daripada percubaan pemain lawan, Nathan Collins.\"Aksi cemerlang Mike (Maignan) membolehkan kami terus mendahului dan menang tanpa bolos. Dia adalah pemain terbaik perlawanan,\" kata Pavard.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2023 08:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251686/berita/sukan/karate-prospek-lubuk-emas-kontinjen-malaysia", "article_title": "Karate prospek 'lubuk emas' kontinjen Malaysia", "article_text": "ACARA karate tetap menjadi prospek utama 'lubuk emas' buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2023 yang bakal menyingkap tirai di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali berharap tradisi itu diteruskan skuad karate negara yang kini dibimbing ketua jurulatih baharu dari Mesir, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy.\"Skuad karate selama ini tidak pernah mengecewakan apabila masih merupakan antara penyumbang pingat Sukan SEA. Edisi Hanoi 2021 tahun lalu, skuad karate menghadiahkan kontinjen negara dengan empat pingat emas.\"Jadi kita mengharapkan supaya tradisi kecemerlangan ini dapat diteruskan, selain kem karate juga antara sukan penyumbang pingat emas buat Malaysia,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan skuad karate negara di Dewan Latihan Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Isnin.Pada masa sama, Mohd Nasir percaya barisan atlet karate akan meraih keputusan lebih positif dengan kehadiran Tamer Abdelraouf yang kini bertanggungjawab membimbing skuad senior dan pelapis.\"Saya yakin dengan kemampuan skuad karate kali ini, apatah lagi kesungguhan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) yang telah melakukan persiapan rapi dengan menyertai beberapa kejohanan sebagai persiapan ke Kemboja.\"Atlet karate negara juga sebenarnya amat teruja untuk mengharungi Sukan SEA Kemboja ini kerana ia sebagai pentas pembakar semangat untuk memberikan lebih cabaran di Sukan Asia Hangzhou,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 07:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251675/berita/sukan/bayangan-skuad-b-22-ke-sukan-sea-hampir-lengkap", "article_title": "Bayangan skuad B-22 ke Sukan SEA hampir lengkap", "article_text": "PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, E Elavarasan mengakui sudah mempunyai bayangan pemain untuk dibawa ke Sukan SEA Kemboja selepas berakhirnya saingan Piala Merlion pada Ahad.Menurut Elavarasan, beliau juga optimis kecemerlangan yang dipamerkan para pemainnya di Piala Merlion itu mampu memastikan misi untuk mara ke final di temasya sukan serantau pada Mei ini dapat direalisasikan.\"Ini adalah kejohanan yang kita sasarkan untuk muncul juara. Sudah tentu 80 hingga 90 peratus kita sudah boleh nampak bayangan kerana pemain mampu bermain dalam liga yang tinggi.\"Sasaran kita juga tinggi pada Sukan SEA dan saya harap pemain dapat mengekalkan corak permainan seperti ini secara lebih konsisten,\u201d katanya.Skuad Harimau Muda membuktikan kejaguhan dalam kejohanan Piala Merlion apabila muncul juara menewaskan pasukan B-22 Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad.Dalam masa sama, Elavarasan berharap para pemainnya dapat terus berada pada tahap terbaik sebelum dipanggil untuk kem latihan sebelum dipanggil ke kem latihan Sukan SEA pada bulan depan.\"Paling penting adalah pemain memberikan persembahan yang terbaik serta menunjukkan komitmen dan ia menjadi salah satu faktor kemenangan kita.\"Semua pemain dapat ikut apa yang kami mahukan dan saya harap mereka akan kekal cergas apabila dipanggil semula untuk kempen Sukan SEA Kemboja nanti,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 06:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251691/berita/sukan/milo-komited-penuhi-aspirasi-bakat-muda", "article_title": "MILO komited penuhi aspirasi bakat muda", "article_text": "RAMAI yang berpandangan bahawa bola sepak adalah satu sukan yang mudah, namun ia memerlukan kerja keras dan minat mendalam bagi memantapkan kemahiran bermain sukan popular tersebut.Untuk itu, seramai 116 pemain muda telah dipilih bagi menyertai program MILO X FAM Ultimate Experience untuk mendalami sukan bola sepak. Mereka yang terpilih ini terdiri daripada pemain yang telah mempamerkan potensi di sepanjang kejohanan liga komuniti dengan kerjasama MILO.Keyakinan MILO terhadap peranan sukan sebagai guru terbaik dalam menerapkan nilai-nilai positif seperti berdisiplin dan berkeyakinan diri akan mendorong seseorang untuk berjaya. Menerusi aktiviti sukan di peringkat awal pasti akan membantu anak muda untuk berdepan cabaran dengan penuh keyakinan diri di samping memupuk semangat kesukanan yang tinggi.Hampir 70 tahun, MILO merupakan penggerak nadi sukan tanah air tetap dengan komitmen penuh untuk memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh bagi pembangunan sukan akar umbi lebih-lebih lagi sukan bola sepak, sukan yang paling popular di Malaysia.Jelas ini menunjukkan bahawa sukan sebagai wadah penyatuan rakyat Malaysia dan medium terbaik bagi memupuk semangat perpaduan di dalam kalangan generasi muda.Maka dengan itu, bagi merealisasikan impian anak muda yang menginginkan peluang keemasan untuk merasai pengalaman merasai sendiri berlatih di bawah bimbingan kejurulatihan FAM serta melihat sendiri fasiliti dan kelengkapan pasukan kebangsaan.Program MILO X FAM Ultimate Experience bertujuan memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada pemain muda bagi mengembangkan lagi minat mereka terhadap sukan bola sepak. Pengalaman yang berharga seperti ini pasti sukar untuk diperoleh lebih-lebih lagi pada usia semuda ini.Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MILO dan FAM untuk merancakkan lagi pembangunan ekosistem bola sepak akar umbi yang memberi fokus utama terhadap menyediakan program memanfaatkan pemain muda.Mengulas mengenai penganjuran program ini, Pengurus Pemasaran MILO Malaysia, Kerwin Lim berkata \u201cMILO sentiasa percaya dan yakin bahawa sukan berperanan sebagai guru terbaik yang boleh memupuk kesungguhan serta membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.MILO yang sinonim dengan penganjuran pertandingan sukan di peringkat bawah umur tetap komited untuk memantapkan lagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan mengalu-alukan penglibatan FAM.\u201cKerjasama yang sekian lama dijalin bersama FAM akan meneruskan usaha kami menyediakan pentas kompetitif dan platform terbaik kepada pemain muda untuk bersinar di samping bekerjasama melahirkan lebih ramai lagi perintis masa depan bola sepak negara,\u201d ujar Kerwin.Turut hadir ialah Ketua Unit Pembangunan Akar Umbi FAM, Cameron Ng yang nyata kagum dengan kemahiran dan teknik yang dimiliki oleh para pemain ketika menjalani kem latihan sepanjang program berlangsung.\u201cMereka yang terlibat dalam program MILO X FAM Ultimate Experience nampaknya memiliki kemahiran yang tinggi dan saya percaya mereka (pemain muda) berada di landasan yang tepat setara dengan usaha kita membangunkan ekosistem yang terbaik untuk mereka bersaing secara kompetitif,\u201d ujarnya.Beliau yang juga merupakan Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-20 tahun turut menzahirkan penghargaan kepada MILO Malaysia di atas komitmen mereka untuk bersama-sama membangunkan ekosistem akar umbi bola sepak di Malaysia, sekali gus menyokong kerjasama yang erat antara MILO Malaysia dan FAM.\u201cSudah pasti kami di barisan kejurulatihan menyambut baik program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh MILO Malaysia dalam memberikan peluang kepada para pemain untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka.\u201dSementara itu, Ryan Khaliq, 9, daripada Akademi Kelab Velocity yang beraksi cemerlang di Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO kategori (B-10) begitu teruja dengan pengalaman yang sukar dilupakan.\"Saya gembira dapat berpeluang merasai pengalaman berlatih di sini, tempat pasukan kebangsaan berlatih dan ini akan meningkatkan lagi motivasi serta semangat saya untuk mewakili pasukan kebangsaan, satu hari nanti,\" katanya.Kerjasama antara MILO dan FAM dalam tempoh beberapa tahun ini menumpukan fokus utama untuk melahirkan lebih 100,00 pemain muda dan 5000 jurulatih bagi diserapkan ke dalam ekosistem pembangunan akar umbi FAM.MILO Malaysia juga akan terus menyajikan pentas kompetitif seperti Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO, Karnival Futsal MILO Hidup Bola yang telah melahirkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan seperti Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azri Ghani, Shivan Pillay serta Arif Aiman Hanapi yang baru-baru ini dinobatkan Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 06:09pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251671/berita/sukan/petanda-baik-akhiri-kemarau-emas", "article_title": "Petanda baik akhiri kemarau emas", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mempunyai potensi untuk mengakhiri kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei ini.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, kejayaan menjulang Piala Merlion memberikan petanda baik kepada skuad kendalian E Elavarasan bagi menghadapi Sukan SEA kali ini.\u201cFAM mengucapkan tahniah kepada barisan pemain muda negara yang berjaya membawa pulang Piala Merlion selepas 41 tahun menyertai kejohanan itu.\u201cKejohanan itu adalah platform terakhir buat skuad B-22 negara bertemu pasukan lain sebelum menjalani latihan di dalam negara yang dijangka bermula 18 April ini.\u201cBerdasarkan prestasi terkini, mungkin ada harapan untuk skuad B-22 negara mengakhiri kemarau pingat emas dalam acara bola sepak pada Sukan SEA Kemboja nanti,\u201d katanya.Dalam kejohanan jemputan empat negara itu, Harimau Muda bermula garang dengan menundukkan Kemboja 4-2, sekali gus mengesahkan tempat ke pentas final.Harimau Muda membuktikan kualiti yang dimiliki apabila menampilkan aksi dominan menumbangkan Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki adalah pada Sukan SEA 2011 yang menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menewaskan tuan rumah, Indonesia.Dua tahun sebelum itu, barisan kendalian Datuk K Rajagobal turut cemerlang apabila meraih 'ibu emas' selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Vietnam pada aksi final di Vientiane, Laos.Pada temasya Sukan SEA kali ini, FAM meletakkan sasaran buat skuad kendalian Elavarasan untuk melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pentas final.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 06:04pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251643/berita/sukan/soon-huat-shevon-dapat-pengajaran-berguna", "article_title": "Soon Huat-Shevon dapat pengajaran berguna", "article_text": "BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengakui mereka agak terburu-buru pada penghujung set ketiga yang menjadi punca tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di perlawanan akhir Terbuka Switzerland.Menurut Shevon, mereka tidak sabar untuk menghabiskan perlawanan dengan cepat ketika kedudukan perlawanan terikat 16-16 pada set ketiga itu.\"Kami tidak sabar pada penghujung set ketiga. Kami (di kedudukan) 16-16 dan ini memberikan peluang sama rata kepada kedua-duanya untuk meraih gelaran. Namun kemudian, kami hilang sabar dan terlalu tergesa-gesa untuk mematikan (serangan) lawan.\"Jadi ia memberikan mata mudah buat mereka. Selepas ini, kami perlu menilai semula dan tidak melakukan lagi kesilapan sama pada kejohanan seterusnya,\" katanya selepas perlawanan.Soon Huat-Shevon tewas 17-21, 21-19, 17-21 di tangan gandingan muda China itu dan mengulangi pencapaian naib juara kali kedua berturut-turut selepas meraih kedudukan sama pada musim lalu.Dalam pada itu, Shevon tidak mahu terus memikirkan kekalahan tersebut sebaliknya fokus untuk menghadapi Masters Sepanyol bermula 28 Mac ini.\"(Tahun ini) Kami dapat mengatasi lawan yang kami belum pernah tewaskan pada kejohanan ini dan tahun ini juga, adalah yang kedua berturut-turut kami berada di pentas final Terbuka Switzerland.\"Tentunya ia sesuatu yang bagus buat kami. Kami perlu kembali fokus untuk saingan seterusnya kerana pada minggu ini persaingan agak sengit dan kami perlu pulihkan fizikal, mental dan emosi untuk kembali bangkit,\" katanya.Soon Huat-Shevon dijadual bertemu wakil Taiwan, Chang Ko Chi-Lee Chih Chen di pusingan pertama Masters Sepanyol.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 04:22pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251638/berita/sukan/hong-kong-belum-dapat-pemain-terbaik-berdepan-harimau-malaya", "article_title": "Hong Kong belum dapat pemain terbaik berdepan Harimau Malaya", "article_text": "\"KAMI belum dapat barisan pemain terbaik untuk berdepan Harimau Malaya,\"Itu reaksi pengendali Hong Kong, Joern Andersen aksi persahabatan antarabangsa Tier-1 berdepan skuad negara di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Selasa.Katanya, masih ada beberapa pemain yang terikat dengan pasukan yang diwakili dalam saingan Liga China dan agak sukar mendapat pelepasan.Bagaimanapun menurut Andersen, pihaknya tetap melihat kesebelasan pemain ketika ini adalah lebih baik berbanding ketika aksi Kelayakan Piala Asia, Jun tahun lalu.\"Pada tahun lalu, akibat Covid-19 kami tidak dapat memanggil pemain yang beraksi di China tapi untuk kali ini sedikit kelegaan kerana pemain yang kami mahukan boleh turun beraksi selain dalam masa sama, masih ada yang tidak dapat menyertai kami kerana masih ada perlawanan liga di China.\"Selain itu, ada beberapa pemain masih mengalami kecederaan seperti pemain pertahanan, Helio Jos\u00e9 de Souza kerana masalah pasport, namun kami datang dengan barisan terbaik selepas mengharungi aksi menentang Singapura, Khamis lalu.\"Walaupun seri 1-1 tapi kami mendominasi perlawanan dan melakukan serangan bertali arus namun pasukan lawan yang mengamal corak permainan bertahan menyukarkan kami menambah jaringan,\" katanya.Sementara itu, pemain pertahanan Hong Kong, Tsui Wang Kit berkata, kekalahan 0-2 kepada Harimau Malaya Khamis lalu sudah dilupakan.Malah katanya, semua pemain mahu memberi mengharungi perlawanan yang dijangka menarik.\"Kami mahu fokus untuk perlawanan malam esok (Selasa) dan akan cuba sehabis mungkin untuk memburu kemenangan.\"Malah saya tahu pemain sayap KIR Harimau Malaya kerap beraksi dengan corak permainan pantas.\"Apapun, saya akan beri persembahan yang mantap malah tidak gentar dengan kualiti yang mereka miliki malah akan turun lebih agresif bukan sahaja beraksi secara bertahan tapi akan tetap membantu untuk menyerang,\" kata Wang Kit.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 04:05pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251636/berita/sukan/pan-gon-yakin-aksi-mantap-harimau-malaya", "article_title": "Pan-gon yakin aksi mantap Harimau Malaya", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin skuad kendaliannya itu tetap mampu beraksi mantap berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa biarpun tanpa kelibat dua pemain, Ariff Aiman Hanapi Endrick Dos Santos yang dilaporkan mengalami kecederaan.Menurut Pan-gon, berdasarkan pengalaman yang dimiliki sebagai pengurus dan jurulatih, mana-mana skuad kendaliannya tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pemain tertentu dan mengamalkan corak permainan berpasukan.\"Saya bersimpati dengan kedua-dua pemain ini yang menanti masa untuk beraksi. Namun sepanjang pengalaman saya selama lapan tahun sebagai jurulatih dan 12 tahun selaku pengurus, bukan setiap masa saya mendapat apa (pemain) yang saya mahukan dan malah tidak selalu mendapat apa (pemain) yang saya inginkan.\"Bagaimanapun, saya tetap yakin dengan pemain sedia ada. Kita ada 25 pemain, sesiapa sahaja boleh beraksi dan kita juga bukan hanya bergantung kepada satu atau dua pemain semata-mata.Untuk rekod, skuad Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0, Khamis lalu hasil jaringan tunggal, Akhyar Rashid pada minit ke-28.Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan Harimau Malaya kini melonjak pada ranking ke-140 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Tambah Pan-gon, kesemua pemain diharap beraksi mengikut DNA bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan tekanan hebat kepada lawan hingga memaksa mereka melakukan kesilapan.Bagaimanapun katanya, hanya pemain yang mampu memastikan sejauh mana corak permainan sedemikian dapat dipertahankan.\"Falsafah bola sepak kita adalah untuk menyaksikan DNA bola sepak Malaysia, kita akan berikan tekanan hebat kepada mereka (Hong Kong).\"Jika boleh, kita mahu mencatatkan kemenangan seperti yang dilakukan oleh skuad bawah-22 tahun kita (yang menang 2-1 ke atas Hong Kong pada final Piala Merlion, pada Ahad),\" katanya.Mengulas mengenai persiapan pasukan, Pan-gon berkata, kesemua pemain dilihat bersedia bagi mengharungi aksi berdepan Hong Kong.\"Sejak dua hari lalu, pemain telah mendapat rehat cukup dan telah melalui sesi pemulihan yang baik menjelang aksi persahabatan berkenaan.\"Kita juga berharap dapat memberikan aksi terbaik di hadapan penonton,\" katanya.Pemain diharap berikan aksi terbaikSementara itu pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad mengakui, kem latihan Harimau Malaya kali ini merupakan yang paling sengit terutama di bahagian pertahanan.Katanya, kesemua pemain di bahagian pertahanan kali ini merupakan pemain pertahanan terbaik negara ketika ini.\"Bagi saya, ia dilihat sebagai satu persaingan yang sihat apabila kesemua pemain dilihat beraksi bersungguh-sungguh dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.\"Dalam bola sepak moden, pemain pertahanan bukan sahaja perlu bertahan tetap perlu menjaga possession.\"Malah, pemain juga perlu beraksi dengan lebih lebik dari semasa ke semasa bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan,\" katanya.Sementara itu, Shahrul mengakui minit permainan sangat penting kepada mana-mana pemain.Bagaimanapun katanya, dengan latihan berintesiti tinggi yang dilalui setiap hari, turut memadai bagi menjamin kecergasan seseorang pemain.\"Minit permainan merupakan antara perkara penting, tetapi apabila kerap berlatih dalam latihan berintesiti tinggi ia juga dilihat dapat menjamin kecergasan pemain,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 03:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251632/berita/sukan/lawan-beraksi-bagus-zii-jia-tekad-usaha-lebih-gigih", "article_title": "Lawan beraksi bagus, Zii Jia tekad usaha lebih gigih", "article_text": "KEJAYAAN mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland dianggap sebagai pencapaian yang baik buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.Impian pemain di ranking keempat dunia itu untuk mara ke pentas final kejohanan bertaraf Super 300 tersebut tidak kesampaian setelah tewas kepada Koki Watanabe dari Jepun pada aksi separuh akhir.\u201cMara ke separuh akhir, satu keputusan yang baik,\u201d ujar Zii Jia ketika ditemu bual pegawai media Terbuka Switzerland, Andreas Schmid.Pada aksi yang berlangsung di St Jakobshalle Basel itu, Zii Jia tewas 11-21, 14-21 di tangan Watanabe dalam tempoh 27 minit.Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu turut mengakui Watanabe beraksi dengan lebih baik berbanding dirinya.\u201cDia (Watanabe) bermain dengan begitu baik. Saya fikir dalam setiap perlawanan ada menang dan ada kalah,\u201d katanya.Justeru, pemain berusia 25 tahun itu bertekad untuk bekerja lebih keras bagi mengharungi kejohanan akan datang.\u201cJadi saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini,\u201d ujar Zii Jia.Sebagai rekod, ia adalah separuh akhir keduanya buat dirinya bagi musim ini selepas turut mara ke pentas saingan sama di Seluruh England minggu lalu.Zii Jia dua minggu lalu dikejutkan oleh pemain di ranking ke-49 dunia, Lee Chia Hao dari Taiwan apabila tewas 21-15, 20-22, 21-23 pada pusingan kedua terbuka Jerman.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 03:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251631/berita/sukan/beri-masa-kepada-azeem", "article_title": "Beri masa kepada Azeem", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berada di landasan terbaik untuk memburu catatan bawah 10 saat (s) dalam acara 100 meter (m) selepas menunjukkan perkembangan positif sejak tiga bulan berkelana di Amerika Syarikat (AS).Atlet yang berasal dari Perak itu meraih pingat emas pada penampilan pertama acara 100m sejak tiba di negara Uncle Sam pada Januari apabila memenangi perlumbaan di Kejohanan Florida State University (FSU) Relays.Biarpun catatan 10.32s itu jauh dari rekod kebangsaan, 10.09s miliknya, namun Azeem menunjukkan momentum menakjubkan selepas turut memecah rekod 60m kebangsaan dalam dewan bulan lalu.Bekas jurulatih Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah gembira dengan catatan masa tersebut kerana pelari itu mampu mengekalkan konsistensi masa dalam lariannya.\u201cIni adalah perlumbaan pertama di luar dewan selepas tiga bulan Azeem di AS. Saya berasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian itu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Muhammad Amir juga percaya bekas anak didiknya itu mampu mencapai impiannya untuk melakar catatan di bawah 10s, namun ia memerlukan masa dan melalui proses tertentu.\u201cAzeem memerlukan masa untuk membuat catatan bawah 10s sebab perlu mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan program latihan terutama dalam pembentukan fizikal tubuh badan yang lebih mantap.\u201cJadi proses itu perlu dilalui dengan sabar. Beri masa kepada Azeem. Ini adalah satu proses yang perlu dilalui oleh seorang atlet untuk berjaya,\u201d katanya.Laporan Sukan Sinar pada Ahad.Beliau juga berharap agar para peminat dan rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaan Azeem dalam kerjayanya sebagai atlet dan pada masa sama mengejar impiannya berjaya dalam pelajaran.Bulan lalu, Azeem menampilkan permulaan baik di AS selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki di dalam dewan miliknya sendiri pada final Kejohanan Jemputan Tiger Paw.Dalam saingan yang berlangsung di University Clemson di South Carolina itu, Azeem yang merupakan penuntut Universiti Auburn merekodkan catatan 6.62s bagi menamatkan perlumbaan di tempat kelima.Catatan tersebut sekali gus menyaksikan Azeem memperbaharui rekod kebangsaan miliknya iaitu 6.63s yang dilakukan pada Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas Januari lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 03:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251582/berita/sukan/itali-kembali-temui-rentak-kemenangan", "article_title": "Itali kembali temui rentak kemenangan", "article_text": "DUA gol separuh masa pertama penyerang Mateo Retegui dan pemain tengah Matteo Pessina membolehkan penyandang juara Itali meraih kemenangan 2-0 ke atas Malta dalam kempen Kelayakan Euro 2024 di Stadium Nasional Ta Qali, Attard.Skuad kendalian Roberto Mancini yang berusaha kembali ke landasan kemenangan selepas kekalahan 1-2 kepada England sebelum itu bermula garang apabila menguasai tempo permainan.Namun Malta yang memulakan perlawanan dengan sangat bertahan menyaksikan Itali terpaksa membina permainan secara perlahan-lahan dari bahagian tengah bagi mencipta peluang menjaringkan gol.\u201cIni merupakan perlawanan di mana anda mempunyai segala-galanya untuk kalah apabila melihat kepada taktikal pasukan lawan.\u201cNamun saya gembira apabila kami berjaya melakukan beberapa perkara dengan baik bagi meraih keputusan positif, kerana paling penting adalah kemenangan Itali.\u201cKami memecahkan kebuntuan awal dan boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi perlawanan ini boleh menjadi pelik apabila berdepan taktikal pasukan lawan.\u201cKami boleh melakukan segala-galanya dengan lebih baik, itu sudah pasti. Apabila anda mendahului 2-0, anda mempunyai peluang untuk bermain dengan kurang tekanan,\" kata Mancini selepas perlawananGol Retegui pada minit ke-15 diikuti Pessina (m-27) membolehkan Itali menduduki tangga kedua Kumpulan C dengan tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 12:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251575/berita/sukan/tottenham-conte-bawa-haluan-masing-masing", "article_title": "Tottenham, Conte bawa haluan masing-masing", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur mengumumkan perpisahan dengan Antonio Conte, lapan hari selepas amarah pengendali dari Itali itu berikutan keputusan seri berdepan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris setelah kelab London tersebut membuang kelebihan dua gol awal.Keputusan di Stadium St Mary's itu menyaksikan Spurs kekal di tangga keempat dalam liga, namun hanya dua mata di atas Newcastle United yang mempunyai kelebihan dua perlawanan.Selepas seri 3-3 Conte, yang kontraknya akan tamat pada Jun, memberikan serangan lisan yang pedas ke atas pemainnya apabila menuduh mereka mementingkan diri sendiri.Ketika masih dalam saingan untuk menduduki tempat empat teratas, Spur juga tunduk daripada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara kepada AC Milan bulan ini dan tersingkir dari Piala FA kepada kelab Divisyen Dua, Sheffield United.Conte dilantik memimpin Spurs pada November 2021 selepas pemecatan Nuno Espirito-Santo.\"Kami mengumumkan bahawa pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte telah meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama. Kami mencapai kelayakan Liga Juara-Juara pada musim pertama Antonio di Tottenham. Kami mengucapkan terima kasih kepada Antonio atas sumbangannya dan mendoakannya berjaya pada masa depan.\u201cCristian Stellini akan mengambil Tottenham sebagai pemangku pengurus untuk baki musim ini, bersama Ryan Mason sebagai penolong pengurus.\u201cKami mempunyai 10 baki perlawanan Liga Perdana Inggeris dan mempunyai pertarungan untuk tempat Liga Juara-Juara. Kami semua perlu bersatu dan semua orang perlu melangkah untuk memastikan penamat yang paling tinggi untuk Tottenham demi penyokong setia yang menakjubkan,\" kata pengerusi Spur, Daniel Levy dalam satu kenyataanPenyingkiran Liga Juara-Juara menamatkan harapan Spurs untuk meraih trofi untuk satu musim lagi dan melanjutkan kepada 15 tahun penantian, dengan trofi terakhir kelab itu hadir pada 2008 apabila menjulang Piala Liga dengan menewaskan Chelsea.Conte bekas pengurus Juventus dan Chelsea, tampil hebat dengan Spurs musim lalu selepas menggantikan bekas pengurus Wolverhampton Wanderers, Espirito Santo, membawa Tottenham ke Liga Juara-Juara, namun berdepan prestasi tidak konsisten musim ini yang menguji kesabaran penyokong-penyokong.\u201cCerita Tottenham bermula begini - 20 tahun ada pemilik ini (Levy) dan mereka tidak pernah menang apa-apa. Kenapa?\u201cKesalahan hanya untuk kelab, atau untuk setiap pengurus yang kekal di sini. Saya telah melihat semua pengurus Tottenham sebelum ini.\u201cSudah tiba masanya untuk mengubah keadaan ini jika Tottenham mahu berubah. Jika mereka mahu meneruskan cara ini, mereka boleh menukar pengurus, ramai pengurus, tetapi keadaan tidak boleh berubah. Percayalah,\" kata Conte selepas perlawanan di laman The Saints itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 11:49am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251562/berita/sukan/southgate-beri-amaran-kepada-pemain", "article_title": "Southgate beri amaran kepada pemain", "article_text": "GARETH Southgate memberikan amaran kepada para pemainnya untuk kekal fokus dan tidak cepat berpuas hati selepas England mengekalkan permulaan sempurna mereka untuk kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Ukraine 2-0 di Wembley pada Isnin.England telah mengumpul enam mata daripada dua perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan C selepas mereka menewaskan Itali buat kali pertama dalam tempoh 62 tahun pada Jumaat dan menumbangkan Ukraine hasil jaringan Harry Kane dan Bukayo Saka.Bagaimanapun, Southgate mahu para pemainnya terus dahagakan kemenangan dan mengekalkan rentak cemerlang itu ketika menentang Malta dan menerima kunjungan Macedonia Utara pada Jun nanti.\"Saya menjangkakan semua orang mahu berada di sini dan menjadi sebahagian daripadanya.\"Jika kami fikir kami tidak perlu untuk bermain baik menentang lawan pada bulan Jun kerana ranking dunia lawan tidak bagus, maka kami dalam masalah.\"Itu bukan pendekatan yang kami akan cari. Kami mencabar pasukan untuk menjadi yang terbaik di Eropah dalam tempoh 13 bulan akan datang.\"Itu memerlukan komitmen semua orang dan itu memerlukan standard latihan berada pada tahap tertinggi - tidak kira siapa yang kami lawan,\" katanya.Southgate turut meluahkan perasaan gembiranya dengan Saka selepas pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan gol kelapannya untuk England.\"Dia bermain dengan keyakinan yang tinggi apabila berada di depan gawang. Dia tahu untuk menjadi pemain yang hebat, memerlukan jumlah gol selain bantuan gol dan dia telah melakukannya sepanjang musim,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 10:11am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251561/berita/sukan/pengalaman-ronaldo-bantu-kemenangan-besar-portugal", "article_title": "Pengalaman Ronaldo bantu kemenangan besar Portugal", "article_text": "ROBERTO Martinez memuji pengalaman Cristiano Ronaldo ketika pemain berusia 38 tahun itu meledak dua gol untuk membantu Portugal membelasah Luxembourg 6-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya apabila turut meledak dua kali ketika menentang Lichtenstein pada Khamis, melebarkan rekodnya kepada 198 penampilan dan 122 gol antarabangsa.Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut mencetak nama selaku penjaring gol dan Martinez memuji Ronaldo yang disifatkannya antara pemain yang memiliki pengalaman luas dalam pasukan.\"Cristiano mempunyai pengalaman antarabangsa yang luar biasa, mungkin unik kerana dia satu-satunya pemain (di dunia) dengan 198 caps. Pengalamannya sangat penting dalam bilik persalinan,\" katanya.Bekas pengendali Belgium itu juga gembira dengan satu lagi rekod bersih tanpa bolos yang berjaya dilakukan oleh para pemainnya.\"Saya menghargai keputusan tidak bolos ini berbanding jaringan enam gol itu. Perlawanan ini tidak mudah. \u200b\u200bApa yang penting dalam kedua-dua perlawanan adalah kerja dan konsistensi.\"Ia bukan sekadar menukar beberapa pilihan. Terdapat banyak pilihan, ia lebih kepada perubahan disebabkan oleh kecergasan pemain,\" katanya.Portugal mengungguli Kumpulan J, dua mata di atas Slovakia dengan dua mata dan perlawanan kelayakan seterusnya adalah pada bulan Jun apabila Selecao bakal menerima kunjungan Bosnia-Herzegovina.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2023 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251540/berita/sukan/harimau-muda-julang-piala-merlion-2023", "article_title": "Harimau Muda julang Piala Merlion 2023", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara melakar sejarah apabila menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong, 2-1, dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, di Singapura, malam ini.Kemenangan itu menamatkan penantian 41 tahun Malaysia untuk mengungguli semenjak piala berkenaan diperkenalkan pada 1982, sekali gus memperbaharui pencapaian selepas sekadar berada di kedudukan tercorot pada dua edisi yang disertainya iaitu pada 1982 dan 1985.Skuad Harimau Muda jelas bermula garang apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pihak lawan seawal minit kelima perlawanan apabila penyerang Muhammad Aliff Izwan cuba meledak gol namun berjaya ditampan penjaga gawang, Ng Wai Him.Berbekalkan momentum sedia ada, skuad kendalian E Elavarasan menggandakan serangan dan peluang terbaik tiba apabila rembatan Muhammad Azrin Afiq dari luar kotak penalti berjaya menggegarkan jaring pada minit ke-20, namun dibatalkan kerana disahkan ofsaid oleh pengadil.Bersambung babak kedua, barisan muda negara terus mengasak skuad kendalian Szeto Man Chun apabila Muhammad Haqimi Azim menghantar bola silang kepada Muhammad Najumdin Akmal yang terus meledak gol pada minit ke-57 namun jaringan Malaysia sekali lagi dinafikan pengadil buat kali kedua.Tidak goyah dengan insiden itu, pemain simpanan yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan Muhammad Najumdin akhirnya berhasil memecahkan kebuntuan jaringan menerusi tandukan padunya pada minit ke-74.Lima minit berselang, pemain pertahanan Muhammad Safwan Mazlan terus mengecewakan pihak lawan apabila menambah jaringan jarak jauh, namun skuad kendalian Szeto Man berjaya merapatkan defisit menerusi Lau Ka Kiu pada minit ke-80.Bagaimanapun, pada penghujung perlawanan berlaku ketegangan antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan Muhammad Haqimi dan Kong Maddox dilayangkan kad merah pada minit kecederaan namun keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Sementara itu, pada perlawanan sebelah petang, Kemboja menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan tuan rumah Singapura, 2-1. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 11:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251534/berita/sukan/soon-huat-shevon-kempunan-raih-gelaran-terbuka-switzerland", "article_title": "Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland", "article_text": "IMPIAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St Jakobshalle.Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21.Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperkemaskan corak permainan, apabila bangkit mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19 pada set kedua, seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.Walaupun Soon Huat-Shevon terus menampilkan aksi bertenaga, ia belum cukup untuk mengekang penguasaan pasangan bukan pilihan dari China itu, apabila mereka memuktamadkan kejayaan dengan 21-17.Ini merupakan pertama kalinya Soon Huat-Shevon bertemu pemenang Masters China 2023 itu.Terbuka Switzerland ialah kejohanan acara Jelajah Dunia Super 300 BWF, yang menawarkan hadiah bernilai US$16,590 (kira-kira RM70,000) bagi pemenang acara beregu dan US$7,980 (kira-kira RM30,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 09:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251515/berita/sukan/sop-ketat-jaga-kualiti-padang-bukit-jalil", "article_title": "SOP ketat jaga kualiti padang Bukit Jalil", "article_text": "PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengurusan padang terbaik terutama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang akan menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, SOP tersebut adalah sebagai panduan kepada semua pihak yang menggunakan kemudahan PSM pada masa akan datang.Beliau berkata, PSM sudah diminta untuk mengadakan perbincangan dengan kontraktor yang dilantik untuk menyediakan tatacara pengurusan padang terbaik tersebut.\u201cPSM akan mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor yang dilantik supaya dapat menyediakan SOP. Penyediaan SOP itu bagi mengekalkan konsep pelbagai guna Stadium Nasional Bukit Jalil.\u201cSelain itu, jadual penganjuran acara akan dirancang dengan lebih teliti supaya selari dengan SOP atau tatacara yang akan disediakan.\u201cPenganjur acara perlu mematuhi SOP yang disediakan agar kualiti padang sentiasa berada di tahap yang terbaik,\u201d tulis beliau di Facebooknya pada Ahad.Hannah memberitahu, kerja penggantian rumput di stadium tersebut dijadualkan bermula pada April dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.Katanya, projek itu menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berjumlah RM2.3 juta serta sumbangan dana Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.\u201cKBS dan PSM menjunjung kasih kepada TMJ atas dana tajaan yang dikurniakan bagi menjayakan projek penggantian rumput di Stadium Nasional,\" katanya.Beliau turut menjelaskan mengenai proses kerja yang dijadualkan oleh kontraktor tersebut.Menurut Hannah antara rumput yang pernah digunakan di Stadium Nasional tersebut adalah Bermuda Greenless Park (1998-2005) dan kemudian ditukar kepada jenis Marimo Seashore Paspalum Zoysia Material (2005 \u2013 2013).\u201cPadang stadium itu juga pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Mountain Green Princess (2013-2015) dan Axonopus Compressus (2015 hingga kini),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 05:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251513/berita/sukan/hakim-danish-naik-podium-di-portugal", "article_title": "Hakim Danish naik podium di Portugal", "article_text": "PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli memulakan saingan Red Bull Rookies Cup 2023 dengan momentum positif apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan podium bagi Perlumbaan 2 di Portugal pada Ahad.Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve itu, pelumba berusia 15 tahun yang membuat penampilan pertamanya di kejohanan itu memulakan saingan di petak kelapan.Bagaimanapun pelumba muda itu tidak berdepan masalah untuk memberi cabaran kepada pelumba lain sekali gus menamatkan saingan di tempat ketiga.Kejayaan yang diraih Hakim Danish itu menyaksikan dia berjaya menebus kekecewaan apabila sekadar menamatkan perlumbaan 1 pada Sabtu di tempat kelima.\u201cAlhamdulillah, saya sangat gembira. Ini adalah podium pertama saya di Portimao dan musim pertama di Red Bull Rookies Cup.\u201cPerlumbaan ini sangat menakjubkan dan begitu sengit. Pelumba lain juga begitu pantas, namun saya berjaya memotong dan berada di podium,\u201d katanya.Pelumba Sepanyol yang memenangi Perlumbaan 1, Angel Piqueras mengekalkan penguasaannya sebagai juara bagi Perlumbaan 2 selepas menemui garisan penamat dengan catatan 26 minit 09.348 saat (s).Rakan senegara Piqueras, Marcos Ruda berada di tempat kedua selepas ketinggalan 0.002s, manakala Hakim melengkapkan podium di tempat ketiga, 0.017s di belakang pemenang kali ini.Selepas berakhir Pusingan 1, Hakim berada di tangga keempat dengan 27 mata manakala Piqueras memimpin carta kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.Alvaro Carpe pula di kedudukan kedua dengan 30 mata manakala Ruda ketiga setelah mengutip 27 mata.Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ke-10 dan mengakhiri pusingan pertama dengan 13 mata sebelum saingan beralih ke Litar Jerez, Sepanyol pada 29 dan 30 April ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 05:56pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251514/berita/sukan/arif-aiman-endrick-terlepas-aksi-bertemu-hong-kong", "article_title": "Arif Aiman, Endrick terlepas aksi bertemu Hong Kong", "article_text": "PEMAIN sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain tengah, Endrick Dos Santos disahkan tidak akan beraksi dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa ini.Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, kedua-dua pemain itu telah dilepaskan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mengalami kecederaan.\"Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa.\"Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan serta keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick \u200b\u200bdari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,\" katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, ketiadaan Arif Aiman menimbulkan tanda tanya selepas tiada dalam senarai pemain ketika menentang Turkmenistan selain kelibatnya tidak kelihatan dalam sesi latihan.Pan-gon turut menjelaskan, tiada pemain baharu akan dipanggil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua-dua pemain itu.\"Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 05:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251501/berita/sukan/arif-aiman-tidak-jalani-latihan-bersama-harimau-malaya", "article_title": "Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya", "article_text": "KEBERADAAN dan status pemain sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Padang Mawar di Pasir Gudang malam tadi.Berdasarkan pemerhatian Bernama, ketiadaan Arif Aiman menyaksikan hanya 26 pemain kembali menyertai sesi latihan pasukan selama hampir dua jam yang bermula 10 malam.Sesi latihan bermula lewat bagi menghormati bulan Ramadan itu sebahagian daripada persiapan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 kedua bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Selasa depan.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung \"misteri\u201d ketiadaan Arif Aiman dalam sesi latihan malam tadi.Kebiasaannya, faktor kecederaan dengan pengesahan doktor pasukan antara alasan yang membenarkan seseorang pemain itu diketepikan daripada tugasan bersama skuad kebangsaan pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA.Sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu tidak berada dalam skuad bimbingan Pan Gon ketika Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis lepas.Rabu lepas, Pan Gon pada sidang media praperlawanan menentang Turkmenistan mengesahkan kesemua 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di sini berada pada tahap kecergasan terbaik dan sedia diturunkan.Kali terakhir Arif Aiman menyarung jersi pasukan negara ialah ketika kempen Piala Raja Thailand September tahun lepas, yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara selepas tewas semasa final kepada Tajikistan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 03:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251478/berita/sukan/arsenal-perlu-ikat-saka-10-tahun", "article_title": "Arsenal perlu ikat Saka 10 tahun", "article_text": "BEKAS pemain Arsenal, Kolo Toure menggesa Arsenal belajar daripada kesilapan lalu dan menawarkan kontrak jangka panjang selama 10 tahun buat Bukayo Saka.Saka memainkan peranan besar dalam usaha The Gunners untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjaringkan 12 gol dalam saingan liga domestik musim ini.Pemain sayap itu juga mencipta rekod untuk England dalam Piala Dunia di Qatar tahun lepas, membolosi gawang tiga kali dan menimbulkan ancaman besar buat pasukan lawan.\u201cSatu perkara yang saya perlu katakan. Nasihat saya kepada Arsenal ialah Bukayo Saka perlu tandatangani kontrak selama 10 tahun!,\u201d katanyaKontrak Saka bersama The Gunners adalah sehingga akhir musim depan, namun difahamkan dia bakal menandatangani perjanjian baharu.Toure yang beraksi di Emirates selama tujuh tahun dari 2002 hingga 2009 memberitahu, satu kesilapan yang Arsenal lakukan selama ini ialah melepaskan pemain penting yang menyayangi kelab.\u201cAnda mesti mengekalkan pemain ini kerana dia adalah pemain yang akan memimpin pasukan untuk anda.\u201cSaka adalah pemain yang boleh diharapkan. Dia adalah pemain yang dalam keadaan sukar sekalipun akan tetap memberikan yang terbaik kepada kelab.\u201cAnda mempunyai dua jenis pemain. Pemain yang menyayangi kelab serta pemain yang datang dan pergi. Anda memerlukan pemain yang menyayangi kelab kerana ini adalah pemain yang akan berjuang dengan hati mereka,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 01:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251455/berita/sukan/kompleks-perumahan-sukan-dikenali-lionel-andres-messi", "article_title": "Kompleks Perumahan Sukan dikenali Lionel Andres Messi", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Argentina (AFA) mengumumkan pada Sabtu bahawa nama bintang bola sepak Lionel Messi akan diabadikan pada Kompleks Perumahan Sukan di Ezeiza, lapor Agensi Anadolu.\"Kompleks Perumahan Sukan di Ezeiza mulai hari ini akan dikenali sebagai 'Lionel Andr\u00e9s Messi,'\" kata Presiden Claudio Tapia dalam majlis pengumuman itu.Messi yang turut hadir pada majlis itu berkata: \"Terima kasih kerana berada di sini. Saya berterima kasih kepada 'Chiqui' (Tapia) atas pengiktirafan ini, ia sangat penting bagi saya. Saya berada di hartanah ini sejak 20 tahun lepas dan sejak itu saya merasakan semangat yang sangat istimewa,\" kata Messi.Messi, 35, mengetuai pasukan bola sepak kebangsaan merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka pada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 11:53am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251443/berita/sukan/ketajaman-fullkrug-bantu-jerman-atasi-peru", "article_title": "Ketajaman Fullkrug bantu Jerman atasi Peru", "article_text": "JURULATIH Jerman, Hansi Flick memberikan pujian kepada Niclas Fullkrug selepas penyerang itu meledak dua gol ketika mengatasi Peru.Dua gol separuh masa pertama Fullkrug memastikan tuan rumah Euro 2024 itu memperoleh kemenangan 2-0 dalam aksi sulung bagi 2023.Jerman mendominasi perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Ahad itu dengan Kai Havertz berpeluang menjadikan kedudukan 3-0, namun sepakan penaltinya gagal disempurnakan.Flick memberikan pujian khas untuk Fullkrug yang telah menjaringkan lima gol dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan menjadi pemain Werder Bremen pertama yang bermain untuk Jerman sejak Serge Gnabry pada 2016.\"Niclas adalah pemain yang istimewa, dia sangat yakin, dia mahu menang dan boleh memacu pasukan bersama. Dia juga memberikan banyak tenaga positif kepada pasukan,\" kata Flick.Sandro Wagner adalah satu-satunya pemain lain abad ini yang menjaringkan lima gol dalam lima penampilan pertamanya untuk Jerman.Bagaimanapun, Flick menegaskan terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki Fullkrug untuk menjadikannya lebih tajam di hadapan gol.\"Terdapat beberapa situasi yang saya tidak berpuas hati. Jika kami bermain ke hadapan, kami perlu mempunyai kesungguhan tertentu mengenainya.\"Niclas juga mempunyai satu atau dua situasi di mana dia boleh menjadi lebih baik, tetapi dia masih ada untuk gol dan dia menjaringkan gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 11:19am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251439/berita/sukan/maghribi-kejutkan-brazil", "article_title": "Maghribi kejutkan Brazil", "article_text": "MAGHRIBI mengejutkan Brazil 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Ahad sekali gus menyaksikan pasukan Afrika utara itu mencatat kemenangan pertama ke atas juara dunia lima kali itu.Pemain tengah Sofiane Boufal menjaringkan gol pertama Maghribi selepas 29 minit apabila menyudahkan hantaran Bilal El Khannous.Kapten Brazil, Casemiro menyamakan kedudukan pada minit ke-67 apabila rembatan lemahnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Yassine Bounou.Bagaimanapun, Abdelhamid Sabiri meledak gol kemenangan dengan sepakan voli pada minit ke-79 ketika Maghribi membuktikan kejayaan muncul negara Arab atau Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia tahun lalu bukanlah satu kebetulan.\u201cSaya tidak akan mengatakan kami kurang persefahaman, ia mengenai mempraktikkan idea jurulatih baharu.\"Saya fikir kami bermain dengan baik dan melakukan segala-galanya yang mungkin untuk menang,\" kata Casemiro dari Manchester United.Hanya 10 daripada 23 pemain yang membawa Brazil ke peringkat suku akhir Piala Dunia lalu beraksi di Maghribi untuk perlawanan itu.Neymar yang cedera sekali lagi kehilangan jersi nombor 10 miliknya yang disarung oleh pemain muda Real Madrid, Rodrygo.Brazil juga menyaksikan penampilan jurulatih sementara, Ramon Menezes yang menggantikan Tite yang meletak jawatan selepas tersingkir di peringkat lapan terakhir Piala Dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 10:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251432/berita/sukan/joselu-pacu-kemenangan-sepanyol", "article_title": "Joselu pacu kemenangan Sepanyol", "article_text": "DUA jaringan pantas Joselu memacu kemenangan Sepanyol ke atas Norway 3-0 dalam saingan kelayakan Euro 2024, awal pagi Ahad.Norway yang beraksi tanpa penyerang berbisa, Erling Haaland buntu untuk mencari gol dalam aksi yang berlangsung di Malaga itu.Dalam aksi itu, Dani Olmo membuka tirai jaringan pada minit ke-13.Joselu yang masuk sebagai pemain gantian meledak pada minit ke-84 dan 85.Ia merupakan penampilan pertama pemain berusia 32 tahun itu bersama skuad kebangsaan.\"Saya masih tidak percaya,\" ujar Joselu.Penyerang Espanyol itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan dua gol pada penampilan sulung antarabangsa sejak Fernando Morientes pada 1998.\"Ini adalah perkara terbaik buat seorang pemain bola sepak. Ia adalah ganjaran untuk kerja keras tanpa jemu,\" ujar Joselu.Kemenangan itu melegakan jurulatih baharu, Luis de la Fuente dalam aksi pertamanya sebagai pengendali skuad tersebut.Juara Eropah tiga kali itu akan menentang Scotland, yang menewaskan Cyprus 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 09:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251429/berita/sukan/wales-curi-satu-mata-dari-croatia", "article_title": "Wales curi satu mata dari Croatia", "article_text": "WALES boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu mata ketika seri 1-1 dengan pasukan separuh akhir Piala Dunia, Croatia awal pagi Ahad.Nathan Broadhead muncul penyelamat apabila meledak gol pada masa kecederaan dalam saingan kelayakan Euro 2024 itu.Dalam aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Andrej Kramaric pada separuh masa pertama.Jaringan Kramaric pada minit ke-28 dilihat sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Croatia, namun skrip berubah pada penghujung perlawanan.Croatia gagal menyekat lontaran jauh Connor Roberts dan pemain gantian, Broadhead merembat bola masuk untuk meraih gol penyamaan.\"Saya berasa terharu dan emosi. Saya sudah lama menunggu saat ini,\" ujar Broadhead.Wales sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan tetapi keputusan itu ibarat kemenangan buat anak buah Rob Page.Broadhead ketika ini beraksi untuk pasukan divisyen tiga Inggeris, Ipswich selepas berhijrah dari pasukan bergelut, Everton meluahkan rasa gembira dengan gol itu.\"Kami memerlukan satu mata. Kami datang ke sini untuk mencuba dan menang tetapi dapat satu mata juga bagus,\" ujar pemain berusia 24 tahun itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 08:40am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251428/berita/sukan/pastikan-harimau-malaya-tidak-bolos-berdepan-hong-kong", "article_title": "Pastikan Harimau Malaya tidak bolos berdepan Hong Kong", "article_text": "[DIKEMASKINI] PENJAGA gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi Mohamed mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar kekal fokus dan memastikan pintu gol tidak dibolosi ketika berdepan Hong Kong bagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa.Menurut Syihan, perkara itu disuarakan kapten, Dion Cools sebelum ini yang mahukan clean sheet (tanpa bolos) pada dua aksi persahabatan Tier 1 kali ini.Katanya, biarpun kelebihan dilihat berpihak kepada skuad negara yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun pelawat juga sudah pasti melakukan persiapan sama dalam usaha mencatatkan kemenangan.\u201cInsya-ALLAH, kita akan fokus untuk game ni, tapi jangan terlalu yakin dan ambil mudah pasukan lawan.\u201cKelebihan memang pada kita, tapi mereka (Hong Kong) juga pasti adakan persiapan dan sebab itu pemain perlu kekal fokus di sepanjang perlawanan,\u201d katanya.Syihan merupakan antara pemain yang beraksi cemerlang buat skuad negara ketika menewaskan Turkmenistan 1-0 di venue sama Khamis lalu.Penjaga gol berusia 27 itu juga dilihat cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan daripada jentera serangan pelawat pada perlawanan berkenaan.Mengulas mengenai perkara itu, Syihan berkata, kemenangan ke atas Turkmenistan merupakan hasil kerja keras daripada kesemua pemain yang diturunkan.Syihan (kanan) mahu memastikan gawang skuad negara tidak dibolosi ketika berdepan Hong Kong, Selasa ini .- Foto Facebook FAMJusteru katanya, prestasi sedemikian perlu diteruskan ketika berdepan Hong Kong dalam usaha merakamkan kemenangan sekali lagi pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, kali ini.\u201cKalau kita tengok, alhamdulilah. Semua pemain bagi 100 peratus pada perlawanan tersebut (berdepan Turkmenistan).\u201cBagaimanapun, saya tak boleh berikan ulasan dari segi prestasi pemain kerana saya sendiri merupakan pemain.\u201cYang boleh berikan penilaian adalah seperti coach (ketua jurulatih) dan juga orang (peminat) di luar,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 08:33am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251427/berita/sukan/terbuka-switzerland-soon-huat--shevon-mara-ke-pentas-akhir", "article_title": "Terbuka Switzerland: Soon Huat- Shevon mara ke pentas akhir", "article_text": "BEREGU profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 berlangsung di Basel.Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit, di St. Jakobshalle, awal pagi Ahad (4.30 pagi waktu Malaysia).Selepas menang set pertama 21-14, Soon Huat-Shevon yang juga pilihan keenam kejohanan, ditentang hebat pasangan Belanda itu sebelum berjaya mengawal permainan dan memenangi pertarungan sengit berakhir dengan 23-21.Keputusan itu menyaksikan beregu ranking ke-11 dunia itu akan bertemu wakil China Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin yang mara selepas menundukkan wakil Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-13, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.Sementara itu, hasrat perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia bagi meraih gelaran pertamanya musim ini musnah selepas ditundukkan pemain Jepun Koki Watanabe straight set 11-21, 14-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 08:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251416/berita/sukan/yew-sin-ee-yi-gagal-ke-final-terbuka-switzerland", "article_title": "Yew Sin-Ee Yi gagal ke final Terbuka Switzerland", "article_text": "HASRAT beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam Sabtu.Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final esok.Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam Sabtu.Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir akan bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2023 12:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251400/berita/sukan/rnf-motogp-racing-team-taja-hakim-danish-danial-syahmi", "article_title": "RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi", "article_text": "RNF MotoGP Racing Team akan menjadi penaja bagi pelumba muda ZK Racing, Muhammad Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Ahmad Shahril yang membuat penampilan di pentas Red Bull MotoGP Rookies Cup bermula 25 Mac hingga 10 September ini.ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan menerusi prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.\"Pusingan itu akan bermula hujung minggu ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka,\" menurut kenyataan itu.Sementara itu, Danial Syahmi, 21, berkata, tajaan berkenaan membantu dalam perjalanan kariernya selain bersedia memberikan yang terbaik dalam perlumbaan musim ini.\"Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing dalam kejuaraan ini,\" katanya.Hakim Danish, 16, pula menjanjikan prestasi yang kompetitif bagi musim pertamanya dalam kejohanan berkenaan.Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 06:30pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251399/berita/sukan/bernhardt-dilantik-pengarah-teknikal-kelantan-fc", "article_title": "Bernhardt dilantik Pengarah Teknikal Kelantan FC", "article_text": "BEKAS pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara, Frank Bernhardt dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Dalam kenyataan pada Sabtu, Kelantan FC memaklumkan, pelantikan Bernhardt itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum ini, Nasir Yusuf.\u201cBeliau (Bernhardt) mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih bersama skuad B-23 Malaysia dan UiTM FC yang beraksi pada saingan Liga-M.\u201cJurulatih berasal dari Kiel, Jerman ini juga memiliki sijil kejurulatihan UEFA Pro daripada German Sport University di Cologne, selain pernah menjadi Pengarah Teknikal Estonia FA (2007-2012) dan Azerbaijan FA (2014-2017),\u201d menurut kenyataan itu.Menurut Kelantan FC, pelantikan pengarah teknikal adalah antara syarat wajib dalam pelesenan kelab di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).Bernhardt yang pernah bermain untuk kelab Werder Bremen, akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau dan menilai unit kejurulatihan serta hal-hal berkaitan teknikal pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 06:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251396/berita/sukan/piala-sudirman-cabaran-getir-buat-skuad-badminton-negara", "article_title": "Piala Sudirman: Cabaran getir buat skuad badminton negara", "article_text": "MALAYSIA dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.Menerusi undian secara maya dijalankan di Suzhou hari ini, Malaysia yang menduduki ranking keempat kejohanan itu diletakkan di dalam Kumpulan C bersama Taiwan, India dan Australia.Di atas kertas, pasukan India dan Taiwan dilihat bakal menjadi \"batu penghalang\u201d pada peringkat kumpulan buat kem badminton negara untuk melangkah jauh kerana dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.Sementara itu, bagi Kumpulan A juara bertahan, China dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah jauh apabila diletakkan bersama-sama Denmark, Singapura dan Mesir.Bagi Kumpulan B pula bakal menyaksikan pertembungan Indonesia dengan Thailand untuk dua pasukan teratas kumpulan, selain daripada Jerman dan Kanada yang diundi dalam kumpulan sama.Dalam pada itu, Kumpulan D pula menyaksikan pertembungan Jepun bersama juara empat kali kejohanan itu, Korea Selatan, selain Perancis dan England.Malaysia belum pernah memenangi kejohanan itu sejak kali pertama diadakan di Jakarta, Indonesia pada 1989.Pada edisi lepas di Vantaa, Finland, perjalanan skuad badminton negara terhenti setakat peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 05:45pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251385/berita/sukan/pemilihan-sukan-sukma-dibuat-secara-terbuka", "article_title": "Pemilihan sukan Sukma dibuat secara terbuka", "article_text": "MAJLIS Sukan Negara (MSN) menjelaskan pemilihan jenis sukan ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) dibuat secara terbuka menerusi penglibatan semua pemegang taruh di peringkat pusat dan negeri tanpa sebarang prejudis kepada sukan-sukan lain.Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, keputusan penetapan sukan yang dipilih dibuat secara bersama.\"Sebagaimana semua sedia maklum, Sukma adalah sukan bertemasya yang dianjurkan setiap dua tahun, dikhaskan untuk atlet-atlet muda negara berumur di antara 12 hingga 21 tahun dan penyertaan ke Sukma adalah menerusi Majlis Sukan Negeri-Negeri di bawah kelolaan setiap Kerajaan Negeri masing-masing.\"Semua keputusan membabitkan jenis dan jumlah sukan yang dipertandingkan, diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dianggotai semua 14 Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri selain wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mewakili persatuan-persatuan sukan kebangsaan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau mengulas mengenai rakaman video Setiausaha Agung Persatuan Kabaddi Malaysia, Peter Gopi yang membangkitkan isu pemilihan jenis sukan untuk Sukma kali ini.Menurut Shapawi, jawatankuasa telah menerima rumusan Bengkel Transformasi Sukma disertai wakil Majlis Sukan Negeri-Negeri serta Kementerian Pendidikan pada 16 hingga 18 Februari lalu yang membawa kepada pemilihan 28 jenis sukan berdasarkan empat asas pemilihan.\"Pertama ialah sukan dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik dan atlet negara layak menyertainya secara merit. Kedua ialah sukan dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik dan Sukan Asia/ Sukan Komanwel di mana atlet negara mempunyai potensi prestasi meraih pingat.\"Selain itu, sukan yang tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik tetapi dipertandingkan di Sukan Asia/ Sukan Komanwel dan atlet negara mempunyai potensi meraih pingat.\"Justifikasi yang keempat ialah sukan popular dan dipelopori sebilangan besar rakyat Malaysia, dipertandingkan di dalam struktur pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) serta mempunyai kemudahan infrastruktur sedia ada di kebanyakan sekolah, premis kerajaan mahupun swasta di seluruh negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 04:56pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251383/berita/sukan/endrick-azam-berikan-aksi-terbaik-berdepan-hong-kong", "article_title": "Endrick azam berikan aksi terbaik berdepan Hong Kong", "article_text": "BIARPUN gagal meledak sebarang jaringan pada aksi sulung berdepan Turkmenistan baru-baru ini, namun pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos tetap berazam untuk memberikan aksi terbaik pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, berdepan Hong Kong, di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.Malah pemain kelahiran Brazil itu berkata, dia tetap gembira kerana turut memainkan peranan tersendiri bagi membantu kemenangan skuad Harimau Malaya.\u201cWalaupun tidak dapat menjaringkan gol atau membuat bantuan gol, saya tidak kecewa kerana apa yang penting pasukan Harimau Malaya mencapai objektif untuk menewaskan Turkmenistan walaupun hanya mempunyai masa yang singkat untuk membuat persiapan.\u201cOleh itu saya yakin pasukan ini mampu melakukan yang lebih baik apabila berdepan Hong Kong, Selasa ini.\u201cCuma, pemain perlu cepat membentuk keserasian bersama selain cepat \u2018hadam\u2019 dengan corak taktikal yang diterapkan ketua jurulatih, Kim Pan-gon,\u201d katanya.Untuk rekod, kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan Khamis lalu turut membantu melonjakkan kedudukan skuad negara yang kini berada pada ranking ke-140 dunia.Sementara itu Endrick yang beraksi di posisi tengah menyerang berkata, dia sedia beraski di mana-mana posisi kelak berdasarkan kepada perancangan taktikal dalam usaha memburu kemenangan ketika berdepan Hong Kong nanti.Menurut pemain berusia 28 tahun itu, dia yakin mampu menyesuaikan diri beraksi di mana-mana posisi kelak.\u201cWalaupun ketua jurulatih meletakkan saya di posisi yang lebih rendah di bahagian tengah, saya juga selesa untuk bermain secara bertahan kerana pernah beraksi di posisi berkenaan sebelum ini.\u201cSebenarnya, saya gembira bila mendapat panggilan untuk beraksi dengan pasukan Harimau Malaya dan saya yakin pasukan ini mampu menjadi lebih baik pada masa akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 04:39pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251337/berita/sukan/kane-layak-dilabel-penyerang-terhebat-england", "article_title": "Kane layak dilabel penyerang terhebat England", "article_text": "WAYNE Rooney percaya Harry Kane layak dilabel sebagai penyerang terhebat dalam sejarah England selepas kapten The Three Lions itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.Kane menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-54 ketika England memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan 2-1 ke atas Itali pada Jumaat sekali gus melepasi rekod 53 gol milik Rooney.Rooney memberikan sokongan kepada Kane untuk meledak lebih banyak gol bersama England dan meletakkan sasaran sukar untuk dicapai oleh penyerang England pada masa depan.\"Apabila saya memecahkan rekod menjaringkan gol England melalui penalti menentang Switzerland pada September 2015, Harry Kane adalah pemain pertama yang berlari dan meraikan bersama saya.\"Saya tahu dia boleh menjadi penjaring terhebat England jika dia terus bermain seperti ini dan saya mahu memberinya semangat.\"Saya percaya apabila dia berhenti bermain, dia akan meninggalkan rekod England di tempat yang sukar untuk orang lain memecahkannya,\" katanya.Walaupun Kane masih belum memberikan sebarang inspirasi kepada pasukan Gareth Southgate untuk menjulang kejohanan utama, Rooney percaya pemain berusia 29 tahun itu sudah mempunyai legasi yang lebih mengagumkan berbanding penyerang England yang lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 11:46am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251334/berita/sukan/ibrahimovic-pecah-rekod-euro", "article_title": "Ibrahimovic pecah rekod Euro", "article_text": "PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.Ibrahimovic masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73 dalam perlawanan kumpulan F Euro 2024 di Solna.Pada usia 41 tahun, lima bulan dan 21 hari, Ibrahimovic kini mengatasi rekod bekas penjaga gol Itali, Dino Zoff, yang bermain menentang Sweden pada 29 Mei 1983, ketika berusia 41 tahun, tiga bulan dan satu hari.Ibrahimovic yang kini beraksi bersama AC Milan turut menjadi pemain tertua yang menjaringkan gol dalam sejarah Serie A ketika menentang Udinese Calcio hujung minggu lalu.Awal minggu ini Ibrahimovic menegaskan, yang dia mahu beraksi di pusingan akhir Euro di Jerman tahun depan dan pada usia 42 tahun, dia bakal menjadi pemain tertua pernah menyertai kejohanan itu.Bagaimanapun hasrat Ibrahimovic itu tidak selari dengan permulaan kempen Sweden yang kini di tangga tercorot Kumpulan F selepas hatrik Romelu Lukaku memberikan jurulatih baharu Belgium Domenico Tedesco permulaan yang cemerlang selepas menggantikan Roberto Martinez.\"Mendapat tiga mata dan menjaringkan tiga gol di Sweden tidak pernah mudah untuk mana-mana pasukan. Kemenangan sentiasa menjadi perkara terbaik untuk pasukan,\" kata Tedesco.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 11:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251333/berita/sukan/fifa-siar-dokumentari-piala-dunia-2022", "article_title": "FIFA siar dokumentari Piala Dunia 2022", "article_text": "FIFA mengeluarkan dokumentari mengenai Piala Dunia 2022 pada Jumaat yang membolehkan peminat bola sepak menonton aksi mendebarkan di sebalik tabir semasa kejohanan itu, lapor Agensi Anadolu.Filem rasmi Qatar 2022 'Written in the Stars' itu diceritakan oleh pelakon Michael Sheen. Dokumentari selama satu jam 34 minit itu boleh ditonton secara percuma di laman sesawang FIFA.Penonton berpeluang menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir perlawanan dan paparan aksi yang tidak dapat dilihat oleh penonton sebelum ini.Di Qatar 2022, 172 gol dijaringkan dan kejohanan itu menjadi pertandingan yang menyaksikan bilangan gol terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.Kira-kira 3.4 juta orang menonton perlawanan Piala Dunia di stadium dengan purata 53,000 penonton setiap perlawanan.Argentina yang diketuai Lionel Messi muncul juara apabila menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir, Disember lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 11:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251324/berita/sukan/tuchel-jurulatih-baharu-bayern", "article_title": "Tuchel jurulatih baharu Bayern", "article_text": "BAYERN Munich telah melantik bekas jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel sebagai pengendali baharu pasukan itu selepas memecat Julian Nagelsmann pada Jumaat.Bayern telah menandatangani Nagelsmann untuk tempoh lima tahun, namun dia dipecat selepas dua tahun juara Bundesliga itu sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga.Bayern berkata, Tuchel akan diberikan kontrak sehingga Jun 2025 dan akan mengendalikan sesi latihan buat kali pertama, Isnin ini.Pengerusi Bayern, Oliver Kahn berkata: \"Secara peribadi dan mewakili FC Bayern, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Julian dan barisan kejurulatihannya, semoga maju jaya.Tuchel sebelum ini pernah menjadi sasaran Bayern selepas dipecat oleh Chelsea pada September tahun lalu.Perlawanan pertama Tuchel bersama Bayern pada 1 April iaitu bertemu Borussia Dortmund, kelab yang pernah dipimpin Tuchel dari 2015-2017.Walaupun Bayern menewaskan PSG pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, gergasi Jerman itu kemudiannya mengalami tamparan hebat apabila tewas 1-2 ketika menentang Bayer Leverkusen, Isnin lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 10:21am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251323/berita/sukan/kapten-mbappe-ledak-dua-gol", "article_title": "Kapten Mbappe ledak dua gol", "article_text": "KYLIAN Mbappe membalas kepercayaan selepas diberikan lilitan kapten meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 Perancis di tempat sendiri ketika menentang Belanda dalam kempen kelayakan Kumpulan B Euro 2024 pada awal pagi Sabtu.Mbappe, yang dinamakan sebagai kapten selepas Hugo Lloris menamatkan karier antarabangsanya pada Januari, memulakan perlawanan dengan melakukan bantuan gol kepada Antoine Griezmann pada minit kedua.Dayot Upamecano menambah jaringan enam minit kemudian dan Mbappe menjadikan kedudukan 3-0 di pertengahan babak pertama.Mbappe meledak gol keduanya dua minit sebelum tamat perlawanan dengan Belanda berpeluang menjaringkan gol namun sepakan penalti Memphis Depay dalam masa kecederaan diselamatkan penjaga gol, Mike Maignan.Ia persembahan meyakinkan daripada anak buah Didier Deschamps menentang Belanda yang kehilangan beberapa tonggaknya selepas dijangkiti virus.\"Kami tidak mahu mengecewakan peminat kami. Ini adalah perlawanan pertama di sini selepas Piala Dunia dan kami mahu meneruskan rentak sebelum ini, kecuali ketika final.\"Saya cuba melakukan tugas saya, membuat keputusan dan memimpin rakan sepasukan. Ia berhasil hari ini tetapi ini baru permulaan,\" kata Mbappe.Kekalahan itu adalah tamparan hebat untuk pengendali Belanda, Ronald Koeman yang mengendalikan perlawanan pertamanya sejak dia mengambil alih tugas daripada Louis van Gaal.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 09:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251321/berita/sukan/azeem-raih-emas-acara-100-meter-di-florida", "article_title": "Azeem raih emas acara 100 meter di Florida", "article_text": "JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 100 meter (m) pada Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, awal pagi tadi (3 pagi waktu Malaysia).Pada kejohanan yang berlangsung di Mike Long Track di Tallahassee, Florida, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat (s) sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.Lebih manis, ia merupakan kemenangan sulung buat atlet berusia 18 tahun itu yang membuat debut kejohanan luar dewan di bumi 'Uncle Sam' itu selepas tiga penampilan dalam acara 60m dalam dewan sebelum ini.Tempat kedua acara itu dimenangi Andre Ewers (10.49s) manakala tempat ketiga dimenangi Trei Thorogood (10.51s) mewakili Universiti Syracuse.Bulan lepas, Azeem menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat selepas memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60m lelaki dalam dewan miliknya sendiri pada kejohanan Tiger Paw Invitational. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 09:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251317/berita/sukan/ranking-malaysia-melonjak-ke-140", "article_title": "Ranking Malaysia melonjak ke-140", "article_text": "SKUAD bola sepak Malaysia berpeluang membaiki ranking daripada tangga ke-145 ke kedudukan yang lebih baik sejak 15 tahun lalu.Harimau Malaya ketika ini mengumpul 1,071.99 mata selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 akhir tahun lalu.Kejayaan anak buah Kim Pan-gon mengalahkan Turkmenistan 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Khamis membolehkan skuad negara menokok 5.27 mata.Penambahan mata berharga itu menjadikan mata keseluruhan terbaru kepada 1,077.26 sekali gus berada di ranking ke-140 memotong Burundi dan St Kitts and Nevis.Perlawanan menentang Hong Kong pada 28 Mac depan bakal memberikan lonjakan baharu buat Harimau Malaya menerusi penambahan 4.9 mata jika berjaya menewaskan pasukan itu.Maka mata keseluruhan yang dikumpul sebelum kemas kini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada April depan adalah sebanyak 1082.16.Ia sekali gus melonjak ke kedudukan ke-139 dunia memintas negara dari Amerika Selatan, Suriname.Kedudukan ke-139 dunia itu bakal menghampiri kedudukan terbaik skuad kebangaan pada 2011 selelas memenangi Piala AFF 2010 di mana Malaysia pernah menduduki tangga ke-138 sebelum mengalami kejatuhan ke tangga ke-178 pada tahun 2018.Kemenangan ke atas Hong Kong juga bakal membantu Malaysia mengurangkan defisit perbezaan mata ranking dengan pesaing terdekat dari Asia Tenggara, Filipina kepada 27.44 mata.Filipina kini di tangga ke-134 dunia dengan mata semasa sebanyak 1,109.60.Kemas kini ranking akan dikeluarkan secara rasmi oleh FIFA pada 6 April 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2023 08:21am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251306/berita/sukan/zii-jia-mudah-lolos-separuh-akhir-terbuka-switzerland", "article_title": "Zii Jia mudah lolos separuh akhir Terbuka Switzerland", "article_text": "JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir Terbuka Switzerland selepas menyingkirkan pemain kurang ternama dari Taiwan, Lee Chia Hao.Dalam aksi suku akhir di St. Jakobshalle, Basel sebentar tadi, Zii Jia yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan mudah mencatatkan kemenangan 21-12, 21-17 dalam tempoh 37 minit.Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas Chia Hao yang menyingkirkannya pada pusingan kedua Terbuka Jerman dua minggu lalu.Kejayaan itu juga menyaksikan Zii Jia meneruskan rentak konsisten apabila melangkah ke separuh akhir dalam dua kejohanan berturut-turut selepas turut melakukannya pada Seluruh England minggu lalu.Menanti Zii Jia di pentas separuh akhir pada Sabtu adalah pemain pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe yang menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-12, 21-15.Terdahulu, Zii Jia yang juga pemain nombor empat dunia berjaya menyingkirkan juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama.Dalam aksi pusingan kedua pada Khamis, Zii Jia menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-19, 21-15.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 11:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251298/berita/sukan/naik-taraf-rumput-zeon-zoysia-mbi-sudah-hantar-surat-kepada-kbs", "article_title": "Naik taraf rumput Zeon Zoysia: MBI sudah hantar surat kepada KBS", "article_text": "MAJLIS Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar surat kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan memohon peruntukan bagi menaik taraf padang bola sepak di Stadium Perak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.Beliau berkata, stadium itu ketika ini menggunakan rumput jenis cow grass dan sudah berusia 26 tahun iaitu sejak 1997.\"Kita dah hantar surat, dua hari sudah, surat itu daripada MBI kepada Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), harap-harap lulus. Kalau boleh kita nak ganti dulu, lepas itu penyelenggaraan kita akan buatlah,\u201d katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran MBI, M Roof Hotel, Pasaraya Econsave, Navira Meditech & Perak Community Specialist Hospital (PSCH) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di sini pada Jumaat.KBS pada 7 Mac lepas menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.Sementara itu, Rumaizi berkata, MBI juga akan melobi supaya perlawanan antarabangsa diadakan di Stadium Perak pada masa depan jika permohonan itu berjaya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 10:09pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251277/berita/sukan/harimau-muda-tempah-tiket-final-piala-merlion", "article_title": "Harimau Muda tempah tiket final Piala Merlion", "article_text": "SKUAD bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara menempah tiket final Piala Merlion 2023 selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Kemboja di Stadium Jalan Besar, Singapura sebentar tadi.Barisan kendalian E Elavarasan itu tampil garang sebaik wisel permulaan dibunyikan apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang KL City FC, Haqimi Azim pada minit ke-13.Jaringan itu ternyata membakar semangat Harimau Muda bagi menambah jaringan sebelum gol kedua terhasil menerusi pertahanan kiri Selangor FC, V Ruventhiran pada minit ke-30.Berselang enam minit kemudian, gawang skuad negara bocor apabila Lim Pisoth berjaya meledak gol akibat kesilapan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.Baru lima minit aksi babak kedua bersambung, Kemboja yang dibimbing Ryu Hirose menyamakan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri Sieng Chanthea.Tersentak dengan jaringan penyamaan Kemboja, Elavarasan membuat beberapa pertukaran pemain termasuk memasukkan pemain tengah Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) II, Fergus Tierney.Tierney tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-62 sebelum Najmuddin Akmal memastikan kemenangan bergaya skuad negara dengan gol keempat pada minit ke-73.Kemenangan itu melayakkan Malaysia ke pentas final Piala Merlion 2023 yang melibatkan empat pasukan B-22 selain tuan rumah, Singapura dan Hong Kong.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 07:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251269/berita/sukan/prestasi-aaron-wooi-yik-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Prestasi Aaron-Wooi Yik cetus tanda tanya", "article_text": "PRESTASI tidak menentu beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencetuskan tanda tanya apabila tumbang dalam pusingan awal tiga kejohanan di Eropah.Situasi itu ternyata meresahkan peminat badminton negara yang mengharapkan juara dunia itu segera bangkit pada kejohanan akan datang.Pada Khamis, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kedua dunia tersingkir pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland di Basel.Tampil selaku pilihan utama kejohanan, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas 21-17, 16-21, 17-21 kepada gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.\u201cSaya tidak mahu komen banyak sebab cakap apa pun selepas kalah ia seperti beri alasan. Bila kalah cakap apa pun jadi salah.\u201cApa yang saya dan Wooi Yik perlu buat ialah berlatih lagi. Kemudian bangkit dan menang dulu,\u201d ujar Aaron kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Aaron-Wooi Yik memulakan misi mereka di Eropah dengan langkah kiri apabila gagal mara ke suku akhir Terbuka Jerman di Mulheim dua minggu lalu.Mereka tewas 13-21, 18-21 kepada Koga-Sato yang juga gandingan nombor 25 dunia pada pusingan kedua kejohanan berstatus Super 300 itu.Nasib malang terus menimpa Aaron-Wooi Yik apabila terpaksa meninggalkan bumi Birmingham lebih awal apabila tersingkir seawal pusingan pertama Seluruh England minggu lalu.Aaron-Wooi Yik yang masih belum meraih sebarang kejuaraan tahun ini tumpas 18-21, 21-14, 13-21 kepada wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 06:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251265/berita/sukan/skuad-bola-keranjang-cadang-ambil-pemain-import", "article_title": "Skuad bola keranjang cadang ambil pemain 'import'", "article_text": "PERSATUAN Bola Keranjang Malaysia (MABA) bakal mengikut jejak bola sepak apabila bercadang untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi bagi melonjakkan kualiti sukan tersebut.Ketua Kontinjen negara (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, sekiranya Malaysia berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain import, ia berpotensi untuk meningkatkan mutu bola keranjang pada masa depan.\u201cAda usaha oleh MABA untuk memasukkan pemain naturalisasi, namun ia masih dalam perbincangan MABA.\u201cKita tengok Filipina banyak pemain naturalisasi. Ada pemain dari Amerika Syarikat. Kalau nak diikutkan jika ada satu dua pemain naturalisasi ianya akan membantu pasukan untuk bertambah baik,\u201d ujarnya.Beliau bersama timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee ditemui media ketika mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama atlet serta jurulatih sukan bola keranjang di Wisma MABA, Kuala Lumpur pada Jumaat.Mengulas persiapan skuad bola keranjang negara Mohd Nasir berkata, mereka berada dalam fasa terakhir latihan intensif yang antara lain memberi tumpuan kepada taktikal permainan.\u201cSecara keseluruhan, saya berpuas hati. Daripada segi strategi dan taktiknya, mereka sudah ada, cuma ingin menggilap sedikit yang masih longgar,\u201d katanya.Dalam pada itu, ketua jurulatih bola keranjang wanita negara, Tracy York menjelaskan wujud usaha untuk mengambil beberapa pemain naturalisasi berpotensi diserapkan ke dalam pasukan.Tracy. - Foto Facebook MSNBagaimanapun katanya, ia memerlukan proses yang panjang kerana melibatkan masa dan urusan dokumen yang merumitkan.\u201cIa adalah pelan untuk jangka masa panjang. Kita ada mengenalpasti beberapa pemain naturalisasi yang baik, namun agak sukar kerana ia melibatkan urusan pasport dan tentunya mengambil masa.\u201cKetika ini, saya fokus kepada pemain yang kita ada terlebih dahulu,\u201d katanya.Tambahnya, skuad bola keranjang wanita negara mempunyai kekurangan daripada sudut saiz badan pemain berbanding negara Asia Tenggara lain.Justeru beliau optimis jika kehadiran pemain naturalisasi menjadi kenyataan, Malaysia mampu bersaing dengan kuasa bola keranjang lain kerana memiliki struktur tubuh badan yang hampir serupa.\u201cKita perlukan pemain naturalisasi yang tepat daripada segi saiz. Misalnya Indonesia, mereka mempunyai pemain naturalisasi dan mendapat keputusan yang baik,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 06:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251250/berita/sukan/pan-gon-puji-padang-stadium-sultan-ibrahim", "article_title": "Pan-gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memuji padang Stadium Sultan Ibrahim selepas Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini, malam tadi.Ia adalah kali pertama Harimau Malaya beraksi di stadium berkenaan yang merupakan 'gelanggang keramat' pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), susulan penutupan Stadium Nasional di Bukit Jalil awal tahun ini, bagi pemasangan rumput baharu, Zeon Zoysia, yang juga digunakan di sini.Warga Korea Selatan itu berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT kerana menawarkan pasukannya untuk berlatih serta bermain di sini bagi dua aksi persahabatan, termasuk menentang Hong Kong pada 28 Mac ini.\"Ia (padang) baik dan kami boleh bermain permainan pantas, jika kami ada lebih ramai pemain laju kami boleh beri anda lebih banyak gol. Dari segi pemain, saya berpandangan mereka mesti menyesuaikan diri (dengan kualiti padang) kerana kami mungkin akan bermain di padang yang lebih baik di Qatar (Piala Asia 2023), lebih banyak permainan pantas dan lawan yang lebih kuat.\"Secara keseluruhannya, (bermain di Stadium Sultan Ibrahim) adalah latihan yang baik untuk kami dan kami juga dalam persekitaran yang baik, terima kasih JDT kerana menyediakan padang ini,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan, di sini, malam tadi.Dalam perlawanan itu, pemain sayap JDT Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama.Malaysia mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol dengan beberapa percubaan cantik, namun penjaga gol Turkmenistan Rasul Charyyev bertindak cemerlang termasuk menepis tendangan gunting Muhammad Akhyar dan menghalang serangan berganda Mohamad Faisal Abdul Halim pada separuh masa kedua.Ini adalah kemenangan kedua Malaysia ke atas Turkmenistan selepas menewaskan skuad \u2018The Green\u2019 itu, 3-1, dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Jun tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 04:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251246/berita/sukan/pegawai-sukan-asean-persatuan-bincang-bida-piala-dunia-2034", "article_title": "Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida Piala Dunia 2034", "article_text": "PEGAWAI sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan utama serantau yang terlibat dengan bola sepak, mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.Ahli kumpulan kerja teknikal turut membincangkan mengenai keperluan umum, garis masa dan peranan setiap negara anggota untuk kejohanan yang akan diadakan selama sebulan itu.Mesyuarat untuk bidaan itu diadakan secara maya pada Rabu dan dipengerusikan oleh pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Sukan, Dr Niwat Limsuknirun.Menurut Sekretariat ASEAN, bidaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu kali pertama dicadangkan oleh menteri-menteri luar rantau itu pada sesi permukiman 2011 di Lombok, Indonesia.Semasa sidang kemuncak serantau 2019 di Bangkok, Thailand, pemimpin ASEAN kemudiannya mengalu-alukan hasrat bersama rantau itu untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.Para pemimpin menyokong usaha persatuan bola sepak negara-negara anggota dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk merealisasikan matlamat ini.Sebagai tindak balas kepada kenyataan pemimpin itu, AFF turut menyatakan sokongannya terhadap inisiatif itu pada Jun 2019. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 03:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251214/berita/sukan/mancini-optimis-itali-bangkit", "article_title": "Mancini optimis Itali bangkit", "article_text": "ITALI berdepan tugas sukar untuk menempatkan diri dalam saingan Euro 2024 susulan kekalahan 1-2 kepada England di laman sendiri, Naples awal pagi Jumaat.Bagaimanapun jurulatihnya, Roberto Mancini enggan berputus asa sebaliknya kekal positif berdasarkan persembahan baik anak-anak buahnya.\u201cKami berjaya meningkatkan usaha dan bermain dengan lebih baik. Laluan agak sukar tetapi mungkin ia boleh diatasi dengan lebih baik,\u201d ujar Mancini.Dalam aksi tersebut, Declan Rice membuka tirai jaringan dan Harry Kane menjadi penjaring terbanyak England dengan gol ke-54 untuk negaranya sebelum menutup separuh masa pertama dalam pertembungan Kumpulan C di Stadio Diego Armando Maradona itu.Pemain kelahiran Argentina, Mateo Retegui meledak gol saguhati buat Itali pada minit ke-56.Mancini berkata, para pemain berdepan aksi sukar pada babak pertama apabila melepaskan dua gol dan permainan bertambah baik pada separuh masa kedua, namun ia belum cukup untuk menyaingi pasukan lawan.\u201cKami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami melepaskan dua gol daripada dua bola pegun (bola mati). Kami sepatutnya lebih berhati-hati.\u201cKemudian kami mendominasi babak kedua dan mungkin keputusan sepatutnya seri. Kami kecewa dengan keputusan ini tetapi perjalanan kami masih jauh,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 01:04pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251213/berita/sukan/mickey-azam-bolosi-gawang-hong-kong", "article_title": "Mickey azam bolosi gawang Hong Kong", "article_text": "PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim berazam untuk meledak jaringan ketika berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim Selasa depan.Ia selepas kegagalan menjaringkan gol pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.Menurut Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey, kegagalan menjaringkan gol pada aksi persahabatan berkenaan memberikan sedikit tekanan kepadanya yang masih belum meledak sebarang jaringan dalam saingan Liga Super musim ini.Justeru, dia akan mencuba sedaya upaya termasuk mempertingkatkan lagi kualiti permainannya dalam usaha merobek gawang lawan (Hong Kong) pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 kedua nanti sekali gus membantu kemenangan pasukan.\"Belum ada rezeki (jaringkan gol) nak buat macam mana...saya pun sudah beri yang terbaik dalam perlawanan kali ini (menentang Turkmenistan).\u201cNamun, bagi saya, apa yang penting pasukan kita menang...Alhamdulillah, saya juga bersyukur walaupun menang tipis 1-0 dan tak kisahlah siapa juga yang jaringkan gol,\u201d katanya sejurus tamat perlawanan pada Khamis.Untuk rekod, pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Sabtu, skuad negara menewaskan Turkmenistan 1-0 hasil jaringan pemain sayap Harimau Malaya, Akhyar Rashid pada minit ke-26.Tambah Faisal, dia juga tidak melihat kegagalan menjaringkan gol setakat ini bakal menganggu fokusnya untuk beraksi bersama skuad negara.Malah katanya, perkara berkenaan hanya akan menjadikannya lebih bersemangat untuk memberikan aksi terbaik seterusnya merobek jaring lawan.\u201cSaya tidak menganggap perkara ini (gagal jaringkan gol) akan mengganggu fokus saya sebab dalam bola sepak, pemain penyerang pun belum tentu boleh jaringkan gol.\"Ia hanya membuatkan saya lebih berkobar-kobar memburu gol... mungkin rezeki saya akan muncul nanti dan hanya inginkan satu gol sahaja untuk mendapat sentuhan bagi meledak gol seterusnya,\" katanya.Sementara itu, Faisal turut menyifatkan skuad Harimau Malaya ketika ini merupakan skuad terbaik berbanding kejohanan Piala AFF lalu.Malah katanya, perkara itu turut dibantu dengan kehadiran beberapa pemain daripada skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilabel sebagai pemain berkualiti dan terbaik.\"Saya gembira kerana berada dalam senarai yang dipilih ketua jurulatih untuk menjalani latihan di pusat latihan JDT.\u201cDi sini, kami berpeluang merasai berlatih di padang latihan dan bermain di stadium yang baik. Sudah tentu benda-benda macam ni membantu kami untuk beraksi lebih baik,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 01:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251206/berita/sukan/gol-ke-800-sensasi-messi", "article_title": "Gol ke-800 sensasi Messi", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi seakan tiada tandingan apabila meraikan gol ke-800 dalam perjalanan karier bola sepaknya semasa membantu Argentina menewaskan Panama 2-0 di Buenos Aires awal pagi Jumaat.Kapten Argentina itu menyumbat gol kemenangan pada penghujung perlawanan selepas pemain muda, Thiago Almada merakam gol pertama bersama skuad kebangsaan daripada tiga aksi.Terdahulu sebelum sepak mula Stadium Monumental diserikan dengan nyalaan bunga api sambil disaksikan 83,000 penonton sekali gus mencetuskan suasana penuh gemilang.Sejurus tamat perlawanan, Messi, jurulatih, Lionel Scaloni dan beberapa pemain masuk ke padang bersama anak masing-masing.Suasana emosi menyelubungi stadium apabila ramai dalam kalangan penonton serta pemain menangis ketika lagu kebangsaan Argentina, Muchachos dinyanyikan selepas kejayaan kempen Piala Dunia di Qatar.\u201cSaya sentiasa mengimpikan saat seperti ini dapat meraikan bersama anda (penyokong). Dapat pulang ke negara saya untuk merangkul Copa America, Piala Dunia. Itulah yang terbaik,\u201d kata Messi.Dalam pada itu, Scaloni bangga memiliki rakan sepasukan yang mempunyai semangat juang tinggi sehingga mampu melakar kejayaan gemilang di Piala Dunia.\u201cSaya amat bersyukur kerana memiliki kumpulan pemain ini. Bola sepak milik mereka. Ia milik semua yang memakai jersi ini.\u201cMereka berusaha sehingga titisan peluh terakhir dan kadangkala tidak mendapat keputusan dimahukan. Kali ini ia menjadi dan ia menakjubkan,\u201d ujar Scaloni.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 12:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251190/berita/sukan/kane-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Kane dalam kelas tersendiri", "article_text": "PENYERANG sensasi, Harry Kane melalui detik paling manis dalam kariernya apabila menjadi penyaring terbanyak sepanjang zaman bersama England.Gol peribadi ke-54 tersebut dilakar ketika kapten England itu membantu skuad negaranya menewaskan Itali 2-1 dalam aksi pembukaan saingan Euro 2024.Jaringan yang membawa makna besar itu mengatasi nota gol Wayne Rooney yang menyumbat 53 gol.\"Ia amat bermakna. Saya sangat teruja menyarung jersi England dan kembali beraksi dalam saingan Euro,\" ujar Kane.Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu membuka tirai jaringan melalui Declan Rice sebelum Kane meledak jaringan pada minit ke-44 menerusi sepakan penalti.Gol Itali pula dihasilkan oleh Mateo Retegui 10 minit selepas rehat.Kane yang juga penyerang Tottenham Hotspur terikat 53 jaringan dengan Rooney selepas gagal menyempurnakan penalti ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Perancis di Qatar Disember lalu.Kali ini Kane enggan melepaskan peluang keemasan di Stadio Diego Armando Maradona itu selepas bola terkena tangan Giovanni Di Lorenzo hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).Dalam pada itu, Southgate lega dengan kemenangan tersebut kerana ia petanda positif buat England.\"England perlu bermula dengan menumpaskan pasukan gergasi jika mereka mahu menamatkan kemarau kejuaraan kejohanan utama selama enam dekad,\" katanya.Menang ke atas Itali di tempat lawan buat kali pertama sejak 1961 sesuatu yang membanggakan kem England.Kekalahan itu adalah keputusan yang mengecewakan buat skuad Roberto Mancini kerana Azzurri terlepas peluang untuk memberikan England satu lagi kekecewaan selepas memenangi Euro 2020.\"Kami mungkin bermula dengan langkah yang salah tetapi kami berharap ia akan melalui perjalanan lebih lancar,\" ujar Mancini.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 10:59am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251189/berita/sukan/pan-gon-persoal-keupayaan-pemain-harimau-malaya", "article_title": "Pan Gon persoal keupayaan pemain Harimau Malaya", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon mempersoalkan keupayaan pemainnya dalam mengekalkan prestasi optimum selepas Malaysia menang tipis dengan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.Jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu berkata, perlawanan intensiti tinggi seperti perlawanan menentang Turkmenistan menuntut kekuatan mental dan fizikal, serta disiplin dan kerja berpasukan yang tinggi.Pan Gon berkata, dia banyak menuntut daripada pemain sekali gus membuatkan sebahagian mereka terpaksa bergelut untuk mengekalkan rentak.\"Saya tidak merungut, tetapi berapa lama kita boleh mengekalkan permainan sebegini? Permainan seperti ini menuntut kekuatan fizikal, mental, disiplin dan kerja berpasukan.\"Saya menuntut banyak larian, tekanan dan peralihan, sesetengah (pemain) tidak dapat mengejar, jadi kita kena perbaiki kerana kecergasan permainan adalah sangat penting.\"Saya memahami bahawa ini adalah permulaan musim dan mereka hanya bermain beberapa perlawanan. Selain itu, keadaan cuaca sukar, lembap dan ia adalah hari pertama Ramadan.\"Secara keseluruhan kami menang menentang pasukan ranking ke-135 berturut-turut. Saya rasa kita akan lebih baik menjelang Jun dan September, mudah-mudahan,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.Dalam pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang laman sendiri Johor Darul Ta'zim (JDT), pemain sayap Harimau Selatan, Muhammad Akhyar Abdul Rashid muncul wira skuad Pan Gon selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-29.Ini merupakan kemenangan kedua Malaysia terhadap Turkmenistan selepas menundukkan The Green, 3-1 dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun tahun lepas.\"Saya rasa mereka lebih sukar berbanding Jun lalu, dari segi fizikal mereka lebih kuat. Saya fikir mereka melakukan persiapan yang lebih baik kali ini.\"Ia perlawanan yang sukar dan kami melakukan beberapa kesilapan. Tetapi ia bagus jika sekiranya kami dapat menjaringkan tiga atau empat gol,\u201d katanya.Pan Gon turut memuji penjaga gol Turkmenistan, Rasul Charyyev kerana persembahan cemerlangnya yang menafikan beberapa peluang terbaik pasukan negara sepanjang 90 minit.Sementara itu, Ketua Jurulatih Turkmenistan Mergen Orazov yang dilantik bulan lalu berpuas hati walaupun tewas pertama kali di pentas antarabangsa dalam mengemudi pasukan kebangsaan.\"Kami datang ke sini agak lewat dan liga kami belum bermula jadi dari segi fizikal, pemain masih belum cergas sepenuhnya, ya pemain bersemangat tinggi, tetapi kecergasan mereka belum capai tahap terbaik.\"Saya beritahu pemain, jika kalah dalam perlawanan pertama adalah baik untuk kami, supaya kami tidak bersenang-lenang...saya percaya pasukan ini boleh mencapai sesuatu yang hebat.\"Malaysia adalah pasukan yang mantap dan mempunyai pemain yang hebat...sebab itulah kami memilih untuk bermain dengan Malaysia, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dibangunkan memandangkan kualiti yang dimiliki pasukan itu,\u201d kata jurulatih berusia 34 tahun itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 10:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251187/berita/sukan/nasib-nagelsmann-di-hujung-tanduk", "article_title": "Nasib Nagelsmann di hujung tanduk", "article_text": "NASIB Julian Nagelsmann sebagai jurulatih Bayern Munich ibarat telur di hujung tanduk.Ia susulan penyandang juara Bundesliga itu bersedia untuk memecatnya selepas Bayern bergelut untuk mempertahankan kejuaraan mereka, lapor media Jerman.Bayern yang dalam misi memburu gelaran ke-11 berturut-turut Bundesliga tewas 1-2 kepada Bayer Leverkusen awal minggu ini.Kekalahan itu mengundang reaksi kurang senang Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic yang kecewa dengan aksi pasukannya.\"Kami membiarkan pasukan ditawan oleh skuad di pertengahan liga.\"Ini bukan Bayern yang sebenarnya,\" ujar Hasan.Bayern ketika ini menghuni tangga kedua liga, satu mata dipisahkan dengan pendahulu, Borussia Dortmund.Bekas pengendali Chelsea dan Borussia Dortmund, Thomas Tuchel disebut-sebut calon pilihan untuk menggantikan Nagelsmann di Bayern.Walaupun prestasi mereka tidak memberangsangkan, Bayern kekal dalam saingan pemburuan kejuaraan liga, serta pertandingan piala domestik dan Eropah.Mereka mengetepikan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dalam aksi 16 akhir Liga Juara-Juara selepas menang dengan agregat 3-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 10:39am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251184/berita/sukan/kontinjen-pusat-tamhidi-usim-sambar-slot-enam-terbaik", "article_title": "Kontinjen Pusat Tamhidi USIM sambar slot enam terbaik", "article_text": "KONTINJEN Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai melabuh cabaran dalam kelompok enam terbaik pada Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2023 yang berlangsung di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang, Pahang baru- baru ini.Kontinjen diperkuatkan 118 atlet dan 22 pegawai pengiring, meraih satu pingat emas dan dua pingat gangsa dari sembilan acara disertai antaranya futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, e-sport dan olahraga.Sebagai rekod status enam terbaik itu dalam kalangan 14 kontinjen pusat asasi dan matrikulasi yang menyertai SAM edisi kelima pada kali ini.Sementara itu, Ketua Kontinjen Tamhidi, Aiza Azrin Mohd Zain berkata, acara olahraga menepati sasaran awal untuk menyumbang pingat emas kepada USIM.\u201cAlhamdulillah, syukur dengan pencapaian kontinjen Pusat Tamhidi USIM dalam kejohanan kali ini dengan membawa pulang tiga pingat.\"Kita raih emas tunggal dalam acara larian 1,500 meter lelaki manakala dua pingat gangsa diraih melalui acara bola jaring dan ping-pong.Ahmad Azhar (tengah) bawa pingat emas buat USIM dalam acara larian 1,500 meter di Sukan Asasi Malaysia.\u201cTerima kasih kepada pengurusan universiti, Pusat Tamhidi, Pusat Sukan dan semua pihak yang terlibat dalam mempersiapkan atlet kita.\"Melalui kejohanan ini, Pusat Tamhidi secara langsung membantu universiti mengenal pasti bakat-bakat muda atau \u2018ubi muda\u2019 lebih awal untuk digilap dan seterusnya berpotensi diserap sebagai atlet utama Universiti,\u201d katanya.Dalam pada itu, penyumbang pingat emas untuk USIM, Ahmad Azhar Ramli, 18, pelajar dari program Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi menyatakan kehadiran ibu dan kakak yang datang dari jauh dari Johor ke Gambang, Pahang menjadi pembakar semangat kepadanya untuk membuat larian bertenaga di peringkat akhir.Pasukan bola jaring USIM menyumbangkan pingat gangsa di Sukan Asasi Malaysia.Mencatat masa 4 minit 50 saat, Azhar menewaskan pelari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapat pingat perak dan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merangkul pingat gangsa.Menjadi wadah untuk membentuk interaksi dan kerjasama dalam kalangan pelajar asasi universiti awam dan matrikulasi, perasmian penutup disempurnakan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.Tuan rumah, UIAM dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 14 pingat emas, empat perak dan dua gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 10:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251180/berita/sukan/ronaldo-lakar-rekod-dunia-penampilan-antarabangsa-terbanyak", "article_title": "Ronaldo lakar rekod dunia, penampilan antarabangsa terbanyak", "article_text": "BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo berada dalam kelas tersendiri apabila memecahkan rekod penampilan antarabangsa pemain lelaki terbanyak.Malah lebih manis ia diraikan dengan dua jaringan ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024.Pemain berusia 38 tahun itu membuat penampilan ke-197 buat negaranya di Lisbon selepas disenaraikan untuk memulakan aksi dalam kesebelasan utama.Kapten Portugal itu menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi penalti selepas dua gol awal dari Joao Cancelo dan Bernardo Silva, sebelum menyudahkan sepakan percuma 12 minit kemudian.Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama dapat meledak 100 kali dalam saingan antarabangsa kompetitif.\"Mencipta rekod adalah motivasi buat saya,\" ujarnya.Catatan rekod gemilang itu belum cukup buat Ronaldo apabila optimis memasang impian untuk melakar lebih banyak sejarah.\"Saya mahu menjadi pemain paling banyak beraksi dalam sejarah. Itu akan membuatkan saya bangga.\"Bagaimanapun, ia tidak akan terhenti di sini sahaja, saya sentiasa mahu disenaraikan dengan kerap,\" katanya.Ronaldo melakukan penampilan antarabangsa pertama pada 2003.Dia juga menjadi pemain pertama dapat menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia tahun lalu sebelum Portugal kalah kepada Maghribi di suku akhir.Ronaldo ketika ini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas memutuskan hubungan buat kali kedua dengan Manchester United.Penampilan Ronaldo sebagai pemain gantian ketika Portugal tewas kepada Maghribi menyamai rekod 196 kali yang dipegang pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 09:33am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251172/berita/sukan/pengadil-dapat-lesen-var-seawal-ogos", "article_title": "Pengadil dapat lesen VAR seawal Ogos", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjangkakan pengadil tempatan akan mendapat lesen untuk mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus memastikan teknologi itu dapat digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, seramai 30 pengadil dan pembantu pengadil akan dihantar untuk mengikuti kursus VAR dalam masa terdekat.\u201cKita telah memohon dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam urusan mendapatkan lesen VAR ini.\u201cSatu perjumpaan lanjut bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina akan diadakan untuk kita melihat kelancaran proses untuk keperluan VAR.\u201cKita harap seawal bulan Ogos nanti, pengadil kita akan dapat lesen kerana dengan lesen itu membolehkan pengadil mengendalikan VAR,\u201d katanya baru-baru ini.Terdahulu, FAM memaklumkan, VAR akan mula diperkenalkan dalam saingan Liga-M musim ini, namun tidak secara menyeluruh kerana ia memerlukan latihan dan beberapa siri ujian terhadap teknologi tersebut.Hamidin berkata, FAM dan badan pentadbir Liga Malaysia (MFL), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengenal pasti beberapa vendor VAR yang diiktiraf oleh FIFA.\u201cSasaran MFL adalah dua aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia. Kita tidak boleh terus lakukan untuk banyak perlawanan kerana ia melibatkan kos yang tinggi,\u201d ujarnya.Hamidin turut memaklumkan, pengadil, Nazmi Nasarudin dan dua pembantu pengadil antara individu terawal akan dilengkapi dengan pengetahuan mengenai VAR sebagai persiapan mereka ke Piala Dunia 2026.\u201cKita akan hantar Nazmi dan pasukannya selama dua minggu menjalani latihan dan pelesenan VAR untuk dia dapatkan lesen yang awal,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 09:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251173/berita/sukan/tak-usah-pertikai-12-kad-merah", "article_title": "Tak usah pertikai 12 kad merah", "article_text": "TINDAKAN pengadil melayangkan keseluruhan 12 kad merah kepada pemain dan jurulatih sepanjang lima perlawanan awal saingan Liga Super dan pusingan pertama Piala FA tidak seharusnya dipertikaikan.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat pengadil melayangkan kesemua kad merah itu yang dianggap satu tindakan tepat.\u201cDulu, kita selalu kata pengadil tidak ambil tindakan yang tegas. Sekarang apabila pengadil ambil tindakan tegas, ia juga dianggap salah.\u201cDi pihak MFL, saya tidak lihat mana-mana kad merah yang dikeluarkan adalah kad merah yang salah. Itu tidak menjadi isu setakat ini,\u201d katanya baru-baru ini.Sebagai rekod, saingan Liga Super setakat minggu kelima 'dimeriahkan' layangan kad merah dengan sembilan kad 'dihadiahkan' kepada pemain dan dua kepada jurulatih.Dua jurulatih terbabit adalah pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain dan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.Perak FC pula mendominasi 'anugerah' kad merah selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA setakat ini.Skuad The Bos Gaurus itu mengumpul empat kad merah dalam tiga daripada enam perlawanan diharungi itu dan lebih malang, semua kad merah itu diraih di depan penyokong sendiri di Stadium Perak di Ipoh.Mengulas lanjut, Stuart memuji ketegasan yang dipamerkan pengadil perlawanan untuk mengawal suasana tegang di atas padang.Menurut Stuart, ia tugas pengadil yang tidak seharusnya dipersoalkan selain beliau percaya ia akan memastikan setiap pemain dan jurulatih lebih berwaspada dalam setiap tindakan di atas padang.\u201cKalau kita ambil pendekatan sebab apa kad merah itu dilayangkan, kita tidak boleh salahkan pengadil kerana pengadil adalah juri di atas padang untuk memastikan apa-apa tindakan yang perlu diambil.\u201cJika ada pemain atau jurulatih menjangkakan pengadil tidak akan mengambil tindakan jika mereka menggunakan perkataan kesat atau kritikan yang keterlaluan, mereka silap kerana pengadil boleh ambil tindakan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 08:40am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251159/berita/sukan/harimau-malaya-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Harimau Malaya dalam kelas tersendiri", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya berada dalam kelas tersendiri biarpun menewaskan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.Gol tunggal jaringan Akhyar Rashid pada minit ke-28 dilihat sudah cukup memadai untuk mengesahkan kemenangan skuad kendalian Kim Pan-gon itu.Kedua-dua pasukan dilihat bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak ke gawang lawan masing-masing dalam usaha membuka jaringan.Skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila pemain sayap, Akhyar Rashid berjaya melepasi kawalan pertahanan pelawat sebelum merembat leret menewaskan Charyyev pada minit ke-28.Tersentak dengan gol itu, kesebelasan Turkmenistan dilihat mula bangkit mengasak dalam usaha menyamakan kedudukan, namun berjaya dikekang benteng pertahanan skuad negara hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua, benteng skuad negara dikejutkan dengan asakan pantas pelawat namun Syihan berjaya menyelamatkan tandukan penyerang, Durdyyev Didar.Skuad negara kemudiannya dilihat lebih banyak menguasai perlawanan selepas itu selain turut melakukan banyak percubaan ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.Namun tiada jaringan tambahan berjaya dilakukan skuad Harimau Malaya, hingga ke wisel penamat.Kemenangan itu bagaimanapun membuka peluang buat skuad kendalian Kim Pan-gon itu memperbaiki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan berada pada kedudukan ke-140.Secara keseluruhannya, skuad negara berjaya menambah sebanyak 5.27 mata hasil kemenangan berkenaan bagi mengumpul 1,077.26 mata.Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan ranking ke-145 senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pencapaian terbaik negara adalah menduduki ranking ke-75 dunia pada 1993 manakala rekod terburuk pula adalah ketika berada di tangga ke-176 dunia pada 2018 lalu.Malaysia akan bertemu Hong Kong pada satu lagi aksi persahabatan Tier 1 berdepan Hong Kong, 28 Mac nanti.MALAYSIA \u2013 Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Dominic Tan, Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Paulo Josue, Brendan Gan, Akhyar Rashid, KDion Cools (kapten), La\u2019vere Corbin Ong, Endrick Dos SantosTURKMENISTAN \u2013 Charyyev Rasul, Soyunoz Shohrat, Geldiyev Ata (kapten), Mingazov Ruslan, Tagayev Elman, Durdyyev Didar, Mammedov Ybrayym, Tamurkin Ilya, Bashimov Abdy, Annadurdyyev Altymrat, Hojayev ResulPENGADIL \u2013 Ahmad A\u2019qashah Ahmad Al\u2019badowe", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mac 2023 12:11am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251154/berita/sukan/zii-jia-sambar-tiket-suku-akhir-terbuka-switzerland", "article_title": "Zii Jia sambar tiket suku akhir Terbuka Switzerland", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.Dalam aksi pusingan kedua itu, Zii Jia yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-19, 21-15.Zii Jia yang mengejutkan juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama pada Rabu bakal berdepan pemenang antara pemain Taiwan, Lee Chia Hao atau Mithun Manjunath dari India dalam aksi suku akhir.Sementara itu, beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tampil selaku pilihan utama ditunjuk jalan keluar apabila tewas 21-17, 16-21, 17-21 kepada wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.Sebelum itu, satu lagi beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 15-21, 21-13, 21-15.Ee Yi-Yew Sin akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tampil cemerlang apabila mara ke suku akhir hasil kemenangan 11-21, 21-14, 21-14 ke atas pasangan China, He Ji Ting-Du Yue.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 10:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251129/berita/sukan/sukan-sea-2023-zara-aleesya-atlet-termuda-malaysia", "article_title": "Sukan SEA 2023: Zara Aleesya atlet termuda Malaysia", "article_text": "BARU mencecah usia 11 tahun, namun Zara Aleesya Mohamad Suadi terpaksa bersaing bersama atlet dewasa apabila turun beraksi dalam acara finswimming pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.Dengan gaya renang menggunakan fin atau sirip bagaikan 'duyung cilik', Zara dihantar ke kelas renang seawal usia enam tahun kerana ibu bapanya, Mohamad Suadi Samsuddin dan Haslinda Haron mahu anak tunggal mereka itu mempunyai aktiviti lebih bermanfaat selain mengelak daripada terjebak dengan gajet.Namun, siapa sangka pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka itu, bakal menjadi atlet termuda Malaysia untuk Sukan SEA kali ini setelah menceburi finswimming sejak awal tahun ini.'Duyung cilik' itu mengakui dia mencintai sukan renang kerana gemar dan seronok bermain air.\"Zara teruja untuk pergi ke Sukan SEA, tapi sedikit gementar kerana masih muda. Memang gementar lawan orang dewasa, tapi dah sampai ke tahap ini takkan nak patah balik, jadi Zara akan buat yang terbaik.\"Ia jadi lebih mencabar apabila dapat tahu Zara akan lawan orang dewasa, harap Zara mampu capai sasaran yang ditetapkan. Pada mulanya agak sukar dengan jadual pembelajaran dan latihan renang yang ketat, tetapi kini sudah jadi biasa dan tidak sukar untuk menguruskan masa,\" katanya.Dia turut teruja untuk menaiki kapal terbang dan pergi ke luar negara buat kali pertama sekali gus melihat persekitaran yang berbeza serta suasana temasya yang dipenuhi atlet dari 11 negara Asia Tenggara.Zara dipilih mewakili negara bagi acara 4x100 meter (m) dan 4x50m Surface berganti-ganti, selepas meraih lima pingat emas dan satu perak pada Kejohanan Finswimming Malaysia 2023 di Seremban awal tahun ini dengan catatan masa keempat terpantas bagi acara itu.Mengulas mengenai perbezaan sukan finswimming berbanding renang biasa, katanya ia hampir sama tetapi menggunakan peralatan seperti monofin (sirip yang memegang kedua-dua belah kaki seperti ikan duyung) atau bi-fin (satu sirip untuk setiap kaki).Penglibatan Zara dalam bidang sukan tidak menghairankan, apabila dia lebih banyak membesar di padang kerana kedua ibu bapanya aktif dalam sukan olahraga.Mohamad Suadi merupakan guru dan jurulatih di Sekolah Sukan Melaka, manakala Haslinda adalah bekas pelari pecut peringkat kebangsaan.Haslinda berkata pada awalnya dia dan suami terkejut melihat prestasi Zara yang dapat menyaingi perenang dewasa, dan melihat kepada potensi itu mereka memutuskan untuk mencari peralatan yang mendapat kelulusan World Underwater Federation (CMAS) dari Ukraine bagi kegunaan latihan dan kejohanan rasmi, meskipun terpaksa berbelanja hingga RM6,000.\"Dia berada dalam pasukan kebangsaan kerana prestasinya. Kami harap dia dapat berdikari ketika Sukan SEA nanti dan memberi sumbangan kepada pasukan Malaysia.\"Tiada pembangunan untuk sukan olahraga di Melaka, yang ada cuma renang dan gimrama. Jadi, kami hantar Zara menyertai sukan renang kerana ada kelab dan jurulatih khas untuk kanak-kanak, kami buat keputusan untuk latih dia dari segi ketahanan, disiplin dan padatkan jadual dia dengan aktiviti berfaedah,\" jelasnya.Sementara itu, Presiden Persatuan Finswimming Malaysia (MFSA), S. Ravivarma optimis pasukan negara yang diwakili lapan atlet pada Sukan SEA kali ini mampu meraih pingat selepas pulang dengan tangan kosong ketika penampilan pertama mereka di Hanoi tahun lepas.\"Vietnam dan Indonesia kekal sebagai pencabar utama kerana mereka dah lama bergiat aktif dalam sukan ini berbanding Malaysia. Kita harap harap dapat memberikan cabaran kerana persiapan kali ini lebih baik dengan adanya beberapa latihan pusat, selain sukan ini juga semakin popular di Malaysia,\" katanya.Surfaceadalah kategori utama finswimming,yang menyaksikan perenang berlumba pada permukaan air menggunakan snorkel, monofin dan gogal, manakala bagi kategori Bi-fin atlet berenang pada permukaan air dengan memakai gogal, snorkel dan sepasang sirip menggunakan gaya bebas, biasanya untuk perlumbaan 50m dan 100m.Apnoea pula perlumbaan bawah permukaan air dengan memakai gogal serta monofin dan menahan nafas untuk 50m, manakala Immersion merupakan konsep yang sama tetapi perenang menggunakan silinder udara mampat dengan jarak perlumbaan melebihi 100m. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251103/berita/sukan/badan-sukan-tidak-perlu-mohon-kelulusan-pjs", "article_title": "Badan sukan tidak perlu mohon kelulusan PJS", "article_text": "SEMUA pertandingan tempatan dianjurkan badan sukan, kelab yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak perlu lagi mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS), berkuat kuasa 10 April ini.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagaimanapun menegaskan mereka hendaklah memastikan penganjuran sukan itu perlu mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan termasuk mendapatkan perlindungan insurans bagi menjamin keselamatan peserta.Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan sesi dialog awam pihaknya bersama ketua eksekutif dan pemain industri sukan pada 31 Jan lepas dan selaras konsep Malaysia MADANI untuk menumpukan perhatian penyelesaian masalah sekali gus mengambil inisiatif mempermudahkan proses penganjuran acara sukan di negara ini.\"Perkara ini selaras dengan kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu mengurangkan birokrasi. Kita selalu kata Road to Gold di Olimpik Paris dan mahu menang pingat dan fokus kepada atlet.\"Namun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga jaga ekosistem sukan di semua peringkat di daerah dan mudahkan kerja mereka,\u201d katanya pada sidang media berkaitan penganjuran acara sukan di Menara KBS di sini pada Khamis.Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan PJS Ibrahim Mohd Yusof.Bagaimanapun, Hannah berkata, syarikat masih perlu memohon kebenaran penganjuran daripada PJS, namun dikurangkan daripada sembilan dokumen kepada tiga dokumen iaitu sijil pendaftaran, perlindungan insurans dan kebenaran badan sukan pengelola.Beliau berkata, fi lesen sukan juga dikecualikan sehingga 31 Disember 2025, namun tempoh permohonan lesen dipendekkan bagi acara sukan tempatan dari 30 hari kepada 14 hari bekerja manakala acara sukan antarabangsa dari 90 hari kepada 30 hari bekerja.Permohonan lesen bagi acara sukan di Sabah dan Sarawak pula diproses oleh pejabat PJS di negeri masing-masing.\"Bila adakan town hall ada penganjur sampai menangis bertanyakan kenapa kos sangat tinggi sampai tidak mampu anjurkan acara sukan. Ada penganjur kata (fi lesen sukan) sampai RM10,000 daripada persatuan sukan, jadi bagaimana mereka nak dapatkan wang sebanyak itu.\"Selaras dengan pembaharuan yang kita lakukan, saya juga minta badan sukan mengambil semangat sama iaitu kurangkan kos kepada penganjur sebab kita mahu pastikan lebih banyak lagi acara sukan dapat dijalankan setiap minggu,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 04:08pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251071/berita/sukan/damok-sedia-gegar-portugal", "article_title": "Damok sedia gegar Portugal", "article_text": "PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman menjanjikan aksi terbaik dalam penampilan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, bermula di Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao, selatan Portugal pada Jumaat.Pelumba MT Helmets-MSL berusia 21 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok itu berkata, persiapan rapi telah dibuat melalui latihan pra musim yang padat bagi mendapat persiapan fizikal secukupnya.\"Saya sudah bersiap sedia untuk perlumbaan pertama saya di Portimao. Saya teruja dan tidak sabar untuk berlumba selepas berada di sini selama tiga hari untuk ujian rasmi tempoh hari.\"Daripada segi pasukan, banyak perubahan dan penambahbaikkan yang kita lakukan sewaktu ujian tertutup di Jerez dan ujian rasmi di Portimao bagi memantapkan jentera dan keserasian diri saya bersama jentera baru saya.\"Saya bersedia dan akan memberikan yang terbaik di dalam perlumbaan pertama ini,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Saingan pembuka tirai kempen 2023 di litar berkenaan bermula Jumaat ini sebelum saingan beralih ke pusingan kedua di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina, 31 Mac hingga 2 April.Damok membuat penampilan sulungnya dalam Moto3 sebagai pelumba wildcard pada GP Aragon 2021, membuat empat lagi penyertaan wildcard tahun lalu, iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.Kempen 2023 menyaksikan sebanyak 21 pusingan perlumbaan berlangsung dengan Malaysia menjadi venue bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 November ini.Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang akan berlumba dalam saingan Red Bull Rookies Cup tekad menghasilkan pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.\"Persiapan saya pada perlumbaan ini telah dijalankan sewaktu ujian rasmi minggu lepas. Latihan juga selalu saya jalankan bersama jurulatih saya sewaktu pra musim dan juga selepas ujian rasmi.\"Saya rasa persiapan mental dan fizikal saya amat kuat dan saya bersedia menghadapi perlumbaan pertama ini. Saya akan cuba untuk bersaing di kelompok hadapan dan mendapatkan podium dan mata sebanyak yang mungkin,\" katanya.Danial Syahmi bakal melengkapkan tahun kedua dalam saingan ini setelah berjaya menamatkan kejuaraan ini tahun lalu di tempat ke-13 keseluruhan dengan kutipan 49 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 01:08pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251064/berita/sukan/rm1-hasil-jualan-tiket-bantu-konservasi-harimau-malaya", "article_title": "RM1 hasil jualan tiket bantu konservasi Harimau Malaya", "article_text": "SEBANYAK RM 1 hasil daripada jualan setiap keping tiket membabitkan perlawanan pasukan bola sepak kebangsaan akan disumbangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha membantu konservasi Harimau Malaya.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM, KBS akan berganding bahu dan pada masa sama menyokong usaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang menerajui usaha memerangi kepupusan haiwan tersebut.\"FAM optimis kolaborasi bersama KBS ini menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya Harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini sedang berdepan isu kepupusan.\"Ini adalah satu misi yang izhar buat FAM dan KBS dalam pemuliharaan Harimau Malaya. Setiap kali kita keluar bermain dan menonton bola sepak, kita menyumbang kepada kehidupan setiap Harimau Malaya di Malaysia,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pasukan bola sepak kebangsaan juga telah diberi gelaran Harimau Malaya untuk menunjukkan ketangkasan, keberanian dan kehebatan pasukan negara.Di Malaysia, populasi harimau liar telah menurun daripada lebih kurang 1,000 ekor pada tahun 1970 kepada kurang daripada 150 ekor kerana pelbagai ancaman seperti pemburuan haram.Harimau ialah satu indikator yang penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan bagi kesejahteraan ekosistem yang menyokong kelangsungan hidup.Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, anak muda yang minat kepada bola sepak juga perlu menunjukkan semangat yang sama dalam pemeliharaan Harimau Malaya.\"Harimau Malaya ialah lambang dan nama panggilan keramat buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kita tidak mahu satu hari nanti harimau tinggal maskot atau slogan dan laungan sahaja tanpa adanya harimau liar di hutan kita.\"Jika spesies ini pupus, jiwa kelestarian negara ini juga akan pudar dan tidak akan ada makna jika pada masa itu pasukan kebangsaan kita masih bergelar Harimau Malaya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 12:25pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251053/berita/sukan/kane-sudah-lupakan-kekecewaan-piala-dunia", "article_title": "Kane sudah lupakan kekecewaan Piala Dunia", "article_text": "PENGENDALI England, Gareth Southgate percaya Harry Kane sudah melupakan kekecewaan yang dialaminya ketika aksi Piala Dunia di Qatar tahun lalu.Kapten Three Lions itu gagal menyempurnakan penalti ketika tewas kepada Perancis di peringkat suku akhir.Kane akan memecahkan rekod antarabangsa Wayne Rooney sekiranya dia menjaringkan penalti tersebut selain berpotensi membawa England ke separuh akhir, namun tendangannya melepasi palang dan The Three Lions tewas 1-2.Bagaimanapun, Southgate merasakan kegagalan terbabit tidak menghantui penyerang Tottenham Hotspur itu dan menyokongnya sebagai salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.\"Kami telah melihat persembahan dan golnya untuk pasukan kelab dan saya percaya dia telah melupakan kegagalannya itu.\"Dia tahu dia akan menjadi watak penting untuk pasukan dalam kelayakan Euro dan menunjukkan kepada semua orang tentang kualitinya dalam pasukan England.\"Selain jaringan gol, Kane juga menyumbang banyak perkara dalam pasukan seperti kualiti hantaran dan sentuhannya. Dia pemain yang cemerlang dan kami sangat bertuah memilikinya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251048/berita/sukan/trossard-gembira-permulaan-cemerlang-di-arsenal", "article_title": "Trossard gembira permulaan cemerlang di Arsenal", "article_text": "LEANDRO Trossard gembira dengan permulaan cemerlang kariernya di Arsenal dan optimis dengan peluang kelab baharunya itu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).Trossard menyertai The Gunners pada Januari lalu selepas penyerang Belgium itu mempamerkan aksi cemerlang bersama Brighton dan Hove Albion apabila meledak tujuh gol dalam 16 perlawanan liga.Sejak menyertai kelab itu, Trossard hanya menjaringkan satu gol tetapi memberikan enam bantuan gol dalam hanya 10 perlawanan liga untuk membantu Arsenal membina semula jurang lapan mata dengan pasukan di kedudukan kedua, Manchester City.\"Saya mungkin tidak menjangka untuk mendapat banyak minit permainan. Saya lebih yakin dengan kemampuan saya sendiri. Saya berada dalam pasukan yang hebat.\"Itu juga memudahkan pemain baharu menyesuaikan diri dan mencapai tahap mereka. Ia adalah tempoh yang sangat sibuk dan pelik bagi saya, tetapi saya sangat gembira kerana saya dapat menyertai Arsenal.\"Saya fikir ia adalah satu langkah yang hebat untuk saya. Kita semua tahu betapa sukarnya untuk memenangi liga, melihat kepada Man City dan Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi saya fikir kami mempunyai skuad yang hebat dan kami telah membuktikan berkali-kali bahawa kami bermain dengan baik.\"Ada 10 perlawanan lagi, kita akan lihat di mana pasukan akan berakhir sebaik musim ini tamat,\" katanya.Pemain berusia 28 tahun itu juga bersedia untuk beraksi bersama Belgium selepas persaraan rakan penyerang dan bekas kapten Eden Hazard.Kevin De Bruyne telah diberikan tanggungjawab sebagai kapten dan Trossard yakin pemain tengah itu dan ketua jurulatih baharu, Domenico Tedesco akan memberikan sesuatu yang luar biasa selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2022.\"(De Bruyne) mempunyai banyak pengalaman di peringkat tertinggi. Dia mengenali semua orang di sini, memandangkan dia sudah lama berada di sini.\u201cRamai pemain muda memandang tinggi kepadanya \u2013 saya rasa itu satu kelebihan yang sangat besar untuk kapten pasukan kebangsaan jika orang memandang tinggi kepada anda,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 10:43am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251046/berita/sukan/liga-pro-saudi-akan-jadi-liga-terbaik-dunia---ronaldo", "article_title": "Liga Pro Saudi akan jadi liga terbaik dunia - Ronaldo", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo yakin Liga Pro Saudi boleh menjadi salah satu liga terbaik dunia pada masa akan datang.Kapten Portugal itu menyertai Al Nassr selepas Piala Dunia 2022 dan telah meledak sembilan gol dalam lapan penampilan Liga Pro Saudi itu.Walaupun dianggap sebagai liga yang lebih lemah berbanding di Eropah, Ronaldo percaya saingan di Arab Saudi itu telah membantunya untuk bersedia mengharungi tugas antarabangsa bersama Portugal.\"Saya berasa sangat baik sebab itu saya ada di sini (bersama pasukan Portugal). Kalau saya tidak fikir begitu, saya tidak akan berada di sini.\"Saya berada dalam liga yang sangat kompetitif. Mereka sepatutnya melihat kejuaraan Liga Saudi secara berbeza.\"Jelas sekali, ia tidak seperti Liga Perdana Inggeris. Saya akan berbohong jika saya berkata begitu, tetapi ia sangat kompetitif.\"Saya terkejut dengan kualiti liga itu. Mereka mempunyai pasukan yang bagus, seimbang daripada segi pemain.\"Jika mereka meneruskan rancangan ini, mungkin dalam tempoh lima hingga enam tahun akan jadi liga keempat atau kelima paling kompetitif di dunia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251043/berita/sukan/sheikh-jassim-ratcliffe-hantar-bidaan-kedua", "article_title": "Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua", "article_text": "PERSAINGAN untuk membeli Manchester United semakin hangat apabila pemilik bank Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dan jutawan British, Jim Ratcliffe bersedia untuk meningkatkan bidaan mereka untuk membeli pasukan tersebut.Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.Sky Sports turut melaporkan bahawa Sheikh Jassim dan Ratcliffe telah diberikan lanjutan masa untuk mengemukakan bidaan baharu kerana kekeliruan mengenai tempoh akhir masa tersebut.Pemilik United, keluarga Glazer sebelum ini meletakkan kelab itu bernilai \u00a36 bilion (RM32.8 bilion) dan mencatat rekod dunia harga untuk sebuah kelab sukan.Bidaan Sheikh Jassim mahu menguasai 100 peratus kelab itu menjanjikan penghapusan hutang United sebanyak AS$620 juta (RM2.76 bilion) dan melabur untuk stadium baharu serta tempat latihan.Sumber yang rapat dengan tawaran Sheikh Jassim memberitahu AFP bahawa pemilik bank Qatar itu tetap yakin tawarannya adalah yang terbaik untuk kelab, peminat dan komuniti tempatan.Pengasas syarikat bahan kimia INEOS, Ratcliffe pula lebih berhati-hati dengan penelitiannya dan menegaskan dia tidak akan membayar harga 'bodoh' dalam pertarungan tawaran untuk kelab bola sepak paling ikonik itu.\"Bagaimana anda menentukan harga sebuah lukisan? Bagaimana anda menentukan harga sebuah rumah? Ia bukan berkaitan berapa kos untuk membinanya atau berapa kos untuk melukis,\" kata Ratcliffe kepada Wall Street Journal minggu ini.\"Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar harga yang bodoh untuk sesuatu kerana anda akan menyesal selepas itu,\" ujarnya.Ratcliffe yang mahukan 69 peratus saham dimiliki keluarga Glazer berkata, minatnya terhadap United ialah 'untuk menang sesuatu dengan melabelkan kelab itu sebagai aset komuniti'.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 10:09am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251024/berita/sukan/bangkit-segera-pearly-thinaah", "article_title": "Bangkit segera Pearly-Thinaah", "article_text": "BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengalami satu lagi episod duka selepas tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland pada awal pagi Rabu.Episod duka yang ditempah Pearly-Thinaah itu umpama mengulangi kegagalan mereka pada Seluruh England di Birmingham yang menyaksikan beregu kelapan dunia itu tumbang seawal pusingan pertama.Dalam aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland di Basel awal pagi Rabu, Pearly-Thinaah terpaksa akur tumbang di tangan beregu Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun dengan kekalahan 15-21, 21-14, 16-21.Kekalahan awal itu menyaksikan misi Pearly-Thinaah untuk merampas kembali kejuaraan Terbuka Switzerland yang dimenangi mereka pada edisi 2021 tidak kesampaian.Jurulatih beregu negara, Hoon Thien How berkata, dua faktor dikenal pasti menjadi antara punca Pearly-Thinaah gagal beraksi baik sehingga mengundang kepada kekalahan mereka.\u201cDalam dua kejohanan ini (Seluruh England dan Terbuka Switzerland, saya lihat serangan mereka gagal mematikan (bulu tangkis) lawan. Sebaliknya, apabila lawan melakukan serangan, mereka hanya bertahan tanpa idea.\u201cSelain itu, banyak kesilapan sendiri yang dilakukan mereka. Saya lihat Pearly banyak buat kesilapan sendiri, lawan tidak matikan (bulu tangkis) kita, sebaliknya kita sendiri yang beri mereka mata mudah,\u201d katanya.Dengan berbaki kurang dua bulan sebelum pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 bermula pada 1 Mei depan, Thien How berharap Pearly-Thinaah kembali memperkemaskan permainan masing-masing.\u201cPaling penting sekarang adalah untuk mengembalikan permainan sebenar dan tahap keyakinan mereka. Untuk mendapatkan keyakinan semula, Pearly-Thinaah perlu menang,\u201d ujarnya.Selepas mengakhiri tugasan dalam tiga kejohanan di Eropah termasuk Terbuka Jerman yang menyaksikan mereka mara sehingga peringkat separuh akhir, Pearly-Thinaah kini mempunyai tempoh sebulan bagi melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Asia di Dubai dari 25 hingga 30 April.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251019/berita/sukan/zii-jia-singkirkan-juara-seluruh-england", "article_title": "Zii Jia singkirkan juara Seluruh England", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia yang mara sehingga peringkat separuh akhir Seluruh England di Birmingham Sabtu lalu, melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China itu.Sejurus tumbang di tangan pemain China, Shi Yuqi dalam aksi separuh akhir Seluruh England, Zii Jia mengakui tahap keyakinannya semakin tinggi dalam memburu kejayaan.Sebelum itu, Zii Jia yang juga pemain nombor empat dunia terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan disertainya tahun ini - Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.Untuk rekod, kali terakhir Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 merangkul kejuaraan adalah pada Terbuka Thailand Mei tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 11:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251013/berita/sukan/ozil-gantung-but-serta-merta", "article_title": "Ozil gantung but serta-merta", "article_text": "BEKAS pemenang Piala Dunia, Mesut Ozil dengan rasa berat hati mengumumkan persaraan daripada kerjaya bola sepaknya yang penuh dengan nota kejayaan.Pemain berusia 35 tahun itu membantu Jerman memenangi Piala Dunia pada tahun 2014 dan menjadi tonggak kepada Real Madrid dan Arsenal di peringkat kelab.\u201cSelepas mempertimbangkannya, saya mengumumkan persaraan serta-merta daripada bola sepak profesional,\u201d katanya.Ozil turut meluahkan punca dia mengundur diri selain melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang banyak membantunya berjaya dalam karier bola sepak.\u201cSaya berterima kasih di atas peluang menjadi pemain profesional hampir 17 tahun. Namun sejak kebelakangan ini, dengan kecederaan yang dialami, saya rasa sudah tiba masa yang sesuai untuk meninggalkan bola sepak.\u201cSaya ucapkan terima kasih kepada kelab-kelab yang pernah saya wakili - Schalke 04, Werder Bremen, Real Madrid, Arsenal, Fenerbahce dan Basaksehir. Jurulatih serta rakan sepasukan yang banyak membantu saya.\u201cTerima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa setia bersama saya dalam apa jua keadaan dan di kelab mana saya berada,\u201d kata Ozil.Selain trofi Piala Dunia, Ozil turut memenangi gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol bersama Real Madrid, Piala FA dan Piala Komuniti bersama Arsenal.Pemain tengah menyerang turut meraih beberapa anugerah individu termasuk Anugerah Media Laures dan pemain terbaik Jerman pada tahun 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 09:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251005/berita/sukan/kom-ambil-sikap-tunggu-dan-lihat", "article_title": "KOM ambil sikap tunggu dan lihat", "article_text": "KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai sasaran sebenar pingat emas pada Sukan SEA Kemboja yang berbaki 43 hari lagi.Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM, Datuk Mark William Ling membayangkan perkara itu akan dimaklumkan selepas semua atlet selesai mengikuti kejohanan sebagai persiapan menghadapi temasya dwitahunan tersebut.\"Perlu sedikit masa. Kejohanan masih berlangsung,\" katanya.Sinar Harian pada Rabu melaporkan KOM sedia menilai semula sasaran 10 pingat emas menjelang temasya itu pada Mei depan.Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sasaran itu dibuat selepas beliau mengambil alih jawatan tersebut pada Jun tahun lalu.Katanya, sasaran tersebut dibuat berdasarkan kepada situasi dan pencapaian atlet pada ketika itu.Dalam pada itu menurut sumber KOM, atlet olahraga ketika ini menyertai kejohanan di Australia selain bakal mengharungi pertandingan terakhir di Singapura dua minggu sebelum Sukan SEA.\"Kita akan menilai prestasi atlet berpotensi untuk meraih emas berdasarkan pencapaian pada kejohanan yang disertai sepanjang persiapan ke Sukan SEA. Beberapa faktor lain juga akan diambil kira,\" katanya.Hujung minggu lalu, skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia.Atlet pecut Khairul Hafiz Jantan, menemui rentak lariannya apabila meraih emas dengan catatan masa 10.34 saat (s) sekali gus melakar catatan masa terbaik peribadinya musim ini.Muhammad Haiqal Hanafi meraih tempat kedua (10.41s) diikuti Jonathan Nyepa (10.43s) dan Muhammad Zulfiqar Ismail (10.48s) masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.Pada Sukan SEA Hanoi yang diadakan pada Mei tahun lalu, skuad olahraga negara menepati sasaran memenangi lima emas selain meraih tiga perak dan lapan gangsa.Lima pingat emas dari kem olahraga disumbang jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, Andre Anura Anuar (lompat kijang) dan Jackie Wong (baling tukul besi).Turut cemerlang ialah atlet baling tukul wanita, Grace Wong dan Nor Sarah Adi (lompat bergalah wanita).", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 07:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/251002/berita/sukan/perkampungan-atlet-di-phnom-penh-siap-hujung-bulan", "article_title": "Perkampungan atlet di Phnom Penh siap hujung bulan", "article_text": "PERKAMPUNGAN atlet menjelang 43 hari Sukan SEA Kemboja 2023 yang dikenali sebagai Sport City di Phnom Penh dijangka siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.Perkara itu dimaklumkan oleh ketua kontinjen negara, Datuk Mohd Nasir Ali yang memperoleh perkembangan tersebut daripada wakil tuan rumah baru-baru ini.Beliau melahirkan rasa lega susulan penyediaan kemudahan buat atlet yang menggalas cabaran negara di temasya dwitahunan itu berjalan lancar bagi memastikan fokus mereka tidak terganggu.\u201cPerkampungan atlet Sukan SEA akan siap sebelum hujung bulan ini.\u201cSetakat ini saya dimaklumkan nama perkampungan atlet tersebut ialah 'Sport City'. Jadi bila tahu perkara itu memang rasa lega sebab tempat tinggal atlet sudah ada,\u201d katanya.Beliau yang diiringi timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad bola tampar dan bola tampar pantai di Shah Alam pada Rabu.Mohd Nasir juga difahamkan bahawa Kemboja akan mengadakan perasmian perkampungan atlet dan Stadium Morodok Techo - salah satu venue pertandingan bola sepak pada 20 April depan.\u201cNamun mungkin ketika itu saya tidak hadir kerana ia lebih kepada urusan pihak tuan rumah, Kemboja,\u201d katanya.Pada Sukan SEA 2021 Hanoi yang diadakan Mei lepas setelah ditangguh setahun kerana pandemik Covid-19, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan keenam setelah meraih 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 07:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250982/berita/sukan/saya-jadi-pemain-lebih-baik-lepas-sertai-harimau-malaya", "article_title": "'Saya jadi pemain lebih baik lepas sertai Harimau Malaya'", "article_text": "KETUA Pasukan Harimau Malaya, Dion Cools merasakan yang beliau telah melalui proses perubahan yang positif dan menjadi pemain yang lebih baik, selepas bermain untuk pasukan kebangsaan.Pemain pertahanan kacukan Belgium-Malaysia itu berkata, tanggungjawab yang dibawanya sewaktu mewakili skuad kebangsaan sejak Jun 2021, telah memberinya satu pengalaman baharu yang tidak dapat dikecapinya ketika bermain di peringkat kelab.\"Saya rasa begitu (jadi pemain lebih baik), ia satu tanggungjawab yang lebih besar bermain untuk Malaysia, anda dapat pengalaman yang baharu yang tidak akan didapati ketika bermain dengan kelab.\"Jadi tentunya saya menjadi lebih matang daripada perlawanan ini dan ya saya katakan ia satu pengalaman yang positif,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan yang dijadualkan malam esok, di sini.Cool buat pertama kalinya menyertai skuad kebangsaan yang ketika itu dikendalikan Tan Chen Hoe, untuk pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun 2021.Pemain Buriram United berusia 27 tahun itu setakat ini telah menjaringkan satu gol peringkat antarabangsa ketika Malaysia menewaskan Bangladesh 4-1 pada pusingan ketiga kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun tahun lepas, bagi membantu pasukan itu layak ke piala berprestij itu.Sementara itu bekas pemain Kelab Brugge Belgium itu berkata, pasukan itu telah menjalani sesi latihan pusat yang baik bagi menghadapi pasukan Turkmenistan malam esok dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, di sini.\"Saya lihat pasukan berada dalam keadaan baik, pemain baharu juga dapat sesuaikan diri, jadi saya teruja untuk dua perlawanan ini kerana kami ada skuad yang berkualiti, saya percaya kami boleh menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan yang kami mainkan,\u201d katanya.Cools merupakan antara nama besar bola sepak negara yang tidak bermain untuk pasukan kebangsaan dalam kempen Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, yang menyaksikan Harimau Malaya tersingkir di separuh akhir.Bagi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong, Pan Gon menyenaraikan 27 pemain termasuk sembilan pemain dari skuad Piala AFF 2022 dan diperkuatkan dengan lapan muka baharu antaranya dua pemain naturalisasi Paulo Josue dan Endrick Dos Santos serta pemain pertahanan muda Muhamad Feroz Baharudin dan Nooa Laine.Laine, 21, yang berasal dari Malaysia-Finland, bermain di bahagian tengah untuk kelab profesional Finland SJK Seinajoki. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 06:14pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250974/berita/sukan/cools-janji-benteng-kekal-tenang", "article_title": "Cools janji benteng kekal tenang", "article_text": "KEJAYAAN Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Turkmenistan dalam aksi Kumpulan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jun lalu, disifatkan satu kenangan terindah.Malah 'perlawanan ulangan' kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Khamis mahu dimanfaatkan pasukan negara dengan mengelak sebarang kebolosan gol.Itu iltizam Kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang mahu benteng pertahanan pasukan negara memulakan persediaan menentang Turkmenistan tanpa bolos sebelum menyelak tirai pusingan akhir Piala Asia 2023.\"Pemain Harimau Malaya memberi jaminan untuk mengawal sehabis baik benteng pertahanan daripada dibolosi pasukan Turkmenistan, kami akan lebih berwaspada dan tidak melakukan kesilapan mudah.\"Saya juga akan menggunakan pengalaman beraksi membantu rakan sepasukan mencipta kejayaan.\"Malah saya percaya kombinasi pemain baharu dan senior dalam Harimau Malaya ini akan memperkukuhkan lagi pasukan dan menambah baik kualiti supaya menjadi lebih baik.\u201cSaya juga yakin kualiti dimiliki setiap pemain dapat memastikan pasukan ini mencapai matlamat dimahukan pengendali Kim Pan-gon,\" katanya yang menyarung jersi kelab Buriram United FC yang beraksi di Liga Thailand.Sebagai rekod, perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim merupakan penampilan pertama Harimau Malaya selepas kali terakhir beraksi di Johor ketika kecundang 1-2 kepada Lubnan pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 05:55pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250944/berita/sukan/pan-gon-teruja-latih-pemain-di-bulan-ramadan", "article_title": "Pan-gon teruja latih pemain di bulan Ramadan", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui teruja apabila pertama kali melatih pemain yang berpuasa menjelang perlawanan bola sepak.Menurut Pan-gon, beliau dan barisan kejurulatihan pasukan benar-benar mahu menyaksikan bagaimana pemain menjalani latihan selain beraksi di bulan puasa.\"Ini merupakan kali pertama saya dan barisan kejurulatihan mengendalikan latihan pasukan dalam bulan Ramadan.\"Oleh itu, saya dan barisan kejurulatihan mahu tahu...apa yang pemain lakukan di bulan Ramadan ini.\"Antaranya nutrisi yang mereka (pemain) ambil, selain bagaimana mereka bersedia dari segi fizikal dan mental ketika berpuasa,\" katanya pada Rabu.Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis sebelum berdepan Hong Kong di venue sama pada 28 Mac.Sementara itu Pan-gon berkata, pihaknya juga tidak memberikan keutamaan kepada keputusan perlawanan tetapi lebih mementingkan kepada persembahan pemain.Katanya, siapa sahaja yang diturunkan nanti perlu memberikan aksi yang terbaik di sepannjang perlawanan.\"Bukan keputusan yang kita cari...tetapi persembahan dan prestasi pemain yang kita mahu saksikan.\"Oleh itu, mana-mana pemain yang beraksi malam esok (Khamis), diharap dapat memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 03:40pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250941/berita/sukan/waspada-dendam-karakum-warriors", "article_title": "Waspada dendam 'Karakum Warriors'", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengingatkan kesebelasan Harimau Malaya agar berhati-hati berdepan Turkmenistan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Khamis.Menurutnya, skuad Karakum Warriors itu pastinya mahu menebus kekalahan 1-3 kepada skuad negara pada aksi Kelayakan Piala Asia 2923, di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.\"Rasanya mereka (Turkmenistan) agak kecewa dengan kekalahan tersebut dan mahu membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding kita.\"Dalam masa sama, kita juga mahu membuktikan bahawa pasukan kita adalah yang lebih baik dan itulah sebabnya mengapa kita memilih mereka sebagai lawan bagi aksi persahabatan kali ini.\"Oleh itu, perlawanan antara kedua-dua pasukam ini dijangka menarik esok (malam ini),\" katanya pada Rabu.Untuk rekod, Turkmenistan berada pada ranking ke-135 dunia ketika ini berbanding 145 bagi skuad negara.Sementara itu, Pan-gon berharap agar penyokong dapat membanjiri Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kendaliannya itu.Katanya, kehadiran penyokong itu diharap dapat mengulangi kejayaan skuad negara menewaskan Turkmenistan tahun lalu.\"Kita pernah menewaskan mereka dan ketika itu stadium dibanjiri penyokong, oleh itu pada perlawanan kali ini diharap perkara sama akan berlaku,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 03:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250938/berita/sukan/sektor-swasta-perlu-main-peranan-besar-lonjak-sukan-negara", "article_title": "Sektor swasta perlu main peranan besar lonjak sukan negara", "article_text": "PIONEER Sports Management (M) Sdn Bhd, pakar acara badminton terkenal menggesa sektor swasta supaya proaktif dalam menerajui lebih banyak acara dan kejohanan peringkat akar umbi untuk melonjakkan industri sukan negara ke pentas antarabangsa.Pengarahnya, Chan Chong Ming berkata, kejohanan sukan akar umbi yang diterajui oleh sektor swasta dapat membantu mengenal pasti dan memupuk bakat muda yang berpotensi untuk menyerlahkan keupayaan Malaysia dalam melahirkan juara.Katanya, ia bukan sahaja melibatkan badminton tetapi pelbagai jenis sukan yang lain.\u201cKami di Pioneer Sports sentiasa percaya pembangunan sukan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\"Tidak kira apa industri mereka, sektor swasta harus bekerjasama dengan komuniti sukan tempatan dan Kementerian untuk menerajui acara sukan yang menarik minat mereka.\u201dSaranan itu selaras dengan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa penglibatan sektor swasta adalah penting kerana pembiayaan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk pembangunan sukan di Malaysia.Chong Ming berkata, kejohanan tersebut tidak seharusnya terhad kepada peringkat negeri atau seluruh negara, sebaliknya boleh diperluas menjadi acara antarabangsa.\"Peserta dari luar negara dialu-alukan untuk menyertai kejohanan tersebut. Ini dapat menyediakan bakat muda dengan platform bagi mengasah kemahiran dan daya tahan mereka,\" katanya.Beliau menjelaskan bahawa sektor swasta boleh menganggap penglibatan mereka dalam sukan sebagai tanggungjawab sosial di samping menggiatkan semula industri tersebut dengan pelbagai kejohanan yang boleh disertai oleh atlet khususnya atlet muda.Katanya, usaha dalam menerajui kejohanan badminton peringkat akar umbi bagi memupuk bakat-bakat muda perlu dipuji.\"Kami berharap ini akan mendorong lebih banyak syarikat swasta untuk memainkan peranan dalam pembangunan sukan negara,\u201d katanya.Pioneer Sports diterajui oleh bekas pemain negara, termasuk Wong Choong Hann, pengarah kejurulatihan semasa untuk pasukan badminton kebangsaan; Chew Choon Eng; Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming yang sentiasa aktif dalam mencungkil bakat muda yang berpotensi tinggi.Kejohanan empat hari yang berlangsung di Petaling Jaya itu telah menarik lebih 1,500 peserta dari pelbagai negeri dan semua lapisan masyarakat.Terdapat enam kategori dipertandingkan dengan kumpulan umur yang berbeza.Kategori itu termasuk perseorangan lelaki dan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan, beregu campuran serta ibu bapa dan anak.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 03:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250927/berita/sukan/anak-buah-pan-gon-berdepan-taktikal-misteri-orazov", "article_title": "Anak buah Pan-gon berdepan taktikal misteri Orazov", "article_text": "KETUA Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat mahu memulakan rangka persediaan menuju Piala Asia 2023 dengan langkah proaktif apabila menjadikan Turkmenistan sebagai lawan pertama pada perlawanan persahabatan malam esok.Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di gelanggang keramat Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri itu adalah perlawanan sulung pasukan negara selepas tersingkir di separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Januari lepas.Berdasarkan ranking dunia, Turkmenistan yang dibimbing jurulatih baharu, Mergen Orazov menghuni posisi ke-135 sementara Malaysia ke-145, namun pasukan lawan gagal layak ke Piala Asia 2023 selepas kecundang di pusingan kelayakan di Kuala Lumpur, Jun tahun lalu.Malaysia menewaskan Turkmenistan yang diberi julukan \"The Green\u201d 3-1 pada aksi Kumpulan E pusingan kelayakan itu yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil.Bagaimanapun, pasukan negara terutama lapan muka baharu yang dipanggil membarisi skuad kebangsaan tidak boleh memandang rendah kemampuan Turkmenistan di bawah kendalian Orazov.Jurulatih muda berusia 34 tahun itu yang dilantik pada bulan lepas bagi membawa pasukan mengharungi cabaran pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula tahun ini bukan lah seorang pengendali biasa selepas meraih pelbagai kejayaan dalam karier berbeza.Menurut https://turkmenistan.gov.tm/en/post/69714/new-head-coach-will-prepare-national-team-turkmenistan-qualifying-matches-2026-world-cup, Orazov ialah bekas pemain futsal yang berjaya di peringkat kelab dan antarabangsa sebelum menjadi jurulatih di penghujung kariernya pada 2020.Orazov, Jurulatih Futsal Terbaik Turkmenistan 2020 memulakan perjalanan dalam dunia bola sepak setahun kemudian apabila menerima tawaran selaku pengendali kelab negara itu Ahal FK dan membawa pasukan memenangi gelaran liga domestik sulung serta dua lagi kejuaraan musim lalu.Dengan perlawanan esok menjadi aksi sulung beliau membimbing Turkmenistan, Orazov pasti teruja untuk menunjukkan kemampuan menerusi pendekatan taktikalnya yang masih lagi misteri sekali gus menjadi tanda tanya buat Pan Gon apakah yang bakal dihadapi pasukannya.Keputusan seri di laman lawan sudah cukup memadai buat Orazov bagi mengelakkan rekod buruk pada tugasan pertamanya.Esok merupakan pertemuan kedua Malaysia dan Turkmenistan di pentas antarabangsa selepas kempen kelayakan Piala Asia 2023.Kali ini, Pan Gon membawa keseluruhan 27 pemain antaranya terdiri daripada sembilan pemain yang beraksi di Piala AFF 2022 serta diperkuat lapan muka baharu seperti dua pemain naturalisasi Paulo Josue dan Endrick Dos Santos, pemain pertahanan muda Muhamad Feroz Baharudin dan Nooa Laine.Laine merupakan pemain kacukan Malaysia-Finland berusia 21 tahun yang beraksi di posisi tengah bersama kelab profesional Finland SJK Seinajoki.Sementara itu, penjaring terbanyak pasukan negara pada kempen Piala AFF 2022 Mohamad Faisal Halim berpeluang menemui semula sentuhan jaringannya esok selepas melalui kemarau gol dalam lima aksi pertama Liga Super bersama pasukan Selangor musim ini.Pan Gon yang kembali mendapat pemain utamanya selepas dilabel membawa \u2018skuad B\u2019 ke Piala AFF 2022, dijangka menggunakan sepenuhnya peluang berdepan Turkmenistan untuk merangka strategi awal dalam membentuk skuad terhebat bagi menghadapi Piala Asia 2023.Piala Asia 2023 dijadual berlangsung di Qatar pada Januari 2024.Perlawanan esok merupakan kali pertama skuad Harimau Malaya bermain di Stadium Sultan Ibrahim selepas kali terakhir beraksi di Johor sewaktu tewas 1-2 kepada Lubnan pada pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 2017. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 02:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250919/berita/sukan/nurshuhaini-mahu-pergi-jauh-di-sukan-sea", "article_title": "Nurshuhaini mahu 'pergi jauh' di Sukan SEA", "article_text": "PEMAIN badminton perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei depan.Ia bakal menjadi penampilan kedua buat pemain berusia 18 tahun itu di temasya dwitahunan tersebut selepas edisi di Hanoi tahun lalu.Siti Nurshuhaini berkata, pengalamannya beraksi pada edisi lalu diharap dapat membantunya mencapai sasaran itu selain menyuntik semangat untuk meningkatkan mata ranking.\"Cuma kadang-kadang tidak ada rezeki hendak masuk kejohanan besar. Gagal melepasi peringkat kelayakan. Jadi saya rasa mahu cuba untuk masuk kejohanan kecil dahulu untuk dapatkan mata.\"Selepas itu kalau ada rezeki dapat masuk kejohanan besar, saya akan buat yang terbaik,\" katanya.Siti Nurshuhaini merupakan antara pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita bersama dua lagi pemain iaitu Tan Zhing Yi dan Wong Ling Ching.Dalam saingan Sukan SEA di Hanoi, pemain ranking ke-193 dunia itu terkandas di peringkat suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 02:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250910/berita/sukan/akmal-zahir-enggan-terbuai-pujian", "article_title": "Akmal Zahir enggan terbuai pujian", "article_text": "PEMAIN pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Akmal Md Zahir enggan terbuai dengan pujian selepas menjaringkan gol menarik dalam saingan Liga Super pada minggu lalu.Pemain berusia 29 tahun itu mencuri tumpuan selepas menghasilkan gol menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti ketika membantu KDA menewaskan Kuching City FC 3-0.Meskipun tidak beraksi di bahagian serangan, Akmal menganggap sudah menjadi tanggungjawab pemain untuk tidak mensia-siakan peluang di hadapan mata bagi meledak jaringan dan berharap mampu untuk terus memberi impak besar kepada Kedah pada musim ini.Bagaimanapun bekas pemain Melaka United FC itu tidak mahu terlalu teruja dengan pencapaian tersebut sebaliknya mahu lebih bersedia untuk mengharungi baki saingan liga yang lebih mencabar apabila Liga Malaysia (Liga-M) kembali bersambung.\u201cSaya masih teringat dan terbayang dengan gol tempoh hari, tetapi sudah sampai masa kita jadikan kenangan manis tu sebagai sejarah sebab liga masih lagi panjang dan kena fokus ke hadapan.\u201cIa akan sentiasa menjadi pengalaman indah dalam karier lebih-lebih lagi saya bermain untuk negeri sendiri, namun selepas ini sudah tentu akan ada banyak lagi cabaran yang kita akan lalui.\u201cSaya tidak mahu selesa dan selepas ini saya rasa sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol tetapi insya-ALLAH kalau masih ada ruang dan peluang, apa salahnya untuk saya cuba lagi meledak gol,\u201d katanya.Skuad kendalian Nafuzi Zain itu akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 1 April untuk berdepan Sri Pahang dalam aksi Liga Super.Akmal melihat perlawanan itu bakal menjadi pertembungan yang sukar memandangkan Sri Pahang ketika ini begitu konsisten tanpa kekalahan selepas lima aksi.Katanya, tempoh rehat hampir dua minggu ini sangat penting untuk mereka mempersiapkan diri dan memperbaiki kelemahan pasukan.\u201cKita tahu Sri Pahang tahun ini cukup padu berbanding musim lepas, tetapi saya rasa penting untuk kita fokus kepada persembahan pasukan sendiri.\u201cBagi Kedah pula, secara peribadi saya rasa kita masih belum lagi berada di tahap yang diinginkan dan masih fasa menyesuaikan diri dan meningkatkan prestasi.\u201cBagi membentuk satu pasukan yang kuat, peningkatan dari hari ke hari itu adalah penting dan itu yang kita nampak untuk Kedah pada musim ini,\u201d tambahnya.KDA ketika ini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 12 mata selepas mencatat empat kemenangan daripada lima aksi.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 01:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250904/berita/sukan/mancini-mahu-bina-semula-itali", "article_title": "Mancini mahu bina semula Itali", "article_text": "ITALI serius untuk membina semula pasukan baharu yang mantap susulan kegagalan skuad Azzurri melangkah ke Piala Dunia Qatar tahun lalu.Pengendalinya, Roberto Mancini giat mencari jalan untuk mencungkil bakat baharu bagi membentuk generasi Itali pada masa depan ketika mereka akan memulakan kejohanan Eropah.Itali akan melayan kunjungan England pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Jumaat ini.Kegembiraan menewaskan England di Wembley pada final Euro 2020 dipadamkan ketika Macedonia Utara mengejutkan Itali tahun lalu.Ketika pasukan besar dunia bersaing di Qatar, bola sepak Itali dan Mancini berteka-teki mengenai kedudukan mereka dan kesan akibat ketandusan pemain muda di negara yang sebelum ini kerap menampilkan pemain berkelas dunia.Biarpun tiga kelab Itali mewarnai saingan suku akhir Liga Juara-Juara pertama kali sejak 2006, namun Mancini tidak merasai ia sebagai kejayaan buat Serie A.\u201cMereka (Napoli, AC Milan dan Inter Milan) hanya ada tujuh atau lapan pemain Itali dalam pasukan mereka. Inilah realiti dan kita perlu lakukan sesuatu berbeza.\u201cBola sepak Itali tidak dilahirkan semula. Jika ada 33 pemain Itali di padang, mungkin, jika separuh daripadanya Itali ia sudah mencukupi,\u201d katanya.Mancini merasai kekurangan penyerang dan menggunakan pemain sayap Leeds United, Willy Gnonto sebagai contoh bagaimana pemain muda tidak dipandang oleh kelab Serie A.Itali akan menentang England dan Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan C - pertemuan yang akan mengingatkan kejayaan dan kejatuhan Mancini dalam kempen di Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 01:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250887/berita/sukan/cedera-di-paha-haaland-terlepas-aksi-bersama-norway", "article_title": "Cedera di paha, Haaland terlepas aksi bersama Norway", "article_text": "PENYERANG sensasi, Erling Haaland terlepas aksi bersama skuad Norway dalam saingan kelayakan Euro 2024 akibat kecederaan pangkal paha.Pemain berusia 23 tahun itu akan kembali ke kelabnya, Manchester City untuk menjalani pemeriksaan lanjut.Haaland menyertai rakan sepasukan di Norway ketika mereka bersedia untuk menentang Sepanyol dan Georgia, namun dia ketika ini sah tersisih daripada kedua-dua aksi tersebut.Doktor pasukan Ola Sand berharap Haaland berpeluang sembuh menjelang hujung minggu ini, namun selepas menjalani pemeriksaan ia tidak sempat pulih.\u201cAdalah lebih baik dia menerima rawatan susulan di kelabnya,\u201d ujar Sand kepada laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Norway.Haaland melakar hatrik ketika City menewaskan Burnley 6-0 dalam suku akhir Piala FA hujung minggu lalu.Sebelum itu Haaland meledak lima gol ketika membantu The Citizens menang 7-0 ke atas RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara.Pengurus Norway Stale Solbakken memberitahu, biarpun tidak dapat beraksi Erling tetap mengambil berat tentang perjuangan rakan sepasukan dalam aksi tersebut.\u201cMasih terdapat banyak keyakinan diri, bakat dan perpaduan erat dalam kalangan pemain untuk memenangi perlawanan ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 12:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250874/berita/sukan/henti-aksi-epl-beri-pemain-berbuka-puasa", "article_title": "Henti aksi EPL beri pemain berbuka puasa", "article_text": "LIGA Perdana Inggeris (EPL) perlu membenarkan pengadil menghentikan seketika perlawanan bagi memberi peluang pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan ini.Jawatankuasa pengadil mahu pegawai perlawanan diberikan panduan sesuai agar pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.Tempoh Ramadan adalah sepanjang sebulan.Pengadil turut disaran mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.Antara pemain yang menjalani ibadah puasa ialah penyerang Liverpool, Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante dan sayap Manchester City, Riyad Mahrez.Mereka yang menjalani ibadah itu tidak makan dan minum pada waktu siang.Sebagai rekod pada 2021, perlawanan Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selepas setengah jam bermula.Ia bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 11:16am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250863/berita/sukan/juara-dunia-bukan-kelebihan-buat-argentina", "article_title": "Juara dunia bukan kelebihan buat Argentina", "article_text": "PARA pemain Argentina perlu mengekalkan kualiti permainan sesuai dengan status mereka sebagai juara dunia di Qatar tahun lalu.Jurulatihnya Lionel Scaloni berkata, tahap daya saing yang tinggi perlu dikekalkan selepas mereka menghadiahkan kejuaraan ketiga buat Argentina menerusi penentuan sepakan penalti menewaskan Perancis pada aksi final.\"Kami adalah juara dunia, namun ia bukan kelebihan buat Argentina. Hanya kerana kami menang kami tidak boleh melakukan apa yang dimahukan.\"Mereka (pemain) harus faham,\" katanya.Scaloni berkata demikian kepada skuad yang dipimpin Lionel Messi menjelang aksi persahabatan menentang Panama pada Jumaat.Jurulatih itu mahu para pemain memahami bahawa mereka mesti kekal kompetitif selepas menang Copa America dan Piala Dunia.\"Mesej utama ialah proses baru bermula. Ada peraturannya. Bergelar juara dunia tiada kelebihan, kami akan terus bekerja.\"Jersi Argentina tidak membenarkan anda tidak memberikan yang terbaik. Kami mesti melakukan tugas kami di padang,\" ujar Scaloni.Mengulas bayangan kesebelasan utama bagi aksi Jumaat ini, Scaloni memberitahu, pemain yang beraksi dalam Piala Dunia akan memulakan permainan.\"Saya mahu melihat peminat tengok pemain disukai mereka,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 10:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250856/berita/sukan/chilwell-kembali-ke-pangkuan-england", "article_title": "Chilwell kembali ke pangkuan England", "article_text": "PEMAIN pertahanan Chelsea, Ben Chilwell tekad kembali lebih kuat bersama skuad England selepas tersisih daripada saingan Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu akibat kecederaan.Chilwell mengalami kecederaan koyak hamstring menjelang kejohanan tersebut sekali gus digugurkan oleh pengendali England, Gareth Southgate.\"Sudah tentu daripada segi mental ia sangat mencabar.\"Semua pemain bola sepak melalui tempoh berdepan cabaran mental. Anda perlu mempunyai daya tahan yang kuat untuk mengharunginya,\" katanya.Pemain berusia 26 tahun itu memperoleh semula prestasinya selepas kembali ke Chelsea pada Februari.Menyaksikannya dipanggil semula menyertai England bagi kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine.\"Saya cuba mengubahnya (ujian mental) menjadi situasi yang positif.\"Jadi saya boleh memperbaiki diri daripada segi mental dan fizikal. Apabila kembali beraksi, saya bersedia untuk membantu Chelsea dan England,\" katanya.Penantian England untuk menjulang trofi utama itu sejak 1966 berterusan selepas anak buah Southgate tunduk kepada Perancis pada peringkat suku akhir di Qatar.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 09:42am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250850/berita/sukan/legenda-knicks-willis-reed-meninggal-dunia-pada-usia-80-tahun", "article_title": "Legenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun", "article_text": "PEMAIN legenda bola keranjang New York Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun.Berita kematiannya disahkan Persatuan Bekas Pemain Bola Keranjang Kebangsaan pada Selasa.Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.Mendiang paling dikenali dalam insiden di mana dia muncul daripada sebuah terowong di Madison Square Garden untuk mengambil bahagian dalam pertembungan final menentang Los Angeles Lakers para tahun 1970.Dia sepatutnya tidak menyertai perlawanan itu akibat kecederaan pada paha kanannya ketika itu.Knicks kemudian muncul juara dengan jaringan 113-99.Reed dinamakan NBA Finals MVP pada musim itu dan pada tahun 1973.Knicks menjuarai kejohanan NBA pada kedua-dua musim itu, yang terakhir dalam sejarah francais berkenaan.Mendiang turut dimasukkan dalam Naismith Memorial Basketball Hall of Fame pada tahun 1982. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250844/berita/sukan/sukan-sea-2023-motivasi-atlet-negara-pada-tahap-terbaik", "article_title": "Sukan SEA 2023: Motivasi atlet negara pada tahap terbaik", "article_text": "ATLET negara berada pada tahap motivasi terbaik menjelang 44 hari bagi mengharungi saingan Sukan SEA Kemboja Mei depan.Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Sharon Wee berkata, mereka juga begitu teruja untuk menggalas cabaran negara bagi memburu pingat pada temasya dwitahunan itu.Katanya, segala persiapan termasuk dari aspek mental berjalan dengan baik menerusi sokongan dan kerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN).\u201cAtlet-atlet muda ini teruja untuk beraksi di luar negara. ISN bagi bantuan dari sudut psikologi.\u201cMereka juga dijaga dengan baik oleh atlet-atlet senior. Semuanya dalam keadaan baik (mental dan psikologi).\u201cSaya dan Datuk Shalin (Zulkifli - timbalan CDM) juga ada berpesan kepada atlet, di perkampungan sukan nanti, kami boleh dihubungi 24 jam. Sedia beri nasihat,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sharon yang mewakili negara dalam skuasy selama 20 tahun memberitahu, mereka juga sudah berdepan dengan pelbagai tekanan dalam saingan di peringkat tempatan dan luar negara.Justeru bagi saingan di pentas Asia Tenggara itu, beliau optimis mereka mampu mengurus tekanan dengan baik.\u201cMereka atlet terbaik Sukma (Sukan Malaysia) dan pernah bersaing di pentas antarabangsa bagi kategori junior. Sudah biasa dengan tekanan,\u201d katanyaBekas atlet berusia 46 tahun itu memberitahu, tekanan perlu dilihat dari sudut positif kerana ia bagus untuk membantu meningkatkan prestasi mereka.\u201cTekanan perlu diurus dengan baik dan ia penting untuk bantu mereka pergi jauh, kalau tidak nanti mereka berlengah-lengah.\u201cLagipun ia adalah lumrah buat atlet. Bagi meredakan tekanan, baca buku atlet berjaya yang memberi inspirasi.\u201cJadikan quote dalam buku itu sebagai azimat dan kata-kata semangat untuk bangkit dan berjaya,\u201d katanya.Semasa bergelar atlet, Sharon menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA sebanyak lima kali dengan memenangi lima emas.Beliau turut bersaing di Sukan Komanwel sebanyak empat kali dan tiga edisi di Sukan Asia.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250841/berita/sukan/kom-sedia-kaji-semula-sasaran-pingat", "article_title": "KOM sedia kaji semula sasaran pingat", "article_text": "KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sedia menilai semula sasaran 10 pingat emas yang ditetapkan pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang berlangsung pada Mei depan.Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sasaran itu dibuat selepas beliau mengambil alih jawatan tersebut pada Jun tahun lalu.Katanya, sasaran tersebut dibuat berdasarkan kepada situasi dan pencapaian atlet pada ketika itu.\u201cMasa itu saya baru ambil alih jawatan presiden. Saya letak sasaran 10 emas untuk skuad olahraga di Sukan SEA.\u201cMasa itu kita ada Azeem (Fahmi) yang berpeluang dapat dua emas. Kita juga ada dua atau tiga atlet lagi yang boleh dapat emas,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali pada Isnin mengingatkan persatuan sukan kebangsaan untuk meletakkan sasaran yang realistik bukan 'syok sendiri'.Shahidan juga bersedia untuk mendedahkan jumlah sasaran baharu, namun menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan KOM, Datuk Wira Mark Ling untuk mengumumkannya.Katanya, atlet olahraga ketika ini menyertai beberapa kejohanan di luar negara dan rekod mereka diambil kira untuk membuat sasaran baharu.\u201cSudah ada sasaran baharu (emas Sukan SEA), namun saya tak mahu sebut. Mark akan umum nanti,\u201d katanya.Beliau juga menjelaskan bahawa sasaran pingat sepatutnya diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) kerana pemilihan jurulatih dan atlet di bawah seliaan mereka, manakala KOM bertindak sebagai penyelaras.Katanya, KOM bukan persatuan yang besar, selain tidak memiliki dana yang banyak berbanding kesatuan sukan lain seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mempunyai banyak penaja.Bagaimanapun katanya, KOM dalam proses ke arah itu, namun mengakui ia memerlukan masa dan melalui proses tertentu.\u201cKena ingat MSN yang patut umum (sasaran pingat). Jurulatih MSN lantik dan bayar gaji. Atlet mereka pilih,\u201d katanya.Pada Sukan SEA Hanoi lalu, skuad olahraga negara menepati sasaran memenangi lima emas selain meraih tiga perak dan lapan gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250824/berita/sukan/adamas-laksana-ujian-pintar-menjelang-sukan-sea-sukan-asia", "article_title": "Adamas laksana ujian pintar menjelang Sukan SEA, Sukan Asia", "article_text": "AGENSI Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan meneruskan usaha membendung penggunaan bahan terlarang dalam kalangan sesetengah atlet, dengan melakukan ujian pintar menjelang dua temasya utama tahun ini, iaitu Sukan SEA dan Sukan Asia.Pengarah Adamas, Azura Abidin berkata, mekanisme ujian pintar itu, akan memberikan tumpuan kepada sukan yang berisiko tinggi dalam penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.\u201cUjian pintar ini merangkumi ujian urin dan darah, Athlete Biological Passport dan profil steroid. Kepada atlet-atlet yang akan terlibat di Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia Hangzhou, pengujian di luar pertandingan akan diadakan berdasarkan kepada mekanisme tersebut.\u201cAdamas telah menyediakan penjangkaan risiko dan membangunkan pelan agihan ujian bagi pelaksanaan program pengujian kawalan doping sepanjang tahun,\" katanya.Sukan SEA bakal berlangsung di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei ini, manakala Sukan Asia dijadualkan bermula 23 September hingga 8 Oktober ini di Hangzhou, China selepas ditangguhkan setahun kerana pandemik Covid-19.Antara sukan yang mempunyai rekod penyalahgunaan bahan terlarang di Malaysia sejak 2016 ialah angkat berat yang dianggap kritikal, selain bina badan, olahraga, memanah, wushu, terjun, renang, badminton, bola sepak, judo, tinju, muay thai, hoki serta para powerlifting.Sementara itu, Azura memberikan peringatan kepada semua atlet dan kakitangan sokongan untuk mengetahui peraturan dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia.\u201cPrinciple of Strict Liability terpakai kepada semua atlet, bermakna mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan darah mereka yang di kumpul semasa pengujian, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.\u201cPara atlet juga harus memahami senarai larangan dan risiko penggunaan suplemen atau makanan tambahan,\u201d katanya.Sekiranya atlet perlu menggunakan bahan terlarang bagi tujuan perubatan, mereka perlu mengemukakan permohonan pengecualian penggunaan terapeutik kepada Adamas, namun ia tidak dibenarkan untuk tujuan meningkatkan prestasi.Beliau berkata, pihaknya juga akan terus melaksanakan program pendidikan antidoping, termasuk seminar, program outreach, siri webinar dan penyebarluasan maklumat pendidikan melalui platfom digital menerusi Pelan Pendidikan Anti-Doping Adamas 2023, kepada atlet dan pegawai sukan.\u201cKita menyeru semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk bekerjasama erat dengan Adamas, bagi memastikan atlet menerima pendidikan antidoping untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran peraturan anti-doping di masa depan. Ini juga akan dapat membantu obligasi NSA kepada persekutuan sukan antarabangsa masing-masing,\u201d katanya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 06:41pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250780/berita/sukan/fam-perjelas-pestabola-merdeka-berlangsung-singkat", "article_title": "FAM perjelas Pestabola Merdeka berlangsung singkat", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan alasan di sebalik penganjuran Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober depan berlangsung dalam tempoh yang singkat.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kejohanan tersebut terpaksa dibuat dalam skala kecil kerana kekangan tempoh waktu penganjuran dalam Kalendar FIFA.\"Kita tahu peminat mahu Pestabola Merdeka macam dulu berlangsung 10 hari hingga 15 hari. Kita buat dalam skala kecil kali ini kerana Kalendar FIFA sangat padat dengan pelbagai kejohanan besar ketika itu.\"Lagipun, kita perlu bermain dalam kalendar FIFA untuk tarik pasukan yang bagus. Jika tidak, kita akan berdepan halangan kerana penganjuran liga di setiap negara berdasarkan Kalendar FIFA.\"Kita juga mahu kejohanan ini diadakan dalam Kalendar FIFA untuk dapatkan mata ranking,\" katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Sebelum ini, FAM mengesahkan Palestin, Lubnan dan India akan menyertai kejohanan itu yang kali terakhir berlangsung pada 2013 lalu.Menurut Hamidin, kejohanan kali ini akan mengunakan format seperti Piala Raja Thai yang berlangsung di Chiang Mai, September tahun lalu dengan setiap pasukan hanya akan bermain sebanyak dua perlawanan.\"Setiap pasukan akan terus bermain di separuh akhir. Dua pasukan yang menang akan ke final dan pasukan yang kalah akan bermain di penentuan ketiga dan keempat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 04:53pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250765/berita/sukan/gantung-pengadil-fam-adakan-siasatan-menyeluruh", "article_title": "Gantung pengadil: FAM adakan siasatan menyeluruh", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Jawatankuasa Pengadil akan memanggil Zulkarnain untuk memberikan keterangan mengenai insiden yang berlaku ketika perlawanan Liga Super babitkan Sabah FC dan Penang FC di Stadium Likas Jumaat lalu.\"Apa yang penting kita dah gantung dahulu dan kita akan lihat selepas proses siasatan pertama ini.\"Jawatankuasa Pengadil sedang melihat lebih lanjut perkara ini dan akan memanggilnya untuk proses seterusnya,\" katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ketujuh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Selasa.Pada Ahad, FAM mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Ia selepas Zulkarnain didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti yang diberikan kepada Sabah.Hamidin menegaskan penglibatan pengadil dalam industri bola sepak negara amat penting dan pihaknya perlu cuba berlaku adil untuk memahami setiap situasi yang dilalui pengadil.\"Kita pun mesti memahami daripada pelbagai sudut untuk memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik.\"Tetapi, jika ada pengadil yang luar daripada batasan, kita akan sentiasa memerhati dan akan ambil tindakan sewajarnya.\"Bukan senang untuk menjadi pengadil. Mungkin hari ini mereka mengadili dengan bagus, tetapi esok mereka ada buat kesilapan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 03:37pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250762/berita/sukan/kelantan-terima-surat-tawaran-naik-taraf-padang-bola", "article_title": "Kelantan terima surat tawaran naik taraf padang bola", "article_text": "KELANTAN sudah menerima surat tawaran peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tujuan menaik taraf padang bola sepak di negeri ini.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, tawaran naik taraf bagi setiap negeri itu dianggarkan berjumlah RM1 juta.\u201cPerbelanjaan perlu ditanggung secara bersama sebanyak 50/50 antara KBS dan kerajaan negeri.\u201cSurat tersebut sudah pun dipanjangkan kepada pihak Perbadanan Stadium Negeri Kelantan (PSNK) untuk membuat kajian merangkumi kos penyelenggaraan dan sebagainya,\u201d katanya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rozi Muhamad (Pas-Tendong) pada Persidangan Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14 pada Selasa.Wan Roslan yang juga ADUN Pas-Pengkalan Kubor itu berkata, sebarang respon yang diperoleh daripada PSNK akan dijawab terus oleh kerajaan negeri itu kepada KBS.Sebelum ini, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco Belia dan Sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang yang terpilih.Dalam pada itu, Wan Roslan turut memaklumkan, Kerajaan Kelantan sememangnya berhasrat membina lebih banyak padang sintetik berikutan sambutan memberangsangkan terhadap kemudahan itu.\u201cKerajaan negeri sudah mengemukakan lima permohonan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi cadangan membina dan menyiapkan padang bola sepak sintetik di Yayasan Islam Kelantan (YIK).\u201cKita juga bercadang membina pusat aktiviti berpadang bola sepak sintetik di Gua Musang dan Kompleks Sukan Komuniti serta menaik taraf Pusat Sukan Tanah Merah dan padang bola sepak Taman Desa Kemuning,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 03:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250727/berita/sukan/bunino-ditangkap-berkelakuan-tak-senonoh", "article_title": "Bunino 'ditangkap' berkelakuan tak senonoh", "article_text": "BEKAS penyerang Juventus, Cristian Bunino mengalami detik memalukan kerana 'ditangkap' berkelakuan tidak senonoh apabila membuang air kecil berhampiran padang.Kejadian berlaku sebelum dia dimasukkan sebagai pemain gantian Lecco dalam aksi Serie C menentang Piacenza pada Ahad.Ketika hampir diperkenalkan sebagai pemain gantian pada minit ke-76, Bunino secara tiba-tiba 'hilang'.Malangnya perbuatan tidak senonoh pemain berusia 26 tahun itu dikesan oleh salah seorang pegawai perlawanan dan dilayangkan kad merah.Pengurus Lecco, Luciano Foschi menyifatkan hukuman itu sebagai keras untuk bekas pemain antarabangsa Itali bawah 19 tahun itu.\u201cIa adalah peraturan dan ia mesti digunakan. Namun saya berharap pegawai akan menggunakan akal fikiran kerana dia tidak menyinggung perasaan sesiapa dan tiada siapa yang melihatnya.\"Saya mengharapkan kad kuning, tetapi pengadil melakukan kesilapan. Dan Bunino? Pada pendapat saya, dia tidak tahu pun apa yang akan berlaku,\" kata Foschi.Pertemuan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 01:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250695/berita/sukan/jamal-terlepas-aksi-bersama-jerman", "article_title": "Jamal terlepas aksi bersama Jerman", "article_text": "MALANG nasib buat penyerang muda, Jamal Musiala apabila terlepas aksi bersama skuad Jerman menjelang perlawanan antarabangsa bulan ini akibat kecederaan hamstring.Penyerang itu yang telah membuat 20 kemunculan bersama negaranya sejak penampilan sulung pada 2021 dipanggil untuk menyertai aksi persahabatan dengan Peru dan Belgium.Bagaimanapun khidmatnya tidak dapat digunakan oleh jurulatih, Hansi Flick susulan kecederaan yang menimpanya dalam saingan Bundesliga ketika Bayern Munich tewas kepada Bayer Leverkusen 1-2 pada Ahad.\"Malang sekali buat semua orang bahawa dia tidak akan bersama kami,\" ujar Flick.Flick mengesahkan berita itu menjelang sesi pemilihan pasukan kebangsaan di Frankfurt pada Isnin sambil mengesahkan dia tidak akan memanggil sebarang pengganti.Justeru, Flick berharap Jamal akan kembali cergas kerana dia memiliki kualiti permainan yang unik.\"Harap dia pulih secepat mungkin dan beraksi semula selepas perlawanan antarabangsa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 10:40am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250688/berita/sukan/pertembungan-klasik-itali-england", "article_title": "Pertembungan klasik Itali, England", "article_text": "PENGENDALI Itali, Roberto Mancini percaya pertembungan pasukannya dengan England telah menjadi perlawanan klasik menjelang aksi pembukaan kelayakan Euro 2024 pada Jumaat ini.Azzurri memenangi Euro terakhir dengan menewaskan pasukan Gareth Southgate menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir di Wembley pada 2021.Itali dan Three Lions kemudian bermain seri tanpa jaringan dalam Liga Negara-Negara Jun lalu, sebelum Giacomo Raspadori memastikan kemenangan 1-0 untuk anak buah Mancini dalam pertemuan terakhir mereka tiga bulan kemudian.England akan mendapat satu lagi peluang untuk membalas dendam dalam pertembungan Kumpulan C di Stadio Diego Armando Maradona minggu ini dan Mancini menjangkakan cabaran hebat bakal diberikan pasukan lawan itu.\"Bagi saya, ia telah menjadi klasik. England dan Itali banyak kali bertemu ibarat seperti Itali dan Jerman pada masa lalu.\"Sejak sekian lama mereka telah menjadi pasukan yang hebat, penuh dengan pemain berbakat dengan kekuatan dan teknik. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar sama seperti yang lain.\"Mereka mempunyai lebih banyak pilihan daripada kami atas banyak sebab, tetapi di Naples kami mahu bermain dengan cemerlang dan memulakan perlawanan kelayakan ini dengan baik,\" katanya.Itali gagal layak ke Piala Dunia di Qatar tahun lepas dan Mancini menegaskan pasukan itu dalam proses pembinaan semula.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 09:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250687/berita/sukan/ratcliffe-tidak-akan-bayar-harga-tidak-masuk-akal", "article_title": "Ratcliffe tidak akan bayar harga tidak masuk akal", "article_text": "JUTAWAN Britain, Jim Ratcliffe menegaskan dia tidak akan membayar harga tidak masuk akal untuk membeli Manchester United menjelang tarikh akhir bidaan yang semakin hampir.Pemilik United, keluarga Glazer meletakkan kelab itu untuk dijual pada November lalu dan Ratcliffe adalah orang pertama secara rasmi mendaftarkan minat melalui syarikat bahan kimianya INEOS yang berpangkalan di London.Dia kemudiannya adalah antara pihak yang mengemukakan bidaan awal pada Februari disusuli pelabur dari Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani.Walaupun nilai sebenar bidaan tidak jelas, Glazers dilaporkan mencari pembeli yang sanggup membayar sekurang-kurangnya \u00a35.9 bilion (RM32.39 bilion) sekali gus menjadi bayaran rekod dunia baharu untuk sebuah pasukan sukan.Kelab itu dianggarkan bernilai \u00a34billion (27.45 bilion) oleh Forbes tahun lepas.Laporan terbaharu menyatakan bahawa Ratcliffe dan Sheikh Jassim dijangka menyerahkan tawaran rasmi minggu ini.Bercakap mengenai proses itu kepada Wall Street Journal, Ratcliffe berkata:\"Bagaimana anda menentukan harga lukisan? Bagaimana anda memutuskan harga rumah?\"Ia tidak berkaitan dengan kos untuk membina atau berapa kos untuk cat rumah tersebut.\"Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar 'harga bodoh' untuk sesuatu kerana kemudian anda akan menyesal,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 09:23am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250681/berita/sukan/padah-culas-bayar-gaji", "article_title": "Padah culas bayar gaji", "article_text": "KELAB sensasi Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan Athletic dikenakan pemotongan tiga mata selepas The Latics gagal membayar gaji pemain bulan ini, kata Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) pada Selasa.Wigan, yang kini berada di tangga tercorot liga dalam kalangan 24 pasukan bertanding, juga telah didakwa awal musim ini selepas melakukan pembayaran lewat pada Jun, Julai dan Oktober tahun lalu.Perkembangan terkini itu menyaksikan kelab barat laut itu mengumpul 31 mata - lapan mata dari zon keselamatan.\"Pelanggaran terbaru oleh kelab bolasepak Wigan Athletic bagi melaksanakan tanggungjawabnya seperti dalam terma Keputusan Dipersetujui yang dimeterai kelab dengan EFL pada Januari 2023, menyaksikan sekatan secara automatik diaktifkan terhadap kelab.\"Pemilik kelab juga sebelum ini dikehendaki mendepositkan jumlah sama dengan 125 peratus daripada jangkaan bil gaji bulanan dalam akaun ditetapkan yang akan digunakan sekiranya berlaku lagi kelewatan proses pembayaran gaji pasukan.\"Dalam pelanggaran selanjutnya terhadap terma Keputusan Dipersetujui, pemilik kelab didapati gagal mendepositkan jumlah yang sama dengan 125 peratus daripada jangkaan bil gaji bulanannya dalam akaun kelab seperti ditetapkan.\"Ini juga menjadi syarat utama Keputusan Dipersetujui bagi menghalang kelab melanggar Peraturan EFL sekali lagi, sekiranya terdapat kelewatan dalam pemprosesan pembayaran segmen luar negara pada masa depan,\" kata EFL dalam satu kenyataan.Tambah EFL lagi pemilik Wigan Athletic juga akan didakwa atas salah laku.Sebagai rekod, kelab itu diambil alih pada 2021 oleh Phoenix 2021 Limited, yang diketuai oleh ahli perniagaan Bahrain, Abdulrahman Al-Jasmi yang bertekad memacu Wigan Athletic kembali semula ke era kegemilangan dan kemahsyuran.Sementara itu, pengurusan The Latics berkata: \"Kelab telah merekodkan kenyataan serta pertuduhan EFL, dan akan mengeluarkan maklumat terkini mengenai situasi gaji semasa dalam masa terdekat.\"Wigan sebelum ini pernah menghabiskan lapan musim dalam Liga Perdana Inggeris, dengan kempen 2012-13 menjadi kelab pertama memenangi Piala FA kemudiannya diturunkan divisyen pada musim sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 07:55am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250680/berita/sukan/jerman-bayern-hilang-mesin-gol", "article_title": "Jerman, Bayern hilang 'mesin gol'", "article_text": "BINTANG Jerman meningkat naik, Jamal Musiala diketepikan daripada perlawanan menentang Peru dan Belgium selepas pemain sayap Bayern Munich itu disahkan mengalami kecederaan hamstring, kata pengendali Hansi Flick pada Selasa.Sebagai rekod, Musiala merupakan antara 'mesin gol' yang juga pemain terbaik Bayern musim ini dengan 15 gol dan 12 bantuan gol dalam semua pertandingan.Dia juga merupakan penjaring terbanyak kelab tersebut dalam Bundesliga dengan 11 gol.\u201cKami semua berharap Jamal akan cergas, kerana dia mempunyai kualiti yang cukup unik.\"Sebab itu sesungguhnya amat memalukan semua orang apabila dia tidak akan bersama kami.\"Kami berharap dia cergas semula secepat mungkin dan kembali bermain selepas perlawanan antarabangsa,\" kata Flick.Perkembangan terkini itu juga membimbangkan Bayern yang akan menentang pendahulu liga Borussia Dortmund dalam pertembungan penentu kejuaraan apabila kedua-duanya kembali dari rehat antarabangsa di Allianz Arenapada 2 April depan.Sebagai rekod, Dortmund mempunyai kelebihan satu mata ke atas Bayern selepas 25 perlawanan.Bayern juga akan melayan kunjungan SC Freiburg dalam perlawanan suku akhir Piala Jerman di Allianz Arena pada 5 April.Pada 12 April depan pula, Bayern akan bertandang ke Stadium Etihad menentang Manchester City dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara.Musiala merupakan pemain Jerman kedua yang diketepikan selepas pemain pertahanan Armel Bella Kotchap turut menarik diri akibat kecederaan bahu.Pemain pertahanan AC Milan, Malick Thiaw dipanggil menggantikannya tetapi Flick memilih untuk tidak untuk Musiala.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2023 07:39am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250666/berita/sukan/mat-redho-tekad-bawa-pulang-emas-dari-kemboja-2023", "article_title": "Mat Redho tekad bawa pulang emas dari Kemboja 2023", "article_text": "ATLET lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad untuk membawa pulang emas daripada edisi kali ini yang berlangsung di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini, selepas terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga pingat perak di Sukan SEA 2019 Filipina.Lebih dikenali sebagai Mat Redho, atlet berusia 34 tahun itu berkata, persiapannya untuk kali ini lebih baik dengan adanya gim latihan yang mempunyai laluan berhalangan berbanding ketika Sukan SEA 2019 kerana pada masa itu ia masih dalam pembinaan.\u201cBagi sesetengah orang mungkin tempat kedua, naik podium dah bagus, tetapi jiwa saya untuk kemenangan, kalau nombor dua bagaikan kalah. Jadi untuk tahun ini, kita akan beri yang terbaik untuk membalas dendam (dengan bawa pulang emas).\u201cBuat masa ini, kita sedang meningkatkan pecutan dan kekuatan bahagian atas tubuh dengan melakukan latihan memanjat,\u201d katanya kepada pemberita ketika lawatan Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Mohd Nasir Ali ke venue latihan pasukan itu, di Petaling Jaya pada Isnin.Beliau berkata, walaupun model halangan di pusat latihan itu bukan 100 peratus sama seperti trek di Kemboja, pasukan negara sedang menyesuaikan diri selepas mendapat maklumat mengenai ukuran dan jenis halangan daripada penganjur.Di Filipina, Mat Redho berjaya meraih perak acara 100 meter (m) lelaki, 400m berpasukan berganti-ganti dan 400m team assist, manakala Malaysia turut meraih gangsa menerusi Mohd Saddam Mohd Pittli bagi acara 5km lelaki.Beliau yang pernah muncul juara Ninja League Challenge (NCL) 2018 dengan menewaskan juara American Ninja Warrior, Jake Murray, berkata skuad negara dijangka menjalani kem latihan pusat selama dua minggu di Filipina bermula minggu depan sebagai persediaan ke Sukan SEA.Bagi kali ini, pasukan lari berhalangan negara menyasarkan untuk meraih emas acara 100m individu dan berpasukan lelaki, serta kedudukan podium bagi acara 100m berpasukan wanita.Sukan ekstrem yang dianjurkan buat kali pertama pada Sukan SEA 2019, tidak dianjurkan pada edisi 2021 di Hanoi.Sementara itu, atlet wanita Yip Hui Teng mengakui berdepan sedikit cabaran dalam menyesuaikan diri dengan larian jarak pendek, selepas beraksi dalam acara jarak panjang pada edisi lalu.\u201cJika jarak panjang, kita mempunyai masa untuk merehatkan otot lengan ketika berlari, tetapi apabila jarak 100m dengan 12 halangan, perlu banyak tenaga dan ketahanan pada bahagian atas tubuh.\u201cNamun, saya yakin dapat bersedia menjelang Sukan SEA. Kita sedang fokus kepada pecutan dan larian pada sesi pagi, manakala petang akan membuat penyesuaian dan latihan kekuatan,\u201d kata atlet berusia 32 tahun itu yang baharu mendapat pengesahan untuk bertanding pada Khamis lepas.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 11:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250659/berita/sukan/insya-allah-saya-berikan-100-peratus---ahmad-syihan", "article_title": "'Insya-ALLAH saya berikan 100 peratus' - Ahmad Syihan", "article_text": "PENJAGA gol nombor satu skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, tidak menanggap kedudukannya selesa, sebaliknya satu cabaran bersama tiga rakan lain menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong, Khamis ini dan Selasa depan.Penjaga gol skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata, tiga lagi rakan yang turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.Selain, Ahmad Syihan Hazmi, pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut memanggil penjaga gol Kedah Darul Aman FC, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi, Damien Lim (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC) dalam senarai 27 pemain ke kem latihan pusat negara.\u201cSemua penjaga gol yang dipanggil bagus-bagus dan ia membuatkan saya perlu (berusaha) dan buat lebih lagi,\u201d kata penjaga gol berusia 27 tahun itu ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Johor pada Isnin.Sementara itu, katanya, latihan di bawah Pan-gon adalah berintensiti tinggi dan kesemua pemain perlu memberikan komitmen sepenuhnya.Meskipun terdapat perbezaan antara skuad Piala AFF dan barisan pemain yang dipanggil menjalani latihan, beliau pada masa sama mengharapkan agar kesemua pemain dapat memberikan yang terbaik dan berusaha pada tahap 100 peratus.\u201cInsya-ALLAH, saya akan berikan 100 peratus dan rasa bersyukur dapat sampai ke tahap ini,\u201d katanya.Kedua-dua aksi persahabatan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 10:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250658/berita/sukan/teruja-saingi-nama-besar-bola-sepak-tempatan", "article_title": "Teruja saingi nama besar bola sepak tempatan", "article_text": "PEMAIN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin mahu menggunakan peluang keemasan diberikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk membuktikan dirinya bersedia berada di kelompok kesebelasan utama.Meskipun menyedari terpaksa bersaing dari segi fizikal, pemain berusia 25 tahun itu mahu menjadikan ia satu kelebihan, sekali gus membuktikan beliau juga mampu menggalas kepercayaan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu.\u201cDari sudut fizikal memang akan ada cabaran kerana saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang bersaiz lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik.\u201cSaya akui teruja kerana dipanggil untuk menyarung jersi ini buat pertama kalinya dan berpeluang bermain dengan pemain-pemain yang bernama besar dalam bola sepak tempatan,\u201d katanya kepada pemberita ketika sesi latihan pusat di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Padang Seri Gelam, Johor.Mengakui menjalani sesi latihan dengan skuad kebangsaan sangat berbeza dengan latihan bersama Kedah, pemain berasal dari Baling itu turut berterima kasih kepada ketua jurulatihnya Nafuzi Zain atas pencapaiannya hingga kini.\u201cYang penting saya akan buat yang terbaik dalam latihan. Jurulatih (Nafuzi) banyak bantu menaikkan prestasi saya, banyak bantu dari segi permainan, mungkin itu salah satu sebab mengapa Pan-gon panggil saya,\u201d katanya.Sebagai rekod, Muhammad Fayadh antara senarai 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula Sabtu lalu bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 10:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250654/berita/sukan/laine-intai-kesebelasan-utama-harimau-malaya", "article_title": "Laine intai kesebelasan utama Harimau Malaya", "article_text": "PEMAIN warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya, sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama.Pemain berusia 20 tahun, yang baru menyertai kelab SJK Akatemia di Liga Divisyen Satu Finland, dikatakan diiktiraf oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, adalah sesuatu yang baik dan berasa bangga berada dalam senarai 27 pemain.\u201cSaya mahu menyertai (kesebelasan utama), jika tidak sekarang, mungkin pada masa depan, saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan dan mahu menunjukkan nilai yang ada pada diri saya untuk membantu pasukan.\u201cSudah tentu ia sukar sekarang, saya hanya berlatih sekali dengan pasukan, bukan dengan semua pemain. (Tetapi akhirnya), itu yang saya mahu lakukan, untuk membantu pasukan (Harimau Malaya),\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat di Padang Sri Gelam,Johor.Laine, yang bermain sebagai pemain tengah, turut menyifatkan perbezaan dalam latihan antara skuad kebangsaan serta bermain bersama kelab di Finland.\u201cSukar untuk dikatakan kerana saya tidak bermain dalam liga tetapi dalam pasukan kebangsaan ini, pemainnya sangat bagus dan berkemahiran dan bola sepak mungkin berbeza dengan Finland. Di Finland ia lebih taktikal, pemain lebih straight-forward,\u201d katanya.Laine juga berkata bahawa beliau menerima sokongan hangat daripada peminat dan akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan mereka.Muka baharu selain Laine,yang dipanggil ialah penjaga gol Damien Lim (Sabah FC), Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC), Endrick dos Santos (Johor Darul Ta'zim FC), Muhamad Feroz Baharudin (Johor Darul Ta 'zim FC), Daniel Sang Ting (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC).Perlawanan PersahabatanKHAMIS 23 MAC:Malaysia lwn TurkmenistanStadium Sultan Ibrahim, 10 malamSELASA 28 MAC:Malaysia lwn Hong KongStadium Sultan Ibrahim, 10 malam- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 09:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250649/berita/sukan/damok-teruja-buktikan-kemampuan-di-portugal", "article_title": "Damok teruja buktikan kemampuan di Portugal", "article_text": "PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman mengakui teruja untuk menyingkap tirai kempen sulung di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, bermula dengan Grand Prix (GP) Portugal, di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao, Portugal, hujung minggu ini.Malah pelumba MT Helmets-MSL berusia 21 tahun, yang lebih dikenali sebagai Damok juga berpuas hati dengan kemajuannya semasa ujian rasmi selama tiga hari, hujung minggu lalu, di litar itu.Katanya, pasukan dari Sepanyol itu telah melakukan penambahbaikan ketara pada persediaan jentera KTM, selain memperbaiki catatan masa sepusingannya sejak hari pertama sesi ujian berkenaan.\u201cPasukannya berpuas hati dengan penambahbaikan yang saya lakukan. Saya mula memahami jentera baharu saya dengan lebih baik...pasukan mengatur ujian dengan teliti dan saya gembira dengan usaha mereka.\u201cSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas kerja keras mereka selama tiga hari ujian terakhir. Saya benar-benar gembira,\" kata pelumba tunggal negara dalam saingan MotoGP musim ini tersebut, pada Isnin.Sebagai rekod, kedudukan terbaik Damok semasa ujian itu ialah tempat ke-10 dalam latihan bebas (FP) lapan, mencatat masa 1:47.778s, peningkatan daripada tempat ke-19 dalam sesi latihan pertama iaitu 1:52.068s.Saingan pembuka tirai kempen 2023 di litar berkenaan dari hujung minggu ini sebelum saingan beralih ke pusingan kedua di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina, 31 Mac hingga 2 April.Damok membuat penampilan sulungnya dalam Moto3 sebagai pelumba wildcard pada GP Aragon 2021, membuat empat lagi penyertaan wildcard tahun lalu, iaitu di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.Sebagai rekod, kempen 2023 menyaksikan 21 pusingan perlumbaan berlangsung dengan Malaysia menjadi venue bagi pusingan ke-19 dari 10 hingga 12 November depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 09:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250647/berita/sukan/china-tuan-rumah-sepak-takraw-asia-2023", "article_title": "China tuan rumah Sepak Takraw Asia 2023", "article_text": "CHINA bersetuju menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Asia 2023 pada 19 hingga 24 Jun depan, sebagai persediaan penganjuran temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, September ini.Presiden Persatuan Sepaktakraw China, He Fengxiang berkata, kejohanan pra-Sukan Asia ke-19 itu diadakan bertujuan untuk menguji persediaan negara itu selain mengenal pasti aspek penambaikan yang boleh dilaksanakan sebelum temasya empat tahun sekali itu membuka tirai pada September ini.\u201cAcara ini memberi peluang kepada kami untuk menilai dan meningkatkan aspek bukan teknikal kejohanan, termasuk keselamatan, pengurusan sukarelawan, acara kebudayaan, pengalaman atlet serta penonton dan penyiaran serta media.\u201cDengan mengadakan acara peringkat tinggi, kami boleh mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang mungkin timbul selain memastikan bersedia sepenuhnya untuk Sukan Asia Hangzhou 2022,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebagai rekod, Sukan Asia Hangzhou 2022 sebelum ini ditunda akibat pandemik Covid-19 di China seperti yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).Dalam pada itu, Fengxiang menjelaskan pihaknya memahami kepentingan memastikan Sukan Asia Hangzhou 2022 dianjurkan dengan tahap kecekapan tertinggi, bukan sahaja melibatkan aspek teknikal tetapi juga dalam aspek bukan teknikal.\u201cPersatuan Sepaktakraw China komited untuk menyelaras dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou, menganjurkan acara yang berjaya memenuhi piawaian Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).\u201cSelain itu, dengan Sukan Asia Hangzhou 2022 semakin hampir, kami menyedari keperluan mendesak untuk memuktamadkan semua persiapan dan memastikan semua aspek kejohanan diuji dengan teliti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 09:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250588/berita/sukan/sasaran-sukan-sea-perlu-realistik-bukan-syok-sendiri", "article_title": "Sasaran Sukan SEA perlu realistik bukan 'syok sendiri'", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali mengingatkan persatuan sukan yang terlibat dengan temasya berkenaan untuk meletakkan sasaran pingat yang realistik.Beliau berkata, sasaran pingat yang diberikan kepada pihaknya perlulah sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sasaran yang \u2018syok sendiri\u2019 atau sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.Berikutan itu, beliau berkata, satu perjumpaan khas akan diadakan dengan semua persatuan sukan yang terlibat dalam Sukan SEA pada pertengahan April, bagi menentukan jumlah sasaran pingat kontinjen Malaysia pada temasya yang bakal berlangsung di Phnom Penh bermula 5-17 Mei ini.\"Kita akan menentukan sasaran ketika mesyuarat itu, yang turut akan disertai oleh wakil persatuan sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara. Kita bertekad untuk memastikan pencapaian lebih baik daripada Hanoi, kerana ketika itu kita baru keluar daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), mungkin keadaan kurang selesa.\"Kita tidak boleh berada dalam zon selesa, kena berusaha. Kadang-kadang mereka mampu, tapi tiada semangat, jadi kena beri tekanan (untuk perbaiki pencapaian),\u201d katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad lari berhalangan di sini, pada Isnin.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka menilai semula sasaran 10 emas yang diumumkan sebelum ini selepas pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak dapat menyertai temasya kali ini.\"Memang kita dapat tahu Azeem tidak dapat balik dari Amerika Syarikat, manakala dalam kejohanan baru-baru ini, ada atlet yang tidak dapat menonjolkan masa yang lebih baik, tetapi kita masih meletakkan tumpuan,\u201d katanya.Pada Sukan SEA 2021 Hanoi yang diadakan pada Mei lepas setelah ditangguh setahun kerana pandemik Covid-19, Malaysia sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam keseluruhan dengan kutipan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.Sementara itu, beliau berkata, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan meneruskan ujian, terutamanya bagi sukan-sukan yang berisiko menjelang temasya itu.Mengulas mengenai persediaan skuad lari berhalangan, beliau berharap pasukan yang bakal diwakili oleh empat atlet lelaki dan empat atlet wanita itu mampu membawa pulang sekurang-kurangya satu emas dari Kemboja selepas berjaya meraih tiga perak dan satu gangsa dari edisi 2019 Filipina.\"Sukan ini tidak dipertandingkan di Hanoi, sebelum itu mereka mampu memberi cabaran apabila kita kehilangan emas dalam perbezaan setengah saat sahaja. Jadi peluang untuk emas agak tinggi walaupun Filipina dijangka memberikan saingan sengit,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 02:59pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250584/berita/sukan/gantung-pengadil-bukti-fam-tegas", "article_title": "Gantung pengadil bukti FAM tegas", "article_text": "KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria membuktikan ketegasan badan induk itu dalam soal pengadilan di Liga Malaysia (Liga-M).Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, peminat bola sepak tempatan juga boleh melihat dengan jelas langkah proaktif FAM sekali gus cuba sedaya upaya meningkatkan mutu pengadilan di negara ini.\"Kita lihat di mana-mana liga bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, ia akan menjadi topik besar apabila melibatkan isu kesilapan daripada pengadil.\"Pengumuman FAM untuk mengenakan hukuman gantung kepada pengadil adalah langkah proaktif dipamerkan oleh FAM sendiri sebelum apa-apa laporan atau aduan daripada pasukan.Stuart (kiri) dan dan Ketua Sime Darby Oils Profesional, Rahimi Abdullah ketika majlis mengumumkan kolaborasi antara MFL dan minyak masak Alif sebagai penaja Liga Malaysia untuk musim kedua berturut turut.\"Saya rasa ia satu tindakan yang bagus oleh FAM untuk memastikan komuniti bola sepak tempatan melihat sendiri tindakan proaktif yang telah dilakukan,\" katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Penajaan antara MFL dan jenama minyak masak, Alif di Petaling Jaya pada Isnin.Pada Ahad, FAM mengenakan hukuman penggantungan serta-merta terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Ia selepas Zulkarnain didapati terkhilaf dalam menginterpretasi dua situasi pemberian sepakan penalti ketika perlawanan Liga Super antara Sabah dan Penang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.Dalam masa sama, Stuart menjelaskan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan FAM untuk memastikan sebarang isu mengenai mutu pengadilan dapat diminimumkan.\"Pengadil sentiasa menjadi topik hangat di Malaysia. Jika penyerang terlepas peluang, mereka boleh ambil peluang itu pada perlawanan seterusnya tetapi bagi pengadil, tidak boleh berlaku kesilapan.\"FAM juga ambil perkara ini dengan serius dan MFL selalu berunding bersama FAM untuk memastikan pengendalian perlawanan oleh pengadil lantikan FAM berlaku dengan kredibiliti dan juga kesempurnaan yang diminta oleh komuniti bola sepak.\"FAM dan MFL akan sentiasa bekerjasama untuk menambah baik isu ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 02:45pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250575/berita/sukan/mfl-stadium-negeri-ambil-peluang-tukar-rumput", "article_title": "MFL: Stadium negeri ambil peluang tukar rumput", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengharapkan pasukan kelab dan kerajaan negeri dapat mengambil tawaran yang diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menukar rumput padang di setiap stadium negeri.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, langkah penukaran rumput tersebut akan memberikan banyak kebaikan terutama dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.\"Kami harap dapat melihat naik taraf rumput ini berjaya. Bukan hanya kerana rumput Zeon Zoysia ini lebih bagus daripada 'cow grass' tetapi juga dari segi tanah, sistem saliran lama yang sudah perlu diganti.\"Padang adalah pentas persembahan dan ia juga dapat memastikan banyak perkara positif seperti mengelakkan kecederaan pemain dan sebagainya.\"Kalau kelab dan kerajaan negeri dapat mengambil keutamaan untuk menukar rumput ini, maka ia sesuatu yang bagus,\" katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Penajaan antara MFL dan jenama minyak masak, Alif di Petaling Jaya pada Isnin.Sebelum ini, KBS melalui menterinya, Hannah Yeoh menawarkan peruntukkan kepada untuk menukar rumput Zeon Zoysia di setiap stadium negeri.Namun, terdapat beberapa negeri dan kelab yang tidak bersetuju untuk menukar rumput tersebut kerana risau berdepan kos penyelenggaraan yang tinggi.Menurut Stuart, beliau menyedari kebimbangan yang dilontarkan pasukan dan mengharapkan ada perbincangan boleh dilakukan dengan kerajaan negeri untuk mencapai situasi menang-menang berhubung kos penyelenggaraan tersebut.\"Saya tidak boleh komen lanjut kerana saya tidak terlibat dalam rundingan dan tidak tahu butiran lanjut tentang perkara ini.\"Kami tahu kelab tidak ada kuasa membuat keputusan untuk stadium di setiap negeri.\"Kami harap antara kelab dan juga peringkat kerajaan negeri boleh bekerjasama merealisasikan perkara ini kerana ia akan dapat mengubah corak permainan dan juga mutu liga itu sendiri,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 02:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250537/berita/sukan/red-bull-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Red Bull dalam kelas tersendiri", "article_text": "RED Bull berada dalam kelas tersendiri apabila mengekalkan penguasaan saingan Formula Satu (F1) menerusi kemenangan satu dua Grand Prix (GP) Arab Saudi.Kali ini tiba giliran Sergio Perez pula di depan, selepas juara bertahan yang juga rakan sepasukan, Max Verstappen unggul dalam saingan pertama pada GP Bahrain awal bulan ini.Bagaimanapun keputusan untuk tempat ketiga tertangguh sehingga awal pagi apabila Fernando Alonso pada awalnya digugurkan daripada podium sebelum disahkan kembali di kedudukan tersebut.Perez mengatasi Verstappen dengan kelebihan 5.355 saat dengan rakan sepasukan dari Belanda itu mengejar dari petak ke-15.Verstappen turut mencatat pusingan terpantas pada pusingan terakhir untuk mengekalkan kedudukannya dalam kejuaraan pemandu.Ia adalah kemenangan kelima dalam karier Perez selepas mengungguli perlumbaan di Monte Carlo dan Singapura yang menjulangnya sebagai raja litar jalan raya.\"Ia lebih sukar daripada jangkaan. Kereta keselamatan cuba merampas kemenangan daripada kami sekali lagi di sini, tetapi bukan tahun ini!.\"Pasukan melakukan tugas mereka dengan baik. Sekarang kami perlu terus berusaha,\" ujar Perez.Juara dunia dua kali, Alonso mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga untuk Aston Martin bagi mencatat podium ke-100 daripada 357 perlumbaan.Alonso pada mukanya dikenakan penalti lima saat kerana bermula di luar petak dan ketika menjalani hukuman di hentian pit, steward mendakwa jack menyentuh jentera terlalu awal dan dikenakan tambahan penalti 10 saat.George Russel dari Mercedes naik ke tempat ketiga.Bagaimanapun Aston Martin meminta penilaian semula dan menunjukkan rakaman insiden sama di mana tiada tindakan dikenakan.Steward menerima permintaan mereka dan hukuman ditarik balik.Alonso kembali ke tempat ketiga disusuli oleh Russel di kedudukan keempat dan Lewis Hamilton dari Mercedes kelima.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 11:25am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250534/berita/sukan/borneo-eagles-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Borneo Eagles dalam kelas tersendiri", "article_text": "BORNEO Eagles membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila meraih kejuaraan kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah 2023 buat kali ketujuh selepas menewaskan Hong Kong China Dragons 17-12 dalam aksi final di Sandakan, Sabah.Perlawanan sengit ulangan aksi final edisi 2019 itu menyaksikan Eagles mendahului 7-5 pada separuh masa pertama sebelum Dragons cuba bangkit pada babak kedua untuk mengikat kedudukan 12-12.Beberapa minit sebelum wisel penamat, Kaleb Jean muncul wira Eagles apabila berjaya melakukan 'try' untuk mempertahankan kejuaraan, sekali gus memastikan kemenangan kejuaraan ketujuh selepas edisi 2004, 2007, 2015, 2016, 2017 dan 2019.Gabungan pemain Malaysia dan warga New Zealand, pasukan Kelab Ragbi Eagles (ERC) itu menyifatkan perlawanan tersebut sukar dan sengit sehingga penghujungnya.Ketua pasukan, Serupepeli Naqasima berkata, pasukan lawan itu merupakan skuad kebangsaan Hong Kong yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan Hong Kong Tujuh Sebelah dalam masa dua minggu lagi.\"Kami mengelak daripada melakukan kesilapan dan memberi tekanan sehingga wisel penamat,\" katanya.Sementara itu, Kelab ERC meraih kejayaan berganda apabila pasukan wakilnya, Eagles NZ 7s, muncul pasukan tuan rumah pertama menjulang trofi kategori wanita sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, dengan menewaskan Kazakhstan, 22-10.Pasukan tuan rumah, dibarisi pemain warga tempatan dan warga New Zealand itu, hanya dibentuk beberapa minggu lalu dan kapten pasukan, Rebekah Cordero Tufuga berkata semua pemain berusaha keras sepanjang latihan dan perlawanan untuk mencipta sejarah.Juara kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima trofi dan hadiah AS$5,000 (RM22,428) manakala naib juara membawa pulang AS$2,500 (RM11,214) yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Hadir sama menyaksikan perlawanan final ialah bekas pemain All Blacks (New Zealand), Rockey Khan dan bekas jurulatih kebangsaan skuad Tujuh Sebelah Samoa, Sir Gordon Frederick Tiietjens.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250528/berita/sukan/arsenal-selesa-benam-palace", "article_title": "Arsenal selesa benam Palace", "article_text": "ARSENAL mengekalkan rentak positif dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menang buat kali keenam berturut-turut dengan menjadikan Crystal Palace sebagai mangsa terbaharu menerusi kemenangan 4-1.Kemenangan skuad kendalian Mikel Arteta itu mengukuhkan The Gunners di puncak liga apabila meninggalkan pencabar terdekat Manchester City dengan lapan mata.\"Kami menunjukkan keazaman yang tinggi.\"Perasaan yang sangat bagus, terutama dengan cara kami bermain dan keputusan yang kami peroleh,\" ujar Arteta.Pemain sensasi, Bukayo Saka menjadi pencetus kemenangan apabila meledak dua gol dalam aksi di Stadium Emirates itu.Terdahulu Gabriel Martinelli membuka jaringan pada minit ke-28.Jaringan itu menebus kekecewaan Martinelli, yang gagal menyempurnakan sepakan ketika penentuan penalti semasa tewas kepada Sporting Lisbon pada aksi 16 terakhir Liga Europa Khamis lalu.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Granit Xhaka yang menyumbat gol pada minit ke-55.Gol saguhati Palace pula hasil sentuhan Jeff Schlupp pada minit ke-63.The Citizens kurang satu perlawanan berbanding Arsenal dan akan bertemu pendahulu itu pada 26 April.Misi mempertahankan kejuaraan anak buah Pep Guardiola masih belum berakhir.\"Saya kagum dengan semangat dan tenaga yang ditunjukkan pemain. Mereka perlu kembali daripada rehat antarabangsa dengan cara yang sama,\" kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 10:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250520/berita/sukan/azzmi-belum-puas-hati-prestasi-pdrm", "article_title": "Azzmi belum puas hati prestasi PDRM", "article_text": "TIDAK diletakkan sebarang harapan, kelab bola sepak PDRM FC mencuri tumpuan peminat apabila berjaya menamatkan saingan awal Liga Super di tempat keenam, satu pencapaian yang baik buat pasukan biasa-biasa sahaja.Sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) berehat hampir dua minggu sempena kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) skuad bimbingan Azzmi Aziz meraih kemenangan berharga ke atas Kelantan United 2-0 pada Sabtu.Kemenangan kedua yang diraih The Cops itu mengembirakan Azzmi selepas pasukan tersebut mengalami ketumpulan jentera penyudah.Gol dalam babak pertama itu dihasilkan menerusi sentuhan Dzulfahmi Abdul Hadi dan Uche Agba membantu The Cops meraih tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri daripada lima perlawanan.\u201cGol awal serta mendahului dua jaringan pada babak pertama menjadikan mereka bermain lebih tenang meskipun terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan,\u201d ujar Azzmi.Bagaimanapun di sebalik kegembiraan itu, Azzmi masih belum mahu berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan para pemain kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.\u201cKami akan menggunakan tempoh rehat hampir dua minggu ini untuk memperbaiki pasukan menjelang aksi dengan Kuching City FC,\u201d ujar Azzmi.Bagaimanapun nada berbeza dengan rakan sejawat di Kelantan United, Thomas Trucha yang marah dan kecewa kerana kesilapan pemainnya memberikan gol kepada PDRM ditambah keadaan padang yang kurang baik serta rasa tidak tenang para pemain di depan gol.Trucha juga mahu mencari kelemahan dalam pasukannya dan melakukan beberapa perubahan kerana mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama jika ingin mendapatkan keputusan positif selepas ini.\u201cSaya berang dan kecewa. Kami sudah ada perancangan rapi untuk menghadapi perlawanan.\u201cNamun sebaliknya kami berikan gol kepada PDRM, kemudian malangnya hujan pula dan ia merencatkan permainan kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 08:59am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250519/berita/sukan/kessie-pacu-kemenangan-barca", "article_title": "Kessie pacu kemenangan Barca", "article_text": "BARCELONA meraih tiga mata berharga setelah melakar kemenangan ke atas Real Madrid 2-1 dalam aksi Clasico awal pagi Isnin.Kemenangan itu mengukuhkan skuad bimbingan Xavi di puncak La Liga menerusi kelebihan 12 mata dengan pencabar terdekat, Real Madrid.Impian Barca untuk menjulang trofi sejak kali terakhir memenangi pada esidi 2019 dipacu menerusi jaringan kemenangan Franck Kessie pada masa kecederaan.Real Madrid yang dibimbing Carlo Ancelotti mendahului permainan menerusi gol sendiri Ronaldo Araujo, namun Barca menyamakan kedudukan apabila Sergi Roberto meledak sasaran sebelum rehat.\"Ia kemenangan minit akhir yang indah,\" kata Roberto.Kedua-dua pasukan berpeluang memenangi aksi Clasico itu.Marco Asensio menjaringkan gol untuk Madrid, namun dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid.Kessie kemudian meledak gol kemenangan Barca selepas menerima umpanan Alejandro Balde pada minit ke-92.\"Masih ada banyak baki perlawanan dan anda tidak boleh mengetepikan cabaran Madrid.\"Perbezaan dua mata belum selamat. Segalanya terletak di tangan kami dan ia sesuatu yang bagus,\" ujar Roberto.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Mac 2023 08:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250452/berita/sukan/skuad-pecut-lelaki-negara-sapu-bersih-pingat-100m-di-australia", "article_title": "Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100M di Australia", "article_text": "SKUAD pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim yang berkongsi kejayaan itu berkata, atlet pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, menemui rentak lariannya apabila meraih emas dengan catatan masa 10.34 saat (s) sekali gus melakar catatan masa terbaik peribadinya musim ini.Beliau berkata, Muhammad Haiqal Hanafi meraih tempat kedua (10.41s) diikuti Jonathan Nyepa (10.43s) dan Muhammad Zulfiqar Ismail (10.48s) masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.Khairul Hafiz ketika dihubungi hari ini memaklumkan, pencapaian yang diraihnya itu merupakan tonik terbaik buatnya menjelang temasya Sukan SEA, Kemboja.\"Saya sendiri tidak menjangka mampu dapat catatan itu, sebab saya baru sampai kelmarin dan perjalanan agak jauh jadi saya kepenatan, semalam itu rezeki, Alhamdulillah untuk kami semua.\"Insya-ALLAH saya boleh perbaharui lagi catatan masa sebab ini kejohanan luar negara yang pertama, banyak lagi untuk saya sertai dan saya yakin boleh dapat catatan masa lebih bagus,\u201d kata Khairul Hafiz yang diberi julukan The Speedy Jantan.Atlet kelahiran Melaka itu, optimis kuartet yang akan dibina bagi acara 4x100 temasya dwitahunan di Kemboja itu, mampu sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan yang pernah dilakukan skuad kebangsaan pada Sukan SEA, Hanoi tahun lalu.\"Bagi saya tak mustahil untuk pecah rekod.. sebab saya tak jangka boleh lari 10.3, Muhammad Haiqal 10.41s dan Muhammad Zulfiqar 10.48s boleh dapat catatan masa bagus,\u201d katanya.Sebagai rekod, pada Sukan SEA Hanoi 2021, kuartert 4x100 lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara itu sekali gus berjaya meraih pingat perak.Gandingan itu dibarisi Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang menerima gelaran '\u00dasain Bolt' Malaysia, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail dan juara bertahan acara 100m lelaki Muhammad Haiqal Hanafi, berjaya menamatkan larian dalam masa 39.09s sekali gus memperbaiki rekod 39.27s yang dibuat pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250442/berita/sukan/sukan-media-msn-sam-beri-peluang-media-jadi-atlet", "article_title": "Sukan Media MSN-SAM beri peluang media jadi 'atlet'", "article_text": "SESUAI dengan peranan melaporkan berita sukan tanah air, pengamal media pada Sabtu diberi berpeluang merasai pengalaman sebagai atlet melalui penganjuran Program Karnival Sukan Media Majlis Sukan Negara (MSN)-Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) 2023.Pengamal media daripada pelbagai agensi itu diberi peluang menyertai empat sukan yang dipertandingkan iaitu tarik tali, bola tampar duduk, bola jaring shoot-out dan bola sepak liga penalti.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau optimis program berkenaan mampu mengeratkan hubungan antara badan pentadbir sukan dan pengamal media sukan tanah air.\"Saya harap kerjasama erat antara KBS, MSN dan pengamal media mampu diteruskan, pada minggu lepas kita (KBS) baru sahaja selesai mengadakan dialog bersama editor untuk memastikan pembabitan antara satu sama lain sentiasa berada dalam keadaan baik.\"Pastinya penglibatan seperti ini mampu elakkan salah faham dan pelbagai isu seperti media tidak menerima maklumat,\" katanya.Terdahulu, Hannah meluangkan masa menyantuni kira-kira 90 pengamal media sukan yang menyertai program diadakan di MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 02:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250436/berita/sukan/zii-jia-dapat-semula-keyakinan-diri", "article_title": "Zii Jia dapat semula keyakinan diri", "article_text": "BIARPUN langkah pemain profesional lelaki negara, Lee Zii Jia tersekat di separuh akhir Seluruh England, namun ia sudah cukup buat pemain itu mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.\u201cPrestasi saya di sini (Seluruh England) membuatkan saya kembali percaya dengan kemampuan diri,\u201d katanya.Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berkata demikian dalam temu bual dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat aksi pada malam Sabtu.Pemain berusia 25 tahun itu terpaksa akur tewas kepada Shi Yuqi dari China 19-21, 13-21 pada aksi yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham.Kedua-dua pemain pernah menjuarai kejohanan berprestij itu dengan Zii Jia muncul juara pada edisi 2021, manakala Yuqi mendominasi saingan pada 2018.\u201cSaya mengharungi permulaan musim yang sukar. Pada mulanya saya meragui sama ada mampu kembali bangkit atau sebaliknya.\u201cNamun saya sudah buktikannya pada kejohanan ini. Ia mungkin sehingga separuh akhir, tetapi saya mahu ambil pendekatan fasa demi fasa untuk saya menjadi lebih baik,\u201d katanya.Kejayaan mara ke separuh akhir di Birmingham adalah yang terbaik buat Zii Jia musim 2023 selepas kecundang pada pusingan awal dalam empat kejohanan sebelum ini.Ia bermula dengan kejohanan Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.Jauh di lubuk hati Zii Jia sebenarnya berharap dapat melangkah ke pentas final di Seluruh England bagi edisi kali ini.\u201cSaya berasa kecewa kerana tidak berjaya ke final. Yuqi bermain dengan baik terutama daripada segi strategi. Dia buat persiapan lebih baik,\u201d katanya.Selepas ini Zii Jia dijadualkan beraksi dalam saingan Terbuka Switzerland bermula Selasa ini.Pada pusingan pertama dia akan menentang pemain China, Li Shi Feng.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 02:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250432/berita/sukan/liga-m3-dijenama-sebagai-liga-kejuaraan-mbsb-bank", "article_title": "Liga M3 dijenama sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank", "article_text": "LIGA semi profesional, Liga M3 dijenamakan semula apabila akan dikenali sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank selepas Liga Bolasepak Amatur (AFL) memeterai perjanjian dengan syarikat perbankan Islam, MBSB Bank Berhad di Kuching pada Sabtu.Majlis menandatangani perjanjian berlangsung di ibu pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak (FAS) yang disempurnakan Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib.Turut hadir Presiden FAS, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman.Mohd Yusoff berkata, kerjasama itu membuktikan liga tempatan bertaraf separuh profesional dan amatur mempunyai nilai komersial yang tersendiri.\u201cKehadiran MBSB Bank Berhad yang sudah bertapak selama hampir 18 tahun di Malaysia melambangkan penerimaan syarikat swasta terhadap sukan bola sepak di peringkat amatur yang berteraskan komuniti setempat.\u201cSaya mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan MBSB Bank Berhad terhadap AFL untuk menjalin kerjasama demi faedah bersama.\u201cAFL juga maklum bahawa imej MBSB semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan besarlah harapan kami kerjasama ini dianggap langkah pertama dalam menyumbang kepada pembangunan sukan tanah air.\u201cKerjasama ini diharap dapat membuka mata lebih banyak syarikat luar mahu pun tempatan supaya memberi perhatian kepada sukan bola sepak di peringkat amatur yang memiliki potensi besar untuk diterokai dari sudut komersial,\u201d katanya.MBSB Bank selaku penaja utama dan rakan bank rasmi AFL juga menjadi penaja bersama untuk saingan Liga M4 dan Liga M5 yang dikendalikan oleh AFL.Dalam pada itu, Nor Azam berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan AFL kerana yakin bahawa sukan bola sepak sangat dekat di hati rakyat.\u201cMenerusi kolaborasi itu, orang ramai berpeluang mengenali MBSB Bank dengan lebih dekat dan memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih berhemah,\u201d katanya.Mengulas pemilihan Stadium Negeri Sarawak sebagai lokasi majlis menandatangani perjanjian penajaan itu, Nor Azam berkata, Sarawak merupakan antara negeri yang memberi penekanan serius terhadap pembangunan bola sepak di peringkat amatur dan akar umbi.\u201cIa dilaksanakan melalui pelbagai kejohanan peringkat daerah yang juga di kawal selia oleh AFL dan FAS seperti Liga M5.\u201cKerjasama dan keterbukaan FAS untuk menjadi tuan rumah majlis ini membuktikan komitmen mereka untuk bersama-sama AFL dan MBSB Bank dalam meningkatkan mutu pertandingan peringkat semi profesional di negara ini,\u201d ujar Nor Azam.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 01:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250427/berita/sukan/ronaldo-pencetus-kemenangan-al-nassr", "article_title": "Ronaldo pencetus kemenangan Al Nassr", "article_text": "BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo mencetuskan inspirasi buat Al Nassr apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Abha 2-1 dalam saingan Liga Pro Saudi awal pagi Ahad.Ronaldo meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-78 untuk menyamakan kedudukan dalam aksi yang berlangsung di Marsool Park itu.Dalam perlawanan itu, pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Abdulfattah Adam pada minit ke-26.Malang terus menimpa Abha apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Zakaria Al Sudani menerima kad kuning kedua.Peluang tersebut diterjemahkan dengan baik oleh Al Nassr untuk menggandakan asakan.Talisca muncul wira apabila melengkapkan kebangkitan Al Nassr apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-86.\u201cSangat bagus untuk mendapat kemenangan dan sangat gembira untuk menjaringkan gol di stadium kami bersama peminat,\u201d tulis Ronaldo di media sosialnya.Kemenangan itu merupakan yang kedua Al Nassr ke Abha dalam tempoh empat hari selepas kemenangan dalam Piala Raja-Raja Selasa lalu.Al Nassr ketika ini berada di tempat kedua dalam Liga Pro, satu mata di belakang Al Ittihad, yang tewas kepada mereka pada 9 Mac.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 12:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250422/berita/sukan/fam-gantung-serta-merta-zulkarnain", "article_title": "FAM gantung serta-merta Zulkarnain", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bertindak proaktif apabila menggantung serta-merta seorang pengadil, Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim ini.Ia susulan Zulkarnain didapati terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti semasa aksi Liga Super antara Sabah FC menentang Penang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman memberitahu, tindakan penggantungan dibuat selepas Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil yang diketuai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil bersidang pada Sabtu.Katanya, pada mesyuarat tersebut Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil meneliti laporan daripada penilai pengadil perlawanan berkenaan serta klip rakaman video setiap insiden.\u201cJawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM sebulat suara mendapati bahawa pengadil perlawanan itu, Zulkarnain Zakaria terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti olehnya kepada pasukan Sabah FC pada minit ke-41 dan minit ke-90 9 (masa kecederaan).\u201cSehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain Zakaria daripada mengadili sebarang perlawanan Liga-M 2023,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Zulkarnain dikritik para peminat arena bola sepak susulan beberapa keputusan kontroversinya ketika aksi Sabah FC dan Penang FC.Paling menjadi bualan para pengkritik apabila Zulkarnain memberikan lima sepakan penalti masing-masing tiga kepada Sabah FC dan dua buat Penang FC.Noor Azman menegaskan bahawa Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius mengenai mutu pengadilan.Katanya, FAM akan memberikan peringatan serta teguran keras kepada semua pengadil supaya sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.\u201cJawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil yang menampilkan mutu pengadilan tidak memenuhi piawaian ditetapkan pada perlawanan Liga Malaysia 2023 akan datang,\u201d katanya.Zulkarnain pada musim lalu turut mencetuskan kemarahan kem Selangor FC yang mempertikaikan mutu pengadilannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250410/berita/sukan/ibrahimovic-peledak-tertua-serie-a", "article_title": "Ibrahimovic peledak tertua Serie A", "article_text": "ZLATAN Ibrahimovic yang mencecah usia 41 tahun muncul pemain paling tua menghasilkan gol dalam sejarah Serie A awal pagi Ahad.Bagaimanapun jaringannya menerusi sepakan penalti pada penghujung babak pertama tidak mampu mengelak AC Milan daripada tewas 3-1 kepada Udinese.Pada aksi itu Udinese terlebih dahulu di depan menerusi Roberto Pereyra pada minit ke sembilan.Beto kemudian meledak gol kedua sebelum Ehizibue melengkapkan kemenangan Udinese menerusi jaringan ketiga pada minit ke-70.Susulan kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang jiran mereka, Inter Milan di kedudukan kedua bagi merebut tempat ke Liga Juara-Juara.\"Kami bermain jauh daripada standard kami.\"Kami tidak berada dalam kedudukan yang bagus dalam liga dan mara ke kedudukan empat terbaik sangat penting bagi kami,\" ujar Pioli.Pada usia 41 tahun 166 hari, Ibrahimovic memadam rekod jaringan bekas pertahanan AC Milan, Alessandro Costacurta.Dia meledak pada aksi Udinese pada 2007 ketika berusia 41 tahun \u2013 sebagai penjaring tertua dalam sejarah liga utama Itali.Costacurta sebelum ini masuk sebagai pemain gantian dalam tiga aksi musim ini selepas diketepikan sejak Mei tahun lalu selepas menjalani pembedahan anterior cruciate ligament di lutut kirinya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 10:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250400/berita/sukan/haaland-cemerlang-lakar-hatrik", "article_title": "Haaland cemerlang lakar hatrik", "article_text": "PEMAIN sensasi, Erling Haaland tiada rasa simpati apabila meledak hatrik kali keenam ketika membantu Manchester City membenam skuad bimbingan Vincent Kompany, Burnley 6-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA.Ia menjadi detik malang buat Kompany yang sebelum itu diberi sambutan wira selepas 11 tahun menabur bakti di Etihad.Bagaimanapun lain cerita di padang apabila tiada belas ihsan The Citizens terhadap bekas kaptennya itu yang merangkul empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).Kejayaan meledak hatrik itu menokok jaringan Haaland kepada 42 gol.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Julian Alvarez yang menyumbat dua gol dan Cole Palmer menjaringkan satu lagi gol.The Citizems ketika ini kekal di landasan untuk tiga kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA.Haaland meledak lima gol ketika membelasah RB Leipzig 7-0 pada Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini.\"Saya sangat gembira.\"Ia menjadi beberapa aksi yang bagus. (Untuk menang) 7-0 dan 6-0 sebelum rehat aksi antarabangsa sangat menakjubkan,\" ujar Haaland.Di sebalik kekalahan itu, Burnley dalam laluan terbaik untuk kembali ke EPL pada musim pertama Kompany membimbing pasukan.\"Ia sentiasa menjadi tempat saya berasa bangga apabila pulang (ke Etihad), tetapi saya juga bangga datang ke sini bersama Burnley,\" ujar Kompany.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 08:55am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250407/berita/sukan/tht-akhiri-penantian-10-tahun-julang-treble", "article_title": "THT akhiri penantian 10 tahun julang treble", "article_text": "PASUKAN Hoki Terengganu (THT) mengakhiri penantian 10 tahun untuk mendakap kejuaraan treble selepas menjinakkan penyandang juara Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-1 dalam perlawanan akhir Piala TNB di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu.Skuad kendalian Seo Jong-ho sebelum itu telah pun berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.Perlawanan berintensiti tinggi dua pasukan pilihan musim ini itu bermula seimbang apabila kedua-duanya mengatur serangan dan melakukan beberapa percubaan berbahaya di pintu gol lawan masing-masing.Namun THT terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi jaringan padang bintang sensasi Faizal Saari pada minit ke-20 untuk mendahului anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin.TNB yang tidak mengalah kembali menyusun dan akhirnya meledak jaringan mendapat rentak menerusi sentuhan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-43.Biarpun begitu kegembiraan TNB tidak kekal lama apabila pakar pukulan sudut penalti THT dari Korea Selatan, Jang Jongh-yun menambah gol pada minit ke-52 untuk kemenangan 2-1.\"Kemenangan ini merupakan satu sejarah buat Terengganu selepas 10 tahun ditubuhkan dan saya percaya ia titik peluh pihak pengurusan serta Menteri Besar yang sentiasa mempercayai kemampuan kami.\"Kita memang berjuang hingga ke titisan darah terakhir, bila sudah mendahului kita jadikan strategi bertahan hingga pada saat akhir,\" kata kapten pasukan Mohd Fitri Saari.Sementara itu, Negeri Sembilan (NSE) pula unggul merangkul Piala Vivian May Soars selepas menewaskan KPT-Uniten Thunder (KPT) menerusi penentuan pukulan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.Ketiga-tiga pukulan disempurnakan oleh pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn, kapten pasukan Nuraini Abdul Rashid dan Nur Afiqah Syahzani Azhar.Kemenangan itu sekali gus menyaksikan anak buah K Rajan turut meraih gelaran trebel buat julung kalinya selepas menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Wanita Malaysia musim ini.Dalam pada itu, Rajan nyata gembira dengan semangat juang dipamerkan pemainnya terutama aksi cemerlang penjaga gawang Mashitah Ab Khalid dalam menafikan beberapa cubaan menarik pihak lawan.\"Saya gembira sebab kemenangan hari ini sebenarnya melalui cara yang susah dan pujian harus diberikan kepada Mashitah kerana daripada shoot out dan perlawanan sebab dia berjaya buat clear save. Namun semua pemain juga berjaya memainkan peranan mereka dengan baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 08:18am"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250393/berita/sukan/dua-atlet-negara-dinobat-olahragawan-olahragawati-uitm-2022", "article_title": "Dua atlet negara dinobat Olahragawan, Olahragawati UiTM 2022", "article_text": "DUA atlet negara, Mohd Aniq Kasdan, 21, dan Nur Ain Nabilah Tarmizi, 25, muncul sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022 pada Majlis Anugerah Sukan UiTM 2022 malam ini.Mohd Aniq sebelum ini berjaya meraih pingat emas dalam acara angkat berat, manakala Nur Ain Nabilah memperoleh perak acara boling padang pada temasya Sukan Komanwel Birmingham, England pada tahun lalu.Kedua-dua atlet yang juga mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi itu masing-masing membawa pulang sijil, piala pusingan dan piala iringi, serta hadiah wang tunai RM1,000 disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi.Sementara itu, Mohd Aniq yang ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan UiTM 2022 itu melahirkan kesyukuran dengan penghargaan buat kali pertama sebagai Olahragawan UiTM.Anak keempat dari tujuh beradik itu berkata, anugerah itu memberi satu motivasi untuk dirinya melakar lebih banyak kejayaan pada tahun ini dan mengharumkan nama UiTM di persada dunia termasuk dalam pencapaian akademik.\"Sukan dan pelajaran perlu seimbang kerana kalau kita hanya bersukan sukar untuk kita melangkah jauh kerana tiada ilmu, jadi kena seimbangkan kedua-duanya,\" katanya.Nur Ain Nabilah ketika ditemui pemberita pula berkata, dia agak terkejut kerana dinobatkan sebagai Olahragawati UiTM 2022 kerana pernah memenangi anugerah sama pada 2019.\"Ini mungkin antara rezeki selepas memenangi pingat Perak (tahun lalu) pada Sukan Komanwel sekaligus saya terpilih sebagai Olahragawati UiTM pada tahun 2022,\" katanya.Sementara itu, Mohd Sazili berkata, seramai 41 atlet negara yang sedang mengikuti pengajian di UiTM secara sepenuh masa terlibat dalam pelbagai jenis sukan dengan pelbagai pencapaian dilakar pada 2022.\"Atlet UiTM juga merangkul kejayaan membanggakan melalui sukan di peringkat antarabangsa antaranya Sukan Komanwel di Birmingham, England bagi kategori sukan angkat berat dan sukan boling padang,\" katanya.Selain itu, jelasnya, seramai 22 atlet UiTM menyertai Kejohanan Sukan Sea Hanoi dan 10 atlet berjaya merangkul empat perak dan enam gangsa melalui acara petanque, sepak takraw, berbasikal, muay thai, catur, futsal, dan angkat berat.\"Dalam Kejohanan Asean University Games di Ubon Ratchathani, Thailand pula, tiga emas, 10 perak dan lima gangsa disumbangkan atlet UiTM kepada kontinjen negara.\"Penyertaan para atlet di kejohanan antarabangsa ini pastinya memberikan impak yang besar di dalam meningkatkan pencapaian dan juga kematangan mereka,\" katanya.Tambahnya, selain penglibatan atlet bersama pasukan negara, UiTM juga telah terlibat di dalam Liga Sukan Kebangsaan.\"Antaranya Pertandingan Bola sepak Liga Perdana, Liga Bola sepak Piala Presiden Bawah 21 Tahun, Liga Bola Sepak Piala Belia Bawah 19 Tahun dan Kejohanan Liga Hoki Premier Malaysia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2023 12:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250392/berita/sukan/zii-jia-tersingkir-di-separuh-akhir-all-england", "article_title": "Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England", "article_text": "HARAPAN Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.Perseorangan nombor empat dunia itu, kini dalam misi menebus prestasi tidak konsistennya, berdepan satu lagi kekalahan selepas tewas 19-21, 13-21 kepada Shi selepas 43 minit bertarung di Utilita Arena, Birmingham.Juara All England 2021 itu memberi tentangan sengit pada set pertama namun gagal menyaingi Shi, yang merupakan pemenang perak Kejohanan Dunia 2018, pada set kedua, sekali gus terlepas peluang untuk membawa permainan ke rubber set.Ini adalah kekalahan keempat daripada lima perlawanan Zii Jia berdepan pemain nombor 12 dunia itu, justeru menamatkan cabaran Malaysia di All England.Zii Jia melangkah ke separuh akhir kejohanan Super 1000 itu dengan mengetepikan pemain Jepun Kodai Naraoka manakala Shi menewaskan rakan senegara Weng Hong Yang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 11:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250385/berita/sukan/seluruh-england-pengalaman-berharga", "article_title": "Seluruh England pengalaman berharga", "article_text": "PENAMPILAN sulung di kejuaraan badminton Seluruh England 2023, disifatkan satu pengalaman yang cukup berharga biarpun terkandas di suku akhir.Malah jelas pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, pengalaman itu secara tidak langsung juga memperkukuhkan kehadirannya di kejuaraan berstatus Super 1000 itu.\"Sejujurnya banyak perkara yang telah saya belajar di sepanjang kejohanan ini.\"Jadi, saya amat harap pengalaman di Seluruh England 2023 dapat digunakan bagi kejohanan pada masa depan,\" katanya yang kini fokus saingan Terbuka Switzerland yang menyingkap tirai minggu depan.Pemain berusia 23 tahun itu memulakan kembara kejuaraan badminton tertua dunia tersebut dengan mengatasi bintang Indonesia, Shesar Rhustavito 21-9, 21-12 pada pusingan 32 di Utilita Arena Birmingham pada 14 Mac lalu.Di pusingan 16 pula, pemain yang mendapat asuhan Datuk Tey Seu Bock dan Hendrawan itu mencipta sensasi menyingkirkan juara bertahan Viktor Axelsen.Pada perlawanan yang berlarutan tiga set itu menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang berkedudukan nombor 28 dunia berkenaan menewaskan pemain nombor satu dunia tersebut, 21-15, 9-21, 23-21.Namun hasrat anak muda dari Johor itu untuk pergi lebih jauh di Seluruh England kali ini terhenti di suku akhir apabila tewas straight set kepada pemain China, Li Shi Feng 11-21, 11-21.\"Saya tidak berjaya mengeluarkan permainan sebenar dan tidak selesa bermain menentang Shi Feng.\"Sebenarnya saya perlu bekerja lebih keras lagi pada masa depan,\" kata Tze Yong ketika mengulas kekalahan kali keempat berturut-turut kepada Shi Feng.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 11:00pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250367/berita/sukan/pdrm-kekang-hasrat-kelantan-united", "article_title": "PDRM kekang hasrat Kelantan United", "article_text": "HASRAT Kelantan United FC untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini tidak kesampaian selepas tewas kepada PDRM FC 0-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Sabtu.Kedua-dua pasukan agak bergelut pada separuh masa pertama apabila terpaksa beraksi di atas padang becak susulan keadaan hujan lebat sebaik perlawanan bermula.Gol pertama PDRM hadir pada minit ke-10 menerusi Dzulfahmi Ab Hadi yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Kelantan United, Asyraaf Omar.Kelantan United cuba bangkit mengatur gerakan dan berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-30 menerusi rembatan daripada luar kotak penalti Morgaro Gomis, namun percubaannya terkena pemain pertahanan PDRM.Ketika pasukan pantai timur itu agresif menyerang, PDRM melancarkan serangan balas melalui Uche yang kemudiannya dikasari penjaga gol Kelantan United, Asyraaf Omar di dalam kotak penalti.Pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan penalti kepada PDRM dan Uche tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk memastikan pasukannya selesa dua gol di hadapan.Bersambung separuh masa kedua, skuad Sang Saka Biru hampir menambah jaringan pada minit ke-47 namun, percubaan daripada Marcus Macauley yang menyambut hantaran Uche diselamatkan oleh Asyraaf.Kelantan United juga mempunyai beberapa peluang, namun gagal disudahkan dengan baik menyaksikan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.Kemenangan meletakkan PDRM di kedudukan keenam liga dengan dua kemenangan,satu seri dan dua kekalahan.Manakala, Kelantan United berada di kedudukan terakhir liga dengan hanya satu mata menerusi satu keputusan seri dan empat kekalahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 07:38pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250328/berita/sukan/sudah-sampai-masa-lakukan-perubahan---tmj", "article_title": "'Sudah sampai masa lakukan perubahan' - TMJ", "article_text": "KELAB dan pasukan bola sepak di negara ini perlu bertindak melakukan perubahan dengan menukar padang di setiap stadium daripada jenis 'cow grass' kepada Zeon Zoysia.Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kelab tidak boleh kedekut untuk mengeluarkan kos penyelenggaraan apatah lagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menawarkan peruntukan untuk menaik taraf rumput di setiap stadium negeri.Menurutnya, padang yang berkualiti akan membantu meningkatkan prestasi seseorang pemain selain turut sama akan memberikan kesan positif kepada pasukan negara.\"Padang yang bagus akan beri kemudahan kepada setiap pemain untuk mereka mendorong potensi penuh dalam permainan.\"Ia sekali gus akan turut memberikan impak kepada pasukan kebangsaan. Bukan sahaja kepada pasukan kebangsaan tetapi kepada mana-mana pasukan yang ada inisiatif yang sama untuk tukar rumput tersebut.\"Apa yang KBS tawarkan adalah sangat baik dan perlu disambut oleh setiap kelab dalam negara. Ia secara tidak langsung akan beri penambahbaikkan kepada setiap pasukan dan kesan domino kepada pasukan kebangsaan,\" katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian projek penggantian rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Tunku Ismail turut mengulas mengenai keengganan sesetengah pasukan untuk mengambil berat soal penukaran rumput tersebut sebaliknya lebih gemar berbelanja kepada perkara yang tidak perlu.\"Ada pasukan berbelanja untuk tempat duduk Recaro dan pemain import. Tetapi, perkara paling penting dalam bola sepak adalah padang.\"Mungkin mereka tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak atau mungkin mereka tidak ada semangat atau ada agenda jangka panjang lain.\"Kalau kita tengok di negara yang maju dalam bola sepak, mereka memberikan keutamaan kepada padang dulu. Kerana padang itu mencerminkan pengurusan sesebuah pasukan.\"Saya pun tidak faham dan kadang-kadang tertanya-tanya juga. Tetapi, sekarang masa untuk berubah. Sampai bila lagi kita nak macam ini?,\" katanya.Mengulas mengenai proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menjelaskan, ia adalah perancangan jangka panjang dalam usaha menyediakan rumput berkualiti di stadium tersebut.\"Apa yang mustahak adalah kita beri masa terhadap perkembangan positif yang akan berlaku kerana ia bukan hanya sekadar tukar rumput, tetapi juga untuk sistem saliran dan sebagainya.\"Kalau makan masa lebih itu, saya tidak boleh jamin sebab saya bukan kontraktor. Tetapi, kalau kita lihat dari sudut positif, tiada masalah kerana agenda kami pun adalah untuk jangka masa panjang meningkatkan kualiti padang,\" ujarnya.Projek penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menggunakan peruntukan rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM2.3 juta serta sumbangan tajaan yang dikurniakan oleh Tunku Ismail.Ia dijadualkan bermula pada bulan depan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 04:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250311/berita/sukan/mancini-pertaruh-tiga-muka-baharu", "article_title": "Mancini pertaruh tiga muka baharu", "article_text": "PENGENDALI Itali, Roberto Mancini menamakan tiga pemain baharu dalam skuad 30 pemain ketika juara Euro 2020 itu memulakan kempen kelayakan Kumpulan C edisi 2024 menentang England dan Malta akhir bulan ini.Penjaga gol Lecce, Wladimiro Falcone, pertahanan Torino, Alessandro Buongiorno dan penyerang Atletico Tigre, Mateo Retegui merupakan tiga muka baharu disenaraikan dalam skuad kebangsaan buat kali pertama, menjadikan jumlah pemain The Azzurri yang Mancini 102 orang.\u201cKami telah mengikuti Retegui untuk sementara waktu, dia bermain secara kerap dalam liga Argentina selama dua musim. Dia mempunyai kualiti yang pasukan Itali tiada pada masa ini,\u201d kata Mancini.Bagaimanapun Mancini mengakui dalam dilema dalam pemilihan penyerang selepas Ciro Immobile mengalami kecederaan manakala pemain Napoli, Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca dari West Ham United kekurangan minit permainan bersama kelab masing-masing.\u201cRaspadori adalah pemain penting bagi kami tetapi dia pula tidak mempunyai banyak minit permainan.\u201cScamacca pula baru pulih daripada kecederaan menyaksikan dia tidak bermain terlalu banyak perlawanan.\u201cSejujurnya pemain boleh meningkatkan prestasi mereka sekiranya mereka mendapat lebih kerap bermain bersama pasukan masing-masing,\u201d katanya yang menyertakan Scamacca ke dalam skuad manakala Raspadori diketepikan.Sebagai rekod, Itali akan menjadi tuan rumah kepada England di Naples pada Khamis dan kemudian ke Malta pada 26 Mac.SKUAD ITALIPenjaga Gol:Gianluigi Donnarumma, Wladimiro Falcone, Alex Meret, Ivan Provedel.Pertahanan: Francesco Acerbi, Leonardo Bonucci, Alessandro Buongiorno, Matteo Darmian, Giovanni Di Lorenzo, Federico Dimarco, Alessio Romagnoli, Giorgio Scalvini, Leonardo Spinazzola, Rafael Toloi.Pemain Tengah:Nicolo Barella, Bryan Cristante, Davide Frattesi, Jorginho, Lorenzo Pellegrini, Matteo Pessina, Sandro Tonali, Marco Verratti.Penyerang:Domenico Berardi, Federico Chiesa, Wilfried Gnonto, Vincenzo Grifo, Simone Pafundi, Matteo Politano, Mateo Retegui, Gianluca Scamacca.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 02:43pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250302/berita/sukan/jdt-tiada-masalah-lepaskan-pemain---tmj", "article_title": "JDT tiada masalah lepaskan pemain - TMJ", "article_text": "PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan sepenuhnya sokongan dan keizinan kepada pemain pasukan Harimau Selatan itu menyertai skuad kebangsaan.Menurut Tunku Ismail, tiada halangan untuk pemain JDT menyertai kem latihan pusat atau perlawanan yang diadakan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sentiasa sedia membantu dengan membenarkan pasukan negara menggunakan fasiliti yang terdapat di JDT.\"Saya sentiasa mengizinkan dan menyokong sepenuhnya, tetapi kalau tak ada dalam jadual FIFA, bagi pandangan saya sebagai orang yang membayar gaji pemain, saya rasa benda itu tak ada faedah dan membuang masa.\"Dalam kalendar FIFA atau mana-mana pertandingan FIFA, saya bukan saja memberi pemain-pemain tetapi saya sedia menawarkan kepada pasukan kebangsaan teknologi atau fasiliti yang ada di JDT.\"Malam ini, mereka (pasukan negara) ada latihan di pusat latihan JDT. Jika untuk membantu pasukan kebangsaan, saya memang positif daripada awal sehingga ke hari ini,\" katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Penggantian Rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Skuad Harimau Malaya ketika ini sedang menjalani latihan pusat untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong pada 23 dan 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).Seramai 11 pemain JDT menyertai kem latihan pusat kali ini yang berlangsung dalam kalendar FIFA.Ia situasi yang berbeza berbanding ketika saingan Piala AFF tahun lalu yang menyaksikan hanya Safawi Rasid dari pasukan JDT yang menyertai pasukan kendalian Kim Pan-gon itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 02:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250292/berita/sukan/kerajaan-kelantan-akur-jadi-tuan-rumah-sukma-2028", "article_title": "Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028", "article_text": "KERAJAAN Kelantan akur dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) yang memutuskan negeri itu akan menjadi tuan rumah temasya tersebut pada 2028.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.\"Keputusan dibuat kelmarin Kelantan akan menjadi tuan rumah Sukma 2028, namun perincian mesyuarat berkenaan tidak boleh didedahkan.\"Alasan kita (Kelantan) ditangguhkan menjadi tuan rumah kena tanya Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) sendiri. Namun begitu persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukma 2028 akan diteruskan,\u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Mesyuarat Agung Pemuda Pas Kelantan kali ke-64 pada Sabtu.Sementara itu mengulas mengenai Hannah yang membuat laporan polis berikutan kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed yang mendakwa hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah pada 2024 dinafikan, Wan Roslan berkata, mungkin berlaku salah faham dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Kamal.\"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda menggambarkan anak muda begitu teruja supaya Sukma diadakan di Kelantan.\"Beliau mungkin bimbang temasya ini tidak diadakan di Kelantan kerana negeri lain telah menjadi tuan rumah dua kali.\"Jadi saya rasa tidak timbul masalah sekiranya berlaku kesilapan dalam kenyataan itu, sepatutnya kenyataan Ketua Pemuda itu diperbetulkan,\u201d katanya.Media sebelum ini melaporkan Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah Sukma 2024 manakala Majlis Sukan Negara (MSN) akan menganjurkan temasya tersebut pada 2026.Kelantan pula bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah edisi 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 01:25pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250277/berita/sukan/video-rembatan-berkelas-dunia-akmal-anggap-rezeki", "article_title": "[VIDEO] Rembatan berkelas dunia, Akmal anggap rezeki", "article_text": "PERTAHANAN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Akmal Zahir mengakui terkejut dengan jaringannya selepas mencuba dari luar kotak penalti pada aksi kelima Liga Super 2023 pada malam Jumaat malah penyokong turut menyifatkan gol itu sebagai rembatan berkelas dunia.Jaringan pada minit ke-28 itu tercipta selepas bola tersebut sedikit melencong dan terus ke penjuru gawang pelawat walaupun penjaga gol Kuching City FC, Julian Garcia sudahpn melayangkan diri untuk menepis percubaan Akmal.Penolong Ketua Pasukan KDA FC itu menganggap jaringan tersebut sebagai rezeki termasuk satu lagi jaringannya menerusi tandukan pada minit ke-49 selepas memanfaatkan hantaran sepakan sudut yang diambil oleh Lee Tuck.\"Perasaan saya sangat gembira sebab jarang-jarang dapat menaringkan gol dan malam ini dapat menjaringkan gol bantu pasukan menang.\"Saya pun terkejut bola itu (masuk gol), mungkin jadi rezeki saya bola itu masuk dan saya jaringkan dua gol malam ini,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Dua jaringan Akmal membantu KDA FC keluar sebagai pemenang selepas menewaskan Kuching City 3-0 dan satu lagi gol tuan rumah dijaringkan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-58.Akmal yang berusia 29 tahun dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu sebelum ini beraksi di posisi penyerang sebelum memilih bermain sebagai pemain pertahanan selepas bergelar pemain profesional.\"Kali terakhir saya bermain sebagai pemain penyerang semasa belajar di UiTM Perlis pada tahun 2014. Teknik untuk menjaringkan gol itu masih ada lagi tapi bila bermain di posisi pertahanan saya lebih fokus kepada bahagian saya.\"Tapi bila ada peluang saya cuba manfaatkan. Alhamdulilah bola itu masuk. Terkejut juga masuk sebab itu saya gembira sangat yang penting pasukan menang,\" ujar anak jati Kedah itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 12:07pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250272/berita/sukan/solari-puji-kualiti-pemain-jdt", "article_title": "Solari puji kualiti pemain JDT", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari memuji karakter dan kualiti yang dimiliki para pemainnya selepas berjaya menumbangkan Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Jumaat.Menurut Solari, para pemainnya menunjukkan kemampuan mereka untuk menghadapi tentangan sengit Selangor terutama pada separuh masa pertama yang menyaksikan pasukan Harimau Selatan gagal menjaringkan sebarang gol.\"Hari ini kemenangan penting buat kami dan tahu kami menentang pencabar utama dalam Liga Super. Kami menghormati mereka kerana kami tahu mereka ada pemain dan jurulatih yang bagus.\"Bermain di tempat lawan, mereka memberikan kesukaran kepada kami. Namun, saya gembira dengan pemain dan saya suka karakter dan kualiti yang ada pada pemain saya,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Dalam perlawanan itu, Fernando Forestieri meledak dua gol pada minit ke-77 dan ke-81 manakala, Juan Muniz (m-55) dan Diogo Luis Santo (m-66) turut mencipta nama selaku penjaring.Kemenangan itu menyaksikan JDT terus gah di puncak liga dengan menang semua lima kemenangan sejak saingan liga bermula.Dalam masa sama, Solari mengakui para pemainnya bermain lebih baik pada separuh masa kedua yang menyaksikan mereka mampu memecah kebuntuan gol.\"Ia bukan sebab saya menukar sesuatu (taktikal) pada separuh masa kedua. Sebaliknya pemain ada lebih banyak sumbangan untuk mencari gol. Kami mencipta banyak peluang pada separuh masa pertama tetapi gagal jaringkan gol.\"Separuh masa kedua, kami menguasai bola dan kami bertahan dengan baik pada separuh masa kedua. Selepas kami beraksi lebih baik, kemudiannya kami berjaya jaringkan gol.\"Separuh masa kedua kami lebih efektif. Untuk mendapat gol pertama pertama sangat penting dan selepas tiga gol kami lebih yakin untuk menyudahkan perlawanan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 11:35am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250265/berita/sukan/dibelasah-jdt-4-0-jadi-pengajaran-berguna-buat-selangor", "article_title": "Dibelasah JDT 4-0, jadi pengajaran berguna buat Selangor", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan pasukan yang lebih baik selepas tewas 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Jumaat.Menurutnya, JDT mempunyai kelebihan daripada pelbagai sudut selain menyifatkan kekalahan tersebut sebagai pengajaran berguna kepada para pemainnya.\"Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik. Sudah tentu kalau kita tengok secara keseluruhan JDT ada kelebihan.\"Separuh masa pertama kita berjaya mengimbangi perlawanan dan kita ada peluang jaringan. Namun, dalam bola sepak kami kena fokus daripada minit pertama sehingga minit ke-90.\"Bukan bermain separuh masa pertama dengan baik tetapi separuh masa kedua kita tidak bagus. Bagi saya, ia satu pengajaran terbaik untuk pasukan kami,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Dalam perlawanan itu, Fernando Forestieri meledak dua gol pada minit ke-77 dan ke-81 manakala, Juan Muniz (m-55) dan Diogo Luis Santo (m-66) turut mencipta nama selaku penjaring.Kekalahan kepada JDT itu juga menyaksikan rekod tanpa kalah Selangor FC sejak final Piala Malaysia musim lalu lebur.Dalam pada itu, Cheng Hoe juga menjelaskan tindakannya menukar beberapa pemain penting pada separuh masa kedua sehingga menyebabkan Selangor dibolosi gol.\"Ramai yang tertanya kenapa saya tukar Yazan Al-Arab. Kalau lihat sudah ada tiga pertahanan dapat kad kuning. Itu menjadi sebab utama saya terpaksa tukarkan dia dengan Khuzaimi Piee.\"Faisal Halim pula bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Namun, pada separuh masa kedua, dia ada sedikit kekejangan otot dan minta dikeluarkan.\"Kami tak nak ambil risiko kerana musim liga yang masih panjang. Sebab itu, kami keluarkan dia untuk untuk elak dia dapat kecederaan yang teruk,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 10:52am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250263/berita/sukan/pelan-b-kelantan-berjaya-ikat-kl-city", "article_title": "'Pelan B' Kelantan berjaya ikat KL City", "article_text": "PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Choi Moon-sik lega mempunyai pelan B sekali gus berjaya mengikat Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan seri 2-2 pada Jumaat.Menurut ketua jurulatih dari Korea Selatan itu, membuat persediaan merancang dua strategi untuk Kelantan FC beraksi di gelanggang sendiri pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.\u201cSeparuh masa pertama, pelan asal digunakan sebelum menukar kepada pelan B lebih awal dari perancangan, membolehkan TRW mengawal permainan.\u201cKeputusan itu tepat kerana jika terlewat, TRW mungkin tidak dapat menghasilkan satu mata di laman sendiri,\u201d katanya pada sidang akhbar di sini selepas tamat perlawanan itu.Moon-sik berkata, peluang beraksi di Kota Bharu sepatutnya dimanfaatkan oleh pemain-pemainnya bagi meraih tiga mata kemenangan namun perkara itu tidak kesampaian.\u201cKita mempunyai tiga tonggak, Leonardo Gabriel, Ismaheel Akinade dan Miguel Cifuentes.\u201cMereka bermain dengan baik dan aksi bertambah agresif apabila Mario Arques Blasco dimasukkan pada separuh masa kedua,\u201d katanya.Sementara itu, berhubung kecederaan Mohamad Ikhwan Yazek yang menyebabkan TRW beraksi dengan 10 pemain, katanya perlu meneliti tahap keseriusan kecederaan yang dialami pemain berkenaan.\u201cPemain ini sangat bagus dan jika tidak cedera, dia mungkin boleh mengubah permainan yang lebih baik.\u201cApa-apa pun TRW sudah melakukan sebaik mungkin dan akan meningkatkan lagi mutu permainan serta ketahanan pemain pada masa depan,\u201d katanya.Setakat lima perlawanan, TRW berada di tangga ke-10 carta dengan keputusan satu seri, satu kemenangan dan tiga kekalahan.Aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 10:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250261/berita/sukan/bekas-tonggak-liverpool-bersara-awal", "article_title": "Bekas tonggak Liverpool bersara awal", "article_text": "BEKAS pemain tengah Liverpool dan Lazio, Lucas Leiva mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak sekali gus menutup tirai kerjaya profesionalnya selama 17 tahunakibat masalah jantung.Pemain berusia 36 tahun itu bermain hampir 600 perlawanan dalam karier kelabnya, majoriti di Eropah, menandatangani kontrak dengan Liverpool pada 2007 sebelum berpindah ke Serie A Itali pada 2017 bersama Lazio selama lima musim.Leiva kembali musim panas lalu ke kelab zaman kanak-kanaknya Gremio dengan membuat 17 penampilan dan menjaringkan tiga gol buat kelab Brazil itu sebelum diketepikan pada Disember setelah di diagnosis dengan masalah jantung selepas ujian rutin.\"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gremio atas semua sokongan dalam tiga bulan ini. Hari ini saya mengumumkan persaraan. Ia adalah tempoh yang sukar...\"Saya berakhir di tempat yang saya suka, namun bukan seperti yang saya suka. Tetapi saya pasti kitaran baharu akan bermula. Saya mempunyai banyak harapan bahawa ia boleh berbalik tetapi ia tidak berlaku. Kesihatan perlu diutamakan dahulu,\" kata Leiva pada sidang akhbar.Sebagai rekod, Leiva yang pernah menjulang kejuaraan Bawah 20 tahun (B-20) Amerika Selatan pada 2007, juga memiliki 24 penampilan antarabangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 10:30am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250260/berita/sukan/tonik-terbaik-kda-fc-di-awal-musim", "article_title": "Tonik terbaik KDA FC di awal musim", "article_text": "KEMENANGAN Kedah Darul Aman (KDA) FC ke atas Kuching City FC dengan jaringan 3-0 pada aksi kelima Liga Super 2023 pada Jumaat memgembalikan semula keyakinan Sang Kenari selepas tewas dua kali berturut-turut di Stadium Darul Aman.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, kejayaan tersebut dianggap tonik terbaik di awal musim selepas mereka kini berada di tangga ketiga liga dengan 12 mata sebelum berehat dua minggu sempena Ramadan.Menurutnya, pencapaian yang diperolehi setakat ini tetap memuaskan bagi sebuah pasukan yang baru dibentuk dan mereka masih perlu memberikan tumpuan memperkemas lagi benteng pertahanan selain mengurangkan kesilapan yang boleh memberikan ruang kepada lawan mendapatkan gol.\"Kemenangan malam ini ialah tonik terbaik untuk kita dan dua minggu berehat dapatlah pulih balik bagi mana-mana pemain cedera.\"Saya rasa daripada lima perlawanan kita kutip 12 mata, ia satu pencapaian terbaik pada awal musim kerana pasukan dan pemain baharu dibentuk. Saya rasa bersyukur.\"Paling penting kita dapat tiga mata perlawanan ini dan mendapat lebih jaringan pula adalah bonus,\" katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadum Darul Aman pada malam Jumaat.Tambah beliau, Kuching City juga berjaya memberikan tekanan kepada pasukannya dengan menutup dan menafikan beberapa peluang keemasan pemainnya untuk menambah gol.Menurutnya, pengalaman tewas kepada dua pasukan yang berada di kedudukan bawah Liga Super telah memberikan pengajaran dan pengalaman kepada pemain-pemain agar tidak mudah leka selain5 memandang rendah keupayaan lawan.\"Kita terlalu banyak peluang kita sia-siakan, mungkin perlawanan ini nampak mudah tapi bagi saya sebenarnya bukannya senang bertemu dengan Kuching City.\"Sebab saya tahu Liga Super ini berjumpa dengan pasukan bawah ke atas ke bukan senang. Sebelum ini pun kita pernah tewas dengan PDRM di laman sendiri. Jadi semua perkara ini kita belajarlah,\" ujarnya lagi.Sementara itu, ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abd Salim mahu berbincang dengan pengurusan atasan bagi menambah baik pasukan itu selepas tewas empat kali berturut-turut.\"Ini kekalahan empat kali berturut-turut rekod sejarah saya menjadi jurulatih, empat perlawanan berturut-turut ini tak ada (sepanjang jadi jurulatih) rasanya, kami pasukan baharu itu satu yang saya boleh beritahu,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 10:29am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250258/berita/sukan/tnb-waspada-tht-pasang-impian-besar", "article_title": "TNB waspada, THT pasang impian besar", "article_text": "PENGENDALI Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT), terutamanya ancaman pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan Jang Jonghyun, dalam misi menjulang Piala TNB 2023 pada Sabtu.Nor Saiful optimis TNB mampu menunjukkan 'taring' sebenar dalam 70 minit waktu perlawanan untuk mempertahankan piala itu sekali gus menyekat peluang THT menjulang treble musim ini menerusi kombinasi mantap antara pemain berpengalaman dan muda pasukannya.\"Kami mengakui Jang ialah pemain yang sangat berpengalaman... dia tahu posisi terbaik setiap kali perlawanan.\"Sudah pasti kami mahu hentikan kemaraan THT untuk menang sampai tiga trofi musim ini, namun saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain sebab sudah pasti mereka tidak dapat keluarkan permainan terbaik,\" katanya kepada pemberita selepas sidang media praperlawanan final Piala TNB 2023, pada Jumaat.Sementara itu, kapten THT Mohd Fitri Saari mengakui pasukannya memasang impian besar untuk menamatkan penantian 10 tahun dalam usaha merangkul gelaran treble, apabila musim lepas mereka dinafikan hak pada minit-minit akhir.Mohd Fitri yakin kejayaan pasukannya menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) pada musim ini mampu meningkatkan semangat dan motivasi tinggi pemain THT serta akan diterjemahkan dalam aksi final pada Sabtu.\"Kita cuba rampas kembali Piala TNB yang terlepas tahun lepas kepada pasukan sama. Oleh itu, kita tidak boleh pandang rendah terhadap kebolehan mereka untuk THT cipta sejarah memenangi treble selepas 10 tahun pasukan THT ditubuhkan.\"Saya selalu pesan kepada rakan sepasukan untuk tidak terlampau risau terhadap kebolehan pihak lawan sebaliknya sentiasa memastikan pasukan sendiri (THT) berada dalam keadaan bersedia untuk menampilkan prestasi cemerlang ketika dalam gelanggang esok (Sabtu),\" katanya.Pada musim lalu, Muhammad Amirul Hamizan Azhar menjadi wira pasukan TNB selepas meledak jaringan padang pada minit ke-60, bagi memastikan TNB menewaskan THT 3-2 pada aksi final Piala TNB.Dalam pada itu, juara bertahan pasukan hoki wanita KPT-Uniten Thunder sudah bersedia untuk membuat perhitungan bersama skuad Negeri Sembilan pada pentas final untuk merebut Piala Vivian May Soars buat kali keempat berturut-turut.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 10:16am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250251/berita/sukan/hodak-kecewa-kesilapan-mudah-city-boys", "article_title": "Hodak kecewa kesilapan mudah City Boys", "article_text": "PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengakui kecewa dengan kesilapan mudah The City Boys apabila sekadar berkongsi satu mata dengan Kelantan FC setelah pemain memberi peluang tuan rumah mengikat kedudukan seri 2-2 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Jumaat.Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, kesilapan seumpamanya pernah berlaku dan tandukan Kenny Pallaraj ke gawang sendiri pada minit ke-41 perlawanan turut memberi kelebihan kepada lawan.\u201cKita bekerja keras untuk mendapat dua gol, kemudian dengan mudah kita beri lawan satu gol. Mereka pula berjaya jaringkan satu gol lagi, jadi seri.\u201cKesilapan yang tak patut berlaku,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.Hodak pada masa sama menyedari kesilapan gol sendiri boleh berlaku dalam mana-mana perlawanan bola sepak walaupun bermain dalam keadaan persekitaran yang baik seperti di Kelantan.\u201cPada 20 minit terakhir, Kelantan bermain dengan 10 pemain kerana Ikhwan Yazek keluar padang akibat cedera.\u201cKami membuat asakan dan ada beberapa percubaan namun tidak berjaya menghasilkan gol kemenangan,\u201d katanya.Begitupun Hodak yakin anak buahnya akan kembali fokus dan memperbaiki kelemahan supaya tidak mengulangi kesalahan sama selepas ini.\u201cKL City akan kembali fokus bagi memulihkan ketahanan pemain seperti Romel Morales yang beraksi pada perlawanan itu tetapi tidak 100 peratus cergas.\u201cPerlawanan seterusnya diharapkan semua tonggak utama yang ada akan dapat beraksi dengan lebih baik,\u201d ujarnya.Dua gol KL City hasil rembatan volley cantik Tchetche Kipre dan jaringan Declan Lambert", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 09:04am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250247/berita/sukan/tze-yong-terkandas-pada-suku-akhir-seluruh-england", "article_title": "Tze Yong terkandas pada suku akhir Seluruh England", "article_text": "PERJALANAN pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terhenti pada peringkat suku akhir kejohanan badminton All England awal pagi tadi.Pemain ranking dunia ke-28 itu, ditunjukkan jalan keluar apabila tewas 11-21, 11-21 kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.Keputusan itu menyaksikan Tze Yong masih gagal mendapatkan formula untuk mengatasi pemain China itu, apabila telah tewas dalam kesemua empat pertemuan antara mereka sejak 2017.Shi Feng, pemain di tangga ke-14 dunia, seterusnya akan bertemu Anders Antonsen dari Denmark, yang menyingkirkan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 19-21, 21-17.Tze Yong sebelum ini mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark untuk mara ke pusingan suku akhir.Kini, pemain profesional Lee Zii Jia, yang menewaskan pemain meningkat naik Jepun Kodai Naraoka 21-9, 10-21, 21-13 malam tadi, menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan berprestij itu.Zii Jia yang berada pada kedudukan nombor empat dunia akan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 08:16am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250238/berita/sukan/tujuh-gol-di-stadium-likas", "article_title": "Tujuh gol di Stadium Likas", "article_text": "[DIKEMAS KINI] SABAH FC meneruskan momentum positif saingan Liga Super di laman sendiri apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas membelasah Penang FC, 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.Gol skuad The Rhinos dalam perlawanan itu dijaringkan penyerang import dari Korea Selatan, Park Taesu minit ke-3 dan minit 60, penalti Darren Lok pada minit ke-45, Daniel Ting (m-55) dan penalti Rizal Ghazali (m-102).Harimau Kumbang kendalian Chong Yee Fatt pula mengurangkan defisit hasil jaringan penyerangnya, Hassan Saad pada minit kelapan diikuti penalti Adriano Narcizo di minit ke-91.Keputusan itu menyaksikan Sabah kini menduduki tangga kedua liga dengan 13 mata selepas mengharungi lima perlawanan dua mata kurang dari penyandang juara Johor Darul Ta\u2019zim (JDT).Sementara itu, Penang FC pula kini berada di tangga ke-13 daripada 14 pasukan dengan dua mata selepas mengharungi lima perlawanan - dua seri, tiga tewas.Perlawanan liga seterusnya, Sabah akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri berdepan JDT manakala Penang bakal berdepan Perak FC di Stadium Bandaraya, pada 31 Mac.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Mac 2023 12:31am"} {"author_name": "MOHD HAFIZ ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250237/berita/sukan/hentikan-naratif-negeri-dianaktirikan---adam-adli", "article_title": "Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli", "article_text": "SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim meminta supaya naratif Kelantan dianaktirikan berhubung hak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dihentikan.Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau menjelaskan keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.\"Mesyuarat bersama exco-exco Negeri dalam bulan pertama lagi sudah dibincangkan.\"Sukma pun nak dipolitikkan. Naratif negeri dianaktirikan dan seumpamanya ini boleh dah dihentikan. Tak jujur langsung,\" katanya pada Jumaat.Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukma.Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata, pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau telah menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.Katanya lagi, dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.Pada Khamis, sebuah media tempatan melaporkan bahawa Mohamad Kamal mendakwa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukma 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:54pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250236/berita/sukan/steinbruckner-puas-hati-aksi-pemain-tfc", "article_title": "Steinbruckner puas hati aksi pemain TFC", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menegaskan pemain skuad Penyu telah memberikan persembahan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis.Biarpun begitu, pengendali dari Croatia berusia 57 tahun itu mengakui pemain pelawat mempunyai beberapa peluang, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan pada separuh masa pertama.\"Peluang dimiliki Liridon Krasniqi, Adisak Kraisorn, Sony Norde pada separuh masa pertama sebenarnya sudah boleh menentukan pemenang dalam perlawanan ini.\"Apabila Negeri Sembilan menjaringkan gol pendahuluan, pemain TFC bekerja keras dan berusaha untuk kembali semula ke dalam permainan.\"Saya berpuas hati kerana setiap pemain mempamerkan aksi terbaik untuk memenangi perlawanan ini tambahan pula bermain di laman lawan,\" katanya selepas perlawanan pada Khamis.Pada perlawanan itu, skuad Rusa terlebih dulu di depan menerusi jaringan Levy Madinda pada minit ke-28 sebelum Adisak menyamakan kedudukan minit ke-47 separuh masa pertama.Separuh masa kedua, kedua-kedua pasukan tampil lebih agresif memburu gol, sebelum Casagrande muncul wira Negeri Sembilan kendalian K Devan apabila jaringan minit ke-67 memastikan tiga mata Hoben Jang Hoben.Skuad Penyu kini mengumpul empat mata selepas mengharungi lima perlawanan dengan saingan liga berhenti sementara dua minggu bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Turkmenistan dan Hong Kong.Anak buah Steinbruckner akan menyingkap semula saingan liga berdepan Kelantan United FC di Stadium Sultan Zainal Abidin pada 31 Mac ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:23pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250234/berita/sukan/liga-juara-juara-real-menentang-chelsea-city-berdepan-bayern", "article_title": "Liga Juara-Juara: Real menentang Chelsea, City berdepan Bayern", "article_text": "Penyandang juara, Real Madrid bakal berdepan Chelsea, manakala Manchester City dijadualkan menentang Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.Pendahulu Serie A, Napoli pula akan berdepan AC Milan untuk pertemuan sesama kelab Itali, manakala satu lagi wakil Serie A, Inter Milan menentang pendahulu Liga Portugal, Benfica.Pemenang di antara Real dan Chelsea akan berdepan City atau Bayern dalam aksi separuh akhir, sekali gus membuka peluang buat wakil England itu bertemu sesama sendiri.Ia juga membuka peluang buat kelab Itali mara ke final buat kali pertama sejak Juventus melakukannya pada 2017, apabila Inter bakal berdepan Milan atau Napoli di separuh akhir jika Nerazzurri berjaya menumpaskan Benfica.Saingan suku akhir akan berlangsung pada 11 dan 12 April, dengan Real akan melayani kunjungan Chelsea terlebih dulu di Santiago Bernabeu sebelum berkunjung ke London untuk aksi timbal balik seminggu kemudian.Saingan separuh akhir akan berlangsung Mei dengan aksi final di Istanbul dijadualkan pada 10 Jun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:21pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250235/berita/sukan/kda-tiada-masalah-atasi-kuching-city", "article_title": "KDA tiada masalah atasi Kuching City", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya menjinakkan Kuching City FC 3-0 pada aksi kelima Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Sang Kenari yang turun dengan misi memburu tiga mata dengan sokongan lebih 7,662 penyokongnya menyusun beberapa serangan ke kubu lawan dan hampir berada di hadapan melalui tandukan Bojan Ciger, namun tepat ke dakapan penjaga gol Kuching City, Julian Garcia pada minit ke-11.Asakan berterusan KDA FC akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan Akmal Zahir dari luar kotak penalti menuju ke penjuru gawang pelawat pada minit ke-28 untuk kedudukan 1-0.Akmal sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring pada minit ke-49 apabila menanduk masuk hantaran sepakan sudut Lee Tuck untuk meletakkan KDA FC 2-0 di hadapan.Pada separuh masa kedua, Kuching City kembali menyusun perlawanan bagi merapatkan kedudukan, namun KDA FC terus melebarkan jurang kepada 3-0 menerusi Manuel Hidalgo pada minit ke-57 selepas dia memperdayakan beberapa pemain pertahanan lawan.Pada minit ke-86, Sang Kenari beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Amirul Afiq dilayangkan kad kuning kedua kerana berlaku pertengkaran dengan penyerang lawan, Abu Kamara.Kuching City berusaha memburu gol saguhati, namun keputusan 3-0 kekal sehingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:19pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250233/berita/sukan/united-berdepan-sevilla-suku-akhir-liga-europa", "article_title": "United berdepan Sevilla suku akhir Liga Europa", "article_text": "Kelab handalan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United diundi menentang kelab Sepanyol, Sevilla dalam aksi suku akhir Liga Europa.Jika skuad bimbingan Erik Ten Hag itu berjaya melepasi cabaran Sevilla, mereka akan berdepan sama ada Juventus ataupun pasukan yang menewaskan Arsenal, Sporting Lisbon di peringkat separuh akhir.Dua lagi aksi suku akhir menyaksikan pertembungan antara AS Roma berdepan Feyenoord dan Bayer Leverkusen menentang Union Saint-Gilloise.Suku akhir pertama Liga Europa akan berlangsung pada 13 April, manakala aksi kedua pula pada 20 April.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:18pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250232/berita/sukan/seluruh-england-zii-jia-tempah-tiket-separuh-akhir", "article_title": "Seluruh England: Zii Jia tempah tiket separuh akhir", "article_text": "JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.Pada saingan suku akhir yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham itu, Zii Jia merakamkan kemenangan 21-9, 10-21, 21-13 dalam masa lebih satu jam.Kejayaan itu menyaksikan Zii Jia yang juga pemain keempat dunia berjaya mengulangi pencapaiannya pada edisi lalu yang mana dia turut mara ke peringkat separuh akhir.Kemenangan ke atas Naraoka dianggap cukup manis buat Zii Jia apabila dia berjaya membalas dendam ke atas pemain ketujuh dunia itu yang menewaskannya pada pusingan pertama Terbuka Malaysia Januari lalu.Dalam aksi separuh akhir esok, Zii Jia akan berdepan wakil China, Shi Yu Qi yang menundukkan rakan senegaranya, Weng Hong Yang 21-9, 21-16 dalam satu lagi pertemuan suku akhit.Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong akan berhadapan dengan pemain China, Li Shi Feng yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi nanti.Pada Khamis, Tze Yong yang membuat penampilan sulung di pentas Seluruh England berjaya menyingkirkan penyandang juara yang juga pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam aksi pusingan kedua.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:16pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250231/berita/sukan/jdt-belasah-selangor-fc-di-kelana-jaya", "article_title": "JDT belasah Selangor FC di Kelana Jaya", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membuktikan bahawa mereka sememangnya sukar untuk digugat selepas menewaskan Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Jumaat.Skuad Gergasi Merah yang dilabel sebagai antara pencabar utama JDT nyata bukan tandingan pasukan Harimau Selatan itu selepas menjadi mangsa terbaharu dimalukan dengan jumlah jaringan besar.Bagai dijangka, pasukan kendalian Esteban Solari itu bermula garang dengan corak serangan agresif menerusi rangkaian penyerang mereka diterajui Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri.Peluang terbaik JDT pada separuh masa pertama muncul pada minit ke-26 melalui sepakan percuma Endrick Dos Santos, namun susulan daripada Fernando Forestieri ditampan Khairulazhan Mohd Khalid.Selangor melancarkan serangan balas menerusi larian deras Ayron Del Valle dari sebelah kiri sebelum dia melakukan hantaran menemui Faisal Halim.Bagaimanapun, percubaan lemah daripada penyerang lincah itu mudah ditangkap Ahmad Syihan Hazmi.Juan Muniz berpeluang untuk memecahkan kebuntuan gol menerusi sepakan percuma terus yang diambil pada minit ke-39, namun Khairul Azhan sekali lagi cemerlang menepis percubaan tersebut.JDT membuka tirai jaringan menerusi Juan Muniz selepas menolak masuk hantaran Forestieri pada minit ke-55.Juara sembilan kali Liga Super itu terus bernafsu menambah jaringan menerusi Diogo pada minit ke-66 yang merembat rendah menewaskan Khairulazhan.JDT sekali lagi membuatkan Stadium MBPJ tergamam apabila meledak gol menerusi Forestieri yang mudah menolak masuk hantaran Arif Aiman pada minit ke-77.Forestieri terus menambah luka Selangor FC menerusi gol keempat pada minit ke-81.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:11pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250230/berita/sukan/trw-bangkit-ikat-city-boys", "article_title": "TRW bangkit ikat City Boys", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.Anak buah Choi Moon-sik bermula garang apabila mengasak kubu angkatan Bojan Hodak seawal minit pertama melalui percubaan Miguel Cifuentes, namun dinafikan penjaga gawang The City Boys, Azri Ghani.Pelawat pula hampir di depan menerusi voli penyerang import Tchetce Kipre pada minit ke-10, namun percubaan itu tersasar ke sebelah kanan gawang tuan rumah.Seminit selepas itu, Kipre memanfaatkan kelekaan barisan pertahanan TRW apabila percubaannya menewaskan penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin Ahmad.The City Boys kemudian melebarkan jaringan kali ini menerusi rembatan Declan Lambert pada minit ke-34 untuk memimpin perlawanan 2-0.Bagaimanapun, anak buah Moon-sik yang tidak mengalah kemudian menggandakan asakan bagi mengurangkan defisit gol.Gol dicari tuan rumah akhirnya menjelma hasil jaringan sendiri pemain KL City, Kenny Pallaraj pada minit ke-41 sekali gus mengembalikan semula TRW dalam permainan.TRW tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Mohamad Fazrul Amir Md Zaman bijak menyambar bola hantaran lintang Mohamad Ikhwan Yazek pada minit ke-47 untuk kedudukan 2-2 separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan serangan apabila saling mengasak bagi memburu gol kemenangan.Bagaimanapun pada minit ke-74, TRW beraksi dengan 10 pemain selepas Ikhwan Yazek yang tidak dapat meneruskan permainan kerana kecederaan setelah tuan rumah membuat lima pertukaran.Keputusan di Kota Bharu itu menyaksikan TRW kini mengumpul empat mata selepas mengharungi lima perlawanan - satu menang, satu seri, tiga kalah untuk kedudukan ke-10 liga.Sementara itu KL City pula mengumpul tiga mata selepas mengharungi empat perlawanan - tiga seri, satu tewas di tangga ke-11 liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 11:04pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250207/berita/sukan/serap-semangat-tze-yong", "article_title": "Serap semangat Tze Yong", "article_text": "SKUAD badminton negara ke Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja diminta menyerap semangat juang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang melakar kejutan menumpaskan Viktor Axelsen dalam saingan Seluruh England malam tadi.Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, Sharon Wee berkata, barisan pemain muda ke temasya dwitahunan itu Mei ini, perlu menanamkan rasa tidak gentar dalam diri apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripada mereka.\"Saya harap kontinjen badminton Sukan SEA akan mengikut jejak langkah Tze Yong, tidak takut serta gentar berdepan pemain ranking tinggi.\"Atlet perlu percaya kepada proses latihan serta diri mereka kerana apa jua boleh berlaku dalam sukan asalkan beri 150 peratus di gelanggang,\" katanya sempena lawatan ke sesi latihan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.Menurut Sharon, berbaki beberapa minggu lagi sebelum temasya tersebut berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini, kemaraan Tze Yong itu dilihat mampu meningkatkan emosi serta mental pemain muda yang menggalas cabaran di Sukan SEA nanti.\"Saya percaya dengan pemain muda dan boleh jadikan ia sebagai contoh untuk pamerkan persembahan terbaik di gelanggang,\" katanya.Semalam, Tze Yong menghuni ranking ke-28 dunia mencipta sensasi apabila menyingkirkan Axelsen yang juga penyandang juara All England pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita di Birmingham.Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark itu menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15 sebelum tewas di set kedua 9-21, namun bangkit menoktahkan kemenangan 23-21 di set penentuan.Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, skuad negara setakat ini menyasarkan satu pingat emas di Phnom Penh.\"Kami ada berbincang sebelum ini berkemungkinan satu emas. Mengenai prospek itu ia mungkin hadir daripada acara perseorangan lelaki atau berpasukan lelaki tapi ia juga bergantung dengan pasukan mana kita bertemu,\" katanya.Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, skuad badminton negara menepati sasaran satu pingat emas menerusi acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See di saingan akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 07:24pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250206/berita/sukan/tnb-waspada-ancaman-tht", "article_title": "TNB waspada ancaman THT", "article_text": "KETUA jurulatih pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT), terutamanya ancaman pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan Jang Jonghyun, dalam misi menjulang Piala TNB 2023 pada Sabtu.Nor Saiful optimis TNB mampu menunjukkan taring sebenar dalam 70 minit waktu perlawanan untuk mempertahankan piala itu, sekali gus menyekat peluang THT menjulang treble musim ini menerusi kombinasi mantap antara pemain berpengalaman dan muda pasukannya.\"Kami mengakui Jang ialah pemain yang sangat berpengalaman...dia tahu posisi terbaik setiap kali perlawanan.\"Sudah pasti kami mahu hentikan kemaraan THT untuk menang sampai tiga trofi musim ini, namun saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain sebab sudah pasti mereka tidak dapat keluarkan permainan terbaik,\" katanya kepada pemberita selepas sidang media praperlawanan final Piala TNB 2023 pada Jumaat.Kapten THT, Mohd Fitri Saari mengakui pasukannya memasang impian besar untuk menamatkan penantian 10 tahun dalam usaha merangkul gelaran treble, apabila musim lepas mereka dinafikan hak pada minit-minit akhir.Mohd Fitri yakin kejayaan pasukannya menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL) pada musim ini mampu meningkatkan semangat dan motivasi tinggi pemain THT serta akan diterjemahkan dalam aksi final esok.\"Kita cuba rampas kembali Piala TNB yang terlepas tahun lepas kepada pasukan sama. Oleh itu, kita tidak boleh pandang rendah terhadap kebolehan mereka untuk THT cipta sejarah memenangi treble selepas 10 tahun pasukan THT ditubuhkan.\"Saya selalu pesan kepada rakan sepasukan untuk tidak terlampau risau terhadap kebolehan pihak lawan sebaliknya sentiasa memastikan pasukan sendiri (THT) berada dalam keadaan bersedia untuk menampilkan prestasi cemerlang ketika dalam gelanggang esok,\" katanya.Pada musim lepas, Muhammad Amirul Hamizan Azhar menjadi wira pasukan TNB selepas meledak jaringan padang pada minit ke-60, bagi memastikan TNB menewaskan THT 3-2 pada aksi final Piala TNB.Dalam pada itu, juara bertahan, pasukan hoki wanita KPT-Uniten Thunder sudah bersedia untuk membuat perhitungan bersama skuad Negeri Sembilan (NSE) pada pentas final untuk merebut Piala Vivian May Soars buat kali keempat berturut-turut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 07:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250203/berita/sukan/palace-pecat-vieira", "article_title": "Palace pecat Vieira", "article_text": "NASIB malang buat Patrick Vieira apabila dipecat sebagai jurulatih Crystal Palace pada Jumaat susulan prestasi terumbang-ambing kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kebelakangan ini.Pemecatan bekas pemain tengah Arsenal dan Perancis itu dimaklumkan oleh pengerusi kelab, Steve Parish.\u201cDengan penuh rasa kesal keputusan yang sangat sukar ini sudah dibuat,\u201d ujar Parish.Keputusan tersebut dibuat dalam keadaan yang sukar, namun demi kebaikan kelab ia perlu dilakukan segera akan Palace kekal bersaing di EPL pada musim depan.\u201cKeputusan (perlawanan) dalam beberapa bulan kebelakangan ini meletakkan kami dalam kedudukan liga yang tidak menentu.\u201cKami merasakan perubahan perlu untuk memberi kami peluang terbaik untuk mengekalkan status di EPL,\u201d ujar Parish.Palace ketika ini berada di tangga ke-12 dan hanya mencatat satu kemenangan daripada 14 perlawanan liga.Parish berkata, proses untuk melantik pengurus baharu sedang diusahakan.Turut meninggalkan Selhurst Park ialah tiga staf kejurulatihan Vieira iaitu Osian Roberts, Kristian Wilson dan Said Aigoun.\u201cPatrick (Vieira) sudah memberikan segala-galanya kepada kelab ini. Kami berterima kasih kepadanya serta pasukan di atas perkhidmatan yang diberikan,\u201d kata Parish.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 07:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250193/berita/sukan/axelsen-menangis-kalah-di-tangan-tze-yong", "article_title": "Axelsen menangis kalah di tangan Tze Yong", "article_text": "PEMAIN nombor satu dunia, Viktor Axelsen diselubungi emosi ketika ditemu bual media selepas dikejutkan pemain muda negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua kejohanan badminton Seluruh England pada malam Khamis.Pemain dari Denmark itu sudah memberikan segala-galanya untuk menang, namun nasib tidak menyebelahinya.\u201cAnda mahu melakukan yang terbaik, bukan? Ya, sudah tentu. Saya berikan segala-galanya jadi sudah tentu saya beremosi,\u201d katanya.Axelsen yang merupakan juara bertahan mengalami kekalahan pusingan awal pertamanya musim ini setelah kalah dalam persaingan tiga set 15-21, 21-9, 21-23 di Arena Utilita, Birmingham.Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu memuji aksi terbaik yang dipamerkan Tze Yong dan berhak memenangi perlawanan tersebut.\u201cSaya mahu mengucapkan tahniah kepada Ng Tze Yong. Saya fikir dia menunjukkan permainan mantap. Saya mahu lakukan yang lebih baik tetapi ia tidak berlaku.\u201cDia bermain dengan baik dan saya membuat terlalu banyak kesilapan.\u201cTiada apa yang perlu diperkatakan. Hanya yang menang dan kalah sahaja. Hari ini Tze Yong berhak meraih kemenangan dan malangnya bagi saya, ia tidak cukup baik,\u201d katanya.Terbuka Seluruh England dianggap istimewa kerana Axelsen berpeluang mempertahankan kejuaraan kejohanan badminton tertua dunia itu selepas memenanginya pada edisi lalu.\u201cIa merupakan salah satu daripada kejohanan yang paling istimewa buat saya. Ia juga yang terbesar dalam kalendar pertandingan.\u201cJadi saya mahu melakukan yang terbaik. Tetapi bila anda gagal, ia sudah pasti amat sukar,\u201d katanya.Axelsen membuka kalendar saingan musim ini dengan langkah kanan apabila mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia, sebelum muncul naib juara Terbuka India, Januari lalu.Musim lalu, Axelsen meraih tujuh kejuaraan bermula Seluruh England, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Terbuka Perancis, Jelajah Dunia Akhir BWF dan Kejohanan Dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 06:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250196/berita/sukan/atlet-olahraga-berguru-di-luar-negara", "article_title": "Atlet olahraga 'berguru' di luar negara", "article_text": "KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) giat memberi pendedahan kepada atlet negara apabila seramai 65 orang akan menyertai 12 kejohanan di dalam dan luar negara menjelang Sukan SEA Kemboja Mei depan.Pengurus Besar KOM, Nurhayati Karim berkata, mereka akan menyertai pertandingan yang kompetitif di Australia, Filipina, Singapura dan Taiwan dalam tempoh kurang dua bulan ini.\u201cIa sebagai persiapan kepada atlet untuk menguji diri bersaing dengan atlet dari luar negara.\u201cMereka terdiri daripada atlet olahraga, lompat bergalah serta sukan-sukan lain,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Beliau berkata, pelari pecut negara di bawah kendalian jurulatih Mohd Poad Kassim ketika ini berada di Australia bagi menyertai dua kejohanan di Queensland.\u201cAtlet olahraga terdiri daripada Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Zulfiqar Ismail.\u201cMereka akan menyertai acara 100 meter (m) dan 200m pada kejohanan olahraga Terbuka Australia serta Darren Thrupp Shield,\u201d katanya.Nurhayati memberitahu, atlet lompat bergalah, Nor Sarah Adi dan Muhammad Naufal pula akan menyertai kejohanan di Taiwan minggu depan.\u201cDia dibimbing bekas atlet lompat bergalah negara, Roslinda Samsu,\u201d katanya.Sukan SEA Kemboja dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250189/berita/sukan/detik-manis-buat-shah-firdaus", "article_title": "Detik manis buat Shah Firdaus", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menyifatkan kejayaan merangkul pingat perak dalam acara keirin lelaki Piala Negara-Negara UCI 2023 di Kaherah, Mesir tengah malam Khamis sebagai detik yang begitu manis buat dirinya.\u201cAlhamdulillah. Allah izin menaiki podium untuk pingat perak dalam acara keirin. Detik ini boleh dikatakan begitu manis dan bermakna untuk saya secara peribadi,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.Pelumba yang berasal dari Johor itu mencipta sensasi apabila memenangi pingat perak selepas menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa 0.057 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano.Nakano memenangi emas dengan catatan 10.613s, manakala gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Kaiya Ota yang merekodkan masa 10.686s dalam aksi final di Velodrom Antarabangsa Kaherah itu.Seorang lagi jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terlepas untuk menyertai kejohanan itu kerana mengalami kecederaan pangkal paha ketika menjalani latihan.Shah Firdaus turut mengimbas episod kegagalannya terlepas banyak peluang untuk meraih podium pada kejohanan dunia yang disertainya sebelum ini.\u201cSebelum ini sudah terlalu banyak posisi podium yang terlepas daripada genggaman di final kejohanan-kejohanan dunia dengan pelbagai bentuk halangan.\u201cKita merancang, perancangan Allah lebih baik. Kita berusaha dan meminta dengan ilmu yang terbatas, Allah memberi dengan pengetahuan-Nya yang maha luas,\u201d ujarnya.Pelumba berusia 25 tahun itu turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya serta rakan dalam skuad berbasikal pada kejohanan yang mereka sertai.\u201cTerima kasih kepada yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Semoga kejayaan ini memberi motivasi dan menyuntik semangat untuk saya dan pasukan melakar kejayaan yang lebih baik. Insya-ALLAH,\" katanya.Siri ketiga Piala Negara-Negara UCI 2023 yang menyediakan mara kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan beralih ke Milton, Kanada yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 April ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 05:48pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250183/berita/sukan/shahrel-fikri-barakan-jentera-serangan-negeri-sembilan", "article_title": "Shahrel Fikri barakan jentera serangan Negeri Sembilan", "article_text": "KEHADIRAN semula penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri bersama skuad Rusa ketika membantu pasukan itu menewaskan Terengganu FC (TFC), 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis disifatkan satu perkembangan positif.Bagaimanapun pengendali skuad Hobin Jang Hobin, K Devan menegaskan bekas tonggak Selangor FC yang menyertai Negeri Sembilan musim ini masih perlu berada pada tahap kecergasan terbaik untuk diturunkan dalam perlawanan kompetetif 90 minit.\"Apabila gandingan Mahalli Jasuli dan Casagrande tidak memberi kesan terutamanya untuk hantaran bola tinggi sememangnya kita amat berharap Mahali untuk 'second ball'.\"Sebaliknya apabila kita masukan Shahrel Fikri, ternyata dia cukup bersedia untuk 'second ball' yang memang memberi kesan kepada pasukan dalam perlawanan ini.\"Malah dalam 20 minit, Shahrel Fikri juga melakukan percubaan sebanyak tiga empat kali ketika berada dalam kawasan pasukan lawan,\" katanya yang menyifatkan bekas pemain Perak itu mengubah rentak tuan rumah.Pada perlawanan itu, skuad Rusa terlebih dulu di depan hasil jaringan Levy Madinda pada minit ke-28 sebelum bintang import Adisak Kraisorn dari Thailand, menyamakan kedudukan minit ke-47 penghujung separuh masa pertama.Separuh masa kedua, kedua-kedua pasukan lebih agresif memburu gol, sebelum Casagrande muncul wira tuan rumah apabila jaringan minit ke-67 memastikan tiga mata Hobin Jang Hobin selepas mengharungi empat perlawanan.Kehadiran Shahrel Fikri mengubah rentak permainan Negeri Sembilan pada separuh masa kedua ketika berdepan TFC dalam aksi Liga Super di Paroi, malam tadi. FOTO FACEBOOK Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)Pada masa sama Devan mengakui Shahrel Fikri sememangnya merupakan pemain kesebelasan utama Negeri Sembilan musim ini, namun faktor kecergasan menghalang bekas pemain kelab Liga Thailand, Nakhon Ratchasima itu diturunkan dalam aksi 90 minit.\"Bagi perlawanan menentang Terengganu FC malam tadi, saya telah meletakkannya di bangku simpanan.\"Kemungkinan besar andai tahap kecergasan Shahrel Fikri sudah cukup bersedia kemungkinan besar dia akan diturunkan untuk aksi kompetetif 90 minit,\" katanyaMengenai perlawanan itu, Devan mengakui gembira apabila Negeri Sembilan kembali semula ke prestasi sebenar selepas tewas 0-7 kepada penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Paroi sebelum ini.\"Sebelum ini kita tahu Negeri Sembilan kalah dengan JDT, pasukan terbaik negara, jadi pemain-pemain tidak boleh terbawa-bawa perkara sama dalam perlawanan menentang Terengganu FC.\"Ya kita tewas dengan jaringan besar ketika berdepan JDT, namun pemain-pemain Negeri Sembilan telah kembali mempamerkan karakter sebenar untuk tiga mata pasukan.\"Persembahan pemain-pemain kali ini penuh dengan semangat, perjuangan dan komitmen tinggi sepanjang 90 minit perlawanan,\" katanyaTiga mata diraih dilaman sendiri itu menyaksikan Negeri Sembilan kini mengumpul lima mata hasil satu menang, dua seri, satu tewas, akan melayan kunjungan Kelantan FC bagi aksi liga di Paroi pada 1 April depan.Biarpun mengakui Negeri Sembilan mula mendapat momentum, namun Devan mengakui tidak mahu dibuai kemenangan pertama skuad Rusa itu.Sebaliknya katanya, Negeri Sembilan akan menggunakan tempoh rehat sementara liga untuk menambahbaik pasukan.\"Pada saya masih terlalu awal lagi untuk menilai prestasi sebenar pasukan ini selepas mengharungi tiga perlawanan.\"Fokus utama sekarang adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain-pemain import yang masuk lewat.\"Paling penting tempoh rehat ini juga akan digunakan sebaiknya untuk memperbaiki komunikasi pemain import dan tempatan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 04:45pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250159/berita/sukan/dua-pilihan-var-di-liga-m", "article_title": "Dua pilihan VAR di Liga-M", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menimbangkan dua pilihan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang boleh digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, dua pilihan VAR itu ialah Full VAR atau VAR Light yang boleh menjadi pilihan selepas beliau mendapatkan penerangan terperinci daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina pada Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda.\"Collina menjelaskan ada dua jenis VAR yang boleh menjadi pilihan kita, iaitu \u2018Full VAR\u2019 yang dilengkapi dengan minimum lapan kamera atau \u2018VAR Light\u2019 iaitu kurang dari lapan kamera.\u201cMeskipun Collina mencadangkan Full VAR namun menjelaskan VAR Light boleh juga digunakan untuk peringkat permulaan ekoran harganya yang lebih 50 peratus murah.\u201cNamun, Collina mengingatkan kualiti pastinya jauh berbeza dengan Full VAR jika memilih untuk menggunakan VAR Light,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, FAM akan membincangkan tindakan susulan yang akan diadakan bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Unit Pengadil FIFA mengenai perkara tersebut.Sebelum ini, FAM memaklumkan VAR akan mula diperkenalkan dalam saingan Liga-M musim ini, namun tidak secara menyeluruh kerana ia memerlukan latihan dan beberapa siri ujian terhadap teknologi tersebut.Dalam pada itu, Hamidin yang turut menghadiri mesyuarat Majlis FIFA pada Selasa lalu berkesempatan berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Rashid Al Nuaimi; Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi, Yasser Al Misehal; Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun, Kohzo Tashima; Presiden Persatuan Bola Sepak Montenegro, Dejan Savicevic; Presiden Persatuan Bola Sepak Cyprus, George Koumas; Presiden Persatuan Bola Sepak Fiji, Rajesh Patel; Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Qatar, Mansour al-Ansari dan Ahli Majlis FIFA dari CAF yang juga ahli Lembaga Pengarah Yayasan FIFA, Isha Johansen.\u201cDalam pertemuan ini kita membincangkan potensi kerjasama dua hala terutama buat pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara antaranya Fiji, Montenegro, Cyprus, Sierra Leon dan Rwanda.\u201cKita juga membincangkan secara terperinci dengan UAE, Arab Saudi, Qatar, Jepun dan Republik Korea mengenai pemain negara yang dilihat berkualiti dan berminat untuk dihantar bermain dengan liga negara terbabit,\u201d katanya.Kongres FIFA di Kigali itu turut menyaksikan Gianni Infantino dipilih semula tanpa bertanding sebagai Presiden untuk empat tahun lagi.\u201cSokongan dan komitmen beliau kepada bola sepak Asia, Asean khususnya amat dihargai dan beliau sememangnya layak untuk terus memimpin FIFA,\u201d kata Hamidin.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 02:53pm"} {"author_name": "NOZINA YAHAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250156/berita/sukan/skuad-badminton-sukan-sea-perlu-serap-semangat-juang-tze-yong", "article_title": "Skuad badminton Sukan SEA perlu serap semangat juang Tze Yong", "article_text": "SKUAD badminton negara ke Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja diminta untuk menyerap semangat juang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang melakar kejutan menumpaskan Viktor Axelsen dalam saingan All England, malam Khamis.Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, Sharon Wee berkata, barisan pemain muda ke temasya dwitahunan itu Mei ini, perlu menanamkan rasa tidak gentar dalam diri apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripada mereka.\"Saya harap kontinjen badminton Sukan SEA akan mengikut jejak langkah Tze Yong, tidak takut serta gentar berdepan pemain ranking tinggi.\"Atlet perlu percaya kepada proses latihan serta diri mereka kerana apa jua boleh berlaku dalam sukan asalkan beri 150 peratus di gelanggang,\" katanya sempena lawatan ke sesi latihan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Jumaat.Menurut Sharon, berbaki beberapa minggu lagi sebelum temasya tersebut membuka tirai daripada 5 hingga 17 Mei ini, kemaraan Tze Yong itu dilihat mampu meningkatkan emosi serta mental pemain muda yang menggalas cabaran di Sukan SEA nanti.\"Saya percaya dengan pemain muda boleh jadikan ia sebagai contoh untuk pamerkan persembahan terbaik atas gelanggang,\" katanya.Pada Khamis, Tze Yong menghuni ranking ke-28 dunia mencipta sensasi apabila menyingkirkan Axelsen yang juga penyandang juara All England pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita di Birmingham.Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark itu menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15 sebelum tewas di set kedua 9-21 namun bangkit menoktahkan kemenangan 23-21 di set penentuan.Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, skuad negara setakat ini menyasarkan satu pingat emas di Phnom Penh.\"Kami ada berbincang sebelum ini berkemungkinan satu emas. Mengenai prospek itu ia mungkin hadir daripada acara perseorangan lelaki atau berpasukan lelaki tapi ia juga bergantung dengan pasukan mana kita bertemu,\" katanya.Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, skuad badminton negara menepati sasaran satu pingat emas menerusi acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See di saingan akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 02:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250145/berita/sukan/nsfc-mula-tunjuk-karakter-benar---devan", "article_title": "NSFC mula tunjuk karakter benar - Devan", "article_text": "KEMENANGAN pertama Negeri Sembilan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Khamis memberikan petanda positif buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.Ketua Jurulatih K. Devan berkata, pasukannya telah menunjukkan karakter sebenar sepanjang perlawanan dan tampil lebih berkeyakinan untuk meraih kemenangan di halaman sendiri.\"Perlawanan sebelum ini, kita kalah dengan pasukan terbaik. Pasukan tidak boleh bawa perkara itu dalam perlawanan seterusnya, fokus pasukan adalah memperbaiki kedudukan dalam carta.\"Hari ini (malam tadi) satu persembahan yang penuh bersemangat dipamerkan oleh pasukan, terutamanya pada separuh masa kedua, kepantasan dan intensiti pemain semakin bagus,\" katanya kepada pemberita selepas mencatat kemenangan menewaskan Terengganu 2-1 malam Khamis.Devan berkata, kemasukan pemain Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada separuh masa kedua menggantikan Mahalli Jasuli lebih berkesan apabila membantu pasukan mencipta gol kemenangan.Katanya, waktu rehat beberapa minggu ini memberi peluang kepadanya untuk menumpukan perhatian terhadap beberapa pemain import untuk mendapatkan persefahaman dengan pemain tempatan serta meningkatkan prestasi pasukan.NSFC dijadual menerima kunjungan Kelantan FC pada 1 April ini. Skuad Hobin Jang Hobin kini menduduki tempat ketujuh liga dengan lima mata. Johor Darul Ta'zim (JDT) mengungguli carta dengan 12 mata diikuti Sabah dan Selangor, masing-masing 10 mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 02:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250130/berita/sukan/misi-besar-tze-yong", "article_title": "Misi besar Tze Yong", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong enggan 'hanyut' dibuai dengan kejayaan menewaskan juara dunia, Viktor Axelsen sebaliknya mahu kekal tenang menjelang aksi suku akhir Seluruh England malam ini.Pemain berusia 23 tahun itu akan menentang wakil dari China, Li Shi Feng di Arena Utilita Birmingham.Shi Feng menewaskan rakan senegara Zhao Jun Peng 21-9, 21-17.Tze Yong melakar kejutan terbesar dalam kariernya apabila menundukkan Axelsen yang juga juara bertahan di pusingan kedua menerusi kemenangan 21-15, 9-21, 23-21.\"Ini sudah pasti kemenangan terbesar dalam karier saya setakat ini, tetapi saya tidak akan meraikannya lagi kerana kejohanan masih belum berakhir,\" ujar Tze Yong.Pencapaian itu amat menakjubkan memandangkan Tze Yong hanya menjadi pemain keempat yang menewaskan pemain Denmark itu dalam tempoh 15 bulan lalu.\"Sebagai pemain berpengalaman, Axelsen mempunyai kelebihan. Dia tahu cara untuk mengendalikan perlawanan.\u201cDia bermain dengan sabar dan fokus pada pertahanannya, saya pula agak gementar dan terlalu bersemangat untuk mengutip mata.\u201cApa pun, saya gembira kerana akhirnya saya menang,\u201d katanya.Tiga pemain lain yang pernah menewaskan Axelsen ialah pemain India, Lakhsya Sen, Loh Kean Yew dari Singapura dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.Pemain di ranking ke-28 dunia itu yang dibimbing Hendrawan mempunyai misi besar kerana mahu menamatkan badi tiga kekalahan dengan Shi Feng sebelum ini.\u201cFokus saya kini pada perlawanan seterusnya.\"Saya akan tengok semula rakaman video perlawanan antara kami (menentang Shi Feng) kerana saya pun beberapa kali kalah kepada dia.\"Saya tidak mahu fikir terlalu banyak, tapi akan lawan saja,\" ujar Tze Yong.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 01:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250129/berita/sukan/spurs-tagih-khidmat-kane-hingga-hujung-karier", "article_title": "Spurs tagih khidmat Kane hingga hujung karier", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur menaruh harap agar dapat mengekalkan Harry Kane sehingga penghujung karier penyerang itu, kata Antonio Conte.Ketika masa depan Conte bersama pasukan itu mencetuskan tanda tanya, pengurus Itali itu yakin Spurs akan melakukan segala yang termampu untuk mengekalkan Kane bersama mereka untuk tempoh yang lama.\u201cSaya fikir ia soalan buat kelab ini. Sudah pasti kelab ini mahu bersama Harry Kane sepanjang kariernya. Itu pandangan saya,\u201d ujar Conte.Kane menjaringkan gol berganda ke atas Nottingham Forest hujung minggu lalu untuk Spurs mengumpulkan 20 jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Kontrak Kane akan berakhir hujung musim ini dan Spurs dilaporkan terdesak untuk mengekalkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.\u201cApabila anda memiliki penyerang bertaraf dunia sepertinya, sudah pasti anda mahu dia bermain bersama anda sepanjang hidupnya.\u201cAdakalanya perkara yang tidak terduga akan berlaku tetapi bukan tugas saya untuk membuat keputusan itu.\u201cIa satu keputusan yang perlu dibuat kelab ini dan Harry,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 12:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250123/berita/sukan/mbappe-calon-kapten-perancis", "article_title": "Mbappe calon kapten Perancis", "article_text": "PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe merupakan calon pilihan untuk memakai lilitan kapten skuad kebangsaan Perancis susulan Hugo Lloris yang mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa.Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih, Didier Deschamps.Keperluan melantik ketua pasukan baharu itu menjelang pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Belanda dan Republik Ireland hujung bulan ini.\u201cTerdapat beberapa calon yang saya fikir boleh. Kylian (Mbappe) salah seorang daripadanya.\u201cIa akan melalui satu proses perbincangan dengan mereka sebelum saya membuat sebarang keputusan,\u201d ujar Deschamps.Lloris mengumumkan persaraannya daripada tugasan kebangsaan selepas berakhir final Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun lalu.Dalam perlawanan akhir itu Perancis tewas kepada Argentina dalam penentuan gelaran dan Mbappe ketika ini dilihat memiliki kepimpinan untuk menerajui pasukan itu.Menurut Deschamps, pemilihan kapten perlu dibuat secara berhati-hati kerana ia melibatkan soal tanggungjawab.\u201cTerdapat satu tanggungjawab di antara menjadi kapten dengan beberapa tanggungjawab lain yang juga penting. Saya mahu melakukan perbincangan ini secara dalaman sebelum membuat keputusan,\u201d ujar Deschamps.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 12:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250097/berita/sukan/sporting-kecewakan-arsenal-di-emirates", "article_title": "Sporting kecewakan Arsenal di Emirates", "article_text": "ARSENAL terpaksa melupakan saingan Liga Europa setelah dikejutkan Sporting Lisbon 3-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam pusingan 16 di laman sendiri, awal pagi Jumaat.Penjaga gol Sporting, Antonio Adan muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain Arsenal, Gabriel Martinelli untuk membantu pasukannya mara ke suku akhir.Kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan agregat 3-3 dalam aksi di Stadium Emirates.Pada aksi itu, The Gunners terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Granit Xhaka pada minit ke-19.Bagaimanapun Pedro Goncalves menyamakan kedudukan menerusi gol yang menakjubkan untuk pelawat pada minit ke-62.\"Ia satu kekalahan yang besar. Kami tidak beraksi pada tahap sebenar.\"Kami ada peluang untuk menang, tapi kena tanya diri sendiri kenapa belum cukup bagus untuk terus mara,\" ujar jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.Senada dengan bos The Gunners ialah kaptennya, Martin Odegaard yang mengakui aksi terbaik yang dipamerkan rakan sepasukan belum cukup untuk membantu mereka menang.\"Sebahagian daripada permainan kami melakukannya dengan baik tetapi kami tidak dapat mempamer aksi terbaik. Ia adalah perlawanan yang sengit.\"Satu tamparan hebat tersingkir daripada saingan ini kerana kami meletakkan sasaran yang tinggi.\"Sekarang kami perlu lebih kuat dan pastikan kami menamatkan saingan liga dengan baik,\" ujar Odegaard.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 09:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250099/berita/sukan/shah-firdaus-raih-perak-keirin-di-kaherah", "article_title": "Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Khamis.Menerusi laman sesawang kejohanan, https://www.uci.org/, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang wakil Jepun Shinji Nakano dalam aksi final berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.Nakano yang mencatat masa 10.613s meraih emas manakala pingat gangsa dibawa pulang rakan senegaranya Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686 saat.Kejohanan yang bermula pada Rabu itu berakhir hari ini dan akan beralih ke Milton, Kanada pada 20 hingga 23 April ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 09:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250095/berita/sukan/zii-jia-tempah-slot-suku-akhir-all-england", "article_title": "Zii Jia tempah slot suku akhir All England", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kejuaraan All England 2023 selepas menewaskan Kenta Nishimoto dari Jepun.Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, Zii Jia tidak mempunyai masalah menundukkan pemain Jepun 21-15, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita Birmingham.Perhitungan yang berlangsung selama 40 minit itu menyaksikan Zii Jia yang kini menghuni ranking keempat dunia menguasai gelanggang dan melangkah ke suku akhir buat kali pertama musim ini.Zii Jia memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada kesemua empat kejohanan disertainya apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua Terbuka India, Masters Indonesia dan terbaharu, Terbuka Jerman pada minggu lepas.Juara All England 2021 itu seterusnya dijadual bertemu pemain meningkat naik dari Jepun Kodai Naraoka yang juga pilihan ketujuh kejohanan pada aksi suku akhir yang dijangka bermula 6 petang ini waktu Malaysia.Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Kodai pernah menewaskan Zii Jia sekali pada Terbuka Malaysia Januari lepas.Semalam, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut menempah slot suku akhir apabila mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara, Viktor Axelsen. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 09:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250094/berita/sukan/rashford-pacu-united-ke-suku-akhir-liga-europa", "article_title": "Rashford pacu United ke suku akhir Liga Europa", "article_text": "GOL tunggal pemain sensasi, Marcus Rashford sudah cukup buat Manchester United menang 1-0 ke atas Real Betis, awal pagi Jumaat untuk meraih tiket ke suku akhir Liga Europa menerusi agregat 5-1.Jaringan itu dihasilkan Rashford menerusi sepakan lencong dari jarak jauh pada minit ke-55.Gol itu juga melemahkan semangat para pemain Betis yang begitu bertenaga dalam awal saingan bagi mengurang defisit empat jaringan yang dibawa United.\"Selepas gol pertama terhasil, mereka (Betis) mula hilang rentak dan kurang keyakinan.\"Ia satu lagi langkah (ke hadapan). Kami lakukannya dengan baik menerusi mentaliti mahu menang,\" ujar jurulatih United, Erik ten Hag.Ia adalah gol keenam Rashford dalam kejohanan tersebut dan jaringan peribadi ke-27 dalam semua pertandingan musim ini sepanjang 43 penampilan.\"Rashford mempunyai beberapa peluang sebelum itu, namun terlepas.\"Bagaimanapun dia kekal percaya serta terus mencuba dan akhirnya berjaya,\" kata Ten Hag.Pada aksi itu, bos United memberikan peluang kepada pemain sayap berumur 21 tahun, Facundo Pellistri berada dalam kesebelasan utama.Ia susulan aksi cemerlang Pellistri yang sebelum ini masuk sebagai pemain gantian.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 09:04am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250084/berita/sukan/selangor-ada-ramuan-jerat-jdt", "article_title": "Selangor ada ramuan jerat JDT", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menaruh harapan tinggi untuk melihat skuad kendaliannya mengejutkan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Jumaat.Biarpun menyedari JDT berada pada tahap berbeza, Cheng Hoe percaya tiada yang mustahil buat skuad The Red Giants untuk menundukkan juara sembilan kali Liga Super itu.\u201cMenentang pasukan JDT sememangnya bukan satu perlawanan yang mudah kerana kita tahu kualiti pasukan tersebut selain mereka juga menang besar dalam empat perlawaan awal liga.\u201cNamun, kita juga mahu satu keputusan positif dalam perlawanan ini. Ia tidak mustahil jika pemain memberikan fokus, percaya kepada keupayaan diri dan memberikan sehabis baik untuk dapatkan mata.\u201cSaingan liga juga masih panjang dan keputusan positif ini amat penting untuk kita meletakkan pasukan di kedudukan yang baik dalam saingan liga,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Seperti dijangka, JDT mencipta permulaan sempurna apabila merekodkan empat kemenangan berturut-turut termasuk ketika membenam Negeri Sembilan FC 7-0 dan Kelantan FC 5-1.Bagaimanapun, Selangor yang dianggap antara percabar terkuat JDT musim ini juga tidak kurang hebatnya apabila menang tiga perlawanan dan satu seri dalam empat perlawanan Liga Super.Untuk rekod, dalam tiga perlawanan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan menyaksikan JDT lebih unggul dengan dua kemenangan dan satu seri termasuk menewaskan Selangor dalam aksi final Piala Malaysia musim lalu.Dalam pada itu, Cheng Hoe berkata, anak-anak buahnya tidak akan bermain secara bertahan walaupun sedar skuad Harimau Selatan memiliki jentera serangan cukup berbisa.\u201cKalau kita lihat perlawanan yang lepas, banyak pasukan yang bermain secara bertahan apabila turun menentang JDT. Bukan mudah untuk turun ke padang dengan mind set bertahan menentang JDT.\u201cIni kerana mereka mempunyai rangkaian serangan yang cukup baik dan serasi. Jadi kami harus ada perancangan tersendiri, baik ketika menyerang mahupun bertahan.\u201cDalam bola sepak, kita tidak boleh hanya bertahan 90 minit sepanjang perlawanan, kita perlu menyerang apabila bertemu pasukan yang kuat... itu falsafah bola sepak moden,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 08:05am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250089/berita/sukan/azizulhasni-pejuang-sejati", "article_title": "Azizulhasni pejuang sejati", "article_text": "\u201cAZIZULHASNI seorang fighter. Saya pasti dia mampu menangani masalah kecederaan yang dialami dalam misinya memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris (2024) tahun depan.\u201dItu reaksi Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab ketika diminta mengulas perkhabaran terbaharu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Kaherah, Mesir.Pada Rabu, Azizulhasni memaklumkan dia mengalami kecederaan sehingga terpaksa menarik diri daripada menyertai Piala Negara-Negara UCI di Kaherah minggu ini.Perkhabaran itu telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak tatkala pelumba berusia 35 tahun itu menjadi prospek terbaik Malaysia dalam misi meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik di bumi Paris.Mengulas lanjut, Abu Samah percaya Azizulhasni yang terkenal dengan panggilan The Pocket Rocketman memiliki ramuan tersendiri untuk mengekalkan kondisi terbaik menjelang temasya Olimpik 2024.\u201cJangan terlalu bimbang, apa yang perlu kita lakukan sekarang, terus beri sokongan kepada Azizulhasni. Saya masih ingat insiden dia tertusuk kayu sepanjang 10 sentimeter di Manchester pada 2011.Azizulhasni (tengah) meraikan kejayaannya memenangi pingat perak acara keirin pada Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia bulan lalu.\nFoto FB Azizulhasni Awang\u201cTahun lalu pula kita dikejutkan dengan masalah jantung yang dialami Azizulhasni. Kalau ikutkan atas nasihat doktor, Azizulhasni memang sukar hendak sembuh dalam masa yang singkat.\u201cTetapi Azizulhasni seorang pelumba basikal yang sangat unik, satu dalam sejuta. Dia memiliki semangat juang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana atlet.\u201cSaya percaya dia ada acara tersendiri untuk sembuh. Dia masih mempunyai masa untuk mempersiapkan kondisi badannya menjelang Sukan Olimpik di Paris nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Pada masa sama, Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berkata, beliau akan sentiasa memantau perkembangan kecederaan Azizulhasni.\u201cPihak PKBM bersedia untuk melakukan apa sahaja demi membantu Azizulhasni. Malah, saya yakin (ketua jurulatih) John Beasley memiliki pengalaman luas untuk menangani situasi dialami Azizulhasni,\u201d jelasnya.Bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, Azizulhasni dan beberapa pelumba negara yang lain perlu menduduki kelompok 30 terbaik dunia dalam acara keirin atau pecut sebelum tarikh akhir pada 14 April 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250090/berita/sukan/hilang-tonggak-utama-punca-perak-fc-gagal-menyerlah", "article_title": "Hilang tonggak utama punca Perak FC gagal menyerlah", "article_text": "KEHILANGAN beberapa tonggak utama menyebabkan Perak FC gagal memberi saingan kepada Sri Pahang FC yang membawa kekalahan 0-3 di Stadium Perak, di sini pada malam Khamis.Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim mengakui persembahan anak buahnya tidak sebaik ketika perlawanan menentang pasukan sama pada saingan Piala FA lalu.Beliau tidak mempunyai banyak pilihan selepas hukuman penggantungan dan kecederaan dialami beberapa pemainnya.\"Kenapa permainan kita tidak berapa baik kerana tonggak utama kita tidak bermain. Jangan lupa bahawa ketua pasukan (Hafizal Muhamad) kita tak ada di sana dan Sunday (Afolabi) tak ada di sana.\"Ini bukan satu alasan tetapi ini satu kenyataan walaupun pemain gantian itu bermain sebaik yang boleh, tetapi pemain Sri Pahang mempunyai kualiti lebih baik,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Sri Pahang FC pada malam Khamis.Sementara itu, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui lawan mereka tidak seagresif ketika perlawanan Piala FA lalu.Katanya, kesempatan itu diambil untuk skuad Tok Gajah itu mengasak seterusnya memenangi perlawanan.Beliau turut mengakui terpaksa mengambil risiko menurunkan pemain-pemain yang masih belum cergas sepenuhnya dalam perlawanan tersebut.Bagaimanapun risiko yang diambil nyata berbaloi apabila berjaya mencuri tiga mata di tempat lawan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Mac 2023 07:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250081/berita/sukan/seluruh-england-tze-yong-kejutkan-axelsen", "article_title": "Seluruh England: Tze Yong kejutkan Axelsen", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan jaguh nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England sebentar tadi.Dalam aksi yang berlangsung di Birmingham itu, Tze Yong meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set 21-15, 9-21, 23-21, sekali gus melakar kejayaan terbesar dalam kariernya.Kejayaan itu dianggap cukup manis buat Tze Yong apabila dapat menyingkirkan Axelsen yang tampil selaku penyandang juara dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.Terdahulu, dua beregu negara gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila terkandas di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.Beregu profesional lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tewas 18-21, 18-21 kepada penyandang juara dari Indonesia, Muhammad Shohubul Fikri-Bagas Maulana.Tampil sebagai pilihan kelapan kejohanan, Ee Yi-Yew Sin sebelum itu menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin pada pusingan pertama.Beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula ditunjuk jalan keluar apabila tewas 12-21, 21-11, 19-21 kepada naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250080/berita/sukan/piala-tnb-tht-tnb-buat-perhitungan-di-final", "article_title": "Piala TNB: THT, TNB buat perhitungan di final", "article_text": "PASUKAN Hoki Terengganu (THT) unggul menempah slot final Piala TNB 2023 setelah mencatat kemenangan agregat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.Kemenangan 3-1 pada aksi separuh akhir kedua pada Khamis menyaksikan anak buah Seo Jongho semakin menghampiri untuk meraih kemenangan treble selepas meraih Piala Sumbangsih dan gelaran Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.Skuad THT bermula garang apabila pemain import dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun memecahkan kebuntuan seawal minit ke-14 perlawanan menerusi pukulan sudut penalti, sebelum Shello Silverius meledak jaringan padang pada minit ke-45.Enggan tewas, UITM HA-KPT cuba bangkit pada minit ke-51 menerusi jaringan padang Danial Asyraf Abdul Ghani, namun penyerang kebangsaan Faizal Saari menjadi wira dengan menoktahkan kemenangan buat THT lima minit kemudian.THT berpesta gol apabila membelasah skuad UiTM HA-KPT 5-1 pada aksi separuh akhir pertama, Selasa lepas.Sementara itu, juara bertahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melangkah ke pentas final menerusi penentuan penalti shoot out 3-0 ketika menentang Maybank selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 5-5 dalam aksi separuh akhir kedua malam ini.Pada aksi separuh akhir pertama Selasa lepas, TNB dan Maybank terikat 2-2.Terdahulu, juara bertahan pasukan hoki wanita Negeri Sembilan (NSE) melangkah ke pentas final Piala Vivian May Soars selepas menundukkan skuad Terengganu-MSNT (TLHT-MSNT) menerusi agregat 5-2 pada dua aksi separuh akhir.KPT-Uniten Thunder turut melangkah ke pentas final selepas membenam Young Tigress dengan agregat 3-1.Aksi final akan berlangsung pada Sabtu ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:39pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250076/berita/sukan/tok-gajah-tundukkan-seladang-di-ipoh", "article_title": "Tok Gajah tundukkan Seladang di Ipoh", "article_text": "SRI Pahang FC meneruskan rentak kemenangan di Stadium Perak selepas menundukkan tuan rumah 3-0 pada aksi Liga Super pada Khamis.Perak FC yang cuba menebus kekalahan pada perlawanan Piala FA di tempat sendiri tempoh hari nyata terpaksa akur dengan kehebatan skuad Tok Gajah itu apabila terpaksa bertahan bermain 10 orang sehingga tamat perlawanan.Minit awal perlawanan menyaksikan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing.Pelawat mendapat peluang pada minit ke-6 Kpah Sherman namun tandukannya tersasar ke sebelah kanan gawang.Bagaimanapun import Sri Pahang FC berjaya meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-13 menewaskan kapten Perak FC, Bryan See untuk mendahului 1-0.Perak FC cuba bangkit selepas itu menerusi percubaan Shafizi Iqmal namun rembatannya dari luar petak penalti sekadar melepasi palang gol Sri Pahang FC.Pasukan pelawat kemudiannya mengatur serangan antaranya menerusi kapten pasukan, Sergio Aguero nemun tidak dapat melepasi perangkap ofsaid.Tuan rumah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-29 menerusi sepakan percuma Perak oleh Shafizi Iqmal tetapi sedikit tersasar di bahagian kiri gawang Sri Pahang FC.Sri Pahang FC menambah derita Perak apabila seorang lagi import mereka Stefano Bruno berjaya menjaringkan gol selepas menyambut hantaran Kpah Sherman untuk gol kedua.Berselang tiga minit kemudian, Perak FC kehilangan pemain pertahanan mereka apabila Nasrol Amri Kamarol Azhar dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Sergio Aguero pada minit ke-39.Tersentak dengan insiden itu, ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim membuat pertukaran pertama perlawanan dengan memasukkan Raja Imran Shah menggantikan penyerang, Christian Obiozor.Perlawanan separuh masa pertama kekal memihak kepada Sri Pahang FC mengatasi tuan rumah dengan keputusan 2-0.Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menguasai perlawanan pada minit awal permainan untuk menambah jaringan mengambil kesempatan terhadap Perak FC yang bermain 10 orang.Namun ketangkasan penjaga gawang Perak FC, Bryan See menyelamatkan tuan dari terus dibolosi.Memasuki minit ke-56, pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.Tidak lama selepas itu, pemain naturalisasi berkenaan dikeluarkan dengan diganti Zuhair Aizat Mohd Nazri.Pasukan Sri Pahang FC hampir menambah jaringan menerusi pemain tengah, Nor Azam Azih namun tendangannya berjaya ditampan keluar Bryan See.Pada minit ke-71, Perak FC membawa masuk pemain berpengalaman, Wan Zack Haikal menggantikan Hadi Fayyadh.Gawang tuan rumah bocor lagi menerusi jaringan pemain gantian, Zuhair Aizat yang berjaya memperdaya Bryan See untuk gol ketiga Sri Pahang FC.Tamat perlawanan menyaksikan Sri Pahang FC berjaya membawa pulang tiga mata berharga ke Kuantan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Perak FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250075/berita/sukan/tanggung-kesakitan-sebelum-tewas", "article_title": "Tanggung kesakitan sebelum tewas", "article_text": "PUJIAN harus diberikan kepada pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin yang menampilkan aksi juang tinggi dalam pusingan kedua kejohanan Seluruh England pada Khamis malam.Yew Sin yang mengalami kecederaan di lutut selepas terjatuh pada set kedua tetap meneruskan pemainan bersama pasangannya, Teo Ee Yi.Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 18-21-18-21.Biarpun memberi tentangan sengit, namun pengalaman memisahkan mereka dalam aksi yang berlangsung selama 44 minit itu.Sebelum ini, Ee Yi-Yew Sin yang turun sebagai pilihan kelapan menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin pada pusingan pertama.Dalam pada itu, nasib sama turut dialami beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga tersungkur dalam pusingan kedua.Mereka yang berada di ranking keenam dunia itu kalah 12-21, 21-11, 21-19 kepada naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun dalam aksi yang berlangsung selama sejam.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:08pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250074/berita/sukan/negeri-sembilan-fc-lakar-kemenangan-sulung-atasi-tfc", "article_title": "Negeri Sembilan FC lakar kemenangan sulung atasi TFC", "article_text": "NEGERI Sembilan FC (NSFC) meraih kemenangan sulung apabila menundukkan Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam pertembungan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Khamis.Kelebihan beraksi di laman sendiri telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad Hobin Jang Hobin itu apabila pemain import Levy Clemen Madinda menyumbang gol pertama pada minit ke-29 permainan.Bagaimana kemenangan itu tidak berpanjangan apabila anak buah Tomislav Steinbruckner menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi sepakan sudut Adisak Kraisorn.Namun asakan demi asakan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Casagrande menewaskan penjaga gawang skuad Penyu dengan jaringan kedua buat NSFC pada minit ke-67.TFC yang berusaha keras untuk mendapatkan gol tambahan dengan serangan bertali arus bagaimanapun gagal apabila Sikh Izhan Nazrel bertindak cemerlang mengawal gawang.Keputusan 2-1 milik Negeri Sembilan kekal sehingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250053/berita/sukan/negeri-sembilan-masih-teliti-tawaran-kbs", "article_title": "Negeri Sembilan masih teliti tawaran KBS", "article_text": "MASIH terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti oleh kerajaan Sembilan mengenai penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, kerajaan negeri perlu membaik pulih sistem saliran dengan kos yang tinggi kerana keadaan padang stadium itu akan bertakung setiap kali hujan dan menjejaskan perlawanan.\"Ini antara pertimbangannya, Insya-ALLAH saya akan mengadakan mesyuarat khas dengan memanggil pihak berkepentingan seperti Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan pasukan Negeri Sembilan FC untuk mendapatkan pandangan serta kaedah yang boleh memanfaatkan peluang yang ditawarkan KBS itu.\"Selain itu, kerja penanaman rumput baharu memerlukan tiga hingga empat bulan, jadi perlu difikirkan waktu sesuai supaya tidak bertembung dengan perlawanan, kalau terpaksa menjejaskan jadual perlawanan, kita perlu cari padang alternatif bagi perlawanan NSFC,\" katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021 dan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 kepada atlet, jurulatih serta pegawai di Seremban pada Khamis.Sembilan atlet Negeri Sembilan memenangi pingat apda Sukan SEA Ke-31, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei 2022 manakala seramai 146 penerima, terdiri daripada pengurus, jurulatih dan atlet menerima insentif kemenangan bagi Sukma ke-20 (16 hingga 24 Sept 2022) di Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan.Dalam pada itu Mohamad Taufek berkata, sudah tiba masanya Negeri Sembilan memiliki dua padang bola sepak yang boleh digunakan di peringkat nasional dan perkara itu telah dicadangkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga tidak mahu terlepas peluang dengan tawaran KBS berkenaan penukaran rumput tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.\"Kos penyelenggaraan padang pula RM240,000 setahun, anggaran RM20,000 hingga RM30,000 sebulan, ia satu jumlah besar, terdapat beberapa negeri mahu kekal guna rumput 'cow grass' kerana kos penyelenggaraan lebih murah,\" katanya.Zeon Zoysia mempunyai sistem akar luas, pertumbuhan rizom kuat dan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan serta diperakui dalam ujian terkawal oleh National Turfgrass Evaluation Programme (NTEP).Dalam perkembangan lain Aminuddin berkata kerajaan negeri belum bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukma berikutan beberapa fasiliti sukan yang perlu dinaik taraf selain terdapat keperluan lain yang perlu diutamakan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:56pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250050/berita/sukan/penang-fc-idam-cipta-kejutan-di-likas", "article_title": "Penang FC idam cipta kejutan di Likas", "article_text": "PENANG FC bakal berdepan tugas sukar dalam misi memburu kemenangan pertama Liga Super musim ini apabila dijadualkan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.Pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt berkata, skuad kendaliannya dijangka menghadapi ujian getir apabila bertandang di gelanggang keramat Sabah FC yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah setakat ini.Namun, beliau percaya kemampuan skuad Harimau Kumbang untuk mencipta kejutan seperti yang dilakukan ketika menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA minggu lalu.\u201cSetiap perlawanan adalah sukar, tiada perlawanan yang mudah terutamanya pada permulaan Liga Super. Tetapi saya harap kami dapat mencari kemenangan pertama.\u201cDalam beberapa perlawanan terakhir, kami tidak tidak terlalu bagus tetapi tidak juga beraksi buruk. Kami ada karakter tersendiri apabila turun beraksi.\u201cApabila berjaya dapat kemenangan pertama dalam Liga Super, saya yakin selepas itu (prestasi) Penang FC akan bertambah baik bagi mengharungi cabaran musim ini,\u201d katanya.Ketika ini, Penang FC hanya mampu mengumpul dua mata daripada empat perlawanan yang diharungi selepas meraih dua keputusan seri dan dua kekalahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:51pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250046/berita/sukan/jdt-siap-siaga-bertembung-gergasi-merah", "article_title": "JDT siap siaga bertembung Gergasi Merah", "article_text": "JOHOR Darul Ta\u2019zim (JDT) cukup bermotivasi dan bersemangat menjelang aksi Liga Super berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, anak-anak buahnya sudah bersedia menghadapi 'gelora' di Kelana Jaya dalam usaha mereka mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super.\u201cSelangor FC merupakan pasukan yang kuat, memiliki jurulatih yang bagus dan mereka beraksi di pentas final musim lalu. Jadi ini merupakan satu perlawanan yang besar buat kami.\u201cSaya sedar tekanan tinggi menjelang perlawanan itu nanti, tetapi kami mahu enjoy dengan tekanan itu dan melakukan persiapan secukupnya untuk menghadapi Selangor.\u201cApapun ia bukan satu tugas yang mudah kerana kami perlu bekerja lebih keras bagi mengekang Selangor yang memiliki ramai pemain berkualiti ketika ini,\u201d katanya.JDT kini gah di puncak liga dengan 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut, manakala Selangor di tangga ketiga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan seri sekali setakat ini.Mengulas mengenai masalah kecederaan penyerang import, Bergson Da Silva, Solari berkata, dia tidak mahu terburu-buru menurunkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu itu.\u201cSekiranya Bergson tidak dapat beraksi menentang Selangor, kami masih ada beberapa pemain termasuk pemain muda yang boleh mengisi tempatnya di barisan serangan.\u201cKami tidak mahu menanggung risiko menurunkan pemain yang masih belum cergas, tambahan pula pada perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.\u201cJadi siapa juga yang diturunkan nanti, diharapkan bersedia secukupnya dan memberikan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan pasukan,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250043/berita/sukan/ns-masih-teliti-tawaran-guna-rumput-padang-zeon-zoysia", "article_title": "NS masih teliti tawaran guna rumput padang Zeon Zoysia", "article_text": "MASIH terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti oleh kerajaan Negeri Sembilan mengenai penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia yang ditawarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, kerajaan negeri perlu membaik pulih sistem saliran dengan kos yang tinggi kerana keadaan padang stadium itu akan bertakung setiap kali hujan dan menjejaskan perlawanan.\"Ini antara pertimbangannya, insya-ALLAH saya akan mengadakan mesyuarat khas dengan memanggil pihak berkepentingan seperti Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan pasukan Negeri Sembilan FC untuk mendapatkan pandangan serta kaedah yang boleh memanfaatkan peluang yang ditawarkan KBS itu.\"Selain itu, kerja penanaman rumput baharu memerlukan tiga hingga empat bulan, jadi perlu difikirkan waktu sesuai supaya tidak bertembung dengan perlawanan, kalau terpaksa menjejaskan jadual perlawanan, kita perlu cari padang alternatif bagi perlawanan NSFC,\u201d katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021 dan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 kepada atlet, jurulatih serta pegawai di negeri ini.Sembilan atlet negeri memenangi pingat di Sukan SEA Ke-31, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei 2022 manakala seramai 146 penerima, terdiri daripada pengurus, jurulatih dan atlet menerima insentif kemenangan bagi Sukma ke-20 (16 hingga 24 September 2022) di Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan.Dalam pada itu Mohamad Taufek berkata, sudah masanya negeri ini memiliki dua padang bola sepak yang boleh digunakan di peringkat nasional dan perkara itu telah dicadangkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Sementara itu beliau berkata, pihaknya juga tidak mahu terlepas peluang dengan tawaran KBS berkenaan penukaran rumput tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.\"Kos penyelenggaraan padang pula RM240,000 setahun, anggaran RM20,000 hingga RM30,000 sebulan, ia satu jumlah besar, terdapat beberapa negeri mahu kekal guna rumput \u2018cow grass\u2019 kerana kos penyelenggaraan lebih murah,\u201d katanya.Zeon Zoysia mempunyai sistem akar luas, pertumbuhan rizom kuat dan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan serta diperakui dalam ujian terkawal oleh National Turfgrass Evaluation Programme (NTEP).Dalam perkembangan lain Aminuddin berkata, kerajaan negeri belum bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukma berikutan beberapa fasiliti sukan yang perlu dinaik taraf selain terdapat keperluan lain yang perlu diutamakan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250029/berita/sukan/dimensi-baharu-ciriello-buat-hoki-negara", "article_title": "Dimensi baharu Ciriello buat hoki negara", "article_text": "KEHADIRAN pakar pukulan sudut penalti dari Australia, Christopher Ciriello memberi dimensi baharu buat skuad hoki negara dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, ia menjadi peluang terbaik buat para pemain termasuk dari skuad remaja untuk mendapat pendedahan daripada pakar luar negara.\"Menariknya mengenai Chris (Ciriello) beliau memenangi Piala Dunia pada 2014, jadi beliau tahu macam mana untuk menang. Itu sangat penting.\"Apabila kita bawa orang dari luar adalah penting individu itu sudah capai banyak kejayaan di peringkat dunia,\" katanya.Pasukan hoki negara pada Rabu mendapat suntikan semangat baharu dalam misi memburu emas di temasya Sukan Asia Hangzhou pada September apabila mendapat khidmat Ciriello yang juga bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan India.Khabar gembira itu diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yang melihat sentuhan magis Ciriello mampu menajamkan lagi pukulan sudut penalti skuad Malaysian Tigers.Arul juga percaya pengalaman Ciriello bersama skuad kebangsaan India mampu memberi manfaat buat pasukan hoki negara.\"Saya fikir dia melakukan banyak kerja dengan India dan meningkatkan kaedah melakukan flick pasukan ke tahap lain apabila mereka mula menghasilkan banyak gol.\"India digeruni daripada aspek pukulan sudut penalti sejak beliau mengambil alih,\" katanya.Ciriello akan menggunakan pengalaman dan pengetahuannya dengan skuad lelaki dan wanita remaja serta pasukan senior wanita.Antara pencapaian terbaik Ciriello ialah membantu Australia menjuarai Piala Dunia 2014, meraih dua pingat emas Sukan Komanwel pada edisi 2010 dan 2014 serta merangkul gangsa Sukan Olimpik 2012.Ciriello meledak 116 gol daripada 199 penampilan di pentas antarabangsa selama sembilan tahun bersama Australia dari 2008 sehingga 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 06:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250021/berita/sukan/uitm-shah-alam-ungguli-liga-ipt", "article_title": "UiTM Shah Alam ungguli Liga IPT", "article_text": "UNIVERSITI Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM Shah Alam) berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara Divisyen 1, kejohanan Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2022/23.Kejayaan itu menobatkan UiTM sebagai juara buat kali keenam bagi membolehkan membawa pulang wang tunai RM15,000 bersama trofi kemenangan.Lebih manis dua pemain UiTM Shah Alam berkongsi gelaran penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan jaringan menerusi Muhammad Zharif Nazhan Refli dan Muhammad Harith Akif Mohd Shahar.Sebanyak 13 pasukan berentap dalam Divisyen 1 kejohanan yang bermula 3 Disember 2022 dan berakhir pada 25 Februari lalu.Naib juara pula menjadi milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali gus meraih wang tunai RM12,000, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat ketiga dengan wang tunai RM8,000.UiTM Perlis dan Universiti Putra Malaysia (UPM) masing-masing di tempat keempat serta kelima dan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000.Kejayaan bersejarah UiTM juga membolehkan mereka mengetuai 12 pasukan yang layak beraksi bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2023 yang dijadualkan pada September hingga Oktober depan.Pemilihan pasukan itu berdasarkan kepada pencapaian lapan pasukan terbaik Divisyen 1, tiga pasukan terbaik Divisyen 2 dan juara bagi Divisyen 3.11 pasukan lain yang bakal mengiringi UiTM beraksi di Piala Menteri Pendidikan Tinggi adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA Perlis (UiTM Perlis), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Multimedia (MMU).Turut mara ialah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Politeknik Malaysia (Poli Malaysia), Universiti Malaya (UM) dan Cyberlynx International College (Cyberlynx Int College).Majlis penyerahan trofi buat Divisyen itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.Turut hadir Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr. Pekan Ramli.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 06:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/250017/berita/sukan/kekalahan-akibat-kesilapan-sendiri---aaron", "article_title": "Kekalahan akibat kesilapan sendiri - Aaron", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kegagalan melepasi pusingan pertama kejohanan Seluruh England berpunca daripada kesilapan sendiri.Aaron memberitahu, mereka sudah membuat persediaan yang baik mengikut perancangan rapi, namun tidak menyangka berdepan cabaran sengit pada set penentuan.\u201cKami sudah bersedia dengan corak permainan yang baik dan bagaimana untuk melakukannya (di gelanggang). Namun di set ketiga langkah kami seakan tersekat dan berlaku kesilapan.\u201cKami beraksi seperti dirancang, tidak berasa gugup, tetapi ia adalah disebabkan kesilapan. Ia tidak sepatutnya berlaku tetapi kami gagal mengawalnya,\u201d katanya.Dalam pusingan pertama pada Rabu, Aaron-Wooi Yik kalah mengejut kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin meskipun beregu nombor dua dunia itu tidak pernah tewas dalam empat pertemuan terdahulu.Pada aksi yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham, pasangan negara itu akur tewas 18-21, 21-14, 13-21 dalam tempoh satu jam.Mengulas gelaran sebagai juara dunia memberi tekanan kepada mereka, Aaron enggan menjadikan ia sebagai alasan kerana mereka perlu melakukan yang terbaik sepanjang permainan.Beliau berkata, setiap pemain berpeluang menjadi juara dan gelaran tersebut hanya untuk sehari dan selepas itu ia kembali seperti biasa.\u201cKami tidak boleh mengelaknya (tekanan sebagai juara), tetapi ia bukan alasan. Kami sudah memberikan yang terbaik.\u201cTidak kira juara pada mana-mana kejohanan, anda perlu melakukannya dengan lebih baik (setiap pertandingan). Sentiasa bersedia dengan setiap kejohanan kerana ia seperti hari baharu.\u201cAnda hanya juara untuk sehari. Keesokkannya anda kembali seperti asal (pemain profesional). Perlu bersedia untuk kejohanan seterusnya. Setiap pemain berpeluang menjadi juara,\u201d ujar Aaron.Justeru Wooi Yik enggan menjadikan kekalahan itu untuk berasa lemah semangat bagi mengharungi Kejohanan Terbuka Swiss.\u201cKami akan memantapkan lagi kekuatan mental untuk kejohanan seterusnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 05:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249973/berita/sukan/perez-idam-atasi-verstappen-di-jeddah", "article_title": "Perez idam atasi Verstappen di Jeddah", "article_text": "PELUMBA sensasi, Sergio Perez mengimpikan untuk mengatasi rakan sepasukan Red Bull yang juga juara bertahan Formula Satu (F1), Max Verstappen dalam saingan di Arab Saudi hujung minggu ini.\u201cSaya tidak bernasib baik tahun lalu apabila kereta keselamatan masuk semasa mengetuai perlumbaan. Jadi mudah-mudahan kali ini giliran saya untuk menang,\u201d ujar Perez.Dalam saingan musim lalu, Perez bermula dari petak pertama di Litar Corniche Jeddah.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pelumba Mexico itu dalam perlumbaan waktu malam yang diterangi lampu limpah apabila pada mulanya ia kelihatan terkawal sehingga dia melakukan hentian pit sebelum kereta keselamatan masuk sekali gus memusnahkan peluangnya.Red Bull memberi amaran awal bagi saingan musim ini apabila menguasai perlumbaan pembukaan musim di Bahrain 5 Mac lalu menerusi kejayaan satu dua, Verstappen dan Perez.Kemenangan sempurna Red Bull itu menjadi petanda kelebihan yang mereka nikmati, sama ada Perez boleh menyumbang sesuatu yang lebih besar berbanding sekadar pelumba sokongan kepada rakan sepasukannya.\u201cIa akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana semua orang beraksi di Jeddah minggu ini. Ia adalah litar yang sangat berbeza dengan Bahrain,\u201d kata Perez.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 01:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249962/berita/sukan/march-julang-brighton-tewaskan-palace", "article_title": "March julang Brighton tewaskan Palace", "article_text": "BRIGHTON melepaskan geram daripada kesukaran untuk menewaskan seteru, Crystal Palace apabila membenam pasukan itu 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.Pasukan bimbingan Roberto De Zerbi itu meraih kemenangan pertama dalam lapan pertemuan liga dengan musuh mereka itu.Sebaliknya, bagi Palace pula menyaksikan rentak tanpa kemenangan kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan sambil menunggu kemenangan pertama pada 2023.Solly March muncul wira buat Brighton apabila meledak gol tunggal pada minit ke-15 dalam aksi di Stadium Falmer itu.\u201cPerkara yang paling penting ialah peminat memahami gaya permainan kami. Di England cabaran adalah hebat dan berbeza berbanding liga lain,\u201d kata De Zerbi.Kemenangan itu memantapkan usaha Brighton untuk meraih slot ke saingan Eropah musim depan.Brighton yang menduduki tangga ketujuh berkongsi mata dengan pasukan keenam, Liverpool, namun The Seagulls masih mempunyai baki satu perlawanan.Tempat keenam akan menjamin kelayakan ke Liga Konferensi Eropah edisi 2024, namun ia boleh jatuh kepada pasukan tempat ketujuh jika Manchester City atau Manchester United memenangi Piala FA.\u201cPemain percaya dengan gaya kami. Kami tidak bermain permainan terbaik, tetapi jika anda menang ia lebih baik,\u201d ujar De Zerbi.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 01:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249953/berita/sukan/sarawak-tuan-rumah-sukma-2024", "article_title": "Sarawak tuan rumah Sukma 2024", "article_text": "JAWATANKUASA Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) secara rasmi bersetuju memilih Sarawak sebagai tuan rumah temasya edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 2024.Pengerusinya yang juga Menteri Belia Sukan Hannah Yeoh berkata, pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.\"Selepas giliran Sarawak selaku tuan rumah edisi Sukma 2024, temasya Sukma pada tahun 2026 akan dianjurkan oleh MSN.\"Kelantan pula telah bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah Sukma 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.\"Rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan beban Kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet-atlet di peringkat negeri,\" katanya dalam mesyuarat yang dilangsungkan pada Khamis.Selain itu, Hannah berkata, Jawatankuasa Tertinggi Sukma juga meluluskan cadangan agar 28 jenis sukan wajib dipertandingkan bermula daripada temasya 2024.Jelasnya, senarai 28 jenis sukan wajib yang akan dipertandingkan pada Sukma 2024 ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuh raya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, hoki, judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.\"Sarawak selaku tuan rumah Sukma 2024 juga diberikan pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan dan telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan \u2013 tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sports) - bagi temasya Sukma 2024, tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.\"Jawatankuasa juga telah bersetuju untuk MSN mengadakan beberapa sesi libat urus bersama persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan pemegang taruh yang berkaitan bagi mengkaji kemungkinan membuka penyertaan kepada lebih banyak jenis sukan untuk dipertandingkan pada edisi temasya Sukma pada masa hadapan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249939/berita/sukan/seluruh-england-soon-huat-shevon-daren-kandas-pusingan-pertama", "article_title": "Seluruh England: Soon Huat-Shevon, Daren kandas pusingan pertama", "article_text": "HASRAT beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah jauh dalam kejohanan badminton Seluruh England 2023 terbantut, selepas tewas seawal pusingan pertama, awal pagi tadi.Soon Huat-Shevon pilihan ketujuh kejohanan, ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 10-21, 14-21 di tangan gandingan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, dalam masa 34 minit di Arena Utilita Birmingham itu.Ia sekali gus merupakan kekalahan keempat Soon Huat-Shevon di tangan Seung Jae-Yu Jung, selepas Terbuka Jerman 2019, Jelajah Dunia 2020 di Thailand dan All England 2020.Sementara itu, nasib sama turut menimpa pemain profesional lelaki negara Liew Daren, apabila gagal mara ke pusingan 16 terbaik aksi perseorangan lelaki selepas tewas di tangan pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardayo, 9-21, 16-21.Kali terakhir Daren mara ke saingan separuh akhir dalam mana-mana kejohanan disertai ialah di Terbuka Thailand pada Mei tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 11:34am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249929/berita/sukan/napoli-mampu-julang-trofi-liga-juara-juara", "article_title": "Napoli mampu julang trofi Liga Juara-Juara", "article_text": "VICTOR Osimhen percaya Napoli memiliki keupayaan untuk memenangi Liga Juara-Juara selepas mara ke suku akhir kejohanan itu buat kali pertama dengan kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt.Osimhen menjaringkan dua gol manakala, Piotr Zielinski melengkapkan kemenangan 3-0 Napoli menerusi jaringan penalti dalam aksi pusingan kedua 16 pasukan terakhir di Stadio Diego Armando Maradona pada Khamis.Ia sekali gus menyaksikan mereka mara ke peringkat suku akhir menerusi agregat 5-0 selepas menang perlawanan pertama 2-0 di laman lawan.\"Saya fikir apa-apa sahaja boleh berlaku dan kami mempunyai skuad untuk mencapai impian ini. Kami mahu melangkah setapak demi setapak dan kami akan melihat apa yang berlaku pada penghujung musim.\"Rasa seronok untuk mencipta sejarah dengan kemenangan ini. Ia adalah kemenangan besar. Tahniah kepada pasukan atas prestasi yang baik daripada keseluruhan skuad,\" katanya.Victor juga menegaskan Napoli bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan gergasi di peringkat suku akhir.\"Ia akan menjadi perlawanan yang hebat dan kami bersedia untuk mana-mana pasukan besar yang mungkin perlu kami lawan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 10:18am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249927/berita/sukan/real-madrid-miliki-keyakinan-dalam-liga-juara-juara", "article_title": "Real Madrid miliki keyakinan dalam Liga Juara-Juara", "article_text": "PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, pasukannya berada pada tahap keyakinan tinggi selepas mara ke suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.Juara Eropah 14 kali itu menewaskan Liverpool 1-0 di Santiago Bernabeu dan mara dengan agregat 6-2 ke pusingan lapan terakhir.Madrid menyasarkan untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam dalam 10 musim dan Ancelotti percaya kejayaan cemerlang pasukannya musim lalu telah memberikan mereka banyak keyakinan.Los Blancos melakukan kebangkitan menakjubkan menentang Paris Saint-Germain, Chelsea dan Manchester City, sebelum menewaskan Liverpool di final musim lalu.Malah, dalam pertembungan pusingan pertama 16 terakhir dengan Liverpool di Anfield musim ini, Madrid ketinggalan dua gol sebelum bangkit dengan kemenangan 5-2.\"Kami mempunyai lebih banyak keyakinan atas apa yang berlaku tahun lepas. Kami melihat dalam perlawanan ini, menentang pasukan yang kuat, kami bermain dengan baik dalam dua perlawanan.\"Namun, dengan keyakinan sahaja kami tidak mampu unutk layak ke separuh akhir. Kami perlu bermain bola sepak yang terbaik. Seperti biasa, Liga Juara-Juara adalah sangat rumit dan kami perlu bersaing sehingga ke penghujung saingan,\" katanya.Ancelotti turut memuji gabungan pemain muda dan berpengalaman dalam skuadnya, dengan pemain tengah veteran Luka Modric dan Toni Kroos, dan pemain muda Eduardo Camavinga bermain baik menentang Liverpool.\"Kuncinya ialah sikap rendah diri para pemain senior. Mereka tidak mempunyai ego selain kesabaran pemain muda.\"Modric dan Kroos tidak bermain kerana reputasi mereka, tetapi bermain kerana mereka layak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 10:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249924/berita/sukan/klopp-kecewa-liverpool-gagal-beri-persembahan-istimewa", "article_title": "Klopp kecewa Liverpool gagal beri 'persembahan istimewa'", "article_text": "JURGEN Klopp mengakui kecewa Liverpool tidak dapat menghasilkan 'persembahan istimewa' ketika menentang Real Madrid yang menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.Liverpool hadir ke Santiago Bernabeu untuk perlawanan timbal balik dalam pusingan 16 terakhir dengan tugas berat perlu menukar defisit 2-5 selepas perlawanan pertama di Anfield.Bagaimanapun, The Reds tidak mampu berbuat demikian sebaliknya tewas 0-1 menerusi gol penyerang Real Madrid, Karim Benzema sekali gus tunduk dengan agregat 2-6.Klopp berkata, kekalahan teruk di Anfield pada perlawanan pertama memberi kesan kepada percubaan Liverpool untuk mengubah perlawanan tersebut.\"Sejujurnya, jika kami seri sekali pun di tempat sendiri dan bermain perlawanan yang kami tunjukkan malam ini, kami mungkin akan tersingkir juga. Kami tidak boleh datang ke sini dan berharap anda mendapat sesuatu.\"Kami bersedia untuk memberikan persembahan istimewa, tetapi kami tidak dapat melakukannya di atas padang malam ini.\"Saya rasa tiada siapa yang terfikir bagaimana Liverpool boleh keluar. Mereka adalah pasukan yang lebih baik. Begitulah cara mereka mara ke pusingan seterusnya,\" katanya.Klopp juga menegaskan Liverpool bernasib baik tidak bolos dengan jumlah jaringan yang banyak selepas Alisson bertindak cemerlang dalam perlawanan itu.\"Mungkin terdapat 500,000 cara berbeza untuk keluar daripada saingan ini, dan situasi ini yang berlaku kepada kami malam ini.\"Ia bukan apa yang kami mahu, tetapi ia adalah apa yang kami dapat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 09:59am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249915/berita/sukan/aaron-wooi-yik-pulang-awal-dari-seluruh-england", "article_title": "Aaron-Wooi Yik pulang awal dari Seluruh England", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Juara dunia, Aaron Chia-Soh Woo Yik terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England oleh pasangan bukan pilihan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin pada Rabu.Perlawanan di Arena Utilita, Birmingham itu, beregu lelaki utama negara tersebut dijinakkan dalam masa 60 minit dalam aksi yang berlarutan hingga set ketiga.Pada set pertama, Aaron-Wooi Yik ternyata berdepan tentangan sengit Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menyaksikan kemenangan lawan 21-18.Bagaimanapun pada set kedua, Aaron-Wooi Yik kembali lebih bertenaga untuk menyamakan kedudukan 1-1 hasil kemenangan 21-14 bagi mengheret permain ke set penentuan.Pada set ketiga, beberapa kesilapan mudah menyaksikan Aaron-Wooi Yik akur dan perlawanan akhirnya milik Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 21-13.Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut mengucapkan selamat tinggal di pusingan awal.Soon Huat-Shevon Lai terpaksa akur kehebatan pasangan Korea Selatan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung, 21-10, 21-14 dalam masa 34 minit.Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren juga tersingkir awal apabila dijinakkan bintang dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-9, 21-16, dalam masa 38 minit.Sebelum itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia mempamerkan aksi mantap untuk melakar kemenangan 21-21, 21-15 dalam masa 33 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:48am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249903/berita/sukan/haiqal-enggan-tekan-diri", "article_title": "Haiqal enggan 'tekan diri'", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi enggan memberi tekanan kepada diri untuk memburu pingat emas acara 100 meter (m) pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang berbaki 51 hari lagi.Atlet dari Melaka itu bertekad memberikan yang terbaik dan menikmati larian dengan gaya tersendiri tanpa sebarang gangguan.Beliau berkata, semua atlet mengimpikan podium, namun dia lebih selesa meletakkan sesuatu sasaran berdasarkan kemampuan diri.\u201cSaya enggan terlalu yakin dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Tak mahu beri tekanan kepada diri sendiri. Hanya saya yang tahu tahap mana yang kita mampu. Apa yang penting buat yang terbaik dan enjoy dengan larian.\u201cInsya-ALLAH kalau ada rezeki (emas). Rezeki tidak pernah salah alamat,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Haiqal meraih slot secara merit ke Kemboja 2023 setelah meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bulan lalu.Dia membuat catatan 10.46s mengatasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh pada Mei depan.Mengulas tips dan \u2018pantang-larang\u2019 yang perlu dijaga menjelang temasya dwitahunan itu, Haiqal memberitahu, rutin harian latihan perlu diikuti dengan penuh disiplin, selain memastikan keadaan fizikal dan mental berada dalam keadaan terbaik.\u201cJaga diet, ikuti proses latihan dan jaga pemakanan. Moga dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini termasuk kecederaan. Apa yang penting ialah hari pertandingan bersedia sepenuhnya fizikal dan mental,\u201d katanya.Justeru atlet berusia 24 tahun itu turut menagih sokongan serta doa rakyat Malaysia agar dia dan rakan atlet lain meraih kejayaan di Kemboja pada Mei nanti.Haiqal pernah mencipta sensasi apabila meraih emas pada Sukan SEA di Manila pada 2019 menerusi catatan 10.35s, tetapi gagal layak ke Hanoi tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249902/berita/sukan/negeri-sembilan-miliki-kelebihan-tundukkan-tfc", "article_title": "Negeri Sembilan miliki kelebihan tundukkan TFC", "article_text": "PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan percaya skuad Rusa mempunyai sedikit kelebihan terutama dari segi kecergasan menjelang pertemuan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Khamis.Menurut Devan, beliau mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan pasukan selain pemain berada pada tahap kecergasan terbaik untuk melakar kemenangan pertama musim ini.Sebagai rekod, Negeri Sembilan hanya bermain selama 27 minit dalam aksi bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC pada Sabtu lalu selepas terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.\u201cSaya rasa ada banyak masa untuk menyiapkan pasukan bertemu pasukan Terengganu. Mungkin kita agak keletihan kerana kita bermain tiga perlawanan dalam tempoh masa yang singkat.\u201cSekarang ini, kita ada masa lebih untuk menyiapkan pasukan dan memberikan ruang lebih lama kepada pemain kembali cergas seperti biasa. Bagi saya, ini kelebihan buat pasukan saya,\u201d katanya.Skuad Jang itu masih belum melakar sebarang kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini selepas seri dua perlawanan awal menentang Sri Pahang dan Penang FC.Namun dalam perlawanan ketiga skuad Hobin Jang Hobin itu dibelasah 0-7 penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) di Paroi.Dalam pada itu, Devan turut mengingatkan pemainnya supaya lebih berwaspada menghadapi TFC selepas pasukan pantai timur itu meraih kemenangan pertama menentang PDRM FC.\u201cKita perlu lebih bekerja keras dan fokus dalam perlawanan ini. Apa yang penting kita bermain di tempat sendiri dan kita perlu kutip mata sekali gus memperbaiki kedudukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249901/berita/sukan/ini-skuad-harimau-malaya-paling-mantap", "article_title": "'Ini skuad Harimau Malaya paling mantap'", "article_text": "BARISAN 27 pemain dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk dua aksi persahabatan disifatkan antara skuad terbaik dimiliki pengendali Harimau Malaya itu.Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, kehadiran pemain naturalisasi baharu kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Endrick dos Santos selain pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine memberikan nilai tambah kepada pasukan.\u201cTindakan Pan-gon adalah tepat apabila memanggil senarai 27 pemain itu berdasarkan empat perlawanan awal Liga Malaysia.\u201cMungkin pemain-pemain baharu yang dipanggil itu beliau tak kenal, tetapi beliau tahu pemain itu boleh bermain. Jadi, daripada sini beliau boleh melakukan penilaian.\u201cLagipun, kehadiran Josue, dos Santos dan Nooa sememangnya diperlukan untuk mengukuhkan pasukan negara.\u201cWalaupun ini bukan senarai akhir, namun saya melihat ini adalah pasukan Harimau Malaya yang mantap dan mungkin ada sedikit perubahan sahaja lagi yang perlu dilakukan Pan-gon dalam proses memutuskan skuad nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Skuad Harimau Malaya akan mengharungi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 23 Mac disusuli menentang Hong Kong pada 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.Selain Josue, dos Santos dan Nooa, penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel, Damien Lim (Sabah FC), Fayadh Zulkifli Amin (Kedah Darul Aman FC), pemain JDT yang dipinjamkan ke Sabah FC, Daniel Ting dan pemain muda Harimau Selatan, Feroz Baharudin turut melakukan penampilan pertama.Dalam pada itu, Sathianathan turut meramalkan Pan-gon sudah mempunyai perancangan beberapa pemain yang mungkin berada dalam senarai awal ke Piala Asia.\u201cAda yang beliau dah kenal pasti, namun ada yang dia belum kenal secara terperinci pemain tertentu. Sebab itu, beliau memanggil pemain-pemain baharu ini untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan.\u201cIni juga peluang untuk pemain menunjukkan kualiti mereka dan buktikan boleh beradaptasi dengan taktikal Pan-gon,\u201d katanya.Senarai 27 Pemain Ke Latihan Pusat Harimau Malaya1. Ahmad Syihan Hazmi (JDT)2. Shahrul Mohd Saad (JDT)3. Corbin-Ong (JDT)4. Arif Aiman Hanapi (JDT)5. Akhyar Rashid (JDT)6. Matthew Davies (JDT)7. Syafiq Ahmad (JDT)8. Syahmi Safari (JDT)9. Syamer Kutty Abba (JDT)10. Muhamad Feroz Baharudin (JDT)11. Endrick dos Santos (JDT)12. Darren Lok (Sabah FC)13. Dominic Tan (Sabah FC)14. Stuart Wilkin (Sabah FC)15. Daniel Ting (Sabah FC)16. Damien Lim (Sabah FC)17. Brendan Gan (Selangor FC)18. Faisal Halim (Selangor FC)19. Quentin Cheng (Selangor FC)20. Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC)21. Kalamullah Al Hafiz (KDA FC)22. Muhammad Fayadh Zulkifli (KDA FC)23. Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)24. Paulo Josue (KL City FC)25. Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan FC)26. Dion Cools (Buriram United, Thailand)27. Nooa Laine (SJK Seinajoki, Finland)Perlawanan Persahabatan23 MACMalaysia lwn TurkmenistanStadium Sultan Ibrahim, 10 malam28 MACMalaysia lwn Hong KongStadium Sultan Ibrahim, 10 malam", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mac 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249900/berita/sukan/siapa-bakal-olahragawan-olahragawati-uitm", "article_title": "Siapa bakal Olahragawan, Olahragawati UiTM?", "article_text": "PUSAT Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada Sabtu ini.Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, anugerah tahunan itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan komitmen atlet dan pegawai yang mengharumkan nama universiti di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.\u201cPengiktirafan itu juga selaras hasrat universiti iaitu permekasaan penuntut dalam bidang sukan selain menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam bidang sukan.\u201cMajlis akan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,\u201d katanya.Sebagai rekod, sebanyak 15 kategori anugerah bakal diberikan kepada atlet dan pegawai yang mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing sepanjang 2022 lalu.Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Olahragawan, Olahragawati, Anugerah Hall of Fame, Anugerah Emas Universiti, Anugerah Perak Universiti, Anugerah Gangsa Universiti, Anugerah Khas Universiti, Anugerah Sijil Penghargaan, Pasukan Cemerlang, Pengurus Cemerlang, Jurulatih Cemerlang, Tokoh Sukan UiTM dan Tokoh Sukan Alumni, serta penghargaan khas staf.Pihak jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Profesor Dr Mohad Anizu Mohd Nor yang menerima sebanyak 219 pencalonan daripada berbagai kategori yang dipertandingkan.Pada tahun ini seramai lapan calon olahragawan dan tujuh olahragawawati disenarai pendek bagi merangkul anugerah Olahragawan dan Olahrawagawati UiTM.Calon olahragawan terdiri daripada Ahmad Zulhilmi Azizad (ragbi), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Syed Afiq Fakhri Syed Ali (petanque), Zuhri Muhammad Zin (sepak takraw), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (bola sepak), Khairul Naim Zainal (kayak), Mohamad Syafiq Md Ariffin (memanah), dan Muhammad Ezuan Nasir Khan (menembak).Sementara itu, olahragawati pula terdiri daripada, Nur Ain Nabilah Tarmizi (boling padang), Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali (petanque), Nur Amisha Azrilrizal (muay thai), Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar (catur), Nur Syafiqah Zainal Abidin (futsal wanita), Aimi Ayuni Zwan (kayak) dan Juni Karimah Noor Jamali (perahu layar)", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 10:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249897/berita/sukan/sukan-sea-skuad-sepak-takraw-negara-mantapkan-jati-diri", "article_title": "Sukan SEA: Skuad sepak takraw negara mantapkan jati diri", "article_text": "SEMANGAT berpasukan yang tinggi berupaya menjadi kunci kejayaan skuad sepak takraw lelaki negara untuk merangkul lebih daripada satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh, Kemboja, 5 hingga 17 Mei ini.Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebelum ini menyandarkan sasaran dua pingat emas pada acara double lelaki dan chinlone yang merupakan sukan kebangsaan Myanmar.Bagaimanapun, skuad kebangsaan yang akan turut berentap dalam acara regu berpasukan dan antara regu pada temasya dwitahunan itu sebenarnya berpotensi mencipta kejutan meraih emas dalam salah satu acara berkenaan biarpun cabaran jaguh dunia, Thailand menanti.Ketua Jurulatih Kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, hanya elemen semangat berpasukan dan komitmen tinggi pemain dapat memastikan Malaysia mengukir kejayaan membanggakan di Kemboja.\u201cIa (elemen-elemen) sedang dipupuk dalam setiap pemain, kita nampak dari hari ke hari semangat ini semakin bertambah, mungkin boleh jadi kunci kejayaan kepada pasukan di Sukan SEA.\u201cDaripada semangat berpasukan akan membentuk jati diri tinggi kerana sepak takraw bermain secara berpasukan. Jika mereka dapat memantapkan jati diri dan semangat, ia memberi lebih keyakinan dan mampu mempamerkan prestasi lebih baik pada hari perlawanan,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan pada Selasa.Pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lalu, skuad sepak takraw lelaki negara gagal membawa pulang emas dan sekadar meraih tiga perak dalam acara regu berpasukan, antara regu dan double.Pingat emas acara regu berpasukan dan antara regu menjadi milik Thailand sementara Indonesia merangkul emas double.Kali terakhir Malaysia meraih emas menerusi acara antara regu lelaki ialah ketika menjadi tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun ketika itu acara tersebut tidak disertai Thailand.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 10:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249896/berita/sukan/misi-sifar-doping-skuad-badang-negara", "article_title": "Misi sifar doping skuad badang negara", "article_text": "JURULATIH angkat berat kebangsaan, Yon Haryono yakin skuad angkat berat negara yang bakal beraksi di Sukan SEA dan kelayakan Sukan Olimpik bebas penggunaan bahan terlarang.Ia kerana dua badang yang akan beraksi di Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan bermula 3-13 Mei ini yang merupakan kelayakan ke Olimpik Paris 2024 dan lima badang ke Sukan SEA bermula 5-17 Mei di Phnom Penh menjalani ujian doping setiap bulan.\u201cMemang Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengambil sampel air kencing sebulan sekali, jadi saya yakin tiada isu doping,\u201d katanya kepada pemberita sempena lawatan Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA Sharon Wee ke latihan skuad angkat berat pada Rabu.Walaupun hanya Muhammad Erry Hidayat berlatih di bawah pengawasannya di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil manakala atlet lain berlatih di negeri masing-masing, namun beliau yakin jurulatih di negeri juga faham akan tanggungjawab membendung gejala doping.Yon berkata, jurulatih di negeri juga perlu sentiasa memberikan nasihat dan kesedaran kepada anak buah masing-masing mengenai risiko doping serta kesannya kerana sukan itu kerap terpalit dengan penggunaan bahan terlarang.\u201cSebagai jurulatih, kita tak boleh berhenti beri pengetahuan bahawa tidak boleh terlibat dengan penggunaan bahan terlarang, kerana pertamanya masa depan hancur, seterusnya rosakkan kesihatan dan mengancam sukan angkat berat di Malaysia kerana mungkin digantung oleh badan dunia.\u201cUntuk meningkatkan prestasi, bukan doping (caranya), kita kena berlatih, jaga pemakanan, jaga pengambilan suplemen dan rehat yang cukup. Disiplin menjadi faktor utama untuk elak doping, bukan hanya ketika latihan tetapi pada setiap masa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 09:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249895/berita/sukan/piala-sultan-selangor-kembali-temui-peminat-selepas-tiga-tahun", "article_title": "Piala Sultan Selangor kembali temui peminat selepas tiga tahun", "article_text": "KEJOHANAN Piala Sultan Selangor bakal menemui peminat bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 28 Oktober depan.Perlawanan bola sepak persahabatan edisi ke-19 itu kembali dianjurkan selepas tiga tahun susulan pandemik.Pengerusi dan Pengurus Pasukan Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, kejohanan yang diilhamkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah itu melibatkan pertembungan antara pasukan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura bagi merebut piala berprestij tersebut serta wang tunai RM80,000.Turut menjadi tumpuan ialah perlawanan pasukan veteran antara Selangor dan Singapura sebagai acara pembuka tirai.\u201cKejohanan Piala Sultan Selangor amat diminati dan ditunggu oleh peminat bola sepak, dapat mengimbau sejarah pertembungan Selangor-Singapura dan menyaksikan aksi-aksi veteran legenda bola sepak Selangor dan Singapura,\u201d katanya kepada pemberita selepas pertemuan dan penyerahan surat watikah pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) Piala Sultan Selangor baharu yang diperkenan Sultan Sharafuddin di Shah Alam pada Rabu.Abd Karim berkata, kejohanan akan dimulakan dengan perlawanan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura pada jam 8 malam, diikuti perlawanan utama antara Pilihan Selangor berdepan Pilihan Singapura pada 9 malam.Bagaimanapun, katanya Perlawanan Gabungan Sekolah Selangor menentang Gabungan Sekolah Singapura tidak diadakan tahun ini.Beliau menjangkakan seramai 70,000 pengunjung membanjiri stadium bagi menyaksikan perlawanan bersejarah tersebut.\u201cSultan Selangor sangat prihatin dengan keselamatan pengunjung yang dijangka meningkat di acara tersebut, oleh itu, kawalan keselamatan kali ini mendapat kerjasama dua pasukan polis membabitkan Polis Kontigen Selangor dan Kuala Lumpur,\u201d katanya.Beliau berkata, kali terakhir Piala Sultan Selangor diadakan pada 2019, Pilihan Selangor merangkul kejuaraan dengan menundukkan Pilihan Singapura 1-0. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 09:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249891/berita/sukan/langkah-kanan-zii-jia-di-birmingham", "article_title": "Langkah kanan Zii Jia di Birmingham", "article_text": "PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Seluruh England selepas mengalahkan Sitthikom Thammasin dari Thailand pada Rabu.Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia mempamerkan aksi mantap untuk melakar kemenangan 21-21, 21-15 dalam pertembungan yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham itu.Pengalaman yang dimiliki Zii Jia memisahkan mereka, biarpun Sitthikom yang berada di ranking ke-33 dunia cuba memberi saingan sengit.Ia permulaan positif buat pemain dari Alor Setar, Kedah itu untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan badminton tertua dunia itu.Pemain berusia 25 tahun itu masih dihantui badi kalah awal setelah mengalami kekalahan keempat berturut-turut dengan terbaharu di Terbuka Jerman minggu lalu.Zii Jia sebelum ini kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia dan India serta Masters Indonesia.Pada pusingan seterusnya, Zii Jia dijangka menentang Kenta Nishimito dari Jepun atau atau pemain Kanada, Brian Yang untuk meraih tiket ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 08:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249889/berita/sukan/aksi-sengit-selangor-jdt", "article_title": "Aksi sengit Selangor, JDT", "article_text": "SELANGOR FC dilihat mampu menjadi pencabar terkuat kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) yang gah meneraju Liga Super setelah melakar empat kemenangan bersih setakat ini.Bagaimanapun skuad Gergasi Merah bakal berdepan tentangan sengit JDT pada aksi tumpuan minggu ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, skuad Harimau Selatan sudah pasti mahu mengekalkan momentum kemenangan biarpun beraksi di laman lawan.Justeru beliau berkata, jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe perlu merangka strategik terbaik untuk mengekang asakan pasukan lawan selain mengintai peluang untuk menjaringkan gol.\u201cPerlu berhati-hati dengan corak serangan JDT. Mustahil Selangor mahu bertahan di laman sendiri. Mental dan fizikal bertahan perlu kuat. Ada peluang, buat serangan balas dan cuba hasilkan gol.\u201cKesemua 14 jurulatih Liga Super akan mengamalkan corak bertahan apabila bertemu JDT. Mereka tiada simpati apabila menyerang, ada peluang, gol akan terhasil. Inilah bola sepak sebenar,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Menurut Azraai, perlawanan itu juga penting buat Cheng Hoe untuk mengekalkan rekod tanpa kalah bermula awal musim ini dan keputusan seri sudah pasti melegakan buat skuad Gergasi Merah.\u201cPara penyokong Selangor juga mahu melihat kewibawaan Cheng Hoe membuat persiapan dan membentuk pasukan kuat. Ini ujian sebenar buat Selangor. Andai keputusan seri, Alhamdulillah,\u201d katanya.Azraai berkata, JDT yang dibimbing Estaban Solari itu berada dalam kelas tersendiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) menerusi barisan pemain yang berkualiti.Tambahnya, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan perancangan teliti untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat.\u201cNak jadi kelab elit inilah yang perlu dilakukan dan ia wajar dicontohi oleh pasukan lain. Percaturan rapi, tiada ruang buat pasukan lain untuk menang.\u201cSebuah pasukan yang mantap. Pemain gantian pun berkualiti setanding pemain utama. Pasukan lain banyak kelemahan, pemain import tidak berkualiti dan macam-macam lagi masalah,\u201d katanya.Justeru Azraai melihat peluang JDT untuk menyapu bersih kesemua empat trofi seperti dilakukan musim lalu adalah cerah.\u201cMereka bersedia pada bila bila masa dan di mana sahaja. JDT memiliki mentaliti menang,\u201d katanya.Pada musim 2023 skuad Harimau Selatan menyambar gelaran Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 08:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249888/berita/sukan/kom-patut-bincang-sebelum-letak-sasaran", "article_title": "KOM patut bincang sebelum letak sasaran", "article_text": "KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sepatutnya berbincang dahulu dengan atlet sebelum menetapkan sasaran pingat untuk Sukan SEA 2023 Kemboja, kata jaguh lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin.Pemenang pingat emas Sukan SEA lima kali berturut-turut itu berkata, hingga sekarang tiada apa-apa perbincangan mengenai persiapan dan perancangan daripada pihak persatuan untuk temasya yang akan berlangsung 5 hingga17 Mei ini.Mengulas mengenai sasaran 10 emas yang ditetapkan oleh KOM, Muhammad Irfan yang merupakan pemenang pingat perak Kejohanan Asia 2017, mempersoalkan daripada acara apakah pingat itu bakal hadir.\u201cPihak persatuan patutnya beritahu sasaran pingat itu menerusi acara apa, dan bincang dengan atlet yang terlibat bagaimana hendak mencapai sasaran itu, serta apa yang diperlukan untuk mencapai sasaran. Buat masa ini, tiada apa-apa perbincangan dengan saya, hanya ada minta salinan pasport.\u201cMacam KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) buat \u2018townhall\u2019 untuk bincang persediaan. Jadi persatuan pun perlu ambil tanggungjawab tanya apa masalah yang dihadapi oleh atlet,\u201d katanya kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA Kemboja, Sharon Wee di MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.Muhammad Irfan, 27, berkata, tidak mustahil untuk mencapai sasaran 10 emas itu, namun KOM harus membantu atlet dari segi persiapan dan perancangan menjelang temasya dwitahunan berkenaan.\u201cSaya gembira kalau kita dapat 10 emas kerana ada banyak atlet muda kali ini. Mereka mempunyai harapan yang tinggi, tetapi jika (persiapan) tergantung, mereka mungkin patah semangat, macam dulu saya terpaksa merayu untuk menyertai kejohanan di luar negara.\u201cAdalah lebih baik kalau mereka maklumkan ini sasaran dan matlamatnya, baru kita tahu mereka serius dan mempunyai misi yang sama,\u201d katanya.Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan sasaran 10 emas itu pada Jun tahun lepas, lebih kurang dua minggu selepas kembali menerajui badan induk olahraga itu,Pada Sukan SEA lepas yang diadakan di Hanoi, Vietnam pada Mei 2022, skuad olahraga negara sekadar meraih lima daripada keseluruhan 47 pingat emas yang ditawarkan bagi acara trek dan padang.Sementara itu, Muhammad Irfan berkata, beliau menyasarkan untuk mempertahankan emasnya di Phnom Penh, sebagai pemanas badan untuk mencapai misi pingat di Kejohanan Asia di Pattaya, Thailand bermula 12\u201316 Julai dan Sukan Asia Hangzhou, China bermula 23 Sept hingga 8 Ogos ini.\u201cSaya berharap dapat bebas daripada sebarang kecederaan kerana musim ini agak panjang iaitu hingga Sukan Asia. Sekarang saya banyak fokus pada teknik, kerana dari segi kekuatan tak ada banyak masalah,\u201d katanya yang meraih emas acara lempar cakera lelaki sejak Sukan SEA 2013 Myanmar. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 08:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249884/berita/sukan/khm-bawa-masuk-pakar-pukulan-sudut-penalti-dari-australia", "article_title": "KHM bawa masuk pakar pukulan sudut penalti dari Australia", "article_text": "MISI serampang dua mata Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) apabila mengumumkan penyertaan pakar sudut penalti dari Australia, Chris Ciriello ke dalam skuad Malaysian Tigers.Penyertaan Ciriello bagi memantapkan lagi skuad lelaki negara dalam misi memburu slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Ciriello mempunyai sentuhan yang mampu membantu skuad negara mempertajamkan teknik pukulan sudut penalti.\"Saya nak maklumkan kita bawa Chris Ciriello untuk membantu menajamkan lagi pukulan sudut penalti.\"Dia akan bekerjasama dengan bekas pakar pukulan sudut penalti kita, Amin Rahim dan jurulatih yang lain,\" katanya dalam sidang media memperkenalkan Ciriello di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.Menurut Subahan, kehadiran Ciriello juga akan menjadi penghubung buat Malaysian Tigers dengan Australia\"Kehadiran Ciriello juga akan memudahkan kita untuk berurusan dengan Australia. Kita banyak hantar pasukan berlatih di sana berbanding Eropah sebab murah,\" katanya.Ciriello mempunyai rekod cemerlang ketika bergelar pemain apabila menghasilkan 116 gol daripada 199 penampilan bersama Australia.Dia juga pernah menggalas tugas sebagai pembantu jurulatih merangkap jurulatih analisis pasukan India dari tahun 2018 sehingga 2021.Dalam pada itu, Ciriello akan menggunakan pengalaman dan pengetahuannya bagi membantu meningkatkan prestasi skuad hoki negara.\"Para pemain mempunyai potensi yang besar. Mereka laju cuma skuad ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga pakar sudut penalti.\"Skuad ini juga bagus, namun masih ada ruang penambahbaikan untuk memperbaiki lagi prestasi mereka,\" ujar Ciriello.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 07:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249874/berita/sukan/azizulhasni-lupakan-aksi-di-kaherah-akibat-kecederaan", "article_title": "Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah akibat kecederaan", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.Prospek emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berusia 35 tahun itu berkata, keputusan menarik diri terpaksa dibuat atas nasihat doktor dan mengambil kira beberapa faktor lain selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di sana.Bagaimanapun, pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diberi julukan 'Pocket Rocketman' itu tidak menyatakan kecederaan yang dialaminya.\"Demi memberi ruang mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis (Muhammad Fadhil Mohd Zonis).\"Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini (Kaherah),\" menurut hantaran Facebook miliknya pada Rabu.Mohd Azizulhasni muncul wakil tunggal skuad kebangsaan membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia bulan lepas.Kejohanan di Kaherah bermula hari ini hingga Jumaat sebelum beralih Milton, Kanada pada 20 hingga 23 April depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 06:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249870/berita/sukan/tiket-harimau-malaya-lawan-turkmenistan-hong-kong-mula-dijual", "article_title": "Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual", "article_text": "MULAI hari ini, peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad negara menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor, hujung bulan ini.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, boleh didapati hanya secara dalam talian menerusi laman sesawang https://www.tickethotline.com.my/. Kenyataan itu juga menyatakan tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium membabitkan perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 itu. Skuad Harimau Malaya bakal beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Turkmenistan pada 23 Mac sebelum menentang Hong Kong bagi aksi kedua 28 Mac, kedua-duanya di Stadium Sultan Ibrahim. Dua aksi persahabatan tersebut adalah sebahagian persiapan anak buah Kim Pan Gon untuk menghadapi Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari tahun depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249852/berita/sukan/jangan-ulangi-kesilapan-sama-lagi", "article_title": "Jangan ulangi kesilapan sama lagi", "article_text": "PEMAIN Terengganu FC (TFC) diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan mudah apabila menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Khamis.Penolong pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, skuad Penyu perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 2 Mac lalu, supaya dapat pulang dengan tiga mata penuh.\u201cKita perlu berhati-hati dengan Negeri Sembilan kerana mereka dibarisi pemain berpengalaman ditambah kelebihan beraksi di laman sendiri.\u201cSaya harap pemain dapat fokus daripada awal hingga minit terakhir permainan. Jangan ulangi kesilapan sama ketika di Kedah yang menyebabkan kita dihukum dengan kekalahan tipis,\u201d katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada Selasa.Sementara itu, Badrul Afzan menegaskan kemenangan pertama dilakar TFC ke atas PDRM FC Sabtu lalu, tidak boleh menjadikan pemain terlalu selesa.Sebaliknya jelas Badrul Afzan, skuad Penyu perlu meningkatkan mutu permainan bagi memastikan momentum kemenangan berterusan.\u201cJadi untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan, TFC berkemungkinan besar mengekalkan gandingan Jordan Mintah dan Adisak Kraisorn di bahagian serangan, memandangkan Mintah yang diturunkan pertama kali pada perlawanan menentang PDRM FC, menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.\u201cNamun, kita perlu tunggu Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner tentukan barisan kesebelasan utama. Prestasi semasa latihan juga perlu dinilai sebelum keputusan akhir,\u201d katanya.Badrul Afzan turut mengucapkan tahniah kepada pemain muda, Syafiq Ismail kerana terpilih ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya.\u201cIni adalah kali pertama Syafiq tersenarai dalam skuad senior. Ia adalah satu motivasi untuk beliau dan pasukan Terengganu.\u201cSaya harap beliau dapat panggilan dan berpeluang menimba pengalaman di peringkat lebih tinggi,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 04:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249849/berita/sukan/hospital-al-sultan-abdullah-juara-sulung", "article_title": "Hospital Al Sultan Abdullah juara sulung", "article_text": "HOSPITAL Al Sultan Abdullah muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2023 yang julung kali diadakan melibatkan penyertaan staf di seluruh sistem UiTM Cawangan Selangor (UCS).Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, penglibatan lebih 1,000 staf merangkumi pengurusan kontinjen dan atlet bagi program yang diinisiatifkan Unit Sukan UCS itu bermula pada 11 Februari dan melabuhkan tirainya pada 26 Februari.\"Sebanyak sembilan acara sukan dipertandingkan seperti bola sepak sembilan sebelah, bola jaring, bola tampar, dart, tenis, badminton, pingpong, karom dan petanque.\"UCS juga sedang dalam usaha merangka pelan bagi melaksanakan program-program sukan berbentuk kebersamaan, kemuafakatan, semangat ukhuwah dan kekitaan sekali gus menyasarkan peningkatan indeks keceriaan serta kegembiraan dalam kalangan staf.\"Program perintis ini dijangka diteruskan bagi tahun-tahun mendatang sebagai program tahunan di UCS,\" katanya.Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah KASSUS 2023 disempurnakan Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr Badrul Isa, bertujuan meraikan kejayaan para atlet dalam kalangan staf yang telah mewakili dan mengharumkan nama jabatan, fakulti dan kolej pengajian dalam acara yang dipertandingkan.Hospital Al Sultan Abdullah yang muncul juara keseluruhan bagi kejohanan sulung meraih tujuh pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 04:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249845/berita/sukan/ramadan-tak-jejas-persiapan-atlet-sukan-sea---cdm", "article_title": "Ramadan tak jejas persiapan atlet Sukan SEA - CDM", "article_text": "KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ali optimis persiapan atlet negara untuk ke Sukan SEA Kemboja 2023 tidak terjejas menjelang Ramadan minggu depan.Nasir memberi jaminan ia tidak akan mengganggu program latihan atlet sepanjang bulan puasa yang dijadualkan bermula pada 23 Mac.\u201cKami sangat teruja melihat atlet ini begitu komited dengan latihan mereka. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati melihat persiapan mereka untuk Sukan SEA berjalan dengan baik.\u201cIa berdasarkan laporan yang saya terima daripada setiap pegawai sukan.\u201cKita ada kurang 10 hari lagi sebelum bulan puasa. Memang ada beberapa kekangan dari segi program dan jadual latihan, tetapi jurulatih bersedia untuk membuat pelarasan,\u201d katanya.Nasir ditemui media ketika melawat pasukan gimnastik, taekwondo, wushu dan sepak takraw di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.Beliau diiringi timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.Temasya dwitahunan itu dijadualkan bermula 5 hingga 17 Mei.Nasir turut menyifatkan Sukan SEA tahun ini memberi kelebihan kepada atlet yang bertanding pada edisi di Hanoi sebelum ini yang turut diadakan pada Mei\u201cSaya melihatnya sebagai satu perkara yang baik. Walaupun Sukan SEA Hanoi sudah setahun berlalu, namun saya percaya atlet kita mampu mengekalkan momentum persaingan mereka.\u201cMereka hanya perlu merancang latihan dengan betul bagi mencapai kemuncak pada masa yang sesuai. Saya tidak melihat ini sebagai kelemahan, tetapi lebih kepada kelebihan. Atlet baharu perlu menyesuaikan diri,\u201d tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 04:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249801/berita/sukan/pemain-leipzig-terkedu-diratah-city", "article_title": "Pemain Leipzig terkedu 'diratah' City", "article_text": "PEMAIN RB Leipzig terkedu ketika menjadi 'lauk' Manchester City yang diterajui oleh Erling Haaland ketika dibelasah 7-0 di laman sendiri untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.Pemain pertahanan, Benjamin Henrichs bagai hilang kata-kata ketika pasukannya 'diratah' sedemikian rupa dan ia pertama kali berlaku dalam kariernya.\"Kami teruk 'dibaham' di sini. Saya tidak pernah kalah sebanyak ini sepanjang karier,\" katanya.Haaland beraksi cemerlang apabila meledak lima gol, termasuk hatrik pada babak pertama ketika City membelasah lawan dari Jerman itu seterusnya layak dengan agregat 8-1.Henrichs tidak dapat menjelaskan bagaimana pasukannya teruk dibelasah dalam perlawanan itu selepas terikat 1-1 pada aksi pertama.Tambahnya, Haaland yang berhijrah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund ke City musim lalu menguasai Leipzig dengan kelebihan fizikalnya.\"Dia mempunyai kekuatan fizikal. Sukar disekat dan memberikan kesukaran dalam perlawanan.\"Cara dia bermain menunjukkan kualiti sebenarnya,\" ujar Henrichs.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 01:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249781/berita/sukan/arteta-fokus-mentaliti-menang", "article_title": "Arteta fokus mentaliti menang", "article_text": "ARSENAL tidak akan mengendurkan semangat mereka untuk memburu kejuaraan Eropah dan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama sejak kali terakhir memenanginya pada edisi 2003/04.Pengurusnya, Mikel Arteta optimis The Gunners mampu bersaing dalam kedua-dua kejohanan tersebut.\"Keutamaan kami adalah kedua-dua kejohanan,\" ujar Arteta.Berbaki 11 aksi EPL, Arsenal ketika ini menerajui carta dengan lima mata berbanding pasukan tangga kedua, Manchester City.Kelab London itu mempunyai pilihan untuk fokus kepada trofi EPL dan mengenepikan pemburuan gelaran di peringkat Eropah.Arteta bagaimanapun mempunyai pilihan sendiri iaitu mahu mengekalkan budaya kemenangan yang kian pudar sejak dua dekad lalu.The Gunners menanti kunjungan Sporting Lisbon pada aksi kedua saingan 16 terakhir Liga Europa awal pagi Jumaat ini.Persaingan kedua-dua pasukan masih terbuka selepas terikat 2-2 di Portugal minggu lalu.\"Cara terbaik untuk bersedia bagi sebarang kejohanan ialah menang perlawanan sebelumnya.\"Ia bagi mendapat keyakinan dan emosi yang betul untuk perlawanan seterusnya,\" ujar Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 11:42am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249766/berita/sukan/united-minta-naikkan-harga-tawaran-rm3265-bilion", "article_title": "United minta naikkan harga tawaran RM32.65 bilion", "article_text": "MANCHESTER United mengadakan pertemuan dengan bakal pelabur yang berminat untuk membeli kelab itu bagi membincangkan alasan di sebalik harga tinggi dikenakan oleh Keluarga Glazer.Sebelum ini, Keluarga Glazers menetapkan \u00a36 bilion (RM32.65 bilion) untuk mereka yang ingin mengambil alih United dari tangan mereka.Bagaimanapun, kedua-dua pelabur berpotensi itu tidak mengemukakan tawaran setinggi itu.Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani hanya mengemukakan sekitar \u00a34.5 bilion (RM24.49 bilion) untuk membeli 100 peratus saham United manakala tawaran Sir Jim Ratcliffe juga tidak setinggi jangkaan Glazers.Seperti dilaporkan oleh ESPN, United bertemu dengan wakil kedua-dua pelabur untuk menjelaskan mengapa mereka menetapkan harga tersebut dan salah satu perkara diketengahkan ialah kumpulan penyokong mereka yang tersebar di seluruh dunia.Siri pembentangan itu dijangka selesai hujung minggu ini dan United berharap agar kedua-dua pelabur itu menyemak semula nilai tawaran yang dikemukakan.Sheikh Jassim diketahui bertegas tidak akan membayar harga yang dimahukan Keluarga Glazers kerana mahu mengeluarkan dana untuk mengubahsuai stadium, pangkalan latihan, serta membina pasukan yang kuat supaya United dapat bersaing secara konsisten di arena domestik dan Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249763/berita/sukan/piala-dunia-2026-libatkan-104-perlawanan", "article_title": "Piala Dunia 2026 libatkan 104 perlawanan", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Piala Dunia 2026 akan melibatkan 104 perlawanan berbanding 64 perlawanan selepas format asal diubah dengan 48 pasukan akan mengambil bahagian.Edisi 2026 yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, akan menjadi edisi pertama kejohanan tersebut berlangusng dengan penglibatan 48 pasukan.FIFA turut memutuskan format asal untuk peringkat kumpulan dikekalkan dengan empat pasukan dalam satu kumpulan berbanding tiga pasukan seperti yang dicadangkan sebelum ini.Secara tradisinya, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir tetapi edisi 2026 juga akan mempunyai lapan pasukan terbaik di tempat ketiga mara ke pusingan 32 pasukan terbaik.\"Majlis FIFA sebulat suara meluluskan cadangan pindaan kepada format pertandingan Piala Dunia FIFA 2026.\"Format yang disemak semula mengurangkan risiko dan memastikan semua pasukan bermain sekurang-kurangnya tiga perlawanan, sambil menyediakan masa rehat yang seimbang antara pasukan yang bersaing,\" kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.Sebelum ini, setiap kejohanan Piala Dunia melibatkan 32 pasukan dan yang mara ke perlawanan akhir akan bermain tujuh perlawanan secara keseluruhan.Untuk edisi bermula 2026, pasukan yang berjaya sehingga ke perlawanan akhir akan bermain sebanyak lapan perlawanan keseluruhan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 10:05am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249762/berita/sukan/city-bergaya-mara-ke-suku-akhir", "article_title": "City bergaya mara ke suku akhir", "article_text": "ERLING Haaland tampil cemerlang meledak lima gol untuk membawa Manchester City mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara.Pemain antarabangsa Norway itu membantu City untuk menang 7-0 ke atas RB Leipzig di Stadium Etihad pada Rabu dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir.Haaland juga memecahkan rekod kelab dengan 39 gol dalam semua kejohanan dalam semusim untuk mara ke suku akhir bagi enam musim berturut-turut dengan kemenangan agregat 8-1.\"Semuanya agak kabur dalam kepala saya. Saya tidak ingat gol. Saya hanya ingat melepaskan rembatan dan (tidak) berfikir. Saya sangat letih selepas meraikan jaringan.\"Banyak gol yang terhasil dan saya tidak sangka. Tugas saya hanya menjaringkan gol. Begitu juga dengan gol kedua, ketiga dan setiap gol,\" kata Haaland.Haaland digantikan pada minit ke-63 apabila Pep Guardiola memilih untuk merehatkannya menjelang aksi suku akhir Piala FA menentang Burnley pada Ahad ini.Pemain berusia 22 tahun itu mengakui dia mahu kekal dalam perlawanan dan memburu gol keenam.\"Saya memberitahunya (Guardiola) apabila keluar saya ingin menjaringkan hatrik berganda. Tetapi, apa yang boleh saya lakukan?,\" katanya.Kemenangan City menyamai prestasi terbaik mereka sebelum ini dalam Liga Juara-Juara semasa kemenangan 7-0 ke atas Schalke pada 2019 selain peluang merangkul trofi yang belum pernah mereka menangi.\"Untuk memberi kenyataan bahawa kami boleh menjaringkan tujuh gol dalam pertandingan ini, ia adalah perasaan yang menakjubkan. Kelab ini mahu memenangi Liga Juara-Juara.\"Mereka telah memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali dalam tempoh lima tahun lepas. Mereka tidak membawa saya memenangi Liga Perdana, mereka tahu bagaimana untuk melakukannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 09:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249759/berita/sukan/inter-lega-mara-ke-suku-akhir-liga-juara-juara", "article_title": "Inter lega mara ke suku akhir Liga Juara-Juara", "article_text": "KELAB Itali, Inter Milan boleh menarik nafas lega apabila mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad.Kejayaan itu diraih setelah Inter melepasi halangan Porto selepas terikat tanpa jaringan untuk membawa skuad bimbingan Simeone Inzaghi meraih kemenangan menerusi agregat 1-0.Biarpun beraksi di laman sendiri, Stadium Dragao tidak membantu juara Portugal itu memadam defisit tipis daripada aksi pertama di Itali.Inter yang beraksi penuh disiplin seakan berpuas hati untuk mengekalkan kelebihan satu jaringan mereka dan tidak berdepan cabaran besar sehingga masa tambahan.\"Kami mempamerkan aksi yang sangat baik. Mereka kekal berdisiplin hingga hujung perlawanan. Satu penghormatan buat semua pemain,\" ujar Inzaghi.Menerusi kejayaan itu, Inter menyertai seteru setempat AC Milan ke suku akhir buat kali pertama sejak 2006.\"Dalam bola sepak, nasib juga penting. Pada aksi timbal balik kami layak untuk mara.\"Kami akan beraksi di suku akhir dengan penuh keyakinan,\" kata Inzaghi.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 09:29am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249747/berita/sukan/misi-julang-maruah-negara", "article_title": "Misi julang maruah negara", "article_text": "KONTINJEN negara bakal tampil dengan misi serampang dua mata apabila menyingkap cabaran pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, misi pertama memperbaiki pencapaian pingat dan kedudukan keseluruhan berbanding edisi Hanoi tahun lalu.Katanya, dia percaya kontinjen negara tidak akan berhadapan masalah untuk merealisasikan misi tersebut memandangkan atlet-atlet yang menggalas cabaran dalam keadaan bersedia dan tahap lebih baik berbanding edisi Hanoi.\u201cSukan SEA Kemboja 2023 merupakan kesinambungan Sukan SEA Hanoi tahun lalu. Dari segi persiapan, atlet-atlet sepatutnya telah bersedia memberi persembahan lebih baik.\u201cDan berdasarkan pergerakan serta latihan atlet berjalan seperti biasa, maka saya dan rakan-rakan percaya kontinjen kali ini mampu meraih pencapaian lebih baik bukan sahaja daripada jumlah pingat, malah dari segi kedudukan keseluruhan.\u201cItu memang harapan saya dan timbalan saya yang akan bekerja keras. Bagi tujuan itu, kita bukan sahaja ingin berkomunikasi dan pantau atlet yang dipilih ke Kemboja tetapi juga berinteraksi lebih dekat dengan pengurus serta jurulatih.\u201cInsya-ALLAH, kami juga yakin kontinjen negara akan mencapai misi dengan sokongan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara,\u201d katanya selepas penyerahan watikah pemilihan kepada wakil atlet dan pegawai kontinjen negara di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya pada Isnin.Edisi Singapura 2015 merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia di luar negara apabila membawa pulang 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa, sekali gus mengakhiri cabaran di kedudukan keempat keseluruhan.Bagi edisi Hanoi tahun lalu, menyaksikan kontinjen Malaysia meraih kedudukan keenam dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.Malaysia akan menghantar 677 atlet (403 lelaki, 274 wanita) dan 237 pegawai ke Sukan SEA 2023 di Phnom Penh kali ini.Temasya kali ini bakal menjadi penyertaan ketiga terbesar kontinjen Malaysia di luar negara dari segi saiz atlet selepas edisi 2007 Korat, Thailand yang disertai oleh 820 atlet dan edisi 2019 Filipina disertai seramai 772 atlet.Saiz kontinjen terbesar Malaysia dalam sejarah Sukan SEA adalah pada edisi 2017 Kuala Lumpur yang diwakili oleh 845 atlet dan 294 pegawai, manakala edisi lepas di Hanoi menyaksikan 584 atlet serta 272 pegawai mewakili negara.Sementara itu, Mohd Nasir mengakui kontinjen negara juga berdepan beberapa kekangan selepas beberapa sukan yang diletakkan prospek emas digugurkan pada temasya kali ini.\u201cKita juga kehilangan beberapa pingat apabila acara yang berpotensi dalam sukan seperti bina badan, terjun, muay thai dan gimnastik sama ada tidak dipertandingkan atau dikurangkan acara kali ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 08:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249756/berita/sukan/tze-yong-lepasi-ujian-awal-di-seluruh-england", "article_title": "Tze Yong lepasi ujian awal di Seluruh England", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong memulakan kempen kejuaraan Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada Rabu dengan langkah kanan.Tze Yong mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik kejuaraan selepas menjinakkan pemain dari Indonesia, Shesar Rhustavito 21-9, 21-12 dalam masa 36 minit di Utilita Arena Birmingham.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pada edisi 2023 ini apabila ditunjukkan jalan keluar dalam aksi 66 minit.Vivian-Chiew Sien terpaksa mengalah kepada pengalaman pasangan, Margot Lambert-Anne Tran dalam perlawanan tiga set.Beregu wanita negara bermula baik pada set pertama sebelum dipaksa menyerah 21-19 kepada lawan dari Perancis itu.Namun begitu, Vivian-Chiew Sien kemudian mendapat momentum apabila menang set kedua 21-18 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.Pada set ketiga, kedua-dua pasangan saling mengejar mata yang akhirnya menyaksikan kemenangan berpihak Margot Lambert-Anne Tran, 21-15, sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 08:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249754/berita/sukan/dua-beregu-negara-mara-pusingan-kedua-seluruh-england", "article_title": "Dua beregu negara mara pusingan kedua Seluruh England", "article_text": "BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin unggul meloloskan diri ke pusingan kedua kejuaraan Seluruh England 2023 selepas menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin, di Birmingham, malam tadi.Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, Ee Yi-Yew Sin, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras untuk menunjukkan jalan keluar kepada pasangan Taiwan itu apabila terpaksa bertarung sehingga ke set penentuan 12-21, 21-16, 21-18 selama 57 minit pada pusingan pertama.Pasangan yang berada pada ranking kelapan dunia itu akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Muhammad Shohubul Fikri-Bagas Maulana dari Indonesia, bagi merebut tiket ke suku akhir, Khamis ini.Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga cemerlang apabila mara ke pusingan kedua dengan mudah menundukkan pasangan Indonesia, Rinov Rinaldy-Pitha Haningtyas Mentari, dalam perlawanan straight set, 21-19, 21-18.Turun sebagai pilihan keenam kejohanan, Kian Meng-Pei Jing akan bertemu pasangan yang berada di ranking ke-16 dunia dan naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun, pada pusingan kedua esok.Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, beregu Jepun itu pernah menewaskan Kian Meng-Pei Jing yang kini menghuni tangga keenam dunia, sekali pada Terbuka Perancis pada Oktober lalu.Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, tewas mengejut pada pusingan pertama kepada pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 13-21, 21-15, 15-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mengalami nasib yang sama apabila ditundukkan pasangan Jepun, Yuki -Misaki dari Jepun, 19-21, 24-22, 17-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 07:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249737/berita/sukan/real-madrid-bermain-untuk-menang", "article_title": "Real Madrid bermain untuk menang", "article_text": "PENYANDANG juara Real Madrid tidak akan memandangkan rendah keupayaan Liverpool dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.Malah tegas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti kelebihan tiga gol dibawa gergasi Sepanyol daripada perlawanan pertama di Anfield tidak memberikan sebarangan jaminan kemaraan.Real Madrid sebelum ini mengintai kejuaraan Liga Juara-Juara ke-15 menyaksikan juara Sepanyol dan Eropah itu bangkit daripada ketinggalan untuk melengkapkan kemenangan 5-2 di Anfield bulan lalu.Namun Ancelotti berkata, pemainnya tidak akan lupa bahawa mereka perlu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memperoleh kemenangan.Jelasnya, Liverpool mampu untuk mencetuskan kekecewaan dramatik Liga Juara-Juara seandainya Los Blancos memandangkan rendah keupayaan pelawat.\u201cKami perlu memulakan permainan dengan lebih baik daripada yang kami lakukan di Anfield. Cari keseimbangan antara pertahanan dan serangan kerana kami telah pun melihat apa yang berlaku dalam tempoh 15 minit pertama semasa kunjungan di sana.\u201cKita tidak boleh tertidur dan mencari keseimbangan yang betul dan jangan bermain dengan keputusan dalam fikiran kita. Kami bukan sahaja akan pergi ke sana dan bertahan, kami perlu menggembirakan penyokong-penyokong kami.\u201cJadi kami akan melangkah ke padang dengan fokus dari minit pertama dan akan bermain untuk kemenangan. Tidak ada jalan lain,\u201d kata Ancelotti pada sidang akhbar.Turut segar dalam fikiran Ancelotti ialah perlawanan suku akhir musim lalu menentang Chelsea, apabila Real memenangi perlawanan pertama 3-1 di London namun ketinggalan 0-3 di laman sendiri, terpaksa bangkit untuk mendapatkan keputusan 3-2 yang memastikan tempat dalam separuh akhir.\u201cPerlawanan Chelsea sangat hidup sentiasa dalam fikiran kami\u201cIa akan membantu kami bermain permainan berbeza (pada Khamis)... Kami tidak akan bermain permainan tertutup, bermain bola sepak serangan terbaik kami. Pemain faham itu. Itulah sebabnya saya fikir ia akan menjadi permainan terbuka.\u201cKami perlu melakukan kedua-dua perkara dengan baik: bertahan dan menyerang, tetapi kami lebih memikirkan tentang serangan,\u201d kata Ancelotti.Sementara itu, pemain pertahanan Antonio Ruediger, yang merupakan pemain Chelsea musim lalu, bersetuju dengan pengurusnya tentang sikap yang perlu diambil oleh pasukan itu.\u201cKami perlu menghampiri perlawanan dengan lebih baik daripada yang kami lakukan di Anfield, kami tidak mampu untuk tertidur, kami melihat apa yang berlaku.\u201cApabila anda bermain menentang Real Madrid, anda merasakan sesuatu yang berbeza dalam suasana Stadium Santiago Bernabeu.\u201cBagi saya adalah satu penghormatan untuk berada di sini dan bermain dengan rakan sepasukan seperti (Karim) Benzema dan (Luka) Modric. Kami akan bermain yang terbaik untuk mara,\u201d kata Ruediger.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Mac 2023 12:26am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249732/berita/sukan/juara-dunia-halangan-pemburuan-emas-muhammad-sharul", "article_title": "Juara dunia halangan pemburuan emas Muhammad Sharul", "article_text": "MUHAMMAD Sharul Aimy menjadi prospek utama pingat emas skuad gimnastik artistik lelaki negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada 5 hingga 17 Mei depan.Namun, ia bukan mudah kerana beliau bakal berdepan pesaing hebat yang juga juara dunia Carlos Yulo dari Filipina.Jurulatih kebangsaan, Ng Shu Liang bagaimanapun yakin Muhammad Sharul yang juga finalis disiplin melombol Sukan Komanwel Brimingham 2022 berpotensi menyumbang emas berdasarkan prestasi dan pengalaman dimiliki gimnas itu.Shu Liang berkata, selain Muhammad Sharul, seorang lagi gimnas Luqman Al Hafiz Zulfa juga berpotensi memenangi pingat walaupun kedua-dua anak buahnya itu akan berdepan saingan sengit daripada Yulo.\"Atlet paling kuat dan paling berpeluang (emas) ialah Muhammad Sharul dalam melombol. Dia finalis Sukan Komanwel tahun lepas, finalis FIG Apparatus World Cup di Cottbus, Jerman (bulan lepas) dan dapat gangsa (kekuda berpelana) pada Sukan SEA lepas, jadi dialah yang ada peluang paling tinggi.\"Atlet lain seperti Luqman pun baik kerana boleh main (beraksi) pelbagai disiplin... tetapi kita ada lawan sangat kuat (Yulo) dari Filipina. Baru-baru ini dalam FIG Apparatus World Cup di Baku, dia (Yulo) menang dua emas... dia ibarat tiga gimnas (artistik) terbaik dunia,\" katanya ketika ditemui pada sesi lawatan Ketua Kontinjen, Datuk Mohd Nasir Ali ke venue latihan skuad gimnastik di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Selasa.Shu Liang berkata, halangan besar skuad negara adalah Yulo yang muncul juara dunia dalam senaman lantai Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman sebelum mengulangi kejayaan sama pada edisi 2021 di Kitakyushu, Jepun dalam melombol.Pada FIG Apparatus World Cup di Cottbus bulan lepas, Yulo, 23, sekadar meraih pingat gangsa dalam palang sejajar, namun bangkit menggondol tiga emas di FIG Apparatus World Cup masing-masing di Doha, Qatar (senaman lantai) dan Baku, Azerbaijan (melombol dan palang sejajar) bulan ini.Menurut Shu Liang, Yulo yang hebat dalam acara kegemarannya melombol, turut mencipta sensasi apabila membolot lima pingat emas pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam yang lepas.Mengenai keputusan mengehadkan seorang gimnas hanya boleh menyertai dua acara individu pada edisi kali ini, Shu Liang berkata: \"Saya tak pasti macam mana peraturan ini boleh beri manfaat kepada pasukan kerana atlet yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara kita akan tahu pada hari pertandingan.Selain Muhammad Sharul dan Luqman, skuad negara ke Phnom Penh dibarisi Ng Chun Chen, Teoh Chuen Feng serta dua atlet baharu iaitu Ally Hamuda dan Syakir Aiman Subri.Pada Sukan SEA Hanoi, skuad lelaki kebangsaan meraih satu perak dan satu gangsa masing-masing menerusi Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul dalam kekuda berpelana.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 10:56pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249731/berita/sukan/malayan-tigress-hangatkan-persiapan-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Malayan Tigress hangatkan persiapan Sukan SEA Kemboja", "article_text": "KETUA jurulatih bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zoubi, memanggil 47 pemain untuk menyertai sesi percubaan dan pemilihan skuad Malayan Tigress bermula Selasa.Sesi tersebut selama empat hari itu sehingga Jumaat ini berlangsung di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Petaling Jaya.FAM menerusi catatan di Facebook rasminya memaklumkan sesi tersebut sebagai persiapan awal skuad Malayan Tigress mengharungi cabaran Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja, Mei ini.Lima pemain dari skuad yang beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 di Phnom Penh baru-baru ini iaitu S Thivashini, Kanchenjeet Kaur, Lauren Hoh Ruyi, Nur Amirah Abdul Rahman dan Nur Najwa Irdina Zaidi turut dipanggil menyertai sesi percubaan dan pemilihan itu.\u201cSelain itu, barisan pemain ini juga telah terpilih berdasarkan pemerhatian Soleen dalam Festival Bola Sepak Wanita Serantau FAM dan Liga Super Wanita Selangor.\u201cSepanjang sesi pemilihan itu, barisan pemain yang dipilih perlu menjalani pelbagai ujian kecergasan seperti ujian kepantasan serta 'strength and power' selain latihan intensif di padang,\u201d menurut catatan itu.Sebagai rekod, FAM mengambil keputusan tidak menghantar skuad wanita negara menyertai Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas atas faktor prestasi dalam dua edisi terdahulu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 10:48pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249729/berita/sukan/liverpool-naikkan-harga-tiket-buat-kali-pertama-tempoh-8-tahun", "article_title": "Liverpool naikkan harga tiket buat kali pertama tempoh 8 tahun", "article_text": "LIVERPOOL akan menaikkan harga tiket musimnya musim depan buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun berikutan peningkatan kos, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.Kelab itu akan terus membekukan harga untuk junior dan jualan am tempatan, yang akan kekal pada \u00a39 setiap tiket, dan ia berkata tidak lebih daripada \u00a317 akan ditambah kepada harga tiket musim.\u201cPeningkatan ini adalah hasil daripada peningkatan kos yang ketara di seluruh kelab\u201cDalam lima tahun lalu, kos operasi tahunan untuk Anfield telah meningkat hampir 40 peratus dan kos utiliti meningkat 100 peratus musim ini,\u201d kata Liverpool dalam satu kenyataan.Sementara itu, Lembaga Penyokong LFC menyifatkan kenaikan harga itu sebagai kejam, tidak adil, tidak munasabah dan tidak adil di tengah-tengah krisis kos sara hidup di Britain, di mana inflasi tahunan kekal melebihi 10 peratus.\u201cPeningkatan ini juga berlaku pada masa LFC melaporkan hasil rekod, peningkatan pendapatan tajaan dan peningkatan ketara daripada kejayaan di padang,\u201d kata Lembaga Penyokong.Lembaga penyokong berkata, ia telah mencadangkan alternatif seperti perjanjian penajaan dan hak penamaan tetap untuk menjana pendapatan bersamaan dengan kenaikan harga 2 peratus.Liverpool kini di tempat keenam dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, akan kehilangan pendapatan Liga Juara-Juara musim depan jika mereka gagal memenangi pertandingan itu atau menamatkan saingan di empat teratas liga domestik.The Reds asuhan Jurgen Klopp akan bertandang ke Real Madrid pada awal pagi Khamis untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara, selepas tewas pada perlawanan pertama 5-2 di tempat sendiri pada pertengahan Februari lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 10:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249726/berita/sukan/andrew-cipta-sensasi-di-kolam-renang", "article_title": "Andrew cipta sensasi di kolam renang", "article_text": "PERENANG muda negara, Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada Selasa.Lebih manis perenang berusia 19 tahun mencatatkan masa 28.10 saat (s) untuk memadam rekod Wong Fu Kang 28.59s pada 2016, sekali gus melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) untuk menempah tiket ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, pada 14 hingga 30 Julai ini.Atlet kelahiran Selangor itu yang bakal membuat penampilan pertama ke Sukan SEA di Kemboja, Mei ini, bagaimanapun, sekadar menduduki tempat ketiga selepas perenang Indonesia, Felix Viktor Iberle, mengungguli emas (27.65s) diikuti perenang Namibia, Ronan Zuberge Wantenaar (27.84s).Andrew, yang juga pemenang emas Kejohanan Renang Peringkat Umur Asia Tenggara 2022, berkata beliau tidak menjangkakan mampu mencapai impiannya ke persada dunia dan berpuas hati dengan pencapaiannya kerana usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil.\"Sudah pasti matlamat jangka panjang saya untuk layak ke kejohanan dunia dan Olimpik sejak saya berusia tujuh tahun dan kini berusia 19 tahun ia adalah impian menjadi kenyataan. Hasil bimbingan jurulatih, saya berlatih dengan gigih dan akhirnya usaha ini berbaloi,\" katanya selepas saingan tersebut.Sepanjang empat hari kejohanan bermula Jumaat lepas, Andrew berjaya menggondol lima pingat iaitu dua gangsa bagi acara 50m dan 200m kuak dada, tiga perak bagi acara 4x100m gaya bebas dan 4x100m rampaian berganti-ganti serta 4x200m gaya bebas berganti-ganti.Sementara itu, perenang negara, Khiew Hoe Yean, sekali lagi menampilkan prestasi cemerlang apabila berjaya memperoleh pingat perak acara 100m kuak lentang lelaki dengan catatan masa 57.12s.Beliau ditinggalkan perenang Taiwan, Liang-Yun Wu, yang mencatat masa terpantas 56.44s manakala tempat ketiga disambar perenang Sarawak, Hii Puong Wei, dengan merekodkan masa 58.79s. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 10:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249725/berita/sukan/kejayaan-michelle-yeoh-sumber-inspirasi", "article_title": "Kejayaan Michelle Yeoh sumber inspirasi", "article_text": "LEGENDA skuasy negara, Datuk Nicol David, berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, kelmarin, akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.Bekas jaguh dunia berusia 39 tahun itu berkata, atlet perlu mempunyai visi untuk menjadi yang terbaik dan berhasrat menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul Anugerah Laureus, sebaris bintang antarabangsa seperti Roger Federer, Usain Bolt, Tiger Woods dan Serena Williams.Nicol, bekas juara dunia sebanyak lapan kali berkata, tiada jalan pintas untuk atlet mencapai kemuncak selain berusaha keras dalam bidang sukan masing-masing, ditambah dengan dorongan dan sokongan semua pihak.\"Saya pernah disenarai pendek pada 2014, tetapi bukan dalam senarai pendek terakhir. Ia adalah salah satu tahun terbaik saya tetapi malangnya, kadang-kadang ia bergantung juga pada jenis sukan.\"Kadang-kadang, pengiktirafan Anugerah Laureus diberikan kepada jenis sukan dan atlet yang lebih popular...jadi saya harap atlet Malaysia kita akan bangkit dan dikenali seperti Michelle Yeoh,\" katanya kepada pemberita selepas tayangan media khas dokumentari bersiri bertajuk 'Little Legends', pada Selasa.Michelle, 60, aktres Hollywood kelahiran Malaysia, menjadi bintang Asia pertama merangkul Oscar Pelakon Wanita Terbaik menerusi wataknya dalam filem berjudul ' Everything Everywhere All At Once'.Beliau menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).Sementara itu, dokumentari lima siri 'Little Lengends' itu mengisahkan inisiatif Nicol selepas persaraan yang telah memberi kesan kepada masyarakat dan kanak-kanak untuk membina nilai yang lebih kukuh dan berkembang melalui kuasa sukan.Dokumentari itu akan disiarkan setiap Sabtu mulai 18 Mac di Astro Arena (Saluran 801) jam 3 petang dan Astro SuperSport (Saluran 811) pada jam 6 petang.Bahagian pertama akan memaparkan perjalanan ratu skuasy negara itu ketika berusia lima tahun di Pulau Pinang sebelum menjadi salah satu 'gergasi' sukan itu.\"Saya sangat bertuah kerana telah mencapai impian saya semasa membesar dan sekarang saya tidak dapat mencari cara yang lebih baik daripada berkongsi semua pengetahuan yang saya peroleh daripada mentor dan jurulatih saya dengan generasi akan datang.\"Impian saya adalah untuk melihat generasi anak muda yang percaya mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka idamkan,\" katanya.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang hadir pada tayangan khas itu, berharap usaha itu akan memberi inspirasi kepada generasi muda baharu untuk mengejar impian mereka dalam sukan skuasy.\"Kisah Nicol memberi inspirasi dan menaikkan semangat. Komitmen Nicol untuk bukan sahaja mencapai kehebatan sebagai pemain skuasy tetapi juga menyokong pembangunan akar umbi melalui organisasinya dengan membuka jalan kepada masa depan pemain skuasy Malaysia,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 10:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249717/berita/sukan/lapan-muka-baharu-safawi-tersisih", "article_title": "Lapan muka baharu, Safawi \u2018tersisih\u2019", "article_text": "SERAMAI lapan muka baharu termasuk dua pemain naturalisasi baharu dari Brazil iaitu kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Endrick dos Santos bakal mewarnai skuad Harimau Malaya kali ini.Dua pemain itu terdiri daripada 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 18 Mac ini.Senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa merupakan persediaan mengharungi perlawanan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac disusuli menentang Hong Kong pada 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Bagaimanapun, kapten Harimau Malaya yang kini beraksi bersama kelab Ratchaburi FC di Thailand, Safawi Rasid \u2018tercicir\u2019 daripada senarai.Dua lagi pemain yang membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan ialah penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel dan Damien Lim (Sabah FC).Turut berpeluang membuktikan kemampuan ialah Fayadh Zulkifli Amin (Kedah Darul Aman FC), pemain JDT yang dipinjamkan ke Sabah FC, Daniel Ting dan pemain muda Harimau Selatan, Feroz Baharudin.Pemain kacukan Finland-Malaysia, Nooa Laine yang bermain bersama SJK Seinajoki dalam saingan divisyen satu Liga Finland turut dipanggil.Ketua jurulatih dari Korea Selatan itu turut mengekalkan sembilan daripada 23 pemain yang menggalas cabaran Harimau Malaya pada Piala AFF 2022 akhir tahun lalu.Mereka ialah empat pemain Selangor FC iaitu Faisal Halim, Khuzaimi Piee, Quentin Cheng dan Brendan Gan selain tiga pemain Sabah FC, Darren Lok, Dominic Tan dan Stuart Wilkin.Turut tersenarai ialah penjaga gol baharu JDT, Syihan Hazmi serta bekas pemain Petaling Jaya City yang kini bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz.Pan-gon turut memanggil semula pemain yang membantu Harimau Malaya melakar sejarah mara ke pentas Asia selepas 43 tahun.Mereka ialah lapan pemain JDT termasuk trio benteng pertahanan, Shahrul Saad, Corbin-Ong dan Matthew Davies selain dua pemain sayap Akhyar Rashid dan Arif Aiman Hanapi.Bagai sireh pulang ke gagang, Syamer Kutty Abba yang pulih daripada kecederaan turut berada dalam senarai selain Syahmi Safari dan penyerang Syafiq Ahmad.Turut berada dalam senarai ialah Dion Cools yang kini mewakili Buriram United di Thailand serta pemain tengah Sri Pahang, Nor Azam Azih.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 09:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249681/berita/sukan/kbs-laksana-kelas-renang-untuk-kanak-kanak-golongan-b40", "article_title": "KBS laksana kelas renang untuk kanak-kanak golongan B40", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.\"Program berkenaan akan dilaksanakan sepanjang tahun di negeri yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas. Berdasarkan data sedia ada, kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.\"Oleh sebab itu, saya meminta KBS untuk memastikan infrastruktur... kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan kita akan guna untuk membantu golongan B40 menghadiri kes secara percuma,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.Menurutnya dengan langkah itu, kes lemas semasa cuti sekolah dapat elak serta dikurangkan dan kementerian sedang meneliti kawasan yang dipilih nanti mempunyai data yang tinggi menunjukkan kanak-kanak di kawasan itu tiada tempat untuk rekreasi atau bermain.Sementara itu, peruntukan bagi KBS dalam Belanjawan 2023 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini.Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Antara Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan itu ialah Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), Syerleena Abdul Rashid (PH-Pulau Pinang) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 06:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249662/berita/sukan/juara-dunia-wushu-teruja-tampil-di-sukan-sea", "article_title": "Juara dunia wushu teruja tampil di Sukan SEA", "article_text": "MENGIKUT kebiasaannya, seseorang atlet akan memulakan karier antarabangsa menerusi Sukan SEA sebelum beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.Namun, ia bukan laluan bagi Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 Tan Cheong Min.Atlet wushu berusia 24 tahun itu sudah terlebih dahulu muncul juara dunia dan beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, namun hanya akan membuat penampilan pertama Sukan SEA di Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.Ia berikutan acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina dan Vietnam pada 2021.Cheong Min yang menjadi atlet wushu pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan akan beraksi dalam acara Nanquan/Nangun dan Nandao individu serta Duilian berpasukan pada temasya kali ini.\u201cAkhirnya saya dapat mewakili negara ke Sukan SEA untuk melengkapkan penyertaan dalam semua peringkat. Seperti setiap atlet, matlamatnya adalah untuk meraih emas, tetapi yang lebih penting saya mahu mempamerkan prestasi yang baik untuk mengelakkan potongan mata atau kesilapan.\u201cSudah pastinya cabaran sengit akan hadir daripada peserta Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Namun, yang paling penting adalah berjuang dengan diri sendiri kerana walaupun ada skill hebat, tapi kalau mental tak bagus ketika pertandingan, tak guna juga,\u201d katanya.Cheong Min yang beraksi cemerlang di Kejohanan Dunia 2019 di Shanghai, China, dengan membawa pulang emas acara Nandao serta perak bagi Nanquan dan Duilian bersama Phoon Eyin dan Loh Ying Ting, berkata acara Nandao dan Nangun digabungkan menjadi acara menawarkan satu pingat di Sukan SEA.Skuad wushu negara dijadualkan menyertai latihan selama sebulan di China sebagai persiapan untuk Sukan SEA, diikuti Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditunda setahun dari 23 September hingga 8 Oktober tahun ini.\u201cBuat masa ini, persiapan sudah capai 80 peratus, mungkin selepas latihan di China, akan capai 100 peratus. Sukan SEA ini sebenarnya lebih kepada kejohanan pemanas badan untuk pemilihan ke Sukan Asia nanti,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 05:11pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249648/berita/sukan/tonik-semangat-buat-skuad-kenari", "article_title": "Tonik semangat buat skuad Kenari", "article_text": "TIGA mata diraih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika menewaskan Kelantan United 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin disifatkan satu tonik semangat buat skuad Kenari tersebut.Penolong pengendali KDA FC, Victor Andrag berkata, kemenangan ketiga liga selepas mengharungi empat perlawanan itu amat penting dalam meningkatkan motivasi pasukan yang terpalit dengan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.\u201cSebenarnya walaupun KDA tanpa pengendali Nafuzi Zain, namun perancangan taktikal datangnya daripada dia, dan pemain-pemain menterjemahkan dengan sempurna dalam perlawanan ini.\u201cTahniah kepada pemain-pemain Kedah kembali ke prestasi sebenar dalam perlawanan malam ini dan akhirnya kembali melakar rentak kemenangan yang sememangnya penting untuk moral team bagi perlawanan di laman sendiri nanti.\u201cKemenangan sememangnya amat cukup bermakna selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut yang menyaksikan prestasi merudum sebelum ini.\u201cTahniah juga buat Kelantan United juga yang telah memberikan saingan sengit kepada KDA sehingga perlawanan tamat,\u201d katanya kepada pemberita selepas perlawanan pada Isnin.KDA raih tiga mata di Kota Bharu hasil jaringan Willian Lira minit ke-34, penalti Manuel Hidalgo (m-45) dan Al Hafiz Harun (m-79), manakala Kelantan United merapatkan defisit menerusi Devid Silva (m-21) dan penalti Yan Victor (m-88).Anak buah Nafuzi sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut bermula dijinakkan 0-1 PDRM FC dalam perlawanan Liga Super yang menyaksikan dua layangan kad merah diterima tuan rumah Manuel Ott dan Nafuzi di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 4 Mac lalu.Nasib malang terus menimpa KDA apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Piala FA setelah tewas 3-4 menerusi penentuan penalti kepada Penang FC setelah terikat 2-2 sehingga masa tambahan di Stadium Darul Aman 8 Mac.Pada masa sama Victor menegaskan jaringan yang terhasil dalam perlawanan tersebut adalah komitmen dalam kalangan pemain Hijau Kuning.Katanya, peluang dicipta juga keberkesanan daripada taktikal yang dipraktikkan pasukan sepanjang perlawanan ini.\u201cGol KDA terhasil dari asakan dan peluang yang diterjemahkan dalam bentuk jaringan dalam kalangan pemain.\u201cKita juga berjaya memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pemain Kelantan United apabila menghukum pasukan lawan dengan jaringan,\u201d katanya.Pada masa sama Victor juga merendah diri apabila menegaskan KDA bukan pasukan pencabar kejuaraan pada musim ini selepas berada di kedudukan keempat liga.Sebaliknya tegas Victor, fokus utama Hijau Kuning pada masa ini adalah untuk mengekalkan tahap konsisten dalam setiap perlawanan.\u201cSetiap pasukan dalam saingan liga biarpun berada di kedudukan terbawah atau teratas masing-masing akan berusaha memberikan cabaran sengit kepada KDA.\u201cJadi KDA perlu fokus memberikan persembahan konsisten dari satu perlawanan ke satu perlawanan bagi meraih keputusan positif dalam baki saingan musim ini,\u201d katanya.KDA akan melayan kunjungan Kuching City di Stadium Darul Aman, pada Jumaat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 04:28pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249640/berita/sukan/robertson-ikut-jejak-bapa-datuk-wakili-australia", "article_title": "Robertson ikut jejak bapa, datuk wakili Australia", "article_text": "PEMAIN tengah Manchester City, Alex Robertson dijangka mengikut langkah bapa dan datuknya mewakili Australia selepas dipanggil menyertai Socceroos menjelang dua aksi persahabatan menentang Ecuador akhir bulan ini.Pemain berusia 19 tahun itu, dilahirkan di Scotland ketika bapanya menyarung jersi Dundee dan dibesarkan di New South Wales, Australia serta mewakili England pada peringkat bawah umur sebelum ini.Bapanya, Father Mark, juga pemain tengah, memenangi satu cap bersama Australia dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun pada 2001, manakala datuknya Alex tampil dalam siri perlawanan pertunjukan pada 1984.Robertson, yang masih belum bermain untuk pasukan utama City juga layak menyertai Scotland melalui sijil kelahirannya dan Peru melalui ibunya, namun menunjukkan kesetiaannya bersama Australia.\u201cApabila saya menghubungi dan memberitahunya saya mahu memilihnya untuk bersama skuad bagi perlawanan Ecuador ini, dia terus sahaja memberi maklum balas \u2018Arnie, saya sudah tidak sabar'.\u201cSaya percaya dia telah menyesuaikan diri dengan Australia, dan saya pasti sebaik sahaja dia menyarung jersi Socceroos dan merasakan lencana di dada, pasti hanya satu negara di hatinya,\" kata pengendali Australia, Graham Arnold.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 04:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249606/berita/sukan/united-tak-rayu-kad-merah-casemiro", "article_title": "United tak rayu kad merah Casemiro", "article_text": "MANCHESTER United tidak berhasrat untuk mengemukakan rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas Casemiro selepas pemain itu dilayangkan kad merah ketika menentang Southampton hujung minggu lalu.Semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan Casemiro selayaknya mendapat kad merah kerana terjahan berbahaya ke atas Carlos Alcaraz dalam babak pertama perlawanan di Old Trafford itu.Pengurus United, Erik ten Hag mempertikai keputusan tersebut selepas perlawanan dengan mendakwa terjahan yang dilakukan pemain berusia 31 tahun itu 'keras tetapi bersih' dan melabel keputusan itu sebagai 'boleh dipertikaikan'.Bagaimanapun United pada awal pagi Selasa mengesahkan tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan pemain tengah itu kerana menganggap mereka 'tidak memiliki peluang besar untuk mengubah penggantungan itu'.Pemain Brazil itu turut dilayangkan kad merah ketika United menewaskan Crystal Palace 2-1 bulan lalu.Layangan kad merah itu menjadikan Casemiro pemain pertama kelab tersebut menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Nemanja Vidic menerima nasib sama dalam kempen 2013/14.Kad merah keduanya dalam kempen kali ini menyaksikan Casemiro perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik.Dia bakal terlepas aksi suku akhir Piala FA menentang Fulham hujung minggu ini selain tiga aksi liga bertemu Newcastle United, Brentford dan Everton.Bagaimanapun Casemiro dijangka boleh beraksi ketika Red Devils berkunjung ke laman Real Betis bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa pada awal pagi Jumaat ini.United berada dalam kedudukan selesa apabila membawa bekalan besar selepas melakar kemenangan 4-1 di Old Trafford minggu lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 02:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249598/berita/sukan/hazard-tagih-peluang-beraksi", "article_title": "Hazard tagih peluang beraksi", "article_text": "PENYERANG Real Madrid, Eden Hazard merayu untuk meraih minit permainan selepas tidak beraksi sejak tahun lalu.Pemain berusia 32 tahun itu ketika ini seperti 'terperangkap dalam lingkaran' setelah lama tidak menikmati aksi domestik dan Eropah.Hazard tidak beraksi dalam saingan La Liga atau Liga Juara-Juara sejak Piala Dunia Qatar tahun lalu.\u201cSatu-satunya perkara yang boleh mengangkat saya keluar daripada lingkaran ini ialah minit permainan.\"Saya tahu tidak akan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama, namun saya berharap dapat beraksi,\u201d katanya.Hazard masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Real setelah keluar dari Chelsea pada 2019.Dia juga mengakui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih, Carlo Ancelotti, namun masih mahu kekal bersama Real Madrid.\u201cSaya tidak bercakap dengan jurulatih.\u201cSaya mahu kekal di sini dan membuktikan masih boleh bermain bola sepak biarpun ada yang meragui kemampuan saya,\u201d katanya.Hazard berkata, beberapa rakan sepasukan menasihatinya untuk berpindah, namun dia mahu kekal di Real dan tidak akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan seterusnya.\u201cSaya tidak meminta diturunkan sepenuh masa, cuma saya mahu rasa masih berguna buat pasukan,\u201d ujarnya.Hazard mengumumkan berundur daripada aksi di pentas antarabangsa bersama Belgium selepas Piala Dunia Qatar tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 01:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249580/berita/sukan/chelsea-anjur-jamuan-berbuka-puasa-di-stadium-stamford-bridge", "article_title": "Chelsea anjur jamuan berbuka puasa di Stadium Stamford Bridge", "article_text": "KELAB Liga Perdana Inggeris Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung kalinya di stadium Stamford Bridge pada 26 Mac, beberapa hari selepas Ramadan tiba.\"Sejumlah jemaah dari masjid tempatan dan ahli komuniti Islam serta penyokong Chelsea termasuk pelajar sekolah dijemput hadir, bersama-sama kakitangan Chelsea FC,\" lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kelab gergasi itu pada Isnin.Ketua Yayasan Chelsea Simon Taylor berkata pihaknya \"berbesar hati\" menganjurkan jamuan buka puasa secara terbuka dan tidak sabar mengalu-alukan kehadiran semua orang.Acara itu dilaksanakan dengan kerjasama 'Ramadan Tent Project,' sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.Pada 2021, Chelsea melancarkan kempen \"No To Hate\" dan menggalakkan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2023 11:28am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249548/berita/sukan/kemarau-kemenangan-kelantan-united-berterusan", "article_title": "Kemarau kemenangan Kelantan United berterusan", "article_text": "Hasrat Kelantan United untuk mengakhiri kemarau kemenangan saingan Liga Super musim ini masih belum kesampaian apabila dijinakkan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-3 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.Biarpun anak buah Tom\u00e1\u0161 Trucha terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan David Silva pada minit ke-21, namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila KDA kendalian Nafuzi Zain meledak dua selepas itu.Jaringan Willian Lira minit ke-34 diikuti penalti Manuel Hidalgo (m-45) membolehkan Sang Kenari memimpin perlawanan separuh masa pertama.Separuh masa kedua, The Green Deers yang sebelum itu berada di tangga tercorot liga dengan satu mata selepas mengharungi tiga perlawanan kembali memperkemaskan permainan.Bagaimanapun, KDA yang turun tanpa kapten Manuel Ott akibat digantung perlawanan termasuk dipalit kekalahan aksi liga 0-1 kepada PDRM FC sebelum ditunjukan jalan keluar Penang FC dari pusingan pertama Piala FA ternyata lebih garang.Hasilnya Al-Hafiz Harun melebarkan jaringan buat pelawat menerusi gol pada minit ke-79 sebelum anak buah Trucha mengurangkan defisit menerusi penalti Yan Victor pada minit ke-88.Tiga mata diraih KDA di Kota Bharu menyaksikan Hijau Kuning kini menduduki tangga keempat liga dengan sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 11:43pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249534/berita/sukan/road-to-gold-mampu-tambah-baik-misi-emas-sulung-olimpik", "article_title": "Road to Gold mampu 'tambah baik' misi emas sulung Olimpik", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyambut baik program Road to Gold - projek baharu yang diperkenal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam misi meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik.Malah, Azizulhasni mengakui program itu mampu mengisi kelompongan membabitkan keperluan atlet negara dalam usaha meraih emas pertama dalam temasya Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.\"Saya menyahut baik inisiatif baharu program Road To Gold yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh.\"Apa yang saya sedia maklum, program ini mempunyai mekanisma yang sedikit berlainan dengan program-program sebelum ini yang mana jawatankuasa terpilih mempunyai kredibiliti, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam sukan prestasi tinggi.\"Saya telah terbabit dalam pelbagai program latihan dan saya tak kata program yang dirangka sebelum ini tidak bagus. Tetapi jika kita masih membawa pendekatan lama, maka ia akan menghasilkan hasil yang sama.Saya berharap sistem baharu yang diperkenalkan ini dapat membawa impak positif kepada semua yang terlibat dan dapat membantu atlet dan jurulatih kita untuk beraksi dengan cemerlang di Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat emas untuk negara,\" katanya.Pada masa sama, Azizulhasni berharap program sedemikian mampu memotivasikan setiap atlet dalam menghadirkan kilauan emas pertama buat kontinjen Malaysia di pentas Sukan Olimpik.\"Saya dah berusia dan Paris 2024 nanti Sukan Olimpik terakhir saya. Kalau boleh saya nak bawa pulang pingat emas buat kontinjen Malaysia. Tetap saya juga menaruh harapan kepada atlet lain.\"Saya harap dengan adanya program ini dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh atlet dan membuka peluang merealisasikan impian terutama membutirkan pingat emas Sukan Olimpik,\" ujarnya.Stuart (dua dari kiri) menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.Belum masanya umum senarai atlet, peruntukan projek Road to GoldJika tiada sebarang masalah, Pasukan Projek Road to Gold dijangka membentangkan senarai nama atlet dan jumlah peruntukan bagi 'projek baharu' itu dalam tempoh tiga minggu lagi.Penyelaras Projek Road to Gold, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memerlukan tiga minggu untuk meneliti senarai atlet termasuk aspek keperluan dan bantuan yang akan disalurkan nanti.\u201cKami akan mengadakan beberapa perjumpaan bersama pihak berkaitan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mendapatkan gambaran jelas berkaitan gerak kerja yang dilakukan.\u201cMesyuarat pertama yang bakal diadakan nanti adalah membabitkan perbincangan dalaman bersama MSN, ISN serta pihak berkaitan. Kita juga akan senarai pendek atlet yang berpotensi membawa pulang pingat untuk negara dan akan dibentang pada mesyuarat itu.\u201cPenyelarasan bajet dan keperluan sokongan turut akan dinyatakan, namun tidak boleh diumumkan sekarang kerana memerlukan tempoh dua atau tiga minggu,\u201d katanya.Pada masa sama, Stuart berkata, peruntukan keseluruhan projek itu masih belum dapat diumumkan dalam masa terdekat memandangkan pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci membabitkan keperluan dan senarai atlet Road to Gold.\u201cKita akan mengumumkan peruntukan untuk projek ini sebaik mendapat maklumat terperinci. Sekarang kita mahu meneliti senarai atlet yang berpotensi memenangi emas (Olimpik) untuk negara,\u201d jelasnya.Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan pembentukan Pasukan Projek Road to Gold bagi menyelaras usaha meraih pingat emas Olimpik di Paris 2024 dan Los Angeles 2028.Jawatankuasa Road to Gold itu yang terdiri daripada bekas atlet dan beberapa individu berwibawa dalam arena sukan, akan memberi tumpuan kepada program persediaan meliputi latihan harian, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.Stuart yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dilantik sebagai Penyelaras Projek Road to Gold, manakala CEO Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai dipilih sebagai pembantunya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 08:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249533/berita/sukan/malaysia-pertaruh-677-atlet-ke-kemboja", "article_title": "Malaysia pertaruh 677 atlet ke Kemboja", "article_text": "MALAYSIA akan menghantar kontinjen seramai 677 atlet dipacu 237 pegawai bagi menyahut cabaran pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei depan.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, penyertaan kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA kali ini dibarisi majoriti atlet muda.\"Menerusi proses saringan dalam Jawatankuasa Pemilihan MOM yang bersidang pada 14 Februari dan 3 Mac lalu, hanya 390 atlet dan 150 pegawai memenuhi kriteria kelayakan Kategori A.\"Namun, Jawatankuasa Pemilihan MOM bersetuju meluluskan penyertaan 287 atlet dan 87 pegawai pasukan mengikut Kategori B selepas mengambil kira permohonan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) dengan syarat persatuan membiayai latihan dan perjalanan ke Kemboja.\"Senarai atlet dan pegawai pasukan ini termasuk wakil tujuh persatuan bukan ahli gabungan MOM iaitu finswimming, catur xiangqi, E-sports, jetski, sukan tempur \u2013 jiujitsu, kickboxing dan obstacle race,\" katanya selepas penyerahkan watikah pemilihan kepada wakil kepada atlet dan pegawai kontinjen negara di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya pada Isnin.Hadir sama Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali serta dua timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.Untuk rekod, olahraga membentuk skuad terbesar ke Kemboja dengan penyertaan seramai 34 atlet yang layak mengikut Kategori A, manakala 31 atlet lagi di bawah Kategori B.Majoriti anggota kontinjen merangkumi sukan berpasukan seperti badminton, bola keranjang, kriket, floorball, bola sepak, hoki padang, hoki dalam dewan dan bola tampar.Menurut Mohamad Norza, kategori A bagi atlet individu mestilah sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan tiga teratas dalam acara masing-masing dan empat kedudukan teratas bagi atlet berpasukan dalam ranking Asia Tenggara.\"Bagi Kategori B atlet individu dan berpasukan Bawah 23 tahun mestilah berada dalam enam kedudukan teratas acara masing-masing dalam senarai ranking Asia Tenggara berbanding lapan kedudukan teratas kriteria terdahulu.\"MOM juga memberi kelonggaran kepada atlet muda yang beraksi cemerlang di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dan berada dalam kedudukan enam teratas di Asia Tenggara, untuk disenaraikan di bawah Kategori B sebagai proses pendedahan menjelang Sukan Asia Tenggara Ke-33 Bangkok 2025 dan Sukan SEA Ke-34 Kuala Lumpur 2027.\u201cKebenaran yang diberikan dan pemilihan ini jangan dipersia-siakan kerana Sukan SEA menjadi medan pengenalan ke sukan antarabangsa sebelum mengintai peluang ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Peluang ini harus direbut,\u201d katanya yang memaklumkan sasaran pingat akan diumumkan pada April ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 08:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249522/berita/sukan/kisona-buru-kedudukan-20-terbaik-dunia", "article_title": "Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia", "article_text": "PEMAIN perseorangan wanita negara, S. Kisona memasang hasrat untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia tahun ini.Pemain berusia 24 tahun itu optimis mampu mengejar kedudukan itu melihat kepada corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu, Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan yang kebanyakannya lelaki.Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu berkata, beliau juga kini lebih bersemangat memburu kedudukan tersebut selepas menerima tajaan sebanyak RM100,000 daripada syarikat pemaju hartanah, Matrix Concept Holdings Bhd, pada Isnin.\"Ia satu harapan baharu dalam perjalanan karier (profesional) saya sekarang. Saya mempunyai sasaran untuk mendapatkan keputusan yang bagus.\"Sudah tentu ia mencabar kerana pada tahun lepas, corak permainan saya berbanding pemain negara yang lain ketinggalan jauh,\u201d katanya selepas majlis penyerahan tajaan daripada Matrix Concepts di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini pada Isnin.Kisona yang kini berada di ranking ke-48 dunia berkata, beliau akan berusaha keras untuk mengejar kedudukan tersebut.Pada Disember lepas, Kisona membuat keputusan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihan di bahagian kakinya selain memerlukan masa lebih fleksibel bagi meneruskan kerjaya dalam badminton.Beliau dijadual menyertai kejohanan pertamanya musim ini di Terbuka Switzerland pada hujung bulan ini dan akan berdepan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani pada pusingan kelayakan.Terdahulu, majlis tajaan itu turut dihadiri Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 06:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249459/berita/sukan/mtd-volley-juara-kejohanan-bola-tampar-lelaki-terbuka-kluang-2023", "article_title": "MTD Volley juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023", "article_text": "PASUKAN MTD Volley muncul juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023 Piala Madani yang diadakan di Stadium Tertutup Kluang di sini pada Ahad.Kemenangan tersebut membolehkan pasukan MTD Vollet membawa pulang wang tunai RM3,000 selain piala dan medal.Pasukan ATM Gladiators pula bergelar Naib Juara dengan membawa wang tunai RM2,000 dan medal, manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan DRVC (RM700 dan medal) sementara tempat keempat milik pasukan BBVC (RM400 dan medal).Kejohanan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad itu dianjurkan Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Johor.Pengerusi Pekasih Johor, Jaafar Matek berkata, penyampaian piala dan medal untuk pasukan Juara disempurnakan Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.\"Sebanyak 12 pasukan yang terdiri dari kelab-kelab bola tampar di Johor dan Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 02:16pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249436/berita/sukan/liverpool-tekad-benam-real-madrid", "article_title": "Liverpool tekad benam Real Madrid", "article_text": "LIVERPOOL tiada pilihan dan perlu memberikan yang terbaik ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Khamis ini untuk meraih kemenangan.Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold berkata, The Reds perlu bangkit selepas menampilkan aksi longlai ketika tewas 0-1 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.The Reds akan bertandang ke Real dengan misi sukar mengubah defisit selepas tewas perlawanan pertama 2-5 di Anfield.\"Ia sesuatu yang penting untuk kami. Kami perlu pergi ke sana dan melakukan sesuatu yang istimewa untuk menang.\"Semua tumpuan kami adalah semata-mata untuk perlawanan Real Madrid dan ini bermakna kami boleh meletakkan segala-galanya ke dalam perlawanan itu kerana kami mempunyai beberapa hari untuk kembali cergas.\"Ia berkisar mengenai memberikan segalanya dan saya fikir itulah yang akan kami lakukan. Kami akan bersedia,\" katanya.Liverpool tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Juara-Juara menentang Real termasuk dikecewakan dalam perlawanan akhir pada musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 01:00pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249433/berita/sukan/juventus-bergelut-atasi-sampdoria", "article_title": "Juventus bergelut atasi Sampdoria", "article_text": "PEMAIN tengah Juventus, Adrien Rabiot menjaringkan gol pada setiap babak untuk memastikan kemenangan 4-2 ke atas kelab tercorot Sampdoria dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz, Turin pada IsninGol Rabiot pada minit ke-26 dan minit 64, Gleison Bremer (m-11) dan Matias Soule (m-94) membolehkan gergasi Itali itu mengumpul 38 mata selepas mengharungi 26 perlawanan.Sementara itu gol saguhati Sampdoria dijaringkan Tommaso Augello (m-31) Filip Duricic (m-32) menyaksikan kekalahan ke-18 liga kelab tersebut untuk terus kekal di kedudukan tercorot dengan 12 mata setelah mengharungi 26 perlawanan.\"Saya percaya pasukan mesti meningkatkan pengurusan dalam permainan...Kami mendahului 2-0, namun kami terpaksa berusaha keras untuk menutup ruang kemudiannya melakukan serangan balas.\"Pemain pertahanan yang lebih senior sepatutnya memberitahu pemain yang lebih muda dan mengembalikan mereka ke posisi semula.'Ini adalah situasi yang anda dapat apabila pemain-pemain tidak mempunyai banyak permainan bersama Juventus,\" kata pengendali Juventus, Massimiliano Allegri.Kemenangan ke-16 aksi liga itu juga menyaksikan Juventus yang musim ini dilanda kecederaan berada dalam kedudukan terbaik untuk mencuri slot terakhir ke saingan Eropah musim depan.Skuad kendalian Allegri kini mempunyai 38 mata dengan empat mata di belakang Atalanta di tempat keenam yang turut mengintai slot Eropah.Juventus tanpa beberapa pemain utama termasuk pemain tengah Paul Pogba yang mengalami kecederaan otot selepas latihan akan diketepikan sehingga selepas rehat antarabangsa.Angel Di Maria, Federico Chiesa dan Alex Sandro turut kehilangan slot kesebelasan utama kerana kecederaan ketika pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas kelab Bundesliga, SC Freiburg dalam aksi Liga Europa pada Jumaat.\"Pagi ini Pogba mengambil sepakan percuma dan berasa sakit pada adductornya. Dia akan menjalani ujian esok tetapi pastinya tidak akan berada di sana pada Jumaat atau Isnin depan jadi kita akan berjumpa dengannya selepas rehat tugasan antarabangsa,\" kata Allegri.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 12:50pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249424/berita/sukan/jdt-tidak-akan-berhenti-cipta-rekod", "article_title": "JDT tidak akan berhenti cipta rekod", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak akan berhenti mencipta kemenangan dan rekod di Liga Malaysia (Liga-M) biarpun sudah mencapai banyak pencapaian membanggakan dalam aksi domestik itu.Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kemenangan itu umpama satu ketagihan sekali gus menjadi motivasi untuk dirinya terus memacu Harimau Selatan.\"Kita tidak boleh penat dalam soal kemenangan. Motivasi saya adalah kemenangan ini seperti satu ketagihan. Ia membuatkan anda mahu capai lebih banyak.\"Sebagai contoh, kami tidak kalah dalam saingan liga sebanyak tiga kali. Selepas itu, kami buat rekod jaringan selain tidak bolos.\"Walaupun kami dah menang banyak trofi, tetapi setiap rekod itu adalah bermakna kerana ia satu pencapaian,\" kata Tunku Ismail menerusi segmen Bekpes Hot di radio Hot FM pada Isnin.JDT yang berstatus juara Liga Super sembilan kali berturut-turut terus bernafsu untuk mengekalkan semua kejuaraan dalam Liga-M musim ini selepas menampilkan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Super.Pasukan kendalian Esteban Solari itu telah meraih empat kemenangan dalam saingan Liga Super selain turut menampilkan belang mereka apabila membelasah Negeri Sembilan FC, 7-0 dan Kelantan FC 5-1.Dalam pada itu, Tunku Ismail juga menegaskan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan turut menjadi keutamaan JDT sekali gus cuba mencipta kejayaan dalam kejohanan tersebut.\"Ia bukan perkara mudah, tetapi sudah tentu ideanya untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia dengan pasukan gergasi dalam Asia,\" katanya.Untuk rekod, JDT berjaya mara ke pusingan 16 terbaik ACL pada musim lalu sebelum langkah mereka dihentikan pasukan Jepun, Urawa Red Diamonds.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 11:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249417/berita/sukan/yee-fatt-dedah-punca-penang-tumbang-di-stadium-bandaraya", "article_title": "Yee Fatt dedah punca Penang tumbang di Stadium Bandaraya", "article_text": "PENGENDALI Penang FC, Chong Yee Fatt menyifatkan ketumpulan bahagian penyudah menyaksikan tuan rumah terpaksa berputih mata ketika tewas 1-2 kepada Selangor FC pada Ahad.Jelasnya, pemain Penang berjaya mencipta peluang dalam perlawanan itu, namun pada pengakhiran setiap peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan untuk tuan rumah.\"Senario tidak hanya berlaku dalam perlawanan menentang Selangor, tetapi juga perlawanan sebelum ini.\"Saya berharap dalam baki perlawanan selepas ini masalah ketumpulan penyudah ini dapat diatasi pemain.\"Selain itu juga Selangor tampak lebih segar apabila memiliki masa rehat lebih awal berbanding Penang yang baru mengharungi perlawanan Piala FA sebelum ini.\"Situasi ini sedikit sebanyak beri kesan kepada persembahan Penang yang berdepan kecederaan dan penggantungan pemain,\" katanya.Pada perlawanan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang itu, Selangor terlebih dulu mendahului menerusi Ayron de Valle pada minit ke-24, sebelum Penang bangkit menyamakan kedudukan melalui Rafael Vitor (m-87).Namun Noor Al-Rawabdeh muncul wira pelawat apabila meledak gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Tan Cheng Hoe.Mengulas mengenai tekanan tanpa sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan, Yee Fatt berkata:\"Tekanan? Tipulah sekiranya saya tiada tekanan...\"Tekanan sebenarnya terutama apabila pasukan beraksi di laman sendiri selepas mengharungi empat perlawanan dengan dua mata, bukan sesuatu yang baik.\"Namun pada pengakhirannya saya bangga dengan pemain Penang FC, dan kami memandang ke hadapan untuk perlawanan seterusnya.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 11:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249415/berita/sukan/kami-tak-risau-kemarau-gol-faisal-halim", "article_title": "'Kami tak risau kemarau gol Faisal Halim'", "article_text": "KEMARAU gol Faisal Halim bersama pasukan baharunya masih berterusan hingga perlawanan keempat Liga Super selepas Selangor FC menewaskan Penang FC, 2-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Ahad.Namun begitu pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe yang tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada bekas mesin gol Terengganu FC (TFC) musim lalu itu tetap tenang percaya pemain lincah tersebut tetap menyumbang sesuatu kepada Gergasi Merah berkenaan.\"Kami barisan kejurulatihan tidak terlalu risau mengenai Faisal Halim sama ada dia menjaringkan gol atau tidak, tapi yang penting sumbangan dia kepada pasukan Selangor cukup penting.\"Pada perlawanan menentang Penang FC, dia memberikan bantuan gol untuk Ayron del Valle jaringan pertama pasukan Selangor, itu sumbangan terbaiknya dalam memastikan tiga mata walaupun dia tidak menjaringkan gol.\"Jadi kami tidak terlalu menekan kepada Faizal Halim untuk menjaringkan gol, sebaliknya paling penting kemenangan buat pasukan Selangor,\" katanya.Pada perlawanan itu Selangor terlebih dulu mendahului menerusi Ayron de Valle pada minit ke-24, sebelum Penang bangkit menyamakan kedudukan melalui Rafael Vitor (m-87).Namun Noor Al-Rawabdeh muncul wira pelawat apabila meledak gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Cheng Hoe.Mengenai persiapan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Jumaat ini, Cheng Hoe berkata, pemain-pemain Gergasi Merah teruja untuk berdepan juara sembilan kali berturut-turut liga tersebut.\"JDT adalah JDT... mereka memiliki pemain yang bagus selain pasukan yang cukup berpengalaman begitu juga kemampuan bahagian serangan sebarang pemain mampu menjaringkan gol.\"Ini merupakan cabaran kepada pemain-pemain, dan saya percaya setiap pasukan yang berdepan JDT cukup bermotivasi untuk memberikan yang terbaik termasuk Selangor.\"Namun sebagai persediaan berdepan JDT, kami harus lebih fokus melakukan kerja rumah selain kembali memulihkan prestasi kerana bermain di sebelah petang dengan cuaca panas yang agak meletihkan. Dan saya yakin Selangor mampu beri saingan dengan kualiti pemain sedia ada pada masa ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 11:13am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249413/berita/sukan/nak-pasukan-yang-bagus-kena-sabar---teong-kim", "article_title": "'Nak pasukan yang bagus kena sabar' - Teong Kim", "article_text": "PENGENDALI pasukan Perak FC, Datuk Lim Teong Kim mahu semua pihak terus memberikan kepercayaan kepadanya dalam usaha membentuk pasukan terbaik.Jelasnya, usaha itu sedang berjalan dan masih memerlukan masa untuk memastikan skuad Perak FC menjadi pasukan yang kuat.Menurutnya, kemenangan ke atas Kuching City FC menaikkan momentum pasukan untuk terus melakar kemenangan pada perlawanan-perlawanan seterusnya.\"Ini pasukan baharu, kita kena bersabar. Jika kita letakkan terlalu banyak tekanan kepada pemain, itu tak akan membantu. Mereka hanya dalam lingkungan umur 21 dan 22 tahun.\"Jadi jika kamu nakkan pasukan yang bagus, kena bersabar, peminat kena bersabar. Biar saya buat kerja saya. Beri saya masa, saya akan bagi pasukan yang terbaik sebab ini merupakan satu proses,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Perak FC menentang Kuching City FC di Stadium Perak di sini pada Ahad.Sementara itu, Teong Kim mahu peminat terus memberikan sokongan dengan memenuhkan Stadium Perak pada perlawanan akan datang.Katanya, sokongan peminat amat penting dalam memberikan semangat dan motivasi kepada pemain.\"Semasa saya main dulu, stadium penuh. Saya tak biasa main stadium tak penuh. Jadi saya mahu penonton datang membantu kami. Kita perlu fans datang seperti dulu. Bagi saya sekarang kemeriahan suasana penyokong berkurang.\"Saya pasti kalau kemeriahan suasana itu ada, ia sesuatu yang bagus untuk membangkitkan semangat dan kesungguhan pemain. Kita perlukan ini semua kerana pemain ke-12 itu penting bagi kami. Saya harap penonton akan datang pada perlawanan akan datang,\" katanya.Sementara itu, kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC menyaksikan Perak FC melonjak ke tangga keenam Liga Super dengan mengutip lima mata selepas empat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 11:01am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249411/berita/sukan/bukan-perak-main-bagus-tapi-kami-yang-teruk", "article_title": "'Bukan Perak main bagus, tapi kami yang teruk'", "article_text": "KUCHING City FC mengakui persembahan kurang memuaskan ketika menentang Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak pada Ahad menyebabkan kekalahan ketiga mereka musim ini.Penolong ketua jurulatihnya, Sulaiman Hussin berkata, pemain gagal mencipta peluang untuk menjaringkan gol sedangkan Perak FC adalah setaraf dengan mereka.Menurutnya, sebarang kesilapan perlu dielakkan dan mentaliti pemain perlu berubah jika pasukan mahu berada di tempat terbaik dalam Liga Super.\"Kita tak boleh terus kalah terutama dengan pasukan-pasukan yang sama level dengan kita seperti Perak. Kita tak boleh lepaskan tiga mata mudah macam ni.\"Bermain dengan Sabah, bermain dengan Selangor, kita boleh terima (kekalahan) sebab mereka pasukan yang bagus. Tapi untuk kalah dengan Perak kita tak boleh terima.\"Empat perlawanan, saya rasa pemain sudah banyak belajar dan mereka akan terus memperbaiki kesilapan dari semasa ke semasa,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Perak FC menentang Kuching City FC di Stadium Perak pada Ahad.Sulaiman berkata, selepas empat perlawanan, pemain perlu bangkit dan matang jika mahu terus bersaing di dalam Liga Super.Menurutnya, corak permainan di Liga Super amat berbeza dengan Liga Premier dan pemain perlu cepat menerima keadaan itu.\"Apabila kita bermain di Liga Super, kita tak ada ruang untuk berfikir. Sekali bola bergerak, kamu sudah berfikir. Kalau nak tunggu bola sampai baru berfikir, lawan dah jauh ke depan.\"Dalam Liga Super kamu tak ada masa. Apabila dapat bola kena fikir tindakan selanjutnya, tak ada masa dan ruang dalam Liga Super untuk seronok bermain,\" katanya.Untuk rekod, Kuching City FC hanya mencatat satu kemenangan dan tiga kekalahan dalam empat perlawanan Liga Super musim ini.Mereka dijadual bertemu Kedah Darul Aman FC pada Jumaat ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 10:50am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249407/berita/sukan/mula-mula-dulu-tak-ada-pemain-nak-masuk-jdt", "article_title": "'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'", "article_text": "PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berdepan kesukaran untuk membawa pemain menyertai pasukan Harimau Selatan itu pada permulaan penubuhan pada 2013.Tunku Ismail berkata, terdapat pemain yang tidak yakin untuk menyertai pasukan JDT selain risau akan berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.\"Mula-mula dulu, tak ada orang nak masuk JDT kerana tidak ada keyakinan sebab mereka takut ini adalah hobi sementara dan selepas itu tak bayar gaji atau ada masalah pada masa akan datang.\"Jadi, susah juga nak meyakinkan pemain-pemain untuk masuk JDT pada mulanya,\" kata Tunku Ismail menerusi segmen Bekpes Hot di radio Hot FM pada Isnin.Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menjelaskan tidak mempunyai pasukan pemantau dalam pemilihan pemain tempatan dan ia dilakukan sendiri olehnya dalam mengenal pasti pemain yang berkualiti.\"Untuk pemilihan pemain tempatan, saya tak pernah ada pasukan pemantau. Saya sendiri yang memilih. Jadi, daripada 2013 itu memang saya tidak kenal satu pun pemain dalam Malaysia.\"Tetapi, Alhamdulillah sejak 2014, saya lebih kenal pemain dan ikuti pemain,\" katanya.Dalam pada itu, Tunku Ismail juga turut mengakui hanya berpuas hati dengan prestasi ditampilkan JDT mulai tahun 2020 apabila pemain sudah mula mampu beradaptasi dengan falsafah pasukan.\"Tahun 2020 baru betul-betul saya berpuas hati dengan cara permainan kami yang mana kami terapkan falsafah dalam pasukan tersebut.\"Untuk adakan falsafah itu, ia bukan semata-mata falsafah sahaja. Ia memerlukan kualiti pemain yang boleh terapkan taktikal tersebut.\"Saya suka pasukan yang padat, tak suka ada 'gap' kat tengah. Sebagai contoh, kita kena agresif dalam serangan balas, tetapi kita juga kena bertahan sebagai satu unit. Itu secara asas falsafah yang kami terapkan dalam JDT,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249401/berita/sukan/arteta-kagum-kualiti-trossard", "article_title": "Arteta kagum kualiti Trossard", "article_text": "MIKEL Arteta memuji 'kepintaran' Leandro Trossard selepas pemain Arsenal itu cemerlang mencipta bantuan untuk setiap gol dalam kemenangan 3-0 pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke atas Fulham pada Ahad.Skuad Arteta kembali berada di puncak liga dengan kelebihan lima mata ke atas pasukan di tempat kedua, Manchester City susulan prestasi mengagumkan Trossard sejak menandatangani kontrak dari Brighton pada Januari.\"Dia mendapat tiga assist dan boleh menjaringkan dua gol. Saya rasa dia sangat mengagumkan.\"Bukan itu sahaja, dia mengalami kecederaan tiga hari lalu yang mungkin mengambil masa seminggu atau 10 hari lagi untuk pulih.\"Tetapi, dia sanggup untuk bermain dan doktor serta kakitangan perubatan melakukan banyak kerja yang baik.\"Ia membuat perbezaan ketara dalam pasukan. Kami memerlukannya hari ini dan sumbangannya sangat hebat,\" katanya.Arsenal telah memenangi lima perlawanan liga berturut-turut sejak tewas kepada City pada Februari dan kini mempunyai 11 perlawanan lagi untuk mengesahkan kejuaraan.Gabriel Jesus turut kembali beraksi sejak menjalani pembedahan lutut berikutan kecederaan ketika bermain untuk Brazil pada kejohanan Piala Dunia lalu.\"Ia adalah satu perkara yang baik dan langkah pertama hari ini. Semalam, saya melihat matanya dan dia berkata 'saya sudah bersedia. Saya berkata 'OK!' Jadi, kami memberikan peluang kepadanya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 10:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249399/berita/sukan/ten-hag-kritik-pengadil-var-punca-united-sekadar-seri", "article_title": "Ten Hag kritik pengadil, VAR punca United sekadar seri", "article_text": "ERIK ten Hag mengkritik keputusan tidak konsisten pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah kepada Casemiro memaksa Manchester United berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang Southampton pada Ahad.Casemiro dilayangkan kad merah pada minit ke-34 di Old Trafford selepas pada mulanya dilayangkan kad kuning susulan kekasaran terhadap pemain Southampton, Carlos Alcaraz.Pegawai VAR, Andre Marriner menasihatkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor untuk menilai semula kesalahan pemain tengah Brazil itu menerusi ulang tayang VAR dan Taylor mengubah keputusan kepada kad merah.Selepas bangkit daripada kekalahan memalukan 7-0 di Liverpool hujung minggu lalu dengan menewaskan Real Betis dalam Liga Europa pada Khamis, United terpaksa bekerja keras untuk mengelak kekalahan mengejut menentang pasukan tercorot, Southampton.Pengurus United, ten Hag mengakui berang dengan keputusan layangan kad merah kepada Casemiro, yang turut diarah keluar padang ketika menentang Crystal Palace pada Februari.\"Saya rasa keputusan tidak konsisten menyebabkan pemain tidak tahu lagi polisi VAR.\"Anda dapat lihat semalam, perlawanan Leicester-Chelsea, VAR tidak digunakan untuk beberapa keputusan.\"Hari ini ia digunakan dalam dua situasi penalti, tetapi VAR tidak digunakan juga. Terutamanya rayuan kami terhadap penalti pertama, jelas sekali bola terkena tangan, jadi apakah peraturan yang sepatutnya digunakan?,\" katanya.Ten Hag berkata, dia mempunyai beberapa soalan berkenaan pengadilan, terutama selepas Casemiro berdepan penggantungan empat perlawanan.\"Casemiro sudah lama beraksi di liga-liga Eropah, lebih 500 perlawanan tanpa sebarang kad merah tetapi di sini, sudah dua kali menerimanya.\"Permainannya agak keras tetapi bersih, juga dalam situasi hari ini. Sama seperti ketika menentang Crystal Palace, jadi ia boleh dipersoalkan.\"Bagi saya Casemiro pemain yang bersih. Keras tetapi bersih dan ia terbukti selepas 500 perlawanan di liga-liga utama, dia tidak pernah dibuang padang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 09:48am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249379/berita/sukan/yong-li-buktikan-kayuhan-masih-berbisa", "article_title": "Yong Li buktikan kayuhan masih berbisa", "article_text": "BEKAS pelumba kebangsaan, Ng Yong Li membuktikan kayuhannya masih berbisa apabila mengungguli kategori 42 kilometer (km) lelaki pada perlumbaan OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2023 di Dataran Merdeka pada Ahad.Yong Li yang kini mewakili kelab amatur tempatan, Bike Baju merakamkan catatan masa keseluruhan 1 jam 02 minit dan 54 saat, sekali gus merekodkan kejayaan ketiganya pada OCBC Cycle KL selepas turut muncul juara edisi 2018 dan 2019.Tempat kedua dan ketiga kategori tersebut masing-masing dimenangi dua pelumba amatur tempatan - Andy Saiden dan See Ming Chien yang merekodkan catatan masa sama iaitu 1:03:15s.\u201cSudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini kerana saya sememangnya meletakkan sasaran untuk menang. Seperti yang kita ketahui, sudah tiga tahun OCBC Cycle KL tidak diadakan akibat pandemik Covid-19.\u201cJadi sebaik mengetahui OCBC Cycle KL akan kembali berlangsung tahun ini, saya cukup teruja. Awal-awal lagi saya sudah mendaftarkan penyertaan untuk menyertai pertandingan kali ini,\u201d kata Yong Li.Sepanjang karier profesionalnya sebelum bersara pada 2014, Yong Li yang kini sudah mencecah usia 37 tahun pernah mewakili beberapa kelab profesional termasuk pasukan benua negara, LeTua Cycling Team.Selain LeTua, pelumba kelahiran Johor itu pernah mewakili Proton T-Bikes Cycling Team, Vit\u00f3ria\u2013ASC, Meitan Hompo-GDR, Azad University Cross Team sebelum mengakhiri kariernya bersama kelab Taiwan, RTS\u2013Santic Racing Team.Dalam pada itu, Yong Li berkata, penganjuran OCBC Cycle KL yang memasuki edisi keenam tahun ini menjadi platform terbaik untuk 'membudayakan' sukan berbasikal kepada warga tempatan di pelbagai peringkat umur dan kaum.\u201cApa yang saya lihat semua peserta cukup gembira dan teruja apabila dapat berkayuh dengan selamat sambil mereka dapat menikmati keindahan suasana di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.\u201cIa secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat kekitaan sesama peserta. Paling penting saya percaya OCBC Cycle KL ini dapat menarik minat orang ramai untuk beriadah sambil bersukan,\u201d ujarnya.Bagi kategori 42km wanita (road bike), tempat pertama dimenangi Ong Suat Fan dengan catatan 1:15:49s, manakala Mimi Toh (1:22:36s) dan Yi Jiun Chan (1:24:22s) masing-masing menamatkan saingan di tangga kedua dan ketiga.Dalam kategori 42km lelaki (mountain bike), Muhammad Khairul Izwan Mohd Basri muncul juara dengan catatan 1:09:03s, diikuti P Feliciano (1:17:53s) di tempat kedua dan Safreyzal Abdullah (1:20:08s) di tempat ketiga.Kategori 42km wanita (mountaian bike), Low Choon Lian menyambar tempat pertama dengan catatan 1:38:16s, manakala Adeline Ong di tempat kedua (1:49:52s) dan Leong Mei Sim di tempat ketiga (1:50:49s).Bagi kategori 42km lelaki (folding bike), tempat pertama dimenangi Rushdan Rusdi yang merekodkan masa 1:07:08s, manakala Razi Effendi Suhit (1:11:00s) dan Chew Kheng Seng (1:15:41s) masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.Dalam kategori 42km wanita (folding bike), Dagreat Izzura Dagreat muncul juara dengan catatan masa 1:10:58s, diikuti Hing Kui Ngeng (1:38:33s) di temoat kedua dan Liza Teh (1:49:59s) di tempat ketiga.Kategori 42km lelaki (fat bike), Mohd Razif Mohd Salleh meraih tempat pertama selepas mencatatkan masa 1:07:14s, tempat kedua dimenangi Muhammad Aniq Najmuddin Md Sufian (1:09:04s) dan tempat ketiga milik Mohd Kushairi Hashim (1:09:04s).Bagi kategori 42km individu lelaki staf OCBC, Shafiq Mohamed muncul juara dengan catatan 1:10:27s, manakala Jerico Aragoncilo (1:11:01s) di tempat kedua dan Abdul Hadi Mohamad (1:15:43s) di tempat ketiga.Bagi kategori 42km individu wanita staf OCBC, Kee Soo Chian berjaya meraih tempat pertama dengan catatan 1:25:14s, manakala Poon Wei Leng (1:26:55s) di tempat kedua dan Adel Zulim Sim (1:29:14s) di tempat ketiga.Kategori berpasukan staf OCBC menyaksikan pasukan Not4FatFingers menduduki tempat pertama apabila merekodkan masa keseluruhan 5:34:51s, diikuti PenJD & Superfriends Cycling Team (5:47:19s) dan Joyrider2 (6:28:15s)Kategori baharu - berpasukan terbuka yang menampilkan seramai 10 pelumba dalam setiap pasukan pula dimenangi Perodua Cycling Community A dengan catatan 12:15:01s, diikuti OCBC (14:45:32s) dan Perodua Cycling Community B (15:31:15s).Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyempurnakan majlis pelepasan peserta adalam dalam acara kayuhan itu yang lebih terkenal dengan jolokan The City Ride pada jam 6.45 pagi.Beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian & Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmi Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana OCBC Cycle KL 2023, Datuk Naim Mohamad dan Naib Presiden Eksekutif OCBC Ltd, Koh Ching Ching.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249377/berita/sukan/sri-pahang-sabah-sama-kuat-di-kuantan", "article_title": "Sri Pahang, Sabah sama kuat di Kuantan", "article_text": "SRI Pahang FC dan Sabah FC berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Ahad.Anak buah Fandi Ahmad dan Datuk Ong Kim Swee tampil dengan misi melebarkan jurang mata tampak lebih berwaspada dalam mengatur gerak dengan pelbagai cubaan bagi memecah kebuntuan gol.Namun The Rhinos terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan minit ke-14, Daniel Ting yang menyudahkan hantaran Ko Kwang Min menewaskan penjaga gol Izham Tarmizi.Tersentak dengan jaringan itu, Tok Gajah kembali memperkemaskan permainan akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-25.Gol terhasil daripada rembatan kencang Kpah Sherman yang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim Chien Khai.Separuh masa kedua, Sri Pahang dan Sabah cuba menokok jaringan dalam usaha mengutip tiga mata berharga.Namun ianya berakhir dengan kebuntuan menyaksikan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang mengumpul enam mata hasil satu kemenangan dan tiga seri untuk berada di tangga keempat liga selepas mengharungi empat perlawanan.Sementara itu, Sabah kekal di kedudukan kedua liga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri selepas mengharungi empat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Mac 2023 12:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249373/berita/sukan/legenda-negara-barakan-semangat-malaysia-boleh", "article_title": "Legenda negara barakan semangat Malaysia Boleh", "article_text": "PENGLIBATAN beberapa legenda sukan negara dalam projek Road To Gold bertujuan membantu atlet dari aspek motivasi untuk mencapai matlamat merangkul pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.Bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa projek Road To Gold berkata, antara peranan utamanya ialah memberi motivasi kepada para atlet dalam persediaan berjuang untuk membawa pulang kilauan emas di temasya sukan berprestij itu.Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu berkata bantuannya tidak hanya terarah kepada pemain badminton tetapi juga atlet lain seperti jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong Pamg untuk beraksi pada tahap terbaik.\u201cKami (projek Road To Gold) bukan satu-satunya bantuan untuk atlet dapatkan emas tetapi yang penting ialah diri sendiri, apa yang mereka mahukan dan apa yang diperlukan. Kami perlu pastikan mereka geram dan 'lapar' untuk dapatkan emas pertama.\u201cJadi tugas saya ialah beri mereka motivasi dan persiapan yang terbaik sebelum ke Olimpik. Saya sudah beraksi di Olimpik empat kali dan saya mahu membantu atlet-atlet mendapat segala keperluan yang mereka mahukan,\u201d katanya kepada pemberita di Stadium Nasional di Bukit Jalil, pada Ahad.Selain Chong Wei, bekas kapten skuad hoki kebangsaan Datuk Mirnawan Nawawi dan legenda skuasy Datuk Nicol Ann David turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa Road To Gold.Mirnawan berkata, walaupun mempunyai sokongan dan bantuan dari segala aspek tetapi kemahuan atlet itu sendiri adalah penting iaitu mereka seharusnya 'laparkan' kejayaan.\u201cKami akan melihat bagaimana kita dapat pastikan atlet berpotensi beraksi pada tahap terbaik,\" katanya.Sementara itu, Nicol mengakui berbangga dapat bersama-sama dalam membantu kontinjen negara meskipun beliau tidak pernah beraksi di pentas Olimpik susulan sukan skuasy tidak dipertandingkan.\u201cWalaupun saya tidak bertanding di Sukan Olimpik tetapi ini memang kebanggaan tertinggi untuk saya sebagai bekas atlet negara. Jadi kami sebagai bekas atlet tahu akan cabaran yang mereka akan hadapi dan persediaan sangat penting,\u201d kata bekas pemain nombor satu dunia itu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebelum itu mengumumkan pembentukan pasukan projek Road To Gold yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di temasya Olimpik.Jawatankuasa Road To Gold dipengerusikan bersama oYeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sementara Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024.Road To Gold akan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih banyak pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 11:13pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249372/berita/sukan/oppa-hadiahkan-3-mata-berharga-buat-perak-fc", "article_title": "'Oppa' hadiahkan 3 mata berharga buat Perak FC", "article_text": "PERAK FC akhirnya mengutip tiga mata berharga musim ini selepas membenam Kuching City FC 2-0 dalam saingan Liga Super Malaysia di Stadium Perak di sini pada Ahad.Penyerang dari Korea Selatan, Seo Seonung menjadi wira skuad Kejor Yeop Kejor apabila menjaringkan dua gol di hadapan lebih 7,000 penyokong yang hadir ke stadium.Minit awal permainan menyaksikan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan mencari rentak mengasak kubu lawan masing-masing.Kehadiran beberapa tonggak utama Perak FC yang kembali dari penggantungan dan pulih dari kecederaan menyaksikan pasukan tuan rumah lebih selesa menyusun rentak.Seawal minit kedua, Perak FC mendapat peluang menerusi penyerang Seo Seonung yang mendapat umpanan dari Hadi Fayyadh namun tendangan lemahnya mudah diselamatkan penjaga gol lawan, Shaiful Wazizi Mohammad.Pemain Perak FC, Farris Izdiham Awang Kechik memperoleh peluang menjaringkan gol pada minit ke-20 namun sekali lagi penjaga gawang Kuching City FC mendakap kemas rembatannya.Selang seminit kemudian, sepakan penjuru pemain lawan, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman hampir mencipta jaringan tetapi tumbukan penjaga gol tuan rumah, Bryan See menyelamatkan gawang dari dibolosi.Pasukan tuan rumah membuat pertukaran pertama pada minit ke-25 mengeluarkan pertahanan import mereka, Sunday Afolabi yang mengalami kecederaan dengan diganti Raja Imran Shah Raja Amin.Perak FC membuka jaringan pertama pada mint ke-42 menerusi Seo Seonung selepas rebatannya gagal ditampan kemas Shaiful Wazizi.Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat mengasak kubu Perak FC dan memperoleh beberapa peluang menyamakan kedudukan.Gawang Perak FC nyaris bolos apabila rembatan pemain Kuching City FC, Mohamad Alif Hassan sekadar singgah ke palang gol.Perlawanan babak pertama tamat selepas dua minit masa tambahan menyaksikan Perak FC mendahului Kuching City FC 1-0.Bersambung separuh masa kedua, pasukan pelawat bermula garang dengan menyusun serangan ke kubu lawan untuk mendapatkan gol penyamaan.Seo Seonung menambah lagi jaringan kedua peribadinya pada minit ke-58 selepas menyambut umpanan Farris Izdiham Awang Kechik sekaligus meletakkan Perak FC di depan dengan jaringan 2-0.Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Salllih ke atas pemain Perak FC, Shivan Pillay diikuti pemain Kuching City FC, Mohamad Alif Hassan kerana kekasaran ke atas pemain lawan.Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim kemudiannya membawa masuk dua pemain baharu, Hidhir Idris dan Amirul Shafik Che Ros bagi mengatur gerak untuk mendapatkan gol.Bagaimanapun tekanan demi tekanan diberikan pelawat gagal merobek gawang Perak yang dijaga rapi Bryan See.Tamat perlawanan menyaksikan Perak FC berjaya mengutip tiga mata pertama mereka di laman sendiri menewaskan Kuching City FC dengan jaringan 2-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 11:04pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249371/berita/sukan/projek-baharu-buru-emas-olimpik", "article_title": "'Projek baharu' buru emas Olimpik", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah jemu merangka pelbagai program dalam usaha menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Olimpik kepada rakyat Malaysia.Berbaki kira-kira setahun sebelum temasya Sukan Olimpik Paris 2024, KBS tampil dengan \u2018projek baharu\u2019 bagi membentuk Pasukan Projek Road to Gold.Objektif pembentukan Jawatankuasa Road to Gold itu adalah bagi menyelaras usaha meraih pingat emas sulung Olimpik di Paris 2024, mahupun Los Angeles 2028.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pasukan projek itu yang terdiri daripada bekas atlet dan beberapa individu berwibawa dalam arena sukan akan memberi tumpuan kepada persediaan atlet negara.Menurutnya, program meliputi latihan harian, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan per-ubatan serta program bina diri.\u201cJawatankuasa ini akan memperkasakan Program Podium sedia ada diketuai Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) melalui pemantauan kementerian.\u201cIni akan mengukuhkan lagi jawatankuasa yang ada bagi memberi fokus menghapuskan sekatan, mengatasi had sedia ada dan menyediakan sokongan tambahan untuk bakal pemenang pingat negara.\u201cSokongan tambahan diperlukan akan disesuaikan mengikut keperluan setiap individu berpotensi melalui konsultasi dengan atlet dan jurulatih masing-masing serta tidak terhad sokongan fizikal sahaja.\u201cKeperluan ini akan diberikan tertakluk kepada semakan berkala dan komitmen daripada atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat (pada Sukan Olimpik),\u201d katanya dalam sidang akhbar Penubuhan Jawatankuasa Road to Gold di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.Jawatankuasa Road to Gold dipengerusikan bersama Hannah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dibantu oleh lapan ahli jawatankuasa yang dilantik secara sukarela.Ketua Setiausaha KBS, Dr K Nagulendran; Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN, Ahmad Faedzal Mohd Ramli turut dilantik ahli jawatankuasa itu.Turut serta dalam Jawatankuasa Road to Gold ialah Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dan dua legenda sukan tanah air - Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Mirnawan Nawawi.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pula dilantik Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, manakala ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sebagai timbalannya.Ahli Lembaga Pengurusan MSN yang juga CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam dan CEO Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai, masing-masing dilantik penyelaras dan pembantu penyelaras projek itu.\u201cIni (pembentukan Jawatankuasa Road to Gold) satu tindakan proaktif, berani untuk menterjemahkan inspirasi rakyat Malaysia yang inginkan pingat emas Olimpik. Ini aspirasi terbaik merealisasikan misi itu,\u201d jelas Norza.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 10:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249370/berita/sukan/selangor-juara-ragbi-maksak-malaysia-10s", "article_title": "Selangor juara ragbi Maksak Malaysia 10s", "article_text": "SELANGOR mengungguli Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 10 Sebelah (10s) 2023 selepas menumbangkan PDRM 19-0 dalam perlawanan akhir Kategori Cup di Stadium Ragbi Perak, Ipoh pada Ahad.Kejayaan tersebut sekali gus menebus kekecewaan Selangor yang sekadar merangkul kedudukan naib juara dalam kejohanan sama tahun lepas, setelah tewas kepada ATM 0-3.Selangor yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan Raimi Mohd Yusof, dilihat lebih mendominasi aksi apabila mendahului PDRM 7-0 menerusi try oleh Muhammad Nazreen Fitri Nasrudin pada minit kelapan, serta conversion yang berjaya disempurnakan Muhammad Faridzur Ismail di minit kesembilan.Babak kedua, Selangor terus melebarkan kedudukan kepada 14-0, kali ini giliran Muhammad Farid Fauzi menyudahkan try pada minit ke-12 manakala Muhammad Nazreen Fitri melakukan conversion di minit ke-13.Muhammad Nazreen Fitri terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan apabila menyempurnakan try pada minit ke-20 sekali gus menutup peluang PDRM untuk bangkit.Sementara itu, Raimi berkata, kejuaraan Selangor adalah bersandarkan kepada faktor pengalaman selain komitmen para pemainnya yang berjaya mengunci pergerakan dan strategi pasukan lawan.\u201cKelebihan kita adalah berdasarkan faktor pengalaman iaitu empat bekas pemain kebangsaan dan seorang pemain kebangsaan berada dalam pasukan. Faktor ini yang kita gunakan sepenuhnya dan menjadi sebab utama kita muncul juara,\u201d katanya.Bagi perlawanan akhir Kategori Shield, Melaka berjaya menggenggam kejuaraan selepas mengalahkan Pulau Pinang dengan jaringan 17-5, manakala dalam aksi final Kategori Bowl, Johor muncul juara selepas membelasah Pahang 48-0.ATM pula menjulang kejuaraan dalam Kategori Plate selepas menundukkan Sabah 22-0.Sebanyak 17 pasukan menyertai kejohanan kali ini, terdiri daripada ATM, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Penjara Malaysia, Kelantan, PDRM, Perlis, Sabah, Johor, Sarawak, Perak, Labuan, Kuala Lumpur dan Pahang.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 10:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249366/berita/sukan/kelantan-united-buru-kemenangan-pertama", "article_title": "Kelantan United buru kemenangan pertama", "article_text": "KELANTAN United FC berazam mencatatkan kemenangan pertama pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.Penolong Jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor berkata, beliau mahu kesemua pemainnya bangkit mencari tiga mata penuh dan memberi fokus 100 peratus kepada permainan agar tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menjejaskan momentum pasukan.\u201cKemenangan esok amat penting untuk kami merapatkan jurang kutipan mata dengan pasukan yang berada di kelompok teratas kerana perbezaan mata dengan pasukan lain tidak begitu jauh ketika ini.\u201cApabila kita menang, pastinya kedudukan akan berubah dan ia memberi suntikan semangat untuk terus bersaing,\u201d katanya pada Ahad.Hasil daripada tiga perlawanan dalam saingan Liga Super sebelum ini, Kelantan United berada di kedudukan terakhir dengan mengumpul satu mata.Nazrulerwan berkata, walaupun KDA FC memiliki barisan pemain yang hebat, pemainnya sudah bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik di hadapan penyokong sendiri.\u201cKita mengakui KDA FC merupakan pasukan pilihan pada perlawanan ini, namun dalam saingan Liga Super apa-apa keputusan boleh berlaku.\u201cAlhamdulillah, pemain kita bebas daripada kecederaan dan kita harap pemain ke-12 iaitu penyokong yang hadir ke stadium esok dapat memberi sokongan padu kepada Kelantan United untuk memperoleh tiga mata penuh,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 09:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249356/berita/sukan/selangor-kecewakan-penang-di-stadium-bandaraya", "article_title": "Selangor kecewakan Penang di Stadium Bandaraya", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe boleh menarik nafas lega apabila mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menewaskan Penang FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town pada Ahad.Kejayaan itu membolehkan Gergasi Merah meraih tiga mata berharga untuk mengumpul 10 mata bagi memberi tentangan kepada pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang cemerlang melakar empat kemenangan bersih.Pada aksi yang penuh dramatik itu menyaksikan skuad Gergasi Merah membuka tirai jaringan menerusi Ayron del Valle pada minit ke-28.Kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan berhati-hati untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas pada aksi di sebelah petang itu.Pasukan pelawat bagaimanapun terlebih dahulu memperoleh rentak menerusi beberapa gerakan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan Penang FC.Pasukan tuan rumah juga tidak melepaskan peluang untuk mengancam kubu lawan, namun buntu untuk membuka tirai jaringan.Ketika ghairah mengasak, benteng Penang FC dihukum dengan serangan balas pantas Selangor FC menerusi larian Faisal Halim yang melorongkan bola sebelum mudah disempurnakan oleh Ayron untuk menewaskan Shafiq Afifi.Memasuki babak kedua, jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt yang turut dibantu Manzoor Azwira mengubah corak permainan dengan membuat beberapa pertukaran pemain.Taktikal itu ternyata menjadi apabila Rafael Vitor menyamakan kedudukan menerusi tandukan hasil sepakan percuma pada minit ke-87.Bagaimanapun kegembiraan Penang FC meraikan gol penyamaan tidak bertahan lama apabila Selangor FC kembali di depan menerusi jaringan Noor Al-Rawabdeh pada minit-minit akhir permainan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 07:52pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249314/berita/sukan/jentera-serangan-tfc-masih-tumpul", "article_title": "Jentera serangan TFC masih tumpul", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) masih dibelenggu ketumpulan jentera serangan menyebabkan pasukan itu hanya menang tipis 1-0 ketika menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam Sabtu.Perkara itu diakui jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner yang turut menyifatkan corak permainan yang ditampilkan anak buahnya tidak menunjukkan banyak perubahan.Menurutnya, dia masih belum berpuas hati dengan penampilan Naib Juara Liga Super musim lalu itu yang sepatutnya menewaskan pasukan lawan dengan kelebihan jaringan besar.Jelasnya, kelebihan jaringan belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun telah menggantikan Ivan Mamut dengan Jordan Mintah untuk mengetuai jentera serangan pasukan.\"Mintah bermain baik dengan gerakan yang berbahaya. Secara keseluruhan saya gembira dengan kemenangan ini, cuma sentuhan penyudah belum memuaskan.\"TFC terpaksa akur hanya menang tipis satu gol sahaja walaupun kami mencipta deretan peluang untuk menang lebih selesa sepanjang 90 minit permainan dan inilah bola sepak.\"Kami sebenarnya mampu menang dengan penguasaan penuh selain berjaya menghalang usaha pihak lawan melancarkan serangan balas,\" katanya kepada pemberita pada Sabtu.Dalam pertemuan itu, TFC hanya berjaya mencetak satu gol ketika melayan kunjungan PDRM FC yang ketika itu hanya beraksi dengan 10 pemain.Sementara itu, ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz menyifatkan layangan kad merah kepada penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid antara faktor pasukan itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.Walaupun begitu, katanya, beliau tetap memberikan kredit kepada anak buahnya dan menyifatkan kehadiran mereka dalam kancah Liga Super bukan sekadar pasukan pelengkap atau belasahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 03:30pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249311/berita/sukan/ketiadaan-ott-dirasai-kedah", "article_title": "Ketiadaan Ott dirasai Kedah", "article_text": "KETIADAAN Ketua Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott yang tidak dapat disenaraikan pada aksi keempat Liga Super 2023 menentang Kelantan United membuka ruang kepada pemain lain untuk membuktikan keupayaan membantu pasukan pada Isnin.Pengendalinya, Nafuzi Zain mengakui ketiadaan Ott yang dilayangkan kad merah semasa menentang PDRM FC memberikan kesan kepada jentera tengah namun situasi tersebut adalah perkara biasa di dalam sukan bola sepak.\"Memang kita terasa kehilangan Ott kerana dia merupakan pemain yang berperanan di bahagian tengah pasukan selain menggerakkan jentera tengah.\"Namun perkara ini sudah terjadi (kad merah) dan kita terpaksa menerima keadaan ini dengan melakukan penggantian pemain agar dapat mengimbangi keadaan itu,\" katanya ketika diminta mengulas aksi bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Isnin.Mengulas lanjut, pengantian pemain dilakukan sebaik mungkin agar taktikal yang mahu dibawa dapat digerakkan oleh pasukan itu sebaik mungkin.Menurut Nafuzi, Kijang Hijau yang kini berada di dasar liga pastinya mahu memburu tiga mata di laman sendiri selepas mencatatkan dua kekalahan dan satu seri selepas tiga perlawanan.\"Bagi saya sama ada kita beraksi di tempat lawan atau berada di laman sendiri atau dengan siapa kita berjumpa, lebih penting adalah persiapan kita sendiri untuk menghadapi sesuatu perlawanan itu dengan cara kita serta taktikal yang kita persiapkan.\"Kita mendapat banyak pengajaran daripada perlawanan yang kita lalui setakat ini dan jika kita dapat bermain dengan baik, kita tetap akan rasa puas hati,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 03:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249290/berita/sukan/ledakan-padu-kvaratskhelia-persis-maradona-baggio", "article_title": "Ledakan padu Kvaratskhelia persis Maradona, Baggio", "article_text": "KELINCAHAN pemain muda, Kvicha Kvaratskhelia ketika membantu Napoli menewaskan Atalanta 2-0 dalam saingan Serie A awal pagi Ahad persis legenda, Diego Maradona dan wira Itali, Roberto Baggio.Pemain antarabangsa Georgia itu memecah kebuntuan apabila meledak gol pembuka tirai yang menakjubkan pada minit ke-60.Dia membuat larian solo dari luar kotak penalti sebelum memperdaya tiga pertahanan lawan menerusi gerakan ke kiri dan kanan gawang Atalanta.Ketika pertahanan lawan yang seakan-akan mengejar 'bayang-bayang', pemain berusia 22 tahun itu merembat kencang menewaskan penjaga gol, Juan Musso.\u201cIa adalah gol yang layak untuk Maradona. Ia bukan sesuatu yang mudah.\u201cDia mempunyai keupayaan untuk mengelecek bola ke dalam dan kemudian melepaskan rembatan dengan pantas. Kita boleh memanggilnya dengan nama terhebat seperti yang pernah dilihat dunia.\u201d ujar jurulatih Napoli, Luciano Spalletti dalam sidang akhbarnya selepas perlawanan.Napoli kemudian menambah gol menerusi Amir Rrahmani pada minit ke-77 untuk selesa di puncak liga dengan 68 mata.Kelincahan pemain sayap itu di depan gawang mengundang reaksi positif dalam kalangan peminat.Maka tidak hairan peminat Napoli menggelarnya Kvaradona mengambil sempena nama stadium keramat Napoli iaitu Maradona.Malah ada juga dalam kalangan peminat membandingkan teknik Kvaratskhelia itu persis gerakan lincah Zinedine Zidane atau George Best yang diibaratkan satu lawan lapan tetapi yang satu tidak seperti yang lain.Kelincahan Kvaratskhelia itu menyebabkan dia sangat berbahaya apabila berada di kawasan lawan kerana pemain pertahanan tidak tahu dia mahu membawa bola ke kanan atau kiri.Keadaan itu menjadikannya sukar diramal dan memiliki corak permainan sempurna apabila mampu memperdaya pemain lawan dengan helahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 01:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249284/berita/sukan/ini-baru-tottenham-hotspur---conte", "article_title": "'Ini baru Tottenham Hotspur' - Conte", "article_text": "ANTONIO Conte memuji Tottenham Hotspur apabila bangkit daripada minggu yang menyedihkan selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad.Malah pengendali dari Itali itu percaya tiga mata diraih kelab London tersebut di laman sendiri tersebut akan mengulangi pencapaian kedudukan empat teratas musim lalu.\u201cAda baki 11 perlawanan lagi dan kami perlu kemenangan hari ini untuk bangkit untuk menunjukkan bahawa kelab ini kuat dari segi mental.\"Ya, dalam aspek moral sebenarnya sebelum perlawanan benar-benar menurun, namun sebaliknya saya melihat semangat perjuangan dan keinginan yang betul untuk mendapatkannya tiga mata.\u201cYang pasti saya ulangi untuk kami menamatkan saingan di empat teratas adalah seperti memenangi Liga Perdana Inggeris. Ia berlaku musim lalu dan saya bercakap tentang keajaiban pada musim ini.\u201cSaya terus mengatakan mungkin musim ini ia lebih sukar apabila Liverpool adalah pesaing dalam perlumbaan ini. Newcastle adalah pesaing tetapi Newcastle kali ini amat berbeza dengan masa lalu. Mereka melabur banyak wang dan mereka mempunyai pasukan yang kuat,\" kata Conte.Dua jaringan separuh masa pertama Harry Kane pada minit ke-19 dan 35 disusuli dengan penyudah pintar Son Heung-min (m-62) pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Spurs di hadapan enam mata daripada Liverpool di tangga kelima.Ia adalah kemenangan pertama Tottenham dalam empat perlawanan dan menaikkan tekanan ke atas Conte selepas tersingkir dari Piala FA dan Liga Juara-Juara baru-baru ini.Mengenai jaringan Kane, Conte berkata:\u201cHarry adalah contoh yang baik, namun bukan untuk gol yang dijaringkan sebaliknya komitmen dan keinginannya.\u201cHari ini dalam pemain saya, saya telah melihat api di mata mereka.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 12:25pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249279/berita/sukan/klopp-gesa-liverpool-segera-bangkit", "article_title": "Klopp gesa Liverpool segera bangkit", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa kecewa kegagalan pemain sensasi, Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas mengejut 0-1 kepada Bournemouth pada Sabtu.The Reds berkunjung ke Stadium Vitality dengan semangat membara selepas membenam musuh ketat mereka Manchester United, 7-0 minggu lalu.Bagaimanapun impian Liverpool memanfaatkan keputusan menakjubkan itu sebagai lonjakan untuk meraih kelompok empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musnah.Pemain The Cherries, Philip Billing menghukum pertahanan Liverpool pada minit ke-28 ketika The Reds buntu dengan prestasi jentera serangan.Apabila memperoleh peluang sepakan penalti pada separuh masa kedua, Salah pula mensia-siakannya.\"Kami mendapat penalti tetapi gagal menyempurnakannya. Ia sangat mengecewakan.\"Jika kami menjaringkan gol ketika itu, ia membantu untuk meningkatkan kembali semangat pemain tetapi kami gagal melakukannya,\" katanya.Salah muncul penjaring gol terbanyak Liverpool dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan dua gol ketika menentang United.Kegagalan pemain Mesir itu menokok jaringan peribadi kepada 130 menyebabkan The Reds mengalami kekalahan pertama daripada enam perlawanan liga terakhir mereka.\"Aksi ini memberi tamparan hebat. Anda tahu situasinya. Anda perlu menerimanya dan cuba bangkit selepas itu,\" ujar Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 11:34am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249273/berita/sukan/fernandez-perlu-segera-serasi-dengan-epl", "article_title": "Fernandez perlu segera serasi dengan EPL", "article_text": "TONGGAK tengah Chelsea, Enzo Fernandez hanya akan konsisten meningkat apabila dapat menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mempamerkan aksi menakjubkan ketika The Blues menang 3-1 di Leicester City pada Ahad.Pengendali Chelsea, Graham Potter berkata, pemain kelahiran Argentina berusia 22 tahun itu merupakan pemain yang hebat dan masih memiliki ruang penambahbaikan untuk kekal bersama kelab London tersebut.\"Ya, dia pemain yang hebat dan masih muda. Dia akan menjadi lebih baik dan bertambah lebih baik kerana lebih banyak bersama kami.\"Dia baharu tiba dari negara dan liga lain. Jadi anda perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris.\"Tetapi anda boleh lihat kualitinya, dia dapat bola, dia boleh hantar ke hadapan. Dia progresif dengan mentalitinya, membuatkan pasukan bergerak dan kemudian dia memberikan segala-galanya, ia adalah kombinasi yang bagus.\"Dia mahu membantu dan bekerjasama dengan pasukan. Saya sangat gembira kerana dia boleh membantu kami menang,\" kata Potter.Chelsea menandatangani Fernandez dari Benfica dengan rekod British, 121 juta euro (RM560.69 juta) dengan kontrak lapan tahun setengah hingga 2031.Yuran sebanyak \u00a3106.8 juta itu melebihi rekod sebelumnya, \u00a3100 juta (RM525.19 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa bagi mendapatkan Jack Grealish pada 2021.Fernandez yang menganggotai Argentina di Piala Dunia 2022; dinamakan Pemain Muda Terbaik Piala Dunia di Qatar.Aksi di laman The Foxes itu, Ben Chilwell terlebih dulu meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-11 sebelum dua gol lagi hadir menerusi Kai Havertz (m-46), Mateo Kova\u010di\u0107 (m-78) manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan Patson Daka (m-39).Biarpun dalam tiga perlawanan terakhir Chelsea, Fernandez lebih tenang di bahagian tengah bersama Mateo Kovacic, namun dia tampil lebih bertenaga memberikan bantuan kepada Kai Havertz di Stadium King Power.Pada masa sama Potter mengakui gembira dengan semangat dan kebersamaan ditunjukkan pemain- pemainnya, mengesa mereka untuk konsisten menjelang fasa rehat antarabangsa selepas ini dengan kemenangan ke atas Everton di Stadium Stamford Bridge minggu depan.\"Semua orang menyokong antara satu sama lain, berjuang untuk pasukan. Saya gembira untuk pemain, kerana ia merupakan tempoh sukar yang kami lalui tetapi minggu ini adalah satu yang positif.\"Kini kami boleh menantikan hujung minggu menentang Everton dan cuba menamatkan perlawanan sebelum rehat antarabangsa dengan tiga mata,\" kata Potter.Liga Perdana InggerisBournemouth 1-0 LiverpoolCrystal Palace 0-1 Manchester CityLeicester City 1-3 ChelseaTottenham 3-1 Nottingham ForestEverton 1-0 BrentfordLeeds United 2-2 Brighton", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249271/berita/sukan/haaland-gembirakan-manchester-city", "article_title": "Haaland gembirakan Manchester City", "article_text": "MANCHESTER City terpaksa menunggu sehingga penghujung aksi untuk meraih gol tunggal bagi menewaskan Crystal Palace biarpun mendominasi perlawanan di Stadium Selhurst Park, awal pagi Ahad.Penalti pemain sensasi, Erling Haaland pada minit ke-78 melegakan Pep Guardiola untuk meraih tiga mata berharga dalam aksi di laman The Eagles kendalian Patrick Vieira tersebut.The Citizens memperoleh penalti setelah Ilkay Gundogan dikasari oleh Michael Olise dalam kotak penalti.Haaland kemudian tenang menyempurnakan sepakan penalti sekali gus gol peribadi ke-34 musim ini.\"Saya menikmati setiap detik ketika beraksi. Ini adalah England. Inilah yang saya tonton sepanjang hidup saya,\" ujar Haaland.Dalam pada itu, Guardiola menjelaskan kesukaran apabila beraksi di Selhurst Park yang mengamalkan corak bertahan dan gemar melambat-lambatkan permainan.\"Berdasarkan pengalaman, setiap kali datang ke sini pasti sukar. Kami sentiasa bergelut kerana kami mahu menjaringkan banyak gol.\"Mereka akan melambat-lambatkan permainan jadi kami perlu bekerja keras.\"Ia bukan mudah, mereka bertahan dengan enam orang di dalam kotak penalti. Erling dikawal oleh dua orang. Ia memerlukan kesabaran,\" ujar Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 10:50am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249268/berita/sukan/moon-sik-masih-belum-berpuas-hati", "article_title": "Moon Sik masih belum berpuas hati", "article_text": "BIARPUN muncul pasukan pertama berjaya membolosi gawang skuad Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) musim ini, namun pengendali Kelantan FC, Choi Moon Sik masih belum berpuas hati dengan prestasi keseluruhan skuad bimbingannya itu.Menurut Moon Sik, masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukannya dalam usaha membentuk skuad yang mantap, khususnya membabitkan prestasi kesebelasan skuad The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi perlawanan akan datang.\u201cSudah tentu saya gembira apabila pasukan ini (Kelantan FC), menjadi pasukan pertama yang berjaya membolosi pintu gol JDT.\u201cTetapi secara keseluruhannya, kita perlukan lebih banyak penambahbaikan khususnya dalam aspek prestasi pemain,\u201d katanya.Untuk rekod, Kelantan FC tewas 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.Mengulas mengenai aksi beberapa pemain muda yang diturunkan, Moon Sik berkata, kesemua mereka telah memberikan aksi yang cukup memberangsangkan.Malah, pemain-pemain yang diturunkan dilihat berjaya memberikan kesukaran kepada kesebelasan tuan rumah khususnya jentera serangan untuk bergerak bebas sepanjang perlawanan.\u201cPemain juga dilihat cuba untuk mengikut tempo perlawanan, namun tidak berjaya kerana corak yang ditampilkan JDT nyata berbeza.\u201cNamun bagi saya, bola sepak merupakan sukan yang adakalanya \u2018kejam\u2019 dan kami ternyata tidak mampu untuk menyaingi tempo dan teknikal lawan,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 10:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249263/berita/sukan/pearly-thinaah-gagal-ke-final-terbuka-jerman", "article_title": "Pearly-Thinaah gagal ke final Terbuka Jerman", "article_text": "HASRAT beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final Terbuka Jerman 2023 tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan pertama kejohanan, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun pada aksi separuh akhir awal pagi tadi (Sabtu malam di Jerman).Dalam kejohanan yang berlangsung di Mulheim itu menyaksikan beregu nombor enam dunia, Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila mudah ditundukkan 24-22, 21-13 dalam perlawanan selama 42 minit.Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan pernah melakukan perhitungan bersama Nami-Chiharu sebanyak tujuh kali, namun menewaskan pasangan Jepun itu sekali sahaja iaitu pada Kejohanan Terbuka Perancis 2022 pada Oktober tahun lepas.Nami-Chiharu yang kini menghuni nombor dua dunia, akan bertemu Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan yang juga pilihan kelapan kejohanan pada pentas final, yang dijangka berlangsung pada 12 tengah malam ini waktu Malaysia, dalam usaha merebut gelaran musim ini.Kini, fokus Pearly-Thinaah yang juga juara Terbuka Perancis 2022 ialah menghadapi saingan All England 2023 yang akan membuka tirai pada Selasa ini (14 Mac) apabila dijadual bertemu pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada pusingan pertama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 09:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249253/berita/sukan/pj-joran-tawar-hadiah-juara-rm6000", "article_title": "PJ Joran tawar hadiah juara RM6,000", "article_text": "PERTANDINGAN memancing Petaling Jaya Joran 2023 (PJ Joran) di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad depan menanti penyertaan kaki pancing bagi tahun kelima.Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir berkata, pertandingan memancing yang menjadi antara acara mendapat sambutan sememangnya dinantikan-nantikan oleh kaki pancing di sekitar Lembah Klang.\u201cPenyertaan tahun ini diharap terus meningkat berbanding tahun lalu, sekali gus memeriahkan suasana selaras usaha MBPJ mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah,\" katanya.Beliau berkata, juara bakal membawa pulang RM6,000 bersama piala, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000.\u201cTempat keempat hingga lima berpeluang meraih hadiah bernilai RM400, manakala tempat keenam hingga ke-10 masing-masing menerima RM200, ke-11 hingga ke-20 (RM150), ke-21 hingga ke-30 (RM100) dan ke-31 hingga ke-100 (RM80),\u201d katanya.Tambahnya, hadiah khas untuk pemenang ikan keli turut disediakan sehingga di tempat kelima.Bagi menarik penyertaan, hadiah wang tunai keseluruhan turut ditambah bagi menarik penyertaan kaki-kaki pancing hadir ke pertandingan kali ini.\u201cJika tahun 2022, spesis patin seberat 4.030kilogram (kg) menjadi juara, tahun ini beliau berharap ada kaki pancing dapat menaikkan pula saiz yang lebih besar.\u201cTasik ini menjadi kesempatan terbaik buat kaki pancing bertarung melawan ikan seperti patin, tongsan, toman, haruan, rho, kap, belida, keli dan talapia,\u201d ujarnya.Tambahnya, pertandingan itu juga menjadi platform buat masyarakat sekitar Petaling Jaya khususnya kaki pancing dapat berkumpul di tasik tersebut dan pihaknya menyasarkan seramai 800 peserta akan hadir.\u201cHasrat MBPJ adalah untuk mempromosikan Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya sebagai satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga selain meningkatkan sumber pelancongan dan ekonomi setempat.\u201cDengan adanya aktiviti ini kita dapat membawa penduduk Petaling Jaya dan kaki pancing datang ke sini membawa joran masing-masing. Peluang perniagaan dapat ditingkatkan dan seterusnya komuniti akan merasa seronok tinggal di Petaling Jaya.\u201cPertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat,\u201d katanya.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dilakukan Sabtu depan, bermula pukul 3 petang hingga 10 malam dan keesokannya pada pukul 6.30 pagi hingga waktu pertandingan.Sebanyak 500 baju-T akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal selain berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik dan peralatan memancing.Acara pelepasan ikan sempena PJ Joran ini telah disempurnakan Mohamad Azhan, Jumaat lalu melibatkan hampir 600 kg spesies patin bersaiz satu hingga lima kg.Taman Bandaran Kelana Jaya merupakan taman yang terbesar dan sangat dikenali di Petaling Jaya.Terdapat tujuh tasik di taman ini dan ia merupakan salah satu tempat yang popular dengan kepelbagaian trek joging di sekeliling tasik.Selain trek joging, taman itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan lain untuk pengunjung beriadah seperti alat senaman serta skate park.Untuk pertanyaan berkaitan PJ Joran 2023 boleh hubungi urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau layari laman sosial facebook.com/jorankl.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249257/berita/sukan/tfc-akhiri-kemarau-kemenangan", "article_title": "TFC akhiri kemarau kemenangan", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) akhirnya melakar kemenangan sulung Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas PDRM yang beraksi dengan 10 pemain di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, pada Sabtu.Pada pertembungan itu, kedua-dua pasukan yang tampil dengan permainan berintensiti tinggi terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.Namun The Cops terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak pertama selepas penjaga gol, Mohamad Ramdhan Ab Hamid dilayangkan kad merah kerana mengasari penyerang tuan rumah, Jordan Mintah.Situasi itu memaksa pengendali PDRM, Azzmi Aziz membuat pertukaran dengan mengorbankan pemain tengah, Kyaw Min Oo untuk membawa masuk penjaga gol gantian, Willfred Jabun bagi mengharungi baki 45 minit kedua perlawanan.Beraksi dengan 10 pemain ternyata memberi kesan kepada PDRM yang bertungkus lumus mempertahankan gawang daripada dibolosi, namun TFC tetap berjaya meledak gol kemenangan menerusi Sardor Kulmatov pada minit ke-76.Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menghadiahkan tiga mata buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner untuk Sang Penyu memanjat keluar daripada kedudukan tercorot ke posisi keenam liga dengan mengumpul empat mata manakala PDRM berkongsi mata sama di tempat ketujuh.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 07:16am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249250/berita/sukan/penang-fc-mahu-langgar-gergasi-merah", "article_title": "Penang FC mahu langgar Gergasi Merah", "article_text": "PENANG FC bersedia untuk mengejutkan pasukan gergasi, Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.Pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt berkata, pasukan itu sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Gergasi Merah sekali gus mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.Menurutnya, kejayaan menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Piala FA pada Rabu akan turut menjadi azimat utama buat pasukan dari utara itu membenam kelebihan yang dimiliki Selangor FC.\"Ia sememangnya perlawanan sukar dan kita tahu kualiti yang dimiliki Selangor apabila mereka sudah berjaya meraih dua kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Super.\"Namun, kami sudah bersedia untuk menghadapi mereka selain juga berharap momentum ketika lawan Kedah akan dapat diteruskan untuk menumbangkan Selangor dan mencatat kemenangan pertama musim ini,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Penang FC setakat ini masih belum berjaya melakar kemenangan dalam saingan Liga Super dengan dua keputusan seri kepada Kuala Lumpur City FC dan Negeri Sembilan FC selain tewas kepada Kelantan FC pada Ahad lalu.Dalam pada itu, Yee Fatt turut akan membuat beberapa perubahan dan akan menilai tahap kecergasan pemain sebelum menyenaraikan dalam kesebelasan utama.Beliau berkata, terdapat beberapa pemain yang keletihan selepas perlawanan menentang KDA yang berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.\"Disebabkan ada pemain Penang (Christian Rontini) yang dapat kad merah semasa menentang Kelantan FC selain beberapa pemain yang keletihan, jadi saya fikir mungkin ada sedikit perubahan dalam kesebelasan utama.\"Kami masih memantau tahap kecergasan pemain, namun saya percaya semua pemain sedia beraksi dan mencari kemenangan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249248/berita/sukan/liverpool-tersungkur-di-bournemouth", "article_title": "Liverpool tersungkur di Bournemouth", "article_text": "JARINGAN separuh masa pertama Philip Billing cukup memastikan tiga mata milik Bournemouth ketika menewaskan Liverpool, 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality pada Sabtu.Angkatan Jurgen Klopp yang masih segar dengan kemenangan 7-0 ke atas Manchester United di Anfield minggu lalu berpeluang menyamakan kedudukan pada babak kedua.Namun sepakan penalti bintang sensasi Mesir, Mohamed Salah pada minit ke-69 tersasar, sekali gus mengangkat pasukan pantai selatan itu daripada kedudukan terbawah carta liga keluar dari zon penyingkiran.Tiga mata diraih The Cherries melonjak kelab itu dari tempat terakhir ke tangga ke-16 dalam jadual dengan 24 mata, manakala Liverpool merosot di tangga kelima dengan 42 mata selepas mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang tiga mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat.Sementara itu, pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan pemain The Reds tidak memanfaatkan deretan peluang dimiliki pelawat dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.\"Ruang tempat kami bermain sangat jelas, ia sangat terbuka, namun kami tidak menggunakannya dengan kerap, malah kami tidak menikmati cabaran untuk menghadapi pasukan yang bermain secara padat.\"Jika anda menjaringkan gol di sana, ia tidak menjadikan prestasi lebih baik, namun setidaknya boleh mengubah keputusan. Dia (Salah) menjaringkan banyak gol, tetapi dia terlepas sepakan penalti. Itulah kehidupan,\" kata Klopp", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Mac 2023 12:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249247/berita/sukan/kejuaraan-divisyen-premier-mhl-kekal-milik-tht", "article_title": "Kejuaraan Divisyen Premier MHL kekal milik THT", "article_text": "PENYANDANG juara Terengganu Hockey Team (THT) membuktikan status sebagai kuasa besar tanah air sukan itu apabila mempertahankan kejuaraan Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL) buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Sabtu.THT yang dibimbing jurulatih dari Korea Selatan, Seo Jongho membuktikan pengalaman berpihak kelab pantai timur itu apabila bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum berhasil jaringan kemenangan untuk mempertahankan gelaran pada aksi terakhir liga itu.Pemain kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan TNB di hadapan pada minit ke-30 menerusi jaringan padang selepas kedua-dua pasukan buntu memecah jaringan di awal permainan, sebelum THT menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil gol padang Abdul Khaliq Hamirin.TNB kembali mendahului selepas pemain kebangsaan, Muhammad Aminuddin Mohd Zain menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-42, namun kedudukan 2-1 hanya bertahan lima minit apabila pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun meledak jaringan kedua THT hasil pukulan sudut penalti.Jonghyun muncul wira pasukan selepas meledak gol ketiga THT dan jaringan kedua peribadinya menerusi pukulan sudut penalti ketika permainan berbaki beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.Untuk rekod, THT yang tidak tewas dan hanya seri sekali dalam keseluruhan 14 perlawanan mengumpul 40 mata untuk berada di persada liga, manakala TNB yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin kekal di tangga kedua dengan 34 mata.\"Perlawanan hari ini amat menarik dan mencabar. Terima kasih kepada semua pemain kami. Kami fokus untuk menang semua perlawanan dan kami melangkah sebagai satu pasukan,\" kata Jongho selepas perlawanan.Sementara itu Nor Saiful Zaini yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya pula berkata: \"Kita juga banyak buat kesilapan. Kita hanya tunggu di tengah, tunggu mereka (THT) datang.\"Dalam satu lagi perlawanan, Maybank menamatkan saingan di tempat ketiga selepas terikat tanpa jaringan menentang TNB Thunderbolts, manakala kedudukan keempat menjadi milik UiTM HA-KPT yang menewaskan Nurinsafi Sporting 5-2.Saingan MHL akan beralih kepada perebutan kejuaraan Piala TNB yang bermula dengan peringkat separuh akhir secara timbal balik pada Selasa ini.THT yang juga juara Piala Sumbangsih musim ini akan membuat perhitungan menentang UiTM HA-KPT sementara TNB akan berentap dengan Maybank.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 11:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249246/berita/sukan/hon-jian-sze-fei-intai-gelaran-sulung-di-thailand", "article_title": "Hon Jian-Sze Fei intai gelaran sulung di Thailand", "article_text": "BEREGU lelaki baharu sensasi negara, Choong Hon Jian-Goh Sze Fei, mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Thailand 2023 di Nakhon Ratchasima pada Sabtu.Hon Jian-Sze Fei mempamerkan persembahan bertenaga untuk mengatasi pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 21-16 dalam masa 31 minit pada aksi separuh akhir.Pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan kelapan itu akan menentang pilihan pertama dari Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaison, dalam perebutan gelaran juara esok.Kejayaan itu menyaksikan mereka yang menjadi wakil tunggal negara meneruskan cabaran, sekali gus berpelung merangkul kejuaraan sulung mereka sejak digandingkan.Sebagai rekod, Hon Jian-Sze Fei digandingkan susulan rombakan yang dibuat dalam skuad beregu lelaki negara selepas perpisahan Nur Izzuddin Rumsani-Sze Fei pada hujung Januari lalu.Antara kejayaan Sze Fei bersama Nur Izzuddin ialah menjuarai Terbuka Jerman 2022, memenangi pingat emas Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan naib juara Terbuka Switzerland 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 11:38pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249245/berita/sukan/liga-super-perlawanan-negeri-sembilan-kl-city-ditunda", "article_title": "Liga Super: Perlawanan Negeri Sembilan-KL City ditunda", "article_text": "MISI Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City (KL City) FC untuk meraih tiga mata pertama musim ini tertunda apabila perlawanan Liga Super kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu ditangguhkan susulan cuaca buruk dan keadaan padang dipenuhi air.Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan, keadaan padang di Paroi itu didapati tidak sesuai diadakan perlawanan untuk skuad kendalian K Devan dan Bojan Hodak itu.\"Perlawanan LS4 Liga Super 2023, Negeri Sembilan FC menentang Kuala Lumpur City FC terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk dan keadaan padang yang ditakungi air.\"Tarikh baharu akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,\" kata pengendali liga itu di Facebook rasminya pada Sabtu.Pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal sebelum itu memberhentikan perlawanan pada minit ke-27 apabila hujan lebat masih berterusan sejak jam 6.30 petang tadi.Ketika perlawanan dihentikan kedua-dua pasukan masih buntu memecah jaringan masing-masing.Untuk rekod, Negeri Sembilan kini mengumpul dua mata, manakala KL City pula dua mata selepas mengharungi tiga perlawanan sebelum ini.Tambah menarik kedua-dua pasukan berprofil tinggi Liga Malaysia 2023 tersebut masih buntu untuk mengakhiri kemarau 270 minit tanpa kemenangan.Sementara itu, Negeri Sembilan FC memaklumkan, semua pemegang tiket perlawanan malam ini boleh menggunakan kembali tiket pada hari perlawanan tersebut.\"Bagi tujuan pengesahan, pemegang tiket fizikal diminta untuk membawa potongan tiket yang telah dibeli.\"Untuk pembeli tiket secara dalam talian, anda hanya perlu menunjukkan screenshot (tangkap layar) pembelian. Kami memohon maaf atas segala kesulitan,\" katanya dalam Facebook rasminya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 11:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249235/berita/sukan/afif-kuasai-sesi-kelayakan-di-jempol", "article_title": "Afif kuasai sesi kelayakan di Jempol", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PELUMBA Petronas, Sprinta Yamaha\u2013CKJ Racing, Ahmad Afif Amran melaungkan amaran awal menjelang perlumbaan Kategori CP150 Pusingan Kedua Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix apabila menguasai sesi kelayakan di Dataran Seri Jempol, Jempol Negeri Sembilan pada Sabtu.Litar Jempol sepanjang 1.104 kilometer dengan lapan selekoh yang merupakan antara litar bersifat teknikal itu mudah dikuasai Ahmad Afif apabila melakarkan masa terpantas dengan catatan masa 44\u2019226 saat (s).Untuk rekod, Md Izzat Zaidi Md Salehan di litar sama mencatatkan rekod masa terpantas, 43\u2019880s pada musim lalu.\u201cSaya amat berterima kasih dengan sokongan krew pasukan apabila saya terjatuh pagi ini keadaan jentera saya total loss.\"Saya hampir hilang setup keseluruhan jentera sebelum ke sesi kelayakan. Tetapi krew dan mekanik telah berbincang untuk memperbaiki kekurangan dan saya bersyukur, kerjasama daripada krew dan mekanik menghasilkan pencapaian masa terpantas,\" katanya.Sementara itu tempat kedua milik pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Md Muzakkir Mohamed dengan catatan masa 44\u2019263s.Kasma Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor pula ketiga dengan catatan masa 44\u2019281s.Bagi Kategori CP125, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Syafiq Rosli memimpin catatan masa terpantas di sesi kelayakan kategori itu.Syafiq yang sebelum ini meraih kemenangan dalam pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang pada Februari lalu kembali pecutan bertenaga di Dataran Seri Jempol.Pada sesi latihan pertama, pelumba dari Perak mencatatkan masa terpantas 47\u2019318s diikuti 47\u2019177s dalam sesi latihan kedua.Bagi sesi kelayakan, Syafiq telah memperbaiki cara pengendalian jenteranya sekali gus melakarkan masa terpantas pada 46\u2019637s.\u201cPada sesi tadi, saya ada buat sedikit kesilapan. Saya drop gear kepada gear 0 kemudian saya overshot.\"Namun begitu, saya cuba mencari masa balik dan berjaya mendapatkan masa yang agak bagus. Esok ada lagi cabarannya dan saya sedia menempuhinya,\" kata Syafiq.Sementara itu, tempat kedua ketiga menjadi milik dua pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam (46\u2019640s) dan Md Khairi Asyraf Mahmood (46\u2019644s).Bagi Kategori Wira KBS pula yang menyaksikan penguasaan pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Emil Idzhar Ezuan dengan mencatatkan masa 47\u2019847s, dia berterima kasih atas sokongan keluarganya.\u201cSaya amat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan dorongan terhadap aspirasi sejak kecil lagi.\"Terima kasih kepada krew dan mekanik pasukan yang telah banyak membantu dalam persediaan jentera kali ini.\"Pada sesi tadi, saya hanya mengikuti pelumba di hadapan, Ikram yakin rakan sepasukan. Bila saya ikut ia lebih improve lap time.\u201cBagi sesi shoot out esok, saya percaya dapat buat lebih baik dengan catatan masa. Saya lebih yakin dengan jentera dan sudah pasti akan memberikan terbaik,\" katanya.Tempat kedua milik Adib Hareez Hazwat dari Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 47\u2019864s.Pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam mencatatkan masa ketiga dengan catatan masa 47\u2019864s sesi kelayakan kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 09:21pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249221/berita/sukan/jdt-perkukuh-kedudukan", "article_title": "JDT perkukuh kedudukan", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super musim ini setelah meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Kelantan FC, 5-1, di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, petang tadi.Biarpun beraksi pada waktu petang, namun ia nyata tidak menghalang kedua-dua pasukan untuk tetap mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan.Bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan, JDT tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan apabila penyerang import, Diogo Santo memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin Ahmad yang menampan sepakan penalti daripada seorang lagi penyerang import, Fernando Forestieri, seawal minit ketiga permainan.Gol berkenaan nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan skuad Harimau Selatan itu untuk terus mengasak ke gawang pelawat menyaskikan Endrick Dos Santos meledak gol kedua skuad Harimau Selatan itu pada minit ke-26.Mendahului dua gol bagaimanapun menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari itu terus mengasak hebat ke kubu pelawat dan hasilnya, Forestieri menebus kegagalannya menjaringkan penalti pada awal perlawanan dengan merembat kencang ke penjuru kiri gawang untuk gol ketiga pada minit ke-35.Kesebelasan utama JDT pada aksi berdepan Kelantan FC petang tadi. - Foto FB Johor Southern TigersJDT dilihat semakin hebat mengasak ke gawang pelawat pada minit-minit akhir babak pertama, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan.Bersambung babak kedua, JDT terus mengasak hebat ke gawang Kelantan FC dan kali ini giliran pemain import, Juan Muniz menjaringkan gol menerusi rembatan cantik pemain import, Juan Muniz, dari luar kotak penalti pada minit ke-56 untuk gol keempat tuan rumah.Kelantan FC akhirnya merapatkan jurang gol apabila pemain gantian, Leonardo Rolon menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69.Gol berkenaan dilihat tidak memberikan kesan kepada skuad Harimau Selatan itu yang dilihat semakin hebat mengasak dan hasilnya, pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi menjaringkan gol kelima pada minit ke-81.JDT terus menguasai perlawanan selepas itu, namun tiada sebarang tambahan jaringan berjaya dihasilkan skuad Harimau Selatan itu hingga ke wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 07:31pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249201/berita/sukan/hannah-akan-bantu-zii-jia", "article_title": "Hannah akan bantu Zii Jia", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan Lee Zii Jia bagi melihat bantuan boleh diberikan kepada pemain perseorangan lelaki profesional negara itu susulan prestasi yang kurang memuaskan ketika ini.Hannah memaklumkan sudah menghubungi Zii Jia dan pemain nombor empat dunia itu telah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan apabila pulang ke Malaysia.\"Saya sudah hubungi Zii Jia selepas keputusan perlawanan terakhir dan beritahu akan berjumpa dengannya apabila dia balik nanti.\"Dalam pertemuan sebelum ini dengan Zii Jia, memang kita dah bincangkan sedikit mengenai bantuan boleh diberikan kepadanya. Saya akan sentuh perkara ini dalam sidang media esok (pengumuman penubuhan Jawatankuasa Road to Gold),\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Aplikasi AFA di Petaling Jaya pada Sabtu.Prestasi Zii Jia terus dilihat merosot apabila tewas kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 di pusingan kedua Terbuka Jerman pada Khamis lalu.Ia menyaksikan juara All England 2021 itu masih gagal melangkah ke suku akhir tahun ini selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.Selepas kekalahan kepada Chia Hao, Zii Jia turut memuat naik hantaran dengan perkataan tidak sepatutnya di Instagram miliknya.Mengulas mengenai perkara tersebut, Hannah kurang bersetuju dengan tindakan Zii Jia yang memuat naik hantaran tersebut, namun memahami perasaan pemain itu apabila berdepan situasi sukar.\"Baru-baru ini saya bercakap tentang bagaimana atlet menjadi sumber inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia dan bagaimana mereka dipandang tinggi.\"Tetapi pada masa yang sama, kita harus ingat bahawa (prestasi) atlet ada turun naik. Saya tidak mahu berada dalam kedudukan di mana saya berkata, 'anda tidak sepatutnya begitu, apabila anda kalah dalam perlawanan'.\"Saya mahu menyediakan infrastruktur sokongan untuk atlet kita. Beberapa perkara yang kita lihat ialah latihan media sosial dan latihan kekuatan mental. Kita melihat sukan sebagai aktiviti riadah, tetapi bagi mereka (atlet profesional) itu adalah tugas mereka.\"Saya mahu menunjukkan empati dan membantu mereka lebih baik. Saya tahu ada banyak ruang untuk diperbaiki, sebab itu saya mahu bertemu Zia Jia apabila dia kembali,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 05:17pm"} {"author_name": "BERNAMA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249184/berita/sukan/pearly-thinaah-mara-ke-separuh-akhir-terbuka-jerman", "article_title": "Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Jerman", "article_text": "JAGUH badminton beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi wakil tunggal negara yang berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir Terbuka Jerman 2023 di Mulheim.Beregu nombor enam dunia itu tidak mempunyai masalah untuk menundukkan pasangan dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-17, 18-21, 21-11 dalam saingan peringkat suku akhir kejohanan Super 300 itu awal pagi Sabtu.Keputusan itu menyaksikan juara Sukan Komanwel 2022 itu akan membuat perhitungan bersama beregu Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang juga pilihan pertama kejohanan, dijangka pada jam 12 tengah malam ini dalam usaha menempah tiket ke final Terbuka Jerman pada edisi ini.Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan hanya pernah menewaskan Nami-Chiharu sekali iaitu pada Kejohanan Terbuka Perancis 2022, sebelum tewas kepada beregu yang berada di ranking kedua dunia itu sebanyak tujuh kali.Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan yang berada pada ranking ke-14 dunia, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan, 20-22, 14-21 dalam pertembungan peringkat suku akhir yang berlangsung selama 41 minit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 03:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249150/berita/sukan/kbs-perkenal-kod-sukan-selamat-15-mac-ini---hannah", "article_title": "KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac ini - Hannah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat, pada Rabu ini yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.Menterinya Hannah Yeoh berkata, kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian.\"KBS akan buat buat pengumuman khas mengenai kod itu,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Wanita peringkat KBS, di sini pada Sabtu.\"Isu sukan selamat ini bukan untuk kaum wanita sahaja, bahkan juga untuk kaum lelaki, dan selain isu gangguan seksual ia (kod itu) juga membabitkan (isu) buli dan keganasan,\" tambahnya.Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 12:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249147/berita/sukan/shahrol-shazras-akui-litar-jempol-lebih-teknikal", "article_title": "Shahrol Shazras akui Litar Jempol lebih teknikal", "article_text": "PELUMBA Honda Yuzy Estremo Team, Shahrol Shazras Shahrol Yuzy bersedia menyahut cabaran yang menanti pada Pusingan Kedua Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol, Jempol Negeri Sembilan selepas bermula cemerlang di Litar Sepang Antarabangsa pada Februari lalu.Jelasnya pelumba Kategori CP150 itu, jentera Honda RSX mempunyai kelebihan di litar besar ditambah lagi dengan persediaan setup yang baik daripada pasukan.\"Litar Jempol adalah agak teknikal dan ini hanyalah tahun kedua bagi saya di litar tersebut di Kategori CP150.\"Sudah pasti ia lebih mencabar tetapi saya akan cuba meningkatkan prestasi selangkah demi selangkah. Persiapan adalah seperti biasa dengan lebihkan fokus terhadap kecergasan fizikal dan mental.\u201cPasukan kami jarang melakukan latihan di litar, oleh itu, usaha terpulang kepada keazaman sendiri. Saya banyakkan latihan berjoging di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya dan saya juga suka acara marathon. Ia memang banyak membantu saya dalam persiapan fizikal.\"Pasukan kami juga seperti biasa akan membuat pemeriksaan jentera dan ubahsuai untuk kegunaan pusingan seterusnya,\" katanya.Pada masa sama Shahrol Shazras menyifatkan ayahnya Shahrol Yuzy sebagai sumber motivasinya untuk lebih berjaya dalam arena pemotoran.\u201cAyah merupakan inspirasi saya, yang juga telah mencungkil minat di sukan pemotoran ini.\"Walaupun saya telah menyuarakan hasrat untuk berlumba pada umur 13 tahun, hasrat tersebut tidak diberikan galakan.\"Jadi, saya pujuk lagi dan akhirnya ayah telah memberikan kepercayaan ketika saya berumur 15 tahun.\"Kemenangan ini memberikan saya satu motivasi baharu untuk terus belajar sambil menikmati adrenalin perlumbaan,\" kata Shahrol Syazras.Musim ke-30 akhirnya membuahkan hasil bagi Shahrol Syazras apabila tampil dengan strategi yang mantap di lap terakhir.Shahrol Syazras mempamerkan teknik yang hebat apabila peluang terbuka membolehkannya mengambil kesempatan untuk memintas dan memecut ke garisan penamat.Shahrol Syazras sebelum ini mula beraksi di sukan pemotoran pada 2017 dalam Kategori Wira KBS sebelum ke kategori CP125 pada 2018 diikuti Kategori CP150 pada 2020.Biarpun mulanya, dia berdepan cabaran seperti pelumba-pelumba baharu di kategori itu, Shahrol Syazras tenang mempelajari selok-belok berlumba dan menampilkan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 12:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249138/berita/sukan/ten-hag-pengurus-terbaik-epl-bulan-februari", "article_title": "Ten Hag pengurus terbaik EPL bulan Februari", "article_text": "ERIK ten Hag dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Februari, sekali gus melengkapkan dua gelaran buat Manchester United selepas Marcus Rashford turut dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan baru-baru ini.United dibawah kendalian ten Hag meraih 10 mata daripada empat perlawanan EPL sepanjang bulan lalu dan hanya keciciran mata ketika terikat 2-2 dengan Leeds United di laman sendiri.Selain mencatatkan kemenangan ke atas Crystal Palace dan Leicester City, United kemudian menewaskan Leeds 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Elland Road.United turut menampilkan prestasi cemerlang untuk menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan menewaskan Newcastle United dalam final Piala Liga selain menyingkirkan Barcelona daripada saingan Liga Europa (UEL).Dalam pada itu, Rashford yang turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik EPL bulan Februari muncul sebagai pemain kedua memenangi gelaran itu sebanyak tiga kali dalam musim yang sama sekali gus menyamai rekod Mohamed Salah pada 2017-18.Penyerang Manchester United itu meledak lima gol dalam empat aksi EPL pada Februari - bulan yang turut menyaksikan dia menjaringkan gol ketika United menjuarai Piala Liga di Wembley dan ketika menewaskan Barcelona pada Liga Europa.Rashford yang memenangi anugerah sama pada September dan Januari mengatasi saingan pemain Leicester Kelechi Iheanacho, penjaga gol Fulham Bernd Leno dan pemain sayap Manor Solomon, pertahanan kananTottenham Emerson Royal dan penyerang Aston Villa Ollie Watkins.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 10:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249135/berita/sukan/spezia-kejutkan-inter-milan", "article_title": "Spezia kejutkan Inter Milan", "article_text": "KELAB gergasi Serie A, Inter Milan tewas mengejut kepada pasukan bawahan Spezia 1-2 menerusi gol penghujung perlawanan awal pagi Sabtu.Kekalahan itu meninggalkan Inter dengan pendahulu, Napoli 15 mata ketika aksi liga berbaki 14 perlawanan.Dalam aksi itu, Spezia memperoleh gol hasil sentuhan Daniel Maldini dan sepakan penalti M'Bala Nzola untuk menewaskan Inter buat kali pertama dalam sejarah.Jaringan penyamaan Romelu Lukaku menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 tidak bermakna buat Inter yang dibimbing Simone Inzaghi.\"Dalam bola sepak tiada diskaun dan anda terpaksa membayar jika melakukan kesilapan. Tidak betul apabila Inter kalah di Spezia,\" ujar Inzaghi.Menurutnya, para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.\"Kami tidak tidur malam ini. Saya mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan ini kerana pemain sudah memberikan segala-galanya. Kami tidak cukup tajam.\"Ini adalah bola sepak, kekalahan akan membuatkan anda lebih gagah. Kami banyak mengalaminya musim ini terutama di tempat lawan dan secara semula jadi, keputusan begitu tidak memuaskan hati,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 09:47am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249134/berita/sukan/klopp-terkejut-firmino-mahu-tinggalkan-liverpool", "article_title": "Klopp terkejut Firmino mahu tinggalkan Liverpool", "article_text": "JURGEN Klopp mengakui terkejut dengan keputusan yang dibuat Roberto Firmino untuk meninggalkan Liverpool.Pemain Brazil itu memaklumkan kelab itu minggu lalu bahawa dia mahu berpindah apabila kontraknya tamat penghujung musim ini sekali gus menamatkan tempoh tujuh tahun kariernya di Anfield.\"Ya, saya sedikit terkejut, namun sebenarnya ia adalah perkara biasa untuk dilakukan dan saya sangat menghormatinya.\"Ia normal dalam situasi ini antara Bobby, kelab pemain dan peminat pasukan. Ia agak istimewa dan saya suka sambutan yang dia dapat ketika menentang United.\"Dia memberitahu saya bahawa dia mahu membawa kisah indah ini ke penghujung yang positif. Jadi, itu sahaja. Dia berada di sini dan komited sepenuhnya.Klopp berkata, Liverpool akan memberikan sambutan kepada Firmino walaupun dia akan hadir dengan pasukan berbeza ke Anfield pada masa akan datang.\"Bila-bila masa dia akan kembali. Walaupun dia akan datang dengan pasukan lawan, orang akan sangat gembira melihatnya,\" katanya.Conte kritik penyokong SpursANTONIO Conte percaya Tottenham Hotspur bersedia untuk bersabar dengannya dalam usaha membina sebuah pasukan yang mantap.Namun, dia menegaskan peminat pasukan itu tidak realistik dalam menilai situasi dengan sentiasa mengharapkan kemenangan dalam setiap perlawanan.Tekanan semakin meningkat ke atas Conte berikutan prestasi buruk yang menamatkan harapan pasukan untuk memenangi trofi untuk musim lain.Spurs tersingkir daripada saingan Piala FA kepada Sheffield United dan Liga Juara-Juara ke AC Milan.Persaingan untuk berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris juga sukar dengan Liverpool dan Newcastle United mempunyai kelebihan satu perlawanan.\"Kesabaran telah berakhir untuk peminat. Peminat mahu memenangi trofi.\"Kemudian, anda perlu mencari penyelesaian yang betul untuk menggembirakan peminat dan memenangi trofi kerana kesabaran peminat telah berakhir.\"Saya dan pemain merasakan perkara ini. Apa yang pasti, ini tidak membantu keadaan. Terdapat ramai pemain muda yang perlu melangkah selangkah demi selangkah untuk berkembang.\"Kami cuba membina sesuatu yang penting tetapi jika anda tidak mempunyai kesabaran, ia tidak berguna,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 09:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249121/berita/sukan/kim-swee-pantau-status-empat-tonggak-sabah-fc", "article_title": "Kim Swee pantau status empat tonggak Sabah FC", "article_text": "EMPAT tonggak utama Sabah FC tidak dapat diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur pada Ahad ini.Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ketika mengesahkan perkara itu berkata, Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Jailton Da Silva dan Darren Lok merupakan pemain yang mengalami kecederaan semasa menentang Kuching City FC, di Stadium Negeri, Isnin lalu.Bagaimanapun katanya, dia tidak begitu bimbang kecederaan menimpa keempat-empat mereka kerana terdapat beberapa pemain lain yang bersedia untuk mengisi kekosongan sekali gus mampu memberikan persaingan hebat menjelang perlawanan nanti.\u201cKita akan lihat perkembangan mereka ini. Jadi saya hanya dapat tentukan mereka dapat diturunkan ataupun tidak selepas latihan esok. Kita masih mempunyai lebih kurang 48 jam sebelum bertemu Sri Pahang.\u201cSecara keseluruhannya, pemain-pemain lain berada dalam keadaan amat baik. Saya percaya kecergasan mereka dalam tahap yang cukup tinggi, di mana setiap pemain diturunkan tidak kira pada kesebelasan utama ataupun dimasukkan pada masa gantian mampu menunjukkan tahap kecergasan yang cukup bagus,\u201d katanya.Mengulas mengenai gandingan Saddil Ramdani dan Darren Lok, Kim Swee berkata, kedua-dua pemain ini bukan sahaja menunjukkan kombinasi yang baik tetapi berjaya mendapatkan gol serta bermain dengan begitu baik pada setiap perlawanan.\u201cKedua-dua mereka sangat serasi. Walaupun mereka ini baru digandingkan bersama-sama dalam beberapa perlawanan tetapi prestasi mereka cukup baik. Begitu juga dengan pemain-pemain lain juga dilihat sangat komited dengan menunjukkan satu prestasi yang cukup baik.\u201cJadi saya harap agar semua pemain dapat mengekalkan rentak persembahan yang baik di samping mampu menunjukkan prestasi cemerlang mereka untuk perlawanan-perlawanan seterusnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 12:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249120/berita/sukan/malaysian-tigress-b-20-mula-langkah-kiri-di-phnom-penh", "article_title": "Malaysian Tigress B-20 mula langkah kiri di Phnom Penh", "article_text": "[KEMAS KINI] SKUAD bola sepak Bawah 20 tahun (B-20) wanita negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Kemboja dalam perlawanan di Stadium Smart RSN, Phnom Penh, pada Jumaat.Gol tunggal perlawanan dijelmakan penyerang sensasi tuan rumah, Tun Kimhong selepas menyudahkan hantaran Heng Sovanmony pada minit ke-94.Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress B-20 kendalian Cameron Ng itu tidak mempunyai pilihan kecuali menang sekurang-kurangnya tiga gol tanpa bolos ke atas Myanmar bagi menyalakan peluang ke pusingan kedua.Myanmar kini memimpin kumpulan dengan tiga mata iaitu sama mata dengan Kemboja, namun dipisahkan jaringan akan berdepan Malaysia dalam perlawanan terakhir, Ahad ini.\"Keputusan yang mengecewakan tambahan pula gol pada masa kecederaan, namun itulah bola sepak.\"Sebenarnya pemain Malaysian Tigress B-20 telah memberikan aksi terbaik masing-masing.\"Perlawanan terakhir menentang Myanmar, kita tiada pilihan kecuali menang untuk mara ke pusingan seterusnya.\"Namun kami akan memberikan persembahan terbaik bagi mendapatkan keputusan yang positif,\" kata Cameron Ng selepas perlawanan pada Jumaat.Lapan juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 11 Jun depan.Sementara itu, empat daripada lapan pasukan terbaik akan meraih tempat ke pusingan akhir di Uzbekistan pada 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Mac 2023 12:02am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249117/berita/sukan/hakim-danish-teruja-sahut-cabaran-di-eropah", "article_title": "Hakim Danish teruja sahut cabaran di Eropah", "article_text": "PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, mengakui teruja untuk memulakan cabaran baharu pada saingan perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 bermula di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, Portugal, pada 25 dan 26 Mac ini.Malah lebih menarik juara Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 itu tidak hanya akan mengalami suasana perlumbaan berbeza yang lebih sengit, tetapi juga bakal teruji apabila buat julung kali berlumba menggunakan jentera baharu.\"Ini ialah permulaan baharu bagi saya. Saya akan ke Barcelona terlebih dahulu sebelum ke Portimao untuk sesi ujian. Sesi ini akan memberi peluang untuk saya menguji jentera baharu yang tidak pernah saya gunakan iaitu jentera KTM 250cc.\"Sejak di Malaysia lagi kita sudah buat persiapan, kita berlatih di litar dan bermain permainan video, selain mengayuh basikal (aspek kecergasan), jadi persediaannya bagus,\" katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Barcelona di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.Pelumba berusia 15 tahun itu akan menyertai sesi ujian pramusim di Portimao pada Rabu and Khamis depan sebelum memulakan cabaran sebenar dalam dua perlumbaan pusingan pertama.\"Sasaran saya pada dua perlumbaan pusingan pertama ialah untuk menamatkan perlumbaan dan meraih keputusan yang bagus,\" katanya.Untuk rekod selepas perlumbaan di Partimao, saingan akan beralih ke Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda, Austria dan kembali semula ke Itali.Selain Hakim Danish, seorang lagi pelumba negara Danial Syahmi Sharil turut berentap di kejuaraan sama dengan pelumba berusia 21 tahun itu telah berangkat ke Partimao lebih awal iaitu pada 5 Mac lalu.Pada November tahun lalu, Hakim Danish, menjadi rakyat Malaysia pertama dan pelumba kedua dari Asia Tenggara bergelar juara keseluruhan ATC, sejak saingan perlumbaan itu mula diperkenalkan pada 2014.Red Bull Rookies Cup adalah platform awal yang menjadi impian seluruh pelumba muda dari serata dunia dan pernah melahirkan ramai nama popular dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia seperti Raul Fernandez, Jorge Martin, Johann Zarco dan Miguel Oliveira.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 11:23pm"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249066/berita/sukan/malik-nekad-buru-tiga-mata", "article_title": "Malik nekad buru tiga mata", "article_text": "PENYERANG berpengalaman Tok Gajah, Abdul Malik Mat Ariff, 32, nekad untuk memastikan kemenangan buat Sri Pahang FC apabila bakal melayan kunjungan Sabah FC dalam saingan Liga Super 2023 di laman sendiri pada Ahad ini.Pemain kelahiran Kuantan itu memberitahu, ia sasaran bagi semua pemain yang akan diturunkan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur di sini.\"Saya hanya fikir nak kutip tiga mata untuk Sri Pahang walaupun sama ada turun sebagai kesebelasan utama atau gantian.\"Paling penting, beraksi di laman dan penyokong sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain,\" katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Beliau yang sudah menghasilkan satu gol dalam tiga perlawanan liga setakat ini mengakui, ia bukan tugas mudah buat pemain berdepan lawan yang berada dalam prestasi terbaik selepas meraih tiga kemenangan berturut-turut setakat ini.\"Namun ia tidak menghalang pemain yang diturunkan nanti untuk memburu kemenangan di laman sendiri.\"Kami juga harapkan sokongan padu peminat Tok Gajah sekali gus dapat mengekang lawan pada Ahad nanti,\" ujar pemain tersebut.Setakat ini, Sri Pahang berada di kedudukan kelima liga dengan lima mata selepas mengharungi tiga perlawanan manakala Sabah di tangga kedua berkongsi sembilan mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT).", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 04:57pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/249041/berita/sukan/saya-sudah-selesai---zii-jia", "article_title": "'Saya sudah selesai' - Zii Jia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meluahkan kekecewaan di InstaStory miliknya selepas kekalahan kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada aksi pusingan kedua Terbuka Jerman di Mulheim, pada Khamis.\"I'm f*****g done (saya sudah selesai),\" tulis Zii Jia di InstaStory miliknya.Hantaran di InstaStory itu menimbulkan pelbagai persoalan namun ramai peminat badminton negara percaya ia berkaitan prestasinya yang terus merudum tahun ini.Zii Jia memulakan kempen kejohanan berstatus Super 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5 pada Rabu.Namun, kecemerlangan itu gagal diteruskan apabila terpaksa akur dalam pertarungan tiga set kepada pemain di ranking ke-49 dunia itu.Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 dengan persembahan kurang bermaya pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia diikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 03:04pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248997/berita/sukan/arteta-kecewa-arsenal-lepaskan-gol-mudah", "article_title": "Arteta kecewa Arsenal lepaskan gol mudah", "article_text": "MIKEL Arteta tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dengan prestasi Arsenal selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Sporting Lisbon pada Jumaat.The Gunners mendahului pada separuh masa pertama apabila William Saliba menanduk masuk sepakan sudut Vieira pada minit ke-22 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi Goncalo Inacio dalam aksi di Jose Alvalade itu.Paulinho meletakkan Sporting di depan selepas rehat, tetapi jaringan sendiri Hidemasa Morita tujuh minit kemudian akhirnya memastikan Arsenal meraih keputusan seri untuk aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Europa di Emirates minggu depan.\"Kami melepaskan terlalu banyak gol mudah. Kami tidak bertahan dengan cukup baik, dan kami juga harus lebih baik dalam memberikan ancaman kepada pihak lawan.\"Tetapi sudah tentu, anda mempunyai lawan yang hebat. Kami telah bermain beberapa perlawanan yang sangat sukar baru-baru ini.\"Kami membuat banyak perubahan dan kadangkala itu mengambil masa untuk mendapatkan kesefahaman. Anda dapat merasakannya dalam 15 minit pertama bahawa ia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri,\" katanya.Arteta menegaskan apabila pasukan melepaskan dua gol mudah, ia akan menjadi sukar untuk meraih keputusan positif terutama apabila bermain di Eropah.\"Permainan mempunyai fasa yang berbeza kerana kami memberikan terlalu banyak bola mudah di bahagian kami sendiri dan memberi mereka peluang untuk menjaringkan gol.\"Namun, terdapat beberapa perkara positif kerana kami menunjukkan banyak mampu kembali ke dalam permainan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 10:07am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248996/berita/sukan/jdt-sukar-berdepan-trw---solari", "article_title": "JDT sukar berdepan TRW - Solari", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari meramalkan aksi sukar berdepan Kelantan FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.Menurut Solari, biarpun masih segar dengan kemenangan 7-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Isnin lalu, kesebelasan skuad Harimau Selatan itu perlu berhati-hati berdepan skuad The Red Warriors (TRW) itu yang dilihat turut merekodkan peningkatan ketika ini.\u201cKita berdepan tugas sukar menentang Kelantan FC. Skuad ini telah menunjukkan peningkatan dan juga menang pada pertemuan sebelum ini.\u201cNamun, apa yang penting adalah kita akan fokus kepada pasukan sendiri, cara kita bermain, percaya dengan kualiti yang dimiliki dan mengukuhkan lagi benteng pertahanan kita yang setakat ini berfungsi dengan baik mengekang asakan-asakan lawan.\u201cMalah diharapkan koordinasi berkenaan akan berterusan untuk kita memastikan pintu gol kita tidak dibolosi,\u201d katanya.Untuk rekod, Kelantan FC menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Ahad lalu.Mengulas mengenai situasi penyerang import, Bergson Da Silva yang dilaporkan mengalami kecederaan, Solari berkata, pihaknya mahu memastikan penyerang kelahiran Brazil itu benar-benar cergas sebelum beraksi.Katanya, dia juga tidak mahu terburu-buru menurunkan Bergson yang masih belum cergas sepenuhnya kerana ia mungkin menyebabkan kecederaan yang dialami berpanjangan.\u201cBuat masa ini, terlalu awal untuk kita katakan mengenai Bergson... memang dia pemain utama kami, tetapi jika dia tidak bersedia untuk beraksi, kita ada calon pengganti yang memiliki kualiti yang sama.\u201cKita juga tidak mahu terburu-buru menurunkan mana-mana pemain yang belum cukup cergas untuk beraksi kerana ia hanya mengundang risiko,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 09:57am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248994/berita/sukan/conte-sedar-kemungkinan-dipecat", "article_title": "Conte sedar kemungkinan dipecat", "article_text": "ANTONIO Conte sedar kemungkinan dia bakal dipecat oleh Tottenham Hotspur selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.Spurs telah tewas tujuh daripada 15 perlawanan mereka pada tahun ini dan impian untuk mengapai sebarang trofi juga tidak kesampaian.Kempen di saingan Eropah berakhir dengan kekalahan agregat 0-1 kepada AC Milan dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.Conte dilantik pada November 2021 dengan kontrak yang akan berakhir akhir musim ini.Bekas pengendali Juventus, Inter Milan dan Itali itu mungkin tidak akan menyambung kontraknya sebaik sahaja kempen tamat, tetapi Tottenham boleh memecatnya jika mereka menganggap Conte tidak memaksimumkan potensi pasukan.\"Saya menghormati kontrak dan pada akhir musim saya akan membuat penilaian yang betul dengan kelab.\"Mungkin pasukan boleh menamatkan khidmat saya lebih awal. Bagi seorang jurulatih, apa yang penting ialah meningkatkan persembahan pasukan dan kami agak bergelut tahun ini,\" katanya.Tottenham akan melayan kunjungan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 09:34am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248992/berita/sukan/ronaldo-alami-kekalahan-pertama-bersama-al-nassr", "article_title": "Ronaldo alami kekalahan pertama bersama Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo mengalami kekalahan pertamanya dalam saingan Liga Pro Saudi bersama Al Nassr apabila tewas 0-1 kepada Al Ittihad pada Jumaat.Kekalahan itu menyaksikan Al Ittihad memintas Al Nassr untuk berada di kedudukan pertama liga.Al Nassr tidak pernah kalah dalam lima perlawanan liga mereka sejak penampilan sulung Ronaldo pada 3 Februari dengan keputusan satu seri dan empat kemenangan.Romarinho menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 hasil serangan balas pantas yang dilakukan pasukan tuan rumah tersebut sekali gus mengecewakan pasukan yang diketuai Ronaldo.Jurulatih Al Nassr, Rudi Garcia mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut tetapi tetap cuba posisif dengan corak persembahan pasukannya.\"Kami kecewa kerana kami tidak layak untuk kalah. Al Ittihad menjaringkan gol seperti yang selalu mereka lakukan iaitu dengan serangan balas.\"Liga masih panjang. Kami kini ketinggalan satu mata di belakang Al Ittihad. Namun, saya gembira dengan pasukan saya.\"Kami bermain di stadium sukar di hadapan penonton lawan. Kami bermain dengan personaliti yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 08:12am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248978/berita/sukan/selangor-kl-city-sokong-inisiatif-kbs", "article_title": "Selangor, KL City sokong inisiatif KBS", "article_text": "SETIAP pasukan perlu mengambil peluang tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menukar rumput stadium di setiap negeri kepada padang rumput jenis Zeon Zoysia.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, tawaran KBS itu adalah satu langkah tepat dalam usaha menyediakan lebih banyak padang berkualiti, sekali gus meningkatkan mutu bola sepak negara.Menurutnya, Selangor FC juga sudah mengambil tindakan proaktif untuk berhubung dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti stadium yang boleh dinaik taraf di negeri itu.\u201cBagi saya, ia satu inisiatif baik untuk naik taraf padang stadium negeri dan ia satu peluang bagus untuk meningkatkan kualiti padang. Bila lagi kita nak bergerak untuk menaik taraf padang jika bukan sekarang.\u201cUntuk Selangor FC, saya juga telah minta pegawai saya hubungi pejabat YB Menteri Besar untuk kita jelaskan hala tuju ini dan pelaksanaan terutama stadium mana yang akan terlibat.\u201cSudah tentu, kalau dipertimbangkan kita berbesar hati dengan naik taraf padang, cuma saya tidak pasti sama ada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dipertimbangkan untuk naik taraf ini dan kita menunggu maklum balas,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sebelum ini, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri untuk menaik taraf stadium, namun kos penyelenggaraan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.Isu kualiti padang cow grass bukan asing di negara ini dengan rungutan terutama daripada pasukan yang beraksi di Liga Super sejak beberapa tahun lalu.Dalam pada itu, Johan turut menyatakan pihaknya bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri berhubung kos penyelenggaraan apabila padang itu siap dinaik taraf.Namun, beliau mengakui perancangan rapi perlu dilakukan terutama tempoh kerja naik taraf itu, selain kebimbangan ia mudah rosak jika tidak diselenggara dengan baik.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard turut menyambut baik tawaran tersebut dan berharap pengurusan stadium dapat memastikan kerja naik taraf itu berjaya.\u201cIa amat baik dan satu inisiatif yang membuka mata pihak kelab bola sepak kerana ramai yang mengetahui kita bukan pemilik, sebaliknya hanya penghuni terbesar setiap tahun.\u201cSetiap kelab perlu mengambil tanggungjawab terutama dari segi kos penyelenggaraan untuk memastikan padang itu dijaga selepas siap,\u201d katanya.Menurutnya, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras akan menjadi padang yang dinaik taraf dan pihaknya sedia berbincang dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memastikannya diselenggarakan dengan baik.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248972/berita/sukan/zii-jia-tersingkir-di-pusingan-kedua-terbuka-jerman", "article_title": "Zii Jia tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, masih bergelut dengan prestasi merudum apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Jerman, malam ini.Pemain nombor empat dunia itu gagal menepati jangkaan sebagai pilihan utama kejohanan apabila tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada pertarungan selama 57 minit di Mulheim.Pemain Taiwan itu mara ke suku akhir dengan menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, esok.Zii Jia, juara All England pada 2021, memulakan kempen kejohanan berstatus Sper 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5.Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.Tanpa bimbingan jurulatih, Zii Jia, dijangka menyertai All England di Birmingham pada 14 hingga 19 Mac ini dan Terbuka Switzerland di Basel dari 21 hingga 26 Mac ini.Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong, 13-21,10-21.Bagaimanapun, kem negara diceriakan oleh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei apabila melangkah ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan kedua Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-11, 24-22.Wakil negara itu akan berdepan dengan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, bagi merebut slot separuh akhir, esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mac 2023 12:29am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248967/berita/sukan/eracing-gp-royal-selangor-hangatkan-lumba-motor-simulasi", "article_title": "eRacing GP, Royal Selangor hangatkan lumba motor simulasi", "article_text": "ROYAL Selangor dan Axle Sports memperbaharui kerjasama dengan eRacing GP apabila akan memperkenalkan empat litar terkenal di Malaysia kepada pelumba muda sukan simulator dari pelbagai negara pada edisi musim pertama.Perlumbaan Global Edition 11: Malaysian Playground membuka tirai dengan menyaksikan lebih 90 pelumba simulator dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Brunei, Australia, United Kingdom dan Filipina berentap di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Februari lalu.Antara litar ikonik ialah para pelumba akan beraksi di litar Shah Alam atau lebih dikenali dengan litar Batu Tiga Shah Alam yang pasti menggamit memori pencinta sukan permotoran di pusingan kedua.Sebuah litar sepanjang 3.5 km ini pernah menjadi tumpuan orang ramai serta menjadi tuan rumah pelbagai acara permotoran seperti perlumbaan motosikal berkuasa tinggi termasuk kereta lumba lagenda Kumpulan C pada tahun 1980-an.\u201cKita ingin memperkenalkan pelumba muda dari pelbagai negara tentang sejarah sukan permotoran yang dahulunya menjadi suatu kebanggaan untuk kita. Dengan harapan supaya pelumba generasi muda ini menghargai peristiwa-peristiwa bersejarah dalam sukan permotoran di Malaysia\u201d, ujar bekas pemandu Formula 1 Malaysia Alex Yoong, yang juga merupakan pengasas Axle Sports, Alex Yoong.Baki pusingan perlumbaan akan diumumkan sebelum bermulanya dua pusingan akhir bagi mengekalkan elemen kejutan seperti Edisi Global sebelum ini.Perlumbaan Axle Sports memberikan petanda bahawa pusingan seterusnya akan membawa semula sebuah litar yang menjadi tumpuan tahun 80-an lalu pada kejohanan pertama GP di Malaysia.\u201cKami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif dalam mendidik, mendorong serta memyediakan platform terbaik kepada pelumba sukan simulator generasi muda. Semoga berjaya kami ucapkan kepada mereka,\u201d kata Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li.Global Edition 11: Malaysian Playground menyaksikan perlumbaan simulator berubah dari Perlumbaan RaceRoom Experience kepada platform perlumbaan Assetto Corsa Competizione.Pusingan kedua dan ketiga akan berlangsung pada 10 dan 24 Mac dengan aksi final dijadualkan pada 7 April.Pelumba di Kelas Emas dan Perak akan bersaing di dalam Jordan 191 dan Kelas Gangsa dan Tembaga akan beraksi di dalam Taatus FA010.Royal Selangor juga bekerjasama dengan Axle Sports dalam Endurance Edition yang menyajikan saingan perlumbaan dalam litar terkemuka dunia pada 1 April yang menyaksikan cabaran 4 hingga ke 8 jam perlumbaan.Pemenang bagi setiap kategori akan menerima sebuah trofi yang direka khas Royal Selangor, edisi tahun keempat kerjasama antara Royal Selangor dan Axle Sports.Untuk maklumat lanjut, sila layari mengenai eRacing GP, anda boleh melayari laman sesawang mereka di www.eracing-gp.com atau laman rasmi sosial media.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:52pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248963/berita/sukan/klinsmann-mahu-pulihkan-prestasi-heung-min", "article_title": "Klinsmann mahu pulihkan prestasi Heung-min", "article_text": "PENGENDALI Korea Selatan, Jurgen Klinsmann akan berusaha mengeluarkan Son Heung-min daripada prestasi buruknya apabila penyerang Tottenham Hotspurs itu menyertai Taegeuk Warriors untuk perlawanan pertama pengurus dari Jerman itu akhir bulan ini.Klinsmann secara rasmi diumumkan sebagai pengganti Paulo Bento pada sidang akhbar di Seoul pada 9 Mac lalu menyaksikan pemain berusia 58 tahun itu menggariskan hasratnya untuk menamatkan kemerosotan Heung-min.\u201cSaya peminat tegar Sonny. Dia mengharungi Piala Dunia 2020 yang sukar kerana tidak berapa sihat dan cergas.\u201cSaya melihat semua perlawanan dan bersimpati untuknya tetapi saya percaya ini adalah tempoh biasa. Semua pemain akan melalui fasa pasang surut. Situasi di Tottenham juga tidak begitu mudah.\u201cSaya harap akan berjumpa Sonny dalam masa dua minggu dan dia datang dengan senyuman dan teruja mengharungi cabaran bersama pasukan,\u201d kata Klinsmann mengenai pemain yang menamatkan saingan berstatus penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu.Heung-min menjaringkan 23 gol untuk Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu bagi menamatkan saingan di puncak carta penjaring terbanyak bersama pemain Liverpool, Mohamed Salah, namun sejak itu pemain berusia 30 tahun itu hanya menjaringkan lima gol dalam liga.Di Qatar, dia terpaksa bermain dengan topeng muka pelindung semasa Piala Dunia 2022 selepas mengalami kecederaan patah tulang mata ketika berdepan Marseille dalam Liga Juara-Juara seminggu sebelum ke Qatar.Prestasi Heung-min terus merosot daripada standard sebelumnya sejak kembali dari Piala Dunia, menyaksikan Korea Selatan disingkirkan Brazil dalam pusingan 16 terbaik.Klinsmann berharap dia boleh menggunakan pengalamannya sendiri untuk membantu menghidupkan semula Heung-min mereka bertemu untuk perlawanan persahabatan menentang Colombia dan Uruguay masing-masing pada 24 Mac dan 28 Mac.\u201cSaya akan mengenalinya lebih jauh, lebih baik lagi dan saya boleh memberinya galakan dan motivasi untuk menikmati dirinya dalam apa jua peranan dan bagaimana dia bermain di atas padang.\u201cNamun itu semua bergantung kepada pertemuan itu. Anda memikirkannya apabila anda bercakap dengan pemain, apakah peranan terbaik setiap orang dan bagaimana anda boleh melindungi satu sama lain,\u201d kata Klinsmann, yang pernah dua kali bersama Tottenham semasa karier bermainnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 09:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248959/berita/sukan/richarlison-kritik-conte", "article_title": "Richarlison kritik Conte", "article_text": "PENYERANG Tottenham Hotspur, Richarlison mengkritik pengendali Antonio Conte berikutan penyingkiran The Spurs pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.Richarlison mempersoalkan keputusan pengendali dari Itali itu untuk menggantikannya di bangku simpanan sambil mengisytiharkan kelab London utara itu mengalami musim yang 'malang'.Untuk rekod, Spurs disingkirkan daripada saingan piala utama kelab Eropah gergasi Serie A, AC Milan selepas gagal menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan ketika sensasi Itali itu mara dengan agregat 1-0.Richarlison, yang ditandatangani Spurs dengan perjanjian bernilai 60 juta pound, mendapati masa permainan sukar diperoleh di bawah Conte apabila hanya bermain 20 minit terakhir menentang Milan dalam keputusan seri 0-0 di laman sendiri.\"Saya tidak faham... saya bermain dengan baik, kami menang menentang Chelsea dan West Ham (United) dan tiba-tiba saya berada di bangku simpanan.\u201cSaya bermain lima minit menentang Wolves, apabila bertanya sebabnya dan tiada siapa memberitahu saya mengapa.\u201cPada Rabu, mereka meminta saya mengambil ujian kecergasan di gym dan memberitahu saya akan bermula Khamis jika saya lulus - dan saya berada di bangku simpanan. Ada perkara yang saya tidak faham,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 09:18pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248929/berita/sukan/jualan-tiket-jdt-disalurkan-kepada-mangsa-banjir", "article_title": "Jualan tiket JDT disalurkan kepada mangsa banjir", "article_text": "SEMUA jualan tiket membabitkan perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir bulan Ramadan ini akan disalurkan kepada mangsa banjir di negeri itu.Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, ia adalah titah pemilik pasukan itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu rakyat yang terkesan dengan bencana banjir.\"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan JDT agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.\"Ini melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).\"Kesemua dana akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di negeri Johor,\" katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Khamis.Keadaan banjir di Johor masih belum pulih sepenuhnya dengan seramai 45,048 mangsa banjir daripada 12,746 keluarga masih ditempatkan 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 05:47pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248920/berita/sukan/ocbc-cycle-kuala-lumpur-beberapa-jalan-utama-ditutup-ahad-ini", "article_title": "OCBC Cycle Kuala Lumpur: Beberapa jalan utama ditutup Ahad ini", "article_text": "BEBERAPA jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 pada Ahad ini.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penutupan 18 laluan utama itu dibuat secara berperingkat bermula jam 6.45 pagi sehingga tamat acara itu kira-kira 10 pagi.Menurutnya, laluan terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Perak, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Kia Peng, Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang.\u201cIa turut melibatkan Jalan Putra, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan berakhir di Dataran Merdeka,\u201d katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran pelan laluan kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan OCBC Cycle KL 2023, Datuk Naim Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Berhad, Syed Abdull Aziz Syed Kechik.Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, seramai 144 anggota dan pegawai akan membantu kelancaran dan perjalanan acara kayuhan kali ini.\u201cKita menasihatkan orang ramai menaiki pengangkutan awam dan mematuhi arahan serta mengikut tanda arah pihak trafik yang bertugas,\u201d jelasnya.Dalam masa yang sama, Sarifudin berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat penutupan jalan melalui laman Facebook JSPT Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur dan OCBC Cycle.Untuk rekod, OCBC Cycle Kuala Lumpur kembali dilangsungkan tahun ini selepas tiga tahun tidak dianjurkan susulan pandemik Covid-19.Kira-kira 2,500 peserta akan menyertai acara kali ini dengan membabitkan dua kategori iaitu 21 kilometer (km) dan 42km secara dua pusingan.Kategori baharu koporat turut diperkenalkan iaitu The KL's Mayor Ride sejauh 42km untuk pasukan yang terdiri daripada 10 peserta setiap kumpulan.Selain pelumba tempatan, acara kayuhan kali ini turut melibatkan peserta luar negara, antaranya dari Filipina, India, Singapura, Great Britain, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Indonesia dan Jerman.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 05:26pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248914/berita/sukan/bukan-misi-mustahil-azizulhasni-sambar-emas-olimpik", "article_title": "Bukan misi mustahil Azizulhasni sambar emas Olimpik", "article_text": "ATAS kertas, jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang masih dianggap calon pilihan bagi menghadiahkan kilauan pingat emas sulung buat kontinjen Malaysia di pentas Sukan Olimpik.Bagi bekas Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, Azizulhasni tetap mempunyai potensi menyambar emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.Naim berkata, sekalipun Azizulhasni atau lebih dikenali dengan panggilan The Pocket Rocketman sudah menjangkau usia 35 tahun, namun ia bukan halangan buatnya menjelmakan kilauan emas.\u201cTidak mustahil Azizulhasni melakar kemenangan dalam acara keirin di Paris selepas legenda Great Britain, Chris Hoy pernah melakukannya pada Olimpik London 2021 meskipun ketika itu dia berusia 36 tahun.\u201cSaya mempunyai harapan tinggi Azizulhasni untuk mencatat sejarah dan memenangi pingat emas bagi acara berbasikal keirin Olimpik sebelum dia bersara nanti.\u201cSelepas menjalani pembedahan (jantung), sekarang ini beliau sudah kembali bergiat cergas. Saya yakin dan percaya, Insya-ALLAH pingat emas pertama Olimpik (daripada Azizuhasni).\u201cKalau kita lihat, Chris Hoy menang beberapa pingat emas termasuk di Olimpik walaupun dalam peringkat umur 36 tahun. Jadi ia tak mustahil berdasarkan kegigihan dan disiplin beliau,\u201d katanya.Naim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran pelan laluan kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis.Mengulas lanjut, Naim berkata, Azizulhasni mampu merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia untuk melihat emas sulung Olimpik bersandarkan prestasi semasanya ketika ini.\u201cKita bersyukur serta berbangga kerana mempunyai bakat yang sungguh disiplin dan Azizulhasni memang ada semangat untuk menang.\u201cBeliau berlatih dengan bersungguh-sungguh, mengorbankan masa untuk mencapai matlamat ini. Kita doa kepada Allah SWT untuk memudahkannya,\u201d ujarnya.Azizulhasni dijangka sekali lagi menjadi taruhan kontinjen Malaysia untuk membawa pulang pingat emas dari bumi Paris selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam dua temasya Olimpik sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 05:05pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248886/berita/sukan/saya-lelaki-bertuah-sayang-kamu-10000-tahun---chong-wei", "article_title": "'Saya lelaki bertuah, sayang kamu 10,000 tahun' - Chong Wei", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan dirinya sebagai insan yang cukup bertuah apabila memiliki Datin Wong Mew Choo sebagai teman hidupnya.Malah tanpa berselindung Chong Wei berkata, \u201cSaya melihat video ini, dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis.\u201cApa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini? terima kasih Mew Choo. Saya hanya lelaki yang paling bertuah dalam dunia ini.\u201dPemenang pingat perak di tiga temasya Sukan Olimpik - 2008 Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016 sebelum itu di Facebooknya memuat naik hantaran diterima daripada seorang individu mengenai isterinya yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara sempena Hari Wanita Sedunia pada Rabu.Hantaran itu menyaksikan Mew Choo menitiskan air mata ketika pemenang perak tiga Kejohanan Dunia, London 2011, Guangzhou 2013, Copenhagen 2014 dan Jakarta 2015 tersebut berkongsi pengalaman sukar dilalui sepanjang kariernya di majlis pelancaran patung lilin dirinya di ibu negara minggu lalu.Chong Wei di laman media sosialnya menitipkan bagaimana hatinya luluh dan turut menitiskan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam kehidupannya.\u201cAda seseorang merakamkan video secara rahsia dan menghantar klip berkenaan kepada saya. Ini adalah video mengenai dirinya (Mew Choo), ketika saya sedang berkongsi mengenai detik paling sukar dalam karier saya.\u201cSayang kamu 10,000 tahun. Kepada semua wanita di seluruh dunia, selamat menyambut Hari Wanita Sedunia,\u201d kata bekas pemain perseorangan nombor satu negara itu yang turut memuji tindakan anaknya, Terrance yang menenangkan Mew Choo.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 02:59pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248880/berita/sukan/rahsia-kertas-toyol-shafiq-afifi", "article_title": "Rahsia 'kertas toyol' Shafiq Afifi", "article_text": "PENJAGA gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi muncul pemain terbaik perlawanan ketika membantu pasukannya menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi pusingan pertama Pia\u0142a FA 2023 pada Rabu.Penang FC mara apabila menang sepakan penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Darul Aman.Shafiq Afifi muncul wira dalam sepakan penalti tersebut selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan yang diambil oleh Lee Tuck dan Bojan Ciger.Penjaga gol berusia 23 tahun itu rupa-rupanya mempunyai rahsia disebalik kecemerlangannya menepis dua sepakan penalti tersebut.Menerusi gambar yang tular di media sosial, Shafiq Afifi membawa 'kertas toyol' di pergelangan tangannya dengan senarai kesemua pemain Kedah yang akan mengambil sepakan penalti termasuk arah sepakan tersebut.Antara yang kelihatan di kertas tersebut adalah Lee Tuck yang akan menendang ke kiri bawah, Manuel Ott yang akan menendang ke arah kanan bawah dan Ciger yang akan menendang ke kiri.Tindakan Shafiq Afifi itu menerima pujian daripada penyokong yang menyifatkan penjaga gol itu telah membuat kajian terlebih dahulu untuk menghadapi pasukan KDA FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 02:24pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248844/berita/sukan/perasaan-nafuzi-bercampur-anggap-bukan-rezeki-kda", "article_title": "Perasaan Nafuzi bercampur, anggap bukan rezeki KDA", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mengakui perasaannya bercampur baur apabila pasukannya tersingkir pada pusingan pertama Piala FA 2023 kepada kelab jiran, Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti.Menurutnya, Sang Kenari telah memberikan segala-galanya pada perlawanan tersebut, namun pasukan tersebut gagal menoktahkan kemenangan di hadapan lebih 13,000 penyokong setia di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.\"Malam ini perasaan saya bercampur, ada rasa gembira dan juga juga kecewa. Kecewa sebab kita tidak layak ke pusingan seterusnya dan gembira kerana daripada segi prestasi, ini adalah prestasi terbaik pemain setakat empat perlawanan yang dilalui.\"Saya rasa malam ini semua pemain berjaya mengalas tugas dengan baik dan inilah bola sepak. Walaupun ketinggalan kita dah bagi semua tapi mungkin rezeki tidak memihak kepada kita,\" katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan pada malam Rabu.Pada perlawanan tersebut, Sang Kenari ditewaskan Harimau Kumbang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa sebenar dan tambahan.Ketua pasukan tuan rumah, Manuel Ott meledakkan gua gol pada minit ke-8 dan 90 manakala gol pelawat hadir menerusi Giovane Da Silva pada minit ke-21 dan Hassan Saad pada minit ke-67.Penjaga gawang Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi dinobatkan pemain terbaik perlawanan kerana menyelamatkan beberapa percubaan wajib gol tuan rumah termasuk menyelamatkan sepakan penalti, Lee Tuck dan Bojan Ciger.Mengulas lanjut, Nafuzi juga memohon maaf kepada penyokong Sang Kenari kerana gagal untuk membawa pasukan itu untuk mara jauh pada saingan Piala FA musim ini.\"Saya minta maaf (kepada penyokong) sebab kita sudah terkeluar pada pusingan pertama dan kita sudah pun buat yang terbaik dan penyokong melihat sendiri kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain.\"Seterusnya kita akan fokus kepada perlawanan lain seperti liga super. Namun selepas ini masih ada banyak perkara yang perlu ditingkatkan lagi daripada sudut permainan pasukan dan juga individu,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 11:48am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248842/berita/sukan/waspada-jumpa-jdt-elak-jadi-lubuk-gol", "article_title": "Waspada jumpa JDT, elak jadi 'lubuk gol'", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mula memberikan amaran bahawa mereka tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada pasukan lawan selepas membelasah Negeri Sembilan 7-0 dalam aksi Liga Super pada Isnin.Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, setiap pasukan terutama kelab \u2018kerdil\u2019 harus lebih berwaspada ketika menentang juara sembilan kali Liga Super itu untuk mengelakkan menjadi \u2018lubuk gol\u2019.\u201cKita memang sudah boleh jangka JDT akan terus memperkuatkan pasukan musim ini kerana mereka mahu bersaing di Liga Juara-Juara AFC.\u201cIa sesuatu yang bagus untuk melihat JDT semakin kuat. Apabila mereka bersaing di pentas antarabangsa dan mencipta kejayaan, mereka mampu mengharumkan nama negara.\u201cKita juga perlu menerima hakikat JDT sebuah pasukan yang berada di aras yang berbeza. Sebab itu, setiap pasukan perlu lebih berwaspada dan cuba menyaingi kualiti JDT,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Kemenangan ke atas Negeri Sembilan menyaksikan Harimau Selatan gah di puncak liga dengan tiga kemenangan berturut-turut, selain masih belum bolos sejak liga bermula.Dalam pada itu, Azlan percaya mana-mana pasukan mampu untuk mencipta peluang mengejutkan JDT sekiranya sesuai dengan taktikal yang diterapkan.\u201cTerpulang kepada jurulatih lain untuk mencari kelemahan JDT supaya dapat menandingi kelab tersebut. JDT pun tahu mereka tetap ada kelemahan.\u201cKenapa saya cakap begitu? Jika JDT terlampau kuat, itu bermaksud orang lain tak boleh pegang bola langsung dalam tempoh 90 minit.\u201cTetapi pasukan lain yang menentang JDT tetap ada peluang untuk jaringkan gol. Itu menunjukkan JDT ada kelemahan yang boleh digunakan,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut berharap agar pasukan lain turut sama mempunyai visi dan misi seperti JDT, sekali gus dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.\u201cSetiap pasukan tidak boleh merungut dan kata JDT sudah terlalu hebat. Pasukan yang mentadbir setiap kelab perlu bekerja kuat untuk pastikan pengurusan yang kukuh dan dapat dana yang cukup.\u201cJika pengurusan minta pemain berlari laju untuk mendapatkan bola, pengurusan juga perlu berlari laju untuk mencari dana. Barulah boleh menandingi JDT,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 11:27am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248837/berita/sukan/denda-pemain-perak-fc-terima-kad-merah", "article_title": "Denda pemain Perak FC terima kad merah", "article_text": "PERAK FC mempertimbangkan tindakan denda kepada pemainnya yang kerap menerima kad merah.Ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim bagaimanapun berkata, ia perlu melihat situasi kad itu diterima.Menurutnya, jika disebabkan tindakan sengaja pemain tersebut mendapat kad kuning atau merah, mungkin akan dikenakan denda.\"Kita mesti lihat apa sebab kad merah atau kad kuning yang diterima. Kalau professional faul untuk selamatkan pasukan, kalau saya kenakan denda tak patutlah.\"Tetapi kalau bertumbuk ke memang ada (denda),\" katanya kepada pemberita ketika selepas perlawanan Perak FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Perak di sini pada Rabu.Sementara itu, Teong Kim belum mahu menekan butang panik di sebalik keputusan Perak FC tersingkir dari saingan Piala FA.Beliau tetap yakin anak buahnya akan kembali bangkit dalam saingan Liga Super.Menurutnya, kehilangan beberapa tonggak menyebabkan perancangan sedikit terganggu.\"Tetapi perlawanan ini memberi peluang kepada pemain yang lain untuk membuktikan kemampuan mereka, adakah mereka sepatutnya ada dalam pasukan.\"Ini juga merupakan peluang untuk mereka menunjukkan prestasi sendiri dan saya juga mempunyai lebih pilihan pemain dalam skuad saya pada masa depan,\" katanyaDalam pada itu, Teong Kim mengakui kecewa dengan keputusan dicatat pada perlawanan berkenaan.Menurutnya, sebahagian pemain tidak menunjukkan tahap prestasi sebenar yang diinginkan.Bagaimanapun tahap permainan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 11:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248834/berita/sukan/anak-ronaldo-mula-belajar-bahasa-arab", "article_title": "Anak Ronaldo mula belajar bahasa Arab", "article_text": "ANAK perempuan Cristiano Ronaldo, Alana dan Bella sedang belajar bertutur dalam bahasa Arab, menurut InstaStory yang dikongsi oleh pasangan pemain Al-Nassr itu, Georgina Rodriguez.Georgina, yang kini tinggal di Arab Saudi bersama keluarganya, berkongsi video dua anaknya menyanyi dalam bahasa Arab.\"Keluarga saya, keluarga saya, saya sayang ibu saya, saya sayang abang saya,\" kedua-dua anak Ronaldo itu menyanyi dalam klip video tersebut.\"Anak-anak perempuan kami sudah menyanyi dalam bahasa Arab,\" kata Georgina memberi kapsyen video dalam bahasa Sepanyol.Dalam Story Instagram seterusnya, Alana turut menyebut hari dalam bahasa Arab: \"Jumaat, Sabtu, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu,\" sebut gadis berusia lima tahun itu.\"Anak-anak perempuan kami sudah berbahasa Arab,\" tulis Georgina dalam bahasa Sepanyol.Georgina menggunakan terjemahan Google untuk memahami apa yang dikatakan oleh anak perempuannya dan dia menyiarkan video teks yang diterjemahkan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248830/berita/sukan/galtier-kecewa-selepas-psg-tersingkir", "article_title": "Galtier kecewa selepas PSG tersingkir", "article_text": "PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier mengakui pasukan itu tidak mempunyai pilihan selain menerima penyingkiran awal selepas tewas 0-2 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis.Menurut Galtier, keputusan perlawanan kedua pusingan 16 terakhir menentang Bayern itu pasti berbeza sekiranya pelawat menjaringkan gol pertama terlebih dahulu.\"Ia satu kekecewaan besar. Malangnya kami perlu hadam dan menerimanya,\u201d kata Galtier selepas PSG tewas dengan agregat 0-3.Pendahulu Ligue 1 itu yang berhasrat untuk menukar defisit 1-0 daripada perlawanan pertama bulan lalu, kini telah terkeluar daripada Liga Juara-Juara dalam pusingan kalah mati pertama dalam lima daripada tujuh musim terakhir mereka.\"Kami perlu meneruskan saingan dalam liga. Semua orang kecewa, tidak terkecuali saya. Walaupun kami menghadapi banyak kesukaran pada perlawanan pertama, kami meletakkan banyak harapan pada perlawanan kedua,\" tambah Galtier.Eric Maxim Choupo-Moting dan Serge Gnabry menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Allianz Arena untuk Bayern.Kylian Mbappe mahupun Lionel Messi tidak memberikan impak yang diharapkan pada perlawanan tersebut untuk pelawat manakala Neymar diketepikan kerana kecederaan buku lali.\"Kami mempunyai permainan yang sangat bagus apabila kami mencipta peluang. Kami bersaing dengan lawan kami dan berada di atas. Malangnya kami tidak dapat mengambil peluang yang kami ada,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:22am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248828/berita/sukan/kekuatan-mental-kunci-penang-kejutkan-kda", "article_title": "Kekuatan mental kunci Penang kejutkan KDA", "article_text": "[DIKEMASKINI] KEJAYAAN Penang FC menyingkirkan pasukan pilihan, Kedah Darul Aman FC untuk mara ke pusingan 16 Piala FA 2023 adalah hasil persiapan awal dan kekuatan mental, bukannya faktor tuah.Ketua Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt berkata, kejayaan itu juga hasil taktikal dan persediaan sehingga masa tambahan 120 minit dilakukan oleh Harimau Kumbang termasuk latihan penentuan sepakan penalti.Menurutnya, kejayaan mengejutkan Sang Kenari 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada masa sebenar dan tambahan adalah kejayaan manis berikutan mereka baharu sahaja tewas di peringkat liga super kepada Kelantan FC beberapa hari lalu.\"Berjumpa dengan Kedah adalah salah satu pasukan yang sukar dalam saingan ini tapi kekuatan mental pemain berjaya hadapinya terutamanya selepas kita pulang dari Kelantan.\"Mungkin sepakan penalti adalah tuah tapi secara keseluruhannya kami sudah bersedia dengan situasi ini (sehingga masa tambahan dan sepakan penalti),\" katanya selepas tamat perlawanan pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Jelas Yee Fatt, mereka tidak boleh bermain mengikut rentas KDA FC kerana bakal memberikan lebih tekanan kepada Penang FC sebagai pasukan pelawat.\"Kami tak boleh bermain ikut rentak Kedah. Hanya bermain terbuka dan bunuh (karakter) mereka. Jadi ini adalah perancangan permainan.\"Kami bermain di tempat lawan dengan pasukan sukar dan (akhirnya pulang ke laman sendiri dengan kemenangan. Kami gembira,\" ujar beliau lagi.Pada perlawanan tersebut, penjaga gawang Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi dinobatkan pemain terbaik perlawanan kerana menyelamatkan beberapa percubaan wajib gol tuan rumah termasuk menyelamatakn sepakan penalti Lee Tuck dan Bojan Ciger.Selepas ini Penang FC akan berdepan Kuching City FC pada 15 April depan pasa peringkat 16 pusingan Piala FA 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:16am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248827/berita/sukan/bayern-singkir-psg", "article_title": "Bayern singkir PSG", "article_text": "ERIC - Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol ketika menentang bekas kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) dalam kemenangan 2-0 untuk membawa Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.Pemain berusia 33 tahun itu yang bermain untuk PSG dari tahun 2018-2020, menjaringkan gol daripada bantuan Leon Goretzka pada minit ke-61 dan pemain gantian Gnabry menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengesahkan kemenangan agregat 3-0 tuan rumah selepas kemenangan 1-0 di Paris.Pasukan gergasi Jerman itu memastikan tempat di pusingan lapan terakhir mengakhiri impian Liga Juara-Juara Eropah PSG.\"Pada separuh masa pertama, kami tidak melakukan apa yang kami bincangkan sebelum ini dengan baik. Terdapat terlalu banyak ruang.\"Tetapi, kami bertahan dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan berbahaya ketika menguasai bola. Akhirnya, kami berhak untuk menang.\"Jika kita menunjukkan kemahuan maksimum dengan emosi dan kita menggabungkannya dengan kualiti kita maka kita boleh mencapai apa sahaja,\" kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.Bayern mara ke kelompok lapan terakhir buat kali ke-13 dalam tempoh 15 tahun, manakala PSG perlu menunggu semusim lagi untuk misi menjulang trofi itu buat pertama kali.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248829/berita/sukan/ac-milan-mara-suku-akhir-liga-juara-juara", "article_title": "AC Milan mara suku akhir Liga Juara-Juara", "article_text": "AKSI berdisipilin AC Milan, membolehkan juara tujuh kali itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun dengan agregat 1-0 selepas mengikat Tottenham Hotspur tanpa jaringan di Stadium Tottenham Hotspur pada Khamis.Pada perlawanan berintensiti tinggi di utara London itu, ketika Tottenham berusaha merobek gawang pelawat, jagoan Serie A Itali tersebut lebih selesa melindungi kelebihan satu gol yang diperolehi pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di San Siro sebelum ini.Kegagalan jentera Tottenham menterjemahkan deretan percubaan dalam bentuk gol memuncak apabila pengendali Antonio Conte dilayangkan kad merah pada babak pertama.Benteng tuan rumah terus tempang apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas tonggak pertahanan, Cristian Romero dibuang padang pada minit ke-78 setelah menerima kad kuning kedua selepas mengasari Hernandez.Sementara itu, AC Milan pimpinan Stefano Pioli boleh mengakhiri perlawanan malam tadi dengan lebih selesa sekiranya jentera depan memanfaatkan deretan peluang baik yang menyaksikan persembahan berkualiti pelawat.Kemenangan itu membolehkan AC Milan melihat ke hadapan dengan optimis, pada ketika musim suram Tottenham semakin tidak menentu selepas tewas dalam Piala FA kepada kelab Liga Kejuaraan Sheffield United dan kepada Wolverhampton Wanderers dalam Liga Perdana Inggeris.AC Milan mungkin agak jauh untuk kembali ke kemegahan Eropah sebelum ini tidak seperti ketika gah pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, namun pengalaman pasukan Pioli banyak membantu ketika menyingkirkan cabaran Tottenham yang diejek para penyokong selepas wisel penamat perlawanan.\"Kami tahu ia akan menjadi sukar, tetapi kami berjaya. Saya meminta pemain menunjukkan watak. Kami tidak pernah berputus asa, dan kami berhak untuk mara.\u201cKami berjaya ke suku Liga Juara-Juara, sekarang mari kita lihat apa yang berlaku dalam undian,\u201d kata Pioli.LIGA JUARA-JUARAKeputusanTottenham Hotspur 0-0 AC Milan(AC Milan mara agregat 1-0)Bayern Munich 2-0 PSG(Bayern Munich mara agregat 3-0)", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 10:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248815/berita/sukan/transformasi-kom", "article_title": "Transformasi KOM", "article_text": "KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) akan melakukan perubahan dalam struktur kejurulatihan bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan tersebut di pentas antarabangsa.Menerusi perubahan tersebut, ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil yang kontraknya tamat Disember lalu bakal mengemudi satu projek baharu.Calon yang disebut-sebut bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Manshahar ialah bekas jaguh lompat jauh dan lompat kijang negara, Zaki Sadri.Menurut sumber, pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam tempoh dua minggu ini.\u201cKOM akan mengadakan satu majlis untuk memaklumkan perkara ini secara rasmi. Kita rancang ia diadakan sebelum Ramadan.\u201cAda beberapa perubahan dilakukan termasuk status Manshahar. KOM masih perlukan jurulatih berkenaan kerana pengalamannya penting bagi membantu pembangunan atlet,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan Manshahar belum menerima apa-apa surat makluman berhubung kontraknya yang berakhir Disember 2022, namun bersedia menabur bakti sekiranya khidmatnya masih diperlukan.Berbaki 57 hari menjelang Sukan SEA Kemboja, KOM giat mempersiapkan para atlet menerusi beberapa program khas di dalam dan luar negara.Temasya berkenaan akan bermula 5 hingga 17 Mei ini.Sumber tersebut memberitahu, KOM bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada atlet sebagai persediaan bagi mengharungi temasya yang akan berlangsung selama 12 hari itu.\u201cMereka juga akan menyertai beberapa kejohanan sama ada di dalam atau luar negara termasuk di Australia.\u201cSegala perincian dan perancangan KOM akan diumumkan pada majlis tersebut kelak,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 07:10am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248801/berita/sukan/penang-singkir-kedah-mara-pusingan-16-piala-fa", "article_title": "Penang singkir Kedah, mara pusingan 16 Piala FA", "article_text": "AKSI derbi utara pusingan satu Piala FA 2023 menjadi milik Penang FC apabila berjaya menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 2-2 pada masa sebenar di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut dicatatkan Sang Kenari selepas tewas kepada PDRM FC 0-1 di saingan Liga Super 2023 pada Sabtu lalu juga di Alor Setar.Pada perlawanan itu, ketua pasukan tuan rumah, Manuel Ott berjaya meletakkan KDA FC di hadapan 1-0 seawal minit ke-8 selepas memanfaatkan bola yang lemah dikeluarkan oleh pertahanan Penang FC, Rafael Vitor.Jaringan tersebut menyemarakkan semangat tuan rumah untuk memburu tambahan gol menerusi William Lira, namun lorongan cantik Ott gagal dimanfaatkan oleh penyerang dari Brazil itu untuk menterjemahkan kepada gol pada minit ke-12.Bagaimanapun, Giovane Da Silva membantu Penang FC mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-21 selepas menolak masuk bola yang gagal dikeluarkan penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi yang terlebih dahulu menepis percubaan Hassan Saad.Terkejut dengan jaringan tersebut, KDA FC kembali menyusun permainan namun percubaan lemah Manuel Hidalgo pada minit ke-36 tepat ke dada penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi.Sang Kenari terus menggandakan asakan memburu jaringan namun percubaan Lira pada minit ke-49 dan 52 berjaya ditepis penjaga gol lawan dan terkena palang gol.Penang FC yang dilihat lama bertahan kemudiannya melakukan kejutan apabila berada di hadapan 1-2 pada minit ke-67 hasil jaringan Hassan dari sudut sukar selepas menerima hantaran dari Asnan Ahmad.KDA FC yang menerima sokongan 13,768 penonton berjaya menyemarakkan semangat pasukan tuan rumah apabila Hidalgo berjaya menjaringkan gol pada minit ke-82 namun dibatalkan kerana dikesan ofsaid oleh penjaga garisan.Kesungguhan yang dipamerkan oleh Sang Kenari akhirnya membuahkan hasil apabila Ott menjaringkan gol penyamaan 2-2 hasil percubaan cantik dari luar kotak penalti untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.Kedua-dua pasukan yang beraksi dalam tempoh 30 minit berjaya berbalas asakan namun masih buntu untuk mencari gol sebelum terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas tamat masa tambahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mac 2023 12:11am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248798/berita/sukan/penalti-bantu-sri-pahang-fc-tundukkan-perak-fc-di-ipoh", "article_title": "Penalti bantu Sri Pahang FC tundukkan Perak FC di Ipoh", "article_text": "SRI Pahang FC melangkah ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Perak FC dalam saingan Piala FA ketika perlawanan pusingan pertama di Stadium Perak di sini pada Rabu.Minit awal permainan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mengasak kubu Perak FC sehingga memaksa hampir kesemua pemain bertahan di kubu sendiri.Seawal minit ke-8, Sri Pahang FC mendapat peluang menjaringkan gol menerusi kapten pasukan, Sergio Aguero tetapi diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Bryan See.Perak FC memperoleh peluang pada minit ke-14 menerusi hantaran Farris Izdiham Awang Kechik, namun gagal disambut rakan sepasukan untuk menghasilkan jaringan.Berselang beberapa kemudian minit satu lagi peluang diperoleh melalui Christian Obiozor, namun tendangan lemahnya mudah disambut penjaga gawang Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan.Peluang terbaik Perak FC hadir pada minit ke-17 menerusi Shafizi Iqmal Md Khirudin tetapi berjaya diselamatkan sekali lagi oleh penjaga gol lawan.Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pada minit ke-22 oleh pengadil, Mohamad Kamil Zakaria Ismail kepada kapten Perak FC, Hafizal Muhamad kerana mengasari pemain Sri Pahang FC disusuli seorang lagi pemain tuan rumah, Fadhil Idris yang turut dilayangkan kad kuning selang empat minit kemudian.Di sebalik penguasaan Sri Pahang FC, tuan rumah berjaya membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi Christian Obiozor hasil umpanan Shafizi Iqmal sekaligus menyaksikan pasukan anak buah Datuk Lim Teong Kim mendahului 1-0.Tersentak dengan jaringan tersebut, pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad membuat pertukaran pertama mengeluarkan penyerang, Lee Jeonggeun dan memasukkan David Rowley.Tidak lama selepas itu penyerang pasukan lawan, Sergio Aguero pula dilayangkan kad kuning kerana mengasari Farris Izdiham pada minit ke-39.Tamat separuh masa pertama menyaksikan keputusan kekal menyaksikan tuan mendahului 1-0.Bermula babak pertama, Perak FC membuat pertukaran pemain pertama menggantikan Ikwan Hafizo dengan Fahmi Daniel Muhd Zaim.Sri Pahang FC mendapat peluang menyamakan kedudukan menerusi percubaan Kevin Ingreso namun berjaya ditolak keluar oleh penjaga gawang tuan rumah, Bryan See.Pertahanan Perak FC, Ahmad Haziq Ahmad Puad dilayangkan kad kuning pada minit ke-63 selepas menjatuhkan pemain lawan sebelum dikeluarkan dengan diganti oleh Nasrol Amri Kamarul Azhar.Sri Pahang FC juga membuat dua pertukaran pemain sekaligus mengeluarkan Sergio Aguero dan Kevin dengan memasukkan Abdul Malik Mat Ariff dan Nicholas Swirad.Tidak lama selepas itu, pasukan tuan rumah kehilangan seorang pemain selepas Fadhil Idris dilayangkan kad merah apabila mengutip dua kad kuning.Pelawat cuba memanfaatkan kelebihan bermain 11 orang menerusi percubaan sepakan percuma pemain import mereka, Stefano Brundo tetapi rembatannya didakap kemas penjaga gol Perak FC.Pada minit ke-81, Pahang FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff menjadikan keputusan semasa 1-1.Gawang Perak FC terus diasak pada minit akhir perlawanan sebelum Sri Pahang FC dihadiahkan sepakan penalti disebabkan kekasaran dilakukan pemain tuan rumah ke atas Muhammad Baqiuddin ShamsudinStefano Brundo tidak melepaskan peluang menjaringkan gol kemenangan Sri Pahang FC menerusi sepakan penalti sekaligus membawa Tok Gajah ke pusingan kedua Piala FA.Tamat perlawanan menyaksikan Perak FC kecundang di hadapan 4,219 penonton sendiri dengan keputusan 1-2.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 10:28pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248797/berita/sukan/kejohanan-cyclocross-malaysia-ditunda-mei-depan", "article_title": "Kejohanan Cyclocross Malaysia ditunda Mei depan", "article_text": "EDISI sulung Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Taman Rekreasi D R Seenivasagam di Ipoh, Perak pada Sabtu dan Ahad terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.Pengerusi Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia, Datuk Anas Yusof Sulaiman berkata, kejohanan berbasikal berhalangan atau nama singkatannya CX itu ditunda pada 27 dan 28 Mei depan.Menurutnya, antara faktor utama penundaan kejohanan anjuran kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) itu disebabkan sambutan Hari Landskap Negara turut diadakan di venue sama.\u201cPertama sekali sebab penganjuran kejohanan cyclocross ini kita buat bersama dengan Hari Landskap Negara dan difahamkan ia dirasmikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga difahamkan akan hadir.\u201cJadi (penundaan) atas sebab protokol keselamatan dan teknikal. Apabila PM dan TPM hadir, maka ada perubahan dari segi susunan seperti kedudukan trek dan tempat pelancaran kejohanan.\u201cPenganjuran di sebelah sungai dan area (kawasan) itu memang untuk kita. Namun, apabila ada pelancaran Hari Landskap Negara dan PM serta TPM hadir, maka kawasan itu dijadikan tempat letak kereta.\u201cItu tak menjadi masalah, cuma apabila dibuat secara serentak, mungkin ada isu dari sudut penggunaan pembesar suara yang mana kita buat sukan di sini dan di sana pula pelancaran Hari Landskap Negara.\u201cBagi menghormati dan sokongan kepada Hari Landskap Negara serta memahami keperluan protokol keselamatan, kita membuat keputusan menangguh kejohanan pada 27 dan 28 Mei ini,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, penganjuran kejohanan yang julung kali diadakan itu akan tetap berlangsung biarpun tarikhnya telah ditunda pada Mei depan.\u201cSelepas meneliti setiap perkara dengan mengambil kira bulan Ramadan yang bakal menjelma, selain sambutan Aidilfitri, jadi kita memutuskan untuk mengadakan kejohanan ini pada penghujung Mei.\u201cApa yang penting kita akan teruskan kejohanan ini, bukan batalkan. Cuma tangguh pada satu tarikh ditetapkan dan ini juga tertakluk kepada kelulusan,\u201d jelasnya.Pada masa sama, beliau memberitahu, yuran akan dikembalikan kepada setiap peserta yang telah membuat pembayaran sebelum ini jika mereka mahu membatalkan penyertaan.\u201cPeserta yang telah mengesahkan penyertaan dan membuat bayaran, boleh berhubung dengan sekretariat kejohanan di talian 03-6734 5990 ataupun menyertai kejohanan pada Mei nanti,\u201d ujarnya.Sebelum ini, Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia selaku penganjur memaklumkan, kejohanan yang mendapat sokongan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai rakan pengangkutan rel rasmi itu mendapat sambutan menggalakkan.Selepas Perak, Selangor dijadualkan mengambil alih sebagai venue kejohanan sebelum saingan antarabangsa diadakan di Bagan Datuk, Perak yang bakal disertai peserta luar negara dengan tarikh akan dimuktamadkan kelakSebanyak 10 kategori dipertandingkan pada setiap perlumbaan dan peserta boleh mendaftar terus dengan melayari laman sesawang www.sports360.my atau www.bikeaway.com.my.10 kategori terbabit ialah Lelaki Terbuka A (19 hingga 30 tahun); Lelaki Terbuka B (31-40); Lelaki Terbuka C (41-49); Lelaki Master (50 tahun ke atas) serta Lelaki Junior dan Wanita Junior (15-18).Turut dipertandingkan ialah kategori Wanita Terbuka A (19-35); Wanita Terbuka B (36 tahun ke atas) selain XCO Terbuka Lelaki dan Wanita (19 tahun ke atas).", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 10:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248747/berita/sukan/dinesvaran-mula-tunjuk-impak-di-as", "article_title": "Dinesvaran mula tunjuk impak di AS", "article_text": "PEMAIN ragbi negara, K. Dinesvaran tidak menunggu lama untuk mencipta nama di bumi Amerika Syarikat (AS), selepas disenarai dalam skuad terbaik mingguan saingan Major League Rugby (MLR) 2023.Dinesvaran bersama rakan sepasukannya di kelab Chicago Hounds, Charlie Abel antara 15 pemain yang disenarai dalam skuad terbaik aksi minggu ketiga, lapor majorleague.rugby pada Rabu.Pemain berusia 35 tahun yang terkenal dengan panggilan Duke itu menjadi pemain ragbi negara pertama beraksi di AS.Dinesvaran menandatangani kontrak bersama Chicago Hounds untuk berhijrah ke negara itu pada Januari lepas.Sebelum itu dia beraksi di Jepun hampir 10 tahun, masing-masing mewakili Yamaha Jubilo dan Hino Red Dolphins dari 2013 sehingga 2022.Dinesvaran turut membantu Putrajaya merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Piala Agong, Disember lepas.Daripada keseluruhan 12 pasukan, Chicago Hounds kini di tangga kelima MLR dengan mengumpul satu mata selepas mengalami kekalahan dalam dua aksi pertama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 05:36pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248715/berita/sukan/kalau-nak-tunggu-pemilik-kelab-sampai-bila-bila-rumput-lembu", "article_title": "'Kalau nak tunggu pemilik kelab, sampai bila-bila rumput lembu'", "article_text": "SETIAP pasukan kelab perlu mengambil tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menukar rumput stadium kepada jenis rumput Zeon Zoysia.Pemilik kelab Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu hantaran di Instagram agak kecewa dengan sikap sesetengah pemilik kelab di negara ini yang tidak mementingkan kualiti padang.\"Tanya YB Hannah Yeoh cadangan dan idea siapa? Kalau nak tunggu owner atau presiden kelab, sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang RM900,000 tak boleh buat.\"Baru-baru ini saya ada beri cadangan kepada seorang pemilik kelab. Saya cakap buat masa menunggu stadium baru siap tukar padang stadium yang pakai sekarang. Sekurang-kurangnya apabila stadium baru siap, anda mempunyai dua padang berkualiti.\"Dia jawab FAM kena bantu. Sejak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infrastruktur kelab kita? Tetapi inilah akibatnya apabila ada pemilik dan presiden yang tak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain. Mindset,\" katanya.Pada Selasa, KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan kini pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.Dalam pada itu, Hannah dalam satu hantaran balas di Instagram mengakui ia adalah idea Tunku Ismail yang memberikan cadangan agar setiap pasukan menukar rumput stadium.\"Betul. Ini idea DYAM Tuanku @hrhcrownprinceofjohor untuk mencadangkan lebih banyak stadium di seluruh Malaysia mempunyai padang berkualiti,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 03:48pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248695/berita/sukan/fam-teliti-aduan-kda-fc", "article_title": "FAM teliti aduan KDA FC", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meneliti aduan yang telah dibuat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengenai mutu pengadilan dalam perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada Sabtu lalu.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, aduan rasmi telah diterima dan pihaknya akan menentukan sebarang tindakan selepas meneliti laporan Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil FAM.\"Laporan daripada Kedah sudah saya terima. Kami menunggu daripada penilai pengadil dan saya perlu menilainya semula, jadi kita tunggu laporan pengadil yang akan saya terima.\"Kita boleh mengambil contoh tahun lalu, di mana kami menerima lebih kurang sembilan laporan sepanjang saingan Liga Super.\"Bagi tahun ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi pengadil tetapi setakat sedikit-sedikit itu biasa dan kami akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.\"Saya juga sudah berbincang dengan ketua unit pengadil dan mengingatkannya bahawa prestasi pengadil perlu dijaga,\" katanya dipetik daripada Stadium Astro.Pada perlawanan di Stadium Darul Aman itu, kad merah dilayangkan kepada ketua pasukan KDA FC, Manuel Ott dan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong.Dalam pada itu, Noor Azman turut mengesahkan FAM turut menerima aduan rasmi daripada Kuala Lumpur City FC membabitkan mutu pengadilan ketika pertemuan dengan Penang FC pada 25 Februari lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 02:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248671/berita/sukan/keluarga-atlet-mati-lemas-terima-pampasan-rm50000", "article_title": "Keluarga atlet mati lemas terima pampasan RM50,000", "article_text": "KELUARGA atlet lawan pedang Terengganu, Allahyarham Muhammad Amirul Zulkafli yang meninggal dunia akibat lemas pada 2020, menerima pampasan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berjumlah RM50,000 hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pampasan adalah melalui skim perlindungan insurans kemalangan secara berkelompok yang dicarum untuk semua atlet dan pegawai di bawah jabatan itu.\"Walaupun kejadian tersebut berlaku di luar waktu latihan atau kejohanan, arwah tetap layak menerima insurans berkelompok kerana perlindungan yang kita ambil adalah bagi tempoh 24 jam,\" katanya selepas menyampaikan pampasan itu di kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Amirul di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.Menurut Wan Sukairi, semua atlet MSNT dilindungi insurans sebagai persediaan sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini terhadap mereka.Allahyarham Muhammad Amirul yang pernah mewakili Terengganu dalam acara lawan pedang pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, lemas ketika mandi bersama rakannya di Pantai Tanjung, Seberang Takir berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini pada 21 Ogos 2020.Sementara itu, ibu arwah, Hasmaliza Omar, 40, berkata, dia tidak menyangka insurans tersebut diluluskan kerana kejadian tersebut berlaku lebih dua tahun lepas dan berasa amat bersyukur kerana wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan infak dan kerja kebajikan bagi pihak arwah.\"Saya memang tidak menaruh harapan terhadap insurans tersebut kerana arwah meninggal dunia bukan ketika menjalani latihan atau kejohanan.\"Dua minggu lepas seorang kakitangan MSNT ada hubungi untuk maklum bahawa insurans tersebut telah diluluskan. Kami suami isteri memang terkejut dan sebak kerana teringatkan arwah,\" katanya.Selain insurans, keluarga tersebut turut menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM2,000. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 01:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248665/berita/sukan/kean-dapat-kad-merah-selepas-40-saat-beraksi", "article_title": "Kean dapat kad merah selepas 40 saat beraksi", "article_text": "PENYERANG Juventus, Moise Kean dilayangkan kad merah ketika baru 40 saat beraksi di padang selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi Serie A.Kejadian berlaku sejurus pemain berusia 23 tahun itu masuk pada penghujung babak kedua ketika Juventus tumpas kepada Roma 0-1 dalam saingan di Stadio Olimpico Isnin lalu.Gol tunggal kemenangan Roma dijaringkan Gianluca Mancini pada minit ke-53.Akibat layangan kad merah tersebut, pemain yang berasal dari Vercelli, Italy itu dikenakan hukuman gantung dua perlawanan.Kean yang masuk ke padang menggantikan Juan Cuadrado pada hujung saingan dilihat hilang pertimbangan ketika bergelut dengan Mancini.Dia menyepak pertahanan Itali itu sehingga terjatuh sebelum diperintah keluar padang.Situasi itu menggembirakan penyokong tuan rumah.Kean yang turut didenda 10,000 euro (RM47,644) bakal terlepas aksi Juve menentang seteru, Inter Milan bulan ini.Dia setakat ini sudah menjaringkan lima gol dalam Serie A.Juve menduduki tempat ketujuh selepas kekalahan berkenaan, 12 mata di belakang Roma.Layangan kad merah itu menjadi rekod kedua terpantas dalam sejarah Serie A kerana catatan masa terpantas masih dipegang Giulio Migliaccio yang bertahan 32 saat di atas padang ketika Atalanta mengalahkan Palermo pada 2015.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 01:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248662/berita/sukan/klinsmann-idam-piala-asia-bersama-korea", "article_title": "Klinsmann idam Piala Asia bersama Korea", "article_text": "SEJURUS menjejakkan kaki di Seoul, ketua jurulatih baharu Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memasang impian untuk memenangi Piala Asia 2023 bersama skuad Kimchi itu.\u201cSaya rasa sasarannya ialah untuk menang Piala Asia. Muncul juara. Itu adalah matlamat kami,\u201d katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Rabu.Pengendali berusia 58 tahun menggantikan Paulo Bento, yang membawa Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebelum kecundang kepada Brazil 1-4.Bekas pengendali Jerman, Bayern Munich dan Amerika Syarikat (AS) itu optimis sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan pencapaian Korea Selatan di pentas Piala Dunia.\u201cAnda sudah membuktikan di Qatar dapat menumpaskan negara gergasi, anda kalahkan Portugal di Qatar dan empat tahun sebelum itu menumpaskan Jerman.\u201cJadi anda boleh lakukan dengan baik dan inilah matlamat kami,\u201d katanya.Klinsmann yang menandatangani kontrak tiga tahun setengah dengan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan turut meluahkan rasa bangga dan bertuah mendapat peluang terbaru di negara Asia itu.\u201cSaya tidak sabar untuk belajar banyak daripada orang di sini, masyarakat di Korea Selatan.\"Saya berharap pasukan ini boleh belajar banyak daripada saya dan kakitangan saya,\u201d katanya.Ujian pertama Klinsmann ialah aksi persahabatan menentang Colombia pada 24 Mac.Klinsmann mengambil alih Jerman pada 2004 dan membawa mereka ke tempat ketiga dalam Piala Dunia 2006 di laman sendiri, selepas tewas kepada juara, Itali di separuh akhir.Kemudian pada 2011 beliau dilantik sebagai ketua jurulatih AS, namun dipecat pada 2016 selepas dua kekalahan kelayakan Piala Dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 12:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248643/berita/sukan/penantian-lapan-tahun-shahrul-berakhir", "article_title": "Penantian lapan tahun Shahrul berakhir", "article_text": "LAPAN tahun menunggu, akhirnya kesabaran untuk menaiki podium selaku juara tertunai apabila seorang pekerja swasta dinobatkan juara Cabaran Joran Ampang Jaya 2023 di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya, Selangor pada Ahad.Ternyata berkat kesabaran itu dipermudahkan dan Muhammad Shahrul Salam berjaya menaikkan ikan patin seberat 1.795 kilogram (kg), sekali gus menewaskan hampir 600 peserta lain.Kemenangan itu membolehkan Shahrul, 33, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor membawa pulang wang tunai RM5,000.\u201cSudah lama saya tunggu untuk naik podium akhirnya tercapai juga. Disebabkan itu, saya berhasrat wang kemenangan itu dikongsikan bersama keluarga yang banyak menyokong saya.\u201cAlhamdulillah, tak percaya saya menang kali ini, wang kemenangan ini saya akan manfaatkan sebaiknya,\u201d katanya yang berkecimpung aktiviti memancing sejak lapan tahun lalu.Menurut Shahrul, dia menggunakan umpan roti berperisa strawberi sepanjang pertandingan dan spesis patin \u2018bertuah\u2019 itu dinaikkan pada 10.23 pagi selepas pertandingan bermula.\u201cSebelum ini saya kerap menyertai pertandingan memancing namun tidak pernah memenangi tempat pertama. Paling bertuah pun saya dapat ranking-ranking di bawah sahaja pada tahun sebelum sebelumnya,\u201d katanya.\u201cSaya harap penganjuran ini dapat diteruskan kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama mereka,\u201d katanya.Dalam pada itu, Noor Hashim Sapri, 42, dari Selayang, Selangor memenangi tempat kedua selepas menaikkan ikan haruan seberat 860 gram untuk membawa pulang RM2,000.Tempat ketiga dimenangi Abu Shah Johari, 42, dari Kampong Berembang, Selangor selepas menaikkan ikan lekoh seberat 735 gram dan meraih RM1,000.Acara yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu turut disertai oleh 'kaki-kaki pancing' dari luar Selangor termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Melaka.Antaranya spesies yang dinaikkan oleh para peserta seperti ikan patin, haruan, lekoh, puyu, taja, tilapia, ketutu, lampam dan peacock bass.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, penganjuran Cabaran Joran Ampang Jaya 2023 itu diharap dapat tingkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya amnya.\u201cSaya puas hati dengan sambutan daripada para kaki pancing terhadap pertandingan ini. Sambutan yang sangat baik itu turut disertai oleh pelbagai bangsa dan usia.\u201cSaya bersetuju acara pertandingan memancing dalam Cabaran Joran Ampang Jaya dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang diterima sangat baik,\u201d ujarnya.Program anjuran MPAJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 21 itu bertujuan mempromosikan sukan memancing di kalangan 'kaki pancing' serta sebagai satu platform untuk mempromosikan Taman Pandan Perdana, Ampang Jaya kepada penduduk sekitar.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 11:18am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248637/berita/sukan/barcelona-nafi-rasuah-pengadil", "article_title": "Barcelona nafi rasuah pengadil", "article_text": "PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta menegaskan kelab itu tidak pernah 'membeli pengadil' susulan pendedahan daripada kes Negreira.Bulan lalu, penyiar SER Catalunya mendakwa Barcelona telah membayar \u20ac1.6 juta (RM7.6 juta) kepada syarikat Jose Maria Enriquez Negreira iaitu bekas naib presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil (CTA) Sepanyol antara tahun 2016 dan 2018.Akhbar El Pais mendakwa syarikat Negreira iaiatu DASNIL 95 SL menghasilkan laporan bertulis dan penilaian video terhadap pengadil sebelum perlawanan.Barcelona menafikan sebarang salah laku pada masa itu selain menegaskan laporan teknikal yang berkaitan dengan pengadilan profesional adalah amalan biasa dalam kalangan kelab bola sepak profesional.Barcelona kemudiannya dilaporkan berhenti membuat pembayaran kepada Negreira selepas dia tidak lagi menjadi naib presiden CTA.Siasatan bersama oleh Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan CTA tidak menemui bukti rasuah atau pengaruh ke atas pengadil, manakala siasatan terhadap Negreira oleh pejabat pendakwa sedang berjalan.\"Biar saya jelaskan, Barca tidak pernah membeli pengadil dan tidak mempunyai niat untuk membeli pengadil. Sama sekali tidak pernah.\"Kekuatan fakta bercanggah dengan mereka yang cuba mengubah cerita. Kami melakukannya dengan baik sekali lagi, tidak ada yang tidak disengajakan,\" katanya.Laporta juga seolah-olah menyifatkan skandal itu adalah sebahagian daripada konspirasi untuk mencemarkan reputasi Barcelona selepas keengganan mereka untuk menandatangani perjanjian LaLiga dengan dana ekuiti persendirian CVC Capital Partners.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 10:29am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248629/berita/sukan/liverpool-tidak-boleh-terlalu-yakin", "article_title": "Liverpool tidak boleh terlalu yakin", "article_text": "JORDAN Henderson memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Liverpool supaya tidak terlalu yakin selepas kemenangan menakjubkan 7-0 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Kemenangan itu meletakkan Liverpool tiga mata di belakang Tottenham Hotspur yang kini berada di tempat keempat dengan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.Newcastle pula yang kini di kedudukan keenam dibezakan empat mata daripada slot kelayakan ke Liga Juara-Juara dan memiliki kelebihan dua perlawanan.\"Mudah-mudahan kami boleh menggunakan momentum kemenangan ke atas United ini dengan cara yang betul. Tetapi, anda tidak boleh terlalu yakin.\"Terdapat ujian berbeza sepanjang perjalanan dari sekarang hingga akhir musim yang akan datang dan anda perlu kekal positif serta bersedia seperti ketika menumbangkan United.\"Itu akan memberi kami peluang untuk menamatkan musim ini dengan baik,\" katanya.Liverpool akan menentang pasukan tercorot liga, Bournemouth pada Sabtu sebelum berdepan Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 10:02am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248628/berita/sukan/chelsea-mara-ke-suku-akhir", "article_title": "Chelsea mara ke suku akhir", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter memuji persembahan para pemainnya dan menyifatkan ia sebagai malam yang istimewa di Stamford Bridge ketika Chelsea menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.The Blues yang ketinggalan 0-1 dalam perlawanan pertama di Jerman bermula dengan baik meledak gol melalui Raheem Sterling dan penalti Kai Havertz untuk mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.Dortmund yang hadir ke perlawanan itu dengan rekod 10 kemenangan berturut-turut gagal menyaingi Chelsea yang lebih agresif sepanjang perlawanan.\"Saya sungguh gembira. Suasana yang hebat, malam yang hebat. Pemain dan penyokong sangat hebat. Kami terpaksa menentang pasukan yang mempunyai 10 kemenangan berturut-turut. Ia adalah malam yang istimewa.\"Saya juga berterima kasih kepada penyokong yang mengambil berat. Apabila keputusan tidak seperti yang mereka mahu, mereka menyuarakan apa yang mereka rasa.\"Mereka benar-benar menyokong kami. Mereka setia bersama pasukan dan membantu kami di atas padang. Anda sentiasa memerlukan sedikit tuah.\"Saya akan katakan sebelum Piala Dunia, kami kehilangan sembilan pemain. Malam ini (Dortmund) kehilangan beberapa pemain dan itu memihak kepada kami. Saya tidak akan merungut tentang itu sama sekali,\" katanya.Kejayaan mara ke suku akhir itu sedikit sebanyak mengubati persembahan buruk Chelsea di Liga Perdana Inggeris.\"Tidak dapat dielakkan terutama dalam hidup anda akan mengalami masa yang buruk dan masa yang baik. Saya tidak nampak cara lain untuk melihatnya.\"Ini adalah cara anda bertindak balas terhadap masa yang sukar, dapatkan beberapa perspektif dan menganalisisnya dengan cara yang betul. Perkara tidak pernah buruk selama-lamanya tetapi kadang-kadang terasa begitu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Mac 2023 09:27am"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248587/berita/sukan/kualiti-jdt-negeri-sembilan-jauh-berbeza", "article_title": "Kualiti JDT, Negeri Sembilan jauh berbeza", "article_text": "NEGERI Sembilan FC memerlukan 10 tahun lagi untuk menyaingi pasukan berintensiti tinggi seperti penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).Malah pengendali Negeri Sembilan, K Devan tanpa berselindung mengakui kualiti para pemain Harimau Selatan itu jauh berbeza dengan pasukannya yang baharu ditubuhkan dalam tiga tahun ini.Menurutnya, kekalahan 0-7 Negeri Sembilan kepada JDT juga memberi isyarat jelas bahawa banyak perkara perlu dilakukan bagi menyediakan pasukan yang mantap.\u201cKita semua tahu JDT merupakan satu pasukan terbaik dalam negara. Kalau dibandingkan kualiti pasukan kita, jauh berbeza dan kita nampak jurang kualiti pemain.\u201cNegeri Sembilan baharu ditubuhkan dalam tempoh tiga tahun dan kita dalam proses untuk membentuk pasukan yang kuat, ia memerlukan masa...kalau kita mahu setanding dengan mereka, saya fikir pasukan perlu 10 tahun lagi,\u201d katanya selepas perlawanan di Paroi pada Isnin.Pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Harimau Selatan yang berstatus juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu berpesta gol hasil jaringan Fernando Forestieri (minit ke-21, m-48 penalti) dan La'Vere Corbin-Ong (m-67, m-88) masing-masing menjaringkan dua gol manakala Diogo Luis Santo (m-41), Arif Aiman Hanapi (m-52), dan Endrick (m-72).Mengenai ketiadaan tonggak pertahanan, Herold Goulon, Devan berkata, pemain import yang masuk lewat perlu berada dalam tahap kecergasan baik bagi menghasilkan persembahan yang baik.\u201cBukan Goulon sahaja, kita beraksi dengan dua pemain import, Casagrande sampai sini tiga hari sebelum perlawanan pertama lepas itu dia tidak cergas dan dia telah cuba untuk bermain tiga perlawanan dalam sembilan hari yang merupakan keadaan yang sukar untuk dia.\u201cHari ini pun kita tengok serangan kurang efektif, jadi perlawanan hari ini tiada keseimbangan antara menyerang dan bertahan.\u201cIni bukan soal Goulon sahaja sebaliknya kita perlu meningkatkan kualiti dan kecergasan fizikal pasukan. Pemain import yang masuk lewat juga perlu berada dalam tahap kecergasan baik bagi menghasilkan persembahan yang berkualiti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 09:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248584/berita/sukan/kbs-tawar-dana-naik-taraf-rumput-padang-bola-di-setiap-negeri", "article_title": "KBS tawar dana naik taraf rumput padang bola di setiap negeri", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua Exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang yang terpilih.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan kini pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.Beliau berkata, setiap negeri perlu memilih satu stadium bagi projek menaik taraf padang itu dan menjalankan penyelenggaraan awal sebelum pihaknya meluluskan peruntukan tersebut.\"Mereka perlu selenggara padang yang dipilih itu dulu untuk pastikan saliran air semua okay, selepas itu dibaiki, baru KBS beri peruntukan tanam rumput,\u201d katanya kepada pemberita ketika melawat sesi latihan terakhir skuad Malayan Tigress di Padang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa.Bagaimanapun, Yeoh berkata, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing sekiranya mereka memilih untuk menerima tawaran itu.\"Bukan semua negeri nak rumput ini dan bukan semua negeri mampu untuk selenggara, sebab itu kita tunggu maklum balas,\u201d katanya.Sementara itu, Yeoh berkata KBS akan terus menyokong pembangunan akar umbi bola sepak wanita dari segi infrastruktur dan peruntukan untuk tempoh lima tahun akan datang.\"Yang paling penting, mereka mesti diberi peluang untuk menonjolkan prestasi dan kemahiran masing-masing supaya bola sepak dan pasukan wanita sinonim, tidak rasa ganjil, stereotaip itu yang perlu dibuang.\"Sempena Hari Wanita esok, simbolik saya datang (hari ini) untuk memaklumkan kepada semua wanita di Malaysia (bahawa) wanita dalam sukan mesti diberi peluang semuanya untuk mereka mencari bakat dan berjaya,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 08:33pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248573/berita/sukan/kami-kecewa-mahu-bangkit-lawan-penang-fc---lee-tuck", "article_title": "Kami kecewa, mahu bangkit lawan Penang FC - Lee Tuck", "article_text": "PEMAIN naturalisasi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Lee Tuck yakin kelab itu akan bangkit pada Pusingan Pertama Piala FA 2023 bertemu Penang FC pada malam Rabu.Tiga mata wajib diperoleh oleh Sang Kenari di laman sendiri terutamanya membalas kembali pengorbanan penyokong setia mereka yang terus hadir ke Stadium Darul Aman untuk memberikan sokongan.Menurutnya, tewas mengejut 0-1 kepada PDRM di peringkat Liga Super 2023 pada Sabtu jelas mengecewakan semua pemain KDA FC namun semua pemain perlu segera melupakan kekalahan tersebut.\"Itu bukan keputusan yang kami mahukan. Memang kami kecewa dengan keputusan tersebut dan kadangkala kita terpaksa terima hakikat kekalahan dan kita perlu belajar dari pengalaman ini.\"Saya yakin kami akan bangkit dengan lebih kuat. Kami perlu memperbaiki keadaan dan kami sedang fokus untuk terus memperbaiki keupayaan kami pada latihan sekarang ini.\"Penyokong telah beri segalanya dan mereka berkorban untuk hadir ke stadium dari serata tempat dan kami wajib tunjukkan kepada mereka apa yang terbaik yang kami boleh lakukan untuk mereka dan kelab,\" katanya mengulas kekalahan mengejut kepada The Cops pada Sabtu lalu.Jelas Penolong Ketua Pasukan KDA FC itu, semua pemain mahu melupakan kekalahan tersebut dan terus pandang ke depan.\"Saya pasti perlawanan seterusnya kami akan hadir dengan semangat juang untuk membuktikan kemampuan kami.\"Satu perjalanan liga yang panjang namun keazaman kami tetap tinggi dan kami mahu membuktikan kebangkitan kembali dengan pertemuan menentang Penang FC Rabu ini,\" ujarnya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 07:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248572/berita/sukan/gade-harap-aaron-wooi-yik-juara-terbuka-jerman", "article_title": "Gade harap Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Jerman", "article_text": "KEJOHANAN badminton Terbuka Jerman di Mulheim ketika ini menjadi pentas terbaik buat beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk meraih gelaran pertama musim ini.Kejayaan bergelar juara atau sekurang-kurangnya mara ke final mampu menjadi pembakar semangat buat mereka sebelum menyertai saingan lebih besar iaitu Seluruh England 2023 minggu depan.Pandangan tersebut disuarakan legenda badminton Denmark, Peter Gade yang memilih pasangan beregu lelaki negara itu sebagai calon memenangi gelaran Terbuka Jerman 2023.\u201cSaya tidak sangsi mereka (Aaron-Wooi Yik) antara pilihan untuk menjuarai Terbuka Jerman dan berharap mereka akan menamatkan kemarau kejuaraan jelajah BWF.\u201cBagi saya ia satu yang mengecewakan jika pasangan ini tidak berjaya ke final (Terbuka Jerman). Kejohanan ini adalah yang terbaik sebagai persiapan mereka menjelang All England.Gade ketika ditemubual menerusi Twitter.\u201cSaya tahu ia bukan mudah tetapi ini merupakan platform terbaik buat mereka untuk membina keyakinan selepas aksi tidak menentu dalam beberapa kejohanan lepas,\u201d katanya.Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu mengulas mengenai calon juara Terbuka Jerman dalam satu sesi temubual atas talian yang dikongsi di Twitter.Gade juga percaya sekiranya Aaron-Wooi Yik berjaya memenangi Terbuka Jerman ia akan menjadi tonik terbaik buat mereka untuk mengharungi kejohanan Seluruh England.\"Sekiranya mereka dapat melakukannya (muncul juara), sudah pasti ia akan menjadi pencetus semangat sebelum ke Seluruh England nanti,\" ujar Gade.Aaron memilih jalan selamat apabila enggan menyatakan sasaran kerana khuatir menjadi tekanan kepada diri sendiri yang mungkin boleh mengganggu mental dan prestasi ketika beraksi.Pada Terbuka Jerman, Aaron-Wooi Yik mendapat bye di pusingan pertama.Juara dunia 2022 itu akan memulakan saingan bertemu pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito di pusingan kedua selepas pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menarik diri akibat kecederaan.Turut beraksi dalam kejohanan bertaraf Super 300 itu ialah beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang akan menentang Lee Fang-chih-Lee Yang.Gandingan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong terus mara ke pusingan kedua selepas gandingan Scotland, Adam Hall-Alexander Dunn menarik diri.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 07:20pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248554/berita/sukan/solari-tak-sangka-jdt-menang-besar", "article_title": "Solari tak sangka JDT menang besar", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Estaban Solari menyifatkan kejayaan pasukannya melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Isnin sebagai luar jangkaan.Solari berkata, beliau tidak menyangka skuad Harimau Selatan mampu mencatat kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar biarpun berdepan tentangan sengit tuan rumah.Namun Solari mengakui amat gembira dengan peningkatan prestasi kelab selatan tanah air itu apabila setiap pemain melaksanakan tugas dengan cemerlang.\u201cYa, para pemain menunjukkan kesungguhan dalam persembahan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam setiap perlawanan termasuk perlawanan ini.\u201cPemain telah melaksanakan tugas masing-masing dengan cukup berkesan dari separuh masa pertama dan mengekalkan tahap konsisten bagi menambah jaringan pada separuh masa kedua.\u201cSaya gembira apabila semua pemain mengetahui tanggungjawab masing-masing dan kepentingan untuk capai kemenangan. Namun saya tidak menyangka pasukan memperoleh jaringan yang besar,\u201d katanya semasa sidang media selepas perlawanan pada Isnin.Pada perlawanan itu, gol JDT dijaringkan Fernando Forestieri pada minit ke-21 dan 48, Dioga Luis Santo (m-41), Arif Aiman Hanapi (m-52), Corbin Ong La Vere Lawrence (m-67, m-88) dan Edrick Dos Santos Parafita (m-72).Keputusan di Paroi itu menyaksikan Harimau Selatan kembali menerajui liga dengan sembilan mata diekori rapat Sabah FC (sembilan mata), namun dipisahkan perbezaan jaringan selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.Sementara itu, Negeri Sembilan pula yang masih belum melakar sebarang kemenangan berada di tangga ke-12 liga dengan dua mata hasil tiga perlawanan.Mengulas persediaan menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Ismail Iskandar Puteri pada Sabtu ini, Solari mengakui The Red Warriors (TRW) kendalian Choi Moon-sik berada dalam motivasi terbaik selepas melakar kemenangan ke atas Penang FC di Kota Bharu pada Isnin.\u201cYa, kami menjangkakan satu tentangan yang sengit daripada pasukan Kelantan, namun begitu saya tegaskan kami akan memfokuskan kepada persediaan pasukan untuk perlawanan itu.\u201cFokus utama kami adalah memastikan para pemain mempamerkan kualiti permainan yang lebih baik dalam setiap perlawanan.\u201cPasukan tahu bagaimana untuk bermain, percaya dengan kualiti,\u201d katanya yang berharap mesin gol Harimau Selatan, Bergson Da Silva dapat diturunkan berdepan TRW.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 06:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248524/berita/sukan/inspirasi-nicol-buat-atlet", "article_title": "Inspirasi Nicol buat atlet", "article_text": "JAGUH skuasy negara, Datuk Nicol David mengajak golongan wanita khususnya para atlet untuk mempunyai impian besar dan bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang sukan yang diceburi untuk meraih kejayaan tertinggi.Atlet kelahiran Pulau Pinang itu mengingatkan kejayaan bukan datang dengan mudah tanpa kerja keras dan dedikasi.\"Push yourselves and give it a try. Process first, results after (Paksa diri anda dan beri peluang untuk mencuba. Lalui proses terlebih dahulu, hasil akan datang kemudian,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook pada malam Isnin.Nicol pada Februari 2019 mengumumkan persaraan setelah lebih 20 tahun bermain untuk Malaysia bersaing dalam peringkat profesional di pentas antarabangsa.Atlet berusia 40 tahun itu turut mengimbas memori indah ketika mula mengukir nama Malaysia di pentas antarabangsa.\u201cSaya berumur 15 tahun ketika memenangi gelaran skuasy remaja dunia pertama di Antwerp, Belgium.\u201cSaya tidak pernah terfikir pada masa itu akan mencipta sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi gelaran dunia buat negara,\u201d katanya.Tambah Nicol bermula dengan kejayaan itu, ia menjadi penyuntik semangat buatnya untuk melakar lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.\u201cIa menjadi detik penentu buat saya sebagai seorang wanita muda untuk membuka jalan menjadi pemain skuasy wanita terbaik di dunia.\u201cIa adalah satu penghormatan. Ia juga memberi inspirasi kepada lebih ramai atlet wanita untuk menetapkan matlamat besar buat diri mereka sendiri.\u201cIa adalah satu pengalaman yang tidak terungkap dengan kata-kata,\u201d ujar Nicol.Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia - selama sembilan tahun sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.Dia juga sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 03:55pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248502/berita/sukan/piala-fa-kda-cari-penawar-aksi-derbi-bertemu-penang", "article_title": "Piala FA: KDA cari penawar aksi derbi bertemu Penang", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mahu bangkit mencari penawar pada pusingan pertama Piala FA 2023 apabila bertemu pasukan jiran, Penang FC di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Ketua Jurulatihnya, Nafuzi Zain berkata, aksi derbi utara itu sekali lagi bakal menguji Sang Kenari selepas kekalahan mengejut 0-1 kepada PDRM FC pada saingan ketiga Liga Super 2023.Menurutnya, KDA perlu bangkit pada perlawanan tersebut biarpun sedar Penang kini adalah sebuah pasukan yang berbeza berbanding musim lalu.\"Berdepan Penang FC kita perlu menang dan bangkit kembali dengan penuh bersemangat. Semua pemain perlu berkeyakinan untuk bermain dan tidak mengecewakan harapan penyokong (untuk menang),\" katanya ketika diminta mengulas pusingan pertama Piala FA 2023.Nafuzi mengakui KDA tidak boleh memandang rendah ancaman Penang kerana mereka turut dibarisi ramai pemain import yang boleh beraksi di pelbagai posisi.Menurutnya, persediaan rapi dilakukan oleh Sang Kenari terutamanya dalam membangkitkan kembali semangat pemain yang masih kecewa selepas kekalahan kepada The Cops.\"Selepas kalah (kepada PDRM FC), pemain kecewa tapi mereka tahu apa yang berlaku dan beri kesedaran kepada mereka (untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya).\"Penang mempunyai ramai pemain berkualiti di semua posisi dan mampu memberikan ancaman besar kepada kita.\"Walaupun Penang bagus tapi persediaan pasukan kitalah yang paling penting. Kalau kita sendiri beraksi tidak baik berjumpa dengan mana-mana pasukan pun sukar untuk kita menang,\" ujar beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 02:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248517/berita/sukan/kim-swee-saran-selesaikan-segera-isu-padang-becak", "article_title": "Kim Swee saran selesaikan segera isu padang becak", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap pihak bertanggungjawab dapat memikirkan pendekatan terbaik dalam menangani isu permukaan padang becak selepas The Rhinos melebarkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super 2023 menewaskan Kuching City FC, 2-1 di Stadium Negeri, Kuching pada Isnin.Malah Kim Swee mengakui perlawanan ketiga itu bukan sesuatu yang mudah buat kedua-dua pasukan dengan keadaan permukaan padang becak berikutan hujan tanpa henti sejak tengah hari Isnin.\u201cSaya difahamkan semalam (Ahad) hujan pun turun dengan begitu lebat. Pada saya keadaan padang tidak sesuai untuk perlawanan berintensiti tinggi.\u201cKita harus fikirkan semula keadaan ini berdasarkan persembahan kedua-dua pasukan apabila para pemain banyak melakukan hantaran jauh satu sama lain.\u201cPerkara yang kita semua harus fikirkan semula apakah keadaan padang sebegini sesuatu yang bagus untuk bola sepak atau apakah ini akan memberikan kecederaan kepada para pemain,\u201d katanya selepas perlawanan ketiga liga kedua-dua pasukan di Kuching pada Isnin.Pada perlawanan itu, Sabah mengumpul mata kesembilan liga selepas mengharungi tiga perlawanan hasil jaringan Saddil Ramdani minit ke-24 dan Telmo Castanheira (m-58) manakala penyerang kelahiran Liberia, Abu Kamara mengurangkan defisit untuk Kuching City pada minit ke-47.Tambah Kim Swee lagi, perlawanan Derbi Borneo tersebut hanya membuktikan kesungguhan dan keinginan kedua-dua pasukan untuk meraih tiga mata.\u201cApa yang saya dapat lihat adalah setiap pemain Sabah dan Kuching City mempamerkan keinginan yang cukup tinggi.\u201cKuching City sebelum ini tewas 0-5 kepada Selangor FC, mereka kembali dengan begitu agresif manakala Sabah pula mempamerkan komitmen cukup tinggi bermain dalam keadaan padang yang sebegini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 02:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248497/berita/sukan/united-perlu-bangkit---rashford", "article_title": "United perlu bangkit - Rashford", "article_text": "MANCHESTER United perlu melupakan kekalahan memalukan 0-7 kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Justeru, penyerang Red Devils, Marcus Rashford menggesa rakan sepasukan kembali bersatu sambil berharap kekalahan itu bukan menjadi penentu nasib mereka pada musim ini.\u201cItulah keputusannya dan kita tidak boleh memikirkan masa lalu!\u201cKita tidak boleh membiarkan keputusan itu menjadi penentu kedudukan musim ini. Kita perlu mempercayai proses itu dan bersatu,\u201d catat pemain itu di Twitternya.United menamatkan kemarau trofi enam tahun selepas memenangi Piala Liga minggu lalu.Gelaran itu melonjak semangat pemain United apabila mula berbicara peluang Red Devils untuk meraih empat trofi musim ini.Bagaimanapun impian mereka untuk meraih gelaran EPL terbantut susulan malapetaka di Anfield.Rashford ketika ini terdesak untuk kembali ke padang dan melupakan keputusan tersebut.\u201cSaya harap kami dapat bermain dan meletakkan perkara dengan betul,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248485/berita/sukan/neymar-enggan-patah-semangat", "article_title": "Neymar enggan patah semangat", "article_text": "PEMAIN sensasi, Neymar enggan berasa lemah semangat setelah terpaksa disisihkan sehingga empat bulan kerana akan menjalani pembedahan buku lali di Qatar dalam tempoh terdekat.Sebaliknya pemain Brazil itu akan kembali dengan lebih bersemangat setelah pulih daripada kecederaan dan melalui proses pemulihan kelak.\u201cSaya akan kembali lebih kuat,\u201d katanya.Paris Saint-Germain (PSG) dalam satu kenyataan awal pagi Selasa memaklumkan mengenai kecederaan yang dialami pemain berusia 31 tahun itu.\u201cNeymar Jr telah beberapa kali mengadu mengenai masalah buku lali kanannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.\u201cSelepas terseliuh pada 20 Februari, kakitangan perubatan PSG mengesyorkan pembedahan untuk memulihkan ligamennya bagi mengelak risiko besar berulang.\u201cSemua pakar yang dirujuk telah mengesahkan keperluan ini,\u201d ujar kenyataan itu.Pembedahan itu dijadualkan dilakukan dalam beberapa hari akan datang di Hospital ASPETAR, Doha.\u201cDia dijangka berehat selama tiga ke empat bulan sebelum kembali menjalani latihan kolektif,\u201d tambah kenyataan itu.Musim Ligue 1 akan berakhir pada 3 Jun dan final Liga Juara-Juara Eropah, jika PSG berjaya mara akan berlangsung seminggu kemudian di Istanbul.PSG yang masih menanti kejuaraan sulung Eropah itu, perlu mengatasi defisit 1-0 apabila bertandang ke Jerman menentang Bayern Munich pada aksi timbal balik kelompok 16 terakhir awal pagi Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 12:52pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248480/berita/sukan/daikin-bantu-cungkil-pelapis-badminton-negara", "article_title": "Daikin bantu cungkil pelapis badminton negara", "article_text": "KEJOHANAN Badminton Antarabangsa Daikin 2023 yang berlangsung bermula Isnin hingga Khamis ini berjaya menarik 1,500 penyertaan dalam kalangan peserta pelbagai lapisan umur.Pengarah Urusan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Lawrence Song Yew Beng berkata, penyertaan yang memberangsangkan itu sekali gus memenuhi misi Daikin dalam membantu menyediakan pelapis negara dalam sukan tersebut.\"Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin ialah cara terbaik untuk menyokong masyarakat dan menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.\"Kejohanan ini memberi peluang untuk menyumbang kepada pembangunan generasi atlet masa hadapan dan memastikan Malaysia kekal sebagai kuasa besar dalam badminton untuk generasi akan datang,\" katanya dalam satu kenyataan.Kejohanan yang berlangsung di Pusat Badminton Sunsuria-Pioneere di Kota Damansara itu akan mempertandingkan kategori perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan, beregu campuran serta ibu bapa dan anak.Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Pioneer Sports Management yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan termasuk Wong Choong Hann, pengarah jurulatih pasukan badminton negara, Chew Choon Eng; Lee Wan Wah; dan Chan Chong Ming.Dalam pada itu, Pengarah Pioneer Sports Management (M) Sdn Bhd, Chan Chong Ming menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh Daikin Malaysia kepada Pioneer Sports Management untuk menganjurkan kejohanan badminton utama ini buat kali keempat.\"Kami percaya Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin bolah membuka peluang mengenal pasti dan mencungkil bakat dari awal.\"Bagi mencapai potensi penuh bakat tempatan untuk bersaing dan cemerlang di pentas global, mereka harus bermula dari usia muda,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 12:28pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248476/berita/sukan/nafuzi-mohon-maaf-akui-gagal-kawal-emosi", "article_title": "Nafuzi mohon maaf, akui gagal kawal emosi", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain memohon maaf kepada penyokong pasukan itu atas layangan kad merah sebelum Sang Kenari tewas 0-1 kepada PDRM FC pada aksi ketiga Liga Super 2023.Menurutnya, perlawanan yang tegang di dalam padang juga menyebabkan dirinya gagal mengawal emosi dan perkara tersebut berlaku kali pertama sepanjang beliau mengendalikan pasukan dalam saingan liga super.\"Saya pun minta maaf kerana terlalu mengikut emosi, sepatutnya tidak berlaku. Ini pengalaman baik, pengajaran untuk saya juga (dalam mengawal) emosi. Kali pertama terjadi kepada saya, jadi secara tidak disedari.\"Biasanya saya tenang sahaja tapi tiba-tiba mungkin malam itu beremosi. Saya juga manusia biasa, kesilapan saya dan janji tak akan berlaku lagi,\" katanya mengulas kejadian dilayang kad merah selepas didakwa 'mengasari' pengadil keempat pada malam Sabtu.Pada perlawanan itu, pengadil Mohd Azizan Saat Ariffin telah melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott pada minit ke-59 kerana dilihat mengasari pemain lawan.Situasi semakin memberikan tekanan kepada Sang Kenari apabila Nafuzi pula dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana dipercayai mengganggu tugas pengadil perlawanan.Dua keputusan itu dipercayai menjadi sebab moral pemain KDA FC terganggu dan gawang mereka akhirnya bolos pada minit ke-74 menerusi jaringan penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki.Tamat perlawanan, hampir 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di hadapan pintu utama Stadium Darul Aman menunjukkan rasa tidak puas hati atas keputusan dilakukan oleh Mohd Azizan.Jelas Nafuzi, penting buat Sang Kenari untuk bangkit kembali pada pusingan pertama Piala FA 2023 bertemu Penang FC di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 12:12pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248457/berita/sukan/messi-yakin-psg-mampu-tundukkan-bayern", "article_title": "Messi yakin PSG mampu tundukkan Bayern", "article_text": "LIONEL Messi sedar harapan Paris Saint Germain (PSG) untuk mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara akan ditentukan oleh beberapa perkara positif yang perlu dilakukan semasa perlawanan menentang Bayern Munich pada Khamis.Juara Ligue 1 itu bertemu juara Bundesliga pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir di Allianz Arena setelah tewas pada perlawanan pertama 0-1 di halaman sendiri.Kekalahan kepada Bayern itu menyaksikan PSG tewas tiga perlawanan berturut-turut, namun mereka bertindak balas dengan tiga kemenangan dramatik selepas itu.Kemenangan tersebut telah membantu menjana momentum menuju perlawanan terbesar mereka musim ini, dan Messi tahu aksi terbaik akan menentukan siapa yang layak ke suku akhir.\"Adalah penting untuk menuju ke perlawanan menentang Bayern Munich dengan cara ini (selepas tiga kemenangan). Sebelum itu, kami tidak berada dalam prestasi terbaik sepanjang musim ini.\"Saya fikir kami mempunyai kemenangan penting untuk mengukuhkan pasukan apabila kami pergi ke Munich. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, di mana ia ditentukan oleh perkara-perkara kecil.\"Ia juga amat sukar untuk menang di Munich, tetapi saya rasa kami sudah bersedia dengan baik. Kami mampu mengubah keadaan.\"Saya rasa pasukan telah berubah dalam beberapa perlawanan terakhir. Kami mempunyai wajah berbeza, dinamik berbeza. (Kami mempunyai) harapan besar untuk meneruskan perjalanan kami dalam Liga Juara-Juara.\"Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk cuba mengubah keadaan menentang Bayern dan melepasi pusingan itu, yang merupakan matlamat semua orang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2023 08:08am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248434/berita/sukan/sabah-lebar-rekod-tanpa-kalah", "article_title": "Sabah lebar rekod tanpa kalah", "article_text": "SABAH FC melebarkan rekod tanpa kalah saingan Liga Super 2023 apabila menewaskan Kuching City FC, 2-1 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching pada Isnin.Tiga mata diraih The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menyaksikan kelab kepulauan Borneo tersebut mengumpul mata maksimum sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan.Sementara itu, The Cats kendalian Irfan Bakti Abu Salim kekal dengan tiga mata selepas mengharungi tiga perlawanan.Tampil beraksi di padang becak menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencari rentak permainan dalam perlawanan itu.Sabah tampak lebih dulu berjaya menyesuaikan diri apabila mula mendahului hasil jaringan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-24 yang menyudahkan hantaran Park Tae-su bagi menewaskan Julian Schwarzer.Bagaimanapun Sabah yang dibarisi para pemain berpengalaman kembali menyamakan kedudukan hasil sentuhan Abu Kamara menewaskan Damien Lim pada minit ke-47.Babak kedua The Cats lebih menguasai permainan, namun beberapa percubaan jentera, serangan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan berikutan keampuhan barisan pertahanan The Rhinos.Sabah yang sekali sekala melancarkan serangan akhirnya berjaya menemui gol yang dicari apabila bintang import Portugal berusia 30 tahun, Telmo Castanheira memanfaatkan kesempatan di depan gawang tuan rumah bagi menewaskan Schwarzer pada minit ke-58.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 11:45pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248429/berita/sukan/jdt-menang-bergaya-di-paroi", "article_title": "JDT menang bergaya di Paroi", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dengan mudah membelasah tuan rumah, Negeri Sembilan FC 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Isnin.JDT membuka jaringan melalui tandukan Fernando Martin Forestieri yang dihantar Leandro Sebastian Velazquez melalui sepakan percuma pada minit ke-20.Diogo Luis Santo pula menambah gol kedua buat pasukan itu pada minit ke-40.Forestieri sekali lagi menghadiahkan jaringan untuk JDT menerusi sepakan penalti pada minit ke-48.JDT berjaya menghasilkan gol keempat selang empat minit oleh Arif Aiman Mohd Hanapi.Corbin Ong La Vere Lawrence pula menambah gol kelima buat JDT pada minit ke-66 dan disusuli Endrick Dos Santos untuk gol keenam lima minit selepas itu.Corbin Ong berjaya menjaringkan gol ketujuh pasukan Harimau Selatan pada minit ke-87.Perlawanan tamat selepas tambahan masa empat minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 11:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248421/berita/sukan/queenie-tekad-cipta-sensasi-di-sukan-sea-2023", "article_title": "Queenie tekad cipta sensasi di Sukan SEA 2023", "article_text": "ATLET lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni mengidam untuk melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia meraih pingat emas acara berkenaan di temasya Sukan SEA.Namun, Queenie mengakui bakal berdepan cabaran sengit untuk memecahkan dominasi atlet Thailand, Subenrat Insaeng yang merangkul emas Sukan SEA sejak 2011, selain berpengalaman beraksi di Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020.Pada edisi 2021 di Hanoi, Mei tahun lalu, atlet berusia 25 tahun kelahiran Sarikei, Sarawak, itu hanya ketinggalan 0.73 meter (m) di belakang Subenrat (53.09m), untuk meraih perak dengan catatan rekod kebangsaan 52.36m.Queenie, yang kemudian memperbaiki rekod kebangsaan itu dengan lemparan sejauh 52.77m pada Kejohanan Olahraga Grand Final Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Disember lalu, kini berhasrat untuk melakukan catatan 55m pada Sukan SEA 2023 Kemboja yang dijadualkan bermula 5 hingga 17 Mei di Phnom Penh.\u201cSaya sangat bersemangat untuk memenangi pingat emas pertama negara dalam acara cakera wanita. Ia bukan mudah apabila berdepan Subenrat, tetapi apa-apa boleh terjadi pada hari pertandingan, jadi saya dan jurulatih Mohamad Ali Hamid akan terus bekerja keras untuk mencapai misi itu.\u201cSasaran untuk Sukan SEA adalah 55m ke atas, dan kemudian ia akan dinaikkan kepada 58m bagi Sukan Asia Hangzhou (23 September hingga 8 Oktober) di China,\u201d katanya pada Isnin.Mengikut prestasi semasa, Subenrat, yang merupakan pemegang rekod kebangsaan Thailand dengan lemparan 61.97m yang dilakukan pada Julai 2018 di Republik Czech, mencatatkan 54.78m pada Terbuka Thailand, hujung November lepas.Sementara itu, Queenie, yang menjadi atlet wanita pertama Malaysia melakukan lemparan melepasi 50m pada November 2021, dijangka akan menyertai Sirkit IPT pada hujung minggu ini, selain merancang untuk latihan selama dua minggu di Australia sebagai persiapan ke Kemboja.Sekiranya mendapat kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk ke Australia, beliau turut merancang untuk menyertai dua kejohanan di sana, termasuk Terbuka Australia bermula 30 Mac hingga 2 April.\u201cKita masih menunggu kelulusan daripada MSN untuk menyertai pertandingan di sana. Namun, sekiranya tidak dapat kelulusan, saya akan meneruskan latihan di MSN, Bukit Jalil kerana di sini pun kita mempunyai fasiliti yang baik,\u201d katanya.Ketika Thailand menguasai acara lempar cakera wanita pada temasya dwitahunan itu, Malaysia pula mendominasi lempar cakera lelaki apabila Muhammad Irfan Shamsuddin meraih emas untuk lima kali berturut-turut sejak 2013. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 09:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248420/berita/sukan/kerjasama-pintar-dalam-sektor-hospitaliti-untuk-bekas-atlet", "article_title": "Kerjasama pintar dalam sektor hospitaliti untuk bekas atlet", "article_text": "YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bersama Genting Malaysia Berhad (GENM) dan Akademi Hospitaliti DHS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyediakan platform pekerjaan dalam sektor hospitaliti untuk bekas atlet negara.Menerusi inisiatif itu, bekas atlet berpeluang mengikuti kursus jangka pendek selama tujuh bulan yang disediakan Akademi Hospitaliti DHS dengan perkembangan pembelajaran mereka dipantau, sebelum diberikan penempatan kerjaya di bawah GENM.MoU berkenaan ditandatangani Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed; Ketua Pegawai Operasi GENM, Lee Thiam Kit dan Pengasas Pengarah Kumpulan Akademi Hospitaliti DHS, Dr S Sri Kumar, dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Bukit Kiara pada Isnin.Menurut Noorul Ariffin, inisiatif itu sekali gus memperlihatkan pihak swasta dan korporat kini semakin menghargai pengorbanan serta perjuangan atlet negara, selain berharap ia disambut baik oleh ahli berdaftar di bawah Yakeb.\u201cPeluang ini terbuka kepada semua bekas atlet sama ada mereka nak bekerja sebagai cef atau di 'front desk' berdasarkan kelayakan mereka dan ia juga terpulang kepada GENM.\u201cMoU ini dalam masa sama dapat menarik minat lebih banyak syarikat swasta mahupun korporat untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada atlet yang telah bersara sekali gus menjamin pekerjaan kepada mereka,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui.Dalam pada itu, Hannah berharap inisiatif digerakkan Yakeb itu dapat diperluaskan kepada pelbagai bidang lain.\u201cAtlet ini mempunyai pelbagai minat, jadi Yakeb perlu proaktif dengan pihak swasta dan korporat untuk bersama mereka dalam memberikan peluang kerjaya kepada bekas atlet kita.\u201cKita tidak mahu melihat program berbentuk kebajikan sahaja, tetapi kita nak beri peluang pekerjaan yang saya rasa ia lebih mampan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 09:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248416/berita/sukan/terbuka-new-zealand-dibatalkan-hingga-2026", "article_title": "Terbuka New Zealand dibatalkan hingga 2026", "article_text": "KEJOHANAN Badminton Terbuka New Zealand dibatalkan sehingga 2026, demikian diumumkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Isnin.BWF dalam satu kenyataan memaklumkan, Badminton New Zealand telah melepaskan hak penganjuran kejohanan bertaraf Super 300 Jelajah Dunia itu untuk empat tahun akan datang.\u201cBadan induk negara itu membuat kesimpulan bahawa mereka tidak lagi sesuai untuk menganjurkannya.\u201cBerikutan perbualan dengan BWF, telah dipersetujui bahawa perlu membatalkan kejohanan itu sehingga penghujung kitaran hos semasa dari 2023-2026,\u201d menurut BWF.Berdasarkan kalendar kejohanan 2023 yang dikeluarkan oleh BWF tahun lepas, Terbuka New Zealand dijadualkan diadakan di Auckland dari 8 hingga 13 Ogos ini, dua hari selepas tamatnya Terbuka Australia bertaraf Super 500.Terbuka New Zealand kali terakhir diadakan pada 2019 apabila gandingan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul kejuaraan beregu campuran, sebelum ia dibatalkan pada 2020, 2021 dan 2022 kerana pandemik Covid-19 dan komplikasi berkaitannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 09:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248364/berita/sukan/lebih-30-negara-sertai-acc-2023", "article_title": "Lebih 30 negara sertai ACC 2023", "article_text": "LEBIH 30 negara hampir pasti menyertai Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 (ACC 2023) yang akan diadakan di Velodrom Kebangsaan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan bermula 14 hingga 19 Jun depan.Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, angka tersebut sangat memberangsangkan kerana hanya 22 negara mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2018 (ACC 2018) juga diadakan di Velodrom Kebangsaan di Bandar Baru Nilai.Beliau yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menjelaskan peningkatan angka penyertaan kejohanan kali disebabkan faktor kutipan mata secara merit untuk kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.\u201cSeperti yang kita maklum trek ialah satu acara Sukan Olimpik yang sangat popular dan sentiasa mendapat perhatian negara-negara besar di seluruh dunia. Sukan ini juga sangat popular di Asia.\u201cNegara seperti Jepun, China, Korea Selatan, Hong Kong, Iran dan Kazakstan sentiasa mampu untuk menghadirkan pelumba bertaraf dunia bertarung di peringkat Sukan Olimpik. Malaysia tidak terkecuali kerana kita mempunyai Datuk Mohd Azizulhasni (Awang) dan Mohd Shah Firdaus (Sahrom).\u201cTarikh kejohanan ini sangat dekat dengan Sukan Olimpik 2024. Jadi sudah semestinya semua pelumba dari benua Asia yang berazam untuk layak secara merit akan menyertai ACC 2023 di Kuala Lumpur,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau turut memaklumkan jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus sudah mengesahkan penyertaan ke ACC 2023 sekali gus menjadikan ia daya penarik kepada negara-negara lain khususnya Jepun, Korea Selatan, Iran, Hong Kong dan China.Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) percaya faktor tarikh kejohanan dan jaminan mata kelayakan ditawarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menjadikan ACC sebuah kejohanan premium sepanjang tahun ini.Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan akan mengetuai Jawatankuasa Pertandingan dan Pemilihan Atlet selepas 16 hari berakhirnya Pemilihan Jawatan Utama PKBM.Timbalan Presiden, Mazlan Mohd Jail akan mengetuai Jawatankuasa Teknikal, manakala Naib Presiden 1, Datuk Amarjit Singh dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Trek.Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang baru dipilih sebagai Naib Presiden 5 pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Cycling for All.Naib Presiden 2, Mohd Saiful Abdul Jalil pula mengetuai Jawatankuasa MTB, manakala Norazman Abu Samah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lebuhraya dan WCC Korea.Bekas Presiden Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur (PLBKL), Ahmad Ariff Astaman pula dilantik sebagai Setiausaha Agung PKBM yang baharu manakala Omar Saad pula mengisi jawatan Bendahari.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 04:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248354/berita/sukan/liek-hou-unggul-di-sepanyol", "article_title": "Liek Hou unggul di Sepanyol", "article_text": "JUARA dunia perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Cheah Liek Hou menceriakan arena badminton negara apabila muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1 di Toledo pada Ahad malam.Kejayaan pemain berusia 35 tahun itu diraih selepas menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada aksi final dalam tempoh 27 minit.Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga berdepan cabaran kesihatan apabila terpaksa bertarung dengan cuaca sejuk yang mengakibatkannya mengalami selesema, batuk teruk dan kahak berdarah.\u201cAwal pagi cuaca mencecah -4 darjah celcius. Memang saya tak biasa di negara yang sejuk sampai kondisi saya drop.\u201cSaya bertahan dan makan ubat sampai ke final dan akhirnya menang Kejohanan ini untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.\u201cSaya akan menjadikan ini sebagai satu pengajaran apabila menyertai kejohanan yang berada di cuaca yang sejuk,\u201d catat Liek Hou di Facebooknya malam Ahad.Kejayaan merangkul gelaran itu juga dilihat mengubat kekecewaan Liek Hou selepas hanya bergelar naib juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 bulan lepas.Kemenangan itu juga menjadi pencetus semangat buat Liek Hou apabila bertekad bekerja lebih keras untuk mendapatkan prestasi luar biasa buat Malaysia.Beliau turut berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menyokongnya termasuk jurulatih, Nova Armada.\u201cPingat emas ini juga adalah hadiah yang datang awal sebab hari jadi saya dalam 3 hari lagi (8 Mac),\u201d katanya.Liek Hou juga mencipta sensasi pada November 2022 apabila merampas semula gelaran juara dunia acara tersebut dalam Kejohanan Para Badminton Dunia di Tokyo, Jepun.Ia merupakan gelaran juara dunia ke-12 pemain itu menerusi kategori perseorangan lelaki SU5 (tujuh kali) dan beregu lelaki SU5 (lima kali).", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 04:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248346/berita/sukan/hannah-kagum-semangat-pelumba-cilik", "article_title": "Hannah kagum semangat pelumba cilik", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan membuat panggilan video dengan juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso mengenai perkembangan kerjaya pelumba cilik, Travis Teoh dalam bidang sukan permotoran.Beliau turut meluahkan rasa kagum dengan kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya dalam sukan tersebut.\u201cSaya bertanya kepada Travis sama ada dia boleh memberitahu saya sesuatu tentang dirinya. Jawapannya meninggalkan kesan yang berkekalan.\u201cSaya bekerja keras untuk segala-galanya. Bagi merealisasikannya saya akan terus bekerja lebih keras.\u201cIni bukan jawapan biasa daripada budak lelaki berumur 12 tahun. Saya tahu dia serius tentang perlumbaan,\u201d catat Hannah di Facebooknya pada Isnin.Beliau mengadakan pertemuan dengan Travis di Parlimen baru-baru ini.Pada pertemuan itu Hannah turut membuat panggilan video dengan Alonso untuk bercakap mengenai perkembangan Travis dan membuka laluannya ke dunia sukan permotoran khususnya F1.Hannah juga memberi jaminan untuk meningkatkan dan mempromosi bakat Malaysia ke peringkat tertinggi menerusi pelbagai kerjasama strategik.\u201cSaya sentiasa mencari cara untuk meningkatkan dan mempromosikan bakat Malaysia di peringkat dunia melalui perkongsian dengan pelbagai pihak.\u201cSaya mengucapkan yang terbaik kepada Travis, Alonso dan A14,\u201d katanya.Travis (kiri) menghadiahkan Hannah foto kejayaannya dalam perlumbaan. - Foto Facebook Hannah YeohTravis mula berjinak-jinak dengan sukan permotoran pada usia enam tahun dan telah mengharungi perjalanan yang menakjubkan dalam Kejohanan Karting MAM Malaysia dan Siri IAME Asia apabila memperoleh pelbagai kemenangan.Kanak-kanak itu mendapat bimbingan Double R Motorsport (DRM) menerusi tunjuk ajar pemilik pasukan itu, Mohd Rohairijaz Mohd Ropin.Di bawah pasukan DRM, Travis memenangi gelaran kebangsaan dan antarabangsa termasuk siri DPK Racing selain muncul pemenang 2022 untuk Kejohanan Dunia FIA-CIK dalam Kelas OK.Bermula dengan kejayaan itu, Travis telah dipilih sendiri oleh Alonso untuk menyertai program pembangunan bakat mudanya di bawah syarikat Pengurusan A14 milik pelumba F1 tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 03:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248350/berita/sukan/legenda-golf-negara-meninggal-dunia", "article_title": "Legenda golf negara meninggal dunia", "article_text": "BEKAS pemain golf profesional negara, M Ramayah meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) di Cheras, pagi ini.Kematian legenda golf negara itu disahkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama.Menurut Noorul, mendiang yang pernah bermain dalam 13 edisi Piala Dunia, jatuh sakit sejak Disember tahun lepas sebelum disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap empat.\"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 10.23 pagi tadi di hospital itu. Sebelum itu, mendiang dimasukkan ke HCTM dua hari lepas akibat sesak nafas. Mendiang meninggalkan sebuah legasi dalam sukan golf.\"Yakeb akan menghulurkan khairat kematian berjumlah RM3,000 selain akan menanggung bil-bil perubatan mendiang di hospital,\u201d katanya.Noorul berkata, mendiang meninggalkan balu dan seorang anak perempuan.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Ramayah.\"Malaysia telah kehilangan bintang cemerlang dalam golf. KBS (Kementerian Belia dan Sukan) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan orang tersayang Ramayah,\u201d tulisnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 02:54pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248333/berita/sukan/ancelotti-lebih-kecewa-daripada-marah", "article_title": "Ancelotti lebih kecewa daripada marah", "article_text": "PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti menyuarakan kebimbangan ketumpulan barisan depan gergasi La Liga itu selepas terikat tanpa jaringan ketika berdepan Real Betis di Stadium Benito Villamar\u00edn, awal pagi Isnin.Malah pengendali kelahiran Itali itu, mengakui lebih kecewa berbanding marah selepas penyandang juara itu melakar keputusan seri kelima selepas mengharungi 24 perlawanan liga.\u201cSaya lebih kecewa daripada marah kerana amat pelik kami tidak menjaringkan gol selepas mencipta deretan peluang dalam perlawanan ini.\u201cSejujurnya ini bukan satu perkara biasa pasukan dengan kualiti sebegini tidak menjaringkan lebih daripada satu gol dalam tiga perlawanan terakhir. Ia membuatkan saya terlalu kecewa.\u201cYa, para pemain juga kecewa kerana kami mempunyai kualiti menjaringkan gol dan sentiasa melakukannya. Saya fikir jentera serangan merupakan masalah besar sekarang. Kami perlu lebih klinikal dalam setiap percubaan,\u201d kata Ancelotti.Real Madrid hanya menjaringkan satu gol dalam tiga semua pertandingan sejak membelasah Liverpool 5-2 dalam perlawanan pertama perlawanan Liga Juara-Juara 16 di Anfield pada 22 Februari lalu.Anak buah Ancelotti juga gagal melakar sebarang kemenangan sejak menewaskan Liverpool, seri 1-1 berdepan Atletico Madrid dalam liga dan tewas 0-1 kepada Barcelona dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol.Keputusan seri tanpa jaringan itu juga menjejaskan momentum Real untuk mengejar Barcelona yang kini mengumpul 62 mata- sembilan mata di belakang musuh ketat mereka selepas 24 perlawanan.Ketika ditanya sama ada Real terkeluar daripada perebutan kejuaraan, Ancelotti berkata: \u201cTidak, tidak. Jurangnya besar. Kami akan bekerja minggu ini, kami mempunyai minggu padat dengan perlawanan.\u201cKami perlu terus berjuang sehingga tamat. Terdapat banyak daripada perlawanan yang perlu dimainkan tetapi kami perlu meningkatkan.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 02:32pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248328/berita/sukan/gawang-bolos-penang-fc-terlalu-defensif", "article_title": "Gawang bolos, Penang FC terlalu defensif", "article_text": "KOTA BHARU - Terlalu bimbang gol dibolosi lawan mengundang kekalahan Penang FC 0-2 kepada Kelantan FC pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Ahad.Pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt mengakui anak-anak buahnya itu terlalu defensif dan bersikap berhati-hati walaupun sudah membuat persediaan awal bagi perlawanan itu.Mereka menjangkakan kesukaran terutama berdepan lawan dari Kelantan yang sudah tentunya memburu mata kemenangan pertama mereka.\u201cPemain terarah ke posisi yang tidak sepatutnya. Tidak bagus kerana akan berterusan kehilangan bola dan gagal untuk mendapatkannya semula.\u201cIni memberi ruang Kelantan FC kuasai bola manakala kami pula kehilangan banyak bola dan hantaran-hantaran mudah,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan itu.Separuh masa kedua, Yee Fatt menjangkakan Harimau Kubang mendapat kelebihan apabila pertahanan tuan rumah Christian Mangaron Rontini dilayankan kad merah namun keadaan kembali setara selang seminit apabila penyerangnya Hassan Saad pula menerima nasib sama.\u201cWalaupun beraksi dengan 10 pemain, ada lebih banyak peluang untuk pemain menghasilkan gol namun tuah tetap tidak datang.\u201cKami ambil ini sebagai pengajaran untuk perbaiki permainan.\u201cPerlu bermain secara lebih baik dan normal pada perlawanan akan datang tanpa terlalu bimbang atau tertekan untuk berdepan sebarang kemungkinan,\u201d katanya.The Red Warriors (TRW) membuka tirai jaringan melalui tandukan Ishmaheel Akinade pada minit ke-22 disusuli gol kedua oleh Mohamad Fazrul Amir Md Zaman hasil rembatan yang menembusi gawang pada minit ke-36.Penang FC merekodkan dua keputusan seri dengan Kuala Lumpur City 2-2 dan Negeri Sembilan 0-0 sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 01:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248325/berita/sukan/msdeaf-rayu-pembelaan-bangunkan-sukan-orang-pekak", "article_title": "MSDeaf rayu pembelaan bangunkan sukan orang pekak", "article_text": "PERSATUAN Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) mahu nasib golongan orang pekak di negara ini diberikan perhatian sewajarnya terutama apabila membabitkan penyertaan dalam bidang sukan sama ada di peringkat kebangsaan, ASEAN, Asia Pasifik dan dunia.Presidennya, Ong Shin Ruenn berkata, MSDeaf sentiasa memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak seperti tajaan dan kem latihan pusat bagi melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia.Menurutnya, selama ini MSDeaf telah membuktikan kemampuannya apabila orang pekak berjaya mengukir nama Malaysia di peringkat dunia seperti olahraga, taekwando, badminton, boling dan beberapa acara lain.\u201cTahun ini pula kita akan jadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia kali keempat yang akan berlangsung September depan.\u201cMSDeaf dalam persiapan rapi untuk menyambut 24 pasukan bola sepak lelaki dan 10 pasukan wanita dari luar negara.\u201cSebab itu kami memerlukan sokongan, bantuan dan tajaan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN).\u201cPersatuan orang pekak dunia dan komuniti orang pekak dunia sedang memerhatikan kemampuan Malaysia menganjurkan acara terbesar ini, sebab itu kita sedang sedaya upaya menjadikan ia satu realiti,\u201d katanya.Shin Ruenn turut mengakui bahawa tidak banyak pihak berminat membantu MSDeaf, malah pada masa sama sering kali kejayaan atlet-atlet pekak juga kurang mendapat penghargaan atau publisiti sepatutnya.Beliau berkata, golongan orang pekak di negara ini juga dirasakan kurang mendapat pembelaan yang setaraf dengan orang kelainan upaya (OKU) yang lain.\u201cSaya merayu agar kementerian berkenaan dan MSN sentiasalah mendengar keluhan dan hati nurani MSDeaf.\u201cSering kali MSDeaf merasakan apabila tiada pembelaan sewajarnya untuk atlet orang pekak seolah-olah mereka (orang pekak) selama ini dikategorikan sebagai \u2018kelas ketiga\u2019 berbanding atlet normal dan OKU lain,\u201d katanya.Sebagai makluman, setakat ini dianggarkan lebih 50,000 orang pekak telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di negara ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 01:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248306/berita/sukan/fandi-akui-selangor-bukan-biasa-biasa", "article_title": "Fandi akui Selangor bukan biasa-biasa", "article_text": "PENGENDALI Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui Selangor merupakan pasukan yang baik terutamanya bahagian tengah menyebabkan Tok Gajah terpaksa melakukan perubahan taktikal berbanding dua perlawanan sebelum ini.Pada kebiasaannya jelas Fandi, Tok Gajah menggunakan formasi 352, 532 atau 433, namun 532 berdepan Selangor.\"Kita cuba tutup ruangan di bahagian sayap yang merupakan satu kelebihan dimiliki pasukan Selangor dalam dua perlawanan sebelum ini.\"Cuma pemain Pahang agak perlahan untuk menyokong serangan apabila hanya dua tiga pemain pada separuh masa pertama, namun pada babak kedua jauh lebih baik apabila tiga hingga empat pemain membantu serangan.\"Ya, memang susah hendak berdepan lawan seperti Selangor, jadi kita harus matikan sayap-sayap mereka,\" katanya.Pada perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Stefano Brundo terlebih dulu meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-74, sebelum jaringan bintang Selangor, Brendan Gan pada minit ke-88 untuk kedudukan 1-1, sekaligus memaksa dua gergasi Liga Malaysia (Liga) itu masing-masing berkongsi satu mata.Pada masa sama Fandi menegaskan sememangnya misi meraih keputusan positif menjadi misi pasukan pelawat apabila berkunjung ke Petaling Jaya.\"Ya, matlamat kita sememangnya mahu raih tiga mata atau sekurang-kurangnya satu mata dan misi tersebut tercapai di laman lawan.\"Hasrat itu tercapai apabila para pemain tampil dengan tahap disiplin tinggi berbanding dua perlawanan sebelum ini.\"Biarpun saya akui sedikit terkilan dengan keputusan ini, namun itulah bola sepak dan kita harus bersyukur apabila mendapat yang terbaik dalam perlawanan ini.\"Para pemain Selangor pula tidak berputus asa apabila bermain sehabis baik sehingga wisel penamat. Tahniah Selangor,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 12:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248303/berita/sukan/cheng-hoe-yakini-kemampuan-faisal", "article_title": "Cheng Hoe yakini kemampuan Faisal", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan pemain The Red Giants, Faisal Halim merupakan antara penyumbang kepada pencapaian pasukan biarpun bekas perancang Terengganu FC musim lalu itu masih berdepan kemarau jaringan dalam tiga perlawanan awal musim ini.Malah tanpa berselindung Cheng Hoe menegaskan pemain Harimau Malaya berusia 25 tahun itu lebih proaktif dalam mencipta peluang dan memberikan bantuan gol kepada para pemain Selangor lain.\"Ya, memang kita semua mengetahui bahawa Faisal Halim bermain cukup baik musim lalu terutamanya dari aspek menjaringkan gol.\"Bersama Selangor, dia juga masih lagi menyesuaikan gaya permainan pasukan cumanya masih belum menemui sentuhan jaringan.\"Biarpun begitu sumbangan Faisal kepada pasukan tetap memberikan impak positif, apabila menghadirkan bantuan gol hingga meletakan pasukan berada dalam kedudukan terbaik.\"Ini satu perkembangan positif dan saya puji komitmen daripada pemain berkualiti seperti Faisal,\" katanya.Terdahulu aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, penalti Stefano Brundo meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-74, sebelum jaringan pemain berprofil tinggi Selangor, Brendan Gan pada minit ke-88 mengikat kedudukan 1-1, sekali gus memaksa dua gergasi Liga Malaysia (Liga) tersebut masing-masing berkongsi satu mata.Pada masa sama bekas pengendali Harimau Malaya dan Kedah itu memuji semangat juang dipamerkan pemain The Reds Giants yang berusaha bangkit setelah ketinggalan satu gol.Namun pada masa sama Cheng Hoe mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan\"Kesilapan individu merupakan antara perkara khusus perlu diperbaiki pemain selepas tiga perlawanan ini kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada pasukan Selangor\"Biarpun begitu saya percaya kita mampu teruskan ke perlawanan seterusnya dengan kualiti dimiliki dan semangat berpasukan tinggi dimiliki setiap pemain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 12:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248300/berita/sukan/hari-gembira-salah", "article_title": "Hari gembira Salah", "article_text": "DUA gol pemain sensasi, Mohamed Salah ketika membantu Liverpool membelasah Manchester United 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin sebagai hari terbaik dalam hidupnya.Ia juga menjadi memori indah buat pemain Mesir itu apabila menjadi penjaring terbanyak kelab Merseyside menerusi 129 gol mengatasi rekod milik Robbie Fowler.\u201cSaya tidak dapat menggambarkannya. Ia adalah salah satu daripada hari terbaik dan memecahkan rekod yang saya cari sejak tiba ke kelab ini,\u201d ujar Salah.Salah menyumbat gol keempat serta keenam untuk The Reds pada separuh masa kedua di Anfield dan menanggalkan bajunya untuk meraikan kemenangan terbesar kelabnya ke atas United.Fowler turut mengucapkan tahniah kepada Salah menerusi Twitternya.\u201cKami beraksi dengan sasaran untuk menang. Setiap pemain teruja untuk memburu jaringan dan kami meledak tujuh gol. Saya harap kemenangan ini akan meningkatkan semangat kami.\u201cKami boleh terus meraih kemenangan sehingga akhir musim dan berada di tangga keempat terbaik liga,\u201d ujar Salah.Kemenangan keempat Liverpool dalam lima aksi liga menyaksikan The Reds mengatasi Newcastle United untuk menghuni tempat kelima dengan 42 mata, kurang tiga di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat.\u201cSaya rasa kami berjaya memanfaatkan semua peluang dan penyudah sangat hebat daripada semua pemain,\u201d kata Salah.Selain dua gol Salah, Cody Gakpo dan Darwin Nunez masing-masing menjaringkan dua gol sebelum Roberto Firmino yang masuk dari bangku simpanan melengkapkan kemenangan besar Liverpool.Persembahan luar biasa LiverpoolLIVERPOOL disifatkan beraksi dengan cemerlang ketika menewaskan Manchester United 7-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, awal pagi IsninGol The Reds dijaringkan Cody Gakpo minit ke-43 dan m-40, Darwin N\u00fanez (m-47, m-75), Mohamed Salah (m-66, m-83) sebelum Roberto Firmino melengkapkan malam pesta tuan rumah minit ke-88.\u201cSejujurnya tiada kata-kata untuk persembahan menakjubkan malam ini. Ia sesungguhnya sesuatu yang cukup luar biasa. Kami bermain pada tahap terbaik menentang pasukan berprestasi tinggi.\u201cSeparuh masa pertama mereka mendapat sedikit peluang, namun kami kemudian menjaringkan gol luar biasa dengan penyudah hebat pada lewat perlawanan.\u201cSeparuh masa kedua, permulaannya cukup baik, penyudahnya cukup bagus, semuanya cukup bagus! Itulah bola sepak semuanya boleh berlaku.\u201cSaya berkata sebelum perlawanan, United berada dalam prestasi di musim yang hebat, biarpun kami tidak begitu gembira dengan musim kami setakat ini,\u201d kata Klopp selepas perlawanan.Untuk rekod, Salah yang meledak dua gol muncul penjaring terbanyak Liverpool di pentas Liga Perdana Inggeris, mengatasi Robbie Fowler dengan 129 gol.Klopp yang teruja dengan prestasi pemain Mesir itu, yang turut menghadirkan dua bantuan gol dalam perlawanan itu menyifatkan pemain tersebut individu yang luar biasa.\u201cKami amat menghargainya sekarang tetapi pada masa hadapan para penyokong akan melihat semula dan menyedari kelab ini memiliki pemain yang cukup istimewa,\u201d kata Klopp.Kemenangan itu menyaksikan Liverpool naik ke tangga kelima liga walaupun Newcastle United di tangga keenam memiliki satu perlawanan dalam tangan ke atas kelab Merseyside tersebut.Liverpool akan berkunjung ke Stadium Vitality pada Sabtu ini sebelum terbang ke Santiago Bernab\u00e9u untuk aksi timbal balik kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, menentang Real Madrid, 16 Mac.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 12:04pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248297/berita/sukan/steinbruckner-akui-jentera-serangan-tfc-lemah", "article_title": "Steinbruckner akui jentera serangan TFC lemah", "article_text": "KELEMAHAN jentera serangan Terengganu FC (TFC) antara punca pasukan itu hanya memperoleh satu mata selepas seri tanpa jaringan ketika melayani kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam Ahad.Perkara itu diakui oleh Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner malah beliau juga nyata kecewa selepas skuad kendaliannya itu masih gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan Liga Super.\"Saya tidak berpuas hati hanya mengutip satu mata dari perlawanan ini selepas banyak peluang terhidang malangnya tiada gol terhasil dalam 270 minit. Ianya cukup merisaukan.\"Mereka (Adisak dan Mamut) juga tidak mendapat bantuan sehingga pertukaran posisi Sony (Norde) dan Syafik (Ismail), baru ada hantaran berkualiti dari sebelah sayap.\"Apa yang ditunjukkan ketika sesi latihan cukup baik namun tiba hari perlawanan, ianya tidak seperti yang kami harapkan,\" katanya dalam sidang akhbar di sini, malam Ahad.Jurulatih berasal dari Croatia itu berkata, beliau melihat barisan pertahanan TFC yang diketuai Sardor Kulmatov dan ketua pasukan, Shahrul Nizam Roshasni mempamerkan persembahan yang terbaik.Namun, katanya jentera tengah dan serangan dilihat masih belum mempamerkan aksi terbaik dan perlu lebih agresif dalam mengatur gerakan.Jelas beliau, pasukan itu juga gagal memanfaatkan situasi bola mati dengan 10 sepakan sudut dan sekurang-kurangnya tiga sepakan percuma pada kedudukan terbaik yang dimiliki.\"Jentera kedua-dua bahagian sepatutnya lebih agresif dan menunjukkan naluri pemusnah. Malangnya ia tidak berlaku malam ini (semalam),\" ujar beliau.Dalam pada itu, Tomislav turut memberi bayangan dua pemain iaitu Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn bakal digugurkan bagi memberi peluang kepada penyerang simpanan, Jordan Mintah yang bersama TFC II untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya.Keputusan seri 0-0 ketika bertemu KL City FC malam Ahad meletakkan pasukan naib juara Liga Super tahun lalu itu berada pada kedudukan tercorot dan menjadi satu-satunya pasukan tanpa sebarang gol setakat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 11:51am"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248294/berita/sukan/perak-fc-masih-ada-harapan", "article_title": "Perak FC masih ada harapan", "article_text": "TAPAH - Meskipun belum merekodkan sebarang kemenangan, harapan tinggi tetap diletakkan kepada kesebelasan utama Perak FC mengharungi baki perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.Bekas pemain Perak dan kebangsaan era 80-an, Ishsam Shahruddin berkata, masih ada ruang untuk skuad bimbingan Datuk Lim Teong Kim itu memperbaiki prestasi dan mutu permainan selepas aksi kurang memberangsangkan dalam tiga perlawanan sebelum ini.Beliau yang pernah merangkul gelaran Piala FA ketika pertama kali diperkenalkan pada 1990 bersama skuad Seladang berkata, pemain-pemain muda yang membarisi pasukan ketika ini, memberi kelebihan untuk mempamerkan semangat juang tinggi dan tidak mudah mengalah.\"Melihat kepada perkembangan Perak FC setakat ini, saya yakin masih ada sinar untuk mereka memperbaiki permainan.\"Kita ada bakat pemain yang boleh diketengahkan, juga jurulatih yang berpengalaman.\"Sudah tentu dengan komitmen beliau, kita dapat mengembalikan kecemerlangan bola sepak Perak, hanya mungkin perlukan masa,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pengenalan Akademi Bola Sepak YB Ishsam U-21 di Stadium Mini Tun Ahmad Sarji dekat sini pada Ahad.Pada aksi pertama, Perak kalah 4-1 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC).Dua perlawanan seterusnya, The Bos Gaurus yang dibarisi majoriti pemain bawah 23 tahun terikat tanpa jaringan dengan PDRM FC dan Kelantan United FC (KUFC).Sementara itu, Ishsam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning berkata, penubuhan akademi bola sepak akan dijadikan platform mengasah kemahiran anak-anak muda bermain bola sepak untuk diketengahkan di peringkat daerah dan negeri.Katanya, setakat ini, seramai 60 peserta kalangan mereka berusia 12 hingga 21 tahun menyertai latihan dan bimbingan akademi berkenaan di bawah kendalian bekas pemain bola sepak Kementerian Kesihatan, Yusry Abdullah.\"Selepas pandemik Covid-19, banyak aktiviti sukan termasuk bola sepak di daerah-daerah tidak dapat diteruskan.\"Jadi kita ambil inisiatif ini untuk membudayakan semula sukan kalangan anak muda.\"Kita mulakan penubuhan akademi ini di Parlimen Tapah dahulu, melihat kepada pencapaiannya nanti, insya-ALLAH akan kita usahakan untuk di daerah lain pula,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 11:24am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248290/berita/sukan/trw-bangkit-demi-penyokong-setia", "article_title": "TRW bangkit demi penyokong setia", "article_text": "KESETIAAN ribuan penyokong The Red Warriors (TRW) dorong kebangkitan semangat juang membenam Penang FC 2-0 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Ahad.Ketua Jurulatih Kelantan FC, Choi Moon Sik berkata, misi menentang skuad Harimau Kubang amat penting dan ternyata berjaya memperoleh tiga mata pertama untuk liga itu.\u201cKemenangan ini hasil sokongan padu penyokong-penyokong setia TRW yang amat dihargai.\u201cSorakan dan paluan gendang mereka beri aura dan suntikan semangat para pemain untuk menghasilkan gol,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat aksi bertenaga 90 minit.Mengulas perlawanan itu, Moon Sik memuji barisan pemainnya yang bermain dengan baik dan taktikal dirancang menjadi serta membuahkan hasil.\u201cKami amat bangga dengan Ishmaheel Akinade yang menanduk gol hasil hantaran jauh Muhammad Ghaffar Abdul Rahman.\u201cSama hebat Mohamad Fazrul Amir Md Zaman yang merembat gol kedua sekali gus memberi kemenangan kepada TRW,\u201d katanya.Moon Sik menyifatkan pemain muda itu sebagai \u2018masa depan\u2019 untuk Kelantan selepas mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan terbabit.\u201cSaya harap kita kekalkan rentak dan terus memberikan permainan yang bagus pada perlawanan seterusnya,\u201d katanya.Menurut bekas pemain kebangsaan Korea Selatan itu juga akan memastikan pemain/pemain bijak mengelak kad merah pada masa akan datang.Pada aksi itu, Kelantan FC bermain dengan 10 pemain apabila Christian Mangaron Rontini meninggalkan perlawanan kerana layangan kad kuning kedua kerana mengasari Hassan Saad pada minit-66.Seminit berselang giliran Penang FC beraksi 10 pemain apabila Hassan Saad pula diberikan kad merah oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria kerana kekasaran menyiku kepten tuan rumah Mario Arques Blasco.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 10:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248282/berita/sukan/ten-hag-terkedu-united-dimalukan-liverpool", "article_title": "Ten Hag terkedu United dimalukan Liverpool", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak boleh menerima kekalahan memalukan 0-7 The Red Devils kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.Jurulatih itu juga menganggap para pemainnya tidak profesional kerana beraksi di bawah standard mereka.\"Saya rasa kami beraksi dengan agak baik pada separuh masa pertama. Hanya satu kesilapan sebelum tamat babak pertama.\"Separuh masa kedua bukan standard kami. Kami tidak bermain sebagai satu pasukan. Ia tidak profesional. Ya (marah),\" ujar Ten Hag.Keputusan terbaru United itu adalah kekalahan terburuk mereka kepada Liverpool dan kekalahan yang paling teruk sepanjang sejarah kelab itu.Skuad kendalian Ten Hag rebah selepas ketinggalan menerusi gol pembukaan Cody Gakpo pada babak pertama.Liverpool menjaringkan enam gol pada separuh masa kedua, dengan Gakpo sekali lagi menjaringkan gol.Pemain sensasi, Mohamed Salah dan Darwin Nunez menghasilkan dua gol sebelum Roberto Firmino melengkapkan kemenangan besar Liverpool.Ten Hag dilihat tersentap di tepi padang apabila jumlah gol semakin bertambah dan beliau mengakui barisan pemainnya mengecewakan diri mereka sendiri.\"Saya terkejut kerana pada setiap minggu dan bulan pasukan ini mampu berdaya saing dan mempunyai sikap inginkan kemenangan.\"Kami tidak mematuhi perancangan yang ditetapkan dan gagal melaksanakan tugas dengan baik.\"Kami tidak bangkit semula dan ia sangat tidak profesional,\" ujar Ten Hag.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 09:44am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248265/berita/sukan/tanam-mentaliti-menang", "article_title": "'Tanam mentaliti menang'", "article_text": "BARISAN pemain yang bakal menggalas cabaran negara dalam tiga kejohanan badminton di Eropah bulan ini perlu menanam mentaliti menang dalam setiap aksi yang mereka harungi.Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim berkata, mereka juga perlu memberikan fokus penuh kepada perlawanan dengan mengetepikan sebarang unsur luar yang boleh mengganggu corak permainan.Beliau berkata, setiap pemain harus menampilkan aksi terbaik dengan menganggap ia adalah perlawanan terakhir biarpun hakikatnya mereka bakal berdepan tiga kejohanan besar di pentas Eropah bulan ini.\u201cIa merupakan kejohanan besar di Eropah dan bagi kami sebagai pemain menggelarnya sebagai 'tiga beradik' kerana gabungan Terbuka Jerman diikuti Seluruh England dan Terbuka Switzerland.\u201cNikmati perlawanan sebaik-baiknya. Fokus kepada permainan, fikirkan kemenangan dan beri yang terbaik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Tiga kejohanan di Eropah itu bermula dengan Terbuka Jerman pada 8 hingga 13 Mac diikuti Seluruh England di Birmingham (14 hingga 19 Mac) dan Terbuka Switzerland (21 hingga 26 Mac).Beregu lelaki yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah antara wakil yang akan menggalas tugas besar negara pada tiga kejohanan itu.Roslin yang juga Panel Penasihat Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya setiap pemain sudah membuat persiapan rapi di bawah bimbingan jurulatih masing-masing.\u201cPaling penting adalah Seluruh England, tetapi sebelum itu ada Terbuka Jerman. Jadi pemain perlu mula memberi yang terbaik pada Terbuka Jerman diikuti kejohanan seterusnya.\u201cJangan fikir kalah (tersingkir awal) pada Terbuka Jerman tidak mengapa, sebab ada lagi Seluruh England dan Terbuka Swiss. Anggap setiap perlawanan itu sebagai final,\u201d katanya.Roslin turut meminta para pemain melupakan segala perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu emosi dan mental mereka ketika berada pada kejohanan tersebut.\u201cJika ada isu luaran, selesaikan jangan bawa ke gelanggang. Sebagai pemain profesional mereka rasa boleh selesaikan tetapi sebaiknya bincang dengan jurulatih dan luahkan, jangan simpan dalam hati,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 07:15am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248273/berita/sukan/liverpool-mudah-laukkan-united", "article_title": "Liverpool mudah 'laukkan' United", "article_text": "LIVERPOOL ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam musuh tradisi, Manchester United 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada awal pagi Isnin.Tampil beraksi di laman sendiri, Liverpool jelas menguasai perlawanan sejak minit pertama, namun United tampak lebih berbahaya ketika melakukan serangan.Kapten United, Bruno Fernandes hampir merobek gawang Liverpool pada minit ke-20, namun tandukannya tersasar selepas menerima hantaran Diogo Dalot.Ketika aksi babak pertama seakan-akan berakhir tanpa jaringan, Cody Gakpo berjaya meledak gol pembukaan Liverpool menerusi rembatan kencang pada minit ke-43.Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunggu lama untuk mengejutkan United apabila giliran Darwin Nunez meledak gol kedua The Reds pada minit ke-47.Liverpool terus memberi tekanan kepada United apabila Gakpo menyumbat gol kedua peribadinya berselang tiga minit kemudian selepas bijak menyudahkan hantaran Mohamed Salah.Tersentak dengan dua jaringan awal Liverpool pada babak kedua, pengendali United, Erik ten Hag membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Alejandro Garnacho dan Scott McTominay.Namun, Liverpool nyata tidak terkesan dengan taktikal Ten Hag apabila terus menghukum kealpaan barisan pertahanan United dengan gol keempat hasil jaringan Salah pada minit ke-66.Pada ketika United sedang tercari-cari rentak bagi mengimbangi tempo permainan Liverpool, Nunez menambah derita di kem The Red Devils apabila meledak gol kelima pada minit ke-75.Reaksi barisan pemain United tampak sugul selepas kekalahan besar 0-7 kepada Liverpool di Anfield pada awal pagi Isnin.\n- Foto EPABiarpun berkelebihan lima gol, Liverpool tidak mengendurkan asakan mereka, sebaliknya terus mengasak kubu United bagi menambah jaringan.Hasilnya, Salah sekali lagi merobek gawang United dengan gol keenam pada minit ke-84 sebelum Roberto Firmino melengkapkan hari gemilang Liverpool dengan gol ketujuh berselang lima minit kemudian.Salah kini muncul penjaring terbanyak Liverpool di pentas EPL dengan catatan 129 gol bagi mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Robbie Fowler (128 gol).Kemenangan Liverpool itu melonjakkan The Reds ke tangga kelima, manakala United kekal di tangga ketiga di belakang Arsenal dan Manchester City.Kekalahan besar United itu juga menyaksikan The Red Devils mengulangi rekod kekalahan terbesar pernah dicatat mereka selepas tewas 0-7 kepada Wolverhampton Wanderers pada 26 Disember 1931.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Mac 2023 07:06am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248261/berita/sukan/kelantan-bergaya-benam-penang-fc", "article_title": "Kelantan bergaya benam Penang FC", "article_text": "KELANTAN FC merakam kemenangan sulung dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Penang FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.Skuad The Red Warriors (TRW) itu tampak bermula garang menerusi dua percubaan sebaik wisel permulaan dibunyikan.Asakan bertali arus tuan rumah berhasil apabila Ishmaheel Akinade membuka tirai jaringan pada minit ke-22 selepas menerima hantaran jauh Muhammad Ghaffar Abdul Rahman.Muhammad Ghaffar sekali lagi menjadi arkitek TRW apabila bijak membuat hantaran silang ke arah Mohamad Fazrul Amir Md Zaman yang menyempurnakan gol kedua tuan rumah pada minit ke-36.Dua gol yang diperoleh itu nyata membangkitkan semangat Kelantan FC untuk terus menggasak kubu lawan bagi menambah jaringan.Bagaimanapun, tiada gol dapat dihasilkan sehingga tamat aksi babak pertama.Sebaik babak kedua bersambung, Penang FC membuat beberapa serangan ke kubu tuan rumah, namun gagal menghasilkan jaringan.Kelantan FC pula terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Christian Mangaron Rontini diarah meninggalkan perlawanan kerana mengutip kad kuning kedua akibat mengasari Hassan Saad pada minit-66.Seminit berselang, giliran Penang FC beraksi 10 pemain apabila Hassan Saad menerima layangan kad merah kerana menyiku kapten tuan rumah, Mario Arques Blasco.Pasukan pelawat hampir memecah kebuntuan bagi mendapatkan gol, namun gagal selepas sepakan percuma dari luar kota penalti oleh Adriano hanya singgah ke tiang gol tuan rumah.Penang FC terus terdesak mencari gol apabila kerap mengasak kubu TRW sehingga minit-minit terakhir, namun keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 11:48pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248260/berita/sukan/tfc-kl-city-terikat-tanpa-jaringan", "article_title": "TFC, KL City terikat tanpa jaringan", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak sebentar tadi.TFC yang terdesak memburu kemenangan sulung musim ini bermula dengan percubaan pertama menerusi penyerang Thailand, Adisak Kraisorn seawal minit keenam.Namun, rembatan Adisak hasil hantaran Liridon Krasniqi berjaya dihalang penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.Dua minit kemudian, kapten KL City, Paulo Josue berjaya menjaringkan gol hasil umpanan Herlison Caion, namun dibatalkan pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin kerana ofsaid.Caion berpeluang untuk mencetak namanya sebagai penjaring gol pada minit ke-14, namun rembatannya dari dalam kotak penalti tersasar di atas palang gol.TFC memperoleh empat peluang merobek gawang lawan pada minit ke-18, 24, 30 dan 37, namun penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut dan Adisak masih gagal menemui sentuhan jaringan.Ketumpulan jentera serangan diterajui Mamut dan Adisak jelas mengecewakan lebih 11,000 penyokong setia skuad Penyu yang hadir buat kali pertama musim ini di laman sendiri.Bersambung babak kedua, KL City memperoleh peluang untuk memecah kebuntuan menerusi Zhafri Yahya dan Muhammad Haqimi Azim Rosli, namun penjaga gol, Rahadiazli Rahalim berjaya menafikan percubaan mereka.Steinbrukner memasukkan Omid Nazari dan Faiz Nasir bagi menambah sengat TFC, namun tuan rumah masih gagal mencipta jaringan yang menyaksikan keputusan muktamad kekal 0-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 11:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248259/berita/sukan/selangor-fc-btl-jalin-kerjasama", "article_title": "Selangor FC, BTL jalin kerjasama", "article_text": "KELAB bola sepak Selangor FC menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat pengeluar peralatan perubatan dan estetik dunia, BTL Industries, dalam usaha menyediakan fasiliti pemulihan fizikal terutama dalam kalangan pemain Selangor.Majlis menandatangani memorandum kerjasama itu disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC di pejabat terbaharu BTL Industries Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Temasya di Shah Alam pada Ahad.Dokumen kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dan Pengarah BTL Malaysia Sdn Bhd, M Mageswari.Dalam pada itu, Mageswari berkata, pihaknya bertindak sebagai penyedia kelengkapan dan mesin fisioterapi berteknologi tinggi dari Eropah yang dijangka boleh meningkatkan kadar pemulihan kecederaan pemain sehingga 40 peratus.\"Selangor FC mempunyai klinik fisioterapi (Red Giants Physio Clinic) sendiri, oleh itu kami akan menjadi penyedia untuk kelengkapan perubatan tersebut seperti mesin rawatan laser, radioterapi dan lain-lain.\"Selain itu, kami juga memberikan khidmat nasihat doktor dan pengamal perubatan di klinik tersebut tentang tatacara penggunaan mesin tersebut,\" katanya.Katanya, kerjasama dengan pasukan bola sepak berkenaan akan berlangsung selama dua tahun bermula musim ini.Red Giants Physio Clinic (RGPC) yang terletak bersebelahan dengan pusat latihan Selangor FC ditubuhkan pada 2021 sebagai pusat pemulihan sukan, pasca operasi, pengurusan kesakitan dan pusat fisioterapi.Selain menjadi pusat pemulihan pemain Selangor FC, klinik dikendalikan sepenuhnya oleh kelab itu turut dibuka kepada orang ramai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 11:21pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248250/berita/sukan/kutuk-pemain-import-tfc-bukan-budaya-pantai-timur", "article_title": "'Kutuk pemain import bukan budaya Pantai Timur'", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Kita akui sebagai kelab penyokong, kita tak puas hati dengan prestasi TFC (Terengganu FC) dalam dua perlawanan sebelum ini, tapi jangan sampai mengutuk atau menghina pemain, kata Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC), Mazuki Muhamad.Ia susulan penularan video berdurasi 13 saat menerusi aplikasi TikTok memaparkan seorang pekerja sebuah pasar raya mengutuk secara berdepan penyerang pasukan bola sepak TFC, Ivan Mamut dalam dialek Terengganu ketika pemain kelahiran Croatia itu sedang berurusan untuk membeli barangan basah.Marzuki berkata, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak wajar berlaku serta tidak mencerminkan jati diri masyarakat negeri ini.\"Memang dua perlawanan sebelum ini kami tak berpuas hati dengan kualiti yang ditunjukkan oleh pemain import.\"Tipu kalau kami tak marah dengan kualiti import sekarang ini. Marah itu ada tapi jangan sampai menghina, mengutuk lebih-lebih lagi seperti yang tular di TikTok baru-baru ini,\" katanya.Justeru, katanya, beliau berharap tiada lagi tindakan keterlaluan sedemikian yang akan berlaku selepas ini.\"Harap lepas ini kalau nak buat sesuatu, fikir dulu dan apa yang berlaku itu tidak berulang lagi pada masa akan datang sebab ia mencerminkan budi pekerti dan akhlak kita. Bukan budaya orang Pantai Timur.\"Kita juga harap tidak lagi berlaku penyebaran video sebegitu kerana ia juga dikhuatiri akan menjejaskan nama kelab,\" ujarnya.Sementara itu, wakil penyokong TFC, Radhie Abdullah Din berkata, biarpun prestasi pemain import belum memberangsangkan penyokong tidak boleh sewenang-wenangnya mencaci serta menyentuh peribadi mereka termasuk keluarga mereka.\"Semua tindakan kita ada batas, nak marah ada batas. Nak kutuk ada batas. Jangan sampai malukan mereka. Mereka masih di peringkat awal.\"Jangan sampai tindakan kita memalukan kita sendiri. Apa yang kita buat perlu berpada-pada,\" ujarnya.Terdahulu tular video memaparkan seorang pekerja sebuah pasar raya yang sedang meletakkan barang basah yang mahu dibeli penyerang import itu ke dalam beg plastik sambil menyebut perkataan 'main macam' diikuti rakannya menyebut 'main macam natang (binatang), tak sedap sikit' (bermain tidak bagus) sambil ketawa.Bagaimanapun, dua individu di dalam video itu telah membuat permohonan maaf atas ketelanjuran itu dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan berkenaan.Mereka mengaku video itu diambil hanya untuk suka-suka dan tidak menyangka ada yang menularkan di media sosial.\"Assalamualaikum semua. Berkenaan video yang tular itu, amber (saya) mewakili yang merakam dan yang ada dalam video itu memohon maaf banyak atas kekurangan dan kesilapan, video itu diambil hanya untuk suka-suka sahaja dan dua pekerja itu letak dalam status WhatsApp.\"Tapi ada pihak lain ambil dan masuk dalam aplikasi TikTok, dua pekerja itu sudah padam video berkenaan, harap tidak berpanjangan dan mereka berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, harap kesalahan ini dapat dimaafkan,\" katanya.Dua perlawanan Liga Super 2023 sebelum ini menyaksikan TFC tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan 1-0 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC).Malam ini, TFC bakal membuat perhitungan dalam aksi perlawanan ketiga menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak di Kuala Nerus.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 08:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248249/berita/sukan/selangor-sri-pahang-sama-handal", "article_title": "Selangor, Sri Pahang sama handal", "article_text": "SELANGOR FC bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Sri Pahang 1-1 dalam aksi hujan lebat dan air bertakung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya sebentar tadi.Skuad Tok Gajah terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-74, namun kapten Selangor FC, Brendan Gan menyamakan kedudukan menuju penghujung babak kedua.Keputusan itu meletakkan Gergasi Merah menerajui carta liga dengan tujuh mata, namun ia mungkin untuk tempoh sehari apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan FC di Paroi pada Isnin.Selangor FC yang dibimbing Tan Cheng Hoe mendominasi babak pertama perlawanan menerusi gerakan-gerakan cantik duo tonggak, Faisal Halim dan Hein Htet Aung.Namun benteng pasukan pelawat yang dikemudi Fadhli Shas dan Brundo ampuh bertahan.Pasukan tuan rumah berpeluang di depan, namun jaringan Ayron del Valle dibatalkan kerana ofsaid.Sri Pahang yang dikendalikan Fandi Ahmad yang mengumpan pasukan pelawat dengan serangan balas pantas juga berpeluang di depan, namun tandukan Kpah Sherman diselamatkan Khairulazhan Khalid.Memasuki 15 minit babak kedua, para pemain dan ribuan penonton 'dihidangkan' dengan hujan lebat, namun ia tidak melemahkan semangat pasukan tuan rumah untuk terus menekan Sri Pahang.Skuad Tok Gajah yang 'berkampung' di kawasan sendiri terus kental bertahan.Ketika Selangor FC ghairah mengasak, Sri Pahang berjaya membuat serangan balas pantas menerusi Baqiuddin Shamsudin yang kemudiannya dijatuhkan oleh Sharul Nazeem dalam kotak penalti.Nasib berpihak kepada Brundo apabila berjaya menyudahkan bola muntah yang ditepis Khairulazhan ketika sepakan penalti itu.Skuad Gergasi Merah dalam dua aksi lalu menang ke atas Kelantan United 1-0 dan membelasah Kuching City FC 5-0.Pasukan Tok Gajah pula terikat 1-1 pada aksi pertama dengan Negeri Sembilan FC dan membenam Kelantan FC 4-1.Pada aksi keempat selepas ini Selangor FC akan berkunjung ke Stadium Bandaraya menentang Penang FC pada 12 Mac, manakala Sri Pahang pula akan bertandang ke Ipoh menentang Perak FC pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 07:43pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248232/berita/sukan/ronaldo-hantar-bantuan-ke-syria-turkiye", "article_title": "Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye", "article_text": "BINTANG Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.Ronaldo menghantar pesawat penuh dengan bantuan ke kawasan yang musnah akibat bencana itu untuk membantu mereka yang terjejas.Legenda Portugal itu membayar khemah, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi dan susu serta bekalan perubatan untuk misi kemanusiaan tersebut.Sebelum itu, satu rakaman video menunjukkan Ronaldo menyapa seorang budak lelaki Syria yang menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu.Ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan yang besar.Ronaldo pernah membayar \u00a368,000 (RM 324,157) untuk membiayai pembedahan otak seorang kanak-kanak dan menderma \u00a3154,924 (RM738,526) untuk membantu membiayai pusat kanser di Portugal.Dia yang juga duta untuk Save the Children, Unicef \u200b\u200bdan World Vision, juga menyumbang \u00a31 juta (Rm4.76 juta) kepada hospital Portugal semasa wabak Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 05:31pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248221/berita/sukan/kda-fc-akan-buat-aduan-isu-pengadil", "article_title": "KDA FC akan buat aduan isu pengadil", "article_text": "KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan membuat aduan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan aksi ketiga Liga Super 2023 bertemu PDRM FC pada malam Sabtu.Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, aduan itu bakal dikemukakan selepas melihat kembali rakaman perlawanan tersebut yang berkesudahan Sang Kenari tersungkur tewas 0-1 kepada lawan di laman sendiri.Menurutnya, kelab itu bukan mempertikaikan keputusan perlawanan sebaliknya memastikan mutu pengadilan pada perlawanan liga super berjalan dengan lebih baik pada masa hadapan.\"Kami akur keputusan pengadil, tetapi kita lihat sebagai orang yang membuat keputusan di atas padang, pengadil perlu mencapai tahap penilaian yang tepat dan seimbang bagi memastikan isu kekecohan dan ketegangan antara pemain dan juga penyokong yang hadir dapat dielakkan.\"Bukan sebab kita kalah dan tidak puas hati tetapi aduan ini untuk memastikan tindakan yang tepat boleh diambil sekiranya ada kelemahan ketara yang menjejaskan mutu pengadilan di Liga Malaysia,\" katanya mengulas dua kad merah yang dilayangkan pada perlawanan tersebut.Kad merah yang dilayangkan kepada ketua pasukan, Manuel Ott dan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain bukan sahaja menyaksikan ketegangan di dalam padang namun berlarutan sehingga tamat perlawanan apabila hampir 1,000 penyokong berhimpun di hadapan pintu utama Stadium Darul Aman menyatakan rasa tidak puas hati kepada tindakan pengadil.Khamal Idris berkata lagi, pemilihan pengadil yang berkualiti perlu dilakukan pihak berwajib untuk mengangkat mutu Liga Malaysia ke tahap lebih baik pada masa hadapan.\"Saya percaya dan yakin bahawa MFL mempunyai senarai pengadil berkualiti dan mampu mengendalikan perlawanan dengan baik dan perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan imej bola sepak kita.\"Saya bimbang jika perlawanan tidak dikendalikan oleh pengadil bermutu, pastinya mengundang suasana tegang dan luar kawalan di dalam serta luar stadium,\" ujar bekas pemain Kedah itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 04:08pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248209/berita/sukan/jersi-jdt-dicalon-antara-terburuk-bulan-februari", "article_title": "Jersi JDT dicalon antara terburuk bulan Februari", "article_text": "JERSI 'home' baharu juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) disenaraikan antara jersi terburuk untuk bulan Februari tahun ini.Laman sesawang antarabangsa, Footy Headlines mencalonkan jersi JDT tersebut bersama 19 lagi jersi dari seluruh dunia dan peminat bola sepak boleh mengundi untuk pemilihan jersi terburuk itu melalui laman tersebut.\"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelab bukan sahaja mengeluarkan dua atau tiga kit baharu setiap musim tetapi juga banyak kit edisi khas.\"Dengan begitu banyak kit istimewa dan baharu yang dikeluarkan oleh pelbagai jenama, sesetengahnya pasti menjadi kurang memberangsangkan atau tidak diperlukan.\"Untuk Februari 2023, kami telah mencalonkan 20 kit yang tidak begitu menarik,\" tulis Footy Headlines.Selain jersi JDT, beberapa kelab terkemuka juga tidak terlepas daripada dicalonkan seperti Pasukan Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Toronto FC; pasukan Jerman, RB Leipzig dan pasukan dari Liga Jepun, Urawa Red Diamonds.Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini pernah menjelaskan bahawa jersi bukan perkara yang penting buat kelab tersebut.Sebaliknya, kelab itu hanya menumpukan untuk berjaya dalam semua aspek termasuk infrastruktur sukan tercanggih, teknologi dan juga kejayaan dalam padang selain pencapaian dan rekod.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 02:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248202/berita/sukan/medvedev-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Medvedev dalam kelas tersendiri", "article_text": "PEMAIN tenis sensasi, Daniil Medvedev berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan ketiga dalam tempoh tiga minggu setelah mengalahkan rakan senegara dari Rusia, Andrey Rublev pada final ATP Dubai awal pagi Ahad.Bekas pemain nombor satu dunia berkenaan menang 6-2, 6-2 ke atas juara bertahan tersebut.Pemain berusia 27 tahun itu pada separuh akhir menamatkan rentetan 20 kemenangan berturut-turut Novak Djokovic pada aksi separuh akhir.\u201cSaya sangat gembira melalui tiga minggu ini dan tidak sabar untuk meraih kejuaraan seterusnya,\u201d ujar Medvedev yang melebarkan rekod 14 kemenangan berturut-turut.Medvedev tiba di Dubai selepas meraih gelaran berturut-turut di Rotterdam dan Qatar.\u201cIa sangat menakjubkan kerana di awal tahun segala-galanya tidak sempurna.\u201cDalam tenis, apabila anda tidak memenangi perlawanan, anda akan berasa tidak yakin. Sekarang ia lebih baik,\u201d katanya.Medvedev ketika ini mempunyai 18 gelaran jelajah.Dia juga menjadi pemain ketiga memenangi tiga gelaran dalam tempoh beberapa minggu sejak 2021, menyertai Casper Ruud (Julai 2021) dan Felix Auger-Aliassime (Oktober 2022).", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 01:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248201/berita/sukan/pesilat-sarawak-terbang-tinggi-di-kuching", "article_title": "Pesilat Sarawak 'terbang tinggi' di Kuching", "article_text": "SRIKANDI Bumi Kenyalang terus terbang tinggi pada kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023 yang semakin hampir untuk melabuhkan tirainya di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.Dalam saingan yang sudah memasuki hari keempat itu, barisan pesilat Sarawak terus mencipta kecemerlangan dan sebahagian besar wakilnya sama ada dalam kategori senior mahupun junior, berjaya mengesahkan tempat mereka ke final yang dijadualkan pada Ahad.Kejayaan tersebut membuktikan bahawa persediaan mereka untuk menghadapi SPISC 2023 sangat berbaloi tanpa mensia-siakan peluang bagi membuktikan ketangkasan mereka di hadapan penonton sendiri.Pencapaian yang mereka lakarkan itu turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sempat meluangkan masanya meninjau perjalanan penganjuran SPISC 2023.Ketika lawatan singkat beliau ke venue kejuaraan, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi sempat menyaksikan beberapa perlawanan membabitkan aksi pesilat Sarawak yang bertarung di peringkat separuh akhir.Beliau berbangga kerana para pesilat dari negeri Bumi Kenyalang itu telah mempamerkan kesungguhan serta semangat kesukanan yang tinggi.Ditanya mengenai prestasi pesilat muda Sarawak, Josh Chua yang menentang Muhammad Amirul Hakim Jaaffar (Melaka) pada saingan peringkat separuh akhir kategori Putra C junior, Fadillah kagum melihat aksi yang dipersembahkan oleh dua pesilat itu.Dalam pertarungan tersebut pesilat tuan rumah menang tipis 35-32, sekali gus mengesahkan tempatnya ke final pada Ahad.\u201cKedua-duanya mempunyai kelebihan dan saling menghormati antara satu sama lain. Saya lihat Josh Chua juga mempunyai kemahiran yang tinggi.\"Dia masih muda dan skil juga bagus. Malah beberapa orang pesilat junior kita turut berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam acara masing-masing dan ini membuktikan Sarawak berada di landasan yang tepat untuk meraih kejayaan pada kejuaraan ini,\" tambah beliau.Fadillah bangga dengan pencapaian pesilat Sarawak yang mempamerkan kesungguhan serta semangat kesukanan tinggi sepanjang Kejuaraan Silat Premier Antrabangsa Sarawak 2023.Beliau juga berharap agar barisan atlet Sarawak mencapai kejayaan cemerlang pada SPISC kali ini, sekali gus meningkat prestasi sukan silat di Sarawak agar lebih berdaya saing dalam apa juga kejuaraan akan datang.Fadillah turut memuji usaha kerajaan Sarawak menerusi Rumpun Silat Sarawak (RSS) untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa seperti SPISC 2023 di negeri Bumi Kenyalang dan langkah tersebut secara tidak langsung akan mempromosi negeri ini ke pentas dunia selain merancakkan pembangunan sukan silat.\u201cKami di peringkat kepimpinan akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai program terutama aktiviti sukan yang merupakan antara alat penting untuk menyatukan rakyat. Kita juga meletakkan keyakinan yang tinggi kepada RSS untuk menarik lebih ramai generasi muda melibatkan diri dalam sukan seni silat,\u201d ujar beliau.Hari cemerlang kontinjen tuan rumah bermula dengan langkah kanan apabila wakilnya, Nor Azeman Pie\u2019e berjaya melangkah ke final acara Putra B junior selepas mencatatkan kemenangan 28-14 ke atas atlet Singapura, Muhd Ridzqi Mohd Fadzil.Kecemerlangan tersebut diteruskan oleh Nur Hazeerah Syafiqah Suffian yang menang mudah 43-27 ke atas pesilat Singapura, Nur Izzah Johanis dalam kategori Putri B senior.Kem Sarawak terus ceria apabila Mohd Ashraf Amirul Razaman turut mengesahkan tempatnya ke final hasil kemenangan 56-36 ke atas pencabarnya Muhammad Ridzuan Nasir (Pahang) dalam kategori Putra D seniorIa kemudian diikuti kemenangan 60-15 menerusi Muhd Azrie Muhammad Azuan Tiong dalam kategori Putra Terbuka senior ke atas atlet Filipina, Stephen Suazo.Kontinjen Sarawak sudah mengesahkan kemenangan pingat emas dan perak dalam acara seni Ganda Putra senior apabila mereka bertarung sesama sendiri di final.Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 akan melabuhkan tirai pada Ahad dan ia bakal menjadi detik penentuan kontinjen yang akan membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah AS$20,000 (RM89,500) serta tali pinggang kejuaraan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 01:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248191/berita/sukan/f1-verstappen-tempah-petak-depan-di-bahrain", "article_title": "F1: Verstappen tempah petak depan di Bahrain", "article_text": "JUARA dunia, Max Verstappen memulakan saingan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain dengan pemanduan positif apabila meraih petak depan di Sakhir awal pagi Ahad.Keputusan tersebut sesuatu yang mengejutkan kerana pelumba Belanda itu tidak pernah menang di Bahrain sejak 10 tahun lalu.\u201cKejutan yang bagus dan positif untuk berada di petak depan selepas semua masalah dalam latihan. Jentera perlumbaan kami rasa lebih bagus,\u201d ujar Verstappen.Pemandu Red Bull itu mengesahkan kedudukan petak pendahulu ke-21 sepanjang kariernya menerusi pemanduan baik pada sesi kelayakan ketiga dan terakhir setelah bergelut dengan keseimbangan pada sesi latihan.\u201cPermulaan yang mencabar hujung minggu ini. Saya tidak menemui rentak, tapi dalam sesi kelayakan kami berjaya menyatukan yang terbaik.\u201cSaya sangat gembira berada di petak depan,\u201d ujar pemandu berusia 25 tahun itu.Ia adalah penguasaan barisan depan pertama Red Bull di Bahrain, litar yang mereka tidak pernah menangi sejak 2013, ketika Sebastian Vettel melakukannya 10 tahun lalu.\u201cIa menakjubkan. Saya tidak sabar menantikan esok (Isnin). Berbanding tahun lalu, semua orang tahu serba sedikit apa yang mereka lakukan terhadap jentera dan menambah prestasinya dengan banyak,\u201d ujar Verstappen.Menyusul di petak kedua ialah rakan sepasukan Verstappen, S. Perez, manakala pemandu petak depan musim lepas, Charles Leclerc ketiga bersama Ferrari di petak ketiga.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 12:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248185/berita/sukan/kbs-perkasa-semula-program-rakan-muda", "article_title": "KBS perkasa semula program Rakan Muda", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memperkasakan semula program Rakan Muda menerusi pelbagai penambahbaikan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, penambahbaikan itu meliputi pembangunan potensi dan pembentukan karakter belia, pembangunan potensi, dan semangat kesukarelawanan berdasarkan keperluan mereka serta perkembangan semasa dunia.\"Program Rakan Muda masih berjalan namun kita mahu ia menjadi satu daripada program utama KBS sekali gus kembali menjadi program flagship (kemegahan) kementerian agar dapat mengembalikan semangat asal Rakan Muda.\"Menerusi usaha ini, masyarakat boleh mendapat manfaat terutama belia yang masih bersekolah dan golongan NEET (belia tercicir dari pekerjaan, pendidikan dan latihan formal) seperti mereka yang baharu tamat persekolahan atau mempunyai masa untuk meneroka minat masing-masing,\" katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Neon Night Fun Run and Run Walk yang disertai kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan umur di Dataran Sejarah Ayer Keroh.Adam Adli berkata, usaha memperkasakan program Rakan Muda itu akan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti persatuan belia dan sukan sedia ada di negara ini.Rakan Muda adalah program pemupukan minat, penggilapan bakat dan penyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994.Visi pelaksanaan program itu ialah melahirkan belia positif yang berdaya saing, berketrampilan dan bertanggungjawab dalam membina masa depan negara bagi mencapai matlamat Dasar Belia Malaysia.Dalam perkembangan lain, Adam Adli berkata, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) di setiap negeri diminta bergerak lebih kreatif dalam melaksanakan program riadah, rekreasi, sukan dan santai yang mampu memberi impak besar kepada masyarakat sekali gus membudayakan gaya hidup sihat.\"Kita tahu peruntukan yang disalurkan kepada JBS selalunya tidak sebesar kementerian lain dan kita mahu dengan perbelanjaan minimum, aktiviti berimpak besar dapat dilaksanakan seperti Fun Run kerana kebiasaannya mendapat sambutan menggalakkan.\"Program ini boleh dilaksanakan di kawasan perumahan atau penduduk setempat seperti senamrobik, zumba atau permainan tradisonal bagi melahirkan masyarakat yang aktif,\" katanya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 11:26am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248176/berita/sukan/persembahan-luar-biasa-arsenal", "article_title": "Persembahan luar biasa Arsenal", "article_text": "MIKEL Arteta menyifatkan kemenangan dramatik Arsenal 3-2 ke atas Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai luar biasa selain turut memuji kesungguhan para pemainnya.The Gunners berdepan tugas berat apabila ketinggalan 0-2 sehingga minit ke-62 sebelum Thomas Partey dan Ben White menyamakan kedudukan.Rembatan deras Reiss Nelson pada masa kecederaan melengkapkan kebangkitan mereka dan melebarkan semula kelebihan lima mata kelab London itu ke atas Manchester City\"Ia adalah satu kegilaan dari detik pertama lagi. Kami terus mencuba dan menguasai permainan. Kami berdepan tugas berat dan mengatasinya sedikit demi sedikit.\"Kami mahu menjaringkan gol pertama. Sejak itu suasana berubah. Reiss jarang beraksi akibat kecederaan. Dia diturunkan dan mempamerkan persembahan seperti ini.\"Sungguh luar biasa untuk menempuh emosi ini dengan orang ramai. Ia akan kekal bersama kami. Saya akan mengingati hari ini atas beberapa perkara. Saya menyukai inisiatif, keberanian, keperibadian pemain dan cara mereka merealisasikan sesuatu.\"Apabila ia kelihatan menjadi sukar, itulah yang dilakukan oleh kelab gergasi. Kami perlu memudahkannya untuk diri sendiri. Tetapi ini adalah EPL,\" katanya.Dalam pada itu, Arteta mahu para pemainnya menumpukan kepada saingan Liga Europa dan mencipta keputusan positif menentang Sporting Lisbon pada pusingan 16 terbaik.\"Sekarang kami akan beralih ke kempen Liga Europa. Banyak perlawanan akan ditempuhi. Kami memerlukan kesemua pemain dalam keadaan yang terbaik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 10:27am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248174/berita/sukan/city-yakin-mampu-potong-arsenal", "article_title": "City yakin mampu potong Arsenal", "article_text": "PEP Guardiola percaya pasukannya melepasi halangan penting selepas kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal.Gol daripada Phil Foden dan Bernardo Silva menyaksikan City terus menghidupkan peluang untuk menjuarai saingan EPL musim ini.\"Sebelum perlawanan, ia adalah 'bye', kini kami ucapkan 'hello'. Banyak perkara akan berlaku.\"Hari ini adalah perlawanan penting, dan esok (hari ini) kami akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton Anfield (Liverpool menentang United). Itulah yang akan kami lakukan,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras apabila Newcastle memberikan tekanan pada separuh masa kedua.\"Ia adalah Newcastle. Mereka adalah pasukan yang luar biasa. Set-piece daripada (Kieran) Trippier, setiap sudut, setiap sepakan, mereka berada dalam kedudukan yang bagus.\"Mereka mempunyai pemain tengah bertahan yang luar biasa. Mereka berada di final Piala Liga seminggu yang lalu. Ia adalah keputusan yang luar biasa untuk kami, kerana ia adalah permainan yang sukar,\" katanya.Dalam pada itu, Silva melihat tiada yang mustahil untuk City menjuarai liga musim ini walaupun sedar kewibawaan yang dipamerkan Arsenal.\"Saya lebih suka menjadi yang pertama (juara). Ia lebih baik (daripada yang kedua).\"Arsenal berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada kami, tetapi kami akan cuba mengawal apa yang kami mampu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 10:07am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248172/berita/sukan/mbappe-pecah-rekod-penjaring-terbanyak-psg", "article_title": "Mbappe pecah rekod penjaring terbanyak PSG", "article_text": "KYLIAN Mbappe menjadi penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG) sepanjang masa selepas meledak gol ke-201 ketika kelab itu menewaskan Nantes 4-2 dalam aksi Ligue 1, pada Ahad.Bintang Perancis itu telah menyamai rekod Edinson Cavani sebelum ini iaitu 200 gol dengan dua gol dalam kemenangan minggu lalu di Marseille sebelum meledak satu gol pada masa kecederaan di Parc des Princes.Mbappe mencapai rekod itu dalam hanya 247 penampilan sejak menandatangani kontrak dari Monaco pada usia 18 tahun pada 2017.Cavani pula memerlukan 298 perlawanan dalam tempoh tujuh tahun untuk mencipta rekod tersebut pada 2020.\"Saya bermain untuk mencipta sejarah dan saya selalu berkata saya mahu mencipta sejarah di Perancis, di ibu negara saya, di bandar saya, dan saya melakukannya.\"Ia hebat, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Bagi saya, sebagai orang asli Perancis, ini sangat istimewa.\"Jika seseorang berkata kepada saya bahawa saya akan menjaringkan gol untuk mencipta rekod semasa memakai lilitan kapten, saya tidak akan percaya,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Lionel Messi turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-12 sebelum gol sendiri pemain Nantes, Jaouen Hadjam menjadikan kedudukan 2-0 dalam tempoh 17 minit.Nantes cuba bangkit melalui gol Ludovic Blas dan Ignatius Ganago untuk menyaksikan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-2.Bagaimanapun, PSG nyata lebih unggul dengan gol Danilo Pereira sebelum Mbappe memastikan kemenangan pasukan gergasi Perancis itu pada penghujung perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 09:53am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248168/berita/sukan/penyokong-kda-tidak-puas-hati-keputusan-pengadil", "article_title": "Penyokong KDA tidak puas hati keputusan pengadil", "article_text": "HAMPIR 1,000 penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC berkumpul di hadapan pintu utama Stadium Darul Aman selepas aksi ketiga Liga Super 2023 pasukan tersebut tewas 0-1 kepada PDRM FC pada malam Sabtu.Tindakan itu dilakukan oleh mereka bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan Mohd Azizan Saat Ariffin yang mengadili perlawanan tersebut.Bagaimanapun keadaan di hadapan pintu utama stadium itu terkawal selepas pegawai dan anggota polis turut berada di situ dan penyokong mula bersurai menjelang hampir jam 12 tengah malam.Pada perlawanan itu, Mohd Azizan telah melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott pada minit ke-59 kerana dilihat mengasari pemain lawan.Situasi semakin memberikan tekanan kepada Sang Kenari apabila ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain turut dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana dipercayai mengganggu tugas pengadil perlawanan.Dua keputusan itu dipercayai menjadi sebab moral pemain KDA FC terganggu dan gawang mereka akhirnya bolos pada minit ke-74 menerusi jaringan penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki.Seorang penyokong KDA FC, Ridzuan Che Aman, 44, dari Alor Setar mengharapkan agar pihak berwajib mengambil berat mutu pengadilan kerana dilihat mampu menjejaskan rentak permainan.\"Saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana mutu pengadilan sebegini boleh menyebabkan rentak perlawanan dan juga perasaan pemain tidak akan dapat dikawal.\"Penyokong juga boleh menjadi tidak terkawal dan pengadil perlu adil dan telus dalam memberikan keputusan,\" kata bekas tentera itu.Seorang lagi penyokong KDA FC, Affendi Rosmadi, 29, pula mengakui hampa dengan beberapa keputusan pengadil yang didakwa tidak adil.\"Kita harap pihak sepatutnya dapat membuat perubahan lagi untuk membaiki mutu pengadilan untuk akan datang.\"Jika mutu sebegini tidak diperbaiki, mungkin penyokong tidak mahu lagi menonton perlawanan bola sepak tempatan,\" ujarnya yang datang dari Kodiang, Kubang Pasu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 08:25am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248166/berita/sukan/dua-kad-merah-beri-impak-kepada-kda-fc", "article_title": "Dua kad merah beri impak kepada KDA FC", "article_text": "DUA layangan kad merah kepada ketua pasukan Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott dan ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain diakui memberikan kesan kepada pasukan itu sebelum tumpas 0-1 kepada PDRM FC di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.Penolong Jurulatihnya, Victor Andrag berkata, pasukan tersebut ingin menang di laman sendiri dan kad merah telah menyebabkan ada pemain yang gagal mengawal perasaan.\"Bagi saya ini perlawanan yang sengit. Saya tak nak komen banyak tentang pengadil, kita harap akan bangkit pada perlawanan seterusnya.\"Dalam perlawanan jika seorang telah diarahkan keluar ia akan bagi impak kepada pasukan tambah-tambah melibatkan ketua Jurulatih dan tonggak utama.\"Pemain kita tidak dapat kawal perasan disebabkan oleh insiden yang berlaku di dalam padang,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.Victor bagaimanapun enggan mengulas mutu pengadil, Mohd Azizan Saat Ariffin yang mengadili perlawanan tersebut.\"Saya minta maaf, saya tidak boleh komen tentang isu itu,\" tegas beliau.Tambahnya, pujian tetap diberikan kepada pemain Sang Kenari telah memberikan segala-galanya pada perlawanan itu walaupun beraksi dengan 10 pemain.\"Terima kasih kepada penyokong kerana memang kita perlukan sokongan mereka. Bagi saya jangan putus asa kerana perjalanan liga masih panjang,\" ujarnya yang menghargai sokongan lebih 12,000 penyokong pada perlawanan berkenaan.Sementara itu, Jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz pula berkata, mereka mahu meraikan kejayaan menumpaskan pasukan pilihan seperti KDA FC tanpa melihat perkara tersebut sebagai satu tuah.Menurutnya, kejayaan mendapatkan kemenangan dan jaringan pertama pada musim ini meningkatkan lagi motivasi The Cops pada aksi seterusnya.\"Kedah memberikan permainan yang berkualiti sepanjang permainan. Saya sangat gembira dengan separuh masa pertama dengan berjaya terikat tanpa jaringan.\"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kemenangan kami ini seperti satu tuah sebaliknya menikmati kemenangan yang telah diperoleh pasukan serta membuat persiapan bagi saingan seterusnya,\" katanya yang juga bekas pengendali Sang Kenari.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 08:06am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248164/berita/sukan/aksi-kelantan-united-tidak-capai-kehendak-trucha", "article_title": "Aksi Kelantan United tidak capai kehendak Trucha", "article_text": "AKSI Kelantan United FC ketika perlawanan menentang Perak FC pada Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini pada petang Sabtu tidak mencapai kehendak pengendali Sang Kijang Hijau.Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha mengakui perkara itu dan mengharapkan anak buahnya menukar momentum permainan selepas tiga pemain dari bangku simpanan iaitu Nik Azli Alias (26), Ernist Batyrkanov (9) dan Royizzat Daud (16) dibawa masuk pada separuh masa kedua.\u201cSaya mahukan pemain melakukan lebih banyak serangan dan bukannya permainan sederhana atau straightforward.\u201cTujuan saya menukar mereka ini supaya aksi dapat dipertingkatkan dengan lebih baik namun mereka tidak seperti yang diharapkan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan yang mengikat kedua-dua pasukan tanpa sebarang gol.Menurut beliau, kesemua pemain berpotensi menjaringkan gol selepas minit ke-78 kerana berjaya mencipta beberapa peluang, namun mereka gagal mendapatkan penyudah yang cemerlang bagi meraih kemenangan.\u201cPada 25 minit babak separuh masa kedua, kami lebih banyak mengawal bola, mencipta tiga peluang melalui sepakan sudut dan hantaran silang tetapi masih tidak gol.\u201cPada masa sama pemain dapat mengekalkan benteng pertahanan dan sepatutnya mereka manfaatkan peluang ketika lawan semakin kepenatan,\u201d katanya.Trucha menambah akan bekerja lebih keras bagi meraih tiga mata pada perlawanan seterusnya termasuk melibatkan persiapan mental dan meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemainnya.Kelantan United memulakan aksi pada musim ini dengan kekalahan 1-0 kepada Selangor FC sebelum dibenam 3-1 oleh Sabah FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 07:53am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248163/berita/sukan/bola-lompat-lompat-macam-katak-ndash-teong-kim", "article_title": "'Bola lompat-lompat, macam katak' \u2013 Teong Kim", "article_text": "\"DALAM bola ada banyak katak, melompat-lompat.\"Itu yang digambarkan oleh Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim berikutan keadaan padang di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini didakwa tidak rata hingga menyukarkan aksi The Bos Gaurus untuk menghasilkan gol kemenangan semasa menentang Kelantan United FC, petang Sabtu.\u201cPadang di sini memang susah nak main bola kerana tak rata. Bola lompat-lompat, jadi nak main kombinasi bola sepak seperti kita biasa bermain susah. Walaupun kita seri tapi kita cuba membina bermain bola.\u201cCorak kombinasi menjadi semakin sukar berbanding straight forward sambil mengharapkan lawan buat kesilapan dan kemudian jaringkan gol, tetapi kita tidak memilih cara itu kerana penonton mahukan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas tamat 90 minit permainan yang mengikat kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.Bagaimanapun, pengendali itu turut berpuas hati dengan aksi skuad kendaliannya selain mengakui kepayahan memperoleh gol kemenangan di laman lawan yang nyata turut sama mengasak bagi menghasilkan gol untuk meraih tiga mata.\u201cSaya tidak berniat tidak baik kepada sesiapa pun tetapi tindakan mesti diambil supaya padang ini diratakan dan sesuai untuk dibuat perlawanan bola sepak.\u201cRumput dah cantik, kalau rata memang baguslah, baik untuk mereka dan kami juga,\u201d katanya.Beliau menegaskan masalah fasiliti yang dibangkitkan itu bukan juga satu alasan untuk menutup kegagalan mendapatkan gol semata-mata pada perlawanan itu.\u201cIni kenyataan, boleh pergi lihat sendiri padang yang perlu diperbetulkan itu,\u201d katanya.Setakat ini, secara keseluruhan, kedua-dua pasukan belum merekodkan sebarang kemenangan dengan Kelantan United mencatat dua kekalahan, satu seri manakala Perak pula tewas satu dan seri dua perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 07:33am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248158/berita/sukan/palestin-lubnan-india-uji-harimau-malaya-di-pestabola-merdeka-2023", "article_title": "Palestin, Lubnan, India uji Harimau Malaya di Pestabola Merdeka 2023", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Palestin, Lubnan dan India akan menyertai saingan Pestabola Merdeka 2023 pada Oktober depan.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, kesemua pasukan tersebut berada di ranking yang lebih baik berbanding Harimau Malaya sekali gus akan menjadi lawan berkualiti sebelum beraksi di Piala Asia di Qatar, Januari depan.\"Perkara ini juga telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM baru-baru ini. Jemputan juga telah dihantar dan semua pasukan juga sudah bersetuju.\"Kita menjemput pasukan dari Timur Tengah kerana mereka memiliki kelebihan daripada segi fizikal dan kemampuan sebagai lawan yang bagus untuk pasukan negara. Ia akan menjadi kejohanan yang penting untuk Harimau Malaya menilai kemampuan sebelum Piala Asia berlangsung.\"Malah, saya yakin kegemilangan Pestabola Merdeka ini juga akan dapat dikembalikan dengan kita menjemput pasukan yang berada di ranking lebih baik daripada pasukan negara selain akan menjadikan kejohanan lebih menarik,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Berdasarkan ranking semasa, Palestin berada di kedudukan ke-93 dunia, Lubnan (100) dan India (106) akan beraksi dalam penganjuran semula Pestabola Merdeka yang kali terakhir diadakan pada 2013.Malaysia muncul pasukan paling berjaya dengan 10 kejuaraan sejak dianjurkan pada 1957 diikuti Korea Selatan tujuh kali dan Myanmar empat kali.Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan kejohanan tersebut akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil menggunakan konsep seperti digunakan dalam Piala Raja Thai di Chiang Mai, September tahun lalu.Menurutnya, FAM bersedia untuk menambah baik konsep penganjuran kejohanan tersebut pada masa akan datang sekali gus menjadikannya lebih berprestij.\"Untuk permulaan ini kita buat konsep seperti Piala Raja Thai dengan pasukan akan terus bermain di separuh akhir kemudian ke final. Selain itu ada juga penentuan tempat ketiga dan keempat.\"Untuk akan datang kemungkinan kita akan buat konsep yang berbeza sebab untuk penganjuran ini kita berdepan kekurangan masa.\"Kejohanan ini juga akan berlangsung dalam kalendar FIFA dan kita tidak boleh jemput tambahan dua atau tiga pasukan kerana tempoh kejohanan yang pendek,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 07:25am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248157/berita/sukan/kl-city-tfc-buru-kemenangan", "article_title": "KL City, TFC buru kemenangan", "article_text": "DUA pasukan berprofil tinggi, Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Terengganu FC (TFC) mahu segera bangkit daripada permulaan hambar selepas dua aksi Liga Super yang sudah dilalui mereka.Kedua-dua pasukan masih belum meraih sebarang kemenangan dengan KL City yang berstatus naib juara Piala AFC musim lalu hanya mampu seri dalam aksi pertama Liga Super menentang Penang FC 2-2 sebelum tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 0-3.Sementara itu, TFC pula yang menjadi naib juara liga musim lalu tewas dua perlawanan berturut-turut kepada JDT 0-2 dan Kedah Darul Aman (KDA) FC 0-1.Usaha KL City dan TFC untuk memburu kemenangan pertama musim ini menjadi lebih menarik apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu sesama sendiri dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad.Pengendali KL City, Bojan Hodak mahu para pemainnya memburu tiga mata di Kuala Terengganu walaupun sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar buat pasukan ibu kota itu.\"Ia akan menjadi tugas berat buat KL City kerana Terengganu amat kuat di laman sendiri. Namun, ia bukan alasan kerana setiap perlawanan, kami akan hadir dengan misi untuk menang tidak kira sesukar mana pun perlawanan tersebut.\"Dalam masa sama, kami memang amat memerlukan kemenangan selepas masih belum mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan. Kami juga sedar Terengganu tidak sama seperti tahun lalu kerana mereka telah memperkuatkan pasukan,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Dalam pada itu, pengendali TFC, Tomislav Steinbrukner melaungkan amaran bahawa pasukan pantai timur itu akan bangkit untuk melakar kemenangan selepas permulaan yang tidak seperti diharapkan.Tomislav Steinbrukner\"Selepas tewas kepada JDT dan Kedah, kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menang dengan KL City FC, bagi kedudukan lebih baik di Liga Super.\"Jadi ia satu perlawanan besar dan penting selepas dua perlawanan di tempat lawan. Saya percaya dan berharap para pemain dapat lakukan yang lebih baik daripada dua perlawanan sebelum ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248154/berita/sukan/pdrm-lakar-kejutan-kda-tersungkur-di-darul-aman", "article_title": "PDRM lakar kejutan KDA tersungkur di Darul Aman", "article_text": "PDRM FC melakarkan kejutan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila menewaskan pasukan itu 0-1 pada aksi ketiga Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman malam Sabtu.Sang Kenari beraksi dengan 10 pemain selepas ketua pasukannya, Manuel Ott dilayangkan kad merah pada minit ke-59 kerana mengasari pemain lawan.Situasi itu memberikan kelebihan kepada The Cops untuk mengandakan serangan dalam memburu gol dan memperolehi jaringan pada minit ke-74 menerusi Suzuki Bruno.Sebelum itu, tumpuan KDA FC juga terganggu apabila pengendalinya, Nafuzi Zain turut dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana menganggu pengadil keempat perlawanan yang dipercayai memprotes keputusan pengadil, Mohd Azizan Saat Ariffin.Sebelum itu, tuan rumah berjaya mengawal baik perlawanan dan melancarkan beberapa asakan ke kubu lawan namun pelawat berjaya mematahkan serangan yang dilakukan.Dua peluang terbaik muncul menerusi Amirbek Juraboev pada minit ke-16 dan Al Hafiz Harun pada minit ke-19 namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol PDRM FC, Ramdhan Ab Hamid.The Cops berjaya mengikat tuan rumah tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama dan pelawat juga melakukan formasi bertahan yang sama sebaik separuh masa kedua bermula.PDRM turut membuat percubaan pada minit ke-54 menerusi Aliff Najmi Shaaini namun penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi lebih bersedia.Kad merah yang dilayangkan kepada Ott mula memberikan kesan kepada rentak permainan tuan rumah apabila beraksi dengan 10 pemain dan kelebihan tersebut dimanfaatkan oleh PDRM sehingga ke wisel penamat untuk keputusan penuh 0-1.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 11:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248149/berita/sukan/hafizh-syahrin-akhiri-cabaran-tempat-ke-16-di-litar-mandalika", "article_title": "Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16 di Litar Mandalika", "article_text": "PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-16 di Litar Mandalika, Indonesia pada Sabtu.Hafizh Syahrin yang berlumba untuk Petronas MIE Racing Honda Team memulakan perlumbaan di petak ke-19 daripada 20 pelumba.Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista yang mengunakan jentera Ducati dengan catatan 32'44.093s.Tempat kedua menjadi milik pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu dari T\u00fcrkiye ketinggalan 4.809s diikuti rakan sepasukannya dari Itali, Andrea Locatelli ketiga.Sementara itu, seorang lagi pelumba negara dalam Kelas WorldSSP, Adam Norrodin mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu dengan berada dalam kelompok 15 terbaik.Pelumba Petronas MIE MS Racing Honda Team itu mengakhir perlumbaan di tempat ke-15 dengan catatan 1'16.156s dibelakang pemenang Can Oncu daripada Kawasaki Puccetti Racing ( 28'56.637s.)", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 09:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248143/berita/sukan/chong-wei-sedia-bantu-tze-yong", "article_title": "Chong Wei sedia bantu Tze Yong", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersedia untuk berkongsi pengalamannya bagi membantu Ng Tze Yong dan pemain perseorangan negara lain untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 buat pertama kalinya.Pemenang tiga pingat perak Olimpik itu berkata, perkara itu pernah dilakukan selepas bangkit daripada kedudukan rangking ke-182 dunia ke nombor satu dunia sekali gus layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 hanya dalam masa 11 bulan.\u201cSaya tahu Tze Yong masih muda, namun Olimpik tidak akan tunggu dia, semua pemain impikan untuk bermain di Sukan Olimpik, sebab itu saya harap Tze Yong gunakan peluang itu tahun ini, dan memberi fokus sepenuhnya untuk melayakkan diri,\u201d katanya pada majlis memperkenalkan patung lilin beliau yang akan dipaparkan di Muzium Madame Tussauds Hong Kong di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur baru-baru ini.Chong Wei yang optimis Tze Yong mampu melakukannya berkata, pemain yang kini berkedudukan ke-28 dunia itu perlu mencabar dirinya dan bekerja keras dengan memfokuskan kepada kejohanan yang ada, bagi meletakkannya dalam kelompok ke-16 dunia.\u201cKetika ini, kita berada dalam tempoh Olimpik dengan kelayakan ke temasya itu bermula Mei nanti. Sekiranya Tze Yong tidak berada dalam kelompok 16 terbaik, dia tidak boleh pergi ke Olimpik.\u201cHarapan saya adalah untuk dia layak ke Olimpik, walaupun sukar untuk dapatkan pingat, namun sekurang-kurangnya dia dapat rasakan tekanan di temasya itu,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 08:52pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248142/berita/sukan/kelantan-united-perak-fc-terikat-tanpa-jaringan-di-kota-bharu", "article_title": "Kelantan United, Perak FC terikat tanpa jaringan di Kota Bharu", "article_text": "KELANTAN United FC dan Perak FC masing-masing gagal merekodkan kemenangan pertama apabila terikat seri tanpa jaringan pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.Perak FC dilihat lebih garang mengasak kubu tuan rumah sebelum Sang Kijang Hijau menunjukkan kebangkitan pada minit ke-20 untuk mengimbangi perlawanan.Beberapa percubaan dilakukan ke gawang masing-masing dalam menamatkan kebuntuan gol pada separuh masa pertama namun gagal menghasilkan jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan memasuki bilik persalinan dengan kedudukan 0-0.Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah mempamerkan aksi lebih menyerlah dengan beberapa serangan mencemaskan digerakkan oleh penyerangnya Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin namun masih gagal menemui pintu gol.Muhammad Asraff Aliffuddin (kiri) melakukan beberapa percubaan namun gagal. Foto: Media sosialBegitupun kemasukan pemain tengah import tuan rumah, Ernist Batyrkanov merubah taktikal skuad kendalian Tomas Trucha pada minit ke-78 berjaya mencipta peluang pada minit-minit akhir perlawanan.Batyrkanov hampir memecah kebuntuan gol menerusi hantaran kemas di depan gawang lawan, bagaimanapun tandukan Devid De Santana Silva pada minit ke-83 mudah berjaya dibaca penjaga gawang pelawat, Tian Kiat See.Peluang hadir sekali lagi melalui gerakan menarik Royyizzat Daud namun rembatannya sedikit tersasar membawa kepada keputusan kekal dengan kedudukan terikat 0-0 sehingga wisel penamat.Pada dua perlawanan sebelum ini Kelantan United mencatatkan dua kekalahan manakala Perak pula tewas satu, seri satu perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 08:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248097/berita/sukan/beri-damok-masa", "article_title": "'Beri Damok masa'", "article_text": "WAKIL tunggal negara dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok perlu diberi masa untuk mencipta nama dalam perlumbaan kelas Moto3..Bekas pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman percaya Damok akan menempa kejayaan membanggakan sekiranya semua pihak memberi ruang secukupnya untuk pelumba pasukan MTHelmets-MSI itu membuktikan kemampuan dalam musim penuh pertamanya tahun ini.\"Bagi saya Damok memang ada potensi tinggi untuk jadi pelumba profesional bertaraf antarabangsa, cuma dia perlu diberikan waktu secukupnya, bagi dia rasa selesa dulu.\"Damok pasti berjaya sekiranya beliau mampu bertahan lebih lama dalam Moto3 nanti,\" katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Malaysia Speed Festival (MSF) 2023 di Sepang.Damok membuat kemunculan sulung di pentas Moto3 pada musim 2021 atas tiket wildcard ketika mewakili Petronas Sprinta Racing dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Grand Prix (GP) Aragon, Alcaniz, Sepanyol.Pemuda berasal dari Selangor itu kemudiannya membuat empat penampilan atas tiket wildcard pada musim lepas dengan berlumba di GP Portugal, Sepanyol, Catalunya dan Malaysia.Dalam pada itu, Azlan tekad memberi tentangan sengit dalam usahanya untuk muncul sebagai juara keseluruhan pada kejuaraan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 selepas sekadar menduduki tempat ketujuh dengan 82 mata musim lepas.Mengenai MSF, Azlan menyifatkan kejohanan itu sebagai acara yang sangat penting bagi kalendar sukan permotoran negara, selain memberi peluang untuk pelumba amatur bersaing bersama pelumba profesional.Sebanyak lima kategori perlumbaan bakal dianjurkan iaitu Kejohanan SuperMoto Malaysia, Kejohanan Piala Saga Malaysia, MSF Touge Hill Climb, MSF SuperTurismo dan MSF Superbikes dalam kejuaraan itu yang akan bermula dari 5 Mac hingga 5 Nov ini, di beberapa lokasi termasuk Litar Antarabangsa Sepang.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 03:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248076/berita/sukan/liga-m-boleh-beli-tiket-bola-melalui-touch-n-go-ewallet", "article_title": "Liga M: Boleh beli tiket bola melalui Touch \u2018n Go eWallet", "article_text": "PEMINAT bola sepak tanah air kini boleh membeli tiket menerusi Touch \u2018n Go eWallet bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan, Touch \u2018n Go yang menjadi e-dompet rasmi MFL serta penaja rasmi Liga-M termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menawarkan pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembelian minimum sebanyak RM50 kepada peminat yang membeli tiket di laman web www.tickethotline.com.my melalui Touch \u2018n Go eWallet.\"Promosi khas ini akan bermula dari sekarang hingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada terma dan syarat.\"Dalam beberapa bulan akan datang, pengguna Touch \u2018n Go eWallet juga boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui applikasi eWallet, tertakluk kepada terma dan syarat,\u201d menurut kenyataan tersebut pada Sabtu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam mengalu-alukan kerjasama Touch 'n Go eWallet bersama MFL bagi menyemarakkan lagi saingan Liga-M musim ini.\"Ini satu kolaborasi yang sangat baik kerana ia memberikan satu dimensi baharu dalam penajaan Liga Malaysia yang kini bergerak ke arah satu perubahan demi kemajuan semua kelab bertanding,\u201d katanya.Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd Alan Ni pula berbangga menjadi e-dompet pilihan ramai dalam menyediakan keselamatan, transaksi tanpa tunai dan keselesaan kepada pencinta bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan serta membeli makanan serta barangan lain di stadium. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 12:49pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248063/berita/sukan/tak-mustahil-haaland-tinggalkan-city", "article_title": "Tak mustahil Haaland tinggalkan City", "article_text": "REAL Madrid kekal sebagai pasukan idaman bagi mana-mana pemain bola sepak, kata ejen penyerang Manchester City, Erling Haaland, Rafaela Pimenta.Haaland telah menjaringkan 33 gol yang luar biasa untuk City musim ini \u2013 empat lebih banyak daripada pemain lain di lima liga terbaik Eropah selain mencipta beberapa rekod bersama City.Walaupun berada dalam musim pertama perjanjian lima tahun di Stadium Etihad, pemain antarabangsa Norway itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini menafikan laporan bahawa Haaland mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya yang membolehkannya menyertai Madrid pada penghujung musim depan.Tetapi ejen Haaland tidak menolak kemungkinan perpindahan ke kota Sepanyol itu boleh berlaku ketika ditanya mengenai masa depan pemain berusia 22 tahun itu di Sidang Kemuncak FT Business of Football di London.\"Ada Liga Perdana, dan ada Real Madrid. Real Madrid mempunyai sesuatu yang tersendiri yang menjadikannya pasukan impian para pemain.\"Madrid mengekalkan keajaiban ini. Mereka tidak mempunyai saingan liga setiap minggu, tetapi mereka juga mempunyai Liga Juara-Juara,\" katanya.Pimenta berkata, bekas bintang Borussia Dortmund itu sudah tahu kelab mana yang akan disertainya selepas ini.\"Kita perlu membuat perancangan, kita perlu mempunyai matlamat. Mungkin kita tidak akan mencapainya, tetapi jika kita tidak tahu ke mana kita akan pergi, maka pastinya kita tidak akan sampai ke sana,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 11:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248059/berita/sukan/benteng-liverpool-risau-ancaman-rashford", "article_title": "Benteng Liverpool risau ancaman Rashford", "article_text": "PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander-Arnold menyedari penyerang Manchester United, Marcus Rashford akan sukar dihentikan ketika pertembungan kedua-dua pasukan di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Rashford menampilkan aksi cemerlang untuk Red Devils musim ini apabila menjaringkan 25 gol di bawah kendalian Erik ten Hag.United bertandang ke Anfield dengan momentum positif selepas memenangi Piala Liga hujung minggu lalu dan bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke suku akhir Piala FA dengan kemenangan 3-1 ke atas West Ham.Rashford juga telah meledak 10 gol dalam 10 perlawanan terakhirnya di EPL dan bakal menyamai rekod Ruud van Nistelrooy, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain Red Devils yang menjaringkan gol dalam enam pertemuan liga utama berturut-turut.Alexander-Arnold tidak terkejut melihat prestasi memukau rakan sepasukannya di England itu dan percaya ada cara untuk menghentikan ketajaman Rashford.\"Satu-satunya perkara yang berubah ialah dia (Rashford) mungkin menjaringkan lebih banyak gol baru-baru ini, tetapi dia adalah pemain yang sama, dia sentiasa berbahaya dan saya pasti dia akan menjadi ancaman.\"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi ia adalah perlawanan yang saya nantikan dan ia akan menjadi ujian yang baik.\"Sukar (untuk menghentikan Rashford). Dia seorang pemain yang mempunyai kelebihan, tetapi saya fikir ia lebih kepada usaha berpasukan, ia bukan hanya pertembungan individu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248056/berita/sukan/psg-hilang-khidmat-neymar", "article_title": "PSG hilang khidmat Neymar", "article_text": "PENGENDALI Paris St Germain (PSG), Christophe Galtier mengesahkan Neymar akan terlepas dua perlawanan seterusnya bertemu Nantes dan perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich kerana kecederaan buku lali.Pemain antarabangsa Brazil itu diusung keluar padang semasa PSG menang 4-3 ke atas Lille pada 19 Februari lalu sebelum disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali.Galtier merancang untuk mengisi tempat Neymar dengan pemain tengah dan bukannya penyerang lain, seperti yang dilakukannya dalam kemenangan 3-0 ke atas Olympique de Marseille minggu lalu.\"Tidak mempunyai dia (Neymar) adalah satu kerugian besar, tetapi mungkin kami boleh menambah seorang lagi pemain tengah untuk mengimbangi pasukan.\"Kerja dua penyerang saya (Lionel Messi dan Kylian Mbappe) dan tiga pemain tengah saya adalah luar biasa di Marseille. Tanpa Neymar, kami akan bersama tiga pemain tengah dan dua penyerang,\" katanya.Penyandang juara Ligue 1 itu juga berhasrat untuk menukar keputusan defisit 1-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di tempat lawan di Bayern Munich pada Khamis ini, tetapi keutamaan diberikan Galtier terlebih dahulu untuk perlawanan liga pada Ahad menentang Nantes.\"Skuad kami dilemahkan dengan penggantungan dan kecederaan, kami perlu bekerja keras sepanjang liga.\"Saya harap pemain tidak memikirkan perlawanan menentang Bayern. Adalah penting untuk mendapatkan kemenangan liga ketiga berturut-turut,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248052/berita/sukan/keputusan-firmino-tinggalkan-liverpool-tepat", "article_title": "Keputusan Firmino tinggalkan Liverpool tepat", "article_text": "JAMIE Carragher percaya keputusan Roberto Firmino untuk meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini adalah sesuatu yang baik untuk semua pihak.Media antarabangsa pada Jumaat melaporkan bahawa penyerang Brazil itu akan meninggalkan The Reds apabila kontraknya tamat pada 30 Jun depan.Pemain berusia 31 tahun itu adalah antara pemain yang sangat popular di Anfield apabila menjaringkan 107 gol dan 70 bantuan gol dalam 353 penampilan untuk The Reds selepas berpindah dari Hoffenheim pada 2015.Firmino telah membantu Liverpool menambah koleksi trofi semasa berada di Merseyside dengan menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA.Gabungannya bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane telah membentu trio penyerang yang begitu hebat selain keupayaan Firmino mencipta dan menjaringkan gol membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp menjadi pasukan yang digeruni.Bagaimanapun, Firmino mengharungi masalah kecederaan berpanjangan pada musim lepas serta musim ini dan Carragher berpendapat sudah tiba masanya buat pemain itu memikirkan haluan baharu.\"Jika laporan mengenai Firmino pergi pada penghujung musim adalah benar, saya fikir ia adalah yang terbaik untuk semua pihak.\"Dia pemain Liverpool yang hebat dan akan diingati kerana menjadi sebahagian daripada tiga penyerang terbaik yang pernah Liverpool miliki,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2023 09:50am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248029/berita/sukan/wsbk-hafizh-syahrin-mula-gegar-litar-mandalika", "article_title": "WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika", "article_text": "PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah menunjukkan peningkatan prestasi pada sesi latihan bebas Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia pada Jumaat.Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat (s) pada sesi latihan bebas pertama yang menyaksikan pelumba Aruba.it Racing - Ducati, Michael Ruben Rinaldi menguasai sesi dengan 1'34.613s.Hafizh Syahrin kemudiannya meraih catatan lebih baik pada sesi latihan bebas kedua - 1'36.031s, manakala Rinaldi terus tampil dengan catatan terpantas, 1'32.468s.Pada Sabtu, Hafizh Syahrin dijadualkan menyertai sesi latihan bebas ketiga sebelum meneruskan saingan Superpole dan Perlumbaan 1 di litar kegemarannya itu.Pada pusingan pembuka tirai 2023 di Litar Phillip Island, Australia minggu lalu, Hafizh Syahrin tidak pulang tangan kosong apabila meraih satu mata selepas melengkapkan Perlumbaan 1 di tempat ke-15.Seorang lagi wakil negara yang menyertai kelas WorldSSP bersama pasukan PETRONAS MIE MS Racing HONDA Team, Adam Norrodin terkeluar daripada syarat catatan masa ditetapkan pada sesi latihan bebas pertama.Adam yang membuat penampilan sulung di pentas WSBK mencatat 1'47.557s, sekali gus berada dalam senarai lima pelumba yang di bawah syarat catatan ditetapkan (105 peratus daripada catatan dilakukan pelumba di tempat pertama), 1'44.391s.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 08:12pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248020/berita/sukan/sukan-sea-2023-jun-hao-justin-galas-cabaran-malaysia", "article_title": "Sukan SEA 2023: Jun Hao, Justin galas cabaran Malaysia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan bintang meningkat naik, Justin Hoh antara pemain yang menjadi taruhan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bermula 5-17 Mei ini.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Wong Choong Hann berkata, dua pemain itu akan disertai seorang lagi pemain lelaki, Ong Ken Yon, serta Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita).Beliau berkata, mereka meletakkan sasaran untuk pemain lelaki sekurang-kurangnya mara ke final.\"Mereka (perseorangan lelaki) perlu harus belajar dan ambil kesempatan ini, kerana kami percaya pemain negara mampu bawa cabaran secukupnya untuk raih pingat,\" katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Kuala Lumpur pada Jumaat.Mengulas mengenai cabaran kem perseorangan wanita, Choong Hann berkata, barisan kejurulatihan tidak meletakkan sasaran tinggi dan berharap mereka dapat memperagakan tahap permainan berkualiti tinggi di temasya sukan dwitahunan itu.Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky pula membuat langkah berani dengan menyenaraikan beregu kurang berpengalaman bagi membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA kali ini.Beliau berkata, antara gandingan yang diberi kepercayaan beraksi di Kemboja ialah gandingan lelaki Goh Boon Sze-Rayner Beh dan pasangan kembar wanita Cheng Su Hui-Cheng Su Yin.\"Peminat mungkin mempersoalkan mengapa tidak mempertaruhkan gandingan Muhammad Haikal Nazri dan Nur Izzuddin Rumsani, mahupun Goh Sze Fei-Choong Hon Jian, namun bagi saya sudah sampai masanya kita tampil lebih berani dengan berikan peluang kepada mereka.\"Pastinya barisan pemain Indonesia dan Thailand cukup bagus, namun kita perlu elakkan daripada tidak memberi kepercayaan kepada beregu muda, kerana jika tidak bila lagi mereka mahu dapat peluang bermain,\" katanya.Rexy berkata, kesemua barisan pemain beregu yang dipilihnya itu telah membuktikan kemampuan mereka, selain memiliki disiplin tinggi ketika dalam sesi latihan.Pakar beregu dari Indonesia itu juga, menyasarkan skuad beregu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya gangsa dan akan menilai semula warna pingat yang mampu diraih selepas dua pencabar terdekat, Indonesia dan Thailand mengumumkan barisan pemain mereka ke Kemboja. - BernamaBerikut merupakan senarai penuh barisan pemain negara ke Sukan SEA 2023:Perseorangan lelaki: Leong Jun Hao, Justin Hoh, Ong Ken YonPerseorangan wanita: Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling ChingBeregu lelaki: Goh Boon Sze-Rayner Beh, Chia Wei Jie-Liew XunBeregu wanita: Cheng Su Hui-Cheng Su Yin, Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan, Valeree Siow (berpasukan)Beregu campuran: Yap Roy King-Yap Ling, Choong Hon Jian-Cheng Su YinSimpanan: Lee Shun Yang (lelaki), Ong Xin Yee (wanita)", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 07:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/248021/berita/sukan/nishel-kumar-ceo-baharu-khm", "article_title": "Nishel Kumar CEO baharu KHM", "article_text": "KETUA Cawangan Komersial Institut Sukan Negara (ISN), S. Nishel Kumar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bermula 1 Mac.Presidennya Datuk Seri Subahan Kamal berkata, selain menjaga tadbir urus persatuan, Nishel juga diberikan tanggungjawab melancarkan penganjuran Piala Dunia Remaja 2023 bermula 5 hingga 16 Disember ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai edisi terbaik dalam sejarah kejohanan itu.Subahan turut mengumumkan Presiden Persatuan Hoki Perak, Mohd Sayuti Abdul Samat, 65, menggantikan beliau sebagai Pengarah Kejurulatihan MHC, manakala tempat Mohd Sayuti sebagai Ahli Lembaga Eksekutif MHC kini digalas oleh Presiden Persatuan Hoki Selangor, S. Ganesh.\"Kita telah mendapat kelulusan daripada ISN untuk meminjamkan Nishel Kumar kepada MHC. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan dengan 84 penampilan (caps) untuk negara, yang tahu selok-belok hoki, selain mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains sukan.\"Mohd Sayuti juga seorang bekas pemain kebangsaan yang beraksi sebagai penjaga gol (dengan 45 caps). Antara tugas yang diberikan adalah untuk memastikan jurulatih dapat meningkatkan tahap mereka,\" katanya pada Bengkel Perancangan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) di Kuala Lumpur pada Jumaat.Kontrak CEO terdahulu, Nor Faraha Hashim, tamat pada hujung tahun lepas.Nishel Kumar, penyerang skuad kebangsaan dari 1996 hingga 2004, pernah beraksi di Piala Asia 1991 dan 2003, serta meraih emas Sukan SEA Brunei 1999.Beliau pernah menggalas jawatan Penolong Pengarah Kanan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Ketua Operasi Anti-Doping Sukan SEA KL 2017, selain bertugas di Olimpik Tokyo 2022 dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.Sementara itu, Subahan berkata pelaksanaan NHDP berada pada landasan betul untuk mencungkil bakat baharu dengan lebih kurang 5,500 peserta bermain hoki di bawah 110 pusat pelbagai peringkat di seluruh negara.Dalam pada itu, Nishel Kumar, 45, berharap hubungan rapatnya dengan hampir kesemua jurulatih kebangsaan, dapat menjadikan beliau sebagai penghubung antara jurulatih dan pemain dengan pihak pengurusan.\"Saya pernah beraksi bersama-sama dengan kebanyakan jurulatih sekarang seperti ketua jurulatih skuad Speedy Tigers, A, Arul Selvaraj, Nasihin Nubli Ibrahim (Malaysian Tigress), Lailin Abu Hassan (Young Tigress) dan Muhamad Amin Rahim (Young Tigers). Rasa bagaikan 'sirih pulang ke gagang'.\"Saya harap barisan jurulatih ini boleh berbicara secara terbuka dengan saya dalam usaha mencari sebarang penyelesaian terbaik,\" katanya.Menurutnya, selepas meninggalkan skuad kebangsaan, minat untuk sukan hoki kekal utuh dengan mengendalikan program pembangunan hoki untuk kanak-kanak B-40 di Kajang, Selangor. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 07:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247991/berita/sukan/aaron-wooi-yik-fokus-all-england", "article_title": "Aaron-Wooi Yik fokus All England", "article_text": "JUARA bertahan beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meletakkan All England 2023 sebagai fokus utama mereka dalam tiga siri kejohanan Eropah bulan ini.Biarpun mengunci mulut mengenai sasaran mereka, Aaron sebaliknya berharap agar dapat 'meloloskan diri' sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.Ia bermula dengan kejohanan Terbuka Jerman pada 8 hingga 13 Mac diikuti All England 2023 (14 hingga 19 Mac) dan Terbuka Swiss (21 hingga 26 Mac).Aaron berkata, mereka bakal turun sebagai pilihan pertama di Terbuka Jerman akan menjadikan kejohanan tersebut sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England, yang juga kejohanan badminton tertua dunia itu.\"Persediaan daripada segi fizikal dan kecergasan semua okay. Walaupun kami pilihan utama di Terbuka Jerman, namun kami harap ia tak beri tekanan kepada diri dan cuba buat yang terbaik,\" katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pada Jumaat.Pasangan nombor dua dunia yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama Terbuka Jerman itu, dijadual bertemu sama ada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau gandingan Jepun Akira Koga-Taichi Saito, pada pusingan kedua.Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu, akan membuka tirai cabaran All England 2023 menentang pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, manakala pasangan tuan rumah Arthur Boudier-Minh Quang Pham menanti mereka pada pusingan pertama Terbuka Swiss di Switzerland.Mengenai cabaran dari Leo-Daniel di All England, Aaron berkata, mereka perlu berwaspada dengan peningkatan prestasi pasangan Indonesia itu, biarpun mempunyai rekod bersih dengan menang kesemua empat perlawanan sebelum ini, sejak kali pertama bertemu pada Terbuka Thailand 2021.\"Kita tahu bukan senang nak lawan mereka, walaupun pernah bertemu sebelum ini tetapi kita akan lawan dan bersedia 100 peratus,\" katanya.Mengulas cabaran dalam kategori mereka, beliau mengakui kesemua pasangan yang berada dalam kedudukan 30 terbaik, mampu memberi saingan sengit antara satu sama lain termasuk pasangan utama dunia lain.Pemain berusia 26 tahun itu pada masa sama berharap agar beliau dan Wooi Yik dapat mengekalkan konsistensi, sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik dalam ranking dunia sebelum kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bermula Mei ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247978/berita/sukan/persiapan-singkat-bukan-alasan---cheng-hoe", "article_title": "Persiapan singkat bukan alasan - Cheng Hoe", "article_text": "PARA peminat bola sepak di Lembah Klang berpeluang menyaksikan aksi sengit Liga Super yang bakal menemukan Selangor FC dan Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.Skuad Gergasi Merah yang mencatat kemenangan kedua selepas membenam Kuching City FC 5-0 di Sarawak pada Khamis pasti ingin konsisten dengan momentum tersebut dalam aksi yang dijadualkan bermula pada jam 5.30 petang itu.Begitu juga Sri Pahang yang dibimbing pengendali dari Singapura, Fandi Ahmad mengalahkan Kelantan FC 4-1 di Kuantan pada Khamis enggan pulang tangan kosong.Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan pertembungan kedua-dua pasukan sebagai satu perlawanan yang menarik.Beliau berkata, cabaran besar juga buat para pemain kerana berdepan dengan tempoh persiapan singkat iaitu cuma dua hari selepas aksi di Kuching pada Khamis.\u201cKita ada dua hari sahaja untuk membuat persiapan. Kita tahu (Sri) Pahang pun menang 4-1 ke atas Kelantan. Jadi saya rasa ia satu perlawanan yang baik.\u201cKita bersedia untuk (Sri) Pahang walaupun kedua-dua pasukan ingin mencari kemenangan ketiga dalam perlawanan itu nanti,\u201d katanya.Dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching itu menyaksikan Noor Al-Rawabdeh menyumbat dua gol selain Ayron Del Valle, Brendan Gan dan Danial Asri turut mencatat nama selaku penjaring.\u201cKita tidak jangka boleh menang 5-0. Secara keseluruhan, pemain-pemain menunjukkan disiplin yang tinggi atas padang, baik semasa menyerang mahupun bertahan sebagai pasukan.\"Itulah yang kita perlu kekalkan untuk pasukan terus konsisten,\" kata Cheng Hoe.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 03:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247950/berita/sukan/hamilton-nafi-bersara", "article_title": "Hamilton nafi bersara", "article_text": "PELUMBA sensasi, Lewis Hamilton menafikan 2023 menjadi musim terakhirnya dalam saingan perlumbaan Formula Satu (F1), sebaliknya bersedia untuk kekal bersama Mercedes untuk musim depan.Juara dunia tujuh kali itu masih belum membaharui kontrak baharu ketika perjanjiannya bersama pasukan tersebut dijangka tamat akhir musim ini.Tercetus spekulasi Hamilton akan meninggalkan sukan tersebut sejak penamat kontroversi pada 2021 apabila Max Verstappen merampas kejuaraannya di Abu Dhabi.Hamilton meneruskan perlumbaan musim lalu walaupun Mercedes bergelut dan kehilangan gelaran kategori pengeluar kepada Red Bull.Pelumba berusia 38 tahun itu giat menjalani persiapan untuk memulakan musim ke-17 dalam saingan F1.Dua bekas pemandu F1, Jenson Button dan Damon Hill mendakwa Hamilton akan bersara pada penghujung musim ini, namun pelumba Britain itu menepis dakwaan berkenaan.\u201cIa khabar angin yang direka seseorang tanpa sebarang fakta. Ia tidak berfaedah. Anda pasti fikir bahawa mereka (Button dan Hill) amat mengenali saya ketika ini,\u201d katanya.Hamilton menjelaskan bahawa dia mempunyai hubungan yang istimewa bersama Mercedes selain mengakui teruja untuk berdepan cabaran baharu pada musim ini.\u201cSaya sudah bersama Mercedes sejak berusia 13 tahun dan musim lalu merupakan tahun yang sukar tetapi saya masih di sini dan sama ada kami akan melalui satu tahun yang sukar atau tidak tahun ini, saya tetap akan berada di sini.\u201cSaya gemarkan cabaran untuk mencari penyelesaian. Saya juga masih ada kepercayaan untuk membawa jentera kami di tempat yang sepatutnya dan mungkin orang lain tidak dapat melakukannya.\u201cSudah pasti saya berharap kami dapat memulakan musim dengan jentera yang hebat, tetapi apa yang sebenarnya diambil kira adalah proses itu,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 01:15pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247941/berita/sukan/puas-hati-aksi-pemain-spfc", "article_title": "Puas hati aksi pemain SPFC", "article_text": "PENGENDALI Sri Pahang FC (SPFC), Fandi Ahmad berpuas hati dengan aksi pemain pada babak pertama saingan Liga Super menentang Kelantan FC apabila berjaya menjaringkan empat gol sekali gus mencatatkan kemenangan pertama selepas dua perlawanan.Fandi berkata, corak permainan dan kombinasi pemain sangat baik pada babak pertama terutama bahagian tengah dan serangan.Menurutnya, pemain tengah, Muhamad Nor Azam Azih dan pemain import, Sergio Febian Aguero banyak membantu membuka ruang untuk penyerang melakukan serangan sehingga berjaya menjaringkan empat gol pada babak pertama.\"Bagaimanapun permainan yang bersambung pada babak kedua agak hambar sehingga membuka lebih banyak ruang kepada pasukan lawan membuat serangan.\"Pemain kita sepatutnya menggandakan serangan namun mereka lebih banyak menolak bola berbeza dengan pemain Kelantan FC yang mula bermain dengan corak permainan lebih baik pada babak kedua.\"Kemantapan bahagian pertahanan berjaya menyekat serangan lawan apabila mereka hanya mampu membuat hantaran dan tendangan jauh,\" katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.Fandi berkata, prestasi pemain import yang diturunkan, Kpah Sherman, Kevin Langbehn Ingreso dan Stefano Brundo juga menampakkan perubahan apabila masing-masing mampu menghadiahkan gol untuk pasukan.\"Kejayaan mengutip tiga mata penuh di Stadium Darul Makmur ini menyuntik semangat pemain untuk bertandang ke tempat lawan pada beberapa perlawanan akan datang.\"Saya gembira dengan kemenangan ini terutama di hadapan penyokong sendiri,\" katanya.Sementara itu, Ketua Jurulatih Kelantan FC, Choi Moon Sik akan memastikan anak buahnya bangkit selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super.Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, selepas dua perlawanan diharapkan ada peningkatan prestasi yang dipersembahkan pemain untuk beraksi dengan lebih baik pada saingan akan datang.\"Pemain cuba bangkit selepas ketinggalan 0-4 pada babak pertama dan berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit akhir perlawanan,\" katanya.Pada perlawanan itu, empat gol tuan rumah hasil dijaringkan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Sergio Aguero dan Stefano Brundo (m-45).Gol tunggal Kelantan dijaringkan pemain gantian, Miguel Garrido.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 12:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247939/berita/sukan/real-madrid-optimis-layak-ke-final-piala-raja-sepanyol", "article_title": "Real Madrid optimis layak ke final Piala Raja Sepanyol", "article_text": "REAL Madrid optimis mampu mengatasi Barcelona biarpun akan berkunjung ke laman lawan di Camp Nou bagi mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala Raja Sepanyol awal bulan depan.Jurulatihnya, Carlo Ancelotti percaya para pemainnya mampu menukar kelebihan Barca yang membawa pulang satu jaringan pada aksi pertama di Santiago Bernabeu awal pagi Jumaat.Barca memperoleh gol kemenangan pada minit ke-26 apabila percubaan Franck Kessie ditampan Thibaut Courois, tetapi bola terkena Eder Militao sebelum masuk ke gawang Madrid.\u201cKami tidak sepatutnya tewas. Masih ada 90 minit dan kami boleh menjaringkan satu gol di Barcelona,\u201d ujar Ancelotti.Ancelotti tetap yakin Madrid berupaya layak ke final walaupun Los Blancos gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke gawang lawan dalam aksi itu.\u201cPasukan kami bermain dengan amat baik. Barcelona kelihatan seperti tidak mahu bermain,\u201d katanya.Bagaimanapun Ancelotti mengakui pasukannya belum benar-benar tajam, biarpun para pemain menguasai perlawanan dengan cukup baik.\u201cMasih belum cukup bagus di bahagian serangan. Kami bermain dengan cara yang kami perlu. Memberikan tekanan dan beraksi dengan fokus.\u201cMereka (Barca) tidak melakukan apa-apa untuk mendapatkan gol, tetapi hanya bernasib baik dengan satu biasan. Kami masih mempunyai 90 minit untuk menterbalikkan keadaan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 12:44pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247940/berita/sukan/nafuzi-tetap-risau-bertemu-pdrm", "article_title": "Nafuzi tetap risau bertemu PDRM", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC perlu memanfaatkan kelebihan di laman sendiri, Stadium Darul Aman apabila menerima kunjungan PDRM FC bagi saingan ketiga Liga Super pada malam Sabtu.Pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain tetap melihat The Cops sebagai satu ancaman biarpun pasukannya dianggap sebagai pilihan pada perlawanan tersebut.\"Pasukan seperti ini biasanya akan memberikan masalah dan merisaukan saya. Di peringkat Liga Super tidak ada perlawanan yang mudah walaupun bertemu pasukan yang berada di kedudukan bawah liga.\"Itu adalah pengalaman yang saya hadapi dan belajar sebelum ini (tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain),\" katanya mengulas aksi bertemu pasukan itu yang kini berada di tangga ke-11 selepas dua perlawanan.Menurut Nafuzi, momentum dua kemenangan yang diperoleh sebelum ini ke atas Perak FC 1-4 dan Terengganu FC 1-0 perlu diteruskan ke atas PDRM FC.\"Kita bermain di laman sendiri kena teruskan momentum,\" ujar beliau.Sang Kenari kini berada di kelompok atasan Liga Super dan berada di tangga keempat dengan mengumpul enam mata bersama tiga lagi pasukan iaitu Sabah FC, Selangor FC dan JDT, namun dibezakan dengan perbezaan gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247930/berita/sukan/kane-perlu-tinggalkan-spurs-jika-mahu-trofi", "article_title": "Kane perlu tinggalkan Spurs jika mahu trofi", "article_text": "PEMAIN sensasi, Harry Kane perlu memikirkan semula mengenai masa depannya bersama Tottenham Hotspur sekiranya dia mahu memenangi trofi dalam karier bola sepaknya.Sekiranya pemain berusia 30 tahun itu mahu berjaya dalam kerjayanya, Manchester United adalah destinasi terbaik, kata bekas pemain The Red Devils, Gary Neville.Kapten England itu menghabiskan seluruh kariernya di Spurs walaupun kerap dikaitkan untuk meninggalkan kelab itu dan yang paling diingati ketika dia meminta untuk menyertai Manchester City pada 2021 sebelum bersetuju untuk kekal di London.\u201cSaya fikir Harry (Kane) sudah pasti mahu memenangi trofi.\u201cDia memberikan komitmen kepada Tottenham sepanjang lima tahun terakhir ini dan dia telah melakukan apa yang dilakukan oleh beberapa pemain lain.\u201cNamun jika Harry mahu meninggalkan pasukan itu, saya fikir ini adalah waktunya,\u201d ujar Neville.Kane tetap melalui musim yang produktif apabila meledak 18 gol daripada 25 penampilan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi masih belum dapat memenangi sebarang gelaran utama bersama Spurs.Peluang terbaharu untuk memenangi trofi sudah pun terlepas apabila Spurs tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Sheffield United awal pagi Khamis.Menurut Neville, Kane sepatutnya meninggalkan kelab itu pada penghujung kempen kali ini dan percaya bekas kelabnya, United merupakan destinasi paling realistik buat penyerang itu.\u201cDia seorang pemain yang luar biasa, seorang profesional yang hebat. Saya fikir jika Harry mahu meninggalkan kelab itu dan anda boleh membawanya ke salah satu kelab Manchester, United atau City. Saya fikir dia akan mengambil peluang itu.\u201cDia mungkin tidak akan ke City berdasarkan perbelanjaan yang telah mereka keluarkan untuk mendapatkan (Erling) Haaland tetapi United kelihatan terdesak untuk mendapatkan seorang penyerang tengah,\u201d ujar Neville.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 12:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247912/berita/sukan/barca-dihadiah-gol-sendiri-madrid", "article_title": "Barca dihadiah gol sendiri Madrid", "article_text": "BEKALAN satu jaringan belum selamat buat Barcelona untuk melayan kunjungan Real Madrid dalam aksi separuh akhir kedua Piala Raja Sepanyol di laman sendiri awal bulan depan.Barca yang dibimbing Xavi Hernandez dihadiahkan gol sendiri oleh pemain Madrid, Eder Militao di Santiago Bernabeu dalam aksi pertama awal pagi Jumaat.Bagaimanapun kemenangan itu belum memuaskan hati Xavi kerana penguasan bola lebih memihak Madrid, namun mujur Barca ampuh bertahan.\"Walaupun kurang puas hati, saya tetap puji kesungguhan pemain. Kekentalan mereka bertahan,\" ujar Xavi.Barca hanya mencipta 35 peratus penguasaan bola, catatan terendah mereka sepanjang 685 perlawanan dalam lapan musim terakhir berbanding rekod terendah sebelum ini adalah 44 peratus.\"Kami meminimakan peluang Madrid di tempat mereka tidak seperti selalu mereka lakukan. Ia keputusan positif yang sudah tentu saya gembira,\" ujar Xavi.Di sebalik kejayaan itu, Xavi mengesan beberapa kekurangan termasuk kelemahan penguasaan bola dan mahu aspek itu dipertingkatkan.\"Kebiasaannya, kami lebih baik dalam penguasaan. Kami tidak membuat pilihan bijak, hilang sabar dengan bola.\"Kami gagal menang persaingan fizikal dalam kawasan mereka tetapi ada aspek lain yang yang saya gembira,\" ujar Xavi.Walaupun Madrid mendominasi perlawanan, Barca tidak membenarkan lawannya mencipta satu pun percubaan tepat ke sasaran.Gol kemenangan Barca diperoleh minit ke-26 selepas Militao tertampan bola ke gawang sendiri susulan percubaan Franck Kessi.Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di Barcelona pada 5 April dan pemenang akan menentang Athletic Bilbao atau Osasuna di final.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 10:47am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247907/berita/sukan/pelaburan-berbaloi", "article_title": "Pelaburan berbaloi", "article_text": "USAHA Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) mendapatkan khidmat penyerang Colombia, Radamel Falcao dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) disifatkan petanda positif kepada industri bola sepak negara.Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, pemain berusia 37 tahun itu yang kini menyarung jersi kelab Sepanyol, Rayo Vallecano merupakan satu usaha \u2018nilai tambah\u2019 yang tepat.Malah, Effendi percaya hasrat untuk mendapatkan khidmat Falcao mampu direalisasikan berdasarkan status Harimau Selatan sebagai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, selain beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia.\u201cBagi saya, seandainya JDT merekrut Falcao, ia merupakan pelaburan jangka panjang yang tepat untuk kelab tersebut. Ia juga satu pembelian yang bagus kerana memiliki nama besar, bagus untuk penjenamaan pasukan pada masa depan.\u201cSaya percaya Falcao tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran kondusif JDT yang merupakan sebuah kelab bola sepak profesional terbaik negara.\u201cKehadiran Falcao sebenarnya bukan biasa-biasa, sebaliknya akan menjadi tarikan dan sumber inspirasi kepada pemain JDT,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Effendi juga menyifatkan perpindahan Falcao yang pernah mewakili kelab River Plate (Argentina), Porto (Portugal) Atl\u00e9tico Madrid (Sepanyol), Monaco (Perancis), Manchester United (England), Chelsea (England) dan Galatasaray (Turkiye) mampu menaikkan imej serta nilai Liga-M.Menurutnya, kelab Liga-M seharusnya menandatangani pemain-pemain memiliki nama besar di penghujung karier yang masih berminat beraksi di Malaysia dengan harga mampu milik kelab sekiranya mahu berdaya saing dalam era bola sepak moden.\u201cUsaha-usaha yang dilakukan JDT ini seharusnya menjadi contoh kepada kelab Liga-M lain yang secara tidak langsung akan menaikkan imej liga.\u201cYa, sememangnya kelab Liga-M perlu melakukan marquee signing supaya saingan liga kita akan lebih dihormati dan menjadi tarikan kepada pemain luar yang berkaliber serta mempunyai nama,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Mac 2023 10:24am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247883/berita/sukan/selangor-berpesta-gol-belasah-kuching-city-fc", "article_title": "Selangor berpesta gol, belasah Kuching City FC", "article_text": "SELANGOR FC berpesta gol apabila membelasah Kuching City FC 5-0 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam ini.Skuad Gergasi Merah yang turun dengan formasi 4-3-3, bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus sehingga berhasil membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Noor Al Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh dari Jordan pada minit keempat perlawanan.Anak buah Tan Cheng Hoe yang mempamerkan corak agresif menambah jaringan lima minit kemudian menerusi penyerang Ayron Del Valle Rodriguez selepas menerima hantaran kapten pasukan Brendan Gan dari kiri padang untuk menembusi barisan pertahanan anak buah Irfan Bakti Abu Salim.Bersambung babak kedua, Noor Al Deen sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila memanfaatkan gerakan lincah pemain sensasi Muhammad Faisal Abdul Halim Faisal Halim dari kiri padang pada minit ke-48.Skuad Gergasi Merah terus berpesta gol pada minit ke-65, apabila Brendan cemerlang menyudahkan gerakan dari kiri padang yang dimulakan Muhammad Faisal selepas tidak menerima sebarang tekanan barisan pertahanan skuad Cats.Penyerang muda Selangor Ahmad Danial Ahmad Asri menambah derita buat skuad Kuching City apabila meledak gol kelima pada minit ke-73 menerusi rembatan padu kaki kanannya, sekali gus menyaksikan Selangor mencatat kemenangan 5-0 di gelanggang lawan.Sementara itu, aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan skuad tuan rumah, Sri Pahang FC cemerlang mengutip tiga mata apabila membelasah Kelantan FC 4-1.Penyerang Kpah Sherman Sean menceriakan penyokong tuan rumah apabila membuka jaringan pada minit ke-12, diikuti pemain berdarah kacukan Filipina-Jerman, Kevin Langbehn Ingreso yang menggandakan jaringan pada minit ke-38.Belum sempat pemain Kelantan memperkemas permainan, pemain naturalisasi yang bertindak sebagai kapten pasukan Sergio Aguero menghukum benteng pertahanan skuad Red Warriors dengan gol ketiga pada minit ke-43.Pemain pertahanan dari Argentina Stefano Brundo menambah jaringan keempat buat pasukan tiga minit kemudian, sebelum pemain Kelantan Miguel Angel Garrido berjaya meraih gol sagu hati pada masa kecederaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 11:36pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247881/berita/sukan/sri-pahang-benam-kelantan-fc", "article_title": "Sri Pahang benam Kelantan FC", "article_text": "SRI Pahang FC (SPFC) manfaatkan permainan di halaman sendiri apabila menang bergaya 4-1 menentang Kelantan FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Khamis.SPFC tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol apabila sepakan pemain import, KPah Sherman menerjah gawang lawan menewaskan penjaga gol Kelantan Fc, Mohamad Rozaimi Rahamat pada minit ke 12.Permainan yang nampak seimbang antara kedua-dua pasukan lebih memihak kepada tuan rumah dengan ledakan gol kedua pada minit ke-38 hasil tendangan pemain tengah SPFC, Kevin Langbehn Ingreso.Rentak permainan SPFC gagal disekat Kelantan FC apabila gawang mereka terus dibolosi pada minit ke 43 jaringan Kapten pasukan Tok Gajah, Sergio Aguero.Separuh masa pertama ternyata milik pasukan SPFC dengan jaringan empat gol tanpa balas.Gol keempat SPFC muncul melalui tendangan pemain berjersi 15, Stefano Brundo pada minit terakhir masa tambahan.Anak buah Fandi Ahmad dan Choi Moon Sik meneruskan asakan pada separuh masa kedua namun tempoh 45 minit itu gagal dimanfaatkan apabila tiada sebarang gol dijaringkan hinggalah minit ke -95 Kelantan Fc memperoleh jaringan tunggal melalui pemain pertahanannya, Miguel Angel Garrido Cifuentes.Kemenangan SPFC itu adalah yang pertama buat skuad Tok Gajah selepas dua perlawanan manakala Kelantan terpaksa akur kekalahan kedua berturut-turut.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 11:17pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247866/berita/sukan/pemilik-kda-terharu-penyokong-jual-getah-sekerap-beli-tiket", "article_title": "Pemilik KDA terharu penyokong jual getah sekerap beli tiket", "article_text": "PEMILIK Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terharu dengan sokongan padu 21,700 penyokong setia Sang Kenari yang membanjiri Stadium Darul Aman bagi aksi kedua Liga Super 2023 pada malam Rabu.Menurutnya, seorang penyokong muda yang ditemui selepas kemenangan 1-0 KDA FC ke atas Terengganu FC menyatakan dia berusaha mengumpul getah sekerap sebelum dijual untuk membeli tiket pada perlawanan tersebut.\"Tan Sri, saya jual getah sekerap kumpul duit nak beli tiket,\" ucap remaja itu seperti yang dipetik melalui Facebooknya pada petang Khamis.Jelas Mohd Daud, sokongan ikhlas yang ditunjukkan oleh penyokong setia membuatkan dirinya hampir mengalir air mata.Menurutnya, penyokong setia Sang Kenari bersusah payah membantu kelab dan beliau menyifatkan sokongan itu sebagai perjuangan kepada kelab itu pada era baharu.\"Saya juga amat berterima kasih kepada semua penyokong yang telah bersusah payah membeli tiket sekali gus membantu kelab kita. Dengan perbelanjaan yang agak besar membina pasukan baharu, setiap satu ringgit pendapatan kepada kelab amat bermakna.\"Inilah masa untuk membantu kelab. Datang beramai-ramai dengan membeli tiket. Sumbangan anda amat bermakna. Kelab kita, keluarga kita, kita yang jaga,\" ujar beliau lagi.Mengulas dua kemenangan berturut-turut pada aksi Liga Super 2023 pula, Mohd Daud memuji pemainnya yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke wisel terakhir.\"Sewaktu gol Sang Kenari dijaringkan, saya hanya duduk di atas kerusi. Selalunya saya akan melompat berdiri. Kali ini rasa berat sangat. Saya hanya melihat bola masuk gol dengan pantas sambil lidah mengucapkan Alhamdulillah tiga kali.\"Saya tidak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan bertuah dan bersyukur atas anugerah pada minit-minit terakhir,\" kata Mohd Daud.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 07:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247841/berita/sukan/rinani-group-berhad-pemilik-kl-city-fc", "article_title": "Rinani Group Berhad pemilik KL City FC", "article_text": "FIRMA perunding kewangan, Rinani Group Berhad mengumumkan telah menandatangani perjanjian penjualan saham dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Kuala Lumpur City FC Sdn Bhd (KLFC), pemilik Kuala Lumpur City (KL City) FC.Pengarah Rinani, Azri Azerai berkata, melalui perjanjian penjualan saham itu secara rasmi menjadikan Rinani sebagai pemilik majoriti KLFC.\u201cKami berjanji membawa prestasi KL City FC di padang ke tahap lebih tinggi dengan menumpukan perhatian kepada kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja dan kami menjanjikan peminat kami penglibatan dan pengalaman yang lebih baik untuk nilai wang mereka.\u201cSelain permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan untuk KLFC agar ia dapat mampan dan terus mengekalkan kelab itu,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pada masa sama Azri juga berterima kasih kepada KLFA yang memacu kelab tersebut selama ini.\u201cKami akan membinanya untuk membawa KL City FC ke peringkat seterusnya dan akan berusaha ke arah mengadakan lebih banyak kerjasama korporat dan penajaan untuk kelab itu mampan dari segi kewangan serta memastikan tahap latihan yang boleh membawa kelab ke peringkat antarabangsa.\u201cKami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan beliau terhadap usaha kami dan untuk menggalakkan pertumbuhan bola sepak Malaysia,\u201d katanya.Sementara itu, Presiden KLFA Khalid Abdul Samad berkata, ini merupakan detik bersejarah bagi KLCFC dengan pemilikan majoriti KLFC beralih kepada Rinani.\u201cPenswastaan kelab adalah demi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak profesional, termasuk pemain, penyokong, penaja dan vendor yang berkait rapat dengan kelab selama ini.\u201cKami mendoakan agar tindakan ini akan mendatangkan kejayaan kepada bukan sahaja KL City FC dan Rinani Group tetapi juga KLFA itu sendiri,\" katanya.Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, \u201cPenswastaan pasukan bola sepak yang dikendalikan kerajaan adalah penting untuk perkembangan selanjutnya permainan kerana ini akan memastikan kelab mempunyai akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang boleh disediakan oleh sektor swasta.\u201cIa juga penting bagi sektor swasta mengendalikan kelab bola sepak secara profesional dengan tadbir urus yang baik kerana ini akan membantu dalam memastikan daya maju kewangan untuk pembangunan belia dan pengambilan pemain.\u201dDalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, \u201cPenswastaan berterusan kelab bola sepak di negara ini akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya pemain kerana kebajikan mereka akan dijaga dengan lebih baik.\u201cAkan ada lebih ketelusan dalam cara kelab dikendalikan dan kewangan diurus. Pengurusan profesional kelab adalah penting kerana ini bermakna keperluan untuk melibatkan diri dengan penyokong, meningkatkan prestasi dan menawarkan produk yang lebih baik.\u201dUntuk rekod pemerolehan kepentingan majoriti oleh Rinani dalam KLFC juga adalah selaras dengan arahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), supaya pasukan bola sepak kendalian kerajaan dikendalikan secara profesional, dibiayai secara persendirian dan dimiliki secara bebas.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 06:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247820/berita/sukan/sabah-enggan-dabik-dada", "article_title": "Sabah enggan dabik dada", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selesa merendah diri ketika mendapat pujian jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha yang menganggap The Rhinos setanding juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).Sabah FC mencatat keputusan bersih daripada dua aksi Liga Super, selain bisa jentera serangan yang sudah meledak tujuh gol untuk memimpin carta dengan enam mata.JDT dan Kedah Darul Aman (KDA) FC juga cemerlang dengan enam mata penuh berkongsi lima jaringan cuma dibezakan dengan bolos untuk menghuni tangga kedua dan ketiga liga.\u201cMasih terlalu awal untuk kita menilai pemain, namun ia keputusan positif, dua perlawanan dapat enam mata. Semua pemain melakukan tugas yang baik dan penting untuk mereka kekal konsisten.\u201cSaya tidak ingin melihat pemain hanya bersinar dua tiga perlawanan tetapi selepas itu mereka tidak boleh bermain dengan baik,\u201d katanya pada sidang media selepas aksi kedua Sabah FC menentang Kelantan United FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada malam Rabu.Pasukan tuan rumah menewaskan Kelantan United 3-1 hasil jaringan Darren Lok, Park Taesu dan Telmo Castanheira, manakala Indra Putra menyumbat gol sagu hati untuk pasukan pelawat.Prestasi cemerlang skuad The Rhinos menerima pujian Trucha yang melihat Sabah FC berada pada tahap setanding JDT.\u201cBagi saya hanya Sabah FC mampu bersaing dengan JDT. Sudah tentu pertemuan JDT dengan Sabah FC nanti sesuatu yang menarik.\u201cBerbanding Selangor FC, KDA FC, Terengganu FC dan Sri Pahang FC, saya fikir Sabah FC berada pada tahap teratas (top level),\u201d ujar Trucha.Di sebalik kemenangan itu, Kim Swee masih belum berpuas hati dengan kelekaan para pemain yang menyebabkan gawang pasukandibolosi pada masa tambahan setelah mengekalkan tiga jaringan tanpa balas sepanjang 90 minit.Tambahnya, biarpun sasaran mengutip tiga mata tercapai, corak permainan perlu diperbaiki agar kelemahan yang disebabkan kelekaan pemain terutama selepas mendahului perlawanan tidak berulang.\u201cApa yang penting kita dapat lagi tiga mata tetapi selepas mendahului sudah tentu saya tidak puas hati dengan corak permainan apabila kita dibolosi pada minit-minit akhir.\u201cSaya percaya ini satu kelekaan daripada pemain di mana kita harus tahu walaupun mendahului kita harus pastikan tidak dibolosi.\u201cTiga mata penuh penting untuk ke perlawanan seterusnya tetapi kita harus memperbaiki lagi permainan pasukan,\u201d katanya.Beliau turut mengingatkan anak-anak buahnya untuk memantapkan lagi corak permainan terutama apabila bertandang ke tempat lawan yang disifatkannya berbeza berbanding aksi di hadapan penyokong sendiri.Sabah FC akan berdepan Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada 6 Mac ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 04:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247816/berita/sukan/radamel-falcao-solari-tunggu-lampu-hijau-tmj", "article_title": "Radamel Falcao: Solari tunggu lampu hijau TMJ", "article_text": "JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) hanya menunggu \u2018lampu hijau\u2019 pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi merealisasikan perpindahan penyerang Colombia, Radamel Falcao.Malah Pengendali JDT, Esteban Solari tidak menolak kemungkinan pemain kelab Sepanyol, Rayo Vallecano akan memperkuatkan cabaran pada jendela perpindahan kedua musim ini.\u201cKita tahu kemungkinan itu ada dan bos (Tunku Ismail) sedang melihat perkara itu menerusi kerjasama dengan pihak tertentu.\u201cSeperti yang semua sedia maklum, JDT adalah kelab besar seterusnya mengetahui peluang yang ada di luar.\u201cPada masa sama, kita akan menunggu perkara itu (kemasukan Falcao) dan saya tidak boleh bercakap lebih lanjut kerana mahu menunggu bos membuat keputusan,\u201d katanya selepas perlawanan Liga Super 2023 JDT menentang Kuala Lumpur City (KL City).Media Sepanyol Marca sebelum ini melaporkan bekas pemain River Plate (Argentina), Porto (Portugal) Atl\u00e9tico Madrid (Sepanyol), Monaco (Perancis), Manchester United (England), Chelsea (England) dan Galatasaray (Turkiye) itu mahu menggalas cabaran baharu bersama Harimau Selatan.Malah Marca turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama JDT.Sementara itu, anak buah Solari membawa pulang tiga mata dari Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras selepas menewaskan skuad kendalian Bojan Hodak, 3-0.Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan setelah membenam cabaran Terengganu FC (TFC) 2-0 dalam saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 04:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247808/berita/sukan/pan-gon-ubah-wajah-harimau-malaya", "article_title": "Pan-gon ubah wajah Harimau Malaya", "article_text": "KEHADIRAN jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih kebangsaan, telah membawa banyak perubahan terhadap prestasi Skuad Harimau Malaya sejak beliau dilantik pada pertengahan Februari tahun lalu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ia dapat dibuktikan apabila buat kali pertama sejak 43 tahun yang lalu pasukan bola sepak negara berjaya melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 pada Jun tahun lalu.\"Beliau juga berjaya membuktikan kemampuannya dengan membawa pasukan bola sepak negara mengharungi sehingga ke peringkat separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).\"Justeru kewujudan jurulatih asing bukanlah satu perkara baharu dalam arena bola sepak dunia dan pelantikan yang dilakukan adalah berdasarkan pengalaman dan rekod prestasi cemerlang bagi membantu atlet mempamerkan prestasi terbaik,\" katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan asal yang dikemukakan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) yang bertanyakan sama ada kementerian masih percaya dengan kemampuan jurulatih yang ada dan pemain-pemain naturalisasi berdasarkan pencapaian di Kejohanan AFF itu dan ranking terkini skuad Harimau Malaya.Menurut Hannah kehadiran pemain naturalisasi dalam sukan bola sepak negara juga bukan satu kerisauan kerana kementerian sentiasa bersama FAM untuk memastikan pembangunan pemain tempatan menjadi keutamaan melalui program pembangunan bola sepak negara.Dari segi ranking semasa Harimau Malaya pula, Hannah berkata pasukan bola sepak negara kini berada di tangga ke-145 di peringkat FIFA, tempat 25 peringkat Asia dan kedudukan kelima peringkat Asean.Sementara itu menjawab soalan tambahan Kalam sama ada KBS bercadang untuk mengadakan kembali liga bola sepak di peringkat daerah bagi memeriahkan aktiviti untuk anak muda di daerah-daerah, khususnya di kawasan luar bandar, Hannah berkata beliau akan membincangkan perkara itu bersama FAM.\"Saya percaya menerusi inisiatif baharu dalam Belanjawan 2023, geran padanan akan membolehkan lebih banyak lagi aktiviti sukan di peringkat akar umbi seperti yang dicadangkan,\" katanya.Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana geran padanan berjumlah RM50 juta diperuntukkan bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan khususnya berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 03:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247807/berita/sukan/bojan-akui-kl-city-perlu-masa", "article_title": "Bojan akui KL City perlu masa", "article_text": "PENGENDALI KL City, Bojan Hodak mengakui The City Boys masih dalam proses penambahbaikan selepas tewas 0-3 kepada penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Rabu.Malah tanpa berselindung pengendali kelahiran Croatia itu menegaskan senario yang berlaku musim ini juga sama seperti saingan musim lalu apabila KL City diundi pada pusingan pertama berdepan pasukan yang lebih kuat.\u201cKami diundi berdepan beberapa pasukan yang lebih kuat pada awal musim 2023, tiada perbezaan senario pun kerana situasi sama seperti permulaan musim 2022.\u201cNamun seperti musim lalu, musim ini kami juga akan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan bagi meningkat prestasi pasukan yang mengambil masa.\u201cPasukan ini memerlukan masa untuk membentuk keserasian, namun saya optimis KL City akan mengutip mata tidak hanya di gelanggang sendiri tetapi juga laman lawan,\u201d katanya selepas perlawanan pada Khamis.KL City menyingkap saingan Liga Super dengan dua keputusan kurang memberangsangkan di Cheras apabila sekadar melakar keputusan seri 2-2 berdepan Penang FC sebelum tewas 0-3 kepada JDT.Pada masa sama Bojan mengakui berpuas hati komitmen yang diberikan para pemainnya dalam perlawanan tersebut.Namun katanya, kesilapan individu menyaksikan The City Boys terpaksa berputih mata kepada juara sembilan kali berturut-turut itu.\u201cPada perlawanan hari ini para pemain KL City bermula baik sepanjang 45 minit, namun kesilapan individu menghukum pasukan.\u201cPara pemain menterjemahkan setiap perancangan taktikal yang diarahkan sepanjang separuh masa pertama, malah pasukan kembali agresif pada separuh masa kedua bagi menyaingi JDT.\u201cBuat masa ini kami akan memberi tumpuan ke arah penambahbaikan sebagai persediaan berdepan Terengganu FC,\u201d katanya.Sementara itu, pengendali JDT, Esteban Scolari memuji karakter para pemain khasnya benteng pertahanan Harimau Selatan apabila membawa pulang tiga mata setelah menjinakkan KL City.Bagaimanapun Scolari turut mengingatkan para pemain JDT supaya tidak terlena dengan kemenangan kedua liga itu sebaliknya terus mengekalkan tahap intensiti permainan pada tahap tinggi.\u201cPerlawanan yang bagus menentang KL City dibarisi para pemain berkualiti semestinya ia merupakan satu cabaran besar kepada pemain JDT.\u201cSetiap pasukan Liga Malaysia pastinya mahu mengalahkan JDT, dan kami menganggap setiap perlawanan ibarat final yang merupakan satu motivasi kepada, pasukan untuk mengekalkan momentum kecemerlangan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 03:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247787/berita/sukan/mane-dedah-sokongan-ronaldo", "article_title": "Mane dedah sokongan Ronaldo", "article_text": "PEMAIN sensasi, Sadio Mane 'membuka mulut' mengenai sokongan Cristiano Ronaldo terhadap tindakannya meninggalkan Liverpool untuk beraksi di Bundesliga apabila menyertai Bayern Munich pada pertengahan musim lalu.Bekas pemain Manchester United itu memberitahu bahawa Mane telah membuat satu keputusan yang besar dalam karier bola sepaknya.Pemain Senegal itu menamatkan tempoh enam tahun di Merseyside pada Julai 2022 dan menyertai gergasi Jerman, Bayern dengan nilai perjanjian 27.4 juta pound (RM147.24 juta).\"Saya bertemu Cristiano (Ronaldo) di Mallorca sebelum bermula musim ini.\"Dia ucap tahniah sambil berkata; kelab yang hebat. Ini langkah besar untuk anda,\" ujar Mane.Penghijrahan itu melemahkan barisan depan Liverpool, manakala Mane pula dibelenggu kecederaan dan hanya beraksi 25 minit sepanjang empat bulan lalu selain tersisih daripada saingan Piala Dunia.Mane memberitahu, Ronaldo turut memperkatakan mengenai saingan sengit di Bundesliga.\"Saya rasa anda memandang rendah Bundesliga, tetapi persembahan terbaharu dalam Liga Juara-Juara membuktikannya,\" ujar Mane.Selepas pulih daripada kecederaan Ahad lalu, pemain berusia 31 tahun itu membantu Bayern mengalahkan pencabar liga, Union Berlin 3-0.Difahamkan Ronaldo yang beraksi bersama kelab Al-Nassr di Arab Saudi mahu menyertai Bayern pada musim panas lalu ketika dia mencari jalan keluar meninggalkan Old Trafford.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247763/berita/sukan/messi-hadiah-iphone-emas-buat-rakan-argentina", "article_title": "Messi hadiah iPhone emas buat rakan Argentina", "article_text": "BINTANG Argentina, Lionel Messi melakukan kelainan apabila menghadiahkan 35 unit iPhone emas buat staf dan para pemain skuad negara itu yang memenangi Piala Dunia Qatar 2022.Gajet pintar 24 karat itu dianggarkan bernilai 175,000 pound (RM940,052) dan ia dihantar ke kediaman miliknya di Paris pada Sabtu.Lebih menarik setiap telefon bimbit itu dilakar dengan nama pemain, nombor jersi serta logo Argentina.Menurut satu sumber, kapten Argentina itu mahu membuat sesuatu yang istimewa bagi meraikan detik yang membanggakan tersebut.Katanya, dia menghubungi usahawan Ben Lyons iaitu Ketua Pegawai Eksekutif iDesign Gold dan bersama-sama membuat rekaan tersebut.\u201cLionel (Messi) bukan hanya 'Goat' tetapi dia juga adalah pelanggan paling setia iDesign Gold dan berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia,\u201d kata sumber itu.Beliau menambah, Messi mahu memberikan sesuatu yang istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan kejayaan menakjubkan itu tetapi ia bukan hadiah jam.\u201cJadi saya syorkan iPhone emas yang diukir nama pemain. Dia suka dengan idea itu,\u201d ujar Lyons.Argentina menjulang Piala Dunia di Doha tahun lalu dengan Messi turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 12:44pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247753/berita/sukan/felet-taja-persatuan-badminton-kedah", "article_title": "Felet taja Persatuan Badminton Kedah", "article_text": "PERSATUAN Badminton Kedah (KBA) mendapat suntikan motivasi bagi melahirkan lebih ramai pelapis negeri dan negara apabila menerima tajaan syarikat terkemuka, Felet International Holdings Sdn Bhd selama tiga tahun.Setiausahanya, Goh Yen Yen berkata, tajaan tersebut diberikan kepada 80 pemain di bawah persatuan itu bermula 2023 sehingga 2025.\"Tajaan barangan sukan oleh Felet ini memang sangat membantu dan memberikan ispirasi kepada pasukan badminton Kedah terutamanya pemain dalam menghadapi pelbagai kejohanan anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\"Kini seramai 51 pemain kami sedang menghadapi kejohanan Junior Elite Tour (JET) siri pertama 2023 di Putrajaya yang bermula pada Rabu,\" katanya semasa ditemui Sinar Harian di Stadium KBA, dekat sini pada Rabu.Satu simbolik penyampaian tajaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Felet International Holding Sdn Bhd, Datuk Teo Tong Wah kepada Presiden KBA, Datuk Teoh Teng Chor baru-baru ini.Pemain KBA akan menerima tajaan barangan sukan Felet selama tiga tahun.Mengulas lanjut, Yen Yen berkata, Felet juga memberikan diskaun kepada KBA membeli bulu tangkis untuk digunakan pada sesi latihan pada setiap hujung minggu sekaligus membantu mengurangkan kos persatuan tersebut.\"Felet banyak membantu kerana selain menaja raket, baju, stokin dan beberapa kelengkapan lagi, mereka turut membantu memberikan diskaun untuk kami membeli bulu tangkis,\" ujar beliau yang tidak mendedahkan nilai tajaan tersebut.Menurutnya, KBA juga berharap pemainnya dapat menyerlah pada JET siri kedua yang bakal diadakan di Negeri Sembilan bagi memastikan layak ke peringkat akhir pada Ogos di Selangor.\"Tahun ini Kedah diundi dalam Kumpulan B pada Kejohanan JET 2023 bersama Perlis, Negeri Sembilan,Putrajaya dan Sabah. Kami sasarkan untuk muncul juara Kumpulan B.\"Prestasi KBA sentiasa memuaskan setiap tahun dan pada tahun lalu, sebanyak 19 pemain layak di pentas final JET KL. Kami mengharapkan kejayaan sama diulang bagi edisi 2023,\" kata Yen Yen.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 11:40am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247739/berita/sukan/masih-banyak-perlu-diperbaiki---nafuzi", "article_title": "Masih banyak perlu diperbaiki - Nafuzi", "article_text": "KEJAYAAN mencatatkan dua kemenangan berturut-turut pada saingan Liga Super 2023 dengan memungut enam mata tidak boleh meletakkan Kedah Darul Aman (KDA) dalam keadaan selesa kerana masih banyak yang perlu diperbaiki.Ketua Jurulatihnya, Nafuzi Zain mengakui perjalanan liga masih panjang malah kejayaan menang tipis 1-0 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman pada malam Rabu menyaksikan corak permainan belum mencapai tahap yang diharapkannya.Menurutnya, Sang Kenari yang sebelum ini menjinakkan Perak FC 1-4 pada aksi pertama Liga Super sebelum meneruskan momentum kemenangan ke atas TFC perlu terus meningkatkan lagi prestasi menjelang aksi seterusnya menerima kunjungan PDRM pada malam Sabtu.\"Masih terlalu awal menentukan hala tuju permain (dan pasukan pada Liga Super 2023). Ada 22 aksi lagi, masih jauh perjalanan. Tapi walaupun dua perlawanan kami dapat enam mata, bagi saya sendiri ini bukan yang saya nampak dan apa yang ingin dipersembahkan.\"Tapi tidak berlaku sepanjang masa. Ada di sesetengah waktu perlawananan sahaja, kita kena perbaiki lagi benda itu,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Jaringan Fazrul Danel Nizam pada penghujung separuh masa kedua perlawanan menghadiahkan tiga mata berharga kepada KDA FC selepas kedua-dua pasukan pasukan sebelum itu buntu untuk mendapatkan gol.Mengulas lanjut, Nafuzi mengakui pertukaran beberapa pemain pada separuh masa kedua berjaya memberi kelebihan kepada pasukan untuk mengubah taktikal permainan.\"Kita tahu pemain mampu bermain lebih baik dan saya tahu kemampuan pasukan ini sebab kesebelasan pertama sudah penat.\"Mungkin perkara ini disebabkan persekitaran yang berbeza daripada peminat, sesetengah pemain tak merasai suasana sebegini dan pemain masih gugup,\" katanya menghargai kehadiran 21,700 penyokong setia KDA FC yang memenuhi stadium.Ujarnya, kemenangan kedua yang diperolehi itu akan meningkatkan lagi keyakinan pasukannya terutamanya pemain muda.Pada perlawanan tersebut, Amirbek Juraboev dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas mempamerkan aksi terbaik sehingga berjaya membantu Sang Kenari keluar sebagai pemenang.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 10:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247721/berita/sukan/ibarat-bulan-jatuh-ke-riba", "article_title": "'Ibarat bulan jatuh ke riba'", "article_text": "KECEDERAAN menimpa penjaga gol utama Sri Pahang FC, Izham Tarmizi membuka peluang kepada Zarif Irfan memperagakan aksi cemerlang pada perlawanan pembukaan Liga Super, minggu lalu.Ibarat bulan jatuh ke riba, dia berharap mampu menambat hati barisan kejurulatihan dan penyokong setia Tok Gajah bagi terus diberikan peluang selaku penjaga gol utama.Katanya, musim lalu menjadi antara detik paling mencabar buat dirinya apabila kurang mendapat minit permainan, namun enggan berputus asa bagi mencipta nama bersama Sri Pahang.\u201cSememangnya bagi posisi penjaga gol, Izham ada kelebihan berbanding saya kerana dia mempunyai pengalaman yang cukup luas semasa bersama JDT (Johor Darul Ta\u2019zim), pernah bermain skuad kebangsaan selain pengalaman di pentas AFC.\u201cDapat menggantikan Izham tempoh hari ibarat rezeki buat saya tetapi dalam masa sama saya harap dia akan segera pulih dan tidak ditimpa sebarang kecederaan serius.\u201cMungkin ada peminat yang kurang melihat persembahan saya selepas musim lalu saya hanya diturunkan dalam satu perlawanan Liga Super selain Piala FA.\u201cJadi situasi ini ibarat satu batu loncatan buat saya membuktikan sesuatu kepada jurulatih serta penyokong jika diturunkan berdepan Kelantan dan perlawanan-perlawanan akan datang.\u201cWalaupun saya ada dapat tawaran pasukan lain pada musim ini, saya memilih terus bersama Sri Pahang kerana percaya akan ketentuan rezeki sama ada baik atau lambat, saya akan terus bersabar demi mendapat peluang untuk bermain,\u201d katanya.Untuk rekod, Izham mendapat kecederaan serius di bahagian kepala setelah bertembung dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar pada permulaan separuh masa kedua sebelum Zarif masuk menjadi pemain gantian.Zarif menyertai Sri Pahang pada musim 2021 dari Felda United FC dan sering kali berada dalam kesebelasan utama sebelum masalah kecederaan membuka ruang kepada Helmi Eliza merampas tempatnya selaku penjaga gol utama.Musim lalu, dia sekadar memanaskan bangku simpanan ekoran kehadiran penjaga gol import, Mamadou Samassa yang menyukarkan peluang merebut tempat.Berdepan Kelantan FC di Stadium Darul Makmur, Zarif sudah mengkaji serba sedikit kekuatan lawan yang tewas 1-2 pada perlawanan pembukaan kepada Kuching City FC.Namun, dia berasakan lawan belum menyerlahkan potensi sebenar ditambah dengan kehadiran import baharu, Leonardo Rolon, yang baru hadir ke bumi Kelantan.\u201cSaya ada menyaksikan semula pertemuan Kelantan dan Kuching City, setakat ini pemain nombor 9 (Nuha Marong) antara yang perlu diberikan perhatian.\u201cDalam masa sama, saya rasa Kelantan belum menyerlahkan kekuatan sebenar dan aksi dengan kami pasti sukar dijangka dengan adanya pemain import baharu.\u201cSaya harap melalui aura dimiliki ketua jurulatih, Fandi Ahmad selain aksi sulung di tempat sendiri, para penyokong boleh hadir memberikan sokongan kepada kami dalam mencari kemenangan sulung,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 08:25am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247719/berita/sukan/cabaran-100-hari-hannah-yeoh", "article_title": "Cabaran 100 hari Hannah Yeoh", "article_text": "SEBAIK dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada awal Disember tahun lalu, Hannah Yeoh tenang menyusun langkah demi langkah dalam menggalas portfolio baharunya itu.Hannah yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat muncul menteri wanita kedua yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas Datuk Seri Azalina Othman Said.Kini selepas 100 hari diberi kepercayaan memegang tampuk pimpinan KBS, Ahli Parlimen Segambut itu tanpa berselindung mengakui berdepan dengan beberapa cabaran selaku Menteri Belia dan Sukan.Menurut Hannah, antara cabaran tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan data dalam usaha kementerian untuk menganjurkan program-program yang dirancang.Hannah (tengah) beramah mesra bersama atlet paralimpik negara semasa melakukan lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik. - Foto BernamaNamun, menurut Hannah, beliau bersama-sama pihak kementerian sedia untuk menyahut cabaran itu, selain akan terus bekerja keras bagi memastikan KBS dapat memenuhi keperluan seluruh rakyat Malaysia.\u201cCabaran saya (selepas 100 hari menerajui KBS) adalah kami kekurangan data terutamanya sukar untuk kumpul data yang diperlukan bagi penganjuran sesuatu program.\u201cSebagai contoh, kalau nak buat program renang untuk golongan B40, saya perlukan data di mana mereka, di mana kejadian lemas dan di mana infrastruktur kolam renang, jadi agak mencabar untuk dapatkan data tersebut,\u201d katanya.Begitupun, Hannah sudah dianggap \u2018lulus\u2019 dalam ujian 100 hari selaku Menteri Belia dan Sukan apabila berjaya membuat beberapa perubahan termasuk memberi jaminan tiada mana-mana persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang dianaktirikan.Malah, sebaik sahaja Belanjawan 2023 diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, Hannah berkata, KBS akan memastikan pembahagian dana secara telus kepada setiap NSA.Hannah (tiga, kiri) bersama bekas atlet Malaysia selepas melancarkan Kempen Kutipan Amal 'The Spirit of Olympism 2023' pada Majlis Pelancaran Logo Baharu Persatuan Olimpian Malaysia di I-City Shah Alam. - Foto BernamaDalam pada itu, Hannah turut berjanji untuk memperbaiki semua perkhidmatan yang ditawarkan KBS memandangkan tempoh dua tahun ini sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sukan negara.\u201cBagi kita masa untuk memperbaiki semua khidmat KBS. Bagi tahun 2023 dan 2024, ia tempoh paling penting untuk KBS kerana ada banyak temasya penting.\"Jadi, kita akan bantu pemegang taruh dan bekerja lebih keras,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247730/berita/sukan/manchester-united-bangkit-singkir-west-ham-di-old-trafford", "article_title": "Manchester United bangkit singkir West Ham di Old Trafford", "article_text": "JUARA Piala Liga, Manchester United menampilkan karisma luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk mengalahkan West Ham United 3-1 bagi mengesahkan slot suku akhir Piala FA.Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, Manchester United kendalian Erik ten Hag itu terlebih diheret tanpa terikat tanpa jaringan angkatan David Moyes pada separuh masa pertama dalam aksi berintensiti tinggi itu.The Hammers mula memimpin perlawanan apabila Said Benrahma meledak gol pendahuluan pelawat pada minit ke-54.Namun gol sendiri pemain West Ham, Nayef Aguerd minit ke-77 dan jaringan lewat daripada Alejandro Garnacho (m-90) dan Fred (m-95) menghantar tuan rumah ke pusingan lapan terakhir.Sementara itu, Tottenham Hotspur dan Southampton mengucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan tersebut apabila mengalami kekalahan mengejut pada kepada lawan masing-masing.Tottenham kendalian Antonio Conte mengalami kekalahan 1-0 kepada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United di Stadium Bramall Lane selepas Iliman Ndiaye menjaringkan gol 11 minit sebelum tamat perlawanan untuk mengejutkan pelawat.Sementara itu, Grimsby Town, yang berada di tempat ke-16 dalam Divisyen Dua, meneruskan impian memburu Piala FA apabila dua sepakan penalti Gavan Holohan menumbangkan Southampton di Stadium St Mary's.Kemenangan The Mariners itu juga menghantar pasukan itu ke pusingan lapan terakhir buat kali pertama dalam tempoh 84 tahun.Pendahulu kejuaraan, Burnley menewaskan Fleetwood Town 1-0 dalam perlawanan lain untuk menyertai Manchester City, Brighton & Hove Albion, Fulham dan Blackburn Rovers di suku akhir.PIALA FASUKU AKHIRManchester City lwn BurnleyManchester United lwn FulhamBrighton & Hove Albion lwn Grimsby TownSheffield United lwn Blackburn Rovers* Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 18 Mac", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 07:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247727/berita/sukan/arsenal-lebarkan-status-pendahulu-liga", "article_title": "Arsenal lebarkan status pendahulu liga", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menyalakan kembali pemburuan kejuaraan dengan lima mata selepas membelasah Everton 4-0 dalam perlawanan di Stadium Emirates pada Khamis.Pada awal perlawanan The Gunners kendalian Mikel Arteta ternyata bergelut untuk merobek kedegilan gawang armada The Toffees pimpinan Sean Dyche.Namun kekebalan benteng pelawat akhirnya roboh hasil jaringan Bukayo Saka pada minit ke-40, sebelum penyudah minit ke-46, Gabriel Martinelli memastikan tuan rumah memimpin perlawanan separuh masa pertama.Kapten Arsenal, Martin Odegaard kemudian menjadikan kedudukan 3-0 apabila menterjemahkan penyudah jarak dekat pada minit ke-71 sebelum Martinelli menjaringkan gol kedua peribadinya di minit ke-71 untuk melengkapkan kemenangan bergaya gergasi utara London itu.Kemenangan ketiga berturut-turut sejak tewas di tempat sendiri kepada Manchester City menyaksikan Arsenal mengumpul 60 mata setelah mengharungi 25 perlawanan sambil diekori rapat City dengan 55 mata.Sementara itu, Everton yang hanya meraih satu kemenangan daripada 27 kunjungan liga terakhir ke Arsenal, pada awalnya mampu membawa pulang sesuatu dari London.Namun dua gol penghujung babak pertama menenggelamkan cabaran pelawat untuk kekalahan liga ke-14 musim ini seterusnya kekal di tempat ketiga dari bawah dengan 21 mata.Sementara itu, Liverpool kembali menemui rentak kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton 2-0 di Stadium Anfield hasil jaringan Virgil van Dijk minit ke-73 dan Mohamed Salah minit ke-77.Tiga mata di laman keramat Liverpool itu membolehkan kelab Merseyside tersebut berada di kelompok enam liga dengan 39 mata selepas menewaskan mengharungi 24 perlawanan.LIGA PERDANA INGGERISKeputusanArsenal 4-0 EvertonLiverpool 2- 0 Wolverhampton", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247715/berita/sukan/pengadil-kita-masih-berwibawa-berkualiti", "article_title": "\u2018Pengadil kita masih berwibawa, berkualiti\u2019", "article_text": "PEMILIHAN pengadil untuk mengendalikan saingan liga tertinggi negara Liga Malaysia (Liga-M) khasnya Liga Super perlu dilakukan dengan lebih teliti bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang pertikaian pada masa depan.Malah tanpa berselindung bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Amir Sharifuddin Wong percaya kewibawaan dan kualiti pengadil negara ini masih berada pada tahap terbaik biarpun terpalit beberapa isu kebelakangan ini.Namun jelasnya, pelantikan individu untuk mengendalikan saingan liga berintensiti tinggi juga perlu dilakukan selepas penilaian semua aspek dan bukan pemilihan sembrono.\u201cYa, kita ini manusia tidak terlepas melakukan kesilapan begitu juga dengan para pengadil, namun pemilihan individu untuk tugasan perlawanan perlu dibuat secara tertib.\u201cBagi saingan liga tahap tinggi seperti Liga Super kita tidak boleh lagi melakukan trial and error sebaliknya perlu meletakkan individu yang mampu menggalas tanggungjawab pada tahap terbaik.\u201cSebenarnya sokongan kelab, jurulatih dapat membantu mempercepatkan proses pembangunan para pengadil di negara ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Mengulas lanjut Amir berkata, seseorang pengadil itu apabila membuat sebarang keputusan ia berdasarkan situasi yang dilihat dan interpretasinya pada ketika kejadian.\u201cPaling penting dia perlu dilihat dalam keadaan pasti dan bukannya teragak-agak ataupun dipengaruhi oleh tindak tanduk para pemain atau gangguan suara-suara dari luar padang dalam membuat sebarang keputusan.\u201cNamun sekiranya dilihat semula ulang tayang berlakunya kesilapan selepas itu bermakna dia tidak juga terlepas daripada melakukan kesilapan.\u201cSebagai pengadil, dia harus terima dan mengambil tanggungjawab kerana dia bukan maksum tidak terlepas melakukan kesilapan,\u201d katanya.Namun tegas Amir, bagi pengadil yang bertaraf FIFA, mereka perlu sentiasa berusaha memastikan berada dalam kelas tersendiri dengan memastikan prestasi konsisten setiap perlawanan.Katanya, keputusan konsisten juga perlu kekal sama dalam konteks insiden, situasi dan masa setiap perlawanan yang dikendalikannya.\u201cDia juga perlu terbuka dan menerima teguran atau kritikan daripada penonton, jurulatih arau penilai pengadil berkenaan kualiti pengadilannya,\u201d katanya.Mengulas lanjut luahan hati pengendali Kuala Lumpur City, Bojan Hodak terhadap mutu pengadilan ketika The City Boys menentang Penang FC, Amir mengakui tidak terkejut senario yang melanda arena bola sepak negara ketika ini.Malah katanya, senario yang berlaku ini merupakan lanjutan daripada situasi yang berlaku sejak 10 tahun lalu.\"Setiap kali pada permulaan saingan liga pada musim baharu pasti akan wujud masalah yang melibatkan mutu pengadilan dan kesilapannya.\u201cBagi saya situasi ini berlaku disebabkan kurangnya match practice (perlawanan latihan) oleh para pengadil.\u201cSekiranya kita lihat dengan teliti bukan semua persatuan bola sepak negeri atau kelab menganjurkan liga-liga di peringkat masing-masing. Tanpa kewujudan peluang untuk pengadil beraksi di liga peringkat yang rendah (negeri atau daerah), maka perlawanan Liga-M yang dilantik itu menjadi perlawanan rasmi dan juga latihannya. Itulah sebab kemungkinan untuk melakukan kesilapan adalah tinggi.\u201cYa, para pengadil ini melakukan persiapan latihan fizikal dan mental dengan menonton klip video perlawanan tertentu sebelum bermula saingan liga, tetapi persediaan ini jauh berbeza daripada persediaan di dalam mengendalikan sesuatu perlawanan sebenarnya kerana persediaan daripadanya pendedahan lebih dalam match practice merupakan asas penting untuk meningkatkan prestasi, kewibawaan dan kualiti para pengadil.\u201cSenario pengadilan kurang berkualiti ini akan berlarutan sekiranya kita berterusan kurang memberikan penekanan dalam aspek pembangunan para pengadil. Mana mungkin bangunan tinggi akan kukuh jika dasar atau foundationnya lemah?,\u201d katanya yang berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persatuan bola sepak negeri dan kelab mengambil tanggungjawab dalam menggerakkan program-program pembangunan pengadil negara ini di peringkat akar umbi.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mac 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247710/berita/sukan/jdt-terlalu-kuat-buat-kl-city", "article_title": "JDT terlalu kuat buat KL City", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum positif dalam misi mempertahankan kejuaraan apabila menjadikan Kuala Lumpur City (KL City) FC mangsa kedua selepas Terengganu FC (TFC) minggu lalu.Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras itu, anak buah Esteban Solari menampilkan permainan mantap menyaingi keampuhan daya saing angkatan Bojan Hodak untuk kemenangan 3-0.Harimau Selatan yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas TFC sekali gus menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, menguasai rentak perlawanan dengan asakan hingga menyaksikan pemain The City Boys, Romel Morales tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-41.Babak kedua, anak buah Bojan berusaha kembali semula ke dalam permainan, namun angkatan Solari melebarkan penguasaan dengan jaringan minit ke-52 hasil tandukan Endrick Dos Santos yang menyudahkan hantaran Fernando Forestieri.Gol itu ternyata membangkitkan aura Harimau Selatan yang kemudian meledak satu jaringan pada minit ke-90 dihasilkan bintang muda, Arif Aiman Hanapi yang menyudahkan hantaran Ramadhan Saifullah Usman.Tiga mata itu membolehkan JDT mengumpul enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.JDT selepas ini akan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan FC pada 6 Mac.Sabah sebelum itu menewaskan Kelantan United FC, 3-1 dalam perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.Gol skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijaringkan Darren Lok minit ke-21, Park Tea-su (26), dan Telmo Castanheira (46), manakala gol sagu hati pelawat dijelmakan Indra Putra Mahayuddin (92).Tiga mata diraih Sabah membolehkan The Rhinos mengutip enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.Sabah selepas ini akan berkunjung ke Stadium Negeri, Kuching menentang Kuching City FC pada 6 Mac.Sementara itu, perlawanan Penang FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Bandaraya, berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 11:50pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247709/berita/sukan/aksi-dramatik-hujung-perlawanan-julang-kedah", "article_title": "Aksi dramatik hujung perlawanan julang Kedah", "article_text": "FAZRUL Danel Mohd Nizam muncul wira Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas menjaringkan gol pada penghujung perlawanan kedua Liga Super 2023 untuk menewaskan Terengganu FC 1-0 di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.Aksi sengit dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sebaik wisel perlawanan dibunyikan seperti yang dijangkakan oleh penyokong bola sepak.Tuan rumah berpeluang untuk meletakkan pasukan itu di hadapan menerusi tandukan Bojan Ciger hasil sepakan sudut yang diambil oleh Hidalgo namun sedikit melewati palang gol pada minit ke-22.KDA FC dilihat berjaya mengawal perlawanan melalui hantaran pendek dan Willian Lira turut menguji pada minit ke-39 namun percubaannya melepasi palang gol.Terengganu FC juga turut menguji kubu Sang Kenari menerusi gandingan Sony Norde, Ivan Mamut dan Nik Muhammad Sharif Haseefy namun tetap tidak membuahkan hasil sehingga tamat 45 minit separuh masa pertama.Sang Penyu mengadakan asakan pada awal separuh masa kedua dan Adisak Kraisorn yang baru dimasukkan melakukan rembatan deras namun tepat ke dakapam penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi pada minit ke-54.Sang Kenari yang mendapat sokongan padu 21,700 penyokong kembali menyusun serangan bertali arus ke kubu lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan pada minit ke-89.Gol menerusi Fazrul Danel berjaya dihasilkan selepas menyambar bola setelah penjaga gol Terengganu FC, Mohd Suhaimi Husin gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya yang cuba digerakkan oleh Lira.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 11:40pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247700/berita/sukan/abm-buka-peluang-pemain-remaja", "article_title": "ABM buka peluang pemain remaja", "article_text": "SUDAH tiba masanya pemain remaja diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam kejohanan di peringkat senior.Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai berkata, idea tersebut adalah antara cadangan dikemukakan oleh bekas jaguh-jaguh badminton negara dalam mesyuarat Panel Penasihat Teknikal ABM pada Selasa.Menurut Michelle, langkah itu sangat penting bagi membantu pemain remaja merasai pengalaman bermain pada peringkat tertinggi seperti yang telah diamalkan oleh beberapa negara lain yang menghantar pemain muda mereka pada kejohanan senior.\u201cJika anda berusia 16 tahun di sini, anda masih junior dan bermain dalam kejohanan remaja sahaja. Anda perlu menunggu untuk naik senior, baru main (dalam kejohanan) senior.\u201cJadi, jika ada seseorang yang kelihatan berbakat, anda mungkin membawanya berlatih sekali-sekala dengan skuad senior atau menghantar mereka bermain untuk kejohanan senior.\u201cSaya gembira pemain-pemain legenda ini mengutarakan idea tersebut,\u201d katanya sambil menambah idea tersebut adalah selari dengan pendapat ABM.Justeru, menurut Michelle, beliau akan berbincang lebih lanjut dengan ketua jurulatih perseorangan remaja, Datuk Misbun Sidek dan pengendali beregu remaja, Rexy Mainaky mengenai bagaimana mereka boleh menerapkan idea tersebut.Selain itu, Michelle menyifatkan mesyuarat yang julung kali diadakan pada Selasa amat bermanfaat berikutan pertukaran idea antara anggota panel termasuk pemain legenda dengan ABM.Panel penasihat itu ditubuhkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal bulan lalu bagi menambah baik prestasi skuad kebangsaan.Panel tersebut dianggotai oleh tujuh pemain legenda badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.Ia turut dianggotai oleh Naib Presiden BAM, Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai; Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta bekas Ketua Pengarah MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 09:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247697/berita/sukan/wai-ching-tekad-terus-pahat-nama-dalam-guinness-world-records", "article_title": "Wai Ching tekad terus pahat nama dalam Guinness World Records", "article_text": "PELARI menara nombor satu negara Soh Wai Ching mahu terus mencipta sensasi melakukan rekod pendakian tertinggi bagi cabaran pendakian mesin tangga simulasi dalam tempoh sejam, setelah memahat nama dalam Guinness World Records (GWR) tiga tahun lalu,Menurut Wai Ching, berbeza dengan pencapaian GWR diraihnya melibatkan jarak 1.295 kilometer (km) dalam tempoh sejam pada 2020, beliau dikehendaki melakukan perkara sama membabitkan jarak 1.61km pada 7 April ini sempena Hari Kesihatan Sedunia 2023.\u201cSebab mengapa saya ingin membuat GWR ini adalah untuk menguji sejauh mana had keupayaan manusia, jadi ini azam saya untuk tahun ini.\u201cUntuk disahkan sebagai pemegang GWR itu, saya perlu mendaki lebih 7,000 anak tangga menggunakan mesin tangga simulasi,\u201d katanya pada Rabu.Beliau berkata, biarpun telah mengharumkan nama negara dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya tahun lepas, cabaran pendakian tangga simulasi lebih menuntut kekuatan mental dan fizikal.\u201cBagi saya pendakian tangga biasa memberikan peluang buat peserta untuk mengatur langkah yang lebih jauh serta ruang berehat, tapi tidak bagi pendakian tangga simulasi kerana peserta akan mendaki secara setempat tanpa berhenti,\u201dkatanya.Pemegang rekod GWR itu sebelum ini berjaya mengatasi rekod dunia semasa cabaran pendakian tangga menegak dipegang David Robles Tapia dari Sepanyol iaitu 1.227km dalam tempoh sejam pada 2019.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 09:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247696/berita/sukan/kda-fc-terima-komitmen-tajaan-lebih-rm20-juta", "article_title": "KDA FC terima komitmen tajaan lebih RM20 juta", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC menerima komitmen tajaan daripada pelbagai pihak berjumlah lebih RM20 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, jumlah itu, merangkumi tajaan tunai berjumlah RM15 juta dan bukan tunai kira-kira RM5 juta, daripada sembilan penaja dan lebih 20 rakan strategik.\u201cKami sedang merancang untuk 'menghijau kuningkan' semua perniagaan di Kedah ini, maknanya kita akan mencari lebih ramai lagi rakan-rakan perniagaan (untuk menjalinkan kerjasama dengan KDA FC).\u201cIa akan memberikan timbal balik yang baik kepada KDA FC, penyokong dan kepada pemilik premis perniagaan yang terlibat,\u201dkatanya pada sidang media di Jitra pada Rabu.Terdahulu beliau mengumumkan kerjasama antara KDA FC dengan rakan strategik baharu iaitu Fantasia Aquapark, yang akan menjual tiket perlawanan bola sepak musim ini di kaunter yang disediakan di taman tema air itu.Mohd Daud berkata, KDA FC juga berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak pihak termasuk di luar Kedah pada masa akan datang bagi menjadikan pasukan bola sepak itu lebih relevan dalam masyarakat, khususnya dalam bidang sosio ekonomi dan pendidikan.Mengulas mengenai perlawanan menentang Terengganu FC malam ini, Mohd Daud berkata, pihaknya berasa teruja apabila ramai penyokong KDA FC, telah mendapatkan tiket dan akan membanjiri Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk memberi sokongan kepada skuad Sang Kenari.\u201cKami di pihak pengurusan dan pemain serta jurulatih, perlu sentiasa melihat untuk memberikan satu benda yang baharu dan unik kepada penyokong Kedah. Apabila ramai penyokong Kedah beratur untuk membeli tiket, itu petanda kebangkitan baharu hijau kuning,\u201dkatanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 09:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247688/berita/sukan/shanghai-port-pertaruh-pengalaman-pereira", "article_title": "Shanghai Port pertaruh pengalaman Pereira", "article_text": "BEKAS juara Liga Super China, Shanghai Port mengumumkan Javier Pereira dari Sepanyol sebagai pengendali baharu kelab itu.Pereira merupakan pengganti jangka panjang kepada pengendali dari Croatia, Ivan Leko, yang mengetuai juara 2018 itu ke tempat keempat Liga Super China tahun lalu sebelum mengambil alih tugasan di Hadjuk Split.Pereira mempunyai pengalaman bekerja di China setelah berkhidmat sebagai penolong jurulatih kepada Jordi Cruyff di Chongqing Lifan.Dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih di Henan Longmen pada 2020, namun meninggalkan kelab itu selepas kurang daripada dua musim bagi menyahut cabaran bersama Levante di La Liga.Bagaimanapun, dia hanya mampu bertahan kurang dua bulan bersama kelab Sepanyol itu sebelum kembali ke Henan menjelang permulaan musim 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 08:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247686/berita/sukan/arsenal-intai-peluang-lebar-status-pendahulu", "article_title": "Arsenal intai peluang lebar status pendahulu", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal memiliki para pemain yang boleh membantu kelab utara London itu menjadi lebih sukar dijangka, kata pengurus Mikel Arteta, ketika The Gunners dalam percubaan melebarkan kelebihan lima mata di puncak carta liga apabila melayan kunjungan Everton di Stadium Emirates.Arsenal mendahului kedudukan liga dengan 57 mata selepas 24 perlawanan, dua mata di atas pasukan tangga kedua Manchester City yang telah bermain lebih satu perlawanan.\u201cSejujurnya kami mempunyai pilihan sekarang, apabila memiliki para pemain yang kembali pulih daripada kecederaan.\u201cIni penting kerana para pemain tidak dapat mengekalkan tahap yang sama selama 10 bulan, ia adalah mustahil.\u201cKami perlu berubah dan menjadi lebih sukar diramalkan dan kami gembira memiliki kelebihan itu sekarang,\u201d kata Arteta.Kemenangan ke atas Everton akan membolehkan Arsenal mengumpul 60 mata selepas 25 perlawanan liga, menjadikan anak buah Arteta generasi Arsenal ketiga dalam sejarah yang mencapainya.\u201cItu tidak bermakna apa-apa,\u201d kata Arteta apabila menegaskan masih terdapat 13 perlawanan yang perlu diharungi para pemainnya.Untuk rekod, Arsenal hanya tewas tiga perlawanan liga musim ini, termasuk kekalahan 0-1 di Everton pada 4 Februari.Arteta berkata, pasukannya akan menyasarkan prestasi yang lebih baik kali ini menentang skuad kendalian Sean Dyche tersebut.\u201cIni peluang untuk kami melakukan yang lebih baik berbanding ketika berdepan mereka beberapa minggu lalu seterusnya memenangi perlawanan ini,\u201d katanya.Sementara itu, Arteta memaklumkan Thomas Partey berkemungkinan tidak bermain menentang Everton selepas pemain tengah itu diturunkan ketika menang 1-0 ke atas Leicester City pada hujung minggu.\u201cDia tidak banyak berlatih, dia hanya ada satu sesi. Dia akan berlatih hari ini. Dia tidak bermain selama beberapa minggu, dan dia perlu mendapatkan rentak,\u201d kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 08:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247679/berita/sukan/juara-olimpik-tarik-diri-dari-kemboja-2023", "article_title": "Juara Olimpik tarik diri dari Kemboja 2023", "article_text": "PEMENANG emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling dari Singapura, mengumumkan menarik diri daripada Sukan SEA 2023, apabila menyatakan dia tidak berada pada tahap terbaik bertanding di Kemboja.\u201cSelepas pertimbangan yang teliti bersama pasukan saya, saya memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan SEA.\u201cIni bukan keputusan mudah, tetapi saya kini tidak berada pada tahap untuk beraksi. Akhirnya, negara saya didahulukan sebelum anugerah individu,\u201d kata perenang berusia 27 tahun itu dalam satu kenyataan.Sebaliknya, Schooling menambah dia akan memberi tumpuan kepada tugas khidmat negara dan menyokong rakan sepasukannya.\u201cSaya memutuskan untuk memberikan tempat kepada rakan sepasukan yang telah bersiap sedia dan menumpukan pada tugas tentera laut saya,\u201d katanya.Untuk rekod, Sukan SEA 2023 akan berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei di Kemboja.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 08:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247671/berita/sukan/legenda-perancis-just-fontaine-meninggal-dunia-di-usia-89-tahun", "article_title": "Legenda Perancis, Just Fontaine meninggal dunia di usia 89 tahun", "article_text": "LEGENDA Perancis, Just Fontaine, yang mencipta sensasi pada Piala Dunia 1958 apabila merekodkan 13 gol dalam satu edisi pusingan akhir meninggal dunia, lapor L'Equipe pada Rabu.Fontaine yang berusia 89 tahun menjaringkan 30 gol daripada 21 penampilan untuk Perancis antara 1953 hingga 1960.Pada 1958, beliau memainkan peranan penting dalam Les Bleus mara ke separuh akhir di Sweden.Seorang penyerang prolifik dengan 259 gol daripada 283 perlawanan dalam karier kelabnya, Fontaine antara pemain utama kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Reims yang mara ke final Piala Eropah pada 1959.Reims, yang memenangi tiga gelaran liga utama Perancis bersama Fontaine, tewas 0-2 kepada Real Madrid tetapi \u2018Justo\u2019 berakhir sebagai penjaring terbanyak kejuaraan dengan 10 gol.\u201cPemikiran untuk Just Fontaine,\u201d juara Perancis Paris St Germain menulis di Twitter.Sebagai jurulatih, Fontaine membantu PSG naik pangkat ke Divisyen Satu pada 1974.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 07:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247651/berita/sukan/pemain-perak-kena-lebih-tenang-depan-gawang", "article_title": "Pemain Perak kena lebih tenang depan gawang", "article_text": "PEMAIN Perak FC khasnya bahagian penyudah dinasihati lebih tenang bagi menterjemahkan setiap percubaan di depan gawang gol dalam bentuk jaringan pada masa depan.Itu luahan pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim setelah menyaksikan The Bos Guarus mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Selasa.\u201cSetiap mata adalah penting terutama di tempat lawan dan satu mata lebih penting daripada kehilangan tiga mata.\u201cKami hanya perlu menjaringkan gol selepas mencipta peluang, namun gagal menjaringkan gol. Itu sahaja masalah kami setakat ini.\u201cPengalaman bukan punca tetapi mungkin mereka terlalu ghairah dan tidak tenang di depan gawang kerana mereka masih muda,\u201d kata Teong Kim semasa sidang media selepas perlawanan.Perak dijadualkan berdepan Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu ini.Mengulas persiapan menjelang kunjungan ke Kota Bahru, Teong Kim berkata, \u201cUntuk perlawanan akan datang, pemain yang digantung akan kembali membantu pasukan.\"Ia akan beri lebih banyak pilihan kepada saya manakala penyerang import kami Christian Obiozor pula baru pulih dari kecederaan akan membantu pasukan selepas ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 06:16pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247630/berita/sukan/kelantan-fc-yakin-raih-mata-bertemu-sri-pahang-fc", "article_title": "Kelantan FC yakin raih mata bertemu Sri Pahang FC", "article_text": "KELANTAN FC melaungkan keyakinan mampu mengutip mata sulung ketika bertemu Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Khamis.Ketua pasukan The Red Warriors (TRW) Mario Arques berkata, moral rakan-rakan seperjuangan kembali berada di landasan terbaik walaupun tewas di tangan Kuching City FC Sabtu lalu.\"Kami sudah melupakan kekalahan itu dan kembali fokus untuk bertemu Sri Pahang.\"Walaupun bukan tugas mudah berdepan mereka (Sri Pahang) namun saya optimis Kelantan FC mampu mengutip mata,\" katanya.Menurutnya, segala kelemahan pada pertemuan dengan Kuching City sudah diperbaiki bagi memastikan misi mendapatkan mata berjaya di capai.Ujarnya, seluruh barisan pemain TRW perlu kekal positif dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.Perancang tengah kelahiran Alicante, Sepanyol itu turut mengharapkan magis daripada penyokong dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada Kelantan FC.Beliau berkata, sokongan padu itu akan menjadi azimat buat dia dan rakan-rakan sepasukan untuk beraksi dengan cemerlang sekali gus memastikan kemenangan menjadi milik mereka nanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 05:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247607/berita/sukan/falcao-hanya-selangkah-sertai-keluarga-jdt", "article_title": "Falcao hanya selangkah sertai keluarga JDT", "article_text": "PENYERANG sensasi Colombia, Radamel Falcao dilaporkan bersedia untuk menyertai keluarga besar penyandang juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).Pada ketika ini pemain berusia 37 tahun itu terikat bersama kelab Sepanyol, Rayo Vallecano sejak 2021 dengan kontrak bakal berakhir Jun depan.Media Sepanyol Marca melaporkan bekas pemain River Plate (Argentina), Porto (Portugal) Atl\u00e9tico Madrid (Sepanyol), Monaco (Perancis), Manchester United (England), Chelsea (England) dan Galatasaray (Turkiye) itu mahu menggalas cabaran baharu bersama Harimau Selatan.Malah Marca turut mendakwa Falcao sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama JDT kendalian Esteban Solari.\u201cJDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menandatangani penyerang Colombia itu selama dua musim dan dia akan menjadi duta buat kelab dan bandar itu,\u201d menurut Marca.Untuk rekod, Falcao akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua menyarung jersi Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013 sekiranya perkhabaran ini menjadi kenyataan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 03:42pm"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247576/berita/sukan/brm-fc-terima-tajaan-baharu", "article_title": "BRM FC terima tajaan baharu", "article_text": "KUALA Kangsar BRM FC menerima tajaan baharu dari sebuah institusi pendidikan bagi mengharungi saingan Liga M3 musim ini.Tajaan oleh Raudhah Islamic School bagi tempoh semusim itu sekali gus menamatkan kontroversi yang tercetus sebelum ini susulan penajaan daripada sebuah syarikat rokok elektronik.Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir berbesar hati dengan kesediaan Raudhah bekerjasama bagi membantu kelab berada di landasannya.Menurutnya, secara tidak langsung menunjukkan institusi pendidikan turut menyokong usaha kelab tempatan bersaing merancakkan semula industri bola sepak negara.\"Suntikan semangat seperti ini amat diperlukan. Harapan kita agar tajaan ini mampu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak kami susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik (vape).\"Misi kita adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain tempatan berbakat yang mampu mewakili negeri dan negara,\" katanya dalam sidang akhbar majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kuala Kangsar BRM FC dengan Raudhah Islamic School di sini pada Rabu.Kuala Kangsar BRM FC diwakili Ghafari manakala Raudhah Islamic School oleh Pengarah urusannya, Mohd Fauzi Bidin.Sebelum ini, Ghafari membayangkan tidak dapat menyertai Liga M3 musim ini berikutan bakal kehilangan sumber kewangan selepas berdepan isu penajaan syarikat rokok elektronik.Isu itu dibangkitkan portal bola sepak tempatan kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat vape berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim sebelum ini.Sementara itu, Mohd Fauzi optimis dengan rekod dan kredibiliti pasukan BRM FC pada musim lepas yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir liga.Katanya, kesungguhan kelab itu turut dipamerkan apabila mendapatkan khidmat pemain berkaliber antaranya Nazrin Nawi, Khairul Izuan Rosli (UiTM) dan Muhammad Syazwan Tajudin (Kedah).\"Kita terpanggil selepas melihat kesungguhan perancangan jangka panjang pasukan ini yang mahu memiliki kompleks bola sepak sendiri.\"Harapan kita agar penajaan ini memberi impak dan penjenamaan positif kepada kedua dua pihak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 01:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247563/berita/sukan/kbs-mfl-anjur-tayangan-skrin-besar-empat-aksi-liga-super", "article_title": "KBS, MFL anjur tayangan skrin besar empat aksi Liga Super", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meneruskan usaha memeriahkan saingan Liga Super 2023 dengan bekerjasama mengadakan tayangan skrin besar melibatkan empat perlawanan bulan ini.Empat perlawanan itu membabitkan pertembungan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC yang akan ditayangkan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu malam ini diikuti Kelantan FC bertemu Penang FC pada 5 Mac ini pula ditayangkan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.Dua lagi perlawanan iaitu Kuala Lumpur (KL) City FC menentang Negeri Sembilan FC pada 11 Mac ditayangkan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban manakala aksi Kelantan United dan KDA pada 13 Mac di Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ini adalah satu daripada program KBS dalam menyemarakkan lagi perlawanan bola sepak dan memupuk semangat kesukanan serta perpaduan komuniti setempat.\"Keempat-empat tayangan skrin besar ini diteruskan apabila program ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat setempat semasa perlawanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023 baru-baru ini.\"Berdasarkan data yang kita kumpul untuk program skrin besar, bagi dua tayangan Piala AFF 150,000 rakyat telah keluar untuk menonton. Oleh kerana populariti skrin besar, kita akan berbelanja teruskan program skrin besar,\u201d katanya pada sidang media majlis pengumuman kerjasama itu di Menara KBS di sini, hari ini.Pada masa sama, Hannah memberi bayangan program ini akan diteruskan bagi perlawanan-perlawanan seterusnya selepas menilai sambutan yang diberikan penyokong dalam empat tayangan pertama.\"Saya minta penyokong keluar beramai-ramai kerana bila tak ramai di lokasi tersebut, mungkin kita akan pindahkan ke tempat yang ada lebih banyak penyokong, jadi terpulang kepada penyokong masing-masing untuk menjayakan program skrin besar ini,\u201d katanya.Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, program berkenaan dapat membantu memeriahkan saingan liga dan kelab yang bertanding dalam saingan liga musim ini.\"MFL seterusnya akan bekerjasama dengan KBS berhubung apa sahaja agenda melibatkan Liga Malaysia musim ini dan berikutnya.\u201d - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 12:47pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247552/berita/sukan/glazers-belum-sedia-lepas-united", "article_title": "Glazers belum sedia 'lepas' United", "article_text": "PENJUALAN Manchester United dijangka tertangguh sehingga Mei apabila keluarga Glazers berkeras mahu mendapatkan tanda harga 6 bilion pound (RM32.4 bilion) yang ditetapkan mereka.Sebelum ini, Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani dan Sir Jim Ratcliffe masing-masing menawarkan maksimum 4.5 bilion pound (RM24.29 bilion) untuk membeli kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu.Bagaimanapun, keluarga Glazers hanya mahu menjual United pada harga RM32.4 bilion walaupun ia jauh lebih tinggi daripada penilaian dilakukan pakar kewangan.Financial Times menilai kelab berkenaan hanya pada 1.32 bilion pound (RM7.12 bilion), namun nilainya lebih tinggi di Bursa Saham New York - 2.8 bilion pound (RM15.12 bilion).Jika mengikut perkiraan sama ketika Chelsea dijual kepada Todd Boehly pada musim panas lalu, ia mencecah 3.55 bilion (RM19.16 bilion).Nilai-nilai berkenaan mendorong pembida membuat tawaran lebih rendah berbanding harga ditetapkan Glazers, dengan Ratcliffe hanya menyasarkan 69 peratus saham United manakala Sheikh Jassim mahu pemilikan penuh.Glazers juga menerima bidaan daripada Genevra Associates yang berpangkalan di Luxembourg yang mana mereka hanya mahukan saham minoriti, sekali gus mengekalkan Glazers sebagai pemilik.Pada Isnin, United berjaya mengakhiri kemarau kejuaraan sejak tahun 2017 selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada final Piala Liga di Stadium Wembley.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 12:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247547/berita/sukan/manchester-city-lulus-ujian-di-ashton-gate", "article_title": "Manchester City lulus ujian di Ashton Gate", "article_text": "DUA jaringan memukau Phil Foden diikuti penyudah berimpak tinggi Kevin De Bruyne menyaksikan Manchester City meneruskan kemaraan ke pusingan keenam Piala FA selepas mengatasi Bristol City, 3-0 di Stadium Ashton Gate pada Rabu.Malah pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan peranan dimainkan Foden merupakan asas penting ketika melakar kemenangan ke atas kelab Liga Kejuaraan yang tampil dengan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan terakhir semua pertandingan.\"Phil cukup dinamik, bertenaga, bekerja keras dan berkualiti seperti dibuktikan sepanjang perlawanan ini.\"Ya, perjalanan kariernya semakin meningkat tiada apa yang perlu diragui mengenai perkara itu semasa berkhidmat di kelab ini.\"Namun terdapat juga fasa musim ini dia bergelut dengan kecederaan yang menyaksikannya memerlukan masa untuk kembali ke prestasi sebenarnya.\"Tetapi kini dia kembali untuk persembahan terbaik musim ini, malah impaknya sangat mengagumkan. Bola sepak berbaloi apabila anda bekerja seperti dia,\" kata Guardiola selepas perlawanan.Pada perlawanan itu, Foden meledak dua gol bermula pada minit ketujuh dan 74 sebelum De Bruyne memastikan langkah tuan rumah dengan jaringan minit ke-81 hasil penyudah padu jarak 25 meter.Mengenai cabaran diberikan Bristol City, Guardiola berkata, \"Sejujurnya ia perlawanan yang sukar biarpun pengakhiran berpihak kepada Manchester City.\"Bristol menunjukkan kepada kami betapa bagusnya karakter mereka apabila beraksi di laman sendiri.\"Saya kagum dengan beberapa pemain Bristol City, biarpun saya tidak mengenali mereka dan ternyata deparuh masa kedua mereka lebih baik,\" kata GuardiolaSementara itu, harapan Leicester City untuk mengulangi pencapaian 2021 musnah apabila tewas 1-2 di Stadium King Power kepada kelab Liga Kejuaraan Blackburn Rovers.Gol Rovers dihasilkan Tyrhys Dolan (m-33) dan Sammie Szmodics (m-52) sebelum Kelechi Iheanacho mengurangkan defisit pada minit ke-67.Fulham pula mara ke pusingan keenam buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun hasil jaringan Joao Palhinha dan Manor Solomon yang membolehkan tuan rumah menang 2-0 ke atas Leeds United di Craven Cottage.Sementara itu, harapan Brighton dan Hove Albion untuk menjulang trofi utama yang pertama kekal tenang apabila gol separuh masa pertama Evan Ferguson mengesahkan kemenangan 1-0 ke kelab Liga Kejuaraan, Stoke City.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 11:59am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247546/berita/sukan/ronaldo-pemain-terbaik-bulanan-liga-pro-saudi", "article_title": "Ronaldo pemain terbaik bulanan Liga Pro Saudi", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo tidak menunggu lama untuk terus mencipta impak bersama kelab Al Nassr apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Pro Saudi bagi bulan Februari.Kapten Portugal berusia 38 tahun itu yang menyertai Al Nassr pada penghujung tahun lalu, sudah merekodkan lapan gol hanya dalam empat perlawanan sepanjang bulan lalu.Ronaldo mula membuka 'akaun gol' ketika menyumbang satu gol menentang Al Fateh pada 3 Februari sebelum dia meledak empat gol dalam pertemuan berdepan Al Wehda.Lapan hari kemudian, Ronaldo membantu kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Taawoun sebelum dia meledak hatrik keduanya ketika kemenangan 3-0 ke atas Damac pada Sabtu lalu.Sumbangan Ronaldo itu telah membantu Al Nassr mengukuhkan kedudukan di puncak liga, sekali gus mengakhiri penguasaan Al Hilal sepanjang tiga tahun lalu.Selepas mengharungi 18 perlawanan, Al Nassr kini mendahului Liga Pro Saudi dengan kelebihan dua mata ke atas Al Ittihad yang mengumpul 41 mata.Penyandang juara, Al Hilal pula ketinggalan 11 mata di belakang Al Nassr, namun mampu merapatkan jurang kerana baru beraksi 15 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 11:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247540/berita/sukan/jerman-mula-bina-semula-kekuatan", "article_title": "Jerman mula bina semula kekuatan", "article_text": "GERGASI Eropah, Jerman akan menyenaraikan sejumlah besar wajah baharu untuk perlawanan persahabatan menentang Peru dan Belgium pada Mac.Pengendali Jerman, Hansi Flick berkata, itu antara pendekatan pasukan tersebut dalam membina semula keupayaan menjelang kempen Euro 2024 di laman sendiri.Jerman yang sebelum ini mengalami penyingkiran Piala Dunia peringkat kumpulan kedua berturut-turut di Qatar pada Disember, akan berharap untuk meletakkan asas tahun ini untuk kejohanan yang berjaya di Jerman pada 2024.\"Kami akan pastikan pasukan ini mendapat beberapa pemain baharu dalam mengembalikan semula imej pasukan bola sepak Jerman.\"Memang menarik untuk melihat beberapa pemain muda beraksi bersama tonggak senior.\u201cKami mahu menggunakan segala peluang dan masa yang ada untuk membentuk serta menguji semula pasukan dari sekarang sehingga Euro dengan menguji pemain muda,\" kata Flick.Jerman menjadi tuan rumah Peru pada 25 Mac sebelum menjamu Belgium tiga hari kemudian.Untuk rekod beberapa pemain muda telah pun beraksi bersama skuad Jerman dan hampir pasti mendapat tempat dalam skuad 2024, termasuk Jamal Musiala, Florian Wirtz, Karim Adeyemi dan Youssoufa Moukoko.Ramai lagi pemain dijangka akan mempamerkan bakat mereka dalam tempoh terdekat, sambil Flick berusaha membina pasukan berdaya tempur untuk menebus kegagalan Qatar 2022 tahun lalu.Juara dunia empat kali Jerman sebelum ini juga tersingkir dari Euro pada 2021 dalam Pusingan 16.Situasi itu juga menyaksikan kehadiran para penyokong Jerman ke stadium juga semakin berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.\"Ia adalah mengenai menyampaikan persembahan pada masa yang tepat. Adalah penting untuk melihat bahawa pasukan itu bersemangat berjuang dan memberikan sesuatu kembali kepada para penyokong Jerman.\"Sesiapa yang mahukan bersama mengembalikan era kegemilangan bola sepak Jerman boleh bersama kami menjelajah perjalanan ke Euro 24,\" kata Flick", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 11:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247535/berita/sukan/chelsea-sudah-jatuh-ditimpa-tangga", "article_title": "Chelsea sudah jatuh ditimpa tangga", "article_text": "KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang berbelanja mewah pada perpindahan pemain jendela Januari lalu, kini diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.Selepas pembelian para pemain luar biasa itu, kelab London tersebut kurang memberi kesan positif.Prestasi skuad kendalian Graham Potter itu kini bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar seperti ketika di bawah kepimpinan Thomas Tuchel.Terbaru The Blues berdepan ketempangan apabila pemain pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva mengalami kecederaan ligamen lutut yang menyaksikannya bakal terlepas perlawanan untuk tempoh lima ke enam minggu.Pemain Brazil itu mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika Chelsea tunduk 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi liga pada Ahad.Pemain berusia 38 tahun itu kini akan menjalani penilaian lanjut dan imbasan sekembalinya ke pusat latihan pada Selasa, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.\u201cHasil imbasan daripada penilaian tersebut telah mengesahkan kerosakan pada ligamen lutut Thiago dan dia kini akan bekerjasama rapat dengan jabatan perubatan kelab semasa pemulihannya untuk kembali beraksi secepat mungkin,\u201d kata Chelsea dalam satu kenyataan.Kekalahan di Spurs memanjangkan prestasi buruk Chelsea di bawah Potter, dengan pasukan itu hanya memenangi dua daripada 15 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.Chelsea berada di tangga ke-10 liga dengan 31 mata selepas 24 perlawanan, 14 mata di luar empat teratas akan melayan kunjungan Leeds United di Stadium Stamford Bridge pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247527/berita/sukan/enam-minggu-terasa-enam-bulan", "article_title": "Enam minggu terasa enam bulan", "article_text": "PEMAIN tengah Leicester City, Youri Tielemans akan diketepikan selama enam minggu, kata pengurus Brendan Rodgers pada Rabu.Pemain sensasi Belgium itu mengalami kecederaan buku lali selepas masuk sebagai pemain gantian ketika dijinakkan Arsenal hujung minggu lalu.Perkembangan itu menyebabkan Tielemans terlepas aksi Piala FA yang menyaksikan The Foxes tewas 1-2 kepada kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers di Stadium King Power.\"Youri akan diketepikan selama enam minggu. Enam minggu akan terasa seperti enam bulan apabila anda kehilangan pemain yang berkualiti seperti dia.\"Dia mengalami kecederaan bahagian ligamen di buku lali. Dia tidak akan kembali sebelum rehat antarabangsa,\" kata Rodgers selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA yang mengakhiri kembara kelab Midlands itu.Untuk rekod, Leicester kini hanya tiga mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, Rodgers mengakui kehilangan Tielemans tiba pada peringkat paling penting untuk kelab musim ini.\"Kami mempunyai beberapa perlawanan yang sangat penting sekarang dan satu-satunya tumpuan kini ialah mendapatkan pasukan terbaik yang mungkin kami dapat keluarkan setiap kali bermain dan melihat untuk mendapatkan keputusan.\"Jika kami boleh mempunyai keazaman itu dan berjuang untuk menyamai beberapa kualiti yang ada, kami akan memenangi perlawanan yang diperlukan. Tetapi ia pasti akan menjadi pertarungan berintensiti tinggi,\" katanya.The Foxes akan bertandang ke Stadium St Mary's berdepan Southampton dalam perlawanan liga awal pagi Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 10:28am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247504/berita/sukan/kisah-di-sebalik-jersi-nombor-67-milik-saddil-ramdani", "article_title": "Kisah di sebalik jersi nombor 67 milik Saddil Ramdani", "article_text": "DUA musim menyarung jersi Sabah FC, Saddil Ramdani tampil mendedahkan rahsia nombor 67 begitu istimewa kepada pemain lincah dari Indonesia tersebut.\u201cIbu saya dilahirkan pada tahun 1967 dan itu sebabnya saya mengambil nombor 67 itu sebagai nombor jersi saya di Sabah.\u201cPerkara ini juga telah direstui ibu apabila saya telah memohon kebenaran daripadanya.\u201cMungkin ramai berasa hairan mengapa saya memilih nombor ini tetapi saya bangga kerana ini menunjukkan rasa hormat serta bukti, perasaan sayang kepada ibu.\u201cSaya harap pemilihan nombor 67 ini akan berikan tuah kepada karier saya sepanjang di Sabah terutama pada musim ini,\u201d katanya.Sabah menyingkap tirai Liga Super 2023 dengan keputusan positif apabila menewaskan PDRM FC, 4-0.Pada perlawanan itu Saddil terlebih dulu meletakan The Rhinos di depan pada minit ke-13.Kapten The Rhinos, Park Tae-su menjadikan kedudukan 2-0 apabila menyudahkan hantaran Saddil pada minit ke-38 untuk memimpin separuh masa pertama 2-0.The Cops berusaha kembali menyaingi tuan rumah babak kedua, namun Saddil ternyata lebih unggul apabila melebarkan jaringan pada minit ke-71,Anak buah Datuk Ong Kim Swee terus menambah jaringan kali ini menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-93 selepas menyudahkan hantaran Rizal Ghazali.Sementara itu, prestasi cemerlang pada aksi sulung Liga Super melalui dua jaringan dan satu bantuan gol, tidak membuatkan Saddil leka dengan pujian.Sebaliknya pemain berusia 24 tahun itu mahu lebih konsisten sepanjang musim ini bagi membantu Sabah FC meraih lebih banyak kejayaan, musim ini.Malah tegasnya, dia juga tidak mahu kejayaan menewaskan PDRM FC, 4-0 hanya ditujukan kepada dirinya sebaliknya menganggap semua pemain juga memberikan yang terbaik untuk Sabah.Justeru, Saddil mengharapkan rentak sama mampu diteruskan The Rhinos apabila melayani kunjungan Kelantan United FC di Stadium Likas, pada Rabu.\u201cSyukur kerana permulaan positif buat saya dan pasukan, tetapi ini hanya aksi pertama kerana banyak lagi perlawanan kita bakal hadapi.\u201cDua jaringan yang dilakukan sudah tentu memberikan motivasi dan harap saya mampu kekal berikan yang terbaik kepada pasukan sepanjang musim.\u201cSejujurnya saya gembira beraksi dengan barisan penyerang Sabah musim ini apabila adanya pemain seperti Darren Lok yang telah menambahkan kualiti pasukan,\u201d katanya.Untuk rekod Saddil dan pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Paulo Josue, dua pemain yang berjaya menjaringkan dua gol pada aksi pembukaan Liga Super.Mengenai perlawanan berdepan Kelantan United Saddil berkata, \u201cKami tidak boleh ambil mudah cabaran Kelantan United kerana semua pasukan ada kualiti tersendiri apabila berada di dalam Liga Super.\u201cApa yang penting, jangan sia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan cuba meraih tiga mata pada tiap perlawanan bagi meletakkan kami dalam posisi yang selesa di liga.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 09:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247518/berita/sukan/manchester-united-crystal-palace-didenda", "article_title": "Manchester United, Crystal Palace didenda", "article_text": "MANCHESTER United dan Crystal Palace didenda \u00a355,000 selepas para pemain mereka mencetuskan kontroversi semasa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal bulan ini, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Rabu.Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan yang dimenangi Manchester United, 2-1 di Stadium Old Trafford, 4 Februari lalu.Kontroversi tercetus selepas Casemiro dilayangkan kad merah kerana mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah ekoran terjahan ke atas Antony.United menerima kenyataan bahawa kelab gagal memastikan para pemain mereka berkelakuan dengan teratur dan mengelak daripada melakukan provokasi, namun Palace menafikan tuduhan itu.\"Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas kemudiannya mendapati pertuduhan terhadap Crystal Palace terbukti dan mengenakan denda kedua-dua kelab,\" kata FA.United yang berada di tangga ketiga liga akan bertandang ke Anfield menentang Liverpool pada Isnin, manakala Palace di tangga ke-12 menentang Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 09:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247501/berita/sukan/pdrm-perak-sekadar-kongsi-mata-tanpa-jaringan", "article_title": "PDRM, Perak sekadar kongsi mata tanpa jaringan", "article_text": "PENDATANG baharu, PDRM FC dan Perak FC masing-masing mengutip mata pertama selepas terikat tanpa jaringan pada aksi kedua Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, malam ini.Beraksi di hadapan 2,250 orang penonton, kedua-dua pasukan turun dengan misi mencari tiga mata penuh musim ini selepas tewas aksi pembukaan liga minggu lalu, bagaimanapun, gagal memecah kebuntuan gol sehingga separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, skuad Sang Saka Biru berpeluang memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-48 menerusi rembatan leret Muhamad Norfiqrie Abdul Talib namun ia tersasar melewati kiri gawang gol Perak.Minit ke-56, penyerang The Bos Gaurus, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak hampir meletakkan pasukannya di depan namun percubaan di dalam kotak penalti sekadar menggegar tiang gol sebelah kanan dikawal penjaga gol PDRM, Mohamad Ramadhan Ab. Hamid.Memasuki minit-minit terakhir perlawanan, hujan lebat sehingga menyukarkan kedua-dua pasukan untuk menggandakan serangan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.Pada aksi pembukaan musim baharu, PDRM tumbang 0-4 kepada Sabah manakala Perak tewas 1-4 kepada Kedah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Mac 2023 12:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247492/berita/sukan/nasihat-sahaja-pemilihan-pemain-belum-lagi", "article_title": "Nasihat sahaja pemilihan pemain belum lagi...", "article_text": "TUJUH legenda badminton negara, yang menganggotai Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM), kemungkinan akan mengikuti skuad negara pada mana-mana kejohanan dalam masa terdekat.Bagaimanapun buat masa ini Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.\u201cPerkataan yang kita gunakan adalah nasihat, jadi ia kekal sebegitu buat masa ini kerana pasukan kejurulatihan ada perancangan sendiri tetapi sepanjang perjalanan mereka akan mendapat nasihat dan input daripada ahli panel.\u201cKatakanlah (jika) kita bawa satu atau dua daripada mereka (panel) ke Piala Sudirman, misalnya, untuk memberi input tambahan kepada pasukan dan jurulatih, maka kita akan lakukan itu tetapi dari segi pemilihan pemain, belum lagi,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel tersebut pada Selasa.Untuk rekod, panel penasihat itu dibentuk awal bulan ini bagi memberikan input tambahan, nasihat dan panduan strategik kepada Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan ABM dengan tujuan meningkatkan prestasi pemain itu untuk tempoh jangka panjang.Selain memberi nasihat kepada pasukan kebangsaan, Mohamad Norza, berkata beliau mungkin mempertimbangkan untuk melantik barisan legenda berkenaan sebagai pengurus pasukan dalam mana-mana kejohanan, namun tertakluk kepada jadual dan komitmen mereka.Kesemua legenda berkenaan berkhidmat dalam panel berkenaan secara pro-bono (tanpa bayaran).Tujuh legenda berkenaan dalam panel tersebut ialah Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.Selain turut dianggotai Naib Presiden BAM, Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan bekas Ketua Pengarah MSN dan Insttitut Sukan Negara (ISN),, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Chong Wei dan Jalani tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana mempunyai urusan peribadi di luar negara.Mohamad Norza berkata, kehadiran barisan legenda sebagai mentor boleh membantu pemain negara lebih berkeyakinan diri dan meluahkan apa yang terbuku di hati serta berkongsi sebarang isu yang dihadapi mereka.\u201cIni kerana beberapa pemain mungkin takut untuk berkongsi masalah dengan jurulatih sebaiknya lebih selesa untuk berbicara dengan legenda ini,\u201d katanya.Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, antara topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah untuk mencari jalan mendapatkan dua wakil dalam setiap kategori untuk Sukan Olimpik Paris 2024, melahirkan lebih ramai pemain pelapis dan mengenal pasti bakat di seluruh negara bagi mengukuhkan kelompok pemain.\u201cTerdapat juga cadangan untuk melihat gaya hidup (pemain) kerana ada yang berbakat tetapi mereka nampaknya tidak cukup 'lapar' untuk benar-benar berjuang bagi meraih kejayaan,\u201dkatanya.Beliau berkata, penubuhan panel ini adalah untuk memastikan ketelusan tentang cara BAM dan ABM beroperasi dan akhirnya memberikan mereka saluran yang betul untuk meluahkan pandangan mereka dalam usaha meningkatkan prestasi pemain.\u201cWalaupun panel ini bermesyuarat setiap tiga bulan tetapi ahli panel boleh memberikan input mereka pada bila-bila masa,\u201dkatanya.Mohamad Norza juga tidak menolak kemungkinan mereka boleh membawa masuk lebih ramai bekas pemain hebat jika perlu untuk menyertai panel itu pada masa hadapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 10:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247491/berita/sukan/sukan-sea-2023-isytihar-status-kesihatan-elak-isu-doping", "article_title": "Sukan SEA 2023: Isytihar status kesihatan, elak isu doping", "article_text": "PENGURUS setiap pasukan digesa mengisytihar status kesihatan lengkap semua atlet ke Sukan SEA Kemboja sebagai langkah mengelakkan isu doping di temasya dwitahunan yang berlangsung pada Mei ini.Ketua Kontinjen Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, ia susulan kebimbangan pihak pengurusan terhadap atlet dengan penyakit asma yang dikhuatiri gagal ujian doping akibat pengambilan ubatan tertentu.Justeru katanya, semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) supaya pihak Institut Sukan Negara (ISN) mengambil maklum isu kesihatan mereka selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan mengganggu ujian doping.\u201cDari segi persiapan, atlet harus membuat pemeriksaan perubatan sebelum pergi dan mereka harus memaklumkan bahawa mereka ada asma, jadi ISN akan membuat persediaan tertentu.\u201c... Jadi tidak akan menjadi masalah mengenai doping itu,\u201d katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke temasya sukan itu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia, Kuala Lumpur pada Selasa.Mengulas mengenai situasi terkini wabak Influenza A virus subjenis H5N1 yang meragut dua nyawa di Kemboja, Mohd Nasir menasihati semua pihak agar tidak panik kerana ISN akan mengambil langkah keselamatan terhadap semua atlet.\u201cISN akan bawa 35 pegawai perubatan dan sembilan doktor namun kami menyarankan agar ISN menambah bilangan doktor,\u201d katanya.Pada masa sama, beliau mengingatkan pengurus pasukan agar bersiap siaga untuk berdepan cabaran logistik dan penganjuran secara umum di Kemboja, yang buat julung kalinya menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu.Katanya, ia berikutan sukan itu berlangsung pada waktu kemuncak cuaca panas berdebu dijangka mencecah suhu 42 darjah Celsius yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 09:47pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247489/berita/sukan/perhitungan-terengganu-kedah-bukan-steinbruckner-nafuzi", "article_title": "Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menjangkakan skuad Penyu bakal berdepan tentangan sengit pada aksi Liga Super 2023 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, malam esok.Katanya, ia memandangkan Sang Kenari dibimbing bekas jurulatih TFC, Nafuzi Zain memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.\u201cIa bukan suatu kelebihan untuk TFC mengatasi Kedah dengan mudah walaupun pernah bekerja dalam satu pasukan dengan Nafuzi.\u201cRamai teruja dan bertanya bagaimana perasaan saya untuk berdepan cabaran daripada Nafuzi. Tapi antara saya dan Nafuzi, tiada pertandingan...tapi antara TFC dan Kedah.\u201cNafuzi adalah jurulatih yang bagus dan mempunyai pasukan yang baik. Jadi, kita akan lihat siapa lebih bertuah atau berkualiti esok,\u201d katanya selepas sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.Sementara itu, pemain import TFC, Sony Norde menggesa rakan sepasukan supaya lebih agresif dan mencipta banyak peluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan.Katanya, semua pemain perlu segera membina keserasian dan persefahaman kerana ia faktor penting menentukan kemenangan pasukan.\u201cTFC ada ramai pemain baharu. Sudah tentu mengambil masa untuk membina keserasian dan persefahaman antara kami.\u201cTapi kita perlu cepat sebelum terlambat. Perlawanan pertama selalunya suatu yang sukar. Tapi untuk perlawanan seterusnya, saya harap kita boleh berikan yang lebih baik untuk dapatkan tiga mata,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 09:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247486/berita/sukan/fam-teliti-suara-bojan", "article_title": "FAM teliti 'suara' Bojan", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa bersikap terbuka dengan sebarang pandangan berkaitan isu pengadil demi kebaikan arena bola sepak negara.Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata, pandangan boleh dikemukakan mengikut saluran yang betul menerusi Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil.\u201cKalau rasa tak puas hati dengan pengadil, kena salurkan. FAM terbuka salurkan terus kepada kita.\u201cKita ada jawatankuasa yang boleh menguruskan hal tersebut. Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil untuk menilai semua laporan,\u201d katanya kepada media di Wisma FAM Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Selasa.Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak sebelum ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya berkongsi mata apabila melakar keputusan seri 2-2 berdepan Penang FC dalam aksi Liga Super 2023 di Cheras pada Sabtu.Menurut Noor Azman, FAM sudah menerima laporan rasmi daripada KL City pada Isnin.Noor Azman (depan, kiri) dan Murugeson bersalaman sempena majlis menandatangani perjanjian penajaan jersi Puma buat skuad Projek FAM-MSN di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Selasa. - Foto FAMKatanya, Jawatankuasa Penilai Prestasi Pengadil giat meneliti laporan tersebut dan dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.\u201cSudah terima laporan semalam (Isnin) sekali dengan video. Esok (Rabu) atau lusa jawatankuasa akan bentang,\u201d katanya.Mengulas sama ada beliau membaca laporan tersebut, Noor Azman menyerahkan kepada jawatankuasa tersebut.\u201cHujah itu kita kena beri kepada yang pakar untuk menilai. Tak boleh komen, biar pakar yang menilainya,\u201d katanya.Menyentuh kemungkinan tindakan ke atas Hodak, beliau berkata, ia bergantung kepada laporan itu kelak.\u201cBelum tahu lagi, tunggu laporan,\u201d katanya.Sebelum itu, Noor Azman mewakili FAM menandatangani perjanjian penajaan jersi Puma menerusi Active Sports untuk skuad Projek FAM-MSN (SPFM).Sementara itu, Puma pula diwakili Pengurus Active Sports, S Murugeson.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 08:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247482/berita/sukan/infatino-hamidin-bincang-masa-depan-bola-sepak-malaysia", "article_title": "Infatino, Hamidin bincang masa depan bola sepak Malaysia", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Ginni Infatino dan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bertemu bagi membincangkan dan mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu berlangsung di Paris, Perancis pada Selasa.Kenyataan itu menyatakan bahawa, FAM secara aktifnya telah terlibat dengan program Foward FIFA - satu mekanisme di mana FIFA membahagikan dana kepada 211 ahli persatuannya bagi projek pembangunan bola sepak - dan kedua-dua presiden itu telah dapat menilai semula kesemua program yang telah dilaksanakan sehingga kini.\u201cSentiasa suatu yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia - yang telah menjadi contoh baik secara berterusan bersama-sama dalam program Foward FIFA, yang mampu memberikan impak mendalam dalam pembangunan bola sepak.Hamidin\u201cPertemuan hari ini memberi peluang yang baik untuk melihat kembali banyak perkara yang telah kami capai bersama dan melihat ke hadapan untuk apa lagi yang boleh kami lakukan pada masa akan datang,\u201d kata Infantino.Program yang dinyatakan Infantino itu termasuklah sokongan berterusan futsal dan liga bola sepak wanita di Malaysia, serta pengubahsuaian ibu pejabat dan pusat latihan FAM baru-baru ini, yang termasuk padang rumput dengan lampu limpah dan naik taraf gelanggang futsal ahli-ahli persatuan.Sementara itu, Hamidin selepas pertemuan itu berkata: \u201cIa satu pertemuan Infantino yang amat bermakna. Pertamanya Infatino sebagai Presiden FIFA sentiasa menerima dan mengalu-alukan kesemua presiden persatuan, jika ada yang diperlukan untuk bertemu dan perbincangan penting hari ini ialah mengenai program Foward FIFA 3.0.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 08:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247475/berita/sukan/piala-mfl-spfm-enggan-jadi-ladang-tuaian-tiga-mata", "article_title": "Piala MFL: SPFM enggan jadi 'ladang tuaian' tiga mata", "article_text": "SKUAD Projek FAM-MSN (SPFM) enggan lagi menjadi 'ladang tuaian' tiga mata kepada mana-mana pasukan menjelang sepak mula saingan Liga Simpanan Bawah 23 tahun (B-23) bagi merebut Piala MFL pada Khamis.Sebaliknya pasukan yang dibarisi 70 peratus muka baharu itu sedia menggegar pentas Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Jurulatihnya, Noor Zaidi Rohmat optimis anak-anak buahnya mampu memberi saingan sengit kepada skuad B-23 daripada kelab Liga Super.\u201cMereka perlu bersaing dengan lawan senior dan pemain import. Pemain sudah bersedia berdepan perlawanan yang lebih mencabar,\u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani penajaan jersi Puma Active Sports di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Selasa.Menurut Noor Zaidi, pasukannya sudah membuat persiapan termasuk mengadakan beberapa aksi persahabatan di utara tanah air bagi membentuk persefahaman dalam kalangan pemain.\u201cSelepas dilantik sebagai jurulatih SPFM, perkara penting adalah meneruskan kesinambungan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi musim 2023.\u201cSecara keseluruhan daripada segi taktikal perlu dipertingkat. Kemampuan pula tidak banyak beza dengan pasukan lain,\u201d katanya.Skuad SPFM pada dua musim lalu menjadi mangsa belasahan pasukan di Liga Premier apabila sekadar menang dua aksi pada edisi 2022 dan sekali menang pada 2021.Ia mengundang kritikan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air yang menilai skuad tersebut sebagai lubuk mengutip tiga mata.Bagaimanapun pengurus pasukan, Mohd Joehari Mohd Ayub menepis kritikan itu dengan memberitahu, skuad muda tersebut laris di pasaran.Malah ada dalam kalangan mereka dilamar kelab besar termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC dan skuad B-23 negara.\u201cSasaran kita pada musim ini ialah untuk terus memberi tentangan sengit kepada pasukan lawan dalam kancah liga tempatan.\u201cTujuan penubuhan skuad ini adalah untuk membangunkan pemain agar mereka boleh pergi jauh termasuk dipilih menyertai skuad Harimau Malaya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 07:20pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247458/berita/sukan/penyokong-barakan-semangat-kedah-berdepan-terengganu", "article_title": "Penyokong barakan semangat Kedah berdepan Terengganu", "article_text": "SOKONGAN padu penyokong setia Kedah Darul Aman (KDA) FC yang bakal memenuhi Stadium Darul Aman menjadi pembakar semangat Sang Kenari untuk meraih tiga mata penuh ke atas Terengganu FC pada malam Rabu.Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain berkata, aksi kedua Liga Super 2023 dilihat berbeza dan pemainnya pasti bakal berdepan tugas sukar kerana Sang Penyu baru sahaja tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) perlawanan pertama dan perebutan Piala Sumbangsih 2023.Menurutnya, kemenangan 1-4 ke atas Perak FC memberikan permulaan baik kepada Sang Kenari pada Sabtu lalu, namun kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh Terengganu FC adalah berbeza.\"Saya yakin dengan kemampuan pemain saya terutamanya bermain di tempat sendiri dan kita tahu kita mendapat sokongan yang padu daripada penyokong sendiri.\"Pasukan juga tak nak mengecewakan penyokong yang telah meletakkan harapan tinggi tahun ini termasuk Tan Sri (Dr Mohd Daud Bakar) dan Ketua Pegawai Eksekutif (Khamal Idris Ali).\"Kita hanya perlu membalas dengan tiga mata dan kemenangan untuk mereka gembira,\" katanya pada sidang akhbar praperlawanan kedua Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada Selasa.Mengulas mengenai pertemuan dengan bekas pasukannya itu, Nafuzi mengakui teruja kerana 'bertembung' dengan ramai pemain tempatan yang pernah dilatih beliau sebelum ini.Jelasnya, Terengganu FC muncul antara pasukan yang mempunyai persiapan rapi pada tahun ini selepas berjaya beraksi di pentas Piala AFC 2023.\"Yang penting kita kena betul-betul fokus dan bersedia sebaik minit pertama perlawanan bermula.\"Kita kalau tengok Terengganu FC tahun ini pun dari segi fizikal memang mereka lebih baik daripada kita jadi kita kena bersedia untuk dari segi hantaran bola tinggi. Kita tahu itu salah satu senjata Terengganu FC untuk musim ini,\" katanya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 05:47pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247451/berita/sukan/sambutan-hangat-kejohanan-cyclocross-malaysia-2023", "article_title": "Sambutan hangat Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023", "article_text": "JAGUH berbasikal dalam acara trek mahupun lebuh raya sudah dimiliki, kini Malaysia menanti lahirnya pelumba bertaraf dunia dalam saingan cyclocross atau nama singkatannya CX - perlumbaan berbasikal berhalangan.Segala-galanya tampak tidak mustahil untuk direalisasikan suatu hari nanti apabila Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia tampil menganjurkan Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 buat julung kalinya.Ketua Pegawai Operasi Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia, Mohd Amrin Zairy Adham berkata, kejohanan anjuran kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) itu akan bermula di Taman Rekreasi D R Seenivasagam di Ipoh, Perak pada 11 dan 12 Mac ini.\u201cKami mahu mempromosi cyclocross sebab ia unik, perlumbaan ini membabitkan gabungan tiga elemen. Ia sesuatu yang jarang dapat kita lihat kerana sering dianjurkan di Eropah dan Amerika Syarikat dari Oktober hingga Februari mengikut kalendar UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa).\u201cKami juga harap kejohanan ini dapat jadi platform melahirkan pelumba berbakat untuk beraksi di persada dunia,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pra pelancaran kejohanan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya pada Selasa.Pada masa sama, beliau berkata, kejohanan yang mendapat sokongan daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai rakan pengangkutan rel rasmi itu mendapat sambutan menggalakkan apabila permohonan peserta bagi perlumbaan di Ipoh nanti melepasi sasaran 1,000 penyertaan.\u201cIa sesuatu yang di luar jangkaan kami walaupun penyertaan pada pusingan awal di Ipoh nanti hanya melibatkan peserta tempatan. Jumlah itu sudah dianggap baik,\u201d jelasnya.Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya mempunyai perancangan untuk membawa masuk Kejohanan Dunia CX dalam tempoh kurang lima tahun akan datang.\u201cJangkaan itu dalam masa tiga hingga lima tahun, bergantung kepada kelayakan untuk menganjurkannya. Buat masa ini kita lebih memberi penekanan mempromosi cyclocross yang mempunyai peminat tersendiri,\u201d jelasnya.Selepas Perak, Selangor akan mengambil alih sebagai venue kejohanan sebelum saingan antarabangsa diadakan di Bagan Datuk, Perak yang bakal disertai peserta dari luar negara dengan tarikh akan dimuktamadkan kelak.Hadiah wang tunai keseluruhan bagi setiap perlumbaan berjumlah RM16,000 dan pemenang juga bakal menerima jersi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.Sebanyak 10 kategori dipertandingkan pada setiap perlumbaan dan peserta boleh mendaftar terus dengan melayari laman sesawang www.sports360.my atau www.bikeaway.com.my atau berhubung secara langsung dengan sekretariat di talian 018-9097203.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 05:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247447/berita/sukan/kelly-tan-kongsi-ilmu-golf-bersama-si-cilik", "article_title": "Kelly Tan kongsi ilmu golf bersama si cilik", "article_text": "SERAMAI 50 peserta terdiri daripada remaja perempuan yang berusia antara 12 hingga 19 tahun termasuk atlet amatur remaja menyertai Klinik Golf Bersama Kelly Tan pada Selasa.Program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Perbadanan Padang Golf Subang itu berlangsung di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya.Menurut KBS, program itu menjadi antara agenda kementerian untuk memberikan sumber inspirasi serta motivasi kepada golongan muda untuk aktif dalam sukan seterusnya menjadi atlet negara.\u201cPenglibatan keluarga juga amat penting dari segi pemahaman dan sokongan kepada anak-anak yang meminati bidang sukan.\u201cProgram Up Close & Personal bersama Kelly Tan hari ini khusus untuk pemain golf wanita professional negara Kelly Tan berkongsi pengalaman serta kemahirannya dalam sukan golf kepada para peserta.\u201cSelain itu, dia juga berkongsi permulaan dalam sukan ini hingga berjaya menjadi pemain golf wanita professional negara,\u201d kata kementerian dalam satu kenyataan.Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Untuk rekod Kelly Tan merupakan pemain golf wanita professional mula aktif dalam sukan golf seawal usia 12 tahun dan telah beraksi dalam dua temasya Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 04:53pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247439/berita/sukan/kbs-mahu-kurangkan-kerenah-birokrasi", "article_title": "KBS mahu kurangkan kerenah birokrasi", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan untuk mengurangkan birokrasi dan mempermudah urusan terutamanya kepada pihak penganjur dalam mengelola acara serta program sukan menerusi Hari Terbuka KBS.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, langkah menganjurkan Hari Terbuka KBS itu, sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semua agensi kerajaan mengurangkan birokrasi dan mempermudahkan urusan untuk rakyat.Beliau berkata, hari terbuka itu juga selaras dengan harapannya supaya KBS berterusan dikenali sebagai kementerian mesra pelanggan, memandangkan kumpulan sasar mereka ialah golongan yang bergiat aktif dalam sukan.\"Penganjur sukan perlu dapatkan kelulusan dan orang ramai nak tengok sama ada program atau acara itu mendapat kebenaran ataupun tidak. Jadi bila masa yang diberikan untuk memohon permit itu panjang, ia membazir dan peluang itu hilang.\"Saya bagi contoh, kalau dalam setahun kita nak tunggu kebenaran tiga bulan sekali untuk dapatkan satu kebenaran, jadi bermaksud dalam setahun hanya boleh buat empat program, tetapi bila kita mudahkan penganjuran sukan boleh berlipat ganda kerana prosesnya cepat,\" katanya dalam sidang akhbar Hari Terbuka KBS di Menara KBS, Putrajaya pada Selasa,Hannah berkata, beliau berharap dengan adanya hari terbuka itu semua persatuan sukan, kelab dan persatuan belia, tidak lagi ada alasan untuk tidak menganjurkan acara serta program sukan, selain mahukan mereka menganjurkan program berkaitan akar umbi, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.Pada masa sama, Hannah berkata, pihaknya akan menjemput Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk turut sama pada Hari Terbuka KBS seterusnya, yang mungkin akan dianjurkan di luar seperti di pusat membeli belah.Sebanyak 14 kaunter perkhidmatan terdiri daripada jabatan dan agensi di bawah KBS serta beberapa agensi kementerian lain yang terlibat dalam kelulusan penganjuran acara sukan, dibuka di sini dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.Selepas ini, Hari Terbuka KBS akan diadakan pada Jumaat pertama setiap bulan dengan objektif memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dan proses kelulusan dipercepatkan, supaya dapat merancakkan penganjuran sukan sekali gus mengembangkan ekonomi dalam sektor sukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 04:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247424/berita/sukan/trio-otai-dapat-panggilan-psm", "article_title": "Trio 'otai' dapat panggilan PSM", "article_text": "TRIO berpengalaman - Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Farhan Adam antara 25 pemain sepak takraw yang disenarai pendek bagi mengikuti Program Sukan SEA 2023 di Kemboja.Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Persatuan SepakTakraw Malaysia (PSM), Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, barisan 25 pemain itu dipilih selepas sesi pemilihan dan ujian kecergasan pada 24 hingga 26 Februari lalu.Beliau memberitahu, 25 pemain yang terpilih itu akan dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat bermula 1 Mac ini sebelum PSM memutuskan senarai akhir 12 pemain yang akan beraksi pada Sukan SEA 2023 pada Mei depan.\u201cSelepas kami mengadakan perbincangan dari sudut kecergasan pemain pada latihan TID (program pencarian bakat), maka kami telah membuat keputusan seramai 25 pemain terpilih ini akan dibawa ke Sukan SEA Kemboja.\u201cMereka akan dipanggil ke latihan pusat yang mana kerangka latihan dan juga pertandingan akan diketuai ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom.\u201cMereka akan menjalani latihan intensif dan mungkin ada pertandingan yang dicadangkan pihak jurulatih serta latihan di luar negeri jika perlu.\u201cSenarai nama (12 pemain) itu kami akan umum selewat-lewatnya pada April, bergantung kepada saingan antara mereka,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Isnin.Pada masa sama, Halim turut mengumumkan sasaran baharu PSM di Kemboja nanti dengan menjadikan acara double sebagai taruhan untuk menghadiahkan kilauan emas buat skuad sepak takraw negara.\u201cSasaran itu (satu pingat emas Sukan SEA 2023) realistik berdasarkan kemelut yang melanda persatuan sebelum ini. Tetapi PSM akan cuba berusaha untuk meraih lebih daripada apa yang ditetapkan,\u201d jelasnya.Pada temasya Sukan SEA Hanoi tahun lalu, skuad sepak takraw negara gagal menjelmakan sebarang kilauan emas apabila sekadar meraih tiga perak dan satu gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247420/berita/sukan/contohi-mentaliti-azizulhasni", "article_title": "Contohi mentaliti Azizulhasni", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Prestasi cemerlang jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang pada Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia baru-baru ini membuktikan karakter luar biasa dimiliki bekas juara dunia keirin itu.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, karakter 'sang juara' yang dipamerkan Azizulhasni wajar dicontohi barisan atlet negara lain apabila setiap kali mereka bertanding di pentas antarabangsa.\u201cIni mentaliti jaguh yang kita perlukan dalam setiap atlet. Apabila tengok Azizulhasni, dia betul-betul dahagakan untuk menang serta memperbaiki diri.\u201cDia tak bagi alasan tapi dia akan guna kekurangan yang ada untuk memperbaiki diri dan ia sepatutnya ada dalam setiap jaguh sukan.\u201cAzizulhasni sangat cemerlang dalam aspek ini berbanding atlet lain.Saya berharap dia boleh bantu atlet lain untuk perjuangkan pemikiran yang sama,\u201d katanya.Hannah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Menara KBS di Putrajaya pada Selasa.Dalam aksi final keirin di Velodrom Antarabangsa Jakarta pada Sabtu lalu, Azizulhasni menyambar pingat perak selepas hanya dipisahkan 0.024 saat (s) di belakang juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.Kayuhan bertenaga The Pocket Rocketman boleh dianggap satu pencapaian cemerlang memandangkan dia baru kembali bersaing di pentas kompetitif - kurang setahun selepas menjalani pembedahan jantung.Namun, impian pelumba berusia 35 tahun kelahiran Terengganu itu untuk memenangi kejayaan berganda di Jakarta tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat suku akhir acara pecut susulan masalah kepenatan.Mengulas lanjut, Hannah berkata, pihaknya akan terus terus membantu Olahragawan Kebangsaan 2009, 2010, 2017, 2019/2020 dan 2021 itu dalam persediaannya menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cDalam masa terdekat, kita akan umumkan jawatankuasa 'Road to Gold'. Bagi saya dua minggu, (KBS) akan memperkemaskan semuanya sebelum saya buat pengumuman nanti,\u201d ujar Hannah.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 03:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247388/berita/sukan/pogba-kembali-berlatih", "article_title": "Pogba kembali berlatih", "article_text": "PEMAIN tengah Juventus, Paul Pogba mungkin diturunkan beraksi menjelang perlawanan Serie A menentang Torino selepas sembuh daripada beberapa kecederaan.Pengurusnya, Massimiliano Allegri sudah berbincang dengan pemain antarabangsa Perancis itu mengenai peluangnya untuk bermain.Pogba menjalani pembedahan selepas cedera di bahagian meniscus September lepas sehingga dia terlepas saingan Piala Dunia Qatar bersama skuad kebangsaan.Pogba membuat penampilan bersama Juventus musim ini selepas disenaraikan di bangku simpanan ketika mereka tumpas 0-2 kepada Monza 29 Januari lalu.\"Pogba akan disenaraikan menjelang aksi seteru setempat dan bakal diturunkan jika perlu. Dia tidak mempunyai banyak masa bermain kerana kecederaan kakinya.\"Dia mesti faham bahawa kami berada di peringkat penting musim ini. Dia mesti mempunyai dorongan untuk memberikan sumbangannya pada penghujung musim,\" ujar Allegri.Jurulatih itu menambah penyerang, Federico Chiesa yang cedera musim ini, juga kembali dalam latihan biasa selepas terlepas beberapa perlawanan baru-baru ini.\"Chiesa berlatih bersama pasukan selepas enam hari melalui latihan ringan.\"Pogba juga boleh berada dalam kesebelasan utama selepas 315 hari menanti. Begitu juga Chiesa yang tidak bermain selama 10 bulan. Sedikit kesabaran diperlukan,\" kata Allegri.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 12:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247382/berita/sukan/lebih-500-pesilat-berkampung-di-bumi-sarawak", "article_title": "Lebih 500 pesilat berkampung di bumi Sarawak", "article_text": "EDISI sulung Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 dibuka dengan penuh berprestij pada majlis perasmian pembukaan yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching malam Isnin.Dalam ucapan perasmian, Premier Sarawak mengucapkan tahniah kepada Persatuan Rumpun Silat Sarawak (RSS) mempersiapkan perancangan bagi memastikan kejohanan berkelas antarabangsa dapat dijayakan sekali gus berjaya menyahut cabaran beliau untuk mengangkat martabat silat di Sarawak.Beliau juga turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin kerana telah memberikan sokongan kepada Sarawak untuk menganjurkan kejuaraan silat berkelas dunia.\u201cSetinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Presiden Rumpun Silat Sarawak, Muhammad Haneef Ali, di atas dedikasi dan kecekalan beliau dalam memelihara warisan, seni dan budaya silat di Sarawak.\"Tumpuan utama bukan sahaja memastikan warisan, seni dan budaya silat di Sarawak semakin kuat malah saya percaya di bawah pimpinan beliau, RSS akan melahirkan lebih ramai lagi pesilat yang akan mengharumkan nama Sarawak di pentas dunia,\u201d katanya dalam ucapan perasmian.Premier Sarawak juga menegaskan Sarawak akan kembali menjadi kuasa besar dalam menjulang warisan, seni dan budaya silat lebih-lebih lagi Sarawak berada dalam kedudukan strategik dalam kalangan negara rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.\u201cKita sangat berbangga untuk menerima kunjungan serta cabaran hampir 21 kontinjen dalam dan luar negara dengan anggaran hampir 500 pesilat bersedia untuk berkampung di Kuching.\"Sambutan yang amat baik terutamanya daripada negara luar seperti Amerika Syarikat, Belanda, Filipina dan Kygrystan akan menaikkan mutu sukan silat di Sarawak buat julung kalinya. Kita berharap untuk menjadikan Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak ini diadakan dua tahun sekali seiring dengan Kejohanan SUKMA dan Sukan SEA,\u201d jelas beliau.Dalam pada itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah juga menegaskan bahawa kejuaraan ini akan dijadikan sebagai medan di dalam mengangkat martabat warisan dan seni budaya silat di Sarawak.\u201cBagi pihak kementerian, saya amat berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada RSS serta pihak penganjuran di atas keberanian dalam menyahut cabaran YAB Premier Sarawak merealisasikan sebuah kejohanan melibatkan pesilat dari negara luar.\u201cHarapan saya sudah tentu mengharapkan kem kontinjen silat Sarawak dan Malaysia untuk merangkul gelaran kejuaraan serta menyeru agar semua kontinjen yang terlibat bersaing secara sihat dan sama-sama meraikan warisan, seni dan budaya silat di bumi tercinta Sarawak,\u201d katanya.Turut hadir, Muhammad Haneef, Megat Zulkarnain dan Timbalan Presiden RSS, Datuk Mohamad Yusnar Matalie.500 pesilat yang terdiri daripada 21 kontinjen dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Belanda, Filipina, Indonesia dan Kyrgystan akan berkampung bagi berentap merebut ganjaran lumayan sebanyak USD 20,000 serta tali pinggang kejuaraan yang pertama kali diperkenalkan bermula hari ini sehingga 5 Mac.Bagi menambahkan lagi kemeriahan, pelbagai program menarik telah disediakan buat para pengunjung dan peminat sukan silat bagi menghangatkan penganjuran antaranya acara Pesta Makanan dan Festival Kebudayaan anjuran Majlis Seni Sarawak.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 12:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247378/berita/sukan/scaloni-kekal-kendali-argentina-hingga-2026", "article_title": "Scaloni kekal kendali Argentina hingga 2026", "article_text": "JURULATIH sensasi, Lionel Scaloni bersedia untuk mengemudi Argentina ke Piala Dunia 2026 selepas menandatangani kontrak baharu dengan La Albiceleste.Lanjutan kontrak selama tiga tahun itu dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) pada Isnin.Presiden AFA, Claudio Tapia dan Scaloni sudah pun mengadakan rundingan untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.Scaloni sebelum ini meluahkan hasrat untuk kekal membimbing Argentina.Jurulatih berusia 44 tahun itu dengan bantuan pemain sensasi, Lionel Messi menjulang Argentina untuk merangkul Piala Dunia di Qatar pada 2022.Messi meledak tujuh gol menjadi penggerak utama kejayaan Argentina di Doha tahun lalu, ketika Scaloni merangkul hadiah kedua sebagai jurulatih Argentina, selepas memenangi Copa America pada 2021.Menerusi kontrak baharu itu, Scaloni akan mengendalikan Argentina pada Copa America tahun depan dan Piala Dunia tiga tahun lagi.Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan Copa America dan Piala Dunia 2026, ketika Mexico dan Kanada juga menjadi hos bersama untuk kejohanan kedua.Scaloni, yang sebelum berkhidmat bersama Newell's Old Boys, West Ham, Lazio dan Atalanta menjadi kelabnya sepanjang bergelar pemain selama 20 tahun.Dia mengambil alih Argentina pada 2018 selepas berkhidmat sebagai jurulatih bawah 20 tahun negara itu.Scaloni juga dinobatkan sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2022, mengenepikan pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola di Paris awal pagi Selasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 11:48am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247376/berita/sukan/solari-jangka-tentangan-sengit-kl-city-fc", "article_title": "Solari jangka tentangan sengit KL City FC", "article_text": "PENGENDALI Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Esteban Solari menjangkakan skuad kendaliannya itu bakal berdepan tentangan sengit pada aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.Menurutnya, berdasarkan rakaman video, skuad The City Boys itu dilihat agak sukar untuk ditewaskan terutamanya ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.\u201cDijangkakan, ia satu perlawanan yang sukar dan saya telah melihatnya (perlawanan) menerusi rakaman video.\u201cSaya akui, bukan mudah untuk menang kerana ia pastinya akan menjadi satu perlawanan yang sukar.\u201cApa pun, persiapan sudah dilakukan dan pemain (JDT) juga dilihat bersemangat untuk membawa pulang tiga mata berharga bagi perlawanan kali ini,\u201d katanya.Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu masih segar dengan kejayaan mengekalkan trofi Sultan Haji Ahmad Shah setelah menewaskan Terengganu FC (TFC), 2-0 pada saingan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat lalu sementaraKL City FC pula sekadar terikat 2-2 ketika berdepan Pulau Pinang FC pada aksi sulung Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Sabtu.Sementara itu, Solari menegaskan masih banyak aspek yang perlu diperbaiki skuad kendaliannya itu menjelang aksi berdepan KL City FC.Bagaimanapun, pengendali kelahiran Argentina itu percaya kesebelasan pemain akan memberikan aksi terbaik dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.\u201cSaya tahu pasukan ini akan mengharungi perlawanan yang sukar di tempat lawan kali ini...tetapi saya juga percaya pemain ketika ini cukup bersemangat.\u201cMereka juga dilihat \u2018lapar\u2019 dan \u2018dahaga\u2019 untuk meneruskan rentak kemenangan pasukan dan ini sudah pastinya sesuatu yang positif,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 11:23am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247357/berita/sukan/messi-putellas-terbaik-fifa", "article_title": "Messi, Putellas terbaik FIFA", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai pemain lelaki terbaik FIFA 2022 selepas kejayaan gemilangnya membantu Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar tahun lalu.Alexia Putellas dari Sepanyol pula mengekalkan gelaran pemain terbaik wanita.Messi mengenepikan rakan sepasukan di Paris Saint-Germain dan pesaing final Piala Dunia dari Perancis, Kylian Mbappe dan pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema.Ia adalah kali kedua pemain berusia 36 tahun itu merangkul anugerah yang diperkenalkan FIFA pada tahun 2016 selepas badan induk bola sepak dunia itu mengakhiri kerjasama dengan penganjur Ballon d'Or, France Football.\"Musim lalu satu tahun yang cukup gila. Saya mencapai impian yang diperjuangkan selama ini.\"Akhirnya saya berjaya meraihnya dan ia perkara paling indah dalam karier saya,\" katanya selepas menerima anugerah itu di Paris awal pagi Selasa.Anugerah itu dihakimi oleh kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, wartawan serta peminat.Messi menyumbat dua gol dalam aksi final di Doha ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti, biarpun Mbappe meledak hatrik untuk Les Bleus bagi mengikat keputusan 3-3.Dia turut meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik, mengatasi Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, satu mengatasi Messi.\"Ia adalah impian setiap pemain bola sepak tetapi hanya sedikit yang mampu merealisasikannya,\" ujar Messi.Dalam pada itu, Putellas mengekalkan anugerah untuk kategori wanita walaupun tidak beraksi sepenuhnya musim lalu akibat kecederaan.Kejayaan Argentina di Piala Dunia Qatar turut menobatkan Lionel Scaloni sebagai jurulatih terbaik pasukan lelaki.Pemain kontroversi Argentina, Emiliano Martinez pula memenangi anugerah penjaga gol lelaki terbaik.Pengendali skuad wanita England yang memenangi Kejuaraan Eropah, Sarina Wiegman dari Belanda meraih anugerah jurulatih terbaik wanita, manakala Mary Earps dinobatkan penjagol gol wanita terbaik.Pemain Poland, Marcin Oleksy yang kudung sebelah kaki, mengungguli Anugerah Puskas untuk gol terbaik sepanjang tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 09:04am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247346/berita/sukan/semangat-baharu-hafizh-syahrin", "article_title": "Semangat baharu Hafizh Syahrin", "article_text": "PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad menempatkan diri dalam kelompok pasukan mengutip mata dalam baki saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) selepas bermula positif pada Pusingan Pertama di Litar Phillip Island, Australia pada Ahad.Biarpun begitu pelumba kelahiran Kuala Lumpur berusia 28 tahun itu juga menegaskan dalam proses untuk membentuk keserasian bersama jentera baharu Honda CBR1000 RR-R.\u201cPertama kali saya berterima kasih kepada Petronas kerana menaja pasukan MIE Racing Honda pada tahun ini sekali gus menyuntik semangat kepada kami meraih keputusan terbaik setiap perlumbaan.\u201cSyukur alhamdulillah juga apabila berjaya menamatkan perlumbaan pusingan pertama kali ini dengan satu mata untuk pasukan biarpun saya akui masih bergelut mencari momentum dengan jentera baharu.\u201cSejujurnya, azam saya musim ini adalah untuk berada dalam kalangan kelompok pelumba dan pasukan yang mengutip mata setiap perlumbaan,\" katanya yang terus mengharapkan doa dan sokongan para penyokong perlumbaan dua roda tanah air tersebut.Untuk rekod Hafizh Syahrin mengakhiri cabaran pada kedudukan ke-15 di litar sepanjang 4.445 kilometer (km) itu membolehkannya meraih satu mata untuk berada pada kedudukan ke-18 keseluruhan.Pusingan Kedua daripada 12 kalendar 2023 dijadualkan berlangsung di Litar Mandalika, Indonesia, 3 hingga 5 Mac ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247347/berita/sukan/bojan-tidak-kritik-pengadil", "article_title": "Bojan tidak kritik pengadil", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh meneliti untuk membuka ruang kepada jurulatih memberi pandangan berkaitan isu dan mutu pengadilan dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini.Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan bagaimanapun berkata, peluang itu boleh dipertimbangkan dengan penetapan syarat tertentu demi kebaikan arena bola sepak negara.Katanya, kritikan yang diberikan itu biarlah membina kerana pengadil adalah manusia dan tidak lari daripada membuat kesilapan.\u201cKita harap jurulatih boleh beri pandangan tapi jangan kutuk pengadil. Mereka pun manusia buat kesilapan. Nak kritik kena kritik benda yang betul, jangan gunakan perkataan yang tidak baik.\u201cPerlu beri pandangan yang bernas, bukan kutukan atau kritikan melampau kepada pegawai perlawanan dan pengadil,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak sebelum ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya terpaksa berpuas hati berkongsi mata menentang Penang FC dalam perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Sabtu.Bojan juga menyuarakan hasrat untuk menghantar surat bantahan berhubung mutu pengadilan kepada FAM, biarpun sedar ia tidak akan dapat mengubah keputusan.Pada masa sama Sathianathan juga berpandangan Bojan tidak mengkritik pengadil sebaliknya meluahkan rasa hatinya.\u201cDalam kes Bojan (Hodak) dia tidak mengkritik pengadil. Cuma dia beritahu tidak boleh cakap tentang pengadil dan sebab-sebab mengapa dia tidak boleh komen pasal pengadil,\u201d katanya.Beliau menambah, sebarang bentuk bantahan rasmi berkaitan mutu pengadilan biasanya dibuat oleh ketua pegawai eksekutif atau presiden kelab.\u201cJurulatih memang kita tahu selepas perlawanan mereka belum lagi tenang. Mereka panas dan mungkin kata-kata mereka akan menyinggung atau menyusahkan pihak lain,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247343/berita/sukan/troussier-ganti-hang-seo-di-vietnam", "article_title": "Troussier ganti Hang-seo di Vietnam", "article_text": "PHILIPPE Troussier menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengetuai Vietnam, menyasarkan penampilan pertama Piala Dunia untuk gergasi Asia Tenggara tersebut.Pengendali kelahiran Perancis berusia 67 tahun itu yang menggantikan Park Hang-seo dari Korea Selatan, telah melatih dua dozen pasukan kebangsaan dan kelab sepanjang kariernya sebelum ini.Beliau pernah mengetuai Jepun merangkul kejuaraan Piala Asia pada 2000 dan bertanggungjawab ke atas tuan rumah bersama pada Piala Dunia 2002.Troussier juga berpengalaman mengendalikan kelab Ligue 1 Perancis, Marseille pada 2004-2005, diikuti dengan tugas di China dan Tunisia.Untuk rekod, beliau pernah menjadi jurulatih Vietnam Bawah-19 pada 2019.Vietnam, yang menduduki tempat ke-96 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), bersiap sedia untuk kempen Piala Asia 2023 di Qatar, dengan tarikh kejohanan itu masih belum disahkan.Tetapi Troussier menyatakan dengan jelas bahawa dia mempunyai pandangan yang lebih tinggi.\u201cPerluasan kepada 48 pasukan pada Piala Dunia 2026 adalah peluang untuk Vietnam. Ini adalah matlamat utama yang kita semua sasarkan,\u201d katanya semasa majlis menandatangani perjanjian di Hanoi.Untuk rekod, kontrak Troussier bermula dari Mac 2023 hingga Julai 2026.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 10:56pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247342/berita/sukan/cabaran-joran-ampang-jaya-tawar-habuan-lumayan", "article_title": "Cabaran Joran Ampang Jaya tawar habuan lumayan", "article_text": "SERAMAI 1,000 peserta bakal berentap merebut hadiah keseluruhan bernilai hampir RM17,000 dalam Cabaran Joran Ampang Jaya di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya pada Ahad ini.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, program memancing itu diharap dapat meningkatkan promosi pelancongan domestik di kawasan tasik di Ampang Jaya selain merapatkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat.Pertandingan anjuran MPAJ dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon 21.\"Lebih sepuluh tahun tiada pertandingan memancing diadakan di sini dan berharap warga Ampang Jaya tidak melepaskan peluang untuk hadir beraksi dan berkumpul bersama keluarga di sini.\u201cTasik ini menjadi sebutan kaki pancing di mana spesies tilapia, patin, belida, toman, haruan, keli, ketutu serta ikan bandar raya dengan berat antara 100gram (g) hingga 10 kilogram (kg).\u201cMenariknya, Tasik Pandan Perdana begitu dekat dengan Kuala Lumpur dan ini memberi peluang kepada kaki-kaki pancing terutama sekitar Lembah Klang untuk hadir,\u201d katanya selepas melepaskan lebih 500 kg ikan spesies patin di tasik itu dengan berat antara tiga kg hingga lima kg, Ahad ini.Mohd Fauzi berkata, sambil memancing, peserta juga berpeluang beriadah serta menikmati keindahan kawasan tasik bersama keluarga.\u201cSelain itu, pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Ampang Jaya dengan aktiviti sihat,\u201d jelasnya lagiBeliau berkata, juara pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000), keempat hingga ke-10 (RM200), tempat ke-11 hingga 30 (RM150), tempat ke-31 hingga 70 (RM100) dan tempat ke-71 hingga 100 (RM50).\u201cHadiah khas untuk pemenang ikan keli turut disediakan sehingga tempat ketiga serta hadiah cabutan bertuah antaranya TV 40 inci serta barangan peralatan memancing menanti peserta.\u201cPihak penganjur utama telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, ayaman kitar semula dan lain-lain.\u201cHadiah misteri spesies Arapaima bernilai RM1,000 sumbangan YDP kepada mana-mana pemancing yang berjaya menaikkan spesies ini malah boleh turut memenangi hadiah utama pertandingan ini nanti berdasarkan kepada berat seekor ikan yang dipertandingkan,\u201d katanya lagi.Yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan 500 penyertaan awal akan menerima baju T sumbangan penaja.Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan Sabtu ini mulai jam 3 petang hingga 9 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.Untuk pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-3370961, 018-3184932, 013-266 1077, 013-305 2811 atau 012-284 6811 atau layari laman facebook.com/jorankl.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 10:48pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247341/berita/sukan/klinsmann-pengendali-baharu-korea-selatan", "article_title": "Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan", "article_text": "LEGENDA Jerman, Jurgen Klinsmann dilantik sebagai pengendali baharu Korea Selatan, umum persekutuan bola sepak negara itu pada Isnin.\u201cSaya sangat gembira dan berbesar hati menjadi pengurus pasukan bola sepak Korea. Kami sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Korea telah lama berkembang.\u201cKami akan melakukan yang terbaik untuk membawa keputusan positif dalam Piala Asia akan datang dan Piala Dunia 2026,\u201d kata Klinsmann dalam satu kenyataan.Untuk rekod, pengendali berusia 58 tahun itu bersetuju dengan perjanjian selama tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.Klinsmann sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus untuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, kelab Bundesliga Bayern Munich dan Hertha Berlin.Sementara karier, Klinsmann membuat penampilan untuk beberapa kelab Eropah, termasuk Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Bayern Munich.Klinsmann juga sebahagian daripada anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 10:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247339/berita/sukan/banyak-kerja-rumah-buat-selangor", "article_title": "Banyak 'kerja rumah' buat Selangor", "article_text": "JURULATIH Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui para pemain memerlukan masa untuk membentuk persefahaman mantap bagi mengharungi saingan panjang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Biarpun menang pada aksi pertama Liga Super setelah mengatasi Kelantan United FC 1-0, namun pengendali berusia 55 tahun itu masih belum berpuas hati dengan tahap kecergasan sebahagian pemain.\u201cBanyak kerja yang kita perlu buat terutamanya daripada segi persefahaman antara pemain. Terdapat situasi yang mana mereka hilang bola dan Kelantan United melakukan serangan balas yang cukup berbahaya.\u201cKalau kita lihat tahap kecergasan mereka (Faisal Halim dan Ayron del Valle) belum sampai tahap yang memuaskan. Bukan kerana prestasi mereka.\u201cKita tahu daripada segi persiapan pasukan kita belum stabil lagi, sebab itu saya terpaksa membuat beberapa pertukaran,\u201d katanya.Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, gol kemenangan skuad Gergasi Merah dihasilkan menerusi ledakan Yazan Al-Arab pada minit ke-40.Mengulas aksi sulung itu, Cheng Hoe sudah menjangkakan pasukan lawan beraksi secara bertahan dan melakukan serangan balas pantas.\u201cSatu perlawanan yang sukar kerana kita sudah buat analisis. Kita dapati corak permainan mereka adalah bertahan dan melakukan serangan balas mengejut.\u201cApa yang penting kita dapat tiga mata yang cukup berharga. Ia petanda positif buat pasukan,\u201d katanya.Menyentuh prestasi pemain import termasuk Yohandry Orozco dan Ayron, Cheng Hoe memberitahu mereka masih baru dalam skuad dan memerlukan masa untuk meningkatkan prestasi serta membentuk keserasian dengan rakan sepasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 09:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247302/berita/sukan/izham-masih-bersemangat-walaupun-terima-jahitan-di-kepala", "article_title": "Izham tetap bersemangat walaupun terima jahitan di kepala", "article_text": "PENJAGA gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan tekad bangkit selepas pulih daripada kecederaan kepala setelah bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), pada aksi Liga Super di Paroi pada malam Ahad.Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan mengenai keazamannya itu di laman sosial Sri Pahang FC pada Isnin.Izham tampil menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter dalam keadaan kepalanya berbalut sambil memberitahu menerima beberapa jahitan.\"Alhamdulillah keadaan saya sihat dan baik. Ada sedikit jahitan tetapi tidak ada masalah.\"Saya akan bangkit pada perlawanan akan datang dan terima kasih kepada peminat, kawan yang mendoakan saya,\" katanya.Suami kepada selebriti, Mia Ahmad itu mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain lawan, Hasbullah Abu Bakar hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Insiden berlaku pada minit-minit akhir babak pertama dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Pada aksi tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Casagrande pada minit ke-21 sebelum Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan buat skuad Tok Gajah pada minit ke-48.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 06:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247300/berita/sukan/letshanaa-kembali-sertai-bam", "article_title": "Letshanaa kembali sertai BAM", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan wanita K Letshanaa kembali menyertai badan induk sukan itu berkuat kuasa 1 Mac ini.BAM melalui hantaran di Facebook rasminya pada Isnin memaklumkan, pihaknya amat berbesar hati dengan keputusan dibuat pemain berpotensi berusia 20 tahun itu untuk kembali bersama skuad kebangsaan.\"Sudah pasti, beliau akan menambah dan memperkuatkan pasukan perseorangan wanita. Persatuan telah memantau dengan teliti kemajuan ketika proses pemulihan dan kagum dengan komitmen ditunjukkan.\"BAM akan bekerjasama dan membantu dalam pembangunan serta kemajuannya,\u201d menurut kenyataan itu.Letshanaa dilaporkan meninggalkan pasukan kebangsaan pada Februari tahun lepas, susulan kecederaan belakang dialaminya.Semalam, Letshanaa meraih kejuaraan pertamanya musim ini selepas muncul juara perseorangan wanita pada kejohanan badminton Antarabangsa Uganda.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 05:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247297/berita/sukan/awalan-tekad-jadikan-boling-padang-setaraf-sukan-lain", "article_title": "Awalan tekad jadikan boling padang setaraf sukan lain", "article_text": "DATUK Awalan Abdul Aziz yang menggalas tanggungjawab selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Asia berikrar memastikan sukan tersebut setaraf dengan sukan lain di negara dan benua ini.Justeru, beliau yang juga Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) berkata, akan bekerjasama dengan negara tetangga selain menjanjikan taraf pengurusan berbeza dalam misi pemantapan sukan boling padang.\"Saya menganggap ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab selain kejayaan kepada negara kerana diiktiraf pencapaiannya dalam membangunkan sukan ini.\"Bukan itu sahaja, barangkali badan induk Asia ini turut memperakui segala tindak tanduk kita termasuk peranan persatuan itu sendiri termasuk komitmen kerajaan,\" katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Kejohanan Boling Padang Asia ke-14 dan Bawah 25 tahun Asia 2023 di Ipoh pada malam Ahad.Awalan memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding semasa pemilihan yang berlangsung pada Mesyuarat Lembaga Persekutuan Lawn Bowls Asia ke-15, di Meru Raya Sabtu lepas.Menurut beliau, fokus utamanya adalah untuk memastikan promosi tentang sukan tersebut sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.\"Paling penting adalah program pembangunan sukan boling padang itu sendiri untuk mencari pelapis-pelapis masa depan sukan ini kerana tidak semua tempat dalam negara mempunyai fasiliti sukan ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 05:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247293/berita/sukan/wai-ching-tawan-scale-the-strat-di-las-vegas", "article_title": "Wai Ching tawan Scale the Strat di Las Vegas", "article_text": "PELARI menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.Lebih manis, Wai Ching melakukan larian 108 tingkat melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 46 saat (s) sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan pelari menara dari Mexico, Alexis Trujillo pada 2020.Wai Ching bertekad untuk kembali menawan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, AS tahun depan. - Foto Facebook Soh Wai ChingKeputusan diraih Wai Ching itu turut mengulangi pencapaian sama dilakukannya pada Februari tahun lepas, namun ketika itu beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 6:57s.Tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih dua atlet tuan rumah, Mark Ewell yang menamatkan larian dengan catatan masa 8:42s serta Mark Henderson dengan catatan 8:54s.\"Saya akan kembali dengan sasaran 6.30s tahun depan!\" kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 05:30pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247288/berita/sukan/keserasian-kami-dah-cecah-80-peratus---mei-xing", "article_title": "'Keserasian kami dah cecah 80 peratus' - Mei Xing", "article_text": "PEMAIN beregu campuran,Teoh Mei Xing mengakui tahap keserasian bersama Hoo Pang Roon yang digandingkan bersama sejak tiga bulan lalu semakin meningkat.Bagaimanapun katanya, persediaan rapi dari segi fizikal dan mental perlu ditingkatkan selepas mengesahkan penyertaan dalam empat kejohanan berturut-turut di Eropah.Jelas Mei Xing, dia dan Pang Roon juga perlu fokus serta konsisten dalam setiap siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam misi memburu gelaran pertama musim ini.\u201cSaya rasa setakat ini tahap keserasian kami berdua sudah mencecah 80 peratus, namun saya akui masih ada ruang untuk kami perbaiki terutamanya konsisten ketika dalam gelanggang memandangkan pengalaman saya dalam beregu campuran masih kurang.\u201cLagipun kami berdua (Pang Roon-Mei Xing) masih belum banyak peluang untuk bermain dengan gandingan campuran terbaik di dunia. Namun, Pang Roon banyak membimbing saya dengan mengajar cara menukar strategi dengan lebih cepat supaya kedua-dua berasa lebih selesa ketika berada dalam gelanggang,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.Pang Roon-Mei Xing yang menghuni ranking ke-67 dunia, akan membuka tirai kejohanan Eropah bermula dengan Terbuka Jerman dari 7 hingga 12 Mac, Seluruh England (14-19 Mac), Terbuka Switzerland (21-26 Mac), Masters Sepanyol (28 Mac-2 April).Pemain berusia 25 tahun itu juga mengakui sentuhan jurulatih dari Indonesia, Nova Widianto banyak membantu mereka memperbaiki kelemahan dalam setiap perlawanan selain sering menasihati mereka untuk mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi terhadap pasangan ketika berdepan lawan.Ditanya tahap persediaannya untuk turun bertemu rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di pusingan pertama Terbuka Jerman katanya, latihan sedang giat dijalankan untuk mendapat keputusan positif dalam kejohanan berkenaan.\u201cSaya tahu mereka (Tang Jie-Ee Wei) punya kelemahan dan mereka juga tahu kami punya kelemahan jadi setiap kali kami masuk gelanggang ia adalah 50-50. Ia bergantung pada tahap persediaan, tahap keyakinan kami hari itu macam mana,\u201d katanya.Rekod pertemuan sebelum ini, Pang Roon-Mei Xing pernah menewaskan Tang Jie-Ee Wei sekali di Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022, sebelum tewas dua kali berturut-turut di pusingan pertama Terbuka India 2023 dan final kejohanan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr awal bulan lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 04:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247265/berita/sukan/sentuhan-mbappe-makin-tajam", "article_title": "Sentuhan Mbappe makin tajam", "article_text": "PENYERANG berbisa Kylian Mbappe melakar sensasi apabila merakam gol ke-200 buat dirinya ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Marseille 3-0 dalam saingan Ligue 1 pada awal pagi Isnin.Jaringan itu menyamai rekod yang dipegang bekas rakan sepasukannya, Edinson Cavani yang menjadi penjaring terbanyak kelab.Kemenangan itu sekali gus melebarkan jurang kepada lapan mata mengatasi pencabar terdekat Marseille.Aksi cemerlang pemain berusia 25 tahun itu mendapat pujian Christophe Galtier yang menyifatkannya sebagai pemain yang menakjubkan.\u201cMbappe adalah seorang pemain yang mempunyai kemampuan untuk menghidu gerakan pasukan. Dia juga sangat pantas.\u201cDia bukan sahaja mampu berlari malah kelajuan yang cukup luar biasa.\u201cKehadirannya penting kepada pasukan. Ia memberi kami pilihan dalam permainan, terutama dengan kualiti serta impaknya di atas padang,\u201d ujar Galtier.Dalam aksi yang berlangsung di Stade Velodrome itu, Mbappe meledak dua gol dan bintang sensasi, Lionel Messi turut mencatat nama selaku penjaring.Mbappe ketika ini mendahului senarai penjaring Ligue 1dengan 17 gol dan sudah mengumpul 29 gol daripada 29 perlawanan dalam semua pertandingan sejak kempen bermula.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 03:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247249/berita/sukan/potter-sedar-kedudukan-terancam", "article_title": "Potter sedar kedudukan terancam", "article_text": "KEDUDUKAN jurulatih Chelsea, Graham Potter kian terancam selepas The Blues tewas buat kali ketiga berturut-turut di pentas domestik dan Eropah dalam tempoh 10 hari.Perkara tersebut diakui pengendali berusia 48 tahun itu dan akur dengan kekalahan terbaru 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam Ahad kerana menganggap ia sebahagian daripada tugasnya.\"Berdasarkan keputusan, saya menerimanya. Ia sebahagian daripada tugas ini,\u201d katanya.Dalam aksi itu gol kemenangan Spurs dihasilkan menerusi jaringan Oliver Skipp dan Harry Kane pada babak kedua perlawanan.Di sebalik kekalahan itu pemilik Chelsea masih memberi sokongan terhadap Potter walaupun hanya merakam dua kemenangan daripada 15 perlawanan.Mengulas kemungkinan sokongan itu akan merudum ekoran kritikan peminat terhadapnya Potter akur dia tidak boleh berbuat apa kerana ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.\u201cPersoalan itu akan timbul, anda tidak boleh menghalangnya.Kita bercakap mengenai rancangan Arsenal All or Nothing dan dua tahun di bawah Mikel (Arteta) ketika dia hampir dipecat.\u201cIa dilihat sebagai malapetaka tetapi ia sudah berubah ketika ini. Jika anda lihat situasi Jurgen (Klopp), prestasi merosot dan tiba-tiba mereka mahu dia dipecat.\u201cIa perkara biasa dalam bola sepak. Sumbangan kepada kelab belum cukup dan saya perlu mendapat lebih kepercayaan. Saya akur dengan keadaan itu,\u201d ujar Potter.Beliau juga mengakui tidak gembira dengan keputusan tersebut, namun bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan bagi mengharungi aksi seterusnya.\u201cSaya suka skuad ini, mereka ingin lakukan lebih baik dan mahu menang. Namun ketika ini kami sedang bergelut dan ia tanggungjawab saya.\u201cKeputusan tidak cukup bagus untuk kelab ini dan kami tidak gembira. Kami akan cuba memperbaikinya. Pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik,\u201d kata Potter.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 01:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247232/berita/sukan/pemburuan-trofi-newcastle-masih-jauh", "article_title": "Pemburuan trofi Newcastle masih jauh", "article_text": "NEWCASTLE United terus berputih mata untuk menamatkan kemarau 68 tahun tanpa trofi domestik setelah tewas 0-2 kepada Manchester United dalam aksi final Piala Liga di Stadium Wembley awal pagi Isnin.Masih panjang pengembaraan skuad Magpies dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk merangkul gelaran.Peminat melihat skuad yang dibimbing Eddie Howe berada di landasan terbaik, namun jurulatih itu mengakui perjalanan mereka masih panjang.\u201cIa adalah satu proses. Kami mahu berada di sini secara tetap. Masih jauh untuk menjadi pasukan yang kami inginkan,\u201d ujar Howe.Sejak muncul juara Piala FA 68 tahun lalu, Newcastle tiga kali muncul naib juara di kejohanan itu dan sekarang tumpas buat kali kedua di final Piala Liga.Pada aksi itu, jaringan Casemiro pada minit ke-33 diikuti ledakan Marcus Rashford tujuh minit kemudian membolehkan United memenangi Piala Liga keenam sekali gus menamatkan penantian untuk merangkul trofi tersebut sejak 1983.Newcastle cuba melawan dengan baik pada babak kedua tetapi ketajaman di depan gawang berjaya dikawal dengan baik oleh United.\u201cBiarpun boleh berbangga dengan prestasi pemain tetapi kami tidak cukup klinikal. Pemain telah memberikan segala-galanya,\u201d ujar Howe.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 12:19pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247230/berita/sukan/sukaneka-perpaduan-meriahkan-program-santaikuala-lumpur-2023", "article_title": "Sukaneka Perpaduan meriahkan Program Santai@Kuala Lumpur 2023", "article_text": "SUKAN Perpaduan sempen penganjuran Program Santai@Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu ternyata berjaya mengeratkan ukhwah dalam kalangan peserta.Program tersebut dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 10 acara sukan tradisional bagi kategori terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid hadir merasmikan program itu yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad.Program itu bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga yang tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang diadakan.Acara yang menarik perhatian, antaranya kaki hantu dan tapak gajah. Sukan tradisional lain yang turut dipertandingkan ialah lari dalam guni, lari batu bata, menara kembar, pancing botol dan kelereng.Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam acara boling kelapa pada Sukan Perpaduan sempena Program Santai@Kuala Lumpur 2023.Program itu dimulakan dengan acara lari dalam guni dan tarik upih. Pasukan yang mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai juara.Banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi pada para peserta Sukan Perpaduan itu, malah gelagat dan aksi mereka berjaya menghidup dan menceriakan suasana di lapangan pertandingan.Hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Yazid Rahim dan Presiden Pertubuhan kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM), Jasmi Shafei.Bagi juara kategori terbuka, pasukan Cats Hunter muncul juara keseluruhan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200.Pasukan Kewer Kewer yang menduduki tempat kedua menerima wang tunai RM800; pemenang tempat ketiga, Asal Boleh Je meraih RM500 dan pemenang tempat keempat, Chempaka Sari membawa pulang RM300.Lari dalam guni antara acara yang dipertandingkan pada Sukan Perpaduan sempena Program Santai@Kuala Lumpur 2023.Rata-rata peserta berharap program itu dapat diteruskan lagi demi menaikkan semula acara sukan rakyat yang jauh ketinggalan.Malah, mereka turut mengucapkan terima kasih khasnya kepada DBKL yang menyediakan platfrom penganjuran program seumpama itu untuk warga kuala lumpur terutamanya golongan OKU.\u201cSelain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional.\u201cIa secara tidak langsung kita berada pada landasan yang betul untuk memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat.\u201cInilah keunikan permainan di Malaysia, dapat menyatukan kita semua menjadi sebuah Keluarga Malaysia,\u201d kata salah seorang peserta yang menyertai program tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 12:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247217/berita/sukan/devan-puas-hati-komitmen-tinggi-the-jangs", "article_title": "Devan puas hati komitmen tinggi The Jangs", "article_text": "PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan nyata berpuas hati dengan permainan dipamer pasukannya meskipun hasrat meraih tiga mata pada perlawanan pertama menentang Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi tidak kesampaian.Beliau berkata, semua pemain yang diturunkan termasuk pemain importnya memberi komitmen tinggi dan berdisiplin sepanjang lebih 90 minit tempoh perlawanan dengan lebih banyak menguasai permainan pada separuh masa pertama.\"Bukan mudah tapi mereka mencuba sebaik mungkin dan saya rasa semangat juang mereka juga tinggi, kita bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan ada banyak peluang serta percubaan (jaringkan gol) berbanding pasukan lawan.\"Saya rasa memang puas hati walaupun dapat satu mata tetapi tidak kalah di tempat sendiri, dalam keadaan serba kekurangan, lawan Sri Pahang yang buat persiapan lebih baik dan pemain import yang banyak,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Paroi.Dalam perlawanan berkenaan, Negeri Sembilan berkongsi satu mata dengan skuad Tok Gajah selepas terikat seri 1-1.Devan berkata, keputusan itu juga pastinya akan memberi semangat kepada skuad The Jangs menempuh perlawanan kedua menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Georgetown, Rabu ini.Dalam pada itu, beliau berkata, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya bagi menghadapi aksi seterusnya terutama dari segi kecergasan pemain import dan bahagian serangan.Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui ketumpulan jentera serangan menjadi antara punca pasukannya sekadar meraih seri.\"Kelemahan kami adalah pengurusan permainan, babak kedua kami dah kawal, tapi bila ada yang cedera, kami kelam-kabut nak cepat, jadi kami tak tahu nak urus permainan, keseluruhan corak permainan, saya kurang puas hati namun gembira dengan keputusan sebab matlamat kami nak tiga atau satu mata,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 10:49am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247215/berita/sukan/almeria-malukan-barca", "article_title": "Almeria malukan Barca", "article_text": "PENDAHULU La Liga, Barcelona dimalukan oleh pasukan di pertengahan liga, Almeria 0-1 awal pagi Isnin.Kekalahan itu membuatkan Barca yang dibimbing Xavi Hernandez gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan jurang mata ketika pencabar terdekat, Real Madrid terikat 1-1 dengan Atletico.\"Saya sangat marah kerana saya fikir kami beraksi sangat buruk musim ini,\" ujar Xavi.Jaringan El Bilal Toure pada separuh masa memberikan Almeria kemenangan pertama mereka ke atas Barca, yang tumpas buat kali kedua dalam kempen liga.Biarpun tewas Barca masih mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas penyandang juara, Real.Bagaimanapun motivasi mereka kian menurun selepas tersingkir dari Liga Europa pada pertengahan minggu lalu ketika menentang Manchester United.\"Pada separuh masa pertama kami gagal mengawal bola dengan baik. Sepatutnya kami tidak boleh melakukan kesilapan.\"Pada separuh masa kedua mereka bertahan dengan baik.\"Kami tidak menunjukkan semangat untuk memenangi perlawanan,\" katanya.Barca akan berdepan Ral dalam saingan Clasico separuh akhir pertama Copa del Rey di Santiago Bernabeu pada Jumaat.Kemenangan mampu melebarkan kelebihan mereka dalam perebutan kejuaraan kepada dua angka, ketika mereka berusaha untuk memenangi La Liga buat kali pertama sejak 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 10:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247194/berita/sukan/syam-rangkul-tali-pinggang-sinar-harian", "article_title": "Syam rangkul Tali Pinggang Sinar Harian", "article_text": "MENGASAK bertubi-tubi menjadi strategi kemenangan Mazlisham Mohamed untuk merangkul Tali Pinggang Sinar Harian setelah menewaskan Ariq Iqwan dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa 2023.Asakan petinju dari Kuda Merah PDRM Naga Emas itu membuatkan lawannya rebah pada pusingan ketiga daripada lima pertarungan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.Petinju berusia 23 tahun itu menerima tentangan sengit Ariq pada pusingan pertama sebelum lebih banyak bertahan pada pusingan berikutnya.Bangkit mengasak pada pusingan ketiga menyebabkan lawannya tidak mampu bertahan dan terpaksa mengalah.\u201cAlhamdulillah strategi jurulatih menjadi. Sengit pada pusingan pertama sebelum saya memperlahankan rentak dan kemudian mengasak bertubi-tubi untuk meraih kemenangan,\u201d katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.Terkenal dengan jolokan Syam Anak Kapal merupakan anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tawau, Sabah sudah memenangi 67 daripada 70 pertarungan sejak empat tahun lalu.Mazlisham (kanan) melakukan asakan ke atas Ariq dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Rafeq RedzuanTurut ditawarkan pada hari terakhir kejohanan ialah Tali Pinggang Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang dimenangi petinju dari Kuda Merah Selatan, Nizam Joeffery setelah menundukkan Hazami dari APD Anak Rimau.Petinju dari Kuda Merah Taiping, Muhammad Haikal Najmi pula merangkul Tali Pinggang Neutrovis selepas mengalahkan Alfred Chinga dari Selendang Kuning secara kiraan mata.Tali Pinggang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula diraih R. Kumaran dari Red Wolves Muay Thai setelah menumbangkan Mie dari Harimau Berantai pada pusingan kedua.Petinju dari Glorious Fight Club, Aiman pula memenangi Tali Pinggang King Tom Yam setelah menewaskan Zul Husni Azman dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pusingan kedua.Tali Pinggang Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) pula menjadi milik Rahim Mohamad dari Kuda Merah PDRM yang menundukkan To Tok dari Thailand pada pusingan kedua.Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Pengarah JWP, Datuk Seri Rosida Jaafar dan wakil penaja.Tali Pinggang Sinar Harian pula disampaikan oleh Presiden Kuda Merah Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaffar yang mewakili Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.Penganjuran kejohanan selama dua hari itu adalah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Sinar Harian merupakan rakan media rasmi.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247204/berita/sukan/piala-liga-motivasi-buat-manchester-united", "article_title": "Piala Liga motivasi buat Manchester United", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag menyifatkan kemenangan kejayaan merangkul trofi Piala Liga menjadi kunci keyakinan kepada The Red Devils dalam mengharungi baki saingan musim ini.\"Memenangi trofi menunjukkan bahawa berbaloi untuk menderita dan berkorban untuk memberikan setiap hari yang terbaik.\u201cJika anda mahu membuktikan sesuatu, maka anda perlu memenangi sesuatu.\"Ini menunjukkan kami berada di laluan yang baik dan ia menuju ke arah yang betul. Kami akan gembira selama 24 jam tetapi kami tidak akan berpuas hati kerana kepuasan membawa kepada kemalasan,\" katanya kepada pemberita.Manchester United mengakhiri kemarau kejuaraan hampir enam tahun selepas menewaskan Newcastle United, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada Ahad.Jaringan Casemiro minit ke-33 diikuti ledakan Marcus Rashford tujuh minit kemudian membolehkan Manchester United mendakap Piala Liga yang keenam sekali gus menamatkan penantian paling lama kelab itu untuk trofi tersebut sejak 1983.Pada masa sama Ten Hag yang juga bekas pengendali Ajax Amsterdam berharap kejayaan itu adalah inspirasi besar buat kelab.Namun dia tetap mengingatkan para pemainnya bahawa perjalanan untuk masih mencipta kejayaan sebenar masih jauh.\"Ia adalah kemenangan besar dan kami sangat gembira malam ini.\"Kemenangan memupuk keyakinan selagi anda tidak melampaui batas dan terus melakukan perkara yang betul,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 08:03am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247197/berita/sukan/aeon-big-taja-nbl-2023", "article_title": "AEON BiG taja NBL 2023", "article_text": "AEON BiG (M) Sdn Bhd menambahkan seri penganjuran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 apabila diumumkan sebagai rakan penaja untuk kejohanan tersebut.Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dalam satu kenyataan berkata, kehadiran AEON BiG serta rakan penaja lain dapat membantu usaha persekutuan itu memartabatkan sukan besbol di negara ini.\u201cLiga Besbol Kebangsaan 2023 ini djenamakan sebagai NBL 2023 telah menarik rakan korporat tempatan dan antarabangsa untuk bekerjasama.\u201cAEON BiG dan BubblesO2 telah diumumkan sebagai penaja utama NBL 2023. Kedua-dua badan korporat tempatan ini telah hadir bersama dengan nilai tajaan sebanyak RM160,000.00,\u201d kata kenyataan itu.Selain AEON BiG dan BubblesO2, NBL 2023 turut menggamit minat pembuatan alatan besbol Korea Selatan, Skyline Sports Inc yang akan membekalkan bola besbol berkualiti tinggi untuk kegunaan NBL2023 dan juga latihan atlet besbol negaraRaja Muda Perlis merangkap Penaung Diraja BFM, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan majlis pelancaran NBL 2023 yang berlangsung di AEON BiG Wangsa Maju pada Jumaat. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Sejak penubuhan BFM lebih 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama liga kebangsaan diperkenalkan yang menyaksikan lapan pasukan akan bersaing membabitkan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.\u201cUntuk edisi pertama, lapan pasukan negeri akan bertanding untuk dinobatkan sebagai juara kebangsaan bakal membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM5,000,\u201d kata kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 07:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247192/berita/sukan/selangor-laung-amaran-awal", "article_title": "Selangor laung amaran awal", "article_text": "SELANGOR FC melaungkan amaran awal kehadiran pasukan berprofil tinggi itu dalam saingan Liga Super 2023 perlu diberikan perhatian setiap pasukan lain.Pada perlawanan pertama musim ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menjadikan Kelantan United mangsa awal apabila menjinakkan kelab pantai timur itu 1-0.Babak pertama ibarat langit dan bumi status kedua-dua pasukan apabila The Red Giants lebih mendominasi permainan berbanding The Green Deers yang lebih banyak bertahan mengekang asakan jentera tuan rumah.Selangor hampir mendahului melalui Ayron del Valle, namun hantaran minit ke-20 oleh Hein Htet Aung gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.Ketumpulan penyudah kedua-dua pasukan akhirnya dinoktahkan tandukan kemas tonggak pertahanan Yazan Al-Arab minit ke-40 yang menyudahkan sepakan sudut Faisal Halim menjinakkan Ahmad Asyraaf Omar.Babak kedua, skuad kendalian Tomas Trucha cuba membuktikan kehadiran Kelantan United bukan sekadar pelengkap liga dengan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya, namun disekat penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan namun ketumpulan di bahagian hadapan mengakibatkan tiada gol dihasilkan dan keputusan akhir kekal memihak tuan rumah.Selangor akan berdepan Kuching City di Stadium Negeri, Kuching pada Khamis ini, manakala Kelantan United menanti kunjungan Perak FC di Kota Bharu pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Februari 2023 12:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247191/berita/sukan/justin-ungguli-cabaran-uganda", "article_title": "Justin ungguli Cabaran Uganda", "article_text": "BINTANG badminton dalam pembikinan Justin Hoh mencipta sensasi meraih gelaran juara keempatnya, selepas muncul johan dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda 2023, pada Ahad.Pada aksi final berlangsung di Arena MTN Kampala itu, Justin yang mula disenaraikan dalam skuad senior November lepas, mudah menewaskan pemain ranking ke-396 dari India, Kanishq M dengan keputusan 21-8, 21-12.Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pemain berusia 18 tahun di ranking ke-111 dunia itu menambah koleksi kejuaraan dalam karier seniornya, selepas menjuarai Bonn International 2022 di Jerman, Terbuka Croatia pada Jun lepas serta Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak pada Disember lalu.Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, K Letshanaa turut melakar kejayaan selepas mengatasi pemain Turkiye, Neslihan Yigit 21-11, 21-8.Keputusan dilakar pemain berusia 19 tahun itu menyaksikan dia meraih kejuaraan antarabangsa pertamanya untuk tahun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 11:36pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247190/berita/sukan/negeri-sembilan-sri-pahang-kongsi-mata-di-paroi", "article_title": "Negeri Sembilan, Sri Pahang kongsi mata di Paroi", "article_text": "HASRAT Negeri Sembilan FC mengutip tiga mata di laman sendiri pada aksi pembukaan Liga Super 2023 tidak kesampaian apabila diikat Sri Pahang FC, 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.Skuad Rusa kendalian K Devan yang melabuh kempen musim lalu di kedudukan keempat liga tampil dengan misi tiga mata berdepan tentangan sengit angkatan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad.Tuan rumah diketuai Nasrulah Hanif serta gandingan Safuwan Baharudin dan Mahali Jusaili ternyata garang pada 20 minit pertama.Asakan demi asakan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Casagrande menewaskan penjaga gawang Tok Gajah, Izham Tirmizi bagi meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada minit ke-21 bagi memimpin babak pertama perlawanan.Namun, pada babak kedua Tok Gajah yang berkedudukan ketujuh musim lalu kembali memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-48 menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Bandaraya, Georgetown berdepan Penang FC bagi perlawanan kedua liga pada Rabu ini.Sementara itu Sri Pahang akan menerima kunjungan Kelantan FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 11:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247184/berita/sukan/anak-shahrol-yuzy-tunjuk-belang", "article_title": "Anak Shahrol Yuzy tunjuk belang", "article_text": "KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix pusingan menyaksikan persembahan hebat daripada pelumba-pelumba Kategori CP150.Antara mereka, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy tampil dengan prestasi hebat dan memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Honda Yuzy Estremo Team minggu ini di Litar Sepang Antarabangsa.Perlumbaan hari ini bermula dengan Md Akid Aziz dari Petronas Sprinta Yamaha \u2013 CKJ Racing di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas di sesi Superpole dengan catatan masa 1\u201917:868 saat (s).Sementara juara musim lepas yang juga rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran mengambil tempat di petak grid kedua dengan catatan masa terpantas 1\u201918:239s manakala Shahrol Syazras bermula dari petak grid ketiga.Sejurus perlumbaan bermula, Shahrol Syazras sampai ke selekoh pertama dahulu tetapi Afif berjaya memintas di lap pertama.Akid yang mengambil kedudukan P3 kembali ke P2 di akhir lap kedua, namun lima lap kemudian, pelumba-pelumba di kedudukan belakang mula mengorak langkah.Pada pertengahan perlumbaan, Idlan Haqimi dari Honda Yuzy Estremo Team pula mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Afif dan Izam Ikmal masing-masing di P2 dan P3.Afif yang mendahului para pelumba di lap ketujuh dan kelapan jatuh ke P10 di lap kesembilan dan di dahului oleh Azroy di lap ke-10.Persaingan bertambah sengit dan ditambah lagi dengan cuaca panas terik, namun begitu, para pelumba terus mengejar untuk kemenangan pertama.Di lap terakhir, Shahrol berjaya mengambil alih kedudukan P1 dan menjauhkan diri daripada kelompok pelumbanya di belakang.Dengan keyakinan dan momentum yang mantap, beliau meraih kemenangan pertama dengan catatan masa 14\u201933:768s.Menurut Shahrol, \u201cPada lap terakhir tadi, saya nampak kebanyakkan pelumba mengurangkan kelajuan. Pada pendapat saya, mereka mungkin mencari masa yang bagus untuk mengorak langkah.\u201cBagi saya, ia merupakan suatu peluang, jadi saya pun mengambil kesempatan untuk meningkatkan kelajuan. Saya berasa amat gembira kerana berjaya kali ini.\u201dTempat kedua jatuh ke tangan Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha \u2013 CKJ Racing dengan catatan masa 14\u201934:025s.Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14\u201934:027s.Sementara bagi kategori CP125, Md Syafiq Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor menyambar kemenangan untuk pusingan pertama.Md Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team mendapat kelebihan pada pusingan ini apabila mengambil petak pertama di grid selepas sesi shoot out dengan catatan masa 1\u201922:286s.Dengan sokongan yang teguh daripada rakan sepasukannya, Md Khairi Asyraf Mahmood di petak grid kedua, duo sepasukan ini telah memulakan perlumbaan dengan nada positif.Bagaimanapun, Syafiq ketinggalan sedikit di awal perlumbaan dan rakan sepasukannya Fareez mengambil kedudukan P1.Di pertengahan perlumbaan, Md Syafiq Rosli dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor mara ke kedudukan P1.Md Syamil Amsyar M Iffende dari Petronas Sprinta Yamaha \u2013 31 Racing yang berlumba untuk kali pertama di kategori ini tampak hebat di kedudukan P4.Perlumbaan yang sengit pada petang ini telah menyaksikan penukaran kedudukan di antara pelumba-pelumba, namun Syafiq Rosli telah tampil dengan prestasi yang mantap.Di lap terakhir, Syafiq dan Amirul dari SCK Honda Racing Team kelihatan bergelut untuk kedudukan P1 dan akhirnya Syafiq berjaya dengan catatan terpantas 11\u201921:598s.Menurut Syafiq, \u201cBagi saya, perlumbaan pada petang ini amatlah sengit. Lebih-lebih lagi, dengan para pelumba yang bukan calang-calang orangnya.\u201cTetapi pasukan saya telah menyediakan jentera dengan \u2018setup\u2019 yang bagus. Walaupun cuaca agak panas hari ini, saya bersyukur kerana mampu menamatkan perlumbaan dengan suatu kejayaan.\u201dSementara itu, Md Amirul Ariff Musa mengambil tempat kedua dengan catatan masa 11\u201921:814s, ketiga milik Syamil Amsyar yang telah mempamerkan potensi di kategori ini dengan catatan masa 11\u201922:274s.Sementara itu, Kategori Wira KBS, Amirun Haziq Johan dari Petronas Sprinta Yamaha -31 Racing menyambar kemenangan pertama bagi musim ini.Sesi \u201cShoot Out\u201d yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Amirun di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas 1\u201926:145s.Mengikut jejak langkah abang-abang \u2018senior\u2019, Amirun tampak hebat di litar pada musim ini biarpun dicabar Ahmad Iqram Danish dari Yamaha Estremo 27 Racing pada lap pertama dan kedua, Amirun kembali ke P1 pada lap ketiga dan telah mengekalkan kedudukannya di lap keempat.Di lap kelima, Iqram kembali untuk memberikan saingan kepada Amirun.Dalam pada itu, Raiyan Khardanee M Sanusi mencari peluang untuk memintas rakan sepasukannya, Amirun. Raiyan berjaya di lap keenam, tetapi Amirun yang menaiki jentera nombor 31 menyambar kembali kedudukan di P1 sebelum menyahut kemenangan pertamanya bagi musim ini dengan catatan masa 10\u201916:519s.Menurut Amirun, \u201cIni hanyalah permulaan bagi saya. Pasukan saya telah bekerja keras dalam penyediaan jentera yang bagus untuk pusingan ini.\u201cSaya berharap bahawa jentera saya akan sentiasa dalam keadaan optimum agar saya dapat meneruskan kejayaan ini di sepanjang musim.\u201cPara pelumba musim ini telah memberikan saingan yang hebat. Sememangnya tidak mudah bagi saya tetapi saya telah mencuba dan berikan yang terbaik.\u201dRaiyan mengambil tempat kedua dengan catatan masa 10\u201916:760s diikuti ketiga adalah Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 10\u201916:899s.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247181/berita/sukan/skuad-piala-sudirman-2023-negara-mungkin-dirombak", "article_title": "Skuad Piala Sudirman 2023 negara mungkin dirombak", "article_text": "PRESTASI pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum senarai akhir pemain diputuskan bagi menghadapi Piala Sudirman, Mei ini.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan terhadap skuad yang diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.Pemenang pingat emas tiga kali Sukan Komanwel itu menjelaskan semua pemain akan diberi peluang sama rata tanpa mengira status mereka, bagi memastikan pemain yang benar-benar layak berada dalam pasukan kebangsaan.\u201cMemang bagus untuk naik ke ranking keempat dunia sekarang tetapi lebih penting untuk kami bersedia dari sekarang memandangkan kami telah meraih pengalaman bagaimana untuk menghadapi Piala Sudirman.. secara kasarnya pasukan sudah ada tetapi mungkin akan ada beberapa perubahan,\u201d katanya kepada pemberita baru-baru ini.Beliau yang berpendapat pasukan negara belum benar-benar mantap untuk berada dalam ranking empat teratas dunia, berkata banyak perkara yang perlu diteliti semula dan ditambah baik berdasarkan aksi di BAMTC.Ditanya sama ada perseorangan lelaki Ng Tze Yong akan beraksi pada Piala Sudirman, Choong Hann berkata, pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu perlu sentiasa bersedia dan memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk membantu pasukan di kejohanan tersebut.Pada kempen BAMTC di Dubai, Malaysia diwakili Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao bagi perseorangan lelaki; Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki); Pearly Tan-M. Thinaah dan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).Pada kejohanan itu Malaysia menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 2-3 kepada China.Untuk rekod, Piala Sudirman 2023 akan berlangsung di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247182/berita/sukan/duplantis-cipta-rekod-baharu-dunia", "article_title": "Duplantis cipta rekod baharu dunia", "article_text": "ATLET lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis yang mencipta rekod baharu dunia dengan catatan 6.22 meter dalam kejohanan dalam dewan All-Star Perche di Clermont-Ferrand, Perancis, menyifatkannya sebagai pengalaman luar biasa.Duplantis berstatus juara Olimpik memperbaharui rekodnya sendiri 6.21m diciptanya ketika memenangi gelaran dunia di Oregon tahun lalu mencatatkan rekod baharu pada percubaan ketiganya.\u201cAda sesuatu yang amat menggembirakan saya sekarang. Saya benar-benar fikir ia adalah keranaRenaud Lavillenie (pemenang pingat emas lompat bergalah Olimpik 2012). Dia sangat bermakna sejak saya mulakan karier ini.\u201cJadi ia sesuatu yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam pertandingan anjurannya dan kampung halamannya,\u201d kata Duplantis.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247178/berita/sukan/hanya-16-saat-jojo-tumbang-lawan-dengan-pukulan-ko", "article_title": "Hanya 16 saat, Jojo tumbang lawan dengan pukulan K.O", "article_text": "PESERTA remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan sulung menakjubkan dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan lawan dengan pukulan \u2018knockout\u2019 (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, di sini, Jumaat malam.Peserta Sarawak berusia 16 tahun itu hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan \u2018Flyweight Muay Thai\u2019 untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.Beliau memerangkap lawan dengan aksi kombinasi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat sehingga lawannya tidak mampu meneruskan saingan.Johan, yang lebih dikenali sebagai \u2018Jojo\u2019, turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,000).\"Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,\u201d katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.Johan, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap berkata, beliau menjalani tempoh latihan intensif selama sebulan setengah bagi persediaan menghadapi pertarungan ONE Championship.\"Saya sentiasa mahu bertarung dalam kejohanan ini...maka berlatih dengan gigih untuk mencapai hasrat ini. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai jam 4 petang.\"Usaha keras selama ini berbaloi. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih, Addy Singpayak, yang menjaga saya. Beliau adalah jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,\u201d katanya.Tahun lepas, Johan muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selepas menumbangkan peserta Rusia, Rustam Yunusob, bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18, di Pusat Knvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya. - BernamaBangkok, Johan Ghazali, Muay Thai, ONE Championship, KO", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 08:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247165/berita/sukan/azizulhasni-tersingkir-di-suku-akhir-acara-pecut", "article_title": "Azizulhasni tersingkir di suku akhir acara pecut", "article_text": "CABARAN Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara pecut di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terhenti di peringkat suku akhir pada Ahad.Pada saingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia itu, jaguh negara berusia 35 tahun yang meraih perak acara keirin semalam tewas kepada pelumba Israel Mikhail Yakovlev pada peringkat lapan terakhir.Mohd Azizulhasni, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, bermula baik apabila memenangi saingan pertama dengan catatan 10.063s mengatasi Yakovlev dengan 0.062s.Namun pelumba kelahiran Rusia itu bangkit mempamerkan kayuhan lebih pantas dengan catatan 9.812s dan 9.845s pada saingan kedua dan penentuan untuk mara ke separuh akhir, masing-masing dengan kelebihan 0.197s dan 0.507s untuk mengatasi Mohd Azizulhasni.Semalam, The Pocket Rocketman yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April lepas meraih perak acara kegemarannya, keirin, di belakang juara dunia tiga kali berturut-turut Harrie Lavreysen dari Belanda manakala Yakovlev membawa pulang gangsa.Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak dapat beraksi pada Ahad kerana mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Sam Dakin dari New Zealand pada saat akhir perlumbaan keirin malam tadi.Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi gagal melepasi pusingan pertama acara keirin wanita.Kejohanan di Jakarta, yang pertama daripada tiga siri Piala Negara-Negara itu, merupakan kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 06:09pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247154/berita/sukan/bojan-tak-puas-hati-mutu-pengadilan", "article_title": "Bojan tak puas hati mutu pengadilan", "article_text": "PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang menyaksikan pasukannya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Penang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Sabtu.Menurutnya, beliau akan menghantar surat bantahan berhubung mutu pengadilan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun sedar ia tidak akan dapat mengubah keputusan.\"Apabila saya duduk di sini, saya akan berfikir terlebih dahulu sama ada boleh bercakap tentang pengadil perlawanan. Tetapi, jika saya komen, saya akan berdepan masalah.\"Saya akan didenda atau digantung jika membuat komen. Tetapi, apabila saya fikirkan kembali kenapa kami sebagai jurulatih tidak boleh memberikan pandangan?\"Sudah tentu, pasukan boleh membuat bantahan dengan bukti video dan sebagainya tetapi keputusan tetap sama. Boleh anda berikan kembali dua mata tersebut?Tidak,\" katanya pada sidang media selepas perlawanan.Beliau juga berharap agar FAM dapat mempertimbangkan untuk mengubah peraturan membolehkan jurulatih memberikan pendapat mengenai jurulatih dan isu bola sepak yang lain.\"Dengan cara ini ia akan menambah baik kualiti liga,\" katanya.Selepas ini, KL City akan berhadapan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim pada Rabu dan Bojan mahu pasukannya fokus kepada perlawanan tersebut.\"Padang hari ini agak teruk. Bola melantun terutama di dalam kotak penalti. Saya harap padang akan bersedia untuk perlawanan seterusnya.\"Apabila menyewa padang, sudah tentu menjangkakan ia berada dalam keadaan baik. Kita semua bercakap tentang bola sepak profesional tetapi padang hari ini benar-benar mengerikan,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 05:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247146/berita/sukan/darrshan-harap-pencapaian-di-itf-beri-kelebihan-ke-sukan-sea", "article_title": "Darrshan harap pencapaian di ITF beri kelebihan ke Sukan SEA", "article_text": "PEMAIN tenis remaja S.Darrshan berharap pencapaiannya dalam kejohanan remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) memberinya kelebihan dalam pemilihan ke Sukan SEA di Kemboja pada 5-17 Mei ini, sekali gus membuat penampilan sulungnya dalam temasya itu.Atlet berusia 15 tahun itu berkata, beliau adalah antara pemain yang disenaraikan, namun hanya lima yang akan disenarai pendek.Selepas mara ke final perseorangan lelaki pada Kejohanan Remaja Jelajah Tenis Dunia ITF Singapura J30 awal bulan ini, Darrshan melangkah ke dua final dalam J30 Selangor minggu ini iaitu memenangi acara beregu dan muncul naib johan perseorangan.Darrshan kini berharap untuk mempamerkan persembahan cemerlang dalam siri pertama Sirkit Kebangsaan yang bermula 8 Mac ini, bagi mencerahkan peluangnya ke Sukan SEA.\"Saya rasa nama saya dimasukkan dalam senarai panjang itu selepas saya bermain dengan baik pada Terbuka KL pada Oktober dan mara ke separuh akhir.\"Keputusan hari ini pastinya membantu kerana proses pemilihan melibatkan berapa banyak kejohanan yang disertai dan pencapaian kami,\" katanya.Katanya, beliau mahu melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan kerana mahu menyertai pasukan Sukan SEA untuk mendapatkan pendedahan.\"Saya teruja untuk berada pada peringkat mereka dan bertanding dengan pemain terbaik daripada setiap negara,\u201d katanya kepada Bernama.Darrshan, yang bergandingan dengan pemain Indonesia Aldhito Ramadhan Dwi Kurniawan, memenangi acara beregu selepas menewaskan Chen Xianfeng-Meng Fanming dari China 6-1, 6-0 dalam pusingan akhir di Gelanggang Tenis Kelana Jaya, semalam.Pemain pilihan kelima kejohanan itu bagaimanapun tewas 3-6, 4-6 kepada Fanming dalam final perseorangan hari ini.Darrshan yang mula bermain tenis sejak berusia tujuh tahun dijangka mengambil bahagian dalam Sarawak J300 bulan depan untuk melonjakkan rankingnya.\"Ibu saya Nirmala Krishna dan ibu saudara bermain pada peringkat kebangsaan, jadi saya sedang mencuba untuk memperbaiki keputusan supaya saya boleh menjadi yang terbaik dalam keluarga.\"Keluarga memberi saya sokongan yang kuat dan berkongsi banyak info tentang sukan ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 04:29pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247108/berita/sukan/arsenal-patut-menang-besar---arteta", "article_title": "'Arsenal patut menang besar' - Arteta", "article_text": "MIKEL Arteta memuji pada pemainnya selepas melakar kemenangan penting 1-0 ke atas Leicester City untuk membolehkan pasukan itu terus kekal berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).Gol Gabriel Martinelli seminit selepas babak kedua bersambung memastikan kemenangan The Gunners dalam perlawanan sengit di Stadium King Power itu.\"Saya fikir untuk tempoh masa kami menguasai bola dan jumlah peluang yang kami cipta, kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol.\"Apabila anda tidak melakukannya (menyudahkan peluang), maka anda perlu bekerja keras untuk bertahan melalui serangan bals lawan.\"Namun, perlawananan ini sangat hebat kerana ia adalah tempat yang sangat sukar untuk datang ke sini dan menang. Kami telah melakukannya dan ia adalah kemenangan besar.\"Jelas sekali, kami mahu bermula dengan pantas pada separuh masa kedua dan mula bangkit semula. Ia adalah masa yang sangat baik untuk memberikan kelebihan kepada kami,\" katanya.Leandro Trossard berpeluang untuk memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama, namun golnya dibatalkan selepas pertahanan Arsenal, Ben White terlebih dahulu dilihat mengasari penjaga gol Leicester, Danny Ward.Bagaimanapun, Arteta enggan mengulas mengenai keputusan itu sebaliknya lebih menumpukan kunjungan Everton ke Emirates pada Khamis.\"Saya tidak tahu, saya tidak melihat ulang tayang. Keputusan sudah dibuat, apa yang boleh kami lakukan?\"Kami berfikir tentang perlawanan seterusnya, Liga Perdana adalah sangat sukar. Perlawanan seterusnya kami akan menentang Everton.\"Kami perlu membuat persediaan dengan sangat baik, bermain dengan baik dan menjadi sangat dominan dalam permainan untuk mendapatkan kemenangan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247107/berita/sukan/liverpool-crystal-palace-terikat-tanpa-jaringan", "article_title": "Liverpool, Crystal Palace terikat tanpa jaringan", "article_text": "USAHA Liverpool untuk mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat teratas mendapat satu lagi tamparan apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Crystal Palace pada Ahad.The Reds bertandang ke Selhurst Park dengan misi untuk melakar kebangkitan selepas dimalukan 2-5 di tempat sendiri kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.Satu mata yang diperoleh anak buah Jurgen Klopp itu meletakkan mereka di tangga ketujuh liga, tetapi mereka masih ketinggalan enam mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat.Crystal Palace pula kekal tanpa kemenangan dalam sembilan perlawanan, tetapi keputusan seri membawa Eagles enam mata mengatasi zon penyingkiran.Klopp menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan Liverpool dalam perlawanan tersebut dan perlu mencari jalan untuk memperbaikinya.\"Saya menyukai permulaan permainan. Dinamik para pemai dan hantaran sangat bagus. Cuma, kami tidak cukup menyerang mereka.\"Saya rasa kami ada tiga atau empat peluang. Biasanya, kami menjaringkan satu atau dua peluang yang kami ada. Kami tidak melakukannya malam ini.\"Saya rasa kami membunuh suasana dengan cara kami bermain. Apabila bola sepak boleh diramal, ia bermakna lebih mudah untuk bertahan.\"Tetapi kami mendapat mata di tempat lawan dan tidak menjadi masalah. Sudah tentu ia persembahan tidak cemerlang, tetapi tidak mengapa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 10:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247106/berita/sukan/guardiola-puji-aksi-agresif-city", "article_title": "Guardiola puji aksi agresif City", "article_text": "PEP Guardiola memuji Erling Haaland dan Phil Foden selepas Manchester City melakar kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.Haaland dan Foden menemui jaringan di Stadium Vitality itu selain Julian Alvarez dan gol sendiri pemain pertahanan Bournemouth Chris Mepham memastikan kemenangan bergaya City.\"Memandangkan jumlah perlawanan dan tempoh perjalanan, saya gembira kami dapat bermain secara agresif.\"Serangan kami lebih dinamik dan kami mendapat keputusan yang baik,\" katanya.Haaland menjaringkan gol ke-27 dalam 24 penampilan EPL, mencipta rekod baru City pada musim pertama dalam EPL apabila dia melepasi jumlah 26 gol Sergio Aguero yang dilakukan pada 2014-15.\"Erling Haaland, impaknya luar biasa. Kami menyayanginya dan dia membantu kami. Hari ini kami lebih banyak menggunakannya dan dia adalah ancaman yang luar biasa,\" katanya.Dalam masa sama, Guardiola turut memuji aksi Foden yang memainkan peranan penting mencipta tujuh peluang untuk City dalam perlawanan itu.\"Kami memerlukan Phil, etika kerjanya, matlamatnya dan bantuannya. Langkah demi langkah dia akan kembali dengan prestasi terbai,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 10:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247102/berita/sukan/ronaldo-ledak-hatrik-kedua", "article_title": "Ronaldo ledak hatrik kedua", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo terus mencipta sensasi di Liga Pro Saudi apabila meledak hatrik keduanya dalam tiga perlawanan membolehkan Al Nassr menang 3-0 ke atas Damac pada Sabtu.Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu mendapat treble pada separuh masa pertama sekali gus meneruskan momentum cemerlang susulan jaringan empat golnya dua minggu lalu ketika menentang Al Wehda.Ronaldo menjaringkan gol pertama menentang Damac menerusi penalti pada minit ke-18, selepas bola terkena tangan Farouk Chafai, sementara gol kedua terhasil menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti lima minit kemudian.Gol ketiga Ronaldo pula terhasil pada minit ke-44 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukan, Ayman Yahya.Ayman mungkin boleh merembat terus untuk mencipta gol tetapi memilih untuk menghantar bola kepada Ronaldo yang tenang menyudahkan peluang tersebut.Ronaldo menjaringkan 44 hatrik dalam karier legendanya Real Madrid sekali gus menjadi penjaring terbanyak gergasi Sepanyol itu.Dia juga menjaringkan tiga gol dalam dua musim bersama United dan menambah tiga hatrik semasa berkhidmat selama tiga tahun di Juventus.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:48am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247100/berita/sukan/tetap-puji-pemain-perak-fc-walaupun-tewas", "article_title": "Tetap puji pemain Perak FC walaupun tewas", "article_text": "DI sebalik kekalahan 1-4 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada perlawanan pertama Liga Super Malaysia pada Sabtu, ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim tetapi memuji anak buahnya.Menurutnya, biarpun bukan keputusan yang diharapkan namun pemain tetap menunjukkan persembahan yang baik.Beliau berkata, anak buahnya tidak mudah mengalah bermain dengan pasukan yang berpengalaman serta memiliki ramai pemain import.\"Mereka bermain bersungguh-sungguh namun kita akui agak sukar dengan kekurangan dua pemain. Saya puas hati dengan pemain-pemain saya walaupun tewas 4-1.\"Walaupun kekurangan pemain mereka tetap menunjukkan semangat melawan,\" katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Perak di Ipoh pada Sabtu.Dalam pada itu, Teong Kim akan membuat analisis perlawanan dan berbincang dengan pemain untuk memperbaiki kelemahan menjelang aksi kedua nanti.Beliau mengakui pemainnya perlu lebih bertenang di padang di sebalik layangan dua kad merah.Mengenai pengganti Ahmad Haziq Ahmad Puad dan Sunday Afolabi pada perlawanan kedua bertemu PDRM FC nanti, Teong Kim yakin mempunyai pilihan pemain.Sementara itu, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain nyata gembira dengan prestasi anak buahnya.Jelas beliau, walaupun bermain bukan dalam tahap sebenar, kemenangan tersebut merupakan suntikan semangat dalam mengharungi perlawanan seterusnya.Dalam perlawanan pertama menentang Perak FC di Stadium Perak di Ipoh, KDA FC berjaya menjinakkan tuan rumah 4-1 di hadapan lebih 15,000 penyokong.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:16am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247099/berita/sukan/hilang-fokus-punca-kelantan-fc-tumbang", "article_title": "Hilang fokus punca Kelantan FC tumbang", "article_text": "KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik mendedahkan hilang fokus menjadi punca utama pasukannya tumpas 1-2 di tangan Kuching City FC pada perlawanan pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang Sabtu.Moon-sik berkata, selepas berjaya merobek kubu pelawat barisan pemainnya dilihat hilang 'arah' sehingga gagal beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut.\"Keputusan itu mengecewakan. Kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin namun sebaliknya.\"Berpandukan kepada keputusan itu, saya sudah mengenal pasti beberapa aspek baik dan yang perlu diperbaiki untuk perlawanan selepas ini,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan pada Sabtu.Menurut beliau, kesempatan yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbetulkan kesilapan bagi memastikan keputusan lebih baik dapat dilakar selepas ini.Ujarnya, kekalahan di tangan Kuching City FC tidak menggugat sasaran The Red Warriors (TRW) untuk berada di kelompok 10 pasukan terbaik musim ini.Bekas pemain Piala Dunia Korea Selatan 1996 itu berkata, beberapa pemain import baharu yang masih belum melaporkan diri merencatkan sedikit perancangannya.\"Selepas mereka semua menyertai pasukan, kita akan tampil lebih baik selepas ini,\" katanya.Sementara itu, pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim memuji semangat yang diperagakan oleh barisan pemain apabila berjaya bangkit untuk melakar kemenangan walaupun ketinggalan pada satu ketika.Ujarnya, kemenangan itu merupakan satu permulaan baik buat Kuching City FC kerana kebiasaannya perlawanan pembuka tirai akan berkesudahan dengan keputusan seri.Pada perlawanan itu, Kelantan FC yang beraksi di laman sendiri terpaksa menunggu sehingga minit ke-51 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan Miguel Cifuentes.Bagaimanapun, Kuching City FC bangkit melakar kemenangan menerusi Abdallah Sudi dan Abu Kamara masing-masing pada minit ke-59 dan minit ke-71.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 09:08am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247134/berita/sukan/dana-rm5-juta-kepada-yakeb-kerajaan-bela-nasib-bekas-atlet-negara", "article_title": "Dana RM5 juta kepada Yakeb: Kerajaan bela nasib bekas atlet negara", "article_text": "PERUNTUKAN RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 diharap dapat membantu lebih ramai bekas atlet negara.Malah, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap dana itu dapat mampu menepis stigma buruk berkaitan kebajikan bekas atlet di negara ini yang mana kerajaan sentiasa menyalurkan bantuan.\"Selalu saya dihantar video apabila ada atlet yang sakit, atlet jual tisu, atlet yang jual macam-macam di luar dan orang akan memberi gambaran bahawa kerajaan tak jaga mereka.\"Jadi, peruntukan kepada Yakeb ini sangat penting, untuk memastikan perkara asas kita dapat salurkan bagi membantu atlet yang betul-betul memerlukan.\"Seperti saya kata, perkara ini mempunyai kesan panjang. Kita nak pastikan lebih ramai atlet menyertai bidang sukan secara sepenuh masa.\"Tetapi kalau ibu bapa lihat kebajikan bekas atlet tak dijaga, ibu bapa juga takut dan tarik anak mereka keluar daripada melibatkan diri dalam bidang itu.\"Jadi saya harap dengan adanya peruntukan RM5 juta, kebajikan bekas atlet lebih terurus dan kita mampu untuk jaga lebih ramai,\" katanya.Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kejohanan Satelit Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) dan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Kuala Lumpur pada Sabtu.Pada Jumaat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Yakeb akan menerima dana RM5 juta bermula tahun ini bagi memelihara dan melindungi kebajikan atlet.Dalam pada itu, Kejohanan Skuasy WSF&PSA Satelit 2023 adalah yang julung kali diadakan di Malaysia dan ia mampu meningkatkan ranking pemain tempatan.\"Atlet kita perlu lebih banyak platform untuk bertanding sekali gus mampu membantu mereka meningkatkan atau memperbaiki ranking seseorang pemain (melayakkan diri bermain di pentas antarabangsa).\"Kita kena faham bila atlet tidak menyertai mana-mana pertandingan mereka tidak mampu membuktikan kebolehan mereka jadi bila ada kejohanan seperti ini, baru atlet tahu apa mereka mahu buat dalam karier,\" jelas Hannah.Sebanyak 11 kejohanan satelit PSA dijadual berlangsung pada Mac, Jun, Julai, Ogos, Oktober, November dan Disember di seluruh negara.Antaranya di Pusat Skuasy Bukit Jalil, Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David dan Kelab Diraja Sungei Ujong, Seremban. Kejohanan pertama berlangsung di Kelab Diraja Sungei Ujong pada 16 Februari lalu.Setiap kejohanan akan melibatkan 32 pemain untuk kategori lelaki dan wanita, mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan PSA.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 08:04am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247085/berita/sukan/penang-fc-bangkit-ikat-kl-city-2-2", "article_title": "Penang FC bangkit ikat KL City 2-2", "article_text": "[KEMAS KINI] PENANG FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain.Aksi penuh dramatik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, bermula dengan jaringan sepakan percuma kapten pasukan skuad \"The City Boys\u201d Paulo Josue, yang menjadi pemain naturalisasi terbaharu, pada minit ke-14.Skuad Harimau Kumbang kemudian hilang khidmat tonggak pertahanan mereka, apabila pengadil perlawanan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah mengarahkan A Namathevan keluar padang pada minit ke-58 selepas menerima kad kuning kedua ke atas kekasarannya.Josue, pemain kelahiran Brazil, menggunakan peluang itu untuk meningkatkan jurang menerusi rembatan pada minit ke-71.Penang ternyata tidak rela untuk berputih mata, apabila merapatkan jurang menerusi Muhammad Hadin Azman pada minit ke-73, manakala penyerang import dari Brazil, Giovane Gomes melengkapkan hantaran lintang Faris Shah Rosli pada minit ke-85 untuk membawa pulang satu mata.Skuad Sang Kenari terus menambah jaringan menerusi Willian Sousa pada minit ke-67, Muhammad Ariff Farhan (84) dan Jonathan Dos Reis (90) untuk kemenangan 4-1 itu.Perak kehilangan dua pemain selepas pengadil Zulkarnain Zakaria melayangkan kad merah kepada tonggak pertahanan Ahmad Haziq Ahmad Puad pada minit ke-36 kerana mengasari Amirbek Juraboev dan pemain import, Sunday Afolabi pada minit ke-78 selepas mengasari Manuel Hidalgo.Terdahulu, Kuching City berjaya memulakan debut saingan Liga Super dengan mengejutkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Februari 2023 12:01am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247083/berita/sukan/perak-fc-kecundang-1-4-di-tangan-kda-fc", "article_title": "Perak FC kecundang 1-4 di tangan KDA FC", "article_text": "PERAK FC terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi pertama Liga Super Malaysia di Stadium Perak di Ipoh pada Sabtu selepas terpaksa bermain dengan sembilan pemain akibat layangan kad merah.Kehilangan Ahmad Haziq Ahmad Puad dan Sunday Afolabi pada minit ke-32 dan dan 78 memaksa tuan rumah bertahan bagi mengelak dibolosi lebih banyak jaringan di hadapan lebih 15,000 penyokong.Dibarisi ramai pemain muda dalam kesebelasan utama tidak menghalang Perak FC untuk memberi saingan kepada pasukan lawan yang dibarisi bintang kebangsaan.Pasukan tuan rumah bermula baik apabila berjaya memperoleh jaringan awal menerusi pemain tengah Mohamad Ikwan Hafizo pada minit ke-3 hasil umpanan Hadi Fayyadh.Ketinggalan 0-1, KDA FC kemudian mengatur gerak memberi tekanan kepada pertahanan Perak FC namun beberapa percubaan gagal menembusi kubu lawan.Pada minit minit ke-17, akhirnya KDA FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang kebangsaan, Lee Tuck menewaskan penjaga gol Perak FC, Tian Keat See.Penyerang naturalisasi itu kemudiannya mendapat peluang menambah gol pada minit ke-23 namun rembatannya sedikit tersasar ke kiri gawang Perak.Dua minit berselang, Perak FC pula memperoleh peluang menerusi import baharu mereka, Seo Seonung tetapi tendangannya melambung melepasi gawang gol.Ketika permainan memasuki minit ke-26, Perak FC membuat pertukaran awal dengan memasukkan pemain tengah, Fahmi Daniel Muhd Zaim menggantikan Fadhil Idris.Perak FC terpaksa bermain 10 orang apabila pertahanannya, Ahmad Haziq Ahmad Puad dilayangkan kad merah oleh pengadil, Zulkarnain Zakaria pada minit ke-32 selepas menerima kad kuning kedua.Peluang itu dimanfaatkan pasukan pelawat yang melakukan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah namun kecekapan penjaga gol menafikan percubaan beberapa pemain KDAFC.Tamat separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi jaringan 1-1.Bersambung babak kedua, Perak FC membuat satu lagi pertukaran menerusi pemain pertahanan Sunil Caven Chandran yang menggantikan penyerang, Amirul Husaini Zamri.Anak buah Datuk Lim Teong Kim memperoleh beberapa percubaan ke gawang lawan antaranya termasuklah daripada penyerang import dari Korea Selatan, Seonung pada minit ke-58.Berselang seminit, pemain KDA FC, Akmal Md Zahir dilayangkan kad kuning pada minit ke-59 selepas mengasari Seonung.Penyerang Perak FC, Hadi Fayyadh memperoleh peluang untuk tuan rumah berada di hadapan namun ketangkasan penjaga gol lawan, Kalamullah Al-Hafiz berjaya menafikan rembatan tersebut.Tidak lama selepas itu, pemain tengah Perak FC, Sunday Afolabi pula dilayangkan kad kuning selepas mengasari Lee Tuck.Pelawat kemudiannya mendapat penalti selepas kapten mereka, Manuel Gelito dikasari dan Willian Lira Sousa tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol sekaligus KDA FC mendahului 2-1.Perak FC kehilangan seorang lagi pemain apabila Sunday Afolabi dilayangkan kad merah selepas memungut dua kad kuning pada minit ke-78 kerana mengasari Manuel Hidalgo.Kelebihan itu kemudiannya diambil oleh pasukan KDA FC dengan mengatur serangan demi serangan ke kubu tuan rumah dan hasilnya pada minit ke-84, Muhammad Ariff Farhan menambah derita Perak FC dengan jaringan ketiga.Tidak cukup dengan itu, pemain gantian KDA FC, Jonathan Boareto menambah derita Perak FC selepas menjaringkan gol keempat pada masa tambahan.Tamat perlawanan menyaksikan KDA FC memungut tiga mata pertama mereka pada perlawanan di tempat lawan menewaskan Perak FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 11:15pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247082/berita/sukan/hafizh-syahrin-tak-pulang-tangan-kosong", "article_title": "Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong", "article_text": "PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah meraih satu mata berharga selepas menduduki tempat ke-15 pada Perlumbaan 1 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Phillip Island pada Sabtu.Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin yang menggalas cabaran pasukan Petronas MIE Racing Honda masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar sepanjang 4.445 kilometer (km) sepusingan itu.\"Saya agak bertuah kerana berjaya menamatkan perlumbaan memandangkan ini kali pertama saya beraksi dalam keadaan litar yang basah sepenuhnya.\"Saya mengambil perlumbaan ini secara berhati-hati dan berjaya menamatkan perlumbaan. Apapun saya kena lebih menunjukkan peningkatan terutama terhadap kelajuan untuk lebih rapat dengan pelumba lain.\"Sekiranya cuaca esok (Ahad) masih sama seperti hari ini (Sabtu), ia akan menjadi lebih menarik dan kita boleh mempamerkan sesuatu yang lebih lagi,\" katanya.Hafizh Syahrin kini menduduki tempat ke-15 keseluruhan carta pelumba kelas WorldSBK dan ketujuh dalam carta pelumba 'Independent'.Pada Ahad, Hafizh Syahrin yang akan menyertai dua lagi perlumbaan - Superpole dan Perlumbaan 2 WSBK.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 11:12pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247081/berita/sukan/azizulhasni-sambar-pingat-perak", "article_title": "Azizulhasni sambar pingat perak", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menyambar pingat perak acara keirin pada Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta itu, Azizulhasni hanya ketinggalan 0.024 saat (s) di belakang pemenang pingat emas, Harrie Lavreysen dari Belanda.Pingat gangsa dimenangi pelumba dari Israel, Mikhail Yakovlev yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10.423s.Keputusan yang diraih Azizulhasni itu masih dianggap baik memandangkan dia kembali membuat penampilan di pentas antarabangsa kompetitif sejak menjalani pembedahan jantung tahun lalu.Dalam pada itu, seorang pelumba lagi negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal menamatkan perlumbaan akhir keirin selepas mengalami kemalangan dengan pelumba Australia, Sam Dakin.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 11:00pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247069/berita/sukan/muzakkir-lakar-rekod-baharu-sesi-kelayakan-di-sepang", "article_title": "Muzakkir lakar rekod baharu sesi kelayakan di Sepang", "article_text": "KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix musim ke-30 bermula di Litar Sepang Antarabangsa pada Sabtu.Md Muzakkir Mohamed dari ONEXOX TKKR Racing Team telah tampil dengan rekod terbaharu di sesi kelayakan kategori CP150 yang berlangsung pada petang tadi.Muzakkir telah mencatatkan masa 1\u201917:621s dan 1\u201917:361s masing-masing pada sesi latihan bebas satu dan dua yang berlangsung pada pagi tadi.Namun begitu, pada sesi kelayakan yang berlangsung selama 20 minit tadi, beliau berjaya mendahului pelumba-pelumba lain dengan jurang masa sebanyak 0.616s apabila Muzakkir mencatatkan masa 1\u201915:813s.Pada musim lepas, beliau telah mendapat tempat kesebelas secara keseluruhan dengan kumpulan sebanyak 51 mata.Walaupun Muzakkir tidak berkesempatan menaiki podium pada musim lepas, beliau telah memulakan musim baharu dengan nada yang positif dengan pencapaian pada petang tadi.Rekod terlebih dahulu dipegang oleh Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo Team dengan catatan masa 1\u201916:426s pada tahun 2020.Menurut Muzakkir, \u201cCatatan masa ini tidak dijangka tetapi ia adalah suatu pencapaian yang baik bagi saya.\"Pada musim ini, cabaran sudah pasti ada, lebih-lebih lagi, dengan para pelumba yang amat berpengalaman.Setiap tahun, prestasi para pelumba berubah, mereka lebih berkemahiran dan lebih mantap. Namun begitu, saya akan menggunakan pengalaman saya untuk memperbaiki prestasi saya pada musim ini dan mencapai suatu tahap yang lebih baik daripada musim lepas.\u201dAzroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa kedua terpantas dengan catatan masa 1\u201916:429s.Tempat ketiga terpantas pula dicatatkan oleh Ahmad Afif Amran dari Petronas Sprinta Yamaha \u2013 CKJ Racing dengan catatan masa 1\u201916:593s.Bagi kategori CP125, Md Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan.Syafiq yang menyertai Jetron Yamaha YYPang Racing Team pada musim lepas bagi kategori CP150 memulakan aspirasi baharu di kategori CP125 pada musim ini.Beliau yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun agak yakin dengan persembahan pada petang tadi apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1\u201922:532s.Menurut Syafiq, \u201cKategori CP150 memang agak mencabar dan saya tidak dapat memberikan persembahan terbaik. Peralihan dari kategori CP150 ke CP125 tidak semudah yang disangka. Walaupun jenteranya tidak sepantas jentera CP150, kerana masih perlu menyesuaikan diri dengan \u201cchassis\u201d jentera ini. Saya telah banyakkan latihan dan saya rasa lebih yakin. Untuk perlumbaan esok (Ahad), saya harap dapat naik ke podium.\u201dTempat kedua terpantas menjadi milik Md Syafiq Rosli dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 1\u201922:608s.Di tempat ketiga terpantas adalah Md Fareez Afeez Abd Rahman dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 1\u201922:644s.Dalam pada itu, Amirul Haziq Johan dari Petronas Sprinta Yamaha \u2013 31 Racing mencatatkan masa terpantas bagi kategori Wira KBS pada petang ini.Pada pagi tadi, Amirun mencatatkan masa 1\u201927:497s dan 1\u201926:489s masing-masing bagi sesi latihan bebas satu dan dua.Catatan masa itu diperbaiki lagi apabila beliau mencatatkan 1\u201925:204s di sesi kelayakan yang berlangsung selama 15 minit.Pada musim lepas, Amirun mendapat tempat keenam secara keseluruhan dengan satu kemenangan pada pusingan kesembilan dan jumlah sebanyak 61 mata.Ini adalah suatu permulaan yang bagus bagi Amirun pada musim ini.Menurut Amirun, \u201cMusim lepas adalah tahun pertama saya di kategori Wira KBS. Oleh itu, cabarannya memang besar. Musim ini, saya telah melebihkan latihan dan agak yakin. Lebih-lebih lagi dengan keadaan jentera saya yang agak bagus. Saya memang suka litar Sepang tetapi seperti biasa saingan daripada pelumba-pelumba lain tetap ada. Namun begitu, saya akan buat yang terbaik.\u201dTempat kedua terpantas milik Md Adib Arsyad Mohd Hisam dari Yamaha Estremo 27 Racing dengan catatan masa 1\u201925:850s dan tempat ketiga terpantas di ambil oleh rakan sepasukannya Ahmad Iqram Danish dengan catatan masa 1\u201925:893s.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 07:59pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247066/berita/sukan/kelantan-fc-kecundang-1-2-ditangan-kuching-city", "article_title": "Kelantan FC kecundang 1-2 di tangan Kuching City", "article_text": "KELANTAN FC gagal mengekang kebangkitan Kuching City FC apabila kecundang 1-2 pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.Beraksi dalam keadaan cuaca yang baik pada sebelah petang, kedua-dua pasukan memperagakan aksi seimbang di babak awal perlawanan.Peluang terbaik Kelantan FC hadir pada minit ke-26 menerusi sepakan percuma Mario Arques yang sekadar menggegar tiang gol sebelah kanan pelawat meskipun Norazlan Razali sudah tertewas.Kelantan FC terus ghairah untuk mencari jaringan semangat, namun dua peluang terhidang menerusi Miguel Cifuentes pada minit ke-28 dan Cristian Rontini minit ke-29 gagal menerjah gawang yang dikawal Norazlan.Selepas itu, Kuching City hampir memecah kebuntuan jaringan menerusi tandukan Abdallah Sudi pada minit ke-39, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan FC, Mohamad Rozaimi Rahmat.Keputusan terikat tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat aksi babak pertama.Bersambung babak kedua, tuan rumah akhirnya menarik nafas lega apabila jaringan pembukaan yang ditunggu akhirnya menjelma tiba pada minit ke-51 menerusi rembatan Cifuentes selepas gagal diselamatkan oleh Norazlan.Gol Kelantan FC hanya bertahan lapan minit sahaja apabila Abdallah Sudi menyamakan kedudukan menjadi 1-1 selepas bijak menghidu peluang dalam kotak penalti tuan rumah.Abu Kamara kemudiannya menghukum kepincangan benteng tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-71.Terdesak dengan jaringan pelawat itu, Kelantan FC cuba bangkit menerusi gerak-gerak menarik namun, berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Kuching City.Keputusan 1-2 sehingga tamat perlawanan menyaksikan Kuching City meraih mata penuh pertama mereka musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 07:45pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247045/berita/sukan/tak-boleh-main-lato-lato-di-stadium", "article_title": "Tak boleh main lato-lato di stadium", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman tidak membenarkan penyokong bola sepak membawa lato-lato ketika menyaksikan saingan Liga Super antara Kelantan FC dan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini.\u201cLato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,\u201d kata Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya.Aksi sulung Liga Super antara kedua-dua pasukan itu dijadualkan bermula jam 5:30 petang.'Pengharaman' lato-lato itu turut disambut baik rata-rata penyokong bola sepak tempatan, malah mereka turut menyifatkan bunyi permainan tersebut mengganggu tumpuan penonton di stadium.\u201cHarap semua stadium boleh mengharamkan permainan lato-lato. Bunyi yang cukup menyesakkan jiwa dan boleh bikin panas,\u201d kata seorang penyokong.Menurut seorang lagi penyokong; \u201cSetuju benar bos Norizam haramkan lato-lato di stadium, buat ganggu kita yang nak tengok bola saja.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 05:45pm"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247041/berita/sukan/sahoca-rugby-club-sambut-baik-cadangan-bina-stadium-ragbi", "article_title": "SAHOCA Rugby Club sambut baik cadangan bina stadium ragbi", "article_text": "PERSATUAN Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) Rugby Club menyambut baik cadangan Kedah membina stadium ragbi di negeri ini.Presidennya, Thoriq Othman berkata, pihaknya menyifatkan cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk membina stadium itu adalah usaha sangat baik.\"Mungkin pada peringkat permulaan, kita buat secara kecil-kecilan, yang mana tidak perlu cari (lokasi) besar seperti stadium mungkin (saiz) kompleks sukan yang (memuatkan) 5,000 penonton dahulu untuk satu kejohanan,\" katanya.\"Ia memandangkan Kedah terkenal sebagai kilang pengeluar pemain ragbi untuk satu tempoh, kita memang ada pemain berbakat,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Penaja dan Pelancaran Jersi SAHOCA Rugby Club di sebuah hotel, di Alor Setar, pada Sabtu.Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya amat mengalu-alukan cadangan terbabit memandangkan Kedah bukan hanya memiliki pemain berbakat, malah sukan itu mendapat sambutan ramai.Thoriq berkata, ia terbukti dengan kehadiran ramai penonton ketika kejohanan ragbi yang pernah diadakan di stadium-stadium sebelum ini.Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, SAHOCA Rugby Club merupakan pasukan ragbi terdiri daripada bekas pelajar kolej terkemuka di Kedah itu.Kata Thoriq, pasukan ragbi terbabit ditubuhkan bagi mengeratkan silaturahim sekali gus membolehkan alumni menyertai pelbagai kejohanan ragbi di seluruh negara.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kedah akan menyediakan lebih banyak kemudahan sukan yang berpotensi dibangunkan serta dapat menyumbang pingat dalam semua peringkat pertandingan.Muhammad Sanusi berkata, antara perancangan termasuk membina stadium ragbi berikutan Kedah antara tempat yang melahirkan ramai pemain ragbi berbakat.Menurutnya, kerajaan negeri sedang mengenal pasti tapak dan lokasi bersesuaian bagi pembinaan stadium ragbi pertama untuk melengkapkan kemudahan sukan di negeri ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 05:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247031/berita/sukan/hantaran-liridon-bikin-tmj-geram", "article_title": "Hantaran Liridon bikin TMJ 'geram'", "article_text": "TINDAKAN pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi yang meluahkan sokongan kepada pasukan baharunya, Terengganu FC (TFC) sempena aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah mengundang padah.Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik JDT, seakan bengang dengan hantaran Liridon di laman sosialnya itu.Pemain berusia 31 tahun itu memuat naik hantaran ucapan maju jaya itu sebelum pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada malam Jumaat.\"Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya,\" kata Liridon.Bagaimanapun, catatan itu menerima reaksi segera Tunku Ismail yang mengesyorkan rakan sepasukan baharu membayar gajinya.\"Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu,\" balas Tunku Ismail.Hantaran tersebut bagaimanapun selepas itu dipadam oleh Tunku Ismail termasuk Liridon.Pemain naturalisasi berkenaan tidak dapat diturunkan susulan syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan.Berdasarkan syarat itu, pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.Pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia itu, JDT memenangi piala berkenaan setelah mengalahkan TFC 2-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 04:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247016/berita/sukan/kbs-tak-akan-anak-tiri-sukan-ekstrem---hannah", "article_title": "KBS tak akan anak tiri sukan ekstrem - Hannah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan tidak akan menganaktirikan mana-mana sukan termasuk sukan ekstrem.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau akan memastikan pentadbirannya memberi layanan sama rata terhadap semua jenis sukan di negara ini.\"Walaupun anda lihat pada Disember lepas tumpuan lebih diberikan kepada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), namun pada hari ini kami beri jaminan tiada sukan yang menjadi kegemaran (lebih tumpuan) kami.\"Kami akan beri peluang sama rata kepada semua atlet, jika kita lihat sukan ekstrem atau sukan ragbi berjaya dan perlukan sokongan, kami akan sokong dan tidak akan anak tirikan sebarang jenis sukan,\u201d katanya kepada pemberita pada Karnival Sukan Ekstrem di sini pada Sabtu.Beliau berkata, sukan ekstrem mempunyai potensi untuk dibangunkan, namun penting bagi KBS, Jabatan Belia dan Sukan, pihak berkuasa tempatan serta persatuan sukan terlibat untuk duduk bersama dan mencari jalan bagaimana menyediakan kemudahan mencukupi.\"Kita kena pastikan terdapat pusat latihan tetap untuk mereka (penggemar sukan ekstrem). Jika tiada tempat latihan, atlet juga tidak tahu di mana mahu berlatih dan secara tidak langsung, sukan itu tidak boleh dibangunkan,\u201d katanya.Beliau juga menyarankan kepada PBT yang berminat membangunkan infrastruktur sukan ekstrem supaya berjumpa pihaknya dan persatuan sukan terlibat terlebih dahulu, bagi memastikan pembinaan mengikut spesifikasi ditetapkan.Sementara itu, karnival yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara di sini, dianjurkan bagi mencari bakat baharu sukan ekstrem, memberi pendedahan kepada peserta dan pengunjung tentang aspek keselamatan selain menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat.Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu \u2018inline skating\u2019, \u2018skateboarding', basikal BMX dan larian berhalangan, manakala pengunjung turut diberi peluang mencuba beberapa aktiviti sukan ekstrem seperti \u2018push bike\u2019, \u2018roller skating\u2019, perlumbaan kereta kawalan jauh serta dron.Karnival Sukan Ekstrem yang bermula hari ini, berakhir esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 02:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/247004/berita/sukan/newcastle-menjengkelkan---ten-hag", "article_title": "Newcastle 'menjengkelkan' - Ten Hag", "article_text": "KELAB Manchester United sudah mula berasa 'rimas' menjelang perlawanan akhir Piala Liga menentang Newcastle di Stadium Wembley, London awal pagi Isnin.Bos United, Erik ten Hag melabelkan Newcastle sebagai sebuah pasukan 'menjengkelkan' susulan skuad kendalian Eddie Howe mungkin akan menggunakan taktik membuang masa.\"Mereka pasukan yang menjengkelkan ketika beraksi. Jadi kami mesti mencari jalan untuk menang,\" katanya.Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Oktober lalu kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi di Old Trafford.Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp dan rakan sejawatnya di Arsenal, Mikel Arteta meluahkan kekecewaan taktikal diterapkan Newcastle.Malah ten Hag juga menjangkakan aksi serupa di Wembley.Bola hanya dimainkan secara purata 51 minit 47 saat daripada aksi Newcastle musim ini, paling rendah dalam kalangan kelab-kelab EPL.Ten Hag sudah memberitahu anak buahnya untuk menyegerakan corak permainan sambil berharap pengadil, David Coote dapat menangani cubaan Newcastle melambatkan permainan.\"Mereka cuba mengganggu anda. Kami perlu pastikan bermain dengan cara sendiri dan fokus terhadap perlawanan.\"Jadi terpulang kepada kami untuk mempercepatkan permainan, tapi kami juga bergantung kepada tahap pengadilan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 01:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246994/berita/sukan/howe-yakin-newcastle-bawa-pulang-trofi", "article_title": "Howe yakin Newcastle bawa pulang trofi", "article_text": "KELAB Newcastle dalam 'mood' gembira menjelang misi menamatkan kemarau 54 tahun tanpa trofi pada final Piala Liga menentang Manchester United awal pagi Isnin.Pengurusnya, Eddie Howe optimis pasukannya tidak rasa 'terbeban dengan sejarah' ketika mereka menyasarkan untuk memenangi trofi selepas kali terakhir memenangi Piala Fairs pada 1969.Piala Fairs (kemudiannya dikenali sebagai Piala Uefa).Howe berharap dapat membawa pulang trofi paling dinantikan itu kepada ahli majlis di St James' Park selepas perlawanan akhir berdepan United di Stadium Wembley.\"Saya tidak rasa pemain terbeban dengan sejarah. Sebaliknya mereka merasakannya sebagai satu motivasi,\" kata Howe.Beliau menjelaskan para pemain sedar mengenai misi mereka untuk memenangi perlawanan itu.\"Kami membuatkan mereka sedar sebelum bermula kejohanan ini bahawa memang terlalu lama menantikan trofi.\"Saya rasa mereka semua faham. Ia perkara yang hebat sebagai alat motivasi,\" ujar Howe.Newcastle sebelum ini pernah dibimbing nama-nama besar - Sir Bobby Robson, Kevin Keegan dan Rafael Benitez.Bagaimanapun Howe menegaskan bahawa sebarang kejayaan ke atas United tidak sepatutnya hanya dikaitkan dengan namanya.\"Ia amat bermakna buat saya tetapi ia lebih kerana sokongan peminat, kepada sesiapa yang ada kaitan dengan Newcastle, jika kami berjaya melakukannya,\" katanya.Howe menyedari para peminat menanti terlalu lama untuk meraikan kejayaan memenangi trofi.\"Mereka menanti terlalu lama. Saya tahu cerita ini daripada orang sekitar bandar ini.\"Rasa sayang mereka kepada kelab bola sepak. Saya mahu membalas rasa sayang ini dengan trofi. Sejak datang ke Newcastle, dari hari pertama saya rasa bagus,\" katanya.Kejayaan selaku pengurus Bournemouth akhirnya membawanya ke Newcastle pada November 2021.\"Sebenarnya adalah mengejutkan bahawa kelab ini tidak menang trofi buat sekian lama berdasarkan saiznya yang besar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 12:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246982/berita/sukan/guanyu-kejutkan-verstappen-di-bahrain", "article_title": "Guanyu kejutkan Verstappen di Bahrain", "article_text": "PELUMBA China, Zhou Guanyu menampilkan pemanduan mengagumkan apabila berjaya menewaskan juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen pada hari kedua ujian pramusim di litar Sakhir, Bahrain.Pelumba muda berusia 23 tahun itu mengakui berasa gembira melihat namanya berada di atas.\"Menyedari ini adalah ujian. Sudah tentu semua orang mencuba tetapan yang berbeza.\"Namun saya tetap berasa gembira melihat nama saya dan pasukan dalam helaian masa terpantas,\" katanya.Guanyu mencatatkan masa terbaik 1 minit 31.610 saat selepas 132 pusingan bersama Alfa Romeo.Trek itu kan menjadi perlumbaan pembukaan kejuaraan musim 2023 pada 5 Mac ini.\"Ia adalah hari yang positif. Kami mendapat lebih banyak jarak perbatuan dan melepasi semua sasaran. Saya gembira dengan prestasi ini.\"Jentera ini berfungsi dengan baik untuk kedua-dua waktu, siang dan mala. Saya berasa lebih yakin pada sesi ujian ini,\" ujar Guanyu.Dia berada di tempat ke-18 pada edisi 2022, musim pertamanya dalam F1 setelah mengumpul enam mata secara keseluruhan.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 11:26am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246983/berita/sukan/kelantan-united-bukan-milik-kerajaan-negeri", "article_title": "'Kelantan United bukan milik kerajaan negeri'", "article_text": "KOTA BHARU - \"Kami bukan milik kerajaan negeri\". Itu penegasan yang diberikan oleh Presiden Kelantan United FC, Rozi Muhamad selepas masih ada penyokong keliru dengan status pasukan berkenaan.Rozi berkata, Kelantan United merupakan sebuah pasukan yang diuruskan secara profesional sebagaimana pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.\"Ramai yang tersalah anggap dalam isu ini. Kami (Kelantan United) bukan milik kerajaan negeri.\"Jadi saya harap semua pihak tidak lagi keliru dengan perkara ini,\" katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Penaja Kelantan United Bagi Musim 2023 pada Jumaat.Menurut beliau, Kelantan United tetap perlu membayar levi penggunaan stadium sebagaimana yang dilakukan oleh pasukan lain.Rozi bagaimanapun memberitahu hubungan baik antara pihaknya dan kerajaan negeri telah terbentuk sejak awal lagi semasa pasukan dikenali dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Urusetia Belia dan Sukan (Ubes).\"Pasukan itu kemudiannya diprofesionalkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pengurusan Kelantan United untuk bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).\"Kelantan United bermula dari saingan Liga M3, Liga Perdana dan kini di Liga Super. Kita mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kemudahan-kemudahan tertentu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada kelab ini,\" katanya.Dalam perkembangan lain Rozi memberitahu, sebagai pendatang baharu dalam saingan Liga Super musim ini Kelantan United menyasarkan kedudukan 10 terbaik.Katanya, saingan itu mampu digapai berpandukan kepada persiapan dan barisan pemain yang dibawa masuk untuk memperkasakan pasukan musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 11:23am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246973/berita/sukan/guardiola-pertahan-prestasi-haaland", "article_title": "Guardiola pertahan prestasi Haaland", "article_text": "PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan bola sepak sebagai permainan berpasukan dan sebarang keputusan sama ada menang atau kalah ia menjadi tanggungjawab seluruh pasukan.Justeru jurulatih itu menegaskan, Erling Haaland tidak boleh dipersalahkan kerana kurang terbabit dalam serangan City memandangkan peranan penyerang berbeza berbanding posisi lain.\"Penyerang ialah posisi paling sukar di dunia kerana ada dua pemain fokus kepada mereka. Erling (Haaland) ada lebih daripada itu.\"Bukan mudah untuk melakukannya.\" ujar Guardiola.Haaland sudah meledak 32 gol, namun kelibat pemain Norway itu sering mengundang kritikan kerana serangan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kurang lancar jika dia ada bersama pasukan.Pemain berusia 22 tahun itu gagal menemui sentuhan ketika mereka mencatatkan keputusan seri menentang Nottingham Forest dan Leipzig sepanjang minggu lalu.Guardiola menafikan kritikan bahawa jumlah sentuhan Haaland yang rendah setiap perlawanan memberi kesan kepada sumbangan keseluruhannya.\"Ini salah kami, bukan Haaland. Dia sangat mengagumkan sepanjang musim,\" kata Guardiola.Beliau juga mengakui The Citizens perlu menambah baik untuk membantu pembentukan Haaland di City.\"Saya mahu melihat Haaland atau penyerang lain seperti Sergio (Aguero) atau Gabriel (Jesus) memainkan peranan selaku penyerang sebenar.\"Berapa kali mereka menyentuh bola. Ia bukan mengenai menyentuh bola. Proses kami lebih daripada itu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 10:33am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246972/berita/sukan/liga-super-nsfc-idam-keputusan-positif-lawan-spfc", "article_title": "Liga Super: NSFC idam keputusan positif lawan SPFC", "article_text": "PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC), K.Devan mengharapkan keputusan positif dengan sekurang-kurangnya seri pada perlawanan pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC (SPFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.Meskipun dilihat agak sukar berikutan prestasi baik SPFC, beliau yakin anak buahnya mampu menampilkan persembahan cemerlang selain kelebihan bermain di laman sendiri dan sokongan padu penyokong.\"Menjadi harapan pasukan untuk raih tiga mata pada perlawanan esok tapi kita (NSFC) kena berdepan realiti bahawa persiapan SPFC lebih baik, mereka ke Thailand untuk perlawanan persahabatan, ada pemain berkualiti dan kuota pemain import lebih baik.\"Saya tak nafikan kita ada kekurangan dari segi persiapan tapi pastinya kita akan usaha lebih untuk dapat tiga mata, bagaimanapun kalau dapat seri dalam perlawanan pertama ia bonus untuk NSFC,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad Jang di sini.Devan berkata, NSFC turut memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian dan memahami taktikal pasukan yang dibarisi beberapa muka baharu terutama pemain importnya seperti pertahanan dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharuddin dan pemain tengah Levy Clemen Madinda dari Gabon.Dalam pada itu, beliau berkata, Muhammad Safuwan yang sebelum ini dibelenggu kecederaan kini bersedia beraksi selain telah mengharungi dua perlawanan persahabatan.\"Kita sudah melihat laporan perubatannya dari pasukan Selangor, doktor juga mencadangkan beliau dipanggil untuk latihan dan perlawanan persahabatan, prestasinya baik sebab itu kita tetapkan dia sebagai pemain import,\u201d katanya.Tahun lepas, Selangor terpaksa melupakan khidmat Muhammad Safuwan berikutan beliau mengalami mild traumatic brain injury dan diberi rehat yang panjang.Sementara itu, Devan berkata, masih terlalu awal untuknya menetapkan sasaran kedudukan NSFC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini kerana perlu menilai keupayaan dan kekuatan sebenar setiap pemainnya.\"Saya tidak tahu kekuatan mereka mungkin susah untuk meletakkan sasaran, mungkin selepas melalui tiga atau empat perlawanan (boleh sasar) selain melihat kualiti pemain, selepas itu baru boleh ramal pencapaian kita tahun ini,\u201d katanya dan menambah sudah ada kesebelasan utama bagi perlawanan esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 10:23am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246968/berita/sukan/bergson-lega-jdt-tewaskan-tfc", "article_title": "Bergson lega JDT tewaskan TFC", "article_text": "PENYERANG import Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Bergson Da Silva lega dengan kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC), pada aksi Piala Sumbangsih 2023, biarpun berdepan tentangan sengit daripada skuad Penyu itu.Menurutnya, tanpa beberapa pemain utama, kesebelasan TFC terutamanya di benteng pertahanan dilihat masih mampu memberikan \u2018kesukaran\u2019 buat jentera serangan JDT menghasilkan jaringan.\u201cSaya akui ia merupakan perlawanan yang agak sukar. Kami bermula dengan baik, tetapi mereka (TFC) juga bertahan dengan baik dan ia mengejutkan kami.\u201cNamun pada separuh masa kedua, corak permainan kami semakin baik dan akhirnya kami berjaya menewaskan mereka.\u201cApa pun, ia masih merupakan perlawanan yang pertama musim ini dan masih banyak perlawanan yang lebih mencabar perlu kami harungi,\u201d katanya sejurus tamat perlawanan pada Jumaat.Aksi Piala Sumbangsih 2023 menyaksikan JDT menewaskan TFC 2-0 dan Bergson yang juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu turut membantu kemenangan skuad Harimau Selatan itu dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-57.Sebelum itu, Bergson turut membantu seorang lagi pemain import, Juan Muniz Gallego menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.Mengulas mengenai dirinya yang kini hangat diperkatakan media di Eropah susulan prestasi cemerlangnya membantu JDT musim lalu, Bergson berkata, perkara itu dilihat sebagai sesuatu positif sekali gus menjadikannya lebih bersemangat untuk memberikan aksi yang lebih baik bagi menjamin kejayaan skuad Harimau Selatan itu, musim ini.\u201cBagi saya ia sesuatu yang baik, kini ramai orang mengenali saya dan lebih penting lagi mengenali JDT dan juga bola sepak Malaysia.\u201cApa pun, saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik dan meraih lebih banyak kejayaan bersama JDT musim ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 09:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246965/berita/sukan/keselamatan-potter-keluarga-terancam", "article_title": "Keselamatan Potter, keluarga terancam", "article_text": "KEMEROSOTAN prestasi Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengundang risiko apabila keselamatan pengendalinya, Graham Potter dan keluarganya terancam.Pengurus berusia 48 tahun itu pada Sabtu mendedahkan menerima emel daripada akaun tidak dikenali yang mengancam diri dan keluarga.Hujung minggu lalu, The Blues mempamerkan aksi layu setelah tewas 0-1 kepada Southampton di laman sendiri.Chelsea ketika ini berada di pertengahan liga dengan kedudukan ke-10 dan hanya menang dua daripada 14 aksi terakhir mereka.Penyokong meminta Potter dipecat selepas kalah kepada Southampton selain serangan secara peribadi di media sosial juga kian meningkat.\"Anda boleh tanya keluarga saya bagaimana kehidupan kami sekeluarga. Kami tidak selesa. Saya faham penyokong marah kerana pasukan tidak menang,\" katanya.Keadaan lebih membimbangkan Potter apabila ancaman dihantar terus kepada bekas pengendali Brighton itu yang menggantikan Thomas Tuchel pada September.\"Saya menerima sebahagian emel yang tidak begitu bagus yang mahukan saya dan anak-anak mati.\"Jika anda ditanya selama empat bulan sama ada anda dalam tekanan kerana (media) perlu menjual sesuatu. Apa yang anda perlu jangkakan, pada penghujungnya?\"Anda tahu pasti ada masalah apabila alamat emel ia dihantar ialah dari 'Potter bastard at Gmail dot com',\" katanya.Biarpun menerima ancaman itu, Potter cuba bersikap positif menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada jam 9.30 malam Ahad.\"Saya mahu berjaya di sini. Ada sesuatu yang tidak masuk akal (diberitahu) yang saya tidak peduli.\"Dari mana ia datang? Apa bukti anda? Tanya keluarga saya. Orang ada persepsi bahawa saya tidak peduli - ia berdasarkan apa? Bagaimana anda tahu?\" katanya.\"Jika anda pergi kerja dan ada seseorang mengeji anda, ia tidak menjadi sesuatu yang bagus,\" ujar Potter.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 09:30am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246963/berita/sukan/jdt-berada-di-landasan-tepat---solari", "article_title": "JDT berada di landasan tepat - Solari", "article_text": "KEJAYAAN mengekalkan trofi Sultan Haji Ahmad Shah dengan menewaskan Terengganu FC (TFC), 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, malam Jumaat membuktikan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berada di landasan tepat bagi melakar lebih banyak kejayaan musim ini.Keyakinan itu disuarakan pengendali skuad Harimau Selatan, Esteban Solari berdasarkan aksi mantap dipamerkan skuad kendaliannya ketika berdepan skuad Penyu pada perlawanan berkenaan.\u201cKita berada di landasan tepat, menuju ke arah yang betul dengan cara yang betul. Saya cukup gembira.\u201cSeperti yang pernah saya katakan sebelum ini, ia sesuatu yang sukar buat kami untuk memenangi trofi pada aksi pertama liga, apatah lagi berdepan dengan sebuah pasukan hebat (TFC) dan beraksi di depan penyokong sendiri.\u201cTetapi kami berjaya melakukannya biarpun masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukan ini,\u201d katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.Pada aksi Piala Sumbangsih 2023 menyaksikan JDT menewaskan TFC 2-0 hasil jaringan Jaringan pemain import, Juan Muniz Gallego pada minit ke-5 sebelum penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Bergson Da Silva menjaringkan gol kedua pada minit ke-57.Kemenangan itu sekali gus memastikan skuad Harimau Selatan itu mengekalkan trofi Sultan Haji Ahmad Shah itu buat dua musim berturut-turut setelah memenanginya musim lalu dengan menewaskan Kuala Lumpur City FC, 3-0.Mengulas mengenai aksi pemain-pemain JDT terutamanya pemain-pemain muda seperti Arif Aiman Hanapi, Shio Hong Wan dan Ramadhan Saifullah Usman pada perlawanan berkenaan, Solari berkata, mereka telah memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan.Malah katanya, kesemua pemain muda yang diturunkan telah membuktikan mereka memang berhak untuk berada dalam pasukan utama kali ini.\u201cSudah tentu saya gembira dengan (aksi) mereka (pemain muda), kita telah meletakkan satu tanggungjawab kepada mereka untuk beraksi pada perlawanan seperti ini dan mereka telah membalas kepercayaan tersebut.\u201cDalam masa sama, kita juga menurunkan pemain berpengalaman bagi membantu mereka dari semasa ke semasa seperti Arif (Aiman). Semua orang tahu kebolehannya dan kita mahu meneruskannya (kecemerlangan) kerana dia kini berada di tahap yang tinggi ketika ini.\u201cDalam masa sama, kita juga gembira dengan aksi Syihan (Hazmi), yang tidak melepaskan sebarang gol dan ia juga hasil kerja keras daripada benteng pertahanan pasukan yang juga merupakan satu petanda baik untuk kita mengharungi musim ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 08:49am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246959/berita/sukan/pro-kontra-keputusan-fam", "article_title": "Pro, kontra keputusan FAM", "article_text": "KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad Bawah 23 tahun (B-23) menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September depan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong mahupun pemerhati bola sepak negara.Bagi jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan, beliau secara peribadi melihat tindakan FAM itu mengundang beberapa elemen positif dan negatif kepada skuad Harimau Muda kendalian E Elavarasan.\u201cSaya nampak ada negatif, ada positif. Sebenarnya bagi saya, jika mahu memberikan pendedahan kepada pemain terutamanya pemain muda, FAM perlu untuk menghantar skuad B-23 beraksi di China.\u201cLebih banyak kejohanan kompetitif disertai, ia baik buat pemain-pemain muda negara apabila mereka beraksi bersama-sama. Mereka hanya satu tahap lagi untuk mewakili pasukan senior negara.\u201cDalam liga domestik pun kita sukar nak cari pemain muda yang mampu menyinar kerana dibayangi oleh pemain import dan senior. Jadi kejohanan kompetitif itu akan menyerlahkan keupayaan mereka,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Pada Isnin, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell mengesahkan keputusan untuk tidak menghantar pasukan adalah untuk memberikan tumpuan layak ke pentas Piala Asia B-23 pada tahun depan.Sebelum itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan badan induk itu tidak akan menghantar pasukan ke Hangzhou, China kerana tempoh yang terlalu hampir dengan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober, sementara pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dijangka bermula dari 4 hingga 12 September depan.Mengulas lanjut, Wan Jamak berkata, FAM sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri dengan tindakan mereka untuk tidak 'merisikokan' skuad B-23 beraksi pada Sukan Asia kali ini.\u201cSekarang FAM sedang melaksanakan satu perubahan dengan melihat kejohanan mana yang boleh mendatangkan kejayaan atau lebih memberikan impak kepada pasukan negara.\u201cMungkin FAM berasakan satu langkah terbaik untuk tidak beraksi pada Sukan Asia dan kita kena hormati keputusan mereka. Kalau hantar pasukan tetapi tewas sudah tentu mereka akan dikecam.\u201cJadi saya percaya FAM sudah membuat penilaian dan kajian terlebih dahulu sebelum buat keputusan itu dengan melihat kejohanan mana lebih penting disertai,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 07:30am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246961/berita/sukan/ban-mero-terlalu-unggul", "article_title": "Ban Mero terlalu unggul", "article_text": "PENINJU kelab Tomoi Kuda Merah PDRM, Amirol Ariffin hanya memerlukan satu minit untuk menumbangkan wakil Thailand, Chon Ra San sekali gus memenangi Tali Pinggang Johari Ghani dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa pada Jumaat.Dalam aksi hari pertama yang berlangsung di Stadium Titiwangsa itu, Amirol atau lebih dikenali sebagai Ban Mero melepaskan tiga pukulan untuk menumbangkan Ra San dengan keputusan knock out (KO).Menurut Ban Mero, dia tidak menyangka dapat menang mudah, namun gembira dengan kejayaan tersebut selepas empat tahun berehat kerana menumpukan karier kejurulatihan bersama pasukan Muay Thai PDRM di Pulapol Kuala Lumpur.\"Saya sendiri terkejut dan tidak puas bertarung sebenarnya dalam kemenangan mudah ini.\"Namun, ia tetap kemenangan berharga untuk saya dan ia Tali Pinggang Johari Ghani pertama yang saya menangi,\" katanya kepada Sukan Sinar selepas perlawanan.Selain Tali Pinggang Johari Ghani, enam lagi perlawanan berlangsung pada hari pertama kejohanan tersebut membabitkan empat perlawanan merebut tali pinggang dan dua perlawanan masing-masing untuk kategori 48 kilogram (kg) dan 70kg.Perlawanan pembukaan menyaksikan pertarungan dua petinju cilik yang menyaksikan Farish Hakimi dari kelab Kuda Merah berjaya menewaskan Aryan Hakim dari Kelab KL7 Kuala Lumpur.Dalam kategori 48 kg pula, wakil kelab Red Wolves Muay Thai, Muhd Ridzuan Makueta menewaskan Muhammad Haris Haiqal daripada kelab Sampuri Muay Thai Gym menerusi kiraan mata.Manakala, Yazlisyam Amizan dari kelab Selendang Kuning Studio menang menerusi technical knock-out (TKO) ke atas Mohd Nafizi Mat Nasir dari kelab Chiko Muay Thai Fitness dalam kategori 70kg.Peninju kelab AKLS Akademi Muay Thai, Akid pula menepati ramalan selepas menewaskan Azahari Ishak dari kelab Raja Lebah untuk memenangi tali pinggang penaja.Muhd Khairul Aizat Samsool yang pernah beraksi untuk negara dalam kejohanan dunia di Abu Dhabi dan Thailand tahun lalu tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Amin Apollo dari kelab Dragon Xdiscovery menerusi pukulan KO di pusingan kedua untuk merangkul Tali Pinggang Azman Bidin.Pertarungan bagi merebut Tali Pinggang Celcius pula menjadi milik Muhammad Hasril Nazmi Nazri yang mewakili kelab Rizq Muay Thai menewaskan petinju kelab Madness Muay Thai, Mad Yie menerusi kiraan mata.Seramai 14 peninju lagi bakal beradu kekuatan untuk merebut lima baki tali pinggang pada pertarungan hari kedua pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246946/berita/sukan/mom-sifatkan-belanjawan-2023-mesra-sukan", "article_title": "MOM sifatkan Belanjawan 2023 mesra sukan", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai mesra masyarakat sukan, dengan dua elemen yang berobjektifkan penyertaan meluas sektor swasta.Menurut Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dirangka khas bagi menggalakkan tajaan sektor swasta untuk tujuan pembangunan sukan yang berteraskan perpaduan.\u201cBelanjawan 2023 bersifat mesra masyarakat sukan kerana Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menyediakan dana untuk menggalakkan pembabitan sektor swasta tetapi juga mengenakan potongan cukai bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada badan bukan berasaskan keuntungan yang boleh membangunkan sukan di peringkat akar umbi.\u201cAdalah jelas bahawa peruntukan sukan dalam Belanjawan 2023 sejajar dengan hasrat MOM dalam mempromosi nilai-nilai murni sejagat menerusi industri sukan yang mampan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Norza berkata, dana geran padanan sejumlah RM 50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk sukan yang berteraskan perpaduan dan penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan menggambarkan iltizam Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan sukan sebagai ejen penyatuan sebenar.\u201cPeruntukan RM 324 juta untuk menambah baik program latihan dan kemudahan sukan sedia ada juga adalah penting untuk penyediaan Kontinjen Malaysia yang ampuh menjelang dua Temasya Pelbagai Sukan utama tahun ini, iaitu Sukan Asia Tenggara Ke-32 di Kemboja pada 5 hingga 17 Mei 2023 dan Sukan Asia Ke-19 di Hangzhou, China pada 23 September hingga 8 Oktober 2023,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat yang akan dinikmati oleh individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan harus membuka laluan kepada persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk menjalin kerjasama erat dengan sektor swasta.\u201cIni juga selari dengan saranan MOM agar satu mekanisme baharu digarap bagi memastikan penaja menerima pengecualian cukai tertentu apabila menyumbang kepada industri sukan.\u201dDalam pembentangan di Dewan Rakyat, Anwar menganggap sukan sebagai satu wahana yang ampuh dalam kalangan rakyat yang rencam kaum dan agama.Menurut Norza, dana RM 5 juta yang dikhaskan untuk Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula 2023 berserta insentif cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negaramenggambarkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu para atlet menguruskan kehidupan selepas persaraan.\u201cMOM berserta seluruh warga sukan tanah air berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah membentangkan Bajet 2023 bersifat sejagat dengan mengutamakan program-program berteraskan perpaduan serta membela nasib atlet,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 11:07pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246944/berita/sukan/jdt-kekal-genggam-trofi-sultan-haji-ahmad-shah", "article_title": "JDT kekal genggam trofi Sultan Haji Ahmad Shah", "article_text": "SKUAD Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berjaya mengekalkan trofi Sultan Haji Ahmad Shah setelah menewaskan Terengganu FC, 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.Jaringan pemain import, Juan Muniz Gallego pada minit ke-5 dan Bergson Da Silva pada minit ke-57 itu juga dilihat cukup memadai buat skuad Harimau Selatan itu meraih tiga mata sulung bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Perlawanan berkenaan menyaksikan JDT bermula garang dengan mengatur asakan ke gawang pelawat dalam usaha membuka jaringan menerusi gandingan penggempur berbisa mereka, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.Asakan bertali arus itu akhirnya membuahkan hasil apabila Juan Muniz menanduk masuk gol sulung perlawanan pada minit ke-5.Pemain import dari Sepanyol itu dilihat mudah melepasi kawalan pertahanan TFC sebelum menanduk masuk hantaran seorang lagi penyerang import Harimau Selatan, Bergson Da Silva bagi menggamatkan stadium.Tersentak dengan gol berkenaan, TFC mula bangkit mengatur asakan ke gawang tuan rumah dalam mencari gol penyamaan.Bagaimanapun asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan JDT.JDT juga dilihat berpeluang menambah jaringan, namun beberapa peluang yang dimiliki gagal disempurnakan hingga tamat babak pertama.Babak kedua menyaksikan JDT semakin garang mengatur asakan ke gawang pelawat dengan menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.Skuad Harimau Selatan itu hampir menambah jaringan pada minit ke-50, namun rembatan pemain sayap lincah Arif Aiman Hanapi tepat ke dakapan penjaga gol TFC, Mohd Suhaimi Husin.Kesebelasan utama JDT pada aksi bertemu TFC sebentar tadi. - Foto: FB Johor Southern Tigers.Bagaimanapun, kekecewaan berkenaan ditebus penyerang import, Bergson Da Silva apabila menjaringkan gol kedua tujuh minit berselang.Gol berkenaan dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan JDT untuk terus mengasak bagi menambah jaringan namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan skuad Harimau Selatan itu hingga ke wisel penamat.JDT -Ahmad Syihan.AMi, Matthew Davies, Mohd Afiq Fazail, Jordi Amat (kapten), Ship.Hong Wan, Bergson Da Silva, Muhammad Feroz Baharuddin (Shahrul Saad), Juan Muniz Gallego, (Leandro Velazquez), Oscar Arribas Passero, Arif Aiman Hanapi, Fernando ForestieriTerengganu FC - Mohd Suhaimi Husin, Sardor Kulmatov, Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni (kapten), Muhammad Azam Azmi Murad, Ivan Mamut, Pusic Damago, Adisak Kraisorn, Sony Norde, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle, Muhammad Hairiey Hakim, (Muhammad Safwan Mazlan), Muhammad Alif ZakariaPengadil - Suhaizi Shukri", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:59pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246916/berita/sukan/united-berdepan-real-betis-arsenal-menentang-sporting-lisbon", "article_title": "United berdepan Real Betis, Arsenal menentang Sporting Lisbon", "article_text": "MANCHESTER United diundi menentang kelab Sepanyol, Real Betis manakala satu lagi wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal berdepan wakil Portugal, Sporting Lisbon pada pusingan 16 terbaik Liga Europa.Pada majlis undian yang diadakan di Nyon, Switzerland sebentar tadi, dua wakil Itali - Juventus dan AS Roma masing-masing dijadualkan menentang SC Freiburg dan Real Sociedad.Sebelum itu, United menyambar tiket pusingan 16 terbaik menerusi kemenangan secara agregat 4-3 mengatasi gergasi Sepanyol, Barcelona dalam aksi playoff pada awal pagi Jumaat.Arsenal pula mengharungi laluan mudah selepas tidak perlu mengharungi pusingan playoff apabila mendominasi peringkat kumpulan sebelum aksi Piala Dunia 2022 di Qatar.Undian pusingan 16 terbaik Liga EuropaUnion Berlin lwn Union SGSevilla lwn FenerbahceJuventus lwn SC FreiburgBayern Leverkusen lwn FerencvarosiSporting Lisbon lwn ArsenalManchester United lwn Real BetisAS Roma lwn Real SociedadShakhtar Donetsk lwn Feyenoord", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 08:44pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246908/berita/sukan/manuel-ott-diumum-ketua-pasukan-kda-2023", "article_title": "Manuel Ott diumum ketua pasukan KDA 2023", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain tengah importnya, Manuel Ott sebagai ketua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata, Ott yang mempunyai kerakyatan Filipina akan dibantu dua Penolong Ketua Pasukan iaitu pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Akmal Md Zahir.Pemain berusia 30 tahun tersebut akan membuat penampilan pertama sebagai ketua pasukan Sang Kenari menjelang aksi pembukaan Liga Super 2023 pada malam Sabtu menentang Perak FC.KDA FC berkata, barisan kejurulatihan diketuai Nafuzi Zain dan pengurusan pasukan Sang Kenari memutuskan pelantikan tersebut selepas menilai semua pemain sepanjang aksi pramusim 2023 termasuk perlawanan persahabatan di Turkiye.Corak permaina Ott yang dibawa masuk dari Terengganu FC sememangnya dikenali Nafuzi kerana telah bersama Naib Juara Liga Super 2022 itu sebelum memutuskan berhijrah menyertai Sang Kenari.Pemain yang dilahirkan di Jerman itu juga pernah beraksi bersama Melaka United pada musim 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 08:17pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246763/berita/sukan/united-mampu-tewaskan-semua-pasukan", "article_title": "'United mampu tewaskan semua pasukan'", "article_text": "ERIK ten Hag percaya Manchester United mampu menewaskan sesiapa sahaja selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Barcelona dalam aksi Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.United kekal dalam pemburuan empat trofi musim ini selepas memperoleh kemenangan 2-1 dalam perlawanan kedua playoff Liga Europa untuk menyingkirkan pasukan Sepanyol itu dengan agregat 4-3.\"Anda memerlukan strategi untuk membina perlawanan tetapi anda juga memerlukan keputusan untuk mendapatkan kepercayaan yang kukuh.\"Ini adalah satu lagi langkah kerana apabila anda boleh menewaskan Barcelona iaitu salah satu pasukan terbaik pada masa ini di Eropah, kepercayaan anda boleh menjadi sangat kuat kerana anda mampu menewaskan sesiapa sahaja.\"Ia adalah malam yang mengagumkan. Saya fikir ia adalah cemerlang apabila anda boleh menewaskan Barcelona yang berada \u200b\u200blapan mata di hadapan Real Madrid dalam La Liga.\"Kami telah melihat minggu ini Real Madrid bermain (menentang Liverpool). Kami melakukan persembahan yang hebat,\" katanya.Ia bukan kali pertama musim ini United bangkit daripada ketinggalan dalam perlawanan besar di laman sendiri, setelah menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-1 bulan lalu.\u201cKami mempunyai personaliti yang hebat dalam pasukan ini, bermula dengan David (De Gea), Rapha (Varane), Licha (Martinez), Casemiro, Bruno (Fernandes),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 11:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246755/berita/sukan/allegri-puji-impak-di-maria", "article_title": "Allegri puji impak Di Maria", "article_text": "MASSIMILIANO Allegri memuji impak dipamerkan Angel Di Maria selepas jaringan hatrik pemain sayap itu membantu Juventus menewaskan Nantes secara agregat 4-1 sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.Di Maria meletakkan Bianconeri di hadapan dengan sepakan lencong menarik selepas hanya lima minit permainan berlangsung sebelum menyempurnakan penalti pada minit ke-20.Pemain antarabangsa Argentina itu tiada masalah untuk melengkapkan hatriknya menerusi tandukan pada minit ke-78 untuk menyempurnakan persembahan gemilangnya muncul pemain pertama kelab Serie A mencetak tiga gol dalam perlawanan Eropah sejak Filippo Inzaghi melakukannya pada 2000.Allegri memuji peningkatan prestasi Di Maria selepas dibelenggu kecederaan pada awal kariernya di Juventus selepas perpindahannya dari Paris Saint-Germain (PSG).\"Angel merupakan juara dunia. Dia meningkatkan kualiti Juventus dan kami semua gembira memiliki sentuhannya.\"Mempunyai pemain sepertinya adalah penting buat pasukan. Kini, dia lebih mengenali pasukan dan lebih baik dari segi fizikal,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:43am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246754/berita/sukan/nafuzi-mahu-elak-kejutan-skuad-muda-perak", "article_title": "Nafuzi mahu elak kejutan skuad muda Perak", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain tetap melihat Perak FC sebagai satu ancaman apabila turun menentang skuad muda itu pada aksi pertama Liga Super 2023 di Stadium Perak pada malam Sabtu.Katanya, Sang Kenari perlu mengelak dikejutkan oleh skuad Datuk Lim Teong Kim yang pastinya mahu mendapatkan keputusan positif dan mata di laman mereka.\"Memang misi kita untuk tiga mata di Perak walaupun perkara ini sukar tapi kita harus yakin dengan keupayaan dan kemampuan kita. Say hanya harap pemain dapat melakukan yang terbaik.\"Kejutan tak mustahil berlaku dan saya pun pernah mengalami situasi pengalaman sebelum ini (tewas dikejutkan pasukan lawan). Banyak pengajaranlah dan pengalaman saya sebelum ini,\" katanya semasa ditemui di Stadium Sultan Abdul Halim pada petang Jumaat.Menurut Nafuzi, pemain KDA FC mengalas harapan yang tinggi daripada semua penyokong pasukan itu dan permulaan positif perlu dicatatkan bagi mendapatkan momentum positif.Sang Kenari giat menjalani latihan sebelum bergerak ke Ipoh pada pagi Sabtu. - Foto KDA FC\"Perak FC kebanyakkannya adalah pemain muda yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Memang kita tahu kita akan mengalami kesukaran di mana kita tidak akan diberikan ruang dengan mudah pada perlawanan ini.\"Saya tidak terlalu melihat sangat kepada lawan, yang penting adalah persiapan pasukan KDA FC untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan sekalipun,\" katanya lagi.Tambah Nafuzi, beberapa pemain The Bos Gaurus juga mempunyai saiz yang tinggi dan KDA FC tidak boleh leka dan memandang mudah ancaman skuad muda ini.\"Pada aksi pertama ini, kita memang mahu mendapatkan mata penuh dan berharap apa yang dipamerkan pada aksi pramusim dapat ditambahbaik dan bermain secara normal seperti dilakukan di Turkiye,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246748/berita/sukan/ramos-umum-persaraan", "article_title": "Ramos umum persaraan", "article_text": "SERGIO Ramos telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas menikmati karier yang cemerlang bersama Sepanyol.Ramos membuat penampilan sulung untuk La Roja pada 2005 dan mengumpul 180 penampilan untuk pasukan kebangsaannya sekali gus menjadi pemain Sepanyol yang paling banyak beraksi.Bek tengah itu memainkan peranan penting ketika Sepanyol memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut, menjulang trofi Euro pada 2008 dan 2012 dan membantu pasukan menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.Ramos, yang akan berusia 37 tahun bulan depan, kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021 dan bukan sebahagian daripada skuad Luis Enrique untuk Euro 2020 atau Piala Dunia 2022 di Qatar.Luis Enrique dipecat selepas penyingkiran itu, dengan penggantinya Luis de la Fuente berkata bahawa pintu tidak ditutup untuk Ramos kembali ke pasukan.Tetapi, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu yang sedang berdepan dengan masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, telah memutuskan untuk bersara.Ia menamatkan karier antarabangsa yang gemilang buatnya yang turut berada di kedudukan kesembilan dalam carta penjaring gol sepanjang zaman negaranya walaupun beraksi di posisi pertahanan dengan 23 gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246752/berita/sukan/barcelona-layak-dapat-keputusan-lebih-baik", "article_title": "Barcelona layak dapat keputusan lebih baik", "article_text": "XAVI merasakan Barcelona layak untuk mendapat keputusan lebih baik ketika tewas kepada Manchester United dalam aksi Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.Selepas keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama play off di Camp Nou minggu lalu, Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18.Namun, Fred menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat dan Antony menjaringkan gol kurang daripada 20 minit sebelum tamat perlawanan sekali gus membawa United mara menerusi agregat 4-3.Ia adalah kekalahan pertama Barcelona menentang United sejak 2008.\"Dalam perlawanan kalah mati seperti ini, saya rasa kami berhak mendapat sesuatu yang lebih.\"Gol penyamaan United menyakitkan kami. Kami kehilangan bola dan mereka menyamakan kedudukan. Mereka memberikan lebih intensiti dan kami tewas penguasaan bola pada separuh masa kedua.\"Ini adalah kekecewaan besar tetapi kami perlu memberi tumpuan kepada pertandingan yang masih ada,\" katanya.Walaupun Barcelona telah tersingkir daripada kedua-dua Liga Europa dan Liga Juara-Juara musim ini, Xavi tetap melihat ada peningkatan dipamerkan berbanding musim lalu.\"Kami lebih baik daripada tahun lalu. Tahun ini kami telah bersaing menentang Bayern (Munich), menentang Inter.\"Tahun depan kami perlu meningkat. Semua pasukan adalah hebat dan sukar untuk bersaing. Tahun depan kami akan kembali lebih kuat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:19am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246745/berita/sukan/manchester-united-singkir-barcelona", "article_title": "Manchester United singkir Barcelona", "article_text": "MANCHESTER United mengetepikan Barcelona untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa pada Jumaat.Selepas perlawanan pertama play-off mereka berakhir 2-2 di Sepanyol, United mengatasi Barcelona di Old Trafford untuk mara secara agregat 4-3 dengan Antony memastikan kemenangan pasukan gergasi Inggeris itu.Penalti awal Robert Lewandowski pada minit ke-18 telah memberikan Barca permulaan yang sempurna tetapi gagal meneruskan rentak dengan Fred menyamakan kedudukan untuk United pada awal babak kedua.Antony kemudiannya memastikan kemaraan ke peringkat seterusnya dengan gol kemenangan pada minit ke-73.United menunjukkan kualiti mereka dalam musim pertama Erik ten Hag mengemudi dengan Red Devils ketika ini kekal memburu trofi.United berpeluang menamatkan penantian selama enam tahun untuk memenangi kejuaraan apabila mereka menentang Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga pada Ahad.United juga kini tidak tewas di Old Trafford dalam 18 perlawanan sejak September lalu.\"Sangat gembira mendengar nama saya daripada peminat tetapi ia adalah permainan yang bagus yang kami mainkan hari ini.\"Kami perlu teruskan. Kami mempunyai perlawanan akhir pada hari Ahad dan kini kami perlu mengubah fikiran kami untuk ke final,\" kata Fred.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 10:03am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246737/berita/sukan/aksi-pertama-perak-fc-lebih-cerah", "article_title": "Aksi pertama Perak FC lebih 'cerah'", "article_text": "MENJELANG aksi pertama Liga Super Malaysia di antara Perak FC dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Sabtu ini, lampu limpah di Stadium Perak di Ipoh siap dibaiki oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).Situasi itu sekali gus melegakan pihak pengurusan dan penyokong apabila perlawanan berkenaan kekal berlangsung pada sebelah malam.Pengarah Kanan Teknikal MBI, Khairul Anuar Lodin berkata, kerja-kerja pembaikan lampu limpah berkenaan dilakukan pada 17 hingga 22 Februari selepas insiden kabel lampu dipotong dan dicuri pihak tidak bertanggungjawab.\"Kita sedia maklum pada 25 Februari ini perlawanan pertama di antara Perak FC dan KDA FC. Jadi untuk memastikan ia dapat dilangsungkan, kerja-kerja pembaikan telah segera kita laksanakan sebagai mana komitmen yang diberikan oleh Datuk Bandar Ipoh kepada Perak FC.\"Kita telah menyemak seluruh kawasan di dalam stadium ini, keperluan bagi pemasangan lampu lux adalah sebanyak 1,200 lux telah dicapai malah sebahagiannya lebih daripada itu,\" katanya pada sidang akhbar di Stadium Perak di Ipoh pada malam Khamis.Khairul Anuar berkata, pihak pengurusan Stadium Perak mengesahkan bahawa pencahayaan lampu limpah di stadium berkenaan sesuai digunakan untuk perlawanan pada Sabtu nanti.Khairul Anuar (kanan) ketika sidang akhbar di Stadium Perak di Ipoh pada malam Khamis.Sementara itu, dalam memastikan kejadian kecurian tidak berulang, beliau memberi jaminan bahawa kawalan keselamatan lebih ketat dibuat menerusi rondaan pegawai keselamatan di stadium berkenaan.Sinar Harian melaporkan MBI mengalami kerugian lebih RM135,000 selepas bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk, Selasa minggu lalu.Kejadian itu disedari ketika MBI menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi persiapan Liga Malaysia musim ini.Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah di bilik High Mast Pole No 3 telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pada Rabu, Ketua Polis Perak mengesahkan kes kecurian kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak tidak mempunyai unsur sabotaj.Kenyataan itu dibuat selepas terdapat dakwaan kejadian itu bukan kes kecurian biasa sebaliknya dipercayai ada usaha untuk mensabotaj Perak FC.Unsur sabotaj itu timbul selepas terdapat keraguan berhubung kejadian tersebut termasuk barang-barang yang dicuri dalam kejadian terlalu sedikit.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 08:11am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246726/berita/sukan/mpm-mohon-dapat-rm18-juta-untuk-atlet-para", "article_title": "MPM mohon dapat RM18 juta untuk atlet Para", "article_text": "MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) mengharapkan agar Belanjawan 2023 untuk sukan orang kurang upaya (OKU) dapat dinaikkan daripada RM12 juta kepada RM18 juta.Presiden MPM, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin berkata, pertambahan belanjawan itu relevan berdasarkan pencapaian gemilang warga sukan OKU di pentas antarabangsa.\u201cSukan yang menyerlah, menaikkan nama negara dan mencapai keputusan yang baik adalah sukan paralimpik.\u201cHarapan saya untuk warga sukan OKU dan paralimpik adalah permohonan kepada Perdana Menteri untuk menambahkan bajet kerana tahun lalu, bajet yang diumumkan sebelum pilihan raya adalah RM12 juta.MEGAT SHAHRIMAN\u201cKalau boleh saya nak mohon Perdana Menteri tambah bajet tersebut kepada RM18 juta,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Menurutnya, atlet para negara tidak seharusnya dianaktirikan berbanding atlet sukan lain di negara ini.Beliau berkata, sukan OKU di Malaysia memerlukan peruntukan yang banyak dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet para bertaraf antarabangsa.\u201cSebab itu, pemberian dana ini perlu diberikan secara merit. Siapa menyerlah, dia sepatutnya dapat lebih dana.\u201cContohnya, di Sukan Para Asean (APG) ke-11 di Indonesia, kita dapat 36 emas dan di Paralimpik Tokyo kita dapat tiga emas.\u201cSukan paralimpik negara sentiasa mengharumkan nama negara dan membanggakan rakyat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 07:30am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246725/berita/sukan/harap-bantuan-tambahan-untuk-azizulhasni", "article_title": "Harap bantuan tambahan untuk Azizulhasni", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada sukan tersebut yang menjadi antara prospek untuk memberikan kilauan emas di Sukan Olimpik Paris 2024.Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, sukan berbasikal mempunyai peluang melalui Datuk Azizulhasni Awang untuk cuba menamatkan penantian emas pertama di temasya sukan tersebut.Justeru, beliau melihat bantuan lebih besar melalui Belanjawan 2023 kepada sukan berbasikal terutama kepada Azizulhasni amat penting dalam usaha untuk mempersiapkan pelumba kelahiran Terengganu itu merealisasikan misi tersebut.\u201cKita harap daripada belanjawan itu sendiri, Majlis Sukan Negara (MSN) dapat berikan lebih banyak bantuan kerana basikal ini satu prospek untuk kilauan pingat emas Olimpik 2024.\u201cIa juga peluang terakhir untuk Azizulhasni meraih emas Olimpik selepas dapat pingat perak di Olimpik Tokyo. Saya harap Azizulhasni dapat diberi bantuan lebih besar untuk menang emas.\u201cNamun, bukan setakat Azizulhasni tetapi juga sukan-sukan lain yang ada potensi untuk dapat pingat,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Untuk rekod, sebanyak RM154 juta diperuntukkan kepada pembangunan sukan negara dalam Belanjawan 2023 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Menurut Abu Samah, peruntukan besar itu juga amat penting kepada PKBM terutama untuk melahirkan atlet seperti Azizulhasni.\u201cBantuan tambahan ini juga amat penting kerana kita perlu mengambil bahagian dalam banyak kejohanan yang akan dipertandingkan pada 2023 dan separuh pada 2024 untuk kiraan mata layak ke Olimpik.\u201cSelain itu, kita turut menumpukan pembangunan atlet kerana kita juga mempunyai beberapa pelumba berbakat dan perlu digilap untuk menjadi sehebat Azizulhasni,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Februari 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246716/berita/sukan/kbs-usaha-selesai-masalah-tiada-venue-latihan-khas", "article_title": "KBS usaha selesai masalah tiada venue latihan khas", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membuat inventori fasiliti sukan dan venue latihan kendalian kementerian itu di seluruh negara bagi membantu menyelesaikan masalah persatuan sukan berdepan dengan kekangan kemudahan venue latihan.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya sedang mengumpul maklumat mengenai persatuan sukan yang memerlukan venue latihan khas dan akan membuat padanan dengan fasiliti sukan yang ada di negara ini.\"KBS akan beri bantuan... jadi kita akan buat inventori dahulu. Kita cari semua padang dahulu, kemudian kita akan buat padanan untuk bantu persatuan,\" katanya selepas hadir pada Majlis Pelancaran Liga Besbol Kebangsaan 2023 (NBL2023) di sini pada Khamis.Menerusi libat urus yang diadakan sebelum ini, rata-rata persatuan sukan mengadu berdepan dengan kekangan fasiliti dan venue latihan sukan di bawah kendalian kementerian itu.Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merupakan Penaung Diraja sukan itu berkenan menyempurnakan majlis pelancaran NBL2023, yang menyaksikan penyertaan lapan pasukan negeri bagi merebut piala pusingan dan wang tunai RM5,000.Negeri-negeri yang mengesahkan penyertaan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 10:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246699/berita/sukan/mom-menanti-khabar-gembira-belanjawan-2023", "article_title": "MOM menanti khabar gembira Belanjawan 2023", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menanti khabar gembira menjelang pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.Setiausaha Agungnya, Datuk Nazifuddin Najib berharap kerajaan memperuntukan bajet khas Gold to Paris sebagai persiapan terbaik dalam misi negara memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik di Paris tahun depan.Beliau berkata, sasaran itu bukan sahaja diimpikan oleh MOM, para atlet dan rakyat Malaysia, malah turut menjadi hasrat pucuk pimpinan tertinggi negara.\u201cHarap bajet untuk sukan tidak dipotong, malah MOM berharap ada peruntukan khusus bagi program Gold to Paris.\u201cKita ada berbincang dengan YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan).\u201cPerdana Menteri sendiri ada menyebut mengenai cabaran untuk kita memenangi emas. Moga harapan untuk ada bajet khas sebagai persediaan ke Paris dipertimbangkan dalam belanjawan kali ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Beliau berkata, bagi program sebelum ini termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada bajet khususnya, sebaliknya diperuntukkan untuk sektor sukan secara keseluruhan.\u201cPeruntukan itu lazimnya untuk persiapan ke temasya-temasya sukan, program pembangunan dan pelbagai aktiviti sukan yang lain. Kali ini kita berharap ada bajet khas untuk program emas Olimpik,\u201d katanya.Nazifuddin juga berharap peruntukan bagi meningkatkan dan menaik taraf fasiliti sukan secara menyeluruh di seluruh pelosok negara.\u201cIa untuk memberi kemudahan selesa kepada komuniti dan rakyat di peringkat akar umbi, selain mampu memupuk minat ramai terutama anak muda agar lebih aktif dalam kegiatan sukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 09:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246695/berita/sukan/kita-masih-guna-method-polisi-lama-di-motogp", "article_title": "'Kita masih guna method, polisi lama di MotoGP'", "article_text": "KERAJAAN menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diharap menyediakan pelan pembangunan permotoran komprehensif terutamanya dalam melahirkan pelumba Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) negara bagi memacu industri sukan tersebut ke tahap lebih tinggi pada masa depan.Malah tegas pelumba legenda motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata, berdasarkan pengalamannya negara tidak ketandusan bakat pelapis dalam sukan tersebut setiap tahun.Namun katanya, KBS dibawa kepimpinan baharu menteri Hannah Yeoh dilihat perlu lebih proaktif menjadikannya satu antara agenda nasional sukan.\u201cSejujurnya KBS perlu menyediakan pelan pembangunan sukan bermotor yang lebihkomprehensif bagi mengubah perspektif masyarakat terhadap sukan tersebut.\u201cIni secara tidak langsung seterusnya membentuk budaya sukan yang lebih bermanfaat kepada peminat dan penggemar dua roda.\u201cSekiranya diwujudkan pelan pembangunan khas ini, ia menjadikan kecenderungan dan minat penggemar aktiviti bermotosikal lebih menghargai dan memahami bagaimana sukan ini mampu menjadikan semua aktiviti berkaitan lebih perkasa di peringkat akar umbi hingga ke antarabangsa,\u201d katanya ketika ditanya harapan terhadap Belanjawan 2023 kepada Sukan Sinar pada KhamisPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.Pada masa sama Wazi menegaskan pentas Cub Prix masih sebagai asas penting melahirkan pelumba berkualiti negara pada masa depan khasnya untuk MotoGP.\u201cSejujurnya pada saya Cub Prix masih relevan sebagai asas untuk melahirkan pelumba yang berpotensi ke saingan kejuaraan MotoGP pada masa depan.\u201cBakat-bakat dari Malaysia pernah mencatat sejarah tersendiri apabila bersaing di MotoGP seperti Khairul Idham Pawi, Hafiz Syahrin, Syarifuddin Azman dan lain-lain.\u201cNamun begitu kerajaan khasnya KBS perlu mewujudkan perancangan yang lebih baik bagi memastikan bakat-bakat pelapis ini tidak tersekat di pertengahan jalan.\u201cBakat-bakat pelapis ini memerlukan sokongan tidak hanya dalam aspek motivasi tetapi juga arah tuju untuk mencipta lebih kejayaan dalam bidang ini yang kemudian menjadi contoh kepada bakal pelumba lain,\u201d katanya.Mengulas punca Malaysia masih bergelut untuk melahirkan pelumba yang mampu berdaya saing di perlumbaan MotoGP dalam pelbagai kategori Wazi berkata, \u201cDulu motto kita dalam Cub Prix ialah melahirkan juara masa depan.\u201cNamun apabila kita memasuki pentas MotoGP, kita masih mengekalkan method dan polisi perlumbaan serta pembangunan yang sama.\u201cIni menyebabkan kita agak ketinggalan dari sudut penyediaan pelumba, peluang membangunkan teknologi perlumbaan, menyediakan rangkaian penajaan yang melihat ke arah pemasaran global serta banyak lagi.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 09:04pm"} {"author_name": "RAHAYU MUSTAFA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246667/berita/sukan/tfc-mahu-beri-aksi-cemerlang-walaupun-tanpa-tiga-tonggak", "article_title": "TFC mahu beri aksi cemerlang walaupun tanpa tiga tonggak", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) berazam mahu memberikan aksi terbaik walaupun terpaksa turun tanpa tiga pemain utama menentang pasukan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) menjelang aksi Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, pihaknya tetap optimis untuk mencapai kemenangan meskipun Habib Haroon, Faiz Nasir dan Liridon Krasniqi tidak dapat bermain kerana faktor kecederaan serta berstatus pemain pinjaman.\u201cMereka adalah pemain penting tapi tidak dapat beraksi. Namun kita sudah melakukan persiapan rapi dengan menurunkan pemain-pemain bagus yang lain dalam aksi perlawanan bersama JDT malam esok.\u201cKita bukan hanya sekadar fokus untuk bertahan sahaja sebaliknya turut menyerang pasukan lawan. Kita sedar JDT merupakan pasukan yang kuat dan kita akan memberikan aksi terbaik nanti,\" katanya di sini pada Khamis.Sementara itu, kapten TFC, Shahrul Nizam Roshasni pula berharap skuad Penyu dapat mengulangi kejayaan manis pasukan itu menewaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada tahun 2021.Dia yang turut melahirkan penghargaan dan kesyukuran dengan pelantikan sebagai kapten pasukan pada musim ini berkata, TFC sudah bersedia berdepan dengan skuad Harimau Selatan walaupun separuh daripada pemainnya adalah orang baharu.\u201cKita tahu, JDT ada pemain berkualiti dan bagus iaitu Bergson (Da Silva), Diogo (Luis Santo) namun ini bukan halangan dan kami akan bermain dengan aksi terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 05:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246668/berita/sukan/liga-super-2023-saingan-penuh-debaran", "article_title": "Liga Super 2023 saingan penuh debaran", "article_text": "BAHANG Liga Malaysia (Liga-M) yang dinanti-nantikan peminat semakin terasa menjelang aksi pembuka tirai saingan 2023 iaitu perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.Perlawanan Sumbangsih musim ini menjanjikan pertembungan lebih menarik dan penuh debaran apabila dikira sebagai aksi sulung Liga Super sekali gus JDT dan TFC masing-masing berpeluang membawa pulang gelaran dan tiga mata pertama untuk memulakan kempen dengan cemerlang.JDT selaku juara Liga Super sembilan kali berturut-turut dan TFC yang muncul naib juara edisi lepas, merupakan antara 14 pasukan yang akan menempuh cabaran hebat dalam laluan bergelar juara kancah utama bola sepak domestik.Selain Harimau Selatan dan skuad Penyu, 12 kelab lain yang semestinya menyemarakkan lagi saingan ialah Selangor, Kedah Darul Aman (KDA), Sabah, Kuala Lumpur (KL) City, Sri Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Kelantan, PDRM, Kuching City dan Kelantan United.Adakah JDT bakal mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut?.Mampukah anak buah jurulatih kelahiran Argentina, Esteban Solari yang diperkuat muka baharu antaranya penjaga gol kebangsaan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Endrick Dos Santos, bekas penyerang skuad JDT 2019-2020 Diogo Lu\u00eds Santo, Juan Muniz dan Oscar Arribas mengekalkan kejuaraan?.Dua persoalan itu berlegar-legar di fikiran setiap peminat, namun apabila dilabel sebagai pasukan pilihan, faktor tekanan antara yang perlu diberi perhatian bagi mengekalkan kejayaan sambil terdapat beberapa pasukan dilihat berpotensi merampas mahkota kejuaraan.Sebagai contoh, TFC yang dibimbing pengendali baharu dari Crotia, Tomislav Steinbruckner boleh dikatakan menikmati pramusim yang baik, merakam dua kemenangan masing-masing ke atas Bangkok FC dan Chonburi FC, satu seri menentang Rajpracha FC dan tewas sekali kepada Odense Boldklub FC.Kehadiran beberapa nama popular seperti penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn dan pemain naturalisasi Liridon Krasniqi menambah kekuatan di bahagian jentera serangan TFC, menandakan pasukan mahu mencapai lebih kemajuan setelah era Mohd Nafuzi Zain.Sabah yang menunjukkan kemajuan memberangsangkan di bawah bimbingan bekas Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee juga antara pasukan yang perlu diberi perhatian selepas merakam tiga kemenangan besar dalam persiapan pramusim di Kota Kinabalu.Sang Badak menewaskan kelab Singapura Geylang International, Melaka dan satu lagi pasukan dari seberang tambak, Tampines Rovers sekali gus memberi petanda Kim Swee bersedia mencabar kejuaraan untuk menambah koleksi pencapaian sejak menjuarai Liga Premier 2009 bersama Harimau Muda.Meskipun mengharungi aksi pramusim yang kurang memberangsangkan, Selangor, KL City, KDA dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada semua lawannya, selain menjadi antara pasukan pilihan mengisi kedudukan tiga teratas di akhir musim.Tidak dilupakan, antara pasukan yang berupaya mencipta kejutan ialah Sri Pahang, Negeri Sembilan, Penang dan Kelantan manakala pasukan yang dianggap sebagai \u2018giant killer\u2019 ialah PDRM, Kuching City dan Kelantan United.Pada masa sama, Liga Super 2023 dilihat sebagai persada utama lahirnya pemain-pemain baharu yang berkualiti apabila kesemuanya ingin membuktikan kemampuan demi merebut tempat dalam skuad kebangsaan untuk beraksi di Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung pada Januari 2024 di Qatar.Secara keseluruhan, Liga-M 2023 menyaksikan enam trofi kejuaraan menjadi rebutan bermula dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (perlawanan Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL (Liga Bolasepak Malaysia) khusus untuk saingan Liga Simpanan.Penstrukturan baharu Liga Malaysia bermula tahun ini menyaksikan pertandingan Liga Simpanan yang dikenali sebagai Piala MFL diadakan buat kali pertama manakala MFL Challenge Cup dipertandingkan semula selepas tiga tahun sejak dianjurkan pada 2018.Perubahan paling menarik perhatian ialah jadual Liga Super menjadi lebih panjang apabila bermula esok sehingga 17 Dis melibatkan keseluruhan 182 perlawanan selepas terdapat penambahan 50 aksi berbanding musim lepas susulan peningkatan jumlah pasukan bertanding daripada 12 ke 14 musim ini.Selain itu, Piala Malaysia yang akan berlangsung dalam tempoh saingan Liga Super merupakan perubahan penting dibuat MFL, sekali gus menyaksikan kejohanan berprestij itu tidak lagi menjadi kemuncak Liga-M pada akhir musim.Pemerhati dan penganalisis bola sepak tempatan berpendapat dengan promosi yang telah dilakukan serta penglibatan dua stesen televisyen terkenal, ia dijangka mampu meletakkan kemeriahan Liga-M di tahap tertinggi menerusi liputan perlawanan yang menyeluruh. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 04:41pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246645/berita/sukan/jordi-azam-rantai-adisak", "article_title": "Jordi azam \u2018rantai\u2019 Adisak", "article_text": "TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Jordi Amat berazam untuk mengekang penyerang import Terengganu FC (TFC), Adisak Kraisorn pada aksi Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.Menurut pemain berusia 30 tahun itu, Kraisorn merupakan seorang pemain yang bagus dan perlu diberikan perhatian oleh benteng pertahan skuad Harimau Selatan itu pada perlawanan berkenaan.\u201cSaya pernah berdepan dengannya dalam saingan Piala AFF Mitshubishi Elektric 2022 lalu...dia (Adisak), memang seorang pemain yang bagus.\u201cKami juga sudah menonton rakaman video mengenai mereka (TFC) dan kami dapati sama ada mereka menggunakan formasi 5-3-2 atau 4-4-2, mereka tetap merupakan pasukan yang berkualiti.\u201cOleh itu, kami perlu bersedia dengan beraksi sebaik mungkin bagi memenangi perlawanan sulung musim ini,\u201d katanya pada Khamis.Untuk rekod, kedua-dua pemain pernah berdepan antara satu sama lain pada aksi Piala AFF Mitsubshi 2022 lalu dalam aksi ketiga Kumpulan A yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.Sementara itu, Jordi berkata, kesemua pemain kini dilihat bersedia untuk berdepan cabaran getir daripada TFC Jumaat ini seterusnya memenangi perlawanan.Malah katanya, dia yakin skuad Harimau Selatan itu mampu untuk merealisasikan kemenangan berkenaan berikutan perkembangan semasa pasukan.\u201cPasukan ini (JDT), semakin baik dari sehari ke sehari dan turut memiliki ramai pemain yang bagus-bagus.\u201cKekuatan utama kita adalah dari segi intesiti dan oleh itu, esok (Jumaat), saya yakin untuk kita perlu memenangi trofi yang \u2018istimewa\u2019 ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 03:43pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246633/berita/sukan/piala-sumbangsih-2023-jdt-sedia-berdepan-tfc", "article_title": "Piala Sumbangsih 2023: JDT sedia berdepan TFC", "article_text": "\u201cKAMI sudah bersedia. 100 peratus bersedia,\u201d Itu reaksi ringkas penolong ketua jurulatih skuad Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Pablo Ricchetti menjelang aksi Sumbangsih 2023 berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.Menurut Ricchetti, keyakinan itu disuarakannya berdasarkan kepada persiapan skuad Harimau Selatan itu setakat ini, terutamanya setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan pada aksi pra-musim di Dubai baru-baru ini.Justeru katanya, prestasi berkenaan diharap dapat diteruskan sekali gus mempertahankan trofi Sultan Haji Ahmad Shah yang dimenangi musim lalu.\u201cKami baharu sahaja selesai mengharungi aksi pra-musim di Dubai dan esok (Jumaat), kami akan beraksi dalam perlawanan Sumbangsih pula yang juga merupakan perlawanan sulung bagi musim 2023 ini.\u201cSudah semestinya kami mahu memastikan perlawanan sulung ini berakhir dengan kemenangan dan seterusnya membuatkan pasukan ini (JDT), terus memenangi lebih banyak piala selepas ini,\u201d katanya pada Khamis.Mengulas mengenai kemungkinan kesebelasan yang bakal diturunkan esok, Ricchetti berkata, perkara berkenaan hanya dapat ditentukan pada hari perlawanan.Bagaimanapun katanya, setakat ini, kesemua pemain dilaporkan cergas dan bersedia untuk beraksi.\u201cKita hanya boleh tentukan pemain yang bakal beraksi esok (Jumaat) dan setakat ini semua pemain bersedia...kecuali Natxo (Insa),\u201d ujarnya.Sementara itu, Ricchetti berkata, pihaknya tidak dapat menjawab persoalan berhubung kedatangan penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao ke skuad Harimau Selatan itu.\u201cSaya tidak ada apa yang boleh diperkatakan mengenai perkara ini...untuk sebarang info lanjut, lebih baik dapatkan daripada pihak atasan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246602/berita/sukan/city-bakal-guna-taktikal-lebih-gila", "article_title": "City bakal guna taktikal 'lebih gila'", "article_text": "MANCHESTER City mungkin menggunakan taktikal 'lebih gila' pada aksi kedua menentang RB Leipzig setelah mereka terikat 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.Jurulatihnya, Pep Guardiola dalam nada berseloroh menyebut City akan menyenaraikan sembilan penyerang untuk menyingkirkan Leipzig dalam aksi timbal balik di laman sendiri bulan depan.City terlebih dahulu di depan menerusi Riyad Mahrez pada babak pertama, namun Josko Gvardiol menyamakan kedudukan pada minit ke-70.\u201cSaya tidak mahu datang ke sini dan tewas 4-3. Ia perlu lebih terbuka di Manchester,\u201d katanya.Guardiola berpengalaman selama tiga tahun di Jerman ketika memacu Bayern Munich menjulang gelaran Bundesliga.\u201cCity tidak mampu bersaing dengan kepantasan pasukan Jerman.\u201cKami tidak cukup lengkap untuk bersaing dengan mereka yang mempunyai banyak pilihan. Mereka lebih baik dan pantas daripada kami, kecuali Kyle (Walker) dan Erling (Haaland).\u201cMereka mempunyai kepantasan tetapi kami tidak,\u201d katanya.Justeru Guardiola secara bergurau menyatakan bahawa dia akan menjadi 'lebih gila' pada perlawanan kedua apabila mungkin bermain dengan sembilan penyerang.\u201cSaya pernah melatih di negara ini. Saya menganalisis Leipzig dan ia memerlukan kawalan sebegini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 01:03pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246572/berita/sukan/ronaldo-raikan-hari-penubuhan-arab-saudi", "article_title": "Ronaldo raikan Hari Penubuhan Arab Saudi", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo mengakui satu pengalaman istimewa untuk bersama-sama menyambut Hari Penubuhan Arab Saudi yang berlangsung di negara itu pada Rabu.\"Selamat Hari Penubuhan Arab Saudi. Ia merupakan pengalaman istimewa untuk menyertai sambutan di @AlNassrFC!,\" tulisnya di laman Twitter miliknya.Ronaldo dilihat gembira meraikan hari tersebut bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.Bintang Portugal itu juga menyertai rakan sepasukannya meminum minuman arab dan menari sambil membawa pedang.Hari tersebut diraikan sempena tarikh 22 Februari Imam Muhammad bin Saud membantu menemui Arab Saudi pada tahun 1727.Tahun lalu, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengumumkan hari tersebut sebagai cuti kebangsaan dalam titah diraja.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 10:07am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246569/berita/sukan/gol-gvardiol-selamatkan-rb-leipzig", "article_title": "Gol Gvardiol selamatkan RB Leipzig", "article_text": "TANDUKAN lewat perlawanan pemain pertahanan RB Leipzig, Josko Gvardiol membolehkan gergasi Bundesliga Jerman itu bangkit mengikat Manchester City 1-1 dalam perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Red Bull Arena Leipzig, pada Khamis.Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu menyumbat gol penyamaan minit ke-70', selepas pemain City, Riyad Mahrez masuk menyusuli kesilapan Leipzig pada minit ke-27.Keputusan itu menyaksikan City kendalian Pep Guardiola itu seri dalam dua perlawanan terakhir selepas diikat 1-1 oleh Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris pada minggu lalu manakala kemenangan empat perlawanan Leipzig dalam pertandingan itu berakhir.Pasukan pelawat, yang menyasarkan untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim keenam berturut-turut, menguasai sepenuhnya pada separuh masa pertama, menyaksikan Guardiola telah membuat tiga pertukaran terhadap kesebelasan utama City yang seri ketika berdepan Forest.The Citizens berada di hadapan apabila Jack Grealish dengan mudah memintas hantaran lemah Xaver Schlager, sebelum hantaran diterjemahkan dalam bentuk jaringan Mahrez.Rodri sepatutnya menggandakan pendahuluan Manchester City tiga minit kemudian, namun tandukannya melebar mengakhiri separuh pertama dengan kedudukan 1-0.Leipzig kendalian Marco Rose yang tenggelam pada separuh masa pertama hanya kembali agresif menerusi beberapa percubaan pada babak kedua.Die Roten Bullen sepatutnya menyamakan kedudukan apabila Benjamin Henrichs dibiarkan bersendirian dalam kotak, namun percubaannya tersasar.Kecemerlangan penjaga gol, Manchester City, Ederson juga menyaksikan dua percubaan Andre Silva dan Dominik Szoboszlai dinafikan ketika Leipzig meningkatkan tekanan.Gergasi Jerman itu akhir diberi ganjaran seminit kemudian apabila hantaran Marcel Halstenberg diterjemahkan Gvardiol untuk gol penyamaan.Kedua-dua pasukan akan berentap dalam perlawanan kedua di Stadium Etihad pada 15 Mac depan.KEPUTUSANLIGA JUARA-JUARARB Leipzig 1-1 Manchester CityInter Milan 1-0 Porto", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 09:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246565/berita/sukan/kami-bukan-robot", "article_title": "'Kami bukan robot'", "article_text": "VIRGIL van Dijk mengakui kesilapan Liverpool ketika tewas kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara tetapi berpendapat penyokong tidak boleh menjangkakan prestasi setiap pemain seperti robot.Dalam perlawanan itu, Liverpool terlebih dahulu meledak dua gol, namun tewas 2-5 selepas Real melakukan kebangkitan dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir di Anfield itu.Van Dijk tidak mempertikaikan satu lagi prestasi luar biasa Real, namun pemain pertahanan itu menegaskan kesilapan boleh berlaku kerana pemain hanyalah seorang manusia.\"Dalam kempen Liga Juara-Juara, terdapat pemain berkualiti dalam semua pasukan. Mereka boleh menghukum anda dan boleh menghukum kesilapan yang anda lakukan.\"Itulah yang mereka lakukan pada separuh masa kedua, dan ia cukup jelas untuk dilihat. (Terdapat) kesilapan yang tidak sepatutnya kami lakukan, tetapi ia berlaku dalam bola sepak.\"Kami bukan robot, kadang-kadang kesilapan berlaku. Itulah kesnya. Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah belajar daripadanya dan fokus pada yang seterusnya untuk memastikan ia tidak berlaku lagi,\" katanya.Perlawanan timbal balik membabitkan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Santiago Bernabeu pada 16 Mac depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 09:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246556/berita/sukan/psm-mahu-kembali-ke-pangkuan-istaf", "article_title": "PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf", "article_text": "PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar permohonan untuk menyertai semula Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dalam minggu ini.Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut.\u201cYa, PSM sedia maklum mengenai keahlian dalam Istaf untuk membolehkan badan induk ini kembali ke peringkat antarabangsa.\u201cJaminan saya, PSM kini dalam proses menyelesaikan isu dokumentasi yang dikehendaki seperti dalam proses permohonan.\u201cBagi permohonan keahlian Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), dokumen-dokumen susulan yang dihantar sebelum ini telah pun diterima pihak Astaf,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Dalam perkembangan lain, Abidullah mengesahkan kemasukan Persatuan Sepaktakraw Selangor dan Sarawak ke dalam badan induk itu.Justeru katanya, PSM membenarkan tiga ahli gabungan Selangor, Sarawak dan Perlis yang keluar sebelum ini kembali menyertai Liga Sepak Takraw (STL) 2023 Divisyen Satu yang menyingkap tirai dari 26 Mei hingga 24 Jun ini.\u201cPSM juga mengalu-alukan kemasukan semula ke dalam badan induk itu, para pengadil yang bernaung di bawah Persekutuan Sepak takraw Malaysia (Mastaf) sebelum ini.\u201cNamun, setiap pengadil perlu memohon penyertaan semula kepada PSM secara individu melalui persatuan-persatuan negeri masing-masing,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246555/berita/sukan/tali-pinggang-johari-ghani-panas", "article_title": "Tali Pinggang Johari Ghani \u2018panas\u2019", "article_text": "TALI Pinggang Johari Ghani antara kejuaraan yang menjadi idaman setiap petinju Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa yang menyingkap tirai di Stadium Titiwangsa minggu ini.Edisi 2023 kali ini menyaksikan kejuaraan itu menemukan petinju Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM, Amirul Ariffin atau Ban Mero Kuda Merah menentang jagoan muay Thai dari Thailand, Chon Ra San.Menyifatkannya ia satu penghormatan kepadanya apabila diberikan tanggungjawab untuk misi itu, Ban Mero yang empat tahun menjadi jurulatih muay Thai PDRM di Pulapol Kuala Lumpur mengakui teruja untuk kembali beraksi di arena sukan tempur lasak berkenaan.\u201cSejujurnya saya telah bersedia 100 peratus untuk berdepan Chon Ra San bagi kejuaraan Tali Pinggang Johari Ghani.\u201cBiarpun di depan para penyokong sendiri, saya tidak akan memandang mudah cabaran pesaing saya pada hari perlawanan.\u201cSaya berjanji akan memberikan tentangan sengit kepada lawan demi panji Polis Diraja Malaysia, selain mengharapkan doa serta sokongan rakyat Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar yang turut berharap penyokong dari Kelantan, Kuala Lumpur dan PDRM akan memenuhi Stadium Titiwangsa.Selain kelibat Ban Mero, dua petinju Kuda Merah PDRM juga turut menggalas cabaran berdepan petinju Gajah Perang tersebut, menyaksikan Rahim Apollo menentang Totok manakala Mat Ropi menanti saingan Khun Sek.Untuk rekod, sebanyak 10 tali pinggang dipertandingkan sepanjang kejuaraan dua hari yang melibatkan 28 petinju.Edisi 2023 ini juga menyaksikan satu regu kanak-kanak akan bertarung merebut tali pinggang sebagai aksi pembuka tirai kejohanan.Untuk rekod, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dijangka hadir ke Stadium Titiwangsa sambil diiringi 100 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur Bike Club (KLBC)Tali pinggang Sinar Harian juga akan dipertandingkan pada hari pertama kejohanan yang bermula pada 24 dan 25 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Februari 2023 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246544/berita/sukan/dua-lagi-pasukan-belum-lengkap-itc-pemain-import", "article_title": "Dua lagi pasukan belum lengkap ITC pemain import", "article_text": "TERDAPAT dua lagi pasukan yang belum melengkapkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain import sebelum jendela perpindahan pemain pertama Liga Malaysia (Liga-M) 2023 ditutup pada Khamis.Tanpa mendedahkan pasukan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, kedua-dua pasukan itu masih dalam fasa penilaian akhir sebelum menandatangani pemain import yang diperlukan.\u201cPasukan terlibat mungkin tak nak ambil risiko awal dengan perpindahan pemain import.\u201cSaya rasa itu satu langkah yang baik untuk pastikan pemantauan dan pemilihan pemain import dilaksanakan dengan lebih rapi,\u201d katanya pada majlis pengumuman perjanjian MFL dengan AEON BiG (M) Sdn Bhd sebagai penaja eksklusif 'pasar raya besar' bagi musim 2023.Dalam pada itu, beliau memaklumkan tidak semua pasukan melengkapkan kuota sembilan pemain import yang dibenarkan MFL buat musim baharu ini.Menurutnya, tindakan diambil pasukan yang tidak menggunakan sepenuhnya kuota ditetapkan untuk pemain import dilihat sebagai indikasi baik khususnya terhadap perbelanjaan yang dikeluarkan pasukan pada musim ini.\u201cSaya lihat semua pasukan telah tunjukkan perbelanjaan atau operasi yang baik untuk pastikan penggunaan pemain import ikut keperluan pasukan mereka,\u201d katanya.Stuart pada masa sama juga berharap agar kesemua perancangan dilakukan pihaknya dan rakan penyiar menjelang saingan Liga Super 2023 yang membuka tirai Jumaat ini dengan perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, berjalan lancar.Beliau turut melahirkan rasa bangga apabila AEON BiG berkongsi misi sama dalam memperluaskan lagi rangkaian promosi dua hala antara syarikat pasar raya besar terkemuka itu dan liga bola sepak tempatan.Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berharap tempoh perjanjian penajaan bersama badan pentadbir Liga-M selama semusim itu akan berlanjutan melangkaui musim 2023.\u201cMelalui penajaan ini, kami ingin berada lebih dekat dengan pelanggan kami melalui bola sepak kerana tiada cara yang lebih baik dalam menyatukan rakyat kecuali menerusi sukan,\u201d katanya tanpa mendedahkan nilai kerjasama itu.Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan pula berkata, kehadiran AEON BiG memberi isyarat cukup baik buat Liga-M yang mengorak langkah musim ini dengan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan kualitinya terutama dari segi pertandingan dan komersial.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 09:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246527/berita/sukan/wsbk-2023-pasukan-mie-racing-dapat-aura-petronas", "article_title": "WSBK 2023: Pasukan MIE Racing dapat aura Petronas", "article_text": "PENAMPILAN Pasukan MIE Racing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 yang melibatkan perlumbaan 12 pusingan mendapat suntikan semangat dengan penyertaan Petronas.Malah pemilik Pasukan MIE Racing, Midori Moriwaki menyifatkan kerjasama dengan Petronas itu merupakan satu kebanggaan untuk pasukan yang akan dikenali Petronas MIE Racing Honda.\u201cIa adalah sumber kebanggaan dan kepuasan sebenar untuk Pasukan Honda MIE Racing apabila dapat bekerjasama bersama Petronas untuk beberapa tahun ke depan.\u201cKami juga berharap dapat mengembangkan kehadiran pasukan dalam kejuaraan WSBK dan pasukan SuperSport kami secara bersama,\u201d kata Midori dalam laman Facebook pasukan pada Khamis.Petronas MIE Racing Honda dijangka mengambil bahagian dalam kempen WSBK mempertaruhkan penampilan tahun kedua pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah.Seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin, 24, pula akan menggalas cabaran buat pertama kali di WorldSSP bagi kalendar kejuaraan kali ini.Untuk rekod, WSBK 2023 akan menyingkap tirai di Litar Phillip Island, Australia bermula dari 24 hingga 26 Februari.Pusingan kedua pula dijadualkan di Litar Mandalika, Indonesia pada 3 hingga 5 Mac depan diikuti sembilan pusingan seterusnya di Eropah dan Amerika Selatan dari April sehingga Oktober.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 07:44pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246526/berita/sukan/liga-m-tak-semua-pasukan-ambil-9-import", "article_title": "Liga-M: Tak semua pasukan ambil 9 import", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) melihat petanda baik pasukan Liga Super dalam berbelanja mendapatkan pemain untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, tidak semua pasukan yang mengambil khidmat sembilan import seperti yang dibenarkan oleh pengelola liga tersebut.\"Tidak semua pasukan melengkapkan lima import tahun lalu dan juga tidak bermakna kita bagi 32 pendaftaran pemain, pasukan kena daftar 32 pemain itu.\"Tahun ini, dengan adanya kelonggaran untuk (membawa masuk) sembilan pemain (import), tidak semua pasukan melengkapkannya. Saya rasa ia satu indikasi baik.\"Pasukan telah menunjukkan bajet dan operasi yang baik untuk memastikan keperluan pemain import mengikut keperluan pasukan,\" katanya kepada pemberita di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Rabu.Terdahulu, MFL membenarkan semua pasukan mendaftarkan sehingga sembilan pemain import bagi menghadapi format baharu Liga Super musim ini.Namun, setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan enam import dalam satu-satu perlawanan dan lima pemain dibenarkan berada di dalam padang, manakala seorang lagi akan berperanan sebagai pemain gantian.Dalam perkembangan lain, Stuart turut memaklumkan tiada pasukan yang telah melengkapkan pendaftaran pemain menjelang tarikh akhir pada Khamis.\"Semua pasukan belum lengkap lagi disebabkan kebiasaan hari terakhir mereka akan lengkapkan semua dokumen. Buat masa ini, saya tidak lihat ada isu berbangkit.\"Selain itu, ada satu atau dua pasukan yang belum terima sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain import. Tetapi, saya rasa tidak ada masalah besar,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 07:18pm"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246503/berita/sukan/aeon-big-taja-liga-malaysia-2023", "article_title": "AEON BiG taja Liga Malaysia 2023", "article_text": "AEON Big (M) Sdn Bhd secara rasmi menjadi penaja eksklusif Liga Malaysia bagi musim 2023.Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam di AEON BiG Wangsa Maju, di sini pada Selasa.Sheikh Farouk berkata, kolaborasi kali pertama dengan MFL dilihat mampu menyatukan AEON BiG dan sukan paling popular di negara ini.\"Kami memilih bola sepak kerana ia dekat dengan komuniti selain turut menaja sukan lain antaranya baseball, ragbi dan juga memanah.\"Melalui kerjasama ini juga, ia membantu dari segi promosi dan pengalaman baru kepada pelanggan,\" katanya pada sidang akhbar selepas pada majlis Pengumuman Rakan Rasmi Baharu Malaysian Football League 2023 di sini.Turut hadir, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.Sementara itu Stuart berkata, kerjasama dengan syarikat dan pasar raya besar seperti AEON BiG mampu menaikkan taraf liga bola sepak tempatan.Jelasnya, bola sepak adalah sukan nombor satu di negara ini, justeru pihaknya mengalu-alukan sokongan AEON BiG terhadap Liga Malaysia.\"Kehadiran AEON BiG ini juga memberi peluang rakan penaja MFL bekerjasama dalam ekosistem peruncitan.\"Tahun 2023 ini bukan sahaja membawa perubahan format liga tetapi juga membawa perubahan dari segi komersial MFL,\" kata Stuart.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 05:35pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246458/berita/sukan/psg-hilang-khidmat-neymar-akibat-cedera-buku-lali", "article_title": "PSG hilang khidmat Neymar akibat cedera buku lali", "article_text": "PENYERANG Paris St Germain (PSG), Neymar mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika gergasi Ligue 1 Perancis itu menang tipis 4-3 Ligue 1 ke atas Lille, kata kelab Perancis itu lewat Rabu.Penyerang Brazil yang menjaringkan gol kedua PSG pada minit ke-17, dibawa keluar dalam keadaan menangis pada awal separuh masa kedua selepas berlanggar dengan pemain Lille, Benjamin Andre.\u201cUjian tambahan hari ini mengesahkan Neymar Jr terseliuh dan mengalami sedikit kecederaan ligamen.\"Dia akan menjalani ujian lanjut awal minggu depan,\" kata PSG dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan berapa lama Neymar akan direhatkan.PSG akan bertandang di tempat lawan berdepan Marseille pada Isnin sebelum menerima kunjungan Nantes pada 5 Mac.Skuad kendalian Christophe Galtier kemudiannya akan bertandang ke Bayern Munich untuk perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 9 Mac ketika PSG berusaha untuk memulihkan defisit 1-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 02:50pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246451/berita/sukan/kalau-ada-rezeki-ke-suku-akhir-acl---tmj", "article_title": "'Kalau ada rezeki ke suku akhir ACL'", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim ini.Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sasaran tersebut dilihat realistik selain turut menanam impian untuk mara sehingga ke peringkat suku akhir.\"Untuk ACL pula, kami harap kami dapat lepas peringkat kumpulan kerana saya tetap realistik dalam ACL ini berdasarkan kualiti pasukan lain yang bertanding.\"Mereka telah 'established' lebih lama daripada JDT, manakala kami tetap projek yang lebih muda dan lebih baharu. Jadi, sasaran realistik lepas peringkat kumpulan atau kalau ada rezeki saya harap kita dapat masuk suku akhir,\" kata Tunku Ismail menerusi klip video di Facebook Johor Southern Tigers, pada Selasa.Untuk saingan ACL musim lalu, JDT melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik sebelum tewas di tangan pasukan dari Jepun, Urawa Red Diamonds.Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menyasarkan JDT berada dalam kedudukan tiga terbaik Liga Super.\"Macam biasa top 3 kerana kami berharap dapat main di Asia. Jadi top 3 dalam liga. Piala FA pula saya harap kami dapat masuk suku akhir.\"Piala Malaysia pula, kami ada strategi yang lain dengan letak lebih ramai pemain muda untuk memberikan mereka minit permainan dan pengalaman.\"Jadi, Piala Malaysia saya harap dapat masuk suku akhir atau separuh akhir tetapi dengan barisan pemain kami yang muda,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 02:28pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246422/berita/sukan/aura-vinicius-tiada-tandingan", "article_title": "Aura Vinicius tiada tandingan", "article_text": "KARAKTER pemain Real Madrid, Vinicius Jr tidak dapat ditandingi dalam memberi 'kerosakan' kepada lawan, kata pengurusnya, Carlo Ancelotti selepas pemain Brazil itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 yang menakjubkan di Liga Juara-Juara di Liverpool pada Rabu.Liverpool mendahului 2-0 di Anfield, namun dua gol dari Vinicius menyamakan kedudukan sebelum rehat meletakkan asas untuk kemenangan besar pada pusingan pertama Liga Juara-Juara, 16 terakhir.\"Sejujurnya Vinicius adalah pemain paling penentu dalam bola sepak dunia hari ini.\"Tiada pemain memiliki kesinambungan aksi sempurna seperti dibuktikan dalam perlawanan ini. Dia tidak berhenti dan saya harap dia boleh meneruskannya secara konsisten,\" kata Ancelotti pada sidang akhbar.Vinicius antara pemain paling penting gergasi Sepanyol itu selepas menjaringkan gol yang menobatkan Real Madrid gelaran Piala Eropah ke-14 dengan rekod kemenangan 1-0 ke atas Liverpool tahun lalu.Dia adalah pemain dengan percubaan gol terbanyak (28) dan rembatan ke sasaran (15) dalam Liga Juara-Juara musim ini dan merupakan pemain paling banyak dikasari dalam lima liga teratas Eropah (82).Vinicius menjaringkan dua gol dalam tiga percubaan menentang Liverpool dan - pada usia 22 tahun - sudah pun menjadi penjaring kedua terbanyak menentang kelab Inggeris dalam Liga Juara-Juara dengan lima gol, satu di belakang Karim Benzema, dan di hadapan Didier Drogba (empat) dan Frank Lampard (tiga).Selepas Liverpool mendahului 2-0 hasil jaringan Darwin Nunez dan Mohamed Salah, Vinicius memacu kebangkitan Real Madrid dengan gol minit ke-21 dan 36, sebelum Eder Militao (47') dan Karim Benzema (55', 67') memastikan bekalan selesa perlawanan timbal balik kedua.Pada masa sama Ancelotti mengakui Vinicius berjaya mengekalkan tahap konsisten baik dalam saingan domestik dan Eropah.\"Ya, Vinicius berada dalam prestasi terbaik dan sentiasa konsisten itu paling penting.\u201cIa adalah kemenangan bersejarah, kebanyakannya kerana jika anda mempertimbangkan di mana kami bermain dan bagaimana kami memulakan permainan, ketinggalan dua gol di belakang.\"Tetapi kami tidak pernah berundur dan bersikap tenang, tidak panik dan kami mengubah permainan yang sangat sukar,\" katanya.Selepas menjaringkan 22 gol dengan 20 bantuan pada musim lalu, Vinicius menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan kempen ini dan dinamakan pemain terbaik kejohanan itu di Piala Dunia Kelab pada Januari bagi membantu Real merangkul kejuaraan kelima.KEPUTUSANLiga Juara-JuaraPusingan 16 TerbaikPerlawanan PertamaLiverpool 2-5 Real MadridEintracht Frankfurt 0-2 Napoli", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 11:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246417/berita/sukan/chiesa-mahu-bantu-juventus", "article_title": "Chiesa mahu bantu Juventus", "article_text": "BINTANG Serie A, Juventus Federico Chiesa terdesak untuk kembali cergas bagi mengambil bahagian dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa menentang kelab Ligue 1 Perancis, FC Nantes.Pemain sayap Itali berusia 25 tahun itu kembali selepas hampir 12 bulan merehatkan diri sejak November tahun lalu, berikutan kecederaan ligamen pada Januari 2022.Chiesa mula beraksi dengan lebih konsisten untuk Juventus sejak beberapa minggu lalu tetapi terlepas kemenangan 2-0 ke atas Spezia apabila mengalami ketegangan otot, semasa seri 1-1 menentang Nantes minggu lalu.Menurut portal sukan tempatan, Calciomercato.com, Chiesa mengambil bahagian secara ringkas dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan Juventus sebelum berpisah untuk meneruskan rejim latihan peribadinya.Pemain sayap Itali itu dilaporkan terdesak untuk membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya Liga Europa, selepas Juventus seri 1-1 di Turin minggu lalu.Jurulatih, Massimiliano Allegri akan membuat keputusan muktamadnya, namun kemungkinan Chiesa akan menyertai rakan sepasukannya untuk perjalanan ke Perancis dan mungkin diturunkan pada separuh masa kedua.LIGA EUROPA JUMAAT (24 FEBRUARI)Pusingan 16perlawanan keduaNantes (1) lwn (1) Juventus, 1.45 pagiPSV Eindhoven (0) lwn (3) Sevilla, 1.45 pagiMidtjylland (1) lwn (1) Bayer Leverkusen, 1.45 pagiUnion Berlin (0) lwn (0) Ajax Amsterdam, 4 pagiAS Roma (0) lwn (0) RB Salzburg, 4 pagiRennes (1) lwn (2) Shakhtar Donetsk, 4 pagiManchester United (2) lwn (2) Barcelona, 4 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 11:21am"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246414/berita/sukan/46-pemain-golf-remaja-pahang-berentap", "article_title": "46 pemain golf remaja Pahang berentap", "article_text": "SERAMAI 46 peserta berentap dalam Kejohanan Golf Remaja Tertutup Pahang 2023 di Kelab Golf Royal Pahang (RPGC) yang bermula Selasa hingga Rabu.Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Zamri Hassan memberitahu, kejohanan itu dianjurkan oleh MSP dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan RPGC.Menurutnya, dua kategori dipertandingkan iaitu peringkat umur 13 hingga15 dan 16 hingga18 tahun bagi acara lelaki dan wanita.\"Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi melahirkan lebih ramai pemain golf terbaik negeri ini dan pemain terbaik kejohanan akan diserapkan dalam Akademi Golf Pahang.\"Justeru, kita mengharapkan lebih ramai atlet-atlet muda golf tampil seterusnya berani mencabar diri untuk menyertai kejohanan kompetitif selepas ini,\" kata beliau.46 pemain remaja berentap dalam kejohanan itu yang bermula sejak Selasa.Ujar Zamri, MSP melalui Akademi Golf Pahang bakal menyediakan lebih banyak platform untuk atlet-atlet menyerlahkan bakat mereka seterusnya bakal menjadi pemain golf terbaik negara.Akademi Golf Pahang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 25 Ogos tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 11:13am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246407/berita/sukan/ferran-torres-terpaksa-jumpa-pakar-psikologi", "article_title": "Ferran Torres terpaksa jumpa pakar psikologi", "article_text": "FERRAN Torres mengakui sedang berdepan saat sukar dalam karier bola sepaknya, namun tetap komited dengan projek jangka panjang Barcelona di bawah kendalian Xavi.Pemain antarabangsa Sepanyol itu bergelut dalam musim pertamanya di Camp Nou selepas berpindah dari Manchester City pada Disember 2021.Penampilan Torres musim lalu menyaksikan dia hanya mampu meledak empat gol daripada 18 perlawanan La Liga di sebalik jangkaan tinggi penyokong Barcelona terhadap pemain sayap itu.Ia sekali gus mengundang kritikan terhadap kepulangan penyerang itu ke Sepanyol, setelah meninggalkan Valencia ke City pada 2020.Namun, dia kini telah menikmati kebangkitan semula dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas mempamerkan aksi mengagumkan dalam kemenangan ke atas Cadiz pada Isnin.\"Saya merasakan bahawa saya telah jatuh ke dalam jurang maut. Saya tidak pernah rasa seperti ini. Saya berjanji kepada Xavi bahawa saya akan menjadi diri saya semula.\"Saya berjumpa pakar psikologi. Saya biasanya pergi sekali atau dua kali seminggu. Keluarga saya juga membantu saya, saya mempunyai persekitaran yang sangat sihat.\"Saya telah belajar untuk tidak terlalu obses dengan matlamat. Saya telah belajar untuk menjadi gembira, untuk menghadapi sesuatu. Saya mempunyai masa yang sukar, tetapi ia adalah peluang yang baik untuk mengenali diri saya sendiri,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 10:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246404/berita/sukan/napoli-masih-belum-selamat---spalletti", "article_title": "Napoli masih belum selamat - Spalletti", "article_text": "LUCIANO Spalletti memberi amaran Napoli tidak boleh menganggap mereka selamat dan sudah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara walaupun melakar kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt.Pendahulu Serie A itu meraih kemenangan 2-0 di Deutsche Bank Park apabila Victor Osimhen dan Giovanni Di Lorenzo masing-masing meledak satu gol.Napoli tidak pernah mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan beraksi cemerlang dalam pusingan 16 terakhir awal pagi Rabu, sekali gus membawa pulang bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik di Stadio Diego Armando Maradona pada 15 Mac.\"Adakah kami akan dapat mengulanginya? Kami perlu berbuat demikian dan kekal di landasan terbaik. Kami tidak boleh fikir sudah berjaya layak ke suku akhir,\" katanya.Spalletti menegaskan kemampuan mental dan fizikal pemain menjadi faktor utama untuk mereka meraih kemenangan mengatasi Frankfurt di laman lawan itu.\"Perkara ini harus diketengahkan di sini, pasukan tidak berputus asa selepas (Khvicha Kvaratskhelia) gagal menyempurnakan penalti. Tetapi, mereka menjaringkan gol serta-merta dan menunjukkan rasa ingin menang.\"Berfikir dan bermain seperti ini untuk memenangi perlawanan. Kami mahu memenangi semuanya.\"Kami mengimpikan untuk mara ke suku akhir dan kami tidak boleh gagal. Pada kedudukan 2-0, ada kemungkinan untuk menjaringkan gol ketiga, kami melakukan beberapa perkara dengan baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 10:24am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246400/berita/sukan/klopp-kecewa-liverpool-gagal-kekal-momentum", "article_title": "Klopp kecewa Liverpool gagal kekal momentum", "article_text": "JURGEN Klopp mengakui kecewa apabila Liverpool gagal mengekalkan momentum selepas tewas 2-5 kepada Real Madrid dalam aksi 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Anfield pada Rabu.Liverpool mendahului 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama, namun Real bangkit dengan lima gol untuk menewaskan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.\"Permulaan kami cemerlang. Ia adalah pasukan kami yang sebenar pada awal separuh masa pertama. Ia sempurna dengan pemain menunjukkan bagaimana cara sebenar kami mahu bermain.\"Selepas kami melepaskan gol pertama, kami menjadi sedikit pasif di atas padang dan tidak mengejar mereka. Kami perlu memastikan Real ditekan kerana apabila menjadi pasif kami akan dihukum.\"Situasi pertama mereka bermain hantaran jauh kepada Vinicius. Saya tidak pasti sama ada ia satu kekasaran, tetapi akhirnya pengadil meniupkan wisel. Bagaimana kami mempertahankan itu tidak cukup baik.\"Kemudian 3-2 dan itu tidak membantu menentang pasukan yang sangat bagus dalam serangan balas,\" katanya.Menurut Klopp, selepas gol ketiga itu, Liverpool terus bermain pasif dan terus tenggelam dalam perlawanan tersebut.\"Kami tidak dapat kembali ke landasan lagi. Anda perlu bermain seperti separuh masa pertama selama 95 minit penuh. Itu mungkin, tetapi anda memerlukan momentum kembali. Selepas gol 3-2, ia adalah sebaliknya.\"Mereka menjadi lebih yakin dan menjaringkan gol yang hebat. Kami tewas 5-2, tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti daripada perlawanan ini,\" katanya.Liverpool akan bertandang ke Madrid untuk perlawanan kedua pada 15 Mac dan sedar bahawa mereka memerlukan keajaiban jika mahu menyingkirkan juara bertahan itu untuk mara ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 10:07am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246399/berita/sukan/real-aibkan-liverpool-di-anfield", "article_title": "Real aibkan Liverpool di Anfield", "article_text": "VINICIUS Junior dan Karim Benzema menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menghasilkan satu lagi kebangkitan menakjubkan daripada ketinggalan 2-0 untuk membelasah Liverpool 5-2 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Anfield pada Rabu.Darwin Nunez dan Mohamed Salah memberikan Liverpool permulaan yang sempurna dalam perlawanan yang disifatkan sebagai ulangan final Liga Juara-Juara musim lalu.Tetapi, Vinicius menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama, sebelum Eder Militao dan dua gol dari Benzema memastikan kemenangan besar Los Blancos.\"Kami banyak menderita dalam permainan ini dan anda tidak boleh memulakan perlawanan seperti itu. Tetapi mujurlah pasukan ini mempunyai pemain yang tenang.\"Barisan penyerang kami hari ini sangat cekap. Setiap kali kami mematahkan asakan Liverpool, kami mampu mencipta peluang,\" kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.Dalam pada itu, Ancelotti juga memberikan pujian kepada Vinicus yang menjadi antara tonggak penting dalam perlawanan tersebut.\"Vinicius adalah pemain paling berbahaya dalam bola sepak dunia hari ini.\"Tiada pemain dengan aksi konsisten seperti yang ditunjukkannya. Dia tidak akan berhenti dan saya harap dia boleh teruskan seperti ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 09:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246395/berita/sukan/mat-yo-terkejut-safee-sali-umum-bersara", "article_title": "Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara", "article_text": "BEKAS penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui berasa terkejut dengan pengumuman persaraan bekas rakan sepasukannya, Safee Sali, semalam.Pemain yang mesra disapa Mat Yo itu, bagaimanapun, menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.\"Saya agak terkejut dengan persaraan Safee Sali kerana saya juga baru mengetahuinya,\" katanya kepada Astro Arena.\"Tetapi saya hormati keputusannya, mungkin dia mempunyai sasarannya selepas ini.\"Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerjaya atau apa yang diimpikannya selepas ini,\" katanya.Ditanya mengenai momen terbaiknya bersama Safee, Mat Yo berkata:\"Piala AFF 2010.\"Saya rasa semua penyokong tahu mengenai momen itu. Setiap kali penyokong berjumpa saya atau Safee, mereka pasti akan ingat momen itu.\"Sebagai rekod, Matyo dan Safee merupakan gandingan penyerang ketika Malaysia menjuarai Piala AFF 2010, di mana Safee turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 08:38am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246381/berita/sukan/musim-baharu-wajah-baharu-jiwa-kental", "article_title": "Musim baharu, wajah baharu, jiwa kental", "article_text": "KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix akan kembali untuk musim ke-30 di Litar Antarabangsa Sepang, pada hujung minggu ini hadir bersama-sama wajah baharu bagi kategori CP125.Di antara mereka adalah Md Adam Haikal Jahar, juara bertahan bagi kategori Wira KBS dan rakan sepasukannya, Md Syamil Amysar Md Iffende dari Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing yang menduduki tempat kedua secara keseluruhan akan meneruskan semangat kejuaraan di kategori CP125.Pada musim lalu, kedua-dua pelumba tersebut telah memberikan saingan yang hebat dan telah menampilkan prestasi yang cemerlang.Bagaimanapun, Adam yang menaiki podium sebanyak 10 kali berjaya menumpaskan rakan sepasukannya Syamil dengan kelebihan sebanyak 19 mata secara keseluruhan menyifatkan peralihan ke kategori CP125 merupakan besar cabarannya kerana para pelumba di kategori tersebut lebih berpengalaman dan berkemahiran tinggi.\u201cBagaimanapun, saya tetap akan buat yang terbaik untuk memberikan saingan kepada para pelumba tersebut. Saya telah banyak belajar pada musim lepas dan saya akan membawa pengalaman tersebut ke kategori baharu ini.\u201cTeknik berlumba sudah tentu berlainan maka saya akan mempertingkatkan keberanian saya dan akan lebih fokus supaya saya dapat memahami dan belajar dengan lebih cepat. Matlamat saya adalah untuk mendapat tempat di podium ataupun Top 5.\u201dSementara itu, Md Adie Putra Sukarno, juara musim 2022 bagi kategori Yamaha Petronas Super Series pula akan mara ke kategori CP125 bersama Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.Adie menampilkan suatu prestasi yang amat mengagumkan apabila menyambar tempat pertama di podium untuk lapan pusingan berturut-turut dengan kumpulan mata sebanyak 195.Pada pusingan kesembilan, Adie mengambil kesempatan untuk berlumba di kategori CP125 tetapi tidak menamatkan perlumbaan.Pada pusingan ke-10, beliau tidak berlumba di mana-mana kategori kerana mengalami kecederaan.Adie, pelumba muda menampilkan potensi tinggi dalam sukan permotoran memberikan suatu harapan kepada pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dalam pencapaian yang lebih cemerlang pada 2023.\u201cCabaran utama saya pada musim ini adalah abang-abang senior yang lebih berpengalaman tetapi saya juga bersyukur kerana menyertai pasukan dengan para pelumba yang berkaliber.\u201cSaya akan menimba sebanyak pengetahuan daripada mereka dan akan memberikan yang terbaik untuk pasukan saya.\u201cPasukan saya telah banyak membantu saya terutamanya dalam mempertingkatkan prestasi dan mengasah kemahiran berlumba saya. Motivasi saya buat musim ini adalah untuk mencapai suatu pencapaian yang bagus.\u201cUntuk itu, saya akan memberikan 100 peratus fokus serta mengatur strategi terlebih dahulu sebelum perlumbaan agar saya lebih bersedia.\u201dArash Tsunami Kamarudin, juara musim lepas bagi kategori AEON Credit Service Yamaha NVX Challenge akan menyertai Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing bagi kategori CP125.Arash juga telah mengambil tempat ketiga secara keseluruhan bagi kategori Yamaha Petronas Super Series.Bagi tiga pusingan terakhir, beliau telah menyertai pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing untuk bersaing dalam kategori Wira KBS.Kelebihan Arash terserlah dengan kemampuannya memahami dan mengendalikan jentera berbeza sepanjang musim lepas namun begitu, musim ini agak berbeza bagi beliau, lebih-lebih lagi di kategori yang agak hebat persaingannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Februari 2023 07:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246366/berita/sukan/sic-mahu-lari-dari-stigma-venue-elit", "article_title": "SIC mahu lari dari stigma venue elit", "article_text": "LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) berharap dapat mengubah persepsi orang ramai yang sering beranggapan bahawa venue itu adalah untuk golongan elit.Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, mereka kini sedang menumpukan usaha mempelbagaikan penganjuran acara yang tidak hanya terhad kepada sukan permotoran sahaja dengan membuka ruang kepada aktiviti lebih dekat dengan rakyat seperti konsert mahupun maraton.\"Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin acara yang lepas seperti perlumbaan Formula 1 sehingga mereka anggap tempat ini mahal.\"Jadi kami mahu tukar persepsi bermula tahun ini dengan buka lebih lagi banyak ruang untuk acara lain. Kami berharap siapa nak cari venue acara untuk hubungi kami bagi dapatkan harga berpatutan di SIC,\" katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka SIC di sini, pada Selasa.Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa setakat ini slot untuk hujung minggu bagi tahun ini telah habis ditempah penganjur namun masih terdapat slot yang boleh diisi pada hari biasa.Dalam pada itu, Azhan Shafriman berkata, mereka kini masih lagi berbincang dengan kerajaan negeri Selangor bagi mengurangkan atau memansuhkan sepenuhnya cukai hiburan 25 peratus yang dikenakan ke atas penonton bagi penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia 2023 termasuk Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).\"Kami sedang melihat untuk dapatkan penepian sebanyak 25 peratus ataupun kurangkan sedikit cukai hiburan daripada kerajaan negeri bagi Kejuaraan Motosikal Dunia. Kami akan maklumkan sekiranya ada keputusan lanjut,\" katanya. - BernamaPada masa sama, beliau juga meletakkan sasaran agar kehadiran penonton ke perlumbaan berprestij dunia itu di sini meningkat lima peratus berbanding 164,000 pengunjung yang menyaksikan acara itu tahun lepas.Katanya, peningkatan jumlah penonton terutamanya rakyat Malaysia ke Kejuaraan Motosikal Dunia di SIC tahun ini amat penting memandangkan wakil negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali Damok akan membuat penampilan sulung bagi Kelas Moto3 bersama pasukan MTHelmets-MSI.\"Selain itu, KPI (indeks prestasi utama) bagi tahun ini juga adalah untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk menonton perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia di SIC,\" katanya.Sementara itu, Azhan Shafriman berkata objektif utama Hari Terbuka SIC hari ini adalah untuk meraikan sokongan penaja dan pelanggan yang diberikan selama ini selain mengumumkan perancangan pihaknya tahun ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 08:07pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246363/berita/sukan/stadium-perak-masih-boleh-beroperasi-seperti-biasa", "article_title": "Stadium Perak masih boleh 'beroperasi' seperti biasa", "article_text": "KES kecurian kabel lampu limpah hampir pasti tidak akan menghalang Perak FC daripada beraksi di laman sendiri dalam aksi pembukaan Liga Super 2023 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC) di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu ini.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya telah dimaklumkan kerja-kerja menggantikan kabel yang dicuri sedang dilakukan.Beliau yang kesal dengan insiden kecurian kabel salah satu tiang lampu limpah di gelanggang keramat Perak itu memberitahu, MFL akan terus berhubung dengan Perak bagi memastikan segala isu dapat diselesaikan sebelum hari perlawanan.\"Kita (MFL) ada beberapa cadangan (pelan kontingensi) tetapi saya tak mahu timbulkan apa-apa spekulasi, keutamaan ialah untuk pastikan perlawanan itu dilaksanakan mengikut jadual sedia ada,\" katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan MFL dan Al Rajhi Banking & Investment Corporation di Kuala Lumpur pada Selasa.Minggu lepas, tular di media sosial beberapa keping gambar keadaan kotak kabel lampu limpah selepas berlaku kecurian, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yang bimbang perlu menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka pada sebelah petang.Sepak mula Perak dan KDA FC dijadual bermula jam 9 malam.Pada masa sama, Stuart berkata, MFL juga sedang menunggu dokumen diperlukan berkaitan permohonan Terengganu FC (TFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus sebagai gelanggang tuan rumah musim ini.\"Surat pihak ketiga iaitu dari kerajaan negeri yang diperlukan, akan dihantar dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya rasa tiada masalah di peringkat TFC kerana mereka pun akan main dua perlawanan pertama di tempat lawan, jadi masih ada masa,\" katanya.Ketika ditanya apakah isu sebenar berhubung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Stuart enggan menjawab dan menyerahkan kepada pengurusan TFC untuk mengulasnya.Saingan Liga Super 2023 akan membuka tirai Jumaat ini, dengan perlawanan Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan TFC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 08:03pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246362/berita/sukan/jelajah-malaysia-ditunda-mei", "article_title": "Jelajah Malaysia ditunda Mei", "article_text": "PERLUMBAAN jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia ke-54 (JM54) yang dijadual berlangsung dari 28 Februari hingga 2 Mac, ditunda kepada 28 hingga 30 Mei ini.Menerusi kenyataan dikeluarkan penganjur, perlumbaan tiga peringkat sejauh 417.2 kilometer (km) itu ditangguhkan selepas mengadakan perbincangan serta mendapat persetujuan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).Menurut kenyataan itu, tarikh baharu dipilih setelah mendapat pandangan daripada PKBM dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).\"Persiapan penganjuran JM54 tetap kami (penganjur) teruskan dan akan memperbaiki kelemahan serta kesilapan yang menyebabkan perlumbaan ini terpaksa ditangguhkan.\"Pasukan-pasukan terlibat yang bersetuju menyertai JM54 juga telah dimaklumkan tentang penundaan tarikh ini dan mereka turut bersetuju untuk menyertai kembali perlumbaan itu pada tarikh baharu kelak,\" menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, perlumbaan tersebut melibatkan Peringkat 1 dari Shah Alam ke Teluk Intan sejauh 154.3km, Peringkat 2 dari Bagan Datuk ke Tanah Rata (139.7km) dan tamat dengan Peringkat 3 dari Tapah ke Meru Raya (123.2km), berbanding lima peringkat sejauh 728.45km sebelum ini.Pada Isnin, pihak penganjur memaklumkan perlumbaan diklasifikasikan sebagai kategori 2.2 oleh UCI itu sepatutnya bermula pada 26 Februari hingga 2 Mac, dipinda kepada 28 Februari hingga 2 Mac.Sebanyak 24 pasukan melibatkan 120 pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika mengesahkan penyertaan setelah lebih empat tahun perlumbaan itu ditangguhkan akibat Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:57pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246359/berita/sukan/happy-bag-hakkaclo-hangatkan-cub-prix-2023", "article_title": "Happy Bag, HakkaClo hangatkan Cub Prix 2023", "article_text": "PUSINGAN 1 Kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia bagi musim 2023 akan membuka tirainya di Litar Sepang hujung minggu ini.Persaingan pasti semakin menarik kerana para pelumba sudah tidak sabar untuk memperagakan kehebatan masing-masing di gelanggang pertarungan selepas hampir dua bulan berehat sebaik berakhirnya saingan bagi edisi 2022 hujung tahun lalu.Selain itu, keputusan pihak penganjur untuk menaikkan hadiah kemenangan dalam setiap kategori perlumbaan musim ini, bakal melonjakkan lagi semangat semua pelumba yang bersaing dalam kejuaraan itu nanti.Setiap pelumba pastinya mahu mencatatkan nama sebagai pemenang kerana kejayaan yang bakal dicapai pada musim ini agak istimewa memandangkan kejuaraan Cub Prix tahun ini menyambut ulang tahun penganjurannya yang ke-30 tahun.Kemeriahan di luar gelanggang perlumbaan juga tidak kurang hebatnya kerana program Cabutan Bertuah Happy Bag Cub Prix akan kembali dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik buat para pengunjung setia kejuaraan ini.Program Happy Bag ini yang sentiasa menjadi tarikan di setiap pusingan Cub Prix di seluruh semenanjung, menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah di setiap venue perlumbaan tahun ini.Sepuluh pusingan, 10 motosikal disediakan dan di setiap venue perlumbaan, pemenang hadiah utama cabutan bertuah Happy Bag ini bakal membawa pulang sama ada sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X.Untuk menyertai cabutan bertuah itu, para pengunjung hendaklah membeli Happy Bag Cub Prix yang dijual di khemah promosi kejuaraan ini pada harga RM65.Happy Bag tersebut mengandungi sehelai baju-T, minyak pelincir, baju hujan atau stiker dan paling penting kupon cabutan bertuah.Bagi memberi kepuasan kepada para peminat Happy Bag ini, pihak penganjur telah berkolaborasi dengan syarikat pembekal baju-T terkemuka, HakkaClo bagi memastikan kualiti serta reka bentuk baju-T berkenaan memberi kepuasan kepada para pembeli.HakkaClo merupakan jenama yang semakin digemari ketika ini kerana kualiti yang dihasilkan syarikat berkenaan memenuhi citarasa para pelanggannya.Malah, HakkaClo merupakan pembekal jersi buat pasukan Sri Pahang yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (MFL).Menurut Pengurus Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan HakkaClo tahun ini kerana mendapati kualiti produk yang dihasilkan syarikat berkenaan ketika ini semakin trending di pasaran.\u201cKami yakin kolaborasi dengan HakkaClo ini akan memberi kepuasan kepada semua pembeli Happy Bag ini kerana kualiti baju-T yang dihasilkan sudah tidak perlu diragukan lagi.\u201cKami juga mahu pastikan agar para pembeli setia Happy Bag Cub Prix ini mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi,\u201d jelas Yvonne.Yvonne juga menjelaskan bahawa setiap pengunjung yang membeli dua Happy Bag bakal mendapatkan tiga kupon cabutan bertuah.Maknanya, lebih banyak pembelian Happy Bag, maka peluang untuk memenangi hadiah utama adalah cerah.Bagi HakkaClo pula, mereka menganggap kerjasama dengan pihak Cub Prix akan memperluaskan lagi jenama mereka dalam aktiviti sukan tempatan.Selain menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, hadiah-hadiah lain yang bakal dimenangi para pemenang cabutan bertuah Happy Bag ini nanti termasuk produk-produk keluaran syarikat KYT, Racing Boy, Uma Racing, Koyoko, Cardinals, SCK, NGK, RKM dan juga syarikat Corsa.Jualan Happy Bag akan bermula pada saingan Pusingan 1 kejuaraan di Litar Sepang pada Sabtu ini dan para pemenang akan diumumkan keesokan harinya, (Ahad) pada pukul 5 petang.Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan pastikan anda membeli Happy Bag di khemah promosi kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023 hujung minggu ini di Litar Sepang.Hanya dengan harga RM65, anda mungkin membawa pulang hadiah luar biasa!", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:48pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246357/berita/sukan/ia-satu-perjalanan-yang-indah", "article_title": "'Ia satu perjalanan yang indah'", "article_text": "BEKAS kapten Singapura, Shahril Ishak mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak dalam usia 39 tahun pada Selasa.Shahril ketika berkongsi keputusan itu di laman Instagramnya menyifatkan ia bukan keputusan yang mudah.\u201cSetiap yang mula akan ada penghujungnya. Selepas 19 tahun saya membuat keputusan menamatkan karier sebagai pemain profesional,\u201d katanya.Penampilan terakhir Shahril adalah ketika beraksi untuk kelab Liga Perdana Singapura, Hougang United yang memenangi Piala Singapura musim lalu.Untuk rekod, antara pasukan tempatan yang pernah disertai Shahril sebelum ini Young Lions, Home United, Lions XII, Warriors FC dan Lion City Sailors.Shahril juga pernah menyarung jersi kelab Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta\u2019zim II dan kelab Liga Indonesia, Persib Bandung dan Medan Chiefs.\u201cSaya ucapkan terima kasih kepada jurulatih, kakitangan di belakang tadbir, peminat, rakan sepasukan, dahulu dan sekarang atas sokongan sepanjang tahun.\u201cKerja keras mereka di belakang tabir memainkan peranan dalam membantu saya mencapai banyak kejayaan sepanjang dekad lalu,\u201d katanya.Shahril membuat penampilan sulung profesionalnya bersama Young Lions pada 2003, memperoleh kaps antarabangsa pertamanya pada tahun sama.Beliau merupakan pemain Singapura ketiga paling banyak beraksi dengan 138 penampilan.Perlawanan terakhirnya bersama The Lions ialah ketika menentang Filipina dalam Kejuaraan Piala AFF pada 2018.Beliau juga merupakan sebahagian daripada anggota The Lions yang memenangi Piala AFF pada 2004, 2007 dan 2012.\u201cBermain dan menjadi kapten negara saya adalah sesuatu yang diimpikan selalu dan ia adalah satu penghormatan yang besar,\u201d katanya.Untuk rekod, Shahril juga meraih banyak pencapaian individu di atas padang.Pada 2010, beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik Liga-S.Beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga apabila menjadi kapten Singapura ke Piala AFF 2012, dan merangkul Anugerah Pemain Terbaik AFF pada 2013.Beliau juga menjadi kapten LionsXII ketika mengemudi pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Super 2013.\u201cSaya menantikan langkah seterusnya... Tetapi kini, sudah tiba masanya untuk memberi impak kepada permainan di luar padang.\u201cSehingga itu, terima kasih semua kerana membantu saya memenuhi impian. Ia satu perjalanan yang indah,\u201d kata Shahril.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:39pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246356/berita/sukan/cub-prix-2023-tcprt-buru-sasaran-lima-teratas-cp150", "article_title": "Cub Prix 2023: TCPRT buru sasaran lima teratas CP150", "article_text": "TOBAKI Cilik Pink Racing Team (TCPRT) menyasarkan kedudukan kelima teratas kumpulan bagi kelas perdana CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023.Pemilik TCPRT, Nur Atikah Azwar optimis dengan sasaran itu melihat kepada dua pelumbanya - Harith Farhan dan Afizi Faris yang berpotensi memburu mata pada setiap pusingan musim ini.\"Bagi CP150 untuk kejar podium adalah seperti magik, kami perlu berdepan pasukan berpengalaman, Team Yamaha Petronas, Factory Honda dan lain-lain.\"Jadi untuk kumpulan, kita sasar lima teratas,\" katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pink Racing Team di Petaling Jaya pada malam Isnin.Nur Atikah memaklumkan, pelumba baharu, Faris Amir pulang bakal menggalas cabaran bersama TCPRT bagi kategori CP150.Beliau berkata, TCPRT berhadapan kesukaran mendapatkan sumber kewangan untuk terus kekal bersaing musim ini selain berdepan cabaran mencari pelumba terbaik.\"Hanya Harith Farhan yang kekal dalam pasukan kerana beliau menunjukkan usaha yang tinggi walaupun tahun lepas dia kemalangan semasa pusingan kedua sewaktu perlumbaan di Jempol.\"Dia melalui pembedahan yang memerlukan kos yang tinggi, iaitu sebanyak RM70,000, dia tidak menunggang dari bulan Ogos lalu, tapi prestasinya tetap bagus pada awal bulan ini,\" katanya.Nur Atikah berkata, barisan pelumba TCPRT bagi kategori CP125 bakal diumumkan pada Jumaat ini.Kalendar Cub Prix 2023 bakal membuka tirai pada Sabtu ini bermula dengan Pusingan 1 di Sepang (Utara) dan berakhir pada 26 November di Batu Kawan, Pulau Pinang.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:37pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246340/berita/sukan/aeon-big-taja-skuad-diskaun-kepada-penyokong-gergasi-merah", "article_title": "AEON BiG taja skuad, diskaun kepada penyokong Gergasi Merah", "article_text": "AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG) mengumumkan kerjasama terbaharu dengan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) bagi tempoh saingan Liga Malaysia musim 2023.Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kerjasama itu melibatkan penyediaan barangan keperluan kepada skuad Gergasi Merah serta kolaborasi kad keahlian Red Giants Team (RGTC) khusus kepada penyokong pasukan berkenaan.\u201cKebanyakan pelanggan kami adalah peminat Selangor FC dan faktor ini membuatkan AEON BiG mengambil peluang untuk bersama dalam mengembangkan perniagaan ke seluruh Lembah Klang.\u201cPemegang kad RGTC berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak lima peratus apabila membeli-belah di mana-mana cawangan AEON BiG pada setiap 15 dan 30 haribulan sepanjang musim bola sepak 2023.\u201cKami mempunyai 14 cawangan pasar raya di seluruh Lembah Klang dan saya pasti manfaat ini dapat dinikmati oleh semua penyokong Gergasi Merah,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Kerjasama Strategik antara AEON BiG dan Selangor FC pada Selasa.Dalam pada itu Sheikh Farouk memaklumkan, pemegang kad RGTC boleh menikmati faedah keahlian menerusi pembelian di pasar raya berkenaan selain gunakannya sebagai \u2018Gift Card\u2019 AEON BiG.\"Selaras dengan perkataan AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah untuk tahun ini.\"Selangor FC merupakan antara sebuah pasukan yang sentiasa mengadakan kerjasama bersama pelbagai jenama dan kami lihat mereka mampu menjaga jalinan ini dengan baik,\u201d ujarnya.Sheikh Farouk (kiri) dan Johan Kamal bergambar selepas Majlis Tandatangan Kerjasama Strategik antara AEON BiG dan Selangor FC pada Selasa.Sementara itu Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon melihat kerjasama tersebut mampu memberi impak lebih baik dan berkesan kepada kedua-dua entiti.\"Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan AEON BiG sebagai ahli keluarga baharu Gergasi Merah sekali gus membuktikan industri bola sepak tempatan khususnya Selangor FC masih dipandang tinggi dan dipercayai oleh syarikat terkemuka untuk melabur selain berkongsi kepakaran antara satu sama lain.\u201cKerjasama ini diharapkan dapat membantu syarikat ini mengambangkan perniagaan mereka ke seluruh negara selain dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk turut menjadi rakan rasmi Selangor FC,\u201d ujarnya.Perkongsian tersebut juga menyaksikan penjenamaan AEON BiG dipaparkan di stadium pada hari perlawanan serta aset digital Selangor FC musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 06:27pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246333/berita/sukan/perlumbaan-cyclocross-bakal-dianjurkan-di-malaysia", "article_title": "Perlumbaan Cyclocross bakal dianjurkan di Malaysia", "article_text": "Saingan Cyclocross atau lebih dikenali dengan singkatan CX bakal dianjurkan buat julung kalinya membabitkan dua perlumbaan tempatan dan diakhiri satu saingan peringkat antarabangsa.Perlumbaan berbasikal penuh mencabar itu bakal dianjurkan Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membabitkan 10 kategori.Ketua Pegawai Pemasaran Cyclocross, Aman Tabarani berkata, CX adalah saingan yang membabitkan tiga disiplin utama berbasikal dalam satu masa iaitu basikal bukit, jalan berturap dan merentas halangan.\"Umumnya CX lebih dianjurkan di Eropah dan Amerika Syarikat dari bulan Oktober hingga Februari setiap tahun mengikut kalendar pertandingan siri dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)\"Bagaimanapun, kali ini peserta CX di Malaysia berpeluang mempamerkan kemahiran mereka dengan menyertai tiga siri perlumbaan di Perak dan Selangor,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, peminat sukan berbasikal juga boleh merasai bahang kehangatan dan keseronokan dalam menyaksikan setiap pelumba mengerah keringat mengharungi halangan yang direka khas pada litar CX.\"Ia merangkumi halangan dengan bentuk permukaan semula jadi serta laluan teknikal yang pastinya mencabar dan memberi kepuasan kepada para peserta,\" ujarnya.Dengan penganjuran tiga siri utama kejohanan ini, ia bakal membuka peluang kepada pelumba tempatan dan antarabangsa untuk mengambil bahagian selain menjadi salah satu acara promosi kepada sektor pelancongan melalui sukan di Malaysia khususnya negeri yang menjadi tuan rumah.Siri 1 CX dijadual berlangsung di Kinta Riverfront, Taman DR Seenivasagam, Ipoh, Perak pada 11 hingga 12 Mac ini dan ia dianjurkan seiring dengan Hari Landskap Negara yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pada hari sama turut diadakan acara sampingan seperti Unity Ride dan juga perlumbaan Criterium serta karnival selain acara-acara sampingan yang lain.Penyertaan adalah terhad setiap kategori bagi acara perintis ini, dengan hanya 1000 peserta sahaja bakal beraksi untuk setiap siri penganjuran.Peserta boleh mendaftar terus bagi kejohanan ini dengan melayari laman sesawang www.sports360.my atau www.bikeaway.com.my ataupun boleh berhubung secara langsung dengan sekretariat di talian 018-909 7203.Bagi setiap siri kejohanan, 20 peserta teratas akan memperoleh mata kemenangan bagi melayakkan diri beraksi pada pusingan Grand Final.Hadiah wang tunai keseluruhan bagi setiap siri perlumbaan berjumlah RM16,000 dan pemenang juga bakal menerima jersi bagi setiap kategori yang dipertandingkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 05:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246322/berita/sukan/kbs-galak-bekas-atlet-sertai-kursus-kejurulatihan", "article_title": "KBS galak bekas atlet sertai kursus kejurulatihan", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan bekas atlet kebangsaan menghadiri kursus kejurulatihan yang ditawarkan melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara (ISN) bagi membolehkan mereka ditauliah sebagai jurulatih berlesen.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pada masa ini ISN ada menawarkan Program Pendidikan Sains Kejurulatihan secara berstruktur.\"Dalam konteks ini ISN mengambil inisiatif untuk bekerjasama rapat dengan pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi tujuan menganjurkan kursus sains sukan kepada bekas atlet kebangsaan,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai bantuan serta sokongan yang dapat diberikan kepada akademi sukan dan permainan yang dikendalikan bekas pemain negara, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.Adam Adli berkata, sejak kursus itu dimulakan pada 2017, seramai 135 bekas atlet kebangsaan telah menduduki kursus sains sukan tahap satu anjuran AKK. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 05:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246300/berita/sukan/safee-ucap-selamat-tinggal-kepada-dunia-bola-sepak", "article_title": "Safee ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak", "article_text": "BEKAS penyerang prolifik kebangsaan, Mohd Safee Sali hari ini mengumumkan persaraannya selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam arena bola sepak profesional.Mohd Safee, 39, ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang media menyifatkan perjalanannya dalam sukan itu berakhir dengan cukup cemerlang menerusi pelbagai pencapaian di peringkat kelab mahupun ketika menyarung jersi kebangsaan.Menjadi antara watak penting dalam kejayaan Malaysia memenangi Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada aksi final 2010 menentang Indonesia, beliau berkata ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya, selain tidak berupaya memberikan saingan sengit dalam perlawanan serta merebut slot kesebelasan utama.\"Memang berat untuk membuat keputusan ini. Biarpun tidak mengalami kecederaan serius, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.\"Kini saya boleh memberikan tumpuan kepada perancangan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam menjadi pemangkin buat generasi bola sepak Malaysia seterusnya,\" katanya di sini hari ini.Mohd Safee memulakan karier profesionalnya pada 2004 dan pernah mewakili pelbagai kelab bola sepak terbaik negara dan di rantau ini antaranya Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC (KL CIty FC), Selangor FC dan Pelita Jaya FC dari Indonesia.Beliau turut memegang rekod sebagai pemain bola sepak Malaysia pertama beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu semasa bersama JDT pada 2015 dan KL City FC pada 2022.Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan penghargaan kepada Mohd Safee yang telah membuat 76 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.\"Safee merupakan legenda sebenar bola sepak Malaysia dan menjadi contoh kepada pemain muda dalam negara. Dedikasi, usaha keras dan semangat beliau terhadap sukan ini telah menempatkan dirinya di hati peminat di Malaysia dan komuniti bola sepak.\"Mewakili FAM, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Safee di atas sumbangan beliau terhadap bola sepak Malaysia dan semoga berjaya di masa hadapan,\" katanya.Mohd Safee telah menjaringkan 136 gol untuk kelab dan 47 gol bersama Harimau Malaya.Pemain kelahiran Selangor itu membuat penampilan terakhir bersama skuad kebangsaan ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 03:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246297/berita/sukan/bukan-seorang-pengurus---tmj", "article_title": "Bukan seorang pengurus - TMJ", "article_text": "TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram story miliknya pada Selasa.\"Bukan seorang pengurus... Lebih daripada seorang pengurus,\" tulis Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).TMJ turut memuat naik fotonya bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.Keratan laporan akhbar Sinar Harian pada 15 Februari lalu.Sinar Harian pada 15 Februari melaporkan Tunku Ismail tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya.Hamidin berkata, Tunku Ismail menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.TMJ sebelum ini meluahkan hasrat untuk membantu Harimau Malaya termasuk dalam menyumbang peralatan latihan sebagai persiapan skuad negara menghadapi Piala Asia 2023 awal tahun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 03:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246292/berita/sukan/jika-tak-layak-ke-piala-dunia-2026-kita-mahu-semakin-rapat", "article_title": "Jika tak layak ke Piala Dunia 2026, kita mahu semakin 'rapat'", "article_text": "MALAYSIA sedang meniti jalan untuk layak buat julung kali ke Piala Dunia dan memerlukan sokongan daripada semua pihak supaya pencapaian bersejarah itu mampu diraih, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.Berdasarkan pengalamannya, Hamidin berkata, sesuatu kejayaan perlu mendapat sokongan dalam segenap aspek antaranya peranan pihak kerajaan, saingan liga domestik dan penyokong.Beliau menjadikan kejayaan Malaysia mengesahkan tempat ke Piala Asia 2023 pada Jun tahun lepas sebagai contoh sokongan daripada semua pihak supaya dapat memastikan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit sejak kali terakhir pada edisi 1980 di Kuwait.\"Kita layak ke Piala Asia 2023 sebab apa? Kerana kita main (pusingan kelayakan) secara karnival, main di laman sendiri dan ada penyokong Malaysia bagi sokongan. Kita membida (jadi tuan rumah) pun satu daripada elemen (kejayaan).\"Bahrain pun nak bida ketika itu sampaikan seminggu sebelum (kelayakan mula) mereka tawar kepada kita dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) untuk jadi tuan rumah tapi saya kata tidak, mesti main di Malaysia. Semua itu perlu dilihat dan kejayaan ini melibatkan banyak pihak,\" katanya kepada Bernama baru-baru ini.Mengulas lanjut, Hamidin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) bagi penggal 2023-2027 awal bulan ini berkata, kejayaan ke Piala Asia juga dipengaruhi oleh saingan liga tempatan yang semakin baik, program pembangunan, persiapan pasukan negara dan jurulatih yang bagus.Beliau berkata, segala daya usaha perlu terus dipertingkat bagi membolehkan Malaysia 'mencium' untuk layak ke Piala Dunia 2026 atau sekurang-kurangnya menunjukkan kemajuan dengan mara lebih jauh dalam pusingan kelayakan.\"Kalau tidak layak pun sekurang-kurangnya kita mahu semakin rapat (ke Piala Dunia), kita (pasukan negara) sekarang ranking ke-25 Asia, jadi pasukan (Asia) yang akan layak 8 + 1 (play off), jadi kita mesti berada dalam kedudukan ke-15 hingga ke-10 terbaik dan masa itu kita boleh berikan saingan.\"Kita perlu bergerak selangkah demi selangkah, tapi dengan kerjasama ataupun perancangan menerusi F:30 (Peta Hala Tuju) kita sudah ke arah tersebut dan kita perlu lahirkan lagi pemain tempatan berbakat,\" katanya.Meskipun jurulatih bersilih ganti, Malaysia belum berjaya layak ke Piala Dunia dalam sejarah penganjurannya sejak 1930 apabila sering terkandas di pusingan kedua kempen kelayakan.Sementara itu, Hamidin yang memegang jawatan Presiden FAM sejak 2018 mengharapkan peminat terus memberi pandangan membina dalam misinya mengangkat semula kegemilangan bola sepak tanah air.Menurut beliau, peminat mempunyai hak untuk memberikan pandangan serta apa jua komen dan sebagai orang nombor satu FAM beliau sendiri meneliti apa yang disuarakan termasuk di media sosial.Beliau berkata, ada dalam kalangan peminat mempunyai buah fikiran yang bernas dan ia akan diteliti.\"Saya berpendapat mana yang bagi pandangan faktanya salah saya ketepikan saja, tapi ada yang bagus saya arah pegawai untuk teliti kerana peminat termasuk penulis blog kita (tempatan) banyak orang muda yang pandai.\"Mereka buat perbandingan dengan liga luar negara, bagus buat perbandingan. Jadi saya kena timbang mana yang tak baik diketepikan, tapi ada yang bagus saya akan terima. Saya perlu terima (kerana) itu hakikat peminat untuk bercakap apa yang mereka mahukan,\" katanya - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 02:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246272/berita/sukan/pioli-kibar-bendera-putih", "article_title": "Pioli kibar bendera putih", "article_text": "JURULATIH AC Milan, Stefano Pioli seakan mahu mengibar bendera putih dalam misi mengejar kejuaraan Serie A apabila mengakui Napoli berada dalam kelas tersendiri musim ini.Pioli percaya skuadnya mampu mengatasi kemerosotan prestasi mereka sejak kebelakangan ini, malah mampu mempertahankan gelaran jika bukan kerana musim luar biasa dipamerkan Napoli.\"Kami berada di landasan yang tepat sebelum mengalami kemerosotan,\" ujar Pioli.Milan berada di tangga keempat selepas mengharungi lima perlawanan liga tanpa kemenangan sepanjang bulan lalu dan permulaan awal bulan ini.Musim lalu, Milan berada di kedudukan ketiga sebelum memacu kejuaraan Scudetto.Pioli hadir menerima penghormatan tertinggi di Panchina d'Oro - anugerah kejurulatihan bola sepak Itali pada Isnin sebagai pengiktirafannya membantu kejayaan menakjubkan Milan itu.Begitupun, pengurus tersebut sedar kejayaan manis itu tidak akan berulang musim ini memandangkan pendahulu, Napoli berada di hadapan berbekalkan 18 mata.Justeru, Pioli akur bahawa Napoli jelas dalam kelas berbeza musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 01:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246265/berita/sukan/the-citizens-impi-dakap-trofi-liga-juara-juara", "article_title": "The Citizens impi dakap trofi Liga Juara-Juara", "article_text": "GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memasang impian untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara - gelaran yang tidak pernah The Citizens menangi di peringkat Eropah.Penjaga gol City, Ederson memberitahu trofi yang sukar diperoleh itu sangat diperlukan kelab apabila The Citizens hampir memenangi trofi berprestij itu pada musim 2021, namun dinafikan Chelsea di pentas final.Pada edisi lalu pula perjalanan City disekat oleh juara bertahan, Real Madrid setelah tewas di peringkat separuh akhir.Penjaga gawang berusia 30 tahun itu memberitahu sememangnya menjadi objektif kelab untuk memenangi gelaran tersebut.\u201cKami mencuba (untuk memenanginya) dan akan terus mencuba,\u201d ujar Ederson.Penjaga gol Brazil itu optimis City mampu mara ke final dan mencabar kejuaraan berdasarkan kualiti yang dimiliki pasukan.\u201cKami adalah pasukan yang mempunyai kualiti dan ia menjelaskan sejauh mana kelab mampu berkembang sepanjang lima atau enam tahun yang lalu dengan gelaran EPL, Piala Liga, Piala FA dan Perisai Komuniti.\u201cGelaran ini adalah apa yang kelab mahukan, itulah yang kami perlukan oleh pemain dan itulah yang pengurus perlukan. Tahun ini, kami akan mencuba. Kami akan mengejarnya,\u201d katanya.City akan bertandang ke Red Bull Arena untuk menentang Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.\u201cMereka pasukan yang bagus, dengan pemain yang bagus, jadi kami perlu bersedia. Saya harap kami akan dapat bermain dengan baik, tetapi ia tidak mudah kerana Liga Juara-Juara tidak mempunyai perlawanan yang mudah,\u201d ujar Ederson.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 01:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246259/berita/sukan/nkunku-taruhan-leipzig-berdepan-city", "article_title": "Nkunku taruhan Leipzig berdepan City", "article_text": "KEPULANGAN pemain sensasi, Christopher Nkunku menjadi taruhan skuad Bundesliga, RB Leipzig untuk berdepan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara di laman sendiri, awal pagi Khamis ini.Nkunku mempamerkan aksi mantap ketika membantu Leipzig menang 3-0 di Wolfsburg Ahad lalu.Biarpun tidak meledak, namun pemain berusia 25 tahun itu membuat bantuan untuk Konrad Laimer menjaringkan gol.Beraksi 21 minit membuktikan dia mampu untuk berada dalam senarai kesebelasan utama dan pengurus Marco Rose melihat betapa penting penyerang itu kepada Leipzig.\u201cAnda dapat lihat bertapa kami bersyukur dapat membawa Christopher kembali.\u201cApabila dia di atas padang, kami akan lebih sukar buat pasukan lawan,\u201d kata Rose.Nkunku mengalami kecederaan lutut pada November ketika sesi latihan terakhir Perancis sebelum berlepas ke Qatar bagi mengharungi Piala Dunia 2022.Meskipun terlepas lima aksi liga, Nkunku masih menduduki tangga teratas carta penjaring gol Leipzig musim ini dengan 12 gol kurang satu daripada pendahulu musim ini di Bundesliga, Niclas Fuellkrug.Kemunculan semula Nkunku amat bermakna bagi menghidupkan harapan Leipzig untuk melepasi pusingan 16 terakhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 12:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246258/berita/sukan/34-negara-mahu-atlet-rusia-belarus-dilarang-sertai-olimpik-2024", "article_title": "34 negara mahu atlet Rusia, Belarus dilarang sertai Olimpik 2024", "article_text": "TUAN rumah Sukan Olimpik 2024, Perancis adalah antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Rusia dan Belarus menyertai temasya sukan itu.Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, lapor STATS Perform/dpa.Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, permintaan itu berdasarkan \"Rusia berperang tanpa provokasi dan tidak wajar [menentang Ukraine], dibantu kerajaan Belarus.\"Awal bulan ini, menteri sukan Rusia Oleg Matytsin berkata: \"tindakan negara-negara berkenaan untuk cuba mempengaruhi IOC tidak boleh diterima sama sekali\".Bulan lepas, IOC mengesahkan hasratnya untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Rusia dan Belarus menyertai Olimpik yang berlangsung di Paris, Perancis pada tahun depan, namun mungkin memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara itu untuk bersaing di bawah bendera neutral.Dalam kenyataan pada Isnin, 34 negara itu menyambut baik pengesahan sekatan oleh IOC namun cadangan untuk menimbang membenarkan atlet dua negara itu turut bersaing, menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan. - Bernamaatlet, Rusia, Belarus, Olimpik Paris, sekatan, IOC", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 12:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246238/berita/sukan/ahmad-jais-dijangka-naik-pangkat", "article_title": "Ahmad Jais dijangka naik pangkat", "article_text": "[KEMAS KINI] PERKHABARAN gembira bakal menanti ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun yang dijangka dinaikkan pangkat ke pengarah teknikal Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).Ketika berkongsi perkhabaran itu, Timbalan Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi badan induk sukan berkenaan pada malam Isnin.Katanya, keputusan itu antara pendekatan proaktif PSM dalam penstrukturan semula barisan kejurulatihan serta pemain sepak takraw negara.\u201cBagaimanapun perkara itu masih dalam perbincangan dan akan diteruskan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menentukan jawatan pengarah teknikal disandang Ahmad Jais.\u201cYa, perbincangan kita sebelum ini adalah ketua jurulatih, namun yang terkini, kita sudah berbincang dan akan berbincang lagi dan putuskan lagi bersama MSN ke arah pengarah teknikal.\u201cApapun perkara ini perlu mendapat persetujuan MSN dan perbincangan secara lisan sudahpun dibuat oleh PSM,\u201d kata Abdul Halim kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sebelum ini mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Mohd. Sumali Reduan telah berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada malam Isnin.Dalam perkembangan lain Abdul Halim yang juga Pengerusi Pemilihan PSM mengesahkan skuad negara menyertai tiga daripada enam acara kategori lelaki dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Jelasnya, pasukan lelaki akan menyahut cabaran dalam acara regu berpasukan, antara regu dan beregu manakala wanita pula beraksi acara beregu berpasukan dan kuadran.\u201cAcara chinlone pula pasukan negara akan menyertai tiga acara iaitu non-repetion primary, same stroke, linking daripada empat acara berikutan peraturan ditetapkan penganjur Kemboja 2023.\u201cPSM dengan kerjasama MSN juga akan melantik seorang perunding dari Myanmar bagi membantu latihan dan persiapan pasukan negara.\u201cSebanyak 37 pemain termasuk yang dalam skuad negara sekarang, disenaraikan bagi sesi pemilihan dari Jumaat hingga Ahad ini di MSN, Bukit Jalil dalam menyaring 25 yang terbaik sebagai persediaan Sukan SEA dan Sukan Asia Hangzhou, September ini.\u201cSebanyak 15 pemain pula telah disenarai pendek ke kem latihan skuad wanita mulai Isnin ini,\u201d katanya.Untuk rekod antara kejohanan-kejohanan besar melibatkan skuad takraw negara termasuklah Sukan SEA ke-32 Kemboja 2023 dan Sukan Asia 2022 Hangzhao, China.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 10:25am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246240/berita/sukan/adeyemi-terlepas-aksi-menentang-chelsea", "article_title": "Adeyemi terlepas aksi menentang Chelsea", "article_text": "PENYERANG muda, Karim Adeyemi bakal terlepas aksi kedua Liga Juara-Juara Borussia Dortmund menentang Chelsea di tempat lawan selepas mengalami kecederaan kaki.Pemain antarabangsa Jerman itu meledak gol tunggal ketika Dortmund meraih kemenangan 1-0 ke atas Blues pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Rabu lalu.\"Karim (Adeyemi) mengalami kecederaan otot koyak dalam aksi di laman sendiri menentang Hertha Berlin pada Isnin,\" ujar kelab itu.Dalam aksi itu Adeyemi menyumbat satu gol ketika membantu Dortmund menewaskan Hertha 4-1 dalam saingan Bundesliga.Bagaimanapun pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan sebelum rehat kerana mengalami kecederaan.Adeyemi dilihat memegang paha kirinya sebelum dibantu keluar padang.Dortmund memberitahu pemain itu dijangka perlu berehat kira-kira tiga minggu dan bakal terlepas aksi di Stamford Bridge pada 7 Mac.\"Dia tidak akan dapat bermain untuk pasukan selama lebih kurang tiga minggu,\" ujar kelab itu.Kecederaan Adeyemi hadir ketika berada dalam prestasi terbaik selepas menghasilkan gol pada empat penampilan terakhirnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 09:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246219/berita/sukan/penghantar-makanan-menang-rm5000", "article_title": "Penghantar makanan menang RM5,000", "article_text": "PENGHANTAR makanan, Mohamed Juraimy Ahmad, 42, dari Senawang, Seremban, Negeri Sembilan apabila dinobatkan selaku juara pertandingan memancing Cabaran Joran Kuala Lumpur di Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada Ahad.Kejayaannya menaikkan ikan patin seberat 14.490 kilogram (kg) kira-kira jam 11.43 pagi membolehkan dia memenangi hadiah wang tunai RM5,000 pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000.Menurut Juraimy menyifatkan tuah buatnya menggunakan roti kosong disambar ikan patin yang memaksa dia mengambil masa lebih 10 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.Katanya, beliau selalu mengikuti pertandingan memancing anjuran DBKL sejak dahulu lagi tidak pernah patah semangat walaupun kecundang namun rezekinya kali ini berjaya membuahkan hasil.\u201cIni sudah rezeki saya dan wang kemenangan ini saya tingkatkan lagi alatan kelengkapan joran sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan memancing lagi\u201dujarnya.Hadiah kepada pemenang telah disempurnakan Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad dan Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Izwan Razif Salehaped.Pertandingan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan salah satu acara yang disediakan kepada warga kota sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 Bertemakan 'Wilayah Persekutuan Untuk Semua' menyaksikan sebanyak 565 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.Tempat kedua dimenangi Mohd Khairil Janudin, 33, dari Ampang, Kuala Lumpur apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 13.760 kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Shamsul Ahamad, 38, dari Cyberjaya juga menaikkan patin seberat 12.350 kg menerima RM1,000.Sementara itu, Cabaran Joran Kuala Lumpur itu disertai hampir 900 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.Dalam pada itu Pengarah, Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan, DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata aktiviti \"Cabaran Joran Kuala Lumpur\" untuk manfaat warga kota dapat diterapkan melalui pertandingan memancing seperti itu.\u201cObjektif sebenarnya, kita nak beri rakyat peluang untuk bersantai, beriadah dan dapat bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kota,\"\u201cBeliau berpuas hati acara ini mendapat sambutan yang baik, disertai pelbagai bangsa, usia malah peserta wanita tidak kurang hebatnya sama-sama menyertai pertandingan memancing ini,\u201d.Berikutan sambutan yang menggalakkan, DBKL turut merancang untuk memasukkan acara ini sebanyak lima siri pada tahun depan sempena Sambutan Jubli Emas Bandar Raya Kuala Lumpur (1972-2022) akan diadakan pada 1 Februari depan, bagi memperingati ulang tahun ke-50 pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia pada 1972 dengan menawarkan hadiah menarik disediakan kepada pemenang, nantikan katanya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246220/berita/sukan/kekalkan-momentum-tadbir-urus-cemerlang---pjs", "article_title": "Kekalkan momentum tadbir urus cemerlang - PJS", "article_text": "TREND penubuhan badan sukan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,070 badan sukan didaftarkan pada tahun 2022, sekali gus menggambarkan semakin ramai pihak berminat membudayakan aktiviti itu hingga peringkat akar umbi.Namun di sebalik itu, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof juga mengakui bahawa kesedaran tadbir urus masih lemah apabila terdapat segelintir pemegang jawatan dalam badan sukan sekadar mentadbir badan sukan dengan sikap mengambil lewa ke atas pematuhan perlembagaan masing-masing.Malah menurutnya, terdapat antara badan sukan ini yang gagal untuk mengemukakan laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan melebihi tiga(3) tahun ke atas, atau pun tidak pernah mengadakan mesyuarat tahunan sejak didaftarkan, walaupun pada hakikatnya badan sukan itu dilihat aktif melaksanakan aktiviti sukan.\"Penghantaran laporan MYKB, iaitu laporan selepas mesyuarat agung adalah salah satu syarat yang telah dikenakan oleh Pesuruhjaya Sukan apabila didaftarkan.\"Badan sukan mempunyai obligasi untuk mematuhi tadbir urus mereka sepertimana ditetapkan dalam perlembagaan yang dipersetujui oleh ahli-ahli. Mana-mana badan sukan yang gagal mengemukakan laporan MYKB untuk tiga tahun berturut-turut dianggap tidak aktif dan boleh dibatalkan di bawah Seksyen 20(1) (b) Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] kerana tidak aktif atau bukan entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukan tersebut.\"Punca utama kebanyakan persatuan sukan berkenaan dibatalkan pendaftarannya adalah disebabkan tidak aktif, apabila gagal mengemukakan laporan mesyuarat tahunan masing-masing, ini menggambarkan bahawa mesyuarat tahunan tidak diadakan mengikut ketetapan perlembagaan secara langsung bercanggah dengan tatacara perjalanan badan sukan itu. Pada mesyuarat tahunan inilah laporan aktiviti-aktiviti badan sukan dan laporan kewangan dibentangkan serta diperjelaskan kepada ahli-ahli,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Untuk rekod, sebanyak 1,322 pertubuhan sukan yang tidak aktif telah dibatalkan dalam sepanjang tempoh 2022 sehingga Januari 2023.Pada masa sama, Ibrahim turut mengingatkan pihak berkenaan terdapat beberapa impak berikutan pembatalan persatuan sukan oleh PJS.Tegasnya, antara kesan atau impak dari pembatalan persatuan sukan ini adalah pada badan sukan itu sendiri apabila terdapat sekatan ke atas badan sukan di bawah Seksyen 25 Akta 576 sehingga badan sukan tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan samada di dalam atau di luar Malaysia.\"Selain itu persatuan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan termasuk Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun.\"Badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia.\"Badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan 'Malaysia' bagi mana-mana aktivitinya; dan tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia dalam atau luar Malaysia.\"Bagaimanapun pembatalan persatuan-persatuan ini sedikit sebanyak memberikan kesan dan impak kepada pembangunan sukan serta atlet itu sendiri. Pembangunan sukan dapat dipertingkatkan dengan tadbir urus badan sukan yang cemerlang,\" katanya.Pada masa sama, Ibrahim turut mengingatkan persatuan sukan sedia ada dan yang masih aktif supaya mengekalkan momentum tadbir urus badan sukan masing-masing.Katanya, persatuan sukan diseru untuk mengikuti saluran media sosial Kementerian Belia dan Sukan dan PJS bagi mendapatkan maklumat yang terkini supaya persatuan sukan ini tidak ketinggalan dari segi informasi dan maklumat.\"Ikuti perlembagaan persatuan masing-masing, adakan mesyuarat agung tahunan dan menghantar laporan MYKB sepertimana ketetapan perlembagaan. PJS mengalu-alukan mana-mana persatuan yang menghadapi masalah untuk menghubungi mana-mana pegawai PJS, dan PJS sedia memberi kerjasama,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246216/berita/sukan/senario-kurang-meyakinkan-perlu-diperbaiki-segera", "article_title": "Senario kurang meyakinkan perlu diperbaiki segera", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu akui bahawa prestasi pasukan negara berada pada tahap kurang meyakinkan ketika ini selepas cabaran terhenti di suku akhir di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC 2023) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Malah tanpa berselindung Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa menyifatkan senario itu sekiranya tidak diperbaiki dalam masa terdekat bakal memberi impak negatif menjelang kejohanan lain selepas ini.Menurutnya, senario awal tahun ini sebenar tidak begitu cemerlang berbanding pelbagai kejayaan diraih skuad negara pada tahun 2022 lalu.\u201cPara peminat sukan badminton negara sebenarnya sedang memerhati prestasi pasukan negara dalam beberapa kejohanan awal tahun ini.\u201cMereka juga menilai peningkatan prestasi pasukan lain seperti India terutamanya kuasa besar seperti China yang mula mempertaruhkan para pemain muda.\u201cApabila China sudah mula meletakkan pasukan kedua di BAMTC 2023, ini bukan sesuatu yang baik untuk Malaysia di Sukan Olimpik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Untuk rekod, pasukan negara menyasarkan pentas separuh akhir di BAMTC 2023, namun terpaksa akur tewas kepada penyandang juara China apabila tewas 3-2 di suku akhir.BAM sebelum ini meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir, selain berharap mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Terdahulu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menegaskan BAMTC 2023 merupakan pentas persediaan sebenar sebelum bermula cabaran Piala Sudirman pada Mei depan.Mengulas lanjut, Mohd Sadek menyifatkan keupayaan barisan muda China di Dubai membuktikan kuasa badminton itu dalam persediaan rapi mencipta kejutan di Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cChina sudah pun melakukan kitaran para pemain selepas berakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam usaha menyediakan pasukan yang mantap.\u201cSeharusnya ini menyedarkan pasukan negara untuk lebih berani mempertaruhkan pemain pelapis bagi kejohanan utama berintensiti tinggi\u201cJadi program latihan para pemain negara perlu diperkemaskan semula berdasarkan sasaran mata untuk mata Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cPara pemain perlu program bina semangat dan keyakinan diri dikendalikan pihak ketiga bagi mengembalikan keyakinan dan fokus pemain terhadap tanggungjawab mereka,\u201d katanya.Mohd Sadek juga mencadangkan supaya badan induk badminton negara tersebut merehatkan para pemain senior yang kurang menyerlah di Dubai sebelum ini.Sebaliknya kata beliau, tempat para pemain utama perlu diberikan kepada pelapis dalam memastikan setiap mereka memiliki minit permainan kompetitif.\u201cPada ketika ini kita perlu berani untuk meletakkan para pemain muda di kejohanan berstatus Super 1,000, sebagai pendedahan.\u201cSejujurnya saya juga melihat kita agak jauh ke belakang dalam peningkatan prestasi pemain muda berbanding negara Asia seperti Jepun, Thailand, Indonesia dan Taiwan.\u201cMalah kita juga kurang menyerlah seperti yang berlaku semasa Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia tahun lalu.\u201cKita perlu berani melakukan sesuatu yang luar biasa bermula dengan Piala Sudirman pada Mei depan, diikuti Kejohanan Seluruh England,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246188/berita/sukan/spfc-sasar-kedudukan-lima-pasukan-teratas", "article_title": "SPFC sasar kedudukan lima pasukan teratas", "article_text": "PASUKAN Sri Pahang FC (SPFC) menyasarkan kedudukan sekurang-kurangnya lima pasukan teratas pada saingan Liga Malaysia 2023.Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata, sasaran itu realistik memandangkan pemain masih mencari keserasian di atas padang.Menurutnya, beberapa pemain juga masih dibelenggu kecederaan, justeru beliau enggan meletakkan harapan terlalu tinggi buat pasukan kendaliannya itu.\"Memang kita hendakkan kemenangan tetapi sasaran perlu lebih realistik, kalau berjaya berada pada kedudukan tiga teratas itu lebih baik,\" katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Pasukan Sri Pahang FC 2023 di sini pada Isnin.Turut hadir, Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua'adzam Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah, Pengerusi SPFC, Raja Datuk Seri Shaharudin Shah Raja Jalil Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang.Fandi berkata, barisan pemain SPFC untuk saingan Liga Malaysia musim ini sebahagiannya dibarisi muka baharu.\"Bagaimanapun, hasil latihan di Bangkok pada pra musim lalu melihatkan para pemain dapat menyesuaikan diri dengan latihan walaupun ada di antara mereka masih belum pulih sepenuhnya dari cedera,\" katanya.Sempena majlis pelancaran itu, SPFC memperkenalkan jersi berwarna kuning-biru (home), jersi berwarna biru-kuning (away) dan jersi ketiga berwarna putih tajaan syarikat pembekal peralatan sukan, Hakka Clo.Jelasnya, SPFC lebih fokus untuk mengutip sebanyak mungkin mata pada setiap perlawanan dan belum berani untuk berasing lebih jauh termasuk saingan Piala AFC.\"Persaingan pasukan lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana semua berusaha memperkuatkan barisan pemain masing-masing,\" katanya.Pengurus SPFC, Datuk Dollah Salleh pula menyifatkan persiapan skuad Tok Gajah musim ini agak berbeza berbanding dengan beberapa musim sebelum ini.\"Persiapan kita nampaknya lebih baik di bawah ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan saya percaya beliau mampu memainkan peranan untuk membawa pasukan lebih jauh,\" katanya.SPFC dibarisi 25 pemain barisan utama terdiri 19 pemain tempatan dan enam tonggak import.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 07:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246186/berita/sukan/pan-gon-insan-gembira-di-malaysia-kecuali-terhadap-tekanan", "article_title": "Pan Gon insan gembira di Malaysia, kecuali terhadap tekanan", "article_text": "SETELAH setahun berpindah ke Malaysia selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon meletakkan rating tinggi kepada negara dan rakyat di sini.Jurulatih berusia 52 tahun dari Korea Selatan yang memulakan tugasnya hampir setahun lepas berkata beliau menyukai negara ini kerana penduduknya baik hati, cuaca bagus dan persekitaran yang mendamaikan, di samping keseronokannya menikmati makanan tempatan.Bagaimanapun, beliau berkata, cabaran utama yang perlu dihadapinya ialah berdepan tekanan besar berikutan harapan yang tinggi daripada peminat bola sepak.\"Minggu lepas genap setahun sejak sidang akhbar pertama saya di sini. Ia perjalanan yang menakjubkan walaupun ketika saya mula-mula tiba, keputusan Piala AFF (2020) (berlangsung dari Dis 2021-Jan 2022) tidak memuaskan, banyak tekanan.\"Tetapi, tiada kesalan...saya dan pasukan kejurulatihan mencuba yang terbaik, kami bekerja keras sejak hari pertama. Saya menuntut banyak perkara daripada mereka...saya harap peminat menerima komitmen dan kesetiaan kami demi bola sepak Malaysia,\u201d katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM di sini pada Isnin.Pan Gon berkata, yang paling penting ialah pasukan kejurulatihannya telah menetapkan hala tuju yang jelas kepada skuad Harimau Malaya, untuk memiliki DNA bola sepak Malaysia sendiri dan beraksi dalam permainan yang mendominasi dan dinamik.Berdepan dengan dua tugasan penting - Piala Asia 2023 dan kelayakan bersama Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 - Pan Gon mengakui cabaran lebih hebat menanti pasukan kebangsaan.\"Mungkin ada beberapa bahagian, kadangkala kami perlu perlahan...jangkaan orang sangat tinggi, (akan) mewujudkan lebih banyak tekanan.\"Akhir tahun ini, kami akan berada dalam fasa berbeza, kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia kedua-duanya kejohanan yang sukar, jadi kami memohon kesabaran dan sokongan berterusan daripada peminat,\u201d katanya.Sejak mengendalikan skuad Harimau Malaya, Pan Gon telah membimbing mereka untuk layak ke Piala Asia pada Jun tahun lepas secara merit buat kali pertama dalam 42 tahun, selain mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 meskipun ketiadaan pemain utama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 07:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246170/berita/sukan/istaf-terima-pembatalan-pendaftaran-mastaf", "article_title": "ISTAF terima pembatalan pendaftaran MASTAF", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mengesahkan telah menerima surat pembatalan pendaftaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) selaku badan induk kebangsaan.Setiausaha Agungnya, Datuk Abdul Halim Kader berkata, ISTAF akan menyemak semula dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mengenai surat pembatalan yang dikeluarkan pada 31 Januari lepas.\"Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin bagi pihak Presidennya, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Majlis MASTAF, turut melampirkan surat daripada PJS Ibrahim Yusof bertarikh 31 JanuRi mengenai pembatalan pendaftaran melalui pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia.\"Seperti diminta oleh ISTAF dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), turut dilampirkan salinan minit Mesyuarat Agung Luar Biasa MASTAF bertarikh 20 Januari lepas, mengenai pembubarannya sebagai Persatuan Sukan Kebangsaan kepada saya,\u201d katanya menerusi kenyataan dikeluarkan ISTAF hari ini.Abdul Halim dalam masa sama mengesyorkan Presiden ISTAF, Jen Dr Charouck Arirrachakaran, supaya menerima permohonan MASTAF untuk menarik diri daripada menjadi ahli gabungan ISTAF dan ASTAF dengan segera.MASTAF mengumumkan pembubarannya berkuat kuasa 20 Disember, namun perkara itu tidak mengikut lunas perlembagaan badan induk itu di mana ia harus diputuskan menerusi mesyuarat agung khusus, salinan minit mesyuarat tercatat secara sahih pembubaran dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi, selain perlu dimaklumkan kepada pihak PJS.Kemelut sepak takraw negara bermula apabila ASTAF menyingkirkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada Mei 2021, susulan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Februari 2021.Kemudian, MASTAF menjadi badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu ASTAF pada Mac tahun lepas, dan turut diterima menjadi ahli gabungan ISTAF pada April, namun memutuskan untuk dibubarkan pada Disember lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 06:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246136/berita/sukan/harimau-malaya-lawan-turkmenistan-hong-kong-di-stadium-jdt", "article_title": "Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong di Stadium JDT", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong (28 Mac) dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon berkata, kedua-dua pasukan itu; Turkmenistan yang berada pada kedudukan ke-135 dunia dan Hong Kong (146), mahu membalas dendam ke atas anak buahnya susulan kekalahan mereka sebelum ini.Malaysia, pada ranking ke-145 dunia, menewaskan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan dan Turkmenistan 3-1 dalam kelayakan Piala Asia 2023, kedua-dua pertemuan diadakan Jun lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil.\"Turkmenistan pasukan yang baik, saya mendapat tahu mereka sangat kecewa kalah kepada kami. Mereka mahu membuktikan kemampuan dengan mencabar kami sekali lagi, jadi ia disambut baik. Sama seperti Hong Kong, yang tidak dapat membawa pemain terbaik mereka dari China disebabkan pandemik COVID-19.\"Jadi, kali ini mereka akan bawa pasukan terbaik mereka. Ini bagus, kerana kedua-dua pasukan dari segi mental mahu mencabar kami,\u201d katanya dalam sidang media di Wisma FAM, di sini, hari ini.Pan-gon berkata pihak kejurulatihan mahu skuad Harimau Malaya bermain menentang satu pasukan yang kuat dan satu pasukan yang mempunyai kekuatan sederhana, bagi memberikan pendedahan kompetitif terbaik, selain mengekalkan ranking sebagai 25 pasukan terbaik di Asia bagi mengelakkan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, dijangka bermula Oktober ini.25 pasukan terbaik dalam ranking Mac akan terus bermain dalam pusingan kedua kelayakan tersebut pada November.Berikutan Malaysia kini mengumpul 1066.6 mata dalam ranking FIFA mendahului Hong Kong dengan beza hanya 4.21, Pan Gong berkata mereka tidak boleh terlalu ghairah untuk melawan pasukan kuat dan kehilangan mata.Sementara itu, jurulatih dari Korea Selatan berkenaan positif bermain di Stadium Sultan Ibrahim iaitu stadium pasukan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) yang menggunakan rumput Zeon Zoysia seperti venue Piala Dunia di Qatar, akan membantu skuad Harimau Malaya berdepan pasukan gergasi Asia pada Piala Asia 2023, awal tahun depan.\"Bermain di atas rumput lembu (cow grass) (di Bukit Jalil) membantu kami memandangkan lawan kadangkala mengalami kesukaran, tetapi ia juga sukar apabila kami mahu bermain permainan pantas. Sudah tiba masanya untuk kami bermain di Stadium JDT yang mempunyai padang yang cantik..,\u201d katanya.Mengenai panggilan untuk ke kem latihan akan datang, Pan Gon berkata beliau akan membuat keputusan strategik berdasarkan persembahan pemain.\"Tiada pemain yang dijamin tempat dalam pasukan Piala Asia, mereka perlu bersaing sesama sendiri dan membuktikan kemampuan mereka untuk berada dalam skuad..\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 04:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246115/berita/sukan/xavi-bimbang-kecergasan-pemain-barca", "article_title": "Xavi bimbang kecergasan pemain Barca", "article_text": "PENGURUS Barcelona, Xavi meluahkan rasa bimbang anak-anak buahnya diselubungi keletihan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Cadiz dalam saingan La Liga di laman sendiri pada Isnin.Kemenangan berharga itu mengukuhkan kedudukan Barca di carta liga dengan 59 mata dibezakan lapan mata dengan pencabar terdekat Real Madrid.Gol Sergi Roberto dan Robert Lewandowski melonjakkan semangat pemain untuk berdepan Manchester United pada perlawanan kedua saingan kalah mati Liga Europa setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pertama.Pada aksi di Camp Nou itu, Xavi membuat perubahan ke atas skuad apabila membawa masuk enam muka baharu untuk memastikan pemain mendapat cukup rehat menjelang kunjungan ke Old Trafford pada Jumaat.\u201cFrenkie de Jong dan Robert Lewandowski sudah melalui banyak minit perlawanan. Itulah sebabnya saya membuat perubahan.\u201cPedri pula masih cedera dan kami tidak mampu menanggung lebih banyak lagi kecederaan,\u201d katanya.Xavi akan menilai pemainnya dalam beberapa hari akan datang sebelum mengumumkan skuad untuk dibawa terbang ke England.\u201cKami perlu bersedia untuk perlawanan Jumaat ini dan menilai semula prestasi dan kesediaan pemain untuk beraksi,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 03:06pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246102/berita/sukan/misi-ke-piala-afc-selangor-fc-anggap-semua-pasukan-pengacau", "article_title": "Misi ke Piala AFC, Selangor FC anggap semua pasukan 'pengacau'", "article_text": "SELANGOR FC menganggap semua pasukan yang bersaing di Liga Super musim ini sebagai 'pengacau' dalam misi mereka layak ke pentas Piala AFC 2024.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, hal ini kerana semua pasukan membuat persiapan rapi bagi mengharungi saingan musim 2023.\"Jadi kita (Selangor FC) tidak boleh memandang rendah kepada setiap keupayaan pasukan lawan.\"Saya nampak saingan Liga Super tahun ini bukan sahaja sengit malah menarik untuk disaksikan dengan kehadiran 14 pasukan terkuat,\" katanya pada Majlis Pemasyhuran Kerjasama Strategik Liga Malaysia 2023 antara Konsortium E-Mutiara Berhad dan Selangor FC serta Kelantan United di sini pada Isnin.Hadir sama Pengerusi Eksekutif, Che Ibrahim Che Ismail dan Presiden Kelantan United FC, Rozi Mohamad.Menurut beliau, Selangor FC perlu memanfaatkan setiap perlawanan dengan memberikan aksi terbaik bagi memastikan mereka tidak keciciran mata.Ujarnya, Selangor FC mahu layak secara automatik ke saingan Piala AFC melalui saingan Liga Super atau Piala FA.Dr Johan memberitahu, persiapan Selangor FC kini berada dalam keadaan terbaik untuk mengharungi saingan musim ini.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Che Ibrahim berkata, untuk musim ini pihaknya menaja pengangkutan untuk pasukan Kelantan United dan Selangor FC.\"Tajaan untuk kedua-dua pasukan itu membabitkan nilai berjumlah RM1 juta.\"Kita berharap kedua-dua pasukan mampu mencipta kejayaan dalam saingan musim ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246094/berita/sukan/nilai-haaland-cecah-rm53-bilion", "article_title": "Nilai Haaland cecah RM5.3 bilion", "article_text": "NILAI pemain sensasi, Erling Haaland ketika ini mencecah tanda harga 1 bilion euro (RM5.3 bilion) menurut ejen bintang Manchester City itu.Selepas meninggalkan Borussia Dortmund, pemain berusia 23 tahun itu mengharungi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan cemerlang apabila sudah meledak 32 gol dalam semua pertandingan.Ia lima gol mengatasi pencabar terdekatnya, Kylian Mbappe - merentasi lima liga teratas Eropah musim ini dengan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu juga menarik minat Real Madrid.Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti juga berminat untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Norway itu dengan ejennya Rafaela Pimenta percaya ia akan memecahkan rekod bagi mendapatkan khidmatnya.\u201cErling Haaland bernilai \u20ac1 bilion (RM5.3 bilion). Itu bukan tekaan, saya pasti,\" kata Pimenta.Beliau berkata, tawaran bayaran perpindahan tersebut disifatkan sebagai tidak masuk akal, tetapi berdasarkan kualiti serta usia Haaland yang masih muda ia adalah relevan.\u201cMereka mungkin mengatakan ia tidak masuk akal. Sebuah kelab tidak akan membayar satu bilion, tetapi umurnya, kualitinya, perkembangannya dan cara dia bermain adalah sebab saya bercakap tentang satu bilion.\u201cMasa depan tidak diketahui, tetapi ia akan datang,\u201d ujar Pimenta.Pimenta menguruskan ramai pemain berprofil tinggi selepas mengambil alih agensi Mino Raiola susulan kematian ejen super itu tahun lalu.Pemain tengah PSG dan Itali, Marco Verratti adalah salah seorang di bawah kendaliannya dengan Pimenta mengimbas mengenai kesetiaan pemain berusia 30 tahun itu tidak akan meninggalkan Parc des Princes.\u201cAdalah mustahil untuk membayangkan Verratti di tempat lain. Tidak pernah! Dia hanya menyayangi PSG,\u201d katanya.Kontrak Verratti bersama PSG yang berakhir musim lalu disambung sehingga empat tahun sejak menjejakkan kaki di Parc des Princes pada 2012.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 01:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246084/berita/sukan/azizulhasni-dapat-lampu-hijau-untuk-memecut", "article_title": "Azizulhasni dapat lampu hijau untuk memecut", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang optimis kondisi fizikalnya mampu mencapai tahap terbaik dalam misi memburu mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris menjelang pusingan pertama Piala Negara-Negara di Jakarta, Indonesia.Beliau memberitahu, sudah mendapat lampu hijau daripada pihak perubatan berhubung kemampuannya dalam kempen itu bermula Khamis ini.Seiring dengan situasi tersebut, pelumba kelahiran Terengganu itu menyasarkan untuk melayakkan diri ke pentas final bagi acara keirin dan 10 terbaik bagi acara pecut.\"Tahap kesihatan saya amat penting.\"Sebaik pulang saya sempat membuat ujian perubatan. Saya sudah dapat lampu hijau baik dari segi luaran dan dalaman untuk mengerah kudrat,\" katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.Keputusan tersebut pasti melegakan Azizulhasni yang juga terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman yang menjadi sandaran negara untuk memecah kebuntuan emas sulung Olimpik buat negara.\"Ia juga bertujuan melapangkan fikiran saya yang berasa bimbang andai sesuatu terjadi sekiranya saya membuat pecutan.\"Tidak berasa gusar lagi, jadi saya mahu memberi 110 peratus dan dapatkan tempat terbaik dalam perlumbaan pertama ini.\"Saya tidak berani letak harapan terlalu tinggi lagi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246080/berita/sukan/cameron-dilantik-ketua-jurulatih-skuad-b-20-wanita", "article_title": "Cameron dilantik ketua jurulatih skuad B-20 wanita", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin mengumumkan Cameron Ng sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak bawah 20 tahun (B-20) wanita kebangsaan yang baharu.Pemilihan Cameron itu dibuat selepas perbincangan serta penilaian menyeluruh dilakukan bersama antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell dan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob.Menurut Scott, selepas berkhidmat selama tiga tahun bersama FAM sejak 2020 sebagai Ketua Unit Akar Umbi FAM, Cameron telah menunjukkan kredibiliti sebagai seorang jurulatih menerusi pelbagai aktiviti pembangunan pemain yang telah dijalankannya.\u201cCameron bukan sahaja aktif dalam program-program pembangunan pemain tetapi beliau juga adalah salah seorang instruktur untuk Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM yang dikendalikan oleh Lim Kim Chon.\u201cBeliau telah menunjukkan kesungguhannya di dalam kejurulatihan menerusi program-program akar umbi dan komitmen seperti ini yang amat diperlukan oleh skuad bola sepak B-20 wanita kebangsaan terutama sekali dengan kempen Kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2024 bulan depan.\u201cKomitmen Cameron juga boleh dilihat sewaktu beliau membantu Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi pada sesi percubaan dan pemilihan pemain baru-baru ini.\u201cDengan kerjasama di antara Soleen dan Cameron yang sentiasa bertukar idea dan pendapat di belakang tabir, saya berharap ia dapat mewujudkan persekitaran yang lebih profesional serta positif untuk skuad bola sepak wanita kebangsaan,\u201d kata Scott menerusi kenyataan di Facebook FAM.Pengumuman itu dibuat di Wisma FAM, Kelana Jaya yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.Dalam pada itu, pelantikan Cameron sebagai ketua jurulatih skuad muda Malayan Tigress turut disambut baik oleh Soleen.\u201cCameron mempunyai pemahaman tinggi mengenai sistem bola sepak moden dan kualiti itu amat diperlukan bagi membentuk pasukan yang kuat dan lebih kompetitif.\u201cKebolehan Cameron dalam bidang kejurulatihan ini boleh dilihat menerusi komitmennya terhadap pembangunan pemain dan pengalamannya sudah tentu dapat diterapkan di dalam skuad Malayan Tigress B-20,\u201d ujar Soleen.Biarpun telah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-20 wanita kebangsaan, Cameron masih tetap akan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Unit Akar Umbi FAM.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 12:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246068/berita/sukan/mane-ceria-selepas-rehat-tiga-bulan", "article_title": "Mane ceria selepas rehat tiga bulan", "article_text": "SADIO Mane memberi reaksi gembira apabila kembali berlatih bersama Bayern Munich selepas disisihkan selama tiga bulan akibat kecederaan.Kecederaan kaki kanan itu juga menyebabkan pemain Senegal tersebut terlepas aksi Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu.Penyerang berusia 30 tahun itu memberikan semangat baharu buat juara Jerman berkenaan seminggu menjelang pertembungan teratas liga menentang Union Berlin.Bayern pada Sabtu lepas kalah 2-3 kepada Borussia Moenchengladbach.Mane yang mengalami kecederaan kaki kanan pada November lalu sehingga terpaksa menjalani pembedahan dilihat tersenyum ketika membuat kemunculan dalam sesi latihan pada Ahad.\"Dapat merasai satu perasaan yang hebat,\" katanya.Selepas sesi latihan, Mane menyuarakan kegembiraan dapat kembali menjalani apa yang diminatinya.\"Saya seorang pemain bola sepak. Bola sepak adalah hidup saya dan saya sangat merinduinya.\"Saya masih bermotivasi dan sangat gembira. Saya akan menemui semula penyokong, bola sepak, suasana, menjaringkan gol dan menang,\" ujar Mane.Dalam pada itu, pengurus Bayern, Julian Nagelsmann memberitahu, selepas latihan penuh selama seminggu, Mane boleh disenaraikan ke dalam skuad pada hari perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 11:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246055/berita/sukan/sarawak-sah-terpilih-jadi-tuan-rumah-sukma-2024", "article_title": "Sarawak sah terpilih jadi tuan rumah Sukma 2024", "article_text": "PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.\"Kerajaan pusat telah meminta Sarawak menjadi tuan rumah Sukma 2024... Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Belia dan Sukan Sarawak) mewakili Sarawak (dalam mesyuarat itu),\u201d katanya ketika di Majlis Penutupan Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (Pesaya) Kali Ke-14 Sarawak 2023 di sini malam Ahad.Pada 9 Februari lepas Abang Johari dilaporkan berkata, Sarawak bersedia menggalas tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah untuk sukan dwi tahunan itu dan meminta Kerajaan Persekutuan memaklumkan perkara berkenaan lebih awal, bagi memudahkan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada.Sementara itu, Yayasan Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pesaya ke-14 dengan memperoleh 12 pingat emas, 9 pingat perak dan 3 pingat gangsa sekali gus menyumbangkan sejumlah 95 mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 10:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246051/berita/sukan/messi-pacu-kemenangan-psg", "article_title": "Messi pacu kemenangan PSG", "article_text": "PEMAIN bintang, Lionel Messi menyumbatkan gol penting pada masa kecederaan ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) melakar kemenangan 4-3 ke atas Lille dalam aksi Ligue 1.Kapten Argentina itu menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-95 yang turut menyaksikan Kylian Mbappe meledak dua gol dan Neymar diusung keluar akibat kecederaan buku lali.Gol kemenangan saat akhir Messi menamatkan deretan tiga kekalahan PSG dan meletakkan mereka lima mata di depan Marseille, yang menang 3-2 ke atas Toulouse.\"Kami berjaya mengharunginya. Ia bukan aksi terbaik. Kami melakukan banyak kesilapan dan hilang fokus.\"Menentang lawan yang berkualiti, anda akan menerima padah jika berbuat kesilapan.\"Namun kami membuktikan yang kami masih mampu mencari jalan walaupun tidak berada pada tahap terbaik,\" ujar Mbappe.Di sebalik kemenangan itu kem PSG diselubungi kebimbangan apabila Neymar mengalami kecederaan di awal babak kedua selepas buku lalinya terseliuh.PSG bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada keretakan pada buku lali pemain Brazil itu.Bagaimanapun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi menilai kecederaan ligamen yang mungkin akan menyebabkan Neymar terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich pada 8 Mac.Skuad kendalian Christophe Galtier bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Bayern apabila membuka jaringan ke atas Lille menerusi Mbappe.Ia permulaan pertamanya selepas pulih daripada kecederaan paha.Neymar kemudian menokok jaringan untuk kedudukan menjadi 2-0, tetapi Bafode Diakite merapatkan jurang untuk Lille di pertengahan babak pertama.Memasuki lima minit babak kedua Neymar kemudian diusung keluar dan Lille menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Jonathan David.Jonathan Bamba meletakkan pelawat di depan dan PSG begitu hampir menerima kekalahan keempat sebelum Mbappe menjadi penyelamat.Mbappe menyempurnakan hantaran Juan Bernat bagi gol penyamaan ketika permainan berbaki tiga minit.Drama belum berakhir apabila Messi mendapatkan sepakan percuma dan menyempurnakannya selepas dikasari Benjamin Andre.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 10:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246042/berita/sukan/heung-min-kembali-meledak", "article_title": "Heung-min kembali meledak", "article_text": "SON Heung-min membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila membantu Tottenham Hotspur menewaskan West Ham 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin.Masuk sebagai pemain gantian pemain dari Korea Selatan meledak pada minit ke-72 selepas Emerson Royal membuka tirai jaringan pada minit ke-56.Heung-min bergelut mencapai prestasi terbaiknya musim ini sehingga memaksa jurulatih Spurs, Antonio Conte meletakkannya di bangku simpanan.\"Tidak ada pemain mahu duduk di bangku simpanan, tetapi ia adalah keputusan yang perlu diterima. Ia ditentukan oleh jurulatih dan saya perlu menerimanya,\" ujar Heung-min.Sebelum perlawanan tersebut, pemain berusia 30 tahun itu hanya meledak gol dalam empat perlawanan musim ini.\"Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukan. Saya mendapat peluang dan gembira dapat menjaringkan gol.\"Hantaran sangat baik dan sentuhan pertama saya menjelmakan gol,\" kata Heung-min.Kemenangan itu melonjak Spurs ke tangga keempat, satu mata mengatasi Newcastle yang bermain kurang satu perlawanan.Ia adalah kemenangan penting buat Spurs, yang dibelasah Leicester pada hujung minggu lalu sebelum tewas 0-1 kepasa AC Milan dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 08:55am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246039/berita/sukan/ten-hag-label-persembahan-united-seperti-sampah", "article_title": "Ten Hag label persembahan United seperti 'sampah'", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag melabelkan persembahan separuh masa pertama The Red Devils ketika menentang Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford seperti 'sampah'.United bernasib baik untuk mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan klinikal Marcus Rashford pada minit ke-25 selepas percubaan Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho dinafikan dengan baik penjaga gol David de Gea.\"Saya sangat tidak berpuas hati dengan persembahan kami. Kami perlu mengikut peraturan dan prinsip dari cara kami bermain. Apabila anda tidak melakukannya dengan sempurna, ia menjadi kucar-kacir terutamanya apabila anda berdepan lawan yang bagus seperti Leicester, anda melepaskan deretan peluang.\"Hanya kerana ketangkasan David de Gea kami tidak melepaskan gol. Jadi kami benar-benar bernasib baik pada separuh masa pertama kerana kami mendahului 1-0.\"Sudah tentu saya kagum hantaran cantik Bruno Fernandes, penyudah sempurna Rashy. Namun yang lain semua adalah 'sampah',\" kata Ten Hag mengenai separuh masa pertama.United tampil separuh masa kedua lebih agresif apabila sekali lagi melebarkan jaringan menerusi Rashford pada minit ke-56' sebelum pemain gantian Jadon Sancho melengkapkan kemenangan 3-0 dengan gol di minit ke-61.Namun bekas pengendali Ajax Amsterdam itu pada masa sama mengakui bahawa pemain Manchester United kecewa apabila kurang kreatif dalam usaha menambah jaringan sepanjang separuh masa.Pada masa sama mengakui kehadiran Marcel Sabitzer, yang ditandatangani secara pinjaman dari Bayern Munich kurang tiga minggu lalu terkesan selepas Casemiro digantung tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.\"Mereka (pemain) tahu. Saya dapat melihat tingkah laku mereka pada separuh masa. Mereka juga tidak begitu gembira.\"Saya dapat lihat mereka kecewa dengan persembahan masing-masing. Kami boleh melakukan lebih baik dan mereka tahu,\" kata Ten Hag.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 07:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246031/berita/sukan/jersi-baharu-aksi-kena-padu", "article_title": "Jersi baharu, aksi kena padu", "article_text": "KEMEGAHAN majlis pelancaran jersi baharu setiap pasukan perlu setanding dengan persembahan mantap para pemain ketika turun beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bermula 24 Februari ini.Pengulas sukan, Zainal Abidin Rawop berkata, peminat dan penyokong setiap kelab menagih aksi padu skuad kesayangan mereka untuk memburu kejuaraan dan membawa pulang trofi kebanggaan mereka.Zainal Abidin Rawop\u201cApa yang diharapkan daripada pelancaran jersi ini bukan setakat gah pada satu hari sahaja kemudian terus merudum dan merosot persembahan mereka.\u201cApa yang mereka pamerkan dengan megah pada hari pelancaran sama juga yang diharapkan oleh para penonton dan peminat setiap pasukan supaya mereka juga dapat bermain dengan penuh kemegahan memberi persembahan yg mantap pada setiap perlawanan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Perak FC terlebih dahulu memperkenalkan jersi baharu pada 13 Januari dan kemudian diikuti oleh Selangor FC pada 28 Januari.Majlis pelancaran jersi Kuching City FC dibuat pada Jumaat, Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC pula pada Sabtu.Jersi baharu Kuching City FC. - Foto FB Kuching City FCNegeri Sembilan FC dan Kelantan FC pula memperkenalkan jersi baharu mereka pada Ahad.Menonjolkan identiti, imej dan lambang tertentu menerusi lakaran jersi yang menarik serta megah bagi menarik rasa megah serta gerun pasukan lawan.\u201cKadang-kala jersi itu menawan cukup menarik tetapi corak permainan hambar dan tak melambangkan identiti jersi itu,\u201d ujar Zainal Abidin.Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor FC tampil dengan kelainan jersi yang direka khas buat penyokong itu menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan gelanggang keramat itu.Jersi Selangor FC. - Foto FC Selangor FCJDT pula gah dengan jersi baharu mereka apabila mengekalkan identiti bendera Johor iaitu merah biru dengan menggunakan corak 'camouflage'.Bagi Terengganu FC (TFC) pula menggunakan warna keramat hitam putih dengan mengetengahkan konsep 'kubu kuat' iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan bertandang ke stadium berkenaan.Jersi Terengganu FC. - Foto FB Terengganu FCMengulas makna jersi bagi setiap pasukan apabila saban tahun menggantikannya dengan persalinan baharu, Zainal Abidin berkata kerana ia melambangkan kebanggaan dan kemegahan bagi setiap kelab.\u201cSemua liga di seluruh dunia menggunakan konsep sama sebab ini sebahagian daripada pemasaran mereka. Jadi tak salah kalau kelab Liga-M mengambil pendekatan serupa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "NUR IFTITAH ROZLAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246029/berita/sukan/saya-bawa-semangat-mak-ayah-ke-gelanggang", "article_title": "'Saya bawa semangat mak, ayah ke gelanggang'", "article_text": "BERBEKALKAN harapan dan semangat daripada ibu dan bapa, Muhd Khairul Aizat Samsool yakin mampu menumbangkan lawannya dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa, sekali gus membawa pulang tali pinggang kuda merah.Pemuda berusia 28 tahun yang lebih dikenali dengan nama gelanggang, Apizat mengakui sudah 80 peratus bersedia menghadapi lawannya, Amin Apollo daripada Kelab Discover Muaythai.\u201cMak dan ayah saya tidak dapat hadir menonton perlawanan itu nanti atas sebab-sebab tertentu.\u201cNamun, semangat mereka berdua akan tetap saya bawa bagi memastikan kemenangan berpihak kepada saya kali ini untuk merebut tali pinggang kuda merah,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Rekod kerjaya anak keempat daripada 10 beradik itu sebagai petinju merangkumi 63 kemenangan daripada 75 perlawanan.Tidak hanya beraksi di pentas tempatan, petinju berasal dari Negeri Jelapang Padi itu juga pernah mewakili negara di kejohanan dunia di Abu Dhabi dan Thailand.Kongsi Apizat, dirinya kini sedang mempergiat latihan dengan memperuntukkan masa selama lima hingga enam jam sehari sebagai persediaan menjelang Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini.\u201cSaya membuat lebih banyak persediaan dan mengatur beberapa strategi bagi menampilkan kelainan dalam perlawanan kali ini.\u201cIni kali pertama saya berlawan dengan Amin Apollo, saya rasa kami masing-masing ada skil tersendiri, namun dengan persediaan dan latihan secukupnya, Insya-ALLAH saya akan pastikan kemenangan menjadi milik saya,\u201d ujarnya yang akan mewakili kelab Black Owl Muaythai Gym untuk kejohanan nanti.Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini menyaksikan seramai 28 petinju termasuk tiga dari Thailand bakal berentap di Stadium Titiwangsa bagi merebut kejuaraan.Setiausaha Kehormat Muay Thai Kuda Merah, Muhammad Firdaus Yaacop berkata, kejohanan kali ke-70 itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.Menurutnya, perlawanan itu akan melibatkan pertembungan antara petinju dari Malaysia dan Thailand bagi merebut 10 tali pinggang kejuaraan, antaranya Tali Pinggang Sinar Harian, Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246024/berita/sukan/liga-super-2023-kelantan-selesa-dilabel-bukan-pilihan", "article_title": "Liga Super 2023: Kelantan selesa dilabel bukan pilihan", "article_text": "KELANTAN FC lebih selesa sebagai pasukan 'underdog' pada saingan Liga Super walaupun mengeluarkan perbelanjaan besar dalam mempersiapkan pasukan termasuk mengikat sembilan pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, skuad itu juga meletakkan sasaran untuk berada pada kedudukan 10 pasukan terbaik Liga Super musim ini.\"Musim ini Kelantan FC menggunakan kesemua kuota sembilan pemain import. Kita akan mengumumkan dua lagi pemain import bagi melengkapkan kuota pemain terbabit.\"Saya boleh pastikan pasukan sudah 99 peratus lengkap untuk sepak mula pada Sabtu nanti dengan 50 peratus khidmat muka baharu bersama pasukan musim ini,\" katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.Pada musim ini, Kelantan FC akan menggunakan warna merah hitam sebagai jersi rasmi di tempat sendiri dan oren serta ungu sebagai jersi di tempat lawan.Mengulas lanjut, Norizam berkata bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia beliau meletakkan sasaran suku akhir.\"Kalau boleh mahu juara, siapa yang tidak mahu menjadi juara namun bagi saya kita sasarkan bersesuaian dengan keadaan kita (pasukan) pada masa ini.\"Saya yakin Kelantan akan menjadi antara pasukan yang memberi saingan sengit kepada pasukan lain musim ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 10:47pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/246016/berita/sukan/sabah-intai-satu-trofi", "article_title": "Sabah intai satu trofi", "article_text": "SABAH FC menyasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marzuki Nasir menyifatkan sasaran itu sebagai realistik berikutan skuad Sang Badak pada musim ini diperkuat dengan beberapa pemain baharu dan import yang diyakini mampu membawa pasukan itu ke tahap lebih tinggi.\u201cSabah FC mampu mencabar kejuaraan Liga Super dan Piala FA tahun ini dengan barisan pemain yang lebih baik dan berkualiti termasuk kehadiran beberapa pemain dan import baharu.\u201cKita memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi mempersiapkan skuad dalam mengharungi musim kali ini,\u201d katanya dalam majlis Sabah FC Day 2023 dan Pelancaran Jersi Home Sabah FC pada Sabtu.Antara pemain baharu yang akan membarisi Sabah untuk musim ini ialah penyerang kebangsaan, Darren Lok dan pertahanan Kuala Lumpur (KL) City FC, Irfan Zakaria.Sabah juga mendapatkan khidmat beberapa import baharu termasuk pemain pertahanan dari Brazil, Gabriel Peres dan Telmo Castanheira pemain tengah dari Portugal.Mengenai rancangan jangka panjang untuk memantapkan lagi pasukan Sabah, Marzuki berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa kelab luar negara untuk bekerjasama dengan menghantar pemain berlatih di kelab terlibat antaranya kelab Santos di Brazil.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 09:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245960/berita/sukan/liridon-kempunan-aksi-piala-sumbangsih", "article_title": "Liridon kempunan aksi Piala Sumbangsih", "article_text": "Harapan peminat skuad Penyu untuk melihat kelibat pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) 24 Februari ini tidak kesampaian.Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengesahkan tonggak serangan tengah itu tidak dapat diturunkan kerana mematuhi persetujuan yang dicapai dalam kontrak pinjaman antara skuad Penyu dengan JDT.Bagaimanapun Steinbruckner berkata, keadaan itu tidak akan melemahkan semangat TFC kerana beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk berhadapan cabaran pasukan Harimau Selatan.\"Sudah tentu kami gembira Liridon dapat bermain untuk pasukan sebagai pemain tengah untuk memperbaiki bahagian pertahanan kami tetapi dia tidak boleh bermain dalam Piala Sumbangsih kerana semuanya telah tercatat dalam kontrak antara TFC dan JDT.\"Saya telah menyediakan sesuatu yang berbeza untuk menentang JDT. Harap ia akan berjaya dan kami akan dapat kemenangan pertama dalam Liga Malaysia,\" katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.Steinbruckner berkata, selain Krasniqi, beberapa pemain utama lain termasuk tonggak tengah import, Habib Haroon dan Faiz Nasir juga tidak dapat beraksi kerana faktor kecederaan.Menurut beliau Habib terpaksa direhatkan antara dua hingga ke tiga minggu kerana kecederaan hamstring manakala Faiz yang beraksi di posisi sayap, belum cergas sepenuhnya memandangkan baru dua hari kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas berehat panjang.\"Habib mengalami kecederaan sejak perlawanan pramusim di Thailand minggu lepas dan Faiz pula baru sahaja menyertai latihan selepas berehat panjang kerana masalah kesihatan dan keluarga.\"Penjaga gol, Suhaimi (Suhaimi Husin) dan Abe (Rahadiazli Rahalim) adalah pilihan pertama kerana mereka berpengalaman dan prestasi,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 03:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245962/berita/sukan/30-pasukan-berentap-rebut-piala-presiden-piala-belia-2023", "article_title": "30 pasukan berentap rebut Piala Presiden, Piala Belia 2023", "article_text": "SEJUMLAH 30 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia 2023 anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula Mac ini.Menerusi majlis undian bagi kedua-dua kejohanan bola sepak kategori remaja itu yang berlangsung pada Ahad, 17 daripada 30 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden yang dijadual bermula dengan perlawanan peringkat kumpulan pada 16 Mac.Sementara itu bagi Piala Belia, sejumlah 13 pasukan akan memulakan saingan peringkat kumpulan pada 17 Mac.Pasukan-pasukan yang bertanding ini diasingkan ke dalam empat zon bagi Piala Presiden dan tiga zon bagi Piala Belia mengikut mekanisme undian ditetapkan.Majlis undian selepas Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023 itu turut dihadiri Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM Md Dali Wahid. - BernamaBerikut merupakan keputusan undian bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023:Piala Presiden-------------------Zon A Zon B Zon C Zon DSri Pahang FC Penang FC Sabah FC Melaka FAPulau Pinang FA Kelantan FC KL City FC Kuching CityKelantan United FC Perak FC III Negeri Sembilan FC JDT IIIKedah Darul Aman FC C AMD B-17 Selangor FC B-20 PDRM FCTerengganu FC IIIPiala Belia:---------------Zon A Zon B Zon CSri Pahang FC SSTMI Sabah FCKedah Darul Aman FC D Kelantan FA Selangor FC B-18AMD B-16 Pulau Pinang FA JDT IVPenang FC Terengganu FC IV KL City FCMelaka FA", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 03:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245934/berita/sukan/emman-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Emman dalam kelas tersendiri", "article_text": "AHLI gusti muda, Emman Azman mengharumkan nama negara apabila mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti 'New Breed' di Kuash TTDI, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.Emman yang digelar Golden Boy menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri iaitu KL Gold Running Elbow.Menurut Emman, beliau pernah tewas di tangan Gregory dalam kejohanan gusti Grapple Max di Singapura, empat tahun lalu.\u201cAlhamdulillah saya berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan ini di depan rakyat Malaysia dan di negara sendiri. Penat lelah berlatih akhirnya berbaloi.\u201cSaya juga kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan kalau mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh,\u201d katanya ketika ditemui media selepas kejohanan.Hadir sama Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne yang mewakili Hannah Yeoh.Turut hadir Pengarah My Pro Wrestling Sdn Bhd, Datin Maria Abdullah.Ahli gusti berusia 23 tahun itu merupakan pemenang Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) di Australia Januari lalu.Emman bergandingan dengan ahli gusti dari Kanada, Sunny Z menentang pasukan tuan rumah Thailand, Johnathan Johnson danP\u2019Suchart dalam pertarungan selama 14 minit 59 saat di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand 28 Januari lalu.Pada 26 November 2022, Emman menjuarai MCW selepas menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.Mengulas perancangan selepas meraih kejayaan di negara sendiri, Emman bercadang untuk kembali ke Australia.\u201cSelepas ini saya akan balik ke Australia sebagai persiapan kejohanan di sana. Saya bertekad mempertahankan tali pinggang ini lagi dan boleh bawa pulang untuk rakyat Malaysia dan negara,\u201d katanya.Selain Emman, turut meraih pencapaian membanggakan adalah ahli gusti negara, Miles Karu yang berjaya merangkul dua tali pinggang kejohanan sekali gus iaitu juara kebangsaan My Pro Wrestling (MYPW) dan Juara Westlecon MYPW apabila menentang tiga pengusti di gelanggang.Tiga pengusti yang tewas tersebut adalah penyandang tali pinggang juara kebangsaan MYPW, Cornelius Low; Juara WrestleCon, Crystal (Filipina) dan Tyson Reed (Australia).Kejohanan gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.Dalam pada itu, MYPW juga berhasrat membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan gusti akan datang.Ia juga selaras dan menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan belia serta anak muda dalam aktiviti kesukanan seperti gusti.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 01:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245915/berita/sukan/potter-mahu-cuci-tangan", "article_title": "Potter mahu 'cuci tangan'", "article_text": "GRAHAM Potter seakan-akan mahu 'cuci tangan' ketika Chelsea diaibkan 0-1 oleh pasukan tercorot, Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Jaringan tunggal James Ward-Prowse pada lewat separuh masa pertama sudah cukup buat Southampton membawa pulang tiga mata berharga dari Stamford Bridge.Southampton menang buat kali kedua dalam liga sejak Oktober, meneruskan rekod tanpa kemenangan Chelsea dalam empat perlawanan liga.Chelsea bergelut untuk mencipta peluang diejek penyokong yang kecewa pada penghujung aksi menyaksikan pasukan mereka tidak menjaringkan gol pada 13 aksi.Tekanan yang semakin memuncak ke atas Potter selepas menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat pada September lalu, namun bekas bos Brighton itu tetap mempertahankan dirinya.\"Selepas kekalahan 1-0 di laman sendiri sebarang kritikan penyokong memang boleh difahami,\" kata Potter.Beliau menjelaskan, Chelsea melalui tempoh sukar, biarpun melakukan banyak perubahan termasuk menyesuaikan pemain muda dalam kancah EPL.\"Apabila keputusan tidak memihak kepada kami, ia boleh menjadi sukar.\"Saya percaya ada orang di luar sana yang akan fikir sayalah masalah itu. Saya rasa mereka salah.\"Saya bukanlah bongkak untuk mengatakan pandangan mereka tidak perlu dilayan. Tugas saya adalah membantu pasukan melalui tempoh yang sukar,\" katanya.Chelsea membelanjakan lebih \u00a3300 juta (RM1.6 bilion) untuk membeli pemain baharu pada Januari, namun Potter masih belum dapat menukar pelaburan besar mereka kepada keputusan yang berbaloi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 10:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245934/berita/sukan/emman-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Emman dalam kelas tersendiri", "article_text": "AHLI gusti muda, Emman Azman mengharumkan nama negara apabila mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan gusti 'New Breed' di Kuash TTDI, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.Emman yang digelar Golden Boy menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri iaitu KL Gold Running Elbow.Menurut Emman, beliau pernah tewas di tangan Gregory dalam kejohanan gusti Grapple Max di Singapura, empat tahun lalu.\u201cAlhamdulillah saya berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan ini di depan rakyat Malaysia dan di negara sendiri. Penat lelah berlatih akhirnya berbaloi.\u201cSaya juga kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan kalau mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh,\u201d katanya ketika ditemui media selepas kejohanan.Hadir sama Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne yang mewakili Hannah Yeoh.Turut hadir Pengarah My Pro Wrestling Sdn Bhd, Datin Maria Abdullah.Ahli gusti berusia 23 tahun itu merupakan pemenang Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) di Australia Januari lalu.Emman bergandingan dengan ahli gusti dari Kanada, Sunny Z menentang pasukan tuan rumah Thailand, Johnathan Johnson danP\u2019Suchart dalam pertarungan selama 14 minit 59 saat di Setup Thailand Pro Wrestling, Thailand 28 Januari lalu.Pada 26 November 2022, Emman menjuarai MCW selepas menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.Mengulas perancangan selepas meraih kejayaan di negara sendiri, Emman bercadang untuk kembali ke Australia.\u201cSelepas ini saya akan balik ke Australia sebagai persiapan kejohanan di sana. Saya bertekad mempertahankan tali pinggang ini lagi dan boleh bawa pulang untuk rakyat Malaysia dan negara,\u201d katanya.Selain Emman, turut meraih pencapaian membanggakan adalah ahli gusti negara, Miles Karu yang berjaya merangkul dua tali pinggang kejohanan sekali gus iaitu juara kebangsaan My Pro Wrestling (MYPW) dan Juara Westlecon MYPW apabila menentang tiga pengusti di gelanggang.Tiga pengusti yang tewas tersebut adalah penyandang tali pinggang juara kebangsaan MYPW, Cornelius Low; Juara WrestleCon, Crystal (Filipina) dan Tyson Reed (Australia).Kejohanan gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.Dalam pada itu, MYPW juga berhasrat membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan gusti akan datang.Ia juga selaras dan menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan belia serta anak muda dalam aktiviti kesukanan seperti gusti.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 01:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245915/berita/sukan/potter-mahu-cuci-tangan", "article_title": "Potter mahu 'cuci tangan'", "article_text": "GRAHAM Potter seakan-akan mahu 'cuci tangan' ketika Chelsea diaibkan 0-1 oleh pasukan tercorot, Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Jaringan tunggal James Ward-Prowse pada lewat separuh masa pertama sudah cukup buat Southampton membawa pulang tiga mata berharga dari Stamford Bridge.Southampton menang buat kali kedua dalam liga sejak Oktober, meneruskan rekod tanpa kemenangan Chelsea dalam empat perlawanan liga.Chelsea bergelut untuk mencipta peluang diejek penyokong yang kecewa pada penghujung aksi menyaksikan pasukan mereka tidak menjaringkan gol pada 13 aksi.Tekanan yang semakin memuncak ke atas Potter selepas menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat pada September lalu, namun bekas bos Brighton itu tetap mempertahankan dirinya.\"Selepas kekalahan 1-0 di laman sendiri sebarang kritikan penyokong memang boleh difahami,\" kata Potter.Beliau menjelaskan, Chelsea melalui tempoh sukar, biarpun melakukan banyak perubahan termasuk menyesuaikan pemain muda dalam kancah EPL.\"Apabila keputusan tidak memihak kepada kami, ia boleh menjadi sukar.\"Saya percaya ada orang di luar sana yang akan fikir sayalah masalah itu. Saya rasa mereka salah.\"Saya bukanlah bongkak untuk mengatakan pandangan mereka tidak perlu dilayan. Tugas saya adalah membantu pasukan melalui tempoh yang sukar,\" katanya.Chelsea membelanjakan lebih \u00a3300 juta (RM1.6 bilion) untuk membeli pemain baharu pada Januari, namun Potter masih belum dapat menukar pelaburan besar mereka kepada keputusan yang berbaloi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 10:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245909/berita/sukan/arsenal-cemas-sebelum-menang", "article_title": "Arsenal cemas sebelum menang", "article_text": "ARSENAL kembali ke landasan terbaik untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah kali terakhir memenanginya 19 tahun lalu.The Gunners yang dilatih Mikel Arteta merampas carta liga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-2 di Aston Villa manakala Manchester City seri 1-1 di Nottingham Forest.Hanya tiga hari selepas menyerahkan kedudukan teratas buat pertama kali setelah kalah 3-1 kepada City, Arsenal bangkit dalam kelas tersendiri untuk kembali dua mata di depan juara bertahan itu.\"Kami kembali dengan lebih rasa percaya berbanding sebelum ini kerana anda sudah menukar persembahan kepada keputusan yang lebih baik,\" ujar Arteta.Dalam aksi di Villa Park itu, The Gunners berdepan detik cemas sebelum menang dalam usaha mereka meraih gelaran pertama sejak 2004.Mereka hampir terlepas tiga mata berharga ketika perlawanan berbaki satu minit pada masa sebenar permainan.Arsenal dua kali ketinggalan hasil jaringan Ollie Watkins dan Philippe Coutinho, namun Bukayo Saka dan Oleksandr Zinchenko kembali menyamakan kedudukan.Dalam masa tambahan, The Gunners mendapat 'ihsan' daripada bekas penjaga gol mereka apabila bola terkena Emiliano Martinez.Bola kemudian masuk ke gawang sendiri secara tidak sengaja selepas sepakan Jorginho terkena palang.Gabriel Martinelli melengkapkan kemenangan Arsenal apabila menyepak ke gawang yang ditinggalkan kosong selepas Martinez terperangkap di atas setelah sepakan penjuru Villa.\"Pasukan menunjukkan kualiti yang beremosi yang amat kami perlukan. Saya sangat gembira,\" ujar Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 10:24am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245908/berita/sukan/atsu-dikenang-seorang-pemain-baik", "article_title": "Atsu dikenang seorang pemain baik", "article_text": "KEMATIAN bekas pemain Newcastle, Christian Atsu yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria disifatkan sebagai satu kehilangan besar oleh bekas pengurusnya.Penemuan Atsu diumum di Twitter oleh ejennya Nana Sechere yang berkata, mayat pemain itu ditemui 12 hari selepas bencana tersebut yang telah meragut lebih 40,000 nyawa.Bekas pengurus Newcastle, Rafael Benitez, yang menghabiskan masa lebih tiga tahun di St James\u2019 Park dari 2016 sehingga 2019, berkata dia telah berhubung dengan bekas pemainnya bulan lalu.\u201cSaya berhubung dengannya bulan lalu. Kami berkongsi beberapa mesej - sangat sukar untuk saya nyatakannya.\u201cKita perlu mengingati Kristian (Atsu). Sangat sedih. Ia sangat menyedihkan kerana dia seorang yang baik.\"Seorang yang istimewa dan semua orang sentiasa mengingatinya. Anda boleh melihat gambar-gambarnya, sentiasa dengan senyuman,\" ujar Benitez.Dalam pada itu, bos Newcastle Eddie Howe berkata, sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di halaman sendiri menentang Liverpool pada Ahad, fikiran dan doanya adalah bersama Atsu.\"Kami menganggapnya sebagai tragedi. Memberikan dia fikiran kami dan doa kami dan kepada keluarganya juga. Kami mahu menyokong mereka pada masa ini.\u201dAtsu menghabiskan hampir lima tahun di Newcastle selepas menyertai Chelsea secara pinjaman pada 2016.Bekas rakan sepasukannya, Allan Saint-Maximin menyifatkan dia sebagai seorang yang hebat.\u201cSukar untuk dijelaskan. Saya tidak berbohong, saya tidak pernah melihat lelaki seperti itu sebelum ini apabila saya tiba di Newcastle.\u201cWalaupun kami bermain dalam posisi yang sama, dia sentiasa memberi saya nasihat. Dia seorang lelaki yang hebat. Amat menyedihkan kerana saya mengenalinya,\" ujarnya.Atsu adalah pemain antarabangsa Ghana yang berusia 31 tahun merupakan pemain kelab Super Liga Turki, Hatayspor.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 10:04am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245907/berita/sukan/bin-zayed-penaja-utama-kedah", "article_title": "Bin Zayed penaja utama Kedah", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023.Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini.\"Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia.\"Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu satu bonus jika berjaya mendapatnya.\"Kita juga cuba melayakkan diri ke pentas Asia pada tahun hadapan,\" katanya pada sidang akhbar pada malam Sabtu.Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Jersi, Lagu dan Penaja Utama KDA FC 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Tidak mendedahkan jumlah tajaan daripada Bin Zayed International, Mohd Daud menjelaskan, pengurusan dan pasukan kejurulatihan KDA FC sebenarnya turut menerima tanggungjawab besar bagi memastikan Sang Kenari terbang tinggi pada musim ini kerana perlu menggalas harapan penaja utama tersebut.\"Kita perlu meletakkan satu kawal selia yang baik untuk mendapat keyakinan pihak pelabur. Wang ini digunakan untuk tujuan-tujuan yang sepatutnya dalam konteks pembangunan bola sepak Kedah dalam FC. Jadi saya kena jaga amanah yang besar ini,\" ujar beliau lagi.Menurutnya, kejayaan mendapatkan penaja dari Timur Tengah diharapkan satu permulaan yang baik bukan sahaja untuk pembangunan bola sepak Kedah tetapi juga semua pasukan di negara ini.\"Saya rasa selepas ini akan ada lebih banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa yang akan masuk bukan setakat Kedah tapi juga di pasukan-pasukan yang lain.\"Idea ini mencetuskan kepada banyak lagi syarikat-syarikat yang berada di China, Korea Selatan, Indonesia dan Eropah untuk menjadikan pasukan di Malaysia sasaran mereka sebab pasukan di sini mempunyai kumpulan penyokong yang besar,\" kata Mohd Daud.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 09:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245906/berita/sukan/guardiola-tertekan-city-sekadar-seri", "article_title": "Guardiola tertekan City sekadar seri", "article_text": "MANCHESTER City terus terdesak untuk mengekalkan kejuaraan setelah sekadar terikat 1-1 dengan Nottingham Forest ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal menang 4-2 ke atas Aston Villa.Keputusan itu meletakkan City dua mata di belakang Arsenal yang masih berbaki satu perlawanan.Pep Guardiola mengakui The Citizens perlu menyalahkan diri sendiri biarpun mempunyai peluang terbaik memimpin carta liga selepas jaringan Bernardo Silva pada minit ke-40 di City Ground.Pemain sensasi Erling Haaland bagaimanapun melepaskan dua peluang dan Kevin De Bruyne juga mensia-siakan peluang terbaik sebelum Chris Wood menyamakan kedudukan buat Forest pada minit ke-84.\"Ia persembahan yang baik, kami bermain sangat bagus tetapi tidak menjaringkan gol. Pada tahap ini anda perlu menjaringkan gol dan kerana itulah kami mencicirkan mata,\" ujar Guardiola.Beliau merumuskan The Citizens terlepas tiga mata berharga disebabkan kesilapan sendiri akibat ketumpulan penyudah.\"Pada babak pertama sepatutnya sudah 2-0 atau 3-0. Kami melakukan beberapa percubaan ke gawang. Sedih dan kecewa kerana cara kami bermain sangat bagus.\"Kami terlepas gol yang hanya satu meter daripada penjaga gol, bukan sekali, beberapa kali kerana itu kami tidak menang. Tapi apa yang saya boleh katakan?\" kata Guardiola.Jurulatih dari Sepanyol itu menunjukkan keadaan dirinya yang tertekan untuk mengejar gelaran apabila dilayangkan kad pada babak kedua.Guardiola berbalah dengan pegawai keempat perlawanan selepas berang dengan pengadil, Graham Scott tidak memberikan keputusan memihak mereka selepas Haaland dijatuhkan setelah dicabar Joe Worrall.\"Kami tidak mencipta alasan. Banyak yang terjadi musim ini.\"Saya bukanlah orang yang berada di sini untuk bercakap mengenai apa yang kami tidak boleh kawal,\" ujar Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 09:20am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245901/berita/sukan/nunez-gakpo-pacu-kemenangan-liverpool-di-newcastle", "article_title": "Nunez, Gakpo pacu kemenangan Liverpool di Newcastle", "article_text": "JARINGAN Darwin Nunez dan Cody Gakpo membolehkan Liverpool mengakhiri rekod tanpa kalah Newcastle United apabila melakar kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park pada Ahad.Skuad kendalian Jurgen Klopp mengejutkan Newcastle dengan permulaan cemerlang pada babak pertama, menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-22 selepas penjaga gol, Nick Pope dilayangkan kad merah.Untuk rekod, satu-satunya kekalahan Newcastle di tangga keempat sebelum ini dalam liga adalah ketika menentang Liverpool pada penghujung Ogos, namun momentum tersebut seakan berakhir selepas Nunez menyudahkan hantaran Trent Alexander Arnold untuk meledak gol pada minit ke-10.Gakpo kemudian menggandakan pendahuluan Liverpool tujuh minit kemudian apabila dia memasukkan hantaran bijak penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.Pope terperangkap keluar dari gawangnya hasil hantaran jarak jauh dari pemain lawan, Alisson akhirnya diarahkan meninggalkan padang selepas mendakap bola dengan tangan di luar kawasan penalti.Newcastle kemudiannya bertindak balas dengan baik untuk kembali semula dalam permainan, namun dinafikan kecemerlangan Alisson.Kemenangan liga kedua berturut-turut Liverpool selepas empat perlawanan menyaksikan anak buah Klopp, naik ke tangga kelapan liga dengan 35 mata, enam mata di belakang Newcastle dengan satu perlawanan dalam tangan.Sementara itu, hasrat Newcastle untuk berada dalam kelompok empat teratas semakin terancam selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.KEPUTUSANAston Villa 2-4 ArsenalChelsea 0-1 SouthamptonNottingham Forest 1-1 Manchester CityNewcastle United 0-2 LiverpoolBrentford 1-1 Crystal PalaceBrighton 0-1 FulhamEverton 1-0 Leeds UnitedWolves 0-1 Bournemouth", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 08:23am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245894/berita/sukan/saya-bukan-gila-kuasa", "article_title": "'Saya bukan gila kuasa'", "article_text": "\u201cSAYA tidak pernah terbayang akan menduduki salah satu kerusi Ahli Majlis FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), mungkin ini sudah rezeki saya dan izin-Nya.\u201dItu reaksi Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sejurus diajukan pertanyaan berkenaan pemilihannya sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027.Hamidin berkata, pemilihannya itu dianggap sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar dalam mengangkat martabat bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia ke peringkat lebih tinggi.\u201cUntuk berada sehingga peringkat ini (Ahli Majlis FIFA), banyak proses perlu dilalui. Saya bukan gila kuasa tetapi saya ada perancangan masa depan demi bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia.\u201cTerus terang saya tidak pernah terbayang menjadi Ahli Majlis FIFA. Kadang-kadang bangun daripada tidur, saya tertanya-tanya betulkah sekarang saya Ahli Majlis FIFA.\u201cBukan nak kata saya minta, tetapi pelantikan ini juga mungkin terjadi dengan izin ALLAH SWT. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan.\u201cSaya mendapat sokongan penuh daripada 12 negara ASEAN termasuk Australia untuk bertanding sampai (wakil) China dan Korea Selatan pun tewas,\u201d katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sukan Sinar baru-baru ini.Untuk rekod, Hamidin adalah individu keempat daripada Malaysia yang berjaya memegang jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada penggal 2015-2019, Tan Sri Hamzah Abu Samah (1982-1990) dan Lim Kee Siong (1960).Pada sesi pilihan bagi penggal baharu itu, Hamidin yang turut memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mendapat 30 undian, sekali gus membolehkan beliau mengisi salah satu daripada lima kerusi Ahli Majlis FIFA daripada tujuh calon bertanding.\u201cSaya tidak melihat pelantikan sebagai Ahli Majlis FIFA ini sebagai satu bebanan, sebaliknya ia lebih kepada saya untuk terus menaikkan imej bola sepak Malaysia, ASEAN dan Asia.\u201cTetapi saya tidak boleh khayal dengan jawatan baharu ini, ia bukan sesuatu yang boleh dimegah-megahkan. Saya ada tanggungjawab yang perlu dilakukan sebaik dipilih Ahli Majlis FIFA.\u201cFokus saya sekarang adalah bola sepak Malaysia dan kemudiannya ASEAN dan Asia. Saya sudah bersedia untuk bekerja lebih kuat demi bola sepak rantau ini,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Februari 2023 08:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245886/berita/sukan/arsenal-rampas-semula-status-peneraju-epl", "article_title": "Arsenal rampas semula status peneraju EPL", "article_text": "ARSENAL kembali menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park sebentar tadi.Tiga mata berharga yang diraih di gelanggang lawan itu membolehkan Arsenal berjaya memintas City yang hanya mampu bertahan seminggu di puncak liga.Bagaimanapun, City berpeluang untuk kembali berada di tangga teratas jika menewaskan Nottingham Forest di City Ground tengah malam nanti.Dalam aksi di Villa Park, Villa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ollie Watkins seawal minit kelima sebelum pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka menyamakan kedudukan pada minit ke-15.Phillipe Coutinho kembali meletakkan Villa di hadapan apabila meledak gol menarik pada minit ke-31.Arsenal sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertahanan kiri, Oleksandr Zinchenko pada minit ke-61.Arsenal yang kini mendahului City dengan kelebihan tiga mata, berjaya memperoleh dua gol pada masa kecederaan.Gol ketiga Arsenal terhasil daripada jaringan sendiri penjaga gol Villa, Emiliano Martinez sebelum Gabriel Martinelli menambah gol keempat The Gunners pada penghujung perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 11:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245884/berita/sukan/jdt-lancar-jersi-baharu-musim-2023", "article_title": "JDT lancar jersi baharu musim 2023", "article_text": "KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam Sabtu.JDT menerusi kenyataan memaklumkan, jersi yang dihasilkan dengan kerjasama Nike sejak 2014 itu didatangkan dengan dua rekaan iaitu jersi merah biru untuk tuan rumah dan jersi di tempat lawan berwarna putih.Identiti bendera Johor berwarna merah biru pada jersi tuan rumah serta bercorak \u2018camouflage\u2019 masih dikekalkan namun diberikan kelainan dengan tambahan kolar pada kali ini.\"Bagi jersi pelawat pula, JDT mengekalkan warna putih sebagai warna utama selain terdapat adunan kombinasi jalur merah di bahagian lengan dan biru di bahagian belakang jersi.\"Tahun ini merupakan musim kesembilan JDT bekerjasama dengan Nike yang telah meraikan kejayaan tanpa henti sejak 2014. Jersi-jersi ini adalah sebagai identiti kolektif bagi legasi kelab dan kejayaan di dalam dan di luar padang,\u201d menurut kenyataan itu.JDT menyatakan pengenalan jersi baharu dilancarkan menerusi tayangan video berdurasi satu minit 40 saat yang menampilkan beberapa pemain dan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Video tersebut turut membayangkan bahawa JDT sudah bersedia untuk menakluki musim 2023.JDT pada masa sama turut memaklumkan bahawa logo Socios.com, iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberi peluang ganjaran kepada penyokong kelab itu turut diletakkan pada kedua-dua jersi tersebut.Penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah di Johor. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 10:45pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245869/berita/sukan/brm-fc-masih-ada-peluang-beraksi-jika-tukar-jersi", "article_title": "BRM FC masih ada peluang beraksi jika tukar jersi", "article_text": "KELAB Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik kepada jersi lain.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Liga-M, sebarang pengiklanan berkaitan judi, rokok, rokok elektronik dan minuman alkohol adalah tidak dibenarkan.Menurutnya, penyertaan BRM FC dalam saingan Piala FA terletak di bawah MFL, manakala bagi Liga M3 terletak pada bidang kuasa Liga Bolasepak Amatur (AFL).\"Kita tidak membenarkan jersi itu dipakai ketika pertandingan kerana ia melibatkan isu sekatan ke atas pengiklanan,\" katanya ketika ditemui di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kuala Lumpur pada Sabtu.Bagaimanapun, Stuart berkata, apa jua keputusan terletak di atas pasukan itu sendiri yang sebelum ini turut dilapor mahu menarik diri daripada terbabit dalam saingan Liga M3 rentetan isu tersebut.\"Kami harap pasukan BRM FC masih boleh bermain dalam Piala FA, tetapi itu terpulang kepada keputusan mereka kerana impaknya lebih kepada penyertaan di dalam Liga M3.\"Bagi Piala FA, kita dah jalankan undian yang mengesahkan penyertaan. Kita tidak akan ubah format atau beri peluang pasukan lain main di mana pasukan yang sepatutnya menentang BRM FC akan mendapat 'bye' (jika BRM FC menarik diri),\" katanya.Sebelum ini, sebuah portal bola sepak tempatan mempersoalkan penajaan sebuah syarikat rokok elektronik terhadap kelab tersebut kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat rokok elektronik berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim baru-baru ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 07:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245862/berita/sukan/hadiah-kemenangan-cub-prix-meningkat-hampir-50-peratus", "article_title": "Hadiah kemenangan Cub Prix meningkat hampir 50 peratus", "article_text": "HADIAH wang kemenangan bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 meningkat hampir 50 peratus sempena sambutan edisi ke-30 perlumbaan dua roda itu.Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata, hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan daripada pasukan.Beliau berkata, saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baharu, selain penggunaan teknologi fuel injection bagi kelas Wira menjadi jentera kelas nasional ketiga untuk beralih ke teknologi tersebut.\"Kita ada perancangan besar untuk lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu kita nak beri lebih banyak peluang kepada pelumba Malaysia untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Satu daripada masalahnya sekarang adalah kos, jadi sebaik-baiknya kita boleh beri latihan kepada mereka di Malaysia (menerusi Cub Prix).\"Jadi, apabila mereka pergi ke peringkat lebih tinggi, terus boleh bersaing pada tahap tinggi, kerana tiada siapa melihat ke belakang... perlu sentiasa di atas, jika tidak, penajaan akan kurang,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix pada Jumaat.Mengulas lanjut, Ron berkata, komuniti Cub Prix di Malaysia besar, melibatkan lebih kurang 1,500 pelumba, mekanik, anggota pasukan, marshal dan krew pada satu-satu minggu perlumbaan.Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak membantu perlumbaan itu berlangsung sejak 1994 menerusi penajaan daripada pihak swasta, terutamanya Petronas yang menjadi penaja utama selama 20 tahun.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji penganjur yang mampu menjana pendapatan sendiri untuk meneruskan perlumbaan tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan, sesuatu patut dicontohi oleh badan-badan sukan lain.Yeoh berkata beliau juga telah mengarahkan pihak di kementeriannya untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan pertandingan sukan.Perlumbaan Cub Prix musim ini akan bermula dengan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 25-26 Feb, diikuti perlumbaan di Jempol (11-12 Mac), pusingan ketiga pada 27-28 Mei yang belum ditentukan lokasinya dan SIC Selatan (10-11 Jun).Perlumbaan kemudian akan bersambung di Litar Lumba Tangkak pada 8-9 Julai, Litar Perlumbaan Terengganu (21-22 Julai), Teluk Intan (2-3 September), Litar Perlumbaan Terengganu (22-23 September) dan Litar Lumba Tangkak (21-22 Oktober), sebelum tamat di Batu Kawan pada 25-26 November. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 06:25pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245860/berita/sukan/chong-wei-titip-pesan-buat-pemain-negara", "article_title": "Chong Wei titip pesan buat pemain negara", "article_text": "DATUK Lee Chong Wei ada menitipkan pesan kepada barisan pemain negara selepas kekalahan 2-3 kepada China dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 pada awal pagi Sabtu.Menurut Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan sesuatu untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan akan datang.\"Ini (BAMTC) satu-satunya persiapan (Piala Sudirman)... tak kisah menang atau kalah, tetapi apa yang penting kita tak boleh hilang keyakinan.\"Apabila balik (ke Malaysia) nanti, BAM akan buat persiapan lebih rapi kepada pasukan negara bagi menghadapi Piala Sudirman pada Mei nanti.\"Sebagai bekas pemain, saya hanya berkongsi pengalaman. Saya tahu bagaimana sukarnya untuk kembali bangkit daripada kegagalan.\"Tahun ini amat penting kerana ada Kelayakan Sukan Olimpik (Paris 2024). Saya hanya harap pemain-pemain dapat temui rentak mereka secepat mungkin,\" katanya.Chong Wei berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan, Kuala Lumpur pada Sabtu.Terdahulu, perjuangan Malaysia pada BAMTC 2023 berakhir apabila tewas 2-3 kepada China yang tampil selaku penyandang juara.Kekalahan kepada 'skuad kedua' China di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan Malaysia gagal merangkul kejuaraan buat kali pertama.Jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah masing-masing menyumbang satu mata buat Malaysia.Namun, perseorangan wanita, Goh Jin Wie, beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumbang kepada lawan masing-masing.Terdahulu, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib juara setelah tewas 1-4 kepada pasukan pilihan, India selepas membenam UAE dan Kazakhstan 5-0.Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019). Edisi 2021 di China dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 06:11pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245845/berita/sukan/amarjit-terkejut-menang-besar", "article_title": "Amarjit terkejut menang besar", "article_text": "TOKOH berbasikal antarabangsa, Datuk Amarjit Singh memahat sejarah tersendiri apabila hampir menyapu bersih undian pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi penggal 2023-2026 sebentar tadi.Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu meraih 71 daripada keseluruhan 72 undian untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKBM.Amarjit berkata, dia amat terkejut dengan pencapaiannya itu dan berterima kasih kepada semua perwakilan negeri yang mempercayai kebolehannya untuk terus memberi sumbangan kepada PKBM.\u201cSaya terharu dengan sokongan daripada perwakilan negeri. Ini menunjukkan perwakilan negeri percaya saya boleh memberi sumbangan positif kepada sukan berbasikal.\u201cSaya akan menjaga kepentingan PKBM selain UCI dan ACC (Konfederasi Berbasikal Asia) dengan baik,\u201d katanya kepada pemberita sejurus selesai sesi pemilihan tersebut yang diadakan di Melaka.Dalam pada itu, bekas menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memenangi jawatan Naib Presiden PKBM bagi penggal 2023-2026.Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima daripada pertandingan 10 penjuru.Jumlah undian tersebut sudah cukup buat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ untuk mengisi salah satu daripada lima kuota Naib Presiden PKBM.Selain Amarjit dan Khairy Jamaluddin, turut mengisi jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Saiful Abdul Jalil, Dr Zaim Ahmad dan Norazman Abu Samah.Pertandingan Timbalan Presiden PKBM pula menyaksikan kejutan terbesar apabila penyandang jawatan, Yunus Ibrahim dari Negeri Sembilan gagal untuk mempertahankan jawatannya.Yunus hanya memperoleh 26 undi berbanding 45 yang diraih pencabarnya, Mazlan Md Jalil yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden PKBM.\u201cSaya sangat terkejut, tetapi saya percaya ini adalah satu keputusan daripada semua perwakilan negeri. Saya anggap ini hari bertuah kepada diri saya,\u201d jelas Mazlan.Sebelum pemilihan itu, Datuk Abu Samah Abd Wahab telah diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKBM.Senarai Penuh Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM Penggal 2023-2026:Presiden: Datuk Abu Samah Abd Wahab (menang tanpa bertanding)Timbalan Presiden: Mazlan Md Jail (45 undi)Naib Presiden 1: Datuk Amarjit Singh (71)Naib Presiden 2: Mohd Saiful Abd Jalil (54)Naib Presiden 3: Dr Zaim Ahmad (46)Naib Presiden 4: Norazman Abu Samah (42)Naib Presiden 5: Khairy Jamaluddin (33)", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 04:30pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245831/berita/sukan/kbs-wajibkan-pengiring-atlet-paralimpik-negara", "article_title": "KBS wajibkan pengiring atlet paralimpik negara", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet paralimpik negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peraturan yang akan berkuat kuasa serta-merta itu bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).Menurutnya, ia bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet paralimpik negara dijaga sepanjang masa sekali gus memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.\"Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet paralimpik kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,\" katanya dalam satu kenyataan.Bagaimanapun, jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet paralimpik negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur dengan MSN dan MPM akan memastikan pegawai berpengetahuan dalam sesuatu sukan spesifik diberi tanggungjawab berkenaan.Keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).Klausa berkenaan menjelaskan bahawa petugas sokongan atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan.Selain itu, mereka mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam kod klasifikasi IPC berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 02:54pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245824/berita/sukan/kj-menang-jawatan-naib-presiden-pkbm", "article_title": "KJ menang jawatan Naib Presiden PKBM", "article_text": "BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi penggal 2023-2026.Pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM sebentar tadi, Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima daripada pertandingan 10 penjuru.Jumlah undian tersebut sudah cukup buat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ untuk mengisi salah satu daripada lima kuota Naib Presiden PKBM.Mengulas kemenangannya itu, Khairy Jamaluddin berkata, kini tiba masa untuknya berkhidmat kepada sukan berbasikal dan membantu PKBM.\u201cNasib baik saya menang pemilihan ini. Kalau tak maknanya saya kalah semua pertandingan,\u201d katanya dengan nada ketawa ketika ditemui pemberita di Melaka.Pertandingan Timbalan Presiden PKBM pula menyaksikan kejutan terbesar apabila penyandang jawatan, Yunus Ibrahim dari Negeri Sembilan gagal untuk mempertahankan jawatannya.Yunus hanya memperoleh 26 undi berbanding 45 yang diraih pencabarnya, Mazlan Md Jalil.Keputusan tersebut dianggap sangat mengejutkan kerana ramalan awal membayangkan pertandingan sengit satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden.Sementara itu, Datuk Amarjit Singh melakar kejutan terbesar apabila meraih hampir 100 peratus undi dengan menerima 71 daripada 72 sokongan untuk muncul Naib Presiden 1 PKBM.Selain Amarjit dan Khairy Jamaluddin, turut mengisi jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Saiful Abdul Jalil, Dr Zaim Ahmad dan Norazman Abu Samah.Sebelum pemilihan itu, Datuk Abu Samah Abd Wahab telah diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKBM.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 02:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245799/berita/sukan/sukan-sea-sasaran-pingat-tunggu-minggu-depan---hamidin", "article_title": "Sukan SEA: 'Sasaran pingat, tunggu minggu depan' - Hamidin", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menghantar skuad terbaik bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Mei depan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), E Elavarasan kini dalam persiapan awal bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.\u201cBuat masa ini, Elavarasan sedang mengumpul pemain-pemain untuk menjalani kem latihan pusat. Ia sebagai persediaan untuk Sukan SEA di Kemboja nanti.\u201cSukan SEA kali ini berlangsung dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Mungkin tiada isu lagi berkaitan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.\u201cNamun, apa yang saya lihat, ia akan memberi kelebihan kepada kita kerana Sukan SEA berlangsung ketika liga (Liga-M) berhenti rehat,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Ditanya tentang sasaran pada temasya Sukan SEA kali ini, Hamidin menjawab: Itu kita kena tunggu sidang akhbar yang akan diadakan Pengarah Teknikal (FAM, Scott O'Donell) minggu depan.\u201cApapun sudah tentu kita mengharap kejayaan di Kemboja nanti. Biarlah Elavarasan buat 'kerja' beliau dahulu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap,\u201d ujarnya.Pada masa sama, Hamidin memaklumkan, FAM tidak akan menghantar pasukan bagi menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 September depan.Keputusan itu dibuat kerana tarikh penganjuran Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditangguhkan tahun lalu, hampir dengan pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas ialah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia yang ketika itu skuad Harimau Muda dibimbing Datuk Ong Kim Swee.Dua tahun sebelum itu, Harimau Muda yang dikendali Datuk K Rajagobal berjaya mengakhiri penantian selama 20 tahun untuk meraih 'ibu emas' di bumi Vientiane, Laos.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 11:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245798/berita/sukan/mom-akur-keputusan-fam-tak-hantar-b-23-ke-sukan-asia", "article_title": "MOM akur keputusan FAM tak hantar B-23 ke Sukan Asia", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menghormati keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September ini.Bagaimanapun Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan itu dengan FAM memandangkan senarai pemilihan atlet ke Sukan Asia belum lagi dimuktamadkan.\"Bagi saya setiap persatuan mempunyai perancangan tersendiri untuk medium atau jangka panjang, pasukan mana nak hantar.\"Buat masa ini kita hormat keputusan di peringkat persatuan (FAM),\" katanya ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-204.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini berkata, keputusan itu dibuat kerana penganjuran Sukan Asia begitu hampir dengan tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan sama.Katanya, perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira pandangan Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan Ketua Jurulatih E Elavarasan bahawa pusingan kelayakan itu lebih penting dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Untuk rekod Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober, manakala pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dijangka bermula dari 4 hingga 12 September.Tiga pasukan terbaik dalam pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 10:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245771/berita/sukan/pasukan-liga-m-2023-lebih-serius", "article_title": "Pasukan Liga-M 2023 lebih serius", "article_text": "PERSIAPAN pramusim beberapa kelab untuk mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 menerusi aksi persahabatan di luar negara termasuk Timur Tengah disifatkan sebagai luar biasa.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, pendekatan pasukan menguji kekuatan dengan kelab luar negara menunjukkan mereka serius untuk membentuk skuad yang mantap.Katanya, langkah itu juga adalah sesuatu yang positif kerana persiapan di luar negara berbeza berbanding aksi persahabatan dengan kelab tempatan.\u201cPersiapan pasukan yang berada di kedudukan enam atau tujuh carta Liga Super musim lalu sebagai luar biasa.\u201cJDT (Johor Darul Ta'zim) terbang ke Dubai, Kedah Darul Aman (KDA) FC ke Turkiye dan beberapa pasukan lain bermain di Bangkok, Thailand.\u201cBanyak kita boleh buat dengan melakukan persiapan yang lebih baik. Mengadakan perlawanan dengan pasukan yang kuat. Boleh bina kekuatan skuad di luar mata pasukan lain di Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Selain JDT dan KDA FC, beberapa pasukan termasuk Selangor FC, Sri Pahang FC, Terengganu FC (TFC) serta Kelantan FC yang terbang ke Bangkok mengadakan aksi persahabatan dengan kelab di Thailand.JDT menjalani latihan pramusim di Dubai.Menurutnya, menerusi pemerhatian cara persiapan pasukan Liga-M, beliau menjangkakan JDT menjadi pilihan untuk mengulangi kejayaan musim lalu meraih kesemua empat kejuaraan.Bagaimanapun, Selangor FC, TFC, KDA FC, Sri Pahang, Sabah FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC dilihat mampu memberi tentangan untuk mencabar skuad dari selatan tanah air itu daripada merangkul trofi.\u201cSkuad JDT sudah biasa didedahkan dengan lawan yang kuat. Mereka berada dalam saingan Asia. Ini kelebihan JDT untuk rangkul trofi.\u201cSelangor di bawah kendalian Tan Cheng Hoe juga banyak perubahan. Mampu tandatangani ramai import, selain memiliki pemain muda tempatan yang hebat.\u201cTFC pula masih ramai pemain yang sudah lama bersama walaupun dibimbing jurulatih baharu.\u201cCorak permainan juga sudah berubah. Kedah dilihat mampu beri tentangan, selain Sri Pahang, Sabah dan KL City,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 08:00am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245779/berita/sukan/mason-letak-jawatan", "article_title": "Mason letak jawatan", "article_text": "PEGAWAI video bantuan pengadil (VAR), Lee Mason meletakkan jawatan selepas kesilapannya menyaksikan Arsenal kehilangan dua mata ketika menentang Brentford hujung minggu lalu.The Gunners terikat 1-1 dalam perlawanan di Emirates Sabtu lalu walaupun gol penyamaan Ivan Toney sepatutnya tidak dibenarkan.Toney menanduk masuk dari jarak dekat selepas Christian Norgaard yang terlebih dahulu ofsaid telah menghantar bola kepada penyerang Brentford itu.Gol itu diperiksa oleh VAR dengan Mason yang bertanggungjawab ke atas teknologi tersebut terlepas pandang melihat Norgaard yang ofsaid.Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), badan bertanggungjawab untuk pengadil di England kemudiannya mengakui ia adalah 'kesilapan yang ketara' dan Mason tidak ditugaskan untuk perlawanan pada hujung minggu akan datang.PGMOL kemudian mendedahkan pada Jumaat bahawa Mason telah meninggalkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.\"PGMOL boleh mengesahkan bahawa Lee Mason telah meninggalkan organisasi dengan persetujuan bersama.\"Lee adalah pengadil Liga Perdana selama 15 tahun dan menyelia 287 perlawanan liga utama pada masa itu, dengan penampilan terakhirnya pada peringkat musim 2021-22.\"Kerjaya penuhnya dalam perlawanan profesional menyaksikan dia mengendalikan lebih 500 perlawanan.\"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lee atas khidmatnya yang berdedikasi dan mendoakan yang terbaik untuknya untuk masa depan.\"Ia bukan kesilapan berprofil tinggi pertama Mason pada musim ini apabila turut menafikan kemenangan Newcastle United menentang Crystal Palace pada September lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 07:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245777/berita/sukan/pelabur-qatar-sahkan-tawaran-beli-mu", "article_title": "Pelabur Qatar sahkan tawaran beli MU", "article_text": "PENGERUSI Bank Islamik Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani mengesahkan penyerahan bidaan untuk mengambil alih sepenuhnya kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.Pemilik United dari Amerika Syarikat (AS), keluarga Glazer telah meletakkan United untuk dijual pada November selepas 18 tahun sebagai pemegang saham majoriti.Tarikh akhir dilaporkan ditetapkan pada Jumaat dengan kontinjen dari Qatar dan jutawan British Jim Ratcliffe dijangka menghantar tawaran pembelian.Walaupun Ratcliffe iaitu pemilik syarikat bahan kimia INEOS mengesahkan minat bulan lalu, namun Sheikh Jassim adalah orang pertama mengisytiharkan secara terbuka penyerahan tawaran yang sah.Dalam satu kenyataan pihak Qatar itu menyatakan: Syeikh Jassim Bin Hamad Al Thani mengesahkan penyerahan tawaran untuk membeli 100 peratus Kelab Bola Sepak Manchester United.\"Bidaan itu sudah tentu untuk mengembalikan kelab kepada kejayaannya di dalam dan di luar padang. Apa yang paling penting adalah usaha meletakkan kehendak peminat di kelab tersebut.\"Bidaan itu akan bebas hutang sepenuhnya melalui Yayasan Nine Two Sheikh Jassim, yang akan berusaha untuk melabur dalam pasukan bola sepak, pusat latihan, stadium dan infrastruktur lebih luas, pengalaman peminat dan komuniti yang disokong kelab itu.\"Visi bidaan adalah untuk Kelab Bola Sepak Manchester United yang terkenal dengan kecemerlangan bola sepak dan dianggap sebagai kelab bola sepak terhebat di dunia. Butiran lanjut bidaan akan dikeluarkan apabila sesuai dan proses bidaan berkembang,\" kata kenyataan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245775/berita/sukan/china-hentikan-perjuangan-malaysia-di-suku-akhir", "article_title": "China hentikan perjuangan Malaysia di suku akhir", "article_text": "SKUAD negara sekali lagi gagal mengakhiri badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023, apabila tewas 3-2 kepada juara bertahan China.Pada aksi di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, kem negara bermula garang apabila perseorangan negara Lee Zii Jia menewaskan Lei Lan Xi, 21-16, 22-20.Biarpun begitu, China kembali menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanitanya yang berkedudukan ke-101 dunia, Gao Fang Jie, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, 15-21, 21-13, 21-19, selepas 70 minit perlawanan.China terus di depan 2-1 apabila dalam aksi beregu lelaki pula, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, mengetepikan pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 24-22, 21-18.Bagaimanapun beregu wanita nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah membuka kembali peluang buat negara apabila mengalahkan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19, dalam masa 76 minit.China, yang tidak menampilkan barisan bintang, membuktikan penguasaannya apabila meraih kemenangan 3-2 selepas beregu campuran pasukan itu yang berada pada ranking ke-110 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, menundukkan beregu nombor enam dunia dari Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-15, 25-23.Kemenangan itu menyaksikan China akan berdepan India yang menewaskan Hong Kong 3-2, manakala Korea Selatan bakal menentang Thailand pada Sabtu.Untuk rekod, empat pasukan di separuh akhir secara automatik layak ke Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.Malaysia sebelum ini menamatkan kempen Kumpulan B sebagai naib johan setelah tewas kepada juara Piala Thomas India, 1-4, pada Khamis.Skuad negara memulakan saingan edisi 2023 dengan kemenangan 5-0 ke atas tuan rumah UAE dan Kazakhstan.Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019), manakala edisi 2021 di Wuhan, China dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245780/berita/sukan/tiada-jaminan-heung-min-dalam-kesebelasan-utama", "article_title": "Tiada jaminan Heung-min dalam kesebelasan utama", "article_text": "SON Heung-min tidak akan mendapat sebarang jaminan berada dalam kesebelasan utama Tottenham Hotspur ketika menentang West Ham United pada Isnin selepas tampil dengan aksi mengecewakan musim ini.Bintang Korea Selatan itu merupakan salah seorang pemain yang menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu apabila berkongsi Kasut Emas bersama Mohamed Salah selepas menjaringkan 23 gol.Tetapi pada musim 2022-23, Son hanya mampu menjaringkan empat gol dalam 21 penampilan EPL.Kekurangan pilihan Spurs di bahagian serangan mungkin telah menyaksian Heung-min berjaya mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama.Namun, dengan kehadiran semula Richarlison yang kembali cergas berkemungkinan Heung-min akan diletakkan di bangku simpanan.Penolong jurulatih, Cristian Stellini menegaskan Heung-min kemungkinan akan direhatkan dan menuntut pemain itu bangkit dengan aksi lebih cemerlang sekiranya dimasukkan sebagai pemain gantian.\"Setiap kali anda memilih pasukan, anda perlu meninggalkan seseorang di bangku simpanan.\"Adalah penting juga bahawa beberapa pemain penting kekal di bangku simpanan untuk mereka beraksi cemerlang apabila masuk sebagai pemain gantian.\"Kami mempunyai pengalaman dengan Son, kami mempunyai pengalaman dengan Richarlison dan kami telah berpengalaman dengan Dejan Kulusevski dari bangku simpanan apabila mereka mengubah permainan.\"Ini adalah perkara biasa untuk semua orang, bukan kerana anda mempunyai pemain penting dan dia perlu bermain secara tetap.\"Jika dia perlu bermain kadang-kadang, dia juga perlu berehat kerana kami mempunyai senarai perlawanan yang banyak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 07:04am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245776/berita/sukan/ronaldo-bantu-al-nassr-kembali-ke-puncak-liga", "article_title": "Ronaldo bantu Al Nassr kembali ke puncak liga", "article_text": "Al NASSR kembali berada di kedudukan teratas Liga Pro Saudi selepas Cristiano Ronaldo menjadi inspirasi dengan dua bantuan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Al Taawoun pada Jumaat.Ronaldo dalam laman Twitternya gembira dengan kerja berpasukan yang ditunjukkan pasukan untuk meraih kemenangan tersebut dalam aksi di Stadium Universiti King Saud.\"Tempat teratas liga dan tiga mata penting. Kerja berpasukan yang hebat!,\" katanya.Bantuan gol pertama Ronaldo dalam perlawanan itu merupakan hantaran menarik kepada Abdulrahman Ghareeb sebelum pemain sayap itu menewaskan penjaga gol Al Taawoun pada minit ke-17.Alvaro Medran menyamakan kedudukan buat Al Taawon dua minit selepas babak kedua bersambung sebelum Ronaldo sekali lagi muncul dengan bantuan gol untuk membolehkan Abdullah Madu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78.Kemenangan itu membawa Al Nassr kembali ke atas Al Ittihad dengan perbezaan gol apabila kedua-dua pasukan berkongsi 40 mata.Juara Arab Saudi itu juga telah disahkan beraksi dalam Piala Dunia Kelab akhir tahun ini sebagai wakil negara tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2023 06:56am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245751/berita/sukan/pedri-alami-kecederaan-hamstring", "article_title": "Pedri alami kecederaan hamstring", "article_text": "PEMAIN tengah Barcelona, Pedri mengalami kecederaan hamstring ketika seri 2-2 di tempat sendiri dengan Manchester United dalam Liga Europa, kata pasukannya pada Jumaat.Media tempatan melaporkan bahawa pemain antarabangsa Sepanyol itu akan berehat sehingga empat minggu.Pedri dikeluarkan pada separuh masa pertama undian digantikan dengan kelibat Sergi Roberto.Barcelona dalam satu kenyataan tidak menyatakan berapa lama Pedri akan direhatkan, namun akhbar Sepanyol Diario AS berkata, dia boleh diketepikan selama empat minggu, menyebabkan dia tidak dapat bermain dalam perlawanan kedua di United serta perlawanan Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid.\"Pedri dari FC Barcelona mengalami kecederaan otot rektus femoris di paha kanannya (hamstring).\"Berita ini satu tamparan hebat kepada Barca, kerana Pedri berada dalam prestasi yang luar biasa sejak kebelakangan ini dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan rekod tanpa kalah,\" kata Barcelona dalam satu kenyataan.Barcelona mengungguli La Liga dengan 56 mata daripada 21 perlawanan akan berdepan kelab tangga ke-16, Cadiz di tempat ke-16 pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 09:26pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245724/berita/sukan/tfc-perkenal-jersi-baharu-hadapi-saingan-musim-2023", "article_title": "TFC perkenal jersi baharu hadapi saingan musim 2023", "article_text": "TERENGGANU Football Club (TFC) memperkenalkan jersi baharu pasukan secara rasmi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 yang bakal membuka tirainya menerusi sepak mula menentang JDT pada 24 Februari ini.Pelancaran jersi baharu itu diadakan secara langsung bersama sesi memperkenalkan pemain dan barisan penaja sempena majlis pelancaran TFC Black & White Day, pada Jumaat.Pegawai Eksekutif (CEO) TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, skuad itu memilih untuk mengekalkan tema warna hitam putih bagi jersi di halaman sendiri (home) dengan menambah sedikit warna hitam dan warna kuning keemasan.\"Kita juga menambahkan lakaran Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada jersi sebagai menunjukkan ia adalah rumah 'keramat' bagi pemain berlatih dan berentap bersama pasukan lawan sekali gus menaikkan lagi semangat pemain.\"Selain itu, bagi menggambarkan kecintaan peminat kepada pemain, kita turut melakar kata-kata pada (bahagian dalam belakang) jersi dengan harapan mereka terus beraksi dengan cemerlang dalam liga musim ini,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran di sini pada Jumaat.Menurut Ab Rasid, bagi jersi di tempat lawan (away) pula, skuad itu menampilkan warna hijau dengan lakaran (grafik) pelantar minyak pada (bahagian dalam belakang) jersi sebagai simbolik kepada hasil bumi Terengganu.\"Ia adalah identiti Terengganu iaitu hasil minyaknya merupakan sumber utama negeri kita. Lakaran pelantar minyak turut dimuatkan bagi membangkitkan semangat.\"Ia sekali gus meningkatkan azam mereka untuk bermain bersungguh-sungguh dan membayar balik dengan kemenangan,\" ujarnya.Antara jersi bagi penjaga gol yang ditampilkan untuk saingan Liga Malaysia 2023. - Foto ihsan Facebook Terengganu FCBagi penjaga gol pula, warna hitam gelap dipilih bagi menggambarkan warna rasmi bendera selain warna pink cerah yang turut diletakkan peta setiap daerah yang ada dalam negeri Terengganu.\"Setiap daerah mempunyai mercu tanda misalnya Hulu Terengganu terkenal dengan Tasik Kenyir dan ada (mercu tanda) yang dipaparkan pada jersi tersebut,\" katanya.Difahamkan jersi baharu TFC pada musim itu kini dibuka untuk tempahan dengan harga pasaran RM129 sehelai.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 06:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245699/berita/sukan/ayuh-malaysia-bangkit", "article_title": "Ayuh Malaysia bangkit!", "article_text": "SKUAD negara yang bersaing di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu segera bangkit mempamerkan karakter sebenar pada aksi suku akhir menentang China malam ini.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, para pemain perlu melupakan kekalahan kepada India dalam aksi peringkat kumpulan pada Khamis.Katanya, kekalahan itu adalah asam garam dalam kejohanan dan menjadikannya pengajaran untuk beraksi lebih baik bertemu China.\u201cPertandingan belum habis. Prestasi pasukan negara sudah tentu ada pasang dan surut.\u201cJadi saya harap mereka dapatkan lupakan kekalahan itu (India) dan teruskan cabaran apabila bertemu China yang pasti cabarannya bukan mudah.\u201cMereka pemain profesional dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk perlawanan seterusnya. Saya harap mereka mampu untuk beri aksi terbaik,\u201d katanya.Pada aksi akhir peringkat kumpulan B pada Khamis, Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas pada India 1-4.Malaysia diundi bertemu China pada aksi suku akhir pada jam 8 malam ini untuk meraih slot ke pusingan separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 04:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245673/berita/sukan/kelonggaran-kelayakan-kategori-b-buat-sukan-tertentu---mom", "article_title": "Kelonggaran kelayakan kategori B buat sukan tertentu - MOM", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) sedia memberi kelonggaran kepada sukan tertentu sekiranya mereka tetap 'berkeras' menyenaraikan atlet senior dalam kategori B untuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dari 5 hingga 17 Mei ini.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, antara sukan yang boleh dipertimbangkan untuk membawa atlet senior adalah olahraga, polo air, bola tampar, lumba perahu tradisional serta snuker dan biliard.Menurutnya, khidmat atlet senior ini sememangnya diperlukan dalam usaha membimbing atlet junior beraksi dalam temasya dwitahunan itu.\u201cDalam sukan snuker dan biliard ada atlet yang berumur 50 dan ke atas kerana anda harus faham sukan ini memang bermula lambat dan individu yang sertai juga lambat, bawah umur tak boleh masuk ke dalam kawasan tertentu (pusat snuker).\u201cUntuk sukan olahraga sekiranya terdapat seorang atlet senior dan tiga lagi atlet junior dalam acara kuartet 4x100 meter (m) mahupun 4x400m, kita boleh pertimbangkan,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-204 di Kuala Lumpur pada Jumaat.Oktober lepas, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM menetapkan hanya atlet berusia 23 tahun ke bawah boleh mewakili negara dalam Kategori B, sekali gus menyaksikan tiada lagi atlet 'veteran' beraksi di Sukan SEA Kemboja tanpa melepasi had kelayakan Kategori A, iaitu kedudukan tiga terbaik di Asia Tenggara.Bagi temasya antarabangsa, semua kos penyertaan bagi atlet Kategori A ditanggung MOM, manakala kos bagi Kategori B ditanggung atlet atau persatuan sukan terlibat, tetapi dibayar balik jika mereka berjaya membawa pulang pingat.Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, terdapat 799 atlet dan pegawai termasuk dalam senarai awal bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023.Katanya, jumlah tersebut merangkumi 367 atlet dan 143 pegawai yang memenuhi kriteria Kelayakan A, manakala 227 atlet dan 62 pegawai berada dalam Kategori B.Beliau juga berkata, senarai atlet dan pegawai pasukan untuk lapan persatuan bukan ahli gabungan iaitu finswimming, catur xiangqi, e-sukan, jetski, jiujitsu, kickboxing, obstacle race dan petanque akan dimuktamadkan sebelum tarikh tamat tempoh penghantaran nama atlet ke Sukan SEA 2023, 5 Mac ini.Sementara itu, beliau berkata, olahraga dijangka membentuk skuad terbesar dengan 33 atlet layak mengikut Kategori A dan 31 lagi di bawah Kategori B sebagai persiapan menyiapkan skuad berwibawa bagi mengharungi saingan Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand dan Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza mengumumkan bekas ratu boling negara, Datuk Shalin Zulkifli dan bekas juara skuasy perseorangan wanita Sukan SEA Manila 2005, Sharon Wee dilantik menjadi Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA 2023.Beliau optimis pengalaman diraih kedua-dua bekas atlet kebangsaan itu bukan sahaja dapat membantu Ketua Kontinjen, Datuk Mohd Nasir Ali malah memberi inspirasi kepada barisan atlet untuk tampil menyerlah di Kemboja.Beliau pada masa sama berkata, status keahlian Persekutuan Petanque Malaysia sebagai ahli bersekutu telah terlucut berpandukan Artikel 24.2 (a) Perlembagaan MOM yang memperuntukkan keahlian mana-mana ahli digugurkan seandainya tidak berdaftar dengan pertubuhan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1992, Akta Pertubuhan 1996 dan Akta Syarikat 1965.\u201cMesyuarat turut meluluskan cadangan Lembaga Eksekutif untuk menyenaraikan dua ahli baharu iaitu Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) sebagai ahli bersekutu MOM,\u201d katanya.Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia tidak tidak akan bertanding dalam acara Khun Khmer pada Sukan SEA kali ini selepas Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa (IFMA) membantah keputusan tuan rumah untuk melantik sebuah Persekutuan Asia (AF) yang tidak diiktiraf bagi menganjurkan acara itu dengan menggunakan peraturan Kun Khmer. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 03:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245671/berita/sukan/messi-tak-mungkin-kembali-ke-barca---bapa", "article_title": "Messi tak mungkin kembali ke Barca - Bapa", "article_text": "PEMAIN bintang, Lionel Messi tidak bercadang untuk kembali ke kelab lamanya, Barcelona yang disertainya sejak berumur 13 tahun ketika kontaknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) akan berakhir pada musim panas.Perkara itu disahkan oleh bapanya, Jorge Messi yang ditemui media di lapangan terbang Barcelona.\u201cSaya tidak fikir begitu, keadaannya tidak betul,\u201d ujar Jorge mengulas sama ada dia mahu anaknya kembali bersama Barcelona.Pemain berusia 35 tahun tersebut menyertai PSG pada musim 2021 selepas kelab Catalan itu tidak dapat memperbaharui perjanjian berikutan peraturan 'financial fair play' La Liga.Jorge sudah bercakap dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta mengenai perjanjian dan Messi masih ada kontrak dengan PSG.\u201cPerjanjian Messi bersama PSG akan tamat pada musim panas dan ketika ini dia masih belum bersetuju dengan syarat baharu.\u201cDalam hidup banyak perkara boleh berlaku,\u201d ujar Jorge.Kapten Argentina itu yang memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.Messi melakar kejayaan gemilang bersama Barca apabila merangkul 35 trofi dan menjaringkan 672 gol daripada 778 aksi dalam semua kejohanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 02:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245647/berita/sukan/zidane-sertai-f1", "article_title": "Zidane sertai F1", "article_text": "PEMAIN legenda, Zinedine Zidane bertukar angin daripada arena bola sepak ke litar lumba apabila menyertai pasukan Formula Satu (F1) Alpine.Bekas pengurus Real Madrid itu diperkenalkan sebagai duta Alpine dalam majlis memperkenalkan jentera baharu mereka, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat.\u201cSaya amat gembira untuk berada di sini dan gembira menjadi sebahagian daripada pasukan Alpine,\u201d ujar Zidane.Bekas pemain legenda Juventus, Real Madrid dan Perancis itu, yang turut pernah mengemudi Los Blancos bagi dua era berbeza, dilihat melawat garaj Alpine dalam perlumbaan di Monaco musim lalu.\u201cSaya memiliki peluang untuk bertemu Laurent (Rossi, ketua pegawai eksekutif Alpine) dan bersama seluruh pasukan ini bagi setiap Grand Prix.\u201cKami memiliki hubungan yang baik dan mereka memiliki projek untuk memberi peluang buat golongan muda. Saya amat tertarik dengan projek ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245642/berita/sukan/arsenal-terdesak-tewaskan-villa", "article_title": "Arsenal terdesak tewaskan Villa", "article_text": "ARSENAL sudah melupakan kekalahan memeritkan kepada Manchester City apabila berkunjung ke Villa Park dalam misi wajib menang ke atas Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam Sabtu.The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta berharap laman lawan menjadi penawar untuk mengubat duka empat perlawanan tanpa kemenangan.\u201cSaya rasa lebih percaya berbanding perlawanan sebelum ini,\u201d ujar Arteta.Rekod tanpa kalah Arsenal di laman sendiri berakhir pada Khamis apabila City menggegarkan Emirates menerusi kemenangan 3-1 dan ke persada buat pertama kali sejak November.The Citizens hanya mendahului berdasarkan perbezaan gol dan Arsenal masih berkelebihan satu perlawanan berbanding pencabar utama itu.Kemenangan di Villa Park akan mengembalikan semangat skuad Arteta, namun wujud kebimbangan kecederaan yang mungkin menjejaskan persiapan skuad muda itu.Pemain tengah, Thomas Partey dijangka terlepas peluang untuk beraksi berikutan kecederaan otot, manakala Gabriel Jesus masih belum sembuh.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 12:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245626/berita/sukan/wang-tak-boleh-beli-gol", "article_title": "'Wang tak boleh beli gol'", "article_text": "KUASA wang mampu mempengaruhi arena bola sepak menerusi trend keterujaan bilionair dunia khususnya dari Timur Tengah untuk melabur dalam industri sukan itu.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich dan ahli lembaga pengarah, Uli Hoeness mengingatkan bahawa pengaruh wang asing itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Kenyataan itu dibuat selepas Bayern Munich mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu.\"Permainan itu menunjukkan wang tidak selalunya menjaringkan gol.\"Saya sangat suka menentang mereka,\" katanya.Hoeness berkata, kelab tradisional seperti Bayern boleh ketinggalan di belakang pasukan elit bola sepak jika masih kekal dengan cara lama.Justeru beliau menggesa peraturan pemilikan kelab Jerman itu dilonggarkan bagi membolehkan pasukan menarik pelabur luar.PSG dimiliki oleh Qatar Sports Investments (QSI) - anak syarikat dana kekayaan negara.\"Anda perlu berasa bimbang beberapa kelab akan dibeli pada masa depan. Dari Timur Tengah khususnya,\" kata bekas penyerang Bayern itu.Spekulasi tersebar bahawa Qatar mahu membeli Manchester United, manakala Arab Saudi pula ingin membeli Liverpool.\"Maka tidak akan ada had (perbelanjaan). Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk kita,\" katanya secara sinis.Hoeness terkenal dengan kenyataan 'pedas' di media Jerman yang sering ditujukan kepada lawan antarabangsa atau domestik termasuk PSG.Beliau menggesa bola sepak Jerman membatalkan peraturan '50 1', yang menetapkan ahli memiliki majoriti kelab sekali gus menghalang pelaburan dari luar.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 10:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245621/berita/sukan/barcelona-manchester-united-sama-kuat", "article_title": "Barcelona, Manchester United sama kuat", "article_text": "GERGASI La Liga, Barcelona bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 ketika berdepan Manchester United dalam perlawanan pusingan pertama playoff pusingan kalah mati Liga Europa pada Jumaat.United kendalian Erik ten Hag merupakan pasukan yang lebih baik untuk sebahagian besar permainan dan mengawal tempo, namun dikecewakan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen yang melakukan tiga penyelamatan cemerlang pada separuh masa pertama.Pendahulu LaLiga dikemudikan Xavier Hern\u00e1ndez bagaimanapun menceriakan Stadium Camp Nou menerusi menjaringkan gol pertama, lima minit selepas rehat, apabila Marcos Alonso menjaringkan gol hasil tandukan dari sepakan sudut minit ke-50'Marcus Rashford menyamakan kedudukan tiga minit kemudian yang berpunca serangan balas di sebelah kiri, menjaringkan gol penyudah menewaskan Ter Stegen.Rashford sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menyudahkan tendangan sudut pendek mengelirukan pertahanan tuan rumah Jules Kounde yang menjelmakan gol sendiri.Bagaimanapun Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pertahanan United menghadiahkan bola di tepi kotak mereka kepada Raphinha yang hantaran lintangnya menewaskan David de Gea pada minit ke-76'.Liga EuropaBarcelona 2-2 Manchester UnitedSalzburg 1-0 AS RomaJuventus 1-1 NantesBayer Leverkusen 2-3 AS MonacoShakhtar 2-1 RennesAjax 0-0 Union BerlinSevilla 3-0 PSV EindhovenBraga 0-4 FiorentinaLazio 1-0 CFR Cluj", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 09:51am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245614/berita/sukan/malaysia-naib-juara-kumpulan-jumpa-china-di-suku-akhir", "article_title": "Malaysia naib juara kumpulan, jumpa China di suku akhir", "article_text": "PASUKAN negara mengakhiri saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 dengan status naib johan selepas tewas 1-4 kepada India dalam perlawanan terakhir di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka gelanggang cemerlang pada set pertama apabila menang 21-18 ke atas HS Prannoy.Namun pemain nombor sembilan dunia itu kemudiannya bangkit mengetepikan Zii Jia, 21-13, 25-23 di dua set terakhir.Kemenangan Prannoy memberi lebih keyakinan kepada juara dunia perseorangan wanita 2019, Pusarla V Sindhu yang mudah menundukkan pemain muda negara, Wong Ling Ching, 21-13, 21-17.Pasukan negara kembali ceria apabila juara dunia, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10.Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.Bagaimanapun, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela yang menduduki ranking ke-19 dunia, muncul wira India selepas mengejutkan beregu wanita utama negara yang juga beregu nombor lima dunia, Pearly Tan-M Thinaah, 23-21, 21-15, sekali gus menobatkan India juara kumpulan.Beregu campuran nombor 26 dunia, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto melengkapkan kemenangan India dengan meraih mata keempat, biarpun berdepan tentangan hebat gandingan meningkat naik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-19, 19-21, 21-16.Sementara itu, Kazakhstan menduduki tempat ketiga Kumpulan B selepas mengalahkan tuan rumah UAE, 3-2.Malaysia akan berdepan pasukan pilihan China manakala India berdepan Hong Kong di pentas suku akhir.Korea Selatan akan berdepan Indonesia manakala Thailand menanti Jepun.Untuk rekod, empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 07:23am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245604/berita/sukan/ramuan-as-julang-haiqal", "article_title": "'Ramuan AS' julang Haiqal", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi mendedahkan rahsia kejayaannya meraih pingat emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu lalu.Haiqal mempraktiskan teknik larian yang dikongsikan pelari sensasi, Muhammad Azeem Fahmi yang ketika ini 'berguru' di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS).Atlet berusia 24 tahun itu mengenepikan rasa malu untuk meminta tips daripada Azeem,19, yang lebih junior daripadanya.\u201cSejak Azeem di AS kami saling berhubung bertanya khabar dan berkongsi pengalaman di sana. Saya nak dapatkan ilmu.\u201cWalaupun lebih senior dan berpengalaman tapi rasa benda kurang, saya bertanyakan Azeem. Buat apa kita nak malu.\u201cSaya tertarik dengan teknik larian Azeem, jadi saya minta tips daripadanya,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Haiqal meraih slot secara merit ke Sukan SEA Kemboja setelah meraih pingat emas dalam acara 100 meter (m) Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia di Bukit Jalil Sabtu lalu.Dia membuat catatan 10.46s mengatasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh pada Mei depan.Azeem - Foto InstagramHaiqal menjelaskan, Azeem berkongsi mengenai teknik larian tersebut dan dia mempraktiskan dalam sesi latihan.\u201cTak cuba, kita tak tahu. Ia bukan mudah dan ambil sedikit masa. Namun saya konsisten melakukannya dalam latihan dan ia berhasil,\u201d katanya.Mengulas ketiadaan Azeem pada Sukan SEA kali ini, Haiqal percaya dia bersama rakan pelari pecut yang lain mampu menggalas cabaran untuk meraih pingat.\u201cKami perlu bekerja keras untuk meraih podium dalam acara riben biru. Andai diberi peluang saya akan berikan yang terbaik,\u201d katanya.Haiqal mencipta sensasi apabila meraih emas pada Sukan SEA 2019 di Manila, namun gagal layak edisi di Hanoi tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Februari 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245597/berita/sukan/zainal-tuntut-penyerang-tempatan-lebih-tajam", "article_title": "Zainal tuntut penyerang tempatan lebih 'tajam'", "article_text": "LEGENDA bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.Zainal berharap Liga Super 2023 menjadi pentas kebangkitan penyerang tempatan, kerana ia secara tidak langsung mampu memberi manfaat besar kepada skuad Harimau Malaya, untuk memiliki penyerang prolifik dalam saingan bola sepak antarabangsa.\"Saya cuma mahu nasihat penyerang tempatan agar tidak cepat putus asa dan berlatih bersungguh-sungguh, sekiranya tidak dapat peluang bermain.\"Bagi saya tidak semua penyerang import itu baik, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan di sini pemain tempatan perlu berusaha dan beri keyakinan tinggi kepada jurulatih, untuk berada dalam kesebelasan utama,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program \u2018Malam Gebang Bola 2023\u2019 di sini, hari ini.Zainal pada masa sama juga mengingatkan kesemua jurulatih, agar tidak mengabaikan penyerang tempatan dengan memberikan minit permainan, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami ketumpulan penyudah.Bagaimanapun, bekas penyerang Selangor itu mengakui jurang penyerang tempatan dengan import masih lagi tinggi, biarpun mereka memiliki kemahiran dan teknikal baik di atas padang.\"Pemain kita ambil peluang terlampau banyak untuk jaringkan gol walhal penyerang import dapat jaringkan satu gol daripada dua peluang sahaja. Pemain import lebih tajam kerana mereka berlatih bersungguh-sungguh dan di sini pemain tempatan perlu buat \u2018homework\u2019 lebih lagi,\u201d katanya.Dalam pada itu, bekas ketua jurulatih Penang FC itu meramalkan juara bertahan, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) akan terus mendominasi Liga Super kali ini, memandangkan mereka memiliki struktur pasukan yang jauh lebih baik daripada pencabar lain.Justeru, beliau berharap agar pasukan lain dapat menjadikan JDT sebagai contoh, bagi mereka untuk membina skuad lebih mantap pada masa depan.Mohd Safee bercakap pada sidang media Majlis Malam Gebang Bola Astro 2023 malam ini. - Foto BernamaSementara itu, bekas penyerang kebangsaan Safee Sali, menamakan empat pasukan iaitu Selangor FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC, yang mampu mencabar JDT pada musim baharu yang akan membuka tirai pada 24 Feb ini.Bekas pemain pertahanan Melaka United FC Razman Roslan pula, menjangkakan Penang FC boleh membuat kejutan pada musim 2023, susulan kejayaan mengikat dua pemain dari pasukan lamanya iaitu Giovane Gomes dan Adriano Narcizo, yang diyakini mampu menambah bisa \u2018Harimau Kumbang\u2019. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 10:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245587/berita/sukan/orozco-import-terakhir-selangor", "article_title": "Orozco import terakhir Selangor", "article_text": "PEMAIN tengah dari Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujia atau lebih dikenali dengan Orozco diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 bermula 24 Februari ini.Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.\"Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan dengan kekurangan yang kita hadapi.\"Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol. Beliau juga mampu menyempurnakan \u2018set pieces\u2019 dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,\" katanya dalam kenyataan.Orozco merupakan rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.Karier profesional pemain tersebut bermula sejak usianya 16 tahun lagi bersama Maracaibo dan kelab terakhir adalah bersama Deportes Tolima dengan 114 penampilan, 12 jaringan gol dan 18 bantuan gol sepanjang dua musim bersama pasukan tersebut.Antara kejayaannya adalah pada musim 2014/2015, Orozco berjaya mengangkat piala pertamanya dalam Primera Divisi\u00f3n bersama pasukan Deportivo T\u00e1chira.Tahun 2015/2016, dia memenangi dua piala bersama New York Cosmos dalam saingan NASL Regular Season dan NASL Soccer Bowl.Selain itu, dia juga telah meraih juara dalam Primera A musim 2018, 2019 dan 2021 bersama Deportes Tolima.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 09:02pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245583/berita/sukan/isu-tajaan-vape-brm-fc-mungkin-tarik-diri", "article_title": "Isu tajaan vape: BRM FC mungkin tarik diri", "article_text": "PASUKAN Kuala Kangsar BRM FC membayangkan kemungkinan untuk tidak menyertai Liga M3 musim ini susulan isu penajaan syarikat rokok elektronik (vape).Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir berkata, keputusan itu terpaksa dipertimbangkan kerana pasukan berkenaan bakal kehilangan sumber kewangan yang besar.\u201cKami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara yang berlaku berkaitan isu penajaan dari sebuah syarikat rokok elektronik.\"Rentetan isu ini, keberangkalian besar pasukan Kuala Kangsar BRM FC akan menarik diri dari saingan Liga M3 2023 atas masalah penajaan yang kami hadapi,\" katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter pada Khamis.Ghafari berkata, ahli lembaga pengarah kelab tersebut akan bermesyuarat dan membuat keputusan dalam masa terdekat.Sebelum ini, sebuah portal bola sepak tempatan mempersoalkan penajaan sebuah syarikat vape terhadap kelab tersebut kerana dianggap melanggar syarat penajaan pasukan bola sepak dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atau tidak.Kontroversi itu tercetus selepas logo syarikat vape berkenaan terpapar pada jersi yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim baru-baru ini.Sementara itu, Amateur Football League (AFL) yang bertanggungjawab terhadap penganjuran Liga M3 turut memberikan respon berhubung isu tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 08:23pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245590/berita/sukan/presiden-fam-menghadap-sultan-selangor", "article_title": "Presiden FAM menghadap Sultan Selangor", "article_text": "SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Khamis.Baginda berkenan menyantuni kunjungan hormat Hamidin yang menyembah maklum perihal isu semasa bola sepak negara termasuk program pembangunan bola sepak wanita dan program akar umbi sukan itu.Baginda turut mengucapkan tahniah kepada Hamidin kerana dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada 1 Februari lepas.\u201cTuanku menyifatkan kejayaan saya dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA ini adalah sesuatu yang unik dan luar biasa.\u201cMalah, Tuanku menitahkan menjadikan peluang ini bukan sahaja sebagai platform mengembangkan kerjaya tetapi turut dijadikan nilai tambah dalam bola sepak Malaysia,\u201d kata Hamidin.Selain itu, perkara yang ditekankan baginda dalam kunjungan hormat itu adalah mengenai stadium baharu Selangor yang akan turut dilengkapi muzium sukan dan bola sepak.\u201cTuanku menitahkan saya supaya sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran untuk muzium sukan dan bola sepak yang akan melengkapkan lagi stadium baharu itu nanti.\u201cTuanku turut memberi penjelasan mengenai kelengkapan stadium baharu itu dengan turut meminta pandangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA untuk nilai tambah daripada pelbagai aspek teknikal merangkumi padang dan bilik persalinan,\u201d ujarnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 05:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245534/berita/sukan/hannah-ucap-tahniah-kejayaan-sivasangari", "article_title": "Hannah ucap tahniah kejayaan Sivasangari", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Ivy League di Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua berturut-turut pada Rabu.\u201cTahniah kepada pemain skuasy negara, S Sivasangari,\u201d catat Hannah di Facebooknya pada Khamis.Beliau turut berkongsi berita mengenai pencapaian pemain yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.Berita mengenai pemain yang berpangkalan di AS itu disiarkan di laman web rasmi Universiti Cornell, tempat dia melanjutkan pengajian dan berlatih.Meskipun tidak beraksi pada musim luruh, Sivasangari berjaya mencatatkan rekod kemenangan 9-0 pada musim bunga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya kepada 27 perlawanan sejak permulaan musim 2019/2020.Sivasangari yang menghuni ranking ke-20 dunia turut dipilih secara sebulat suara dalam pasukan All-Ivy League bersama rakan senegara dan seuniversiti, Lai Wen Li.Ia merupakan pencapaian kali kedua berturut-turut buat kedua-dua pemain berkenaan.Tahun lalu, atlet berusia 24 tahun itu memahat sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Universiti Cornell yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Ivy League.Ivy League adalah persidangan sukan bagi kolej-kolej AS, yang terdiri daripada universiti yang berprestij dan terpilih seperti Harvard, Yale, Princeton dan Columbia.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 04:37pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245508/berita/sukan/bubbleso2-taja-liga-malaysia", "article_title": "BubblesO2 taja Liga Malaysia", "article_text": "SYARIKAT air mineral beroksigen semula jadi pertama di Malaysia, BubblesO2 menjadi penaja baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak perjanjian selama setahun pada Khamis.Ketua Pegawai Eksekutif BubblesO2 Sdn Bhd, Ain Azizah Arifin percaya BubblesO2 dapat menyumbang sesuatu bagi memberikan sokongan kepada kelab-kelab Liga-M seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi penaja kepada beberapa sukan lain sebelum ini.\"Sebenarnya ini bukan kali pertama kami bekerjasama dalam aktiviti sukan di mana BubblesO2 pernah menjadi penaja pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing untuk Kejohanan CubPrix Kebangsaan (2018-2020), Sukan Malaysia (SUKMA 2022) bagi pasukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Pasukan Baseball Kebangsaan (2022) serta Kejohanan Silat Dunia 2022.\"Malah pelawaan dari Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kepada kami sebagai minuman rasmi bagi sukan permotoran negara bagi musim 2023 adalah bukti jelas penerimaan warga sukan terhadap BubblesO2.\"Walaupun ini kali pertama kami membabitkan diri dalam sukan bola sepak, BubblesO2 positif dengan pengalaman yang ada dapat memberikan kelebihan dan manfaat kepada semua terutamanya kepada barisan pemain Liga Malaysia,\" katanya dalam majlis menandatangani kotrak penajaan antara Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan syarikat BubblesO2 di sebuah hotel pada Khamis.Dalam pada itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan kehadiran BubblesO2 dalam kancah bola sepak tempatan akan dapat membantu pasukan terutamanya pemain yang mementingkan penghidratan sepanjang masa.\"Saya mewakili Ahli Lembaga Pengarah, rakan kongsi liga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada BubblesO2 atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan mereka untuk saingan Liga Malaysia musim ini.\"Saya percaya kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak dengan liputan meluas Liga Malaysia di negara ini bakal mengukuhkan lagi jenama BubblesO2,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 03:24pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245506/berita/sukan/jadikan-kes-melaka-sarawak-united-pengajaran", "article_title": "Jadikan kes Melaka, Sarawak United pengajaran", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan amaran tidak akan berkompromi dengan masalah tunggakan gaji sekiranya masih berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, setiap pasukan Liga Super perlu berhati-hati dalam berbelanja menyiapkan pasukan agar tidak terlalu boros sehingga memberikan kesan di penghujung liga.Menurutnya, MFL tidak akan teragak-agak menarik lesen pasukan seperti yang telah berlaku kepada Melaka United dan Sarawak United musim lalu.\"Kami sentiasa berusaha untuk memastikan pendekatan FAM dan MFL untuk hentikan stigma tunggakan gaji dalam bola sepak di negara ini.\"Tahun ini juga sama dan lesen yang akan diberikan kepada pasukan akan diukur dengan beberapa perkara termasuk kewangan pasukan. saya yakin semua pasukan tahu betapa seriusnya isu ini.\"Kami harap 14 pasukan Liga Super boleh menguruskan kewangan dengan sempurna dan isu mengenai tunggakan gaji tidak akan berlaku pada tahun ini,\" katanya kepada media selepas majlis menandatangani kontrak penajaan antara MFL dan syarikat BubblesO2 di sebuah hotel pada Khamis.Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mahu tindakan lebih tegas diambil kepada pasukan yang berdepan kes tunggakan gaji bermula musim ini.Dalam masa sama, Stuart juga percaya pendekatan MFL untuk mengatasi masalah tunggakan gaji telah menampakkan hasil.\"Pada 2018, kita ada 232 kes tunggakan gaji pada masa itu. Sekarang hanya tinggal sembilan hingga 13 kes aktif. Bagi saya, usaha untuk mengurangkan jumlah kes tunggakan gaji itu positif.\"Ia termasuk dengan langkah kita tidak beri lesen kepada Melaka dan Sarawak untuk beraksi di Liga Super.\"Walaupun ia memberikan impak besar kepada liga dengan ketiadaan kedua-dua pasukan ini, namun kita tetap tegas untuk elakkan perkara ini terus berlaku,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 03:17pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245459/berita/sukan/benzema-penjaring-kedua-terbanyak-real", "article_title": "Benzema penjaring kedua terbanyak Real", "article_text": "KARIM Benzema mengatasi rekod Raul sebagai penjaring gol kedua terbanyak Real Madrid ketika kemenangan 4-0 ke atas Elche dalam saingan La Liga pada awal pagi Khamis.Benzema kini merekodkan 230 gol di pentas La Liga daripada 428 penampilan selepas menyumbang dua gol dalam aksi di Santiago Bernabeu itu.Raul sebelum ini turun menjaringkan 228 gol dalam 550 perlawanan La Liga dan menyaksikan Benzema berjaya memintasnya ketika dia beraksi kurang 122 perlawanan.Pengendali Real, Carlo Ancelotti memuji 'aksi sempurna' Benzema yang kini berada di belakang Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak Real dengan 311 gol daripada 292 penampilan La Liga.\"Karim Benzema bukan sekadar seorang penyerang. Dia mempunyai pakej yang lengkap, sudah tentu Real Madrid mahukan dia pada tahap ini.\"Hari ini, dia bergabung baik dengan Rodrygo. Dia sentiasa bersedia di kawasan dan banyak membantu kami dalam penguasaan bola,\" katanya.Gol menarik Marcos Asensio memberikan Real pendahuluan awal sebelum Benzema menggandakan kelebihan Los Blancos selepas 30 minit menerusi sepakan penalti.Benzema kemudiannya menjaringkan gol La Liga ke-230 apabila sekali lagi berjaya menyempurnakan sepakan penalti keduanya sebelum Luka Modric mengesahkan kemenangan Real dengan gol keempat.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 12:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245448/berita/sukan/arteta-optimis-arsenal-julang-trofi", "article_title": "Arteta optimis Arsenal julang trofi", "article_text": "KETUMPULAN jentera serangan mengundang padah apabila Arsenal terpaksa melepaskan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City setelah tewas 1-3 awal pagi Khamis.Lebih memeritkan kekalahan itu dialami di laman sendiri di Stadium Emirates.Pengurusnya, Mikel Arteta mengakui aksi buruk The Gunners membuatkan mereka dihukum City di hadapan penyokong sendiri.\"Ia adalah pertembungan yang luar biasa antara dua pasukan. Kami menguasai permainan tetapi kami melepaskan gol kepada mereka,\" ujarPemain sensasi, Kevin De Bruyne membuka tirai jaringan buat The Citizens sebelum gol separuh masa kedua Jack Grealish.Erling Haaland menambah derita Arsenal sekali gus membuatkan gol penalti Bukayo Saka tidak lagi bermakna buat The Gunners.Pengurus Arsenal Arteta mengakui The Gunners dihukum kerana persembahan buruk mereka di utara London.Arteta kalah lapan daripada sembilan pertarungan dengan skuad Pep Guardiola dalam semua pertandingan.Beliau berkata, kekalahan disebabkan kesilapan sendiri akibat terlalu leka dan akhirnya dihukum oleh pasukan lawan.\"Kami mempunyai tiga peluang tetapi tidak menyempurnakannya dan itulah perbezaannya.\"Bagi mengalahkan mereka, kami perlu mengatasi tahap kami kerana mereka adalah pasukan yang bagus.\"Suasana dan persembahan sangat bagus, tapi kami memberikan mereka tiga gol,\" ujar Arteta.Di sebalik kekalahan itu, Arteta optimis dengan prestasi para pemain dan percaya Arsenal mampu merangkul gelaran juara liga yang pertama mereka sejak kempen 'Invincibles' 2003/04.\"Saya lebih yakin berbanding sebelum perlawanan dengan prestasi dan tahap yang ditunjukkan ketika menentang City.\"Mereka mahu bermain permainan yang berbeza dan dengan sokongan penonton, kami boleh melakukannya,\" ujar Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 10:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245444/berita/sukan/ledakan-adeyemi-benam-chelsea-di-dortmund", "article_title": "Ledakan Adeyemi benam Chelsea di Dortmund", "article_text": "JARINGAN tunggal Karim Adeyemi sudah cukup buat Borussia Dortmund mengatasi Chelsea 1-0 dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara pada, awal pagi Khamis.Gol Adeyemi hadir selepas pelawat mendominasi pada awal babak kedua apabila penyerang Jerman itu 'mencuri' bola yang dikeluarkan hasil sepakan penjuru Chelsea.Dia kemudian berlari hampir sepanjang padang sambil melepasi Enzo Fernandez dan penjaga gol Kepa Arrizabalaga bagi memberikan Dortmund kelebihan dalam aksi pertama itu.Kapten Dortmund, Jude Bellingham kagum dengan aksi cemerlang Adeyemi.\"Apabila Adeyemi mendapat ruang, tidak ramai pemain boleh menyekatnya.\"Dia melalui tempoh yang sukar untuk ke sini pada permulaan - menemui sentuhan semula - tetapi kini dia bagus,\" ujar Bellingham.Selepas perlawanan, Adeyemi memuji keinginan skuad itu bertarung seterusnya mendapat kelebihan menjelang pertemuan semula di London.\"Semua orang bertarung untuk orang lain - kemenangan ini amat penting untuk aksi kedua,\" katanya.Dalam pada itu, Pengurus Chelsea, Graham Potter memuji aksi para pemain, namun tidak puas hati kerana gagal menyumbat gol\"Kami begitu hampir untuk menghasilkan gol, namun tidak berhasil. Ia mengecewakan, kami perlu lebih baik,\" katanya.Kemenangan bermakna Dortmund hanya memerlukan keputusan seri di London untuk mara ke suku akhir buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 09:50am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245441/berita/sukan/pbnj-rangkul-anugerah-diamond-geran-rm100000", "article_title": "PBNJ rangkul Anugerah Diamond, geran RM100,000", "article_text": "ANUGERAH Diamond (Diamond Award) selain geran berjumlah RM100,000 (Geran A) yang diterima pada Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023 pada Rabu adalah pengiktirafan besar kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).Menurut Setiausaha Kehormatnya, Mohd Anizam Jamian, anugerah itu juga membuktikan kejayaan pengurusan PBNJ selaras dengan proses penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) seperti ditetapkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).\u201cBagi saya, anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada PBNJ dan membuktikan kita sudah berjalan dengan tersusun sebagaimana ditetapkan pihak MFL apabila mulai 2022, kesemua persatuan bola sepak negeri, kelab dipisahkan di mana kelab diswastakan.\u201cSebenarnya masih banyak (persatuan, kelab) berada di bawah bumbung yang sama, tetapi anugerah ini menjadi bukti, kita di PBNJ telah mengikut ketetapan berkenaan di mana di Johor kita dah pisah 100 peratus, kita ada pengurusan sendiri dan kelab JDT pula ada pengurusan mereka sendiri.\u201cSebagai contoh, kita lebih fokus kepada usaha pencarian bakat-bakat baharu, program-program akar umbi, pembangunan bola sepak, kursus-kursus semuanya di bawah kita (PBNJ), namun bagi pencarian bakat untuk temasya sukan besar seperti SUKMA (Sukan Malaysia) kita letakkan di bawah JDT bagi menjadikan ia lebih kompetitif,\u201d katanya kepada Sinar Harian.Mohd Anizam berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor 2023 pada malam Rabu.Untuk rekod, selain Anugerah Diamond, PBNJ turut menerima Geran A daripada pihak Kerajaan Negeri melibatkan bantuan kewangan berjumlah (RM100,000).Sementara itu Mohd Anizam berkata, geran berkenaan dilihat bakal menyemarakkan lagi program-program pembangunan bola sepak di Johor selepas ini.Justeru katanya, geran berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha menjamin pembangunan yang berterusan pada masa akan datang.\u201cKita juga fokus kepada pertandingan-pertandingan dalam negeri...kita ada enam piala dan baru-baru ini kita juga terlibat dengan program pembangunan bagi futsal dan juga bola sepak wanita.\u201cSelain itu, kita juga memang ada berkolaborasi dengan pihak sekolah, khususnya sekolah-sekolah di luar bandar (bagi mencari bakat-bakat baharu),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 09:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245439/berita/sukan/benfica-hampiri-suku-akhir", "article_title": "Benfica hampiri suku akhir", "article_text": "KELAB Portugal, Benfica sebelah kaki ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Club Brugge 2-0 di Belgium pada aksi pertama pusingan 16, awal pagi Khamis.Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Joao Mario dan pemain gantian, David Neres meledak dua gol pada aksi yang berlangsung di Jan Breydelstadion itu.Berbekal dua jaringan pendahulu liga Portugal itu dijangka tidak berdepan masalah apabila mereka bakal bertemu untuk aksi kedua di Lisbon pada 7 Mac.Pada edisi lalu perjuangan skuad bimbingan Roger Schmidt itu tersekat dalam kelompok lapan pasukan terbaik setelah tewas kepada Liverpool.\"Bermain perlawanan pertama di tempat lawan dalam perlawanan Liga Juara-Juara dan menang ia sentiasa menjadi langkah pertama yang baik.\"Kami sudah separuh jalan,\" ujar Schmidt.Benfica hanya tewas sekali dalam saingan liga domestik pada kempen kali ini dan mengungguli kumpulan Liga Juara-Juara mengatasi Paris Saint-Germain dan Juventus.Mereka nampaknya seperti tidak terjejas biarpun kehilangan pemain bintang yang juga juara Piala Dunia dari Argentina, Enzo Fernandez selepas dijual kepada Chelsea dengan harga \u20ac121 juta euro (RM569.14) bulan lalu.Benfica dalam kelas tersendiri buat Club Brugge yang hanya menang sekali dalam lapan perlawanan sejak bekas pemain tengah England, Scott Parker dilantik sebagai jurulatih akhir Disember lalu.\"Kekalahan itu bukan sesuatu yang menggembirakan, tetapi saya melihat banyak perkara positif dalam permainan ini.\"Saya bangga dengan pasukan ini. Selepas lima minggu melatih mereka, akhirnya saya dapat melihat apa yang dicari.\"Namun kesilapan kecil membuatkan kami tewas,\" ujar Parker.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 09:04am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245438/berita/sukan/bamtc-2023-india-penentu-nasib-malaysia", "article_title": "BAMTC 2023: India penentu nasib Malaysia", "article_text": "SEPERTI diramal, pertemuan menentang India pada petang ini menjadi penentu sama ada Malaysia mampu bergelar juara Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 atau sebaliknya.Terdahulu, Malaysia tidak menghadapi masalah untuk merakamkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) lewat malam tadi.Perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching menyumbang mata sulung selepas menewaskan Aisha Zhumabek straight set 21-6, 21-13 dalam masa 25 minit.Mata kedua Malaysia hadir dalam acara perseorangan lelaki menerusi bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao yang mengatasi Dmitriy Panarin 21-12, 21-16.Beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0 apabila menewaskan gandingan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova 21-7, 21-7.Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak beraksi pada pertemuan dengan UAE pada aksi pembukaan Kumpulan B menentang UAE, menang 21-5, 21-17 ke atas Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov.Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menghadiahkan mata kelima selepas menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek 21-9, 21-10.Pada Selasa, Malaysia yang meletakkan sasaran mara ke separuh akhir bagi memastikan slot automatik ke saingan Piala Sudirman di Suzhou, China Mei depan bermula garang apabila membenam UAE 5-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 08:50am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245437/berita/sukan/city-pintas-arsenal", "article_title": "City pintas Arsenal", "article_text": "MANCHESTER City memintas Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membenam skuad The Gunners itu 3-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi.Perancang tengah, Kevin De Bruyne menghukum kesilapan yang dilakukan pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu untuk meletakkan City di depan pada minit ke-24.Namun, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum aksi babak pertama berakhir menerusi sepakan penalti Bukayo Saka.Sebaik aksi babak kedua bersambung, City 'mengajar' Arsenal apabila mendominasi perlawanan sepenuhnya sebelum Jack Grealish dan Erling Haaland masing-masing meledak satu gol.\u201cKami harus terima kekalahan ini. Ia adalah pertarungan luar biasa antara dua pasukan besar tetapi kami memberikan mereka gol.\u201cKami perlu berdepan Manchester City dalam saat genting dan mereka pula lebih baik daripada kami. Kami meletakkan diri dalam masalah,\u201d kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.Biarpun dipintas City menerusi perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan berkongsi 51 mata, namun Arsenal masih memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding The Citizens.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 08:39am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245424/berita/sukan/debaran-pemilihan-pkbm-peluang-kj-50-50", "article_title": "Debaran pemilihan PKBM: Peluang KJ 50-50", "article_text": "BERBAKI dua hari sahaja lagi menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Sabtu ini yang bakal menentukan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.Namun, pemilihan kali ini sebenarnya menjurus kepada petunjuk siapakah bakal menggantikan Datuk Abu Samah Abd Wahab yang telah disahkan menang tanpa bertanding selaku presiden bagi penggal kesembilan berturut-turut.Ia rentetan faktor usia kerana Abu Samah akan berusia 85 tahun menjelang 2026 dan perlu mengosongkan jawatannya untuk memberi laluan kepada muka baharu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PKBM.Tumpuan sudah pasti terarah kepada pertembungan dua penjuru antara Yunus Ibrahim dan Mazlan Md Jail dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKBM, susulan penarikan diri Datuk Amarjit Singh, Naib Presiden yang dianggap paling layak menggantikan Abu Samah.Sumber dalaman PKBM berkata, pemenang jawatan Timbalan Presiden PKBM hampir pasti akan menggantikan Abu Samah sekiranya beliau tidak mahu lagi mengekalkan posisinya selepas berakhirnya penggal baharu nanti.Sumber itu turut membayangkan kesukaran akibat tindakan Yunus mengaitkan namanya dengan Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan KJ yang bakal bertarung untuk perebutan jawatan Naib Presiden PKBM.Mazlan juga dikatakan mendapat sokongan padu daripada delegasi pengundi (voting delegate) negeri yang pernah menjadi komisar sekalipun tampil pada perebutan kali pertama bagi jawatan Timbalan Presiden PKBM.Fokus turut terarah kepada perebutan naib presiden yang menyaksikan pertembungan 10 penjuru dengan tiga nama dikatakan berada dalam kedudukan selesa iaitu Amarjit, Mohd Shaiful Abd Jalil dan Dr Zaim Ahmad.Kuota dua kerusi Naib Presiden PKBM lagi dikatakan menjadi perebutan antara Mohd Asri Abd Mubin, Muhammad Firdaus Daud, Norazman Abd Wahab dan Khairy Jamaluddin.Sumber dalaman PKBM bagaimanapun percaya Muhammad Firdaus yang kini memegang portfolio Naib Presiden 1 PKBM selepas mendapat undi terbanyak pada pemilihan penggal 2018-2023, mungkin \u2018terselamat\u2019, sekali gus berjaya mengekalkan jawatannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245419/berita/sukan/elok-pan-gon-pikul-dua-tugas-serentak", "article_title": "Elok Pan-gon pikul dua tugas serentak", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mengekalkan Kim Pan-gon sebagai pengurus Harimau Malaya selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat untuk mengisi jawatan tersebut.Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Pan-gon yang memikul tugas itu sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pada awal tahun lalu adalah individu paling layak untuk kekal mengisi kedua-dua jawatan tersebut.Menurut Jamal Nasir, beliau langsung tidak melihat sebarang masalah dihadapi Pan-gon yang terbukti telah berjaya mengemudi skuad kebangsaan dengan baik setakat ini.\u201cSeorang ketua jurulatih yang turut bertindak sebagai pengurus, ini bukan perkara asing dalam bola sepak. Tengok kelab-kelab di Eropah, mereka satukan sahaja jawatan ketua jurulatih dan pengurus.\u201cIa akan memberikan banyak kebaikan kepada Pan-gon untuk mengemudi pasukan, selain arahan-arahan tidak akan bercanggah dengan apa yang mahu dirancangnya.\u201cTak perlu pening-pening, beri saja kepada Pan-gon. Lagipun, ia bukan isu penting yang perlu difikirkan FAM sekarang kerana kita ada perkara lebih besar iaitu mempersiapkan pasukan untuk Piala Asia nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum ini, timbul spekulasi Tunku Ismail dikaitkan untuk menjadi pengurus Harimau Malaya, namun Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menyatakan tidak berminat dengan sebarang jawatan di FAM.Untuk rekod, jawatan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan itu diperkenalkan FAM pada 2001 ketika zaman skuad Harimau Malaya dibimbing oleh Allan Harris.Beberapa tahun kemudian, jawatan pengurus Harimau Malaya kerap dipegang oleh pegawai kanan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM.Namun, Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang dipengerusikan Datuk Dell Akbar Khan pada Januari tahun lalu mahu amalan pelantikan pengurus pasukan dalam kalangan pegawai FAM dihentikan supaya ketua jurulatih mempunyai kuasa penuh.Dalam pada itu, Jamal Nasir menyifatkan Tunku Ismail sudah pasti mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memegang jawatan selaku pengurus Harimau Malaya.\u201cYang penting, Tunku Ismail telah memberikan komitmen untuk membantu pasukan kebangsaan dari segi tempat latihan, peralatan dan sokongan moral. Itu sudah cukup baik,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245386/berita/sukan/psm-sasar-dua-emas-di-sukan-sea-kemboja", "article_title": "PSM sasar dua emas di Sukan SEA Kemboja", "article_text": "DUA pingat emas, empat perak dan lima gangsa menjadi buruan skuad sepak takraw dan chinlone negara daripada keseluruhan 22 emas yang ditawarkan di gelanggang sepak takraw Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5-17 Mei ini.Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, daripada jumlah itu, sebutir emas, tiga perak dan satu gangsa diharapkan hadir menerusi sepak takraw, dengan sandaran emas diletakkan kepada acara beregu lelaki.Bagi chinlone, sukan tradisi Myanmar yang kembali dipertandingkan selepas kali terakhir pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, PSM berhasrat untuk meraih satu emas, satu perak dan empat gangsa.Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara regu, regu berpasukan dan beregu lelaki, serta acara beregu berpasukan dan quadrant wanita bagi sepak takraw, selain masing-masing dua acara lelaki, wanita dan campuran dalam kategori chinlone.Mohd Sumali berkata, PSM akan memuktamadkan senarai akhir pemain ke Phnom Penh menerusi sesi pemilihan selama tiga hari bermula 24 Februari ini.Pada masa sama, beliau berharap pelantikan legenda sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharum sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan dalam masa terdekat dapat memantapkan persediaan negara menghadapi Sukan SEA.Mohd Sumali berkata, pihaknya akan menghantar 12 pemain sepak takraw dan enam pemain chinlone lelaki, manakala bagi acara wanita, sembilan pemain yang dipilih untuk sepak takraw akan turut sertai acara chinlone.\"Kita perlu hadapi cabaran besar kerana kita ingin lihat bagaimana perubahan prestasi skuad negara, terutamanya di Sukan SEA Kemboja (selepas konflik dalaman PSM). Saya harapkan struktur kejurulatihan baharu akan memberikan wajah dan nafas baru kepada skuad kebangsaan, serta harapan baru kepada peminat dan penggiat sepak takraw tanah air.\"Saya telah maklumkan kepada pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ahmad Jais yang kali ini kita kena tunjukkan bahawa PSM ke arah untuk mencapai prestasi yang membanggakan,\" katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan SEA pada Selasa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 06:53pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245385/berita/sukan/harrif-tiada-dalam-senarai-skuad-sukan-sea-2023", "article_title": "Harrif tiada dalam senarai skuad Sukan SEA 2023", "article_text": "PAKAR pecut negara, Harrif Saleh tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang bermula dari 5 hingga 17 Mei depan.Pengurus pasukan, Norazman Abu Samah berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama barisan jurulatih kerana laluan bagi edisi kali ini memerlukan pelumba yang serba boleh untuk membawa saingan.Menurutnya, hanya acara kriterium dan lepas beramai-ramai individu dipertandingkan bagi disiplin lebuh raya kali ini, dengan laluan landai dengan sedikit berbukit yang tidak sesuai untuk menurunkan Harrif.Harrif, 34, merupakan pemenang pingat emas kriterium Sukan SEA 2015 dan 2017, serta juara acara lepas beramai-ramai edisi 2017, selain pernah muncul juara empat peringkat pada Le Tour de Langkawi (LTdL).Lima pelumba lelaki yang dipilih bagi edisi kali ini adalah juara bertahan acara lepas beramai-ramai, Nur Aiman Mohd Zariff serta Nur Aiman Rosli, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Akmal Hakim Zakaria dan Shahrul Mat Amin.Norazman berkata, skuad negara akan menggunakan formula sama seperti edisi Hanoi 2021, dengan gabungan pelumba, jurulatih serta mekanik Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team (Sapura) ke Phnom Penh.\"Kami berharap dengan percaturan untuk menggabungkan pelumba dari dua pasukan benua - TSG dan Sapura, kami boleh mencapai kejayaan yang dimahukan,\" ujarnya.Pada edisi 2021 Hanoi yang diadakan tahun lalu, skuad negara membawa pulang emas acara lepas beramai-ramai individu lelaki, perak acara lepas beramai-ramai individu dan kumpulan wanita serta gangsa ujian masa lelaki dan kriterium wanita. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 06:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245350/berita/sukan/kelantan-fc-ikat-seorang-lagi-pemain-sepanyol", "article_title": "Kelantan FC ikat seorang lagi pemain Sepanyol", "article_text": "KOTA BHARU - Kelantan FC mendapatkan khidmat seorang lagi pemain import dari Sepanyol bagi menguatkan pasukan menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula pada 24 Februari ini.Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemain pertahanan berusia 32 tahun, Miguel Angel Garrido Cifuentes, telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu selama semusim, semalam.Miguel Angel merupakan pemain import keenam Kelantan FC.\"Miguel Angel akan menjalani latihan bersama pasukan untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain dan kami berharap pengalamannya beraksi di pentas bola sepak Sepanyol dan Eropah mampu memberi impak besar kepada Kelantan FC musim ini,\" menurut kenyataan itu.Sebelum ini, lima pemain import sah menandatangani kontrak selama semusim bersama Kelantan FC iaitu Kim Ming Kyu dan Kang Eui Chan (Korea Selatan), Christian Mangaron Rontini (Itali-Filipina), Mario Arques (Sepanyol), dan Nuha Marong Krubally (Gambia). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 04:43pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245308/berita/sukan/kj-teruja-sertai-jdt", "article_title": "KJ teruja sertai JDT", "article_text": "BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersedia mencurahkan pengalamannya selepas dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta\u2019zim (JDT).Menurut Khairy Jamaluddin, beliau teruja untuk menyertai JDT yang juga sebuah kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara.\"Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap HRH Crown Prince of Johor Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT.\"Saya amat teruja untuk menyertai kelab JDT yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan.\"Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT kelab bola sepak paling unggul di benua Asia,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam masa sama, Khairy Jamaluddin juga mahu merealisasikan hasrat Tunku Ismail dalam memperkasakan belia bangsa Johor.\"Ia akan direalisasikan melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.\"Insya-ALLAH saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT dan pemerkasaan belia Johor,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 02:38pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245275/berita/sukan/kj-terima-tawaran-tmj", "article_title": "KJ terima tawaran TMJ", "article_text": "BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengumumkan penyertaannya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam masa terdekat.\"Terima kasih TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana menjemput saya menjadi sebahagian JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. Insya-ALLAH, dalam masa terdekat kita akan umum penglibatan saya dalam JDT.\"More or less, dah boleh confirm. Perkara ini serius, bukan main-main.\"Dulu waktu umum saya jadi DJ Hot FM pun orang ingat main-main, tak serius. Tapi pagi ini saya ada di konti,\" katanya semasa menjadi penyampai di radio HotFM pada Rabu.Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan menawarkan Khairy jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.\"CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor,\" tulis Tunku Ismail di laman Story Instragram baginda baru-baru ini.Khairy juga turut membalas tawaran Tunku Ismail menerusi Story Instragramnya, dan menulis:\"One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH.\"Untuk rekod, Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dianggap tidak asing dalam sukan bola sepak.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.Ketika menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, beliau mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.Selain menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 12:18pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245265/berita/sukan/peluang-tewaskan-bayern-masih-ada", "article_title": "Peluang tewaskan Bayern masih ada", "article_text": "JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier masih berharap pasukannya mara ke suku akhir selepas tewas kepada Bayern Munich 0-1 pada pusingan pertama 16 pasukan terbaik di laman sendiri pada awal pagi Rabu.Menurutnya, ia tampak sukar apatah lagi perlu beraksi di Allianz Arena pada perlawanan timbal balik, namun percaya tidak mustahil menewaskan pasukan gergasi Jerman itu.\"Ia nampak perkara sukar untuk diperkatakan malam ini, tiada siapa yang mara dan tiada siapa yang sudah terkeluar.\"Saya masih berharap kami akan kembali lebih segar dalam tempoh tiga minggu dan jika boleh bermain seperti 25 hingga 30 minit terakhir, kami boleh menewaskan Bayern,\" katanya.Kingsley Coman menjaringkan gol tunggal perlawanan di Paris berdepan bekas kelabnya, menyempurnakan hantaran lintang Alphonso Davies lapan minit selepas bermula babak kedua.PSG bermain buruk untuk tempoh yang lama namun bangkit pada penghujung selepas Kylian Mbappe masuk dari bangku simpanan sekembalinya daripada kecederaan paha.\"Aksi kedua akan berlangsung lagi tiga minggu jadi kami berharap lebih ramai pemain akan pulih dan memberikan persembahan yang baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 11:14am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245263/berita/sukan/barcelona-risau-ancaman-rashford", "article_title": "Barcelona risau ancaman Rashford", "article_text": "PERTAHANAN Barcelona, Andreas Christensen memberi amaran kepada pasukan gergasi Sepanyol itu supaya berhati-hati dengan ketajaman penyerang Manchester United, Marcus Rashford.Barcelona akan menerima kunjungan United dalam perlawanan pertama play-off Liga Europa pada Jumaat.United telah memenangi 12 daripada 15 perlawanan dalam semua pertandingan selepas rehat Piala Dunia yang dibantu dengan persembahan cemerlang Rashford.Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 13 gol untuk United sejak liga bermula semula dan Christensen menjangkakan ujian sukar daripada penyerang itu di Camp Nou.\"Dia berada dalam prestasi yang hebat pada masa ini. Saya sangat menyukainya, saya suka cara dia bermain. Dia seorang pemain yang berbahaya.Rashford telah menjaringkan 21 gol musim ini dan mendapat manfaat daripada bimbingan Erik Ten Hag.Dalam pada itu, Christensen turut memuji Ten Hag yang berupaya mengembalikan semula kekuatan United.\"Mereka mempunyai kualiti yang hebat dan cara bermain adalah baik. Saya fikir Ten Hag akan membawa mereka ke tahap yang berbeza.\"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi saya fikir kami berada dalam momentum yang hebat. Akan menjadi perlawanan yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 10:56am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245258/berita/sukan/spurs-mampu-bangkit---conte", "article_title": "Spurs mampu bangkit - Conte", "article_text": "ANTONIO Conte percaya Tottenham Hotspur mampu untuk bangkit dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas tewas 0-1 kepada AC Milan pada Rabu.Pemain tengah Milan, Brahim Diaz meledak gol tunggal perlawanan seawal minit ketujuh di San Siro untuk memberikan kelebihan kepada pasukan Itali itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Tottenham Hotspur bulan depan.\"Anda perlu bermain dua perlawanan. Ia adalah suasana yang hebat. Saya mengenali San Siro dan saya tahu kesukaran untuk bermain dalam suasana ini.\"Pastinya dalam perlawanan kedua perlu bermain di stadium kami dan pastinya semua penyokong akan mewujudkan suasana yang sesuai untuk mendorong mengatasi halangan Milan,\" katanya.\"Saya fikir ia lebih baik hari ini \u2013 intensiti tinggi, dan saya fikir kami bermain menentang pasukan yang bagus. Jangan lupa Milan musim lalu memenangi liga di Itali.\"Saya fikir kami boleh lakukan lebih baik untuk elakkan gol pertama itu. Kami melepaskan satu gol selepas mungkin hanya lima minit,\" katanya.Spurs yang dilanda masalah kecederaan selepas kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu bagaimanapun cuba bangkit memberikan saingan kepada Milan.\"Kemudian kami cuba mendahului permainan, kami cuba mencipta situasi untuk menjaringkan gol, tetapi saya fikir Milan bertahan dengan sangat baik.\"Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi pada akhirnya kami bercakap tentang kekalahan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245257/berita/sukan/nagelsmann-terkejut-psg-tidak-melawan", "article_title": "Nagelsmann terkejut PSG tidak melawan", "article_text": "PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann terkejut apabila mereka lebih dominan ketika menang ke atas Paris Saint-Germain (PSG) 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara pada Rabu.Bayern yang bertandang ke Parc des Princes menguasai 57.5 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama selain mencipta 10 percubaan berbanding satu yang dilakukan oleh PSG.Tonggak utama PSG, Kylian Mbappe yang sebelum ini dibelenggu kecederaan hanya masuk pada separuh masa kedua selepas jaringan Kingsley Coman pada minit ke-53.Walaupun Mbappe tidak berada dalam kesebelasan utama, Nagelsmann menjangkakan perlawanan sukar daripada pasukan tuan rumah.\"Kami bermain permainan yang sangat bagus dalam 25 minit pertama, mempunyai kawalan yang sangat baik.\"Saya mempunyai perasaan terkejut bahawa kami menguasai begitu banyak bola dan PSG hanya sesekali cuba mengatur gerakan.\"Saya tahu mereka sentiasa bertahan, tetapi hakikat bahawa mereka begitu pasif dan tidak menunjukkan keinginan memenangi bola sangat mengejutkan saya,\" katanya.Dalam pada itu, Coman telah menjaringkan lima gol dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan dua daripadanya ketika berhadapan kelab lamanya, PSG.\"Saya dilahirkan di Paris. Itu sebabnya saya tidak meraikan jaringan saya. Tetapi, kami gembira dapat menang di sini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Februari 2023 10:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245224/berita/sukan/bamtc-malaysia-garang-tundukkan-uae", "article_title": "BAMTC: Malaysia garang tundukkan UAE", "article_text": "SKUAD negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan selepas membenam tuan rumah 5-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B di Dubai hari ini.Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mengutip mata pertama buat negara selepas mudah menewaskan Bharath Latheesh straight set 21-12, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai.Perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei pula hanya memerlukan 19 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan wanita menentang Madhumitha Sundarapandian dengan 21-0 dan 21-7.Beregu profesional lelaki negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengetepikan Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan 21-11, 21-13.Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah menewaskan Sanika Dhawan Gurav-Taabia Khan dengan 21-9 dan 21-8 dalam masa 21 minit manakala beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menewaskan gandingan Dev Vishnu-Aleena Qathun 21-10 dan 21-9.Sementara itu, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B yang turut berlangsung hari ini, India mengalahkan Kazakhstan 5-0.Malaysia bakal berdepan Kazakhstan dalam pusingan kedua Kumpulan B esok. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 09:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245187/berita/sukan/skuad-harimau-malaya-mungkin-lawan-jepun", "article_title": "Skuad Harimau Malaya mungkin lawan Jepun", "article_text": "PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu jawapan berhubung perancangan mengadakan aksi persahabatan antara Malaysia dan pasukan nombor satu Asia, Jepun pada jendela perlawanan antarabangsa September depan.Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, dalam pada itu skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dua perlawanan dalam tempoh itu, sudah hampir pasti akan menguji kekuatan menentang Hong Kong.Beliau berkata, sebuah lagi pasukan belum dimuktamadkan dengan Jepun, yang juga juara Piala Asia terbanyak dengan rekod empat kali antara yang berada dalam senarai, selain Taiwan, China dan Uzbekistan.\"Pada September ini kita akan bermain dua perlawanan di luar, kemungkinan bermain dengan Hong Kong yang sudah hampir pasti...mungkin juga lawan Taiwan (dan) kita tengah minta juga antara Jepun, China dan Uzbekistan.\"Kita masih tunggu jawapan, selepas saya berhubung dengan kesemua presiden (persatuan bola sepak masing-masing). Mereka akan muktamadkan perkara ini selepas bercakap dengan ketua jurulatih masing-masing,\u201d katanya kepada media di sini pada Selasa.Sementara itu, Hamidin berkata, pada jendela perlawanan antarabangsa paling hampir iaitu pada Mac ini, pasukan negara akan berlatih dan beraksi di gelanggang keramat Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dengan Turkmenistan sah sebagai salah satu lawan pasukan negara.Beliau berkata, skuad bimbingan Pan Gon seterusnya akan bertemu antara Taiwan dan Kuwait, dengan perkara itu akan dimuktamadkan minggu ini.\"Pada (jendela perlawanan) Jun pula kita akan bermain satu perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim dan satu lagi mungkin di Terengganu, Pahang ataupun Pulau Pinang, untuk beri ruang kepada peminat di sana. Yaman ialah satu pasukan yang sudah pasti, satu lagi antara Syria dan Oman,\u201d katanya.Dalam pada itu, mengenai penganjuran Pestabola Merdeka yang dijadual berlangsung pada Oktober, Hamidin berkata FAM sedang memuktamadkan dua lagi pasukan lawan antara India, Lubnan dan China, selepas Palestin sudah mengesahkan penyertaan mereka selain Malaysia selaku tuan rumah.\"Format kejohanan sama macam Piala Raja Thailand, kita akan main dua perlawanan sebab jumlah itu saja yang dibenarkan,\u201d katanya sambil memaklumkan Malaysia juga akan beraksi dua perlawanan masing-masing pada November dan Disember, sebelum menghadapi Piala Asia 2023 pada Januari 2024.Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa lawan pasukan negara pada kedua-dua bulan tersebut.Hamidin berkata, FAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung jadual perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya tahun ini, selewat-lewatnya awal minggu depan.- Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 05:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245168/berita/sukan/sri-pahang-fc-janji-tampil-berbeza", "article_title": "Sri Pahang FC janji tampil berbeza", "article_text": "PEMAIN tengah Sri Pahang FC, David Rowley percaya pasukan itu akan tampil dengan aksi yang lebih baik berbanding tahun lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Menurutnya, persiapan Sri Pahang kali ini cukup positif dan percaya kejayaan akan hadir untuk pasukan pantai timur itu sekiranya apa yang dirancang berjalan lancar.Dia juga menyifatkan sentuhan pemain legenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai pengendali pasukan selain kehadiran muka-muka baharu menambahkan lagi kualiti dalam skuad Tok Gajah.\"Saya begitu teruja melihat pemain-pemain baharu yang akan memperkuatkan cabaran pasukan sama ada tempatan atau import, boleh saya katakan sebahagian besarnya begitu berpengalaman.\"Paling saya gembira adalah kehadiran dua penyerang yang saya rasa antara terbaik di Liga Malaysia iaitu Kpah Sherman dan Lucas da Silva.\"Bersama Fandi, banyak perubahan beliau tengah lakukan bagi memastikan Sri Pahang akan tampil lebih berbeza berbanding sebelum-sebelum ini,\" katanya.Antara pemain tempatan yang memperkuatkan cabaran Sri Pahang ialah Fadhli Shas, Izham Tarmizi, Nur Shamie Iszuan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq.Manakala bagi import, selain Sherman dan Lucas, Sri Pahang menambah pemain-pemain baharu seperti Stefano Brundo dan Michael Glassock selain mengekalkan Sherzod Fayziev dan Kevin Ingreso.Prestasi yang cemerlang sepanjang musim 2022 apabila berjaya mencetak 6 jaringan (22 penampilan) dengan Sri Pahang memperlihatkan Rowley berjaya mendapat panggilan Harimau Malaya pada saingan Piala AFF 2022.Justeru, pemain kacukan Australia-Malaysia ini berasakan tahap keyakinannya sedikit berbeza selepas impian menyarung jersi kebangsaan menjadi kenyataan.\"Peluang bersama Harimau Malaya adalah satu impian yang telah lama saya nantikan dan pengalaman bersama skuad kebangsaan sepanjang AFF tidak akan dilupakan.\"Selepas pulang dari AFF, saya rasa semakin menjadi seorang yang positif dan tidak gentar semasa di atas padang, ini memberikan motivasi tambahan buat saya bagi musim 2023.\"Saya akan terus berikan yang terbaik untuk Sri Pahang dan jika itu berjaya, saya juga boleh mengekalkan tempat dalam pasukan kebangsaan untuk perlawanan di peringkat antarabangsa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 04:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245143/berita/sukan/tmj-tak-minat-jadi-pengurus-harimau-malaya---hamidin", "article_title": "TMJ tak minat jadi pengurus Harimau Malaya - Hamidin", "article_text": "PETALING JAYA - Pemilik Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.Namun, Hamidin berkata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.Katanya perkara itu dizahirkan Tunku Ismail ketika beliau bersama Ketua Jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon menghadap baginda di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.\"Baginda tidak minat memegang apa-apa jawatan termasuk pengurus seperti yang dilaporkan tetapi bermula sekarang baginda nak berikan lebih daya usaha untuk bantu pasukan negara dengan apa sahaja yang boleh baginda lakukan.\"Ada orang katakan seperti baginda tidak mahu bantu (sebelum ini), (jadi) kali ini baginda mahu lakukan terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan,\u201d katanya kepada media di sini pada Selasa.Sebelum ini terdapat laporan mengaitkan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM dengan jawatan pengurus skuad Harimau Malaya.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, Tunku Ismail mahu membekalkan beberapa peralatan gim antaranya basikal senaman, selain turut mengarahkan supaya Pan Gon menyenaraikan kelengkapan lain yang diperlukan pasukan bimbingannya.Hamidin berkata, Tunku Ismail juga mempelawa pasukan negara berlatih dan bermain di gelanggang keramat JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara.\"Pan Gon tiada masalah (bermain di Iskandar Puteri) dia pun sukakan padang di sana. Selain padang, ada juga kemudahan fasiliti bagi proses pemulihan dan sains sukan,\u201d kata Hamidin.Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak pasukan dan presiden kelab yang sudi memberikan bantuan dalam apa sahaja bentuk demi memajukan pasukan negara yang bakal berdepan cabaran sengit Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 02:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245121/berita/sukan/semangat-alonso-masih-menyala", "article_title": "Semangat Alonso masih menyala", "article_text": "MASA semakin mencemburui Fernando Alonso menjelang sesi ujian pramusim perlumbaan Formula Satu (F1) di Sakhir, Bahrain minggu depan dalam misi memburu gelaran ketiga musim ini.Biarpun impian tersebut nampak sukar, namun pemandu berusia 41 tahun itu enggan berputus asa.Alonso yang sudah meraih 32 kemenangan grand prix menyertai Aston Martin dengan kontrak dilaporkan dua tahun berserta pilihan tambahan tetap bersemangat untuk membantu pasukan baharunya itu.\u201cSaya percaya ia boleh berlaku,\u201d kata Alonso.Alonso yang meraih kejayaan bersama Renault, McLaren dan Ferrari ditemui media ketika sesi pelancaran jentera AMR23 di ibu pejabat pasukan di Silverstone pada Isnin.Secara jujur Alonso mengakui cabaran F1 edisi 2023 agak sengit, namun beliau dan pasukan akan berjuang untuk meraih kejayaan tahun ini.\u201cPada masa sama kami mahukan kereta yang bagus, memajukannya dan bekerja keras.\u201cMungkin pada pertengahan musim kami boleh merapatkan jurang. Jika ada peluang, kami tak akan lepaskan.\u201cNamun pada permulaan saya jangkakan beberapa perlumbaan sukar sehinggalah kami temui jalan penyelesaian,\u201d ujar Alonso.Sebagai rekod belum ada pemandu F1 yang menjuarai perlumbaan selepas tampil kali ke-300.Alonso sudah pun mencatat rekod 355 dan muncul pemandu tertua di grid.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 01:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245106/berita/sukan/pemain-ukraine-mati-hidup-semula", "article_title": "Pemain Ukraine 'mati hidup semula'", "article_text": "IBARAT mati hidup semula apabila pertahanan Ukraine, Oleh Danchenko selepas rebah ketika sesi latihan bersama kelabnya dipercayai akibat serangan jantung pada Ahad.Danchenko yang dipinjamkan ke Zorya Luhansk dari AEK Athens berada di kem latihan di Turkiye ketika insiden mencemaskan itu berlaku, lapor media Greece Skai.Pemain berusia 28 tahun itu berjaya diselamatkan selepas mendapat bantuan pantas daripada petugas perubatan pasukan yang menggunakan defibrilator.Ketika proses bantuan awal dilakukan situasi bertukar panik apabila ia tidak berhasil kerana pemain itu terbaring tanpa denyutan nadi.Bagaimanapun akhirnya Danchenko 'kembali bernafas' dan dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.Kenyataan kelab dari Shakhtar di media sosial berkata;\u201cKami berdoa Oleh (Danchenko) segera sembuh.\u201cBekas pemain Shakhtar mengalami kematian klinikal di kem latihan di Turki, kekal kuat dan kami bersama anda.\u201dRakan dan keluarga masih menunggu maklumat lanjut daripada doktor mengenai keadaan pemain itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 12:15pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245080/berita/sukan/penjaga-gol-belgium-meninggal-dunia-selepas-selamatkan-penalti", "article_title": "Penjaga gol Belgium meninggal dunia selepas selamatkan penalti", "article_text": "PENJAGA gol kelab Belgium, Winkel Sport B, Arne Espeel meninggal dunia ketika menentang Westrozebeke dalam aksi divisyen dua wilayah Brabant Barat.Pemain berusia 25 tahun itu rebah secara tiba-tiba selepas menepis sepakan penalti yang diberikan kepada Westrozebeke pada separuh masa kedua.Pasukan perubatan cuba sedaya upaya menyelamatkannya dengan defibrilator sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.Penyebab kematiannya juga masih belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan pada Selasa.Kelab itu dalam satu kenyataan berkata: \" Arne telah bermain untuk kami sejak dia masih kecil, dan semua orang sangat menyukainya.\"Adalah mustahil untuk memahami bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku kepada seseorang yang begitu muda.\"Dia adalah seorang pemuda yang sihat sepenuhnya sebelum ini,\" kata kenyataan itu.Pengarah sukan Winkel Patrick Rotsaert kemudiannya menambah: \"Ini adalah bencana, dan satu kejutan untuk kita semua.\"Arne seorang individu yang baik, dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain.\"Ia adalah tamparan besar, terutama sekali untuk keluarganya dan seluruh kelab kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 10:35am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245076/berita/sukan/inzaghi-kecewa-persembahan-inter-milan", "article_title": "Inzaghi kecewa persembahan Inter Milan", "article_text": "PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui kecewa selepas pasukannya sekadar seri tanpa jaringan dengan Sampdoria dalam aksi Serie A pada Selasa.Keputusan itu sekali gus menyaksikan Inter gagal merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Napoli yang dibezakan dengan 15 mata.Dalam perlawanan itu, Nerazzurri berjaya mencipta 25 percubaan, namun gagal menjaringan sebarang gol.\"Ia perkara biasa untuk kecewa, kami mahukan satu lagi keputusan yang baik kerana kami tidak memandang rendah perlawanan itu.\"Kami mempunyai babak pertama yang baik, tetapi kurang cemerlang pada babak kedua. Terdapat banyak peluang dicipta menentang pasukan yang memberikan segala-galanya di atas padang. Kami perlu memanfaatkannya sebaik mungkin.\"Terdapat kekesalan kerana pemain bermain perlawanan dengan cara yang betul, bermain seperti yang kami telah bersedia untuknya. Kami harus lebih tenang dan memanfaatkan peluang dengan lebih baik,\" katanya.Inzaghi juga seolah-olah pasrah dengan menyifatkan Napoli kendalian Luciano Spalletti sudah tidak dapat dikejar dalam siangan liga.\"Sudah tentu begitu, tetapi kami hanya perlu melihat kemajuan kami.\"Kami datang daripada tiga kemenangan berturut-turut dan malam ini kami mahu mencapai keputusan berbeza. Terdapat banyak kesukaran dalam perlawanan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 10:02am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245075/berita/sukan/james-yakin-chelsea-jadi-pasukan-terbaik-dunia", "article_title": "James yakin Chelsea jadi pasukan terbaik dunia", "article_text": "REECE James menjangkakan Chelsea akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia selepas beberapa pemain baharu yang tiba di kelab tersebut menyesuaikan diri dan memperoleh lebih banyak pengalaman bersama.Chelsea membelanjakan \u00a3294.8 juta (RM1.56 bilion) pada jendela perpindahan Januari dengan ketibaan Enzo Fernandez yang menjadi pemain termahal Liga Perdana Inggeris.Mykhaylo Mudryk, Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana, Joao Felix, Noni Madueke dan Malo Gusto semuanya turut mengisi pasukan bimbingan Graham Potter itu.Walaupun The Blues hanya memenangi satu perlawanan dalam semua kejohanan pada 2023, James memberi amaran Chelsea akan menjadi pasukan yang menakutkan apabila kesemua pemain itu sudah serasi bersama.\"Anda tahu kerana tempoh Januari sentiasa sibuk dengan banyak perlawanan dan kemudian ada juga perpindahan pemain. Semuanya terlalu banyak dalam satu bulan.\"Saya cukup seronok bermain dengan pemain baharu, anda tidak tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Mereka semua datang dari tempat yang berbeza di seluruh dunia, anda tahu pasukan yang berbeza, mereka semua di sini untuk membantu.\"Lebih cepat mereka selesa dan tenang, lebih cepat mereka boleh membantu. Saya tidak fikir ada trofi yang kami tidak boleh menang. Bila itu berlaku? Saya tidak tahu.\"Dengan pasukan yang kami bina, sebaik sahaja kami bermain bersama lebih lama dan semua orang memperoleh lebih banyak pengalaman, kami akan menjadi salah satu pasukan terbaik di dunia,\" katanya.James mengharungi tahun 2022 yang sukar selepas terlepas Piala Dunia bersama England pada November akibat kecederaan lutut dan masalah kecergasan yang berulang tahun lalu.\"Selalu ada kebaikan dan keburukan bola sepak. Dengan masa saya mendapat pengalaman, saya belajar bagaimana menangani perkara yang berbeza. Ia membantu untuk saya berkembang dengan baik sebagai seorang pemain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 09:53am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245073/berita/sukan/klopp-lega-liverpool-menang", "article_title": "Klopp lega Liverpool menang", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui lega selepas The Reds berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Selasa.Liverpool meraih kemenangan EPL pertama mereka tahun ini dengan Mohamed Salah dan Cody Gakpo mencetak nama selaku penjaring.Klopp juga dapat menggunakan kembali khidmat Diogo Jota dan Roberto Firmino yang kembali cergas sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan ke-250 sebagai pengurus Liverpool, manakala Virgil van Dijk kembali di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan hamstring.\"Rasanya seperti kami, ia kelihatan seperti kami. Hasilnya sangat melegakan. Malam ini semua orang mula percaya kepada kami. Kami perlu meneruskannya.\"Persembahan itu adalah satu kenyataan bagi kami bahawa kami boleh melakukan. Kami terpaksa bermain permainan kami dan itu berlaku selama 95 minit dan itulah sebabnya mereka berhak mendapat mata.\"Untuk keluar dari situasi kami, kami memerlukan persembahan yang baik. Saya melihat aksi yang baik daripada pemain dan Kami perlu meneruskannya.\"Gol kedua adalah serangan balas yang hebat juga. Kami begitu dominan. Saya tidak tahu angkanya, tetapi ia pastinya 70 peratus penguasaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 09:42am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245066/berita/sukan/sukan-sea-2023-cabaran-baharu-buat-psm", "article_title": "Sukan SEA 2023 cabaran baharu buat PSM", "article_text": "PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan pelantikan ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara sebagai tindakan proaktif mengembalikan semula kegemilangan sukan itu bermula dengan Sukan SEA Kemboja 2023.Malah tegas Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, ia juga merupakan gambaran perubahan baharu yang dibawa badan induk sepak takraw negara berkenaan.\u201cYa, PSM melihat sasaran untuk Sukan SEA 2023 Kemboja sebagai cabaran pertama ketua jurulatih baharu.\u201cMalah untuk Kemboja 2023 juga merupakan tugas pertama dan penting kepada ketua jurulatih baharu untuk memberi nafas baharu kepada prestasi skuad kebangsaan\u201cPSM juga akan menghantar gabungan dalam kalangan pemain senior dan junior untuk Sukan SEA dan Sukan Asia.\u201cLatihan intensif akan dimulakan dijangka awal Mac setelah selesai pemilihan para pemain dan jurulatih,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar sebelum ini menyiarkan satu emas pada Sukan SEA 2023 menjadi indeks prestasi utama (KPI) terhadap ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun.Timbalan Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, itu sasaran diletakkan berdasarkan pengalaman luas dimiliki Ahmad Jais.Mengenai status PSM dalam Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), selepas Pesuruhjaya Sukan mengesahkan pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Sumali berkata, \u201cPSM sudah buat permohonan baharu untuk keahlian kedua-dua badan induk tersebut.\u201cDokumen lengkap sudah dihantar pada Disember lalu, sehingga kini PSM masih menunggu respon daripada Astaf dan Istaf.\u201dSenarai Jurulatih Skuad Sepaktakraw Negara 2023LELAKI:1. Aswadi Abdullah2. Ahmad Mohd Zain3. Suhaimi Yusof4. Muhd Zulkarnain Md ArifWANITA:1. Mohd Rashidi Nordin2. Mohd Khairuddin Adenan3. Awi AwangCHINLONE:1. Mohd Rashidi Nordin2. Mohd Khairuddin Adenan", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245061/berita/sukan/india-pencabar-utama-malaysia", "article_title": "India pencabar utama Malaysia", "article_text": "ATAS kertas, India dianggap sebagai pencabar utama Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 yang membuka tirainya di Dewan Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa.Bagaimanapun, bekas pemain perseorangan lelaki negara, Roslin Hashim tetap percaya barisan pemain kali ini memiliki kekuatan tersendiri dalam menyaingi pasukan lawan.\u201cKelebihan kita mungkin kepada gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi biarpun India turut memiliki satu wakil beregu yang kuat.\u201cBeregu wanita pula saya percaya kita tidak berdepan masalah kerana kita memiliki pemain nombor lima dunia, Pearly Tan-M Thinaah selain gandingan Teo Mei Xing-Go Pei Kee.\u201cBegitu juga untuk beregu campuran yang diperkuatkan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Saya yakin dengan kemampuan mereka,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Pada BAMTC kali ini, Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah, UAE.Kumpulan A dibarisi China, Korea Selatan, Singapura dan Uzbekistan; Kumpulan C - Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria, Lebanon, manakala Kumpulan D - Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Pakistan.\u201cYa, ikutkan India pasukan pilihan Kumpulan B terutama untuk perseorangan wanita yang kita agak jauh ketinggalan di belakang biarpun dibarisi Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching.\u201cBagi perseorangan lelaki pula kekuatan pasukan negara sama ada menurunkan Lee Zii Jia atau Leong Jun Hao (ranking ke-66 dunia) adalah India dalam 50-50.\u201cBegitupun saya berharap setiap pemain yang diberikan tanggungjawab turun beraksi akan lebih berdisiplin dan tampil dengan semangat juang tinggi masing-masing,\u201d ujarnya.Mengulas kemungkinan Malaysia menurunkan scratch pair dalam acara beregu lelaki dalam memburu mata penting, Roslin melihat perkara tersebut bukan masalah buat skuad negara.\u201cJika coach Rexy Mainaky mahu melakukan scratch pair, itu tidak akan memberikan masalah. Sebelum ini pun semasa sesi latihan, Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi pernah bertukar pasangan antara mereka.\u201cApa yang penting setiap pemain yang digandingkan atau diturunkan nanti dapat memberikan aksi terbaik bagi menyumbang mata buat Malaysia,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245068/berita/sukan/liverpool-raja-derbi-merseyside", "article_title": "Liverpool Raja Derbi Merseyside...", "article_text": "BINTANG Liverpool, Cody Gakpo menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu yang mengakhiri rentak hambar apabila menewaskan jiran tetangga yang diancam penyingkiran, Everton 2-0 di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris pada Selasa.Mohamed Salah sebelum itu membuka tirai jaringan pada minit ke-36, hasil kombinasi Darwin Nunez selepas Everton terlepas peluang berganda untuk mendahului, menerusi Dwight McNeil dan percubaan James Tarkowski terkena tiang.Penyerang Belanda, Gakpo melebarkan pendahuluan pada awal separuh masa kedua Derbi Merseyside untuk gol pertamanya dalam perlawanan ketujuhnya untuk Liverpool sejak menyertai PSV Eindhoven dengan nilai 37 juta pound.Liverpool memulakan permainan selepas tewas tiga daripada empat perlawanan liga terakhir sambil melepaskan sembilan gol dan menjaringkan satu, manakala Everton berharap dapat mengubah nasib di bawah pengurus baharu Sean Dyche selepas kemenangan mengejut ke atas pendahulu Arsenal kali terakhir sebelum ini.Namun Liverpool kendalian Jurgen Klopp lebih kuat dan tajam berbanding jirannya dan memperoleh kemenangan liga pertama pada 2023 untuk naik ke tangga kesembilan dengan 32 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.Sementara itu, Everton kekal di tempat ke-18 dengan 18 mata setelah mengharungi 22 perlawanan, satu mata dari zon penyingkiran.\"Ia satu kemenangan besar buat kami. Kami mempunyai minggu yang sempurna untuk berlatih dan para pemain sangat teruja dan kami tidak sabar untuk satu perlawanan yang mengubah segala-galanya dan semoga kemenangan ini satu permulaan.\"Saya tahu Darwin sangat pantas jadi mereka mendapat sepakan sudut dan kami bermain satu-dua. Saya tahu dia akan bermain bola seperti di ruang angkasa jadi saya berlari sepantas yang saya boleh dan menjaringkan gol jadi itu yang paling penting,\" kata Salah.Salah, yang merupakan penjaring terbanyak bersama Liga Perdana Inggeris musim lalu, juga akan berasa lega apabila mendapat gol liga pertamanya sejak menjaringkan gol ketika menentang Aston Villa pada 26 Disember.Klopp dirangsang dengan kembalinya penyerang Diogo Jota, yang membuat penampilan pertamanya sejak kecederaan betisnya pada Oktober ketika dia masuk pada minit ke-70.Pertahanan berpengaruh Virgil van Dijk pula berada di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan hamstring pada awal Januari.Perjuangan Liverpool musim ini hambar berbanding Everton, yang bulan lalu memecat Frank Lampard, pengurus ketujuh yang dipecat oleh pemilik The Toffees, Farhad Moshiri sejak 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 07:43am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245058/berita/sukan/kolam-besar-buat-elavarasan", "article_title": "'Kolam besar' buat Elavarasan", "article_text": "PENGANJURAN Piala MFL yang dilangsungkan buat pertama kali mulai musim ini boleh membuatkan pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, E Elavarasan \u2018rambang mata\u2019 untuk memilih pemain berkualiti.Ini kerana kejohanan itu memberi peluang yang lebih besar kepada barisan pemain muda tempatan untuk mendapatkan minit permainan menerusi perlawanan kompetitif.Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, kejohanan itu membuka peluang buat Elavarasan untuk membentuk skuad yang mantap menerusi kelompok pemain yang besar.\u201cPemain-pemain B-23 yang berada dalam sistem liga bola sepak tempatan berpeluang mencatat minit permainan lebih tinggi, sekali gus meluaskan kelompok pilihan buat Elavarasan bagi membentuk skuad yang padu untuk tahun ini.\u201cAdalah lebih baik pemain pada usia ini beraksi di pentas yang kompetitif berbanding memanaskan bangku simpanan dalam pasukan senior,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Menerusi format Piala MFL yang menjadi platform kepada pemain B-23, semua pasukan boleh mendaftarkan lima pemain senior tempatan melebihi umur (lahir sebelum tahun 2000).Mengulas lanjut, Rizal berkata, skuad B-23 negara bakal berdepan jadual padat pada tahun ini kerana akan mengharungi dua temasya sukan dan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Justeru katanya, Elavarasan boleh memilih kelompok pemain terbaik untuk membentuk pasukan teras yang bakal menggalas cabaran ke pentas Sukan SEA 2023 Kemboja, Sukan Asia 2022 Hangzhou dan Kelayakan Olimpik 2024.\u201cStatistik menunjukkan bahawa hanya beberapa pasukan di Liga Malaysia (Liga-M) menggunakan khidmat pemain muda sebagai teras pasukan masing-masing sepanjang 2021-2022,\u201d jelasnya.Pada masa sama, beliau memberitahu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mewujudkan Liga Simpanan yang dianjurkan sebagai pembuka tirai saingan Liga Perdana sekitar tahun 1990-an.\u201cKemudian satu ketika peraturan FAM menetapkan syarat seorang pemain berusia 21 tahun dimestikan untuk beraksi dalam kesebelasan utama bagi memberi ruang kepada pemain muda beraksi di pentas tertinggi.\u201cNamun, syarat ini tidak bertahan lama disebabkan jurulatih lazimnya mahu meletakkan pemain terbaik dan paling berpengalaman bagi memburu kemenangan,\u201d ujarnya.Terdahulu, Elavarasan telah menyenaraikan 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa hingga 19 Februari ini sebagai salah satu siri persiapan bagi menghadapi Sukan SEA 2023 Kemboja Mei depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245041/berita/sukan/semangat-juang-pemain-remaja-wanita-negara-luar-biasa", "article_title": "Semangat juang pemain remaja wanita negara luar biasa", "article_text": "SEMANGAT juang tinggi dalam kalangan pemain remaja wanita negara disifatkan penyumbang kepada kemenangan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India pada Ahad.Malah penolong jurulatih, Andrew Cross tanpa berselindung menegaskan skuad remaja wanita memiliki keazaman tinggi untuk menjuarai kejohanan tersebut.Menurutnya, prestasi dipamerkan dalam kalangan pemain amat memberangsangkan terutamanya tonggak utama, Aira Azman yang bangkit dari kekalahan di separuh akhir, ketika berdepan India.\u201cSejujurnya secara keseluruhan persembahan ditampilkan pasukan remaja wanita negara layak diberikan pujian.\u201cPasukan ini ternyata cemerlang apabila mengetahui hanya mereka boleh menjadi pasukan yang menang atau kalah.\u201cYa, sememangnya saya amat gembira dengan prestasi dalam kalangan mereka terutamanya Whitney (Isabelle Wilson) and Doyce (Lee) di kejohanan ini. Sebenarnya arena skuasy negara masih mempunyai masa depan yang cerah,\u201d kata Cross.Terdahulu, skuad skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final.Bintang muda negara, Aira Azman bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.J Yasshmita melengkapkan kemenangan negara apabila diberikan tentangan sengit Tse Yee Lam Toby sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.Untuk rekod, ini merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas memenangi pada 2015, 2017 dan 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245040/berita/sukan/tottenham-terpaksa-lupa-kudrat-bentancur", "article_title": "Tottenham terpaksa lupa kudrat Bentancur", "article_text": "PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Isnin.Bentancur terpaksa dibawa keluar pada separuh masa kedua ketika kekalahan 1-4 kepada Leicester City semasa aksi liga di Stadium King Power pada Sabtu.Pada perlawanan itu Bentancur menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-14.\u201cDia akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihan bersama kakitangan perubatan kami.\u201cKami semua berada di belakang anda, Rodrigo,\u201d kata Spurs dalam satu kenyataan.Kecederaan Bentancur menyebabkan Spurs kekurangan pemain di bahagian tengah, dengan Yves Bissouma turut berdepan masalah diketepikan selepas menjalani pembedahan pada buku lali kirinya.Spurs kini berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata hasil 23 perlawanan.Mereka seterusnya menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara di San Siro pada Rabu, sebelum melayan kunjungan West Ham United dalam pertembungan liga, Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:44pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245035/berita/sukan/anggaplah-dia-sebiji-epal-busuk---chong-wei", "article_title": "'Anggaplah dia sebiji epal busuk' - Chong Wei", "article_text": "DATUK Lee Chong Wei turut tampil membidas kenyataan rasis yang dikeluarkan bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.Menerusi Facebooknya, Chong Wei berkata, sukan seharusnya mendukung rasa hormat dan tidak menerima sebarang bentuk perkauman.\u201cJangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang erat. (Perpaduan) bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.\u201cAnggaplah dia (Guang Yik) sebiji epal busuk, kawan-kawan,\" kata bekas jaguh badminton negara itu.Pada masa sama, bekas pemain nombor satu dunia itu turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bertindak pantas dalam mengatasi isu ini.\u201cTerima kasih kepada YB (Hannah) atas kecerdikan dan kepantasan mengendalikan isu ini,\u201d katanya.Terdahulu, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Ketika ini, Guang Yik yang juga bekas pemain pelapis percubaan BAM dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:17pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245033/berita/sukan/beregu-lelaki-negara-dijangka-berpecah", "article_title": "Beregu lelaki negara dijangka 'berpecah'", "article_text": "PENGARAH Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak menolak kemungkinan menurunkan 'scratch pair' pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang membuka tirai pada Selasa.Bagaimanapun, Rexy berkata, beliau perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada di Dubai.\u201cSetakat ini saya tidak perlu beritahu taktikal apa perlu dibuat kerana yang penting adalah untuk menyediakan para pemain menghadapi cabaran di Dubai,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.Malaysia mempertaruhkan juara bertahan beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan profesional yang kini berada di ranking kelapan dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.Rexy sebelum ini pernah menggandingkan Aaron-Ee Yi ketika saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.Percaturan pakar beregu dari Indonesia itu ternyata menjadi apabila Aaron-Ee Yi menyumbang mata kemenangan menewaskan Jepun 3-2 dengan menumpaskan Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17.Mereka juga turut melakar kemenangan ke atas Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjalan 21-19, 21-17, sewaktu skuad negara disingkirkan India 3-2 di peringkat suku akhir.Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.Dalam pada itu, Rexy mengingatkan para pemain agar tidak terlalu memikirkan ketiadaan seorang daripada pemain beregu lelaki utama India, Satwiksairaj Rankireddy yang digugurkan akibat kecederaan dan diganti Dhruv Kapila.Sebaliknya, bekas juara Sukan Olimpik 1996 itu mahu anak buahnya untuk fokus terhadap diri mereka terlebih dahulu dan bersiap sedia menyahut cabaran negara pada edisi ketiga kejohanan BAMTC.Malaysia belum pernah memenangi kejohanan berkenaan setakat ini, selepas tewas di suku akhir pada edisi pertama 2017 di Hanoi, Vietnam dan sekali lagi di peringkat sama pada edisi 2019 di Hong Kong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/245031/berita/sukan/ghana-sambar-khidmat-bekas-pengendali-brightonhove-albion", "article_title": "Ghana sambar khidmat bekas pengendali Brighton&Hove Albion", "article_text": "BEKAS pengendali Brighton&Hove Albion, Chris Hughton dinamakan sebagai jurulatih baharu Ghana, kata persatuan bola sepak negara itu pada Isnin.Jurulatih berusia 64 tahun itu, yang bapanya dilahirkan di Ghana, beralih daripada peranannya sebagai penasihat teknikal di mana dia bekerja dengan jurulatih sementara Otto Addo.Hughton, pemain pertahanan Tottenham Hotspur dan Republik Ireland pada zaman kegemilangannya, akan mengekalkan bekas pemain tengah Aston Villa dan Middlesbrough, George Boateng sebagai penolong jurulatih.\u201cButiran mengenai tempoh kontrak dan syarat pertunangan akan diumumkan dalam masa terdekat, tambah Ghana FA.Untuk rekod, Ghana akan menyingkap kempen Kelayakan Piala Afrika berdepan Angola di tempat sendiri dan di tempat lawan bulan depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 07:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244965/berita/sukan/debaran-aksi-bayern-menentang-psg", "article_title": "Debaran aksi Bayern menentang PSG", "article_text": "DEBARAN Bayern Munich menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi Rabu, biarpun beraksi cemerlang dalam kancah domestik.Meskipun membenam Bochum 3-0 Sabtu lalu dan memimpin Bundesliga, namun Julian Nagelsmann masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.Nagelsmann juga sedar tewas dalam saingan kalah mati tersebut akan membuatkan mereka gagal walaupun tampil padu dalam saingan tempatan.\u201cJika bermain seperti itu pada Selasa (awal pagi Rabu), kami tidak akan pergi jauh (dalam Liga Juara-Juara).\u201cTidak banyak pergerakan,\u201d kata pengendali berusia 35 tahun itu.Bayern yang sudah mengutip 43 mata mendahului Union Berlin cuma dengan perbezaan satu mata.Nagelsmann turut mengingatkan kesebelasan utamanya pada Sabtu lalu bahawa mereka hanya 'lebih baik selepas minit ke-60' apabila pemain simpanan membawa momentum lebih segar.\u201cKetika itu barulah kami mendapat keputusan (jaringan). Kami perlu meningkatkan prestasi sebelum Selasa.\u201cRealiti sebagai kelab super menyebabkan kejayaan domestik dipandang remeh oleh Nagelsmann \u2013 sama seperti rakan sejawatannya di PSG, Christophe Galtier,\u201d katanya.Ramai pengurus lain dipecat dari Bayern kerana gagal melakukannya.Niko Kovac dilepas setahun selepas menang berganda dalam liga dan masih beraksi dalam Liga Juara-Juara \u2013 Bayern akhirnya merangkul trofi berkenaan setahun kemudian di bawah Hansi Flick.Malah nama besar di Eropah, Carlo Ancelotti juga dipecat Bayern selepas kelab itu kalah 0-3 di PSG dalam saingan peringkat kumpulan pada 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 02:01pm"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244936/berita/sukan/hannah-bidas-kenyataan-berunsur-perkauman-guan-yik", "article_title": "Hannah bidas kenyataan berunsur perkauman Guan Yik", "article_text": "SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.Hannah berkata, hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.\u201cSaya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.\u201cSaya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,\u201d katanya menerusi Twitter pada Isnin.Beliau turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.\u201cSemua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,\u201d ujarnya.Guan Yik yang kini berada di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 11:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244933/berita/sukan/napoli-hampiri-gelaran-serie-a", "article_title": "Napoli hampiri gelaran Serie A", "article_text": "IMPIAN Napoli untuk menamatkan kemarau trofi dalam tempoh tiga dekad semakin hampir untuk direalisasikan.Pasukan itu memperoleh tiga mata berharga setelah menewaskan pasukan bawahan, Cremonese 3-0 awal pagi Isnin meletakkan mereka di depan dengan kelebihan 16 mata untuk menghampiri gelaran Serie A.Pemain sensasi, Khvicha Kvaratskhelia dan Victor Osimhen menjadi tonggak buat skuad kendalian Luciano Spalletti di Stadio Maradona untuk menamatkan penantian 33 tahun.Pemain sayap, Kvaratskhelia memberikan kelebihan buat Napoli hasil jaringan individu menarik pada minit ke-22 pada hari lahirnya yang ke-22.Osimhen meledak jaringan ke-17 musim ini pada pertengahan babak kedua dan Eljif Elmas turut mencatat nama selaku penjaring 11 minit sebelum tamat untuk mengesahkan kemenangan mereka.Kemenangan keenam berturut-turut dalam liga memberikan Napoli sekurang-kurangnya kelebihan 13 mata menjelang aksi Inter Milan awal pagi Selasa, pencabar terdekat mereka yang akan ke Sampdoria.\"Bandar ini (Milan) sentiasa memastikan kami bersedia. Kami semua mahu menang,\" ujar Spalletti.Beliau berkata, para pemain perlu meneruskan momentum kemenangan dan fokus dengan setiap perlawanan yang dilalui.\"Kami perlu melaluinya satu persatu. Kami tidak boleh merasakan ia sudah berakhir atau memikirkan mengenai perkara lain atau merasakan ia akan berlaku sendiri.\"Kami perlu melakukan semuanya sendiri,\" kata Spalletti.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 10:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244919/berita/sukan/mbappe-mula-ambil-bahagian-dalam-latihan", "article_title": "Mbappe mula ambil bahagian dalam latihan", "article_text": "KYLIAN Mbappe mengambil bahagian dalam latihan pada Ahad, meningkatkan harapan bahawa penyerang Paris St Germain (PSG) itu boleh bermain pada perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu menentang Bayern Munich di Parc des Princes, Paris.L'Equipe melaporkan tonggak Perancis itu mengambil bahagian dalam sesi kolektif walaupun dia tidak kekal bersama skuad tersebut sepanjang masa.Mbappe mengalami kecederaan hamstring pada 1 Februari dan PSG berkata, dia akan diketepikan daripada beraksi selama tiga minggu.Jurulatih Christophe Galtier pada Ahad berkata, dia tidka akan risiko dengan Mbappe menjelang aksi berdepan gergasi Bundesliga tersebut.Untuk rekod, PSG berada dalam prestasi buruk baru-baru ini, tewas 1-3 di Monaco dalam Ligue 1 pada Ahad untuk kekalahan keempat tahun ini dalam semua pertandingan.LIGA JUARA-JUARAPusingan 16Perlawanan PertamaRABU (15 FEBRUARI)PSG lwn Bayern Munich, 4 pagiAC Milan lwn Tottenham Hotspur, 4 pagiKHAMIS (16 FEBRUARI)Club Brugge lwn Benfica, 4 pagiBorussia Dortmund lwn Chelsea, 4 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 09:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244917/berita/sukan/guardiola-mula-bimbang-status-haaland", "article_title": "Guardiola mula bimbang status Haaland", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola berdepan beberapa hari yang membimbangkan menjelang kunjungan ke Arsenal pada Khamis selepas penyerang Erling Haaland terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan.Pemain Norway itu telah menjaringkan 25 gol dalam 21 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak tiba di England dan mencipta gol kedua Manchester City untuk Ilkay Gundogan ketika mengatasi Aston Villa 3-1 di Stadium Etihad.Namun mesin gol The Citizens itu gagal muncul pada separuh masa kedua, menyaksikan Guardiola kelihatan kurang yakin tentang peluangnya untuk bermain di Stadium Emirates dalam misi The Citizens merampas status pendahulu liga daripada Arsenal kendalian Mikel Arteta.\"Haaland mengalami kecederaan, dia tidak selesa untuk meneruskan permainan. Pada kedudukan 3-0 kami tidak mahu mengambil risiko mengekalkan dia dalam permainan.\"Jka dia tidak bersedia, kami akan menurunkan dia perlawanan satu lagi. Harapnya dia sudah bersedia tetapi kita akan lihat,\" kata Guardiola.Haaland menghidupkan kerjayanya di Manchester City dengan cemerlang selepas berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.Untuk rekod, Haaland merupakan pemain keempat dalam sejarah Liga Juara-Juara menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk tiga kelab berbeza (Salzburg, Borussia Dortmund dan Manchester City), selepas Fernando Morientes, Javier Saviola dan Zlatan Ibrahimovic.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:35am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244916/berita/sukan/wu-yibing-pemain-china-pertama-juara-jelajah-atp", "article_title": "Wu Yibing pemain China pertama juara Jelajah ATP", "article_text": "BINTANG tenis, Wu Yibing menyerap intensiti tinggi daripada John Isner untuk menjadi pemain China pertama memenangi gelaran Jelajah ATP di Terbuka Dallas pada Isnin.Pemain berusia 23 tahun dari Wilayah Hangzhou itu menyelamatkan empat mata perlawanan sebelum meraih kemenangan 6-7 (4/7), 7-6 (7/3), 7-6 (14/12) dalam masa kurang tiga jam untuk meraih kemenangan ATP sulung.Wu, yang melonjakkan kedudukan dunia pada tahun lalu daripada 1,869 Mac lalu kepada 97 dunia, rebah di gelanggang akibat kegembiraan berikutan kemenangan tersebut.Kemenangan itu merupakan satu lagi pencapaian mengagumkan bagi Wu, yang tahun lalu menjadi pemain pertama dari China mara ke pusingan ketiga Terbuka AS.Kemunculan Wu berada dalam kelompok barisan pemain profesional bermula pada separuh akhir perseorangan Terbuka Australia pada 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 08:28am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244905/berita/sukan/kawal-emosi-dengan-bijak", "article_title": "'Kawal emosi dengan bijak'", "article_text": "PEMINAT dan penyokong bola sepak tanah air perlu menjaga emosi termasuk di media sosial dengan mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mengundang padah termasuk membuat ugutan bunuh.Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berkata, sebagai warga yang baik, penggemar sukan popular itu perlu lebih beradab dengan tidak melepaskan geram secara sembarangan di media sosial.\u201cSatu senario baharu dalam kancah bola sepak negara. Kita sebagai orang dalam bola sepak juga tak seronok dengar.\u201cKita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik isu tersebut, mungkin ada provokasi atau sebagainya kita tak pasti tetapi sebagai peminat perlu kawal emosi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Sinar Harian baru-baru ini melaporkan pemain import baharu Kelantan FC, Christian Mangaron Rontini menerima mesej ugutan bunuh di laman sosial Instagram.Wan Jamak memberitahu, bola sepak adalah \u2018satu seni\u2019 yang dimainkan secara profesional berdasarkan corak persembahan tertentu mengikut cara jurulatih.Namun, beliau berkata, peminat dan penyokong bola sepak adakala mahu permainan itu mengikut cara mereka sehingga mencetuskan satu perasaan termasuk melepaskan geram secara sembarangan.\u201cKita nak tengok permainan yang dipamerkan dengan corak terbaik, bukan lepas geram apabila tidak puas hati. Bola sepak adalah satu seni.\u201cBoleh kritik tetapi perlu ada fakta. Tak molek dan tak manis apabila timbul isu-isu sebegini. Kritik perlu beradab,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, individu yang didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap Rontini sudah dikenal pasti seperti dimaklumkan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.\u201cRontini akan dipanggil untuk statement (kenyataan) oleh pegawai penyiasat. Dari info, pengugut sudah dikenal pasti. Laju kerja polis,\u201d tulis Norizam di laman Facebook miliknya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 07:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244914/berita/sukan/rashford-bukan-kaleng-kaleng", "article_title": "Rashford bukan 'kaleng-kaleng'", "article_text": "MARCUS Rashford disifatkan antara peledak terbaik Eropah, selepas penyerang berprestasi tinggi itu menjaringkan gol keduanya dalam seminggu ketika menentang Leeds United untuk membantu The Red Devils meraih kemenangan 2-0 saingan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.Rashford memecah kebuntuan di Elland Road dengan tandukan padu 10 minit sebelum tamat, kini telah menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan musim ini.\u201cDia pastinya salah seorang daripada penyerang terbaik di Eropah pada ketika ini.\"Dari saat pertama, saya sangat teruja untuk bekerja dengannya. Dia mempunyai begitu banyak kemahiran dan potensi yang begitu tinggi.\"Dia boleh menjaringkan lebih banyak gol kerana dia boleh menjaringkan gol dari kanannya, dengan kiri dan dengan kepalanya,\" kata pengendali Manchester United, Erik ten Hag kepada pemberita.Rebut Rashford musim ini hanya kurang satu daripada kempen menjaringkan gol terbaiknya pada 2019-20, dengan baki 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris.Sementara itu, Ten Hag mengakui gembira dengan tiga mata diraih dari Stadium Elland Road, namun tidak berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi pasukannya.\"Saya tidak merasakan intensiti tinggi itu. Namun saya rasa ia adalah suasana yang hebat. Ia mesti dalam persaingan, paling penting mesti seperti ini menyebabkan kami sangat menikmatinya.\"Kami perlu bermain bola sepak pada awal permainan, lebih tenang. Tetapi jika anda tidak begitu baik dalam penguasaan bola, anda perlu mempunyai organisasi pertahanan yang baik dan memenangi pertempuran anda.\u201cSehingga anda mempunyai gol pertama, anda perlu terus melakukannya, dan saya fikir mulai saat itu lebih tenang dan kualiti pada bola lebih baik,\u201d kata bekas pengendali kelab Belanda, Ajax Amsterdam itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 07:25am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244904/berita/sukan/azeem-mula-bina-momentum-terbaik", "article_title": "Azeem mula bina momentum terbaik", "article_text": "PEMINAT sukan negara perlu mempercayai proses yang sedang dilalui Muhammad Azeem Mohd Fahmi untuk meletakkan namanya sebagai antara pelari pecut terbaik dunia.Bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhammad berkata, Azeem berada pada landasan terbaik untuk memecahkan lebih banyak rekod dalam acara 60 meter (m) mahupun 100m.Beliau juga memahami ada pihak yang mula mempersoalkan kejayaan Azeem yang ketika ini hanya memecahkan rekod untuk saingan 60m dan tidak memberikan gambaran sebenar dalam 100m.\u201cKita harus percaya kepada proses yang dilalui Azeem. Kita tak perlu beri tekanan kepadanya dan saya yakin dia akan memberikan banyak lagi berita gembira untuk negara.\u201cSaya melihat Azeem berada di landasan tepat menjadi atlet negara yang pertama berlari di bawah 10s. Maksudnya, timing 60m yang dilakukan pada dua kejohanan itu kebiasaannya dibuat pelari mencatat bawah 10s.\u201cAzeem pula baru lagi berada di Amerika Syarikat (AS) dan dia mungkin boleh perbaiki lagi larian. Baru dua kali kejohanan dah buat 6.62s, saya yakin dengan usaha yang gigih lagi, dia boleh buat 6.50s.\u201cJadi, tak perlulah kita pertikai dia hanya lari dan pecah rekod dalam 60m. Kita sepatutnya terus memberikan sokongan kepadanya,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Azeem sekali lagi mencipta sensasi apabila memecahkan rekod acara 60m pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di South Carolina pada Sabtu.Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, 6.63s yang dilakukan pada Kejohanan Texas Tech Open di Texas dua minggu lalu.Azeem ketika itu memecahkan rekod kebangsaan selama 24 tahun milik bekas pelari pecut, Watson Nyambek iaitu 6.66s yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.Namun, terdapat segelintir peminat yang seolah-olah tidak sabar mahu melihat pencapaian lebih cemerlang dicipta oleh Azeem menerusi acara 100m dan bukannya 60m.Mengulas lanjut, Nazmizan berkata, Azeem berjaya menyesuaikan diri dengan baik keadaan di AS sejak tiba di negara Uncle Sam itu pada 4 Januari lalu.\u201cAzeem merupakan seorang atlet yang berjiwa kental dan tahu apa yang dia nak capai apabila buat keputusan memilih Universiti Auburn bagi menyambung pelajaran dan berlatih.\u201cKita juga menanti larian 100m pertamanya di AS. Saya menjangkakan dia berada di prestasi baik bagi mencatatkan masa yang baik dalam acara 100m berdasarkan catatan 60 meter itu,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244913/berita/sukan/manchester-city-tak-miliki-ramai-pemain", "article_title": "Manchester City tak miliki ramai pemain", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mendakwa skuadnya memiliki jumlah pemain yang paling sedikit dalam Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan ke atas Aston Villa, menyaksikan The Citizens kini hanya tiga mata di belakang pendahulu Arsenal.Gol ledakan Rodri, Ilkay Gundogan dan penalti Riyad Mahrez mengesahkan kemenangan 3-1 pada penghujung minggu ketika kelab itu didakwa atas lebih 100 kes dakwaan salah laku kewangan oleh Liga Perdana Inggeris.Manchester City telah membelanjakan hampir dua bilion pound untuk pemain sejak Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan dari Abu Dhabi menjadi pemilik pada 2008 - memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada masa itu.Skuad Guardiola sekarang bernilai 1.05 bilion euro melalui laman web transfermarkt dan pada Isnin, dia bermula dengan pemain England Kalvin Phillips dan Phil Foden serta penyerang Argentina, Julian Alvarez di bangku simpanan.Namun pengendali Sepanyol itu mendakwa dia bekerja dengan skuad kurang daripada 20 pemain ketika kelab tersebut mengejar Arsenal dan cuba memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama.\"Kami hanya mempunyai 18, 19 pemain. Jumlah kami sangat, sangat kecil, mungkin yang terkecil dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.\u201cAdalah penting kami tidak mengalami kecederaan, namun kami mempunyai metodologi yang luar biasa untuk latihan bagi menguruskan keletihan dan mengelak kecederaan.\"Kami mempunyai doktor dan fisio yang luar biasa dan semua orang. Saya berjuang untuk itu selama bertahun-tahun,\" kata Guardiola.Manchester City akan menghadapi suruhanjaya bebas untuk menjawab 115 pertuduhan yang dibawa oleh Liga Perdana Inggeris, sejak 2009.Jika didapati bersalah Manchester City, dalam senario terburuk berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau diturunkan dengan Guardiola mengatakan kelab itu telah 'dikutuk' minggu ini.Walaupun awan menyelubungi kelab itu, juara bertahan City berpeluang untuk menyingkirkan Arsenal dari tangga teratas liga apabila kedua-dua pasukan bertemu di London pada awal pagi Khamis.\"Arsenal mempunyai satu perlawanan dalam tangan. Kita akan lihat selepas semua perlawanan apabila Liga Perdana Inggeris tamat.\"Tetapi kami akan ke London untuk mencuba dan mendapatkan kemenangan. Apabila satu pasukan telah membuat 50 mata pada perlawanan pertama, ia adalah kerana mereka sangat bagus. Kami merapatkan jurang hari ini kerana prestasi daripada pasukan itu benar-benar bagus,\" kata Guardiola mengenai perebutan gelaran dengan skuad kendalian Mikel Arteta.Keputusan Liga Perdana InggerisManchester City 3-1 Aston VillaLeeds United 0-2 Manchester United", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 07:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244901/berita/sukan/jodoh-jones-southampton-cuma-tiga-bulan", "article_title": "'Jodoh' Jones, Southampton cuma tiga bulan", "article_text": "BUKAN mudah untuk mengendalikan kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana cabarannya luar biasa.Ia dibuktikan menerusi pemecatan jurulatih Southampton, Nathan Jones selepas hanya tiga bulan mengendalikan kelab tercorot liga itu.Pengurus berusia 49 tahun itu melalui tempoh sukar selepas mengambil alih tugas pengurus November lalu susulan pemecatan Ralph Hasenhuttl.Pengendali Wales itu bergelut untuk menawan hati penyokong yang tidak yakin dengan kekurangan pengalamannya di EPL.Kekalahan 1-2 skuad kendaliannya kepada Wolves yang beraksi dengan 10 pemain pada Sabtu membuatkan Lembaga Pengarah Southampton terpaksa memecatnya.Dalam satu kenyataan kelab bola sepak Southampton mengesahkan sudah tidak bekerjasama dengan pengurus pasukan utama, Nathan Jones.\"Jurulatih pasukan utama, Chris Cohen dan Alan Sheehan juga meninggalkan pasukan,\" kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, jurulatih utama pasukan, Ruben Selles akan mengendalikan latihan dan menyediakan pasukan sebelum perlawanan menentang Chelsea minggu depan.Kekalahan itu menyaksikan Southampton kekal di tangga tercorot liga setelah sekadar mengutip 15 mata daripada 22 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Februari 2023 12:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244890/berita/sukan/skuad-skuasy-remaja-wanita-muncul-juara-asia", "article_title": "Skuad skuasy remaja wanita muncul juara Asia", "article_text": "SKUAD skuasy remaja wanita negara mencipta sensasi apabila mengungguli Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia di Chennai, India pada Ahad.Kejuaraan itu dilakar selepas Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final.Ia merupakan kemenangan berpasukan keempat berturut-turut Malaysia dalam acara wanita di peringkat remaja Asia selepas memenangi pada 2015, 2017 dan 2019.Pemain muda, Aira Azman bermula cemerlang apabila menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Wai Sze Wing 11-2, 11-9, 11-5.Aksi Yasshmita juga tidak mengecewakan biarpun berdepan tentangan sengit Tse Yee Lam Toby sebelum menang 11-5, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7.Dalam pada itu, skuad lelaki negara meraih gangsa bersama Korea Selatan selepas tewas pada aksi separuh akhir di tangan Pakistan 0-2 pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 08:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244888/berita/sukan/hanis-perlu-lalui-proses-penggantungan-tak-perlu-kemuka-rayuan", "article_title": "Hanis perlu lalui proses penggantungan, tak perlu kemuka rayuan", "article_text": "PEMAIN hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn tidak perlu mengemukakan sebarang rayuan berhubung hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pemain berusia 26 tahun itu perlu melalui penggantungan tersebut sebagai pemain profesional dan proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.Beliau berkata, sebarang proses rayuan melibatkan mana-mana atlet perlu melalui badan induk persatuan sukan masing-masing dan sebarang keputusan akan dibincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\"Saya yakin dengan tindakan sebegini rupa, Hanis Nadiah akan menjadi pemain yang lebih hebat dan cekal. Dari segi rayuan, biar dia jalani dahulu (hukuman penggantungan). Tak perlu rayu kerana kami di pihak KHM memang beri yang terbaik.\"Kita tidak buat keputusan sesuka hati, KBS minta kita bawa empat pingat emas untuk Sukan SEA dan Hanis Nadiah sebagai top striker, kita memang akan rasa kehilangan tetapi dia perlu lalui proses tersebut. Kalau ada tindakan sebaliknya kita akan berbincang dengan MSN,\u201d katanya.Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Hoki 5s, B11 dan B15 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Ahad.Pada 9 Februari lepas, Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan beliau tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.Keputusan itu dibuat susulan komen Hanis Nadiah yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara bulan lepas.Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Subahan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 08:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244881/berita/sukan/anak-murid-khabib-ungguli-gelaran-dunia", "article_title": "Anak murid Khabib ungguli gelaran dunia", "article_text": "PETARUNG sensasi, Islam Makhachev berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran dunia kelas lightweight UFC selepas menewaskan Alexander Volkanovski menerusi keputusan mata sebulat suara di Perth, Australia.Islam yang berusia 31 tahun menafikan hasrat lawan dari Australia itu untuk muncul petarung kelima yang memegang dua gelaran dunia secara serentak dalam sejarah UFC.\u201cLawan saya sangat sukar. Saya adalah petarung terhebat di dunia ketika ini,\u201d ujar Islam.Islam yang berasal dari Rusia melebarkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan UFC kepada 12 pertarungan dan rekod keseluruhannya menjadi 24-1.Dia memperoleh keputusan 48-47, 48-47, 49-46 untuk menewaskan lawannya itu.Sepanjang kariernya, Islam dididik oleh Khabib Nurmagomedov yang dilabelkan sebagai petarung terhebat dalam sejarah UFC.\u201cSaya membuktikan mengapa saya nombor satu.\u201cAnda perlu tingkatkan lagi usaha. Saya jangkakan mudah untuk menewaskannya tetapi jangkaan saya salah,\u201d ujar Islam.Dalam pada itu, Volkanovski akur dengan kekalahan tersebut dan menganggap Makhachev seorang petarung yang hebat.\u201cSaya jangkakan kemenangan Makhachev (Islam), dia sangat bagus. Namun saya petarung lebih baik sekarang. Saya akan tumpukan kepada gelaran featherweight selepas ini,\u201d kata Volkanovski.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 07:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244874/berita/sukan/piala-mfl-peluang-pemain-muda-menyinar", "article_title": "Piala MFL: Peluang pemain muda menyinar", "article_text": "PENGENALAN Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal memberikan peluang kepada pemain bawah 23 tahun (B-23) untuk menyinar.Pengendali pasukan B-23 Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, pemain muda akan mendapat peluang secukupnya selain memberikan banyak nilai tambah kepada pasukan muda kebangsaan.\"Piala MFL diwujukan untuk pemain B-23 dan semua sedia maklum untuk pertandingan B-23 di peringkat kebangsaan ada kelayakan Olimpik, Piala AFF dan Sukan SEA.\"Sebelum ini mungkin pemain tidak diberi peluang kerana kepercayaan lebih diberikan kepada pemain senior di Liga Super atau Liga Perdana.\"Jadi, ini peluang untuk pemain muda memberikan aksi terbaik dan ini juga peluang mereka untuk dipih mewakili pasukan kebangsaan,\" katanya.Akmal RizalPiala MFL melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.Kumpulan A memperlihatkan lapan pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta\u2019zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara itu baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain di Kumpulan B.Dalam pada itu, Akmal Rizal menyasarkan pasukannya untuk mara ke pusingan suku akhir dalam aksi yang akan bermula 2 Mac depan.\"Kalau ikutkan undian memang agak seimbang kedua-dua kumpulan. Untuk kumpulan A sendiri pastinya pasukan pilihan adalah JDT II, Kedah, Terengganu FC II dan Sabah yang saya rasa akan jadi pencabar terkuat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 05:34pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244866/berita/sukan/liridon-sah-sertai-terengganu-fc", "article_title": "Liridon sah sertai Terengganu FC", "article_text": "TONGGAK naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sah menyertai Terengganu FC (TFC) untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Perkara itu diumumkan TFC dalam laman Facebook rasmi mereka pada Ahad.\"Selamat Datang Liridon Krasniqi,\" kata hantaran di laman Facebook mereka.Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Liridon menyertai perlawanan pra musim bersama TFC di Thailand.Pemain berusia 31 tahun itu mencipta nama semasa bersama Kedah dan menjadi tonggak utama memenangi beberapa kejuaraan sejak 2015.Dia kemudiannya menyertai Melaka United sebelum gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim menyambar khidmatnya pada 2019.Namun, dia gagal menampilkan persembahan terbaik menyebabkan dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensinya.Pasukan terakhir Liridon adalah Khon Kaen United yang beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 04:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244861/berita/sukan/nani-sahirah-belum-puas-hati", "article_title": "Nani Sahirah belum puas hati", "article_text": "PEMEGANG rekod kebangsaan acara lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata masih belum berpuas hati meskipun berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan di Stadium Mini MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.Atlet kelahiran Kuantan, Pahang, berusia 22 tahun itu sedikit kecewa selepas lontaran sejauh 13.27 meter (m) dilakukan itu gagal menandingi rekod peribadinya 14.48m yang juga rekod kebangsaan yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022.\"Saya sebenarnya kurang berpuas hati dengan lontaran hari ini. Kegagalan untuk menghampiri catatan terbaik saya itu mungkin disebabkan tidak cukup rehat kerana baru sahaja tiba di sini dari rumah di Pahang sebab mak saya tidak sihat,\" katanya.Namun, Nani Sahirah berkata, dia akan memberi sepenuh tumpuan untuk menajamkan kemahiran menjelang Sukan SEA Kemboja pada Mei ini selepas berjaya melayakkan diri secara merit bagi kategori A dalam acara itu.\"Perancangan saya selepas ini sudah tentu mahu memberi tumpuan kepada Sukan SEA sebab saya mahu sasar kedudukan podium. Sebagai persiapan saya akan bertanding dalam beberapa kejohanan dan paling terdekat di Australia pada bulan depan,\" katanya.Sebelum itu, rakan senegerinya, Nurrul Ainin Syauqina Mohd Nor Azahar menamatkan saingan di tempat kedua dengan lontaran sejauh 12.20m manakala gangsa dimenangi wakil Angkatan Tentera Malaysia, Queenie Ting Kung Ni (11.35m). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 04:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244827/berita/sukan/resah-psg-menjelang-aksi-menentang-bayern", "article_title": "Resah PSG menjelang aksi menentang Bayern", "article_text": "KEKALAHAN Paris Saint-Germain (PSG) kepada Monaco 1-3 dalam kancah Ligue 1 awal pagi Ahad mencetuskan resah kepada jurulatihnya Christophe Galtier.Lebih membimbangkan PSG akan berdepan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu ketika bintang mereka, Lionel Messi menyertai Kylian Mbappe dalam senarai kecederaan.Ia merupakan kekalahan ketiga PSG daripada tujuh perlawanan liga terakhir.Pada aksi itu, Achraf Hakimi dan Sergio Ramos memanaskan bangku simpanan sambil mengesahkan 'virus' telah melanda kem itu yang menyaksikan ketiadaan kelibat Fabian Ruiz.Juara Bundesliga, Bayern pula menang 3-0 ke atas Bochum menjelang pertemuan pertama pusingan 16 di Parc des Princes dan situasi itu mencetuskan gusar Galtier.\u201cBeginilah keadaan pasukan ini. Ia pelik tetapi benar. Adalah janggal untuk mengatakan bahawa sebagai pengurus PSG, tetapi ialah realiti yang kami hadapi.\u201cKami kurang cekal dalam permainan sendiri. Saya tidak boleh berselindung di sebalik situasi ini,\u201d katanya.Kekalahan tersebut turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat PSG.\u201cKami begitu tempang dan berasa bimbang. Dalam tempoh ini, kami perlu memahami situasi.\u201cSaya faham kemarahan peminat. Wujudnya kemarahan,\u201d ujar Galtier.Justeru beliau dan barisan kejurulatihan akan membuat analisis dan menilai semula prestasi para pemain sebelum menyenaraikan kesebelasan utama pasukan.\u201cKami akan lihat jika sesetengah daripada mereka yang tidak dapat memulakan perlawanan pada malam ini sedia diturunkan Selasa ini (awal pagi Rabu),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 01:13pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244806/berita/sukan/bayern-kena-pamer-aksi-luar-biasa", "article_title": "Bayern kena pamer aksi luar biasa", "article_text": "PENGENDALI Bayern Munich, Julian Nagelsmann menuntut prestasi yang lebih baik dipamerkan pasukannya dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain pada Rabu.Pendahulu Bundesliga itu melebarkan rekod tanpa kalah liga mereka kepada 13 perlawanan pada Sabtu dengan kemenangan 3-0 ke atas Bochum hasil jaringan Thomas Muller, Kingsley Coman dan Serge Gnabry.Bagaimanapun, Nagelsmann kurang kagum dengan persembahan pasukannya dan mencabar para pemainnya untuk persembahan lebih baik ketika berkunjung ke Parc des Princes.\"Kami tidak mengikut permainan sebenar kami. Saya fikir, jika kami bermain dengan lebih semangat dalam enam minit pertama kami sepatutnya mendahului dengan dua atau tiga gol.\"Kami mempunyai peluang yang besar namun tidak mempunyai penyudah. \u200b\u200bSecara keseluruhan, ia bukanlah perlawanan yang bagus daripada pasukan.\"Kami perlu mempamerkan permainan yang luar biasa di Paris, walaupun Kylian Mbappe mungkin tidak bermain. Jika kami bermain seperti ini menentang PSG, kami tidak boleh pergi jauh,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 11:01am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244799/berita/sukan/pemain-perlu-masa-sesuaikan-diri---potter", "article_title": "Pemain perlu masa sesuaikan diri - Potter", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter berkata beberapa pemain baharu kelab itu perlu menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum boleh tampil dengan prestasi yang bagus.Chelsea terikat 1-1 menentang West Ham United pada Sabtu dengan pemain pinjaman Atletico Madrid, Joao Felix menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada minit ke-16 sebelum bekas pemain pertahanan Chelsea, Emerson menyamakan kedudukan untuk West ham pada minit ke-28.Keputusan itu bermakna Chelsea hanya menang sekali dalam lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.\"Saya hanya berkata dari perspektif prestasi dan saya fikir ia adalah prestasi yang lebih baik.\"Anda juga boleh melihat potensi pasukan tetapi anda juga boleh melihat proses itu sedang berlaku.\"Begitulah keadaannya. Itulah cara saya melihatnya dan saya hanya akan jujur \u200b\u200buntuk mengatakan bagaimana keadaannya tetapi saya faham sepenuhnya bahawa orang ramai kecewa jika kami tidak menang,\" katanya.Chelsea membuat lapan pembelian dengan jumlah perbelanjaan besar pada Januari.Potter berkata menguruskan skuad sebesar itu adalah satu cabaran tetapi juga menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu yang menarik.\"Saya rasa ia satu cabaran tetapi ia adalah tugas saya. Ia menarik dan menguji anda kerana perlu memastikan anda berkomunikasi dengan betul dan menguruskan persekitaran kerana jika tidak, ia boleh menjadi sesuatu yang negatif,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 10:27am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244797/berita/sukan/spurs-perlu-ambil-pengajaran", "article_title": "Spurs perlu ambil pengajaran", "article_text": "TONGGAK Tottenham Hotspur, Son Heung-min menegaskan pasukan itu perlu mengambil pengajaran selepas kekalahan besar 1-4 kepada Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.Spurs menewaskan Manchester City hujung minggu lalu namun gagal membawa momentum positif itu apabila dimalukan di Stadium King Power.Rodrigo Bentancur membuka jaringan buat Spurs tetapi tiga gol daripada Nampalys Mendy, James Maddison dan Kelechi Iheanacho pada separuh masa pertama meletakkan Leicester di hadapan.Harvey Barnes menambah gol keempat pada minit ke-81 untuk memastikan hari malang buat Spurs.\"Kami bermula dengan agak baik dan mencipta peluang. Selepas 1-1 kami melepaskan gol kedua yang pantas dan kemudian ia terbuka. Ia adalah perlawanan yang sukar ketika itu.\"Leicester begitu klinikal, mereka hampir menjaringkan gol dalam setiap peluang. Ia keputusan yang sangat mengecewakan.\"Saya fikir ia sangat menyedihkan. Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar. Dalam Liga Perdana ia tidak pernah satu perlawanan yang mudah.\"\u200b\u200bIa menunjukkan Liga Perdana mempunyai tahap yang tinggi. Saya tidak tahu apa yang boleh saya katakan, ia adalah sangat mengecewakan,\" katanya.Ditanya sama ada rasa berpuas hati adalah punca kekalahan mereka, Son menjawab: \"Saya tidak fikir begitu. Kami datang dengan perasaan yang baik selepas menewaskan City.\"Pada minit pertama kami benar-benar melakukannya. Kami harus bersedia dan belajar sesuatu. Hari ini sepatutnya menjadi pengajaran besar untuk kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 10:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244801/berita/sukan/arteta-berang-keputusan-pengadil", "article_title": "Arteta berang keputusan pengadil", "article_text": "JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta berang dengan keputusan pengadil yang mengesahkan gol penyamaan Brentford yang sepatutnya tidak boleh diterima kerana ofsaid.Beliau mendakwa pengadil 'menukar peraturan' selepas jaringan kontroversi Ivan Toney membolehkan Brentford mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu 1-1.Pada aksi itu pemain baharu, Leandro Trossard membuka jaringan menerusi gol pertamanya di Stadium Emirates.\"Saya baru lihat video dan ia ofsaid, tapi sudah terlambat. Tak mengapa, gol sudah dibenarkan dan kami hilang dua mata,\" ujar Arteta.The Gunners kalah kepada Everton minggu lalu dan keputusan seri itu meletakkan mereka hanya enam mata di depan Manchester City yang berada di tangga kedua.Sedar dengan tekanan ke atas pasukannya, yang sebelum ini tewas kepada City dalam saingan Piala FA, Arteta jelas kecewa dengan jaringan Toney.Gol berkenaan kekal walaupun diperiksa berulang kali menerusi ulang tayang VAR bagi memastikan sama ada Ethan Pinnock berada di kedudukan ofsaid.Arteta akan membawa perkara ini kepada bos EPL kerana ia keputusan penting dalam usaha Arsenal memburu gelaran liga pertama sejak 2004.\"Kami sering menilai perlawanan dengan mereka (Liga Perdana) dan kami memberikan pendapat, tapi ia sudah terlambat.\"Mereka mungkin akan memberikan penjelasan di akhir minggu depan.\"Anda perlu mempunyai prinsip. Ia dilakukan dengan berpegang kepada peraturan, tiba-tiba peraturan bertukar dan anda terpaksa menukar prinsip itu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 09:57am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244795/berita/sukan/real-madrid-ungguli-piala-dunia-kelab", "article_title": "Real Madrid ungguli Piala Dunia Kelab", "article_text": "REAL Madrid merangkul trofi kedua musim ini apabila memenangi Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Al Hilal 5-3 di Maghribi awal pagi Ahad.Pada aksi di Stadium Prince Moulay Abdellah, Rabat itu Vinicius Junior dan Fede Valverde masing-masing meledak dua gol.Pemain sensasi, Karim Benzema yang baru pulih daripada kecederaan turut meledak membolosi gawang lawan dari Arab Saudi itu.Trofi itu merupakan yang kedua buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti selepas memenangi Piala Super Eropah Ogos lalu.\"Kami amat gembira. Madrid adalah juara dunia. Ia adalah apa yang kami perlu lakukan,\" ujar Ancelotti.Madrid layak ke kejohanan itu sebagai pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, menampilkan kualiti serangan yang sukar dikekang kelab Asia itu.Ia turut menebus kekecewaan mereka dalam kempen La Liga setelah ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona yang turut menewaskan Madrid dalam final Piala Super Sepanyol pada Januari.Madrid memegang rekod kemenangan paling banyak dalam kejohanan antara benua itu selepas memenangi Piala Intercontinental - perlawanan antara juara Eropah dan Amerika Selatan - pada 1960, 1998 dan 2002, yang kemudian digabungkan dengan Piala Dunia Kelab pada 2005.\"Ia perlawanan yang bagus. Saya rasa barisan depan kami sangat hebat. Vinicius, Karim dan Valverde menghasilkan gol.\"Kualiti pasukan yang bagus,\" kata Ancelotti.Ancelotti kembali memasukkan Benzema dalam kesebelasan utama selepas dia terlepas aksi separuh akhir menenang Al Ahly akibat kecederaan pahaPenyerang 35 tahun itu mencetus gol pembukaan Vinicius dengan hantaran pendek yang dimanfaatkan pemain sayap Brazil itu.Selepas menjadi mangsa perkauman, Vinicius menikmati malam gemilang di Maghribi, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan Madrid serta dinobatkan pemain terbaik kejohanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 09:12am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244784/berita/sukan/azeem-boleh-buat-lebih-baik", "article_title": "Azeem boleh buat lebih baik", "article_text": "JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berharap anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi tidak cepat berpuas hati selepas sekali lagi memecah rekod 60 meter (m) pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Universiti Clemson, Carolina Selatan pada Sabtu.Menurutnya, Muhammad Azeem perlu terus memperbaiki larian dan cuba mencatatkan masa yang lebih baik pada kejohanan akan datang.\u201cKepada Azeem, teruskan apa yang telah dibuat. Sentiasa berusaha dan jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang telah diraih.\u201cTeruskan mengikuti latihan dalam usaha memastikan dapat jadi pelari pecut yang terbaik pada masa akan datang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Dalam aksi kejohanan dalam dewan itu, Azeem mencatatkan rekod baharu kebangsaan dalam acara 60m apabila melakukan larian dengan catatan masa 6.62s untuk mengakhiri saingan di kedudukan kelima.Catatan itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 6.63s yang dilakukan di Kejohanan Texas Tech Open di Texas, dua minggu lalu.Muhammad Amir yang mengenali Azeem sejak pelajar itu berumur 11 tahun juga percaya atlet berusia 18 tahun itu telah bersedia untuk menghadapi cabaran lebih hebat bersama Universiti Auburn di bumi Amerika Syarikat tersebut.\u201cSetakat ini saya berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan. Ini menunjukkan dia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih hebat.\u201cApa yang penting adalah peningkatan. Pada saya tidak kira sama ada banyak atau tidak peningkatan yang dipamerkan, yang penting saya mahu melihat catatan konsisten dapat dilakukannya,\u201d katanya.Dalam pada itu, Muhammad Azeem melalui laman Twitternya bersyukur dengan kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali pada acara dalam dewan itu.\u201cAlhamdulillah, minggu yang baik dengan atlet yang terbaik. Bersyukur dengan satu lagi rekod Malaysia. Musim kejohanan kejuaraan akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244781/berita/sukan/chelsea-west-ham-sama-padu-di-london", "article_title": "Chelsea, West Ham sama padu di London", "article_text": "HASRAT menggunung Chelsea untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila terikat seri 1-1 ketika berkunjung menentang West Ham United di Stadium London pada Sabtu.Sebaliknya keputusan seri ketujuh selepas mengharungi 22 perlawanan itu menyaksikan The Blues yang mengumpul 31 mata semakin menyisihkan diri dari kelompok empat teratas liga.Biarpun selesa mendahului hasil jaringan pembukaan Joao Felix pada minit ke-16, ia gagal memacu motivasi skuad mewah kendalian Graham Potter untuk melebarkan jaringan.Namun penyudah unggul bekas pemain pertahanan Blues, Emerson Palmieri pada minit ke-28 berjaya menewaskan Kepa Arrizabalaga, sekaligus memadam kelebihan dimiliki pelawat.Keputusan seri itu menyaksikan Chelsea kini hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka.Malah kelab sensasi London juga melebarkan rekod tidak menang di tempat lawan sejak Oktober.Chelsea kekal di tempat kesembilan dalam jadual, sembilan mata di belakang Newcastle di tangga keempat yang bermain kurang satu perlawanan.West Ham pula naik ke tangga ke-15, namun hanya dua mata di depan Everton, pasukan yang menduduki tempat tertinggi di tempat penyingkiran.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Februari 2023 12:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244771/berita/sukan/status-penambahbaikan-velodrom-rakyat-akhir-bulan-ini", "article_title": "Status penambahbaikan Velodrom Rakyat akhir bulan ini", "article_text": "STATUS penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut di peringkat kementerian bagi mencari penyelesaian dan situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat.\"Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi.\"Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, dijangkakan selepas persidangan Parlimen, 24 Februari ini,\" katanya selepas pelancaran jersi dan pengenalan pemain kelab BRM FC di sini pada Sabtu.Sebelum ini dilaporkan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berharap KBS mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada velodrom tersebut bagi melindungi trek kayu itu.Saranan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ada beberapa kawasan di velodrom itu mulai comot dan bertukar kehitaman kerana keadaannya yang terbuka dan terdedah kepada cuaca panas dan hujan.Dalam isu berasingan, Adam Adli berkata, pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.\"KBS akan meneliti dahulu perkara tersebut dan memanggil PJS untuk mendapatkan gambaran perkembangan terkini sebelum kita buat keputusan lanjut.\"Kemelut persatuan bola sepak bukan hanya melibatkan di Perak sahaja kerana turut melibatkan di Melaka dan beberapa persatuan sukan yang lain yang masalahnya hampir sama dengan PAFA,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 09:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244770/berita/sukan/muhammad-haiqal-lepasi-kelayakan-ke-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Muhammad Haiqal lepasi kelayakan ke Sukan SEA Kemboja", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi muncul juara acara 100 meter (m) dengan catatan masa 10.46 saat (s) pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia pada Sabtu, sekali gus melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Kemboja 2023.Catatan diperoleh Muhammad Haiqal pada kejohanan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara itu melepasi had kelayakan 10.56s yang ditetapkan untuk ke temasya dwitahunan di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini.Berdasarkan rekod, Muhammad Haiqal kini berkongsi catatan masa dengan seorang lagi pelari pecut negara, Muhammad Arsyad Md Saat, yang merekodkannya pada temasya Sukan Malaysia 2022 selain jaguh pecut muda Malaysia iaitu Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang memegang rekod kebangsaan 100 m.Muhammad Azeem mencatat 10.09s pada kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun di Colombia, Ogos tahun lepas.Hanya dua pelari pecut yang mempunyai catatan masa terbaik dan melepasi had kelayakan ditetapkan dibenar menyertai acara berkenaan di temasya dwitahunan itu.Muhammad Haiqal, yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Manila 2019, tidak membuat penampilan pada edisi Sukan SEA Vietnam tahun lepas setelah gagal melepasi had kelayakan ditetapkan.\"Ini merupakan kejohanan pertama saya pada tahun ini. Selalunya catatan masa saya tidak akan berapa baik namun saya bangga dengan pencapaian yang dilakukan hari ini,\" katanya kepada pemberita di sini hari ini.Terdahulu, atlet Melaka Khairul Hafiz Jantan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan catatan 10.51s diikuti atlet Angkatan Tentera Malaysia Jonathan Nyepa di tempat ketiga dengan catatan 10.53s. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 08:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244763/berita/sukan/marquez-belum-serasi-dengan-jentera-baharu", "article_title": "Marquez belum 'serasi' dengan jentera baharu", "article_text": "PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez masih menyesuaikan diri dengan jenteranya dalam misi merampas semula kejuaraan Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.Juara enam kali MotoGP itu berkata, pasukannya masih melakukan kerja-kerja penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi motosikal itu sekali gus menjadikannya berkemampuan untuk meraih kemenangan.Pelumba dari Sepanyol itu berkata, prototaip RC213V 2023 itu, yang diujinya semalam pada hari pertama Ujian Musim Sejuk 2023, tidak jauh berbeza dengan motosikal yang diujinya pada Ujian Valencia, November tahun lepas.\"Sekarang, esok, dan hari seterusnya kami akan mula bekerja dan terutama di Partimao, sesuatu yang baharu akan sampai. Namun kami perlu terus bekerja di garaj kami, mencuba untuk mendapatkan lebih maklumat, menambah baik hingga sempurna kerana setakat ini kami masih jauh ketinggalan daripada pelumba teratas,\u201d katanya kepada media baru-baru ini.Bagaimanapun, pelumba berusia 29 tahun itu berkata, ia adalah permulaan pramusim yang baik, khususnya dari segi keadaan fizikalnya, jika dibandingkan dengan prestasi tahun lepas selepas beliau mengalami kecederaan tangan kanan pada 2020.Pada Jumaat, Marquez berada di tempat kesembilan setelah menyempurnakan pusingan ke-23 dengan catatan satu minit 59.424 saat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, manakala pada Sabtu beliau terkeluar daripada senarai 10 pelumba teratas, iaitu di tangga ke-13, selepas melakukan sembilan pusingan dengan masa terbaik 1:59.450s. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 08:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244751/berita/sukan/kbs-teliti-formula-baharu-peroleh-dana", "article_title": "KBS teliti formula baharu peroleh dana", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti formula baharu bagi memperoleh dana dalam usaha untuk memperkasa dan memeriahkan lagi industri sukan negara.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan-persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana yang mencukupi bagi mereka menghadapi perlawanan dan menganjurkan temasya sukan dalam meningkatkan prestasi atlet.\"Pada minggu lepas, saya ada berbincang dengan Kementerian Kewangan dan saya kata kita perlu formula serta idea baharu untuk dapatkan dana bagi persatuan sukan menganjurkan program (temasya atau perlawanan).\"Sama juga kita lihat dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma). Kita kena cari kaedah baharu kerana dahulu formulanya adalah Persekutuan bagi duit pada negeri untuk bina infrastruktur seperti bina stadium dan membuat penyelenggaraan,\" katanya pada pemberita selepas melancarkan logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA) di sini, pada Sabtu.Beliau mengulas mengenai permohonan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang meminta kerajaan memberikan sedikit peruntukan bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia ke-4 yang akan berlangsung di dalam negara September tahun ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 06:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244778/berita/sukan/aznil-aniq-sandaran-skuad-angkat-berat-ke-paris", "article_title": "Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris", "article_text": "PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sandaran kepada dua badang negara, Muhamad Aznil Bidin dan Mohamad Aniq Kasdan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.Naib Presiden PABM, Ahmad Janius Abdullah berkata, badan induk itu kini sedang mempersiapkan Muhamad Aznil, 29, dan Mohamad Aniq, 21, yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata sekali gus berada dalam kelompok 10 terbaik.Beliau berkata, kedua-dua atlet itu, bagaimanapun perlu bersaing sesama sendiri untuk mengumpul mata terbaik kerana hanya satu slot ditawarkan bagi setiap negara untuk satu kategori.\"Kedua-dua atlet berkenaan perlu menyertai beberapa kejohanan wajib bagi mengumpul mata terbaik mereka, antaranya Piala Dunia di Phuket, Thailand pada April, Kejohanan Dunia di Riyadh, Arab Saudi pada September selain kejohanan kelayakan di Korea Selatan pada Mei ini.\"Bagi mempersiapkan diri untuk Sukan Olimpik Paris 2024, kedua-dua mereka tidak akan beraksi di Sukan SEA Kemboja pada Mei ini kerana kejohanan di Korea Selatan menawarkan mata kelayakan selain tarikh kedua-dua kejohanan itu bertindih,\" katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Jasin pada Sabtu..Beliau berkata demikian selepas Program Pencarian Bakat Sukan Angkat Berat anjuran Jabatan Pendidikan negeri bersama Persatuan Angkat Berat dan Bina Badan Amatur Melaka serta Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua.Ahmad Janius yang juga Pengerusi Pembangunan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berkata, program pencarian bakat itu kini sedang giat dilaksanakan di Melaka bermula di peringkat sekolah rendah bagi mencari pelapis sukan itu.Katanya, setakat hari ini, sebanyak 30 pelapis muda berusia lapan hingga 14 tahun dikenal pasti untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua atau Nyalas di sini, bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang dijangka berlangsung di Johor.Sementara itu, beliau berkata, enam atlet angkat berat Singapura dijangka menjalani latihan selama sebulan di Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kemboja.\"Meraka dijangka hadir pada 6 Mac depan bagi memulakan latihan dan sebelum ini, Pusat Latihan Angkat Berat Kesang Tua menjadi pilihan atlet dari beberapa negara lain seperti Filipina, Thailand dan India,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244741/berita/sukan/azeem-sandaran-pingat-emas-negara-di-olimpik---hannah", "article_title": "Azeem sandaran pingat emas negara di Olimpik - Hannah", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan atlet pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi boleh diletakkan sebagai sandaran pingat emas negara pada Sukan Olimpik suatu hari nanti.Hannah berkata, ia berdasarkan prestasi semasa atlet berusia 18 tahun itu yang memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.\"Saya sangat bangga dengan pencapaian beliau. Azeem adalah bintang meningkat naik dan diharapkan suatu hari nanti, dia boleh memberikan kita pingat emas di Sukan Olimpik,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini MSN Bukit Jalil pada Sabtu.Pada perlumbaan berlangsung di Universiti Clemson, South Carolina itu, Muhammad Azeem mewakili Universiti Auburn mencatatkan 6.62 saat (s) pada aksi final untuk menamatkan saingan di tempat kelima, iaitu 0.01s lebih pantas daripada rekodnya yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Texas Tech, Januari lepas.Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan peruntukan mencukupi menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini bagi memastikan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan buat atlet negara, sepertimana dilakukan KOM.\"Hari ini saya datang untuk melihat sendiri kejohanan ini. Ini sesuatu yang kita perlukan, apabila lebih banyak kejohanan dianjurkan, ia boleh membantu kita mengenal pasti bakat-bakat baharu.\"Selain itu, atlet juga boleh menilai prestasi dan memperbaiki ranking mereka. Ini sesuatu saya sedang usahakan menjelang bajet kali ini. Untuk pastikan kita sentiasa mempunyai peruntukan yang cukup untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan,\" katanya.Katanya, menerusi sesi libat urus bersama atlet sebelum ini, mereka menyatakan hasrat untuk terlibat dalam lebih banyak kejohanan dalam usaha memperbaiki prestasi masing-masing. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 05:09pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244737/berita/sukan/hamidin-pan-gon-menghadap-tmj", "article_title": "Hamidin, Pan-gon menghadap TMJ", "article_text": "TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon di ibu pejabat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.Perkara itu dikongsikan di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor yang turut menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan.\"Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. ALLAH Peliharakan Sultan,\" menurut kenyataan dimuat naik tersebut.Sebelum ini, Hamidin tidak menolak kemungkinan Tunku Ismail boleh menjadi pengurus Harimau Malaya sekiranya perkara itu membawa kebaikan kepada pasukan kebangsaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244739/berita/sukan/pemain-import-korea-selatan-gambia-perkuat-kelantan-fc", "article_title": "Pemain import Korea Selatan, Gambia perkuat Kelantan FC", "article_text": "KELAB bola sepak Kelantan FC sah mendapatkan khidmat dua pemain import dari Korea Selatan dan Gambia menjelang saingan Liga Super 2023 yang dijadual bermula 24 Februari ini.Kelantan FC dalam kenyataan memaklumkan dua pemain import itu ialah Nuha Marong Krubally, 29, dari Gambia dan Kim Ming Kyu, 24, dari Korea Selatan.\"Nuha Marong akan bermain di posisi penyerang dan Kim Ming pula bermain di bahagian pertahanan. Kedua-kedua pemain import ini menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim,\" menurut kenyataan itu pada Sabtu.Menurut Kelantan FC, Nuha Marong memiliki pakej yang baik sebagai penggempur utama pasukan kerana mempunyai pengalaman bermain di peringkat kebangsaan bersama skuad Sepanyol Bawah 21 Tahun dan pasukan Gambia.\"Pengalaman beliau begitu berharga dan ketajaman beliau akan memberikan impak positif dalam skuad musim ini.\"Selain itu, peranan Ming Kyu sebagai benteng akhir amat diperlukan untuk membantu skuad Kelantan FC kerana memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaannya,\" menurut kenyataan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 04:47pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244667/berita/sukan/everton-mahu-tambah-sengsara-liverpool", "article_title": "Everton mahu tambah sengsara Liverpool", "article_text": "PENGENDALI Everton, Sean Dyche tidak langsung rasa simpati terhadap kemerosotan prestasi Liverpool menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Selasa ini.Everton sebelum ini menewaskan pendahulu EPL, Arsenal di Goodison Park dalam perlawanan pertama Dyche yang menjadi kemenangan kompetitif pertama Everton sejak 22 Oktober.Liverpool hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan tewas 3-0 kepada Wolves dalam perlawanan terakhir.Dyche menegaskan dia juga tidak mahu menghulurkan sebarang simpati kepada pengendali Liverpool, Jurgen Klopp susulan kemerosotan persembahan pasukan itu.\"Fokus saya adalah pada Everton, itulah perkara yang bawa ke sini dan pastikan kami betul tanpa memberi tumpuan kepada orang lain. Itu benar-benar tumpuan saya.\"Tiada simpati dalam bola sepak. Saya boleh berempati. Anda mempunyai pemahaman tentang orang lain. Dia (Klopp) pastinya tidak mahu atau memerlukan simpati saya.\"Seseorang yang berpengalaman seperti dia dan apa yang dia lakukan dalam permainan. Dia tidak memerlukan simpati daripada sesiapa.\"Sebagai pengurus anda boleh berempati, memahami peranan masing-masing. Tidak kira di tahap mana pun anda berada, anda boleh memahami, kerana ia adalah kerja yang sangat sukar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244666/berita/sukan/guardiola-ikrar-setia-bersama-city", "article_title": "Guardiola ikrar setia bersama City", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak berhasrat meninggalkan pasukan selepas kelab itu didakwa atas 100 pelanggaran peraturan kewangan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL).City berkemungkinan berdepan pemotongan mata atau pun tersingkir daripada liga utama Inggeris jika mereka didapati bersalah atas dakwaan pelanggaran ketika musim 2009-10 dan 2017-18.Guardiola sebelum ini berkata, dia akan berundur jika mendapati dia telah dibohongi oleh pengurusan City berhubung dakwaan mereka melanggar peraturan financial fair play (FFP).Bagaimanapun, Guardiola yang telah memenangi empat kejuaraan EPL dalam tempoh lima tahun lalu percaya kes terbaharu itu akan berakhir dengan cara yang sama seperti pertuduhan UEFA sebelum ini.City telah diharamkan selama dua tahun daripada pertandingan UEFA pada Februari 2020 oleh badan induk bola sepak Eropah kerana pelanggaran fair play kewangan yang serius, tetapi sekatan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada akhir tahun itu.\"Fikiran pertama saya ialah kami telah pun dikecam. Sekiranya kami tidak bersalah, kami akan menerima keputusan hakim atau Liga Perdana.\"Tetapi apa yang berlaku jika dalam situasi yang sama seperti (kes) UEFA, kami tidak bersalah? Apa yang akan berlaku untuk memulihkan atau membayar balik kerosakan imej kami?.\"Saya tidak berganjak dari tempat duduk ini. Saya boleh memberi jaminan lebih daripada sebelumnya saya mahu kekal,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 10:24am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244664/berita/sukan/azeem-pecah-rekod-lagi", "article_title": "Azeem pecah rekod lagi", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus menampilkan prestasi terbaik apabila memecahkan rekod kebangsaan yang juga rekod miliknya sendiri dalam acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina pada Sabtu.Atlet berusia 18 tahun yang mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.62 saat (s) untuk memadamkan rekod 6.63s yang dilakukannya pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, 28 Januari lalu.Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.Dalam kejohanan di South Carolina itu, Muhammad Azeem yang beraksi dalam acara final mengakhiri saingan di kedudukan kelima.Trayvon Bromell menduduki tempat pertama dengan catatan masa 6.42s, Marcellus Moore kedua dengan 6.52s dan Sterling Warner-Savage berada di kedudukan ketiga dengan masa 6.59s.Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Januari, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 10:11am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244663/berita/sukan/messi-mbappe-benzema-bersaing-jadi-pemain-lelaki-terbaik-fifa", "article_title": "Messi, Mbappe, Benzema bersaing jadi Pemain Lelaki Terbaik FIFA", "article_text": "PENYERANG Argentina, Lionel Messi berada dalam senarai pendek bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), disertai rakan sepasukan Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema, umum badan induk bola sepak dunia itu.Perkembangan terkini itu menyaksikan Messi berpeluang memenangi trofi The Best keduanya selepas membawa Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia ketiga selepas menewaskan Perancis di Qatar pada final tahun lalu.Messi juga menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan itu sekali gus memperoleh Anugerah Bola Emas.Pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Mbappe dan pemenang Ballon d'Or 2022 Perancis, Benzema muncul buat pertama kali dalam kalangan tiga finalis.Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas berpeluang meraih Anugerah Pemain Wanita Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut walaupun diketepikan sejak Julai selepas mengalami kecederaan lutut.Penyerang Beth Mead turut dicalonkan selepas membawa England merangkul kejuaraan Euro 2022 sebagai penjaring terbanyak kejohanan dan pemain terbaik kejohanan.Penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan, yang merupakan finalis pada 2019, melengkapkan senarai itu.Untuk rekod pemenang akan diumumkan semasa majlis di Paris pada 27 Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 09:55am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244656/berita/sukan/thiago-sambung-khidmat-di-stamford-bridge", "article_title": "Thiago sambung khidmat di Stamford Bridge", "article_text": "PEMAIN pertahanan Chelsea, Thiago Silva telah menandatangani lanjutan kontrak setahun yang mengekalkan bintang Brazil berusia 38 tahun di Stamford Bridge sehingga 2024, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Bekas bek tengah AC Milan itu yang telah bermain 106 kali untuk Chelsea, menyertai The Blues pada 2020 dari Paris St-Germain (PSG), merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara menjelang akhir musim itu.\"Apabila saya menandatangani kontrak pertama di sini, ia hanya untuk satu tahun. Sekarang ia sudah menjadi yang keempat!.\"Saya tidak dapat membayangkan itu, namun sebenarnya ia saat yang sangat istimewa untuk saya menandatangani dan kekal di Chelsea,\" kata Silva yang turut memenangi Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada 2021.Dia memiliki 113 caps dan menjadi kapten Brazil pada Piala Dunia 2022 ketika tewas kepada Croatia pada suku akhir di Qatar.\"Dia seorang bakat bertaraf dunia, kerana dia telah terbukti selama bertahun-tahun untuk kelab dan negara, dan pengalaman, kualiti dan kemahiran kepimpinannya adalah penting untuk visi Chelsea ke hadapan,\" kata pengerusi Chelsea, Todd Boehly.Chelsea yang berada di tempat kesembilan liga akan berdepan kelab London, West Ham United pada Sabtu sebelum bertandang ke Borussia Dortmund dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Juara pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 08:26am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244654/berita/sukan/klopp-cabar-liverpool-bangkit-derbi-merseyside", "article_title": "Klopp cabar Liverpool bangkit derbi Merseyside", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyeru para pemainnya untuk membuktikan mengapa kelab itu istimewa dalam derbi Merseyside menentang Everton dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.Pertembungan Anfield tiba dengan Liverpool merosot di tempat ke-10 liga selepas separuh musim bergelut prestasi buruk dan kecederaan manakala Everton sedang bergelut untuk mengelak penyingkiran.Situasi terkini itu bukan satu kedudukan biasa bagi Klopp dan pasukannya selepas pencapaian konsisten sejak pengendali Jerman itu tiba pada 2015.Namun ini realiti baharu Liverpool dan Klopp tahu kemenangan menentang Everton amat penting, terutamanya selepas kekalahan 0-3 kepada kelab bawahan, Wolverhampton Wanderers hujung minggu lalu, tiga kekalahan dan satu mata daripada empat perlawanan liga terakhir The Reds.\"Sejujurnya ini bukan masa yang kami mahukan atau masa yang kami gembira untuk berada pada ketika ini.\"Sudah tiba masanya kami dapat menunjukkan bahawa kelab ini benar-benar istimewa. Pemain melakukan banyak perkara hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berjuang untuk mengubah keadaan ke arah lebih baik.\"Saya sangat menantikan suasana derbi dan permainan bola sepak yang sesuai,\" kata Klopp.Klopp sebelum ini memberi para pemainnya cuti dua hari selepas tewas di Wolves bagi mengubah mood mereka.\"Ia membantu. Minggu ini mereka semua kelihatan sangat segar. Itulah kebenarannya. Sesi latihan kelihatan sangat baik, sangat sengit,\" kata Klopp.Klopp sekurang-kurangnya mempunyai berita baik apabila penyerang Diogo Jota, yang mengalami kecederaan betis yang serius pada Oktober, bersedia untuk kembali beraksi.\"Diogo sudah dua hari berlatih. Tiga hari lagi dan kemudian dia akan bersaing dan bersedia untuk perlawanan ini,\" kata Klopp, walaupun dia mengesahkan bahawa Virgil van Dijk tidak mungkin beraksi walaupun kembali berlatih.Everton, yang seri 0-0 di tempat sendiri menentang Liverpool pada September, berada di tangga ketiga dari bawah, namun berada pada momentum terbaik selepas menewaskan pendahulu Arsenal 1-0 dalam perlawanan pertama Sean Dyche sebagai pengurus.\"Perbezaannya ialah ia tidak di sana (Goodison Park) sebaliknya di sini (Anfield). Jadi kami perlu memastikan misi pasukan dalam perlawanan ini capai matlamat,\" kata Klopp.LIGA PERDANA INGGERISSABTU (11 FEBRUARI)West Ham United lwn Chelsea, 8.30 malamFulham lwn Nottingham Forest, 11 malamLeicester City lwn Tottenham Hotspur, 11 malamArsenal lwn Brentford, 11 malamCrystal Palace lwn Brighton, 11 malamSouthampton lwn Wolves, 11 malamAHAD (12 FEBRUARI)Bournemouth lwn Newcastle United, 1.30 pagiLeeds United lwn Manchester United, 10 malamISNIN (13 FEBRUARI)Manchester City lwn Aston Villa, 12.30 pagiSELASA (14 FEBRUARI)Liverpool lwn Everton, 4 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 08:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244648/berita/sukan/felix-dedah-punca-tinggalkan-atletico-madrid", "article_title": "Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid", "article_text": "PENYERANG Portugal, Joao Felix berkata, dia meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Chelsea secara pinjaman selepas bergelut untuk membiasakan diri dengan gaya permainan gergasi La Liga Sepanyol itu, sambil menambah bahawa falsafah jurulatih Diego Simeone tidak memberi manfaat kepada para pemain.Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Atletico dari Benfica dengan bayaran rekod kelab sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya, menjaringkan 25 gol dalam tiga setengah musim sebelum menyertai Chelsea pada Januari sehingga penghujung musim.Felix dilayangkan kad merah pada penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris bulan lalu menentang Fulham, mendapat penggantungan tiga perlawanan, namun akan kembali beraksi pada Sabtu menentang West Ham United.\u201cSaya sudah lama ingin mencari perubahan kerana sukar untuk membiasakan diri dengan cara bermain di Atletico Madrid.\u201cSaya pergi kerana kepala saya penuh dengan fakta yang saya cuba dan tidak mampu. Ia mesti dalam jendela perpindahan ini dan saya fikir ia bagus untuk Atletico dan juga untuk saya,\u201d kata Felix.Keupayaan menggelecek dan hantaran Felix mendorong Chelsea membayar 9 juta pound yang dilaporkan untuk menandatanganinya secara pinjaman, namun kemahirannya tidak selalu sepadan dengan Simeone, yang lebih mengutamakan pertahanan berbanding menyerang.Bagaimanapun Felix mula berhenti daripada mengkritik secara terbuka pengendali dari Argentina tersebut.\u201cDia seorang jurulatih yang sangat baik. Dia mempunyai cara memahami dan melihat bola sepak yang tidak dimiliki oleh orang lain. Itu baik untuk sesetengah orang dan buruk untuk orang lain. Ia bergantung kepada setiap orang,\u201d katanya.Menggambarkan visi Simeone mengenai bola sepak, dia menambah: \u201cIa pada asasnya untuk menderita di atas padang. Ia adalah untuk menderita, mempunyai peluang dan menjaringkan gol. Itu cara dia bersaing. Ia tidak buruk tetapi ia berbeza dengan jurulatih lain.\u201dLIGA PERDANA INGGERISSABTU (11 FEBRUARI)West Ham United lwn Chelsea, 8.30 malamFulham lwn Nottingham Forest, 11 malamLeicester City lwn Tottenham Hotspur, 11 malamArsenal lwn Brentford, 11 malamCrystal Palace lwn Brighton, 11 malamSouthampton lwn Wolves, 11 malamAHAD (12 FEBRUARI)Bournemouth lwn Newcastle United, 1.30 pagiLeeds United lwn Manchester United, 10 malamISNIN (13 FEBRUARI)Manchester City lwn Aston Villa, 12.30 pagiSELASA (14 FEBRUARI)Liverpool lwn Everton, 4 pagi", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244639/berita/sukan/memang-belum-selesai-rundingan-masih-berjalan", "article_title": "'Memang belum selesai, rundingan masih berjalan'", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengakui proses penjualan saham kepada firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad (Rinani) untuk memiliki kelab Kuala Lumpur (KL) City FC masih belum selesai sepenuhnya.Presidennya, Khalid Abdul Samad berkata, proses itu diusahakan dengan gigih oleh Rinani yang menunjukkan minat amat tinggi untuk memiliki hak secara sah KL City FC.Menurutnya, proses rundingan penjualan masih berjalan dan tawaran Rinani telah dimuktamadkan seperti terkandung dalam 'Term Sheet' atau senarai terma yang ditandatangani semasa Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada 4 Februari.Tambahnya, majlis menandatangani dokumen tersebut menyenaraikan terma-terma yang akan dimasukkan ke dalam perjanjian penjualan saham yang sedang dirangka.\"Saham belum dijual. Perbincangan dengan Rinani sudah berlaku lebih awal, namun sejak kebelakangan ini mereka membuat tawaran secara serius.\"Pada 3 Februari, KLFA ada bincang lagi dengan Rinani untuk masukkan beberapa syarat dan kemudian pada 4 Februari diadakan majlis tandatangan senarai terma itu.\"Dimasukkan beberapa syarat termasuk penjualan 51 peratus melibatkan RM5.1 juta daripada harga nilai KL City yang dianggarkan sebanyak RM10 juta.\"Ia belum selesai sepenuhnya. Tertakluk kepada beberapa perkara termasuk 'due deligence' atau 'siasatan terperinci' yang akan dilakukan.\"Perjanjian penjualan saham mesti ditandatangani dalam tempoh sebulan dari tarikh ditandatangani senarai terma tersebut,\" katanya kepada Sukan Sinar pada malam Khamis.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menafikan Rinani sebagai pemilik baharu KL City FC ekoran ada beberapa perkara belum diselesaikan.Mengulas lanjut, Khalid menjelaskan, cadangan penjualan saham sudah dibincangkan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa KLFA awal 2020 selaras dengan tuntutan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan diswastakan.Katanya, perbincangan pada ketika itu dilakukan dengan sebuah syarikat lain dan nilai KL City yang dipersetujui adalah sebanyak RM10 juta.Malah katanya, syor untuk menawarkan saham kepada Rinani juga telah disentuh dalam mesyuarat Exco KLFA pada 31 Januari lalu.\"Nak kata langsung tak beritahu dan tak bincang adalah tak benar. Tetapi pada masa tu tawarannya belum muktamad dan terma sedang dirangka. Maka bincang secara rasmi dan sebagai agenda khas memang belum.\"Saya sudah beritahu mengenai soal menjual saham KL City dan semua setuju nak jual kerana kita nak kurangkan tanggungan KLFA terhadap kelab. Namun ada Exco (KLFA) yang meminta harganya dinaikkan\" tambah beliau.Justeru, beliau memberitahu akan membawa hal tersebut ke mesyuarat Ahli Jawatankuasa KLFA sebelum Liga-M bermula dalam tempoh dua minggu ini.\"Maknanya perjanjian jual beli saham itu belum lagi disiapkan, sedang dirangka dan hanya syarat utama dimasukkan dalam senarai terma yang ditandatangani.\"Pada mesyuarat itu nanti kita akan perincikan syarat dan dapatkan persetujuan daripada Ahli Jawatankuasa Exco KLFA,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244642/berita/sukan/nbl-2023-dapat-suntikan-moral-korea-selatan", "article_title": "NBL 2023 dapat suntikan moral Korea Selatan", "article_text": "LIGA Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 mendapat suntikan moral selepas pengeluar peralatan sukan dari Korea Selatan, Skyline Sports Inc, bersetuju untuk menaja bola besbol yang akan digunakan sepanjang saingan liga.Majlis tandatangan persefahaman antara Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Skyline Sports Inc ini berlangsung di pejabat BFM di Denai Alam, Shah Alam.Antara perkara utama di dalam perjanjian persefahaman ini, adalah penajaan strategik selama 10 tahun, bantuan teknikal dan rangkaian kerjasama dari Korea Selatan ke BFM.Ini amatlah bermakna bagi BFM untuk menjalinkan kerjasama dan mendapat bantuan professional dari badan-badan besbol utama dari negara gergasi besbol seperti Korea Selatan.Bola berkenaan akan menampilkan, logo BFM dan juga logo liga iaitu NBL 2023.Untuk rekod, ini adalah julung kalinya penajaan pertama syarikat gergasi dari Korea Selatan itu di Malaysia khususnya dalam liga besbol tempatan.Sementara itu, Presiden BFM, Sazali Husain menyifatkan detik tersebut merupakan yang bersejarah buat besbol Malaysia.\u201cBFM amat teruja apabila buat julung kalinya membentuk kerjasama strategik bersama syarikat bola besbol gergasi antarabangsa Skyline Sports Inc. Kini kita sudah ada logo sendiri di setiap bola yang akan digunakan untuk liga kebangsaan NBL 2023 dan juga untuk latihan pasukan negara.\u201cDengan kerjasama ini, pemain-pemain besbol tempatan juga berpeluang menggunakan bola yang berkualiti tinggi setaraf kejohanan antarabangsa. Ini juga membuktikan liga besbol tempatan mampu menarik kerjasama strategik antarabangsa. Diharap kita dapat menarik lebih banyak lagi kerjasama strategik antarabangsa di masa akan datang,\u201d katanya.Bola berkenaan akan digunakan bukan sahaja semasa pertandingan tetapi juga semasa sesi latihan pasukan negara.Para penggiat dan peminat besbol tempatan boleh mendapatkan bola ini dengan membelinya di laman sesawang BFM.Sebelum ini NBL 2023 telah mendapat penajaan daripada syarikat tempatan Aeon Big (M) Sdn Bhd dan Bubbles02 Sdn Bhd sebagai penaja utama.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244633/berita/sukan/piala-fa-2023-pdrm-ujian-pertama-jdt", "article_title": "Piala FA 2023: PDRM ujian pertama JDT", "article_text": "GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyingkap kempen mempertahankan kejuaraan Piala FA 2023 menentang PDRM FC dalam pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dijadualkan bermula 7 Mac depan.Majlis undian yang berlangsung hari ini menyaksikan JDT bersama lima lagi pasukan teratas Liga Super musim lepas iaitu naib juara Piala FA 2022, Terengganu FC (TFC), Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC, selain dua pasukan teratas Liga Premier 2022, Kelantan FC serta Kuching City FC mendapat slot automatik ke pusingan 16 atau kedua selain menjadi tuan rumah.Tiga pasukan terbawah Liga Super 2022, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC pula terpaksa bertarung merebut slot ke pusingan 16 bersama tiga pasukan terbawah Liga Premier musim lepas serta enam lagi pasukan Liga M3 dalam pusingan pertama.Bagaimanapun, format undian menetapkan empat daripada baki 12 pasukan yang akan merebut slot ke pusingan 16 mendapat 'bye' sekiranya diletakkan dalam posisi sembilan hingga 12 dan terpaksa berkunjung ke gelanggang lawan.Situasi itu menyaksikan TFC tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir apabila mendapat laluan mudah menentang pasukan Liga M3, Melaka FC yang mendapat 'bye', manakala Sabah FC akan berentap dengan satu lagi pasukan Liga Premier, Kelantan United FC yang turut mendapat 'bye'.Negeri Sembilan pula akan melayan kunjungan pasukan Liga M3 yang turut mendapat 'bye' iaitu PIB Shah Alam FC diikuti juara lima kali, Selangor yang akan menanti pemenang di antara Perak FC dan Sri Pahang pada pusingan pertama.Kedah, yang juga menjuarai Piala FA sebanyak lima kali pula akan bertemu Penang pada pusingan pertama bagi menentukan tempat ke pusingan seterusnya menentang Kuching City FC.Naib juara Liga Premier 2022, Kelantan FC pula akan membuat perhitungan bersama pemenang pusingan pertama melibatkan dua pasukan Liga M3 iaitu Manjung City FC dan Sains FC, manakala KL City akan melawan pasukan Liga M3 sama ada Imigresen FC atau Kuala Kangsar BRM FC yang bertemu pada pusingan pertama.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 10:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244631/berita/sukan/bezecchi-ungguli-hari-pertama-ujian-pramusim-motogp-2023", "article_title": "Bezecchi ungguli hari pertama ujian pramusim MotoGP 2023", "article_text": "PELUMBA Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezecchi memulakan hari pertama ujian pramusim sejuk MotoGP 2023 dengan cemerlang apabila memecah rekod pusingan terpantas di Litar Sepang hari ini.Pelumba berusia 24 tahun dari Itali itu mencatat masa satu minit 58.470 saat pada pusingan ke-54 daripada keseluruhan 55 pusingan.Mengulas mengenai sesi hari ini, Bezecchi menyifatkan prestasinya itu sebagai permulaan yang baik dan berazam untuk mengekalkan momentumnya sepanjang musim ini.Marco Bezzecchi. Foto Bernama\"Persembahan peribadi yang bagus untuk saya, saya fikir sangat baik untuk melihat nama berada di atas tapi ini baru hari pertama, jadi kami perlu tenang, kekal fokus dan teruskan berusaha kerana ada musim yang panjang.\"Perbezaan jentera tidak terlalu besar tapi yang utama saya boleh menggunakan potensi jentera dengan baik, tidak banyak beza tapi lebih baik,\u201d katanya pada sidang media.Sementara itu, pelumba Aprilia Racing Maverick Vinales menduduki tempat kedua dengan catatan 1:58.60s manakala pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini di tempat ketiga dengan melakukan 1:58.732s.Ujian pramusim sejuk di Sepang akan bersambung 10 pagi hingga 6 petang esok, sebelum berakhir pada Ahad. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 10:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244629/berita/sukan/abu-samah-menang-tanpa-bertanding-jawatan-presiden-pkbm", "article_title": "Abu Samah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKBM", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengekalkan jawatannya bagi penggal 2023 hingga 2026.Selepas pencalonan ditutup pada jam 3 petang Jumaat, Abu Samah disahkan menang tanpa bertanding, sekali gus menerajui PKBM bagi penggal kesembilan berturut-turut.Kejayaan Abu Samah itu turut menangkis khabar angin kononnya beliau akan dicabar wakil dari Terengganu, Mazlan Md Jail buat kali pertama sejak 1990.Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berterima kasih kepada semua persatuan negeri yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin PKBM.\u201cSaya tak tahu nak cakap bagaimana. Saya cuma ingin berterima kasih kepada semua persatuan negeri yang masih inginkan kepemimpinan saya.\u201cSaya akan memikul beban sebagai Presiden PKBM sehingga 2026,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.Kenyataan yang dikeluarkan PKBM turut mengesahkan Mazlan bakal mencabar Timbalan Presiden PKBM, Yunus Ibrahim yang akan mempertahankan jawatannya untuk kali pertama selepas menang pada 2018.Sebelum ini, Yunus berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden PKBM selepas menumbangkan calon heavyweight, Amrun Misnoh.Setiausaha Agung PKBM, Ibrahim Mustapa turut mengesahkan Naib Presiden, Datuk Amarjit Singh akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKBM.Namun, wujud petanda Amarjit bakal menarik diri dan hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang turut menyaksikan nama besar iaitu bekas menteri kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding.Untuk rekod, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ pernah memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kesihatan dan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PBNS) itu dijangka berdepan laluan sulit selepas tiga penyandang Naib Presiden, Firdaus Arshad, Mohd Shaiful Abd Jalil dan Amarjit bakal mempertahan jawatan masing-masing.Lima lagi calon yang turut menerima pencalonan untuk jawatan Naib Presiden PKBM ialah Mohd Asril Abd Mubin, Mohd Yusof Abd Nasir, Muhammad Firdaus Daud, Norazman Abd Wahab dan Dr Zaim Ahmad.Namun, dipercayai Norazman sudah membayangkan bakal menarik diri daripada bertarung jawatan Naib Presiden PKBM.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 09:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244628/berita/sukan/rnf-motogp-racing-team-tampil-optimis", "article_title": "RNF MotoGP Racing Team tampil optimis", "article_text": "PASUKAN RNF MotoGP Racing Team tampil optimis untuk beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2023 dengan kehadiran dua pelumba baharunya Miguel Oliveira dan Raul Fernandez.Bukan itu sahaja, pasukan itu turut muncul dengan jentera baharu selepas bertukar daripada Yamaha kepada Aprilia.Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, skuad yang disifatkannya sebagai berwajah baharu itu akan memberi saingan bagi memperoleh keputusan terbaik selain mencabar podium musim 2023 ini.\u201cTahun 2021 dan 2022 kita memang bergelut sikit sebab dalam musim 2022, kita punya pelumba, prestasi tak bagus, penaja utama tarik diri, jadi kita dalam masalah kewangan.\u201cBerwajah baharu, sasaran kita nak keputusan baik, dari pengalaman 2012 kita bermula dengan baik, kita naib juara 2020. Jadi tahun ini, saya memang nak keputusan. Kita nak melonjak supaya lebih berdaya saing, kalau boleh nak naik podium,\u201d katanya kepada pemberita pada sesi Ujian Musim Sejuk 2023 MotoGP di Sepang pada Jumaat.Ujian Musim Sejuk 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.Menyentuh mengenai hari pertama ujian pramusim hari ini, Razlan berkata pelumbanya menampilkan aksi positif meskipun Oliveira hanya mengendalikan jentera itu buat kali kedua manakala Fernandez kali pertama.Terdahulu, Oliveira berada di tangga ke-14 apabila merekodkan masa 1 minit 59.730 saat dalam pusingan ke-39 daripada 50 pusingan manakala Fernandez di tangga ke-15 dengan merekodkan masa 1:59.826s dalam pusingan ke-52 daripada 59 pusingan.Oliveira, pelumba Portugal berusia 28 tahun telah mencatatkan lima kemenangan dalam 68 perlumbaan bagi kelas MotoGP selain berjaya menawan dua perlumbaan di Asia Tenggara musim lepas dengan memenangi Grand Prix Indonesia dan Thailand.Fernandez pula adalah pelumba 'rookie' musim 2022 dengan mencatat 14 mata keseluruhan selain turut berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-15 di Grand Prix Malaysia musim lepas.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 09:37pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244604/berita/sukan/kbs-bantu-bam-selesai-isu-kekurangan-tempat-latihan", "article_title": "KBS bantu BAM selesai isu kekurangan tempat latihan", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan berusaha membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyelesaikan masalah kekurangan tempat latihan yang dihadapi pemain negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mencari jalan menawarkan infrastruktur yang ada dalam menyediakan tempat latihan mencukupi kepada pemain negara.\"Kekurangan tempat latihan bermaksud, pemain badminton perlu uruskan masa berlatih yang mungkin tidak optimum dan tidak bagus bagi mereka.\"Itu sebab kami akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Itu keutamaan saya berdasarkan lawatan hari ini,\" katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke ABM pada Jumaat.Hannah berkata demikian susulan isu menjadi antara agenda utama dalam mesyuarat bersama BAM pada sesi lawatan tersebut.Mengenai pertemuannya bersama pemain profesional negara termasuk jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia baru-baru ini, Hannah berkata, sesi berkenaan diadakan bagi mendengar segala masalah dihadapi mereka selain menyatakan janji kerajaan membantu pemain yang berpeluang besar beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.Dalam pada itu, beliau berkata, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn boleh membuat rayuan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selepas digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.Pada Khamis, keputusan penggantungan Hanis dibuat Jawatankuasa Siasatan MSN dan KHM yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen pemain tersebut yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Sementara itu, Hannah memaklumkan KBS akan membuat pengumuman rasmi berhubung senarai atlet terlibat yang akan menyertai program ke Sukan Olimpik 2024 dalam masa terdekat.Beliau pada masa sama berkata, satu model baharu perlu diperkenalkan bagi membantu persatuan sukan kebangsaan selain kalangan atlet serta pemain profesional yang perlu menampung perbelanjaan tinggi untuk menyertai mana-mana kejohanan sukan.Memandangkan penganjuran mana-mana kejohanan sukan dilihat menelan perbelanjaan yang semakin besar, beliau juga berharap pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini mampu memberi sinar harapan kepada persatuan sukan kebangsaan dalam menyelesaikan masalah tersebut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 06:49pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244602/berita/sukan/bamtc-2023-malaysia-ada-peluang-juara", "article_title": "BAMTC 2023: Malaysia ada peluang juara", "article_text": "PEMAIN beregu lelaki, Aaron Chia optimis Malaysia berpeluang besar menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 14 hingga 19 Februari ini.Aaron berkata, Malaysia boleh meraih kejuaraan sulung pada BAMTC memandangkan skuad kali ini menampilkan barisan pemain kuat, antaranya jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia serta beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah.\"Sebelum ini menang acara beregu campuran pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, jadi kejayaan tersebut memberi motivasi tinggi kepada kami pada BAMTC,\" katanya kepada pemberita selepas hari terakhir kem latihan pusat menjelang BAMTC di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.Malaysia yang bakal tampil selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah.Dalam pada itu, Aaron berkata, dia sudah bersedia untuk digandingkan bersama mana-mana pemain beregu lelaki sama ada gandingan profesional Ong Yew Sin atau Teo Ee Yi pada BAMTC kali ini.\"Saya rasa sentiasa sedia kerana acara berpasukan siapa pun boleh turun bermain sebagai beregu,\" katanya.Aaron sebelum ini pernah digandingkan bersama Teo Ee Yi ketika membawa cabaran negara dalam Piala Thomas bagi edisi 2022 dan 2018.Pasangan Aaron, Soh Wooi Yik pula menegaskan, dia tidak akan memandang ringan gandingan India biarpun salah seorang pemain utama mereka, Satwiksairaj Rankireddy difahamkan digugurkan pada BAMTC kali ini akibat kecederaan.\"Cabaran memang ada kerana mereka akan gunakan scratch pair. Jadi, susah juga untuk nilai acara mereka kerana sekiranya bertemu, pasangan sedia ada kita sudah biasa,\" katanya.Wooi Yik juga nekad untuk memberikan aksi terbaik bagi membantu pasukan negara mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke separuh akhir seperti ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 06:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244598/berita/sukan/misbun-rexy-ambil-alih-latih-skuad-remaja", "article_title": "Misbun, Rexy ambil alih latih skuad remaja", "article_text": "DATUK Misbun Sidek kini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja berkuat kuasa minggu ini.Ketua Pengarah Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai berkata, penukaran jawatan itu sebahagian daripada program penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas.Beliau berkata, ABM juga akan menggunakan khidmat pakar Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky yang turut diberi tugas baharu Pengarah Kejurulatihan Beregu Remaja bagi membimbing pemain dari kelompok tersebut.\"Datuk Misbun akan fokus perseorangan memandangkan itu merupakan kepakarannya. Beregu junior akan dipantau Rexy dengan beliau akan melihat secara menyeluruh supaya peralihan daripada junior kepada senior akan berlaku dengan lancar,\" katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pada Jumaat.Michelle berkata, jurulatih terlibat juga mengakui kegagalan skuad remaja di Sepanyol dan justeru semua pihak bersetuju bahawa mereka perlu mengambil pendekatan berbeza bagi meningkatkan prestasi pemain.Buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan layak ke suku akhir bagi acara perseorangan di kejohanan remaja dunia dan pasukan negara hanya menduduki tempat kesembilan bagi acara berpasukan campuran.Ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia pulang dengan tangan kosong selepas edisi 2019 di Kazan, Rusia.Dalam pada itu, Michelle berkata, Misbun dan Rexy sedang dalam proses mengambil beberapa jurulatih baharu bagi membantu mereka mengemudi skuad remaja termasuk menggantikan jurulatih skuad bawah 15 tahun lelaki negara, Hafiz Hashim dan ketua jurulatih beregu bawah 18 tahun negara Vountus Indra Mawan yang meninggalkan BAM baru-baru ini.\"Setahu saya, Misbun dan Rexy sedang dalam proses bercakap dan menemu bual beberapa jurulatih. Harap boleh dapat (jurulatih baharu) dalam masa terdekat,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 06:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244595/berita/sukan/ahmad-jais-pengendali-baharu-skuad-sepak-takraw-negara", "article_title": "Ahmad Jais pengendali baharu skuad sepak takraw negara", "article_text": "BEKAS tekong negara, Ahmad Jais Baharun menjadi taruhan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) apabila dilantik ketua jurulatih baharu skuad sepak takraw negara.Timbalan Presiden I PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, pemilihan bekas pengendali Johor Tigress itu berdasarkan merit dalam tiga calon yang disenaraikan sebelum ini bagi memastikan skuad sepak takraw negara kembali menyaingi musuh tradisi Thailand.\u201cKesungguhan Ahmad Jais untuk 'build up' dan keberkesanan kombinasi pemain menjadi antara kriteria utama pemilihannya.\u201cSelain itu, pengalaman sebagai tekong ketika membantu skuad negara meraih pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994 dan mengemudi Johor Tigress menjuarai Piala Emas Khir Johari pada Disember lalu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Halim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PSM juga memaklumkan' badan induk itu akan mewujudkan jawatankuasa pemantau dalam memilih para pemain untuk menyarung jersi negara.\u201cSeramai 37 pemain dikenal pasti untuk pemilihan (talent identification) ini bagi mencapai tahap kecergasan dan kemahiran pemain, bukan lagi berdasarkan seniority sebaliknya pelbagai aspek.\u201cDaripada itu, seramai 25 para pemain akan disenaraipendekkan bagi menjalani latihan bagi persiapan Sukan SEA 2023, Kemboja dan Sukan Asia 2022, Hangzhao, China.\u201cPelantikan jurulatih skuad lelaki, wanita dan chinlone akan diputuskan dalam masa terdekat setelah selesai urusan pelepasan atau peminjaman dimuktamadkan PSM dan juga Majlis Sukan Negara MSN serta pihak majikan,\u201d katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor (PSJ).", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 06:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244601/berita/sukan/analisis-kadar-tolakan-bola-semua-pasukan-negara", "article_title": "'Analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara'", "article_text": "ANALISIS menyeluruh berhubung kadar tolakan bola oleh \u2018pusher\u2019 merupakan agenda utama legenda hoki negara, S Kuhan dalam mempertajamkan lagi keupayaan semua skuad negara termasuk pasukan remaja menjaringkan gol sewaktu berdepan situasi pukulan sudut penalti.Kuhan, yang dilantik selaku penasihat pukulan sudut penalti pasukan kebangsaan, berkata analisis itu juga akan dilakukan bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta \u2018flicker\u2019 untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.\u201cSaya punya idea ketika ini adalah untuk menilai teknik serta perkara-perkara kecil dalam pukulan sudut penalti.\u201cSaya juga mahu buat analisis kita punya tolakan bola, berapa laju (kadar tolakan bola) kerana perkara-perkara ini akan membawa perbezaan besar dalam pukulan sudut penalti kita,\u201dkatanya kepada pemberita pada sesi latihan pertamanya bersama skuad hoki remaja lelaki dan wanita kebangsaanBagaimanapun, beliau tidak berhasrat untuk melakukan perubahan besar berhubung teknik diterapkan skuad hoki lelaki kebangsaan ketika ini.\u201cKalau tengok Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari dan Muhammad Shahril Saabah mereka semua ini adalah flicker kelas dunia jadi kita punya teknik tak boleh tukar banyak sangat,\u201d katanya.Kuhan yang juga bekas pakar pukulan sudut penalti negara itu sebaliknya mahu memberi fokus menguatkan lagi mental pemain Malaysian Tigers selain membantu mereka menumpukan aspek menjaringkan gol.Beliau pada masa sama juga menerima hakikat bahawa situasi pukulan sudut penalti ketika ini sudah banyak berbeza jika dibandingkan dengan zamannya ketika bergelar pemain suatu ketika dahulu terutamanya sewaktu aspek bertahan.Katanya, berdasarkan prestasi negara terlibat pada Piala Dunia 2023 di India, bulan lepas, beliau dapat melihat hanya beberapa pasukan antaranya Australia dan Belanda sahaja yang mempunyai rekod baik menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti memandangkan banyak pasukan sudah semakin mantap dalam aspek bertahan ketika situasi berkenaan.Sehubungan itu, Kuhan berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan Arul Selvaraj dalam usaha memperkasakan lagi untuk corak bertahan pemain ketika pukulan sudut penalti.Mengenai prestasi Malaysian Tigers pada Piala Dunia baru-baru ini, bekas tonggak pertahanan negara itu kagum dengan tahap keyakinan anak buah Arul khususnya ketika mengejutkan New Zealand, 3-2, yang menduduki ranking lebih tinggi daripada mereka.Skuad hoki lelaki kebangsaan mengakhiri kempen Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 dengan menewaskan Jepun, 3-2, pada aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16, sekali gus memperbaiki pencapaian tempat ke-15 diraih pada edisi 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 02:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244549/berita/sukan/status-messi-berdepan-bayern-masih-samar", "article_title": "Status Messi berdepan Bayern masih samar", "article_text": "PENYERANG Paris St Germain (PSG), Lionel Messi masih diragui untuk aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich berikutan masalah hamstring, lapor media Perancis pada Jumaat.Messi bermain selama 90 minit penuh semasa kekalahan 1-2 PSG kepada Olympique Marseille dalam Piala Perancis pada Khamis, namun kemudiannya berasa sakit pada hamstringnya, kata laporan itu.Ia menambah bahawa pemain berusia 35 tahun itu akan terlepas kunjungan PSG Ligue 1 ke AS Monaco pada Sabtu, tiga hari sebelum menerima kunjungan Bayern.Messi, yang membantu Argentina memenangi Piala Dunia pada Disember, menjaringkan 15 gol dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG musim ini.Kelab Paris itu sudah pun tanpa penyerang Kylian Mbappe untuk perlawanan menentang juara Jerman tersebut selepas dia mengalami kecederaan paha minggu lalu.Perlawanan kedua akan diadakan di Munich pada 8 Mac.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 02:40pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244546/berita/sukan/manchester-united-crystal-palace-dapat-surat-tunjuk-sebab", "article_title": "Manchester United, Crystal Palace dapat surat tunjuk sebab", "article_text": "MANCHESTER United dan Crystal Palace didakwa menimbulkan konfrontasi antara pemain kedua-dua pasukan semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, kata Persatuan Bola Sepak England.Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan yang dimenangi Manchester United, 2-1 di Stadium Old Trafford, 4 Februari lalu.Kontroversi tercetus apabila Casemiro terus dilayangkan kad merah selepas mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah ekoran terjahan ke atas Antony.\u201cKedua-dua kelab didakwa gagal memastikan para pemain mereka berkelakuan dengan teratur atau mengelak daripada melakukan provokasi.\"Manchester United juga didakwa gagal memastikan para pemainnya mengelak daripada melakukan keganasan,\" kata FA dalam satu kenyataan pada Jumaat.Kedua-dua kelab mempunyai masa untuk menjawab pertuduhan tersebut sehingga 13 Februari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 02:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244611/berita/sukan/kayuhan-ocbc-kuala-lumpur-kembali", "article_title": "Kayuhan OCBC Kuala Lumpur kembali", "article_text": "KAYUHAN OCBC Kuala Lumpur yang popular dengan jolokan \u2018The City Ride\u2019 kembali menemui peminatnya pada 12 Mac depan selepas 'berehat' selama tiga tahun gara-gara pandemik Covid-19.Kayuhan itu yang akan mempertandingkan dua kategori iaitu 42 dan 21 kilometer (km) akan merentasi beberapa jalan utama sekitar pusat bandar dengan acara pelepasan bakal bermula di Dataran Merdeka.Turut dianjurkan adalah kategori baharu iaitu \u2018The KL\u2019s Mayor Ride\u2019 sejauh 42km.Bagi para peminat yang mahu menyertai kayuhan itu, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Februari 2023 dan ia terbuka kepada perserta berusia 18 tahun ke atas.Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ocbccyclekl.com dan setakat ini, sejak ia mula dibuka, jumlah peserta yang mendaftar kini sudah mencecah angka 2,000 orang.Begitupun, bagi para peminat yang belum mendaftar, mereka masih boleh berbuat demikian kerana jumlah maksimum pendaftaran untuk kayuhan beramai-ramai di jalan-jalan tertutup sekitar pusat bandar raya ini adalah 2,500 peserta.Empat jenis basikal (untuk kategori lelaki dan wanita) menanti para pemenang kayuhan ini iaitu mountain bike, road bike, folding bike dan juga fat bike.Dalam kenyataan ringkasnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah menjelaskan bahawa pihaknya berasa bangga kerana acara kayuhan berbasikal secara besar-besaran tunggal di bandar ini dapat dianjurkan semula.Penganjurannya sudah pasti sangat dinanti-nantikan oleh para pelumba amatur dan baharu kerana acara ini membolehkan mereka berkayuh dalam suasana yang sangat selesa dan ikonik.\u201cKayuhan OCBC Kuala Lumpur ini melengkapkan aktiviti OCBC KL Car Free Morning yang dianjurkan khusus buat para peminat yang gemarkan kayuhan santai. Kami berasa teruja kerana Kayuhan OCBC KL kembali dianjurkan tahun ini selepas tiga tahun berehat.\u201cSaya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk turut serta dalam acara ini yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti. Ia terbukti kerana jumlah yang sudah mendaftar setakat ini sangat memberangsangkan.\u201cIni merupakan satu-satunya kayuhan santai tanpa ada sebarang gangguan di jalan tertutup dengan jarak sejauh 21km. Ia membolehkan para peserta menikmati keindahan Kuala Lumpur sambal mengayuh basikal masing-masing dalam suasana yang tenang.\u201cMelalui aktiviti seperti ini, ia akan mendorong para peserta untuk melibatkan diri dalam sukan yang sihat, sekali gus meningkatkan daya kayakinan diri mereka.\u201cSaya juga berasa bangga kerana kategori sejauh 21km turut diperkenalkan buat para peserta tahun ini dan saya yakin ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang sudah terbiasa dengan laluan sejauh 7km seperti di OCBC KL Car Free Morning.\u201cBagi para peserta yang lebih berpenglaman, mereka mungkin boleh memilih untuk menyertai kategori 42km melibatkan dua loop 21km.\u201cSaya juga ingin mengumumkan bahawa buat pertama kalinya satu kategori iaitu The KL Mayor\u2019s Ride akan diperkenalkan tahun ini. Kayuhan berpasukan ini melibat 10 pelumba dalam satu pasukan akan beradu tenaga dalam kayuhan sejauh 42km.\u201cKami mengalu-alukan penyertaan daripada sektor korporat dan syarikat-syarikat swasta untuk mengambil bahagian dalam The KL Maor\u2019s Ride ini yang sasarannya memupuk semangat berpasukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,\u201d jelas Mahadi.Sementara itu, Datuk Naim Mohamad mengingatkan para peserta yang berminat menyertai kategori baharu iaitu 21km dan juga 42km, hendaklah mendaftar segera sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 16 Februari ini.\u201cKami sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan laluan yang disediakan untuk kayuhan tahun ini lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jadi, para peminat tidak harus melepaskan peluang untuk menyertai Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini,\u201d jelas Naim.Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif OCBC Al-Amin, Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, penganjuran semula Kayuhan OCBC Kuala Lumpur adalah berdasar pengalaman luar biasa OCBC ketika menjadi penaja utama beberapa acara popular sejak 2015.Malah katanya, OCBC pernah menjadi penaja untuk acara OCBC Cycle Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 dan juga terlibat dengan OCBC KL Car Free Morning pada 2014.\u201cKami berasa seronok untuk kembali bersama masyarakat tempatan dalam acara kayuhan seperti ini dan saya tidak sabar untuk melihat para peserta beraksi dalam kategori 21 dan 42 km di Kayuhan OCBC Kuala Lumpur nanti termasuk yang beraksi dalam kategori The KL Mayor\u2019s Ride.\u201cKami berharap, menerusi aktiviti seperti ini kita dapat membentuk masyarakat dengan gaya hidup yang sihat. Kami juga berasa bangga kerana penganjuran Kayuhan OCBC Kuala Lumpur 2023 ini terus mengamalkan budaya mesra alam, sekali gus menjaga kebersihan persekitaran,\u201d jelas Al-Amin.Lebih menarik, acara tahun ini akan mengurangkan penggunaan bahan-bahan plastik termasuk peralatan yang akan digunakan oleh para peserta.Penggunaan risalah kertas bagi menyalurkan maklumat kepada para perserta juga dikurangkan dan ia akan digantikan dengan papan kenyataan besar yang lengakp dengan segala informasi berkenaan acara ini.Tong kitar semula akan disediakan di beberapa lokasi buat para peserta membuang segala sampah termasuk kulit pisang dan ia akan dihantar ke pusat pengkomposan.Kayuhan ini yang dikendalikan oleh Multigreen Events, mendapat sokongan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. OCBC Bank (Malaysia) Berhad tampil selaku penaja utama.Selain Kayuhan OCBC Kuala, turut tampil selaku rakan penaja adalah Great Eastern, KPJ, Decathlon, Thule, 100Plus, Nescafe, Milo, N8 Sports Nutrition, Gin Huat, Maxxis, Dahon, ES Mass, Maxtron, Elite Sports, Dynamique Sports Rehab Centre, Cat Eye, Minoura, Black Cat, Hutan Ration dan Kulsocs.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 12:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244526/berita/sukan/hanis-nadiah-reda-tak-mahu-ulangi-kesilapan", "article_title": "Hanis Nadiah reda, tak mahu ulangi kesilapan", "article_text": "PEMAIN hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn menerima keputusan penggantungan untuk mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini dengan hati terbuka.Meskipun berasa kecewa dan tidak menjangka perkara itu akan terjadi, pemain berusia 26 tahun itu menegaskan akan tetap kekal komited untuk memburu kejuaraan bagi pasukan Negeri Sembilan dalam Saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.\"Sebagai atlet profesional saya akan letak tepi (masalah ini) dan saya akan beri komitmen kepada kelab saya juga, sebab kelab yang jaga saya, saya juga hormati kelab dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).\"Sekiranya saya cemerlang di liga dan persatuan memberi ruang kepada saya semula (mewakili negara) saya akan kembali dan saya akan buktikan yang saya masih relevan untuk mewakili negara,\u201d katanya selapas perlawanan Piala Sumbangsih Saingan MHL Wanita 2023 di sini malam tadi.Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu pada masa sama turut bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan berkenaan selain mengingatkan para atlet negara untuk sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang hantaran dalam media sosial.Pada Khamis, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan KHM telah membuat keputusan bahawa Hanis Nadiah digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.Keputusan itu dibuat berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Pada perlawanan Piala Sumbangsih MHL Wanita itu, Hanis Nadiah yang mewakili skuad Negeri Sembilan (NSE) berjaya menjulang kejuaraan selepas menundukkan pasukan Uniten Thunder (KPT) 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 12:18pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244513/berita/sukan/peminat-marah-fifa-pindah-aksi-piala-dunia-kelab-ke-tangier", "article_title": "Peminat marah FIFA pindah aksi Piala Dunia Kelab ke Tangier", "article_text": "PERLAWANAN tempat ketiga Piala Dunia Kelab antara kelab Brazil, Flamengo menentang wakil Mesir, Al Ahly dari Mesir yang dijadualkan diadakan di Rabat sebelum perlawanan akhir pada Ahad telah dipindahkan ke Tangier, kata Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat.Negara tuan rumah Maghribi memutuskan untuk menukar tempat bagi mengekalkan padang di Stadium Putera Moulay Abdellah untuk perlawanan akhir antara Real Madrid dan Al Hilal.Keputusan yang dibuat 48 jam sebelum perlawanan menimbulkan kekeliruan dan kemarahan para penyokong yang membuat perjalanan ke Maghribi sekali gus menyaksikan masalah logistik yang besar.Kira-kira 15,000 para penyokong Brazil yang ke Maghribi, terpaksa menanggung kekecewaan melihat juara Amerika Selatan, Flamengo mengalami kekalahan 2-3 kepada juara Asia dari Arab Saudi, Al Hilal pada separuh akhir mesti memutuskan sama ada untuk kekal di Rabat untuk perlawanan akhir atau pergi ke Tangier untuk menonton pasukan mereka.\"Peminat yang telah membeli tiket berganda akan dimaklumkan tidak lama lagi.\u201cPengaturan perjalanan khas akan dianjurkan oleh ONCF, pengendali kereta api kebangsaan Maghribi, membolehkan mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tempat ketiga di Tangier dapat berbuat demikian.\"Pemegang tiket akan dapat menukar tiket semasa mereka dengan yang baharu untuk perlawanan tempat ketiga, atau mempunyai pilihan untuk memohon bayaran balik tiket sedia ada,\" kata FIFA dalam satu kenyataan.Sementara itu, agensi pelancongan Brazil Outsider berkata, 10 peratus pelanggan mereka meminta untuk pulang ke tanah air selepas kekalahan separuh akhir.\"Keputusan FIFA menyebabkan para penyokong keliru.\"Anda tidak boleh mengubah lokasi kejohanan antarabangsa seperti ini, entah dari mana. Keputusan ini ternyata tidak menghormati para penyokong luar.\"Kebanyakan penerbangan yang ditempah oleh warga Brazil adalah pada pagi Sabtu dari Casablanca, yang hanya satu jam perjalanan dari Rabat. Tangier adalah perjalanan empat jam yang panjang. Itu bukan masa atau fleksibiliti untuk menukar tempahan hotel dan penerbangan. Sungguh gila,\" kata Tatiana Ribeiro, dari agensi pelancongan Ribeiro Viagens.Untuk rekod perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Putera Moulay Abdellah pada Sabtu.Sementara Ahad merupakan perlawanan akhir antara Real Madrid menentang Al-Hilal dijadualkan di Stadium Putera Moulay Abdellah.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 10:43am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244503/berita/sukan/bintang-tenis-maghribi-digantung-seumur-hidup-atur-perlawanan", "article_title": "Bintang tenis Maghribi digantung seumur hidup, atur perlawanan", "article_text": "BEKAS pemain tenis Maghribi, Younes Rachidi digantung daripada sukan itu seumur hidup selepas didapati bersalah mengaturkan 135 perlawanan, jumlah kesalahan tertinggi yang pernah dikesan terhadap seorang individu, kata Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA).Pemain berusia 36 tahun itu terlibat dalam mengatur perlawanan dengan dua pemain Algeria baru-baru ini, dan kes itu terbongkar berikutan siasatan penguatkuasaan undang-undang ITIA di Belgium.\"Kes itu telah diputuskan oleh Pegawai Pendengaran Bebas Rasuah, Janie Soubliere yang mendapati semua pertuduhan terbukti, 135 pelanggaran 'teruk' dan mengenakan denda $34,000 sebagai tambahan kepada larangan seumur hidup,\" kata ITIA dalam satu kenyataan pada Jumaat.Rachidi, yang mempunyai ranking beregu ATP tertinggi 473, kini dilarang seumur hidup bermain, membimbing atau menghadiri mana-mana acara tenis.ITIA ditubuhkan oleh badan induk antarabangsa sukan itu untuk menyelia hal-hal integriti.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 08:54am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244500/berita/sukan/hatayspor-tarik-diri-saingan-liga-super-turkiye", "article_title": "Hatayspor tarik diri saingan Liga Super Turkiye", "article_text": "KELAB Hatayspor menarik diri daripada saingan Liga Super T\u00fcrkiye berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu minggu ini, kata Presiden Kesatuan Kelab T\u00fcrkiye, Ali Koc.Pemain sayap Hatayspor dari Ghana, Christian Atsu masih hilang walaupun naib presiden kelab itu awal minggu ini berkata, dia telah diselamatkan daripada runtuhan akibat kecederaan dan dibawa ke hospital.Media tempatan melaporkan pengarah sukan kelab itu, Taner Savut masih hilang atau berada di bawah runtuhan.\"Hatayspor menghantar surat. Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak akan bermain perlawanan musim ini,\" kata Koc pada sidang media bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak T\u00fcrkiye (TFF), Mehmet Buyukeksi.\u201cJika Gaziantep FK juga mahu menarik diri daripada liga, kami merancang untuk meneruskan 17 pasukan, dengan syarat hak kedua-dua kelab ini kekal utuh,\u201d katanya menambah Gaziantep masih belum membuat keputusan.Wilayah Gaziantep berhampiran dengan pusat gempa bumi antara yang terjejas teruk dalam kejadian itu.Hatayspor berada di kedudukan ke-14 dalam liga utama Turkiye manakala Gaziantep di tempat ke-10.Sementara itu, Pengarah Hatayspor, Volkan Demirel pula tidak menjawab apabila diminta mengulas mengenai situasi tersebut.Untuk rekod, penyambungan semula liga ditangguhkan lagi dijangka bermula semula pada 3 Mac depan.Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda T\u00fcrkiye dan Syria melepasi 20,000 pada Khamis, dengan TFF mengesahkan beberapa pemain dan jurulatih dari seluruh bahagian telah terkorban.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 08:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244492/berita/sukan/cuaca-pengaruhi-lontaran-ziyad-di-tunisia", "article_title": "Cuaca pengaruhi lontaran Ziyad di Tunisia", "article_text": "JURULATIH atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohd Faizol Harun menyifatkan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Stadium Olahraga Rades, Tunisia, pentas anak buahnya memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.Jelasnya, pengalaman di Tunisia juga sebagai persediaan bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei depan.\u201cJika ditanya mengenai prestasi pula, sejujurnya pada saya keputusan yang diraih Ziyad di Tunisia kurang memuaskan.\u201cNamun saya faham keadaan cuaca sejuk dan hujan banyak mempengaruhi untuk Ziyad menghasilkan corak lontaran yang bagus.\u201cSemalam cuaca di bawah 10 darjah Celsius dengan hujan dan angin kuat lagi,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Kontinjen negara melabuh cabaran GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia dengan meraih tiga emas dan satu perak.Dua pingat emas terakhir negara dijelmakan atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latiff Romly dan Muhammad Ziyad.Abdul Latiff mengungguli acara lompat jauh lelaki T13/20 dengan lompatan 6.90 meter (m) mengatasi peserta Arab Saudi, Hassan Dawshi (6.08m) dan Mohamed Camara (Guinea-Bissau, 5.12m).Sementara itu, Muhammad Ziyad mendominasi acara lontar peluru lelaki F11/12/20 dengan catatan15.93m diekori atlet Uzbekistan, Elbek Sultonov (14.16m) dan Amir Soltane dari Tunisa (10.51m).Terdahulu, emas pertama negara disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) lelaki T35/36 (kecacatan fizikal) dengan catatan 12.51 saat.Sementara itu, pingat perak negara dihasilkan Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, bagi acara 100m T11/12 lelaki (masalah penglihatan).GP Olahraga Para Dunia 2023 seterusnya dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Februari hingga 1 March depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244497/berita/sukan/aura-jong-hyun-julang-tht", "article_title": "Aura Jong-hyun julang THT", "article_text": "TERENGGANU Hockey Team (THT) melaungkan amaran awal apabila menyingkap saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 dengan mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), 4-3, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.Permain import dari Korea Selatan, Jang Jong-hyun muncul wira THT apabila menjaringkan gol kemenangan untuk membantu kelab Pantai Timur itu merangkul kejuaraan serta tiga mata pertama dalam saingan liga musim ini.Kedua-dua pasukan bermula garang untuk memburu jaringan, namun TNB terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi pemain tengah, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, menerusi gol padang pada minit ke-13.Bagaimanapun THT kemudian bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd Fikri Saari pada minit ke-20.TNB yang terus mengasak kubu lawan, berhasil mendapatkan jaringan kedua melalui pukulan sudut penalti Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-32.Namun THT sekali lagi merapatkan kedudukan menerusi Jong-hyun, dua minit kemudian.Shello Silverius terus menambah derita TNB apabila menyempurnakan jaringan pada minit ke-43.Kedudukan itu tidak kekal lama, TNB kembali merapatkan jurang jaringan menerusi Muhammad Amirul Amizan Azahar pada minit ke-49.THT yang tidak mengalah akhirnya memadamkan sisa kebangkitan TNB apabila Jong-hyun melengkapkan jaringan peribadi kedua pada minit ke-58 untuk kemenangan 4-3.Sementara itu bagi kategori wanita, Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih MHL 2023 selepas menundukkan KPT-Uniten Thunder 2-1 menerusi penentuan pukulan penalti setelah terikat 1-1.Negeri Sembilan juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan KPT- Uniten Thunder di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.Tuah menyebelahi Negeri Sembilan apabila pemain kebangsaan, Fatin Shafika Mahd Sukri menyempurnakan pukulan penalti terakhir.Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata untuk permulaan musim 2023 musim ini.KEPUTUSAN LAINMHL 2023 (LELAKI)Maybank 10-0 TNB ThunderboltNurinsafi Sporting 2-6 UiTM HA-KPTATM 0-2 Young Tigers", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 07:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244496/berita/sukan/ronaldo-jaring-gol-liga-ke-500", "article_title": "Ronaldo jaring gol liga ke-500", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo meledak gol ke-500 peringkat kelab apabila menjaringkan empat gol ketika saingan Liga Pro Saudi pada Jumaat.Pemain Portugal yang menyambut ulang tahun ke-38 pada Ahad, tidak dapat dihalang ketika menentang tuan rumah Al-Wehda apabila menjaringkan gol dalam masa 30 minit untuk kemenangan 4-0.Ronaldo telah menjaringkan gol untuk lima kelab dalam lima liga yang berbeza sebelum ini.Dia menjaringkan 103 gol untuk Manchester United, 311 gol untuk Real Madrid, 81 gol untuk Juventus, tiga gol untuk Sporting Lisbon dan kini mempunyai lima gol untuk Al-Nassr.Untuk rekod, pemenang Ballon D'Or lima kali itu menandatangani perjanjian dua tahun setengah dengan Al-Nassr pada Disember, dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro dan dilantik sebagai kapten pasukan.Al-Nassr mendahului kedudukan selepas 16 perlawanan, sama dengan 37 mata dengan Al-Shabab di tempat kedua", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 07:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244489/berita/sukan/peringatan-awal-buat-malaysian-tigers", "article_title": "Peringatan awal buat Malaysian Tigers", "article_text": "BARISAN pemain negara dituntut sentiasa mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi apabila menggalas cabaran pasukan masing-masing dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, beliau akan sentiasa memantau tahap disiplin dan prestasi anak-anak buahnya sepanjang beraksi di pentas MHL musim ini.Menurutnya, saingan liga domestik itu juga adalah pentas penilaian pertama buat kesemua pemain sebelum mereka menyahut cabaran Malaysia pada Sukan Asia 2023 Hangzhou.\u201cSaingan Liga Hoki Malaysia 2023 ini juga merupakan kejuaraan kompetitif pertama kepada para pemain selepas berakhirnya kejohanan hoki Piala Dunia 2023 di India baru-baru ini.\u201cJadi saya mahu para pemain Malaysian Tigers memberikan aksi terbaik bersama pasukan masing-masing, demi lencana di dada seperti ketika mewakili Malaysia sebelum ini.\u201cSetiap pemain perlu pamerkan karakter leadership tidak hanya di padang tetapi juga di luar padang kerana secara tidak langsung menjadi contoh kepada para pemain muda khasnya.\u201cJadi contoh dan tauladan serta aura positif terutamanya semasa sesi latihan atau hari perlawanan, untuk yang pertama sampai dan terakhir pulang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Pada masa sama Arul juga percaya MHL 2023 pentas aksi kompetitif untuk skuad projek lelaki negara sebelum kempen Piala Dunia Remaja 2023 pada Disember depan.Tambahnya, skuad 20 para pemain kendalian Muhamad Amin Rahim perlu memanfaatkan saingan melibatkan 14 pasukan itu\u201cYa, mereka merupakan skuad muda yang bertenaga tambahan pula selepas mengakhiri siri jelajah di Australia dengan keputusan membanggakan.\u201cJadi peluang beraksi sebagai satu unit dalam saingan MHL 2023 perlu digunakan bagi melakukan penambahbaikan setiap aspek pasukan.\u201cPaling penting saya harap pasukan ini akan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan dalam meningkatkan potensi diri masing-masing,\u201d katanya.Untuk rekod, anak buah Muhamad Amin bakal menggunakan nama Young Tigers pada saingan MHL 2023 kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244464/berita/sukan/kompany-persoal-motif-pengkritik-manchester-city", "article_title": "Kompany persoal motif pengkritik Manchester City", "article_text": "BEKAS kapten Manchester City, Vincent Kompany mempersoalkan motif pengkritik kelab itu selepas penyandang juara itu dikenakan 115 pertuduhan berkaitan peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).EPL dalam satu kenyataan sebelum ini menyebut City melanggar peraturan yang memerlukan mereka memberikan maklumat yang tepat, pandangan benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kelab.EPL juga telah mendedahkan hasil siasatan di laman web rasmi mereka, sekali gus berita buruk buat kelab itu, meskipun pada peringkat ini, mereka sudah didakwa tetapi belum didapati bersalah.Siasatan bermula susulan dokumen yang dibocorkan oleh laman web yang berpangkalan di Jerman, Der Spiegel dengan siasatan fokus kepada tiga perkara utama.City didakwa kerana gagal mematuhi peraturan EPL yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dari musim 2013/2014 hingga 2017/2018.Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan mengenai keuntungan dari musim 2015/2016 hingga 2017/2018, selain didakwa gagal memberikan kerjasama dan membantu siasatan.Pada Februari 2020, UEFA mengenakan penggantungan selama dua tahun dan mendenda City \u00a325 juta (RM128.2 juta) atas dakwaan pelanggaran fair play peraturan kewangan.Bagaimanapun, lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hanya \u00a39 juta (RM46.1 juta).Kompany, yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan empat Piala Liga selama 11 tahun di Stadium Etihad, menegaskan dia tidak mempunyai masa untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.Namun ketika ditanya sama ada sesuatu yang boleh memburukkan ingatannya tentang apa yang dia dan bekas rakan sepasukannya capai sepanjang di City, pengendali Burnley itu berkata: \u201cSaya melihatnya dan kadangkala melelapkan mata saya sedikit.\u201cTidak dinafikan terdapat banyak kebenaran di dunia yang akan datang dan memberitahu anda apa yang telah lakukan salah, dan kemudian jika semua orang melihat diri mereka sendiri, saya fikir industri bola sepak secara amnya bukanlah satu yang mampu untuk menuding jari terlalu banyak kali.\u201cSaya percaya anda semua akan tersenyum lebar untuk mengetahui tentang industri bola sepak. Saya sangat skeptikal apabila orang mula menuding jari.\u201cLakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan mari cuba dan perbaiki sepanjang masa tetapi saya agak ragu-ragu apabila jari-jari itu mudah dituding.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 07:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244463/berita/sukan/harimau-malaya-mungkin-berlatih-di-stadium-sultan-ibrahim", "article_title": "Harimau Malaya mungkin berlatih di Stadium Sultan Ibrahim", "article_text": "LAMAN keramat Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri berkemungkinan besar dipilih sebagai venue bagi aksi persahabatan melibatkan skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa Mac ini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, berkata selain Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu; Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dan Stadium Hang Jebat, Melaka, turut berada dalam radar FAM.Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM pada penghujung bulan ini atau awal Mac.\"Kita sebenarnya belum putuskan mengenai pasukan lawan (aksi persahabatan) dan juga venue, ia masih dalam peringkat perbincangan.\"Sebenarnya ramai yang menawarkan venue mereka tetapi kalau nak katakan stadium yang terbaik setakat ini ialah Stadium Sultan Ibrahim,\" katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama FAM dan Joma Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Khamis.Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, secara terbuka di media sosial menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara.Sementara itu, Noor Azman mengesahkan pasukan negara bakal menghadapi dua aksi persahabatan berprofil tinggi pada Mac ini dalam persiapan menghadapi Piala Asia 2023.Bernama difahamkan dua pasukan tersebut menduduki ranking lebih tinggi berbanding skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon iaitu dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 07:48pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244445/berita/sukan/abdul-latiff-ziyad-ceriakan-kem-negara-di-tunisia", "article_title": "Abdul Latiff, Ziyad ceriakan kem negara di Tunisia", "article_text": "KONTINJEN negara melabuh cabaran Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia dengan meraih tiga emas dan satu perak.Dua pingat emas terakhir negara dijelmakan atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latiff Romly dan atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di Stadium Olahraga Rades.Abdul Latiff mengungguli acara lompat jauh lelaki T13/20 dengan lompatan 6.90 meter (m) mengatasi peserta dari Arab Saudi, Hassan Dawshi (6.08m) dan Mohamed Camara (Guinea-Bissau, 5.12m).Abdul Latif menang emas dalam acara lompat jauh lelaki di GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.Sementara itu, Muhammad Ziyad mendominasi acara lontar peluru lelaki F11/12/20 dengan catatan15.93m diekori rapat atlet Uzbekistan, Elbek Sultonov (14.16m) dan Amir Soltane dari Tunisa (10.51m).Terdahulu, emas pertama negara disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter (m) lelaki T35/36 (kecacatan fizikal) dengan catatan 12.51 saat.Sementara itu, pingat perak negara dihasilkan Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, bagi acara 100m T11/12 lelaki (masalah penglihatan).GP Olahraga Para Dunia 2023 seterusnya dijadualkan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Februari hingga 1 March depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244443/berita/sukan/norizam-bimbing-abu-bakar-solat", "article_title": "Norizam bimbing Abu Bakar solat", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman memberi bimbingan dan berkongsi pengetahuan dengan saudara baharu yang juga pembantu jurulatih dan penganalisis video kelab, Pol Abu Bakar.Beliau yang mesra disapa sebagai Zamburger menerusi media sosialnya dilihat mengajar cara berwuduk dan solat kepada Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis.\u201cJam 6 pagi saya menunggu Pol Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara. Beliau hadir awal. Ajar beliau ambil air sembahyang dan beritahu perkara asas solat,\u201d catatnya di Facebook Zamsaham.Beliau turut berkongsi dengan Abu Bakar mengenai niat, kelebihan solat dan bersamanya menunaikan solat Subuh secara berjemaah.Norizam (kiri) bersama Abu Bakar di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur. - Foto FB Zamsaham\u201cWalaupun beliau baru, saya pesan apa pun mulakan dengan niat. Niat solat bukan untuk glamour, untuk orang tetapi lakukan solat Subuh ini untuk ALLAH SWT. ALLAH SWT Maha Kuasa. Pol belajar menunaikan solat.\u201cKita yang perlukan ALLAH dan bukan sebaliknya. Saya terangkan juga kelebihan Subuh, faedahnya, mendengar azan bersama dan alhamdulillah selesai solat Subuh dua rakaat berjemaah,\u201d katanya.Norizam turut mengajak warganet mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ke atas Abu Bakar.\u201cKita doakan kebaikan saudara baru Pol Abu Bakar supaya mati dalam iman dan Islam serta jelas hala tuju hidupnya,\u201d tulis Norizam.Pol Abu Bakar atau nama asalnya Pol Corpas Cuatrecasas pada Rabu dilaporkan memeluk agama Islam yang disyahadahkan oleh Norizam, di depan beberapa barisan kejurulatihan yang lain.Abu Bakar sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 05:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244439/berita/sukan/terengganu-congak-skuad-utama", "article_title": "Terengganu congak skuad utama", "article_text": "SKUAD Terengganu FC (TFC) masih mencongak kesebelasan utama dalam siri jelajah pramusim di negara jiran, Thailand menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini.Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner berkata, aksi pemanas badan menentang kelab Thailand dan Denmark menjadi medan buat para pemain menonjolkan prestasi terbaik mereka.\u201cSaya mahu melihat dan memberi masa permainan buat para pemain. Perlawanan yang benar-benar menguji mereka ialah Ahad ini apabila kita akan menentang kelab dari Denmark.\u201cMungkin pada perlawanan itu saya bakal melihat bayangan skuad utama untuk TFC bersaing pada musim 2023,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook TFC pada Khamis.Dalam aksi pertama pada Rabu, TFC mengikat Rajpracha FC 1-1 dengan Zuasyaraf Zulkifli menjaringkan gol buat skuad Sang Penyu.TFC juga akan menentang Bangkok FC selain menguji kekuatan kelab dari Denmark, Odense Boldklub FC pada 12 Februari dan Chonburi FC sehari kemudian.Steinbrukner turut meluahkan kebimbangan barisan depan yang masih tumpul, namun percaya dengan kualiti pemain yang dimiliki mereka mampu membentuk keserasian yang mantap.Beliau juga mahu membentuk kekuatan mental dan fizikal yang baik dalam kalangan pemain selain ingin melihat barisan simpanan sentiasa bersedia untuk beraksi.\u201cPersiapan pasukan berjalan seperti yang dirancang. Beberapa perlawanan sebelum ini kita sukar dibolosi dan ia sangat baik dalam proses pramusim ini.\u201cNamun kita juga agak sukar untuk menghasilkan gol, kekurangan ini perlu diperbaiki dan saya sangat percaya dengan kualiti pemain yang ada.\u201cSaya ingin pemain terus diterapkan dengan mentaliti yang kuat dan mempunyai persediaan kecergasan yang baik. Saya juga mementingkan keseluruhan pemain sentiasa bersedia untuk beraksi,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 05:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244434/berita/sukan/klfa-masih-pemilik-tunggal-kl-city", "article_title": "KLFA masih pemilik tunggal KL City", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menafikan syarikat swasta, Rinani Group Berhad (Rinani) sebagai pemilik baharu kelab Kuala Lumpur (KL) City FC.Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar menegaskan bahawa badan induk tersebut masih menjadi pemilik KL City dan majlis menandatangani pembelian tersebut Sabtu lalu sebagai tidak sah.Beliau berkata, pertukaran pemilikan saham perlu mendapat persetujuan Ahli Jawatankuasa KLFA terlebih dulu sebelum ia dimuktamadkan sebagai rasmi.\u201cKLFA ingin menyatakan bahawa status Rinani sebagai pemilik sah Kuala Lumpur City FC (KL City) masih belum berkuatkuasa.\u201cProses pertukaran status hak milik giat dijalankan di antara pihak KLFA dan Rinani kerana masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipersetujui,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Kumpulan Rinani menandatangani dokumen persefahaman pembelian saham KL City sebanyak 51 peratus bagi menjadikan firma perunding kewangan itu pemilik terbesar skuad warga kota itu.Perubahan itu menyaksikan baki 49 peratus lagi kekal milik KLFA.Majlis menandatangani persefahaman itu melibatkan Pengarah Rinani, Azri Azerai dan Presiden KLFA Khalid Abdul Samad.Syed Yazid berkata, pertukaran pemilikan saham perlu melalui beberapa proses termasuk pembentangan pada mesyuarat jawatankuasa KLFA untuk penelitian dan pengesahan sebelum ia disahkan.\u201cSebarang tawaran daripada mana-mana pihak wajib dibawa ke Mesyuarat KLFA terlebih dahulu untuk dibangkitkan dan seterusnya diperhalusi sebelum melaksanakan proses pertukaran hak milik kelab berkenaan.\u201cApa yang berlaku buat dahulu (tandatangani persefahaman) baru beritahu (ahli jawatankuasa), sepatutnya bincang dalam mesyuarat dan baru buat (tandatangani persetujuan pembelian saham),\u201d katanya.Sehubungan Syed Yazid menggesa mesyuarat jawatankuasa KLFA diadakan bagi meneliti semula perjanjian tersebut demi kebaikan kelab, para pemain dan peminat.\u201cMesyuarat mungkin diadakan hujung Februari bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut,\u201d katanya.Pengambilalihan KL City adalah sebahagian daripada proses penswastaan mandatori yang dikuatkuasakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada semua kelab yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 04:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244380/berita/sukan/gara-gara-komen-perkauman-hanis-nadiah-digantung-wakili-negara", "article_title": "Gara-gara komen perkauman, Hanis Nadiah digantung wakili negara", "article_text": "[DIKEMAS KINI] GARA-gara mengeluarkan komen sensitif di media sosial, pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang bermesyuarat Selasa lepas berhubung isu komen Hanis Nadiah didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India, AR Rahman di ibu negara, bulan lepas.Jawatankuasa Siasatan dipengerusikan secara bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal telah memanggil Hanis Nadiah yang juga Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 untuk sesi temu bual bagi membantu siasatan isu berkenaan.Hasil daripada sesi itu dan setelah memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, jawatankuasa merumuskan Hanis Nadiah memuat naik komen berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.\"Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis Nadiah bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain.\"Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain,\u201d menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.Hanis Nadiah juga didapati bersalah kerana membuat komen mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan KHM yang jelas melanggar kod etika badan induk hoki itu.Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, KHM akan menilai semula keputusan berkaitan pemain berusia 26 tahun itu sekiranya beliau mempamerkan perubahan sikap yang positif.Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan berharap tindakan diambil itu akan menjadi ingatan dan pengajaran berguna kepada Hanis Nadiah serta semua atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial.Sementara itu, dalam kenyataan sama, jurulatih skuad hoki wanita negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim memaklumkan sebagai pemain utama pasukan, Hanis Nadiah memiliki perwatakan merendah diri serta berdisiplin sepanjang latihan dan kejohanan selain mempunyai ramai kenalan hoki berbangsa India. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 01:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244375/berita/sukan/pemain-kontroversi-calon-penjaga-gol-terbaik-fifa", "article_title": "Pemain kontroversi calon penjaga gol terbaik FIFA", "article_text": "TIGA penjaga gol yang beraksi di Piala Dunia 2022 termasuk pemain kontrovesi Argentina, Emiliano Martinez disenaraikan antara tiga calon untuk merebut Anugerah Penjaga Gol Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Turut tersenarai ialah Yassine Bounou dari Maghribi dan Thibaut Courtois (Belgium).Martinez menyerlah di Qatar akhir tahun lalu apabila menjadi wira Argentina ketika menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti.Dia bagaimanapun menimbulkan kontroversi selepas melakukan aksi kurang sopan ketika menerima anugerah penjaga gol terbaik kejohanan.Ketangkasan Bounou di gawang pula membantu Maghribi muncul negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.Biarpun Belgium beraksi hambar di Piala Dunia setelah tersingkir di peringkat kumpulan, namun Courtois muncul antara jurutera kejayaan Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara ke-14.Bagi kategori wanita, tiga penjaga gol tersenarai ialah Ann-Katrin Berger (Jerman), Mary Earps (England) dan Christiane Endler dari Chile.Finalis anugerah pemain terbaik lelaki dan wanita serta Anugerah Puskas untuk jaringan terbaik dijadualkan diumum pada Jumaat.Majlis anugerah FIFA itu akan berlangsung di Paris pada 27 Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 01:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244363/berita/sukan/habuan-rm1-juta-menanti-pemain-al-hilal", "article_title": "Habuan RM1 juta menanti pemain Al-Hilal", "article_text": "KEJAYAAN mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menyaksikan gergasi Arab Saudi, Al-Hilal bakal menerima habuan 1 juta riyal (RM1.14 juta) selepas persembahan luar biasa di kejohanan tersebut.Habuan itu dinyatakan Pengerusi Kingdom Holding Co, Putera Alwaleed bin Talal di laman media sosialnya kepada setiap pemain Al-Hilal yang menyingkirkan cabaran juara Amerika Selatan, Flamengo 3-2 dalam aksi separuh akhir pada Rabu.Malah Putera Alwaleed yang juga penyokong setia Al-Za'eem turut menjanjikan jumlah habuan yang sama sekiranya Al-Hilal berjaya menewaskan juara Eropah yang juga gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid dalam perlawanan akhir.Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti mara ke perlawanan akhir selepas membelasah juara Afrika dari Mesir, Al-Ahly 4-1 dalam aksi separuh akhir pada Khamis.Selain itu, saluran sukan Arab Saudi SSC melaporkan bahawa setiap pemain Al-Hilal akan mendapat 500,000 riyal (RM574,000) daripada menteri sukan negara itu untuk kemenangan ke atas jagoan Brazil tersebut.Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kelab Arab Saudi mara ke final Piala Dunia Kelab.Kejayaan itu diraikan oleh kerajaan negara itu sebagai satu lagi pencapaian kompetitif selepas kemenangan pasukan kebangsaan menentang Argentina pada Piala Dunia November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 12:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244343/berita/sukan/masa-depan-bergantung-pada-diri-sendiri", "article_title": "Masa depan bergantung pada diri sendiri", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag berkata, masa depan penyerang Jadon Sancho terletak di tangan pemain muda itu sendiri selepas mengakui bintang England itu mengalami tempoh sukar sebelum kembali menjaringkan gol menentang kelab bawahan Leeds United.Gol pertama Sancho sejak September membolehkan United seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, selepas The Red Devils ketinggalan 2-0 sehingga minit ke-62.Pemain berusia 22 tahun itu hanya bermain buat kali kedua selepas direhatkan berpanjangan berikutan masalah fizikal dan mentalnya, namun membuktikan dia masih boleh memainkan peranan besar musim ini.\u201cSaya sangat gembira apabila dia kembali menuju ke arah yang betul. Saya harap dia dapat mengekalkan momentumnya dan perkembangan ini pasti akan menguatkannya dan memotivasikan dia lagi.\"Dia seorang pemain bola sepak yang cemerlang dan jika dia boleh konsisten berada dalam tahap yang betul dia boleh menjadi cemerlang.\"Kami kini mempunyai pasukan yang boleh bermain dalam kawasan lawan, dia suka itu, malah boleh bermain di kawasan yang ketat. Ia berada di tangannya sendiri dan jadi jika dia mahu, dia boleh melakukannya...\"Saya akui ia adalah tempoh yang sukar tetapi saya gembira dan bangga dia melakukannya jadi saya akan menyokongnya, jurulatih akan melakukannya, dan pasukan, tetapi akhirnya dia perlu melakukannya sendiri,\" kata Ten Hag.Bagaimanapun Ten Hag kecewa apabila Manchester United tidak dapat melanjutkan rekod kemenangan di tempat sendiri kepada 14 perlawanan dalam semua pertandingan.\"Saya mempunyai perasaan bercampur-campur. Jika anda ketinggalan 2-0, mungkin salah untuk kecewa tetapi sebaliknya anda perlu memenangi perlawanan ini apabila anda melihat di padang kedua-dua pasukan dan jika anda mencipta begitu banyak peluang.\"Tetapi jika anda memulakan setiap separuh seperti yang kami lakukan, ia tidak boleh diterima,\" kata Ten Hag.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 09:59am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244336/berita/sukan/real-madrid-al-hilal-tentukan-juara-piala-dunia-kelab", "article_title": "Real Madrid, Al-Hilal tentukan juara Piala Dunia Kelab", "article_text": "JUARA Eropah, Real Madrid akan membuat perhitungan akhir dengan juara Asia, Al-Hilal bagi merebut kejuaraan Piala Dunia Kelab di Stadium Putera Moulay Abdellah, Rabat pada awal pagi Ahad.Juara La Liga Sepanyol itu mengesahkan slot perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran juara Mesir, Al Ahly 4-1 di Maghribi pada Khamis.Gol Real Madrid dijaringkan Vinicius Junior (42'), Fede Valverde (46'), Rodrygo (92') dan Sergio Arribas (98') manakala sepakan penalti Ali Maaloul (65') mengurangkan defisit Al-Hilal.Tanpa beberapa pemain utama seperti penyerang Karim Benzema dan penjaga gol Thibaut Courtois, Real Madrid bergelut memecahkan kebuntuan, berdepan pertahanan Al Ahly yang tersusun rapi, dengan jagoan Mesir itu mengancam melalui serangan balas.Penyerang sensasi Real Madrid, Luka Modric berpeluang melebarkan jaringan Los Blancos pada minit ke-65', namun sepakannya berjaya diselamatkan Mohamed El Shenawy.\u201cKami tiba di sini dengan penuh semangat untuk bermain di final.\"Kami berasa teruja untuk bermain perlawanan akhir dan ada kebimbangan untuk bermain dengan baik.\"Kami perlu berehat, walaupun kami tidak mempunyai banyak masa. Kami perlu berehat dengan baik untuk mendapat kemenangan,\" kata pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 09:00am"} {"author_name": "NUR IFTITAH ROZLAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244320/berita/sukan/28-petinju-uji-kehebatan-di-stadium-titiwangsa", "article_title": "28 petinju uji kehebatan di Stadium Titiwangsa", "article_text": "KEJOHANAN Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini menyaksikan seramai 28 petinju termasuk tiga dari Thailand bakal berentap di Stadium Titiwangsa bagi merebut kejuaraan.Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah, Rosli Yaacob berkata, kejohanan kali ke-70 yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 Februari ini diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.Menurutnya, perlawanan itu akan melibatkan pertembungan antara petinju dari Malaysia dan Thailand bagi merebut 10 tali pinggang kejuaraan, antaranya Tali Pinggang Sinar Harian, Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.\u201cSeramai 14 petinju akan beraksi pada hari pertama melibatkan tujuh perlawanan, diikuti 14 pasangan regu lain pada hari berikutnya.\u201cTiga petinju Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertarung dengan tiga wakil dari Thailand.Sham Naga Emas Kuda Merah\u201cAntara petinju lain yang akan memanaskan suasana stadium ialah Kumaran, Akid, Sunichai, Sham Anak Kapak Naga Emas, Mat Yie Kayu Kelat, Amzar Raja Lebah, Apizat Black Owl dan dua peninju kanak-kanak, Farish Hakimi serta Aryan Hakim masing-masing berumur tujuh tahun,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Ujar Rosli, kejohanan itu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.\u201cSekiranya ada pihak yang berminat untuk menaja atau bekerjasama dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa kali ini boleh menghubunginya di talian 016-8980424,\u201d jelasnya.Beliau memberitahu, antara yang menarik perhatian, pertembungan melibatkan petinju yang sudah bersaing sebanyak lebih 500 kali, Mohd Rafi Manaf atau nama gelanggangnya, Mat Ropi daripada Kuda Merah PDRM dengan peninju Thailand, Khun Sek bagi merebut Tali Pinggang Sinar Harian.Mat Ropi Kuda Merah\u201cMat Ropi merupakan petinju terkenal di Kelantan yang sudah bertarung sejak berusia tujuh tahun.\u201cBeliau ialah petinju nombor satu dalam Kuda Merah PDRM,\u201d kata Rosli.Selain itu, peminat tegar sukan tersebut pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat kembali aksi pertarungan petinju Kelab Muay Thai PDRM Kuda Merah, Amirul Ariffin atau Ban Mero (nama gelanggang) menentang juara dari Thailand, Chon Ra San.Ban Mero Kuda MerahBagi Ban Mero, dia mengambil keputusan untuk menyertai kejohanan kali ini kerana rindu untuk kembali beraksi di gelanggang.\u201cSetelah berehat selama empat tahun, saya berhasrat untuk kembali ke gelanggang.\u201cInsya-ALLAH saya sudah 80 peratus bersedia bagi menghadapi perlawanan nanti. Kita sudah pun mula berlatih dalam tempoh sebulan ini dan saya peruntukan empat jam sehari untuk menjalani latihan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 07:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244318/berita/sukan/tak-mudah-naik-ke-liga-super", "article_title": "Tak mudah naik ke Liga Super", "article_text": "LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) akan memastikan kelab Liga M3 mempunyai kewangan yang kukuh sebelum dibenarkan untuk beraksi di Liga Super musim depan.Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan memastikan pasukan tersebut benar-benar layak daripada segi kewangan agar tidak menghadapi masalah apabila saingan liga berlangsung.\u201cKita lihat perkara ini daripada beberapa sudut. Mungkin ada pasukan musim lepas yang boleh naik dan dia nak naik tapi tak lepas sebab masalah pelesenan kelab. Mungkin juga ada pasukan tahun depan, dia juara tapi tak nak naik sebab faktor kewangan.\u201cKita mesti melihat kepada penyediaan pasukan dan pengurusan ini. Kita mahu pastikan kalau dia nak naik, macam mana dia nak dapatkan kewangan untuk menampung perbelanjaan dalam Liga Super.\u201cKita di AFL akan pantau pasukan. Kalau kita nampak dah mungkin layak untuk naik, kita bagi nasihat yang perlu untuk pasukan ini terutama daripada segi kewangan,\u201d katanya ketika ditemui media pada majlis kesyukuran Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027, di Wisma FAM, pada Selasa.Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan penstrukturan saingan Liga Malaysia pada musim ini yang menyaksikan pasukan yang beraksi dalam Liga M3 berpeluang untuk naik ke Liga Super tahun depan.Struktur baru Liga Malaysia pada musim baharu akan menyaksikan saingan Liga Preimer ditangguhkan dan Liga M3 dinaik taraf menjadi Liga Semi-Pro.Dalam pada itu, Mohd Yusoff mengakui komitmen beberapa pasukan yang tampak serius untuk mempersiapkan pasukan untuk cuba layak ke Liga Super musim depan.\u201cSaya nampak mereka mahu bersaing tetapi sekali lagi ia bergantung kepada kewangan pula. Sama ada pasukan itu mampu atau tidak menyediakan kewangan yang cukup untuk bermain Liga Super.\u201cKita tidak mahu mereka naik setahun, lepas tu akan jatuh balik. Kita nak pastikan pasukan itu benar-benar layak untuk naik. Kalau tak boleh, kita akan kekalkan dalam Liga M3 sebab MFL juga ada peraturan sendiri,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244304/berita/sukan/jurulatih-muda-latih-belgium", "article_title": "Jurulatih muda latih Belgium", "article_text": "JURULATIH muda berusia 37 tahun, Domenico Tedesco dinamakan sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Belgium pada malam Rabu.Tedesco yang dilahirkan di Itali mengambil alih tugas Roberto Martinez yang melepaskan jawatan selepas perjuangan Belgium di Piala Dunia 2022 sekadar di peringkat kumpulan.Persekutuan Bola Sepak Belgium (RBFA) dalam satu kenyataan menyebut, kontrak Tedesco adalah sehingga Euro 2024 di Jerman.\u201cMisi Tedesco adalah memastikan Belgium layak ke Euro 2024. Perlawanan kelayakan pertama adalah menentang Sweden di Stockholm pada 24 Mac,\u201d ujar RBFA.Martinez meninggalkan skuad Red Devils selepas gagal mara ke pusingan kalah mati di Qatar akhir tahun lalu, sekali gus mengakhiri era pemain generasi emas negara itu.Tedesco yang pernah melatih Schalke, Spartak Moscow dan RB Leipzig dijangka diperkenalkan kepada media tidak lama lagi.\u201cIni adalah pengiktirafan besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Belgium.\u201cSaya teruja untuk memikul cabaran ini. Saya merasakan satu perasaan yang baik sejak perbualan pertama dengan pengurusan Belgium,\u201d ujar Tedesco menerusi kenyataan RBFA.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 09:49pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244292/berita/sukan/penolong-jurulatih-kelantan-fc-masuk-islam", "article_title": "Penolong jurulatih Kelantan FC masuk Islam", "article_text": "PENOLONG jurulatih dan penganalisis video Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.Perkara itu dikongsikan laman Facebook TRW Kelantan FC pada Rabu dengan Pol Corpas yang juga berasal dari Sepanyol akan menggunakan nama baharu Islam iaitu Abu Bakar.\"Dia disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Rusli).\"Dia akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar,\" kata kenyataan di laman Facebook TRW Kelantan FC.Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 07:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244270/berita/sukan/tfc-nafi-akhyar-bakal-berhijrah-ke-terengganu", "article_title": "TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu", "article_text": "KETUA Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Terengganu.Menurut Ab Rasid, berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut melalui portal dan media sosial yang belum dipastikan kesahihannya.\"Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosial,\" katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap lincah, Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC musim ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 05:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244246/berita/sukan/kehadiran-jonghyun-mampu-tambah-bisa-tht", "article_title": "Kehadiran Jonghyun mampu tambah bisa THT", "article_text": "TERENGGANU Hockey Team (THT) optimis kehadiran pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jonghyun mampu meningkatkan peluang mereka menjaringkan lebih banyak gol daripada situasi tersebut pada musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023.Ketua pasukan Mohd Fitri Saari yakin kelibat Jonghyun yang menyumbat empat gol pukulan sudut penalti pada Piala Dunia 2023 di India, bulan lepas, bersama dua lagi pemain muda dari Korea Selatan iaitu Choi Hoil dan Yoo Seung Ho juga dapat membantu memperkukuhkan kedudukan THT bagi mengejar kejuaraan berganda musim 2023 yang membuka tirai pada Khamis.Walaupun menyasarkan untuk mempertahankan mahkota kejuaraan MHL selain Piala Sumbangsih, Mohd Fitri tetap berwaspada dengan ancaman pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibarisi kira-kira sembilan pemain kebangsaan selain Maybank.\"Kita target dua dahulu, kalau dapat tiga piala bonus bagi kami. Boleh lakukan namun bukan senang dapat tiga gelaran dalam satu musim. Kami akan cuba lawan dan fokus Piala Sumbangsih terlebih dahulu,\" katanya pada sidang media menjelang Piala Sumbangsih di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengenai pertarungan Piala Sumbangsih menentang TNB, pengendali baharu THT, Seo Jongho menyifatkan juara bertahan TNB memiliki beberapa pemain yang laju dan mampu mengucar-ngacirkan barisan pertahanan mereka.\"Sudah tentu saya mahukan kemenangan ke atas TNB dalam perlawanan pertama musim ini, namun mereka adalah pasukan yang kuat,\" katanya.Dalam pada itu, ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengakui perlu mencari jalan untuk menyekat kemaraan Jonghyun serta penyerang prolifik Mohd Faizal Saari dan Shello Silverius daripada merobek gawang mereka dalam pertarungan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.\"Semoga kita dapat tandingi THT, walaupun kami bukan pilihan tetapi kami akan cuba buat terbaik,\" katanya.Ketua pasukan TNB Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pula menyifatkan kemenangan ke atas THT bukan sahaja mengesahkan kejuaraan Piala Sumbangsih malah menjamin tiga mata penuh seterusnya dapat melonjakkan motivasi dalam saingan sengit perebutan juara liga. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 04:08pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244235/berita/sukan/banyak-pasukan-sedia-uji-harimau-malaya", "article_title": "Banyak pasukan sedia uji Harimau Malaya", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya akan mengharungi beberapa aksi persahabatan tahun ini sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia pada Januari 2024.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa pasukan sudah mengesahkan untuk perlawanan bertemu Harimau Malaya namun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut.\"Sebenarnya kita dah muktamadkan dengan beberapa pasukan sudah mengesahkan untuk menentang pasukan negara. Tetapi, biar Kim Pan-go buat pengumuman.\"Kita akan ada dua perlawanan pada Mac, Jun, September dan juga Oktober. Oktober itu mungkin akan ada penganjuran Pestabola Merdeka,\" katanya ketika ditemui media pada majlis kesyukuran selepas beliau dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA 2023-2027, di Wisma FAM, pada Selasa.Skuad negara tidak mempunyai kejohanan besar yang akan disertai tahun ini dan hanya boleh mengharapkan kepada aksi persahabatan untuk mengasah taring sebelum perlawanan Piala Asia 2024.Sebelum ini, dikatakan bahawa Australia dijangka menjadi salah satu pasukan yang akan menguji pasukan negara dalam aksi persahabatan.Dalam pada itu, Hamidin turut mahu Harimau Malaya mencatatkan aksi positif dalam aksi persahabatan itu untuk mengelakkan jatuh di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia.Menurutnya, jika pasukan negara jatuh ke kedudukan ke-26, ia akan menyaksikan harimau Malaya perlu bermain aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.\"Bulan Oktober kita kena hati-hati kerana kita berada di kedudukan ke-25 di Asia. Hong Kong pula berada di kedudukan ke-26 dengan perbezaan beberapa mata.\"Jika kita jatuh ke kedudukan ke-26 kita kena bermain dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 03:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244213/berita/sukan/kerjasama-khm-rtm-siar-secara-langsung-liga-hoki", "article_title": "Kerjasama KHM, RTM siar secara langsung liga hoki", "article_text": "PARA peminat hoki berpeluang menyaksikan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 secara percuma menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula Khamis hingga 19 Mac.Siaran secara langsung itu akan menyiarkan 30 perlawanan menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung menerusi platform RTM klik.Ia akan melibatkan perlawanan MHL, Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan.Penyiaran kejohanan tersebut adalah hasil kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan RTM yang mula terjalin sejak 2020.\u201cMatlamat utama jalinan kolaborasi KHM-RTM ini ialah sebagai tanggungjawab sosial, selaku stesen milik kerajaan untuk memberi siaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.\u201cKerjasama ini akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan hoki negara dan peminat sukan tanah air,\u201d ujar RTM dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, KHM berbesar hati dengan kesudian RTM untuk meneruskan kerjasama menjadi rakan penyiar rasmi MHL bagi musim ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu percaya bahawa kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada pemain-pemain hoki dan peminat sukan hoki tanah air.\u201cKHM mengucapkan terima kasih kepada RTM yang akan menyiarkan 30 perlawanan secara langsung di stesen televisyen itu dan menerusi penstriman langsung,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 01:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244202/berita/sukan/psg-cari-stadium-baharu", "article_title": "PSG cari stadium baharu", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) terpaksa melupakan Parc des Princes dan mencari gelanggang baharu setelah stadium keramat itu dilabelkan sebagai 'bukan untuk dijual'.Biarpun sudah hampir 50 tahun 'berkampung' di stadium itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memberitahu bahawa stadium tersebut 'tidak akan dijual' kepada kelab tersebut.Justeru pengurusan PSG melantik Legends Hospitality sebuah konsultan dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengkaji kemungkinan membina stadium baharu sebagai alternatif kepada Parc des Princes.Sebagai pilihan PSG yang dimiliki jutawan Qatar mungkin menambah baik tempat perlumbaan kuda yang terletak bersebelahan Parc des Princes.PSG sebelum ini memohon untuk membelinya bagi membina bangunan moden dan kerja pembangunan bernilai lebih 500 juta euro (RM 2.3 bilion).Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu akhbar sukan Sepanyol, Marca bahawa PSG 'tidak lagi dialu-alukan' dekat Parc des Princes sambil menambah mereka perlu mencari alternatif lain.Parc des Princes melalui sejarah yang panjang bermula upacara perasmian pada 1897 dan kemudian diubah suai pada 1972.Bekas velodrom berkapasiti 48,000 menjadi rumah kepada PSG sejak 1974.Legends Hospitality akan menjalankan penyelidikan bersama penasihat hartanah Kanada Colliers.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 12:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244200/berita/sukan/allen-lupakan-aksi-antarabangsa", "article_title": "Allen lupakan aksi antarabangsa", "article_text": "PEMAIN tengah, Joe Allen terpaksa membuat keputusan besar apabila menamatkan karier antarabangsa setelah 14 tahun menyarung jersi Wales sejak 2009.Kecederaan menghalang pemain berusia 32 tahun itu untuk meneruskan kerjaya di pentas antarabangsa.Bekas pemain Liverpool dan Stoke itu sudah membuat 74 penampilan dan hanya akan memberi fokus bermain untuk pasukan Kejuaraan Swansea.\u201cSokongan daripada negara kita memberi inspirasi dan ia membuatkan saya bangga dapat memakai baju kebangsaan. Begitu banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.\u201cMalangnya, masa dan kecederaan menjadi penghalang. Jadi sudah tiba masanya untuk saya memberi laluan kepada generasi baharu,\u201d katanya.Allen membuat penampilan sulung di Wales pada tahun 2009 bersama Gareth Bale dan Aaron Ramsey.\u201cBermain untuk Wales adalah satu keghairahan dan cinta yang mendalam dalam diri. Saya amat bertuah,\u201d katanya yang kembali ke Swansea tahun lalu.Sepanjang karier di peringkat antarabangsa, Allen pernah membantu Wales mara ke separuh akhir Euro 2016.Allen juga membantu Wales beraksi di Euro 2020 dan layak ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar tahun lalu.Dia membuat penampilan terakhir bersama Wales ketika mereka tewas di peringkat kumpulan menentang England di Piala Dunia 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 12:20pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244173/berita/sukan/al-hilal-cipta-sejarah-ke-final-piala-dunia-kelab", "article_title": "Al Hilal cipta sejarah ke final Piala Dunia Kelab", "article_text": "SALEM Al Dawsari menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk membantu Al Hilal menewaskan Flamengo 3-2, sekali gus mara ke final Piala Dunia Kelab buat kali pertama pada awal pagi Rabu.Al Dawsari menjaringkan gol pembukaan buat pasukan juara Arab Saudi itu seawal minit keempat perlawanan separuh akhir itu di Stadium Ibn-Batouta selepas Matheuzinho didapati mengasari Luciano Vietto.Bagaimanapun, Pedro kembali mengikat kedudukan buat Flamengo menerusi penyudah kemasnya pada minit ke-20.Gerson Santos da Silva menjatuhkan Vietto dalam kawasan penalti dan pengadil, Istvan Kovacs, memberikan sepakan penalti kepada Al Hilal selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) di penghujung separuh masa pertama.Al Dawsari tidak mensia-siakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol kedua peribadinya sebelum Vietto turut meledak gol pada minit ke-70 bagi memberikan kelebihan selesa buat juara Asia berkenaan.Tekanan yang diberikan Flamengo pada penghujung aksi menyaksikan Pedro menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu.Al Hilal akan membuat perhitungan sama ada dengan Real Madrid atau Al Ahly dalam satu lagi aksi separuh akhir yang akan berlangsung awal pagi Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 10:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244172/berita/sukan/bidaan-empat-penjuru-piala-dunia-2030", "article_title": "Bidaan empat penjuru Piala Dunia 2030", "article_text": "JUARA Piala Dunia 2022, Argentina secara rasmi mengesahkan bidaan bersama bersama Uruguay, Paraguay dan Chile untuk menjadi tuan rumah edisi 2030 kejohanan itu.Bercakap selepas mengesahkan bidaan empat penjuru itu, presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia meletakkan harapannya untuk membawa semula kejohanan itu ke benua tempat ia mula-mula diadakan.\"Kami mempunyai kemungkinan menjadi tuan rumah Piala Dunia ini. Ia mempunyai sejarah, inti pati, semangat kami rakyat Amerika Selatan dalam bola sepak.\"Hari ini adalah hari yang sangat penting bagi sejarah empat negara ini, empat persekutuan ini yang suatu ketika dahulu bermula dengan impian.\"Kami tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar dan kami mesti menunjukkan kepada dunia bahawa Argentina, Uruguay, Paraguay dan Chile bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030,\" katanya.Masih ada ruang untuk bidaan itu disokong oleh negara kelima, dengan presiden Argentina,Alberto Fernandez berharap untuk melihat Bolivia turut menjadi tuan rumah perlawanan.\"Pencalonan ini adalah dari seluruh benua. Atas sebab ini, saya ingin mencadangkan agar negara saudara kita Bolivia menjadi sebahagian daripada impian ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 10:06am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244164/berita/sukan/luqman-hakim-tak-boleh-patah-semangat", "article_title": "Luqman Hakim tak boleh patah semangat", "article_text": "PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak boleh patah semangat dan terus bekerja keras selepas berpindah secara pinjaman ke kelab Iceland, Njardvik FC.Jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, selagi Luqman Hakim berada di Eropah, ia tetap menjadi tempat terbaik untuknnya mengasah bakat dan pengalaman.\"Tahniah kepada Luqman Hakim. Selagi dia berada dalam dunia Eropah, ia tetap pentas terbaik. Saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kita tahu betapa tingginya mutu bola sepak di sana.\"Untuk pasukan Malaysia pergi lebih jauh, kita perlukan lebih ramai pemain berhijrah khususnya di Eropah untuk menimba pengalaman dan kukuhkan pasukan kebangsaan,\" katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Sementara itu, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Dollah Salleh berharap apa yang dilakukan Luqman Hakim menjadi motivasi kepada pemain muda untuk berani menimba pengalaman di luar negara.\"Memang itu satu pencapaian juga sebab dari Belgium pergi ke Iceland, maknanya kualiti dia orang pandang juga.\"Kita kalau boleh nak lebih ramai pemain tempatan dan muda berhijrah supaya dapat pengalaman luas di peringkat antarabangsa. Apabila balik ke negara sendiri, insya-ALLAH dapat menaikkan lagi mutu bola sepak kita,\" katanya.Njardvik FC menerusi satu kenyataan pada Selasa mengumumkan telah mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung tahun ini.Pemain dari Kota Bharu itu sebelum ini menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium.Luqman Hakim membuat penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74.Namun, impian penyokong negara untuk melihatnya sering berada dalam kesebelasan utama tidak kesampaian selepas dia hanya beberapa kali diturunkan dalam beberapa perlawanan.Ia sekali gus menimbulkan khabar angin bahawa dia akan berpindah dari kelab tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 07:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244162/berita/sukan/zii-jia-tetap-mahu-bergerak-solo", "article_title": "Zii Jia tetap mahu bergerak solo", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia belum 'terbuka hati' untuk mengubah pendirian bagi mendapatkan bimbingan jurulatih selepas 'berpisah' dengan Indra Wijaya tahun lalu.Zii Jia tekad untuk kekal bergerak solo di sebalik desakan pelbagai pihak agar pemain nombor empat dunia itu mempertimbangkan semula keputusannya itu.\u201cSaya hanya mahu fokus apa yang ada di depan. Saya perlu lakukannya. Secara jujur, setakat ini memang saya tidak ada fikir untuk ambil jurulatih dan tetap dengan pendirian itu,\u201d ujar Zii Jia.Bagaimanapun juara Seluruh England 2021 itu dalam nada merendah diri tetap menghormati pandangan yang diberikan bekas pemain kebangsaan terhadap keputusannya sebelum ini.\u201cBukan saya enggan mengulas komen-komen yang diberikan sebelum ini. Tindakan itu bukan saya tidak menghormati mereka, saya tetap hormat kerana mereka adalah legenda.\u201cApa yang mereka bagi (pandangan) itu saya terima, tetapi saya tidak boleh layan semua kerana satu komen ini dan satu komen itu. Kalau saya layan, tidak betul juga kerana saya pun tidak ada banyak masa,\u201d katanya.Bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim menyarankan Zii Jia agar menimbang semula keputusan melantik jurulatih selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia itu November tahun lalu.Pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu berdepan kemerosotan prestasi apabila tewas pada pusingan kedua Indonesia Masters pada 26 Januari lalu.Zii Jia sebelum itu kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia awal Januari lalu dan kemudian ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua Terbuka India.Tumpuan Zii Jia ketika ini kepada persiapan bagi membawa cabaran bersama skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Februari 2023 07:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244146/berita/sukan/tiada-keperluan-bina-stadium-baharu", "article_title": "Tiada keperluan bina stadium baharu", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'gajah putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baharu.Sebaliknya, beliau merasakan mana-mana kemudahan sedia ada sudah memadai untuk dinaik taraf, walaupun berlaku isu pertindihan acara membabitkan perlawanan bola sepak dan konsert di negara ini.\"Kami lihat bukan sahaja stadium utama tapi kami nak pastikan tanggungjawab kerajaan bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bersama-sama membina sukan.\"Keutamaan kami bukan asyik membina, tapi kami nak tahu bagaimana untuk uruskan naik taraf dan seliaannya.\"Dalam masa sama, kami tiada rancangan untuk asyik bina stadium. Kalau tengok di negeri lain, asyik bina stadium ketika Sukma (Sukan Malaysia) tapi penyeliaannya agak sukar.\"Jadi kami tiada perancangan untuk terus membina (stadium),\" katanya kepada pemberita dalam majlis kesyukuran sempena Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, di Wisma FAM pada Selasa selepas dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA. - Stadium Astro", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 10:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244144/berita/sukan/tommy-sudah-ada-bayangan-kesebelasan-utama-tfc", "article_title": "Tommy sudah ada bayangan kesebelasan utama TFC", "article_text": "KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner merngakui sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama pasukan menjelang sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadual bermula 24 Februari ini.Jurulatih kelahiran Croatia yang lebih mesra dipanggil \u2018Tommy\u2019 berkata, beliau masih mahu menilai prestasi pemain dalam empat siri perlawanan persahabatan di Thailand bermula esok hingga 13 Februari ini sebelum memuktamadkan skuad naib juara Liga Super musim lalu itu.Menurut Tommy, beliau juga masih mencari seorang lagi tonggak serangan tengah bagi membantu membuka ruang untuk penyerang pasukan melakukan penyudahan.\"Tetapi jelas bukan mudah mencari pemain seperti itu terutama dalam kalangan pemain tempatan,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Gong Badak, di sini pada Selasa.Dalam pada itu, katanya, skuad Penyu akan melalui empat siri perlawanan persahabatan di Thailand termasuk satu perlawanan dengan sebuah kelab Liga Denmark, Odense Boldklub FC, yang bakal menjadi ujian sebenar dalam menilai keserasian dan prestasi skuad TFC.Selain perlawanan dengan Odense Boldklub FC, TFC juga akan bertemu dengan tiga kelab dari Thailand iaitu Rajpracha FC, Bangkok FC dan Chonburi FC.Musim ini, TFC menyenaraikan lima tonggak import baharu iaitu Ivan Mamut dan Damagoj Pusic dari Croatia, Sony Norde (Haiti), Adisak Kraisorn (Thailand) dan Surdor Kulmatov (Uzbekistan).Selain itu, naib juara Piala FA musim lalu itu, mengekalkan empat pemain import sedia ada iaitu Habib Haroon (Bahrain), Argzim Redzovic (Montenegro), Jordan Mintah (Ghana) dan pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodland. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 09:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244129/berita/sukan/skuad-taekwondo-negara-sasar-dua-emas-di-kemboja", "article_title": "Skuad taekwondo negara sasar dua emas di Kemboja", "article_text": "TAEKWONDO Malaysia (TM) yakin dapat mencapai sasaran dua pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja di Phnom Penh pada 5 hingga 16 Mei ini.Setiausaha Agung TM, R. Dhanaraj berkata, sasaran realistik itu dapat memperbaiki pencapaian kem taekwondo negara pada edisi sebelum ini, iaitu meraih satu emas masing-masing pada 2019 menerusi acara poomsae dan acara kyorugi pada 2022.\"TM turut menyasarkan satu perak dan tiga gangsa pada edisi kali ini,\" katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil pada Selasa.Pada Sukan SEA Filipina 2019, pasukan taekwondo negara membawa pulang satu emas, dua perak dan lima gangsa manakala satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas.Menurutnya, pasukan taekwondo negara bakal menyertai 15 daripada 24 acara yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu.Beliau berkata, TM dalam masa sama sedang membuat persiapan rapi berhubung senarai nama penuh atlet yang bakal menggalas cabaran di Kemboja sebelum ia dimuktamadkan pada 19 Februari ini.\"TM masih belum memutuskannya kerana terdapat kejohanan kebangsaan akan diadakan pada pertengahan bulan nanti. Di situ kita akan nilai prestasi sebelum memutuskan atlet terbaik ke Sukan SEA.\"Selepas itu atlet yang terpilih akan melakukan persiapan ke kejohanan praSukan SEA pada Mac diiikuti kem latihan di Korea Selatan selama enam minggu sebelum ke Kemboja,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 07:38pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244121/berita/sukan/hannah-harap-lebih-ramai-pemimpin-sukan-ikut-jejak-hamidin", "article_title": "Hannah harap lebih ramai pemimpin sukan ikut jejak Hamidin", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menekankan betapa pentingnya aspek pengurusan dan pentadbiran dalam bidang sukan bagi menjamin kemajuan serta melakar pencapaian sehingga ke peringkat tertinggi.Hannah menyifatkan pengurusan dan pentadbiran yang gagal akan memberi impak buruk, sekali gus berupaya menjejaskan sesuatu sukan itu untuk maju ke hadapan.Beliau juga berharap lebih ramai wakil persatuan sukan di negara menjawat posisi di peringkat global seperti dilakukan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang baru dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).\"Semestinya pengurusan dan pentadbiran sukan sangat penting kerana kalau tiada pengurusan dan pentadbiran yang baik, dana-dana yang dikutip, polisi dan hala tuju untuk sukan itu tidak boleh maju ke depan.\"Jadi saya berharap lebih banyak pengurusan mereka boleh bertanding secara sihat bukan saja di tanah air tetapi seperti Datuk Hamidin yang pergi ke peringkat antarabangsa,\" katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran sempena Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya pada Selasa.Sementara itu, Hannah berkata, beliau melihat minat terhadap bola sepak semakin meningkat dalam kalangan generasi muda dan merancang untuk terus meraih lebih banyak sokongan.\"Kita akan pergiatkan lagi program skrin besar KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk pastikan lebih ramai lagi dapat bersama mengikuti pertandingan bola sepak,\" katanya.Dalam pada itu, majlis kesyukuran tersebut berlangsung meriah dengan dihadiri ramai pihak berkepentingan dalam bola sepak tempatan selain barisan bekas pemain dan legenda antaranya Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Khalid Ali.Sebagai rekod, Hamidin yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal lepas, menang perebutan tujuh penjuru untuk lima kerusi (lelaki) Ahli Majlis FIFA bagi Asia untuk tempoh 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33 di Manama, Bahrain awal bulan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 07:03pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244109/berita/sukan/tsg-tak-sertai-tour-of-antalya", "article_title": "TSG tak sertai Tour of Antalya", "article_text": "PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tidak akan menyertai perlumbaan Tour of Antalya yang dijadualkan berlangsung 9 hingga 12 Februari ini.Dalam satu kenyataan, TSG memaklumkan mereka yang kini berada di bumi Turkiye dalam keadaan selamat dan akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.\u201cTour of Antalya sudah dibatalkan dan pasukan kami selamat. Ketika ini, kami sedang mengatur perancangan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia secepat mungkin,\u201d menurut kenyataan itu.Sebelum ini, pihak penganjur Tour of Antalya memberitahu, pembatalan kejohanan itu susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye.\u201cKeputusan itu dibuat Persekutuan Berbasikal Turkiye dengan kerjasama Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).\u201cKesemua tiket penerbangan sudah dibatalkan dan kesemua pasukan yang sudah berada Antalya akan diuruskan sewajarnya.\"Kami meminta maaf kerana terpaksa membatalkan Tour Of Antalya,\u201d ujarnya.Untuk rekod, TSG yang menyertai Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Saudi Tour bulan lalu, mencipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan pada perlumbaan Tour of Antalya 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 06:14pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244105/berita/sukan/tnb-sasar-kejuaraan-berganda", "article_title": "TNB sasar kejuaraan berganda", "article_text": "PASUKAN hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan kejuaraan berganda dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang akan bermula pada Khamis ini.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Ir Baharin Din berkata, sasaran itu dilihat realistik untuk dicapai selain meletakkan cabaran kepada pasukan tersebut yang dibarisi 100 peratus pemain tempatan.\"Kami akan turun untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala TNB, justeru adalah logik kami menambah sasaran lebih baik turut merangkul piala liga. Lagi pun sudah 20 tahun TNB tidak menikmati kemenangan berganda ini,\u201d katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim dalam majlis penyerahan jersi pasukan TNB dan TNB Thunderbolts di Ibu Pejabat TNB, di Bangsar pada Selasa.TNB tidak pernah gagal menyertai TNB MHL sejak diperkenalkan pada 1987 dan dua kali meraih kemenangan berganda pada musim 1991-1992 dan 2003.Perjuangan TNB seterusnya menjadi getir apabila pasukan-pasukan bertanding dibenarkan mendapat khidmat pemain import termasuk pasukan Hoki Terengganu (THT) yang menjuarai liga musim lalu.TNB yang kekal mengharungi cabaran dengan pemain-pemain tempatan bagaimanapun berjaya menumpaskan THT 3-2 dalam perlawanan akhir kejuaraan keseluruhan Piala TNB musim lalu.Musim ini, TNB lebih awal berpeluang memburu kejuaraan apabila memulakan perjuangan dengan bertemu THT dalam perebutan Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Khamis.\"Tiada kurangnya pasukan TNB berbanding pasukan lain. Berbekalkan semangat Piala Dunia baru-baru ini, tidak mustahil Piala Sumbangsih boleh menjadi milik kami.\"Jika itu dapat dicapai ia juga menjadi permulaan yang baik musim ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 05:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244106/berita/sukan/sukar-realisasikan-piala-aff-dalam-kalendar-fifa", "article_title": "Sukar realisasikan Piala AFF dalam Kalendar FIFA", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin membayangkan sukar untuk Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) berlangsung dalam Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada masa terdekat.Hamidin yang juga Ahli Majlis AFF berkata, antara kekangannya ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang yang memakan masa sebulan menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan bola sepak dwitahunan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.Beliau yang baharu dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh direalisasikan sekiranya FIFA \"memanjangkan\u201d kalendar perlawanan antarabangsa.\"Kita perlu faham Kalendar FIFA bukan spesifik untuk Piala AFF, mungkin kita boleh minta FIFA berikan lebih lagi (kalendar perlawanan) dan perlu ingat Kalendar FIFA bukan hanya untuk Malaysia saja tetapi kepada 211 ahli gabungan.\"Tempoh Piala AFF juga panjang, macam mana ia boleh diisi dalam kalendar sedangkan akan datang ada pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober...kalau ia dipanjangkan mungkin sesetengah negara juga tidak akan gembira jika terlalu banyak Kalendar FIFA,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kesyukuran sempena dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini pada Selasa.Persoalan Piala AFF bakal mendapat tempat dalam Kalendar FIFA timbul selepas Presiden FIFA Gianni Infantino berkongsi pandangan Piala AFF wajar berada dalam kalendar FIFA, seperti dilaporkan media antarabangsa bulan lepas.Sejak dianjurkan, Piala AFF menjadi kejohanan yang menawarkan mata ranking bermula edisi 2016, namun sehingga kini, ia masih belum berada dalam Kalendar FIFA menyebabkan banyak kelab di rantau ini \"berkira-kira\u201d untuk melepaskan pemain masing-masing bagi mewakili pasukan negara mereka.Sementara itu, Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM berkata, skuad Harimau Malaya perlu berada dalam kelompok 25 terbaik Asia menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hujung tahun ini.\"Ia adalah tahun yang penting...pasukan di luar kedudukan 25 terbaik Asia akan memulakan kempen (pusingan kelayakan) pada Oktober manakala 25 pasukan teratas pada November. Kami perlu rancang aksi persahabatan dengan baik,\u201d katanya.Beliau berkata, perancangan aksi persahabatan melibatkan skuad kebangsaan akan diumumkan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.Dalam perkembangan berasingan, Hamidin percaya Malaysia sekali lagi berpeluang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas berjaya menganjurkan Piala Dunia Belia Bawah 20 Tahun (B-20) 1997, namun perlu menyusun dan menganjurkan menerusi kerjasama serta sokongan daripada kerajaan kerana kos yang agak tinggi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 05:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244099/berita/sukan/dek-wan-juarai-gp-olahraga-para-dunia-di-tunisia", "article_title": "Dek Wan juarai GP Olahraga Para Dunia di Tunisia", "article_text": "PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan masih memiliki kepantasan apabila berjaya merangkul emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia, pada Isnin.Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil \"Dek Wan\u201d merekodkan masa 12.51 saat (s) untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04s dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunis.Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69s.Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100m T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67s.Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28s manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09s.Kejohanan yang bermula semalam akan berakhir Rabu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 05:31pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244092/berita/sukan/pramusim-di-turkiye-ujian-sebenar-pemain-kedah", "article_title": "Pramusim di Turkiye ujian sebenar pemain Kedah", "article_text": "PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mahu Sang Kenari memanfaatkan sebaik mungkin ilmu dan pengalaman pramusim 2023 sepanjang berada di Altanya, Turkiye.Menurutnya, Eropah adalah benua yang terkenal dengan dunia bola sepak dan ini adalah ujian sebenar kepada kepada karakter, kemahiran, cara fikir dan minda semua pemain KDA FC sepanjang 10 hari berada di sana.\u201cKami menaruhkan harapan yang tinggi dengan peluang dan ruang yang diberikan kepada pasukan utama kita untuk mereka menimba ilmu dan pengalaman di Turkiye.\u201cIni adalah satu peluang yang jarang berlaku di tempat-tempat lain, Eropah adalah benua yang terkenal dengan dunia bola sepak dan mudah-mudahan Sang Kenari benar-benar dapat memerhati, melihat dan menyerap segala frekuensi serta gelombang suasana tinggi dan mutu bola sepaknya,\u201d katanya yang mahukan aksi terbaik daripada setiap pemain menjelang Liga Super 25 Februari ini.Sementara itu, KDA FC dalam kenyataannya mengesahkan lokasi kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye adalah di zon yang berbeza dengan empat perlawanan persahabatan akan berlangsung membabitkan Sang Kenari.Menurutnya, jadual pasukan tidak terjejas manakala perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center seperti perancangan awal.\u201cPerjalanan KDA FC berjalan lancar dan zon gempa bumi di Malatya, Turkiye berada jauh dari kem latihan pasukan Sang Kenari. Doakan semuanya dalam keadaan selamat dan perancangan KDA FC berjalan lancar,\u201d ujarnya.Sang Kenari akan bertemu pasukan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan pasukan terakhir FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari).", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 05:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244068/berita/sukan/patatimo-boys-berpecah-nur-izzudin-sah-bersama-muhammad-haikal", "article_title": "'Patatimo Boys' berpecah, Nur Izzudin sah bersama Muhammad Haikal", "article_text": "PERSOALAN mengenai pasangan baharu pemain beregu lelaki negara, Nur Izzzuddin Rumsani terjawab apabila beliau disahkan bergandingan dengan Muhammad Haikal Nazri.Situasi itu sekali gus menyaksikan gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, yang diberi julukan \u2018Patatimo Boys\u2019, terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, Wan Muhammad Arif pula akan dipasangkan dengan Yap Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow.Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas Nur Izzuddin menyatakan nekad untuk berpisah dengan pasangan beregunya, Goh Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan.\"Secara jujurnya sejak dari Terbuka Jepun tahun lepas lagi Nur Izzuddin tidak gembira dengan Sze Fei. Sze Fei seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang Nur Izzuddin cakap sehinggakan mereka balik berasingan ke sini.\"Kemudian ia terjadi lagi di Kejohanan Eropah iaitu Nur Izzuddin langsung tidak gembira, terus menghantar pesanan kepada saya bertanya mengenai masalah tersebut..,\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, pada Selasa.Rexy berkata, Nur Izzuddin sememangnya kecewa kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya banyak peluang untuk melakar kejayaan akibat perselisihannya dengan Sze Fei.Mereka yang dipasangkan pada 2016 hanya berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Jerman 2022.Rexy berkata pihak kejurulatihan telah menjalankan eksperimen ke atas gandingan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh, Disember lepas dan mereka muncul juara dengan menumpaskan Sze Fei-Goh Boon Zhe, 21-17, 21-16.Pakar beregu dari Indonesia itu juga mengesahkan Sze Fei kini dipasangkan dengan Choong Hoon Jian selepas memaklumkan mereka berdua hampir pasti dipadankan, Jumaat lepas.Sementara itu, Wan Muhammad Arif berkata, walaupun pada mulanya tergamam dan agak terkilan dengan keputusan tersebut, beliau kini berasa lega selepas berbincang dengan Rexy.\"Saya sememangnya sudah jangka perpisahan akan berlaku kerana apabila naik ke pasukan senior kena bersedia (hadapi perpecahan),\u201d kata pemain berusia 20 tahun dari Terengganu ituMuhammad Haikal yang juga berusia 20 tahun dari Kelantan pula berharap dapat memberikan aksi terbaik bersama Nur Izzuddin.Dalam pada itu, Rexy memaklumkan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal akan dihantar menyertai Terbuka Jerman, bulan depan.Beregu baharu itu bersama Sze Fei-Hoon Jian serta Wan Muhammad Arif-Roy King akan turut beraksi pada empat kejohanan tahun ini iaitu Cabaran Antarabangsa Thailand, Ruichang China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam dan Cabaran Antarabangsa Osaka. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 04:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244046/berita/sukan/city-nafi-langgar-peraturan-kewangan", "article_title": "City nafi langgar peraturan kewangan", "article_text": "KELAB Manchester City menafikan dakwaan melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama sembilan musim antara 2009 hingga 2018.City juga didakwa melanggar peraturan yang memerlukan mereka membantu dalam siasatan dari kempen 2018/19 hingga musim semasa.Siasatan terhadap City bermula sejak Disember 2018 dengan Suruhanjaya Bebas akan meneliti penemuan dengan kelab tersebut.Suruhanjaya itu boleh menjatuhkan hukuman ke atas skuad kendalian Pep Guardiola termasuk penyingkiran daripada EPL hingga pemotongan mata, denda dan larangan perpindahan.\"Manchester City FC terkejut dengan dakwaan pelanggaran Peraturan EPL ini, terutamanya memandangkan pembabitan yang meluas dan sejumlah besar bahan bukti yang dikemukakan.\"Kelab mengalu-alukan semakan semula perkara ini oleh Suruhanjaya Bebas. Ia bagi mempertimbangkan secara saksama dan adil termasuk bukti-bukti yang dikemukakan EPL.EPL dalam satu kenyataan menyebut City melanggar peraturan yang memerlukan mereka memberikan 'maklumat kewangan yang tepat, memberikan pandangan yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kelab.EPL juga telah mendedahkan hasil siasatan di laman web rasmi mereka sekali gus berita buruk buat kelab Etihad itu, meskipun pada peringkat ini mereka sudah didakwa tetapi belum didapati bersalah.Siasatan bermula susulan dokumen yang dibocorkan oleh laman web Jerman, Der Spiegel dengan siasatan fokus kepada tiga perkara utama.City didakwa kerana gagal mematuhi peraturan EPL yang memerlukan kelab mematuhi peraturan kewangan Fair Play UEFA dari musim 2013-14 hingga 2017-18.Kelab itu juga gagal mematuhi peraturan mengenai keuntungan dari musim 2015-16 hingga 2017-18.City juga didakwa gagal memberikan kerjasama dan membantu siasatan.UEFA mengenakan penggantungan selama dua tahun dan mendenda City \u00a325 juta (RM128.2 juta) pada Februari 2020 atas dakwaan pelanggaran fair play peraturan kewangan.Bagaimanapun selepas lima bulan kemudian, hukuman itu dibatalkan dan denda terakhir yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan hanya \u00a39 juta (RM46.1 juta).", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 02:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244043/berita/sukan/gempa-bumi-turkiye-lima-pelumba-kru-tsg-selamat", "article_title": "Gempa bumi Turkiye: Lima pelumba, kru TSG selamat", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Kesemua lima pelumba serta kru pasukan berbasikal, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang berada di Alanya, Turkiye untuk Jelajah Antalya berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi melanda negara itu.Pelumba terlibat ialah Aiman Cahyadi, Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin, Metkel Eyob dan Anatolii Budiak.Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, ia berikutan kedudukan kem pasukan yang jauh iaitu kira-kira 500 kilometer dari pusat gempa bumi di bandar Gaziantep.Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha menguruskan perjalanan pulang pelumba dan kru negara, namun berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk kesesakan di lapangan terbang.\"Jelajah Antalya bertaraf 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 12 Februari telah dibatalkan oleh penganjur susulan gempa bumi itu.\"Walaupun berada jauh iaitu 500 kilometer dari pusat gempa bumi, gegarannya turut dirasai pelumba dan kru yang berada di sana,\" katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut Wan Nasiruddin walaupun jelajah tersebut dibatalkan, ia tidak menjejaskan semangat pasukan untuk terus memburu mata dalam siri jelajah yang lain.Beliau berkata ekoran pembatalan itu, pasukan TSG kini memberi tumpuan kepada kejohanan Klasik Muscat, Oman yang akan berlangsung pada 10 Feb dan Jelajah Oman pada 11 hingga 15 Februari ini.\"Lapangan terbang Turkiye kini sesak kerana menjadi tumpuan dunia yang menghantar bantuan dan sukarelawan untuk misi kemanusiaan.\"Bagaimanapun dengan bantuan beberapa pihak, kita harap dapat membawa pulang pelumba dan kru kita dalam masa terdekat,\" katanya.Gempa bumi pada kekuatan 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan Turkiye pada 4.17 pagi waktu tempatan telah mengorbankan lebih 1,400 nyawa setakat ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 02:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244035/berita/sukan/busquets-terlepas-aksi-liga-europa", "article_title": "Busquets terlepas aksi Liga Europa", "article_text": "KAPTEN Barcelona, Sergio Busquets mungkin terlepas aksi Liga Europa menentang Manchester United minggu depan selepas pendahulu La Liga itu mengalami kecederaan ketika menentang Sevilla pada Isnin.Pemain berusia 34 tahun itu terseliuh buku lali akibat terjahan keras pemain Sevilla, Youssef En-Nesyri pada minit keempat perlawanan.Barcelona dalam satu kenyataan memberitahu, Busquets menjalani ujian imbasan dan didapati mengalami kecederaan lateral collateral ligamen di buku lali kirinya.Biarpun tiada sebarang jangka masa ditetapkan bagi proses pemulihannya, bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangka terpaksa berehat selama dua hingga tiga minggu.Busquets sudah beraksi sebanyak 27 daripada 31 perlawanan Barcelona pada musim ini.Akibat kecederaan itu Busquets bakal terlepas dua pertemuan La Liga menentang Villarreal dan Cadiz selain ketika melayani kunjungan United dalam saingan kalah mati Liga Europa pada 16 Februari ini.Barca kemudian akan bertandang ke Old Trafford seminggu kemudian sebelum melengkapkan jadual perlawanan bulan ini apabila akan berkunjung ke laman Almeria pada 27 Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 01:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244029/berita/sukan/juventus-fokus-kekal-di-serie-a", "article_title": "Juventus fokus kekal di Serie A", "article_text": "BERADA di pertengahan carta akibat penalti 15 mata kerana penipuan dalam perpindahan pemain, Juventus tiada pilihan selain perlu fokus pada baki saingan liga untuk kekal bersaing di dalam Serie A.Penolakan mata itu dan tiga aksi liga tanpa kemenangan menyebabkan Juventus jatuh dari kedudukan kedua ke tangga ke-13, 10 mata di atas zon penyingkiran.Jurulatih Massimiliano Allegri berkira-kira untuk mendapatkan 40 mata berbaki 18 aksi setelah Juventus mengumpul 23 mata hasil daripada 20 perlawanan.\u201cKami perlu mendapatkan 40 mata untuk menyelamatkan diri kami. Ia mungkin akan menyebabkan anda tersenyum, tapi itulah keadaannya,\u201d kata Allegri.Beliau berkata, Juventus perlu mempunyai objektif jelas dan bergerak dalam satu pasukan untuk berada di kedudukan liga yang lebih baik.\u201cIa satu objektif dan kami perlu bergerak satu langkah pada satu masa. Misi pertama mengejar pasukan ke-12 dan kemudian pasukan lain di depan kami.\u201cDengan melakukan ini, kami akan menang perlawanan. Ia akan mengekalkan intensiti menjelang aksi Liga Europa dan Coppa Italia,\u201d ujar Allegri yang masih ada dua perlawanan dalam perebutan trofi pada musim ini.Juventus akan menentang Nantes dalam playoff Liga Europa dengan aksi pertama di laman sendiri pada 16 Februari sebelum menentang Inter Milan pada separuh akhir Coppa Italia pada April.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 12:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244011/berita/sukan/queiroz-latih-qatar", "article_title": "Queiroz latih Qatar", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Carlos Queiroz dilantik sebagai pengurus Qatar sehingga tamat Piala Dunia 2026.Pelantikan pengendali berusia 69 tahun itu dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).Kejohanan berprestij berbaki tiga tahun itu akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.Queiroz berjaya membimbing Iran layak ke final Piala Dunia 2022, namun meninggalkan pasukan itu selepas tersingkir di peringkat kumpulan.Qatar sebelum ini dibimbing pengendali dari Sepanyol, Felix Sanchez.Bagaimanapun mereka melalui kempen buruk di Piala Dunia sebagai tuan rumah apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan dan hanya menjaringkan satu gol.\"QFA secara rasminya memutuskan untuk melantik jurulatih dari Portugal Carlos Queiroz sebagai ketua jurulatih sehingga 2026.\"Queiroz mempunyai banyak reputasi, pengetahuan yang hebat dan pengalaman luas dalam bola sepak Asia,\" ujar QFA.Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan kelima buat bekas pengurus Real Madrid itu.Queiroz pernah memimpin negara asalnya Portugal pada 2010 sebelum membawa Iran layak beraksi di Brazil, Rusia dan Qatar.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 10:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244008/berita/sukan/leeds-lepaskan-marsch-selepas-setahun", "article_title": "Leeds lepaskan Marsch selepas setahun", "article_text": "MALANG nasib Jesse Marsch apabila dipecat sebagai pengurus Leeds United pada Isnin selepas gagal membantu kelab meraih kemenangan daripada tujuh aksi.Leeds berada satu tangga di atas tiga pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kalah 0-1 kepada Nottingham Forest pada Ahad\"Leeds United mengesahkan ketua jurulatih, Jesse Marsch dilepaskan daripada tugasnya,\" kata kelab itu dalam satu kenyataan.Kekalahan kepada Forest mengundang amarah menyokong yang menggesa jurulatih berusia 49 tahun itu dipecat selepas hanya setahun di Elland Road.Dalam tempoh 24 jam permintaan mereka direalisasikan apabila pengendali dari Amerika Syarikat itu dilepaskan daripada tugasannya.\"Jesse menyertai kelab pada Februari 2022 dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelab itu di EPL pada hari terakhir musim lalu.\"Proses melantik ketua jurulatih baharu sedang berjalan,\" kata kenyataan itu.Marsch mengikat kontrak tiga tahun menggantikan Marcelo Bielsa, meninggalkan kelab itu di kedudukan ke-17.Leeds hanya keluar daripada zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol.Pelantikan Marsch untuk membimbing Leeds disambut dingin penyokong yang meraguinya kerana tiada pengalaman dalam kancah EPL.Dia sebelum itu membimbing New York Red Bulls, Red Bull Salzburg dan RB Leipzig.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 10:12am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/244009/berita/sukan/luqman-hakim-sertai-njardvik-fc", "article_title": "Luqman Hakim sertai Njardvik FC", "article_text": "PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman.Perkara itu diumumkan Njardvik FC menerusi satu kenyataan dengan kelab liga Iceland itu telah mencapai persetujuan bersama KV Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga penghujung tahun ini.\"Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai dua penampilan untuk pasukan kebangsaan Malaysia, serta penampilan junior yang tidak terkira banyaknya.\"Luqman yang berusia 20 tahun turut berada dalam senarai The Guardian daripada 60 pemain paling berpotensi di dunia pada 2019.\"Luqman dibeli KV Kortrijk dan telah membuat dua penampilan untuk kelab itu dalam Liga Perdana Belgium. Selain itu, dia pernah bermain untuk pasukan bawah 21 tahun dan pasukan simpanan kelab,\" kata kenyataan itu pada Selasa.Pemain dari Kota Bharu itu sebelum ini mencipta sensasi apabila menandatangani kontrak profesional bersama Kortrijk pada 2020 sekali gus menjadi pemain Malaysia pertama bermain di Belgium.Luqman Hakim membuat penampilan senior pertamanya untuk Kortrijk pada 24 Oktober 2020 ketika menentang Anderlecht selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 10:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243994/berita/sukan/pjs-sahkan-mastaf-bubar-secara-rasmi", "article_title": "PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi", "article_text": "PEJABAT Pesuruhjaya Sukan mengesahkan bahawa Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof berkata, pihaknya telah memaklumkan status itu kepada badan induk tersebut menerusi satu notis hujung bulan lalu.\u201cBerdasarkan kepada Perkara 9 Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998, permohonan pembatalan pendaftaran melalui pembubaran bertarikh 27 Januari 2023 adalah diluluskan.\u201cDengan ini Malaysia Sepaktakraw Federation dengan nombor pendaftaran K-SGR-11462 adalah dibatalkan berkuat kuasa pada tarikh pemberitahuan berkenaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.Namun, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan, permohonan PSM masih belum diproses daripada badan induk sepak takraw Asia tersebut.\u201cYa, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan Astaf pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.\u201cIni kerana Mastaf masih ahli gabungan Astaf. Permohonan PSM hanya dapat diproses apabila Mastaf dibubarkan secara sah dan pembubaran itu disahkan PJS serta Kementerian Belia dan Sukan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 08:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243990/berita/sukan/still-pacu-pasukan-guna-football-manager", "article_title": "Still pacu pasukan guna Football Manager", "article_text": "WILLIAM Still menyifatkan permainan Football Manager membantu mengasah kemahirannya sebagai pengendali pasukan liga utama Eropah.Pengendali kelahiran Belgium berusia 30 tahun itu sebelum ini dinaikkan pangkat pengurus kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Reims, selepas menampilkan prestasi menakjubkan bersama kelab tersebut.Reims menyisihkan diri dari zon penyingkiran ke tempat ke-11 selepas beberapa siri kemenangan di bawah bimbingan Still.Les Rouges et Blancs kini berada di kedudukan ke-10, mengumpul 30 mata hasil enam kemenangan, 12 seri dan empat kekalahan selepas mengharungi 22 perlawanan.Dalam temu bual baru-baru ini, Still berkata bahawa bermain Football Manager secara obsesif semasa kecil membantunya memperoleh kejayaan pada ketika ini.\u201cSaya terpaku padanya (Football Manager) sebagai seorang kanak-kanak, dan bermain permainan itu menyalakan semangat dalam diri saya sebagai jurulatih.\"Saya teruja dengannya semasa membesar. Saya dan abang memainkannya tanpa henti - kami tidak dibenarkan bermain PlayStation, jadi kami bermain Football Manager di komputer keluarga.\u201cKami mula bina skuad, memilih pasukan, mengatur latihan, memastikan pasukan menuju ke arah yang betul semua butirannya. Tiada yang lebih baik daripada itu, walaupun sekadar maya!\" katanya.Still terus menggunakan Football Manager semasa menjadi pengendali kelab Liga Belgium, Sint-Truiden.\u201cWalaupun saya ketua jurulatih pasukan profesional, saya juga masih mencuba perkara dalam Football Manager.\u201cSaya tidak pernah menganggap bahawa Football Manager mempunyai pengaruh terhadap kerjaya saya, namun sebaliknya yang berlaku pada ketika ini.\u201cSaya masih ingat ketika di Sint-Truiden, saya cuba juga memenangi liga bersama mereka dengan permainan ini,\u201d katanya yang kini tidak mempunyai banyak masa bermain Football Manager seperti dulu.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243956/berita/sukan/gempa-bumi-di-turkiye-tak-jejas-aksi-pramusim-kedah", "article_title": "Gempa bumi di Turkiye tak jejas aksi pramusim Kedah", "article_text": "AKSI pramusim skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Turkiye akan diteruskan mengikut jadual ketika negara itu digegarkan dengan bencana gempa bumi awal pagi Isnin.Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali memberitahu, soal keselamatan menjadi keutamaan dan perjalanan delegasi KDA FC ke Eropah dalam siri jelajah pramusim berjalan lancar.Katanya, lokasi bencana dengan pusat latihan Sang Kenari terletak jauh dan para pemain serta pegawai pasukan berada dalam keadaan selamat.\"Kejadian gempa bumi di Turki adalah di zon yang berbeza dan tidak mengakibatkan jadual pasukan terjejas.\"Empat perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center diteruskan seperti perancangan awal,\" katanya dalam satu kenyataan di Facebook pasukan pada Isnin.Cuaca sejuk di Turkiye mencecah 7 darjah celcius. - FB Kedah FC Khamal Idris turut memohon doa buat mangsa kejadian agar diberi perlindungan oleh ALLAH.\"Pihak pengurusan bersyukur dan mendoakan semuanya dalam lindungan Ilahi dan mangsa terlibat dengan kejadian tersebut selamat dan dipermudahkan semua urusan.\"Terima kasih dari kami di bumi Turki, teruskan sokongan, doa semuanya selamat dan ikuti perkembangan semasa pasukan Sang Kenari di saluran rasmi kelab,\" katanya.Sepanjang 10 hari di Antalya, skuad kendalian Nafuzi Zain akan mengadakan empat aksi persahabatan.Aksi pertama menentang FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, disusuli FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari).Berdasarkan laporan media antarabangsa, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Tenggara Turki yang bersempadan dengan Syria awal pagi Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 06:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243913/berita/sukan/dua-jurulatih-kelantan-united-berguru-di-eropah", "article_title": "Dua jurulatih Kelantan United berguru di Eropah", "article_text": "SKUAD Kelantan United enggan menoleh ke belakang bagi mempersiapkan pasukan yang mantap untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) apabila menghantar dua penolong jurulatih berguru di Eropah.Tengku Hazman Raja Hassan dan Nazrulerwan Makmor akan berkelana ke Hungary dan Croatia selama tiga minggu untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC.Pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sudah pasti akan diterjemahkan untuk membantu jurulatih, Tomas Trucha merangka taktikal ampuh bagi mengharungi aksi Liga Super musim 2023.\"Mereka bertolak ke Eropah malam tadi (Ahad) dan dijangka berada di Crotia serta Hungary selama tiga minggu.\"Ia sebahagian daripada rangka tugasan mereka untuk mendapatkan lesen kejurulatihan Diploma Pro AFC,\" ujar Kelantan United dalam catatan di Facebook pada Isnin.Tengku Hazman dan Nazrulerwan dijangka pulang ke tanah air pada 25 Februari.Ia membolehkan mereka untuk menyertai barisan kejurulatihan Kelantan United bagi menempuh perlawanan pertama Liga Super menentang Selangor FC yang diadakan sehari selepas itu.\"Pihak Kelantan United FC mendoakan agar urusan mereka di sana dipermudahkan oleh-NYA.\"Selamat berjaya Nazrulerwan dan Tengku Hazman,\" ujar Kelantan United.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 02:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243909/berita/sukan/isu-indra-ganggu-fokus-zii-jia", "article_title": "Isu Indra ganggu fokus Zii Jia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara,Lee Zii Jia hanya mahu fokus dalam mencapai tahap prestasi terbaik, biarpun dikhabarkan bekas jurulatihnya Indra Wijaya mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan melanggar kontrak.Pemain nombor empat dunia itu juga bingung apabila mengetahui mengenai perkara tersebut setelah kedua-duanya berpisah secara baik November tahun lepas.Beliau berkata, perkara itu yang mengganggu tumpuannya, kini diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan.\"Apa yang saya boleh cakap ialah saya rasa apa yang saya buat mungkin kadang-kadang sangat salah, kadang-kadang sangat betul. Apa yang sudah jadi saya tidak boleh ubah tetapi yang saya tahu kami berpisah secara baik.\"Saya pun tak nak komen terlalu banyak sebab komen banyak (nanti) salah banyak, nanti berita pun banyak, saya tidak mahu,\u201d katanya ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada IsninKem latihan pusat itu sebagai persiapan skuad negara menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Mengulas lanjut, Zii Jia yang merupakan juara Asia 2022 mengakui terganggu dengan situasi yang dilaluinya ketika beliau sedang memberikan tumpuan untuk membantu skuad negara di BAMTC.\"Saya pun orang, saya ada perasaan dan saya cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia masih berlarutan jadi sudah tentu sedikit kecewa. Tapi saya tahu ini satu ujian tuhan bagi pada saya, ini ialah proses,\u201d kata pemain berusia 24 tahun itu.Dalam pada itu, pengurusnya yang juga kakak kepada juara All England 2021 itu, Lee Zii Yii mengesahkan peguam mereka telah menerima surat daripada peguam Indra.\"Saya tidak pasti apa isi kandungan surat itu. Kami tidak mahu isu ini berpanjangan dan menjadi lebih buruk, biar peguam yang uruskan,\u201d katanya.Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan, difahamkan Indra yang juga bekas bintang Indonesia dan mula melatih Zii Jia pada Februari tahun lepas, mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas anak buahnya atas dakwaan melanggar kontrak.Sementara itu, mengulas mengenai prestasinya, Zii Jia berkata, beliau dalam proses mendapatkan semula keyakinannya selepas tampil dengan aksi tidak menyakinkan awal tahun ini.\"(Di Dubai) terpulang pada jurulatih nak bagi saya main atau tidak, kalau dipanggil saya bersedia untuk berlawan,\u201d katanya.Malaysia selaku pilihan keempat kejohanan di Dubai diundi dalam Kumpulan B bersama-sama India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 02:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243898/berita/sukan/potensi-kuala-perlis-jadi-hab-sukan-permotoran", "article_title": "Potensi Kuala Perlis jadi hab sukan permotoran", "article_text": "DAERAH Kuala Perlis bakal dibangunkan sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.Beliau berkata, usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.\u201cKita mempelawa mana-mana penganjur yang berminat memilih Kuala Perlis sebagai tapak penganjuran sukan permotoran kerana kita ingin tarik lebih ramai pengunjung ke sini.\u201cPenganjuran sukan itu juga mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat yang sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga nelayan,\u201d katanya di Kuala Perlis pada Isnin.Menurut Abu Bakar kerajaan negeri juga bersedia mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadikan Kuala Perlis sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak sekali gus menyediakan tempat bagi membantu penganjur.Beliau berkata setakat ini sambutan yang diterima daripada penganjur amat menggalakkan selepas Pertandingan 4X4 di Pulau Ketam pada 4 Februari lalu.\u201cSelepas ini akan ada satu lagi kejohanan sukan permotoran iaitu kejohanan motocross pada Mac ini.\u201cPenduduk Kuala Perlis mula berminat dengan sukan ini dan Insya-ALLAH saya berharap pada masa akan datang kita dapat mencungkil bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 01:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243895/berita/sukan/pencapaian-kane-membanggakan---conte", "article_title": "Pencapaian Kane membanggakan - Conte", "article_text": "ANTONIO Conte bangga dengan pencapaian penyerang sensasi, Harry Kane kerana menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham Hotspur menerusi rekod 267 jaringan.Menariknya gol itu diraih ketika Spurs menewaskan Manchester City 1-0 yang dalam misi merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal.Conte mengucapkan tahniah kepada Kane menerusi panggilan telefon memandangkan jurulatih itu menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan pundi hempedu di Itali.Tempat Conte diambil alih oleh penolong jurulatih, Cristian Stellini.Kane meledak gol tersebut pada separuh masa pertama menyaksikan kapten England itu meledak 267 gol untuk Spurs, melepasi rekod yang dipegang oleh mendiang Jimmy Greaves.\u201cAnda membuatkan saya bangga,\u201d ujar Conte menerusi panggilan video dari bilik persalinan pemain.Conte juga memberitahu proses pemulihannya berjalan baik dan semakin sihat selepas menjalani pembedahan Rabu lalu.Pengurus itu turut memuat naik ucapan tahniah di Instagram kepada pasukannya di atas kemenangan tersebut.\u201cSentiasa bersama anda, walaupun dari jauh.\u201cBangga dengan seluruh pasukan,\u201d tulis Conte di Instagram.Kemenangan tersebut meletakkan Spurs di kedudukan kelima EPL dengan 39 mata ketinggalan satu mata berbanding Newcastle.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 01:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243883/berita/sukan/barca-enggan-selesa-di-puncak", "article_title": "Barca enggan selesa di puncak", "article_text": "BARCELONA enggan berasa selesa dengan kelebihan lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid dalam pemburuan kejuaraan La Liga sejak kali terakhir memenanginya pada 2019.Skuad bimbingan Xavi Hernandez itu meraih tiga mata berharga selepas mengatasi Sevilla 3-0, pada awal pagi Isnin.The Catalan memanfaatkan kekalahan Real Madrid yang tewas 1-0 kepada Real Mallorca pada Ahad.Xavi bagaimanapun enggan 'cair' dengan kejayaan itu, sebaliknya menggesa anak buahnya untuk memastikan jurang itu kekal.\"Real Madrid masih pasukan pilihan kerana mereka adalah juara bertahan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.\"Saya tahu mereka akan terus bersaing hingga ke akhir. Ada sejarah kebangkitan, kita tidak boleh biarkan ia berlaku,\" ujar Xavi.Pada aksi itu, Jordi Alba memecah kebuntuan gol pada separuh masa kedua, dengan Gavi dan Raphina turut mencatat nama selaku penjaring.Kemenangan itu adalah yang ke-10 daripada 11 perlawanan liga, manakala Barca juga belum tewas dalam 15 aksi di semua pertandingan.Barca hanya melepaskan tujuh gol dalam kempen La Liga musim ini dan perlawanan ke-15 tanpa dibolosi.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 11:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243871/berita/sukan/kekalahan-city-ubah-impian-guardiola", "article_title": "Kekalahan City ubah impian Guardiola", "article_text": "KEKALAHAN 0-1 Manchester City kepada Tottenham Hotspur mengubah impian Pep Guardiola dalam pemburuan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).Jurulatih berusia 52 tahun itu enggan lagi memikirkan kejuaraan sebaliknya hanya mahu fokus baki saingan musim ini.\"Kami tidak berada di kedudukan mempertimbangkan untuk menjadi juara. Kami hanya boleh memikirkan aksi seterusnya,\" katanya.Penyerang sensasi, Harry Kane mencetak namanya selaku penjaring terbanyak Spurs menerusi gol tunggal perlawanan itu.Kemenangan Spurs memberi tamparan hebat kepada City untuk mengekalkan kejuaraan, sebaliknya memberi kelebihan kepada pencabar utama, Arsenal.Sehari selepas The Gunners tewas kepada Everton, City gagal memanfaatkan peluang itu untuk menghambat anak buah Mikel Arteta yang mendahului lima mata dan satu aksi di dalam tangan.\"Spurs memiliki sebuah pasukan yang hebat dan mereka menghukum kami. Mereka mempunyai kualiti di barisan hadapan.\"Kami bermula dengan baik tetapi akibat kesilapan, mereka menghukum kami.\"Ketika ketinggalan 0-1, ia sudah jadi berbeza. Ia bukan mudah. Kami kehilangan tiga mata,\" ujar Guardiola.Ia adalah kekalahan kelima pelawat di Stadium Tottenham Hotspur yang masih buntu menemui sentuhan kemenangan.\"Keadaan akan berubah, tetapi pelik kami tidak mampu menghasilkan sebarang gol.\"Sukar untuk beri penjelasan. Kami ada peluang, membuat umpanan menarik tetapi kurang berbisa di depan gol,\" kata Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 09:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243862/berita/sukan/zii-jia-perlu-diselamatkan", "article_title": "Zii Jia perlu diselamatkan", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia disaran untuk mendapatkan khidmat jurulatih dengan segera bagi mengembalikan semula prestasi ke tahap sebenar.Pakar psikologi, Profesor Dr Salleh Abd Rashid berkata, sekiranya situasi membelenggu pemain nombor empat dunia itu berterusan, dibimbangi tidak hanya memberi kesan kepada dirinya tetapi juga negara.\u201cBerilmu tanpa guru, sesat. Bermain hanya berdasarkan rasa pada diri tanpa asuhan kemahiran yang betul dan yang diperlukan tidak akan berganjak prestasi.\u201cKeputusan dalam tiga kejohanan yang disertai jelas membuktikan tiada apa yang perlu diraikan sebaliknya dia perlu diselamatkan segera.\u201cSejujurnya peningkatan prestasi dalam setiap kejohanan itu lebih penting sebelum memasuki fasa Sukan Olimpik itu sendiri,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Terdahulu, bekas pemain negara, Datuk Rashid Sidek berkata, Zii Jia memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak untuk dia kembali bangkit selepas mengalami permulaan musim 2023 yang mengecewakan.Malah, beberapa individu termasuk bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj sebelum ini juga menasihati Zii Jia untuk segera mengambil jurulatih.Pada masa sama, bekas pemain negara, Roslin Hashim turut menyatakan kesediaannya untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika pemain kelahiran Alor Setar itu memerlukan khidmatnya.Sementara itu, Salleh berkata, bertindak sendiri tanpa asuhan dan bimbingan jurulatih akan mengakibatkan banyak tindakan hanya berdasarkan kepada intuitif atau rasa hati.\u201cKekurangan kemahiran itu juga akan menyebabkan pemain hilang punca dan kecewa. Akhirnya ia membawa kepada kecelaruan dan resah yang akan merudumkan prestasi,\u201d jelas beliau.Salleh juga berpandangan, kini merupakan tempoh masa terbaik untuk Zii Jia mendapatkan khidmat jurulatih sebelum kembali menyahut cabaran di pentas antarabangsa.\u201cPesan saya, dapatkan jurulatih. Bukan saja jurulatih fizikal, teknikal dan taktikal tapi lebih kepada seorang jurulatih mental bertauliah yang boleh membentuk kekuatan mental bagi kembali semula ke prestasi sebenar.\u201cBukan saya mahu menidakkan bantuan bekas pemain bergelar jurulatih, namun Zii Jia juga perlu mendapatkan khidmat jurulatih yang berpengalaman dalam membimbing aspek daya tahan latihan mental,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243859/berita/sukan/skuad-projek-lelaki-negara-teruja-singkap-mhl-2023", "article_title": "Skuad projek lelaki negara teruja singkap MHL 2023", "article_text": "SKUAD projek lelaki negara tekad menjadikan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang bermula 9 Februari ini, pentas meraih pengalaman sebelum menghadapi kempen Piala Dunia Remaja 2023 pada Disember depan.Pengendalinya, Muhamad Amin Rahim berkata, barisan 20 pemain yang menamatkan siri jelajah di Australia cukup teruja membuktikan keupayaan Young Tigers pada saingan MHL kali ini.\u201cAlhamdulillah, saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen dalam kalangan setiap pemain sepanjang siri jelajah di Perth baru-baru ini.\u201cSemua pemain telah diberikan peluang beraksi dalam enam perlawanan di sana dan mereka memanfaatkan peluang berdepan lawan yang fizikal dan stamina jauh berbeza.\u201cWalaupun saya berpuas hati, masih terdapat beberapa elemen penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pasukan lebih kompetitif sebelum Piala Dunia nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Malaysia mengakhiri siri jelajah selama dua minggu di Perth dengan rekod lima kemenangan daripada enam aksi persahabatan.Dalam pada itu, Muhamad Amin berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam pemilihan pemain untuk saingan MHL 2023 yang dijangka disertai 14 pasukan.Beliau menegaskan, setiap pemain perlu membuktikan keupayaan masing-masing bagi membolehkan mereka terpilih dalam setiap perlawanan.\u201cFormat pertandingan membenarkan pendaftaran 22 pemain. Kami akan bawa 20 pemain, namun hanya 18 pemain didaftar sebelum setiap perlawanan.\u201cJadi saya mahu para pemain menggunakan peluang bersaing secara sihat untuk merebut slot sebelum hari perlawanan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 08:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243866/berita/sukan/psg-harap-messi-kekal", "article_title": "PSG harap Messi kekal", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) berharap pemain bintang, Lionel Messi kekal beraksi di Perancis setelah menyertai juara Ligue 1 itu sejak 2021.Penasihat PSG, Luis Campos 'gembira' sekiranya bintang Argentina itu bersetuju untuk melanjutkan kontraknya setelah dua tahun bersama pasukan.\"Kami sedang memperkatakannya. Ia tidak boleh disembunyikan. Saya mahu dia kekal bersama kami,\" katanya.Pemenang Ballon D'Or tujuh kali itu mencapai impian utamanya untuk memenangi Piala Dunia di Qatar pada Disember dan mengekalkan prestasi yang baik sekembalinya ke Perancis.Pemain berusia 35 tahun itu membantu PSG menewaskan Montpelliern 3-1.Dia turut menjaringkan gol ke-10 Ligue 1 musim ini ketika PSG menewaskan Toulouse 2-1 tanpa khidmat Kylian Mbappe dan Neymar yang mengalami kecederaan.Messi menyertai PSG pada 2021 dari Barcelona menerusi kontrak dua tahun, dengan pilihan untuk memperbaharuinya setahun lagi.\"Saya sangat gembira jika dia berbuat demikian (kekal di PSG).\"Apa yang kami perkatakan ketika ini adalah untuk cuba mencapai matlamat Leo (Messi) kekal bersama kami,\" ujar Campos.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Februari 2023 07:56am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243848/berita/sukan/sabah-mahu-tambah-pemain-import-lagi", "article_title": "Sabah mahu tambah pemain import lagi", "article_text": "PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee akan mencadangkan penambahan beberapa slot tambahan pemain import untuk mengisi kekosongan menjelang Liga Malaysia (Liga-M) 2023 ini.Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan Sabah FC untuk memohon kelulusan bagi menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.\u201cKita akan serahkan kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan kelulusan berkaitan kuota yang lebih.\u201cTetapi ini semua bergantung kepada keperluan serta kelulusan nanti apabila kita balik dari Bangkok. Kemungkinan kita perlukan seorang atau pun dua orang lagi pemain bagi memberi keseimbangan pada setiap posisi yang kita ada,\u201d katanya pada Ahad.Ketika mengulas mengenai kesebelasan utama Kim Swee berkata, secara keseluruhan masih lagi terlalu awal untuk mengenal pasti kesebelasan utama dalam pasukan Sabah FC.\u201cTetapi dengan apa yang kita akan lalui pada musim ini terutamanya banyak perlawanan liga, Piala Malaysia, Piala FA serta termasuk Piala AFC.\u201cSaya jangkakan kita harus mempunyai bukan sahaja kesebelasan utama tetapi kesemua pemain yang kita daftarkan boleh bermain pada bila-bila masa nanti,\u201d katanya.Mengulas mengenai perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini, Kim Swee berkata, ia seperti dalam perancangan serta semua pemain diberikan peluang untuk beraksi baik pemain tempatan yang baharu mahupun pemain import.\u201cApa yang penting di sini kita dapat menilai dari segi kekuatan serta kelemahan kita apabila mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum musim bermula.\u201cIni adalah untuk memastikan kita mengenal pasti segala kelebihan serta kekurangan yang perlu kita perbaiki dalam tempoh terdekat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 10:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243846/berita/sukan/perak-tidak-patut-tewas-jaringan-besar", "article_title": "Perak tidak patut tewas jaringan besar", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim tetap berterima kasih kepada barisan pemainnya walaupun tidak dapat menerima kekalahan 0-3 pasukan itu di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023.Teong Kim merasakan Perak tidak sepatutnya tewas dengan jumlah jaringan yang besar selepas melihat anak buahnya menampilkan persembahan memuaskan untuk menyaingi KL City pada pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.\u201cKalau orang tak tengok perlawanan dan (hanya) tengok keputusan sahaja mereka akan fikir ia kemenangan yang mudah untuk KL City.\u201cSangat kecewa dengan keputusan tetapi tidak dengan cara kita bermain, namun pada akhirnya bola sepak ialah tentang keputusan.\u201cSudah tentu saya kecewa, bukan kecewa kerana cara kita bermain, (tetapi) kecewa kerana jaringan itu terlampau (besar) tidak sepatutnya sampai 3-0 dan ia menampakkan pasukan kita lemah sangat,\u201d katanya pada sidang media selepas aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 di Cheras.Bagaimanapun, Teong Kim tidak panik sebaliknya komited dalam membentuk skuad terbaik bagi menjadikan Perak sebagai pasukan yang mampu memberikan saingan dalam Liga Super musim ini.\u201cSaya perlu beri mereka masa untuk menjadi pemain yang lebih matang kerana kematangan seseorang pemain tidak boleh dipaksa...ini ialah proses dan terpulang kepada kebijaksanaan pemain, saya tak boleh paksa kerana manusia kalau paksa akan rosak.\u201cKita perlu bersabar supaya mereka akan belajar daripada kesalahan, cara permainan (semalam) memang bagus tetapi kita nak menang bukan sekadar main cantik saja,\u201d katanya.Kekalahan semalam merupakan yang kedua berturut-turut buat Perak dalam tempoh pramusim ini selepas tewas 0-1 kepada Penang FC, bulan lepas.Perak yang kembali ke dalam saingan Liga Super, membuka kempen musim ini menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Perak, Ipoh pada 25 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 09:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243844/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-sambar-gelaran-sulung", "article_title": "Tang Jie-Ee Wei sambar gelaran sulung", "article_text": "GANDINGAN Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka mampu memegang status selaku beregu badminton campuran nombor satu negara apabila muncul juara Cabaran Antarabangsa Iran 2023.Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Afrasiabi, Tehran pada Ahad, Tang Jie-Ee Wei menewaskan rakan senegara mereka, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing 21-19, 21-15.Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menebus kekecewaan mereka selepas tumbang di tangan Pang Ron-Mei Xing pada aksi final Cabaran Antarabangsa Malaysia, Disember tahun lalu.Malah, lebih membanggakan apabila gandingan yang baru dibentuk kira-kira tiga bulan lalu itu berjaya merangkul kejuaraan pertama mereka pada musim ini.Kejayaan itu juga pastinya membakar semangat Tang Jie-Ee Wei bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Dalam pada itu, Mei Xing dan pasangannya, Go Pei Kee terlepas peluang muncul juara acara beregu wanita apabila tewas 22-20, 16-21, 17-21 kepada wakil Indonesia, Jesita Miantoro-Febi Setianingrum.Biarpun gagal merangkul kejuaraan, Mei Xing-Pei Kee masih boleh berbangga dengan pencapaian di Tehran memandangkan mereka turut baru digandingkan dalam acara tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 08:37pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243840/berita/sukan/kelantan-united-sambar-penyerang-filipina", "article_title": "Kelantan United sambar penyerang Filipina", "article_text": "PENYERANG skuad Filipina, Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.Ketua Pegawai Operasi Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman berkata, pemain berusia 28 tahun itu mengisi kuota pemain ASEAN yang disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).\u201cPorteria merupakan pemain import keempat skuad Kijang Hijau pada musim ini. Tiga lagi adalah Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal),\u201dkatanya dalam kenyataan pada Ahad.Wan Mohd Zul berkata, pemain yang memulakan karier bersama kelab di Amerika Syarikat, DC United itu berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.Katanya, pemilihan Porteria berdasarkan kepada prestasi dan rekod permainan dengan beraksi lebih 90 perlawanan di Liga Filipina, Liga Thailand, Piala AFC dan Liga Juara Asia.\u201cDia menjaringkan lebih 40 gol dan 22 bantuan gol serta masih menjadi pilihan skuad kebangsaan Filipina sejak 2012.\u201cPengalaman dan kemampuan pemain ini tidak perlu dipertikaikan lagi namun perlu mencari keserasian bersama rakan sepasukan dengan segera,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 08:05pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243831/berita/sukan/nafuzi-belum-dapat-kesebelasan-terbaik-kedah", "article_title": "Nafuzi belum dapat kesebelasan terbaik Kedah", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC masih belum memperoleh kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi saingan sebenar Liga Malaysia (Liga-M) 2023 biarpun telah mengharungi beberapa perlawanan pada pra musim ini.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, pasukan kejurulatihan Sang Kenari masih lagi memberikan semua pemain masa untuk menyesuaikan diri di antara satu sama lain bagi membentuk keserasian terbaik.Menurutnya, daripada sudut komitmen pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan, semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dan beliau berpuas hati dengan kesungguhan yang diberikan.\"Bukan masih lagi pasukan Kedah yang sebenar (yang diharapkan). Saya pernah melalui bagaimana kita pernah cemerlang semasa aksi persahabatan tapi sebaliknya berlaku apabila liga sebenar bermula.\"Keputusan dan pasukan yang diturunkan pada aksi persahabatan bukan gambaran sebenar. Banyak lagi kelemahan daripada segi pemain untuk mengikuti sistem dan cara saya,\" katanya ketika sidang akhbar pada Ahad.Beliau berkata demikian semasa ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar sebelum bersama pasukannya berlepas ke Turkiye bagi aksi empat persahabatan di sana.Jelajah pra musim 2023 itu menyaksikan pasukan itu akan bertemu empat kelab yang bermain di Liga Perdana Uzbekistan, Liga Perdana Kazakhstan dan Liga Perdana Ukraine.Tambah Nafuzi, tiada sasaran diletakkan pada setiap kejohanan yang disertai mereka seperti Piala Harapan 2023 sebelum ini membabitkan empat pasukan iaitu KDA FC, Penang FC, Selangor FC dan Geylang FC dari Singapura kerana lebih memfokuskan kepada taktikal dan membina keserasian semua pemainnya.\"Sasaran pra musim 2023 di Turkiye, kita fokus daripada segi persefahaman pemain tentang sistem dan taktikal pasukan agar pemain faham dan kita tahu mana-mana pemain yang baharu memang perlukan sedikit masa untuk serasi.\"Aksi Piala Harapan pula hanya persahabatan yang diadakan secara kejohanan kerana kita tidak mensasarkan apa-apa, yang penting untuk persediaan pemain dan pasukan kerana keputusan di kejohanan tidak menentukan apa yang akan berlaku pada pentas yang sebenar,\" ujar beliau lagi.Pada pentas Piala Harapan 2023, KDA FC meraih tempat ketiga selepas mengatasi Geylang FC 2-1 manakala Penang FC muncul juara selepas menewaskan Selangor FC 2-1.Mengulas mengenai calon ketua pasukan Sang Kenari menjelang aksi sebenar Liga M, Nafuzi menjelaskan, beliau sudahpun mempunyai beberapa nama dan bakal dimuktamadkan kelak.\"Apabila menjelang perlawanan yang sebenar kami akan umumkan siapa kapten pasukan secara rasmi. Bayangan pemain mana sudah ada tetapi biarlah rahsia,\" kata Nafuzi.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 06:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243826/berita/sukan/kl-city-perlu-lebih-masa-capai-keserasian---hodak", "article_title": "KL City perlu lebih masa capai keserasian - Hodak", "article_text": "KETUA jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam Sabtu.Hodak berkata, KL City, yang dibarisi beberapa muka baharu memerlukan lebih banyak perlawanan untuk ke tahap itu bagi menghadapi cabaran getir pada saingan Liga Super yang akan membuka tirai pada hujung Februari.\"Untuk semua pihak, mereka memerlukan perlawanan untuk mendapat keserasian, seperti di pejabat jika anda bekerja di satu pejabat (selama) 10 tahun, anda akan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, jika anda bekerja satu atau dua bulan anda tidak akan memahaminya, perkara ini sama seperti dalam bola sepak.\"Kami berada pada tahap 60 peratus (persediaan), jadi saya 60 peratus gembira,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.Pada pertembungan malam Sabtu, KL City menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan buat kali kedua selepas menewaskan Perak FC 3-0.Kemenangan itu menebus kekalahan mereka kepada Negeri Sembilan tahun lepas, setelah menjuarai edisi sulung pada 2021.Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Hodak berkata, keputusan itu dilihat baik buat pasukannya kerana gawangnya tidak bolos, namun beliau mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki anak buahnya pada perlawanan akan datang.\"Saya rasa bahagian tengah kita tidak cukup ketat dan kita perlu mengubahnya, serangan, penyudah dan hantaran akhir boleh menjadi lebih baik,\u201d katanya.Kemenangan malam tadi bagaimanapun memberikan KL City kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.KL City akan memulakan kempen Liga Super bertemu Penang FC di sini pada 25 Februari nanti. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 04:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243796/berita/sukan/caion-tekad-lebih-tajam", "article_title": "Caion tekad lebih tajam", "article_text": "PENYERANG baharu, Kuala Lumpur (KL) City FC, Herlison Caion berazam untuk lebih berbisa di depan gawang dalam musim keduanya di Liga Malaysia (Liga-M) selepas meledak 24 gol musim lalu.Beliau berkata, skuad warga kota itu mempunyai ramai pemain berpengalaman yang mampu membantunya merealisasikan impian tersebut.\u201cSudah tentu sebagai penyerang saya mahu buat lebih baik daripada musim lepas dan jaringkan lebih banyak gol.\u201cDi sini saya mempunyai rakan-rakan yang berpengalaman seperti Tchetche Kipre, Romel Morales dan Paulo Josue yang mampu membantu saya,\u201d ujarnya.Caion ditemui media selepas membantu KL City menewaskan Perak FC 3-0 dalam saingan Piala Menteri Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Sabtu.Caion bagaimanapun mengakui harus memperbaiki corak permainannya dan menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sepasukan yang baharu.\u201cRakan-rakan banyak membantu untuk saya menyesuaikan diri dengan pasukan dan memberi keyakinan diri.\u201cSaya mahu membuktikan sesuatu kepada para penyokong, jurulatih dan rakan sepasukan pada musim pertama bersama KL City,\u201d katanya.Beliau turut menganggap Bojan Hodak sebagai seorang jurulatih yang mementingkan disiplin dan sering menekan pemain untuk menjadi lebih baik.\u201cBeliau sangat mementingkan disiplin. Dalam sesi latihan beliau akan tekan kami dan anda dapat lihat pada perlawanan malam ini (Sabtu) hasilnya.\u201cKami ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan, saya percaya kami mampu tingkatkan lagi tahap permainan kami,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 02:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243792/berita/sukan/ten-hag-bengang-insiden-kad-merah-casemiro", "article_title": "Ten hag bengang insiden kad merah Casemiro", "article_text": "KEMENANGAN 2-1 Manchester United ke atas Crystal Palace diwarnai insiden pergaduhan dan layangan kad merah ke atas Casemiro dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Ahad.Insiden itu menimbulkan rasa tidak puas hati pengurus, Erik ten Hag yang menyalahkan pengadil, Andre Marriner dan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang tidak konsisten selepas pemain tengah itu menjadi satu-satunya pemain yang dibuang padang.The Red Devils berada di depan dengan dua jaringan menerusi Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada babak kedua.Bagaimanapun United dipaksa berkampung di laman sendiri pada aksi penuh dramatik di Old Trafford selepas Casemiro diperintah keluar padang sebelum Jeffrey Schlupp menghasilkan gol untuk merapatkan jurang.Schlupp sebelum itu menolak pemain sayap United, Antony sehingga keluar padang sekali gus mencetuskan pergaduhan membabitkan kedua-dua pemain yang berakhir dengan Casemiro menerima kad merah kerana melakukan keganasan.Marriner dinasihatkan untuk memeriksa insiden itu melalui VAR bagi menyemak imej Casemiro mencengkam Will Hughes di bahagian leher.\u201cPermainan ini berintensiti tinggi pada 70 minit pertama sehingga insiden itu berlaku dan kemudian anda melihat pasukan ini berdiri untuk mempertahankan sesama sendiri.\u201cSaya melihat pemain bergaduh sesama sendiri. Beberapa pemain melintasi garisan dan kemudian seorang pemain dibuang padang. Bagi saya, itu tidak betul,\u201d ujar Ten hag.Beliau mendakwa bahawa pemain Palace, Jordan Ayew juga sepatutnya dilayangkan kad merah susulan insiden tersebut, namun keputusan tidak konsisten VAR membuatkan Ten Hag tidak berpuas hati.\u201cInsiden Casemiro anda ulang tayang dan mendapati dia bersalah. Ada seorang lagi pemain yang bertindak lebih teruk daripada Casemiro.\u201cAnda perlu konsisten dengan VAR. Minggu lalu kami kehilangan Christian Eriksen (yang terpaksa berehat tiga bulan) akibat dikasari. Tiada campur tangan oleh VAR,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 01:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243767/berita/sukan/klopp-terkedu-prestasi-hambar-liverpool", "article_title": "Klopp terkedu prestasi hambar Liverpool", "article_text": "JURGEN Klopp terkedu dan seakan tidak dapat menerima kekalahan 0-3 Liverpool kepada Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Klopp juga melabelkan aksi The Reds sebagai 'teruk' dan sukar buatnya menjelaskan persembahan hambar para pemainnya.The Reds hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan EPL dan peluang untuk memburu kelompok empat teratas kian tipis.Liverpool ketinggalan 0-2 dalam tempoh 12 minit pertama aksi di Molineux itu menerusi gol sendiri Joel Matip dan rembatan Craig Dawson yang membuka jaringan pada penampilan sulungnya bersama Wolves.\"Bolos awal permainan bukan satu perkara biasa buat kami, tetapi cara kami dibolosi tidak dapat diterima,\" ujar Klopp.Ruben Neves kemudian menambah jaringan ketika permainan berbaki 19 minit untuk membantu Wolves keluar dari zon penyingkiran.\"Secara keseluruhan, kami bermain dengan baik tanpa menjaringkan gol dan ia adalah perlawanan di tempat lawan yang bagus tetapi tanpa gol. Ia sangat teruk,\" kata Klopp.Liverpool ketika ini menghuni kedudukan ke-10 EPL dan sudah tersingkir daripada kedua-dua kejuaraan domestik.Liga Juara-Juara Eropah adalah satu-satunya peluang untuk mereka merangkul trofi pada musim ini.Aksi 16 terakhir menentang Real Madrid menanti The Reds akhir bulan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 10:24am"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243765/berita/sukan/kemenangan-everton-ke-atas-arsenal-satu-permulaan---dyche", "article_title": "Kemenangan Everton ke atas Arsenal satu permulaan - Dyche", "article_text": "SEAN Dyche mengisytiharkan kemenangan 1-0 Everton ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal hanyalah permulaan ketika pengendali baharu The Toffees itu membuat penampilan sulung di Goodison Park.Kehadiran semula bekas bos Burnley berusia 51 tahun itu menyaksikan Arsenal mengalami kekalahan liga kedua musim ini selepas tandukan separuh masa kedua daripada James Tarkowski hasil sepakan sudut daripada Dwight McNeil, dua pemain yang merupakan sebahagian daripada unit Dyche di Burnley terdahulu.\"Ia adalah titik permulaan, namun prestasi dan keputusan seterusnya tidak terjamin.\"Ia adalah satu permulaan, ia adalah cara mereka mengambil alih dan berbangga dengan apa yang kami cuba lakukan minggu ini dan saya gembira dengan itu.\"Perkara seterusnya ialah bagaimana kami boleh membawanya ke hadapan,\" kata Dyche.Dyche percaya bahawa para pemainnya tidak boleh mengambil mudah selepas kemenangan mengejut itu sebaliknya mesti terus bekerja keras ketika mereka meneruskan usaha menyisihkan diri dari zon penyingkiran.Everton, yang kini mengumpul 18 mata daripada 21 perlawanan, seterusnya melawat saingan Merseyside, Liverpool di Anfield pada 14 Februari.\"Kami mempunyai pemain yang sangat bagus di sini dan saya mahu memberi mereka kebebasan untuk bermain tetapi permainan ini mempunyai cara tertentu.\"Anda perlu melakukan perkara asas dan ia berkenaan menterjemahkan setiap sesi latihan dalam bentuk keputusan cemerlang semasa perlawanan.\"Kami perlu berlari lebih pantas, bekerja lebih keras, selain perlu menangani tekanan dan kami perlu berjuang secara taktikal dan teknikal di atas kebebasan itu,\" tambah Dyche.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 10:11am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243750/berita/sukan/kpt-pertaruh-4-pasukan-terbaik-cabar-kejuaraan-kebangsaan", "article_title": "KPT pertaruh 4 pasukan terbaik cabar kejuaraan kebangsaan", "article_text": "EMPAT pasukan terbaik institusi pendidikan tinggi (IPT) akan dihantar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyertai kejohanan peringkat kebangsaan bagi musim ini.Pasukan itu skuad bola sepak Malaysia University Football Team (MUFT), KPT-PST Mustangs (futsal), KPT-UNITEN THUNDER (hoki wanita) dan KPT-MASUM Knights (sepak takraw).MUFT dipacu 27 pemain, bakal bersaing dalam Liga M3 2023 manakala KPT-PST Mustangs menggalas cabaran Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2023 dengan kekuatan 21 atlet.KPT-UNITEN Thunder pula yang melibatkan kekuatan 13 pemain akan menyingkap saingan TNB Liga Hoki WANITA Malaysia 2023.Status naib juara 2022 dan muncul juara Piala Vivian May Soars kali ketiga, pasukan menyasarkan juara liga pada 2023 ini dan turut mengekalkan kejuaraan Piala Vivian May Soars.KPT-MASUM Knights yang muncul naib juara Divisyen Satu Liga Sepak Takraw (STL) 2022 dan beraksi di Liga Juara-Juara menggalas cabaran di Liga Premier 2023 dengan sasaran empat pasukan terbaik.Majlis pengenalan pasukan IPT ke Liga Kebangsaan 2023 dan penyerahan buku manual terbitan seksyen sukan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian, turut hadir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Norisma Mohd Ismail.Sementara itu, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, \"Sasaran KPT kepada empat pasukan itu tidaklah mustahil untuk dicapai cuma mungkin sedikit mencabar untuk pasukan Hoki Wanita PKS-Uniten agar menyapu dua kejuaraan sekaligus musim ini.\u201cSaya juga yakin ada kejutan yang boleh dilakukan regu Sepaktakraw KPT-Masum-Knights yang layak beraksi dalam STL Premier buat kali pertama.\"Begitu juga peningkatan yang diharapkan daripada pasukan bola sepak Universiti Malaysia dan pasukan Futsal PST-Mustang di MPFL musim ini bersandarkan kepada persiapan yang lebih baik musim ini.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243760/berita/sukan/arsenal-akui-everton-lebih-baik", "article_title": "Arsenal akui Everton lebih baik", "article_text": "ARSENAL disifatkan tidak berada pada tahap sebenar kelab London itu selepas dijinakkan kelab bawahan Everton pada Sabtu.Malah tanpa berselindung, pengendali The Gunners, Mikel Arteta mengakui Everton tampil lebih baik ketika menyaingi kelab London tersebut.\"Saya rasa Everton sangat bagus. Kami harus mengucapkan tahniah kepada mereka terlebih dahulu apabila mereka berusaha mengubah keadaan.\"Saya fikir mereka menyukarkan kami untuk memenangi permainan kerana mereka benar-benar cekap dan berintensiti tinggi,\" katanya.Sebelum itu, bekas pengendali Burnley, Sean Dyche memulakan tugasan selaku pengurus Everton dengan kejutan apabila melakar kemenangan 1-0 ke atas pendahulu Arsenal di Goodison Park.Tandukan padu James Tarkowski pada minit ke-60 di separuh masa kedua menyaksikan The Toffees memenangi perlawanan pertama sejak Oktober tahun lalu sekali gus keluar dari zon penyingkiran.Namun Arsenal pula biarpun tewas masih kekal mendahului lima mata ke atas pasukan tangga kedua, Manchester City.Pada masa sama Arteta juga mengakui kecewa dengan situasi perlawanan yang sepatutnya dimanfaatkan pelawat.\"Dari kekecewaan pihak kami pula kerana tidak mendapat keputusan yang kami mahukan dan prestasi tidak mencerminkan apa yang kami lakukan terutamanya dalam fasa dua.\"Fasa satu mereka benar-benar agresif dan kami pula bergelut untuk mengawal permainan dan kembali kepada permainan yang kami mahu mainkan.\"Kemudian dengan jumlah situasi terbuka yang kami hasilkan dalam sepertiga akhir yang perlu diakhiri dengan gol. Namun ternyata peluang yang jelas dimiliki dipersiakan lebih daripada yang kami lakukan hari ini,\" katanya.Mengulas mengenai tindakan penyokong semasa perlawanan Arteta berkata,\" Ya, tetapi kita tidak boleh mengawal tenaga yang mereka akan ada. Saya pasti ia akan sama seperti hari ini pada perlawanan lain.\"Perkara lain ialah apa yang boleh kita lakukan dalam permainan dan cuba senyapkan mereka sebanyak mungkin dengan keputusan perlawanan.\"Ada masa di mana kami berjaya melakukan itu begitu juga sebaliknya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 08:43am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243751/berita/sukan/sepatutnya-sudah-ada-satu-kejuaraan", "article_title": "'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'", "article_text": "PRESTASI keseluruhan pemain badminton negara disifatkan berada pada tahap membimbangkan susulan pencapaian tidak memuaskan dalam empat kejohanan awal tahun ini.Bekas pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim berkata, sesuatu perlu dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk pemain negara bangkit sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.\u201cBagi saya memang membimbangkan sebab kita terlalu berharap kepada pemain tertentu sahaja dalam setiap kejohanan. Setiap kejohanan kita hanya hantar Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong untuk perseorangan lelaki.\u201cBila mereka kalah, habislah kita. Sepatutnya pemain lain boleh jadi 'back up' apabila pemain harapan kalah. Tengok masa terbuka Malaysia, main suku akhir semua kalah. Terbuka Thailand pun hanya Tze Yong mampu sampai suku akhir.\u201cSepatutnya dalam empat kejohanan ini kita sudah mampu untuk ada kejuaraan sekurang-kurangnya satu. Awal-awal pun sudah tidak ada kejuaraan. Negara lain macam Thailand, Denmark sudah ada satu kejuaraan. Lama-lama kita akan terus ketinggalan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Untuk rekod, saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung pada Januari menyaksikan pasukan negara hanya mampu mara ke peringkat suku akhir menerusi beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Toh Ee Wei selain beregu lelaki Ong Yew Sin Teo Ee Yi.Terbuka India pula menyaksikan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di pusingan separuh akhir kepada wakil China, manakala di Indonesia Masters gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah hanya mara ke saingan separuh akhir.Prestasi semasa pemain negara juga menimbulkan kebimbangan, apatah lagi dalam usaha mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam pada itu, Muhammad Hafiz menyambut baik penubuhan Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang melantik bekas pemain negara menganggotai panel tersebut.Menurutnya, ia satu langkah positif untuk menaikkan kembali prestasi pasukan badminton terutama tumpuan kepada pemain muda negara.\u201cTetapi, bagi saya semua panel penasihat ini perlu berada bersama jurulatih dan bukan hanya masuk mesyuarat. Sekurang-kurangnya mereka boleh bersama melihat dengan lebih dekat apa kekurangan yang boleh diperbaiki pasukan.\u201cNamun, saya melihat penubuhan panel ini sesuatu yang positif dengan BAM keluar daripada zon selesa mereka dan bersedia mendengar kritikan daripada panel penasihat ini,\u201d katanya.Panel Penasihat Teknikal ABM itu akan terdiri daripada bekas pemain iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.Ia akan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selain turut dianggotai Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ahmad Faedzal Md Ramli, Datuk Teoh Teng Chor, Datuk Ng Chin Chai, Datuk Kenny Goh dan Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Panel Penasihat Teknikal itu yang bermesyuarat setiap tiga bulan, akan menilai prestasi pemain serta jurulatih dan jika perlu mencadangkan perubahan dalam dasar, program latihan dan penyertaan kejohanan dalam bentuk pengesyoran kepada lembaga pemegang amanah.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 08:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243756/berita/sukan/fernandes-rashford-julang-manchester-united", "article_title": "Fernandes, Rashford julang Manchester United", "article_text": "DUA gol setiap babak jaringan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United mengatasi Crystal Palace 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.Kemenangan ke-13 liga selepas mengharungi 21 perlawanan itu membolehkan The Red Devils kendalian Erik ten Hag mengumpul 42 mata - lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.Tuan rumah terlebih dulu di depan apabila Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketujuh bagi memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan separuh masa pertama.The Eagles kendalian Patrick Vieira sebelum itu mempunyai peluang terbaik sejurus sebelum rehat apabila Jeffrey Schlupp melakukan rembatan melencong dari jarak jauh menyaksikan David de Gea terpaksa melakukan penyelamatan cemerlang.Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil aksi lebih agresif, namun ternyata masih gagal menambah jaringan dan memecah kebuntuan.Bagaimanapun Rashford sekali lagi melakukan penyudah tajam bagi menjadikan kedudukan 2-0 untuk Manchester United pada minit ke-62.Biarpun begitu, Palace tidak mengalah dilemparkan talian hayat apabila Casemiro dilayangkan kad merah di minit ke-70', menyaksikan Schlupp memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk gol saguhati The Eagles.\"70 minit pertama adalah milik kami, kami menguasai permainan dan bermain dengan sangat baik.\"Pujian yang besar untuk pasukan, banyak tenaga dan mereka bermain dengan sangat baik dalam penguasaan bola dan dalam peralihan pertahanan.\"20 minit terakhir menunjukkan kami konsisten boleh bertarung apabila berdepan pasukan seperti Palace. Kemenangan ini adalah semangat berpasukan yang sebenarnya, mereka berdiri antara satu sama lain dan saya gembira dengan itu,\" kata Ten Hag.Keputusan lainEverton 1-0 ArsenalManchester Utd 2-1 Crystal PalaceWolves 3-0 LiverpoolNewcastle United 1-1 West HamAston Villa 2-4 Leicester CityBrentford 3-0 SouthamptonBrighton 1-0 Bournemouth", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Februari 2023 07:49am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243739/berita/sukan/kl-city-rampas-piala-menteri-wilayah-persekutuan", "article_title": "KL City rampas Piala Menteri Wilayah Persekutuan", "article_text": "KUALA LUMPUR (KL) City FC mengubati kekecewaan edisi lepas apabila menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 selepas menewaskan Perak FC 3-0 pada pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.Pemain import baharu, Herlison Caion yang terlepas peluang memecah kebuntuan selepas tandukannya tersasar pada minit ke-32 berjaya meletakkan pasukan di hadapan dua minit kemudian menerusi sepakan penalti, menewaskan penjaga gol See Tian Keat.Pengadil Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi memberikan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Perak Muhammad Hafizal Mohamad Alias mengasari pemain tengah KL City Romel Morales.Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan namun percubaan dari luar kotak penalti penyerang import Christian Obiozor selepas menerima umpanan rakan sepasukan sekadar menggegar palang.Bersambung babak kedua, KL City memulakan aksi dengan baik dan hampir menggandakan kedudukan tetapi Caion mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal meletakkan bola di jaring dalam situasi satu lawan satu berdepan Tian Keat pada minit ke-48.Bagaimanapun, gol kedua skuad The City Boys bimbingan Bojan Hodak menjelma jua apabila kapten Paulo Josue yang tidak dikawal tenang melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-53.Jaringan Giancarlo Gallifuoco menerusi tandukan berpunca sepakan penjuru pada minit ke-74 menutup peluang kebangkitan Perak dan melengkapkan kemenangan 3-0 KL City sekali gus merampas semula gelaran juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan.Kejayaan itu menyaksikan KL City merangkul gelaran kedua selepas muncul juara sulung pada edisi 2021 sebelum bertukar tangan kepada Negeri Sembilan FC musim lepas.Kemenangan malam ini turut menyaksikan juara Piala Malaysia 2021 berjaya merakam kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri, masing-masing menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.Sementara Perak mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh pramusim selepas tewas di tangan Penang FC bulan lepas.Kedua-dua pasukan akan memulakan saingan Liga Super pada 25 Feb ini dengan KL City dijadual menentang Penang FC di sini manakala Perak akan bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Perak, Ipoh.Dalam pada itu, aksi malam ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 11:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243729/berita/sukan/pemain-skuasy-negara-perlu-lebih-banyak-pendedahan", "article_title": "Pemain skuasy negara perlu lebih banyak pendedahan", "article_text": "LEGENDA skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menyifatkan barisan pemain skuasy negara memerlukan lebih banyak pendedahan menerusi penyertaan dalam kejohanan peringkat antarabangsa bagi mencapai tahap permainan sepertinya.Nicol yang merupakan pemegang rekod pemain wanita paling lama berada di ranking nombor satu dunia selama 112 bulan sejak 2006 berkata, ia juga membolehkan mereka mendapat pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu pemain untuk memperbaiki prestasi semasa.\u201cSecara keseluruhan tahap permainan pemain skuasy negara agak baik, namun masih banyak ruang yang perlu ditambah baik termasuk memberi pendedahan bertanding dengan pemain terbaik dunia sebelum mereka dapat mencapai kejayaan yang saya pernah capai sebelum ini,\u201d katanya baru-baru ini.Beliau yang pernah memenangi gelaran Terbuka Dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010 berkata paling penting ialah kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara dalam memastikan pemain kebangsaan dapat melonjakkan prestasi pada tahap terbaik.Berdasarkan ranking dunia Persatuan Skuasy Profesional, pemain terbaik negara ketika ini S. Sivasangari menduduki ranking ke-18 dunia dengan mengumpul 3,050 mata.Mengenai Sivasangari, Nicol optimis pemain yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lepas, mampu bangkit semula ke prestasi sebenarnya tidak lama lagi.\u201cSelepas berjumpa dengannya baru-baru ini, saya lihat beliau masih bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh. Diharapkan beliau tidak terburu-buru (dalam sesi latihan) dan ikut arahan diberikan dengan sebaiknya kerana saya yakin dia boleh bangkit,\u201d katanya.Dalam pada itu, Nicol memaklumkan beliau kini sedang sibuk menguruskan serta melatih 60 kanak-kanak daripada golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dalam yayasan diasaskannya iaitu Nicol David Organisation (NDO).Beliau juga menjangkakan menerima 60 lagi murid sekolah bagi menyertai program di NDO, yang turut menawarkan tutorial bahasa Inggeris dikendalikan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, bulan depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 08:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243724/berita/sukan/kalau-di-tempat-zii-jia-saya-ambil-jurulatih---rashid", "article_title": "'Kalau di tempat Zii Jia, saya ambil jurulatih' - Rashid", "article_text": "PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia perlu diberi sokongan untuk kembali berada pada prestasi terbaik dalam kalangan pemain kelas dunia.Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berkata, ia bukan sesuatu yang mudah mengekalkan prestasi pada tahap tinggi apabila berstatus pemain ranking dunia.\u201cPerlu ada latihan keras, persiapan fizikal dan mental serta perancangan kejohanan yang rapi.\u201cBukan setakat hendak pergi pertandingan sahaja tetapi meletak sasaran untuk menang. Itulah yang paling susah,\u201d katanya selepas menghadiri program Charity At Heart anjuran Milo di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.Tambah Rashid, sokongan secara berterusan kepada pemain berusia 24 tahun itu sememangnya diperlukan agar prestasi permainannya kembali ke tahap cemerlang.\u201cKita tidak boleh bercakap dari segi prestasi dia (Zii Jia) sahaja, sebagai pemain profesional naik turun prestasi memang jadi asam garam tetapi yang paling penting kita kena support dia supaya prestasi akan meningkat dan kekal sebagai salah seorang pemain kelas dunia.Rashid meluangkan masa untuk bermain badminton bersama peminatnya pada Program Charity At Heart Milo di sebuah pusat beli-belah pada Sabtu. - Foto: Bernama\u201cDia juga perlu ada perancangan dan pasukan yang bagus untuk mengenal pasti kelemahan serta meningkatkan prestasi permainan lebih bagus serta kemas,\u201d katanya.Mengulas jika berada dalam situasi Zii Jia, Rashid tanpa ragu-ragu menyatakan akan mendapatkan khidmat jurulatih.\u201cKalau saya sendiri (di tempat Zii Jia), saya perlukan seorang jurulatih dan satu pasukan yang bagus dari segi persiapan fizikal dan mental serta urusan untuk permainan.\u201cYang penting dia sendiri perlu memberi tumpuan kepada kejohanan dan permainan sahaja. Perkara-perkara lain diuruskan pasukannya,\u201d katanya.Bagaimanapun dalam pemilihan jurulatih, jelas Rashid, ia terpulang kepada Zii Jia kerana pemain kelahiran Alor Setar itu boleh menilai keperluannya sebagai pemain profesional.\u201cIni kerana setiap jurulatih memiliki kelebihan dan corak latihan masing-masing dalam melatih pemain mereka,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 07:20pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243701/berita/sukan/kalah-pun-satu-pengajaran---mohd-daud", "article_title": "'Kalah pun satu pengajaran' - Mohd Daud", "article_text": "PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melihat kekalahan kelabnya kepada Selangor FC pada perlawanan Piala Harapan 2023 pada Khamis sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik.Biarpun tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit sebenar, beliau tetap melihat persembahan pasukannya semakin baik.\"Tidak apa, kalah pun satu pengajaran. Kalah adalah biasa. Cara bangun dari kalah adalah luar biasa.\"Persembahan Sang Kenari, pada hemat saya amat menarik. Ada gaya dan melodi, ada idea dan cara fikir. Apa yang kurang dan lompang mungkin keserasian,\" katanya dipetik melalui Facebooknya.Tambahnya, pemain KDA FC perlu membentuk keserasian di antara satu sama selain mempunyai kesungguhan yang melangkaui tanda aras sebagai seorang juara.\"Setiap perjuangan perlu oksigen yang banyak untuk bernafas dan KDA FC perlukan oksigen juga,\" ujarnya lagi.Sang Kenari bakal menentang Geylang FC pada petang Sabtu manakala Selangor dan Penang FC bertemu pada final bagi penentuan juara Piala Harapan 2023 pada sebelah malam.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 05:03pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243696/berita/sukan/bergson-terus-tarik-perhatian-media-eropah", "article_title": "Bergson terus tarik perhatian media Eropah", "article_text": "SEBUAH media Perancis, 20 Minutes telah berkongsi kejayaan penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva yang mempunyai purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.Statistik itu terlebih dahulu dikongsi oleh laman Sky Sports Itali yang meletakkan pemain Brazil itu sebagai penjaring dengan purata jaringan tertinggi iaitu 1.27 gol untuk setiap perlawanan.Ia sekali gus menjadikan Bergson mula mendapat perhatian media Eropah yang sebelum ini turut cemerlang membantu skuad Harimau Selatan meraih empat trofi kejuaraan domestik dan layak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC.Bekas pemain Liga Brazil, Fortaleza itu juga sebelum ini mengakui tidak pernah terfikir untuk mencapai kejayaan selain bonus untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar.Dia yang meledak 46 gol daripada 36 perlawanan turut mengakui rahsia di sebalik kejayaannya berpunca daripada sokongan penuh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.\"Saya agak terkejut apabila melihat statistik itu. Saya tidak sangka saya boleh mencapai kejayaan itu. Masih banyak yang boleh dilakukan.\"Ia satu kelebihan bagi saya untuk bersama nama besar, tetapi ia tidak pernah cukup kerana kami mewakili salah satu pasukan terbesar di Asia,\" katanya dalam artikel 20 Minutes itu.Untuk saingan musim ini, Bergson dijangka terus menjadi taruhan JDT untuk merobek gawang lawan dalam saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 04:12pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243656/berita/sukan/alasan-guardiola-lepaskan-cancelo", "article_title": "Alasan Guardiola lepaskan Cancelo", "article_text": "PEP Guardiola menjelaskan keputusannya membenarkan Joao Cancelo menyertai Bayern Munich secara pinjaman kerana mahu memastikan pemain itu mendapat lebih banyak minit permainan.Pemain antarabangsa Portugal itu kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama City selepas Piala Dunia dan menepis laporan mengenai hubungan tidak baiknya dengan Guardiola.Cancelo berpindah ke Bayern dengan perjanjian pinjaman dan pasukan Bundesliga itu boleh menandatangani pemain berusia 28 tahun itu secara kekal pada musim panas.\"Musim depan, saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia seorang pemain yang luar biasa dalam dua liga terakhir yang kami menangi. Selepas Piala Dunia, kami menjalani pramusim dan memutuskan untuk bermain dalam beberapa corak berbeza.\"Saya suka apa yang saya tonton. Saya memberi lebih banyak masa kepada pemain lain. Keperibadiannya ialah dia suka bermain.\"Dia pemain yang terbaik tetapi situasinya dia tidak banyak bermain. Pada tahun-tahun lepas, dia adalah antara pemain yang paling banyak minit permainan.\"Dia perlu bermain dan kami memutuskan untuk melepaskannya ke Munich. Jika Bayern Munich mahukan Joao, ia kerana dia seorang pemain yang luar biasa,\" katanya.City ketika ini berada lima mata di belakang pendahulu Arsenal dan pasukan itu akan bermain di tempat lawan menentang Tottenham Hotspur pada Isnin yang berada di tempat kelima liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 11:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243652/berita/sukan/pasukan-mahal-chelsea-gagal-benam-fulham", "article_title": "Pasukan mahal Chelsea gagal benam Fulham", "article_text": "CHELSEA gagal meraih kemenangan apabila diikat tanpa jaringan dengan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge pada Sabtu.Ramai pihak yang menantikan perlawanan tersebut dan mahu melihat sejauh mana kemampuan The Blues selepas berbelanja besar dalam jendela perpindahan Januari.Enzo Fernandez membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea selepas menjadi pemain termahal dalam bola sepak British dengan perpindahan bernilai 107 juta pound (RM549.3 juta) dari Benfica pada hari terakhir jendela perpindahan.Perpindahan Fernandez menjadikan jumlah perbelanjaan Chelsea untuk membeli pemain sejak pengambilalihan oleh kumpulan pelaburan yang diketuai oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital tahun lalu kepada lebih daripada \u00a3500 juta (RM2.6 bilion).Mykhailo Mudryk turut berada dalam kesebelasan utama, manakala Noni Madueke dan David Datro Fofana masuk sebagai pemain gantian untuk penampilan sulung mereka di Liga Perdana Inggeris.\"Kami mempunyai ramai pemain baharu. Saya pasti masanya akan tiba dan kami akan mengenali permainan masing-masing secara lebih semula jadi,\" kata Madueke.Dalam pada itu, kapten Fulham, Tim Ream mengakui gembira dapat mencuri mata di Stamford Bridge.\"Ia adalah permainan berpasukan. Kami berusaha setiap minggu. Kami bertahan dengan baik dan menyerang untuk memberikan masalah kepada Chelsea,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 11:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243662/berita/sukan/klopp-pertahan-mutu-permainan-salah", "article_title": "Klopp pertahan mutu permainan Salah", "article_text": "JURGEN Klopp tidak meragui kualiti Mohamed Salah dan percaya penyerang itu boleh memainkan peranan penting untuk Liverpool mencapai sesuatu yang istimewa musim ini.Walaupun berstatus penjaring terbanyak untuk Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dia hanya mampu menjaringkan tujuh gol dalam 19 perlawanan liga.Sepanjang lima kempen pertamanya di Anfield, Mohamed Salah menjaringkan 118 gol di liga utama.\"Sikap dan perkara sebegini bukan masalah Salah. Dia adalah atlet bertaraf dunia, jadi dia yang pertama masuk dan yang terakhir keluar serta berlatih bersungguh-sungguh.\"Anda boleh mempersoalkan watak, pengetahuan, kebolehan, segala-galanya.\"Anda berhak melakukan segala-galanya, tetapi anda tidak boleh menjaringkan jumlah gol yang dijaringkan Salah jika anda bukan pemain bola sepak bertaraf dunia yang cemerlang,\" kata Klopp.Liverpool ketika ini berada di kedudukan ke-10 EPL dan telah terkeluar daripada saingan Piala FA dan Piala Liga.Tegas Klopp, satu-satunya cara untuk menghentikan segala persoalan adalah dengan memberikan persembahan terbaik.\"Itulah yang perlu kami lakukan dan apa yang akan kami usahakan.\"Kami benar-benar melakukannya, kami positif dan percaya peluang kami untuk mencapai sesuatu yang istimewa tahun ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 11:29am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243649/berita/sukan/ronaldo-akhirnya-jaringkan-gol-pertama-untuk-al-nassr", "article_title": "Ronaldo akhirnya jaringkan gol pertama untuk Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo meledak gol pertamanya buat Al Nassr melalui sepakan penalti dalam keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh pada Jumaat.Pemain berusia 37 tahun itu menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan sekali gus menyelamatkan pasukan daripada kekalahan dalam aksi Liga Pro Saudi itu.Ia adalah jaringan pertama Ronaldo dalam tiga perlawanan, selepas kemenangan ke atas Ettifaq pada 22 Januari dan kekalahan di tangan Al Ittihad dalam saingan Piala Super minggu ini.Ronaldo menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan kelab tersebut dan menjadi atlet termahal dunia setakat ini dengan gaji \u00a3177 juta (RM943 juta).Al Nassr ketika ini berada di tangga teratas Liga Pro Saudi berkongsi mata dengan Al Shabab, tetapi beraksi kurang satu perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 10:48am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243631/berita/sukan/jangan-main-rembat", "article_title": "Jangan 'main rembat'", "article_text": "PASUKAN yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dinasihat tidak mengambil pemain import sekadar \u2018tangkap muat\u2019 untuk memenuhi sembilan kuota import yang dibenarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, setiap pasukan perlu memastikan import yang dibawa masuk menepati kualiti yang diharapkan dan tidak tertipu dengan \u2018tawaran manis\u2019 daripada ejen.Malah, beliau turut menasihati mana-mana pasukan yang tidak memiliki sumber kewangan yang besar supaya tidak menempah risiko dengan menandatangani sehingga sembilan pemain import.\u201cSaya nak nasihat pasukan yang tak ada duit, tolonglah jangan tandatangan sampai sembilan pemain import. Elok tandatangan dua atau tiga pemain berkualiti dan selebihnya guna pemain tempatan sahaja.\u201cSaya pasti ramai juga ejen yang datang sarankan pemain import tertentu sedangkan pemain itu ada yang tidak bagus, lama tidak bermain kerana masalah kecederaan dan sebagainya.\u201aMacam tahun lepas, ada satu pasukan yang ambil lima import, tetapi akhirnya seorang saja yang boleh main. Itukan dah jadi rugi kepada pasukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Terdahulu, MFL membenarkan semua pasukan mendaftarkan sehingga sembilan pemain import bagi menghadapi format baharu Liga Super musim ini.Bagaimanapun, setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan enam import dalam satu-satu perlawanan dan lima pemain dibenarkan berada di dalam padang, manakala seorang lagi akan berperanan sebagai pemain gantian.Dalam pada itu, Sathianathan turut bersetuju kesukaran kepada mana-mana pasukan mendapatkan pemain import berkualiti kerana Liga-M yang dikatakan kurang dikenali.\u201cKalau ada banyak duit sekalipun, nak bayar Lionel Messi RM1 juta setiap perlawanan pun dia tak datang sebab dia tahu liga kita ini tak dapat perhatian dunia.\u201cJadi, kita perlu terima hakikat memang pemain berkualiti sukar nak datang bermain di Malaysia dan kita perlu cara untuk meningkatkan standard liga kita,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243628/berita/sukan/chong-wei-6-bekas-atlet-jadi-panel-penasihat-teknikal-bam", "article_title": "Chong Wei, 6 bekas atlet jadi panel penasihat teknikal BAM", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.BAM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ahli panel penasihat itu terdiri daripada bekas wakil negara ke Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain perseorangan lelaki kebangsaan Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock, bekas beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.Bekas-bekas pemain itu akan menyertai Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku pengerusi panel itu dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli.\"Termasuk Naib-Naib Presiden BAM Datuk Teoh Teng Chor dan Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh Chee Keong, selain bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Ketua Pengarah MSN sekarang Datuk Ahmad Shapawi Ismail,\" katanya.Menurut kenyataan itu lagi, Panel Penasihat Teknikal ini berkhidmat tanpa bayaran dan akan menyediakan input, nasihat dan bimbingan strategik tambahan kepada Lembaga Pemegang Amanah dan Pengurusan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dengan sasaran meningkatkan prestasi pemain bagi matlamat strategik jangka panjang untuk penyudah podium di Sukan Olimpik, Acara Pelbagai-Sukan dan kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) .\"Panel Penasihat Teknikal ini yang akan bermesyuarat setiap suku tahun, akan menilai prestasi pemain dan jurulatih serta jika diperlukan membuat cadangan perubahan di dalam dasar, program latihan dan penglibatan kejohanan kepada Lembaga Pemegang Amanah,\u201d katanya.Mesyuarat pertama panel berkenaan akan diadakan penghujung bulan ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 10:40pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243578/berita/sukan/pengorbanan-teong-kim", "article_title": "Pengorbanan Teong Kim", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim percaya ideanya untuk memberikan peluang kepada pemain muda beraksi sebagai satu usaha memajukan pasukan kebangsaan.Menurutnya, jika pasukan lebih mengutamakan pemain luar negara, ia akan merosakkan ruang untuk pemain muda menampilkan kualiti dimiliki.\"Saya bukan lihat bola sepak sekadar bola sepak sahaja. Saya lihat bola sepak sebagai masa depan untuk pemain muda ini.\"Kalau semua kelab mengambil pemain luar negara dan peluang ini tidak diberikan kepada pemain muda, macam mana pasukan kebangsaan kita nak maju. Ini satu masalah bukan sahaja di Malaysia, tetapi di England, Itali dan Jerman juga sama.\"Jika tidak ada perancangan untuk menyelesaikan perkara ini, ia akan terus berlaku dan menjadi masalah yang tidak ada penghujungnya,\"katanya dalam sidang akhbar Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau turut meminta penyokong Perak FC supaya bersabar dan tidak hanya memikirkan mengenai keputusan perlawanan selain menyifatkan skuad kendaliannya itu berada di landasan yang betul.Beliau turut menyedari persoalan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yang tidak faham mengenai pendekatannya menggunakan ramai pemain muda.Malah, penyokong juga risau mengenai kemampuan pasukan yang dilihat tidak akan mampu menjadi pencabar dalam saingan Liga Malaysia musim depan.\"Kalau mereka tidak boleh bersabar, apa saya boleh buat? Saya buat apa yang betul dan apa saya fikir betul untuk pemain saya. Pemain tempatan kita bukan tidak bagus. Mereka perlu peluang dan mereka perlu bersaing.\"Mereka perlu melalui satu proses yang baik untuk perkembangan bola sepak Malaysia,\"katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 05:21pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243574/berita/sukan/seperti-perlawanan-sebenar---nafuzi", "article_title": "'Seperti perlawanan sebenar' - Nafuzi", "article_text": "PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain gembira dengan semua pemain yang diturunkan semasa bertemu Selangor FC pada aksi Piala Harapan 2023 kerana mempamerkan kesungguhan pada perlawanan yang berintensiti tinggi malam Khamis.Tewas 6-5 kepada Gergasi Merah menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan dalam 90 minit masa sebenar, pemain Sang Kenari dilihat tetap menampilkan peningkatan dalam beberapa aspek yang dimahukan Nafuzi.\u201cPerlawanan ini memang kita mahu menang tapi banyak perkara lain juga yang kita lihat kerana aksi ini seperti perlawanan Liga Super yang sebenar dengan intensiti perlawanan cukup tinggi buat skuad yang baharu dibentuk.\u201cMereka bermain dengan intensiti seperti ini bukan mudah tapi saya gembira dengan apa yang pemain tunjukkan malam ini,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.KDA FC akan membuat perhitungan bertemu kelab dari Singapura, Geylang International FC dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Harapan pada petang Sabtu.Menurut Nafuzi, pasukan kejurulatihan kini sedang menyiapkan pemain agar mereka mempunyai tahap kecergasan yang sama sepanjang perlawanan berlangsung apabila Liga Malaysia 2023 membuka tirai pada penghujung Februari nanti.Dalam pada itu, kehadiran penyokong Sang Kenari yang ramai turut menghidupkan suasana sepanjang perlawanan berlangsung sehingga ke penentuan sepakan penalti.\u201cSaya sangat berterima kasih kepada penyokong kerana saya sendiri tidak menjangka dekat Batu Kawan ini begitu ramai penyokong yang hadir memeriahkan perlawanan. Gambaran seperti perlawanan separuh akhir Piala Malaysia,\u201d ujar beliau.Selepas kejohanan Piala Harapan 2023, pasukan KDA FC akan berlepas ke Turkiye pada 5 Februari bagi menghadapi empat perlawanan pra-musim menentang kelab dari Uzbekistan, Ukraine dan Kazakhstan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 05:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243570/berita/sukan/langkah-tze-yong-tersekat-di-suku-akhir", "article_title": "Langkah Tze Yong tersekat di suku akhir", "article_text": "IMPIAN pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk melangkah ke separuh akhir Thailand Masters tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada Jumaat.Dalam saingan suku akhir di Stadium Nimibutr, Bangkok, pemain muda berusia 22 tahun itu tewas 'straight set' 21-14, 22-20 dalam tempoh 43 minit.Tze Yong yang merupakan pemain pilihan kelapan kejohanan mudah dijinakkan pada set pertama.Pemain di ranking ke-17 dunia itu memberi tentangan sengit pada set kedua, namun pengalaman memihak Ka Long untuk menang 22-20.Pemain yang menghuni ranking 23 dunia itu akan menentang pemenang antara Li Shi Feng dari China yang membuat perhitungan dengan B. Sai Praneeth dari India untuk perebutan ke final pada Sabtu.Apa pun ia menjadi pencapaian terbaik Tze Yong di Bangkok berbanding tiga kejohanan awal musim ini.Tze Yong sebelum ini, gagal melepasi pusingan awal dalam tiga kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia (pusingan pertama) dan tersingkir pada pusingan kedua masing-masing di Terbuka India dan Indonesia Masters.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 05:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243571/berita/sukan/kurangkan-kebergantungan-kepada-zii-jia", "article_title": "Kurangkan kebergantungan kepada Zii Jia", "article_text": "MALAYSIA seharusnya perlu mengurangkan kebergantungan kepada jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari ini.Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann sebaliknya berpendapa,t pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan pada kejohanan di Pusat Pameran Dubai itu.Beliau berkata, pihaknya juga akan menerapkan sistem penggiliran terutamanya dalam acara perseorangan lelaki bagi memberi peluang kepada bukan sahaja Zii Jia malah seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao beraksi pada edisi ketiga kejohanan tersebut.\"Kita akan bincang lebih terperinci menjelang pertandingan dengan membandingkan kondisi masing-masing...ambil kira perasaan dan keyakinan diri pemain dan menghormati input mengenai sesuatu perlawanan.\"Kami dah agak pasti taruhan utama negara pada kejohanan ini tetapi tidak akan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.Memandangkan Zii Jia dan Jun Hao menampilkan prestasi kurang memberangsangkan menjelang BAMTC, Choong Hann berkata, pihaknya akan menggunakan kem latihan pusat pada minggu depan bagi membantu kedua-dua pemain tersebut terutamanya memperbaiki tahap kawalan bulu tangkis selain melancarkan penukaran taktik semasa di gelanggang.\"Saya fikir sekarang kedua-dua pemain ini berdepan masalah menukar taktik dengan lancar... terdapat terlalu banyak ruang yang diambil kesempatan oleh lawan untuk mengumpul mata. Aspek ini perlu diperbaiki,\u201d katanya.Zii Jia mengalami permulaan musim 2023 yang mengecewakan selepas tersingkir awal pada tiga kejohanan disertainya bermula di Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters manakala Jun Hao turut menerima nasib sama selepas ditunjukkan jalan keluar di pusingan kelayakan Thailand Masters, Selasa lepas.Selain Zii Jia dan Jun Hao, Malaysia turut menyenaraikan Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki); Pearly Tan-M Thinaah dan Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).Pada saingan BAMTC kali ini, Malaysia,selaku pilihan keempat kejohanan, diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan UAE. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 05:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243552/berita/sukan/tiada-perancangan-kembalikan-felda-united-fc---idris-jusoh", "article_title": "Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh", "article_text": "KUCHING - [DIKEMAS KINI] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak mempunyai perancangan untuk memasukkan semula Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United FC) dalam kancah bola sepak tempatan buat masa ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Idris Jusoh.Beliau berkata, Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu bagi meningkatkan nilai dan prestasinya.\"Buat masa kini tidak ada (perancangan) kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk Felda tetapi kita masih gerakkan Akademi Bola Sepak Felda untuk melatih belia dan pelajar dalam sukan bola sepak,\u201d katanya.Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini, Idris berkata Felda membelanjakan hampir RM500,000 setahun untuk akademi berkenaan.Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus peminat bola sepak negara di media sosial yang berharap untuk melihat semula aksi Felda United FC di pentas sukan bola sepak dalam masa terdekat.Pada Oktober 2020, Felda mengesahkan penarikan diri Felda United FC dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M) sama ada saingan Liga Super mahupun Liga Premier.Keputusan itu dibuat setelah pengambilalihan penuh pentadbiran dan pengurusan kelab berkenaan serta anak syarikatnya The Fighters Sdn Bhd oleh Felda bermula September tahun itu.Kelab itu pernah menjuarai saingan Liga Premier pada 2010 dan 2018 serta muncul naib juara Piala FA 2014 selain berjaya mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia sebanyak empat kali sejak ditubuhkan pada 2007. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 03:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243547/berita/sukan/hon-jian-bakal-digandingkan-bersama-sze-fei", "article_title": "Hon Jian bakal digandingkan bersama Sze Fei", "article_text": "PEMAIN beregu lelaki negara, Goh Sze Fei hampir pasti digandingkan dengan pemain beregu campuran, Choong Hon Jian.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky akan menghubungi jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto bagi mendapatkan 'restu' rakannya itu untuk membenarkan Hon Jian dipasangkan dengan Sze Fei selepas ini.\"Apa yang boleh saya katakan kemungkinan gandingan Sze Fei bersama Hon Jian antara 80 hingga 90 peratus.\"Saya akan hubungi Nova untuk tanya adakah Hon Jian bersedia main dua acara atau sebaliknya. Namun, berdasarkan pandangan Tan Bin Shen (beregu lelaki) dan Hoon Thien How (beregu wanita), mereka boleh dipadankan,\" katanya.Memandangkan Sze Fei lebih berperanan sebagai pengatur serangan di dalam gelanggang, Rexy berkata, anak buahnya itu memerlukan gandingan yang memiliki pukulan kencang seperti bekas pasangannya Nur Izzuddin Rumsani dan ciri-ciri tersebut dilihat ada pada Hon Jian.Pakar beregu Indonesia itu berkata, gandingan Sze Fei-Hon Jian menampilkan prestasi memberangsangkan apabila menumpaskan pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada sesi latihan baru-baru ini.Hon Jian sebelum ini pernah bermain dalam kategori beregu lelaki dan dipasangkan bersama Wei Chong serta pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie.Dalam pada itu, Rexy masih mengunci mulut mengenai pasangan baharu Nur Izzuddin dan hanya memaklumkan akan berjumpa dengan pemain itu serta pasangan baharunya pada Isnin ini.Beliau juga memberi jaminan bahawa Wei Chong-Kai Wun tidak akan dipecahkan untuk digandingkan bersama Nur Izzuddin selepas ini.\"Saya janji akan umumkan pasangan baharu (Sze Fei dan Nur Izzuddin) Selasa ini,\" katanya.Minggu lepas, Rexy mengesahkan Sze Fei-Nur Izzuddin menyatakan hasrat untuk berpisah dalam satu perjumpaan, selepas digandingkan sejak 2016. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 03:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243543/berita/sukan/ujian-sulung-dyche-lawan-arsenal", "article_title": "Ujian sulung Dyche lawan Arsenal", "article_text": "PENGURUS baharu Everton, Sean Dyche bakal berdepan ujian sulung apabila akan melayan kunjungan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Goodison Park pada Sabtu.Tanpa sebarang pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan bulan lalu bekas bos Burnley itu tahu ranjau yang bakal ditempuhinya.Selepas 69 tahun The Toffees berada di liga utama mereka berisiko tersingkir jika gagal meraih keputusan positif pada baki saingan EPL.\"Ada cabaran besar di hadapan tetapi saya bersedia dan mahu menempuhinya,\" kata Dyche.Edisi lalu Everton terlepas daripada penyingkiran selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2 ke atas Crystal Palace pada aksi terakhir musim.\"Kami mahu mengubah bentuk kelab ini ke hadapan. Mengubah suai mengikut gaya dan cara yang kami boleh menang,\" ujar Dyche.Skrip berbeza buat Arsenal yang berada di laluan terbaik untuk merebut kejuaraan liga kali pertama sejak 2003/04 menerusi kelebihan lima mata di hadapan Manchester City dengan baki satu aksi dalam tangan.The Gunners juga berharap pembelian pemain di jendela perpindahan Januari cukup untuk membantu mereka meskipun terlepas dua sasaran utama Mykhailo Mudryk dan Moises Caicedo dari Brighton.Ketibaan Jorginho dari Chelsea bakal menyuntik kekuatan The Gunners, manakala kehadiran Leandro Trossard meningkatkan pilihan Mikel Arteta di bahagian serangan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 03:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243535/berita/sukan/forest-ikat-penyerang-ghana", "article_title": "Forest ikat penyerang Ghana", "article_text": "BAGAI sireh pulang ke gagang, kapten Ghana, Andre Ayew kembali ke England untuk menyarung jersi Nottingham Forest sehingga akhir musim ini.Ayew hadir dengan reputasi cemerlang bersama kelab Al Sadd di Qatar apabila meledak 15 gol daripada 21 perlawanan dan membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Bintang Qatar musim lalu.Penyerang berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama Swansea City dan lebih menarik Ayew akan kembali bersatu dengan Steve Cooper yang pernah melatihnya di kelab Wales itu pada 2019.\u201cSatu perasaan yang hebat untuk menyertai Forest.\u201cSteve (Cooper) sangat mengenali saya dan tahu bagaimana untuk bekerja dengan saya di dalam dan luar padang,\u201d ujar Ayew.Forest ketika ini berada di tempat ke-13 dengan 21 mata, empat mata di atas zon penyingkiran.\u201cSaya bersedia memberikan yang terbaik dan memastikan kami mampu kekal dalam EPL,\u201d ujar Ayew.Pengalaman Ayew bersama pasukan kebangsaan juga tidak kurang hebat apabila beraksi sebanyak 113 kali di peringkat antarabangsa.Dia juga menyertai tiga Piala Dunia, termasuk edisi 2022 di Qatar.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 02:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243520/berita/sukan/aksi-dramatik-real-madrid-valencia", "article_title": "Aksi dramatik Real Madrid, Valencia", "article_text": "REAL Madrid meraih tiga mata berharga untuk mengejar pendahulu La Liga, Barcelona setelah mengalahkan Valencia 2-0 pada aksi penuh dramatik pada Jumaat.Dua jaringan menakjubkan Marco Asensio dan Vinicius Junior dalam tempoh tiga minit serta kecederaan kapten, Karim Benzema turut mewarnai aksi di Santiago Bernabeu itu.Valencia juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Gabriel Paulista dilayangkan kad merah kerana mengasari Vinicius.Benzema terpaksa dikeluarkan pada babak masa kedua ekoran kesakitan di paha, manakala Eder Militao juga digantikan akibat masalah sama.Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memberitahu kecederaan Benzema 'sangat ringan', namun Militao bakal terlepas aksi menentang Real Mallorca pada Ahad.Kemenangan itu meletakkan Real Madrid lima mata di belakang Barca yang sudah mengumpul 50 mata untuk memimpin carta liga.Aksi tersebut juga menimbulkan suasana 'panas' apabila Paulista melakukan terjahan keras ke atas Vinicius.\u201cKami perlu melindungi Vinicius. Dia pemain yang baik dan banyak menggelecek. Pertahanan lawan tidak menyukainya,\u201d ujar penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 01:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243517/berita/sukan/juventus-tempah-slot-separuh-akhir-piala-itali", "article_title": "Juventus tempah slot separuh akhir Piala Itali", "article_text": "JARINGAN tunggal Gleison Bremer sudah cukup buat Juventus untuk mara ke separuh akhir Piala Itali selepas menewaskan Lazio 1-0 dalam aksi suku akhir pada Jumaat.Juventus yang dibimbing Massimiliano Allegri akan membuat perhitungan dengan Inter Milan yang mengalahkan Atalanta 1-0 pada Rabu.Kemenangan itu melegakan Allegri selepas pasukannya tewas kepada Monza minggu lalu, malah mereka juga melepaskan 10 gol dalam tiga aksi terakhir liga.\"Anda perlukan corak dan taktikal permainan yang tepat, namun ia perlu disertai dengan semangat.\"Kami bangkit daripada kekalahan dengan Monza jadi ia bukan situasi yang mudah. Kami meletakkan asas untuk kembali positif dalam saingan liga,\" ujar Allegri.Kemenangan dalam saingan separuh akhir menentang Inter pada April amat penting buat Juventus untuk mara ke final bertembung Fiorentina atau Cremonese pada Mei.Merangkul kejuaraan Piala Itali menjadi tiket buat Juventus layak ke Liga Europa kerana ia menjadi jambatan alternatif buat mereka bersaing di pentas benua.Kejayaan itu juga mampu memulihkan semula motivasi pemain setelah Juventus dikenakan penalti 15 mata kerana aktiviti perpindahan terlarang bulan lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 12:57pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243500/berita/sukan/nunez-yakin-mampu-sehebat-suarez", "article_title": "Nunez yakin mampu sehebat Suarez", "article_text": "DARWIN Nunez yakin mampu mengikut jejak langkah Luis Suarez di Liverpool dan meledak pada musim keduanya bersama kelab itu.Penyerang Uruguay itu bergelut untuk menemui rentak sejak tiba di Anfield dari Benfica pada Jun lalu.Walaupun menyedari masalah yang dihadapinya pada separuh musim debutnya dalam bola sepak Inggeris, Nunez mengenal pasti permulaan perlahan yang turut dialami Suarez sendiri di Merseyside dan merasakan dia boleh bangkit dengan gaya yang sama.Suarez menjaringkan hanya 15 gol dalam 44 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertama di Liverpool, sebelum meledak 54 gol dalam 66 penampilan berikutnya sebelum berpindah ke Barcelona pada 2014.\"Jelas sekali, saya masih mempunyai banyak perkara untuk diusahakan contohnya penyudah saya. Perkara yang berlaku kepada saya sama seperti Suarez. Pada tahun kedua, dia mula tajam.\"Sesuatu yang serupa telah berlaku kepada saya di Benfica. Tahun pertama berjalan dengan sangat teruk dan pada tahun kedua, saya 'meletup'.\"Di sini, saya rasa perkara yang sama berlaku. Saya harap musim depan akan menjadi seperti itu. Saya akan memberikan yang terbaik dan semoga akan mendapat sedikit tuah,\" katanya.Nunez juga memberitahu dia sering mendapatkan nasihat daripada Suarez.\"Bagi saya, dia adalah idola dan contoh yang hebat. Dalam pasukan kebangsaan, saya kini mempunyai hubungan yang lebih baik dengannya.\"Saya bertanya kepadanya banyak perkara kerana dia berada di kelab ini dan dia mempunyai lebih banyak pengalaman daripada saya.\"Dia adalah pemain penting untuk memberi nasihat dan menjelaskan situasi di kelab kepada saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 10:54am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243492/berita/sukan/presiden-benfica-kecam-enzo-fernandez", "article_title": "Presiden Benfica kecam Enzo Fernandez", "article_text": "PRESIDEN Benfica, Rui Costa tidak menyesal membenarkan perpindahan Enzo Fernandez ke Chelsea dan menyifatkan pemain itu sudah tidak mahu bersama kelab tersebut.Chelsea telah menandatangani Enzo Fernandez dan memecahkan rekod Perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) termahal selepas memenuhi klausa pelepasan pemain itu bernilai \u20ac120 juta (RM555 juta).\"Semuanya telah dilakukan untuk memastikan Enzo tidak dijual. Saya mempunyai hati nurani yang bersih dan saya sedih seperti mana-mana peminat Benfica.\"Kami mencuba segala-galanya tetapi Enzo sentiasa menunjukkan keinginan untuk tidak kekal di Benfica.\"Sebagai peminat, saya tidak lagi mahu Enzo sebagai pemain. Sebagai presiden, dia tidak boleh meneruskannya. Saya memutuskan dia perlu pergi,\" katanya.Menurut Costa, Fernandez tidak menghormati kelab itu dan dia tidak akan menangisi kehilangan pemain yang bersikap sedemikian.\"Kami kehilangan pemain yang hebat, tetapi saya tidak akan menangis untuk pemain yang tidak mahu kekal di Benfica. Saya dibesarkan di Benfica dan tahu bagaimana untuk menghormati Benfica.\"Saya menghormati Enzo, dia bebas memilih dan pilihannya adalah untuk tidak kekal di Benfica. Di Benfica, hanya akan ada pemain yang berbangga berada di sini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 10:12am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243490/berita/sukan/selangor-singkir-kedah-di-pentas-piala-harapan", "article_title": "Selangor singkir Kedah di pentas Piala Harapan", "article_text": "HARAPAN penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menyaksikan kelab itu bertemu Penang FC pada final Piala Harapan 2023 tidak kesampaian apabila Sang Kenari tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Selangor FC selepas terikat tanpa jaringan pada masa sebenar pada malam Khamis.Aksi tersebut yang bermula lewat setengah jam akibat hujan lebat di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun buntu mencari jaringan sehingga tamat permainan.Perlawanan KDA FC dan Selangor FC menarik perhatian ramai berikutan pertemuan kembali bekas jurulatih dan pemain di antara kedua-dua pasukan itu pada pra-musim 2023.Pertembungan itu menyaksikan kembalinya Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote mengendalikan Gergasi Merah yang mana kedua-duanya pernah bersama melatih Kedah pada 2015.Kelibat ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain pula bertemu anak didiknya, Faisal Abdul Halim yang kini bersama Selangor FC juga mencuri perhatian kerana kedua-dua berjaya mencipta sensasi di Terengganu FC beberapa musim lalu.Sang Kenari bakal bertemu pasukan dari Singapura, Geylang United bagi penentuan ketiga dan keempat Piala Harapan 2023 pada petang Sabtu.Penang FC yang menang pada aksi pertama selepas membelasah Geylang United 4-0 akan menentang Selangor FC bagi penentuan juara Piala Harapan 2023 pada malam Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 10:08am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243487/berita/sukan/jdt-tumbangkan-lokomotiv-moscow", "article_title": "JDT tumbangkan Lokomotiv Moscow", "article_text": "JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus mencipta sensasi dalam aksi pra musim apabila menumbangkan kelab liga utama Rusia, Lokomotiv Moscow 1-0 di Stadium The Sevens, Dubai pada Khamis.Ia sekali gus kejutan dilakar anak buah Esteban Solari ke atas pasukan juara tiga kali Liga Premier Rusia itu.Gol tunggal JDT hadir menerusi Arif Aiman pada minit ke-56 selepas menerima hantaran jauh daripada Fernando Forestieri.Arif kemudian bertindak cemerlang melarikan bola sebelum tenang menyudahkan jaringan tersebut.Lokomotiv cuba bangkit mengatur serangan, namun disiplin yang ditonjolkan barisan pertahanan JDT menggagalkan usaha tersebut.Setakat ini, JDT sudah meraih tiga kemenangan daripada empat perlawanan pra musim apabila menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0 dan mendahului 1-0 ketika menentang kelab Bulgaria, FC Levski Sofia sebelum ditamatkan lebih awal akibat pergaduhan.Skuad Harimau Selatan akan mengharungi aksi pra musim terakhir menentang pendahulu Liga Premier Rusia, Zenit St Petersburg.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 08:31am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243475/berita/sukan/tiada-pilihan-kecuali-emas-olimpik", "article_title": "Tiada pilihan kecuali emas Olimpik", "article_text": "CABARAN dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kontinjen Malaysia membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik pada temasya yang berlangsung di Paris, Perancis tahun depan negara sewajarnya diberikan perhatian serius semua pihak yang terlibat.Malah pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menegaskan kontinjen Malaysia tidak boleh lagi memikirkan mengenai pingat perak atau gangsa sebaliknya fokus kepada merealisasikan misi negara tersebut.\"Perhatian lebih berat perlu diberikan kontinjen negara pada kali ini selepas beberapa percubaan sebelum ini gagal menghasilkan keputusan yang positif.\"Kita tidak perlu memikirkan bagaimana mahu meraih pingat perak atau pingat gangsa, kerana sasaran itu telah pun dicapai dalam edisi 2008, 2012, 2016 dan 2020,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Namun di sebalik cabaran pemimpin nombor satu negara itu, Pekan juga menimbulkan persoalan atlet yang bakal menggalas tugasan merealisasikan misi penting pada temasya sukan terbesar dunia di ibu kota Perancis tersebut.Tegasnya lagi, kitaran sasaran pingat emas pertama Sukan Olimpik negara masih bergantung harap kepada tiga sukan badminton, berbasikal dan terjun yang dilihat semakin tidak praktikal.\"Siapa atlet yang bakal menggalas tanggungjawab menghadiahkan kilauan emas di Paris 2024 juga terus menjadi persoalan dan misteri.\"Apakah kita masih mahu bergantung harap kepada atlet dari edisi 2008 seperti Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang meraih pingat perak semasa di Tokyo 2020 sebelum ini?\"Ya, kita puji komitmen dan semangat juang tinggi Azizulhasni, yang menyatakan komitmen memberikan aksi sehabis baik di Paris 2024 nanti.\"Namun tidakah terfikir dek kita terlalu meletakkan bebanan di bahu Azizulhasni yang sedang bergelut untuk kembali berada pada prestasi terbaiknya,\" katanya.Pada masa sama, Pekan menegaskan kitaran untuk atlet senior tiga sukan tersebut kian menghampiri penghujungnya, malah lebih malang Malaysia masih belum menemui pelapis untuk menggalas cabaran di Paris.\"Sukan terjun pula, apakah kita masih meletakkan sandaran kepada ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong atau Nur Dhabitah Sabri, kebanyakan penerjun sudah berada di penghujung kerjaya kalau nak dibandingkan penerjun belasan tahun dari China.\"Satu lagi persoalan dalam tempoh setahun ini apakah kita sudah memiliki atlet yang benar-benar bersedia dan boleh kita pertaruhkan sandaran biarpun kita sudah mengerakan program Gold Paris 2024?\"Secara peribadi saya berharap pemburuan pingat emas ini juga lebih praktikal kita fokuskan kepada projek 'mesti capai' untuk kitaran tiga Sukan Olimpik lagi, tidak hanya untuk Paris 2024, tetapi juga Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032,\" katanya.Mengenai Bajet 2023 untuk sukan, Pekan berharap kerajaan tidak mengurangkan peruntukan bagi memastikan perancangan misi meraih kejayaan di Paris 2024 tidak terjejas.\"Sebaliknya saya harap kerajaan dapat memberikan bajet khusus untuk Paris 2024 untuk misi bawa pulang emas pertama dari Sukan Olimpik.\"Saya juga sangat menyokong tambahan bajet kepada program emas Olimpik ini sehingga Brisbane 2032 tetapi dengan program jangka panjang yang khusus dan teratur biarpun dengan sasaran kepada para atlet baharu.\"Pada masa sama kerajaan juga dapat memberikan bajet kepada persatuan sukan kebangsaan menerusi pemantauan MSN (Majlis Sukan Negara) bagi membolehkan persatuan-persatuan ini menganjurkan kejohanan bertaraf liga untuk pembangunan pelapis baharu,\" katanya.Untuk rekod, Bajet 2023 dijangka dibentang Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 07:40am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243473/berita/sukan/bukan-salah-liga-m", "article_title": "Bukan salah Liga-M", "article_text": "SAINGAN Liga Malaysia (Liga-M) tidak boleh dipersalahkan sebagai punca menyebabkan pemain import berkualiti tidak mahu beraksi di negara ini.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pasaran pemain import dalam industri bola sepak sangat luas dan kelab perlu bijak menilai serta mencari pemain berkualiti.\u201cKelab perlu ada networking yang bagus sekiranya mereka nak cari import yang berkualiti. Jika seorang pemain tak nak datang bermain dalam Liga-M, sudah tentu ada ramai lagi pemain import bagus yang mahu bermain di sini.\u201cPasaran pemain import itu besar dan ia sama ada kelab itu pandai atau tidak mencari pemain yang bagus, selain setinggi mana bayaran yang mahu ditawarkan kepada pemain tersebut.\u201cLihat bagaimana JDT (Johor Darul Ta'zim) membentuk pasukan yang bagus sehingga mereka dapat membeli pemain import terbaik seperti Bergson da Silva dan beberapa pemain lain.\u201cSebagai kelab yang beraksi dalam saingan liga, mereka tidak boleh menyalahkan liga sebagai punca pemain import bagus tak nak datang. Mereka perlu cari cara mengatasinya, bukan beri alasan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan Liga-M kurang dikenali sehingga sukar kelab-kelab di negara ini untuk mendapatkan pemain import yang berkualiti.Mengulas lanjut, Mohd Azraai yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan tidak menganggap Liga-M kurang dikenali, sebaliknya telah mengalami peningkatan ketara berbanding 10 tahun lalu.\u201cKalau nak dibandingkan Liga-M dengan beberapa liga di negara ASEAN, saya melihat liga kita lebih menonjol. Pasukan pun saya lihat telah mempunyai pemain tempatan yang berkualiti.\u201cJadi, ia perlukan masa untuk liga kita lebih ke hadapan, apatah lagi baru sahaja beberapa tahun liga diswastakan. Tak boleh nak harapkan sempurna terus.\u201cLiga kita memerlukan lebih banyak pasukan sehebat JDT jika ia mahu lebih dikenali. Justeru, nasihat saya adalah berhenti merungut dan buat kerja,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243445/berita/sukan/kbs-harap-kerajaan-salur-peruntukan-tambahan", "article_title": "KBS harap kerajaan salur peruntukan tambahan", "article_text": "MENJELANG Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan bagi membantu persiapan atlet mengharungi temasya besar pada tahun ini dan tahun hadapan.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus terutama dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet.\"Kita minta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beri ruang yang lebih kerana kita akan berhadapan dengan kejohanan besar berturut-turut.\"Kita kena hantar atlet untuk bertanding di kejohanan luar supaya mereka memperoleh persaingan yang berkualiti serta pendedahan yang cukup.\"Kita cuba optimumkan peruntukan yang diberi untuk pastikan atlet ini dapat masuk ke kejohanan dengan persediaan yang cukup,\" katanya pada sidang media Pelancaran Jelajah Bola Keranjang '3 Lawan 3' 2023, di Kuala Lumpur pada Khamis.Adam Adli bagaimanapun berkata peruntukan yang bakal diumumkan kerajaan itu tidak akan mengganggu sebarang program yang sedang dilaksanakan KBS ketika ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 06:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243437/berita/sukan/tze-yong-mara-ke-suku-akhir-masters-thailand", "article_title": "Tze Yong mara ke suku akhir Masters Thailand", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengekalkan momentum kemenangan apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Masters Thailand, pada Khamis.Kejayaan itu hadir selepas pilihan kelapan kejohanan tersebut mengalahkan Heo Kwang Hee dari Korea Selatan 21-16, 21-8 dalam aksi selama 38 minit di Stadium Nimibutr, Bangkok.Kemenangan itu melebarkan rekod pemain berusia 23 tahun itu ke atas Kwang Hee kepada dua kemenangan.Tze Yong akan berdepan pemenang perlawanan antara rakan senegara, Cheam June Wei dengan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus pada Jumaat.Pentas Masters Thailand menjadi platform terbaik buat Tze Yong menamatkan penantian untuk mara ke suku akhir buat kali pertama tahun ini.Tiga kejohanan sebelum ini iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia, Tze Yong tewas di pusingan awal.Dalam pada itu, skrip berbeza buat beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila disingkirkan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-15, 21-10.Nasib sama turut menimpa gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang terpaksa akur tewas kepada wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Kandow 21-19-21-15.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 06:22pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243416/berita/sukan/piala-mfl-platform-pemain-muda-pikat-elavarasan", "article_title": "Piala MFL platform pemain muda pikat Elavarasan", "article_text": "KEHADIRAN Piala MFL yang bermula pada 2 Mac ini akan memberikan lebih banyak pilihan buat pengendali Bawah 23 negara, E Elavarasan dalam mencari kesebelasan terbaik bagi memikul cabaran negara terutama di pentas Sukan SEA 2023.Menurutnya, Piala MFL ini juga akan menjadi platform terbaik kepada pemain-pemain muda bagi memperagakan bakat mereka sekali gus mengekalkan kecergasan mereka di tahap kompetitif untuk sepanjang musim.\"Memang satu situasi berbeza kerana sebelum ini saya hanya memantau perkembangan pemain dalam skuad utama dan kali ini kita sudah ada Piala MFL.\"Kejohanan Sukan SEA merupakan tugasan pertama saya bersama pasukan dan sudah tentu, saya mengharapkan mampu mendapatkan pemain yang terbaik.\"Jadi dengan adanya Piala MFL, saya rasa boleh mencungkil pemain-pemain baharu untuk pasukan selain boleh mendapatkan minit permainan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan Liga Super.\"Kehadiran pemain-pemain import mungkin boleh dijadikan panduan kepada pemain-pemain muda ini terutama kepada mereka yang masih baharu dengan suasana pertandingan seperti ini,\u201d katanya.Kumpulan A memperlihatkan lapan pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta\u2019zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara itu, baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain dalam Kumpulan B.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 04:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243409/berita/sukan/agong-zahir-ucapan-tahniah-kepada-hamidin-dipilih-ahli-fifa", "article_title": "Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin dipilih Ahli FIFA", "article_text": "YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada FAM serta negara.\"Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,\u201d titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, pada Khamis.Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, pada Rabu.Hamidin yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.Seri Paduka turut menzahirkan keyakinan bahawa Hamidin, berbekalkan keupayaan dan pengalaman luasnya mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.Baginda turut yakin bahawa Hamidin akan membawa suatu nafas baharu kepada sukan bola sepak dunia dan negara serta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepadanya, selain mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 04:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243397/berita/sukan/bahang-motogp-2023-kian-dirasai", "article_title": "Bahang MotoGP 2023 kian dirasai", "article_text": "KEHANGATAN perlumbaan MotoGP 2023 kian terasa apabila peminat sukan permotoran tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal dunia beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 10 hingga 12 Februari ini.Para peminat berpeluang memenuhi litar tersebut di kawasan Grandstand utama secara percuma untuk melihat sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP berkenaan.SIC memaklumkan peminat tempatan boleh menyaksikan kehebatan pelumba terkenal antaranya Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo, Marc Marquez, Aleix Espargaro, Johan Zarco dan Maverick Vinales.\"Satu lagi tambahan baharu kepada peminat ialah Pit Lane Walk pada 10 dan 11 Februari dari jam 6.30 hingga 7.00 malam. Ia terhad kepada 1,000 pemegang tiket Grandstand sehari.\u201cTempat letak kenderaan premium disediakan dengan bayaran RM10 untuk kereta dan RM5 untuk motosikal berhampiran dengan Grandstand Utama.\u201cBayaran RM5 dikenakan untuk kereta dan RM2 untuk motosikal di kawasan P SIC dan PX. Kawasan tempat letak kereta lain adalah percuma,\u201d katanya.Peminat juga berpeluang mendapat diskaun 15 peratus bagi pembelian tiket terawal MotoGP Malaysia.\u201cHarga tiket bermula pada RM122.20 untuk F Grandstand, RM175.30 (Grandstand K1), RM293.30 (Grandstand Utama), RM361.30 (Marc Marquez Tribune) RM433.50 (Premier Roving) dan RM544.00 untuk Kerusi Perdana,\" katanya.Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi gerai yang disediakan di kawasan Grandstand utama atau layari laman web di www.sepangcircuit.com untuk mendapatkan secara atas dalam talian.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 03:59pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243396/berita/sukan/infantino-gembira-hamidin-dipilih-ahli-majlis-fifa", "article_title": "Infantino gembira Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengucapkan tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas dipilih sebagai Ahli Majli FIFA.Menurut Infantino, kejayaan Hamidin sangat penting untuk Malaysia selain melihat ke hadapan untuk kerjasama penting membangunkan bola sepak di ASEAN, Asia dan seluruh dunia.\"Saya gembira Hamidin memenangi pemilihan Ahli Majlis FIFA kerana sangat penting untuk Malaysia dan kepada semua orang. Kami mengenali satu sama lain untuk tempoh yang lama.\"Kami tidak sabar untuk bekerjasama membangunkan bola sepak di ASEAN, Asia dan seluruh dunia,\" katanya menerusi satu video di laman Facebook FAM.Hamidin menang jawatan tersebut dalam pemilihan Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Bahrain, pada Rabu.Selain Hamidin, Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Areneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut mengisi baki empat jawatan tersebut.Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Dr Tran Quoc Tuan menyifatkan pemilihan Hamidin sangat tepat berdasarkan pengalaman dalam bola sepak.\"Hamidin mempunyai pengalaman dalam bola sepak dan banyak menyumbang kepada bola Sepak Malaysia selain di AFC.\"Kemenangan Hamidin juga bukan sahaja penting untuk Malaysia tetapi juga untuk ASEAN. Ia menjadikan ASEAN lebih kuat kerana ada dua wakil dalam FIFA.\"Ia penting kerana wakil ASEAN boleh menyertai mesyuarat FIFA dan cuba untuk mencari penyelesaian untuk pembangunan bola sepak ASEAN,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 03:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243393/berita/sukan/hannah-puji-semangat-membara-azizulhasni", "article_title": "Hannah puji semangat membara Azizulhasni", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji semangat jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang yang mempunyai tekad besar untuk meraih kejayaan tertinggi di pentas antarabangsa.Beliau berkata, keazaman seperti itu perlu menjadi matlamat setiap atlet negara untuk berjaya dalam apa jua jenis sukan mereka ceburi.\u201cSejujurnya, pemikiran seperti ini yang diperlukan oleh setiap atlet untuk berjaya,\u201d tulis Hannah di Facebooknya pada Khamis.Hannah berkata, permulaan bagi setiap kejayaan adalah bermula pada diri atlet itu sendiri iaitu keinginan untuk melakukan yang terbaik dan melakar kecemerlangan dalam setiap kejohanan yang disertai.Sambil mengambil contoh Azizulhasni sebagai idola yang wajar dicontohi oleh atlet muda.\u201cAzizulhasni (Awang) sememangnya mempunyai keinginan untuk cemerlang. Ia bermula dengan keinginan untuk berjaya,\u201d katanya.Hannah (kanan) bersama Azizulhasni (tengah) pada majlis Anugerah Sukan Negara Selasa lalu. Foto FB Hannah YeohAzizulhasni yang dinobatkan sebagai Olahragawan buat kali kelima Selasa lalu sedia menggalas tanggungjawab bagi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik.Malah, dia yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersamanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama di pentas Olimpik Paris 2024.Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada Ogos 2021, Azizulhasni yang diletakkan sandaran untuk meraih emas, terpaksa berpuas hati dengan kejayaan membawa pulang perak dalam acara keirin.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 03:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243367/berita/sukan/jorginho-dedah-sebab-pilih-arsenal", "article_title": "Jorginho dedah sebab pilih Arsenal", "article_text": "PENERAJU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal teruja dengan kehadiran Jorginho pada hari terakhir jendela perpindahan pemain lalu.Buat julung kalinya pemain berusia 31 tahun itu bertemu dengan pengurus The Gunners, Mikel Arteta dalam suasana ceria.Arsenal memuat naik rakaman pertemuan Jorginho yang disambut mesra Arteta sambil berkata.\u201cSelamat datang kawan. Awak gembira?\u201dPemain tengah yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Kejohanan Eropah itu membalas;\u201cSaya tak sabar untuk bermula.\u201dSelepas Arsenal mengumumkan pembelian tersebut, Jorginho memberitahu bahawa Arteta merupakan watak penting membawanya ke Emirates.\u201cArteta mempunyai pengaruh yang kuat. Dia pernah cuba beberapa kali untuk mendapatkan saya sebelum ini, namun ia tidak berlaku atas sebab tertenu.\u201cBukan kerana saya tidak mahu. Jadi sudah tentu, dia memberikan pengaruh besar,\u201d ujar Jorginho.Bekas pemain Chelsea itu secara jujur mengakui sudah tidak sabar untuk turun beraksi.\u201cSemuanya berlaku dengan pantas. Masih terkejut, tapi saya ambil peluang untuk cabaran menakjubkan ini.\u201cIa jersi yang penting. Ia kelab yang menakjubkan. Kelab yang besar. Saya sangat teruja dan gembira berada di sini,\u201d kata Jorginho", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 01:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243353/berita/sukan/impak-segera-cancelo-di-bayern", "article_title": "Impak segera Cancelo di Bayern", "article_text": "PEMAIN baharu, Joao Cancelo memberi impak segera apabila membantu Bayern Munich membelasah Mainz 4-0 dalam saingan Piala Jerman pada Khamis.Canselo terus disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas berhijrah dari Manchester City pada hari terakhir jendela perpindahan lalu.Kualiti permainan yang dipamerkan pemain Portugal itu mendapat pujian rakan sepasukan Joshua Kimmich yang menganggapnya 'serasi' dengan juara Jerman itu.Beraksi di posisi pertahanan, Cancelo membuat bantuan jaringan untuk Eric Maxim Choupo-Moting meledak gol pertama pada minit ke-17.Pemain berusia 29 tahun itu juga dilihat berbahaya di bahagian sayap kanan.Kimmich mengalu-alukan rakan sepasukan barunya itu, dengan berkata Cancelo 'amat' sesuai dengan juara Jerman itu.\u201cDia ada kualiti menakjubkan - anda boleh lihat kualiti dibawanya ke padang. Saya harap kami akan gembira bersamanya,\u201d katanya.Penyerang muda Bayern, Jamal Musiala turut senada dengan Kimmich.\u201cSemua orang boleh melihat kualiti dimiliki Cancelo. Dia seorang pemain yang memiliki teknik hebat,\u201d ujar Musiala yang meledak gol kedua pada minit ke-30.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Leroy Sane dan Alphonso Davies.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 12:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243346/berita/sukan/kecederaan-mbappe-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Kecederaan Mbappe cetus tanda tanya", "article_text": "KEMENANGAN Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Montpellier 3-1 dalam saingan Ligue 1 pada Khamis terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila penyerang sensasi, Kylian Mbappe mengalami kecederaan.Situasi itu mencetuskan tanda tanya jurulatihnya, Christophe Galtier menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich 15 Februari ini.\u201cSaya tidak terlalu bimbang. Dengan jumlah perlawanan yang perlu kami perlu lalui saya tidak mahu mengambil risiko tetapi ia tidak kelihatan begitu serius,\u201d katanya.Mbappe dilihat berjalan terhincut-hincut dipercayai mengalami kecederaan hamstring pada pertengahan separuh masa pertama,Sebelum itu pada minit kelapan dia mengambil sepakan penalti, namun diselamatkan oleh penjaga gol Montpellier, Benjamin Lecomte.Percubaan kali kedua pemain Perancis itu turut digagalkan selepas pengadil mengarahkan sepakan semula.Galtier merasakan kecederaan itu disebabkan oleh hentakan dan bukannya masalah otot.\u201cDia mendapat hentakan di belakang lutut atau belakang paha. Jadi kita akan lihat perkembangannya,\u201d kata Galtier.PSG akan melayan kunjungan Bayern di Paris pertengahan bulan ini sebelum aksi perlawanan kedua di Jerman pada 9 Mac.Mereka terdesak untuk mengelak pengulangan musim lalu apabila tersingkir pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara ketika berdepan Real Madrid.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 12:08pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243330/berita/sukan/chelsea-perlukan-saya", "article_title": "'Chelsea perlukan saya'", "article_text": "THIAGO Silva menjangkakan untuk menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea dalam masa terdekat.Pemain pertahanan tengah itu telah menjadi pemain utama The Blues sejak menyertai pasukan itu pada Ogos 2020 susulan kontraknya yang tamat bersama Paris Saint-Germain.Silva menandatangani perjanjian awal setahun dengan kelab itu dan membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara pada kempen 2020-21 sebelum menandatangani kontrak lanjutan sehingga akhir musim ini.Dengan baki kontrak kurang daripada enam bulan, pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan pasukan mahu dia kekal di Stamford Bridge.\"Saya dan Chelsea bercakap mengenainya (kontrak). Semuanya mungkin akan berlaku dalam beberapa hari akan datang.\"Niat saya, dan juga kelab, adalah untuk kekal bersama,\" katanya.Silva percaya pengalaman luasnya di peringkat tertinggi bola sepak adalah aset penting untuk digunakan The Blues semasa dia masih di kelab itu.Chelsea juga telah membawa masuk pemain pertahanan tengah berusia 21 tahun, Benoit Badiashile dari Monaco.\"Saya tahu kelab memerlukan saya sekarang dan saya di sini untuk membantu, kerana mereka adalah pemain muda.\"Saya juga tahu dengan pengalaman saya, boleh membantu dalam proses membina semula kelab ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 10:15am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243329/berita/sukan/gakpo-perlukan-masa-sesuaikan-diri", "article_title": "Gakpo perlukan masa sesuaikan diri", "article_text": "CODY Gakpo akan tampil dengan aksi lebih baik untuk Liverpool apabila dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana Liga Perdana Inggeris (EPL), kata bekas pemain Belanda, Wesley Sneijder.Penyerang berusia 23 tahun itu telah membuat lima penampilan untuk The Reds sejak perpindahan pada Januari dari PSV, namun dilihat bergelut tanpa menjaringkan gol atau bantuan gol.Gakpo mencatat sembilan gol dan 12 bantuan gol dalam 14 perlawanan bersama kelab lamanya sebelum berpindah ke Anfield, namun setakat ini tidak dapat mengulangi prestasi itu di England.Sneijder percaya Gakpo adalah pemain hebat yang boleh membantu pasukan baharunya itu mengembalikan prestasi pasukan dalam saingan liga.\"Sudah tentu saya yakin dia boleh bertambah baik di Liverpool. Ia sentiasa sukar untuk menukar kelab pada musim ini terutama anda tidak mendapat masa untuk menyesuaikan diri.\"Biasanya apabila anda bermula dengan kelab baharu dalam pramusim, anda mempunyai tempoh yang lebih lama untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan juga dengan bola sepak Inggeris.\"Sekarang dia tiba dan dia perlu bermain terus dan menjadi sukar. Kita harus memberinya sedikit masa lagi kerana dia seorang pemain yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 09:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243328/berita/sukan/tak-bermakna-jika-tak-jadi-juara", "article_title": "'Tak bermakna jika tak jadi juara'", "article_text": "LUKE Shaw menegaskan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Liga tidak akan memberi makna kepada Manchester United jika mereka tidak memenangi trofi tersebut.Kemenangan 2-0 di Old Trafford pada Khamis menyaksikan United mara dengan agregat selesa 5-0 pada dua aksi separuh akhir menentang Nottingham Forest sekali gus menempah pertemuan dengan Newcastle United pada 26 Februari ini di Wembley.Kemenangan tersebut yang diperoleh hasil jaringan pada separuh masa kedua menerusi Anthony Martial dan Fred meneruskan kebangkitan United di bawah bimbingan Erik ten Hag.Ia memberi peluang kepada United untuk menamatkan kemarau trofi selepas enam tahun dengan kali terakhir mereka menjulang piala pada pada musim 2016-17.\"Tidak ada gunanya pergi ke final jika anda tidak memenanginya.\"Ia adalah peluang besar untuk kami, bermain dalam perlawanan besar, mengembalikan kelab ini ke tempat yang sepatutnya dan mencabar untuk memenangi trofi.\"Kami kini mempunyai satu perlawanan yang besar menentang Newcastle. Mereka adalah pasukan yang sangat bagus dan ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,\" katanya.Dalam pada itu, Bruno Fernandes, yang mengetuai United dan memainkan peranan penting dalam perlawanan kedua menentang Forest berharap untuk tampil lebih baik dalam perlawanan akhir.\"Sekarang kami mempunyai peluang lagi. Sebelum itu, terdapat banyak perlawanan yang akan datang, jadi kami perlu fokus pada itu.\"Saya sangat gembira dengan prestasi pasukan terutama untuk gol yang kami cipta. Kami mempunyai lebih banyak peluang dan kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi saya fikir mereka bertahan dengan sangat baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 09:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243316/berita/sukan/martial-fred-pacu-manchester-united-ke-final-piala-liga", "article_title": "Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga", "article_text": "GOL separuh masa kedua Anthony Martial dan Fred membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 ke atas Nottingham Forest di Stadium Old Trafford, sekali gus kemenangan agregat 5-0 bagi mengesahkan slot ke final Piala Liga.Babak pertama menyaksikan pemain baharu yang direkrut pada perpindahan pemain Januari, Wout Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.Pengendali United, Erik ten Hag kemudiannya memasukan penjaring sensasi The Red Devils, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Martial pada separuh masa kedua untuk memberi tekanan kepada pelawat.Hasil percaturan itu menyaksikan penyerang Perancis tersebut berjaya menjaringkan gol pendahuluan Manchester United pada minit ke-73.Pemain Brazil, Fred kemudiannya tiga minit selepas itu mematikan kebangkitan pelawat dengan gol kemenangan bagi mengesahkan slot perlawanan akhir berdepan Newcastle United pada 26 Februari ini.Kemenangan ke atas Forest itu juga menyaksikan skuad asuhan ten Hag melebarkan kemenangan di tempat sendiri kepada 12 perlawanan dalam semua pertandingan.Untuk rekod Manchester United merupakan pilihan ke perlawanan akhir selepas menang besar 3-0 ke atas Forest di Stadium City Ground pada 26 Januari lalu.Pada perlawanan timbal balik kedua ten Hag tetap menurunkan kesebelasan terkuat apabila hanya merehatkan penjaga gol David de Gea dan Rashford.Manchester United kini telah mara ke final Piala Liga buat kali ke-10.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 07:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243308/berita/sukan/misi-realisasi-emas-sulung-olimpik", "article_title": "Misi realisasi emas sulung Olimpik", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyahut cabaran dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kontinjen Malaysia membawa pulang emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib berkata, badan induk sukan negara itu telah melakukan persiapan rapi menerusi Program Gold Paris 2024 bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan misi merealisasikan emas pertama tersebut.\u201cYa... kita di MOM sahut cabaran itu kerana tahu tidak hanya kerajaan tetapi juga rakyat Malaysia mahu melihat kontinjen Sukan Olimpik negara meraih emas pertama di Paris 2024.\u201cSebenarnya persiapan Sukan Olimpik Paris 2024 ini telah pun kita buat awal menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024 yang dipengerusikan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.\u201cAlhamdulillah, kita dapat sokongan padu daripada persatuan sukan kebangsaan baik dari segi bantuan analisis termasuk psikologi.\u201cCumanya untuk masuk ke next level, kita memerlukan bajet lebih lebih tinggi bagi membolehkan para atlet yang memiliki prospek menghadirkan emas diberikan perhatian khusus dalam aspek latihan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Pada masa sama, Nazifuddin juga berharap kesemua atlet negara menyahut cabaran daripada pemimpin nombor satu negara itu.\u201cMOM dan persatuan sukan kebangsaan hanya mampu memberikan khidmat sokongan dari segi jurulatih, latihan dan analisis.\u201cNamun, semua akan kembali kepada para atlet kerana kita tidak boleh memaksa atlet memberikan keputusan terbaik tanpa kerja keras dan disiplin tinggi.\u201cBagi tahap Sukan Olimpik, kekuatan fizikal dan mental akan menjadi teras utama kepada atlet untuk memberikan sesuatu yang luar biasa dalam setiap persembahan mereka untuk mencipta kejayaan,\u201d ujarnya.Nazifuddin juga mengakui sandaran untuk merangkul emas pertama negara masih kepada dua acara sukan utama iaitu berbasikal trek dan badminton.Malah, beliau berkata, MOM telah memasuki fasa perbincangan dengan persatuan sukan kebangsaan yang berpeluang untuk menyertai temasya Olimpik di Paris nanti.\u201cKita mahu sukan yang berpeluang menyertai Paris 2024 kali ini diberikan sokongan dan perhatian yang khusus dalam menghasilkan pingat untuk negara.\u201cJadi saya senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya peruntukan untuk sukan dalam Bajet 2023 tidak dipotong dalam usaha menyediakan kontinjen terbaik di Paris,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243315/berita/sukan/raja-kazu-otai-masih-berbisa", "article_title": "'Raja Kazu' otai masih berbisa", "article_text": "KAZUYOSHI Miura meneruskan kerjaya profesionalnya di Portugal pada usia 55 tahun selepas bekas penyerang Jepun itu menyertai gergasi Divisyen Dua Oliveirense secara pinjaman daripada Yokohama FC, kata kelab Portugal tersebut.Miura, yang berusia 56 tahun bulan ini, akan memasuki musim ke-38 bola sepak profesionalnya, tempoh masa lebih lama daripada kebanyakan rakan sepasukannya yang masih hidup.Portugal akan menjadi negara keenam Miura yang digelar 'Raja Kazu' oleh peminat.Beliau bermain selepas memulakan pengembaraan bola sepak dunianya bersama sensasi Brazil, Santos pada 1986.Miura memulakan kerjayanya di luar negara apabila Jepun tidak mempunyai liga profesional ketika itu, sebelum bermain untuk kelab termasuk Verdy Kawasaki, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.\u201cWalaupun ini tempat baharu, saya akan bekerja keras untuk menunjukkan kepada semua jenis permainan yang saya kenali,\u201d kata Miura.Untuk rekod, Miura adalah pemain tertua yang menjaringkan gol dalam Liga Jepun (Liga-J), setelah menjaringkannya ketika menentang Thespakusatsu Gunma pada 2017.Miura bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992 dan merupakan penjaring kedua tertinggi sepanjang masa negara matahari terbit itu dengan 55 gol.Perlawanan antarabangsa terakhirnya bersama Samurai Biru adalah pada tahun 2000.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 07:13am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243307/berita/sukan/azizulhasni-tekad-bawa-pulang-emas-olimpik", "article_title": "Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik", "article_text": "JAGUH berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang sedia menggalas tanggungjawab bagi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas sulung Sukan Olimpik.Malah, Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama di pentas Olimpik Paris 2024.\u201cSaya sahut cabaran dan tanggungjawab berkenaan (memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024) memandangkan saya antara atlet paling senior.\u201cNamun, kita tidak boleh ghairah semata-mata meletakkan harapan kepada saya sahaja. Sudah tiba masanya kita juga perlu meletakkan harapan kepada pelumba atau atlet muda daripada sukan lain.\u201cSaya harap dengan adanya semua atlet ini, kita dapat merealisasikan impian berkenaan,\u201d katanya ketika sidang akhbar selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Bukit Jalil pada Selasa.Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pada Ogos 2021, Azizulhasni yang diletakkan sandaran untuk meraih emas, terpaksa berpuas hati dengan kejayaan membawa pulang perak dalam acara keirin.Pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni yang terkenal dengan panggilan The Pocket Rocketman menyambar pingat gangsa dalam acara kegemarannya itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243303/berita/sukan/arab-saudi-bakal-anjur-piala-asia-2027", "article_title": "Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027", "article_text": "ARAB Saudi bakal menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Asia buat julung kali bagi negara itu pada 2027.Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, dengan rekod tiga kali memenangi Piala Asia (1984, 1988 dan 1996) daripada enam kali memasuki final serta enam kali mewakili Asia dalam Piala Dunia, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut yang diasaskan pada 1956.Hasrat Arab Saudi untuk menganjurkan pertandingan itu akhirnya tercapai selepas 43 daripada 46 negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menghadiri Kongres AFC ke-33 di Pusat Konvensyen Gulf, di sini, pada Rabu, mengundi hak penganjuran diberikan kepada monarki itu.Turkmenistan dan Palestin bagaimanapun tidak mengundi.\"Kami teruja untuk bekerjasama dengan SAFF (Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi) dan Kerajaan Arab Saudi dalam menganjurkan Piala Asia AFC yang akan diingati oleh peminat dan pemain pada 2027,\u201d kata Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.Sebelum ini Arab Saudi turut mendapat hak penganjuran Sukan Asia 2034 di Riyadh dan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.Sementara itu Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi Putera Abdulaziz Turki Al Faisal Al Saud berkata: \"Ia satu penghormatan dipilih untuk menganjurkan Piala Asia dan ini adalah saat yang bersejarah dan hebat untuk bola sepak Arab Saudi.\"Pengalaman yang kami ada dalam menganjurkan acara sukan dan hiburan besar bermakna kami bersedia untuk memberikan yang terbaik.\u201dArab Saudi merupakan satu-satunya negara menawarkan diri untuk menganjurkan edisi 2027 itu setelah empat negara lain iaitu Uzbekistan, Iran dan India menarik diri, manakala Qatar jatuh kelayakan setelah meraih hak penganjuran bagi edisi tahun ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 10:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243299/berita/sukan/tze-yong-june-wei-lepasi-pusingan-pertama-masters-thailand", "article_title": "Tze Yong, June Wei lepasi pusingan pertama Masters Thailand", "article_text": "PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan pertama kejohanan badminton Masters Thailand berlangsung di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.Pemain berusia 22 tahun itu memerlukan 40 minit sebelum berjaya mengenepikan wakil Brazil Ygor Coelho 21-19, 21-10 untuk berdepan pemain Korea Selatan Heo Kwang Hee pada pusingan kedua esok.Pemain profesional negara, Cheam June Wei turut mara ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan 21-18, 21-17 ke atas wakil tuan rumah Kantaphon Wangcharoen.June Wei bakal berdepan cabaran sengit Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, esok.Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara Soong Joon Ven pula terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Hong Kong Chan Yin Chak 21-16, 23-25, 22-20.Sementara itu, beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya mengambil masa 20 minit untuk menundukkan lawan mereka dari Israel Misha Zilberman-Svetlana Zilberman 21-19, 21-14 manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See pula mengenepikan wakil Taiwan Chang Ko Chi-Lee Cheh Chin 18-21, 21-19, 21-15.Soon Huat-Shevon dijadual berdepan sama ada wakil Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito atau pasangan China Cheng Xing-Chen Fang Hui manakala Peng Soon-Yee See pula akan berdepan gandingan Indonesia Amri Syahnawi-Winny Oktavina di pusingan kedua.Beregu lelaki negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong meneruskan rentak cemerlang mereka menundukkan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi dari Indonesia 27-25, 21-16 untuk berdepan satu lagi wakil Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.Pemain perseorangan wanita, S Kisona bagaimanapun gagal ke pusingan kedua selepas tunduk kepada wakil Thailand Pornpicha Choeikeewong 21-19, 15-21, 21-12. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 10:04pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243292/berita/sukan/siti-safiyah-intai-kedudukan-podium-di-kuwait", "article_title": "Siti Safiyah intai kedudukan podium di Kuwait", "article_text": "ATLET boling wanita kebangsaan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengimpikan mengakhiri saingan di kedudukan podium pada Kejohanan IBF (International Bowling Federation) World Combined Championships di Kuwait, Oktober ini.Tanpa menyatakan warna pingat, Siti Safiyah berkata kejayaan meraih Pasukan Wanita Kebangsaan 2021 pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 bersama rakan sepasukannya semalam, menyuntik motivasi baginya mengharumkan negara dalam pertandingan di Kuwait yang dianggap terbesar baginya tahun ini.Beliau berkongsi anugerah bersama tiga lagi pemain boling iaitu Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik dan Nur Syazwani Sahar pada ASN 2021 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini.Selain aksi di Kuwait, pemain boling berusia 32 tahun itu juga memaklumkan bakal menyertai beberapa pertandingan antaranya Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia pada 1 hingga 7 Mei nanti diikuti Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 (3 hingga 10 Jun) dan Terbuka Antarabangsa Thailand (26 hingga 29 Julai).Dalam pada itu, Siti Safiyah menyifatkan kejayaan merangkul perak bersama rakan sepasukannya bagi acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2021 adalah pencapaian terbesar memandangkan ia pertandingan pertama disertai mereka selepas hampir dua tahun gara-gara pandemik Covid-19.\"Kami amat bersyukur atas anugerah ini. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara kerana menganjurkan serta mencalonkan kami pada ASN 2021,\" katanya selepas majlis anugerah tersebut.Walaupun mengakui agak terkesan dengan persaraan nama besar seperti Shalin Zulkifli pada 2021, Natasha pula optimis barisan muka baharu dalam skuad kebangsaan mampu mencapai tahap permainan seperti bekas jaguh boling kebangsaan tersebut.\u201cHarap dengan latihan serta pergi kejohanan sekali akan rapatkan hubungan dan boleh menang banyak macam mana senior-senior dahulu menang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 08:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243291/berita/sukan/impian-sze-fei-ke-olimpik-belum-padam", "article_title": "Impian Sze Fei ke Olimpik belum padam", "article_text": "BERPISAH dengan gandingan sedia ada bukan satu pengakhiran buat pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei, malah ia tidak sedikitpun meranapkan impiannya untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik.Susulan keputusan untuk memisahkan beliau daripada pasangannya Nur Izzuddin Rumsani yang dibuat baru-baru ini, Sze Fei terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, namun semangatnya tidak terjejas.Walaupun masih belum mengetahui pasangan baharunya, pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau masih berpeluang untuk beraksi di temasya sukan terbesar berkenaan pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.\"Ya (bermain di Sukan Olimpik 2028) tapi perlu berbincang dengan jurulatih dahulu mengenai siapa akan jadi gandingan saya,\" katanya kepada pemberita pada Rabu.Ditanya mengenai pemain yang sesuai bergandingan, Sze Fei yang sering beraksi di bahagian hadapan berharap mendapat pasangan yang boleh bermain dan melakukan serangan daripada belakang.Sze Fei berkata, dia sedia memikul tanggungjawab untuk membantu dan membimbing pemain muda mencapai tahap terbaik mereka sekiranya pasukan kejurulatihan memutuskan untuk bekerjasama tidak lama lagi.Bagaimanapun, juara Terbuka Jerman 2022 itu berharap dapat berkongsi impian sama dengan pasangan baharunya nanti dalam mencipta kejayaan cemerlang termasuk memenangi kejohanan pada masa akan datang.Buat masa ini, jurulatih beregu lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Bin Shen berkata, pasukan kejurulatihan masih berbincang sebelum memutuskan pasangan baharu buat Sze Fei dan Nur Izzuddin, yang akan diumumkan sendiri Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky tidak lama lagi.\u201cSze Fei sering bermain di bahagian hadapan gelanggang manakala Nur Izzuddin lebih kepada serangan, jadi kita perlu mencari pemain yang mempunyai corak permainan lebih kurang sama, baru kita boleh gandingkan mereka,\u201dkatanya.Bagaimanapun, Bin Shen enggan mengulas sama ada akan berlaku perpisahan beregu membabitkan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri, untuk digandingkan dengan Sze Fei dan Nur Izzuddin.\u201cSeperti yang saya katakan, semuanya masih dalam perbincangan sebab apabila kita sudah pisahkan, kita perlu fikirkan banyak perkara mengenai gandingan mereka dan semuanya, dan kita masih belum mendapat keputusan muktamad,\u201d katanya.Sementara itu, Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Dr Tim Jones mengakui bahawa mereka perlu berhati-hati dalam mencari pasangan baharu untuk Sze Fei dan Nur Izzuddin kerana tidak boleh sebarangan memilih pasangan buat kedua-dua pemain terbabit dan berharap jurulatih akan mendapat formula terbaik untuk pemain terbabit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 08:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243282/berita/sukan/prestasi-zii-jia-jun-hao-tak-jejas-misi-malaysia", "article_title": "Prestasi Zii Jia, Jun Hao tak jejas misi Malaysia", "article_text": "PRESTASI 'turun naik' dua pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tidak akan menjejaskan misi Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023.Malah, Pengarah Prestasi Tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones mengakui tidak bimbang kemelut prestasi melanda kedua-dua pemain itu.Sebaliknya, Jones percaya kedua-dua pemain berstatus senior itu mampu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam membantu pasukan negara merealisasikan sasaran di kejohanan berkenaan.\u201cSejujurnya saya rasa sedikit malang buat Jun Hao selepas keputusan yang diraihnya semalam. Namun saya fikir keputusan buruk diraihnya mampu menyuntik semula semangatnya sama seperti yang berlaku kepada Aaron-Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah.\u201cBegitu juga dengan situasi yang menimpa Zii Jia, walaupun prestasinya tidak konsisten dalam aksi perlawanan awal tahun ini, namun kami yakin dia akan kembali berada pada tahap terbaik pada kejohanan itu,\u201d katanya ketika ditemui di ABM pada Rabu.Selain Zii Jia dan Jun Hao, Malaysia bakal diwakili Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron-Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki); Pearly-Thinaah dan Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).Pada BAMTC 2023 yang bakal berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan UAE.Bagi edisi kali ini, Malaysia belum pernah mara sehingga peringkat separuh akhir mengintai peluang menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik untuk slot automatik ke Piala Sudirman di Suzhou, China pada Mei depan.\u201cKami menyasarkan mara ke separuh akhir kerana mahu layak secara merit (ke Piala Sudirman). Jadi kami tidak mahu menunggu saat akhir yang terpaksa mengikut kedudukan ranking untuk layak,\u201d ujar Jones.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 06:54pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243270/berita/sukan/hamidin-dipilih-ahli-majlis-fifa", "article_title": "Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.Beliau disahkan terpilih memegang jawatan tersebut dalam Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang berlangsung di Bahrain, pada Rabu.Selain Hamidin, Kohzo Tashima dari Jepun, Mariano Areneta Jr. (Filipina), Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani (Qatar) dan Yasser H. Almisehal (Arab Saudi) turut mengisi baki empat jawatan tersebut.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil Malaysia pertama dalam Majlis FIFA susulan kemenangan baginda pada Kongres 2015, manakala Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pernah berkhidmat sebagai naib presiden FIFA dari 1982 hingga 1990.Sementara itu, Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa mengekalkan jawatan tertinggi berkenaan tanpa bertanding bagi tempoh empat tahun lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 06:12pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243245/berita/sukan/kelantan-united-fc-teruskan-rentak-positif", "article_title": "Kelantan United FC teruskan rentak positif", "article_text": "PENGENDALI Kelantan United FC, Tomas Trucha memuji barisan pemainnya selepas berjaya mengikat Kuala Lumpur (KL) City FC 0-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Selasa.Menurutnya, ia satu keputusan yang baik buat pasukan pantai timur itu dalam usaha memperkemaskan rentak pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M).\"Menentang kelab yang dibina dengan teratur seperti KL City FC membolehkan saya melihat bagaimana pemain menyesuaikan diri dengan latihan taktikal.\"Saya juga dapat melihat tahap kecergasan pemain dan mengetahui dengan jelas di mana aspek yang perlu mereka pertingkatkan,\" katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Kelantan United FC pada Rabu.Kemenangan itu meneruskan rentak positif Kelantan United FC selepas satu keputusan seri dan tewas menentang Terengganu FC selain mencatatkan kemenangan ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu.Trucha berkata, pemain telah menunjukkan kerja berpasukan, sikap dan disiplin yang amat baik terutama dalam dua perlawanan terakhir.\"Bagaimanapun, semua itu masih perlu dipertimbangkan bahawa perlawanan itu adalah sebahagian daripada aksi pra musim.\"Masih banyak perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian ofensif permainan. Saya mahu lebih penguasaan pada bola, lebih banyak hantaran ke kawasan jaringan seterusnya percubaan yang mampu menambah peluang untuk menjaringkan gol,\" katanya.Aksi seterusnya, Kelantan United FC akan berdepan PDRM FC di Stadium Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 04:38pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243208/berita/sukan/astro-rtm-penyiar-rasmi-liga-malaysia", "article_title": "Astro, RTM penyiar rasmi Liga Malaysia", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan stesen televisyen Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga-M 2023 yang akan bermula 24 Februari depan dengan aksi pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.\"Saya percaya, dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air.\"Ia juga dapat meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia yang akhirnya akan memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Semua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.Manakala, RTM pula akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 merangkumi beberapa saingan termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam melihat gandingan Astro dan RTM selaku rakan penyiar Liga-M musim ini bakal memenuhi kehendak peminat-peminat tempatan yang mahukan satu liputan menyeluruh dan menarik.\"MFL percaya dua rakan penyiar ini berkongsi objektif dan fokus mengenai kandungan yang penting jadi kami telah menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama dan impak Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi.\"Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Astro dan RTM dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua peminat-peminat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 12:53pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243199/berita/sukan/bayern-pinjam-cancelo-dari-city", "article_title": "Bayern pinjam Cancelo dari City", "article_text": "PENYANDANG juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich telah menandatangani bek sayap, Joao Cancelo dengan perjanjian pinjaman daripada Manchester City bagi baki saingan musim ini dengan pilihan untuk membeli pemain Portugal itu.Ketibaannya melengkapkan trio pemain musim sejuk untuk Bayern yang akan menentang Paris St Germain (PSG) dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dalam masa dua minggu selepas penjaga gol, Yann Sommer dan pertahanan, Daley Blind.Menurut pengurusan Bayern keputusan membawa masuk beberapa pemain itu adalah untuk menggantikan penjaga gol Manuel Neuer yang cedera dan pemain pertahanan Lucas Hernandez dan Noussair Mazraoui.Cancelo membuat 16 permulaan liga untuk City musim ini tetapi tidak bermain untuk kelab itu sejak kekalahan derbi mereka kepada Manchester United awal bulan ini selepas terlepas tiga perlawanan terakhir.Dia hanya memulakan tiga daripada 10 perlawanan selepas rehat Piala Dunia setelah posisinya diganti Nathan Ake manakala Rico Lewis yang berusia 18 tahun turut menjadi pemain pilihan Pep Guardiola musim ini.\u201cKeputusan saya ada kaitan dengan masa bermain yang sedikit sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terdapat spekulasi bahawa hubungan saya dengan (jurulatih Manchester City) Pep (Guardiola) bukanlah yang terbaik tetapi hakikatnya saya mahu bermain lebih banyak perlawanan.\u201cSaya mahu memulakan pengembaraan baharu ini secepat mungkin dan menikmati masa di City. Saya masih ada baki kontrak dengan kelab, jadi saya tidak lihat ini sebagai perlepasan terakhir.\"Tumpuan saya kini untuk fokus dalam masa lima bulan ini dan lihat apa yang berlaku selepas itu,\u201d kata Cancelo pada sidang akhbar.Cancelo sebelum ini memainkan peranan penting buat City sejak ketibaannya pada 2019 dengan meraih dua kejuaraan liga selain disenaraikan dalam Pasukan Terbaik Liga Perdana Inggeris dua musim lalu.Sementara itu, pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic menjelaskan pasukan berkemungkinan menandatangani Cancelo secara kekal pada musim panas.\u201cJoao adalah pemain yang kami fikirkan sejak sekian lama kerana kami sangat menghargai kualitinya. Dia adalah yang paling sesuai dalam sistem kami dengan gaya permainan menyerang, mentaliti dan pengalamannya yang sangat sesuai dalam pasukan.\u201cKami kini telah membawa masuk Sommer, Daley Blind dan Joao. Kami meliputi tiga posisi itu dan berharap untuk mempunyai kedalaman dalam skuad kami yang diperlukan untuk mencapai matlamat kami,\u201d katanya.Bayern mendahului Bundesliga, namun gagal melakarkan kemenangan sejak saingan dimulakan selepas Piala Dunia dengan melakarkan tiga keputusan seri dan pendahuluan liga ke atas Union Berlin telah dipotong kepada satu mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 12:27pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243182/berita/sukan/tmj-harap-lebih-banyak-stadium-canggih-dibina", "article_title": "TMJ harap lebih banyak stadium canggih dibina", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar lebih banyak stadium canggih dapat dibina di negara ini.Menurut Tunku Ismail, beliau melihat ia akan menjadi satu kebangaan untuk negara dalam industri bola sepak sekiranya lebih banyak stadium canggih dibangunkan.Tunku Ismail yang sebelum ini mempertikaikan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam turut mendoakan agar stadium itu siap dibina dan menjadi satu kenyataan.\"Walaubagaimanapun, saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu bakal menjadi kenyataan di mana perkara itu boleh dibanggakan rakyat Selangor.\"Kami di kelab bola sepak Johor Darul Ta\u2019zim pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut. Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan menjadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak,\" katanya dalam Instagram Story miliknya.Sebelum ini, beliau menyifatkan kos pembinaan stadium baharu Shah Alam yang menelan belanja RM787 juta sebagai tidak masuk akal.Beliau turut membuat perbandingan antara Stadium Shah Alam dan kos pembinaan Singapore Sport Hub yang jauh lebih tinggi walaupun dibina di atas tanah dengan kapasiti yang lebih kecil.Tunku Ismail berkata, kos pembinaan Singapore Sport Hub melibatkan kos SGD1.3 billion (RM4.2 billion), SGD68 juta (RM219 juta) bagi kos penyelenggaraan setahun dan dianggarkan sekitar SGD2.3 billion (RM7.4 billion) untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta (PPP) pada ogos 2022.\"Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan maintenance setinggi itu, bagaimana stadium mempunyai teknologi yang lebih canggih lagi murah.\"Ini adalah kos Singapore Sport Hub untuk saiz 35 hektar bayangkan kos untuk projek bersaiz 76 hektar.\"Kalau SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) terkial-kial nak maintain (selenggara), apatah lagi kerajaan negeri.\"Dengan nama ALLAH SWT, saya tak cemburu. Saya hanya mushkil dan juga tak suka rakyat diperbodohkan,\" ujarnya.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah Alam.Konsep Stadium baharu Shah Alam itu diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 10:20am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243180/berita/sukan/fernandez-pecah-rekod-pemain-termahal-epl", "article_title": "Fernandez pecah rekod pemain termahal EPL", "article_text": "CHELSEA telah menandatangani Enzo Fernandez dari Benfica selepas memenuhi klausa pelepasan pemain itu bernilai \u20ac120 juta (RM555 juta) pada Rabu.Perjanjian itu memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini sebanyak \u00a3100 juta (RM525 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa untuk mendapatkan Jack Grealish pada 2021.Fernandez dilaporkan akan menandatangani perjanjian sehingga 2031 dan menjadi pemain ketujuh yang menyertai Chelsea pada jendela perpindahan Januari selepas Benoit Badiashile, David Datro Fofana, Andrey Santos, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke dan Malo Gusto.Pengendali Benfica, Roger Schmidt sebelum ini tidak mahu melepaskan Fernandez, tetapi akan bersetuju jika ada kelab yang mampu membayar klausa pelepasan pemain itu.Fernandez berpindah dari kelab Argentina, River Plate ke Benfica pada 2022 dan telah bermain 29 kali dalam semua pertandingan selain menjaringkan empat gol dan mencipta tujuh bantuan gol.Dia juga mencipta sensasi untuk Argentina pada Piala Dunia 2022 di Qatar apabila dinobatkan sebagai pemain muda terbaik kejohanan itu.Perpindahan Fernandez menjadikan jumlah perbelanjaan Chelsea untuk membeli pemain sejak pengambilalihan oleh kumpulan pelaburan yang diketuai oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital tahun lalu kepada lebih daripada \u00a3500 juta (RM2.6 bilion).", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 09:56am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243175/berita/sukan/newcastle-tamat-kemarau-47-tahun-mara-ke-final", "article_title": "Newcastle tamat kemarau 47 tahun mara ke final", "article_text": "NEWCASTLE United menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Liga buat kali pertama selepas 47 tahun apabila mengatasi Southampton 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di St James Park pada Rabu.Kemenangan itu menyaksikan Newcastle mara ke pentas akhir dengan agregat 3-1 selepas memenangi perlawanan pertama 1-0 di laman lawan minggu lalu.Sean Longstaff mencetak gol pertama pada minit kelima dan ke-21 manakala Che Adams memberikan gol sagu hati kepada Southampton pada minit ke-29.\"Saya tidak pernah bermain dalam suasana seperti itu. Kami bermula dengan sangat baik menjaringkan dua gol yang bagus, biarkan mereka cuba untuk bangkit sedikit, tetapi kami gembira dapat mengatasinya.\"Ia adalah malam yang istimewa. Sudah lama kami tidak mengalami malam seperti ini dan ia yang sukar dipercayai,\" kata pemain pertahanan Newcastle, Dan Burns.Kemenangan yang diperolehi itu boleh dikatakan detik terbaik sejak Newcastle diambil alih oleh konsortium yang disokong Arab Saudi pada Oktober 2021.Mereka juga cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan ketiga dan mempunyai peluang untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.\"Sungguh menakjubkan apa yang boleh berlaku dalam setahun. Kami akan ketawakan anda jika anda berkata seperti ini 12 bulan lalu. Sangat istimewa apa yang kami sedang bina pada masa ini, \"kata Longstaff.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 09:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243173/berita/sukan/jorginho-tak-sabar-cetus-impak-untuk-arsenal", "article_title": "Jorginho tak sabar cetus impak untuk Arsenal", "article_text": "JORGINHO bakal menikmati peluang untuk bermain di bawah kendalian Mikel Arteta di Arsenal selepas perpindahan mengejut dari Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.Arsenal dilaporkan telah membayar \u00a312 juta (RM57.77 juta) kepada Chelsea untuk memuktamadkan perjanjian itu selepas gagal dalam percubaan mereka untuk membawa masuk Moises Caicedo dari Brighton dan Hove Albion.Pemain antarabangsa Itali itu memberikan pilihan untuk Arsenal di di bahagian tengah selepas kehilangan Mohamed Elneny akibat kecederaan lutut.Menurut Jorginho, Arteta merupakan pengaruh utama untuknya menyertai The Gunners.\"Arteta adalah pengaruh yang besar. Saya tahu dia beberapa kali cuba mendapatkan saya sebelum ini dan ia tidak berlaku atas sebab lain, bukan kerana kehendak saya.\"Jadi, sudah tentu dia merupakan pengaruh yang besar. Sekarang saya sangat teruja dengan cabaran baharu ini, dan saya tidak sabar untuk berada di atas padang,\" katanya.Jorginho mempunyai banyak pengalaman dan telah membuat lebih daripada 500 penampilan kelab dalam kerjayanya selain mewakili Itali sebanyak 46 kali.Minat Arsenal terhadap pemain tengah kelahiran Brazil itu hanya diketahui pada hari-hari terakhir jendela perpindahan dan dia menandatangani kontrak selama 18 bulan di Stadium Emirates.\"Semuanya berlaku begitu pantas. Saya agak terkejut, tetapi saya mengambil peluang dengan cabaran yang menakjubkan ini.\"Ia adalah kelab yang menakjubkan, yang besar, dan saya sangat teruja serta gembira berada di sini.\"Saya cuba membawa tenaga positif, kerja keras dan pengalaman saya untuk membantu pasukan. Itulah yang saya selalu bawa bersama saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 09:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243157/berita/sukan/macam-orang-buta-bersilat", "article_title": "\u2018Macam orang buta bersilat\u2019", "article_text": "PEMAIN perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, boleh diibaratkan seperti orang buta bersilat sekiranya mengekalkan pendirian untuk tidak mempunyai jurulatih selepas tampil hambar tiga aksi permulaan musim 2023.Malah menurut pemerhati sukan tanah air, Mohd Sadek Mustafa, sekiranya kemerosotan prestasi yang melanda Zii Jia dibiarkan berterusan, dibimbangi pemain nombor empat dunia tersebut akan terus tenggelam dalam kalangan pesaing lain.\u201cApa yang saya lihat pada ketika ini Zii Jia masih belum settle mindset kerana masih percaya dia pemain terhebat di Malaysia.\u201cTapi hakikatnya prestasi dia terus merudum dan apabila ada sindrom penafian itu menyebabkan dia sentiasa berada dalam zon selesa.\u201cBukan hendak beri tekanan sebaliknya Zii Jia perlu mengakui hakikat masa tidak menyebelahi dia walaupun merasakan dirinya muda, namun sebenarnya dia perlu segera matang seterusnya memperkemaskan semula misi dan objektifnya sebagai pemain professional sepenuh masa,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sukan Sinar pada Selasa melaporkan bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menasihati Zii Jia untuk segera mengambil jurulatih berikutan kemerosotan prestasi dalam tiga kejuaraan awal tahun ini.Sebelum itu bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika pemain tersebut memerlukan khidmatnya.Zii Jia memulakan kempen 2023 dengan rentak sumbang selepas kecundang pada pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Tambah Sadek lagi, pemain berusia 24 tahun itu tidak hanya memerlukan pasukan kejurulatihan, tetapi juga satu pasukan pengurusan yang akan dapat membantu mengembangkan kariernya pada masa depan.\u201cPendek kata, Zii Jia perlu mempunyai team management dan team latihan, ini bukan perkara yang mudah sebab itu kita dapat lihat bagaimana Viktor Axelsen sentiasa dahagakan kemenangan dalam setiap kejohanan supaya dapat menarik lebih banyak penaja bagi membolehkan dia berlatih dalam keadaan selesa.\u201cJadi untuk ini Zii Jia kena buat swot analysis dan smart analysis, bagi tempoh enam bulan setidak-tidaknya persediaan ke Sukan Olimpik 2024.\u201cPaling penting mereka ini perlu memiliki pengalaman dalam industri bagi membolehkan Zii Jia pergi lebih jauh untuk peringkat seterusnya.\u201cApabila bergerak secara professional ini antara cabaran perlu dihadapi Zii Jia, situasi ini amat berlainan jika dibandingkan semasa era Datuk Lee Chong Wei yang bernaung di bawah BAM,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Februari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243141/berita/sukan/mu-terpaksa-lupakan-eriksen-sehingga-lewat-april", "article_title": "MU terpaksa lupakan Eriksen sehingga lewat April", "article_text": "PEMAIN tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.\"Eriksen dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh panjang disebabkan kecederaan yang dialaminya ketika pasukan mengatasi Reading dalam kancah Piala FA pada Sabtu.\"Meskipun pemeriksaan masih diteruskan, penilaian awal menunjukkan Eriksen kemungkinan tidak akan dapat beraksi sehingga lewat April atau awal Mei.\"Bagaimanapun, masih ada harapan Christian Eriksen akan dapat beraksi pada hujung musim,\u201d menurut kelab itu,\u201d lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Manchester United.Eriksen, 30, sudah 31 kali diturunkan pada musim ini bersama MU dan menjaringkan dua gol selain melakukan sembilan gerakan membantu pemain lain pasukannya menjaringkan gol.Pemain antarabangsa Denmark itu tiba di Old Trafford pada Julai lalu.Beliau yang sebelum ini beraksi bersama Ajax, Tottenham Hotspur, Inter Milan dan Brentford, menandangani kontrak selama tiga tahun bersama MU bermula pada musim panas 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 09:43pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243140/berita/sukan/psg-tak-bawa-neymar-ke-montpellier", "article_title": "PSG tak bawa Neymar ke Montpellier", "article_text": "PENYANDANG juara Paris St Germain (PSG) dijangka bertandang ke Montpellier tanpa Neymar untuk perlawanan Ligue 1 Perancis, pada Khamis.Menurut kelab berpangkalan di Paris itu berkata, bintang Brazil itu mengalami keletihan otot.\u201cNeymar mengalami keletihan otot dan akan kekal dalam penjagaan hari ini,\u201d kata pendahulu Ligue 1 itu dalam satu kenyataan.PSG kini mempunyai 48 mata daripada 20 perlawanan mendahului RC Lens di tempat kedua dengan tiga mata.Anak buah Christophe Galtier mempunyai permulaan sederhana pada 2023.Tewas dua perlawanan terakhir di tempat lawan - Lens dan Stade Rennais sebelum diikat 1-1 di laman sendiri Stade de Reims pada Ahad.PSG akan melayan kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 15 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 09:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243138/berita/sukan/piala-mfl-platform-perkasa-skuad-bawah-23-tahun", "article_title": "Piala MFL platform perkasa skuad Bawah 23 tahun", "article_text": "UNDIAN Piala MFL memperlihatkan peluang seimbang buat 15 pasukan bagi mencipta sejarah menjadi pasukan pertama menjuarai pertandingan edisi sulung musim ini.Majlis undian disempurnakan Ketua Jurulatih Bawah 23 tahun negara, E Elavarasan dan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali.Kejohanan Piala MFL menjadi pertandingan terbaharu diperkenalkan MFL pada musim ini yang merupakan platform untuk skuad Bawah 23 tahun bagi setiap kelab yang bersaing di Liga Super selain pengenalan semula Challenge Cup yang kini dikenali MFL Challenge Cup.Dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, sebanyak 15 pasukan dari Liga Simpanan bawah 23 tahun bakal bersaing dalam memburu empat kedudukan teratas di peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan akhir.Sebanyak 8 pasukan telah diundi dalam Kumpulan A iaitu membabitkan Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Johor Darul Ta\u2019zim II, Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.Sementara Kumpulan B, sebanyak 7 pasukan dengan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC.Perlawanan pertama Piala MFL bakal bermula pada 2 dan 3 Mac dengan aksi terakhir peringkat kumpulan pada 23 dan 24 Julai.Semua perlawanan bakal dijalankan mengikut format liga dua pusingan yang membabitkan aksi di laman sendiri dan lawan.Sementara lapan pasukan yang mara ke pusingan akhir bakal mulakan saingan pada 1 Ogos dan akan beraksi mengikut format liga satu pusingan.Dua pasukan teratas bakal mara ke perlawanan akhir yang dijangka berlangsung pada 5 November.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 09:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243127/berita/sukan/skuad-berbasikal-mtb-tetap-rendah-diri-sukan-sea-2023", "article_title": "Skuad berbasikal MTB tetap rendah diri Sukan SEA 2023", "article_text": "SKUAD berbasikal MTB kebangsaan kekal merendah diri biarpun muncul antara sukan yang berjaya mencipta kejutan pada edisi lepas, apabila menyasarkan satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh, Mei depan,Pengurus pasukan, Mohd Saiful Abdul Jalil berkata, fokus mereka adalah mahu mengekalkan dominasi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.Katanya, skuad MTB kebangsaan juga mengintai peluang untuk membawa pulang dua gangsa dengan satu daripadanya disasar dalam acara baharu yang bakal dipertandingkan.\u201cBagi skuad MTB kita nak kekalkan satu emas dalam acara berganti-ganti dan dua gangsa dalam acara rentas desa lelaki ataupun wanita.\u201cDi Kemboja ada satu acara tambahan (iaitu) eliminator. Kita rancang untuk hantar enam atlet dalam acara itu dan cuba untuk dapatkan satu gangsa,\u201d katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Prapemilihan Temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja di Wisma OCM.Mohd Saiful berkata, skuad MTB kebangsaan mempunyai perancangan untuk menjalani latihan di Vietnam pada Mac ini sebagai persediaan menghadapi cabaran di Kemboja.Menyentuh mengenai pertandingan, beliau berkata setakat ini, pasukan bercadang untuk menghantar atlet menyertai kejohanan di Turkiye bulan depan dan Piala Thai pada Mac.Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada Wisma Putra dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kebenaran menyertai kejohanan di Turkiye.Sementara itu, beliau berkata, skuad MTB kebangsaan menghantar keseluruhan 11 nama atlet di bawah kategori A dan 23 bagi kategori B bagi Sukan SEA Kemboja, namun mengakui senarai itu boleh berubah mengikut situasi semasa.Sebagai rekod, pingat emas berganti-ganti rentas desa campuran merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu ialah perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.Kejayaan bersejarah itu hadir menerusi gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon selepas menewaskan pasukan tuan rumah dan Thailand untuk masing-masing meraih perak dan gangsa.Nur Assyira dan Natahsya masing-masing turut menghadiahkan kem MTB negara perak dan gangsa dalam acara rentas desa wanita di Hanoi.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 08:28pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243119/berita/sukan/saya-masih-dahaga-kejayaan---azizulhasni", "article_title": "'Saya masih dahaga kejayaan' - Azizulhasni", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memahat sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawan Kebangsaan buat kali kelima sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Selasa.Azizulhasni yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos 2021, mengetepikan empat calon lain - Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu badminton lelaki), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman atau Damok (permotoran dua roda).Kejayaan itu menyaksikan Azizulhasni yang terkenal dengan panggilan The Pocket Rocketman menyambar gelaran sama buat kali kelima dalam kariernya selepas turut muncul Olahragawan Kebangsaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.\"Hari ini saya berasa amat terharu kerana sekali lagi dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dapat memenangi gelaran ini buat kali kelima dalam karier saya.\"Saya ingin pastikan ini bukan kemenangan terakhir memandangkan saya akan bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024 nanti. Jadi saya masih dahagakan kejayaan untuk menaikkan martabat sukan negara,\" kata Azizulhasni.Azizulhasni kini muncul atlet paling banyak memenangi anugerah tersebut selepas menyamai rekod dua legenda badminton - Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei yang telah memenanginya sebanyak empat kali.Chong Wei pernah meraih anugerah Olahragawan Kebangsaan pada 2005, 2008, 2011 dan 2012, manakala Rashid pada 1990, 1991, 1992 dan 1996.Jaguh bina badan, Sazali Samad yang juga Mr Universe (juara dunia) 10 kali turut berada dalam kelas tersendiri apabila meraih gelaran pada 2000, 2006, 2013 dan 2014.Ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong turut menepati ramalan apabila meraih anugerah Olahragawati Kebangsaan bagi mengetepikan empat calon lain - Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) dan Nur Amisha Azrilrizal (muay thai).\"Saya rasa sangat gemuruh kerana ramai VIP (kenamaan) hadir di anugerah ini. Tapi saya rasa gembira dan juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana menganjurkan ASN 2021.\"Terima kasih juga kerana memberikan penghargaan Olahragawati 2021 kepada saya. Bukan mudah menjadi seorang atlet dan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,\" kata Pandelela.Antara pencapaian Pandelela sepanjang tahun 2021 adalah meraih pingat emas dalam acara 10 meter (m) individu pada Piala Dunia FINA di Tokyo selain penerjun berusia 29 tahun itu turut membuat penampilan keempat di pentas Olimpik Tokyo 2020.Pandelela sebelum ini pernah meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan pada 2011, 2012 dan 2015, manakala legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David masih memegang rekod terbanyak dengan 10 kali (1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2013 dan 2014).Jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin pula memenangi anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan bagi mengetepikan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Like Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).Atlet para renang, Brenda Anellia Larry merangkul gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, sekali gus mengetepikan dua lagi calon - Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal).Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.ASN yang diperkenalkan sejak tahun 1966 adalah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243117/berita/sukan/malaysia-mampu-pergi-jauh-badminton-berpasukan-asia", "article_title": "Malaysia mampu 'pergi jauh' Badminton Berpasukan Asia", "article_text": "MALAYSIA dilihat berpeluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir apabila diundi dalam Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia sama India, Kazakhstan dan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).Diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan, cabaran sengit skuad negara ialah India kerana mempunyai pemain dalam kelompok 10 terbaik bagi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan wanita.Malaysia menyandarkan harapan kepada Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao untuk cabaran perseorangan lelaki, manakala Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching menggalas tanggungjawab di bahagian perseorangan wanita.Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Manaiky berkata, para pemain akan dipersiapkan sebaik mungkin bagi menghadapi kejohanan tersebut.\u201cKami akan merencana (persiapan) Isnin depan. Kami bertolak pada jam 11 malamnya, jadi kami akan mengadakan kem persiapan pukul 11 pagi dan ia mendapat tindak balas positif.\u201cPada asalnya kami merencana untuk mengatur persiapan bermula esok (Rabu), namun Aaron (Chia)-(Soh) Wooi Yik terlepas sambutan Tahun Baharu Cina minggu lalu.\u201cJadi mereka akan menggunakan kesempatan untuk berehat pada minggu ini,\u201d ujar Rexy di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.Beregu lelaki pula menyaksikan Malaysia membariskan Aaron-Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, manakala beregu wanita pula terdiri daripada M. Thinaah-Pearly Tan serta Teoh Mei Xing-Go Pei Kee.\u201cKemungkinan untuk membentuk gandingan bidan terjun pasti ada. Kami kena tengok berdasarkan pihak lawan, situasi dan keadaannya.\u201cSaya akan mengadakan perbincangan dengan Rosman (Razak-jurulatih Ee Yi-Yew Sin),\u201d ujar Rexy.Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula melengkapkan senarai skuad negara bagi edisi kali ini yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dubai, UAE, dari 14 hingga 19 Februari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243104/berita/sukan/kbs-akan-minta-mof-lebih-banyak-insentif-cukai-untuk-penaja-sukan", "article_title": "KBS akan minta MOF lebih banyak insentif cukai untuk penaja sukan", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum pembentangan Bajet 2023, 24 Februari ini, dalam usaha berterusan mendapatkan lebih banyak insentif cukai untuk sektor korporat berhasrat menaja penganjuran acara sukan.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, walaupun setiap tahun tidak berjaya, pihaknya tidak berputus asa dalam memohon MOF untuk memberikan lebih banyak insentif cukai bagi penganjuran sukan.Katanya, industri sukan akan makin malap apabila peruntukan kerajaan semakin berkurangan, tiada pemberian insentif cukai untuk penaja korporat dan tiada galakan untuk penganjur mencari penaja sendiri.\"Industri sukan akan \u2018mati\u2019 kalau kita tidak buat sesuatu yang kritikal,\u201d katanya selepas sesi \u2018townhall\u2019 bersama industri sukan di Menara KBS, di sini, hari ini.Hannah secara peribadi percaya industri sukan sememangnya berpotensi untuk menjadi antara sektor menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Namun, katanya, masalah dihadapi ketika ini ialah sumbangan daripada industri sukan itu, misalnya, penganjuran kejohanan antarabangsa di negara ini dikategorikan di bawah sektor lain seperti pelancongan sekali gus menampakkan seolah-olah sukan tidak memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi.Menyedari situasi itu akan mendatangkan kerugian kepada industri sukan itu sendiri, Hannah berkata KBS sedang mengumpulkan data-data penting sebelum tindakan lanjut dibuat dalam usaha mengatasi perkara itu.\"Masalah kita ialah bila sektor industri sukan bantu pertumbuhan ekonomi, ia tak dikategorikan sebagai sukan...ada banyak (sumbangan daripada industri sukan) yang masuk dalam sektor ekonomi lain ataupun masuk di bawah pelancongan, jadi kita yang rugi.\"Jadi kita nak mengumpulkan dan melihat data dan berbincang dengan MOF,\u201d katanya.Beliau turut menyifatkan industri sukan ialah sektor yang akan terus berkembang dan versatil pada masa akan datang.Menurut Hannah, antara permasalahan lain dibangkitkan pada sesi townhall yang dihadiri 297 wakil industri sukan ialah berkaitan penganjuran sukan, skim insurans, hubungan khas dengan KBS dan pihak berkuasa tempatan (PBT), kadar lesen perkhidmatan dan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan.\"Pendekatan terhadap sukan mesti berubah dan kita perlu bermula dengan kerajaan terlebih dahulu...ramai katakan SOP (prosedur operasi standard) bersifat macam menghukum dan bukan promosikan sukan, jadi kami (KBS) nak lihat semula dan selidik dan perlukan kerjasama semua kementerian terlibat,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 06:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243096/berita/sukan/azizulhasni-pandelela-raih-olahragawan-olahragawati-kebangsaan", "article_title": "Azizulhasni, pandelela raih olahragawan, olahragawati kebangsaan", "article_text": "JAGUH berbasikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.Kejayaan diraih \u2018The Pocket Rocketman\u2019 pada majlis berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, sekali gus menyaksikannya muncul atlet lelaki paling banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.Pencapaian dilakar pelumba berusia 35 tahun itu mengatasi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek serta bekas jaguh bina badan negara Sazali Samad, yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.Mohd Azizulhasni mencatat kejayaan membanggakan pada 2021 selepas merangkul perak keirin lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menguasai acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria serta perak bagi keirin dalam Kejohanan Victoria 2021 di Australia.Bekas juara dunia itu mengetepikan saingan terdekat iaitu pemenang gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong pula kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan, yang juga gelaran keempat buatnya selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.Pandelela, yang pernah merangkul Olahragawati Kebangsaan pada 2011 dan 2012 selain muncul juara Piala Dunia 2021 acara 10 meter (m) individu platform di Jepun, menewaskan dua pemain skuasy, Rachel Arnold dan Aifa Azman, Meilaura Dora Jimmy (bina badan) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).Dalam pada itu, kejayaan muncul atlet powerlifting negara pertama merangkul emas di pentas Sukan Paralimpik selain memecahkan rekod temasya di Tokyo melayakkan pemegang rekod dunia Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 manakala perenang Brenda Anellia Larry diberikan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2021.Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.Walaupun gagal merangkul Olahragawan Kebangsaan, Aaron-Wooi Yik tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Pasukan Lelaki Kebangsaan 2021 manakala Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling muncul Pasukan Wanita Kebangsaan 2021.ASN 2021 turut mengiktiraf pencapaian jurulatih powerlifting, Jamil Adam dan jurulatih boling negara, Wendy Chai De-Choo yang masing-masing dianugerahkan Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan manakala Anugerah Tokoh Sukan pula diberikan kepada Datuk Norminshah Sabirin.Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.Berikut ialah senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021:Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)Olahragawati Kebangsaan - Datuk Pandelela Rinong (terjun)Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Brenda Anellia Larry (renang)Pasukan Lelaki Kebangsaan: Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)Pasukan Wanita Kebangsaan: Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar (boling)Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting)Jurulatih Wanita Kebangsaan - Wendy Chai De-Choo (boling)Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Norminshah SabirinAnugerah Kepimpinan Sukan - Huang Ying HowAnugerah Khas - Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh, Chan Foong Keong - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 05:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243092/berita/sukan/tiga-muka-baharu-mantapkan-lembaga-pengurusan-msn", "article_title": "Tiga muka baharu mantapkan Lembaga Pengurusan MSN", "article_text": "BAGI membarakan lagi program utama sukan Malaysia, Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) menambah ahli jawatankuasa baharu.Lembaga Pengurusan MSN menyenaraikan Datuk Subramaniam Raman Nair, Stuart Ramalingam dan Alan Ling sebagai tiga muka baharu ahli jawatankuasa berkenaan.Makluman mengenai perkara tersebut dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bermesyuarat untuk penggal ke-23 di Kuala Lumpur pada Selasa.\u201cSubramaniam mewakili Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Stuart berpengalaman luas dalam sektor industri sukan dan Alan Ling berpengetahuan dalam sektor perundangan serta pengurusan badan sukan,\" ujar kenyataan itu.KBS menyebut, mesyuarat tersebut turut membincangkan cadangan penambahbaikan program dan tadbir urus pengurusan MSN termasuk dalam aspek keberkesanan pengurusan kewangannya.\u201cSelain itu, inisiatif penjanaan pendapatan menerusi penajaan turut dibincangkan bagi program yang dikenal pasti khususnya bagi memastikan 'talent pipeline' yang lebih berkesan di peringkat pembangunan.\u201cMesyuarat turut diberikan laporan perkembangan beberapa program utama MSN seperti Program Gold Paris 2024 dan program-program lain yang dikendalikan oleh pengurusan MSN,\u201d kata KBS.Lembaga Pengurusan MSN dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, manakala ahlinya sebelum ini terdiri daripada Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Turut berada dalam lembaga tersebut ialah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Hamidah Naziadin, Idwan Ariff Abdul Rahman dan bekas perenang negara, Nurul Huda Abdullah.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 05:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243082/berita/sukan/mfl-perkenal-logo-baharu-trofi-liga-m", "article_title": "MFL perkenal logo baharu trofi Liga-M", "article_text": "BAHANG Liga Malaysia (Liga-M) kian dirasai apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan logo baharu bagi enam trofi yang menjadi rebutan kelab dan pasukan dalam saingan musim ini.Keenam-enam logo pertandingan di bawah kelolaan MFL itu ialah Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala MFL.\u201cLogo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga-M,\u201d ujar MFL dalam Facebook pada Selasa.Tirai Liga-M secara rasmi dibuka menerusi sepak mula Piala Sumbangsih yang menemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari.Liga-M pada musim ini turut melalui satu dimensi baharu apabila ia melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Langkah pembaharuan dilakukan MFL yang diyakini mampu memberikan dimensi baharu dalam kancah bola sepak negara.Sepak mula yang lebih awal itu memberikan kelebihan baharu dan 'new fan base' yang boleh diakses oleh semua kelab.Ia juga untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 05:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243062/berita/sukan/juara-ski-as-maut-dalam-runtuhan-salji-di-jepun", "article_title": "Juara ski AS maut dalam runtuhan salji di Jepun", "article_text": "DUNIA sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan salji di Jepun, menurut jurugambar Grant Gunderson.\"Semalam adalah mimpi ngeri terburuk saya,\" tulis Gunderson di Instagram pada Ahad.Gunderson, Smaine dan seorang lagi peluncur ski sedang menghabiskan hari terakhir mereka di Pusat Peranginan Ski Tsugaike Kogen.Bagaimanapun, Gunderson tidak menyertai aktiviti meluncur pada hari kejadian.Ketika kejadian, Smaine dikatakan melambung ke udara setinggi lebih 160 kaki (48 meter).Dalam pada itu, bapa kepada pemain ski berusia 31 tahun itu mengesahkan kepada NBC News bahawa anaknya yang memenangi Kejohanan Ski Dunia FIS di Austria pada 2015 - meninggal dunia dalam runtuhan salji, lapor Agensi Akhbar Jerman.Pada hari sebelumnya, Smaine menerusi hantaran di Instagram berkata salji yang luar biasa diikuti ribut tanpa henti dan suasana yang sangat menyeronokkan menjadi antara daya tarikan untuk pergi ke Jepun setiap kali tiba musim sejuk.Hantaran itu disertakan dengan video yang memaparkan Smaine sedang beraksi.Bagaimanapun, peluncur ketiga yang dikenal pasti sebagai Adam terselamat selepas tertimbus di bawah salji setinggi lima kaki selama 25 minit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 03:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243055/berita/sukan/eriksen-mungkin-terlepas-aksi-united-forest", "article_title": "Eriksen mungkin terlepas aksi United, Forest", "article_text": "PEMAIN sensasi Manchester United, Christian Eriksen mungkin terlepas aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Nottingham Forest di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.Eriksen mengalami kecederaan pergelangan kaki selepas dibentes Andy Carroll pada pusingan keempat Piala FA berdepan Reading, hujung minggu lalu.Perancang utama itu dilihat menggunakan topang ketika keluar dari stadium yang mencetuskan kebimbangan serius mengenai keadaannya.Kedua-dua pasukan itu akan berentap sekali lagi untuk memburu slot ke Wembley bulan depan dengan skuad Red Devils memiliki kelebihan tiga jaringan daripada aksi pertama.Eriksen adalah pemain utama skuad kendalian Erik Ten Hag dan bermain dalam hampir kesemua aksi sejak menyertai United sebagai ejen bebas pada musim panas lalu.Dalam pada itu tahap kecergasan Scott McTominay dan Luke Shaw turut diragui untuk pertembungan dengan Forest.Diogo Dalot dan Anthony Martial pula tidak dapat bermain kerana kecederaan manakala Donny van de Beek tidak akan beraksi sepanjang baki musim ini selepas menjalani pembedahan lutut.Jadon Sancho pula giat berusaha untuk mendapatkan kembali kecergasan selepas diketepikan selama tiga bulan.Berbekalkan kelebihan besar selepas perlawanan pertama, United mungkin akan menggilirkan kesebelasan utama dengan Harry Maguire yang digantung pada perlawanan pertama boleh diturunkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 03:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243026/berita/sukan/sukan-sea-pemilihan-atlet-angkat-berat-terhad", "article_title": "Sukan SEA: Pemilihan atlet angkat berat terhad", "article_text": "PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) berdepan pemilihan atlet yang agak terhad bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, pada 5 hingga 17 Mei depan.Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata, situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping yang melanda kedua-dua negeri tersebut tahun lepas.\u201cKami faham mereka masih ada masalah doping jadi kami ketepikan dahulu atlet dari dua negeri itu.\u201cSehingga kini Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) masih belum panggil untuk jatuhkan hukuman, jadi kami masih tidak mengetahui status atlet terlibat,\u201d katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur baru-baru ini.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat - dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone sebelum Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berlangsung pada 16 hingga 24 September 2022.Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.Pada Isnin, PABM meletakkan sasaran awal bagi atletnya untuk meraih pingat gangsa pada temasya di Phnom Penh menerusi dua badangnya, Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 12:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243024/berita/sukan/moyes-teruja-kembali-ke-old-trafford", "article_title": "Moyes teruja kembali ke Old Trafford", "article_text": "BAGAI sireh pulang ke gagang, bekas pengendali Manchester United, David Moyes teruja untuk kembali ke Old Trafford membawa pasukannya, West Ham United menentang The Red Devils hujung Februari ini.Dua jaringan Jarrod Bowen dan Michail Antonio membantu The Hammers menewaskan pasukan divisyen tiga, Derby County awal pagi Selasa sekali gus mara ke pusingan kelima Piala FA untuk membuat perhitungan dengan United.Bowen meletakkan West Ham di depan pada separuh masa pertama dan Antonio menggandakan kelebihan selepas rehat dalam saingan pusingan keempat itu.Moyes memasang impian besar dalam misi membantu West Ham pergi lebih jauh dalam kempen Piala FA apabila kali terakhir mara ke final pada 2006.Dalam aksi final itu, West Ham tewas kepada Liverpool pada penentuan penalti 3-1 setelah keputusan terikat 3-3 pada masa sebenar permainan.\u201cSaya tidak sabar menanti aksi ini. Ia perlawanan yang sangat bagus buat kami,\u201d kata Moyes.Ia akan menjadi kepulangan terbaharu Moyes ke United setelah dipecat pada 2014, selepas 10 bulan menggantikan Alex Ferguson.\u201cIni adalah perlawanan yang kami perlukan kerana kami ada pemain yang mahu beraksi di pentas besar.\u201cTiada apa yang lebih besar berbanding Old Trafford. Jadi saya katakan pada pemain, mari dan terima cabaran daripada mereka,\u201d katanya.Moyes melakukan enam pertukaran pemain selepas West Ham mengalahkan Everton 2-0 sembilan hari lalu.Mengelak kekalahan memalukan berdepan Derby adalah penting buat Moyes, namun kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi keutamaannya.West Ham ketika ini berada di tangga ke-16 EPL, satu mata di atas zon penyingkiran.\u201cIa adalah perlawanan yang sukar kerana Derby melalui 16 aksi tanpa kalah. Kami berjaya melakukan tugas yang profesional berdepan mereka,\u201d kata Moyes.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 12:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/243000/berita/sukan/saya-dipilih-menjulang-piala-dunia---messi", "article_title": "Saya dipilih menjulang Piala Dunia - Messi", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi mendedahkan rahsia kejayaannya membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis di pentas final di Qatar.Dalam satu wawancara radio, pemain berusia 35 tahun itu memberitahu, dia memenangi Piala Dunia kerana trofi emas berkilau tersebut memilihnya untuk menjulangnya.Messi menjadi inspirasi kepada negaranya memenangi Piala Dunia Qatar bulan apabila menjaringkan dua gol dan satu sepakan penalti ketika menyingkirkan juara bertahan, Perancis 4-2 selepas terikat 3-3 di final.\"Piala itu memanggil saya dan berkata; datang dan pegang saya. Sekarang anda boleh sentuh saya,\" kata Messi kepada stesen radio Argentina, Urbana Play.Beliau turut mengimbas suasana di Stadium Lusail, Doha yang menjadi venue final tersebut.\"Saya nampak ia berkilauan di stadium yang cantik itu dan saya tidak teragak-agak untuk menciumnya,\" katanya.Messi akhirnya menjulang Piala Dunia dalam penampilan kelima dan terakhirnya selepas kecundang kepada Jerman di final edisi 2014.Dia turut tewas tiga kali di final Copa America sebelum akhirnya menjulang trofi itu pada 2021.\"Selepas terlalu banyak kesakitan akibat tewas di final, Tuhan memberinya kepada saya,\" kata Messi mengenai Piala Dunia.Dia muncul kapten pertama Argentina sejak Diego Maradona pada 1986 yang menjulang trofi Piala Dunia.\"Saya gembira sekiranya Maradona yang menyerahkan piala itu kepada saya. Jadi dia dapat melihat Argentina muncul juara dunia,\" ujar Messi.Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu.\"Dari atas sana, dia memberikan saya kekuatan, begitu juga kepada ramai lagi orang yang mencintai saya,\" katanya.Peminat menjangka Messi akan bersara di pentas antarabangsa selepas kejayaan di Qatar itu, sebaliknya dia mahu terus bermain bersama rakan sepasukan dan turun ke padang sebagai juara dunia.Bagaimanapun, Messi mengakui kariernya hampir berakhir selepas dia merangkul trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali, 10 kali gelaran La Liga bersama Barcelona, satu trofi Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain.Messi turut mencipta rekod memenangi Ballon d'Or sebanyak tujuh kali.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 09:43am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242996/berita/sukan/valencia-gattuso-berpisah-cara-baik", "article_title": "Valencia, Gattuso berpisah cara baik", "article_text": "VALENCIA mengumumkan perpisahan bersama pengendali Gennaro Gattuso dengan persetujuan bersama selepas lebih tujuh bulan pelantikannya, kata kelab La Liga Sepanyol itu.Valencia berkata, selepas pertemuan panjang antara Gattuso dan pegawai kelab yang menghuni tangga ke-14 liga itu bersetuju untuk menamatkan kontrak Gattuso.Valencia berada di tangga ke-14 La Liga dengan 20 mata daripada 18 perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Real Valladolid pada Ahad.Situasi itu menyaksikan jagoan Sepanyol tersebut hanya satu mata di atas zon penyingkiran, setelah memenangi hanya lima perlawanan liga setakat musim ini.Gattuso yang berusia 45 tahun, dahulunya pemain tengah yang agresif dengan AC Milan dan Itali, juga pernah mengendalikan Milan dan Napoli, meninggalkan kelab Naples itu pada penghujung musim 2020-21.Dia membawa kelab itu menjuarai Coppa Italia pada 2020 tetapi terlepas peluang Liga Juara-Juara dengan satu mata dalam kempen terakhirnya.Gattuso menyertai Valencia dalam keadaan bergolak apabila para penyokong menuntut pelaburan daripada pemilik Peter Lim, yang membeli kelab itu pada 2014.Valencia sejak itu mempunyai beberapa jurulatih termasuk Nuno Espirito Santo, Gary Neville, Pako Ayestaran, Cesare Prandelli, Marcelino, Albert Celades, Javi Gracia dan Jose Bordalas.Voro Gonzalez, bekas pemain pertahanan dan jurulatih akademi kelab, akan mengambil alih sebagai pengurus sementara Valencia mencari pengganti baharu untuk kali ke lapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:54am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242995/berita/sukan/leeds-united-pinjam-arkitek-tengah-juventus", "article_title": "Leeds United pinjam 'arkitek tengah' Juventus", "article_text": "LEEDS United menandatangani pemain tengah Amerika Syarikat, Weston McKennie secara pinjaman sehingga akhir musim daripada Juventus, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Pemain berusia 24 tahun itu telah membuat hampir 100 penampilan untuk jagoan Serie A Itali tersebut sejak menyertai pada 2020, menjaringkan 13 gol dan memberikan lima bantuan.McKennie juga turut membantu The Old Lady yang berpangkalan di Turin itu merangkul kejuaraan Piala Super Itali 2020 dan Coppa Italia 2021.Dia mempunyai 41 caps untuk Amerika Syarikat dan membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu.Bekas pemain Schalke 04 itu akan menyertai rakan senegara, Tyler Adams dan Brenden Aaronson di Leeds, yang dibimbing oleh rakan senegaranya Jesse Marsch.Leeds juga menandatangani pemain pertahanan Max Wober dan penyerang Georginio Rutter pada jendela perpindahan Januari.Kelab itu berada di tangga ke-15 dalam kedudukan, hanya satu mata di atas zon penyingkiran akan mengunjungi Nottingham Forest di City Ground pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:38am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242985/berita/sukan/semangat-baharu", "article_title": "Semangat baharu", "article_text": "STADIUM baharu Shah Alam yang dijangka siap pada 2026 akan memberikan semangat baharu buat pasukan Selangor FC dalam usaha untuk kembali menjadi pasukan terunggul di negara ini.Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, pembangunan stadium baharu tersebut menjadi simbol progresif dan inovasi kepada pasukan tersebut.\u201cTerdapat lima perkara asas yang diberikan perhatian penuh apabila saya menyertai Selangor FC dan Selangor FA untuk memperbaiki prestasi pemain, jurulatih dan pengurusan.\u201cPembangunan infrastruktur juga amat penting khususnya bagi meningkatkan kualiti latihan pasukan dan saya melihat pembangunan stadium baharu ini akan menyatukan usaha tersebut.\u201cSaya berharap Stadium Shah Alam yang baharu ini pada masa hadapan akan menjadi simbol progresif dan inovasi, memberi semua yang terlibat hala tuju dan keazaman yang baharu serta membantu Selangor FC khususnya untuk fokus dan dahagakan kemenangan serta kejayaan.\u201cKita tidak boleh leka dan mesti mempunyai cita-cita yang tinggi,\u201d katanya dalam satu video dokumentari khas di Facebook Selangor FC.Konsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.Dalam pada itu, Tengku Amir juga menyifatkan pembangunan stadium baharu itu sesuatu yang menarik untuk memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong.\u201cJika kita lihat pada tahun 80-an, 90-an dan sekitar 2000, cara orang menggunakan stadium dah berubah. Kita mahu membangunkan sebuah stadium yang boleh dinikmati oleh penyokong.\u201cIa bukan sahaja semasa perlawanan 90 minit, tetapi juga semasa tempoh dua jam. Apabila sampai awal, apa penyokong boleh buat. Ada muzium, galeri, tempat makan dan tempat rehat.\u201cSudah pasti, ia bukan sahaja untuk bola sepak dan merangkumi pelbagai fungsi dan penggunaan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242984/berita/sukan/kita-masih-sayangkan-zii-jia", "article_title": "'Kita masih sayangkan Zii Jia'", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia perlu segera mendapatkan khidmat seorang jurulatih bagi mengembalikan semula prestasinya pada tahap terbaik selepas kemerosotan sejak kebelakangan ini.Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, individu itu tidak semestinya bekas pemain, namun paling penting mampu mengembalikan corak permainan jaguh berusia 24 tahun tersebut.\u201cRamai pihak termasuk bekas pemain begitu prihatin terhadap prestasi semasa yang sedang menimpa Zii Jia pada ketika ini, itu petanda positif bahawa kita masih sayangkan bakat Zii Jia.\u201cSejujurnya masalah utama Zii Jia sekarang adalah dia sememangnya amat memerlukan seorang jurulatih untuk meningkatkan semula prestasinya pada ketika ini.\u201cNamun pada saya, Zii Jia sebenarnya memerlukan jurulatih berpengalaman contoh seperti Kenneth Jonassen bagi memastikan kemerosotan prestasi ini tidak terus berlarutan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sukan Sinar pada Isnin melaporkan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Zii Jia jika perseorangan profesional negara itu memerlukan khidmatnya.Zii Jia sebelum ini memulakan kempen 2023 dengan rentak negatif selepas terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Sejurus tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023, Zii Jia kekal dengan pendiriannya untuk bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Pada masa sama, James juga mengakui bahawa untuk menjadi jurulatih terbaik tidak hanya berdasarkan pengalaman sebagai pemain sebelum ini.Sebaliknya tegas James, individu tersebut juga perlu memiliki ilmu bidang kejurulatihan yang merangkumi pelbagai aspek lain.\u201cPeranan jurulatih ini besar kesannya sebenarnya kerana dia akan tidak hanya mendidik dan menegur kesilapan pemainnya, tetapi juga aspek berkaitan psikologi.\u201cPada masa sama penting untuk pemain dilatih itu menerima corak latihan dan teguran diberikan selain jurulatih juga perlu peka dan mengetahui elemen yang diperlukan pemainnya.\u201cBekas pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini menyatakan kesediaan menjadi motivator tapi bukan jurulatih kepada Zii Jia, itu petanda positif sebab ramai pihak prihatin situasi yang berlaku terhadap pemain nombor satu negara itu pada ketika ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242994/berita/sukan/dyche-sandaran-everton-kekal-status-elit", "article_title": "Dyche sandaran Everton kekal status elit", "article_text": "KELAB Liga Perdana Inggeris, Everton menamatkan teka-teki pencarian pengendali baharu The Toffees menggantikan Frank Lampard apabila merekrut bekas pengurus Burnley, Sean Dyche dengan kontrak dua setengah tahun sehingga Jun 2025.Pengurus berusia 51 tahun itu menggantikan Lampard, yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk apabila menjerumuskan pasukan Merseyside tersebut ke zon penyingkiran.\"Adalah satu penghormatan untuk menjadi pengurus Everton. Saya dan kakitangan bersedia serta tidak sabar-sabar untuk membantu mengembalikan kelab hebat ini ke landasan yang betul.\"Saya tahu tentang peminat setia Everton dan betapa berharganya kelab ini kepada mereka. Kami bersedia untuk bekerja dan memberikan apa yang mereka mahukan.\"Itu bermula dengan usaha dan kembali kepada beberapa prinsip asas yang telah dipegang oleh kelab bola sepak Everton sejak sekian lama,\" kata Dyche dalam satu kenyataan.Lampard dilantik pada Januari 2022 selepas menguruskan bekas kelabnya Chelsea dan Derby County.Everton bergelut di bawah bekas pemain England itu, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace 3-0 di Goodison Park pada Oktober lalu.Perlawanan terakhir Lampard sebagai pengurus ialah ketika kekalahan 0-2 kepada West Ham United dalam perlawanan liga hujung minggu lalu yang mengekalkan Everton di tangga kedua tercorot dengan 15 mata selepas 20 perlawanan, di atas Southampton dengan perbezaan gol dan dua mata di belakang zon keselamatan.Dyche sebelum ini menganggur sejak April lalu apabila dia dipecat oleh Burnley, di mana dia mengubah nasib kelab Lancashire itu selama hampir 10 tahun mengendalikannya.Dia juga merupakan pengurus saingan tertinggi Inggeris yang paling lama berkhidmat apabila dia dilepaskan daripada tugasnya ketika Burnley menuju ke penyingkiran musim lalu.Semasa tempoh Dyche, Burnley dinaikkan dua kali daripada Liga Kejuaraan, mencapai dua penamat Liga Perdana Inggeris separuh teratas dan layak ke Eropah buat kali pertama dalam 51 tahun.Dyche sebelum ini juga pernah melatih Watford selama satu musim pada 2011-12 sebelum menyertai Burnley.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Januari 2023 06:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242979/berita/sukan/skuad-hoki-remaja-menang-lima-aksi-persahabatan-di-perth", "article_title": "Skuad hoki remaja menang lima aksi persahabatan di Perth", "article_text": "SKUAD Projek Khas Lelaki Kebangsaan menamatkan siri jelajah selama dua minggu di Perth, Australia dengan rekod memberangsangkan, apabila memenangi lima daripada keseluruhan enam perlawanan persahabatan.Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Universiti Curtin pada Isnin, skuad remaja negara bimbingan Ketua Jurulatih, Muhamad Amin Rahim terlepas peluang membawa pulang rekod bersih selepas terikat 2-2 ketika berhadapan Western Australian Institute of Sport (WAIS) Bawah 21 Tahun (B-21).Keputusan itu menyaksikan WAIS akhirnya berjaya mengikat anak buah Muhamad Amin pada percubaan keenam, selepas pasukan negara menang dalam lima perlawanan sebelum itu.Skuad projek khas itu dijadual pulang ke Malaysia esok, bagi membuat persediaan bagi menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang akan membuka tirai pada 9 Februari ini.Mereka juga bakal menyertai beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Piala Asia Remaja yang tarikh dan venue masih belum dimuktamadkan, Sukan SEA Kemboja pada Mei, Piala Sultan Johor yang dijadual pada Oktober dan Piala Dunia Remaja, yang dijadual berlangsung di sini pada Disember. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 10:40pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242970/berita/sukan/brighton-fahami-perasaan-caicedo", "article_title": "Brighton fahami perasaan Caicedo", "article_text": "PENGENDALI Brighton & Hove Albion, Roberto de Zerbi menegaskan bahawa The Seagulls bersedia untuk meneruskan kempen Liga Perdana Inggeris tanpa pemain tengah Moises Caicedo.Caicedo sebelum ini meminta pengurusan Brighton untuk perpindahan selepas kelab pantai selatan Inggeris itu dilaporkan menolak bidaan 60 juta pound (RM315 juta) daripada pendahulu liga, Arsenal.Dalam catatan di Instagram minggu ini, pemain Ecuador itu berkata, dia berterima kasih kepada Brighton dan pemilik kelab Tony Bloom kerana memberinya peluang bermain dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.\u201cCaicedo seorang pemain berkualiti dan sangat baik.\u201cSaya boleh memahami perasaannya, apabila anda berusia 21 tahun dan menerima permintaan pasukan besar yang beraksi dalam saingan Eropah.\u201cSaya mahu dia menamatkan musim bersama kami tetapi kami bersedia untuk maju tanpa dia,\u201d kata De Zerbi selepas Brighton menumbangkan juara Piala FA, Liverpool dengan kemenangan 2-1.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 09:47pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242963/berita/sukan/kuhan-dilantik-penasihat-pukulan-sudut-penalti-pasukan-kebangsaan", "article_title": "Kuhan dilantik penasihat pukulan sudut penalti pasukan kebangsaan", "article_text": "KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menamakan bekas kapten skuad negara S Kuhan sebagai penasihat pukulan sudut penalti untuk pasukan kebangsaan.Tidak sekadar berkongsi pengetahuan dengan pemain, Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Kuhan yang berkhidmat secara sambilan juga akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan KHM Datuk Ahmad Najmi Razak untuk mendapatkan bekas pemain terkemuka antarabangsa bagi menyelesaikan masalah pukulan sudut penalti yang membelenggu skuad negara.\u201cSelaku seorang bekas pakar pukulan sudut penalti Malaysia, Kuhan sudah bersetuju untuk membantu bukan sahaja skuad lelaki dan wanita kebangsaan tetapi juga pasukan remaja selain diberikan tugas untuk mencari penyelesaian dan bagaimana untuk mendapatkan khidmat pakar antarabangsa untuk membantu kami.\u201cKami sudah melakukan libat urus dengan seorang dua pemain hoki legenda yang mewakili dan membantu negara masing-masing memenangi pingat Sukan Olimpik dan Piala Dunia, untuk membantu kami secara sambilan,\u201d katanya pada sidang media pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM.Walaupun menyedari kadar penyempurnaan pukulan sudut penalti Speedy Tigers yang rendah semasa Piala Dunia 2023 di India, beliau berpandangan pasukan lain juga bergelut untuk melakukan jaringan dalam keadaan itu.Berdasarkan perangkaan FIH, skuad bimbingan A Arul Selvaraj hanya menjaringkan empat gol daripada 29 pukulan sudut penalti yang diberikan kepada Malaysia sepanjang enam perlawanan mereka dalam kejohanan itu.Malaysia menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan menentukan tempat ke-13 dan ke-16 dan berjaya mendapatkan tempat ke-13, lebih baik daripada tempat ke-15 yang diperoleh dalam edisi 2018, juga berlangsung di India.Pada masa sama, Subahan menafikan hantaran di media sosial, Twitter bahawa Ketua Pegawai Eksekutif KHM Norfaraha Hashim telah meletakkan jawatannya.Sebaliknya, beliau berkata KHM tidak melanjutkan kontrak Norfaraha yang tamat pada 31 Disember lepas.\u201cMemandangkan Malaysia akan menyertai Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 Disember ini, kami memerlukan seseorang yang berpengetahuan dalam hoki untuk memastikan ia berjalan lancar selain boleh mencari dana untuk menampung KHM,\u201d kata Subahan sambil mengucapkan terima kasih kepada Norfaraha atas komitmen beliau kepada konfederasi sukan itu sebelum ini.Beliau juga memaklumkan KHM telah menerima peletakan jawatan Prof Datuk Dr S Shamala sebagai timbalan presiden Jumaat lepas dan ia terhutang budi dengan dedikasi wanita itu kepada konfederasi dan pembangunan sukan hoki negara.Menyatakan faktor kesihatan sebagai sebab utama beliau mengundur diri daripada jawatan yang disandang sejak 2015, Shamala telah berkhidmat kepada sukan hoki negara lebih dari dua dekad dalam pelbagai kapasiti, termasuk selaku Timbalan Presiden Kanan KHM dan Setiausaha Persatuan Hoki Wanita Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 09:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242903/berita/sukan/sukan-sea-erry-hafiz-taruhan-pingat-di-kemboja", "article_title": "Sukan SEA: Erry, Hafiz taruhan pingat di Kemboja", "article_text": "PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) meletakkan sasaran awal kepada Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei depan.Naib Presiden PABM Amirul Hamizan Ibrahim berkata, pihaknya berharap kedua-dua pemenang pingat pada Sukan SEA 2021 itu mampu menghadiahkan pingat buat kontinjen negara pada temasya dwitahunan tersebut.Pada Sukan SEA 2021, Muhammad Erry meraih gangsa bagi kategori 73 kilogram (kg) manakala Muhammad Hafiz turut menyumbang gangsa menerusi acara atas 89kg.Amirul juga berkata, PABM telah mencadangkan lima hingga enam muka baharu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dipertimbangkan diserap ke dalam program latihan Sukan SEA 2023.\"Insya-Allah hujung bulan depan kami akan mula ambil pengambilan baharu ke dalam program Sukan SEA 2023,\u201d katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama MSN di sini hari ini.Dalam pada itu, Amirul berkata, dua juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin perlu berada dalam kelompok 12 terbaik pada kempen kelayakan untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.Bagi tahun ini, beliau berkata, kedua-dua badang negara itu dijangka beraksi pada tiga kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 iaitu Kejohanan Asia 2023 di Juanju, Korea Selatan pada 3 hingga 13 Mei diikuti International Weighlifting Federation (IWF) Grand Prix di Havana, Cuba (2-12 Jun) dan Kejohanan Dunia IWF di Riyadh, Arab Saudi (2-17 Sept).Bekas juara Sukan Komanwel 2002 itu juga memaklumkan Mohamad Aniq akan bertukar kategori dari 55kg ke 61kg untuk bersaing bersama Muhammad Aznil bagi merebut slot ke Paris 2024.\"Memandangkan tiada kategori 55kg kerana kategori 61kg merupakan kategori paling kecil di Sukan Olimpik, jadi kami memutuskan untuk menukar kategori Mohamad Aniq untuknya bertarung bersama Muhammad Aznil ke Sukan Olimpik,\u201d katanya.-Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 04:08pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242888/berita/sukan/saingan-liga-malaysia-lebih-menarik-sukar-dijangka", "article_title": "'Saingan Liga Malaysia lebih menarik, sukar dijangka'", "article_text": "PENGENALAN format Liga Malaysia musim 2023 dengan kempen Piala Malaysia akan dijalankan pada tempoh yang sama dengan Liga Super bakal memberikan cabaran baharu untuk semua pemain.Situasi itu menuntut semua pemain sentiasa mengekalkan fokus mereka sepanjang musim sambil tidak boleh lagi hanya memilih untuk menumpukan kepada pertandingan tertentu.Pertahanan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco, berkata, dia melihat perubahan yang dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menjadikan saingan lebih menarik dan sukar dijangka.Malah dia menjangkakan format ini akan memberikan impak positif tersendiri kepada peminat-peminat apabila semua pasukan sentiasa berada di tahap terbaik dalam tiap perlawanan.\u201cPerubahan yang dibuat oleh MFL ini akan menambahkan lagi kualiti liga kerana pemain tidak boleh ambil ringan sepanjang musim ini.\u201cJika sebelum ini, Liga Super berakhir pada September dan mungkin ada pasukan sudah mencapai sasaran lebih awal seperti tidak berada di kedudukan tercorot, mereka mungkin sudah tidak lagi menumpukan perhatian dan hanya menunggu kejohanan Piala Malaysia.\u201cJadi, melalui situasi ini, pasukan tiada pilihan selain perlu mengekalkan tahap kekuatan yang sama sepanjang musim untuk memastikan momentum mereka di kejohanan seperti Piala Malaysia serta Piala FA, tidak terjejas,\u201d katanya.Sementara itu, penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz, melihat pengenalan semula Piala Cabaran yang diberikan nama Piala Cabaran MFL sebagai satu nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.Bukan sahaja memberikan peluang kedua untuk pasukan tersingkir awal di pentas Piala Malaysia bagi meraih trofi tetapi turut memastikan semua pasukan memiliki jumlah perlawanan yang berterusan sehingga penghujung musim.\u201cBagi saya sesuatu yang positif tentang Piala Cabaran MFL ini kerana semua pasukan tetap ada peluang untuk terus bermain walaupun terkeluar seawal pusingan pertama.\u201cTidaklah sama seperti sebelum ini,apabila mana-mana pasukan tersingkir, mereka tidak ada lagi sebarang perlawanan kompetitif tambahan saingan Piala Malaysia dijalankan selepas Liga Super.\u201cPiala Cabaran MFL ini juga boleh jadi motivasi perhatian untuk mana-mana pasukan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu trofi sekiranya mereka gagal mara jauh dalam pertandingan lain, \u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 02:47pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242844/berita/sukan/casemiro-yakin-united-di-landasan-tepat", "article_title": "Casemiro yakin United di landasan tepat", "article_text": "CASEMIRO percaya The Red Devils berada di landasan bagus dan bermain untuk Manchester United membuatkannya kembali teruja seperti remaja berusia 15 tahun.United gagal mendapatkan Frenkie de Jong dan Adrien Rabiot kemudiannya menandatangani pemain antarabangsa Brazil itu dari Real Madrid pada Ogos.Beberapa pihak mempersoalkan tindakan United membayar harga yang mahal untuk Casemiro, namun pemain berusia 30 tahun itu dilihat semakin serasi bersama kelab.\"Apabila anda tiba di kelab baharu, anda sentiasa bermimpi untuk mencipta sejarah... terutamanya jika kita melihat kehebatan kelab ini.\"Kita tahu sejarahnya. Tetapi sudah tentu, saya sedar memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan saingan mempunyai rancangan jangka panjang,\" katanya.Casemiro juga menjelaskan, beliau menikmati kehidupan di Old Trafford dan melihat kelab berkembang dengan baik adalah sesuatu yang sangat positif.\"Saya sangat selesa di Manchester United, sangat gembira berada di sini dan menikmati setiap detik seperti kanak-kanak berusia 15 tahun.\"Tetapi yang paling penting ialah melihat pasukan berkembang,\" katanya.Casemiro yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Reading dalam saingan Piala FA, memberi amaran bahawa United yang kekal bersaing dalam empat piala masih dalam proses untuk menjadi pasukan lebih bagus.Mereka kini di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hampir pasti ke final Piala Liga selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu.Mereka juga masih bersaing dalam Liga Europa dan akan berdepan Barcelona pada perlawanan play-off.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 10:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242841/berita/sukan/liverpool-tak-cukup-bagus-musim-ini---robertson", "article_title": "'Liverpool tak cukup bagus musim ini' - Robertson", "article_text": "PERTAHANAN The Reds, Andrew Robertson menyifatkan Liverpool tidak cukup bagus musim ini dan bermain teruk selepas tamat kejohanan Piala Dunia.Robertson mengetuai skuad ketika menentang Brighton yang menyaksikan jaringan minit akhir Kauro Mitoma menyingkirkan juara bertahan Piala FA itu pada pusingan keempat.Liverpool mendahului menerusi Harvey Elliot sebelum Lewis Dunk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama dan Mitoma kemudiannya mengesahkan kemenangan Brighton 2-1 dengan jaringan pada minit akhir perlawanan.Skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah terkeluar daripada kedua-dua piala domestik dan hanya menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris selepas memenangi hanya lapan daripada 19 perlawanan pembukaan liga utama mereka.\"Musim ini tidak cukup baik. Pada awal tahun, kami mahukan permulaan baharu, tetapi itu tidak berlaku malah kami lebih teruk.\"Dalam liga, kami belum cukup bagus dan kini kami terkeluar daripada kedua-dua piala,\" katanya.Musim lalu, Liverpool gagal dalam cubaan mereka meraih quadruple selepas tewas perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid dan menyaksikan Manchester City memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada hari terakhir musim ini, walaupun mereka menjulang Piala FA dan Piala EFL.Penjualan Sadio Mane ke Bayern Munich dan peranan Roberto Firmino yang semakin merosot selain Mohamed Salah telah gagal mencapai tahap sepatutnya selepas menjaringkan hanya sembilan gol dalam 19 perlawanan liga.Manakala, Luis Diaz pula mengalami kecederaan selepas kempen pertama yang memberangsangkan di Anfield dan pemain yang ditandatangani Darwin Nunez dan Cody Gapko masih gagal menjelmakan aksi yang diharapkan.\"Ia benar-benar mengecewakan. Anda boleh nampak kami tidak begitu yakin di depan gol dan pertahanan kami masih agak terbuka di kawasan tertentu.\"Kami perlu mencuba dan mendapatkan semula keyakinan. Ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan tetapi itulah satu-satunya cara kami boleh cuba mencari kemenangan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 09:43am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242839/berita/sukan/al-nassr-bukan-kelab-terakhir-ronaldo", "article_title": "Al Nassr bukan kelab terakhir Ronaldo", "article_text": "PENGENDALI Al Nassr, Rudi Garcia menjangkakan kelab itu tidak akan menjadi pasukan terakhir buat Cristiano Ronaldo dengan pemenang lima kali Ballon d'Or itu akan kembali ke Eropah.Ronaldo dan Manchester United sebelum ini berpisah selepas temu bual kontroversi penyerang itu dengan Piers Morgan pada November.Pemain berusia 37 tahun itu kemudiannya menandatangani kontrak untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan ramai menjangkakan bahawa ini akan menjadi kelab terakhir penyerang itu sebelum bersara.Bagaimanapun, Garcia yakin Ronaldo tidak akan menamatkan kariernya di Timur Tengah.\"Cristiano Ronaldo adalah tambah nilai positif untuk pasukan kerana dia membantu memecahkan benteng pertahanan lawan. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.\"Dia tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah. Ia bukanlah permulaan yang ideal untuk Cristiano di kelab baharunya setakat ini,\" katanya.Dalam dua perlawanan kompetitifnya setakat ini, Ronaldo gagal menjaringkan gol atau melakukan bantuan gol.Ia menyebabkan Garcia memberi amaran kepada pemainnya untuk mencuba dan tidak sentiasa menyasarkan bintang Portugal itu apabila membuat hantaran.\"Adalah sangat penting untuk pemain bermain secara normal dan tidak selalu cuba memberikan bola kepada Cristiano. Saya memberitahu mereka bahawa mereka perlu membuat keputusan yang betul di atas padang.\"Jelas sekali, apabila Cristiano atau Talisca bersendirian dan meminta bola, kami perlu memberi mereka bola. Kedua-dua pemain ini mampu membuat perubahan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 09:24am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242836/berita/sukan/psg-teruskan-persembahan-hambar", "article_title": "PSG teruskan persembahan hambar", "article_text": "PENYANDANG juara Paris St Germain (PSG) meneruskan persembahan hambar dalam saingan Ligue 1 Perancis apabila terikat 1-1 ketika menentang Stade de Reims di Stadium Parc des Princes.Babak pertama kedua-dua pasukan buntu mencari gol pendahuluan menyaksikan masing-masing menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-0.Penyerang sensasi PSG, Neymar terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-51', sebaik sepak mula babak kedua.Bagaimanapun, tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kehilangan khidmat pemain gantian Marco Verratti selepas pemain tengah tersebut dilayangkan kad merah pada minit ke-59'.Kekurangan dimiliki PSG kemudiannya dimanfaatkan sepenuhnya Reims apabila Folarin Balogun menyamakan kedudukan enam minit sebelum masa kecederaan.Keputusan itu menyaksikan PSG, yang sekali lagi kurang kreativiti, terlepas peluang untuk melebarkan pendahuluan Ligue 1 kepada lima mata selepas pesaing RC Lens, Olympique de Marseille dan Monaco juga meraih hanya satu mata dalam perlawanan masing-masing.Kelab Paris, yang tewas dua daripada tiga perlawanan sebelum ini, memperoleh 48 mata daripada 20 perlawanan dengan Lens 45 dan Marseille 43 dalam persaingan kejuaraan kembali terbuka.Reims berada di tangga ke-11 dengan 26 mata selepas melebarkan rekod tanpa kalah Ligue 1 kepada 12 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 08:54am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242826/berita/sukan/roslin-hashim-sedia-bantu-zii-jia", "article_title": "Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia", "article_text": "BEKAS pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim bersedia untuk menjadi jurulatih Lee Zii Jia jika perseorangan profesional negara itu memerlukan khidmatnya.Menurut Roslin, beliau tidak mempunyai sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.\u201cSaya tidak ada masalah untuk jadi jurulatih Zii Jia dan sedia membantu dia. Sebab saya pun pernah lalui seperti zaman dia... macam mana jatuh dan bangun.\u201cSebelum ini, saya juga pernah melatih dia ketika Zii Jia berusia 13 tahun di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tetapi itu perkara lama. Mungkin situasi sudah berbeza sekarang.\u201cCuma sekarang ini terpulang kepada dia. Bagi sesiapa sahaja yang menjadi jurulatih Zii Jia, individu itu tidak boleh bagi jaminan (prestasi) dia akan naik balik.\u201cTetapi sebagai jurulatih, individu itu kena cuba sebaik mungkin untuk naikkan kembali prestasi Zii Jia di tengah gelanggang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Zii Jia memulakan tahun 2023 dengan rentak negatif selepas terkandas seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia; Terbuka India (pusingan kedua) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).Sejurus tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023, Zii Jia kekal dengan pendiriannya untuk bergerak solo tanpa khidmat jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya pada November tahun lalu.Dalam pada itu, Roslin melihat keadaan akan lebih parah jika Zii Jia tidak mencari jurulatih dalam masa terdekat yang sekali gus akan terus memberikan kesan kepada prestasinya.\u201cDia baru umur 24 tahun dan masih muda serta jauh perjalanan dia. Kita tengok selepas dia tidak ada jurulatih agak bergelut untuk berada pada prestasi terbaik.\u201cBagi saya, mungkin dari segi psikologi tergangu dan sebagainya. Tetapi, apa yang dia rasa dia je yang tahu dan dia sahaja yang boleh buat keputusan apa tindakan seterusnya.\u201cSebagai orang luar, kita sekadar hanya boleh bagi nasihat kepada Zii Jia. Zii Jia juga kena fikir mengenai kerjaya dia kerana pihak penaja akan tengok keputusan setiap perlawanan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242825/berita/sukan/malaysian-tigers-timba-pengalaman-berharga", "article_title": "Malaysian Tigers timba pengalaman berharga", "article_text": "PENCAPAIAN skuad hoki negara mengakhiri saingan Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 disifatkan sebagai tonik mujarab sebagai persediaan memburu slot Sukan Olimpik Paris 2024.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, pengalaman diraih selama lebih dua minggu di bumi India itu mampu dijelmakan dengan keputusan lebih baik pada Sukan Asia Hangzhou 2023.\u201cPengalaman di sini (India) akan kami bawa bersama dalam memantapkan persiapan dalam menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini.\u201cIni terutamanya Sukan Asia 2023 yang juga pentas pertama pasukan hoki untuk kelayakan Olimpik Paris 2024,\u201d kata Mirnawan di laman sosial Facebooknya.Kejayaan menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan klasifikasi tempat ke-13 hingga 16 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Sabtu, menceritakan komitmen tinggi anak buah Arul Selvaraj itu.Biarpun gagal mencapai sasaran layak ke suku akhir, kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan Malaysian Tigers bermula aksi peringkat kumpulan sewajarnya diberikan pujian.\u201c24 hari yang bagaikan roller coaster perjalanan The Malaysian Tigers mengharungi Piala Dunia kali ini. Ada kala kami di atas, adakala kami di bawah.\u201cTetapi apa yang penting kita tamatkan dengan keputusan yang positif. Terima kasih kepada keluarga pemain dan pegawai yang begitu memahami walaupun sentiasa berjauhan.\u201cTidak lupa juga kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepada kami sepanjang kami berjuang pada Piala Dunia 2023 di India,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242820/berita/sukan/piala-dunia-dua-penembak-kebangsaan-terkandas", "article_title": "Piala Dunia: Dua penembak kebangsaan terkandas", "article_text": "DUA penembak kebangsaan, Johnathan Wong Guanjie dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Arrifin gagal mempamerkan aksi terbaik mereka apabila masing-masing terkandas seawal pusingan kelayakan acara 10 meter (m) air pistol lelaki dan wanita pada saingan Piala Dunia Menembak 2023 di Indonesia, hari ini.Menerusi laman sesawang kejohanan, issf-sports.org, pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam, Johnathan Wong didapati menamatkan cabaran di kedudukan ke-16 selepas hanya mengumpul 570 mata, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan ranking.Pada aksi final 10m air pistol lelaki yang berlangsung di Jakarta itu, Mukhammad Kamalov dari Uzbekistan berjaya membidik emas manakala penembak Turkiye Ismail Keles merangkul perak diikuti penembak tuan rumah, Muhamad Iqbal Raia Prabowo di tempat ketiga.Turut mengalami nasib sama adalah pemenang empat pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Nurul Syasya Nadiah yang sekadar menduduki tangga ke-14 selepas hanya melakukan bidikan 569 mata.Penembak Korea Selatan Oh Ye Jin mengungguli acara 10m air pistol wanita, manakala Slyvia Steiner dari Austria di tempat kedua manakala pingat gangsa milik atlet Taiwan Liu Heng Yu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 11:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242818/berita/sukan/kbs-bantu-cungkil-bakat-pelapis-catur", "article_title": "KBS bantu cungkil bakat pelapis catur", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan geran berjumlah RM30,000 kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) untuk terus menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, geran berkenaan merupakan yang pertama diberikan pihaknya sejak dilantik memegang portfolio itu kira-kira sebulan lepas dan berjanji untuk sentiasa komited membantu industri sukan di negara ini.\u201cSaya harap MCF meningkatkan penganjuran aktiviti dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk promosi sukan catur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana ia melibatkan (penyertaan) semua jenis kaum, selain ibu bapa daripada pelbagai negeri yang sentiasa komited memberi sokongan kepada anak mereka.\u201cSebenarnya MCF merupakan sukan pertama menerima geran daripada kami, jadi kami berharap sumbangan kecil daripada KBS ini dapat membantu mereka terus bergerak maju selepas ini,\u201d katanya selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Catur Kebangsaan Peringkat Sekolah di Pusat Latihan Agro Bank pada Ahad.Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas itu melibatkan penyertaan kira-kira 400 pelajar dari seluruh negeri dalam enam kategori iaitu bawah 7 tahun (B-7), B-9, B-11, B-13, B-15 dan B-17.Sementara itu, Presiden MCF, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berterima kasih atas dana yang diberikan KBS kerana peruntukan tersebut dapat membantu membangunkan sukan catur di Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 10:17pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242814/berita/sukan/kemenangan-terbesar-dalam-karier-saya", "article_title": "'Kemenangan terbesar dalam karier saya\u2019", "article_text": "BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic menyifatkan kemenangannya ke atas Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam final Terbuka Australia pada Ahad adalah kemenangan terbesar dalam kariernya.Malah Djokovic juga menegaskan ketika dia merangkul gelaran Grand Slam ke-22, sekali gus memenangi semula hati penyokong tuan rumah setahun selepas diusir dari negara itu.Setelah tiba di Australia tanpa vaksin 12 bulan lalu, juara Melbourne 10 kali itu telah dihantar pulang di tengah-tengah tindak balas daripada warga Australia yang marah apabila mengalami beberapa sekatan paling sukar ketika peningkatan kadar kes Covid-19 seluruh dunia.Tetapi masalah pemain Serbia itu kini jauh di belakangnya apabila kemenangan 6-3 7-6(4) 7-6(5) ke atas Tsitsipas yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada orang ramai di Arena Rod Laver.\u201cSaya perlu mengatakan bahawa ini adalah salah satu kejohanan paling mencabar yang pernah dihadapi dalam hidup saya, dengan mengambil kira keadaan.\u201cTidak bermain tahun lepas, kembali tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membuatkan saya berasa dialu-alukan dan selesa berada di Melbourne, Australia.\u201cYa, saya cuba mencubit diri saya dan benar-benar mengharungi detik-detik ini dan ia adalah satu perjalanan yang panjang.\u201cHanya pasukan dan keluarga yang tahu apa yang telah kami lalui dalam tempoh empat hingga lima minggu lepas. Ini, mungkin, adalah kemenangan terbesar dalam hidup saya mengambil kira keadaan,\u201d kata Djokovic.Dalam perlawanan ulangan penentuan Terbuka Perancis 2021, Tsitsipas yang berusia 24 tahun tidak dapat menggunakan beberapa peluang yang dimilikinya apabila gagal menghalang Djokovic memenangi gelaran Grand Slam ke-22nya.\u201cNasib yang sukar malam ini, pertempuran yang hebat. Ini pastinya bukan Grand Slam terakhir anda, anda masih mempunyai banyak masa, lebih banyak daripada saya.\u201cSaya juga ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga anda dan pasukan anda... Anda adalah salah seorang pemain tenis paling profesional yang saya kenali dalam jelajah itu, dan salah seorang yang paling menarik,\u201d kata Djokovic.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 09:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242812/berita/sukan/kedah-berguru-10-hari-di-turkiye", "article_title": "Kedah berguru 10 hari di Turkiye", "article_text": "KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan mengadakan siri jelajah pramusim di Antalya, Turkiye, selama 10 hari sebagai persiapan skuad Sang Kenari dalam menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata pasukan itu akan mengadakan empat perlawanan persahabatan dengan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari; FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari); FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan FC Matelist Kharkiv dari Ukraine pada 14 Februari.Katanya, pasukan itu akan berlepas pada 5 Februari dan pulang pada 16 Februari ini.\u201cSemua perlawanan akan berlangsung pada jam 5 petang waktu Turkiye iaitu 10 malam waktu Malaysia. KDA FC merancang untuk menawarkan penstriman secara langsung (berbayar) setiap perlawanan kepada semua penyokong pasukan,\u201d katanya selepas pengumuman jelajah pramusim pasukan KDA FC pada Ahad.Beliau berkata, menerusi siri jelajah tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain diharap dapat membentuk keserasian pemain beraksi secara berpasukan selain mengenal pasti kesebelasan utama di samping membina semangat dan jati diri baharu.Dalam pada itu, Mohd Daud berkata, KDA FC juga akan mengadakan majlis pelancaran jersi, memperkenalkan pemain dan pengumuman penaja musim 2023 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada 18 Februari depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 09:42pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242813/berita/sukan/kedah-uji-keserasian-di-turkiye", "article_title": "Kedah uji keserasian di Turkiye", "article_text": "PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC akan ke Antalya, Turkiye untuk membentuk kesebelasan utama bermula 6 hingga 14 Februari ini bagi persediaan pasukan tersebut menghadapi Liga Malaysia musim 2023.Jelajah pramusim 2023 itu menyaksikan pasukan kendalian Nafuzi Zain akan bertemu empat kelab yang bermain di Liga Perdana Uzbekistan, Liga Perdana Kazakhstan dan Liga Perdana Ukraine.Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sepanjang 10 hari berada di Antalya, Sang Kenari akan bertemu pasukan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan pasukan terakhir FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari).\"Ini adalah pengalaman pertama untuk Kedah. Mudah-mudahan ruang dan peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk mencari kesebelasan utama terbaik.\"Juga membina semangat dan jati diri serta menjadi pasukan yang mempunyai minda sebagai seorang juara,\" katanya dalam sidang media pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas pengumuman jelajah pramusim di Turkiye, rakan strategik dan rakan rasmi musim 2023 di Kedah Digital Library, dekat sini.Mohd Daud berkata, perancangan pasukan sejak 6 Januari lepas akhirnya menjadi realiti dengan usaha keras pihak pengurusan untuk memastikan semua perancangan menyediakan Sang Kenari berwajah baharu dan mantap musim ini.\"KDA FC merancang untuk mengadakan penstriminan secara langsung (berbayar) dan akan ditawarkan kepada semua penyokong bola sepak untuk setiap perlawanan di Antalya, Turkiye.\"Sudah pasti perlawanan kali ini amat dinantikan memandangkan KDA FC merupakan antara pasukan yang menjalani jelajah pramusim di Eropah.\"KDA FC akan memaklumkan pakej langganan menarik dengan menawarkan pas akses untuk semua perlawanan dan juga pas akses untuk setiap perlawanan,\" ujar beliau.Tambah Mohd Daud, Sang Kenari akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengumuman penaja musim 2023 pada 18 Februari ini di Stadium Darul Aman.Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik dirancang pada malam tersebut antaranya perlawanan legenda pemain bola sepak, pelancaran lagu KDA FC yang akan dibawakan oleh artis tempatan, pengumuman Dermasiswa KDA FC dan banyak lagi.\"Pemain legenda yang akan hadir ini pasti menggamit kenangan suatu masa dahulu, nama-nama besar akan hadir untuk mengimbau seteru dengan pasukan gergasi pada waktu 90-an dan sejarah bola sepak Kedah yang kaya dengan kejayaan lalu,\" jelas beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 09:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242811/berita/sukan/leicester-city-pertaruh-aura-tete", "article_title": "Leicester City pertaruh aura Tete", "article_text": "Leicester City menandatangani pemain sayap Brazil, Tete dengan perjanjian sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Ahad.Dia menyertai Leicester selepas menghabiskan masa bersama kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Lyonnais berikutan penggantungan kontraknya dengan Shakhtar Donetsk.Keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun lepas membenarkan semua pemain asing yang berpangkalan di Ukraine untuk menggantung kontrak mereka. Tete akan kembali ke Shakhtar pada 1 Julai.Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 17 penampilan dalam Ligue 1 musim ini.Dia telah menjaringkan enam kali dan menyumbang tiga bantuan, dan telah mewakili Brazil di peringkat Bawah 20 dan Bawah 23 Tahun.Tete dijangka bersedia untuk Leicester, yang berada di tempat ke-14 kedudukan Liga Perdana Inggeris, apabila bertandang ke Villa Park berdepan Aston Villa pada Sabtu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 09:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242808/berita/sukan/aberdeen-ambil-masa-19-minit-pecat-goodwin", "article_title": "Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin", "article_text": "KELAB Liga Perdana Scotland, Aberdeen hanya mengambil masa 19 minit untuk memecat pengurus Jim Goodwin selepas kekalahan 0-6 kepada Hibernian di Stadium Easter Road, sekali gus meneruskan prestasi buruk pasukan itu.Goodwin sebelum ini masih mengekalkan jawatannya biarpun Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa lalu.Pengendali berusia 41 tahun itu dan para pemain ketika menerima perkhabaran mengenai pemecatan tersebut masih berada di bilik persalinan selepas perlawanan.Sementara itu, Pengerusi Aberdeen, Dave Cormack menyifatkan Goodwin telah memberikan yang terbaik dalam mengemudi pasukan itu\u201cSaya bertemu dengan Jim pada penghujung permainan. Jim adalah seorang lelaki yang sangat baik. Dia datang, memeluk saya dan berkata, \u2018Ia tidak cukup baik.\u2019 Dia telah memberikan segala-galanya dalam membentuk pasukan.\u201cNamun faktanya mudah dan saya percaya para penyokong berasa malu, terhina, terkejut dengan dua keputusan perlawanan terakhir Aberdeen. Itulah perasaan para penyokong, dan saya hanya boleh meminta maaf kepada mereka,\u201d katanya.Aberdeen kini berada di tempat ketujuh liga, bolos 11 gol dalam dua perlawanan liga terakhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 08:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242807/berita/sukan/djokovic-juara-terbuka-australia", "article_title": "Djokovic juara Terbuka Australia", "article_text": "BINTANG tenis, Novak Djokovic menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6(4), 7-6(5), dalam perlawanan akhir Terbuka Australia pada Ahad.Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 35 tahun tersebut meraih gelaran ke-10 sekali gus melebarkan rekod di Melbourne Park.Ini juga merupakan mahkota Grand Slam ke-22 pemain Serbia itu, menjadikan dia setaraf dengan Rafael Nadal dalam senarai juara utama lelaki.\u201cSaya sangat gembira dan bersyukur di sebalik kejayaan yang luar biasa pada malam ini.\u201cYa, satu lagi final Grand Slam...\u201cKemenangan ini juga satu penghormatan kepada pasukan saya yang sentiasa memberi sokongan selama ini,\u201d katanya.JUARA GRAND SLAM SEPANJANG MASARafael Nadal: 22Novak Djokovic: 22Roger Federer: 20Pete Sampras: 14Roy Emerson: 12Rod Laver: 11Bj\u00f6rn Borg: 11Bill Tilden: 10", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 08:29pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242800/berita/sukan/kelantan-united-perkemas-rentak-di-lembah-klang", "article_title": "Kelantan United perkemas rentak di Lembah Klang", "article_text": "KELANTAN United FC (KUFC) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan dua kelab dari Lembah Klang pada Selasa dan Khamis ini sebagai persiapan menghadapi Liga Super yang dijadual bermula pada 24 Februari ini.Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, aksi menentang KL City FC pada Selasa akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan aksi menentang PDRM FC di Universiti Putra Malaysia, Serdang Khamis ini.\"Dua perlawanan pada Selasa (31 Januari) dan Khamis (2 Februari) diatur bagi memastikan persediaan pasukan pada tahap maksimum menjelang sepak mula saingan sebenar liga bulan depan.\"KUFC memilih kedua-dua pasukan itu kerana memiliki pemain-pemain yang berkualiti selain corak permainan yang bagus,\" katanya.Wan Mohd Zul berkata, kedua-dua perlawanan itu juga akan menjadi platform kepada Ketua Jurulatih, Tomas Trucha memantapkan pasukan dari aspek permainan, kombinasi pemain serta menyesuaikan pemain dengan taktikal.\"Perlawanan ini membolehkan barisan kejurulatihan menyediakan pasukan dengan sebaik mungkin bagi menghadapi Liga Super musim ini.\"Keputusan kedua-dua perlawanan itu tidak penting, apa yang lebih penting adalah menilai kesemua aspek terutamanya kemampuan pemain import KUFC untuk musim ini,\" jelasnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 07:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242790/berita/sukan/sukan-asia-hangzhou-2022-ikut-jadual", "article_title": "Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual", "article_text": "TEMASYA Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini ditunda gara-gara pandemik Covid-19 hampir pasti diadakan tahun ini mengikut tarikh ditetapkan.Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2023, Datuk Chong Kim Fatt berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.Malah, beliau turut dimaklumkan, temasya kali ini dijangka tidak akan dilangsungkan menerusi kaedah gelembung sukan, sebaliknya berlangsung sama seperti edisi sebelum ini.\u201cKeputusan dijangka diketahui Mac ini, namun saya boleh kongsikan persediaan tuan rumah sudah untuk menganjurkan temasya pada kali ini sudah 100 peratus.\u201cSaya juga difahamkan Sukan Asia ini tidak akan dianjurkan dalam gelembung sukan kerana untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA) mereka tidak suka dengan cara itu.\u201cMereka mahu temasya ini berjalan seperti biasa kerana sekiranya tidak, ia akan jadi seperti Olimpik Tokyo yang rugi kerana tak boleh jual tiket, dan kedudukan kewangan penganjur akan berdepan masalah,\u201d katanya.Untuk rekod, Sukan Asia edisi ke-19 itu yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022 ditunda ke tarikh baharu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 07:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242781/berita/sukan/tiada-keperluan-bawa-doktor-pengiring-khas", "article_title": "Tiada keperluan bawa doktor pengiring khas", "article_text": "TIADA keperluan bagi membawa doktor pengiring khas memantau tahap kesihatan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam kejohanan disertai tahun ini.Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata sebaliknya, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni yang dijadual mengharungi jadual padat dalam misinya memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cSaya rasa Azizulhasni akan ambil bahagian sekiranya doktor memberi lampu hijau kepadanya untuk beraksi. Jika tidak beliau tidak akan menyertai 125th Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, Disember lepas.\u201cJadi saya rasa dia sudah dapat lampu hijau daripada doktor yang merawatnya untuk kembali kepada aksi berprestasi tinggi,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.Pemenang pingat perak acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bakal menempuh jadual padat dengan menyertai tiga siri kejohanan Nations Cup atau Piala Negara-Negara iaitu di Jakarta, Indonesia pada 23 hingga 26 Februari ini diikuti Kaherah, Mesir (14 hingga 17 Mac) dan Milton, Kanada (20 hingga 23 April) yang menawarkan mata kelayakan Olimpik.The Pocket Rocketman sebelum ini menjalani pembedahan pada April tahun lalu susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 06:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242779/berita/sukan/format-piala-dunia-2023-tidak-adil-buat-skuad-negara", "article_title": "Format Piala Dunia 2023 tidak adil buat skuad negara", "article_text": "PERSEKUTUAN Hoki Antarabangsa (FIH) diharap dapat melihat semula format Piala Dunia Hoki 2023 yang dianggap tidak adil terhadap skuad negara.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berpandangan format edisi 2023 memberi kesan kepada kedudukan akhir pasukan negara di kejohanan itu biarpun memenangi beberapa perlawanan.Menurutnya, MHC berharap FIH dapat memberi perhatian kepada isu itu bagi memastikan format lebih adil digunakan dalam penganjuran masa depan.\u201cPada saya format kali ini tidak adil kerana sekiranya diikutkan kita sepatutnya bermain untuk klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-12.\u201cBagaimana Afrika Selatan yang hanya menang sekali dan kita menang tiga perlawanan, namun mereka tamatkan saingan lebih tinggi dari pasukan negara.\u201cJika ikutkan secara logik kita akan tamatkan saingan lebih tinggi dari Afrika Selatan. Malah ketika menentang Afrika Selatan, lawan mendapat rehat lebih lama, sebaliknya kita pula perlu bergerak ke venue yang lebih jauh dan ia menyebabkan para pemain penat.\u201cIni cuma pandangan saya sahaja, saya harap FIH dapat lihat semula format yang digunakan pada Piala Dunia kali ini untuk kejohanan yang akan datang,\" katanya pada Ahad.Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj sebelum itu menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di kedudukan ke-13 berkongsi kedudukan bersama Perancis selepas menewaskan Jepun 3-2.Format baharu di Piala Dunia 2023, pasukan tercorot dalam setiap kumpulan berpeluang memperbaiki kedudukan akhir apabila akan bermain untuk penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.Edisi sebelum ini menyaksikan pasukan yang berada di kedudukan tercorot kumpulan, kedudukan akhir akan ditentukan menerusi jumlah mata yang dikumpul pada aksi peringkat kumpulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 06:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242738/berita/sukan/terbuka-australia-sabalenka-akui-tak-tidur-lena", "article_title": "Terbuka Australia: Sabalenka akui tak tidur lena", "article_text": "JUARA baharu Terbuka Australia, Aryna Sabalenka mengakui tidak dapat tidur lena selepas menjuarai kejuaraan Grand Slam tersebut.Pemain tenis Belarus itu memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menewaskan Elena Rybakina 4-6, 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir di Arena Rod Laver.\u201cSejujurnya saya tidak tahu bagaimana dapat melakukannya, sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang dan ini adalah hari terbaik dalam hidup saya.\u201cSaya masih berasa seperti berada di planet lain dan cuba memahami apa yang baharu berlaku. Namun sepanjang perlawanan saya berusaha mengekalkan ketenangan,\u201d kata Sabalenka yang tersingkir pada pusingan keempat di Melbourne Park tahun lalu.Aryna Sabalenka muncul juara bahara Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Arena Rod Laver.Sabalenka yang dilatih Anton Dubrov bakal berstatus nombor dua dunia pada Isnin selepas pemain berusia 24 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 02:53pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242736/berita/sukan/tak-logik-stadium-shah-alam-rm700-juta---tmj", "article_title": "Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.Sebaliknya Tunku Ismail berkata, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion untuk menyiapkannya.\"SSI (Stadium Sultan Ibrahim) RM400 lebih juta sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 bilion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. RM700 juta lebih tidak logik,\" katanya dalam satu komen di laman Instagram.Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM787 juta diperuntukkan untuk membina stadium baharu menggantikan Stadium Shah AlamKonsep stadium baharu Shah Alam itu telah diperkenalkan kepada umum yang dijangka mampu menampung kapasiti 35,000 hingga 45,000 tempat duduk dalam sesuatu masa.Stadium itu yang dijangka siap pada 2026 dilengkapi papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.Selain itu, stadium itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman, 'ETFE ceramic coating' dan sistem penyejukan tempat duduk selain mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 02:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242731/berita/sukan/ac-milan-masih-miliki-aura", "article_title": "AC Milan masih miliki aura", "article_text": "PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli mengakui bertanggungjawab ke atas prestasi kelab tersebut baru-baru ini, namun percaya gergasi Serie A itu mampu mengubah nasib berdasarkan kekuatan pasukan ketika ini.Anak buah Pioli gagal menang dalam lima perlawanan terakhir semua pertandingan baru-baru ini, selain mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan akhir Piala Super Itali dan tersingkir daripada Coppa Italia.\u201cSaya mengenali para pemain kelab ini dengan baik, jika mereka melakukan banyak kesilapan, saya orang pertama yang bertanggungjawab. Saya telah cuba menjadi lebih jelas, ringkas dan terus untuk bekerja dengan lebih baik.\u201cYa, kami memiliki sumber pasukan mencukupi untuk mengatasi tempoh ini... kami sedang memulihkan pemain yang cedera, dan kami gembira seperti ini,\u201d katanya.Pada masa sama Pirlo percaya para pemain Milan mengambil iktibar daripada perlawanan sebelum ini.\u201cKami perlu menjadi pasukan yang sedar diri dan padu. Kami gembira kerana masih dapat bermain dalam baki perlawanan.\u201cPasukan perlukan raih keputusan positif sekarang untuk mendapatkan semula semangat para pemain kerana bercakap banyak pun tidak berguna,\u201d kata Pioli.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 02:13pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242712/berita/sukan/amerika-syarikat-dipilih-penganjur-copa-america-2024", "article_title": "Amerika Syarikat dipilih penganjur Copa America 2024", "article_text": "KONFEDERASI Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengesahkan Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai penganjur Copa America 2024 yang turut akan dianjurkan menggunakan format baharu.Ecuador sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun hadapan tetapi menarik diri pada November berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan infrastruktur.AS pernah bertindak sebagai penganjur kejohanan itu pada 2016 bagi edisi sedekad dan ia satu-satunya kejohanan yang pernah diadakan di luar Amerika Selatan.Edisi 2024 akan menampilkan 10 pasukan biasa dari Amerika Selatan, ditambah enam dari Amerika Utara, Tengah dan Caribbean.Bagaimanapun, AS yang turut akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 di samping Mexico dan Kanada tidak diberi tempat automatik dalam Copa America.Argentina memenangi kejohanan tersebut pada 2021 selepas menewaskan tuan rumah, Brazil 1-0 di Maracana yang diadakan dalam stadium kosong susulan kekangan penularan Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 12:12pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242711/berita/sukan/sentuhan-heung-min-kembali-tajam", "article_title": "Sentuhan Heung-min kembali tajam", "article_text": "SENTUHAN tonggak utama Tottenham Hotspur, Son Heung-min kembali tajam selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Preston dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada Ahad.Dua gol daripada Heung-min dan satu lagi jaringan daripada Arnaut Danjuma memastikan Spurs melangkah ke pusingan seterusnya.\"Saya memerlukan gol tersebut untuk meningkatkan keyakinan saya dan ia sangat penting. Saya berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol.\"Dalam separuh masa pertama saya mempunyai beberapa peluang untuk jaringkan gol tetapi penjaga gol lawan menyelamatkannya.\"Sebagai seorang penyerang atau pemain menyerang, perkara paling penting adalah menjaringkan gol. Ia sangat penting untuk membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya,\" katanya.Pemain Korea Selatan itu yang memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 23 gol musim lalu bergelut untuk berada pada prestasi terbaik musim ini dan hanya meledak lapan gol dalam semua kejohanan.Dalam pada itu, penolong pengurus Tottenham, Cristian Stellini memuji Heung-min selepas perlawanan dan menyifatkannya sebagai pemain yang hebat.\"Dia perlu menunggu masa yang sesuai untuk mencari ruang. Dia sangat fokus pada perlawanan. Dia terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk melakukan kerja yang baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 11:46am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242708/berita/sukan/ten-hag-terkesima-aksi-casemiro", "article_title": "Ten Hag terkesima aksi Casemiro", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag mengakui terkejut dengan persembahan dipamerkan Casemiro selepas pemain Brazil itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Reading dalam aksi Piala FA pada Ahad.Dalam aksi di Old Trafford itu, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-54 untuk memecahkan kebuntuan gol menerusi Casemiro sebelum bekas pemain Real Madrid itu menambah gol kedua empat minit berselang.Fred kemudian memastikan kemenangan United menerusi gol ketiga pada minit ke-66 dan Reading mendapat gol saguhati menerusi Amadou Salif Mbengue pada minit ke-72.Casemiro setakat ini telah menjaringkan empat gol dan lima bantuan gol sejak menyertai United pada Ogos tahun lalu.\"Ya. Kami tahu dia seorang pemain yang hebat. Dia terbukti sangat hebat di bahagian tengah ketika bermain bersama Real dengan beberapa pemain seperti Toni Kroos dan Luka Modric.\"Saya fikir dia mampu melakukannya (mencipta ancaman kepada lawan). Kami melihat secara ofensif dia adalah sebahagian daripadanya, dan dia menikmatinya apabila dia boleh masuk untuk menyerang.\"Apa yang saya suka ialah bola sepak dinamik dengan variasi dan banyak pertukaran kedudukan, jadi kami perlu membuat lawan berfikir, supaya kami boleh memanfaatkan sepenuhnya,\" katanya.Dalam pada itu, kapten United, Harry Maguire turut memuji pemain tengah itu dengan transformasi yang telah dilakukannya dalam beberapa aspek.\"Dia telah melakukan berdasarkan apa faktor dia dibawa masuk ke kelab ini. Dia seorang pemain yang luar biasa sepanjang kariernya. Anda tidak akan memenangi apa yang dimenanginya tanpa menjadi pemain terbaik.\"Dia telah meningkatkan kualiti pasukan, meningkatkan semangat dan meningkatkan prestasi, dan sangat bagus untuk memilikinya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 11:08am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242706/berita/sukan/pedri-layak-dilabel-pemain-tengah-terbaik-dunia---xavi", "article_title": "Pedri layak dilabel pemain tengah terbaik dunia - Xavi", "article_text": "PENGENDALI Barcelona, Xavi melabel pemain tengah pasukan itu, Pedri sudah pun menjadi antara pemain tengah terbaik dunia.Pemain berusia 20 tahun itu menandakan penampilan ke-100 untuk kelab itu pada Sabtu dengan gol tunggal ketika Barcelona menewaskan Girona untuk meraih kemenangan kelapan dalam sembilan perlawanan La Liga.\"Dia sudah membuat perubahan besar dalam permainan dan jika anda lihat dia turut melakukan bantuan gol dan menjaringkan gol, ia bermakna Pedri adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dalam kedudukannya pada usia 20 tahun.\"Dia masih perlu melakukan lebih banyak dalam hantaran terakhir. Bukan sahaja Pedri tetapi juga Gavi, (Frenkie) De Jong, (Sergio) Busquets, dan (Franck) Kessie apabila dia bermain,\" katanya.Namun, Xavi melihat prestasi Barcelona masih belum berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu.\"Kami masih belum berani sepenuhnya. Kami memberikan hantaran yang betul, tetapi bukan hantaran penentu. Kami perlu merembat dari luar kawasan, mencari bola yang bagus dan membuat hantaran silang.\"Girona memberi tekanan kepada kami dan mereka mengejutkan kami, tetapi kadangkala kami perlu keluar dari kotak dan mencipta lebih banyak peluang lagi.\"Setengah jam pertama separuh masa kedua adalah apa yang kami mahukan iaitu kemenangan dan gol datang hasil tekanan tinggi.\"Saya berpuas hati dengan kemenangan itu, tetapi kami mesti menambah baik kualiti dan kami mesti memperbaiki situasi menyerang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 10:44am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242698/berita/sukan/tak-boleh-terima-hakikat-kelab-kecil-dari-asia-mendahului", "article_title": "'Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului'", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan mengenai insiden yang berlaku dalam aksi persahabatan menentang kelab Bulgaria, Levski Sofia yang terpaksa ditamatkan awal pada minit ke-54.Menurut Tunku Ismail, pasukan lawan mungkin tidak dapat menerima hakikat kelab kecil seperti JDT sedang mendahului 1-0 selain pengadil dari Serbia gagal mengawal perlawanan.\"Pasukan lawan membuat terjahan tetapi tiada kad kuning. Pemain JDT berdiri beberapa meter dari wall (benteng) pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil dari Serbia gagal untuk mengawal permainan.\"Nombor 30 ludah ke muka Leandro dan sepak Leandro tetapi tiada kad. Dari situ mulanya permainan jadi lebih agresif.\"Mungkin mereka tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului 1-0 menentang kelab dari Eropah,\u201d kata TMJ.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu menyaksikan JDT berjaya mendahului pada minit ke-24.Susulan ketinggalan, Levski Sofia bermain secara agresif untuk mencari gol penyamaan sehingga tercetus pergaduhan pada minit ke-53 sebelum mereka memboikot perlawanan.Pasukan itu melalui hantaran di laman Instagram mereka mendakwa JDT tiada semangat kesukanan menyebabkan mereka memboikot perlawanan itu.Tindakan Levski Sofia tidak meneruskan perlawanan menyaksikan JDT diberikan kemenangan dalam aksi persahabatan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 07:54am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242697/berita/sukan/aksi-tegang-levski-sofia-jdt-perlawanan-ditamatkan-awal", "article_title": "Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Aksi panas membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab Bulgaria, Levski Sofia menyaksikan perlawanan persahabatan membabitkan kedua-dua pasukan terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54.Dalam perlawanan di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu, JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan itu menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz pada minit ke-24.Selepas jaringan tersebut, Levski Sofia bermain dengan aksi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan, namun sukar mendapat rentak ekoran kecemerlangan JDT menguasai perlawanan.Aksi agresif pasukan dari Bulgaria itu berlarutan sehingga terjadinya pergaduhan pada minit ke-53 menyebabkan perlawanan dihentikan seketika sebelum pemain Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.Pasukan Levski Sofia mendakwa pemain JDT melakukan kekasaran terhadap pemainnya dan pengadil perlawanan dari Serbia gagal mengendalikan aksi dengan baik menjadi punca mereka memboikot perlawanan.Bagaimanapun, berdasarkan video yang tular di media sosial menyaksikan beberapa aksi kekasaran terlebih dahulu dilakukan oleh pasukan dari Bulgaria itu terhadap JDT sehingga mencetuskan pergaduhan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 07:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242693/berita/sukan/pencapaian-malaysian-tigers-masih-boleh-dibanggakan", "article_title": "Pencapaian Malaysian Tigers masih boleh dibanggakan", "article_text": "SKUAD hoki negara menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di tempat ke-13 setelah menewaskan Jepun 3-2 dalam klasifikasi tempat ke-13 hingga 16 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Kedudukan itu masih dianggap baik berbanding edisi 2018 di Bhubaneswar, India apabila Malaysian Tigers yang ketika itu dibimbing Roelant Oltmann menghuni kedudukan ke-15.Pada edisi kali ini, Malaysia yang kini dibimbing Arul Selvaraj mengakhiri saingan di Bhubaneswar dan Rourkela dengan rekod tiga kemenangan dan tiga kekalahan.Bagi Arul, beliau tetap menganggap kemenangan ke atas Jepun sesuatu yang baik meskipun barisan kendaliannya gagal mencapai sasaran layak ke peringkat suku akhir.\u201cKami bermain enam perlawanan dan menang tiga, kalah dua dan seri satu (2-2 menentang Sepanyol sebelum tewas 3-4 menerusi penentuan penalti shoot-out).\u201cSaya masih berbangga dengan pemain-pemain kerana ia bukan mudah. Setiap perlawanan, pemain-pemain perlu bekerja keras dan mereka berjuang sehingga penghujung,\u201c katanya sejurus tamat aksi menentang Jepun.Pada Khamis, hasrat skuad Malaysian Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan lebur selepas tumpas 3-6 kepada Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.Dalam aksi crossover sebelum itu, Malaysia tumbang di tangan Sepanyol menerusi penentuan penalti shoot-out, sekali gus gagal menyambar tiket ke suku akhir.Pada aksi peringkat Kumpulan C, Malaysia bermula langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Belanda sebelum membenam Chile dan New Zealand dengan keputusan 3-2 untuk muncul naib juara kumpulan.Dalam aksi klasifikasi terakhir menentang Jepun, penyerang muda, Shello Silverius meledak dua gol buat Malaysian Tigers, manakala Shahmie Irfan Suhaimi menyumbang satu gol.\u201cDaripada 24 suku (permainan), kami hanya mengalami dua suku (pertama) yang teruk ketika menentang Afrika Selatan. Kekalahan itu meletakkan kami di kedudukan (klasifikasi) bawah,\u201c jelas Arul.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Januari 2023 07:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242684/berita/sukan/kj-bakal-ceo-jdt", "article_title": "KJ bakal CEO JDT?", "article_text": "[DIKEMAS KINI] TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan-akan memberi bayangan menawarkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT).\"CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor,\" tulis Tunku Ismail yang juga pemilik JDT di laman Story Instragram baginda pada Sabtu.'Tawaran' Tunku Ismail itu ternyata menarik perhatian warga maya terutamanya peminat bola sepak tempatan.Dalam pada itu, Khairy tidak mengambil masa lama untuk memberikan jawapan balas 'tawaran' daripada TMJ.Dalam Story Instragramnya, Khairy pula menulis: \"One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH.\"Untuk rekod, Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ dianggap tidak asing dalam sukan bola sepak.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu pernah memegang portfolio sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007.Ketika menduduki kerusi Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, beliau mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.Selain menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy pernah menggalas portfolio sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Pada Jumaat, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memecat Khairy disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 10:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242673/berita/sukan/shamala-letak-jawatan-timbalan-presiden-mhc", "article_title": "Shamala letak jawatan Timbalan Presiden MHC", "article_text": "TIMBALAN Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Profesor Datuk Dr S Shamala, melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa pada Jumaat.Memberikan alasan masalah kesihatan sebagai sebab utama beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 2015 itu, Shamala juga melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Hoki Selangor.Shamala berkata, dapat membantu hoki Malaysia sejak dua dekad lepas dengan memegang pelbagai jawatan termasuk naib presiden MHC dan setiausaha Persatuan Hoki Wanita Malaysia merupakan satu penghormatan tertinggi untuknya.\"Oleh kerana tempoh Jawatankuasa Eksekutif MHC ialah 2019 hingga ke 2023 dan kami dalam tahun akhir melengkapnya tempoh ini, jadi saya rasa ini adalah waktu yang tepat untuk saya membuat keputusan ini.\"Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan kepada kesemua ahli hoki Malaysia, dengan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan selamanya,\u201d katanya dalam surat peletakan jawatannya yang telah dimuat naik di Facebooknya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 07:57pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242669/berita/sukan/muhaizar-buru-tiket-sukan-sea-kemboja-2023", "article_title": "Muhaizar buru tiket Sukan SEA Kemboja 2023", "article_text": "VETERAN tentera yang juga seorang daripada pelumba maraton utama negara, Muhaizar Mohamad mengharapkan hadiah persaraan yang terbaik buatnya dengan beraksi dalam acara Aquathlon, yang akan dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA Kemboja 2023.Staf Sarjan yang akan bersara setelah berkhidmat lebih dua dekad dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu perlu memastikan beliau layak ke temasya sukan yang akan berlangsung pada 5-17 Mei ini, dengan menampilkan aksi terbaik pada Kejohanan Neptune X114 (NX113) Aquathlon Putrajaya, 4 Februari ini.Bagaimanapun, ia bukanlah laluan mudah buat Muhaizar kerana atlet berusia 37 tahun itu perlu bertanding dalam kategori Elit NX113 Aquathlon dengan mengharungi cabaran berenang sejauh 500 meter (m) sebelum beralih ke larian 2.5 kilometer (km) di sekitar Tasik Putrajaya.\"Kepakaran saya ialah larian, jadi kalau saya menamatkan renangan di bawah 10 minit, saya yakin dapat memberi saingan hebat kepada pencabar utama yang lain. Saya boleh melengkapkan larian di bawah lapan minit.\"Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mewakili negara pada Sukan SEA 2023. Saya dapat lihat semakin ramai orang telah berkecimpung dalam sukan ini.\"Ini satu petanda baik kerana negara ini sememangnya memerlukan kumpulan bakat yang besar untuk melahirkan jaguh sukan,\" kata pemenang pingat gangsa dalam acara maraton lelaki Sukan SEA 2017 dan 2019 dalam kenyataan daripada penganjur.Muhaizar dan jaguh triathlon wanita Indonesia, Inge Prasetyo adalah antara nama besar yang akan bertanding pada NX113 Aquathlon, yang menerima pendaftaran daripada 500 peserta setakat ini.Aquathlon akan membuat penampilan sulung bersama-sama dua lagi acara pelbagai disiplin - triathlon dan duathlon - pada Sukan SEA di Phnom Penh.Sementara itu, bekas juara Asia dua kali acara Paratriathlon, Mohd Sabki Ariffin turut mengesahkan penyertaannya dalam kejohanan NX113 Aquathlon itu.\"Saya telah menerima dana untuk bertanding dalam kejohanan ini dan sama sekali tidak akan mensia-siakan peluang ini. Walaupun mengalami kecederaan bukul lali, ia langsung tidak melemahkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik, harap dapat menamatkan saingan di podium,\" kata Mohd Sabki, yang bersedia mencabar atlet normal pada NX113 Aquathlon.Menurut penganjur, kategori lain yang akan dipertandingkan pada 4 Februari ialah Standard (renangan 1.5km/larian 10km), Sprint (renangan 750m swim/larian 5km) dan Super Sprint (renangan 500m/larian 2.5km), namun hanya pesaing dalam kategori Elite yang layak untuk bertanding dalam pemilihan ke Sukan SEA.Mereka yang ingin menyertai NX113 Aquathlon boleh mendaftar melalui registration@neptunextreme.com, bagaimanapun pendaftaran untuk kategori Elite perlu dihantar menerusi persatuan triathlon negeri masing-masing.NX113 Aquathlon akan dilangsungkan serentak dengan Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) yang akan diadakan pada 2-4 Februari. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 07:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242660/berita/sukan/selangor-fc-terbang-ke-bangkok-lawan-kelab-thailand", "article_title": "Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand", "article_text": "SELANGOR FC akan berkampung di Bangkok selama lima hari dalam misi menguji dua kelab Thailand bulan depan.Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Datuk Johan Kamal Hamidon berkata, pasukan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Ratchaburi FC dan PT Prachuap.Menariknya, Ratchaburi FC adalah pasukan diwakili Safawi Rasid, manakala PT Prachuap pula melibatkan seorang lagi pemain negara, Junior Eldstal.\u201cSelangor FC akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.\u201cKami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,\u201d katanya pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC di Shah Alam pada Sabtu.Sebelum berkampung di Bangkok, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan memeriahkan Piala Harapan di Pulau Pinang bermula Rabu hingga Sabtu depan.Kejohanan itu melibatkan tiga lagi pasukan iaitu skuad tuan rumah, Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan kelab dari Singapura, Geylang International FC.Menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) pada 24 Februari ini semua pasukan giat memantapkan skuad masing-masing menerusi aksi persahabatan di dalam atau luar negara.Beberapa kelab turut menjadikan negara Gajah Perang itu sebagai medan ujian termasuk Sri Pahang FC dan Sabah FC, manakala skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) terbang ke Dubai.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 06:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242645/berita/sukan/pearly-thinaah-tersingkir-di-separuh-akhir", "article_title": "Pearly-Thinaah tersingkir di separuh akhir", "article_text": "BADI separuh akhir mula membelenggu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila tewas kepada pasangan Jepun di Masters Indonesia, Jakarta pada Sabtu.Mereka yang menjadi satu-satunya wakil tunggal negara di peringkat empat terbaik tewas straight set kepada Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 14-21, 19-21 dalam tempoh 50 minit dalam aksi di Stadium Istora Senayan.Pasangan Jepun itu menghuni ranking lebih rendah di kedudukan ke-11 berbanding Pearly-Thinaah di tempat keenam dunia.Pearly-Thinaah tewas mudah di set pertama, bagaimanapun mempamerkan kebangkitan pada set seterusnya.Mereka di depan sehingga pertengahan permainan, namun rentak kebangkitan tidak bertahan lama apabila dipaksa bekerja keras oleh pasangan lawan yang menang 19-21.Kekalahan di separuh akhir itu adalah yang kedua berturut-turut buat Pearly-Thinaah selepas dikecewakan di Terbuka India minggu lalu.Mereka kalah kepada satu lagi gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 16-21.Fukushima-Hirota bertemu Liu Sheng Shu-Zhang Shu Xian di pentas final selepas lawan dari China itu menewaskan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (Thailand) 21-11, 21-9.Pearly-Thinaah menutup kalendar 2022 dengan dua kejayaan iaitu di Terbuka Perancis dan membawa pulang pingat emas di temasya Sukan Komanwel Birmingham.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 04:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242641/berita/sukan/malaysia-akhiri-piala-dunia-di-tempat-ke-13", "article_title": "Malaysia akhiri Piala Dunia di tempat ke-13", "article_text": "SKUAD hoki negara menamatkan saingan Piala Dunia 2023 di tempat ke-13 setelah menewaskan Jepun, 3-2 dalam klasifikasi terakhir di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Kedudukan itu lebih baik berbanding edisi 2018 di Bhubaneswar, India apabila Malaysia menghuni kedudukan ke-15.Pemain sensasi, Shello Silverius meledak dua gol buat Malaysian Tigers dan turut mencatat nama selaku penjaring ialah pemain muda berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi.Tuah juga buat Shello apabila diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.Kejayaan itu melebarkan rekod Malaysia kepada empat kemenangan tahun lalu.Skuad negara menang 5-0 pada Piala Asia di Jakarta (Mei), 4-2, pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh (November) dan 5-1 pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan, Disember lalu.Malaysia yang dibimbing Arul Selvaraj membuka tirai jaringan menerusi Shello yang membuat susulan hasil pukulan sudut penalti pada minit kelapan.Jepun kemudian meningkatkan tahap intensiti serangan dan ia membuahkan hasil apabila mereka berjaya meledak dua jaringan menerusi gol padang dalam tempoh lapan minit.Kaito Tanaka menyamakan kedudukan pada minit ke-24 dan disusuli lapan minit kemudian menerusi jaringan Seren Tanaka untuk meletakkan Jepun di depan.Namun kegembiraan skuad negara matahari terbit itu tidak berpanjangan apabila Malaysia segera menyamakan kedudukan pada minit ke-32 sekali lagi menerusi Shello.Jaringan tersebut menyuntik semangat skuad Malaysian Tigers untuk menggandakan asakan dan usaha itu membuahkan hasil menerusi gol padang Shahmie pada minit ke-34.Memasuki suku keempat Jepun enggan berputus asa untuk memburu gol penyamaan, namun benteng negara ampun bertahan dan keputusan kekal 3-2 sehingga wisel penamat.Pada Khamis hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan 3-6 pada aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 04:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242604/berita/sukan/sensasi-azeem-lebur-rekod-24-tahun-watson-di-as", "article_title": "Sensasi Azeem lebur rekod 24 tahun Watson di AS", "article_text": "PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi melakar sejarah di Amerika Syarikat (AS) apabila mencipta rekod baharu acara 60 meter (m) dalam dewan di Texas awal pagi Sabtu.Pelari berusia 19 tahun itu mencatat masa 6.63 saat (s) pada pusingan pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Texas Tech di Pusat Kecemerlangan Prestasi Texas Tech.Catatan itu memadam rekod lama kebangsaan, 6.66s yang dibuat Watson Nyambek 24 tahun lalu dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalan Dewan IAAF di Jepun pada tahun 1999.\"New national record! (Rekod kebangsaan baharu!), Alhamdulillah,\" tulis Azeem menerusi Instagramnya.Dalam kejohanan berkenaan, Azeem menamatkan pusingan kelayakan di tempat kelima dengan masa 6.72s.Pemegang rekod 100m negara itu kemudian melakukan catatan 6.63s pada pusingan pertama untuk berada dalam senarai lapan peserta terbaik.Di pentas final, Azeem yang mewakili Universiti Auburn meraih podium pertamanya apabila memenangi pingat perak selepas mencatat masa 6.65s.Pingat emas dimenangi Micah Williams dari Universiti Oregon dengan catatan 6.49s, manakala gangsa menjadi milik pelari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi masa 6.67s.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242598/berita/sukan/jurulatih-al-nassr-tak-takut-salahkan-ronaldo", "article_title": "Jurulatih Al-Nassr tak takut salahkan Ronaldo", "article_text": "BIARPUN berstatus bintang tidak menjadi masalah buat jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengkritik Cristiano Ronaldo yang melepaskan peluang untuk menjaringkan gol sebagai punca kekalahan kepada Al-Ittihad.Al-Nassr terpaksa akur terlepas peluang untuk meneruskan saingan di Piala Super Saudi, meskipun masih mendahului dalam saingan liga.Ronaldo yang membuat penampilan sulung hujung minggu lalu gagal memberi impak ketika Al-Nassr tewas 1-3 hasil jaringan Romarinho, Hamdallah dan Al-Shaqeeti.Penyerang berusia 38 tahun itu hampir meledak sebelum rehat, namun percubaannya dinafikan oleh Grohe di pintu gawang Al-Ittihad.\u201cSalah satu perkara yang mengubah perlawanan ialah peluang Cristiano (Ronaldo) di babak pertama.\u201cTahniah buat Al-Ittihad. Mereka beraksi lebih baik di babak pertama dan kami cuba bangkit pada separuh masa kedua, malangnya gagal mendapatkan keputusan yang diinginkan.\u201cKami kecewa tersingkir daripada Piala Super, tetapi kami masih mendahului dalam saingan liga,\u201d kata Garcia.Ronaldo masih memburu gol pertamanya untuk kelab walaupun aksi pertamanya bermula cemerlang bersama pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain.Ronaldo menghasilkan dua gol ketika tewas kepada pasukan yang diterajui bintang Argentina, Lionel Messi.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 12:53pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242594/berita/sukan/fifa-hukum-cavani-uruguay", "article_title": "FIFA hukum Cavani, Uruguay", "article_text": "PENYERANG veteran, Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran kelakuan mereka selepas Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu.Cavani dan Godin yang juga kapten Uruguay dikenakan penggantungan satu perlawanan selain turut perlu melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan membayar denda \u00a313,140 (RM69,123).Pertahanan, Jose Gimenez dan penjaga gol, Fernando Muslera pula dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan dan denda \u00a317,520 (RM92,170) selain diarah melakukan kerja khidmat komuniti bola sepak.Jawatankuasa Disiplin FIFA turut mendapati Persatuan Bola Sepak Uruguay bertanggungjawab terhadap kelakuan diskriminasi penyokong mereka dalam aksi pada 2 Disember lalu itu termasuk kelakuan pemain.Atas kesalahan itu menyaksikan FA Uruguay menerima hukuman untuk beraksi satu perlawanan dalam stadium separa tertutup tanpa ada penonton di belakang gawang gol.Malah, badan induk bola sepak Uruguay itu turut dikenakan denda sebanyak \u00a343,800 (RM230,466).Uruguay gagal melepasi saingan Kumpulan H walaupun menewaskan Ghana 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan yang mana Korea Selatan meneruskan kemaraan berdasarkan perbezaan jaringan.Beberapa pemain Uruguay dilihat tidak dapat menerima kenyataan apabila Cavani tidak diberikan sepakan penalti selepas dijatuhkan di kawasan Ghana pada lewat permainan.Cavani kemudiannya menolak jatuh monitor video bantuan pengadil (VAR) selepas wisel penamat sambil rakan-rakan sepasukannya mengerumuni pengadil, Daniel Siebert.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 12:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242593/berita/sukan/potter-kukuh-semangat-pemain-ala-tentera", "article_title": "Potter kukuh semangat pemain ala tentera", "article_text": "CHELSEA mencari kelainan bagi mengukuhkan semangat berpasukan apabila mengunjungi kem tentera berhampiran bandar Liss di Hampshire, London baru-baru ni.Jurulatihnya, Graham Potter yang kerap menerapkan idea di luar kotak membawa para pemain bertemu tentera bagi merapatkan hubungan serta membantu muka-muka baharu menyesuaikan diri dengan lebih cepat.Bagaimanapun tiada latihan fizikal, sebaliknya Potter menggunakan peluang itu untuk melatih minda anak-anak buahnya untuk lebih kental dan meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan.Ketika melatih kelab Sweden, Ostersunds antara tahun 2011 hingga 2018, Potter mengarahkan para pemain menari balet, menyanyi lagu rap tradisional Finland dan menulis pertunjukan teater Vikings.The Blues mempunyai banyak masa pada hujung minggu setelah kelab London itu tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini.Peluang tersebut digunakan Potter untuk menguatkan mental serta fizikal pemain.Chelsea menandatangani enam pemain baharu bulan ini termasuk pemain pinjaman, Joao Felix.\u201cKami perlu menyatukan kumpulan ini. Ada beberapa muka baharu. Ia bukan hanya semata-mata aksi di atas padang, anda perlu berinteraksi sebagai satu pasukan.\u201cAda beberapa perkara yang boleh dilakukan dan kami akan memanfaatkan tempoh dua minggu ini,\u201d katanya.Potter mempunyai beberapa perancangan untuk minggu depan, namun masih menjadi rahsia pengendali itu.Chelsea hanya menang dua daripada 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 12:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242591/berita/sukan/caicedo-mohon-brighton-jualnya-ke-arsenal", "article_title": "Caicedo mohon Brighton 'jualnya' ke Arsenal", "article_text": "PEMAIN muda, Moises Caicedo mahu mencari pengalaman baharu di Arsenal dan memohon Brighton melepaskannya demi masa depan kedua-dua pihak.Pemain berusia 21 tahun itu berkata, perpindahannya juga bakal mengukir rekod baharu kelab menerusi tawaran harga 60 juta pound (RM315.72 juta).Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal sebelum ini menawarkan untuk membeli pemain tengah Ecuador itu pada harga itu, namun ditolak oleh Brighton.\u201cSaya bangga dapat membawakan rekod perpindahan untuk Brighton bagi membolehkan mereka melabur untuk masa depan kelab,\u201d katanya.Caicedo berharap Brighton memahami situasi itu kerana ia merupakan peluang keemasan buatnya.\u201cPenyokong akan sentiasa mengingati saya dan mereka juga akan sentiasa berada di hati.\u201cJadi saya harap mereka boleh faham mengapa saya mahu mengambil peluang keemasan ini,\u201d kata Caicedo.Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi masih mahu mengekalkan Caicedo sehingga akhir musim ini.\u201cDia pemain yang bagus. Saya harap dia boleh kekal bersama kami sehingga akhir musim kerana ia adalah jalan terbaik buatnya dan kelab,\u201d katanya.Brighton sebelum ini melepaskan penyerang Belgium, Leandro Trossard kepada Arsenal pada harga 27 juta pound (RM142.07 juta) ketika jendela perpindahan bulan ini.Caicedo, yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea untuk bersama bekas pengendalinya Graham Potter, mempunyai kontrak dengan Brighton sehingga tahun 2025.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 12:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242584/berita/sukan/jersi-baharu-selangor-fc-bertema-memori-stadium-shah-alam", "article_title": "Jersi baharu Selangor FC bertema memori Stadium Shah Alam", "article_text": "'MEMORI Stadium Shah Alam' diangkat menjadi tema jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023.Selangor FC dalam kenyataan menerusi portal rasminya memaklumkan, jersi utama atau home itu direka khas buat penyokong Merah Kuning, selain menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan stadium itu.\"Penggunaan warna merah sebagai warna utama jersi ini adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan dan warna \u2018pasir\u2019 sebagai warna kedua, kerana pasir ialah satu daripada komponen konkrit yang merupakan bahan binaan asas utama Stadium Shah Alam.\"Penggunaan sudut pandangan luar bentuk Stadium Shah Alam diletakkan sebagai simbol utama di belakang, manakala sudut pandangan hadapan stadium diterapkan di kolar dan lengan jersi ini. Label tag pada sisi kanan jersi ini pula merupakan koordinasi kedudukan stadium yang pelbagai kenangan tercipta dan tanah tumpah perjuangan Selangor,\" menurut kenyataan itu.Katanya, motif wave yang timbul pada jersi berkenaan ialah berasaskan corak petak berisikan perkataan Selangor yang diambil daripada tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam yang cukup ikonik dalam kalangan penggemar kancah bola sepak Selangor dan Malaysia.Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dalam kenyataan sama berkata pemilihan Stadium Shah Alam sebagai tema jersi home Gergasi Merah musim ini kerana ia melambangkan semangat kebersamaan antara kekuatan rakyat dengan pasukan Selangor sehingga kini.\"Sejarah pencapaian kelab di stadium ini amat berharga dan sukar ditandingi. Kami merasakan ini adalah masa yang terbaik bagi kita mengabadikan memori stadium ini dan pada masa yang sama turut menjadikan momen ini sebagai satu titik permulaan dan lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan Selangor.\"Oleh itu, kami mengambil inisiatif memilih Stadium Shah Alam sebagai tema utama jersi home 2023 dengan menerapkan elemen ikonik infrastruktur stadium berkenaan ke dalam jersi ini. Tabik Terakhir merupakan mesej penghormatan dan penghargaan kepada sejarah dan memori stadium itu sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam,\u201d katanya.Jersi baharu itu boleh didapati pada Majlis Hari Jersi Selangor pada Sabtu bermula pukul 10 pagi di pusat beli-belah SACC Mall, di sini dan secara dalam talian menerusi laman rasmi selangorfc.com. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242566/berita/sukan/cabaran-baharu-beraksi-petang", "article_title": "Cabaran baharu beraksi petang", "article_text": "PERUBAHAN kalendar Liga Malaysia (Liga-M) musim ini termasuk beraksi pada sebelah petang menjadi cabaran baharu buat pasukan dan pemain untuk meningkatkan kualiti permainan ke tahap tertinggi.Penganalisis sukan, Rizal Hashim berkata, cuma menjadi persoalan dalam kalangan peminat sama ada pemain mampu mengekalkan kualiti permainan atas faktor cuaca berbanding sebelum ini sudah biasa beraksi pada waktu malam.\u201cCumanya apakah kualiti permainan pada ketika cuaca petang dapat dikekalkan berbanding waktu malam.\u201cJika ikut telahan bekas jurulatih skuad kebangsaan Bertalan Bicskei cuaca petang akan mempengaruhi standard permainan. Kita tunggu dan lihat,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Justeru enggan membuat andaian terlalu awal, Rizal mengajak peminat untuk memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan perubahan jadual perlawanan demi kemajuan bola sepak negara.\u201cApa pun kita beri peluang kepada pemain untuk beri yang terbaik,\u201d katanya.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam pada Khamis mengumumkan waktu sepak mula baharu buat Liga-M 2023.Ia akan melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Perlawanan lain akan bermula pada jam 8.15 malam dan 9 malam manakala pada bulan Ramadan akan dimulakan jam 10 malam.Untuk Sabah dan Sarawak pula sepak mula perlawanan pada jam 8.30 malam dan 8.15 malam, manakala ketika bulan Ramadan akan bermula pada jam 9.15 malam.Rizal juga percaya perubahan waktu sepak mula tersebut mampu melonjakkan jualan tiket selain menggalakkan penyertaan penonton dalam kalangan penyokong yang sudah berkeluarga.\u201cSaya percaya MFL sudah melakukan tinjauan sebelum mengambil keputusan ini. Secara pukul rata, kutipan tiket tidak begitu memberangsangkan apabila sepak mula diadakan waktu malam.\u201cJadi tidak salah andai MFL sebagai pengendali liga mahu menggalakkan budaya keluarga untuk menonton sebelah petang dan boleh balik lebih awal.\u201cAmbil contoh jadual perlawanan waktu petang ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) beraksi dalam Liga Juara juara Asia AFC tahun lalu,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242564/berita/sukan/jangan-pandang-jepun-sebelah-mata", "article_title": "Jangan pandang Jepun sebelah mata", "article_text": "PEMAIN skuad hoki negara diingatkan tidak memandang mudah keupayaan Jepun apabila kedua-dua pasukan berentap untuk perlawanan klasifikasi kedudukan 13 hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Malah, pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj menegaskan kemenangan tiga kali ke atas pasukan negara matahari terbit itu tidak boleh dijadikan kelebihan pada perlawanan kali ini.Sebaliknya Arul berkata, semua pasukan yang berada di Piala Dunia 2023 kali ini tampil dengan barisan terbaik masing-masing berbanding sebelum ini.\u201cYa, pasukan negara sudah pun menewaskan Jepun sebanyak tiga kali sebelum ini, namun harus diingat setiap kali berdepan Jepun corak permainan mereka ternyata berbeza-beza.\u201cTidak dinafikan juga rekod perlawanan sebelum ini berpihak kepada pasukan Malaysia, namun ini adalah Piala Dunia yang merupakan perlawanan terakhir pasukan bagi meraih kedudukan terbaik.\u201cSudah pastinya Jepun pun mahu menghabiskan kejuaraan Piala Dunia ini dengan kedudukan terbaik, sekali gus menghadiahkan kebanggaan buat negara dan penyokong mereka,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Sebagai rekod, sepanjang tiga pertemuan dengan Jepun, tahun lalu, Malaysia menang kesemua perlawanan iaitu 5-0 pada Piala Asia di Jakarta (Mei), 4-2, pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh (November) dan 5-1 pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan, Disember lalu.Pada masa sama, Arul mahu pemain negara belajar daripada pengalaman berdepan Afrika Selatan sebelum ini.\u201cPemain-pemain Malaysian Tigers perlu menilai sendiri persembahan masing-masing sepanjang perlawanan berdepan Afrika Selatan semalam.\u201cIa terutama perkara-perkara asas permainan hoki yang menyaksikan terlalu banyak kesilapan individu,\u201d katanya.Sementara itu, Arul mengakui tetap bangga apabila sasaran ditetapkan kali ini diterjemahkan oleh pemain dengan keputusan yang positif.\u201cAda sedikit sebanyak sasaran yang kita letak apabila berada di sini, salah satunya beri aksi terbaik berdepan Belanda bagi meningkatkan prestasi pasukan.\u201cKemenangan ke atas Chile dan New Zealand juga berjaya diraih. Kita berjaya capai sasaran keluar daripada peringkat kumpulan.\u201cCuma sasaran ke suku akhir tidak tercapai apabila tewas kepada Sepanyol, namun saya bangga persembahan serta komitmen dalam kalangan pemain.\u201cApabila kecundang kepada Sepanyol, kita kemudian letak sasaran mengakhiri saingan di kedudukan sembilan hingga ke-12 tetapi tidak kesampaian apabila tewas kepada Afrika Selatan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 08:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242572/berita/sukan/ake-ceriakan-manchester-city-bikin-arsenal-terciduk", "article_title": "Ake ceriakan Manchester City, bikin Arsenal 'terciduk'", "article_text": "GOL separuh masa kedua pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake memastikan The Citizens memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Arsenal dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Etihad pada Sabtu.Dua pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris itu bermula garang pada separuh masa pertama dengan Erling Haaland dua kali hampir meletakkan City di depan manakala rangkaian penyudah Arsenal memaksa penjaga gol tuan rumah Stefan Ortega melakukan dua penyelamatan yang baik percubaan The Gunners.Pengendali City, Pep Guardiola membawa Julian Alvarez daripada bangku simpanan pada awal separuh masa kedua dengan penyerang Argentina itu memainkan peranan besar dalam menghasilkan gol kemenangan apabila merembat ke arah tiang sebelum Ake menterjemahkan jaringan gol pada minit ke-64.Pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut melakukan perubahan untuk mencari penyeimbang, namun mereka tidak dapat mematahkan tentangan City ketika tuan rumah semakin konsisten dalam usaha untuk memenangi trofi domestik yang dimenangi Guardiola hanya sekali sepanjang berada di England.Walaupun melakukan enam pertukaran kepada pasukan yang menewaskan Manchester United hujung minggu lalu, dengan gelaran Liga Perdana Inggeris pertama dalam tempoh hampir 20 tahun, Arsenal memulakan aksi cemerlang di Etihad.Pemain yang direkrut pada Januari Leandro Trossard dari Brighton & Hove Albion kelihatan berjaya menyesuaikan diri dengan Arsenal menyediakan pembukaan awal untuk Takehiro Tomiyasu, sebelum dinafikan Ortega.Haaland juga mengintai golnya yang ke-32 dalam semua kejohanan musim sulung luar biasa di England, ternyata menggunakan pengalaman untuk memanfaatkan dua kesilapan Arsenal namun masih gagal menjaringkan gol.City yang meningkatkan tekanan selepas rehat akhirnya menyukarkan Arsenal apabila pemain pertahanan Belanda, Ake menunjukkan kemahiran penyudah penyerang apabila tenang mencari sudut bawah selepas percubaan Alvarez.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Januari 2023 08:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242550/berita/sukan/manchester-united-hantar-skuad-terkuat-berdepan-reading", "article_title": "Manchester United hantar skuad terkuat berdepan Reading", "article_text": "MANCHESTER United menjangkakan Reading bermotivasi tinggi untuk pertemuan Piala FA Ahad ini dan tidak akan mengambil mudah lawan divisyen dua mereka, kata pengendali, Erik ten Hag pada Jumaat.United sebelum ini memenangi lima daripada tujuh perlawanan pada 2023, berada di tempat keempat dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata.Mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala Liga dan peringkat kalah mati Liga Europa, menjadi pilihan untuk menewaskan Reading dalam pertembungan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad.\"Bola sepak tidak diputuskan di atas kertas. Kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan. Setiap lawan akan menjadi sukar, terutamanya dalam Piala FA. Bagi mereka ia adalah peluang yang sempurna. Kami perlu berada di hadapan dan fokus sepenuhnya...\"Kami mahu memenangi setiap perlawanan. Kami bermain setiap perlawanan sepenuhnya. Yang seterusnya sentiasa yang paling penting.\"Kami sentiasa mempunyai masalah pemilihan, tetapi saya fikir esok kami akan mempunyai pilihan yang kuat untuk perlawanan ini, kami mempunyai skuad yang bagus, kami boleh menutup perkara,\" kata Ten Hag.United akan bermain sembilan kali antara 28 Januari dan 26 Februari, bermula dengan perlawanan Piala FA menentang Reading sebelum menentang Nottingham Forest dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Liga dan berdepan Barcelona dua kali dalam Liga Europa.Ten Hag berkata, dia gembira dengan situasi skuadnya, dan apabila ditanya sama ada pemain seperti Facundo Pellistri boleh dipinjamkan, pengendali dari Belanda itu berkata, \"Sesetengah pemain kami terbuka untuk dipinjamkan dan ada tidak kerana mereka perlu berkembang dalam persekitaran kita.\u201cKami meletakkan Pellistri (dalam kemenangan separuh akhir pertama ke atas Forest pada Rabu), itu adalah syarat penting.\"Brandon Williams juga sebahagian daripadanya, namun terpulang kepada dia. Saya suka dia. Kami perlu bekerjasama dengannya dan melihat arah perkembangannya. Terpulang kepada dia untuk memilih hala tujunya. Kalau dia nak pinjaman, kita kena bincang pasal perkara itu.\"Untuk rekod, pemain sayap Jadon Sancho kembali ke latihan pasukan awal bulan ini buat kali pertama sejak Oktober, namun Ten Hag tidak menyebut sama ada dia akan beraksi dalam perlawanan Ahad ini.\"Dia sedang berlatih dengan pasukan, dan kita akan lihat, dia bertambah baik, dia membuat banyak pergerakan, dan kami akan membuat keputusan selepas latihan.\"Saya boleh kata dia dalam perjalanan kembali bersama pasukan, dan kita perlu lihat bila dia bersedia untuk kembali ke perlawanan.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 11:44pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242544/berita/sukan/klopp-tuntut-liverpool-lebih-berdisiplin-berdepan-brighton", "article_title": "Klopp tuntut Liverpool lebih berdisiplin berdepan Brighton", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meminta pemainnya, terutama bahagian pertahanan untuk lebih berdisiplin ketika The Reds bersiap sedia menentang Brighton & Hove Albion dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA, pada Ahad.Ingatan itu hadir selepas kelab Merseyside tersebut terpalit dengan kekalahan memalukan, 0-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris kepada lawan yang sama.Anak buah Klopp yang tampil dengan status penyandang juara sebelum itu menewaskan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan ulangan untuk mengatur pertembungan di Brighton, telah meledak tiga gol mengatasi kelab tersebut dalam kedua-dua pertemuan liga musim ini.Awal bulan ini, Klopp berkata, kekalahan liga Liverpool kepada Brighton adalah prestasi terburuk sepanjang berada di kelab itu, dan apabila ditanya apa yang mereka boleh ubah dalam perlawanan Ahad, dia memberitahu wartawan: \"Semuanya.\"Saya fikir kami telah menunjukkan pasukan ini benar-benar mahu melaluinya. Kami sentiasa mahu menjadi lebih baik dan itulah yang akan kami lakukan. Dan Brighton pula berada dalam detik yang sangat baik.\"Separuh masa pertama menentang Chelsea, kami sangat berdisiplin dan kami tidak memberi mereka banyak. Kami perlu melakukannya sekali lagi menentang Brighton,\" ujar Klopp.Sejak kekalahan kepada Brighton, Liverpool mengekalkan rekod bersih berturut-turut menentang Wolves dan Chelsea.Klopp memilih untuk memainkan tiga bahagian tengah iaitu Naby Keita, Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic menentang kedua-dua Wolves dan Chelsea, dan bos Liverpool itu berkata, mendapatkan kombinasi bahagian tengah yang betul adalah penting menentang Brighton.\"Kami mempunyai enam atau tujuh pemain tengah dalam keadaan terbaik yang merupakan situasi yang sempurna tetapi hanya tiga boleh beraksi. Anda tidak boleh melakukan kesilapan dengan barisan pemain.\"Menentang Brighton adalah sangat penting bagaimana kami mempertahankan barisan pertama. Penjaga gol perlu benar-benar tenang, mereka hanya menghantar bola jika tiga pemain depan tidak beraksi dengan baik. Semua ini berkait mengenai cara kami bertahan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 09:52pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242539/berita/sukan/jm54-penganjur-sedia-hadapi-segala-kemungkinan", "article_title": "JM54: Penganjur sedia hadapi segala kemungkinan", "article_text": "PENGANJUR perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia ke-54 (JM54), berwaspada sekiranya perlumbaan lima peringkat sejauh 728.45 kilometer (km) pada 27 Februari hingga 2 Mac depan terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca tidak menentu termasuk banjir.Pengarah acara JM54, Jamaludin Mahmood, berkata pihaknya telah membuat percaturan terbaik berhubung laluan yang bakal digunakan selain menyediakan pelan alternatif bagi menghadapi kemungkinan tersebut.\u201cPihak kami sudah melakukan tinjauan terhadap kesemua laluan terlibat dan tidak menolak kemungkinan perkara itu (banjir) boleh berlaku. Tetapi bulan Februari nanti mungkin kita sudah keluar daripada musim banjir... jadi boleh dikatakan 80 peratus laluan yang akan digunakan adalah selamat buat pelumba.\u201cBagaimanapun, kami tetap mempunyai pelan kontingensi misalnya engubah laluan tersebut jika keadaan itu berlaku,\u201d katanya pada sidang media memperkenalkan laluan perlumbaan JM54, di sini, pada Jumaat.Jamaludin turut berkata, sebanyak 24 pasukan dengan 120 penyertaan pelumba profesional dari benua Eropah, Asia, Oceania dan Amerika telah mengesahkan penyertaan sekali gus menghangatkan perlumbaan itu setelah lebih empat tahun tertangguh akibat Covid-19.\u201cWalaupun terdapat laluan pendakian di peringkat keempat, laluan JM54 kali ini adalah perlumbaan yang laju, teknikal dan sangat sesuai terutamanya kepada jaguh pecut. la pasti menarik untuk ditonton oleh peminat sukan berbasikal,\u201d katanya.Untuk rekod, perlumbaan diklasifikasikan sebagai kategori 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).PERINGKAT PERLUMBAANPeringkat 1Melaka ke Bandar Baru Bangi sejauh 161.96 kmPeringkat 2Setia Alam-Cyberjaya (149.98 km)Peringkat 3Shah Alam-Teluk Intan (154.30 km)Peringkat 4Bagan Datuk-Tanah Rata (139.69 km)Peringkat 5Tapah-Meru Raya (122.52 km)", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 09:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242530/berita/sukan/faisal-disenarai-kesebelasan-utama-terbaik-piala-aff-2022", "article_title": "Faisal disenarai kesebelasan utama terbaik Piala AFF 2022", "article_text": "KAPTEN Skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam All-Star XI atau kesebelasan utama terbaik saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Pemain sayap Selangor FC yang menjaringkan empat gol pada kejohanan dwitahunan itu juga berjaya menempatkan diri dalam kalangan tiga penyerang terbaik, demikian menurut hantaran Facebook rasmi Piala AFF, petang Jumaat.Selain Mohamad Faisal, turut dipilih sebagai penyerang terbaik iaitu pemain Thailand, Teerasil Dangda dan Nguyen Tien Linh dari Vietnam yang berkongsi gelaran penjaring terbanyak selepas masing-masing mencetak keseluruhan enam gol.Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam mengisi posisi penjaga gol terbaik sementara pemain pertahanan terbaik menjadi milik Kritsada Kaman dari Thailand, Sasalak Haiprakhon (Thailand), Jordi Amat (Indonesia) dan Doan Van Hau dari Vietnam.Tiga pemain tengah terbaik pula menyaksikan dua daripadanya dari Thailand - Theerathon Bunmathan iaitu kapten pasukan dan Sarach Yooyen dan satu slot lagi diisi Nguyen Hoang Duc dari Vietnam.Sebagai rekod, senarai All-Star XI Piala AFF 2022 berdasarkan undian peminat.Thailand muncul juara Piala AFF 2022 dengan kemenangan agregat 3-2 ke atas Vietnam pada pertengahan bulan ini sekali gus merangkul gelaran ketujuh untuk melebarkan rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah selepas memenangi edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 08:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242508/berita/sukan/pearly-thinaah-raih-slot-separuh-akhir", "article_title": "Pearly-Thinaah raih slot separuh akhir", "article_text": "BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Masters Indonesia setelah mengalahkan Li Win Mei-Liu Xuan Xuan dari China yang menghuni ranking ke-93 dunia di Jakarta pada Jumaat.Pasangan negara yang menjadi pilihan keenam kejohanan mudah menewaskan Win Mei-Xuan Xuan 21-10, 21-12 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta.Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan keenam dunia menguasai permainan pada set pertama apabila mendahului 13-10 sebelum meraih lapan mata berturut-turut untuk menang 21-10.Namun mereka diberi tentangan sengit pada set berikutnya apabila mata terikat 10-10, namun Pearly dan Thinaah terus mara untuk meraih kemenangan selesa 21-12 dalam tempoh 37 minit permainan.Pertemuan dengan Win Mei-Xuan Xuan itu adalah yang pertama buat Pearly-Thinaah.Kemenangan itu menjadi kemaraan ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut selepas mereka turut melangkah ke kelompok empat terbaik di Terbuka India minggu lalu.Bagaimanapun, impian pasangan itu mara ke final tersekat apabila tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 16-21.Pearly-Thinaah akan melayan pemenang di antara beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponappa dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota bagi aksi separuh pada Sabtu.Pada musim lalu, Pearly-Thinaah berjaya meraih gelaran di Terbuka Perancis dan pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242501/berita/sukan/aaron-chia-wooi-yik-tumpas-di-tangan-gandingan-bukan-pilihan", "article_title": "Aaron Chia-Wooi Yik tumpas di tangan gandingan bukan pilihan", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JAGUH beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dilihat beraksi di bawah tahap sebenar, ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan bukan pilihan dari China pada aksi suku akhir kejohanan badminton Masters Indonesia di Jakarta, pada Jumaat.Pada pertemuan menentang gandingan, He Ji Ting-Zhou Hao Dong yang berlangsung di venue ikonik, Istora Senayan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara dunia 2022 bermula baik apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan set pertama, namun hilang rentak sehingga dipintas dan kecundang 17-21.Persembahan longlai pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat terserlah pada set kedua, selepas ketinggalan 4-12 sebelum membenarkan pihak lawan mengutip mata dengan mudah untuk menoktahkan kemenangan 21-10.Gandingan ranking ke-21 dunia dari China itu, mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dalam tempoh 38 minit untuk bertemu sama ada rakan senegara Liu Ye Chen-Ou Xuan Yi atau gandingan tuan rumah yang juga pilihan pertama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.Ia kekalahan memeritkan buat Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking nombor dua dunia, selepas mereka turut kempunan merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Terbuka India apabila tewas di final, Ahad lepas.Dalam pada itu, beregu wanita nombor satu negara dan juara Terbuka Perancis 2022, Pearly Tan-M.Thinaah mengubati kekecewaan kem Malaysia apabila menjadi wakil pertama melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan berstatus Super 500 itu.Pada aksi suku akhir, Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan keenam beraksi dengan cemerlang untuk melakar kemenangan bergaya 21-10, 21-12 dalam tempoh 37 minit ke atas pasangan bukan pilihan dari China Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan.Menanti pasangan ranking keenam dunia itu di pusingan seterusnya ialah antara gandingan India Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa dan wakil Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota yang bakal berentap pada satu lagi perlawanan suku akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 05:24pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242490/berita/sukan/jonathan-balotelli-senjata-pemusnah-baharu-kda-fc", "article_title": "Jonathan Balotelli senjata pemusnah baharu KDA FC", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan penyerang import kelahiran Brazil, Jonathan Boareto dos Reis mengisi kuota pemain penyerang import antarabangsa Sang Kenari bagi musim 2023.Pemain berusia 33 tahun ini bakal bergandingan bersama dengan seorang lagi penyerang juga dari Brazil, Willian Lira yang kini cemerlang meledakkan empat gol bersama KDA FC pada tiga aksi pra-musim 2023.Dia yang mendapat gelaran Jonathan Balotelli sebelum ini beraksi bersama pasukan Jeonnam Dragons di Liga kedua Korea Selatan, (K-League 2) dan membantu kelab itu menjuarai Piala FA Korea Selatan pada musim 2022.\u201cKetajaman Balotelli ditagih bagi menjadi senjata pemusnah Sang Kenari. Balo akan menggunakan jersi bernombor 89 di musim 2023,\u201d umum KDA FC pada Jumaat.Ketajaman Balotelli mendapat perhatian pengendali KDA FC, Nafuzi Zain yang mahukan seorang penyerang yang mampu mengalas tugas untuk memburu gol jika penyerang lain seperti Willlian mengalami kecederaan.Bersama Jeonnam Dragons, Balotelli telah menjaringkan sebanyak 20 gol dengan tujuh bantuan gol dalam 62 penampilan K-League 2.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 04:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242461/berita/sukan/denda-sehingga-rm500000-tiada-lesen-anjur-sukan-bermotor", "article_title": "Denda sehingga RM500,000 tiada lesen anjur sukan bermotor", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menegaskan syarat untuk mendapatkan lesen sebelum penganjuran sukan bermotor bukan perkara baharu, sebaliknya ia adalah peraturan yang sudah digunapakai sebelum ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, semua penganjuran pertandingan acara itu perlu memohon kebenaran dan mendapatkan lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebelum tarikh penganjuran.\"Selepas sidang akhbar hari ini (Jumaat), tak ada lagi pihak yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu perlu dapatkan lesen penganjuran,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia di Subang Jaya, Shah Alam pada Jumaat.Hannah menegaskan denda antara RM50,000 sehingga RM500,000 boleh dikenakan kepada penganjur acara sukan bermotor sekiranya gagal memenuhi syarat memohon lesen penganjuran daripada PJS seperti termaktub di bawah Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997.Menurutnya, penganjur juga perlu memilih litar yang sudah melalui pemeriksaan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) serta memohon lesen untuk menganjurkan sukan bermotor.\"Permohonan lesen untuk menganjurkan acara sukan bermotor perlu dibuat dalam tempoh 30 hari bagi acara tempatan dan 90 hari untuk acara antarabangsa sebelum pertandingan diadakan.\"Ini selaras dengan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) yang memperuntukkan syarikat hendaklah memohon lesen untuk beroperasi.\"KBS bekerjasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk memastikan penganjur mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dan tindakan perundangan boleh dikenakan sekiranya gagal mematuhi atau berlaku cuai sebelum, semasa dan selepas penganjuran,\" katanya.Hannah menegaskan, tindakan KBS itu bagi mengelak perkara tidak diingini seperti insiden pertandingan CCT Battle of Champion di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak yang menyebabkan seorang penonton maut.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang pada 31 Disember lalu, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 03:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242446/berita/sukan/pellistri-dapat-perhatian-ten-hag", "article_title": "Pellistri dapat perhatian Ten Hag", "article_text": "KEHADIRAN bintang muda Manchester United, Facundo Pellistri dari Uruguay diyakini memberi lebih pilihan kepada The Red Devils dalam mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.Malah pengendali Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan Pellistri alternatif kepada gaya permainan Antony yang merupakan antara tonggak kelab tersebut musim ini.\u201cKami telah melihat beberapa kerja fizikalnya, dia mempunyai pergerakan dan larian yang baik.\u201cSaya fikir dia juga seorang pemain bola sepak yang boleh bermain dengan sangat baik kerana memiliki keyakinan ketika bersama dengan bola.\u201cDia lain sikit berbanding dengan Antony yang bermain di posisi sayap kanan. Dia juga mencipta peluang baik pada penghujung perlawanan menentang Nottingham Forest apabila melintasi Wout Weghorst,\u201d katanya selepas ditanya sama ada Pellistri akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Reading.Manchester United akan melayan kunjungan kelab Liga Kejuaraan Reading kendalian Paul Ince pada Pusingan Keempat Piala FA di Stadium Old Trafford, awal pagi Ahad.Untuk rekod, aksi berdepan Forest merupakan penampilan kompetitif kedua Pellistri untuk Manchester United sejak berpindah dari Penarol pada 2020, selepas dua tempoh pinjaman di Alaves.Dalam dua perlawanan menentang Nottingham Forest dan Charlton dia telah mencipta tiga peluang dalam 25 minit masa permainan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 02:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242447/berita/sukan/danjuma-tak-sabar-pacu-tottenham", "article_title": "Danjuma tak sabar pacu Tottenham", "article_text": "BINTANG baharu Tottenham Hotspur, Arnaut Danjuma menyifatkan perpindahan secara pinjaman ke kelab London itu kembali membuka peluang kepada pemain sayap tersebut untuk lebih menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah tanpa berselindung pemain berusia 25 tahun itu mengakui tidak memerlukan masa untuk menerima tawaran daripada skuad kendalian Antonio Conte tersebut.\"Sejujurnya ia merupakan satu peluang yang amat menakjubkan, dan saya sangat gembira serta bertuah apabila dapat berada di sini.\u201cSebaik sahaja Tottenham datang menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat saya, ia satu hasrat yang tidak memerlukan tempoh masa lama untuk saya bersetuju.\u201cIa adalah kelab yang besar, jurulatih yang cemerlang, kakitangan yang cemerlang, kelab yang cemerlang, kemudahannya jelas sukar dipercayai jadi bagi saya saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan.\u201cSaya sangat tidak sabar untuk bekerja dengan pengurus (Antonio Conte). Dia mempunyai begitu banyak pengalaman. Bagi saya, sebagai pemain yang sedang membangun, ia hanya hebat. Ia memberi saya peluang untuk belajar dan menjadi antara yang hebat,\" katanya.Tottenham sebelum ini mengesahkan merekrut pemain kelahiran Belanda tersebut dari kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal sehingga akhir musim ini.Danjuma yang menjadi pembelian pertama Conte pada jendela perpindahan Januari telah menjaringkan enam gol dalam semua pertandingan bersama The Yellow Submarine kendalian Quique Setien tersebut musim ini.Jaringan itu menjadikan jumlah gol terkumpul sepanjang menyarung jersi kelab tersebut secara keseluruhan kepada 22 gol setelah mengharungi 51 perlawanan.Ketibaan Danjuma secara tidak langsung meningkatkan pilihan serangan Conte, dengan Son Heung-min, Dejan Kulusevski, Richarlison dan Lucas Moura masing-masing mengalami kecederaan musim ini.Danjuma, yang akan berusia 26 tahun minggu depan boleh beraksi di posisi hadapan, menghabiskan dua tahun di England bersama Bournemouth antara 2019 dan 2021.Semasa dia menggalas cabaran Cherries dalam Liga Kejuaraan, dia bergelut dan gagal menjaringkan gol dalam 14 penampilan.Perpindahan ke LaLiga pada 2021 terbukti berjaya memberi impak apabila Danjuma memainkan peranan penting dalam perjalanan Villarreal ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan.Danjuma berpeluang untuk melakukan penampilan pertama bersama Tottenham yang akan berkunjung kePreston bagi perlawanan Pusingan Keempat Piala FA, awal pagi Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 02:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242412/berita/sukan/kontrak-jangka-panjang-bajcetic-bersama-liverpool", "article_title": "Kontrak jangka panjang Bajcetic bersama Liverpool", "article_text": "PEMAIN tengah remaja Liverpool, Stefan Bajcetic tidak menyangka mampu memikat The Reds untuk mengikat kontrak jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.Pemain berusia 18 tahun itu menjejak kaki di Anfield dari Celta Vigo pada akhir 2020 dan bertekad untuk segera menembusi pasukan utama The Reds.\u201cAmat gila jika memikirkan seberapa cepat ia berlaku,\u201d katanya dalam laman web rasmi Liverpool.Bajcetic mula berlatih bersama skuad senior Liverpool menjelang musim 2022/23 dan sudah membuat 10 penampilan bersama pasukan itu sepanjang musim ini.Prestasi cemerlangnya sepanjang musim pertama menyaksikan dia diberikan kontrak baharu untuk terus bersama skuad kendalian Jurgen Klopp itu.Bagaimanapun tidak dinyatakan tempoh kontrak tersebut.\u201cSetahun lalu, saya hanya mewakili pasukan B-18 dan sudah memulakan beberapa perlawanan serta melakukan penampilan pertama.\u201cSaya juga sudah menjaringkan gol. Ia sesuatu yang tidak pernah saya jangka akan berlaku tahun ini. Amat luar biasa untuk melihat betapa cepat ia berlaku,\u201d katanya.Bajcetic beraksi buat kali pertama bersama skuad senior Liverpool ketika The Reds membenam Bournemouth 9-0 dalam kancah EPL Ogos lalu.Dia kemudian membuat beberapa penampilan lagi dalam saingan liga utama selain turut menjadi penjaring gol ketika berdepan Aston Villa pada Boxing Day.Liverpool dijadualkan beraksi dalam pusingan keempat Piala FA menentang Brighton hujung minggu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 12:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242416/berita/sukan/velodrom-rakyat-di-ipoh-perlu-dilengkapi-bumbung", "article_title": "Velodrom Rakyat di Ipoh perlu dilengkapi bumbung", "article_text": "PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat mempertimbangkan untuk memasang bumbung pada Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak.Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pemasangan bumbung di sekeliling trek velodrom yang pernah menjalani proses pengubahsuaian pada 2016 penting bagi melindungi trek kayu itu daripada mengalami sebarang kerosakan pada masa depan.\"Walaupun kontraktor yang ubah suai velodrom itu beri jaminan trek kayu akan tahan sehingga 20 tahun, namun kebelakangan ini sudah nampak ada beberapa kawasan mula comot dan bertukar kehitaman kerana keadaan velodrom yang terbuka lalu terdedah kepada cuaca panas atau hujan.\"Kami pernah buat permohonan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk bina bumbung sederhana di velodrom berkenaan, namun tidak sempat dilaksanakan selain terdapat beberapa pertukaran menteri.\"Kami akan buat permohonan semula kepada menteri baharu, Hannah Yeoh,\" katanya.Justeru beliau berharap agar KBS dapat mempertimbangkan permohonan itu kelak memandangkan Hannah sebelum ini menyatakan komitmen memastikan infrastruktur sukan dalam negara mudah diakses bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga orang ramai.Dalam pada itu, Amarjit berkata, velodrom berbasikal baharu di Dungun, Terengganu perlu menjalani sedikit pengubahsuaian sebelum dibuka secara rasmi selepas mengambil kira pandangan pelumba kebangsaan dan jurulatih yang melakukan ujian percubaan di sana.\"Pandangan mereka (pelumba dan jurulatih) ketika ujian percubaan velodrom tersebut serta input oleh PKBM telah diambil kira Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia selamat digunakan.\"Saya difahamkan bahawa JKR akan beri laporan kepada kerajaan untuk meneliti dan buat pengubahsuaian, mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menyiapkannya, jadi harap lepas pengubahsuaian dibuat PKBM akan kembali lihat velodrom tersebut,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 12:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242403/berita/sukan/keluarga-dorong-southgate-kekal-di-england", "article_title": "Keluarga dorong Southgate kekal di England", "article_text": "DORONGAN keluarga menjadi pertimbangan buat Gareth Southgate untuk kekal melatih England ketika tercetus persoalan mengenai masa depannya selepas berakhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.Jurulatih berusia 52 tahun itu dikritik hebat susulan aksi hambar England di Liga Negara-Negara Eropah sebelum menyertai Piala Dunia di Qatar.Southgate merancang untuk meletak jawatan biarpun kontraknya masih berbaki sehingga Disember 2024.Perjuangan The Three Lions di Qatar terhenti di peringkat suku akhir setelah tewas kepada Perancis 1-2.Southgate mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan meskipun masih ada kira-kira 23 bulan sebelum kontrak berakhir tahun depan.Beliau berkata, sokongan keluarga mempengaruhi keputusannya untuk meneruskan kerjaya membimbing England yang bermula sejak tahun 2016.\"Selepas meninggalkan Doha dengan berkata anda perlu cuba sekali lagi dan mendapatkan trofi,\" katanya.Southgate membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Kejuaraan Eropah pada tahun 2021.Fokus Southgate ketika ini adalah kelayakan Euro 2024 apabila England diundi bersama Itali, Ukraine, Macedonia Utara dan Malta dalam Kumpulan C.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 11:59am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242390/berita/sukan/ajax-pecat-schreuder", "article_title": "Ajax pecat Schreuder", "article_text": "KEPUTUSAN memeritkan dibuat oleh Ajax Amsterdam apabila terpaksa memecat jurulatih Alfred Schreuder selepas aksi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Belanda.Aksi di laman sendiri menjadi penampilan terakhir Schreuder ketika Ajak terikat 1-1 menentang kelab corot, Volendam awal pagi Jumaat.Keputusan tersebut meletakkan juara bertahan itu di tangga kelima, tujuh mata di belakang pendahulu yang juga musuh tradisi, Feyenoord.Ketua eksekutif Ajax, Edwin van der Sar dalam laman web kelab memberitahu, ia satu keputusan 'menyakitkan tetapi perlu'.\"Ajax bermula dengan baik pada awal musim, tetapi sejak kebelakangan ini pasukan kehilangan banyak mata penting.\"Bola sepak itu sendiri turut sukar diramal. Kami memberikan Alfred masa dan kepercayaan untuk mengubah kedudukan namun dia gagal melakukannya,\" katanya.Ajax gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi liga sejak 22 Oktober dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara di peringkat kumpulan.Schreuder menyertai Ajax dari Club Brugge pada musim panas lalu bagi menggantikan Erik ten Hag yang berhijrah ke Old Trafford menyertai Manchester United.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 10:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242387/berita/sukan/real-bangkit-kalahkan-atletico", "article_title": "Real bangkit kalahkan Atletico", "article_text": "REAL Madrid bangkit daripada ketinggalan menewaskan Atletico Madrid 3-1 untuk menempah slot separuh akhir Piala Raja Sepanyol pada Jumaat.Pemain sensasi, Karim Benzema dan Vinicius Jr menjadi duri dalam daging buat Atletico apabila meledak dua gol pada masa tambahan.\"Kami mengharungi perlawanan yang sukar, tetapi mampu menukar keputusan dengan karakter dan pemain sedia ada.\"Kami sepatutnya menjaringkan gol lebih awal,\" ujar Benzema.Pada aksi itu, Atletico terlebih dahulu di depan menerusi penyerang Alvaro Morata, bekas pemain akademi Real yang menyumbat gol pada minit ke-19.Kelincahan Rodrygo mengelecek tiga pertahanan Atletico berjaya menyamakan kedudukan buat Real pada minit ke-79.Atletico beraksi dengan 10 pemain pada masa tambahan selepas pertahanan Stefan Savic dilayang kad kuning kedua apabila mengasari Eduardo Camavinga pada minit ke-99.Lima minit kemudian, hantaran pemain gantian Real, Marco Asensio dalam kotak penalti disambut dengan rembatan kencang Benzema yang menerjah jaring.Vinicius memastikan kemenangan Real pada penghujung permainan apabila berjaya memperdaya pertahanan Atletico.Dalam aksi lain, Athletic Bilbao menang 3-1 di Valencia untuk mengiringi pemenang 31 kali, Barcelona dan Osasuna ke perlawanan separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 09:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242381/berita/sukan/ronaldo-gagal-bantu-al-nassr", "article_title": "Ronaldo gagal bantu Al Nassr", "article_text": "HASRAT Cristiano Ronaldo untuk mengemudi Al Nassr mara lebih jauh saingan ke Piala Super Arab Saudi pada Jumaat tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Al Ittihad dalam perlawanan separuh akhir di Riyadh.Pada perlawanan berintensiti tinggi itu, pemain Portugal berusia 37 tahun tersebut yang juga pemenang Ballon D'Or lima kali, mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.Namun kawalan rapi pertahanan Al Ittihad menyaksikan bekas bintang Manchester United, Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu bergelut untuk menghadirkan penyudah ampuh pada perlawanan tersebut.Biarpun jaringan Anderson Talisca untuk Al Nassr pada minit ke-67, namun belum mencukupi untuk memulihkan defisit daripada dua gol separuh masa pertama Al Ittihad yang dijelmakan Romarinho dan Abderrazak Hamdallah.Al Ittihad terus melebarkan jaringan apabila Muhannad Al-Shanqeeti menambah gol ketiga pada masa kecederaan dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd itu.Ronaldo yang kemarau gol sepanjang dua perlawanan bersama Al Nassr kelab kendalian Rudi Garcia, akan bertandang ke Al Fateh dalam saingan Liga Pro Saudi pada 3 Februari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Januari 2023 07:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242368/berita/sukan/zii-jia-tewas-lagi-kali-ini-indonesia-masters", "article_title": "Zii Jia tewas lagi kali ini Indonesia Masters", "article_text": "PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia sekali lagi berdepan kekecewaan apabila tumbang pada pusingan kedua Indonesia Masters di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta pada Khamis.Zii Jia yang berstatus pemain nombor empat dunia yang tampil ke Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 terpaksa akur kelincahan pemain dari Hong Kong, Ng Ka Long.Pada perlawanan tersebut Zii Jia yang tanpa jurulatih selepas berpisah dengan Indra Wijaya, tewas dalam perlawanan selama 65 minit.Pada set pertama, pemain kelahiran Alor Setar itu bermula cemerlang dengan menguasai permainan apabila menang 21-16 ke atas lawannya.Bagaimanapun, Ka Long yang menduduki ranking ke-18 dunia kemudian tampil dengan semangat baharu kembali menyaingi Zii Jia untuk menang 22-20 sekali gus menyamakan kedudukan.Pada set penentuan, Zii Jia yang juga pilihan kedua gagal kembali ke prestasi terbaik apabila ditinggalkan lawan dengan kekalahan 13-21.Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minggu.Zii Jia sebelum ini kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia awal bulan ini diikuti ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua Terbuka India minggu lalu.Turut sama pulang awal, perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong gagal meloloskan diri ke pusingan suku akhir apabila tewas dalam pertarungan tiga set 21-19, 8-21, 17-21 kepada pemain India, Lakshya Sen.Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund 21-19, 21-16.Turut mengesahkan kemaraan adalah beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan rakan senegara mereka, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-13, 21-16.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 11:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242357/berita/sukan/bidik-lapan-terbaik-setiap-kejuaraan", "article_title": "Bidik lapan terbaik setiap kejuaraan", "article_text": "PERSATUAN Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) menyasarkan para penembak kebangsaan untuk berada di kedudukan sekurang-kurangnya lapan terbaik, pada setiap kejohanan disertai tahun ini.Setiausahanya, Mejar Jasni Shaari berkata, sasaran itu diletakkan kepada tiga atlet Program Podium iaitu Johnathan Wong, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dan Alia Shazana Azhari, bermula pada Piala Dunia Menembak 2023 di Jakarta, Indonesia.\u201cJika mereka berada pada kedudukan lapan terbaik pada pusingan kelayakan, mereka akan ke final dan berpeluang raih pingat.\u201cIni kerana markah dari pusingan kelayakan tidak dibawa ke final, jadi peluang tetap ada untuk raih pingat.\"Dari segi markah pula kami masih perhalusi berapa markah yang penembak perlu capai,\u201d katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) bersama Majlis Sukan Negara pada Khamis.Jasni pada masa sama berkata, NSAM mengharapkan agar penembak kebangsaan dapat meraih slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis.Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, penembak veteran, Nur Suryani Mohamed Taibi muncul satu-satunya penembak negara layak beraksi di temasya sukan terbesar itu, namun menerusi tiket wildcard bagi acara 50 meter rifle posisi 3 wanita.Jasni juga memaklumkan masih terlalu awal bagi NSAM untuk menetapkan sasaran pingat di Sukan Asia 2022 di Hangzhou pada 23 September hingga 8 Oktober ini kerana mahu menilai prestasi penembak negara dalam kejohanan disertai sebelum ke China.Dalam pada itu, beliau telah menyenaraikan seramai 25 penembak yang berpotensi untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Bukit Jalil.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 09:29pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242324/berita/sukan/afrika-selatan-benam-malaysia", "article_title": "Afrika Selatan benam Malaysia", "article_text": "[KEMASKINI] SKUAD hoki negara terpaksa melepaskan pemburuan kelompok sembilan hingga ke-12 Piala Dunia 2023 selepas dijinakkan Afrika Selatan dengan kekalahan 3-6 dalam aksi di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Skuad Malaysian Tigers kendalian Arul Selvaraj tampil dalam rentak berintensiti tinggi dalam tempoh lima minit pertama perlawanan bagi menyaingi pasukan pimpinan Cheslyn Gie tersebut.Namun, Afrika Selatan yang tampil dengan corak permainan pantas dan taktikal lebih tersusun mendahului hasil jaringan gol padang Bradley Sherwood pada minit kesembilan.Gol itu ternyata menyuntik semangat Afrika Selatan apabila berjaya menghasilkan dua gol lagi hasil pukulan sudut penalti Guy Morgan pada minit ke-17 diikuti gol padang Nqobile Ntuli (26).Sebaik masuk suku ketiga, Malaysia cuba bangkit memberikan cabaran dan berhasil merapatkan kedudukan hasil gol pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-35.Namun, jaringan itu tidak memberi kesan kepada Afrika Selatan apabila menambah dua lagi gol menerusi jaringan padang Keenan Horne pada minit ke-43 dan penalti Mustaphaa Cassiem seminit kemudian.Razie kembali menghidupkan cabaran Malaysian Tigers yang berada di tangga ke-10 dunia apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-45 bagi menjadikan kedudukan 2-5.Afrika Selatan terus melebarkan kedudukan menerusi gol padang Sherwood pada minit ke-57 sebelum Malaysian Tigers mengurangkan defisit menerusi jaringan Muhammad Firhan Ashaari beberapa saat kemudian.Namun, jaringan Firhan itu dianggap sudah terlambat buat Malaysia untuk sekurang-kurangnya mengikat Afrika Selatan dengan keputusan seri sebelum tamat masa sebenar.Kekalahan 3-6 kepada Afrika Selatan yang menduduki tangga ke-15 dunia menyaksikan anak-anak buah Arul hanya akanmengharungi perlawanan perlawanan klasifikasi tempat ke-13 hingga 16.Sementara itu, Arul mengakui dia dan para pemainya cukup kecewa dengan keputusan diraih dalam perlawanan tersebut disebabkan kehilangan fokus pada suku pertama dan kedua.\u201cKita cuba bangkit pada suku ketiga dan keempat, namun ternyata Afrika Selatan bermain dengan lebih baik dan meletakkan kemahuan tinggi untuk menang,\u201d katanya pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 06:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242320/berita/sukan/masa-orang-ramai-kongsi-idea-pembangunan-kssa", "article_title": "Masa orang ramai kongsi idea pembangunan KSSA", "article_text": "PAMERAN dan sesi libat urus awam berkaitan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), di SACC Mall, Shah Alam bermula Khamis sehingga 10 Februari hadapan dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam.Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor memaklumkan sesi selama 16 hari itu, bertujuan berkongsi maklumat berhubung cadangan projek pembangunan KSSA yang baharu dan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai pelan cadangan yang dikemukakan.\u201cDi sepanjang sesi ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep projek pembangunan berkenaan.\u201cPengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan pihak MBI Selangor,\u201d menurut kenyataan tersebut pada Khamis.Kenyataan itu memaklumkan pelan cadangan Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu nanti bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia, yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.\u201cBaki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan merupakan taman rekreasi dan ruang komersial, yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.\u201cSesi libat urus awam ini merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang bertujuan memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri ke arah pentadbiran yang cekap, serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum,\u201d menurut kenyataan itu.Kenyataan itu memaklumkan sesi itu merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh kerajaan Selangor dan MBI Selangor, dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan KSSA.Mengulas lanjut, maklum balas dan cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan KSSA, selaras dengan aspirasi kerajaan dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramai.Pada 15 Julai lalu, kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya, dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 06:18pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242296/berita/sukan/harimau-malaya-berpeluang-lawan-jordan", "article_title": "Harimau Malaya berpeluang lawan Jordan", "article_text": "HARIMAU Malaya berpeluang untuk menguji Jordan dalam aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia tahun depan.Ia susulan hasil pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) yang berlangsung pada Rabu.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kunjungan hormat ke atas Presiden JFA, Putera Ali Al Hussein di Amman itu turut membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala Malaysia-Jordan.Menurutnya, FAM turut memaklumkan kepada Putera Ali yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) mengenai pembangunan bola sepak Malaysia terutama bola sepak wanita dan akar umbi yang perlu diberi lebih penekanan dengan beberapa pendekatan strategik.\"Terima kasih kepada Putera Ali yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Jordan.\"Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan Jordan merangkumi semua peringkat umur, termasuk skuad kebangsaan wanita, futsal dan bola sepak pantai di bawah kalendar FIFA nanti.\"Saya optimis perbincangan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Kedua-dua pihak juga berkongsi pandangan dan potensi kerjasama dua hala dalam bola sepak bukan saja antara Jordan malah antara negara Asia Barat di bawah WAFF.Pada dasarnya kedua-dua pemimpin menyambut baik cadangan supaya hubungan kedua-dua negara, Malaysia-Jordan dan juga Asia Barat dinaik taraf ke peringkat yang lebih komprehensif.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 04:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242292/berita/sukan/sze-fei--nur-izzuddin-nekad-berpisah---rexy", "article_title": "Sze Fei- Nur Izzuddin nekad berpisah - Rexy", "article_text": "SUSULAN prestasi kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, telah mengambil keputusan untuk berpisah, kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.Rexy berkata, keputusan tersebut diambil selepas juara Terbuka Jerman 2022 itu mengadakan pertemuan dengannya petang semalam.Beliau berkat,a pihaknya telah melakukan sedaya upaya bagi mengekalkan beregu berkenaan, namun kedua-dua pemain nekad untuk menamatkan gandingan yang dibentuk sejak 2016 itu.\"Jadi bukan kita (BAM dan pihak kejurulatihan) yang setuju, tapi mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) yang tidak mahu main bersama,\u201d katanya ketika dihubungi, hari ini.Ditanya sama ada mereka akan digandingkan dengan pasangan baharu, pakar beregu dari Indonesia itu berkata, barisan kejurulatihan akan membuat perbincangan bagi menentukan hala tuju kedua-dua pemain berkenaan selepas ini.Sejak menjuarai Terbuka Jerman pada Mac lepas, pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia itu dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi mereka, termasuk tersingkir daripada pusingan pertama pada dua kejohanan tahun ini iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka India.Pasangan negara itu ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-16, 11-21, 17-21 pada Terbuka Malaysia dan pulang awal dari Terbuka India selepas tumpas kepada satu lagi wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang, 21-19, 21-17. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 03:58pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242272/berita/sukan/piala-malaysia-bermula-pertengahan-liga", "article_title": "Piala Malaysia bermula pertengahan liga", "article_text": "SAINGAN Piala Malaysia pada 2023 akan bermula pada pertengahan liga berbeza berbanding edisi sebelum ini yang dilangsungkan selepas Liga Malaysia berakhir.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, saingan tersebut akan melibatkan 14 kelab Liga Super dan dua kelab teratas dari Liga M3.\"Proses undian akan menyaksikan pasukan yang berada di kedudukan pertama hingga kelapan (selepas perlawanan ke-13 Liga Super) merupakan pasukan seeded.\"Manakala, pasukan yang berada di kedudukan sembilan hingga 14 dan kedudukan pertama dan kedua Liga M3 akan diundi untuk menentukan posisi pasukan ke pusingan 16 yang akan bertemu pasukan-pasukan seeded,\" katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM pada Khamis.Menurutnya, perubahan itu dilakukan untuk mengatasi kelemahan kalendar liga terdahulu terutama membabitkan kontrak pemain.Ia akan menyaksikan pemain Liga Malaysia akan mempunyai kontrak sehingga Disember.\"Kelemahan yang kita kenal pasti dalam tahun-tahun lalu adalah apabila pemain tidak dapat bermain hingga hujung musim kerana tewas awal dalam kejohanan, di situ mereka tidak bermain antara September dan Oktober.\"Untuk memastikan kalendar penuh bagi setiap pasukan, kalendar berakhir pada bulan Disember. Ini adalah kelainan sedikit apabila Piala Malaysia bermula pertengahan musim dan bukan tunggu hujung musim.\"Jadi perlawanan akhir Piala Malaysia akan dimainkan sebelum perlawanan terakhir Liga Super,\" katanya.Beliau turut menjelaskan perubahan format Piala Malaysia itu membolehkan Piala Cabaran diperkenalkan semula.\"Lapan pasukan yang tidak layak ke perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia akan bermain di perlawanan suku akhir pertandingan Piala Cabaran,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 02:56pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242263/berita/sukan/piala-sumbangsih-kembali-ke-format-asal-aksi-liga", "article_title": "Piala Sumbangsih kembali ke format asal aksi liga", "article_text": "PIALA Sumbangsih akan kembali ke format asal apabila perlawanan tersebut akan dikira sebagai aksi pertama Liga Super.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, jika perlawanan tersebut diadakan secara berasingan daripada jadual liga, ia akan menyebabkan pembaziran seminggu kalendar liga.Menurutnya, apabila tempoh seminggu itu dijimatkan, ia akan memberikan lebih ruang kepada agenda nasional yang melibatkan persediaan pasukan Harimau Malaya untuk menghadapi Piala Asia pada 2024.\"MFL telah mencuba untuk memastikan satu perlawanan di luar Liga Super diadakan musim lalu, namun ia akan menyebabkan kekangan kalendar yang diperlukan dalam liga.\"Jadi, kita kembali ke format sedia ada digunakan sebelum ini. Kami rasa semua penyokong faham situasi ini dan akan memberikan kelebihan satu minggu dalam saingan liga,\" katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM pada Khamis.Piala Sumbangsih yang akan dilangsungkan pada 23 Februari ini akan menemukan Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Naib Juara Liga Super, Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih musim lalu buat pertama kalinya diadakan di luar jadual liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 02:34pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242260/berita/sukan/danjuma-perkemaskan-cabaran-tottenham", "article_title": "Danjuma perkemaskan cabaran Tottenham", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur menandatangani pemain sayap, Arnaut Danjuma secara pinjaman daripada kelab LaLiga Sepanyol, Villarreal sehingga akhir musim.Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis, Danjuma akan menjadi pembelian pertama pasukan dari London kendalian Antonio Conte tersebut pada jendela perpindahan Januari.Danjuma menjaringkan enam gol dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Villarreal musim ini.Jaringan itu menjadikan jumlah keseluruhannya untuk pasukan LaLiga itu kepada 22 gol dalam 51 perlawanan.Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai pengalaman bermain di England, pernah bersama Bournemouth selama dua tahun sebelum berpindah ke Villarreal.Danjuma pertama kali dipanggil ke pasukan kebangsaan Belanda pada Oktober 2018, mendapat panggilan semula musim lalu, kini mempunyai dua gol dalam enam penampilan antarabangsa.Media Britain sebelum ini melaporkan bahawa Everton yang bergelut dengan penyingkiran hampir untuk menandatangani Danjuma sebelum Tottenham yang berada di kedudukan kelima liga mengikatnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 02:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242255/berita/sukan/mfl-perkenalkan-sepak-mula-waktu-petang", "article_title": "MFL perkenalkan sepak mula waktu petang", "article_text": "LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan waktu sepak mula baharu pada sebelah petang bagi perlawanan Liga Malaysia musim 2023.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, ia akan melibatkan waktu sepak mula pada jam 5.30 atau 5.15 petang di semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pada jam 4.30 atau 4.45 petang.Menurutnya, ia langkah pembaharuan dilakukan MFL yang diyakini mampu memberikan dimensi baharu dalam kancah bola sepak negara.\"Sepak mula yang lebih awal ini memberikan kelebihan baharu dan 'new fan base' yang boleh kelab akses. Memang segalanya ada pro dan kontra.\"Tetapi, dari pemerhatian MFL, perubahan ini memberi satu dimensi baru yang positif lebih daripada yang negatif.\"Ia juga untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik,\" katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Mengikut kalendar perlawanan yang dikeluarkan MFL, terdapat satu perlawanan dalam setiap minggu Liga Super yang menyaksikan aksi akan berlangsung pada waktu petang.Manakala, perlawanan lain akan bermula pada jam 8.15 malam dan 9 malam manakala pada bulan Ramadan akan dimulakan jam 10 malam.Untuk Sabah dan Sarawak pula sepak mula perlawanan pada jam 7.30 malam dan 8.15 malam manakala ketika bulan Ramadan akan bermula pada jam 9.15 malam.Stuart juga mengharapkan perubahan waktu sepak mula itu dapat diterima dengan baik oleh penyokong dan pasukan.\"Diharapkan pasukan dan penyokong mengambil perubahan ini dalam perspektif yang positif dalam usaha kita membawa industri ini ke arah yang lebih profesional,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 02:10pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242252/berita/sukan/bentley-saingan-terbaharu-jose-sa-di-molineux", "article_title": "Bentley saingan terbaharu Jose Sa di Molineux", "article_text": "WOLVERHAMPTON Wanderers telah menandatangani kontrak penjaga gol, Daniel Bentley dari Bristol City selama dua setengah tahun, dengan pilihan untuk dua tahun tambahan, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis.Bekas kapten Bristol City itu akan bermain di saingan tertinggi liga Inggeris buat pertama kali dalam kariernya selepas memulakan karier di Braintree, Southend United dan Brentford.Untuk rekod, penjaga gol berusia 29 tahun itu merupakan pembelian kelima pada jendela perpindahan Januari kelab kendalian Julen Lopetegui.Kehadiran Bentley sekali gus menghadirkan saingan kepada penjaga gol pilihan pertama dari Portugal, Jose Sa di Stadium Molineux.Wolves yang kini berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris dan akan menjadi tuan rumah Liverpool pada 4 Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 01:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242248/berita/sukan/program-tvet-dicadang-distruktur-semula-elak-pembaziran", "article_title": "Program TVET dicadang distruktur semula, elak pembaziran", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) meminta kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menstruktur semula program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program TVET yang kini dilaksana pelbagai kementerian perlu dikendalikan satu kementerian sahaja.\"TVET ini dilaksana pelbagai kementerian yang mempunyai program masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan buat pemain industri selepas mereka tamat latihan dari sudut penggajian dan sebagainya.\"Tidak perlu semua kementerian buat program TVET masing-masing kerana ia akan nampak tidak terurus selain tidak fokus serta akan ada pembaziran berlaku,\u201d katanya semasa merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang Kedua (MBPN) di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Khamis.Sebagai contoh, beliau berkata, jika satu kementerian memperuntukkan RM50 juta bagi tujuan menaik taraf program TVET, namun pengambilan pelajar itu tidak mencapai tahap maksimum lalu ia akan menjurus kepada pembaziran dari segi tenaga kerja pada masa akan datang.Beliau berkata, KBS pada masa sama sedia bekerjasama membantu Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan penstrukturan semula itu dan berpendapat program dilaksanakan dalam TVET juga perlu kekal relevan dengan permintaan golongan belia masa kini.\"Ada banyak program mungkin popular masa zaman saya bersekolah tapi sekarang dengan adanya ekonomi gig ramai belia mementingkan soal waktu kerja fleksibel. Pandangan mereka kini juga sudah berbeza terhadap TVET, kalau kita masih buat program tidak menarik perhatian sudah tentu tidak dapat penyertaan menyeluruh golongan belia,\u201d katanya.Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 01:31pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242225/berita/sukan/aaron-wooi-yik-lepasi-ranjau-china", "article_title": "Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau China", "article_text": "BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menebus dendam terhadap Liang Wei Keng-Wang Chang, selepas menyingkirkan pasangan dari China itu dalam pusingan kedua Masters Indonesia di Jakarta pada Khamis.Aaron -Wooi Yik yang berstatus juara dunia itu menunjukan jalan keluar kepada Wei Keng-Chang - beregu nombor tujuh dunia yang menyekat gelaran pertama mereka musim ini di Terbuka India, minggu lalu dengan kemenangan straight set.Pada perlawanan set pertama, Aaron -Wooi Yik ternyata berdepan tentangan sengit Wei Keng-Chang sebelum menang 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan tersebut.Set kedua, Aaron -Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan tidak memberi ruang kepada pasangan yang memiliki rekod pertemuaan tiga kemenangan daripada tiga aksi antara mereka sebelum ini, untuk menang 21-13.Aaron -Wooi Yik sebelum ini mara selepas mengatasi rakan senegara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci, 21-14, 21-9 pada pusingan pertama dalam tempoh 30 minit.Terdahulu dalam perlawanan pusingan pertama sebelum ini, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan pilihan kedua mara setelah menewaskan pemain dari Taiwan, Lin Chun Yi 21-18, 21-17.Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei apabila tewas kepada pemain tuan rumah, Angus Ng, 21-6 21-15.Sementara itu, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga pilihan kedua turut mara setelah menewaskan pasangan dari Jerman, Jones Jansen-Linda Efler 21-10, 21-10.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 11:54am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242218/berita/sukan/nafas-baharu-liga-negara-negara-uefa", "article_title": "Nafas baharu Liga Negara-Negara UEFA", "article_text": "LIGA Negara-Negara UEFA akan diperluaskan dengan pusingan kalah mati baharu selepas 2024, kata badan induk bola sepak Eropah selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Nyon, Switzerland pada Khamis.Pusingan kalah mati akan dimainkan pada Mac, mewujudkan kesinambungan antara fasa kumpulan yang berakhir pada November dan pusingan akhir pada Jun.Pemenang dan naib juara kumpulan Liga A akan mengambil bahagian dalam suku akhir format tempat sendiri dan pelawat, dengan pemenang layak fasa empat akhir.Pasukan peringkat ketiga dalam Liga A dan naib juara dalam Liga B, serta pasukan peringkat ketiga Liga B dan naib juara Liga C akan beraksi peringkat kelayakan di tempat sendiri dan penyingkiran dan playoff penyingkiran.\u201cDengan memperkenalkan fasa kalah mati baharu, pasukan akan diberi lebih banyak peluang untuk mara sambil mengekalkan jumlah perlawanan yang sama dalam kalendar perlawanan antarabangsa,\u201d kata Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.Sementara itu, perubahan lain turut melibatkan fasa kelayakan Eropah untuk Euro dan Piala Dunia lebih disatukan, dengan pasukan diundi dalam 12 kumpulan yang terdiri daripada empat dan lima pasukan.\"Kebolehramalan kelayakan Eropah juga telah ditangani dengan format baharu yang segar yang akan menawarkan semua pasukan peluang yang sama untuk layak ke kejohanan utama,\" jelas Ceferin.Untuk rekod, format baharu untuk pertandingan ini akan berkuat kuasa pada September 2024 menurut UEFA dalam satu kenyataan.Sementara itu, Rusia, yang menghantar pegawai dari kesatuan bola sepaknya ke Switzerland untuk bertemu UEFA sehari sebelum mesyuarat jawatankuasa eksekutif, dihalang daripada mengambil bahagian atau menganjurkan pertandingan UEFA atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine tahun lalu.UEFA memutuskan bahawa Rusia, yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018, tidak boleh menyertai kelayakan ke Euro 2024, yang akan berlangsung pada Mac.Piala Super UEFA tahun ini juga telah dipindahkan dari Kazan, Rusia ke Athens, Greece.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 11:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242211/berita/sukan/arteta-sedia-lawan-sifu", "article_title": "Arteta sedia lawan sifu", "article_text": "PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan pertarungan sengit untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester City tidak akan menjejaskan hubungan baiknya dengan Pep Guardiola.Arteta adalah pembantu Guardiola selama tiga setengah tahun di Manchester City sebelum mengendalikan The Gunners pada 2019.Arsenal tidak memenangi kejuaraan liga selama 19 tahun, namun ketika ini mendahului juara bertahan City dengan lima mata dan mereka merupakan pasukan pilihan untuk menjulang EPL musim ini.Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi pusingan keempat Piala FA pada Sabtu sebelum membuat perhitungan dalam dua aksi liga pada Februari dan April.\"Saya sentiasa berharap perkara itu akan berlaku satu hari nanti dan ia berlaku musim ini (persaingan dengan City rebut kejuaraan liga).\"Itu tidak akan mengubah persahabatan, detik-detik yang kami ada, betapa pentingnya dia dalam hidup saya dan betapa pentingnya dia dalam profesion saya.\"Kami berdua bersedia untuk menang dan mempertahankan kelab kami dalam apa cara sekali pun dan itu sentiasa berlaku sejak hari pertama,\" katanya.Dalam pada itu, Arteta mengakui mereka memerlukan lebih ramai pemain berkualiti di bahagian tengah untuk menandingi City sehingga penghujung liga.\"Kami memerlukan lebih banyak pemain di bahagian tengah. Namun, dalam jendela perpindahan kali ini agak sukar.\"Perkara yang paling penting ialah kami mendapat persembahan yang bagus daripada pemain yang kami ada.\"Jika ada apa-apa lagi yang boleh menjadikan kami lebih baik, kami akan melihatnya dan pastikan ia menjadi kenyataan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 10:14am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242206/berita/sukan/manchester-united-selangkah-ke-perlawanan-akhir-piala-liga", "article_title": "Manchester United selangkah ke perlawanan akhir Piala Liga", "article_text": "MARCUS Rashford meneruskan musim cemerlangnya apabila menyumbang gol ketika membantu Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium City Ground pada Khamis.Usaha solo penyerang England pada minit keenam itu juga menjadi pencetus kebangkitan The Red Devils kendalian Erik Tan Hag, sekali gus membawanya kepada 18 gol dalam semua pertandingan musim ini.Untuk rekod, hanya Erling Haaland dari Manchester City yang mempunyai lebih banyak lagi gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris pada 2022-23.United kemudiannya menggandakan kelebihan pelawat sejurus sebelum rehat, apabila penyerang pinjaman Wout Weghorst menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-45 sejak menyertai kelab tersebut.Bruno Fernandes seterusnya memadamkan sisa kebangkitan tuan rumah apabila menambah satu lagi gol pada minit ke-89 untuk memastikan United berada di landasan yang baik untuk memenangi trofi pertama mereka sejak 2017.\u201cSaya gembira dengan persembahan, tambahan pula lebih 90 minit kami mengawal permainan.\u201cYa, terdapat detik yang boleh mengubah permainan dalam perlawanan ini dan kami perlu sedar perkara itu dan memperbaikinya.\"Semangat dia (Rashford) pula tidak dapat dihalang dalam mood ini, malah dia menjadi kreatif di sepertiga akhir perlawanan,\" kata Ten Hag.Kedua-dua pasukan akan berentap semula di Stadium Old Trafford pada 2 Februari depan.\"Jelas sekali keputusan yang diraih di sini sesuatu yang mengecewakan.\u201cPerkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah pergi ke Old Trafford dan mengubah keputusan ini.\"Jelas sekali, Rashford adalah salah seorang pemain berprestasi tinggi, namun kami memberikan dia melakukan apa yang dia lakukan di sini adalah tidak cukup baik,\" kata pengendali Forest, Steve Cooper.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 09:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242204/berita/sukan/masters-indonesia-zii-jia-mulakan-kempen-dengan-kemenangan", "article_title": "Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan meraih kemenangan di Istora Senayan di Jakarta, awal pagi Khamis.Pemain ranking keempat dunia itu tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.Zii Jia sekali gus akan menentang pemain ranking ke-18 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long yang turut mara selepas menewaskan pemain profesional negara Cheam June Wei 21-6, 21-15.Sementara itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya memerlukan 31 minit untuk menyingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-6, 23-21.Soon Huat-Shevon akan berdepan satu lagi gandingan Denmark, Mathias Thyrri-Amelia Magelund yang turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Taiwan Chang Ko-Chi-Lee Chih-Chen 21-15, 22-20.Keputusan sama turut dilakar oleh satu lagi beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selepas menewaskan gandingan Jerman Jones Ralfy Jensen-Linda Elfer 21-10, 21-10.Kian Meng-Pei Jing akan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Aisyah Salsabila Putri Pranata yang berjaya melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki 12-21, 23-21, 21-16. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 08:45am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242194/berita/sukan/jangan-sekadar-cakap-sahaja", "article_title": "Jangan sekadar cakap sahaja", "article_text": "PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengharapkan Sarawak United tidak hanya cakap kosong sebaliknya mengotakan janji melunaskan tunggakan gaji pemain mereka.Timbalan Presiden PFAM, Razman Roslan berkata, pihaknya akan terus memantau langkah pembayaran yang akan dilakukan oleh Sarawak United.\u201cAlhamdulillah bagi PFAM jika Sarawak United mahu selesaikan tunggakan tersebut. Tetapi, kita minta jangan cakap sahajalah sebab masalah tunggakan gaji ini menyebabkan pemain merana lama.\u201cKita juga akan sentiasa pantau dan jika kelab itu sudah bayar, maka pemain akan hantar laporan atau resit kepada PFAM. Jadi kalau tetap tak bayar, kita akan ambil tindakan seterusnya,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Pada Isnin, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais berjanji kelab itu akan membayar tunggakan gaji pemain berjumlah lebih RM400,000 menjelang Mac depan.Sebelum ini juga, Sarawak United pernah berjanji untuk melunaskan pembayaran gaji pada September, namun beberapa pemain pasukan itu menafikan dan mereka tidak dibayar penuh seperti dijanjikan.Selain Sarawak United, Melaka United FC (MUFC) yang berdepan tunggakan gaji pemain berjumlah RM2.3 juta juga masih berdiam diri.Razman berkata, campur tangan Kerajaan Negeri Melaka diperlukan bagi menyelesaikan masalah itu.Menurutnya, keengganan mana-mana pihak selain tuding menuding antara pengurusan MUFC dan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mengeruhkan lagi keadaan.Menurutnya, kerajaan negeri perlu untuk campur tangan dalam perkara tersebut apatah lagi ia membabitkan nama baik Melaka itu sendiri.\u201cIni tanggungjawab kelab itu dan mereka tidak boleh lepas tangan. Kita minta kerajaan negeri untuk campur tangan kerana pertikaian antara Melaka United dan MUSA ini tidak akan membawa kepada penyelesaian tunggakan gaji tersebut.\u201cNama Melaka juga sedikit sebanyak akan terkesan dengan isu ini. Jadi, kita harap kerajaan negeri perlu ambil tanggungjawab dan selesaikan perkara ini,\u201d katanya.Tambah Razman, PFAM juga sudah bersedia dengan langkah seterusnya untuk menghukum Melaka United sekiranya tidak tampil untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 07:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242193/berita/sukan/masih-terlalu-awal-letak-sasaran-buat-selangor", "article_title": "Masih terlalu awal letak sasaran buat Selangor", "article_text": "PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe menyifatkan masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran buat skuad Gergasi Merah itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Menurutnya, fokus utama ketika ini adalah untuk mencari keserasian selain kerja keras yang perlu dilakukan sebelum saingan liga bermula.\u201cSudah tentu setiap pasukan mesti ada sasaran. Namun, terlalu awal untuk kita nyatakan sasaran kita.\u201cNamun, kita akan bekerja keras baik barisan kejurulatihan dan pemain akan berada dalam satu tahap terbaik liga.\u201cKonsisten pemain juga dituntut daripada pemain kerana jadual yang agak padat dan panjang,\u201d katanya.Pada musim 2022, skuad kendalian Cheng Hoe itu mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan lapan kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan.Dalam saingan Piala FA pula, Gergasi Merah melangkah ke separuh akhir sebelum terpaksa akur dengan kekalahan kepada Terengganu FC (TFC).Di Piala Malaysia, Selangor tampil cemerlang menempah tiket final, namun gagal menjuarai piala berprestij itu apabila tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).Bagi musim 2023, Cheng Hoe telah membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan V Ruventhiran dalam memperkuatkan pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242192/berita/sukan/bangkit-beri-aksi-kelas-dunia", "article_title": "Bangkit beri aksi kelas dunia", "article_text": "SKUAD hoki negara perlu konsisten dengan aksi berkelas dunia untuk meraih kemenangan ke atas Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, para pemain telah meletakkan corak permainan mereka pada satu tahap berbeza ketika bersaing di peringkat kumpulan dan momentum tersebut perlu dikekalkan.\u201cPesan saya kepada pemain. Kita sudah beri aksi yang sangat bagus ketika menentang New Zealand, Chile dan Sepanyol. Itu adalah tahap kita.\u201cKita tidak boleh turunkan tahap ini sama ada dari segi individu dan pasukan. Teruskan dengan persembahan terbaik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Arul menegaskan, perjuangan skuad Malaysian Tigers belum berakhir dan perlu sedar dengan matlamat pasukan pada kejohanan berprestij tersebut.Justeru beliau menuntut pemain mempamerkan semangat juang, kepercayaan dan disiplin yang tinggi seperti ketika beraksi menentang Sepanyol dan New Zealand baru-baru ini.\u201cTugas belum selesai. Kita datang ke Piala Dunia dengan matlamat sedikit demi sedikit seperti cara kita beraksi menentang Belanda. Kita guna prestasi (pengalaman) itu ketika menang ke atas New Zealand dan Chile.\u201cKita main di peringkat crossover dan pamer aksi terbaik semasa lawan Sepanyol, namun kita gagal pada penentuan shoot-out. Kini kita nak habiskan di tempat kesembilan atau sekurang-kurangnya ke-10,\u201d katanya.Beliau menambah, situasi di kem negara juga ceria dengan para pemain sudah melupakan kekalahan kepada Sepanyol.\u201cMood dalam pasukan sudah pulih. Selepas tewas mereka berasa kecewa, namun sedar tugas belum habis. Pada sesi latihan mereka berlatih dengan bagus dan gembira. Malaysian Tigers sudah sedia untuk lawan Afrika Selatan,\u201d katanya.Dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah edisi lalu, Malaysia berjaya menewaskan Afrika Selatan 7-2.\u201cKeputusan menentang Afrika Selatan semasa kejohanan itu tidak boleh diambil kira. Ia disebabkan perubahan pada pemain sama ada di pihak kita atau pasukan lawan.\u201cIni Piala Dunia. Setiap perlawanan penting dengan mana-mana pasukan akan keluar dengan mentaliti berbeza untuk meraih kemenangan,\u201d katanya.Pada saingan Piala Dunia kali ini, Afrika Selatan yang diundi dalam Kumpulan A tewas semua perlawanan peringkat kumpulan menentang Argentina (0-1), Australia (2-9) dan Perancis (1-2).Malaysia pula terlepas peluang untuk meraih slot suku akhir setelah dikecewakan Sepanyol 3-4 menerusi penentuan shoot-out selepas terikat 2-2 pada masa sebenar saingan sebelum berlarutan ke penentuan sudden death selepas keputusan 3-3.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242181/berita/sukan/tze-yong-lepasi-halangan-pusingan-pertama-masters-indonesia", "article_title": "Tze Yong lepasi halangan pusingan pertama Masters Indonesia", "article_text": "PERSEORANGAN lelaki utama negara Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta pada Rabu.Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain di kedudukan ke-34 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14 dalam tempoh 36 minit.Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun bakal berdepan ujian getir selepas dijadual menentang pemain ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen dari India pada pusingan kedua esok.Dalam pada itu, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mencipta kemenangan selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Boon Xin Yuan-Wong Tien Chi 21-14, 21-9 dalam tempoh 30 minit.Aaron-Wooi Yik - Foto BAMAaron-Wooi Yik yang kini menghuni kedudukan kedua dunia, sekali gus berpeluang menebus kekalahan di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka India 2023 pada minggu lepas, apabila masing-masing akan bertemu pada pusingan kedua esok.Wei Keng-Chang melangkah ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 09:26pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242182/berita/sukan/kl-city-intai-tiga-terbaik-liga-super-2023", "article_title": "KL City intai tiga terbaik Liga Super 2023", "article_text": "TONGGAK pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Giancarlo Gallifuoco, optimis The City Boys itu akan mengharungi cabaran Liga Super 2023 bermula bulan depan dengan berada dalam kelompok tiga pasukan teratas musim ini.Katanya, pencapaian kedudukan tersebut pada akhir musim ini adalah penting untuk memburu tempat dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas muncul naib juara musim lalu susulan tewas 0-3 kepada kelab dari Oman, Al Seeb pada aksi final, Oktober lalu.\"Kami menetapkan penanda aras tinggi selepas menamatkan saingan di kelompok enam teratas dalam dua musim lalu. Walaupun menampilkan pencapaian menakjubkan dalam Piala AFC tetapi kami berasa agak tidak puas hati, musim lalu.\"Sekarang kami mempunyai skuad yang lebih besar, sudah tentu kami mahu mengejar slot Piala AFC sekali lagi dan menamatkan saingan di peringkat tiga teratas,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan lawatan bersejarah pertandingan kalah mati domestik tertua dan paling popular di dunia iaitu Piala FA Inggeris (Piala FA Emirates), di Central I-City di sini pada Rabu.Ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka mendominasi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, Gallifuoco, pemain kelahiran Australia berusia 29 tahun itu juga percaya Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC akan menjadi antara pasukan yang perlu diberi perrhatian pada musim baharu ini.\"Apabila JDT berbelanja 15 kali lebih tinggi daripada semua pasukan lain, sudah tentu kualiti mereka sangat tinggi tetapi selain itu, Kedah dengan jurulatih baharu (Mohd Nafuzi Zain), saya percaya mereka akan memberi saingan hebat.\"Kemudian anda mempunyai Sabah FC kerana mereka telah merekrut dengan baik termasuk pemerolehan penyerang kebangsaan, Darren Lok... jadi menyeronokkan untuk menonton mereka,\" katanya.Dalam pada itu, pemain tengah KL City, Kenny Pallraj berkata, penyertaan penyerang kelahiran Brazil, Herlison Caion, dalam skuad tersebut, sudah pasti memberi tonik kepada barisan penggempur dan akhirnya membantu pasukan muncul sekurang-kurangnya dalam kelompok empat teratas musim serta mara ke peringkat final dalam setiap pertandingan.Selepas membantu Selangor FC mara ke final Piala Malaysia dan menduduki tempat kelima Liga Super, musim lalu, Caoin, pemain berusia 32 tahun itu yang meledak 24 gol, mengambil keputusan mengejut dengan menyertai KL City FC, musim baharu ini.Sementara itu, Pengurus Kanan Jenama FA England, Ryan Armstrong, kagum dengan keghairahan peminat bola sepak tempatan semasa jelajah sehari Piala FA, hari ini.\"Terdapat banyak kasih sayang dan semangat daripada peminat Malaysia kerana hampir semua orang menghadiri acara itu menyarung jersi kelab kegemaran mereka,\" katanya sambil berharap untuk melihat jelajah itu menjadi acara tahunan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia melihat sendiri trofi Piala FA.Selepas Malaysia, jelajah yang bermula di Sydney, Australia, Isnin lalu akan menuju ke Singapura, esok dan akan berakhir di Seoul, Korea Selatan, hujung minggu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 09:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242180/berita/sukan/usah-terbuai-kemenangan-lalu", "article_title": "'Usah terbuai kemenangan lalu'", "article_text": "SKUAD hoki kebangsaan yang akan bertemu Afrika Selatan bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 kempen Piala Dunia 2023 esok, digesa tidak terlalu terbuai dengan kejayaan mengalahkan lawan sama di Ipoh, Perak tahun lalu.Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.\u201cApabila kita datang ke Piala Dunia ia akan selalu menjadi perlawanan yang berbeza, mentaliti pemain juga berbeza.\u201cJadi kita tidak boleh menggunakan landasan kemenangan 7-2 di Ipoh untuk bermain esok, kita masih perlu bekerja keras,\u201d katanya menerusi rakaman video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Rabu.Arul berkata, skuad Malaysian Tigers pada masa sama perlu memupuk asas pemikiran yang baik selain meletakkan kemahuan dan kepercayaan tinggi dalam mencipta kemenangan sekali lagi ke atas Afrika Selatan.Pada kempen Piala Sultan Azlan Shah 2022 November tahun lalu, Malaysia menewaskan Afrika Selatan 7-2 pada aksi kumpulan.Menjelang pertembungan di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India esok, Malaysia memiliki kelebihan di atas kertas berdasarkan kedudukan ranking dunia di tempat ke-10 manakala Afrika Selatan di ranking ke-15.Penyertaan di India merupakan penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.Edisi lepas menyaksikan Malaysia hanya mampu menamatkan cabaran di tempat ke-15.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 09:03pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242137/berita/sukan/seorang-lagi-penyerang-import-perkuatkan-kda-fc", "article_title": "Seorang lagi penyerang import perkuatkan KDA FC", "article_text": "SEORANG lagi penyerang import bakal tiba di Alor Setar untuk memperkuatkan Kedah Darul Aman (KDA) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.Pengendalinya, Nafuzi Zain berkata, mereka memerlukan pilihan penyerang lain yang mampu mengalas tugas jika penyerang sedia ada seperti Willian Lira mengalami masalah atau kecederaan.\"Insya-Allah, akan ada seorang lagi penyerang import yang akan bersama pasukan bagi memperkuatkan posisi serangan dalam masa terdekat ini.\"Di posisi berkenaan, kita akan ada dua pilihan kerana kita memerlukan skuad dengan pemain yang benar-benar bersedia dan memiliki pilihan daripada segi pemain import dan juga pemain tempatan dalam memberi saingan terbaik pada musim ini,\" katanyaMengulas mengenai perkembangan semasa Sang Kenari, Nafuzi mengakui gembira dengan keserasian pemain selepas menang 6-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN (SPFM) 6-0 di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar pada malam Selasa.Menurutnya, kemenangan tiga aksi pra-musim 2023 meningkatkan keyakinan terutamanya pemain muda dan mereka juga mula dilihat semakin memahami setiap taktikal yang diterapkan semasa sesi latihan.\"Tidak kira dengan pasukan mana yang kita akan hadapi, saya melihat dan menilai setiap perlawanan yang dilalui ini daripada semua aspek kerana penting untuk perkembangan pasukan menghadapi saingan sebenar musim ini.\"Memang kita tidak bolos dalam tiga perlawanan pra-musim yang kita lalui setakat ini, namun masih ada kelemahan seperti daripada segi pertahanan dan beberapa aspek lain yang kita perlu perbaiki dan tekankan. Ini akan kita akan lakukan peringkat demi peringkat untuk persediaan pasukan,\" ujar beliau.Tambah Nafuzi, kekuatan sebenar KDA FC selepas ini akan diuji apabila bakal berdepan pasukan yang lebih kuat bagi aksi pra-musim seterusnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 05:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242090/berita/sukan/malang-nasib-milan-konsisten-kalah", "article_title": "Malang nasib Milan 'konsisten' kalah", "article_text": "MALANG nasib penyandang juara Serie A, AC Milan apabila berterusan dengan kemarau kemenangan kepada lima aksi berturut-turut dalam semua kejohanan musim ini.Kali ini skuad bimbingan Stefano Pioli itu menjadi mangsa belasahan Lazio 0-4 pada Rabu.Milan mempamerkan aksi hambar sejak kebelakangan ini selepas kalah 0-3 kepada Inter Milan pada final Piala Super Itali minggu lalu.Sebelum itu Milan tersingkir dari Piala Raja Itali selepas disingkirkan Torino yang beraksi 10 pemain pada 12 Januari.\u201cBanyak perkara tidak berfungsi dengan baik di Milan ketika ini.\u201cMentaliti, isu taktikal kerana kami melepaskan gol dalam beberapa situasi yang sepatutnya boleh dielakkan,\u201d ujar Pioli.Gol kemenangan pasukan kendalian Maurizio Sarri itu dihasilkan menerusi jaringan Sergej Milinkovic-Savic, Mattia Zaccagni, Luis Alberto dan Felipe Anderson.Skrip berbeza buat kem Lazio apabila kian menyala dengan Milinkovic-Savic menganggap mereka mampu menjadi pencabar gelaran liga.\u201cMengapa tidak? Jika kami beraksi sebegini ketika menentang juara bertahan, tiada sebab kami tidak mampu melakukannya,\u201d katanya.Kali terakhir Lazio merangkul gelaran liga ialah pada edisi 1999/2000.Lazio ketika ini menghuni tempat ketiga, satu mata di belakang Milan dan 13 mata ditinggalkan pendahulu Napoli.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 02:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242078/berita/sukan/tenis-terbuka-australia-kisah-dongeng-magda-linette", "article_title": "Tenis Terbuka Australia: Kisah dongeng Magda Linette", "article_text": "PENGEMBARAAN kisah dongeng Magda Linette apabila meneruskan momentum kemenangan dengan melakar kejutan mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia pada Rabu.Pemain bukan pilihan dari Poland itu mengetepikan cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-3, 7-5 di Melbourne.\u201cKemenangan ini sangat bermakna dan saya sukar mempercayainya.\u201cIa seperti mimpi jadi kenyataan. Saya akan teruskannya namun tidak boleh terlalu gembira kerana kejohanan belum tamat. Apa pun saya tetap bersyukur,\u201d katanya.Linette yang menghuni ranking ke-45 dunia kurang diberi tumpuan berbanding rakan senegara, Iga Swiatek yang sudah tersingkir daripada saingan di Melbourne Park.Pemain berusia 30 tahun itu berjuang untuk merebut tempat ke final dan akan membuat perhitungan sama ada Aryna Sabalenka atau Donna Vekic.Suasana dramatik menyelubungi Rod Laver Arena apabila Linette mencampakkan raket selepas mengutip mata kemenangan di set kedua untuk meraih tiket ke separuh akhir kali pertama dalam 30 penampilan Grand Slamnya.\u201cDetik yang saya tidak akan lupakan.\u201cSaya bekerja keras sekian lama dan mengatasi pelbagai cabaran. Kemaraan ini pastinya kekal dalam kehidupan, jadi saya sangat bersyukur,\u201d katanya.Linette tidak pernah melepasi pusingan ketiga di Grand Slam sebelum tiba di Melbourne Park sambil berkata;\u201cPerubahan mentaliti antara punca kisah 'dongengnya' kali ini.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 12:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242074/berita/sukan/lampard-mahu-mencari-angin-baharu", "article_title": "Lampard mahu mencari 'angin' baharu", "article_text": "FRANK Lampard merancang untuk mencari 'angin' baharu selepas dipecat sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton Isnin lalu.Menurut satu laporan, jurulatih berusia 45 tahun itu tidak mahu berdiam diri sebaliknya akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.Bekas bintang Chelsea dan legenda England itu dipecat ekoran prestasi hambar yang menyaksikan kelab Merseyside berkenaan terperosok di tangga kedua tercorot liga.\"Perpindahan ke tempat lain sama ada Sepanyol, Belanda, Jerman atau Amerika Syarikat berada dalam fikirannya. Dia perlukan angin baharu untuk kembali bangkit,\" petik laporan tersebut.Laporan itu menambah, kegagalan di Everton menjadikan Lampard lebih kuat dan berazam untuk kembali membuktikan kemampuannya sebagai seorang jurulatih berjaya.\"Frank (Lampard) sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Everton. Dia sayang kelab, penyokong dan mahu memacu kedudukan Everton.\"Dia bekerja keras. Namun terpaksa akur dengan kegagalannya, tetapi pada masa sama dia yakin kekecewaan dan pengalamannya itu akan menjadikannya lebih kuat sebagai pengurus,\" katanya.Laporan itu menambah, Lampard seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk bangkit semula.\"Dia gemar melihat ke arah masa depan. Dia akan bercuti, melihat kembali apa yang berlaku dan akan kembali tidak lama lagi,\" ujar laporan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 12:32pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242061/berita/sukan/united-tempat-terbaik-untuk-rashford", "article_title": "United tempat terbaik untuk Rashford", "article_text": "ERIK ten Hag mahu Marcus Rashford terus kekal di Manchester United dengan sasarannya mahu menjadikan kelab itu sebagai pasukan terbaik dunia.Rashford telah meledak lapan gol dalam lapan perlawanan buat United dan merupakan penjaring terbanyak kelab itu musim ini.Kontraknya akan tamat pada 2024, namun ten Hag yakin penyerang England itu akan menyambung kontrak bersama kelab tersebut.\"Ini adalah tempat terbaik kerana kami mahu membina pasukan terbaik \u2013 pertama di England, kemudian Eropah, kemudian dunia.\"Ia adalah sulit melibatkan perbincangan antara kelab dan pemain, (tetapi) dia faham Manchester United adalah kelab terbaik untuknya.\"Prestasi Rashford juga bertambah baik, dia memberi komitmen 100 peratus untuk pasukan ini dan dia tahu kami perlukan dia,\" katanya.Beberapa pasukan seperti Paris Saint Germain (PSG) dan Real Madrid dikaitkan untuk mendapatkan Rashford apabila kontraknya tamat tahun depan.Rashford meledak 17 gol dalam semua kejohanan untuk United musim ini dan menyinar bersama England pada Piala Dunia di Qatar.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 10:31am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242058/berita/sukan/fam-jangan-berlengah", "article_title": "FAM jangan berlengah", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta bertindak segera mengundang pasukan terbaik untuk beraksi pada Pestabola Merdeka yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, langkah itu perlu bagi memastikan Harimau Malaya tidak kempunan beraksi menentang pasukan yang berada di ranking lebih baik sebelum kempen Piala Asia 2023.\u201cSaya setuju jika FAM bercadang mahu menjemput Syria (ke-90 dunia) dan Palestin (93) yang berada di ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Kalau nak jemput ranking yang lebih tinggi pun tak ada salahnya.\u201cNamun, langkah segera perlu dilakukan FAM untuk menjemput pasukan berkenaan kerana kita tahu mereka juga mesti ada perancangan lain dalam kalendar masing-masing.\u201cDengan ketiadaan kejohanan besar tahun ini, Pestabola Merdeka boleh menjadi persediaan yang baik buat Malaysia menentang pasukan kuat sebelum Piala Asia nanti,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Sebelum ini, FAM mengumumkan Pestabola Merdeka yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 akan kembali berlangsung tahun ini dan dijadualkan pada Oktober depan.Badan induk bola sepak negara itu dilaporkan bercadang untuk mengundang beberapa pasukan seperti Syria dan Palestin, manakala India mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini.Dalam pada itu, Khalid menyifatkan keputusan untuk mengundang pasukan di ranking yang tinggi juga akan mengembalikan semula prestij kejohanan tersebut yang sebelum ini dianggap sebagai trofi kebanggaan Asia.Beliau yang pernah beberapa kali beraksi dalam Pestabola Merdeka juga percaya penyokong bola sepak negara amat merindui kejohanan tersebut yang cukup meriah apabila dilangsungkan setiap tahun.\u201cKejohanan ini ada prestijnya yang tersendiri dengan penampilan pasukan dari Amerika Latin selain Korea Selatan dan Jepun yang sering menjadi pasukan utama sejak piala tersebut diperkenalkan.\u201cNamun, saya melihat ini langkah terbaik untuk bergerak sedikit demi sedikit untuk kembali memperkenalkan piala ini dan mengembalikan kegemilangannya,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 10:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242056/berita/sukan/newcastle-selangkah-ke-final-piala-liga", "article_title": "Newcastle selangkah ke final Piala Liga", "article_text": "NEWCASTLE United memastikan mereka selangkah ke final Piala Liga selepas menundukkan Southampton 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama pada Rabu.Joelinton meledak gol pada minit ke-73 dalam aksi yang berlangsung di Stadium St Mary untuk mencerahkan peluang pasukan menamatkan kemarau kejuaraan domestik mereka sejak 1999.Pemain tengah Newcastle Bruno Guimaraes berkata, pasukannya berhak menang dengan jaringan lebih besar, namun mensia-siakan banyak peluang gol.\"Kami mengawal permainan tetapi kami terlepas banyak peluang besar. Ia hanya perlawanan pertama dan sekarang kami perlu memikirkan perlawanan seterusnya. Saya bangga dengan pasukan hari ini.\"Satu gol adalah penting, kami boleh menjaringkan lebih banyak tetapi yang paling penting adalah untuk mempunyai kelebihan satu gol di hadapan Southampton. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nick Pope, saya rasa dia penjaga gol terbaik di dunia,\" katanya.Pope beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut yang turut menyaksikan Newcastle tidak bolos dalam 16 perlawanan terakhir.Skuad Nathan Jones yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana (EPL) nyaris mendapat gol penyamaan menerusi Adam Armstrong tetapi dibatalkan susulan VAR mendapati bola terkena tangannya.Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung di St James Park pada 31 Januari dengan pemenang akan menentang Manchester United atau Nottingham Forest di final.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 10:03am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242055/berita/sukan/klopp-mahu-bina-kembali-liverpool", "article_title": "Klopp mahu bina kembali Liverpool", "article_text": "JURGEN Klopp melihat keperluan untuk membina kembali Liverpool sebagai faktor utama di sebalik keputusannya menandatangani kontrak baharu dengan kelab itu tahun lalu.Klopp yang sudah memenangi tujuh trofi bersama Liverpool termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara telah menandatangani kontrak sehingga 2026.Namun, untuk musim ini, Liverpool tampil dengan persembahan kurang memuaskan dan berada di kedudukan kesembilan liga, 10 mata di belakang pasukan yang berada di kedudukan empat terbaik.Penyokong juga menyarankan pembaharuan dilakukan Klopp selepas melihat beberapa tonggak utama seperti Jordan Henderson dan Fabinho bergelut untuk membantu pasukan.\"Saya tidak mengatakan ia adalah cabaran terbesar, tetapi ia tetap adalah satu cabaran. Ia adalah salah satu sebab utama mengapa saya menandatangani kontrak baharu, kerana saya tahu pasukan perlu dibina semula.\"Ia tidak akan berlaku dalam tempoh yang pantas. Saya bukan pekerja yang mempunyai keajaiban. Pasukan ketika ini mengalami banyak masalah kecederaan dan itu menjadikan keadaan benar-benar rumit.\"Saya tidak mempunyai masalah dengan itu kerana jelas saya tahu majoriti dunia luar hanya berminat dalam jangka pendek, tetapi kami juga perlu fokus jangka panjang,\" katanya.Liverpool bukan satu-satunya pasukan gergasi yang berada di kedudukan pertengahan liga dengan Chelsea berada di bawah mereka dibezakan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan itu seri tanpa jaringan pada hari Sabtu.Walaupun Chelsea telah berbelanja besar untuk menarik Mykhaylo Mudryk dan Benoit Badiashile dalam jendela perpindahan semasa, Klopp menegaskan Liverpool tidak mampu untuk melakukan perkara yang serupa.\"Terdapat banyak cara berbeza yang boleh anda lakukan, tetapi semuanya berdasarkan situasi yang anda alami.\"Chelsea dengan pemilikan baharu jelas sekali... tiada siapa yang tahu dengan tepat bagaimana mereka melakukannya, bagaimana mereka boleh membelanjakan wang sebanyak itu.\"Tiada siapa yang suka saya bercakap tentang pasukan lain, tetapi perubahan memerlukan masa jika anda tidak mempunyai wang. Jika tidak, anda boleh menukarnya dalam sekelip mata dengan membawa masuk 10 pemain serentak,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 09:25am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242052/berita/sukan/jdt-bakal-manfaatkan-aksi-pra-musim", "article_title": "JDT bakal manfaatkan aksi pra-musim", "article_text": "AKSI pra-musim 2023 di Dubai, bakal dimanfaatkan juara quadruple Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan bagi mengharungi saingan musim baharu tidak lama lagi.Menurut pengendali JDT, Esteban Solari, aksi pra-musim berkenaan juga merupakan satu (proses) pembelajaran buat skuad Harimau Selatan itu untuk terus \u2018berkembang\u2019 apabila berdepan dengan pasukan-pasukan terbaik, kelak.\u201cSemua sedar JDT adalah kelab yang mempunyai standard yang tinggi dan setiap masa kami mahu memperbaiki prestasi dan ini adalah isu utama apabila kami membuat keputusan untuk datang ke sini (Dubai), bagi bertemu pasukan yang baik, mempunyai pemain yang baik dan mempunyai posisi yang baik dalam (saingan) liga seperti liga kelab Rusia.\u201cSaya juga mahu pemain mempunyai growmindset yang bermaksud mereka perlu belajar daripada setiap perlawanan mereka selain perlu bekerja keras bagi mencapai \u2018daya tahan\u2019 kerana ia adalah penting untuk pemain bola sepak,\u201d katanya pada Rabu.Untuk rekod, aksi pra-musim di JDT menyaksikan skuad Harimau Selatan itu berdepan kelab Russia, FC Rostov di Stadium The Sevens, Dubai pada 25 Januari, diikuti kelab dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 28 Januari, FC Levski Sofia dari Bulgaria (31 Januari) serta dua kelab Russia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St. Petersburg, masing-masing pada 2 dan 6 Februari.Sementara itu Solari berkata, segala persiapan ketika ini dilihat sangat baik dan pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan kesemua pemain bagi membuat penilaian secara individu.Katanya, penilaian berkenaan dibuat dari segi fizikal pemain kerana ia seterusnya bakal menentukan posisi yang bersesuaian bagi mereka.\u201cPersiapan dan keadaan (pemain) dilihat sangat baik dan kami juga telah bertemu dengan setiap pemain secara individu untuk membuat penilaian dari segi fizikal mereka dan seterusnya posisi mana yang sesuai untuk mereka.\u201cSejak awal saya sudah nyatakan secara terang kepada pemain, saya mahu mereka berikan persembahan terbaik untuk kami dan apa yang penting, mereka faham tentang sistem permainan untuk memberikan potensi terbaik mereka.\u201cSelain itu, kami juga bekerja ke arah ketersediaan pemain bagaimana hendak melakukan 'build up' dan bagaimana mahu mencipta rentak (permainan) selain bagaimana untuk bertahan. Inilah yang kami lakukan ketika ini dan saya rasakan pasukan menunjukkan respons yang baik setiap hari,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 08:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242047/berita/sukan/santos-pengendali-baharu-poland", "article_title": "Santos pengendali baharu Poland", "article_text": "POLAND melantik bekas pengendali Portugal, Fernando Santos sebagai jurulatih baharu pasukan itu berdasarkan pengalaman dan rekod kejayaannya sebelum ini, kata Presiden FA Poland, Cezary Kulesza.Santos, yang membawa Portugal meraih kejayaan di Euro 2016 dan Liga Negara-Negara 2018-19 dengan Cristiano Ronaldo sebagai kapten, diumumkan secara tidak rasmi apabila Kulesza berkongsi gambar dirinya dengan pengurus berusia 68 tahun itu di Twitter.\u201cKami mahukan jurulatih yang berpengalaman mengetuai pasukan kebangsaan, supaya dia tidak perlu belajar mengendalikan skuad Poland.\"Tetapi yang paling penting, kami mahukan jurulatih yang memiliki rekod cemerlang seperti yang dilantik hari ini,\" kata Kulesza pada sidang akhbar.Kontraknya dengan Poland termasuk dua pusingan kelayakan - untuk Euro 2024 dan Piala Dunia 2026.Santos merupakan pengendali kedua Poland dengan pengalaman antarabangsa selepas Leo Beenhakker sebelum ini yang menguruskan pasukan pada 2006-2009.Untuk rekod, Santos pernah berkhidmat selama empat tahun di Greece, sebelum menjadi pengurus Portugal pada 2014.Sementara itu, di peringkat kelab dia pernah menguruskan Porto selain AEK Athens, Panathinaikos, Sporting dan Benfica.\"Saya memberi perhatian besar kepada dua perkataan - 'kita' dan 'menang.\"Kami perlu membiasakan diri dengan kemenangan, kerana saya fikir pasukan kebangsaan ini mempunyai apa yang diperlukan untuk dapat bersaing dengan mana-mana pasukan besar lain,\" kata Santos ketika diperkenalkan di stadium kebangsaan di Warsaw.FA Poland sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas jurulatih Czeslaw Michniewicz selepas dia membimbing pasukan itu ke penampilan pertama peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 dalam tempoh 36 tahun di Qatar.Michniewicz dikritik hebat selepas mengunakan taktikal bertahan semasa berdepan Mexico di Qatar 2022.Sementara itu, status Santos bersama Portugal ditamatkan pada Disember selepas negara itu tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 07:16am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/242035/berita/sukan/malaysian-tigers-kembali-bersemangat", "article_title": "Malaysian Tigers kembali bersemangat", "article_text": "SKUAD hoki negara mahu bangkit daripada kekecewaan apabila berdepan Afrika Selatan dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16 Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Khamis.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, sasaran menduduki tempat kesembilan pada edisi kali ini adalah realistik berdasarkan prestasi terbaik yang ditunjukkan barisan pemain negara ketika ini.Beliau berkata, skuad kendalian Arul Selvaraj itu akan berusaha memastikan tempat kesembilan menjadi milik mereka selepas terlepas tiket ke suku akhir.\u201cSemua pasukan mempunyai matlamat sama untuk meraih kemenangan. Biarpun dijangka berdepan tugas sukar, namun pasukan negara tetap memburu kemenangan.\u201cSasaran pasukan negara adalah untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik (kesembilan). Dengan prestasi yang telah ditunjukkan setakat ini, saya melihat harapan untuk capai sasaran itu adalah cerah.\u201cTetapi ia bukan mudah kerana ini Piala Dunia, semua pasukan akan memberikan segalanya untuk menang setiap perlawanan. Walaupun sukar tetapi tidak mustahil,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Justeru, Mirnawan menuntut skuad Malaysian Tigers mempamerkan komitmen dan disiplin tinggi serta berjuang sehingga wisel penamat untuk meraih kemenangan.Menurutnya, suasana di kem negara juga positif dan para pemain sudah melupakan kekecewaan tewas kepada Sepanyol dalam aksi crossover di Stadium Kalinga, Bhubaneswar Ahad lalu.\u201cKemahuan, disiplin, komitmen, kepercayaan, kerja keras dan berjuang sehingga perlawanan tamat. Menang kalah adat permainan, ada menang ada kalah.\u201cKeadaan di kem pasukan negara begitu positif dan ceria. Ini satu perkembangan yang sihat kerana pemain tahu matlamat kami di sini belum berakhir,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, Mirnawan enggan mengambil mudah tentangan sengit yang bakal diberikan Afrika Selatan biarpun pasukan lawan tewas dalam semua aksi Kumpulan A.\u201cKami juga tidak boleh menjadikan keputusan perlawanan sebelum ini dengan jumlah gol yang besar (kemenangan) sebagai kayu ukur kemampuan pasukan.\u201cPiala Dunia adalah satu kejohanan yang cukup berbeza dan sudah tentu, setiap pasukan mahu menamatkan saingan dengan keputusan terbaik,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241987/berita/sukan/thailand-tarik-diri-sertai-pestabola-merdeka", "article_title": "Thailand tarik diri sertai Pestabola Merdeka", "article_text": "[DIKEMAS KINI] THAILAND tidak akan menyertai saingan Pestabola Merdeka kerana akan memberikan tumpuan kepada Piala Raja Thailand yang akan diadakan pada September depan.Memetik laporan media Thailand, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan tarikh Pestabola Merdeka itu akan bertembung dengan Piala Raja Thailand.Malah, FAT juga memaklumkan pihak mereka belum menerima sebarang jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menyertai kejohanan itu.\"Setiausaha Agung FAT, Patis Supaphong menyatakan pasukan Thailand sudah mempunyai perancangan ketika kalendar FIFA pada September dan sudah menganjurkan Piala Raja Thailand.\"FAT juga sedang menjemput beberapa pasukan untuk beraksi dalam saingan piala berkenaan,\" kata laporan itu.FAM sebelum ini menyasarkan Thailand, Vietnam, Palestin dan Syria untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.FAM sebelum ini menjemput Thailand untuk menyertai Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan tersebut diadakan pada 2013.Beberapa pasukan seperti Vietnam, Palestin dan Syria juga dalam perancangan badan induk bola sepak negara itu untuk dijemput beraksi dalam Pestabola Merdeka.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 05:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241983/berita/sukan/ranking-dunia-nasib-berbeza-zii-jia-aaron-wooi-yik", "article_title": "Ranking dunia: Nasib berbeza Zii Jia, Aaron-Wooi Yik", "article_text": "KHABAR duka buat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa akur tergelincir dua anak tangga ke kedudukan nombor empat dunia.Harga mahal dibayar pemain dari Alor Setar, Kedah itu apabila membuka tirai 2023 dengan langkah kiri susulan dua kekalahan berturut-turut di pusingan awal.Tempat Zii Jia kini diambil alih oleh pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala pemain Denmark, Viktor Axelsen kekal dengan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia.Seorang lagi wakil Indonesia, Jonatan Christie memanjat satu anak tangga apabila berubah berada di nombor tiga dunia.Perubahan ranking itu dikemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.Cabaran buat Zii Jia yang bergerak solo tanpa jurulatih apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, awal bulan ini selepas kalah kepada Kodai Naraoka dari Jepun.Pemain berusia 25 tahun itu turut tersingkir di pusingan kedua Terbuka India, minggu lalu selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.Dalam pada itu, tuah buat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila memperoleh ranking terbaik dalam karier mereka apabila mendaki satu anak tangga untuk berada di tempat kedua.Kedudukan mereka itu berada belakang pasangan Indonesia, Fajar Alfan-Muhamad Rian Ardianto yang kekal sebagai pasangan nombor satu dunia.Aaron (kiri) dan Wooi Yik memanjat satu anak tangga untuk berada di tempat kedua dunia. - Foto AgensiPencapaian tertinggi Aaron-Wooi Yik itu turut dipacu hasil kejayaan mereka muncul naib juara Terbuka India di New Delhi pada Ahad.Skrip berbeza buat pasangan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang terkeluar daripada kelompok 10 terbaik apabila turun satu tangga ke tempat ke-11.Pencapaian suram tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India gagal membantu mereka untuk kekal dalam gandingan 10 terbaik.Dalam pada itu, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang turun dua anak tangga minggu lalu, kembali ke kedudukan keenam dunia.Bagi kategori beregu campuran, kedudukan ranking Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak apabila menghuni tempat ke-57 dunia.Mereka mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mara sehingga suku akhir Terbuka Malaysia sebelum terkandas pada pusingan kedua Terbuka India.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 05:09pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241981/berita/sukan/stadium-tuanku-abdul-rahman-bakal-guna-rumput-zeon-zoysia", "article_title": "Stadium Tuanku Abdul Rahman bakal guna rumput Zeon Zoysia", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk menukar rumput di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi di sini kepada jenis Zeon Zoysia yang sesuai untuk kegunaan sukan terutamanya bagi perlawanan bola sepak.Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, rumput jenis itu mempunyai tekstur rumput yang halus yang telah digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor; Stadium Nasional Singapura dan Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini membuat tawaran kepada semua kerajaan negeri untuk memilih satu stadium yang bersesuaian bagi penukaran rumput berkenaan yang menggunakan kaedah perkongsian kos iaitu separuh ditanggung kerajaan negeri dan separuh lagi pihak kementerian.\u201cSaya telah maklumkan kepada kerajaan negeri pada dua minggu lepas, pada dasarnya kita bersetuju untuk memilih Stadium Tuanku Abdul Rahman untuk tujuan tersebut.\"Bagaimanapun tarikh pelaksanaan penggantian rumput ini belum ditetapkan kerana kita perlu melihat juga jadual perlawanan Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Jelasnya, kerja pemulihan tanah serta saliran air untuk mengelakkan takungan air akan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala pemasangan rumput oleh pihak KBS.Dalam pada itu, Mohamad Taufek yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) turut berpendapat sekiranya kerja penggantian rumput itu bertembung dengan perlawanan Liga Super, padang alternatif yang boleh digunakan adalah padang latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai atau padang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3.\u201cDua padang ini digunakan oleh pasukan NSFC untuk menjalani latihan, dan padang tersebut juga lengkap dengan tempat duduk penonton serta saiz yang menepati ketetapan antarabangsa.\"Selain itu, kita mungkin menggunakan padang di negeri berhampiran seperti Melaka dan Selangor, malah ia pernah dilakukan oleh negeri yang lain sebelum ini,\" katanya.Tambahnya, rumput Zeon Zoysia mempunyai sistem akar yang luas dan pertumbuhan rizom yang kuat, malah ia menghasilkan rumput padat tebal yang pulih dengan cepat daripada kerosakan dan diperakui dalam ujian terkawal oleh National Turf grass Evaluation Programme (NTEP).Media sebelum ini melaporkan STAR akan dinaik taraf dijangka bermula Mac ini membabitkan tempat duduk penonton bagi memenuhi piawaian sebagai venue kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa pada masa depan dengan kos RM1.2 juta.Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Mohamad Taufek berkata, seramai 1,500 orang pesilat mewakili 83 pasukan mengesahkan penyertaan bagi Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Piala Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang julung kali bakal diadakan pada 27 Januari hingga 29 Januari ini.Katanya, kejohanan itu bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negeri malah dapat menyumbang kepada pencarian atlet baharu dalam sukan silat menerusi penyertaan peserta seawal umur enam tahun.\"Tujuh kategori bakal dipertandingkan dan para pemenang akan membawa pulang piala kejohanan mengikut kategori, manakala juara keseluruhan bakal membawa piala serta wang tunai berjumlah RM3,000,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 04:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241971/berita/sukan/tiada-tekanan-buat-aaron-wooi-yik", "article_title": "Tiada tekanan buat Aaron-Wooi Yik", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun beraksi pada kejohanan Badminton Masters Indonesia pada Rabu.Pengarah Kejurulatihannya, Rexy Mainaky sebaliknya mahu naib juara Terbuka India itu memberi fokus terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi.\u201cSaya tak mahu letakkan tekanan ke atas mereka. Fokus langkah demi langkah dalam permainan. Nikmati permainan sebaiknya.\u201cBerikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Sasaran akan datang selepas itu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan akan menentang pasangan dari pusingan kelayakan.Jurulatih berasal dari Indonesia itu berkata, pasangan negara itu baru selesai kejohanan di New Delhi dan sudah menjalani proses pemulihan daripada aspek mental untuk mengharungi kejohanan seterusnya dalam tempoh singkat iaitu di Jakarta minggu ini.\u201cMereka baru habis main di India. Jadi tumpuan sudah diberikan untuk pulihkan mental. Fokus juga diberikan untuk kemaskan lagi corak permainan,\u201d katanya.Minggu lalu Aaron-Wooi Yik terlepas peluang meraih gelaran sulung dalam Jelajah Dunia BWF apabila sekadar muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka India.Dalam aksi final di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi itu, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 21-14, 19-21, 18-21 kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 03:43pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241935/berita/sukan/kerajaan-kelantan-ambil-serius-pergaduhan-piala-mb", "article_title": "Kerajaan Kelantan ambil serius pergaduhan Piala MB", "article_text": "KERAJAAN negeri Kelantan mengambil serius isu pergaduhan melibatkan aksi Piala Menteri Besar (MB) antara Kok Lanas dengan Gual Periok yang berlaku di Padang Sintetik Jalan Mahmood di sini, pada Jumaat.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya akan membuat penambahbaikan untuk perlawanan selepas ini.\"Bukan sahaja bergaduh, mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan diambil tindakan,\" katanya ketika dihubungi pada Selasa.Menurut beliau, semua pasukan yang bertanding perlu mempamerkan semangat kesukanan dan mengelakkan kejadian yang boleh mencemarkan nama baik negeri.Sinar Harian pada Isnin melaporkan, tular satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood di sini, pada Jumaat.Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.Insiden yang berlaku telah diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.Perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kok Lanas (3) dan Gual Periok (2).Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 12:09pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241925/berita/sukan/lima-gol-mbappe-rekod-baharu-psg", "article_title": "Lima gol Mbappe rekod baharu PSG", "article_text": "PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Christophe Galtier tidak terkejut dengan persembahan Kylian Mbappe yang meledak lima gol ketika menumpaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel dalam aksi Piala Perancis pada Selasa.PSG mara ke pusingan 16 terbaik dengan kemenangan besar 7-0 dalam aksi yang berlangsung di Stade Bollaert-Delelis, Lens pada Selasa.Mbappe meledak hatrik pada separuh masa pertama untuk PSG mendahului 4-0 sebelum meledak dua lagi gol pada babak kedua manakala Neymar dan Carlos Soler masing-masing menjaringkan satu gol untuk kemenangan bergaya kelab gergasi Perancis itu.Lima gol yang dicipta Mbappe itu menyaksikan dia menjadi pemain PSG pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan.\"Mbappe adalah penjaring gol dan dia suka menyerang. Saya tidak katakan bahawa dia mendapat keyakinan apabila menjaringkan lima gol, tetapi dia berada pada standardnya.\"Amat penting untuk dia dan Neymar bermain perlawanan penuh. Mereka bekerjasama dengan baik dan itu satu petanda positif,\" kata Galtier.Dalam pada itu, Mbappe menegaskan menghormati pasukan lawan biarpun tampil berbisa dengan meledak lima gol ke atas pasukan divisyen enam itu.\"Kami gembira, kami datang untuk melayakkan diri dan menghormati pasukan ini.\"Hormat bermakna bermain di peringkat kami. Kami gembira. Ia adalah peluang hebat untuk (Pays de Cassel), dan untuk kami kerana kami juga datang dari bola sepak amatur.\"Kami sangat gembira untuk datang dan bermain, dan ia adalah pertandingan penting untuk PSG,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 11:02am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241921/berita/sukan/spurs-mahu-kekal-rentak-kemenangan", "article_title": "Spurs mahu kekal rentak kemenangan", "article_text": "PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengharapkan pemainnya menggunakan keputusan positif ke atas Fulham sebagai titik permulaan untuk mencapai lebih banyak kemenangan sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.Harry Kane menyamai rekod jaringan sepanjang masa Jimmy Greaves untuk Spurs ketika pasukan itu bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Manchester City dengan kemenangan 1-0 di Fulham pada Selasa.Menurut Conte, kemenangan 1-0 ke atas Fulham menjadi penanda aras kepada pasukan membetulkan prestasi yang kurang memberangsangkan selepas rehat Piala Dunia.\"Saya mendapat jawapan yang baik daripada pemain. Kami memerlukan permainan yang mantap seperti musim lalu. Mereka mempunyai keinginan untuk bermain dan serius.\"Kami menunjukkan apabila bermain sebagai satu pasukan, sangat sukar untuk menentang kami. Hari ini mesti menjadi titik permulaan untuk memberikan segala-galanya. Kami mempunyai 17 perlawanan lagi.\"Kami perlu cuba untuk kekal dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara, mencuba dalam Piala FA dan melakukan perkara yang sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.Dalam pada itu, Conte turut menyangkal mengenai hubungannya dengan pengerusi pasukan itu, Daniel Levy selain menegaskan dia berbangga untuk melatih kelab.\"Saya amat berbangga menjadi pengurus Tottenham dan saya mempunyai kemungkinan menjadi pengurus sebuah kelab penting.\"Atas sebab itu, saya mahu berjuang sehingga tamat dengan pemain. Dalam tempoh terakhir, kami kurang menyerlah kerana mungkin kami kehilangan beberapa karakter dari musim lalu.\"Saya bercakap dengan pemain dan saya mempunyai pemain yang bagus. Mereka faham kami perlu berjuang sehingga tamat untuk kedudukan yang bai,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 10:44am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241923/berita/sukan/kiwior-kukuhkan-pertahanan-arsenal", "article_title": "Kiwior kukuhkan pertahanan Arsenal", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menandatangani pemain pertahanan Poland, Jakub Kiwior daripada kelab Itali, Spezia dengan kontrak yang dilaporkan bernilai \u00a312 juta (RM63.68 juta).Menurut kelab itu, Kiwior bersetuju dengan kontrak jangka panjang untuk beraksi bersama Arsenal.Pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi untuk Poland di Piala Dunia Qatar berada di tempat duduk penonton di Stadium Emirates pada Isnin menyaksikan The Gunners menang 3-2 ke atas Manchester United.Kiwior yang pernah beraksi bersama kelab di Belgium, Anderlecht di awal kariernya berpindah ke Spezia dari MSK Zilina pada 2021.Dia membuat 43 penampilan semasa bersama kelab Serie A itu dan berjaya menambat hati pengendali Gunners, Mikel Arteta.\"Amat bagus untuk Jakub sertai kami. Dia merupakan pemain pertahanan yang serba boleh dan telah menunjukkan potensi dan kualiti bersama Spezia di Serie A dan di peringkat antarabangsa bersama Poland.\"Dia akan memberikan kami kekuatan dan kualiti di bahagian pertahanan. Kami mengalu-alukan Jakub dan keluarganya ke Arsenal dan melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengannya,\" kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 10:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241918/berita/sukan/lampard-everton-berpisah", "article_title": "Lampard, Everton 'berpisah'", "article_text": "JODOH Frank Lampard bersama Everton tidak bertahan lama apabila berpisah selepas setahun bersama pasukan itu yang kini bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Lampard menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2022, tetapi dia yang dipecat Chelsea sebelum ini terpaksa meninggalkan pasukan yang ketika ini menghuni tangga ke-19 liga.Everton mengalami musim yang suram apabila tewas sembilan daripada 12 aksi terakhir liga.Sabtu lalu tewas 0-2 kepada West Ham sekali gus meletakkan mereka berkongsi mata dengan pasukan tercorot, Southampton.Pemilik Everton, Farhad Moshiri sebelum ini memberi kepercayaan kepada Lampard, namun kekalahan kepada West Ham mengubah segala-galanya.Moshiri menyaksikan sendiri aksi Everton iaitu kali pertama dalam tempoh 14 bulan dan ia sudah cukup untuk membuatkan legenda Chelsea itu dipecat.\"Everton Football Club mengesahkan yang Frank (Lampard) meletakkan jawatannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki hari ini (Selasa).\"Everton mengucapkan terima kasih kepada Frank dan barisan kejurulatihannya di atas perkhidmatan mereka sepanjang 12 bulan,\" ujar pengurusan kelab.Jurucakap kelab memberitahu, ia satu keputusan sukar, namun itu adalah pilihan yang terbaik.\"Dedikasi dan komitmen Frank serta pasukannya sangat memberangsangkan sepanjang kehadiran mereka di kelab.\"Namun keputusan perlawanan dan kedudukan dalam liga memaksa kami membuat keputusan sukar ini.\"Kelab sudah memulakan proses mendapatkan pengendali baharu dan akan memaklumkannya dalam masa terdekat,\" ujar jurucakap kelab.Menjelang aksi dengan pendahulu liga, Arsenal pada 4 Februari ini, sesi latihan akan dikendalikan oleh Paul Tait dan Leighton Baines.Antara nama-nama yang disebut untuk mengisi kekosongan itu ialah bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa.Turut tersenarai ialah Sean Dyche dan Sam Allardyce.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 09:40am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241904/berita/sukan/kami-harus-bangkit-semula", "article_title": "'Kami harus bangkit semula'", "article_text": "SKUAD hoki negara kalah dengan bermaruah apabila tumbang di tangan wakil Eropah, Sepanyol dalam aksi crossover Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Ahad.Pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, barisan pemainnya telah menunjukkan semangat melawan cukup tinggi dalam aksi tersebut yang terpaksa ditentukan menerusi penalti shoot-out.Beliau turut kagum dengan aksi yang ditampilkan Malaysian Tigers yang memberikan sepenuh tenaga bangkit berjuang untuk mendapatkan gol sehingga penghujung perlawanan.\u201cKecewa tetap kecewa kerana kami kalah di peringkat shoot-out, tetapi pemain-pemain saya telah beraksi bermati-matian. Mereka tewas dengan maruah yang tinggi.\u201cPara pemain telah menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Walaupun ketinggalan jaringan, kami terus berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan dan ia berhasil,\u201d katanya.Terdahulu, tuah tidak memihak kepada Malaysian Tigers apabila tewas 3-4 di tangan Sepanyol menerusi penentuan penalti shoot-out dalam perebutan tiket ke suku akhir itu.Pemenang terpaksa ditentukan menerusi shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebaik tamat masa sebenar yang menyaksikan Faisal Saari dan Shello Silverius meledak gol buat Malaysia.Selepas terikat 3-3 dalam lima shoot-out, perlawanan dilanjutkan menerusi shoot-out sudden death yang menyaksikan Firhan Ashari gagal merobek gawang Sepanyol.\u201cKekecewaan hari ini (Ahad) kami akan selesaikan malam ini sebab esok (Isnin) kita akan mulakan hari yang baharu. Kami fokus kepada aksi menentang Afrika Selatan pada 26 Januari.\u201cKami harus bangkit semula. Diharapkan semua (penyokong) di Malaysia memberi sokongan penuh kepada pemain untuk mencapai kedudukan terbaik di nombor sembilan,\u201d jelas Arul.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241864/berita/sukan/kelantan-united-fc-rekrut-penyerang-kyrgyzstan", "article_title": "Kelantan United FC rekrut penyerang Kyrgyzstan", "article_text": "JENTERA serangan Kelantan United FC diperkukuhkan dengan kehadiran penyerang kebangsaan Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan.Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Ernist berkebolehan untuk beraksi di sayap kiri dan kanan selain berpengalaman beraksi di Liga Utama Armenia serta Kazakhstan.\"Kelantan United FC mengharapkan kehadiran Ernist Batyrkanov akan membantu pasukan memberi cabaran kepada kelab lain yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim 2023,\" menurut kenyataan itu pada Ahad.Ernist memulakan karier remaja pada 2016 bersama kelab Kyrgyztan, Alaa-To Naryn sebelum mendapat kontrak profesional bersama kelab Dordoi selama empat tahun.Dia kemudiannya berkelana ke Liga Kazakhstan, Kyzyl-Zhar pada tahun 2021 dan tidak sampai setahun, pemain kelahiran Bishkek itu disambar kelab Liga Armenia, FC Va.Pada musim lepas, pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama pasukan FC Abdysh-Ata Kant dan membantu kelab berkenaan muncul juara Liga Premier Kyrgyzstan serta Piala Kyrgyzstan.Dia menjaringkan 13 gol dan 6 bantuan gol keseluruhan untuk meletakkan dirinya dalam senarai terkini skuad Kebangsaan Kyrgyzstan dan kali terakhir tersenarai ialah ketika aksi persahabatan pada September 2022 melawan Rusia.Ernist menjadi pemain import ketiga diumumkan Kelantan United selepas menandatangani pemain Brazil, Yan Victor dan bekas pemain tengah Kelantan, Morgaro Gomis.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 04:32pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241853/berita/sukan/selangor-fc-tidak-mahu-dabik-dada", "article_title": "Selangor FC tidak mahu dabik dada", "article_text": "SELANGOR FC tidak mahu mendabik dada dan dianggap sebagai pasukan pilihan walaupun telah merekrut beberapa pemain berkualiti untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Kapten Selangor, Brendan Gan berkata, tahun 2023 akan menjadi musim yang sukar dengan kesemua pasukan menyiapkan pasukan terbaik mereka untuk cuba menampilkan cabaran dalam saingan liga.\"Saya tidak pernah mendengar kami (Selangor) menjadi pasukan pilihan. Setiap pasukan seperti yang anda lihat sedang menambah baik pasukan mereka dan saya lihat akan menjadi musim yang sukar.\"Kami pula sedang berusaha dalam persiapan pra musim, membina kombinasi dan taktikal yang sesuai selain memastikan capai tahap kecergasan yang tinggi untuk musim depan,\" katanya.Pada musim 2022, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu menyudahkan saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan lapan kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan.Dalam saingan Piala FA pula, skuad Gergasi Merah berjaya melangkah ke saingan separuh akhir dan tewas kepada Terengganu FC, manakala untuk saingan Piala Malaysia pula mereka cemerlang menempah tiket perlawanan akhir namun terpaksa akur kepada kekuatan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kekalahan 1-2.Untuk saingan musim depan, Selangor FC telah merekrut beberapa pemain kebangsaan iaitu Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan Ruventhiran selain membawa masuk dua tonggak import iaitu pemain tengah pasukan kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh serta pemain Ghana, Rauf Salifu.Dalam pada itu, Brendan mengakui kehadiran Faisal, Khuzaimi dan Ruventhiran memberikan nilai tambah yang baik buat pasukan.\"Mereka mempunyai kualiti bersama pasukan kebangsaan dan kelab lama mereka.Kami bertuah ada mereka dalam pasukan tetapi kejayaan pasukan bukan bergantung kepada seorang pemain.\"Kami memerlukan 24, 25 pemain untuk membentuk satu pasukan. Kami akan gunakan kualiti pemain yang ada dan fokus menang perlawanan sebagai satu pasukan.\"Kami juga perlu tambah baik pasukan walaupun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu. Tetapi, hakikat anda boleh kata musim itu kami tidak terlalu konsisten dan perlu membaikinya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 03:28pm"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241843/berita/sukan/malaysia-kini-ada-trio-rasid", "article_title": "Malaysia kini ada trio Rasid", "article_text": "BOLA sepak Singapura memiliki trio Fandi terdiri daripada tiga anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan, Ikhsan dan Ilhan yang mencipta nama selaku antara pemain terbaik di negara itu.Irfan dan Ikhsan kini beraksi bersama pasukan Thailand, BG Pathum United FC manakala Ilhan pula bermain dengan kelab divisyen dua Belgium, KMSK Deinze.Gandingan adik beradik itu menampilkan persembahan memberangsangkan untuk menjadi antara pemain penting kepada Singapura dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.Namun, kancah bola sepak Malaysia juga bakal diserikan dengan kehadiran trio Rasid terdiri daripada adik kepada kapten Harimau Malaya, Safawi iaitu Alfi dan Syakir.Safawi yang pernah memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019 kini dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke kelab Thailand, Ratchaburi FC untuk tempoh setahun.Pemain berusia 25 tahun itu juga pernah berkelana ke kelab Portimonense SC selain menjadi watak utama dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon.Alfi pula sebelum ini beraksi bersama kelab JDT III dan pada musim depan akan bersama kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC Bawah 23 tahun (B-23) manakala, Syakir kini sedang mengasah bakatnya bersama pasukan Terengganu III.Mungkin penyokong bola sepak negara boleh menaruh harapan untuk melihat trio Rasid ini beraksi bersama dalam pasukan Harimau Malaya dan mencetuskan sensasi seperti yang dilakukan oleh trio Fandi di Singapura.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 02:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241834/berita/sukan/cheong-min-buru-slot-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Cheong Min buru slot Sukan SEA Kemboja", "article_text": "SELEPAS pulih daripada kecederaan kaki kanan, jaguh wushu negara Tan Cheong Min berazam untuk merebut slot ke Sukan SEA Kemboja 2023 buat julung kalinya yang akan berlangsung di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini.Pemenang emas Kejohanan Wushu Dunia 2017 dan 2019 itu memaklumkan beliau dalam persiapan mempertajam kemahiran untuk beraksi di temasya dwitahunan itu, selepas tiga acara wushu utamanya iaitu Nandao, Nanquan, Nangun tersenarai dalam pertandingan.Cheong Min yang baru dibenarkan kembali memulakan latihan sepenuh masa tahun ini berkata, walaupun sudah beraksi hingga ke pentas dunia, adalah penting untuk beliau mempersembahkan aksi terbaik ketika sesi pemilihan untuk menambat hati barisan kejurulatihan supaya namanya tersenarai ke Kemboja.\"Saya alami kecederaan kaki kanan pada 31 Ogos tahun lepas kerana salah cara mendarat pada sesi latihan namun sekarang ini sudah pulih hingga 90 peratus.\"Jadi memang saya ada sasaran (sertai Sukan SEA Kemboja) apabila tahun lepas saya hanya sertai Sukan Universiti ASEAN (AUG) namun, macam sekarang pemilihan untuk ke Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia di Hangzhou, China masih belum dilakukan.\"Saya rasa jurulatih hanya akan membuat pemilihan dalam seminggu lagi namun besar harapan saya untuk beraksi di Sukan SEA pertama kalinya,\" katanya di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.Menyifatkan berada dalam keadaan terbaiknya, pemenang Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2022 itu optimis mampu membuat penampilan terbaiknya menerusi Nandao, Nanquan dan Nangun sekali gus tidak sabar untuk memberikan saingan sengit kepada pihak lawan.Cheong Min, 25, mencipta sejarah apabila menjadi atlet wushu wanita pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan apabila mengharumkan nama Malaysia menerusi sumbangan pingat emas acara Nandao dan pingat perak (Nanquan) pada Kejohanan Wushu Dunia 2019 di Shanghai, China.Pada Mei tahun lepas, skuad wushu negara menutup cabaran di Sukan SEA Hanoi, Vietnam dengan meraih keseluruhan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 01:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241824/berita/sukan/haaland-tutup-mulut-pengkritik", "article_title": "Haaland tutup mulut pengkritik", "article_text": "PEMAIN sensasi, Erling Haaland menutup mulut pengkritik mengenai kemampuannya menyesuaikan diri dengan gaya permainan Manchester City apabila meledak hatrik keempat ketika membantu pasukannya menewaskan Wolves 3-0 pada Ahad.Pemain Norway itu sudah menyumbat 25 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada 19 penampilan pada musim pertama di Etihad.Jurulatih City, Pep Guardiola turut memuji pemain berusia 22 tahun itu yang bijak mengawal emosi biarpun berada dalam situasi tertekan terutama melibatkan prestasinya.\u201cAngkanya (jumlah gol) amat menakjubkan. Dia amat stabil dan tidak tertekan apabila keadaan tidak berjalan lancar.\u201cApabila dia bermain dan menjaringkan gol. Saya tidak tahu berapa banyak gol, dia adalah jalan penyelesaian dan pelengkap buat pasukan.\u201cApabila tidak menjaringkan gol, dia dikatakan masalah buat kami,\u201d katanya.Guardiola memberitahu, barisan kejurulatihan tahu keupayaan serta kemampuannya di atas padang dan pasukan dalam proses mencari jalan terbaik untuk meningkatkan persefahaman dalam skuad.\u201cKami tahu kualitinya. Dia bukan pemain untuk digugurkan. Anda perlu menyesuaikan beberapa pergerakan dengannya dan kami sedang melakukannya dengan baik,\u201d katanya.Haaland yang kurang menyengat sejak beberapa minggu lalu, membuka tirai jaringan buat City pada minit ke-40 untuk gol ke-23 peribadi.Jumlah jaringan itu menobatkan Mohamed Salah serta Son Heun-min untuk berkongsi Kasut Emas musim lalu.Memasuki babak kedua, Haaland menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dan menyempurnakan hatrik empat minit kemudian.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 12:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241817/berita/sukan/enam-pelumba-bawa-cabaran-tsg-di-tour-of-shariah", "article_title": "Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Shariah", "article_text": "ENAM pelumba menjadi taruhan pasukan berbasikal terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) untuk berentap di Tour of Sharjah bermula Jumaat ini.Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, kejohanan selama lima hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.Beliau berkata, pelumba yang terpilih membawa cabaran itu termasuk tiga import dan tiga tonggak tempatan, sedang menjalani kem latihan fasa satu TSG di dalam negara.\"Untuk pelumba tempatan kita ada Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin dan Irwandie Lakasek yang sudah beberapa musim bersama skuad elit kita.\"Tonggak import pula dibarisi Metkel Ayob, Anatolii Budiak dan pelumba baharu TSG musim ini, Aiman Cahyadi yang juga pelumba terbaik Indonesia 2022,\u201d katanya ketika dihubungi pemberita.Menurut Nasiruddin, pihaknya menyasarkan untuk meraih dua podium dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pasukan di Tour of Sharjah itu nanti.Katanya, TSG perlu meraih seberapa banyak mata bermula daripada perlumbaan pertama agar sasaran muncul sebagai pasukan benua terbaik dunia 2023 menjadi kenyataan.\"Di Tour of Sharjah 2022 kita berjaya meraih juara keseluruhan dan menang satu podium menerusi Anatolii Budiak. Tahun ini kita harap pencapaian lebih baik dengan kekuatan skuad yang ada,\u201d katanya.TSG musim 2023 dibarisi 16 pelumba termasuk tujuh import dan sembilan tempatan di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Kanada, Jeremy Hunt. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 11:40am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241807/berita/sukan/ter-stegen-penyelamat-barcelona", "article_title": "Ter Stegen penyelamat Barcelona", "article_text": "PENGENDALI Barcelona, Xavi Hernandez menyatakan penghargaan kepada penjaga golnya, Marc-Andre ter Stegen yang bertindak cemerlang menjadi penyelamat ketika kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam aksi La Liga pada Isnin.Penjaga gol Jerman itu menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Getafe sekali gus menyaksikan gol tunggal daripada Pedri pada minit ke-35 sudah cukup untuk memberikan tiga mata kepada Barcelona.\"Kami tidak tahu cara menyerang dengan baik, dan secara amnya kami agak tidak bagus dalam perlawanan ini. Kami telah menang tanpa bermain dengan baik.\"Ada kalanya anda tidak bagus dan perkara tidak menjadi seperti yang anda jangkakan tetapi, pemain dapat bertahan dengan baik dan bekerjasama untuk mendapat kemenangan ini,\" katanya.Xavi berkata, ter Stegen berhak mendapat pujian dengan pemain berusia 30 tahun itu menyelamatkan tiga peluang gol lawan.\"Ter Stegen tampil di tahap terbaiknya sejak sekian lama. Dalam situasi satu lawan satu dia sangat hebat.\"Dia adalah ketua pasukan, bersikap tegas dan adalah penting dia juga menjadi penyelamat mata,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 10:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241805/berita/sukan/penampilan-sulung-ronaldo-bantu-kemenangan-al-nassr", "article_title": "Penampilan sulung Ronaldo bantu kemenangan Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo melakukan penampilan sulung buat kelab Arab Saudi, Al Nassr menentang Ettifaq dalam aksi Liga Pro Saudi pada Isnin.Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, penyerang Portugal itu membantu Al Nassr dalam kemenangan 1-0 ke atas pasukan lawan dan kembali berada di kedudukan teratas Liga Pro Saudi.Pengendali Al Nassr, Rudi Garcia menyifatkan Ronaldo memberikan rentak positif kepada pasukan untuk melakar kemenangan dalam perlawanan tersebut.\"Ia adalah nilai tambah positif apabila anda mempunyai pemain seperti Ronaldo kerana dia membantu mengalih perhatian pemain pertahanan, itulah yang menyebabkan kami berjaya mendapat gol.\"Hari ini kami mencipta peluang untuknya dan meminta pemain mempelbagaikan permainan antara dia dan Talisca. Kami juga tidak lupa bahawa dia menyertai (perlawanan pameran menentang) Paris Saint Germain dan tidak mendapat rehat yang cukup.\"Walaupun dengan kehadiran Ronaldo, bukan mudah untuk memenangi Liga Saudi kerana pasukan lain juga memiliki kemampuan dan kekuatan tersendiri,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Anderson Talisca meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-31.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 10:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241804/berita/sukan/united-belum-sedia-jadi-juara", "article_title": "United belum sedia jadi juara", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan kekalahan 2-3 kepada Arsenal sebagai bukti pemain mesti mengubah mentaliti untuk bersaing dalam kelompok pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).Menurutnya, pemain juga masih belum bersedia untuk memenangi kejuaraan utama sekiranya tidak mengubah mentaliti dalam setiap perlawanan.\"Mungkin dalam beberapa jam akan datang saya akan sedar kami berada dalam kedudukan yang baik, menyedari kami berada dalam perkembangan yang baik, proses yang baik. Tetapi pada masa ini, saya sangat marah.\"Jika pemain mahu memenangi trofi, kami perlu mengubah mentaliti. Tidak mungkin dalam perlawanan dengan pasukan teratas liga, pemain melakukan tiga kesilapan besar sehingga melepaskan gol.\"Terutama gol terakhir, anda perlu berada dalam perlawanan itu. Pada ketika itu, keputusan seri sudah sepatutnya diraih. Pemain tidak boleh memberikan gol seperti yang berlaku hari ini,\" katanya.Dalam perlawanan itu, penyerang United, Marcus Rashford membuka tirai jaringan pada minit ke-17 sebelum disamakan Eddie Nketiah pada minit ke-24.Minit ke-53 menyaksikan Arsenal pula berada di hadapan menerusi Bukayo Saka, namun United pantas kembali menjadikan kedudukan 2-2 enam minit berselang.Nketiah menjadi wira The Gunners untuk memastikan tiga mata milik pasukan tuan rumah menerusi jaringan di penghujung perlawanan.Ia kali kedua dalam minggu ini United melepaskan gol di minit akhir perlawanan selepas terikat seri 1-1 dengan Crystal Palace menerusi gol penyamaan lewat Michael Olise Khamis lalu.Ten Hag menegaskan akan membimbing para pemainnya untuk cuba mengubah mentaliti namun tetap berbangga kerana pasukan telah berada dalam kelompok teratas liga.\"Saya fikir dengan bimbingan kita boleh mengubahnya. Kita telah melihat mentaliti telah berubah sejak beberapa bulan lalu.\"Tetapi kami juga perlu menyedari hari ini bahawa kami masih mempunyai kemampuan untuk berada dalam kelompok teratas liga,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 10:12am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241802/berita/sukan/aksi-liga-piala-mb-kelantan-dicemari-insiden-pergaduhan", "article_title": "[VIDEO] Aksi Liga Piala MB Kelantan dicemari insiden pergaduhan", "article_text": "TULAR satu video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan pemain bola sepak semasa perlawanan Liga Piala MB Kelantan di Padang Sintetik Jalan Mahmood, di sini pada Jumaat.Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, video tersebut dimuat naik pada jam 10.30 pagi oleh pemilik akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club.\"Rakaman itu memaparkan kejadian pergaduhan antara pemain semasa perlawanan bola sepak Liga Piala MB Kelantan.\"Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pasukan yang terlibat,\" katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Menurut beliau, insiden yang berlaku telah diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.Ujarnya, perlawanan berkesudahan dengan keputusan Kok Lanas (3) dan Gual Periok (2).Sehubungan itu, Mohd Rosdi meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit.Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengamalkan semangat kesukanan tinggi dengan mengelakkan provokasi yang boleh menggugat keharmonian perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 09:52am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241800/berita/sukan/malaysian-tigers-alih-tumpuan-kepada-afrika-selatan", "article_title": "Malaysian Tigers alih tumpuan kepada Afrika Selatan", "article_text": "PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj menyifatkan Malaysian Tigers tewas bermaruah, namun tetap berbangga dengan semangat juang tinggi dipamerkan anak buahnya ketika berdepan Sepanyol.\"Ya, kita kecewa tetap kecewa namun kita akan habiskan kekecewaan kita malam ini kerana esok merupakan hari baharu untuk kami dan seterusnya fokus menentang Afrika Selatan.\"Saya juga mengharapkan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan jitu kepada skuad negara kerana ianya mampu menyuntik motivasi kepada Malaysian Tigers untuk menamatkan kempen sebagai pasukan kesembilan terbaik kali ini,\" katanya.Terdahulu, impian Malaysian Tigers untuk mara ke suku akhir musnah apabila tewas 3-4 kepada Sepanyol menerusi penentuan penalti shootout sudden death dalam saingan Crossover pada Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, di sini.Kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga akhir perlawanan dengan Malaysia menjaringkan dua gol padang menerusi Faizal Saari (34') and Shello Silverius (48')Sementara itu, pasukan benua Eropah tersebut pula memperoleh gol sulung menerusi penalti strok Marc Miralles (40') dan gol padang Xavier Gispert (41').Keputusan itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti shootout yang berakhir dengan kesudahan seri 3-3 apabila penjaga gol simpanan Sepanyol, Mario Garin muncul wira selepas menafikan pukulan dua pemain Malaysia, kapten Muhammad Marhan Jalil dan penyerang, Shello - manakala Firhan Ashari, Faizal dan Shahmie Irfan Suhaimi memastikan bola pukulan masing-masing menerjah gawang.Keputusan itu mengheret perlawanan ke penentuan penalti 'shootout sudden death' yang menyebelahi skuad Sepanyol kendalian, Maximiliano Caldas selepas Marc menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman manakala Firhan Ashaari gagal menyempurnakan pukulannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 09:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241797/berita/sukan/arsenal-terlalu-padu-buat-manchester-united", "article_title": "Arsenal terlalu padu buat Manchester United", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal membuktikan penampilan kelab utara London musim ini bukan biasa-biasa seperti musim sebelumnya.Keupayaan luar biasa itu dijelmakan The Gunners ketika bangkit ketinggalan untuk menewaskan gergasi Inggeris yang sedang meningkat naik Manchester United, 3-2 di Stadium Emirates pada Isnin.Bagaimanapun, anak buah Mikel Arteta terlebih dulu dikejutkan jaringan awal tonggak prolifik The Red Devils, Marcus Rashford pada minit ke-17 untuk skuad kendalian Erik Ten Hag memimpin perlawanan.Namun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila Eddie Nketiah menyamakan kedudukan pada minit ke-24 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan terikat 1-1.Babak kedua penyerang England, Bukayo Saka meletakkan tuan rumah memimpin perlawanan dengan gol pada minit ke-53.Anak buah Ten Hag yang tidak berputus asa kemudiannya menyamakan kedudukan hasil tandukan padu Lisandro Martinez pada minit ke-59.Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Nketiah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.Kemenangan dramatik tersebut menyaksikan Arsenal kembali memimpin liga dengan kelebihan lima mata mengatasi penyandang juara Manchester City yang menewaskan Wolves, 3-0 di Stadium Etihad sebelum itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 09:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241793/berita/sukan/psm-sahkan-terima-permohonan-selangor", "article_title": "PSM sahkan terima permohonan Selangor", "article_text": "PERSATUAN Sepaktakraw Selangor (PSS) telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan badan induk sepak takraw negara tersebut.Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima permohonan tersebut melalui surat bertarikh 19 Januari selaras dengan keputusan mesyuaratnya yang telah diadakan pada 27 Disember tahun lalu.\"Saya ingin maklumkan di sini secara prinsipnya, Jawatankuasa Tertinggi PSM telah bersetuju menerima Persatuan Sepak Takraw Selangor sebagai ahli gabungan PSM.\"Namun permohonan Persatuan Sepak Takraw Selangor ini akan disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang akan datang.\"Saya yakin penyertaan Persatuan Sepak Takraw Selangor semula di dalam PSM merupakan sebahagian daripada langkah perpaduan semua badan sukan sepak takraw negeri.\" Ia juga secara tidak langsung akan menjamin pembangunan sukan sepak takraw secara menyeluruh di seluruh negara,\" katanya kepada Sukan Sinar.Untuk rekod, PSM kini menaungi 13 ahli gabungan dan enam ahli bersekutu.Ketika ditanya mengenai Persatuan Sepak Takraw Putrajaya, Persatuan Sepaktakraw Sarawak dan Persatuan Sepaktakraw Labuan, Sumali berharap tiga persatuan negeri itu dapat menyertai semula keluarga PSM dalam memastikan segala perancangan memajukan sukan tersebut di peringkat akar umbi tercapai.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 08:11am"} {"author_name": "MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241789/berita/sukan/malaysia-tetap-bangga-prestasi-pasukan-hoki---anwar", "article_title": "Malaysia tetap bangga prestasi pasukan hoki - Anwar", "article_text": "PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tetap berbangga dengan prestasi pasukan hoki negara ini walaupun terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.\u201cTerima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!,\u201d katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Januari 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241782/berita/sukan/impian-malaysia-ke-suku-akhir-tak-kesampaian", "article_title": "Impian Malaysia ke suku akhir tak kesampaian", "article_text": "MALAYSIA terlepas peluang untuk mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 2023 setelah dikecewakan Sepanyol 3-4 dalam aksi crossover menerusi penentuan shoot-out di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar perlawanan untuk mengheret permainan ke penentuan shoot-out yang juga terikat 3-3.Penentuan sudden death tidak memihak skuad Malaysian Tigers apabila Firhan Ashari gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mario Garin selepas Marc Miralles berjaya menyudahkannya dengan baik buat Sepanyol.Menerusi kemenangan itu, Sepanyol akan membuat perhitungan dengan Australia pada aksi suku akhir.Skuad negara pula akan kembali ke Rourkela untuk aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16.Kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan berhati-hati bagi mencari rentak permainan.Sepanyol yang dibimbing Max Caldas pantas memperoleh corak permainan mereka apabila mendominasi suku pertama permainan.Mereka yang menduduki ranking kelapan dunia juga berpeluang di depan, namun dua pukulan sudut penalti gagal menemui sasaran.Malaysia yang menghuni ranking kesembilan banyak bertahan, cuba melakukan serangan balas, namun mudah dipatahkan oleh Sepanyol.Bersambung suku kedua, Sepanyol yang dibarisi ramai pemain muda dilihat selesa mengawal permainan untuk memburu gol pendahuluan.Namun skuad bimbingan Arul Selvaraj ampuh bertahan dengan Hafizuddin Othman menafikan beberapa cubaan pemain lawan.Malaysian Tigers yang tenang mengawal permainan cuba masuk ke kawasan Sepanyol, namun belum menemui sasaran ke arah gawang lawan.Keghairahan Sepanyol mengasak kawasan Malaysia pada suku ketiga membawa padah, apabila dihukum dengan gol pertama Malaysian Tigers.Skuad negara yang membuat serangan balas pantas akhirnya menemui sentuhan menerusi penyerang sensasi Faizal Saari apabila meledak menerusi gol padang pada minit ke-35.Sepanyol yang tersentak dengan gol Malaysia menyusun semula gerak dan ianya berhasil apabila dihadiahkan penalti stroke.Pemain berpengalaman Sepanyol Marc Miralles menyempurnakan peluang itu dengan baik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41.Gol itu menyuntik semangat mereka apabila menambah jaringan berselang seminit menerusi gol padang Xavier Gispert.Memasuki minit pertama suku keempat Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan, namun jaringan Amirul Azahar dibatalkan oleh pengadil.Ia susulan gerakan yang dimulakan oleh Faizal berlaku kesilapan back stick.Situasi itu tidak melemahkan semangat Malaysian Tigers apabila Shello Silverius mengambil kesempatan keadaan kelam kabut di depan gawang Sepanyol untuk meledak gol penyamaan pada minit ke-49.Menuju penghujung perlawanan pemain skuad negara berkampung di kawasan sendiri dengan Sepanyol meraih tiga pukulan sudut penanti.Namun benteng negara yang dikemudi Hafizuddin ampuh bertahan dan keputusan kekal 2-2 untuk mengheret aksi ke penentuan shoot-out.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 10:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241781/berita/sukan/kunlavut-se-young-rangkul-kejuaraan-terbuka-india", "article_title": "Kunlavut, Se Young rangkul kejuaraan Terbuka India", "article_text": "KUNLAVUT Vitidsarn dari Thailand and An Se Young dari Korea Selatan, masing-masing mengejut pemain pilihan untuk muncul juara perseorangan lelaki dan wanita Kejohanan Badminton Terbuka India di sini pada Ahad.Kunlavut, yang sebelum ini tewas dalam semua enam aksi menentang Viktor Axelsen dari Denmark pada Ahad mengharungi satu jam empat minit sebelum berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia itu 22-20, 10-21, 21-12.Se Young pula mengatasi pemain Jepun Akane Yamaguchi 15-21, 21-16, 21-12 selepas satu jam berentap, sekali gus membalas dendam kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas.Dalam aksi beregu lelaki, pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang mengalahkan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 14-21, 21-19, 21-18.Sementara itu, Jepun membawa pulang gelaran juara beregu wanita menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida dan beregu campuran menerusi gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino tanpa mengangkat raket, apabila lawan masing-masing menarik diri kerana masalah kesihatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 09:27pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241770/berita/sukan/axelsen-tumbang-di-tangan-kunlavut", "article_title": "Axelsen tumbang di tangan Kunlavut", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn mencipta sensasi apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 sebentar tadi.Dalam aksi final yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi, Kunlavut melakar kemenangan 22-20, 10-21, 21-12 ke atas pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.AxelsenKemenangan itu menyaksikan Kunlavut akhirnya berjaya memadam badinya dalam pertemuan menentang Axelsen sebelum ini yang menyaksikan dia tewas semua enam perlawanan.Kali terakhir mereka berentap adalah pada pusingan pertama Terbuka Denmark tahun lalu apabila Kunlavut yang juga pemain nombor sembilan dunia tewas straight set 16-21, 8-21.Sebelum itu, Axelson yang menjuarai Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu menewaskan Kunlavut 21-5, 21-16 di pentas final Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo, Jepun.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 07:11pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241765/berita/sukan/aaron-wooi-yik-kempunan-gelaran-juara-terbuka-india", "article_title": "Aaron-Wooi Yik kempunan gelaran juara Terbuka India", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas peluang meraih gelaran sulung dalam Jelajah Dunia BWF apabila sekadar muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka India 2023.Dalam aksi final di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kekalahan 21-14, 19-21, 18-21 kepada gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.Kekalahan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik masih gagal menghapuskan badi ke atas Wei Keng-Wang Chang selepas tewas dalam dua pertemuan tahun lalu - Masters Indonesia dan Terbuka Perancis.Dengan status naib juara, Aaron-Wooi Yik tetap meraih 'angpau' Tahun Baharu Cina sebanyak AS$29,750 (RM127,493), manakala Wei Keng-Wang Chang membawa pulang AS$62,900 (RM269,557).Sebelum turun berdepan Wei Keng-Wang Chang, Aaron-Wooi Yik berpeluang mengakhiri penantian mereka untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF sejak digandingkan pada tahun 2017.Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal mengikut jejak langkah bekas beregu lelaki negara, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari yang muncul juara Terbuka India 2010.Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik belum pernah menjejakkan kaki di podium utama saingan Jelajah Dunia BWF kecuali menjuarai Kejohanan Dunia 2022 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.Pada Sabtu, Aaron-Wooi Yik mencipta sensasi apabila menumbangkan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 11-21, 21-15, 21-16 dalam aksi separuh akhir.Pada Terbuka Malaysia 2023 minggu lalu, beregu nombor tiga dunia itu menerima kecaman hebat selepas tersingkir seawal pusingan kedua apabila tewas 10-21, 21-23 kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 05:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241753/berita/sukan/kim-swee-uji-kemampuan-3-tonggak-baharu-di-thailand", "article_title": "Kim Swee uji kemampuan 3 tonggak baharu di Thailand", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KESERASIAN tiga import baharu Sabah FC yang diikat awal Januari lepas, bakal diuji dalam tiga perlawanan persahabatan yang berlangsung di Thailand, bermula 28 Februari.Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.\"Tiga perlawanan ini cukup penting, untuk memastikan kita mendapat rentak terutamanya dengan kehadiran ramai pemain baharu bersama pasukan Sabah FC.\"Jadi saya berharap dengan latihan yang diadakan di Thailand ini, akan mampu membentuk satu kombinasi yang baik sebelum berlangsung perlawanan lain,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada AhadSabah FC sebelum ini telah mengikat tiga pemain import baharu iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; dan bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku.Kehadiran tiga pemain import itu sekali gus memperkuatkan skuad badak, yang secara keseluruhan kini mempunyai lima pemain import termasuk Saddil Ramdani dan Park Taesu yang telah disambung kontrak.Sementara itu pengendali berusia 52 tahun itu, mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk memantapkan prestasi pemain kendaliannya, meskipun telah menjalani latihan selama tiga minggu.\"Secara asasnya kita memerlukan tiga hingga lapan minggu latihan, untuk memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang cukup tinggi.\"Jadi kita berharap pemain dapat meneruskan latihan kerana setiap pemain dalam Sabah FC adalah penting memandangkan tahun ini kita mempunyai banyak perlawanan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 03:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241750/berita/sukan/tonton-hoki-piala-dunia-malaysia-sepanyol-di-skrin-besar", "article_title": "Tonton hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol di skrin besar", "article_text": "BERITA baik buat peminat hoki yang berada di Lembah Klang untuk menyaksikan secara terbuka aksi Crossover Piala Dunia 2023 yang menemukan Malaysia dan Sepanyol di Stadium Kalinga Bhupaneswar, India malam ini.Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dua skrin gergasi untuk peminat menyaksikan perlawanan penentuan ke suku akhir itu yang dijadual bermula pada jam 7 malam ini.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dua lokasi skrin gergasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.\"Yang tak balik kampung, malam ini dua lokasi big screen untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023.\"Bagi memberi sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka,\" ujar Hannah menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Ahad.Sekiranya skuad bimbingan Arul Selvaraj berjaya melakar kemenangan malam ini, Malaysia bakal berdepan Australia di suku akhir Selasa ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 02:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241741/berita/sukan/city-dituntut-pamer-watak-sang-juara", "article_title": "City dituntut pamer watak sang juara", "article_text": "PEP Guardiola menuntut para pemain Manchester City mempamerkan watak sebenar sebagai sang juara kerana perjalanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih panjang.Beliau mahu The Citizens bangkit mengejar Arsenal di persada liga biarpuj pasukannya bangkit melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur 4-2 Khamis lalu.Bagaimanapun beliau memberi bayangan jika pemain tidak mahu mengikut permintaannya mungkit hayatnya di Etihad tidak lama.\"Jika saya kehilangan pasukan atau saya kehilangan semangat juang, saya tidak boleh berada di sini lagi. Di sini orang tidak menunggu,\" katanya.Jurulatih dari Catalan itu membuktikan tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab apabila menang empat gelaran liga dalam tempoh lima tahun.Malah pada November lalu, Guardiola menyambung kontraknya bersama Etihad hingga 2025.Bagaimanapun dia mengakui pernah melalui pengalaman penurunan prestasi yang akhirnya menjadi satu kejayaan buat seorang pemain.\"Saya menang empat La Liga berturut-turut ketika saya bergelar pemain,\" kata bekas pemain tengah Barcelona itu.Bagaiamanapun beliau menambah keadaan berubah.\"Pada musim kelima, tidak sama seperti sebelumnya, yang keenam saya juga tidak sama. Saya tidak cukup dahagakan kemenangan.\"Saya merasakan 'betapa bagusnya saya' dan Madrid menewaskan saya untuk kali kelima dan keenam.\"Saya faham (cabarannya) tapi saya di sini untuk melakukannya. Pengerusi tahu mengenainya. Saya mahu berada di sini, jika tidak, saya tidak akan sambung kontrak.\"Tapi jika saya hilang pasukan atau saya hilang sesuatu, saya tidak boleh berada di sini. Di sini orang tidak menunggu,\" katanya.Arsenal lima mata di depan mengatasi City dan masih ada kelebihan satu perlawanan dalam tangan.Bagaimanapun City boleh mengurangkan jurang di persada EPL kepada dua mata menerusi kemenangan di Wolves malam ini.Arsenal pula menanti kunjungan Manchester United di Emirates awal pagi Isnin.Permintaan terbuka Guardiola itu diharap mendapat maklumbalas positif para pemain kerana perjuangan dalam liga masih panjang.\"Kami berkedudukan kedua dalam liga, bukan ketinggalan 25 mata di belakang Arsenal. Masih ada 57 mata untuk direbut.\"Apa yang saya katakan jika bermain seperti ini, tiada peluang (aksi hambar). Kami ada masa untuk pulih,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 01:34pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241701/berita/sukan/misi-terkam-sepanyol", "article_title": "Misi terkam Sepanyol", "article_text": "TIDAK mustahil buat skuad hoki negara mengejutkan Sepanyol dalam aksi crossover Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Ahad, sekali gus menempah tiket ke perlawanan suku akhir Piala Dunia 2023.Pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, kemahuan dan kepercayaan untuk menang dalam diri setiap pemain harus tinggi untuk mengejutkan gergasi Eropah itu.Menurutnya, barisan pemain negara juga tidak perlu gentar dengan pengalaman yang dimiliki Sepanyol selain perlu tampil agresif mencipta peluang jaringan pada perlawanan tersebut.\u201cPerlawanan klasifikasi menentang Sepanyol, it is a different ball game, keputusan apa pun boleh berlaku. Kita harus bawa elemen positif daripada kemenangan dengan New Zealand ke perlawanan ini.\u201cPeluang melangkah ke suku akhir itu ada jika kita berdisiplin ketika bertahan, menyudahkan peluang yang dicipta dan semua pemain bekerja keras sepanjang permainan.\u201cSaya menjangkakan satu perlawanan yang sukar apabila berdepan dengan Sepanyol nanti tetapi tidak mustahil untuk kita menang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia memiliki kelebihan berdasarkan rekod 18 pertemuan sebelum ini dengan Malaysian Tigers hanya menang tiga perlawanan dan dua keputusan seri, manakala selebihnya dikuasai pasukan lawan.Namun, jika diukur prestasi dalam saingan Piala Dunia kali ini, Sepanyol tidaklah sekuat seperti yang dijangka apabila tewas dua perlawanan Kumpulan D iaitu kepada India 0-2 dan England (0-4) serta hanya meraih satu kemenangan ke atas Wales (5-1).Dalam pada itu, Mirnawan turut menegaskan aspek bertahan akan menjadi perkara paling penting dalam perlawanan tersebut terutamanya untuk menangkis serangan yang bakal diatur Sepanyol.\u201cPada tahap ini, semua pasukan akan bersedia untuk menghadapi lawan masing masing terutamanya dengan bantuan teknologi. Sukar sebenarnya untuk menyatakan kelemahan setiap pasukan.\u201cIni disebabkan dalam setiap perlawanan, peluang akan dicipta oleh semua pasukan sama ada peluang menjaringkan gol dari gol padang atau pukulan sudut penalti.\u201cKita hanya perlu fokus kepada kekuatan kita daripada fokus kepada kelemahan lawan. Jadi, peluang kita harus sudahkan dan pastikan kurangkan kesilapan di bahagian pertahanan,\u201d ujarnya.Dalam masa sama, ketajaman di bahagian jentera serangan terutama daripada peledak berbisa negara, Faizal Saari yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang New Zealand.\u201cSebagai seorang pemain berpengalaman, itu yang kita harapkan daripada Faizal apabila mendapat peluang untuk sudahkan dengan baik.\u201cNamun, kita mengharapkan semua pemain berada ditahap terbaik. Baik penjaga gol, bahagian pertahanan dan serangan jika kita mahu melangkah ke suku akhir.\u201cSetiap pemain yang berada disituasi menjaringkan perlu menyudahkannya tak kira siapa kerana kemenangan pasukan itu lebih penting,\u201d ujar Mirnawan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Januari 2023 07:00am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241698/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sambar-tiket-final-terbuka-india", "article_title": "Aaron-Wooi Yik sambar tiket final Terbuka India", "article_text": "BEREGU lelaki negara yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka India 2023 selepas menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto sebentar tadi.Pada aksi separuh akhir di Dewan Tertutup KD Jadhav di New Delhi itu, Aaron-Wooi Yik yang juga beregu nombor tiga dunia meraih kemenangan 11-21, 21-15, 21-16 dalam tempoh hampir satu jam.Kejayaan membenam Fajar-Rian Ardianto yang baru menjuarai Terbuka Malaysia 2023 Ahad lalu menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini berjaya melebarkan rekod kemenangan 4-3 ke atas lawan mereka itu.Dalam aksi final pada Ahad, Aaron-Wooi Yik yang tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 dijadualkan menentang pemenang di antara beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.Terdahulu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final apabila tewas 14-21, 16-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.Pearly (kiri) dan Thinaah gagal meneruskan kemaraan ke final selepas langkah mereka tersekat di peringkat separuh akhir Terbuka India 2023 di New Delhi pada Sabtu. - Foto Badminton PhotoKali terakhir pertemuan kedua-dua pasangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah berjaya melakar satu-satunya kemenangan mereka ke atas Matsuyama-Shida iaitu pada suku akhir Terbuka Perancis 2022, Oktober tahun lalu.Pearly-Thinaah kini akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Masters Indonesia 2023 yang akan berlangsung bermula Selasa nanti.Juara Terbuka Perancis 2022 itu akan membuka tirai kempen di Jakarta menentang beregu Singapura, Jin Yujia-Crystal Wong dalam aksi pusingan pertama.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 11:27pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241695/berita/sukan/liverpool-chelsea-berkongsi-satu-mata", "article_title": "Liverpool, Chelsea berkongsi satu mata", "article_text": "DUA pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu - Liverpool dan Chelsea terikat seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.Sebaik wisel permulaan dibunyikan, kedua-dua pasukan beraksi dengan berhati-hati, namun Chelsea sepatutnya di hadapan seawal minit kelima apabila Kai Havertz berjaya menembusi gawang Liverpool.Namun, video bantuan pengadil (VAR) mendapati rakan sepasukannya, Thiago Silva terlebih dahulu berada dalam kedudukan ofsaid ketika membuat rembatan sebelum disambar Havertz.Baki 40 minit babak pertama menyaksikan Chelsea lebih banyak melancarkan asakan berbanding Liverpool, namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan.Babak kedua menyaksikan pengendali Chelsea, Graham Potter memasukkan pemain baharunya, Mykhailo Mudryk yang ternyata menambah sengat The Blues di barisan serangan.Liverpool cuba untuk meningkatkan asakan mereka bagi memburu gol dengan memasukkan penyerang, Darwin Nunez di pertengahan babak kedua, namun tetap gagal merobek gawang Chelsea.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool dan Chelsea berkongsi 29 mata, namun dibezakan dengan jumlah perlawanan dan jaringan.Liverpool yang telah beraksi 19 perlawanan berada di tangga kelapan, sementara Chelsea pula di tangga kesepuluh selepas mengharungi 20 perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 11:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241693/berita/sukan/mirnawan-mahu-speedy-tigers-konsisten-lakar-kemenangan", "article_title": "Mirnawan mahu Speedy Tigers konsisten lakar kemenangan", "article_text": "PENGURUS pasukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berharap perkembangan positif yang dicipta skuad Speedy Tigers sepanjang aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada peringkat seterusnya.Beliau berkata, skuad negara yang meraih dua kemenangan aksi Kumpulan C, perlu menjadikan ia sebagai batu loncatan bagi mencipta satu lagi kemenangan ketika berdepan Sepanyol pada aksi penentuan ke suku akhir, esok.\"Daripada segi suasana saya lihat ia positif di kem hoki negara, jadi saya harapkan ia dapat dibawa semasa menentang Sepanyol nanti.\"Berdasarkan kekuatan fizikal dan mental juga saya yakin mereka telah bersedia untuk mengatasi pasukan itu,\" katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Sabtu.Berkongsi perkembangan semasa skuad itu yang kini menghuni ranking kesembilan dunia, Mirnawan berkata, pemain telah berehat selama dua hari sebelum berdepan pasukan Sepanyol yang berada di ranking kelapan dunia.\"Jadi kita gunakan (tempoh rehat) sebaik mungkin untuk barisan pemain mendapatkan rehat serta kembali pulih sepenuhnya. Mereka juga dibenarkan keluar dari tempat penginapan untuk merehatkan minda serta emosi.\"Skuad Speedy Tigers dalam masa sama membuat latihan padang selain memberikan tumpuan kepada aspek taktikal yang akan digunakan ketika menentang Sepanyol,\" katanya.Pada 19 Januari lepas, skuad kendalian A Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.Ia merupakan kemenangan kedua Malaysia dalam saingan itu selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan skuad negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 09:11pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241684/berita/sukan/malaysia-ada-ramuan-terbaik-benam-sepanyol", "article_title": "Malaysia ada ramuan terbaik benam Sepanyol", "article_text": "PEMAIN tengah, Mohamad Ashran Hamsani optimis skuad hoki negara mampu melepasi halangan Sepanyol apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi penentuan ke suku akhir Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India, Ahad ini.Ashran berkata, keyakinan itu hadir berdasarkan pertemuan memberangsangkan pada aksi persahabatan kedua-dua pasukan sebelum kejohanan itu bermula biarpun skuad negara tewas 2-3 di tangan pasukan ranking kelapan dunia itu.\"Kita telah menjalani aksi pemanas badan bertemu mereka jadi sedikit sebanyak mengetahui corak permainan mereka.\"Namun apa yang penting sekarang adalah untuk memikirkan penerapan taktikal terbaik untuk digunakan pada perlawanan itu nanti,\" katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media pada Sabtu.Ashran yang menuntut rakan sepasukan bangkit daripada kekalahan di tangan Sepanyol baru-baru ini berkata, skuad negara kini mempunyai ramuan terbaik untuk mencipta kemenangan ke atas pasukan lawan itu.\"Kita akan berbincang mengenai disiplin, tumpuan penuh, elakkan kesilapan selain memastikan taktikal menyerang dan taktikal bertahan dapat diperbaiki,\" katanya.Pada Khamis, skuad kendalian Arul Selvaraj yang menduduki ranking kesembilan dunia, menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C.Kemenangan itu adalah yang kedua buat Malaysia pada Piala Dunia 2023 selepas menewaskan Chile, 3-2 sekali gus menyaksikan skuad negara menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.Secara keseluruhan, Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan pasukan negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dimenangi pasukan lawan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 07:12pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241661/berita/sukan/nasib-pemain-melaka-sarawak-united-perlu-dibela", "article_title": "Nasib pemain Melaka, Sarawak United perlu dibela", "article_text": "KAPTEN Harimau Malaya, Brendan Gan mengharapkan isu tunggakan gaji yang sedang membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United dapat diselesaikan.Menurutnya, dia sedih dengan apa yang berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan itu apatah lagi mereka perlu menyara keluarga dan komitmen lain yang perlu dibayar.\"Ia sesuatu yang bagus untuk berada dalam pasukan mempunyai kewangan stabil. Sangat sedih untuk pemain (Melaka United dan Sarawak United) yang berada dalam situasi tersebut kerana mereka ada keluarga dan bil untuk dibayar sama seperti orang lain.\"Saya harap PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) akan membantu pemain,\" katanya.Brendan berkata, dia bersyukur mendapat majikan seperti Selangor FC yang tidak akan membenarkan sama sekali perkara tersebut berlaku dalam pasukan.\"Bagi kami pula, sangat bagus untuk memiliki pengurusan yang sentiasa memastikan kebajikan pemain. Ia salah satu perkara positif untuk berada dalam kelab ini,\" katanya.Isu tunggakan gaji terus membelenggu pemain Melaka United dan Sarawak United apabila PFAM mendedahkan lebih RM2.7 juta gaji yang belum dibayar oleh kedua-dua pasukan itu kepada pemain mereka.Ia membabitkan RM2.3 juta oleh Melaka United dan lebih RM400,000 kepada pemain Sarawak United bagi tempoh enam bulan bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.PFAM turut menegaskan akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan untuk memastikan pemain mendapat pembelaan dan hak mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 04:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241615/berita/sukan/zii-jia-aaron-wooi-yik-ketuai-skuad-malaysia-ke-bamtc", "article_title": "Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ketuai skuad Malaysia ke BAMTC", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dan penyandang juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah antara pemain yang akan mewakili skuad Malaysia ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Februari ini.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan memaklumkan, pemain badminton lelaki lain termasuk dua pemain pasukan kebangsaan, Leong Jun Hao dan Chen Tang Jie serta tiga pemain profesional berpengalaman iaitu Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Tan Kiang Meng.Dalam pada itu, BAM akan menurunkan empat pasukan pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Asia yang diadakan di Shah Alam, Selangor tahun lepas termasuk beregu utama negara Pearly Tan-M. Thinaah serta Go Pei Kee dan Valeree Siow dalam skuad wanita.\u201cPemenang pingat emas Olimpik Belia Goh Jin Wei, pendatang baharu Wong Ling Ching, Lai Pei Jing dan Toh Ee Wei akan melengkapkan pasukan wanita dalam kejohanan di Dubai itu,\u201d menurut kenyataan berkenaan hari ini.Malaysia tidak pernah memenangi pertandingan itu sejak kali pertama diadakan di Hanoi, Vietnam pada 2017.Skuad negara tersingkir pada suku akhir semasa edisi 2017 dan 2019 di Hong Kong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 11:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241612/berita/sukan/arteta-puji-aura-ten-hag", "article_title": "Arteta puji aura ten Hag", "article_text": "MIKEL Arteta memuji pengendali Manchester United, Erik ten Hag kerana berjaya mencungkil potensi The Red Devils untuk tampil cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Arteta yang juga pengendali Arsenal memuji kerja keras ten Hag dan percaya pertembungan kedua-dua pasukan di Emirates pada Isnin akan menjadi perlawanan yang menarik.\"Ia sangat mengagumkan. Dia mengubah keadaan dengan cepat. Saya fikir dia telah melaksanakan cara bermain yang sangat jelas. Para pemain telah berjaya beradaptasi dengan baik.\"Banyak perkara telah berubah dalam tempoh yang singkat, jadi penghargaan kepadanya dan kakitangan kejurulatihan atas apa yang telah mereka lakukan,\" katanya.Arsenal mendahului lima mata di puncak EPL dengan lima mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City.United pula menjadi satu-satunya pasukan yang telah menewaskan Arsenal dalam saingan liga di Old Trafford pada Disember lalu.Dalam pada itu, Arteta tidak melihat kelibat penyerang utama United, Marcus Rashford sebagai ancaman kepada Arsenal walaupun pemain itu cemerlang buat The Red Devils.\"Malangnya bukan dia sahaja. United mempunyai ramai pemain dan organisasi kolektif yang hebat.\"Kami perlu sedar mengenai perkara itu. Saya akan cuba melakukannya dan kami bersedia untuk mengelakkan mereka cipta masalah dalam perlawanan itu nanti,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 11:16am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241613/berita/sukan/chelsea-belanja-rm185-juta-dapatkan-madueke", "article_title": "Chelsea belanja RM185 juta dapatkan Madueke", "article_text": "CHELSEA telah menandatangani Noni Madueke dari kelab Belanda PSV Eindhoven yang merupakan pemain keenam dibeli kelab itu pada jendela perpindahan Januari.The Blues telah membelanjakan \u00a335 juta (RM185 juta) untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu yang merupakan produk akademi Crystal Palace dan Tottenham Hotspur sebelum berpindah ke Belanda.Madueke telah menandatangani perjanjian tujuh setengah tahun di Stamford Bridge dengan The Blues mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi.\"Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak dengan salah sebuah kelab terbaik di dunia iaitu Chelsea.\"Untuk kembali ke England dan bermain dalam Liga Perdana Inggeris adalah impian untuk saya dan keluarga.\"Saya teruja dengan apa yang ada akan berlaku pada masa depan. Visi pemilik dan berada di kelab seperti ini untuk menang di peringkat tertinggi,\" katanya.Chelsea amat 'sibuk' pada Jendela perpindahan Januari apabila mendapatkan Benoit Badiashile, Andrey Santos, David Datro Fofana dan Mykhaylo Mudryk, manakala Joao Felix menyertai The Blues secara pinjaman dari Atletico Madrid.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 11:11am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241608/berita/sukan/nasib-malang-menimpa-juventus", "article_title": "Nasib malang menimpa Juventus", "article_text": "MALANG menimpa pasukan gergasi Itali, Juventus apabila dipotong 15 mata susulan melanggar peraturan perpindahan pemain beberapa musim yang lalu.Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengesahkan perkara itu pada Jumaat, dengan bekas pengarah kelab itu, Fabio Paratici dikenakan penggantungan selama dua setengah tahun daripada aktiviti bola sepak Itali.Bekas pengerusi Juventus, Andrea Agnelli juga telah dilarang daripada memegang jawatan dalam bola sepak Itali untuk dua tahun akan datang.Bianconeri yang berada di tempat ketiga dalam Serie A, telah jatuh ke tangga ke-10 \u2013 12 mata di belakang kedudukan empat pasukan terbaik.Bagaimanapun, Juventus akan membuat bantahan terhadap hukuman tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil kepada pasukan.\"Keputusan ini memberikan layanan yang tidak sama rata yang merugikan Juventus dan pengurusnya berbanding mana-mana kelab atau pemain berdaftar lain.\"Kami sedang menunggu untuk membaca dengan teliti alasan untuk mengemukakan rayuan. Bagaimanapun, setakat ini hanya Juventus dan pengurusnya dikaitkan dengan pelanggaran peraturan.\"Kami percaya bahawa ini adalah ketidakadilan yang jelas terhadap berjuta-juta peminat dan kami percaya keputusan ini akan dibetulkan dalam peringkat penghakiman seterusnya,\" kata kelab itu dalam satu kenyataan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241603/berita/sukan/united-tekad-benam-arsenal", "article_title": "United tekad benam Arsenal", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag memuji kemampuan Arsenal untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), namun yakin mampu menundukkan pasukan itu pada Isnin.Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi EPL di Emirates dengan Arsenal kini sedang selesa menghuni kedudukan teratas dan menjadi calon pilihan untuk muncul juara liga.\"Jelas sekali mereka (Arsenal) berada dalam prestasi yang sangat baik dan saya fikir mereka berhak mendapat kedudukan seperti sekarang.\"Ia adalah struktur yang sangat baik dengan cara mereka bermain. Terdapat mentaliti sangat baik, sikap menang dalam pasukan itu. Itulah sebabnya mereka berada di kedudukan teratas.\"Jadi, mereka berada dalam persembahan yang hebat, tetapi terpulang kepada kami untuk menghentikan mereka. Kami akan melakukan segalanya,\" kata ten Hag.United merupakan satu-satunya pasukan yang menewaskan Arsenal dalam saingan liga musim ini, dengan The Red Devils menikmati kemenangan 3-1 di Old Trafford pada September.Dalam masa sama, ten Hag juga mengakui tidak terkejut Arsenal masih terus menguasai liga dan berada di atas pencabar utama mereka, Manchester City.\"Tidak. Pada masa kami menentang mereka, anda sudah dapat melihat bahawa pengurus dengan kakitangan kejurulatihannya sudah lama bekerja dalam pasukan itu.\"Anda melihat struktur yang sangat baik dalam pasukan dan saya fikir mereka juga bertambah baik pada separuh pertama musim ini,\" katanya.Walaupun United yang kini berada di kedudukan ketiga lapan mata di belakang Arsenal, pasukan kendalian ten Hag itu mempunyai momentum dengan rekod 10 perlawanan tanpa kalah.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 09:57am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241602/berita/sukan/nafuzi-tabik-penyokong-kedah-aura-darul-aman", "article_title": "Nafuzi tabik penyokong Kedah, aura Darul Aman", "article_text": "KEHADIRAN lebih 16,000 penyokong Kedah Darul Aman pada aksi persahabatan pra musim 2023 menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman, pada malam Jumaat mendapat pujian pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain.Biarpun hanya aksi persahabatan untuk menguji keserasian pemain namun kehadiran penyokong yang ramai berjaya menyuntik semangat pasukan dan dua jaringan import dari Brazil, Willian Lira Sousa membantu KDA FC menang 2-0.\"Malam ini saya berterima kasih kepada penyokong dan betul-betul terharu dengan sokongan sebab ini perlawanan persahabatan, lebih 16,000 penyokong yang hadir walaupun hujan.\"Kami rasakan seperti suasana perlawanan yang sebenar, mungkin juga ada pemain baru yang gugup melihat situasi pada malam ini,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan persahabatan pada malam Jumaat.Menurut Nafuzi, masa masih diperlukan oleh pasukan kejurulatihan untuk membentuk keserasian di kalangan pemain terutamanya pemain muda.Kehadiran penyokong yang ramai positif untuk membangkitkan semangat pemain. - Foto KDA FCJelasnya, semua pemain perlu bersedia untuk diturunkan terutamanya perlawanan yang membabitkan intensiti yang tinggi.\u201cDah 10 hari kita baru bersama dan menjalani latihan. Secara keseluruhan saya berpuas hati aksi dipamerkan pemain Kedah. Pemain cuba bagi yang terbaik aksi semalam tapi mungkin banyak faktor yang harus diperhatikan,\" ujar beliau.Mengulas mengenai prestasi Sousa yang telah menjaringkan tiga gol dalam dua aksi persahabatan pramusim 2023, Nafuzi menyifatkanya sebagai perkara positif.\"Tugas penyerang ini untuk menjaringkan gol dan malam ini dia (Willian) dapat skor gol. Pada saya satu perkara positif (kemajuan pasukan),\u201d kata beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 09:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241593/berita/sukan/tabik-malaysian-tigers", "article_title": "Tabik Malaysian Tigers!", "article_text": "KEMENANGAN 3-2 ke atas New Zealand dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 pada Khamis disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa buat skuad hoki lelaki negara yang diketuai kapten, Marhan Jalil.Malah, pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj mengakui kagum dengan peranan dimainkan pemain berusia 32 tahun itu yang tenang mengetuai rakan-rakan sepasukannya.Menurut Arul, tiga mata penting itu juga dijelmakan dengan komitmen pemain seperti Razie Rahim, Najmi Farizal Jazlan, Faiz Helmi Jali, Shahril Saabah, Faizal Saari, Firhan Ashaari dan Meor Azuan Hassan.\u201cSejujurnya saya amat berterima kasih kepada kapten pasukan, Marhan yang menampilkan karakter 'leadership' dan menyuntik semangat juang dalam kalangan pemain pasukan.\u201cYa, saya boleh katakan bahawa skuad hoki negara edisi Piala Dunia India 2023 kali ini merupakan 'leadership group team'.\u201cKeberhasilan yang diraih dalam setiap perlawanan termasuk ketika berdepan New Zealand digerakkan para pemain tonggak ini cukup cemerlang,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Kemenangan ke atas New Zealand menyaksikan Malaysia muncul selaku naib juara Kumpulan C dan bakal berdepan pasukan tempat ketiga Kumpulan D, Sepanyol dalam perlawanan 'crossover'.Jika menang, Malaysian Tigers akan mara suku akhir, namun sekiranya tewas pasukan negara perlu beraksi dalam peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.Arul berkata, Faizal dan Razie juga menjadi watak penting ketika menghadirkan tiga gol buat skuad negara dalam perlawanan tersebut.\u201cApabila seorang jeneral mempamerkan contoh kepimpinan yang baik dalam dan luar padang, saya percaya anggota unitnya pasti akan melakukan yang terbaik semasa perlawanan.\u201cKelapan-lapan pemain ini tunjang kekuatan pasukan sepanjang saingan Piala Dunia 2023, dan anda boleh lihat bagaimana mereka menjana pergerakan pasukan ketika berdepan New Zealand.\u201cSemuanya terbukti apabila mereka berjaya mengekalkan semangat kebersamaan ketika pasukan berdepan situasi genting,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Januari 2023 07:40am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241588/berita/sukan/dua-gol-sousa-bantu-kedah-benam-kelantan", "article_title": "Dua gol Sousa bantu Kedah benam Kelantan", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan FC pada aksi persahabatan pra-musim 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.Willian Lira Sousa muncul wira Sang Kenari apabila meledakkan kedua-dua tersebut pada aksi kedua pasukan tersebut.Gol pertama muncul pada minit ke-54 selepas pemain import dari Brazil itu memanfaatkan hantaran Manuel Ott untuk mengembirakan 16,100 penyokong tuan rumah.Gol kedua pula diperolehi pada minit ke-85 apabila Sousa bijak menyempurnakan hantaran Ott.KDA FC mampu menjaringkan lebih banyak gol pada pertemuan itu terutamanya pada minit ke-44 bagaimanapun percubaan Al Hafiz Harun sekadar singgah di palang gol lawan.Sebelum Sousa menambah gol keduanya, Fayadh Zulkifli turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring gol tuan rumah pada minit ke-77 yang ketika itu berdepan satu lawan satu di depan gawang pelawat namun penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat ternyata bijak menafikan percubaan tersebut.Sebagai rekod, KDA FC mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perlis United 4-0 pada aksi pertama pra-musim 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 11:57pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241576/berita/sukan/aaron-wooi-yik-pearly-thinaah-kembali-serlahkan-aura-juara", "article_title": "Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah kembali serlahkan aura juara", "article_text": "DUA gandingan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah kembali menyerlahkan aura juara apabila menyambar slot separuh akhir Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, New Delhi pada Jumaat.Tampil dengan reputasi juara dunia, Aaron-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk menjinakkan satu lagi beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 21-11 dalam masa 31 minit.Kemenangan itu menyaksikan gandingan pilihan ketiga kejohanan akan berdepan pemenang di antara pasangan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.Sementara itu, Pearly-Thinaah juga tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan mudah ke atas gandingan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.Pilihan kelapan itu mengambil masa 44 minit untuk menang 21-13, 21-13 bagi berdepan pemenang di antara pasangan dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 08:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241578/berita/sukan/azizulhasni-pandelela-calon-olahragawan-olahragawati-2021", "article_title": "Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati 2021", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang disenaraikan antara lima atlet sebagai calon Olahragawan sempena Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 pada 31 Januari ini.Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo.Turut tersenarai bagi menerima anugerah berprestij negara itu ialah beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang unggul dengan gelaran juara dunia tahun lalu.Calon lain ialah Buda Anak Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (squash) dan Syarifuddin Azman atau Damok (permotoran dua roda).Bagi calon Olahragawati pula lima atlet disenarai iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.Turut berada dalam senarai ialah Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (squash) dan Nur Amisha Azrilrizal (muaythai).\u201cJawatankuasa Pemilihan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Razali menerima 49 pencalonan untuk 11 kategori.\u201cPencalonan itu diterima daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Bahagian Atlet dan Paralimpik MSN serta Urusetia ASN 2021.\u201cCalon-calon yang yang disenarai pendek adalah berdasarkan pencapaian cemerlang mereka di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2021,\u201d kata MSN dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebagai rekod, Azizulhasni pernah meraih gelaran Olahragawan pada 2017, 2010 dan 2009.ASN 2021 merupakan kali pertama sukan permotoran berada dalam senarai pencalonan utama.Bagi kategori Olahragawan Paralimpik, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin mengetuai pencalonan diikuti Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Like Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).\u201cKategori Olahragawati Paralimpik pula menyaksikan tiga pencalonan diterima iaitu Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais (para berbasikal) dan Brenda Anellia Larry (para renang),\u201d katanya.Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan masing-masing bakal menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.ASN 2021 turut menawarkan tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.ASN yang diperkenalkan sejak 1966 adalah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.Majlis ASN 2021 dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Banquet MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241570/berita/sukan/sukan-sea-kemboja-takraw-tawar-22-pingat-emas", "article_title": "Sukan SEA Kemboja: Takraw tawar 22 pingat emas", "article_text": "SEBANYAK 22 pingat emas akan menjadi rebutan dalam acara sepak takraw di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadualkan bermula pada Mei depan.Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, perkara itu diputuskan hasil perbincangan badan induk tersebut bersama Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA di Phnom Penh.Menurutnya, acara chinlone mendapat kelulusan buat pertama kali untuk dipertandingkan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja selepas mesyuarat di Phnom Penh Selasa lalu.\u201cMesyuarat tiga jam di Ibu Pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Kemboja dihadiri Setiausaha Agung ASTAF, Boonchai Lorhpipat dan pada masa yang sama buku panduan Teknikal Sepaktakraw dan chinlone untuk Sukan SEA 2023 diluluskan ASTAF selepas mesyuarat.\u201cSetiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh sertai maksimum tiga acara lelaki dan dua acara wanita, namun hanya satu pasukan sahaja dibenarkan bagi setiap acara manakala tuan rumah dibenarkan menyertai semua acara,\u201d katanya pada Jumaat.Jelas Abdul Halim, pasukan lelaki pula dibenarkan menyenaraikan seorang pegawai, dua jurulatih, 12 pemain manakala pasukan wanita seorang pegawai, dua jurulatih dan sembilan pemain.\u201cSetiap pasukan yang mewakili NOC masing-masing dalam acara sepak takraw diwajibkan membawa seorang pengadil ISTAF atau seorang pengadil ASTAF,\u201d katanya.Tambah Abdul Halim lagi, saingan chinlone pula menyaksikan setiap negara yang mengambil bahagian hanya boleh menyertai maksimum tiga acara lelaki, dua wanita dan dua campuran.\u201cKetiga-tiga pasukan lelaki, wanita dan campuran hanya boleh menyenaraikan maksimum dua jurulatih dan 12 pemain termasuk dua simpanan.\u201cDua pemain simpanan bagi acara campuran membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita. Setiap pasukan sekurang-kurangnya perlu mempunyai enam pemain untuk memulakan perlawanan jika kurang daripada itu penyertaan akan dibatalkan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241565/berita/sukan/pemain-ghana-perkuat-serangan-selangor-fc", "article_title": "Pemain Ghana perkuat serangan Selangor FC", "article_text": "SELANGOR FC serius untuk membentuk sebuah pasukan mantap bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mengumumkan kehadiran penyerang muda Ghana, Rauf Salifu.Pengumuman perpindahan bekas penyerang Sporting Kansas City II yang beraksi dalam saingan Liga MLS NEXT Pro di Amerika Syarikat itu dibuat menerusi laman media sosial Selangor FC pada Jumaat.Berasal dari Accra, Ghana, Salifu merupakan pemain pasukan utama kelab tempat kelahirannya, Accra Lions FC sejak 2018 sehingga 2021.Semasa musim 2020-2021, Salifu menjaringkan 21 gol daripada 58 perlawanan sekali gus membantu kelab itu layak ke Liga Perdana Ghana.Rekod jaringannya yang memberangsangkan mendorong Sporting Kansas City mendapatkan khidmatnya musim lepas.Menurut laman rasmi MLS NEXT Pro pada Julai, Salifu mencatat nama sebagai pemain pertama dalam sejarah liga tersebut yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.Salifu berharap kehadirannya dapat memperkuatkan pasukan apabila Liga Super bermula pada akhir Februari ini.\u201cIni merupakan kali pertama saya berada di Asia. Cuaca di Malaysia lebih kurang sama di Ghana, jadi saya yakin ini membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri di sini.\u201cSaya lihat Selangor FC mempunyai penyokong yang sangat ramai. Ia menjadi antara sebab saya memilih ke sini.\u201cSaya akan berusaha untuk buat mereka bangga dengan kelab ini dan tidak mengecewakan mereka,\u201d katanya menerusi temubual bersama media rasmi kelab.Salifu merupakan pemain import keenam Selangor selepas Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah dan Alex Agyarkwa.Skuad Gergasi Merah sebelum ini memperkenalkan bekas pemain Terengganu FC, Faisal Halim, V. Ruventhiran (Petaling Jaya City) dan Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC) sebagai pemain baharu pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241547/berita/sukan/kbs-hasrat-teruskan-program-skrin-besar", "article_title": "KBS hasrat teruskan program 'skrin besar'", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat meneruskan penganjuran program \u2018skrin besar\u2019 pada masa akan datang bagi memberi akses tambahan kepada peminat tanah air menyaksikan acara sukan secara langsung.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjuran program itu sempena dua aksi separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 baru-baru ini, melibatkan pasukan Harimau Malaya dan skuad Gajah Perang mendapat sambutan positif dengan lebih 150,000 pengunjung di 60 lokasi seluruh negara.Menurut Hannah, program berlangsung pada 7 Januari (Malaysia lawan Thailand) dihadiri 62,800 penonton di 17 lokasi tayangan pada aksi separuh akhir pertama, manakala 87,710 orang menyaksikan separuh akhir kedua (Thailand lawan Malaysia) pada 10 Jan di 43 lokasi, termasuk 18 universiti awam.\"KBS menganjurkan program itu (pada 7 Januari) berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan Malaysia lawan Thailand tidak dapat digunakan disebabkan isu tempahan antara perlawanan bola sepak dengan konsert Jay Chou.\"Kedua-dua program ini mempunyai jumlah peminat yang besar dan kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Justeru, beliau berkata, KBS bertindak pantas mengambil inisiatif menganjurkan program yang memberi peluang kepada penyokong bola sepak negara menonton perlawanan tersebut secara langsung melalui skrin besar bersama komuniti setempat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 05:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241506/berita/sukan/sherman-mahu-jadi-penyerang-digeruni", "article_title": "Sherman mahu jadi penyerang digeruni", "article_text": "TONGGAL baharu Sri Pahang FC, Kpah Sherman mahu menjadi penyerang digeruni musim ini selain percaya dia mampu memperkuatkan barisan hadapan bersama Lucas Silva.Sherman menjadi taruhan baharu Sri Pahang untuk bergandingan dengan bekas pemain Penang FC, Silva sekali gus menyaksikan skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan mempunyai bahagian serangan yang lebih tajam bagi musim 2023.Bagi pemain dari Liberia itu, Terengganu FC telah memberikan pengalaman yang cukup berbeza kepadanya apabila berjaya menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu.Dilabel sebagai mesin gol, Sherman mengakui harapan tinggi diletakkan atas bahunya dan sudah tentu dengan kualiti yang ada, dia ingin menjadi salah seorang penyerang yang lebih baik kali ini.\u201cSudah tentu rasa bagus apabila ada orang yang meletakkan harapan besar kepada kita dan saya harap dapat memberikan yang terbaik kepada Pahang dalam Liga Super.\u201cSaya ingin bekerja lebih keras dan melakukan sedaya upaya melebihi musim lepas, mana tahu mungkin dapat meraih anugerah lagi.\u201cSaya memang nak menjaringkan lebih banyak gol, tetapi misi utama adalah bagaimana saya dapat membantu pasukan ini untuk menjadi pesaing yang hebat,\u201d katanya.Mengagumi karakter pengendalinya, Fandi Ahmad membuatkan Sherman berbesar hati untuk berada di bawah bimbingan legenda Singapura itu.Dia percaya, Fandi mampu untuk kembali meletakkan Sri Pahang di tahap lebih baik.\u201cSaya memang tahu bagaimana hebatnya jurulatih seperti Fandi dan beliau merupakan seorang yang sangat senang untuk bekerja.\u201cBeliau juga selalu menghubungi saya sebelum ini dan saya percaya kami semua mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih cemerlang.\u201cSalah satunya adalah untuk cuba melayakkan diri ke Piala AFC dan kami semua teruja untuk memulakan saingan liga,\u201d tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 03:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241498/berita/sukan/rafiq-congak-kejayaan-dunia", "article_title": "Rafiq congak kejayaan dunia", "article_text": "SETELAH membantu skuad boling menamatkan 15 tahun kemarau emas acara lelaki lima berpasukan di peringkat Asia, jaguh negara Muhammad Rafiq Ismail mula mencongak kejayaan yang lebih besar di peringkat dunia.Kejayaan pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong baru-baru ini menjadi batu lonjatan buat Rafiq untuk memburu kejuaraan acara berpasukan di Kejohanan Dunia di Kuwait akhir tahun ini.Pemain berusia 25 tahun itu optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan barisan pemain terbaik yang dimiliki negara ketika ini.\u201cIni adalah kejayaan terbesar kerana dapat menamatkan kemarau pingat emas selepas 15 tahun. Ia adalah sasaran yang sudah lama kita impikan. Kami sangat gembira kerana berjaya melakukan tugasan dengan baik.\u201cSaya dan rakan sepasukan perlu bekerja keras dan percaya kami mampu mengekalkan momentum ini sehingga kejohanan itu nanti,\u201d katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Hong Kong pada malam Khamis.Rafiq dan rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy Tan dan Ahmad Muaz berjaya meraih pingat emas dengan melakukan 7,323 jatuhan pin selain Rafiq juga cemerlang meraih emas dalam acara masters.Selain itu skuad lelaki negara turut memenangi emas acara All Events sekali gus menutup cabaran di Hong Kong dengan empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.Secara keseluruhan Rafiq berpuas hati dengan pencapaian peribadi dan pasukan di Hong Kong dan selepas ini akan kembali fokus kepada kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung pada April.Beliau berkata, bagi Kejohanan Dunia di Kuwait nanti acaranya berbeza kerana ia melibatkan empat berpasukan dan bukannya lima berpasukan seperti di Hong Kong.\u201cIa agak berbeza... (tetapi) saya percaya momentum kami akan kekal sehingga kejohanan tersebut.\u201cSemasa acara berpasukan di Kejohanan Dunia 2021 di Dubai, kami hanya dapat gangsa. Kali ini kami nak menang dan saya yakin boleh dapat emas,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 03:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241511/berita/sukan/penyerang-burkina-faso-senjata-terbaharu-bournemouth", "article_title": "Penyerang Burkina Faso senjata terbaharu Bournemouth", "article_text": "BOURNEMOUTH menandatangani penyerang Burkina Faso, Dango Ouattara dari kelab FC Lorient dengan kontrak lima setengah tahun.Kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, pemain sayap berusia 20 tahun tersebut membuat 18 penampilan liga, menjaringkan enam gol dan memberikan enam bantuan bersama pasukan Ligue 1 Perancis berkenaan musim ini.\"Kami berbesar hati untuk mendapatkan khidmat Dango, pemain yang menjanjikan potensi besar kepada kelab dalam memberikan saingan lebih kompetitif.\"Kami telah memantaunya untuk suatu tempoh masa dan dia sesuai dengan profil pemain muda, bercita-cita tinggi, bersemangat dan bekerja keras, elemen yang diperlukan oleh kelab ini,\" kata Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake.Bournemouth yang kini berada di tempat ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris menjadi tuan rumah Nottingham Forest pada Sabtu.Untuk rekod, The Cherries kendalian Gary O'Neil telah mengharungi 19 perlawanan - empat kemenangan, empat seri, 11 kekalahan - dengan kemenangan terakhir ketika menewaskan Everton 4-1 pada November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 02:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241487/berita/sukan/hannah-hamidin-bertukar-input-bola-sepak", "article_title": "Hannah, Hamidin bertukar input bola sepak", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi berbincang mengenai perkembangan bola sepak negara.Hamidin berkata, perbincangan ringkas, namun terperinci itu melibatkan perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.Katanya, perbincangan turut menyentuh mengenai pembangunan akar umbi bola sepak negara dan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).\"YB (Yang Berhormat) Hannah ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau,\" katanya dalam catatan di Facebook FAM.Menurut Hamidin, selain bola sepak, mereka turut bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya.\"Beliau bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 02:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241465/berita/sukan/caion-mahu-baharui-rekod-jaringan", "article_title": "Caion mahu baharui rekod jaringan", "article_text": "PENYERANG baharu Kuala Lumpur City (KL City) FC, Herlison Caion, teruja melihat kualiti bahagian serangan yang dimiliki The City Boys sambil melaungkan keyakinan mahu memecahkan rekod jaringan yang dilakukannya semasa bersama Selangor FC musim lalu.Penggempur dari Brazil berusia 33 tahun itu juga sangat selesa untuk bersama-sama pemain seperti Tchetche Kipre, Paulo Josue, Patrick Reichelt dan Romel Morales.Katanya, situasi itu akan lebih banyak membantunya kerana berpeluang memiliki kebebasan bergerak di dalam kawasan lawan.\u201cDi bahagian serangan saya rasa teruja kerana ada Kipre, Paulo, Morales dan seorang lagi Patrick, saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.\u201cJadi melalui kehadiran ramai pemain sebegini, saya rasa kian bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City.\u201cMalah saya meletakkan azam untuk menyumbat lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor selepas menghasilkan 24 jaringan pada musim lalu,\u201d katanya.Selepas cemerlang membantu skuad Gergasi Merah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 serta meraih kedudukan kelima Liga Super, Caion membuat kejutan apabila memilih untuk bersama seteru Lembah Klang, KL City.Situasi itu sememangnya tidak dijangkakan sebahagian besar peminat Selangor yang pada mulanya Caion akan kekal bersama Gergasi Merah.Namun buat Caion, itu satu pilihan yang mudah kerana memang menyimpan hasrat meneruskan karier di Liga Malaysia selain mahu bekerjasama dengan Bojan Hodak.\u201cRamai yang terkejut apabila mengetahui saya datang ke sini. tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.\u201cBukan saya sahaja, isteri juga sangat selesa tinggal di Lembah Klang dan itu membuatkan saya terus menerima peluang bersama KL City.\u201cPada masa sama, saya tidak sabar bekerjasama dengan Bojan, seorang jurulatih berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakannya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 12:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241461/berita/sukan/shalin-puji-aksi-cemerlang-skuad-boling-lelaki-negara", "article_title": "Shalin puji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara", "article_text": "BEKAS ratu boling negara Shalin Zulkifli memuji aksi cemerlang skuad boling lelaki negara yang bukan sahaja mengakhiri penantian selama 15 tahun untuk muncul juara acara lima berpasukan malah turut menyapu bersih acara All Event di Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, baru-baru ini.Bekas pemain nombor satu Asia itu berkata, kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia tahun lepas yang kurang menyerlah.\"Macam sebelum ini, kita memang tahu skuad boling lelaki bagus cuma mereka berdepan laluan sukar untuk menang emas, jadi kali ini di Hong Kong, mereka semua pertajamkan skil permainan untuk tamatkan penantian 15 tahun, jadi memang sangat bagus.\"Mungkin prestasi skuad wanita kurang memberangsangkan kerana sudah lama tiada Kejohanan Tenpin Boling Asia,\" katanya.Shalin, 44, mengakui kemenangan jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail sudah dapat dijangka, apabila pemain nombor satu Asia itu bertindak cemerlang mengetuai cabaran negara dengan membawa pulang empat pingat emas.Pada aksi berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong baru-baru ini, acara trio dibarisi Muhammad Rafiq, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mempamerkan aksi cemerlang selepas melakukan 4,677 jatuhan pin sekali gus menidakkan kemaraan trio Korea Selatan.Muhammad Rafiq bersama rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy dan Ahmad Muaz, seterusnya meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan dengan melakukan 7,323 jatuhan pin.Atlet kelahiran Selangor itu turut beraksi cemerlang mengungguli acara Masters lelaki selain skuad negara menyapu bersih acara All Event lelaki dengan beliau membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 6,128 bagi meraih emas.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup cabaran di Hong Kong dengan membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.Shalin bagaimanapun memaklumkan tiada kejohanan terdekat buat skuad negara apabila sukan berkenaan tidak dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 12:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241458/berita/sukan/pengalaman-pisahkan-spurs-city---conte", "article_title": "Pengalaman pisahkan Spurs, City - Conte", "article_text": "JURULATIH Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui pengalaman memisahkan mereka dengan Manchester City ketika Spurs berkelebihan untuk menang sebelum The Citizens bangkit meraihkan kemenangan 4-2 pada Jumaat.Kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sesuatu yang memeritkan buat Conte, namun dia kekal komited untuk membantu pasukan meraih kemenangan pada aksi akan datang.\u201cAnda tidak akan kalah perlawanan seperti ini jika memiliki lebih banyak pengalaman,\u201d ujar Conte.Jaringan babak kedua oleh Julian Alvarez dan Erling Haaland serta dua gol Riyad Mahrez memadam kelebihan dua gol yang dimiliki Spurs hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal sebelum rehat.Conte juga mengakui pengalaman amat berharga dan ia perlu dilalui menerusi satu proses yang panjang.\u201cAnda tidak boleh membeli pengalaman. Pengalaman diraih secara langkah demi langkah, tahun demi tahun. Kami melepaskan banyak gol dan tidak bagus dibolosi empat jaringan dalam separuh babak.\u201cIa kali pertama berlaku, tetapi kami perlu terus bekerja, meningkatkan pasukan dan memberikan aksi terbaik.\u201cKami sangat kecewa dengan keputusan perlawanan kerana kami berhak mendapat sesuatu yang lebih baik,\u201d ujar Conte.Musim lalu, Conte muncul sebagai 'hero' apabila menyelamatkan permulaan hambar Spurs selepas menggantikan Nuno Esprito Santo sebelum menamatkan kancah EPL dalam kelompok empat terbaik.Bagaimanapun musim pertamanya kali ini mengundang bermasalah apabila mereka tewas enam daripada 10 aksi terakhir EPL.\u201cSaya sedar cabaran dalam situasi ini. Saya bekerja keras kerana mahu meningkatkan pasukan, memajukan kelab dengan visi dan idea sendiri,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 11:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241444/berita/sukan/guardiola-belum-puas-hati-prestasi-city", "article_title": "Guardiola belum puas hati prestasi City", "article_text": "BIARPUN menang, namun Pep Guardiola belum boleh mendabik dada dengan prestasi yang dipamerkan Manchester City ketika bangkit menewaskan Tottenham Hotspur, 4-2 pada Jumaat.Aksi yang ditampilkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan watak sebenar The Citizens.Di sebalik kemenangan itu, Guardiola menagih sokongan peminat yang mencemuh pasukan selepas ketinggalan dua jaringan sebelum rehat.\"Peminat mencemuh ketika kami ketinggalan. Mungkin kami terlalu selesa selepas menang empat gelaran EPL dalam tempoh lima tahun.\"Saya mahu reaksi daripada warga kelab, bukan hanya pemain. Saya mahu tewaskan Arsenal. Jika kami terus bermain seperti ini, Arsenal akan hancurkan kami,\" katanya.Pada aksi itu, The Citizens ketinggalan dua gol hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal dalam tempoh tiga minit sebelum rehat di Etihad.City bagaimanapun mempamerkan kebangkitan dengan tiga gol dalam tempoh 12 minit menerusi Julian Alvarez, Erling Haaland dan Riyad Mahrez.Mahrez kemudian memastikan kemenangan pada penghujung babak untuk meletakkan City lima mata di belakang Arsenal yang kurang satu aksi.Bagaimanapun bagi Guardiola, aksi anak buahnya belum mencukupi untuk pasukan dengan reputasi empat gelaran EPL sepanjang lima musim lalu.\"Kami memberikan mereka gol pertama dan gol kedua tidak masuk akal. Tidak ada keberanian dan kami hanya bernasib baik, tetapi jika tidak diubah kami akan tercicir mata,\" kata Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 10:01am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241438/berita/sukan/manchester-city-kembali-ke-landasan-kemenangan", "article_title": "Manchester City kembali ke landasan kemenangan", "article_text": "PENYANDANG juara Manchester City kembali ke landasan kemenangan dalam gaya mendebarkan selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Tottenham Hotspur, 4-2.Tiga mata diraih skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad itu menyaksikan The Citizens kini berada lima mata di belakang pendahulu, Arsenal.Tampil bagi mengelak kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan, City yang bermula lesu dari awal permainan terlebih dahulu ketinggalan dua gol di penghujung babak pertama hasil jaringan Dejan Kulusevski dan Emerson Royal.Namun babak kedua, tiga gol dalam 12 minit separuh masa kedua, pantas menghidupkan perlawanan buat tuan rumah.Jaringan Julian Alvarez, Erling Haaland, gol pertama pemain Norway itu dalam empat penampilan dalam semua pertandingan, dan Riyad Mahrez meletakkan City di depan.Ketika pelawat kendalian Antonio Conte mengejar gol penyamaan di penghujung babak, Mahrez menambah gol keempat untuk memastikan City berada dalam saingan kejuaraan, lima mata di belakang Arsenal yang telah bermain satu perlawanan lebih banyak daripada Gunners.Sementara itu, Spurs pula kekal di tempat kelima, lima mata di belakang kelompok empat teratas liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241433/berita/sukan/asfc-kongsi-kepakaran-pengalaman-bentuk-pelapis-cilik", "article_title": "ASFC kongsi kepakaran, pengalaman bentuk pelapis cilik", "article_text": "AKADEMIK Anak Sejati Football Club (ASFC) menganjurkan satu program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Bawah 8, 10, 12, 15 dan 17 Tahun pada Ahad lalu.Klinik berkenaan turut mendapat kerjasama Cabang Kapar Sejahtera dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa N43.Program di Padang Kampung Perepat itu mendapat sambutan menggalakkan generasi muda kampung tersebut, selain sokongan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Izrin Nabil.Sementara itu, Presiden Anak Selangor Fans Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid percaya klinik bola sepak tersebut dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelapis muda di Sementa.\u201cASFC akan menggunakan segala pengalaman dan kepakaran bagi memastikan usaha mencungkil bakat dalam kalangan generasi muda khasnya untuk bola sepak Selangor dan Malaysia secara amnya.\u201cSaya mengharapkan klinik bola sepak itu bukan setakat aktiviti fizikal semata-mata namun juga sebagai platform pengisian rohani kepada semua peserta terbabit,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241437/berita/sukan/ronaldo-messi-berentap-di-riyadh", "article_title": "Ronaldo, Messi berentap di Riyadh", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi berentap selepas kedua-dua pesaing lama itu dinamakan dalam kesebelasan utama bagi Pasukan Pilihan Riyadh serta Paris St Germain (PSG) masing-masing pada perlawanan pertunjukan di Stadium King Fahd.Ronaldo yang bersama Al Nassr mengetuai Pasukan Pilihan Riyadh - gabungan Saudi Pro League XI yang menampilkan pemain dari Al Nassr dan Al Hilal di Riyadh.Kesebelasan utama gergasi Ligue 1 Perancis, PSG pula menampilkan bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pemain Brazil, Neymar serta bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid sebelum ini, Sergio Ramos serta Keylor Navas.Pada perlawanan itu, Hugo Ekitike muncul wira PSG yang beraksi 10 pemain selepas minit ke-39, apabila jaringannya membolehkan kelab Paris berkenaan menang 5-4 ke atas Pasukan Pilihan Riyadh.Aksi Ronaldo dan Messi membawa para penyokong kedua-dua pemain tersebut kembali ke zaman kegemilangan saingan mereka, apabila kedua-dua penyerang itu turut menjaringkan gol dalam perlawanan itu.Pada perlawanan itu, Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-34 dan 46, manakala Messi pula meletakkan pasukan mendahului dengan gol minit ketiga.Walaupun Ronaldo tidak dapat memulakan babak terbarunya di Arab Saudi dengan kemenangan, namun pemain berusia 37 tahun itu bersedia untuk membuat penampilan kompetitif pertamanya untuk Al Nassr apabila menjadi tuan rumah kepada Al Ettifaq pada minggu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241436/berita/sukan/bayern-munich-sambar-khidmat-sommer", "article_title": "Bayern Munich sambar khidmat Sommer", "article_text": "BAYERN Munich menandatangani penjaga gol Switzerland, Yann Sommer dari Borussia Moenchengladbach untuk menggantikan Manuel Neuer yang cedera, kata juara Jerman itu.Pemain Switzerland berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak hingga 2025, menamatkan pencarian berminggu-minggu oleh Bayern untuk mencari penjaga gol berikutan kecederaan Neuer.Bayern membayar Gladbach yuran perpindahan sekitar lapan juta Euro, kata media Jerman.\"Yann Sommer adalah tonggak yang berharga kerana dia sangat berpengalaman di peringkat antarabangsa dan mengenali atmosfera Bundesliga.\"Dia akan membawa segala-galanya supaya dapat menyumbang segera kepada kejayaan kami. Kami yakin dapat mencapai matlamat kami bersama Yann Sommer,\" kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn.Neuer patah kaki semasa percutian ski pada Disember tahun lalu telah menjalani pembedahan, menyebabkan dia tidak dapat bermain sepanjang musim ini.Sommer yang membantu Switzerland melepasi peringkat kumpulan dalam Piala Dunia bulan lalu, berada di Gladbach sejak 2014 dan telah bermain dalam Liga Juara-Juara bersama Basel dan Gladbach.\u201cSaya menantikan tugas saya di Bayern, sebuah kelab besar yang mempunyai banyak pengaruh\"Saya bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Bayern. Kami mempunyai cabaran besar di hadapan kami,\" kata Sommer dalam satu kenyataan kelab.Bayern, yang mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata, berdepan Paris St Germain dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara bulan depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:32am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241435/berita/sukan/terbuka-india-aaron-wooi-yik-mara-zii-jia-kandas", "article_title": "Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara, Zii Jia kandas", "article_text": "BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melalui saingan sengit menentang beregu Taiwan sebelum berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka India 2023, malam tadi.Penyandang juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 15-21, sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-19, 21-19, dalam pertarungan selama 55 minit di Dewan Tertitup K D Hadhav.\"Ini adalah kemenangan yang sukar dan memang ia tidak semudah seperti dijangkakan,\" kata Aaron selepas perlawanan pusingan kedua tersebut.Hari ini, Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada saingan suku akhir selepas Yew Sin-Ee Yi berhempas pulas selama 57 minit untuk menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-16, 13-21, 21-19.Ei Yi berkata, perlawanan tersebut adalah sengit selepas beliau tidak berapa sihat sejak semalam akibat cuaca sejuk di India.Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang tersingkir awal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, minggu lalu, turut melangkah ke suku akhir.Beregu wanita negara yang berada pada ranking kelapan dunia itu turut berentap dalam rubber-set untuk mengatasi wakil Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun 21-14, 16-21, 21-16 dalam masa 51 minit.Pearly-Thinaah akan berdepan dengan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi untuk memburu tiket ke separuh akhir.Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bagaimanapun, terkandas di pusingan kedua selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-23, 12-21.Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng 11-21, 21-14, 18-21 dalam perlawanan selama 64 minit.Shi Feng, juara Remaja Olimpik 2018 akan berdepan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di pentas suku akhir.Dalam satu lagi saingan pusingan kedua, juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yu Qi, 21-16, 16-21, 21-9.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Januari 2023 07:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241411/berita/sukan/yoodo-red-giants-buru-empat-terbaik-mpl-2023", "article_title": "Yoodo Red Giants buru empat terbaik MPL 2023", "article_text": "SELANGOR FC memperkenalkan pasukan Yoodo Red Giants, iaitu skuad e-sukan Mobile Legends pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) 2023 pada awal bulan hadapan.Ketua E-sukan Selangor FC, Simon Lim berkata, pasukan Yoodo Red Giants yang diuruskan oleh Mohd Erwin, 26, akan dibarisi oleh Muhammad Yaacob, 23; Mohd Hakim, 22; Syed Naufal Fitri, 20; Ilman Zareef, 19; Muhammad Amir Zakwan, 19 dan Muhammad Haqqulah, 16.\u201cKita menyasarkan skuad ini akan berada di kedudukan empat terbaik dalam edisi MPL kali ini dan untuk tujuan itu kita akan melatih mereka sebagai atlet profesional dengan ditempatkan di sebuah 'gaming house' di sini.\u201cKita juga akan mempunyai jurulatih kecerdasan yang akan melatih mereka dan pakar pemakanan yang menjaga serta memantau soal pemakanan,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman skuad tersebut di Pusat Latihan Selangor FC, pada Khamis.Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Selangor FC turut berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Selangor FC, Aladdin Mostafa.Beliau berkata, bagi musim MPL kali ini, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 untuk pasukan tersebut merangkumi perbelanjaan semua aspek termasuk gaji.Simon berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sukan tersebut bagi acara PUBG.\u201cDalam perancangan kami, selepas ini mahu menubuhkan pasukan PUBG. Diharap urusan pasukan hari ini (Yoodo Red Giants) dipermudahkan, kita akan ada skuad PUBG pula,\u201d katanya.Sementara itu, Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata, pihaknya berharap kerjasama dengan Selangor FC bagi pasukan baharu itu membuahkan hasil dan berjaya meraih kejayaan selain dapat membanggakan negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 08:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241409/berita/sukan/atlet-profesional-turut-diberikan-sokongan-gold-paris", "article_title": "Atlet profesional turut diberikan sokongan Gold Paris", "article_text": "ATLET bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, kesemua atlet yang berpotensi untuk layak atau menyumbang pingat di Olimpik, tidak kira sama ada bergerak secara profesional atau melalui persatuan kebangsaan akan diberikan bantuan di bawah program berkenaan.\u201cNamun, kita akan bincangkan dahulu prosedur atau kaedah untuk membantu atlet di bawah program Gold Paris 2024. Setakat ini kita memang sudah kenal pasti atlet terlibat namun tidak dapat dikongsikan buat masa ini,\u201dkatanya ketika ditemui pemberita di MSN pada Khamis.Beliau berkata, bantuan yang akan diberikan menerusi program Gold Paris merupakan sebahagian Program Podium sedia ada MSN namun mempunyai pengkhususan kepada persiapan atlet negara menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu.Program Gold Paris akan dikelaskan kepada dua kelompok atlet iaitu yang mampu layak serta berpotensi menyumbangkan pingat emas.Atlet yang tersenarai dalam program Gold Paris, dijangka diumumkan secara rasmi pada bulan depan.Ahmad Shapawi berkata, atlet bukan sahaja dibantu dari sudut sains sukan dan perbelanjaan malah program itu bersedia untuk membekalkan apa-apa jenis keperluan terbaik buat atlet yang berpotensi meraih pingat di temasya berkenaan.Pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki), Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (beregu campuran) antara atlet profesional yang bukan di bawah naungan persatuan sukan kebangsaan yang dilihat berpotensi layak ke Olimpik.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad boling negara yang muncul naib juara Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.\u201cSaya memang sangat gembira dengan prestasi skuad boling negara. Memang ada ganjaran untuk mereka menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM),\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 08:25pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241403/berita/sukan/tunggakan-gaji-pemain-melaka-united-cecah-rm23-juta", "article_title": "Tunggakan gaji pemain Melaka United cecah RM2.3 juta", "article_text": "PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan Melaka United berhutang tunggakan gaji berjumlah RM2.3 juta kepada para pemainnya bermula Julai sehingga Disember tahun lalu.PFAM dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia sesuatu yang mendukacitakan dengan situasi enam bulan tidak bergaji dihadapi pemain.\"Pemain yang mempunyai komitmen bulanan terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga sehingga berulang kali menerima panggilan daripada pihak bank untuk menyelesaikan pembayaran bulanan.\"Realiti yang dihadapi oleh pemain Melaka United FC amat mendukacitakan kerana sebagai pemain bola sepak profesional di dalam negara, mendapat bayaran gaji daripada majikan berdasarkan kepada persetujuan di dalam kontrak adalah hak yang sewajarnya dipenuhi.\"Pemain seharusnya tidak perlu untuk mereka merayu seolah seolah meminta bantuan ataupun seolah olah mereka melakukan kesalahan untuk menerima gaji mereka sendiri,\" kata kenyataan itu.Menurut PFAM, satu keputusan telah dikeluarkan oleh Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada November tahun lalu mengarahkan Melaka United untuk melunaskan jumlah satu bulan gaji terlebih dahulu.\"Namun sehingga kini, jumlah tersebut masih gagal untuk dibayar. Terkini, laporan tunggakan gaji bagi bulan bulan yang berikutnya telah dihantar ke FAM bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan.\"Dalam masa yang sama, isu pemilikan yang timbul di dalam Melaka United FC mengeruhkan lagi keadaan kerana pihak pihak yang sewajarnya bertanggungjawab untuk menangani masalah tunggakan gaji ini dilihat seolah olah tidak mahu memberi kerjasama,\" katanya.Menurut kenyataan itu lagi, PFAM bertegas untuk membawa pihak yang bertanggungjawab melunaskan bayaran gaji ke muka pengadilan bagi membela nasib pemain.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 07:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241374/berita/sukan/malaysian-tigers-pamer-semangat-juang-tinggi", "article_title": "Malaysian Tigers pamer semangat juang tinggi", "article_text": "SKUAD hoki negara mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis.Keputusan itu meletakkan skuad Malaysian Tigers sebagai naib juara kumpulan berkongsi enam mata dengan pendahulu Belanda yang akan turun beraksi menentang Chile sebentar lagi.Kemenangan itu membolehkan Malaysia menentang pasukan di tempat ketiga Kumpulan D sama ada India atau Sepanyol di peringkat crossover bermula Sabtu ini.Pemain sensasi, Faizal Saari meledak dua gol dan pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim dengan satu jaringan untuk membantu Malaysia meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Chile 3-2 Isnin lalu.Sebaik permainan bermula, New Zealand pantas mengasak kubu negara untuk memburu gol awal dan berjaya meraih satu pukulan sudut, namun percubaan mereka tersasar.Skuad negara bimbingan Arul Selvaraj cuba mengimbangi perlawanan menerusi beberapa gerakan dan berpeluang meraih gol sulung.Namun peluang pukulan sudut penalti yang diperoleh Razie tersasar di sebelah kanan gawang New Zealand.Malaysian Tigers yang menghuni ranking ke-10 dunia akhirnya menemui sentuhan menerusi gol padang Faizal yang memanfaatkan sebaiknya lorongan Shello Silverius pada minit kesembilan.Memasuki suku kedua Malaysia memperoleh dua pukulan sudut penalti, namun strategi set piece yang dilakukan pemain negara gagal menemui sasaran.New Zealand yang menghuni ranking kesembilan dunia berpeluang menyamakan kedudukan juga terpaksa akur dengan keampuhan kubu negara dikemudi benteng terakhir, Hafizuddin Othman.Kerja keras skuad Malaysian Tigers melakukan 'latih tubi' pukulan sudut penalti menjelang aksi menentang The Black Sticks ternyata berbaloi.Pukulan sudut penalti keenam akhirnya menemui sasaran apabila Razie menerusi direct flick meledak gawang New Zealand pada minit ke-43.Tersentak dengan gol itu, skuad bimbingan Greg Nicol enggan mengalah dan akhirnya The Black Sticks berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua gol dalam tempoh dua minit.Hayden Phillips merapatkan jurang jaringan menerusi gol padang pada minit ke-52 dan berselang seminit Sam Lane pula meledak menerusi pukulan sudut penalti.Bagaimanapun Malaysian Tigers mempamerkan kebangkitan untuk meledak gol kemenangan menerusi ketangkasan Faizal yang menghasilkan gol padang pada minit ke-57.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975 memihak kepada New Zealand yangmencatat 13 kemenangan, manakala Malaysia pula hanya menang enam kali dan seri enam kali.Kali terakhir Malaysian Tigers menewaskan The Black Sticks ketika aksi Test Match 2018 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dengan kemenangan 4-2.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 05:46pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241366/berita/sukan/selangor-salur-bantuan-lebih-rm700000-kepada-bekas-atlet", "article_title": "Selangor salur bantuan lebih RM700,000 kepada bekas atlet", "article_text": "SEBANYAK RM789, 560 telah disalurkan kerajaan Selangor menerusi program 'Ceria Atlet' sejak diperkenalkan pada tahun 2020.Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, inisiatif dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu sehingga kini memberi manfaat kepada 200 bekas atlet di negeri ini.Bagaimanapun, katanya, kerajaan Selangor masih menyasarkan 500 lagi atlet yang berdaftar di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menerima manfaat tersebut.\"Yakeb merekodkan seramai 700 bekas atlet berdaftar dan 200 daripada mereka telah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, manakala selebihnya kita menyasarkan 50 atau 100 lagi bekas atlet dapat menerima sumbangan pada tahun ini,\" katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Program Ceria Atlet Selangor di Kampung Bahagia, Bukit Lagong di sini pada Khamis.Mohd Khairuddin berkata, antara bentuk bantuan dihulurkan kepada bekas atlet seperti baik pulih kediaman dan sumbangan barangan perabot.Ujarnya, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan dan jasa atlet di negeri ini yang suatu ketika dahulu pernah mengharumkan nama negeri dan juga negara.Sehubungan itu, katanya, perlaksanaan program itu diharap menjadi penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan kerajaan Selangor dalam membela kebajikan bekas atlet.\"Ini juga sebagai tanda sokongan moral kepada bekas atlet dan memberi isyarat kepada golongan belia bahawa kerajaan negeri sentiasa ada hubungan baik dan menghargai bekas atlet,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 05:10pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241361/berita/sukan/penuhkan-stadium-kda-fc-telah-lakukan-perubahan-besar", "article_title": "'Penuhkan stadium, KDA FC telah lakukan perubahan besar'", "article_text": "PEMILIK saham majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meminta penyokong setia Sang Kenari memenuhi kapasiti 25,000 tempat duduk Stadium Darul Aman bagi aksi pramusim 2023 bertemu TRW Kelantan FC pada malam Jumaat.Menurutnya, perlawanan tersebut adalah detik yang ditunggu-tunggu untuk melihat daripada dekat pasukan kendalian Nafuzi Zain yang baru dibentuk pada musim ini.\"Sang Kenari telah melakukan perubahan yang besar untuk musim ini. Kami telah cuba buat yang terbaik dan termampu.\"Marilah kita penuhi Stadium Darul Aman kita dengan sorakan dan laungan keramat. Kita hijau-kuningkan stadium kita,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan tidak dapat bersama dengan penyokong KDA FC pada hari perlawanan kerana urusannya di peringkat antarabangsa masIh belum selesai.\"Saya akan mengikuti perlawanan ini melalui talian. Maaf buat semua penyokong Sang Kenari saya tidak dapat bersama anda esok. Kerja dan tugas saya di luar negara belum selesai lagi,\" ujarnya lagi.Tambah beliau, bagi membantu kewangan dan aliran tunai kelab, penyokong KDA FC juga diminta untuk mendaftar mendapatkan pakej semusim.\"Kalau yang berada di luar Kedah, belilah untuk keluarga anda tersayang di Kedah. Kita bina kelab kita dengan cara kita sendiri. Setiap sokongan anda amat bermakna dan berimpak tinggi,\" jelas beliau.Pada aksi pertama pramusim 2023 pada 13 Januari lalu, Sang Kenari berjaya menjinakkan pasukan jiran, Perlis United FC 4-0 di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 04:50pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241339/berita/sukan/cadangan-bagus-letak-piala-aff-dalam-kalendar-fifa", "article_title": "Cadangan bagus letak Piala AFF dalam kalendar FIFA", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyokong cadangan agar saingan Piala AFF diselaraskan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, cadangan yang disuarakan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino disifatkan sebagai langkah terbaik untuk dilaksanakan.\"Itu adalah kenyataan daripada presiden FIFA sendiri, jadi Kita menyokong dan bagus cadangan itu. Apa yang beliau sarankan agar kalendar AFF diselaraskan dengan Kalendar FIFA itu kita sokong,\" katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pengadil bagi Musim 2023 dan Majlis Makan Malam Bersama Pengadil Kebangsaan pada Rabu.Cadangan Infantino itu mendapat sambutan daripada peminat bola sepak negara yang percaya mana-mana kelab tidak mempunyai alasan lagi untuk melepaskan pemain kerana ia telah berada dalam kalendar FIFA.Bagaimanapun, jurulatih berpengalaman, B Sathianathan menyifatkan cadangan tersebut agak sukar untuk dilaksanakan susulan jadual liga domestik yang tidak selari.Sathianathan menjelaskan setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu selain perlu bermula dan berakhir serentak seperti liga di Eropah.Dalam pada itu, Noor Azman menjelaskan isu tunggakan gaji pemain Melaka United dan Sarawak United telah dibincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status baru-baru ini.Menurutnya, FAM telah menghantar surat kepada Sarawak United dan Melaka United mengarahkan kedua-dua kelab itu melangsaikan gaji pemain.\"Perkara ini kita memang dah masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Status. Apa yang dikemukan tuntutan oleh pemain dah dibawa dalam mesyuarat itu.\"Kita juga dah hantar surat kepada Sarawak United berkenaan tuntutan daripada pemain. Mesyuarat status juga dah mengarahkan Sarawak United dan Melaka United untuk bayar (tunggakan gaji),\" katanya kepada media pada Rabu.Ketika ditanya jika kedua-dua kelab itu tidak dapat menjelaskan tunggakan tersebut, Noor Azman menjawab: \"Itu nanti saya akan umumkan,\" katanya.Sarawak United dan Melaka United mengalami masalah tunggakan gaji pemain sejak beberapa bulan lalu dan sehingga kini masih belum diselesaikan.Ia sekali gus menyebabkan kelab tersebut tidak mendapat lesen kebangsaan untuk membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 03:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241337/berita/sukan/pearly-thinaah-raih-slot-suku-akhir-di-india", "article_title": "Pearly-Thinaah raih slot suku akhir di India", "article_text": "BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah bangkit daripada kekecewaan dalam saingan Terbuka Malaysia minggu lalu apabila mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia menundukkan pasangan Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun pada saingan pusingan kedua dalam aksi di Dewan Tertutup KD Jadhav itu.Pada pertembungan itu, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sehingga ke set penentuan sebelum melakar kemenangan 21-14, 16-21, 21-6.Pertemuan tersebut merupakan aksi pertama juara Terbuka Perancis dan pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu berdepan Chia Hsin-Chun Hsun yang menduduki ranking ke-32 dunia.Pasangan negara dijadualkan menentang pemenang perlawanan antara pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di suku akhir nanti.Dalam kempen Terbuka Malaysia minggu lalu, perjalanan Pearly-Thinaah tersekat di pusingan pertama selepas kalah kepada Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 19-21, 14-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 03:46pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241334/berita/sukan/terbuka-australia-rafa-nadal-kena-rehat-lapan-minggu", "article_title": "Terbuka Australia: Rafa Nadal kena rehat lapan minggu", "article_text": "PENYANDANG juara Rafa Nadal terpaksa diketepikan enam hingga lapan minggu selepas mengalami kecederaan ketika tewas pada pusingan kedua di Terbuka Australia, pada Khamis.Cabaran pemain nombor dua dunia, berakhir selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Mackenzie McDonald, 6-4 6-4 7-5 di Melbourne Park.Pemain berusia 36 tahun itu menjalani imbasan MRI pada kaki kirinya di Melbourne pada Khamis, yang mendedahkan kecederaan gred 2 di Illiopsoas, fleksor pinggul utama.\u201cDia bakal berehat panjang sebaik kembali ke Sepanyol dan akan bermula dengan fisioterapi anti-radang.\u201cMasa biasa dianggarkan untuk pemulihan lengkap adalah antara enam dan lapan minggu,\u201d kata pasukannya dalam satu kenyataan.Juara Grand Slam 22 kali itu tiba di Melbourne dengan hanya satu kemenangan sejak Terbuka AS selepas kecederaan rusuk, perut dan kaki menghalangnya ke gelanggang untuk sebahagian besar musim lalu selepas Wimbledon.\u201cSemoga ia tidak terlalu teruk. Saya sangat berharap (kecederaan) tidak menyebabkan saya terkeluar dari gelanggang untuk jangka masa yang lama, kerana sukar membuat pemulihan semula.\u201cIa bukan sahaja pemulihan. Ini semua jumlah kerja yang anda perlu kumpulkan untuk kembali pada tahap yang baik,\u201d kata Nadal kepada pemberita selepas kekalahannya.Untuk rekod, pemulihan enam hingga lapan minggu akan membolehkan Nadal kembali mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis pada akhir Mei dan awal Jun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 03:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241322/berita/sukan/warga-kbs-perlu-amal-gaya-hidup-sihat-cergas", "article_title": "Warga KBS perlu amal gaya hidup sihat, cergas", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi pimpinan menteri baharunya, Hannah Yeoh mengajak seluruh warganya untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.Beliau juga telah bersama-sama pimpinan tertinggi KBS untuk bersenam setiap Rabu selepas mesyuarat Kabinet.\u201cLetakkan sasaran untuk mencapai kecergasan dan kurangkan berat badan. Jadikan cita-cita saya untuk mengurangkan berat sebanyak lima kilogram (kg) (telah turun tiga kg) sebagai contoh.\u201cDalam KBS, kita mesti sihat dan cergas,\u201d katanya ketika menyampaikan amanat di Menara KBS, Putrajaya pada Khamis.Hannah juga meluahkan hasrat agar warga KBS dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.\u201cKita perlu sedaya upaya mengurangkan program pada Ahad. Selain demi keluarga, diri sendiri juga perlukan rehat,\u201d katanya.Beliau juga mahu KBS melaksanakan banyak program dengan kos yang rendah, tetapi mempunyai impak besar kepada majoriti rakyatterutama mereka yang berada di pedalaman dan akar umbi.\u201cSetiap polisi dan program kita mesti berdasarkan data supaya berkesan kepada golongan sasar atau pemegang taruh (data driven initiatives),\u201d katanya.Hannah juga menganggap amanat sebagai satu istilah yang cukup besar, namun cuba menyampaikanya menerusi isi hati buat warga KBS menerusi perkataan yang paling tepat.\u201cAmanat pertama kepada warga KBS selepas hampir tujuh minggu saya menggalas amanah besar menjadi menteri di kementerian ini,\u201d katanya.Berikut adalah nota kecil Hannah buat warga KBS yang diharap menjadi panduan bagaimana warga KBS boleh mencapai cita-cita besar itu.\u201cKami di pejabat Menteri dan pejabat Timbalan Menteri, Adam Adli Abdul Halim adalah satu pasukan. Oleh itu, saya mohon kita memberikan kerjasama kepada kedua-dua pejabat ini sebagai satu pasukan.\u201cSaya dan timbalan tidak memerlukan protokol yang berlebihan. Warga KBS tidak perlu menunggu untuk menyambut ketibaan kami berjam lamanya.\u201cTidak perlu berdiri dan menunduk hormat kepada kami. Cukup dengan warga KBS melaksanakan dan menjayakan apa yang telah dipersetujui dalam mesyuarat. Itu sudah memadai dan menjadi tanda kalian menghormati kami,\u201d katanya.Hannah juga mahu mewujudkan rasa semangat perpaduan dalam KBS tanpa mengira soal kerja dalam kalangan agensi.\u201cAgensi-agensi mesti saling membantu, elakkan jadi calculative. Jangan lupa, kita adalah sepasukan.\u201cTeam work dan sikap kesederhanaan serta kecemerlangan (spirit of excellence in all we do) di kementerian penting untuk kita menyakinkan masyarakat. Bersama kita membina negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 02:49pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241318/berita/sukan/prestasi-pengadil-tahun-lalu-memuaskan", "article_title": "Prestasi pengadil tahun lalu memuaskan", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan tahap prestasi pengadil bagi saingan Liga Malaysia tahun lalu berada pada tahap memuaskan.Menurutnya, FAM akan terus komited menambah baik kualiti pengadilan menerusi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemerkasaan pengadil pada tahun ini.\"Bagi musim 2022, FAM telah menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan pembangunan dan pemerkasaan pengadil demi menjaga serta mengekalkan kualiti barisan pengadil yang bertugas di Liga Super dan Liga Premier.\"Bukan mudah untuk seorang pengadil membawa tanggungjawab melaksanakan perlawanan yang sentiasa menjadi tumpuan penyokong bola sepak negara. Namun, Alhamdulillah secara keseluruhannya, prestasi pengadil bagi musim 2022 berada di tahap yang memuaskan.\"Sudah tentu kami mahu melihat kualiti pengadil di Malaysia menjadi lebih baik di masa hadapan dan FAM telah pun merancang untuk meneruskan lagi serta menambah baik aktiviti-aktiviti pembangunan pengadil diteruskan lagi tahun ini,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pengadil bagi Musim 2023 dan Majlis Makan Malam Bersama Pengadil Kebangsaan pada Rabu.Dalam pada itu, beliau turut memberikan penghargaan kepada Kronos Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada FAM dalam memastikan barisan pengadil Malaysia dapat beraksi dengan baik.\"Semoga menerusi majlis makan malam penghargaan pengadil ini serta jersi baharu pengadil yang akan digunakan bermula Februari ini dapat menyuntik semangat serta motivasi buat barisan pengadil dalam menjalankan amanah yang telah diberikan,\" katanya.Selain pelancaran jersi baharu pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan Mohd Yusri Muhamad telah dinobatkan sebagai Pengadil Kebangsaan Terbaik dan Penolong Pengadil Kebangsaan Terbaik bagi Musim 2022.Nurul Hafizah Nuraddin serta Siti Noorhidayat Ghazali pula dinobatkan sebagai Pengadil Wanita serta Penolong Pengadil Wanita Terbaik bagi Musim 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 02:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241309/berita/sukan/lima-bilion-orang-ikuti-siaran-piala-dunia-qatar-2022", "article_title": "Lima bilion orang ikuti siaran Piala Dunia Qatar 2022", "article_text": "SEBULAN selepas Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan kira-kira lima bilion orang mengikuti siaran kejohanan bola sepak paling berprestij itu, lapor Xinhua.\"Di media sosial, menurut Nielsen sekitar 93.6 juta siaran merentasi pelbagai platform dengan 262 bilion capaian kumulatif serta 5.95 bilion tontonan,\" menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Rabu.Qatar 2022 mencipta satu siri rekod Piala Dunia apabila sebanyak 3.4 juta penonton menyaksikan perlawanan di stadium, iaitu angka paling tinggi dalam sejarah dan 172 gol dijaringkan semasa kejohanan itu, juga yang tertinggi setakat ini.Beberapa pencapaian baharu turut direkodkan termasuk Lionel Messi dari Argentina membuat penampilan paling banyak (26) perlawanan Piala Dunia mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Lothar Matthaus dari Jerman.Gol 68 saat daripada pemain Kanada, Alphonso Davies ketika perlawanan menentang Croatia dicatat sebagai gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia.Pada usia 18 tahun, Gavi dari Sepanyol dinobat penjaring gol termuda Piala Dunia.Ia juga merupakan Piala Dunia pertama yang dianjurkan di negara Arab; pasukan Afrika pertama (Maghribi) mara ke separuh akhir; dan tiga pasukan Asia layak ke pusingan 16 buat kali pertama dalam sejarah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 02:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241307/berita/sukan/hamilton-ditawar-gaji-rm330-juta-setahun", "article_title": "Hamilton ditawar gaji RM330 juta setahun", "article_text": "JAGUH Formula Satu (F1) Lewis Hamilton masih berteka-teki dengan tawaran kontrak lanjutan berjumlah 62 juta pound (RM330 juta) setahun daripada Mercedes pada Rabu.Dilaporkan kontrak baharunya tidak termasuk bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia seperti dalam perjanjian sedia ada.Kontraknya sekarang tamat penghujung musim 2023.Media Perancis, 20 Minutes bagaimanapun melaporkan Hamilton ditawarkan kontrak dua tahun bernilai 62 juta pound (RM330 juta) setahun berbanding perjanjian sekarang 40 juta pound (RM212.97) juta setahun.Walaupun mungkin kehilangan bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia kelapan, Hamilton bakal mendapat kenaikan gaji yang lebih lumayan.Perjanjian itu dilaporkan turut memasukkan peranan Hamilton sebagai duta selama 10 tahun selepas bersara dengan bayaran 22 juta pound (RM117 juta) setahun.Pelumba berusia 38 tahun itu bagaimanapun masih belum menandatangani kontrak baharu itu, tetapi ketua Mercedes, Toto Wolff kekal tenang dengan situasi tersebut.Wolff juga optimis dan hanya menunggu masa untuk Hamilton terus kekal bersama Mercedes.Penaja Mercedes, Ineos yang dibiayai Sir Jim Ratcliffe akan membayar 90 peratus daripada kontrak tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 01:59pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241278/berita/sukan/ten-hag-kecewa-united-sekadar-seri", "article_title": "Ten Hag kecewa United sekadar seri", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag kecewa dengan sikap para pemainnya yang tidak berusaha memburu gol kedua ketika diikat Crystal Palace 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.Pemain tengah United, Bruno Fernandes telah meletakkan pasukan di depan pada minit ke-43 dan Palace hadir menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan menerusi sepakan percuma menarik daripada Michael Olise.Keputusan itu menyaksikan Palace menamatkan menamatkan aksi cemerlang sembilan kemenangan berturut-turut United.\"Kami kehilangan dua mata. Apabila berbaki dua minit dan anda berpeluang menang, Palace mendapat sepakan percuma dan menggunakanya.\"Anda tidak menjangkakan akan kehilangan mata. Kami sepatutnya berusaha lebih gigih untuk mendapatkan gol kedua itu dan kemudian tidak mencipta situasi yang menyebabkan kehilangan mata.\"Kami mendahului 1-0. Pada separuh masa kedua kami mempunyai ruang untuk menjaringkan gol kedua. Namun, saya tidak nampak kami benar-benar mahu menjaringkan gol.\"Sukar untuk menyatakan sebab pada hari ini. Saya perlu mengkritik pasukan saya kerana gagal mencari gol kedua,\" katanya.United akan menghadapi Arsenal dalam perlawanan EPL seterusnya di Stadium Emirates dan jika tewas, mereka perlu melupakan hasrat untuk menjulang trofi EPL musim ini.United juga mendapat tamparan hebat apabila bakal kehilangan tonggak tengah mereka, Casemiro dalam perlawanan menentang Arsenal selepas digantung perlawanan kerana mengumpul kad kuning.Bagaimanapun, ten Hag tidak mahu panik dan percaya ada pemain lain yang boleh menggalas tanggungjawab ditinggalkan Casemiro.\"Dia pemain yang sangat penting untuk kami selain kami sedang berada di kedudukan ini ketika ini. Tetapi, kali terakhir kami menewaskan Arsenal tanpa Casemiro. Kami perlu melakukannya sekali lagi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 10:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241280/berita/sukan/arsenal-cukup-sempurna-juarai-epl", "article_title": "Arsenal cukup sempurna juarai EPL", "article_text": "BEKAS pemain Arsenal, Bacary Sagna menyifatkan The Gunners mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.Arsenal memulakan musim ini dengan baik dan konsisten dengan 15 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan daripada 18 perlawanan liga.Prestasi kurang memberangsangkan pesaing terdekat mereka, Manchester City memberikan mereka keselesaan di puncak liga dan berpeluang mengakhiri penantian juara EPL yang kali terakhir dimenangi mereka pada musim 2003-04.Bagi Sagna, Arsenal merupakan pilihan utama juara dengan salah satu faktor kekuatan pasukan itu adalah kekebalan benteng pertahanan yang hanya bolos 14 gol setakat ini.\"Saya rasa mereka (Arsenal) akan juara. Mereka mempunyai segalanya untuk bergelar juara.\"Apa yang paling penting adalah cara mereka bermain. Mentaliti Arsenal ketika memulakan perlawanan, corak konsisten dan keyakinan yang telah ditunjukkan.\"Mereka tak memberikan banyak peluang buat lawan dan ketika lawan mendapatkan peluang, Arsenal mempunyai penjaga gol yang mampu menghentikan lawan,\" katanya.Arsenal akan berhadapan Manchester United dalam aksi EPL seterusnya di Stadium Emirates pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 10:42am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241275/berita/sukan/inter-pertahan-piala-super-itali", "article_title": "Inter pertahan Piala Super Itali", "article_text": "INTER Milan mengekalkan kejuaraan Piala Super Itali selepas Edin Dzeko mencetus inspirasi kepada pasukannya melakar kemenangan 3-0 ke atas AC Milan pada Khamis.Dzeko tampil cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila melakukan hantaran kepada Federico Dimarco pada minit ke-10 untuk gol pertama sebelum dia menggandakan kedudukan 11 minit kemudian.Lautaro Martinez kemudian meledak gol ketiga pada minit ke-77 untuk mengesahkan kejuaraan buat pasukan gergasi Itali itu.\"Kami mempamerkan persembahan yang hebat, pemain-pemain cemerlang dari minit pertama sehingga wisel penamat.\"Kami memenangi Piala Super musim lalu. Saya sangat gembira kerana kami membawa pulang satu lagi trofi dan harap akan ada lebih banyak lagi pada masa hadapan,\" kata Dzeko.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh itu disifatkan luar dari kebiasaan kerana dilangsungkan di luar Itali, namun ia tidak menghalang peminat Inter meraikan kejayaan itu.Dalam pada itu, pengendali AC Milan, Stefano Pioli mengakui pasukannya melakukan banyak kesilapan sekali gus menyukarkan mereka mengubah perlawanan apabila ketinggalan.\"Kami tidak dapat melaksanakan tugas pada separuh masa pertama. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan dari situ sukar untuk mengubah perlawanan.\"Kekalahan ini menyakitkan kerana ia adalah trofi yang kami mahu menang. Tetapi baki musim masih ada untuk kami. Kami hanya perlu kembali bermain dengan cara yang selesa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 10:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241260/berita/sukan/malaysian-tigers-perlu-lebih-garang", "article_title": "Malaysian Tigers perlu lebih garang", "article_text": "JENTERA serangan skuad hoki negara dituntut untuk mempamerkan rentak lebih garang dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia 2023 menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India pada Khamis.Berdasarkan aksi menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Isnin lalu, skuad bimbingan Arul Selvaraj mensia-siakan 13 pukulan sudut penalti yang seharusnya diterjemahkan dalam bentuk jaringan.Justeru, pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi berharap setiap peluang untuk menjaringkan gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin oleh barisan pemain negara.\u201cPeluang untuk menghasilkan gol sama ada menerusi gol padang atau pukulan sudut penalti adalah sama penting. Manfaatkan peluang yang diperoleh dengan jaringan.\u201cSetiap pemain diingatkan berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung dan melaksanakan taktikal jurulatih, sama ada ketika menyerang mahupun bertahan, itu amat penting.\u201cPemain-pemain juga perlu bekerja keras sepanjang 60 minit perlawanan itu nanti. Setiap perlawanan Piala Dunia memang sengit dan bukan mudah,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975 memihak kepada New Zealand yang mencatatkan 13 kemenangan.Mirnawan. - Foto BernamaMalaysia pula hanya mampu meraih enam kemenangan ke atas New Zealand dan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri enam kali.Melihatkan rekod tersebut, Mirnawan sedar bahawa aksi menentang New Zealand bukan mudah, namun beliau percaya tidak mustahil buat Malaysian Tigers melakar keputusan positif.\u201cSaya harap semua yang terlibat dalam situasi pukulan sudut penalti harus pastikan ia dimanfaatkan sebaiknya. Tidak kira siapa yang diberi tanggungjawab oleh jurulatih, ia perlu dapatkan gol.\u201cHarus fokus dan pastikan jalankan tugas dengan berkesan. Peluang (pukulan sudut penalti) bukan banyak, lebih-lebih lagi pada tahap seperti Piala Dunia ini,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, Mirnawan berkata, pengganti Shahril Saabah yang mengalami kecederaan hamstring masih belum diputuskan, sama ada menurunkan Shahmie Irfan Suhaimi atau Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim.\u201cApa yang paling penting kita masih berada di landasan yang positif dalam Kumpulan C, tiga mata berharga sudah dicapai dalam misi kita untuk layak ke pusingan seterusnya,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 07:30am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241255/berita/sukan/susah-nak-letak-piala-aff-dalam-kalendar-fifa", "article_title": "'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'", "article_text": "CADANGAN menyenaraikan saingan Piala AFF dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dianggap baik, namun mempunyai kekangan tertentu untuk dilaksanakan.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu selain perlu bermula dan berakhir serentak seperti liga di Eropah.\u201cKalau betul nak letak dalam kalendar FIFA, memang baik, tetapi saya nampak susah. Sekarang kalendar amat padat dengan Kelayakan Piala Asia, Kelayakan Sukan Olimpik dan sebagainya. FIFA nak letak kejohanan ini di mana?\u201cKalau Piala AFF nak letak dalam kalendar FIFA, semua liga di ASEAN ini haruslah diselaraskan. Tak bolehlah setiap liga domestik di Asia Tenggara bermula dengan tarikh yang berbeza-beza.\u201cMereka kena ikut macam jadual di Eropah atau jadual Liga Jepun dan sebagainya. Jadi nak laksanakan cadangan ini kena lebih realistik,\" katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Terdahulu, Presiden FIFA, Gianni Infantino melihat keperluan untuk Piala AFF diletakkan dalam kalendar FIFA berdasarkan prestij yang ada pada kejohanan tersebut dalam kalangan negara ASEAN.Pada masa sama, beliau turut mengakui kekangan yang akan berlaku untuk meletakkan penganjuran Piala AFF pada tarikh tertentu dalam kalendar FIFA.\u201cPiala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik. Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,\u201d ujar Infantino.Dalam pada itu, Sathianathan berkata, satu kajian secara holistik harus dilakukan negara-negara ASEAN sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung \u2018khabar gembira\u2019 yang dibawa Infantino.\u201cSeperti Eropah, mereka turut bermain dalam kalendar FIFA dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA untuk layak ke saingan Euro. Daripada situ kita dah nampak ada penyelarasan.\u201cDi peringkat Asia, macam mana nak buat? ASEAN main satu kumpulan, Barat pula main satu kumpulan. Susah nak buat... jadi di mana nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA?,\u201d soal Sathianathan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Januari 2023 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241253/berita/sukan/zii-jia-tewaskan-pemain-indonesia-di-terbuka-india", "article_title": "Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India", "article_text": "PEMAIN badminton profesional Malaysia, Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023, di sini hari ini.Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12 di gelanggang KD Jadhav Indoor Hall.Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Zii Jia berkata, beliau gembira dengan kemenangan itu, yang menyusul selepas beliau mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia baru-baru ini.\"Saya sedang berusaha mengembalikan prestasi terbaik saya secepat mungkin,\u201d kata pemain berumur 25 tahun itu, dan menambah sokongan peminat kepadanya di kejohanan Terbuka India itu amat menakjubkan.Sementara itu beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-15, 21-15 dalam masa 39 minit.Untuk pusingan kedua esok, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijadualkan bertemu dengan pemenang dalam perlawanan antara beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov dan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.Sementara itu beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum ini pula, berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah Ashwini Bhat-Shikha Gautam dengan 21-8, 21-11.Dalam satu lagi saingan perseorangan lelaki, pemain negara Ng Tze Yong tumpas kepada pemain China, Li Shi Feng dengan 19-21, 14-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 11:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241229/berita/sukan/rafiq-ungguli-acara-masters-boling-asia", "article_title": "Rafiq ungguli acara Masters Boling Asia", "article_text": "JAGUH boling negara, Muhammad Rafiq Ismail berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meneruskan aksi cemerlang dengan mengungguli acara Masters lelaki pada Kejohanan Boling Asia (ATBC) ke-26 pada Rabu.Pada aksi yang berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan, Hong Kong, atlet berusia 25 tahun itu berjaya membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 488, sekali gus mengetepikan cabaran atlet Korea Selatan Park Geonha yang hanya meraih 450 jatuhan pin untuk tempat kedua.Seorang lagi atlet Korea Selatan Ji Geun meraih pingat gangsa selepas tewas kepada Muhammad Rafiq pada aksi separuh akhir.Terdahulu, Muhammad Rafiq berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik bagi kedua-dua blok perlawanan untuk menempah slot ke separuh akhir.Pada Isnin lepas, Muhammad Rafiq membantu skuad negara mencipta sensasi apabila menyapu bersih acara All Event lelaki dengan beliau membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 6,128 bagi meraih emas, diikuti rakan sepasukan Timmy Tan yang memenangi perak dengan 6,073 jatuhan pin.Gangsa pula menjadi milik Tun Hakim Tun Hasnul Azam yang mengumpul 5,954 jatuhan pin, manakala skuad negara turut mengisi kedudukan keempat dan kelima masing-masing menerusi Ahmad Muaz Fishol (5,938) dan Syafiq Ridhwan Abdul Malek (5,850).Muhammad Rafiq, 25, turut membantu rakan sepasukan Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim, Timmy dan Ahmad Muaz, meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan dengan melakukan 7,323 jatuhan pin.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup cabaran di Hong Kong dengan membawa pulang empat emas, lima perak dan tiga gangsa, sekali gus gagal mengulangi kejayaan ATBC 2019 di Kuwait apabila Malaysia muncul juara keseluruhan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 07:46pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241225/berita/sukan/soleen-bentuk-pasukan-hadapi-kelayakan-piala-asia-wanita-b-20", "article_title": "Soleen bentuk pasukan hadapi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20", "article_text": "PENGENDALI skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zou'bi telah memanggil seramai 43 pemain dari seluruh negara untuk menyertai sesi percubaan dan pemilihan bagi membentuk skuad terbaik menjelang Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024, Mac depan.Sesi percubaan dan pemilihan itu dijadualkan berlangsung empat hari bermula Selasa di Wisma FAM di Kelana Jaya.Beliau yang juga Ketua Unit Wanita FAM memilih kesemua pemain itu berdasarkan pemerhatiannya pada Festival Bola Sepak Wanita Serantau FAM yang telah dijalankan di beberapa negeri.\"Sesi pemilihan pemain bola sepak wanita ini dijalankan sebagai persiapan awal skuad Malayan Tigress B-20 menghadapi cabaran pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 di Kemboja pada Mac.\"Sepanjang sesi pemilihan selama empat hari itu, barisan pemain yang dipilih perlu menjalani pelbagai ujian kecergasan seperti ujian kepantasan serta 'strength and power' selain latihan intensif di padang,\" demikian menurut hantaran Facebook rasmi FAM pada Rabu.Sesi ujian kecergasan yang berlangsung semalam dibantu Ketua Unit Prestasi Tinggi FAM Reuben Jude Balraj.Soleen yang merupakan bekas Ketua Unit Bolasepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal di Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) diumumkan sebagai tenaga kejurulatihan di FAM pada November lepas dan memulakan tugasnya sebulan kemudian. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 07:34pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241224/berita/sukan/hadi-fayyadh-tekad-balas-kepercayaan-perak", "article_title": "Hadi Fayyadh tekad balas kepercayaan Perak", "article_text": "PENYERANG baharu Perak FC, Hadi Fayyadh mahu memberi impak apabila kembali semula ke kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas empat tahun berkelana di Jepun.Perak merupakan kelab keduanya selepas Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) dan misinya kembali ke Malaysia adalah untuk meraih pencapaian yang lebih baik selepas mendapat pengalaman luas ketika di negara Matahari Terbit itu sejak musim 2019.Namun, pemain berusia 23 tahun ini sedar perjalanan baharunya itu tidak akan mudah dan sudah pasti akan mengambil masa untuknya berada di tahap yang diinginkan selain percaya dia kini di landasan tepat bersama Perak.\u201cSaya percaya rezeki ada di mana-mana dan saya nampak kesungguhan Perak yang inginkan khidmat saya selain yang turut memberi harapan kepada saya adalah jurulatih Lim Teong Kim yang membuatkan saya rasa dihargai.\u201cPeluang tidak akan datang selalu dan sekarang inilah peluang untuk saya kembali ke Malaysia dan bermain dengan Perak, cuma memang akan ambil masa juga sebab saya dah lama di Jepun, tetapi saya percaya dengan barisan kejurulatihan di Perak dapat bantu saya melakukan lebih baik musim ini.\u201cSudah tentu sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan ingin menjadi penyerang terbaik tetapi macam saya cakap, semuanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan saya juga kena menunjukkan contoh yang baik kepada pasukan serta juga rakan-rakan lain,\u201d jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Rabu.Bercakap mengenai prestasinya ketika bersama Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu, Hadi menyifatkan dia telah berusaha sebaik mungkin untuk belajar sesuatu di sana meskipun kurang minit bermain dan itu tidak menghalang dirinya untuk terus bekerja keras mengejar impian lebih besar selepas ini.\u201cBagi saya, orang tidak tahu apa yang saya lalui di sana (Jepun) dan apa yang mereka nampak adalah hanya 1 peratus sahaja.\u201cUntuk berada di sebuah negara orang tidak mudah tetapi saya tahu saya telah melakukan yang terbaik selepas empat tahun dan saya percaya rezeki ada di mana-mana.\u201cSebab itu saya harap tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk saya membuktikan sesuatu tetapi sudah tentu ianya akan mengambil masa, namun saya percaya dengan suasana dan bimbingan di sini, saya boleh melakukannya,\u201d tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 07:16pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241221/berita/sukan/zainal-abidin-sedia-galas-tempat-khuzaimi", "article_title": "Zainal Abidin sedia galas tempat Khuzaimi", "article_text": "\u201cSAYA harap peminat tidak ada yang membandingkan saya dengan Khuzaime Piee.\u201dDemikian harapan pertahanan tengah baharu Negeri Sembilan FC, Zainal Abidin Jamil yang menganggap Khuzaimi seorang pertahanan yang memiliki kualiti tersendiri selain kelebihan dari segi pengalaman berbanding dengannya.Namun, Zainal Abidin sudah memasang azam tersendiri bersama Negeri Sembilan dengan cuba terus melonjakkan kariernya selepas dua musim yang cemerlang di PJ City FC.\u201cSaya tahu kedatangan saya ke sini (Negeri Sembilan) untuk mengambil tempat Khuzaimi yang berhijrah ke pasukan lain tetapi saya dengan dia adalah dua pemain yang berbeza.\u201cDi sini, masih ada ramai pemain yang tidak kurang hebatnya seperti Nasrullah Haniff, Annas Rahmat malah Herold Goulon.\u201cJadi fokus saya adalah mahu bersaing dahulu dalam pasukan bagi mendapatkan tempat serta memburu minit permainan kerana saya sedar sebagai pemain baharu, tiada jalan pintas.\u201cSaya harap keputusan bersama Negeri Sembilan akan membuatkan saya lebih dikenali di persada Liga Malaysia (Liga-M) serta membantu pasukan ini mendapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang musim 2023,\u201d katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Rabu.Zainal Abidin memulakan karier remajanya di Felda United FC pada musim 2020 sebelum bersama skuad Piala Presiden PJ City pada musim berikutnya dan diserap oleh P. Maniam di dalam saingan Liga Super.Musim 2022 memperlihatkan Zainal Abidin meraih kepercayaan diletakkan dalam skuad kebelasan utama dengan melakukan 20 penampilan secara keseluruhan di pentas Liga-M.Ketiadaan PJ City yang menarik diri untuk saingan musim ini pada mulanya menimbulkan kebimbangan kepada Zainal Abidin dalam mendapatkan pasukan baharu bagi meneruskan kesinambungan karier.Dia langsung tidak menjangka tawaran akhirnya datang dari Negeri Sembilan, malah lebih menggembirakan Zainal, kehadirannya turut diiringi beberapa bekas rakan sepasukan seperti Mahalli Jasuli, Aroon Kumar, R. Barathkumar dan Filemon Anyie.\u201cTerima kasih kepada Negeri Sembilan terutama coach K. Devan kerana mempercayai potensi saya bagi bersama skuad kendaliannya untuk musim ini.\u201cSistem permainan Negeri Sembilan dan PJ City tidak banyak berbeza kerana menggunakan formasi yang meletakkan tiga pemain pertahanan tengah, taktikal yang saya sudah serasi.\u201cTambahan dengan ramai pemain dari PJ City musim lalu, saya rasa tidak ada masalah untuk membina persefahaman dengan rakan sepasukan dalam masa yang singkat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 07:07pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241196/berita/sukan/prestasi-lee-tuck-aguero-hanya-gred-c---pekan", "article_title": "'Prestasi Lee Tuck, Aguero hanya gred C' - Pekan", "article_text": "PENAMPILAN dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero dinilai belum mencapai tahap sepatutnya berdasarkan prestasi ditonjolkan mereka dalam kempen Piala AFF 2022 baru-baru ini.Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, Le Tuck dan Aguero tidak menampilkan prestasinya sebagai pemain naturalisasi, selain tidak menjadi \u2018kegemaran\u2019 pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam kesebelasan utama.Malah, beliau turut memberikan penarafan gred C kepada Lee Tuck dan Aguero yang dianggapnya mempunyai standard permainan lebih kurang sama dengan pemain tempatan.\u201cSecara peribadi saya katakan bahawa saya tak nampak mereka berdua mencapai tahap sebagai pemain naturalisasi untuk kita gunakan khidmat mereka dalam skuad Harimau Malaya.\u201cSebab saya nampak standard mereka lebih kurang sama dengan pemain tempatan yang kita ada. Cuma mungkin kita nampak lebih sedikit prestasi mereka dalam peringkat kumpulan seperti lawan Laos dan Singapura.\u201cTetapi apabila berhadapan pasukan kuat seperti Vietnam dan Thailand, nampak seperti standard mereka itu tidak mampu membantu pasukan kebangsaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Lee Tuck yang meledak dua gol ketika aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives, lebih banyak bertindak sebagai pemain gantian dalam saingan Piala AFF kali ini.Aguero juga tidak banyak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan kerap menjadi pemain gantian walaupun menyumbang satu gol ketika bertemu Laos serta Singapura.Mengulas lanjut, Pekan turut memberikan contoh kualiti individu yang dimiliki Lee Tuck dan Aguero tidak mampu memacu Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam dua aksi separuh akhir.\u201cKita mengambil mereka sebagai pemain naturalisasi dan apa yang kita harapkan daripada Lee Tuck serta Aguero adalah mereka jauh lebih baik daripada pemain tempatan.\u201cNamun, apabila pasukan berada dalam keadaan getir dan kita memerlukan lebih keupayaan pemain, saya tidak nampak mereka dapat memberikan sesuatu yang luar biasa kepada pasukan.\u201cJadi, bagi saya mereka hanya layak dapat gred C untuk penampilan bersama skuad kebangsaan pada Piala AFF kali ini. Mereka berada pada tahap sederhana sahaja,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 05:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241190/berita/sukan/permulaan-baik-aaron-wooi-yik-di-india", "article_title": "Permulaan baik Aaron-Wooi Yik di India", "article_text": "BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berdepan masalah untuk menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi pada Rabu.Terbuka India boleh menjadi platform terbaik buat pasangan negara itu untuk mempamerkan kebangkitan selepas tersingkir dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu.Permulaan positif itu amat baik buat Aaron-Wooi Yik apabila mereka hanya memerlukan 33 minit untuk mara ke pusingan kedua.Aaron-Wooi Yik bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Wei Chong-Kai Wun sebelum menang pada set pertama 23-21.Pengalaman membezakan mereka apabila Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tenang mencatat kemenangan 21-10 pada set kedua.Mereka yang juga juara dunia 2022 akan menentang Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan yang menang ke atas Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-14, 21-13 pada satu lagi aksi.Aksi itu bakal mengulangi pertemuan mereka di Terbuka Malaysia minggu lalu yang berpihak kepada Aaron-Wooi Yik.Dalam pada itu, skrip berbeza buat satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tunduk dalam pusingan pertama pada malam Selasa.Mereka kalah 19-21, 17-21 kepada wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang sekali gus mengulangi episod hambar di Terbuka Malaysia minggu lalu apabila tewas pada pusingan pertama.Nasib sama turut menimpa beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila terpaksa akur tewas kepada pasangan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-7.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241177/berita/sukan/nadal-tersingkir-awal-daripada-terbuka-australia", "article_title": "Nadal tersingkir awal daripada Terbuka Australia", "article_text": "RAFAEL Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu.Nadal, juara Grand Slam 22 kali perseorangan lelaki dan pemenang Terbuka Australia 2022, tewas kepada lawannya dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald dalam straight set.McDonald menewaskan Nadal 6-4, 6-4, 7-5 di Arena Rod Laver Melbourne, sekali gus menghantarnya pulang lebih awal, lapor Agensi Anadolu.Mc Donald, 27, yang menduduki ranking ke-63, akan menentang sama ada pemain Czech Dalibor Svrcina atau Yoshihito Nishioka dari Jepun pada pusingan ketiga.Terbuka Australia bermula pada Isnin dan berlangsung hingga 29 Januari. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 04:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241166/berita/sukan/mintah-tidak-gentar-hadapi-persaingan", "article_title": "Mintah tidak gentar hadapi persaingan", "article_text": "TONGGAK import kelahiran Ghana, Jordan Mintah tidak gentar bersaing dengan dua penyerang baharu bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Terengganu FC (TFC).Sebaliknya, beliau yang pernah mencetak nama sebagai penjaring terbanyak Liga Premier musim 2021 menganggap ia sebagai cabaran untuk menampilkan prestasi lebih cemerlang musim ini.Walaupun ditawarkan kontrak oleh beberapa pasukan lain, Mintah, 27, yang memiliki ketinggian 1.82 meter itu berkata, beliau tetap memilih untuk kekal bersama skuad Penyu kerana beberapa faktor termasuk keindahan alam semulajadi dan budaya di negeri itu.\"Sesuatu yang bagus untuk kembali. Saya gembira dapat kembali ke Terengganu selepas separuh musim bersama Kuala Lumpur City (KL City FC) tahun lepas.\"Sudah tentu ada persaingan...tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan tempat. Memang bukan mudah tapi dengan kerja keras, tiada yang mustahil,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.Mintah berkata, beliau akan menggunakan pengalaman ketika bersama skuad bimbingan Bojan Hodak untuk membantu TFC jika diberi peluang membarisi kesebelasan utama pasukan itu nanti.\"Saya mendapat pengalaman yang hebat dan berbeza bersama Kuala Lumpur. Kami dapat bersaing dalam Piala Asia (AFC) dan layak ke final. Semua pengalaman itu banyak mengajar saya dan gembira dapat dikongsi dengan TFC,\u201d katanya.Mintah mula menyertai Terengganu FC ll (TFC ll) pada 2020 sebelum dipinjamkan ke skuad The City Boys Jun tahun lepas.Bagaimanapun, beliau kembali semula ke TFC musim ini kerana masih mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini.Masa depan beliau bersama skuad Penyu dilihat agak sukar selepas TFC mengambil dua lagi penyerang import iaitu Ivan Mamut dan pemain kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn yang baharu sahaja menjulang trofi Piala AFF 2023. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 03:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241135/berita/sukan/fifa-iktiraf-piala-aff", "article_title": "FIFA iktiraf Piala AFF", "article_text": "'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Berita baik itu dimaklumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang meluahkan hasrat untuk membantu agar Piala AFF segera dinaik taraf sebagai kejohanan rasmi badan induk bola sepak dunia tersebut.Beliau berkata, menerusi populasi dan capaian penyokong yang tinggi, Piala AFF berpotensi besar menjadi kejohanan yang dihormati dan berkembang pesat, lapor laman berita Vietnam, Zingnews.\u201cPiala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik.\u201cJika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,\u201d ujar Infantino.Beliau menambah, kejohanan dwitahunan itu dianggap sebagai pertandingan penting buat lebih 650 juta penduduk di rantai Asia Tenggara.\"Semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak.\u201cDalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN meminati bola sepak dan membuat pencapaian dalam bola sepak lelaki dan wanita,\u201d katanya.Pengiktirafan kejohanan seperti Piala AFF bakal memberi kelebihan kepada negara-negara bertanding untuk memperoleh lebih banyak mata ranking FIFA.Infantino pada Isnin menyaksikan final kedua Piala AFF di Stadium Thammasat yang menemukan Thailand dan Vietnam.Pada aksi itu Thailand menewaskan Vietnam 1-0 untuk muncul juara dengan agregat 3-2.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 02:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241127/berita/sukan/hoki-piala-dunia-malaysia-mampu-kejutkan-new-zealand", "article_title": "Hoki Piala Dunia: Malaysia mampu kejutkan New Zealand", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara berpotensi mencipta kejutan menumpaskan New Zealand dalam perhitungan terakhir Kumpulan C aksi Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis.Walaupun menyedari cabaran getir menanti Malaysian Tigers, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal optimis anak buah A Arul Selvaraj akan turun bermati-matian menentang New Zealand dalam usaha meneruskan rentak kemenangan selepas mengatasi Chile 3-2, Isnin lepas.\"Ia tidak mudah tapi apa pun boleh berlaku. Saya cukup yakin kita akan beri tentangan hebat dan cuba tewaskan New Zealand,\" katanya di Kuala Lumpur pada Rabu.Rekod sepanjang 25 pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak kali pertama bertemu pada 1975, jelas memihak kepada New Zealand yang mencatat 13 kemenangan manakala Malaysia pula hanya menang enam kali dan seri enam kali.Beliau juga telah berhubung dengan Arul Selvaraj dan mengarahkannya mencari jalan bagi menyelesaikan segala isu berbangkit termasuk kegagalan menghasilkan gol menerusi pukulan sudut penalti yang membelenggu skuad kebangsaan ketika ini.Berdasarkan statistik dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia hanya berjaya menjaringkan gol sekali daripada 13 pukulan sudut penalti menerusi Norsyafiq Sumantri ketika menumpaskan Chile semalam.Malaysia juga gagal menterjemah sebarang peluang ke dalam bentuk gol sewaktu diberikan tiga pukulan sudut penalti ketika tumpas 0-4 kepada juara tiga kali, Belanda, pada aksi pembukaan Kumpulan C, Sabtu lepas.Subahan pada masa sama yakin sekiranya pasukan negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia, berjaya melepasi peringkat kumpulan, ia sudah dianggap kejayaan membanggakan di India.Belanda kekal memimpin carta Kumpulan C dengan enam mata selepas menang bergaya 4-0 ke atas New Zealand, dalam satu lagi aksi Isnin lepas.New Zealand yang mengumpul tiga mata kini berada di tempat kedua diikuti Malaysia di tempat ketiga juga dengan tiga mata, manakala Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati, untuk slot ke suku akhir.Penyertaan di India menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 01:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241123/berita/sukan/rm112-juta-nilai-tiket-tonton-aksi-ronaldo-messi", "article_title": "RM11.2 juta nilai tiket tonton aksi Ronaldo-Messi", "article_text": "SEORANG jutawan Arab Saudi sanggup membida AS$2.6 juta (RM11.2 juta) untuk mendapatkan tiket bagi menonton pertembungan dua bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam perlawanan amal.Perlawanan esok di Riyadh itu akan menemukan Messi memimpin Paris Saint-Germain menentang pasukan pilihan daripada kelab terbaharu Ronaldo, Al Nassr dan pesaing terdekat mereka, Al Hilal.Pemenang bidaan tersebut diumum oleh Turki al-Sheikh, seorang penasihat di Mahkamah Diraja dan Ketua Penguasa Hiburan Am Arab Saudi pada Selasa.Sheikh mengumumkan di Twitter pemenang menerusi bidaan AS$2.6 juta adalah Mushref al-Ghamdi yang merupakan seorang jutawan dalam bidang hartanah.\"Tahniah, anda layak mendapatnya dan semoga Tuhan membalas anda dengan kebaikan,\" kata Sheikh.Bidaan itu bermula pada harga 1 juta riyal (RM1.1 juta) dan ia ditutup pada jam 11.30 malam Selasa waktu tempatan.Pemenang bidaan tiket istimewa itu berpeluang bergambar dengan pemain dan akses ke bilik persalinan.Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan untuk kempen amal kebangsaan yang dikenali sebagai Ehsan.Selain Messi, bintang PSG yang dijangka beraksi ialah penyerang Perancis, Kylian Mbappe.Turut dijangka beraksi ialah Achraf Hakimi yang membantu Maghribi muncul pasukan Arab dan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar.Selain Ronaldo, gabungan dua kelab itu dijangka disertai Salem Al-Dawsari yang menjaringkan gol kemenangan ketika kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas ke atas Argentina pada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 01:11pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241117/berita/sukan/conte-harap-heung-min-temui-sentuhan-jaringan", "article_title": "Conte harap Heung-min temui sentuhan jaringan", "article_text": "PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengharapkan Son Heung-min akan menemui sentuhan gol untuk membantu pasukan kembali mendapat rentak positif dalam setiap perlawanan.Bintang Korea Selatan itu setakat ini hanya menjaringkan enam gol dan dua bantuan gol dalam 24 penampilannya di semua kejohanan musim ini.Malah, Heung-min hanya mampu mencetak satu gol dalam 11 pertandingan terakhir buat Tottenham iaitu ketika menentang Crystal Palace dalam kemenangan 4-0 pada 4 Januari lalu.\"Sudah tentu apabila bercakap mengenai Son, musim lalu dia mencetak 25 gol. Musim ini tidak terlalu banyak. Bagi kami ini bukan sesuatu yang bagus kerana kami mengharapkan gol daripadanya.\"Kemudian, kita juga bercakap tentang seorang manusia dan bukan robot. Saya mengharapkan dia dapat mula menjaringkan gol dengan tekanan atau tanpa dibebani tekanan,\" katanya.Prestasi Heung-min merosot dengan sangat ketara berbanding musim lalu apabila dia berjaya menjadi watak penting Spurs dengan 24 gol dan 10 bantuan gol dalam 45 perlawanan.\"Inilah bola sepak. Kami harus cuba menghadapi situasi ini dengan para pemain. Perkara paling penting adalah saya menyaksikan dalam latihan dan perlawanan, dia sudah melakukan yang terbaik,\" katanya.Spurs sedang melalui prestasi buruk selepas tewas 0-2 kepada Arsenal Isnin lalu yang menyaksikan mereka gagal memenangi empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 12:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241116/berita/sukan/wolves-ikat-sarabia-dari-psg", "article_title": "Wolves ikat Sarabia dari PSG", "article_text": "WOLVES mengambil langkah proaktif apabila mengikat pemain Paris Saint-Germain (PSG), Pablo Sarabia untuk kekal bersaing secara kompetitif dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).Pemain berusia 31 tahun itu difahamkan menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama Wolves.Sarabia yang beraksi bersama Sepanyol pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 bulan lalu merupakan pemain ketiga ditandatangani Wolves sejak dibimbing Julen Lopetegui.Wolves dilaporkan membelanjakan sebanyak 4.3 juta euro (RM22.88 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain sayap itu.Dia yang dipinjamkan ke Sporting CP meledak 21 gol sepanjang bersama pasukan itu musim lalu.Sarabia berpeluang membuat penampilan pertama dalam saingan EPL apabila Wolves menentang juara bertahan, Manchester City hujung minggu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 12:29pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241103/berita/sukan/penyokong-serang-ramsdale-didakwa-di-mahkamah", "article_title": "Penyokong serang Ramsdale didakwa di mahkamah", "article_text": "SEORANG penyokong telah ditahan kerana didakwa menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale selepas perlawanan derby utara London menentang Tottenham Hotspur pada Isnin lalu, kata Polis Metropolitan.Joseph Watts, 35, telah dituduh melakukan serangan dengan memukul dan masuk ke kawasan padang di Stadium Tottenham Hotspur dalam kemenangan 2-0 pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.Watts, dari Hackney utara London, didakwa semalam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Highbury pada 17 Februari.Susulan insiden tersebut, Persatuan Bola Sepak England mengutuk sekeras-kerasnya insiden itu manakala Tottenham menegaskan keganasan dalam apa jua bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.Kemenangan Arsenal menyaksikan mereka mempunyai kelebihan lapan mata di puncak liga mengatasi Manhester City.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 11:03am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241098/berita/sukan/klopp-lega-liverpool-kembali-raih-kemenangan", "article_title": "Klopp lega Liverpool kembali raih kemenangan", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp lega selepas pasukannya kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Molineux pada Rabu.Klopp melakukan lapan pertukaran kesebelasan utamanya selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.Harvey Elliott adalah antara pemain yang membarisi pasukan utama kali ini dan menjadi wira pasukan menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan pada minit ke-13.\"Rasanya seperti zaman dahulu dan kami mempunyai perasaan untuk menang serta bermain dengan baik.\"Kami terpaksa berjuang dan mengawal permainan. Ia hebat dan ini reaksi yang kami mahu lihat,\" katanya.Kemenangan pertama dalam empat perlawanan itu menyaksikan Liverpool akan menempah pertemuan dengan Brighton dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Amex.Dalam pada itu, Klopp juga kagum dengan cara para pemain bertindak balas terhadap kekalahan dalam saingan EPL hujung minggu lalu.\"Daripada semangat yang kami tunjukkan, ya. Adalah menjadi tugas saya untuk membantu para pemain dan mencari formasi yang mana mereka rasa selesa.\"Stefan Bajcetic dan keseluruhan bahagian tengah sangat kompak, jadi sukar untuk Wolves mencari peluang untuk melakukan hantaran,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 10:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241091/berita/sukan/ramuan-jinak-chile", "article_title": "Ramuan jinak Chile", "article_text": "KEMAHUAN dan disiplin tinggi menjadi ramuan kejayaan Malaysia bangkit mengatasi Chile 3-2 dalam aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela, India pada Isnin.Malah, pengendali skuad Malaysian Tigers, Arul Selvaraj tanpa berselindung mengakui dua faktor itu menjadi pencetus kepada persembahan cemerlang anak-anak buahnya.\u201cSaya puji barisan pemain Malaysian Tigers walaupun ketinggalan dua kali, 0-1 diikuti 1-2, mereka tetap memiliki kemahuan dan disiplin tinggi untuk memburu kemenangan.\u201cKemenangan ke atas Chile ini juga penting apabila menyalakan semula impian pasukan ke peringkat seterusnya selepas tewas kepada Belanda sebelum ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Dalam aksi tersebut, skuad Malaysian Tigers terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum berjaya meraih kemenangan untuk membawa pulang tiga mata berharga.Para pemain negara meraikan jaringan ketika berdepan Chile dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela pada Isnin.Penyerang lincah Malaysia, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika perlawanan hanya berbaki tujuh minit.Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat ketiga, berkongsi tiga mata dengan New Zealand, manakala Belanda kekal memimpin Kumpulan C dengan enam mata dan Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.Sementara itu, Arul mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemas dan diperbaikinya menjelang aksi terakhir kumpulan berdepan New Zealand pada Khamis.\u201cPerkara yang perlu diperbaiki adalah semasa bertahan satu lawan satu dan finishing untuk mendapatkan gol padang, paling ketara adalah pukulan sudut penalti.\u201cFizikal pemain-pemain negara pula memang nampak memuaskan. Contohnya, ketika berdepan Belanda, setiap pemain push sehabis baik pada suku empat bagi menyaingi pasukan lawan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Januari 2023 08:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241079/berita/sukan/jin-wei-tersingkir-awal-di-terbuka-india", "article_title": "Jin Wei tersingkir awal di Terbuka India", "article_text": "WAKIL tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei, tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, di sini, hari ini.Pemain profesional dan bekas juara remaja dunia dua kali itu tewas kepada bekas juara dunia dan juga pilihan keenam dari Thailand, Ratchanok Intanon, 13-21, 11-21, dalam masa 27 minit.Sementara itu, beregu wanita negara dan juga nombor 17 dunia, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas di pusingan pembukaan dengan kekalahan straight set 16-21, 9-21 di tangan beregu China, Li Wen Mei-Liu Xuan Xuan, dalam masa 36 minit.Kejohanan Jelajah Dunia Super 750, yang menawarkan hadiah wang tunai US$900,000 (RM3.9 juta), menyaksikan kejutan pada pusingan pembukaan apabila beregu lelaki pilihan pertama, Takuro Hoki-Yogo Kobayashi dari Jepun ditunjuk jalan keluar oleh beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 13-21, 18-21 dalam masa 39 minit.Esok, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, akan membuka kempen dengan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 11:05pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241066/berita/sukan/psm-masih-belum-menerima-apa-apa-surat", "article_title": "\u2018PSM masih belum menerima apa-apa surat\u2019", "article_text": "STATUS empat badan induk negeri yang sebelum ini bernaung di bawah Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Sarawak masih dalam peringkat perbincangan, sekiranya empat persatuan itu mahu kembali bersama Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada ketiga-tiga persatuan negeri berkenaan.\u201cPSM masih belum menerima apa-apa surat yang mengatakan mereka bersetuju untuk kembali menyertai kami. Namun, difahamkan Selangor akan menghantar surat kepada kami (PSM) pada minggu hadapan, tapi kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku.\u201cSaya juga masih menunggu keputusan rasmi kedudukan kami (PSM) dalam arena sepak takraw, masih belum ada maklum balas dari Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).\u201cMungkin kerana mereka tunggu status Mastaf atau macam mana, tetapi PSM masih akan berjalan macam biasa,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Persatuan SepakTakraw Malaysia (PSM), Muezza Education Group Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha & Penggerak Industri Drone (MyDrone) di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin pada Selasa.Kemelut sepak takraw negara bermula apabila Astaf menyingkirkan PSM pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Astaf, pada 24 Februari tahun lalu.Mastaf pula merupakan badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu Astaf Mac lalu dan turut diterima menjadi ahli gabungan Istaf pada April.Untuk rekod, pada 20 Disember lalu, Presiden Mastaf, Datuk Suhaili Abdul Rahman telah mengumumkan pembubaran bandan induk itu.Sementara itu, Mohd Sumali memaklumkan PSM sudah menghantar senarai baharu barisan pemain dan kejurulatihan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), untuk melalui proses penelitian bagi memastikan skuad kebangsaan yang dibentuk benar-benar mantap.Katanya, rombakan itu bakal memberi nafas baharu dalam arena sepak takraw tanah air, sekali gus memastikan sukan berkenaan mampu melakar kejayaan dalam beberapa siri kejohanan penting tahun ini, seperti Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia 2023.\u201cTidak banyak yang saya dapat kongsikan, melainkan sudah menghantar senarai rombakan jurulatih dan pemain yang baharu kepada MSN beberapa hari lalu. Saya janji sebanyak 50 peratus perubahan akan dilakukan dalam struktur jurulatih dan pemain.\u201cNamun, masih terdapat gabungan yang lama dan baharu, di mana mesyuarat jawatankuasa akan diadakan bersama MSN hujung bulan ini, kerana dari pihak kami (PSM) hanya boleh memberi senarai nama, manakala keputusan dan kontrak baharu itu terletak pada mereka (MSN),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 08:31pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241065/berita/sukan/kbs-pastikan-pembangunan-belia-sukan-terus-holistik", "article_title": "KBS pastikan pembangunan belia, sukan terus holistik", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan terus memastikan pembangunan belia dan sukan secara holistik terus terjamin antara kerajaan Persekutuan dengan negeri menerusi Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri.Menterinya, Hannah Yeoh optimis kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dicapai selepas mengadakan semula mesyuarat itu yang kali terakhir dipengerusikan pada 2018 oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Hannah berkata, mesyuarat itu akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bertujuan membolehkan kementerian mengenal pasti selain membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha meningkatkan pembangunan belia dan sukan.\"Selain itu, saluran komunikasi yang wujud ini satu manifestasi identiti dan hala tuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan kerajaan negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama,\" katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di Menara KBS di Putrajaya pada Selasa.Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfren Angin serta semua Exco Belia dan Sukan negeri kecuali Selangor. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 08:31pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241062/berita/sukan/tsg-realisasi-impian-aiman", "article_title": "TSG realisasi impian Aiman", "article_text": "SEKIAN lama menyimpan impian, akhirnya hasrat pelumba basikal berasal dari Bandung, Indonesia, Aiman Cahyadi untuk menyertai pasukan terbaik Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) tercapai musim ini.Lebih menggembirakan, pelumba terbaik Indonesia 2022 itu bakal bergandingan dengan idolanya, Mohd Harrif Salleh yang melakar sejarah sebagai pelumba pertama negara memenangi podium keseluruhan Tour du Rwanda musim lepas.Aiman berkata, dia telah mengikuti perkembangan TSG sejak 2011 dan memasang cita-cita untuk menyertai pasukan bertaraf benua itu suatu hari nanti.\"Terima kasih TSG memberikan kesempatan untuk saya berada di pasukan terbaik Asia. Saya mula mengikuti perkembangan TSG terutama Harrif Saleh pada usia 14 tahun.\"Sejak itu saya berusaha keras untuk memastikan satu hari saya boleh bergandingan dengan beliau dalam satu pasukan,\" katanya.Aiman yang pakar dalam pendakian berkata, sebagai pendatang baharu beliau berazam untuk menyumbang seberapa banyak mata bagi membantu TSG muncul pasukan terbaik benua tahun ini.Menurutnya lagi, dengan kerjasama berpasukan dan perancangan yang teliti, misi tersebut mampu dicapai dan akan mencatat rekod baharu dalam kariernya.\"Ini bukan misi mustahil kerana TSG pernah memenanginya pada 2019. Saya akan berusaha keras menyumbang mata dalam setiap perlumbaan disertai,\" katanya.Aiman adalah antara lima muka baharu TSG musim ini selain Jesse Ewart, Zuladri Amin Zulkurnain, Kee Zhe Yie dan Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim.Dia kini sedang menjalani latihan pusat selama dua minggu bersama 15 lagi rakan sepasukan sebagai persediaan menghadapi perlumbaan pertama musim ini pada akhir Januari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 08:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241051/berita/sukan/jin-wei-kecundang-awal-di-india", "article_title": "Jin Wei kecundang awal di India", "article_text": "IMPIAN pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei untuk melangkah lebih jauh dalam Terbuka India 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.Jin Wei mengakhiri cabaran selepas tewas kepada bekas pemain nombor satu dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon, 21-13, 21-11 dalam masa 27 minit pada pusingan pertama di Dewan Tertutup KD Jadhav, India pada Selasa.Jin Wei yang berstatus nombor 33 dunia sebelum ini mengakui jurang antara dia dengan pemain dalam kelompok utama dunia masih jauh susulan tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.Pemain berasal dari Bukit Mertajam berusia 22 tahun itu yang menyingkap tirai musim ini di Terbuka Malaysia tewas pada pusingan kedua kepada pemain nombor empat dunia dari Korea Selatan, An Se Young 10-21, 12-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 07:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241036/berita/sukan/safawi-perkuat-cabaran-the-dragons", "article_title": "Safawi perkuat cabaran The Dragons", "article_text": "BINTANG Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC.\u201cDragon King Ratchaburi FC telah mencapai persetujuan pinjaman untuk khidmat pemain sayap berbakat skuad kebangsaan Malaysia, Safawi Rasid.\u201cPemain kelab Liga Super, Johor Darul Ta\u2019zim menyertai kelab ini atas dalam kuota pemain ASEAN, bagi saingan pusingan kedua Liga Thai 2022/23,\u201d kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa.Disember lalu, pemain berusia 25 tahun kelahiran Dungun itu disahkan akan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhir kempen saingan Piala AFF 2022 baru-baru ini.Untuk rekod, antara pemain Harimau Malaya yang pernah beraksi di Liga Thailand - Dominic Tan (Police Tero - 2019-2021); Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima - 2018); Junior Eldstal (Chonburi FC - 2021); Norshahrul Idlan ( BG Pathum United - 2020).", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 05:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241023/berita/sukan/hafizh-syahrin-adam-norrodin-rindu-aura-sepang", "article_title": "Hafizh Syahrin, Adam Norrodin rindu aura Sepang", "article_text": "MALAYSIA boleh berbangga apabila masih mempunyai dua wakil dalam saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), walaupun Malaysia tidak berada dalam kalendar perlumbaan selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2016.Mengakui rindu untuk berlumba di hadapan penyokong sendiri, dua pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah dan Muhamad Adam Norrodin, masing-masing mengharapkan ada pihak yang sudi untuk membawa semula perlumbaan itu ke negara ini.Hafizh Syahrin yang mewakili MIE Racing Honda Team dalam kelas premier bagi musim 2023 berkata, perkara positif yang paling dinantikan beliau ialah, perlumbaan WSBK kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang.\u201cSudah tentu sebagai pelumba Malaysia kita nak ada 'home race' tapi saya tidak pasti kita akan ada ataupun tidak...saya tak pasti siapa yang berhak untuk bawa kejohanan ini di Malaysia tapi kenapa tidak?.\u201cIni perkara positif, 'home race' di Sepang akan jadi menarik dan menggembirakan, satu perkara positif saya harapkan ialah kita ada 'home race',\u201d katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian bersama RCB (Racing Boy) di Puchong di sini, pada Selasa.Pada masa sama, Muhamad Adam yang berlumba dalam kelas 600cc bersama MIE Racing Honda Team musim ini berpendapat, kejohanan itu akan menerima sambutan menggalakkan sekiranya dianjurkan semula di Sepang.\u201cSudah tentu saya harapkan ia balik ke Sepang kerana saya rasa ia bagus untuk peminat selepas lama tidak dianjurkan, bagus juga dari segi pemasaran dan untuk kami pelumba negara.\u201cSaya sudah banyak berlumba di Sepang di hadapan penyokong sendiri, ia akan jadi satu motivasi tambahan buat saya jika WSBK kembali ke Malaysia, kita tunggu dan lihat,\u201d kata pelumba berusia 24 tahun itu.Pusingan pembukaan saingan WSBK 2023 akan berlangsung di Litar Phillip Island di Australia pada 24 hingga 26 Februari depan.Terdahulu, Hafizh Syahrin dan Muhamad Adam masing-masing menandatangani perjanjian penajaan selama setahun bersama RCB, yang menyaksikan kedua-dua pelumba itu menjadi duta jenama tersebut dan akan terlibat dalam program penyelidikan dan pembangunan yang bakal dijalankan.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RCB, Bruce Lee berkata, jenama itu berbangga untuk menyokong dua pelumba berkenaan kerana mereka akan berlumba dalam salah satu daripada peringkat tertinggi perlumbaan motosikal antarabangsa dan telah secara konsisten menunjukkan bakat mereka dan dedikasi mereka.\u201cKami juga teruja untuk mempunyai kepakaran mereka dalam kami terus membangunkan dan memperbaiki lagi produk kami. Sebagai pelumba profesional, Hafizh dan Adam akan memainkan peranan utama dalam proses pembangunan produk RCB, memberikan pandangan dan maklum balas bagi membantu jenama ini untuk terus berinovasi dan berkembang,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 05:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/241015/berita/sukan/pemain-itali-nafi-guna-sijil-vaksinasi-palsu-untuk-bertanding", "article_title": "Pemain Itali nafi guna sijil vaksinasi palsu untuk bertanding", "article_text": "PEMAIN Itali, Camila Giorgi menafikan bahawa dia menggunakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu untuk bertanding dalam kejohanan tenis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).Media Itali melaporkan bulan lalu bahawa seorang doktor, Daniela Grillone, telah menamakan Giorgi sebagai antara individu yang mendapatkan dokumen palsu.Bercakap buat kali pertama mengenai dakwaan itu selepas kemenangan 6-0, 6-1 ke atas Anastasia Pavlyuchenkova pada pusingan pembukaan Terbuka Australia, Giorgi menegaskan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.\"Doktor itu telah disiasat dan dia berdepan tindakan undang-undang beberapa kali.\"Saya mendapatkan suntikan vaksinasi di tempat yang berbeza. Jadi saya tiada masalah dengan itu.\"Dia (menyenaraikan) nama saya, sudah tentu, tetapi terdapat lebih daripada 300 orang dalam senarai berkenaan,\" kata pemain berusia 31 tahun itu.Beberapa negara mewajibkan pemain untuk memberikan bukti vaksinasi sebelum menyertai kejohanan tenis pada 2021 dan 2022, termasuk Australia dan Amerika Syarikat.Giorgi mengakui beliau menerima suntikan vaksin daripada Grillone dan dia telah menggunakan dokumen yang disediakan oleh doktor itu.Tetapi dia menafikan dakwaan memperoleh dokumen palsu sambil berkata: \"Tidak, tidak sama sekali.\" - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 04:46pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240990/berita/sukan/hang-seo-tinggalkan-vietnam-dalam-kekecewaan", "article_title": "Hang-seo tinggalkan Vietnam dalam kekecewaan", "article_text": "NADA kecewa diluahkan pengendali Vietnam, Park Hang-seo selepas kekalahan kepada Thailand dengan agregat 2-3 dalam perlawanan akhir Piala AFF yang menjadi penamat kariernya bersama skuad Naga Emas itu.Hang-seo gagal membawa Vietnam menjulang piala tersebut buat kali kedua selepas seri 2-2 di Hanoi dan kemudian tewas 0-1 pada final kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani pada Isnin.\"Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Thailand dan (Alaxandre) Polking kerana menang Piala AFF kali ini. Hari ini saya mahu memberikan hadiah kepada penyokong, tetapi tidak berjaya. Saya minta maaf.\"Keputusan ini tidak seperti yang saya harapkan. Pemain sudah melakukan yang terbaik terutama ketika bermain di laman lawan. Saya harap peminat akan terus menyokong dan tidak mengkritik pemain,\" katanya seperti dipetik daripada Vietnam Post English.Hang-seo mengendalikan skuad senior Vietnam sejak 2017 dan meraih 26 kemenangan, 15 seri dan 14 kekalahan dalam 55 perlawanan.Daripada keseluruhan perlawanan itu, dia berjaya membawa Vietnam memenangi Piala AFF pada 2018.Selain itu, Hang-seo juga sempat melatih pasukan bawah 23 tahun (B-23) Vietnam dan muncul juara dua kali dalam saingan Sukan SEA pada 2019 dan 2021 selain menjadi naib juara Piala Asia B-23 pada 2018.Dalam pada itu, Hang-seo turut mengharapkan pasukan Vietnam akan terus maju dan berkembang.\"Sekarang saya tidak lagi sebagai ketua jurulatih namun sebagai penyokong yang akan bersorak untuk pasukan Vietnam.\"Saya rasa masih jurulatih yang mempunyai banyak kekurangan, sentiasa cuba mengharungi setiap perlawanan. Yang dikesalkan ialah saya tidak lagi bersama pemain.\"Banyak yang telah kami lalui dengan pelbagai suka dan duka bersama. Tidak bersama pemain membuatkan saya sangat sedih,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 03:27pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240978/berita/sukan/kelantan-fc-uji-enam-awang-import", "article_title": "Kelantan FC uji enam awang import", "article_text": "KELANTAN FC akan menguji enam pemain import sebelum dipilih untuk diserapkan dalam pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, ia termasuk tiga pemain dari Korea Selatan yang akan dinilai oleh ketua jurulatih, Choi Moon Sik\"Insya-ALLAH ada enam import akan hadir untuk perlawanan pra musim seterusnya. Coach Choi Moon Sik sedang buat pilihan termasuk tiga orang pemain dari Korea. Pemain tempatan juga sedang dinilai.\"Kita juga masih dalam pra musim dan persiapan sedang diperkemaskan,\" katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya pada Selasa.Setakat ini, Kelantan FC sudah mengharungi perlawanan pra musim dengan kekalahan 0-7 kepada pasukan dari Thailand, Buriram United yang berlangsung di Songkhla pada Ahad.Skuad pantai timur itu akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk berdepan Kedah pada Jumaat sebelum berdepan tiga lagi perlawanan pra musim sebagai persiapan memulakan saingan liga pada penghujung Februari ini.Dalam pada itu, Zamsaham turut memaklumkan Kelantan FC akan menjalinkan kerjasama dengan badan pengelola Maju Jaya Bola Project bagi menyalurkan bakat bakat-bakat muda pemain Thailand sebagai import Kelantan FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 02:50pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240928/berita/sukan/tak-mustahil-united-julang-trofi-epl", "article_title": "Tak mustahil United julang trofi EPL", "article_text": "TONGGAK pertahanan Manchester United, Raphael Varane percaya tiada apa yang mustahil untuk kelab itu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas kemenangan ke atas Manchester City, pada Sabtu.City telah menang empat kejuaraan EPL dalam lima musim terakhir, manakala United pula gagal memenangi trofi tersebut selepas era pengendali terdahulu, Alex Ferguson.Namun, kehadiran Erik ten Hag di Old Trafford memberikan harapan kepada kelab itu menjulang sebarang trofi dan kemungkinan untuk turut meraih kejuaraan EPL musim ini.\"Segalanya mungkin. Kami akan melihat setiap perlawanan demi perlawanan. Perjalanan masih jauh dan sudah tentu sangat sukar.\"Intensiti perlawanan juga sangat tinggi dan memerlukan fizikal emosi yang konsisten. Ia seperti intensiti dalam perlawanan besar seperti Liga Juara-Juara.\"Para pemain bersedia secara fizikal dan kami tahu ia akan menjadi sukar. Tetapi, kami sebuah pasukan mantap dan kuat. Kami hanya perlu pastikan pemain berada pada tahap kualiti sepatutnya,\" katanya.United ketika ini berada di kedudukan keempat EPL dengan 38 mata berkongsi mata dengan Newcastle Untied di tempat ketiga.Arsenal pula kekal sebagai pendahulu selepas menewaskan Tottenham Hotspur pada Isnin dan memiliki kelebihan lapan mata berbanding City di kedudukan kedua liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 11:11am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240919/berita/sukan/aston-villa-chicago-fire-capai-kesepakatan-untuk-duran", "article_title": "Aston Villa, Chicago Fire capai kesepakatan untuk Duran", "article_text": "ASTON Villa telah mencapai persetujuan dengan Chicago Fire untuk perpindahan pemain Colombia, Jhon Duran.Menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, pemain berusia 19 tahun tersebut yang mempunyai tiga caps, menjaringkan lapan gol untuk Chicago Fire musim lalu dalam Major League Soccer (MLS).\u201cPerjanjian itu tertakluk kepada pemain yang lulus ujian perubatan, bersetuju dengan syarat peribadi dan mendapatkan visa kerja yang diperlukan,\u201d kata Villa dalam satu kenyataan.Difahamkan laporan di laman web rasmi liga Amerika berkata, perjanjian itu bernilai sehingga AS$22 juta.Untuk rekod, kelab Midlands itu berada di tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata selepas 19 perlawanan.Aston Villa akan melawat pasukan tercorot Southampton pada hujung minggu ini.The Villa sebelum itu menandatangani bek kiri Sepanyol Alex Moreno dari Real Betis awal bulan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240916/berita/sukan/forest-sambar-danilo-dari-palmeiras", "article_title": "Forest sambar Danilo dari Palmeiras", "article_text": "NOTTINGHAM Forest menandatangani kontrak pemain tengah Brazil, Danilo dari Palmeiras sehingga 2029, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu, pada Selasa.Pemain berusia 21 tahun itu membuat 141 penampilan dalam semua pertandingan bersama Palmeiras, dengan memenangi dua Copa Libertadores dan kejuaraan liga serta piala domestik.\u201cSaya sangat gembira dapat memenuhi impian untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan Nottingham Forest.\"Saya berazam untuk menang dan akan sentiasa berusaha melakukan terbaik di atas padang untuk mencapai keputusan positif. Saya kini teruja untuk bermula serta bertemu rakan sepasukan baharu,\" katanya yang akak memakai jersi nombor 28.Sementara itu, Pengarah Sukan Forest, Filippo Giraldi mengalu-alukan kedatangan Danilo.\"Dia mempunyai bakat besar dan akan menjadi aset hebat untuk masa kini serta masa depan Nottingham Forest,\" katanya.Untuk rekod, Nottingham Forest kini berada di kedudukan ke-13 Liga Perdana Inggeris, akan menentang Bournemouth hujung minggu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 10:20am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240914/berita/sukan/saya-tak-degil---klopp", "article_title": "'Saya tak degil' - Klopp", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan dia bukan seorang yang degil dan tidak mendengar saranan penyokong apabila tidak membeli ramai pemain ketika jendela perpindahan Januari.Sebaliknya, dia masih yakin dengan kemampuan para pemainnya untuk membawa cabaran The Reds sehingga penghujung liga.Liverpool tewas 0-3 kepada Brighton dan Hove Albion pada Sabtu dengan Klopp menyifatkan persembahan paling buruk pernah disaksikannya sepanjang karier kejurulatihannya.The Reds kini berada di kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan 10 mata dibelakang pasukan di kedudukan keempat, Manchester United.\"Bukannya saya degil dan fikir akan terus bersama pemain yang ada sehingga 2050. Itu bukan cara saya melihatnya, tetapi ini semua tentang apa yang saya boleh lakukan dan apa yang saya mahu lakukan.\"Saya tidak boleh mengubah jawapan saya. Jika penyelesaian untuk kami ada di luar sana, sudah tentu saya akan membawa pemain untuk membantu pasukan,\" katanya.Klopp sebelum ini telah menyatakan tidak akan membeli pemain lain selepas membawa masuk pemain sayap, Cody Gakpo pada jendela perpindahan kali ini.Dalam pada itu, Klopp mengakui dia mempunyai pilihan yang sedikit dalam beberapa posisi pasukan.\"Tetapi, kami juga mempunyai skuad sedia ada dan jika prestasi mereka merosot, saya perlu lakukan sesuatu dan tidak menyalahkan orang lain.\"Ya, kami mempunyai pilihan terhad, tetapi kami mempunyai pemain yang masih mempunyai kontrak di sini.\"Benar kami perlu memperkuatkan pasukan, tetapi adakah ini masa yang sesuai untuk kami (menandatangani pemain)? Saya rasa tidak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 09:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240911/berita/sukan/penampilan-pertama-ronaldo-bersama-al-nassr", "article_title": "Penampilan pertama Ronaldo bersama Al Nassr", "article_text": "BINTANG baharu kelab Liga Arab Saudi, Al Nassr, Cristiano Ronaldo buat pertama kali akan tampil dalam aksi pertunjukan Riyadh ST XI menentang gergasi Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG).Bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United itu akan mengetuai pasukan gabungan kelab Arab Saudi, Al Hilal dan Al Nassr berdepan kelab jagoan dunia dipacu bintang Argentina, Lionel Messi.Kapten Portugal berusia 37 tahun itu akan membarisi pasukan yang turut diperkuatkan tonggak Arab Saudi, Salem Al-Dawsari, selain Saud Abdulhamid pada perlawanan tersebut.Permintaan tiket untuk perlawanan berintensiti tinggi itu juga dilaporkan menerima tempatan tiket sebanyak 2 juta menerusi pembelian dalam talian bagi perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Riyadh.Bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu sebelum ini diikat gergasi Arab Saudi dengan kontrak sehingga 2025.Untuk rekod, Ronaldo sebelum ini terlepas dua perlawanan domestik bersama Al Nassr selepas digantung Persatuan Bolasepak (FA) England kerana menjatuhkan telefon bimbit seorang penyokong pada April lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 09:17am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240909/berita/sukan/arsenal-tidak-akan-menang-epl---neville", "article_title": "Arsenal tidak akan menang EPL - Neville", "article_text": "BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville meramalkan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Manchester City dan juga United.Menurutnya, City masih lagi calon utama untuk memenangi EPL musim ini dan percaya Arsenal akan gagal mengekalkan kelebihan mata yang dimiliki selaku pendahulu liga ketika ini.Arsenal mengekalkan prestasi hebat mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur untuk mendahului lapan mata mengatasi City yang tewas 1-2 kepada United pada Sabtu.\"Saya tidak fikir mereka (Arsenal) akan memenangi liga. Manchester City akan memenangi liga, dan saya fikir United akan menduduki tempat kedua. Saya tahu itu akan mengganggu emosi peminat Arsenal.\"Saya lebih suka Arsenal memenangi liga daripada Man City. Saya fikir ia akan menjadi sangat sensasi untuk Liga Perdana tahun ini.\"Saya berfikir tentang menonton Liga Perdana dan kita telah melihat City selain Liverpool yang menyapu bersih kejuaraan liga sejak lima tahun lalu.\"Saya suka untuk membayangkan United memenanginya, tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku musim ini,\" katanya.Arsenal ketika ini selesa di puncak EPL dengan 47 mata dibezakan lapan mata dengan pencabar terdekat mereka City selepas 18 perlawanan.Newcastle United dan Manchester United pula berada di kedudukan ketiga dan keempat berkongsi 38 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 08:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240902/berita/sukan/victor-suntik-semangat-zii-jia", "article_title": "Victor suntik semangat Zii Jia", "article_text": "JAMINAN sokongan penajaan jenama Victor perlu dijadikan sebagai penyuntik semangat buat pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk bangkit pada kejohanan akan datang.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sokongan tersebut sudah pasti melegakan pemain berusia 25 tahun itu kerana perjalanan kerjayanya dalam badminton masih panjang dan penuh dengan pelbagai cabaran.Justeru, katanya, Zii Jia kini boleh fokus untuk meningkatkan prestasi tanpa gangguan masalah luar gelanggang termasuk tidak perlu lagi memikirkan soal penajaan.\u201cIa (jaminan tajaan) menjadi penyuntik semangat untuk Zii Jia bangkit kerana perjalanan kerjayanya masih panjang.\u201cZii Jia boleh fokus untuk tingkatkan prestasi dengan jaminan yang diberikan oleh penajanya. Buat waktu ini tidak perlu risau dengan status penajaannya,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Menurut Pekan, reaksi daripada Victor sebagai penaja Zii Jia adalah sesuatu yang positif kerana hubungan mereka masih baru dan saling memerlukan, dan beliau yakin ia juga terkandung dalam syarat penajaan.\u201cSaya pasti hubungan ini adalah untuk jangka panjang atau mempunyai tempoh tertentu yang memberi masa munasabah buat Zii Jia mencapai sasaran yang ditetapkan.\"Kenyataan Victor ini juga mungkin sebagai ingatan kepada Zii Jia untuk terus fokus dan meningkatkan prestasinya dengan segera,\u201d katanya.Beliau mengulas mengenai sokongan yang akan terus diberikan oleh Victor kepada Zii Jia, meskipun juara Asia itu berdepan prestasi tidak menentu.Victor Malaysia menerusi catatan di laman sosial memberi bayangan bahawa syarikat dari Taiwan yang terlibat dalam perniagaan peralatan sukan tersebut akan kekal bersama pemain nombor dua dunia itu.\u201cJika prestasi Zii Jia terus merudum, penaja akan tetap terus memberi sokongan,\u201d ciap Victor Malaysia di Twitter rasmi pada Ahad.Sukan Sinar pada Ahad melaporkan Pekan menasihati Zii Jia untuk menimbang semula keputusannya meneruskan kerjaya badminton tanpa jurulatih.Pekan berkata, jika prestasi pemain nombor satu negara itu terus merudum, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Zii Jia, malah mengundang masalah lain termasuk penaja mungkin menarik diri.Ia berikutan kemerosotan prestasi pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu dalam kejohanan yang disertainya termasuk tersingkir awal pada Terbuka Malaysia 2023.Zii Jia sebelum ini turut dikecewakan apabila tersingkir awal pada edisi 2019 dan 2022 Terbuka Malaysia.Selepas keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari 2022, Zii Jia menandatangani kontrak penajaan bersama Victor.BAM sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Victor dengan menjadi penaja selama enam tahun bermula 2015 hingga 2021.Bagaimanapun jumlah tajaan dan tempoh kontrak Zii Jia dengan syarikat itu tidak didedahkan.Namun difahamkan jumlah tajaan setahun melebihi RM1 juta dengan tempoh kontrak lebih lima tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240899/berita/sukan/thailand-cipta-rekod-raih-gelaran-ketujuh-piala-aff", "article_title": "Thailand cipta rekod raih gelaran ketujuh Piala AFF", "article_text": "THAILAND berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran buat kali ketujuh selepas menundukkan Vietnam 1-0, pada final kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang berlangsung sengit di Stadium Thammasat di Pathum Thani, malam ini.Keputusan itu membolehkan skuad Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking mengesahkan kejuaraan dengan keputusan agregat 3-2, sekali gus melebarkan rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran Piala AFF, selepas memenangi edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020.Pada pertembungan malam ini, Ketua Pasukan Thailand Theerathon Bunmathan meledak gol tunggal perlawanan, yang juga jaringan sulungnya dalam kempen kali ini menerusi rembatan padu kaki kanan dari luar kotak penalti pada minit ke-24, selepas menerima hantaran Adisak Kraisorn.Gol tersebut menambah intensiti perlawanan yang sememangnya tegang sebelum pengendali Vietnam Park Hang Seo melakukan pertukaran awal, dengan membawa masuk pemain sensasi Nguyen Quang Hai menggantikan Nguyen Tuan Anh pada minit ke-36, dalam usaha memburu gol penyamaan.Pham Tuan Hai dan Do Duy Manh turut dibawa masuk Hang Seo pada awal babak kedua menggantikan Phan Van Duc dan Bui Hoang Viet Anh bagi mengubah kedudukan jaringan, bagaimanapun benteng pertahanan Thailand beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri.Penyerang Nguyen Tien Linh terlepas peluang menjaringkan gol penyamaan, apabila percubaannya dari sebelah kiri gawang berjaya diselamatkan penjaga gol Kampon Phatomakkakul pada minit ke-70 sebelum permainan diganggu dengan kecederaan dialami beberapa pemain di padang.Di penghujung perlawanan, Vietnam yang tidak mengalah terlepas beberapa peluang antaranya tandukan Nguyen Thanh Chung yang tersasar pada minit ke-81, sebelum rembatan Quang Hai melewati tiang gol pada masa kecederaan.Thailand yang mengatasi Malaysia pada aksi separuh akhir, terpaksa bermain dengan 10 pemain di saat-saat akhir apabila Peeradol Chamrasamee diarahkan keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua, namun situasi itu tidak membawa perbezaan.Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino turut hadir menyaksikan perlawanan malam ini.Selepas Thailand, Singapura pasukan kedua paling berjaya dengan rekod empat, gelaran diikuti Vietnam (dua) dan Malaysia sekali iaitu pada 2010. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 11:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240888/berita/sukan/skuad-boling-lelaki-negara-cemerlang-di-hong-kong", "article_title": "Skuad boling lelaki negara cemerlang di Hong Kong", "article_text": "SKUAD boling negara terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih pingat emas acara lelaki lima berpasukan, selain menyapu bersih acara All Event lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) pada Isnin.Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong itu, skuad kebangsaan pada mulanya hanya mampu menduduki tempat ketiga bagi blok pertama dalam acara lima berpasukan dengan melakukan 3,607 jatuhan pin.Bagaimanapun, pasukan terdiri daripada Muhammad Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol bangkit merampas tempat pertama pada blok kedua setelah melakukan 7,323 jatuhan pin untuk meraih emas.Keputusan yang diraih skuad kebangsaan itu mengetepikan cabaran pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat kedua dengan 7,079 jatuhan pin dan tempat ketiga dimenangi oleh skuad Korea Selatan dengan catatan 7,044 jatuhan pinDalam pada itu, Muhammad Rafiq turut mencipta sensasi selepas meraih emas acara All Event lelaki dengan membuat jatuhan pin tertinggi 6,128, diikuti rakan sepasukan Timmy yang memenangi perak dengan 6,073 jatuhan pin.Gangsa milik Tun Hakim yang mengumpul 5,954 jatuhan pin, manakala skuad negara turut mengisi kedudukan keempat dan kelima masing-masing menerusi Ahmad Muaz (5,938) dan Syafiq Ridhwan (5,850).Setakat ini, Malaysia berada di kedudukan pertama dalam pungutan pingat keseluruhan dengan memperoleh tiga emas, lima perak dan tiga gangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 08:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240861/berita/sukan/malaysian-tigers-lega-raih-kemenangan-berharga", "article_title": "Malaysian Tigers lega raih kemenangan berharga", "article_text": "SKUAD hoki negara boleh menarik nafas lega apabila meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Chile 3-2 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Rourkela-Bhubaneswar, India pada Isnin.Kemenangan itu membuka peluang buat Malaysian Tigers mencabar kedudukan kedua atau ketiga pada perlawanan terakhir kumpulan menentang New Zealand di Bhubaneswar pada Khamis.Kedudukan itu penting buat pasukan negara untuk membuat perhitungan pada aksi kalah mati bagi meraih slot ke peringkat suku akhir.Bagaimanapun Malaysia yang menghuni ranking ke-11 dunia dipaksa bekerja keras dengan Chile di kedudukan ke-23 dua kali mendahului sebelum memenangi perlawanan yang mendebarkan menerusi jaringan Norsyafiq Sumantri.Kedua-dua pasukan memulakan permainan berhati-hati sebaik aksi bermula dalam saingan yang berlangsung di Stadium Hoki Birsa Munda itu.Chile kemudian mula mencabar benteng skuad Malaysian Tigers menerusi serangan tersusun dan berjaya meraih satu pukulan sudut penalti pada suku pertama, namun gagal menemui sasaran.Bersambung suku kedua, Malaysia berpeluang mendahului menerusi dua pukulan sudut penalti, namun gagal disudahkan dengan baik.Sebaliknya Chile yang membuat serangan balas bernasib baik, apabila kesilapan pemain pertahanan negara memberikan pukulan sudut penalti kepada lawan.Kesempatan itu diterjemahkan dengan baik oleh Juan Amoroso untuk meledak gol pembuka tirai pada minit ke-20.Berselang enam minit skuad bimbingan Arul Selvaraj bangkit menyamakan kedudukan menerusi penalti stroke oleh Razie Rahim.Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila benteng pertahanan negara diperangkap bola hantaran jauh untuk Chile menghasilkan gol padang oleh Martin Rodriguez pada minit ke-29.Memasuki suku ketiga, Malaysia yang mengatur semula gerak serangan memperoleh sembilan pukulan sudut penalti, namun gagal menemui penyudah.Jaringan penyamaan yang diburu akhirnya berjaya digapai menerusi gol padang Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-41.Malaysia kemudian menggandakan asakan dan seminit kemudian buat pertama kali mendahului menerusi gol ketiga Norsyafiq yang membuat susulan hasil pukulan sudut penalti.Menuju penghujung perlawanan Chile yang enggan berputus asa terus mengasak, namun benteng negara ampuh bertahan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 05:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240808/berita/sukan/arsenal-raja-derbi-utara-london", "article_title": "Arsenal Raja Derbi Utara London", "article_text": "MIKEL Arteta memuji kemenangan derbi utara London, Arsenal ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada Isnin.Malah pengendali dari Sepanyol itu menyeru anak buahnya untuk meraikan setiap detik kejayaan tersebut dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris.\u201cSaya sangat gembira kerana dua sebab, satu kerana melihat banyak keazaman, kualiti dan untuk memenangi perlawanan di sini.\u201cSatu lagi kerana kami mempunyai tugasan yang benar-benar istimewa apabila boleh menggembirakan semua. Meraikan kemenangan bersama penyokong adalah perasaan yang hebat saat-saat seperti ini.\u201cYa, ia sangat bagus apabila dapat pergi ke bilik persalinan dan merasai kegembiraan serta kebersamaan di sekeliling pasukan yang cukup bermakna dengan kemenangan ini,\u201d kata Arteta.Gol sendiri Hugo Lloris dan jaringan Martin Odegaard membantu Arsenal melengkapkan kemenangan ke atas Tottenham dengan Gunners menang di tempat lawan di Spurs buat kali pertama dalam liga sejak Mac 2014.Kemenangan itu mencetuskan suasana perayaan luar biasa ketika Gunners memperbaharui pungutan mata kepada 47 daripada 18 perlawanan liga - mata terbanyak yang menangi pada peringkat musim ini dalam sejarah liga kelab tersebut.Pada masa sama Arteta mengakui kemenangan di laman lawan itu secara tidak langsung mengusik emosi pemain dan penyokong The Gunners.\u201cKami tahun kami berada di sini kerana cara bermain secara berkumpulan dan esok perlu cuba melakukan perkara yang sama.\u201cIni (kemenangan) mempunyai ikatan emosi yang besar kerana jelas sekali terdapat sejarah besar antara kedua-dua kelab dan ia amat bermakna bagi kami untuk memenangi perlawanan. (Lapan mata di hadapan) adalah kedudukan yang bagus dan mari kita menikmati setiap detik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 01:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240807/berita/sukan/cabaran-newcastle-united-baru-bermula", "article_title": "Cabaran Newcastle United baru bermula", "article_text": "CABARAN Newcastle United menjadi lebih sukar setelah berada di kedudukan ketiga terbaik apabila mula memasuki separuh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Itu amaran pengendali The Magpies, Eddie Howe kepada pemain Newcastle selepas terpaksa menunggu jaringan minit ke-89, Alexander Isak untuk tiga mata ketika menewaskan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris.\u201cSejujurnya ia adalah separuh pertama musim yang sangat baik untuk kami. Kami telah bertambah baik dari awal musim hingga sekarang. Saya rasa masih ada lagi perkembangan positif dalam pasukan pada masa depan.\u201cSaya sangat gembira dengan komitmen para pemain dan apa yang telah mereka berikan untuk pasukan dan untuk saya dan kelab, menyaksikan kelab berada di kedudukan terbaik.\u201cNamun harus diingatkan bahawa cabaran sukar dan sengit telah pun bermula untuk kelab ini,\u201d kata pengendali berusia 45 tahun tersebut.The Magpies memintas Manchester United di tangga ketiga selepas kemenangan 1-0 ke atas Fulham di Stadium St James Park pada Isnin.Untuk rekod, Newcastle juga mara ke separuh akhir Piala Liga, akan berdepan Southampton dalam perlawanan pertama 25 Januari ini sebelum timbal balik kedua di Stadium St James Park pada 1 Februari.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 01:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240796/berita/sukan/barcelona-julang-piala-super-sepanyol", "article_title": "Barcelona julang Piala Super Sepanyol", "article_text": "PEMAIN remaja, Gavi menjadi duri dalam daging buat Real Madrid apabila membantu Barcelona untuk merangkul Piala Super Sepanyol di Arab Saudi pada Isnin.Pemain berusia 19 tahun itu meledak satu gol dan membuat dua bantuan jaringan untuk membantu Barca menewaskan Madrid 3-1 menerusi aksi hebat menentang pencabar Clasico itu.Dua lagi gol hasil ledakan Robert Lewandowski dan Pedri Gonzalez untuk memberi kejayaan pertama buat jurulatih Xavi Hernandez.Xavi melalui musim yang hebat sebagai pemain di Barca dan kembali ke Camp Nou pada November 2021 sebagai jurulatih.Selepas berbelanja besar pada musim panas, kejayaan berkenaan membawa pasukan itu di landasan sebenar.Gol saguhati Madrid pula dihasilkan Karim Benzema yang gagal mempamerkan watak sebenar selepas rehat Piala Dunia dan mereka ketinggalan tiga mata di belakang Barca dalam saingan La Liga.Pada aksi itu, Xavi menurunkan empat pemain tengah dengan Gavi beraksi di kiri dan sentiasa menyukarkan pertahanan kanan Madrid, Dani Carvajal.\u201cGavi sentiasa menggembirakan kita. Apabila beraksi dia memberikan sepenuhnya jiwa dan raga. Dia mempunyai karektor dan mampu mempengaruhi pasukan. Gavi juga ada kualiti kepimpinan,\u201d ujar Xavi.Kekalahan itu merupakan yang pertama buat jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti dalam aksi final sejak 2014 apabila Los Blancos terpaksa menyerahkan trofi dimenangi mereka kapada Barcelona yang menang Piala Super dengan rekod 14 kali.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 12:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240785/berita/sukan/mbappe-gagal-bantu-psg-raih-kemenangan", "article_title": "Mbappe gagal bantu PSG raih kemenangan", "article_text": "PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe membuat penampilan ke-200 dalam saingan Ligue 1, namun gagal membantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih keputusan positif apabila tewas mengejut 0-1 kepada Rennes pada Isnin.Gol tunggal kapten, Hamari Traore pada minit ke-65 sudah cukup buat Rennes meraih tiga mata berharga untuk mengutip 37 mata dan berada di kedudukan kelima liga.Kekalahan itu hanya memberi kelebihan tiga mata kepada PSG yang mengumpul 47 mata untuk memimpin carta liga dengan pencabar terdekat Lens (44 mata).Mbappe yang masuk sebagai pemain gantian mempersiakan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas melepaskan rembatan, namun dinafikan palang gol dan keputusan kekal hingga tamat masa permainan.Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut PSG di tempat lawan selepas tewas 1-3 berdepan Lens pada Tahun Baharu.PSG melalui 23 perlawanan tanpa kalah sepanjang musim dan kekalahan tersebut membuka peluang kepada pencabar untuk merebut gelaran.Kekalahan tersebut juga mengundang kecewa jurulatih PSG, Christophe Galtier apabila merungut 'tiada langsung pemain dalam kotak penalti' apabila meletakkan Mbappe di bangku simpanan.\"Saya kecewa dengan persembahan kami kerana terlalu mudah melepaskan gol dan tidak mencipta apa-apa,\" katanya.Aksi itu juga adalah kali pertama buat Mbappe, Lionel Messi dan Neymar tampil di padang bersama sejak trio serangan PSG itu kembali daripada Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu.Messi diberikan cuti tambahan selepas membantu Argentina melakar kejayaan memenangi Piala Dunia di Doha.Mbappe pula beraksi dalam dua perlawanan awal bersama PSG selepas Piala Dunia sebelum mengambil cuti untuk ke New York bersama rakan sepasukan, Achraf Hakimi.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 12:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240771/berita/sukan/spurs-pandang-serius-insiden-penyokong-tendang-ramsdale", "article_title": "Spurs pandang serius insiden penyokong tendang Ramsdale", "article_text": "TOTTENHAM Hotspur memandang serius insiden penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale ditendang oleh penyokong selepas The Gunners melakar kemenangan 2-0 pada Isnin.Pengurusan Spurs yang terkejut dengan kejadian itu akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak situasi sama berulang.\"Kami terkejut dengan tingkah laku penyokong yang cuba menyerang penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada penghujung perlawanan.\"Keganasan dalam apa juga bentuk tidak mempunyai tempat dalam bola sepak,\" ujar Spurs dalam satu kenyataan.Kelab juga akan bekerjasama dengan polis untuk menyiasat selain menimbang mengambil tindakan keras termasuk larangan masuk stadium kepada penyokong yang terlibat.\"Kelab sudah menyemak rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk mengenal pasti penyokong terbabit.\"Mereka juga akan bekerjasama dengan polis, Arsenal dan Ramsdale untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya termasuk larangan memasuki stadium Tottenham Hotspur serta-merta,\" katanya.Ramsdale menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Spurs untuk membantu Arsenal mendahului lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).Kejayaan itu juga merupakan kemenangan pertama liga di laman lawan sejak 2014.Terdahulu Ramsdale dilihat bertelagah dengan penyerang Spurs, Richarlison selepas meraikan kemenangan di hadapan gawang golnya selepas tamat perlawanan.Penyokong kemudiannya melompat melepasi papan pengiklanan di tepi padang dan menendang Ramsdale.\"Penyokong Spurs memberikan saya tekanan sejak babak kedua perlawanan ini.\"Saya juga memberikan mereka tekanan. Saya melakukannya sebagai seorang ahli sukan tetapi peminat memberikan saya tumbukan di belakang,\" ujar Ramsdale.Beliau menyifat insiden itu sebagai memalukan kerana ia cuma satu perlawanan bola sepak.\"Kedua-dua barisan pemain cuba membawa saya keluar. Mujur tiada kecederaan serius,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Januari 2023 09:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240749/berita/sukan/beregu-indonesia-sekat-dominasi-china", "article_title": "Beregu Indonesia sekat dominasi China", "article_text": "BEREGU lelaki nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia nyata berada dalam kelas tersendiri untuk menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-18, 18-21, 21-13, pada aksi final Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena.Kemenangan berkenaan menyaksikan naib juara Kejohanan Badminton Dunia 2019 dan 2022, berjaya menyekat dominasi China merangkul kesemua gelaran beregu pada kejohanan itu.Fajar, 27, berkata, kemenangan di pentas Super 1000 buat pertama kali, sangat bermakna buatnya membuktikan mereka layak berada pada ranking teratas dunia, selain meningkatkan keyakinan untuk beraksi di Terbuka India bermula Selasa ini (17 Jan).\"Alhamdulillah bersyukur menang hari ini. Saya rasa pada set ketiga saya cakap pada Muhammad Rian mari lakukan yang terbaik, tidak kira di mana pukulannya kita kejar sahaja. Namun, kami mahu keep humble dengan kemenangan ini.\"Kami juga ucapkan terima kasih kepada semua peminat badminton di Axiata Arena yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Memang sorakan itu menambah semangat ketika kami berdua pamerkan aksi terbaik di dalam gelanggang,\u201d katanya.Pada edisi lepas, Fajar-Muhammad Rian terpaksa berpuas hati di tempat kedua Terbuka Malaysia, selepas dibenam gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 22-24, 21-16, 9-21.Terdahulu, beregu wanita pertama dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan menewaskan pasangan Korea Selatan yang berada pada ranking ke-20 dunia, Baek Ha Na-Lee Yu Lim, 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.Qing Chen, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, bagaimanapun mengakui perhitungan bersama naib juara Terbuka Jepun 2022 itu bukanlah mudah apabila corak permainan pertahanan yang ditonjolkan mereka adalah amat baik.\"Berbanding dengan pemain Korea Selatan yang lebih kepada serangan, mereka (Ha Na-Yu Lim) lebih kepada aksi bertahan yang sangat baik. Lagipun ini sudah kali ketiga kami berjumpa dalam gelanggang jadi sudah agak biasa.\"Kami tidak terlampau memikirkan kepada kemenangan sahaja sebab kami percaya sekiranya seseorang pemain selalu memenangi kejohanan, seseorang itu tidak tahu bagaimana mahu bangkit semula,\u201d katanya menerusi jurubahasa.China turut merangkul gelaran beregu campuran apabila pasangan nombor satu dunianya, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan gandingan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 08:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240736/berita/sukan/yamaguchi-tamat-penantian-55-tahun-jepun", "article_title": "Yamaguchi tamat penantian 55 tahun Jepun", "article_text": "PEMAIN nombor satu dunia, Akane Yamaguchi menamatkan penantian 55 tahun Jepun untuk meraih kembali gelaran juara perseorangan wanita di Terbuka Malaysia 2023 selepas menundukkan wakil Korea Selatan, An Se Young pada Ahad.Kejayaan juara dunia berusia 25 tahun itu menjadikan beliau pemain kedua Jepun yang memenangi gelaran juara selepas bekas juara Sukan Asia, Hiroe Yuki pada 1968.Pada aksi final berlangsung di Axiata Arena hari ini, Yamaguchi yang ketinggalan 12-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 21-19, sebelum menidakkan hasrat Se Young bergelar pemain Korea Selatan pertama melakar sejarah di Terbuka Malaysia dengan kemenangan 21-11.\"Se Young bermain dengan baik di set pertama tapi saya bermain lebih baik untuk mengatasinya pada set kedua dan ketiga kelihatan, dia sudah keletihan.\"Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini, selepas tiada pemain Jepun melakukannya setelah sekian lama. Saya tiada sasaran khusus untuk tahun ini tapi mahu bermain sebaik mungkin,\u201d kata Yamaguchi yang mencipta kemenangan ke-10 selepas 15 pertemuan kedua-dua pemain itu.Yamaguchi membawa pulang hadiah wang tunai AS$87,500, manakala naib juara AS$42,500.Sementara itu, meskipun tidak dapat memenuhi hasrat meraih gelaran juara untuk pemain idolanya, Ratchanok Intanon dari Thailand, Se Young tetap positif untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan hari ini.\"Ini adalah kejohanan pertama untuk tahun ini, walaupun saya tidak menang tapi mara ke final adalah pencapaian yang bagus. Permulaan yang baik untuk tahun ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240735/berita/sukan/flying-sikh-tinggalkan-proton-pilih-perodua-myvi", "article_title": "'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi", "article_text": "LEGENDA rali negara, Karamjit Singh mengucapkan selamat tinggal kepada jenama kereta kesayangannya, Proton dan mengalihkan tumpuan kepada Perodua Myvi, bagi mengharungi saingan perlumbaan musim ini.Pelumba berusia 60 tahun yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' itu berkata, meskipun beliau merupakan peminat tegar Proton, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.Katanya, selepas ini beliau tidak lagi akan berlumba menggunakan kereta Proton Gen2 berusia 16 tahun yang dibelinya pada 2017, serta sudah membelanjakan lebih RM500,000 duit simpanannya bagi tujuan pengubahsuaian.Karamjit\"Lagipun sekarang kereta rali di seluruh dunia sama ada di WRC (World Rally Championship) 1 atau 2 memang kecil, macam saiz Myvi, lagi senang untuk memandu dan beratnya juga kurang. Jadi sebab itu juga saya setuju cuba Myvi, mana tahu Perodua akan sokong kita di masa depan.\"Saya sebenarnya rasa sayang nak bertukar kerana saya peminat Proton sejak tahun 1988, tapi apa boleh buat dia (Proton) memang tak ada bagi sokongan, jadi terpaksa tukar,\u201d katanya pada Majlis Penyampaian Trofi Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia di sini, pada Ahad.Bagi musim 2023, Karamjit bakal mempertahankan gelaran juara kebangsaan pada kejohanan yang dijadual bermula Jun depan, selain bersaing pada Kejuaraan Rali Indonesia dan bercadang bertanding pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC).Justeru, bagi memastikan kereta baharu mengikut spesifikasi perlumbaan antarabangsa, beliau berkata, kos pengubahsuaian ialah antara RM500,000 sehingga RM800,000, menyaksikan jentera itu bakal diubah suai antaranya menggunakan enjin 2.0 liter turbo dan menjadi pacuan empat roda.Proton Gen 2 milik Karamjit yang telah berusia 15 tahun.Kos yang tinggi itu menyaksikan juara kebangsaan 17 kali dan APRC tujuh kali itu, mengharapkan ada pihak daripada kerajaan atau sektor korporat yang akan tampil memberi bantuan.Mengulas lanjut, Karamjit berkata, Proton Gen2 miliknya itu akan disewa kepada pelumba lain untuk digunakan dalam mana-mana perlumbaan, memandangan keadaannya terbukti dalam keadaan baik.\"Kereta ini dah tunjuk prestasinya apabila tahun lepas kita menang banyak perlumbaan di Indonesia dan Malaysia, kiranya saya nak sewa supaya dapat balik sedikit wang yang telah dibelanjakan. Kalau nak jual (sekarang) memang sayang sebab dah belanja banyak selain nilai pasaran yang rendah,\u201d katanya.Sebagai rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 06:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240733/berita/sukan/axelsen-tawan-terbuka-malaysia", "article_title": "Axelsen tawan Terbuka Malaysia", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PEMAIN badminton nombor satu dunia, Viktor Axelsen memulakan kempen musim 2023 dengan baik sama seperti musim lepas, dengan mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia.Axelsen menjadi pemain badmintoJaguh Denmark, Viktor Axelsen menepati ramalan apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, Axelsen yang menduduki ranking pertama dunia menewaskan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka 21-6, 21-15.Kejayaan itu turut menyaksikan Axelsen muncul pemain pertama dari benua Eropah yang berjaya menjuarai Terbuka Malaysia dua kali berturut-turut.Sebaliknya, Naraoka yang menyingkirkan dua wakil negara, Lee Zii Jia di pusingan pertama dan Ng Tze Yong (pusingan kedua), terlepas peluang muncul pemain pertama Jepun muncul juara Terbuka Malaysia.\u201cTiada rahsia untuk memenangi kejohanan ini, saya hanya cuba melakukan yang terbaik apabila setiap kali turun ke gelanggang bermula pusingan pertama.\u201cSejak dahulu lagi kejohanan ini amat dekat dengan saya. Saya gembira apabila sekali lagi dapat memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia,\u201d kata Axelsen sejurus tamat perlawanan.Selaku juara Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf kepada Super 1000 mulai tahun ini, Axelsen membawa pulang ganjaran AS$87,500 (RM379,000), manakala Naraoka meraih AS$42,500 (RM184,000).Terdahulu, beregu campuran dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong menyambar gelaran Terbuka Malaysia kali keempat selepas menewaskan wakil Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11.Beregu wanita nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan turut cemerlang apabila muncul juara apabila menewaskan gandingan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim 21-16, 21-10.Pemain Jepun, Akane Yamaguchi membuktikan statusnya selaku perseorangan wanita nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan selepas menang 12-21, 21-19, 21- 11 ke atas An Se Young dari Korea Selatan.Beregu lelaki nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menutup tirai Terbuka Malaysia 2023 dengan bergaya apabila muncul juara selepas menewaskan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-18, 18-21, 21-13.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 06:02pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240734/berita/sukan/speedy-tigers-tidak-pandang-rendah-chile", "article_title": "Speedy Tigers tidak pandang rendah Chile", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara tidak akan memandang rendah keupayaan pasukan di ranking ke-23 dunia, Chile apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Hoki Piala Dunia di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India pada Isnin.Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman berkata, Speedy Tigers akan memberikan aksi terbaik untuk meraih tiga mata berharga sekali gus menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya.\"Pertemuan dengan Chile kita perlukan kemenangan. Tiga mata amat penting untuk meneruskan aksi ke pusingan seterusnya.\"Walaupun mereka tewas 1-3 kepada New Zealand dalam aksi pertama, kita tidak boleh pandang rendah kepada mereka dan kita perlu berikan aksi terbaik esok,\" katanya.Skuad negara yang berada di ranking ke-11 dunia tewas perlawanan pertama menentang Belanda pada Sabtu perlu mendapat keputusan positif menentang Chile dan New Zealand untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddin mengharapkan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada pasukan negara yang menjadi azimat berguna untuk mengharungi kejohanan mencabar itu.\"Untuk perlawanan menentang Belanda, memang kita tewas 4-0 tetapi banyak perkara positif yang kita dapat dan segala kelemahan akan kita perbaiki.\"Untuk diri saya sendiri, saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan menentang Chile.\"Rakan-rakan sepasukan juga akan berikan yang terbaik kerana kemenangan esok amat penting untuk kita,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 05:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240723/berita/sukan/si-wei-ya-qiong-sahkan-kejuaraan-keempat-terbuka-malaysia", "article_title": "Si Wei-Ya Qiong sahkan kejuaraan keempat Terbuka Malaysia", "article_text": "BEREGU campuran utama dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara Terbuka Malaysia kali keempat berturut-turut di gelanggang bertuah mereka, Axiata Arena pada Ahad.Wakil dari China itu mempertahankan gelaran mereka selepas menundukkan lawan mereka dari Jepun yang juga ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11 dalam pertembungan akhir berlangsung 44 minit.Ya Qiong, 28, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya mencipta kejayaan sulung pada awal musim 2023, dan bertekad mahu mengekalkan momentum atau menyamai pencapaian musim lepas dengan 10 kejuaraan.\"Yuta-Arisa bukan gandingan yang mudah, jadi kami cuba bermain dengan lebih sabar pada set kedua. Saya harap selepas ini, kami akan lebih konsisten (untuk menang kejohanan) dan saya mengakui komunikasi dengan Si Wei adalah penting,\u201d katanya.Si Wei, 25, menyifatkan kejayaan hari ini dapat meningkatkan tahap keyakinan beliau dalam meneruskan usaha mencipta kejayaan di Terbuka India 2023, bermula Selasa ini.Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada edisi 2018, 2019 dan 2022.Kejohanan Terbuka Malaysia dibatalkan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik Covid-19. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 04:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240721/berita/sukan/terkandas-peringkat-awal-tekanan-bukan-alasan", "article_title": "Terkandas peringkat awal, tekanan bukan alasan", "article_text": "TEKANAN tidak boleh diterima sebagai alasan pemain skuad kebangsaan tersingkir awal dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Arena Axiata minggu ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai.Katanya, ada pemain mengatakan mereka tidak lagi seronok bermain badminton kerana berdepan tekanan.\"Kenapa dulu sebelum jadi juara dunia dan pemain di ranking 10 terbaik boleh tangani tekanan?\"Mereka bukan semalam baru masuk ABM, ada yang dah lapan tahun,\u201d katanya pada sidang media di Arena Axiata, pada Ahad.Bagaimanapun Michelle mengakui ia adalah tanggungjawab bersama pemain dan pihak pengurusan ABM untuk mencari jalan mencetuskan kembali perasaan seronok bermain badminton yang diceburi pemain sejak kecil.Dalam Terbuka Malaysia yang dinaikkan status Super 1000 tahun ini, pasukan negara tidak mempunyai wakil ke separuh akhir apabila kesemua pemain terkandas di peringkat awal, termasuklah juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita nombor enam dunia, Pearly Tan-M. Thinaah.Aaron-Wooi Yik, yang turun sebagai pemain di ranking ketiga dunia, tewas kepada gandingan keenam dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua, manakala Pearly-Thinaah terkandas seawal pusingan pertama kepada gandingan adik-beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.Michelle berkata, walaupun para pemain ABM tidak mempunyai isu disiplin seperti masalah dalam latihan atau pulang ke penginapan lewat malam, tetapi disiplin sahaja tidak cukup untuk menjadikan mereka pemain atau beregu yang hebat di dunia.Katanya, beliau sedia mengambil tanggungjawab ke atas prestasi tidak konsisten pemain kebangsaan, tetapi pada masa sama menuntut pemain untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pemain di ranking 10 teratas dunia.\"Kita tidak berhasrat untuk mendenda mereka, ia bukan penyelesaian yang baik. Kita perlu mencari keseimbangan, bagi memastikan pemain seronok bermain. Menangani generasi pemain sekarang tidak sama seperti 10 tahun lepas, kini ia berbeza,\u201d katanya.Michelle turut menjelaskan bahawa pihaknya bukan kecewa kerana pemain yang diletakkan harapan kalah, tetapi kerana mereka gagal menampilkan keupayaan sebenar di Terbuka Malaysia kali ini.Beliau mengakui bahawa tidak boleh mengharapkan pemain menang dalam kesemua aksi kerana rekod menunjukkan pemain di ranking 20 terbaik dunia tewas pada pusingan 32 dan 16 terakhir daripada 40-50 peratus kejohanan yang disertai, kecuali perseorangan lelaki nombor satu dunia Viktor Axelsen yang berada dalam kelas tersendiri.Selain itu, perseorangan lelaki nombor 25 dunia, Ng Tze Yong, 22, hampir mengejutkan pemain nombor tujuh dunia dari Jepun, Kodai Naraoka, namun tewas 21-15, 19-21,15-21 pada pusingan kedua selepas pertarungan lebih 120 minit semalam.Dalam beregu campuran pula, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalah kepada Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis pada suku akhir, manakala Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing tewas kepada bekas juara dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan kedua.\"Kami meletakkan sasaran pusingan kedua bagi Tze Yong tetapi beliau terlepas peluang untuk menewaskan Kodai. Walaupun Tze Yong, tua setahun berbanding Kodai, namun kita mendapati beliau hanya bermain 160 kejohanan, berbanding Kodai yang main lebih 200 dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang mempunyai lebih 400 aksi.\"Jadi kami akan menghantarnya ke lebih banyak kejohanan untuk mendapatkan pengalaman. Bagi beregu campuran, walaupun baru digandingkan, mereka telah tunjukkan aksi yang baik dan bersedia untuk menyerap tekanan,\u201d kata Michelle.Sementara itu, berhubung persiapan ke Paris 2024, beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan para pemain, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara untuk menyediakan diet khas dan sokongan psikologi kepada pemain.Katanya pengorbanan daripada pemain sendiri diperlukan untuk merealisasikan impian pingat emas Olimpik pertama negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 04:36pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240711/berita/sukan/tak-macam-juara-dunia", "article_title": "Tak macam juara dunia", "article_text": "PRESTASI hambar beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 tidak menggambarkan mereka tampil selaku juara dunia.Malah, beregu nombor tiga dunia itu gagal menampilkan aksi terbaik mereka sekalipun mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri di Axiata Arena, Bukit Jalil.Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai berkata, prestasi Aaron-Wooi Yik pada Terbuka Malaysia yang dinaikkan taraf Super 1000 kali ini nyata mengecewakan.\u201cSaya kecewa bukan disebabkan keputusan (kekalahan di pusingan kedua) tetapi kerana mereka tidak tunjukkan tahap sebenar terutamanya sebagai juara dunia.\u201cPermainan mereka tidak sampai tahap sebagai juara dunia. Sebagai juara dunia, Aaron-Wooi Yik harus bersedia ambil tanggungjawab kerana sekarang mereka sudah berada di puncak.\u201cTahun lepas kita mengejar (memburu kejayaan sehingga bergelar juara dunia), sekarang kita sudah capai sasaran dan cari jalan untuk bertahan,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Axiara Arena pada Ahad.Terdahulu, prestasi hambar Aaron-Wooi Yik mendapat kecaman apabila mereka tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 selepas tumbang di tangan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23.Kekalahan itu turut mengundang kecewa Pengarah Kejurulatihan Beregu ABM, Rexy Mainaky yang menyifatkan Aaron-Wooi Yik beraksi menentang Yu Chen-Xuan Yi seolah-olah 'tiada jiwa'.Dalam pada itu, Michelle berkata, beliau mengambil tanggungjawab atas keputusan hambar barisan pemain negara selepas tiada wakil sekurang-kurangnya beraksi di peringkat separuh akhir kali ini.\u201cYa... saya ambil tanggungjawab ini, itu tidak disangkal lagi. Tetapi seperti saya katakan, ABM bukanlah (tempat) hendak bermusuh dengan pemain.\u201cIa bukan pihak pengurusan menentang pemain atau sebaliknya. Kami berada dalam satu kapal yang sama dengan pemain (untuk memburu kejayaan),\u201d jelasnya.Beliau memberitahu, semua pihak baik pemain, jurulatih mahupun pengurusan mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam misi mencipta kejayaan.\u201cApabila pemain tidak memberikan prestasi terbaik, kami perlu ambil tanggungjawab. Jika pemain berjaya memberikan aksi terbaik, pujian harus diberikan kepada mereka,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 03:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240701/berita/sukan/khm-sasar-128-pasukan-sertai-karnival-hoki-5s", "article_title": "KHM sasar 128 pasukan sertai Karnival Hoki 5s", "article_text": "[DIKEMASKINI] KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyasarkan 128 pasukan menyertai Karnival Hoki 5 sebelah (s) yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 11 dan 12 Februari depan.Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s, Hasnizam Hassan berkata, kategori yang akan dipertandingkan ialah untuk pasukan lelaki dan perempuan bawah 11 tahun (B-11) serta bawah 15 tahun (B-15).\"Kita meletakkan sasaran 32 pasukan bagi setiap kategori. Kita akan mula membuka pendafataran untuk karnival ini pada 17 Januari nanti melalui pautan yang akan dikongsikan di FB KHM.\"Karnival ini terbuka kepada semua sekolah, kelab dan persatuan,\" katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi Tinggi dan Hoki 5s pada Ahad.Beliau menjelaskan had kategori umur B-11 dan B-15 dipilih sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelajar di peringkat akar umbi untuk meminati sukan hoki.\"Bagi KHM, kita mahu menjadikan hoki 5s ini sebagai pemangkin kepada hoki 11 sebelah. Dengan cara ini pelajar tersebut akan mengenali hoki dengan lebih awal.\"Seperti kita tahu, hoki 5s ini juga tidak terlalu rumit untuk menguasai peraturan dan undang-undang hoki. Ia secara tidak langsung akan dapat menarik minat di peringkat awal kepada pelajar untuk bermain hoki,\" katanya.Dalam masa sama, beliau berkata langkah penganjuran karnival itu juga mampu membantu masyarakat terutama ibu bapa mengenali sukan hoki.\"Apabila anak bermain hoki, ibu bapa secara tidak langsung akan hadir untuk memberikan sokongan. Maka, dengan langkah pertama ibu bapa itu, akan memastikan mereka terus menyokong pembangunan sukan hoki.\"Sekali gus, apabila pasukan negara bermain hoki, kita mengharapkan stadium akan penuh dengan penyokong seperti sokongan yang diberikan kepada sukan bola sepak dan sebagainya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 02:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240686/berita/sukan/mudryk-sebelah-kaki-berkelana-ke-chelsea", "article_title": "Mudryk 'sebelah kaki' berkelana ke Chelsea", "article_text": "PENYERANG Shakhtar Donetsk, Mykhailo Mudryk 'sebelah kaki' untuk menyertai Chelsea menerusi kontrak selama tujuh tahun yang dianggarkan bernilai 100 juta euro (RM470.32 juta), lapor media Britain.Perkara itu dimaklumkan oleh kelab Ukraine tersebut menerusi satu ciapan di Twitter pada Ahad.\u201cPresiden FC Shakhtar, Rinat Akhmetov dan pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali giat membincangkan perpindahan Mudryk ke Stamford Bridge.\u201cMereka yang terbabit semakin hampir bersetuju dengan perpindahan pemain berkenaan,\u201d ciap Shakhtar.Pemain berusia 22 tahun itu meledak tujuh gol dalam kejuaraan Ukraine musim ini.Chelsea ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris setelah mengutip 25 mata hasil daripada 18 perlawanan.Dalam pada itu, Chelsea dalam satu kenyataan menyebut bahawa mereka sedang 'membincangkan syarat' dengan Shakhtar.\u201cSekiranya perjanjian dipersetujui antara kedua-dua kelab maka pemain antarabangsa Ukraine itu akan membincangkan termaperibadi dengan The Blues sebelum perpindahan tetap,\u201d ujar kenyataan itu.Mudryk sebelum ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.Dia juga boleh beraksi di bahagian sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaik Shakhtar pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 12:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240682/berita/sukan/mexico-didenda-penyokong-hina-poland-ketika-piala-dunia", "article_title": "Mexico didenda penyokong hina Poland ketika Piala Dunia", "article_text": "FIFA bertindak menghukum Persekutuan Bola Sepak Mexico selepas penyokongnya melaungkan sorakan berunsur negatif dalam dua perlawanan Piala Dunia tahun lepas lapor tca/dpa.\"Jawatankuasa Tatatertib FIFA telah mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Mexico (berjumlah US$108,000),\" menurut badan induk antarabangsa bola sepak itu dalam satu kenyataan pada Ahad.Larangan itu berkaitan dengan pelanggaran artikel 13 kod tatatertib pertubuhan itu semasa perlawanan Mexico menentang Poland dan Arab Saudi di Qatar, menurut pegawai.Perkara 13 menyatakan bahawa \"mana-mana individu yang menyinggung maruah atau integriti sesebuah negara, seseorang atau kumpulan melalui perkataan atau tindakan yang menghina, mendiskriminasi atau menghina (dengan apa cara sekalipun) atas sebab... jantina, ketidakupayaan, orientasi seksual... akan dikenakan penggantungan selama sekurang-kurangnya 10 perlawanan atau tempoh tertentu, atau sebarang tindakan tatatertib lain yang dirasakan sesuai.\"Pada 23 November, jawatankuasa disiplin organisasi itu mengumumkan bahawa pihaknya telah \"membuka prosiding terhadap Persekutuan Bola Sepak Mexico kerana laungan penyokongnya\" semasa seri 0-0 menentang Poland.Seminggu kemudian, siasatan kedua dijalankan selepas sorakan oleh penyokong ketika Mexico menang ke atas Arab Saudi 2-1.Persekutuan Bola Sepak Mexico sebelum ini telah dikenakan sekatan disebabkan tingkah laku peminatnya - yang sering melaungkan kata-kata homofobik terhadap penjaga gol pihak lawan semasa perlawanan. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 12:16pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240674/berita/sukan/arsenal-perlu-bijak-atasi-tekanan", "article_title": "Arsenal perlu bijak atasi tekanan", "article_text": "Arsenal perlu bijak menangani tekanan sekiranya mahu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata, cabaran sudah bermula buat Arsenal dalam baki perlawanan musim ini dan mereka perlu berada pada rentak terbaik untuk meraih kejuaraan.Conte yang pernah menjulang kejuaraan EPL pada musim 2016-17 mengetahui ranjau yang bakal dihadapi The Gunners dalam perjalanan mereka menjulang EPL.\"Apabila anda berada di puncak liga, persepsi lawan anda berubah sama sekali. Anda merupakan pasukan terbaik dalam liga. Atas sebab tu, semua orang mahu mengalahkan anda.\"Yang pasti, Arsenal perlu berdepan situasi ini sebagai pilihan untuk menjuarai liga ketika ini kerana mereka berada di tangga teratas. Mereka perlu menunjukkan mereka bagus untuk menghadapi situasi seperti ini,\" katanya.Dalam masa sama, Conte melihat saingan liga kali ini lebih terarah kepada perebutan antara Arsenal dan Manchester City.\"Dalam 10 tahun kebelakangan ini, ia sentiasa sama, antara City, Chelsea dan Liverpool. Mungkin Leicester (City). Kini Arsenal mempunyai peluang besar.\"Saya rasa mereka bermain dengan sangat baik. Sekarang mereka perlu menunjukkan mereka boleh kekal di sana sehingga akhir musim kerana saya pasti Manchester City tidak akan memberi laluan mudah. Saya fikir ia adalah persaingan antara Arsenal dan Manchester City,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 11:29am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240669/berita/sukan/terbuka-malaysia-axelsen-naraoka-buat-perhitungan-akhir", "article_title": "Terbuka Malaysia: Axelsen, Naraoka buat perhitungan akhir", "article_text": "PEMAIN perseorangan nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen kini selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi final di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini, Axelsen dijadualkan menentang Kodai Naraoka yang mengintai peluang menjadi pemain pertama Jepun bergelar juara Terbuka Malaysia.Untuk rekod, Kento Momota hampir memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebelum tumbang di tangan bekas jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018 dan Axelsen (2022).Kali ini, tugas Naraoka tampak sukar memandangkan Axelsen telah memenangi kesemua tiga perlawanan berdepan pemain nombor tujuh dunia itu sebelum ini.Pertemuan kali terakhir kedua-dua pemain itu menyaksikan Naraoka hampir mengejutkan Axelsen sebelum tewas 23-21, 19-21, 18-21 dalam separuh akhir Final Jelajah Dunia BWF bulan lalu.\"Dia (Naraoka) telah menunjukkan peningkatan dalam set kedua tetapi saya mendapat kembali rentak dan saya berpuas hati dengan kemenangan itu (Final Jelajah Dunia).\"Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit (dengan Naraoka) esok. Saya sedang melakukan persiapan untuk satu lagi perlawanan yang hebat esok,\" kata Axelsen kepada pemberita.Sebelum itu, Axelsen melangkah ke pentas final selepas menewaskan seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama 21-7, 21-15 dalam dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.Naraoka pula menempah tiket final apabila menumbangkan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-17, 19-21, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang penuh dramatik.\"Bukan strategi saya untuk bermain dalam perlawanan yang lama tetapi saya terus beraksi (berjuang sehingga tamat perlawanan) kerana saya sememangnya mahukan kemenangan.\"Saya hanya makan nasi dan daging serta mendapatkan rehat secukupnya untuk kekal cergas dalam pertarungan yang lama ini,\" ujar Naraoka, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Remaja 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 10:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240666/berita/sukan/guardiola-tidak-menyesal-tewas-kepada-united", "article_title": "Guardiola tidak menyesal tewas kepada United", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak menyesal tewas 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.Menurutnya, City bermain lebih baik berbanding United dan menegaskan saingan EPL masih panjang untuk pasukannya meraih lebih banyak kemenangan.\"Tahniah kepada United. Orang ramai akan faham betapa bagusnya Manchester City. Ia adalah perlawanan yang hebat.\"Kami mengawal permainan dengan lebih baik pada separuh masa kedua menentang Rashford dan pemain mereka yang pantas. Kami mempunyai semangat yang betul untuk melakukannya.\"Kami perlu memperbaiki situasi apabila kami melepaskan gol. Jurang antara gol pertama dan kedua terlalu rapat.\"Secara umumnya saya tidak menyesal. Saya tidak kisah jika kami tidak memenangi Piala EFL atau Liga Perdana, tetapi kami akan cuba.\"Terdapat banyak mata untuk dimenangi selepas ini. Kami sentiasa bermain dalam perlawanan seperti ini dan dalam perlawanan lain kami sedikit bergelut,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Jack Grealish meletakkan City di hadapan pada minit ke-60, namun United menyamakan kedudukan dengan gol kontroversi Bruno Fernandes pada minit ke-78.The Red Devils memperoleh gol kemenangan empat minit kemudian menerusi Marcus Rashford.Dalam pada itu, Guardiola mendakwa gol penyamaan itu disahkan oleh pengadil kerana faktor perlawanan itu berlangsung di laman United.\"Marcus Rashford ofsaid, Bruno Fernandes tidak. Rashford mengalih perhatian penjaga gol dan pertahanan tengah kami. Itulah keadaannya. Kami tahu di mana kami bermain. Ia sukar untuk pengadil apabila perlawanan berlangsung di stadium ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240664/berita/sukan/united-belum-fikir-juara-epl", "article_title": "United belum fikir juara EPL", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag tidak mahu memikirkan peluang mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang ke atas Manchester City 2-1 dalam aksi di Old Trafford pada Sabtu.Kemenangan menerusi gol daripada Bruno Fernandes dan Marcus Rashford itu mengecilkan ruang pasukan itu dengan City yang berkelebihan satu mata di kedudukan kedua.United juga berada enam mata di belakang pendahulu Arsenal, namun Ten Hag enggan membincangkan tentang peluang pasukannya menang EPL.\"Peminat mungkin telah menanam impian, tetapi kami tidak. Kami perlu terus berpijak di bumi yang nyata dan kemudian memperbaiki permainan,\" katanya.Menurutnya, walaupun berjaya menewaskan City namun Ten Hag kecewa kerana pasukannya membiarkan lawan pada separuh masa kedua.\"Ia tidak boleh berlaku bahawa selepas separuh masa kami kehilangan begitu banyak kawalan permainan.\"Apabila kami melakukan perkara dan peraturan yang betul, kami berjaya mengawal perlawanan dan melakukan perkara yang sama seperti separuh masa pertama,\" katanya.United telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan setakat ini.\"Kami sering bercakap tentang pasukan, pembangunan dan taktikal tetapi salah satu tugas utama pengurus adalah untuk bekerja pada mentaliti pasukan dan mentaliti ini mempunyai banyak elemen.\"Saya rasa kami juga mempunyai pemain di atas padang yang berpengalaman dan tahu bahawa satu ketika perlawanan boleh berubah. Saya fikir kami lebih mampu menangani situasi sebegitu berbanding beberapa bulan lalu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 09:57am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240654/berita/sukan/misi-serampang-dua-mata-honda-yuzy-estremo-team", "article_title": "Misi serampang dua mata Honda Yuzy Estremo Team", "article_text": "PASUKAN Honda Yuzy Estremo Team memiliki misi serampang dua mata pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2023 yang menyingkap tirai hujung Februari ini.Prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pasukan yang sebelum ini dikenali Yuzy Racing mengintai peluang untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan kelas CP150 menerusi pelumba sensasinya Azroy Hakeem Anuar dan muncul juara keseluruhan bagi kategori pasukan selepas menamatkan saingan musim lepas di tempat ketiga.\u201cYa, pasukan sebelum ini mendapat kedudukan nombor dua (CP150) selama dua tahun pada 2019 dan 2020, 2021 kita menjadi juara dan pada 2022 kita naib juara.\u201c2023 sudah pasti kita akan bagi saingan sengit selepas pada 2021 kita muncul juara bersama Azroy dan tahun ini sasarannya Azroy menjadi juara dan kita nak jadi juara pasukan,\u201d katanya selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan penaja pasukan pada Sabtu.Honda Yuzy Estremo Team turut mempertaruhkan Shahrol Syazras yang juga anak Shahrol Yuzy dan Md Idlan Haqimi Raduan bagi kelas CP150 selain Azroy Hakeem dalam saingan perlumbaan musim ini.Pada masa sama, bekas pelumba negara dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kelas 250cc itu juga berkata, pasukan juga bercadang untuk membuat kemunculan semula di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 selepas pandemik Covid-19.Keputusan itu menyaksikan Azroy Hakeem akan beraksi dalam kelas 600cc sementara Shahrol Syazras akan bergandingan bersama pelumba baharu pasukan Haziq Hamdan bagi kategori Underbone 150cc.\u201cAntara perkara yang membanggakan sepanjang bergelar pelumba dan pemilik pasukan apabila anak saya kini turut mengikut jejak langkah saya dan berada bersama-sama di dalam pasukan.\u201cSelepas beberapa musim, saya percaya dia semakin matang dan mampu untuk menggalas tanggungjawab,\u201d katanya.Sebelum itu, majlis pada Sabtu menyaksikan pasukan itu mengumumkan syarikat minyak pelincir tempatan, Estremo sebagai penaja utama bermula 2023 hingga 2025.INFOHonda Yuzy Estremo Team akan memulakan saingan 10 perlumbaan musim ini pada pusingan pertama yang dijadual berlangsung di Litar Sepang (utara) pada 25 dan 26 Februari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 07:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240653/berita/sukan/golf-amal-yayasan-islam-darul-ehsan-kumpul-dana-rm400000", "article_title": "Golf amal Yayasan Islam Darul Ehsan kumpul dana RM400,000", "article_text": "SEBANYAK RM400,000 berjaya dikumpul sempena Kejohanan Golf Amal (KGA) 2023 anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada Sabtu.Penganjuran kejohanan edisi keempat itu untuk mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah dan bagi merealisasikan hasrat YIDE untuk menguruskan sebuah kompleks anak yatim sendiri.Pada kejohanan itu, YIDE turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang termasuk Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. yang menyumbang RM212,000 untul Program Kembali ke Sekolah.Pengerusi YIDE Tan Sri Mazlan Mansor berkata, kejohanan tersebut disertai 128 pemain golf terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, syarikat-syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) dan orang awam.\"KGA YIDE 2023 tahun ini mendapat penyertaan yang sangat memberangsangkan.\"YIDE juga mengharapkan syarikat-syarikat yang telah menyalurkan sumbangan pada hari ini (Sabtu) dan GLC di Selangor dapat terus menyumbang kepada YIDE pada masa akan datang,\" katanya.Kejohanan itu dihadiri Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Orang Besar Istana,merangkap Anggota MAIS, Datuk Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah.Turut hadir Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar.KGA YIDE telah memasuki edisi keempat bermula pada tahun 2015, 2018 dan 2019.Pelancaran tabung khas Pembangunan Kompleks Anak Yatim Pulau Indah telah disempurnakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Ogos 2019.Penyumbang untuk Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah terdiri daripada Northport (Malaysia) Bhd yang menyumbang sebanyak RM30,000.Turut menyumbang sebanyak RM10,000 ialah RMS Synergy Sdn Bhd,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Original Kayu Nasi Kandar, Pancar Bakti Sdn. Bhd. dan Omnix (M) Sdn. Bhd.Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pula menyumbang sebanyak RM7,000.Sumbangan sebanyak RM5,000 pula disumbangkan oleh syarikat OSG Security, Aiman Platanium Sdn. Bhd., Suasa Efektif Sdn. Bhd., MEP Meeting & Exhibition Planners Sdn. Bhd., Menteri Besar Selangor (Incorporated) dan Tetuan Khamdan & Co.Sinar Harian pula merupakan rakan media KGA YIDE 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240649/berita/sukan/kerjaya-zii-jia-di-ambang-bahaya", "article_title": "Kerjaya Zii Jia di ambang bahaya", "article_text": "KETIKA jaguh badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selesa tanpa bimbingan jurulatih, namun bagi mengharungi pengembaraan yang masih panjang dalam sukan itu, keputusan tersebut wajar difikirkan semula.Ramai pemerhati dan peminat melihat Zii Jia yang tewas seawal pusingan pertama kepada pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka pada Terbuka Malaysia 2022 sebagai 'hilang arah'.Justeru penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli menasihati pemain itu agar menimbang semula keputusan itu demi masa depannya.Beliau berkata, jika prestasi terus merudum, ia bukan sahaja memberi tekanan kepadanya, malah boleh mengundang masalah lain termasuk penaja mungkin menarik diri.\u201cSaya tidak pasti adakah ia berpunca kerana masalah kewangan atau isu lain, tetapi kita sudah nampak implikasinya. Nasihat saya, Zii Jia perlu bertindak segera sebelum terlambat kerana kariernya kini dalam bahaya.\u201cZii Jia kena ingat, jika prestasinya terus merudum dan tidak mencapai keputusan diharapkan, ia bukan sahaja akan memberi tekanan ke atas dirinya malah penaja juga mungkin akan menarik diri.\u201cJika ini berlaku, Zii Jia akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kariernya. Ia juga boleh menjejaskan peluang Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2024 kerana setakat ini dia adalah sandaran terbaiksukan badminton,\u201d katanya.Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu tahun ini.Susulan kekalahan tersebut pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.Sebaliknya, Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.Menurut Pekan, bagi pemain yang mahu bergelar profesional perlu memiliki pasukan yang lengkap bukan sahaja jurulatih malah melibatkan individu lain termasuk pengurus, jurulatih kecergasan dan psikologi.Katanya, selain jurulatih, pakar analisis juga penting bagi membantu pemain untuk mengenal pasti prestasi mereka, selain menilai kelemahan serta kelebihan pihak lawan.\"Siapa yang nampak kelemahan ketika dalam permainan, apa nasihat yang perlu diberikan dan adakah kita sudah benar-benar bersedia daripada segi mental dan fizikal. Kesemua ini perlukan nasihat dari jurulatih dan pakar.\"Bagaimana dengan jadual latihan, pra pertandingan, sewaktu kejohanan dan jangkaan puncak prestasi. Jadi pemain profesional bukan sekadar susun jadual pertandingan, tempah tiket dan main sana sini, tetapi banyak lagi faktor pelengkap yg membezakan antara seorang pemain profesional dan amatur,\"katanya.Tambah beliau, apabila bergelar profesional usaha yang perlu dilakukan berlipat kali ganda berbanding pemain amatur kerana ia melibatkan periuk nasi dan kelangsungan kerjaya tersebut untuk jangka pendek dan panjang.\"Adakah pemain itu mahu cemerlang dan jadi juara dunia atau pemain profesional biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan tenggelam serta dilupakan, segalanya terletak pada kesungguhan diri sendiri. 'Tepuk dada tanya selera',\" katanya.Zii Jia ketika ini menjadikan pemain, Liew Darren sebagai rakan sepelatih di samping mengekalkan kakaknya, Lee Zii Yii sebagai pengurus, Sandra Fiedler (fisioterapi) dan jurulatih kecergasan, Lim Joe Heang.Pekan berkata, sekiranya tidak ada lagi jalan keluar, Zii Jia tidak harus berasa malu untuk berpatah balik ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\u201cIa mungkin jalan terakhir yang perlu dilakukan oleh Zii Jia jika tidak ada lagi pilihan. Buat masa ini, masih belum terlambat untuk dia memperbaiki apa saja kekurangan dan perbetulkan apa yang tak betul.\"Jadilah pemain profesional dalam erti kata sebenar,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240647/berita/sukan/terbuka-malaysia-naraoka-selangkah-cipta-sejarah", "article_title": "Terbuka Malaysia: Naraoka selangkah cipta sejarah", "article_text": "PEMAIN nombor tujuh dunia, Kodai Naraoka tinggal selangkah lagi untuk menjadi wakil pertama Jepun berpeluang merangkul gelaran juara perseorangan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di sini.Bagaimanapun, untuk memperolehnya pemain berusia 21 tahun itu perlu menewaskan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam final kejohanan Super 1000 di Arena Axiata pada Ahad.Naraoka, pemenang pingat gangsa Olimpik Remaja 2018 beraksi dalam satu daripada perlawanan badminton paling lama dalam sejarah selepas mengambil masa 113 minit (satu jam 35 minit) untuk menewaskan wakil Thailand Kunlavut Vitidsarn 21-17, 19-21, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir yang dikenali sebagai \"Pertarungan Bintang Meningkat Naik\u201d pada Sabtu.Untuk rekod, perlawanan badminton paling lama pernah direkodkan ialah semasa separuh akhir beregu wanita Kejohanan Badminton Asia 2016 antara wakil Jepun Kurumi Yonao-Naoko Fukuman dengan beregu Indonesia Greysia Polii-Nitya Krishinda Maheswari yang mengambil masa selama 161 minit.Sementara itu, perlawanan perseorangan lelaki paling lama ialah antara pemain Denmark, Peter Rasmussen yang menewaskan wakil China Sun Jun dalam final Kejohanan Dunia 1997 di Glasgow yang berakhir selepas 124 minit.Perlawanan separuh akhir antara Naraoka dan Kunlavut pada Sabtu amat sengit tetapi wakil Jepun itu muncul sebagai pemenang biarpun ini merupakan kali keempat beliau terpaksa bermain dalam set penentuan berturut-turut.Beliau sebelum ini menyingkirkan pemain negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masing-masing dalam pusingan pertama dan kedua sebelum menewaskan HS Prannoy dari India dalam aksi suku akhir semalam dengan kesemua perlawanan ditentukan menerusi set penentuan yang memakan masa keseluruhan 362 minit di gelanggang.\"Bukan strategi saya untuk bermain dalam perlawanan yang lama tetapi saya terus beraksi (berjuang sehingga tamat permainan) kerana saya sememangnya mahukan kemenangan. Memakan banyak nasi dan daging serta mendapatkan rehat secukupnya membantu saya untuk kekal cergas dalam pertarungan yang lama ini.Baru-baru ini (sepanjang 2022), tiada pemain Jepun yang berjaya menewaskan Axelsen. Sejujurnya saya mahu menang tetapi saya pasti ia merupakan pertarungan yang sukar,\u201d kata Naraoka.Axelsen memenangi kesemua tiga perlawanan berhadapan Naraoka tetapi pemain Jepun itu hampir mengejutkan jaguh Denmark itu dalam pertemuan akhir mereka sebelum tewas 23-21, 19-21, 18-21 dalam pertarungan epik selama 83 minit semasa aksi separuh akhir Final Jelajah Dunia bulan lepas.Sementara itu, Axelsen mempamerkan kehebatannya dengan menundukkan seorang lagi pemain Jepun, Kanta Tsuneyama - 21-7, 21-15 dalam masa 46 minit dalam satu lagi aksi separuh akhir.\"Saya rasa selesa dan bagus. Beliau menunjukkan peningkatan dalam set kedua tetapi saya mendapat kembali rentak dan saya berpuas hati dengan kemenangan saya.Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit (dengan Naraoka). Kali terakhir kami bertemu ia sangat mencabar dan saya sedang melakukan persiapan untuk satu lagi perlawanan yang hebat esok,\u201d kata Axelsen.Bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota hampir memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia dua kali sebelum ditewaskan oleh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei pada 2018 dan Axelsen pada 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Januari 2023 12:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240641/berita/sukan/arul-mahu-malaysian-tigers-bangkit-berdepan-chile", "article_title": "Arul mahu Malaysian Tigers bangkit berdepan Chile", "article_text": "PENGENDALIskuad hoki negara, Arul Selvaraj mengakui berdepan Belanda selaku gergasi hoki dunia bukan tugas mudah apabila Malaysian Tigers menyingkap tirai Kumpulan C Piala Dunia 2023 dengan kekalahan 0-4.Namun katanya, para pemain Malaysian Tigers tampil positif apabila berjaya menerapkan taktikal direncana biarpun masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki.\u201cSedikit sebanyak penambahbaikan yang kita perlu daripada perlawanan ini ialah dari (aspek) kesilapan individu.\u201cIndividu itu mesti ambil tanggungjawab untuk memperbaikinya, kadang-kadang kesilapan berlaku kerana tekanan kepada pemain dan kurang sokongan daripada rakan sepasukan di padang.\u201cUntuk lawan Chile, kita sudah tentu akan ubah sedikit corak permainan untuk kita keluar (beraksi) dan capai kemenangan dalam perlawanan kedua,\u201d katanya.Pada perlawanan di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India itu, Belanda pasukan di ranking ketiga dunia, ternyata berada dalam kelas tersendiri menerusi kepantasan dan keupayaan teknikal dimiliki barisan pemain.Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman bertindak cemerlang menyelamatkan gawang daripada beberapa percubaan berbahaya Belanda sebelum akhirnya bolos selepas Thijs Van Dam meledak gol padang pada minit ke-20 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan negara.Empat minit berselang, gawang skuad bimbingan A Arul Selvaraj dibolosi kali kedua apabila Jip Janssen tenang menyempurnakan pukulan penalti selepas kekasaran dilakukan Muhammad Amirul Hamizan Azhar terhadap Jonas de Geus.Malaysia berpeluang untuk merapatkan kedudukan, namun pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-28 berjaya ditepis penjaga gol Pirmin Blaak.Ketika pasukan negara sedang memburu jaringan, Belanda bijak menghidu ruang dan peluang untuk melebarkan penguasaan selepas Teun Beins menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-48.Kelalaian benteng pertahanan negara terus dihukum Belanda selepas Jorrit Croon mudah menolak bola masuk pada penghujung aksi sekali gus membantu pasukan meraih permulaan sempurna.Malaysia, yang menghuni ranking ke-11 dunia, dijadual berdepan Chile (ke-22 dunia) Isnin ini di venue sama sebelum mengharungi aksi terakhir kumpulan menentang pasukan nombor sembilan dunia, New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, Khamis depan.Belanda kini menerajui carta Kumpulan C berkongsi tiga mata bersama New Zealand di tempat kedua selepas turut merakam kemenangan 3-1 ke atas Chile pada satu lagi aksi hari ini.INFOJuara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 10:48pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240640/berita/sukan/manchester-united-raja-derbi-manchester", "article_title": "Manchester United Raja Derbi Manchester", "article_text": "MARCUS Rashford muncul wira Manchester United apabila jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Sabtu.Kemenangan ke-12 liga dalam aksi Derbi Manchester itu selepas mengharungi 18 perlawanan membolehkan skuad kendalian Erik Ten Hag itu menghimpit rapat City di kedudukan kedua dengan 38 mata.Sementara kekalahan ketiga liga selepas 18 perlawanan itu menyaksikan anak buah Pep Guardiola kekal di tangga kedua dengan 39 mata.Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan yang tampil dengan aksi bertenaga gagal memecah kebuntuan apabila menuju ke bilik persalinan dengan terikat tanpa jaringan.Babak kedua City terlebih dulu di depan hasil jaringan pemain gantian Jack Grealish minit ke-60 bagi mendahului 1-0.Gol itu ternyata membangkitkan semangat juang para pemain The Red Devils apabila menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes minit ke-78 sebelum ledakan minit ke-82 Rashford menoktahkan kemenangan tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 10:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240633/berita/sukan/trio-boling-lelaki-negara-padu-di-atbc", "article_title": "Trio boling lelaki negara padu di ATBC", "article_text": "SKUAD boling lelaki negara mempamerkan persembahan bertenaga apabila mengungguli acara trio pada Kejohanan Boling Tenpin Asia (ATBC) ke-26.Pada aksi di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong itu, trio dibarisi Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mempamerkan aksi cemerlang selepas melakukan 4,677 jatuhan pin.Keputusan itu menyaksikan pasukan negara meninggalkan trio Korea Selatan dibarisi Park Donghyuk, Park Geonha dan Ji Geun yang mencatat 3,661 jatuhan pin.Satu lagi trio negara dibarisi Syazirol Shamsudin, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Syafiq Ridhwan Abdul Malik pula dipisahkan dengan 44 jatuhan pin dengan wakil Korea Selatan itu, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.Sementara itu, hasrat skuad boling wanita negara mempertahankan pingat emas acara sama tidak kesampaian selepas gandingan dibarisi Gillian Lim, Nora Lyana Nastasia Norkamal dan Puteri Nurul Dini Faudzi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 4,255 jatuhan pin.Kategori itu diungguli trio Singapura mengungguli acara berkenaan selepas melakukan 4,463 jatuhan pin sementara pingat gangsa milik pasukan Korea Selatan yang mencatat 4,218 jatuhan pin.Untuk rekod, Malaysia muncul juara keseluruhan selepas memenangi enam pingat emas, satu perak dan empat gangsa pada edisi ATBC 2019 di Kuwait.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 09:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240618/berita/sukan/juara-bertahan-apriyanti-siti-fadia-tarik-diri", "article_title": "Juara bertahan Apriyanti-Siti Fadia tarik diri", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Kecederaan buku lali kanan memaksa juara bertahan dari Indonesia, Siti Fadia Silva Ramadhanti mengakhiri perjuangannya bersama Apriyani Rahayu pada pusingan separuh akhir beregu wanita di Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Sabtu.Apriyani, 24, dan Siti Fadia, 22, memberi laluan mudah buat pasangan ranking pertama dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China 21-9 pada set pertama sebelum Siti Fadia terjatuh ketika ketinggalan 2-0 pada set kedua, seterusnya menarik diri selepas 33 minit beraksi.\"Saya juga terkejut semasa set kedua, bola itu tidak susah cuma Siti Fadia tidak tahu mahu lepas atau ambil pukulan itu, jadi dia salah landing. Jadi saya kata kalau boleh (teruskan) ayuh, kalau tidak pun tiada masalah sebab dia yang tahu level kesakitan itu.\"Siti Fadia cedera di bahagian buku lali, jadi kemungkinan tidak parah. Kebiasaannya pemulihan di bahagian situ (buku lali) cepat sembuh dan sekiranya sempat kita akan pergi ke Terbuka India 2023, kalau tidak sempat sembuh jadi tidak akan pergi,\u201d kata Apriyani.Penarikan diri berkenaan menyaksikan pasangan China akan turun melakukan perhitungan bersama beregu Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim di pentas final pada Ahad.Gandingan di ranking ke-20 dunia dari Korea Selatan itu telah melakukan kejutan apabila mengecewakan pemain keempat dunia Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China 21-17, 23-21 dalam perlawanan berlangsung 72 minit.Ha Na, 22, berkata, mereka sudah bersedia fizikal dan mental untuk bermain dalam set penentuan namun berpuas hati kerana dapat melakukan pukulan berkualiti sekali gus menoktahkan kemenangan dengan set mudah.\"Dari segi keyakinan kami semakin baik, dan esok, kami berharap dapat melakukan lebih serangan memandangkan ia bukan perlawanan mudah. Kami mahu bermain tanpa rasa kesal,\u201d katanya.Sementara itu, gandingan beregu lelaki China, Liang Wei Keng-Wang Chang nyata berada dalam kelas tersendiri apabila mampu menundukkan pilihan ketujuh kejohanan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 21-16, 11-21, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 64 minit.Pasangan yang berada pada ranking ke-17 dunia itu akan membuat perhitungan bersama naib juara Terbuka Malaysia 2022, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, selepas mereka berjaya menewaskan gandingan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, 21-18, 21-17. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 07:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240615/berita/sukan/malaysia-beri-saingan-sengit-sebelum-tewas-kepada-belanda", "article_title": "Malaysia beri saingan sengit sebelum tewas kepada Belanda", "article_text": "SKUAD hoki negara meraih pengalaman berharga biarpun tewas 0-4 kepada juara tiga kali, Belanda dalam aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India pada Sabtu.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Birsa Munda itu, Belanda yang menghuni ranking ketiga dunia membuka tirai jaringan menerusi gol padang Thijs Van Dam pada minit ke-20.Tersentak jaringan itu, Speedy Tigers cuba menyusun semula gerak, namun dikejutkan dengan gol kedua Belanda menerusi penalti stroke yang mudah disudahkan Jip Janssen mini ke-24.Malaysia yang menghuni kedudukan ke-11 dunia memperoleh tiga pukul sudut penalti, namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.Bersambung babak kedua, Belanda menokok jaringan ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Teun Beins pada minit ke-48.Ketika permainan menuju ke penghujung, Belanda menambah jaringan keempat menerusi gol padang Jorrit Croon.Pada edisi 2018, Malaysia tewas 0-7 kepada Belanda.Justeru, banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukan jurulatih, Arul Selvaraj menjelang perlawanan kedua yang menjadi misi wajib menang untuk Speedy Tigers pergi lebih jauh pada kejohanan kali ini.Selepas aksi menentang Belanda, skuad negara akan bertemu Chile di venue sama pada Isnin sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar dua hari selepas itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 07:09pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240606/berita/sukan/hari-suram-kem-malaysia", "article_title": "Hari suram kem Malaysia", "article_text": "SAINGAN separuh akhir kejohanan badminton berstatus Super 1000 - Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu berlangsung agak suram.Ia berikutan tiada lagi kelibat wakil Malaysia apabila seorang demi seorang tumbang di hadapan penyokong sendiri bermula seawal pusingan pertama pada Selasa lalu.Terbaharu, dua wakil - beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila langkah mereka tersekat di peringkat suku akhir pada Jumaat.Keputusan itu nyata mengecewakan peminat badminton tempatan yang mengharapkan ada wakil Malaysia untuk layak sekurang-kurangnya di pentas separuh akhir.Malah, prestasi longlai barisan pemain negara pada kejohanan kali ini yang dinaik taraf daripada Super 750 turut mengundang perhatian bekas jaguh beregu, Koo Kien Keat.\u201cSepatutnya pemain-pemain negara mengambil peluang beraksi di tempat sendiri bagi memburu kejayaan kerana mereka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.\u201cBerbeza dengan beberapa tahun lalu, sokongan penyokong sekarang sudah berbeza, ketika (pemain negara) ketinggalan pun mereka tetap memberi sokongan padu.\u201cJadi mereka (pemain negara) perlu mengambil peluang seperti ini, jadikan sokongan padu itu sebagai motivasi untuk mencipta kemenangan,\u201d katanya kepada pemberita di Axiata Arena pada Sabtu.Ditanya mengenai status kejohanan yang baru dinaikkan tahun ini sehingga memberi tekanan kepada pemain, Kien Keat berkata: \u201cTak kira Super 1000, 750, 500 atau apa sekalipun, pemain itu harus mempunyai watak juara.\u201cJika mahu layak (ke Sukan Olimpik), mereka perlu buru kejuaraan tidak kira berstatus 100, 500, 750, 1000 kerana juara sebenar boleh menang dengan sesiapa sahaja,\u201d ujarnya.Malah, Kien Keat berkata, setiap pemain juga perlu menjadikan hadiah wang kemenangan yang meningkat dua hingga tiga kali ganda sebagai motivasi mencipta kejayaan.\u201cBerdasarkan situasi yang berlaku pada kejohanan kali ini, saya rasa pemain-pemain perlu mengubah mentaliti mereka untuk menjadi seorang juara,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 06:25pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240597/berita/sukan/terengganu-fokus-bangunkan-sukan-pelayaran-oku", "article_title": "Terengganu fokus bangunkan sukan pelayaran OKU", "article_text": "TERENGGANU memberi fokus dalam membangunkan sukan pelayaran orang kurang upaya (OKU) bagi meningkatkan kualiti dan melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang.Program pembangunan sukan pelayaran negeri Terengganu terbukti melalui kejayaan demi kejayaan yang dilakar atlet kelahiran negeri itu sama ada di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu, Ibni Amin Busu berkata, prospek podium bagi acara sukan pelayaran di peringkat antarabangsa khususnya di pentas kejohanan Asia mahupun pentas tertinggi dunia Paralimpik mampu meletakkan pasukan itu berada dalam kelas tersendiri untuk digilap lebih awal.Atlet kurang upaya bagi kategori bot Hansaa Access 2.3 berlatih di Pusat Latihan Sukan Pelayaran Terengganu, Pulau Duyong, di Kuala Terengganu.Beliau memberitahu, sehingga kini 10 atlet OKU telah memulakan program latihan bot Hansaa Access 2.3 serta aktif menyertai beberapa kejohanan domestik sejak tahun lalu.\"Hala tuju pembangunan sukan pelayaran melibatkan atlet kurang upaya ini bakal mempunyai masa depan yang lebih cerah sekiranya ia kembali dipertandingkan di pentas Sukan Para Malaysia (Para SUKMA).\u201cSelain itu, ia secara tidak langsung menjadi tanggungjawab sosial kami untuk memberi peluang dan ruang kepada golongan ini untuk menceburi sukan berkenaan,\"kata bekas pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) itu.Beliau berkata, ia seiring dengan objektif penganjuran Para SUKMA untuk melahirkan atlet-atlet berkualiti bagi mewakili negara ke pentas lebih tinggi seperti Sukan Asia mahupun Paralimpik yang menjadi pentas tertinggi buat mereka.\u201cKita tidak boleh menafikan keupayaan mereka kerana mereka mampu digilap untuk menjadi atlet-atlet bertaraf profesional, cuma kita perlu memberi peluang dan ruang sama rata buat mereka khususnya penglibatan dalam sebarang kejohanan-kejohanan yang berlangsung khususnya dalam negara.\u201cBegitu juga buat buat kami di Terengganu untuk menganjurkan beberapa kejohanan di sini setelah memulakan program pendedahan sukan pelayaran kepada mereka.\u201cSebab itulah kami perlu sentiasa merangka untuk penambahbaikan dalam perlaksanaan program pembangunan sukan pelayaran secara komprehensif termasuk program kejurulatihan supaya lebih ramai yang terlibat,\" ujarnya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.Menurut Ibni Amin, apa yang diusahakan itu sebagai penanda aras buat pasukan pelayaran Terengganu untuk terus melahirkan atlet-atlet berkualiti yang sentiasa bersedia untuk menyertai sebarang kejohanan termasuk kem latihan kebangsaan.Dalam perkembangan sama, katanya, kalendar sukan pelayaran Terengganu tahun ini dimeriahkan dengan penganjuran empat siri perlumbaan yang akan mempertaruhkan lima kategori termasuk Hansaa Access 2.3 bagi atlet kurang upaya.Kata beliau, perlumbaan itu akan berlangsung di perairan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu dan Tasik Puteri di Dungun.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 05:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240566/berita/sukan/harrif-tekad-buru-lebih-banyak-kejayaan-musim-ini", "article_title": "Harrif tekad buru lebih banyak kejayaan musim ini", "article_text": "PAKAR pecut pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh bertekad memburu lebih banyak kejayaan pada musim ini.Malah pelumba berusia 35 tahun itu terus memasang impian untuk memenangi sebanyak mungkin podium bermula dengan perlumbaan pertama di Arab Saudi bulan depan, selepas mencipta sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia yang memenangi siri perlumbaan Jelajah Eropah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Turkiye tahun lalu.\u201cSemestinya saingan tahun ini lebih mencabar dengan jumlah perlumbaan yang lebih banyak dan bertaraf 2.1 dan 2.Pro.\u201cTetapi ia sebenarnya membuatkan saya semakin bersemangat untuk mencipta lebih banyak kemenangan bersama rakan sepasukan yang ramai juga muka-muka baharu,\u201d katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan pelumba dan penaja di sini, baru-baru ini.Mohd Harrif berkata, walaupun abangnya, Zamri sudah tidak berada dalam pasukan kerana dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih Akademi TSG, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan bersama pasukan itu.\u201cMungkin akan terasa sedikit kehilangan kerana beliau (Zamri) juga kapten pasukan sebelum ini. Tetapi itu tak menjadi masalah kerana rakan sepasukan lain sentiasa ada untuk membantu,\u201d ujarnya.TSG yang dibarisi 16 pelumba termasuk sembilan anak tempatan dan tujuh pelumba import memulakan kem latihan pusat pada Sabtu.Latihan selama dua minggu itu akan bermula di Kuala Terengganu menuju ke negeri-negeri utara sebelum berkampung di Cameron Highlands dan berakhir di Selangor.Seramai lapan pelumba akan bertolak ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 Januari ini untuk menyertai perlumbaan pertama TSG bertaraf 2.2, Tour of Sharjah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 03:23pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240544/berita/sukan/ayah-tak-perlu-risau-lagi", "article_title": "'Ayah tak perlu risau lagi'", "article_text": "BEKAS pemain beregu badminton campuran negara, Goh Liu Ying tidak dapat menahan sebak ketika berucap dalam majlis perpisahannya di Axiata Arena, Bukit Jalil pagi tadi.Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka berusia 33 tahun itu hampir mengalirkan air mata ketika mengimbas kembali perjalanan kariernya di hadapan hampir 1,000 peminat badminton Malaysia.Malah, Liu Ying turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama bapa dan ibunya, Goh Chak Wee dan Yong Oi Lin yang sentiasa menjadi 'tulang belakang' kepadanya selama ini.\u201cSekarang you dah tak payah risau (kecederaan saya). Sebagai seorang ayah, saya tahu dia hati ada sakit bila dapat tahu saya mengalami kecederaan.\u201cSekarang you dah boleh lega (saya sudah bersara). Tak tahu keputusan itu betul atau tidak... harap dia boleh rasa lega sekarang dengan keputusan saya,\u201d katanya.Untuk rekod, Liu Ying yang meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ketika bergandingan bersama Chan Peng Soon mengalami beberapa siri kecederaan sepanjang kariernya.Paling memberi kesan terhadap karier Liu Ying apabila dia terpaksa berehat panjang pada 2014 selepas menjalani pembedahan lutut dan bahu tiga tahun kemudian.Dalam pada itu, Chak Wee mengakui perasaannya bercampur baur antara sedih dan gembira dengan keputusan Liu Ying untuk 'menggantung raket'.\u201cSangat sedih kerana selepas ini tak ada peluang tengok dia di gelanggang (badminton). Ini kerana sejak kecil saya sudah bawa dia merata-rata tempat termasuk Sukan Olimpik.\u201cApapun saya bangga dengan pencapaiannya selama ini. Paling membanggakan apabila dia atas podium (meraih perak) Olimpik 2016, sampai tak tahu nak cakap apa,\u201d ujarnya.Terdahulu, Liu Ying berpasangan bersama Peng Soon dan Cheah Liek Hou menentang Koo Kien Keat, Tan Boon Heong dan Zhang Bei Wen pada perlawanan pertunjukan - acara yang diadakan sempena majlis perpisahannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 01:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240535/berita/sukan/napoli-kukuh-cengkaman-serie-a", "article_title": "Napoli kukuh cengkaman Serie A", "article_text": "NAPOLI berpeluang cerah menamatkan kemarau gelaran Serie A selama 33 tahun selepas meraih kemenangan berharga menewaskan Juventus 5-1 pada Sabtu.Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Luciano Spalletti mengumpul 46 mata, berbeza 10 mata di depan AC Milan.Pemain sensasi, Victor Osimhen meledak dua gol untuk melebarkan rekod jaringannya musim ini kepada 12 gol.Turut mencatat nama selaku penjaring ialah Kvaratskhelia, Amir Rrahmani dan Eljif Elmas.\u201cSaya gembira membantu dengan dua gol dan satu bantuan jaringan. Kami mahu meneruskan rentak positif ini.\u201cIa malam yang hebat,\u201d ujar Osimhen.Bagaimanapun pemain Nigeria itu enggan cepat berpuas hati dengan kemenangan tersebut kerana menganggap perjalanan mereka masih berliku.\u201cKami hanya mahu meneruskan kemenangan. Pada akhir musim saya rasa kami ada peluang baik,\u201d katanya.Juventus yang dibimbing Massimiliano Allegri berkunjung ke Stadio Maradona dengan rekod cemerlang menerusi lapan kemenangan berturut-turut.Malah benteng mereka juga ampuh tidak melepaskan sebarang gol yang menjadikan mereka antara pencabar utama walaupun bermula buruk musim ini.Bagaimanapun mereka pulang dari Naples dengan kehampaan apabila melepaskan lima gol dalam Serie A pertama kali sejak Mei 1993.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 12:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240533/berita/sukan/selamat-berjuang-the-speedy-tigers---pm", "article_title": "'Selamat berjuang The Speedy Tigers' - PM", "article_text": "PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.Beliau yakin dan percaya pasukan kendalian A Arul Selvaraj itu yang akan memulakan aksi Kumpulan C dengan bertemu Belanda petang ini, mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan.\"Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia!\u201d katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.Selepas pertemuan dengan Belanda, skuad The Speedy Tigers dijadual menentang Chile Isnin ini dan New Zealand pada 19 Januari.Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971 dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 11:55am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240524/berita/sukan/perak-fc-perlu-masa", "article_title": "Perak FC perlu masa", "article_text": "PENGENDALI Perak FC, Lim Teong Kim mengakui pasukannya memerlukan masa untuk mendapatkan rentak sebenar dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.Menurutnya, ketumpulan penyudah antara perkara utama yang perlu diperbaiki bagi memastikan peluang-peluang yang dicipta itu menghasilkan jaringan.Beliau berkata, anak buahnya sudah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik walaupun keputusan di atas padang masih belum memihak sepenuhnya kepada pasukan.\"Memang banyak lagi ruang perlu diperbaiki seperti mana saya kata kita punya peluang yang dicipta itu banyak tapi penyudahan kurang baik. Kalau peluang tak diguna dari minit ke minit memang akan menjadi susah.\"Kita setiap hari berlatih bersungguh-sungguh untuk menang, bukan kita datang padang goyang punggung, tak ada. Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan etika bekerja mereka sungguh baik,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan di antara Perak FC dan Armed Forces FC di Stadium Perak di Ipoh pada Jumaat.Mengulas mengenai import baharu, Christian Obiozor, Teong Kim menjelaskan pemain berkenaan sedang menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.Jelasnya, pemain dari Nigeria itu sudah menunjukkan permainan meyakinkan dan berusaha untuk mendapatkan persefahaman dengan pemain-pemain lain.Dalam pada itu, Teong Kim berharap peminat bersabar dan terus memberikan sokongan kepada pasukan dalam apa jua keadaan sekalipun.\"Peminat punya permintaan di sini juga tinggi jadi itulah saya katakan harap peminat lebih passion dengan kita.\"Kita hari ke hari kita sentiasa bertungkus lumus untuk memperbaiki semua perkara. Jadi saya berharap peminat bersabar sikit,\" katanya.Pada perlawanan ujian menentang Armed Forces FC, Perak FC menang tipis 1-0 di laman sendiri.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 11:05am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240530/berita/sukan/derbi-utara-london-penuh-emosi", "article_title": "Derbi utara London penuh emosi", "article_text": "PENDAHULU Arsenal berpeluang besar untuk menamatkan rentak tanpa kemenangan di stadium pesaing Tottenham Hotspur apabila kedua-dua pasukan bertemu awal pagi Isnin, kata pengendali Mikel Arteta.Kejayaan terakhir Arsenal ke atas Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah pada 2014, namun The Gunners mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa keputusan lebih positif diraih pada Isnin, apabila kelab London tersebut mempunyai kelebihan 11 mata daripada pesaing mereka dengan 44 mata selepas 17 perlawanan.\"Saya sukakannya. Salah satu perlawanan terbesar musim ini. Kami tahu maksud dan matlamat pasukan.\"Ia perlawanan yang penuh emosi, sangat bersemangat. Perasaan yang luar biasa apabila berada di padang. Anda dapat merasakan ketegangan, suasana di sekelilingnya.\"Kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menang di tempat yang tidak pernah kami menangi selama bertahun-tahun. Kami mempunyai peluang besar untuk mendapatkannya,\" kata Arteta kepada pemberita.Bagaimanapun, Arteta menegaskan kemenangan adalah jauh daripada kesimpulan yang dapat diramalkan, sambil menambah bahawa tidak jelas versi Tottenham yang akan muncul pada perlawanan tersebut.\"Mereka menghampiri permainan secara berbeza. Kadang-kadang agresif dari awal.\"Kadang-kadang mereka membenarkan anda membuat permainan. Mereka mempunyai banyak elemen untuk menimbulkan masalah.\"Kami akan bersedia dengan cara yang terbaik dan kemudian ia akan diserahkan kepada pemain untuk melakukan apa yang mereka perlu lakukan,\" kata Arteta.Walaupun berada dalam prestasi cemerlang, Arsenal berdepan isu disiplin sejak kebelakangan ini kerana gagal mengawal pemain ketika seri liga dengan Newcastle United serta kemenangan Piala FA ke atas Oxford United.Arteta enggan mengulas bagaimana dia akan membincangkan isu itu dengan pemainnya.\"Kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan pemain dan kakitangan kami untuk melihat apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik dan jika kami perlu menambah baik kelakuan kami,\" katanya.Mengulas mengenai status Gabriel Jesus yang cedera, pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, penyerang tersebut telah mencapai kemajuan dalam pemulihannya daripada pembedahan pada masalah lutut, namun masih mempunyai perjalanan yang panjang.\"Saya ingin melihatnya kembali secepat mungkin tetapi saya tidak fikir itu akan berlaku,\" kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 10:24am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240512/berita/sukan/rentak-positif-villa", "article_title": "Rentak positif Villa", "article_text": "ASTON Villa meneruskan rentak positif apabila membenam Leeds United 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.Kemenangan itu menebus kekecewaan Villa tewas mengejut kepada pasukan Liga Dua, Stevenage 1-2 dalam saingan Piala FA minggu lalu.Pada aksi itu, Leon Bailey dan Emi Buendia menjaringkan gol pada kedua-dua babak untuk Villa.Bailey sebelum ini beremosi selepas Villa terlepas peluang untuk meraih kemenangan ke atas Wolves setelah sekadar terikat 1-1.Pemain Jamaica itu, menebus kekecewaan itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga.\"Sesuatu yang melegakan apabila melihat bola masuk. Ia akhirnya datang.\"Saya pernah melalui saat apabila bola tidak masuk, tetapi hari ini saya gembira,\" ujar Bailey.Patrick Bamford menjaringkan gol sagu hati buat Leeds tujuh minit sebelum tamat dan kekalahan itu menyaksikan anak buah Jesse Marsch dua mata di atas zon penyingkiran.Villa pula kekal di kedudukan ke-11 berkongsi mata dengan Chelsea selepas hanya mencatatkan satu kekalahan dalam enam perlawanan liga sejak Unai Emery mengambil alih tugas pada Oktober lalu.\"Ia amat mengecewakan kerana satu mata amat penting dan anda lihat ketegangan perlawanan ini.\"Jika kami boleh bermain seperti ini, kami ada sesuatu untuk dibanggakan,\" ujar Marsch.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 09:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240509/berita/sukan/weghorst-senjata-baharu-manchester-united", "article_title": "Weghorst senjata baharu Manchester United", "article_text": "MANCHESTER United menandatangani penyerang Belanda, Wout Weghorst secara pinjaman sehingga akhir musim daripada kelab Liga Kejuaraan, Burnley, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu.\u201cSaya pernah bermain menentang kelab ini pada masa lalu dan ia adalah perasaan yang sangat hebat apabila berpeluang menyarung jersi merah terkenal.\"Saya telah melihat kemajuan United di bawah (pengurus) Erik ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya. Apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan akan datang, saya boleh berjanji untuk memberikan segala-galanya kepada pasukan,\" kata Weghorst yang berusia 30 tahun itu.Weghorst sebelum ini telah menghabiskan separuh pertama musim ini secara pinjaman di kelab Turki, Besiktas, yang menyaksikan dia menjaringkan sembilan gol dalam 18 penampilan di semua pertandingan.Sementara itu, Besiktas berkata, ia akan menerima 2.83 juta euro (AS$3.06 juta) untuk menamatkan perjanjian pinjaman mereka dengan penyerang tersebut.Weghorst menyertai Burnley pada Januari 2022 dengan harga 12 juta pound (AS$14.68 juta), namun gagal membantu The Clarets itu daripada tersingkir dari liga teratas pada Mei.\"Wout mempunyai rekod penjaringan gol yang konsisten merentasi beberapa liga Eropah, dan elemen itu akan menambah dimensi lagi kepada skuad kami untuk baki musim ini.\"Kami juga tertarik dengan keperibadiannya yang kuat dan pendekatan berdedikasi terhadap bola sepak, yang sangat sesuai dengan semangat Erik bina dalam skuad kami. Dia telah menunjukkan keinginan besar untuk menyertai Manchester United,\" kata pengarah United, John Murtough.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 08:19am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240501/berita/sukan/jangan-takut-ancaman-belanda", "article_title": "Jangan takut ancaman Belanda", "article_text": "SKUAD hoki negara dituntut untuk lebih berani apabila menyingkap saingan kempen Kumpulan C Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela di India pada Sabtu.Pengendali The Malaysian Tigers, Arul Selvaraj berkata, pasukan negara akan tampil dengan semangat juang dan disiplin yang tinggi untuk cuba mengejutkan pasukan di ranking ketiga dunia itu.Menurutnya, fizikal dan mental pemain juga berada pada tahap terbaik serta sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan tersebut.\u201cKita berlatih dan memahami corak permainan lawan. Kita akan keluar memberi aksi yang berkualiti tinggi.\u201cPemain juga nampak tenang dan selesa, selain bersatu hati untuk mencapai keputusan yang baik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Selepas aksi menentang Belanda, skuad negara akan bertemu Chile di venue sama pada Isnin sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar dua hari selepas itu.Dalam pada itu, Arul mencabar para pemainnya untuk memberikan aksi luar biasa dan meraih keputusan positif.\u201cPesanan saya kepada pemain agar gunakan kejohanan ini untuk enjoy dan menunjukkan kualiti yang ada sebagai pemain.\u201cBermain dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, tambahan pula ini peluang beraksi di pentas Piala Dunia,\u201d katanya.Arul juga meminta rakyat Malaysia khasnya penyokong Malaysian Tigers untuk terus memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan sepanjang kempen kali ini.\u201cSejujurnya sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia penting dalam membarakan semangat juang pemain, apatah lagi bermain jauh dari laman sendiri.\u201cDoa dan sokongan dari jauh secara tidak langsung akan menyuntik semangat dalam kalangan pemain untuk memberikan aksi terbaik berdepan pasukan terbaik dunia di India,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Januari 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240498/berita/sukan/vietnam-gagal-manfaatkan-kelebihan-bermain-di-laman-sendiri", "article_title": "Vietnam gagal manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri", "article_text": "JUARA dua kali, Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, pada Jumaat.Pemain gantian Vu Van Thanh, muncul penyelamat apabila jaringannya dua minit sebelum masa sebenar tamat berjaya mengelakkan tuan rumah daripada mengalami kekalahan ke atas pelawat.Vietnam bermula garang apabila percubaan leret penyerang, Pham Tuan Hai pada minit ke-10 tersasar di sebelah kiri gol sebelum sepakan deras oleh penyerang lawan, Adisak Kraisorn hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah namun diselamatkan penjaga gol, Dang Van Lam, pada minit ke-14.Penyerang Nguyen Tien Linh kemudian menggamatkan penyokong tuan rumah apabila menerbangkan badannya sebelum melepaskan tandukan berbisa untuk gol pertama perlawanan selepas menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan oleh pemain pertahanan, Que Ngoc Hai, pada minit ke-24.Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand yang menggandakan usaha untuk menembusi gawang Golden Star Warriors nyaris menyamakan kedudukan namun sepakan percuma ketua pasukan, Theerathon Bunmathan hanya menggegar tiang kanan Vietnam, tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.Tiga minit selepas babak kedua bersambung, skuad kendalian Alexandre Polking berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi rembatan kaki kanan penyerang, Poramet Arjvirai, yang mendapat umpanan cantik dari tengah padang oleh Theerathon.Theerathon sekali lagi menjadi arkitek buat 'Gajah Perang' apabila bola lorongannya dimanfaatkan tonggak tengah, Sarach Yooyen, yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum melepaskan sepakan kaki kanan untuk menggandakan jaringan Thailand pada minit ke-63.Pasukan bimbingan Park Hang Seo yang terdesak untuk mencari jaringan akhirnya berjaya membuatkan Stadium Nasional My Dinh kembali bernyawa apabila Van Thanh meledak rembatan padu dari luar kotak penalti, pada minit ke-88.Bagaimanapun, Van Lam menjadi wira pasukannya apabila berjaya menafikan percubaan pemain gantian pelawat Ekanit Panya pada minit keempat masa kecederaan babak kedua, sekali gus menjadikan kedudukan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Kedudukan berkenaan pastinya melegakan Thailand apabila bakal melayan Vietnam di Stadium Thammasat, Pathum Thani, pada aksi timbal balik Isnin ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 11:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240496/berita/sukan/agong-permaisuri-rai-bekas-pasukan-piala-thomas-1967", "article_title": "Agong, Permaisuri rai bekas pasukan Piala Thomas 1967", "article_text": "YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersama ahli pasukan badminton Piala Thomas 1967 Malaysia di Istana Negara pada Jumaat.Istana Negara, menerusi perkongsian di Facebook, memaklumkan selain meraikan pasukan legenda sukan badminton itu Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan besar mereka kepada negara.Ahli pasukan yang hadir ialah Datuk Yew Cheng Hoe, Datuk Billy Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan, Datuk Teh Kew San dan Tan Aik Huang.Turut hadir dua bekas pemain Piala Uber negara era 50-an dan 70-an Jean Moey dan Sylvia Ng serta pemain Piala Thomas 1976 negara Datuk James Selvaraj Joseph.Majlis santapan petang itu turut dihadiri bekas wartawan sukan tempatan seperti Datuk Fauzi Omar, Datuk Yong Soo Heong, Datuk George Das, Datuk Lazarus Rokk dan Datuk Johnson Fernandez.Kejohanan Piala Thomas 1967 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia menyaksikan Malaysia menjadi juara buat kali keempat selepas menumpaskan tuan rumah 6-3 pada perlawanan akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 10:23pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240493/berita/sukan/tiada-lagi-wakil-malaysia", "article_title": "Tiada lagi wakil Malaysia", "article_text": "BEREGU lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengakhiri perjuangan skuad badminton negara pada Terbuka Malaysia 2023 apabila tumbang kepada gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto sebentar tadi.Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin tewas dalam pertarungan tiga set 21-14, 16-21, 17-21.Berdepan beregu nombor satu dunia itu, Ee Yi-Yew Sin yang mendapat sorakan padu daripada hampir 2,000 penyokong sendiri apabila berjaya menoktahkan kemenangan di set pertama dalam masa 19 minit.Namun, Ee Yi-Yew Sin gagal meneruskan momentum kemenangan dalam dua set berikutnya apabila mereka sering ketinggalan di belakang Fajar-Rian Ardianto sebelum akur tumbang dalam pertarungan yang memakan masa 1 jam 15 minit itu.Kekalahan itu umpama ulangan edisi tahun lalu apabila Ee Yi-Yew Sin turut mengalami kekalahan kepada Fajar-Rian Ardianto di peringkat yang sama.Terdahulu, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir selepas tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor tiga dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 10:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240490/berita/sukan/terbuka-malaysia-axelsen-yamaguchi-mara-separuh-akhir", "article_title": "Terbuka Malaysia: Axelsen, Yamaguchi mara separuh akhir", "article_text": "[DIKEMAS KINI] JAGUH perseorangan dunia, Viktor Axelsen dan Akane Yamaguchi masing-masing melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.Juara bertahan perseorangan lelaki, Axelsen memastikan beliau berada dalam laluan untuk mempertahankan kejuaraannya dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2018 Kenta Nishimoto dari Jepun 21-16, 21-12 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata di sini pada Jumaat.Pemain nombor satu dunia itu akan berhadapan satu lagi cabaran daripada pemain Jepun Kanta Tsuneyama, yang mengejutkan pemain pilihan keenam kejohanan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-14, 21-16.Axelsen yang turun ke gelanggang selepas berehat dua hari berikutan pemain veteran Malaysia, Liew Daren menarik diri daripada perlawanan pusingan kedua akibat kecederaan betis kanannya semalam, berkata beliau berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk aksi hari ini.\"Keadaan sedikit berbeza buat saya hari ini, saya berehat dua hari, jadi secara fizikalnya saya rasa segar 100 peratus sementara Nishimoto saya rasa beliau agak keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan yang mencabar.\"Saya selalunya menghormati sepenuhnya lawan saya dan tiada bezanya esok. Diharap saya akan dapat mengekalkan momentum untuk satu lagi perlawanan yang mencabar,\u201d kata juara Olimpik dan dunia itu kepada wartawan.Pemain perseorangan Jepun Naraoka Kodai ketika beraksi menentang pemain India H. S. Prannoy pada suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena hari ini.Satu lagi perlawanan separuh akhir antara dua bintang meningkat naik - Kodai Naraoka dari Jepun dan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.Sementara itu, pemain perseorangan wanita nombor satu dunia Yamaguchi menewaskan wakil Denmark Mia Blichfeldt , 21-12, 21-11 dalam perlawanan suku akhir hari ini untuk mara ke peringkat seterusnya.Berhadapan wakil Taiwan, Tai Tzu Ying esok, Yamaguchi yang merupakan juara dunia tiga kali menjangkakan pertarungan sengit dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu.\"Beliau seroang pemain yang kuat dengan kemahiran dan pertahanan yang baik, jadi saya ada rancangan tersendiri untuk berhadapannya,\" kata Yamaguchi sambil menambah ketiadaan juara bertahan Ratchanok Intanon dari Thailand tidak memberikan laluan mudah untuknya muncul juara kali ini.Tzu Ying mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegaranya Hsu Wen Chi 21-6, 21-8.Pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei dari China akan bertemu wakil Korea Selatan An Se Young dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.Yu Fei menewaskan pemain Sepanyol Carolina Marin 21-18, 21-19, sementara Se Young mengalahkan Wang Zhi Yi dari China 21-17, 16-21, 21-19.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 09:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240485/berita/sukan/bertahan-menyerang-sebagai-satu-pasukan", "article_title": "Bertahan, menyerang sebagai satu pasukan", "article_text": "PASUKAN hoki lelaki negara sudah bersedia sepenuhnya dan tekad memberikan cabaran getir kepada juara tiga kali, Belanda, pada aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India pada Sabtu.Tonggak pertahanan Malaysian Tigers, Muhammad Razie Abd Rahim berkata, para pemain telah melakukan analisis termasuk taktikal yang akan diterapkan di padang sepanjang menentang pasukan ketiga terbaik dunia tersebut.\u201cPerlawanan pembukaan sangat penting supaya kita mula dengan baik kerana boleh beri motivasi kami beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.\u201cTekanan memang ada setiap perlawanan, jadi kami akan sesuaikan diri dengan tekanan yang akan kami hadapi esok,\u201d katanya dalam video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia kepada media pada Jumaat.Pada masa sama Muhammad Razie mengingatkan para pemain Malaysian Tigers supaya sentiasa fokus dengan tugas serta tanggungjawab dipikul dalam setiap perlawanan pada Piala Dunia ini.\u201cTak perlu takut dan risau untuk lakukan kesilapan sebab semua orang akan buat silap. Kita bermain, bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan...itu yang saya sering ingatkan kepada rakan sepasukan,\u201d katanya.HOKI PIALA DUNIA 2023KUMPULAN CSABTUBelanda lwn Malaysia(Stadium Birsa Munda, Rourkela)ISNINChile lwn Malaysia(Stadium Birsa Munda, Rourkela)KHAMISNew Zealand lwn Malaysia(Stadium Kalinga, Bhubaneswar)FORMATJuara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 09:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240480/berita/sukan/rtm-siar-secara-langsung-hoki-piala-dunia-2023", "article_title": "RTM siar secara langsung hoki Piala Dunia 2023", "article_text": "PERLAWANAN hoki Piala Dunia 2023 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula hari ini, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Beliau mengesahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.\u201cSemua peminat hoki tanah air boleh menonton aksi pasukan Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan C, #SpeedyTigers,\u201d katanya.Malaysia Tigers yang berada di kedudukan ke-11 dunia telah diundi untuk berada dalam Kumpulan C dalam kejohanan yang berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.Skuad hoki lelaki negara yang akan bertemu juara bertahan edisi lepas, Belanda (ranking kedua dunia) serta New Zealand (ranking kesembilan) dan Chile (ranking ke-22) meletakkan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas dunia itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 08:38pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240463/berita/sukan/siaran-epl-percuma-kkd-akan-bincang-dengan-kbs", "article_title": "Siaran EPL percuma: KKD akan bincang dengan KBS", "article_text": "KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung siaran langsung percuma saingan Liga Bola Sepak Inggeris (EPL).Menterinya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, perbincangan itu bertujuan untuk melihat keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan.\"KKD dan KBS akan berbincang dengan penyedia siaran beberapa sukan untuk memahami apakah keutamaan yang akan diberikan.\"Sebagai contoh baru-baru ini kita (KKD) bawakan siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Piala AFF.\"Alhamdulillah beberapa kali kita dapat saksikan Harimau Malaya beraksi dengan baik,\" katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan bersedia untuk menyiarkan siaran langsung secara percuma saingan EPL di kaca televisyen.Sebelum itu beliau hadir pada sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan di Pejabat Jabatan Penyiaran Kelantan di sini pada Jumaat.Ahmad Fahmi memberitahu, hasil perbincangan itu akan menjadi panduan buat KKD dalam merangka perancangan pada masa hadapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 07:06pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240445/berita/sukan/hadi-fayyadh-sertai-perak-fc", "article_title": "Hadi Fayyadh sertai Perak FC", "article_text": "PEMAIN yang berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, 23, kini sah menyertai Perak FC.Bekas pemain Fagiano Okawa itu bakal memperkuatkan jentera serangan Perak FC dalam saingan Liga Super musim 2023 ini.Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Pelancaran Jersi Baharu Perak FC 2023 di Stadium Perak di sini pada Jumaat.Ketika ditanya mengapa memilih Perak FC, Muhammad Hadi Fayyadh menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor Ketua Jurulatih, Lim Teong Kim dan pihak pengurusan Perak FC yang bersungguh-sungguh mahukan khidmatnya.\"Perak tempat kelahiran saya dan membesar di sini. Terima kasih kepada Perak FC kerana bersusah payah dapatkan saya.\"Saya mahu membantu Perak FC mengembalikan zaman kegemilangannya sebelum ini dan menjadikan pasukan ini antara yang terbaik dalam liga,\" katanya kepada pemberita.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pihaknya terharu dengan kehadiran pemain kelahiran dari Ulu Bernam itu.Jelasnya, diharap dengan kehadiran pemain tersebut akan memperkuatkan jentera Perak FC dalam saingan liga kali ini.Muhammad Hadi Fayyadh diikat kontrak bersama Perak FC selama dua tahun.Sementara itu, mengenai prestasi semasa pasukan, Teong Kim menjelaskan anak buahnya memerlukan masa untuk mendapatkan rentak.Katanya, mereka sudah menunjukkan permainan yang baik dan berharap penyokong terus memberikan semangat kepada pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 06:15pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240424/berita/sukan/main-macam-tak-ada-jiwa--rexy", "article_title": "'Main macam tak ada jiwa'- Rexy", "article_text": "BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik seolah-olah beraksi 'tanpa jiwa' ketika berdepan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Malah, Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky nyata kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya itu yang menyaksikan mereka tewas 10-21, 23-21.\u201cSeharusnya apabila beraksi di tempat sendiri dengan situasi seperti ini (sorakan padu penyokong Malaysia), mereka ada keyakinan (meraih kemenangan).\u201c(Tetapi) tengok mereka seperti tidak ada jiwa. Ia selalu berlaku pada mereka yang seperti menunggu sahaja pihak lawan membuat kesalahan.\u201cKenapa tidak ada jiwa? Itu yang berlaku ke atas Aaron dan Wooi Yik malam ini, ia jadi tanggungjawab saya untuk menilai situasi itu,\u201d kata Rexy kepada pemberita.Bagaimanapun, Rexy berkata, beliau gembira dengan kebangkitan yang ditunjukkan Aaron-Wooi Yik dalam aksi set kedua selepas tewas mudah di set pertama.\u201cCuma mereka tidak dapat mengekalkan momentum di set kedua sehingga pemain lawan mengejar kedudukan 13-13, itu tak boleh diterima.\u201cPemain lawan apabila mendahului, mereka tidak beri peluang. Kita pula apabila mendahului, tetapi bagi peluang (pemain lawan) mengejar.\u201cSepatutnya apabila kita sudah mendahului, Aaron-Wooi Yik terus menekan pemain lawan. Sepatutnya mereka sedar dengan situasi itu,\u201d tegasnya.Kekalahan Aaron-Wooi Yik kepada Yu Chen-Yuan Yi itu menyaksikan mereka gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu apabila mara ke peringkat separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 05:01pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240417/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-gagal-sambar-tiket-separuh-akhir", "article_title": "Tang Jie-Ee Wei gagal sambar tiket separuh akhir", "article_text": "BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal dalam misi memburu tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat, Tang Jie-Ee Wei tewas 19-21, 9-21 kepada gandingan nombor dua dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.Pengalaman ternyata menjadi pemisah antara Tang Jie-Ee Wei dengan lawannya itu yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan.Biarpun berjaya memberi tentangan sengit di set pertama, Tang Jie-Ee Wei yang baru digandingkan sejak dua bulan lalu harus akur masih kurang berpengalaman berbanding Dechapol-Sapsiree.\"Kami sudah memberikan cabaran kepada mereka, tetapi akhirnya kami tersilap kerana mudah membiarkan mereka melakukan serangan.\"Jika kami dapat mengatasi mereka di set pertama, saya rasa aksi set kedua memang (permainan) lain sedikit. Tetapi saya banyak melakukan kesilapan di set kedua,\" kata Tang Jie.Pada Khamis, Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16 dalam aksi pusingan kedua.Dalamn aksi pusingan pertama, mereka mencipta kejutan menewaskan beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-15, 21-10", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 04:29pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240399/berita/sukan/moon-sik-jadi-pengendali-the-red-warriors", "article_title": "Moon Sik jadi pengendali The Red Warriors", "article_text": "KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan, Choi Moon Sik dilantik menjadi pengendali skuad The Red Warriors dalam saingan Liga Super Malaysia tahun ini.The Red Warriors melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, jurulatih kelahiran Seoul, Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak terutama di beberapa negara Asia.Kebolehan Moon Sik ditagih kerana pengalamannya membimbing beberapa kelab bola termasuk menjadi barisan jurulatih bagi pasukan kebangsaan Korea Selatan.\"Beliau juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan dan bermain di beberapa siri perlawanan dunia seperti Kelayakan Piala Dunia 1998, Piala Dunia USA 1994 serta kejohanan Olimpik Barcelona 1992,\" kata kenyataan itu.Jurulatih berusia 52 tahun itu pernah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jurulatih Daejeon Hana Citizen FC, Korea Selatan; Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Korea Selatan B16 dan Pembantu Ketua Jurulatih Yanbian Funde FC, China.Kenyataan itu turut memberitahu, pencapaian beliau adalah pernah terlibat di Juara Sukan Asia Incheon dan Juara King\u2019s Cup Thailand serta Sukan Asia Incheon.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240387/berita/sukan/beri-ruang-zii-jia-rancang-apa-terbaik---hendrawan", "article_title": "Beri ruang Zii Jia rancang apa terbaik - Hendrawan", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia harus diberi ruang untuk merancang apa yang terbaik bagi perjalanan kariernya, termasuk keputusannya beraksi tanpa jurulatih, kata bekas juara dunia dari Indonesia, Hendrawan.Jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan itu percaya apa yang Zii Jia lalui sekarang ialah proses pembelajaran yang akan memberi pengalaman dan kematangan.Zii Jia, yang keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada awal tahun lepas, memutuskan untuk bergerak sendiri tanpa jurulatihnya, Indra Wijaya pada November 2022, dan kini dibantu oleh Liew Daren.\"Saya rasa dia sudah memikirkannya, dan kita tak payah melawan (keputusannya).\"Apa yang dia perlu buat, dia akan buat dan ia ada kelebihan dan kekurangan, namun dia akan belajar daripada situ.\"Dia ada keberanian untuk berani ambil keputusan, selain ini satu proses untuk Zii Jia juga. Saya percaya dia akan lebih matang,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena.Rabu lepas, Zii Jia yang beraksi tanpa jurulatih, disingkirkan seawal pusingan pertama oleh pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka dengan keputusan 21-13, 17-21, 19-21.Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Ng Tze Yong, yang turut disingkirkan oleh Naraoka 21-15, 19-21, 15-21 pada pusingan kedua selepas pertarungan lebih 120 minit semalam, Hendrawan berasa terlalu gopoh untuk menang mungkin menjadi antara faktor anak buahnya tewas.Beliau menegaskan bahawa peluang terbaik bagi Tze Yong, pemain di ranking ke-25 dunia untuk menang adalah apabila mendahului 19-15 pada set kedua, kerana setelah perlawanan masuk ke set ketiga, Naraoka jelas lebih berpengalaman untuk menjadikan keputusan berpihak kepadanya.\"Saya percaya Tze Yong dapat pengalaman yang berguna menentang pemain nombor tujuh dunia itu, terutamanya bagaimana beliau menukar cara permainan, menyerang dan strateginya. Namun, ini satu proses yang Tze Yong harus lalui, perkembangan ini adalah positif.\"Kekalahan ini akan buat dia lebih kuat, kerana pengalaman hari ini tidak boleh diajarkan, tidak boleh dibagi oleh sesiapa... Dia harus mengalaminya sendiri,\u201d kata jurulatih berasal dari Indonesia itu.Beliau berkata, ibarat berenang di lautan luas selepas berlatih di kolam renang, proses Tze Yong, 22, untuk menjadi antara pemain terbaik dunia akan mengambil masa, dengan setiap kemenangan dan kekalahan yang dilaluinya, akan mematangkan pemain berkenaan.Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada 2018, apabila Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran ke-12 beliau. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 02:44pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240351/berita/sukan/syihan-hazmi-sah-sertai-jdt", "article_title": "Syihan Hazmi sah sertai JDT", "article_text": "PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat.\"This is the Home of Champions, Syihan. Selamat datang ke JDT!,\" tulis kenyataan di laman Facebook itu.Syihan Hazmi mula dikenali selepas aksi hebatnya bersama pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2022 apabila merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 26 gol daripada 22 perlawanan.Kecemerlangan Syihan Hazmi itu membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya membantu pasukan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King\u2019s Cup 2022 di Thailand.Malah, penjaga gol berusia 26 tahun itu juga meneruskan prestasi terbaiknya apabila merekodkan tiga keputusan tanpa bolos dalam saingan Piala AFF yang berakhir baru-baru ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 12:07pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240347/berita/sukan/kda-fc-bakal-miliki-hub-prestasi-sukan-perubatan-kelab", "article_title": "KDA FC bakal miliki hub prestasi sukan, perubatan kelab", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC dalam proses akhir membina hub prestasi sukan dan perubatan kelab di Pavilion Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Setar dengan bajet sederhana bermula musim 2023.Pemilik majoriti saham KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menjelaskan kelab itu belum mempunyai apa-apa prasarana asas yang diperlukan oleh sebuah pasukan dan kini sudah tiba masanya untuk memilikinya.Menurutnya, hub ini akan mempunyai pejabat kejurulatihan, pusat kecergasan, fisio serta tempat berehat para pemain selepas menjalani latihan dan sebagainya.\"Perkongsian Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang sejarah awal Johor Darul Ta'zim (JDT) di tahun 2013 terus melekat di kotak minda bila kami memasuki premis pusat latihan JDT.\"Tersergam indah tapi asal-usul dan genesisnya amat sederhana. Daripada padang kosong, sekarang ia adalah sebuah kompleks sukan yang lengkap. Pusat kecergasan, fisio, tiga buah padang di mana satu padang adalah berbumbung.\"Kompleks itu juga mempunyai auditorium, cafe dan dua bilik persalinan,\" katanya dipetik menerusi Facebooknya pada Jumaat.Dari kanan, Khamal Idris dan Mohd Daud menghadap Tunku Ismail ketika melawat fasiliti JDT pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas kunjungannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali yang menghadap Tunku Mahkota Johor dan melawat fasiliti JDT pada Khamis.Mohd Daud berkata, di dalam pusat kecergasan JDT juga mempunyai pelbagai peralatan, kelengkapan kontemporari dan sebuah pejabat untuk pasukan kejurulatihannya.Jelasnya, Tunku Ismail adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak 10 tahun lalu bermula daripada bawah dan kini telah menjulang pelbagai kejayaan.\"Semenjak saya menjadi pemilik KDA FC, saya telah bertemu dengan beberapa pemilik dan pengurus pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Saya menghormati mereka sebagai tokoh masyarakat yang ingin membangun sukan bola sepak. Lagipun saya masih baharu dan mentah,\" ujarnya.Tambah Mohd Daud, KDA FC dalam proses mendapat sewaan jangka panjang bagi padang latihan untuk menjadi hak kegunaan secara ekslusif pada musim ini.Jelasnya, kelab itu akan terus meninjau potensi pemilikan atau paling kurang penyewaan padang latihan untuk kesemua pasukan Sang Kenari dan beliau secara peribadi telah meninjau beberapa lokasi di Alor Setar baru-baru ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 11:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240343/berita/sukan/tsg-tampil-lima-muka-baharu-perkuat-pasukan-2023", "article_title": "TSG tampil lima muka baharu perkuat pasukan 2023", "article_text": "PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mempertaruhkan lima muka baharu bagi memperkuat pasukan dan menghadapi musim lebih mencabar tahun ini.Ia termasuk dua pelumba import iaitu Jesse Ewart dari Australia dan Aiman Cahyadi dari Indonesia yang pakar dalam teknik pendakian.Bagi pelumba tempatan, muka baharu dibarisi atlet berbakat daripada program Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) iaitu Zuladri Amin Zulkurnain, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim dan Kee Zhe Yie.Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, lima pelumba berkenaan menggantikan Goh Choon Huat, Jamal Hibatullah, Afiq Huznie Othman dan Zamri Saleh yang dilantik sebagai jurulatih Akademi TSG.\"Jesse Ewart ialah pemenang tempat ketiga keseluruhan Tour du Rwanda 2022 manakala Aiman Cahyadi, juara kebangsaan Indonesia 2022.\"Kedua-duanya mempunyai profil yang mengagumkan dan diharap dapat membantu TSG mencipta kejayaan lebih gemilang musim ini,\" katanya pada majlis memperkenalkan pelumba dan penaja TSG 2023 di sini, malam tadi.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Che Ku Mohd Izmuddin berkata, selain lima muka baharu, skuad elit TSG masih mengekalkan khidmat 11 pelumba termasuk Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Irwandie Lakasek.\"Pelumba import yang masih bersama kita ialah Youcef Reguigui, Metkel Eyob, Jeroen Meijers, Jambaljambts Sainbayar dan Anatolli Budiak dari Ukraine... Jurulatih juga masih sama iaitu Jeremy Hunt. Tetapi bagi kapten pasukan kita akan tentukan dalam masa terdekat siapa yang layak menggantikan Zamri selepas ini,\" katanya.Dalam pada itu, Che Ku Mohd Izmuddin berkata, TSG juga berjaya melakar pencapaian cemerlang apabila mengekalkan gelaran juara Jelajah Asia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 2022 dengan memenangi 118 podium dan 1,453 mata.Menurut beliau, kejayaan itu membolehkan TSG mengumpul lebih banyak penajaaan pada tahun ini iaitu lebih RM11 juta berbanding hampir RM9 juta musim lepas.\"Alhamdulillah tahun ini kita terima banyak penajaan bukan sahaja daripada syarikat tempatan, malah juga dari luar negara seperti Jepun, Singapura, Taiwan dan Indonesia.\"Ia adalah jumlah tertinggi yang kita terima sejak penubuhan TSG pada 2011,\" katanya.Katanya lagi, sokongan daripada penaja membolehkan TSG membuat lebih banyak perancangan untuk mencapai sasaran sebagai pasukan benua terbaik dunia yang pernah dimenangi pada 2019. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 11:24am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240336/berita/sukan/hormati-keputusan-zii-jia", "article_title": "Hormati keputusan Zii Jia", "article_text": "\"BAGI ruang dengan apa yang dia pilih.\" Itu reaksi jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan ketika mengulas keputusan bekas anak didiknya, Lee Zii Jia yang mahu terus kekal bergerak secara profesional.Menurut Hendrawan, semua pihak termasuk peminat badminton Malaysia harus menghormati keputusan yang dibuat pemain nombor dua dunia itu.\"Biarkan Zii Jia pilih apa yang terbaik. Bagi ruang dengan apa yang dia pilih kerana dia sudah memikirkan itu yang terbaik buat dirinya.\"Kita tidak perlu untuk menentangnya, dia harus mengerti perkara ini betul-betul,\" kata Hendrawan selepas ditanya adakah Zii Jia membuat keputusan tepat dengan memilih bergerak solo tanpa bantuan jurulatih.Kekalahan mengejut Zii Jia di tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 Rabu lalu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat berhubung keputusannya itu.Malah, Zii Jia juga selepas perlawanan tersebut mengakui bahawa dia tetap kekal dengan pendiriannya berjuang di gelanggang tanpa sentuhan seorang jurulatih.\"Sejak dari mula lagi saya melihat dia seorang pemain yang tahu apa perlu dibuat. Bagaimanapun, perkara ini ada baik dan buruknya.\"Baik sebab dia kekal dengan pendirian kerana setengah orang akan fikir dulu baik-baik. Dia ada keberanian... hasilnya dia berani ambil risiko,\" ujar Hendrawan.Selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zii Jia mendapat sentuhan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya sebelum mereka 'berpisah' pada November tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 11:05am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240327/berita/sukan/aaron-wooi-yik-banyak-buat-silap", "article_title": "Aaron-Wooi Yik banyak buat silap", "article_text": "DERETAN kesilapan mudah menjadi punca beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumbang di tangan wakil China, Liu Yu Chen-Ou Yuan Yi dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023.Tampil dengan reputasi juara dunia, rentak permainan Aaron-Wooi tampak serba tidak menjadi sehingga menyaksikan mereka tewas 10-21, 23-21.Aaron berkata, kekalahan itu berpunca daripada diri mereka sendiri yang banyak melakukan kesilapan mudah terutamanya di set pertama.Malah, Aaron tidak mahu menggunakan tekanan membawa gelaran juara dunia sebagai alasan mereka tumbang di hadapan hampir 2,000 penyokong sendiri.\u201cSalah kami sendiri kerana banyak melakukan unforced error (kesalahan yang tidak sepatutnya). Memang bukan mudah untuk meraih kemenangan hari ini.\u201cMasa dulu (ketika) Yu Chen bergandingan dengan Liu Jun Hui pun susah kita nak menang, mereka cepat membentuk gandingan mantap.\u201cHari ini juga kami turun dengan tekanan, tetapi bukan alasan buat kami. Terbuka Malaysia kejohanan sulung tahun ini, jadi banyak harus ditambah baik,\u201d kata Aaron kepada pemberita selepas perlawanan pada Khamis.Sebelum turun ke gelanggang, tugas berat sememangnya menanti Aaron-Wooi Yik apabila mereka tewas kepada Yu Chen-Yuan Yi dalam dua pertemuan sebelum itu - Terbuka Indonesia 2022 dan Jelajah Dunia Akhir 2022.Kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu apabila mara ke peringkat separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 10:14am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240323/berita/sukan/messi-bakal-terima-gaji-rm152-bilion-setahun", "article_title": "Messi bakal terima gaji RM1.52 bilion setahun", "article_text": "KELAB Arab Saudi, Al Hilal bersedia menawarkan kontrak menarik kepada Lionel Messi bernilai sehingga \u00a3288 (RM1.52 bilion) setahun.Pemain berusia 35 tahun itu berbaki kontrak enam bulan di Paris Saint-Germain dan mungkin akan meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada musim panas ini.Messi telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol dalam 20 penampilannya bersama PSG musim ini selain turut cemerlang di Piala Dunia Qatar dengan tujuh gol.Menurut laporan media antarabangsa Mundo Deportivo, Al-Hilal sedang merancang perjanjian mega buat Messi selepas saingan mereka iaitu kelab Al Nassr menyelesaikan pembelian Cristiano Ronaldo bulan lepas.Jumlah yang dilaporkan akan menyaksikan Messi mengatasi Ronaldo sebagai pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.Ronaldo menandatangani kontrak bernilai \u00a3173 juta (RM915 juta) setahun di Al-Nassr pada 30 Disember lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 10:04am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240322/berita/sukan/messi-pilihan-utama-pemain-lelaki-terbaik-fifa", "article_title": "Messi pilihan utama Pemain Lelaki Terbaik FIFA", "article_text": "LIONEL Messi dan Kylian Mbappe tersenarai antara calon utama untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA selepas pencapaian cemerlang mereka dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022.Majlis anugerah FIFA itu akan berlangsung pada 27 Februari dan mengiktiraf pencapaian tertinggi sukan itu dari 2022 merentas beberapa kategori, dengan anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA menjadi tarikan utama.Messi yang memenangi kategori tersebut pada 2019 menjadi antara pilihan utama untuk sekali lagi memenangi anugerah tersebut selepas memberi inspirasi kepada Argentina menjulang Piala Dunia.Ia merupakan gelaran pertama Albiceleste sejak 1986 dengan Messi memainkan peranan penting dalam kemenangan itu ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti selepas seri 3-3 dalam perlawanan akhir.Messi menjaringkan lima gol dan mencipta tiga bantuan gol untuk memenangi Bola Emas.Manakala, rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pula memenangi Kasut Emas hasil hatriknya menentang Argentina dalam perlawanan akhir dan menjadi saingan utama Messi untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA.Karim Benzema, yang memenangi Ballon d'Or tahun lalu selepas aksi cemerlangnya bersama Real Madrid, turut dicalonkan termasuk penyerang Barcelona, Robert Lewandowski.Selain itu, pemain Manchester City Julian Alvarez, Kevin De Bruyne dan Erling Haaland; wakil Real Madrid, Luka Modric dan Vinicius Junior selain Mohamed Salah, Sadio Mane serta Jude Bellingham.Pengendali Madrid, Carlo Ancelotti bersaing dalam kategori Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA dengan Lionel Scaloni dari Argentina mungkin akan menjadi pilihan dalam senarai pendek lima pengendali itu.Argentina turut mempunyai wakil dalam kategori Penjaga Gol Lelaki Terbaik FIFA menerusi Emiliano Martinez.Untuk kategori wanita, juara Euro 2022 England mempunyai beberapa pencalonan dengan Beth Mead, Keira Walsh dan Leah Williamson semuanya bersaing untuk anugerah pemain terbaik.Sarina Wiegman pula akan menjadi antara pilihan untuk anugerah jurulatih dan Mary Earps bersaing untuk dinamakan sebagai Penjaga Gol Wanita FIFA Terbaik.Undian oleh peminat dibuka sehingga 3 Februari bagi menentukan tiga finalis bagi setiap kategori.Pemenang kemudian akan ditentukan oleh juri yang terdiri daripada pengendali dan kapten skuad kebangsaan, wartawan serta peminat bola sepak.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 09:57am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240321/berita/sukan/kad-merah-felix-penyebab-chelsea-tewas", "article_title": "Kad merah Felix penyebab Chelsea tewas", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter menyifatkan kad merah yang dilayangkan kepada Joao Felix menjadi titik perubahan ketika kekalahan 1-2 Chelsea kepada Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Jumaat.Namun, Potter tidak menyalahkan Felix dan memahami situasi tidak disengajakan pemain itu dalam penampilan pertama untuk kelab tersebut selepas dipinjamkan daripada Atletico Madrid.\"Ia adalah terjahan penyerang. Tiada niat jahat tetapi saya faham mengapa ia kad merah.\"Ia adalah satu lagi tamparan buat kami dengan kekalahan ini. Joao Felix benar-benar bagus. Anda boleh melihat kualitinya dalam permainan jadi ia memberikan kekecewaan kepada kami,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Willian membuka tirai jaringan untuk Fulham pada minit ke-25 sebelum Kalidou Koulibaly menyamakan kedudukan pada minit ke-47.11 minit kemudia, Felix dilayangkan kad merah selepas mengasari Kenny Tete dan Fulham mengambil kesempatan dengan kelebihan pemain untuk menjaringkan gol kemenangan menerusi Carlos Vinicus pada minit ke-73.Kekalahan tersebut menyaksikan Chelsea kini hanya menang satu daripada sembilan perlawanan dalam semua kejohanan.\"Saya rasa kami mengawal permainan pada permulaan, memenangi bola tinggi, mencipta beberapa peluang dan mungkin terlepas hantaran terakhir. Kami melakukan beberapa kesilapan untuk gol lawan.\"Separuh masa kedua saya rasa kami bertindak balas dengan baik dan kemudian kad merah mengubah permainan. Ia menyukarkan kami sedikit.\"Saya kecewa dengan gol kemenangan lawan kerana saya fikir kami boleh melakukan lebih baik dan itulah yang merugikan kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 09:57am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240316/berita/sukan/klich-sambung-karier-bersama-dc-united", "article_title": "Klich sambung karier bersama DC United", "article_text": "PEMAIN tengah Poland, Mateusz Klich telah menyertai kelab Major League Soccer (MLS) DC United dengan kontrak dua tahun selepas meninggalkan Liga Perdana Inggeris, Leeds United, kata kelab Amerika Syarikat (AS) itu.Klich, yang menyertai Leeds pada 2017 daripada kelab Belanda, FC Twente, akan bermain di ibu negara AS hingga 2024 dengan pilihan untuk melanjutkan perjanjian itu hingga 2025, kata D.C. United.\"Mateusz ialah pemain tengah kelas pertama yang akan menambah pengalaman peringkat teratas kepada senarai kami.\"Saya telah memerhatikannya sejak dia bantu memimpin Leeds naik ke Liga Perdana Inggeris dan visinya, pelbagai hantaran dan keupayaan menjaringkan gol akan menjadi aset besar untuk kami musim ini,\" kata pengurus DC United, Wayne Rooney.Klich membantu Leeds merangkul kejuaraan peringkat kedua pada musim 2019-20, memastikan mereka kembali ke liga teratas buat kali pertama sejak kelab itu diturunkan pada 2003-04.Leeds sebelum ini telah mengumumkan bahawa Klich akan meninggalkan kelab itu, menunggu tawaran daripada MLS.\"Saya harap boleh kekal tetapi tidak pernah seronok berada di bangku simpanan dan saya mahu bermain sebanyak yang saya boleh pada tahun-tahun akan datang,\" tulis pemain berusia 32 tahun itu dalam satu kenyataan mesej perpisahan di Twitter.Klich membuat penampilan sulung di Poland pada Jun 2011 dalam kemenangan persahabatan 2-1 ke atas Argentina, dan kemudian memenangi lebih daripada 40 caps untuk negaranya", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 08:42am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240315/berita/sukan/allegri-fokus-empat-terbaik", "article_title": "Allegri fokus empat terbaik", "article_text": "PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri berkata pasukannya fokus untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Serie A.\"Pasukan menunjukkan prestasi yang baik, kami telah melakukan latihan selama tiga hari.\"Kami mempunyai keputusan yang baik sehingga kini, tetapi kami perlu terus berfikir tentang bekerja, maju di sepanjang laluan peningkatan dan mencapai matlamat akhir, iaitu keputusan.\"Pada masa ini kami memikirkan empat tempat teratas dalam kedudukan Serie A,\" kata Allegri.Juventus sebelum ini memenangi lapan perlawanan liga secara berterusan juga akan melihat pesaing di tangga ketiga AC Milan, yang terikat dengan mereka dengan 37 mata, manakala Inter Milan di belakang tiga mata dan Lazio, Atalanta dan Roma ketinggalan tiga lagi.\"Kami perlu bermain dengan baik dari segi teknikal dan dengan intensiti. Ia adalah saingan liga yang sukar,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 07:57am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240302/berita/sukan/usah-hanya-nak-kritik", "article_title": "'Usah hanya nak kritik'", "article_text": "PEMINAT bola sepak negara tidak seharusnya mengkritik persembahan skuad Harimau Malaya selepas tumbang di tangan Thailand pada peringkat separuh akhir Piala AFF 2022.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, peminat Harimau Malaya perlu memahami situasi yang dihadapi skuad kendalian Kim Pan-gon itu yang dibarisi majoriti muka baharu pada kejohanan kali ini.Menurutnya, Harimau Malaya telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menjadi antara empat terbaik sekali pun ramai yang tidak meletakkan sebarang harapan kepada mereka.\u201cMemang tidak bolehlah untuk meletakkan pasukan yang kita ada pada kejohanan Piala AFF kali ini setaraf dengan Thailand atau Vietnam.\u201cKalau ada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) mungkin skripnya berbeza dan kita mungkin boleh melihat satu persembahan yang lebih baik.\u201cTetapi banyak perkara positif yang dapat ditonjolkan pemain-pemain kali ini terutamanya apabila kita menyedari mempunyai ramai pemain pelapis berkualiti.\u201cMereka juga menonjolkan semangat berjuang yang tinggi dan tidak berputus asa sehingga layak ke separuh akhir,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Perjalanan Harimau Malaya di pentas Piala AFF 2022 berakhir di peringkat separuh akhir selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand yang juga penyandang juara.Harimau Malaya gagal mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki ketika separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila tewas 0-3 dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa.Kekalahan kepada skuad Gajah Perang itu mengundang kritikan segelintir pihak biarpun Harimau Malaya tidak memiliki 'kekuatan sebenar' dengan ketiadaan ramai tonggak utama.Dalam pada itu, Mohd Azraai turut memuji kemampuan ketua jurulatih, Kim Pan-gon yang mampu membentuk pasukan tanpa kehadiran ramai pemain utama.\u201cPan-gon telah menjalankan tugas yang baik. Dia macam tukang masaklah, mungkin ramuan tak cukup, tetapi dia masih mampu wujudkan satu masakan yang menarik,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240311/berita/sukan/mastaf-masih-ahli-gabungan-astaf", "article_title": "MASTAF masih ahli gabungan ASTAF", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) telah pun menerima permohonan daripada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi ahli gabungan tersebut.Namun Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader menegaskan, permohonan PSM masih belum diproses badan induk sepak takraw Asia tersebut.\u201cYa, kami sudah menerima permohonan PSM untuk menjadi ahli gabungan ASTAF pada 22 Disember lalu, namun sehingga kini ia masih belum dapat diproses oleh jawatankuasa kami.\u201cIni kerana Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) masih lagi sah merupakan ahli gabungan ASTAF.\u201cSekali lagi saya ingin maklumkan bahawa permohonan PSM hanya dapat diproses ASTAF apabila MASTAF dibubarkan secara sah mengikut perlembagaan MASTAF Fasal 45 (45.1, 45.2 dan 45.3) dan pembubaran tersebut mestilah disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Sukan Sinar sebelum ini melaporkan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) mahu isu pembubaran MASTAF diselesaikan segera berdasarkan perlembagaan badan induk itu.Malah, Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad menasihati MASTAF mengambil tindakan membubarkan badan induk itu secara sah bagi memberi laluan kepada PSM melibatkan diri di peringkat antarabangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 07:40am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240313/berita/sukan/bayern-buru-pengganti-neuer", "article_title": "Bayern buru pengganti Neuer", "article_text": "BAYERN Munich mahu menandatangani penjaga gol baharu berikutan kecederaan kapten Jerman, Manuel Neuer baru-baru ini.Namun pengendali Bayern, Julian Nagelsmann menegaskan pilihan yang terdapat dalam pasaran perpindahan pemain dalam tempoh musim sejuk adalah terhad.Katanya, biarpun Sven Ulreich yang berusia 34 tahun bersedia untuk menggantikan Neuer, namun kelab tersebut masih memerlukan penjaga gawang lain.Menurutnya, pilihan di belakang Ulreich pula terhad kepada penjaga gol muda, termasuk Johannes Schenk yang berusia 19 tahun, tanpa pengalaman perlawanan liga teratas.\u201cTugas kami adalah untuk melihat pasaran, walaupun sukar pada musim sejuk (jendela perpindahan) untuk mencari penjaga gol kerana tidak banyak pilihan di pasaran yang masuk akal untuk kami.\"Ia adalah pasaran yang kompleks, untuk penjaga gol. Kami cuba melakukan sesuatu. Ulreich telah melakukannya dengan baik dalam latihan di sini.\"Tetapi kami diwajibkan untuk membawa masuk penjaga gol lain, tanpa mengira siapa nombor satu dan dua,\" kata Nagelsmann semasa sidang akhbar.Neuer diketepikan untuk baki musim ini selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan ski.Penjaga gol itu, yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama, mengalami patah kaki bahagian bawah.Bayen Munich kini berada di Doha Qatar pada penghujung kem latihan selama seminggu menjelang musim Bundesliga dimulakan semula minggu depan.Bayern, yang berada di puncak Bundesliga, meneruskan pemburuan mahkota liga ke-11 berturut-turut menentang RB Leipzig pada 21 Januari.Bayern, yang mendahului empat mata di puncak Bundesliga dan enam mata di depan Leipzig di tempat ketiga, akan menentang Paris St Germain dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara bulan depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Januari 2023 07:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240292/berita/sukan/kogi-sah-diikat-chungbuk-cheongju-fc", "article_title": "Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC", "article_text": "BEKAS pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R Kogileswaran sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC pada Khamis.Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj menerusi laman Instagram rasminya.Kogileswaran yang turut dikenali sebagai Kogi dimaklumkan mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.Pemain berusia 24 tahun itu sekali gus menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelum ini ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam, beraksi bersama Ansan Greeners FC. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 10:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240287/berita/sukan/selangor-sambar-khidmat-pemain-tengah-jordan", "article_title": "Selangor sambar khidmat pemain tengah Jordan", "article_text": "PEMAIN tengah skuad kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh, menjadi pemain import pertama diikat Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dalam kenyataan melalui portal rasminya pada Khamis memaklumkan, pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran dan Mohamad Faisal Abdul Halim.Menerusi kenyataan yang sama, Cheng Hoe berkata penambahan Noor yang digelar 'The Engineer' akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan.\"Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan. Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.\"Kita juga tahu Noor dan Yazan (Yazan Al-Arab) merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan,\" katanya.Sementara itu, dalam kenyataan itu, pemain berketinggian 1.82 meter itu berharap dapat memberikan yang terbaik serta membanggakan kelab dan penyokong.\"Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini,\" katanya.Sebelum ini, Noor pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera sejak 2017 dan beliau kemudian menjadi antara nadi utama Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 09:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240279/berita/sukan/steinbruckner-tak-sabar-menanti-adisak-kraisorn", "article_title": "Steinbruckner tak sabar menanti Adisak Kraisorn", "article_text": "PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui tidak sabar menanti \u2018kelibat\u2019 penyerang import baharunya, Adisak Kraisorn dari Thailand di bumi Darul Iman.Keterujaan ketua jurulatih kelahiran Croatia itu susulan aksi serta prestasi baik yang dipamerkan Adisak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF menentang pasukan Harimau Malaya, Selasa lalu.Steinbruckner berkata, walaupun pemain berusia 31 itu kurang beraksi dan diturunkan sebagai pemain gantian, Adisak berjaya menemui sentuhan terbaiknya apabila meledak gol ketiga buat Thailand yang melayakkan pasukan Gajah Perang itu ke pentas akhir Piala AFF untuk bertemu Vietnam.\"Saya tidak pernah bertemu beliau sebelum ini tetapi saya sudah melihat beberapa klip video dan saya mendapat sedikit maklumat. Saya tahu beliau seorang pemain terkenal di sana dan ASEAN.\"Beliau tidak banyak beraksi di peringkat kumpulan (AFF) tahun ini tetapi Adisak menjaringkan satu gol untuk membawa Thailand ke final. Nampak sangat baik dan saya tidak sabar untuk bertemu beliau,\" katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, pada Khamis.Menurut Steinbruckner, beliau juga mempunyai perancangan tersendiri untuk Adisak memandangkan skuad Penyu kini mempunyai tiga pemain import di posisi penyerang termasuk Ivan Mamut dan Jordan Mintah.Beliau berkata, TFC mungkin akan meletakkan satu atau dua penyerang dalam satu-satu perlawanan tetapi itu akan diputuskannya kemudian.\"Saya tahu kualiti beliau (Adisak) dan Ivan. Ivan yang sedikit muda mungkin boleh melakukan banyak larian tetapi Adisak beliau adalah seorang penjaring terbanyak... kami akan meneliti perkembangan mereka,\" katanya.Adisak yang berketinggian 1.82 meter adalah antara lima pemain import baharu TFC musim ini yang ditandatangani untuk memperkuat skuad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:27pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240277/berita/sukan/giliran-tze-yong-tersingkir", "article_title": "Giliran Tze Yong tersingkir", "article_text": "PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong gagal dalam misi memburu gelaran juara Terbuka Malaysia 2023 apabila tumbang di tangan Kodai Naraoka dari Jepun.Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis, Tze Yong yang kini menduduki ranking ke-25 dunia tewas pertarungan tiga set 21-15, 19-21, 15-21.\u201cSaya sudah cuba sehabis baik untuk menewaskan Kodai. Tetapi beberapa kesilapan saya menyebabkan dia bangkit di set kedua dan menang di set ketiga,\u201d kata Tze Yong kepada pemberita selepas perlawanan.Kekalahan Tze Yong itu menyaksikan Malaysia tiada lagi wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama pada Rabu.Di sebalik kekalahan Tze Yong, penyokong Malaysia tetap berpesta meraikan kejayaan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke peringkat suku akhir.Biarpun baru digandingkan dua bulan, mereka mencipta kejutan menewaskan wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16.\u201cSekarang kami harus mempersiapkan diri untuk aksi suku akhir. Paling penting kami perlu kawal emosi di gelanggang,\u201d kata Ee Wei.Terdahulu, beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum berjaya menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 17-21, 21-13, 21-14.Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Ee Yi-Yew Sin akan menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.\u201cSemuanya akan menjadi sukar terutamanya apabila masuk suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah aksi suku akhir dahulu,\u201d kata Yew Sin.Pemain perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei pula gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila tewas mudah 10-21, 12-21 kepada An Se Young dari Korea Selatan.\u201cAda jurang yang sangat besar (dengan Se Young). Jadi saya harus bekerja lebih keras bagi meningkatkan kemampuan diri saya sendiri,\u201d jelas Jin Wei.Nasib sama turut dialami beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila tewas 18-21, 21-13, 12-21 kepada gandingan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Liew Daren pula terpaksa menarik diri sebelum berdepan penyandang juara dari Denmark, Viktor Axelsen akibat kecederaan betis kanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:24pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240276/berita/sukan/terbuka-malaysia-2023-langkah-aaron-wooi-yik-terhenti", "article_title": "Terbuka Malaysia 2023: Langkah Aaron-Wooi Yik terhenti", "article_text": "BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan perjuangan mereka pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tersingkir di pusingan kedua sebentar tadi.Tampil selaku juara dunia, Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set 10-21, 21-23 kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23 pada aksi di Arena Axiata, Bukit Jalil.Ia adalah kekalahan ketiga dialami Aaron-Wooi Yik di tangan Yu Chen-Xuan Yi selepas mereka turut tewas ketika saingan peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF dan Terbuka Indonesia tahun lalu.Lebih mengecewakan, kekalahan kali ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian pada Terbuka Malaysia tahun lalu dengan mara ke peringkat separuh akhir.Malaysia kini hanya mempunyai dua wakil yang akan beraksi di peringkat suku akhir pada Jumaat - beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.Ee Yi-Yew Sin bakal menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, manakala Tang Jie-Ee Wei berdepan pilihan kedua dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:24pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240281/berita/sukan/pengajaran-berguna-buat-tze-yong", "article_title": "Pengajaran berguna buat Tze Yong", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meraih pengajaran berguna selepas tumbang di tangan bintang Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-25 dunia terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set 21-15, 19-21, 15-21 pada aksi yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil itu.\u201cKetika saya mendahului 19-15 di set kedua, memang dia bermain dengan baik dan bukannya saya yang melakukan kesilapan mudah.\u201cSaya fikir perlu bermain dalam banyak kejohanan untuk mengutip pengalaman. Ini adalah tahun pertama saya bermain dalam kejohanan utama jika dibandingkan dengan Naraoka.\u201cJadi saya perlukan lebih banyak pengalaman bagi meningkatkan permainan dan melonjakkan ranking dunia saya,\u201d kata Tze Yong ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Kekalahan itu menyaksikan Tze Yong menjadi pemain negara kedua menjadi \u2018mangsa\u2019 Naraoka pada Terbuka Malaysia kali ini.Pada Rabu, jaguh profesional negara, Lee Zii Jia tewas 21-13, 17-21, 19-21 kepada Naraoka dalam aksi pusingan pertama.Dengan kekalahan yang dialami Tze Yong dan Zii Jia, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Liew Daren menarik diri ekoran masalah kecederaan betis kanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240278/berita/sukan/terbuka-malaysia-2023-nova-azimat-tang-jie-ee-wei", "article_title": "Terbuka Malaysia 2023: Nova azimat Tang Jie-Ee Wei", "article_text": "KEHADIRAN jurulatih dari Indonesia, Nova Widianto menjadi azimat buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ketika mengejutkan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis.Biarpun baru digandingkan bersama sejak dua bulan lalu, Tang Jie-Ee Wei menghadirkan kegembiraan buat peminat badminton tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas mencatatkan kemenangan 21-19, 21-16 ke atas gandingan Indonesia itu.\"Jurulatih (Nova) memberitahu kami pasangan lawan adalah bekas anak didik dia sebelum ini. Mereka memang konsisten dari segi pertahanan dan mengawal bulu tangkis.Nova Widianto\"Bagaimanapun, dari segi kekuatan mereka sedikit kurang, jadi beliau berpesan kepada kami jangan terlalu gopoh untuk mencari mata.\"Saya tidak boleh cakap ia adalah faktor jurulatih, tapi beliau sangat berpengalaman dan profesional. Saya banyak berterima kasih kepadanya,\" kata Tang Jie kepada pemberita selepas perlawanan.Ee Wei pula mengakui gembira dengan kemenangan yang dilakar ke atas pasangan nombor 12 dunia itu, namun dia dan Tang Jie tetap merendah diri.\"Paling penting kami perlu kawal emosi di dalam gelanggang kerana saya dan Tang Jie adalah pemain yang hiperaktif. Nasib baik saya dapat mengawal emosi sebentar tadi,\" ujarnya.Nasib berbeza pula dialami satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila tewas 18-21, 21-13, 12-21 kepada pilihan kelapan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240229/berita/sukan/hannah-daki-18-tingkat-menara-kbs-bawah-enam-minit", "article_title": "Hannah daki 18 tingkat Menara KBS bawah enam minit", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berjaya melakukan pendakian 18 tingkat Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching pada Khamis.Menteri wanita berusia 44 tahun itu menyempurnakan cabaran tersebut di bawah masa enam minit sempena \u2018National Take The Stairs Day\u2019, pada Rabu.Selain Wai Ching, larian menara, juga dikenali sebagai pendakian tangga, turut disertai Presiden Larian Menara Malaysia (MTA), Ravinder Singh.\"Sebenarnya, ia boleh sahaja dilakukan (larian menara),\u201d kata Hannah seperti dipetik dalam kenyataan MTA selepas acara itu.Sementara itu, Ravinder berharap larian menara dapat diketengahkan pada Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 05:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240256/berita/sukan/zii-jia-kena-terima-hakikat-masalah-angin-perkara-biasa", "article_title": "'Zii Jia kena terima hakikat, masalah angin perkara biasa'", "article_text": "ALASAN masalah angin diberikan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, selepas disingkirkan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada Terbuka Malaysia 2022 semalam, disifatkan tidak munasabah.Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat Zii Jia, yang merupakan pemain kedua terbaik dunia, perlu menerima hakikat bahawa masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun dan merupakan sebahagian daripada adat permainan ketika di dalam gelanggang.\"Kalau ikut ranking Zii Jia tak patut kalah, sebagai seorang pemain profesional, alasan masalah angin hanyalah biasa, sebab bukan dia sahaja malah pemain lain juga sentiasa berhadapan isu sama.\"Beliau perlu tahu bagaimana hendak menangani masalah angin selain menggunakan taktikal serta pelan permainan yang sesuai dengan keadaan sedemikian,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.Zii Jia ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu, tahun ini.Sebaliknya, Rashid, yang juga bekas juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut dari edisi 1990-1992, berkata, adalah lebih \u2018molek\u2019 sekiranya juara Asia itu menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam tadi.Dalam pada itu, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 berpandangan Zii Jia wajar mempunyai jurulatih sekiranya mahu memastikan prestasinya terus meningkat pada masa akan datang.Pemain berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas pertembungannya dengan Naraoka mengakui tidak menyesal untuk bergerak tanpa jurulatih di sisi setelah berpisah dengan Indra Wijaya, pada November lepas.Di sebalik permulaan buruk pada musim 2023, Rashid pada masa sama juga menaruh harapan agar juara All England 2021 itu segera bangkit dengan kembali merangkul gelaran dalam mana-mana kejohanan sekali gus tidak menjejaskan kedudukannya dalam ranking BWF.Sementara itu, seorang lagi bekas juara Terbuka Malaysia, Ong Ewe Hock berkata Zii Jia perlu meningkatkan kekuatan mentalnya dan tampil dengan strategi yang lebih baik untuk mengatasi lawannya.\"Saya rasa dia bermain agak baik. Bagaimanapun, ada dua perkara yang perlu dia sesuaikan iaitu kekuatan mental dan strategi permainan menjelang penghujung perlawanan,\u201d katanya.Juara 1996 dan 2001 itu juga tidak menolak kemungkinan pemain dari Kedah itu mengalami tekanan untuk bermain di tanah air, yang akhirnya menyebabkan beliau tersingkir daripada pertandingan itu.Zii Jia pernah mengalami penyingkiran awal pada Terbuka Malaysia sebelum ini.Selain kekalahan pusingan kedua kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito tahun lepas, beliau juga mengalami kekalahan pusingan pertama kepada Suppanyu Avihingsanon dari Thailand pada 2019. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:59pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240221/berita/sukan/elak-jurulatih-kawtim-dengan-pemain---norizam", "article_title": "Elak jurulatih 'kawtim' dengan pemain - Norizam", "article_text": "PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan mengenai peranannya dalam pasukan termasuk dalam soal pemilihan pemain.Menurut Norizam, beliau tidak mahu wujud situasi ketua jurulatih yang 'kawtim' dengan mana-mana pemain untuk dibawa masuk menyarung jersi Kelantan FC.\u201cAda yang cakap sepatutnya pemain dipilih oleh ketua jurulatih. Ya betul. Tapi tak semuanya betul apa yang dipilih oleh ketua jurulatih.\u201cKetua jurulatih, pengarah sukan dan ejen bebas untuk memperkenalkan, mencadangkan dan menasihati saya. Tetapi saya adalah final says.\u201cBanyak juga kes ketua jurulatih kawtim dengan pemain yang dibawa dan makan gaji bulan-bulan dengan pemain tersebut,\u201d katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.Norizam menjawab persoalan penyokong Kelantan FC yang mempertikaikan tindakannya memilih pemain dan tidak memberikan tanggungjawab itu kepada ketua jurulatih.Beliau berkata, tugas utama ketua jurulatih adalah mencorakkan strategi dan mengolahkan kepakaran yang ada dengan apa yang sudah tersedia.\u201cKetua jurulatih itu sendiri dipilih dengan nilai gajinya juga diputuskan oleh saya sendiri selaku pemilik. Jikalau saya tak buat keputusan, siapa lagi yang akan buat.\u201cSaya juga nak elakkan asyik pemain sama sahaja dimainkan dalam kesebelasan utama. Selain itu, kalau asyik kalah atau adalah masalah lain, tentu ketua jurulatih akan ditukarkan dan diganti dengan yang baharu.\u201cWahai semua penyokong, anda mahukan yang terbaik sama seperti saya yang mahukan yang terbaik. Siapa pilih siapa dah saya jelaskan kenapa dan mengapa,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:58pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240216/berita/sukan/sorakan-penyokong-cetus-kebangkitan-yew-sin-ee-yi", "article_title": "Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi", "article_text": "BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin meraih kemenangan 17-21, 21-13, 21-14 ke atas gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.Ee Yi berkata, kemenangan itu banyak dipacu daripada sokongan penyokong sendiri selepas mereka tumbang dalam pertarungan set pertama.\u201cBermain di gelanggang sendiri benar-benar membangkitkan semangat kami. Kehadiran penyokong membuatkan kami lebih bersemangat dan dapat bermain baik.\u201cSelepas tewas pada set pertama, kami cuba untuk menyusun semula rentak permainan. Saya gembira akhirnya ia menjadi,\u201d katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Ee Yi-Yew Sin bakal berdepan tugas berat apabila dijadualkan menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.Yew Sin berkata, dia dan Ee Yi sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi ujian getir berdepan Fajar-Rian yang menewaskan menewaskan mereka dalam aksi pusingan suku akhir Terbuka Malayasia tahun lalu.\u201cSemuanya akan menjadi sukar terutamanya apabila masuk suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah aksi suku akhir dahulu,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240215/berita/sukan/video-tampar-pemain-lesen-jurulatih-dibatalkan", "article_title": "[VIDEO] Tampar pemain: Lesen jurulatih dibatalkan", "article_text": "LESEN jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya dibatalkan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau berkata, jurulatih itu yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk untuk murid sekolah.Hannah berkata, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah memuktamadkan siasatan insiden itu dan sebulat suara memutuskan jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan menjadi jurulatih.\"Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA.\"Tiada apa-apa berunsur peribadi dengan keputusan ini, kita ingin jadikan insiden ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang.\"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian senada dengan MAVA membatalkan lesen jurulatih itu,\u201d katanya dalam sidang media bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini pada Khamis.Jurulatih terbabit, Saiful Hadee Amar, 44, sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia berdepan tindakan, susulan kejadian itu yang berlaku ketika kejohanan di Johor pada 14 hingga 16 September tahun lepas tular baru-baru ini.Hannah berkata, susulan insiden itu, pihaknya menyedari bahawa terdapat keperluan untuk semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada Skim Perlesenan Kebangsaan (SLLK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPPK).Sementara itu, beliau berkata, KBS telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di bawah Institut Sukan Negara supaya memastikan pelaksanaan peraturan mewajibkan jurulatih memperbaharui lesen setiap dua tahun.\"Ia diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka, ia juga membolehkan AKK dan pemegang taruh mengemas kini data dan membantu jurulatih meningkatkan kemahiran mereka melalui upskilling dan reskilling (peningkatan kemahiran dan pemahiran semula),\u201d katanya.Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM selesai menjalankan siasatan insiden itu dan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil sebarang tindakan berkaitan.\"KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:49pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240214/berita/sukan/lee-tuck-azam-perkuat-harimau-malaya", "article_title": "Lee Tuck azam perkuat Harimau Malaya", "article_text": "PEMAIN naturalisasi, Lee Tuck menanam impian untuk terus menyarung jersi Harimau Malaya selepas tampil cemerlang pada saingan Piala AFF 2022.Sambil menyifatkan satu kebanggaan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, Lee Tuck berazam meletakkan Harimau Malaya menjadi sebuah pasukan digeruni.Malah, tonggak tengah baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC itu berikrar mempertingkatkan lagi tahap permainannya agar terpilih menjadi antara pemain utama Harimau Malaya.\u201cSaya akan terus memperbaiki prestasi bersama Kedah. Saya mempunyai misi untuk berjuang bersama Kedah dan untuk dipanggil semula menyertai pasukan kebangsaan.\u201cSaya mahu melihat ke hadapan dengan Kedah dan kembali dalam pasukan kebangsaan kerana untuk bermain di peringkat ini (antarabangsa) menjadi impian setiap pemain,\u201d katanya.Lee Tuck melakukan penampilan pertama bersama Harimau Malaya ketika menentang Kemboja dan Maldives yang menyaksikan dia meledak gol dalam kedua-dua aksi persahabatan itu bulan lalu.Kecemerlangan pemain kelahiran Halifax, England itu diteruskan dalam saingan Piala AFF 2022 apabila menjadi antara nadi di bahagian tengah Harimau Malaya.Dalam pada itu, Lee Tuck tetap berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya di pentas Piala AFF kali ini walaupun sedikit kecewa kerana gagal mara ke pentas final.\u201cSangat hebat untuk bersama pasukan selama 45 hari. Ia peluang kepada saya untuk menunjukkan keinginan dan rasa bertuah saya untuk beraksi kepada negara.\u201cSaya bangga untuk berada dalam pasukan kebangsaan Malaysia dan kita akan cuba bangkit lebih kuat selepas ini demi Harimau Malaya,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240206/berita/sukan/bellingham-sesuai-sertai-real-madrid", "article_title": "Bellingham sesuai sertai Real Madrid", "article_text": "JUDE Bellingham dikaitkan perpindahan ke Real Madrid sepanjang separuh pertama musim ini, dengan Florentino Perez mengenal pasti bintang Borussia Dortmund itu sebagai aset bahagian tengah Los Blancos.Bellingham dijangka berpindah dari kelab Jerman itu pada musim panas, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain remaja itu.Bekas pemain England, Sol Campbell, yang mencatatkan 73 penampilan untuk The Three Lions menyifatkan perpindahan bersama gergasi La Liga Sepanyol tersebut sebagai sesuatu masuk akal untuk pemain berusia 19 tahun berkenaan.\u201cReal Madrid jelas merupakan salah satu pasukan yang hebat dalam sejarah dan jika Bellingham terus menuju ke arah yang sama, dia akan menjadi sempurna untuk Real Madrid kerana dia masih sangat muda.\u201cDia akan meningkatkan potensi pasukan pada masa hadapan. Real Madrid adalah kelab yang tahu apa yang perlu dilakukan dengan pemain muda, untuk memastikan mereka menuju ke arah yang betul dan terus beraksi,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240219/berita/sukan/pertahankan-kepimpinan-kim-pan-gon-kata-peminat", "article_title": "Pertahankan kepimpinan Kim Pan-gon, kata peminat", "article_text": "KIM Pan-gon menjadi tumpuan dan mula menambat hati sebahagian besar peminat bola sepak negara menerusi perubahan positif yang dibawa beliau dalam tempoh setahun sejak dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya pada Januari tahun lepas.Kehadiran jurulatih dari Korea Selatan itu bersama pasukan kejurulatihannya mula menampakkan impak apabila Malaysia menempah slot ke Piala Asia 2023 pada Jun lepas sekali gus menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke kejohanan bola sepak tertinggi Asia itu.Skuad Harimau Malaya bimbingannya berubah menjadi lebih tersusun, dinamik dan sentiasa dahagakan kemenangan berdepan pasukan lawan.Perubahan itu menyatukan sokongan peminat yang kembali menaruh harapan untuk melihat kebangkitan pasukan negara.Nama Pan-gon sekali lagi mencuri perhatian apabila pengendali berusia 53 tahun itu menggalas tugas membimbing Malaysia tanpa pemain utama mengharungi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Peminat memberikan tumpuan terhadap taktikal dan pemilihan kesebelasan utamanya yang ada kalanya \u2018luar biasa\u2019 seperti memainkan pemain tengah Brendan Gan di bahagian pertahanan, namun peminat tetap memberikan sokongan.Malaysia membuka kempen Piala AFF dengan dua kemenangan ke atas Myanmar dan Laos sebelum tumpas kepada Vietnam dalam perlawanan penuh kontroversi, ketika itu #PertahankanKepimpinanKimPanGon sudah banyak digunakan dan tular di media sosial.Frasa \u2018Pertahankan Kepimpinan Kim Pan Gon\u2019 membawa maksud peminat mengajak semua pihak memberikan sokongan kepada Pan-gon dalam usaha memajukan pasukan negara.Sokongan diberikan peminat dibalas Pan-gon dan barisan pemain negara apabila Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B selepas menyingkirkan musuh tradisi Singapura 4-1 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil.Kejayaan itu tetap terpalit dengan isu skuad Malaysia A dan Malaysia B dengan pasukan negara ke Piala AFF lebih dirujuk sebagai Malaysia B, namun pemain menolak perbandingan itu dan peminat sekali lagi memberikan sokongan kepada Pan-gon.Malaysia akhirnya tersingkir daripada Piala AFF apabila tewas agregat 1-3 kepada juara bertahan, Thailand di pentas separuh akhir selepas menang 1-0 di Stadium Nasional, Sabtu lepas, namun tumpas 0-3 di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Selasa lepas.Sebahagian besar peminat menerima kekalahan itu dengan hati terbuka terutama selepas Pan-gon tampil mempertahankan pemainnya apabila mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meminta segala kritikan serta kecaman dihalakan kepadanya.Berdasarkan pemerhatian penulis, Pan-gon seorang jurulatih yang berusaha mengamalkan sikap profesional pada tahap tertinggi sepanjang masa di padang mahupun luar padang.Beliau memilih untuk tidak bercakap soal individu barisan pemainnya di hadapan umum, kalah ataupun menang, selain konsisten berterima kasih kepada pemain dan peminat selepas perlawanan.Dari segi perwatakannya, selain sering tampil optimis, beliau juga mudah tersenyum dan boleh berjenaka apabila pasukan negara mencatat kemenangan dan sugul serta bersikap sukar didekati apabila tewas.Permintaan peminat supaya kedudukan Pan-gon dipertahankan dilihat berasas berdasarkan komitmen diberikan jurulatih itu.Secara keseluruhan, Pan-gon mengumpul 11 kemenangan, empat tewas dan dua keputusan seri dalam kesemua pertandingan bersama pasukan negara dengan misi besar selepas ini membentuk skuad terbaik bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Januari 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 03:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240199/berita/sukan/daren-beri-kemenangan-percuma-kepada-axelse", "article_title": "Daren beri kemenangan percuma kepada Axelse", "article_text": "PERSEORANGAN profesional negara, Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 pada Khamis, akibat kecederaan betis kanan.Keputusan itu menyaksikan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mendapat kemenangan percuma untuk mara ke suku akhir, esok.Axelsen, yang mendapat rehat tambahan sehari, seterusnya akan bertemu Kenta Nishimoto dari Jepun, yang menyingkirkan pilihan kelima, Jonatan Christie dari Indonesia, 21-15, 21-17 pada Khamis.Daren, 35, sebelum ini sudah memberi bayangan bakal menarik diri daripada kejohanan Super 1000 itu sekiranya kecederaan yang dialaminya sejak sebulan lepas tidak pulih sebelum hari ini.Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu membuka kempen dengan kemenangan 21-15, 14-21, 21-17 ke atas Toma Junior Popov dari Perancis, manakala Axelsen mengatasi rakan senegara Rasmus Gemke 17-21, 21-14, 21-12 dalam pusingan pertama pada Selasa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 02:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240183/berita/sukan/piala-liga-nottingham-forest-tempah-slot-separuh-akhir", "article_title": "Piala Liga: Nottingham Forest tempah slot separuh akhir", "article_text": "NOTTINGHAM Forest menewaskan Wolverhampton Wanderers 4-3 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan pusingan lapan terbaik Piala Liga di City Ground untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad.Penjaga gol, Dean Henderson muncul wira Forest apabila menyelamatkan sepakan Joe Hodge dalam penentuan penalti selepas permainan berakhir 1-1 untuk menghantar pasukannya mara ke separuh pertama sejak mereka mara ke final Piala Liga pada 1992.Willy Boly menjaringkan gol selepas 18 minit perlawanan menentang bekas kelabnya untuk memberikan Forest pendahuluan.Bagaimanapun Wolves kembali bangkit pada babak kedua selepas Raul Jimenez menyudahkan hantaran Matheus Cunha.Walaupun keputusan itu memberikan detik kegembiraan buat peminat dan pemain Forest, pengurus Steve Cooper merasakan pasukannya sepatutnya beraksi lebih baik sepanjang 90 minit.\u201cSaya kagum dengan semangat para penyokong dan pemain sepanjang perlawanan ini.\u201cObjektif adalah untuk melepasi fasa ini. Saya tidak boleh mengatakan saya menyukai persembahan kami, namun saya tidak sepatutnya terlalu negatif dan tidak akan begitu.\u201cTetapi kami perlu bermain lebih baik daripada yang kami lakukan dalam tempoh permainan seperti ini. Ya, pada perlawanan ini kami berusaha memanfaatkan peluang dimiliki ke atas Wolves,\u201d kata Cooper.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 02:06pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240181/berita/sukan/kyrgios-mahu-buktikan-sesuatu-di-australia", "article_title": "Kyrgios mahu buktikan sesuatu di Australia", "article_text": "BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios mahu membuktikan penampilan di Kejohanan Terbuka Australia itu bukan sekadar nasib menjelang kejuaraan Grand Slam tersebut Isnin ini.Sebaliknya pemain berusia 27 tahun itu mahu memastikan penampilan di laman sendiri tersebut bermula dengan langkah positif pada aksi ke undian utama.\u201cSaya adalah salah seorang pemain tenis terbaik dunia.\u201cSaya pasti akan pergi ke mana-mana kejohanan termasuk Terbuka Australia dengan keyakinan dan percaya boleh pergi jauh di Grand Slam.\u201cJadi mudah-mudahan dengan Terbuka Australia yang semakin menghampiri, saya berharap mengharungi beberapa minggu yang baik di sini,\u201d katanya.Kyrgios tidak popular dalam kalangan rakan senegaranya selepas kerap bertembung dengan pegawai rasmi dan peminat.\u201cKemenangan menyelesaikan segala-galanya, Australia hanya suka mengejar pemenang.\u201cSaya tidak melihat terlalu jauh ke hadapan, saya hanya berharap untuk mengambil langkah demi langkah, saya langsung tidak melihat ke hadapan dalam undian. Saya tahu terdapat ramai pemain berkebolehan yang mampu melakukan kejutan di sini.\u201cNamun kali ini agak Ia agak berbeza apabila kali pertama saya berasa seperti antara pemain yang boleh menjulang trofi,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 02:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240171/berita/sukan/jin-wei-akur-dilanyak-se-young", "article_title": "Jin Wei akur 'dilanyak' Se Young", "article_text": "PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa akur tewas mudah 10-21, 11-21 kepada An Se Young dalam aksi pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.Jin Wei berkata, dia tidak mempunyai 'kemampuan' di tengah gelanggang bagi menyaingi kehandalan pemain dari Korea Selatan itu.Malah, Jin Wei turut mengakui ada jurang besar antara dia dan Se Young sehingga menyaksikan perlawanan berlangsung agak 'berat sebelah'.\"Memang saya tak cukup lagi dari segi kemampuan. Setiap pukulannya (Se Young) lebih baik dan dia juga berjaya mengawal permainan dengan tenang.\"Ada jurang yang sangat besar (dengan Se Young). Jadi saya harus bekerja lebih keras bagi meningkatkan kemampuan diri saya sendiri.\"Saya harus meraih lebih banyak pengalaman dan menyertai kejohanan sebanyak mungkin,\" katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.Kekalahan juara remaja dunia dua kali itu menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam acara perseorangan wanita pada Terbuka Malaysia kali ini.Sementara itu, beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut tersingkir pada pusingan kedua apabila tewas 10-21, 12-21 kepada pilihan ketujuh dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu.\"Kami sudah cuba buat sehabis baik pada perlawanan hari ini, tetapi ternyata mereka terlalu kuat. Ini pengajaran terbaik buat kami apabila menentang beregu terbaik dunia,\" ujar Mei Xing.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 12:38pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240166/berita/sukan/psg-terus-tagih-sentuhan-messi", "article_title": "PSG terus tagih sentuhan Messi", "article_text": "LIONEL Messi terus tajam bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas meledak satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Angers dalam saingan Ligue 1 pada Khamis.Pengendali PSG, Christophe Galtier mengakui kehadiran semula Messi dalam pasukan selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia Qatar 2022 memberikan banyak perbezaan kepada pasukan.PSG telah merehatkan Messi dalam tiga perlawanan pertama liga selepas berakhirnya Piala Dunia.\"Dia telah menjalani beberapa sesi latihan bersama kami sekarang. Dia kelihatan lebih selesa dan dalam bentuk fizikal yang sangat baik.\"Sudah tentu, pasukan berbeza dengan atau tanpa Messi. Dia juga menjaringkan gol penting untuk kami malam ini dan kita semua tahu bahawa dia suka menjaringkan gol, dia adalah jenis pemain yang memerlukan gol.\"Saya bercakap dengannya pada separuh masa untuk melihat perasaannya dan dia berkata dia berasa baik. Adalah penting untuk mempunyai Messi kembali dalam permainan kami. Fakta bahawa dia bermain 90 minit adalah lebih baik,\" katanya.Kapten Argentina itu kembali membuat penampilan bersama PSG dan meledak gol kedua pasukan pada minit ke-72 selepas Hugo Ektitike menjaringan gol pendahuluan pada awal perlawanan buat gergasi Ligue 1 itu.Dalam pada itu, Galtier juga menjelaskan perubahan formasi yang digunakan dalam perlawanan tersebut.\"Ia untuk perlawanan ini, berdasarkan cara kami membuat persediaan. Saya rasa ia tidak akan berfungsi dengan cara yang kami sediakan.\"Saya juga bercakap dengan pemain dan kakitangan saya dari segi pilihan kami, dan kami mengambil pilihan yang berbeza,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 12:12pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240161/berita/sukan/saya-tidak-menyesal---zii-jia", "article_title": "'Saya tidak menyesal' - Zii Jia", "article_text": "JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.Sebaliknya, Zii Jia tetap dengan pendiriannya untuk bergerak solo selepas 'berpisah' dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya pada November tahun lalu.\"Macam apa yang saya telah katakan sebelum ini, ini (tiada jurulatih) adalah jalan yang saya pilih... jadi saya perlu terima dan tanggung (akibatnya).\"Mati pun matilah... saya tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat sebelum ini,\" kata Zii Jia kepada pemberita di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.Terdahulu, Zii Jia terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada Terbuka Malaysia 2023 selepas tewas 21-13, 17-21, 19-21 kepada pemain muda dari Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi pusingan pertama.Kekalahan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton tempatan terhadap prestasi Zii Jia yang kini bergelar pemain nombor dunia.Ketika diminta mengulas kekalahan kepada Naraoka, Zii Jia berkata, dia harus segera melupakan kegagalan terbaharunya itu dan bangkit pada kejohanan akan datang.\"Saya perlu bekerja keras dan lupakan kekalahan tadi. Masih banyak lagi kejohanan lain selepas ini dan saya akan cuba meraih keputusan lebih baik,\" ujarnya.Terbuka India 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 22 Januari ini bakal menjadi medan terbaik buat Zii Jia bangkit menebus kekecewaannya itu.Dalam aksi pusingan pertama Terbuka India 2023, Zii Jia dijadualkan menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito - lawan yang menyingkirkannya di pusingan kedua Terbuka Malaysia tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 11:59am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240152/berita/sukan/naomi-osaka-umum-hamil", "article_title": "Naomi Osaka umum hamil", "article_text": "JUARA empat kali perseorangan wanita Grand Slam, Naomi Osaka mengumumkan beliau hamil anak pertama hanya beberapa hari sebelum bermulanya Kejohanan Tenis Terbuka Australia 2023.\"Satu perkara yang saya nantikan ialah anak saya menonton satu daripada perlawanan saya dan berkata 'itu ibu saya'. Tahun 2023 bakal menjadi tahun yang penuh dengan pengajaran dan saya berharap dapat bertemu dengan anda semua di Terbuka Australia 2024,\" kata Osaka di Twitter, menurut Agensi Anadolu.Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.Bintang tenis berusia 25 tahun itu memenangi Terbuka Australia pada 2019 dan 2021.Beliau juga merupakan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2018 dan 2020. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 10:57am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240149/berita/sukan/urus-chelsea-kerja-paling-sukar", "article_title": "'Urus Chelsea kerja paling sukar'", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter percaya mengurus pasukan itu adalah kerja paling sukar pernah dilakukannya kerana beberapa faktor seperti perubahan pemilikan dan sasaran tinggi kelab itu.Potter yang dilantik untuk mengendalikan Chelsea pada September tahun lalu sedang bergelut untuk memulihkan pasukan itu yang kini di kedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL).The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan penyokong mahu dia dipecat dan digantikan semula dengan Thomas Tuchel.Pengambilalihan kelab oleh Todd Boehly daripada Roman Abramovich telah membawa kepada rombakan yang ketara di Chelsea dan Potter menyifatkan cabaran tersebut sebagai punca kemerosotan kelab.\"Kami perlu menanganinya dan kami perlu membina semula pasukan kerana banyak perkara telah berubah. Itu adalah sebahagian daripada cabaran untuk datang (ke sini).\"Saya faham ia akan menjadi sangat sukar. Saya hanya berfikir dari perspektif kepimpinan, ia menarik, mencabar dan sangat sukar.\"Saya fikir, ini mungkin kerja yang paling sukar dalam bola sepak kerana perubahan kepimpinan itu dan kerana jangkaan Chelsea adalah pasukan yang kuat,\" katanya.Potter berkata, dia mesti mengambil tanggungjawab itu dan percaya mampu membawa Chelsea kembali ke landasan kemenangan.\"Apa yang boleh saya lakukan ialah membantu, bercakap dengan jujur, memberi anda perspektif saya dan kemudian memahami kritikan. Ia akan membantu pasukan bangkit,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 10:48am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240146/berita/sukan/city-berhak-tewas---guardiola", "article_title": "City berhak tewas - Guardiola", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya berhak tewas kepada Southampton 0-2 dalam aksi Piala Liga di Stadium St Mary pada Khamis.Menurutnya, City tidak melakukan persiapan rapi dan menyifatkan ia salah satu perlawanan yang teruk buat pasukannya.\"Pasukan yang lebih baik menang. Kami tidak bermain dengan baik pada permulaan. Terdapat banyak perlawanan yang kami bermula mula dengan buruk tetapi bangkit, tetapi tidak untuk perlawanan ini.\"Apabila tidak bersedia, kami gagal menjaringkan gol. Apabila anda bersedia, anda menjaringkan gol.\"Malam ini adalah malam yang buruk, lawan lebih baik jadi kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Untuk memenangi perlawanan anda perlu berada pada tahap terbaik dan malam ini kami tidak layak,\" katanya.City yang melakukan lima pertukaran pemain selepas kemenangan pusingan ketiga Piala FA menentang Chelsea tiga hari lalu terpaksa akur dengan penguasaan ditunjukkan Southampton melalui jaringan Sekou Mara dan Moussa Djenepo.Skuad kendalian Guardiola itu juga gagal melakukan sebarang percubaan ke gawang pasukan tercorot dalam Liga Perdana Inggeris itu.Sementara itu, pengendali Southampton, Nathan Jones mengakui kemenangan ke atas City melonjakkan semangat pasukannya.\"Kami mahu menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Ini mesti menjadi penanda aras kami, tahap yang kami mahu capai.\"Kami mempunyai banyak situasi yang baik hari ini. Ia adalah satu langkah ke arah yang betul. Saya sangat berbangga dengan pemain, diri saya dan jurulatih,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 10:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240140/berita/sukan/malaysian-tigers-tak-beri-sepanyol-laluan-mudah", "article_title": "Malaysian Tigers tak beri Sepanyol laluan mudah", "article_text": "PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj menganggap kekalahan kepada Sepanyol pada aksi persahabatan sebelum kempen Piala Dunia 2023 Bhubaneswar-Rourkela, India sebagai medan menguji pendekatan taktikal Malaysian Tigers.Malah beliau tetap berpuas hati selain optimis skuadnya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan Belanda pada aksi pembukaan Sabtu ini, biarpun tewas 2-3 pada aksi pemanas badan kepada pasukan di ranking kelapan dunia itu.\"Satu keputusan yang bagus daripada segi pendekatan taktikal. Walaupun bukan bermain minit penuh kita tetap pamerkan persembahan cukup baik dan menganggap ianya seperti perlawanan sebenar menentang Belanda nanti.\"Harapan saya ialah ianya akan diterjemahkan kepada satu kejayaan pula berdasarkan persembahan itu. Ia sekali gus akan menjadi pemangkin kepada kejayaan di perlawanan kedua dan ketiga,\" katanya menerusi pautan video dikongsi kepada media.Malaysian Tigers sebelum itu memperoleh dua gol hasil jaringan Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Aminuddin Mohd Zain.Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas menentang juara tiga kali Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C pada kejohanan itu, dijadualkan berdepan Chile yang berada di ranking ke-22 dunia pada 16 Januari, sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan New Zealand (kesembilan dunia) pada 19 Januari.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Januari 2023 08:58am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240108/berita/sukan/memori-indah-liu-ying", "article_title": "Memori indah Liu Ying", "article_text": "PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying menamatkan kariernya selepas berkecimpung dalam dunia badminton seawal usia 13 tahun.Aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Rabu, merupakan perlawanan kompetitif terakhir bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.Liu Ying, 34, yang kembali bergandingan bersama Chan Peng Soon buat kali terakhir pada kejohanan ini, terpaksa akur apabila tewas 21-18, 15-21, 7-21 kepada gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, selepas pertarungan selama 58 minit.Bercakap kepada pemberita selepas aksi itu, Liu Ying berkata, dia sebenarnya mengharapkan untuk melakar sekurang-kurangnya satu kemenangan di hadapan peminat badminton tanah air, namun tetap gembira apabila sorakan tanpa henti didengarinya sepanjang perlawanan itu.\"Sebelum bermula perlawanan, saya fikir kalau boleh ingin mencatat satu kemenangan dan ia satu bonus jika dapat melakukannya bersama Peng Soon.\"Meskipun tewas, saya anggap ini memori yang saya tidak akan lupakan kerana dapat mengambil bahagian di Terbuka Malaysia bersama Peng Soon. Saya harap selepas ini penyokong rindu kelibat saya dan Peng Soon,\" katanya.Liu Ying yang kelihatan sebak selepas tamat perlawanan, turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya, sepanjang berkecimpung dalam arena badminton.Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 merupakan pengakhiran yang bermakna, apabila kejohanan yang sama menyaksikan beliau memulakan gandingannya bersama Peng Soon, 13 tahun lalu.Peng Soon akan terus beraksi sebagai pemain profesional bersama Cheah Yee See.Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember lepas, melakar kejutan dengan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, yang juga rakan senegara, 21-15, 21-10.Gandingan yang berada pada ranking ke-147 dunia itu, akan melakukan perhitungan menentang pasangan Indonesia Rehan Naufal-Lisa Ayu (ke-12 dunia).\"Gelanggang ini agak besar, jika dipukul kuat, mudah untuk keluar, jadi strategi kami ialah kawal bulu tangkis, saya cuba yang terbaik dan sebenarnya jurulatih kami (Nova Widianto) berikan kami banyak strategi jadi kami amat hargainya,\" kata Ee Wei. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 09:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240106/berita/sukan/zii-jia-kecundang-di-tangan-pemain-muda-jepun", "article_title": "Zii Jia kecundang di tangan pemain muda Jepun", "article_text": "JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar setelah tewas kepada pemain muda Jepun, Kodai Naraoka seawal pusingan pertama kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 di Bukit Jalil sebentar tadi.Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 21 tahun itu dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena.Dalam pertarungan tersebut, pemain nombor dua dunia itu kecundang menerusi tiga set permainan 13-21, 21-17 dan 21-18 dalam tempoh 73 minit permainan.Kekalahan tersebut memeritkan buat pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu kerana ia menjadi pencapaian terburuk berbanding edisi lalu apabila mara ke Pusingan 16.Pada pusingan kedua itu, Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito.Beliau juga kalah dalam pusingan pertama kepada pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon pada edisi 2019.Buat Naraoka pula, ia menjadi kemenangan bermakna dalam kariernya apabila melakar keputusan positif dalam pertemuan sulung menentang Zii Jia di pentas antarabangsa.Naraoka akan membuat perhitungan dengan pemain muda negara, Ng Tze Yong dalam pusingan kedua pada Khamis.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 09:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240102/berita/sukan/aaron-wooi-yik-elak-kecewa-depan-peminat-sendiri", "article_title": "Aaron, Wooi Yik elak kecewa depan peminat sendiri", "article_text": "GANDINGAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan melakukan persiapan rapi bagi mengelakkan kekecewaan menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena pada Khamis.Aaron-Wooi Yik, juara Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, berkata mereka akan mengadakan perbincangan bersama barisan kejurulatihan bagi menentukan strategi yang akan digunakan ketika berdepan beregu di ranking keenam dunia tersebut.Sebelum ini, mereka pernah tewas sebanyak dua kali bersama pasangan berkenaan di pusingan separuh akhir Terbuka Indonesia Jun lepas dan peringkat kumpulan jelajah dunia akhir di Bangkok, Thailand pada Disember lalu.\"Saya kalah kedua-dua perlawanan menentang mereka sebelum ini, tetapi bagi saya ia bukan satu masalah. Tahun ini, kejohanan baru bermula dan semua perlu bermula dengan 0-0.\"Selepas berakhir perlawanan pusingan pertama ini, saya akan berbincang dengan jurulatih terutama mengenai strategi permainan pihak lawan. Kita tahu dekat sini (Axiata) angin sangat kuat, jadi siapa yang boleh mengawal perlawanan dengan baik, dia yang akan ada kelebihan,\" katanya.Pada aksi pusingan pertama tersebut, gandingan sensasi ranking ketiga dunia itu menundukkan lawan dari Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan 16-21, 21-15, 21-16 dalam perhitungan yang berlangsung selama 56 minit.Terdahulu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chan, 21-16, 11-21, 17-21.Satu lagi pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tewas kepada pilihan kedua kejohanan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, 18-21, 21-23. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 08:55pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240082/berita/sukan/liek-hou-optimis-mampu-sapu-bersih-12-gelaran-tahun-ini", "article_title": "Liek Hou optimis mampu sapu bersih 12 gelaran tahun ini", "article_text": "JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou optimis mampu merangkul kesemua gelaran juara dalam 12 kejohanan disertainya tahun ini sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024.Liek Hou yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, bagaimanapun tidak mahu memandang mudah cabaran pemain lawan di setiap kejohanan tersebut yang boleh membantut hasratnya itu.\"Tahun ini sangat penting untuk saya layakkan diri ke Paralimpik Paris dengan kejohanan pertama akan disertai ialah di Sepanyol pada Februari. Sudah tentu ramai pemain mahu kalahkan saya maka saya perlu mengharungi setiap kejohanan satu persatu secara tenang.\"Apapun saya perlu pastikan kondisi badan mampu berada dalam keadaan terbaik. Saya bukan muda lagi serta perlu elakkan diri daripada kecederaan supaya tidak keciciran mata,\" katanya ketika ditemui baru-baru ini.Liek Hou yang akan menginjak usia 35 tahun pada Mac depan berkata, dia tetap yakin mampu menyerap tekanan selain berhasil mencipta kejayaan dalam setiap kejohanan disertainya.Liek Hou yang dibimbing jurulatih dari Indonesia, Nova Armada juga berharap mampu mempraktikkan segala tunjuk ajar pengendalinya itu yang turut membimbing pemain perseorangan profesional wanita, Goh Jin Wei dan pemain perseorangan profesional lelaki, Soong Joo Ven, dalam mencapai matlamatnya itu.\"Di bawah (bimbingan) Nova, saya sifatkan mempunyai kelebihan berikutan turut berlatih bersama kedua-dua mereka.\"Berlatih bersama mereka (Jin Wei/Joo Ven), saya dapat lihat dari segi ketangkasan itu sangat berbeza selain memerlukan mentaliti yang kuat. Namun bagi saya ia akan memberikan kelebihan dalam mengharungi kejohanan pada masa akan datang,\" katanya.Liek Hou menutup kalendar 2022 dengan cukup bergaya selepas meraih gelaran dunia ketujuhnya di peringkat antarabangsa dalam acara perseorangan SU5 (kecacatan fizikal) di Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo, November lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 06:48pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240078/berita/sukan/jin-wei-gembira-kembali-hiasi-super-1000", "article_title": "Jin Wei gembira kembali 'hiasi' Super 1000", "article_text": "PERSEORANGAN badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei gembira dapat kembali bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam kejohanan peringkat Super 1000, selepas kali terakhir beraksi pada 2018.Jin Wei berkata, dia mahu memberikan aksi yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila berdepan pemain di ranking atas pada Terbuka Malaysia kali ini.\"Saya menikmati kepantasan permainan walaupun pada awal pagi. Kali terakhir saya tidak bermain sudah hampir setahun (kerana pembedahan) dan hanya menyertai kejohanan kecil dan di Eropah kurang perhatian, jauh berbeza (di negara sendiri).\"Memang sukar untuk kalahkan mereka (pemain 10 terbaik dunia), mereka sangat konsisten dan itu yang saya sasarkan, untuk jadi konsisten,\" kata pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu.Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menewaskan wakil Jerman, Yvonne Li 21-11, 21-18 dalam 39 minit perlawanan.Jin Wei yang mara ke pusingan kedua akan berdepan lawannya dari Korea Selatan, An Se Young yang mengenepikan wakil India, Malvika Bansod 21-9, 21-13.Pada Oktober 2019, Jin Wei menjalani pembedahan kolektomi, prosedur untuk membuang semua atau sebahagian daripada usus. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 06:31pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240066/berita/sukan/percaturan-pan-gon-makan-diri", "article_title": "Percaturan Pan-gon makan diri?", "article_text": "EMPAT pertukaran dalam kesebelasan utama dibuat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon wajar dilihat sebagai faktor kekalahan kepada Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF 2022 pada Selasa.Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking menang 3-0 menerusi gol berpunca hantaran lintang untuk mencatat keputusan agregat 3-1, sekali gus menempah pertemuan dengan juara dua kali, Vietnam dalam misi mempertahankan kejuaraan.Selepas berjaya mengatasi Thailand 1-0 di laman sendiri, Pan-gon membuat keputusan luar biasa menggantikan keempat-empat pemain di bahagian kanan dan kiri pasukan untuk berdepan pihak lawan yang merupakan pasukan dengan keupayaan teknikal yang tinggi.Jurulatih dari Korea Selatan itu merehatkan pemain pertahanan kanan, Quentin Cheng dengan harapan Muhammad Azam Azmi Murad yang segar daripada penggantungan dua perlawanan dapat melaksanakan tugas dengan baik, tetapi Thailand meledak gol pertama dari sebelah kanan.Pan-gon juga membuat pertukaran di bahagian kiri apabila pemain pertahanan, Muhammad Fazly Mazlan dipilih berbanding V Ruventhiran, malangnya keputusan itu tidak dapat menghalang Thailand daripada menjaringkan dua gol bermula dari sebelah kiri.Dua lagi pertukaran dibuat Pan-gon ialah mempertaruhkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Mohd Nor Hakim Hassan masing-masing di bahagian kanan dan kiri sayap pasukan berbanding Muhammad Safawi Rasid dan Mohamad Faisal Abdul Halim yang ditolak bermain di belakang penyerang.Berdasarkan statistik, Malaysia tidak menunjukkan perubahan dalam pendekatan permainan berbanding aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional di Bukit Jalil, apabila hanya menguasai 37 peratus penguasaan bola berbanding Thailand dengan 63 peratus.Keputusan Pan-gon membuat dua pertukaran di bahagian sayap juga tidak menampakkan kelainan apabila Malaysia mencatatkan keseluruhan dua percubaan dengan satu tepat ke gawang, manakala Thailand garang dengan mencipta lima serangan tepat dalam keseluruhan tujuh percubaan.Dari segi ketepatan hantaran, keupayaan Thailand bermain secara dinamik bermula dari bahagian pertahanan sehingga ke jentera serangan menyaksikan mereka mencatat 81.6 peratus, manakala Malaysia yang kelihatan lewat dalam membuat 'build up' hanya mengumpul 65.1 peratus.Thailand turut menunjukkan disiplin bertahan yang baik apabila berjaya menyekat tiga percubaan pasukan negara sementara Malaysia dibolosi menerusi gerakan sama iaitu hantaran lintang dari sebelah kanan dan kiri - menyaksikan pemain negara terperangkap dan mudah diatasi.Ketika ditanya adakah keputusan empat pertukaran dilakukan itu menjadi punca kekalahan, Pan Gon menjawab: \"Saya menerima sekiranya anda (media) berfikir begitu,\".Mungkin dapat disimpulkan pasukan negara tidak belajar daripada perlawanan di Stadium Nasional apabila walaupun menang tetapi Thailand lebih menonjol dan menguasai keseluruhan 90 minit permainan dan taktikal sama diterapkan anak buah Polking pada perlawanan itu.Berdasarkan statistik pertembungan itu, Thailand mendominasi penguasaan bola sehingga 72 peratus dan melakukan keseluruhan 18 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang.Pada aksi semalam, pasukan negara umpama menanti masa dibolosi pihak lawan sebelum Thailand membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda diikuti jaringan pemain sayap Bordin Phala (minit ke-55) dan penyerang gantian Adisak Kraisorn pada minit ke-71.Pada masa sama, faktor keletihan juga boleh diberikan perhatian dalam merungkai penyingkiran Malaysia pada edisi kali ini selepas pasukan negara mengharungi jadual perlawanan yang padat dengan tempoh perjalanan yang singkat.Malaysia merekodkan 11 jaringan dan bolos tujuh selepas enam perlawanan dengan Mohamad Faisal muncul penjaring terbanyak pasukan dengan keseluruhan empat gol diikuti Stuart Wilkin (tiga), Sergio Aguero (dua) sementara Darren Lok dan Muhammad Haqimi Azim Rosli masing-masing satu gol.Jumlah jaringan itu meletakkan Malaysia di belakang Indonesia (12 gol) sementara Vietnam dan Thailand setakat ini masing-masing menjaringkan 14 dan 16 gol menjelang pertembungan final.Jelas, Pan-gon lebih mengetahui punca sebenar di sebalik kekalahan Malaysia selepas lebih lima minggu bersama barisan pemain sejak penghujung November lepas dengan meraih enam kemenangan termasuk dua aksi antarabangsa Tier 1 dan tewas dua kali dalam tempoh kira-kira sebulan.Pengalaman membimbing pasukan negara pada kempen Piala AFF kali ini juga akan membantu beliau meluaskan lagi pencarian pemain terbaik sepanjang tahun ini dalam usaha membentuk skuad terkuat bagi mengharungi Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual berlangsung pada Januari 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 05:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240057/berita/sukan/tonik-tambahan-wai-ching-sebelum-ke-dubai", "article_title": "Tonik tambahan Wai Ching sebelum ke Dubai", "article_text": "KEJAYAAN melakar rekod baharu larian menara menjadi penyuntik semangat buat jaguh dunia, Soh Wai Ching untuk mengukir nama dengan pelbagai lagi kejayaan di pentas antarabangsa.Wai Ching mencipta rekod baharu kebangsaan dengan catatan 7:18 minit (m) untuk mengungguli Top Tower Run Komtar Penang Sabtu lalu.Atlet berusia 29 tahun itu optimis mampu memecahkan rekod peribadi 7:39m yang dilakar pada 2019, biarpun cuma berlatih kira-kira dua minggu sebelum pertandingan di Pulau Pinang itu.\"Prestasi ketika ini lebih baik berbanding 2019, jadi saya yakin untuk memecahkan rekod pada kejohanan kali ini,\" katanya.Beliau berkata, sasaran awal adalah untuk mencatat masa sekitar 7:30m, namun tidak menyangka setelah berakhir larian, masa rasmi adalah rekod kebangsaan.\"Selepas melepasi garisan penamat saya menekan jam di tangan, kemudian rebah sejurus selepas itu.\"Selepas itu bila melihat jam tangan, ia menunjukkan masa 7:23m. Selepas mengetahui keputusan rasmi dan membuat semakan catatan masa rasmi saya ialah 7:18.88m.\"Jadi saya memecahkan rekod sebelumnya dengan perbezaan 21 saat,\" katanya.Wai Ching memberitahu, selepas ini dia akan menyertai pertandingan di Dubai yang bakal diadakan di Hotel Media One.\"Tahun ini saya sasar untuk mencatat rekod baharu bagi setiap pertandingan yang disertai.\"Saya juga sasar untuk mencapai dua Rekod Dunia Guinness,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 04:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240058/berita/sukan/tang-jie-ee-wei-kejutkan-beregu-campuran-nombor-satu-negara", "article_title": "Tang Jie, Ee Wei kejutkan beregu campuran nombor satu negara", "article_text": "TUAH beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang baru digandingkan Disember tahun lalu apabila melakar kejutan pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 setelah menewaskan pasangan nombor satu Malaysia pada Rabu.Mereka yang baru bersama lebih sebulan menumpaskan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang merupakan semi-finalis kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2022 di Thailand akhir tahun lalu.Perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas pasangan nombor enam dunia itu, 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 31 minit permainan.Kian Meng (kiri) dan Pei Jing terpaksa akur tewas kepada Tang Jie dan Ee Wei pada Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Rabu. - Foto FB BAMIni merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.Kemenangan itu membolehkan Tang Jie dan Ee Wei mara ke pusingan kedua pada Khamis.Menanti mereka ialah pasangan Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu yang menewaskan gandingan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 18-21, 21-15, 21-7.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 04:33pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240051/berita/sukan/bukan-mudah-tumbangkan-harimau-malaya", "article_title": "Bukan mudah tumbangkan Harimau Malaya", "article_text": "TIDAK semudah perlawanan pertama.Itu gambaran pengendali Thailand, Alexandre Polking selepas kemenangan 3-0 ke atas Malaysia dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat pada Selasa.Polking berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan ramai pemain di bahagian tengah, sekali gus memberikan kesukaran kepada Gajah Perang.\u201cAksi hari ini lebih sukar daripada perlawanan (separuh akhir) pertama (di Stadium Nasional Bukit Jalil). Ini kerana pada perlawanan pertama, kami dapat mengawal semuanya.\u201cMalaysia mempunyai rancangan untuk meletakkan ramai pemain di bahagian tengah, jadi ia tidak semudah pada perlawanan pertama.\u201cTetapi kami melakukan kerja yang baik dan menjaringkan gol. Saya harus memberikan pujian kepada pemain atas usaha mereka hari ini,\u201d katanya pada sidang akhbar.Kemenangan secara agregat 3-1 ke atas Malaysia itu menyaksikan Thailand bakal menempah pertemuan menentang Vietnam dalam aksi final yang turut diadakan secara timbal balik.Thailand yang juga penyandang juara akan berkunjung ke Stadium My Dinh, Hanoi pada Jumaat ini sebelum menanti kunjungan skuad Naga Emas itu di Bangkok tiga hari kemudian.Mengulas peluang Thailand dalam aksi final nanti, Polking mengakui Vietnam mempunyai banyak kelebihan terutamanya apabila terlebih dahulu beraksi di laman sendiri.\u201cDua perlawanan di tempat lawan sebelum ini, saya harap ia menjadi pengajaran buat kami.\"Di Bukit Jalil contohnya, kami telah menunjukkan kami boleh bermain baik, cuma tidak berpeluang menjaringkan gol.\u201cSaya berharap perlawanan akhir pertama di Hanoi nanti, kami tidak melakukan kesilapan dan cuba mencari gol sebelum bermain di tempat sendiri,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 04:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240038/berita/sukan/perlis-mahu-isu-pembubaran-mastaf-selesai-segera", "article_title": "Perlis mahu isu pembubaran Mastaf selesai segera", "article_text": "PERSATUAN Sepaktakraw Perlis (PSTPs) mahu isu pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf) diselesaikan segera berdasarkan perlembagaan badan induk tersebut.Malah Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad menasihati pengurusan kepimpinan Mastaf supaya mengambil tindakan segera membubarkan pertubuhan itu secara sah bagi membolehkan memberi laluan kepada PSM melibatkan diri di peringkat antarabangsa.Katanya, ia sekali gus memberi sumbangan optimum kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Astaf) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Istaf) supaya sukan sepak takraw diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) seterusnya mendapat tempat pada Sukan Olimpik Paris 2024.\"Pembubaran Mastaf oleh Presiden badan induk itu pada 20 Disember lalu adalah tidak sah dari sudut perlembagaan Mastaf yang telah diluluskan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.\"Mastaf perlu dibubarkan secara sah bersandarkan perlembagaan Mastaf Fasal 45 (45.1, 45.2 dan 45.3) melalui mesyuarat agung yang khusus untuk tujuan pembubaran dengan keputusan 2/3 daripada ahli yang layak mengundi.\"Keputusan pembubaran Mastaf mestilah disampaikan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembubaran tersebut,\" katanya pada Rabu.Astaf sebelum ini menggesa pengurusan Mastaf supaya mengambil sikap lebih bertanggungjawab untuk segera membubarkan badan induk itu secara sah berlandaskan perlembagaan Mastaf.Sementara itu, Syed Azmir juga menyokong usaha diambil Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk memohon menjadi semula ahli gabungan Astaf.Beliau berkata, ia memandangkan Mastaf tidak lagi mampu bertindak sebagai badan sukan yang memiliki kredibiliti untuk membangunkan sukan sepak takraw Malaysia dan peringkat antarabangsa.\"PSTPs berkeyakinan penuh hanya PSM sahaja yang mampu bertindak sebagai badan sukan sepak takraw yang tunggal membangunkan sukan sepak takraw di Malaysia dan di arena antarabangsa berdasarkan rekod cemerlang selama lebih 60 tahun.\"PSTPs juga yakin bahawa Astaf akan menerima kembali PSM sebagai anggota kerabat Astaf setelah semua proses pembubaran Mastaf berjalan mengikut lunas perundangan yang sah di sisi perlembagaan Mastaf,\" katanya.Dalam perkembangan lain, Syed Azmir juga memohon penelitian dan jasa baik Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) agar sepak takraw dapat dikembalikan semula kepada status Sukan Teras.Jelasnya, tindakan itu bagi memastikan supaya sukan tradisi berkenaan dapat terus dibangunkan secara lebih kompetitif dan proaktif pada masa depan.\"PSTPs juga menyeru kepada semua penggiat sepak takraw di Malaysia agar kembali bersatu di bawah payung PSM yang kini dipimpin Datuk Mohd Sumali Reduan.\"Kami penuh yakin bahawa kepimpinan beliau mampu untuk terus mempertingkatkan imej dan martabat sukan sepak takraw negara ke tahap yang lebih cemerlang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 03:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240012/berita/sukan/titik-permulaan-kami-ke-piala-asia-2023---shahrul-nazeem", "article_title": "Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Shahrul Nazeem", "article_text": "PENYINGKIRAN Malaysia daripada kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 boleh menjadi titik permulaan buat semua pemain yang membentuk skuad Harimau Malaya kali ini, kata pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar.Meskipun kekalahan kepada juara bertahan Thailand sukar diterima, pemain muda Selangor FC itu berkata, segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar dijadual pada Januari 2024.Dari segi persembahan menentang Thailand, Sharul Nazeem berkata, Malaysia tampil dengan pendekatan taktikal sama dalam kedua-dua aksi separuh akhir sekali gus menampakkan secara keseluruhan Thailand sebagai pasukan lebih bagus.\"Semestinya kekalahan ni kami tak boleh nak terima...saya rasa inilah titik permulaan bagi kami. Kami mungkin sedikit penat tetapi tetap berjuang, saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang berjuang habis-habisan, saya rasa banyak kami perlu perbaiki untuk Piala Asia nanti.\"Perlawanan ini mungkin disebabkan kelemahan kami, mungkin Thailand tahu kelemahan kami jadi kami perlu perbaiki apa yang mereka lakukan terhadap kami,\u201d kata pemain berusia 23 tahun itu selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat malam Selasa.Pada pertembungan itu, Gajah Perang menang 3-0 menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan 71.Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.Mengulas lanjut, Sharul Nazeem mengakui terdapat perbezaan kualiti antara pemain negara dan Thailand serta berbangga dengan pencapaian mara ke separuh akhir dilakar mereka.\"Pemain mereka ada yang bermain di luar negara, jadi pengalaman lagi tinggi berbanding dengan pemain kami macam (main) di Thailand, jadi kami kalah dekat situ...tapi kami tetap bangga sampai separuh akhir, kita perlu teruskan fokus untuk Piala Asia,\u201d katanya.Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala AFF 2022 ini diperkuatkan oleh kebanyakan muka baharu selepas kira-kira 14 pemain utama tidak dapat menyertai atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 01:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/240007/berita/sukan/kudrat-bale-masih-jadi-taruhan-wales", "article_title": "Kudrat Bale masih jadi taruhan Wales", "article_text": "PEMAIN sensasi, Gareth Bale mungkin perlu memikirkan semula hasratnya untuk bersara daripada arena bola sepak.Ia susulan skuad kebangsaan Wales masih menagih kudrat pemain berusia 33 tahun itu yang dilihat kekal relevan buat pasukan.Pengurus Wales, Rob Page enggan berputus asa akan cuba memujuk Bale untuk terus kekal bersama skuad selepas dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada Selasa.\u201cApabila anda memiliki seorang pemain seperti Gareth (Bale). Impak yang dicetuskan di bilik persalinan dan apa yang dia lakukan untuk Wales.\u201cMaka saya perlu manfaatkannya untuk pasukan. Saya amat teruja dan mahu dia terus kekal (bersama Wales),\u201d katanya.Bale melakar kejayaan cemerlang dalam kariernya apabila memenangi lima kali Liga Juara-Juara ketika bersama Real Madrid.Dia juga membuat 111 penampilan dan meledak 42 gol untuk Wales yang juga rekod untuk skuad kebangsaan.Bale mengambil keputusan untuk menggantung but ekoran prestasi hambar Wales di Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar.Poland gagal melepasi peringkat kumpulan, manakala Bale pula bergelut dengan masalah kecergasan.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 01:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239999/berita/sukan/gerrard-berkelana-ke-poland-", "article_title": "Gerrard berkelana ke Poland ?", "article_text": "BEKAS pengurus Aston Villa, Steven Gerrard disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas sebagai jurulatih Poland yang tersingkir pada pusingan 16 Piala Dunia di Qatar Disember lalu.Difahamkan jurulatih berusia 43 tahun itu dalam proses rundingan untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan negara tersebut.Jodoh Czeslaw Michniewicz dengan Poland berakhir bulan lalu selepas tewas 1-3 kepada Perancis dalam saingan kalah mati di Qatar.Poland hanya meledak tiga gol walaupun mempertaruhkan penyerang sensasi, Robert Lewandowski di jentera serangan.Prestasi hambar itu mengecewakan penyokong Poland yang berharap sesuatu dapat dilakukan bagi meningkatkan prestasi pasukan.Selain Gerrard turut berada dalam radar Poland ialah Roberto Martinez bekas pengurus Portugal yang dipecat baru-baru ini.Turut tersenarai Herve Renard, pengurus Arab Saudi yang memahat kejutan selepas menewaskan juara Piala Dunia Argentina 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan.Dilaporkan Persatuan Bolasepak Poland sudah berhubung dengan Gerrard mengenai kekosongan jawatan pengurus itu.Gerrard memulakan karier sebagai pengurus bersama gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers pada 2018 hingga 2021 selepas mengendalikan skuad Bawah 18 Tahun (B-18) dan B-19 Liverpool pada 2017-2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 12:36pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239992/berita/sukan/fifa-puji-penyokong-harimau-malaya", "article_title": "FIFA puji penyokong Harimau Malaya", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memuji sikap penyokong Harimau Malaya yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat pada Selasa.Walaupun skuad negara tewas 1-3 secara agregat kepada skuad Gajah Perang, namun sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang dikenali sebagai Ultras Malaya yang bertandang ke arena lawan itu memberikan tanda hormat kepada Thailand.Dalam satu video tular, mereka menampilkan sikap profesional menyanyikan lagu Sawadikap Thailand dan turut melaungkan tewaskan Vietnam sebagai semangat kepada pasukan Thailand yang akan menentang Vietnam di perlawanan akhir nanti.Para pemain Thailand juga turut sama berada di hadapan Ultras Malaya dilihat tersenyum dan bertepuk tangan mendengar nyanyian Ultras Malaya.Laman Twitter rasmi AFF Mitsubishi Electric Cup juga memuat naik video nyanyian tersebut selain turut meninggalkan soalan adakah penyokong Harimau Malaya adalah penyokong terbaik di ASEAN.Video tersebut juga telah menarik perhatian FIFA yang turut berkongsi video nyanyian Ultras Malaya itu di laman Twitter mereka.\"Permainan yang cantik. Penyokong Malaysia menunjukkan hormat mereka kepada Thailand selepas tewas dalam @affmecup,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 12:12pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239986/berita/sukan/ten-hag-idam-tamat-kemarau-trofi-united", "article_title": "Ten Hag idam tamat kemarau trofi United", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag meletakkan sasaran untuk menamatkan kemarau trofi enam tahun Manchester United selepas menewaskan Charlton Athletic 3-0 pada aksi suku akhir Piala Liga pada Selasa.Dua gol Marcus Rashford dan satu gol daripada Antony membolehkan United mara ke saingan separuh akhir.\"Empat terakhir (separuh akhir) tiada apa-apa. Ia hanya mengenai kemenangan. Tetapi anda perlu mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan.\"Kami akan lihat siapa yang akan kami lawan di peringkat separuh akhir dan kemudian kami akan membuat persediaan yang baik,\" katanya.The Red Devils belum memenangi trofi utama sejak bekas pengendali pasukan itu, Jose Mourinho membantu United menjulang Piala Liga dan Liga Europa pada 2017.Mengulas mengenai perlawanan menentang Charlton itu, Ten Hag menyifatkan pasukannya terlepas banyak peluang keemasan untuk memenangi perlawanan itu lebih awal.\"Saya cukup gembira. Kami memulakan permainan sangat baik dengan tenaga yang baik serta fokus.\"Kami mencipta peluang dan kemudian kami membuat gol cemerlang. Ia gol pasukan, tetapi penyudah daripada Antony adalah hebat.\"Mereka meletakkan penyerang lain tetapi saya fikir kami tidak membenarkan mereka mencipta peluang. Selepas memasukkan Rashford pada minit ke-60 baru kami berjaya menambah gol. Kami sepatutnya menamatkan perlawanan ini lebih awal,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 11:45am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239982/berita/sukan/ronaldo-tidak-dibayar-untuk-bida-piala-dunia-2030", "article_title": "Ronaldo tidak dibayar untuk bida Piala Dunia 2030", "article_text": "AL NASSR menafikan Cristiano Ronaldo dibayar untuk mempromosikan bidaan Piala Dunia 2030, kata kelab Arab Saudi itu pada Rabu.Penyerang Portugal itu menyertai Al Nassr pada 30 Disember lalu dengan menandatangani kontrak dua setengah tahun yang dilaporkan bernilai sekitar \u20ac200 juta (RM939 juta) setahun.Laporan beberapa media turut menyatakan Ronaldo dibayar bonus tambahan untuk bertindak sebagai duta bidaan Piala Dunia Arab Saudi selepas Timur Tengah itu menyasarkan untuk menganjurkan satu lagi kejohanan selepas Qatar 2022.Al Nassr bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ronaldo telah ditawarkan insentif kewangan untuk bidaan tersebut dengan Sepanyol, Ukraine dan negara asalnya Portugal antara yang turut membuat bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah.\"Al Nassr FC ingin menjelaskan bahawa kontrak Cristiano Ronaldo dengan Al Nassr tidak membabitkan komitmen untuk sebarang bidaan Piala Dunia.\"Fokus utamanya adalah kepada Al Nassr dan bekerjasama dengan rakan sepasukannya untuk membantu kelab mencapai kejayaan,\" katanya.Ronaldo masih belum membuat penampilan sulung untuk Al Nassr kerana perlu menjalani penggantungan dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 11:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239976/berita/sukan/tak-jangka-kalah-3-0", "article_title": "'Tak jangka kalah 3-0'", "article_text": "KAPTEN pasukan negara, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menjangkakan Malaysia akan dibolosi sehingga tiga gol ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi.Mohamad Faisal berkata, Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu.\"Sudah tentu kita tak jangka tewas 3-0, bermain di Thailand kita hanya perlu seri 0-0 atau sekurang-kurangnya jaring satu gol tetapi inilah bola sepak, bukan rezeki kita dan kita dah cuba yang terbaik.\"Kalau di Stadium Nasional kita menang 1-0 tapi diserang berterusan, tapi di sini kita cuba atasi mereka (Thailand) tetapi gagal. Banyak lagi perlu dipelajari dan faham apa yang jurulatih Kim (Kim Pan Gon) nak sebenarnya,\u201d katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini, malam tadi.Pada pertembungan itu, Gajah Perang mendahului menerusi tandukan penyerang prolifik Teerasil Dangda pada minit ke-19 sebelum pemain sayap Bordin Phala dan penyerang gantian Adisak Kraisorn, masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 dan ke-71.Malaysia, juara 2010, tewas dengan keputusan agregat 1-3.Thailand akan membuat perhitungan menentang juara dua kali, Vietnam, pada perlawanan final secara timbal balik Jumaat ini dan Isnin minggu depan.Sementara itu, Mohamad Faisal percaya sekiranya skuad yang beraksi pada kempen Piala AFF kali ini dikekalkan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, Malaysia mampu mengikut jejak langkah Thailand dan Vietnam dalam mencipta kejayaan.\"Memang dua atau tiga tahun tempoh masa yang lama tetapi kita kena lihat juga pasukan Vietnam dan Thailand - mereka duduk lama sehingga dua, tiga tahun baru nampak hasil, tidak mudah dalam masa sebulan kita nak dapat kejayaan,\u201d kata pemain sayap Selangor FC berusia 25 tahun itu.Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala AFF 2022 ini diperkuatkan oleh kebanyakan muka baharu selepas kira-kira 14 pemain utama tidak dapat menyertai atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Pencapaian mara ke separuh akhir kali ini menyaksikan Malaysia memperbaiki rekod tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan pada edisi lepas, yang juga membawa kepada keputusan bekas Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 11:17am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239968/berita/sukan/peluang-messi-beraksi-piala-dunia-pada-usia-39-tahun", "article_title": "Peluang Messi beraksi Piala Dunia pada usia 39 tahun", "article_text": "PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menegaskan pintu akan sentiasa terbuka untuk Lionel Messi beraksi di Piala Dunia 2026.Bulan lalu, Messi berjaya menjulang trofi yang sangat diingininya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir.Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu menjaringkan dua gol dalam keputusan seri 3-3 dan turut menjaringkan gol penentuan sepakan penalti ketika Argentina menumbangkan Les Bleus.Messi, 35, juga menjadi orang pertama memenangi dua Bola Emas dalam penampilan di Piala Dunia kerana inspirasinya kepada pasukan menamatkan kemarau 36 tahun menjulang trofi penuh berprestij itu.Dia akan menghampiri usia 40 tahun apabila Argentina berusaha mempertahankan kejuaraan mereka dalam kejohanan yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026.\"Saya rasa Messi boleh ke Piala Dunia seterusnya. Ia akan banyak bergantung pada apa yang dia mahu, sama ada dia rasa selesa untuk meneruskannya.\"Pintu akan sentiasa terbuka. Dia gembira di atas padang dan ia sangat bagus untuk kami,\" katanya.Dalam masa sama, Scaloni tidak menyifatkan kejayaan Piala Dunia adalah penting untuk mengukuhkan label Messi antara pemain terbaik sepanjang zaman.\"Saya rasa tidak perlu menjadi salah seorang yang terhebat. Anda sentiasa meminta lebih daripada seorang pemain seperti Messi.\"Saya gembira untuknya dan untuk negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 10:28am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239955/berita/sukan/pasukan-liga-m-berbelanja-seadanya", "article_title": "Pasukan Liga-M berbelanja seadanya", "article_text": "SETIAP pasukan sekali lagi diingatkan supaya berbelanja secara berhemah menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2023 pada 24 Februari depan.Bekas legenda bola sepak Perlis dan Kedah, Manja Man berkata, pasukan bertanding harus bijak berbelanja bagi mengelak masalah kewangan timbul pada kemudian hari.\u201cJika kita ambil contoh musim lalu, PJ City FC mampu bersaing dengan pasukan besar Liga Super sehingga menghasilkan beberapa keputusan mengejut biarpun mereka hanya dibarisi pemain lokal.\u201cBegitu juga dengan pencapaian Kelantan FC apabila berjaya muncul naib juara Liga Premier dengan perbelanjaan yang cukup berhemah.\u201cJadi, dua contoh ini perlu dijadikan ikutan pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super 2023 kali ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Baru-baru ini, Sukan Sinar melaporkan masalah kewangan menjadi antara faktor penyebab UiTM FC menarik diri daripada saingan Liga-M musim ini.Mengulas lanjut, Manja Man berkata, perbelanjaan berhemah secara tidak langsung akan membantu pengurusan setiap pasukan lebih berdisiplin dalam aspek kewangan.\u201cBagi saya, gaji pemain mengikut kemampuan kelab. Biar kelab menawarkan bonus perlawanan supaya pemain mengejar kemenangan.\u201cApabila menyentuh soal pemilihan pemain, kadang-kadang pemain import juga mengarut kecuali (pemain import) JDT (Johor Darul Ta'zim).\u201cYang paling penting sebenarnya adalah pendekatan bagaimana pengurusan pasukan hendak sesuaikan dengan pemain lokal dan import sedia ada,\u201d ujarnya.Sementara itu, Manja Man percaya, penarikan diri UiTM FC tidak menjejaskan perancangan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi memastikan kelancaran Liga Super musim ini.\u201cSaingan Liga Super kali ini sebenarnya lebih kompetitif apabila setiap pasukan bakal mengharungi perlawanan yang banyak berbanding musim lalu.\u201cItu belum lagi mengambil kira saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Ini perkembangan positif kepada skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon dalam mencari pemain berkualiti,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 08:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239951/berita/sukan/motivasi-malaysian-tigers-pada-tahap-terbaik", "article_title": "Motivasi Malaysian Tigers pada tahap terbaik", "article_text": "SKUAD Malaysian Tigers tidak berdepan masalah dalam menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran di India menjelang kempen Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India.Malah menurut Arul Selvaraj, para pemain negara sudah bersemangat memulakan kempen dengan keputusan positif di bumi India apabila berdepan Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada Rabu.\u201cYa, saya gembira apabila para pemain tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran di sini.\u201cMalah setiap pemain berada dalam motivasi cukup baik apabila masing-masing begitu teruja untuk diturunkan pada perlawanan pertama berdepan Belanda.\u201cNamun apa yang penting seperti yang saya jelaskan sebelum ini bahawa pasukan akan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan dalam kejohanan ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Malaysian Tigers akan berdepan Sepanyol pada Rabu dalam perlawanan pemanas badan terakhir sebelum menyingkap tirai kempen Piala Dunia 2023.Malaysia akan memulakan Kumpulan C menentang Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada 14 Januari ini sebelum menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela (16 Januari) diikuti New Zealand di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar pada 19 Januari.Mengulas lanjut perlawanan berdepan Sepanyol, Arul berkata, aksi itu akan dimanfaatkan sepenuhnya kesiapsediaan taktikal pasukan negara.\u201cPersiapan berdepan Sepanyol lebih kepada persediaan taktikal pasukan termasuk tanggungjawab yang diberikan kepada para pemain dalam perlawanan tersebut.\u201cSejujurnya perlawanan ini penting bagi melihat secara keseluruhan taktikal yang akan diterjemahkan apabila berdepan Belanda nanti,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239949/berita/sukan/saya-bertanggungjawab-sepenuhnya-bukan-salah-pemain", "article_title": "'Saya bertanggungjawab sepenuhnya, bukan salah pemain'", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa Harimau Malaya ke final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Hajat Malaysia tersekat selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini, malam ini.Jurulatih dari Korea Selatan itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara dan meminta semua pihak tidak menyalahkan pemain atas kekalahan tersebut.Katanya, jika ada masalah yang membawa kepada kekalahan pasukan negara, ia perlu ditujukan kepadanya sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya.\"Saya tiada rungutan dan kekesalan, apa yang pemain saya lakukan malam ini - mereka berlari bermati-matian, mereka mengikut arahan saya, mereka berjuang sehingga tamat.\"Semua yang berkaitan adalah keputusan saya (kerana) semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah penentuan saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan anda boleh menyerang saya (tetapi) bukan pemain,\u201d katanya pada sidang media pasca perlawanan.Kemenangan tersebut membolehkan Thailand mara ke final dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Vietnam di Hanoi, Jumaat ini dan final kedua di gelanggang sendiri, Isnin depan.Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking merumuskan dua perlawanan separuh akhir yang dilalui Gajah Perang untuk mara ke final sebagai menakjubkan.\"Dua perlawanan separuh akhir yang hebat tetapi saya percaya perlawanan di Malaysia adalah lebih baik untuk kami berbanding hari ini. Secara keseluruhan, dua perlawanan ini lebih baik daripada peringkat kumpulan.\"Kami mendapat gol yang kami perlukan tetapi ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada separuh masa pertama. Tetapi mereka tidak dapat mencipta peluang kerana kami bertahan dengan baik.\"Kami tahu kami tidak boleh membiarkan skuad lawan menjaringkan gol di sini,\" kata jurulatih berusia 46 tahun itu.Kemenangan malam ini menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand menentang Malaysia selepas enam perlawanan sejak 2018.Thailand merupakan pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak acara sulung pada 1996 selepas muncul juara enam kali dalam sembilan edisi akhir sebelum ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 12:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239945/berita/sukan/malaysian-tigers-buru-tonik-mujarab", "article_title": "Malaysian Tigers buru tonik mujarab", "article_text": "PERLAWANAN persahabatan menentang Sepanyol esok penting bagi Malaysian Tigers dalam usaha menyesuaikan pemain dengan corak permainan berintensiti tinggi menentang pasukan berkelas dunia pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Januari ini.Kapten Malaysian Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, aksi pemanas badan menentang pasukan di ranking kelapan dunia itu juga, menjadi platform terbaik bagi rakan sepasukannya untuk memperbaiki kelemahan yang ada, menjelang kejohanan berprestij tersebut.Pemain pertahanan itu berharap, agar rakan sepasukan dapat menampilkan persembahan terbaik menentang skuad dari Eropah itu, sekali gus dapat menyuntik motivasi buat pasukan bimbingan Arul Selvaraj sewaktu bersaing di India.\u201cBuat masa sekarang, semua pemain dalam keadaan baik dan bersemangat dari segi mental and fizikal. Pemain juga dapat sesuaikan diri dengan suasana (pertandingan),\u201d katanya dalam satu video ringkas dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia pada SelasaMalaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia selepas berdepan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C dijadual berdepan Chile yang berada di ranking ke-22 dunia pada 16 Januari, sebelum menamatkan saingan kumpulan berdepan New Zealand (kesembilan dunia) pada 19 Januari.Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati untuk slot ke suku akhir.Penyertaan di India bakal menjadi penampilan kesembilan skuad hoki negara di Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 1971, dengan pencapaian terbaik adalah meraih tempat keempat pada edisi 1975 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Januari 2023 12:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239941/berita/sukan/piala-aff-thailand-henti-cabaran-malaysia-di-separuh-akhir", "article_title": "Piala AFF: Thailand henti cabaran Malaysia di separuh akhir", "article_text": "IMPIAN Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada penyandang juara Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat sebentar tadi.Kemenangan itu membolehkan anak buah Alexandre Polking mara menerusi agregat 3-1 sekali gus berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama pada 13 Januari ini.Skuad kendalian Kim Pan-gon yang tampil ke bumi Gajah Perang dengan berbekalkan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu ternyata berdepan tentangan sengit tuan rumah.Thailand terlebih dulu memadamkan kelebihan satu gol pasukan negara menerusi penyerang tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 bagi mengikat kedudukan 1-1 secara agregat pada separuh masa pertama.Babak kedua, skuad kendalian Polking mula meningkatkan ancaman biarpun Pan-gon menambah kekuatan dengan kemasukan Lee Tuck dan Ruventhiran bagi mengimbangi asakan lawanPintu gol negara sekali lagi bolos kali ini menerusi jaringan Bordin Phala pada minit ke-55 bagi membolehkan Gajah Perang terus selesa di depan.Pemain gantian, Adisak Kraisorn kemudian mengakhiri cabaran negara di kejohanan dengan gol ketiga pada minit ke-71.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 10:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239939/berita/sukan/piala-aff-thailand-dahului-malaysia-1-0", "article_title": "Piala AFF: Thailand dahului Malaysia 1-0", "article_text": "THAILAND bermula baik pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 apabila mendahului Malaysia 1-0 pada babak pertama dalam saingan di Stadium Thammasat sebentar tadi.Jaringan penyerang pasukan tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 memadam kelebihan bekalan satu jaringan yang dibawa skuad Harimau Malaya dari Bukit Jalil Sabtu lalu.Menerusi jaringan itu meletakkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.Sebaik wisel ditiupkan skuad Gajah Perang pantas mengasak ke kubu Malaysia bagi memburu gol semangat.Malaysia yang turut menyusun gerak bagi menambah jaringan gagal menemui sasaran dengan Thailand ampuh bertahan.Gol yang dicari Thailand akhirnya berjaya ditemui apabila tandukan Teerasil menggegar gawang Malaysia.Skuad negara berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma pemain tengah, Mukhairi Ajmal ditangkap kemas penjaga gol Thailand menuju penghujung babak pertama.Pengendali skuad negara, Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran pemain bagi mempamerkan aksi berbeza di laman lawan.Pemain pertahanan, Azam Azmi yang bebas daripada penggantungan dua perlawanan kembali beraksi bagi menggantikan Quentin Cheng, manakala Fazly Mazlan mengisi posisi Ruventhiran di benteng kiri.Nor Hakim Hassan dan Mukhairi yang tidak beraksi di Bukit Jalil Sabtu lalu diturunkan bagi menggantikan kapten, Safawi Rasid dan Lee Tuck.Malaysia membawa bekalan satu jaringan menerusi ledakan Faisal Halim.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 09:25pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239931/berita/sukan/axelsen-lulus-ujian-sulung-terbuka-malaysia-2023", "article_title": "Axelsen lulus ujian sulung Terbuka Malaysia 2023", "article_text": "JUARA dunia, Viktor Axelsen berjaya melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 takkala dia cepat menyesuaikan diri dalam aksi pembukaan menentang rakan senegara dari Denmark, Rasmus Gemke di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.Namun, dalam usaha mempertahankan kejuaraan kali, Axelsen tewas set pertama 17-21 sebelum mengekalkan rekod bersih lima pertemuan dengan Gemke, pemain nombor 21 dunia, dengan kemenangan 21-14 dan 21-12 dalam pertemuan lebih sejam itu.Axelsen selaku pemain nombor satu dunia, dijadualkan menentang pemain profesional negara, Liew Daren, yang membayangkan kemungkinan menarik diri pada pusingan kedua, Khamis ini.\"Perlawanan pertama sentiasa sukar, terutamanya di gelanggang di Axiata Arena agak sukar dengan tiupan angin yang kuat. Banyak perkara yang perlu diambil kira, namun saya sangat gembira kerana berjaya menang,\" kata Axelsen kepada pemberita selepas perlawanan.Pemain berusia 29 tahun itu juga yakin prestasinya akan kekal utuh, walaupun dia mungkin menerima kemenangan percuma pada pusingan kedua.Daren, 36, selepas kemenangan pusingan pertamanya 21-15, 14-21, 21-17 menentang Toma Junior Popov dari Perancis, berkata, dia mungkin menarik diri daripada kejohanan itu kerana kecederaan betis kanannya yang dialami sejak bulan lalu.\"Saya mendoakan yang terbaik untuk Daren, dia seorang pemain yang hebat. Saya harap dia boleh bermain, namun ia di luar kawalan saya. Saya akan meneruskan latihan dan persiapan esok, mungkin ada masa untuk berjalan-jalan,\" kata Axelsen. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 08:05pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239929/berita/sukan/gomis-import-baharu-kelantan-united", "article_title": "Gomis import baharu Kelantan United", "article_text": "KELANTAN United FC (KUFC) sah mendapatkan khidmat pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu menghadapi saingan Liga Super musim ini.Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, pemain tengah berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak selama semusim bersama KUFC.\"Dia (Gomis) tidak asing dengan peminat bola sepak Kelantan kerana mempunyai pengalaman beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) selama tiga musim bersama Kelantan The Red Warriors (TRW) bermula 2016 sehingga 2018.\"Ia kepulangan kedua Gomis ke Kota Bharu, kami bangga untuk mengumumkan import kesayangan ramai penyokong Kelantan ini, menyertai KUFC musim ini,\" katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Wan Mohd Zul menyifatkan Gomis seorang pemain mempunyai kebolehan yang baik mengemudi bahagian tengah, selain memiliki kelebihan ketika bertahan.\"Gomis akan memberi kelebihan kepada pasukan apabila berada di saat getir ketika diasak pemain lawan.\"Dia mempunyai cukup minit perlawanan apabila telah membuat lebih 50 penampilan bersama pasukan Clyde FC dalam Liga Scotland, musim lepas,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 07:57pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239920/berita/sukan/bojan-ciger-kereta-kebal-baharu-kda-fc", "article_title": "Bojan Ciger 'kereta kebal' baharu KDA FC", "article_text": "PERTAHANAN tengah baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Bojan Ciger dari Serbia yang pertama kali berkelana luar Eropah bersedia memberikan aksi terbaik buat kelab baharunya di Liga Malaysia bagi musim 2023.Bekas pertahanan kelab Navbahor berusia 28 tahun ini mengakui membuat kajian dan mencari maklumat tentang Liga Malaysia selepas mendapat tawaran daripada Sang Kenari.\"Saya telah melihat dan mengkaji tentang Liga Malaysia apabila mendapat tawaran daripada KDA FC. Saya melihat pasukan Johor Darul Ta'zim telah mendominasi sejak beberapa tahun lalu dan mungkin sesuatu boleh berubah bagi musim 2023,\" katanya semasa ditemui pemberita pada Selasa.Dia berkata demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali serta penyokong kelab tersebut.Tambah Ciger yang berketinggian 1.86 meter dan mempunyai susuk tubuh sasa ini, sokongan ditunjukkan oleh penyokong setia Sang Kenari juga turut membuatkan dirinya teruja.\"Saya melihat begitu ramai penyokong KDA FC yang datang menyambut pemain-pemain import di lapangan terbang ini dan saya merasakan sokongan sangat ini penting kepada pemain,\" kata 'kereta kebal' itu yang bakal memakai jersi nombor empat.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 06:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239889/berita/sukan/langkah-kiri-pearly-thinaah-di-bukit-jalil", "article_title": "Langkah kiri Pearly-Thinaah di Bukit Jalil", "article_text": "[DIKEMAS KINI]BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan kejohanan Terbuka Malaysia 2023 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela dan Stefani Stoeva di Bukit Jalil pada Selasa.Dalam aksi yang berlangsung di Arena Axiata tersebut, pasangan nombor enam dunia itu tewas 'straight set' 19-21, 14-21 dalam tempoh 31 minit.Kekalahan itu perit untuk diterima Pearly-Thinaah biarpun pernah mencipta sejarah muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis, Oktober tahun lalu.Malah pencapaian pada edisi kali ini lebih hambar berbanding kejohanan lalu apabila terkandas di pusingan kedua selepas tewas di tangan beregu China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 19-21, 14-21.Beraksi sengit pada set pertama, namun Pearly-Thinaah gagal menyaingi ketangkasan Gabriela dan Stefani yang menang 21-19 dalam siri Jelajah Dunia Super 1000 itu.Biarpun berada di ranking ke-14 dunia, Gabriela dan Stefani yang merupakan juara Terbuka Switzerland tenang mencatat kemenangan pada set kedua dengan keputusan 21-14.Kemenangan itu menebus kekecewaan Gabriela dan Stefani yang tewas kepada Pearly-Thinaah pada final Terbuka Switzerland 2021 dengan regu negara muncul juara.\u201cPermainan hari ini (Selasa) tidak menjadi buat kami, pemain lawan beraksi dengan baik. Mereka dapat mengawal tiupan angin dengan baik,\u201d kata Pearly selepas tamat perlawanan.Bagaimanapun di sebalik kekalahan mengejutkan itu, Pearly-Thinaah tekad bangkit menebus kekecewaan pada kejohanan Terbuka India dari 17 hingga 22 Januari ini.Dalam pada itu, Thinaah mengakui pemain lawan berjaya memberi tekanan kepada mereka terutama di set kedua. \u201cSelepas ini kami akan lihat semula apa yang perlu dibaiki. Kekalahan ini sudah menjadi sejarah dan fokus untuk kejohanan seterusnya,\u201d katanya.Sementara itu, skrip berbeza buat beregu campuran, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing apabila menghadiahkan kemenangan buat negara di hadapan ribuan penyokong sendiri.Mereka yang mengungguli Cabaran Antarabangsa Malaysia bulan lalu melakar kejutan mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Jepun, Kyohei Yamahshita-Naru Shinoya 21-11, 15-21, 21-19.Turut melakar kemenangan ialah pemain perseorangan lelaki profesional negara Liew Daren yang menewaskan Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 14-21, 21-17 selepas pertarungan 59 minit.Bagaimanapun, kemenangan itu dibayar dengan harga tinggi apabila dia mungkin terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis kanan yang dialaminya sejak sebulan lepas.Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu bagaimanapun berharap kecederaan itu mampu sembuh sepenuhnya bagi meneruskan perjuangan di hadapan peminat badminton tanah air.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 04:18pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239887/berita/sukan/800-pesilat-bakal-gegar-stadium-tertutup-kuching", "article_title": "800 pesilat bakal gegar Stadium Tertutup Kuching", "article_text": "SERAMAI 800 pesilat daripada 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kuching pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.Primier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersedia menganjurkan kejuaraan sulung berkelas dunia itu selain menerima kehadiran ribuan pencinta silat dunia.\"Malah, persiapan dari segi logistik juga kini berada pada tahap terbaik menjelang kejuaraan bertaraf premier ini.\"Sambutan bagi edisi sulung ini amat baik apabila negara seperti Indonesia, Singapura dan United Kingdom akan turut serta menghangatkan bandar Kuching sepanjang seminggu penganjuran,\" katanya.Penganjur kejohanan, Rumpun Silat Sarawak (RSS) berkata, kejohanan berkenaan merupakan penanda aras dan perintis untuk RRS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak pada masa akan datang.\"Kami tidak mahu menjadikan kejohanan ini sebagai 'one-off' sahaja, sebaliknya berhasrat mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah menganjurkan kejohanan seperti itu.\"Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai yang dimiliki oleh seorang pesilat,\" katanya.Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$20,000 (RM87,510) bagi juara keseluruhan selain tali pinggang kejuaraan diperkenalkan buat pertama kali bagi juara keseluruhan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 04:12pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239885/berita/sukan/thailand-yakin-jinakkan-harimau-malaya", "article_title": "Thailand yakin jinakkan Harimau Malaya", "article_text": "PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking percaya pasukannya mampu mengubah kedudukan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 menentang Malaysia di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini.Walaupun menjangkakan skuad Harimau Malaya dengan kelebihan satu gol akan tampil lebih garang, Polking berkata, pasukannya mempunyai sasaran jelas untuk mara ke final dan akan memastikan ia menjadi kenyataan.Katanya, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri akan mendorong anak buahnya melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu.\"Kami percaya ini adalah permainan baharu, kami menjangkakan pasukan Malaysia yang lebih kuat daripada apa yang mereka lakukan di laman sendiri, ini adalah permainan 180 minit, kami bermain 90 minit dan mereka mendahului 1-0 tetapi kami bermain di laman sendiri sekarang.\"Kami akan mempunyai sokongan padu peminat dan pasti ini akan mendorong kami. Saya percaya kami boleh memulihkan kelemahan satu gol yang kami ada sekarang,\" katanya.Jurulatih kacukan Brazil-Jerman berusia 46 tahun itu menambah: \"Kami akan melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dua hari lalu, jika kami boleh mengulangi bahawa saya percaya kami akan ke final.\"Skuad Gajah Perang tiada pilihan lain selain harus menewaskan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke final bertemu Vietnam.Bagaimanapun, Polking berharap mutu pengadilan yang baik pada perlawanan esok terutama dari aspek memberi masa tambahan selepas mendakwa pengadil tidak memberikan tempoh sewajarnya pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, yang menyaksikan mereka tewas 0-1.Malah, beliau secara peribadi merasakan gol kedua Malaysia yang dijaringkan Dominic Tan dalam perlawanan itu sepatutnya dibenarkan.\"Ini adalah isu besar (kualiti pengadil) dan saya sudah bercakap dengan beberapa orang, dengan pengurus kami sekurang-kurangnya cuba dalam mesyuarat untuk menyatakan kepada pengadil bahawa kami menjangkakan standard yang lebih tinggi,\" katanya.Sementara itu, kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengucapkan terima kasih kepada penyokong tempatan selepas tiket perlawanan esok habis terjual dan berharap dapat meraikan keputusan positif bersama penyokong di penghujung perlawanan.\"Kami memberi tumpuan sepenuhnya pada masa ini dan kami berharap kami akan meraikan bersama penyokong esok (hari ini),\" kata pemain pertahanan berusia 32 tahun itu.Vietnam mara ke final selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi pada Isnin.Vietnam mencatatkan kemenangan agregat 2-0 selepas seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Jumaat lalu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 04:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239928/berita/sukan/kumaahran-tekad-perbaiki-sentuhan-penyudah", "article_title": "Kumaahran tekad perbaiki sentuhan penyudah", "article_text": "PEMAIN baharu Sabah FC, S Kumaahran mahu memperbaiki kelemahan daripada aspek penyudah untuk tidak lagi mengulangi kesilapan sama pada musim lalu.Dia mengakui masih belum berpuas hati dengan pencapaian yang diraih ketika bersama PJ City FC musim lalu apabila hanya mampu meledak tiga gol di pentas Liga Super daripada 25 penampilan.Justeru, kehadirannya ke Sabah FC adalah untuk terus membuktikan ketajaman meskipun dia sedar saingan sukar menembusi kesebelasan utama The Rhinos.\u201cSaya mahu melakukan penyudah yang lebih baik dan kena memastikan serangan yang lebih tajam sebab saya sedar musim lepas agak kurang menjadi.\u201cSaya tidak mahu sekadar bercakap sahaja mengenai misi dan sasaran sebab yang penting saya kena buktikan dahulu kemampuan dalam perlawanan,\u201d katanya.Kumaahran turut menjelaskan antara sebab penghijrahannya ke Sabah FC adalah kerana selesa dengan 'watak' yang dibawa ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.\u201cSaya sudah biasa dengan beliau sebab sebelum ini bersama-sama dalam skuad Harimau Muda, jadi saya tahu bagaimana gaya dan pembawakannya di atas padang.\u201cSebab itu saya rasa selesa untuk berada di bawah bimbingannya. Saya teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 03:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239851/berita/sukan/marcote-cheng-hoe-kembali-bertaut-di-selangor", "article_title": "Marcote, Cheng Hoe kembali bertaut di Selangor", "article_text": "BEKAS jurulatih Kedah, Ramon Marcote kembali bergandingan dengan Tan Cheng Hoe apabila dinamakan sebagai sebahagian daripada barisan kejurulatihan Selangor FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Perkara tersebut dimaklumkan Selangor FC dalam kenyataan di laman sesawang kelab itu pada malam Isnin.Marcote sebelum ini pernah bekerjasama dengan Cheng Hoe di Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada tahun 2015 dan nama beliau amat sinonim dalam kalangan peminat pasukan skuad Kenari.\u201cPra musim Selangor FC sudah pun bermula pada minggu lalu bagi membuat persiapan menghadapi Liga-M 2023.\u201cKelab Gergasi Merah juga telah menandatangani pembantu ketua jurulatih kedua baharu yang pernah membimbing sebuah pasukan dalam kancah bola sepak Malaysia dan memiliki pengalaman yang luas di Eropah, Ramon Marcote Pequeno,\u201d kata kenyataan itu.Kenyataan itu menyebut, musim baharu ini Gergasi Merah akan terus berdiri teguh di bawah kendalian Cheng Hoe bersama barisan kejurulatihan dan pegawai yang akan sentiasa bersama membantu pasukan sepanjang mengharungi tiga saingan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2023.\u201cBagi barisan kejurulatihan, Selangor FC terus mengekalkan Nidzam Jamil sebagai pembantu ketua jurulatih dan Arulchelvan Illenggo sebagai jurulatih kecergasan di atas bimbingan serta komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh mereka musim lalu.\u201cNidzam dan Marcote akan bekerjasama bagi membantu Cheng Hoe menyusun strategi dalam memperbaiki kelemahan serta memperkukuhkan kekuatan pasukan bagi menghadapi Liga-M 2023,\u201d katanya.Pada masa sama, Selangor FC juga membawa masuk seorang lagi wajah baharu bagi membarisi barisan kejurulatihan Gergasi Merah iaitu Fouzi Mukhlas yang menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih penjaga gol.Semasa ketiadaan Cheng Hoe yang menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Marcote diberikan tanggungjawab memangku posisi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning itu.Kemudian, jurulatih berasal dari Sepanyol itu secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut selama beberapa bulan pada penghujung tahun 2017.Marcote merupakan pemilik lesen kejurulatihan UEFA Pro adalah bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid pada tahun 2016/2017.Selain itu, beliau juga pernah membimbing skuad remaja kelab gergasi di Arab Saudi, Al Hilal bawah 15 tahun pada tahun 2021/2022 sebelum ke Ethnikos Achnas di Cyprus sebagai jurulatih.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 01:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239839/berita/sukan/mourinho-mungkin-latih-brazil---alberto", "article_title": "Mourinho mungkin latih Brazil - Alberto", "article_text": "SPEKULASI Jose Mourinho untuk menjadi pengendali baharu Brazil semakin hangat diperkatakan.Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pemain antarabangsa Selecao, Carlos Alberto yang dikhabarkan akan turut bersama dalam pasukan Mourinho tersebut.Alberto yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto memberitahu bahawa dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.\u201cMungkin (Mourinho) akan dilantik sebagai jurulatih pasukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.\u201cTidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat. Ini kerana saya juga dijemput (sebagai jurulatih kedua),\u201d katanya.Brazil giat mencari ketua jurulatih baharu selepas Tite melepaskan jawatannya berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.Mourinho adalah salah seorang daripada beberapa nama yang dilaporkan akan mengambil alih kerusi panas melatih Brazil.Jurulatih berusia 59 tahun itu sebelum ini turut disebut-sebut berada dalam radar Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan.Bagaimanapun, Roberto Martinez telah dilantik mengendalikan Portugal.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 12:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239806/berita/sukan/kerjaya-idaman-sejak-zaman-kanak-kanak", "article_title": "Kerjaya idaman sejak zaman kanak-kanak", "article_text": "GARETH Bale mengumumkan persaraannya daripada kelab dan antarabangsa pada usia 33 tahun, sekali gus menamatkan antara kerjaya yang paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Britain.Bale, yang membuat rekod 111 penampilan untuk Wales, membawa negaranya dari padang bola sepak antarabangsa kedua Kejohanan Euro - mara ke separuh akhir Euro 2016 - dan Piala Dunia pertama sejak 1958.Penyerang Los Angeles FC itu, yang sebelum ini bermain untuk Southampton, Tottenham dan Real Madrid, membuat penampilan kompetitif terakhirnya semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Wales menentang England pada 29 November.\u201cSelepas membuat pertimbangan yang teliti, saya mengumumkan persaraan serta-merta daripada kelab dan bola sepak antarabangsa.\u201cSaya berasa amat bertuah kerana merealisasikan impian untuk bermain sukan yang saya suka.\"Ia benar-benar memberi saya beberapa detik terbaik dalam hidup saya. Momen tertinggi dalam tempoh 17 musim, yang mustahil untuk ditiru, tidak kira apa yang akan disediakan bab seterusnya untuk saya,\" katanya di akaun media sosialnya.BalePenyerang itu menyertai Los Angeles FC pada Jun 2022, memenangi Piala MLS dalam tempoh singkatnya di Amerika Syarikat.\"Dari sentuhan pertama saya di Southampton hingga terakhir saya dengan Los Angeles FC dan segala-galanya di antaranya, membentuk karier kelab yang saya bangga dan berterima kasih.\"\"Untuk menunjukkan rasa terima kasih saya kepada semua orang yang telah memainkan peranan mereka sepanjang perjalanan ini, terasa seperti mustahil. Saya rasa terhutang budi kepada ramai orang kerana membantu mengubah hidup dan membentuk kerjaya saya dengan cara yang tidak mungkin saya miliki. Saya pernah diimpikan ketika mula-mula bermula pada usia sembilan tahun,\" katanya.Los Angeles juga tampil memberi penghormatan kepada bintang penyerang mereka.\"Kami ingin berterima kasih kepada Gareth atas segala yang dia bawa ke kelab kami.\u201cDia tiba di sini dengan matlamat untuk memenangi kejuaraan di LA, dan, seperti yang dia lakukan di tempat lain dalam kariernya, dia berjaya.\"Ia adalah satu penghormatan untuk mempunyai salah seorang pemain paling berbakat, dinamik dan menarik dalam generasinya menamatkan kerjayanya dengan gelaran untuk Los Angeles FC,\" kata presiden bersama dan pengurus besar Los Angeles FC John Thorrington.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 09:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239802/berita/sukan/piala-fa-arsenal-lepasi-ranjau-oxford-united", "article_title": "Piala FA: Arsenal lepasi ranjau Oxford United", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal menempah slot pusingan keempat Piala FA berdepan Manchester City selepas menewaskan kelab Divisyen Tiga Oxford United 3-0 hasil jaringan babak kedua Mohamed Elneny dan Eddie Nketiah.Terdahulu Oxford yang beraksi di Stadium Kassam lebih banyak bertahan pada separuh masa pertama, ternyata memberikan Arsenal beberapa detik membimbangkan sambil mengehadkan separuh peluang Arsenal pada babak kedua.Namun sebaik kebuntuan dipecahkan Elneny, dengan tandukan peluru dari sepakan percuma Fabio Vieira pada minit ke-63, Arsenal ternyata terlalu kuat untuk Oxford sekali gus gol pertama pemain Mesir itu untuk kelabnya sejak Mei 2021.Nketiah memastikan kemenangan tujuh minit kemudian hasil satu lagi bantuan daripada Vieira, sebelum dia menjaringkan gol kelimanya dalam lima perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan untuk The Gunners 14 minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan Arsenal.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta bakal berdepan Manchester City di Stadium Etihad pada 28 Januari.Arsenal kini telah memenangi 14 perlawanan terakhir Piala FA menentang pasukan dari luar dua bahagian terbaik bola sepak Inggeris.Wrexham adalah pasukan terakhir yang tidak berada dalam dua liga teratas menyingkirkan Arsenal pada Januari 1992.\"Ia sentiasa sukar untuk menang dalam pusingan ini...\"Anda perlu bersabar dan kami sentiasa menunggu gol pembukaan untuk datang.\"Eddie menjaringkan gol dan menyumbang kepada cara kami bermain dan saya gembira untuknya. Dia mesti menjaringkan gol dan dia melakukannya,\" kata Arteta.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 08:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239800/berita/sukan/martinez-isi-posisi-santos-di-portugal", "article_title": "Martinez isi posisi Santos di Portugal", "article_text": "PORTUGAL menamakan bekas jurulatih Belgium, Roberto Martinez sebagai pengurus baharu, menyaksikan pengendali Sepanyol itu menegaskan akan berbincang dengan Cristiano Ronaldo mengenai masa depannya dalam pasukan.Pengendali berusia 49 itu menggantikan Fernando Santos, yang meninggalkan posisi tersebut selepas Portugal disingkirkan Maghribi pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.\"Saya menghargai semangat dan cita-cita yang dia (Martinez) menerima tugasan penuh cabaran ini.\u201cIni adalah detik penting untuk pasukan kebangsaan,\u201d kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), Fernando Gomes.Sementara itu, Martinez meletak jawatan sebagai jurulatih Belgium selepas tersingkir dari peringkat kumpulan Piala Dunia pula mengakui akan melepaskan jawatan di Belgium seandainya dinobatkan sebagai juara selepas enam tahun mengendalikan The Red Devils.Ia menamatkan tempoh yang panjang dalam mengendalikan pasukan menyaksikan dia membawa Belgium ke kedudukan nombor satu dalam ranking dunia dan tempat ketiga di Piala Dunia 2018 di Rusia.\"Saya gembira dapat mewakili salah satu pasukan paling berbakat di dunia.\u201cSaya faham ada jangkaan yang hebat... tetapi saya juga faham ada pasukan yang sangat besar (di FFF)... dan bersama-sama kami akan mencapai matlamat kami,\u201d kata Martinez.Santos 68 tahun, yang dikritik secara meluas kerana taktiknya dan meninggalkan penyerang Cristiano Ronaldo di bangku simpanan untuk dua perlawanan Piala Dunia berturut-turut, menjadi jurulatih Portugal pada 2014 dan mengetuai negara dalam 109 perlawanan.Portugal memenangi Kejuaraan Euro pada 2016 dan Liga Negara-Negara sulung UEFA pada 2018-19.Mengenai masa depan Ronaldo dalam pasukan kebangsaan, Martinez berkata, bahawa dia akan menghubungi pemain berusia 37 tahun itu, yang bulan lalu menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr.\"Saya mahu menghubungi semua 26 pemain yang berada di Piala Dunia lalu. Cristiano adalah pemain dalam senarai itu,\" katanya mengenai penyerang itu, yang merupakan milik negaranya. - penjaring rekod masa dengan 118 gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 08:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239799/berita/sukan/lloris-umum-persaraan", "article_title": "Lloris umum persaraan", "article_text": "PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa dalam usia 36 tahun pada Selasa.Kapten Les Bleus itu berkata, dia mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama ahli keluarganya.Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod.Dia membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2008, bermain di Kejohanan Euro pada 2012, 2016 dan 2020 serta Piala Dunia 2010, 2014, 2018 dan 2022.Penjaga gol Tottenham Hotspur itu juga mengetuai Perancis memenangi Piala Dunia 2018 sebelum sekali lagi membawa Les Bleus ke final Qatar 2022 sebelum ditewaskan Argentina.\"Ada masanya anda perlu tahu bagaimana untuk menyerahkan tampuk. Saya selalu berkata berulang kali bahawa pasukan Perancis bukan milik sesiapa, dan kita semua perlu memastikan perkara itu berlaku, saya dahului....\"Saya rasa pasukan sudah bersedia untuk meneruskan. Ada juga penjaga gol yang sudah bersedia seperti Mike Maignan.\"Saya lebih suka keluar pada kemuncak daripada menunggu kegawatan. Terdapat juga pilihan keluarga, saya rasa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak,\" katanya kepada L'Equipe.Bersama-sama Piala Dunia 2018, Lloris turut memenangi Liga Negara-Negara 2021 dan membimbing Perancis ke perlawanan akhir Euro 2016.Sementara itu, Pengendali Perancis, Didier Deschamps berkata, Lloris bersara pada kemuncaknya biarpun masih mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan, namun meminta para penyokong The Bleus menghormati keputusan tersebut.\"Seorang pemain hebat buat pasukan Perancis sebelum mengambil keputusan mengakhiri karier antarabangsa dan saya ingin memberi penghormatan kepada kerjayanya yang luar biasa.\"Di luar semua rekod yang bakat dan profesionalismenya membolehkannya dipecahkan, melangkaui peranan penting yang dimainkannya dalam kemenangan terbesar pasukan Perancis, Hugo adalah seorang yang luar biasa pada tahap pencapaian manusia.\"Merupakan satu keseronokan dan penghormatan untuk saya menjadi jurulatihnya. Saya berharap semua jurulatih mempunyai pemain seperti dia untuk dilatih. Hugo mempunyai rasa hormat dan terima kasih saya. Saya doakan dia bahagia,\" kata Deschamps.Sejak 2012, Lloris telah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham, yang juga kapten.Beliau sebelum ini beraksi untuk kelab Ligue 1 Perancis, Nice dan Olympique Lyonnais.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 07:42am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239790/berita/sukan/peng-soon-liu-ying-tiada-tekanan", "article_title": "Peng Soon-Liu Ying tiada tekanan", "article_text": "BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang bakal membuat penampilan terakhir sebelum menggantung raket tidak meletakkan sebarang sasaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 bermula Selasa.Baik Peng Soon mahupun Liu Ying, mereka menganggap keputusan perlawanan bukan keutamaan, sebaliknya mahu menikmati sebaiknya setiap detik pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu.Peng Soon berkata, dia dan Liu Ying tidak melakukan sebarang persiapan khusus bagi menghadapi Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Selasa.\u201cCorak permainan kami tidak banyak berubah. Sejak beberapa minggu lalu, kami hanya berlatih untuk membentuk semula keserasian di tengah gelanggang.\u201cKami telah bergandingan selama 13 tahun, selepas berpisah kami kembali bergandingan bersama. Saya rasa gembira apabila dapat kembali bergandingan dengan Liu Ying,\u201d katanya.Bagi Liu Ying pula, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menghadapi Terbuka Malaysia yang dianggapnya amat bermakna dan mempunyai pelbagai kenangan menarik.\u201cAcara pertama saya mula bergandingan dengan Peng Soon ialah Terbuka Malaysia 2008 dan acara terakhir dalam kerjaya saya juga Terbuka Malaysia bersama Peng Soon.\u201cIa amat bermakna kepada kami. Saya memang mempunyai banyak perasaan, tetapi saya mahu menikmati permainan dengan sebaiknya,\u201d ujarnya.Dalam aksi pusingan pertama pada Selasa, Peng Soon-Liu Ying yang kini menduduki ranking ke-47 dunia bakal berdepan gandingan Indonesa, Rehan Naufal Kusharianto-Lisa Ayu Kusumawati.Untuk rekod, Peng Soon-Liu Ying dua kali hampir muncul juara Terbuka Malaysia sebelum terpaksa akur dengan gelaran naib juara pada edisi 2013 dan 2016.Peng Soon-Liu Ying dilabel sebagai beregu campuran terbaik pernah dimiliki Malaysia susulan kejayaan mereka memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239784/berita/sukan/pan-gon-idam-bawa-harimau-malaya-muncul-juara-piala-aff", "article_title": "Pan Gon idam bawa Harimau Malaya muncul juara Piala AFF", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengakui menjuarai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menjadi sasaran pentingnya bersama skuad Harimau Malaya.Ia diakui Pan Gon menjelang kemuncak pertembungan untuk slot final menentang juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat di sini, malam esok.Jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun yang dilantik pada Januari tahun lalu, berkata, jika Malaysia mara ke final kali ini, adalah satu penghormatan baginya untuk menggembirakan peminat bola sepak negara sebelum bertarung untuk mencapai kejuaraan.\"Secara peribadi bagi saya Piala AFF adalah kejohanan yang sangat menarik, ketika saya di Hong Kong dan Korea Selatan, saya berminat untuk menyaksikan kejohanan ini. Apabila dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, menjadi juara Piala AFF adalah antara salah satu sasaran penting.\"Jika kita ke final, ia merupakan satu penghormatan besar bagi membanggakan penyokong Malaysia,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di sini pada Isnin.Mengulas mengenai perlawanan esok, walaupun bersyukur dengan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, Pan Gon berkata, pemainnya perlu sentiasa fokus dan peka dengan kemampuan skuad Gajah Perang terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.Bagaimanapun, katanya, skuadnya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk perlawanan esok.\"Kami mempunyai kelebihan tetapi kami sedar sepenuhnya bahawa perlawanan di tempat lawan adalah sangat sukar, namun kami telah pulih dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk perlawanan esok. Semua sudah bersedia dan penuh keyakinan untuk menentang Thailand...kami mahu memperoleh keputusan yang baik,\u201d katanya.Sementara itu, pemain tengah, Stuart Wilkin, berkata mereka tidak boleh hanya bermain secara bertahan, sebaliknya perlu mencari gol awal untuk terus memberi tekanan kepada lawan.\"Menjelang perlawanan ini, kami tahu bukan mudah bermain di tempat lawan menentang pasukan Thailand yang bagus tetapi sudah tentu kami mencari gol untuk menekan mereka, ia akan menjadi satu cabaran tetapi sesuatu yang perlu kami lakukan,\u201d kata pemain Sabah FC berusia 24 tahun itu.Berbekalkan satu gol, skuad Harimau Malaya hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat ke final Piala AFF 2022.Sementara itu, Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini.Vietnam merakam agregat 2-0 selepas aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Jumaat lalu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 11:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239783/berita/sukan/kbs-tambah-lokasi-skin-besar-tonton-aksi-thailand-malaysia", "article_title": "KBS tambah lokasi skin besar tonton aksi Thailand-Malaysia", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menambah 11 lagi lokasi skrin besar bagi tayangan pertembungan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 melibatkan Thailand dan Malaysia, malam esok.Penambahan tersebut menjadikan sebanyak 25 lokasi di seluruh negara dipilih bagi menayangkan aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Thammasar, Pathum Thani, berbanding 14 lokasi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi berkenaan termasuklah Dataran Merdeka di sini; Pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Dataran Dato\u2019 Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis; Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan; Parking Premium UTC Kuala Terengganu, Terengganu dan Dewan Arena Bukit Kuda, LabuanPengumuman tersebut disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu ciapan di laman Twitter, pada Isnin.\"Berita baik! Lokasi Big Screen @KBSMalaysia telah diperluaskan ke 25 lokasi untuk perlawanan Thailand vs Malaysia esok. Labuan pun ada. Tolong RT (retweet) dan enjoy!,\u201d katanya.Harimau Malaya menang tipis 1-0 ke atas \u2018Gajah Perang\u2019 pada aksi separuh akhir pertama menerusi jaringan pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim, pada minit ke-11.Berikut merupakan senarai 25 lokasi skrin besar:Dataran Merdeka, Kuala LumpurPekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, PutrajayaDataran Dato\u2019 Sheikh Ahmad, Kangar, PerlisDataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar, KedahKompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau PinangDataran KTM, Ipoh, PerakLaman MBPJ, Petaling Jaya, SelangorPadang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, SelangorDataran MPKJ @ Stadium Kajang, Kajang, SelangorDataran Sungai Tua, Batu Caves, SelangorPekarangan Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor\ufeff\ufeff\ufeffDataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor\ufeff\ufeff\ufeffKompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan\ufeff\ufeff\ufeffDataran Kaizen Hotel & Suites, Taman Pula Melaka, Melaka\ufeff\ufeff\ufeffDataran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang\ufeff\ufeff\ufeffTaman Kerang, Kuantan, Pahang\ufeff\ufeff\ufeffPasar Dinda, Kuantan, Pahang\ufeff\ufeff\ufeffSerambi Teruntum, Kuantan, PahangMydin Tunjong, Kota Bharu, KelantanParking Premium UTC Kuala Terengganu, TerengganuDataran Bandaraya Johor Bahru, JohorMydin Petrajaya, Kuching, SarawakContainer City, Wireless Walk, Miri, SarawakPadang Merdeka, Kota Kinabalu, SabahDewan Arena Bukit Kuda, Labuan- Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 11:09pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239779/berita/sukan/piala-aff-2022-vietnam-tempah-tiket-final", "article_title": "Piala AFF 2022: Vietnam tempah tiket final", "article_text": "VIETNAM memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.Kemenangan itu menyaksikan Vietnam menempah tiket final dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lalu.Dalam aksi di Hanoi sebentar tadi, skuad Naga Emas bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan apabila mendahului Indonesia seawal minit kedua menerusi jaringan penyerang tinggi lampai, Nguyen Tien Linh.Seakan-akan tersentak dengan jaringan awal Vietnam, Indonesia kembali mengatur langkah dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu tuan rumah.Namun, kontroversi tercetus apabila skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong itu dinafikan sepakan penalti oleh pengadil dari Jepun, Yusuke Araki pada minit ke-24 apabila Dendy Sulistyawan dikasari Doan Van Hau.Lima minit berselang, Vietnam hampir menambah jaringan menerus Van Hau, namun sepakan percuma yang diambilnya hanya mengenai tiang gol Indonesia.Aksi semakin panas apabila pertahanan Indonesia, Asnawi Mangkualam mengasari Van Hau pada minit ke-34 sehingga mengakibatkan pemain kedua-dua pasukan bertikam lidah.Susulan itu, Asnawi dilayangkan kad kuning atas kekasarannya terhadap Van Hau. Beberapa minit kemudian, giliran Van Hau pula dikenakan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.Sebaik babak kedua bersambung, Tien Linh sekali lagi menggamatkan stadium apabila menanduk masuk bola hasil sepakan sudut pada minit ke-47.Terdesak memburu jaringan, Tae-yong memasukkan Witan Sulaeman dan Ricky Kambuaya bagi menambah sengat jentera serangan Indonesia.Namun, sebaliknya berlaku apabila Vietnam hampir menambah gol ketiga menerusi Pham Tuan Hai pada minit ke-59 tetapi rembatannya berjaya ditangkap penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.Beberapa minit kemudian, giliran Nguyen Quang Hai pula menguji Argawinata, namun tonggak Vietnam itu kecewa apabila percubaannya gagal menerjah gawang Indonesia.Dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.Dengan kejayaan itu, Vietnam kini hanya menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Malaysia dan Thailand sebelum membuat perhitungan di pentas final.Malaysia yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, akan bertandang ke Stadium Thammasat, Bangkok bagi mengharungi perlawanan separuh akhir kedua malam esok.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 10:53pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239762/berita/sukan/mengaumlah-harimau-malaya", "article_title": "Mengaumlah Harimau Malaya!", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk menghadapi gelora kebangkitan yang bakal ditampilkan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat, Bangkok pada Selasa.Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, barisan pemainnya telah diingatkan untuk mengekang habis-habisan serangan skuad Gajah Putih yang dijangka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.Malah, Pan-gon percaya kemampuan Harimau Malaya menjelmakan keputusan positif di laman lawan itu nanti walaupun menyedari anak-anak buahnya membawa bekalan tipis ke Bangkok.\u201cSudah tentu ia perlawanan yang sukar kerana kita tahu ranking Thailand yang lebih baik. Mereka merupakan pasukan yang bagus. Ia akan menjadi tugas sukar walaupun kami menang 1-0 di separuh akhir pertama.\u201cSaya akui pemain telah menunjukkan aksi baik di tempat sendiri dan kami perlu teruskan dengan persembahan lebih baik untuk mencari keputusan positif (dalam aksi separuh akhir kedua),\u201d katanya.Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, Harimau Malaya meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Faisal Halim pada minit ke-11.Bekalan satu gol itu dilihat agak \u2018goyah\u2019 sekiranya Harimau Malaya terus menggunakan pendekatan bertahan, selain skuad Gajah Perang tampil dengan pendekatan agresif seperti dilakukan di Bukit Jalil.Namun, sedikit berita gembira mungkin boleh melegakan Pan-gon apabila pemain pertahanan, Azam Azmi Murad sudah bebas daripada penggantungan dua perlawanan.Situasi itu memberikan lebih alternatif kepada Pan-gon dalam membentuk barisan pertahanan yang lebih ampuh bagi mengekang jentera serangan Thailand diketuai penjaring terbanyak, Teerasil Dangsa.\u201cKami tidak beri gol kepada pasukan lawan di tempat sendiri dan ia sangat bagus kerana gol di tempat lawan juga akan beri kesan kepada keputusan separuh akhir ini nanti.\u201cSaya percaya mental pemain-pemain sangat kuat bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua di Bangkok dan mereka akan berjuang sehabis baik demi nama Malaysia,\u201d ujar Pan-gon.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 07:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239763/berita/sukan/mental-kena-kuat-berdepan-belanda", "article_title": "Mental kena kuat berdepan Belanda", "article_text": "SKUAD hoki negara diminta belajar daripada pengalaman apabila berdepan Belanda dalam aksi pembukaan Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India pada 14 Januari ini.Jurulatih penjaga gol negara, S Kumar berkata, skuad The Speedy Tigers seharusnya tidak terlalu memandang tinggi keupayaan lawan mereka itu sehingga mengundang padah.\u201cPada Piala Dunia 2018 di India, aksi pertama kita lawan Belanda dan pada edisi kali ini juga akan berdepan Belanda. Jadi kita kena beri yang terbaik kerana keputusan aksi pertama penting.\u201cBila main dengan Belanda, kita mula rasa lemah... tak boleh macam itu, mental perlu kuat. Saya harap pengalaman menentang Belanda pada Piala Dunia 2018 boleh dijadikan pengajaran,\u201d katanya.Pada kempen Piala Dunia 2018, Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila mengalami kekalahan besar 0-7 kepada Belanda dalam saingan pembuka tirai Kumpulan D di Bhubaneswar, India.Kumar berkata, persoalan mengenai keputusan perlawanan bukan keutamaan, sebaliknya barisan pemain negara perlu menampilkan terbaik, sekali gus melakar keputusan positif.\u201cKita bermain secara berpasukan. Tak kisah siapa yang turun beraksi nanti, pemain-pemain perlu pamer prestasi terbaik secara individu dan berpasukan,\u201d ujarnya.Selepas pertemuan menentang Belanda, Malaysia dijadualkan berdepan Chile di venue sama pada 16 Januari sebelum mengakhiri aksi Kumpulan C bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.Pencapaian terbaik Speedy Tigers di pentas Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat di laman sendiri pada 1975, manakala edisi terakhir di India menyaksikan skuad negara sekadar di kedudukan ke-15.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 07:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239749/berita/sukan/terbuka-australia-pemain-positif-covid-19-dibenar-bertanding", "article_title": "Terbuka Australia: Pemain positif Covid-19 dibenar bertanding", "article_text": "SYDNEY - Pemain tenis yang disahkan positif Covid-19 dibenarkan turun ke gelanggang Terbuka Australia, lapor dpa memetik ketua kejohanan Craig Tiley pada Isnin.Tiley dipetik media tempatan sebagai berkata, bahawa pemain tidak perlu melaporkan keputusan ujian dan akan dibenarkan bertanding selagi mereka berasa cergas.\"Kami telah menjelaskannya kepada pemain, serta lebih 12,000 kakitangan... jika ada yang berasa tidak sihat, duduk di rumah.\"Ia adalah persekitaran yang normal, dan kemungkinan akan ada pemain yang menghidap Covid-19,\" katanya.Australia telah menarik balik syarat wajib vaksinnya untuk pelancong dan kerajaan menggugurkan larangan kemasukan tiga tahun untuk pemain dunia Novac Djokovic.Djokovic, pada Isnin dilaporkan mendarat di Melbourne Park sedang memburu kejuaraan ke-10 ketika dia berusaha untuk menyaingi rekod pemain tenis perseorangan Rafael Nadal iaitu 22 gelaran grand slam. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 06:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239728/berita/sukan/lokasi-skrin-besar-dipilih-tanpa-pertimbangan-politik---hannah", "article_title": "Lokasi skrin besar dipilih tanpa pertimbangan politik - Hannah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan pemasangan skrin besar melibatkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand Sabtu lalu tidak melibatkan sebarang pertimbangan politik.Menterinya, Hannah Yeoh memberitahu, proses tersebut dilakukan dalam tempoh singkat dan melibatkan beberapa pertimbangan.\u201cTiada pertimbangan politik dalam lokasi skrin besar. Cadangan penganjuran ini melibatkan lesen hak siaran, dimuktamadkan KBS pada 6 Januari (notis dalam masa yang singkat).\u201cNegeri-negeri yang bekerja pada 6 Januari (Jumaat) bersedia dan mula gerak kerja dalam 24 jam untuk pelaksanaan segera,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook.KBS sebelum ini menyediakan 14 skrin besar tayangan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF itu di seluruh negara.Bagaimanapun beberapa pihak mempersoalkan inisiatif tersebut yang tidak disediakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ketika ini ditadbir pihak pembangkang.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 05:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239698/berita/sukan/buat-apa-sahaja-harimau-malaya-asalkan-ke-final", "article_title": "Buat apa sahaja Harimau Malaya, asalkan ke final!", "article_text": "KELEBIHAN 1-0 tidak meletakkan Malaysia di kedudukan selamat menjelang kemuncak perebutan slot final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang juara bertahan Thailand di gelanggang mereka malam esok.Menentang Gajah Perang yang berduka selepas aksi separuh akhir pertama di laman sendiri, Sabtu lepas, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berada dalam keadaan bahaya sekiranya kekal bermain secara bertahan pada pertembungan di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani itu.Pendekatan \u2018bola sepak negatif\u2019 akan menyebabkan Malaysia hanya menanti masa dibolosi pihak lawan, sepertimana Thailand yang mempamerkan keupayaan teknikal yang tinggi berjaya menguasai 90 minit permainan ketika perlawanan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, dua hari lepas.Berdasarkan statistik pertembungan itu, anak buah Alexandre Polking mendominasi penguasaan bola sehingga 72 peratus dan melakukan keseluruhan 18 percubaan dengan empat daripadanya tepat ke gawang, manakala Malaysia hanya mencipta satu serangan tepat dalam keseluruhan lima percubaan.Penghargaan perlu diberi kepada penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang bertindak cemerlang menyelamatkan empat percubaan berbahaya Thailand selain pemain sayap sensasi Mohamad Faisal Abdul Halim yang meledak jaringan kemenangan malam itu.Statistik itu merupakan yang terburuk dicatat pasukan negara selepas empat perlawanan.Malah meskipun Thailand di ranking lebih rendah berbanding Vietnam, Malaysia dilihat menampilkan aksi lebih bertenaga dan dinamik ketika berdepan skuad Golden Star Warriors itu pada aksi kumpulan di Hanoi sebelum ini.Selain mengekalkan momentum baik di Bukit Jalil, Thailand pasti hadir dengan segala kekuatan untuk menyingkirkan Malaysia di hadapan penyokong sendiri dalam usaha mereka mempertahankan gelaran.Perlawanan separuh akhir kedua itu seharusnya menjadi medan buat Pan Gon mengotakan janjinya yang tertangguh apabila menyatakan pasukan negara akan \u2018berjuang habis-habisan\u2019 berdepan dengan Thailand tetapi sebaliknya pasukan pelawat mendominasi keseluruhan permainan.Bercakap mengenai permainan bertahan, strategi itu memerlukan tahap kecergasan optimum pemain kerana ia sangat memenatkan terutama bagi benteng pertahanan dan ia diakui pemain pertahanan negara Sharul Nazeem Zulpakar.Namun begitu bahagian pertahanan negara mendapat perkhabaran positif apabila Muhammad Azam Azmi Murad kini bebas daripada penggantungan dua perlawanan susulan kad merah kontroversi yang diterima ketika bertemu Vietnam.Gandingan ampuh bahagian pertahanan sangat dituntut bagi berdepan serangan Thailand diketuai penyerang prolifik berusia 34 tahun Teerasil Dangda, selain pemain sayap Bordin Phala yang membuatkan pemain negara tidak senang duduk dengan larian dan kemahiran menggeleceknya.Perhatian juga perlu diberikan kepada penjaring terbanyak edisi 2018, Adisak Kraisorn yang sentiasa menunggu peluang menambah jaringan selepas baru mencetak satu gol dalam kempen kejohanan kali ini.Pada pertembungan esok, bermain secara menyerang ataupun bertahan, pasukan negara tidak sepatutnya mensia-siakan kelebihan yang ada untuk melangkah ke final dan berpeluang menebus kekecewaan muncul naib juara pada 2018.Pada masa sama, perlawanan esok juga berupaya diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti sekali gus mengulangi skrip pertemuan pada kejohanan Piala Raja Thailand September lepas yang menyaksikan Ahmad Syihan muncul wira menafikan rembatan Supachok Sarachart.Kemenangan di Bukit Jalil tempoh hari menyaksikan Malaysia melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Thailand kepada enam perlawanan selepas menang dua dan seri tiga dalam pertemuan sebelum ini sejak 2018.Namun, Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final.Thailand juga memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertemuan menentang Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila memenangi dua daripada keseluruhan tiga pertembungan masing-masing pada edisi 2000 (2-0) dan 2012 (3-1) sementara tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan pada edisi 2018. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 01:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239695/berita/sukan/gakpo-perlu-masa-untuk-menyerlah", "article_title": "Gakpo perlu masa untuk menyerlah", "article_text": "PEMAIN sensasi Liverpool, Cody Gakpo berharap diberikan masa untuk tempoh beberapa minggu bagi meningkatkan prestasi selepas menyertai The Reds pada jendela perpindahan Januari ini.Pemain berusia 24 tahun itu turut mengakui gagal mempamerkan aksi terbaik pada penampilan pertama ketika The Reds seri 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi Piala FA pada Ahad.Pada aksi tersebut, Gakpo yang berhijrah dari PSV Eindhoven dinafikan satu bantuan jaringan apabila hantarannya berjaya ditanduk keluar Toti, sebelum dia melakukan lorongan buat jaringan Mohamed Salah untuk meledak gol kedua The Reds.\u201cSecara keseluruhan ia permainan yang hebat. Saya juga ada beberapa peluang yang baik.\u201cNamun saya mengakui ada berlaku kelekaan dan kesilapan. Saya masih boleh memperbaikinya dan terus bekerja dan cuba membantu pasukan sebaik mungkin,\u201d katanya.Di sebalik aksi hambar itu, pemain Belanda tersebut telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.\u201cSudah tentu, anda akan banyak belajar apabila anda turun bermain. Jadi saya tidak sabar (beraksi lebih kerap) untuk perlawanan berikutnya,\u201d katanya.The Reds memuktamadkan perpindahan Gakpo bernilai sekitar \u00a337 juta (RM196 juta) pada jendela perpindahan baru-baru ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 01:10pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239668/berita/sukan/stevenage-malukan-villa", "article_title": "Stevenage malukan Villa", "article_text": "PENGURUS Stevenage, Steve Evans menyifatkan kejayaan menyingkirkan Aston Villa dalam aksi Piala FA merupakan hari terbaik buat pasukan divisyen empat itu.Kelab tersebut melakar kejutan di Villa Park, dengan dua jaringan lewat menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas skuad kendalian Unai Emery itu.Villa yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Leander Dendoncker dilayangkan kad merah menyaksikan Jamie Reid menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Dean Campbell meledak gol kemenangan untuk membawa pasukan itu ke pusingan keempat.\"Ia benar-benar istimewa. Pengerusi hanya berkata kepada saya ia adalah hari paling hebat dalam hidupnya dan dia telah bersama kelab selama 26-27 tahun.\"Ia adalah hari yang hebat untuk bandar ini tetapi kami tidak akan menipu diri sendiri. Ini adalah kelab bola sepak yang hebat dan kami akan menikmati masa ini dan mereka telah memberikan sokongan yang sangat hebat sejak kami masuk ke dalam stadium hari ini.\"Kami akan tahu perlu kekal merendah diri dan meneruskan kerja kami untuk aksi berikutnya,\" katanya.Dalam pada itu, Emery mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut dan menegaskan kegagalan memanfaatkan peluang sebagai punca pasukan itu tersingkir.\"Kesilapan besar terjadi dalam 90 minit karena kami memiliki peluang dan kami tidak mencetak gol. Begitu banyak peluang, masuk ke dalam kotak, dan kami tidak cukup klinikal untuk mencetak gol kedua dan menyelesaikan perlawanan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 11:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239664/berita/sukan/mbappe-kritik-presiden-bola-sepak-perancis", "article_title": "Mbappe kritik presiden bola sepak Perancis", "article_text": "KYLIAN Mbappe mengkritik Presiden Perseketuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet sebagai tidak menghormati Zinedine Zidane selepas mengenepikan bekas jurulatih Real Madrid itu sebagai pengendali Les Blues.Pada Sabtu, Didier Deschamps telah menandatangani kontrak baharu selama empat tahun sebagai ketua jurulatih Perancis, membolehkannya mengetuai Les Bleus untuk aksi Piala Dunia keempatnya pada 2026.Zidane juga telah dikaitkan dengan jawatan tersebut dalam beberapa bulan lalu termasuk selepas kekalahan kepada Argentina dalam final Piala Dunia Qatar, baru-baru ini.Bagaimanapun, apabila jawatan itu telah disahkan milik Deschamps, Zidane dikatakan sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Tite sebagai ketua jurulatih Brazil.Ketika di tanya sama ada Zidane yang memenangi Piala Dunia 1998 sebagai pemain bersama Deschamps dan naib juara pada 2006 bercakap dengannya beberapa hari kebelakangan ini, Le Graet menolak Zidane sebagai calon berpotensi.\"Saya tidak akan menerima panggilannya. Nak beritahu dia apa? 'Hello tuan, jangan bimbang, carilah kelab baharu, saya baharu bersetuju dengan kontrak bersama Didier'.\"Saya akan terkejut jika dia ke sana (Brazil). Dia buat apa yang dia mahu dan ia tidak membimbangkan saya. Saya tidak pernah bertemu dengannya dan kami tidak pernah memikirkan untuk berpisah dengan Didier,\" katanya.Nada ego Le Graet itu menimbulkan rasa kurang senang Mbappe yang menyifatkan Zidane tidak seharusnya dilayan sebegitu.\"Zidane adalah orang Perancis, kita tidak boleh menghina legenda seperti itu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 11:13am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239657/berita/sukan/chelsea-sedang-menderita", "article_title": "Chelsea sedang menderita", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter mengakui pasukan itu sedang menderita selepas dibelasah Manchester City, 0-4 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA Di Stadium Etihad pada Isnin.Keputusan itu menyaksikan The Blues mengulangi aksi buruk tersingkir di pusingan ketiga dalam kejohanan tersebut yang kali terakhir berlaku pada musim 1997-98.Chelsea juga hanya mampu melakar satu kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.\"Anda boleh membuat alasan dan mencari alasan, atau anda boleh mengatakan bahawa ia tidak cukup bagus dan kedua-dua jawapan itu betul.\"Jelas sekali, kami menderita sebagai sebuah kelab bola sepak dan ia tidak bagus. Tetapi, itulah yang sedang berlaku kepada kami.\"Kami tidak boleh melakukan apa-apa selain melakukan kerja dengan lebih baik dan bekerja keras. Kami memahami penyokong dan kekecewaan, tetapi tanggungjawab kami adalah untuk melakukan tugas. Selalu ada pendapat lain, kritikan dan negatif, tetapi itu sebahagian daripada cabaran,\" katanya.Dalam pada itu, Potter menegaskan tidak mempunyai sebarang isu mengenai komitmen pemain walaupun pasukan sedang menghadapi prestasi membimbangkan.\"Saya bekerja dengan pemain dan tidak merasakan mana-mana pemain mempunyai sikap buruk.\"Semua orang mahu mencuba untuk melakukan yang lebih baik, tetapi kami sedang melalui saat yang buruk,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 10:33am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239655/berita/sukan/dembele-julang-barca", "article_title": "Dembele julang Barca", "article_text": "BARCELONA boleh menarik nafas lega dengan meraih tiga mata berharga untuk mengekalkan penguasaan La Liga setelah menang tipis mengatasi Atletico Madrid awal pagi Isnin.Gol tunggal Ousmane Dembele sudah memadai buat Barca untuk mengutip 41 mata berkelebihan tiga mata di hadapan Real Madrid.Mengambil kesempatan selepas kekalahan 1-2 Real Madrid kepada Villarreal pada Sabtu, Barcelona mencipta kemenangan mengatasi Atletico di Metropolitano.\"Ia adalah kemenangan, tapi bukan hanya tiga mata. Ia memberikan kami tambahan moral dan keyakinan untuk baki saingan liga,\" ujar pengendali Barca, Xavi.Dalam aksi itu, Xavi mempertaruhkan Ansu Fati di depan bagi menggantikan penjaring terbanyak Robert Lewandowski yang digantung perlawanan.Bagaimanapun Dembele mencipta perbezaan apabila meledak gol tunggal pada minit ke-22.Atletico cuba bangkit, namun cubaan Antoine Griezmann diselamatkan pemain pertahanan, Ronald Araujo di atas garisan gol.Usaha skuad Diego Simeone terus buntu dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.Kedua-dua pasukan menamatkan aksi dalam suasana panas dengan 10 pemain selepas Ferran Torres dan Stefan Savic dibuang padang kerana bergaduh.\"Kami boleh menang di tempat yang sukar ini, bersaing dan bersatu menjadi sebuah keluarga.\"Pemain tahu bagaimana rasanya kesukaran dan kami mengambil tiga mata berharga. Ia adalah bukti bahawa kami adalah calon untuk menang liga ini,\" ujar Xavi.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 10:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239648/berita/sukan/kami-sudah-bersedia", "article_title": "'Kami sudah bersedia'", "article_text": "SKUAD hoki negara bukan sahaja akan mengharungi perjuangan di pentas Piala Dunia 2023 berdepan cabaran pasukan gergasi tetapi juga keadaan cuaca di Rourkela dan Bhubaneswar, India.Namun, penyerang The Speedy Tigers, Faizal Saari tetap positif bahawa \u2018musuh kedua\u2019 itu bukan satu halangan kepada pasukan negara untuk mempamerkan persembahan terbaik.\u201cSebenarnya pasukan negara sudah bersedia beraksi di India. Para pemain juga sebenarnya hendak atau tidak juga perlu cepat menyesuaikan diri apabila beraksi dalam cuaca panas atau hujan.\u201cSebagai contoh, para pemain cepat membiasakan diri apabila bermain pada jam 1 tengah hari pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan bulan lalu,\u201d katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.Skuad kendalian Arul Selvaraj kini berada di India dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan terakhir menentang Sepanyol pada Rabu sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2023.Malaysia akan menyingkap kempen Kumpulan C menentang pasukan nombor tiga dunia yang juga juara tiga kali, Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada 14 Januari ini.Selepas berdepan Belanda, Malaysia akan menentang Chile di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela (16 Januari) sebelum berdepan New Zealand di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar pada 19 Januari.Pada masa sama, Faizal juga menyifatkan pasukan negara sudah bersedia menyahut cabaran berdepan gergasi hoki dunia di India.\u201cYa... saya akui cabaran sememangnya menanti pasukan negara apabila bakal berdepan pasukan kuat pada Piala Dunia kali ini.\u201cNamun, pada satu sudut tiada perlawanan back to back ternyata memberikan ruang kepada pasukan untuk melakukan persediaan lebih rapi.\u201cPada Piala Dunia 2023 ini, kami akan memberikan sehabis baik berdepan setiap lawan dan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Januari 2023 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239635/berita/sukan/penggunaan-teknologi-var-diumum-dalam-masa-terdekat---fam", "article_title": "Penggunaan teknologi VAR diumum dalam masa terdekat - FAM", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.Beliau berkata, perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut.\"Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.\"Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya,\u201d katanya.Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam Ahad.Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 11:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239616/berita/sukan/dominic-optimis-robek-gawang-lawan", "article_title": "Dominic optimis robek gawang lawan", "article_text": "WALAUPUN jaringannya dibatalkan, pemain pertahanan negara Dominic Tan tetap berpuas hati selepas berjaya membantu Malaysia mengatasi Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 pada Sabtu.Pemain Sabah FC itu menyifatkan kekecewaannya terubat apabila pasukan terutama benteng pertahanan berjaya mengekang skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan daripada mencetak jaringan pada aksi sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.Menjelang aksi timbal balik di gelanggang lawan Selasa depan, beliau yang enggan berputus asa memburu gol pertama di pentas antarabangsa, berharap pasukan dapat mempertahankan kelebihan 1-0 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final.\u201cSaya berpuas hati sebab dapat clean sheet, patutnya 2-0 tapi inilah bola sepak, kita akan bawa momentum ini ke Thailand.\u201cSebenarnya ia bagus untuk mendapatkan gol pertama saya untuk Malaysia tetapi ia bukan rezeki saya, saya akan cuba lagi dan yang penting kita menang dan clean sheet,\u201d kata pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui selepas perlawanan.Pada pertembungan mendebarkan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan Thailand menerusi gol kemenangan pemain sayap sensasi, Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-11.Mengulas mengenai gol tandukannya pada minit ke-55 yang dibatalkan pengadil Kim Dae Yong dari Korea Selatan kerana mendakwa terdapat kekasaran dibuat pemain negara dalam kotak penalti, Dominic menafikan beliau melakukan kekerasan dalam perebutan bola di udara.Seorang lagi pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar merasakan pasukan negara tidak boleh hanya bermain secara bertahan apabila bertandang ke Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.Menurut pemain muda Selangor FC itu, bermain secara bertahan lebih penat terutama bagi benteng pertahanan seperti yang dihadapi semalam.\u201cBagi saya kita tak boleh bertahan dalam 90 minit di sana, kita perlu juga menyerang, jadi apa sahaja perancangan jurulatih kami akan terap di padang,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 06:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239615/berita/sukan/ujian-getir-harimau-malaya-di-bangkok", "article_title": "Ujian getir Harimau Malaya di Bangkok", "article_text": "CABARAN sukar menanti Harimau Malaya di Bangkok apabila berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 pada Selasa ini.Pemain pertahanan, V Ruventhiran berkata, bukan mudah untuk menahan asakan skuad Gajah Perang terutama apabila beraksi di gelanggang lawan di Stadium Thammasat nanti.Bagaimanapun, pemain baharu Selangor FC itu optimis percaturan jurulatih Kim Pan-gon bagi mengekang gerakan berbahaya pasukan lawan.\u201cPerjuangan belum selesai kerana masih terdapat satu lagi aksi dan kami perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kami layak ke final. Kami pernah menang menerusi penalti menentang Thailand di Piala Raja Thai (September lalu).\u201cSaya tidak bermain ketika itu dan ia memberikan saya semangat kerana masih mendapat kepercayaan dari barisan kejurulatihan,\u201d katanya yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Pada aksi itu, gol tunggal Faisal Halim membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0 ke atas Thailand.Mengulas perlawanan tersebut yang menyaksikan Malaysia dipaksa 'berkampung' di kawasan sendiri, Ruventhiran berkata, ia sesuatu yang mencabar, namun berjalan lancar seperti yang diarahkan jurulatih.\u201cMemang sukar untuk bertahan ketika berdepan Thailand dan semuanya berjalan mengikut apa yang dikehendaki oleh barisan kejurulatihan yang banyak memberikan kata-kata semangat,\u201d katanya.Pemain berusia 22 tahun itu turut menghargai barisan kejurulatihan yang memberi peluang kepadanya untuk beraksi di pentas besar tersebut.\u201cTerima kasih kepada jurulatih kerana beri saya peluang bermain dalam perlawanan yang besar ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 06:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239614/berita/sukan/tze-yong-rangka-strategi-ampuh-di-terbuka-malaysia", "article_title": "Tze Yong rangka strategi ampuh di Terbuka Malaysia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sudah melakukan persiapan rapi bagi penampilan sulungnya secara merit di kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa ini.Pemain berusia 22 tahun, yang berada di ranking ke-25 dunia itu, bakal bertemu pemain ke-28 dunia Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan pertama.Menjangkakan tempoh perlawanan yang panjang dan sukar, Tze Yong telah merangka strategi perlawanan terbaik dengan jurulatihnya, Hendrawan.\u201cSaya mengaku (cara bermain) semua pemain tidak sama, jadi kita kena tunggu hari perlawanan untuk tengok gaya seseorang.\u201cSaya rasa sekarang pemain utama dalam sesuatu kejohanan, mereka memang akan main perlawanan yang panjang, jadi sudah semestinya saya menjangka situasi sebegitu,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pada Ahad.Tze Yong bakal bertemu jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, jika berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut.Terdahulu, Tze Yong, juara Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Disember lalu, dilantik sebagai duta minuman isotonik,100PLUS, bagi tempoh dua tahun iaitu bermula tahun ini hingga 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 06:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239612/berita/sukan/insiden-kad-merah-tidak-patahkan-semangat-azam-azmi", "article_title": "Insiden kad merah tidak patahkan semangat Azam Azmi", "article_text": "INSIDEN digantung dua perlawanan susulan kad merah ketika bertemu Vietnam di Hanoi baru-baru ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain pertahanan Harimau Malaya, Muhammad Azam Azmi Murad.Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang mematangkan beliau sebagai pemain kebangsaan sekali gus tekad untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa depan.Pemain Terengganu FC itu pada masa sama menjadikan pengajaran tersebut sebagai pembakar semangat bagi menebus kembali kesalahan sekiranya diberi peluang untuk beraksi menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Bangkok, Selasa ini.\u201cBagi saya benda ini pengalaman baharu untuk saya sebab saya tak pernah kena kad merah, jadi ia mematangkan saya.\u201cKalau diberi peluang saya akan beri sepenuh hati dan tak beri Thailand jaringkan gol...kita nak buru gol dan pergi ke final,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini digantung dua perlawanan susulan satu insiden pada aksi Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah.Dalam pada itu, Muhammad Azam turut berharap agar skuad Harimau Malaya dapat menampilkan permainan terbaik menentang Thailand di gelanggang keramat pasukan tuan rumah di Stadium Thammasat.Skuad Harimau Malaya berlepas ke Bangkok hari ini untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang dengan kelebihan satu gol selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.Sekiranya berjaya menjinakkan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 06:02pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239606/berita/sukan/kbs-kenal-pasti-fasiliti-sukan-perlu-dibaik-pulih", "article_title": "KBS kenal pasti fasiliti sukan perlu dibaik pulih", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang mengenal pasti fasiliti sukan di bawah kementerian itu yang perlu dibaik pulih di seluruh negara.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, pembangunan sukan terutama di peringkat akar umbi akan tergendala jika keadaan fasiliti sukan sedia ada berada dalam keadaan tidak baik.\"Kita ada banyak atlet yang berpotensi, bukan saja dalam sukan tumpuan tetapi dalam sukan-sukan lain yang mungkin kita tidak dapat menemui mereka kerana fasiliti yang kurang mencukupi.\"Kalau fasiliti sukan itu kurang, kuranglah penglibatan yang mana ia merupakan cabaran utama dalam pembangunan sukan negara,\" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Fin Swimming Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama di Pusat Akuatik Negeri, Negeri Sembilan di sini pada Ahad.Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Negeri Sembilan, Zul Fadhli Abd Aziz dan Presiden Persatuan Finswimming Malaysia, S. Ravivarma.Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan tahap fasiliti yang ada dalam keadaan baik namun disebabkan kemudahan itu sentiasa digunakan ia perlu dijaga setiap masa.Jelasnya, usaha membaik pulih fasiliti yang didapati bermasalah akan dilakukan secara berperingkat.\"Soal fasiliti ini adalah cabaran yang paling besar dan ia sentiasa diperhalusi dan diteliti terutama dalam memulihkan baik pulih fasiliti sedia ada sebelum kita bina yang baharu,\" katanya.Berkenaan Kejohanan Fin Swimming, beliau berkata, lebih ramai atlet dan bakat baharu dalam terbabit dapat dilahirkan hasil penganjuran pertandingan yang bersifat akar umbi.Jelasnya, pembangunan sukan tersebut masih baharu namun sukan itu sudah dipertandingkan di Sukan Sea beberapa kali dan negara juga ada menghantar atlet.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239589/berita/sukan/insiden-panahan-laser-warnai-bukit-jalil", "article_title": "Insiden 'panahan' laser warnai Bukit Jalil", "article_text": "IBARAT nila setitik, rosak susu sebelanga. Pepatah sesuai menggambarkan insiden panahan pancaran laser ke muka pemain Thailand dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu.Tembakan laser hijau itu merancakkan perdebatan di media sosial melibatkan peminat bola sepak serantau termasuk negara jiran, Indonesia.Ini kerana Indonesia pernah mengalami insiden sama di stadium keramat Harimau Malaya itu pada final Piala AFF 2010.Insiden itu mengundang bantahan penyokong Indonesia yang menuding jari menyalahkan pancaran laser itu sebagai punca kekalahan skuad Garuda kepada Malaysia.Setelah 12 tahun berlalu ia kembali hangat apabila segelintir penyokong Harimau Malaya 'memanah' pemain Thailand pada separuh kedua perlawanan.Kilauan laser itu dilihat tepat ke muka pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon.Dia sebelum itu terlibat perlanggaran dengan penjaga golnya sendiri dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan penalti.Turut berada dalam kotak penalti ketika itu, Darrek Lok dan Dominic Tan yang sempat menanduk bola sebelum menerjah gawang lawan, namun gol tersebut tidak disahkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.Keputusan itu menimbulkan amarah penyokong Harimau Malaya yang mencecah 63,000 orang.Malah ada segelintir penyokong yang turut membaling botol ke penjuru padang berdekatan kawasan gol skuad Gajah Perang.Mungkin tindakan Pansa yang dilihat seperti berlakon mengalami kecederaan mengundang rasa tidak puas hati penyokong, namun tayangan video menunjukkan dua pemain negara tidak menyentuh pemain lawan ketika berebutan bola di udara itu.Pun begitu, 'tembakan' laser tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengundang padah kepada pasukan tuan rumah yang kemungkinan berdepan denda.Ia juga mengundang imej tidak baik kepada reputasi 'ekor' Harimau Malaya yang terkenal dengan tingkah laku beradab.Apa pun diharapkan ia tidak berulang atas semangat kesukanan yang melangkau sempadan bangsa, negara, agama, budaya dan warna kulit.Ia ibarat ini rumah kita dan ini bola sepak kita, hormat tetamu budaya kita.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 03:47pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239578/berita/sukan/kda-fc-fokus-pasukan-b23-hadapi-liga-malaysia", "article_title": "KDA FC fokus pasukan B23 hadapi Liga Malaysia", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC giat mempersiapkan pasukan Liga Simpanan Bawah 23 tahun (B23) sebagai sokongan kepada skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengakui gembira dengan perkembangan pasukan sokongan itu yang menunjukkan kemahiran dan keyakinan yang baik selepas berlatih bersama sejak tiga minggu lalu.\"Inilah kali pertama KDA FC mempunyai pasukan kedua untuk menyokong pasukan utama. Beberapa negeri dan kelab sudah ada pasukan kedua.\"Lantas, mereka mempunyai bilangan pemain antarabangsa yang mencukupi untuk mengganti pemain utama yang cedera atau dilayangkan kad.\"KDA FC tidak ada semua ini. Aras padang permainan di tahun-tahun lepas tak sama. Jarang sekali di tahun lepas KDA FC mempunyai lima pemain import bermain atas padang serentak,\" katanya yang dipetik melalui Facebook rasmi beliau pada Ahad.Mohd Daud juga sempat menyaksikan perlawanan pemanas badan antara pasukan utama kendalian Nafuzi Zain Dan Skuad B23 Sang Kenari yang dilatih oleh Rosle Md Derus pada Jumaat lalu.Ujarnya, pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan kerana baru bersama beberapa hari seperti Manuel Ott dan Alan Robertson baru turun berlatih.\"Seorang pemimpin adalah seorang yang peka dengan sekeliling. Saya belajar sesuatu dari Coach Nafuzi. Beliau minta permainan hanya 70 minit sahaja bukan 90 minit. Pemain pasukan utama belum bersedia dari segi kecergasan. Hebat bacaannya.\"Kedua-dua pasukan bermain laju. Di separuh masa pertama saya duduk dengan pasukan B23. Betul kata Jurulatih, mereka main dengan lebih laju Dan pantas.\"Mereka ingin menang. Tapi nampak sedikit rasa hormat mereka kepada pasukan utama. Ini tidak elok. Atas padang, lawan habis-habisan,\" katanya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 02:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239574/berita/sukan/liverpool-nyaris-disingkir-wolves", "article_title": "Liverpool nyaris disingkir Wolves", "article_text": "LIVERPOOL berdepan saingan sengit apabila diikat 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Anfiel, awal pagi Ahad.Pasukan pelawat hampir menyingkirkan juara bertahan itu, namun bernasib baik apabila jaringan Toti dibatalkan selepas didapati ofsaid.\u201cIa permulaan yang bagus dan kami mendominasi perlawanan, namun gagal melakar kemenangan,\u201d kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp.Pada aksi itu, Wolves terlebih dahulu di depan hasil kesilapan penjaga gol Alisson apabila hantarannya dipintas Goncalo Guedes yang menolak bola ke gawang pada minit ke-26.Tuan rumah bagaimanapun menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi rembatan Darwin Nunez yang menewaskan penjaga gol Wolves, Matija Sarkic selepas menerima hantaran Trent Alexander-Arnold.Pemain Mesir, Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan selepas rehat menerusi rembatan dalam kotak penalti ekoran kesilapan pertahanan Wolves, Toti yang tertanduk bola ke belakang.Wolves enggan mengalah terus mengasak kubu Liverpool dan berjaya menyamakan kedudukan apabila Hwang Hee-chan menewaskan Alisson selepas menerima hantaran daripada pemain gantian Matheus Cunha.\u201cKami beraksi sangat baik tetapi kemudiannya kami melepaskan gol. Ia tidak sepatutnya berlaku tetapi kami semua tahu, Ali (Alisson) banyak kali menyelamatkan kami,\u201d kata Klopp.Dalam pada itu, bintang baharu Liverpool, Cody Gakpo tampil buat kali pertama selepas berpindah dari PSV Eindhoven pada awal jendela perpindahan Januari.\u201cTidak mudah untuk aksi pertama. Kami tak boleh jangka yang sempurna tetap dia menunjukkan petanda positif. Kami perlu menjadikan dia lebih baik dan masanya akan tiba,\u201d ujar Klopp.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239568/berita/sukan/ronaldo-kena-tunggu-dua-minggu-lagi", "article_title": "Ronaldo kena tunggu dua minggu lagi", "article_text": "BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo dijangka membuat debut di Arab Saudi dalam tempoh dua minggu lagi selepas dia didaftar sebagai pemain baharu Al Nassr.Sumber memberitahu AFP, tarikh jangkaan kapten Portugal itu boleh membuat penampilan pertama ialah pada 22 Januari.Ronaldo akan menyertai senarai pemain selepas Al Nassr menamatkan kontrak pemain dikaitkan dengan Manchester United, Vincent Aboubakar.Pemain berusia 38 tahun itu boleh beraksi di laman sendiri menentang Ettifaq selepas melalui dua penggantungan perlawanan yang dikeluarkan pada November kerana memecahkan telefon bimbit seorang penyokong ketika bermain bersama Manchester United.\u201cAl Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar menerusi persetujuan bersama dan dia akan menerima semua haknya dalam aspek kewangan,\u201d kata sumber itu.Kelab itu sudah mendaftarkan Ronaldo sebelum perlawanan Al Nassr menentang Al Ta'ee Jumaat lalu.Ronaldo sudah melalui satu penggantungan dan akan terlepas satu lagi aksi sebelum boleh turun bermain.\u201cJadi ketika ini dia ada satu lagi penggantungan dan akan melaluinya dalam satu lagi aksi menentang Al Shabab pada 14 Januari,\u201d kata sumber itu.Dalam pada itu, ekoran penamatan kontrak berkenaan, Aboubakar ketika ini adalah ejen bebas dan boleh berunding untuk menyertai mana-mana kelab.Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mengulas spekulasi pemain berusia 30 tahun itu akan berkelana ke Old Trafford.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 01:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239552/berita/sukan/serie-a-bertafakur-beri-penghormatan-kepada-gianluca-vialli", "article_title": "Serie A bertafakur, beri penghormatan kepada Gianluca Vialli", "article_text": "SERIE A Itali bertafakur selama seminit menjelang perlawanan pada Ahad untuk memperingati Gianluca Vialli, manakala rakan sepasukan dan pesaing lama memberi penghormatan kepada bekas pemain antarabangsa Itali tersebut.Vialli, 58, yang memperoleh 59 caps untuk Itali dan menikmati kerjaya kelab cemerlang bersama Sampdoria, Juventus dan Chelsea, meninggal dunia pada Jumaat selepas bertarung lama dengan kanser.Bekas rakan sepasukannya di Juventus, Gianluca Pessotto membaca surat penuh emosi menjelang perlawanan menentang Udinese pada Ahad berkata, \"Anda adalah pemandu kami, dalam padang dan luar, rakan sepasukan di bilik persalinan dan dalam kemenangan.\"Seorang kapten. Seorang kawan. Saya tidak boleh melupakan rasa jenaka anda, kelas anda, karisma anda, ketabahan anda.\"Tiada siapa yang boleh melupakan kenangan yang anda berikan kepada kami dengan bola sepak dan gol anda. Kami akan sangat merindui senyuman anda. Kami di sini bersedia untuk memeluk anda, sama seperti kami bersedia untuk memeluk anda dalam kejayaan. Selamat berlayar, kapten. Kami sayang kamu.\"Sementara itu, penyerang Juventus Federico Chiesa yang mendedikasikan kemenangan 1-0 ke atas Udinese kepada Vialli berkata, \"dia seorang yang hebat dan saya sangat bertuah kerana dapat bertemu dengannya dalam hidup saya, kerana dia adalah juara sebenar, tetapi di atas semua itu adalah menakjubkan\".\"Kami boleh bercakap selama berjam-jam mengenai betapa hebatnya dia. Kemenangan perlawanan ini adalah untuknya.\"Dalam pada itu, pengendali Itali, Roberto Mancini, rakan seumur hidup Vialli, memberi penghormatan kepada 'adik lelakinya' berkata, Gianluca adalah yang terbaik daripada kami, seorang lelaki yang sempurna dan berani.Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte sebelum ini memilih untuk tidak menghadiri sidang akhbar menjelang perlawanan Piala FA kerana meratapi kematian bekas rakan sepasukannya.\u201cKami makan malam bersama di London beberapa bulan lalu sambil kami seronok mengenang kembali semua pengembaraan dan pertempuran kami di lapangan.\"Malangnya, anda terpaksa bertarung dalam pertempuran yang hebat dan dahsyat dalam hidup beberapa tahun kebelakangan ini.\"Saya memberitahu anda dan menulis kepada anda bahawa anda sentiasa menjadi inspirasi kepada saya sebagai kapten saya dan bagaimana anda membuktikan diri anda kuat, bangga dan berani, bertarung seperti singa melawan penyakit ini,\" tulis Conte di Instagram bersama gambar dia dan Vialli.Sementara itu, dalam sidang akhbar pada Jumaat, pengendali AC Milan, Stefano Pioli memberitahu pemberita, tahun 2023 belum bermula dengan baik kerana kami telah kehilangan juara sukan dan kehidupan, seorang yang pemurah, tepat dengan nilai yang unik.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 11:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239553/berita/sukan/bung-moktar-letak-jawatan-presiden-safa", "article_title": "Bung Moktar letak jawatan Presiden Safa", "article_text": "TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.Katanya lagi, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.Sementara itu, bercakap mengenai prestasi pasukan bola sepak negeri, beliau mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC.Bagaimanapun katanya, sepanjang mengetuai badan induk bola sepak itu, pasukan telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.\"Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia masih di tahap yang masih belum memuaskan.\"Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan daripada semua pihak terutama daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu Safa khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,\" katanya.Beliau turut menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Safa, tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri itu.\"Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya,\" katanya.Ahli Dewan Parlimen Kinabatangan itu memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021.Sebelum itu, pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai pemangku Presiden Safa dan disahkan sebagai Presiden Safa menerusi mesyuarat agung luar biasa Safa pada Jun 2021.Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah ketika ini terpalit dengan dakwaan cubaan menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN) dan ia dikuatkan lagi dengan pengumuman UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 11:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239545/berita/sukan/howe-pertahan-pemilihan-pemain", "article_title": "Howe pertahan pemilihan pemain", "article_text": "PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe mempertahankan pemilihan kesebelasan utama The Magpies ketika disingkirkan 1-2 oleh kelab liga bawahan, Sheffield Wednesday dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hillsborough.Namun Howe menegaskan ketumpulan penyudah jentera serangan pelawat menyaksikan deretan percubaan dan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan sepanjang perlawanan tersebut.\"Ya, kami terdesak untuk memenangi perlawanan penting ini dan pasukan ini saya percaya cukup kuat untuk melakukannya, namun mengakui aksi di padang tidak selari dengan diinginkan pasukan.\"Kami sedar bahawa pasukan ini bukan skuad paling mantap. Kami skuad ringan pada nombor tetapi tinggi pada kualiti. Kami memberi peluang kepada beberapa pemain yang tidak mempunyai banyak minit musim ini, dan saya fikir ada positif dan negatif dalam prestasi mereka.\"Kami sangat kecewa apabila tersingkir kerana kami mencipta deretan peluang yang mencukupi untuk memenangi perlawanan. Penjaga gol mereka melakukan beberapa penyelamatan yang hebat, namun kami tidak cukup klinikal,\" kata Howe.Josh Windass meledak dua gol untuk Wednesday pada minit ke-52 dan 65, manakala pemain gantian Bruno Guimar\u00e3es tampil gol penyamaan buat Newcastle di minit 69.Newcastle beraksi tanpa Allan Saint-Maximin, yang menarik diri pada malam sebelum perlawanan kerana sakit, namun Howe memberi permulaan kepada penyerang Alexander Isak yang kembali cergas, yang bermain 45 minit sekembalinya daripada kecederaaan paha selama empat bulan.\"Kami mempunyai skuad yang sangat kecil dan perlu melindunginya untuk perlawanan akan datang. Perlawanan Leicester City (suku akhir Piala Liga) sudah hampir dan kami memilih pasukan berdasarkan ini dalam fikiran.\"Jika permainan itu tidak ada, pemilihan pasukan mungkin berbeza. Kami cuba mengimbangi segala-galanya.\"Kami tidak banyak mengalami kekalahan musim ini dan ia sangat menyakitkan, anda tidak mahu kalah dalam sebarang perlawanan. Kami berazam untuk bermain dengan baik dalam pertandingan ini tetapi ia tidak menjadi, dan sentiasa ada perkara untuk dipelajari,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239548/berita/sukan/90-minit-di-thailand-bukan-mudah---faisal", "article_title": "'90 minit di Thailand bukan mudah' - Faisal", "article_text": "WIRA Malaysia menewaskan Thailand, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui skuad Harimau Malaya perlu meningkatkan mutu persembahan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di gelanggang lawan, Selasa depan.Beliau berkata, ia selepas pasukan negara tidak menampilkan corak permainan biasa ketika menundukkan Thailand 1-0 di sebalik dominasi permainan skuad Gajah Perang itu pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.\"Kita ada 90 minit di Thailand, ia bukan perkara mudah, kita belum layak ke final tapi tak mustahil...sudah tentu kita perlu tambah baik dan tingkatkan lagi permainan. Walaupun kita menang hari ini (malam tadi), permainan kita bukan seperti biasa.\"Saya harap di Thailand nanti dapat kekalkan satu jaringan dan jangan bolos, kalau tak boleh jaringkan gol pun kita masih menang 1-0 dan layak ke final,\u201d kata penjaring gol kemenangan pasukan negara ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.Mohamad Faisal meledak jaringan penting Malaysia pada minit ke-11 untuk memberi skuad bimbingan Kim Pan Gon bekalan diinginkan bagi mengharungi aksi timbal balik yang dijangka berlangsung sengit di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.Jaringan sempena ulang tahun kelahirannya ke-25 menyaksikan pemain sayap Selangor FC itu kini berada di posisi kedua dalam carta penjaring terbanyak di belakang penyerang prolifik Thailand Teerasil Dangda yang mengumpul lima gol.Bercakap mengenai jaringannya, Mohamad Faisal berkata, beliau mempunyai perasaan yang bercampur baur terutama mengenangkan keluarga.\"Saya gembira dan bersedih sebab saya jaringkan gol pada hari jadi saya tetapi tak sambut dengan keluarga, isteri dan anak...ia satu perkara yang sukar untuk terima tapi saya ada rakan sepasukan, jurulatih dan pasukan, walaupun sambut dengan mereka sudah buat saya gembira,\u201d katanya.Pasukan negara yang muncul juara pada edisi 2010 dijadual berlepas ke Thailand hari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 10:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239534/berita/sukan/piala-fa-kane-pacu-kemaraan-tottenham", "article_title": "Piala FA: Kane pacu kemaraan Tottenham", "article_text": "PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane melepasi satu gol daripada penjaring rekod kelab itu, Jimmy Greaves apabila gol tunggalnya memastikan kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tottenham Hotspur.Jaringan Kane pada lima minit babak kedua itu telah menjadikan jumlah gol sepanjang bersama Tottenham kepada 265 gol.Tottenham, pemenang Piala FA lapan kali yang pernah tewas kepada Portsmouth pada separuh akhir 2010, menurunkan barisan pemain yang kuat namun gagal mencatatkan rembatan ke sasaran menentang lawan dari Divisyen Tiga itu pada separuh masa pertama tetapi meningkat selepas rehat untuk mendominasi.Selepas Kane memecah kebuntuan dengan gol kelabnya yang ke-17 musim ini, pemain tengah Oliver Skipp mensia-siakan peluang untuk melebarkan kedudukan 2-0.\"Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Kadang-kadang anda boleh berfikir terlalu banyak.\"Saya rasa dalam bentuk yang baik dan cergas. Pemikiran saya adalah untuk membantu pasukan dan berharap matlamat akan datang,\" kata Kane.Sementara itu, kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City, yang memenangi piala pada 2021, juga mara ke pusingan keempat apabila menang 1-0 ke atas Gillingham yang berada di tangga terbawah Liga Bola Sepak.Southampton pula mengetepikan prestasi buruk dalam Liga Perdana Inggeris apabila bangkit menewaskan rakan sepasukan di peringkat teratas, Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park dengan Adam Armstrong menjaringkan gol kemenangan selepas pelawat menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma James Ward-Prowse.PIALA FAPusingan KetigaLiverpool 2-2 WolvesSheffield Wednesday 2-1 Newcastle UnitedTottenham 1-0 PortsmouthBrentford 0-1 West Ham UnitedGillingham 0-1 Leicester CityCrystal Palace 1-2 SouthamptonHull City 0-2 FulhamMiddlesbrough 1-5 Brighton(Perlawanan Ulangan: 18 Januari)", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 07:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239526/berita/sukan/piala-aff-menang-1-0-tidak-cukup---pan-gon", "article_title": "Piala AFF: Menang 1-0 tidak cukup - Pan Gon", "article_text": "KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama malam ini, tidak mencukupi untuk mengukuhkan peluang ke final Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Menyedari aksi sengit menanti skuad Harimau Malaya di separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini, Pan Gon menaruh yakin anak buahnya kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir.\"Kemenangan 1-0 jelas tidak mencukupi apatah lagi beraksi di laman sendiri tapi saya tetap gembira dengan keputusan malam ini.\"Ia satu perlawanan sukar kerana Thailand adalah pasukan kuat. Kita cuba memberi tekanan kepada mereka tapi ia tidak mudah,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam ini.Bagaimanapun, Pan Gon berasa lega kerana pasukan kebangsaan tidak dibolosi pada aksi malam ini selepas pemain sayap lincah negara Mohamad Faisal Abdul Halim membuka jaringan pada minit ke-11.\"Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, keputusan sepatutnya berpihak kepada kita 3-0 namun pasukan lawan juga mempunyai banyak peluang mendapatkan gol. Cuma pemain adalah manusia dan melakukan kesalahan. Saya harap para pemain dapat pulih dengan cepat,\u201d katanya.Mengenai gol hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 dinafikan oleh pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Pan Gon berkata: \"Saya tidak nampak (insiden) itu dengan jelas, saya tidak boleh kata apa-apa.\u201dSementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking kecewa dengan kekalahan dialami anak buahnya biarpun mereka mendominasi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.\"Sebagai jurulatih, saya tidak suka kekalahan sebegini tapi ini adalah bola sepak dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Saya tidak pernah menyangka Thailand boleh mendominasi permainan kerana Malaysia berbeza sama sekali di peringkat kumpulan,\u201d katanya.Pada masa sama, beliau yakin mampu mengubah keputusan apabila menerima kunjungan Malaysia di laman sendiri pada Selasa.\"Ia keputusan baik buat Malaysia dengan penyokong yang hebat tapi kami juga mempunyai peminat hebat dan saya pasti mereka akan mendorong pemain untuk menjaringkan gol,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Januari 2023 12:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239525/berita/sukan/piala-aff-ribuan-peminat-bola-sepak-banjiri-dataran-merdeka", "article_title": "Piala AFF: Ribuan peminat bola sepak banjiri Dataran Merdeka", "article_text": "RIBUAN peminat bola sepak membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan tayangan aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menerusi skrin besar di sini malam ini.Tinjauan mendapati suasana gamat menggegar lokasi sambutan Hari Kebangsaan itu apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol pada aksi secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8.30 malam ini.Ibu bapa juga dilihat tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama merasai suasana hangat aksi menentang Thailand itu.Normardiana Ramli, 40, ketika ditemui berkata, dia menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bersama tiga anaknya untuk memberi peluang mereka merasai pengalaman berkenaan.\"Anak-anak saya memang nak sangat tengok bola, tapi sebab tiket dah habis, saya bawa juga mereka ke sini walaupun naik LRT. Anak juga merasai semangat kesukanan dan turut menyokong Harimau Malaya,\u201d katanya.Pengembara rakyat Romania yang juga peminat bola sepak, Tanasie Gabriela, 25, turut tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan di sini dengan mengenakan jersi Harimau Malaya.Menurut Gabriela, dia mengetahui mengenai tayangan berkenaan melalui iklan di televisyen dan hadir bersama tiga rakannya.Reaksi penyokong pasukan Malaysia yang hadir di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Malaysia menentang pasukan Thailand. - Foto: Bernama\"Pengalaman yang hebat menyaksikan masyarakat tempatan sangat teruja menonton perlawanan itu kerana ia tidak berlaku di negara kami, kami hanya menonton perlawanan bola sepak di stadium.\"Saya dan kawan-kawan adalah peminat bola sepak, sudah tentu kami mahu merasai pengalaman seperti ini di Malaysia,\u201d katanya ketika ditemui Bernama.Perlawanan menentang Thailand malam ini menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengatasi lawan 1-0 menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim.Skuad kendalian Kim Pan Gon akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok pada 10 Januari.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 11:33pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239524/berita/sukan/pan-gon-puas-hati-persembahan-harimau-malaya", "article_title": "Pan-gon puas hati persembahan Harimau Malaya", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon berpuas hati dengan persembahan para pemainnya selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, pemain negara telah memberikan segalanya berdepan pasukan di ranking ke-111 dunia itu.\"Saya berbangga dengan pemain. Penyokong juga memberikan sokongan padu kepada kami.\"Malam ini perlawanan sukar, tetapi perlawanan seterusnya (separuh akhir kedua) lebih sukar.\"Pemain menunjukkan semangat berpasukan, kembali kejar bola apabila hilang dan komitmen mereka memang terbaik,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan pada Sabtu.Skuad negara akan sekali lagi berdepan Thailand dalam aksi timbal balik di Stadium Thammasat pada Selasa ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 11:16pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239523/berita/sukan/masih-belum-berakhir---polking", "article_title": "Masih belum berakhir - Polking", "article_text": "PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking menyifatkan perjuangan buat pasukannya masih belum berakhir selepas tewas 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, skuad Gajah Perang masih mempunyai 90 minit untuk menukar keputusan tersebut kepada kemenangan di laman sendiri.\"Kami tewas tetapi masih ada aksi di laman sendiri. Saya tidak suka kalah.\"Sukar untuk menerima kekalahan ini selepas kita juga beraksi baik.\"Namun, perlawanan bagus ditonjolkan oleh Malaysia dibantu dengan sorakan penyokong mereka,\" katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.Aksi separuh akhir kedua Piala AFF kedua-dua pasukan akan dilangsungkan di Stadium Thammasat pada Selasa ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 10:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239522/berita/sukan/22-atlet-para-hoki-beraksi-di-berlin-jun-ini", "article_title": "22 atlet para hoki beraksi di Berlin Jun ini", "article_text": "MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia yang menghantar atlet para hoki negara untuk beraksi dalam acara Special Olympics Hockey di Special Olympics World Games di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.Presiden Persatuan Para Hoki Malaysia (PPHM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, acara yang juga dikenali sebagai ID Hoki itu merupakan acara pertunjukan sebelum ia disenaraikan sebagai acara rasmi dalam temasya sukan berprestij itu pada masa akan datang.\"Kita telah mempersiapkan barisan atlet dari pelbagai negeri sejak awal lagi bagi membawa nama negara dalam acara berprestij itu,\u201d katanya selepas melancarkan PPHM secara rasmi pada Sabtu.Special Olympics World Games merupakan temasya sukan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.Dalam pada itu, Megat D Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berkata, penubuhan persatuan itu sejak 14 Jun 2021 adalah sebagai platform untuk atlet OKU termasuk fizikal, pendengaran, penglihatan, mental dan kerdil menceburi sukan hoki.\"PPHM mengorak langkah mengadakan platform ini untuk memberi peluang kepada OKU menyerlahkan bakat mereka dalam sukan hoki,\u201d katanya.Beliau berkata bagi menjayakan matlamat persatuan, PPHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 10:47pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239518/berita/sukan/malaysia-tewaskan-thailand-bawa-bekalan-tipis", "article_title": "Malaysia tewaskan Thailand, bawa bekalan tipis", "article_text": "HARIMAU Malaya membawa bekalan tipis bertandang ke Stadium Thammasat, Selasa depan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Skuad Gajah Perang tampak lebih agresif pada babak pertama perlawanan mencipta banyak peluang sehingga mengucar-ngacirkan benteng pertahanan negara.Namun, kekebalan pertahanan negara yang diterajui Sharul Nazeem dan Dominic Tan berjaya menghentikan setiap asakan lawan.Thailand melakukan asakan seawal minit keempat melalui pemain pertahanan mereka, Pansa Hemviboon, namun tandukannya tersasar.Pemain sensasi negara, Faisal Halim menggamatkan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada minit ke-11 selepas menyempurnakan hantaran Ruventhiran.Bagaikan tersentak, Thailand menggandakan percubaan melalui tandukan Ekanit Panya, namun diselamatkan Syihan Hazmi pada minit ke-13 disusuli tendangan Suphanan Bureerat lapan minit kemudian yang tersasar.Skuad kendalian Kim Pan-gon hampir menambah jaringan melalui Quentin Cheng pada minit ke-27, namun tendangannya melambung tinggi.Bersambung babak kedua, Thailand terus gigih memburu gol penyamaan dan hampir berjaya pada minit ke-47 jika tidak kerana Shahrul Nazeem menafikan cubaan Panya.Minit ke-56 menyaksikan kekecohan berlaku apabila pengadil membatalkan gol Dominic Tan selepas Darren terlebih dahulu didakwa mengasari pertahanan Thailand, Hemviboon.Skuad negara dijangka berdepan tugas mencabar perlu mengatasi gelora di Stadium Thammasat dalam aksi timbal balik sebelum mengesahkan tiket ke final.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 10:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239515/berita/sukan/jelajah-malaysia-kembali-warnai-kejohanan-berbasikal-negara", "article_title": "Jelajah Malaysia kembali warnai kejohanan berbasikal negara", "article_text": "MELAKA - Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia kembali mewarnai kalendar kejohanan berbasikal di negara ini selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, kejohanan edisi ke-54 itu akan berlangsung selama lima hari pada 26 Februari hingga 2 Mac.Beliau berkata, penganjuran kali ini melibatkan 24 pasukan dengan penyertaan 120 pelumba melalui lima peringkat bermula di Bandaraya Melaka dan tamat di Bandar Baru Bangi, Selangor.\"Perlumbaan peringkat pertama membabitkan jarak sejauh 148 kilometer (km) seterusnya peringkat kedua dari Setia Alam ke Cyberjaya dan peringkat ketiga dari Shah Alam ke Teluk Intan.\"Manakala perlumbaan peringkat keempat bermula dari Bagan Datuk, Perak ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang akan menjadi laluan perlumbaan paling mencabar bagi kejohanan kali ini dengan jarak perlumbaan sejauh 145km sebelum peringkat terakhir bermula di Tapah dan tamat di Bandar Meru Raya, Ipoh Perak,\" katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Jelajah Malaysia edisi ke-54 di Kota Laksamana pada Sabtu.Turut hadir Pengarah Eksekutif kejohanan, Datuk Nik Rosma Nik Mohamed.Abu Samah berkata, kejohanan tersebut juga menjadi penanda aras kejohanan sukan berbasikal di Malaysia dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan antaranya JCL Team Ukyo (Jepun), Tashkent City Profesional Team (Uzbekistan) dan Sidi Ali Unlock Team (Morrocco).Selain itu, penyertaan dari KSPO Profesional Team (Korea Selatan), St George Continental Cycling Team (Australia), Global 6 Cycling (New Zealand), Mula (Indonesia) serta pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu Polygon Cycling Team dan Team Sapura Cycling serta pasukan kebangsaan Malaysia dijangka bakal memberi saingan sengit.Sementar itu, beliau berkata, penganjuran kali ini penting memandangkan ia ditunda beberapa kali atas pelbagai sebab selain pandemik Covid-19, dan akhirnya kejohanan yang diklasifikasikan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sebagai perlumbaan kategori 2.2 ini berjaya direalisasikan.Jelajah Malaysia mula diperkenalkan pada 1963 dan kini menjadi satu daripada perlumbaan jelajah berbasikal paling berprestij dalam kalangan pasukan Asia dan antarabangsa selain pernah melahirkan nama-nama besar dalam sukan ini.Abu Samah juga positif Jelajah Malaysia menjadi platform terbaik untuk melahirkan kembali pelumba-pelumba muda yang mampu diketengahkan ke peringkat antarabangsa.\"Kejohanan ini pernah melahirkan nama-nama besar seperti Suhardi Hassan, Loh Sea Keong, Anuar Manan, Mohd Zamri Salleh, Mohd Harif Salleh, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Adiq Hussainie Othman dan menjadi pemenang keseluruhan, jersi pecut atau pun menjadi pelumba terbaik Asia.\"Justeru, kita melihat Jelajah Malaysia ini platform bagi pelumba muda Malaysia bersaing dan menimba pengalaman berharga kerana bermula penyertaan acara ini jumlah pelumba Malaysia yang diterima masuk ke pasukan antarabangsa meningkat,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 09:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239514/berita/sukan/bayern-sisih-noussair", "article_title": "Bayern 'sisih' Noussair", "article_text": "BEK sayap Bayern Munich, Noussair Mazraoui akan diketepikan selepas mengalami komplikasi jantung akibat Covid-19 semasa percutiannya selepas Piala Dunia, kata kelab Bundesliga itu pada Sabtu.Pemain berusia 25 tahun itu diuji positif semasa Piala Dunia di Qatar, yang memaksanya terlepas kemenangan 1-0 Maghribi pada suku akhir ke atas Portugal.\u201cSemasa pemeriksaan susulan... Noussair disahkan mengalami keradangan ringan pada perikardium,\u201d kata Bayern dalam satu kenyataan tanpa menyebut berapa lama Noussair akan kembali pulih.Kenyataan itu menambah bahawa Noussair tidak dapat terbang bersama pasukan ke Doha ketika mereka bersedia untuk separuh kedua musim ini di kem latihan dan akan menjalani ujian tetap untuk memutuskan bila dia boleh menyambung semula latihan.Ini adalah tahun kedua berturut-turut pemain kelahiran Maghribi telah diketepikan kerana masalah jantung berkaitan Covid-19.Jurulatih Julian Nagelsmann terpaksa berhadapan dengan kehilangan seorang lagi pemain utama selepas Manuel Neuer (patah tulang tibia) dan Lucas Hernandez (ligamen koyak) kedua-duanya diketepikan untuk baki musim ini.Penyandang juara Bayern mendahului kedudukan Bundesliga dengan empat mata dan meneruskan kempen mereka menentang RB Leipzig pada 20 Januari.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 09:42pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239511/berita/sukan/manchester-united-sambar-khidmat-butland", "article_title": "Manchester United sambar khidmat Butland", "article_text": "MANCHESTER United menandatangani penjaga gol, Jack Butland secara pinjaman dari Crystal Palace sekali gus menjadi sandaran utama David de Gea.Butland yang telah menandatangani perjanjian sehingga akhir musim, menyertai United selepas Newcastle United memendekkan tempoh pinjaman Martin Dubravka.\u201cSaya telah bermain menentang David De Gea dan mewakili England bersama Tom Heaton.\u201cMereka adalah penjaga gol kelas atas, dan saya menikmati peluang untuk bersaing bersama.\u201cSelain itu menyokong mereka sebagai rakan sepasukan,\u201d kata Butland yang mempunyai sembilan penampilan bersama England.Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Palace pada 2020 tetapi tidak membuat penampilan untuk mereka musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 09:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239510/berita/sukan/chelsea-vasco-capai-persetujuan-perpindahan-santos", "article_title": "Chelsea, Vasco capai persetujuan perpindahan Santos", "article_text": "CHELSEA mencapai persetujuan dengan Vasco da Gama untuk perpindahan pemain antarabangsa Brazil Bawah 20 tahun, Andrey Santos, kata kelab Brazil itu pada Sabtu.Pemain berusia 18 tahun yang dianggap antara bakat paling cemerlang dalam bola sepak Brazil itu akan menjadi pemain ketiga Chelsea pada jendela perpindahan Januari.Kelab London itu sebelum ini turut membawa masuk David Datro Fofana (Molde FK) dan Benoit Badiashile (AS Monaco).Santos yang beraksi di bahagian tengah adalah pemain utama buat Vasco da Gama di bahagian kedua Brazil musim lalu.Dia menjaringkan lapan gol dalam 33 perlawanan liga, membantu mereka mendapat kenaikan pangkat ke liga teratas.Untuk rekod, Chelsea berada di tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 25 mata selepas 17 perlawanan.The Blues akan menentang Manchester City di tempat lawan dalam aksi Pusingan Ketiga Piala FA pada tengah malam Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 09:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239505/berita/sukan/terbuka-australia-venus-williams-tarik-diri", "article_title": "Terbuka Australia: Venus Williams tarik diri", "article_text": "JUARA tujuh kali Grand Slams, Venus Williams menarik diri daripada Terbuka Australia bulan ini selepas mengalami kecederaan, kata penganjur Grand Slam pada Sabtu.Williams bersedia untuk bermain di Terbuka Australia ke-22 selepas dianugerahkan peluang umum kejuaraan yang berlangsung dari 16 hingga 29 Januari itu.Pemain Amerika Syarikat berusia 42 tahun itu, dua kali finalis di Melbourne Park yang kini berada di luar kedudukan 1,000 teratas sedang membuat persiapan untuk kejohanan di Auckland Classic ketika mengalami kecederaan.\u201cVenus Williams menarik diri daripada Terbuka Australia kerana kecederaan yang dialami pada ASB Classic di New Zealand,\u201d kata Terbuka Australia dalam satu tweet.Williams tersingkir daripada Terbuka AS pada pusingan pertama apabila tewas kepada pemain bukan pilihan dari Belgium, Alison Van Uytvanck dan hanya kembali beraksi di Auckland di mana dia menewaskan rakan senegaranya, Katie Volynets sebelum tewas kepada pemain China, Zhu Lin.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 08:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239503/berita/sukan/perancis-kekalkan-khidmat-deschamps", "article_title": "Perancis kekalkan khidmat Deschamps", "article_text": "PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam satu kenyataan pada Sabtu.\u201cPersekutuan Bola Sepak Perancis dan Noel Le Graet, presidennya, dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kontrak Didier Deschamps sebagai ketua pasukan kebangsaan Perancis sehingga Jun 2026,\u201d kata kenyataan itu.Kontrak Deschamps sebelum ini telah tamat selepas Piala Dunia 2022 di mana Perancis tewas kepada Argentina pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti di Qatar.Di bawah Deschamps, Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia dan Liga Negara-Negara 2021 selain mara ke final Kejohanan Eropah 2016.Perancis kini berada di tempat ketiga dalam ranking dunia FIFA, di belakang pasukan nombor satu dunia Brazil dan Argentina di tempat kedua.FFF berkata, penolong jurulatih Deschamps, Guy Stephan, jurulatih penjaga gol Franck Raviot dan jurulatih fizikal, Cyril Moine juga akan meneruskan tugas masing-masing bersama pasukan kebangsaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 08:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239499/berita/sukan/kelab-thailand-intai-kelibat-pemain-harimau-malaya", "article_title": "Kelab Thailand intai kelibat pemain Harimau Malaya", "article_text": "PENGERUSI Kelab Port FC yang berpangkalan di Thailand, Nualphan Lamsam tanpa berselindung mengakui sedang \u2018mengintai\u2019 beberapa pemain Harimau Malaya untuk beraksi bersama kelabnya pada masa depan.Beliau yang turut dikenali sebagai Madam Pang berkata, kelibat pemain seperti tonggak tengah Stuart Wilkin dan penyerang Darren Lok pada saingan Piala AFF 2022 yang sedang berlangsung, antara yang mencuri tumpuannya.\u201cSaya rasa ketua pasukan nombor 11 (Safawi Rasid) anda akan bermain di Ratchaburi FC dan anda juga mempunyai seorang pemain yang beraksi untuk Buriram United (Dion Cools), namun dia tidak menyertai Piala AFF. Walaupun Piala AFF ini tiada dalam kalendar FIFA, tetapi Port FC tetap berusaha mengenal pasti pemain.\u201cAnda mungkin memiliki ramai pemain yang bagus. Kami nampak beberapa pemain dan daripada perlawanan terakhir tempoh hari saya nampak pemain anda seperti nombor 8 (Wilkin) dan nombor 9 (Darren),\u201d katanya yang juga pengurus skuad bola sepak Thailand, pada sidang media pada Sabtu.Kelab Port FC yang berada di tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam saingan Liga Thai 1, kini mengumpul 22 mata dipisahkan 17 mata dengan pendahulu liga, Buriram United yang mengutip 39 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 07:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239497/berita/sukan/solari-tekad-kekal-penguasaan-harimau-selatan", "article_title": "Solari tekad kekal penguasaan Harimau Selatan", "article_text": "PENGENDALI baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari meletakkan sasaran untuk meneruskan penguasaan Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).Bekas pemain Argentina berusia 42 tahun yang menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab itu berkata, beliau telah bersedia untuk mengulangi pencapaian JDT dan ia adalah tanggungjawab yang besar buatnya untuk mengekalkan kecemerlangan pasukan.Beliau berkata, berdasarkan reputasi cemerlang pasukan sepanjang Liga-M musim lepas, beliau akan berkongsi pengalamannya bersama pasukan untuk memastikan JDT mampu pergi lebih jauh bukan sahaja dalam Liga-M tapi juga dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).Walaupun memikul tugas sukar, beliau tetap optimis dengan keupayaan pasukan JDT berdasarkan kepada kemudahan yang ada pada kelab itu di samping barisan pemain berkualiti yang dimiliki pasukan.\"Kita akan fokus dari sehari ke sehari, kita ada perancangan untuk menambah baik...fizikal, perubatan dan taktikal...kita akan bekerjasama dengan pemain setiap hari. Persiapan telah dijalankan lebih awal, untuk membentuk satu pasukan yang kuat bagi menghadapi musim baharu nanti.\"JDT adalah pasukan yang berjaya, jadi tanggungjawab adalah besar untuk kita pikul, kita akan lakukan yang terbaik, kita akan bekerja dan bermandi keringat setiap hari untuk pastikan pasukan ini berada pada satu tahap tertentu. Biarpun ia sukar tapi saya tahu, kita ada segalanya untuk mencapai sasaran,\" katanya ketika sidang media pada Sabtu.Solari berkata, senarai kesebelasan utama untuk Liga Super dijangka bermula bulan depan, adalah bergantung kepada prestasi pemain ketika perlawanan persahabatan pramusim 2023 berlangsung di Dubai, Emirah Arab Bersatu (UAE) dengan kelab seperti Rostov, Levski Sofia, Lokomotiv Moscow dan Zenit St Petersburg.\"Kita ada persaingan dalam kalangan pemain...kita mahukan para pemain bermain dengan baik pada lima perlawanan persahabatan di Dubai supaya kita dapat membuat pemilihan dan mendapatkan kesebelasan utama untuk bermain pada Februari.\"Ia bagus untuk pemain berkualiti mempunyai pesaing agar mereka dapat meningkatkan prestasi sendiri,\" katanya.Solari diumumkan sebagai ketua jurulatih JDT yang baharu pada 1 Disember lepas bagi menggantikan Hector Bidoglio yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan manakala Alistair Edwards dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab dari selatan itu.Solari sebelum ini pernah mengendalikan skuad bawah 19 tahun (B-19), B-20 dan B-23 tahun Argentina selama lima tahun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 06:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239494/berita/sukan/sorakan-mampu-bergema-seolah-olah-stadium-penuh", "article_title": "'Sorakan mampu bergema seolah-olah stadium penuh'", "article_text": "KUALA LUMPUR - \u2018Kehilangan\u2019 hampir 21,000 suara langsung tidak mematahkan semangat penyokong untuk menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi medan pertembungan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand pada Sabtu.Seorang penyokong tegar daripada pasukan Ultras Malaya, Abang Mohd Zulfardy Abang Shamsu, 38, berkata jumlah kehadiran penonton bukan menjadi perkara pokok kerana baginya semangat \u2018pemain ke-12\u2019 yang menggemakan stadium mampu memberikan aspirasi kepada skuad Harimau Malaya untuk mencipta kejayaan.\"Saya yakin semangat \u2018ekor\u2019 kita mampu menggegarkan stadium. Saya jangka Malaysia menang 3-0 dan seterusnya layak ke final.\"Bagaimanapun, doa rakyat Malaysia itu yang penting dalam menentukan kejayaan pasukan kita pada Piala AFF 2022,\u201d katanya ketika ditemui Bernama.Seorang operator kilang Muhd Hakimi Jalil, 24, yakin kehadiran penonton walaupun stadium tidak penuh pada malam ini tetap akan menggerunkan skuad Gajah Perang.\"Walaupun stadium tidak penuh, kami akan pastikan sorakan penyokong kita mampu menakutkan pemain Thailand. Insya-ALLAH Malaysia menang 2-0,\u201d katanya yang datang dari Kuantan, Pahang bagi menyaksikan perlawanan itu.Seorang Eksekutif pemasaran dari Shah Alam, Nurul Aina Sharbini, 28, percaya kontroversi berhubung penjualan tiket perlawanan separuh akhir baru-baru ini memberi hikmah kepada Malaysia untuk menjulang kejuaraan Piala AFF kali ini.Sementara itu, tukang masak dari Kuala Terengganu, Azman Nawawi, 45, berharap pihak stadium mampu memastikan padang berada dalam keadaan baik sekiranya Malaysia layak ke final.\"Konsert akan berlangsung 15 Januari ini dan jika Malaysia masuk final mungkin main keesokan hari (16 Januari). Jadi saya harap pihak stadium mampu pastikan padang tidak rosak,\u201d katanya.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman pada Rabu lepas memaklumkan, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa \u2018dikosongkan\u2019 kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang proses pemasangan.Pada Khamis lepas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan itu sejak Mac 2019 malah turut melibatkan jumlah kru yang ramai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 06:46pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239474/berita/sukan/hidalgo-tak-sabar-beraksi-sasar-julang-piala", "article_title": "Hidalgo tak sabar beraksi, sasar julang piala", "article_text": "TONGGAK baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Hidalgo tidak sabar untuk turun beraksi dan meletakkan sasaran membantu menjulang piala bersama kelab tersebut pada musim 2023.Bekas pemain sayap kanan Sri Pahang FC itu diakui mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan sejak dua musim lalu biarpun mempunyai susuk tubuh yang kecil.Perancangan rapi pengurusan Sang Kenari dengan membawa masuk pemain berkualiti termasuk pengendali baharu, Nafuzi Zain turut menarik minatnya untuk bersama kelab tersebut bagi musim ini.\"Sasaran saya pada musim ini adalah untuk memenangi piala sebanyak yang kami boleh lakukan. Saya berharap dapat memberikan aksi terbaik dalam membantu pasukan.\"Saya sudah mengenali dan bercakap dengan Nafuzi sejak setahun atau dua tahun lalu dan saya melihat pasukan Terengganu FC yang dibawanya berjaya berkembang dengan baik.\"Saya berharap akan dapat belajar dan berjaya dibawah kendaliannya,\" katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Sabtu.Pemain Argentina berusia 23 itu berkata demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini dan disambut oleh pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta peminat Sang Kenari.Ujarnya, KDA FC adalah sebuah pasukan yang mempunyai sejarah tersendiri dan dikenali dalam Liga Malaysia terutamanya sokongan tidak berbelah bahagi penyokong setianya kepada pasukan.\"Saya tidak menjangkakan begitu ramai penyokong yang tunggu saya di sini (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim), saya begitu gembira dengan sambutan yang diberikan dan tidak sabar untuk turut menyertai latihan pasukan,\" katanya yang dikenali dengan panggilan Manu.Pada Khamis, KDA FC mengejutkan penyokong bola sepak tanah air apabila mengumumkan bekas tonggak Sri Pahang FC itu sah pemain baharu keluarga Sang Kenari yang menyertai seorang lagi bekas pemain pasukan tersebut iaitu Lee Tuck yang didaftarkan sebagai pemain tempatan.Setakat ini, gergasi bola sepak utara itu sudahpun mengumumkan enam pemain import untuk mengisi kuota Liga Super dan Liga Simpanan, namun masih lagi memantau dua atau tiga lagi pemain import bergantung kepada keperluan taktikal pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 04:47pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239449/berita/sukan/liverpool-resah-kecederaan-van-dijk", "article_title": "Liverpool resah kecederaan Van Dijk", "article_text": "PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk kemungkinan terpaksa diketepikan untuk satu tempoh yang lama selepas mengalami kecederaan hamstring.Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, ia merupakan satu berita buruk buat The Reds yang ketika ini amat memerlukan khidmat tonggak Belanda itu di benteng pertahanan.\"Ia adalah satu kejutan untuk kami dan jelas satu tamparan hebat. Selepas pemeriksaan, ia agak teruk. Kita bukan bercakap tentang minggu tetapi kemungkinan dia perlu berehat lebih dari sebulan.\"Tetapi, saya harap dia dapat pulih cepat. Dia tidak pernah mengalami masalah otot sebelum ini dan ia baru sahaja berlaku,\" katanya.Vin Dijk mengalami kecederaan tersebut ketika kekalahan 1-3 kepada Brentford Ahad lalu dan berkemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton, Chelsea dan Wolves.Dalam pada itu, Klopp mengakui gembira dengan apa yang dipamerkan pemain baharunya, Cody Gakpo dalam sesi latihan.\"Saya sangat positif tentang dia. Cody mendapat ruang yang sama seperti setiap pemain. Dia perlu menyesuaikan diri secara ofensif, ia tidak semudah itu. Dia datang dari liga yang berbeza. Itu sentiasa sukar.\"Sudah tentu dengan situasi kami, ia sangat menggembirakan untuk mempunyai pemain sempurna dalam banyak perkara di bahagian serangan permainan dan tahu di mana kedudukan gol.\"Dia gembira dan menikmati setiap detik pada masa ini. Itu sangat bagus,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 02:55pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239442/berita/sukan/potter-yakin-tidak-akan-dipecat", "article_title": "Potter yakin tidak akan dipecat", "article_text": "PENGENDALI Chelsea, Graham Potter yakin tidak akan dipecat kerana mendapat sokongan penuh pemilik dan pemain Chelsea walaupun kelab kendaliannya itu berada dalam prestasi terumbang-ambing.The Blues hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan yang terbaharu tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Manchester City pada Jumaat.\"Pemiliknya adalah bilionair jadi mereka agak bijak. Lebih bijak daripada saya, itu sudah pasti. Jadi, mereka memahami cabaran yang kita ada dan hala tuju yang kita mahu lalui.\"Saya rasa Pep (Guardiola) berada (di Manchester City) setahun sebelum mereka memenangi apa-apa, dan kemudian jelas Mikel (Arteta) dan Jurgen (Klopp) mengambil sedikit masa.\"Saya juga tahu bahawa kualiti dimiliki dan mendapat sokongan penuh pastinya pemilik, pemain dan kakitangan di sini,\" katanya.Dalam masa sama, Potter juga resah berikutan kecederaan yang dialami beberapa pemainnya termasuk Raheem Sterling dan Christian Pulisic pada aksi menentang City Jumaat lalu.\"Saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu,\" katanya.Situasi Sterling dan Pulisic itu menambah jumlah senarai kecederaan pemain Chelsea termasuk N'Golo Kante, Reece James, Wesley Fofana, Mason Mount, Ben Chilwell, Armando Broja, Ruben Loftus-Cheek dan Edouard Mendy.Potter berkata, adalah tidak adil untuk menilai prestasinya ketika pasukan mengalami krisis kecederaan.\"Kami telah mengalami peralihan yang besar dan masalah dari segi kecederaan tidak menjadikannya ia mudah untuk stabil,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 02:26pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239438/berita/sukan/dembele-tolak-spekulasi-sertai-psg", "article_title": "Dembele tolak spekulasi sertai PSG", "article_text": "OUSMANE Dembele menegaskan dia gembira di Barcelona sekali gus menolak spekulasi mengaitkan perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG).Pemain sayap berusia 25 tahun itu tampil cemerlang bersama Barcelona terutama selepas Xavi mengambil alih pasukan pada November 2021 dengan merekodkan lapan gol dan 20 bantuan gol.Ia termasuk enam gol dan tujuh bantuan gol dalam 22 perlawanan musim ini selain turut memberikan dua bantuan gol dalam tujuh penampilannya untuk Perancis ketika menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Dunia di Qatar.\"Saya menandatangani kontrak baharu di Barca empat bulan lalu dan saya gembira di sini, saya mahu terus bekerja dan menambah baik prestasi di Barcelona.\"Saya rasa bagus dan gembira di Barcelona, \u200b\u200bsaya suka kehidupan saya di sini. Jurulatih mempercayai saya, dan lembaga pengarah (mempercayai saya) juga,\" katanya.Dalam pada itu, Presiden Barcelona, Joan Laporta menegaskan, Dembele bukan untuk dijual dan akan kekal di kelab itu untuk satu tempoh yang panjang.\"Jika PSG datang untuk menandatanganinya, kami akan memberitahu mereka bahawa dia tidak dijual.\"Dia adalah salah seorang pemain terpenting yang kami ada. Dia mempunyai kelajuan yang luar biasa, dia sangat pantas,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 02:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239423/berita/sukan/anak-beckham-sertai-brentford", "article_title": "Anak Beckham sertai Brentford", "article_text": "ROMEO Beckham, anak kepada bekas kapten England, David Beckham, akan bermain untuk Brentford secara pinjaman daripada Inter Miami II sehingga akhir musim, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Pemain sayap berusia 20 tahun itu menyertai sekutu simpanan pasukan Bola Sepak Liga Utama bapanya, Inter Miami - dahulunya dikenali Fort Lauderdale CF pada 2021 selepas berehat enam tahun dalam karier bola sepak yang bermula di Akademi Arsenal.Romeo menghabiskan latihan musim penutup MLS Next Pro bersama pasukan remaja Brentford sebelum berpindah.\"Kami sangat gembira dengan Romeo sejak dia tiba bersama kami.\"Dia datang dari Inter Miami dengan tujuan untuk bekerja dengan kami. Romeo telah mempamerkan karakter dirinya dengan sangat baik. Saya suka standardnya dan cara dia berkelakuan dalam dan luar padang.\"Dia boleh menjadi lebih cergas sepanjang bersama kami, ia meletakkan dia di tempat yang baik untuk kini melangkah ke hadapan setelah menyertai kami secara pinjaman,\" kata pengendali Brentford B, Neil MacFarlane.Romeo mengetuai MLS Next Pro dengan 10 bantuan gol musim lalu, membuat 20 penampilan dan menjaringkan dua gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 12:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239417/berita/sukan/manchester-united-singkir-cabaran-everton", "article_title": "Manchester United singkir cabaran Everton", "article_text": "PENYERANG England, Marcus Rashford kembali menjaringkan gol ketika Manchester United meraih kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Old Trafford.United yang menurunkan kesebelasan terbaik terlebih dulu mendahului menerusi penyerang Brazil, Antony hasil rembatan minit keempat.Everton yang tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir semua kejohanan sebelum lawatan ke Old Trafford, apabila Connor Coady memanfaatkan kesilapan penjaga gol United, David de Gea untuk kembali menceriakan penyokong The Toffees.Babak kedua United mempunyai beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan sebelum Coady menjaringkan gol sendiri pada minit ke-52' melepasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford untuk meletakkan tuan rumah 2-1 di depan.Pada penghujung perlawanan, Rashford menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol bagi perlawanan kelima berturut-turut dan memastikan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan untuk United.\"Dari segi persembahan ini mungkin aksi terbaik yang pernah saya di atas padang.\"Saya amat gembira apabila berada dalam kedudukan dan kawasan untuk menjaringkan gol. Jika saya terus mencipta peluang, saya rasa akan terus menjaringkan gol.\"Kami gembira untuk mara ke pusingan seterusnya dan yang lebih penting kami mengekalkan momentum dan memenangi perlawanan,\" kata Rashford.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 11:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239413/berita/sukan/harimau-malaya-perlu-raih-banyak-gol---mat-yo", "article_title": "Harimau Malaya perlu raih banyak gol - Mat Yo", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya perlu memburu sebanyak mungkin gol pada saingan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu, sebagai bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Bangkok, Selasa depan.Penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Yo berkata, dengan meraih gol yang banyak di sini, akan memberi kelebihan kepada pasukan negara kerana bukan mudah beraksi di Stadium Thammasat.\"Sebab saya tahu skuad Thailand ini majoriti pemain mereka mempunyai pengalaman cukup luas, liga Thailand juga kedudukannya lebih baik daripada kita, jadi saya nasihatkan pemain kita cari gol awal dan bekalan semampu yang boleh untuk ke Bangkok,\u201d katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid pada Jumaat.Dalam pada itu, Norshahrul optimis dengan perancangan ketua jurulatih, Kim Pan Gon yang disifatkan penuh taktikal serta berkualiti dan mampu membawa skuad kebangsaan sehingga ke perlawanan akhir piala berprestij itu.Beliau berkata, skuad kebangsaan perlu terus berdisplin dan mengekalkan momentum sedia ada ketika beraksi pada perlawanan malam Sabtu. - Foto Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 11:16am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239388/berita/sukan/aura-bukit-jalil-lain-macam", "article_title": "Aura Bukit Jalil 'lain macam'", "article_text": "STADIUM Nasional Bukit Jalil perlu dikekalkan sebagai gelanggang keramat buat skuad Harimau Malaya kerana auranya mampu menimbulkan rasa gerun kepada pasukan lawan.Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, menerusi kapasiti yang besar mampu memuatkan sehingga 80,000 penonton, stadium itu dilihat sebagai venue yang 'menakutkan' ekoran sorakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya.\u201cKita perlu ada stadium keramat. Stadium Nasional Bukit Jalil adalah yang terbaik di negara ini kerana kapasitinya yang menjangkau lebih 80,000 tempat duduk, sekali gus mampu memuatkan puluhan ribu penonton di stadium itu.\u201cGegak gempita penyokong Harimau Malaya mampu menimbulkan rasa gerun pemain pasukan lawan. Mereka berasa takut dan ia beri kelebihan kepada pemain kita yang mendapat suntikan semangat daripada penyokong,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang bertembung antara konsert artis Taiwan, Jay Chou dan Piala AFF 2022 mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Harimau Malaya.Menurut Pekan, sebagai pilihan, Malaysia boleh mempunyai stadium alternatif jika berlaku pertembungan acara besar dalam tempoh hampir sama.\u201cStadium yang berkapasiti 40,000 hingga 50,000 penonton sudah memadai sebagai gelanggang alternatif buat skuad kebangsaan,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, beliau menyambut baik keizinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue perlawanan Harimau Malaya bermula Mac ini selepas Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.\u201cIa satu tawaran yang sangat baik oleh TMJ dan boleh dipertimbangkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memandangkan selepas berakhirnya Piala AFF 2022, pasukan kebangsaan akan membuat persiapan menghadapi tugasan lebih besar iaitu Piala Asia 2023.\u201cJadi Stadium Sultan Ibrahim boleh menjadi gelanggang alternatif buat Harimau Malaya sementara menantikan proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil siap sepenuhnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239397/berita/sukan/bekas-pemain-tenis-nombor-satu-dunia-hamil", "article_title": "Bekas pemain tenis nombor satu dunia hamil", "article_text": "BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Ashleigh Barty mengumumkan di media sosial bahawa dia hamil.Barty berkongsi beritanya dengan menyiarkan foto di Instagram yang memaparkan kasut bayi bersama seekor anjingnya.\"2023 ditetapkan untuk menjadi tahun terbaik. Kami sangat teruja untuk pengembaraan baharu kami. Origi sudah menjadi kakak pelindung,\" tulis warga Australia berusia 26 tahun itu.Barty, yang berkahwin dengan Garry Kissick, mengumumkan persaraannya pada Mac - dua bulan selepas dia memenangi Terbuka Australia.Dia juga memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada Terbuka Perancis 2019 dan Wimbledon 2021.Dia memenangi 27 gelaran gabungan (15 perseorangan dan 12 beregu).Barty juga memegang penarafan nombor satu WTA selama 114 minggu berturut-turut, keempat terpanjang dalam sejarah.Hanya Steffi Graf (186 minggu), Serena Williams (186) dan Martina Navratilova (156) mempunyai larian yang lebih lama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2023 07:07am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239378/berita/sukan/vietnam-buntu-berdepan-indonesia-di-jakarta", "article_title": "Vietnam buntu berdepan Indonesia di Jakarta", "article_text": "JUARA dua kali Vietnam buntu dalam misi menghasilkan gol selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 berdepan Indonesia, di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.Pada pertembungan itu, skuad Garuda dengan sokongan padu puluhan ribu penyokong tempatan berjaya memberikan saingan kepada pasukan bimbingan Park Hang Seo, dengan kedua-duanya saling melakukan serangan.Setelah beberapa kali mencuba, Indonesia hampir mengejutkan Vietnam pada minit ke-36, namun tindakan cemerlang penjaga gol Dang Van Lam berjaya menyelamatkan dua percubaan berturut-turut, bermula daripada rembatan kaki kanan Marselino Ferdinan dan tandukan Yakob Sayuri.Skuad Golden Star Warriors kemudian bangkit mengasak kubu Indonesia sebelum Doan Van Hau terlepas peluang meletakkan Vietnam di depan apabila rembatannya diselamatkan penjaga gol lawan Nadeo Argawinata pada minit ke-41.Kedua-dua pasukan terus gagal memecah kebuntuan biarpun beberapa pertukaran pemain dibuat pada separuh masa kedua.Berbaki 15 minit permainan, Vietnam yang semakin terdesak mencari gol terlepas peluang terbaik apabila percubaan pemain gantian Ho Tan Tai yang menerima umpanan Nguyen Quang Hai sedikit tersasar ke kanan gawang pada minit ke-78.Kedudukan tanpa jaringan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Indonesia yang dibimbing Shin Tae Yong akan bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh pada Isnin depan.Sementara itu, Malaysia bakal menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 10:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239374/berita/sukan/tayangan-aksi-malaysia-thailand-di-14-skrin-besar", "article_title": "Tayangan aksi Malaysia-Thailand di 14 skrin besar", "article_text": "PENYOKONG bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Negeri Sembilan; dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementerian berkenaan bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut.\"Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,\u201d katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa, dengan Vietnam muncul selakujuara kumpulan.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.Kesemua 59,000 tiket bagi aksi esok telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam. - BernamaSenarai 14 lokasi tayangan besar:1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang8. Dataran Stadium Kajang9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang13. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 09:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239365/berita/sukan/team-haq-janji-kelainan-bertemu-echo", "article_title": "Team Haq janji kelainan bertemu Echo", "article_text": "DUA wakil Malaysia melayakkan tempat ke braket atas selepas Todak menjuarai Kumpulan B manakala Team Haq muncul naib juara Kumpulan D bagi merebut gelaran dunia di Jakarta, Indonesia.Kedua-dua pasukan itu mencipta sejarah baharu pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang menyaksikan dua pasukan dari Malaysia melayakkan tempat ke braket atas playoff yang bermula Sabtu.Kekalahan Team Haq dalam perlawanan pertama bukanlah penentu prestasi mereka dalam M4 apabila mempamerkan kebangkitan untuk memenangi dua perlawanan penting pada Rabu.Menurut jurulatih Team Haq, Pabz, pasukannya gugup dalam perlawanan pertama bertemu dengan RRQ Akira selain gagal berkomunikasi dengan baik.\u201cIa merupakan perlawanan pertama. Ada antara kami gugup dengan perlawanan itu dan kalah.\u201cNamun, kami bangkit untuk berada dalam braket atas,\u201d katanya.Beliau berkata, tiada isu antara mereka sepasukan dan penguasaan terhadap kumpulan hero mereka tidak banyak.\u201cCorak mereka hampir serupa, namun lebih kepada permainan berhati-hati dan menunggu peluang, RRQ Akira dan The Valley juga sama.\u201cSemoga berjaya di braket bawah, Mobazane,\u201d katanya.Echo yang merupakan juara kumpulan selepas memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan pastinya menghadirkan playoff yang lebih menarik.\u201cPemain Echo sangat hebat dan kami akan lebih fokus kepada peringkat braket atas selain akan ada kelainan bakal yang ditonjolkan daripada kami,\u201d katanya. - Stadium Astro", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 08:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239361/berita/sukan/bekas-penyerang-itali-gianluca-vialli-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas penyerang Itali, Gianluca Vialli meninggal dunia", "article_text": "BEKAS penyerang Itali, Juventus dan Chelsea, Gianluca Vialli meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat kanser pankreas, menurut Persekutuan Bola Sepak Itali.Vialli yang meneruskan kerjaya sebagai pengurus Chelsea, didiagnosis pertama kali menghidap kanser pankreas pada 2017 dan bebas daripada penyakit itu pada 2020 selepas menerima rawatan di Royal Marsden Hospital di London.Beliau bagaimanapun didiagnosis sekali lagi dengan penyakit itu pada 2021 dan pada bulan lepas meletakkan jawatan sebagai ketua delegasi pasukan kebangsaan Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Persekutuan Bola Sepak Itali berkata, semua perlawanan di bawah persekutuan itu yang diadakan hujung minggu ini akan dimulakan dengan bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada Vialli.Presiden Persekutuan, Gabriele Gravina dalam satu kenyataan berkata: \"Gianluca seorang yang hebat dan kehilangannya sukar diganti. Pasukan kebangsaan dan kami semua menghargai jasanya selama ini.\u201d - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 07:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239346/berita/sukan/kbs-sambut-baik-tawaran-stadium-daripada-tmj", "article_title": "KBS sambut baik tawaran stadium daripada TMJ", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik dan menghargai tawaran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penggunaan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif skuad Harimau Malaya.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pemilik kelab Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) terbabit banyak memberi sumbangan terhadap industri sukan tanah air terutamanya bola sepak.\"Semestinya kita menyambut baik tweet (ciapan) TMJ (Tunku Ismail) (mengenai tawaran stadium) kerana TMJ banyak membantu KBS,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Al-Ikhsan Sports x The MESSI Brand di Republik Bola Sepak, Sunway Pyramid petang ini.Semalam, Tunku Ismail telah menzahirkan tawaran itu sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.Stadium Nasional Bukit Jalil selaku gelanggang keramat skuad Harimau Malaya yang dipenuhi jadual padat pelbagai acara termasuk bola sepak akan ditutup sepenuhnya pada Mac ini bagi memberi laluan kepada proses penanaman rumput baharu jenis Zeon Zoysia.Penanaman rumput Zeon Zoysia itu bagi menggantikan jenis Cow Grass sedia ada, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini yang dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta dan ditaja oleh Tunku Ismail. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 06:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239341/berita/sukan/harimau-malaya-mampu-jinakkan-gajah-perang", "article_title": "Harimau Malaya mampu jinakkan Gajah Perang", "article_text": "BERBANDING Thailand selaku juara bertahan, Malaysia memiliki kelebihan pada pertembungan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam esok.Berdasarkan lima pertemuan terakhir, Malaysia merekodkan dua kemenangan berturut-turut pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan seri tiga kali masing-masing pada separuh akhir Piala AFF 2018 dan kejohanan Piala Raja Thailand, September lepas.Dua kemenangan diraih pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu cukup penting yang membolehkan Malaysia mara ke pusingan kelayakan Piala Asia sebelum mengesahkan tempat di kejohanan berprestij itu sekali gus menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit.Rekod baik itu wajar diteruskan pasukan negara bimbingan Kim Pan Gon menjelang perlawanan di Stadium Nasional apatah lagi venue berkenaan sentiasa menjadi igauan buruk buat skuad Gajah Perang apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa kemenangan di sini.Justeru, pasukan negara mempunyai peluang menundukkan skuad bimbingan Alexandre Polking seterusnya membawa bekalan positif apabila bertandang ke Bangkok bagi aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan.-- LAGINamun, Thailand adalah pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak penganjuran sulung pada 1996 apabila muncul juara sebanyak enam kali selepas beraksi pada sembilan edisi final.Thailand juga memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertemuan menentang Malaysia pada peringkat separuh akhir apabila memenangi dua daripada keseluruhan tiga pertembungan masing-masing pada edisi 2000 (2-0) dan 2012 (3-1) sementara tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan pada edisi 2018.Pada kempen kali ini, anak buah Polking tampil cemerlang selepas muncul juara Kumpulan A dengan rekod tanpa kalah - menang tiga dan seri satu untuk mengesahkan kemaraan Thailand ke separuh akhir buat edisi kelima berturut-turut manakala Malaysia, juara edisi 2010 sebagai naib juara Kumpulan B.Thailand muncul pasukan dengan jumlah jaringan tertinggi setakat ini apabila mengumpul 13 gol yang menyaksikan penyerang prolifik berusia 34 tahun Teerasil Dangda kini mendahului carta penjaring terbanyak selepas meledak lima gol dalam empat perlawanan.Juara Kumpulan B Vietnam dan naib juara Kumpulan A Indonesia masing-masing merekodkan 12 gol sementara Malaysia dengan 10 gol setakat ini.Dari sudut pertahanan, Thailand yang bolos dua sepanjang saingan kumpulan adalah pasukan kedua dengan jumlah bolos terendah di belakang Vietnam yang gawangnya masih belum bocor selepas empat perlawanan.Sementara anak buah Pan Gon bolos empat dalam saingan kumpulan selepas tewas 0-3 kepada Vietnam sebelum mencatat kemenangan 4-1 ke atas musuh tradisi Singapura.Bagaimanapun, dengan prestasi semasa pasukan dan individu terutama selepas membenam Singapura, Malaysia dilihat berada dalam \u2018mood\u2019 terbaik dan tidak berdepan masalah untuk tampil dengan persembahan cemerlang bagi mengatasi Thailand.Malah, pasukan negara juga mempunyai kebolehan menjaringkan gol dalam pelbagai cara menerusi rangkaian jentera serangan seperti pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dan penyerang naturalisasi Sergio Aguero serta pemain tengah kacukan Stuart Wilkin.Situasi itu sekali gus memberi tugasan mencabar kepada benteng pertahanan Thailand untuk menjangkakan setiap gerakan serangan dilancarkan ke kubu mereka.Mohamad Faisal dan Wilkin merupakan penjaring terbanyak bersama pasukan negara selepas masing-masing mengumpul keseluruhan tiga gol sementara Aguero telah meledak dua gol setakat ini.Selain komitmen barisan pemain, sokongan padu peminat tanah air terutama di stadium juga mampu \u2018memenangkan\u2019 Malaysia, dengan sebanyak 59,000 tiket sudah dijual pasti mewujudkan suasana hebat yang mampu menggerunkan Thailand. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 06:16pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239334/berita/sukan/tak-pernah-dibuat-orang-belakang-gol-ada-pentas", "article_title": "'Tak pernah dibuat orang belakang gol ada pentas'", "article_text": "ISU pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang menyebabkan Harimau Malaya kehilangan sokongan hampir 21,000 penyokong pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil terus hangat diperkatakan.Kali ini, netizen mempersoalkan pentas tersebut yang terlalu besar selain dilihat terlalu hampir dengan gawang gol yang akan digunakan dalam perlawanan menentang Thailand pada Sabtu.Tinjauan Sukan Sinar di laman media sosial mendapati rata-rata netizen menyifatkan situasi itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana kejohanan bola sepak di dunia.Salah seorang pengguna media sosial, Abdul Hafiz menulis: \"Tak pernah dibuat orang belakang gol ada pentas. Lagi-lagi dalam perlawanan besar macam ini. Memalukan\".Manakala, Mohamad Hadi menulis: \"Percayalah cakap saya, mesti viral benda ini lepas perlawanan ni. Dah la 'live' esok\".Atiqah Hamid pula menulis: \"Risau tengok struktur tu. Harap keselamatan diutamakan\".Sebanyak 59,000 sahaja tiket yang dijual untuk perlawanan separuh akhir tersebut dengan baki 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan untuk persiapan untuk konsert Jay Chou pada 15 Januari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 05:30pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239321/berita/sukan/separuh-akhir-piala-aff-kita-ada-kelebihan", "article_title": "Separuh akhir Piala AFF: 'Kita ada kelebihan'", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghormati Thailand sebagai antara pasukan terkuat menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Menurutnya, kedudukan ranking dunia Thailand yang lebih baik selain status penyandang juara membuktikan keupayaan pasukan kendalian Alexandre Polking itu.Namun, tegas Pan-gon, para pemainnya tidak gentar apatah lagi akan beraksi di hadapan penyokong sendiri yang akan memberikan kekuatan dan semangat kepada Harimau Malaya dalam perlawanan itu.\"Kita semua tahu Thailand berada di ranking yang lebih baik (ranking 111). Jadi, kami perlu menghormati apa yang telah mereka lakukan beberapa tahun kebelakangan ini terutama status mereka sebagai penyandang juara.\"Saya tidak mahu terlalu menilai pasukan lawan tetapi kita ada kelebihan dari segi penyokong. Sokongan penyokong seperti ditunjukkan pada perlawanan terakhir (menentang Singapura) sangat bagus. Kami akan gunakan kelebihan tersebut.\"Kita juga akan mengekalkan DNA serta karakter pemain untuk memberikan yang terbaik kepada penyokong Malaysia,\" katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Pan-gon juga sudah mempunyai taktikal untuk menghadapi skuad Gajah Perang itu berdasarkan analisis yang telah dilakukan barisan kejurulatihan.Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga optimis para pemain cepat menyesuaikan diri dengan taktikal yang telah dirancang.\"Semua informasi daripada analisis tersebut akan diberikan kepada pemain. Saya rasa semua pemain begitu bijak, mereka boleh menyesuaikan diri dan pantas memahami taktikal yang mahu diterapkan.\"Saya sangat yakin dengan kemampuan pasukan walaupun Thailand pasukan yang berbeza daripada apa yang telah kita hadapi sebelum ini.\"Pemain juga teruja dan bermotivasi untuk bermain esok dan memberikan segala-galanya dalam perlawanan itu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 04:14pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239313/berita/sukan/jangan-ikut-rentak-thailand", "article_title": "'Jangan ikut rentak Thailand'", "article_text": "HARIMAU Malaya perlu bermain rentak sendiri dan tidak terjerat dengan corak permainan Thailand sekiranya mahu melakar kemenangan besar dalam aksi separuh akhir pertama, Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan berkata, skuad negara perlu mengawal tempo permainan seawal minit pertama perlawanan dan tidak membiarkan Thailand menguasai rentak.\"Sudah tentu kami mahu menang tidak kira siapa pun lawan kami. Corak permainan kami adalah menyerang dan jaringkan seberapa banyak gol yang boleh.\"Kami juga perlu fokus kepada taktikal yang mahu diterapkan dalam perlawanan itu dan tidak terikut dengan rentak permainan mereka (Thailand).\"Ia adalah perkara penting untuk kawal permainan dan bermain dengan cara kami sepanjang perlawanan,\" katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Brendan mengakui sukar untuk menjangkakan corak permainan skuad Gajah Perang itu kerana mereka mempunyai taktikal yang berbeza.Malah, skuad kendalian Alexandre Polking itu juga dinilai mempunyai pemain dengan kemampuan individu yang baik.\"Sangat sukar untuk diperkatakan kerana setiap kali berdepan Thailand mereka mempunyai pemain baharu dan taktikal berbeza.\"Namun, saya mahu fokus kepada pasukan sendiri. Semua pemain teruja untuk memberikan yang terbaik untuk perlawanan separuh akhir ini,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 03:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239312/berita/sukan/psg-beri-masa-neymar-pulih", "article_title": "PSG beri masa Neymar pulih", "article_text": "PARIS Saint-Germain (PSG) memberi masa kepada pemain sensasi, Neymar untuk menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bersama Brazil beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun lalu.Pengendali PSG, Christophe Galtier berkata, ketiadaan Neymar dalam sesi latihan pada malam Khamis susulan penyusunan semula program pemulihannya.Jurulatih itu juga belum terdesak untuk mempertaruhkan khidmat Neymar apabila menegaskan pemain berusia 31 tahun itu tidak akan terlibat dalam perlawanan terdekat ini.\u201cKetiadaan Neymar dalam latihan kerana penjadualan semula sesi pemulihannya. Malah ia turut melibatkan semua pemain yang beraksi dalam Piala Dunia,\u201d ujar Galtier.Beliau menambah, kakitangan perubatan giat memantau keadaan kecergasan mereka selepas menamatkan saingan di Qatar Disember lalu.\u201cKeadaan mereka sedang dinilai oleh kakitangan perubatan dan pasukan prestasi kami.\u201cKami sepakat memutuskan bahawa Neymar, berikutan masalah buku lali yang membelenggunya, dia memerlukan masa untuk pulih,\u201d katanya.Neymar mengalami kecederaan buku lali dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia ketika Brazil menentang Serbia dan dia terlepas dua perlawanan terakhir di peringkat kumpulan.Bagaimanapun, dia kembali mencetak gol untuk skuad Selecao dalam kedua-dua perlawanan kalah mati sebelum terkandas dalam suku akhir kepada Croatia.Neymar kembali ke PSG dan diturunkan dalam perlawanan Ligue 1 ketika menentang Strasbourg, sebaliknya dia dilayangkan kad kuning kedua atas kesalahan simulasi pada minit ke-62 sebelum sepakan penalti lewat Kylian Mbappe memastikan kemenangan 2-1.Ekoran kesalahan itu, Neymar perlu menjalani penggantungan ketika PSG tewas 1-3 kepada Lens hujung minggu lalu, yang merupakan kekalahan pertama mereka musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 03:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239295/berita/sukan/tmj-tawar-harimau-malaya-guna-stadium-sultan-ibrahim", "article_title": "TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim", "article_text": "PEMILIK kelab Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara.Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu menerusi laman sosial rasminya di Facebook, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam dengan diiringi Presiden badan induk itu Datuk Hamidin Mohd Amin.\"Setelah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang yang akan bermula Mac ini, saya berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi update dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap,\" titahnya.SNJB selaku gelanggang keramat skuad Harimau Malaya yang dipenuhi jadual padat pelbagai acara termasuk bola sepak akan ditutup sepenuhnya pada Mac ini bagi memberi laluan kepada proses penanaman rumput baharu jenis \u2018Zeon Zoysia\u2019.Penanaman rumput itu bagi menggantikan jenis \u2018Cow Grass\u2019 sedia ada di SNBJ, disifatkan lebih sesuai dengan keadaan cuaca serta iklim di negara ini selain dianggarkan mencecah hingga RM1.4 juta dan ditaja sendiri oleh Tunku Ismail. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 01:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239287/berita/sukan/thailand-lega-snbj-tak-penuh", "article_title": "Thailand lega SNBJ tak penuh", "article_text": "PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking mengakui lega apabila Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan mencapai kapasiti penuh 80,000 penyokong Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 pada Sabtu ini.Ia selepas sebanyak 21,000 tempat duduk di dalam Stadium Nasional itu terpaksa dikorbankan untuk persediaan konsert artis Taiwan, Jay Chou yang bakal diadakan pada 15 Januari ini.\"Saya rasa kami agak bertuah kerana konsert tersebut akan mengurangkan jumlah penyokong (Malaysia) sebanyak 20,000 orang. Kami gembira dengan perkara itu,\" katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Bagaimanapun, Polking tetap meramalkan tugas sukar bakal dihadapi pasukannya di stadium keramat Harimau Malaya itu sekali gus menuntut aksi terbaik dipamerkan para pemainnya.Malah, dia menyifatkan kekuatan mental pemain menjadi keutamaan untuk digarap sebaik mungkin menjelang aksi penuh getir itu.\"Untuk berada dalam peringkat ini, ia lebih kepada kekuatan mental dan strategi yang betul.\"Jika kami fokus, apa juga yang berlaku dalam perlawanan itu seperti lawan mendapat sokongan padu daripada penyokong, kami tetap mampu memberikan persembahan yang baik dan menghentikan mereka,\" katanya.Polking juga menegaskan pasukannya tidak akan hanya sekadar bertahan walaupun sedar mereka boleh menentukan perlawanan pada aksi timbal balik di Stadium Thammasat nanti.\"Jelas bahawa kami tidak datang ke sini untuk bertahan. Ia bermakna kami akan cuba mendapatkan bola, mengawal perlawanan dan mengatasi tekanan,\" katanya.Dalam pada itu, pemain pertahanan Thailand, Sasalak Haiprakhon menjelaskan pasukan Gajah Perang itu sudah bersedia untuk memperagakan aksi terbaik menentang Malaysia.\"Satu perlawanan yang sukar dan Malaysia ada penyokong yang bagus. Namun, kami telah mendapat rehat yang cukup dan persiapan yang rapi. Semua pemain yakin dan bersedia untuk perlawanan esok,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 12:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239278/berita/sukan/daley-blind-berhijrah-ke-bayern-secara-percuma", "article_title": "Daley Blind berhijrah ke Bayern secara percuma", "article_text": "BAYERN Munich berbesar hati menerima kehadiran pertahanan Belanda, Daley Blind menerusi perpindahan percuma dengan kontrak selama enam bulan.Pengesahan penghijrahan itu dibuat oleh kelab Bundesliga tersebut pada Jumaat.Pemain berusia 32 tahun itu menjadi ejen bebas minggu lepas selepas mencapai persetujuan menamatkan kontraknya dengan Ajax Amsterdam enam bulan lebih awal.\u201cKami berbesar hati Daley (Blind) menyertai kami,\u201d ujar pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.\u201cDaley pertahanan serba boleh yang mampu beraksi di bahagian kiri, kanan dan tengah. Dia mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa selain memiliki kualiti kepimpinan,\u201d ujar Salihamidzic.Dalam pada itu, Blind memberitahu, peluang menjulang gelaran menjadi faktor utama dia memilih Bayern.\u201cSaya tidak sabar lagi untuk beraksi di sini. Kami akan mengharungi tempoh paling penting musim ini, ia boleh menjadi penentu kejuaraan dan kelab seperti Bayern mampu memenangi segala trofi.\u201cKelab yang dahagakan gelaran ini merupakan kunci dalam keputusan saya. Saya harap mampu menggunakan pengalaman yang ada bagi membantu pasukan. Saya akan mencurahkan segala-galanya buat Bayern,\u201d ujar Blind.Blind yang membantu Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu meraih tujuh gelaran bersama Ajax, membuat 333 penampilan, menjaringkan 13 gol dan mencipta 21 bantuan jaringan.Dia turut menjuarai Liga Europa 2017 ketika beraksi dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.Juara Jerman, Bayern yang mendahului carta Bundesliga meneruskan kempen mereka dengan menentang RB Leipzig pada 20 Januari.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 12:10pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239268/berita/sukan/barcelona-tidak-menyesal-lepaskan-messi", "article_title": "Barcelona tidak menyesal lepaskan Messi", "article_text": "PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta mengulangi kenyataan tidak menyesal melepaskan Lionel Messi daripada kelab tersebut pada 2021.Menurutnya, untuk mengekalkan Messi di kelab itu adalah sangat mustahil kerana mengalami masalah kewangan yang serius.\"Saya terpaksa meletakkan Barca di hadapan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.\"Pada saat-saat masalah kewangan saya tidak dapat mengekalkannya. Saya fikir ia adalah perkara terbaik untuk kelab,\" katanya.Kontrak Messi bersama kelab itu tamat pada penghujung musim 2020-2021 dan Barcelona tidak dapat untuk menandatangani Messi kerana hutang ditanggung kelab itu sebanyak \u20ac1.35 (RM 6.25 bilion) pada Ogos 2021.Had gaji kelab itu juga telah dikurangkan sebanyak \u20ac280 (RM1.3 juta) menjelang kempen 2021-2022 akibat masalah kewangan mereka.Walaupun Messi dilaporkan bersetuju untuk melakukan pengurangan gaji 50 peratus, namun kelab Catalan itu masih tidak mampu menandatangani Messi untuk perjanjian baharu kerana undang-undang pekerjaan Sepanyol melarang majikan menurunkan gaji melebihi 50 peratus.Ia menyebabkan Messi perlu meninggalkan kelab itu dan menyertai Paris Saint Germain (PSG).Namun, Messi terus dikaitkan dengan kepulangan ke Barca apabila kontrak bersama PSG akan tamat pada penghujung musim ini.Laporta sebaliknya tidak mahu mengulas mengenai kepulangan Messi apatah lagi kapten Argentina itu juga telah dilaporkan bersetuju untuk terus kekal bersama kelab gergasi Perancis itu.\"Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang Leo kerana dia adalah pemain PSG. Kami memberi tumpuan kepada pemain yang menjadi milik kami.\"Leo akan sentiasa menjadi sebahagian daripada lambang kami, dan saya ingin dia mempunyai pengakhiran yang terbaik dalam kariernya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 10:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239259/berita/sukan/city-kutip-mata-berharga", "article_title": "City kutip mata berharga", "article_text": "KELAB Manchester City meraih tiga mata berharga untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat.City beraksi hambar pada babak pertama, namun lebih menyerlah selepas rehat dengan gandingan pemain gantian, Jack Grealish dan Riyad Mahrez.Kemasukan mereka membuahkan hasil apabila Mahrez meledak gol tunggal pada minit ke-63.The Blues yang dibimbing Graham Potter mendominasi perlawanan sepanjang 45 minit pertama, namun City ampuh bertahan.Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka jauh lebih baik pada babak kedua.\"City bergelut pada babak pertama. Kami leka, perlahan dan tanpa tempo, namun di babak kedua jauh lebih baik. Tiga mata ini sangat penting.\"Kami akan terus berusaha. Selepas ini Piala FA, Piala Liga dan kemudiannya Old Trafford,\" ujar Guardiola.Menerusi kemenangan itu, The Citizens mengumpul 39 mata untuk menghuni tangga kedua ketinggalan lima mata dengan pendahulu, Arsenal.Chelsea sekali lagi berdepan City dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Etihad pada awal pagi Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 08:37am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239250/berita/sukan/lanyak-gajah-perang", "article_title": "Lanyak Gajah Perang!", "article_text": "BERAKSI di laman sendiri seharusnya menjadi kelebihan buat skuad Harimau Malaya apabila berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, bekalan lebih daripada dua gol seharusnya dicari barisan pemain Harimau Malaya untuk memastikan tugas lebih mudah apabila bertandang ke Stadium Thammasat, Bangkok Selasa ini.Malah, beliau juga percaya faktor ribuan penyokong Harimau Malaya yang akan hadir menggamatkan stadium mampu mencipta gerun kepada skuad Gajah Perang itu.\u201cSaya yakin peluang Malaysia cerah untuk menang aksi pertama ini sekiranya dilihat kepada prestasi semasa yang ditunjukkan oleh mereka dalam perlawanan menentang Singapura tempoh hari.\u201cSaya sendiri mengharapkan skuad negara dapat lebih daripada dua gol kerana ia akan memastikan peluang kita mara ke final lebih terbuka luas.\u201cThailand juga sudah tentu akan tenggelam dengan kehadiran puluhan ribu pemain ke-12 kita, selain rekod perlawanan kita agak cemerlang di Bukit Jalil,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Pertembungan kedua-dua pasukan di pentas Piala AFF sering menyajikan aksi penuh dramatik dengan Thailand merekodkan enam kemenangan, lima seri dan dua kekalahan sejak piala itu diperkenalkan pada 1996.Namun, jika dinilai prestasi dalam tiga aksi terakhir, Malaysia tampak berkelebihan apabila meraih dua kemenangan pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.Dalam pada itu, Wan Jamak juga percaya Thailand tidak akan bermain secara bertahan dalam perlawanan tersebut, sekali gus membuka ruang buat Harimau Malaya merobek gawang lawan.Namun, beliau mengingatkan benteng pertahanan Harimau Malaya perlu diperkukuhkan kerana skuad kendalian Alexandre Polking itu mempunyai pemain berkualiti di bahagian serangan.\u201cSaya lihat apa yang dilakukan pasukan negara ketika menentang Singapura sebelum ini perlu dikekalkan iaitu menyerang sebagai satu pasukan dan bertahan sebagai satu pasukan.\u201cSaya juga yakin staf jurulatih pasukan negara sudah membuat kajian mendalam di mana kelemahan pasukan lawan. Thailand juga tidak akan bermain bertahan dan taktikal berkesan perlu diaplikasikan coach Kim Pan-gon untuk merobek lawan,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239233/berita/sukan/tunku-ismail-tinjau-skuad-harimau-malaya-berlatih", "article_title": "Tunku Ismail tinjau skuad Harimau Malaya berlatih", "article_text": "TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meninjau sesi latihan pasukan negara di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini petang Khamis.Tunku Ismail yang diiringi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, meluangkan masa kira-kira 30 minit menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.Pemilik Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) itu turut meluangkan masa berjumpa barisan pemain dan kejurulatihan pasukan negara sebelum berangkat meninggalkan Wisma FAM kira-kira jam 7 malam.Pasukan negara kini dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.Bahang pertembungan itu mula dirasai pemain pertahanan negara Dominic Tan yang menjangkakan perlawanan berdepan skuad Gajah Perang itu berlangsung sengit.\"Pastinya ia bukan perlawanan yang mudah, semua nak menang dan layak ke final tetapi kita kena buat yang terbaik. Sudah tentu penting juga untuk kita bawa momentum baik bertemu Singapura (ke perlawanan menentang Thailand),\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan pasukan negara.Sementara itu, pemain pertahanan, Quentin Cheng berkata, pasukan Malaysia sentiasa mempunyai keyakinan menentang mana-mana lawan dan mampu mencapai kejayaan jika mereka menjalankan peranan mereka dengan baik.\"Kami sentiasa yakin menentang mana-mana pasukan dalam kejohanan ini, jurulatih memberi kami satu pelan permainan dan taktik untuk dilaksanakan dalam setiap perlawanan, kami cuma perlu mencuba yang terbaik untuk mengikut apa yang perlu dilakukan. Jika kami melakukan apa yang kami mampu, saya rasa kami boleh menewaskan sesiapa saja,\u201d kata pemain Selangor FC itu.Malaysia masih segar dengan kejayaan menewaskan Singapura 4-1, Selasa lepas, sekali gus mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam yang akan membuat perhitungan dengan Indonesia.Selepas perlawanan Sabtu ini, pasukan negara akan berlepas ke Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Selasa minggu depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 08:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239216/berita/sukan/isu-tiket-aff-tempahan-konsert-di-stadium-dibuat-sejak-2019", "article_title": "[VIDEO] Isu tiket AFF: Tempahan konsert di stadium dibuat sejak 2019", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) merungkai amarah peminat bola sepak yang mempersoalkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk konsert sehingga terpaksa mengorbankan 21,000 tempat duduk penonton menjelang sepak mula separuh akhir Piala AFF pada Sabtu.Menterinya, Hannah Yeoh memberitahu, tempahan penggunaan stadium untuk konsert artis Taiwan, Jay Chou sudah dibuat kira-kira empat tahun lalu.Tempahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk kejohanan Piala AFF 2022 pula dibuat pada 18 Ogos lalu.\"Tempahan stadium untuk konsert Jelajah Dunia Jay Chou dibuat pada 13 Mac 2019, manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022,\" ciap Hannah di Twitter pada Khamis.Malaysia akan menentang juara bertahan, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF pada Sabtu bermula jam 8.30 malam.Hannah menjelaskan persiapan untuk konsert tersebut memerlukan masa sehingga 14 hari melibatkan pemasangan pentas, ratusan krew serta penggunaan jentera berat.\"Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew dan 185 krew antarabangsa. Penggunaan 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu.\"Mereka (penganjur) sudah tunda 2.5 hari bagi ruang AFF,\" katanya.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman pada Rabu memaklumkan sebanyak 59,000 tiket dijual, manakala 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur konsert yang dalam proses pemasangan.Tindakan itu mencetuskan amarah para peminat yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut biarpun kapasiti stadium boleh menampung hampir 80,000 penonton.Noor Azman menjelaskan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun situasi itu tidak dapatdielakkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 07:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239200/berita/sukan/menanti-pemain-ke-12-gegar-stadium-bukit-jalil", "article_title": "Menanti 'pemain ke-12' gegar Stadium Bukit Jalil", "article_text": "STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi venue yang menggerunkan buat Thailand hasil sorakan 59,000 penonton pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 menentang Malaysia pada Sabtu.Penyerang negara, Darren Lok mengharapkan suasana sama seperti menentang Singapura Selasa lalu diulangi 'pemain ke-12' sebagai penyuntik semangat pemain skuad Harimau Malaya selain 'mengoyakkan' moral pemain Thailand.\u201cSudah tentu kita mahu jadikan SNBJ sebagai tempat yang tidak mahu dikunjungi pasukan lawan. Prestasi kita di sini (laman sendiri) amat baik khususnya selepas kelayakan Piala Asia lalu.\u201cJadi saya harap kita dapat teruskan momentum itu untuk aksi Sabtu ini. Kita juga tidak mahu memberikan jalan yang mudah buat Thailand di sini,\u201d katanya.Skuad Gajah Perang pernah beraksi di 'kandang' Harimau Malaya itu pada 2019 bagi kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan mereka rebah 1-2 menerusi gol Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh, manakala gol lawan hasil jaringan Chanathip Songkrasin.Selasa lalu lebih 65,000 penyokong membanjiri SNBJ pada aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Singapura yang menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan-gon menang 4-1 untuk melangkah ke separuh akhir 'Piala Dunia Asean' itu.Bagaimanapun hanya 59,000 tiket sudah habis terjual ekoran 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.Dalam pada itu, Darren mengakui mempunyai keyakinan tinggi untuk menentang juara bertahan tersebut setelah meledak gol sulung ketika bertemu Singapura Selasa lalu.\u201cSatu perasaan yang baik kerana saya dapat menjaringkan gol dan ini memberikan suntikan motivasi terbaik untuk berdepan Thailand.\u201cSudah tentu saya mahu terus menjaringkan gol dan berharap dapat terus memberi sumbangan kepada pasukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 06:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239197/berita/sukan/terbuka-malaysia-ee-yi-yew-sin-galas-cabaran-jurulatih-baharu", "article_title": "Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin galas cabaran jurulatih baharu", "article_text": "BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin optimis dengan persediaan yang dilakukan bagi menghadapi kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu depan biarpun dibimbing jurulatih baharu.\u201cSegalanya berjalan lancar walaupun kami bertukar jurulatih dengan mendapatkan khidmat Rosman Razak.\u201cKami sudah memulakan latihan di bawah kendaliannya sejak bulan lalu,\u201d ujar Yew Sin.Mereka bakal berdepan ujian pertama di Terbuka Malaysia menentang Ren Xiang Yu-Tan Qiang dari China.Ee Yi berkata, persiapan berjalan dengan baik tanpa perlu memperbaiki sebarang teknik atau corak permainan.\u201cKami tidak akan mengubah corak permainan menjelang seminggu kejohanan. Jadi kami kekal persiapan sedia ada setelah berbincang dengan jurulatih, Rosman dan bekas jurulatih, Chin Ee Hui.\u201cKerjasama sama antara kami harap dapat membuahkan hasil,\u201d ujar Ee Yi.Mengulas cabaran aksi pusingan pertama itu, pasangan negara yang menghuni ranking ketujuh dunia enggan menganggapnya sebagai laluan mudah, biarpun di atas kertas kemenangan boleh berpihak mereka berbanding gandingan lawan yang berada di ranking ke-28.\u201cTiada jalan mudah dalam beregu lelaki. Kami akan berdepan satu persatu perlawanan,\u201d ujar Yew Sin.Yew Sin-Ee Yi juga bersikap realistik mengenai sasaran mereka pada kejohanan tersebut dengan lebih selesa menyimpannya sebagai rahsia.\u201cKami tidak mahu letakkan sasaran terlalu tinggi dan rendah.\u201cKalau sasaran kami tidak menjadi, bukan sahaja kami malah penyokong juga kecewa,\u201d ujar Ee Yi. - Stadium Astro", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 06:12pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239191/berita/sukan/kda-fc-lancar-kelab-peminat-kepak-kenari", "article_title": "KDA FC lancar kelab peminat Kepak Kenari", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC akan melancarkan kelab peminat Kepak Kenari bagi memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia pada musim ini.Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, setiap keahlian akan mendapat manfaat sepanjang musim dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM30.Menurutnya, KDA FC menyasarkan untuk mendaftarkan keahlian mencecah 5,000 ahli selepas ia dilancarkan bagi musim 2023.\u201cUnit pemasaran akan menjalankan promosi dalam masa terdekat. Antara manfaat adalah keutamaan dalam pembelian tiket, diskaun cenderahati KDA FC serta diskaun rakan kongsi kad keahlian kelab,\u201d katanya.Beliau berkata ketika sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian rakan rasmi dan pengumuman pasukan Liga Super KDA FC di sini pada Khamis.Dalam pada ittu, Mohd Daud berharap penyokong Sang Kenari menjadi sebahagian daripada usaha ini yang diharap membantu ekosistem data seterusnya menjana pendapatan kelab.\u201cSaya juga berhasrat melancarkan penjualan tiket mesra keluarga, pakej pas atau tiket keluarga. Ia akan diperhalusi bersama unit pemasaran supaya dapat direalisasikan.\u201cHasrat saya supaya bola sepak hijau kuning menjadi milik rakyat bermula dengan menyokong bersama keluarga. Ia juga lebih menjimatkan untuk seisi keluarga datang menonton perlawanan di stadium,\u201d katanya.Dalam pada itu, katanya, pas bermusim 2023 terdiri daripada tiga pakej iaitu Sang Kenari Platinum dengan nilai RM700 hingga RM900, manakala Gold dan Bronze masing-masing bernilai RM500 hingga RM700 dan RM300 hingga RM500.Mohd Daud turut memaklumkan, KDA FC telah melakukan pengubahsuaian Hub Prestasi Sukan dan Perubatan bagi kegunaan pasukan selaras dengan perancangan dalam menyediakan kemudahan untuk pemain.\u201cHub ini terletak di pavilion padang Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti yang mempunyai bilik jurulatih, bilik kitman, bilik persalinan, ruang rawatan dan rundingan pemain, mini gimnasium dan pusat sehenti untuk pemain dan jurulatih menjalankan aktiviti,\u201d katanya.Menurutnya, hub berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada bulan ini.\u201cKita juga sedang mengenal pasti padang pusat latihan di sekitar Alor Setar untuk diubahsuai bagi kegunaan sepanjang tahun. Proses rundingan juga sedang berjalan untuk membina pusat latihan tetap KDA FC,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 05:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239185/berita/sukan/dua-import-croatia-teruja-bersama-tfc", "article_title": "Dua import Croatia teruja bersama TFC", "article_text": "DUA pemain import baharu Terengganu FC (TFC) dari Croatia, Domagoj Pusic dan Ivan Mamut mengakui teruja untuk memulakan musim 2023 bersama skuad Penyu.Walaupun kedua-duanya beraksi untuk kali pertama di liga negara Asia, ia tidak menjadi halangan untuk Pusic dan Mamut menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu terutama keadaan cuaca panas dan makanan yang berbeza.Menurut Pusic, beliau memasang misi besar untuk membawa TFC ke tahap lebih tinggi berbekalkan pengalaman dalam bidang bola sepak profesional selama berbelas tahun di Liga Eropah.\"Ketua jurulatih kami berasal dari tempat yang sama dengan saya dan memaklumkan tentang TFC dan Liga Malaysia. Katanya kelab ini mempunyai misi untuk bermain dalam Piala Asia (AFC) tahun ini. Saya sukakan hal itu dan mengambil keputusan untuk menyertai mereka.\"Di Eropah semua kelab bola sepak sangat profesional dan kami bekerja keras. Jadi saya tidak takut untuk datang ke sini. Saya akan bekerja keras bagi membantu pasukan,\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini baru-baru ini.Sementara itu, Mamut yang menyarung jersi nombor tujuh berkata, beliau tidak merasakan tekanan walaupun sedar tumpuan penyokong akan terarah kepadanya sebagai pemain penyerang.Malah, pemain berusia 26 tahun itu menganggap ia sebagai cabaran untuk beliau memperagakan aksi terbaik kepada penyokong skuad hitam putih apabila Liga-M bermula 24 Februari ini.\"Saya ternanti-nanti perlawanan pertama untuk melihat suasana di sini. Saya suka peminat kerana mereka memberi sokongan emosi dan tenaga,\u201d katanya.Pusic dan Mamut adalah dua pemain import terakhir yang diambil TFC bagi mengharungi Liga-M dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.Pemain import TFC yang lain ialah Habib Haroon, Sony Norde, Sardor Kulmatov, Luke Woodland, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic. -Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 05:14pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239184/berita/sukan/kda-fc-perkenal-tiga-lagi-pemain-import", "article_title": "KDA FC perkenal tiga lagi pemain import", "article_text": "TIGA lagi pemain import melengkapkan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memantapkan lagi aksi berdepan saingan Liga Malaysia musim ini.Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan bekas pemain Sri Pahang yang menjadi rebutan beberapa pasukan, Manuel Hidalgo kini sah menjadi milik Kedah.KDA FC turut menyambar penyerang import yang baharu dari Brazil, Willian Lira Sousa yang sebelum ini beraksi dalam Liga Jepun dan bakal melancarkan serangan berbisa buat Sang Kenari.\u201cKita turut membawa masuk pemain pertahanan dari Serbia berusia 28 tahun, Bojan Ciger yang diyakini dapat memperkukuhkan lagi benteng pasukan,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian rakan rasmi dan pengumuman pasukan Liga Super KDA FC di sini, pada Khamis.Mohd Daud berkata, Sang Kenari kini melengkapkan kesemua lima pemain importnya yang akan didaftarkan untuk skuad utama musim ini.Sebelum ini, KDA FC telah mengumumkan tiga pemain import, iaitu Manuel Ott dari Filipina dan Amirbek Juraboev dari Tajikistan sebagai pemain tengah.Seorang lagi pemain import, Alan Jonathan Robertson dari Afrika Selatan didaftarkan dalam skuad Liga Simpanan dan menjadi pemain sokongan di bahagian pertahanan.\u201cSaya bersyukur dan lega semua pemain yang dipilih oleh jurulatih, Nafuzi Zain dapat dilengkapkan dalam tempoh pantas bagi menghadapi saingan liga musim ini,\u201d katanya.Menurutnya lagi, Kedah akan memburu dua lagi pemain import yang akan diumumkan dalam masa terdekat.\u201cKita jangkakan ada tambahan dua lagi pemain import sebagai pemain pasukan Liga Simpanan KDA FC. Ia berdasarkan keperluan untuk membantu pasukan utama, nama mereka sudah ada cuma masih ada beberapa proses belum selesai,\u201d katanya.Mohd Daud (empat dari kiri) bersama pemain import yang kini beraksi untuk KDA FC.Mohd Daud berkata, jumlah keseluruhan pemain pasukan Liga Super KDA FC musim ini adalah 26 orang setakat ini.\u201cPenaja akan diumumkan Februari depan ketika pelancaran jersi baharu KDA FC musim ini,\u201d katanya.Menurutnya lagi, KDA FC akan mengadakan siri jelajah pra-musim ke Turki sebelum saingan Liga Super bermula pada Februari ini selain beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan.Dalam pada itu, turut diumumkan rakan rasmi KDA FC, iaitu Olive House, Aiman Platinum, House of Sang Kenari, Paddy Gear dan E-man.\u201cKomitmen daripada rakan rasmi sedikit sebanyak membantu menjana pendapatan kelab secara terus selain meningkatkan jaringan bersama konsumer melalui pembelian produk atau perkhidmatan ditawarkan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 05:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239179/berita/sukan/kbs-psm-bincang-isu-baki-21000-tiket-piala-aff---hannah", "article_title": "KBS, PSM bincang isu baki 21,000 tiket Piala AFF - Hannah", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terpaksa \u2018dikosongkan\u2019 bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini.Dengan kesemua 59,000 tiket yang dibuka semalam habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam secara dalam talian, menterinya, Hannah Yeoh berkata, kedua-dua pihak sentiasa berusaha membantu penyokong tempatan berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut.Skuad Harimau Malaya akan berdepan juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir pertama dijadual berlangsung 8.30 malam, Sabtu ini.\"Saya telah bincang dengan PSM mengenai masalah, iaitu kita ada pertembungan dua acara besar dalam masa satu minggu ini. Kita sentiasa berusaha sebaik dan semampu yang boleh untuk menaikkan semangat penyokong sukan di Malaysia.\"Setakat ini, kita masih dalam perbincangan, itu sahaja yang saya boleh cakap. Apabila sudah sedia, kita akan berikan maklumat mengenainya,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, pada Khamis.Terdahulu, beliau dan timbalannya Adam Adli Abd Halim, turut mengadakan lawatan ke Stadium Nasional di sini, bagi meninjau venue berkenaan dan membincangkan mengenai isu tiket aksi Piala AFF itu.Semalam, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata, 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.Konsert artis terkemuka dari Taiwan itu, akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Januari ini.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang Thailand di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa manakal Vietnam selaku juara kumpulan dengan 10 mata. Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini.Sementara itu, beliau berkata, siasatan ke atas insiden seorang jurulatih bola tampar menampar dua pemain remaja akan dilakukan dengan mendalam menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).\"Siasatan masih berjalan, siasatan bukan sama ada tamparan itu berlaku atau tidak, kita semua nampak. Siasatan ini lebih mendalam melihat kepada amalan selama ini dalam pasukan itu.\"Kita akan dedahkan hasilnya apabila siasatan selesai,\" katanya ketika ditanya mengenai video tular memaparkan tindakan seorang jurulatih pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan.Pada Rabu, jurulatih berkenaan, Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 04:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239181/berita/sukan/kbs-hargai-langkah-fam-kekalkan-harga-tiket", "article_title": "KBS hargai langkah FAM kekalkan harga tiket", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan harga tiket aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Menterinya, Hannah Yeoh gembira dengan tindakan tersebut kerana ia memberi akses yang baik buat rakyat kepada infrastruktur sukan.Beliau berkata, ia bukan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya isu harga tiket yang berpatutan menjadi pemacu atau penggerak dalam usaha mewujudkan minat dalam kalangan rakyat kepada sukan.\u201cTerima kasih kepada FAM kerana kekalkan harga tiket untuk pastikan lebih ramai lagi warga Malaysia boleh terlibat sama.\u201cSaya gembira kerana kalau kita naikkan harga tiket pun tak ada orang beli, tak guna ia jadi sia-sia,\u201d katanya kepada Sukan Sinar di Putrajaya pada Khamis.Sehari selepas jualan tiket dibuka menerusi pembelian secara dalam talian sebanyak 59,000 keping sudah habis terjual.Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.Mengulas FAM tidak menjual baki 21,000 keping tiket kerana terpaksa memberi laluan kepada konsert artis dari Taiwan, Jay Chou, Hannah memberitahu, stadium itu sudah ditutup untuk tempahan bagi kerja-kerja menaiktaraf.Bagaimanapun beliau berkata, atas permintaan FAM stadium berkenaan dibuka untuk aksi bola sepak dan tempahan untuk konsert pula telah lama dibuat.\u201cDia adalah artis antarabangsa di mana persediaan konsert itu tidak boleh dibuat dalam tempoh 24 jam dan melibatkan 400 krew\u201cJadi saya telah meminta PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) untuk bincang dengan FAM dan penganjur konsert untuk mencari jalan menang-menang untuk semua,\u201d katanya.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman pada Rabu memaklumkan sebanyak 59,000 tiket dijual manakala 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur konsert yang dalam proses pemasangan.Tindakan itu mencetuskan amarah para peminat yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir tersebut biarpun kapasiti stadium boleh menampung hampir 80,000 penonton.Noor Azman menjelaskan PSM sudah mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah tersebut, namun situasi itu tidak dapat dielakkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239149/berita/sukan/tiket-separuh-akhir-piala-aff-habis-terjual", "article_title": "Tiket separuh akhir Piala AFF habis terjual", "article_text": "TIKET aksi separuh akhir Piala AFF 2022 yang menemukan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu laris bagai goreng pisang panas.Kesemua 59,000 keping tiket habis terjual sehari selepas jualan dibuka menerusi pembelian secara dalam talian.Pengesahan jualan tiket sudah habis itu dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook pada Khamis.\u201cSold Out!. 59,000 tiket habis terjual. Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lwn Thailand.\u201cTiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.\u201cJumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!,\u201d kata kenyataan tersebut.Tiket itu dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 02:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239136/berita/sukan/de-gea-mahu-kekal-lama-di-old-trafford", "article_title": "De Gea mahu kekal lama di Old Trafford", "article_text": "PENJAGA gol sensasi, David de Gea optimis bakal memeterai perjanjian baharu dengan Manchester United ketika kontraknya bersama The Red Devils dijangka berakhir hujung musim ini.Pemain berusia 32 tahun itu menaruh harapan untuk menghabiskan kariernya di Old Trafford ketika United mempunyai pilihan melanjutkannya untuk tempoh setahun atau sebaliknya.United awal bulan ini memeterai perjanjian baharu dengan Marcus Rashford, Luke Shaw, Diogo Dalot dan Fred, namun penjaga gol kelahiran Sepanyol itu menjangkakan tiada masalah untuk mengikuti langkah serupa.\u201cSaya sangat tenang dan hanya fokus kepada latihan, beraksi sebaik mungkin. Apa yang pasti, ia akan berakhir dengan cara yang baik,\u201d katanya.De Gea tetap positif di sebalik hasratnya untuk kekal bersama United kerana dia sangat gembira berada di Old Trafford.\u201cSaya berharap untuk kekal di sini sepanjang karier. Saya pernah mengatakan bahawa ini adalah kelab saya.\u201cSaya telah berada di sini bertahun lamanya dan adalah menjadi satu penghormatan besar untuk berada di sini dan saya juga sangat gembira di sini,\u201d katanya.Selepas permulaan musim yang perlahan, United mula menyerlah di bawah bimbingan Erik ten Hag apabila belum bolos di tempat sendiri dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September lalu.Aksi cemerlang di benteng pertahanan meletakkan kelab itu menghuni tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 35 mata hasil daripada 17 perlawanan.United berkelebihan dua mata di hadapan Tottenham dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara selain mencerminkan peningkatan ketara prestasi mereka berbanding musim lalu.Justeru, De Gea menganggap semangat berpasukan sebagai titik kebangkitan mereka berbanding musim lalu.\"Kami boleh mengatakan semua orang sudah bersedia, fokus, berlatih dengan sangat baik dan menuju ke arah yang sama.\u201cTidak kira siapa yang diturunkan termasuk pemain gantian, mereka mengerah segala kudrat ketika di atas padang. Kami mempunyai semangat berpasukan yang hebat dan bagi saya ia bagus untuk melihat pemain beraksi dengan cara ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 02:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239131/berita/sukan/fati-selamatkan-maruah-barca", "article_title": "Fati selamatkan maruah Barca", "article_text": "SKUAD Barcelona terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk meraih kemenangan 4-3 ke atas kelab kerdil, Intercity dalam saingan Copa del Rey pada Khamis.Pemain sensasi, Ansu Fati menyelamatkan maruah Barca daripada diaibkan setelah pasukan divisyen tiga itu memberi tentangan sengit pada aksi pusingan 32 tersebut.Bekas pemain remaja La Masia, Oriol Soldevila melakar hatrik sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum Fati memastikan kemenangan Barca menerusi jaringan pada minit ke-103.Skuad bimbingan Xavi tidak boleh berpuas hati dengan kemenangan tersebut biarpun mendominasi perlawanan setelah berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah yang tiga kali bangkit menyamakan kedudukan.Justeru Xavi sedar bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan sukar LaLiga bertemu Atletico Madrid awal pagi Isnin.\u201cKami bolos banyak gol sedangkan kami mendominasi perlawanan,\u201d katanya.Ronald Araujo, Ousmane Dembele dan Raphinha mencatat nama selaku penjaring, namun Soldevila menyumbat tiga gol dalam tempoh 25 minit pada babak kedua.\u201cKami gagal menyekat bahagian tengah sekali gus menjadikan perlawanan ini terlalu rumit.\u201cKami juga kekurangan kekuatan. Saya perlu memikirkan apa yang boleh diperbaiki,\u201d ujar Xavi.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239100/berita/sukan/rekod-napoli-lebur", "article_title": "Rekod Napoli lebur", "article_text": "INTER Milan melakar kejutan apabila memadam rekod 11 kemenangan Napoli dalam aksi Serie A pada Khamis.Pemain sensasi, Edin Dzeko menjadi duri dalam daging kepada Napoli apabila meledak gol tunggal untuk mencatat kemenangan berharga.Napoli dominan pada babak pertama, namun buntu tanpa jaringan.Sebaliknya penyerang Inter, Dzeko memecah kebuntuan minit ke-56 apabila menyudahkan dengan baik hantaran Federico DiMarco.Pengurus Inter, Simone Inzaghi melihat kemenangan itu menjadi penyuntik semangat buat para pemain.\"Inter menjadi pasukan pertama menewaskan Napoli yang juga pasukan tunggal dalam liga utama di Eropah yang belum tewas musim ini. Ia menaikkan semangat kami.\"Saya sangat bangga dengan pasukan ini kerana mereka membantu sesama sendiri di atas padang dan kami pamerkan prestasi mantap untuk penyokong,\" ujar Inzaghi.Napoli memimpin carta liga dengan 41 mata daripada 16 perlawanan.Mereka mendahului pasukan di tangga kedua AC Milan dengan lima mata, manakala Inter di tangga keempat (33 mata).Dalam aksi itu Inter berpeluang membuka tirai jaringan pada minit keempat, namun rembatan DiMarco sedikit tersasar selepas mendapat hantaran Romelu Lukaku.Percubaan Lukaku turut tersasar selepas mendapat hantaran Nicolo Barella sejurus sebelum rehat.\"Perlawanan mempunyai detik berbeza. Menuju rehat kami lebih mengasak dan sepatutnya dapat tiga gol,\" kata Inzaghi.Napoli mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-90 apabila rembatan Giacomo Raspadori dalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Andre Onana.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 10:26am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239098/berita/sukan/kane-cipta-sensasi", "article_title": "Kane cipta sensasi", "article_text": "HARRY Kane mencipta sensasi apabila membuat penampilan ke-300 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu Tottenham Hotspur membenam Crystal Palace 4-0 pada Khamis.Kapten Spurs itu turut meledak dua gol dalam aksi 'derby' London di Selhurst Park tersebut.Jaringan itu membantu Kane menghampiri rekod milik Jimmy Greaves sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs.Pemain pertahanan, Matt Doherty dan Son Heung-min melengkapkan kemenangan Spurs selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama.Kane membuka tirai jaringan dengan meledak gol ke-264 untuk Spurs dalam semua kejohanan berbeza dua jaringan di belakang rekod milik Greaves.Kemenangan itu yang juga pertama buat Spurs selepas rehat Piala Dunia ketinggalan dua mata di belakang Manchester United yang menduduki tangga keempat.\"Ia kemenangan yang sangat penting. Kami gagal mendapat keputusan baik selepas kembali dari Qatar dan keputusan ini sangat melegakan.\"Ia mengenai menggerakkan bola dengan cepat, berlari di belakang dan kualiti pada hantaran akhir. Ia sangat hebat,\" ujar Kane.Kedua-dua pasukan akan mengalih fokus kepada aksi pusingan ketiga Piala FA pula.Spurs bakal menerima kunjungan Portsmouth dan Palace menentang pencabar EPL, Southampton di tempat sendiri pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 09:44am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239082/berita/sukan/norazlan-dedah-rahsia-pilih-kuching-city", "article_title": "Norazlan dedah rahsia pilih Kuching City", "article_text": "SEMANGAT berpasukan yang luar biasa dan ingin membantu tonggak-tonggak muda menjadi dua faktor kepada penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali menerima tawaran Kuching City FC pada musim 2023.Norazlan jelas tertarik melihat pencapaian Kuching City pada musim lalu yang berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 selain menamatkan cabaran di tangga ketiga Liga Premier.Di bawah kendalian jurulatih paling berpengalaman di Liga Malaysia, Irfan Bakti, dia juga tidak menafikan perkara tersebut turut mempengaruhinya untuk pertama kali melebarkan kariernya ke Borneo.\u201cIrfan yang mengajak saya datang ke sini kerana beliau memerlukan lebih ramai penjaga gol berpengalaman kerana musim 2023 akan berbeza kerana perlawanan lebih banyak berikutan perubahan format liga.\u201cSaya ada ikuti perkembangan Kuching City pada musim lalu dan kagum melihat semangat pasukan ini, seperti mana \u2018motto\u2019 pasukan iaitu \u2018pasukan kecil berjiwa besar\u2019.\u201cWalaupun tidak dibarisi nama-nama besar, Kuching berjaya berikan cabaran hebat kepada pasukan lain terutama semasa tewas kepada Sabah di suku akhir Piala Malaysia selain aksi konsisten di Liga Premier.\u201cKehadiran saya di sini juga sedikit sebanyak untuk membantu Irfan terutama dalam aspek memantau pemain-pemain muda serta memberikan panduan kepada mereka,\u201d katanya.Berusia 38 tahun, Norazlan dijangka menjadi antara penjaga gol paling senior yang beraksi di Liga Malaysia selain Farizal Marlias dan Wan Azraie Wan Teh (kedua-duanya berusia 37 tahun).Bekas penjaga gol kebangsaan itu pernah beraksi dengan banyak pasukan ternama Liga Malaysia seperti Selangor (2011-13, 2015-18), Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) (2014), Felda United FC (2019) dan Kuala Lumpur (2009-11).Musim lalu, dia melakukan sembilan penampilan (8 Liga Super, 1 Piala FA) bersama Melaka United apabila bersaing dengan Bryan See bagi kedudukan penjaga gol utama musim 2021 memperlihatkan dia hanya beraksi sebanyak empat perlawanan secara keseluruhan.Di Kuching City, Norazlan dijangka menerima cabaran dari Shaiful Wazizi untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama selain Wan Azraie.Namun, Norazlan menganggap itu sebagai satu persaingan sihat selain sedia membantu \u2018The Cats\u2019 memburu kedudukan yang boleh dihormati di Liga Super selain mara sejauh mungkin dalam kejohanan Piala FA dan TM Piala Malaysia.\u201cSememangnya persaingan cukup sengit kerana termasuk saya, ada empat penjaga gol yang disenaraikan dan saya perlu bekerja keras kerana peluang dilihat sama rata.\u201cTiada sebarang jaminan sesiapa boleh menjadi penjaga gol utama tetapi sesiapa sahaja yang terpilih, kami akan pastikan Kuching City mampu melakar sesuatu yang lebih hebat dalam Liga Malaysia.\u201cSaya optimis dengan sejumlah besar pemain muda berbakat selain dibantu pengalaman Irfan, Kuching City boleh menghasilkan banyak kejutan pada musim ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239081/berita/sukan/faizal-tekad-gegar-india", "article_title": "Faizal tekad gegar India", "article_text": "PENYERANG sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari mengakui tidak berada pada tahap prestasi sebenar pada Piala Negara-Negara di Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember lalu.Namun, pemain kelahiran Terengganu itu mahu membalas kepercayaan diberikan pengendali The Speedy Tigers, Arul Selvaraj dengan memberikan aksi terbaik pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari ini.\u201cSejujurnya saya ambil teguran daripada coach Arul mengenai persembahan semasa saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini sebagai sesuatu yang positif.\u201cKita pun sebelum ini tidak banyak menyertai kejohanan kompetitif selepas pandemik Covid-19 ini, seandainya ada pun dalam lingkungan satu dua kejohanan.\u201cTeguran coach Arul itu merupakan sesuatu yang tepat untuk saya buktikan sesuatu apabila menyingkap saingan Piala Dunia 2023,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Sebelum ini, Arul menuntut Faizal tampil lebih menyerlah dalam saingan di India nanti selepas pemain berusia 31 tahun itu tidak berada pada prestasi sebenar pada kempen Piala Negara-Negara.\u201cPeluang beraksi di pentas Piala Dunia merupakan idaman setiap pemain. Saya dan rakan-rakan lain tidak akan mengambil mudah cabaran pasukan yang bertanding pada kali ini.\u201cKami akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dengan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan sepanjang kempen kali ini,\u201d ujarnya yang menyarung jersi kelab Belanda, ZSV Schaerweijde sebelum ini.Pada Piala Dunia 2023, Malaysia yang kini menduduki ranking ke-11 dunia diundi dalam Kumpulan C dijadualkan berdepan juara tiga kali, Belanda pada 14 Januari.Wakil dari Amerika Selatan, Chile akan menjadi lawan kedua Speedy Tigers pada 16 Januari sebelum mereka berdepan pasukan kesembilan dunia, New Zealand empat hari kemudian.Juara kumpulan akan ke suku akhir, manakala pasukan tempat kedua ketiga akan berentap dengan lawan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati dalam memburu slot ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 08:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239073/berita/sukan/conte-masih-gembira-di-tottenham-hotspur", "article_title": "Conte masih gembira di Tottenham Hotspur", "article_text": "ANTONIO Conte menegaskan masih gembira di Tottenham Hotspur dan komited dengan projek kelab itu walaupun ada yang mengkritik kualiti skuadnya.Tottenham dicemuh selepas kekalahan 0-2 kepada Aston Villa di Stadium Tottenham Hotspur pada Hari Tahun Baru, keputusan yang meletakkan kelab London itu di tempat kelima selepas hanya dua kemenangan daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.Selepas kekalahan itu, Conte berkata, perbincangan pramusim mengenai cabaran gelaran adalah \u2018gila' dan menegaskan peminat perlu realistik mengenai prospek memenangi trofi.Tottenham amat memerlukan peningkatan prestasi, bermula pada di Crystal Palace, jika mereka tidak kehilangan sentuhan dengan pasukan yang turut bersaing untuk menduduki tempat empat teratas.\u201cSaya gembira tetapi saya sentiasa berkata kepada anda saya gembira. Saya mahu kekal di sini. Saya menikmati masa saya di Tottenham, saya menikmati kerja saya di Tottenham.\u201cTetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh memberitahu anda apa yang kami lakukan. Kami cuba mencipta asas asas. Sukar untuk saya setiap hari untuk mengulangi perkara yang sama dan untuk anda tidak faham.\"Saya gembira untuk tinggal di sini. kerana saya berada di kelab moden, saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain dan saya mempunyai hubungan yang baik dengan kelab.\u201cKadang-kadang saya pulang ke rumah dan fikir saya perlu belajar lebih banyak bahasa Inggeris kerana saya tidak pandai untuk memindahkan fikiran saya kepada anda,\u201d kata Conte kepada pemberita.Conte berkata, dia melakukan keajaiban untuk membawa Tottenham ke empat teratas musim lalu dan penambahan pemain seperti Ivan Perisic dan Richarlison menguatkan skuad itu pada musim panas.Walaupun berada di dalam dan di sekitar empat teratas sepanjang musim, Tottenham sering bekerja keras dengan sistem tegar Conte pada masa-masa yang bertentangan dengan pemain yang ada padanya.\u201cSekarang saya benar-benar komited untuk kelab ini dan untuk Tottenham. Kemudian ada projek ini dan saya menandatangani kontrak dengan kelab ini untuk menerima projek ini dan cuba membina dan membantu kelab.\u201cSemasa proses ini ia boleh berlaku 1,000 perkara. Kelab boleh memecat pengurus atau terdapat visi berbeza, situasi berbeza,\u201dkata pengendali dari Itali itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2023 12:36am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239068/berita/sukan/city-perlu-buat-luar-biasa-jika-mahu-langgar-arsenal", "article_title": "City perlu buat luar biasa jika mahu 'langgar' Arsenal", "article_text": "PEP Guardiola percaya Manchester City perlu melakukan sedaya upaya jika penyandang juara itu ingin merombak pendahulu Arsenal dari puncak carta Liga Perdana Inggeris.City boleh kembali merapat kedudukan dengan lima mata di belakang The Gunners menjelang kunjungan ke Chelsea selepas Arsenal kehilangan mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Newcastle United sebelum ini.\u201cKami perlu mengurangkan jurang dengan bermain bagus dan memenangi perlawanan, tetapi mereka (Arsenal) mendapat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan purata ini dan kami tidak akan mengejar mereka.\u201cKami perlu hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata. Malam tadi mereka masih cemerlang,\u201d katanya.Chelsea hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi Guardiola masih menjangkakan pertemuan sukar di Stamford Bridge.\u201cIni adalah Liga Perdana Inggeris. Mereka pasukan yang sukar, diurus dengan baik.\u201cTidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke Stamford Bridge. Ia sentiasa sukar,\u201d kata Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 10:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239063/berita/sukan/giliran-uitm-fc-tarik-diri-dari-liga-super", "article_title": "Giliran UiTM FC tarik diri dari Liga Super", "article_text": "LIGA Malaysia (Liga-M) terus menerima tamparan hebat apabila UiTM FC muncul kelab kedua menarik diri daripada saingan Liga Super musim ini selepas Petaling Jaya City (PJ City).Perkara itu disahkan Presiden The Lion Troops, Profesor Dr Sazili Shahibi, selepas dua musim kelab tersebut beraksi di pentas Liga Super.Selain masalah kewangan, Dr Sazili menjelaskan ada punca lain mengapa pihak pengurusan mengibarkan bendera putih dalam mengharungi kancah tertinggi bola sepak negara itu.\u201cAhli Lembaga Pengarah UiTM telah bermesyuarat dan (kami mengambil) keputusan untuk menarik diri daripada liga pada musim depan.\u201cKewangan adalah salah faktornya, tapi kami rasa dari segi kemampuan, ia tidak sesuai buat pemain-pemain kami,\u201d katanya ketika dihubungi Astro Arena pada Rabu.Dalam pada itu, Sazili juga berhasrat memaklumkan UiTM bakal beralih ke saingan Liga M3 musim ini.Untuk rekod, UiTM muncul pasukan berstatus universiti pertama yang layak beraksi dalam saingan Liga Super.Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hanya akan menjelaskan situasi berkenaan menerusi kenyataan rasmi bakal dalam masa terdekat selepas hanya 14 pasukan yang akan bertanding di pentas Liga Super musim ini. - Astro Arena", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 09:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239061/berita/sukan/tidak-divaksin-djokovic-mungkin-terlepas-dua-kejohanan-di-as", "article_title": "Tidak divaksin, Djokovic mungkin terlepas dua kejohanan di AS", "article_text": "BINTANG tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Terbuka Miami Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing.Walaupun peraturan Covid-19 telah dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April.Indian Wells dan Terbuka Miami Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 08:55pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239056/berita/sukan/tampar-pemain-tindakan-terhadap-jurulatih-selepas-siasatan-selesai", "article_title": "Tampar pemain: Tindakan terhadap jurulatih selepas siasatan selesai", "article_text": "SEBARANG keputusan yang akan diambil terhadap jurulatih tampar pemain akan diputuskan selepas siasatan penuh dilakukan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam berkata, biarpun jurulatih tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan ibu bapa pemain yang terlibat turut memaafkan tindakan jurulatih itu, namun kes ini memerlukan perhatian serius agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.Menurutnya, dalam isu ini kerajaan negeri juga membuat siasatan selain KPM menerusi Unit Integriti yang menyiasat perkara itu susulan video tular berkenaan.\"Selain itu MAVA juga akan mengambil alih kes ini memandangkan ia melibatkan peringkat kebangsaan.\"Ini bermakna apa-apa tindakan diambil terhadap beliau hanya akan diputuskan oleh KPM kerana beliau seorang guru dan juga MAVA,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu berkenaan di Bangunan Majlis Sultan Negeri (MSN) Melaka di Krubong, di sini, pada Rabu.Hadir sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah MSN negeri, Asri Ninggal.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek berharap dan memohon perkara itu dapat dijernihkan semula dan tidak terus berlarutan dan orang ramai diminta tidak lagi menyebarkan video kontroversi tersebut.Menurutnya, situasi itu bukan sahaja menjejaskan emosi jurulatih yang terlibat malah secara tidak langsung memberi gangguan emosi kedua-dua pelajar perempuan berkenaan.\"Kerana video berkenaan menjadi tular mereka (ibu bapa pemain terlibat) mengakui perasaan mereka tersinggung dan mohon semua pihak untuk menghentikan penularan tersebut,\" katanya lagi.Jelas beliau, MSN turut mengesyorkan jurulatih membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan.\"Melaka dah selesai, selepas ini terpulang kepada KPM dan MAVA untuk ambil tindakan dan kita turut memberikan tiga syor kepada pihak berkenaan berhubung kes ini.Termasuk jurulatih perlu meminta maaf kepada umum serta ibu bapa, kedua kedua mungkin sijil latihan beliau perlu ditahan untuk tempoh setahun atau dua tahun,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 08:18pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239051/berita/sukan/video-kes-tampar-pemain-jurulatih-mohon-maaf-secara-terbuka", "article_title": "[VIDEO] Kes tampar pemain: Jurulatih mohon maaf secara terbuka", "article_text": "JURULATIH kontroversi membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakannya menampar dua pemain remaja perempuan bola tampar yang tular di media sosial baru- baru ini.Saiful Hadee Amar, 44, yang juga seorang pendidik mengakui kesal dengan apa yang telah berlaku kerana niatnya ketika itu adalah untuk menaikkan semangat dan memberi motivasi kepada pemain yang telah berjaya melayakkan diri mereka menyertai kejohanan bola tampar bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor.Menurutnya, bersedia dan reda dengan sebarang tindakan dan keputusan yang bakal dikenakan atas keterlanjuran perbuatannya ketika itu dan berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada dirinya.\"Tidak berniat saya untuk mengambil tindakan (menampar) sehingga mendatangkan kecederaan, tindakan saya adalah untuk menaikkan lagi semangat mereka, memotivasikan mereka.\"Saya memohon maaf pada semua pemain terlibat terutama sekali dua pemain yang terlibat, ibu bapa pemain,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, di Krubong di sini, pada Rabu.Shanmugam (tiga,kiri) dan Saiful Hadee ketika bertemu dengan ibu bapa kedua-dua remaja perempuan yang ditampar.Hadir sama, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam dan Pengarah MSN Melaka, Asri Ninggal.Media sebelum ini melaporkan video tular kejadian yang memaparkan seorang jurulatih bertindak menampar dua pemain ketika membimbing pasukan Melaka sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja bawah 14 tahun yang diadakan 16 Disember lalu.Insiden itu telah mendapat perhatian beberapa pihak antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta mantannya, Datuk Seri Faizal Azumu, yang menyelar tindakan berkenaan,Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut isu yang tular ini kerana membabitkan pelajar bawah umur.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239045/berita/sukan/harimau-malaya-dapat-sokongan-hannah", "article_title": "Harimau Malaya dapat sokongan Hannah", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama 65,147 pemain ke-12 Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu kepada skuad negara ketika berdepan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Pada perlawanan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut juga menghadiahkan jersi 'HANAYO 9' kepada Hannah sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa memberikan sokongan padu kepada skuad negara.\u201cPemberian jersi skuad Harimau Malaya yang lengkap dengan set nama dan nombor itu adalah sebagai simbolik penghargaan kepada YB Hannah dan jalinan kerjasama serta sokongan beliau kepada industri bola sepak negara,\u201d kata badan induk itu dalam satu kenyataan, pada Rabu.Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas membelasah Singapura 4-1 sekali gus muncul naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239043/berita/sukan/arvin-shaun-harap-2023-bawa-lebih-banyak-kejayaan", "article_title": "Arvin Shaun harap 2023 bawa lebih banyak kejayaan", "article_text": "PERENANG muda negara, Arvin Shaun Singh Chahal mengharapkan kedatangan tahun baharu 2023 mampu menjanjikan kejayaan yang lebih bermakna buat dirinya.Selepas hanya menyumbang satu pingat perak bagi acara 4x200 meter (m) gaya bebas berganti-ganti lelaki dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei lalu, Arvin bertekad untuk meraih pengiktirafan lebih besar di pentas antarabangsa.Katanya ini termasuk menggondol pingat emas pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei depan.\u201cSukan SEA Hanoi merupakan satu pendedahan terbaik buat saya walaupun terdapat beberapa kekecewaan termasuk dibatalkan penyertaan bagi acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti lelaki.\u201cNamun, kekecewaan itu telah membakar semangat dan motivasi saya untuk menebusnya semula. Pada temasya Sukan SEA akan datang, saya mahu bermula dengan lebih kuat selain mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang,\u201d katanya ketika dihubungi.Selain itu, atlet berusia 22 tahun tersebut yakin berada di landasan yang betul untuk merebut tempat sekali gus mewakili negara dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.Untuk itu, Arvin berkata beliau akan terus berlatih bersungguh-sungguh supaya berada pada tahap terbaik bagi mencapai kemuncak prestasinya dalam temasya sukan terbesar dunia itu.\u201cSaya percaya saya mempunyai apa yang diperlukan untuk melayakkan diri ke Paris 2024. Saya yakin pada diri sendiri dan saya harap rakyat Malaysia juga begitu.\u201cSaya akan berkorban sepenuh tenaga dan usaha untuk beraksi di Sukan Olimpik 2024. Tiada siapa yang boleh menghalang saya daripada mencapai impian ini,\u201d katanya.Walaupun berdepan beberapa rintangan dalam pertandingan yang disertainya, Arvin tetap berpuas hati dengan pencapaiannya sepanjang tahun lepas memandangkan ia kali pertama beliau berjaya pulih daripada belenggu kecederaan sejak 2018.Beliau juga berharap keputusan untuk kembali ke Australia dan berlatih di bawah jurulatih lamanya, Dean Boxall sejak Oktober lalu akan membuahkan hasil.\u201cSaya akan memberi fokus kepada meningkatkan kekuatan, penyesuaian dan teknik di samping terus berfikiran positif,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239044/berita/sukan/diogo-kembali-bersama-harimau-selatan", "article_title": "Diogo kembali bersama Harimau Selatan", "article_text": "PENYERANG dari Brazil, Diogo Luis Santo kembali menyarung jersi Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) menghadapi cabaran musim baharu.Perkara itu 'dibayangkan' Harimau Selatan menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers, pada Rabu.Menerusi video berdurasi 51 saat itu, pemain berusia 35 tahun berkenaan dilihat menaiki limosin dan memasuki Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.Beliau yang memakai kot dengan lencana Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) juga dilihat duduk di bilik persalinan di bawah jersi bernombor 11 yang turut tertulis nama Diogo.Sebelum ini, Diogo pernah bersama Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu pada musim 2019 dan 2020 dengan 32 penampilan dan 16 jaringan.Bagaimanapun, Diogo tidak menyambung kontraknya pada penghujung 2020 dan menyertai kelab Thailand, BG Pathum United.Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini dipetik sebagai berkata, kelab itu merancang untuk membawa masuk seorang penyerang dari Brazil dan dua pemain Sepanyol bagi memantapkan pasukan itu bagi musim 2023.Sementara itu, pemain dan barisan kejurulatihan JDT akan kembali melapor diri untuk pramusim mulai Ahad ini dan akan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu bagi perlawanan persahabatan pramusim.JDT akan menghadapi lima perlawanan persahabatan bermula 28 Januari hingga 6 Februari ini. - BernamaJADUAL AKSI PRAMUSIM JDT25 JanuariJDT lwn FC Rostov28 JanuariJDT lwn TBC (Kelab UAE)31 JanuariJDT lwn FC Levski Sofia2 FebruariJDT lwn FC Lokomotiv Moscow6 FebruariJDT lwn FC Zenit St. Petersburg", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239035/berita/sukan/kbs-tetap-siasat-kes-jurulatih-tampar-pemain", "article_title": "KBS tetap siasat kes jurulatih tampar pemain", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan tetap meneruskan siasatan berhubung isu jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan.Menteri KBS, Hannah Yeoh menerusi ciapan di Twitternya pada Selasa berkata, siasatan itu tetap diteruskan meskipun pasukan, ibu bapa dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka bersuara membela serta memaafkan perbuatan jurulatih terbabit.Menurut Hannah, siasatan itu bukan tentang jurulatih atau pemain tersebut tetapi tindakan di mana pihaknya telah menetapkan demi generasi akan datang khususnya dalam sukan.Tambahnya, beliau dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan bekerjasama dalam menyelesaikan isu berkenaan.\"Ini bukan tentang seorang jurulatih atau dua pemain tetapi tindakan yang telah kami tetapkan untuk generasi akan datang dalam sukan. Fadhlina bersama saya dalam hal ini,\" katanya.Pada Selasa, media melaporkan bapa kepada salah seorang pelajar perempuan yang ditampar jurulatih dalam satu insiden di kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini telah memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.Isnin lalu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam turut menyatakan jurulatih berkenaan juga sudah berjumpa ibu bapa pemain terbabit bagi memohon maaf.Ujarnya, insiden itu berlaku apabila jurulatih tersebut sedikit emosi apabila melihat prestasi pemainnya tidak mencapai tahap diinginkan pada hari pertandingan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 06:40pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239024/berita/sukan/cools-perkukuh-bentang-buriram-united", "article_title": "Cools perkukuh bentang Buriram United", "article_text": "TEKA-teki status Dion Cools bagi musim 2023 akhir terjawab apabila pemain posisi pertahanan itu disambar kelab Liga Thailand, Buriram United.Kelab itu dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Cools adalah bagi memenuhi kuota pemain ASEAN dalam pasukan terbabit.\u201cBuriram United mencapai persetujuan menandatangani Dion Cools, bintang skuad kebangsaan Malaysia yang bermain sayap kanan, bek kanan dan bek tengah.\u201cIni bagi memenuhi kuota ASEAN bagi mengukuhkan dan meningkatkan kepelbagaian permainan di bahagian kanan,\u201d kata kelab itu dalam satu kenyataan.Untuk rekod, Cools sebelum ini memperkuatkan cabaran kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec apabila sering ditampikan dalam kesebelasan utama pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 06:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239011/berita/sukan/kekhilafan-datang-dari-saya-sendiri---faisal", "article_title": "\u2018Kekhilafan datang dari saya sendiri\u2019 - Faisal", "article_text": "KEMELUT pemain Selangor FC, Faisal Halim dan bekas majikannya Terengganu FC (TFC) berakhir dengan permohonan maaf daripada tonggak Harimau Malaya tersebut.\u201cSaya memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan pihak Terengganu FC.\u201cSaya juga memohon maaf di atas semua kekhilafan dan salah faham yang berlaku di antara saya dengan para penyokong selama berada di bumi Terengganu Darul Iman.\u201cSetiap kebaikan datang dari ALLAH SWT dan kekhilafan datang dari saya sendiri. TFC telah jelaskan baki gaji saya,\u201d katanya yang dimuat naik di laman media sosialnya pada Rabu.Dalam muat naik itu, Faisal turut berkongsi gambarnya bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif (COO) TFC, Mohd Sabri Abas.Untuk rekod, Faisal dalam satu ciapan pada 23 Disember lalu dipetik berkata, \u201cKITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.\u201dCiapan Faisal di laman media sosialnya itu mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara. Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 05:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/239004/berita/sukan/piala-aff-fam-kekalkan-harga-tiket-rm30", "article_title": "Piala AFF: FAM kekalkan harga tiket RM30", "article_text": "HARAPAN untuk melihat Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi peminat Malaysia yang dijadualkan menentang Thailand dalam aksi separuh Piala AFF 2022 pada Sabtu semakin membara.Ia susulan sejumlah 59,000 keping tiket yang akan dijual dengan penetapan kadar harga yang sama iaitu RM30 untuk tempat duduk terbuka.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura.\u201cIa sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala AFF setakat ini\u201cTiket bagi aksi separuh akhir pertama itu akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebagai perbandingan, harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka berkenaan sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada Piala AFF 2018.Malah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia menentang Vietnam.Menurut Noor Azman, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert artis Taiwan, Jay Chou yang dalam proses pemasangan.Tambahnya, situasi itu tidak dapat dielakkan kerana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik.Jelasnya, ia bagi memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kejohanan itu tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.\"Justeru diharapkan para penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam,\" katanya.Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu mula dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula jam 3 petang ini.Tiada penjualan di kaunterFAM turut ingin menasihati para penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my.Ini kerana, bagi perlawanan menentang Singapura pada Selasa, FAM telah mendapati bahawa terdapat penjualan tiket palsu.FAM berharap perkara sedemikian tidak berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama tersebut dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 04:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238998/berita/sukan/tfc-lengkapkan-kuota-pemain-import-musim-2023", "article_title": "TFC lengkapkan kuota pemain import musim 2023", "article_text": "PASUKAN naib juara Piala FA, Terengganu FC (TFC) melengkapkan kuota pemain import dengan menandatangani kontrak dengan dua pemain dari Croatia.Pemain tersebut, Domigoj Pusic, 32, akan beraksi di posisi tengah menggantikan Manuel Ott manakala Ivan Mamut, 26, melengkapkan kuota di posisi serangan yang sebelum ini diisi bekas pemain penyerang kebangsaan Liberia, Kpah Sherman yang dikhabarkan beralih angin ke pasukan Sri Pahang FC.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, kedua-dua pemain yang pertama kali beraksi di negara Asia itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad Penyu bagi mengharungi saingan Liga-M dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.\"Pusic yang sebelum ini beraksi bersama kelab NK BSK Bijelo Brdo akan menyarung jersi nombor lapan manakala Mamut akan memakai jersi nombor tujuh.\"Kelebihan fizikal daripada segi ketinggian antara faktor kedua-dua pemain ini menjadi pilihan ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk diserap ke skuad TFC,\" katanya pada sidang media di sini, hari ini.Ab Rasid berkata, kedua-dua pemain berkenaan sudah berada di Terengganu dan akan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Kompleks Gong Badak, hari ini.Menurut beliau, kehadiran dua pemain tersebut diharap dapat membawa TFC ke peringkat lebih gemilang selepas berjaya mara ke pentas akhir Piala FA dan Piala AFC musim lepas.\"Walaupun kedua-dua pemain ini kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara, namun mereka tetap teruja untuk beraksi di Liga-M,\" katanya.TFCSB sebelum ini turut menandatangani kontrak dengan tiga lagi pemain import iaitu Sardor Kulmatov, Sony Norde, Adisak Kraisorn selain mengekalkan Habib Haroon. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 04:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238986/berita/sukan/piala-aff-hanya-59000-tiket-dijual-bagi-aksi-thailand", "article_title": "Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand", "article_text": "HANYA 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, perkara itu berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.FAM turut mengumumkan bahawa harga tiket perlawanan itu kekal seperti aksi peringkat kumpulan - RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.\"Situasi ini tidak dapat dielakkan. FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik memastikan aksi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala AFF ini dilangsungkan di Stadium Nasional, berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.\"Harga tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lawan Thailand pada edisi 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Malaysia lawan Vietnam pada 2014,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.Konsert Jay Chou, artis terkemuka dari Taiwan, akan berlangsung pada 15 Januari di Stadium Nasional.Noor Azman berkata, tiket bagi perlawanan itu hanya akan dijual secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my bermula 3 petang Rabu, dengan tiada penjualan di kaunter.Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang skuad Gajah Perang di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada Selasa (10 Jan).Sementara itu, FAM turut menasihatkan penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my, berikutan terdapat penjualan tiket palsu bagi perlawanan menentang Singapura, malam tadi.\"FAM berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama ini dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku,\u201d tegasnya.Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 semalam.Vietnam muncul juara kumpulan dengan 10 mata, manakala Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.Sekiranya berjaya menundukkan pasukan paling cemerlang, Thailand yang mempunyai enam gelaran, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang antara Vietnam dengan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Januari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238972/berita/sukan/pandelela-nur-dhabitah-tidak-sertai-sukan-sea-kemboja", "article_title": "Pandelela, Nur Dhabitah tidak sertai Sukan SEA Kemboja", "article_text": "PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MS) akan mempertaruhkan barisan penerjun muda bagi menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini tanpa penglibatan atlet elit, sebagai langkah memberi pendedahan kepada mereka di peringkat antarabangsa.Penolong Jurulatih Kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee berkata, skuad terjun negara baharu memulakan semula latihan harian mereka pada Selasa di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, selepas berakhirnya kejohanan terjun Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia) pada November lepas.Beliau berkata, temasya dwi tahunan edisi ke-32 di Kemboja yang akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei itu, merupakan kejohanan paling terdekat dalam kalendar MS, diikuti Kejohanan Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September, selepas FINA masih belum mengeluarkan sebarang jadual pertandingan untuk kalendar tahun ini.\"Atlet elit tidak akan pergi ke Sukan SEA Kemboja sebaliknya hanya atlet pelapis dan yang lebih muda akan dihantar ke sana. Jadi, memang sah atlet elit seperti Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang tidak akan dihantar ke Kemboja.\"Kita (MS) memang mahu mendedahkan atlet muda (dengan kejohanan lebih besar) sebab kalau atlet senior sahaja yang pergi, pasti atlet muda tiada peluang (untuk menonjolkan bakat),\u201d katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.Bekas penerjun negara yang juga pemenang pingat perak di Kejohanan Dunia Gwangju 2019 itu, memaklumkan hanya acara individu lelaki dan wanita akan dipertandingkan, manakala acara seirama lelaki dan wanita tiada dalam senarai temasya di Kemboja.Mun Yee berkata, antara nama penerjun muda berbakat yang disebut-sebut untuk mengisi slot itu ialah Enrique Maccartney Harold dan Bertrand Rhodict, kedua-duanya berusia 18 tahun yang akan mewakili negara dalam acara 10 meter (m) platform individu.\"Setakat ini nama Enrique Maccartney dan Bertrand memang ada dalam senarai 10m platform individu dan nama bagi acara lain akan menyusul kemudian sebab sekarang ini masih dalam proses mempersiapkan mereka (atlet muda) dalam tempoh empat ke lima bulan lagi,\u201d katanya.Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas, kem terjun negara terus menjadi kuasa besar di rantau Asia Tenggara apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan lapan pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.Kejayaan itu secara tidak langsung membolehkan skuad terjun Malaysia memegang status berkenaan buat kali kesembilan berturut-turut sejak 2005. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 02:46pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238968/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-tagih-pengalaman-juara-dunia", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun tagih pengalaman juara dunia", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menagih pengalaman juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam membuat persediaan untuk menghadapi tugas sukar bertemu dengan gandingan dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Terbuka Malaysia pada 10 hingga 15 Januari ini.Kai Wun berkata, Aaron-Wooi Yik yang pernah membenam Kevin-Marcus pada aksi suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah berkongsi beberapa 'tips' buat mereka untuk menentang bekas gandingan nombor satu dunia itu di Axiata Arena, Bukit Jalil dalam pusingan pertama kelak.\u201cKami ada tanya sikit (kepada Aaron-Wooi Yik), dan mereka ada beritahu beberapa pengalaman, tapi kita akan cuba sedaya upayalah, sebab perlawanan semua pemain berlainan, tapi mungkin untuk perlawanan kali ini kita akan buat attacking untuk dapatkan mata.\u201cKita cuma tak fikir banyak sangat, sebab mereka memang top player dan mereka memang ada gelaran serta pengalaman mereka juga besar, kita cuma harap kita boleh beri yang terbaik,\u201d katanya kepada pemberita dalam sesi latihan pada Selasa.Sementara itu, Kai Wun berkata, pengalamannya beraksi di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) banyak membantu menambah baik prestasi untuk beraksi di kejohanan-kejohanan akan datang.Katanya, gandingan itu pada masa sama bertekad meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan ke-10 hingga 12 terbaik dunia tahun ini.Berdasarkan rekod, Wei Chong-Kai Wun yang kini berada di ranking ke-19 dunia pernah berentap sekali dengan Kevin-Marcus pada Terbuka Jepun pada bulan Ogos lepas, namun tewas dengan 21-23, 19-21.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 02:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238948/berita/sukan/piala-aff-wilkin-sifatkan-pencapaian-tak-pernah-dijangka", "article_title": "Piala AFF: Wilkin sifatkan pencapaian tak pernah dijangka", "article_text": "MENJARINGKAN gol untuk Harimau Malaya di hadapan penyokong tuan rumah sememangnya sesuatu yang tidak pernah dijangka, kata pemain tengah kacukan Malaysia-England, Stuart Wilkin.Wilkin berkata, beliau tidak menyangka dapat menjaringkan dua gol dalam saingan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menewaskan Singapura 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sekali gus melakar prestasi unggulnya sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.\"Saya seorang pemain yang sentiasa percaya pada diri sendiri. Saya jarang menjaringkan gol dalam bola sepak Malaysia. (Namun) berjaya menjaringkan dua gol di hadapan lebih 65,000 peminat membuatkan saya tersenyum.\"Ia adalah malam yang menakjubkan. Saya harap dapat menjaringkan lebih banyak gol dalam jersi Malaysia selepas ini,\u201d katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan di sini malam Selasa.Selepas Darren Lok menjaringkan gol pertama untuk Malaysia pada minit ke-35, kesilapan penyerang gantian Singapura Shawal Anuar menahan bola membolehkan Wilkin menguasai semula perlawanan dan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak pada minit ke-50.Empat minit kemudian, beliau sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol kedua sekali gus menambah jumlah golnya kepada tiga pada kejohanan itu, selepas menjaringkan gol pertamanya menewaskan Laos 5-0 pada 24 Dis lepas di Stadium Nasional, Bukit Jalil.Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, pemain Sabah FC itu menyifatkannya sebagai kemenangan menakjubkan dalam Causeway Derby sebagai satu daripada malam terbesar bagi arena bola sepak negara dan memuji barisan kejurulatihan atas dedikasi serta kerja keras mereka di belakang tabir.\"Saya juga percaya setiap pemain yang melangkah kaki ke padang boleh mempamerkan persembahan yang boleh dibanggakan semua penyokong. Saya sangat bangga dapat mewakili negara,\u201d katanya.Mengakui bahawa perjalanan sukar menanti Malaysia pada separuh akhir menentang juara Kumpulan A Thailand selepas ini, pemain berusia 24 tahun itu bagaimanapun berkata beliau hanya mahu merebut peluang itu dan cuba memberikan keputusan terbaik untuk mara ke final.Vietnam menewaskan Myanmar 3-0 pada satu lagi aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam, sekali gus mengumpul 10 mata, diikuti Malaysia (sembilan mata), Singapura (tujuh mata) serta Myanmar dan Laos (masing-masing satu mata).Satu lagi saingan separuh akhir melibatkan pertembungan antara Vietnam dengan naib juara Kumpulan A, Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 01:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238941/berita/sukan/jasad-legenda-pele-selamat-disemadikan", "article_title": "Jasad legenda Pele selamat disemadikan", "article_text": "JASAD legenda bola sepak Brazil, Pele selamat disemadikan di Memorial Necropole Ecumenical, Santos pada Selasa.Terdahulu pada Isnin, keranda Pele ditempatkan di stadium Vila Belmiro Santos FC bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan terakhir.Presiden FIFA Gianni Infantino turut memberi penghormatan terakhir.\"Seluruh dunia mengenali Pele dan tahu apa yang Pele lakukan untuk bola sepak. Beliau membuat orang jatuh cinta dengan bola sepak,\" kata Infantino dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu dan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva turut menghadiri upacara persemadian itu.Pele yang digelar \"Mutiara Hitam\" meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 82 tahun selepas bertarung lama dengan kanser.Brazil mengisytiharkan tiga hari berkabung berikutan pemergian legenda bola sepak itu.Pele, penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah sukan itu dengan 1,283 gol menerusi 1,363 perlawanan sepanjang kariernya dari 1957 hingga 1977.Juga digelar \"O Rei,\" atau \"Raja,\" beliau dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. Pele memenangi enam gelaran Serie A Brazil, dua gelaran Copa Libertadores dan Piala Antara Benua untuk Santos.Beliau mengetuai Brazil memenangi tiga kejuaraan Piala Dunia, masing-masing pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 12:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238949/berita/sukan/penampilan-semula-ronaldo-di-epl-sukar---howe", "article_title": "Penampilan semula Ronaldo di EPL sukar - Howe", "article_text": "NEWCASTLE United berharap pemain sensasi, Cristiano Ronaldo akan melalui masa depan yang baik bersama kelab baharunya di Arab Saudi, Al Nassr di sebalik spekulasi kapten Portugal itu akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).Jurulatihnya, Eddie Howe menafikan laporan bahawa pemain berusia 38 tahun itu mempunyai klausa dalam kontrak dengan Al Nassr yang membolehkannya beraksi di Liga Juara-Juara jika Magpies berada dalam kelompok empat terbaik EPL.Howe turut menyifatkan perpindahan bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu ke Newcastle pada masa depan sukar direalisasikan.\u201cKami berharap yang terbaik buat Cristiano (Ronaldo) pada masa depan tetapi pada pandangan kami berita itu tidak benar,\u201d kata Howe.Ronaldo diperkenalkan oleh Al Nassr pada Selasa selepas bersetuju dengan tawaran yang dianggarkan bernilai 200 juta euro (RMRM929 juta) menerusi kontrak sehingga Jun 2025.Dia tiba di Arab Saudi dengan reputasi hebat selepas meraih kejayaan gemilang bersama Real Madrid dari 2009-18 apabila memenangi dua gelaran LaLiga, dua Piala Sepanyol, empat gelaran Liga Juara-Juara dan tiga Piala Dunia Kelab dari 2009 hingga 2018.Ronaldo dalam sidang media pertama selepas menyertai Al Nassr memberitahu tugasnya di Eropah sudah selesai.Bagaimanapun laporan di Sepanyol mendakwa pemenang lima kali Ballon d'Or mula mengintai peluang untuk kembali ke EPL.Laporan itu menyebut Ronaldo memasukkan klausa dalam kontraknya dengan Al Nassr bagi membolehkan menyertai Newcastle secara pinjaman jika mara ke Liga Juara-Juara musim depan.Saudi Public Investment Fund yang merupakan pemilik Al Nassr turut memiliki 80 peratus saham di Newcastle.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 12:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238937/berita/sukan/kejuaraan-serie-a-lebih-terbuka", "article_title": "Kejuaraan Serie A lebih terbuka", "article_text": "SAINGAN kejuaraan Serie A disifatkan lebih terbuka dan sengit sehingga penghujung musim berbanding musim sebelumnya berdasarkan situasi semasa bola sepak dunia ketika ini.Pengendali Itali, Roberto Mancini berkata, pemburuan kejuaraan Serie A akan lebih kompetitif selepas saingan berehat sementara bagi memberi laluan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum ini.\u201cIni adalah ramalan yang terlalu sukar, tambahan pula selepas saingan Serie A berehat lebih 50 hari.\"Tetapi Napoli mempunyai peluang yang baik, lapan mata di hadapan dan kumpulan terbukti yang juga telah menambah dua-tiga pemain yang kuat.\u201cPesaing semuanya rapat antara satu sama lain dan tepat pada masanya untuk memberi tekanan kepada Napoli, namun mereka perlu kembali bersaing dengan kuat dan pantas,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 12:13pm"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238925/berita/sukan/lokman-bangga-sertai-sri-pahang-fc", "article_title": "Lokman bangga sertai Sri Pahang FC", "article_text": "\"SUDAH pasti saya berbangga kerana dapat menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim ini,\" kata pemain sayap, Lokman Bah Din, 20, yang mencipta sejarah pemain pertama Orang Asli menyertai skuad tersebut.Anak jati Pahang yang berasal dari suku Semai, Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis di sini memberitahu, peluang tersebut tidak akan disia-siakan dan tekad mempamerkan aksi terbaik buat Tok Gajah.Menurutnya, selepas menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu, Lokman akui semakin serasi bersama rakan sepasukan.\"Mula-mula rasa segan juga tapi lama-kelamaan semakin serasi dengan mereka.\"Rakan sepasukan pun baik dan mereka banyak membantu selain jurulatih, Fandi Ahmad juga sporting,\" katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Anak ke-6 daripada lapan beradik itu juga berazam untuk memikat perhatian pasukan dan diturunkan selaku kesebelasan utama mengharungi Liga Malaysia musim ini.Mula aktif dalam sukan bola sepak sejak berusia 12 tahun, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Koyan, Lipis itu juga pernah pernah bersama skuad Piala Belia Pahang sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 11:00am"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238919/berita/sukan/lokman-bah-din-orang-asli-pertama-sertai-sri-pahang", "article_title": "Lokman Bah Din, orang asli pertama sertai Sri Pahang", "article_text": "[DIKEMAS KINI] MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbangga dengan penyertaan pemain orang asli dari negeri itu yang menyarung jersi Sri Pahang FC pada musim ini.Pemain terbabit, Lokman Bah Din, 20, antara yang diumumkan secara rasmi menyertai pasukan tersebut untuk musim 2023 sekali gus melakar sejarah pemain pertama orang asli menyertai skuad Sri Pahang FC.\"Ini berita baik yang sekian lama kita tunggu-tunggu, akhirnya menjadi realiti apabila dikhabarkan Lokman Bah Din telah terpilih untuk bersama skuad Sri Pahang FC pada musim ini.\"Lokman Bah Din adalah anak muda orang asli yang baru berusia 20 tahun, berasal dari kawasan saya, Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis.\"Saya amat berbangga mendengar khabar adanya anak muda orang asli yang seberani Lokman Bah Din ini dalam menyahut cabaran dalam pelbagai bidang, baik akademik, pentadbiran maupun sukan. Tahniah, dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau,\" katanya dalam laman Facebook miliknya pada Selasa.Jelas Wan Rosdy, beliau yakin pemilihan Lokman ke dalam skuad Sri Pahang FC akan membuka mata lebih ramai lagi anak-anak orang asli untuk sama bergiat aktif dalam bidang sukan di tanah air ini.\"Diharapkan dengan kehadiran Lokman akan memberikan impak tertentu ke dalam skuad Sri Pahang FC, serta berupaya mencipta kejayaan demi kejayaan dalam mengharungi saingan Liga Super Malaysia musim ini. Hogoh Pahang Hogoh,\" tambah beliau lagi.Dalam laman sosial Facebook Sri Pahang FC pada Selasa, pemain itu diumumkan sebagai rekrut terbaharu menyertai Tok Gajah musim ini dan pernah bersama skuad Piala Belia Pahang sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 10:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238918/berita/sukan/arsenal-sepatutnya-menang", "article_title": "Arsenal sepatutnya menang", "article_text": "ARSENAL mendakwa The Gunners sepatutnya menang pada aksi menentang Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu namun dinafikan oleh pengadil.Jurulatihnya, Mikel Arteta kecewa dengan keputusan pengadil yang tidak memberikan pasukannya dua penalti ketika pendahulu EPL itu terikat tanpa jaringan dengan Newcastle.\"Saya bangga dengan pemain saya. Cara kami beraksi menguasai perlawanan,\" ujar Arteta.Menurut Arteta, pengadil tidak mempedulikan rayuan pemainnya selepas pemain lawan, Jacob Murphy menahan dengan tangan ketika menghalang hantaran bola dalam kawasan penalti.Pengendali Gunners itu juga mendakwa Dan Burn bersalah menarik jersi pertahanan Arsenal, Gabriel di kawasan itu pada babak kedua.Jika penalti diberikan bagi kedua-dua insiden itu mungkin 'kejam' bagi Newcastle, tetapi Arteta yakin Arsenal sepatutnya menang perlawanan di Emirates.\"Kami ada banyak situasi dan dua penalti yang jelas.\"Ia mudah. Saya bercakap apa yang kami nampak. Memang jelas ia sepatutnya penalti,\" ujar Arteta.Mengenai insiden kedua yang dipertikaikan Arteta, pengurus Newcastle Eddie Howe berkata;\"Saya tidak fikir ia penalti tetapi anda hanya mungkin tidak tahu,\" ujar Howe.Keputusan seri itu bermakna The Gunners terlepas peluang melebarkan jurang 10 mata dengan pasukan di tangga kedua Manchester City yang akan menentang Chelsea pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 10:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238914/berita/sukan/ini-bukit-jalil-anda-tak-boleh-menari-di-sini---safawi", "article_title": "Ini Bukit Jalil, anda tak boleh 'menari' di sini - Safawi", "article_text": "KAPTEN pasukan negara, Muhammad Safawi Rasid ternyata tidak senang dengan perang psikologi berbau provokasi dibuat penyerang Singapura, Ikhsan Fandi menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam Selasa.Malaysia mencatat kemenangan 4-1 sekali gus memintas Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Selain berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang berjuang bermati-matian bagi meraih kemenangan penting itu, Muhammad Safawi berkata, kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk \u2018menari\u2019 di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.\"Pertama sekali saya sangat bangga dengan pemain dan terutama jurulatih yang selalu bagi motivasi kepada pasukan. Bagi saya kemenangan ini bagus sebab ada pemain Singapura nak menari malam ini (semalam), tapi tak jadi. Ini Bukit Jalil, anda tidak boleh melakukannya,\u201d katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.Ikhsan, anak kepada legenda penyerang Singapura Fandi Ahmad, menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya memuat naik gambar beliau dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, Mac lepas.Dalam hantarannya sebelum perlawanan itu, pemain BG Pathum United itu yang terlepas beraksi di Piala AFF akibat kecederaan menulis: \"Was planning on dancing on em again! God had other plans @Ilhanfa we gon get through this,\u201d (Merancang untuk menari lagi! Tuhan ada perancangan lain @Ilhanfa kita akan laluinya).Dalam pada itu, Muhammad Safawi terlalu gembira apabila memenangi Causeway Derby pertamanya sebagai pemain negara dengan membantu Malaysia menamatkan badi kemenangan menentang Singapura sejak November 2014.\"Bukan saya saja, seluruh pasukan gembira sebab kita menang bukan 1-0 tetapi 4-1. Bukan senang untuk dapatkan empat gol,\u201d kata pemain Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.Dalam pada itu, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasinya biarpun sudah mengumpul lima bantuan gol dalam empat perlawanan termasuk dua yang diraih pada Selasa.Katanya, selepas lama tidak beraksi, Piala AFF ialah pentas terbaik untuk menggilap semula namanya yang hampir tenggelam.\"Alhamdulillah dalam kempen kali ini saya dapat lima bantuan gol, ia bukan mudah jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama saya tak bermain dan kejohanan ini memang saya nak buat balik nama saya,\u201d kata pemain berusia 25 tahun itu.Malaysia yang juga juara 2010 akan berdepan juara bertahan Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di sini pada Sabtu ini dan di Stadium Thammasat di Pathum Thani Selasa depan. Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan Vietnam dengan Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 09:38am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238913/berita/sukan/prestasi-united-belum-sampai-tahap-cabar-kejuaraan", "article_title": "Prestasi United belum sampai tahap cabar kejuaraan", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag berkata, The Red Devils belum lagi dianggap sebagai pencabar kejuaraan musim ini,Namun pengurus dari Belanda itu tetap percaya terhadap skuad kendaliannya semakin meningkat selepas satu lagi kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Rabu.Gol daripada Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford di Old Trafford membolehkan United meraih kemenangan liga keempat berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang kepada pendahulu Arsenal kepada sembilan mata.Bagaimanapun United bergelut untuk mendapatkan jumlah mata terburuk dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu dan tidak memenangi kejuaraan liga utama Inggeris sejak 2013, ketika Alex Ferguson masih mengendalikan.\u201cItu satu langkah besar. Tidak (untuk kejuaraan), tetapi kepercayaan itu semakin meningkat dan ia adalah isyarat yang baik. Kami perlu memberikan setiap perlawanan 100 peratus tenaga dan fokus, jika anda mengekalkan falsafah itu adalah mungkin (perebutan kejuaraan).\"Kami tidak terlalu jauh ke hadapan, ia adalah Januari, tidak sampai separuh musim, perlawanan seterusnya adalah Everton, jadi kami akan menikmati 24 jam dan kemudian meneruskan,\u201d kata Ten Hag ketika ditanya mengenai sasaran United dalam perebutan kejuaraan.Untuk rekod United telah memenangi empat perlawanan Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri berturut-turut tanpa bolos buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Mei dan Oktober 2017, dan tidak bolos dalam liga di laman sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September.Pada perlawanan itu, penjaga gol tuan rumah David de Gea perlu melakukan beberapa penyelamatan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih dan mendapat pujian khusus daripada pengurusnya.\"Kami hanya kekal kuat secara bertahan jika kami melakukan tugas kami dan memberi 100 peratus dalam setiap situasi.\"Dia (De Gea) beraksi dengan sangat baik. Dia melakukan beberapa penyelamatan yang cemerlang dan hari ini salah satu sebab kami mempunyai banyak rekod bersih ialah David de Gea. Menentang West Ham, sebagai contoh, saya masih ingat penyelamatan daripadanya. Secara umumnya kami tidak tidak melepaskan begitu banyak peluang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 09:24am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238911/berita/sukan/di-eropah-tugasan-saya-sudah-selesai---ronaldo", "article_title": "'Di Eropah, tugasan saya sudah selesai...' - Ronaldo", "article_text": "KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan tugasannya di Eropah sudah selesai, sambil menegaskan mahu menikmati cabaran baharu di dalam dan di luar padang selepas diumumkan sebagai pemain kelab Arab Saudi Al Nassr pada Rabu.Ronaldo, yang merupakan ejen bebas berikutan perpisahan dengan Manchester United pada November, menyertai Al Nassr minggu lalu dengan perjanjian 2.5 tahun yang dianggarkan oleh media bernilai lebih 200 juta Euro (AS$210.94 juta).Ronaldo disambut oleh lautan kuning dan biru di halaman rumah Al Nassr, Mrsool Park, di mana ribuan para penyokong hadir untuk menyaksikan penampilannya.Selepas berucap pada sidang akhbar, Ronaldo dilihat bertemu dengan rakan sepasukan baharunya di bilik persalinan sebelum ke padang, berpakaian sepenuhnya dalam warna kelab.Penyokong yang berkumpul dengan kuat melaungkan namanya ketika dia berjalan di sekitar stadium 25,000 tempat duduk menandatangani bola sepak dan melepaskannya ke tempat penonton, sebelum dia disertai oleh keluarganya.\"Saya dan keluarga saya, ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan sambutan anda.\"Kami akan memberikan yang terbaik. Terima kasih semua,\" kata Ronaldo yang penuh emosi selepas diberikan mikrofon.Ronaldo tiba di Arab Saudi dengan koleksi penghormatan kelab yang banyak selepas mengharungi kejayaan gemilang di gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 2009-18 apabila dia memenangi dua gelaran LaLiga, dua Piala Sepanyol, empat gelaran Liga Juara-Juara dan tiga Piala Dunia Kelab.\"Saya sangat berbangga untuk membuat keputusan besar ini dalam hidup saya. Di Eropah, tugasan saya sudah selesai.\u201cSaya memenangi segala-galanya, saya bermain di kelab paling penting di Eropah dan kini ia adalah cabaran baharu di Asia,\u201d kata Ronaldo pada sidang akhbar.Sementara itu Ronaldo mengakui mendapat beberapa tawaran dari seluruh dunia selepas meninggalkan United, namun memilih untuk menandatangani dengan Al Nassr kerana perpindahan itu memberinya peluang untuk memberi impak di luar padang.\"Saya berterima kasih kepada Al Nassr, kerana memberi saya peluang untuk membangunkan bola sepak untuk generasi muda, untuk wanita juga. Bagi saya, ia adalah satu cabaran, tetapi saya juga berasa sangat gembira dan bangga.\"Saya boleh katakan sekarang, saya mempunyai banyak peluang di Eropah, Brazil, Australia dan Amerika Syarikat. Malah di Portugal, banyak kelab cuba menandatangani saya, tetapi saya memberi kata-kata kepada kelab ini, untuk membangunkan bukan sahaja bola sepak tetapi juga yang lain. bahagian negara ini,\" kata Ronaldo.Pemain berusia 37 tahun itu menepis soalan mengenai kritikan terhadap perpindahannya ke Arab Saudi, dengan berkata, \"Saya seorang pemain yang unik, bagi saya ia adalah perkara biasa.\"Sementara itu, pengendali Al Nassr, Rudi Garcia berkata, menandatangani Ronaldo adalah satu langkah besar untuk liga Arab Saudi.\u201cDalam hidup saya, saya telah melihat bahawa pemain hebat seperti Cristiano adalah yang paling mudah untuk dikendalikan, kerana tiada apa yang boleh saya ajar kepadanya.\"Seperti yang dia katakan, kami di sini untuk menang, tidak ada yang lain. Saya mahu dia menikmati bermain dengan Al Nassr dan menang dengan Al Nassr, itu sahaja,\" kata Garcia.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238906/berita/sukan/piala-aff-antara-aksi-terbaik-harimau-malaya---pan-gon", "article_title": "Piala AFF: Antara aksi terbaik Harimau Malaya - Pan Gon", "article_text": "KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam Selasa sebagai antara persembahan terbaik anak buahnya.Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, beliau gembira melihat skuad kendaliannya berjaya menampilkan potensi mereka ketika membenam skuad Singa sekali gus mengesahkan slot separuh akhir kejohanan itu di hadapan 65,147 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.\"Kita boleh lihat semangat mereka (pemain Harimau Malaya). Mereka telah memberi kesungguhan di atas padang, menunjukkan semangat berpasukan yang hebat dan menyajikan perlawanan yang baik kepada peminat malam ini, itu adalah yang paling mengagumkan,\u201d katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan di sini.Katanya, kemenangan tersebut membuktikan bahawa semua kerja keras mereka sejak lima minggu lalu telah membuahkan hasil kerana mereka masih \u2018hidup\u2019 dalam kejohanan yang dipanggil 'Piala Dunia ASEAN' itu.Bukan itu sahaja, Pan Gon berkata, beliau gembira melihat pemainnya dapat mengembalikan semula momentum selepas kekalahan kontroversi 0-3 menentang Vietnam, minggu lalu.\"Saya rasa pemain berada di bawah tekanan yang besar (sebelum perlawanan Singapura) kerana mereka perlu beraksi untuk meyakinkan diri mereka sendiri...Saya menggalakkan pemain untuk menikmati suasana perlawanan ini tetapi esok kita mula semula,\" katanya.Sementara itu, ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, mengakui beliau kecewa dengan keputusan itu selepas gagal membawa pasukan bimbingannya untuk mara ke separuh akhir.\"Ini satu keadaan yang sukar untuk bermain di sini tetapi terdapat banyak ruang untuk diperbaiki memandang terdapatnya potensi untuk meningkat lebih jauh. Bagaimanapun, tahniah Malaysia dan saya ucapkan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya,\u201d katanya.Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A, Thailand, pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu ini dan di Bangkok pada Selasa depan.Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Vietnam, yang menewaskan Myanmar 3-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B di Hanoi, malam ini, muncul juara kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan A, Indonesia, Jumaat ini dan Isnin depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 08:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238907/berita/sukan/arsenal-seri-manchester-united-menang", "article_title": "Arsenal seri, Manchester United menang", "article_text": "HARAPAN Arsenal untuk melebarkan pendahuluan 10 mata dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dimusnahkan Newcastle United dalam keputusan seri 0-0 di The Emirates.Pada masa sama Manchester United meneruskan prestasi positif apabila menang 3-0 ke atas Bournemouth di The Old Trafford pada Rabu.Pertembungan antara pasukan di kedudukan pertama dan ketiga di London tidak menepati sasaran skuad kendalian Mikel Arteta apabila Newcastle meneruskan rekod bersih ke-10 liga musim ini.Manchester United pula mengukuhkan kedudukan empat teratas, menyamai mata dengan Newcastle apabila gol oleh Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford mengesahkan kemenangan 3-0.Arsenal, yang gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini dalam semua pertandingan, mempunyai 44 mata daripada 17 perlawanan dengan juara Manchester City dengan 36 mata selepas bermain 16.Newcastle United pula mempunyai 35 daripada 18 perlawanan, mendahului United dengan perbezaan gol walaupun bermain lebih banyak perlawanan.Everton pula yang mengikat Manchester City pada Ahad menamatkan rekod bersih tiga perlawanan dalam liga, apabila tumbang kembali dibelasah 1-4 oleh Brighton & Hove Albion.Kaoru Mitoma memberikan Brighton pendahuluan dan Everton rebah selepas rehat ketika Evan Ferguson, Solly March dan Pascal Gross menjaringkan gol dalam lima minit yang menyaksikan penyokong setia Goodison Park terpegun sebelum meninggalkan stadium.Kekalahan itu menyebabkan Everton hanya satu mata di atas zon penyingkiran sekali gus tekanan yang besar terhadap pengurus Frank Lampard.\"Kesilapan individu dan isu pertahanan kolektif. Begitulah keadaannya.\"Ia bukan soal kemarahan. Kami kecewa. Kami mahu memenangi perlawanan,\" kata Lampard, yang pasukannya boleh jatuh ke tiga terbawah.Sementara itu, Fulham menang 1-0 ke atas Leicester City di Stadium King Power untuk melangkah ke tempat ketujuh liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 08:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238893/berita/sukan/bukan-budaya-komuniti-sukan-malaysia", "article_title": "Bukan budaya komuniti sukan Malaysia", "article_text": "INSIDEN jurulatih skuad bola tampar remaja yang bertindak menampar dua pemainnya bukan merupakan budaya dalam komuniti sukan negara ini.Sebaliknya, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala yang terlibat hampir 24 tahun dalam pengendalian pasukan kebangsaan menyifatkan sebagai satu kes terpencil di negara ini.\u201cSejujurnya insiden tampar pemain ini bukan satu budaya dalam pengendalian atlet atau pasukan di negara ini.\u201cBudaya jurulatih menggunakan fizikal untuk memperbetulkan atau memperbaiki persembahan atlet atau pasukan sudah tidak berlaku lagi.\u201cSituasi yang tular di media sosial baru-baru ini boleh disifatkan kes terpencil dalam arena sukan negara,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan seorang individu yang didakwa sebagai jurulatih pasukan bola tampar bertindak menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan pada 16 Disember lalu.Menurut Shamala, budaya menggunakan elemen fizikal bagi meningkatkan prestasi atlet atau pasukan juga tidak diamalkan dalam pembangunan sukan tanah air.Katanya, berkemungkinan pada suatu masa dulu insiden sebegini pernah berlaku dari segi persepsi jurulatih bahawa teguran menggunakan lisan mampu meningkatkan prestasi atlet.\u201cNamun sejajar perubahan zaman dengan wujudnya elemen sains dan sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini tidak wujud lagi.\u201cHarus juga di ingat generasi muda sukan masa ini tidak menerima lagi pendekatan penggunaan fizikal dalam meningkat prestasi atlet, selain terdapat juga tindakan perundangan terhadap individu yang berbuat demikian.\u201cDan saya percaya reaksi tidak hanya komuniti sukan tetapi masyarakat Malaysia juga menolak pendekatan sebegini secara keseluruhannya,\u201d katanya.Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa menyifatkan senario tersebut bukan sesuatu perkara yang baharu dalam komuniti sukan.Jelasnya, senario yang berlaku itu juga suatu masa dahulu pernah berlaku dalam kalangan komuniti sukan beberapa negara blok Eropah timur dan juga di Amerika Syarikat (AS).\u201cSecara peribadi ini merupakan senario biasa dalam arena sukan di seluruh dunia sebelum ini yang dikendalikan individu bersifat autokratik dan rejim.\u201cCumanya tindakan menggunakan pendekatan fizikal dan lisan dipraktikkan semasa sesi latihan atau di bilik persalinan.\u201cNamun sesuai dengan perkembangan masa kaedah fizikal tidak lagi sesuai dengan kehadiran sains dan sukan tambahan pula dengan era media sosial yang mewarnai kehidupan masyarakat pada masa ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238892/berita/sukan/inzaghi-bimbang-rehat-lama-jejas-inter-milan", "article_title": "Inzaghi bimbang rehat lama jejas Inter Milan", "article_text": "PENGENDALI Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui terdapat kebimbangan mengenai prestasi gergasi Serie A itu selepas rehat tujuh minggu untuk Piala Dunia ketika apabila melayan kunjungan Napoli awal pagi Khamis.\u201cTerdapat lebih banyak kebimbangan daripada kepastian, rehat yang begitu lama adalah sesuatu yang baharu untuk semua orang.\u201cKami bekerja keras, mereka yang tiba kemudian dari Piala Dunia sedang mengejar, saya berpuas hati dengan semua orang walaupun keadaan tidak boleh sama untuk semua.\u201cKami tidak sabar untuk memulakan semula, perlawanan musim lalu adalah perlawanan yang menarik yang memberi kami rangsangan untuk bulan-bulan berikutnya.\u201cKami tahu kami akan berdepan pasukan yang hebat, satu-satunya pasukan yang belum tewas di Eropah,\" kata Inzaghi.Napoli mencatat rekod kelab dengan 11 kemenangan liga berturut-turut dalam semusim sebelum rehat dan akan mengikat rekod keseluruhan Juventus dengan kemenangan ke atas pasukan Inzaghi.Sementara itu, terdapat berita baik untuk jurulatih Itali tersebut yang sebelum ini dibelenggu kecederaan pemain musim ini.\u201cKami akhirnya mempunyai empat penyerang yang tersedia, Lautaro (Martinez) tiba empat hari lalu, tetapi dia ok, (Joaquin) Correa bertambah baik, (Edin) Dzeko dan (Romelu) Lukaku berlatih dengan pasukan lebih sedikit. Kami mempunyai dua latihan sesi lagi, dan saya akan membuat penilaian saya.\u201cLukaku berasa baik, sama seperti Lautaro. Pemain Belanda bermain dengan baik (Denzel) Dumfries mempunyai sedikit masalah tetapi kembali. (Andre) Onana pendiam dan mempunyai keinginan.\u201cTerdapat semangat, kami mahu bermain perlawanan yang hebat esok,\u201d kata Inzaghi.Inter berada di tempat kelima mengekori pendahulu Napoli dengan 11 mata, namun Inzaghi masih belum berputus asa dalam pemburuan Scudetto.\u201c... 23 perlawanan berbaki, dan kami mahu memulihkan kekalahan dengan menentang antara satu pasukan terbaik di Eropah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238889/berita/sukan/terima-kasih-penyokong-harimau-malaya", "article_title": "Terima kasih penyokong Harimau Malaya!", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu dalam kemenangan 4-1 ke atas Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Kemenangan itu menyaksikan skuad negara muncul naib juara Kumpulan B, sekali gus berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.\"Terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang hadir. Ia merupakan kuasa dan tenaga untuk kami berjuang.\"Tahniah juga kepada pemain yang menunjukkan kualiti mereka untuk menundukkan Singapura.\"Ini adalah salah satu persembahan terbaik pasukan. Mereka memberikan segalanya kepada penyokong malam ini,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Sebelum ini, Pan-gon meminta penyokong hadir beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan dalam misi wajib menang skuad negara ke atas Singapura.Permintaan Pan-gon itu disahut 'pemain ke-12' negara apabila lebih 65,000 penyokong hadir memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil.Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 11:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238885/berita/sukan/hannah-pelawa-rakyat-malaysia-sertai-soal-selidik-e-sukan", "article_title": "Hannah pelawa rakyat Malaysia sertai soal selidik e-sukan", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS), melalui inisiatif Esports Integrated (ESI) dan Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES) baru-baru ini melancarkan soal selidik dalam talian ke seluruh negara untuk mengumpul maklumat dan pandangan tentang ekosistem e-sukan Malaysia.Penyelidikan ini akan digunakan oleh KBS bagi membangunkan dasar dan strategi berkaitan e-sukan pada masa-masa yang akan datang, serta sindikasi luaran kepada semua pemegang taruh e-sukan tempatan dan antarabangsa yang terlibat.Bermula dengan soal selidik dalam talian selama dua bulan dari akhir Disember 2022 hingga Februari 2023, soal selidik yang berlangsung di seluruh negara ini menyasarkan untuk mengumpulkan maklumat penting tentang demografi, psikografi peminat e-sports Malaysia dan kesan kewangan terhadap mereka.Soalan-soalan adalah terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu, Pengetahuan Am, Persepsi dan Ekosistem. Soal selidik dalam talian itu akan disusuli dengan pembentukan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang terdiri daripada pakar e-sukan tempatan dan pihak berkepentingan pada Mac 2023 bagi tujuan perbincangan kumpulan fokus, untuk memahami ekosistem pada tahap yang lebih mendalam dan teknikal.\"Kajian menyeluruh tentang ekosistem e-sukan tempatan adalah penting untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan maklumat kritikal yang sebelum ini tidak kita ketahui. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua keputusan yang dibuat didorong oleh data.\"Memandangkan pemain Malaysia terus-menerus mengerahkan segala kemampuan dan mencapai kejayaan di peringkat serantau dan antarabangsa, adalah penting bagi kami untuk melihat secara ke dalam (inward) untuk mengukur potensi pertumbuhan pasaran Malaysia dan kesannya pada masa hadapan ke atas ekonomi, dan pembangunan belia dan sukan di Malaysia.\"Saya menggesa semua rakyat Malaysia yang aktif bermain atau pernah bermain mana-mana permainan e-sukan pada masa lalu untuk menyertai tinjauan dalam talian ini,\" kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Soal selidik dalam talian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan e-sukan atau pernah bermain mana-mana judul permainan e-sukan. Klik https://bit.ly/esportsmy untuk menyertai soal selidik ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 10:35pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238884/berita/sukan/harimau-malaya-baham-singapura-layak-ke-separuh-akhir", "article_title": "Harimau Malaya baham Singapura, layak ke separuh akhir", "article_text": "HARIMAU Malaya mengotakan janji untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan Singapura 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Menggalas misi wajib menang, Malaysia bermula garang pada separuh masa pertama perlawanan apabila berjaya menguasai bola, memaksa pemain Singapura lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.Peluang skuad negara muncul seawal minit kelapan apabila Faisal Halim menyambut hantaran Safawi Rasid, namun rembatannya ditampan Hassan Sunny sebelum percubaan susulan daripada Ruventhiran turut diselamatkan penjaga gol Singapura itu.Dipadu sorakan lebih 65,000 penyokong setia, Harimau Malaya terus menggandakan asakan melalui sepakan penjuru Safawi yang ditanduk Faisal, namun percubaanya melewati palang gol.Skuad The Lions yang hanya sesekali berjaya masuk ke kawasan Malaysia mencetuskan cemas buat pertahanan negara menerusi rembatan Song Uiyoung pada minit ke-26 yang tersasar ke sebelah kanan gawang dikawal Ahmad Syihan Hazmi.Jaringan yang ditunggu Harimau Malaya akhirnya tiba apabila Darren Lok menanduk kemas hantaran lintang Safawi pada minit ke-35 untuk menggegarkan Stadium Nasional, Bukit Jalil.Bersambung separuh masa kedua, skuad kendalian Kim Pan-gon tidak mengendurkan asakan sebaliknya terus mengatur serangan ke kubu pasukan Seberang Tambak itu.Harimau Malaya mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-51 menerusi Stuart Wilkin yang merembat deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Hassan.Bagaikan tidak puas, Wilkin sekali lagi bertindak cemerlang menerima hantaran Safawi sebelum dia berpusing dan melepaskan ledakan jaringan pada minit ke-54.Singapura cuba bangkit pada lima minit terakhir perlawanan menerusi gol pemain gantian, Faris Ramli pada minit ke-85.Dalam keghairahan Singapura menyerang, Harimau Malaya hadir dengan serangan balas pantas yang menyaksikan Sergio Aguero menjaringkan gol keempat negara pada minit ke-88.Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.Manakala, satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara kumpulan B, Vietnam yang akan berhadapan naib juara kumpulan A, Indonesia.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 10:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238882/berita/sukan/ken-block-meninggal-dunia", "article_title": "Ken Block meninggal dunia", "article_text": "PELUMBA rali profesional, Ken Block meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas terlibat dalam kemalangan kereta salji.Pasukan Hoonigan Racing Block mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan di Instagram pada Selasa.\u201cKen adalah seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, seorang bapa dan suami. Dia akan sangat dirindui,\u201d katanya.Kemalangan itu berlaku di daerah Wasatch Utah dan Pejabat Syerif berkata, bahawa Block sedang menunggang di cerun curam apabila kereta salji itu terbalik dan mendarat di atasnya.\u201cDia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu,\u201d katanya sambil menambah dia menunggang dalam kumpulan, namun bersendirian ketika kemalangan.Setelah memulakan kerjaya ralinya pada 2005, Block dinamakan Rookie of the Year dalam Kejohanan Rally America.Dia bertanding dalam Kejohanan Rali Dunia dan memenangi beberapa pingat rali silang di Sukan X.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 10:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238888/berita/sukan/badminton-tertutup-johor-2023-buka-tirai", "article_title": "Badminton Tertutup Johor 2023 buka tirai", "article_text": "PERSATUAN Badminton Johor (JBA) melalui Presiden, Mat Rasid Jahlil mengumumkan penganjuran Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 edisi ke-11 akan berlangsung pada 5 hingga 8 Januari dengan lebih 600 peserta dijangka menghangatkan saingan di DBC Sport Arena, Pontian, Johor.Kejohanan edisi ke- 11 itu akan mempertandingkan sebanyak lima kategori iaitu bawah 21, bawah 16, bawah 14, bawah 12 dan juga bawah 10 tahun.Jelas Mat Rasid, kejohanan yang memasuki edisi ke-11 itu akan melibatkan pemain yang berusia di bawah 21 tahun dengan sasaran penganjuran adalah untuk menambah kelompok pemain berbakat dari Johor untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan selain sebagai persiapan menjelang beberapa edisi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.\u201cObjektif penganjuran edisi ke-11 ini adalah untuk menambah seberapa ramai lagi pemain berbakat dari negeri Johor serta menyediakan platform terbaik untuk mereka beraksi secara kompetitif. Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.\u201d\u201cUntuk edisi kali ini, kami berterima kasih kepada Kelab Badminton Ampang Jaya di atas penajaan hadiah wang tunai RM10,000 selain akan menyediakan ruang bagi para pemain terpilih untuk berlatih bersama-sama kelab tersebut.\u201dAntara pemain yang akan menjadi tumpuan ialah Dania Sofea yang mengungguli kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun pada edisi ke-10 yang akan beraksi untuk mempertahankan kejuaraan edisi kali ini.Dania Sofea yang cemerlang di Kejohanan Remaja Asia Bangkok 2022 juga berkata, \u201cSudah tentu kejohanan seperti ini akan memberikan saingan terbaik kepada saya serta pemain-pemain muda yang lain untuk bersaing secara kompetitif sebagai persiapan untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.\u201dSelain itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki Ariffin Nazri Mohd Zakaria yang ingin menebus kekalahan pada edisi yang lalu kini bertanding dalam kategori bawah 21 tahun.\u201cSaya ingin menunjukkan kemampuan sebenar selepas memenangi kejuaraan bawah 18 tahun peringkat kebangsaan, Ogos lalu.\u201d\u201cSaya bertekad untuk membuktikan bahawa permainan saya semakin bertambah baik dalam setiap kejohanan yang saya sertai.\u201d kata Ariffin yang dipilih untuk bersaing di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol.Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 turut mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negeri Johor, YOUNG-International, dan DBC Sport Arena. Saingan tersebut akan berlangsung dari 5 hingga 8 Januari di DBC Sport Arena, Pontian, Johor.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 08:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238878/berita/sukan/tze-yong-tekad-mara-lebih-jauh-di-terbuka-malaysia", "article_title": "Tze Yong tekad mara lebih jauh di Terbuka Malaysia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan berpuas hati walaupun berada kelompok 30 terbaik dunia.Sebaliknya, pemain ranking ke-27 dunia itu menyasarkan meningkatkan prestasi sekali gus mencapai kedudukan ranking yang lebih tinggi pada tahun ini.Malah dia menyifatkan Kejohanan Terbuka Malaysia 2023, kejohanan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), merupakan platform terbaik untuk mendapat pendedahan bersaing dengan kelompok pemain terbaik dunia.\u201cPada Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari nanti, saya akan cuba untuk mara lebih jauh walaupun tiada sasaran khusus yang ditetapkan oleh barisan jurulatih setakat ini,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, pada SelasaBeliau yang pertama kali beraksi di kejohanan berstatus Super 1000 itu, dijadual menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen, pada perlawanan awal di Axiata Arena, Bukit Jalil.Selain Tze Yong, Terbuka Malaysia itu turut menampilkan seorang lagi wakil bagi acara perseorangan lelaki membabitkan jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia.Zii Jia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentang pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada perlawanan pembukaan 10 Januari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 08:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238870/berita/sukan/piala-aff-penyokong-harimau-malaya-banjiri-stadium-nasional", "article_title": "Piala AFF: Penyokong Harimau Malaya banjiri Stadium Nasional", "article_text": "SEMANGAT penyokong Harimau Malaya jelas membara apabila lebih 55,000 tiket telah terjual bagi aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan sebanyak 56,742 tiket berjaya disambar peminat bagi aksi \u2018Derbi Seberang Tambak\u2019 setakat jam 5 petang ini, sekali gus melepasi rekod kehadiran 29,961 penonton ketika Malaysia membelasah Laos 3-0 di gelanggang keramat tersebut, 24 Disember lalu.Tinjauan Bernama mendapati walaupun hujan lebat mulai jam 5 petang tadi, bahang perlawanan \u2018hidup mati\u2019 skuad kebangsaan semakin dirasai menjelang sepak mula jam 8.30 malam ini sehingga menyaksikan peminat bersesak untuk berteduh di ruang pejalan kaki sebelum memasuki stadium yang mula dibuka 4 jam petang.Bagi pelajar universiti awam, Mohamad Syahin Masrizal, 20, beliau mengharapkan agar hujan bakal membawa rahmat kepada pasukan bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk mengatasi Singapura dan seterusnya mara ke separuh akhir.\"Kalau ikut cuaca macam ini, permainan kedua-dua pasukan akan perlahan dan kurang rancak, tapi saya rasa Malaysia menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim,\u201d katanya ketika ditemui Bernama.Dalam pada itu, eksekutif pemasaran, Ahmad Mustaqim Mustafa, 41, sanggup hadir terus ke stadium dari tempat kerja bagi menyaksikan perlawanan tersebut.\"Saya tak sempat tukar baju, terus ke stadium, nasib baik tak hujan ketika dalam perjalanan tadi,\u201d katanya.Pekerja restoran, yang hanya mahu dikenali sebagai Arbi, 24, pula memanfaatkan cuti awal tahun untuk menonton Harimau Malaya buat kali kedua di sini, selepas berbuat demikian ketika pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 selepas mengatasi Bangladesh, 4-1, dalam peringkat kelayakan Jun lepas.\"Kebetulan cuti hari ini, saya pun tanpa fikir panjang terus beli tiket semalam. Saya doakan Malaysia menang 2-1 menentang Singapura,\u201d katanya.Singapura, juara empat kali dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir, kini mempunyai kelebihan satu mata di kedudukan kedua Kumpulan B manakala Malaysia ketiga dengan mengumpul enam mata.Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan pendahulu Vietnam, melayan kunjungan Myanmar di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 07:13pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238865/berita/sukan/kanvas-tutup-padang-snbj-milik-psm", "article_title": "Kanvas tutup padang SNBJ milik PSM", "article_text": "PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil langkah awal dengan menutup Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) dengan kanvas susulan hujan lebat.\"Susulan hujan lebat, para sukarelawan telah memasang kanvas milik PSM bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang perlawanan antara Malaysia dan Singapura.\"Menjunjung kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini kepada PSM,\" perbadanan itu dalam satu hantaran di laman Facebook mereka pada Selasa.Sebelum ini, Tunku Ismail sudah beberapa kali meminjamkan kanvas kepada PSM seperti pada perlawanan Akhir Piala Malaysia pada Ogos dan ketika aksi Piala AFF menentang Laos Disember lalu.Malaysia dijadualkan menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan B Piala AFF 2022 jam 8.30 malam ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 06:48pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238863/berita/sukan/insiden-tampar-dapat-perhatian-jurulatih-dari-iran", "article_title": "Insiden tampar dapat perhatian jurulatih dari Iran", "article_text": "INSIDEN video tular seorang jurulatih pasukan bola tampar remaja menampar dua pemain dalam satu kejohanan pada 16 Disember lalu menarik perhatian umum.Seorang jurulatih bola sepak dari Iran, Mehran Rowshan turut melahirkan kebimbangan berkemungkinan tindakan jurulatih tersebut seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam pasukan itu.\u201cApa yang membimbangkan saya bukan insiden jurulatih itu menampar pemain berkenaan. Namun reaksi kedua-dua pemain tersebut yang seolah tidak mempunyai apa-apa perasaan apabila diperlakukan sedemikian.\u201cIni secara tidak langsung menunjukkan seolah tindakan jurulatih tersebut suatu perkara biasa dan mereka tidak ada masalah jika dilakukan sedemikian. Satu video yang mengecewakan,\u201d katanya dalam satu perkongsian di laman TikToknya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 06:21pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238855/berita/sukan/isu-tampar-pemain-kekasaran-fizikal-beri-kesan-negatif", "article_title": "Isu tampar pemain: Kekasaran fizikal beri kesan negatif", "article_text": "KEKASARAN fizikal atau pembulian disifatkan sebagai tindakan keterlaluan yang mampu memberikan kesan negatif berpanjangan terhadap mangsa.Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun menegaskan, insiden jurulatih yang menampar pelajar baru-baru ini bukanlah budaya rakyat negara ini dan telah menjatuhkan kredibiliti jurulatih profesional Malaysia.\u201cMBM memandang serius dan mengecam insiden yang tular di media sosial berkaitan tindakan seorang jurulatih yang menampar pemainnya di Kota Tinggi, Johor semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun pada 16 Disember lalu.\u201cKejadian yang berlaku benar-benar mencemar kod etika jurulatih yang seharusnya lebih bertanggungjawab bukan sahaja terhadap pelajar, malah terhadap ibu bapa atau penjaga yang telah meletakkan amanah untuk memberi bimbingan kepada anak mereka.\u201cMBM konsisten dengan ketegasan membela keadilan sosial masyarakat dengan menentang semua jenis kekerasan serta gangguan terhadap semua golongan khususnya melibatkan beliawanis yang merupakan nadi masa hadapan negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ujar beliau, jurulatih sukan sewajarnya melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan terkini yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet, sekali gus menjadi ruang selamat dan terbaik dalam membangun bakat yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.Dalam isu ini katanya, seluruh barisan pengurusan pasukan terutamanya jurulatih tersebut harus sedar bahawa \u2018matlamat tidak boleh menghalalkan cara\u2019.\u201cSyabas dan terima kasih juga harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sertaMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang pantas dengan mengutuk tindakan jurulatih tersebut dan arahan untuk mengadakan siasatan mendalam telah dikeluarkan, selain inisiatif mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa pelajar.\u201cMBM berharap keadilan sewajarnya dapat diperoleh dan semoga insiden ini dapat menjadi iktibar kepada setiap lapisan masyarakat untuk lebih cakna terhadap pematuhan garis panduan pelaksanaan tanggungjawab dalam apa jua bidang, terutamanya yang melibatkan hak asasi kumpulan rentan,\u201d ujar beliau.Hasnul menambah, mangsa tidak perlu takut untuk tampil ke hadapan membuat laporan kepada pihak berkuasa agar perkara seumpama ini dapat dibendung bersama.Selain itu, beliau menyarankan agar setiap pemegang taruh sukan memainkan peranan dengan mengambil langkah susulan yang menyeluruh.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 05:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238842/berita/sukan/buku-takziah-digital-pele-kini-tersedia-untuk-rakyat-malaysia", "article_title": "Buku takziah digital Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia", "article_text": "BUKU ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil, Pele.Menurut kenyataan Kedutaan Brazil di Malaysia, buku ucapan takziah itu dibuka mulai Selasa (3 Januari) hingga Sabtu (7 Januari) dan sebarang ucapan takziah hendaklah dihantar ke alamat e-mel: brasemb.lumpur@itamaraty.gov.br.Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser.Raja bola sepak Brazil itu menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya.Gerakannya yang lincah serta kelajuannya membantu merevolusikan permainan dan meningkatkan populariti bola sepak di seluruh dunia.Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA, memilihnya sebagai pemain abad ini bersama-sama bintang Argentina Diego Maradona yang meninggal dunia pada 2020. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238843/berita/sukan/kecederaan-paksa-cheng-wen-tinggalkan-skuad-kebangsaan", "article_title": "Kecederaan paksa Cheng Wen tinggalkan skuad kebangsaan", "article_text": "KECEDERAAN di bahu kiri yang dialami pemain badminton beregu campuran negara, Yap Cheng Wen memaksanya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kariernya sebagai atlet kebangsaan.Atlet berusia 27 tahun itu memaklumkan, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat pakar perubatan dengan mengambil kira faktor kecederaan yang dialaminya.Tanpa mendedahkan butiran lanjut hala tuju kerjayanya selepas ini, atlet kelahiran Melaka itu tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan minatnya dalam sukan tersebut sebagai jurulatih.\"Tetapi saya juga ada perancangan lain yang saya mahu buat untuk karier saya,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Dua hari lepas, Cheng Wen mengesahkan telah meninggalkan BAM menerusi akaun Instagramnya, selepas 15 tahun berada dalam pasukan kebangsaan.Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini berkata, Cheng Wen telah menyuarakan kehendaknya sejak awal tahun lepas lagi.\"Dia (Cheng Wen) memang sudah merancang sejak awal tahun 2022, dia kata dia akan cuba bertahan sepanjang 2022, tetapi ternyata pemeriksaan terakhir imbasan pengimejan resonan magnetik (MRI), doktor kata memang koyak di bahu kirinya.\"Semasa di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia lagi dia sudah tidak selesa bermain...dia tiada masalah lain di BAM, jadi dia memang dah melepaskan badminton,\u201d katanya.Selain Cheng Wen, jurulatih beregu campuran Teo Kok Siang, turut memaklumkan akan meninggalkan BAM menerusi akaun Instagramnya.Mengulas mengenai keputusan Kok Siang itu, Rexy memaklumkan perkara itu tidak mengganggu struktur barisan kejurulatihan beregu campuran di BAM, yang kini berada dalam keadaan baik dengan kehadiran jurulatih beregu campuran baharu Nova Widianto, baru-baru ini.Bagaimanapun, beliau berkata, BAM bakal menambah seorang lagi pembantu jurulatih bagi beregu lelaki dalam masa terdekat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 05:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238835/berita/sukan/perbaiki-ranking-dunia-azam-tahun-baharu-tze-yong", "article_title": "Perbaiki ranking dunia, azam tahun baharu Tze Yong", "article_text": "MESKIPUN telah berada dalam kelompok 30 terbaik dunia, namun pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan berpuas hati dan menyasar untuk meningkatkan prestasi sekali gus mencapai kedudukan ranking yang lebih tinggi pada tahun ini.Bagi pemain di ranking ke-27 dunia itu, Kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), merupakan platform terbaik untuk mendapat pendedahan bersaing dengan kelompok pemain terbaik dunia.\"Pada Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari nanti, saya akan cuba untuk mara lebih jauh walaupun tiada sasaran khusus yang ditetapkan oleh barisan jurulatih setakat ini,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini hari ini.Beliau yang kali pertama beraksi di kejohanan bertaraf Super 1000 itu, dijadual menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen, pada perlawanan pembukaan yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.Selain Tze Yong, Terbuka Malaysia itu turut menampilkan seorang lagi wakil bagi acara perseorangan lelaki membabitkan jaguh perseorangan profesional, Lee Zii Jia.Zii Jia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentang pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada perlawanan pembukaan 10 Januari ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 04:37pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238829/berita/sukan/azam-azmi-murad-digantung-dua-perlawanan-denda-harimau-malaya-piala-aff", "article_title": "Azam digantung dua perlawanan, denda AS$1,000", "article_text": "PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan susulan insiden kad merah yang diterimanya dalam aksi Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa lalu.Malah, pemain muda Terengganu FC (TFC) itu turut didenda AS$1,000 (RM4,390) dan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh selepas keputusan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).\"Satu penggantungan automatik adalah bagi aksi berdepan Singapura dan baki penggantungan akan berkuat kuasa bagi perlawanan seterusnya di AFF mengikut Artikel 38.2.1 Kod Etika dan Disiplin AFF.Sato melayangkan kad merah kepada Azmi ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh pada Selasa lalu.\"Denda AS$1,000 (RM4,390) dikenakan berdasarkan Artikel 48.2 Kod Etika dan Disiplin AFF dan pemain itu diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama bagi mengelak hukuman yang lebih berat.\"Keputusan ini tidak boleh dirayu,\" menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan AFF.Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika AFF mendapati Azam bersalah dalam insiden kekasaran di Stadium My Dinh itu yang menyaksikannya dibuang padang pada minit ke-62.Insiden kekasaran itu berlaku di luar padang apabila Azam dikatakan bertindak balas mengasari pemain Vietnam, Doan Van Hau.Menerusi rakaman televisyen, insiden itu berlaku selepas Azmi terlebih dahulu dirempuh Van Hau sehingga mereka berlanggar dengan papan billboard di belakang kotak penalti Malaysia.Azmi cuba bangkit tetapi kakinya dilihat mengenai muka Van Hau sebelum pengadil dari Jepun, Ryuji Sato kemudiannya turut menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 04:21pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238783/berita/sukan/setiap-negara-disaran-namakan-stadium-sempena-pele", "article_title": "Setiap negara disaran namakan stadium sempena Pele", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyarankan setiap negara agar menamakan sebuah stadium bersempena nama Pele sebagai penghormatan kepada legenda Brazil itu.Pele - satu-satunya pemain yang berjaya meraih gelaran juara Piala Dunia sebanyak tiga kali meninggal dunia di Sao Paulo minggu lalu pada usia 82 tahun.\u201cKami akan meminta setiap negara di dunia mempunyai sekurang-kurangnya satu stadium bersempena nama Pele. Ia supaya kanak-kanak tahu kepentingan Pele,\u201d katanya.Gesaan Infantino itu hadir ketika ribuan peminat berhimpun di Stadium Vila Belmiro milik Santos bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Pele pada Selasa.Kerandanya diletakkan di tengah padang bagi membolehkan peminat memberikan penghormatan dalam tempoh 24 jam sebelum perarakan di jalan sekitar Santos.Menamakan gelanggang sukan dengan nama bekas pemain bukanlah perkara asing, antaranya ialah Arena Puskas Hungary dan Arena Johan Cruyff di Amsterdam.Kelab Serie A, Napoli pula menamakan semula gelanggang keramat mereka sebagai Stadio Diego Armando Maradona bagi mengenang jasa legenda Argentina itu selepas kematiannya pada 2020.Stadium Piala Dunia Gwangju di Korea Selatan pula dinamakan sempena jurulatih Belanda, Guus Hiddink yang membawa pasukan kebangsaan negara itu ke tempat keempat Piala Dunia 2004.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 12:10pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238782/berita/sukan/united-buru-penyerang-berkualiti", "article_title": "United buru penyerang berkualiti", "article_text": "MANCHESTER United tidak akan membazirkan duit dengan menandatangani pemain yang salah pada jendela perpindahan yang kembali dibuka bulan ini.Pengendali United, Erik ten Hag berkata, dia hanya akan membawa masuk penyerang berkualiti ke Old Trafford bagi menambah sengat di jentera serangan The Red Devils.\u201cSaya fikir kami mempunyai pasukan yang bagus apabila semua pemain boleh beraksi baik. Tetapi dengan banyak perlawanan perlu dihadapi, saya rasa terdapat keperluan mencari penyerang baharu.\u201cApa pun anda memerlukan penyerang yang boleh memberikan impak. Jika tidak, ia hanya membazirkan wang apabila anda tidak memperkuatkan skuad, ia tidak membantu anda,\u201d katanya.Dengan pemain sayap England, Jadon Sancho masih dalam program pemulihan untuk kembali cergas sepenuhnya, United dilihat benar-benar memerlukan sengat di bahagian serangan.Malah, Ten Hag tidak akan membenarkan penyerang lain meninggalkan Old Trafford secara pinjaman bulan ini termasuk Anthony Elanga yang menarik minat Everton.Sebelum bermulanya kempen Piala Dunia 2022 di Qatar bulan lalu, United telah membatalkan kontrak kapten Portugal, Cristiano Ronaldo - penjaring terbanyak mereka musim lalu.Minggu lalu, United gagal mendapatkan khidmat penyerang PSV Eindhoven, Cody Gakpo yang membuat keputusan menyertai musuh tradisi mereka, Liverpool.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 12:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238780/berita/sukan/ribuan-peminat-beri-penghormatan-terakhir-kepada-pele", "article_title": "Ribuan peminat beri penghormatan terakhir kepada Pele", "article_text": "RIBUAN peminat berhimpun di bandar Santos, Brazil untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda bola sepak, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser kolon.Jasadnya ditempatkan di Stadium Urbano Caldira bagi membolehkan peminat memberi penghormatan terakhir.Antara yang hadir ialah presiden FIFA Gianni Infantino dan ketua konfederasi bola sepak CONMEBOL Amerika Selatan, Alejandro Dominguez, lapor Xinhua.Infantino bercadang untuk mengesyorkan semua persekutuan bola sepak di seluruh dunia menamakan stadium sempena nama Pele yang pernah merangkul juara Piala Dunia FIFA sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970) bersama dengan pasukan Brazil.\"Kami akan meminta semua persekutuan di seluruh dunia menamakan sebuah stadium sempena nama Pele. Saya fikir anak muda, generasi akan datang perlu mengenali dan mengingati siapa Pele dan kegembiraan yang dibawanya kepada dunia,\" kata Infantino.Pele yang meninggal dunia Khamis lalu akan disemadikan di perkuburan persendirian di Santos, sebuah bandar pantai yang terletak 60 kilometer dari Sao Paulo.Kerajaan Brazil bercadang menamakan semula pelabuhan terbesar di Brazil dan Amerika Latin, Pelabuhan Santos sempena nama legenda bola sepak itu, kata gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 11:56am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238770/berita/sukan/nafuzi-guna-cara-taktikal-sendiri-bentuk-kda-fc", "article_title": "Nafuzi guna cara, taktikal sendiri bentuk KDA FC", "article_text": "PENGENDALI baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menghargai kuasa penuh yang diberikan kepadanya oleh kelab dalam pemilihan semua pemain bagi membentuk pasukan bagi musim 2023.Bagaimanapun, menurutnya, Sang Kenari masih memerlukan masa untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberikan cabaran apabila membawa masuk ramai pemain muda untuk digandingkan bersama pemain berpengalaman.\"Saya ada cara sendiri dari segi taktikal berdasarkan pemain yang kita ada.\"Saya berterima kasih kepada pengurusan kerana memberikan sokongan 100 peratus kepercayaan dari segi pemilihan pemain dan pengurusan merealisasikan apa yang saya minta. Satu tugas mudah buat saya dengan pemilihan pemain dengan pemain yang saya mahu.\"Pemain yang kita pilih ini, kita tahu ada kualiti tetapi hebat atau tidak perlawanan sebenar yang akan menentukan sebuah pasukan itu,\" katanya semasa ditemui pemberita di Padang MADA pada petang Isnin.Nafuzi pada sesi latihan pertama KDA FC di Alor Setar pada petang Isnin. - Foto KDA FCBeliau berkata demikian pada sesi latihan pertama KDA FC musim 2023 dengan kehadiran hampir semua pemain tempatan termasuk seorang import baharu, Amirbek Juraboev.Namun latihan tersebut tidak melibatkan pemain yang masih bersama skuad kebangsaan iaitu, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi dan Lee Tuck manakala Manuel Ott serta pemain import baharu lain akan tiba dalam dalam masa terdekat.Mengulas mengenai kehadiran Lee Tuck pula, Nafuzi berkata, pemain berkenaan mampu membantu pasukan berdasarkan pengalaman luas dan komitmen tingginya yang sudah lama beraksi di Liga Malaysia.\"Lee tuck adalah seorang pemain yang telah lama bersama dengan saya, versatile, boleh bermain di banyak posisi.\"Dia boleh membantu pasukan untuk menjadi lebih baik, seorang pemain lama di Liga Malaysia dan pernah menjadi kapten pasukan,\" ujar beliau lagi.Tambah Nafuzi, beliau percaya dengan kemampuan ramai pemain muda yang dibawa masuk pada musim ini kerana mempunyai kualiti namun masa perlu diberikan bagi menyesuaikan diri dengan taktikal yang bakal diterapkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 09:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238767/berita/sukan/lukaku-mahu-kekal-bersama-inter-milan", "article_title": "Lukaku mahu kekal bersama Inter Milan", "article_text": "PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku berharap dapat meletakkan kemelut kecederaannya dan penyingkiran awal Belgium dari Piala Dunia Qatar 2022, dengan tampil cemerlang bersama gergasi Serie A itu.\"Semua orang tahu apa yang saya mahu. Sekarang ini saya perlu melakukan apa sahaja yang perlu dengan pasukan untuk menjadikan Inter menang dan kemudian kita baru boleh bercakap dengan Chelsea.\"Ideanya adalah untuk menamatkan (kerjaya saya) dengan (kelab zaman kanak-kanak) Anderlecht. Saya (hampir) berumur 30 tahun, anak saya mula bersekolah di sini dan bermain di Akademi Inter. Saya tidak apa-apa, yang penting Inter sentiasa mempunyai cita-cita untuk berkembang.\"Saya mahu kekal di sini dan melakukan perkara yang betul. Saya berharap dapat melakukannya dengan baik bersama Inter dalam tempoh enam bulan akan datang, bekerja secara maksimum dan kemudian pada akhirnya kami bercakap dengan Chelsea dan berharap untuk mencari penyelesaian,\" kata Lukaku.Untuk rekod, Lukaku terlepas banyak perlawanan pada separuh pertama musim ini akibat kecederaan hamstring dan paha yang menjejaskan peluangnya kembali ke pasukan kebangsaan ketika Belgium tersingkir dari Piala Dunia di peringkat kumpulan.Pemain berusia 29 tahun itu dipinjamkan dari Chelsea, mengesahkan perpindahan tetap ke Inter mungkin sukar kerana kelab Liga Perdana Inggeris itu ingin mendapatkan semula 97.5 juta pound (RM517.6 juta) yang dibayar kepada kelab Serie A tersebut pada Ogos 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 09:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238758/berita/sukan/saya-datang-ke-penang-bukan-saja-saja", "article_title": "'Saya datang ke Penang bukan saja-saja'", "article_text": "PERTAHANAN baharu Penang FC, Danish Haziq Saipul Hisham menyifatkan perpindahannya ke skuad Harimau Kumbang itu secara pinjaman sebagai nafas baharu untuk kembali bangkit saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.\u201cMemang satu nafas baharu sebab saya datang ke Penang bukan saja-saja, tetapi saya nak dapatkan tempat dan pastikan diri saya dalam keadaan terbaik sebab ketika di Perak, saya baru sahaja pulih.\u201cBukan senang untuk bangkit selepas ACL (Anterior Cruciate Ligament), namun saya tidak akan mengalah, jadi inilah masanya untuk cuba sekali lagi walaupun hanya dipinjamkan ke Penang dan saya percaya mampu untuk mendapatkan kembali minit permainan.\u201cSaya tidak boleh merasa cepat selesa dan kena bersaing dengan lebih kuat terutamanya dalam latihan sebab saya sedar bukan senang untuk kita kekal dalam pasukan pada musim akan datang kalau tidak dapat peluang beraksi,\u201d katanya.Untuk rekod, Danish hanya sempat melakukan tiga penampilan sahaja ketika bersama Perak FC pada musim ini susulan kecederaan berulang memandangkan dia pernah berdepan ACL pada November 2021.Justeru, kehadirannya ke Penang FC pada musim 2023 adalah peluang yang terbaik untuk kembali mempertaruhkan aksi sambil menyifatkan tahap kecergasannya kini semakin baik dan bersedia untuk diturunkan.Sudah pasti, pemain berusia 25 tahun ini tidak mengambil mudah perebutan sengit dalam pasukan dan amat penting untuknya memastikan kecederaan sama tidak lagi berulang.Bekas pemain UiTM FC itu juga menyifatkan persiapan Penang FC kali ini lebih teratur melihat kepada kehadiran para pemain baharu lain yang cukup berpengalaman selain percaya skuad Harimau Kumbang akan lebih agresif pada musim depan.Tambahnya, begitu juga dengan kehadiran pemain import baharu yang dilihat lebih berkualiti pastinya akan memberikan sesuatu yang baharu buat pasukan ini di Liga Super 2023.\u201cSaya boleh nampak Penang akan lebih agresif pada musim depan dan kita dapat tengok pemain-pemain baharu yang datang pun boleh dikatakan sudah berpengalaman di pentas Liga Super.\u201cJuga ada beberapa pemain import yang dah diumumkan sekarang lebih berkualiti jadi insya-ALLAH kami akan memberikan tentangan yang lebih tinggi pada musim depan,\u201d katanya.Penang FC turut mengumumkan bekas tonggak Kuala Lumpur City FC, Hadin Azman juga bakal memperkuatkan pasukan musim depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 08:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238762/berita/sukan/klopp-puji-aksi-hebat-brentford", "article_title": "Klopp puji aksi hebat Brentford", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui Brentford menunjukkan keinginan lebih daripada pemainnya ketika kekalahan 1-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Gtech, pada Selasa.Malah bekas pengendali kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund itu juga menegaskan beberapa keputusan besar dalam perlawanan tersebut tidak menyebelahi pelawat.\"Ia adalah permainan yang sengit, ia adalah permainan yang sangat dimahukan oleh Brentford.Saya tidak pasti anda boleh mengawalnya, setiap sudut adalah ancaman besar kepada pasukan, kami melepaskan gol pertama ketika sepatutnya kami berada 2-0 di depan.\"Malah kami juga perlu lebih jelas apabila mengawal permainan, namun tidak dapat melakukannya malam ini,\" kata Klopp.Gol sendiri pemain Liverpool, Ibrahima Konate hasil sepakan sudut dan sepakan Yoane Wissa memberikan Brentford pendahuluan dua gol pada separuh masa pertama selain beberapa keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang tidak menyebelahi tuan rumah.Liverpool merapatkan jurang hasil gol tandukan Alex Oxlade-Chamberlain pada separuh masa kedua, namun Brentford memastikan kemenangan dengan jaringan lewat Bryan Mbeumo, yang menurut Klopp sepatutnya tidak dibenarkan selepas penyerang itu melakukan kekasaran ke atas Konate.\u201cSaya tidak berpuas hati dengan cara kami bolos, mereka benar-benar tidak mematuhi peraturan, menolak dan menahan, sebab itu ia sukar tetapi saya harap kami lebih baik dalam situasi ini.\"Saya tidak mahu para pemain terikut rentak bermain permainan yang mereka mahu mainkan, namun ia telah berlaku seperti gol ketig itu,\" kata Klopp.Sementara itu, pengendali Brentford, Thomas Frank memuji pasukannya selepas satu lagi kemenangan menentang kelab teratas EPL.Brentford sebelum ini menewaskan Arsenal dan Chelsea dalam kempen sulung mereka di liga utama manakala pada musim kedua telah membelasah Manchester United 4-0 dan menewaskan Manchester City 2-1.\"Saya tidak boleh mengatakan bahawa mereka mengejutkan saya secara besar-besaran tetapi mereka terus mengagumkan.\u201cIa adalah keputusan yang hebat untuk kami dalam banyak cara tetapi untuk melakukan apa yang kami mampu lakukan di sini menentang Liverpool adalah sangat mengagumkan,\u201d kata pengendali dari Denmark itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 07:53am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238756/berita/sukan/taktikal-brentford-buat-liverpool-terciduk", "article_title": "Taktikal Brentford buat Liverpool terciduk", "article_text": "BRENTFORD melakar kejutan terbaru dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Liverpool 3-1 di Stadium Komuniti Gtech pada Selasa.Tiga mata diraih The Bees kendalian Thomas Frank itu sekali gus menamatkan rentak kemenangan empat perlawanan berturut-turut skuad Jurgen Klopp sebelum ini.Kekalahan keempat selepas mengharungi 17 perlawanan itu juga menyaksikan kelab Merseyside tersebut semakin menyisihkan diri dari kelompok empat teratas.Tuan rumah terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate pada minit ke-19' sebelum Yoane Wissa menggandakan kelebihan sebelum separuh masa selepas pasukannya dibatalkan dua gol hasil keputusan video bantuan pengadil (VAR).Liverpool kembali bernafas apabila Alex Oxlade-Chamberlain menanduk masuk hantaran lintang Trent Alexander Arnold pada minit ke-50'.Namun kedudukan itu tidak kekal apabila Bryan Mbeumo meledak jaringan ketiga untuk Brentford pada minit ke-84 sekali gus mata ke-26 selepas mengharungi 18 perlawanan.Kemenangan Brentford itu menambah siri kemenangan mengejut kelab tersebut sebelum ini yang menewaskan Manchester United 4-0 di tempat sendiri pada Ogos diikuti kemenangan 2-1 ke atas penyandang juara Manchester City pada November, membawa Brentford naik ke tempat ketujuh.Sementara itu, Liverpool pula berada di tempat keenam dengan 28 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.Untuk rekod Brentford kehilangan penjaring terbanyak Ivan Toney kerana kecederaan, namun berjaya memanfaatkan kealpaan pertahanan Liverpool.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 07:37am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238749/berita/sukan/azimat-jurulatih-buat-azeem", "article_title": "Azimat jurulatih buat Azeem", "article_text": "JURULATIH pecut, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berharap anak didiknya, Muhammad Azeem Fahmi ketika ini \u2018berguru\u2019 di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan yang terbaik dalam bidang akademik dan sukan.Beliau juga mahu atlet berusia 19 tahun itu terus memandang ke depan berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif.\u201cAzeem perlu berusaha dan menunjukkan peningkatan secara positif dari satu tahap ke satu tahap,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) itu \u2018terbang\u2019 ke negara Uncle Sam awal pagi Ahad untuk tempoh empat tahun sehingga Disember 2026.Tahun pertama di Alabama, Azeem turut memasang impian untuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary pada Ogos dan seterusnya layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.Mengulas sasaran itu mungkin memberi tekanan kepada Azeem, Amir yang mengenali Azeem sejak pelajar itu berumur 11 tahun berkata: \u201cSecara peribadi saya berpandangan tiada tekanan sebab Azeem yang meletakkan sasaran itu,\u201d katanya.Sukan Sinar pada Sabtu melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) (Strategik), Suhardi Alias berharap Azeem tidak mencapai peak terlalu awal, sebaliknya meraih pencapaian positif sedikit demi sedikit.Mengulas harapan itu, Amir bersetuju dan memberitahu bahawa kemuncak pencapaian adalah sesuatu yang subjektif.Beliau juga percaya Azeem tidak mencapai kemuncak kejayaan terlalu awal sekiranya melalui proses dan program yang betul.\u201cPeak adalah sesuatu yang subjektif, tetapi saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Kita perlu buat perancangan terbaik agar dapat mencapai sasaran itu.\u201cMula berbicara sasaran tersebut dengan saya sejak mula berlatih pada 2018. Jadi kami bergerak secara sedikit demi sedikit sehingga mencapai 10.09s,\u201d katanya.Amir turut menitipkan pesanan buat atlet muda itu agar sentiasa cemerlang dalam akademik dan sukan dengan memastikan membawa pulang segulung ijazah.Katanya, Azeem juga perlu memiliki hati dan jiwa yang kental untuk mencapai impian serta berusaha untuk menjadi yang pertama melakar catatan bawah 10s bagi acara 100m.\u201cBerlatih bersungguh-sungguh. Jaga solat, adab dan tutur kata. Sentiasa merendah diri dan hormat orang lain,\u201d katanya.Amir turut mendedahkan ada \u2018mengintai\u2019 bakat-bakat baharu untuk digilap dan diasah untuk menjadi atlet cemerlang seperti Azeem.\u201cSaya ada pelan (latih bakat baharu) dan sedang melatih bakat baharu, cuma perlu masa serta ruang mendapatkan atlet cemerlang seperti Azeem,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238747/berita/sukan/thailand-atasi-indonesia-dalam-perebutan-juara-kumpulan", "article_title": "Thailand atasi Indonesia dalam perebutan juara kumpulan", "article_text": "JUARA bertahan, Thailand menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir dengan bergaya selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini.Kejayaan di Stadium Thammasat di Pathum Thani itu membolehkan skuad Gajah Perang bimbingan Alexandre Polking muncul juara kumpulan dengan kelebihan jumlah jaringan selepas berkongsi 10 mata dengan Indonesia.Pada aksi malam ini, usaha Thailand memburu jaringan menemui jalan buntu sehingga penalti yang disempurnakan penyerang prolifik, Teerasil Dangda, pada masa kecederaan babak pertama perlawanan selepas Yeu Muslim mengasari Sasalak Haiprakhon.Bersambung selepas rehat, pemain gantian, Sumanya Purisai meletakkan Thailand selesa mendahului 2-0 pada minit ke-50 setelah merembat umpanan Sarach Yooyen sebelum Kemboja bangkit merapatkan kedudukan hasil penyudah Sieng Chanthea pada minit ke-68.Dangda melengkapkan kemenangan 3-1 pasukan menerusi jaringan kedua peribadinya pada penghujung perlawanan sekali gus mengumpul keseluruhan lima gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak kempen kejohanan.Sementara itu, Indonesia turut melakar kemenangan 2-1 ke atas Filipina sekali gus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A.Pada pertembungan di Stadium Rizal Memorial di Manila itu, skuad Garuda yang juga finalis edisi lepas menikmati aksi separuh masa pertama yang baik selepas berjaya meledak dua jaringan penting.Dua gol Indonesia masing-masing dijaringkan penyerang Dendy Sulistyawan pada minit ke-21 dan pemain tengah Marselino Ferdinan dua minit sebelum rehat.Pasukan tuan rumah meraih gol sagu hati selepas pemain gantian Sebastian Rasmussen menanduk masuk hantaran cantik Stephan Schrock untuk menewaskan penjaga gol Nadeo Argawinata pada minit ke-83.Pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung secara timbal balik bermula hujung minggu ini, Thailand bakal bertemu naib juara Kumpulan B sementara juara Kumpulan B akan berkunjung ke Indonesia.Saingan Kumpulan B masih terbuka dengan Vietnam mengumpul tujuh mata, Singapura (tujuh mata) dan Malaysia dengan enam mata masing-masing berpeluang layak ke peringkat separuh akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2023 12:28am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238745/berita/sukan/tfc-sambar-pertahanan-dari-uzbekistan", "article_title": "TFC sambar pertahanan dari Uzbekistan", "article_text": "PEMAIN pertahanan import dari Uzbekistan, Sardor Kulmatov menjadi sandaran terbaru Terengganu FC (TFC) untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC 2023.Ketua Pegawai Eksekutif, Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan pengendali, Tomislav Steinbruckner untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain kelahiran Senegal, Pape Diakite, yang tidak disambung kontrak.Katanya, pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain berketinggian 1.85 meter itu mampu memperkuat benteng pertahanan TFC yang akan berdepan lebih banyak jumlah perlawanan di Liga-M dan juga saingan AFC.Kulmatov sebelum ini beraksi bersama Sogdiana FC di liga Uzbekistan. Ini adalah kali pertama beliau beraksi luar dari negaranya dengan menyertai TFC di Liga-M.\u201cBagaimanapun, beliau mempunyai pengalaman yang baik di pentas Asia dengan membantu pasukan mara ke peringkat separuh akhir musim lepas,\u201d katanya dalam kenyataan, pada Isnin.Ab Rasid berkata, Kulmatov sudah berada di Terengganu akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan di bawah bimbingan penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali, yang sebelum ini mengemudi TFC II.Menurutnya, pemain tersebut amat teruja untuk memulakan musim baharu bersama TFC yang disifatkan sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia dan memiliki jumlah penyokong yang ramai.\u201cTomi (Tomislav Steinbruckner) akan tiba di Terengganu, Rabu ini. Untuk sementara waktu, latihan akan dikendalikan oleh penolong beliau, Badrul Afzan yang baru sahaja dinaikkan pangkat daripada pasukan 'adik' ke pasukan 'abang' bagi musim 2023,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 10:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238738/berita/sukan/singapura-ingin-bermain-agresif---takayuki", "article_title": "Singapura ingin bermain agresif - Takayuki", "article_text": "SINGAPURA tidak akan bermain secara bertahan bagi mendapat keputusan seri menentang Malaysia pada aksi penentu Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.Walaupun skuad \u2018The Lions\u2019 hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke saingan separuh akhir, ketua jurulatihnya, Takayuki Nishigaya berkata, mereka akan terus menampilkan corak permainan agresif dalam usaha mencapai keputusan positif.Menurut jurulatih dari Jepun itu, arahan telah diberikan kepada pemain untuk mengekalkan pendekatan biasa pasukan itu dengan bertahan secara berpasukan selain memanfaatkan peluang ketika melakukan serangan.\"Sudah tentu kami mempunyai kelebihan kerana mengetahui satu mata sudah cukup dan Malaysia perlu menang tetapi itu tidak akan mengubah cara kami bermain.\"Kami menghormati lawan tetapi kami mahu menyerang sebanyak mungkin dan sementara kami menjangkakan Malaysia akan agresif, kami juga mahu melakukan perkara yang sama,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.Sementara itu, pemain tengah Singapura, K Anumanthan teruja dengan perlawanan \u2018Derbi Seberang Tambak\u201d.\"Kami semua teruja dan sudah bersedia dengan perlawanan besar ini. Tetapi apa yang lebih penting, objektif kami adalah jelas untyuk mengumpul tiga mata dan layak ke separuh akhir,\u201d kata pemain berusia 28 tahun yang pernah beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super 2021.Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ialah Mac lalu, yang berakhir dengan kemenangan 2-1 untuk Singapura di Stadium Nasional, Singapura, sekali gus memberikan kekalahan pertama Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.Selepas Singapura berkongsi satu mata dengan seri tanpa jaringan menentang Vietnam, Jumaat lalu, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan esok untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak tersingkir awal untuk edisi kedua berturut-turut.Singapura, juara empat kali itu, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2014 dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Singapura, sekali gus mara ke separuh akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 07:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238720/berita/sukan/singapura-cenderung-tampil-aksi-defensif---pan-gon", "article_title": "Singapura cenderung tampil aksi defensif - Pan Gon", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, Singapura adalah pasukan yang cenderung menggunakan corak permainan defensif, menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.Kenyataan Pan Gon itu adalah berdasarkan pemerhatian terhadap pendekatan taktikal Singapura yang tidak banyak berubah sejak kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan persahabatan Mac lepas.The Lions menang 2-1 dalam perlawanan itu yang diadakan di Singapura dan Pan Gon mengalami kekalahan pertama bersama pasukan negara.Beliau berkata, corak permainan Singapura berlainan dengan pendekatan taktikal pihaknya yang lebih proaktif dan menyajikan permainan yang berkualiti tinggi dan menghiburkan.\"Pada saya (Singapura) Mac lepas dan kejohanan kali ini tak banyak beza... mereka lebih pentingkan pertahanan, banyak bermain di bahagian bawah dan mencari peluang untuk serangan balas tetapi Malaysia berbeza.\"Kami mahu lebih proaktif, mendominasi permainan, memberikan permainan bola sepak yang bertenaga dan dinamik untuk mencapai kemenangan jadi kami berbeza daripada mereka, namun saya rasa mereka mempunyai gaya tersendiri dan kami akan menghormati gaya dan pendekatan mereka,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil, di sini hari ini.Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.Pan Gon turut menjangkakan Singapura akan mengekalkan permainan secara bertahan malam esok.\"Mereka akan menggunakan sepenuhnya kelebihan untuk berkumpul ke bahagian bawah dan mengawal bola, jadi terpulang pada kami, tiada siapa yang akan membantu kami. Kami akan pergi ke sana dan cuba membuktikan diri untuk memberi kemenangan kepada peminat dan itulah tugas kami,\u201d kata jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu.Sementara itu Pan Gon berkata, pemainnya menyedari pertembungan esok sangat penting dan memerlukan setiap individu untuk fokus sepanjang perlawanan bagi meraih tiga mata.\"Saya percaya pemain Harimau Malaya kami sangat matang dan profesional. Besok mereka akan menghormati pihak lawan dan bermain dengan pendekatan yang sewajarnya untuk menghadapi pihak lawan. Saya percaya (dengan) pendekatan ini kami mampu menampilkan persembahan yang mantap selain berharap dapat memberikan keputusan yang baik kepada peminat,\u201d katanya.Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol \u2018epik\u2019 lewat permainan - penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 04:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238715/berita/sukan/harimau-malaya-tagih-sokongan-kuat-peminat", "article_title": "Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam esok, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.\"Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi esok kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya.\"Esok akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil di sini, hari ini.Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol \u2018epik\u2019 lewat permainan - penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat 2.42 petang ini, sejumlah 38,819 tiket telah dijual menjelang pertembungan esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 04:28pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238708/berita/sukan/pan-gon-miliki-ramuan-atasi-singapura", "article_title": "Pan-gon miliki 'ramuan' atasi Singapura", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon memiliki ramuan dalam usaha memastikan kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.Menurutnya, para pemain Harimau Malaya sudah cukup matang dan profesional serta mampu menterjemahkan pendekatan yang mahu digunakan mengatasi negara Seberang Tambak itu.\"Esok bergantung kepada kemahuan kami sendiri untuk berjuang. Dengan pendekatan yang tepat, menghormati Singapura dan sedar sepenuhnya perlawanan esok adalah amat penting maka ia akan menjadi kisah berbeza.\"Saya sudah bersama mereka empat minggu dan lihat mereka sangat matang dan profesional.\"Saya percaya mereka akan menghormati lawan dan berjuang dengan pendekatan tepat untuk memberikan persembahan terbaik dan keputusan yang bagus,\" katanya pada sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.Malaysia ketika ini berada di kedudukan ketiga kumpulan di belakang Singapura yang memiliki kelebihan satu mata.Skuad negara wajib menang manakala Singapura cukup sekadar seri untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.Pan-gon juga menyedari rekod pertemuan kedua-dua pasukan lebih memihak kepada Singapura, namun percaya pasukannya jauh berbeza berbanding pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia tewas 1-2 pada Mac lalu.\"Saya minta maaf untuk katakan kepada mereka bahawa kami sudah berbeza. Mereka bermain agak negatif manakala kami bermain lebih proaktif.\"Mereka lebih gemar untuk bertahan dan serangan balas tapi Malaysia berbeza. Ini bukan perbandingan tahap pasukan, sebaliknya pendekatan atau cara kami untuk menang.\"Kami mahu proaktif, mendominasi, bertenaga dan dinamik demi mencapai kemenangan. Singapura mempunyai gaya tersendiri dan kami amat menghormati gaya mereka dan kami akan menggunakan pendekatan kami,\" katanya.Dalam masa sama, Pan-gon juga menegaskan Harimau Malaya mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri selain mengharapkan penyokong negara dapat turun ke stadium.\"Penyokong Harimau Malaya sentiasa memberikan sokongan ketika kami beraksi tetapi esok kami mengharapkan sokongan luar biasa daripada mereka.\"Kami mahu menjadikan perlawanan esok umpama festival. Jadi, semua datang menyokong dan kami akan berikan persembahan terbaik kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 03:45pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238698/berita/sukan/harimau-malaya-janji-kemenangan-sebagai-hadiah-tahun-baharu", "article_title": "Harimau Malaya janji kemenangan sebagai hadiah tahun baharu", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya berjanji akan meraih kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF sekali gus menjadi hadiah tahun baharu untuk penyokong setia pasukan.Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim berkata, semua pemain sudah bersedia dengan persiapan rapi menundukkan The Lions.Malah, Faisal juga menegaskan pasukan tidak boleh tewas di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.\"Semua pemain sudah bersedia dan bersemangat untuk menghadapi perlawanan tersebut. Saya juga katakan kepada rakan sepasukan bahawa esok adalah perlawanan yang sangat penting.\"Kita main di tempat sendiri, jadi kita tidak boleh kalah kerana keluarga dan penyokong datang untuk memberikan sokongan,\" katanya dalam sidang akhbar praperlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Isnin.Malaysia wajib menang ke atas Singapura sekiranya mahu memastikan slot ke perlawanan separuh akhir Piala AFF.Dalam masa sama, Faisal juga mengakui sedikit tekanan dirasai apatah lagi Singapura mempunyai kelebihan untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana pasukan lawan itu hanya memerlukan keputusan seri.\"Singapura kita tahu sebelum ini mereka dah draw dengan Vietnam dan seri sudah cukup untuk mereka. Ia satu tekanan juga buat kita.\"Namun, esok malam kita akan pergi habis-habisan. Kita mahu menang dan layak ke separuh akhir dan satu hadiah tahun baharu untuk rakyat Malaysia. Saya percaya dengan rakan-rakan dan mereka akan buat yang terbaik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 02:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238697/berita/sukan/liverpool-belum-sedia-tabur-duit", "article_title": "Liverpool belum sedia 'tabur duit'", "article_text": "JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp belum bersedia untuk 'menabur duit' pada jendela perpindahan bulan ini selepas melabur besar menandatangani Cody Gakpo.The Reds bertindak pantas mendapatkan bintang Belanda yang mewakili PSV Eindhoven itu menerusi perjanjian yang dilaporkan menelan belanja kira-kira \u00a337 juta (RM196.8j).Liverpool mengesahkan kedatangan Gakpo sebelum jendela perpindahan dibuka.Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu menjadi penonton dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City bagi pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield Sabtu lalu.Klopp berulang kali menegaskan belum bersedia untuk berbelanja sewenang-wenangnya dan keputusan itu tidak pernah berubah.\u201cSaya memegang tugas ini lebih tujuh tahun dan langkah dalam setiap jendela perpindahan juga masih sama. Kami bercakap tentang perkara ini seolah-olah wang tidak akan memainkan apa-apa peranan.\u201cSaya tidak mahu menghampakan sesiapa tetapi kami telah menandatangani seorang pemain yang hebat iaitu Cody (Gakpo), kemudian perkara seterusnya yang anda terbaca ialah \u2018siapa seterusnya?\u2019.\u201cSejujurnya, kami tidak mampu bermain seperti monopoli. Sudah tentu kami tidak boleh sekadar berbelanja. Ia adalah sebahagian daripada falsafah saya, menerapkan sepenuhnya kepercayaan kepada pemain sedia ada.\u201cKami tidak memberitahu pemain bahawa kami memerlukan tonggak lain untuk posisi mereka,\u201d katanya.Klopp memberitahu, tindakan memancing Gakpo adalah jelas, bukan sahaja kerana kekosongan tetapi kualiti yang dimiliki pemain itu.\u201cJika kita menunggu musim panas maka harganya pasti lebih mahal atau orang lain akan membelinya.\u201cDia berpotensi besar dan adalah masuk akal untuk mendapatkannya berdasarkan corak permainannya. Kami akan mengharungi banyak perlawanan.\u201cJelas sekali anda perlu membawa pemain kualiti dalam semua posisi. Anda memerlukan dua set pasukan di tahap yang sama yang boleh digilirkan, jadi itulah yang kami cuba lakukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 02:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238683/berita/sukan/f1-mercedes-optimis-tampil-lebih-garang", "article_title": "F1: Mercedes optimis tampil lebih garang", "article_text": "PASUKAN Mercedes akan tampil lebih padu pada musim baharu Formula Satu (F1) untuk merampas semula gelaran kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar dan pemandu selepas gagal mempamerkan prestasi cemerlang tahun lalu.Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, pegawai teknikal giat merancang persiapan untuk mengharungi musim baharu yang dijadualkan bermula Mac depan selain sudah belajar daripada kesilapan pada edisi 2022.\u201cCabaran F1 semakin sengit dan kita tahu setiap perubahan yang dibuat akan memberikan risiko yang tersendiri. Namun, saya seorang yang optimis dan kekal realistik,\u201d katanya.Mercedes mengharungi musim terburuk pada edisi 2022 selepas menamatkan saingan bagi kategori pengeluar di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang musuh tradisi, Ferrari dan juara, Red Bull.Lebih malang, pelumba utama pasukan, Lewis Hamiton yang merupakan juara dunia tujuh kali tidak berjaya menjuarai sebarang perlumbaan Grand Prix (GP) mahupun memenangi aksi kelayakan sepanjang tahun lalu.Menurut Wolff biarpun Red Bull berjaya mempamerkan prestasi dominan tahun lalu, beliau pasti mereka juga ada kelemahan dan situasi sama juga berlaku dengan Ferrari.\u201cSaya harap apabila kita memperkenalkan jentera baharu ia dapat memberikan saingan kompetitif dan pelumba kami berpuas hati dengan apa yang kita berikan.\u201cLebih penting apabila jentera itu dapat memberikan kelajuan maksimum seperti yang diharapkan sekali gus memperbaiki kekurangan musim lepas,\u201d ujar Wolff.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 12:59pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238678/berita/sukan/potter-kecewa-persembahan-buruk-chelsea", "article_title": "Potter kecewa persembahan buruk Chelsea", "article_text": "CHELSEA melepaskan peluang meraih mata penuh selepas sekadar seri 1-1 dengan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Raheem Sterling membuka tirai jaringan buat Chelsea pada minit ke-16, namun Serge Aurier menyamakan kedudukan pada minit ke-63 untuk memberikan satu mata berharga kepada pasukan tuan rumah.Pengendali Chelsea, Graham Potter menyifatkan pasukannya gagal tampil pada prestasi terbaik dalam perlawanan itu.\"Kami mendapat satu mata dalam perlawanan yang sukar menentang pasukan yang sistematik. Saya beri kredit kepada lawan kerana mereka menggunakan suasana dan pada separuh masa kedua mereka beri tekanan kepada kami.\"Tahap prestasi kami tidak cukup baik dan saya tidak fikir kami berhak untuk menang. Apabila kami mengawal permainan, kami tidak menggerakkan bola dengan cukup pantas dan kemudian sukar untuk kembali dalam perlawanan,\" katanya,Dalam masa sama, Potter juga menyifatkan pasukannya seperti hilang arah termasuk ketika memastikan bola berada dalam kawalan pasukan.\"Apabila kami mengawal permainan, kami tidak melakukan dengan baik dan apabila permainan menjadi tidak terkawal, kami menderita dengan dua pemain dan bergelut untuk menangani aspek itu.\"Akhirnya, ia adalah perlawanan yang sukar, seboleh-bolehnya kami perlu mengkritik diri sendiri. Nottingham Forest juga bermain dengan baik.\"Tetapi, kami kecewa dengan tahap prestasi kami sepanjang 90 minit dan boleh mengatakan kami tidak layak memenangi perlawanan itu,\" katanya.Keputusan seri itu meletakkan Chelsea di kedudukan kelapan dan dibezakan tujuh mata dengan Manchester United di kedudukan keempat.\"Bagi kami, ia adalah mengenai perlawanan seterusnya dan cuba untuk memperbaiki persembahan sekiranya mahu berada dalam kelompok empat terbaik.\"Kami perlu fokus pada perlawanan seterusnya dan pastikan tahap prestasi kami lebih baik serta konsisten,\" kata Potter lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 12:26pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238673/berita/sukan/spurs-perlu-berbelanja-besar", "article_title": "Spurs perlu berbelanja besar", "article_text": "PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte percaya kelab itu perlu berbelanja besar sekiranya mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat terbaik.Kekalahan 0-2 di tempat sendiri kepada Aston Villa pada Ahad, serta seri dengan Brentford pada Isnin lalu menyaksikan Spurs telah jatuh ke kedudukan kelima liga.Spurs juga berhadapan nasib malang apabila pemain utama mereka seperti Dejan Kulusevski dan Richarlison mengalami kecederaan dan terpaksa di ketepikan.Conte merasakan Spurs sepatutnya melakukan pembelian pemain utnuk membina semula skuad untuk kekal berdaya saing dalam liga.\"Saya terus mengulangi bahawa kami perlu membuat keajaiban seperti menamatkan tempat di kedudukan keempat musim lalu.\"Saya sangat jelas dengan kelab dan pada musim panas orang bercakap tentang Tottenham sebagai pencabar kejuaraan.\"Untuk menjadi pencabar kejuaraan, anda memerlukan pasukan yang kukuh iaitu 14 atau 15 pemain berkualiti dan pemain muda untuk berkembang dan setiap musim anda boleh menambah dua pemain,\" katanya.Dalam pada itu, kekalahan kepada Villa tidak terlalu mengecewakannya dan menegaskan akan bangkit apabila menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Khamis.\"Mengenai prestasi, saya tidak kecewa. Dari awal hingga akhir saya telah melihat komitmen dan keinginan serta intensiti yang betul.\"Saya menjangkakan saat ini. Sekarang kami perlu berjuang. Saya tidak takut dan percaya pada kerja serta pemain yang ada ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 11:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238659/berita/sukan/psg-pincang-tanpa-messi-neymar", "article_title": "PSG pincang tanpa Messi, Neymar", "article_text": "TANPA bintang Piala Dunia 2022, Lionel Messi dan pemain sensasi, Neymar, Paris Saint-Germain (PSG) kecundang buat kali pertama sejak 20 Mac tahun lalu apabila ditundukkan RC Lens 3-1.\"Lens berhak menang,\" kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.Lens hanya tewas sekali 0-1 kepada Lille Oktober tahun lalu dalam saingan Ligue 1 musim ini.Mereka merapatkan jurang kepada empat mata di belakang PSG yang kekal menghuni tangga teratas selepas 17 perlawanan.Jurulatih Lens, Franck Haisse gembira dengan kemenangan bermakna itu.\"Kemenangan ini membuktikan yang kami mampu menewaskan sesiapa saja dalam pertandingan ini,\" katanya.Kekalahan terakhir PSG adalah kepada Monaco 0-3 sembilan bulan lalu.PSG beraksi tanpa Messi yang belum kembali selepas kejayaan bersama Argentina di Qatar, dan Neymar yang digantung satu perlawanan.Hanya pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Kylian Mbappe memimpin serangan PSG.Pada aksi itu, Lens mendahului pada minit kelima menerusi Przemyslaw Frankowski.Hugo Ekitike menyamakan kedudukan tiga minit kemudian sebelum Lois Openda kembali meletakkan Lens di depan.Pada separuh masa kedua, Openda mengumpan bola kepada Alexis Claude Maurice untuk gol ketiga Lens.Messi akan kembali menyertai PSG dalam masa terdekat.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 08:52am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238650/berita/sukan/penyudah-harimau-malaya-perlu-lebih-tajam", "article_title": "Penyudah Harimau Malaya perlu lebih tajam", "article_text": "HARIMAU Malaya bakal mengharungi tugas berat apabila berdepan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini bagi mengesahkan slot ke separuh akhir Piala AFF 2022.Singapura dilihat berada pada prestasi terbaik selepas melakukan kejutan mengikat Vietnam tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu.Berbanding Harimau Malaya yang perlu menang sebaliknya keputusan seri sudah memadai buat skuad The Lions itu mengiringi Vietnam ke peringkat seterusnya.Justeru, pemain Harimau Malaya tiada pilihan kecuali memulakan perlawanan dengan rentak agresif serta menyerang dan dalam masa sama memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.Jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim berkata, Harimau Malaya juga tidak perlu untuk gerun dengan Singapura apatah lagi beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.\u201cPeluang masih terbuka untuk skuad negara dengan syarat mereka memperagakan aksi 100 peratus untuk melakar kemenangan ke atas Singapura.\u201cBarisan serangan yang diterajui Faisal Halim dan Sergio Aguero juga perlu setajam mungkin kerana saya percaya Singapura akan beraksi dengan corak permainan lebih bertahan kerana mereka hanya perlu seri.\u201cJadi, apa yang menentukan keputusan pada malam Selasa itu adalah aksi yang akan diberikan oleh para pemain selain taktikal yang akan diterapkan oleh Kim Pan-gon,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.Ketika ini, skuad kendalian Pan-gon itu berada di kedudukan ketiga kumpulan dibezakan satu mata dengan Singapura di kedudukan kedua dan Vietnam selaku pendahulu.Irfan Bakti juga percaya Harimau Malaya mempunyai kualiti yang baik berdasarkan dua kemenangan ke atas Myanmar dan Laos walaupun tidak dibarisi pemain utama dalam kejohanan itu.\u201cDalam perlawanan dengan Vietnam, kita tidak bermain dengan buruk. Tetapi, kita kalah kerana ada 'unsur' lain mengganggu rentak Harimau Malaya.\u201cSingapura pula tidaklah sebagus tujuh atau lapan tahun lalu kerana mereka juga dibarisi ramai pemain muda.\u201cNamun, dalam keghairahan kita beraksi agresif, kita juga perlu berwaspada dengan serangan balas mereka yang akan menghukum kita,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Januari 2023 08:45am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238642/berita/sukan/menang-atau-lupakan", "article_title": "Menang atau lupakan....", "article_text": "HARIMAU Malaya berada dalam bahaya terlepas tempat ke separuh akhir Piala AFF 2022, melihat kepada kedudukan Kumpulan B.Hanya kemenangan menentang Singapura pada Selasa ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil akan menyelamatkan kempen Harimau Malaya dalam kejohanan dilabel Piala Dunia ASEAN itu.Kali terakhir Malaysia melepasi peringkat kumpulan adalah pada edisi 2018, yang menyaksikan Malaysia meraih naib juara, tewas kepada juara ketika itu, Vietnam 2-3 menerusi agregat di final.Walaupun saat genting menanti pasukan Kim Pan-gon untuk mengatasi The Lions, bagaimanapun pemain sayap kiri V Ruventhiran berkata, rakan sepasukannya dilihat tenang menjelang aksi dengan Causeway Derby itu.\u201cKami perlu bijak menentang mereka, raih kemenangan besar dan dapatkan tiga mata.\"Kami tidak tertekan untuk berdepan Singapura,\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini pada Sabtu.Keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar, Jumaat lalu menyaksikan Singapura mengumpul tujuh mata dan menempatkan pasukan itu di tempat kedua manakala Malaysia jatuh di tempat ketiga dengan enam mata.Vietnam yang mempunyai kelebihan perbezaan gol, kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata.Sementara itu, pemain berusia 21 tahun tersebut berkata, barisan kejurulatihan mengingatkan mereka supaya tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menentang skuad Takayuki Nishigaya itu.Katanya, ketahanan mental pemain juga masih kuat walaupun tewas 0-3 di tangan Vietnam dalam aksi kontroversi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Rabu lepas.Kontroversi tercetus apabila pengadil Jepun, Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah dan Muhammad Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas pemain muda Terengganu FC itu didakwa mengasari Doan Van Hau di luar padang.Que Ngoc Hai memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menggandakan kelebihan Vietnam selepas Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan di hadapan pada separuh masa pertama dan pasukan tuan rumah menamatkan saingan dengan kemenangan 3-0 hasil jaringan Nguyen Hoang Duc pada penghujung perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238636/berita/sukan/tfcsb-terima-tajaan-rm9-juta-melibatkan-15-syarikat", "article_title": "TFCSB terima tajaan RM9 juta melibatkan 15 syarikat", "article_text": "TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) setakat ini menerima tajaan berjumlah RM9 juta melibatkan 15 syarikat bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh, berkata pihaknya juga telah membelanjakan sebanyak RM23 juta bagi menguruskan dua pasukan utama dan akademi bola sepak TFCSB musim lalu.Bagaimanapun perbelanjaan tersebut dijangka meningkat sehingga RM28 juta musim ini iaitu peningkatan antara 20 hingga 30 peratus memandangkan jumlah perlawanan Liga-M yang bertambah dan juga saingan Piala AFC.Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian penajaan 2023 dengan syarikat Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Sabri Abas dan Pengarah Urusan, Sabasun HYPErRUNCIT, Che Salmi Che Ibrahim.Ab Rashid berkata, selain tajaan, TFCSB turut memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendapatan melalui jualan jersi dan cenderamata, kutipan tiket perlawanan serta pas keahlian bermusim bagi menampung perbelanjaan musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238635/berita/sukan/suarez-pertajam-penyudah-gremio", "article_title": "Suarez pertajam penyudah Gremio", "article_text": "PENYERANG Uruguay, Luis Suarez menyertai kelab Serie A Brazil, Gremio secara percuma dengan kontrak dua tahun sehingga penghujung 2024, umum kelab itu pada Sabtu.Suarez sebelum itu mengucapkan selamat tinggal kepada kelab zaman kanak-kanaknya Nacional pada Oktober selepas tiga bulan dan menjaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan dan memenangi kejuaraan Uruguay.Pemain berusia 35 tahun itu juga menikmati kejayaan di Eropah bersama Ajax Amsterdam, Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid.Suarez menyertai Gremio yang berpangkalan di Porto Alegre selepas menghabiskan Krismas di Rosario, Argentina bersama Lionel Messi.Gremio akan memulakan saingan musim 2023 berdepan Sao Luiz dalam Piala Super Recopa Gaucha pada 17 Januari.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238633/berita/sukan/pang-ron-harap-2023-lebih-warna-warni", "article_title": "Pang Ron harap 2023 lebih warna-warni", "article_text": "PEMAIN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron berharap agar 2023 menjadi tahun yang penuh warna-warni buatnya bersama gandingan baharu Teoh Mei Xing, yang menyasarkan kelayakan ke Olimpik Paris 2024.Atlet berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengakui tugas itu bukanlah mudah, selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu di bawah kendalian bekas pemenang pingat perak Olimpik, Nova Widianto.Pang Ron berkata, antara cabaran utama mewujudkan gabungan terbaik dengan Mei Xing yang sebelum ini bermain dalam beregu wanita.\u201cBeliau sudah lama tidak beraksi dalam beregu campuran, jadi perlu lebih banyak masa untuk berlatih serta memperbaiki dan menambah kemahiran selain menyesuaikan diri dengan corak permainan beregu campuran bagi mengukuhkan gandingan ini. Bagaimanapun, keadaan semakin baik kerana kami telah mula meningkatkan sesi latihan.\u201cMasih banyak yang perlu diperbaiki tetapi diharapkan kami dapat beraksi dalam Terbuka Malaysia bulan ini. Selepas kejohanan dalam negara, kami akan menganalisis perlawanan, cari kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya sebelum kejohanan seterusnya, dan proses itu berterusan,\u201d katanya ketika ditemui.Pang Ron memulakan aksi bersama Cheah Yee Seah untuk memenangi pingat perak Sukan SEA Hanoi pada Mei lalu sebelum menamatkan gandingan empat tahun mereka dan dipasangkan dengan Toh Ee Wei ketika saingan Masters Indonesia pada Jun.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kemudian membuat satu lagi rombakan apabila Pang Ron digandingkan pula bersama Mei Xing pada hujung 2022.Pang Ron-Mei Xing yang kini menduduki ranking ke-159 dunia, memulakan aksi mereka dengan mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Bangladesh pada 7 hingga 11 Disember, sebelum memperoleh keyakinan diri apabila menjuarai gelaran Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak dari 13 hingga 18 Disember lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238632/berita/sukan/dulu-bournemouth-kini-club-brugge", "article_title": "Dulu Bournemouth, kini Club Brugge", "article_text": "CLUB Brugge melantik bekas pengurus Bournemouth, Scott Parker sebagai ketua jurulatih, kata kelab Belgium itu pada Sabtu.Parker, bekas pemain England, dipecat oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth pada Ogos, beberapa bulan selepas membimbing The Cherries naik pangkat ke saingan teratas liga utama tersebut.Untuk rekod, sebelum berkhidmat di Bournemouth, Parker juga telah membawa Fulham ke liga utama Inggeris.Brugge tidak memberikan butiran mengenai tempoh kontrak Parker, namun berkata, pemain berusia 42 tahun itu akan dipersembahkan secara rasmi dalam peranan baharunya pada minggu depan.Dia menggantikan Carl Hoefkens, yang dipecat awal minggu ini walaupun membawa pasukan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini.Pemecatan Hoefken berlaku selepas prestasi domestik buruk, termasuk kekalahan memalukan 1-4 di tempat sendiri kepada St Truiden dalam Piala Belgium minggu lalu dan seri 1-1 di tempat sendiri dengan OH Leuven dalam liga minggu ini, yang menyebabkan juara di tangga keempat tempat, 12 mata di belakang pendahulu Racing Genk.Brugge akan bertandang ke laman lawan yang juga pendahulu Genk pada 8 Januari.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 09:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238631/berita/sukan/status-luke-argzim-jordan-terjawab", "article_title": "Status Luke, Argzim, Jordan terjawab", "article_text": "TANDA-tanya mengenai status tiga pemain import Terengganu FC (TFC), Luke Woodland, Jordan Mintah dan Argzim Redzovic akhirnya terjawab apabila mereka disahkan masih kekal bersama pasukan itu sehingga musim ini.Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFCSB), Ab Rasid Jusoh, yang mengesahkan bahawa ketiga-tiga pemain tersebut masih memiliki kontrak setahun dengan TFC.Menurutnya, walaupun ketiga-tiga pemain tersebut jarang beraksi dalam perlawanan musim lalu, mereka masih terikat dengan skuad Penyu kerana telah menandatangani kontrak dua tahun iaitu bagi musim 2022 dan 2023.\u201cStatus Luke, Argzim dan Jordan, masih lagi pemain TFC kerana dah tandatangan kontrak dua musim. Cuma Luke adalah sesetengah pasukan yang nak pinjam dan sebagainya.\"Tetapi kita yakin Luke kalau berlatih betul-betul dan tiada kecederaan boleh bermain dengan baik. Sebab itulah peringkat pemilihan awal dahulu dia dimasukkan ke dalam pasukan,\" katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani penajaan TFCSB bersama Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, pada Ahad.Pada majlis itu. TFCSB menerima penajaan tunai sebanyak RM250,000 daripada Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala AFC.Dalam pada itu, Ab Rasid berkata pihaknya masih dalam proses mendaftarkan Argzim sebagai pemain naturalisasi musim depan.Katanya, pemain pertahanan kelahiran Montenegro itu sudah melengkapkan syarat utama yang diperlukan iaitu beraksi selama lima tahun dalam kancah Liga-M.\"Perkara ini kita dah bawa kepada Jabatan Imigresen dan dalam proses... akan ambil masa. Selain memenuhi syarat tersebut, beliau juga telah berkahwin dengan gadis tempatan,\" katanya.Argzim, 30, mula beraksi dalam saingan Liga-M bersama Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) pada 2018 hingga 2019 dan kemudiannya menyertai Terengganu pada 2020 sehingga sekarang.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 09:33pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238630/berita/sukan/wujudkan-segera-akta-sukan-selamat", "article_title": "'Wujudkan segera Akta Sukan Selamat'", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh disaran meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di negara ini.Malah bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku.\u201cIanya boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak2 ini. Semoga YB @hannahyeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia,\u201d katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.Sebelum ini tular video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 pada 16 Disember lalu.Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, seorang jurulatih pasukan dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.KBS sebelum ini sedang meneliti Akta Sukan Selamat, bagi mewujudkan satu persekitaran atau ekosistem selamat buat atlet di negara ini.Hannah sebelum ini juga dipetik berkata, kod tersebut antara lain turut menumpukan perlindungan kepada atlet yang berdepan masalah gangguan seksual, buli dan keganasan.Sementara itu, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.\u201cIa satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah.\u201cMenampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita.\u201cBiar apa sekalipun kesalahan pemain itu, tidak sepatutnya ia ditampar di khalayak dan di tempat terbuka, apatah lagi mungkin ada orang lain atau keluarga pemain yang melihatnya.\u201cHebat mana pun seorang jurulatih itu, negara kita pasti tidak membenarkan tindakan ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 09:05pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238622/berita/sukan/hannah-kecam-tindakan-jurulatih-tampar-dua-pemain", "article_title": "Hannah kecam tindakan jurulatih tampar dua pemain", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam tindakan individu yang didakwa sebagai jurulatih menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini.Difahamkan kedua-dua pemain tersebut berumur bawah 14 tahun dan bertanding bagi Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 Malaysia 2022 di Johor.Tindakan individu itu dipercayai berikutan dua pemain berkenaan menyebabkan pasukan kehilangan satu mata dalam perlawanan sebelum panggilan masa tamat.Bagaimanapun, dua pemain tersebut dilihat kekal tabah dan ditenangkan oleh rakan sepasukan mereka selepas tindakan jurulatih terbabit.Hannah berkata, beliau telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan insiden berkenaan.\u201cIni adalah salah. Telah bercakap dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan kami sama-sama sedang mendapat maklumat lanjut tentang kejadian ini,\u201d katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.Pada Ahad, tular sebuah video menunjukkan seorang individu yang didakwa sebagai jurulatih bertindak menampar dua pemain bola tampar perempuan dalam satu perlawanan pada 16 Disember lalu.Selain itu, Fadhlina turut dilihat menciap semula (retweet) ciapan Hannah berhubung perkara itu.Perbuatan individu tersebut turut mendapat daripada pengguna Twitter yang rata-rata mengutuk tindakan sedemikian.Salah seorang pengguna Twitter bernama @razak_zambri, berkata, walau apa jua alasan, seorang jurulatih tidak boleh menampar budak perempuan kerana enggan mendengar arahan.\u201cBudak-budak perempuan kot, kalau nak hukum tak dengar arahan ada banyak lagi caranya. Suruh la ketuk ketampi atau \u2018push up\u2019 (tekan tubi) ke,\u201d katanya dalam ciapan di ruang komen Twitter pada Ahad.Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter bernama @smaran3 berkata, seorang jurulatih perlu bersikap profesional dan tahu batasan sebagai seorang pendidik.\u201cJurulatih kena tau batasan sebagai seorang pendidik. Menang atau kalah adat permainan, sebelum jadi jurulatih kena ada sikap pemimpin.\u201cMotivasi adalah langkah yang tinggi untuk menaikkan semangat seseorang atlet,\u201d tulisnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 07:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238609/berita/sukan/sang-kenari-mahu-terbang-lebih-tinggi", "article_title": "Sang Kenari mahu terbang lebih tinggi", "article_text": "PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar memberi bayangan skuad Kenari akan tampil lebih berkualiti dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.\u201cSang Kenari bakal mempunyai sayap-sayap baharu untuk terbang lincah dan laju di tahun dan musim baru. Semoga sayap-sayap ini juga sayap-sayap yang berdata dan bijak.\u201cSudah pasti Sang Kenari ingin menjadi pasukan terbaik. Bukan senang nak menjadi 'the best among the best'. Sang Kenari kena berjuang habis-habisan dengan jiwa, minda dan roh,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ketika ini, Kedah FC sedang rancak membawa masuk beberapa pemain antaranya pemain naturalisasi, Lee Andrew Tuck selain telah mengumumkan pemain import dari Tajikistan yang mengisi kuota Asia, Amirbek Juraboev.Mohd Daud berharap penyokong Kedah teruja dan lebih bangga menyokong perjalanan pasukan itu musim depan.\u201cSuara sokongan serta doa anda semua di sepanjang tahun 2023 adalah pembakar semangat Sang Kenari yang paling ampuh. Kita sama-sama randuk 'ayaq' dan 'ragagh' bukit sampai berjaya.\u201cKami tidak boleh janji bulan dan bintang. Kami hanya boleh janji satu perkara. The Best Never Rest. Kami akan sentiasa berlatih dan berlatih sehingga kami menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 05:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238577/berita/sukan/bekas-presiden-kesatuan-ragbi-malaysia-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia meninggal dunia", "article_text": "BEKAS Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang juga bekas Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan Abd Jalil Borhanuddin meninggal dunia di kediamannya di Ampang Jaya, Selangor akibat sakit tua pagi Ahad.Berita pemergian Allahyarham yang berusia 68 tahun itu dikongsikan anaknya yang juga Naib Presiden KRM, Fahmy Abd Jalil ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.Ayah memang ada menghidap kencing manis, jantung dan darah tinggi sejak dua tahun lepas dan menerima rawatan berkala di hospital. Pukul 5 pagi tadi kita ada kejutkan dia untuk makan ubat tapi kira-kira pukul 6.30 pagi bila adik kejutkan untuk (solat) subuh, kita sedar dia dah tak ada.\"Ayah seorang yang tak cakap sangat, dia juga ada strok ringan jadi tak dapat berkomunikasi dengan baik, dua tiga hari lepas dia ada maklumkan dah tak rasa kaki dia...tak sangka dia pergi secepat ini,\u201d katanya.Mengenai keperibadian Allahyarham, Fahmy berkata, beliau merupakan seorang ayah yang penyayang dan kelakar selain sangat komited terhadap kerjayanya dalam arena sukan ragbi negara.\"Dia memang \u2018menghambakan\u2019 dirinya untuk sukan ragbi, sejak muda lagi, dia juga pernah main untuk pasukan negara pada 1981 hingga 1987, jadi, kecintaannya terhadap sukan itu sangat tinggi. Saya rasa memang kehilangan besar untuk arena ragbi,\u201d katanya.Allahyarham yang meninggalkan isteri dan lima anak itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Tampin selepas Asar.Abd Jalil merupakan Presiden KRM sejak 2002 hingga 2005 dan Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (1992-2019) selain turut menubuhkan kelab ragbi iaitu NS Wanderers Rugby Club Malaysia sejak 1984 hingga kini yang dianggotai lebih 2,000 ahli. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 01:27pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238576/berita/sukan/piala-aff-harimau-malaya-tiada-tekanan-hadapi-singapura", "article_title": "Piala AFF: Harimau Malaya tiada tekanan hadapi Singapura", "article_text": "TIADA istilah tekanan menyelubungi pemain negara ketika cuba mencari kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.Pemain naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck berkata, para pemain hanya menumpukan kepada persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut dan percaya sudah bersedia untuk menewaskan skuad The Lions.\"Kami tidak merasai sebarang tekanan. Kami tahu kami perlu untuk memastikan pasukan ke separuh akhir, namun sekarang ini semua pemain dalam keadaan tenang.Kami melakukan persiapan yang rapi dan pada hari perlawanan kami mahu beraksi dengan yakin. Kami melihat ke hadapan dan percaya mempunyai kemampuan untuk melangkah ke separuh akhir,\" katanya.Dalam pada itu, Tuck yang diumumkan sebagai pemain baharu Kedah FC mengakui gembira selepas membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab dari utara itu.Bagaimanapun, dia juga memahami memahami kehampaan sesetengah penyokong Sri Pahang FC sehinggakan ada yang mengecamnya sebagai tidak berterima kasih kepada kelab lamanya itu.\"Secara jujurnya, saya bercakap dengan Sri Pahang selepas menunggu selama beberapa bulan sama ada mereka mahu menyambung kontrak saya atau tidak. Saya mahu kekal di kelab tersebut.\"Saya juga sanggup dipotong gaji, namun kami tidak mencapai kata putus. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Sri Pahang kerana kelab itu adalah yang terbaik.\"Apa yang berlaku ini juga tidak menjejaskan fokus saya bersama pasukan kebangsaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 01:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238571/berita/sukan/jurulatih-mahu-abdul-latif-terbang-tinggi-di-paris-hangzhou", "article_title": "Jurulatih mahu Abdul Latif 'terbang tinggi' di Paris, Hangzhou", "article_text": "KEJOHANAN Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, Perancis dan Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China menjadi sandaran utama untuk jaguh lompat jauh para negara kategori T20 (kecacatan intelektual), Datuk Abdul Latif Romly meraih kejayaan membanggakan tahun ini.Bagi merealisasikan hasrat tersebut, jurulatihnya, Shahrul Amri Suhaimi berkata, pihaknya telah merangka beberapa strategi untuk Abdul Latif termasuk menjalani latihan luar di Langkawi, Kedah, bulan ini serta Montreuil di Paris pada Jun menjelang kejohanan dunia di Stadium Charlety dari 8 hingga 17 Julai depan.Ada dua temasya yang kami sasarkan untuk Abdul Latif rangkul emas iaitu pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 dan Sukan Para Asia 2022 dari 22-28 Okt ini,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata, latihan insentif di Paris itu sangat penting bagi Abdul Latif dalam usaha merebut slot seterusnya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik pada edisi 2024 yang dijadual berlangsung di bandar raya sama bermula 28 Ogos hingga 8 Sept, 2024.Katanya, atlet dari Perlis itu juga tidak boleh memandang ringan terhadap keupayaan dua pencabar utamanya iaitu dua pemenang pingat Sukan Paralimpik 2020, Athanasios Prodromou dari Greece (perak) atlet Australia, Nicholas Hum (gangsa), yang mampu menggugat kedudukannya di kejohanan dunia kelak.Dalam pada itu, Shahrul Amri berkata, beliau enggan meletakkan tekanan kepada anak buahnya jika terpilih untuk bersaing bersama atlet normal pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dari 5 hingga 17 Mei ini.\"Sekiranya berlaku, ia bakal menjadi temasya Sukan SEA kali kedua beliau sertai selepas beraksi buat kali pertama di Kuala Lumpur 2017 yang beliau mengalami cirit birit sekali gus mengakibatkannya tidak dapat mempamerkan lompatan baik,\u201d katanya.Abdul Latif, yang juga pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, sekadar melakukan lompatan terbaik sejauh 7.34m dan menamatkan saingan di tempat ketujuh daripada 11 atlet pada Sukan SEA 2017. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 12:23pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238550/berita/sukan/city-tidak-kecewa-sekadar-seri", "article_title": "City tidak kecewa sekadar seri", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu menyalahkan pemainnya selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Di Stadium Etihad pada Sabtu.Menurutnya, pemain sudah memberikan aksi terbaik, namun mengakui Everton tampil dengan taktikal lebih berkesan untuk mengikat penyandang juara EPL itu.Malah, dia percaya peluang untuk City menjuarai EPL masih terbuka walaupun dibezakan tujuh mata dengan pendahulu liga, Arsenal.\"Perlawanan yang hebat. Kami telah bermain dengan sangat baik dalam tiga perlawanan terakhir dan ia membuatkan saya optimis.\"Kegagalan memungut mata penuh di laman sendiri sentiasa sukar, tetapi saya sentiasa cuba memastikan persembahan pasukan bagus.\"Saya melihat mereka (Everton) mempunyai lapan pemain di bahagian pertahanan. Mereka juga membuat gol yang hebat, tetapi secara umumnya kami melakukannya dengan sangat baik,\" katanya.Penyerang sensasi City, Erling Haaland terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-24 sebelum Demarai Gray menyamakan kedudukan pada minit ke-64.Dalam pada itu, pertahanan City, John Stones beranggapan sebaliknya dan menegaskan kehilangan dua mata sebagai sesuatu yang amat merugikan.\"Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Saya rasa kami hilang dua mata, namun itulah bola sepak.\"Kami mengawal permainan dan mempunyai banyak peluang, tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:52am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238548/berita/sukan/ten-hag-dapat-kawalan-penuh", "article_title": "Ten Hag dapat kawalan penuh", "article_text": "ERIK ten Hag telah mengambil alih pasukan simpanan Manchester United dalam usaha untuk membuka laluan yang lebih baik kepada pasukan seniornya.Pengendali dari Belanda itu memberitahu pengurusan tertinggi Old Trafford semasa rundingan musim bunga lalu bahawa dia hanya akan bersetuju untuk menjadi pengurus baharu sekiranya diberi kawalan penuh ke atas skuad Bawah 23 tahun kelab tersebut.Ten Hag bekerjasama rapat dengan pengendali skuad Bawah 23 tahun Mark Dempsey dan jurulatih Paul McShane, namun bertanggungjawab terhadap keputusan muktamad dalam semua urusan pemilihan pasukan serta menentukan kedudukan pemain dan minit permainan di padang.Untuk rekod, Ten Hag sebelum ini menjalankan dua peranan yang sama di Ajax kerana dia percaya itu cara terbaik untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai bakat yang datang melalui sistem.\u201cBagi saya, kerjasama antara semua jabatan berbeza, namun adalah penting untuk mendapatkan budaya yang betul dalam sesebuah kelab. Seperti di Ajax, apabila saya memasuki Manchester United pasukan simpanan diasingkan.\u201cIa bukan lagi sebahagian daripada akademi, tetapi ia juga bukan sebahagian pasukan utama. Saya menukarnya serta-merta sama seperti yang saya lakukan semasa saya memasuki Amsterdam.\u201cDi Ajax, pasukan simpanan berada di bawah tanggungjawab pengurus. Itulah satu-satunya cara yang saya boleh mempengaruhi aliran pemain muda berbakat ke arah pasukan utama.\u201cSudah tentu saya masih memberi kebebasan kepada jurulatih untuk bekerja, namun saya juga memberi mereka arahan contohnya, saya mahu pemain itu mula membuat minit dalam kedudukan itu,\" katanya.Untuk rekod, antara faktor utama Ten Hag membuat keputusan untuk menjadi pengurus United adalah kerana bangga dengan tradisi kelab itu melahirkan para pemain muda.Sementara itu, Marcus Rashford muncul wira United apabila jaringan tunggalnya membantu The Red Devils meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton.Beraksi di Satdium Molineux, anak buah Ten Hag bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama yang berkesudahan tanpa jaringan.Rashford menceriakan kem pelawat apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 apabila berjaya menewaskan penjaga gol, Jose Sa.Tiga mata itu menyaksikan United naik ke tangga keempat dengan mengumpul 32 mata selepas 16 perlawanan, manakala Wolves kekal dengan 13 mata di kedudukan ke-18.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:46am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238547/berita/sukan/kedudukan-arsenal-makin-selesa", "article_title": "Kedudukan Arsenal makin selesa", "article_text": "PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukan itu sudah semakin matang selepas melakar kemenangan 4-2 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.Kemenangan itu sekali gus meletakkan mereka selesa mendahului kedudukan liga dengan tujuh mata mengatasi pencabar terdekat Manchester City yang sekadar seri menentang Everton.\"Pasukan semakin matang dan perlawanan hari ini adalah satu ujian yang sukar. Ia kemenangan besar dan sudah tentu saya gembira.\"Brighton merupakan sebuah pasukan yang kuat. Mereka memberikan tentangan yang sengit dan kami turut memberikan mereka kesukaran dalam perlawanan ini.\"Saya rasa kami sangat hebat terutama ketika kami mempunyai ruang untuk menyerang. Cara Brighton bertahan sedikit terbuka dan kami berjaya memanfaatkannya,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Bukayo Saka, Martin Odegaard, Eddie Nketiah dan Gabriel Martinelli masing-masing menjaringkan satu gol buat The Gunners manakala gol Brighton disumbangkan oleh Kaoru Mitomi dan Evan Ferguson.Bagaimanapun, Arteta mengakui banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memastikan kelab tersebut menamatkan kemarau memenangi kejuaraan EPL yang kali terakhir dimenangi pada 2004.\"Perjalanan masih panjang. Keterujaan saya mulai daripada masuk ke bilik persalinan apabila pemain bercakap tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan dengan lebih baik hari ini.\"Ini bermakna mereka tahu bahawa kami masih boleh bermain lebih baik dan lebih baik, dan menentang Newcastle United (perlawanan seterusnya) kami harus lebih baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 10:26am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238540/berita/sukan/tahun-yang-saya-tidak-akan-lupakan--messi", "article_title": "'Tahun yang saya tidak akan lupakan'- Messi", "article_text": "TONGGAK sensasi Argentina, Lionel Messi menegaskan tahun 2022 sebagai tahun yang paling akan diingatinya selepas berjaya memenangi Piala Dunia pertama dalam kariernya.Kapten Argentina itu dijadualkan kembali ke Paris Saint-Germain (PSG) pada awal minggu depan selepas diberikan cuti lanjutan susulan kemenangan di Piala Dunia.Tujuh gol dan tiga bantuan gol dalam laluan Argentina mengapai trofi tersebut membolehkan Messi meraih anugerah Bola Emas selain kejuaraan Piala Dunia pada usia 35 tahun.Dalam Instagram miliknya, Messi memuat naik beberapa gambar bersama keluarga untuk menandakan pengakhiran 12 bulan bermakna yang dilaluinya.\"Tamat setahun yang tidak dapat saya lupakan. Impian yang selalu saya kejar akhirnya menjadi kenyataan.\"Tetapi, itu juga tidak bernilai jika bukan kerana saya memiliki keluarga yang hebat dan rakan yang sentiasa menyokong saya. Mereka ada setiap kali saya jatuh,\" katanya.Messi turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya di kelab lamanya, Barcelona dan di PSG.\"Saya juga mahu berterima kasih untuk semua orang yang mengikuti saya dan menyokong saya.\"Sungguh luar biasa dapat berkongsi kejayaan ini dengan anda semua. Adalah mustahil untuk sampai ke tahap ini tanpa begitu banyak galakan yang saya terima daripada semua rakyat negara saya serta dari Perancis, Barcelona dan banyak bandar dan negara lain.\"Saya harap tahun ini juga indah untuk semua orang dan saya doakan anda semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus gembira pada tahun 2023,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 09:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238539/berita/sukan/lampard-tabik-karakter-luar-biasa-everton", "article_title": "Lampard tabik karakter luar biasa Everton", "article_text": "PENGENDALI Everton, Frank Lampard percaya watak, keazaman dan perjuangan yang dipamerkan The Toffees ketika mengikat penyandang juara Manchester City 1-1 pada Sabtu, satu contoh yang perlu diperkukuhkan pada masa depan.\"Saya percaya perwatakan, personaliti dan semangat juang merupakan elemen terpenting dalam permainan kerana ia 11 lawan 11 dan kita tahu betapa bagusnya City di Stadium Etihad.\u201cIa juga bukan pelan permainan bertahan yang rumit, sebaliknya banyak perkara dilalui di sini dan setiap pemain melakukan tugas dengan sempurna tidak kira apa pun. Ini mesti menjadi pelan tindakan ke hadapan.\u201cSaya meminta persembahan terbaik sebaliknya mereka memberikan sesuatu yang luar biasa,\" kata Lampard pada sidang akhbar.Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, The Toffees terlebih dulu ketinggalan satu gol minit 24' selepas Erling Haaland membuka jaringan untuk City pada separuh masa pertama.Namun Everton bangkit kembali untuk satu mata hasil sentuhan menakjubkan Demarai Gray pada minit ke-64 menewaskan Ederson.Dengan 11 minit masa ditambah pada separuh masa kedua, Everton bertahan penuh berdisiplin gelombang serangan City yang tidak henti-henti.Lampard juga gembira melihat para pemainnya bertindak balas positif terhadap tugasan berdepan Manchester City tersebut.\"Kami berhak mendapat satu mata dan ia adalah satu mata yang besar untuk pasukan selepas memori menentang Wolves sebelum ini, di mana saya rasa kami bermain dengan baik dan boleh menang.\"Untuk datang menentang penyandang juara dengan bangkit mendapatkan sesuatu kembali dalam perlawanan yang sukar adalah cabaran besar buat pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 09:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238524/berita/sukan/pemburuan-emas-olimpik-bermula", "article_title": "Pemburuan emas Olimpik bermula", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bertekad untuk membantu membarakan semangat dan memacu potensi para atlet negara dalam pengembaraan menuju misi besar Malaysia merealisasikan impian meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024.Menterinya, Hannah Yeoh berkata, perjalanan Road to Gold itu perlu diperkukuh bermula hari ini sempena pembuka tirai tahun baharu 2023.\u201cDalam mesej tahun baharu, saya mahu para atlet mempunyai visi Road to Gold iaitu usaha untuk mencapai pingat emas di Olimpik Paris pada tahun 2024.\u201cBerdasarkan interaksi bersama para atlet, saya dapat memerhatikan semangat kuat mereka untuk cemerlang dalam sukan.\"Harapan saya pada 2023 adalah untuk memperkuatkan lagi semangat ini dengan mewujudkan sistem sokongan supaya mereka dapat memenuhi potensi masing-masing.\u201cMalaysia mempunyai percikan api dalam diri yang perlu dinyalakan. Negara kita rindukan zaman keemasan. Bagi mengapainya, kita mesti percaya bahawa Malaysia boleh naik ke pentas dunia. Malaysia Boleh,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Beliau menjelaskan, Road to Gold bukan sekadar membawa pulang kilauan emas dari Paris, sebaliknya ia memberi tanda aras bagaimana KBS melabur buat atlet dan sesuatu pertandingan itu bermakna buat mereka.Katanya, ia juga sebagai tanda aras bagaimana pihaknya boleh memupuk ekosistem sukan secara lestari, mengumpul data di peringkat akar umbi dan bagaimana untuk meningkatkan prestasi sukan serta perkembangan karier mereka.\u201cMisi ini penting untuk dicapai kerana ia akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang perlu ada kepercayaan bahawa impian mereka boleh dicapai jika mereka tetap fokus dan bersemangat,\u201d katanya.Hannah yang memimpin KBS sejak sebulan lalu turut mengakui bagi mencapai impian Road to Gold itu memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk atlet, organisasi sukan dan KBS.\u201cKita perlu bekerjasama dan ia perlu dilihat sebagai usaha kolektif. Bagi membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat, ibu bapa dan pimpinan masyarakat tempatan juga memainkan peranan penting mendorong dan mewujudkan pelbagai platform untuk aktiviti bersukan,\u201d katanya.Beliau juga berbesar hati untuk memastikan bahawa infrastruktur sukan mudah diakses oleh semua warga di negara ini.\u201cSaya percaya bahawa sektor korporat boleh menyumbang untuk membolehkan hasrat ini dicapai dalam usaha menaik taraf infrasukan atau membantu dalam anjuran pelbagai aktiviti atau pertandingan sukan,\" katanya.Hannah turut menitipkan amanat buat warga KBS sempena tahun baharu ini.\u201cBuat warga KBS pula, saya mahukan urus tadbir yang bersih dan efektif,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Januari 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238486/berita/sukan/satiananthan-tidak-mahu-ada-lagi-jurulatih-boneka", "article_title": "Satiananthan tidak mahu ada lagi \u2018jurulatih boneka\u2019", "article_text": "PERSATUAN Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) menerima laporan mengenai beberapa pasukan cuba melantik \u2018jurulatih boneka\u2019 yang menyewakan lesen mereka kepada pihak ketiga untuk musim depan.B Satiananthan, yang kembali menerajui PJBM apabila menang tanpa bertanding jawatan presiden persatuan itu pada Sabtu berkata, pihaknya mengenal pasti satu pasukan Liga Super dan dua lagi yang beraksi untuk Liga M3, menawarkan jurulatih tempatan untuk beraksi sebagai boneka kepada orang lain.Menurut peraturan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), lesen Pro A (Pro-Diploma AFC) diwajibkan untuk berkhidmat sebagai ketua jurulatih di peringkat teratas Liga Super, manakala hanya jurulatih tempatan dibenarkan melatih Liga M3, yang terletak di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Amatur (AFL).\"Kami menerima laporan untuk musim depan, bukan hanya AFL tetapi juga Liga Super. Kami mendapat berita bahawa seorang jurulatih yang tidak mempunyai lesen Pro mengendalikan pasukan dan mengundang beberapa pemegang lesen Pro tempatan untuk menjadi boneka mereka.\"Dalam M3, baru-baru ini kami mendengar bahawa mereka (pasukan) melantik jurulatih asing tetapi memerlukan jurulatih tempatan untuk menjadi boneka, manakala kerja-kerja dilakukan oleh jurulatih asing,\u201d katanya kepada pemberita pada Kongres Tahunan PJBM di sini pada Sabtu.Justeru, Satiananthan menggesa semua jurulatih tempatan agar tidak menjadi boneka.\"Jadi, nasihat saya ialah elakkan memandang rendah kepada kebolehan diri kita sendiri,\u201d katanya.Awal tahun ini, terdapat laporan mengatakan kelab Liga M3 cuba melantik jurulatih tempatan untuk bertindak sebagai boneka kepada warga asing, yang dinamakan sebagai Pengarah Teknikal kelab itu.Satiananthan yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya berkata, walaupun PJBM mempunyai maklumat mengenai isu itu, persatuan tidak dapat mengambil tindakan terhadap pasukan terbabit.\"Biasanya pasukan akan dikendalikan oleh orang lain, seperti menamakan kesebelasan utama dan rejim latihan, tetapi semasa hari perlawanan, jurulatih boneka akan berada di bangku simpanan, mengikut arahan yang diberikan kepadanya. Saya boleh menyalahkan dua orang - pihak pengurusan dan jurulatih tempatan yang menjual lesennya,\u201d katanya.Sementara itu, bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee berkata, hanya jurulatih yang perlu menjalankan tugas kejurulatihan, manakala pengarah teknikal menumpukan kepada bahagian pembangunan.\"Ini melibatkan pengurusan kerana pengarah teknikal dan ketua jurulatih perlu ada tugas mereka masing-masing dan pengarah teknikal yang melibatkan diri dalam kejurulatihan adalah salah dari sudut etika,\u201d katanya.Sementara itu, berikut ialah senarai kepimpinan PJBM untuk penggal 2022-2026 yang dipilih pada kongres kali ini:Presiden: B Sathiananthan (menang tanpa bertanding)Timbalan Presiden: Datuk Ong Kim Swee dan Razif IsmailNaib Presiden: Datuk Richard Scully, ACP (B) Md Dali Wahid, Aminuddin Hussin dan Mohd Asri Ninggal (semua menang tanpa bertanding)Exco: Rezal Zamri Yahya, Ishak Kunju, Sulaiman Hussin, S. Balachandran, Noor Zaidi Rohmat, Ridzuan Abu Shah, Ghani Malek dan Rashid MamudExco (Wanita): Farhana Abdullah dan Siti Suhaila Mohd Johari (kedua-duanya menang tanpa bertanding) - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 03:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238472/berita/sukan/zaman-kegemilangan-malaysia-boleh-dicapai---hannah", "article_title": "Zaman kegemilangan Malaysia boleh dicapai - Hannah", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh percaya impian negara untuk mengecap kegemilangan dalam arena sukan boleh dicapai, terutama dalam pemburuan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.Katanya, selepas menerajui kementerian itu selama kira-kira sebulan yang lepas, perjumpaan beliau dengan pelbagai pemegang taruh berkaitan menyerlahkan hakikat bahawa kejayaan dalam arena sukan bukanlah hasil kegigihan satu pihak tertentu semata-mata, sebaliknya ia menuntut pembabitan pelbagai pihak.\"Atlet, jurulatih, pengurus, persatuan sukan, dasar dan perundangan, pihak korporat, keluarga, sekolah, komuniti dan media, semuanya bekerjasama, dan melahirkan atlet atau pasukan bertaraf dunia. Negara sedang bekerja keras (bagi mencapai hasrat itu).\"Dalam pertemuan saya dengan atlet kita, saya dapat melihat api semangat mereka yang menyala, satu keazaman, tidak kira apa jua bidang sukannya. Malaysia memiliki cetusan api kemaraan dalam dirinya yang perlu disemarakkan. Negara kita impikan zaman kegemilangan, sekali lagi,\u201d katanya menerusi catatan akaun Facebooknya.Menurutnya, pemburuan 'Road to Gold' lebih daripada sekadar pulang dengan pingat dari Paris 2024, sebaliknya ia juga mengenai usaha membangunkan kemampanan dalam ekosistem sukan seperti mengumpul data untuk meninjau bakat baharu di peringkat akar umbi, pembinaan pangkalan peminat atlet dan kaedah meningkatkan ukuran pembangunan dan kejayaan dalam bidang sukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 02:11pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238470/berita/sukan/luka-harimau-malaya-sudah-pulih", "article_title": "Luka Harimau Malaya sudah pulih", "article_text": "HARIMAU Malaya berada pada tahap terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.Pemain tengah Harimau Malaya Mukhairi Ajmal berkata, semua pemain Harimau Malaya sudah melupakan episod kekecewaan selepas tewas 0-3 kepada Vietnam.Menurutnya, mentaliti pemain juga sudah pulih dan yakin insiden keputusan kontroversi pengadil, Ryuji Sato dalam perlawanan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi Selasa lalu tidak terus menghantui pasukan.\"Semua pemain dah move on. Selepas game memang agak sedih, tetapi itulah bola sepak ada kalah atau menang. Tetapi, sudah tentu kita nak fokus untuk perlawanan menentang Singapura.\"Mentaliti pemain juga semua ok. Semua pemain juga dah bersemangat dan kita perlu pastikan kemenangan untuk layak ke separuh akhir,\" katanya.Skuad negara ketika ini berada di kedudukan ketiga Kumpulan B dengan enam mata dibezakan satu mata dengan Singapura di kedudukan kedua dan pendahulu kumpulan, Vietnam.Dalam pada itu, Mukhairi turut mengingatkan rakan sepasukan untuk berhati-hati dengan Singapura yang turut menjadi antara pasukan terkuat dalam Kumpulan B.Dalam masa sama, tonggak penting Selangor FC itu juga menanam tekad untuk cuba merobek gawang Singapura dalam perlawanan terakhir itu nanti.\"Saya rasa apa yang lebih penting ialah kita perlu berhati-hati dan ambil peluang ini sebaik mungkin untuk layak ke separuh akhir.\"Untuk menjaringkan gol pula, saya rasa semua pemain boleh jaringkan gol. Mungkin peluang saya nak jaringkan gol itu ada, cuma tak masuk lagi.\"Kalau lawan Singapura ini ada peluang lagi untuk saya, saya akan cuba jaringkan gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 01:57pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238469/berita/sukan/trucha-pengendali-baharu-kufc", "article_title": "Trucha pengendali baharu KUFC", "article_text": "BEKAS jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dilantik sebagai pengendali Kelantan United Football Club (KUFC) pada saingan Liga Malaysia musim depan.Pelantikan Trucha, 51, dari Republic Czhech itu diumumkan pengurusan KUFC pada Sabtu.Trucha ketika ditemui pemberita memaklumkan belum bertemu pemain pasukan itu tetapi tidak sabar memulakan latihan pertama pada 4 Januari depan.\"Saya akan bertemu pemain pada 1 Januari dan akan merancang taktikal atau strategi sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia,\" katanya selepas diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan.Trucha turut memberi penghargaan kepada pengurusan KUFC kerana memberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan itu.\"Saya benar-benar teruja untuk bersama pasukan baharu dan berjanji akan membantu KUFC mendapat tempat dalam liga,\" katanya.Sementara itu, Presiden KUFC, Rozi Muhamad berkata, KUFC memperuntukkan perbelanjaan lebih besar untuk musim depan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan termasuk pengurusan pasukan bawah 21.Beliau memberitahu, rombakan pemain dilakukan dengan meletakkan pemain muda berusia bawah 30 tahun.\"Rombakan besar-besaran dilakukan melibatkan 90 peratus muka baharu,\" katanya.Tahun lalu, KUFC menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan kelima dan menunjukkan peningkatan prestasi sejak 2019.Rozi mengakui Kelantan United dianggap pasukan \u2018underdog\u2019 tetapi mereka tetap berazam melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 01:50pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238466/berita/sukan/guardiola-sedia-tinggalkan-city", "article_title": "Guardiola sedia tinggalkan City", "article_text": "PEP Guardiola tidak merancang untuk kekal mengendalikan Manchester City untuk tempoh masa yang lama.Menurutnya, jika dia merasakan kelab itu semakin 'rosak', maka dia akan membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak atau melepaskan jawatannya itu.\"Apabila saya merasakan sesuatu yang sudah rosak, saya akan meletakkan jawatan atau tidak melanjutkan kontrak.\"Kontrak hanya atas kertas. Saya menyambung kontrak kerana saya rasa kami masih boleh bermain dengan baik. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada keputusan. Jika sudah bosan antara satu sama lain, saya akan menamatkan kontrak ini,\" katanya.Guardiola sudah menandatangani lanjutan kontrak dua tahun bersama City pada Oktober lalu yang akan memastikannya kekal di kelab itu sehingga 2025.Jika Guardiola terus membimbing sehingga 2025, ia akan menyaksikan pengendali kelahiran Sepanyol itu mengendalikan City untuk tempoh sembilan tahun.Dalam pada itu, Guardiola yakin City masih mampu mengejar Arsenal sekali gus mencipta hatrik menjuarai Liga Perdana Inggeris.\"Ia agak rumit. Apabila anda menang banyak, lebih mudah untuk mengendalikan situasi. Tetapi di sisi lain situasinya pasukan perlu lakukan sekali lagi (menang kejuaraan),\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 01:38pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238450/berita/sukan/anda-akan-melihat-benzema-yang-berbeza", "article_title": "'Anda akan melihat Benzema yang berbeza'", "article_text": "PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memberikan amaran bahawa penyerangnya, Karim Benzema akan tampil lebih tajam selepas kemenangan 2-0 menentang Real Valladolid pada Sabtu.Penyerang berusia 35 tahun itu tampil cemerlang dengan meledak kedua-dua gol tersebut yang dijaringkan pada minit ke-83 dan ke-89.\"Saya melihat Benzema sangat bermotivasi, dan saya fikir anda akan melihat Benzema yang berbeza mulai sekarang pada 2023,\" kata Ancelotti.Benzema telah mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas dia terlepas kejohanan Piala Dunia 2022 kerana kecederaan yang menyaksikan pasukan negaranya, Perancis muncul sebagai naib juara.Namun, persaraan di pentas antarabangsa itu tidak menghalangnya untuk terus menampilkan prestasi terbaik bersama Los Blancos.Dalam pada itu, Ancelotti mengakui gembira berjaya apabila menyaksikan pasukannya berjaya meraih tiga mata dalam aksi terakhir La Liga untuk tahun ini.\"Kami menamatkan tahun ini dan menjadi tahun yang menakjubkan dengan cara terbaik.\"Ia benar-benar sukar. Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian kami mengalami kesukaran sebelum kembali menemui rentak di penghujung perlawanan.\"Ia agak biasa selepas anda kembali selepas bercuti panjang, ia bukan mudah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 11:34am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238439/berita/sukan/martinez-mampu-bantu-villa", "article_title": "Martinez mampu bantu Villa", "article_text": "PENGENDALI Aston Villa, Unai Emery percaya mentaliti penjaga golnya, Emiliano Martinez yang telah memenangi Piala Dunia di Qatar akan membantu Villa menamatkan baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan lebih baik.Martinez membantu Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar dengan aksi cemerlang menyelamatkan tendangan dalam penentuan penalti pada perlawanan akhir menentang Perancis sekali gus memastikan La Albiceleste menamatkan penantian 36 tahun mereka untuk gelaran dunia ketiga.Bagaimanapun, kisah cemerlang Martinez di Piala Dunia turut terpalit kontroversi apabila dia mengejek bintang Perancis Kylian Mbappe sehingga mengundang kecaman banyak pihak.Emery yang sebelum ini berjanji akan bercakap dengan Martinez mengenai sikap penjaga gol tersebut sebaliknya percaya mentaliti Martinez adalah contoh yang mesti diikuti oleh rakan-rakan di villa.\"Saya berharap dia (Martinez) akan datang dengan fokus 100 peratus memberi tumpuan kepada Aston Villa.\"Sudah tentu, dia perlu menyesuaikan diri dengan cepat sekali lagi. Setiap penyokong Aston Villa pasti berbangga dengannya.\"Kami mempunyai pemenang Piala Dunia dalam pasukan kami dan akan menjadi inspirasi rakan sepasukan di padang latihan setiap hari,\" katanya.Villa ketika ini berada di kedudukan ke-12 EPL dan akan menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 10:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238436/berita/sukan/bukan-persembahan-terbaik-liverpool", "article_title": "Bukan persembahan terbaik Liverpool", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui gembira dengan kejayaan memungut tiga mata selepas menundukkan Leicester City 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield pada Sabtu.Namun, pengendali kelahiran Jerman itu menegaskan persembahan yang dipamerkan oleh pemain bukan persembahan terbaik seperti diharapkannya.\"Jelas sekali keputusannya sangat menggembirakan tetapi kami melihat kepada keseluruhan perlawanan dan ia bukan persembahan terbaik kami.\"Kami melepaskan gol mudah dan bermula dengan sesuatu yang kami tidak mahu ia berlaku. Kemudian dua gol sendiri oleh pihak lawan memberikan kami kelebihan seterusnya pada separuh masa kedua kami bertambah bagus,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Kieman Dewsbury-Hall membuka tirai jaringan buat Leicester City pada minit keempat sebelum dua gol sendiri daripada pertahanan pasukan itu, Wout Faes (m-38 dan m-45) memberikan kemenangan kepada Liverpool.Biarpun beberapa pemain menunjukkan persembahan di bawah tahap sebenar, namun Klopp tetap memuji impak yang dipamerkan pemain pertahanannya, Trent Alexander-Arnold.Menurut Klopp, pemain kelahiran England itu tampil cemerlang menyekat ancaman yang dihadirkan oleh pemain sayap Leicesterm Harvey Barnes.\"Dia sangat bagus dan ini bukan kali pertama. Saya rasa semua orang tahu betapa hebatnya Harvey Barnes pada saat ini dan Trent melakukannya dengan sangat baik.\"Kami mempunyai beberapa perlawanan dengan persembahan yang baik. Tetapi, hari ini majoriti pemain tidak berada pada apa yang saya inginkan.\"Namun, kami berjaya mendapat tiga mata dan ia sangat penting untuk kami merapatkan kedudukan dalam saingan liga,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 09:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238434/berita/sukan/ronaldo-sertai-al-nassr", "article_title": "Ronaldo sertai Al Nassr", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak sehingga 2025.Kapten Portugal itu merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu dan dijangka menerima gaji \u00a3177 juta (RM943 juta) setahun apabila menyertai Al Nassr.Ia sekali gus menjadikan pemain berusia 37 tahun itu sebagai atlet dengan bayaran gaji termahal di dunia.Ronaldo mengakui tidak sabar untuk berhadapan dengan pengalaman baharu liga di negara Timur Tengah itu.\"Saya bertuah kerana telah memenangi segala-galanya yang diimpikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman di sini,\" katanya.Dalam pada itu, Al Nassr dalam satu kenyataan menyifatkan pemeteraian itu sebagai satu sejarah dalam pembikinan.\"Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 08:53am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238426/berita/sukan/pencapaian-kena-konsisten", "article_title": "Pencapaian kena konsisten", "article_text": "PENCAPAIAN diraih atlet dan pasukan dalam beberapa kejohanan sepanjang 2022 boleh disifatkan sebagai sesuatu membanggakanNamun pada masa sama juga prestasi longlai menjadi ancaman utama kepada berapa sukan tertentu selepas mencipta impak positif yang akan memberi kesan besar pada 2023 dalam pemburuan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, kejayaan diraih beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan pencapaian tertinggi sukan negara pada tahun ini.\u201cBagaimanapun mereka gagal meneruskan prestasi konsisten selepas menjuarai Kejohanan Dunia apabila tewas separuh akhir Terbuka Denmark diikuti kecundang pusingan pertama Terbuka Perancis.\u201cPrestasi tidak konsisten ini sebenarnya telah menyekat proses kemajuan secara berterusan atlet negara dalam beberapa acara selepas itu.\u201cAtlet negara sebenarnya perlu mengekalkan prestasi konsisten dari satu kejohanan ke satu kejohanan lain, kerana mereka tidak hanya membawa imej negara tetapi juga penajaan pasukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Pencapaian Aaron-Wooi Yik di pentas antarabangsa pada 2022 boleh disifatkan paling membanggakan dalam kalangan prestasi atlet negara tahun ini.Aaron-Wooi Yik mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia di Tokyo, Ogos lalu sekali gus mengakhiri penantian 45 tahun negara untuk melahirkan juara dunia.Mengenai persatuan sukan kebangsaan pula, Mohd Sadek berkata, kepimpinan pertubuhan sukan tempatan memerlukan pemimpin dinamik yang mampu membawa semangat baharu kepada organisasi itu.Katanya, persatuan sukan kebangsaan di negara ini masih terlalu bergantung harap kepada dana daripada kerajaan untuk memacu kelangsungan program pembangunan masing-masing.\u201cIni antara faktor yang secara tidak langsung menjejaskan proses pembangunan dalam kalangan atlet sukan negara Seharusnya persatuan sukan kebangsaan mencontohi langkah diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\u201cSaya percaya akan hadir sinar dalam sukan negara sekiranya tahap profesional dalam pengurusan, dan pembangunan atlet.\u201cSebenarnya atlet dahagakan penyampaian luar biasa, jurulatih yang kreatif dan inovatif serta sokongan berterusan daripada pemegang taruh demi memajukan dan meletak sukan negara di landasan terbaik di pentas antarabangsa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238423/berita/sukan/2022-tahun-cemerlang-sukan-negara", "article_title": "2022 tahun cemerlang sukan negara", "article_text": "PENCAPAIAN dipamerkan atlet, pasukan dan kontinjen negara di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2022 disifatkan cemerlang dan membanggakan.Namun begitu Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) (Strategik), Suhardi Alias juga menegaskan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia mampu terus mencabar pada tahun 2023.\u201cJadi saya minta semua persatuan sukan kebangsaan, atlet dan jurulatih bekerja bersama-sama serta menggembleng tenaga.\u201cKita juga perlu improve seterusnya meningkatkan prestasi atlet negara apabila bersaing pada kejohanan yang akan berlangsung pada 2023,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Mengambil contoh pencapaian beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul wakil pertama Malaysia merangkul gelaran juara dunia, Suhardi berkata, pencapaian kedua-dua pemain tersebut konsisten sebenarnya kerana dalam sukan akan berlaku prestasi turun dan naik.\u201cSememangnya kita mengharapkan Aaron-Wooi Yik menghadirkan kilauan pingat emas dari Sukan Olimpik, namun apabila meraih kejuaraan dunia itu sudah cukup mengakhiri penantian 45 tahun.\u201cJadi kita berpendapat Aaron-Wooi Yik dan Rexy Mainaky perlu benar-benar merancang kejohanan dan memberikan tumpuan kepada kejohanan spesifik kerana 2023 merupakan tahun memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\u201cIni fasa penting buat kedua-dua atlet ini dan seharusnya kita perlu terus memberikan sokongan kedua-duanya termasuk Pearly Tan-M Thinaah dan juga Lee Zii Jia yang kini berlatih bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM),\u201d katanya.Bagi Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang mengesahkan slot secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023, Suhardi berkata, ini juga merupakan satu pencapaian luar biasa arena sukan negara.\u201cCuma pasukan itu perlu digarap semula dari segi strategi dan kecergasan, dan dikekalkan pemain sedia ada kerana di dalam kalangan mereka telah wujud satu bentuk kombinasi keserasian yang mantap.\u201cKita akan berhadapan dengan 23 pasukan terbaik Asia, bukan lagi Bangladesh lagi. Namun kita sebenarnya masih mempunyai masa untuk memantapkan pasukan ini.\u201cBola sepak ini sebenarnya memerlukan keserasian dalam kalangan para pemain dan bukannya berapa banyak pemain bintang,\u201d katanya.Tambah Suhardi, pelari pecut, Muhammad Azeem Fahmi yang mencatat rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) ternyata memberi nafas baharu sukan olahraga negara.Katanya, kejayaan di Kejuaraan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu secara tidak langsung memperbaharui rekod Khairul Hafiz Jantan (10.18s) di Sukma Sarawak 2016.\u201cKita berharap Azeem dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Amerika Syarikat setelah menyambung pelajaran di sana.\u201cKita juga berharap bahawa beliau menyesuaikan diri dengan program latihan sepanjang berada di sana.\u201cCuma dari segi prestasi Azeem ini kita berharap supaya dia tidak peak terlalu awal, sekiranya boleh dia meraih pencapaian yang positif, sedikit demi sedikit daripada mengharapkan dia melakar catatan di bawah 10s,\u201d katanya.Bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022 pula Suhardi berkata, kontinjen negara berjaya meraih tujuh pingat emas melepasi sasaran enam pingat.\u201cIni merupakan antara pencapaian dibanggakan tahun ini seperti dalam sukan angkat berat dan juga badminton.\u201cWalaupun angkat berat berjaya mempamerkan persembahan cemerlang, namun perlu ada satu pengukuhan terhadap persatuan yang dibelenggu dengan doping sebelum ini.\u201cKita tidak mahu kegemilangan pasukan angkat berat dipacu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin terjejas disebabkan gejala yang menjejaskan imej sukan tersebut,\u201d katanya.Sementara itu, pencapaian kontinjen negara di Sukan SEA Hanoi 2021 pula, Suhardi menegaskan, MSN memahami komuniti sukan mengharapkan kontinjen negara mengakhiri cabaran di atas Singapura.\u201cKita berharap di Sukan SEA Kemboja 2023 nanti kita akan dapat memperbaiki pencapaian yang dilakukan di Hanoi 2021.\u201cKita menyasarkan 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa, namun berjaya meraih 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan sebelum ini.\u201cMSN percaya kontinjen negara mampu meraih keputusan lebih baik sekiranya tumpuan diberikan sepenuh terhadap acara masing-masing,\u201d katanya.Pencapaian di Sukan Para ASEAN (APG) Solo 2022, Suhardi berkata, kehadiran atlet muda menyaksikan kontinjen negara melepasi sasaran 16 pingat emas apabila meraih 36 emas.\u201cBiarpun kehadiran Muhammad Ziyad Zolkefli, S Suresh dan Datuk Abdul Latif Romly, namun atlet muda Para negara mampu menghasilkan keputusan positif,\u201d katanya.Mengenai skuad hoki negara, The Speedy Tigers, Suhardi mengakui anak buah Arul Selvaraj tidak mengecewakan apabila meraih slot pusingan akhir Piala Dunia India 2023 di Bhubaneswar - Rourkela selepas muncul naib juara Piala Asia.\u201cIni juga pencapaian membanggakan apabila kita juga muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.\u201cSaya percaya sekiranya skuad Arul Selvaraj berjaya melakar strategi yang betul di Piala Dunia India 2023, kemungkinan besar skuad negara boleh layak ke kejohanan lebih tinggi seperti Sukan Olimpik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Disember 2022 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238421/berita/sukan/singapura-pintas-malaysia-selepas-seri-dengan-vietnam", "article_title": "Singapura pintas Malaysia selepas seri dengan Vietnam", "article_text": "JUARA edisi 2008 dan 2018, Vietnam berkongsi mata dengan Singapura apabila terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.Keputusan tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan menentang Singapura pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini, untuk layak ke separuh akhir.Keputusan itu menyaksikan Singapura kini mengumpul tujuh mata dan merampas tempat kedua dari Malaysia yang turun ke tempat ketiga dengan enam mata manakala Vietnam yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan kekal memimpin kumpulan dengan tujuh mata.Biarpun mendominasi lebih 70 peratus penguasaan bola pada separuh masa pertama, jentera serangan Vietnam dilihat tumpul seterusnya gagal merobek kubu pertahanan tuan rumah, dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-17 menerusi Vu Van Thanh namun dinafikan penjaga gol veteran tuan rumah, Hassan Sunny.Singapura yang kadangkala cuba menyelinap masuk ke kawasan Vietnam pula berpeluang menjaringkan gol namun sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti oleh penyerang muda, Ilhan Fandi pula melambung tinggi pada minit ke-26.Aksi hambar yang disajikan kedua-dua pasukan pada babak kedua pula menyaksikan Vietnam nyaris memecah kebuntuan namun sepakan padu oleh pemain tengah, Nguyen Hoang Duc, hanya singgah di tiang kanan gol pada minit ke-84 dan keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, gol pada waktu kecederaan oleh Maung Lwin menyelamatkan Myanmar apabila berkongsi mata dengan Laos selepas terikat 2-2 di Stadium Thuwunna, Yangon.Laos terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila tonggak tengah, Sukaphon Vongchiengkham membuka tirai jaringan pada minit ke-12 namun kedudukan itu hanya bertahan dua minit selepas tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah, Kyaw Min Oo.Walau bagaimanapun, penyerang Ekkamai Ratxachak kembali meletakkan pelawat di depan seminit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum mereka dikecewakan dengan jaringan minit akhir oleh Lwin.Myanmar yang akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, menentang Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat dengan satu mata manakala Laos menutup kempen mereka di tangga tercorot, juga dengan satu mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238411/berita/sukan/afl-nasihat-tetap-harga-siling-pemain-elak-isu-tunggakan-gaji", "article_title": "AFL nasihat tetap harga siling pemain elak isu tunggakan gaji", "article_text": "PENGERUSI Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan bertanding dalam Liga M3 2023 supaya menetapkan harga siling pemain bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.Beliau berkata, barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan serta perlu berbelanja mengikut kemampuan kelab.\u201cKita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain.\u201cKita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3.\"Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd di sini hari ini.Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim 2023 yang sudah dinaik taraf menjadi liga separuh profesional dijangka bermula Februari depan.Kejohanan berkenaan akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam saingan Liga Super 2024.Mohd Yusoff turut memaklumkan rundingan mengenai proses status kewangan bersama dua pasukan lain yang berminat menyertai Liga M3 sedang berjalan dan keputusannya hanya akan diketahui dalam minggu pertama Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 09:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238408/berita/sukan/harimau-malaya-tak-tempang-tanpa-piee-azam", "article_title": "Harimau Malaya tak tempang tanpa Piee, Azam", "article_text": "KETIADAAN dua tonggak utama pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee dan Muhammad Azam Azmi Murad tidak menjejaskan persiapan Harimau Malaya menjelang aksi genting menentang Singapura dalam saingan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 Januari ini.Pemain pertahanan tengah, Sharul Nazeem Zulpakar percaya pemain lain mampu menggalas tugas bagi menampung kelompongan yang ditinggalkan dua pemain tersebut pada aksi 'Causeway Derby' itu.\u201cKita ada pengganti di situ (bahagian pertahanan) jurulatih Kim Pan-gon ada rancangan beliau. Saya rasa tidak akan tempang, semua pemain yang jurulatih panggil ada potensi dan bagus,\u201d katanya kepada pemberita pada sesi latihan pada Jumaat.Status kecederaan Ahmad Khuzaimi atau lebih dikenali Piee masih samar-samar selepas dilihat menggunakan tongkat selepas Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon, pada 21 Disember.Muhammad Azam pula dilayangkan kad merah apabila pengadil dari Jepun Ryuji Sato mendakwa pemain muda Terengganu FC itu melakukan kekasaran ke atas Doan Van Hau di luar padang dalam aksi penuh kontroversi ketika Malaysia tumpas 0-3 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Selasa lalu.Dalam pada itu, Sharul Nazeem bertekad menjaga benteng pertahanan dengan sebaik mungkin daripada dibolosi pemain Singapura dan berwaspada dengan kelibat tonggak serangan lawan, Ilhan Fandi Ahmad.\u201cIlhan memiliki saiz badan serta penyudah baik... mungkin jurulatih Kim tekankan kami untuk jaga beliau dengan serapatnya,\u201d katanya.Beliau pada masa sama juga berpendapat Malaysia wajib menang ke atas Singapura dalam usaha mendapatkan tiga mata penuh sekali gus layak ke separuh akhir.Dalam pada itu, pemain tengah, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berharap Malaysia dapat memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol menerusi set piece ketika menentang Singapura nanti, memandangkan pasukan kebangsaan belum berbuat demikian dalam kejohanan itu setakat ini.Muhammad Mukhairi juga memaklumkan rakan sepasukannya telah melupakan episod duka di Hanoi dan kini lebih fokus kepada usaha merebut slot ke peringkat separuh akhir.Sementara itu, Pan-gon yang tidak menyertai sesi latihan hari ini difahamkan berada di Singapura bagi mengintip pasukan jiran tersebut dalam perlawanan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 09:02pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238405/berita/sukan/lee-tuck-kini-bersama-sang-kenari", "article_title": "Lee Tuck kini bersama Sang Kenari", "article_text": "BINTANG sensasi naturalisasi negara, Lee Tuck akhirnya memilih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebagai destinasi pilihan selepas meninggalkan Sri Pahang FC.\"Selamat datang Lee Andrew Tuck ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang diikat selama setahun bersama Sang Kenari bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi pasukan Liga Super 2023.\"Musim lepas beliau mewakili Sri Pahang FC dan mula beraksi sebagai pemain tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2022.\"Walaupun sebelum ini mengisi slot kuota import, Lee Tuck akhirnya mendapat kerakyatan secara naturalisasi Jun lalu dan baru-baru ini disenaraikan sebagai pemain Harimau Malaya bagi Piala AFF 2022,\" kata KDA FC dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.Untuk rekod, Lee Tuck bukan nama asing apabila mula menempa nama di Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan FC sebelum menyertai Terengganu FC yang menjadi kemuncak prestasinya sebagai pemain import.\"Kehadiran Lee Tuck sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari musim depan dan nombor 10 menjadi pilihan beliau di musim 2023,\" kata KDA FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 07:48pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238377/berita/sukan/nor-azam-sambung-kontrak-bersama-pahang-fc", "article_title": "Nor Azam sambung kontrak bersama Pahang FC", "article_text": "SRI Pahang FC mengesahkan pemain tengahnya, Nor Azam Azih kekal bersama skuad pantai timur itu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan Sri Pahang FC melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi mereka pada Jumaat.\"Tonggak tengah kelahiran Maran ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal bersama Sri Pahang.\"Bintang kesayangan penyokong yang juga pemain paling lama di dalam skuad Tok Gajah ini tekad mahu membantu pasukan kembali bangkit seterusnya mengharungi musim 2023 yang lebih baik,\" kata hantaran tersebut.Sebelum ini, Nor Azam yang juga antara tonggak utama Harimau Malaya dikatakan akan berhijrah ke kelab lain selepas tujuh tahun bersama pasukan itu.Dalam pada itu, Sri Pahang FC turut mengumumkan pemain sayap, Baqiuddin Shamsudin akan kekal menyarung jersi Sri Pahang setelah menandatangani kontrak baru selama dua tahun.\"Baqiuddin telah menjadi antara sandaran penting di posisi sayap sejak dua musim lalu dan dia teruja untuk terus berbakti dengan negeri kelahirannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 05:29pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238372/berita/sukan/nik-sharif-cari-pengalaman-piala-afc", "article_title": "Nik Sharif cari pengalaman Piala AFC", "article_text": "PEMAIN sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memilih Terengganu FC (TFC) kerana mahu pengalaman beraksi di Piala AFC 2023.Pemain berusia 25 tahun itu yang sebelum ini dipinjamkan kepada skuad Penyu secara pinjaman daripada Selangor FC sejak Mei lalu mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa kelab lain.Namun, dia memilih TFC selepas pasukan itu memberikan banyak minit permainan selain pengalaman berharga ketika berstatus pemain pinjaman.\"Untuk tahun 2023, sudah tentu saya mahu bantu TFC dapat pencapaian lebih baik. Dari segi prestasi individu sendiri, saya mahu lebih meningkat daripada tahun lepas.\"Sebab utama saya pilih TFC juga sebab mahu pengalaman main di Piala AFC,\" katanya.Sepanjang dipinjamkan ke TFC, pemain kelahiran Pahang itu membantu TFC muncul naib juara Piala FA dan Liga Super, separuh akhir Piala Malaysia selain layak ke Piala AFC.Dalam pada itu, dia turut menyifatkan penyokong TFC antara penyokong terbaik dalam kancah bola sepak negara dan mengharapkan sokongan itu kekal berterusan.\"Sepanjang saya di sini, penyokong memang terbaik. Mereka sokong sehabis baik sampai kita main di Sabah pun ada penyokong turun.\"Untuk 2023, saya harap sokongan itu tetap sama kepada kami walaupun pasukan boleh dikatakan separuh muka baharu untuk tahun depun. Saya harap penyokong terus positif bersama pasukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 05:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238367/berita/sukan/rakyat-malaysia-zahir-penghormatan-kepada-pele", "article_title": "Rakyat Malaysia zahir penghormatan kepada Pele", "article_text": "RAKYAT Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyertai ahli politik, atlet dan kelab dunia dalam memberi penghormatan kepada legenda bola sepak Brazil Pele, memuji sumbangannya dan berterima kasih atas kegembiraan yang dibawanya kepada dunia bola sepak.Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas bergelut dengan kanser.Seorang pengguna Twitter MD Zam menggunakan akaun @pekepmal69 mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Pele, sambil berkata bahawa dunia bersedih atas pemergian penyerang bola sepak legenda itu.\"Anda adalah satu-satunya! Semoga anda berehat dengan aman,\" menurut ciapannya.Seorang lagi pengguna Twitter menggunakan akaun @Mohan666Rao menyifatkan Pele sebagai (Pemain Bola Sepak Terhebat Sepanjang Zaman), seorang pelopor dan antara pemain terbaik yang pernah wujud.\"Mendiang akan dirindui oleh berjuta-juta peminat,\" menurut ciapannya.Sementara itu, @skumar176 berkata: RIP@Pele!.. Rekod dunia sebanyak 1,281 gol dalam 1,363 penampilan sepanjang karier selama 21 tahun, termasuk 77 gol dalam 92 perlawanan untuk Brazil! Yang Terhebat.Pengguna Twitter, Sivan John sebaliknya berkata: \"Baru menyedari bahawa pada Mei 2015, Pele dan Diego Maradona kebetulan berada di Kuala Lumpur untuk tugasan masing-masing. Tidak pasti jika mereka terserempak antara satu sama lain ketika berada di sini\u201d.Pele dikenali sebagai 'Raja', dengan menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya.Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA menamakannya sebagai pemain abad ini bersama-sama dengan Diego Maradona dari Argentina yang meninggal dunia pada 2020. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 05:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238363/berita/sukan/arul-tuntut-faizal-tampil-aksi-sebenar-di-piala-dunia", "article_title": "Arul tuntut Faizal tampil aksi sebenar di Piala Dunia", "article_text": "PENYERANG sensasi skuad hoki kebangsaan, Faizal Saari dituntut supaya lebih menyerlah dalam saingan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India pada 13 hingga 29 Januari depan.Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, A Arul Selvaraj berkata, pemain berusia 31 tahun itu tidak berada pada prestasi sebenar pada tempoh agak lama dan ia memberi gambaran tidak baik terhadap reputasi pemain berasal dari Terengganu itu.Beliau berkata, Faizal yang tidak beraksi bersama Speedy Tigers pada saingan Piala Sultan Azlan Shah kerana menyertai Liga Belanda ZSV Schaerweijde di Hoofdklasse, tidak beraksi seperti diharapkan pada aksi Piala Negara-Negara dari 28 November hingga 4 Disember di Afrika Selatan.\"Faizal seorang pemain yang bagus, satu lagi permata berharga tapi dia perlu beraksi untuk pasukan seperti yang pernah dilakukannya satu ketika dulu. Saya rasa sudah tiba masanya dia menggalas tanggungjawab dan membawa Malaysia ke tahap lebih baik.\"Saya akan berbincang dengannya dan dia dipilih bukan untuk dirinya semata tapi membawa bersama pemain lain. Dia perlu tunjukkan kepada pemain muda bahawa dia boleh memimpin pasukan, bermain dalam tekanan dan intensiti tinggi, barulah dia akan terus (berada) bersama kami,\u201d katanya kepada pemberita semalam.Faizal yang membuat 266 penampilan bersama Speedy Tigers, digugurkan daripada pasukan kebangsaan di bawah Roelant Oltmans pada 2020, sebelum kembali dipanggil menyertai skuad bimbingan Arul Selvaraj setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan menjaringkan 14 gol buat Terengganu dalam Piala Tun Abdul Razak pada Sept 2020.Arul Selvaraj pada masa sama mengakui sikap dan perwatakan Faizal telah banyak berubah sekembalinya daripada Liga Belanda itu.\"Kami masih mencari tahu apa yang menjadi penghalangnya...Dia ada potensi untuk menyerlah, saya tunjuk kepadanya beberapa video. Dia sangat pantas cuma kadang kala prestasi itu tidak muncul ketika atas padang,\u201d katanya.Skuad hoki negara akan berlepas ke Rourkela melalui Bhubaneswar pada 6 Januari ini menjelang aksi pemanas badan berdepan Sepanyol pada 11 Januari.Malaysia yang berada di ranking ke-11 dunia, akan memulakan kempen dalam Kumpulan C berdepan juara tiga kali yang juga nombor tiga dunia Belanda pada 14 Januari, diikuti Chile pada 16 Januari sebelum kembali ke Bhubaneswar berdepan kesembilan dunia New Zealand pada 19 Januari.Berdasarkan format kejohanan, juara kumpulan akan layak ke suku akhir manakala di tempat kedua dan ketiga akan bersaing dengan pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) dalam pusingan kalah mati dalam memburu slot ke suku akhir. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 04:14pm"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238354/berita/sukan/janji-azeem-seimbang-prestasi-sukan-akademik", "article_title": "Janji Azeem seimbang prestasi sukan, akademik", "article_text": "JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi optimis mampu mengimbangi prestasi cemerlang dalam sukan dan akademik susulan peluangnya melanjutkan perlajaran ke Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat.Pelari berusia 18 tahun itu berkata, pengurusan universiti dan jurulatih, masing-masing telah memberi komitmen tinggi dengan mengatur jadual agar tidak terlalu sibuk dan padat.\"Keutamaan saya adalah pelajaran. Jurulatih dan ibu bapa saya juga sering ingatkan bahawa saya ke sana bukan sahaja untuk bersukan, malah untuk dapatkan ijazah.\"Pihak universiti sangat fleksibel dengan jadual pelajaran, jadi mereka dah aturkan bersama jadual latihan saya agar tidak terlalu berat untuk diterima.\"Insya-ALLAH, tiada masalah untuk saya sesuaikan diri dengan suasana itu nanti,\" katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Jumaat.Muhammad Azeem yang memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima dana pendidikan berjumlah RM600,000 daripada kerajaan negeri bagi membiayai pengajian universitinya.Anak kelahiran Teluk Intan itu terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri yang menyokong perkembangan kariernya dalam sukan dan akademik.\"Sebelum ini saya tiada terima pun daripada orang (pihak) lain. Jadi apabila kerajaan negeri umumkan (dana khas pendidikan), saya sangat terkejut, tidak sangka. Jadi saya sangat bersyukur atas bantuan diberikan ini,\" katanya.Muhammad Azeem memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 meter dengan mencatatkan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia Ogos lepas.Sasarannya kini untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary dan Sukan Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 03:58pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238340/berita/sukan/mbappe-tiada-masa-layan-ejekan-martinez", "article_title": "Mbappe tiada masa layan 'ejekan' Martinez", "article_text": "PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe mengetepikan ejekan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez selepas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Malah bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu berkata, dia tidak berminat membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia ketika dia menunggu kepulangan rakan sepasukan, Lionel Messi.\u201cPerayaan itu bukan masalah saya. Saya tidak membazirkan tenaga untuk perkara sia-sia.\u201cApa yang penting bagi saya adalah untuk memberikan yang terbaik untuk kelab saya dan kami tidak sabar untuk Leo (Messi) kembali untuk terus menjaringkan gol dan memenangi perlawanan,\u201d kata Mbappe.Kemenangan 2-1 ke atas Strasbourg dalam perlawanan Ligue 1 pertamanya selepas perlawanan akhir Piala Dunia.Mbappe menjadi pemain kedua yang menjaringkan hatrik akhir Piala Dunia apabila dia mengheret negaranya kembali ke perlawanan dengan dua gol lewat separuh masa kedua dan penalti pada masa tambahan.Bagaimanapun, usahanya masih belum mencukupi untuk menghalang penyandang juara Argentina itu menang dalam penentuan sepakan penalti tersebut.Untuk rekod, semasa menyambut kepulangan skuad Argentina sekumpulan penyokong La Albiceleste membakar gambar Mbappe.Pada masa sama, Martinez juga memegang bayi mainan dengan muka Mbappe semasa perarakan bas terbuka melalui ibu negara pada 23 Disember lalu.Mengenai kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia Messi yang akan kembali ke Paris selepas Tahun Baru, Mbappe berkata, dia mengucapkan tahniah kepadanya selepas perlawanan akhir.\u201cIa adalah matlamat hidup untuknya, bagi saya juga, tetapi saya gagal. Jadi anda mesti sentiasa kekal sebagai rakan sukan yang baik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 02:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238331/berita/sukan/tabik-karakter-toney", "article_title": "Tabik karakter Toney", "article_text": "PENGENDALI Brentford, Thomas Frank memuji Ivan Toney apabila penyerang itu terus cemerlang di atas padang ketika dia berdepan pertuduhan FA atas dakwaan melanggar peraturan pertaruhan.Pemain berusia 26 tahun bulan ini didakwa oleh FA dengan 30 lagi pelanggaran peraturan pertaruhan selepas didakwa melakukan salah laku pada November setelah melanggar peraturan sebanyak 232 kali antara 2017 dan 2021.\u201cSaya hanya boleh memujinya kerana mentaliti dan perwatakannya. Dia tampil dalam pelbagai cara yang unik di sana.\u201cKeupayaannya untuk memberikan sepenuh tumpuan dalam permainan diikuti perlawanan seterusnya membuktikan karakternya.\u201cDia seorang yang memenuhi peranannya dalam pasukan dan mendorong dan membantu pasukan dengan cara luar biasa,\u201d kata Frank.Toney menjaringkan gol ketika The Bees melakar keputusan seri 2-2 di tempat sendiri berdepan Tottenham Hotspur pada yang meletakkan Brentford di tangga ke-10 dengan 20 mata daripada 16 perlawanan.\u201cBagi mana-mana pemain ia adalah mengenai mencari konsistensi itu, tidak kira apa yang melanda anda. Dari mana anda mencari inspirasi tambahan, motivasi, atau apa sahaja, ia berbeza dari pemain ke pemain.\u201cTetapi saya tidak nampak pemain yang lebih bersungguh-sungguh, saya hanya melihat Ivan yang sama yang mahu maju dan menjadi lebih baik setiap hari,\u201d kata Frank.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 01:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238312/berita/sukan/brazil-umum-3-hari-berkabung-susulan-kematian-pele", "article_title": "Brazil umum 3 hari berkabung susulan kematian Pele", "article_text": "BRAZIL mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari berikutan kematian legenda bola sepak Brazil, Pele pada Khamis.\"Tempoh berkabung itu bermula dari tarikh penerbitan Dekri ini sebagai tanda kesedihan atas kematian Edson Arantes do Nascimento, Pele, bekas pemain bola sepak,\u201d lapor Anadolu Agensi memetik dekri yang ditandatangani Presiden Jair Bolsonaro.Bolsonaro menerusi ciapan di Twitter berkata, Pele membawa nama Brazil di persada dunia menerusi bola sepak dan mengubah sukan itu menjadi kesenian dan kegembiraan.Penghormatan terakhir untuk Pele akan berlangsung pada Isnin sehingga 10 pagi Selasa, menurut portal berita Brazil G1.Orang ramai dibenarkan untuk melakukan penghormatan terakhir dalam tempoh itu.Ikon bola sepak itu akan dikebumikan pada 3 Januari di Memorial Necropole Ecumenica.Pencapaian \"Raja Bola Sepak\" belum dapat ditandingi kerana Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali pada 1958, 1962 dan 1970. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 10:34am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238307/berita/sukan/liverpool-terpaksa-tunggu-debut-gakpo", "article_title": "Liverpool terpaksa tunggu aksi sulung Gakpo", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp gembira dengan kejayaan pasukan untuk mendapatkan Cody Gakpo tetapi sedar penyerang itu mungkin terpaksa menunggu terlebih dahulu sebelum membuat penampilan sulungnya.The Reds memuktamadkan perpindahan yang dilaporkan bernilai sekitar \u00a337 juta (RM196 juta) untuk pemain antarabangsa Belanda itu pada jendela perpindahan Januari.\"Mungkin ada peluang untuknya beraksi ketika menentang Brentford tetapi saya rasa agak tipis.\"1 Januari adalah hari cuti dan semua kertas yang perlu ditandatangani pada hari kedua sebelum waktu makan tengah hari, jadi saya tidak terlalu positif mengenainya.\"Kami tidak akan tergesa-gesa, jadi dia mungkin akan bersedia untuk perlawanan menentang Wolves (aksi Piala FA),\" katanya.Gakpo yang juga bekas pemain PSV Eindhoven menampilkan persembahan cemerlang pada aksi Piala Dunia di Qatar apabila menjaringkan tiga gol untuk Belanda.Malah, untuk penampilan di kelab pula, sejak permulaan musim 2021-22 tiada pemain yang mencatatkan lebih banyak penglibatan gol dalam Liga Belanda daripada 46 yang dilakukan Gakpo (21 gol, 25 bantuan gol).\"Dia pemain yang sangat bagus, jadi pakej itu sangat menarik.\"Potensi yang dia ada dan kualiti yang telah ditunjukkan di Belanda dan dengan pasukan kebangsaan juga, menjadikannya pemain yang sangat menarik dan itulah sebabnya kami sangat berminat untuk mendapatkannya.\"Saya sangat gembira kerana kami dapat melakukannya. Dia gembira menyertai kami, ia adalah hari yang hebat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 10:15am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238305/berita/sukan/pele-inspirasi-bagi-jutaan-orang---ronaldo", "article_title": "'Pele inspirasi bagi jutaan orang' - Ronaldo", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo telah memberikan penghormatan kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.Ujarnya, ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.Kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya pada Jumaat kerana kanser kolon.Kematiannya telah mencetuskan kesedihan seluruh komuniti bola sepak dengan pemain dan kelab dari seluruh dunia memberi penghormatan kepadanya yang mengharumkan nama Brazil pada edisi Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento.\"Sekadar selamat tinggal kepada Raja Pele tidak akan pernah cukup untuk meluahkan kesakitan yang kini melanda seluruh dunia bola sepak.\"Dia adalah inspirasi untuk jutaan orang, rujukan untuk selamanya. Kasih sayang yang selalu dia tunjukkan kepada saya akan terus diingati walaupun dari jauh.\"Dia tidak akan dilupakan, dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam diri setiap pencinta bola sepak. Rehatlah dengan tenang, Raja Pele,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 09:48am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238293/berita/sukan/doakan-kejayaan-saya-di-as", "article_title": "'Doakan kejayaan saya di AS'", "article_text": "JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi sudah bersedia sepenuhnya untuk 'terbang' ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan karier dan melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn.Atlet berusia 18 tahun itu akan berangkat ke negara Uncle Sam awal pagi pada Ahad untuk berkelana selama empat tahun di Alabama sehingga akhir Disember 2026.\u201cSemua sudah siap. Barang dan dokumen telah disediakan, cuma tunggu masa untuk berangkat sahaja.\u201cTerasa teruja dan tak sabar untuk merasai pengalaman baharu selama empat tahun. Saya akan pergi seorang diri dan ada wakil dari universiti tunggu di sana,\u201d ujar Azeem kepada Sukan Sinar.Selain persiapan mental Azeem turut mempersiapkan diri daripada aspek fizikal menerusi latihan yang dipantau jurulatih Ken Harnden dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah sejak November lalu.\u201cSelepas berakhir kejohanan di Jepun pada Oktober saya buat latihan dan menghantar laporan kepada Harnden selain dipantau jurulatih cikgu Amir.\u201cIa bagi memastikan saya mengikuti program yang telah disusun untuk kekal cergas sebelum menyambung latihan di sana (AS),\u201d katanya.Pada masa sama, Azeem kerap berhubung dengan Harnden yang prihatin tentang keperluannya termasuk makanan apabila berada di AS kelak.Beliau juga mendapat 'layanan istimewa' apabila bakal disediakan menu khas yang halal dan memenuhi keperluannya sebagai seorang atlet.\u201cPihak universiti peka soal makanan halal. Mereka ada bertanya, makanan apa yang boleh dimakan, termasuk daging halal. Mereka ada pakar nutrisi yang akan menjaga pemakanan saya dan atlet lain,\u201d katanya.Azeem memilih Universiti Auburn kerana institut pengajian tinggi itu terletak di Alamaba sebuah bandar yang tidak terlalu sibuk dan padat.\u201cSuasana sekitar bandarnya juga tenang dan santai. Warga universiti juga amat mengalu-alukan kedatangan saya ke sana,\u201d katanya.Beliau juga memberitahu, sudah mendapat gambaran mengenai suasana pembelajaran dan latihan buat pelajar yang bergelar atlet menerusi jadual yang fleksibel.\u201cJadual seimbang antara belajar dan latihan serta tidak terlalu padat. Ia juga memudahkan atlet agar tidak terbeban dan terlalu penat.\u201cPelajar sukan juga disediakan tutor peribadi dan tusyen,\u201d katanya yang akan mula belajar pada 11 Januari.Azeem memberitahu, tahun pertama di AS, beliau menyasarkan untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ogos.Bagi mencapai misi itu, beliau perlu mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam acara 100 meter (M) dan 200m kerana had kelayakan ditetapkan untuk pentas berprestij dunia itu adalah 10 saat (s) untuk acara 100m dan 20.16s (200m).Biarpun mencabar, tetapi ia tidak mustahil kerana atlet dari Perak itu pernah mencipta sensasi dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun ini.Sasaran seterusnya buat Azeem adalah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat masa bawah 10s.Azeem juga berharap usahanya untuk 'berguru' di AS membuka mata para atlet muda untuk terus berusaha dan jangan putus semangat berjaya dalam sukan serta pelajaran.\u201cDoakan kejayaan saya untuk mengukir nama Malaysia di pentas antarabangsa,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 08:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238287/berita/sukan/tutup-cerita-duka-di-hanoi", "article_title": "Tutup cerita duka di Hanoi", "article_text": "BARISAN pemain Harimau Malaya harus melupakan kekalahan 0-3 kepada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022 yang diselubungi keputusan kontroversi pengadil di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu.Justeru, skuad kendalian Kim Pan-gon itu perlu segera bangkit dan fokus menjelang aksi terakhir Kumpulan B menentang jiran tetangga, Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, aksi di Stadium My Dinh, Hanoi itu menjadi medan buat Harimau Malaya meraih pengajaran untuk meningkatkan prestasi bagi mengharungi perlawanan akan datang.\u201cPerlawanan di Hanoi telah pun tamat, ia sudah habis dan berlalu. Sekarang sudah sampai masanya sediakan diri untuk menghadapi aksi seterusnya menentang Singapura di Bukit Jalil nanti.\u201cSebaik-baiknya lupakan aksi di Hanoi, jadikan ia iktibar untuk tingkatkan prestasi. Fokus pula Singapura dalam misi wajib menang untuk mara ke separuh akhir,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.Biarpun berkongsi enam mata dengan Vietnam dan Singapura, Malaysia yang telah mengharungi tiga perlawanan setakat ini jatuh di tangga kedua.Vietnam pula memintas kedudukan Malaysia untuk memimpin carta Kumpulan B, manakala Singapura yang turut beraksi dua perlawanan menduduki tangga ketiga.Kedudukan itu dijangka berubah apabila Singapura menanti kunjungan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada Jumaat, manakala dua pasukan tercorot, Myanmar dan Laos berentap di Yangon.Dalam pada itu, Azraai mahu Harimau Malaya mengambil kesempatan di sebalik prestasi tidak konsisten Singapura untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.\u201cCorak permainan ada peningkatan tetapi belum mencapai tahap seperti diharapkan apabila Vietnam berada pada satu tahap berbeza berbanding Malaysia.\u201cJadi, kelebihan beraksi di tempat sendiri harus digunakan sebaik mungkin. Saya harap Pan-gon sudah ada taktikal berdepan Singapura bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata nanti,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238296/berita/sukan/video-legenda-pele-meninggal-dunia", "article_title": "[VIDEO] Legenda Pele meninggal dunia", "article_text": "LEGENDA Brazil, Pele, 82 tahun meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada Jumaat.Pele dirawat secara rapi di hospital tersebut sejak lalu sebelum ini akibat kanser dihidapinya sejak September 2021.Difahamkan, pemain terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia akibat kegagalan organ akibat kansernya.Sementara itu, anak perempuan Pele, Kely Nascimento berkata: \"Terima kasih atas segala-galanya kepada anda. Kasih kami kepada anda adalah abadi.\"Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.Malah Pele juga muncul satu-satunya pemain yang merangkul tiga gelaran Piala Dunia, pada 1958, 1962, dan 1970.Selain itu, Pele memiliki catatan 97 caps bersama Brazil manakala sebanyak 77 gol untuk Selecao.Sementara di peringkat kelab Pele memulakan karier bersama Santos diikuti New York Cosmos, menjaringkan 757 gol, meski Santos mendakwa sang legenda itu sudah mencetak lebih dari 1,000 gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Disember 2022 06:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238266/berita/sukan/isu-pengadil-fam-hantar-surat-bantahan-kepada-aff", "article_title": "Isu pengadil: FAM hantar surat bantahan kepada AFF", "article_text": "ISU kontroversi pengadil Jepun, Ryuji Sato ketika aksi Malaysia menentang Vietnam di Hanoi Selasa lalu sudah sampai ke pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah menghantar surat rasmi kepada badan induk itu pada Khamis.Ia bagi meluahkan ketidakpuasan hati mengenai mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada tuan rumah.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.Katanya, jawatankuasa berkenaan sudah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan tersebut.\"Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah pun dihantar kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi (Khamis).\"Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu,\" katanya.Sato dikecam hebat oleh peminat Harimau Malaya ekoran beberapa keputusannya pada perlawanan itu terutama apabila memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam pada minit ke-59.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 08:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238255/berita/sukan/zii-jia-sasar-julang-lebih-tiga-gelaran-pada-2023", "article_title": "Zii Jia sasar julang lebih tiga gelaran pada 2023", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki nombor dua dunia, Lee Zii Jia mengharapkan permulaan positif bagi 2023 dengan mencapai prestasi yang lebih baik pada kejohanan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, dari 10 hingga 15 Jan ini.Pemain berusia 24 tahun itu, turut mahu membuktikan bahawa beliau layak dan ada standard untuk menghuni ranking kedua dunia berdasarkan prestasinya, bukan sekadar mengutip mata dengan menyertai banyak kejohanan.Berikutan itu, beliau meletakkan sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya tiga gelaran pada tahun depan, mengatasi pencapaian meraih gelaran Terbuka Thailand dan Kejohanan Asia bagi kategori individu, selain membantu skuad negara meraih kejuaraan lelaki Kejohanan Berpasukan Asia pada tahun ini.\"Sudah tentu mendapatkan ia (gelaran Terbuka Malaysia) impian untuk saya, kerana tahun ini kita lihat peminat kecewa apabila tiada wakil Malaysia pada final. Jadi kali ini saya nak pergi lebih jauh.Sasaran saya untuk musim ini (2023) masih sama seperti tahun ini, iaitu untuk berusaha mempamerkan prestasi yang stabil. Tak pasti jadi ke atau tidak, tapi saya akan terus cuba,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di sini hari ini.Zii Jia tersingkir seawal pusingan kedua pada edisi 2022 dan pusingan pertama pada 2019.Bagi edisi 2023, Zii Jia akan membuka kempen menentang wakil Jepun Kodai Naraoka, dan berpeluang melawan pemain nombor dua negara, Ng Tze Yong pada pusingan kedua, sekiranya pemain itu mampu mengatasi cabaran Nhat Nguyen dari Ireland.Sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia kali ini, Zii Jia juga bakal berlatih dengan pemain nombor 19 dunia, Anders Antonsen dari Denmark selama seminggu dengan Chou Tien Chen (nombor 6 dunia) dari Taiwan turut dijangka menyertai latihan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 07:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238256/berita/sukan/tetapkan-harga-siling-pemain-liga-m3", "article_title": "Tetapkan harga siling pemain Liga M3", "article_text": "PENGERUSI Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menasihatkan semua pasukan bertanding dalam Liga M3 musim 2023 supaya menetapkan harga siling pemain bagi memastikan tiada lagi isu tunggakan gaji.Beliau berkata, barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan serta perlu berbelanja mengikut kemampuan kelab.\"Kita sangat prihatin dengan isu tidak bayar gaji dan selalu berpesan dalam perjumpaan bersama pasukan supaya jangan berbelanja di luar kemampuan. Kita juga nasihatkan untuk (pengurusan pasukan) meletakkan harga siling gaji buat pemain.\"Kita tidak mahu lagi mereka (pasukan) ambil pemain Liga Super yang sebelum ini, mungkin gaji mereka mencecah RM40,000 pun turut dibayar dengan harga sama di Liga M3.\"Jadi saya sarankan untuk letak RM10,000 untuk pemain,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan AFL bersama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Melaka Privilege Sdn Bhd di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.Terdahulu, beliau mengesahkan sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim 2023 yang sudah dinaik taraf menjadi liga separuh profesional dijangka bermula Februari depan.Kejohanan berkenaan akan menggunakan format liga dengan dua pasukan teratas bermain dalam saingan Liga Super 2024.Mohd Yusoff turut memaklumkan rundingan mengenai proses status kewangan bersama dua pasukan lain yang berminat menyertai Liga M3 sedang berjalan dan keputusannya hanya akan diketahui dalam minggu pertama Januari depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 07:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238231/berita/sukan/marhan-ketuai-skuad-hoki-ke-piala-dunia-di-india", "article_title": "Marhan ketuai skuad hoki ke Piala Dunia di India", "article_text": "PASUKAN hoki Malaysia bakal diperkuatkan dengan penampilan semula kapten, Marhan Mohd Jalil bagi menggalas cabaran Speedy Tigers pada kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 di India bulan depan.Skuad Speedy Tigers akan turut dipacu oleh penyerang berpengalaman, Muhammad Shahril Saabah bersama 18 lagi pemain terbaik negara ketika ini.Pengumuman barisan pemain dilakukan oleh pengurus skuad senior lelaki merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi dalam satu sidang media di Pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Khamis, yang turut dihadiri ketua jurulatih, Arul Selvaraj.Selain Marhan dan Shahril, dua pemain muda, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim dan Shahmie Irfan Suhaimi turut tersenarai sebagai pemain simpanan.Mereka akan sentiasa bersiap sedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang berada di dalam senarai 18 utama sekiranya diperlukan.Tugas di gawang pula akan digalas Muhammad Hafizuddin Othman dan Adrian Andy Albert.Benteng pertahanan dikemudi Marhan, Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.Memacu di bahagian tengah ialah Meor Muhammad Azuan Hassan, Faiz Helmi Jali, Muhammad Firhan Ashaari, Mohamad Ashran Hamsani dan Muhammad Najib Abu Hassan.Turut tersenarai ialah penyerang Faizal Saari, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli dan Shello Silverius.Arul berkata, selepas mengambil kira posisi dan maklumat kecederaan pemain, ini merupakan barisan 20 pemain terbaik beliau miliki selain mereka dilihat turut bersedia secara fizikal serta mental bagi menggalas tugas yang cukup penting itu.\u201cKembalinya Marhan dan Shahril pastinya akan membantu pasukan. Menerusi jadual perlawanan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), kami akan bermain satu perlawanan dan berehat dua hari sebelum turun aksi seterusnya.\u201cJadi pemain boleh beraksi pada tahap maksimum dan menggunakan tempoh rehat untuk proses pemulihan selain bersedia bagi perlawanan seterusnya. Kami juga perlu lebih bijak dalam merangka strategi bagaimana untuk beraksi dalam satu perlawanan dan perlawanan lain.\u201cSebagai pemanas badan, kami akan bermain satu perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada 11 Januari, namun belum diputuskan untuk bermain secara perlawanan penuh (60 minit) atau bermain tiga suku sahaja (45 minit) dan ia akan diputuskan apabila kami tiba di India nanti,\u201d katanya.Dalam pada itu, Arul turut mengulas mengenai keputusan beliau menyenaraikan pemain muda berusia 20 tahun, Irfan dalam senarai dua pemain simpanan (pemain ke-19 dan ke-20).\u201cSaya mula memerhatikan Irfan ketika dia beraksi di Kejohanan Piala Sultan Johor 2022.\"Menerusi maklum balas daripada ketua jurulatih skuad remaja negara, Amin Rahim serta potensi pada pemain ini, saya telah memanggil dia untuk menyertai sesi latihan bersama skuad senior.\u201cSemasa latihan selama dua minggu, saya dapat melihat potensi yang cukup baik daripada pemain ini selain dia turut menunjukkan kesungguhan dalam sesi latihan,\u201d ujar Arul.Skuad negara akan berlepas ke Bhubaneswar, India dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5 pagi, 6 Januari 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 04:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238224/berita/sukan/sepak-mula-liga-super-24-februari-2023", "article_title": "Sepak mula Liga Super 24 Februari 2023", "article_text": "PASUKAN Liga Super mempunyai tempoh kurang dua bulan untuk menyiapkan pasukan menjelang sepak mula yang dijadualkan pada 24 Februari 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, jadual perlawanan Liga Super musim depan sudah siap dan hanya menunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan pihak berkaitan.Beliau berkata, penyusunan jadual Liga Super dibuat dengan lebih teliti kerana perlu mengambil kira perlawanan Liga Simpanan (Reserve League) untuk memberi ruang dan peluang pasukan melakukan transisi pemain masing-masing.\"Aksi Liga Super pada musim depan akan bermula 24 Februari dan ketika ini pemantauan kalendar dilakukan kerana ia juga membabitkan saingan kelab di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).\"Jadual sudah pun siap cuma tunggu maklum balas daripada pemegang taruh dan AFC serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),\" katanya.Menurut Stuart, penyediaan jadual tersebut turut mengambil kira persiapan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan mengharungi jadual yang padat musim depan.\"Pada musim 2023 terdapat empat perlawanan membabitkan skuad B-23 negara sekali gus memerlukan penyusunan jadual secara teliti,\" katanya.Skuad kendalian E Elavarasan itu akan mengharungi jadual padat pada musim 2023 apabila akan menyertai sekurang-kurangnya empat kejohanan peringkat antarabangsa.Ia melibatkan kejuaraan AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.Susulan itu, Elavarasan membuat persiapan awal dengan memanggil 25 pemain ke kem latihan pusat pertama bermula 27 November hingga 6 Disember lepas.Dalam perkembangan berkaitan, Stuart berkata, keputusan sama ada saingan Liga Super musim 2023 akan disertai 16 pasukan atau sebaliknya akan diketahui Januari depan berdasarkan dokumentasi dan pengesahan penyertaan daripada PJ City dan UiTM FC.\"PJ City dan UiTM PC meminta penangguhan pengesahan penyertaan hingga penghujung bulan ini bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk berkaitan dokumentasi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 04:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238218/berita/sukan/harimau-malaya-enggan-toleh-belakang", "article_title": "Harimau Malaya enggan toleh belakang", "article_text": "BARISAN pemain Malaysia enggan menoleh ke belakang lagi dan sudah melupakan insiden penalti kontroversi ketika kalah 0-3 kepada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022 di Hanoi Selasa lalu.Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan berkata, perkara paling utama adalah melakukan analisis perlawanan menentang Vietnam bagi mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki.Katanya, ia penting bagi memantapkan pasukan untuk berdepan aksi terakhir Kumpulan B berdepan Singapura yang menjadi aksi hidup mati buat skuad bimbingan Kim Pan-gon itu.\u201cSukar berdepan Vietnam. Kami mencipta banyak peluang, namun jika peluang itu boleh disudahkan dengan jaringan, perlawanan mungkin berbeza.\u201cItulah bola sepak, kalau anda gagal menjaringkan gol ia akan jadi sukar. Vietnam sebuah pasukan yang bagus dan mereka menunjukkan kualiti. Namun saya fikir kami juga mempamerkan kualiti tersendiri.\u201cKami akan buat analisis, lihat apa yang perlu perbaiki untuk berdepan Singapura dan mereka juga pasukan kuat. Namun, jika kami dapat mengatasi masalah yang ada, kami akan dapat keputusan positif di Stadium Nasional Bukit Jalil,\u201d katanya.Kapten Selangor FC itu optimis, peluang skuad Harimau Malaya untuk meneruskan kemaraan dalam saingan 'Piala Dunia' Asia Tenggara itu masih belum berakhir.\u201cApa yang perlu dilakukan adalah terus fokus kerana memikirkan apa yang berlaku di Hanoi hanya menambah luka di hati,\u201d katanya.Kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.Keputusan pengadil dibantah para pemain Harimau Malaya kerana Azam dilihat tidak melakukan kekasaran ke atas Van Hau di dalam kotak penalti.Sebaliknya berlaku pergelutan kedua-dua pemain di luar padang setelah mereka terjatuh ketika berebut bola.Kekalahan kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi menyaksikan Malaysia di tangga kedua kumpulan berkongsi enam mata dengan pendahulu, Vietnam dan Singapura di kedudukan ketiga.Keadaan itu mencetuskan persaingan sengit antara tiga pasukan terbabit dalam usaha merebut kedudukan dua teratas untuk meraih slot ke separuh akhir.Vietnam dan Singapura terlebih dahulu akan membuat perhitungan di Stadium Jalan Besar pada Jumaat dengan aksi itu turut mempengaruhi peluang Malaysia ke separuh akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 04:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238217/berita/sukan/tekad-fadhli-bersama-sri-pahang", "article_title": "Tekad Fadhli bersama Sri Pahang", "article_text": "PEMAIN baharu Sri Pahang FC, Mohd Fadhli Mohd Shas bertekad untuk menaikkan kembali maruah skuad Tok Gajah di pentas Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.Baginya, Sri Pahang mempunyai ramuan yang mencukupi untuk menghadirkan saingan sengit kepada pasukan lain setelah mengetahui pemain-pemain yang bakal menguatkan cabaran pasukan.\u201cMemang saya ada menerima beberapa tawaran lain tetapi akhirnya saya buat keputusan bersama Sri Pahang kerana yakin pasukan dilihat cukup serius untuk kembali bangkit menjadi pencabar.\u201cSaya teruja dengan perancangan pasukan dengan melihatkan kehadiran muka-muka baharu, saya rasa Sri Pahang mampu menjadi salah satu pencabar kejuaraan.\u201cMalah, ada beberapa pemain di sini saya kenal seperti Muslim Ahmad yang merupakan gandingan saya ketika memenangi pingat emas Sukan SEA dan Piala AFF,\u201d katanya.Berusia 31 tahun, Fadhli yang merupakan produk Harimau Muda telah bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) selama lapan musim iaitu bermula 2014 sehingga 2021 sebelum ke Melaka United secara pinjaman pada musim lalu.Dia menjadi pilihan utama di bahagian pertahanan tengah apabila daripada 22 perlawanan Liga Super, Fadhli diturunkan dalam 15 aksi dalam kesebelasan utama dan hanya sekali selaku pemain gantian.Selain Fadhli, Sri Pahang turut mengumumkan pertahanan kiri, Syazwan Andik, pada Rabu, yang dipinjamkan dari JDT.Dalam pada itu, Fadhli berharap Sri Pahang mampu melonjakkan kembali kariernya selepas melalui detik pahit bersama Melaka United musim lalu.\u201cApa yang terjadi di Melaka musim lalu sememangnya satu pengalaman yang mahu segera dilupakan apabila kami berdepan krisis kewangan yang melemahkan semangat pasukan.\u201cNamun, hikmah buat saya ialah sekurang-kurangnya berjaya mendapatkan banyak minit permainan dan harap boleh kekalkan rentak sama apabila dengan Sri Pahang.\u201cSudah tentu bersama Sri Pahang, saya harap boleh naikkan kembali karier sama seperti dahulu dan mana tahu, satu hari nanti saya boleh mengetuk kembali pintu dalam skuad kebangsaan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 03:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238187/berita/sukan/chelsea-sedia-lamar-fernandez", "article_title": "Chelsea sedia 'lamar' Fernandez", "article_text": "CHELSEA sedia membayar 'wang besar' bernilai \u00a3105 (RM559.7 juta) untuk 'melamar' bintang Piala Dunia, Enzo Fernandez pada jendela perpindahan Januari ini.Pemain tengah Benfica itu menyinar ketika membantu Argentina menjuarai Piala Dunia Qatar dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti pada final.Liverpool dan Manchester United turut berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.Bagaimanapun The Blues mengambil langkah awal apabila memaklumkan kepada kelab gergasi Portugal itu yang mereka mahu menyempurnakan perpindahan Fernandez.Kontrak Fernandez dijadualkan berakhir pada tahun 2027 dengan Benfica dilihat keberatan untuk melepaskan bintangnya itu.Bagaimanapun dalam perbincangan antara presiden kelab, Rui Costa dan ejen pemain Jorge Mendes, mereka diberitahu yang jumlah pampasan tidak menjadi masalah.Ia akan menjadi yuran perpindahan tertinggi dalam sejarah Chelsea mengatasi jumlah \u00a397.5 juta (RM510.2 juta) yang dibayar untuk penyerang Belgium, Romelu Lukaku pada 2021.Chelsea dilihat terdesak mendapatkan khidmat Fernandez dengan pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), United dan Liverpool yang difahamkan mahu menunggu sehingga jendela perpindahan musim panas untuk membuat bidaan.Fernandez menjaringkan gol pertamanya buat Argentina ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Mexico di peringkat kumpulan.Dia menjadi pemain kedua paling muda menjaringkan gol untuk negaranya di Piala Dunia selepas Lionel Messi.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 01:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238181/berita/sukan/van-dijk-pengaruhi-gakpo-sertai-liverpool", "article_title": "Van Dijk pengaruhi Gakpo sertai Liverpool", "article_text": "PEMAIN sensasi, Cody Gakpo mendedahkan perpindahannya ke Liverpool disebabkan pengaruh yang dimainkan rakan sepasukan di Belanda, Virgil van Dijk.Pemain berusia 23 tahun itu mengesahkan perpindahan ke Anfield dari PSV Eindhoven dengan nilai \u00a345 juta (RM239.8 juta) sekali gus menjadikan dia sebagai rekrut musim sejuk pertama kelab Inggeris tersebut.Perpindahan itu juga dilihat signifikan selepas Gakpo sebelum ini sering kali dikaitkan dengan Manchester United sebaliknya dia memilih untuk bersama dengan seteru, Liverpool.Gakpo tidak menolak faktor van Dijk memainkan peranan penting kenapa beliau memilih untuk menyertai Liverpool berbanding United.\u201cBeliau adalah kapten kami (di skuad Belanda) dan mempunyai personaliti yang hebat serta pemain yang mantap.\u201cApa yang saya boleh katakan, beliau banyak membantu dalam beberapa perkara. Liverpool adalah sebuah kelab yang besar dan ini adalah pencapaian yang cukup baik apabila ada kelab sebegini minat kepada saya,\u201d ujar Gakpo.Perpindahan Gakpo ke Liverpool adalah sama seperti van Dijk apabila kedua-dua pemain kebangsaan Belanda ini berhijrah ke Anfield pada pertengahan musim.Gakpo melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Melwood pada Rabu untuk menyempurnakan kontrak selama lima tahun setengah itu.\u201cKami sering berhubung sejak beberapa hari lalu. Virgil beritahu saya sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjadi pemain lebih baik,\u201d ujar Gakpo.Dia yang belum pernah menjejakkan kaki di Anfield walaupun sebagai pemain lawan berhajat untuk membawa pulang banyak kejuaraan untuk kelab itu walaupun menyertai The Reds pada pertengahan musim.\u201cSudah pasti saya mahu menang banyak hadiah. Beraksi dengan baik, tunjukkan kepada dunia apa yang kami boleh lakukan sebagai pasukan dan apa yang saya boleh beri sebagai pemain.\u201cSecara peribadi, saya mahu menjadi pemain yang lebih baik dan terus maju dari musim ke musim,\u201d ujar Gakpo.Dia bakal menyarung jersi nombor 18 yang sebelum ini dipakai oleh Takumi Minamino.Gakpo tampil dengan reputasi cemerlang hasil ledakan 66 gol sejak awal musim lalu dengan 30 daripadanya hadir dalam 24 perlawanan musim ini.Dia turut cemerlang bersama Belanda di Piala Dunia Qatar apabila menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 01:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238169/berita/sukan/saizul-hafifi-lepas-jawatan-bungaraya-7s", "article_title": "Saizul Hafifi lepas jawatan Bungaraya 7s", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Jurulatih Ragbi Lelaki 7 Sebelah (7s) Kebangsaan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor selepas kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan induk ragbi negara berakhir pada 31 Disember ini.Menurut KRM, Saizul Hafifi yang telah membimbing pasukan kebangsaan selama lapan tahun bermula 2015 secara rasminya melepaskan jawatan sebagai ketua Jurulatih ragbi lelaki 7 sebelah bagi memberi tumpuan dalam bidang pendidikan dan keluarganya.\"Beliau juga tidak menolak sekiranya khidmat beliau masih diperlukan di masa akan datang.\"KRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Saizul Hafifi di atas sumbangan bakti serta khidmatnya sepanjang mengendalikan pasukan ragbi lelaki 7 sebelah kebangsaan yang juga dikenali sebagai Bungaraya 7,\" kata badan induk ragbi negara itu pada Khamis.Pada masa sama, KRM juga masih lagi belum memuktamadkan nama ketua jurulatih Bungaraya 7 yang baharu.\"Senarai calon -calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diperhalusi oleh Pengarah Kejurulatihan MR bersama Pengarah Prestasi Tinggi MR sebelum keputusan dibuat,\" kata kenyataan itu lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 11:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238161/berita/sukan/nasib-berbeza-mbappe-neymar", "article_title": "Nasib berbeza Mbappe, Neymar", "article_text": "NASIB berbeza dua pemain sensasi Paris Saint-Germain (PSG).Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan untuk kemenangan 2-1 PSG ke atas Strasbourg.Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.Mbappe mengakui dia cuba melupakan drama duka di final Piala Dunia biarpun dia meledak hatrik tetapi tewas pada penentuan penalti kepada Argentina.Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana cuba mendapatkan penalti dengan simulasi yang dapat dihidu pengadil.Kapten Marquinhos meletakkan PSG di depan menerusi tandukan tetapi pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-51 untuk Strasbourg menyamakan kedudukan.Neymar yang masih diselubungi kekecewaan tersingkir di suku akhir Piala Dunia bersama Brazil, menerima kad kuning pertama kerana mengasari pemain Strasbourg.Dia kemudian dilayangkan kad kuning kedua serta diarah keluar padang selepas merebahkan diri untuk mendapatkan penalti.Bagaimanapun Mbappe berjaya mendapatkan penalti dalam masa kecederaan dan menyempurnakannya untuk gol kemenangan pada minit ke-96.\"Saya rasa tidak akan dapat melupakannya (Piala Dunia).\"Namun saya katakan kepada rakan sepasukan, tidak ada sebab mengapa kelab perlu menerima akibat di atas kegagalan pasukan kebangsaan. Ia dua situasi berbeza,\" ujar Mbappe.Bintang Argentina, Lionel Messi masih belum kembali bersama pasukan selepas kejayaan di Piala Dunia.Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan PSG dalam carta Ligue 1 dengan 44 mata, lapan mata di depan Lens.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 10:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238159/berita/sukan/ronaldo-terpahat-sebagai-kisah-silam", "article_title": "Ronaldo terpahat sebagai kisah silam", "article_text": "KELAB Manchester United melangkah ke depan dan sudah melupakan pemain kontroversi, Cristiano Ronaldo, kata Christian Eriksen.United memenangi aksi pertama Liga Perdana Inggeris sejak kontrak Ronaldo ditamatkan setelah mengalahkan Nottingham Forest 3-0 di Old Trafford pada Rabu.Eriksen memberitahu, nama Ronaldo akan tercatat dalam sejarah kejayaan United, tetapi pemain Denmark itu berkata ia sudah menjadi kisah silam.\"Kami sedih Ronaldo tidak menjadi sebahagian daripadanya - legasi dan namanya di kelab ini sangat istimewa.\"Bola sepak perlu diteruskan. Pada perlawanan seterusnya, orang akan melupakan apa yang sudah berlaku. Fokus kami kini adalah tanpa kehadirannya,\" kata Eriksen.Kemenangan United ke atas Forest meletakkan mereka hanya satu mata di belakang Tottenham Hotspur yang menghuni tangga keempat.Eriksen membantu gol pertama jaringan Marcus Rashford yang meledak gol ke-10 pada musim ini.\"Marcus bermain dengan baik. Saya belum pernah berada di atas padang di mana dia tidak beraksi dengan baik. Saya harap dia dapat meneruskannya,\" ujar Eriksen.Dua lagi gol United dihasilkan menerusi jaringan Antony Martial pada minit ke-23 dan Fred (m-87).", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 09:50am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238158/berita/sukan/bisa-haaland-bantu-city-benam-leeds", "article_title": "Bisa Haaland bantu City benam Leeds", "article_text": "PENYERANG berbisa, Erling Haaland meneruskan aksi padu apabila meledak dua gol ketika membantu Machester City melakar kemenangan 3-1 ke atas Leeds United pada Khamis.Kemenangan itu membolehkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) terus merapati pendahulu, Arsenal dengan hanya dibezakan lima mata.Ledakan dua gol itu juga membantu Haaland memahat sejarah tersendiri sebagai pemain EPL terpantas menyumbat 20 gol daripada 15 aksi liga.Gol yang dijaringkan pada minit ke-51 dan 64 itu memecah rekod pemain Sunderland, Kevin Philips yang meledak 20 gol daripada 21 perlawanan.Lebih menakjubkan jumlah gol Haaland itu mengatasi jaringan pasukan EPL seperti Chelsea dengan 19 gol, Bournemouth (18 gol), Aston Villa (17 gol) dan Crystal Palace (15 gol).Pada aksi itu The Citizens membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Sepanyol, Rodri pada penghujung babak pertama.Bersambung separuh masa kedua Haaland akhirnya mencetak nama sebagai penjaring di awal permainan dengan penyudah mudah sebelum menambah jaringan ke-20 musim ini pada minit ke-64.Pascal Struijk memberi harapan kepada penyokong tuan rumah untuk bangkit ketika dia menanduk masuk tatkala saingan berbaki 17 minit, namun ia hanyalah jaringan saguhati.Kemenangan itu membantu City untuk mengumpul 35 mata, manakala Arsenal memimpin carta liga dengan 40 mata.Leeds pula kekal di tangga ke-15, dua mata di atas zon penyingkiran.\"Saya mempunyai sasaran (matlamat) tetapi tidak mahu menyatakannya.\"Dalam bilik persalinan saya berkata pada diri boleh menjaringkan lima gol tetapi perkara yang paling penting ialah kami menang.\"Kami harus terus memburu Arsenal. Saya mampu menjaringkan beberapa gol lagi, namun itulah lumrah kehidupan. Saya harus terus berlatih dengan gigih,\" ujar Haaland.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 09:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238146/berita/sukan/sokongan-padu-penyokong-trw-barakan-jiwa-keon", "article_title": "Sokongan padu penyokong TRW barakan jiwa Keon", "article_text": "KELANTAN FC tetap memiliki aura tersendiri terutamanya daripada aspek aura para penyokong The Red Warriors (TRW) menjelang saingan Liga Super 2023.Pertahanan Kelantan FC, Khairul Helmi Johari mengakui kali pertama beraksi bersama Kelantan pada musim 2022, begitu mengagumi sokongan para penyokong TRW sehingga skuad itu berjaya untuk meraih naib juara Liga Premier musim ini.Malah katanya, dia percaya kelab pantai timur tersebut mampu untuk kembali menjadi lawan yang digeruni selepas ini.\u201cTahun pertama saya dekat Kelantan, saya dapat lihat penyokong-penyokong begitu fanatik dan teruja untuk memberikan sokongan kepada pasukan dan mereka turut mengalu-alukan kehadiran saya.\u201cApatah lagi selepas ini Kelantan akan beraksi di Liga Super, jadi sudah tentu sesuatu yang lebih berbeza akan kita saksikan dan saya percaya penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan yang lebih sengit.\u201cSebelum ini saya sudah bersama Kedah dan kali ini apabila bersama Kelantan, saya tetap teruja untuk memberikan sehabis baik kerana penyokong juga memberikan segala-galanya, jadi saya akan kekal di sini untuk teruskan perjuangan,\u201d kata bekas pemain Kedah itu.Pada masa dia yang lebih mesra dengan panggilan Keon turut memuji usaha keras ditampilkan para pemain muda untuk terus menimba pengalaman sebaiknya dan selaku pemain lebih senior, dia bersedia untuk terus membantu.Malah dia positif Kelantan akan mampu untuk berada di tahap terbaik seiring dengan sasaran untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pasukan.\u201cDari segi perkembangan pemain muda untuk pasukan ini, apa yang saya tengok dalam latihan dan juga perlawanan, mereka sememangnya bagus dan boleh diketengahkan lagi pada masa hadapan.\u201cMungkin ada sesetengah pemain yang bersaing sengit untuk mendapat tempat dan pemain yang dapat diturunkan juga tidak mengecewakan untuk menjalankan tugas dengan baik.\u201cDan saya percaya dengan persiapan yang lebih rapi, pembentukan skuad yang lebih mantap, insya-ALLAH kita akan mendapat kedudukan yang lebih baik pada musim depan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 07:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238145/berita/sukan/sdam-mahu-tepis-stigma-sukan-kayangan", "article_title": "SDAM mahu tepis stigma sukan kayangan", "article_text": "PERSATUAN Sukan Selam Malaysia (SDAM) sasar tarik lebih ramai generasi muda menyertai sukan selam sekali gus menepis stigma aktiviti itu merupakan sukan kayangan.Presiden SDAM, Noor Fadzli Shah Noor Hashim berkata, sukan selam merupakan aktiviti baharu di negara ini telah mendapat sambutan dalam kalangan penyelam bertauliah.Katanya, SDAM berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan dan bernaung di Pertubuhan Sukan Bawah Air Malaysia (MUSF).\u201cSukan menyelam adalah sukan dalam air yang menggunakan peralatan skuba merangkumi acara perseorangan dan berpasukan.\u201cAcara ini yang dijalankan di kolam renang pada kedalaman minima 1.5 meter untuk menguji kecekapan penggunaan teknik skuba rekreasi oleh pesaing.\u201cUntuk menyertai sukan ni mestilah berumur 12 tahun dan seorang penyelam bertauliah,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Jelas Noor Fadzli Shah, SDAM ingin memperkenalkan sukan itu dalam kalangan peminat sukan bawah air sekali gus memacu penubuhan cawangan di peringkat negeri.\u201cUntuk permulaan ini SDAM memberi fokus kepada pengenalan dan kesedaran terhadap sukan selam itu sendiri kerana tidak mahu keliru dengan aktiviti rekreasi selam skuba.\u201cBaru-baru ini SDAM dijemput bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri, Adam Adli Abd Halim dalam sesi Town Hall di Menara KBS.\u201cSemoga apa yang disampaikan dan dibincangkan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dalam mengadakan kolaborasi serta memperkenalkan dan mempromosikan sukan selam ini bersama-sama,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238150/berita/sukan/keterujaan-cabaran-baharu", "article_title": "Keterujaan cabaran baharu", "article_text": "PERUBAHAN posisi ternyata membawa tuah kepada bekas pemain Penang FC, Muhammad Jafri Firdaus Chew.Ini apabila transisi dari penyerang kepada pertahanan kanan berjaya menarik perhatian Sabah FC untuk diserapkan pada musim 2023.Malah menurutnya, dia semakin selesa di posisi terbabit yang disifatkan sebagai satu pilihan tepat dalam memastikan kesinambungan sebagai pemain profesional.Tambahnya, kehadiran Sabah di pentas Piala AFC 2023 menjadikan dia tidak berfikir dua kali untuk menerima cabaran bermain bersama skuad The Rhinos.\u201cTerus terang, saya tidak jangka cubaan pertama bermain selaku pertahanan kanan semasa bertemu JDT pada separuh akhir Piala FA mengubah karier saya.\u201cIni satu cabaran baharu pergi ke Sabah dengan akan bermain posisi lain dan peluang untuk bermain di pentas Piala AFC, menjadikan saya teruja datang ke sini.\u201cJurulatih telah berbincang tentang peranan saya di Sabah, yang mana beliau mahu banyak menggunakan saya di posisi pertahanan kanan.\u201cNamun dalam masa sama, meminta saya untuk sentiasa bersedia jika diperlukan di posisi lama iaitu selaku penyerang atau sayap jika keadaan memerlukan,\u201d katanya.Untuk rekod, Jafri sebelum ini lebih dikenali semasa bermain dengan skuad Bawah 23 dan 19 tahun dengan membantu pasukan negara mara ke final Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.Selepas memulakan karier yang baik di Penang (2016-17) dan PKNS (2018-19), nasib tidak menyebelahi Jafri apabila tidak beraksi satu musim pada 2020.Dia kembali bersama Penang selama dua musim dari 2021 hingga 2022, musim ini dia diturunkan dalam 17 perlawanan (termasuk Piala Malaysia dan Piala FA) dengan 12 daripadanya bermula selaku kesebelasan utama.Sementara itu, Jafri mengharapkan mampu menaikkan kembali kariernya di bawah sentuhan Datuk Ong Kim Swee, antara jurulatih yang mengembangkan bakatnya semasa bersama Harimau Muda.Jelasnya, aksi dua bekas tonggak Harimau Muda, Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat, menjadi bukti sentuhan Kim Swee dalam memulihkan semula karier pemain.\u201cSemua orang tahu pengalaman beliau serta cara didikannya kepada pemain-pemain, jadi peluang bekerjasama dengan Kim Swee adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.\u201cSaya harap bersama beliau, tahap keyakinan serta karier saya sebagai pemain bola sepak profesional akan kembali meningkat sama seperti dahulu,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 Disember 2022 06:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238136/berita/sukan/adamas-belum-menerima-maklum-balas", "article_title": "Adamas belum menerima maklum balas", "article_text": "AGENSI Anti-Doping Malaysia (Adamas) belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, September lepas.Pengarahnya, Azura Abidin berkata, kedua-dua atlet berkenaan mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 23 Disember lalu untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka sampel B atau sebaliknya.\"Setakat ini, mereka digantung sementara sehingga menunggu maklum balas jika atlet pilih untuk sesi pendengaran atau terus mengaku (bersalah). Dalam kebanyakan kes, kami galakkan dibuat sesi pendengaran,\" katanya ketika dihubungi hari ini.Semalam, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata, dua atlet lelaki positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' ketika acara SUKMA 2022 yang berlangsung di Putrajaya dari 16-24 September lepas.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat - dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis - termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone pada ujian sebelum temasya berkenaan.Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma, menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil alih sendiri pertandingan, namun sebarang rekod dicipta tidak diiktiraf.Sementara itu Azura berkata, sesi pendengaran bagi kes tiga atlet berkenaan dijangka diadakan pada Januari atau Februari depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 09:43pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238129/berita/sukan/selamat-datang-fadhli-shas-ke-darul-makmur", "article_title": "Selamat datang Fadhli Shas ke Darul Makmur!", "article_text": "KELAB Liga Super, Sri Pahang merekrut khidmat Fadhli Shas dengan kontrak dua tahun dalam memperkuatkan cabaran Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.\u201cKami berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan, Fadhli sebagai wajah baru Sri Pahang FC bagi musim 2023.\u201dPemain berusia 31 tahun ini menyertai pasukan dengan kontrak selama dua tahun.\u201dPernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa,\u201d kata kelab itu di laman Facebook pada Rabu.Fadhli telah bersama JDT selama lapan musim sebelum dipinjamkan ke Melaka United tahun ini.Pengalaman Fadhli pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan skuad Tok Gajah.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 09:27pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238124/berita/sukan/messi-kembali-ke-paris-awal-2023", "article_title": "Messi kembali ke Paris awal 2023", "article_text": "LIONEL Messi akan kembali ke Paris St Germain (PSG) pada awal Januari, kata pengurus kelab Ligue 1 Perancis itu, Christophe Galtier.Penyerang Argentina itu, pemenang Ballon D'Or tujuh kali, menjaringkan dua gol untuk membawa negaranya menang ke atas Perancis menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Dunia sembilan hari lalu.Messi yang berusia 35 tahun akan terlepas perlawanan liga PSG di tempat sendiri menentang Strasbourg pada Rabu dan lawatan ke Lens pada Ahad.\u201cDia (Messi) terpaksa kembali ke Argentina untuk sambutan, majlis resepsi dan kami memutuskan dia akan berehat sehingga 1 Januari.\u201cJadi dia akan datang dan menyertai kami, sama ada pada hari kedua atau ketiga, untuk dapat meneruskan persaingan dengan kami, apabila dia akan mengalami pemulihan antara 13 dan 14 hari,\u201d kata Galtier kepada pemberita.Galtier berkata, semua pemain lain kembali mengikut jadual dan akan bersedia untuk perlawanan Rabu, termasuk penyerang Perancis, Kylian Mbappe.Galtier mengetepikan cadangan perpecahan antara Messi dan rakan sepasukan, Mbappe selepas Piala Dunia.\u201cTiada sebab untuk mencampuradukkan segala-galanya dalam hubungan antara Kylian dan Leo.\u201cKylian mempunyai sikap yang sangat baik setelah tewas Piala Dunia.\u201cApabila anda kalah dalam perlawanan akhir Piala Dunia, anda mempunyai sebab untuk berasa sangat kecewa.\u201cDia sangat kecewa, tetapi dia tahu bagaimana untuk meneruskan dan berkelakuan, dan mempunyai banyak kelas untuk mengucapkan tahniah kepada Leo dan itu sangat bagus untuk kelab dan pasukan,\u201d kata Galtier.PSG sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengatakan Presnel Kimpembe akan meneruskan pemulihannya daripada masalah tendon achilles selama empat minggu.Sementara itu, Nuno Mendes menyambung latihan dalam masa dua minggu selepas mengalami kecederaan hamstring semasa Piala Dunia.PSG kini berada di tangga teratas Ligue 1 Perancis dengan 41 mata selepas 15 perlawanan, lima mata mengatasi Lens di tempat kedua.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 09:03pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238122/berita/sukan/moriyasu-kekal-kendali-jepun-misi-piala-dunia-2026", "article_title": "Moriyasu kekal kendali Jepun, misi Piala Dunia 2026", "article_text": "PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu, yang mengetuai Samurai Biru ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022 di Qatar, akan kekal memimpin pasukan itu ke Piala Dunia 2026, kata Persekutuan Bola Sepak Jepun pada Rabu.Moriyasu akan menjadi jurulatih pertama menguruskan pasukan Jepun dalam dua kejohanan Piala Dunia berturut-turut.Di Qatar 2022, Jepun mengejutkan Jerman pada aksi pembukaan di Qatar, menang 2-1.Pasukan itu yang tewas 0-1 kepada Costa Rica bagaimanapun menewaskan Sepanyol 2-1 untuk menduduki tempat teratas kumpulan mereka dan mara ke peringkat 16 terakhir.Jepun turut tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti 1-3 selepas kedua-dua terikat 1-1.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 08:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238119/berita/sukan/muhammad-soleh-buru-status-pro-di-sepanyol", "article_title": "Muhammad Soleh buru status pro di Sepanyol", "article_text": "PEMAIN bola sepak muda negara, Muhammad Soleh Ahmad Shukri yang akan menyertai Akademi Malaga City FC di Sepanyol selama setahun bermula bulan depan menanam tekad untuk bergelar pemain profesional suatu hari nanti.Muhammad Soleh, 17, yang akan berlepas esok tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mendapat tawaran menyertai akademi berkenaan bulan lepas dan berjanji untuk menguasai teknik permainan bola sepak sebaiknya sepanjang di Sepanyol.Anak jati Terengganu itu berkongsi dia sudah berkecimpung dalam sukan bola sepak sejak berusia tujuh tahun, namun hanya serius untuk berada dalam arena bola sepak negara tiga tahun lalu bermula dengan menjadi pemain sayap kanan kelab FC 1Goal.\"Saya sangat gembira untuk ke Akademi Malaga bagi memperbaiki pengetahuan berkenaan bidang bola sepak walaupun agak sedih kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya berpisah dengan keluarga.'Namun, saya yakin saya mampu membuat ahli keluarga bangga dengan pencapaian saya nanti dan berharap mampu berkongsi ilmu bola sepak bersama dengan yang lain apabila sudah habis menyertai akademi ini nanti,\" katanya.Muhammad Soleh ditemui pemberita selepas menerima sumbangan barangan kesihatan bernilai kira-kira RM2,000 daripada Hospital Pakar KPJ Damansara yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Ahmad Syukri Jamaludin dan pakar perunding Ortopedik, Kecederaan Sukan dan Trauma Dr Rozman Md Idrus pada Rabu.Sementara itu bapa Muhammad Soleh, Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh yang juga Pakar Perunding Perubatan dan GastroHepatologi KPJ Damansara tidak menyangka anak bongsu daripada empat adik-beradik itu memilih menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesional.Beliau yang akan turut berangkat ke Sepanyol esok selama sebulan untuk memberi sokongan kepada Muhammad Soleh bersyukur kerana anaknya itu mampu membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya bola sepak sebaiknya.Selain Muhammad Soleh, hampir 10 pemain muda negara sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka antarabangsa termasuk Aqil Arazi Aziz di AS Cannes, Perancis; Allee Putra Azril (Akademi Malaga City FC, Sepanyol) serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 08:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238114/berita/sukan/sumbangan-jdt-tmj-selain-bekal-pemain-kepada-harimau-malaya", "article_title": "Sumbangan JDT, TMJ selain bekal pemain kepada Harimau Malaya", "article_text": "PENYOKONG bola sepak Malaysia sememangnya pakar \u2018soundbite\u2019. Jika mereka tidak suka sesuatu pendapat, maka diulang-ulangnya soundbite tersebut sehingga berubah konotasinya.Dalam kes Datuk K Rajagobal, ia adalah, \u201cranking (FIFA) tak penting.\u201d Dalam kes Ahmad Fakri Saarani, ia adalah, \u201ckalau bola tak nak masuk, tak masuk juga.\u201dDalam isu TMJ mempertahankan tindakan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad kebangsaan sempena Kejohanan Piala AFF, ia adalah, \u201cpemain bukan mesin.\u201dUntuk mengubah konotasi ayat \u2018pemain bukan mesin\u2019, komitmen 14 pemain JDT tersebut dibanding-bandingkan dengan tindakan David Rowley yang membatalkan percutiannya di Jerman untuk menyahut seruan Kim Pan-gon dalam Kejohanan Piala AFF.Kemudian dibandingkan pula dengan berita Kylian Mbappe yang turun ke latihan PSG sejurus selepas habis final Piala Dunia 2022.TMJ bukanlah orang pertama dalam dunia bola sepak yang diheret masuk dalam perdebatan kelab vs negara.Hanya memetik sebahagian kecil contoh, Bayern Munich pernah menghalang Austria dan Perancis daripada memanggil David Alaba dan Lucas Hernandez daripada bermain perlawanan persahabatan tak bermakna di tengah musim.\u201cKami pun ada pandangan kami sendiri. Tugas kami adalah melindungi pemain.\u201cJika pemain berisiko mendapat kecederaan, sudah tentu mereka tak boleh digunakan,\u201d kata Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.Kemudian pada 1997, Sir Alex Ferguson mengkritik tindakan pengurus England, Glen Hoddle yang memanggil adik-beradik Neville, David Beckham, Paul Scholes dan Andy Cole dalam misi untuk menjuarai \u2013 Le Tournoi de France. FIFA memberi kebebasan kepada pengurus kelab untuk menarik keluar pemain daripada menyertainya.Jadi Ferguson menggunakan kebebasan ini dengan menyarankan pemain-pemainnya menarik diri.\u201cSejak beberapa tahun baru-baru ini, kami dah main 50 perlawanan semusim. Musim ini (1996/1997) juga sama. (Le Tournoi de France) berisiko kepada pemain muda. Jadi saya tak boleh lepaskan mereka.\u201dPemain-pemain United bagaimanapun memilih untuk tidak menarik diri,\u201d kata FergusonDalam erti kata lain, perdebatan kelab vs negara adalah normal dan bukan perkara baharu.Bagi perspektif luar kem JDT, tindakan 14 pemain JDT tidak patriotik. Tetapi bagi perspektif kem JDT, isu patriotisme tidak sepatutnya timbul kerana dua sebab.Pertama, fakta Kejohanan Piala AFF sendiri yang berada di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.FIFA sendiri membuat peraturan sesebuah kelab tidak wajib melepaskan pemain ke tugasan antarabangsa jika perlawanan berlangsung di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa.Kedua, risk-to-reward ratio Kejohanan AFF sangatlah tidak berbaloi bagi kem JDT.Sebagai kelab yang menjadi tulang belakang skuad Harimau Malaya, risiko kecederaan pemain-pemain jauh lebih besar berbanding pemain-pemain Malaysia dari pasukan lain.Reward yang ditawarkan oleh AFF kepada skuad negara juga tidaklah besar.Dalam pekali kepentingan perlawanan FIFA (yang menentukan jumlah mata ranking FIFA), AFF hanya menawarkan pekali paling rendah: 5.Berapa kali untuk perlawanan persahabatan dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa? 10.Berapa kali untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 nanti? 15.Semua perdebatan ini berbalik kepada soal kepentingan perlawanan dan pertimbangan risk-to-reward kepada pemain.Kylian Mbappe boleh menyertai latihan PSG beberapa hari selepas tugasan Perancis kerana Perancis beraksi dalam Piala Dunia \u2013 yang menawarkan 10 hingga 12 pekali yang jauh lebih tinggi berbanding AFF.Anda fikir PSG akan melepaskan Mbappe jika Perancis bermain dalam Le Tournoi de France?Manakala David Rowley pula boleh membatalkan percutiannya kerana risiko kecederaannya rendah selepas bermain hanya 28 perlawanan kompetitif sepanjang musim 2022.Sri Pahang (dan majoriti pasukan Liga Super lain) bermain antara 33 hingga 36 perlawanan kompetitif \u2013 jauh berbeza daripada 50 perlawanan kompetitif yang pemain JDT lalui sepanjang 2022.Di sebalik jadual musim 2022 yang sibuk ini, barisan pemain-pemain JDT yang membentuk majoriti skuad Harimau Malaysia tetap mampu memberi beberapa sumbangan bermakna kepada negara:1. Menyumbang 16 mata AFC MA Ranking untuk memberi lebih banyak slot kepada pasukan Liga Super beraksi di peringkat Asia.2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking dunia FIFA, sekali gus menaikkan ranking negara dari kedudukan 154 ke 146 dalam masa setahun.Sumbangan JDT kepada skuad kebangsaan tidak terhad di atas padang sejak 2016:3.Meminjamkan pusat latihan untuk kegunaan skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada 2021.4.Menaja kos RM1.4 juta untuk menanam rumput baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan akan bermula prosesnya pada Mac 2023.5.Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan-perlawanan penting skuad kebangsaan.6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.Malah TMJ sendiri meninggalkan jasa besar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semasa memegang tampuk presiden:7. Merombak dan mengecilkan saiz staf pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.8. Mengurangkan jumlah saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta kepada RM1.4 juta. RM1.4 juta itu kemudiannya dibayar sendiri oleh TMJ untuk untuk menyelesaikan kes saman tersebut.9.Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melapuskan hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi sebelum meninggalkan FAM dalam keadaan lebih baik.10.Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke luar negara (Sepanyol) untuk perkongsian profesional.11. Sekarang bandingkan pula magnitud sumbangan kelab-kelab Liga Super lain kepada Harimau Malaya?Kesimpulannya, JDT mungkin tidak menghantar kontinjen pemain-pemainnya untuk misi menjuarai Kejohanan Piala AFF, tetapi tiada siapa boleh menidakkan sumbangan pemain-pemain mereka pada 2022.Keputusan TMJ mempertahankan pemain-pemainnya adalah betul bagi perspektif kelabnya dan bukan sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. Malah dibenarkan oleh FIFA lagi.Kita mungkin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, tetapi ia tidak boleh menidakkan sumbangan pemain-pemain tersebut kepada skuad negara sepanjang 2022 yang boleh disimpulkan sebagai tahun yang produktif buat Harimau Malaya.Fokus kita seterusnya adalah misi memperbaiki pencapaian edisi 2007 dalam kempen Piala Asia 2023 nanti.Anda boleh bertaruh \u2013 sama ada benci atau suka \u2013 peluang kita lebih cerah jika pemain-pemain JDT berada pada tahap 100 peratus.Dan bila bercakap tentang pemain JDT, hanya JDT sahaja tahu apa yang terbaik untuk pemain mereka. Bukan kita. Bukan Kim Pan-gon. JDT.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 08:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238048/berita/sukan/city-tak-akan-beli-pemain-baharu", "article_title": "City tak akan beli pemain baharu", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukan itu tidak akan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari.Menurut Guardiola, dia sudah berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada dan yakin mampu mengekalkan rentak cemerlang sehingga penghujung musim.\"Tidak, saya rasa tidak. Saya fikir kita akan menyelesaikan saingan liga dengan pemain yang ada. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti.\"Tapi sejak saya kembali dari Abu Dhabi, tiada nama pemain yang dibawa ke perhatian pengurusan tertinggi kelab,\" katanya.Juara lima kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sememangnya dikenali sebagai pasukan yang sering berbelanja besar ketika jendela perpindahan dan membawa masuk pemain seperti Erling Haaland, Julian Alvarez, Kalvin Phillips, Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Stefan Ortega Moreno pada musim lalu.Beberapa pemain juga dikaitkan dengan City pada jendela perpindahan kali ini termasuk bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.Bellingham dinilai mampu menambah kekuatan bahagian tengah City untuk mengharungi saingan liga musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 01:10pm"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238043/berita/sukan/kemelut-pafa-jadi-perhatian-dun-perak", "article_title": "Kemelut PAFA jadi perhatian DUN Perak", "article_text": "KEMELUT status Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung Pesuruhjaya Sukan (PJS) mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok pembangkang dan kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu.Dalam sesi penggulungan Belanjawan Perak 2023, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah memberi komitmen untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap krisis itu.Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan agar badan induk bola sepak negeri itu dapat bergerak seperti biasa dan meneruskan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.\"Saya selaku orang yang diberi amanah dan tanggungjawab terhadap belia dan sukan buat masa ini telahpun hubungi PJS.\"Insya-ALLAH dalam awal Januari ini, adanya pertemuan antara saya dengan PJS untuk kita bantu selesaikan kemelut PAFA yang sudah berlarutan agak lama kerana kita nak memastikan PAFA boleh bergerak seperti biasa selepas ini,\" katanya.Hafez Sabri (Pas-Manjoi) menyokong usaha kerajaan negeri memulihkan semula status dan peranan PAFA.Katanya, langkah itu sangat penting khususnya kepada generasi muda dan kalangan penyokong dalam mengembalikan maruah bola sepak negeri.\"Saya sendiri mengikuti secara langsung jatuh bangun bola sepak negeri dan saya kira semua maklum dengan apa yang berlaku,\" katanya.Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning) juga berharap pendekatan cukup serius dapat dilakukan dalam menyelesaikan isu melibatkan PAFA.\"Bola sepak bukan sahaja satu sukan rakyat, tetapi sangat popular dalam kalangan rakyat.\"Jadi kita harap Yang Berhormat Exco dapat ambil pendekatan serius menyelesaikan polemik PAFA yang masih tidak berkesudahan ini,\" katanya.Pada 7 Mac lepas, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS bagi membolehkan PAFA membuat langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 bagi mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.PAFA yang diterajui Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin selepas itu telah mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 yang diadakan 28 Mei lepas kepada PJS.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 12:44pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238036/berita/sukan/era-firmino-di-liverpool-berakhir", "article_title": "Era Firmino di Liverpool berakhir", "article_text": "KEHADIRAN penyerang baharu, Cody Gakpo menandakan era Roberto Firmino di Liverpool akan berakhir, kata bekas pertahanan kelab itu, Jose Enrique.Firmino telah menghabiskan tujuh tahun terakhir bersama gergasi Merseyside itu dan membantu memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.Kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, dan Enrique percaya pembelian Gakpo dari PSV adalah isyarat bahawa masa Firmino di Anfield akan berakhir.\"Saya percaya (kedatangan Gakpo) menandakan berakhirnya era Firmino. Ia berlaku apabila pasukan menandatangani Luis Diaz dan kemudian Sadio Mane meninggalkan Liverpool.\"Saya yakin perkara sama akan berlaku antara Gakpo dan Firmino,\" katanya.Liverpool membuat keputusan untuk menjual Mane kepada Bayern Munich pada Jun selepas membawa masuk Diaz pada awal tahun dan kemudian menandatangani perjanjian untuk memperoleh Nunez daripada Benfica.Pada Isnin, PSV mengumumkan kelab dari Belanda itu telah mencapai persetujuan dengan Liverpool untuk menjual Gakpo.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 11:47am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238035/berita/sukan/united-banyak-bazir-peluang", "article_title": "United banyak bazir peluang", "article_text": "PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag masih tidak berpuas hati walaupun skuad kendaliannya berjaya menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Rabu.Menurutnya, United banyak membazirkan peluang terhidang dan ketajaman di depan gol menjadi aspek yang bakal diberikan perhatian lebih khusus.\"Itulah yang saya katakan di bilik persalinan, kami perlu menjaringkan lebih banyak gol. Kami mencipta banyak peluang dan terpaksa menunngu ke hujung perlawanan untuk menjaringkan gol ketiga.\"Selepas separuh masa kami mempunyai dua peluang yang sangat baik untuk menamatkan permainan. Perlawanan akan menjadi lebih mudah.\"Ada banyak perlawanan lagi akan datang, jika anda mendapat gol ketiga maka anda boleh menjimatkan tenaga dan ia lebih baik untuk semua orang,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Marcus Rashford membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum Anthony Martial menggandakan kedudukan tiga minit berselang.Fred melengkapkan kemenangan United pada minit ke-87 sekali gus meletakkan United di kedudukan kelima liga satu mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat.Ten Hag menegaskan para pemainnya perlu lebih klinikal di depan gol kerana United mempunyai ramai pemain yang berkemampuan menembusi gawang lawan.\"Kami mempunyai pemain yang boleh menjaringkan gol.\"Anda boleh lihat Martial dan Rashford adalah penjaring gol, Bruno Fernandes juga menjaringkan gol. Kami mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringkan gol, tetapi kami perlu bersikap kejam,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 11:26am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238022/berita/sukan/harimau-malaya-janji-bangkit", "article_title": "Harimau Malaya janji bangkit", "article_text": "HARIMAU Malaya berjanji akan melakukan kebangkitan sekali gus melakar kemenangan ketika aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura pada 3 Januari depan.Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin berkata, kekalahan 0-3 kepada Vietnam di Hanoi akan menjadi pengajaran berguna kepada semua pemain memberikan aksi lebih baik ketika menentang Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir.\"Bagi saya, ia satu perlawanan yang berikan pengajaran kepada kami. Kami perlu belajar daripada perlawanan ini menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Singapura.\"Kami janji akan beri yang terbaik ketika menentang Singapura dan raih kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya,\" katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Skuad negara wajib menang ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil 3 Januari depan sekiranya mahu layak ke peringkat separuh akhir.Mengulas mengenai perlawanan menentang Vietnam itu, Wilkin percaya pemain Harimau Malaya sudah memberi yang terbaik dalam perlawanan berintensiti tinggi itu.\"Tahniah kepada Vietnam. Sudah tentu mereka salah sebuah pasukan yang bagus dalam kejohanan ini.\"Ia tidak mudah buat kami apabila datang ke sini (Hanoi). Tetapi, saya bangga dengan semua rakan sepasukan kerana mereka telah berikan persembahan yang bagus.\"Vietnam mengambil peluang mereka dengan baik dan sayangnya kami gagal menyudahkan peluang yang ada,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 10:38am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238020/berita/sukan/pan-gon-tidak-salahkan-pemain", "article_title": "Pan-gon tidak salahkan pemain", "article_text": "PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tidak menyalahkan pemainnya di sebalik kekalahan 0-3 kepada Vietnam dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Menurutnya, pemain sudah memberikan yang termampu selain Vietnam memperagakan aksi lebih baik dalam perlawanan itu.\"Tahniah kepada Vietnam. Mereka layak menang dan pasukan mereka sangat solid. Saya minta maaf kepada penyokong Malaysia kerana kami tidak dapat berikan kemenangan. Namun, pemain telah cuba yang terbaik dan mengikut segala arahan barisan kejurulatihan dan mampu mengawal perlawanan dengan baik.\"Kami juga ada peluang untuk menang malam ini, tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku dan saya perlu kembali dan lihat mengenai situasi ini. Saya tidak ada masalah mengenai pemain dan mungkin jika saya buat silap, kami akan semak untuk membetulkan sesuatu sebelum perlawanan menentang Singapura,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc masing-masing meledak satu gol untuk memastikan kemenangan tuan rumah.Kemenangan itu juga menyaksikan Vietnam mendahului Kumpulan B manakala Malaysia berada di kedudukan kedua dengan baki satu perlawanan untuk skuad negara.Pan-gon juga menegaskan pasukannya akan bangkit melakar kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Singapura yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari depan.\"Kami tidak mempunyai masa untuk berlengah lagi. Kami akan cepat pulih dan merancang dengan baik untuk perlawanan dengan Singapura,\" katanya.Dalam pada itu, Pan-gon menjelaskan dia tidak mendapat gambaran jelas mengenai insiden penalti kedua Vietnam dan juga layangan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad.\"Sukar untuk memberikan komen kerana saya tidak dapat melihat gambaran yang jelas mengenai situasi itu. Saya fikir kami memerlukan analisis penuh untuk melihat situasi berkenaan dan selepas itu kami boleh katakan sesuatu.\"Tapi kami perlu belajar sesuatu mengenai situasi itu. Kami memiliki kelebihan besar apabila beraksi lebih seorang pemain dan kami patut menggunakan kelebihan itu,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 10:12am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238019/berita/sukan/vietnam-tak-patut-dapat-penalti", "article_title": "Vietnam tak patut dapat penalti", "article_text": "VIETNAM tidak seharusnya dihadiahkan sepakan penalti ketika pasukan Naga Emas itu menundukkan Harimau Malaya 3-0 dalam aksi Kumpulan B, Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, pengadil perlawanan, Ryuji Sato seharusnya terlebih dahulu melihat kekasaran pertama yang dilakukan oleh pemain Vietnam, Doan Van Hau ke atas Azam Azmi Murad ketika bola masih berada dalam kawasan padang.Van Hau terlebih dahulu menolak Azam Azmi yang cuba menyelamatkan bola keluar daripada garisan gol sebelum kedua-dua pemain itu terjatuh di luar padang.Kemudian, berlaku pergelutan antara kedua-dua pemain sebelum Sato mendakwa Azam Azmi mengasari Van Hau sekali gus memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada pertahanan negara.\"Sepatutnya kesalahan pertama dilakukan oleh pasukan Vietnam jadi, maklumat pertama yang perlu diberikan kepada pengadil adalah kesalahan dilakukan oleh pemain Vietnam.\"Kemudian berlaku pula tindak balas daripada pemain Malaysia yang saya tidak pasti kerana dalam video tidak jelas. Jadi, kalau berlaku tindak balas, kalau perlu kad merah, kad merah kepada pemain Malaysia.\"Tetapi, perlu dimulakan semula sama ada dengan sepakan percuma kerana insiden pertama itu tolakan daripada pemain Vietnam. Mungkin pengadil terlepas pandang kesalahan pertama yang dilakukan pemain Vietnam. Itu pandangan saya,\" katanya.Ujar beliau, apabila Sato tidak mengambil kira kekasaran dilakukan pemain Vietnam dan kemudiannya meneruskan permainan serta terdapat kekasaran dilakukan oleh Azam Azmi kepada Van Hau, maka keputusan untuk memberikan sepakan penalti adalah betul walaupun ia berlaku di luar padang.\"Jika insiden itu berlaku di luar garisan sempadan permainan dan berhampiran kawasan penalti contohnya insiden yang kita lihat, insiden itu berlaku di garisan gol dan berhampiran atau sempadan kawasan penalti.\"Pada ketika itu, bola masih dalam permainan. Jadi, mana-mana insiden yang berlaku di kawasan penalti di luar sempadannya, maka pengadil perlu mulakan semula permainan dengan penalti,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 10:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/238013/berita/sukan/chelsea-kembali-ke-landasan-kemenangan", "article_title": "Chelsea kembali ke landasan kemenangan", "article_text": "CHELSEA kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Bournemouth 2-0 di Stamford Bridge, kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris sejak pertengahan Oktober.Kai Havertz dan Mason Mount kedua-duanya menjaringkan gol pada separuh masa pertama dalam persembahan dominan tuan rumah.Pada perlawanan itu Chelsea dilihat mampu menang dengan margin lebih besar berdasarkan penguasaan dan peluang dicipta The Blues.Chelsea menamatkan rentetan lima perlawanan liga tanpa kemenangan, naik satu tempat dalam kedudukan liga ke tangga kelapan.Bournemouth pula kini tewas dari empat daripada lima perlawanan liga terakhir dan kekal di tempat ke-14 dengan 16 mata.KEPUTUSAN EPLChelsea 2-0 BournemouthManchester United 3-0 Nottingham Forest", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 08:39am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237999/berita/sukan/piala-asia-jambatan-ke-piala-dunia", "article_title": "Piala Asia jambatan ke Piala Dunia", "article_text": "PASUKAN bola sepak Malaysia perlu menjadikan Piala Asia sebagai tanda aras dan jambatan dalam pengembaraan menuju ke saingan Piala Dunia pada edisi mendatang.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata, skuad Harimau Malaya perlu kekal bersaing di pentas Asia sebelum boleh berimpian untuk beraksi dalam kancah kejohanan berprestij itu.\"Malaysia perlu konsisten beraksi di Piala Asia terlebih dahulu. Jangan tercicir walaupun satu edisi pun. Fokus satu demi satu. Bermula di peringkat kumpulan melangkah ke pusingan 16.\"Disusuli berada dalam lapan terbaik pada edisi berikutnya dan kemudian sasaran separuh akhir. Apabila sudah berada dalam kelompok lapan atau empat terbaik di Asia, peluang ke Piala Dunia nampak cerah,\" katanya kepada Sukan Sinar.Beliau pada masa sama berharap program pembangunan pemain muda tidak dipandang mudah sebaliknya terus diperkasa kerana ia menjadi satu kemestian di negara maju dalam bola sepak seperti Jepun dan Korea Selatan.Jangan bercakap pasal Piala Dunia, selagi kita tidak memberi tumpuan kepada program pembangunan di peringkat akar umbi.\"Jepun dan Korea Selatan pada awalnya tidak sasar untuk ke Piala Dunia tetapi fokus kepada program pembangunan. Bermula dari situ muncul pemain berbakat dan berkualiti.\"Apabila kelompok pemain itu sudah ramai, mereka berkelana bermain di Eropah dan dalam saingan tempatan. Dari situ bermula sasaran mereka untuk ke Piala Dunia,\" katanya.Safirul berkata, program pembangunan perlu dibuat secara menyeluruh menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP) dan kelab-kelab.\"Pelaburan besar perlu dibuat kepada program pembangunan bukan kepada para pemain yang sudah berusia,\" katanya.Tambah beliau, perancang perlu dibuat untuk jangka panjang bukan fokus kepada skuad projek yang tertumpu kepada kelompok kecil sehingga boleh membuatkan pihak berkaitan terlepas pandang kepada pemain berpotensi dan berbakat.Katanya, pemain seperti Arif Aiman Hanafi misalnya disasarkan untuk berada dalam skuad Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) di bawah bimbingan Lim Teong Kim, tetapi namanya tercicir kerana terlepas pandang.\"Mungkin pada masa itu belum matang, tetapi dia seorang pemain berbakat dan berpotensi. Pemilihan juga perlu melihat kepada pemain yang mempunyai IQ yang tinggi dalam bola sepak,\" katanya.Justeru menurutnya, pembentukan program pembangunan perlu diberi kepada pihak yang pakar dan berkemahiran selain turut melibatkan pengarah teknikal yang memantau dan bekerjasama rapat dengan jurulatih.\"Pengarah teknikal melihat dari sudut yang lebih luas memantau pemain berbakat dan berpotensi untuk dilatih oleh pengendali berpengalaman dan dibantu oleh pakar-pakar berkaitan.\"Kelompok pemain muda berbakat yang ramai memberi banyak pilihan kepada jurulatih skuad remaja dan senior untuk diserap ke dalam pasukan selain beri mereka pendedahan di peringkat tertinggi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237992/berita/sukan/harimau-malaya-tewas-di-hanoi", "article_title": "Harimau Malaya tewas di Hanoi", "article_text": "HARIMAU Malaya mencatatkan kekalahan pertama kempen Piala AFF 2022 selepas tewas kepada Vietnam 0-3 dalam aksi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Selasa.Kemenangan Vietnam itu turut dibayangi dengan keputusan kontroversi pengadil, Ryuji Sato memberikan penalti kepada pasukan tuan rumah dan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad yang didakwa mengasari Doan Van Hau pada separuh masa kedua.Vietnam membuka tirai jaringan menerusi Nguyen Tien Linh pada minit ke-28 selepas menanduk bola sepakan sudut yang diambil oleh Do Hung Dong.Empat minit kemudian, skuad Naga Emas terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Nguyen Van Toan dilayangkan kad kuning kedua selepas dia mengasari pertahanan negara, Dominic Tan.Harimau Malaya cuba menggunakan peluang tersebut dengan menggandakan asakan ke kubu pasukan tuan rumah.Peluang terbaik skuad negara tiba menerusi Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-40, namun tandukannya berjaya ditepis oleh Dang Van Lam.Pemain tengah Selangor itu sekali lagi menghadirkan ancaman pada minit ke-44 apabila berjaya mengelecek pertahanan Vietnam di dalam kotak penalti, sebelum melepaskan rembatan lemah yang diselamatkan oleh Van Lam.Usaha skuad negara untuk bangkit pada babak kedua terbantut selepas skuad negara juga terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azam Azmi dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selain pengadil menghadiahkan penalti kontroversi kepada pasukan Vietnam.Que Ngoc Hai menyudahkan sepakan penalti dengan menghalakan bola ke sebelah kanan memperdayakan Ahmad Syihan Hazmi yang terbang ke arah bertentangan.Tuan rumah tidak mengendurkan asakan walaupun telah mendahului dengan dua jaringan apabila menambah gol menerusi Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.Harimau Malaya dijadualkan menentang Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 10:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237990/berita/sukan/dua-pemenang-pingat-angkat-berat-sukma-2022-positif-doping", "article_title": "Dua pemenang pingat angkat berat Sukma 2022 positif doping", "article_text": "JOHOR BAHRU - Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis \u2018anabolic androgenic steroid\u2019 oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, kedua-dua atlet lelaki itu merupakan atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu.\"PABM menerima keputusan doping tersebut menerusi surat daripada Adamas yang bertarikh 23 Dis lepas. Kedua-dua mereka didapati positif doping steroid yang diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).\"Adamas juga sudahpun menghantar surat kepada dua atlet berkenaan, yang mana mereka mempunyai 14 hari untuk membuka sampel B sebelum 10 Jan tahun hadapan,\u201d katanya ketika dihubungi pada Selasa.Ayub berkata, sekiranya kedua-dua atlet itu membuat keputusan membuka Sampel B, ia perlulah ditanggung sendiri dengan kos US$350 dengan bantuan makmal di Doha, Qatar, dengan kehadiran atlet atau wakil atlet itu sendiri.Sekiranya mereka tidak bercadang mencabar keputusan Adamas menerusi Sampel B, Ayub berkata Adamas seterusnya akan menetapkan tarikh untuk kedua-dua atlet berkenaan memberikan penjelasan.\"Kedua-dua mereka kini digantung sementara. (Bagaimanapun) hukuman maksimum kepada atlet (bagi kesalahan ini) adalah penggantungan empat tahun.\"PABM memandang serius kes doping dalam sukan angkat berat terutamanya dalam konteks pembangunan sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,\u201d katanya.Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa PABM tidak melibatkan diri daripada mengendalikan Sukma edisi ke-20 itu kerana penganjur membenarkan dua negeri yang terlibat doping menyertai temasya tersebut sekali gus tidak menghormati keputusan PABM.Dalam nada kecewa, Ayub berkata, meskipun Sukma itu berlangsung, ia tidak diiktiraf oleh PABM kerana penganjur tidak bersetuju dengan pendirian pihaknya itu.Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.Susulan insiden itu, PABM telah menarik diri daripada Sukma berkenaan, selepas penganjur membenarkan dua negeri tersebut menyertai temasya itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 09:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237974/berita/sukan/rtm-siar-perlawanan-piala-aff-mulai-hari-ini---fahmi", "article_title": "RTM siar perlawanan Piala AFF mulai hari ini - Fahmi", "article_text": "SALURAN RTM akan menyiarkan perlawanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 mulai malam ini sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Jan depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, para peminat bola sepak boleh menyaksikan 10 perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.\"Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (FTA - free to air) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Fahmi berkata, beliau mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF 2022 disiarkan di saluran RTM.\"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut mencadangkan perkara yang sama,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 07:00pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237917/berita/sukan/arul-sudah-ada-bayangan-pemain", "article_title": "Arul sudah ada bayangan pemain", "article_text": "KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj sudah mempunyai bayangan 20 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam saingan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, 14 Januari depan.Menurut Arul, beliau akan berbincang dengan barisan kejurulatihan sebelum membuat keputusan muktamad senarai akhir 20 pemain tersebut.\"Setakat ini, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memberikan mandat kepada kita sehingga 30 Disember. Jadi, kita akan muktamadkan senarai 20 pemain itu sebelum tarikh tersebut.\"Saya sudah ada gambaran 20 pemain yang akan pergi dan akan berbincang dengan barisan kejurulatihan sebelum buat keputusan,\" katanya dalam satu video di laman Facebook rasmi Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-11 dunia dijangka berlepas ke India pada 6 Januari depan dan akan berdepan Sepanyol dalam aksi pemanas badan pada 11 Januari.Skuad negara kemudiannya akan menghadapi dua aksi Kumpulan C, Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela menentang Belanda (14 Januari) dan Chile (16 Januari) sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.Dalam pada itu, Arul turut menjelaskan tempoh dua minggu latihan yang telah berlangsung sebelum ini banyak menekankan kepada taktikal untuk menghadapi ketiga-tiga pasukan tersebut.\"Semangat pemain semasa latihan sangat baik apabila kita buat latihan serangan dan pertahanan. Pemain sedaya upaya cuba memenangi bola dan menunjukkan segalanya dalam sesi latihan.\"Ia sangat penting untuk naikkan stamina dan semangat pemain sebelum bermula kejohanan. Saya gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh pemain dalam sesi latihan,\" katanya.Arul turut menegaskan mempunyai tempoh persiapan yang cukup bagi mengharungi aksi mencabar di Piala Dunia walaupun sebelum ini terkesan dengan masalah kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama.\"Kita perlu bermula langkah kanan bertemu Belanda untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pusingan kedua,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 01:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237907/berita/sukan/scaloni-kekal-bimbing-argentina", "article_title": "Scaloni kekal bimbing Argentina", "article_text": "TUAH buat Lionel Scaloni apabila kekal membimbing juara Piala Dunia 2022, Argentina.Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia.\"Scaloni ialah jurulatih pasukan kebangsaan Argentina. Kami berdua adalah lelaki yang setia dan sudah mengikat persetujuan.\u201cTiada lagi keraguan lagi bahawa dia akan terus bersama Argentina,\u201d ujar Tapia.Scaloni mengendalikan Argentina sejak 2018, membantu mereka merangkul Copa America pada 2021 yang merupakan trofi pertama pasukan itu sejak 1993.Jurulatih berusia 44 tahun itu kemudiannya membimbing Lionel Messi dan skuad ke Piala Dunia ketiga dengan kemenangan ke atas Perancis pada perlawanan akhir di Qatar bulan ini.Scaloni bukan jurulatih yang popular selepas dilantik menggantikan tempat Jorge Sampaoli ketika Argentina tersingkir di peringkat 16 terakhir ketika Piala Dunia 2018.\u201cHampir 100 peratus orang menganggap kami salah atau gila.\u201cNamun pasukan ini membawa kegembiraan kepada orang ramai dengan gelaran yang mereka menangi,\u201d kata Tapia.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 12:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237908/berita/sukan/piala-dunia-wanita-julung-kali-tampilkan-pengadil-palestin", "article_title": "Piala Dunia Wanita julung kali tampilkan pengadil Palestin", "article_text": "ISTANBUL - Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin (WAFA).Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 12:00pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237897/berita/sukan/conte-kecewa-benteng-pertahanan-tottenham-lemah", "article_title": "Conte kecewa benteng pertahanan Tottenham lemah", "article_text": "PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte berang dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanannya selepas seri 2-2 menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.Menurutnya, pemain di bahagian pertahanan perlu memperkemaskan aksi sekiranya mahu melihat pasukan menyudahkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik.\"Saya agak gembira kerana cara kami bermain pada separuh masa kedua dengan tenaga, keinginan dan intensiti. Apabila anda bermain seperti ini anda mencipta masalah kepada lawan.\"Namun, saya kecewa kerana kami telah melepaskan gol pertama dalam enam perlawanan liga berturut-turut.\"Kami perlu mencari penyelesaian untuk mengelakkan pasukan melepaskan gol pertama dan kedua berulang kali.\"Ini adalah kali pertama dalam karier saya dibolosi terlebih dahulu dalam banyak perlawanan secara berturut-turut,\" katanya.Dalam perlawanan di Stadium Community Gtech itu, Tottenham terpaksa bangkit menerusi gol Harry Kane dan Pierre-Emile Hjobjerg pada separuh masa kedua selepas ketinggalan dengan jaringan Vitaly Janelt dan Ivan Toney.Dalam pada itu, Conte tidak berhasrat menyambar pemain baharu untuk mengukuhkan jentera pertahanan pasukan itu.\"Kami hanya perlu bekerja keras di bahagian pertahanan dan saya tidak lihat kami perlu menambah pemain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237894/berita/sukan/liverpool-sambar-cody-gakpo", "article_title": "Liverpool sambar Cody Gakpo", "article_text": "KELAB gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berjaya menyambar penyerang antarabangsa Belanda, Cody Gakpo pada Selasa.Perkara itu diumumkan oleh kelab Gakpo, PSV Eindhoven dalam satu kenyataan dan pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani beberapa ujian untuk melengkapkan urusan perpindahan.\"PSV dan Liverpool FC mencapai persetujuan mengenai perpindahan Cody Gakpo.\"Penyerang berusia 23 tahun itu akan berangkat ke England dalam masa terdekat dan perlu menjalani ujian yang diperlukan sebelum urusan perpindahan selesai,\" kata kenyataan itu.Gakpo yang menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia 2022 di Qatar untuk Belanda turut dikaitkan dengan beberapa pasukan besar seperti Manchester United.PSV tidak menyatakan jumlah yuran perpindahan pemain itu, namun laporan media antarabangsa menyebut ia akan menjadi rekod tertinggi pernah diterima oleh kelab Belanda itu.Menurut laporan itu, yuran perpindahan Gakpo mampu mencecah \u00a344 juta (RM235.15 juta).PSV and @LFC have reached an agreement on the proposed transfer of Cody Gakpo.The 23-year-old attacker will leave for England imminently where he will be subjected to the necessary formalities ahead of the completion of the transfer.\u2014 PSV (@PSV) December 26, 2022", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 10:16am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237893/berita/sukan/liverpool-sasar-empat-terbaik-epl", "article_title": "Liverpool sasar empat terbaik EPL", "article_text": "PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mahu The Reds menjadi ancaman kepada pasukan di kedudukan teratas liga selepas menewaskan Aston Villa 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa.Liverpool mengecilkan jurang kepada lima mata dimiliki Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat dengan Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Stefan Bajcetic masing-masing meledak satu gol dalam kemenangan di Villa Park itu.Bagaimanapun, Klopp mengakui jurang 15 mata yang memisahkan Liverpool daripada pendahulu liga Arsenal mungkin sukar diatasi dan dia tetap fokus untuk berada dalam kedudukan empat teratas liga.\"Sudah tentu, kami perlu mengejar mereka. Kami tidak berada dalam kedudukan terbaik, ada perbezaan antara kami dan pasukan lain, kami semua tahu itu.\"Dua atau tiga pasukan teratas mungkin sudah terlalu jauh. Jika mereka menang kesemua perlawanan, kami memang sudah tiada peluang.\"Kami perlu melakukan tugas kami dan itu bermakna memenangi kesemua perlawanan. Selepas itu, kami akan lihat di mana kedudukan kami selepas berakhir liga,\" katanya.Liverpool tidak pernah gagal untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas liga sepanjang enam musim Klopp mengendalikan pasukan itu.Klopp juga menegaskan pemain perlu bersedia dengan detik sukar dalam setiap perlawanan untuk memastikan Liverpool mampu menamatkan saingan liga kali ini dalam kedudukan yang baik.\u201cSudah tentu, ia mesti menjadi sasaran untuk layak ke Liga Juara-Juara. Kami mempunyai banyak perlawanan untuk diharungi dan kami semua perlu melalui saat-saat sukar dalam perlawanan.\"Untuk hari ini, kami mendapat tiga mata dan itu cara terbaik untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan teratas.\"Semua pasukan di sana bermain musim yang luar biasa, tetapi selagi kami dapat mengejar mereka, kami akan berjuang untuk mendapatkannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 10:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237891/berita/sukan/united-beri-janji-palsu", "article_title": "'United beri janji palsu'", "article_text": "JESSE Lingard mendakwa Manchester United memberikan janji palsu sebelum perpindahannya ke Nottingham Forest.Lingard merupakan produk akademi United dan menghabiskan 22 tahun di kelab itu sebelum perpindahan secara percuma ke Nottingham Forest penghujung musim lalu.Pemain antarabangsa England itu banyak berperanan sebagai pemain ganti dalam skuad senior United sebelum diketepikan pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020-2021 apabila dia gagal membuat sebarang penampilan.Ia menyebabkan Lingard menyertai West Ham United secara pinjaman dan tampil cemerlang menjaringkan sembilan gol EPL yang sekali gus menjadi kempen terbaik untuknya.Kecemerlangan Lingard itu kembali menarik perhatian United yang menolak beberapa tawaran perpindahan, namun tetap melayan pemain itu sebagai pemain tidak penting dalam pasukan dengan empat penampilan sepanjang musim 2021-2022.Kekurangan minit permainan semasa tahun terakhirnya di kelab itu menimbulkan tanda tanya sekali gus mendakwa United memberikan janji palsu untuk mengekalkanya di kelab itu.\"Saya tidak tahu mengapa saya tidak bermain. Saya tidak tahu apa masalahnya, sama ada politik atau apa sahaja. Saya masih belum mendapat jawapan sehingga hari ini.\"Ia adalah janji palsu. Saya berlatih dengan keras dan bersedia untuk bermain dalam perlawanan. Apabila anda bekerja keras dalam latihan dan tidak bermain pada penghujungnya, ia sangat mengecewakan.\"Saya terpaksa bertahan tahun lepas kerana saya tahu saya akan berpindah secara percuma.\"Saya meneruskan latihan saya dan melakukan kerja saya, kemudian saya akan datang dan cuba memberikan yang terbaik. Tahun lalu adalah sangat sukar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 09:42am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237886/berita/sukan/arsenal-padu-di-emirates", "article_title": "Arsenal padu di Emirates", "article_text": "DENGAN Arsene Wenger memerhati dari tempat duduk penonton, Arsenal bangkit ketinggalan untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium Emirates sekali gus mendahului tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris.Wenger kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak meninggalkan kelab itu pada 2018 selepas 22 tahun mengendalikan The Gunners sebelum itu.Bukayo Saka (53'), Gabriel Martinelli (58') dan Eddie Nketiah (69') menjaringkan gol dalam kebangkitan yang memberangsangkan pada separuh masa kedua.Terdahulu anak buah David Moyes mendahului selepas sepakan penalti Said Benrahma pada minit 27' memberikan West Ham permulaan cemerlang.Kemenangan itu mengekalkan rekod 100 peratus Arsenal di tempat sendiri dalam liga musim iniKeputusan itu melonjakkan mereka kepada 40 mata daripada 15 perlawanan, tujuh di hadapan pasukan tangga kedua Newcastle United, yang telah bermain 16 perlawanan.Anak buah Mikel Arteta berada lapan di hadapan pasukan tempat ketiga Manchester City, yang telah bermain 14 perlawanan.KEPUTUSAN LAINBrentford 2-2 Tottenham HotspurLeicester City 0-3 Newcastle UnitedAston Villa 1-3 LiverpoolEverton 1-2 WolvesSouthampton 1-3 BrightonCrystal Palace 0-3 Fulham", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 08:22am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237871/berita/sukan/pembubaran-mastaf-belum-sempurna", "article_title": "Pembubaran MASTAF belum sempurna", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) secara teknikalnya masih ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF).Menurut Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof, proses pembubaran MASTAF 'belum sempurna', malah beliau masih belum menerima sebarang pemakluman mengenai perkara itu.Ibrahim berkata, PJS menyambut baik kenyataan Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk membubarkan badan induk itu bagi menyelesaikan kemelut arena sepak takraw negara.\u201cTindakan berjiwa besar ini sekali gus memberi laluan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di bawah kepimpinan Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menyertai semula badan induk antarabangsa.Kita telah berhubung dengan Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin berkenaan perkara ini dan akan mengadakan perjumpaan dalam masa terdekat.\u201cIni adalah bagi memastikan proses pembubaran badan induk tersebut dilakukan secara teratur seperti mana yang ditetapkan dalam perlembagaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.ISTAF sebelum ini diminta tidak mencampuri sebarang masalah yang berkaitan dengan arena sepak takraw tempatan sehingga melebihi had bidang badan induk tersebut.Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran sebagai reaksi tindakan Setiausaha Agung ISTAF, Abdul Halim Kader yang mengutuskan surat kepada Dr Noor Azam.Dalam surat berkenaan, Abdul Halim meminta MASTAF mengambil tindakan segera untuk mengadakan mesyuarat agung membubarkan badan induk itu mengikut lunas perlembagaan.Ibrahim berkata, PJS akan mengeluarkan notis makluman mengenai pembubaran kepada MASTAF.\u201cSetakat ini PJS masih belum mengeluarkan sebarang notis kepada MASTAF. Sebenarnya sebelum mengeluarkan notis itu, beberapa perkara perlu dilakukan badan induk tersebut. Notis itu sebagai formaliti untuk mengesahkan pembubaran MASTAF yang diumumkan sebelum ini,\u201d jelasnya.Mengenai status pasukan negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan bawah naungan ISTAF, Ibrahim berkata, perkara itu bergantung kepada badan induk tersebut.\u201cKebenaran untuk pasukan negara bertanding dalam kejuaraan bergantung kepada ISTAF selepas pembubaran MASTAF. Ini merupakan perkara teknikal yang bersifat budi bicara ISTAF,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237866/berita/sukan/tottenham-bangkit-ikat-brentford", "article_title": "Tottenham bangkit ikat Brentford", "article_text": "HARRY Kane mengetepikan aura Piala Dunia Qatar 2022 ketika mengemudi kebangkitan Tottenham Hotspur untuk mengikat Brentford 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Community Gtech.Gol awal Vitaly Janelt (15') dan jaringan jarak dekat Ivan Toney (54') sejurus selepas rehat meletakkan Brentford 2-0 di depan ketika Tottenham bergelut menangani asakan tuan rumah.Namun skuad Antonio Conte yang tampil dengan corak permainan luar biasa kembali menyaingi tuan rumah.Kane, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti lebih dua minggu lalu yang menyaksikan kekalahan England kepada Perancis di Qatar 2022 di suku akhir, menanduk masuk bola pada minit ke-65 untuk menghidupkan talian hayat pasukannya.Pierre-Emile Hojbjerg, seorang daripada lima pemain permulaan Tottenham yang beraksi di Piala Dunia, kemudian menyamakan kedudukan dengan penyudah tenang pada minit 71'.Tottenham berada di tempat keempat dengan 30 mata manakala Brentford kendalian Thomas Frank di tempat kesembilan.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 11:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237867/berita/sukan/garuda-ratah-brunei-thailand-mudah-jinakkan-filipina", "article_title": "Garuda ratah Brunei, Thailand mudah jinakkan Filipina", "article_text": "INDONESIA melakar kemenangan terbesar dalam kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berpesta gol membelasah Brunei 7-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam Isnin.Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut dicatat skuad Garuda selepas mengatasi Kemboja 2-1 pada aksi pembukaan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Jumaat lepas.Skuad bimbingan Shin Tae Yong itu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Syahrian Abimanyu pada minit ke-20 sebelum Dendy Sulistyawan menggandakan kedudukan empat minit sebelum rehat.Bersambung babak kedua, lima lagi gol Indonesia masing-masing disumbangkan Egy Maulana pada minit ke-59, Ilija Spasojevic (minit ke-60), Ramadhan Sananta (minit ke-68), Mark Klok (minit ke-86) dan Yakob Sayuri pada masa kecederaan.Indonesia kini berkongsi enam mata dengan pendahulu juga juara bertahan Thailand yang turut melakar kemenangan kedua berturut-turut dengan membenam cabaran Filipina 4-0 di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani pada satu lagi aksi pada malam Isnin.Penyerang prolifik Teerasil Dangda meledak dua gol masing-masing pada minit ketiga dan ke-41 sebelum skuad kendalian Alexandre Polking itu menambah dua lagi jaringan pada babak kedua menerusi penyudah Adisak Kraison minit ke-57 dan Suphanan Bureerat enam minit kemudian.Indonesia akan melayani kunjungan Thailand pada aksi tumpuan Kumpulan A di Jakarta, Khamis ini dan pasukan yang menang berpeluang cerah mara ke peringkat separuh akhir selaku juara kumpulan.Sebagai rekod, kemenangan terbesar sebelum ini dilakar Vietnam yang menumpaskan Laos 6-0, Rabu lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 11:17pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237862/berita/sukan/cagliari-pilih-ranieri", "article_title": "Cagliari pilih Ranieri", "article_text": "CAGLIARI melantik Claudio Ranieri yang banyak mengembara sebagai ketua jurulatih dengan kontrak sehingga Jun 2025, kelab Serie B itu mengumumkan pada Jumaat, 31 tahun selepas dia meninggalkan jawatan tersebut.Pengendali dari Itali itu menjadi terkenal sebagai pengurus Cagliari dari 1988 hingga 1991, mengetuai pasukan dari Serie C ke Serie A dalam musim berturut-turut sebelum menyertai Napoli.\u201cSaya akan kembali ke Cagliari, Saya sentiasa mengetahuinya, pada masa saya berlepas menyahut cabaran baharu.\u201cCagliari membuatkan saya faham bahawa mungkin boleh berjaya dalam tugas, saya telah menemui semua elemen yang membantu dalam tiga tahun itu, peminat, pemain, pengurus, kita semua adalah satu.\u201cPada hari-hari ini anda telah membantu saya membuat keputusan ini, yang tidak mudah atas pelbagai sebab. Kami terikat dengan rasa hormat dan kasih sayang, banyak kenangan indah,\u201d kata pemain berusia 71 tahun itu di laman web kelab.Ranieri terkenal di England kerana membimbing Leicester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2016.Namun dia gagal melakukan keajaibannya di Watford apabila hanya memperoleh tujuh mata dalam tiga bulan sebelum meninggalkan jawatan itu pada Januari.Ranieri, yang juga pernah menguruskan beberapa kelab di Itali termasuk Juventus, AS Roma dan Inter Milan serta pasukan di Sepanyol dan Perancis, mengambil alih Cagliari yang berada di tangga ke-14 di peringkat kedua selepas tersingkir musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 08:56pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237861/berita/sukan/fam-vff-perkasa-kerjasama-dua-hala", "article_title": "FAM, VFF perkasa kerjasama dua hala", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala.MoU selama tiga tahun yang memberi tumpuan terhadap pembangunan pengadil serta bola sepak belia itu, ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Setiausaha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi di Ibu Pejabat VFF di sini.Berdasarkan MoU itu, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing melalui sesi mesyuarat dan kursus latihan yang bakal dianjurkan.Kedua-dua entiti juga akan menghantar pasukan kebangsaan belia masing-masing, untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan bersama.Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu ialah dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram serta Exco FAM, Md Dali Wahid. Hadir sama, dua Naib Presiden VFF, Tran Anh Tu dan Nguyen Xuan Vu serta Exco VFF Nguyen Qouc Hoi.\u201cKerjasama ini bukan sahaja mampu mengukuhkan lagi struktur bola sepak kedua negara, tetapi apa yang paling utama dapat memberi manfaat kepada pembangunan pengadil negara kita.\u201cKami di FAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada VFF yang memberi sokongan dalam pembangunan pengadil dan belia Malaysia,\u201dkata Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 08:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237846/berita/sukan/atlas-lions-inspirasi-haq", "article_title": "Atlas Lions inspirasi Haq", "article_text": "PERSEMBAHAN menakjubkan Maghribi atau The Atlas Lions di pentas Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini menjadi inspirasi buat skuad sukan elektronik, Haq untuk mencipta kejutan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M4, bermula 1 hingga 15 Januari ini.Jurulatih pasukan, Khairul Azman Mohd Sharif berkata, biarpun berdepan tugas sukar menyaingi nama-nama besar yang turut membuat penampilan di pentas berprestij itu, Haq mempunyai keunikan tersendiri bagi memberi cabaran sengit kepada setiap pasukan bertanding.\u201cPasukan Haq mempunyai identiti tersendiri iaitu kami guna 'hero' (watak) lain daripada orang lain dan mempunyai taktikal yang tiada orang lain di Malaysia buat, itu adalah keunikan kami,\u201d katanya.Khairul Azman berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia yang merupakan tuan rumah kejohanan itu.Bagi saingan kumpulan, pasukan Haq diundi bersama S11 Gaming Argentina, RRQ Akira dan The Valley dengan ketiga-tiga pasukan itu merupakan juara di Argentina, Brazil dan Amerika Utara.Sementara itu, pengasas pasukan Haq, Mohammad Aimanulhaq Zaharudin berkata biarpun terdapat pencabar yang memandang rendah kemampuan mereka, ia tidak sesekali mematahkan semangat pasukan itu untuk menampilkan aksi cemerlang.\u201cSejujurnya tahap pasukan Haq masih di peringkat permulaan, justeru dapat bertanding di kejohanan dunia kami anggap ia satu pengalaman yang diperlukan untuk ke peringkat seterusnya,\u201dkatanya.Selain Haq, satu lagi pasukan yang mewakili Malaysia dalam kejohanan itu ialah Todak, yang merupakan penyertaan keempat berturut-turut pasukan itu pada saingan tersebut.Sebanyak 16 pasukan dari seluruh dunia bakal berentap merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak US$800,000. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 05:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237845/berita/sukan/terengganu-salur-dana-besar-kepada-tfc", "article_title": "Terengganu salur dana besar kepada TFC", "article_text": "KERAJAAN Terengganu dijangka menyalurkan peruntukan lebih besar kepada Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi Liga Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim 2023.Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya telah memberi suntikan dana sebanyak RM20 juta pada tahun ini dan hasilnya, beberapa pencapaian dilakar termasuk kejayaan TFC beraksi di pentas akhir Piala FA serta mara ke Piala AFC.Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi semasa, kerajaan negeri yakin mampu memperoleh lebih banyak penajaan untuk disalur kepada kelab bola sepak supaya lebih berjaya dan digeruni.\u201c... lebih banyak tajaan swasta akan kurangkan kebergantungan kelab kepada kerajaan negeri. Kita akan gerakkan lagi usaha untuk dapatkan tajaan daripada pihak syarikat lebih besar.\"Dengan perkembangan ekonomi yang baik, kita percaya akan dapat dana yang lebih besar untuk kelab menghadapi cabaran Piala AFC pada September depan,\u201d katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT pada Isnin.Ahmad Samsuri juga berkata PBSNT akan memperkenal Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di pelbagai peringkat bagi mencungkil lebih banyak bakat muda tahun depan.Beliau berkata, kerjasama ahli gabungan PBSNT di peringkat daerah amat diperlukan bagi merealisasi dan melancarkan penganjuran TFL demi kemajuan bola sepak negeri.\u201cSebelum ini, TFL kita hanya ada Piala Menteri Besar tetapi untuk 2023, kita akan anjurkan Liga Super TFL, Liga Premier TFL, TFL Bawah 16 tahun dan Bawah 12 Tahun untuk cungkil bakat serta pelapis baharu dalam sukan bola sepak.\u201cSetiap daerah perlu menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan yang diadakan di peringkat negeri,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 05:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237842/berita/sukan/pbsnt-minta-faisal-hantar-surat-rasmi-kepada-tfcsb", "article_title": "PBSNT minta Faisal hantar surat rasmi kepada TFCSB", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta bekas pemain Terengganu FC (TFC), Faisal Halim menghantar surat rasmi kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak berkenaan.Ia susulan kenyataan pemain kebangsaan itu yang mendakwa bahawa gaji terakhir beliau dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PBSNT, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan pihak lain termasuk media.\u201cBeliau (Faisal) boleh merayu... tidak ada masalah. Kita boleh bincang, mungkin ada sedikit salah faham,\u201d katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT 2022 di Kuala Terengganu pada Isnin.Bagaimanapun, Ahmad Samsuri membidas tindakan Faisal yang sering membuat kenyataan berunsur kontroversi kepada media dan hantaran berbaur tohmahan di media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan TFCSB.Katanya, tindakan itu menyalahi peraturan kelab yang melarang pemain membuat kenyataan terbuka kepada media atas sesuatu isu ketika masih bersama pasukan.\u201cKita mahu selesai secara baik, cuma kena sedar yang salah tetap salah. Setakat ini perkara tersebut tidak memberi impak kepada reputasi kelab,\u201d katanya.Konflik antara pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu dengan TFCSB bermula apabila Faisal secara terang-terangan mengkritik tahap profesional kelab tersebut yang lambat menawarkan lanjutan kontrak kepada bekas ketua jurulatih TFC Nafuzi Zain yang akhirnya menolak tawaran itu.Faisal yang ketika itu masih terikat dengan kontrak mendakwa kelewatan pihak pengurusan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dengan Nafuzi bagi musim 2023.Terbaru, Faisal mendakwa beliau dianiaya pihak pengurusan TFCSB yang memotong gaji terakhirnya sebanyak 15 peratus tanpa makluman atau arahan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab sebagaimana prosedur biasa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 05:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237841/berita/sukan/kbs-pergiat-usaha-selesai-isu-berbangkit---adam-adli", "article_title": "KBS pergiat usaha selesai isu berbangkit - Adam Adli", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mempergiat usaha menyelesaikan segala permasalahan termasuk isu berbangkit yang disuarakan persatuan sukan dan atlet dalam negara.Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, menerusi sesi libat urus yang diadakan, pihaknya sedang memperhalusi mekanisme terbaik menyelesaikan permasalahan dihadapi khususnya mengenai kebajikan atlet, fasiliti sukan dan pembangunan sukan di peringkat akar umbi.Sekarang ini kita dalam proses untuk kumpulkan semua input yang kita ambil daripada persatuan sukan dan sukan para, atlet podium serta atlet kebangsaan.\u201cMenerusi sesi libat urus tempoh hari kita dapat gambaran lebih jelas tentang permasalahan dihadapi mereka, masalah yang berlarutan dan mungkin sudah pun disuarakan sebelum ini,\u201d katanya.Adam Adli berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan dua wakil skuad atlet sukan elektronik negara, Todak dan Haq ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada Isnin.Dalam pada itu, Adam Adli memaklumkan KBS kini dalam fasa akhir memuktamadkan garis panduan menguruskan pembangunan sukan elektronik di negara ini.Menurutnya garis panduan untuk sukan elektronik atau e-sukan itu amat penting bagi menguruskan tata kelola sukan tersebut secara lebih teratur dan selamat.\u201cSemua sukan dimainkan termasuk yang profesional ada garis panduan yang akan menguruskan tata kelola pengurusan sukan itu sendiri, jadi sangat penting untuk kita memiliki garis panduan seperti itu.\u201cE-sukan satu sukan yang tumbuh begitu rancak dalam kalangan komuniti negara ini dan garis panduan ini akan memastikan ia mempunyai organisasi yang tersusun ke arah pembangunan yang padu,\u201d katanya.Beliau berkata, garis panduan itu juga akan membantu golongan belia yang berkecimpung dalam sukan berkenaan sekali gus bertindak sebagai satu mekanisme efektif melindungi data penggiatnya di masa akan datang.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 05:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237838/berita/sukan/jdt-akan-tapau-semua-pemain-terbaik---tunku-ismail", "article_title": "'JDT akan tapau semua pemain terbaik' - Tunku Ismail", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim konsisten dengan pendiriannya untuk memberi yang terbaik buat arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.Usaha tersebut kata beliau, bukan untuk kelab semata-mata, sebaliknya demi kebaikan bola sepak kebangsaan.Justeru bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sahaja.\u201cOleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus 'membunuh' bola sepak Malaysia.\u201cSaya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,\u201d katanya di ruangan komen Instagram pada Ahad.Kritikan pelbagai pihak tidak mematahkan semangat Tunku Ismail yang bangga dengan prestasi dan kejayaan JDT mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.\u201cWell done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.\u201cTetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,\u201d katanya.Tunku Ismail sedar ramai pengkritik kurang senang dengan JDT yang tidak melepaskan pemain untuk menyertai skuad Harimau Malaya bersaing dalam kempen Piala AFF.\u201cPiala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas,\u201d katanya.Dalam kempen Piala AFF ketika ini, prestasi baik ditunjukkan oleh anak buah Kim Pan-gon apabila mencatat dua kemenangan dalam dua aksi Kumpulan B sekali gus berpeluang untuk mara ke separuh akhir.Di sebalik kejayaan itu, skuad yang dianggotai ramai muka baharu dengan hanya seorang pemain JDT iaitu Safawi Rasid.Tonggak JDT lain tidak bersama skuad Harimau Malaya kerana tidak mendapat pelepasan kelab ekoran saingan Piala AFF berlangsung di luar kalendar FIFA.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 04:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237828/berita/sukan/helah-hang-seo-mahu-cuba-jerat-malaysia", "article_title": "Helah Hang Seo mahu cuba jerat Malaysia", "article_text": "HELAH tersirat jurulatih Vietnam, Park Hang Seo yang dilihat selesa merendah diri apabila menyifatkan skuad Malaysia ketika ini adalah yang terbaik biarpun mengharungi kancah Piala AFF 2022 tanpa beberapa tonggak utama.Mungkin ia sebagai serangan psikologi Hang Seo yang terkenal dengan kelicikannya 'menjerat' pasukan lawan menjelang aksi menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa.Pengendali dari Korea Selatan itu memiliki rekod baik dengan sifar kekalahan berdepan Malaysia sejak membimbing Vietnam pada 2017.Saya fikir pasukan Malaysia ketika ini adalah skuad terbaik. Mereka ada pengalaman yang baik dan apa kami perlu lakukan adalah meletakkan pemain serta formasi yang sesuai untuk berdepan Malaysia.\u201cSaya bertuah ada rekod yang baik berdepan Malaysia, tapi saya tidak pasti mengenai perlawanan esok (Selasa). Kami hanya mahu lakukan yang terbaik,\u201d katanya pada sidang media di Hanoi pada Selasa.Tanpa tonggak utama yang majoritinya dari Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) yang berpengalaman beraksi di kejohanan tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL), bukan isyarat yang skuad ketika ini tidak mampu bersaing.\u201cWalaupun tanpa pemain utama, saya rasa pasukan yang Malaysia ada ini adalah yang terbaik,\u201d ujar Hang Seo.Malaysia beraksi tanpa majoriti pemain utama yang membawa negara ke pentas Piala Asia 2023 sebelum ini, namun bagi Hang Seo, strategi permainan sama iaitu kepantasan bakal diterapkan pasukan pelawat.Hasil 'air tangan' Hang Seo, Vietnam merekodkan lima kemenangan dan satu seri daripada enam aksi menentang Malaysia dengan sebahagian besar di pentas Piala AFF.Vietnam yang baru beraksi satu perlawanan ketinggalan tiga mata di belakang Malaysia dan mereka berpeluang merampas kedudukan teratas kumpulan sekiranya menang.Dalam pada itu, Hang Seo turut menghamburkan pujian mengenai pencapaian ketua jurulatih Malaysia yang juga rakan senegaranya, Kim Pan-gon apabila berjaya meningkatkan prestasi Harimau Malaya ketika ini.\u201cDia (Pan-gon) jurulatih yang bagus dan ada banyak pengalaman terutama ketika bersama skuad kebangsaan Hong Kong,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237821/berita/sukan/tekad-faisal-bolosi-gawang-vietnam", "article_title": "Tekad Faisal bolosi gawang Vietnam", "article_text": "PEMAIN sensasi, Faisal Halim tekad untuk terus meledak bagi membantu skuad Harimau Malaya melakar keputusan positif pada aksi ketiga Kumpulan B Piala AFF menentang Vietnam di laman lawan Hanoi pada Selasa.Enggan berasa gentar, biarpun ia adalah aksi pertama Faisal bersama skuad negara menentang pasukan gergasi Asia Tenggara itu.\u201cEsok (Selasa) adalah satu perlawanan yang sukar bertemu Vietnam dan saya pertama kali bertemu mereka.\u201cSudah pastinya saya perlu terus berusaha menjaringkan gol untuk membantu pasukan meraih keputusan positif,\u201d katanya pada sidang akhbar di Hanoi pada Isnin.Pemain baharu Selangor FC itu juga percaya mampu untuk terus mengemudi barisan depan skuad negara untuk mengancam kubu Vietnam, biarpun pasukan lawan berkelebihan beraksi di laman sendiri.Faisal turut bertekad untuk memberikan segala yang termampu bagi merealisasikan hasrat penyokong untuk melihat pasukan kali ini mara lebih jauh berbanding edisi lalu.\u201cSaya datang ke sini untuk membela maruah. Maruah diri dan keluarga. Saya ingin banggakan keluarga dan peminat Malaysia,\u201d kata pemain berusia 24 tahun itu.Di sebalik cabaran sengit di Hanoi dan Piala AFF, Faisal menagih sokongan berterusan peminat kepada barisan pemain yang diberikan tanggungjawab pada kejohanan kali ini.Jurulatih negara, Kim Pan-gon terpaksa menagih kudrat muka baharu setelah 14 pemain utama menolak tawaran skuad negara menyertai kejohanan kali ini.\u201cSudah pasti pertama kali peminat melihat senarai nama, mereka tidak yakin dengan pemain yang dipanggil.\u201cNamun sebagai seorang pemain, saya yakin dengan rakan sepasukan kerana mereka mampu melakukan tugas yang baik, namun tidak diberikan peluang beraksi untuk skuad negara sebelum ini,\u201d katanya.Bekas pemain Terengganu FC dan Sri Pahang itu mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak tiga gol daripada dua perlawanan awal sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237819/berita/sukan/kami-mahu-menang", "article_title": "'Kami mahu menang'", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya memasang impian besar untuk mengalahkan Vietnam pada aksi ketiga saingan Kumpulan B Piala AFF di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa.Sasaran itu bagi mengesahkan tempat buat skuad Kim Pan-gon ke peringkat separuh akhir lebih awal.Pan-gon bagaimanapun tetap menghormati Vietnam yang dikenali sebagai pasukan terkuat Asia Tenggara ketika ini.Pengendali dari Korea Selatan itu juga sudah mempunyai strategi permainan untuk berdepan Vietnam dan semua maklumat itu telah disampaikan kepada setiap pemain.\u201cSeperti kita tahu Vietnam adalah salah satu pasukan terkuat di ASEAN dan kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.\u201cBagaimanapun saya tidak akan dedahkan kepada media dan hanya sampaikan segala maklumat kepada para pemain.\u201cSemestinya kami mahu sahkan tempat layak ke separuh akhir esok (Selasa) dengan menewaskan pasukan terbaik ASEAN,\u201d katanya pada sidang akhbar di Hanoi pada Isnin.Pan-gon juga meluahkan tidak berasa gentar untuk berdepan Vietnam dan mahu para pemain memberikan aksi terbaik sebagai tanda penghormatan kepada rakan senegaranya yang juga pengendali Vietnam, Park Hang Seo.\u201cPasukan melalui proses pemulihan dengan baik dan kita tahu cuaca berbeza berbanding Malaysia, tetapi ia tidak akan mengganggu persembahan pasukan.\u201cMalah saya yakin kami dapat atasi masalah cuaca serta kepenatan dan bersedia untuk perlawanan esok.\u201cHang Seo adalah jurulatih yang disegani di Korea Selatan dan saya berbesar hati dapat menghadapinya di kejohanan ini.\u201cSaya akan cuba yang terbaik untuk menghadapinya sebagai tanda hormat kepadanya,\u201d katanya.Pan-gon juga akui perlawanan itu sebagai sukar tetapi percaya para pemain berupaya menghadapi tekanan kerana pernah berdepan dengan situasi sama dalam kejohanan sebelum ini.\u201cIa mungkin menjadi salah satu perlawanan yang sukar buat kami berdasarkan persembahan semasa Vietnam.\u201cMereka mempunyai pengalaman menghadapi perlawanan besar tetapi kami juga biasa menghadapi situasi sama dan tidak gentar dengan mana-mana pasukan yang kita hadapi dan akan berikan cabaran buat Vietnam,\u201d ujar Pan-gon.Malaysia mempunyai rekod kurang baik apabila berdepan Vietnam kerana hanya menang dan seri sekali, manakala tewas lapan kali dalam 10 pertemuan terakhir.Kali terakhir Malaysia menang ke atas Vietnam adalah pada 2014.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 02:45pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237812/berita/sukan/usah-masuk-campur-urusan-kami", "article_title": "'Usah masuk campur urusan kami'", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) diminta tidak mencampuri sebarang masalah yang berkaitan dengan arena sepak takraw tempatan sehingga melebihi had bidang badan induk tersebut.Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Markiman Kobiran yang turut menegaskan Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebagai badan tertinggi yang diberikan kuasa untuk mengawal selia persatuan sukan di negara ini.\u201cSaya nak tanya, siapa (Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul) Halim Kader? Siapa sebenarnya dia? Perdana Menteri Malaysia? Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)?\u201cSatu lagi, sekiranya saya tidak patuh kepada kenyataan dia, adakah kita boleh dikenakan hukuman? Mengapa ISTAF mencampuri urusan dalaman sepak takraw kita?\u201cPada saya, dia tidak boleh langsung masuk campur kerana ini merupakan isu antara PSM dan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF),\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Kenyataan Markiman itu sebagai reaksi tindakan Halim yang mengutuskan surat kepada Setiausaha Agung MASTAF, Dr Noor Azam Samsudin bertarikh 23 Disember 2022.Dalam surat berkenaan, Abdul Halim meminta MASTAF mengambil tindakan segera untuk mengadakan mesyuarat agung membubarkan badan induk itu mengikut lunas perlembagaan.Ia bagi membolehkan ISTAF dapat mengambil tindakan untuk 'melepaskan' MASTAF daripada ahli gabungan ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).Dalam pada itu, Markiman menjelaskan, keahlian MASTAF di bawah naungan ISTAF dan ASTAF tertakluk kepada pembubaran dan tindakan pembatalan yang akan diambil PJS.\u201cSelepas tindakan selesai diambil oleh PJS, baharulah MASTAF hilang entiti sebagai badan induk sepak takraw negara di bawah undang-undang Malaysia.\u201cSekarang MASTAF hanya menunggu notis pembubaran daripada PJS untuk urusan harta-harta dan liabiliti kita, bukan ISTAF, bukan Halim Kadir,\u201d tegasnya yang juga bekas Timbalan Presiden MASTAF.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 02:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237810/berita/sukan/chelsea-pergiat-usaha-buru-rice", "article_title": "Chelsea pergiat usaha buru Rice", "article_text": "CHELSEA enggan berputus asa untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice biarpun sudah memburunya sejak tiga tahun lalu.Bagaimanapun dilaporkan skuad The Blues mendahului saingan untuk mendapatkan pemain West Ham itu.Bagaimanapun masa depan Rice di Stadium London itu mencetuskan tanda kerana dia masih mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya.Malah pemain berusia 23 tahun itu juga menolak tiga tawaran baharu daripada The Hammers.Rice difahamkan tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini tetapi West Ham mungkin boleh berubah fikiran pada musim panas nanti.The Athletic sebelum ini melaporkan Chelsea mendahului untuk mendapatkan Rice yang sebelum ini pernah berada dalam akademi mereka.The Blues bagaimanapun berasa bimbang bahawa mereka mungkin akan tewas kepada Manchester United atau Manchester City dalam 'perebutan' untuk mendapatkan Rice.Bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mendedahkan April lalu bawah dia sudah mencuba sedaya upaya untuk membawa Rice ke Stamford Bridge.\u201cKami bertuah kerana memilikinya di England. West Ham bertuah memilikinya.\u201cDia seorang pemimpin dan jelas bahawa dia ditakdirkan untuk melakukan perkara yang hebat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 01:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237801/berita/sukan/zidane-calon-ganti-tite-latih-brazil", "article_title": "Zidane calon ganti Tite latih Brazil", "article_text": "SPEKULASI pengganti Tite yang meletakkan jawatan selepas Brazil tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar masih menjadi bualan dalam kalangan media dan peminat.Bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane antara calon yang disebut-sebut mengisi jawatan panas itu, lapor media Perancis.Zidane ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas meninggalkan Madrid pada 2021.Dia juga dikaitkan dengan beberapa pasukan, termasuk skuad Perancis serta Manchester United sebelum pelantikan Erik ten Hag.Bekas pemain tengah Real dan Perancis berusia 50 tahun itu dianggap sebagai pengganti terbaik Tite, lapor akhbar L'Equipe.Akhbar itu menyebut Konfederasi Bolasepak Brazil berharap dapat melantik pengendali dari luar negara itu selepas Tite meletak jawatan susulan perjalanan pasukannya tersekat di suku akhir Piala Dunia lalu.Selain Zidane, nama lain yang dikaitkan dengan kerusi panas itu ialah Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel atau Rafael Benitez.Zidane turut dikaitkan sebagai pengganti Didier Deschamps tetapi pengendali Perancis itu dijangka kekal dengan jawatannya.Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet memberi petunjuk akan berbincang dengan Deschamps dalam masa terdekat bagi melanjutkan kontraknya.Deschamps, yang memenangi Piala Dunia untuk Perancis sebagai pemain pada tahun 1998 dan pengendali pada tahun 2018, membimbing Les Bleus sejak tahun 2012.Graet difahamkan mahu pengendali 54 tahun itu terus kekal membawa Perancis sehingga Piala Dunia 2030.Sekiranya ia menjadi kenyataan, Zidane mungkin terpaksa kembali membimbing kelab.Zidane cemerlang dengan tiga Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut sebagai pengendali Real Madrid dari musim 2015-16 sehingga 2017-18.Dia turut mengungguli La Liga pada musim 2016-17 serta 2019-20.Bekas pemenang Piala Dunia itu lebih cenderung menyertai liga yang dikenalinya seperti Serie A atau La Liga, berbanding cabaran baharu di Liga Perdana Inggeris.Antara kelab yang menjadi sasarannya ialah Juventus, namun kelab Itali itu belum mempunyai kekosongan untuknya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 12:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237794/berita/sukan/al-nassr-fc-masih-tunggu-keputusan-ronaldo", "article_title": "Al Nassr FC masih tunggu keputusan Ronaldo", "article_text": "KELAB bola sepak Arab Saudi, Al Nassr FC masih menunggu keputusan bintang sensasi Cristiano Ronaldo sama ada bersetuju untuk menyertai kelab berkenaan, kata pengarahnya Marcelo Salazar, lapor STATS Perform/dpa.Ronaldo, 37, pada November lalu telah pun meninggalkan kelab Manchester United.Al Nassr mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain itu sejak awal Disember dan setakat ini belum ada sebarang perjanjian mengenai perkara itu dimuktamadkan.\"Saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak setakat ini. Kita tunggu dan lihat hasilnya bagaimana menjelang penghujung tahun.\"Seperti yang anda saksikan, ini rundingan yang sangat besar, bukan sahaja untuk kelab, tetapi untuk negara dan bola sepak dunia dan perlu dikendalikan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 11:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237787/berita/sukan/naluri-pemusnah-haaland", "article_title": "Naluri 'pemusnah' Haaland", "article_text": "PEMAIN sensasi Manchester City, Erling Haaland mampu konsisten dengan penyudah yang tajam di depan gawang sepanjang karier bola sepaknya.Rakan sepasukan, Kevin De Bruyne percaya pemain berusia 22 tahun itu berupaya meledak sehingga 800 gol sebelum berakhir kerjayanya.Haaland sudah menyumbat 24 gol dalam hanya 19 penampilan sejak berhijrah dari Borussia Dortmund.\"Haaland sudah mengumpul 200 gol. Jadi dia mungkin mampu pergi sehingga 600, 700 atau 800 gol jika dia kekal cergas dan melakukan apa yang dia sering lakukan,\" ujar De Bruyne.Pemain Belgium itu sudah bermain dengan beberapa penyerang ternama dalam kariernya dan cukup serasi dengan kehadiran Haaland bersama The Citizens.De Bruyne sebelum ini bergandingan dengan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero sebelum pemain Argentina itu meninggalkan Stadium Etihad pada 2021.Dia juga pernah berpasangan bersama Romelu Lukaku di peringkat antarabangsa, bekas rakan sepasukan City, Gabriel Jesus dan juara Piala Dunia baharu, Julian Alvarez yang masih bersama The Citizens.De Bruyne menganggap kesemua penyerang itu sukar untuk dibandingkan kerana mereka mempunyai karakter berbeza.\"Masing-masing sudah menjaringkan 300 atau 400 gol. Erling sangat dahagakan gol jadi dia mungkin mampu melepasi angka itu.\"Dia masih muda dan sedang menikmati kerjayanya, tetapi pada masa sama begitu serius dengan bola sepak.\"Dia amat suka menjaringkan gol dan itu yang paling unik tentang dirinya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 10:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237779/berita/sukan/conte-tidak-gembira", "article_title": "Conte tidak gembira...", "article_text": "PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengakui tidak berapa gembira apabila saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyingkap tirai awal selepas berakhir Piala Dunia Qatar 2022.Sebaliknya Conte memberikan bayangan akan menurunkan para pemain yang berada di England sebelum ini bagi menggalas cabaran kelab London tersebut di Brentford.Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung hanya seminggu selepas duo Spurs, Hugo Lloris dan Cristian Romero bertarung di Qatar untuk memenangi Piala Dunia 2022.Walaupun Conte sudah mengesahkan para pemain finalis Piala Dunia tidak akan bermain, pengendali dari Itali itu juga mengambil keputusan menggantikan Ivan Perisic dari Croatia serta pasangan England, Harry Kane dan Eric Dier selepas ketiga-tiga mereka mara ke peringkat lapan terakhir.\"Ia adalah situasi yang pelik dan secara jujurnya pemain beraksi segera - hanya seminggu selepas Piala Dunia - saya tidak begitu gembira.\"Pada pihak lain, anda tentu gembira kerana Tottenham, mempunyai 12 pemain di Piala Dunia bermakna kami berada dalam di landasan yang betul untuk cuba berdaya saing dan memenangi sesuatu pada masa depan.\"Tetapi adalah perkara biasa apabila anda mempunyai begitu ramai pemain bermain kejohanan seperti ini, terutamanya pada musim ini, kini ia tidak mudah kerana keadaan fizikal pemain tidak berada di puncak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 07:38am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237778/berita/sukan/manchester-united-lanjutkan-kontrak-pemain", "article_title": "Manchester United lanjutkan kontrak pemain", "article_text": "MANCHESTER United melanjutkan kontrak setahun empat pemain pasukan utama, termasuk penyerang England, Marcus Rashford, kata pengurus Erik ten Hag.Rashford, Diogo Dalot, Fred dan Luke Shaw semuanya berada di tahun terakhir perjanjian, namun mempunyai pilihan melanjutkan kontrak masing-masing selama 12 bulan.Rashford menemui semula prestasinya musim ini dibawah ten Hag, bermain 20 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan sembilan gol.Dalot, Fred dan Shaw pula masing-masing membuat lebih daripada 15 penampilan dalam semua pertandingan.\"Ya, saya boleh mengesahkannya. Kami gembira kerana skuad menuju ke arah yang tepat dan pemain tersebut mempunyai sumbangan besar ke arah itu.\"Kami mahu berkembang dan mahu menyokong pemain tersebut serta mahu mereka terus berada dalam proses pembentukan pasukan.\"Jadi, itulah sebabnya kami membuat keputusan ini, saya pasti ia adalah keputusan tepat. Kami mahu membina pasukan untuk masa depan, jadi untuk tahun yang lebih lama, dan pemain itu perlu menjadi sebahagian daripadanya,\" kata ten Hag di laman web kelab.Sementara itu, penjaga gol David de Gea, yang juga dalam tahun terakhir kontraknya mempunyai pilihan sama untuk lanjutan, masih belum mencapai persetujuan dengan kelab berkenaan.Ten Hag sebelum ini pada Oktober dia berharap pemain Sepanyol itu akan kekal di Old Trafford.United, yang berada di tempat kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, akan berdepan Nottingham Forest pasukan tempat ke-18 pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237776/berita/sukan/frank-sambung-khidmat-bersama-brentford", "article_title": "Frank sambung khidmat bersama Brentford", "article_text": "PENGENDALI Brentford, Thomas Frank menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut sehingga 2027, kata kelab itu.Frank, yang mengambil alih tugas pada 2018, mengetuai kelab London itu ke liga teratas buat kali pertama dalam tempoh 74 tahun.Pengendali kelahiran Denmark itu membimbing Brentford ke tempat ke-13 pada musim pertama dalam Liga Perdana.\u201cSaya telah berada di sini secara keseluruhannya enam tahun, yang merupakan masa paling lama dalam bola sepak moden.\"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang anda berikan kepada kami - pemain, kakitangan, semua yang terlibat dengan kelab,\" kata Frank dalam satu kenyataan.Frank kali terakhir menandatangani pelanjutan pada Januari lalu, dan kontraknya sebelum ini ditetapkan sehingga 2025.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Disember 2022 07:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237767/berita/sukan/cuaca-sejuk-berangin-cabaran-buat-harimau-malaya-di-hanoi", "article_title": "Cuaca sejuk, berangin cabaran buat Harimau Malaya di Hanoi", "article_text": "CUACA sejuk dan berangin yang boleh mencecah sehingga 16 darjah Celsius pada sebelah malam antara halangan perlu ditempuh pasukan negara yang bakal bertemu Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, pada Selasa.Jika barisan pemain negara mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri berlatih dan bermain dalam suhu yang rendah, ia mungkin mampu mengancam kualiti persembahan skuad bimbingan Kim Pan Gon pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu nanti.Ia kerana rata-rata pemain negara tidak biasa beraksi dalam suhu seperti itu apabila sering berlatih dan bermain dalam suhu sederhana antara 25 dan 26 darjah Celsius dalam kancah saingan Liga Malaysia.Justeru skuad Harimau Malaya bukan sahaja perlu cepat menyesuaikan diri bermain dalam cuaca sejuk tetapi juga dalam cuaca panas di gelanggang lawan yang agak ekstrem berbanding di Malaysia.Perubahan suhu mungkin akan mempengaruhi prestasi anak buah Pan Gon dan ia dapat dilihat apabila Malaysia yang beraksi dalam cuaca panas terik, bergelut sebelum menang 1-0 berdepan Myanmar yang lebih mendominasi perlawanan pada aksi pembukaan di Yangon, Rabu lepas.Pasukan negara pernah menentang Vietnam dalam keadaan cuaca sebegini pada bulan yang sama di sini, ketika perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 yang menyaksikan skuad \u2018Golden Star Warriors\u2019 menang 1-0 sekali gus muncul juara dengan keputusan agregat 3-2.Malaysia membuka kempen Piala AFF 2022 dengan melakar dua kemenangan masing-masing 1-0 ke atas Myanmar dan membenam Laos 5-0 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, pada Sabtu.Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Disember 2022 09:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237737/berita/sukan/piala-aff-pan-gon-kagum-aksi-hebat-mickey", "article_title": "Piala AFF: Pan Gon kagum aksi hebat 'Mickey'", "article_text": "AKSI cemerlang pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim ketika Malaysia menewaskan Laos 5-0 pada saingan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi, ternyata menarik perhatian Kim Pan Gon.Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu mengakui beliau tidak gemar mengiktiraf mana-mana pemain, namun pengendali berasal dari Korea Selatan itu tiada pilihan selain memberi pujian kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai \u2018Mickey\u2019.\"Anda tahu sukar untuk berkongsi tentang individu (memuji mana-mana pemain) kerana yang lebih diberi perhatian ialah pasukan secara keseluruhannya tetapi saya percaya beliau (Faisal) pemain yang bagus,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini.Mohamad Faisal yang meledak jaringan kemenangan ketika Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan Rabu lepas, menanduk masuk dua gol masing-masing berpunca hantaran cantik Muhammad Safawi pada minit ke-65 dan Mohd Nor Hakim tiga minit kemudian.Jaringan bekas pemain Terengganu FC itu mencetuskan keriuhan peminat selepas beliau meraikan jaringannya seperti bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo \u2018Siuu\u2019 sebanyak dua kali.Gol itu menjadikan pemain baharu Selangor FC itu mengumpul tiga gol dalam carta kejohanan sekali gus menjadi penjaring terbanyak Harimau Malaya dalam saingan itu setakat ini.Malaysia yang kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan mengumpul enam mata, akan berdepan juara dua kali, Vietnam pada pertembungan di Stadium My Dinh, Hanoi, Selasa ini (27 Disember). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Disember 2022 01:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237714/berita/sukan/harimau-malaya-nekad-kerja-keras-buru-kemenangan", "article_title": "Harimau Malaya nekad kerja keras buru kemenangan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Selepas meraih dua kemenangan berturut-turut, Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu ketika berdepan Vietnam pada aksi tumpuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Hanoi, Selasa depan.Pemain sayap negara Mohamad Faisal Abdul Halim berkata, keputusan positif berdepan skuad \u2018Golden Star Warriors\u2019 pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu akan mencerahkan peluang Malaysia layak ke peringkat separuh akhir selepas mengumpul keseluruhan enam mata setakat ini.Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan kerana kekalahan bukan pilihan skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Hanoi.\"Sudah tentu kita belum berada dalam zon selesa dan perlu bekerja keras, tetapi apa yang penting kita pergi ke Vietnam bukan untuk kalah. Kita pergi ke sana untuk cari mata yang kita rasakan mampu kita dapat, kalau seri pun dah bersyukur dan kita akan berjuang pada aksi terakhir.\"Kita ada enam mata dan enam jaringan tanpa bolos, saya harap kami dapat pertahankan kelebihan pasukan sekarang. Jika kita dapat buat sesuatu di Vietnam sudah tentu kita ada peluang untuk ke pusingan seterusnya,\u201d katanya selepas perlawanan kedua Kumpulan B antara Malaysia dengan Laos, semalam.Pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, Malaysia menumpaskan Laos 5-0 dengan Mohamad Faisal yang baru diumumkan menyertai pasukan Selangor FC, meledak dua gol menerusi tandukan pada babak kedua sekali gus mengumpul keseluruhan tiga gol.Mohamad Faisal dan penyerang Filipina Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.Sementara itu, ketua pasukan negara Muhammad Safawi Rasid yang cemerlang membuat dua bantuan gol semalam, berkata Malaysia sudah bersedia menghadapi cabaran Vietnam yang menghuni ranking ke-96 dunia.Meskipun ranking Vietnam lebih tinggi berbanding Malaysia di kedudukan ke-145, Muhammad Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) tidak melihat situasi itu sebagai penghalang untuk pasukan negara mencipta kejutan.\"Dari segi fizikal dan mental kami bersedia sebab kita pergi ke Vietnam, ia akan jadi satu perlawanan yang sukar, jadi kita akan bagi segalanya... sudah tentu kita nak tiga mata untuk layak ke separuh akhir,\u201d katanya yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.Selepas dua perlawanan, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Disember 2022 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237700/berita/sukan/bukan-mudah-layak-ke-piala-dunia", "article_title": "\u2018Bukan mudah layak ke Piala Dunia\u2019", "article_text": "PENGEMBARAAN Malaysia ke pentas kejohanan bola sepak berprestij - Piala Dunia perlu mengambil masa lama dan tidak mudah, namun ia bukan sesuatu yang mustahil.Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, perjalanan itu perlu dilakukan dengan perancangan rapi dan penglibatan semua pihak, tidak hanya bergantung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata-mata.\u201cUntuk skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Dunia, ia bukan satu tugas yang mudah tetapi tidak mustahil. Semuanya memerlukan proses yang panjang.\u201cPemegang taruh yang lain seperti kelab, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan dan ibu bapa turut memainkan peranan penting,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Beliau menjelaskan, proses itu perlu bermula di peringkat sekolah dengan menjadikan bola sepak sebagai satu budaya seperti mana diamalkan di Jepun dan Korea Selatan.\u201cBola sepak bukan permainan bermusim. Penggal pertama main bola sepak, penggal kedua olahraga. Bukan begitu, bola sepak perlu main tiap-tiap hari,\u201d ujarnya.Menurut Sathianathan, skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara dilihat sebagai prospek serta memiliki pemain yang berbakat dan mereka perlu didedahkan dengan saingan kompetitif di peringkat antarabangsa.Skuad Harimau Malaya kini dalam tugasan bagi menghadapi Piala AFF 2022.Malah, beliau memberitahu, para pemain yang mahu berkelana beraksi di Eropah juga perlu memiliki mental yang kuat dan fizikal tahan lasak.\u201cSaya pernah bawa pemain remaja ke Eropah termasuk Perancis dan Maghribi. Masalah kita ialah makanan, suasana di sana tak boleh keluar malam.\u201cTetapi kita di sini berbeza, kedai mamak buka 24 jam. Jadi kalau mahu berjaya, disiplin itu kena ada termasuk dalam soal pemakanan,\u201d kata jurulatih berusia 64 tahun itu.Mengulas fomat Piala Dunia edisi 2026 di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico Sathianathan berkata, peluang pasukan dari Asia untuk ke kejohanan itu lebih banyak.\u201cBagi peringkat Asia Tenggara berdasarkan prestasi semasa, saya melihat Vietnam berpeluang cerah untuk layak (ke Piala Dunia),\u201d jelasnya.Berdasarkan format baharu itu, pasukan dari Asia akan dapat pertambahan hampir sekali ganda kepada lapan pasukan (daripada 4.5 slot).", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Disember 2022 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237695/berita/sukan/kita-patut-boleh-jaringkan-lebih-banyak-gol---pan-gon", "article_title": "'Kita patut boleh jaringkan lebih banyak gol' - Pan Gon", "article_text": "KEJAYAAN mengalahkan Laos dengan lima gol pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF), membuktikan bahawa Harimau Malaya sebuah pasukan berkualiti tinggi.Selepas menewaskan Kemboja 1-0 pada perlawanan pertama mereka pada Rabu, Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata, beliau dapat merasakan keinginan anak buahnya untuk menjaringkan sebanyak gol yang mereka mahukan, pada perlawanan yang berlangsung di hadapan 29,961 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.\"Kami berhadapan dengan keadaan sukar pada separuh masa pertama kerana Laos bermain dengan baik dan tidak memberikan kami banyak ruang untuk menjaringkan gol. Ketika rehat separuh masa, saya menggalakkan pemain untuk menunjukkan lebih usaha dan melihat kepada potensi mereka.\"Kami tidak boleh hilang peluang yang diperolehi kerana kadang-kala ia suatu yang sukar didapati. Saya gembira pemain saya berikan reaksi yang bagus (separuh masa kedua) dan mereka tunjukkannya kerana mereka itu pemain yang bagus, tetapi saya rasa kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam ini.Ketika ditanya sama ada momentum yang sama dapat dibawa ketika bertemu juara dua kali Vietnam pada perlawanan seterusnya di Hanoi, jurulatih dari Korea Selatan itu hanya menyatakan: \"Kami bercadang untuk menyerang mereka\u201d.Jurulatih berusia 53 tahun itu juga memuji pemain pertahanan Ahmad Khuzaimi Piee, selepas beliau mahu duduk di bangku simpanan walaupun masih dalam pemulihan, selepas cedera ketika perlawanan bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon.\"Beliau bersedia untuk duduk di bangku simpanan untuk memberikan sokongan pada rakan sepasukan, itu satu semangat berpasukan yang terbaik. Diharapkan beliau akan cepat sembuh, dengan pasukan perubatan kami berusaha sebaiknya untuk merawat beliau,\" katanya.Pan Gon juga gembira dengan sokongan yang bertenaga daripada peminat tempatan dan berterima kasih kerana kehadiran yang ramai pada perlawanan di Bukit Jalil.Dalam pada itu, pemain tengah, Brendan Gan berkata, beliau gembira untuk bersama dalam perlawanan itu, walaupun hanya masuk bagi mengantikan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada separuh masa kedua dan bermain sebagai pertahanan tengah oleh Pan Gon.\"Saya rasa pasukan kejurulatihan telah menilai kesemua pemain, mereka tahu kekuatan dan kelemahan kami, jadi jika jurulatih mahukan kami bermain di posisi tertentu, kami perlu yakin untuk melakukannya,\" katanya yang mahukan rakan sepasukan memberikan permainan terbaik ketika menentang Vietnam.Sementara itu Ketua Jurulatih Laos, Michael Weiss, mengakui yang pemainnya tidak dapat menyaingi permainan pantas yang ditunjukkan Malaysia terutamanya pada separuh masa kedua, yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan dan membenarkan pasukan tuan rumah menjaringkan empat lagi gol selepas hanya melepaskan satu gol pada separuh masa pertama.\"Tahniah Malaysia atas kemenangan itu. Kami perlu lupakannya, dan bersedia semula untuk berhadapan perlawanan seterusnya menetang Singapura, selepas ini,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Disember 2022 12:23am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237693/berita/sukan/malaysia-makan-besar-belasah-laos-5-0", "article_title": "Malaysia 'makan besar' belasah Laos 5-0", "article_text": "MALAYSIA seperti diramal mudah membelasah Laos 5-0 pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.Pemain naturalisasi, Sergio Aguero membuka tirai jaringan pada babak pertama, manakala dua ledakan Faisal Halim pada separuh masa kedua.Pemain gantian, Haqimi Azim Rosli serta Stuart Wilkin turut meledak menuju 15 minit ke penghujung perlawanan.Pemain sayap, Norhakim Hassan juga menjadi penting buat Malaysia apabila dua hantarannya membantu jaringan Aguero dan Faisal.Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pah-gon melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasan utama.Kapten, Safawi Rasid, Faisal dan pertahanan, Sharul Nazeem masih dikekalkan ketika pasukan negara menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pertama Rabu lalu.Seusai wisel ditiup, skuad negara terus mengasak untuk memburu gol awal sehingga memaksa Loas berkampung di 'kandang' mereka.Para pemain negara terpaksa mencari helah, masuk ke kanan dan kiri padang untuk menarik pemain lawan keluar daripada bertahan di kawasan mereka.Strategi akhirnya menjadi apabila larian Norhakim dari sebelah kanan gawang lawan berjaya memecah benteng Laos.Lorongannya disempurnakan dengan baik oleh Aquero untuk gol pertamanya bersama skuad negara pada minit ke-29.Malaysia juga berpeluang menambah jaringan menerusi Faisal, Safawi dan Mukhairi Ajmal, namun gagal menemui sasaran.Memasuki babak kedua, Malaysia melakukan dua pertukaran apabila memasukkan Brendan Gan menggantikan Sharul di benteng.Seorang lagi pemain naturalisasi, Lee Tuck pula mengisi posisi Mukhairi di bahagian tengah.Skuad negara kemudian menyusun semula serangan bagi menambah jaringan, namun buntu dek strategi parkir bas Laos yang ampuh bertahan.Disiplin bertahan pasukan lawan akhirnya rapuh, apabila Faisal menanduk cantik hantaran jauh Safawi pada minit ke-65.Jaringan itu menyuntik semangat Faisal untuk menggandakan jaringan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-68.Pemain baharu Selangor FC itu kemudian direhatkan oleh Pan-gon dan digantikan Haqimi.Pemain muda berusia 19 tahun itu tidak menunggu lama untuk mencetak nama selaku penjaring apabila menyudahkan hantaran Safawi pada minit ke-77.Ketika permainan menuju penamat, Wilkin enggan pulang tangan kosong apabila menyumbat gol kelima negara dari luar kotak penalti pada minit ke-87.Pasukan negara akan berdepan dua pesaing sukar iaitu menentang Vietnam di Hanoi pada Selasa, sebelum menerima kunjungan Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2010, selain naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2014 dan 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 10:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237667/berita/sukan/thailand-ganti-bahrain-tuan-rumah-piala-asia-b-17", "article_title": "Thailand ganti Bahrain tuan rumah Piala Asia B-17", "article_text": "SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara tidak perlu 'terbang jauh' apabila Thailand bakal menjadi tuan rumah Piala Asia B-17 2023 selepas Bahrain yang dijadualkan menjadi tuan rumah kejohanan itu menarik diri selaku penganjur.Perkembangan itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan pada Sabtu.\u201cSusulan penarikan diri Persatuan Bolasepak Bahrain daripada menganjurkan Piala Asia B-17, Jawatankuasa Pertandingan meluluskan cadangan untuk memberikan hak sebagai tuan rumah bagi pertandingan itu kepada Persatuan Bolasepak Thailand,\u201d ujar badan induk itu.AFC sebelum ini mengumumkan Bahrain akan kekal selaku tuan rumah bagi edisi 2023 susulan pembatalan kejohanan itu pada 2020 kerana pandemik Covid-19.Bagaimanapun Bahrain menarik diri pada Jun lalu sekali gus memaksa tuan rumah baharu perlu diputuskan.Sebagai rekod, Malaysia layak selaku juara Kumpulan B selepas mengungguli pusingan kelayakan di Indonesia, Oktober lalu dengan pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sehingga suku akhir edisi 2014.Skuad bimbingan Osmera Omaro itu meraih kemenangan ke 4-0 ke atas Palestin, terikat 1-1 dengan Guam sebelum bangkit menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3-2 dan menutup kempen kumpulan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Indonesia.Sebanyak 16 negara bertanding pada kejohanan itu dan empat pasukan terbaik akan layak beraksi di Piala Dunia B-17 2023 di Peru.Selain Malaysia, 15 lagi negara adalah Jepun selaku juara bertahan, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Australia, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, China, Afghanistan, India, Vietnam, Thailand dan Laos.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237652/berita/sukan/mhc-harap-kbs-tambah-peruntukan-arena-hoki", "article_title": "MHC harap KBS tambah peruntukan arena hoki", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan diharap dapat memberikan lebih perhatian dan peruntukan buat hoki selepas arena sukan itu mencatatkan aksi cemerlang sepanjang tahun 2022.Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, peruntukan itu bagi menyediakan kemudahan terbaik daripada segi sains sukan serta peralatan.Menurutnya, dana tersebut juga boleh digunakan untuk memperbanyakkan pertandingan antarabangsa sekali gus mampu meningkatkan mutu skuad hoki kebangsaan.\u201cMHC sangat menghargai sekiranya KBS boleh memberikan lebih perhatian dan peruntukan buat sukan hoki agar para pemain dapat diberikan fasiliti yang terbaik.\u201cSkuad hoki lelaki negara berjaya muncul naib juara Piala Asia dan menjuarai Piala Sultan Azlan Shah, manakala pasukan hoki dalam dewan lelaki muncul juara Kejohanan Asia. Skuad wanita mendapat tempat ketiga dan ini adalah kemenangan besar buat MHC,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada majlis menghargai skuad Piala Sultan Azlan Shah dan skuad Piala Asia Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.Subahan juga optimis sukan hoki berpotensi menyumbang empat pingat emas kepada kontinjen negara menerusi hoki padang dan hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja tahun depan.\u201cKami juga sudah memberikan jaminan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa sukan hoki akan memberikan empat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 dengan dua daripada hoki padang dan dua hoki dalam dewan,\u201d katanya.Dalam majlis tersebut, MHC mengotakan janji kepada para pemain yang beraksi cemerlang dengan menyerahkan sumbangan bernilai RM300,000 sesuai dengan kemampuan persatuan itu.\u201cSumbangan ini adalah berdasarkan kemampuan MHC dan kami tunaikan janji kepada pemain dengan memberikan saguhati. Pemain perlu memberikan aksi terbaik pada Piala Dunia supaya MHC boleh menarik lebih banyak penaja,\u201d ujar Subahan.Dalam perkembangan berkaitan, Subahan turut mengumumkan skuad Speedy Tigers dijadualkan berlepas ke India pada 6 Januari dan akan mengadakan satu aksi persahabatan menentang Sepanyol sebagai persediaan menjelang Piala Dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 04:17pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237639/berita/sukan/jdt-pinjamkan-kanvas-tutup-padang-stadium", "article_title": "JDT pinjamkan kanvas tutup padang stadium", "article_text": "JOHOR Darul Ta' zim (JDT) tampil menghulurkan bantuan dengan meminjamkan kanvas bagi menutup padang sebelum aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.Dengan keadaan cuaca tidak menentu sejak beberapa minggu lalu, bantuan yang dihulurkan JDT itu pastinya melegakan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).Malah, ucapan terima kasih turut dizahirkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa menyokong skuad Harimau Malaya.\"Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan kedua Kumpulan B, Piala AFF, Malaysia lawan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.30 malam ini.\"Ia bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan memandangkan keadaan cuaca yang mana hujan hampir setiap hari di Lembah Klang terutama pada waktu petang dan malam.\"Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat para penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium, malam ini,\" kata kenyataan itu.Padang Stadium Nasional Bukit Jalil sering mendapat kritikan ramai pihak khususnya penyokong bola sepak tempatan susulan isu permukaan padang becak khususnya selepas hujan turun dengan lebat.Untuk rekod, ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu, imej Malaysia tercemar selepas padang Stadium Nasional Bukit Jalil seolah-olah bertukar menjadi 'sawah' ekoran air bertakung di padang.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 03:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237631/berita/sukan/lee-tuck-ucap-selamat-tinggal", "article_title": "Lee Tuck ucap selamat tinggal", "article_text": "PEMAIN naturalisasi Sri Pahang, Lee Andrew Tuck mengumumkan untuk meninggalkan skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.Luahan perpisahan pemain berusia 34 tahun itu dibuat di Twitter beliau lewat malam Jumaat.\u201cMalangnya masa saya bersama Sri Pahang telah sampai ke penghujung.\u201cSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang hebat yang saya temui dalam kelab, peminat dan orang lain yang saya temui di negeri yang menakjubkan ini,\u201d ciap Lee Tuck.Sri Pahang baru-baru ini mengumumkan sembilan pemain yang dilepaskan, namun tiada nama Lee Tuck disenaraikan menjadikan khabar itu sebagai satu kejutan.Disebabkan menanti pengesahan kewarganegaraan Malaysia, Lee Tuck tidak didaftarkan bersama Sri Pahang dan akhirnya ia menjadi realiti pada Ogos lalu apabila dia tampil sebagai pemain tempatan.Lee Tuck sempat tampil dua kali dalam Piala Malaysia apabila Sri Pahang tersingkir awal setelah tewas 3-9 secara agregat kepada Terengganu FC.\u201cSaya dan keluarga berasa sedih untuk berpindah, biarpun saya ingin bermain lebih banyak permainan untuk kelab.\u201cSaya tahu ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan keindahan dalam cabaran serta pengalaman yang anda dapat kongsikan.\u201cSaya juga perlu berterima kasih kepada isteri dan anak-anak atas kasih sayang dan sokongan positif mereka yang tidak pernah putus,\u201d ciap Lee Tuck.Pemain tengah itu ketika ini cemerlang bersama skuad Harimau Malaya setelah meledak dua gol daripada tiga penampilannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 01:31pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237625/berita/sukan/tawar-rm442-juta-untuk-jubah-messi", "article_title": "Tawar RM4.42 juta untuk jubah Messi", "article_text": "SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 mengalahkan Perancis dalam aksi final.Jubah tradisional Arab yang biasanya dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, disarungkan kepada Messi ketika majlis penyampaian trofi dan medal di Stadium Lusail pada awal pagi Isnin lalu.Messi kemudiannya terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sesetengah pihak mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba 'merompak' saat indah Argentina.Namun, seorang peguam yang juga Ahli Parlimen Oman, Ahmed Al Barwani tampil mengejutkan ramai pihak apabila sedia membeli jubah berkenaan.\"Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022.\"Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu,\" kata Ahmed di laman sosial Twitter pada Jumaat.Ahmed berkata, dia sedia berbincang lebih lanjut mengenai hasratnya itu selepas melihat Messi memakai jubah itu yang disarungkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.\"Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 12:24pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237617/berita/sukan/jaringan-gol-richarlison-terbaik-di-piala-dunia", "article_title": "Jaringan gol Richarlison terbaik di Piala Dunia", "article_text": "JARINGAN menerusi sepakan akrobatik penyerang Brazil, Richarlison ketika berdepan Serbia diundi sebagai gol terbaik pada Piala Dunia Qatar 2022.Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan, gol itu dipilih oleh peminat, sekali gus menewaskan jaringan dilakukan rakan sepasukannya, Neymar serta bintang Perancis, Kylian Mbappe.Gol itu hadir pada minit ke-73 ketika Brazil melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Lusail pada 24 November lalu.Sebelum jaringan itu terhasil, ramai menganggap Richarlison sukar melepasi barisan pertahanan Serbia selepas dia menerima bola hantaran lintang Vinicius Jr.Namun, penyerang Tottenham Hotspur itu pantas melakukan sepakan akrobatik ke penjuru gawang melepasi penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic.Neymar turut meledak jaringan menarik pada tambahan masa ketika Brazil berdepan Croatia dalam aksi separuh akhir dan ramai menganggap ia adalah gol terbaik sepanjang kejohanan.Ramai juga beranggapan voli Mbappe ketika jaringan keduanya berdepan Argentina dalam aksi final boleh menjadi antara pencabar utama anugerah berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 11:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237615/berita/sukan/matuidi-umum-gantung-but", "article_title": "Matuidi umum gantung but", "article_text": "PEMAIN tengah, Blaise Matuidi yang juga pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada edisi 2018 mengumumkan untuk menggantung but.Pemain berusia 35 tahun itu beraksi ketika Perancis meraih kemenangan pada perlawanan akhir Piala Dunia menewaskan Croatia di Rusia empat tahun lalu.Bagaimanapun mengecewakan buat Matuidi apabila diketepikan daripada skuad Inter Miami untuk musim ini.\"Saya memutuskan untuk menamatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional,\" ujarnya menerusi You Tube.Matuidi memenangi Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain dan Serie A bersama Juventus selepas menghabiskan masa bersama Saint-Etienne dan Toulouse.Dia membuat 84 penampilan antarabangsa, menjaringkan sembilan gol sebelum perlawanan terakhir bersama Les Bleus pada 2019.\"Saya berpeluang bermain untuk kelab terbesar Eropah memakai jersi Perancis, memberi kehangatan kepada keluarga, menghayati semangat dan mereka adalah imej yang akan kekal bersama saya,\" katanya.Matuidi adalah pemain pertama dalam skuad Perancis 2018 yang bersara.\"Kepala dan hati beritahu saya untuk berhenti (bersara). Fikir (fokus) tentang mereka yang rapat dengan saya. Isteri, anak-anak dan kehidupan yang saya bina ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 11:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237612/berita/sukan/phillips-bukan-cedera-tapi-gemuk", "article_title": "Phillips bukan cedera tapi 'gemuk'", "article_text": "PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips kembali daripada Piala Dunia dengan 'badan berisi' dan tidak bersedia untuk diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).Perkara itu disahkan oleh jurulatih Manchester City, Pep Guardiola.\"Dia tidak cedera, tetapi kembali dengan berat berlebihan.\"Saya tidak tahu (kenapa). Dia tidak berada dalam keadaan yang baik untuk turun berlatih dan bermain,\" ujar Guardiola.Pemain berusia 27 tahun itu melalui musim yang mengecewakan kerana mengalami kecederaan bahu sejak tiba di Stadium Etihad dari Leed Uniteds.Phillips bagaimanapun dipilih oleh Gareth Southgate untuk mewakili England di Piala Dunia, tetapi hanya beraksi selama 40 minit setelah disingkirkan Perancis dalam aksi suku akhir.Pasukan tangga kedua, City yang kembali ke aksi EPL di Leeds awal pagi Khamis dijangka sekali lagi tanpa Phillips yang jelas mengecewakan pengurusnya.\"Kerana itu dia tidak boleh bermain. Apabila dia sudah bersedia, dia akan bermain kerana kami amat memerlukannya,\" ujar Guardiola.Mengulas sama ada dia kecewa melihat Phillips pulang dalam keadaan seperti itu, Guardiola memberitahu; \"Ia perbualan secara peribadi dengan Kalvin.\"FA England dan wakil Phillips, ICM Stellar Sports, enggan mengulas mengenai komen Guardiola.City menyasarkan untuk menang gelaran liga kelima dalam enam musim terakhir.The Citizens akan menyambung semula saingan EPL selepas ketinggalan empat mata di belakang Arsenal.Mereka kembali ke rentak kemenangan selepas rehat Piala Dunia selepas menumpaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Piala Liga pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 10:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237611/berita/sukan/martinez-perlu-fokus-epl-selepas-menang-piala-dunia", "article_title": "Martinez perlu fokus EPL selepas menang Piala Dunia", "article_text": "KELAB Manchester United mahu pemain pertahanan, Lisandro Martinez bersedia memberikan impak apabila pulang ke Old Trafford selepas memenangi Piala Dunia bersama Argentina.Pengurusnya, Erik ten Hag mengakui pemain itu perlu menikmati kemuncak kejayaan tersebut dalam kariernya.Bagaimanapun katanya, menjadi keperluan buat semua pemain The Red Devils kembali memberikan fokus sepenuhnya kepada kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bersambung minggu depan.\"Saya faham emosinya amat besar apabila anda mencapai kejayaan besar. Anda memenangi Piala Dunia untuk negara, ia sesuatu yang luar biasa dan kejayaan tertinggi yang anda capai.\"Namun Licha (Martinez) perlu menerima 26 Ogos EPL akan bersambung,\" katanya.Martinez beraksi dalam lima daripada tujuh perlawanan ketika Argentina bergelar juara dunia buat kali ketiga di Qatar baru-baru ini.Kejayaan Argentina diakhiri dengan penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 3-3 dengan Perancis dalam masa tambahan.Kejayaan itu juga mencetus sambutan luar biasa di negara mereka dan acara perayaan di Buenos Aires terpaksa dihentikan kerana terlalu ramai penyokong menahan bas pasukan.Ten Hag percaya keraian itu akan berterusan untuk beberapa hari lagi, namun tirai EPL akan dibuka segera.\"Kita tahu ia akan diteruskan berselang lima atau enam hari selepas final Piala Dunia. Kita juga sedar bahawa selepas Piala Dunia, EPL akan segera diteruskan.\"Kesemua pemain perlu bersedia dan anda perlu menerimanya, bukan hanya pengurus dan barisan kejurulatihan tetapi pemain.\"Kami mahukan satu pasukan yang kuat untuk merebut trofi. Kita bercakap mengenai satu kejohanan yang sukar, jadi kami perlu bersedia dan ia bukannya mudah,\" ujar ten Hag.Selepas menewaskan Burnley 2-0 untuk mara ke suku akhir Piala EFL kelmarin, United akan kembali ke saingan EPL dengan melayani kunjungan Nottingham Forest pada awal pagi Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 10:34am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237606/berita/sukan/kane-akan-kembali-bersemangat---conte", "article_title": "Kane akan kembali bersemangat - Conte", "article_text": "PEMAIN sensasi, Tottenham Hotspurs, Harry Kane mampu untuk mengembalikan semangatnya yang hilang susulan kegagalan England di Piala Dunia lalu.Pengurus Spurs, Antonio Conte percaya penyerang itu seorang yang kental dan mampu melupakan kesedihan di Qatar.Kane terlepas sepakan penalti kedua ketika berdepan rakan pasukan Spurs, Hugo Lloris yang menjadi detik penting kekalahan England kepada Perancis 1-2 di suku akhir.Namun Conte percaya Kane berupaya melupakan kekecewaan itu apabila kembali ke kelab dengan bermulanya aksi menentang Brentford.\"Secara jujurnya (saya tidak bimbang) kerana kita bercakap tentang penyerang bertaraf dunia,\" kata Conte.Beliau berkata, bola sepak sesuatu yang unik kerana ia boleh membuatkan seseorang pemain itu berada dalam perasaan yang tidak menentu.\"Dalam bola sepak anda boleh mengalami detik menarik dan juga kecewa kerana anda terlepas sepakan penalti kedua. Yang pertama dia berjaya.\"Saya tidak risau tentang dia. Saya melihatnya dengan baik dan dua hari ini bersama kami,\" ujar Conte.Spurs kini berada di tempat keempat dalam carta liga, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.Dalam pada itu, kontrak Conte akan tamat selepas berakhirnya musim ini, namun Spurs mempunyai pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan.\"Saya rasa adalah lebih bagus tidak bercakap mengenai perkara ini di sidang media kerana adalah lebih baik bercakap mengenai permainan yang kami akan hadapi,\" kata Conte.Spurs akan beraksi tanpa pemain pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia Cristian Romero di Brentford, manakala Lloris pula hanya diletakkan di bangku simpanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 09:47am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237593/berita/sukan/aston-villa-dapat-kebenaran-besar-stadium", "article_title": "Aston Villa dapat kebenaran besar stadium", "article_text": "ASTON Villa telah diberikan kebenaran merancang untuk pembangunan semula dan pembesaran venue Villa Park, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.Projek itu Majlis Bandaraya Birmingham, akan menyaksikan kapasiti stadium meningkat kepada 50,000 daripada had semasa 42,000 dengan north stand serba baharu.Villa Park berada dalam senarai pendek untuk tawaran UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah 2028.\u201cIni adalah berita baik pertama sekali untuk peminat kami kebanyakannya berada dalam senarai menunggu untuk tiket musim; kedua untuk kelab itu sendiri kerana strategi kompetitif jangka panjang kami bergantung pada pertumbuhan yang berterusan.\u201cAkhirnya untuk bandar dan wilayah kami dengan prospek Villa Park yang dibangunkan semula memacu penjanaan semula ekonomi dalam komuniti tempatan kami dan membawa kembali bola sepak antarabangsa ke Birmingham,\u201d kata Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Christian Purslow.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 07:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237591/berita/sukan/dia-tidak-penuhi-jangkaan-kelab", "article_title": "'Dia tidak penuhi jangkaan kelab'", "article_text": "PENGENDALI Sevilla, Jorge Sampaoli berkata, bekas pemain tengah kelab LaLiga itu, Isco gagal memenuhi jangkaan menyebabkan kontrak pemain berusia 30 tahun itu ditamatkan.Bekas pemain Real Madrid itu meninggalkan Sevilla selepas empat bulan di kelab itu di mana dia bermain 19 perlawanan, menjaringkan satu gol.\u201cIsco seorang lelaki yang hebat dan saya mendoakan yang terbaik untuknya.\u201cSeorang pemain yang mempunyai kemampuan hebat, namun dia tidak memenuhi jangkaan kelab,\u201d kata Sampaoli selepas kemenangan Copa del Rey ke atas Juventud Torremolinos pada Rabu.Pemain Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Wolverhampton Wanderers yang dikendalikan oleh Julen Lopetegui.Lopetegui memainkan peranan penting dalam mendapatkan Isco ketika menjadi pengendali Sevilla.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Disember 2022 07:15am"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237583/berita/sukan/nova-tekad-bawa-dua-wakil-ke-olimpik-paris", "article_title": "Nova tekad bawa dua wakil ke Olimpik Paris", "article_text": "JURULATIH baharu skuad badminton beregu campuran negara, Nova Widianto meletakkan sasaran dengan membawa dua pasangan meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam merealisasikan misi itu, Nova sedia membentuk dua beregu campuran negara - Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing menjadi gandingan ampuh sebelum layak ke Paris.\u201cYa, saya akui ia bukan tugas mudah apabila kedua-dua pasangan muda itu perlu bersaing dengan dua beregu profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.\u201cMemang tidak mudah kerana pada peringkat ini pun sudah kalah dengan pasangan di luar (profesional) berdasarkan kedudukan ranking dunia tetapi saya akan cuba terbaik untuk membantu mereka.\u201cSaya anggap ini cabaran untuk saya,\u201d katanya yang turut akan membimbing tiga lagi beregu muda campuran negara - Choong Hon Jian-Yap Ling, Loo Bing Kun-Yap Cheng Wen dan Yap Roy King-Valeree Siow.Dalam pada itu, Nova yang juga bekas juara dunia dua kali percaya mampu membawa dimensi baharu kepada barisan pemain beregu campuran negara selepas kali terakhir dicipta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.\u201cYa, kualiti dimiliki para pemain beregu campuran Malaysia pada masa ini hanya memerlukan sedikit lagi sentuhan bagi membawa mereka mencapai kejayaan di peringkat tertinggi\u201cMungkin sekarang prestasi para pemain beregu campuran negara sedikit menurun, namun Malaysia pernah meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 (menerusi Peng Soon-Liu Ying).\u201cSaya lihat apa yang menyukarkan Malaysia adalah mungkin disebabkan tiadanya sejarah kejayaan, kita perlu berusaha sedikit lagi untuk mencapai emas,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 10:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237563/berita/sukan/pulangkan-hak-saya", "article_title": "'Pulangkan hak saya...'", "article_text": "\u201cKITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.\u201dItu ciapan bekas tonggak Terengganu FC (TFC), Faisal Halim di laman media sosialnya yang mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara.\u201cPulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa...\u201cIkut akta mana ya? Jangan ingat kita diam kita tak kisah, dalam contract (perjanjian) pun tiada benda tu, guna kuasa mana ya,#pulangkanhaksaya,\u201d ciapan pemain berusia 24 tahun tersebut.Status dimuat naik Faisal yang memperkuatkan cabaran Selangor FC bagi saingan Liga Malaysia 2023 mendapat reaksi pengikut di laman sosialnya.\u201cSaya tiada mempunyai apa-apa masalah dengan penyokong TFC berkenaan isu terbabit\u201cKita tunggu siapa yang benar, saya tiada masalah dengan fans (penyokong), saya tetap hormat fans,\u201d ujarnya.Untuk rekod, Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 08:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237536/berita/sukan/nasib-baik-ada-lewis", "article_title": "Nasib baik ada Lewis", "article_text": "PEP Guardiola mengakui Manchester City bernasib baik kerana mempunyai Rico Lewis selepas pemain pertahanan remaja itu mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan 3-2 ke atas Liverpool pada pusingan 16 terbaik Piala Liga di Stadium Etihad.Pemain berusia 18 tahun itu diberikan permulaan di bek kanan untuk pertembungan berprofil tinggi, dengan ketiadaan kelibat Kyle Walker dan Joao Cancelo selepas beraksi untuk England pada Piala Dunia 2022 di Qatar.Tegas Guardiola, kemaraan penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu diinspirasikan kekentalan Lewis yang mengekang asakan jentera serangan Liverpool kendalian Jurgen Klopp.\"Separuh masa pertama pemain akademi bermain dengan sangat baik. Sudah lama saya melihat persembahan seperti Rico Lewis.\"Dia baru berusia 18 tahun dan telah bermain menentang Liverpool, pasukan yang dibarisi barisan bintang.\"Cara dia bermain dengan dan tanpa bola amat luar biasa, kami amat bertuah kerana memiliki pemain ini untuk dekad yang akan datang.\u201cMudah-mudahan kelab boleh mengambilnya kerana permainan yang dia mainkan adalah luar biasa,\u201d kata Guardiola.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 05:52pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237516/berita/sukan/laos-hadapi-krisis-kecederaan-pemain", "article_title": "Laos hadapi krisis kecederaan pemain", "article_text": "PENGENDALI Laos, Michael Weiss seolah-olah buntu untuk menghadapi tentangan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu selepas pasukan itu menghadapi masalah kecederaan pemain yang serius.Menurut Weiss, dia juga masih belum memikirkan taktikal yang akan digunakan pada perlawanan tersebut dan hanya akan berbuat demikian selepas melihat keadaan keseluruhan pemain terlebih dahulu.\"Kami tewas besar kepada pasukan pilihan Vietnam dan kini ramai pemain yang cedera.\"Kami melakukan persiapan rapi dalam kejohanan ini. Untuk tewas besar (kepada Vietnam) ia jelas bukan apa yang kami mahukan. Namun, motivasi kami tetap tinggi untuk menghadapi perlawanan ini.\"Tetapi, pendekatan bagaimana untuk kami turun dalam perlawanan masih belum diputuskan. Saya akan mengkaji perlawanan antara Malaysia dan Myanmar dahulu dan melihat dalam sesi latihan untuk melihat siapa yang boleh diturunkan,\" katanya ketika sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, Weiss turut melihat pasukan Harimau Malaya berada di tahap berbeza selain mempunyai kualiti sebagai pencabar utama dalam Piala AFF kali ini.\"Malaysia masih boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat walaupun kehilangan ramai pemain JDT. Saya mengikuti rapat pasukan Malaysia dalam tempoh 10 tahun dan Malaysia semakin bagus dalam segala aspek,\" katanya.Sementara itu, pemain tengah Laos, Phithack Kongmathilath menyifatkan perlawanan menentang Harimau Malaya itu sebagai perlawanan penting untuk Laos selepas tewas aksi pembukaan kepada Vietnam.\"Kami sedia untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan esok,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 04:33pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237502/berita/sukan/piala-aff-laos-tetap-bahaya", "article_title": "Piala AFF: Laos tetap bahaya", "article_text": "HARIMAU Malaya tidak boleh memandang rendah keupayaan Laos apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Kapten skuad kebangsaan, Brendan Gan berkata, walaupun skuad Million Elephants itu dibelasah Vietnam pada perlawanan pembukaan, namun ia bukan jaminan Harimau Malaya mampu menang mudah ke atas pasukan tersebut.\"Saya dan rakan sepasukan sudah melihat perlawanan di antara Laos dan Vietnam. Mereka (Laos) mempunyai struktur dan sistem permainan yang agak baik.\"Kami perlu mencari cara untuk menembusi permainan mereka dan menghasilkan ruang untuk menjaringkan gol. Namun, seperti yang jurulatih katakan, kami perlu hormati mereka dan tiada lawan mudah dalam saingan Piala AFF ini,\" katanya dalam sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dalam pada itu, dia menyifatkan motivasi pemain berada pada tahap yang terbaik walaupun beberapa pemain mengalami kecederaan selepas aksi bertemu Myanmar Rabu lalu.Malah, Brendan juga tidak kisah sekiranya pengendali skuad negara, Kim Pan-gon mahu meletakkannya di posisi pertahanan sekiranya perlu menggantikan pemain yang cedera itu.\"Jika jurulatih minta saya jadi penjaga gol, saya akan jadi penjaga gol. Saya dan pemain lain boleh bermain di mana-mana posisi kerana barisan kejurulatihan tahu kelemahan dan kekuatan setiap pemain.\"Kami ada pasukan yang bagus. Kami ada 23 pemain dan bukan hanya 11 pemain dalam pasukan. Sekiranya salah seorang pemain tidak dapat beraksi, akan ada pemain lain yang boleh menggantikan. itu sesuatu yang bagus dalam pasukan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 03:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237499/berita/sukan/bubar-mastaf-perlu-ikut-perlembagaan-badan-induk", "article_title": "Bubar MASTAF perlu ikut perlembagaan badan induk", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan pembubaran Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) perlu mengikut lunas perlembagaan badan induk itu.Malah Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, ia juga harus diputuskan menerusi satu mesyuarat agung khusus seperti diperuntuk di bawah Fasal 45.1,Jelasnya, tindakan pembubaran perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi.\u201cMinit mesyuarat agung tersebut juga perlu ditandatangani Presiden dan Setiausaha Agung MASTAF serta individu yang bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada Selasa, Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa serta-merta.Suhaili memaklumkan keputusan itu mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi MASTAF pada 8 Disember lalu dan bukan semata-mata berpandukan keputusan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) yang menyatakan hasrat menganggotai semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 03:29pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237498/berita/sukan/kfa-sokong-rombakan-besar-perkuat-kda-fc", "article_title": "KFA sokong rombakan besar perkuat KDA FC", "article_text": "ROMBAKAN besar yang dilakukan oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan membina balik kekuatan pasukan dari bawah adalah proses untuk meletakkan Sang Kenari kembali menjadi pencabar utama bola sepak tanah air.Keberanian pemilik saham majoritinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang melakukan perubahan besar mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang berharap semua penyokong KDA FC terus setia di belakang kelab tersebut.Firdaus AhmadMenurut Setiausaha Kehormat KFA, Firdaus Ahmad, langkah sama telah dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membina Johor Darul Ta'zim (JDT) bermula daripada bawah dan kini muncul kuasa bola sepak besar tanah air.\"Dulu sebelum wujudnya JDT, macam mana pasukan Johor ketika itu. Johor kita tidak sebut. (jadi sebutan) Selangor, Perak, Kedah antaranya yang utama.\"Bila satu perubahan dilakukan dan pasukan dimantapkan dengan beberapa suntikan baharu ia telah menjadi pasukan kuat. Jadi untuk kita ke arah itu kita kena bermula dengan apa TMJ lakukan dengan ambil pemain, bina semula (dari bawah) dan menjadi satu pasukan hebat,\" katanya semasa ditemui pemberita baru-baru ini.Firdaus yang juga Exco Belia dan Sukan negeri Kedah berkata, JDT sudah menjadi contoh dan penanda aras kepada semua kelab yang beraksi di Liga Malaysia.Jelasnya, prestasi kelab selatan itu yang kini berada pada tahap tinggi menjadi satu cabaran kepada pasukan lain untuk terus memberikan saingan.\"Kita akui kekuatan, sistem bola sepak yang dibawa oleh TMJ antara yang baik dan saya tidak menafikan perkara itu. Sebab benda itu adalah baik jadi sebenarnya semua pasukan perlu mencontohi perubahan dilakukan oleh TMJ kepada pasukannya,\" ujar beliau.Katanya, pemikiran sama turut dibawa oleh Mohd Daud apabila terlebih dahulu membawa masuk bekas jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain yang merupakan jurulatih terbaik Liga Malaysia bagi musim 2022.\"Secara peribadi saya tengok Tan Sri berfikiran seperti orang muda yang mana apabila beliau kata kita tidak boleh mencari pemain yang semata-mata nak nama, tidak boleh simpan pemain yang dia rasa dia tonggak dan bila kata kita perlu rombak semua, beliau buat,\" jelas Firdaus.Bercerita tentang perang mulut antara TMJ dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di media sosial pula, beliau memberitahu, pada satu sisi lain MB selalu kata TMJ ini bagus sebab telah membawa perubahan dalam arena bola sepak.KDA FC sebelum ini telah menggugurkan seramai 17 pemain termasuk lima tonggak import kelab itu bagi saingan musim hadapan.Bagi pemain baharu Sang Kenari bagi musim 2023 pula beberapa nama sudah diumumkan termasuk dua import iaitu Amirbek Jurabaev dari Tajikistan dan Manuel Ott (Filipina).Antara pemain tempatan yang dibawa masuk setakat ini adalah dua penjaga gol iaitu Kalamullah Al Hafiz (PJ City FC) dan Fikri Che Soh (Kelantan United) selain pertahanan Wan Amirul Afiq (Melaka United) serta penyerang Faizal Talib (Melaka United).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 03:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237494/berita/sukan/harimau-malaya-buru-kemenangan-besar", "article_title": "Harimau Malaya buru kemenangan besar", "article_text": "HARIMAU Malaya mahu memburu kemenangan besar ketika menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, Malaysia perlu mengejar perbezaan jaringan yang dimiliki Vietnam sekiranya mahu menjuarai saingan peringkat kumpulan.\"Sasaran kami jika ingin berada di kedudukan teratas, kami perlu kejar perbezaan jaringan. Kami tahu Vietnam menang besar ke atas Laos dengan enam gol.\"Kami pula hanya ada satu gol, namun kami tetap tidak memandang rendah Laos kerana selepas kekalahan besar, sudah tentu mereka akan bangkit dengan lebih kuat terutama di laman lawan,\" katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.Dalam aksi pembukaan Piala AFF, Malaysia menang tipis ke atas Myanmar 1-0 dalam aksi di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu manakala, Vietnam menang besar ke atas Laos 6-0 untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas Kumpulan B.Pan-gon turut mengharapkan para pemainnya sentiasa berhati-hati dengan corak permainan Laos sekiranya mahu meraih jaringan besar dan tiga mata di laman keramat Harimau Malaya.\"Pasukan teknikal akan menilai kekuatan dan kelemahan pasukan Laos. Jika kami hadir dengan permainan kurang bermaya, ia akan menjadi sukar buat kami.\"Mereka sudah tentu akan kurang menyerang sebaliknya tidak mahu bolos dan kurang beri ruang kepada skuad negara menjaringkan gol.\"Kami perlu berada di tahap kualiti yang tinggi, lebih tepat dan fokus dalam perlawanan ini,\" katanya.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan beberapa pemain yang cedera termasuk tonggak pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee telah dihantar ke hospital untuk memeriksa tahap kecederaan mereka.\"Kami masih menunggu laporan pemeriksaan dan saya harap tiada masalah yang serius dialami pemain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 03:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237469/berita/sukan/davies-dalam-kelas-tersendiri", "article_title": "Davies dalam kelas tersendiri", "article_text": "ALPHONSO Davies, yang membantu Kanada kembali ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun dan menjaringkan gol pertama negara di Qatar 2022, dipilih sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Kanada.Ia adalah kali keempat dalam tempoh lima tahun Davies telah meraih penghormatan tersebut.Di Qatar, Davies adalah satu-satunya penyerang Kanada yang bermain setiap minit, menjaringkan gol Piala Dunia pertama pasukan dari Amerika Utara ketika aksi dalam perlawanan kedua Kumpulan F menentang Croatia di Stadium Antarabangsa Khalifa.Pada perlawanan itu, Davies meledak gol seawal minit kedua bagi membolehkan anak buah John Herdman mendahului sebelum skuad asuhan Zlatko Dalic bangkit untuk kemenangan, 4-1.Pemain berusia 22 tahun itu turut membantu kelabnya Bayern Munich memenangi Bundesliga dan Piala Super DFL pada 2022.Davies telah menjaringkan 13 gol dan membuat rekod kebangsaan 16 bantuan gol dalam 33 perlawanan untuk Kanada.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 12:33pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237462/berita/sukan/arsenal-mahu-perkukuh-cabaran", "article_title": "Arsenal mahu perkukuh cabaran", "article_text": "PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menyasarkan untuk mengukuhkan cabaran kelab London itu pada jendela perpindahan Januari.Bagaimanapun pengendali sensasi The Gunners, Mikel Arteta menegaskan tumpuan utama kelab itu adalah untuk mengenal pasti pemain yang berkualiti.The Gunners memasuki rehat Piala Dunia Qatar 2022 dengan kelebihan lima mata ke atas juara Manchester City selepas 14 perlawanan.Namun akan kehilangan Gabriel Jesus, mangsa pertama kecederaan jangka panjang kelab, selepas penyerang Brazil itu menjalani pembedahan pada lutut susulan insiden yang dialami di Qatar.\u201cKami akan aktif pada jendela Januari dan itu bermakna kami sedang berusaha untuk mengukuhkan pasukan...\"Skuad ini tidak memerlukan perbelanjaan mewah dalam setiap jendela perpindahan. Namun perlu bijak mencari pemain yang betul.\"Kelab tahu di mana kami berada dari segi skuad dan jumlah pemain. Kami akan sangat berhati-hati tentang apa yang mahu lakukan semasa jendela perpindahan pemain,\" kata Arteta kepada pemberita sebelum lawatan Liga Perdana Inggeris ke West Ham United pada 27 Disember ini.Pada masa sama Arteta mengakui satu tamparan hebat kepada The Gunners apabila kehilangan khidmat Jesus, yang memerlukan tempoh masa untuk kembali beraksi.Selain itu, pemain sayap Reiss Nelson berkemungkinan tidak akan bermain buat sementara waktu kerana masalah hamstring manakala pemain tengah menyerang Emile Smith Rowe semakin hampir pulih kecederaan pangkal paha.\"Dengan Gabi, sukar untuk menetapkan jangka masa. Namun mengenali dia, saya lebih suka untuk tidak memberi sebarang tarikh.\"Dengan Reiss, tidak akan beraksi untuk sementara waktu. Begitu juga dengan Emile,\" kata ArtetaPemain pertahanan tengah Perancis, William Saliba juga akan terlepas perlawanan kerana masih belum pulang dari tugasan antarabangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 12:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237445/berita/sukan/fifa-siasat-salt-bae", "article_title": "FIFA siasat Salt Bae", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat cef selebriti, Salt Bae apabila dia mendapat akses ke padang selepas perlawanan akhir Piala Dunia dan bergambar dengan pemain Argentina.Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce dilihat memegang dan mencium trofi itu selepas Argentina menewaskan Perancis pada perlawanan akhir di Qatar.Usahawan Turki itu dikritik secara meluas kerana dua kali memegang lengan Lionel Messi yang dilihat tidak selesa dengan tindakan cef tersebut.Dia turut bergambar bersama Angel di Maria, Lisandro Martinez malah dilihat menjulang pingat pemain lain.Peraturan FIFA menyatakan trofi Piala Dunia hanya boleh dipegang oleh pemenang kejohanan dan orang-orang seperti pegawai dan ketua negara FIFA.\"Selepas melihat perkara berkenaan, FIFA akan menilai situasi berkenaan dan bagaimana cara individu itu mendapat akses yang tidak sepatutnya ke padang di Stadium Lusail itu.\"Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil,\" kata seorang jurucakap FIFA.Salt Bae, 39, memiliki rangkaian restoran mewah di seluruh dunia termasuk Beverly Hills di Los Angeles dan Knightsbridge London.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 10:09am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237439/berita/sukan/manchester-city-singkir-penyandang-juara-liverpool", "article_title": "Manchester City singkir penyandang juara Liverpool", "article_text": "MANCHESTER City menewaskan penyandang juara yang juga juara sembilan kali Piala Liga Liverpool 3-2 dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Etihad awal pagi Jumaat.Anak buah skuad kendalian Pep Guardiola, mendahului tiga kali sebelum tuan rumah bertahan untuk mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir.Pemain pertahanan City. Nathan Ake menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-58 selepas Mohamed Salah (48') menyamakan kedudukan seminit kemudian setelah Riyad Mahrez (47') melebarkan kelebihan The Citizens pada awal babak kedua.Pada perlawanan itu, Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dalam semua kejuaraan untuk meletakkan City di depan pada minit ke-10 di Etihad.Namun Liverpool pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-20, selepas Fabio Carvalho menyudahkan hantaran James Milner.Untuk rekod, ini antara perlawanan berintensiti tinggi pantas dan sengit melibatkan kedua-dua pasukan sejak perebutan kejuaraan musim lalu yang berakhir dengan status Liga Perdana Inggeris menjadi milik Manchester City.Pengendali City, Pep Guardiola dan rakan sejawatan, Jurgen Klopp menamakan barisan pasukan terkuat masing-masing dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan sejak musim domestik berhenti seketika untuk Piala Dunia Qatar 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 07:55am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237436/berita/sukan/messi-pemain-terhebat-sepanjang-zaman", "article_title": "Messi pemain terhebat sepanjang zaman", "article_text": "PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tidak ragu-ragu bahawa Lionel Messi adalah pemain terhebat sepanjang zaman.Malah menurut Guardiola, pendapatnya tidak berubah walaupun penyerang itu tidak mengemudi Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.\u201cSemua orang mempunyai pendapat, namun tiada siapa boleh meragui Messi berada di sana sebagai yang terhebat sepanjang zaman.\u201cMessi adalah yang terbaik, malah diakui sukar untuk seseorang pemain lain boleh menyaingi kelebihan dimiliki dia selama ini.\u201cOrang yang pernah melihat Pele, Alfredo Di Stefano atau Diego Maradona...pendapatnya adalah sentimental, namun jika Messi tidak memenangi Piala Dunia, dia tetap pemain terhebat,\u201d kata Guardiola.Messi sebelum ini menjaringkan dua gol dan sekali lagi dalam penentuan sepakan ketika dia membawa Argentina menang 4-2 menerusi penentuan penalti ke atas Perancis, dengan perlawanan akhir berakhir 3-3 selepas 120 minit.Pemain berusia 35 tahun itu, yang menikmati kejayaan sarat trofi di bawah Guardiola semasa berada di Barcelona, turut memenangi Anugerah Bola Emas untuk pemain terbaik dengan penyokong mengatakan prestasinya telah meningkatkan lagi statusnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Disember 2022 07:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237406/berita/sukan/14-jurulatih-sabah-sertai-program-pelawat-sukan-2023-di-as", "article_title": "14 jurulatih Sabah sertai Program Pelawat Sukan 2023 di AS", "article_text": "EMPAT belas jurulatih dan pentadbir sukan dari Sabah dipilih menyertai Program Pelawat Sukan 2023 di Amerika Syarikat (AS) untuk memberi pendedahan mengenai cara kepimpinan Amerika, amalan terbaik dan kontak penting dalam sukan terutama bola sepak.Program yang berlangsung dari 6 hingga 23 Januari 2023 itu, membolehkan peserta mempelajari teori dan teknik terkini kejurulatihan serta bertemu pertubuhan sukan bertaraf dunia di Philadelphia dan Miami.\"Mereka juga akan menghadiri Konvensyen Jurulatih Bola Sepak Bersatu 2023, acara pembangunan profesional terkemuka untuk jurulatih dan pentadbir bola sepak.\"Setelah tamat program, peserta akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh dengan komuniti tempatan melalui pelbagai program melatih jurulatih dan klinik bola sepak di negeri Sabah,\" menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia.Melalui program ini, peserta berpeluang belajar daripada pelbagai pengamal - pentadbir sukan belia rekreasi berasaskan komuniti sehinggalah kepada jurulatih liga profesional.Peserta terdiri Farish Aziz dan Hafipah Mohaidil dari Likas; Abdul Rahim Abu dari Bongawan; Alice Mic Michael dari Kiulu; Evlin Sulaiman dari Tenom; Melvin Tan dari Kota Belud; Rizal Hamid dari Putatan; Awang Shahzmee dari Tuaran; Annabelle Andrews dan Lindsay Michael dari Ranau; Nazrin Noin dari Papar; Fitri Amri dari Banggi; dan Ayrton Sikawah dan Elecsie Joseph dari Penampang.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta yang mengunjungi beliau di pejabatnya di sini.Beliau berkata, sukan adalah cara terbaik untuk memperkasa belia dan membina daya tahan serta kemahiran kepimpinan mereka.\"Gunakan peluang ini untuk belajar dan mendapat pengalaman terbaik, menjadi duta yang baik dan membanggakan Sabah,\" kata beliau.Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters berkata, AS mengiktiraf kuasa sukan dalam merapatkan rakyat dan negara dengan mengamalkan nilai sejagat untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian sosial.\"Saya berharap semua jurulatih dan pentadbir sukan mendapat pengalaman daripada program pertukaran yang bermanfaat ini dan mengharapkan mereka dapat memberi impak berterusan kepada belia dalam komuniti tempatan,\" kata beliau.Diuruskan oleh Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Kebudayaan (ECA) Jabatan Negara AS, program Pelawat Sukan memanfaatkan sukan untuk memperkasa jurulatih dan pentadbir muda dengan kemahiran kepimpinan dan penyelesaian konflik serta menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau.Ia juga bertujuan memperkasa wanita dan kanak-kanak perempuan, mempromosi hak orang kurang upaya serta memupuk kejayaan akademik dan kepimpinan.Untuk maklumat lanjut layari @svsabahrepresent di Instagram, Facebook, Youtube, dan Tik Tok. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi ketua program Farish Aziz di FarishAziz@kk12fm.com - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 08:12pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237389/berita/sukan/azeem-terima-dana-pendidikan-perak", "article_title": "Azeem terima dana pendidikan Perak", "article_text": "KERAJAAN Perak bersetuju memberi Dana Pendidikan Negeri bernilai RM600,000 kepada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dana berkenaan diberikan kepada remaja yang menerima julukan 'Usain Bolt Malaysia' selepas mencatatkan sejarah pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2 Ogos lalu.\"Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Azeem berjaya memecah rekod kebangsaan bagi acara 100 meter dengan catatan masa 10.09 saat pada kejohanan itu.\"Ia juga sebagai galakkan kepada anak muda lain untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan sukan,\" katanya ketika berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Khamis.Saarani ketika membentangkan Bajet 2023 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh. Foto: Korporat SUK PerakTambah Saarani, insentif sebanyak RM100,000 diberikan kepada skuad hoki lelaki negeri.\"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lelaki Perak berikutan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak buat kali ketiga,\" katanya.Ogos lalu, media melaporkan atlet muda negara itu membuat keputusan menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai destinasi pilihannya bagi melanjutkan pengajian dan meneruskan kerjayanya dalam sukan olahraga.Muhammad Azeem meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima tiga tawaran bagi menyambung pengajian di universiti Minnesota, Oregon dan Houston di AS.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 07:07pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237346/berita/sukan/adisak-perkuatkan-cabaran-tfc", "article_title": "Adisak perkuatkan cabaran TFC", "article_text": "[DIKEMAS KINI] TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan pemain import baharu, Adisak Kraisorn bakal memperkuatkan skuad Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi saingan musim 2023.Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, pemain kelahiran Thailand berusia 31 tahun itu adalah penyerang kebangsaan negara Gajah Putih yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak.Katanya, Adisak akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan pemain import kacukan Jerman-Filipina, Manuel Ott bagi mengisi kuota Asean.\u201cAdisak memutuskan untuk berhijrah dari Thailand ke Liga Malaysia bagi mendapatkan cabaran serta suasana baharu setelah sekian lama bergelumang di negara sendiri.\u201cBeliau memilih bersama TFC kerana mengagumi aura pasukan ini yang semakin dikenali di pentas ASEAN,\u201d katanya dalam kenyataan media pada Khamis.Menurut Ab Rasid, pemilihan pemain berketinggian 1.83 meter itu berdasarkan kepada reputasi dan sentuhannya yang berbisa di posisi penyerang.Kehadiran beliau diyakini mampu memberi lebih variasi di bahagian jentera serangan TFC yang sebelum ini diisi oleh Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.\u201cAdisak pernah menjuarai kejohanan Piala AFF bersama Thailand pada 2013 dan 2020. Pada 2018 beliau telah memenangi gelaran penjaring terbanyak bagi kejohanan sama.\u201cBeliau kini sedang beraksi bersama pasukan Thailand bagi saingan Piala AFF 2022,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 04:20pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237344/berita/sukan/kolaborasi-sinar-rovers-shct-bantu-komuniti-setempat", "article_title": "Kolaborasi Sinar Rovers, SHCT bantu komuniti setempat", "article_text": "SINAR Rovers dan Surau Hamideen Cycling Team (SHCT) menjalinkan kerjasama dalam usaha menyantuni dan membantu komuniti setempat yang memerlukan.Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, SHCT akan memberikan bantuan sukarela melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) atau misi bantuan yang dibuat oleh Sinar Rovers.\"Menariknya kelab ini juga ada terdiri daripada golongan pesara dan kami gembira kerana mereka sudi turun padang bersama untuk memperkasakan komuniti.\"Sinar Karangkraf amat menititberatkan pemerkasaan rakyat dan juga mahu dekat kepada semua komuniti. Kami berharap dengan kolaborasi ini, lebih banyak kelab atau NGO berasaskan komuniti akan menyertai kami,\" katanya kepada Sinar Harian.Sebagai tanda simbolik kerjasama itu, Nik Justin turut menyerahkan 48 helai kameja-T Sinar Harian Telus dan Telus kepada Komandan Aktiviti SHCT, Shamsul Kamar Yaacub pada Khamis.SHCT akan bekerjasama dalam program CSR dan misi bantuan yang dianjurkan Sinar Rovers.Dalam pada itu, Shamsul Kamar berkata, kelab itu akan terus menyokong inisiatif Sinar Harian melalui program CSR yang dianjurkan.\"Kami berterima kasih atas sumbangan ini. Kami memang sentiasa menyokong program anjuran Sinar Harian dan akhbar ini kerana mengamalkan konsep Telus dan Tulus,\" katanya.Menurutnya, kelab basikal tersebut dianggotai oleh 80 orang ahli pelbagai peringkat usia termasuk ahli veteran dan sentiasa aktif melakukan aktiviti.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 04:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237316/berita/sukan/sel-kanser-pele-sudah-merebak---hospital", "article_title": "Sel kanser Pele sudah merebak - Hospital", "article_text": "\"SEL kanser Pele sudah merebak\u201d, demikian menurut pihak hospital yang merawat legenda bola sepak itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).Anak perempuannya, Kely Nascimento menulis di Instagram bahawa seluruh ahli keluarga akan menyambut Krismas di hospital bersama dengan pemain hebat berusia 82 tahun itu.Pele yang sebelum ini menjalani prosedur membuang tumor di bahagian kolon pada September 2021, dimasukkan ke Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo pada 29 November.\"Kami tidak akan menyambut Krismas di rumah. Kami memutuskan untuk mendengar nasihat doktor, lebih baik untuk kami berada di hospital,\u201d katanya.Beliau berkata, pihak keluarga akan memberikan maklumat terkini mengenai kesihatan Pele pada minggu depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 02:16pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237297/berita/sukan/ini-rezeki-saya", "article_title": "'Ini rezeki saya'", "article_text": "PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menganggap kejayaan menyelamatkan sepakan penalti Myanmar pada minit akhir perlawanan untuk memberikan kemenangan kepada skuad negara sebagai satu rezeki.Menurutnya, kejayaannya menyelamatkan penalti selain tiga mata berharga yang berjaya diperoleh di laman lawan memberikan motivasi tinggi kepada Harimau Malaya untuk mengharungi perlawanan akan datang.Dalam aksi di Stadium Thuwunna, Yangon itu, tonggak sensasi negara, Faisal Halim menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-52 untuk membolehkan skuad negara berada di hadapan.Namun, menuju penghujung perlawanan, pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah selepas pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar dipersalahkan kerana bola terkena tangannya di dalam kotak penalti.Ahmad Syihan tampil sebagai wira menyelamatkan tendangan penalti Myat Kaung Khant untuk memastikan Harimau Malaya pulang dengan tiga mata dan motivasi tinggi untuk menghadapi perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.\"Syihan hanya mampu katakan Alhamdulillah atas rezeki ini. Ini adalah rezeki kami sebagai satu pasukan. Syihan mahu berterima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan dan semua penyokong yang mendoakan Syihan.\"Perlawanan ini memang pembakar semangat pasukan dan saya minta semua penyokong Malaysia doakan kami pergi lebih jauh sehingga final,\" katanya dalam sidang media selepas perlawanan.Dalam masa sama,Ahmad Syihan berikrar akan terus menampilkan persembahan terbaik sekali gus membantu pasukan mencipta keputusan positif dalam kempen AFF kali ini.\"Saya memang mahu berikan segala yang saya ada, sama seperti pemain lain yang telah memberikan lebih daripada 100 peratus,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 12:38pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237290/berita/sukan/tiada-pemain-dapat-layanan-istimewa---simeone", "article_title": "Tiada pemain dapat layanan istimewa - Simeone", "article_text": "PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone memberikan ruang kepada penyerang pasukan, Joao Felix untuk membuktikan kemampuan jika mahu terus kekal bersama kelab Sepanyol itu.Felix telah dikaitkan dengan perpindahan pada Januari selepas berita mengenai pemain itu tidak mempunyai hubungan baik dengan Simeone.\"Saya mahukan yang terbaik untuk Atletico dan sepanjang 11 tahun saya di sini, saya ada untuk pasukan dan kelab untuk berkembang.\"Saya mementingkan kemenangan, terus meningkat, berkembang, terus fokus setiap perlawanan dan kemudian kita lihat apa akan berlaku.\"Tiada siapa yang penting dan perkara akan menjadi seperti yang sepatutnya jika tidak berusaha keras,\" katanya.Namun, Simeone menjelaskan Felix masih boleh menyelamatkan kariernya di kelab itu sekiranya mampu kembali pada prestasi terbaik seperti yang ditunjukkan ketika bersama Portugal dalam kempen Piala Dunia.\"Saya tidak ragu-ragu bahawa dia adalah pemain yang sangat penting.\"Dia menunjukkan aksi di Piala Dunia dengan baik, mengambil bahagian dalam setiap gerakan gol dan peranan penting untuk dia menyerlahkan potensinya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 11:44am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237273/berita/sukan/guardiola-tekad-bawa-city-menang-liga-juara-juara", "article_title": "Guardiola tekad bawa City menang Liga Juara-Juara", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan misinya untuk memenangi Liga Juara-Juara antara faktor dia menyambung kontrak baharu bersama kelab gergasi England itu.City telah menikmati kejayaan domestik membanggakan di bawah bekas jurulatih Bayern Munich dan Barcelona itu dengan \u200b\u200bmemenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali sepanjang lima musim lalu.Bagaimanapun, Guardiola masih belum mampu membawa City menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara walaupun berjaya mara ke final pada 2021 sebelum tunduk kepada Chelsea dan ditewaskan Real Madrid pada saingan separuh akhir musim lalu.\"Saya akui ia adalah trofi yang kami mahukan dan sudah tentu ia tidak akan lengkap jika kami tidak memenanginya.\"Tetapi, ia bukan satu-satunya sebab saya menyambung kontrak, sama sekali tidak.\"Sudah tentu, saya akan melakukan segala-galanya dan akan cuba menjulang trofi tersebut bersama City,\" katanya.Guardiola telah membantu City memenangi 11 trofi dalam semua kejohanan yang disertai dan pengendali berusia 51 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi kelab yang memberikan kepercayaan kepadanya.\"Saya katakan banyak kali apa yang saya ada di sini. Terima kasih atas keyakinan yang mereka ada terhadap saya.\"Sukar untuk membalas balik apa yang telah ditunjukkan dalam beberapa tahun ini.\"Sukar juga untuk saya menolak sambungan kontrak ini kerana mereka masih mahu saya dan kakitangan saya mencuba dan melakukan yang terbaik.\"Saya tidak mempunyai kata-kata yang cukup untuk menyatakan rasa terima kasih yang luar biasa untuk kelab ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237271/berita/sukan/messi-sambung-kontrak-bersama-psg", "article_title": "Messi sambung kontrak bersama PSG", "article_text": "LIONEL Messi dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontraknya bersama Paris Saint Germain (PSG) untuk tempoh setahun lagi.Memetik laporan media di Perancis, Messi dan PSG akan melakukan perbincangan lanjut apabila dia kembali daripada tempoh rehat Piala Dunia.\"Persetujuan awal dicapai pada awal Disember ketika Messi beraksi di Piala Dunia dan akan kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi,\" kata laporan itu.Pemain berusia 35 tahun itu, yang membantu kemenangan Argentina pada final Piala Dunia mengatasi Perancis di Qatar minggu lalu masih belum mencapai misinya di PSG iaitu mahu membawa pasukan menang Liga Juara-Juara.Messi menyertai pasukan gergasi Perancis itu pada 2021 dengan kontrak dua tahun dan pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi selepas berpindah daripada kelab Sepanyol, Barcelona.Sebelum ini, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan Messi gembira beraksi di Ligue 1 sekali gus memberikan bayangan akan kekal di pasukan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 10:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237268/berita/sukan/khuzaimi-piee-bertongkat-status-masih-samar", "article_title": "Khuzaimi Piee bertongkat, status masih samar", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya menerima tamparan awal apabila tonggak pemain pertahanannya, Ahmad Khuzaimi Piee dilihat menggunakan tongkat selepas aksi pembukaan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Myanmar dan Malaysia di sini, malam tadi.Ahmad Khuzaimi yang baru diumumkan menyertai Selangor FC bagi saingan musim depan, terpaksa dibawa keluar menggunakan \u2018buggy\u2019 pada penghujung separuh masa pertama aksi di Stadium Thuwunna itu dan menggunakan tongkat ketika menaiki bas pasukan selepas tamat perlawanan.Bagaimanapun, Ketua Jurulatih negara, Kim Pan Gon belum dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan dialami pemain berusia 29 tahun itu dan masih menunggu laporan daripada pasukan perubatan untuk mengambil langkah susulan.\"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pasukan perubatan kami (malam tadi) atau pagi esok (hari ini) untuk meneliti situasi berdasarkan laporan dan kami akan putuskan. Kami mahu melindungi pemain kami jika ada kecederaan serius tetapi berharap ia hanyalah kecederaan ringan,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.Pada pertembungan malam tadi, Malaysia meraih tiga mata penting selepas berjaya mengatasi Myanmar 1-0 dengan pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim meledak gol kemenangan pasukan negara pada minit ke-52.Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian, Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.Sementara itu, pemain pertahanan negara, Sharul Nazeem Zulpakar berkata, kehilangan Khuzaimi Piee sedikit merencatkan percaturan pasukan memandangkan beliau ialah pilihan utama di posisi tersebut.\"Saya rasa ketiadaan Khuzaimi terasa sikit kecacatan tetapi kita mempunyai pengganti, Fazly Mazlan (Muhammad Fazly Mazlan), jadi saya rasa beliau kena ambil kesempatan untuk perlawanan seterusnya,\u201d kata tonggak benteng pertahanan Selangor FC berusia 23 tahun itu.Sebagai rekod, Ahmad Khuzaimi merupakan pemain penting di bahagian pertahanan Malaysia dan sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Pan Gon sejak mula dipanggil menyertai pasukan pada Mac lepas.Beliau berada dalam pasukan negara yang mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun pada Jun lepas sebelum mula mendapat kepercayaan dalam kesebelasan utama pada kejohanan Piala Raja Thai berlangsung September lalu, menyaksikan Malaysia muncul naib juara.Ahmad Khuzaimi turut beraksi cemerlang membantu pasukan negara mencatat dua kemenangan tanpa bolos dalam dua aksi antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja dan Maldives dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 09:41am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237265/berita/sukan/faisal-enggan-dianggap-wira-harimau-malaya-di-yangon", "article_title": "Faisal enggan dianggap wira Harimau Malaya di Yangon", "article_text": "PEMAIN sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim tidak mahu dilabel sebagai wira selepas Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, malam tadi.Biarpun mencetak nama sebagai penjaring gol kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu, Mohamad Faisal menganggap bukan beliau sahaja yang berusaha keras bagi menghadiahkan tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.Menurutnya kejayaan menundukkan skuad Singa Asia di gelanggang keramat pasukan lawan itu berjaya dicapai kerana semangat juang tinggi dan sikap tidak berputus asa yang dipamerkan para pemain sepanjang 90 minit perlawanan.\"Bukan saya bawa (punca) pasukan dapat tiga mata, kami (pemain) semua yang berusaha sendiri dan akhirnya saya dapat peluang (jaringkan gol). Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana berjuang sampai ke minit akhir\"Walaupun perlawanan ini kami anggap begitu mudah sebenarnya, tetapi sebaliknya berlaku. Kedua-dua pasukan bermain dengan tempo sangat tinggi tetapi ini lah bola sepak, siapa dapat jaringkan gol dia menang,\" katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.Pada masa sama, Mohamad Faisal mengakui beliau dan rakan sepasukan bergelut mencari rentak permainan sepanjang 45 minit pertama berdepan pasukan tuan rumah bimbingan Antoine Hey itu.\"Kami akui tak dapat bermain dalam separuh masa pertama, babak kedua jurulatih tukar sedikit (taktikal) untuk beri lebih tekanan kepada pihak lawan,\" kata pemain berusia 24 tahun itu yang enggan menjadikan faktor permukaan padang sebagai alasan Malaysia gagal menyumbat lebih banyak gol.Jaringan Mohamad Faisal pada babak kedua perlawanan berpunca daripada lorongan ketua pasukan, Muhammad Safawi Rasid, sebelum beliau tenang melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo pada minit ke-52.Bagaimanapun, Myanmar berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini diikuti Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil dalam usaha memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.Sebagai rekod, Malaysia pernah muncul juara Piala AFF sekali pada 2010 sementara tiga kali bergelar naib juara iaitu pada edisi sulung 1996, 2014 dan 2018. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 08:59am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237267/berita/sukan/sevilla-isco-berpisah", "article_title": "Sevilla, Isco berpisah", "article_text": "[DIKEMAS KINI] Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla telah mencapai persetujuan dengan pemain tengah Isco untuk menamatkan kontraknya, kata kelab itu pada Khamis.Bekas pemain Real Madrid itu tiba di Sevilla pada Ogos, dengan membuat 19 penampilan untuk kelab itu, telah menjaringkan satu gol.Pemain berusia 30 tahun itu telah meninggalkan Real Madrid pada Mei selepas sembilan tahun, memenangi 19 trofi termasuk tiga kejuaraan liga, lima trofi Liga Juara-Juara dan empat Piala Dunia Kelab.Untuk rekod, Isco telah dikaitkan dengan pelbagai kelab sepanjang musim panas, dengan Jose Mourinho dilaporkan sangat berminat untuk membawanya ke AS Roma, tetapi dia memilih untuk ke Sevilla.Beliau menyertai Sevilla diuruskan oleh Julen Lopetegui, namun tidak kekal lama apabila Lopetegui dipecat pada 5 Oktober selepas mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan.Pengganti Lopetegui, Jorge Sampaoli, masih menggunakan Isco, namun beliau hanya menghabiskan 90 minit dalam lima kali sepanjang musim.Isco telah berlatih bersendirian sejak sebulan lalu berikutan masalah buku lali, tidak gembira apabila direkrut pengarah sukan Sevilla, Monchi, atas permintaan Lopetegui.Isco diwakili oleh ejen Jorge Mendes, yang kini perlu mencuba dan mencarinya kelab baharu pada jendela pertengahan musim.Beliau juga telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris dan kini ia kelihatan seperti peluang terbaik untuk permulaan baharu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 08:55am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237264/berita/sukan/manchester-united-hentikan-cabaran-burnley-di-old-trafford", "article_title": "Manchester United hentikan cabaran Burnley di Old Trafford", "article_text": "GOL daripada Christian Eriksen dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United menang selesa 2-0 ke atas Burnley dalam pusingan keempat Piala Liga pada Khamis ketika kelab Divisyen Tiga, Charlton Athletic menumbangkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion menerusi sepakan penalti.Anak buah Erik tan Hag yang tampil perlawanan pertama di Old Trafford sejak rehat Piala Dunia, terlebih dulu mendahului pada minit ke-27 apabila Eriksen menyudahkan hantaran Aaron Wan-Bissaka.Tuan rumah yang menampilkan beberapa pemain yang beraksi di Piala Dunia 2022 di Qatar, boleh menggandakan kelebihan, namun sepakan Anthony Martial berjaya diselamatkan penjaga gol Burnley, Bailey Peacock-Farrell.Sementara itu, pendahulu Liga Kejuaraan, Burnley juga berpeluang menyamakan kedudukan, namun Marcus Rashford menjadikan kedudukan 2-0 hasil percubaan individu yang baik bagi mengesahkan kemaraan.Cabaran satu lagi kelab EPL, Brighton terhenti di pusingan 16 selepas dikecewakan kelab Liga Satu, Charlton di The Valley selepas pertembungan yang berakhir tanpa jaringan hingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Kedua-dua pasukan terlepas tiga sepakan penalti, namun pada sepakan ketujuh penjaga gol Charlton, Ashley Maynard-Brewer menafikan percubaan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo dan pemain pertahanan Samuel Lavelle untuk kemenangan 4-3.Di Ewood Park, juara empat kali Nottingham Forest menumpaskan kelab Liga Kejuaraan Blackburn Rovers 4-1, penyerang Brennan Johnson memberikan kelab EPL mendahului awal menerusi sepakan penalti minit ke-13'.Blackburn menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pertahanan Scott Wharton minit ke-44, tetapi jaringan minit ke-53 Jesse Lingard meletakkan Forest semula di depan dan Taiwo Awoniyi (79') dan Johnson (92') melengkapkan kekalahan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2022 08:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237244/berita/sukan/pan-gon-puji-semangat-juang-harimau-malaya", "article_title": "Pan Gon puji semangat juang Harimau Malaya", "article_text": "KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon memuji semangat juang yang dipamerkan anak buahnya selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada perlawanan pembukaan Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF) pada Rabu.Pan Gon mengakui kemenangan tipis di Stadium Thuwunna tidak terhasil dengan mudah terutamanya apabila para pemain terpaksa melalui masa sukar bermain dalam keadaan yang berbeza daripada biasa.\"Tahniah kepada pemain Harimau Malaya kerana menyumbang tiga mata, ia adalah perlawanan yang sukar dengan keadaan berbeza, padang berbeza selain cuaca dan masa.\"Semua keadaan itu bukan mudah untuk para pemain tapi kita sudah jangkakan ia satu perlawanan sukar kerana tiada pasukan yang mahu tewas di hadapan penyokong sendiri,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini malam Rabu.Pada masa sama, Pan Gon berkata, barisan pemain tidak menunjukkan permainan terbaik mereka dan mengakui tuah menyebelahi pasukan negara apabila penjaga gol kebangsaan Ahmad Syihan Mohamed Hazmi meranapkan peluang tuan rumah untuk menyamakan kedudukan selepas memperoleh sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.\"(Secara keseluruhan) Saya rasa ia adalah permulaan yang baik, perlawanan pertama di tempat lawan dan kita capai sasaran untuk membawa pulang tiga mata. Kita akan persiapkan pasukan untuk berdepan Laos (24 Disember) dan membetulkan beberapa perkara agar lebih baik pada perlawanan seterusnya,\u201d katanya.Malaysia akan menerima kunjungan Laos pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.Sementara itu, Ahmad Syihan berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam dan luar padang untuk memburu keputusan positif pada setiap perlawanan.Katanya, kejayaan menundukkan Myanmar ialah motivasi terbaik buat pasukan untuk mengharungi baki saingan kumpulan terutama dua perlawanan getir berdepan Vietnam di Hanoi pada 27 Disember dan aksi terakhir bertemu Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).\"Perlawanan malam ini (Rabu) memang pembakar semangat pasukan dan saya minta semua penyokong Malaysia doakan kami pergi lebih jauh sehingga final. Malam ini bukan saya seorang tetapi semua pemain daripada pertahanan ke bahagian depan semua berikan segalanya,\u201d kata penjaga gol berusia 26 tahun itu.Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Ahmad Syihan masing-masing muncul wira Malaysia apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-52 dan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Myat Kaung Khant pada penghujung perlawanan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 11:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237231/berita/sukan/piala-aff-malaysia-bermula-langkah-kanan", "article_title": "Piala AFF: Malaysia bermula langkah kanan", "article_text": "MALAYSIA memulakan saingan Kumpulan B Piala AFF 2022 dengan langkah kanan setelah menundukkan Myanmar 1-0 di Stadium Thuwunna pada Rabu.Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon memperoleh gol tunggal menerusi Faisal Halim pada minit ke-52.Ia merupakan gol kelima daripada 14 penampilan Faisal atau lebih dikenali dengan jolokan Mickey bersama skuad kebangsaan.Perlawanan agak perlahan pada babak pertama dengan penguasaan bola berpihak pasukan tuan rumah yang turut melancarkan serangan balas pantas.Bagaimanapun kedua-dua pasukan buntu memecah benteng lawan dan keputusan terikat tanpa jaringan.Memasuki babak kedua, Malaysia membuat pertukaran dengan memasukkan pemain naturalisasi, Lee Tuck dan rentak permainan skuad negara berubah di jentera depan.Faisal menjadi duri dalam daging buat Myanmar apabila menyudahkan bola hantaran kapten, Safawi Rasid untuk menewaskan Kyaw Zin Phyo di gawang.Tersentak jaringan itu, Myanmar cuba bangkit memburu jaringan penyamaan dan hampir membuatkan hasil, namun peluang sepakan penalti dipersiakan oleh Myanmar.Syihan Hazmi menafikan sepakan penalti pemain Myanmar untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih tiga mata sulung.Malaysia akan menentang Laos dalam aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu dan bertandang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.Pasukan kebangsaan akan menutup tirai peringkat kumpulan berdepan Singapura di laman sendiri pada 3 Januari.Malaysia pernah muncul juara pada edisi 2010, selain naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2014 dan 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 08:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237205/berita/sukan/beregu-campuran-dapat-sentuhan-nova", "article_title": "Beregu campuran dapat sentuhan Nova", "article_text": "PEMAIN beregu campuran badminton negara bakal mendapat sentuhan padu daripada bekas juara dunia dua kali dari Indonesia, Nova Widianto sebagai jurulatih baharu.Nova, pemenang Kejohanan Badminton Dunia edisi 2005 dan 2007 dan pemenang pingat perak Olimpik pada 2008 bersama Liliyana Natsir dilabel antara pemain beregu campuran terbaik eranya.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Rabu mengumumkan Nova menandatangani kontrak selama dua tahun dengan badan induk itu untuk mengendalikan beregu campuran.Jurulatih berusia 45 tahun itu akan melaporkan diri kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.BAM tidak sabar untuk bekerjasama dengan Nova apabila dia memegang jawatannya mula bulan depan.\u201cPemain beregu campuran negara teruja dengan prospek mempunyai jurulatih berkaliber beliau membantu mereka.\u201cPengalaman Nova sangat berharga buat pemain, terutama dengan kelayakan untuk Sukan Olimpik Paris bermula tahun depan,\u201d ujar Rexy.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 06:09pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237137/berita/sukan/newcastle-lepasi-halangan-bournemouth", "article_title": "Newcastle lepasi halangan Bournemouth", "article_text": "SVEN Botman disifatkan telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemaraan Newcastle United ke pusingan lapan terbaik Piala Liga setelah menewaskan Bournemouth 1-0 di Stadium St James' Park.Pengendali The Magpies, Eddie Howe berkata, pemain pertahanan dari Belanda itu beraksi cemerlang ketika menyekat jentera serangan The Cherries kendalian, Gary O'Neil.\u201cSven Botman beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Saya fikir itu adalah permainan terbaiknya untuk kami khasnya penguasaan di udara. Dia dominan terhadap penyerang Bournemouth.\"Malah sebelum ini penguasaan bolanya pada musim ini sangat baik tetapi dia juga banyak bermain di kawasan lain. Ia adalah malam yang baik untuknya dan Newcastle United,\" katanya.Pada perlawanan pusingan 16 terbaik itu, Newcastle menewaskan Bournemouth hasil jaringan sendiri Adam Smith pada minit ke-67 di hadapan lebih 51,000 penyokong Toon.Howe sebelum itu menamakan kesebelasan yang kuat menentang kelab lamanya apabila memanggil semula bintang Piala Dunia Qatar 2022 seperti Kieran Trippier dan Callum Wilson, namun Botman yang paling bersinar untuk Magpies.Mengenai para bintang Qatar 2022 Newcastle United, Howe berkata: \"Pemain Piala Dunia kembali cergas dan sihat, serta semua terdesak untuk bermain.\"Tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai minit permainan setelah menghabiskan masa yang lama tanpa perlawanan, ini situasi yang sentiasa agak sukar, walaupun anda sedang berlatih.\" jelasnya.Pada masa sama Howe mengakui pasukannya tidak berada pada tahap terbaik, namun menambah: \"Saya tidak fikir kami berada pada tahap terbaik pasukan.\"Namun saya tidak fikir kami akan menjadi hanya kerana peningkatan permainan dalam perlawanan ini. Saya fikir Bournemouth menyukarkan kami, dan bahagian pertahanan beraksi cemerlang.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 12:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237133/berita/sukan/pencapaian-mac-allister-banggakan-brighton", "article_title": "Pencapaian Mac Allister banggakan Brighton", "article_text": "AKSI cemerlang Alexis Mac Allister membantu Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 membawa sinar baharu buat kelabnya, Brighton bersaing lebih hebat di Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengurusnya, Roberto De Zerbi bangga dengan pencapaian Mac Allister dengan berkata, pemain tengah Seagulls itu adalah seorang daripada pemain terbaik di Qatar.Argentina merangkul trofi berprestij itu buat kali ketiga selepas memenanginya pada 1978 dan 1986.Kejayaan itu diraih dalam satu aksi dramatik selepas menundukkan Perancis menerusi penentuan penalti Ahad lalu.De Zerbi tidak bercadang untuk meletakkan Allister terus ke dalam pasukan utama dengan pemain berusia 23 tahun itu diberikan cuti selama dua minggu.\"Kami sangat bangga dengannya,\" kata De Zerbi menjelang pertemuan pusingan keempat Piala Liga berdepan kelab divisyen tiga, Charlton.\"Saya rasa dia adalah seorang daripada pemain terbaik pada Piala Dunia, gaya permainannya sangat bagus, dia tidak membuat kesilapan dan faham apa yang perlu dibuat sebelum bermain,\" katanya.Mac Allister bermula dalam kesebelasan utama pada enam aksi Argentina di Qatar selepas diletakkan di bangku simpanan ketika tewas mengejut kepada Arab Saudi.\"Saya menulis banyak mesej kepadanya. Saya sangat gembira dan begitu juga kelab.De Zerbi memberitahu, Mac Allister diberi cuti selama dua minggu dan Brighton serta rakan sepasukan akan menantinya untuk meneruskan kejohanan bersama-sama.\"Selepas sebulan di Piala Dunia dia perlu kuat kerana tekanan dan emosi. Dia juga perlu berehat.\"Kami akan menggunakan pemain lain ketika ketiadaannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 12:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237129/berita/sukan/sambutan-kepulangan-wira-argentina-bertukar-huru-hara", "article_title": "Sambutan kepulangan wira Argentina bertukar huru-hara", "article_text": "SKUAD Piala Dunia Qatar 2022, Argentina terpaksa dipindahkan menggunakan helikopter apabila peminat melompat dari jambatan ke bas pasukan.Sekurang-kurangnya seorang penyokong dilaporkan cedera dan dibawa dengan pengusung ketika Lionel Messi dan pemain La Albiceleste melalui laluan berhampiran jambatan di Buenos Aires.Para penyokong memanjat turun dari jambatan ke atas bas apabila ia lalu di bawahnya namun seorang daripadanya terjatuh.Itu antara beberapa adegan huru-hara yang berlaku ketika sambutan wira terhadap skuad Argentina yang menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir 18 Disember laluPerarakan skuad kendalian Lionel Scolani menempuh 80 kilometer selepas berlepas dari pekarangan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), namun terpaksa dihentikan awal atas nasihat keselamatan.Beberapa media tempatan melaporkan lebih kurang empat juta orang berkumpul untuk menyambut wira mereka.Pada mulanya sambutan yang bermula meriah dan berjalan lancar berubah sehingga insiden jambatan itu.Sementara itu, AFA mengakui kekecewaan apabila terpaksa menamatkan perarakan lebih awal - dengan pemain melengkapkan perjalanan menggunakan helikopter.\"Pemain-pemain pasukan bola sepak Argentina mengakhiri perayaan dengan terbang menaiki helikopter ketika penyokong berkumpul di bandar itu.\"Mereka membuat keputusan itu selepas mengesahkan bahawa mereka tidak boleh meneruskan perjalanan dengan bas di tengah-tengah orang ramai.\"Presiden AFA Claudio Tapia berkata: \"Mereka tidak membenarkan kami untuk menyambut semua orang yang berada di Obelisk.\"Agensi keselamatan yang mengiringi kami tidak membenarkan kami bergerak ke hadapan.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 12:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237109/berita/sukan/bruyne-tekad-bantu-guardiola-barakan-city", "article_title": "Bruyne tekad bantu Guardiola barakan City", "article_text": "PEMAIN sensasi, Kevin De Bruyne bertekad untuk melakar lebih banyak kejayaan bersama Manchester City selepas Pep Guardiola memperbaharui kontraknya baru-baru ini.Guardiola menandatangani kontrak lanjutan dua tahun ketika Piala Dunia 2022 hangat berlangsung di Qatar.City dalam misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima musim ini dengan The Citizens ketinggalan lima mata daripada pendahulu Arsenal sebelum saingan liga bersambung semula.De Bruyne juga percaya komitmen pengurus itu boleh memberi inspirasi kepada juara bertahan itu untuk terus menjulang trofi.\"Ia adalah berita baik untuk didengar semasa kami tiada.\"Pep (Guardiola) sudah melakukan begitu banyak untuk kelab dan saya pasti dia akan terus melakukannya,\" ujar De Bruyne.De Bruyne mengejutkan kanak-kanak di acara City in the Community apabila kelab itu menderma \u00a3190,000 (RM1.1 juta) sempena perayaan Krismas hujung minggu ini.Beberapa pemain bintang termasuk Erling Haaland dan Riyad Mahrez turut meluangkan masa bersama pesakit di Hospital Kanak-kanak Diraja Manchester.Selepas berakhir Piala Dunia, De Bruyne mengakui memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri untuk kembali bersaing di EPL.\"Kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan,\" katanya.Bruyne memberitahu, terdapat juga cabaran yang berbeza daripada segi fizikal dan mental, tetapi beliau dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk separuh kedua musim ini.\"Kami akan melakukan segalanya yang kami mampu untuk mencuba mendapatkan kembali rentak dan memastikan kami mempamerkan persembahan yang baik\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 11:16am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237101/berita/sukan/mastaf-dibubarkan", "article_title": "MASTAF dibubarkan", "article_text": "PERSEKUTUAN Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa pada Selasa.Presidennya. Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, keputusan itu sudah mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi MASTAF pada 8 Disember lalu.Jelasnya lagi, keputusan itu bukan hanya semata-mata berpandukan tindakan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) menyatakan hasrat menganggotai semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), pada Isnin.\"Sebenarnya rundingan mengenai pembubaran ini sudah dimulai pada 8 Disember lalu, yang diinisiatifkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) bersama dengan PSM untuk bergabung (MASTAF, PSM), yang mana pada mulanya semua berjalan lancar.\"Namun kita menyedari perbincangan itu (PSM) tidak ikhlas. Mereka tidak menunaikan janji dalam perbincangan itu. Jadi kita pilih jalan terbaik iaitu tidak dapat maju ke depan (bubar),\" katanya.Katanya lagi, keputusan itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda arena sepak takraw negara demi kelangsungan pembangunan sukan berkenaan serta menjaga kebajikan atlet.Jelas Suhaili, empat badan induk negeri yang sebelum ini bernaung di bawah MASTAF iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Sarawak akan menentukan sendiri sekiranya mereka mahu bernaung di bawah PSM.\"Keputusan bernaung di bawah PSM terserah pada mereka...macam saya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Persatuan Sepak Takraw Labuan untuk membuat keputusan, dan besar kemungkinan saya turut akan mengundur diri daripada menerajui Persatuan Sepak Takraw Labuan,\" ujarnya.Untuk rekod, kemelut sepak takraw negara bermula apabila Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) menyingkirkan PSM pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Februari tahun lalu.Sementara itu, MASTAF pula merupakan badan induk sepak takraw negara yang sah selepas diiktiraf sebagai ahli baharu ASTAF Mac lalu dan turut diterima menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada April.Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini mengesahkan menerima permohonan PSTPs untuk menyertai semula badan induk itu dan akan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM yang akan diadakan tidak lama lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Disember 2022 10:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237072/berita/sukan/piala-aff-safawi-harap-dapat-bertuah-kali-ketiga", "article_title": "Piala AFF: Safawi harap dapat bertuah kali ketiga", "article_text": "KETUA pasukan Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid, berharap dapat bertuah kali ketiga apabila membimbing pasukan negara ke medan pertempuran dalam saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan menamatkan penantian 12 tahun negara untuk mencapai kejayaan.Malaysia, yang memenangi Piala pada 2010 sebelum muncul naib juara pada 2014 dan 2018, juga menduduki tempat kedua terbaik dalam pertemuan sulung pada 1996 dengan tewas 1-0 kepada Thailand di final.Tetapi Safawi dan rakan-rakan, berharap untuk menjadi lebih baik kali ini, berkata: \"Menjadi juara adalah hasrat semua pemain, kakitangan kejurulatihan dan pegawai pasukan.\u201d\"Ini adalah penampilan ketiga saya dalam Piala AFF, tahun ini kita semua mempunyai misi besar di hadapan - untuk menjulang trofi!\"Biar apa pun berlaku, kami mesti memberikan yang terbaik dan cuba membawa pulang trofi,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Thuwunna, di sini hari ini, menjelang aksi pembukaan Kumpulan B, menentang Myanmar esok.Pemain digeruni Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) itu, yang bakal menyertai Ratchaburi FC Thailand secara pinjamanin musim depan, juga cepat merdakan kebimbingan bahawa skuad Harimau Malaya kali ini kurang mantap.\"Kami mempunyai semangat berpasukan yang baik dan percaya boleh melakukannya,\u201d katanya.Selepas Myanmar, Malaysia akan pulang untuk menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Dis, diikuti dua perlawanan penting - menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura (3 Januari) di Bukit Jalil. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 10:15pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237069/berita/sukan/mom-lancar-tabung-pendidikan-atlet", "article_title": "MOM lancar Tabung Pendidikan Atlet", "article_text": "Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan Tabung Pendidikan Atlet MOM pada awal tahun depan bagi membantu membiayai serta menampung kos pengajian atlet kebangsaan yang berkelayakan.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, cadangan yang dikemukakan Lembaga Eksekutif MOM pada 22 November lalu itu telah diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM.\u201cButiran terperinci termasuk mekanisme, kriteria dan kertas kerja tabung ini akan diperincikan oleh Pengurusan MOM untuk kelulusan Lembaga Eksekutif MOM,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Rabu.Tabung Pendidikan Atlet MOM akan menggantikan Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee yang diwujudkan pada November 1999 bagi mengenang jasa mantan Naib Presiden MOM itu.Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata, MOM telah menyatakan beberapa hasrat mereka termasuk meneruskan idea untuk mewujudkan organisasi terdiri daripada wakil badan induk itu dan agensi kerajaan selepas mengadakan perbincangan dengan Hannah.Menurutnya, MOM mencadangkan idea itu tahun lalu walaupun ia tidak dapat diteruskan semasa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Menteri Belia dan Sukan.\u201cSaya membangkitkan isu ini dengannya (Hannah) pagi ini (Selasa) dan berkata yang kita perlu menyusun satu struktur yang bebas daripada permasalahan politik.\u201cIni bagi memastikan perancangan jangka sederhana dan panjang kita tidak terganggu oleh perubahan politik (seperti yang berlaku sebelum ini).\u201cReaksi awalnya adalah positif dan kami berharap beliau kekal (sebagai menteri Belia dan Sukan) untuk lima tahun supaya perancangan itu dapat berjalan lancar,\u201d ujarnya.Pada November tahun lalu, MOM mencadangkan penubuhan organisasi dan cadangan itu pernah disuarakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika post mortem sebaik tamat Sukan Olimpik Tokyo 2020.MOM mencadangkan penubuhan sebuah organisasi terdiri daripada wakil badan induk itu dan agensi kerajaan bagi menyelia program sukan berprestasi tinggi terutamanya bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 09:31pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237063/berita/sukan/hala-tuju-kbs-mom-selari", "article_title": "Hala tuju KBS, MOM selari", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan bekerjasama sepenuhnya dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) demi kebajikan atlet negara bagi memastikan perancangan arena sukan tanah air berjalan lancar.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berganding bahu dengan barisan kepimpinan MOM diketuai Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.\u201cSaya telah meluahkan hasrat saya sebagai Menteri Belia dan Sukan dan saya juga telah mendengar ucapan Tan Sri (Mohamad Norza)... sebenarnya apa yang kita (KBS, MOM) mahukan adalah sama.\u201cMOM dan KBS akan perjuangkan isu sama (kebajikan atlet negara), jadi lebih baik sekarang kita bekerjasama dengan erat untuk kita bangunkan (arena sukan) bersama dan ya... memang tiada masalah antara kami (KBS, MOM),\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Selasa.Minggu lalu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim mencetuskan kenyataan kurang disenangi MOM dan persatuan sukan kebangsaan (NSA) biarpun tujuan asalnya adalah untuk membasmi penyelewengan dan korupsi dalam industri sukan negara.Bagaimanapun, Hannah enggan memanjangkan isu tersebut, sebaliknya beliau komited untuk memperjuangkan nasib atlet selain memacu kecemerlangan sukan negara terutama menghadapi jadual padat pada 2023.Pada masa sama, Hannah memberitahu, timbalannya itu tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana memberi tumpuan kepada bencana banjir di Kelantan dan Terengganu.Dalam pada itu, Hannah memaklumkan Bajet 2023 untuk belia dan sukan hanya akan diketahui selepas Parlimen selesai membentangkannya di Dewan Rakyat.\u201cSaya tak boleh katakan semua akan dikekalkan kerana bajet itu masih di peringkat parlimen belum diluluskan. Jadi mungkin akan ada peningkatan atau mungkin juga pengurangan.\u201cTetapi secara keseluruhan kita hendak pastikan bajet itu tidak akan banyak terjejas kerana kita tidak mahu menganggu persiapan atlet menghadapi kejohanan yang akan datang,\u201d jelasnya.Dalam pembentangan Bajet 2023 pada Oktober lalu, kerajaan terdahulu telah memperuntukkan sebanyak RM322 juta bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 08:30pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237060/berita/sukan/pstps-kembali-sertai-psm", "article_title": "PSTPs kembali sertai PSM", "article_text": "PERSATUAN Sepak Takraw Perlis (PSTPs) membuat keputusan keluar daripada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) berkuat kuasa pada Isnin untuk kembali berada di bawah naungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).Perkara itu dimaklumkan Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu sidang akhbar disertai Presiden PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad yang turut memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Penolong Setiausaha Agung MASTAF.\"Daripada 18 ahli, sekarang menjadi 19. Kita ada 12 persatuan negeri dan tujuh ahli bersekutu. Sebelum ini ada 16 tak termasuk Perlis tetapi ada dua yang baharu iaitu Majlis Sukan Universiti (Masum) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memohon untuk menjadi ahli bersekutu.\"Ini menjadikan 18 kesemuanya dan apabila Perlis mengumumkan permohonan untuk kembali memasuki PSM, kita ada 19 kesemuanya,\" katanya dalam sidang akhbar di ibu negara pada Selasa.Dengan kemasukan semula PSTPs, PSM kini mempunyai 19 ahli gabungan yang merangkumi 12 persatuan sepak takraw negeri dan tujuh ahli bersekutu.MASTAF pula yang diiktiraf Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak takraw Antarabangsa (ISTAF) hanya mempunyai empat ahli gabungan iaitu Selangor, Sarawak, Putrajaya, Labuan.\"PSM sentiasa bermesyuarat, berbincang dan kita mengalu-alukan ahli MASTAF untuk bersama-sama dengan kita. Kita memahami kemelut terkini, jadi demi kebaikan sepak takraw di Malaysia, eloklah kita bersama-sama dalam keluarga PSM.\"Saya fikir, langkah dibuat Syed Azmir sebagai satu langkah yang tepat dan saya faham, dia memikirkan demi kebaikan sepak takraw negara, bukan untuk diri sendiri,\" jelas Sumali.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 07:55pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237053/berita/sukan/messi-berdepan-insiden-cemas", "article_title": "Messi berdepan insiden cemas", "article_text": "LIONEL Messi nyaris terhumban daripada bumbung bas yang dinaikinya ketika sesi perarakan bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Qatar 2022 selepas pulang ke Argentina pada petang Rabu.Messi dan empat rakan sepasukannya termasuk Leandro Paredes dan Angel Di Maria yang dalam perjalanan ke padang Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) sempat menundukkan kepala ketika bas itu melewati wayar kabel kuasa.Puluhan ribu penyokong memenuhi jalan raya bagi meraikan pemain sejurus pesawat yang membawa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires selepas mengharungi 19 jam penerbangan.Video insiden menunjukkan pemain tengah Atletico Madrid, Rodrigo de Paul menyedari kabel itu pada saat akhir dan pantas memaklumkan kepada rakan-rakan sepasukannya.Paredes nyaris terjatuh tetapi dapat mengimbangkan diri apabila dia menundukkan kepala tepat pada masanya, namun kehilngan topi bola lisut yang terkena kabel.Messi yang duduk di tengah dalam kalangan pemain-pemain Argentina sambil memeluk Piala Dunia jelas tergamam, namun kemudiannya dia dilihat ketawa sejurus insiden tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 07:26pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237044/berita/sukan/harimau-malaya-sedia-benam-myanmar", "article_title": "Harimau Malaya sedia benam Myanmar", "article_text": "HARIMAU Malaya melaungkan amaran sudah bersedia untuk menumbangkan Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu.Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, barisan pemainnya kini berada pada momentum terbaik untuk mencuri tiga mata berharga biarpun rekod di laman lawan tidak memihak mereka.\u201cKami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan menentang Myanmar esok (Rabu). Semua pemain juga cergas dan berada pada tahap keyakinan yang tinggi.\u201cKami akan beri persembahan terbaik dan cuba dapatkan keputusan yang positif. Perlawanan ini sangat penting kerana kita tahu Myanmar adalah salah sebuah pasukan yang agak sukar dalam Kumpulan B.\u201cSaya tidak mahu melihat rekod perlawanan lalu. Namun, saya percaya pemain sangat dahagakan kemenangan dan akan mencari kemenangan esok (Rabu),\u201d katanya dalam sidang akhbar di Yangon pada Selasa.Untuk rekod, kedua-dua pasukan sudah berentap sebanyak enam kali sejak 2011 dengan Malaysia menang dua kali - Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 2011.Namun, Malaysia tewas 0-1 kepada Myanmar dalam aksi Piala AFF di Stadium Thuwanna pada 26 November 2016 sebelum tumbang sekali lagi dengan keputusan sama dalam perlawanan persahabatan di gelanggang itu pada 29 Ogos 2017.\u201cSaya tahu away game selalunya sukar dan pasukan tuan rumah akan gunakan kelebihan mereka. Saya juga pernah menghadapi Myanmar dalam beberapa perlawanan, mereka mempunyai pemain yang bagus dan menarik.\u201cNamun, saya hanya fokuskan kepada pasukan saya sahaja dan mahu dapat tiga mata. Pemain yang dibawa kali ini juga adalah antara yang terbaik dan bersemangat bermain untuk negara,\u201d ujarnya.Selepas pertemuan menentang Myanmar, anak-anak buah Pan-gon hanya dapat 'berehat' dua hari sebelum menanti kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Safawi tekad julang Piala AFFSelepas gagal dalam dua percubaan di pentas 'Piala Dunia Asia Tenggara' sebelum ini, Safawi Rasid berikrar mahu membantu Harimau Malaya merangkul kejuaraan Piala AFF 2022.Safawi berkata, pertemuan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Rabu cukup penting bagi melonjakkan semangat Harimau Malaya dalam memburu gelaran juara.Safawi berazam membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF kali ini. -Foto FAM\u201cKami akan buat yang terbaik untuk negara. Secara peribadi, saya bermain Piala AFF tahun ini tidak hanya saya, pasukan dan staf ada misi besar untuk menang trofi ini.\u201cApa juga yang berlaku, kami perlu beri yang terbaik untuk dapat piala ini. Walaupun pasukan dibarisi pemain baharu dan muda, tetapi kami mempunyai semangat dalam pasukan,\u201d katanya.Untuk rekod, Safawi yang akan menyertai kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC sebaik kejohanan kali ini berakhir, hampir membantu Harimau Malaya muncul juara Piala AFF 2018.Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Tan Cheng Hoe tewas 2-3 secara agregat kepada Vietnam.Pada edisi di Singapura tahun lalu, tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus kempunan bergelar juara apabila Harimau Malaya gagal melepasi aksi peringkat kumpulan.Mengulas mengenai suasana di kem Harimau Malaya menjelang aksi pembukaan menentang Myanmar, Safawi berkata: \u201cKami ada semangat yang tinggi dalam pasukan dan kami percaya kami mampu menang dalam kejohanan ini.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 06:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/237008/berita/sukan/kelibat-fandi-cetus-tanda-tanya", "article_title": "Kelibat Fandi cetus tanda tanya", "article_text": "KELIBAT Fandi Ahmad pada sesi latihan pertama skuad Sri Pahang FC pada Isnin seolah-olah memberi bayangan pengendali dari Singapura itu bakal melatih skuad Tok Gajah bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.Jurulatih berusia 60 tahun itu dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) musim ini memberikan kelebihan kepada Fandi untuk kekal di Darul Makmur musim 2023.Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab itu berhubung kedudukan Fandi dan Datuk Dollah Salleh selaku ketua jurulatih Sri Pahang musim ini.Ia masih menjadi teka-teki kerana setakat ini senarai pemain masih belum diumumkan termasuk import.Bagaimanapun, keputusan rasmi penyerang import dari Colombia, Steven Rodriguez yang sah tidak bersama skuad Tok Gajah musim depan.Nasib empat lagi pemain import iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Mamadou Samassa (Mali) dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih mencetuskan tanda tanya sama ada kekal atau sebaliknya.Media sebelum ini melaporkan hanya Fandi disebut-sebut untuk membimbing skuad itu dengan perubahan yang akan dilakukan terutama menampilkan barisan pemain berpengalaman.Kehadiran Fandi pada pertengahan musim membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan daripada dasar Liga Super ke tempat ketujuh.Beliau memberi impak positif kepada skuad Tok Gajah biarpun misi berada di kedudukan kelima tidak kesampaian.Pada sesi latihan pra musim itu antara pemain yang hadir ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 04:18pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236999/berita/sukan/khuzaimi-sah-milik-selangor", "article_title": "Khuzaimi sah milik Selangor", "article_text": "SELANGOR FC tidak main-main untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila mengumumkan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain baharu pasukan tersebut.Perkara itu diumumkan Selangor FC menerusi laman Facebook rasmi pasukan pada Selasa yang turut memuat naik video aksi Khuzaimi bersama pasukan lamanya dan skuad negara.\"Selamat datang ke Selangor FC, Khuzaimi,\" tulis Selangor FC di laman Facebook mereka.Pemain berusia 29 tahun itu merupakan bekas pertahanan Negeri Sembilan FC yang menjadi tonggak penting membantu pasukan berada dalam kelompok empat terbaik Liga Super dan mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu.Pemain kelahiran Melaka itu telah tampil sebanyak 23 kali bersama Negeri Sembilan musim lalu selain pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Melaka United dan UiTM FC sepanjang kariernya.Kehadiran Ahmad Khuzaimi ke Selangor FC itu sekali gus memantapkan benteng pertahanan skuad Gergasi Merah selepas turut mengumumkan kehadiran bekas pertahanan kiri PJ City FC, Ruventhiran pada Ahad lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 03:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236955/berita/sukan/ancelotti-tolak-latih-brazil-mahu-kekal-di-sepanyol", "article_title": "Ancelotti tolak latih Brazil, mahu kekal di Sepanyol", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Carlo Ancelotti menolak desas-desus akan melatih pasukan Brazil yang tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Sebaliknya pengendali berusia 63 tahun itu mahu terus melatih Real Madrid dan kekal bersama di kelab Sepanyol itu sehingga kontraknya tamat pada Jun 2024.\"Saya tidak tahu apa yang dijanjikan pada masa depan. Saya hidup hari demi hari,\" ujar Ancelotti.Media sebelum ini melaporkan Ancelotti antara calon yang disebut-sebut mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tite selepas meletakkan jawatan ekoran kegagalan Brazil di Qatar.Skuad Selecao tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Croatia pada aksi suku akhir setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.Ancelotti mahu kekal fokus dengan tugasnya di Madrid ketika pasukan itu mahu mempertahankan kejuaraan La Liga, Piala Super Sepanyol dan bersedia untuk Piala Kelab Dunia Februari depan.\"Saya gembira di Madrid, kami ada banyak objektif musim ini. Saya ada kontrak hingga 30 Jun 2024.\"Jika Real Madrid tidak memecat saya sebelum itu, saya tidak akan ke mana-mana,\" katanya.Dalam pada itu, jurulatih dari Itali berkenaan memuji jurulatih Argentina, Lionel Scaloni apabila pasukan tersebut dimahkotakan selaku juara Piala Dunia selepas mengatasi Perancis di final.\"(Scaloni) melakukan tugas yang luar biasa dan tidak mencipta sesuatu yang baharu.\"Dia meletakkan pemain di tempat yang betul dan memberikan mereka corak bertahan yang bagus,\" kata Ancelotti.Ancelotti akan meneruskan tugasnya di Real Madrid pada 30 Disember dalam misi mengekalkan kedudukan teratas La Liga dengan Barcelona dua mata di depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 01:01pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236926/berita/sukan/sambutan-besar-wira-piala-dunia-argentina", "article_title": "Sambutan besar wira Piala Dunia Argentina", "article_text": "IBU kota Argentina sudah bersedia untuk sambutan besar-besaran kepulangan hero Piala Dunia mereka selepas kemenangan penuh dramatik ke atas Perancis di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada Ahad.Argentina menang aksi final di Qatar 4-2 menerusi penalti selepas terikat 3-3 selepas tamat masa tambahan dalam perlawanan disifatkan penuh dramatik dalam sejarah Piala Dunia.Pasukan itu akan diberikan sambutan tersebut selepas mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires dijangka jam 2 pagi waktu tempatan hari ini.\"Skuad juara dunia akan berlepas pada tengah hari Selasa ke Obelisk untuk meraikan kejuaraan dunia bersama peminat,\" kata Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam akaun Twitter rasminya.Kerajaan Argentina juga mengisytiharkan hari sambutan itu sebagai hari cuti supaya seluruh negara dapat meraikan dan menyatakan kegembiraan mereka untuk pasukan kebangsaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 10:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236923/berita/sukan/messi-belum-mampu-setanding-maradona---zanetti", "article_title": "'Messi belum mampu setanding Maradona' - Zanetti", "article_text": "KEJAYAAN Lionel Messi menjulang Piala Dunia di Qatar masih belum cukup untuk mengatasi pencapaian legenda Argentina, Diego Maradona.Bekas pemain Argentina, Javier Zanetti berkata, walaupun persembahan di Qatar telah mengukuhkan kedudukan Messi sebagai pemain terbaik dalam sejarah, namun dia merasakan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu masih belum dapat mengatasi Maradona sebagai pemain terbaik Argentina sepanjang zaman.\"Tidak, bukan untuk saya. Saya tidak suka (perbandingan) itu.Kami harus bersyukur kerana dua pemain terhebat dalam sejarah adalah warga Argentina.\"Saya tidak fikir Messi telah berubah. Saya fikir dia lebih matang sekarang dan dia mampu memimpin pasukan sehingga muncul juara,\" katanya.Messi membawa Argentina menjuarai Piala Dunia dan memastikan pasukan Amerika Selatan itu menamatkan kemarau 36 tahun dalam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.Pemain berusia 35 tahun itu turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berakhir seri 3-3 tamat masa tambahan dan Argentina mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 4-2 dalam penentuan penalti.Menurut Zanetti, kemenangan itu lebih manis apabila perlawanan itu berlangsung cukup dramatik.\"Ia adalah satu emosi yang hebat diberikan oleh pemain kepada kami kerana kami telah menunggu untuk masa yang sangat lama.\"Saya rasa mereka berjaya mewujudkan impian jutaan peminat Argentina di seluruh dunia. Ia adalah perlawanan akhir yang hebat untuk kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 10:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236925/berita/sukan/kami-akan-kembali---mbappe", "article_title": "'Kami akan kembali' - Mbappe", "article_text": "PERANCIS melaungkan amaran akan kembali dengan lebih hebat selepas kekalahan 'kejam' kepada Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia Qatar pada Ahad.Pada perlawanan tersebut, Kylian Mbappe meledak hatrik untuk bangkit mengikat Argentina 3-3 selepas tamat masa tambahan dan mengheret lawan ke penentuan sepakan penalti.Dia kemudian menyempurnakan penentuan penalti pertama sebelum dua rakannya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menjaringkan penalti sekali gus memberikan La Abiceleste gelaran Piala Dunia ketiga mereka.\"Kami akan kembali,\" kata Mbappe ringkas di laman Instagramnya pada Selasa.Dalam pada itu, bekas penyerang Perancis, Louis Saha memuji prestasi dan kualiti dimiliki Mbappe sepanjang Piala Dunia Qatar.\"Ia adalah satu pencapaian yang sukar dipercayai untuk seorang pemain muda sepertinya di peringkat itu.\"Semua orang cuba menghalangnya namun Mbappe berada di peringkat berbeza dan mampu menjaringkan tiga gol.\"Di bahunya diletakkan tanggungjawab di pentas besar seperti itu dan dia berjaya melakukannya. Dia telah menulis sejarah baharu dan akan terus melakukannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 10:29am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236916/berita/sukan/ronaldo-catat-kegagalan-besar-di-piala-dunia-qatar", "article_title": "Ronaldo catat kegagalan besar di Piala Dunia Qatar", "article_text": "BEKAS pemain Jerman, Lothar Matthaus menyifatkan Cristiano Ronaldo telah mengalami kegagalan besar dan telah merosakkan legasinya sendiri di Piala Dunia Qatar 2022.Ronaldo mengalami prestasi tidak menentu selepas dilepaskan dari Manchester United sebelum permulaan kejohanan di Qatar berikutan temubualnya bersama rancangan TV Piers Morgan.Selepas menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan menentang Ghana, Ronaldo kelihatan berang apabila dikeluarkan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Korea Selatan sebelum bermula di bangku simpanan dalam dua perlawanan peringkat kalah mati.Matthaus menyifatkan Ronaldo telah membunuh kariernya sendiri di Piala Dunia susulan sikapnya itu selain memberikan kesan buruk kepada pasukan.Malah, Matthaus percaya tiada kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemenang lima kali Ballon D'Or itu berikutan prestasi dan sikap buruknya.Dengan sikap egonya, Ronaldo telah merosakkan pasukan dan dirinya sendiri. Tidak dinafikan bahawa dia adalah pemain yang hebat dan penyerang yang bagus. Tetapi, kini dia telah merosakkan legasinya.\"Saya tidak fikir dia akan mudah mendapat pasukan yang bagus selepas apa yang berlaku di Qatar,\" katanya.Ketika Ronaldo dan Portugal tersingkir di suku akhir, nasib Lionel Messi dan Argentina jauh berbeza apabila pasukan Amerika Selatan itu menamatkan kemarau 36 tahun menjulang Piala Dunia.Bagi Matthaus, Messi adalah pemain yang lebih baik daripada Ronaldo dan merupakan 'pemain milenium'.\"Ronaldo sudah tentu kegagalan besar Piala Dunia, bertentangan dengan Messi.\"(Messi adalah) pemenang mutlak. Dia layak kerana dia telah memberikan saya dan semua peminat bola sepak kegembiraan yang hebat dengan kualitinya dan cara dia bermain selama 17-18 tahun.\"Bagi saya, Messi adalah pemain milenium,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 09:58am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236897/berita/sukan/ayuh-harimau-malaya", "article_title": "Ayuh Harimau Malaya!", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran Harimau Malaya untuk melangkah sejauh yang mungkin pada kempen Piala AFF 2022 yang bermula Rabu ini.Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman tidak menyatakan secara khusus bentuk sasaran tersebut, namun yakin dengan kemampuan Harimau Malaya untuk mencipta kejayaan.\u201cSudah semestinya harapan kita memang tinggi dan akan berusaha sebaik mungkin. Saya yakin dengan kejurulatihan Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan lain, malah semangat pemain nampak sangat tinggi.\u201cInsya-ALLAH, mereka akan mampu melangkah jauh dalam kejohanan ini,\u201d katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Yangon, Myanmar pada pagi Isnin.Selepas berdepan Myanmar di Yangon pada Rabu, Malaysia dijadualkan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Beliau berkata, barisan pemain muda dan baharu dalam skuad kebangsaan kali ini perlu menunjukkan prestasi terbaik bagi menggalas cabaran negara.\u201cBagi FAM pula, kita sangat bertuah kerana mempunyai ramai pemain berkualiti untuk mewakili Harimau Malaya.\u201cSelepas kejohanan ini, kita akan serahkan kepada Pan-gon untuk menilai setiap pemain sebelum dibawa ke kejohanan lain pada masa akan datang,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, beliau mengajak penyokong untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Harimau Malaya apabila skuad negara beraksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.Menurutnya, setakat ini sebanyak 12,000 keping tiket telah terjual dan mengharapkan stadium dapat dipenuhi penyokong tempatan pada perlawanan tersebut.\u201cFAM juga telah mendengar rintihan penyokong dan menurunkan harga tiket sebelum ini. Besar harapan kita agar penyokong dapat memenuhi stadium,\u201d kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236903/berita/sukan/benzema-umum-persaraan-di-pentas-antarabangsa", "article_title": "Benzema umum persaraan di pentas antarabangsa", "article_text": "PEMENANG Ballon d'Or, Karim Benzema mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa berkuatkuasa lewat malam Isnin.Keputusan dibuat selepas penyerang Real Madrid itu terlepas peluang membantu Perancis di pentas Piala Dunia Qatar 2022 akibat kecederaan.Hasrat persaraan itu diumum di akaun Twitter rasmi penyerang tersebut sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.Dalam ciapan di Twitter, Benzema menyatakan telah bekerja keras untuk meraih kejayaan bersama kelab dan pasukan Perancis.\"Saya telah berusaha dan melakukan kesilapan untuk sampai ke tahap saya berada hari ini. Saya bangga dengannya.\"Saya telah menulis kisah saya dan cerita kami (bersama pasukan Perancis) telah berakhir,\" ciap beliau.Tidak dapat dipastikan punca Benzema membuat keputusan demikian.Bagaimanapun wujud pelbagai spekulasi dan laporan bahawa penyerang Madrid itu mempunyai hubungan dingin dengan pengendali Les Bleus, Didier Deschamps.Ia termasuk dakwaan jurulatih itu tidak memanggilnya semula untuk menyertai skuad kebangsaan selepas Perancis melepasi peringkat kumpulan di Qatar, biarpun dia sudah pulih daripada kecederaan.Benzema membuat 97 penampilan bersama Perancis dan meledak 37 gol.Pada aksi final di Stadium Lusail awal pagi Isnin, Perancis terlepas peluang mempertahankan kejuaraan setelah tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Argentina.Terikat 3-3 pada perlawanan yang berlarutan ke masa tambahan, menyaksikan Lionel Messi mengemudi Argentina untuk merangkul gelaran ketiga selepas memenanginya pada edisi 1978 dan 1986.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2022 06:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236887/berita/sukan/tempias-kejayaan-argentina-buat-malaysia", "article_title": "Tempias kejayaan Argentina buat Malaysia", "article_text": "MALAYSIA boleh menumpang tuah susulan kejayaan Argentina merangkul Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis pada aksi final di Stadium Lusail awal pagi Isnin.Argentina mengakhiri kemarau 36 tahun menang 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 3-3 dengan Perancis pada aksi yang berlarutan hingga ke masa tambahan.Tiga watak penting yang menjadi nadi kejayaan Argentina di Qatar pernah beraksi di bumi Malaysia 25 tahun lalu dalam kejohanan Piala Dunia Belia 1997.Mereka ialah pengendali, Lionel Scaloni dan Pablo Aimar serta Walter Samuel yang bertindak sebagai penolong jurulatih Argentina.Selepas berakhir kejohanan itu, Aimar menjadi pujaan rakyat Argentina termasuk bintang sensasi, Lionel Messi yang menjadikannya sebagai idola.Aimar dianggap antara pemain terbaik kejohanan biarpun tewas kepada Nicolas Olivera untuk perebutan pemain terbaik kejohanan.Maka tidak hairanlah Aimar begitu sentimental ketika menyertai skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2013 hingga 2014.Ketika itu Argentina yang dilatih Jose Pekerman muncul juara selepas menewaskan Uruguay 2-1 di Stadium Shah Alam.Selaku tuan rumah, Malaysia layak secara automatik dan diundi dalam Kumpulan A bersama Uruguay, Maghribi dan Belgium.Para pemain yang mewakili Malaysia pada Piala Dunia Belia 1997. - Foto AgensiMewarnai skuad negara ketika itu ialah jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, Tengku Hazman Raja Hassan dan V Saravanan.Bagaimanapun, nasib Malaysia sama seperti tuan rumah, Qatar tewas kesemua tiga aksi.Kalah kepada 1-3 kepada Maghribi dan Uruguay serta tunduk 0-3 kepada Belgium.Turut menyerlah dalam kejohanan itu ialah pemain Perancis, Thierry Henry yang mencuri perhatian peminat apabila menyumbat tiga gol.Setahun berlalu, Henry dibeli oleh Juventus dari AS Monaco sebelum disambar Arsenal dan menjadi pemain terbaik dalam sejarah The Gunners.Nama besar lain yang lahir daripada kejohanan itu ialah Michael Owen yang mewakili England, Nicolas Anelka (Perancis) dan Damien Duff (Ireland).Skuad Argentina meraikan kejayaan merangkul Piala Dunia Belia 25 tahun lalu. - Foto AgensiIroninya, skuad Harimau Malaya boleh mengambil inspirasi di sebalik kejayaan Argentina di Qatar dan bumi Malaysia untuk setanding pasukan gergasi dunia pada masa depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 09:28pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236874/berita/sukan/tiga-mata-sulung-jadi-buruan-harimau-malaya", "article_title": "Tiga mata sulung jadi buruan Harimau Malaya", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk memperagakan aksi berkualiti, seterusnya melakar kemenangan ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Thuwunna, Yangon pada Rabu ini.Penyerang negara, Faisal Halim berkata, dua perlawanan persahabatan sebelum ini yang berakhir dengan keputusan positif turut menyuntik semangat Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan tersebut.\u201cKita diuji dalam dua perlawanan sebelum ini dan pasukan negara dapat memberikan satu persembahan yang agak baik. Saya percaya rakan-rakan sudah bersedia dan semua tidak sabar menunggu untuk perlawanan pertama.\u201cSaya harap pemain yang terpilih dapat beri yang terbaik. Ini waktu sebenar pemain buktikan mereka layak berada dalam pasukan,\u201d katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.Pada masa sama, Faisal percaya bermain dalam stadium kosong di gelanggang lawan akan memberikan kelebihan kepada skuad negara untuk melakar keputusan positif.Aksi di Yangon itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton atas faktor keselamatan selepas Myanmar menghadapi krisis melibatkan pihak tentera dan juga kerajaan tempatan.Faisal yang sudah meledak lima gol termasuk ketika membenam Kemboja dan Maldives dalam aksi persahabatan minggu lalu percaya, tiga mata penuh ke atas Myanmar akan mengurangkan tekanan buat Harimau Malaya.\u201cSudah tentu apabila bermain 'away' akan jadi kelebihan kalau tanpa kehadiran penyokong lawan.\u201cItu membuatkan kita kurang tekanan seterusnya dapat beraksi lebih baik untuk mencapai sasaran tiga mata,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 07:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236824/berita/sukan/piala-dunia-syabas-buat-messi-dan-argentina-kata-pele", "article_title": "Piala Dunia: Syabas buat Messi dan Argentina, kata Pele", "article_text": "LEGENDA bola sepak Brazil, Pele mengucapkan tahniah kepada Argentina selepas melakar kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang penuh mendebarkan dan menyifatkan kejayaan Lionel Messi sebagai detik bersejarah yang layak buat bintang itu.Pele yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, tetap memberi perhatian kepada acara di Qatar 2022 dan berkata kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia, pastinya menggembirakan mendiang Diego Maradona, lapor Deutsche Presse-Agentur (dpa).Momen itu sungguh bermakna buat bintang sensasi berusia 35 tahun itu kerana berjaya memenangi Piala Dunia sama seperti rekod yang dicipta rakan senegara Maradona yang membantu Argentina muncul juara di Mexico pada 1986. Maradona meninggal dunia pada November 2020 pada usia 60 tahun.\"Syabas Argentina! Pasti Diego sedang tersenyum sekarang,\" tulis Pele di Instagramnya.Pele, 82, turut menyuarakan simpatinya kepada Kylian Mbappe yang kecundang meskipun mencipta hatrik menerusi dua sepakan penalti dan satu rembatan kencang, menyamai rekod pencapaian Geoff Hurst dari England ketika menentang Jerman Barat dalam edisi Piala Dunia 1966.Argentina muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 2-2 pada masa sebenar sebelum seri 3-3 pada masa tambahan.Messi menyumbat dua gol dalam perlawanan klasik itu.Trofi Bola Emas menjadi milik Messi buat kali kedua manakala Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, memperoleh Trofi Kasut Emas.Pele turut memuji pencapaian Maghribi yang menduduki tempat keempat selain muncul sebagai pasukan Afrika pertama layak ke separuh akhir di kejohanan itu.\"Hari ini, bola sepak terus melakarkan kisahnya seperti biasa amat mempesonakan.\"Messi memenangi Piala Dunia pertamanya...Mbappe pula menjaringkan empat gol dalam perlawanan akhir...Dan saya mesti mengucapkan tahniah kepada Maghribi atas pencapaian luar biasa kali ini. Hebat melihat Afrika bersinar,\" kata Pele. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 04:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236806/berita/sukan/kisona-tinggalkan-bam", "article_title": "Kisona tinggalkan BAM", "article_text": "PEMAIN perseorangan wanita negara, S Kisona memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini kerana mahu menumpukan kepada proses pemulihan selain memerlukan masa yang lebih fleksibel untuk meneruskan kerjayanya dalam badminton.Bagaimanapun, atlet berusia 24 tahun itu menegaskan tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional.\"Saya nak berhenti daripada BAM untuk tumpu kepada pemulihan di bahagian kaki kerana saya pernah menjalani pembedahan setahun yang lalu. Setakat ini, kecil sahaja kecederaan, jadi mungkin boleh pulih dalam tiga minggu, dua minggu atau seminggu pun boleh.\"Saya perlu bincang balik dengan pusat rehabilitasi. Kalau pemulihan cepat, saya boleh kembali ke kejohanan dan fokus untuk latihan Sukan Olimpik Paris 2024. Kejohanan pertama belum tahu lagi, akan ada perancangan,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, barisan kejurulatihan dan BAM sebelum ini telah berjumpa dan berbincang bersama Kisona berhubung keputusan keluar daripada badan induk berkenaan.\"Sejarah kecederaannya tahun ini membawa satu cabaran buatnya bukan sahaja dari segi progres kerjaya badminton tetapi juga emosi. Kisona juga telah dibuli di sosial media,\u201d katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Michelle Chai berkata, BAM memutuskan untuk melepaskan 12 pemain daripada badan induk berkenaan bagi sesi tahun hadapan.Antara pemain yang dilepaskan BAM ialah perseorangan lelaki, Lim Chong King dan Ting Wen Xuan, perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul, Eoon Qi Xuan serta Joanne Ng May Yin dan pemain beregu lelaki Fawwaz Zainuddin dan Muhammad Zulhairi Sahimi.Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan BAM mampu menumpukan kepada pemain-pemain yang boleh disandarkan untuk membawa pulang pingat buat negara bagi Sukan Olimpik Paris 2024.\"Kita tumpukan kualiti berbanding kuantiti. Kita tengok juga ada orang ramai cakap BAM suka perap pemain, tak hantar pergi kejohanan. Mulai tahun depan, siapa sahaja yang kita simpan, kita mahu dapat membawa pemain itu ke kejohanan,\u201d katanya.Selain itu, Michelle berkata, 55 pemain senior dikekalkan dalam BAM berdasarkan potensi pemain untuk berada di sekurang-kurang kedudukan ke-30 dunia selain mengambil kira sikap dan disiplin atlet berkenaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 03:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236740/berita/sukan/masa-depan-di-tangan-messi-sendiri---scaloni", "article_title": "Masa depan di tangan Messi sendiri - Scaloni", "article_text": "KEJAYAAN muncul juara Piala Dunia buat kali ketiga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai masa depan kapten Argentina, Lionel Messi dalam pengembaraan karier bola sepaknya.Persoalan itu dijawab jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yang menyerahkan kepada pemain berusia 35 tahun itu untuk membuat keputusan.Jika dia mahu terus bermain, dia akan bersama kami.\"Dia lebih berhak untuk memutuskan sama ada mahu kekal beraksi dengan Argentina atau tidak atau apa yang mahu dilakukan dalam kariernya,\" ujar Scaloni.Scaloni yang kelihatan penuh emosi ketika sidang media selepas aksi final di Stadium Lusail memuji anak buahnya kerana berjuang bersungguh-sungguh menamatkan kemarau kejuaraan selama 36 tahun.Pada perlawanan penuh dramatik di Doha, Argentina padu dengan kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas hatrik Kylian Mbappe memastikan pertembungan itu berakhir 3-3 sehingga masa tambahan.Messi menjaringkan dua gol untuk memenangi Piala Dunia pertama sepanjang karier gemilangnya.Pada awalnya Messi mendedahkan kejohanan di Qatar itu akan menjadi yang terakhir buatnya tetapi Scaloni berkata, penyerang berpengalaman itu berhak membuat keputusan sendiri.Jurulatih berusia 44 tahun itu memberitahu wartawan terpulang kepada Messi untuk menetapkan jangka masa persaraannya ketika mengulas kemungkinan kelibatnya pada Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.\"Dia seorang pemain yang hebat. Satu kegembiraan buat kami untuk melatihnya dan rakan sepasukannya.\"Segala yang disampaikannya kepada rakan sepasukannya tiada tandingan, sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,\" ujar Scaloni.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 11:08am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236733/berita/sukan/perlawanan-akhir-yang-kejam---deschamps", "article_title": "Perlawanan akhir yang kejam - Deschamps", "article_text": "PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menyifatkan perlawanan akhir menentang Argentina sebagai 'kejam' selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum tewas di penentuan penalti.\"Kami tidak begitu baik dalam 60 minit pertama menentang lawan yang berkualiti tinggi dan mempunyai lebih banyak tenaga.\"Tetapi, kami kembali entah dari mana dan mengubah permainan daripada situasi yang sangat sukar. Ia menyebabkan kekalahan membuatkan kami lebih menyesal,\" katanya.Perancis tewas kepada Argentina 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 tamat masa tambahan dalam aksi final di Stadium Lusail, Doha pada Ahad.Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dalam masa dua minit untuk membatalkan pendahuluan dua gol Argentina dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.Dia sekali lagi menjaringkan gol daripada sepakan penalti untuk melengkapkan hatriknya dan menjadikan kedudukan 3-3 selepas Lionel Messi meletakkan lawan kembali di hadapan.Argentina kemudiannya menang penentuan penalti selepas sepakan Kingsley Coman diselamatkan dan rembatan Aurelien Tchouameni tersasar.Deschamps menegaskan mereka mempunyai peluang untuk menang perlawanan tersebut di minit akhir permainan, namun gagal menyudahkan beberap peluang terbuka.\"Pada kedudukan 2-0 ia pastinya bukanlah penyesalan yang sama, anda hanya cakap 'bravo' kepada mereka.\"Saya tidak mahu memandang rendah Argentina tetapi ada banyak emosi dan ia adalah sesuatu yang kejam kerana kami terlalu hampir,\" katanya.Deschamps turut mendakwa jangkitan virus yang melanda beberapa pemainnya sebelum aksi final menjadi antara faktor persembahan hambar para pemain.\"Ada banyak alasan yang menerangkan kenapa kami tidak bagus. Beberapa pemain penting kurang tenaga tetapi membawa masuk pemain muda tanpa pengalaman luas tetapi lebih segar dan banyak kualiti memberikan kami impian,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 10:36am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236731/berita/sukan/azam-messi-terus-beraksi", "article_title": "Azam Messi terus beraksi", "article_text": "PEMAIN bintang, Lionel Messi melahirkan penghargaan buat ribuan penyokong di Stadium Lusail yang menjadi inspirasi buat Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia selepas 36 tahun.\"Kami adalah juara dunia,\" laung Messi dengan menggunakan mikrofon.Dua jaringannya dan sepakan pada penentuan penalti membantu Argentina mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga selepas 1978 dan 1986.Messi memeluk ahli keluarganya dan rakan sepasukan selepas final mendebarkan yang berkesudahan 3-3 sehingga tamat masa tambahan yang menyaksikan Kylian Mbappe melakar hatrik.Messi dan Mbappe turut berjaya menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti sebelum penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menggagalkan sepakan Kingsley Coman manakala Gonzalo Montiel memastikan kejuaraan milik skuad La Albiceleste.Di sebalik kejayaan itu, Messi berazam untuk terus beraksi di peringkat antarabangsa bagi memenuhi impian sepanjang hayatnya.Bagaimanapun dia mengakui kariernya kini di penghujung.\"Saya mahu terus mengharungi beberapa perlawanan lagi sebagai juara dunia.\"Karier saya hampir berakhir kerana ini adalah tahun-tahun terakhir saya,\" katanya.Messi ketika ini memasang impian baharu untuk membantu kelabnya Paris Saint-Germain merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 10:24am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236728/berita/sukan/kasut-emas-milik-mbappe", "article_title": "Kasut Emas milik Mbappe", "article_text": "PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas Piala Dunia Qatar 2022 selepas meledak lapan gol sepanjang kejohanan.Hatrik yang dicatatkan Mbappe dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail berjaya mengatasi cabaran kapten Argentina, Lionel Messi dengan tujuh gol.Pemain berusia 23 tahun itu juga telah menjaringkan 12 gol dalam kesemua 14 perlawanan Piala Dunia yang diwakilinya sekali gus menyamai rekod yang dipegang legenda Brazil, Pele.Dalam pada itu, Mbappe juga turut menjadi pemain yang meledak hatrik dalam aksi final Piala Dunia sekali gus mengulangi catatan sama yang dilakukan oleh legenda England, Geoff Hurst pada 1966.Hatrik Hurst menyaksikan England berjaya meraih satu-satunya kejuaraan Piala Dunia pada 1966 selepas The Three Lions menewaskan Jerman Barat 4-2 di London.\"Tahniah kepada Mbappe, apa jua yang berlaku saya sudah mengharungi perjalanan yang hebat,\" tulis Hurst menerusi ciapan di Twitter miliknya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 10:18am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236727/berita/sukan/kekalahan-perancis-umpama-perlawanan-tinju---lloris", "article_title": "Kekalahan Perancis umpama perlawanan tinju - Lloris", "article_text": "KAPTEN Perancis, Hugo Lloris menyifatkan kekalahan final Piala Dunia 2022 kepada Argentina 2-4 dalam penentuan penalti sebagai kejam dan menyamakan perlawanan mendebarkan itu seperti pertandingan tinju.Menurutnya, Argentina lebih bernasib baik kerana mampu tampil cemerlang di penentuan penalti berbanding pasukannya walaupun Perancis telah mempamerkan kebangkitan membanggakan dalam perlawanan tersebut.\"Seperti pertandingan tinju, kami berbalas pukulan, gol demi gol. Kami juga tidak berputus asa untuk bangkit.\"Perlawanan memerlukan pemenang dan ia ditentukan menerusi sepakan penalti. Ia sering kali kejam. Kami pulang tangan kosong,\" katanya.Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas final di Stadium Lusail, Doha berakhir 3-3 selepas masa tambahan.\"Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina yang beraksi satu kejohanan hebat dan satu final hebat,\" katanya.Dalam pada itu, Lloris menyifatkan berakhirnya Piala Dunia Qatar menandakan generasi baharu pasukan Perancis akan memacu pasukan yang sudah semestinya akan diletakkan di bahu penggempur sensasi mereka, Kylian Mbappe.\"Mbappe \"mempamerkan kepimpinan yang baik sepanjang kejohanan terutama pada final,\" katanya.Penjaga gol berusia 36 tahun itu juga masih berfikir mengenai masa depannya selepas melakukan penampilan terbanyak Perancis dengan 145 perlawanan dalam perlawanan akhir tersebut.\"Seperti orang lain, saya perlu berehat seketika, untuk melihat perspektif mengenai beberapa perkara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 09:56am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236724/berita/sukan/messi-bawa-pulang-bola-emas", "article_title": "Messi bawa pulang Bola Emas", "article_text": "PEMAIN bintang, Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas membantu Argentina muncul juara setelah menewaskan Perancis pada aksi final di Stadium Lusail, awal pagi Isnin.Kejayaan itu menyaksikan Messi muncul pemain pertama memenangi dua kali anugerah berkenaan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik pada Piala Dunia 2014 di Brazil.Pemain berusia 35 tahun itu menyumbat dua gol pada aksi final tersebut untuk mengumpul tujuh gol.Messi turut menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti yang menyaksikan Argentina menang 4-2 ke atas Perancis selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga berakhir masa tambahan.Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe pula membawa pulang Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan selepas meledak lapan gol.Dalam pasa itu, penjaga gawang Argentina, Emiliano Martinez meraih anugerah Sarung Tangan Emas apabila dipilih sebagai penjaga gol terbaik.Pemain muda terbaik pula menjadi milik Enzo Fernandez yang berusia 21 tahun.Kemenangan Argentina ke atas Perancis menyaksikan skuad bimbingan Lionel Scaloni itu mencatat gelaran juara Piala Dunia ketiga selepas kejayaan pada edisi 1978 dan 1986.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 09:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236721/berita/sukan/kejuaraan-buat-rakyat-argentina---scaloni", "article_title": "Kejuaraan buat rakyat Argentina - Scaloni", "article_text": "JURULATIH termuda di Piala Dunia 2022, Lionel Scaloni mendedikasi kejuaraan yang diraih di bumi Qatar sebagai hadiah buat rakyat Argentina.Pengendali berusia 44 tahun itu menjadi perancang di sebalik kejayaan Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga masa tambahan dalam aksi final awal pagi Isnin.Scaloni berkata, kejayaan itu perlu dinikmati sepenuhnya oleh seluruh rakyat negara tersebut selepas kali terakhir Argentina memenanginya 36 tahun lalu.Ini adalah detik untuk dinikmati, terutamanya rakyat Argentina,\" kata Scaloni kepada saluran media rasmi Piala Dunia di Doha selepas aksi final yang penuh dramatik di Stadium Lusail.Argentina mendahului dua jaringan pada separuh masa pertama dan 3-2 ketika berbaki seminit sebelum tamat masa tambahan menerusi dua gol Lionel Messi dan satu jaringan Angel Di Maria sekali gus meletakkan pasukan itu di ambang kejuaraan.Bagaimanapun, hatrik Kylian Mbappe membolehkan Perancis kekal bersaing sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Kingsley Coman dan Gonzalo Montiel.Kesemua empat sepakan penalti disempurnakan dengan baik untuk memberikan kejuaraan ketiga buat Argentina selepas kali terakhir mendiang Diego Maradona membantu pasukan itu memenanginya pada 1986.\"Inilah yang berlaku hari ini (Isnin), mereka (Perancis) bertindak balas dan pujian perlu diberikan kepada mereka,\" ujar Scaloni.Pengendali berusia 44 tahun itu turut membimbing Argentina memenangi Copa America tahun lalu sekali gus menamatkan penantian 28 tahun untuk trofi utama.\"Secara keseluruhannya, ia adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk berada di puncak, ia adalah sesuatu yang unik,\" katanya.Scaloni turut memberi penghormatan kepada kedua ibu bapanya.\"Mereka mengajar saya untuk tidak berputus asa dan tidak menentang orang lain sebaliknya terus bergerak ke hadapan. Hari ini, ia membuahkan hasil.\"Saya bertuah berada di sini dan berterima kasih kepada semua,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 09:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236719/berita/sukan/kami-ditakdirkan-jadi-juara", "article_title": "'Kami ditakdirkan jadi juara'", "article_text": "KEJAYAAN Argentina meraih gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Perancis 4-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 adalah sebagai ketentuan takdir.Menjadi tunjang penting di atas kemenangan itu, penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez berkata, aksi final itu sangat rumit, namun takdir menentukan mereka menang.Martinez, 30, menyelamatkan sepakan Kingsley Coman pada penentuan penalti bagi membantu Argentina mencatat kejuaraan ketiga selepas 1978 dan 1986.Ia adalah perlawanan yang sangat rumit, mereka kembali untuk menyamakan kedudukan dalam permainan tetapi ia adalah takdir kami untuk meraih kejayaan,\" katanya.Penjaga gol Aston Villa itu berkata, kejayaan tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana apa yang diimpikan menjadi kenyataan.\"Semua yang saya impikan telah tercapai. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya tenang semasa penentuan sepakan penalti. Semuanya berjalan seperti yang kita mahu.\"Saya masih muda ketika ke England. Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada seluruh ahli keluarga,\" ujar Martinez.Aksi tangkas Martinez di gawang berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 08:35am"} {"author_name": "MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236708/berita/sukan/gegar-bola-2022-bersama-mahsuri-meriah", "article_title": "Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri meriah", "article_text": "SHAH ALAM - Kira\u2013kira seramai 3,000 penonton hadir bagi menyaksikan kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang ditayangkan di sebuah skrin layar gergasi di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini, pada Ahad.Program tontonan Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri itu berjaya menarik pencinta bola sepak daripada pelbagai latar belakang yang mahu merasai kemeriahan acara sukan tersebut yang dianjurkan setiap empat tahun sekali itu.Penonton mula tiba sekitar jam 9 malam untuk memenuhi meja disediakan termasuk yang diletakkan di bahagian pekarangan jalan restoran berkenaan yang menempatkan skrin layar gergasi bagi menyiarkan perlawanan akhir antara Perancis dan Argentina.Salah seorang penonton, Ahmad Nizamuddin Roslam, 25, berkata, acara tontonan bola sepak melibatkan jumlah kehadiran penonton terbesar antara terbesar dia pernah hadiri dianjurkan di sini.\"Sebelum ini pun saya pernah saksikan perlawanan akhir bersama rakan-rakan pada tahun 2018 di restoran mamak sekitar Shah Alam, tapi tidak pernah semeriah dan seramai kali ini,\" katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Ahad.Menurut Ahmad Nizam, suasana yang dilihat pada acara tontonan bola itu dilihat seakan mengembalikan semula kemeriahan pernah dirasai oleh peminat sukan bola sepak di dalam negara ketika sebelum pandemik.Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati ada penonton hadir sanggup berdiri sepanjang perlawanan berlangsung kerana meja dan kerusi disediakan pihak telah kehabisan.Ahmad NizamBagi seorang pekerja pelayan dari Indonesia dari Mohamad Sabrizal Ramalan, 34, berkata, sejak menetap di Seksyen 7, di sini pada tahun 2012, dia sentiasa hadir di setiap acara tontonan bola sepak dianjurkan di kawasan sekitar.\"Sebagai peminat bola sepak, kemeriahan suasana acara tontonan sebegini memang dinantikan oleh saya dan rakan-rakan,\" katanya.Mohamad Sabrizal yang berasal dari Jakarta berkata, kemeriahan acara tontonan iti juga dapat mengubati kerinduannya terhadap tempat asalnya.\"Sebab di rumah saya di Jakarta pun sering kali dianjurkan acara tontonan sebegini jika ada perlawanan besar,\" katanya yang hanya akan pulang ke Indonesia dua tahun sekali.Dalam pada itu, seorang lagi penonton dari India, Majid Khan, 26 berkata, dia teruja dengan semangat ditunjukkan oleh peminat bola sepak di Malaysia.\"Ini merupakan pengalaman yang menarik untuk saya sepanjang berada di sini,\" ujarnya yang baru bekerja sebagai penganalisis perniagaan dan menetap di sini sejak November lalu.Hadir sama pada acara tontonan itu ialahAhli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof; Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz dan Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.Gegar Bola 2022 bersama Mahsuri merupakan anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) dengan kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.Hashim menyampaikan cenderahati kepada Ahli Parlimen Azli Yusof yang turut menyaksikan layar gergasi di Restoran Hakim", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 02:35am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236707/berita/sukan/argentina-tamatkan-kemarau-36-tahun-julang-piala-dunia", "article_title": "Argentina tamatkan kemarau 36 tahun julang Piala Dunia", "article_text": "ARGENTINA akhirnya menamatkan kemarau 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia selepas menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Lusail, Doha pada Ahad.Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat masa tambahan sekali gus menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti.Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez muncul wira menyelamatkan sepakan Kingsley Coman manakala tendangan Aurelien Tchouameni tersasar untuk memastikan Skuad La Albiceleste mengulangi kejayaan menjulang Piala Dunia yang kali terakhir dilakukan mereka pada 1986.Kemenangan itu juga menyaksikan kapten Argentina, Lionel Messi berjaya merangkul trofi tersebut yang belum pernah dimenangi dalam kariernya sebelum bersara daripada kancah kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.Argentina nyata cukup bersedia berbanding Perancis yang juga penyandang juara dalam mengharungi perlawanan akhir tersebut apabila mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan dibunyikan pengadil.Gol pertama Argentina tiba pada minit ke-21 melalui sepakan penalti selepas Ousmane Dembele menjatuhkan Angel Di Maria.Messi yang bertanggungjawab mengambil sepakan tersebut menggunakan segala pengalamannya untuk tenang menewaskan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.Skuad kendalian Lionel Scaloni itu terus garang memburu gol dan berjaya menggandakan kedudukan menerusi serangan balas pantas yang disudahkan dengan cukup sempurna oleh Di Maria pada minit ke-36.Bersambung babak kedua, Argentina terus menampilkan persembahan meyakinkan dengan beberapa siri serangan yang berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan Les Blues.Berbaki 10 minit sebelum perlawanan tamat, Perancis menemui rentak yang dicari-cari selepas pengadil menghadiahkan penalti apabila Randal Kolo Muani dikasari pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi dalam kotak penalti.Penggempur sensasi Perancis, Kylian Mbappe tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-80.Mbappe terus menjadi duri dalam daging buat Argentina apabila menjaringkan gol penyamaan selang seminit kemudian selepas merembat deras hantaran daripada Thuram untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.Messi kembali meletakkan Argentina di depan menerusi gol pada minit ke-108, namun Mbappe sekali lagi hadir meledak penalti kedua pada minit ke-118 sekali gus mencatat hatrik dan mengikat kedudukan 3-3 untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Disember 2022 02:24am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236695/berita/sukan/southgate-kekal-pengendali-england", "article_title": "Southgate kekal pengendali England", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan Gareth Southgate kekal sebagai pengendali England sekalipun skuad kendaliannya tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.\"Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Gareth Southgate akan meneruskan tugas sebagai pengendali England dan akan memacu pasukan bagi kempen Euro 2024.\"Gareth dan (pembantu jurulatih) Steve Holland sentiasa mempunyai sokongan kuat daripada kami dan berada dalam perancangan untuk Euro bermula sekarang,\" kata Ketua Eksekutif FA, Mark Bullingham.Minggu lalu, pengendali berusia 52 tahun itu berkata, dia mahu mengambil masa untuk membuat keputusan mengenai masa depannya selepas kekalahan kepada Perancis.Dengan pengumuman terbaharu yang dibuat FA itu, Southgate kini akan kekal membimbing skuad The Three Lions sehingga Kejohanan Eropah (Euro) 2024.England tidak memenangi kejohanan utama sejak kejayaan Piala Dunia pada 1966 tetapi di bawah kendalian Southgate, mereka mara ke separuh akhir edisi 2018 dan finalis Euro tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 09:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236694/berita/sukan/habuan-lumayan-buat-argentina-perancis", "article_title": "Habuan lumayan buat Argentina, Perancis", "article_text": "PARA peminat mula mencongak pasukan yang bakal muncul juara Piala Dunia Qatar 2022, menjelang sepak mula yang menemukan juara bertahan Perancis dan Argentina pada jam 11 malam ini.Di sebalik kemeriahan final di Stadium Lusail itu, para peminat boleh berkira-kira habuan lumayan yang bakal dibawa pulang sang juara dan pasukan-pasukan lain.Selain bergelar juara, pemenang bakal membawa pulang AS$42 juta (RM185 juta), manakala pasukan yang tewas masih boleh tersenyum dengan habuan AS$30 juta (RM132 juta).Edisi 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia.Sebanyak 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan termasuk tuan rumah, Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay - semuanya memperoleh AS$9 juta (RM39 juta) setiap satu pasukan.Pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 kalah mati termasuk Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland, Korea Selatan bakal memperoleh AS$13 juta (RM57 juta).Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir seperti England, Portugal, Belanda dan Brazil membawa pulang AS$17 juta (RM75 juta).Maghribi yang menamatkan perlawanan di tempat keempat memperoleh AS$25 juta (RM110 juta), manakala Croatia memperoleh AS$27 juta (RM119 juta).Bagi kapten Argentina, Lionel Messi dan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe serta 20 pemain lain, wang bukan buruan utama tetapi gelaran juara lebih berharga.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 08:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236663/berita/sukan/selangor-fc-usik-faisal-halim", "article_title": "Selangor FC 'usik' Faisal Halim", "article_text": "SELANGOR FC memberi bayangan kehadiran 'orang' baharu iaitu pemain sayap pasukan kebangsaan, Faisal Halim ke dalam skuad Gergasi Merah.Bayangan itu diberikan menerusi satu paparan di Instagram Selangor FC yang mengucapkan tahniah kepada pemain skuad Gergasi Merah yang tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada Rabu.Turut dimuatkan ialah sekeping foto yang memaparkan pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal beraksi bersama skuad negara menentang Maldives baru-baru ini.Dalam gambar itu turut terpapar dari sudut belakang pemain berjersi nombor 7 iaitu Faisal yang memakai lilitan kapten.Ia memberi bayangan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu hampir pasti menyarung jersi skuad Gergasi Merah.Sebelum ini berlegar desas-desus yang mengaitkan penghijrahan bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu ke Lembah Klang.Pemain berusia 24 tahun itu dikhabarkan bakal menguatkan jentera serangan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.Spekulasi itu diperkuatkan dengan satu hantaran TFC di media sosial yang mengucapkan selamat maju jaya kepada 12 pemain termasuk Faisal yang akan meninggalkan kelab.Selain Mukhairi, enam lagi pemain Selangor berada dalam skuad bimbingan Kim Pan-gon iaitu kapten Brendan Gan, Norhakim Hassan dan Fazly Mazlan.Turut tersenarai dalam skuad Harimau Malaya ialah Quentin Cheng, Sharul Nazeem dan Aliff Haiqal.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 06:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236639/berita/sukan/adik-safawi-rasid-cetus-teka-teki-sertai-kedah", "article_title": "Adik Safawi Rasid cetus teka-teki sertai Kedah", "article_text": "UBI muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Alfi Rasid memberi bayangan akan menyertai skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia.Pemain remaja itu yang juga adik kepada Safawi Rasid memberi bayangan itu menerusi Instagram Story baru-baru ini.Alfi yang menyarung jersi JDT III untuk Piala Presiden telah meletakkan gambar pintu gerbang yang memperlihatkan logo jata negeri Kedah.Foto tersebut turut disertakan emoji bola sepak dan emoji hijau kuning.Jika perhijrahan Alfi menjadi realiti, ia bakal mengikut jejak abangnya Safawi yang akan bertukar angin dari JDT musim depan apabila bakal dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.Berkelana ke JDT pada akhir 2019, Alfi telah beraksi untuk JDT III bagi menghadapi Piala Presiden.Alfi membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022. - Foto Instagram Alfi RasidDia adalah antara pemain yang membantu JDT III menjuarai Piala Presiden 2022 selepas menewaskan Sri Pahang Ogos lalu.Sebelum menyertai JDT, Alfi aktif dengan bola sepak secara amatur di Terengganu.Dia membantu pasukannya, Dspex FC muncul juara Liga Premier bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL) pada tahun 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 03:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236613/berita/sukan/de-la-fuente-gagal-yakinkan-busquets-tarik-hasrat-bersara", "article_title": "De la Fuente gagal yakinkan Busquets tarik hasrat bersara", "article_text": "PENGENDALI Sepanyol, Luis de la Fuente gagal meyakinkan Sergio Busquets untuk menarik kembali hasrat bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan.Pemain berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraan selepas La Roja tersingkir di peringkat 16 terbaik kepada Maghribi baru-baru ini.\"Sangat kecewa sekiranya dia mahu bersara pada tahap ini, tetapi saya tetap akan menghormati keputusannya.\"Dia adalah salah seorang pemain terpenting dalam bola sepak Sepanyol kerana apa yang telah dia capai di atas padang.\"Saya mendapat keistimewaan menerima panggilan semalam yang mana dia memberitahu saya bahawa dia telah membuat keputusan itu.\"Saya cuba meyakinkannya untuk tidak bersara, tetapi dia seorang pemain yang mempunyai pandangan yang jelas dan dia telah membuat keputusan.\"Tetapi bola sepak tetap diteruskan dan kami perlu memikirkan masa depan. Ada pemain yang mampu mengisi kekosongan itu seperti Rodri.\"Kami menilai pemain lain dan pasti akan ada yang layak. Masih ada masa sehingga Mac untuk melihat kemampuan pemain,\" katanya.De la Fuente akan memulakan tugas mengemudi Sepanyol dalam kelayakan Euro 2024 menentang Norway dan Scotland pada Mac.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 01:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236607/berita/sukan/mertesacker-tolak-spekulasi-sertai-skuad-jerman", "article_title": "Mertesacker tolak spekulasi sertai skuad Jerman", "article_text": "BEKAS pemain pertahanan Jerman, Per Mertesacker memberi bayangan mungkin tidak mempertimbangkan untuk mengurus pasukan kebangsaan itu yang tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.Beliau memberitahu mempunyai banyak tugasan di Arsenal dan gembira untuk terus berada di England.Mertesacker ialah pengurus akademi di Arsenal dan dianggap sebagai 'individu yang sempurna untuk tugas itu' ketika Jerman mencari pengarah pasukan kebangsaan yang baharu.Pandangan itu diluahkan bintang Real Madrid, Toni Kroos yang juga bekas rakan sepasukan antarabangsa Mertesacker.Mertesacker memberitahu Sky Sport pada Sabtu tentang keseronokannya terhadap peranannya di England.Pengarah pasukan kebangsaan kosong selepas Oliver Bierhoff melepaskan jawatan tersebut setelah Jerman tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.Saya sangat gembira di England dan saya bertanggungjawab ke atas akademi remaja. Banyak yang perlu dilakukan di sana.\"Kami sangat komited dan cuba memperkenalkan bakat muda serta memberi mereka nilai tertentu. Ia sangat penting bagi saya,\" ujar Mertesacker.Mengulas kemungkinan ada perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengenai perkara itu, Mertesacker enggan membuat sebarang spekulasi.\"Saya belum lagi bercakap apa-apa, jadi saya tidak mahu membuat spekulasi. Kami semua berminat dengan bola sepak Jerman dan mempunyai banyak tawaran pada masa hadapan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 01:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236595/berita/sukan/misi-terakhir-emas-olimpik-paris-2024---azizulhasni", "article_title": "'Misi terakhir emas Olimpik Paris 2024' - Azizulhasni", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tekad terus berjuang untuk mencapai misi terakhirnya menggapai pingat emas di Sukan Olimpik Paris pada 2024 nanti.Menurutnya, walaupun menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami masalah jantung yang berisiko tinggi menyebabkan degupan terhenti secara mengejut, ia bukan halangan untuk beliau merealisasikan peluang emas di temasya terbesar dunia itu.Walaupun menjalani pembedahan jantung pada awal tahun ini, saya tidak melihat ianya menjadi halangan buat saya terus berjuang untuk negara dan beraksi di Olimpik Paris 2024 nanti Insya-Allah.\"Sudah tentu juga masih dengan misi (terakhir) untuk menggapai pingat emas,\" katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.Mohd Azizulhasni yang masih segar dengan kejayaan meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia pada Sabtu mengakui gembira dengan kejayaannya itu.Beliau berkata, kejayaan dalam acara pecut dan kedua dalam acara keirin memberikan mata penting untuknya layak ke Nation Cup awal tahun hadapan yang merupakan proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\"Saya juga melihat ada peningkatan yang sangat drastik dalam prestasi saya berbanding pada perlumbaan pertama saya di UCI TCL dahulu, syukur.\"Ini jelas menunjukkan jika kita sentiasa berusaha dengan gigih tanpa rasa berputus asa, kejayaan itu akan pasti berdamping dengan kita tidak kira tua atau muda Insya-ALLAH,\" katanya.Selain itu, beliau juga mengakui bangga kerana dapat mengharungi perlumbaan tersebut walaupun perlu menguruskan semua persiapan sendirian tanpa bantuan sesiapa.\"Sayalah atlet, sayalah mekanik, sayalah 'helper diri' saya dan sayalah jurulatih sendiri. Bukan mudah berlumba di peringkat tertinggi dan perlu uruskan semua perkara ini kerana masa pemulihan adalah amat kritikal, setiap saat sangat bermakna.\"Ditambah dengan usia pertengahan 30-an ini, proses recovery agak perlahan dan tidak seperti ketika di usia 20-an dahulu.\"Saya melakukan 'warm-up' seorang diri, saya tukar 'gearing' sendiri dan pelbagai perkara saya lakukan secara multitasking ketika perlumbaan berlangsung dan ini adalah kali pertama saya perlu berhadapan dengan cabaran sebegini rupa, pada usia sebegini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 12:21pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236587/berita/sukan/ounahi-sasaran-kelab-gergasi-eropah", "article_title": "Ounahi sasaran kelab gergasi Eropah", "article_text": "PEMAIN tengah Maghribi, Azzedine Ounahi menjadi sasaran kelab gergasi Eropah selepas tampil memukau dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022.Ounahi yang bermain bersama kelab Ligue 1, Angers menjadi antara pemain penting dalam membawa The Atlas Lions sehingga mara ke peringkat separuh akhir di Qatar.Presiden Angers, Said Chabane mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa kelab Eropah yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu apabila jendela perpindahan dibuka Januari nanti.\"Kami menerima banyak tawaran daripada kelab besar dan sederhana. Kelab itu daripada negara seperti Itali, Sepanyol, England dan Perancis.\"Kami akan melihat tawaran sesuai pada Januari, namun kami juga tidak kisah jika Ounahi mahu kekal sehingga akhir musim,\" katanya.Beberapa kelab besar seperti Barcelona, Inter Milan, Juventus, Lyon dan Paris Saint-Germain telah menghantar wakil untuk menilai Ounahi sejak setahun lalu.Kelab dari England, Leicester City, Newcastle united, Southampton, West Ham dan Wolves juga dilaporkan berminat dengan pemain tengah itu.Menurutnya, kelab-kelab tersebut sudah memerhati Ounahi sebelum kempen Piala Dunia lagi dan minat mereka terhadap pemain itu makin mendalam selepas aksi cemerlang di Qatar.Angers ketika ini berada di kedudukan tercorot Ligue 1 dengan hanya lapan mata daripada 15 perlawanan dan memahami kesukaran untuk mengekalkan khidmat Ounahi di kelab tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 11:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236577/berita/sukan/kami-pulang-dengan-rasa-bangga", "article_title": "'Kami pulang dengan rasa bangga'", "article_text": "MAGHRIBI tidak seharusnya rasa kecewa walaupun gagal mengakhiri saingan Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga selepas tewas kepada Croatia 1-2 dalam perlawanan penentuan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Pertahanan The Atlas Lions, Achraf Hakimi berkata, pasukan itu sudah mencipta satu sejarah sekali gus meletakkan pasukan sebaris dengan pasukan hebat dunia yang lain.\"Kami mahu mendapat tempat ketiga untuk memberi kegembiraan kepada peminat kami selepas perjalanan hebat yang kami lakukan seperti mara ke separuh akhir dan bermain di tempat ketiga dan keempat.\"Kami perlu gembira dan bangga. Kami tidak dapat memberikan kemenangan terakhir ini, tetapi kami pulang dengan rasa bangga,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Croatia mendahului menerusi Josko Gvardiol pada minit ketujuh sebelum Maghribi mengikat kedudukan dua minit kemudian melalui Achraf Dari.Mislav Orsic memastikan kemenangan buat finalis 2018 itu melalui jaringan lencong menarik pada minit ke-42.Dalam pada itu, Hakimi menegaskan perjalanan cemerlang pasukannya itu bukan sahaja untuk kebanggaan rakyat Maghribi tetapi juga kepada benua Afrika.\"Ini bukan sahaja untuk Maghribi, ia dari benua dan seluruh negara yang menyokong kami. Kami telah memasang impian dan pencapaian tinggi. Kami berbangga dengan kerja yang telah kami buat.\"Semua pemain berhak menerima sambutan hebat. Di Maghribi mereka sangat gembira dan sangat bangga. Bukan mudah untuk mara ke separuh akhir. Terdapat pasukan hebat yang belum pernah ke sana,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 10:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236574/berita/sukan/southgate-mahu-kekal-latih-england", "article_title": "Southgate mahu kekal latih England", "article_text": "BIARPUN gagal membawa England pergi jauh dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022, pengendalinya, Gareth Southgate mahu terus memegang jawatan itu sehingga tamat Kejuaraan Eropah 2024.Media Inggeris melaporkan, Southgate, 52, akan memaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengenai hasratnya itu sebelum Krismas.Bagaimanapun FA belum memberikan maklum balas berhubung perkara tersebut.England tersingkir dalam saingan suku akhir di Qatar selepas kalah 1-2 kepada Perancis.\"Setiap kali selepas tamat kejohanan, anda memerlukan masa untuk membuat keputusan tepat.\"Anda akan merasai emosi berbeza ketika ini,\" kata Southgate.Southgate membimbing England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dan final Euro 2020 tahun lalu.Pada November tahun lalu Southgate menandatangani kontrak baharu sehingga penghujung 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 10:35am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236572/berita/sukan/gangsa-bagaikan-emas-buat-croatia", "article_title": "Gangsa bagaikan emas buat Croatia", "article_text": "PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic berbangga dengan prestasi yang dipamerkan para pemainnya selepas menewaskan Maghribi 2-1 sekali gus menamatkan cabaran Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga.Menurutnya, biarpun gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti edisi Piala Dunia lalu, pencapaian yang dicapai The Blazers kali ini memberangsangkan.\"Ia adalah pingat gangsa tetapi bagi kami ia seperti pingat emas. Ia adalah perlawanan yang sukar dan hebat. Maghribi berjuang hingga minit terakhir walaupun kepenatan.\"Maghribi seharusnya bangga dan mereka mengingatkan saya kepada apa yang kami lalui empat tahun lalu.\"Gangsa ini untuk rakyat Croatia dan ia sesuatu yang amat membanggakan,\" katanya.Croatia yang merupakan pilihan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga itu meraih kemenangan menerusi gol Josko Gvardiol dan Mislav Orsic.Dalic berkata, Croatia mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak pada masa akan datang walaupun bakal kehilangan beberapa pemain senior yang akan bersara.\"Ya, ini adalah perlawanan Piala Dunia terakhir buat beberapa pemain kami kerana usia mereka dan beberapa aspek. Tetapi, kami ada pemain muda juga yang akan menjadi tunjang Croatia.\"Kami mempunyai ramai pemain muda di bangku simpanan, tetapi mereka tidak dapat berada pada tahap terbaik tanpa sokongan pemain senior.\"Pemain senior masih berkeyakinan dan mereka memastikan pemain muda ini matang. Kami mempunyai sekolah bola sepak yang baik untuk masa depan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 10:26am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236570/berita/sukan/modric-luah-hasrat-terus-beraksi", "article_title": "Modric luah hasrat terus beraksi", "article_text": "KEJAYAAN Croatia meraih tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa awal pagi Ahad mengubah fikiran kaptennya, Luka Modric.Pemain berusia 37 tahun itu mendedahkan dia akan meneruskan kerjaya antarabangsanya sehingga 2023 dalam usaha mereka untuk memenangi Liga Negara-Negara.Modric meraikan penampilan ke-162 di peringkat antarabangsa dengan kemenangan ke atas Maghribi empat tahun selepas membantu Crotia muncul naib juara Piala Dunia di belakang Perancis.Croatia akan berusaha untuk merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara pada Jun 2023 dalam kejohanan yang turut menampilkan Belanda, Itali dan Sepanyol.\"Itu rancangannya,\" ujar Modric mengulas sama ada dia berhasrat untuk terus bermain di peringkat antarabangsa.Modric berkata, peluang untuk beraksi lagi tidak akan dilepaskan dan selepas itu beliau akan berfikir semula mengenai masa depannya.\"Adalah mengarut jika tidak bermain dalam Liga Negara-Negara dan kemudian kita akan lihat bagaimana seterusnya. Saya pasti mahu kekal untuk beraksi di Liga Negara-Negara,\" ujar Modric.Croatia tewas kepada Argentina yang diinspirasikan oleh pemain bintang, Lionel Messi pada separuh akhir Piala Dunia.Bagaimanapun Modric menegaskan bahawa pasukannya sudahpun mengukuhkan nama mereka dalam kalangan pasukan handalan dalam arena bola sepak dunia.\"Kami mencapai sesuatu yang besar dalam bola sepak Croatia. Kami mahukan emas dan kami semakin hampir.\"Akhirnya kami kembali ke Croatia sebagai pemenang. Croatia bukan satu keajaiban yang muncul setiap 20 tahun.\"Kami membuktikan bahawa kami sentiasa berjaya dan tidak boleh dilihat sebagai kuda hitam tapi sebagai suasa besar bola sepak,\" katanya.Biarpun Modric meluahkan hasrat untuk terus bermain di peringkat antarabangsa, jurulatih Zlatko Dalic mengakui masa akan terus berjalan untuk pemain senior yang lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 10:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236568/berita/sukan/pasukan-afrika-mampu-julang-piala-dunia---regragui", "article_title": "Pasukan Afrika mampu julang Piala Dunia - Regragui", "article_text": "KEJAYAAN Maghribi mara ke kelompok empat pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 memberi petanda positif buat benua Afrika.Jurulatihnya, Walid Regragui percaya pasukan dari benua Afrika akan memenangi Piala Dunia dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi.Maghribi yang menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia, tewas 2-1 dalam penentuan tempat ketiga kepada naib juara 2018, Croatia.Piala Dunia seterusnya pada tahun 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bakal dilebarkan kepada 48 pasukan.Justeru benua Afrika bakal mempunyai sembilan slot - daripada lima ketika ini.\"Menerusi sembilan pasukan, kami akan dapat belajar. Dalam 15 atau 20 tahun, saya pasti pasukan Afrika akan memenangi Piala Dunia kerana kami sudah mempelajarinya.\"Kami mempunyai peringkat untuk dilalui. Kami perlu bermula dari situ dengan kerja keras dan keazaman. DNA ini bukan saja dibina untuk Maghribi, tetapi seluruh benua,\" ujar Regragui.Maghribi menjuarai peringkat kumpulan yang turut dibarisi Croatia dan Belgium, sebelum menewaskan Sepanyol dan Portugal untuk mara ke pusingan empat terbaik.Pengembaraan mereka tamat di separuh akhir selepas kalah kepada juara bertahan, Perancis, tetapi Regragui menggesa pemain-pemainnya menebus kekecewaan itu di Piala Negara-Negara Afrika tahun depan.\"Saya beritahu para pemain di bilik persalinan, jika anda mahu melakar sejarah, anda perlu memenangi Piala Negara-Negara Afrika. Kita perlu menguasai benua kita,\" katanya.Maghribi hanya pernah menjuarai kejohanan itu pada tahun 1976, tetapi persembahan mereka di Piala Dunia membuktikan kebangkitan di bawah kendalian Regragui yang hanya dilantik sejak Ogos lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 09:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236556/berita/sukan/piala-aff-layak-final-sasaran-terbaik", "article_title": "Piala AFF: Layak final sasaran terbaik", "article_text": "PENTAS perlawanan akhir merupakan indeks petunjuk prestasi perlu ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada skuad Harimau Malaya apabila menyingkap saingan kejuaraan Piala AFF 2022 minggu depan.Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, sasaran mara ke final pentas kejuaraan berstatus Raja Bolasepak Asia Tenggara itu merupakan sesuatu yang positif agar ia diiringi kesungguhan seluruh pasukan Harimau Malaya.Menurutnya, seharusnya badan induk itu meletakkan sasaran tinggi pada era semua pasukan di rantau Asia Tenggara kini berlumba-lumba memajukan pasukan masing-masing.\u201cFAM sebenar tidak perlu lagi meletakkan sasaran selamat untuk skuad negara yang dalam persiapan rapi mengharungi pusingan akhir Piala Asia tahun depan.\u201cBoleh sahaja kita meletakkan sasaran rendah seperti separuh akhir tetapi adakah itu pencapaian yang kita mahu untuk skuad kebangsaan yang sepatutnya telah diserap dengan elemen 'daya saing' yang tinggi dan padu.\u201cSasaran tinggi setidak-tidaknya mara ke perlawanan akhir merupakan satu suntikan motivasi dan cabaran tinggi, namun ia bukan dianggap bebanan kepada para pemain negara, kalau di tahap serantau ini sudah dianggap bebanan, bagaimana kita nak berjaya di tahap Asia? \" soalnya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Laporan Sukan Sinar pada Khamis.Sukan Sinar pada Khamis lalu melaporkan saranan jurulatih berpengalaman tempatan, Wan Jamak Wan Hasan supaya sasaran skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon diletakkan pada tahap tinggi pada kejuaraan dwi tahunan tersebut walaupun dibarisi kebanyakan muka baharu kali ini.Jelas Pekan lagi, sasaran tinggi juga perlu diletakkan biarpun tahu skuad berkenaan masih belum cukup mantap sekalipun mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives sebelum ini.\u201cDua kemenangan ke atas Kemboja dan Maldives itu memberikan sedikit petanda bahawa skuad baharu negara ini boleh mengadun ramuan Kim Pan-gon dalam memberi saingan di pentas Piala AFF.\u201cPada ketika ini kita dapat lihat keterujaan dalam kalangan para pemain baharu untuk menggalas cabaran negara di Piala AFF, jadi seharusnya sasaran tinggi seiring dengan keazaman mereka untuk membuktikan sesuatu kepada negara.\u201cCapai atau tidak capai sasaran pentas perlawanan akhir itu merupakan perkara kedua, yang penting sasaran ke final adalah yang relevan,\u201d katanya.Mengenai harapan para penyokong pula, Pekan tidak menafikan para pemain ke-12 negara meletakkan harapan tinggi kepada skuad Pan-gon di kejuaraan Piala AFF.Namun tegas Pekan lagi, arena bola sepak Malaysia ini terdapat kelompok penyokong yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan penyokong iaitu yang membawa aura positif dan negatif.\u201cAda penyokong yang positif dan menyedari kemampuan skuad kebangsaan berada di tahap mana berdasarkan situasi semasa dan kumpulan ini tidak mengkritik sembarangan.\u201cSatu kumpulan lagi yang agak negatif dan kalau Harimau Malaya menang mereka akan puji melangit tetapi apabila kalah akan menghentam bagai nak runtuh langit, itu saja.\u201cJadi untuk kejuaraan Piala AFF 2022, dua kumpulan penyokong ini perlu memahami perkara asas bahawa skuad ini bukan skuad terbaik yang dapat dikumpulkan Pan-gon, namun saya percaya Faizal Halim dan rakan lain akan bermain sepenuh jiwa demi lencana serta maruah Malaysia,\u201d katanya.Dalam masa sama Pekan meminta para pemain ke-12 negara untuk melihat pada sudut jangka panjang pembentukan skuad Harimau Malaya yang baharu ini.\u201cKita perlu kembali kepada realiti bahawa Pan-gon kehilangan lebih 12 pemain tonggak Harimau Malaya sebelum pembentukan skuad baharu bagi cabaran Piala AFF.\u201cDi sebalik itu para pemain yang terpilih menggalas cabaran pasukan negara perlu menggunakan peluang bersaing dengan gergasi besar Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand.\u201cBiarpun apa keputusan yang diraih skuad negara pada kejuaraan dwi tahunan itu nanti, setidak-tidaknya Pan-gon sudah memiliki pilihan pemain yang lebih besar untuk persediaan mengharungi pusingan akhir Piala Asia tahun depan berbanding sebelum ini,\u201d katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236551/berita/sukan/croatia-ketiga-terbaik-piala-dunia-2022", "article_title": "Croatia ketiga terbaik Piala Dunia 2022", "article_text": "CROATIA muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Maghribi 2-1 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan skuad The Blazers selepas gagal mengulangi pencapaian mara ke final seperti yang dilakukan pada Piala Dunia 2018 di Rusia.Manakala bagi Maghribi, keputusan di Piala Dunia 2022 adalah pencapaian terbaik mereka apabila mampu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik dalam temasya bola sepak terbesar dunia ini.Croatia yang diletakkan sebagai pasukan pilihan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain pertahanan, Josko Gvardiol pada minit ketujuh.Bagaimanapun, Maghribi tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan dua minit kemudian selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terbias pemain tengah Croatia, Lovro Majer dan disambar Achraf Dari untuk menjadikan kedudukan 1-1.Croatia menunjukkan kualiti mereka apabila kembali mendahului menerusi sepakan lencong menarik Mislav Orsic pada minit ke-42.Skuad kendalian Walid Regragui mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua, namun ketangkasan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menafikan usaha pemain Maghribi.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Disember 2022 01:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236540/berita/sukan/azizulhasni-sambar-emas-di-melbourne", "article_title": "Azizulhasni sambar emas di Melbourne", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih pingat emas acara pecut pada edisi ke-125 Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, pada Sabtu.Pada perlumbaan di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Azizulhasni, yang telah menjalani pembedahan jantung, April lalu, menewaskan pelumba Kelab Berbasikal Blackburn, Sam Gallagher, di final.Terdahulu itu, Azizulhasni mencatatkan masa 9.766 saat pada pusingan kelayakan sebelum menyingkirkan pelumba New Zealand, Sam Dakin, dalam saingan separuh akhir.Dalam catatan Instagramnya, beliau tidak menjangkakan persembahan yang baik dalam acara tersebut.\"Saya sangat terkejut kerana melakukan masa yang baik pada pusingan kelayakan. Saya berasa baik pada pusingan akhir, melakukan kayuhan biasa sahaja dan menang dengan selesa,\" katanya.Pelumba bergelar 'The Pocket Rocketman' masih mempunyai peluang menambah kilauan emas apabila bakal bersaing dalam acara kegemarannya, keirin, perlumbaan 1 kelas UCI.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 08:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236522/berita/sukan/messi-sekali-lagi-jejak-kaki-ke-final-piala-dunia", "article_title": "Messi sekali lagi jejak kaki ke final Piala Dunia", "article_text": "BINTANG Argentina, Lionel Messi sekali lagi akan menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dalam misi memburu kejuaraan, selepas memperoleh pingat perak bersama La Albiceleste pada 2014.Argentina dijadual menentang juara bertahan Perancis di Stadium Lusail, Qatar pada Ahad.Qatar mungkin menjadi pentas terakhir untuk Messi yang kini berusia 35 tahun, dengan kejohanan Piala Dunia seterusnya dijadualkan pada 2026.Pemenang anugerah Ballon d'Or tujuh kali itu telah memenangi setiap trofi utama bersama pasukan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).Messi membantu Argentina memenangi trofi Copa America pada 2021 ketika bersama pasukan kebangsaan. Kejohanan itu adalah kejohanan bola sepak terunggul untuk pasukan kebangsaan Amerika Selatan.Messi telah bermain untuk Argentina sejak 2005 dan menjaringkan 96 gol dalam 171 penampilan di peringkat antarabangsa.Perlawanan akhir 2022 akan menyaksikan pertembungan antara rakan sepasukan PSG, Messi dan Kylian Mbappe.Argentina, antara pasukan gergasi bola sepak Amerika Selatan memenangi dua kejohanan Piala Dunia pada 1978 dan 1986.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 06:49pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236502/berita/sukan/bekas-pemain-kebangsaan-era-90-an-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas pemain kebangsaan era 90-an meninggal dunia", "article_text": "BEKAS pemain kebangsaan era 1990-an, Salahuddin Che Ros telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 53 tahun, pada Sabtu.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika berkongsi perkhabaran itu berkata, Allahyarham yang merupakan anggota skuad Barcelona Babes 1992 turut pernah menyarung jersi Pahang dan Pulau Pinang.\u201cSemoga ALLAH SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,\u201d kata badan induk bola sepak negara itu di laman sosialnya pada Sabtu.Untuk rekod, Allahyarham Salahuddin bermain di posisi pertahanan skuad Barcelona Babes yang dibentuk khas FAM pada 1990 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 1992.Namun kegagalan projek itu menyaksikan skuad tersebut dibubarkan dan semua pemain pulang mewakili pasukan negeri masing-masing.Namun Allahyarham Salahuddin disambar Pahang menyaksikan selepas dua tahun bersama Tok Gajah, berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 1992, sebelum kembali bersama Pulau Pinang pada 1994.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 05:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236504/berita/sukan/dbkl-ht-mohc-mha-buat-perhitungan-di-final", "article_title": "DBKL HT, MOHC-MHA buat perhitungan di final", "article_text": "PASUKAN Hoki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL HT) dan Pasukan Hoki Melaka (MOHC-MHA) akan membuat perhitungan apabila kedua-dua pasukan bertemu di final Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL) kategori wanita yang akan berlangsung pada Ahad.DBKL HT yang juga juara bertahan mara selepas membelasah BNHC KL, 9-1 manakala MOHC-MHA menewaskan ATM Gladiator 6-3 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu.Turun selaku juara kumpulan, DBKL HT nyata bukan tandingan walaupun BNHC KL terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Noorzubaidah Naszemi pada minit pertama perlawanan.DBKL HT tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Fazilla Slyvester Silin meledak dua gol pada minit ke-3 dan ke-12 disusuli dua gol lagi daripada Iren Hussin minit ke-15 dan ke-21.Pasukan ibu kota itu terus garang menambah gol menerusi Nor Izaidah Ibrahim minit ke-23, Nur Atira Mohaad Ismail (m-26), Fazilla Slyvester (m-33), Raja Norsharina Raja Shabuddin (m-35) dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (m-37) untuk mengesahkan kemaraan ke final.Dalam satu lagi aksi separuh akhir, MOHC-MHA turut mara dengan jaringan besar walaupun menerima tentangan sengit daripada ATM Gladiator.MOHC-MHA bermula baik dengan lima jaringan dihasilkan pada suku pertama dan kedua menerusi Nor Syafiqah Mohd Zain pada minit ke-4, Liyana Aqilah Mohd Sapawi (m-10), Nurul Safiqah Mat Isa (m-12 dan m-17) dan Norshafiqa Ishak (m-20).ATM Gladiator cuba memberikan tentangan dan berjaya meledak dua gol menerusi Izzuin Ismail pada minit ke-22 sebelum Rosmah Asrin menggandakan kedudukan empat minit berselang.Namun, MOHC memadam usaha kebangkitan ATM Gladiator menerusi gol Nuraslinda Said pada minit ke-38 sekali gus membawa ATM Gladiator menempah pertemuan dengan DBKL HT sekali gus menjadi perlawanan akhir ulangan tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 05:03pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236501/berita/sukan/piala-dunia-kelab-tampilkan-32-pasukan", "article_title": "Piala Dunia Kelab tampilkan 32 pasukan", "article_text": "PIALA Dunia Kelab 2025 akan menampilkan 32 pasukan, menjadikan formatnya seperti Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata, kejohanan itu yang kini membabitkan tujuh pasukan tersebut akan diadakan setiap empat tahun sekali dilihat akan meningkatkan lagi pendapatan badan sukan global itu.Katanya, FIFA menjangkakan pendapatan sebanyak AS$11 bilion (RM48.67 bilion) untuk tempoh empat tahun antara 2022 dan 2026, namun itu tidak termasuk format Piala Dunia Kelab baharu pada 2025.\u201cAngka 11 bilion ini tanpa Piala Dunia kelab (pada 2025). Pada penghujung empat tahun kami akan membuat lebih banyak pendapatan,\u201d kata Infantino pada sidang akhbar.Pada masa ini pasukan teratas setiap pertandingan benua serta juara kebangsaan tuan rumah bertarung untuk merebut gelaran Piala Dunia Kelab.Untuk rekod, kesatuan global untuk pemain bola sepak profesional (FIFPRO) memberi reaksi negatif terhadap keputusan itu.\u201cFIFPRO mengambil perhatian dengan mengejutkan keputusan Majlis FIFA hari ini berhubung kalendar perlawanan antarabangsa untuk bola sepak lelaki dan wanita yang boleh membawa kesan serius dan memburukkan lagi tekanan terhadap kebajikan dan pekerjaan pemain.\u201cWalaupun persefahaman FIFPRO dicapai dengan FIFA minggu lalu bahawa rundingan bersama kalendar perlawanan antarabangsa akan berlangsung sebelum Kongres FIFA pada Mac 2023, keputusan ini diambil secara unilateral tanpa berunding secara serius, apatah lagi bersetuju, dengan pemain,\u201d katanya dalam satu kenyataan.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 05:01pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236467/berita/sukan/kbs-rangka-tindakan-isu-tunggakan-gaji-pemain", "article_title": "KBS rangka tindakan isu tunggakan gaji pemain", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan merangka tindakan bagi meneliti permasalahan yang membelenggu pengurusan bola sepak di negara ini termasuk Harimau Melaka FC membabitkan isu tunggakan gaji pemain.Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, langkah itu penting bagi mencari punca kelab yang sebelum ini dikenali Melaka United FC gagal menjelaskan gaji pemain sama ada disebabkan penaja menarik diri atau sebaliknya.Menurutnya, sebelum diwujudkan pelan tindakan itu, kementerian akan bertemu serta berbincang dengan pihak pengurusan kelab agar terdapat kaedah terbaik dalam penyelesaian masalah yang telah berlanjutan beberapa bulan itu.\"Kalau penajaan ditarik dan sebagainya kena cari penaja lain, kena selesaikan masalah sebenar, selidik betul-betul dan perlu duduk berbincang.\"Perlu ada rangka tindakan untuk selesaikan isu tunggakan gaji ini yang berulang dalam sukan bola sepak,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Melaka Open Speed Skating Challenge 2022 di Stadium Fatimah di sini pada Sabtu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, masalah tunggakan gaji pemain sememangnya dalam pengetahuan beliau, namun ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian untuk mengeluarkan sebarang arahan pembayaran gaji kerana kelab Harimau Melaka FC di bawah pengurusan pihak swasta.\"Masalah ini ada jalan keluar, hanya perlu datang dengan solusi tepat, kena ada kerjasama yang baik dalam kalangan penggerak sukan untuk memastikan isu ini tidak berulang,\u201d katanya lagi.Media sebelum ini melaporkan kelab bola terbabit didakwa gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan isu tersebut memuncak pada penghujung saingan Liga Super.Selain itu beberapa pemain turut meminta pertolongan daripada penaung pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 01:58pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236445/berita/sukan/perancis-enggan-beri-peluang-messi-julang-piala-dunia", "article_title": "Perancis enggan beri peluang Messi julang Piala Dunia", "article_text": "PERANCIS tidak akan memberikan peluang kepada Argentina dan Lionel Messi menjulang Piala Dunia apabila dalam pertemuan kedua-dua pasukan di perlawanan akhir pada Ahad.Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele menegaskan pasukan Les Blues itu mahu mempertahankan trofi yang dimenangi mereka pada 2018 itu.Malah, Perancis tidak akan bersimpati terhadap Lionel Messi walaupun perlawanan akhir pada Ahad adalah peluang terakhir buat bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu untuk memenangi Piala Dunia.\"Messi adalah seorang yang baik dan saya mempunyai pengalaman baik dengannya dan saya gembira dapat bermain bersamanya di Barcelona.\"Saya fikir semua orang mahu menang Piala Dunia. Memang benar Messi masih belum menang trofi tersebut, tetapi kami di sini untuk mewakili negara.\"Ia akan menjadi satu perlawanan yang besar dan saya harap Perancis akan menang. Kami adalah Perancis, kami berjuang untuk negara kami, pasukan kami, untuk melengkapkan tugas selepas apa yang kami lakukan untuk layak ke sini,\" katanya.Dalam pada itu, Dembele juga mengakui Perancis mempunyai pengalaman yang lebih baik berbanding Argentina terutama dalam perlawanan akhir.\"Mungkin kali ini lebih ramai pemain dengan semangat yang 'gila'. Tetapi, ia satu suasana yang hebat dan saya tidak boleh membandingkannya. 2018 adalah kali pertama kami menang Piala Dunia selepas 20 tahun dan perasaan itu tidak sama.\"Pasukan kali ini lebih tenang dan kami akan melakukan persediaan rapi untuk mengharunginya. Ia tidak mudah untuk menewaskan Argentina.\"Mereka pasukan yang bagus, tetapi kami akan hadir dalam perlawanan ini berdasarkan pengalaman,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 11:16am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236439/berita/sukan/pasukan-lebih-penting", "article_title": "'Pasukan lebih penting'", "article_text": "PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps enggan dirinya dijadikan tumpuan walaupun berpeluang mencipta sejarah menjadi jurulatih yang memenangi dua kali Piala Dunia sekiranya berjaya menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir pada Ahad.Deschamps berkata, perkara lebih mustahak adalah memastikan Perancis berjaya memenangi Piala Dunia apatah lagi kemaraan pasukan itu disumbangkan oleh kecemerlangan semua pemain.\"Saya bukan perkara penting di sini sebaliknya pasukan. Sudah tentu saya bangga dan kami semua tahu bahawa berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan di perlawanan akhir.\"Ia pencapaian yang sudah cukup baik. Kami akan melakukan segala yang boleh untuk memastikan kami bergembira pada Ahad nanti.\"Saya tidak memikirkan sangat mengenai diri saya. Saya gembira dengan fakta kami mempunyai kejayaan seperti ini,\" katanya.Deschamps berpeluang melakar sejarah menjadi jurulatih memenangi dua Piala Dunia selepas era Perang Dunia ke-II seandainya mampu menundukkan Argentina Ahad ini.Deschamps adalah pengendali keempat memimpin sebuah negara di final Piala Dunia berturut-turut selepas Vittorio Pozzo (Itali), Carlos Bilardo (Argentina) dan Franz Beckenbauer (Jerman Barat).Pengendali berusia 54 tahun itu juga pernah beraksi untuk Perancis dan memenangi Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah pada tahun 2000.Sebagai jurulatih, Deschamps memimpin Perancis ke final Euro pada 2016, namun tewas tipis kepada Portugal dalam masa tambahan.Kemudian, dia membawa skuad Les Bleus itu ke final Piala Dunia 2018 dan berjaya menjulang kejuaraan selepas mengatasi Croatia.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 10:26am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236438/berita/sukan/argentina-miliki-ramuan-juarai-piala-dunia", "article_title": "Argentina miliki ramuan juarai Piala Dunia", "article_text": "LEGENDA Argentina, Gabriel Batistuta percaya pasukan La Albiceleste itu berada pada prestasi terbaik untuk menundukkan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad sekali gus muncul juara.Menurutnya, kelibat Lionel Messi yang berada pada tahap terbaik permainannya juga memberikan kelebihan kepada Argentina menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1986.\"Saya menjangkakan dia lebih tenang, tetapi dia bermain seperti pemain berusia 20 tahun. Ia kerana Messi mahukan kejuaraan dan dia ada di sini untuk menang piala.\"Itu semangat yang pasukan perlukan dan Messi menyebarkan semangat itu kepada semua pemain. Argentina mempunyai segalanya untuk menang piala ini.\"Ada sesuatu dalam suasana pasukan iaitu tenaga positif untuk kejuaraan itu menjadi milik Argentina,\" katanya.Dalam pada itu, Batistuta juga tidak kisah rekod penjaring terbanyak buat Argentina di Piala Dunia yang dipegangnya sebelum ini telah dipecahkan oleh Messi.\"Ia tidak melukakan hati saya dan Messi layak mendapatkannya.\"Messi bukan makhluk asing, dia adalah manusia yang bermain bola sepak lebih baik daripada orang lain. Apabila orang itu melebihi anda, anda tidak boleh sedih,\" katanya.Messi berjaya mengatasi rekod 10 gol di Piala Dunia yang dipegang oleh Batistuta apabila dia meledak gol ke 11 ketika kemenangan 3-0 ke atas Croatia dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 10:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236434/berita/sukan/legenda-jerman-masuk-hospital", "article_title": "Legenda Jerman masuk hospital", "article_text": "KEVIN Kuranyi telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan Kumpulan A, Northern Bears menentang African Lions di Doha.Bekas penyerang Jerman berusia 40 tahun itu ketika kejadian mengambil bahagian dalam permainan Piala Legenda FIFA.Kuranyi beraksi bersama pemain seperti Paulo Wanchope, Oswaldo Sanchez dan Jorge Campos sebelum mengalami kesakitan pada bahagian lutut.Menurut media Jerman, Kuranyi kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.Status kecederaannya masih belum diketahui, namun menurut laporan dia bermungkinan mengalami kecederan meniskus dan ligamen.Bercakap selepas kejadian itu, Kuranyi berkata: \"Saya perasan serta-merta ada sesuatu yang patah di lutut saya. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut buat masa ini.\"Penyerang itu memperoleh 52 caps untuk Jerman antara 2003 dan 2008 - beraksi di dua Kejohanan Euro - menjaringkan 19 gol untuk negaranya, selain menikmati kerjaya bersama kelab prolifik VfB Stuttgart, Schalke 04 dan Dynamo Moscow.Kuranyi antara bekas bintang yang dijemput ke Qatar untuk bermain dalam pertandingan Piala Legenda FIFA sempena Piala Dunia 2022.Legenda lain yang turut mengambil bahagian termasuk Kaka, Didier Drogba, John Terry, Roberto Carlos dan Francesco Totti.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 07:51am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236433/berita/sukan/perginya-pakar-sepakan-percuma-tersohor-serie-a", "article_title": "Perginya pakar sepakan percuma tersohor Serie A", "article_text": "BEKAS pengurus Serbia dan tokoh ikonik Serie A 1990-an, Sinisa Mihajlovic meninggal dunia pada usia 53 tahun.Mihajlovic sebelum ini merupakan pengendali Bologna, yang juga penampilan keduanya bersama kelab itu selepas menghabiskan lebih tiga setengah tahun di sana walaupun disahkan menghidap leukemia pada 2019.Mihajlovic kekal bersama The Greyhounds sepanjang berjuang mengharungi kanser dan menjalani pemindahan sumsum tulang pada tahun sama, yang membolehkannya melalui proses pemulihan.Namun pada awal tahun ini Mihajlovic mendedahkan bahawa dia berdepan 'risiko kemunculan semula penyakit itu' dan akan cuba menyembuhkannya dengan rawatan.Bagaimanapun Mihajlovic akhirnya tewas pada Jumaat apabila bekas kelab Red Star Belgrade mengesahkan kematiannya.\u201cRed Star Belgrade dengan penuh dukacita memaklumkan bahawa legenda Sinisa Mihajlovic telah meninggalkan kami hari ini...\u201cSeorang bintang hebat dan seorang lelaki yang mempunyai jiwa dan kekuatan luar biasa, meninggal dunia pada usia 53 tahun.\"Red Star Belgrade merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mihajlovic,\u201d tulis akaun Twitter kelab itu.Pemain pertahanan berkaki kiri itu terkenal pada era kegemilangan dengan ketajaman sepakan percuma.Pemain Piala FIFA Legenda di Doha memberi penghormatan kepada Mihajlovic. FOTO: AGENSITiada pemain dalam sejarah Serie A yang menjaringkan lebih banyak sepakan percuma terus daripada Mihajlovi\u0107.Sebanyak 28 daripada 38 golnya dalam liga utama Itali dijaringkan dengan cara sepakan itu.Semasa berkhidmat sebagai pengurus, dia terkenal kerana sering berselisih pandangan dengan pemain dan kakitangan pentadbiran kelab.Detik paling diingatinya adalah bersama Lazio dan Sampdoria, selain berkhidmat dengan AS Roma dan Inter Milan di Itali, serta Red Star dan Vojvodina FK di negara asalnya.Di peringkat antarabangsa, Mihajlovic bermain 63 kali untuk Yugoslavia kemudian Serbia dan Montenegro, menjaringkan 10 gol.Bidang pengurusan pula menyaksikan dia bersama kelab Itali - Bologna, Catania, Fiorentina, Sampdoria, AC Milan serta Torino antara 2008 dan 2018.Dia juga merupakan jurulatih Serbia untuk 19 perlawanan sepanjang pertengahan 2012 hingga lewat 2013.Kelab pertamanya di luar Serie A adalah bersama kelab Portugal Sporting Lisbon, sebelum kembali ke Bologna pada awal 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 07:44am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236432/berita/sukan/ini-bukan-soal-melarang-sebaliknya-menghormati-peraturan", "article_title": "'Ini bukan soal melarang sebaliknya menghormati peraturan'", "article_text": "PIALA Dunia Qatar 2022 menyisihkan mesej politik daripada bola sepak supaya para penyokong dapat menikmati keseronokan dan kegembiraan dalam kejuaraan bola sepak berprestij dunia tersebut.Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, bercakap dua hari sebelum perlawanan akhir antara Argentina dan Perancis, mempertahankan keputusan FIFA untuk tidak membenarkan pasukan mempamerkan sebarang mesej pada jersi atau lilitan kapten pasukan.\"Ia bukan tentang melarang sebaliknya adalah mengenai menghormati peraturan...\"Di padang permainan kami bermain bola sepak...\"Anda perlu menghormati permainan dan ini bukan perkara baharu,\" katanya pada sidang akhbar.Piala Dunia Qatar 2022 sebelum ini membawa kepada pelbagai perbincangan politik, dengan beberapa pasukan menyuarakan kebimbangan mengenai layanan tuan rumah terhadap buruh migran dan ancaman FIFA menghukum pemain kerana kenyataan politik.Persekutuan Bola Sepak Jerman adalah antara yang paling lantang mendesak agar lilitan lengan anti-diskriminasi dipakai para pemain.Skuad Jerman bergambar sebelum perlawanan menentang Jepun dengan tangan menutup mulut, membayangkan pasukan itu didiamkan oleh FIFA.\"Mungkin setiap orang mempunyai masalah sendiri. Mereka (peminat) hanya mahu menghabiskan 90 minit atau 100 minit atau 120 minit dengan penalti tanpa perlu memikirkan perkara lain. Hanya menikmati sedikit keseronokan dan kegembiraan, emosi.\"Kami perlu memberi mereka masa untuk melupakan masalah dan menikmati bola sepak. Di luar perlawanan semua orang boleh menyatakan pandangan dan pendapat mereka,\" kata InfantinoInfantino juga menyifatkan Qatar 2022 merupakan Piala Dunia terbaik pernah dianjurkan penganjur apabila Qatar menunjukkan kekuatan padu.Qatar dilaporkan melabur $200 bilion dalam kejohanan itu, namun selepas dua minggu menerima lebih 765,000 pengunjung.Ini meleset daripada jangkaan untuk jumlah kemasukan sebanyak 1.2 juta semasa kejuaraan selama sebulan itu dengan lonjakan pelawat tidak menjadi kenyataan pada separuh kedua kejohanan, yang menyaksikan tempat duduk kosong di hampir setiap perlawanan.Infantino berkata, secara keseluruhan kejohanan itu, yang berakhir dengan perlawanan akhir pada Ahad, setakat ini berjaya, menarik seramai 1.7 juta orang di zon peminat, dengan kira-kira 80,000 peminat menghadiri kawasan tersebut setiap hari.Purata kehadiran juga berjumlah 52,000 setiap perlawanan, kira-kira 5,000 lebih penonton berbanding Piala Dunia 2018 di Rusia.Secara keseluruhan, Infantino berkata, kira-kira 3.27 juta penonton - domestik dan antarabangsa - direkodkan dengan dua perlawanan masih berbaki.Jumlah keseluruhan kejohanan pada edisi Rusia 2018 ialah 3.03 juta.\"Ia sangat, sangat berjaya, tetapi terdapat dua perlawanan lagi.\"Fokus sehingga akhir dan kemudian kami sudah tentu akan mengesahkan perasaan ini yang kami ada sekarang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Disember 2022 07:23am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236415/berita/sukan/griezmann-bukan-lagi-yang-dahulu", "article_title": "Griezmann bukan lagi yang dahulu", "article_text": "KURANG dua tahun lalu, Antoine Griezmann terumbang-ambing dalam La Liga selepas berdepan masa depan sukar di Barcelona sebelum kembali ke Atletico Madrid.Namun pada Ahad ini, dia boleh mengaku pemain terhebat Perancis apabila berdepan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia.Biarpun Kylian Mbappe akan bergelar juara dunia berganda jika Les Bleus menewaskan Argentina pada perlawanan akhir di Stadium Lusail, sekali gus boleh memenangi Kasut Emas Qatar 2022, Griezmann tetap pencetus kejayaan Perancis sejak Didier Deschamps mengambil alih 2012.Dia bermain dalam rekod 73 perlawanan berturut-turut untuk Perancis membawa Le Bleus ke final Euro 2016 dan menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Dunia 2018.Tahun ini dia dengan tenang berubah peranan ke bahagian tengah apabila menjadikan bahagian itu lebih berkesan.Malah penyerang yang merupakan penjaring terbanyak Euro 2016 itu juga merupakan pemenang but perak selaku penjaring kedua terbanyak di Piala Dunia 2018.Griezmann berjaya menyesuaikan peranannya selepas Deschamps terpaksa mengemaskini semula bahagian tengahnya setelah ketiadaan Ngolo Kante, Paul Pogba dan Karim Benzema.Namun tidak wujud perasaan merajuk daripada Griezmann yang kini semakin selesa dengan peranan baharunya - tipu muslihat, kerajinan dan ketenangannya menjadikannya pemain yang sempurna untuk menimbulkan masalah buat lawan.\u201cKesihatan fizikal banyak membantu saya. Tiada masalah dalam kehidupan peribadi saya.\u201cCuma sebelum ini dalam kepala saya pernah mengimbau detik-detik sukar di Barca sebelum kembali ke Atletico tahun lalu.\"Ia adalah rumit, saya perlu menjadikan diri sangat kecil, saya perlu mencari diri sendiri dalam dan luar padang,\u201d kata Griezmann.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 10:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236378/berita/sukan/kod-sukan-selamat-kekal-keutamaan-kbs---hannah", "article_title": "Kod Sukan Selamat kekal keutamaan KBS - Hannah", "article_text": "PELAKSANAAN Kod Sukan Selamat kepada semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) tetap menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kementerian sedang giat membuat penelitian supaya aspek keselamatan lain turut dititikberatkan.Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan aspek gangguan seksual dalam kod berkenaan.\u201cSaya sudah adakan perbincangan dengan pihak KBS mengenai Kod Sukan Selamat dan perkara ini bukan sahaja dari segi gangguan seksual tapi buli misalnya untuk memastikan tiada unsur keganasan dalam persekitaran industri sukan.\u201cKami sedang meneliti di peringkat kementerian dan tak lama lagi kami akan adakan rundingan dengan pemegang taruh sebelum ia dilancarkan. Jadi kami jangkakan untuk percepatkan dan ia satu keutamaan untuk KBS,\" katanya pada Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Tahun Selangor Youth Community (SAY).Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 05:58pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236375/berita/sukan/melaka-fc-bawa-imej-entiti-lebih-padu-di-liga-m3", "article_title": "Melaka FC bawa imej, entiti lebih padu di Liga M3", "article_text": "KELAB Melaka FC bakal tampil dengan imej dan entiti pasukan baharu yang kini dalam proses pembentukan barisan pemain dan staf kejurulatihan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Melaka FC, Ridzuan Ahmad berkata, pasukan itu telah didaftarkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk saingan Liga M3 musim depan.Beliau juga menjelaskan skuad Melaka FC itu merupakan satu entiti baharu dan tidak ada kena mengena langsung dengan kelab bola sepak Melaka United yang terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi sebelum ini.Katanya, sesi latihan akan bermula Isnin ini dengan 60 pemain termasuk bekas pemain Melaka dipanggil untuk sesi pemilihan dan senarai barisan pemain muktamad akan diumumkan Januari depan.\u201cPeruntukan anggaran bajet musim Liga M3 tahun depan adalah sekitar RM2 juta termasuk pembayaran gaji pemain dan staf kejurulatihan,\u201d katanya kepada pemberita pada Jumaat.Tambahnya, pihaknya juga mendapat kerjasama penaja untuk menandatangani ketua jurulatih dari Eropah dengan sasaran utama merealisasikan misi membawa Melaka kembali ke saingan Liga Super pada musim 2024.Sarawak United FC dan Melaka United sebelum ini gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk musim depan kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022 sekali gus tidak layak untuk bertanding di pentas Liga Super 2023.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 05:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236359/berita/sukan/liga-bola-sepak-wanita-diperkukuh", "article_title": "Liga bola sepak wanita diperkukuh", "article_text": "PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyuntik wajah baharu kepada Liga Wanita Nasional (LWN) menerusi pengenalan saingan lebih kompetitif bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa depan.Liga itu akan dipantau oleh ketua jurulatih baharu skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zou'bi.Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata, liga tersebut dilaksanakan mengikut format 'home and away' dan dijangka menemui penyokong bola sepak negara seawal Mac 2023.Beliau berkata, langkah proaktif melaksanakan liga berdaya saing kepada wanita adalah sebagai usaha mencari bakat baharu untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.\"Kita tidak mahu lagi tunggu dan terus menunggu untuk melaksanakan liga bola sepak wanita dengan akhirnya kita akan ketinggalan di belakang berbanding negara lain.\"Mungkin pada peringkat awal akan ada kelemahan, namun saya percaya Soleen akan merangka struktur yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini supaya penganjurannya berjalan lancar.\"Liga ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk mempamerkan bakat masing-masing sebelum diketengahkan di peringkat lebih tinggi,\" katanya dalam sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Malayan Tigress, di Wisma FAM pada Jumaat.Dalam pada itu, Soleen berkata, pemain wanita Malaysia dilhat mampu pergi lebih jauh berdasarkan kepada komitmen dan bakat dipamerkan mereka pada beberapa siri kejohanan baru-baru ini.\"Saya mempunyai dua perancangan jangka pendek dan panjang bagi memperkasa bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan matlamat mampu bersaing dengan kuasa besar lain.\"Menjadi keutamaan untuk memastikan program di peringkat akar umbi dan negeri berjalan dengan teratur seterusnya mewakili pasukan untuk beraksi dalam saingan liga wanita kelak,\" katanya.Mengikut rekod, liga bola sepak wanita yang bakal diperkenalkan mungkin disertai 12 pasukan mengikut format Liga Super dengan mengharungi 22 perlawanan seperti ditetapkan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).Situasi itu berbeza dengan LWN apabila saingan tersebut dibahagikan kepada empat zon dan pasukan bergelar juara akan berentap di pusingan akhir.Skuad Malayan Tigress ketika ini menghuni kedudukan ke-89 dunia ketinggalan di belakang negara jiran seperti Thailand (41), Vietnam (34) dan Filipina (53).Vietnam dan Filipina telah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Wanita pada 2023 buat kali pertama dalam sejarah.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 04:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236350/berita/sukan/penyokong-inggeris-cemerlang-di-qatar-2022", "article_title": "Penyokong Inggeris cemerlang di Qatar 2022", "article_text": "PENYOKONG bola sepak Inggeris di Piala Dunia Qatar 2022 disifatkan berkelakuan sempurna susulan tiada sebarang penahanan pemain ke-12 pasukan itu pada kejohanan sukan berprestij dunia itu, kata ketua polis bola sepak United Kingdom (UK).\"Tingkah laku para penyokong England dan Wales di Qatar sememangnya patut dicontohi.\"Sepanjang penglibatan para penyokong dua negara tersebut dalam kejohanan itu tidak ada tangkapan atau insiden untuk dilaporkan.\"Ini merupakan satu penghargaan kepada semua para penyokong England dan Wales yang hadir ke Qatar 2022,\" kata Ketua Konstabel Mark Roberts dari Polis Cheshire pada Jumaat.Untuk rekod, tiga penahanan telah dilakukan terhadap penyokong Inggeris semasa penganjuran edisi Rusia 2018 sebelum ini.Edisi Qatar 2022 menyaksikan kehadiran Wales selain naib juara Euro 2020, England menimbulkan kebimbangan berlakunya insiden kekecohan penonton.Namun Derbi Inggeris, England menentang Wales pada peringkat kumpulan yang berkesudahan kemenangan 3-0 skuad kendalian Gareth Southgate menyaksikan situasi tersebut meleset.\"Saya juga ingin memuji semua pegawai UK yang ke Qatar dalam membantu memastikan warga Britain selamat sepanjang empat minggu lalu.\"Secara tradisinya, kami mempunyai beberapa penahanan para penyokong Inggeris di Piala Dunia, tetapi untuk mendapatkan sifar bukanlah sesuatu yang pernah kami lihat sebelum ini,\" kata Roberts.Biarpun begitu ramai yang menyifatkan kesukaran untuk mendapatkan minum keras yang dikawal ketat pihak berkuasa Qatar menjadi punca para penyokong Inggeris lebih berdisiplin kali ini.Bagaimanapun Roberts menegaskan: \"Adalah salah untuk mengaitkan sepenuhnya tingkah laku yang sangat baik ini kepada sekatan ke atas alkohol di Qatar, tetapi saya fikir ia telah membantu pada tahap tertentu.\"Untuk rekod, Wales gagal melepasi peringkat kumpulan manakala England disingkirkan Perancis pada suku akhir, yang akan menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada Ahad di Stadium Lusail.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 04:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236348/berita/sukan/pan-gon-umum-angkatan-23-harimau-malaya-ke-piala-aff", "article_title": "Pan-gon umum angkatan 23 Harimau Malaya ke Piala AFF", "article_text": "PENJAGA gol, Azri Ab Ghani, R Kogileswaran, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan dan Dion Cools (urusan peribadi) antara lima pemain yang digugurkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran Malaysia di kejuaraan Piala AFF pada Jumaat.Sebelum ini lima pemain tersebut menyertai pemain lain dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu.Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada 21 Disember.Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember 2022 sebelum ke Hanoi menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.Harimau Malaya akan kembali beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari tahun depan.Untuk rekod, dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir dan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari dan 9 atau 10 Januari manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari.HARIMAU MALAYA AFF 2022Sharul Nazeem Zulpakar,Quentin Cheng Jiun-Ho,Muhammad Fazly Mazlan,Brendan Gan,Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,Alif Haiqal Lokman Hakim Lau,Mohd Nor Hakim Hassan (Selangor FC),Dominic Tan,Stuart Wilkin,Darren Lok (Sabah FC),Muhammad Rahadiazli,Muhammad Azam Azmi Murad,Mohamad Faisal Abdul Halim (Terengganu FC),David Rowley,Lee Tuck,Sergio Aguero (Sri Pahang),Ahmad Syihan Hazmi Mohamed,Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC),Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC),V Ruventhiran (Petaling Jaya FC),Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC),Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC),Muhammad Safawi Rasid (Ratchaburi FC).", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 04:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236343/berita/sukan/chong-wei-luah-rasa-bangga-terkejut-jumpa-menteri", "article_title": "Chong Wei luah rasa bangga, terkejut jumpa menteri", "article_text": "LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa terkejut dan bangga apabila dijemput Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) pada Jumaat.Beliau berkata, mesyuarat itu memberi peluang kepada bekas atlet melontarkan pandangan bagi menangani isu berkaitan pengurusan sukan negara.\"Dua perasaan yang dirasai apabila dijemput oleh Menteri Belia dan Sukan ke mesyuarat Lembaga Pengurus MSN.\"Bangga sebab dipelawa untuk memberi pendapat sebagai bekas atlet negara dalam menangani isu-isu pengurusan sukan negara.\"Terkejut kerana bukan baru sahaja drama politik berakhir (berakhir dengan happy ending nasib baik), YB (Yang Berhormat) ni terus bertindak laju,\" tulis beliau di Facebook pada Jumaat.Chong Wei turut berharap senario politik negara terus aman dan arena sukan negara berkembang maju serta berjaya.\"Moga politik terus aman, ringgit terus naik, sukan terus maju. Majulah Sukan Untuk Negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 03:39pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236328/berita/sukan/manchester-city-peroleh-manfaat-di-qatar-2022", "article_title": "Manchester City peroleh manfaat di Qatar 2022", "article_text": "PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City memperolehi manfaat besar menerusi penganjuran Piala Dunia Qatar 2022, apabila menjadi penerima terbanyak daripada $27 juta pampasan dibayar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai pampasan dibayar kepada kelab EPL.Untuk rekod, kelab yang melepaskan para pemain untuk Piala Dunia layak menerima bayaran daripada Program Faedah Kelab FIFA.Wang dibayar kepada kelab adalah mengikut tempoh pemain di Qatar 2022, iaitu $10,000 sehari.Ini bermakna kelab yang mempunyai seorang pemain dalam perlawanan akhir Piala Dunia atau penentuan tempat ketiga boleh menerima bayaran sekitar $370,000.Bayaran juga boleh dibahagikan antara kelab bekas pemain, namun Manchester City mendahului senarai 20 kelab EPL.Manchester City juga mempunyai 16 pemain bersaing di Piala Dunia Qatar 2022, lebih ramai daripada kelab EPL lain.Selain penyerang Julian Alvarez, yang mara ke final bersama Argentina, City mempunyai beberapa pemain yang mara ke suku akhir, termasuk pemain England Kyle Walker, John Stones, Jack Grealish, Phil Foden dan Kalvin Phillips, pemain Portugal Ruben Dias, Joao Cancelo dan Bernardo Silva, serta Nathan Ake dan Ederson dari Belanda dan Brazil masing-masing.City akan menerima pampasan kira-kira $4 juta, paling banyak daripada mana-mana kelab EPL.Bournemouth, yang hanya mempunyai dua pemain di Qatar 2022 menerima paling sedikit apabila penglibatan Kieffer Moore dan Chris Mephams bersama Wales hanya sehingga peringkat kumpulan.Pampasan Diterima Kelab EPL Untuk Piala Dunia Qatar 2022Manchester City - $4 jutaChelsea - $2.86 jutaManchester United - $2.65 jutaTottenham Hotspur - $2.4 jutaLiverpool - $1.8 jutaArsenal - $1.57 jutaWolves - $1.54 jutaLeicester City - $1.4 jutaBrighton - $1.35 jutaFulham - $1.3 jutaBrentford - $1.1 jutaWest Ham United - $1 jutaNewcastle United - $900,000Aston Villa - $810,000Everton - $690,000Crystal Palace - $650,000Leeds United - $620,000Nottingham Forest - $480,000Southampton - $420,000Bournemouth - $270,000", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 02:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236320/berita/sukan/dalic-harap-modric-fikir-semula-gantung-but", "article_title": "Dalic harap Modric fikir semula gantung but", "article_text": "KETIKA Croatia bakal membuat perhitungan dengan Maghribi dalam aksi tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022 pengendalinya, Zlatko Dalic mengharapkan pemain tonggaknya, Luka Modric berfikir semula hasrat untuk menggantung but.Masa depan pemain berusia 37 tahun itu mencetuskan tanda tanya selepas Croatia kalah kepada Argentina 0-3 pada aksi separuh akhir.Malah ramai peminat percaya perlawanan tersebut akan menjadi aksi terakhirnya bersama Croatia.Dalic mengakui Modric amat kecewa dengan kekalahan yang ternyata begitu berat untuk dirinya.\"Jadi ia logik seandainya dia berfikir (mengenai persaraan) kerana ia sesuatu yang sukar.\"Saya harap dia dapat kekal bersama pasukan kebangsaan. Sudah tentu keputusan itu perlu dibuatnya sendiri. Kami ada satu lagi perlawanan dan selepas itu, kita akan bercakap mengenainya.\"Tetapi satu perkara yang sukar juga buat saya sekiranya Modric mengucapkan selamat tinggal,\" kata Dalic.Malah Dalic turut memberitahu ketiadaan Modric bukan sahaja satu kerugian kepada Croatia, malah buat arena bola sepak dunia.\"Kalau Luka (Modric) mengucapkan selamat tinggal kepada skuad negara, sudah tentu ia satu kerugian buat penyokong di seluruh dunia.\"Satu dunia menghormati Luka. Lebih bagus jika dia terus beraksi,\" katanya.Sebelum kembali ke Real Madrid, pemain tengah berpengalaman itu mempunyai misi yang perlu diselesaikan iaitu membantu Croatia meraih keputusan positif ke atas Maghribi pada aksi di Stadium Khalifa pada jam 11 malam Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 02:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236321/berita/sukan/piala-dunia-agong-zahir-tahniah-kepada-presiden-perancis", "article_title": "Piala Dunia: Agong zahir tahniah kepada Presiden Perancis", "article_text": "YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.Pada Khamis, Al-Sultan Abdullah yang sedang dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari bermula 13 Disember, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha.Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, Presiden Perancis itu turut hadir menyaksikan perlawanan yang berkesudahan dengan Perancis, yang juga juara bertahan layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Maghribi dengan keputusan 2-0.Seri Paduka yang berada di Qatar atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia itu, turut dijadual menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar.Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 02:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236302/berita/sukan/croatia-enggan-kecewa-lagi", "article_title": "Croatia enggan kecewa lagi", "article_text": "PELUANG untuk merangkul Piala Dunia Qatar 2022 sudah tertutup buat Croatia dan Maghribi tetapi perjuangan buat negara menjadi pertaruhan apabila kedua dua pasukan bertemu untuk penentuan tempat ketiga pada Sabtu.Penyerang Croatia, Andrej Kramaric menolak tanggapan aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa itu sebagai perlawanan yang tidak membawa sebarang makna.\"Saya rasa kalau anda bertanya soalan yang sama kepada pemain Maghribi, mereka juga tidak bersetuju (perlawanan sia-sia).\"Para pemain berjuang untuk diri mereka kerana jika anda memenangi pingat di Piala Dunia, anda akan jadi wira yang abadi di negara anda.\"Itulah perkara sama yang akan kami lakukan,\" kata Kramaric.Croatia mara ke final pada 2018 di Rusia, namun dikecewakan Argentina 3-0 pada aksi separuh akhir edisi kali ini.\"Lapan daripada kami (skuad edisi 2018) faham mengenai perasaan memenangi pingat di Piala Dunia tetapi ada ramai lagi pemain yang belum merasainya dan mahukan pengalaman itu.\"Ini kerana kemenangan ini akan terus diingati sepanjang hidup mereka,\" katanya.Bagi Maghribi, tanpa mengira apa juga keputusan, mereka kekal memegang status sebagai pasukan Piala Dunia terhebat dalam sejarah benua Afrika.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 12:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236299/berita/sukan/jerman-perlu-belajar-kisah-inspirasi-maghribi", "article_title": "Jerman perlu belajar kisah inspirasi Maghribi", "article_text": "PERJALANAN epik Maghribi sehingga mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 menarik rasa kagum legenda bola sepak antarabangsa.Legenda bola sepak Jerman, Karl-Heinz Rummenigge menyertai senarai tokoh yang terinspirasi dengan prestasi Maghribi pada kejohanan berprestij itu.Rummenigge yang juga Ketua Pegawai Eksekutif di Bayern Munich menyeru pasukan kebangsaan Jerman untuk belajar dan mengambil manfaat daripada kisah inspirasi Maghribi di Qatar.Bekas penyerang itu menekankan kepentingan untuk menunjukkan 'lebih semangat' apabila beraksi di Kejohanan Eropah 2024 dan merampas semula status Jerman selaku antara pasukan terbaik dan paling dihormati di dunia.Rummenigge berkata, lembaga penasihat yang ditubuhkan persekutuan bola sepak negara itu berikutan penyingkiran awal pasukan kebangsaan di Qatar perlu mencari solusi terbaik.Beliau yang merupakan sebahagian daripada ahli lembaga penasihat tersebut bersama beberapa legenda bola sepak Jerman seperti Olivier Kahn, Rudi Voller dan Matthias Sammer.\"Kami perlu menetapkan agenda dan kemudian melihat apa yang diharapkan daripada pasukan,\" katanya.Pencapaian menakjubkan Maghribi di Piala Dunia menerima pujian meluas dan mencetuskan inspirasi.Pasukan kebangsaan Maghribi mencipta sejarah di Qatar apabila muncul negara Afrika dan Arab pertama yang layak ke separuh akhir.Walaupun Maghribi tewas pada aksi separuh akhir kepada Perancis, penyokong dan pemerhati melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian Atlas Lions.Menerusi mesej yang menyentuh hati kepada peminat, bintang bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi berkata bahawa skuad negaranya sudah memberikan segala-galanya.\"Impian sebuah pasukan, seluruh negara sudah berakhir, tetapi kami harus berbangga dengan apa yang telah dilakukan.\"Kami akan terus mencuba dan memberikan yang terbaik untuk negara ini. Terima kasih kepada semua warga Maghribi atas sokongan kepada kami. Kami sayang anda,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 12:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236281/berita/sukan/pengadil-poland-kendali-aksi-final-piala-dunia", "article_title": "Pengadil Poland kendali aksi final Piala Dunia", "article_text": "PENGADIL dari Poland, Szymon Marciniak akan mengendalikan aksi final Piala Dunia Qatar 2022 yang menemukan juara bertahan, Perancis dan Argentina di Stadium Lusail pada Ahad.Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat.Pengadil berusia 41 tahun itu pernah mengendalikan saingan pusingan 16 antara Argentina berdepan Australia.Sebelum ini dia juga pernah mengadili aksi peringkat kumpulan antara Perancis bertemu Denmark.Pada aksi final itu, Marciniak akan dibantu rakan senegaranya, Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz.Ketiga-tiga mereka pernah bertugas pada kejohanan dunia bawah 18 tahun (B-18) selain Kejuaraan Eropah 2016.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 10:19am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236279/berita/sukan/kudrat-messi-ditagih-pimpin-argentina-lagi", "article_title": "Kudrat Messi ditagih pimpin Argentina lagi", "article_text": "PENJAGA gol, Emiliano Martinez berharap kapten Argentina, Lionel Messi untuk kekal memimpin mereka pada Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.Gesaan dibuat di sebalik pengesahan bintang berusia 35 tahun itu bahawa final pada Ahad menentang Perancis sebagai penampilan terakhir di pentas Piala Dunia.Messi menjadi inspirasi dalam membantu Argentina mara ke final Piala Dunia 2022 di Qatar.Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sudah meledak lima gol termasuk penalti ketika kemenangan 3-0 ke atas Croatia pada separuh akhir.Messi baru-baru ini mendedahkan aksi final nanti mungkin menjadi penampilan terakhirnya dan berhasrat meninggalkan skuad kebangsaan dengan kejayaan meraih trofi Piala Dunia.Bagaimanapun Martinez mempunyai pandangan berbeza dan percaya kapten itu mampu memimpin mereka sekali lagi pada Piala Dunia akan datang dalam tempoh empat tahun lagi.\"Pada saya dia boleh beraksi hingga 50 tahun. Dia kelihatan begitu tepat dan dia dapat beraksi dengan sangat baik,\" kata Martinez kepada FootballersLives.tv.Beliau berkata, Messi seorang pemain yang tenang dan mampu membuatkan sesuatu perkara itu nampak mudah, biarpun ia dilihat sebagai sukar di peringkat awal.\"Untuk memahami bagaimana bagus dia mengawal bola adalah sesuatu yang di luar jangkaan.\"Dia meletakkan bola di sana dan melihat pada anda dan menanduk bola di penjuru paling atas. Jika tersasar ia akan terkenal tiang gol atau palang.\"Itu adalah kaki kiri. Dia kecil tetapi kuat.\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 09:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236277/berita/sukan/santos-portugal-berpisah-mourinho-mungkin-jadi-pengganti", "article_title": "Santos-Portugal berpisah, Mourinho mungkin jadi pengganti", "article_text": "SELEPAS lapan tahun membimbing Portugal, Fernando Santos meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan pada Jumaat.Peletakan jawatan pengendali berusia 68 tahun itu juga ekoran kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini.Tercetus spekulasi bekas jurulatih Manchester United, Jose Mourinho disebut-sebut sebagai pengendali baharu Portugal.Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan menyebut persetujuan sudah dicapai dengan Santos untuk menamatkan pengembaraan kariernya bersama skuad kebangsaan yang bermula September 2014.FPF menambah, mereka akan memulakan proses untuk memilih jurulatih kebangsaan yang baharu.Akhbar sukan harian, Record mendakwa Mourinho menjadi sasaran utama FPF untuk menggalas jawatan itu sebelum bermula kelayakan Euro 2024.FPF juga difahamkan sedia menerima perjanjian yang akan menyaksikan Mourinho mengendalikan pasukan kebangsaan secara sementara untuk membolehkannya kekal membimbing kelab Itali, Roma musim ini.Mengulas khabar angin itu ketika dia tiba di selatan Portugal untuk kem latihan bersama Roma, Mourinho enggan memberi sebarang komen.Kelayakan untuk Euro 2024 akan bermula pada Mac tahun depan.Selain Mourinho, nama-nama lain yang berpotensi ialah jurulatih Portugal, Rui Jorge (skuad bawah 21 tahun) dan Abel Ferreira (Palmeiras),Turut tersenarai adalah Paulo Fonseca (Lille), Rui Vitoria (Mesir) dan Jorge Jesus (Fenerbahce).Mourinho, 59, tiada pengalaman melatih di peringkat antarabangsa tetapi mempunyai rekod mengagumkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah.Selain United, beliau pernah membimbing Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real MadridMourinho melakar rekod baik apabila memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana bersama Chelsea, dua mahkota Serie A di Inter dan satu kejayaan La Liga di Real.Dia juga membimbing Porto memenangi Liga Juara-Juara pada 2004 dan mengulangi kejayaan itu bersama Inter Milan pada 2010.Pada Mei tahun ini, dia mengetuai Roma merangkul gelaran Liga Konfederasi Europa, trofi Eropah pertama untuk kelab itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 09:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236268/berita/sukan/mahsuri-dagang-barakan-aksi-final-perancis-argentina", "article_title": "Mahsuri Dagang barakan aksi final Perancis, Argentina", "article_text": "MAHSURI Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) menyemarakkan lagi kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan tayangan layar gergasi Gegar Final Piala Dunia di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, pada Ahad ini.Program anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersebut mendapat kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, program ini merupakan kemuncak kepada program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola sempena Qatar 2022 yang berlangsung sejak 21 November lalu.Katanya, promoter Mahsuri akan mengedarkan produk-produk kicap dan sos selain snek terbaharu kepada para pengunjung program tayangan layar gergasi di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 pada Ahad ini.\u201cProgram ini juga antara usaha berterusan Mahsuri Dagang mendekati anggota komuniti setempat sekali gus mempromosikan produk-produk viral seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Kicap Lemak Manis Mahsuri kepada para pengguna.\u201cImej Mahsuri menampilkan jiwa muda berteraskan keriangan, jika dilihat kepada penggunaan elemen warna produk kicap dan sos, kami membarakan aktiviti yang boleh memupuk suasana riang ria dalam kalangan setiap anggota lapisan masyarakat.\u201cMalah aktiviti menonton bola sepak pada Ahad ini secara tidak langsung mengaktifkan semula semangat keakraban ini, selepas terhalang hampir dua tahun lebih berikutan pandemik Covid-19.\u201cJadi kami di Mahsuri Dagang melihat ini merupakan antara aktiviti riadah terbesar untuk anggota masyarakat berkumpul bersama,\u201d katanya kepada Sukan Sinar.Untuk rekod perlawanan akhir Qatar 2022 menemukan penyandang juara Perancis menentang Argentina di Stadium Lusail, jam 11 malam pada Ahad ini.Menurut Mohd Jazri lagi, sebelum program kemuncak di Restoran Hakim Seksyen 7, lima lagi venue yang menjadi tumpuan program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola adalah Restoran Nasi Lemak Sayang di Seksyen 13, Restoran Nasi Kandar Royale Amirah Bukit Jelutong.Mohd Jazri \u201cTurut menjadi lokasi adalah Restoran Nasi Kandar Zubair Bistro, Bukit Jelutong, Restoran Nasi Kandar D Nor 1, Subang Jaya dan Bluebird Cafe Bistro @Hotel Olympic, Kuala Lumpur.\u201cPada program ini setiap pelanggan venue tersebut akan menerima tiga snek iaitu X BIKA Seafood Sos Mahsuri Tiga Rasa, X BIKA Mahsuri Kicap Extra Pedas dan sos Mahsuri Lada Hitam.\u201cKita sudah buat promosi sejak 21 November lalu apabila pengunjung yang hadir ke enam restoran di atas akan diberikan item-item tadi apabila membuat pesanan contohnya mi goreng mamak Mahsuri atau produk makanan yang menggunakan produk Mahsuri,\u201d katanya.Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang mengesahkan program tersebut akan dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 07:20am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236266/berita/sukan/croatia-maghribi-alih-tumpuan-ketiga-terbaik-qatar-2022", "article_title": "Croatia, Maghribi alih tumpuan ketiga terbaik Qatar 2022", "article_text": "DI SEBALIK kegagalan Croatia dan Maghribi mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2022, kedua-dua pasukan masih memiliki pertarungan penentuan ketiga sebagai pentas terakhir untuk keluar dari Qatar dengan maruah tahap tinggi.Menewaskan dua pasukan bertaraf dunia di Argentina dan Perancis untuk mara ke final terbukti sebagai langkah yang terlalu jauh untuk Croatia dan Maghribi, yang dengan baik menentang peluang kejohanan untuk mara ke separuh akhir.Maghribi menulis semula sejarah di sepanjang perjalanan apabila skuad Walid Regragui yang tidak gentar menjadi pasukan Afrika pertama yang mara ke kelompok empat terbaik kejuaraan berprestij bola sepak dunia tersebut.Mereka akan dialu-alukan pulang sebagai wira tanpa mengira keputusan yang bukan sahaja mendapat penghormatan dan sokongan dari benua dan dunia Arab, tetapi juga telah mendapat tempat di hati peminat neutral yang menyukai kisah dongeng.Croatia dan Maghribi akan berdepan di Qatar buat kali kedua selepas terikat tanpa jaringan 0-0 pada aksi pembukaan kumpulan F di Stadium Al Bayt, 23 November lalu, sama seperti pada 2018 apabila Belgium dan England bertemu antara satu sama lain di peringkat kumpulan dan playoff tempat ketiga.\u201cIa akan menjadi perlawanan yang sukar pada tahap mental. Saya akan memberi peluang kepada mereka yang tidak bermain dengan misi cuba merangkul tempat ketiga.\u201cPerkara yang penting kami mempersembahkan penampilan yang baik kepada pasukan kami dan bola sepak di Maghribi tidak jauh dari tahap tertinggi,\u201d kata Regragui.Bagi finalis Rusia 2018, Croatia layak ke final kedua berturut-turut kelihatan tidak mungkin apabila apabila hanya memenangi satu perlawanan kumpulan.Namun hasil ketabahan dan kecekalan, dua kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Jepun dan pasukan pilihan Brazil membolehkan armada diketuai Luka Modri\u0107 beraksi di separuh akhir menentang Argentina, menyaksikan LionelMessi tampil arkitek pemusnahan pasukan dari Balkan tersebut.\u201cSecara realistiknya, sebelum kejohanan bermula, kami semua sudah pasti akan layak ke separuh akhir. Namun, kami mula bermimpi tentang trofi itu.\u201cNamun, kami akan memberikan segala yang kami ada pada Sabtu dan cuba memenangi pingat gangsa,\u201d kata pemain tengah Croatia, Lovro Majer.Bagi Croatia Qatar 2022, ia mewakili peluang yang terlepas untuk menobatkan generasi emas, dengan jurulatih Zlatko Dalic mengesahkan kebanyakan mereka tidak akan bermain di Piala Dunia selepas ini.\u201cSaya memberitahu para pemain mereka perlu mengangkat kepala, berbangga kerana memberikan yang maksimum dan bersedia, kami mesti bersedia untuk berjuang untuk tempat ketiga.\u201cTiada kesalahan kepada pemain kami, saya mengucapkan tahniah kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan di Piala Dunia ini. Kini kami perlu bangkit, membersihkan diri dan cuba memenangi pingat gangsa,\u201d kata Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236260/berita/sukan/maghribi-barakan-semangat-baharu-bola-sepak-afrika", "article_title": "Maghribi barakan semangat baharu bola sepak Afrika", "article_text": "PENCAPAIAN Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia buat julung kalinya akan menyuntik semangat baharu dalam bola sepak Afrika.Dan memberi harapan kepada pasukan benua itu apabila kembali dalam jumlah yang lebih besar dalam masa empat tahun. - Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat 2026.Bola sepak Afrika telah berada dalam krisis keyakinan selepas Piala Dunia terakhir di Rusia, apabila tiada satu pun daripada lima pasukan berjaya keluar dari fasa kumpulan, tetapi itu kini semua berubah dengan prestasi pasukan Walid Regragui di Qatar.Menewaskan Belgium, Kanada, Portugal dan Sepanyol menyaksikan Maghribi menjadi negara Afrika dan Arab pertama berada dalam kelompok empat terbaik sekali gus rujukan serta teladan dicontohi pasukan lain.Ia adalah satu pencapaian mengagumkan, terutamanya selepas The Atlas Lions dibelenggu kecederaan, beberapa pemain separuh cergas dan keletihan dalam kebanyakan perlawanan, namun mampu mempamerkan keazaman tinggi.Banyak momentum positif dilakar Maghribi dalam setiap perlawanan dibarakan kontinjen besar para penyokong The Atlas Lions yang meningkatkan tahap desibel dengan ketara serta mencipta aura luar biasa untuk pasukan.Tetapi jurulatih muda Walid Regragui, yang dilantik hanya tiga bulan sebelum itu, juga mampu mencipta semangat berpasukan walaupun mempunyai skuad paling heterogen pada kejohanan itu.Maghribi dibarisi para pemain The Atlas Lions dalam kalangan yang berada di Eropah, yang merupakan generasi ketiga yang tidak tahu berbahasa Arab atau Perancis, menyebabkan kesukaran berkomunikasi dengan rakan sepasukan.\u201cKami lebih daripada sebuah keluarga, lebih daripada pasukan kelab daripada pasukan kebangsaan.\u201cDan saya rasa itulah yang memberi kami kekuatan hebat ini,\u201d kata Walid Regragui.Dengan pertahanan kental membolehkan The Atlas Lions menewaskan Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik tetapi akur kehebatan Perancis pada perlawanan separuh akhir Khamis.\u201cSaya rasa kami telah memberikan imej yang baik mengenai Maghribi dan imej yang baik tentang bola sepak Afrika dan itu juga penting bagi kami, kerana kami mewakili negara dan benua kami,\u201d kata Walid Regragui.Mereka akan menentang Croatia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Doha, Sabtu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 10:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236258/berita/sukan/arif-aiman-sambar-tiga-gelaran-abk22", "article_title": "Arif Aiman sambar tiga gelaran ABK22", "article_text": "BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22).Pemain berusia 20 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu selepas tampil dengan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini.Arif Aiman menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih quadruple dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.Selain memenangi MVP, Arif Aiman yang berjaya meledak 8 gol dan 16 bantuan jaringan musim ini turut mempertahankan dua lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.Arif Aiman, dia mahu memberikan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan serta kepercayaan kepadanya.Pertama sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ yang sentiasa memberikan peluang berharga kepada pemain-pemain muda seperti saya.\u201cTidak dilupakan kepada ketua jurulatih (Hector Bidoglio) dan pegawai-pegawai JDT yang sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim ini.\u201cBagi keluarga saya, terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya serta sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya. Tidak dilupakan kepada penyokong-penyokong JDT,\u201d katanya.SENARAI PEMENANG ABK22Pemain paling bernilai (MVP): Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Penyerang terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Pemain muda terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)Pertahanan terbaik: Shahrul Saad (JDT)Pemain tengah terbaik: Afiq Fazail (JDT)Pemain import terbaik: Bergson da Silva (JDT)Penjaga gol terbaik: Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)Pasukan terbaik: JDTJurulatih terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu FC)Gol terbaik: Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)Fair play: PJ City FC", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 10:23pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236255/berita/sukan/mirnawan-buka-restoran-wagyu", "article_title": "Mirnawan buka restoran wagyu", "article_text": "IMPIAN zaman kanak-kanak legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi untuk menceburi bidang perniagaan makanan akhirnya tercapai apabila beliau membuka sebuah restoran dikenali Wagyu Master Malaysia.Menurut Mirnawan, restorannya yang terletak di Chow Kit merupakan projek bersama tiga lagi rakan kongsi membawakan daging wagyu halal khas kepada peminat makanan itu di negara ini.\"Perniagaan ini dibina atas pengalaman yang lalu. Sebenarnya saya memang minat dalam bidang ini sejak dahulu lagi.Selepas ini mungkin jika ada rezeki kita akan membuka lagi cawangan ini di tempat-tempat lain bagi mengembangkan lagi perniagaan ini.\"Wagyu Master Malaysia adalah cawangan pertama di buka di luar Taiwan,\" katanya kepada media ketika majlis perasmian restoran tersebut pada Khamis.Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.Dalam pada itu, Mirnawan menjelaskan daging wagyu di restorannya diperolehi dari Miyazaki, Jepun yang mempunyai pusat penyembelihan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).\"Jakim sangat proaktif dan tahu rakyat Malaysia, ramai gemar dengan daging wagyu. Justeru penggemar daging halal tidak perlu risau untuk makan daging disini,\u201dkatanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 09:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236239/berita/sukan/wai-ching-buru-pencapaian-lebih-tinggi", "article_title": "Wai Ching buru pencapaian lebih tinggi", "article_text": "PELARI menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching menyasarkan pencapaian lebih baik untuk 2023 dan tahun-tahun seterusnya, selepas meraih pelbagai kejayaan tahun ini dengan memenangi 19 daripada 20 perlumbaan yang disertainya.Atlet berusia 28 tahun itu, yang mencapai kedudukan nombor satu dunia Mei lalu, berazam untuk mengekalkan pencapaian tersebut untuk 10 tahun lagi dan mencatatkan namanya dalam dua Rekod Dunia Guinness tahun depan.Selain itu, Wai Ching yang juga presiden pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) turut berhasrat mempromosikan sukan itu di rantau ini bagi dipertandingkan pada Sukan SEA 2027 yang akan dianjurkan Malaysia.Beliau juga mahu mengurangkan jumlah pertandingan yang akan disertainya tahun hadapan kepada 10 hingga 15 acara sahaja bagi mengurangkan keletihan perjalanan sekali gus dapat beraksi lebih baik.Mengenai rancangan untuk memasukkan sukan itu ke dalam Sukan SEA, beliau berkata, MTA akan menubuhkan persatuan-persatuan negeri yang mantap terlebih dahulu dan kemudian membantu negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mengasaskan persatuan mereka.\u201cKita mempunyai sekitar 4,000 hingga 5,000 pelari mengambil bahagian dalam acara larian menara di seluruh negara dan mempunyai acara larian menara di Sukan SEA akan membangunkan lagi sukan ini di rantau ini.\u201cBuat masa ini, hanya Singapura mempunyai persatuan, manakala negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina mempunyai atlet dan pertandingan mereka sendiri, namun belum menubuhkan persatuan kebangsaan,\" katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.Minimum empat negara diperlukan untuk sesuatu sukan dipertandingkan dalam Sukan SEA.Wai Ching sebelum ini mencatatkan rekod dunia bagi Pendakian Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam - Lelaki dengan jarak 1.295 kilometer (km), bagaimanapun rekod itu dipecahkan atlet Sepanyol Christian Rodriguez dengan 1.457km bulan lepas.Wai Ching berharap Kementerian Belia dan Sukan akan membantu beliau mencapai sasaran ditetapkan, terutama dalam mendapatkan kebenaran mencipta rekod baharu di Menara Berkembar Petronas.Sementara itu, Presiden MTA Ravinder Singh berharap lebih banyak pencakar langit di Malaysia akan menganjurkan larian menara bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain mempromosikan negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 07:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236210/berita/sukan/dalic-harap-modric-kekal-galas-cabaran-croatia", "article_title": "Dalic harap Modric kekal galas cabaran Croatia", "article_text": "KAPTEN Croatia, Luka Modric diharap terus menyarung jersi pasukan Balkan itu biarpun kecewa selepas disingkirkan Argentina 0-3 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada awal pagi Rabu.Itu harapan pengendali Croatia, Zlatko Dalic, percaya pemain berusia 37 tahun yang menyarung jersi kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid masih mampu menyumbang sesuatu kepada negaranya.\u201cSaya tidak menafikan bahawa Luka Modric merupakan individu yang paling kecewa selepas kegagalan Croatia mara ke perlawanan akhir kali ini.\u201cYa, dia (Luka Modric) sangat kecewa semalam, kekalahan dan perlawanan itu begitu sukar untuknya. Dan ia logik untuk dia berasa sedemikian memandangkan menghampiri persaraan, ia sangat sukar untuknya.\u201cNamun secara peribadi saya harap dia kekal dalam pasukan kebangsaan. Sudah tentu, dia sendiri yang akan membuat keputusan mengenainya,\u201d katanya.Modric yang memiliki 161 penampilan bersama Croatia bakal berdepan Maghribi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu ini.Tambah Dalic, dia berharap Modric dapat melupakan kekecewaan itu, sebaliknya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan penentuan tempat ketiga tersebut.\u201cKami mempunyai perlawanan pada hari Sabtu dan kami akan bercakap selepas itu. Namun sejujurnya ia akan menjadi sukar bagi saya jika Luka Modric mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan ini.\u201cJika Luka Modric mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan, ia juga akan mengundang kekecewaan dan kekesalan kepada semua penyokong pasukan Croatia di seluruh dunia.\u201cNamun jika dia membuat keputusan sebaliknya, seluruh dunia menghormati Luka Modric kerana ia satu langkah yang amat baik untuk pasukan Croatia,\u201d katanya.Untuk rekod pada Piala Dunia Rusia 2018, Modric mengemudi Croatia menamatkan saingan sebagai naib juara selepas tewas kepada Perancis, 4-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, MoscowLebih manis Modric juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan edisi Rusia 2018 juga merupakan antara nadi memacu Croatia mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 04:40pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236191/berita/sukan/harimau-malaya-mantap-cuma-belum-padu", "article_title": "Harimau Malaya mantap cuma belum padu", "article_text": "HARIMAU Malaya disifatkan masih belum cukup padu biarpun melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Rabu.Bagaimanapun pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap positif dengan persembahan setiap para pemainnya dalam menyaingi pasukan lawan dalam perlawanan tersebut.\u201cSaya gembira dengan kemenangan kedua diraih pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Maldives kali ini. Malah perlawanan malam ini juga berintensiti tinggi kerana itu yang saya mahukan dan berpuas hati.\u201cBiarpun persembahan babak pertama agak bergelut, namun situasi itu di atasi sepanjang separuh masa kedua. Mungkin bola sepak kita menuntut secara fizikal dan kadangkala pemain perlu lebih tepat dan tidak sepatutnya hilang penguasaan bola lebih awal.\u201cIntensiti pasukan agak berkurangan sedikit dalam perlawanan ini berbanding ketika mengatasi Kemboja sebelum ini,\u201d katanya selepas perlawanan pada Rabu.Anak buah Pan-gon sebelum itu mengekalkan momentum kemenangan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membelasah Maldives 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Bolasepak pada Rabu.Pada perlawanan itu, Pan-gon meneruskan eksperimen terhadap pasukan apabila melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama dengan mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu.Hasilnya Harimau Malaya berjaya merobek gawang Red Snappers kendalian Francesco Moriero menerusi jaringan Darren Lok pada minit ke-24', diikuti Faisal Halim (64') sebelum gol minit ke-88', pemain naturalisasi negara Lee Tuck, yang dibawa masuk menggantikan Muhammad Safawi, melengkapkan kemenangan bergaya pasukan negara.Tambah Pan-gon, para pemain juga telah membuktikan segala-galanya hasil latihan dua minggu sebelum ini dalam dua perlawanan persahabatan tersebut.\u201cPara pemain saya sudah mencuba sehabis baik dan berjaya menjaringkan gol. Apa yang mereka lakukan sejak dua minggu ini dengan berlatih bersungguh-sungguh dan komitmen tinggi diterjemahkan semuanya dengan baik.\u201cMereka adalah pemain profesional dan saya tetap menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam perlawanan ini.\u201cJika kita kalah, saya gembira kerana pemain telah menunjukkan semangat, komitmen dan mengikut arahan 100 peratus, jadi tiada aduan. Cuma beberapa aspek teknikal dan taktikal yang perlu diperbaiki, kita akan membetulkannya,\u201d katanya.Mengenai bayangan senarai 23 pemain daripada senarai 28 sedia ada untuk menghadapi Piala AFF 2022, Pan-gon berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.\u201cSaya tidak menilai pemain berdasarkan individu tetapi lebih pada kesesuaian taktikal pasukan dalam perlawanan dan sebenarnya para pemain tidak boleh dinilai hanya bersandarkan satu perlawanan sahaja.\u201cBiarpun begitu saya berpuas hati dengan komitmen semua para pemain secara individu dan saya tidak menilai hanya berdasarkan perlawanan malam ini sahaja,\u201d katanya.Harimau Malaya akan menyingkap cabaran kejuaraan Kumpulan B Piala AFF berdepan Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).Mengenai keyakinan terhadap pasukan untuk menentang Vietnam dan Singapura, Pan-gon berkata, para pemainnya berada dalam semangat berpasukan yang bagus, komited dan kemahuan tinggi meraih kejayaan.\u201cSetakat ini kami bermain baik, jadi kami mahu berikan anda persembahan yang baik dalam setiap perlawanan. Semua orang dan peminat perlu tahu bahawa kami berjuang untuk anda, kami sangat serius. Setiap hari kami bekerja keras jadi kami mahu anda berada di pihak kami.\u201cJika kami tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, kita perlu menangis bersama, kalau dapat hasil yang baik kita gembira bersama. Kami cuba untuk membuatkan para penyokong gembira, sebab itu kami banyak berlari, banyak berlawan untuk membanggakan anda,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 03:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236184/berita/sukan/aura-argentina-sukar-ditandingi-di-qatar-2022", "article_title": "Aura Argentina sukar ditandingi di Qatar 2022", "article_text": "PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris menjangkakan penyandang juara itu akan berdepan detik sukar apabila menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail Ahad ini\u201cArgentina seperti semua tahu merupakan pasukan yang sangat hebat. Pasukan itu telah menunjukkan betapa kompetitifnya mereka dan mempunyai pemain seperti Lionel Messi yang ternyata memiliki aura kehebatan sukar ditandingi di arena bola sepak.\u201cBagaimanapun kami akan tampil sepenuh jiwa untuk cuba mengubah keadaan seterusnya mempertahankan kejuaraan,\u201d kata kapten Perancis itu selepas menyingkirkan cabaran Maghribi di perlawanan separuh akhir awal pagi Rabu.Sementara itu, pemain tengah Perancis, Youssouf Fofana mengakui bukan mudah untuk menggantikan Adrien Rabiot yang tidak dapat beraksi selepas dijangkiti selesema.\u201cDia hebat sejak pusingan awal Piala Dunia berlangsung dan sukar untuk mencapai tahapnya tetapi pasukan banyak membantu. Setakat ini saya gembira apabila semuanya berjalan lancar,\u201d kata Fofana.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 03:14pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236181/berita/sukan/perancis-tak-koyak-aura-messi", "article_title": "Perancis tak koyak aura Messi", "article_text": "AURA Lionel Messi tidak mengentalkan Perancis sebaliknya penyandang juara itu bersedia untuk menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Ahad ini.Les Bleus menempah tempat ke perlawanan akhir kedua berturut-turut selepas mengatasi Maghribi 2-0 pada separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis.Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Didier Deschamps itu hanya tinggal satu kemenangan lagi untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada edisi Chile 1962 yang melibatkan 16 pasukan.Namun Argentina yang berstatus juara Copa America 2021 pimpinan Lionel Scaloni dilihat merupakan penghalang terakhir buat Les Bleus dengan azimat Messi memberi inspirasi kepada La Albiceleste sehingga ke tahap ini dalam Piala Dunia terakhirnya.Di sebalik itu, pelbagai pihak menjangkakan Qatar 2022 merupakan pentas terbaik buat Messi merangkul kejuaraan utama bola sepak dunia di kemuncak kariernya selepas kali terakhir dilakukan skuad diketuai Diego Maradona semasa di edisi Mexico 1986.Namun, bagi Theo Hernandez salah seorang daripada dua penjaring gol Perancis ketika menjinakkan Maghribi menegaskan biarpun Messi tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap anak buah Deschamps, namun juara bertahan itu tidak akan melepaskan trofi kejuaraan tanpa tentangan sengit.\u201cSejujurnya beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala Dunia secara berturut-turut merupakan detik yang sangat luar biasa. Kami melakukan setiap tugasan dengan baik, ia nampak sukar, namun kami akhirnya berada di perlawanan akhir.\u201cApabila berada di fasa ini kami akan bekerja lebih keras untuk memenangi perlawanan akhir ini.\"Sekarang kita perlu memikirkan tentang perlawanan akhir. Ya, saya penat tetapi ia bagus untuk memenangi separuh akhir Piala Dunia. Sekarang mari kita pulih untuk perlawanan Ahad.\u201cMessi tidak menakutkan kita, Argentina adalah pasukan yang luar biasa tetapi kita mempunyai beberapa hari untuk melakukan persiapan lebih rapi bagi mengharungi perlawanan akhir,\u201d kata Hernandez.Aksi perlawanan akhir ini juga memperlihatkan Perancis mempertaruhkan aura Kylian Mbappe - rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) yang juga membantu dalam gol kedua yang dijelmakan Randal Kolo Muani ketika perlawanan berbaki 11 minit sebelum tamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 02:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236169/berita/sukan/sukma-2024-kontinjen-melaka-perlu-rm5-juta", "article_title": "Sukma 2024: Kontinjen Melaka perlu RM5 juta", "article_text": "MELAKA - Kontinjen Melaka memerlukan RM5 juta dalam memastikan persiapan awal menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang dijangka akan berlangsung di Johor pada 2024.Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, peruntukan tersebut membabitkan elaun jurulatih, atlet, pembelian peralatan, sewa tempat latihan, pengangkutan serta pelbagai lagi perbelanjaan.\"Sebenarnya permohonan ini agak tinggi namun untuk makluman Majlis Sukan Negeri (MSN), kami bekerja mengikut peruntukan yang ada atau apa sahaja sumber yang kami peroleh.\"Jadi peruntukan ini bertujuan memastikan pencapaian diharapkan daripada setiap atlet yang mengambil bahagian dan meneruskan kecemerlangan seperti sebelum ini,\" katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini pada Khamis.Beliau menjawab soalan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) sama ada kerajaan mempunyai peruntukan khusus bagi menghadapi Sukma 2024 nanti.Katanya, kontinjen Melaka mempamerkan prestasi membanggakan apabila memperoleh 17 emas, 11 perak dan 23 gangsa dengan kedudukan keseluruhan di tangga ke-11 pada Sukma ke-20 di Kuala Lumpur baru-baru ini, menerusi 31 acara dipertandingkan.\"Untuk Sukma kali ini (2024), kita menyasarkan 20 emas melalui beberapa acara termasuk wushu, badminton dan renang,\u201d katanya.Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Shanmugam berkata, kerajaan negeri akan menyediakan senarai panjang atlet bawah 21 tahun berpotensi dikumpul melalui semua persatuan sukan di negeri berkenaan bagi memastikan bakat-bakat yang ada tidak terlepas di tangan kontijen negeri lain.\"Kita tidak mahu jadi seperti sebelum ini iaitu atlet yang tidak dimasukkan ke dalam senarai, disambar oleh negeri lain. Sedangkan kita mempunyai ramai atlet dan pemain terbaik yang boleh memenangi pingat emas, malah atlet yang dipinjamkan (ke negeri lain) pun mampu meraih pingat,\" katanya.Ujar beliau, selain senarai tersebut, persediaan secara berterusan juga akan dilakukan termasuk mencungkil bakat baharu menerusi kejohanan kecil yang diadakan di setiap peringkat.\"Untuk memastikan Melaka mampu bersaing dengan negeri-negeri lain, kita mahu persatuan memantau pemain-pemain yang bertanding dalam kejohanan kecil untuk kelayakan dimasukkan ke dalam senarai.\"Selain itu, fasiliti dan infrastruktur atlet juga perlu dipantau, bukan hanya padang atau gelanggang utama tetapi merangkumi padang di taman perumahan atau di kampung-kampung...mungkin tidak perlu dinaik taraf tetapi pastikan ia diselenggara selalu,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236120/berita/sukan/regragui-mohon-maaf-kepada-rakyat-maghribi", "article_title": "Regragui mohon maaf kepada rakyat Maghribi", "article_text": "SKUAD Maghribi sudah memberikan sepenuh kudrat, namun perjalanan mereka terhenti di separuh akhir Piala Dunia setelah tewas 0-2 kepada juara bertahan Perancis pada Khamis.Bagaimanapun jurulatihnya, Walid Regragui tetap memuji usaha para pemain dalam pengembaraan kisah dongeng mereka sehingga mara ke kelompok empat pasukan terbaik dunia.\"Kami sudah memberikan segala-galanya, itu yang paling penting. Pemain berjuang sehingga minit akhir.\"Kami mahu memenangi perlawanan ini tetapi kami bertemu lawan kuat yang tahu apa mereka lakukan.\"Mereka menunggu anda melakukan kesilapan di mana kami lakukannya di awal perlawanan,\" ujar Regragui.Semangat para pemain Maghribi disentap pada awal permainan menerusi gol pembukaan Theo Hernandez pada minit kelima.Regragui sebelum ini melalui detik manis apabila anak buahnya melakar kejutan demi kejutan dengan menewaskan Sepanyol dan Portugal pada pusingan kedua serta suku akhir.Beliau juga tidak terlepas daripada cabaran apabila terpaksa berdepan dengan beberapa pemain yang bergelut untuk cergas sepenuhnya.Pemain pertahanan tengah, Nayef Aguerd terpaksa diketepikan selepas memanaskan badan dan dingantikan dengan Achraf Dari.Seorang lagi pemain pertahanan dan kapten, Romain Saiss diturunkan dalam kesebelasan utama tetapi terpaksa dikeluarkan selepas 21 minit beraksi.\"Kami kehilangan ramai pemain yang sudah melakukan yang terbaik. (Noussair) Mazraoui tidak cergas tetapi tetap beraksi. Begitu juga Saiss.\"Tiada apa-apa lagi dapat saya katakan apabila pemain memberikan yang paling maksimum,\" kata Regragui.Jentera serangan Maghribi berusaha keras sepanjang permainan untuk memburu gol penyamaan, namun mereka kekurangan sentuhan penyudah.\"Kami berpeluang menjaringkan gol, tetapi malangnya ia tidak berhasil. Semoga rakyat Maghribi memaafkan kami. Kami mahu ke final tetapi...lain kali Insya-ALLAH,\" ujar Regragui.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236117/berita/sukan/final-fokus-griezmann", "article_title": "Final fokus Griezmann", "article_text": "SKUAD Perancis enggan menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mahu fokus mempertahankan gelaran Piala Dunia selepas kejayaan di Rusia empat tahun lalu.Pemain penyerang, Antoine Griezmann berkata, skuad Perancis tidak mahu terlalu dibuai kemenangan di separuh akhir selepas mengalahkan Maghribi 2-0 pada Khamis.Tumpuan skuad Les Bleus ketika ini ialah Argentina yang akan menjadi lawan mereka dalam aksi final di Stadium Lusail pada Ahad.Penyerang Atletico Madrid itu menjadi arkitek kejayaan Perancis di Piala Dunia Qatar dalam usaha Les Bleus untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan kejuaraan selepas 60 tahun.Kali terakhir dilakukan Brazil menerusi kejayaan berganda pada edisi 1958 dan 1962.\"Empat tahun lalu selepas (kemenangan 1-0 di separuh akhir ke atas) Belgium, saya menangis, tetapi sekarang saya lebih fokus untuk Ahad.\"Daripada meraikan kejayaan ke final, kami terus berpijak di bumi nyata. Kami fokus kepada pemulihan dan bersedia untuk perlawanan itu,\" ujar Griezmann.Perancis membuka tirai jaringan menerusi bek kiri, Theo Hernandez dan gol lewat permainan Randal Kolo Muani membawa Les Bleus ke final sekali gus menamatkan perjalanan epik Maghribi.\"Saya kagum aksi Maghribi. Mereka mempunyai taktikal yang baik, bertahan dan menyerang. Mereka memberikan masalah kepada kami.\"Gol awal menjadikan keadaan lebih mudah buat kami. Gol kedua kami berasa lebih selesa. Ia perlawanan yang sukar, perkara-perkara kecil yang membezakannya,\" katanya.Bagi Griezmann, pasukan yang mempunyai pemain sensasi, Lionel Messi di dalamnya berada di tahap berbeza.Griezmann dan pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu pernah beraksi bersama ketika mereka di Barcelona.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 08:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236116/berita/sukan/emosi-dan-gembira-deschamps-perancis-mara-ke-final", "article_title": "Emosi dan gembira Deschamps Perancis mara ke final", "article_text": "TIDAK dapat digambarkan perasaan gembira pengendali Perancis, Didier Deschamps setelah Les Blues mara ke final Piala Dunia dua kali berturut-turut selepas kali pertama melakukannya di Rusia empat tahun lalu.Kejayaan itu diraih selepas Les Bleus membenam cabaran Maghribi 2-0 dalam saingan separuh akhir di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis.Deschamps hanya mahu bercakap mengenai 'emosi dan rasa bangga'.\"Jelas ia adalah langkah yang penting hari ini (Khamis) dan kini ada satu lagi (final).\"Kami sudah bersama sejak sebulan lalu. Ia bukan mudah. Kami sangat gembira dan pemain dapat habuan mereka,\" katanya.Perancis juara edisi lalu itu dalam misi mempertahankan gelaran akan menentang Argentina pada Ahad ini.Gol kemenangan Les Bleus dihasilkan oleh Theo Hernandez pada minit kelima dan Randal Kolo Muani pada minit ke-79.Perancis mengimpikan untuk menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun merangkul Piala Dunia berturut-turut selepas kejayaan berganda Brazil pada edisi 1958 dan 1962.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 08:01am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236110/berita/sukan/sasaran-tinggi-barakan-semangat-pemain-baharu", "article_title": "Sasaran tinggi barakan semangat pemain baharu", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh meletakkan sasaran tinggi dalam Piala AFF walaupun skuad Harimau Malaya dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu.Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berkata, sasaran tinggi itu bukan untuk memberi tekanan kepada pemain sebaliknya mampu membakar semangat memperagakan aksi terbaik dalam kejohanan tersebut.\u201cMemang itu (letak sasaran tinggi) yang perlu dibuat FAM. Siapa pun yang berada dalam senarai akhir 23 pemain, sekurang-kurangnya kita sudah letak di satu standard yang tinggi.\u201cKalau dapat capai, ia adalah satu pencapaian dan kejutan untuk pasukan kebangsaan tetapi jika tidak, ia boleh dijadikan sebagai medium untuk jurulatih melihat keupayaan sebenar pemain muda dan muka baharu yang mewakili negara kali ini. Jadi jangan takut letak sasaran tinggi,\u201d katanya kepada Sukan Harian pada Rabu.Untuk rekod, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih belum mengumumkan sasaran di Piala AFF dan hanya akan berbuat demikian selepas perlawanan persahabatan menentang Maldives.FAM perlu meletakkan sasaran tinggi kepada pasukan Harimau Malaya. - Foto Football Association of MalaysiaWan Jamak yang juga bekas pengendali kebangsaan turut menyifatkan sasaran ke perlawanan akhir sebagai realistik untuk diletakkan Pan-gon dan FAM.Menurutnya, ia berdasarkan semangat pemain muda dan baharu yang sudah tentu akan memberikan aksi luar biasa buat negara kerana pertama kali menyarung jersi kebangsaan.\u201cHarapan penyokong dan saya sendiri sudah tentu mahu lihat mereka ke final. Bagi saya, pemain baharu atau pemain lama, itu persoalan nombor dua.\u201cApa yang penting, pemain itu mewakili negara dan apabila mewakili negara, dia kena menunjukkan prestasi yang baik berbanding mewakili kelab.\u201cKita juga kena tengok apabila pemain baharu diberikan peluang bermain, mereka akan menunjukkan satu permainan yang luar biasa untuk memenangi hati peminat dan jurulatih. Jadi tidak salah meletakkan sasaran tinggi,\u201d katanya.Harimau Malaya akan memulakan aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 pada 21 Disember ini menentang Myanmar di Yangon.Skuad Pan-gon kemudian dijadualkan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember sebelum menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236104/berita/sukan/perancis-gah-ke-final-piala-dunia-jumpa-argentina", "article_title": "Perancis gah ke final Piala Dunia, jumpa Argentina", "article_text": "PENYANDANG juara Perancis membuktikan kredibiliti sebagai pasukan layak beraksi di pentas perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menyingkirkan cabaran Maghribi 2-0 pada separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis.Angkatan Didier Deschamps tampil dengan reputasi pasukan pilihan di pentas empat terbaik dengan misi untuk menjadi pemenang Piala Dunia kedua berturut-turut pertama sejak Brazil pada 1958 dan 1962.Deschamps mempertaruhkan rangkaian mesin gol elit Kylian Mbappe, Olivier Giroud dan Antoine Griezmann yang paling berbahaya, serta berpengalaman ketika menjulang kejuaraan di edisi Rusia 2018 sebelum ini.Namun pada masa sama terpaksa menyisihkan kudrat Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano di saat akhir berikutan masalah kesihatan.The Atlas Lions kendalian Walid Regragui pula yang menjadi pasukan dari benua Afrika pertama mara ke separuh akhir dalam sejarah kejohanan itu tampil sekali lagi dengan pakej kejutan sebagai skuad pembunuh gergasi.Regragui mengekalkan kebergantungan terhadap dua perancang utama, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi selain kemagisan Youssef En-Nesyri di bahagian depan.Bagaimanapun pemain pertahanan kelab Serie A Itali AC Milan, Theo Hernandez berusia 25 tahun terlebih dulu meletakkan Les Bleus di depan seawal minit kelima hasil kealpaan bahagian pertahanan Maghribi untuk mendahului babak pertama.Pada babak kedua Perancis terpaksa menunggu kehadiran kelibat pemain kelab Bundesliga Jerman Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani yang masuk menggantikan bintang kelab La Liga Sepanyol, Ousmane Dembele minit ke-79, bagi melengkapkan kemenangan Les Bleus beberapa saat kemudian.Kemenangan itu membolehkan Perancis berentap menentang juara Copa America 2021 pimpinan Lionel Scaloni yang diketuai Lionel Messi di Stadium Lusail pada Ahad.Argentina yang juga juara dunia edisi 1978 dan 1986 mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan cabaran naib juara Rusia 2018 Croatia 3-0 dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Lusail pada awal pagi Rabu.Maghribi pula akan berdepan Croatia bagi penentuan tempat ketiga dalam perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.Untuk rekod kali terakhir kedua-dua pasukan berentap pada 23 November lalu di Stadium Al Bayt yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "15 Disember 2022 05:19am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236099/berita/sukan/harimau-malaya-mudah-tundukkan-maldives", "article_title": "Harimau Malaya mudah tundukkan Maldives", "article_text": "SKUAD Harimau Malaya bagaikan sudah bersedia untuk menghadapi saingan Piala AFF 2022 selepas menewaskan Maldives 3-0 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu.Kemenangan itu melengkapkan aksi cemerlang skuad negara dalam siri perlawanan persahabatan apabila sebelum ini turut membelasah Kemboja 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat lalu.Skuad negara kendalian Kim Pan-gon bermula baik menguasai perlawanan selain garang mencipta serangan sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil.Peluang awal tiba menerusi penyerang negara, Darren Lok yang melakukan percubaan hasil hantaran Brendan Gan pada minit ke-11, tetapi terkena kaki penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.Harimau Malaya membuka tirai jaringan menerusi Darren pada minit ke-24 apabila dia memanfaatkan kesilapan pertahanan Maldives, Hussain Sifaau Yoosuf.Safawi Rasid juga berpeluang mencetak nama selaku penjaring menerusi sepakan percuma pada minit ke-37, namun percubaannya tersasar sebelah kanan pintu gol Maldives.Bersambung babak kedua, Faisal Halim menggandakan jaringan hasil hantaran Darren pada minit ke-64 apabila tenang menyudahkan situasi satu lawan satu berhadapan Shareef.Kapten Harimau Malaya itu sekali lagi berpeluang menambah jaringan pada minit ke-71, namun sepakan cantiknya dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Shareef.Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck melengkapkan kemenangan skuad negara menerusi gol ketiga pada minit ke-88 selepas cemerlang menyudahkan hantaran rakan sepasukan di pasukan Sri Pahang FC, Sergio Aguero.Selepas dua aksi persahabatan tersebut, Pan-gon akan menyenaraikan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran di Piala AFF.Harimau Malaya akan memulakan aksi pembukaan Kumpulan B kejohanan tersebut pada 21 Disember ini menentang Myanmar di Yangon.Skuad negara kemudiannya dijadualkan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember sebelum menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 11:03pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236097/berita/sukan/messi-mampu-akhiri-kemarau-argentina", "article_title": "Messi mampu akhiri kemarau Argentina", "article_text": "BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic percaya Piala Dunia Qatar 2022 merupakan pentas terbaik untuk Lionel Messi mengakhiri kemarau kejuaraan utama dunia.\"Saya rasa sudah tertulis siapa yang akan menang dan anda tahu siapa yang saya maksudkan.\"Saya rasa Messi akan menjulang trofi itu, ia sudah tertulis,\" kata Ibrahimovic yang mewakili Sweden dalam dua Piala Dunia pada 2002 dan 2006.Messi berusia 35 tahun berkemungkinan besar akan membuat penampilan terakhir bersama Argentina di Qatar 2022, berada di landasan terbaik meraih kejuaraan dengan penyingkiran Brazil, Portugal, Jerman dan Sepanyol.Argentina juara Copa America 2021 kelihatan bersedia untuk merangkul gelaran paling berprestij bola sepak buat kali pertama sejak 1986.Ditanya mengenai Maghribi, yang menjadi pasukan Afrika atau Arab pertama yang mara ke empat perlawanan akhir Piala Dunia, Ibrahimovic berkata: \u201cSaya tidak fikir ia satu kejutan kerana saya tahu mereka bagus sebelum Piala Dunia.\u201cPiala Dunia semuanya boleh berlaku, mereka mara ke separuh akhir, mungkin sedikit terkejut, tetapi harus diingat mereka pasukan bagus dan sebuah negara yang baik.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 10:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236094/berita/sukan/hannah-yakeb-beri-penghormatan-terakhir-kepada-sabapathy", "article_title": "Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir memberi penghormatan terakhir kepada legenda olahraga negara mendiang, S Sabapathy pada Rabu.Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika berkongsi perkara itu berkata, Hannah mengetuai Skuad Yakeb Prihatin hadir ke rumah mendiang di Seremban 2, Negeri Sembilan.\u201cMenteri bergegas selepas mesyuarat KBS di Putrajaya ke Seremban untuk berjumpa keluarga mendiang.\u201cSungguh saya terharu komitmen menteri, sungguhpun masih baharu tapi 'human touch' beliau harus dijadikan teladan,\u201d kata Noorul Ariffin dalam satu hantaran dikongsikan Yakeb di media sosialnya.Berita pemergian Sabapathy berusia 75 tahun awal pagi Rabu, yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P Mahaletchumy.Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.\u201cAyah meninggal dunia pada jam 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah,\u201d katanya.Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan pada Khamis meninggalkan isterinya G Maliga, 66, dan dua anak perempuan.Untuk rekod, Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 10:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236093/berita/sukan/penyokong-argentina-berpesta-di-buenos-aires", "article_title": "Penyokong Argentina berpesta di Buenos Aires", "article_text": "BERIBU-RIBU rakyat Argentina memenuhi jalan di tengah Buenos Aires dengan sepanduk biru putih selepas menyaksikan Lionel Messi membawa La Albiceleste mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Croatia 3-0 pada awal pagi Rabu.Orang ramai sebelum itu memenuhi sekitar Obelisco di tengah-tengah ibu kota yang riuh selepas Messi meletakkan pasukan Amerika Selatan di depan hasil sepakan penalti sebelum Julian Alvarez menjaringkan dua lagi gol.Kemenangan tersebut membolehkan Argentina beraksi di pentas perlawanan akhir, yang boleh menyaksikan negara itu memenangi Piala Dunia pertamanya sejak Diego Maradona mengetuai Albiceleste meraih kemenangan edisi Mexico 1986.\u201cSaya teruja kerana perlawanan akhir adalah yang terbaik. Kami tidak boleh berharap lebih.\u201cIa satu perasaan yang luar biasa sebagai rakyat Argentina. Lihat sahaja kegembiraan dalam kalangan peminat sukan nombor satu negara ini,\u201d kata peminat Mauricio Gasandrea ketika meraikannya di Buenos Aires.Kejayaan juara dunia dua kali itu mara ke final menyaksikan penyokong meraikan di perhentian bas, tiang lampu jalan dan arca, dengan beberapa gendang dibunyikan dan hon yang berbunyi.\u201cIa menakjubkan, ia adalah kegembiraan amat besar. Bagi semua rakyat Argentina, ia adalah unik yang tidak dapat dijelaskan,\u201d kata Angeles, seorang lagi penyokong.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 10:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236086/berita/sukan/piala-dunia-perancis-gerakkan-10000-pegawai-polis", "article_title": "Piala Dunia: Perancis gerakkan 10,000 pegawai polis", "article_text": "BIMBANG kemungkinan rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Perancis dan Maghribi di Qatar pada awal pagi Khamis, Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya.Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.Paris sebelum ini menyaksikan insiden ganas pada 10 Disember selepas kemenangan Maghribi dan Perancis di peringkat suku akhir.Champs-Elysees bagaimanapun tidak ditutup pada Rabu.Kebanyakan jalan masuk ke Paris akan ditutup mulai jam 6.30 petang termasuk beberapa stesen metro dan RER.Ancaman lain adalah daripada samseng berhaluan kanan yang radikal seperti dilaporkan stesen radio Europe 1.Menurut Europe 1, di bandar Strasbourg, beberapa dozen ahli pesalah Strasbourg, kumpulan samseng yang terdiri daripada neo-Nazi, Identitarian dan ultra-nasionalis, dikatakan merancang berkumpul di jalan-jalan di pusat bandar selepas perlawanan itu.Perlawanan itu dilihat oleh beberapa pihak sebagai pertembungan antara Kolonialis Perancis dan bekas jajahannya di Afrika Utara.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 09:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236040/berita/sukan/tfc-lepaskan-12-pemain-termasuk-lima-import", "article_title": "TFC lepaskan 12 pemain termasuk lima import", "article_text": "TERENGGANU FC (TFC) mengumumkan pengguguran 12 pemain termasuk lima tonggak import daripada barisan yang akan membawa cabaran skuad itu di Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.Lima pemain import itu ialah Kipre Tchetche, Pape Diakite, Petrus Shetembi, Kpah Sherman dan Manuel Ott yang mengikut jejak langkah bekas ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA) FC.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh berkata, pemain tempatan yang digugurkan pula ialah Mohd Sharmiza Yusoff, Shahrin Sapien, Azalinullah Alias, Nik Akif Shahiran Nik Mat, Muhd Arif Anwar, Mohd Hafizal Alias dan pemain sayap sensasi, Faisal Halim.\u201cPengurusan kelab ingin berterima kasih atas jasa mereka ketika bersama TFC. Selamat maju jaya diucapkan untuk perjalanan karier mereka selanjutnya,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.TFC sebelum ini telah menandatangani kontrak bersama penyerang import kelahiran Haiti, Sony Norde.Turut dikekalkan pemain sayap, Faiz Nasir dan tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar.Dalam pada itu, TFC turut mengumumkan senarai enam pemain daripada pasukan Terengganu FC II (TFC ll) yang akan dinaikkan pangkat ke skuad Penyu musim depan.Mereka termasuk Safwan Mazlan, Aqil Irfanuddin Mohamad Sabri, Fazli Ghazali, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, Firdaus Rusdi dan Shafawi Mohamad.\u201cPemain ini telah mempamerkan kualiti permainan yang cemerlang untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.\u201cKesemua pemain telah disemak dan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal TFC untuk didaftarkan bersama skuad utama musim depan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 03:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236024/berita/sukan/bekas-atlet-olimpik-s-sabapathy-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas atlet Olimpik S Sabapathy meninggal dunia", "article_text": "BEKAS jaguh pelari kebangsaan S Sabapathy meninggal dunia pada usia 75 tahun awal pagi Rabu.Berita pemergian atlet yang pernah beraksi dalam kategori 4x400 meter (m) di Olimpik Munich 1972 itu dikongsikan anak sulung mendiang, P Mahaletchumy ketika dihubungi Bernama.Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.Ayah meninggal dunia pada jam 4.45 pagi. Sebelum ini, dia sukar untuk bernafas selain keadaan buah pinggangnya turut bermasalah,\u201d katanya.Mendiang akan dibawa ke krematorium di Mantin, Negeri Sembilan esok.Mendiang meninggalkan isterinya G. Maliga, 66, dan dua anak perempuan.Sabapathy pernah memperoleh emas acara 4x100m dalam Sukan SEA di Singapura pada 1973. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 02:55pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/236010/berita/sukan/harga-tiket-piala-aff-turun-lagi", "article_title": "Harga tiket Piala AFF turun lagi", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan peringkat Kumpulan Piala AFF 2022 menentang Laos dan Singapura diturunkan lagi kepada serendah RM30 untuk satu perlawanan.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penurunan harga tiket kali kedua itu dibuat selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya.Menurut Hamidin, beliau telah sekali lagi mengarahkan kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Posa Majais supaya mendapatkan solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.\"Untuk makluman semua, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong.\"Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.Beliau berkata, bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal ataupun harga yang telah diturunkan semalam, proses pemulangan untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.\"Akhir kata, saya menjemput dan mengalu-alukan kehadiran lebih ramai penyokong Harimau Malaya untuk sama-sama membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini bagi perlawanan menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura.\"Semoga kehadiran lebih ramai penyokong ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi, semangat dan persembahan barisan pemain Harimau Malaya. Semua ini adalah demi lencana di dada!,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 02:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235989/berita/sukan/piala-dunia-terakhir-messi", "article_title": "Piala Dunia terakhir Messi", "article_text": "BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi mengesahkan final Piala Dunia Qatar akan menjadi penampilan terakhir buatnya dalam kejohanan temasya terbesar dunia itu.Messi membantu kemenangan Argentina 3-0 menentang Croatia pada aksi separuh akhir pada Rabu dan akan melakukan penampilan ke-172 dalam usaha menamatkan kemarau Piala Dunia buat negaranya sejak 1986.Saya rasa sangat gembira untuk sampai ke tahap ini dan untuk menamatkan perjalanan Piala Dunia dengan bermain perlawanan terakhir di final.\"Beberapa tahun lagi untuk edisi Piala Dunia seterusnya dan saya tidak rasa mampu melakukannya. Untuk mengakhiri seperti ini adalah sangat bagus,\" katanya.Pemain berusia 35 tahun itu beraksi dalam Piala Dunia kelimanya mengatasi rekod empat kali Diego Maradona dan Javier Mascherano.\"Ia rekod yang baik, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mengapai matlamat pasukan yang akan menjadi perkara paling indah pernah berlaku.\"Kami hanya satu langkah lagi ke arah itu (menang Piala Dunia), kami akan lakukan sehabis baik,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 11:56am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235988/berita/sukan/bola-al-hilm-untuk-aksi-separuh-akhir-akhir", "article_title": "Bola Al Hilm untuk aksi separuh akhir, akhir", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menukar bola baharu yang dinamakan Al Hilm untuk digunakan dalam aksi separuh akhir dan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Bola tersebut yang digelar 'bola impian' mula digunakan ketika aksi separuh akhir Argentina menentang Croatia di Stadium Lusail pada Rabu.Bola tersebut juga menggantikan bola Al Rihla atau digelar Perjalanan yang sebelum ini digunakan sejak peringkat kumpulan.Pasukan terpaksa menyesuaikan diri dengan bola tersebut yang diperkenalkan beberapa hari sebelum aksi separuh akhir.Dalam satu kenyataan oleh FIFA, bola tersebut menggunakan teknologi sama seperti Al Rihla iaitu 'Connected Ball' daripada Adidas.\"Teknologi ini membantu pegawai perlawanan membuat keputusan yang pantas dan tepat semasa Piala Dunia.\"Teknologi itu juga membolehkan keputusan mengenai ofsaid dibuat lebih cepat ketika pegawai boleh melihat detik sebenar pergerakan bola itu,\" kata kenyataan itu.FIFA berkata, reka bentuk bola tersebut diinspirasikan oleh negara tuan rumah dan trofi Piala Dunia itu sendiri.\"Bola itu dibentuk menerusi warna 'padang pasir yang berkilauan di wilayah mengelilingi bandaraya Doha, warna trofi Piala Dunia dan corak bendera Qatar,\" kata FIFA.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 11:43am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235986/berita/sukan/kesedihan-kekecewaan-buat-croatia---modric", "article_title": "Kesedihan, kekecewaan buat Croatia - Modric", "article_text": "PEMAIN tengah Croatia, Luka Modric kecewa selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Argentina dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Stadium Lusail pada Rabu.Menurutnya, Croatia bermain dengan baik, namun beberapa keputusan pengadil memberikan kesan kepada perlawanan tersebut.\"Kami tidak mahu tewas, tetapi kami perlu bangkit untuk perlawanan penentuan tempat ketiga. Kami sedih, kami mahu berada di final tetapi tidak berjaya.Kami perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina. Namun, dua keputusan pengadil tidak memberikan sepakan sudut dan menghadiahkan penalti kepada Argentina mengubah segalanya.\"Pemain Argentina (Julian Alvarez) itu telah menendang bola tersebut dan kemudian baru bertembung dengan penjaga gol kami. Saya tidak percaya pengadil memberikan penalti.\"Ia mengubah rentak permainan tetapi kami tidak dapat mengubah keputusan. Sekarang kami perlu bangkit dan menang perlawanan seterusnya,\" katanya.Pemain berusia 37 tahun itu juga menegaskan bermain untuk tempat ketiga juga amat penting untuk pasukan.\"Kami telah mengharungi Piala Dunia yang hebat dan kini ada tempat ketiga dipertaruhkan. Kami perlu mempersiapkan diri. Jika kami menang ia juga satu kejayaan,\" katanya.Dalam pada itu, Modric tetap mengharapkan Argentina dan Lionel Messi dapat menjuarai edisi kali ini walaupun mereka tewas di tangan pasukan Amerika Selatan itu.\"Messi akan menang Piala Dunia kali ini. Dia adalah pemain yang bagus dalam sejarah dan layak untuk mendapatkannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 11:09am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235982/berita/sukan/impian-piala-dunia-messi", "article_title": "Impian Piala Dunia Messi", "article_text": "BINTANG sensasi Argentina, Lionel Messi berada pada rentak terbaik untuk membantu La Albiceleste muncul juara Piala Dunia sekali gus mengapai piala yang belum dimiliki dalam kariernya itu.Messi yang tampil cemerlang dalam membawa Argentina mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Croatia 3-0 di separuh akhir pada Rabu mengakui ia satu lagi kenangan manis untuk dirinya.\"Sepanjang Piala Dunia, apa yang kami alami sangat luar biasa. Kami akan bermain perlawanan akhir dan ini adalah apa yang kami mahukan.\"Saya tidak tahu sama ada ia adalah Piala Dunia terbaik saya tetapi sudah lama saya menikmatinya. Pasukan ini gila. Kami akan bermain satu lagi perlawanan akhir, kami akan menikmati semua ini,\" katanya.Messi yang dinobatkan pemain terbaik dalam aksi separuh akhir itu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti sebelum pemain muda meningkat naik, Julian Alvarez meledak dua gol untuk memastikan kemaraan Argentina.Messi yang sebelum ini pernah kecewa dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas tewas kepada Jerman berpeluang menebus kehampaan itu sekali gus merangkul Piala Dunia pertama dalam kariernya.Messi juga sudah meledak lima gol dalam saingan Piala Dunia kali ini dan bermakna dia mengatasi Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Argentina di Piala Dunia apabila mengumpul 11 gol.Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu juga mahu para pemain meraikan kejayaan tersebut sebelum memikirkan cabaran getir di perlawanan akhir.Argentina, sekali lagi, berada di final Piala Dunia. Mari raikannya!.\"Kita sudah berada dalam situasi yang sukar, selain itu perlawanan yang sangat bagus. Hari ini kita melalui sesuatu yang menakjubkan.\"Kami tahu apa yang kami boleh lakukan, kami yakin. Kami tahu kami bukanlah pilihan tetapi sekarang tiada siapa yang menafikan dan kami berhak menerima apa yang kami sepatutnya dapat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235977/berita/sukan/penalti-messi-punca-croatia-tewas", "article_title": "Penalti Messi punca Croatia tewas", "article_text": "PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic mengkritik keputusan pengadil yang memberikan penalti ketika pasukannya tewas kepada Argentina 0-3 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Menurut Dalic, penalti tersebut disifatkan sebagai mencurigakan dan pengadil sepatutnya terlebih dahulu memberikan sepakan sudut kepada Croatia sebelum insiden penalti itu berlaku.Malah, dia juga menyifatkan penalti itu menyebabkan rentak permainan Croatia berubah walaupun sebelum itu pasukannya menguasai perlawanan.Segala-galanya di tangan kami. Kami bermain dengan baik selama setengah jam dan menguasai bola. Kami bukan diancam tetapi menguasai permainan.\"Kami melepaskan satu gol yang sangat mencurigakan. Situasi yang membawa kepada penalti ia adalah terlalu murah, sejujurnya terlalu mudah memberikan sepakan penalti itu,\" katanya.Messi tidak mempunyai masalah untuk meledak gol penalti tersebut dan kemudiannya Julian Alvarez menjaringkan dua gol untuk membawa Argentina ke perlawanan akhir.Dalic turut memberikan pujian kepada Messi yang menunjukkan kualiti luar biasanya dalam perlawanan tersebut.\"Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai kualiti Messi. Selepas 15 tahun, dia sememangnya pemain terbaik dunia dan hari ini dia sangat bagus dan berbahaya kepada kami.\"Dia melakukan perbezaan untuk pasukan Argentina. Dia mempunyai teknik dan keupayaan di peringkat tertinggi dalam permainannya,\" katanya.Dalam pada itu, Dalic menegaskan akan terus mengemudi pasukan itu walaupun gagal membawa Croatia mara ke perlawanan akhir.\"Saya akan meneruskan bersama Croatia. Kontrak saya sehingga 2024, selepas Euro dan dalam masa enam bulan kita ada Liga Negara UEFA dan kelayakan Piala Dunia. Perancangan saya adalah untuk membawa pasukan ke Euro 2024,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 10:06am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235975/berita/sukan/tewas-kepada-arab-saudi-cetus-kebangkitan-argentina", "article_title": "Tewas kepada Arab Saudi cetus kebangkitan Argentina", "article_text": "PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan kekalahan pasukannya kepada Arab Saudi dalam perlawanan pertama kempen Piala Dunia mencetus kebangkitan skuad La Albiceleste.Menurutnya, pemain Argentina memberi respon yang positif selepas kekalahan tersebut sekali gus berjaya menang lima perlawanan berturut-turut dan mara ke final.\"Selepas kami tewas kepada Arab Saudi, kami merasai kasih sayang dan sokongan daripada penyokong, seluruh negara, rakyat kami dan ia sesuatu yang sangat hebat memberikan tenaga dan kekuatan kepada kami.Saya cuba untuk tidak beremosi tetapi ia agak sukar kerana saya berada di tempat yang menjadi impian rakyat Argentina. Mewakili negara saya adalah perkara yang paling menyentuh hati.\"Selepas itu, anda boleh kalah atau menang, tetapi ia kerana semua pemain dan rakyat Argentina. Mereka bersama kami ketika kalah dan ia sesuatu yang tidak pernah saya alami,\" katanya.Arab Saudi mengejutkan Argentina dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menewaskan pasukan dari Amerika Selatan itu 2-1 pada 22 November lalu.Bagaimanapun, bangkit untuk menang kesemua perlawanan dicetuskan oleh bintang sensasi mereka, Lionel Messi yang terlibat dalam lapan daripada 12 gol yang dijaringkan pasukannya di Qatar.Pemain berusia 35 tahun itu juga meledak satu gol dalam perlawanan separuh akhir menentang Croatia dan dinobat pemain terbaik perlawanan.Dalam pada itu, Scaloni menghamburkan pujian kepada Messi dan tidak pernah meragui kemampuan pemain terbaik dunia itu.\"Bagi saya, amat menarik untuk melihatnya beraksi dan dia sememangnya seorang pemain terbaik dunia.\"Setiap kali saya melihatnya, dia mencipta sesuatu dan memberikan cetusan kepada rakan sepasukan dan rakyat. Bukan sahaja kepada rakyat Argentina. Kami bertuah kerana dia mewakili kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 09:49am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235973/berita/sukan/argentina-tidak-bermain-baik-di-qatar-2022---ronaldo", "article_title": "Argentina tidak bermain baik di Qatar 2022 - Ronaldo", "article_text": "PEMENANG Piala Dunia Brazil, Ronaldo menegaskan tidak bersetuju bahawa Argentina berkemampuan merangkul kejuaraan edisi Qatar 2022, selepas penyingkiran secara mengejut skuad Samba pada suku akhir.Brazil, yang merangkul kejuaraan kelima pada edisi Korea Selatan-Jepun 2002 dengan Ronaldo memainkan peranan penting, ditunjukkan jalan keluar finalis edisi Rusia 2018 Croatia menerusi penentuan penalti lapan terbaik, yang menjadi lawan Argentina di separuh akhir selepas itu.\u201cUntuk mengatakan saya akan gembira untuk Argentina (jika mereka menang), itu adalah tidak benar, malah ia adalah satu pembohongan, saya tidak akan menjadi hipokrit...Kita semua layak mendapat Piala Dunia, ia dimenangi di atas padang. Argentina tidak bermain dengan baik, namun mereka mempunyai begitu banyak keinginan, mereka begitu banyak berlari, mereka juga sepenuh hati dan paling penting mereka mempunyai Lionel Messi di bahagian akhir,\" kata Ronaldo.Ronaldo, pemenang Ballon d'Or dua kali yang menjulang beberapa trofi bersama skuad Samba termasuk Copa America dan Piala Konfederasi, turut menyatakan pandangannya mengenai pengendali Brazil seterusnya apabila Tite meninggalkan jawatan itu selepas gagal memenangi dua Piala Dunia.\"Saya tidak kisah jika dia orang asing. Saya suka melihat Pep Guardiola, Carlo Ancelotti atau Jose Mourinho melatih Brazil. Tetapi saya bukan orang yang memilih...\"Saya sentiasa bersedia untuk CBF (persekutuan bola sepak Brazil) untuk apa sahaja yang mereka mahu, untuk sebarang perundingan,\" katanya.Untuk rekod, dua gol penyerang, Julian Alvarez dan satu daripada penalti Lionel Messi menyaksikan Argentina menewaskan naib juara edisi Rusia 2018, Croatia 3-0 pada separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Rabu.Kemenangan itu membolehkan Argentina mara ke perlawanan akhir pada Ahad ini, berdepan pemenang aksi Perancis Maghribi yang dijadualkan berlangsung pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 09:19am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235955/berita/sukan/argentina-tempah-tiket-final", "article_title": "Argentina tempah tiket final", "article_text": "ARGENTINA mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Dunia Qatar 2022 selepas melakar kemenangan besar 3-0 ke atas Croatia dalam aksi separuh akhir di Stadium Lusail pada awal pagi Rabu.Lionel Messi sekali lagi menjadi arkitek penting di sebalik kejayaan skuad La Albiceleste itu yang kini menanti pemenang di antara Perancis atau Maghribi pada aksi final hujung minggu ini.Dalam pertemuan menentang Croatia yang tampil selaku finalis Piala Dunia 2018 di Rusia, Argentina tampak bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan.Selepas beberapa kali mengasak kubu Croatia, Argentina akhirnya berjaya merobek gawang lawan menerusi sepakan penalti Messi pada minit ke-34.Sepakan penalti itu berpunca daripada kekasaran yang dilakukan penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic ketika dia cuba menghalang larian pantas Julian Avarez.Jaringan itu menyaksikan Messi kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe dengan lima gol.Malah, gol tersebut turut menyaksikan kapten Argentina itu mengatasi rekod legenda La Albiceleste, Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol.Pada penghujung babak pertama, kem Argentina terus berpesta apabila giliran Alvarez pula menggegar gawang Croatia hasil larian solonya dari tengah padang.Pengendali Croatia, Zlatko Dalic memasukkan Mislav Orsic, Nikola Vlasic dan Bruno Petkovic bagi menambah sengat di bahagian serangan pada babak kedua.Namun, keghairahan mereka memburu gol hampir dihukum Argentina menerusi gerakan Alvarez dan Enzo Fernandez pada minit ke-56.Pada ketika Croatia rancak melancarkan serangan, Argentina terus menggamatkan stadium apabila Alvarez meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-70.Messi sekali lagi berperanan sebagai pencipta gol itu dengan membuat larian dari tepi padang sebelum membuat satu hantaran yang mudah disempurnakan Alvarez.Dengan kemenangan itu, Argentina yang juga juara Copa America 2021 kini hanya selangkah bergelar juara dunia buat kali ketiga selepas muncul juara edisi 1978 dan 1986.Malah, ini merupakan peluang kedua buat Messi menjulang Piala Dunia selepas dikecewakan Jerman dalam aksi final Piala Dunia 2014 di Brazil.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Disember 2022 05:21am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235922/berita/sukan/kesihatan-pele-makin-pulih", "article_title": "Kesihatan Pele makin pulih", "article_text": "LEGENDA bola sepak Brazil, Pele menunjukkan tanda-tanda semakin pulih hasil rawatan jangkitan pernafasan.Menurut laporan Xinhua, Pele dimasukkan ke hospital Albert Einstein di Sao Paulo akhir bulan lalu untuk menerima rawatan akibat jangkitan pernafasan serta melakukan penilaian semula kemoterapi.\"Masih tidak dibenarkan keluar, pesakit terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih,\" menurut kenyataan dikeluarkan pihak hospital dan ditandatangani oleh tiga doktor.Pele yang kini menjangkau usia 82 tahun merupakan satu-satunya pemain yang menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dengan menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan dengan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu menjalani pembedahan bagi membuang tumor pada tahun lepas.Pele membuat hantaran di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memaklumkan kepada peminat tentang kesihatannya semasa beliau menonton Piala Dunia.\"Saya kuat, dan saya menjalani rawatan seperti biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan kejururawatan atas penjagaan yang saya terima,\" menurut hantarannya minggu lalu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 06:25pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235921/berita/sukan/tiga-badang-negara-mungkin-tak-sertai-sukan-sea-2023", "article_title": "Tiga 'badang' negara mungkin tak sertai Sukan SEA 2023", "article_text": "TIGA atlet angkat berat negara berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023, sebaliknya akan memberi tumpuan menyertai kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, tiga atlet berkenaan melibatkan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 - Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin serta Muhammad Erry Hidayat.\u201cTahun hadapan PABM akan tumpukan kejohanan bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024, namun tahun hadapan juga ada Sukan SEA di Kemboja, maka kita kena buat pilihan.\u201cAtlet yang pergi ke kelayakan Olimpik kemungkinan tidak akan dihantar ke Sukan SEA kerana ada kejohanan mengumpul mata kelayakan di Korea Selatan yang agak sama tarikhnya,\u201d katanya.Sementara itu, beliau bangga dengan pencapaian atlet angkat berat negara sepanjang musim 2022 dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.\u201cPenilaian atlet ke Kemboja akan berdasarkan kepada Kejohanan Kebangsaan dan kita akan tetapkan pencapaian yang mereka harus capai, hanya apabila mereka capai sesuatu angkatan dari situ mereka layak ke Sukan SEA.\u201cSebelum ini, kita ada lapan atlet (termasuk Aniq, Aznil dan Erry), lagi lima atlet kita akan buat penilaian sekiranya mereka layak dan atlet pelapis juga akan kita perhatikan. Mungkin mulai tahun hadapan baru kita akan lihat prestasi dan kelayakan mereka,\u201d ujarnya.Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi Mei lepas menyaksikan Aniq berjaya membawa pulang gangsa acara 55 kilogram (kg), manakala Aznil merangkul perak kategori 61kg dan Erry terpaksa berpuas hati dengan gangsa bagi kategori 73kg lelaki. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 06:21pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235900/berita/sukan/benteng-harimau-malaya-cepat-serasi", "article_title": "Benteng Harimau Malaya cepat serasi", "article_text": "PEMAIN Harimau Malaya terutama di benteng pertahanan tidak berdepan masalah untuk membentuk keserasian walaupun pasukan yang akan beraksi di Piala AFF kali ini dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu.Pemain pertahanan negara, Ahmad Khuzaimi Piee berkata, kesemua pemain juga menunjukkan komitmen sekali gus bersedia untuk memberikan aksi terbaik dalam saingan yang akan membuka tirainya pada 21 Disember ini.Menurutnya, tanpa kehadiran pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools dalam dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives juga memberikan ruang buat gandingan baharu diuji di posisi tersebut.\"Ketiadan Dion Cools buat masa ini menyaksikan kita dapat satu gandingan baharu dalam setiap perlawanan persahabatan dan ia bukan satu masalah bagi saya dan pemain lain untuk serasi.\"Sebelum ini pun kita dah berlatih bersama, ia tidak ambil masa lama untuk kami serasi. Apa yang penting setiap pemain dapat beri komitmen dalam pasukan,\" katanya dalam Sidang Media Praperlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Cools yang turut dinamakan sebagai kapten Harimau Malaya dijangka menyertai skuad negara pada Jumaat ini.Harimau Malaya sebelum ini telah membelasah Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan dan akan mengharungi satu lagi perlawanan menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu sebelum bermulanya aksi Piala AFF.Untuk aksi Piala AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Dalam pada itu, Ahmad Khuzaimi menyifatkan perlawanan menentang Maldives tidak boleh dipandang mudah dan pemain perlu mengikuti setiap taktikal yang dimahukan Pan-Gon.\"Bagi saya, perlawanan menentang Maldives satu perlawanan yang sukar. Saya harap setiap pemain dapat beri persembahan yang terbaik dan ikut taktikal yang dimahukan jurulatih,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 04:48pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235882/berita/sukan/peluang-terakhir-pemain-tambat-hati-pan-gon", "article_title": "Peluang terakhir pemain tambat hati Pan-gon", "article_text": "PERLAWANAN persahabatan menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Rabu akan menjadi peluang terakhir kepada pemain menambat hati pengendali negara, Kim Pan-gon untuk terpilih ke saingan Piala AFF.Bagi Pan-gon, beliau mahu melihat aksi terbaik dapat dipamerkan semua pemain selain elemen paling penting mampu beradaptasi dengan taktikal yang mahu diterapkannya.\"Mereka perlu bersaing sesama sendiri sebelum kami membuat keputusan untuk senarai akhir nanti. Saya harap setiap pemain dapat memberikan aksi terbaik dan buktikan mereka layak untuk beraksi di Piala AFF.\"Peluang setakat ini terbuka untuk semua pemain. Namun, pemilihan itu sudah tentu menjurus kepada beberapa perkara dengan keutamaan kepada taktikal yang kami mahu pemain sesuaikan diri.\"Saya juga mahu lihat karakter mereka, sifat agresif serta kebijaksanaan di atas padang,\" katanya dalam Sidang Media Praperlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.Dalam pada itu, Pan-gon mengakui berdepan detik sukar untuk membentuk pasukan yang mampu memenuhi jangkaan peminat mahu skuad negara mendapat keputusan baik dalam kempen Piala AFF kali ini.Bagaimanapun, beliau yakin dan percaya kemampuan pemain baharu untuk cuba memberikan aksi luar biasa sepanjang kempen Piala AFF itu.\"Saat ini agak sukar kerana banyak pemain adalah pemain baharu selain tidak banyak perlawanan bersama. Tetapi, kami tetap fokus kepada peringkat ini.\"Setakat ini, saya gembira dan yakin dengan mereka. Dalam sesi latihan, kami buat latihan yang agak sukar dan sebagainya tetapi mereka berjaya laksanakan dengan baik.\"Pemain juga sayangkan negara mereka dan berdasarkan komitmen, mereka bersedia bermain sehabis baik untuk negara,\" katanya.Skuad Harimau Malaya yang mula menjalani latihan pusat bermula 29 November lalu telah mengharungi perlawanan persahabatan menentang Kemboja menyaksikan skuad negara dibarisi ramai pemain muda dan muka baharu berjaya menang 4-0.Untuk aksi Piala AFF, Malaysia diundi dalam Kumpulan B akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 03:29pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235861/berita/sukan/southgate-perlu-letak-jawatan", "article_title": "Southgate perlu letak jawatan", "article_text": "PENGENDALI England, Gareth Southgate digesa supaya meletakkan jawatan selepas langkah pasukan kendaliannya itu terhenti di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Bekas pemain tengah Manchester City, Joey Barton berkata, Southgate dinilai sukar untuk membawa England meraih kejuaraan walaupun mempunyai rekod baik dengan pasukan The Three Lions itu.\"Saya tidak percaya Southgate belum meletakkan jawatan. Dua Piala Dunia dan Euro sebelum ini sepatutnya kita sudah menang.\"Berhentilah menghargai kegagalan. Dia kena pergi dan pasukan perlu mendapatkan seorang pengurus yang mampu memberikan kejuaraan,\" katanya.England disingkirkan daripada Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis 1-2 di pusingan suku akhir.Southgate dinilai sebagai antara pengendali terbaik England selepas era Sir Alf Ramsay.Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak England membuka pintu kepada jurulatih asing sekiranya Southgate melepaskan jawatannya itu.Beberapa pengendali luar negara seperti Mauricio Pochettino dan Thomas Tuchel dilaporkan berminat mengisi kekosongan tersebut.Selain itu, bekas pemain tengah England, Frank Lampard dan Steven Gerrard pula dikatakan adalah calon terbaik anak tempatan untuk berbakti bersama pasukan kebangsaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 01:53pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235846/berita/sukan/bounou-bakal-jadi-watak-penting-kekang-perancis", "article_title": "Bounou bakal jadi watak penting kekang Perancis", "article_text": "PENJAGA gol Maghribi, Yassine Bounou dijangka sekali lagi akan menjadi watak penting untuk mengekang kemaraan Perancis apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia Qatar pada Khamis.Bounou tampil cemerlang bersama skuad The Atlas Lions yang menyaksikan hanya bolos sekali sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.Malah, penjaga gol berusia 31 tahun itu juga membuktikan kemampuan sebagai penyelamat sepakan penalti terbaik menafikan dua penalti Carlos Soler dan Sergio Busquets untuk menghantar Sepanyol pulang pada pusingan 16 terbaik.Bounou sekali lagi tampil cemerlang dengan aksi bertaraf dunia ketika kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Portugal di peringkat suku akhir sekali gus membawa Maghribi ke pentas separuh akhir.Menurut penjaga gol yang beraksi bersama kelab Sepanyol, Sevilla itu, kemaraan Maghribi bukan hanya bergantung kepada dirinya sebaliknya kerjasama semua pemain dalam pasukan.\"Situasi seperti ini sukar dipercayai. Kami datang untuk mengubah mentaliti dan rasa kurang yakin kami. Pemain Maghribi boleh bersaing dengan sesiapa sahaja di dunia.\"Saya fikir perkara paling penting kami telah mengubah mentaliti itu dan generasi selepas ini. Kami akan tahu bahawa pemain Maghribi boleh melakukan semua ini,\" katanya.Bounou juga menegaskan pasukan itu tidak berhasrat untuk memperlahankan momentum dan bersedia untuk menumbangkan penyandang juara, Perancis.\"Apabila anda menjadi sebahagian daripada cerita, anda tidak memahami apa yang berlaku dengan cepat. Sekarang ini, semuanya baik, kami akan kekal fokus. Kami gembira dengan apa yang telah kami lakukan setakat ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 12:17pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235839/berita/sukan/neymar-terus-beraksi-untuk-brazil---ronaldo", "article_title": "Neymar terus beraksi untuk Brazil - Ronaldo", "article_text": "LEGENDA Brazil, Ronaldo percaya Neymar akan dapat bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkirnya pasukan Selecao itu daripada Piala Dunia Qatar 2022.Menurutnya, Neymar masih muda dan seharusnya kekal menjadi tonggak penting untuk Brazil beberapa tahun lagi.\"Saya fikir buat masa ini dia sedang sedih selepas tersingkir. Ia normal untuk dia rasa begitu tetapi dia akan kembali lebih kuat dan bermain dengan pasukan kebangsaan.\"Dia masih muda dan saya percaya di boleh beraksi dalam Piala Dunia seterusnya. Saya gembira apabila dia menunjukkan komitmen untuk pasukan,\" katanya.Brazil tersingkir daripada Piala Dunia kali ini selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia sekali gus terlepas peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir.Buat masa ini, Neymar masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya selepas dilihat terlalu kecewa dan menangis susulan kekalahan di tangan Croatia itu.Dalam pada itu, Ronaldo menyifatkan kekalahan Brazil kepada Coratia disebabkan kekurangan permainan agresif dipamerkan pasukan itu.\"Kami hanya kekurangan beberapa perkara termasuk mengetahui cara membuang masa apabila mendahului. Selepas jaringan Neymar, perlawanan sepatutnya sudah tamat.\"Anda perlu tahu cara mengawal bola dengan baik dan mengejar lawan, jauhkan mereka dari gawang. Anda perlukan helah kecil ini dan saya rasa itu satu-satunya perkara yang kurang ketika menentang Croatia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 11:51am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235830/berita/sukan/luis-enrique-patah-hati-kendali-skuad-kebangsaan", "article_title": "Luis Enrique patah hati kendali skuad kebangsaan", "article_text": "BEKAS pengendali Sepanyol, Luis Enrique bagaikan patah hati untuk mengendalikan mana-mana skuad kebangsaan selepas ini apabila gagal membawa La Roja melepasi peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Menurut Enrique, dia lebih berminat untuk melatih pasukan kelab di liga utama dunia sekali gus mencari cabaran baharu dalam karier kejurulatihannya.\"Saya melihat diri saya melatih kelab dan membawa karier saya ke satu tahap yang berbeza yang mana saya tidak dapat lakukan bersama pasukan kebangsaan,\" katanya.Dia dipecat Khamis lalu selepas Sepanyol tewas penentuan sepakan penalti kepada Maghribi pada pusingan 16 terbaik dan jurulatih Sepanyol bawah 21 tahun, Luis de la Fuente diangkat sebagai pengendali baharu skuad senior Sepanyol.Enrique yang melatih Sepanyol sejak 2018 juga mendedahkan pernah ditawarkan kontrak lanjutan membimbing pasukan itu selepas Euro 2020 berakhir.Namun, dia menolak tawaran tersebut dan mahu melihat keputusan di Piala Dunia Qatar ini sebelum membuat keputusan menyambung kontrak.\"Saya menegaskan perkara terbaik untuk dilakukan ialah hadapi Piala Dunia terlebih dahulu.\"Saya rasa ia lebih masuk akal. Jika tidak mereka memperbaharui kontrak saya sebelum mengetahui keputusan di Piala Dunia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 11:14am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235828/berita/sukan/perancis-diingatkan-tidak-masuk-perangkap", "article_title": "Perancis diingatkan tidak masuk perangkap", "article_text": "PEMAIN pertahanan Perancis, Raphael Varane mengingatkan pasukan supaya tidak 'masuk dalam perangkap' dan merasakan tiket final Piala Dunia Qatar 2022 sudah menjadi milik mereka.Menurutnya, pasukan Les Bleus itu tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan mereka di separuh akhir iaitu Maghribi yang sudah melakukan beberapa kejutan besar.\"Kami mempunyai banyak pengalaman dalam perlawanan besar dan tidak akan masuk dalam perangkap memikirkan bahawa kami pasukan pilihan.\"Maghribi mara ke separuh akhir bukan kerana mereka bernasib baik. Mereka bertahan dengan baik dan ia akan meladi perlawanan yang sukar.\"Segalanya bergantung kepada kami dengan dibarisi pemain berpengalaman untuk memastikan kemenangan milik kami. Kami akan berjuang sehabis baik dan tidak melihat ia perlawanan mudah.\"Kami perlu beri 100 peratus dan berjuang sehingga penghujung dan perlu mengesahkan tempat ke final,\" katanya.Perancis yang juga merupakan penyandang juara itu berpeluang untuk mempertahankan trofi Piala Dunia mengulangi pencapaian yang pernah dilakukan Brazil pada 1962.Varane juga mengingatkan pemain supaya tidak mengambil muda Maghribi yang ketika ini hanya bolos satu gol selain telah mencipta kejutan menewaskan Belgium, Kanada, Sepanyol dan Portugal.\"Saya rasa mereka adalah pasukan yang kuat dan sukar ditewaskan. Mereka sedang mencipta sejarah buat negara dan mempunyai kekuatan sebagai satu pasukan.\"Mereka mempunyai senjata iaitu serangan balas dan percubaan berbahaya daripada situasi bola mati,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235826/berita/sukan/maghribi-sedia-cipta-kejutan-ke-atas-perancis", "article_title": "Maghribi sedia cipta kejutan ke atas Perancis", "article_text": "MAGHRIBI mampu untuk terus melakar kejutan ketika menentang jaguh Eropah, Perancis dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Khamis.Pembantu jurulatih Maghribi, Mustapha Hadji menegaskan Maghribi mempunyai keupayaan dan semangat luar biasa untuk memastikan kemenangan buat pasukan dari benua Afrika itu.Menurutnya, taktikal pengendali pasukan Walid Regragui juga memainkan peranan penting sekali gus berhasil menundukkan beberapa gergasi Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal dalam laluan ke separuh akhir.\"Hanya dua atau tiga bulan sejak Regragui tiba ke pasukan kebangsaan (mengambil alih Maghribi pada Ogos) dan berjaya membawa Maghribi cemerlang seperti dilakukan pengendali terdahulu, Vahid Halilhodzic.\"Regragui mampu mencari cara sesuai dan membawa pemain berada pada tahap terbaik dari segi fizikal dan mental.\"Pasukan bermain dengan hati dan mengikuti apa yang diarahkan oleh jurulatih. Berdasarkan kemampuan Regragui itu, sudah tentu kejutan dan magis akan tercipta lagi,\" katanya.Pasukan dengan panggilan The Atlas Lions itu beraksi cemerlang dalam saingan Piala Dunia Qatar kali ini dengan merekodkan keputusan tanpa kalah dalam semua perlawanan dan menjadi pasukan pertama daripada Afrika mara ke separuh akhir.Hadji yang turut pernah mewakili Maghribi dalam dua edisi Piala Dunia pada 1994 dan 1998 juga mengakui pemain berada pada tahap terbaik untuk menentang Perancis.\"Ini adalah peluang untuk Maghribi mencipta satu lagi sejarah dan rakyat juga memberikan sokongan yang sangat jitu.\"Di Maghribi, ia seperti satu suasana menakjubkan dan apa yang berlaku kepada pasukan kebangsaan adalah sangat luar biasa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 10:31am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235818/berita/sukan/ronaldo-pilih-perancis-juara-piala-dunia", "article_title": "Ronaldo pilih Perancis juara Piala Dunia", "article_text": "BEKAS bintang Brazil, Ronaldo memilih Perancis sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia Qatar 2022 kali ini.Menurutnya, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan memilih wakil tunggal daripada Amerika Selatan iaitu Argentina yang juga pasukan musuh utama Brazil yang akan turut beraksi di saingan separuh akhir pada Rabu.\"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menyatakan bahawa saya gembira untuk Argentina sekiranya mereka menang Piala Dunia. Tetapi, saya melihat bola sepak sebagai romantik dan saya menghargai pasukan mana sekalipun yang jadi juara.\"Sejak mula, sasaran saya sentiasa Brazil dan Perancis untuk jadi juara. Brazil sudah tiada dalam saingan kali ini, tetapi Perancis tetap merupakan pilihan utama,\" katanya.Ronaldo yang menjadi wira ketika membawa Brazil menang Piala Dunia 2002 turut yakin Perancis tidak berdepan masalah untuk menundukkan Maghribi di peringkat separuh akhir.\"Saya juga memang mahu lihat Maghribi menang, tetapi saya tidak yakin mereka mampu. Saya rasa Perancis mempunyai pasukan yang mantap tidak kira di bahagian serangan, pertahanan atau tengah,\" katanya.Dia juga kagum dengan kemampuan tonggak utama Perancis iaitu Kylian Mbappe yang kini sedang mendahului senarai penjaring dengan lima gol dalam Piala Dunia kali ini.\"Dia tahu bagaimana untuk menggunakan skil dan menjadi pantas berbanding pemain lain. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk melakukan bantuan jaringan atau menjaringkan gol.\"Dia mempunyai masa, kemampuan dan sentiasa dahagakan kejayaan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 09:26am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235807/berita/sukan/pan-gon-kini-miliki-banyak-pilihan", "article_title": "Pan-gon kini miliki banyak pilihan", "article_text": "KEJAYAAN Harimau Malaya membenam cabaran Kemboja dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat disifatkan satu perkembangan positif selepas kehilangan separuh pemain tonggak.Malah menurut pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa, kemenangan yang boleh dibanggakan itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa negara masih memiliki ramai pemain yang boleh diketengahkan mengambil posisi tonggak senior.\u201cTidak keterlaluan boleh saya katakan Pan-gon sudah menemui barisan Harimau Malaya 2.0 selepas kehilangan para pemain tonggak yang menarik diri atas alasan tertentu sebelum ini.Ya, sememangnya terdapat kebimbangan skuad yang kebanyakannya dibarisi muka baharu tidak dapat meraih keputusan positif seperti dilakukan beberapa pemain senior sebelum ini.\u201cNamun apabila kita lihat Faisal Halim mengemudi kebanyakan para pemain baharu ternyata ia tidak mengecewakan seterusnya memberi harapan kepada para penyokong Harimau Malaya untuk berdaya saing pada kejuaraan Piala AFF,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Harimau Malaya menyingkap persiapan Piala AFF dengan meraih keputusan positif setelah mengalahkan Kemboja 4-0 dengan gol dijaringkan Faisal Halim pada minit ke-11', 46', Lee Tuck (38') dan Stuart Wilkin (86').Untuk rekod, perlawanan ini juga merupakan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan - Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Stuart Wilkin, Lee Tuck, Shamie Iszuan Amin, David Rowley, Sergio Aguero dan Aliff Izwan Yuslan.Pan-gon sebelum ini 'kehilangan' 12 pemain bagi menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 dan Piala AFF 2022 susulan urusan peribadi, komitmen keluarga dan masalah kecederaan.Sebelas daripada 12 pemain terbabit daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanafi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa, manakala seorang lagi pemain Sri Pahang FC, Nor Azam Azih.Pada masa sama, Mohd Sadek memuji komitmen diberikan para pemain yang dipanggil mengikuti latihan pusat tersebut apabila meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan tertinggi.\u201cPiala AFF juga sebenarnya merupakan satu kejohanan kompetitif yang antara satu segmen persediaan pasukan untuk pusingan akhir Piala Asia.\u201cKita boleh ambil contoh terbaik penganjuran Piala Dunia Qatar 2022 ketika ini, para pemain Australia sebaik disingkirkan Perancis, tanpa menunggu lama kembali beraksi bersama kelab masing-masing bagi meningkatkan prestasi.\u201cBegitu juga dengan Maghribi, apabila para pemain yang berselerak di serata dunia dipanggil menggalas cabaran di Qatar 2022, terus sahaja menyahut panggilan negara,\u201d katanya.Sementara itu, biarpun melakar keputusan positif, Mohd Sadek juga turut mengingatkan para pemain negara agar tidak meletakkan diri dalam zon selesa dengan kemenangan ke atas Kemboja tersebut.Sebaliknya tegasnya, para pemain perlu terus meningkatkan prestasi menerusi sistem latihan Pan-gon kerana percaya Harimau Malaya akan berdepan cabaran sengit pada kempen Piala AFF.\u201cPara pemain terutamanya yang telah melakukan debut pertama bersama pasukan negara perlu berusaha lebih gigih lagi meningkat prestasi bagi mengekalkan momentum positif pasukan.\u201cKejayaan di kejuaraan Piala AFF secara tidak langsung menyuntik motivasi para pemain untuk tampil lebih yakin di pusingan akhir Piala Asia 2023,\u201d katanya.Anak buah Pan-gon akan berdepan Maldives dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "WARTAWAN SUKAN SINAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235805/berita/sukan/pertahanan-harimau-malaya-belum-mantap", "article_title": "Pertahanan Harimau Malaya belum mantap", "article_text": "BARISAN pertahanan pasukan negara belum mencapai prestasi optimum dalam kejayaan Malaysia menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jumaat lalu.Pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada pertembungan itu berkata, konsistensi ialah kelemahan ketara yang perlu diatasi pertahanan Harimau Malaya menjelang perlawanan seterusnya.\u201cSaya merasakan pada separuh masa pertama kami lebih bagus berbanding separuh masa kedua, mungkin disebabkan kepenatan, mungkin (juga) hilang fokus.Jadi dari situ kami (pemain pertahanan) perlu belajar lagi dan kami perlu berubah pada perlawanan akan datang,\u201d kata tonggak pertahanan Selangor FC itu yang beraksi sepanjang 90 minit pada perlawanan menentang Kemboja itu.Pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu turut berkata jentera bahagian tengah memainkan peranan yang baik Jumaat lalu dengan Stuart Wilkin dan David Rowley yang meraih penampilan pertama bersama pasukan negara, masing-masing memberikan sumbangan diperlukan.\u201cStuart dan David bermain agak baik kerana memenangi 'second ball', jadi kami bahagian pertahanan mudah kerja,\u201d katanya yang berhasrat untuk berada dalam senarai akhir 24 pemain ke Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.Pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa menentang Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu ini, sebelum memulakan kempen Piala AFF menentang Myanmar di Yangon, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 21 Disember.Malaysia dijadual berdepan Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010 terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura selepas muncul naib juara pada edisi 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 12:33am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235804/berita/sukan/hannah-ziarah-rahman-sidek", "article_title": "Hannah ziarah Rahman Sidek", "article_text": "BEKAS pemain badminton negara, Rahman Sidek yang kini dirawat di Hospital Selayang, diziarahi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin.Hannah turut ditemani timbalannya, Adam Adli Abd Halim; ketua setiausaha kementerian, Datuk Jana Santhiran hadir selepas selesai sesi taklimat bersama agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Stadium Nasional Bukit Jalil.Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman.\"Seluruh #TeamKBS dan rakyat Malaysia mendoakan agar bekas atlet badminton negara, Rahman Sidek diberi kesembuhan dan kembali sihat.\"Insya-ALLAH. Jasa dan pengorbanan atlet tidak dipinggir,\" menurut KBS dalam satu hantaran di laman Facebook kementerian pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2022 12:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235802/berita/sukan/mom-nsa-terkilan-kenyataan-timbalan-menteri", "article_title": "MOM, NSA terkilan kenyataan timbalan menteri", "article_text": "MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim supaya menjustifikasikan dakwaan beliau bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu oleh gejala rasuah.Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kenyataan sedemikian adalah tidak wajar, tidak adil dan prejudis kerana pelbagai badan sukan negara berjaya melahirkan juara dunia dalam sukan masing-masing selama berdekad-dekad.\"Sebagai badan penaung 57 Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA), MOM amat kecewa dengan kenyataan Adam Adli yang tidak mempunyai justifikasi dan tidak disokong oleh sebarang bukti.Sepatutnya Adam Adli hendaklah mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum mengeluarkan kenyataan menyeluruh yang mencerminkan pemahaman yang lemah mengenai struktur sedia ada,\" menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.Norza berkata, beberapa NSA telah diiktiraf sebagai persatuan model dan mematuhi prinsip amalan terbaik tadbir urus yang baik.Beliau berkata, NSA terbabit juga telah membantu meningkatkan profil sukan negara dengan melahirkan jaguh dunia yang digeruni dalam acara badminton, lumba basikal, terjun, boling tenpin dan silat.\"Meskipun NSA terbabit tidak sempurna dan beroperasi dalam kekangan, anda tidak boleh menyamakan kami dengan mereka yang kurang bertanggungjawab. Tidak dinafikan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki namun tindakan mendakwa badan sukan mengamalkan rasuah adalah prejudis serta tidak matang,\" katanya.Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan sama menyebut adalah lebih baik jika Adam Adli mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum membuat kesimpulan.Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt juga meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Adam Adli yang beliau anggap bersifat populis.\"Kenyataan itu tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Ia hanya bersifat merobek perasaan NSA yang kononnya adalah pihak berkepentingan terbesar dalam dunia sukan.\"Adalah tidak adil bagi mereka yang telah bertungkus-lumus dan bekerja siang malam untuk membuahkan kejayaan dalam acara sukan masing-masing,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 11:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235794/berita/sukan/kalamullah-mahu-kekal-jersi-nombor-satu", "article_title": "Kalamullah mahu kekal jersi nombor satu", "article_text": "PENJAGA gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang berjaya melakukan debut tanpa bolos bersama skuad Harimau Malaya menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada Jumaat lalu, berazam untuk bekerja keras bagi terus menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan pada aksi-aksi seterusnya.Beliau yang bakal beraksi bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC pada musim depan mengakui, walaupun bukan tugas mudah untuk terus menjadi pilihan utama, namun pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu, bertekad membuktikan kemampuannya.\"Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh (pengendali Harimau Malaya) Kim Pan-pon. Banyak yang perlu saya perbaiki seperti tampil lebih tenang dan fokus.\"Bukan mudah untuk terus menjadi pilihan utama kerana ada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mempunyai kelebihan masing-masing, jadi kena buktikan kemampuan saya kepada barisan jurulatih,\" katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, pada Isnin.Beliau tidak menafikan turut berasa gementar apabila menggalas tugas menjaga gawang gol negara buat kali pertama pada perlawanan itu, yang sebelum ini menjadi milik Farizal Marlias, namun semua itu dapat diatasi dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan sepasukan.Farizal merupakan antara 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas beberapa faktor.Sementara itu, tonggak pertahanan muda Muhammad Azam Azmi Murad, berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam satu lagi aksi pemanas badan bertemu Maldives, Rabu ini.\"Semua pemain beraksi dengan sangat baik, dan komunikasi dalam pasukan cukup baik. Insya-ALLAH kita dapat kekalkan aksi tanpa bolos.\"Ini merupakan kali kedua saya mendapat panggilan skuad kebangsaan, kali ini saya lebih memahami taktikal dan cara bermain yang barisan jurulatih mahukan,\" kata pemain berusia 21 tahun itu.Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF ke atas Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).Untuk rekod Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 10:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235792/berita/sukan/kalamullah-mahu-kekal-jersi-nombor-satu", "article_title": "Kalamullah mahu kekal jersi nombor satu", "article_text": "PENJAGA gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang berjaya melakukan debut tanpa bolos bersama skuad Harimau Malaya menerusi kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada Jumaat lepas, berazam untuk bekerja keras bagi terus menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan pada aksi-aksi seterusnya.Beliau yang bakal beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada musim depan mengakui, walaupun bukan tugas mudah untuk terus menjadi pilihan utama, namun pemain berusia 27 tahun kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu, bertekad membuktikan kemampuannya.\"Tanpa bolos dan kemenangan besar dalam debut memberikan semangat kepada saya untuk terus mempamerkan aksi terbaik dan komitmen tinggi sekiranya terus diberi kepercayaan oleh (Ketua Jurulatih) Kim Pan Gon. Banyak yang perlu saya perbaiki seperti tampil lebih tenang dan fokus.\"Bukan mudah untuk terus menjadi pilihan utama kerana ada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rahadiazli Rahalim dan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mempunyai kelebihan masing-masing, jadi kena buktikan kemampuan saya kepada barisan jurulatih,\u201d katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, di sini pada Isnin.Beliau tidak menafikan turut berasa gementar apabila menggalas tugas menjaga gawang gol negara buat kali pertama pada perlawanan itu, yang sebelum ini menjadi milik Farizal Marlias, namun semua itu dapat diatasi dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakan sepasukan.Farizal merupakan antara 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan kali ini atas beberapa faktor.Sementara itu, tonggak pertahanan muda, Muhammad Azam Azmi Murad, 21, berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan dalam satu lagi aksi pemanas badan bertemu Maldives, Rabu ini.\"Semua pemain beraksi dengan sangat baik, dan komunikasi dalam pasukan cukup baik. Insya-ALLAH kita dapat kekalkan aksi tanpa bolos.\"Ini merupakan kali kedua saya mendapat panggilan skuad kebangsaan, kali ini saya lebih memahami taktikal dan cara bermain yang barisan jurulatih mahukan,\u201d katanya.Skuad Harimau Malaya bakal memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF ke atas Myanmar di Yangon pada 21 Dis, diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Dis, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).Skuad Harimau Malaya yang merangkul gelaran juara pada 2010, terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas di Singapura. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 09:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235776/berita/sukan/lee-tuck-tak-kisah-main-mana-mana-posisi", "article_title": "Lee Tuck tak kisah main mana-mana posisi", "article_text": "PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi menjelang sepak mula aksi persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Maldives di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.Ia sama ada beraksi di bahagian sayap atau selesa di posisi tengah terserah kepada jurulatih, Kim Pan-gon.Pemain berusia 34 tahun itu mengakui jika percaturan itu mampu membuatkan namanya 'melekat' dalam skuad kebangsaan, dia tekad memberikan yang terbaik.Saya sudah berikan segala-galanya. Saya mahu menjadi pemain yang fleksibel. Saya gembira jika bermain sebagai pemain sayap dan atau diberi peranan di posisi tengah,\u201d katanya.Lee Tuck juga bertekad untuk mengerah segala kudrat buat negara terutama selepas peluangnya untuk membarisi skuad Harimau Malaya ke Piala AFF 2022 dilihat cerah selepas aksi memberangsangkan ketika berdepan Kemboja Jumaat lalu.\u201cKita tidak mendapat peluang untuk bermain dengan pasukan kebangsaan pada setiap hari. Jadi saya mahu memberi sepenuh hati kepada pasukan dan penyokong,\u201d katanya.Keputusan Pan-gon untuk memanggil pemain kelahiran United Kingdom (UK) itu mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat terutamanya selepas hanya bermain 90 minit bersama Sri Pahang FC (SPFC) dalam kempen Piala Malaysia.Bagaimanapun pemain yang beraksi dalam kesebelasan utama ketika berdepan Kemboja itu membuktikan bisanya di depan gawang apabila meledak satu gol ketika membantu skuad negara menang 4-0.Selain itu, Lee Tuck turut berharap rakan sepasukan dapat meneruskan rentak cemerlang ketika berdepan Maldives yang mampu menjadi tonik terbaik sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022.\u201cKeputusan positif dengan Kemboja membolehkan kami lebih bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini, namun segala kelemahan perlu dibaiki.\u201cPemain sedia ada juga banyak membantu pemain baharu untuk segera menyesuaikan diri dengan pendekatan dimahukan dalam pasukan negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 07:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235744/berita/sukan/perjuangan-membuatkan-saya-lebih-kuat---wooi-yik", "article_title": "Perjuangan membuatkan saya lebih kuat - Wooi Yik", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Chia tekad bangkit selepas mempamerkan aksi mengecewakan dalam saingan Jelajah Dunia Akhir di Thailand baru-baru ini.Tanpa sebarang kemenangan di peringkat kumpulan, Wooi Yik menganggap perjalanannya belum berakhir, sebaliknya mahu membuka buku baharu musim hadapan.\"Langit tidak lagi biru, tetapi perjalanan dan impian saya belum berakhir. Jelas sekali ia bukan pengakhiran yang baik untuk tahun ini.\"Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi jangkaan besar terhadap saya,\" tulis beliau di laman Facebook pada Ahad.Aaron-Wooi Yik memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri setelah tewas 12-21, 15-21 kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pasangan dari Indonesia yang mereka tewaskan pada final Kejohanan Dunia pada Ogos.Pasangan itu kemudiannya tewas 21-23, 24-22, 16-21 kepada juara Terbuka Australia dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi sebelum kecundang 19-21, 21-23 kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.Wooi Yik turut melahirkan penghargaan kepada jurulatih dan rakan sepasukan yang banyak membantunya membuat persediaan dan latihan bagi menghadapi sebarang kejohanan.\"Jurulatih dan pasukan telah membantu saya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran tetapi kadangkala perkara yang terjadi itu tidak seperti yang kita jangkakan.\u201cMenang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Orang ramai boleh berkongsi pendapat mereka tentang permainan. Saya telah melalui banyak perkara dalam hidup tetapi semangat berjuang untuk negara tidak akan pernah berkurangan.\"Saya percaya bahawa perjuangan dan masa sukar ini adalah ujian daripada Tuhan untuk mencabar diri dan membantu saya berkembang lebih jauh. Ini bukan pengakhiran. Mahkota itu kelihatan berat, tetapi saya akan menanggung beratnya.\u201cSaya sentiasa berhasrat untuk membanggakan negara. Saya akan sentiasa cuba melakukan ini berulang kali dan terus mengingatkan diri bahawa saya boleh melakukannya,\" katanya.Wooi Yik dan Aaron selepas ini akan mengalihkan fokus kepada kejohanan Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 04:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235728/berita/sukan/industri-sukan-berpotensi-berkembang-tanpa-korupsi", "article_title": "Industri sukan berpotensi berkembang tanpa korupsi", "article_text": "INDUSTRI sukan negara mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat, namun tindakan perlu diambil untuk memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi.Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini... ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.\"Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,\" katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya, pada Isnin.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS, Abdullah Hasan dan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.Ketika diminta masalah yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan sukan ketika ini, Adam Adli berkata, segala perkara itu akan diteliti dengan sebaiknya.\"Kita kini dalam proses transisi. Dasar keseluruhan kerajaan pada masa sekarang ialah memperbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku,\" katanya.Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan merupakan antara 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, Sabtu lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 03:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235719/berita/sukan/pemain-ke-12-pacu-kejayaan-argentina", "article_title": "Pemain ke-12 pacu kejayaan Argentina", "article_text": "DI sebalik kejayaan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022, pemain ke-12 menjadi 'jantung' Argentina apabila gerombolan penyokong mereka mengubah setiap aksi di Qatar seperti beraksi di laman sendiri.Gelanggang ikonik bola sepak Argentina seperti Bombonera atau Monumental terkenal dengan suasana meriah dan memiliki atmosfera paling menarik dalam dunia bola sepak.Kemeriahan itu dapat dilihat di Stadium Lusail apabila puluhan ribu penyokong Argentina mengubahnya seperti lautan biru putih dan menjadikan arena itu 'bergegar'.\u201cKami suka mengambil kesempatan daripada detik-detik ini bersama orang ramai yang berada di sini dan di Argentina, di mana semua orang gembira,\u201d ujar pemain bintang, Lionel Messi.Argentina sudah beraksi tiga perlawanan di stadium berkapasiti 88,966 tempat duduk itu, di mana Messi akan memimpin Argentina berentap menentang Croatia pada Rabu dalam misi meraih slot ke final Piala Dunia.Selepas tamat aksi, skuad Albiceleste akan terus berada di atas padang sejurus wisel penamat dibunyikan untuk berkongsi emosi dan detik-detik indah bersama penyokong mereka.Berdasarkan rekod kedutaan Argentina di Qatar, antara 35,000 hingga 40,000 penyokong hadir ke Piala Dunia sekali gus menjadi antara kontinjen penyokong luar paling ramai sepanjang kejohanan.Sokongan ramai itu ditambah pula dengan ribuan pekerja asing dari India dan Bangladesh di Qatar, di mana Messi dan Argentina mendapat sokongan meluas.\u201cBerbanding Perancis, Argentina tidak berada di tahap sama sebagai satu pasukan - tetapi mereka mendapat manfaat daripada sokongan penyokong mereka di sini,\u201d kata bekas penyerang Perancis kelahiran Argentina, David Trezeguet kepada AFP.Menjadi kelaziman pada akhir setiap kemenangan dan selepas menyertai penyokong menyanyi, pemain Argentina akan mengulangi ungkapan bahawa mereka beraksi untuk '45 juta' rakyat negara itu.\u201cApa yang saya lakukan ini adalah untuk 45 juta orang. Mereka sedang melalui tempoh ekonomi yang teruk. Memberi kegembiraan kepada orang ramai adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan pada masa ini,\u201d ujar penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 02:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235715/berita/sukan/orsato-dipilih-adili-aksi-argentina-croatia", "article_title": "Orsato dipilih adili aksi Argentina, Croatia", "article_text": "PENGADIL dari Itali, Daniele Orsato dan pegawai video bantuan pengadil (VAR), Massimiliano Irrati diberi tanggungjawab mengadili perlawanan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara Argentina dan Croatia pada Rabu.Orsato juga muncul salah seorang calon utama untuk mengadili aksi final.Beliau mengendalikan perlawanan pembukaan pentas berprestij itu antara tuan rumah, Qatar dan Ecuador.Bagaimanapun, Orsato direhatkan bagi keseluruhan aksi pusingan 16 dan saingan lapan pasukan terbaik, tetapi kembali untuk mengadili perlawanan separuh akhir.Ramai pemain mengenali pengadil Serie A itu kerana kedua-dua pasukan tersebut menampilkan antaranya Lautaro Martinez, Marcelo Brozovic, Angel Di Maria, Ivan Perisic, Leandro Paredes, Nikola Vlasic dan Paulo Dybala.Orsato hanya pernah mengadili Argentina ketika menewaskan Mexico 2-0 di peringkat kumpulan, manakala rekodnya bersama Croatia adalah dua kemenangan dan kekalahan 1-0 kepada England pada Euro 2020.Pemilihan Orsato menjadi perhatian selepas beberapa pegawai perlawanan berdepan kritikan dalam kalangan pemain.Mereka mula merasai tekanan terutama selepas Portugal dan Belanda menuduh pengadil pada Piala Dunia 2022 di Qatar banyak memihak kepada Argentina.Paling mencuri tumpuan adalah pengadil dari Sepanyol, Mateu Lahoz yang melayangkan 16 kad kuning ketika mengadili aksi suku akhir di antara Argentina menentang Belanda Sabtu lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 01:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235714/berita/sukan/croatia-fokus-rantai-semua-pemain-argentina", "article_title": "Croatia fokus rantai semua pemain Argentina", "article_text": "SKUAD Croatia tidak bercadang untuk mengikat bintang Argentina, Lionel Messi semata-mata sebaliknya mahu fokus merantai keseluruhan pasukan itu dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Penyerangnya, Bruno Petkovic berkata, perancangan Croatia adalah untuk menyekat satu pasukan lawan bukan memberi tumpuan khusus kepada seorang pemain sahaja.\u201cKami akan menyekat mereka sebagai satu pasukan dan bukannya kawalan secara individu. Argentina bukan hanya sekadar Messi, mereka memiliki ramai pemain hebat. Kami perlu menghalang satu pasukan Argentina,\u201d ujar PetkovicCroatia memburu tempat ke final buat kali kedua berturut-turut di Piala Dunia selepas tewas kepada Perancis pada 2018.Mereka menyingkirkan pasukan pilihan Brazil di suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan dengan jaringan penyamaan pada lewat masa tambahan sebelum memenangi penentuan sepakan penalti.Tanpa pemain yang digantung dan cedera susulan kehadiran semula pemain pertahanan Borna Sosa, Croatia yang dibimbing Zlatko Dalic sudah bersedia dan turun dengan keyakinan tinggi.Kapten Luka Modric akan memimpin jentera tengah sambil dibantu Mateo Kovacic serta Marcelo Brozovic.Pemain pertahanan Croatia, Josip Juranovic berkata, mereka merupakan trio berpengaruh dan menjadi nadi penting pasukan.\u201cMateo, Luka dan Marcelo adalah barisan tengah terbaik Croatia dalam sejarah. Saya fikir ia tidak dapat diulangi.\u201cApabila anda menghantar bola kepada mereka, ia lebih selamat berbanding menyimpan wang di dalam bank,\u201d ujar Juranovic", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 01:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235705/berita/sukan/perancis-perlu-kerah-kudrat-berdepan-maghribi", "article_title": "Perancis perlu kerah kudrat berdepan Maghribi", "article_text": "SKUAD Perancis perlu mengerah segala kudrat apabila turun beraksi menentang Maghribi dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Khamis.Penjaga golnya, Hugo Lloris memberitahu, Les Bleus juga perlu kekal tenang dan optimis sesuatu yang istimewa akan berlaku.\"Kami giat membuat persiapan untuk menentang Maghribi. Kami akan gunakan segala kekuatan.\"Semua pemain dapat rasakan ada sesuatu yang sangat istimewa yang boleh kami capai.\"Saya fikir kita semua sedar tentang perkara ini. Kita akan kekal tenang dan bersedia,\" ujar Lloris yang disiarkan di akaun Twitter rasmi Perancis.Les Bleus menjadi penyandang juara pertama melangkah ke separuh akhir sejak Brazil melakukannya pada 1998 apabila mengetepikan England 2-1 pada perlawanan suku akhir Sabtu lalu.Kemenangan itu amat istimewa buat Lloris yang menjadi pemegang rekod Perancis selepas mengatasi Lilian Thuram (142) dengan penampilan antarabangsanya ke-143.Mengingati peristiwa tersebut, kapten itu dihadiahkan baju oleh pengurusnya, Didier Deschamps.\"Saya masih berbangga, berbesar hati memakai baju Les Bleus walaupun selepas 143 penampilan.\"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan, kakitangan dan seluruh pengurusan kerana menjadikan perlawanan itu begitu sempurna.\"Kemenangan menewaskan England di suku akhir akan kekal sebagai kenangan istimewa,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 11:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235700/berita/sukan/wartawan-meninggal-dunia-di-piala-dunia-qatar", "article_title": "Wartawan meninggal dunia di Piala Dunia Qatar", "article_text": "SEORANG wartawan foto, Khalid Al Misslam dilaporkan meninggal dunia ketika membuat liputan pada Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Kematian itu menjadikannya wartawan kedua selepas Grant Wahl dari Amerika Syarikat (AS).Akhbar La Gazzetta melaporkan, setakat ini punca insiden tragis itu masih belum diketahui.Al Misslam adalah seorang wartawan foto bagi saluran TV Qatar, Al Kass.Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai kematian Al Misslam.Saluran berita Qatar, Gulf Times menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wartawan itu menerusi media sosial.Insiden itu berlaku beberapa jam selepas kematian Wahl.US Soccer pada 9 Disember lalu melaporkan wartawan AS itu meninggal dunia ketika membuat liputan Piala Dunia.Laporan awal mendedahkan Wahl, 48, membuat liputan perlawanan antara Argentina dan Belanda di Stadium Lusail.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 10:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235698/berita/sukan/pemain-england-bawa-pulang-hadiah-kucing", "article_title": "Pemain England bawa pulang 'hadiah' kucing", "article_text": "BIAPUN skuad England balik dengan kecewa setelah tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022, namun dua pemain mereka tidak pulang tangan kosong.Sebaliknya dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones meninggalkan Qatar dengan hadiah seekor kucing.Mereka membawa pulang seekor kucing terbiar yang disukai ramai pemain pasukan itu di pangkalan latihan mereka.England tumpas kepada Perancis 1-2 dalam saingan suku akhir pada Ahad.Kucing jalanan yang diberi nama Dave oleh Stones perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu.\"Dia hanya berada di sana satu hari. Jadi kami baharu sahaja mengambilnya untuk dipelihara,\" kata Walker.\"Dave amat dialu-alukan. Ada orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya. Hari pertama kami tiba di sana (Qatar), Dave muncul.\"Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya,\" ujar Stones", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 10:33am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235699/berita/sukan/tuah-bantu-perancis-singkir-england", "article_title": "Tuah bantu Perancis singkir England", "article_text": "MEDIA Perancis menyifatkan tuah mengiringi kejayaan penyandang juara Perancis lolos ke separuh akhir selepas bergelut ketika menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England 2-1 di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.Perancis memimpin perlawanan selepas jaringan jarak jauh Aurelien Tchouameni, sebelum Harry Kane menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti pada separuh masa kedua.Tandukan Olivier Giroud kemudiannya meletakkan Les Bleus kembali di depan, namun kegagalan Kane menyempurnakan sepakan penalti kedua pada lewat permainan mengesahkan slot separuh akhir berdepan Maghribi.La Croix mendakwa bahawa skuad kendalian Didier Deschamps boleh mengira diri mereka bertuah selepas mara ke separuh akhir manakala Le Monde menulis bahawa Perancis bergelut menyingkirkan The Three Lions pimpinan Gareth Southgate.'Rapuh' adalah tajuk utama digunakan L'Equipe, selepas Perancis memberikan dua penalti mudah apabila Les Bleus bernasib baik apabila dapat melepasi perlawanan berintensiti tinggi The Three Lions.Sementara itu, wartawan ESPN Perancis Julien Laurens berkata, pasukan yang menang bukan selalu yang terbaik, walaupun memuji Perancis yang berusaha mencari jalan untuk menang.Adalah tidak menghairankan reaksi media Perancis terhadap Deschamps selepas perlawanan sebelum itu berkata, \"Kadang-kadang anda memerlukan sedikit tuah.\"Dalam perkembangan lain, penyerang Perancis, Kylian Mbappe menulis di Instagram, \u201cSelangkah lebih dekat kepada impian mutlak,\u201d setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan negaranya pada Rusia 2018 apabila mempamerkan aksi mengagumkan setakat ini di Qatar 2022.\"Pengembaraan diteruskan...sangat bangga dengan kumpulan ini,\" tulis Giroud.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 10:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235695/berita/sukan/rodrygo-tekad-bangkit-lebih-kuat", "article_title": "Rodrygo tekad bangkit lebih kuat", "article_text": "PENYERANG muda Brazil, Rodrygo memohon maaf kerana gagal membantu negaranya mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2022 setelah tewas penentuan sepakan penalti 2-4 pada aksi suku akhir kepada Croatia.Bintang Real Madrid itu menggalas tugas mengambil sepakan penalti pertama Brazil dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1 dengan Croatia pada aksi berlarutan sehingga tambahan masa.Penyerang berusia 21 tahun itu, bagaimanapun gagal menewaskan penjaga gol Dominik Livakovic dan situasi lebih parah lagi apabila Croatia menjaringkan kesemua empat penalti mereka.Menaruh harapan kepada Marquinhos untuk menghidupkan peluang Brazil tetapi sepakan pemain pertahanan itu terkenal tiang.Rodrygo sangat kecewa dan hilang kata-kata selepas gagal menyempurnakan penalti, menyaksikan perjalanan mereka tersekat di kelompok lapan pasukan terbaik.\"Maaf. Tanpa ragu-ragu ini adalah detik paling menyedihkan dalam karier saya. Daripada syurga ke neraka dalam tempoh singkat. Ia betul-betul seperti yang saya selalu minta supaya tidak berlaku.\"Saya tahu segala-galanya berlalu dan walaupun pada masa ini saya masih tidak mempunyai kekuatan untuk bangun, saya pasti saya akan kembali.\"Saya tidak tahu bagaimana, tetapi saya akan kembali dan lebih kuat,\" ciapnya di Twitter.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 09:33am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235694/berita/sukan/terima-kasih-portugal-terima-kasih-qatar", "article_title": "'Terima kasih Portugal, terima kasih Qatar'", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo akhirnya bersuara selepas impian terbesar dan cita-citanya untuk memenangi Piala Dunia berakhir.Pemain berusia 37 tahun itu gagal memberi inspirasi kepada Portugal untuk kemenangan suku akhir dari bangku simpanan menentang Maghribi.Ronaldo yang kini menjadi ejen bebas selepas dipecat oleh Manchester United akan berusia 42 tahun pada Piala Dunia seterusnya bermula.Tidak diketahui sama ada Ronaldo akan bermain sehingga itu atau jika Portugal masih mahukannya pada usia itu.Dia menitiskan air mata ketika menuruni terowong selepas tewas 0-1 kepada Maghribi pada suku akhir.Ronaldo kemudian menulis di Instagram: \"Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan cita-cita paling tinggi dalam kerjaya saya.\u201cNasib baik saya memenangi banyak gelaran antarabangsa termasuk untuk Portugal tetapi meletakkan nama negara kita di peringkat tertinggi di dunia adalah impian terbesar saya.\"Saya berjuang untuk itu. Saya berjuang keras untuk impian ini. Dalam lima penampilan yang saya jaringkan dalam Piala Dunia selama 16 tahun, sentiasa bersama para pemain hebat dan disokong berjuta-juta rakyat Portugal, saya memberikan yang terbaik.\"Saya meninggalkan segala-galanya di atas padang. Saya tidak pernah memalingkan wajah kepada perjuangan dan tidak pernah berputus asa dengan impian itu.\"Malangnya, semalam mimpi itu berakhir. Ia tidak berbaloi untuk bertindak balas terhadap suasana.\"Selepas memulakan tiga perlawanan pertama kejohanan itu, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan untuk kemenangan pusingan 16 terbaik ke atas Switzerland dan kekalahan suku akhir kepada Maghribi.Dia sebelum itu digugurkan selepas tidak berpuas hati tindakan pengendali Fernando Santos apabila digantikan dalam kekalahan 1-2 peringkat kumpulan kepada Korea Selatan.Tetapi Ronaldo meneruskan: \"Saya hanya mahu semua orang tahu bahawa banyak yang telah diperkatakan, banyak yang telah ditulis, banyak yang telah dibuat spekulasi, tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah seketika.\u201cSaya sentiasa seorang lagi yang berjuang untuk matlamat semua orang dan saya tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara.\"Buat masa ini, tidak banyak lagi yang perlu diucapkan. Terima kasih, Portugal. Terima kasih, Qatar. Impian itu indah semasa ia berlangsung... Kini, tiba masanya untuk menjadi penasihat yang baik dan membenarkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri. \"Ronaldo hanya dimasukan enam minit selepas perlawanan babak kedua pada Sabtu, tetapi bergelut untuk membuat impak.Lebih malang penyerang itu hanya berjaya 10 sentuhan bola semasa berada di atas padang.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 09:25am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235683/berita/sukan/kian-meng-pei-jing-raih-pengalaman-berguna", "article_title": "Kian Meng-Pei Jing raih pengalaman berguna", "article_text": "BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meraih pengalaman berguna di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir biarpun perjuangan tersekat di peringkat separuh akhir di Thailand pada Sabtu.Ia memberi petanda positif buat pasangan itu yang berjaya melangkah ke separuh akhir berdasarkan prestasi mereka yang semakin meningkat dan baik.Kian Meng memberitahu, biarpun terlepas tiket final, mereka memperoleh banyak pengajaran terutama jika berdepan dengan juara dunia tiga kali pasangan, Si Wei-Ya Qiong dari China.Pendedahan di kejohanan itu mematangkan mereka untuk tampil lebih mantap pada perlawanan akan datang.\u201cSecara keseluruhan, kami berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang kejohanan di sini. Apa yang penting kami perlu kembali ke gelanggang dan bekerja lebih keras.\u201cMeskipun kalah, namun saya fikir kami sudah belajar sesuatu yang penting daripada mereka. Saya harap kami boleh memanfaatkannya pada kejohanan akan datang,\u201d katanya.Pada aksi separuh akhir di Arena Nimibutr, Bangkok, pasangan nombor lapan dunia itu akur dengan kehebatan wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong apabila tewas 10-21, 15-21 dalam tempoh 27 minit.Kian Meng turut berharap mereka boleh mengekalkan rentak konsisten selain sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia 2023 di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Januari depan.\u201cMenjelang Terbuka Malaysia, saya harap kami boleh kekalkan prestasi seperti ini dan meraih keputusan lebih baik.\u201cPada masa sama, kita juga sudah belajar bagaimana mahu mengekalkan corak permainan jika berdepan pemain seperti Si Wei-Ya Qiong,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Disember 2022 07:25am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235677/berita/sukan/tiada-kane-tiada-england-di-qatar-2022", "article_title": "'Tiada Kane, tiada England di Qatar 2022'", "article_text": "NAIB juara Euro 2020, England tidak akan mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 tanpa jaringan penyerang The Three Lions, Harry Kane.Malah Jordan Henderson berkata, penyerang Tottenham Hotspur itu akan kembali lebih kuat selepas terlepas sepakan penalti ketika England ditunjukkan jalan keluar Perancis dari bumi Qatar pada perlawanan suku akhir.Kane menjaringkan gol pertama England menerusi sepakan penalti minit ke-54, namun percubaan kali keduanya enam minit sebelum wisel penamat melewati palang.\u201cKami tahu berapa banyak penalti yang telah Harry hasilkan untuk England.\"Dia menjaringkan gol pertama dan berapa banyak gol yang dia telah jaringkan untuk membawa kami ke sini. Saya pasti dia akan menjadi lebih kuat untuk itu dalam jangka masa panjang.\"Dia penyerang bertaraf dunia dan kapten England dan kami tidak akan berada di sini tanpanya,\u201d kata pemain tengah The Three Lions itu selepas tewas 1-2 kepada Perancis di Stadium Al Bayt.England pimpinan Gareth Southgate tampil ke bumi Qatar dengan reputasi tinggi selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 diikuti final Euro 2020.Pada masa sama, Henderson mengakui England juga berpeluang untuk memenangi perlawanan itu, namun Perancis lebih bijaksana memanfaatkan peluang diperoleh dalam pertembungan dua kuasa Eropah tersebut.\"Rasanya seperti peluang yang terlepas kerana saya merasakan persembahannya sangat bagus dan tumpuan serta kecergasan adalah baik setiap hari.\"Anda perlu memberi kredit kepada Perancis, mereka pasukan yang bagus tetapi saya percaya England boleh menang,\" katanya.Pada perlawanan itu, England mula memburu permainan dari minit ke-17 apabila Aurelien Tchouameni meletakkan penyandang juara di hadapan dengan rembatan jarak jauh yang deras.\u201cMemang mengecewakan untuk ketinggalan 1-0 tetapi saya fikir kami menunjukkan watak dan mentaliti untuk terus mara pada separuh masa kedua bagi mencari gol penyamaan.\"Kami telah memberikan segala-galanya namun ia bukan malam kami,\" ujarnya.Sementara itu, penalti pertama Kane minit ke-53, menyamakan kedudukannya dengan Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak England sepanjang zaman dalam bola sepak antarabangsa.Untuk rekod, Kane adalah penjaring terbanyak di Rusia empat tahun lalu dengan enam gol ketika England mara ke empat terakhir, namun pemain berusia 29 tahun itu hanya berjaya jaring dua gol di Qatar.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 11:13pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235671/berita/sukan/knoll-troll-tarian-merpati-brazil", "article_title": "Knoll 'troll' tarian merpati Brazil", "article_text": "PENYOKONG terhangat Piala Dunia 2022, Ivana Knoll telah 'troll' Brazil selepas pasukan kesayangannya, Croatia menewaskan gergasi pilihan tersebut menerusi sepakan penalti pada suku akhir di Stadium Education City.Pasukan pilihan edisi Qatar 2022 itu tersingkir daripada temasya bola sepak dunia itu kepada lawan Eropah apabila seri 1-1 dengan Croatia selepas masa tambahan sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti 4-2.Selepas gergasi Amerika Selatan itu terlepas sepakan terakhir, Ivana menyiarkan video mempersendakan sambutan gol tarian merpati skuad Samba sebelum ini.Untuk rekod, para pemain Brazil melakukan tarian merpati semasa melakar kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik di Stadium 974 - Ras Abu Aboud pada 6 Disember lalu.Pengendali Brazil Tite juga menyertai tarian itu apabila Richarlison berlari ke ruang pemain simpanan selepas menjaringkan gol ketiga skuad Samba.Peminat nombor satu Croatia itu kemudiannya ketawa sambil meniru tarian burung merpati selepas kapten Brazil, Marquinhos terlepas sepakan penalti penentuan.\"Lakukan tarian merpati anda dalam perjalanan pulang ke rumah,\" kata Knoll yang mengiringi video itu.Knoll sebelum ini tidak asing dengan beberapa 'troll' - selepas menyindir Jepun apabila Samurai Biru dibelasah Croatia 1-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam pusingan 16 terbaik di Stadium Al Janoub.Ivana menyiarkan klip dirinya sedang makan sushi di samping mesej: \"Hanya sushi pada menu hari ini.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 08:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235661/berita/sukan/gandingan-baharu-tang-jie-ee-wei-buahkan-hasil", "article_title": "Gandingan baharu Tang Jie-Ee Wei buahkan hasil", "article_text": "PERCATURAN menggandingkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuahkan hasil selepas mereka berdua muncul Juara Beregu Campuran Cabaran Antarabangsa Bangladesh hari ini.Tang Jie-Ee Wei yang digabung padan oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky, menjadi juara beregu kejohanan itu selepas menewaskan pasangan Thailand Phatharathorn Nipornam-Alisa Sapniti 21-15 21-13 di Stadium Tertutup Shahid Tajuddin Ahmed, Dhaka.Tang Jie sebelum ini bergandingan dengan Peck Yen Wei sementara Ee Wei berpasangan dengan Hoo Pang Ron.Cabaran Antarabangsa Bangladesh merupakan kejuaraan antarabangsa pertama mereka.Tang Jie-Ee Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke final selepas rakan sepasukan terdiri daripada beregu campuran Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing: beregu lelaki, Leong Jun Kai-Jimmy Wong dan Tan Kok Xian-Tan Yi Han selain beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing berakhir setakat separuh akhir.Ini merupakan satu permulaan yang baik untuk mereka yang menghadapi cabaran melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pasangan itu akan menyertai Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak dari 13 hingga 18 Disember. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 06:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235635/berita/sukan/10-tahun-cakap-lebih-tapi-padang-teruk---tmj", "article_title": "'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ", "article_text": "KETIKA skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beranggapan tiada maknanya kejayaan tersebut jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.\"Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik. 10 tahun masih cakap lebih, tetapi masih cow grass,\" tulisnya di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor.SNBJ terus menghadirkan igauan buat pasukan lawan yang sukar untuk menundukkan pasukan negara setiap kali beraksi di kandang Harimau Malaya itu.Paling diingati ialah ketika anak buah Kim Pan-gon menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia selepas muncul lima naib juara terbaik di pusingan kelayakan di SNBJ pada Jun lalu.Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram itu yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun. Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan,\" tulis Tunku Ismail lagi.Komen itu dibuat selepas laman Instagram kelab itu memuat naik senarai jumlah trofi yang dimenangi JDT sejak 2013.JDT sudah memenangi semua trofi saingan domestik dan tahun ini menjadi pencapaian paling cemerlang dikecapi Harimau Selatan apabila menyapu bersih semua empat kejuaraan.Anak buah Hector Bidoglio melengkapkan trofi keempat mereka musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 di final, 26 November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 03:42pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235630/berita/sukan/selamat-datang-amirbek-ke-bumi-jelapang-padi", "article_title": "'Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi'", "article_text": "KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain kebangsaan Tajikistan, Amirbek Juraboev sebagai pemain import pertama kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.Amirbek berusia 26 tahun telah membuat 46 kali penampilan bersama skuad kebangsaan Tajikistan mengisi kuota pemain import Asia mengantikan pemain dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi.Pemain itu yang beraksi di posisi tengah telah diintai oleh Sang Kenari ketika beraksi menentang Malaysia di Piala Raja-Raja Thai 2022 di Thailand.Pada musim ini, Amirbek mewakili United City FC di Liga Filipina dan turut menyumbang dua gol.\"Selamat datang Amirbek ke bumi Jelapang Padi. Pemain import pertama ini bakal mengisi kuota Asia pasukan Sang Kenari,\" ujar kenyataan KDA FC.Sementara itu, pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar juga mendedahkan sedang memantau pemain import dari Morocco sejak dua bulan lalu bagi memperkuatkan kelab tersebut.Melalui Facebook rasminya, pakar syariah antarabangsa itu berkata, rangkaian yang ada di negara tersebut akan dimanfaat oleh beliau sebaik mungkin.\"Sejak dua bulan yang lepas, saya sudah cuba menjejaki seorang pemain Morocco (Maghribi) yang pernah bermain di Qatar. Ada beberapa proses yang saya patut buat untuk pastikan pemain ini benar-benar fit dan layak bermain di Kedah.\"Saya memang rapat dengan rakan-rakan di Morocco yang mengendalikan beberapa akademi bola sepak di sana. Saya pun ada syarikat saya Amanie di Casablanca, Morocco bersama dengan rakan kongsi saya dari Morocco, seorang tokoh bisnes yang terkenal di sana,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 03:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235625/berita/sukan/kim-swee-hargai-dicalon-sebagai-jurulatih-terbaik-abk22", "article_title": "Kim Swee hargai dicalon sebagai jurulatih terbaik ABK22", "article_text": "KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui persaingan yang hebat untuk memburu gelaran Jurulatih Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) selepas tercalon dalam kelompok tiga terbaik pada musim ini.Selain Kim Swee, dua lagi calon adalah pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak dan Nafuzi Zain selaku jurulatih Terengganu FC (TFC).Kim Swee turut menganggap pencalonan itu sebagai satu penghargaan apatah lagi ia merupakan tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga Malaysia.Sudah pasti, bekas pengendali kebangsaan turut menghormati dua calon lain berdasarkan pencapaian mereka yang cukup memberangsangkan dalam mengendalikan KL City dan TFC pada musim 2022.Ia sangat bagus apabila diberi pengiktirafan seperti ini dan sudah pasti amat penting untuk saya sebagai jurulatih untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada pasukan musim ini.\u201cIni tahun pertama saya sebagai jurulatih Sabah. Saya juga percaya banyak lagi yang kami boleh baiki.\u201cTidak kira menang atau kalah, saya tetap bersyukur atas pencalonan ini dan semestinya berbangga untuk bersaing dengan dua lagi jurulatih (Bojan Hodan dan Nafuzi) yang telah meraih kejayaan bersama pasukan mereka,\u201d katanya.Nafuzi pula menganggap pencalonan itu adalah hasil usaha keras satu pasukan untuknya merebut gelaran Jurulatih Terbaik.Baginya, Hodak yang meraih anugerah tersebut pada musim lalu turut mempunyai peluang untuk mempertahankan gelarannya selain Kim Swee yang juga melakukan tugas cukup baik membimbing Sabah mencapai kedudukan tiga terbaik Liga Super.\u201cSaya nak katakan pencalonan ini bukan disebabkan usaha saya seorang, tetapi melibatkan kerja keras daripada semua pemain juga.\u201cSaya anggap pencalonan ini satu penghargaan dan sudah tentu peluang untuk menang bukan mudah kerana kita tahu kedua jurulatih itu juga mempunyai pengalaman dan nama yang besar.\u201cDapat tercalon kali ini pun saya sudah bersyukur apatah lagi dicalonkan bersama-sama calon lain yang cukup hebat,\u201d katanya.Pada musim lalu, Hodak meraih Anugerah Jurulatih Terbaik bersaing dengan Nafuzi dan Benjamin Mora (JDT) selepas beliau berjaya membawa pasukan KL City memenangi trofi Piala Malaysia 2021.ABK22 akan berlangsung secara maya pada Khamis, 15 Disember bermula jam 9 malam di mana sebanyak 16 kategori dipertandingkan.Anugerah yang dipertandingkan ialah dan Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).Selain itu, kategori Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pasukan Terbaik juga turut diiktiraf.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 02:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235619/berita/sukan/mimpi-indah-yassine-bounou", "article_title": "'Mimpi indah Yassine Bounou'", "article_text": "PENJAGA gol Maghribi, Yassine Bounou merasa bagaikan bermimpi setelah berjaya membantu pasukannya mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Beliau berkata, sejarah yang dicipta pasukannya dapat menjadi bukti betapa mereka mampu mencipta keajaiban kepada generasi yang akan datang.\u201cApa yang kamu rasakan, itu juga yang saya rasakan... cubitlah saya kerana saya bagaikan sedang bermimpi.\u201cDetik ini sangat hebat tetapi kami di sini untuk mengubah mentaliti. Rasa rendah diri itu... kami perlu mengubahnya supaya generasi selepas ini tahu yang pemain Maghribi mampu mencipta keajaiban,\u201d kata Bounou.Penjaga gawang itu dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan apabila membantu Maghribi mengejutkan Portugal 1-0 sekali gus berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Piala Dunia.Bounou turut melahirkan penghargaan dan terima kasih buat rakan sepasukan yang memberikan aksi terbaik, biarpun tanpa beberapa pemain utama yang cedera.\u201cSukar untuk saya menggambarkan detik ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih pada rakan sepasukan atas usaha keras mereka dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan.\u201cHarapnya kami mendapat sedikit rehat untuk bersedia bagi perlawanan seterusnya,\u201d katanya.Pada aksi separuh akhir, Maghribi akan berdepan juara bertahan, Perancis yang menyingkirkan England menerusi kemenangan 2-1.Wakil Afrika Utara itu berdepan Portugal tanpa dua tonggak pertahanan, Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui yang berdepan kecederaan sebelum turut kehilangan kapten, Romain Saiss ketika perlawanan berlangsung.\u201cTerima kasih kepada pemain yang menunjukkan aksi menakjubkan. Ada pemain yang tercedera tetapi pemain yang berada di atas padang beraksi pada tahap tertinggi,\u201d ujar Bounou.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 02:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235612/berita/sukan/tempoh-bertenang-southgate", "article_title": "Tempoh bertenang Southgate", "article_text": "PENGENDALI England, Gareth Southgate memerlukan masa sebagai tempoh bertenang selepas The Three Lions tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022 setelah tewas kepada juara bertahan, Perancis pada Ahad.Southgate berkata, beliau perlu memikirkan banyak perkara.\u201cSelepas berakhir kejohanan ini saya perlukan masa untuk membuat keputusan tepat kerana secara emosinya anda mengalami terlalu banyak perasaan bercampur baur.\u201cTenaga yang diperlukan untuk mengharungi kejohanan ini bukan sedikit, jadi saya mahu membuat keputusan tepat buat pasukan dan England,\u201d katanya.Perancis menang 2-1 di Stadium Al Bayt, dengan kapten England, Harry Kane terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan setelah sepakan penaltinya 'menuju bulan' pada lewat permainan, biarpun sebelum itu dia meledak menerusi sepakan sama pada babak pertama.England mara ke separuh akhir Piala Dunia pada 2018 dan final Kejohanan Eropah tahun lalu, namun penantian lama mereka bagi merebut kejuaraan utama berlarutan lebih 56 tahun.\u201cSaya juga perlu memastikan apa saja keputusan yang diambil adalah tepat dan saya fikir wajar untuk mengambil masa sedikit kerana saya tahu pada masa lalu perasaan saya tidak menentu sebaik selepas kejohanan berakhir,\u201d ujar Southgate.Kontrak Southgate yang berbaki hingga Disember 2024 turut bangga dengan cara pasukannya beraksi di Qatar dan terlalu awal untuk merancang masa depan.Anda memerlukan banyak tenaga untuk memulakan sekali lagi dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Ada pusingan kelayakan (Euro 2024) bermula Mac depan dan terlalu banyak perkara yang saya perlu fikirkan.\u201cSaya mahu fokus sepenuhnya terhadap kejohanan ini dan mendepaninya dengan cara kami. Saya fikir kami sudah membuktikan kehebatan kepada dunia, tetapi akhirnya hanya satu pasukan yang menang,\u201d katanya.Southgate berkata, terlalu banyak perkara mengujakan apabila melihat profil pasukan muda itu apabila mereka mempamerkan aksi terbaik menentang pasukan utama termasuk Perancis.\u201cPemain tahu mereka sudah memberikan cabaran paling sengit kepada negara sepanjang perlawanan. Kami menguasai bola, lebih banyak percubaan tepat ke arah gol.\u201cSaya amat bangga dengan persembahan mereka bukan setakat malam ini (Ahad) tetapi sepanjang kejohanan. Ada beberapa pemain muda yang mula menonjolkan diri mereka di pentas dunia,\u201d tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 01:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235605/berita/sukan/kbs-pastikan-infrastruktur-sukan-negara-mudah-diakses", "article_title": "KBS pastikan infrastruktur sukan negara mudah diakses", "article_text": "[DIKEMAS KINI] KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan infrastruktur sukan dalam negara mudah diakses bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga orang ramai.Menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata, langkah itu penting bagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi.\"KBS akan mengkaji kerjasama dengan Kementerian Pelajaran sebagai contoh buka semua kemudahan sukan di sekolah kerana sekolah sangat berdekatan dengan perumahan dan sudah mempunyai infrastruktur sukan, padang dan sebagainya. Kerajaan juga dapat jimatkan kos daripada membina infrastruktur sukan baharu,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menyaksikan Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur ke-14 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini pada Ahad.Dalam pada itu, Hannah berkata, KBS sedang giat berjumpa persatuan-persatuan sukan bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan para atlet.Beliau berkata, pihaknya akan mengumpul maklum balas hasil perjumpaan berkenaan termasuk bersama atlet hingga akhir Disember ini sebelum merangka dasar baharu kementeriannya dalam pembangunan sukan tanah air.\"Semalam, saya berjumpa dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk meminta cadangan memajukan sukan dan bagaimana lagi cara memberi pendedahan kepada atlet kita,\u201d katanya.Mengulas mengenai Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur itu, Hannah berkata, KBS akan membantu pihak berkepentingan dalam memperbanyakkan lagi kejohanan di peringkat bawah umur dalam negara.\"Untuk penganjuran saya telah mengumpul maklumat daripada penganjur, berapa kos yang diperlukan untuk mengadakan kejohanan dan selepas ini kami akan membantu apa yang boleh untuk mereka anjurkan lagi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 12:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235593/berita/sukan/psikologi-neymar-hancur", "article_title": "'Psikologi Neymar hancur'", "article_text": "PEMAIN sensasi, Neymar menyifatkan kekalahan kepada Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 sebagai amat menyakitkan dalam hidupnya.Neymar merasakan 'psikologinya sudah hancur' setelah Brazil tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Croatia.Pemain berusia 30 tahun itu beraksi dengan hebat apabila menyamai rekod jaringan Pele yang mencatatkan 77 gol untuk Selecao pada Sabtu lalu yang beraksi dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan.Neymar bagaimanapun tidak mengambil sepakan penalti ketika aksi penentuan yang dimenangi Croatia 4-2 untuk mara ke separuh akhir.Susulan kegagalan itu, Brazil perlu menunggu empat tahun lagi untuk memenangi Piala Dunia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002.\"Psikologi saya hancur. Ia kekalahan yang paling menyakitkan menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan. Saya menangis tanpa dapat berhenti.\"Ia akan menyakitkan untuk satu tempoh yang sangat lama,\" tulis Neymar dalam mesej di Instagram.Sejurus selepas Brazil tersingkir, Neymar memberi bayangan dia mungkin tidak lagi bermain perlawanan terakhir buat negaranya, namun Pele menggesanya untuk 'terus memberi inspirasi kepada kami'Bekas pemain berusia 82 tahun dalam Instagramnya berharap, penyerang itu akan terus bermain sambil pencapaian menjaringkan gol tidak sama dengan penghormatan mewakili Brazil.\"Anda dan seperti yang saya tahu, tiada perasaan dapat digambarkan dengan jumlah lebih besar daripada rasa gembira mewakili negara.\"Saya berumur 82 tahun dan selepas sekian lama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam beberapa cara untuk pergi sejauh ini.\"Legasi anda masih jauh dari penamat,\" ujar Pele.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 11:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235586/berita/sukan/kekuatan-mental-pacu-kemenangan-perancis", "article_title": "Kekuatan mental pacu kemenangan Perancis", "article_text": "SKUAD Perancis terpaksa menggunakan sepenuhnya ketahanan mental sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Pemain sensasi, Olivier Giroud menjadi duri dalam daging buat England apabila meledak gol kemenangan Perancis pada minit ke-78.\"Ia luar biasa. Kami bekerja keras secara bertahan ketika mendahului. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018,\" ujar Giroud.Perancis menewaskan Belgium 1-0 pada aksi separuh akhir di Rusia empat tahun lalu.Tandukan Giroud 12 minit sebelum tamat memacu Perancis ke separuh akhir Khamis ini ketika Harry Kane terlepas sepakan penalti lewat yang kedua buatnya dalam aksi itu.Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti sejurus selepas rehat separuh masa, memadamkan gol pendahuluan Aurelien Tchouameni dari jarak jauh yang membolehkan Perancis mendahului pada minit ke-17.\"Malangnya kami melepaskan sepakan penalti. Tetapi kami tetap berbahaya dalam beberapa kesempatan pada hujung perlawanan.\"\"Anda perlu sentiasa percaya dan (Antoine) Griezmann mengumpan kepada saya bola yang hebat (untuk gol).\"\"Saya sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik.\"Kami sedar potensi generasi muda Inggeris ini. Mereka mempunyai segala-galanya. Kami terpaksa menggunakan kekuatan mental untuk mengatasi mereka (England),\" ujar Giroud.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 10:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235585/berita/sukan/regragui-buktikan-maghribi-boleh-berjaya-di-qatar", "article_title": "Regragui buktikan Maghribi boleh berjaya di Qatar", "article_text": "SKUAD Maghribi membuktikan bahawa tanpa pemain ternama dan banyak bakat Atlans Lions boleh berjaya di Piala Dunia Qatar 2022.Berbekalkan keinginan, hati dan kepercayaan Maghribi berjaya mencapai kejayaan sehingga mara ke separuh akhir selepas menundukkan Portugal 1-0 pada Ahad.Jurulatihnya Walid Regragui menganggap pasukannya adalah 'Rocky Balboa' kerana kesungguhan yang ditunjukkannya sehingga membawa kepada kejayaan.\"Apabila anda menonton Rocky anda mahu menyokong Rocky Balboa kerana kerja keras dan komitmennya. Saya rasa kami Rocky Balboa di Piala Dunia ini,\" katanya.Skuad dari Afrika Utara yang dilanda kecederaan itu terpaksa mengamalkan corak permainan bertahan untuk mencatatkan kemenangan 1-0 di Stadium Al Thumama.Mereka akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perancis di separuh akhir selepas Youssef En-Nesyri menanduk masuk gol sebelum babak pertama tamat.Kemenangan ke atas Portugal hadir selepas mereka menundukkan Sepanyol dalam pusingan 16 terakhir menerusi sepakan penalti dan menewaskan pasukan ranking kedua dunia Belgium di peringkat kumpulan.\"Maghribi akan menjadi pasukan yang semua orang suka pada Piala Dunia ini kerana kami menunjukkan bahawa walaupun anda tidak mempunyai banyak bakat, jika ada menunjukkan keinginan, hati dan kepercayaan itu anda boleh mencapainya.\"Saya pasti ramai di antara anda akan mengatakan ini satu keajaiban tetapi kami menang tanpa bolos menentang Belgium, Sepanyol serta Portugal dan ia adalah hasil kerja keras,\" ujar RegraguiPerancis mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan England 2-1 di Stadium Al Bayt dan Maghribi berpeluang menjadi negara pertama dari luar Eropah atau Amerika Selatan mara ke final.\"Kami boleh bermimpi kenapa kita tidak boleh bermimpi memenangi Piala Dunia?\"Ia tidak memerlukan apa-apa untuk sebuah impian. Negara Eropah sudah biasa memenangi Piala Dunia.\"Kami sudah bermain menentang beberapa pasukan hebat dunia tapi setakat ini kami tidak mencapai apa-apa,\" ujar Regragui.Beliau mula melatih Maghribi Ogos lalu.Maghribi sudah melangkaui jangkaan dengan menjadi negara Afrika keempat dan negara Arab pertama mara ke suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 10:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235582/berita/sukan/santos-tidak-menyesal-letak-ronaldo-di-bangku-simpanan", "article_title": "Santos tidak menyesal letak Ronaldo di bangku simpanan", "article_text": "PENGENDALI Portugal, Fernando Santos menegaskan tidak menyesal meletakkan Cristiano Ronaldo di di bangku simpanan daripada kesebelasan utama ketika kekalahan kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Stadium Al Thumama.Setelah menyisihkan Ronaldo untuk kemenangan 6-1 ke atas Switzerland dalam pusingan 16 terbaik, Santos tetap dengan pasukan yang sama di sebalik melihat Goncalo Ramos penjaring hatrik sebagai pengganti terbaik kepada bekas peledak Manchester United itu.Namun apabila Youssef En-Nesyri meletakkan Maghribi di depan pada separuh masa pertama, Santos bingkas menghantar Ronaldo pada awal babak kedua, namun kemasukan pemain berusia 37 tahun itu tidak banyak memberi kesan menyaksikan ikon bola sepak Portugal itu keluar dari padang sambil menangis pada penghujung kekalahan 1-0, peluang terakhirnya untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia.Di sebalik itu, Santos tetap mempertahankan pemilihan kesebelasan utama.\u201cTiada penyesalan. Saya percaya ini adalah pasukan yang bermain dengan sangat baik menentang Switzerland. Cristiano adalah pemain yang hebat. Dia datang apabila kami rasa itu perlu.\u201dKemunculan Ronaldo adalah penampilan antarabangsa yang ke-196, menyamai rekod dunia pemain dari Kuwait, Badr Al-Mutawa.Pada masa sama Santos mengakui kecewa apabila Portugal gagal melepasi pusingan suku akhir Qatar 2022 setelah dikejutkan Maghribi.Bagaimanapun beliau memuji semangat juang para pemainnya seperti Joao Felix dan Pepe yang tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol.\u201cSudah tentu para pemain kami tertekan, mereka kecewa...\u201cKami lebih kecewa apabila mengetahui pasukan dibarisi para pemain yang mahir dan berkualiti gagal menghadiahkan kegembiraan kepada rakyat Portugal.\u201cKami tahu cabaran yang bakal dihadapi, terutamanya dari segi strategi bertahan. Kami cuba menyukarkan perlawanan untuk lawan kami tetapi kami tidak berjaya.\u201cJelas sekali kami juga perlu memberi kredit kepada para pemain Maghribi. Saya rasa tidak adil untuk kami kalah tetapi itulah bola sepak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 10:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235581/berita/sukan/kane-dihantui-kegagalan-penalti", "article_title": "Kane dihantui kegagalan penalti", "article_text": "KAPTEN England, Harry Kane terpaksa menerima hakikat kegagalan sepakan penaltinya menjadi punca The Three Lions tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022.Skuad bimbingan Gareth Southgate itu kalah 1-2 kepada juara bertahan, Perancis dalam aksi di Stadium Al Bayt pada Ahad.Kane menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti pertama sekali gus menyamai rekod 53 gol buat England yang dipegang Wayne Rooney.Dia berpeluang menjadikan kedudukan 2-2 selepas Mason Mount dikasari Theo Hernandez, namun kali ini sepakan penaltinya melepasi sasaran.Pada aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan menerusi Aurelien Tchouameni pada minit ke-17 dan kemudian Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-54.Olivier Giroud memastikan kemenangan milik Perancis setelah meledak gol kedua pada minit ke-78.Sejurus wisel penamat, Kane terduduk dan memandang ke permukaan padang sebelum berjalan dengan tangisan lalu ditenangkan Southgate.\"Saya bukanlah orang yang banyak berfikir, persediaan tetap sama tak kisah saya dapat satu atau dua penalti dalam satu perlawanan.\"Saya tidak boleh salahkan persediaan sebelum perlawanan, ia tidak ada bezanya. Saya yakin untuk mengambilnya cuma ia tidak menjadi seperti diinginkan.\"Sudah tentu saya perlu terima kenyataan ini. Tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah bangga antara satu sama lain dan percaya pasukan ini berada pada te- mpat yang terbaik untuk masa depan,\" katanya.Kegagalan itu menyaksikan Kane mengikut jejak langkah beberapa pemain England yang pernah melalui situasi sama seperti Southgate, Chris Waddle dan Stuart Pearce walaupun insiden itu terjadi pada sepakan penentuan penalti dan bukan pada masa sebenar permainan.\"Seperti yang anda lihat, dia benar-benar kecewa tetapi tiada apa yang perlu dikecewakan olehnya.\"Kami berada pada kedudukan ketika ini juga adalah kerana kepimpinan dan jaringan yang dilakukannya,\" kata Southgate.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 10:18am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235580/berita/sukan/pemimpin-dunia-bintang-sukan-tabik-sama-maghribi", "article_title": "Pemimpin dunia, bintang sukan tabik sama Maghribi", "article_text": "PEMIMPIN politik, bintang sukan dan selebriti menggunakan media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Maghribi berikutan kemenangan suku akhir Piala Dunia ke atas Portugal di Stadium Al Thumama, menjadikannya pasukan Afrika atau Arab pertama mara ke separuh akhir kejuaraan bola sepak itu.Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menulis Tweet: \" tahniah kepada Singa Atlas atas kemenangan mereka hari ini\".Presiden Chad Mahamat Idriss Deby pula menulis di Twitter: \"Bersejarah dan luar biasa! Kemaraan Atlas Lions ke separuh akhir Piala Dunia 2022 adalah untuk seluruh Afrika. Sokongan penuh kepada wakil Afrika untuk perlawanan akhir besar. Juara dunia Afrika, ya boleh jadi insya-ALLAH!\"\"Sejarah benua!... Alangkah hebatnya pencapaian Atlas Lions,\" kata Konfederasi Bola Sepak Afrika dalam satu tweet.Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa pula mengucapkan tahniah kepada Raja Maghribi Mohammed VI atas pencapaian bersejarah antarabangsa yang hebat, menurut media kerajaan.Pemerintah Dubai Mohammed bin Rashed pula menulis Tweet: \"Tiada suara yang lebih lantang daripada Maghribi dalam Piala Dunia!\"Sofiane Boufal meraikan kejayaan Maghribi mara ke separuh akhir bersama ibunya di Stadium Al Thumama.Sementara itu, Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani berkata:\u201cKami berkongsi kegembiraan saudara-saudara kami,\u201d Tweet\"Kami bergembira apabila orang Arab bergembira,\" kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh, yang memuji kemenangan bersejarah.Dua kumpulan Palestin yang bertelagah Fatah dan Hamas masing-masing turut menyampaikan ucapan tahniah.Dalam pada itu, Perdana Menteri Libya Abdulhamid al-Dbeibah tweet: \"Tahniah kepada pasukan kebangsaan Maghribi atas kelayakan bersejarah ke separuh akhir Piala Dunia.\"Putera Mahkota Jordan Hussein pula tweet: \"The Atlas Lions sedang mencipta sejarah.\"Kementerian Luar Mesir pula menulis tweet: \"Tahniah yang tulus ikhlas kepada kerajaan persaudaraan Maghribi.\"\"Mereka berjaya!!!! Syabas Maghribi untuk pencapaian ini. Hidup Afrika,\" tweet pemain Ivory Coast dan legenda Chelsea, Didier Drogba.Samuel Eto'o, bekas penyerang Cameroon dan presiden persekutuan bola sepak negara itu, berkata di Twitter: \"Luar biasa!...Seluruh benua menyokong anda\" (dengan emoji bertepuk tangan)Bintang pop Shakira pula menulis tweet \"Kali ini untuk Afrika!!\" dengan emoji bertepuk tangan dan bendera Maghribi.Sementara itu, pemilik Twitter Elon Musk menulis Tweet: \"Tahniah Maghribi.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 10:03am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235572/berita/sukan/berikan-kejuaraan-kepada-argentina---pepe", "article_title": "Berikan kejuaraan kepada Argentina - Pepe", "article_text": "TONGGAK Portugal, Pepe menegaskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 'kini boleh memberikan kejuaraan Piala Dunia kepada Argentina' selepas kecewa mutu pengadilan pegawai pertandingan dari Amerika Selatan itu susulan kekalahan 0-1 kepada Maghribi pada saingan suku akhir Qatar 2022.Pegawai pertandingan Facundo Tello sebelum itu melabuhkan kemenangan Atlas Lions, dengan jaringan Youssef En-Nesyri minit ke-42' babak pertama menjadi perbezaan antara kedua-dua pasukan.Namun bek tengah veteran A Selecao itu berang dengan beberapa keputusan Tello, susulan kemenangan The Albiceleste ke atas Belanda dalam satu lagi suku akhir pada Sabtu.Lionel Messi dan Emi Martinez sebelum ini mengecam pengadil Sepanyol Antonio Mateu Lahoz, apabila menggesa FIFA menggugurkannya daripada baki kejohanan Qatar 2022.\u201cAdalah tidak boleh diterima pengadil Argentina mengendalikan permainan hari ini selepas apa yang berlaku semalam...\u201cDengan Messi mengeluh dan para pemain Argentina mula bercakap. Saya tidak mengatakan tetapi lihat sahaja apa yang kami mainkan pada separuh masa kedua?\u201cPenjaga gol mereka sentiasa dihalang, kemudian hanya menambah lapan minit masa kecederaan.\u201cSelepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan gelaran kejuaraan kepada Argentina,\u201d kata Pepe.Sementara itu, Bruno Fernandes senada dengan Pepe, apabila pemain tengah Manchester United itu menyifatkan penglibatan pengadil dari negara yang pasukan masih dalam kejohanan itu sebagai sesuatu yang pelik.\u201cSaya tidak tahu sama ada mereka akan memberikan Piala Dunia kepada Argentina.\"Saya akan mengatakan apa yang saya fikirkan. Sangat pelik bahawa pengadil dari pasukan yang masih dalam Piala Dunia diberikan tanggungjawab mengendalikan perlawanan,\u201d kata Fernandes.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 08:01am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235569/berita/sukan/perancis-akhiri-cabaran-england-di-qatar-2022", "article_title": "Perancis akhiri cabaran England di Qatar 2022", "article_text": "PENYANDANG juara, Perancis berada di landasan terbaik mengekalkan kejuaraan apabila menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England, 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad.Bintang kelab Serie A Itali AC Milan, Olivier Giroud muncul wira Perancis apabila meledak gol kemenangan skuad kendalian Didier Deschamps tersebut pada minit ke-78', sekali gus membawa Les Bleus ke separuh akhir.Sebelum itu, pemain tengah kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid Aur\u00e9lien Tchouam\u00e9ni terlebih dulu meletakkan Perancis di depan pada minit ke-17' untuk memimpin perlawanan pada babak pertama.Bersambung babak kedua anak buah Gareth Southgate kembali agresif apabila mula menekan Perancis dalam usaha menyamakan kedudukan.The Three Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas di anugerahan sepakan penalti setelah bintang kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Bukayo Saka dikasari Tchouam\u00e9ni.Tonggak Tottenham Hotspur, Harry Kane yang diamanahkan tanggungjawab mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah menewaskan Hugo Lloris pada minit ke-54.Gol itu juga menyaksikan Harry Kane menjaringkan gol ke-53 untuk England, menjadikan dia setaraf dengan legenda Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman The Three Lions.Kane yang berstatus pemenang Kasut Emas ketika England mara ke separuh akhir edisi Rusia 2018, empat tahun lalu memerlukan dua gol lagi sebelum menyingkap saingan Qatar 2022 bagi menyamai rekod Rooney yang meledak 53 gol.England selepas itu berpeluang memimpin perlawanan pada minit ke-84', apabila sekali lagi mendapat sepakan penalti, namun Kane gagal menyempurnakan sepakan tersebut.Kemenangan ke atas England tersebut membolehkan Perancis berdepan wakil Afrika, Maghribi di separuh akhir pada Khamis ini, yang menyingkirkan cabaran Portugal 1-0 dalam satu lagi aksi suku akhir sebelum itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 07:31am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235568/berita/sukan/air-mata-ronaldo-iringi-penyingkiran-portugal", "article_title": "Air mata Ronaldo iringi penyingkiran Portugal", "article_text": "AIR mata Cristiano Ronaldo akhirnya gugur di bumi Qatar selepas cabaran Portugal dan impian Piala Dunianya terhenti berikutan kekalahan 0-1 kepada Maghribi dalam suku akhir Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Sabtu.Pemain berusia 37 tahun itu segera ke bilik persalinan apabila wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan kejutan Atlas Lions ke atas Selecao dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan.Ronaldo, dilihat menangis dan mengesat air mata semasa berjalan ke bilik persalinan sambil diiringi seorang kakitangan Portugal FA.Qatar 2022 berkemungkinan penampilan terakhir penyerang legenda Manchester United itu dalam kejuaraan terbesar bola sepak dunia, di mana menyaksikan dia ditinggalkan di bangku simpanan pengendali Fernando Santos dalam dua perlawanan terakhir.Sebelum itu sentuhan Ronaldo, yang menggantikan Ruben Neves pada minit ke-51, diterjemahkan Joao Felix, namun dinafikan kecemerlangan penjaga gol, Yassine Bounou.Ketika Portugal menyelusuri penghujung babak kedua, sentuhan Ronaldo juga hampir meledak gol penyamaan apabila hantaran lintang diterjemahkan tandukan Pepe yang meleret jauh.Kemenangan Maghribi menyaksikan wakil Afrika itu akan menentang penyandang juara Perancis untuk perebutan tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022.Ronaldo pula masih dalam pencarian kelab baharu selepas meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama sebelum ini.Sementara itu, legenda Portugal, Luis Figo berkata: \"Anda tidak boleh memenangi Piala Dunia dengan meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan. Menang menentang Switzerland? Cemerlang! Tetapi bolehkah anda melakukannya dalam setiap perlawanan? Tidak.\"Meninggalkan CR7 di bangku simpanan adalah satu kesilapan, kekalahan ini adalah tanggungjawab pengurusan dan pengurus.\"", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 07:13am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235562/berita/sukan/maghribi-cipta-sejarah-mara-ke-separuh-akhir", "article_title": "Maghribi cipta sejarah mara ke separuh akhir", "article_text": "MAGHRIBI mencipta sejarah tersendiri mara ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Ia satu lagi pencapaian membanggakan diraih skuad kendalian Walid Regragui yang sebelum ini mencipta kejutan menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu Belgium dan Sepanyol dalam perjalanan ke peringkat separuh akhir.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama, Doha itu, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang menjaringkan gol.Portugal yang tidak menyenaraikan bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama menguasai perlawanan dalam tempoh 20 minit pertama.Namun, Maghribi lebih bijak mengatur serangan berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi tandukan Youssef En-Nesyri yang menyambut baik hantaran Yahia Attiyat Allah pada minit ke-42.Portugal cuba bertindak balas menerusi pemain tengah, Bruno Fernandes yang menyaksikan percubaanya hanya mengegar palang gol Maghribi pada penghujung babak pertama.Separuh masa kedua, Portugal cuba menggandakan asakan dan turut membawa masuk Ronaldo pada minit ke-51 untuk menambah sengat di bahagian serangan.Beberapa peluang keemasan dimiliki Portugal, namun kekebalan benteng pertahanan Maghribi selain ketangkasan Yassine Bounou berjaya mengagalkan serangan Portugal.The Atlas Lions juga berdepan detik cemas dalam tempoh lapan minit masa kecederaan apabila penyerang mereka, Walid Cheddira dilayangkan kad kuning dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.Namun, Portugal gagal mengambil keaempatan sekali gus menyaksikan Maghribi menempah slot separuh akhir.Maghribi akan menentang pemenang di antara England atau Perancis dalam satu lagi aksi suku akhir pada jam 3 pagi ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Disember 2022 01:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235557/berita/sukan/cabaran-malaysia-jelajah-dunia-bwf-terhenti-separuh-akhir", "article_title": "Cabaran Malaysia Jelajah Dunia BWF terhenti separuh akhir", "article_text": "CABARAN Malaysia di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 berakhir apabila dua beregu profesional negara terkandas di separuh akhir di Bangkok, Thailand pada Sabtu.Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang cemerlang di fasa kumpulan sebelum ini gagal menyaingi kematangan beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong.Pada set pertama Kian Meng-Pei Jing cuba menyaingi Si Wei-Huang Qiong, namun tewas 10-21.Set kedua pula, gandingan dari Tembok Besar terus garang untuk menang 21-15 dalam masa 27 minit.Sementara itu, satu lagi beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir di separuh akhir selepas dikecewakan jagoan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam 54 minit.Pada set pertama Yew Sin-Ee Yi berjaya menyaingi beregu veteran Indonesia itu apabila menang 21-17.Namun set kedua, The Daddies kembali semula ke dalam permainan apabila menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.Pada set penentuan, The Daddies tidak menoleh ke belakang apabila menang 21-19 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas perlawanan akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 10:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235553/berita/sukan/neuer-rehat-hingga-habis-musim", "article_title": "Neuer rehat hingga habis musim", "article_text": "PENJAGA gol Bayern Munich, Manuel Neuer akan diketepikan sepanjang musim ini selepas menjalani pembedahan setelah terlibat dalam kemalangan ski, kata kelab itu pada Sabtu.Neuer yang merupakan sebahagian daripada anggota skuad Qatar 2022 Jerman yang tersingkir daripada Piala Dunia pada pusingan pertama berkata, dia mengalami patah kaki kanan.Kelab itu berkata pemain berusia 36 tahun itu telah menjalani pembedahan, namun tidak akan bermain musim ini.Bundesliga disambung semula pada 20 Januari berikutan Piala Dunia sebelum berhenti rehat musim sejuk.Neuer adalah pemain Bayern kedua diketepikan selama beberapa bulan, selepas pemain antarabangsa Perancis, Lucas Hernandez yang terkoyak ligamen lutut ketika membantu juara bertahan tu menang besar 4-1 ke atas Australia dalam perlawanan Kumpulan D Qatar 2022 sebelum ini.Untuk rekod, Bayern yang merupakan pendahulu Bundesliga akan menentang kelab Ligue 1 Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada Februari.Bayern mungkin memanggil Sven Ulreich, penjaga gol berusia 34 tahun yang direkrut dari VfB Stuttgart pada 2015 sebagai pelapis kepada Neuer.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 09:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235551/berita/sukan/harimau-malaya-baharu-ada-karakter", "article_title": "Harimau Malaya baharu ada karakter", "article_text": "KAPTEN Harimau Malaya, Faisal Halim memuji persembahan cemerlang pemain baharu negara ketika menewaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.Pemain sayap sensasi Harimau Malaya yang meledak dua gol pada pertembungan itu mengakui gembira dengan semangat juang dipamerkan rakan sepasukan berbanding dua jaringannya.Saya tak perlu berbangga dengan dua jaringan itu, yang saya bangga sekarang pemain-pemain tak pernah beraksi dalam skuad Harimau Malaya, pada malam ini semua dapat berikan komitmen baik, saya sangat terkejut.\u201c...dan jurulatih Kim (Kim Pan-gon) jalankan tanggungjawab yang sukar sebenarnya apabila panggil kebanyakan pemain tidak pernah bersama sebelum ini tetapi mereka (pemain) buktikan layak (ada) dalam skuad, itu saya bangga,\u201d katanya selepas perlawanan itu.Selain meledak dua gol, pemain Terengganu FC berusia 24 tahun itu turut membantu pemain naturalisasi Lee Tuck menjaringkan gol pertamanya pada penampilan sulung bersama pasukan negara sebelum Stuart Wilkin turut mengikuti jejak sama dengan jaringan pada penghujung aksi.Pemain berusia 34 tahun yang juga penyerang Sri Pahang FC menyifatkan kemenangan ke atas Kemboja sebagai permulaan baik buat dirinya dalam skuad kebangsaan.\"Ia agak sukar kerana saya tidak beraksi selama 11 bulan dalam perlawanan bola sepak. Saya cuma bermain 90 minit dalam Piala Malaysia (pusingan 16). Jadi, ia satu cabaran sukar untuk sedia dari segi mental dan fizikal bagi mendapatkan kecergasan tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk mempersiapkan badan dan minda saya,\" katanya.Sementara itu, Wilkin berkata, kejayaan diraih malam tadi adalah petanda positif dalam usaha pemain memenuhi tuntutan Pan-gon menjelang Piala AFF pada 20 Disember hingga 16 Januari depan.Pemain tengah Sabah FC berusia 24 tahun itu turut melahirkan rasa gembira kerana menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa sekali gus menyumbang kepada kejayaan skuad negara.\u201cSungguh menakjubkan, ia bagai mimpi dapat menjaringkan gol dalam penampilan pertama. Saya sangat bangga dapat mewakili negara dan bermain dalam perlawanan ini, saya harap terus dapat peluang lagi,\u201d kata pemain kelahiran England itu.Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Maldives di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu sebelum memulakan kempen Piala AFF menentang Myanmar di Yangon, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 21 Disember ini.Malaysia dijadualkan berdepan Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, diikuti Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 08:45pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235548/berita/sukan/17-agensi-media-sertai-kejohanan-boling-drb-hicom", "article_title": "17 agensi media sertai kejohanan boling DRB-Hicom", "article_text": "SEBANYAK 32 pasukan daripada 17 agensi media tempatan menyertai Kejohanan Boling DRB-Hicom bersama media di Wangsa Bowl, pusat beli-belah One Utama pada Sabtu.Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata, acara tahunan itu bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan syarikat berkenaan kepada umum.\"Lazimnya, acara tahunan ini diadakan di sekitar Lembah Klang, tetapi insya-ALLAH tahun hadapan kita akan anjurkan di bandar lain agar media di negeri terlibat dapat menyertainya.\"Saya juga gembira melihat beberapa agensi baharu menyertai tahun ini seperti Sinar Harian, Makkal Osai serta NYSP, dan berharap di masa akan datang akan lebih ramai yang sertai,\" katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.Sinar Harian menghantar penyertaan menerusi dua pasukan yang diwakili antaranya Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Zamri Rambli.Sementara itu Harian Metro menerusi pasukan Metro Rangers muncul juara pada kejohanan tersebut dengan catatan 1,565 jatuhan pin diikuti Bernama Perpaduan A (1,564 pin) dan Bernama Perpaduan B (1,531 pin).Metro Rangers membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai RM2,000 serta kad hadiah Petronas berjumlah RM400, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima baucar RM1,600 dan RM1,200,Selain hadiah utama dan saguhati, kejohanan itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan balingan strike tertinggi kategori lelaki dan wanita.Kategori berkenaan dimenangi Shah Iqbal dari Metro Rangers dengan 12 strike manakala Idahan, juga dari pasukan sama mengungguli kategori wanita (enam strikes).", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 08:33pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235547/berita/sukan/tennis-malaysia-laksana-sistem-rating", "article_title": "Tennis Malaysia laksana sistem rating", "article_text": "PERSATUAN Tenis Malaysia (Tennis Malaysia) secara rasminya melancarkan pelaksanaan sistem rating pemain tenis dunia yang baharu Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) untuk digunakan di negara ini.Presiden Tenis Malaysia, Mirzan Mahathir berkata, 'ITF World Tennis Number' merupakan sistem rating pemain yang terbaik, yang membolehkan ukuran pemain secara tepat dibandingkan dengan pemain dari seluruh dunia, termasuk negara-negara utama dalam tenis seperti Great Britain, Denmark, Ireland dan Amerika Syarikat (AS).Beliau berkata, sistem ini akan dilaksanakan dalam mana-mana kejohanan dianjurkan di Malaysia untuk memaksimumkan keberkesanannya.\u201cKita akan aturkan kejohanan menggunakan sistem ini, supaya ia untuk tahap tertentu atau pemain, dan ia tidak bergantung sama ada pemain itu remaja lelaki, remaja perempuan, atau lelaki atau perempuan, ia adalah mengenai tahap pemain dan juga kebolehan mereka.\u201cITF World Tennis Number adalah kedudukan ranking dunia, Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) sedang melaksanakannya di AS dan jika kita laksanakan sistem ini, ia akan dapat bantu dedahkan pemain kita, untuk seluruh dunia melihat keupayaan mereka,\" katanya pada sidang media pelancaran 'ITF World Tennis Number' pada Sabtu.Mirzan berkata, ITF World Tennis Number merupakan satu sistem rating paling maju dan tepat dengan kebolehan pemain tenis dunia, dan Malaysia menjadi negara ketiga di Asia untuk melancarkan sistem rating yang baru.Beliau berkata, Tenis Malaysia telah bekerjasama rapat dengan Persekutuan Sukan Antarabangsa (IF) dalam projek ini sejak pertengahan 2020 dan kini telah bersedia untuk menggunakan sistem rating dunia untuk Tenis Jelajah Remaja Malaysia dan Sirkit Kebangsaan pada 2023.Oleh sebab itu Tenis Malaysia akan menetapkan nombor tenis ITF menerusi platform Bounx Sport dengan data pemain boleh dilihat di LTAM.my dan menerusi sistem kejohanan BOUNX. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 08:27pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235528/berita/sukan/lebih-12000-sertai-score-marathon-2022-by-aia-vitality", "article_title": "Lebih 12,000 sertai SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality", "article_text": "LEBIH 12,000 peserta dari dalam dan luar negara tampil pada acara larian SCORE Marathon 2022 by AIA Vitality yang berlangsung di Putrajaya pada 23 Oktober lalu.Acara anjuran syarikat pengurusan acara sukan dan kecergasan, SCORE itu menyaksikan persaingan pelbagai kategori jarak dari 5 kilometer (KM) sehingga 42KM.Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management Sdn Bhd, Patricia Tan berkata, program yang dijalankan dengan tema 'Resume. Recharge. Recapture the Glory' itu turut memberikan penekanan terhadap amalan lestari dan mesra alam.\u201cSepanjang acara ini, sebanyak 10,500 botol air digunakan peserta dan daripada jumlah itu, kami berjaya mengitar semula kira-kira 400 kilogram (kg) daripada sisa pepejal itu.\u201cIni merupakan kejayaan yang kami perkenalkan dalam acara ini dan akan terus dilaksanakan bukan sahaja untuk acara larian ini tetapi juga acara sukan lain yang dianjurkan kami,\u201d menurut SCORE dalam satu kenyataan baru-baru ini.Patricia berkata, sebagai penganjur acara sukan dan kecergasan terkemuka di Malaysia, syarikatnya sentiasa mencari masa yang sesuai selepas pandemik Covid-19 untuk menyambung semula penganjuran acara sukan berskala besar seperti SCORE Marathon.Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, ketika negara dilihat berjaya memasuki fasa endemik, ia merupakan peluang terbaik untuk memastikan rakan kongsinya mencapai kehidupan yang lebih sihat.\u201cGabungan bersama SCORE Marathon ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih sihat, diperkayakan dan lebih memuaskan menerusi larian fizikal.\"Sebagai sebahagian daripada usaha SCORE dengan AIA Vitality untuk mendekati golongan muda Malaysia dengan menerapkan tabiat sihat, pelajar sekolah rendah dan menengah dari Lembah Klang telah diberi tiket percuma untuk larian sejak 5km,\" katanya.Seramai 100 pelajar turut mengambil bahagian dalam acara larian tersebut selain peminat aktiviti kecergasan dan atlet sukan elit.Kategori larian jarak 42KM dipertandingkan dalam acara itu juga boleh digunakan sebagai platform kelayakan bagi penyertaan ke Abbott World Marathon Majors, iaitu maraton keenam paling berprestij di dunia.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti SCORE akan datang, orang ramai boleh daftar masuk di www.score.my manakala mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai penyelesaian AIA dan program AIA Vitality boleh melayari www.aia.com.my.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 04:59pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235519/berita/sukan/hasrat-yew-sin-ee-yi-ke-final-tak-kesampaian", "article_title": "Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final tak kesampaian", "article_text": "HASRAT beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk melangkah ke final Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, pada Sabtu.Dalam aksi separuh akhir di Bangkok itu, Yew Sin-Ee Yi bermula baik apabila memenangi set pertama 21-17 sebelum terpaksa tunduk pada set kedua 13-21.Beregu negara cuba bangkit pada set ketiga dengan aksi lebih bertenaga, namun pasangan Indonesia yang juga pilihan kedua kejohanan berjaya menafikan kemaraan Yew Sin-Ee Yi dengan kemenangan 19-21.Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi mencipta kejutan menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia untuk mengungguli kumpulan A.Dalam pada itu, satu lagi wakil negara yang mara ke separuh akhir, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan bertemu wakil China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi yang akan berlangsung sebentar lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 04:15pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235503/berita/sukan/pan-gon-puji-impak-pemain-baharu", "article_title": "Pan-gon puji impak pemain baharu", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak dipamerkan pemain baharu yang menyertai skuad kebangsaan ketika membelasah Kemboja, 4-0 dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Jumaat.Menurut Pan-gon, beliau juga tidak menyangka kemampuan berkualiti dipersembahkan pemain sehingga mampu menang besar dalam perlawanan tersebut.Malah, beliau menyifatkan pemain dapat menyesuaikan diri dengan baik walaupun hanya mempunyai masa singkat dalam kem latihan pusat bermula 29 November lalu.Tahniah kepada semua pemain Harimau Malaya terutama yang melakukan penampilan pertama. Saya tidak menyangka dapat menjaringkan empat gol kerana ramai pemain baharu.\"Tetapi, saya dapat lihat banyak perubahan dari sehari ke sehari dan kami dilihat seperti sudah lama bersama.\"Pemain menterjemahkan segala maklumat yang mereka terima ketika sesi latihan pada perlawanan ini. Mereka mengikuti segala arahan dan walaupun sedikit bergelut pada 10 minit pertama namun selepas itu saya gembira dan tidak mempunyai sebarang masalah,\" katanya selepas perlawanan tersebut,Dalam aksi persahabatan itu, Faisal Halim mencipta sensasi apabila menjaringkan dua gol dan Lee Tuck serta Stuart Wilkin masing-masing menjaringkan satu gol.Dalam pada itu, Pan-gon menyifatkan kemenangan itu meletakkan Harimau Malaya di landasan terbaik sebelum kejohanan Piala AFF bermula.\"Saya beri tekanan kepada mereka kerana pada peringkat ini kita perlu meningkatkan tahap fizikal, untuk dapatkan kecergasan perlawanan (kerana) beberapa pemain sangat letih pada masa ini tetapi kita masih perlu mencapai tahap yang baik untuk beraksi dalam Piala AFF,\" katanya.Skuad kebangsaan akan melengkapkan aksi antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu depan, sebelum memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B, pada 21 Disember.Malaysia kemudian akan berdepan Laos Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan, pada 3 Januari tahun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 02:29pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235492/berita/sukan/separuh-masa-kedua-yang-pelik", "article_title": "'Separuh masa kedua yang pelik'", "article_text": "PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni memuji keupayaan pasukan selepas berjaya mengharungi cabaran berliku menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, pemain Argentina berjaya menghadapi situasi tidak terduga dengan Belanda dan berjaya menyamakan kedudukan selepas Argentina mendahului 2-0.\"Argentina mempunyai semangat berpasukan dan kami tahu cara untuk menghadapi pelbagai situasi.\"Memang betul kami tidak sepatutnya mengharungi penentuan penalti tetapi berjuang sehingga ke akhir kerana Belanda menyukarkan kami.\"Separuh masa kedua amat pelik apabila anda melihat segalanya sudah berakhir tetapi sebaliknya berlaku,\" katanya.Argentina terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol daripada Nahuel Molina dan Lionel Messi, namun Wout Weghorst tampil dengan dua gol pada separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan.Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Argentina menang 4-3 dan meneruskan kemaraan menentang Croatia di peringkat separuh akhir.Dalam pada itu, tonggak sensasi Argentina, Lionel Messi mengakui cabaran yang diberikan Belanda dan satu kegembiraan apabila pasukannya berjaya mara.\"Apabila Lautaro Martinez menjaringkan gol (penalti) dan kami layak ke separuh akhir, ia satu kegembiraan yang amat besar dan kami boleh menarik nafas lega.\"Ini satu aksi yang begitu sukar sejak dari mula dan ini yang kami jangkakan. Belanda menyukarkan kami dengan hantaran panjang dan begitu ramai pemain dalam kawasan menyerang.\"Mereka mengikat kedudukan dan kami kecewa. Tetapi kami dapat mengesahkan tempat ke separuh akhir seperti yang kami inginkan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 01:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235489/berita/sukan/kami-menderita-tetapi-kami-menang", "article_title": "'Kami menderita, tetapi kami menang...'", "article_text": "RAKYAT Argentina akhirnya meraikan kejayaan The Albiceleste mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka dipaksa mengharungi detik-detik dramatik sebelum menewaskan Belanda dalam perlawanan suku akhir di Stadium Lusail, Doha.Detik cemas setiap pemain ke-12 Argentina bertukar kegembiraan selepas kemenangan penentuan sepakan penalti menghantar juara Copa America itu ke separuh akhir.Penyokong Argentina sebelum itu berkumpul di rumah, bar dan dataran awam untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka diketuai bintang Lionel Messi, menewaskan Belanda 4-3 dalam penentuan sepakan penalti.Argentina akan berdepan Croatia pada Rabu, yang menewaskan Brazil pada Sabtu, meninggalkan Argentina pasukan terakhir dari Amerika Selatan dalam persaingan untuk pemburuan juara dunia.\"Kegilaan yang luar biasa, saya berhati saya hampir hancur, saya tidak dapat menahannya lagi,\" kata seorang peminat di dataran di kejiranan Palermo, Buenos Aires di ketika menonton perlawanan itu di skrin gergasi bersama kira-kira 30,000 peminat lain.Rakyat Argentina berharap The Albiceleste mampu memenangi Piala Dunia ketiga negara itu, selepas kemenangan pada edisi Argentina 1978 dan edisi Mexico 1986, ketika diketuai mendiang Diego Maradona.\"Semuanya berlaku dalam permainan. Saya gembira, gementar, tetapi sentiasa menyokong pasukan,\" kata peminat di Palermo, di mana penyokong mengibarkan bendera dengan imej Messi dan Maradona.\"Kami menderita, tetapi kami menang,\" kata seorang lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 01:06pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235473/berita/sukan/piala-dunia-terakhir-neymar", "article_title": "Piala Dunia terakhir Neymar", "article_text": "PEMAIN sensasi Brazil, Neymar memberikan bayangan Piala Dunia Qatar 2022 adalah yang terakhir buatnya selepas kekalahan kepada Croatia di peringkat suku akhir pada Jumaat.Pemain berusia 30 tahun itu tidak pasti mengenai penglibatannya bersama skuad kebangsaan dan menyerahkan kepada situasi untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang.\"Saya tidak menutup pintu kepada pasukan kebangsaan tetapi saya tidak jamin yang 100 peratus saya akan kembali,\" katanya.Pemain yang mencatat 124 penampilan bersama Brazil itu akan berusia 34 tahun pada edisi 2026 di Amerika Utara.Ketika ini, Neymar masih belum berjaya menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil selepas tiga kali mewakili negaranya dalam kejohanan berprestij dunia itu.Bagaimanapun, Neymar bersetuju untuk beraksi dalam saingan Copa America 2024 dan mengakui Brazil akan berwajah baharu dengan lebih ramai penglibatan pemain muda.\"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan pasukan Brazil pada masa akan datang. Brazil ada ramai pemain muda yang berbakat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 11:49am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235472/berita/sukan/siapa-suruh-aniaya-kucing", "article_title": "'Siapa suruh aniaya kucing?'", "article_text": "PASUKAN Brazil sekali lagi dikecewakan di peringkat suku akhir Piala Dunia selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia pada Jumaat.Pasukan kendalian Tite itu yang diletakkan sebagai pilihan utama untuk mara ke peringkat separuh akhir terpaksa akur kalah penalti 2-4 selepas kedudukan terikat 1-1 selesai masa tambahan.Kekalahan luar jangka dialami Brazil mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan peminat bola sepak.Lebih menarik apabila kekalahan tersebut dikaitkan dengan sumpahan kucing merujuk kepada insiden seorang petugas media Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai semasa sidang media pada Khamis lalu.Insiden itu mencetuskan kemarahan ramai pihak dan ada netizen yang menyumpah dan mendoakan agar Brazil tewas kepada Croatia.Petugas media Brazil melempar seekor kucing ke lantai ketika sidang media.Akhirnya, apa yang disumpahkan dan didoakan oleh netizen itu menjadi kenyataan menyaksikan gergasi Amerika Selatan itu tumbang di peringkat suku akhir.Rata-rata komen netizen di laman media sosial juga seolah-olah 'berpuas hati' dengan kekalahan Brazil itu.\"Siapa suruh aniaya kucing,\" kata Mohd Nazrin.\"Padan muka. Baling kucing lagi. Aku yang mula-mula nak sokong Brazil pun terus maki biar kalah,\" kata Khai Nizam.\"Sumpahan kucing. Pet (haiwan peliharaan) kesayangan Nabi kami tu,\" kata Mohamad Nazir.\"Doa kucing dimakbulkan ALLAH,\" kata Hazlinda Salihin.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 11:35am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235466/berita/sukan/jangan-pandang-rendah-keupayaan-croatia", "article_title": "Jangan pandang rendah keupayaan Croatia", "article_text": "JURULATIH Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan ia satu kebanggaan untuk pasukannya menewaskan pasukan pilihan utama, Brazil dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, ia juga kemenangan untuk rakyat Croatia yang turut sama berdiri di belakang pasukan berdepan cabaran sukar menentang jaguh dari Amerika Selatan itu.\"Ini adalah kemenangan untuk rakyat Croatia. Perlawanan yang menarik, kami menyingkirkan pasukan pilihan utama.\"Ini adalah Croatia, kebanggaan, keberanian, kepercayaan dan patriotisme,\" katanya.Croatia mara menerusi penentuan penalti selepas perlawanan perlawanan berkesudahan 1-1 selepas tamat masa tambahan.Penyerang Croatia, Brutno Petkovic menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa kedua masa tambahan sekali gus memadam jaringan pembukaan Neymar.Pasukan yang digelar sebagai pemusnah pasukan gergasi itu tampil cemerlang di penentuan penalti apabila menang 4-2 dengan dua tonggak Brazil, Marquinhos dan Rodrygo gagal menyempurnakan tugasan tersebut.Croatia mara ke separuh akhir dan bakal menentang Argentina pada Rabu depan.Dalam pada itu, Dalic menegaskan tiada mana-mana pasukan yang boleh memandang rendah keupayaan pemainnya selepas membuktikan kemaraan ke pusingan seterusnya.\"Croatia sentiasa akan berjaya dan menjadi yang terbaik apabila diperlukan. Tiada siapa harus memandang rendah terhadap kami.\"Perjuangan ini belum berakhir, kami perlu bergerak ke hadapan. Kami boleh melakar lebih banyak kejayaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 10:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235463/berita/sukan/kalah-penalti-amat-menyakitkan---van-gaal", "article_title": "'Kalah penalti amat menyakitkan' - Van Gaal", "article_text": "PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mengakui kekalahan dalam penentuan penalti kepada Argentina di pusingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu sebagai amat menyakitkan.Pasukan kendaliannya terpaksa bangkit daripada ketinggalan menerusi dua gol daripada Wout Weghorst untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas Argentina mendahului 2-0 hasil jaringan Nahuel Molina dan Lionel Messi.Perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti, namun tendangan tonggak Belanda, Virgil van Dijk dan Steven Berghuis diselamatkan Emiliano Martinez untuk memastikan kemenangan Argentina 4-3 mara ke separuh akhir.\"Kami gagal menyempurnakan dua penalti awal dan ia menjadi sukar buat kami. Penalti ini adalah mengenai tuah dan loteri,\" katanya.Ia menjadi kegagalan kedua penalti buat jurulatih berusia 71 tahun sebagai pengendali Belanda yang sebelum ini juga tewas kepada Argentina di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014.\"Ini kali kedua kami tewas kepada Argentina dengan cara sama. Dua Piala Dunia dengan jurulatih sama buat Belanda.\"Saya meminta pemain berlatih gigih dengan sepakan penalti, jadi saya tidak perlu mencela mereka. Untuk bangkit dan menyamakan kedudukan. Kalah menerusi sepakan penalti amat malang,\" katanya.Dalam pada itu, van Gaal turut mengesahkan akan melepaskan jawatannya itu susulan kegagalan Belanda mara ke peringkat seterusnya.\"Saya tidak akan meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih untuk pasukan Belanda kerana saya hanya melakukannya untuk tempoh tertentu.\"Ini adalah perlawanan terakhir saya. Saya membawa Belanda dengan baik dan anda boleh Google pencapaian saya. Saya tidak fikir saya telah tewas teruk hari ini kerana hanya dengan penentuan penalti.\"Saya mempunyai masa yang indah dan adalah sangat menyakitkan untuk melihat bagaimana kami tersingkir terutama kerana saya melakukan segala-galanya untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 10:18am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235461/berita/sukan/tite-undur-diri", "article_title": "Tite undur diri", "article_text": "TITE telah meletakkan jawatan selaku pengendali pasukan Brazil selepas pasukannya itu tewas kepada Croatia menerusi penentuan sepakan penalti pada saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, masanya bersama pasukan Selecao itu sudah berakhir sekali gus mengulangi hasrat untuk mengundurkan diri seperti yang disuarakan pada Februari lalu.\"Ia sesuatu yang sangat sukar, tetapi masanya sudah tiba kepada penghujung saya bersama Brazil. Saya telah menyatakan hasrat saya ini sejak (lebih) setengah tahun lalu.\"Ada orang lain yang lebih layak menggantikan saya dan masanya sudah tiba untuk saya berundur,\" katanya.Pengendali berusia 61 tahun itu sudah bersama Brazil sejak 2016 dan telah menyatakan hasrat untuk berundur selepas saingan Piala Dunia Qatar 2022.Dalam perlawanan suku akhir di Stadium Education City, Doha itu, Brazil tewas kepada Croatia menerusi penentuan penalti 2-4 selepas perlawanan terikat 1-1 tamat masa tambahan.Bintang sensasi Brazil, Neymar terlebih dahulu meletakkan Brazil di depan sebelum separuh masa pertama masa tambahan berakhir sebelum Bruno Petkovic menyamakan kedudukan tiga minit sebelum perlawanan tamat untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan penalti untuk Brazil, manakala Croatia cemerlang menyudahkan kesemua sepakan penalti untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.Dalam pada itu, Tite menjelaskan dia tidak mampu memberikan penilaian terhadap dirinya sendiri sepanjang bergelar jurulatih Brazil.\"Saya memerlukan masa untuk menjawabnya dengan lebih baik.\"Saya tidak berada dalam posisi untuk menilai semua kerja yang sudah dilakukan, tetapi selepas masa berlalu anda boleh melakukan penilaian itu. Saya tidak berhak untuk melakukannya sekarang selepas kami disingkirkan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 09:51am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235452/berita/sukan/argentina-kecewakan-belanda-raih-tiket-separuh-akhir", "article_title": "Argentina kecewakan Belanda, raih tiket separuh akhir", "article_text": "SKUAD Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menundukkan Belanda 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail pada Sabtu.Kemenangan itu meletakkan Argentina di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan ketiga trofi berprestij itu setelah memenanginya pada 1978 dan 1986.Tamat permainan yang berlarutan sehingga masa tambahan kedua-dua pasukan terikat 2-2.Perlawanan seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan berpeluang di depan.Argentina menerusi pemain sensasi, Lionel Messi terlebih dahulu menguji kubu Belanda, namun percubaannya pada minit ke-22 tidak menemui sasaran.The Oranje kemudian menyusun semula gerak dan hampir menemui hasil, namun percubaan Memphis Depay turut tersasar.Bagaimanapun, Argentina pula yang meledak menerusi Nahuel Molina yang menyudahkan bola hantaran Messi untuk menewaskan Andries Noppert di gawang pada minit ke-35.Bersambung babak kedua, Belanda memulakan aksi dengan agresif menerusi beberapa pertukaran pemain, namun Argentina ampuh bertahan.Bagi mengimbangi taktikal Belanda, jurulatih Argentina, Lionel Scaloni memasukkan Leandro Paredes bagi menguatkan barisan tengah dan ternyata membuahkan hasil.Asakan bertali arus memaksa Belanda melakukan kesilapan setelah Denzel Dumfries menjatuhkan Marcos Acuna dalam kotak penalti.Messi mudah merobek gawang pada minit ke-73 untuk Argentina mendahului dua jaringan.Tersentak dengan jaringan itu, Belanda menggandakan asakan dan berhasil merapatkan jurang pada minit ke-83 menerusi Wout Weghorst.Gol itu menyuntik semangat Belanda untuk memburu gol penyamaan dan Weghorst sekali lagi meledak pada masa kecederaan untuk memberi nyawa kepada skuad bimbingan Louis van Gaal itu.Bersambung aksi di masa tambahan, bola banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang dan keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.Penentuan sepakan penalti menyaksikan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menafikan sepakan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis.Argentina pula melengkapkan empat sepakan penalti mereka dan bakal membuat perhitungan pada separuh akhir menentang Croatia yang mengecewakan Brazil 4-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada masa tambahan permainan.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 07:34am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235443/berita/sukan/croatia-lakar-kejutan-singkir-brazil", "article_title": "Croatia lakar kejutan singkir Brazil", "article_text": "CROATIA mencipta kejutan apabila menewaskan Brazil 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City sebentar tadi.Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan berlangsung termasuk aksi masa tambahan sekali gus pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain muda Brazil, Rodrygo manakala percubaan Marquinhos sekadar mengenai tiang gol.Sebelum penentuan sepakan penalti itu, Brazil yang juga juara dunia lima kali tampak mendominasi keseluruhan perlawanan babak pertama dan kedua.Bagaimanapun, tiada gol terhasil sepanjang 90 minit perlawanan sekalipun Brazil memperoleh beberapa peluang keemasan menerusi penyerang sensasi, Neymar.Dalam aksi masa tambahan, Brazil terlebih dahulu menceriakan penyokong mereka apabila Neymar merobek kekebalan Livakovic pada minit ke-103.Pada ketika Brazil dilihat hampir keluar sebagai pemenang, Croatia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian, Bruno Petkovic minit ke-117.Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa tambahan, sekali gus keputusan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya memihak Croatia.Dalam aksi separuh akhir, Croatia akan menentang pemenang antara Belanda atau Argentina yang beraksi dalam satu lagi pertemuan suku akhir pada awal pagi Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Disember 2022 02:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235440/berita/sukan/malaysia-mudah-benam-kemboja", "article_title": "Malaysia mudah benam Kemboja", "article_text": "PEMAIN lincah, Faisal Halim menjadi duri dalam daging buat Kemboja apabila meledak dua gol ketika membantu Malaysia menang 4-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.Dia yang memakai lilitan kapten turut mencipta satu bantuan gol untuk skuad bimbingan Kim Pan-gon menang bergaya.Menguasai babak pertama, skuad Harimau Malaya mengasak kubu lawan seusai wisel sepak mula ditiup pengadil.Versatail dengan corak permainan menerusi serangan bertali arus dari sebelah kiri dan kanan padang membuahkan hasil buat skuad negara.Faisal menemui sentuhan pertama pada minit ke-11 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti.Berselang 27 minit, Faisal menjadi watak penting untuk gol kedua negara apabila hantarannya disempurnakan dengan baik oleh Lee Tuck.Ketika menuju masa penamat babak pertama, Faisal yang menerima hantaran daripada Darren Lok mudah merobek gawang Kemboja untuk gol ketiga buat negara.Bersambung babak kedua, Malaysia membuat beberapa pertukaran pemain termasuk memasukkan pengantin baharu, Safawi Rasid yang memakai lilitan kapten menggantikan Faisal.Percaturan disusun dengan baik menerusi beberapa percubaan rangkaian serangan negara, namun gagal menemui sasaran.Meniti ke penghujung perlawanan, percubaan Safawi muntah daripada dakapan penjaga gol Kemboja.Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Stuart Wilkin untuk meledak gol keempat buat negara pada minit ke-86 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 11:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235437/berita/sukan/sepakat-bangunkan-sukan-negara", "article_title": "Sepakat bangunkan sukan negara", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa agar semua kementerian berganding bahu dalam membangunkan sukan negara.Hannah berkata, beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi syarikat korporat turut sama membantu kerana peranan Kementerian Belia dan Sukan sahaja tidak mencukupi dalam merancakkan pembangunan sukan tanah air.\"Kementerian masing-masing tidak boleh gerak sendiri dan perlu wujudkan lebih banyak koordinasi antara kementerian lain.\"Seperti contoh, anda mesti berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membawa semua rakan kongsi bersama jika mengenai pelepasan cukai, jika mengenai pendidikan anda perlu babitkan Kementerian Pengajian Tinggi juga dan bukan hanya Kementerian Pendidikan,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelancaran kejohanan Yayasan Sime Darby Track Series (YSDTS) di Velodrom Nasional di Nilai pada Jumaat.Pada masa sama, Hannah menyambut baik inisiatif Yayasan Sime Darby yang bekerjasama dengan Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) menjayakan YSDTS yang menyediakan platform untuk meneroka bakat baharu sukan berbasikal trek negara.Beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi kejohanan sukan tempatan membuka peluang kepada golongan wanita bertanding bagi mereka mempamerkan bakat dimiliki.\"Sebagai menteri wanita, ini (penglibatan lebih ramai wanita) adalah satu daripada aspek yang saya akan perhati dan teliti,\" katanya.Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama atlet, pihak berkepentingan dan persatuan sukan dalam satu mesyuarat 'townhall' minggu depan.YSDTS merupakan program selama tiga tahun yang bertujuan menarik minat rakyat Malaysia menceburi sukan basikal selain menggalakkan penubuhan pasukan profesional basikal trek baharu sebagai satu daripada saluran pencarian bakat muda untuk skuad negara.Sebanyak 52 perlumbaan bagi kategori elit dan junior Bawah-15 tahun (B-15), B-17 dan B-19 dijangka diadakan dalam tempoh tersebut. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 08:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235413/berita/sukan/dua-wakil-negara-teruskan-cabaran-di-thailand", "article_title": "Dua wakil negara teruskan cabaran di Thailand", "article_text": "DUA wakil negara meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan menerusi dua kemenangan pada kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok pada Jumaat.Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengejutkan pasangan Indonesia yang juga pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia sehingga ke set penentuan dalam tempoh 53 minit permainan.Dalam aksi Kumpulan A itu, pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia tewas pada set pertama 10-21, namun bangkit meraih kemenangan 21-17 pada set kedua.Biarpun menerima tentangan sengit pasangan nombor tiga dunia itu, Yew Sin-Ee Yi tenang mengawal permainan untuk menang set penentuan 21-19.Menerusi kemenangan itu meletakkan mereka sebagai juara kumpulan selain dibantu kemenangan beregu Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Kim Won-ho ke atas wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam satu lagi perlawanan.Biarpun pasangan negara dan Fajar-Rian berkongsi dua mata hasil dua kemenangan daripada tiga perlawanan, Yew Sin-Ee Yi muncul juara kumpulan atas kelebihan head-to-head hasil kemenangan ke atas gandingan Indonesia itu pada Jumaat.Sebagai rekod, ia merupakan kali kedua berturut-turut Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir.Pada edisi tahun lalu, Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat yang sama selepas muncul naib juara Kumpulan B.Mengikut jejak kemenangan, beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing turut memahat kejayaan tersendiri apabila buat pertama kali meraih slot separuh akhir.Mereka melakar kemenangan kedua selepas menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran pada aksi terakhir Kumpulan B.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menewaskan gandingan tuan rumah 21-17, 22-20 dalam tempoh 41 minit permainan,Kemenangan itu memadam kekecewaan Kian Meng-Pei Jing yang tewas kepada wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 11-21 dalam saingan kedua kumpulan pada Khamis.Sebelum itu pada aksi pembukaan kumpulan, pasangan negara mengejutkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16.Kemaraan Kian Meng-Pei Jing turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping 23-21, 21-13 dalam satu lagi aksi.Kemenangan itu melonjakkan Dechapol-Sapsiree sebagai juara Kumpulan B, manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul di tempat kedua.Pada penampilan pertama pasangan negara di pentas itu tahun lalu, mereka menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan.Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark).", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 07:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235412/berita/sukan/aug-2024-bola-sepak-tiada-dalam-senarai-awal", "article_title": "AUG 2024: Bola sepak tiada dalam senarai awal", "article_text": "ACARA bola sepak yang sering dilabel ibu kepada segala pingat dalam mana-mana temasya sukan berkemungkinan tidak akan dipertandingkan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Malang, Indonesia.Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli ketika mengesahkan perkara itu berkata, Indonesia ketika Mesyuarat Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) membentangkan sebanyak 18 acara sukan yang bakal dipertandingkan tidak menyenaraikan acara paling popular tersebut.Menurut Pekan, temasya ini buat pertama kali dalam sejarah AUG akan berlangsung di dua bandar utama di Surabaya dan Malang.\"Tragedi malang yang mengorbankan 132 nyawa di Stadium Kanjuruhan, Malang di Jawa Timur pada aksi Liga 1 Indonesia ketika Arema FC menentang Persebaya pada Oktober lalu masih menjadi igauan buruk kepada Indonesia.\"Bagaimanapun tuan rumah masih ada masa untuk menilai semula keputusan sebelum memutuskan untuk mengadakan acara bola sepak atau tidak di AUG 2024, sambil mengharapkan sokongan kerajaan Indonesia berkenaan aspek keselamatan.\"Thailand dan Malaysia antara negara yang mendesak Indonesia agar tetap menyenaraikan acara bola sepak pada temasya itu nanti,\" katanya.Pekan berkata demikian ketika berkongsi perkembangan terkini status AUG Surabaya, Malang 2024 hasil pertemuan dengan Ketua Bidang Prestasi Tinggi, Badan Pengelola Olahraga Mahasiswa Indonesia (BAPOMI), Del Asri baru-baru ini.Hasil Mesyuarat AUSC itu sebanyak 18 acara sukan iaitu olahraga, renang, futsal, badminton, sepak takraw, bola keranjang (5x5, 3x3), bola tampar (dalam dewan, pantai), handball, judo, pencak silat, wushu, taekwondo, karate, sport climbing, memanah, petanque, tenis dan mind sports (chess, bridge) akan dipertandingkan pada temasya tersebut.Sementara itu, Pekan berkata, Malaysia kekal menerajui Sekretariat AUSC bagi tempoh 2023-2025 setelah memenangi undian mengatasi Indonesia pada Mesyuarat Agong Tahunan AUSC yang turut berlangsung Rabu.\u201cKita terus diberi kepercayaan ini sejak 2010 oleh kebanyakan negara anggota tetapi pada waktu yang sama kita juga perlu melepaskan tanggungjawab ini kepada negara lain atas semangat setiakawan negara ASEAN.\u201cJika ada negara yang sudah menyatakan hasratnya mengapa tidak kita lepaskan kepada mereka selepas ini,\u201d katanya.Mesyuarat AUSC kali ke-35 dan Mesyuarat Agong Tahunan AUSC kali kelima di Surabaya di Surabaya, Indonesia yang bermula Isnin dirasmikan Pekan yang mewakili Kementerian Pengajian Tinggi.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 07:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235407/berita/sukan/kian-meng-pei-jing-raih-slot-separuh-akhir-jelajah-dunia", "article_title": "Kian Meng-Pei Jing raih slot separuh akhir Jelajah Dunia", "article_text": "BEREGU campuran No.1 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing memahat kejayaan berharga apabila buat pertama kali meraih slot separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir di Thailand pada Jumaat.Mereka melakar kemenangan kedua selepas menundukkan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran pada aksi terakhir Kumpulan B dalam aksi di Arena Nimibutr, Bangkok.Pasangan negara yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menewaskan gandingan tuan rumah 21-17, 22-20 dalam tempoh 41 minit permainan.Kemenangan itu memadam kekecewaan Kian Meng-Pei Jing yang tewas kepada wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 9-21, 11-21 dalam saingan kedua kumpulan pada Khamis.Sebelum itu pada aksi pembukaan kumpulan, pasangan negara mengejutkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China menerusi kemenangan 23-21, 14-21, 21-16.Kemaraan Kian Meng-Pei Jing turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping 23-21, 21-13 dalam satu lagi aksi.Kemenangan itu melonjakkan Dechapol-Sapsiree sebagai juara kumpulan, manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul di tempat kedua.Pada penampilan pertama pasangan negara di pentas itu tahun lalu, mereka menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan.Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark).", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 06:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235405/berita/sukan/harga-jersi-jerman-belgium-turun-selepas-tersingkir", "article_title": "Harga jersi Jerman, Belgium turun selepas tersingkir", "article_text": "HARGA jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.Bagi sesetengah pasukan kegemaran yang kekal di Qatar, jersi pasukan itu habis dijual, namun kit untuk beberapa pasukan yang tewas didapati tidak laku.Di pusat beli-belah di Doha, jersi England, Argentina dan Portugal yang melangkah ke suku akhir, paling dicari, tetapi jersi Jerman dan Belgium yang gagal memenuhi jangkaan, terpaksa dijual pada harga diskaun.Harga jersi tulen Jerman yang mengalami penyingkiran mengejut pada peringkat kumpulan, menjunam daripada 670 riyal Qatar (kira-kira AS$184) kepada 329 riyal Qatar (kira-kira AS$90.3), manakala jersi Belgium yang asalnya berharga 430 riyal Qatar, turun hampir 50 peratus.Selain itu, harga jersi Sepanyol dan Jepun juga mengalami penurunan.\"Kami menyediakan sejumlah besar jersi kegemaran ramai untuk peminat, namun penyingkiran mereka yang tidak dijangka menyukarkan kami untuk menghabiskan stok dan terpaksa memberi diskaun,\u201d kata seorang jurujual. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 06:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235379/berita/sukan/tze-yong-mampu-cipta-magis-di-terbuka-malaysia", "article_title": "Tze Yong mampu cipta magis di Terbuka Malaysia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berada pada landasan terbaik untuk mencipta 'magis' di Terbuka Malaysia 2023 selepas mempamerkan peningkatan prestasi dan menutup tirai musim ini dengan penuh bergaya.Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, persiapan pemain di ranking ke-27 dunia itu untuk menghasilkan keputusan positif pada kejohanan berkenaan yang dinaikkan status kepada Super 1000 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Jun lepas giat dilaksanakan bersama jurulatihnya Hendrawan.\"Tze Yong baru sahaja masuk senarai 30 terbaik dunia dan buat pertama kalinya dia akan main di kejohanan bertaraf Super 1000, jadi kena bersedia dari segi mental untuk semua jenis perlawanan. Kadang-kadang mungkin senang tetapi kebanyakan masa susah jadi kena bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja.\"BAM memang berpuas hati dengan perkembangan dia pada tahun ini dan percaya sekiranya Tze Yong kekal fokus serta komited dia akan terus meningkat pada masa akan datang. Corak latihan juga berada dalam landasan yang betul,\" katanya.Bagaimanapun, menurut Choong Han, barisan kejurulatihan BAM enggan terburu-buru untuk menetapkan sasaran buat Tze Yong di Terbuka Malaysia 2023, kerana khuatir akan memberi tekanan kepada juara Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022 itu.Jurulatih berusia 45 tahun itu berkata, aspek psikologi dan mental diberi perhatian untuk memastikan Tze Yong berada dalam keadaan bersedia memberikan cabaran sengit kepada pihak lawan.Pada Terbuka Malaysia 2022, Jun lepas, Tze Yong yang dimasukkan daripada senarai pemain simpanan untuk beraksi di Kejohanan Super 750 Jelajah BWF itu, terkandas seawal pusingan pertama ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu, 16-21, 23-21, 18-21.Namun, beliau berjaya bangkit dengan memenangi pingat perak perseorangan lelaki dan membantu pasukan negara merampas kembali pingat emas daripada India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham 2022.Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada skuad lelaki negara yang menamatkan dominasi Indonesia dengan memenangi gelaran sulung pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lepas.Terbuka Malaysia 2023 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 04:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235364/berita/sukan/misi-baddrol-pertahan-gelaran-pemain-tengah-terbaik", "article_title": "Misi Baddrol pertahan gelaran pemain tengah terbaik", "article_text": "PEMAIN tengah Sabah FC, Baddrol Bakhtiar mengakui misi sukar untuk mempertahankan gelaran Pemain Tengah Terbaik 2022 selepas sekali lagi tercalon dalam kategori itu untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22).Baddrol yang merangkul tiga kali trofi ABK bagi kategori tersebut pada tahun 2010, 2017 dan 2021 menganggap pencalonan kali ini cukup bermakna buat dirinya yang baru berhijrah ke Sabah pada musim 2022.Sudah tentu, Baddrol mengidamkan kemenangan kali keempatnya, namun sedar kebangkitan yang ditampilkan oleh dua pesaing iaitu Mukhairi Ajmal (Selangor FC) dan Afiq Fazail (Johor Darul Ta\u2019zim) bersama pasukan masing-masing wajar diberi perhatian.Bagaimanapun Baddrol tetap menganggap pencalonan kali ini membuktikan usahanya bersama rakan sepasukan berbaloi untuk meletakkan Sabah FC di tempat ketiga Liga Super musim ini.\u201cSaya masih berharap dapat mempertahankan gelaran itu, tetapi diakui pesaing-pesaing memang sengit sebab kita tahu apa yang mereka capai sepanjang perjalanan musim ini.\u201cNamun saya tetap bersyukur dan terharu untuk pencalonan ini dan sudah pasti hanya yang terbaik akan merangkul trofi itu nanti.\u201cApa yang penting ini akan menyuntik kebangkitan dan kami berjaya membawa Sabah FC di kedudukan ketiga selain dapat beraksi dalam Piala AFC.\u201cKami juga tidak ambil masa yang begitu lama untuk saya dan pemain-pemain baharu lain sebelum ini untuk bawa pasukan ke tahap terbaik pada musim 2022,\u201d jelasnya.Dalam pada itu, Mukhairi juga menganggap pencalonan kali pertama untuk kategori ini memberi semangat baharu untuknya meneruskan lagi momentum sepertimana yang telah dilakukan bersama Selangor FC musim ini.Tidak berharap terlalu tinggi untuk memenanginya, namun dia tetap bersyukur apabila dapat bersaing dengan calon yang lebih senior sekali gus membuktikan prestasinya berada di tahap terbaik.\u201cSaya pun terkejut juga apabila dapat tahu tercalon untuk kategori ini sebab kalau kita tengok Baddrol dan Afiq Fazail merupakan pemain yang lebih berpengalaman.\u201cApa pun bersyukur apabila usaha selama ini meletakkan saya dalam kelompok tiga terbaik untuk kategori itu. Jadi Insya-ALLAH menang atau tidak, saya akan tetap terus berusaha pada musim depan,\u201d katanya.Afiq Fazail pula sebelum ini pernah tercalon bersama-sama Natxo Insa dan Baddrol pada musim lalu bagi kategori Pemain Tengah Terbaik.Nyata, pemain berusia 28 tahun itu juga tetap berpeluang selepas berjaya menampilkan aksi memuaskan untuk membantu JDT meraih kejayaan berterusan pada musim ini.Afiq melakukan 27 penampilan untuk JDT dalam saingan Liga Malaysia 2022 dengan mencatat dua jaringan dan lima bantuan gol.ABK22 akan berlangsung secara virtual pada Khamis, 15 Disember 2022, jam 9 malam dengan sebanyak 16 kategori dipertandingkan.Anugerah yang dipertandingkan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).Selain itu, kategori Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier, Anugerah Fair Play, Fan XI, Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 dan Pasukan Terbaik turut diiktiraf.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 03:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235360/berita/sukan/peluang-kane-pahat-sejarah-baharu", "article_title": "Peluang Kane pahat sejarah baharu", "article_text": "PENYERANG sensasi, Harry Kane di ambang untuk melakar nama sebagai penjaring terbanyak buat England menjelang sepak mula Three Lions menentang Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Bagaimanapun kapten England itu enggan memikirkan perkara itu, tetapi mahu pergi lebih jauh bersedia untuk menukar sejarah dengan peluang memimpin negaranya menjulang Piala Dunia.Kane dan England berada di laluan terbaik apabila akan turun menentang juara dunia Perancis di Stadium Al Bayt dengan dibezakan satu gol di belakang pemenang rekod Three Lions, Wayne Rooney.Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol buat kali pertama di Piala Dunia Qatar ketika mereka menang 3-0 ke atas Senegal pada aksi 16 terakhir Ahad lalu menjadikan jumlah gol England dalam kariernya kepada 52 jaringan.Kane akan turut mengatasi rekod Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa England di kejohanan utama dengan 11 gol.Pengendali England, Gareth Southgate lega dengan prestasi semasa Kane itu.\u201cMana-mana penyerang tengah mahu mencatatkan sesuatu dan sudah tentu baginya ia mahu menghentikan semua persoalan.\u201cPernah memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018 dengan enam gol dalam perjalanan England ke separuh akhir, Kane sudah mengetahui betapa dia bernilai kepada pasukan,\u201d ujar Southgate.Kematangan dan sifat tidak mementingkan diri Kane penting untuk kejayaan England kerana dia memainkan peranan membantu rakan sepasukan seperti Phil Foden dan Bukayo Saka untuk menyinar.Hantaran tepat Kane ketika membantu Bellingham membolehkan pemain remaja itu memberi bantuan untuk gol pembukaan Jordan Henderson ketika menentang Senegal.\u201cSaya fikir dia mula mencari lebih banyak ruang pada separuh masa kedua dan permainannya juga lebih baik jadi ia penting untuk dia dan kami,\u201d kata Southgate.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 03:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235355/berita/sukan/cukuplah-usah-persenda-maguire", "article_title": "'Cukuplah usah persenda Maguire'", "article_text": "PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips mempertahankan rakan sepasukannya, Harry Maguire yang sering menjadi bahan ejekan ketika Three Lions bersedia menentang Perancis dalam saingan aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Kritikan terhadap pertahanan Manchester United itu ekoran prestasi hambar Maguire yang hanya bermula dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini selain disebabkan masalah kecederaan.Kehadiran pemain Argentina, Lisandro Martinez turut menjejaskan posisi Maguire di United, namun dia mempamerkan aksi mantap buat England di Qatar apabila bermula dalam senarai kesebelasan utama.Phillips percaya kebanyakan ejekan terhadap Maguire adalah salah.\"Saya sedar Maguire tidak banyak beraksi musim ini tidak seperti yang diinginkannya. Dia mendapat banyak kecaman, yang saya fikir tidak sepatutnya,\" ujar Phillips.Phillips juga menganggap Maguire seorang profesional dan pemain bola sepak yang hebat.\"Dia seorang daripada pertahanan terbaik di dunia. Begitu juga dengan England, dia seorang daripada pertahanan terbaik dalam tempoh yang lama terutamanya pada kejohanan utama,\" katanya.Phillips merasakan Maguire seorang pemain yang boleh diharapkan untuk berdepan penjaring gol terbanyak Perancis, Olivier Giroud pada aksi suku akhir nanti.\"Apabila kami berdepan sepakan percuma, perlu menghalang atau perlu melakukan terjahan, dia adalah orang pertama yang melakukannya.\"Dia juga sentiasa menjadi orang pertama untuk menanduk bola. Apatah lagi, dia pernah menjaringkan beberapa gol penting sebelum ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 02:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235326/berita/sukan/enrique-mohon-maaf", "article_title": "Enrique mohon maaf", "article_text": "LUIS Enrique memohon maaf setelah Sepanyol tersisih daripada Piala Dunia Qatar 2022 dan beliau terpaksa membayar harga mahal selepas kehilangan jawatannya sebagai ketua jurulatih, Khamis lalu.Terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan menentang Maghribi dalam saingan kalah mati pada Selasa, juara 2010 itu kalah mengejut pada penentuan sepakan penalti.\u201cSemuanya bermula empat tahun lalu dan betapa pantasnya masa berlaku.\u201cSaya mohon maaf, saya tidak dapat membantu anda lagi. Ia satu yang istimewa menjadi sebahagian daripada ini,\u201d ciap Enrique di Twitternya.Kontrak Enrique dijadualkan tamat selepas berakhir Piala Dunia di Qatar dan Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF) mengesahkan bahawa beliau tidak akan kekal sebagai jurulatih.RFEF kemudian mengumumkan Luis de la Fuente mengambil alih tanggungjawab itu selepas mengendalikan skuad bawah 21 tahun Sepanyol.Dalam satu kenyataan, Enrique mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu ketika beliau membimbing Sepanyol sambil memohon penyokong untuk terus berada di belakang De La Fuente.\u201cSaya hanya boleh berterima kasih kepada mereka yang menandatangani saya sebanyak dua kali (Presiden Rubiales dan pengarah sukan, Molina), kepada semua kakitangan RFEF yang berkongsi pengalaman dan kepada pemain yang sentiasa menjadi contoh dalam tingkah laku mereka dan idea yang disumbangkan.\u201cAkhir sekali kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sepanjang masa terutama ketika kami jatuh.\u201cSudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan dalam kes ini apa yang pasukan perlukan adalah sokongan dalam semua perkara supaya Fuente dapat capai apa yang dia inginkan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 12:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235325/berita/sukan/griezmann-duri-dalam-daging-buat-england", "article_title": "Griezmann duri dalam daging buat England", "article_text": "NAIB juara Euro 2020, England bukan hanya perlu menyekat bintang Perancis, Kylian Mbappe tetapi juga Antoine Griezmann, apabila kedua-dua pasukan berentap pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt pada awal pagi Ahad.Tonggak pertahanan The Three Lions, Kieran Trippier percaya Griezmann akan menghadirkan ancaman kepada pasukan itu.\u201cMemandangkan aksi England, Perancis merupakan pertembungan sekata dan boleh diputuskan pada jaringan gol ajaib, tumpuan tidak hanya perlu diberikan kepada Mbappe, tetapi juga Griezmann.\u201cSaya pun tidak tahu bagaimana ancaman akan hadir menerusi Griezmann, namun saya percaya dia memiliki kualiti sepanjang pengalaman beraksi bersamanya,\u201d katanya yang pernah beraksi bersama pemain itu sebelum ini.Jelas Trippier, pada ketika ini kebanyakan perbincangan sebelum perlawanan berkisar kepentingan membendung pendahulu Kasut Emas, Mbappe di Al Khor.\u201cAnda perlu melihat semula bakat dia sepanjang kariernya dan apabila anda bermain dengannya, anda juga melihat bakat individunya.\u201cDia cukup bijak mengambil ruang. Dia juga menjaringkan gol. Dia adalah salah seorang daripada mereka walaupun dalam latihan dia pandai mengambil ruang,\u201d kata bek kanan Newcastle United itu.Trippier pernah beraksi bersama Griezmann ketika kedua-duanya menyarung jersi Atletico Madrid kendalian Diego Simeone sebelum berpindah menyertai The Magpies.Pemain berusia 32 tahun itu memenangi La Liga pada 2020-21, sekali gus menamatkan tugasannya di Sepanyol dengan pencapaian terbaik.England mara ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan B mengatasi Amerika Syarikat, Iran dan Wales, manakala Perancis mengungguli Kumpulan D meninggalkan Australia, Tunisia dan Denmark.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 12:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235309/berita/sukan/singa-pilih-perancis-kalahkan-england", "article_title": "Singa pilih Perancis kalahkan England", "article_text": "MENGHITUNG detik sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad, Perancis menjadi pilihan sebagai pemenang berbanding England.Ramalan itu dibuat oleh seekor singa yang memiliki kemahiran luar biasa mampu memilih pemenang bola sepak dan pasukan yang berpeluang menang dalam sesuatu perlawanan.Singa berusia sembilan tahun itu didakwa mempunyai kadar kejayaan 90 peratus dalam memilih pemenang di atas padang.Penjaga zoo di Khon Khaen, Thailand memberitahu, singa yang dikenali sebagai Chao Boy itu memilih pemenang dengan menggigit paha ayam yang digantung di bawah bendera dua negara.Satu rakaman pada Jumaat menunjukkan singa berkenaan memilih paha ayam yang disangkut di bawah bendera Perancis untuk melangkah ke separuh akhir.Pada mulanya apabila tanda salib St George dan tiga warna Perancis diletakkan, Chao Boy kelihatan seperti keliru.Ia mungkin memberi gambaran bahawa perlawanan akan menjadi sengit tapi akhirnya memilih pemenang.Skeptikal atau tidak, singa itu mempunyai rekod kejayaan yang jelas.Singa Thai baru-baru ini memilih Argentina berbanding Belanda, Brazil menewaskan Croatia dan Maghribi menyingkirkan Portugal.Bos zoo, Narongwit Chodchoy berkata kadar kejayaan singa itu adalah luar biasa.\"Chao Boy sentiasa dianggap sebagai kegemaran dalam meramalkan keputusan bola sepak,\" ujar Chodchoy.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235307/berita/sukan/memori-indah-lloris", "article_title": "Memori indah Lloris", "article_text": "MEMORI indah buat Hugo Lloris apabila menjadi kapten Perancis lebih sedekad menjelang sepak mula suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 menentang England pada Ahad.Tugas utama penjaga gol itu sudah pasti menyekat rakan sekelabnya di Tottenham Hotspur, Harry Kane.Lloris dan kapten England itu sudah menjadi rakan sepasukan di Tottenham sejak 2013.Namun ketika itu, Lloris sudah bergelar kapten Perancis selepas diberikan lilitan tersebut oleh Laurent Blanc pada aksi persahabatan menentang England pada November 2010.Ia hadir tidak lama selepas kempen buruk Perancis di Piala Dunia Afrika Selatan setelah tersingkir di peringkat kumpulan.Kini 12 tahun berlalu, Lloris akan mencipta rekod Perancis dengan 143 kaps berdepan England di Stadium Al-Bayt, mengatasi rekod sebelum ini dipegang Lilian Thuram.\"Bagi mencapainya dalam karier dan terus berada di tahap tertinggi untuk 10 hingga 12 tahun, serta jarang cedera menunjukkan betapa dia sangat konsisten,\" ujar penolong jurulatih Perancis, Guy Stephan.Lloris mencecah usia 36 tahun bulan ini dan sudah banyak berubah sejak menjadi kapten pada peringkat antarabangsa ketika beraksi bersama Lyon.Dia pernah berada di pihak yang kalah dalam final Liga Juara-Juara sebelum merangkul trofi Piala Dunia di Rusia empat tahun lalu.\"Saya sudah berubah secara semula jadi. Saya rasa berbeza berbanding budak 23 tahun lalu, apabila saya diberikan lilitan kapten buat pertama kali,\" katanya.Kehadirannya melegakan jurulatih, Didier Deschamps terutama selepas pertahanan di depannya sudah banyak berubah sejak 2018.Berdepan masalah kecederaan dengan hanya Raphael Varane pemain tunggal yang masih kekal dalam kesebelasan utama di Rusia.Varane memuji Lloris sebagai pemain berpengaruh yang tenang walaupun statistik menunjukkan dia tidak lagi seperti dulu.Analisis oleh Opta menunjukkan Lloris hanya menyelamatkan 40 peratus daripada cubaan dihadapinya pada Piala Dunia kali ini, jatuh daripada 67 peratus berbanding 2018.Bagaimanapun kepentingan pemain itu buat Perancis melebihi angka berkenaan.Deschamps sangat perlukan pemain berpengalaman apatah lagi mereka kehilangan beberapa bintang termasuk gandingan pemain tengah, Paul Pogba dan N'Golo Kante kerana mengalami kecederaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 10:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235300/berita/sukan/peluang-regragui-cipta-sejarah-lagi", "article_title": "Peluang Regragui cipta sejarah lagi", "article_text": "PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui melakar sejarah tersendiri di bumi Qatar apabila menjadi jurulatih pertama Afrika membawa pasukannya ke suku akhir Piala Dunia.Kejayaan dilakar selepas Atlas Lions mengalahkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti, biarpun hanya membimbing Maghribi dalam tempoh singkat bermula Ogos.Regragui mengambil alih pasukan ketika berlaku pergolakan dalam skuad Maghribi selepas jurulatih, Vahid Halilhodzic dipecat kerana 'perbezaan pendapat' dengan persekutuan bola sepak negara itu.Di bawah pimpinan Regragui, Maghribi melalui tujuh perlawanan tanpa tewas dan hanya sekali bolos gol sendiri dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Kanada yang sudah tersingkir.Hanya dalam tempoh lima bulan selepas meninggalkan Wydad Casablanca, Regragui menjadi jurulatih antarabangsa buat kali pertama.Jurulatih berusia 47 tahun itu menjadikan negara asalnya sebagai negara Afrika Utara dan Arab pertama mara ke peringkat lapan terbaik Piala Dunia.Kemenangan ke atas Portugal pada Sabtu akan menjadikan Maghribi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir mengatasi Cameroon pada 1990, Senegal pada 2002 dan Ghana 2010.\"Jika anda boleh melakukannya, anda boleh, jika tidak, tidaklah.\"Ia tiada kaitan dengan orang Arab atau tidak. Saya berjuang untuk itu. Mungkin apabila tua, saya mungkin bangga dengan itu tapi buat masa sekarang saya bangga untuk negara saya.\"Dengan jurulatih tempatan ia adalah perkara terbaik untuk saya dan negara saya,\" katanya.Pasukan Regragui berhempas pulas menutup benteng pertahanan ketika menentang Sepanyol Selasa lalu pada perlawanan pusingan 16 terakhir pertama mereka sejak 1986.Jurulatih itu melihat beberapa keputusan besar membuahkan hasil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan taktiknya membenarkan penguasaan perlawanan oleh Sepanyol berhasil.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 09:44am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235283/berita/sukan/khuzaimi-tak-sangka-dalam-senarai-akhir", "article_title": "Khuzaimi tak sangka dalam senarai akhir", "article_text": "BEKAS pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee sama sekali tidak menyangka dapat tercalon bagi merebut gelaran 'Pertahanan Terbaik' pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) pada15 Disember ini.Khuzaimi akan bersaing sengit dengan dua lagi calon dari Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Shahrul Saad dan La'Vere Corbin-Ong yang mana ini adalah kali pertama pemain berasal dari Melaka itu mendapat pencalonan tiga terbaik.Walaupun menyifatkan tahun 2022 sebagai musim terbaik dalam kariernya, Khuzaimi mengakui peluangnya agak sukar berbanding dua lagi pencabarnya memandangkan mereka membantu JDT melengkapkan misi 'quadruple' dengan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.\"Tidak sangka sebenarnya boleh tercalon tiga terbaik sebab sebelum ini rasanya ramai lagi yang hebat tetapi sekarang saya macam tidak percaya.\"Paling penting saya nak ucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan Negeri Sembilan dan pemain-pemain sebab beri saya peluang beraksi dan tahun ini memang rasa puas sangat,\" katanya.Justeru, pemain berusia 29 tahun itu berharap pencalonan diterimanya bagi anugerah tersebut mampu menyuntik semangatnya untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap perlawanan disertainya selepas ini.ABK22 yang akan berlangsung secara maya pada jam 9 malam akan menyaksikan sebanyak 16 kategori dipertandingkan antaranya Penjaga Gol Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP).", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 07:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235280/berita/sukan/aaron-wooi-yik-pearly-thinaah-gagal-lepasi-peringkat-kumpulan", "article_title": "Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah gagal lepasi peringkat kumpulan", "article_text": "EMPAT wakil negara termasuk juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah gagal melepasi saingan peringkat kumpulan di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, hari ini.Dalam perlawanan Kumpulan B, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pilihan kempat kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China, 21-23, 24-22, 16-21, dalam perlawanan selama 66 minit di Arena Nimibutr.Beregu negara itu, yang tunduk di tangan beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 12-21, 15-21, 15-21, semalam, akan melengkap jadual dengan menentang beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, esok.Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menghidupkan semula peluang apabila mengalahkan beregu Korea Selatan, Choi Sui Gyu-Kim Won Ho, 21-17, 23-21 dalam Kumpulan A selepas tewas19-21, 16-21 kepada juara bertahan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada perlawanaan pembukaan, semalam.\"Kekalahan semalam adalah pengajaran bagus kepada kami selepas begitu bertekad untuk menang semalam tetapi hari ini kami hanya mahu bermain seperti biasa tanpa tekanan dan ia berhasil,\u201d kata Ee Yi kepada BWF selepas perlawanan tersebut.Bagaimanapun, lalu ke separuh akhir berliku apabila Yew Sin-Ei berdepan dengan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, esok.Sementara itu, laluan Pearly-Thinaah untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup susulan kekalahan kedua berturut-turut dialami mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21.Dalam pada itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sen turut gagal mara ke saingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, 9-21, 12-21, dalam saingan Kumpulan A.Pearly-Thinaah akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu manakala Vivian-Chiew Sen menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai. esok.Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mengekalkan momentum rentak kemenangan apabila tewas kepada wakil tuan rumah,Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai of Thailand, 9-21, 11-21.Selepas mengejut juara Sukan Olimpik Tokyo 2020,Wang Yi Lyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 14-21, 21-16 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, semalam, Kian Meng-Pei Jing, masih mempunyai peluang mara ke separuh akhir sekiranya menewaskan wakil tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, pada perlawanan akhir kumpulan esok.Dalam kumpulan A, satu lagi beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal mara ke saingan separuh akhir selepas mengalami kekalahan kedua berurut-turut apabila tumpas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-16, 18-21, 17-21. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Disember 2022 12:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235278/berita/sukan/croatia-brazil-sepatutnya-bertemu-di-final-dalic", "article_title": "Croatia, Brazil sepatutnya bertemu di final: Dalic", "article_text": "CROATIA mahu menikmati sepenuhnya aksi suku akhir menentang Brazil dalam misi memahat kemenangan pertama ke atas negara itu dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Jumaat.Jurulatihnya, Zlatko Dalic juga menyifatkan pertemuan menentang juara lima kali itu seharusnya menjadi aksi final, tetapi menerimanya sebagai lumrah bola sepak.\"Croatia adalah sebuah negara kecil dan menikmati kejayaan dalam dua Piala Dunia. Kami berjaya mencapai tahap ini, tetapi kami bercita-cita tinggi dan tidak mahu kekal di sini,\" katanya.Dalic membandingkan perlawanan itu dengan aksi final menentang Perancis empat tahun lalu yang menyaksikan mereka tewas 2-4.Beliau berkata, kegagalan untuk menang ke atas Brazil dalam empat aksi sebelum ini tidak memberi sebarang kesan kepada mereka.\"Saya percaya pertembungan ini akan menjadi perlawanan yang paling mencabar.\"Saya boleh membandingkannya dengan perlawanan akhir menentang Perancis dalam Piala Dunia sebelum ini.\"Lawan yang hebat dan cabaran yang hebat. Kami sudah mengharungi 11 aksi dalam dua edisi Piala Dunia dan hanya tewas sekali. Saya mengharapkan perlawanan ini berlangsung kemudian (di final), tetapi ini adalah lumrah kehidupan,\" katanya.Menurut Dalic, Brazil adalah antara pasukan paling mengujakan di Qatar, manakala Croatia dengan 18 pemain baharu dalam skuad itu sejak 2018, masih belum membuktikan kemampuan sebenar.Cuma segelintir pemain veteran daripada kempen mereka disenaraikan kali ini yang diketuai kapten berusia 37 tahun, Luka Modric.\"Terdapat 18 pemain baharu yang tidak berada di Piala Dunia (2018). Kami memerlukan masa untuk berkembang dan matang. Kejayaan menjadi antara lapan pasukan terbaik adalah luar biasa.\"Mereka masih perlu membuktikan kemampuan sebenar di Piala Dunia dan esok (Jumaat) adalah peluang yang baik untuk berbuat demikian.\"Kami mahu melakukan lebih banyak lagi dan jika berjaya melakukannya, ia adalah sesuatu menakjubkan,\" ujar Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 11:59pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235275/berita/sukan/fuente-naik-pangkat-latih-sepanyol", "article_title": "Fuente naik pangkat latih Sepanyol", "article_text": "SEPANYOL bertindak segera untuk membentuk skuad baharu ekoran kegagalan melangkah ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini.Bagi menjayakan usaha itu Luis de la Fuente dinamakan sebagai jurulatih baharu La Roja setelah Luis Enrique dipecat selepas dikecewakan Maghribi dalam saingan kalah mati.Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan kenaikan pangkat jurulatih Bawah 21 tahun (B-21) pasukan itu.\"RFEF memilih Luis de la Fuente sebagai jurulatih baharu Sepanyol.\"RFEF sudah membentangkan laporan kepada presiden.\"Projek baharu perlu dimulakan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol dengan matlamat untuk meneruskan pencapaian yang dilakar sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil usaha yang dilaksanakan Luis Enrique dan kakitangannya,\" kata RFEF dalam satu kenyataan.Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan di tangan Maghribi menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan, awal pagi Selasa lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235274/berita/sukan/sepanyol-pecat-enrique-sebagai-jurulatih", "article_title": "Sepanyol pecat Enrique sebagai jurulatih", "article_text": "MALANG nasib Luis Enrique apabila dipecat sebagai jurulatih Sepanyol selepas juara 2010 itu kecundang kepada Maghribi pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 awal minggu ini.Perkara tersebut disahkan dalam satu kenyataan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol pada Khamis.\"Presiden, Luis Rubiales dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina sudah memaklumkan keputusan itu kepada jurulatih,\" kata kenyataan itu.Sepanyol diaibkan dengan kekalahan kepada Maghribi menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.Pengendali berusia 52 tahun itu selepas perlawanan mengakui bertanggungjawab ekoran kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir.Enrique juga mengakui bahawa beliau perlu dipersalahkan susulan kekalahan berkenaan.Enrique dilantik sebagai jurulatih Sepanyol pada 2018 dan mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:41pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235253/berita/sukan/farkhan-nekad-buru-gelaran-juara-asia-bridgerweight", "article_title": "Farkhan nekad buru gelaran juara Asia Bridgerweight", "article_text": "WALAUPUN belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan bahu kanan, petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron tetap bersemangat untuk memburu gelaran juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Bridgerweight (bawah 100 kilogram) di Stadium Tertutup Arena Larkin di Johor Bahru pada 25 Disember ini.Petinju berusia 34 tahun dari Johor itu akan turun melakukan perhitungan bersama petinju Turkiye, Yousof Mohammadiosmanvandi dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2022, selepas lebih tiga tahun berehat daripada beraksi di atas gelanggang.Farkhan yang mempertahankan gelaran Juara Asia bagi Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight WBC mengakui berasa agak tertekan 'berdepan' Yousuf yang mempunyai rekod baik pada tahun ini apabila merangkul kejuaraan sebanyak dua kali menerusi pukulan 'technical knock out' (TKO).\"Saya buat pembedahan bahu kanan pada April tahun lepas disebabkan artritis iaitu pembedahan ini yang kedua selepas 2009 kerana rasa kesakitan yang sama macam dulu (2009) dan bila jumpa doktor, disyorkan buat pembedahan.\"Kalau terlampau banyak buat latihan, saya memang perlu berjumpa doktor iaitu sebulan sekali kena buat terapi Platelet-rich plasma (PRP). Namun, saya masih kuat semangat untuk kembali beraksi di atas gelanggang tinju selepas tiga tahun dan positif bahawa yang terbaik akan menang,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sidang Akhbar Kejohanan JIBC yang dianjurkan oleh Persatuan Tinju Negeri Johor dengan kerjasama FH Sports Promotion & Sports Johor Sdn Bhd di Muzium Majlis Olimpik Malaysia (OCM) pada Khamis.Farkhan yang memiliki rekod kemenangan 100 peratus, apabila memenangi kesemua 11 pertarungan beliau sebelum ini, bagaimanapun berkata, beliau mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman dalam tinju profesional serta sudah menetapkan strategi mantap untuk menentang pihak lawan.Anak kepada bekas petinju negara, Allahyarham Mohd Haron Ismail itu berkata, sudah menjalani latihan intensif di Singapura, iaitu sebahagian besar rakan sepelatih di sana mempunyai keadaan fizikal yang hampir sama dengan bakal lawannya dari Turkiye nanti. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 07:02pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235250/berita/sukan/tfc-nafi-azam-angkat-kaki", "article_title": "TFC nafi Azam 'angkat kaki'", "article_text": "TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, Azam yang juga pemain kebangsaan telah menyatakan komitmen untuk kekal bersama skuad Penyu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan peluang beraksi di Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan.\"Azam telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama TFC untuk memantapkan kariernya di kelab yang dianggap antara terbaik di Malaysia.\"Jadi tidak ada keperluan untuk Azam berhijrah walaupun memang betul beliau ada menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Super yang sungguh-sungguh berminat bagi mendapatkan khidmatnya,\" katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, Ab Rasid berkata, Azam kini sedang giat menjalani latihan bersama skuad negara di bawah bimbingan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi menghadapi saingan Piala AFF tidak lama lagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 06:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235234/berita/sukan/fifa-denda-croatia-penyokong-persenda-penjaga-gol-kanada", "article_title": "FIFA denda Croatia penyokong persenda penjaga gol Kanada", "article_text": "CROATIA didenda Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara tindakan penyokongnya mempersendakan penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar baru-baru ini.Dilahirkan di Knin di Croatia, Borjan ialah etnik Serb yang melarikan diri ke Belgrade pada 1995 semasa 'Operation Storm' - perjuangan Croatia dalam perang kemerdekaannya.Borjan kemudian berpindah ke Kanada dan mewakili negara itu di peringkat antarabangsa, walaupun menghabiskan sebahagian besar kariernya di kelab Serbia, menurut dpa.Borjan menyifatkan tindakan penyokong Croatia itu sebagai \"primitif\" dan FIFA mengumumkan pihaknya akan memulakan siasatan.FIFA kemudian memutuskan mengenakan denda terhadap Persekutuan Bola Sepak Croatia sebanyak 50,000 franc Swiss (kira-kira RM234,000).Pada perlawanan itu Croatia menang 4-1 ke atas Kanada. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 05:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235230/berita/sukan/bukan-aksi-sebenar-pearly-thinaah", "article_title": "'Bukan aksi sebenar Pearly, Thinaah'", "article_text": "BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah gagal mempamerkan aksi sebenar mereka setelah terlepas slot separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Thailand.Biarpun berbaki satu aksi, peluang buat pasangan nombor sembilan dunia itu untuk mara ke kelompok empat terbaik sudah tertutup.Ia susulan kekalahan kedua berturut-turut mereka dalam saingan Kumpulan B apabila tewas di tangan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 13-21, 15-21 dalam aksi di Arena Nimibutr, Bangkok pada Khamis.Justeru, gandingan negara itu digesa bangkit dengan memberi fokus untuk menjuarai saingan Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur bulan depan.Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kecewa dengan persembahan Pearly-Thinaah pada kejohanan akhir musim itu kerana jauh berbeza berbanding ketika mereka mengungguli saingan Terbuka Perancis, Oktober lalu.\"Mereka tidak bermain seperti mana yang kita harapkan, prestasi yang ditampilkan di sini jauh berbeza jika dibandingkan ketika di Terbuka Perancis.\"Apapun, mereka perlu bangkit dan menetapkan sasaran untuk menjuarai saingan Terbuka Malaysia,\" ujar Rexy.Pearly-Thinaah pada Rabu tewas pada aksi pembukaan di tangan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia 21-23, 19-21.Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang beregu nombor tujuh dunia dari China, Zhang Shu Xian-Zheng pada Jumaat.Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin kembali mengintai peluang untuk mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho 21-17, 23-21 dalam aksi Kumpulan A.Ee Yi-Yew Sin pada Rabu kalah aksi pembuka tirai kepada beregu nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 19-21, 16-21.Kemenangan pada Khamis membawa mereka kembali di landasan bagi memburu slot ke separuh akhir, namun wajib menang pada aksi terakhir kumpulan menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada Jumaat.\u201cSemalam (Rabu) kami terlalu mengharapkan kemenangan dan ia memberi tekanan kepada kami. Jadi, hari ini (Khamis) kami cuba untuk tidak terlalu memberikan tekanan dan menikmati permainan. Kami gembira berjaya memenangi perlawanan.\u201cKami tidak boleh meraikan kemenangan ini kerana masih ada satu lagi perlawanan penting dan mungkin beberapa perlawanan lagi jika kami menang esok (Jumaat) ada lagi dua perlawanan,\u201d ujar Yew Sin.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 04:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235222/berita/sukan/rezeki-pemain-simpanan-australia-dapat-jersi-messi", "article_title": "Rezeki pemain simpanan Australia dapat jersi Messi", "article_text": "BIARPUN tidak beraksi walaupun untuk satu minit pada Piala Dunia 2022, namun pemain tengah Australia, Cameron Devlin memahat memori terindah dalam kerjaya bola sepaknya di Qatar.Pemain berusia 24 tahun itu menerima 'hadiah besar' apabila bertukar jersi dengan bintang Argentina, Lionel Messi selepas tamat aksi 16 pasukan terbaik 4 Disember lalu.Devlin yang beraksi dengan kelab Heart of Midlothian di Liga Scotland bertukar jersi selepas Socceroos kalah 1-2 dan Messi meledak satu gol dalam penampilan ke-1,000 itu.Usai perlawanan, ramai pemain muda Australia merakamkan foto dengan pemenang enam kali anugerah Ballon d'Or itu yang dianggap antara yang terbaik di dunia.Ketika rakan sepasukan berkongsi gambar swafoto dan detik berjabat tangan dengan legenda Argentina itu sebagai kenangan, Devlin membuka rahsia bagaimana dia mampu mendapatkan jersi Messi walaupun langsung tidak beraksi di Qatar.\u201cSaya masuk ke padang dan menenangkan rakan sepasukan terlebih dahulu dan kemudian bersalaman dengan Messi,\u201d kata Devlin kepada wartawan di Lapangan Terbang Sydney sebaik tiba dari Qatar pada Rabu.\u201cTiada siapa bercakap apa-apa, jadi saya mencuba nasib dan dia berkata, 'Saya (Messi) jumpa anda di dalam'. Itulah yang terjadi.\u201cPada mulanya saya mahu memberi peluang kepada pemain lain mengambil kesempatan itu tetapi tiada siapa pedulikannya, jadi saya fikir mengapa tidak saya?\u201d tambahnya.Walaupun Messi bergelar bintang ternama, dia sudi bertukar jersi dengan Devlin walaupun langsung tidak mengenali siapa lelaki itu.Klip video yang tular di media sosial menunjukkan Messi bertukar jersi dengan Devlin sambil memegang badan pemain Australia itu.\u201cJersi dia lebih bernilai dan saya terkejut dia sudi menerima jersi saya.\u201cSudah tentu Messi tak kenal saya tetapi dia lelaki yang baik dan merendah diri,\u201d ujar Devlin.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 04:06pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235212/berita/sukan/ryu-hirose-akui-harimau-malaya-lebih-hebat", "article_title": "Ryu Hirose akui Harimau Malaya lebih hebat", "article_text": "PENGENDALI Kemboja, Ryu Hirose melabel Harimau Malaya sebagai sebuah pasukan yang kuat berbanding pasukannya menjelang aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.Menurutnya, kekuatan dimiliki Harimau Malaya itu mampu memberikan tentangan yang baik dan dilihat sebagai lawan paling tepat buat pasukannya dalam persiapan menghadapi Piala AFF.\"Tidak kira siapa yang melatih Harimau Malaya, mereka merupakan sebuah pasukan yang bagus di Asia.\"Kami akan mengharungi perlawanan ini dan berusaha menjadi pasukan lebih baik di Asia dan ASEAN,\" katanya pada sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja pada Khamis.Kemboja diundi dalam kumpulan A dan dijadualkan menentang Filipina pada aksi pembukaan Piala AFF pada 20 Disember ini.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pasukannya itu baru sahaja memulakan latihan susulan Liga Kemboja yang tamat minggu lalu.Beliau turut menjelaskan, perlawanan menentang Malaysia merupakan perlawanan pemanas badan tunggal yang akan diharungi pasukannya sebelum kejohanan bermula.\"Kalau ikutkan kami ada satu lagi perlawanan persahabatan tetapi tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab.\"Selepas ini, kami akan pulang dan menyambung persiapan di Kemboja,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 03:40pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235204/berita/sukan/video-penantian-26-bekas-pemain-selangor-miliki-rumah-tertunai", "article_title": "[VIDEO] Penantian 26 bekas pemain Selangor miliki rumah tertunai", "article_text": "PENANTIAN selama 27 tahun bekas pemain Selangor untuk menikmati hadiah dijanjikan kerajaan negeri tercapai apabila setiap seorang memperoleh unit kediaman pangsapuri bernilai kira-kira RM250,000.Malah, kediaman Pangsapuri Selangorku Idaman Abadi, Tropicana Heights di Kajang 2, Hulu Langat diperoleh 26 bekas pemain yang menjulang Piala Malaysia 1995 itu turut dilengkapi dengan kelengkapan perabot.Menurut bekas tonggak tengah pasukan Selangor, Shahril Arsat, dia bersyukur walaupun sebenarnya pernah 'putus asa' apabila penantian dan segala penat lelah pemain pasukan itu menjulang nama Selangor terbayar.\"Selama 27 tahun kita menunggu dan mengharap dan bagi saya ia seperti 'sudah tiada' namun dengan usaha kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) ia dapat direalisasikan semula.\"Tidak dinafikan dalam kelompok pasukan ini ada yang bernasib baik dan ada juga yang tidak bernasib baik dan ini adalah hasil titik peluh kami satu pasukan,\" katanya ketika ditemui Sinar Harian.Beliau ditemui pada Majlis Cabutan Undian Unit dan Menandatangani Penjanjian Penyerahan Hartanah 26 Bekas Pemain Piala Malaysia 1955 Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Khamis.Majlis disempurnakan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.Sementara itu, isteri kepada seorang lagi bekas penyerang Selangor, Allahyarham Anuar Abu Bakar, Siti Mariam Sathawee, 49, berkata, dia dan anak-anaknya lega selepas hasrat arwah tercapai apabila menerima ganjaran seperti yang dijanjikan.Siti Mariam (tengah) berasa lega selepas hasrat arwah suaminya untuk menerima ganjaran berjaya ditunaikan.\"Lebih 26 tahun dah nak masuk 27 tahun kami tunggu dan dahulu ketika arwah masih hidup dia usahakan juga untuk mendapatkan (ganjaran) ini namun tidak tercapai dan tuntutan ini diteruskan rakan rakan arwah yang akhirnya berjaya dan kami sekeluarga bersyukur,\" katanya.Sementara itu, Kapten Selangor menjulang Piala Malaysia 1995, Ismail Ibrahim pula mengakui hasil kerja secara berpasukan yang diterapkan sejak dahulu sehingga selepas bersara daripada sukan bola sepak akhirnya membuahkan hasil.\"Kami sama-sama usahakan dan masih bersama sehingga sekarang kerana kita tahu tidak semua pemain yang ada dalam pasukan ini menjalani kehidupan yang mudah, mungkin ada mereka yang memerlukan sesuatu.\"Walaupun mereka mungkin ada rumah tetapi untuk kesinambungan untuk kehidupan harian mungkin mereka memerlukan sesuatu seperti ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 03:03pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235184/berita/sukan/medan-pan-gon-nilai-pemain", "article_title": "Medan Pan-gon nilai pemain", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan menjadikan perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat sebagai medan penilaian pemain sebelum mengharungi kempen Piala AFF 2022.Menurutnya, kemampuan setiap pemain akan diuji sebaik mungkin selain menuntut aksi konsisten dan penuh bertenaga dipamerkan skuad Harimau Malaya.Malah, beliau juga menyifatkan perlawanan pemanas badan itu menjadi medan mencuba ramuan berbeza terutama dengan kehadiran ramai muka baharu dan pemain muda.\"Sudah tentu kita mengharapkan keputusan positif daripada perlawanan ini, tetapi apa yang lebih penting adalah kita mahu melihat dan menilai pemain daripada pelbagai sudut terutama bagaimana mereka beradaptasi dengan corak permainan pasukan.\"Saya juga mahu pemain mendominasi perlawanan setiap minit dan mereka dapat konsisten dalam persembahan yang diberikan,\" katanya dalam sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja pada Khamis.Skuad negara yang mula menjalani latihan pusat bermula 29 November lalu akan turut berdepan Maldives dalam satu lagi aksi persahabatan pada 14 Disember di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari depan.Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu juga bersedia memberikan ruang buat pemain muda dan muka baharu untuk beraksi dalam perlawanan menentang Kemboja itu.\"Penyokong akan dapat melihat pemain baharu beraksi. Saya tidak mahu meletakkan tekanan dan saya beri galakan kepada mereka.\"Apa yang perlu mereka buat adalah tunjukkan keupayaan mereka di atas padang,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 01:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235177/berita/sukan/video-peminat-kecam-pegawai-brazil-lempar-kucing", "article_title": "[VIDEO] Peminat kecam pegawai Brazil lempar kucing", "article_text": "PETUGAS media di Piala Dunia Qatar 2022 dikejutkan dengan tindakan 'zalim' seorang pegawai Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai.Insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit duduk bersebelahan Vinicius Jr dalam sidang media skuad Selecao pada Khamis menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan Croatia pada Jumaat.Ketika kejadian, Vinicius, 22, menjawab soalan wartawan semasa kucing malang itu melompat ke meja mereka.Pegawai berkenaan kemudian memegang haiwan itu dan melempar ke lantai sekali gus mengejutkan wartawan dan Vinicius, tetapi lelaki itu menunjukkan reaksi selamba sambil mengangkat bahu dan terus meminta soalan lain.Bintang Brazil itu cuma ketawa, namun berbeza dengan pegawai medianya yang tampak tidak senang dan berang dengan kehadiran kucing tersebut.Tindakan biadab pegawai terbabit menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut dalam kalangan warganet di media sosial.Peminat Vinicius di media sosial turut bengang dan mempersoalkan tindakan pegawai tersebut.\u201cMengapa dia melemparkannya?\u201d ciap seorang peminat di Twitter.Seorang lagi berkata: \u201cDia tak perlu melemparkannya seperti itu.\u201dPeminat lain pula berpendapat: \u201cKenapa dia memegang kucing seperti itu. Saya harap Brazil tak menang Piala Dunia.\u201d", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 01:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235174/berita/sukan/covid-19-bukan-punca-switzerland-tewas", "article_title": "Covid-19 bukan punca Switzerland tewas", "article_text": "SKUAD Switzerland menafikan beberapa pemain yang dilaporkan sakit sebelum ini menghidap Covid-19 ketika mereka masih mencari jawapan punca kekalahan kepada Portugal pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022, semalam.Dilaporkan sekurang-kurangnya tiga pemain menerima kesan daripada sakit itu ketika mereka kalah besar kepada Portugal 1-6.Kem Switzerland mengalami masalah kesihatan itu dengan pengurusan pasukan menyifatkan situasi itu sebagai 'selesema'.Jurulatihnya, Murat Yakin memberitahu, Silvan Widmer mengalami demam dan gejala selesema, manakala Fabian Schaer digantikan pada babak pertama kerana bergelut dengan pernafasan dan Nico Elvedi pula tidak diturunkan susulan tidak cergas 100 peratus.\u201cKami kurang kesegaran. Malangnya, kami mempunyai beberapa pemain yang sakit atau mengalaminya dan lawan pula lebih kekuatan,\u201d kata Yakin.Dalam pada itu Pengarah Sukannya, Pierluigi Tami pula menjelaskan ia bukan persoalan mengenai Covid-19 sebaliknya ia adalah virus yang merebak di hotel.\u201cBukan semua tetapi beberapa pemain mengalaminya. Kami tahu mengenai masalah itu (virus) dan membuat cadangan kepada pasukan.\u201cPada mulanya ia bukan satu masalah. Namun kami akan lihat sekiranya kami boleh melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa depan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 12:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235158/berita/sukan/scaloni-van-gaal-sama-handal", "article_title": "Scaloni, van Gaal sama handal", "article_text": "PERCATURAN menarik antara jurulatih veteran, Louis van Gaal yang membimbing Belanda dan pengendali muda, Lionel Scaloni yang mengemudi Argentina pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 pada Sabtu.Scaloni adalah pengendali termuda di Qatar, namun dengan usia 44 tahun dia tekad membuktikan kekurangan pengalaman bukan penghalang buat Argentina mengalahkan Belanda.Van Gaal juga merupakan idolanya ketika Scaloni menjadi pemain.\"Saya beraksi di Deportivo La Caruna ketika van Gaal menjadi jurulatih Barcelona dan dia dikenali ramai.\"Saya bangga dapat menentangnya, semua orang tahu apa yang dilakukannya untuk bola sepak,\" katanya.Scaloni merujuk kepada van Gaal yang berusia 71 tahun - jurulatih paling tua di Qatar.Cetek pengalaman sebagai ketua jurulatih di peringkat senior, Scaloni bermula sebagai pengendali sementara menggantikan Jorge Sampaoli dan kemudian diberikan kontrak kekal sehingga 2026.Selain perlu menepis kritikan yang meragui kelayakannya, Scaloni juga perlu mendapat keyakinan pemain.Dia kemudian membalasnya dengan membantu Argentina menamatkan kemarau 28 tahun gelaran Copa America 2021 selepas menewaskan tuan rumah Brazil 1-0.Scaloni melakar kejayaan yang gagal dicapai Daniel Passarella, Marcelo Bielsa, Alejandro Sabella dan Gerardo selepas dua tahun mengendalikan skuad Argentina.\"Pada mulanya kami salah faham.\"Scaloni kini meyakinkan kami dalam apa sahaja,\" ujar pemain tengah, Rodrigo De Paul mengimbas kejayaan Argentina merangkul trofi Copa Amerika.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235160/berita/sukan/piala-dunia-martinez-terpaksa-ambil-ubat-tahan-sakit", "article_title": "Piala Dunia: Martinez terpaksa ambil ubat tahan sakit", "article_text": "PENYERANG Argentina, Lautaro Martinez terpaksa mengambil suntikan ubat tahan sakit untuk membolehkannya beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 bersama pasukan kebangsaan.Ejen pemain berkenaan, Alejandro Camacho berkata, pemain Inter Milan itu sedang bergelut dengan kecederaan buku lali yang dihadapinya sebelum ini.\"Lautaro telah mengambil suntikan tahan sakit kerana dia mengalami kesakitan yang teruk di buku lalinya.\"Dia bekerja keras untuk menghilangkan rasa sakit itu dan apabila rasa sakit itu hilang selepas diberikan suntikan, dia tanpa banyak alasan akan beraksi di atas padang.\"Martinez adalah pemain terbaik di dunia dan mentalnya sangat kuat,\" katanya.Martinez masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan Piala Dunia kali ini walaupun telah melakukan empat penampilan membantu La Albiceleste mara ke suku akhir.Dia yang memulakan aksi dalam kekalahan mengejut 0-2 ketika menentang Arab Saudi dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan menyaksikan dua golnya dibatalkan akibat ofsaid.Dia kemudiannya diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan terakhir kumpulan menentang Poland dan hanya masuk untuk tempoh 20 minit ketika kemenangan ke atas Australia dalam pusingan 16 pasukan terbaik.Tonggak Manchester City, Julian Alvarez diberikan kepercayaan oleh pengendali Argentina, Lionel Scaloni untuk bermain di tempat Martinez.\"Pertandingan ini membuatkan Martinez dan Julian bertambah kuat dan serasi. Mereka berdua adalah memerlukan antara satu sama lain,\" kata Camacho.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235154/berita/sukan/kane-bukan-ancaman-buat-perancis", "article_title": "Kane bukan ancaman buat Perancis", "article_text": "PERANCIS tidak melihat penyerang utama England, Harry Kane sebagai ancaman besar buat pasukan itu dalam perhitungan di peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 Ahad ini.Pertahanan Perancis, Ibrahima Konate berkata, Les Blues tidak akan menumpukan untuk hanya mengawal Kane selain menyifatkan ramai lagi pemain bahaya dalam skuad England.\"Kane memang seorang pemain yang bagus dan saya pernah berhadapan dengannya beberapa kali.\"Kami perlu melihat kepada keseluruhan pasukan dan bukan hanya seorang pemain. Jika, kami bermain baik kami akan dapat keputusan yang baik juga.\"Bola sepak tidak hanya dimainkan oleh seorang atau dua orang pemain sahaja. Ia menjadi tugas jurulatih memberitahu apa yang perlu kami lakukan dalam setiap perlawanan,\" katanya.Pandangan Konate itu berdasarkan statistik yang menyaksikan lapan pemain England sudah menjaringkan 12 gol dalam empat perlawanan sebelum ini.Dalam pada itu, pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot percaya pasukannya tidak berdepan masalah sekiranya England mahu meletakkan kawalan ketat ke atas penyerang sensasi mereka, Kylian Mbappe.Mbappe setakat ini telah meledak lima gol daripada keseluruhan sembilan gol yang dijaringkan Perancis.\"Kami tidak terlalu bergantung kepada Mbappe. Kami hanya tahu 80-90 peratus jaringan kami hasil sumbangannya dan tugas kami adalah memberikan bantuan untuk dia menjaringkan gol,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235155/berita/sukan/gvardiol-benteng-ampuh-croatia", "article_title": "Gvardiol benteng ampuh Croatia", "article_text": "PIALA Dunia Qatar 2022 menjadi medan buat pemain muda Croatia, Josko Gvardiol untuk membuktikan keampuhannya di benteng pertahanan menjelang suku akhir menentang Brazil pada Jumaat.Pertahanan tengah berusia 20 tahun itu merupakan karakter penting skuad bimbingan Zlatko Dalic melangkah ke kelompok lapan terbaik.Gvardiol bakal berdepan tugas sukar untuk menyekat jentera serangan Brazil pada aksi lapan terakhir di Stadium Education City.Dalic memberi peluang Gvardiol beraksi di Piala Dunia ketika pemain veteran Domagoj Vida yang memiliki 100 kaps menjadi penonton di bangku simpanan.\"Josko (Gvardiol) sangat muda, namun kami yakin dan percaya kepadanya. Dia beraksi sangat baik bersama RB Leipzig,\" katanya.Dia mempamerkan aksi cemerlang ketika Croatia seri tanpa jaringan menentang Belgium dan mengatasi Jepun menerusi penentuan penalti pada peringkat 16 terakhir.Gvardiol dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah termasuk Real Madrid dan Manchester United susulan prestasi cemerlang bersama Leipzig musim lalu.Dia mempunyai reputasi sebagai pertahanan lengkap dalam saingan peringkat tertinggi walaupun memakai topeng muka selepas patah hidung bulan lalu.Namun tahun lalu, Gvardiol dikritik selepas Croatia tewas kepada Sepanyol 3-5 dalam masa tambahan di Euro 2020 tetapi tetap mendapat kepercayaan Dalic.\"Saya percaya anda tak boleh menjadi pemain bagus tanpa sokongan jurulatih. Dia membuat kesilapan dan itu biasa tapi dia akan bertambah matang,\" ujar Dalic.Andai Gvardiol mampu menyekat serangan Neymar, Richarlison, Raphinha dan Vinicius Junior pada suku akhir masa Gvardiol mampu bersinar bersama Croatia selepas Luka Modric dan pemain seangkatan dengannya bersara.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 10:07am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235152/berita/sukan/ronaldo-masih-pemain-penting-buat-portugal", "article_title": "Ronaldo masih pemain penting buat Portugal", "article_text": "KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo masih dianggap pemain penting dan tidak harus diketepikan oleh pasukan kebangsaan Portugal.Bekas pertahanan Real Madrid, Michel Salgado berkata, Ronaldo ketika ini sedang bergelut dengan prestasi kerana berada di penghujung karier, namun yakin pemain itu akan membuktikan sesuatu dalam saingan Piala Dunia ini.\"Kita semua perlu menghadapi perubahan kerana ia adalah kehidupan dan sentiasa ada tekanan.\"Tetapi, dia perlu menghadapinya dan semua orang melaluinya. Pada satu ketika kita dianggap penting dalam apa yang kita lakukan, tetapi kemudian segalanya berubah.\"Anda boleh melihat bahawa pemain lain akan datang dan menunjukkan bahawa mereka boleh bermain tanpa anda dan menang. Tetapi, sangat jelas bahawa jasa Ronaldo untuk bola sepak adalah besar.\"Saya mengenalinya dengan baik dan dia tidak akan patah semangat dengan apa yang sedang dihadapi. Dia akan masih berfikir bahawa akan menjaringkan gol kemenangan Piala Dunia dan Portugal akan menjadi juara bersamanya,\" katanya.Pengendali Portugal, Fernando Santos tidak menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika aksi 16 pasukan terbaik menentang Switzerland pada Rabu.Pengganti Ronaldo iaitu pemain muda, Goncalo Ramos mencipta sensasi apabila meledak hatrik dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland.Salgado yang meninggalkan Real pada 2009 selepas ketibaan Ronaldo ke kelab itu percaya, pemenang lima kali d'Or itu perlu diberikan peranan sebaiknya dalam aksi suku akhir bertemu Maghribi.\"Santos mempunyai cara bermain tanpa Ronaldo. Tetapi, jika saya sebagai seorang pengurus, anda perlu bergantung kepada Ronaldo jika anda mahu memenangi Piala Dunia ini. Itu jelas.\"Apa yang diperlukan Ronaldo adalah sentiasa positif dan terus memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan. Namun, perlu diakui inilah detik perubahan yang perlu dilalui Ronaldo,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 09:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235150/berita/sukan/tiada-ruang-buat-ronaldo-di-psg", "article_title": "Tiada ruang buat Ronaldo di PSG", "article_text": "PRESIDEN Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi menegaskan juara Ligue 1 Perancis itu tidak berhasrat mendapatkan khidmat bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.Sebaliknya Nasser berkata, Les Parisiens itu sudah memiliki skuad yang serba lengkap dalam menggalas cabaran kejuaraan domestik dan Eropah.\"Tiga pemain yang kami ada (Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe), ia akan menjadi sangat sukar untuk memikirkan Ronaldo, tetapi saya mendoakan yang terbaik untuknya.\"Dia masih memiliki aura fantastik dan masih merupakan pemain yang hebat.\"PSG merupakan kelab terbaharu menyatakan tidak berhasrat mendapat khidmat bintang sensasi Portugal itu selepas pemergiannya dari Manchester United.Ronaldo, yang kini menjadi ejen bebas sebelum ini juga dikaitkan dengan gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich sebagai destinasi terbaharu bekas penyerang Sporting Lisbon, Real Madrid dan Juventus tersebut.Namun Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn tampil menafikan kelab tersebut berminat mendapatkan khidmat Ronaldo pada akhir November lalu.Ronaldo juga menafikan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.", "reading_time": "4", "article_dt": "08 Disember 2022 08:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235132/berita/sukan/ronaldo-nafi-pindah-ke-kelab-arab-saudi", "article_title": "Ronaldo nafi pindah ke kelab Arab Saudi", "article_text": "BEKAS bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara mengenai laporan yang mengaitkan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr apabila menegaskan perkara tersebut tidak benar.Pemain berusia 37 tahun itu meninggalkan The Old Trafford bulan lalu selepas hubungannya retak dengan pengendali kelab dan bertambah buruk apabila dia membuat beberapa kenyataan kontroversi dalam wawancara televisyen dengan Piers Morgan.Sejak itu spekulasi tersebar mengenai kelab yang akan disertai Ronaldo, dengan penyerang tersebut merupakan ejen bebas kini menuju ke separuh kedua musim perpindahan pemain bola sepak dunia.Laporan media sebelum ini mendakwa penyerang Portugal tersebut berada diambang mengikat kontrak dua setengah tahun dengan Al Nassr yang akan menyaksikan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bakal menerima 173 juta pound (RM925 juta) semusim.Namun kemenangan besar Portugal 6-1 ke atas Switzerland dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, yang mana Ronaldo digugurkan memihak kepada wira hatrik Goncalo Ramos, bintang veteran itu menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Timur Tengah.\"Tidak, itu tidak benar - tidak benar,\" kata Ronaldo kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.Sementara itu, sumber yang rapat dengan Ronaldo memberitahu media bahawa 'perjanjian yang didakwa' selesai tersebut merupakan perkara karut.Penyerang itu sebelum ini tidak membuat sebarang komen mengenai masa depannya semasa kempen Piala Dunia, namun kini dia mengesahkan tidak akan berpindah ke Arab Saudi.Al-Nassr adalah antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, setelah dinobatkan sebagai pemenang liga utama negara itu sembilan kali, dengan kemenangan terbaru pada 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 11:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235115/berita/sukan/rowley-sanggup-terbang-semula-ke-malaysia-dalam-tempoh-72-jam", "article_title": "Rowley sanggup terbang semula ke Malaysia dalam tempoh 72 jam", "article_text": "PEMAIN kacukan Malaysia-Australia, David Rowley sanggup terbang semula ke Malaysia dalam tempoh 72 jam selepas tiba di Berlin, Jerman kerana keterujaannya dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bimbingan pengendali Kim Pan-gon.Pemain tengah Sri Pahang FC itu yang hampir tiga tahun tidak bertemu keluarga berkata, beliau tidak teragak-agak untuk kembali ke Kuala Lumpur, sejurus dimaklumkan namanya disenarai bagi persediaan menghadapi Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.\u201cSaya tiba di Jerman dan selepas tiga hari saya cakap pada isteri saya, maaf saya mesti balik Malaysia dan dia sangat terkejut tetapi gembira.\u201cSaya memang ada perancangan untuk bercuti, saya tak jumpa keluarga dan isteri sudah tiga tahun tapi inilah bola sepak,\" katanya yang membuat kejutan bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) di Kelana Jaya pada Rabu.Rowley yang berazam untuk berada dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala AFF, merupakan antara muka baharu dipanggil menyertai kem latihan pusat pasukan negara bermula 29 November lepas, selain dua rakan sepasukannya di Sri Pahang yang juga pemain naturalisasi Sergio Aguero dan Lee Tuck.Beliau sudah bersedia dengan apa sahaja arahan dan yang bakal diberikan Pan Gon demi memastikan pasukan mencapai kejayaan disasarkan.\u201cSaya akan cuba yang terbaik jika diminta untuk menjaringkan gol, saya akan cuba, jika bertahan, saya akan cuba bertahan untuk pasukan...dengan Sri Pahang saya berikan terbaik, saya jaringkan gol. Jadi saya berharap saya boleh jaringkan gol pada sepakan sudut, sepakan percuma dan juga membantu pemain baharu dalam pasukan,\u201d kata pemain berusia 32 tahun itu.Dalam pada itu, Rowley yang mengumpul keseluruhan tujuh gol bersama Sri Pahang musim ini, mengakui tidak pernah berjumpa seorang jurulatih seperti Pan-gon sepanjang karier bola sepaknya, disebabkan sikap profesional amat tinggi ditonjolkan jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun itu.\u201cSetiap hari kita ada perancangan, ia sangat teliti bermula dari bangun ke (waktu) tidur semuanya kita tahu. Sikap profesional beliau (Pan-gon) sangat tinggi dan sesuatu yang saya tidak pernah lihat sebelum ini,\u201d katanya.Sebagai persediaan menghadapi Piala AFF akan datang, Malaysia akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jumaat ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember ini.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B Piala AFF 2022 akan memulakan cabaran dengan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 10:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235114/berita/sukan/aaron-wooi-yik-mula-langkah-kiri-hari-pertama", "article_title": "Aaron-Wooi Yik mula langkah kiri hari pertama", "article_text": "JUARA dunia beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyingkap kempen Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok dengan langkah kiri pada Rabu.Gandingan juara dunia itu tewas kepada beregu ranking keenam dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 12-21, 15-21 di Nimibutr Arena dalam tempoh 32 minit.Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga akur kehebatan gandingan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.Naib juara Terbuka Australia tersebut tewas 19-21, 16-21 kepada beregu ranking pertama dunia dalam aksi Kumpulan A yang mengambil masa 39 minit.Beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga memulakan kempen Kumpulan A dengan akur kehebatan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia, 12-21, 15-21 dalam masa 35 minit.Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur tewas 21-23, 19-21 kepada gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.Pearly-Thinaah yang kini menduduki ranking kesembilan dunia berdepan laluan mencabar apabila diundi dalam \u2018kumpulan maut\u2019 pada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF kali ini.Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama dua wakil China iaitu juara dunia tiga kali, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dan beregu nombor tujuh dunia, Zhang Shu Xian-Zheng, selain pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva.Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menyingkap cabaran Kumpulan B dengan mengejutkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dongping.Kian Meng-Pei Jing yang kini berstatus nombor lima dunia berjaya menjinakkan gandingan nombor tiga dunia itu menerusi kemenangan rubber set 23-21, 14-21, 21-16 dalam masa 61 minit.Kian Meng-Pei Jing diundi dalam Kumpulan B bersama dua beregu tuan rumah - Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, selain Yi Lyu-Dong Ping.Nasib berbeza pula dialami beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin yang mengakhiri kempen hari pertama dengan kekalahan 18-21, 13-21 kepada pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dalam aksi Kumpulan A.Selain Na Eun-Hye Jeong, Vivian-Chiew Sien diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dua beregu Thailand - Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 10:12pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235107/berita/sukan/perebutan-status-penjaga-gol-terbaik-tanpa-farizal", "article_title": "Perebutan status penjaga gol terbaik tanpa Farizal", "article_text": "ANUGERAH Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang dijadual berlangsung minggu hadapan bakal menyaksikan pemenang baharu bagi kategori Penjaga Gol Terbaik selepas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias tidak disenarai pendek.Bagi edisi kali ini, tiga penjaga gol yang masing-masing mempunyai reputasi tersendiri bakal merebut gelaran itu ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dari Negeri Sembilan FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City FC) dan Muhammad Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC).Kalamullah Al-Hafiz berkata, beliau terkejut apabila namanya sekali lagi disenarai pendek buat musim ketiga berturut-turut, namun tidak meletakkan harapan tinggi kerana berasakan prestasinya musim ini tidak begitu memuaskan berbanding dua calon lain.\u201cTercalon dalam tiga terbaik sudah buat saya gembira dan semuanya bergantung kepada rezeki untuk menang memandangkan saingan agak hebat daripada dua calon lain.\u201cNamun, saya mahu dedikasikan pencalonan ini kepada PJ City yang memberi saya ruang untuk beraksi selama empat musim. Tanpa sokongan mereka, siapalah saya dan mungkin tidak berada seperti hari ini,\u201d katanya pada Rabu.Sementara itu, Muhammad Rahadiazli berbangga apabila disenarai pendek buat pertama kali dan menganggap itu sebagai simbol kepada usaha kerasnya untuk bangkit daripada kecederaan anterior cruaciate ligament (ACL) yang dialami musim lepas.\u201cSaya kembali diberi ruang untuk bermain dan saya ucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan kata-kata semangat, tetapi saya sedikit terkilan kerana tidak dapat bawa pulang trofi ke bumi Terengganu musim ini dan saya harap untuk terus belajar jadi yang terbaik,\u201d katanya.Farizal yang juga penjaga gol berpengalaman negara sebelum ini berjaya mengungguli anugerah itu sejak empat musim lepas.Ahmad Syihan, Kalamullah Al-Hafiz dan Muhammad Rahadiazli kini berada dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon sebagai persediaan menghadapi saingan Piala AFF 2022 dari 20 Disember sehingga 16 Januari depan.ABK22 yang mempertandingkan keseluruhan 16 kategori termasuk Pemain Paling Bernilai (MVP) akan berlangsung secara maya pada 15 Disember ini.Pada ABK21, anugerah MVP dirangkul pemain sayap muda JDT, Arif Aiman Hanapi sekali gus melengkapkan musim gemilangnya bersama skuad Harimau Selatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 09:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235106/berita/sukan/semua-persatuan-sukan-digesa-semak-semula-akaun-bank", "article_title": "Semua persatuan sukan digesa semak semula akaun bank", "article_text": "PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menggesa semua persatuan sukan melakukan semakan semula akaun bank masing-masing bagi memastikan akauntabiliti serta ketelusan tadbir urus kewangan terjamin.Beliau berkata, ini bagi memastikan urusan pengeluaran wang badan induk sukan negara dilakukan secara telus tanpa sebarang kecuaian atau keraguan pihak yang terlibat dalam menguruskan kewangan akaun persatuan.\u201cIni adalah amaran kepada semua persatuan sukan supaya segera menyemak semula kedudukan kewangan masing-masing bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab menjaga akaun persatuan menjalankan amanah dengan baik selepas apa terjadi di Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang menghadapi masalah kes pecah amanah.\u201cJangan ambil mudah sebab ia melibatkan duit rakyat dan penaja, kalau tidak letak orang profesional akan berlaku perkara sedemikian rupa,\u201d katanya kepada pemberita pada Rabu.Mohamad Norza turut menyarankan badan induk sukan untuk melantik individu mempunyai latar belakang perakaunan untuk menyandang jawatan berkaitan urusan mengendalikan akaun persatuan bagi menjamin tanggungjawab yang diberikan akan digalas dengan sebaiknya.\u201cKita harus menerapkan nilai profesional dalam pentadbiran kita untuk lebih berjaya dalam industri sukan di mana kita boleh laksanakan sistem perakaunan mudah...laburkan RM2,000 atau RM3,000 untuk memperoleh perisian perakaunan untuk bantu persatuan mengurus kewangan dengan lebih telus dan teratur,\u201d katanya.KRM sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu yang belum diketahui jumlah kerugian.Kejadian pecah amanah itu disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya yang tidak dapat dihubungi dan dikesan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 08:53pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235105/berita/sukan/terima-kasih-sokongan-tiada-tandingan-hazard", "article_title": "Terima kasih sokongan tiada tandingan: Hazard", "article_text": "BINTANG Belgium, Eden Hazard mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa selepas The Red Devils tersingkir dari Piala Dunia Qatar 2022.Hazard mengambil keputusan itu selepas berbakti bersama Belgium selama 14 tahun kerana mahu memberi tumpuan kepada karier di Real Madrid.Bekas tonggak Chelsea berusia 31 tahun itu membuat pengumuman kepada 27.2 juta pengikut Instagramnya.\u201cTerima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua detik gembira yang telah kami kongsikan sejak tahun 2008.\u201cHari ini saya memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya sebagai pemain antarabangsa. Generasi seterusnya sudah bersedia. Saya akan sangat merindui awak.\u201dBeliau membuat penampilan pertama bersama Belgium ketika berusia 17 tahun ketika menentang Luxembourg pada 19 November 2008.Hazard memakai lilitan kapten sebanyak 56 kali untuk negaranya memiliki 126 penampilan antarabangsa menjaringkan 33 gol dan 36 bantuan gol.Sementara itu, rakan sepasukan Hazard, Michy Batshuayi berkata, \u201cLegenda, terima kasih untuk semuanya bro.\u201dRakan sepasukan di Real Madrid, Vinicius Jnr menggelar Hazard sebagai legenda manakala rakan senegaranya dari Belgium, dan rakan sepasukan Real Madrid, Thibaut Courtois menulis mesejnya dalam emoji dengan satu hati merah dan satu muka sedih.Jan Vertonghen, Kevin Mirallas, Jeremy Doku dan Axel Witsel juga memberi penghormatan kepada 'abang' mereka atas sumbangannya kepada Belgium sejak 14 tahun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 08:42pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235073/berita/sukan/tak-patut-malukan-ronaldo", "article_title": "Tak patut malukan Ronaldo", "article_text": "KAKAK Cristiano Ronaldo, Elma Aveiro tampil membidas pengendali Portugal, Fernando Santos yang menggunakan alasan taktikal untuk tidak menurunkan adiknya itu dalam kesebelasan utama ketika perlawanan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Menurutnya, tindakan Santos itu didakwa memalukan Ronaldo dan tidak seharusnya berlaku apatah lagi pemain berusia 37 tahun itu telah memberikan banyak sumbangan kepada negara kelahirannya.\"Saya tidak tahu mengapa dan saya tidak memahaminya, tetapi saya pasti kita akan mendapat jawapan daripada Tuhan nanti,\u201d katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya sebelum perlawanan bermula.Ronaldo tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Switzerland dengan Santos mendakwa ia adalah satu perancangan taktikalnya.Bekas pemain Manchester United itu hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.Sebelum itu, Santos dilaporkan tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.Bagaimanapun, Elma sekali lagi menyiarkan satu hantaran di Instagramnya selepas Portugal berjaya meraih kemenangan 6-1 ke atas Switzerland dengan terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada negaranya.\"Ya Ronaldo tidak kekal, ya Ronaldo tidak akan bermain selama-lamanya. Malangnya dia tidak menjaringkan gol sekarang, dia sudah tua, Portugal tidak memerlukan Ronaldo.\"Kita bercakap tentang apa yang kita dengar. Semua yang dia buat tidak penting dan semua yang dia buat telah dilupakan.\"Adalah sangat mengecewakan memalukan seorang lelaki yang telah memberi begitu banyak kepada negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 04:37pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235068/berita/sukan/arif-fadzilah-setia-bersama-tfc", "article_title": "Arif Fadzilah setia bersama TFC", "article_text": "KHIDMAT pertahanan Terengganu FC (TFC), Arif Fadzilah Abu Bakar akan terus menjadi sandaran kelab pantai timur bagi saingan Liga-Malaysia (Liga-M) 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, pemain tersebut menandatangani kontrak lanjutan setahun dengan skuad Penyu untuk saingan musim hadapan.Katanya, pemain kelahiran Terengganu berusia 26 tahun itu memilih kekal dengan TFC walaupun menerima beberapa tawaran pasukan Liga Super lain.\u201cArif Fadzilah adalah antara pemain pertahanan terbaik TFC dan telah bersama kami selama tiga musim. Keputusan untuk mengekalkan beliau adalah berdasarkan prestasi yang cemerlang musim ini.\u201cKehadiran beliau diharap dapat memperkuat kubu pertahanan dan membantu pasukan mengharungi Liga-M dan saingan Piala AFC tahun depan dengan lebih cemerlang,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.Arif Fadzilah sebelum ini dikhabarkan menjadi antara buruan Perak FC dalam memperkuatkan cabaran skuad Seladang tersebut pada musim hadapan.Sementara itu, Arif Fadzilah menegaskan memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman kerana sudah selesa dengan skuad Penyu tersebut.Pada masa sama, beliau yang pernah menyarung jersi Felda United FC sebelum ini mengakui mahu menimba pengalaman baharu di bawah kendalian pengendali baharu TFC, Tomislav Steinbruckner.\u201cSaya bertekad menyahut cabaran dan meningkatkan prestasi lebih baik pada masa akan datang.\u201cPersaingan daripada rakan sepasukan iaitu Alif Zakaria dan Hairiey Hakim (Hairiey Hakim Mamat) pastinya menuntut saya untuk bekerja keras.\u201cTetapi dengan format baharu Liga-M musim hadapan, peluang untuk pemain beraksi adalah lebih tinggi kerana lebih banyak perlawanan bakal berlangsung termasuk Piala AFC,\u201d kata bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 04:12pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235055/berita/sukan/bojan-kekal-bersama-kl-city", "article_title": "Bojan kekal bersama KL City", "article_text": "BOJAN Hodak akan terus kekal mengemudi Kuala Lumpur (KL) City FC bagi saingan Liga Malaysia musim depan.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard yang menjelaskan keputusan mengekalkan Bojan selaras dengan sasaran kelab untuk terus memberikan saingan dalam kancah bola sepak negara.\"Sukacita saya ingin mengumumkan Bojan Hodak akan terus kekal bersama kami untuk musim ketiganya walaupun beliau menerima pelbagai tawaran dari seluruh pelusuk benua Asia.\"Keputusan mengekalkan Bojan ini selaras dengan sasaran kelab untuk mencapai ketekalan dan daya saing sepanjang masa,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, KL City FC juga akan mengekalkan khidmat pemain-pemain yang berperanan besar dan penting dalam membantu kejayaan pasukan sejak dua musim yang lalu.\"Kami juga telah melaksanakan penambahan beberapa pemain yang dilakukan sebelum ini bagi memperkuatkan skuad.\"Rundingan juga sedang dimuktamadkan bersama beberapa pemain lain pada ketika ini,\" katanya.Beliau juga menjelaskan KL City FC telah melakukan persediaan awal seperti yang dilakukan sejak beberapa musim lalu.\"Ini membantu mengukuhkan cita-cita kami dalam membawa KL City FC sebagai kelab yang disegani, cekap dan konsisten dan bersaing dalam semua bidang.\"Kejayaan yang dikecapi sejak dua tahun kebelakangan ini telah mewujudkan satu platform baharu bagi kami mara lebih jauh ke hadapan di samping mempercepatkan hala tuju ke arah matlamat kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 02:42pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235048/berita/sukan/belanda-perlu-kekang-messi", "article_title": "Belanda perlu kekang Messi", "article_text": "PEMAIN tengah Belanda, Frenkie de Jong mengakui tidak mempunyai cara khusus untuk mengekang bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi menjelang perhitungan dengan Argentina dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu.Menurutnya, pasukan Belanda perlu menghalang Messi dengan apa jua cara bagi mengelakkan pemain itu menghalang kemaraan skuad The Oranje.\"Tidak. Saya kenal Messi, tetapi saya tidak tahu cara untuk menghentikannya. Dia telah melakukan perbezaan untuk pasukan sejak 15 tahun lalu dan tiada cara khusus untuk menghalangnya.\"Kadang-kadang dia juga menunjukkan kualiti dimilikinya dalam sesi latihan. Kami perlu menghalangnya sebagai satu pasukan,\" katanya.De Jong yang menyertai Barcelona sejak 2019 sempat bermain bersama Messi dan menjulang Piala Copa del Rey pada tahun 2020-2021.Messi ketika ini berada pada tahap terbaik dan telah meledak tiga gol dalam saingan Piala Dunia kali ini selain menjadi tunjang utama skuad The Albicelestes itu.Dalam pada itu, de Jong juga tidak rela pasukannya mengulangi kekalahan kepada Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia pada 2014.\"Argentina sudah tentu sebuah pasukan yang kuat. Kami juga begitu. Ia akan menjadi sebuah perlawanan yang hebat dan saya yakin kami akan dapat keputusan positif.\"Peluang sebelum perlawanan bermula sudah tentu 50-50 dan mereka (Argentina) juga tidak memandang rendah kami,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 02:02pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235039/berita/sukan/mbappe-perlu-diberi-perhatian-khusus", "article_title": "Mbappe perlu diberi perhatian khusus", "article_text": "NAIB juara Euro 2020, England mempunyai perancangan khas khususnya terhadap nadi Perancis, Kylian Mbappe apabila kedua-dua pasukan itu bakal berentap di pentas lapan terbaik di Stadium Al Bayt pada Ahad.Selain itu, ketua kejurulatihan England, Tim Dittmer juga sedang memperincikan beberapa perkara penting sebagaimana pengendali Perancis, Didier Deschamps dan pilihan taktikal berdepan penyandang juara itu.Malah tanpa berselindung penolong pengendali England, Steve Holland menyifatkan pertemuan The Three Lions dan Les Bleus merupakan perlawanan 50-50.\u201cYa, sememangnya persoalan bagaimana menangani Mbappe telah merangka sebahagian besar pemikiran Gareth Southgate sepanjang minggu ini.\u201cSituasi sekarang mengimbau kembali tugasan mengekang kelincahan Lionel Messi menjelang perlawanan Chelsea menentang Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara 2011/12.\u201cSaya rasa terdapat segelintir pemain di planet ini yang perlu perhatian khusus terutama apabila memasuki perlawanan kelompok lapan terbaik\u201cSama seperti Messi, anda perlu meletakkan Mbappe dalam kategori seperti itu. Kita perlu melihat pada usaha mengelak daripada meninggalkan diri kita dalam situasi dia sangat dahsyat seperti yang kita semua lihat. Kami perlu mencuba dan mencari jalan untuk mengelak perkara itu,\u201d kata pembantu Southgate tersebut.Untuk rekod, Mbappe yang juga mesin gol kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) telah menjaringkan sembilan gol Piala Dunia dengan lima daripadanya datang dari Qatar 2022.Sementara empat lagi dijelmakan semasa edisi Rusia 2018 sebelum ini ketika Perancis menjulang trofi keramat bola sepak dunia tersebut di Rusia.Pada masa sama Holland percaya para pemain The Three Lions itu mampu menghadirkan ancaman kepada bahagian pertahanan Les Bleus yang mempunyai rekod baik dalam saingan kumpulan sebelum ini.\u201cPemain kami berkemungkinan besar boleh menyebabkan masalah Perancis seperti ancaman Mbappe kepada kami.\u201cJadi bagi perlawanan ini kami juga perlu mencari keseimbangan bagi menghasilkan keputusan positif,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 01:23pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235007/berita/sukan/hero-portugal-tak-sangka-ledak-hatrik", "article_title": "Hero Portugal tak sangka ledak hatrik", "article_text": "PENYERANG Portugal, Goncalo Ramos tidak menyangka mampu meledak hatrik dalam Piala Dunia ketika gergasi Eropah itu membenam Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik pada Selasa.Pemain berusia 21 tahun itu mencipta sensasi tersendiri selepas diberi tanggungjawab di posisi yang menjadi milik kapten Portugal, Cristiano Ronaldo.\"Saya tidak pernah menyangka akan memulakan perlawanan di peringkat kalah mati dan menjaringkan tiga gol.\"Namun, kami perlu melihat perlawanan demi perlawanan dan bersedia untuk aksi suku akhir bertemu Maghribi. Keputusan ini tidak lagi penting, kami akan buat yang terbaik untuk perlawanan seterusnya,\" katanya.Ramos hanya berusia dua tahun ketika Ronaldo melakukan penampilan pertama bersama Portugal dan mengakui mengagumi pemain berusia 37 tahun itu.\"Secara jujurnya tiada seorang pun dalam pasukan yang bercakap tentang Cristiano. Cristiano sebagai seorang kapten, dia buat perkara sepatutnya, membantu dan bercakap tentang permainan.\"Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi role model dan idola kepada ramai orang. Saya juga suka Robert Lewandowski dan Zlatan Ibrahimovic,\" jelasnya.Setakat ini, Ramos hanya membuat empat penampilan bersama pasukan kebangsaan dan bermain 10 minit dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan.Dalam pada itu, pengendali Portugal, Fernando Santos memuji persembahan yang dipamerkan pemainnya untuk menang besar ke atas Switzerland.Namun, dia turut mengingatkan para pemain bahawa cabaran lebih getir perlu dihadapi apabila berdepan Maghribi di peringkat suku akhir.\"Jika kami boleh terus seperti ini dan memperbaiki beberapa perkara, kami akan dapat mara ke peringkat seterusnya,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 11:04am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/235002/berita/sukan/ronaldo-merajuk-disisihkan-portugal", "article_title": "Ronaldo merajuk disisihkan Portugal", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo dilihat kecewa dan tidak bersama rakan-rakan meraikan kejayaan Portugal membelasah Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.Ronaldo dilihat meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan ketika pemain lain masih lagi bergembira dengan kejayaan Portugal mara ke peringkat suku akhir itu.Kapten Portugal itu tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan selepas digugurkan oleh pengendali, Fernando Santos.Santos tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.Ketiadaan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan tidak mengundang masalah kepada Portugal apabila pasukan Eropah itu tampil cemerlang selain pemain muda, Goncalo Ramos turut meledak hatrik.Ronaldo hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.Santos turut menegaskan meletakkan Ronaldo di bangku simpanan adalah sebahagian daripada taktikal pasukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 10:39am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234999/berita/sukan/enrique-pertahan-pemain", "article_title": "Enrique pertahan pemain", "article_text": "PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets selepas ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas kepada Maghribi dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.Menurutnya, ketiga-tiga pemain itu menunjukkan keberanian untuk mengambil tanggungjawab tersebut dan kegagalan Sepanyol mara ke suku akhir bukan kerana kesilapan mereka.\"Kami mencipta banyak peluang untuk menang perlawanan ini, tetapi sepakan penalti bukanlah loteri buat kami.\"Pemain cukup berani untuk mengawal diri dan mengambil sepakan penalti. Saya akan memilih pemain untuk melakukannya. Sarabia, Soler dan Busquets adalah pemain yang bagus.\"Mereka terlepas penalti, tetapi bukan satu masalah kerana ia sebahagian daripada bola sepak,\" katanya.Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat 120 minit masa tambahan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.Sepakan penalti Soler dan Busquets diselamatkan Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou manakala tendangan Sarabia hanya menggegar tiang gol.Dalam masa sama, Enrique juga memuji persembahan yang ditonjolkan para pemain terutama apabila Sepanyol menguasai bola dengan baik sepanjang perlawanan.\"Kami menguasai bola, mencipta peluang namun gagal jaringkan gol. Maghribi juga berada pada tahap permainan yang baik.\"Saya sangat gembira dengan pemain yang saya ada dalam pasukan. Saya tidak akan mengubahnya. Jika ada orang yang perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini, sayalah orangnya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 10:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234997/berita/sukan/ini-bukan-wajah-sebenar-switzerland", "article_title": "Ini bukan wajah sebenar Switzerland", "article_text": "PEMAIN tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri memohon maaf kepada penyokong Rossocrociati selepas pasukan itu disingkirkan daripada Piala Dunia dengan cara memalukan apabila dibelasah Portugal 1-6 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Lusail.\u201cHari ini kami perlu memohon maaf kepada semua penyokong Switzerland atas nama pasukan. Itu bukan wajah sebenar kami malam ini.\"Kami sangat kecewa. Kami telah menunjukkan had kami malam ini. Jurulatih memberi kami rancangan tetapi ia tidak berjaya untuk kami. Kami sudah tewas dalam perlawanan pada separuh masa pertama dan sentiasa terlambat selangkah,\" kata Shaqiri yang ketika ini menggalas tanggungjawab sebagai pemain Chicago Fire dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.Goncalo Ramos menjaringkan hatrik, dengan Pepe, Raphael Guerreiro dan Rafael Leao turut mencetak nama sebagai penjaring Portugal, sebelum Switzerland kembali bernafas menerusi ledakan pemain Manchester City, Manuel Akanji pada minit ke-58, sekali gus meletakkan pasukan tersebut untuk mara ke suku akhir Piala Dunia pertama sejak 2006.Pengendali Portugal, Fernando Santos yang meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan dihadiahkan dengan persembahan yang lebih licin dan lebih berseni daripada pasukannya berbanding aksi pada peringkat kumpulan sebelum ini ketika Switzerland di kuasai setiap bahagian padang.Sementara itu, pengendali Switzerland, Murat Yakin yang kontraknya dengan pasukan kebangsaan tersebut berjalan selama dua tahun lagi, berkata Portugal telah mempamerkan satu permainan yang mengejutkan pasukannya.\"Kami mesti menerima kekalahan ini dengan berlapang dada dan mengucapkan tahniah kepada Portugal. Mereka adalah pasukan terbaik petang ini. Mereka mengejutkan kami.\u201cKami tewas dalam satu perlawanan hari ini tetapi itu tidak bermakna kami perlu terlalu pesimis dan mengkritik segala-galanya. Pasukan telah menunjukkan semangat berpasukan yang hebat.\"Tetapi kekalahan ini menyakitkan. Kedudukan dan cara kekalahan itu menyedihkan saya,\" katanya.Switzerland belum mara ke peringkat lapan terakhir Piala Dunia sejak 1954, namun Yakin menegaskan menambah bahawa pasukannya boleh berbangga dengan perjalanan lancar di Qatar 2022 dan perlu mencari jalan untuk terus mara ke hadapan.\u201cKami hanya kalah satu perlawanan, kenapa perlu mempersoalkan segala-galanya?\u201cMemang kami tidak memenuhi jangkaan para penyokong setiap Switzerland tetapi kami boleh melihat kembali perjalanan kami di Piala Dunia ini dengan bangga.\"Sekarang kita perlu melihat masa depan,\" katanya.Dalam pada itu, penjaga Switzerland, Yann Sommer menyifatkan para pemain Switzerland tidak cukup kuat dari segi mental semasa perlawanan.\u201cKami tidak menunjukkan mentaliti yang biasa kami bawa ke atas padang.\"Ia adalah petang yang sangat pahit. Kami memberi Portugal terlalu banyak ruang. Saya juga tidak kelihatan terlalu bagus dalam beberapa situasi.\u201cIni bukan cara untuk bertahan menentang lawan sebegitu,\u201d kata penjaga gol yang beraksi untuk kelab Bundesliga Jerman, Borussia Monchengladbach.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 09:49am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234995/berita/sukan/biarkan-sepanyol-bertiki-taka-kunci-kemenangan-maghribi", "article_title": "Biarkan Sepanyol ber'tiki-taka' kunci kemenangan Maghribi", "article_text": "PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui mengakui perancangannya membiarkan Sepanyol menguasai bola untuk membolehkan skuad The Atlas Lions itu menang dalam pusingan 16 pasukan terbaik pada Selasa.Sepanyol menguasai bola sepanjang perlawanan namun Maghribi dapat bertahan dengan baik untuk menggagalkan usaha anak buah Luis Enrique menjaringkan gol.Maghribi mencipta kemenangan 3-0 selepas seri 0-0 dalam tambahan masa di Stadium Education City di Qatar untuk menempah tiket suku akhir.\"Kami bersetuju untuk tidak menguasai bola tetapi bukan kerana kami takut.\"Kami akui kami bukan Perancis, Jerman atau England yang mampu bersaing dengan mereka dalam penguasaan bola.\"Tiada siapa mampu merampas bola daripada mereka, jadi saya menerima untuk tidak mengawal penguasaan bola. Saya bukan ahli silap mata,\" katanya.Kejayaan mara ke peringkat suku akhir itu juga merupakan sejarah buat Maghribi dalam enam penampilan mereka di Piala Dunia.Menurut Regragui, pasukannya menggunakan tempoh empat hari untuk mengadaptasi corak permainan tersebut mengurangkan impak trio tengah Sepanyol iaitu Sergio Busquets, Pedri dan Gavi.\"Kami telah menutup banyak hantaran dalam 120 minit, kami tahu kami ada peluang. Kami tidak tahu bagaimana untuk menghukum lawan.\"Kami mengikut perancangan, dapat penalti dan selepas itu ia seperti loteri. Tetapi, apabila anda tahu anda mempunyai penjaga gol yang bagus, anda tahu anda mempunyai peluang untuk menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 09:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234990/berita/sukan/stadium-974-kontena-ditanggalkan-selepas-qatar-2022", "article_title": "Stadium 974 kontena ditanggalkan selepas Qatar 2022", "article_text": "STADIUM 974 di wilayah Ras Abu Aboud, Doha venue perlawanan pusingan 16 Qatar 2022, Brazil dan Korea Selatan yang diperbuat daripada 974 kontena kitar semula akan ditanggalkan selepas Piala Dunia.Stadium modular dalam kelas tersendiri ini yang menampung kapasiti 40,000 penonton telah menyajikan kepada komuniti bola sepak dunia tujuh perlawanan sehingga kelompok 16 terbaik - Selecao kendalian Tite berdepan jagoan Asia, Taegeuk Warriors pimpinan Paulo Bento.Venue itu dinamakan Stadium 974 kerana ia adalah jumlah kontena perkapalan yang digunakan untuk membina tempat tersebut selain merupakan kod panggilan antarabangsa negara Teluk berkenaan.Menurut FIFA, arena itu adalah stadium pertama dunia yang boleh ditanggalkan sepenuhnya dan digunakan semula selepas acara.Bercakap tentang struktur uniknya, halaman rasmi Qatar 2022 di stadium itu penganjur berkata: \u201cTempat unik ini memberi penghormatan kepada tradisi perdagangan dan pelayaran dunia yang telah lama wujud di Qatar.\u201cBukan sahaja 974 kod panggilan antarabangsa untuk Qatar, tetapi ia juga merupakan jumlah kontena perkapalan yang digunakan dalam pembinaan stadium itu.\u201cTerletak di kawasan tepi pelabuhan dan melihat pemandangan bandar pantai Doha, peminat di Stadium 974 akan merasai angin sejuk dari Teluk Arab.\u201dNamun jika terdapat peminat berpeluh luar biasa, ia disebabkan pelan tempat duduk, yang tidak mempunyai penghawa dingin sebaliknya pengudaraan semula jadi.Stadium 974 juga menerima penarafan lima bintang daripada Sistem Penilaian Kelestarian Global (GSAS) untuk reka bentuk dan pembinaannya.Stadium 974 di daerah Ras Abu Aboud, Doha yang menjadi antara venue Piala Dunia Qatar 2022. - Foto: AFPPakar kelestarian bandar dan iklim, yang bekerja sebagai perunding untuk kejohanan itu, Karim Elgendy, memuji arena tersebut kerana reka bentuknya melangkau ke hadapan.\"Mereka bentuk untuk ditanggalkan adalah salah satu prinsip utama bangunan lestari...\"Ia membolehkan pemulihan semula jadi tapak bangunan atau penggunaan semula untuk fungsi lain,\" katanya.Media sebelum ini melaporkan stadium itu akan ditanggalkan kemudiannya dihantar ke negara lain yang memerlukan infrastruktur tersebut.Bagaimanapun, terdapat laporan lain bahawa stadium itu akan digunakan di Maldonado, Uruguay, untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 sekiranya bidaan negara tersebut menjadi tuan rumah berjaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 08:34am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234988/berita/sukan/portugal-langgar-habis-switzerland", "article_title": "Portugal langgar habis Switzerland", "article_text": "PORTUGAL melaung amaran awal bahawa gergasi Eropah itu sudah bersedia mencabar kejuaraan Piala Dunia apabila membelasah Switzerland, 6-1 dalam pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi Rabu.Portugal kembali menyenaraikan kesebelasan utama selepas kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H di Stadium Education City pada 2 Disember lalu.Namun pengendali Fernando Santos mengambil pendekatan berani apabila menamatkan rentetan 31 perlawanan Cristiano Ronaldo sebagai pemain kesebelasan utama sejak 2008 dengan menyenaraikan bekas pemain Manchester United itu di bangku simpanan.Situasi itu menyaksikan Portugal yang merupakan pilihan dalam perlawanan ini terpaksa menunggu hingga minit ke-17 untuk merobek jaring Switzerland yang dihasilkan bintang muda kelab liga Portugal, Benfica, Goncalo Ramos dengan menewaskan Yann Sommer.Gol itu ternyata menyuntik motivasi kem Portugal yang kemudiannya melebarkan jaringan menerusi pemain sensasi Porto FC, Pepe pada minit ke-33 bagi memimpin separuh masa pertama.Switzerland kendalian Murat Yakin yang membuat dua perubahan kepada pasukan yang melakar kemenangan 3-2 ke atas Serbia minggu lalu sekali lagi terus ketinggalan apabila Ramos meledak jaringan ketiga Portugal minit ke-51.Bintang kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund Rapha\u00ebl Guerreiro kemudian menjadikan kedudukan 4-0 di minit ke-55', sebelum Switzerland kembali bernafas menerusi ledakan pemain Manchester City, Manuel Akanji pada minit ke-58.Ramos kemudian melengkapkan hatrik pertama Qatar 2022 apabila menjaringkan gol kelima pasukannya pada minit ke-67 sebelum pemain gantian kelab Serie A Itali Rafael Leao melabuhkan pesta gol Portugal pada minit ke-92.Kemenangan itu menyaksikan Portugal akan membuat perhitungan dengan Maghribi di pentas lapan terbaik di Stadium Al Thumama pada Sabtu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 08:27am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234989/berita/sukan/messi-duri-dalam-daging-buat-belanda", "article_title": "'Messi duri dalam daging buat Belanda'", "article_text": "KELIBAT bintang Argentina, Lionel Messi tetap menjadi ancaman utama kepada pertahanan Belanda apabila kedua-dua pasukan berentap di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail Sabtu ini.Malah tanpa berselindung tonggak pertahanan The Oranje, Virgil van Dijk berkata, bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu merupakan antara penyerang terbaik yang pernah dihadapinya pada saingan peringkat kelab.\u201cSejujurnya satu penghormatan apabila dapat bermain dengan pemain berstatus bintang seperti Lionel Messi sebelum ini.\u201cNamun pertemuan antara kami sebelum ini melibatkan perlawanan peringkat antara kelab menentang kelab.\u201cKali ini ia amat berlainan apabila kami sekali lagi akan berdepan atas nama negara, Belanda menentang Argentina.\u201cJadi untuk itu sesungguhnya ia memerlukan komitmen keseluruhan anggota pasukan untuk lebih bersiap sedia bagi perlawanan ini,\u201d katanya.Van Dijk yang menyarung jersi Liverpool pernah berdepan Messi ketika gergasi liga Inggeris itu bangkit ketinggalan tiga gol untuk menjinakkan Barcelona dalam aksi timbal balik kedua Liga Juara-Juara 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 08:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234983/berita/sukan/keseronokan-keluarga-menikmati-piala-dunia-qatar-2022", "article_title": "Keseronokan keluarga menikmati Piala Dunia Qatar 2022", "article_text": "SATU permainan bola sepak mempunyai segala-galanya: keseronokan, drama, keghairahan. Tidak hairanlah berjuta-juta di seluruh dunia memanggilnya sukan nombor satu dunia.Idea bahawa menonton Piala Dunia Qatar 2022 boleh membawa kepada perselisihan antara pasangan yang berpotensi untuk menggugat suasana perkahwinan mereka perlu dilihat dengan berhati-hati.Satu kajian baru-baru ini yang dijalankan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke atas 300 pasangan suami isteri menyimpulkan bahawa peratusan besar wanita dalam kumpulan ini menyatakan kebimbangan terhadap umur panjang perkahwinan mereka pada masa ini, yang penuh dengan perselisihan faham, perbincangan hangat dan \u2018tingkah laku tegang\u2019 oleh lelaki.Bagaimanapun, penemuan ini mesti dianggap lebih dekat kepada tekaan dan bukannya kesimpulan yang tidak dapat dipertikaikan mengenai fenomena yang merupakan salah satu peristiwa paling menarik dan menyeronokkan di dunia.Apatah lagi kini ia berlangsung di Qatar, yang mana pastinya telah berlaku kepelbagaian corak penganjuran yang ketara berbeza dengan penganjur-penganjur lain sebelum ini. Dari sebelum sepak mula, majlis pembukaan, agenda dalam perasmian sehinggalah ke perlawanan akhir nanti. Qatar, tuan rumah tahun ini, adalah salah satu negara per kapita terkaya di dunia.Pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk lapan stadium, dan seperti yang dikehendaki Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), peluasan lapangan terbang dan hotel baharu, serta kereta api dan lebuh raya untuk bola sepak dianggarkan bernilai $220 bilion dalam pembinaan baharu untuk acara itu sejak kejohanan itu dianugerahkan kepada Qatar 12 tahun lalu.Piala Dunia Qatar 2022 menyatukan peminat bola sepak di seluruh dunia dan tanpa mengira pasukan mana yang mereka sokong atau sorakkan, adrenalin, bakat dan karisma permainan itu dan pemainnya sendiri bekerja sebagai kuasa yang tiada tandingannya dalam dunia sukan. Ia bertindak sebagai tempat berkumpul untuk rakan dan keluarga yang menantikannya.Sudah tentu, perkahwinan lebih daripada pandangan yang berbeza tentang pasukan bola sepak. Malah, pilihan peribadi yang berbeza, sama ada terhadap program televisyen, makanan, fesyen, genre filem atau perisa ubat gigi, adalah perkara yang biasanya dibuat oleh perkahwinan \u2014 satu paradoks yang telah bertahan dengan penerimaan hati.Tahun ini, Piala Dunia Qatar 2022 bermula pada 20 November. Dianjurkan setiap empat tahun, Piala Dunia adalah acara yang ditunggu-tunggu peminat di mana-mana sahaja. Ia adalah detik istimewa untuk orang ramai berkumpul atas komuniti, budaya, dan, sudah tentu, persaingan.Dan inilah bahagian yang terbaik: Ia adalah acara mesra keluarga yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa bersama-sama. Oleh itu, ajak semua orang dari datuk dan nenek hingga anak kecil di hadapan televisyen untuk menceriakan pasukan kegemaran anda! Berikut ialah beberapa cara untuk keluarga membuat kenangan semasa perayaan global.1.Ajar anak anda tentang kemahiran hidupMenonton sukan bersama-sama membolehkan anda menunjukkan contoh kemahiran hidup kepada anak-anak anda. Tumpukan perhatian mereka pada perkara yang berlaku dalam permainan, seperti cara pemain berkelakuan atau menunjukkan perasaan mereka. Berbincang dengan mereka tentang kepentingan kerja berpasukan dan permainan adil. Ia juga merupakan cara yang baik untuk mengajar kanak-kanak tentang menang dan kalah, dalam permainan dan pada masa lain. Tunjukkan kepada mereka bagaimana pemain di pihak yang kalah mengucapkan tahniah kepada pemenang pada akhir setiap perlawanan. Melihat situasi seperti ini pada skrin dan bercakap dengan orang dewasa boleh meningkatkan empati kanak-kanak.2. Bercakap tentang teladanRuud van Nistelrooy atau Thierry Henry? Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi? Generasi peminat telah berdebat tentang pemain kegemaran mereka. Ramai daripada atlet elit ini juga menjadi contoh teladan kepada kanak-kanak, baik di dalam mahupun di luar padang. Jika bola sepak adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak anda sendiri, kongsi cerita tentang pemain yang anda sanjungi. Minta datuk nenek, orang tua, dan orang tersayang lain untuk melakukan perkara yang sama. Ini bukan sahaja pengalaman yang mengeratkan, ia juga cara untuk kanak-kanak mengaitkan dengan apa yang mereka tonton di televisyen Selain itu, perkenalkan anak anda kepada wira seperti Marcus Rashford dan Megan Rapinoe. Tonton rancangan dan filem tentang lagenda sukan untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk berbuat baik dan berbangga dengan siapa mereka.3. Belajar tentang negara dan budaya yang berbeza bersama-samaPiala Dunia adalah masa yang hebat untuk meneroka negara-negara yang bertanding dalam kejohanan itu. Mungkin keluarga anda menyokong negara asal anda, tradisi suci yang diwarisi turun-temurun. Atau mungkin anda baru dalam sukan ini dan memutuskan untuk bersorak untuk negara lain. Gunakan masa ini untuk membantu anak anda berhubung dengan warisan mereka sendiri dan belajar tentang tempat yang mereka kurang biasa. Ini cara yang menyeronokkan untuk membolehkan mereka belajar tentang orang, bahasa, makanan dan banyak lagi. Dan jika keluarga anda suka berdaya saing, anda boleh bersoal jawab antara satu sama lain tentang negara pada separuh masa!4. Uji kemahiran anda di padang, di luar atau dalam talianKeseronokan tidak semestinya berakhir pada wisel penamat perlawanan. Pemain atau pasukan manakah daripada kejohanan yang paling memberi inspirasi kepada anda? Dapatkan bola dan latih kemahiran anda di taman bersama-sama. Atau untuk malam permainan keluarga anda, mencabar satu sama lain untuk permainan FIFA 23. Bermain permainan dengan orang dewasa dan adik-beradik boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Ia memberi mereka peluang untuk bertanya dan membuat hubungan dengan apa yang mereka tonton dan main. Anda juga boleh mencetuskan perbualan tentang mengejar (dan menjaringkan) matlamat dalam hidup, dan maknanya kepada keluarga anda.Kita hidup dalam masa yang tidak menentu yang dipenuhi dengan konflik dan krisis global. Dunia berpecah belah. Piala Dunia Qatar 2022, melalui kuasa bola sepak akan membawa orang ramai untuk merentasi sempadan, bersatu dan meraikan bersama.* Dr Mohd Firdaus Abdullah ialah Pensyarah Pengurusan Sukan, Fakulti Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya (UM)", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 07:50am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234980/berita/sukan/maghribi-cipta-kejutan-singkir-sepanyol", "article_title": "Maghribi cipta kejutan singkir Sepanyol", "article_text": "MAGHRIBI mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Education City pada Selasa.Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou muncul wira pasukan selepas menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Carlos Soler dan Sergio Busquets manakala tendangan Pablo Sarabia sekadar menggegarkan tiang gol.Abdelhamid Sabiri, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi cemerlang menyudahkan penalti untuk memastikan kemenangan Maghribi 3-0 sekali gus mengesahkan kemaraan gergasi Afrika itu ke peringkat suku akhir.Ia juga merupakan sejarah buat Maghribi yang pertama kali berjaya mara dalam enam penampilan di Piala Dunia.Maghribi juga menjadi negara Afrika kedua mara ke peringkat suku akhir selepas Ghana yang melakukannya pada edisi Piala Dunia 2010.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 07:19am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234978/berita/sukan/mbappe-hilang", "article_title": "Mbappe hilang...?", "article_text": "KEM penyandang juara Perancis kecoh apabila penyerang sensasi Les Bleus, Kylian Mbappe hilang daripada sesi latihan pasukan pada Selasa.Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) berkata, ketika kejadian para pemain Perancis bersiap sedia untuk latihan menentang England.\u201cKylian Mbappe akan berada di bilik pemulihan, kebiasaannya dua hari selepas perlawanan,\u201d kata FFF.Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol ketika juara bertahan itu menewaskan Poland 3-1 pada pusingan 16 terbaik.Gol tersebut menjadikan jumlah jaringan peribadinya kepada lima gol di Qatar 2022 dan sembilan gol secara keseluruhan di Piala Dunia.Perancis akan berdepan England dalam aksi suku akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Disember 2022 06:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234971/berita/sukan/bierhoff-mangsa-pertama-penyingkiran-jerman", "article_title": "Bierhoff 'mangsa pertama' penyingkiran Jerman", "article_text": "PENGARAH pasukan Jerman, Oliver Bierhoff menjadi mangsa pertama susulan penyingkiran pasukan itu dalam pusingan pertama Piala Dunia 2022 di Qatar apabila bersetuju untuk melepaskan jawatannya dua tahun sebelum kontraknya tamat.\u201cOliver Bierhoff telah meraih banyak kejayaan untuk DFB, walaupun tersasar dalam beberapa kejohanan terakhir daripada matlamat ditetapkan pasukan,\u201d kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf.Bekas pemain antarabangsa itu sebelum ini memegang jawatannya sebagai pengarah pasukan selama 18 tahun, dikritik hebat selepas Jerman tersingkir awal kali kedua berturut-turut di Piala Dunia.Bagaimanapun jelas Neuendorf berkata, usaha Bierhoff yang memainkan peranan dalam membantu Jerman memenangi kejuaraan edisi Brazil 2014 daripada empat gelaran Piala Dunia tidak akan dilupakan.\u201cDia akan sentiasa dikaitkan dengan kejayaan Piala Dunia di Brazil. Walaupun dalam keadaan bergelora dia sentiasa mengikut matlamat dan visi,\u201d katanya.Jerman tersingkir daripada kejohanan di Qatar selepas tewas kepada Jepun, seri dengan Sepanyol dan menewaskan Costa Rica dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.Di edisi Rusia 2018, Jerman juga telah tersingkir awal pada peringkat sama yang disifatkan pencapaian terburuk dalam tempoh 80 tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 11:21pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234969/berita/sukan/mukhairi-masih-cari-rentak-selepas-rehat-lapan-hari", "article_title": "Mukhairi masih cari rentak selepas rehat lapan hari", "article_text": "PEMAIN tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi masih mencari rentak terbaiknya dalam sesi latihan selepas mula menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada Isnin, menjelang Piala AFF 2022.Pemain tengah berusia 21 tahun itu mengakui berasa agak kekok kembali menjalani latihan selepas diberikan rehat selama lapan hari susulan beraksi pada final Piala Malaysia 2022 penghujung bulan lalu.Menurut Mukhairi beliau akan menggandakan usaha untuk mencapai tahap prestasi terbaik menjelang dua perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini sebelum menghadapi Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari depan.\u201cSaya bersyukur dapat kembali bersama skuad senior, semalam saya rasa agak kekok sebab baru habis bercuti tetapi saya akan berusaha lagi (atasi) kekurangan.\u201cSaya mahu bagi sehabis baik dan kalau terpilih ke Piala AFF pertama sekali saya akan tunjuk apa yang saya ada... setiap tugasan skuad kebangsaan saya memang letak harapan dapat berada dalam pasukan,\u201d katanya pada sesi latihan pasukan negara di Wisma FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) di Kelana Jaya pada Selasa.Dalam perkembangan lain, Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memanggil pemain skuad Bawah 23 Tahun Aliff Izwan Yuslan menyertai kem latihan pasukan itu manakala pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Mohd Nasir digugurkan kerana masalah kesihatan.Pada aksi antarabangsa Tier 1, skuad Harimau Malaya akan menentang Kemboja di Stadium Nasional di Bukit Jalil manakala pertembungan dengan Maldives dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.Pada saingan Piala AFF 2022 pula, pasukan negara yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari).", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:55pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234967/berita/sukan/syihan-kunci-mulut-isu-perpindahan-ke-jdt", "article_title": "Syihan kunci mulut isu perpindahan ke JDT", "article_text": "PENJAGA gol sensasi negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed memilih untuk mengunci mulut mengenai destinasi baharunya musim depan biarpun kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).Bekas pemain Negeri Sembilan FC berusia 26 tahun itu berkata, sehingga hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.Namun, beliau berkata fokus kini tertumpu kepada tugasan bersama pasukan negara yang bakal mengharungi saingan Piala AFF 2022 dari 20 Disember hingga 16 Januari depan.\u201cMengenai destinasi saya tidak boleh beritahu, tunggu keputusan yang akan diumumkan (bakal kelab). Saya sekarang hanya fokus kepada pasukan kebangsaan dan Piala AFF.\u201cSaya sasarkan musim depan untuk jadi lebih baik, tingkatkan (usaha baiki) kekurangan dan saya akan bagi lebih lagi daripada tahun ini,\u201d katanya ketika ditemui pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM pada Selasa.Pada masa sama, Syihan tidak menolak kemungkinan bakat dan potensinya dapat dikembangkan sehingga mencapai tahap terbaik sekiranya berada di kelab yang tepat, namun menyerahkan segalanya kepada takdir.\u201cBagi saya (tentang) pilihan kita kena pilih mana lebih baik dan yang mana boleh bagi ilmu lebih mendalam lagi supaya dapat majukan karier kita. Minit permainan penting tapi atas diri masing-masing juga.\u201cKalau dalam latihan kita main-main, apabila hari perlawanan tidak menjadi juga, jadi dalam latihan kena bagi 100 peratus dan dalam perlawanan juga perlu bagi yang sama,\u201d katanya.Negeri Sembilan sebelum ini mengumumkan Syihan meninggalkan kelab itu selepas bersama dengan pasukan sejak 2018 sebelum menyertai Petaling Jaya (PJ) City FC dan kembali mewakili pasukan itu musim ini.Nama Syihan mula dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan terutama ketika berdepan Thailand dan Tajikistan pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, September lalu.Ketangkasan beliau pada kejohanan empat penjuru itu mendapat pujian secara meluas daripada peminat serta pemerhati bola sepak tempatan sehingga ada yang beranggapan beliau layak diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan negara.Posisi itu lebih kerap digalas penjaga gol berpengalaman Farizal Marlias, namun penjaga gol nombor satu JDT berusia 36 tahun itu tidak disenaraikan dalam kempen Piala AFF 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234966/berita/sukan/aaron-wooi-yik-tekad-beri-aksi-terbaik", "article_title": "Aaron-Wooi Yik tekad beri aksi terbaik", "article_text": "JUARA dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan pada saingan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di sini.Gandingan negara itu bakal berdepan musuh tradisi selepas diundi dalam kumpulan B bersama keenam dunia dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark dan wakil China Liu Yuchen-Ou Xuanyi.Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking keempat dunia berkata mereka sudah bersiap sedia bagi menghadapi kejohanan yang berlangsung di Nimibutr Arena bermula 7 hingga 11 Disember ini, dan berharap dapat mencipta kejayaan pada akhir musim ini.Bagaimanapun, Aaron ketika ditemui mengakui persaingan dalam beregu lelaki sentiasa sukar dan kompetitif.\"Ia bukan mudah. Kita akan sentiasa tenang dan lakukan yang terbaik pada kejohanan terakhir untuk tahun ini,\" katanya selepas majlis undian Jelajah Dunia Akhir di sini.Bagi Wooi Yik pula, beliau berharap dapat mengekalkan prestasi mereka dalam setiap perlawanan pada kejohanan akhir musim itu nanti.\"Ia bukan tugas mudah bagi kami kerana semua beregu terbaik bertanding. Kami akan berjuang. Kami mahukan keputusan terbaik sebelum menamatkan 2022,\" katanya. Aaron-Wooi Yik gagal di peringkat kumpulan pada edisi 2019 dan 2020.Pasangan profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula diundi dalam kumpulan A bersama juara bertahan dan nombor satu dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, diikuti ketiga dunia Fajar Alfian-Rian Ardianto dari Indonesia dan Choi So-gyu-Kim Won-ho (Korea Selatan).Sementara itu, juara Terbuka Perancis Pearly Tan-M Thinaah berdepan saingan sengit apabila diundi dalam kumpulan B bersama gandingan utama dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dan ketujuh dunia Zhang Shuxian-Zheng Yu dari China serta gandingan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.Walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran, Thinaah bertekad untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dihadapi.Satu lagi pasangan profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula diundi dalam kumpulan A bersama dua wakil tuan rumah Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai serta Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan.Bagi beregu campuran yang juga ke-11 dunia Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berharap dapat mengulangi kejayaan edisi 2020 dengan melangkah ke separuh akhir kejohanan edisi kali ini.\u201cKami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kini, hanya bergantung kepada prestasi dalam gelanggang. Kami berharap dapat mengatasi lawan dengan lebih baik kali ini,\u201d kata Shevon.Soon Huat-Shevon diundi dalam kumpulan A bersama ketiga dunia Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong dari China, ranking ke-10 Thim Gicquel-Delphine Delrue (Perancis) dan wakil Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari.Satu lagi pasangan profesional campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula dijangka berdepan cabaran sukar selepas diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan yang juga wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai serta Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dan juara Olimpik Tokyo 2020 Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China).Saingan perseorangan lelaki pula menyaksikan juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark, H.S Prannoy (India), Kodai Naraoka (Jepun) dan Lu Guang Zu (China) diundi dalam kumpulan A, manakala keempat dunia Chou Tien Chen (Taiwan), Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia) serta Loh Kean Yew (Singapura) diundi dalam kumpulan B.Tiada wakil Malaysia dalam saingan perseorangan lelaki dan wanita pada Jelajah Akhir Dunia kali ini.Perseorangan wanita pula menyaksikan pemain nombor dua dunia juga juara bertahan An Se Young dari Korea Selatan berada dalam kumpulan A bersama nombor satu dunia Akane Yamaguchi (Jepun), Chen Yu Fei (China) dan Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia).Sementara kumpulan B pula menyaksikan wakil Taiwan Tai Tzu Ying bakal berdepan lawan dari China, He Bing Jiao, wakil tuan rumah Ratchanok Intanon dan Busanan Ongbamrungphan.Sebanyak 24 kejohanan kelayakan berlangsung seluruh dunia, dan hanya lapan pemain dan beregu terbaik layak ke jelajah dunia akhir dengan dua wakil perseorangan atau beregu dari setiap negara manakala juara dunia layak secara automatik.Pemain bakal merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlan US$1.5 juta.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:40pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234963/berita/sukan/semua-pemain-berjuang-sepenuh-jiwa", "article_title": "'Semua pemain berjuang sepenuh jiwa'", "article_text": "KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min mempertahankan persembahan Taegeuk Warriors selepas kekalahan kepada Brazil dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar pada awal pagi Selasa.Sebaliknya bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur itu mengakui bahawa pasukan dari Asia tersebut tidak cukup bagus menyaingi gergasi bola sepak dunia berkenaan.\u201cKami telah melakukan yang terbaik tetapi ia adalah perlawanan yang amat sukar. Semua pemain berjuang sepenuh jiwa dengan bangga untuk mencapai tahap ini. Tidak ada keraguan dalam fikiran saya tentang dedikasi dan pengorbanan semua orang.\"Saya hanya boleh memohon maaf kepada peminat kami kerana tidak memenuhi jangkaan mereka.\"Tetapi saya harap mereka semua memahami situasi kami. Semua orang dalam pasukan melakukan yang terbaik untuk membuat persiapan bagi perlawanan ini,\" kata Heung-min.Perlawanan di Stadium 974, Doha itu menyaksikan Selecao mengakhiri cabaran Taegeuk Warriors dengan kemenangan 4-1, dengan keempat-empat gol Brazil dijaringkan pada separuh masa pertama, manakala gol saguhati Korea Selatan dijelmakan di separuh masa kedua.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234936/berita/sukan/aliff-izwan-dipanggil-sertai-harimau-malaya", "article_title": "Aliff Izwan dipanggil sertai Harimau Malaya", "article_text": "KETUA jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon memanggil pemain dari skuad Bawah 23 tahun (B-13) negara, Aliff Izwan Yuslan untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022.Pemain tersebut telah menarik perhatian Pan Gon ketika skuad Harimau Malaya mengadakan sesi latihan bersama dengan skuad B-23 negara kendalian E Elavarasan pada 30 November dan 1 Disember serta perlawanan latihan membabitkan kedua-dua pasukan pada 2 Disember lalu.Malah selepas berakhir kem latihan pusat skuad B-23 negara selama 10 hari dari 27 November lalu yang berakhir pada Selasa, Elavarasan dan penolong jurulatih Harimau Malaya turut memberi rekomendasi kepada Pan Gon untuk penyenaraian pemain itu ke skuad senior.Aliff Izwan, 18, yang merupakan penyerang Selangor FC 2 akan melapor diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Rabu bersama penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC (TFC) yang namanya memang tersenarai dalam skuad senior.Dalam pada itu, Pan Gon terpaksa menggugurkan pemain sayap TFC, Faiz Nasir yang mengalami masalah kesihatan sekali gus tidak dapat meneruskan latihan pusat bersama skuad Harimau Malaya biarpun telah hadir melapor diri pada 29 November lalu.Menerusi perkembangan terbaharu itu, jumlah pemain yang berada dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya ketika ini ialah seramai 28 pemain termasuk Dion Cools yang akan melapor diri pada 16 Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 06:09pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234925/berita/sukan/sk-seri-selangor-muncul-juara-piala-dytm-raja-muda-selangor", "article_title": "SK Seri Selangor muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor", "article_text": "SHAH ALAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor 2022 selepas menewaskan SK Puchong 2-1 di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pada Selasa.Penyerang SK Seri Selangor, Dayyan Nazrin muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pada minit ke-10 dan 20 untuk mengesahkan kejuaraan.Gol saguhati SK Puchong pula dijaringkan oleh Muhammad Adif Iman pada minit ke-16.Jurulatih SK Seri Selangor, Norzaidi Hamid memuji komitmen dan kesungguhan para pemainnya walaupun menerima tentangan sengit dipamerkan lawan.\"Alhamdullilah hasil kerja keras pemain memastikan pasukan beroleh kemenangan yang cukup manis ini.\"Ini juga kejuaraan kedua piala ini dengan kali terakhir kami menang pada 2018,\" katanya kepada Sinar Harian.Piala DYTM kejuaraan Bawah 12 tahun berjaya menarik penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor.SK Seri Selangor menerima hadiah RM4,000, trofi dan medal manakala SK Puchong selaku naib juara menerima hadiah RM3,000 dan medal.Tempat ketiga menjadi milik SK Serdang dan menerima RM2,000 dan medal manakala tempat keempat diraih SK Subang Bestari menerima RM1,000 serta medal.Kejohanan mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234926/berita/sukan/nafas-baharu-bola-sepak-wanita-negara", "article_title": "Nafas baharu bola sepak wanita negara", "article_text": "PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kehadiran Soleen Al-Zou'bi di dalam FAM, masa hadapan bola sepak wanita negara dapat diperhalusi serta diperbaiki.Soleen yang memulakan tugas pada 1 Disember lalu di Wisma FAM, Kelana Jaya akan menjadi pengendali Malayan Tigress serta mengetuai Unit Bolasepak Wanita FAM.Menurut Hamidin, pengalaman Soleen sebagai Ketua Unit Bola Sepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) berupaya untuk memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita Malaysia.\u201cDengan kehadiran Soleen, kita bukan sahaja dapat mengenalpasti wajah-wajah baharu dan berpotensi untuk mewakili negara selain memastikan Malayan Tigress mampu memberikan saingan di pentas antarabangsa.\u201cPengalaman Soleen di JFA juga sudah tentu dapat memperbaiki pertandingan bola sepak wanita di peringkat nasional sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemain-pemain bola sepak wanita untuk beraksi.\u201cDengan pelantikan Soleen, besar harapan saya untuk melihat bola sepak wanita di Malaysia menjadi lebih berkualiti dan kompetitif seperti negara-negara Asia dan Eropah,\u201d kata Hamidin.Suraya (tengah) mempengerusikan mesyuarat mengenai hala tuju bola sepak wanita negara. Foto FB FAMBeliau berkata, satu mesyuarat telah diadakan di antara Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob serta Timbalan Pengerusinya, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Soleen di Wisma FAM pada Selasa di mana mereka telah membincangkan mengenai hala tuju bola sepak wanita di Malaysia dengan lebih mendalam.Soleen yang juga Ahli Jawatankuasa Bola Sepak Wanita AFC sejak 2019 itu pernah menyarung jersi pasukan wanita kebangsaan Jordan serta beraksi untuk kelab-kelab bola sepak wanita di Jordan selama 14 tahun.Dalam pada itu, menurut Soleen, aura bola sepak sejak tiba di bumi Kuala Lumpur dua minggu lalu telah memberikan beliau inspirasi untuk memperbaiki arena bola sepak wanita Malaysia.\u201cUntuk melahirkan pemain bola sepak wanita yang berkualiti tinggi, fokus utama saya adalah untuk mengenalpasti serta memperbaiki liga bola sepak wanita di Malaysia dan memberikan peluang untuk bermain kepada pemain-pemain.\u201cSelain itu, kami mahu mewujudkan laluan pemain yang komprehensif bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit di mana ia akan membabitkan jurulatih, pengadil dan pegawai tadbir yang terdiri daripada kaum wanita,\u201d kata Soleen.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 05:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234917/berita/sukan/kayuhan-azizulhasni-lepasi-jangkauan-di-tcl", "article_title": "Kayuhan Azizulhasni lepasi jangkauan di TCL", "article_text": "BUKAN sahaja menjadi pelumba paling gembira bersaing dalam Liga Juara-Juara Trek (TCL) UCI, pelumba berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang malah prestasinya melepasi jangkauan jurulatihnya, John Beasley.Beasley mengakui beliau kagum dengan kayuhan yang diperagakan Azizulhasni walaupun beliau baru sahaja menjalani pembedahan jantung pada April lepas.\"Lebih baik daripada jangkaan, saya secara peribadi menjangkakan Azizulhasni akan menduduki kelompok terbawah memandangkan kejohanan ini membariskan 18 pelumba pecut terbaik dunia.\"Jadi untuk berada dalam kelompok 10 terbaik adalah sangat istimewa lebih-lebih lagi dengan latihan terhad dijalani selain ini merupakan perlumbaan kompetitif pertama selepas beraksi dalam acara final keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lepas,\u201d katanya kepada Bernama.\u2018The Pocket Rocketman\u2019 menamatkan kempen dalam TCL di kedudukan kelapan secara keseluruhan dengan mengutip 60 mata manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dimahkotakan sebagai juara dengan 183 mata dalam kategori pecut lelaki.Pelumba berusia 34 tahun itu turut beraksi pada peringkat akhir acara kegemarannya iaitu keirin dengan menduduki tempat kelima dalam pusingan akhir TCL yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue Sukan Olimpik 2012 iaitu di Lee Valley VeloPark, London, Sabtu lepas.Menyifatkan Azizulhasni sebagai atlet yang luar biasa selain sering dahagakan aksi di trek, Beasley berkata, beliau terpegun dengan anak buahnya yang \u2018sering tersenyum\u2019 sepanjang kejohanan lima pusingan bermula di Mallorca, Sepanyol pada 12 November.Sementara itu, jurulatih Australia itu turut memaklumkan Azizulhasni akan kembali bersaing di Piala Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia I & II bermula esok hingga 8 Dis di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan diikuti perlumbaan kelas 1 UCI di Melbourne, Australia pada 17 Disember.Pada masa sama, Beasley berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru dalam membantu bekas juara keirin lelaki dunia itu kembali ke prestasi terbaiknya.\"Jadi sekarang adalah masa untuk menguruskan beliau, kami perlu teruskan program tanpa menjejaskan kesihatan dan memastikan beliau tidak banyak melakukan aktiviti berlebihan dengan cepat kerana kami mahu pastikan beliau benar-benar cergas dan bebas daripada kecederaan,\u201d katanya.Selain kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024, Beasley berkata Azizulhasni dijangka beraksi pada Kejohanan Asia di Malaysia pada Jun depan selain Sukan Asia di Hangzhou, China mulai 23 September - 8 Oktober 2023. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 04:17pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234916/berita/sukan/lima-kerangka-fokus-utama-hannah", "article_title": "Lima kerangka fokus utama Hannah", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggariskan lima aspek yang menjadi fokus utamanya sebaik sahaja melaporkan diri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Selasa.Malah, Hannah menegaskan, beliau tidak mempunyai hasrat untuk memperkenalkan program baharu pembangunan sukan negara, sebaliknya mahu terus memperkasa program sedia ada.\u201cPerkara pertama saya mahu pastikan sukan dapat diakses untuk semua. Keduanya, memberikan keadaan yang selamat kepada atlet kita.\u201cKetiga dari segi kebajikan atlet dan saya akan dapatkan pandangan daripada mereka. Keempat, selalunya orang akan rasa kalau ada kepimpinan baharu, mungkin ada program baharu.\u201cTetapi saya tidak ada hasrat untuk memperkenalkannya (program baharu). Sebaliknya,saya mahu mendengar dan mencari jalan memperkasakan program sedia ada.\u201cYang kelima membabitkan aspek belia yang mana turut membabitkan lebih kurang 17 kementerian lain dan saya menjalin kerjasama untuk pastikan ada kesinambungan,\u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS di Putrajaya pada Selasa.Hannah yang mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu lalu mengambil alih portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Dalam pada itu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan barisan atlet negara dalam masa terdekat bagi membincangkan hal keperluan dan kebajikan mereka.'\u201cSebab itu saya kata tidak mahu buat program baharu supaya atlet ada kesinambungan mereka. Kalau asyik tukar hala tuju, susah untuk atlet kita ikut,\u201d ujarnya.Mengenai status Bajet 2023, Hannah memberitahu, keputusan sama ada peruntukan untuk kementerian berkenaan diubah atau tidak terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.\u201cUntuk Bajet 2023, kita kena tunggu arahan daripada Menteri Kewangan (Anwar) iaitu Perdana Menteri. Itu bukan sahaja melibatkan KBS tapi semua kementerian,\u201d jelasnya.Untuk rekod, Bajet 2023 yang dibentangkan kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM332 juta kepada KBS bagi melaksanakan program latihan serta fasiliti sukan negara pada tahun hadapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 04:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234890/berita/sukan/ronaldo-sertai-al-nassr-terima-bayaran-tertinggi", "article_title": "Ronaldo sertai Al-Nassr, terima bayaran tertinggi", "article_text": "BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo mencapai persetujuan muktamad untuk menyertai Al-Nassr Januari ini, lapor media Sepanyol.Kapten skuad Portugal itu sedang mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu.Skuad Red Devils bertindak pantas menamatkan perjanjian bersama Ronaldo yang bernilai lebih \u00a3500,000 (RM2.67 juta) seminggu dan masih berbaki tujuh bulan sebagai tindak balas komennya ketika ditemubual Piers Morgan kerana mengkritik Erik ten Hag dan pemilik kelab.Marca minggu lalu melaporkan bahawa Ronaldo sudah menerima tawaran kontrak bernilai \u00a3432 juta (RM2.3 bilion) dari Al-Nassr.Akhbar Sepanyol itu mendakwa Ronaldo sudah mencapai persetujuan muktamad dengan kelab Arab Saudi dan akan menyertai kelab itu 1 Januari ini.Pemenang Ballon d'Or lima kali berusia 37 tahun itu akan menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bernilai \u00a3173 juta (RM924.6 juta) setiap musim.Menurut senarai Forbes 2022, perpindahan itu akan menjadikan Ronaldo sebagai pemain yang menerima bayaran tertinggi di dunia.Ia mendahului Lionel Messi, \u00a3105m (RM561.2 juta) di Paris Saint-Germain (PSG) tahun ini dan pemain Los Angeles Lakers, LeBron James, yang menerima \u00a398 juta (RM523.8 juta).Al-Nassr merupakan salah sebuah pasukan paling berjaya di Arab Saudi setelah memenangi kejuaraan liga sembilan kali.Ronaldo mendesak untuk meninggalkan United sejak musim panas, tetapi ejennya gagal menemui kelab baharu walaupun berbincang dengan beberapa pasukan terkemuka Eropah termasuk Chelsea, Bayern Munich dan PSG.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 02:38pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234886/berita/sukan/kda-fc-ikat-nafuzi-dua-tahun", "article_title": "KDA FC ikat Nafuzi dua tahun", "article_text": "ALOR SETAR - Mohd Nafuzi Mohd Zain diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang baharu dengan kontrak selama dua tahun bermula musim 2023.Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pengalaman dan prestasi cemerlang dimiliki Mohd Nafuzi dalam membina pasukan bola sepak \u2018from bottom to top\u2019 diharap dapat dibawa ke dalam skuad Sang Kenari pula.Menurutnya, kelab tersebut memberikan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih itu memilih barisan pemain dan mencari bakat-bakat baharu yang boleh diserap masuk ke dalam pasukan.\"Saya minta peminat KDA FC supaya beri masa kepada Mohd Nafuzi untuk membina dan membangunkan pasukan yang gah, disegani dan dihormati.\u201cSaya juga ingin memaklumkan jumlah keseluruhan pemain untuk musim hadapan adalah seramai 25 orang dan nama-nama mereka hanya akan diumumkan nanti. Seramai 17 pemain bagi musim 2022 tidak ditawarkan kontrak baharu untuk musim hadapan,\u201d katanya pada sidang akhbar pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pelantikan Ketua Jurulatih Baharu musim 2023 di antara Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali dan Mohd Nafuzi.Mohd Nafuzi dan Mohd Daud bergambar bersama peminat Sang Kenari di House Of The Kenari di Alor Setar pada Selasa.Terdahulu, Mohd Daud juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara KDA FC yang diwakili Khamal Idris dan Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) yang diwakili Pengerusinya, Muhammad Edi Soffi Ramli dalam aspek perniagaan bagi menjana pendapatan dan menyumbang kepada pendanaan operasi kelab tersebut.Sementara itu, Mohd Nafuzi berkata, bukan mudah untuk dirinya yang pernah menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2006-2007 mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan tersebut.Beliau mengakui tidak sabar dan teruja untuk kembali berada di bumi Jelapang Padi dan berjanji memberikan yang terbaik untuk kejayaan pasukan.\u201cPerancangan saya adalah untuk mengembangkan lagi bakat pemain anak jati Kedah itu sendiri kerana sedia maklum Kedah mempunyai barisan pemain lama dan baharu yang cukup bagus dan digeruni.\"Bagi barisan pemain untuk musim depan pula, saya akan membuat pemilihan dengan mengambil kira aspek-aspek penting bagi memastikan pasukan Kedah pada musim hadapan lebih mantap,\u201d ujar Mohd Nafuzi.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 02:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234884/berita/sukan/griezmann-enggan-tertekan-tanpa-gol", "article_title": "Griezmann enggan tertekan tanpa gol", "article_text": "BINTANG Perancis, Antoine Griezmann ingin menikmati sepuasnya aksi Piala Dunia Qatar 2022 tanpa mahu memikirkan ketumpulannya di depan gawang kerana belum meledak sebarang gol setakat ini.Griezmann berperanan sebagai penghubung bahagian tengah dengan barisan hadapan, selain bertahan sebaik mungkin seperti ketika menyerang, dia seorang yang gembira di dalam dan luar padang.Saya berpeluang menjaringkan gol menentang Denmark, tetapi terlepas. Mungkin tidak begitu dekat dengan kotak penalti seperti yang biasa saya lakukan.\"Saya masih buntu gol, tetapi tidak begitu terdesak mengenainya. Pasukan memerlukan saya di bahagian tengah untuk menjadi penghubung antara benteng pertahanan dan serangan. Saya amat bangga dan gembira,\" katanya.Griezmann melakar rekod beraksi 71 perlawanan berturut-turut bersama Les Bleus.Ayam tambatan, Kylian Mbappe sudah menyumbat lima gol di Qatar untuk mengumpul sembilan gol pada Piala Dunia dan Olivier Giroud mengatasi Thierry Henry untuk muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 52 gol.Bagaimanapun, Griezmann masih bergelut memburu gol tanpa mengenal erti penat lelah di belakang mereka.Jurulatih, Didier Deschamps tetap yakin dengan khidmat Griezmann biarpun pemain itu bergelut ketika beraksi di Barcelona dan diletakkan di bangku simpanan sekembalinya ke Atletico Madrid tahun lalu.\"Saya terhutang budi kepadanya (Deschamps), jadi apabila diberi peluang beraksi saya bersungguh-sungguh bermain untuk Perancis, rakan sepasukan dan jurulatih,\" ujar Griezmann.Pemain berusia 31 tahun itu berlari tidak kurang 11.3 kilometer Ahad lalu ketika Perancis menyingkirkan Poland 3-1 untuk menempah slot suku akhir berdepan England pada awal pagi Ahad.\"Sihat dan cergas secara fizikal banyak membantu saya. Tiada sebarang masalah dalam kehidupan peribadi.\"Tercetus dalam fikiran mengenai detik sukar di Barca dan tahun lalu apabila saya kembali ke Atletico. Ia agak rumit, saya terpaksa mencari diri sendiri dalam dan di luar padang,\" kata Griezmann.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 02:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234871/berita/sukan/england-tekad-gasak-kubu-perancis", "article_title": "England tekad gasak kubu Perancis", "article_text": "ENGLAND akan menggunakan tempo permainan berintensiti tinggi menentang juara bertahan, Perancis pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar di Stadium Al Bayt, pada Ahad.Pengendali Three Lions, Gareth Southgate mahu para pemainnya mengasak kubu Perancis bertali arus untuk memburu gol sekali gus mempunyai keupayaan untuk mengalahkan pasukan ternama itu.\u201cApa yang kami perkatakan sebelum aksi menentang Senegal adalah menyerang lawan tanpa henti. Belum mahu berasa berpuas hati setelah mendahului sebaliknya perlu memastikan kami mengekalkan tahap intensiti perlawanan.Jadi kami perlu lakukannya sekarang menentang juara dunia. Apabila anda imbau semula kejohanan kami sebelum ini, anda lihat pasukan yang menyingkirkan England daripada persaingan.\u201cInilah ujian berikutnya buat pasukan ini,\u201d ujar Southgate.Three Lions meledak jaringan terbanyak di Qatar dengan 12 gol dan Southgate menggesa pemain bintangnya memburu gol seperti mereka lakukan ketika menang ke atas Iran, Wales dan Senegal.Bagaimanapun, Southgate percaya rekod England pada kejohanan terdahulu banyak membantu mereka menjelang pertemuan dengan Perancis.Three Lions layak ke separuh akhir Piala Dunia Rusia 2018, kemudian mara ke final Euro 2020 mengalahkan Jerman sebelum tumpas di tangan Itali menerusi penentuan sepakan penalti.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 01:20pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234848/berita/sukan/nafuzi-zain-sah-ketua-jurulatih-kda-fc-musim-2023", "article_title": "Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023", "article_text": "KEDAH Darul Aman FC mengumumkan Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan tersebut bagi musim 2023.Laman Facebook rasmi kelab itu dalam satu kenyataan ringkas mengumumkan perkara tersebut dengan menyifatkan kepulangan semula Nafuzi, 44, ke pangkuan Sang Kenari yang mana beliau pernah bergelar pemain pasukan pada 2002 sehingga 2007.Satu sidang media rasmi akan diadakan pada pagi Selasa oleh pemilik saham terbesar KDA FC iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Nafuzi.Bekas pengendali Terengganu FC itu hadir dengan reputasi baik selepas membantu Sang Penyu muncul naib juara Liga Super 2022, naib juara Piala FA 2022, separuh akhir Piala Malaysia 2022 selain membantu pasukan itu beraksi di pentas Piala AFC musim 2023.Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan musim 2022 apabila sekadar berada di tangga kelapan Liga Super, pusingan 16 Piala Malaysia dan pusingan kedua Piala FA.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 11:11am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234844/berita/sukan/skuad-jepun-tinggalkan-origami-ucapan-terima-kasih", "article_title": "Skuad Jepun tinggalkan origami, ucapan terima kasih", "article_text": "PERJALANAN pasukan Jepun dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 berakhir di peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Croatia dalam penentuan penalti di Stadium Al Janoub, pada Isnin.Jepun menunjukkan prestasi cukup membanggakan dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila mencipta kejutan menewaskan gergasi Eropah Sepanyol dan Jerman di peringkat kumpulan.Selain aksi cemerlang dipamerkan, skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.Walaupun masih berada dalam suasana kecewa gagal mara ke pusingan suku akhir, pemain Jepun tetap meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dalam keadaan bersih selain turut membuat origami sebagai hadiah kepada penganjur.Ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun turut ditulis oleh pasukan tersebut di atas kertas dan ditinggalkan di bilik persalinan stadium itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 11:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234843/berita/sukan/kejutan-ke-atas-jerman-sepanyol-tidak-bermakna", "article_title": "'Kejutan ke atas Jerman, Sepanyol tidak bermakna'", "article_text": "KEMENANGAN bersejarah Jepun ke atas Jerman dan Sepanyol tidak bermakna setelah skuad Samurai Biru tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.Penyerang, Ritsu Doan menganggap kemenangan itu sebagai sia-sia setelah pengembaraan skuadnya tersekat di pusingan kalah mati pada Selasa.Jepun terlepas peluang buat kali pertama untuk melangkah ke suku akhir selepas kalah penentuan sepakan penalti 1-3 kepada Croatia selepas keputusan terikat 1-1 pada masa tambahan.Jepun menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan, namun Ritsu tidak menganggap ia sesuatu yang menyenangkan hati hasil kejayaan itu kerana Jepun tersingkir.Saya menjangkakan seseorang akan berkata jika kami kalah, tapi sejujurnya ia tidak bermakna apa-apa (gagal mara ke suku akhir).\"Tidak kira bertapa hebatnya kami berjuang hari ini (Selasa) kami tidak mengubah sejarah (tersingkir daripada Piala Dunia),\" ujar Ritsu.Jepun terlebih dahulu di depan menerusi Daizen Maeda sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia 10 sebelum rehat.Jepun bergelut untuk menambah jaringan, namun perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.Penjaga gol Croatia Dominik Livakovic cemerlang di gawang apabila menyelamatkan dua sepakan penalti pertama mereka.\"Penalti adalah gabungan nasib dan latihan,\" ujar jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu selepas kegagalan pemainnya untuk menyempurnakan penalti.Moriyasu turut memuji penjaga gol pasukan lawan yang bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Jepun.\"Penjaga gol mereka sangat baik tetapi pemain Jepun seharusnya lebih baik dan itu yang kami perlu usahakan pada masa depan,\" katanya.Skuad Samurai Biru menyasarkan untuk mara ke suku akhir buat kali pertama, selepas dikecewakan dalam pusingan 16 terakhir pada tiga Piala Dunia sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:58am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234839/berita/sukan/kisah-heung-min-si-pemakai-topeng-di-piala-dunia", "article_title": "Kisah Heung-min si pemakai topeng di Piala Dunia", "article_text": "SON Heung-min tampil sekian kalinya di Piala Dunia Qatar 2022 ketika Korea Selatan menentang Brazil dalam pusingan 16 terbaik kejohanan yang berlangsung di Stadium 974 - Ras Abu Aboud, awal pagi Selasa.Penyerang Tottenham Hotspur itu sebelum ini berjaya mendapat lampu untuk beraksi di Piala Dunia walaupun mengalami keretakan sekitar mata kirinya semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille di Stade Velodrome.Pemain berusia 30 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-29, digantikan Yves Bissouma selepas berlaga dengan Chancel Mbemba ketika kelab London itu menang 2-1 ke atas Olympique Marseille pada 1 November, kemudiannya memerlukan pembedahan.Namun tiga minggu selepas itu Heung-min kembali dibenarkan untuk menyertai Taegeuk Warriors semula sebagai persediaan ke Qatar 2022.Biarpun Heung-min mendapat lampu hijau menyertai rakan sepasukannya sebelum Piala Dunia, dia masih dalam proses pemulihan, pemain itu perlu memakai topeng pelindung hitam.Pengendali Taegeuk Warriors, Paulo Bento juga mengenakan arahan berpasukan untuk membincangkan kesihatan pemain bintangnya tersebut untuk perlawanan pembukaan menentang Uruguay di Stadium Education City, 24 November lalu.\u201cKita perlu semak dan analisa hari demi hari perkembangannya, biarlah dia datang...\u201cKami mempunyai masa untuk membuat keputusan yang betul dan keputusan yang terbaik untuk kami semua,\u201d kata Bento.Sementara itu, Heung-min sebelum ini berazam untuk beraksi sepenuh hati di Piala Dunia demi negaranya: \u201cSaya tidak akan terlepas ini untuk dunia. Saya tidak sabar untuk mewakili negara Korea yang indah.\u201cSaya hanya mahu meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas mesej sokongan yang saya terima sepanjang minggu lalu.\"Saya telah membaca begitu banyak daripada mereka dan benar-benar menghargai anda semua. Dalam masa yang sukar saya menerima banyak kekuatan daripada anda!\"Bermain untuk negara anda di Piala Dunia adalah impian ramai sejak kanak-kanak, sama seperti ia juga salah satu daripada saya.\"Korea Selatan mengakhiri cabaran Qatar 2022 setelah tewas 1-4 kepada pasukan pilihan, Brazil dalam perlawanan 16 terbaik di Stadium 974 - Ras Abu Aboud.Pada edisi Rusia 2018, Korea Selatan mengakhiri cabaran di kedudukan ketiga Kumpulan F - tewas kepada Sweden 0-1, kecundang 1-2 kepada Mexico, sebelum mengejutkan Jerman 2-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234836/berita/sukan/era-baharu-bola-sepak-jepun", "article_title": "'Era baharu bola sepak Jepun'", "article_text": "PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu tetap berbangga dan menyifatkan pasukannya sedang meniti era baharu bola sepak walaupun tewas penentuan penalti kepada Croatia, dalam aksi 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Isnin.Menurutnya, Jepun telah mempamerkan aksi luar biasa termasuk menumbangkan dua gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sepanyol dalam edisi Piala Dunia kali ini.\"Kami tidak dapat melepasi pusingan 16 terbaik, tetapi kami berjaya menewaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan. Mereka adalah juara dunia dan pasukan kuat.Jika anda menyaksikan perlawanan, kami mencipta banyak peluang jaringan dan mempunyai peluang untuk menang.\"Kami boleh bermain menentang pasukan terbaik dunia dan menewaskan mereka (Jerman dan Sepanyol). Pemain telah menunjukkan era baharu bola sepak Jepun,\" katanya.Dalam perlawanan itu, Samurai Biru terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Daizen Maeda sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan untuk Croatia 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan tonggak Jepun, Takumi Minamino, Kauru Mitoma dan Maya Yoshida gagal menyempurnakannya.Moriyasu menegaskan Jepun menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka selain turut memuji aksi dipamerkan para pemainnya.\"Kami tidak menang penalti dan kami perlu menerimanya, tetapi saya tidak rasa kami tertekan ketika penalti itu. Sebaliknya penjaga gol Croatia itu beraksi baik.\"Pemain Jepun bermain 120 minit dengan penuh keyakinan dan pemain yang mengambil penalti juga sangat berani,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:22am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234832/berita/sukan/neymar-kunci-kemenangan-brazil", "article_title": "Neymar kunci kemenangan Brazil", "article_text": "PENGENDALI Brazil, Tite menyifatkan tiada pemain lain yang dapat menggantikan kualiti dimiliki Neymar selepas pemain itu cemerlang membantu pasukan menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 pada Selasa.Neymar kembali dalam kesebelasan utama pasukan di Stadium 974 selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali pada perlawanan pertama Piala Dunia itu.Kemungkinan untuk pemain Paris Saint Germain (PSG) itu kembali daripada kecederaan sebelum ini diragui, namun dia tampil dengan peranan penting termasuk menjaringkan penalti untuk memastikan kemaraan skuad Selecao itu ke suku akhir.\"Dia memainkan peranan penting terutama dengan keupayaan teknikal dimilikinya. Apabila pasukan mencari pemain, mereka tahu bahawa mereka mempunyai senjata (seseorang yang boleh membuat) perbezaan.\"Setiap orang mempunyai ciri tersendiri, tetapi Neymar adalah pemain yang mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan,\" katanya.Brazil hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka jaringan gol menerusi jaringan Vinicius Jr sebelum Neymar menyempurnakan penalti untuk gol ke-76 peribadi-kurang satu di belakang rekod sepanjang zaman milik Pele.Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan jaringan menarik pada minit ke-29, disusuli dengan gol Lucas Paqueta tujuh minit kemudian.Gol saguhati Korea Selatan dijaringkan Paik Seung-Ho pada minit ke-76.Jaringan penalti Neymar itu juga menjadikan dia pemain Brazil ketiga yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia (2014, 2018 dan 2022) selepas Pele dan Ronaldo.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:02am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234831/berita/sukan/croatia-idam-tumbangkan-brazil", "article_title": "Croatia idam tumbangkan Brazil", "article_text": "PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic menyifatkan pasukannya tidak hanya mahu berhenti di peringkat suku akhir dalam aksi Piala Dunia Qatar 2022.Menurutnya, Croatia akan menjanjikan persembahan lebih baik untuk mencipta sejarah mara lebih jauh sekali gus cuba menumbangkan Brazil di pusingan suku akhir.\"Generasi ini adalah generasi yang tabah dan tidak berputus asa. Mereka mencerminkan semangat rakyat Croatia yang telah melalui begitu banyak kesakitan.Pasukan kebangsaan Croatia membawa begitu banyak kebanggaan dan kegembiraan kepada rakyat. Kami memberi mereka kepercayaan pada hari esok yang lebih baik.\"Kami generasi baharu pemain bola sepak Croatia. Ini adalah peluang untuk mencipta sejarah,\" katanya.Croatia mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Jepun menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan tamat.Skuad dengan gelaran Vatreni itu dijadualkan menentang Brazil pada aksi suku akhir pada Jumaat.Dalam pada itu, bintang Croatia, Nikola Vlasic menyifatkan Jepun telah memberikan perlawanan yang sukar namun menegaskan pasukannya layak untuk melangkah ke pusingan seterusnya.\"Mereka memberi kami perlawanan yang sukar, tetapi kami tahu perkara itu akan berlaku, bukan kebetulan mereka menewaskan Jerman dan Sepanyol.\"Kami mempunyai lebih banyak peluang dan saya rasa kami berhak untuk menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 10:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234828/berita/sukan/bento-tinggalkan-korea-selatan", "article_title": "Bento tinggalkan Korea Selatan", "article_text": "PAULO Bento memberi bayangan tidak akan kekal sebagai jurulatih Korea Selatan selepas mereka tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022 selepas tewas 1-4 kepada Brazil pada Selasa.\"Saya perlu fikirkan mengenai masa depan, tapi tidak akan bersama pasukan Korea.\"Saya akan berehat dan kemudian melihat apa yang akan berlaku,\" kata pengendali berusia 53 tahun yang juga bekas jurulatih Portugal itu selepas perjalanan skuad Kimchi terhenti di peringkat kalah mati.\"Saya baharu saja beritahu pemain dan presiden persatuan kebangsaan.\"Keputusan ini sudah saya fikirkan sejak September. Ia sudah ditetapkan dan hari ini (Selasa) saya mengesahkannya.\"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Korea Selatan dan sangat bangga menguruskan mereka,\" katanya.Bento mengambil alih pasukan selepas Piala Dunia 2018 menggantikan Shin Tae-yong.Di Qatar, Korea Selatan bukan tandingan Brazil apabila ketinggalan empat gol pada babak pertama di Stadium 974, Doha walaupun berjaya mendapatkan satu gol menerusi pemain gantian, Paik Seung-ho.\"Saya percaya kami boleh berbangga dengan apa yang dicapai pada Piala Dunia kali ini dan apa yang kami lakukan sejak empat tahun lalu untuk berada di sini,\" kata Bento yang melatih Portugal pada kejohanan 2014 di Brazil.Korea Selatan yang diketuai Son Heung-min mara ke Qatar selepas berada di kedudukan kedua kelayakan di belakang Iran, tetapi penyingkiran di kelompok 16 terakhir bermakna mereka tidak pernah menang aksi di peringkat penyingkiran selain di negara sendiri.\"Korea beraksi sangat baik pada peringkat kumpulan walaupun kami boleh mendapatkan lebih banyak mata sekiranya menewaskan Ghana,\" ujar Bento.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 09:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234826/berita/sukan/brazil-buru-kejuaraan-buat-pele", "article_title": "Brazil buru kejuaraan buat Pele", "article_text": "SELEPAS mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik, Brazil fokus untuk meraih kejuaraan keenam Piala Dunia Qatar 2022.Menuju hari untuk membuat perhitungan dengan Croatia pada aksi suku akhir Jumaat ini, skuad bimbingan Tite berada di prestasi terbaik selepas mengalahkan Korea Selatan 4-1 dalam saingan kalah mati pada Selasa.\"Sudah tentu kami mengimpikan gelaran ini. Hari ini adalah perlawanan keempat, masih berbaki tiga. Kami fokus untuk mendapatkan kejuaraan,\" ujar Neymar.Pemain sensasi itu kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali.Malah pada aksi itu, Neymar turut meledak menerusi sepakan penalti.Kekalahan Korea Selatan kepada Brazil, Jepun pula tewas kepada Croatia dan Australia dikecewakan Argentina, bermakna ketiga-tiga wakil Asia tewas di peringkat kalah mati.Brazil membuka tirai jaringan menerusi Vinicius Jr pada minit ketujuh, diikuti gol Neymar enam minit kemudian.Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan jaringan menarik pada minit ke-29, berselang tujuh minit, Lucas Paqueta pula meledak untuk gol keempat.Paik Seung-Ho menyumbang gol sagu hati buat Korea Selatan pada minit ke-76, namun belum cukup untuk menghalang Brazil merebut slot ke suku akhir.\"Saya harap kami dapat terus menari sehingga ke final. Kami juga menghadiahkan kemenangan ini kepada Pele. Semoga dia cepat sembuh,\" ujar Vinicius.Selepas tamat perlawanan, para pemain membawa kain rentang tertera wajah legenda Brazil, Pele.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 09:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234816/berita/sukan/brazil-singkir-korea-tempah-slot-suku-akhir", "article_title": "Brazil singkir Korea tempah slot suku akhir", "article_text": "JUARA lima kali, Brazil mudah menjinakkan Korea Selatan 4-1 dalam aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium 974 awal pagi Selasa.Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Tite di laluan terbaik untuk memburu kejuaraan keenam, biarpun bakal berdepan naib juara edisi lalu, Croatia di peringkat suku akhir.Pada aksi pusingan 16 terakhir itu, Brazil mempamerkan persembahan menghiburkan apabila mendahului Korea Selatan 4-0 pada babak pertama.Vinicius Junior membuka tirai jaringan pada minit ketujuh untuk menewaskan Kim Seung-gyu.Berselang beberapa minit kemudian Brazil dihadiahkan sepakan penalti selepas Richarlison dijatuhkan pemain tengah Korea Selatan, Jung Woo-young.Pemain bintang, Neymar menerusi sepakan leret mudah sekali lagi menewaskan Seung-gyu untuk Brazil selesa di depan.Tersentak ketinggalan dua jaringan, skuad Kimchi menyusun semula serangan dan hampir membuahkan hasil, namun percubaan jarak jauh Hwang Hee-chan dinafikan penjaga gol, Alisson.Skuad Selecao menambah derita Pahlawan Taeguk dengan jaringan ketiga menerusi Richarlison pada minit ke-29.Gawang Seung-gyu bolos lagi pada minit ke-36.Kali ini tiba giliran Lucas Paqueta untuk mencatat nama selaku penjaring untuk melengkapkan kemenangan besar Brazil.Bersambung babak kedua, Korea Selatan cuba merapatkan jurang gol, namun dinafikan Alisson yang kebal di gawang.Enggan berputus asa, skuad dari Asia itu akhirnya menemui sasaran apabila Paik Seung-ho meledak pada minit ke-77 menerusi sepakan jarak jauh untuk meraih gol saguhati buat Korea Selatan.Menerusi kemenangan itu, Brazil akan membuat perhitungan dengan Croatia di Stadium Education City pada Jumaat.Croatia mara ke kelompok lapan terbaik selepas menyingkirkan satu lagi wakil Asia, Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 07:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234807/berita/sukan/cabaran-100-hari-buat-hannah", "article_title": "Cabaran 100 hari buat Hannah", "article_text": "TEMPOH 100 hari disifatkan cabaran penting kepada kepimpinan baharu Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, bagi melihat kembali pengisian pemerkasaan sukan sebagai ejen perpaduan dalam mengukuhkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, perancangan pemerkasaan sukan sebagai ejen perpaduan merupakan langkah penting dalam konteks pembentukan Kerajaan Perpaduan pada hari ini.\u201cSukan ejen penting memupuk semangat perpaduan semasa proses awal pembentukan negara sebelum ini.\u201cNamun selepas itu sukan tidak lagi dapat kita lihat menjadi antara platform merapatkan hubungan masyarakat biarpun kita melihat perpaduan kerap dijelmakan dalam bentuk sokongan setiap kali atlet atau pasukan negara beraksi di peringkat antarabangsa.\u201cAdalah penting sukan berperanan sebagai agen perpaduan dengan penglibatan setiap golongan anggota masyarakat. Biarpun akan ada cakap-cakap apalah yang boleh dicapai dalam 100 hari sekadar hanya lebih kepada perancangan atau penetapan hala tuju, namun ia tidak boleh dipandang ringan menteri.\u201cSaya percaya dan mengharapkan Hannah dapat menyediakan program-program yang dapat menyemarakkan kembali perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan disandang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Hannah merupakan menteri ke-21 sejak penubuhan kementerian berkenaan pada 1964.Untuk rekod, Hannah pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan pemimpin wanita kedua dalam sejarah dilantik mengetuai Kementerian Belia dan Sukan selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.Tambah Pekan, kewujudan program sukan ini juga tidak hanya bersifat Indeks Prestasi Utama (KPI) kementerian tetapi perlu memiliki mekanisme kesinambungan sebagai agen perpaduan dalam jangka panjang.Katanya, mekanisme penganjuran sukan yang melibatkan penyertaan rakyat khasnya belia negara ini juga memerlukan satu semangat baharu bagi memperkukuhkan jatidiri Malaysia.\u201cKewujudan program perpaduan digembeleng kementerian daripada peringkat institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan rendah serta dalam kalangan anggota masyarakat juga perlu lebih holistik.\u201cIni penting kerana kita tidak mahu sukan yang pernah menjadi agen perpaduan dalam membentuk semangat Malaysia juga terus terpisah mengikut sukan-sukan tertentu berdasarkan Melayu, Cina dan India.\u201cKerangka pengisian 100 hari ini penting kerana walaupun umum mengetahui teras utama kementerian adalah pencapaian dalam sukan negara, namun harus diingat tanpa perpaduan kita sukar meraih dan mengekalkan kecemerlangan,\u201d katanya.Pekan juga menyarankan Hannah tidak hanya memfokuskan pencapaian sukan negara, sebaliknya juga pemerkasaan golongan belia di negara ini.\u201cGolongan belia ini berdepan cabaran mencabar terutamanya dalam meneruskan kesinambungan hidup berikutan perubahan ekonomi dunia.\u201cKita tidak mahu seperti menteri-menteri belia dan sukan terdahulu yang selamanya kekal menjadi menteri sukan tanpa melihat kepada keperluan meningkatkan taraf ekonomi golongan belia.\u201cSebaik-baik seimbangkan dan bergerak dalam satu jajaran sama, kerana sukan dan belia saling bertaut dalam agenda perpaduan serta pembangunan negara pada masa depan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234805/berita/sukan/croatia-singkir-cabaran-jepun-dari-qatar-2022", "article_title": "Croatia singkir cabaran Jepun dari Qatar 2022", "article_text": "CROATIA meneruskan persembahan cemerlang apabila menyambar slot suku akhir Piala Dunia selepas menyingkirkan cabaran Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub pada Isnin.Qatar 2022 merupakan pertemuan Piala Dunia ketiga antara Jepun dan Croatia, dengan Samurai Biru tanpa kemenangan dan jaringan dalam dua perlawanan sebelum ini, tewas 0-1 pada edisi Perancis 1998 dan seri tanpa jaringan pada Jerman 2006, kedua-duanya di fasa kumpulan.Untuk rekod, kedua-dua perlawanan itu juga merupakan satu-satunya perlawanan Piala Dunia yang menampilkan Croatia menentang pasukan negara Asia sebelum ini.Bagaimanapun tidak seperti ketika berdepan Jerman dan Sepanyol pada peringkat kumpulan sebelum ini yang menyaksikan persembahan bertenaga Jepun.Namun di sepanjang 120 minit untuk seri 1-1 berdepan naib juara edisi Piala Dunia Rusia 2018 itu, kelemahan mental lama kembali menghantui Samurai Biru apabila gagal ketika memasuki fasa penentuan sepakan penalti, untuk mengakhiri cabaran tewas 1-3.Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan penuh bertenaga, namun selepas beberapa minit, Croatia mula mengawal dan menentukan hala tuju permainan.Bagaimanapun gol dihasilkan pemain kelab Liga Perdana Scotland, Daizen Maeda pada minit ke-43, terlebih dulu meletakkan Samurai Biru pimpinan Hajime Moriyasu mendahului perlawanan.Namun bintang kelab Liga Perdana Inggeris Tottenham Hotspur, Ivan Perisic menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu minit ke-55 untuk memastikan skuad kendalian Zlatko Dalic kembali semula ke dalam permainan.Penjaga gol Dinamo Zagreb Dominik Livakovi\u0107 muncul wira dalam penentuan sepakan penalti apabila menyelamatkan tiga daripada empat penalti Jepun, dengan hanya Takuma Asano yang menjaringkan gol Samurai Biru.Edisi Rusia 2018 sebelum ini, Jepun mengakhiri cabaran di fasa 16 terbaik apabila ditunjukkan Belgium jalan keluar setelah tewas 3-2 di Rostov Arena, Rostov on Don.\u201cSaya percaya penyesalan yang kami rasa dengan kekalahan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang...\"Kami dapat menunjukkan semangat juang rakyat Jepun di Piala Dunia. Ya, sukar untuk menerima kekalahan, namun di sebalik itu bola sepak Jepun sudah semakin maju,\" kata pemain pertahanan Yuto Nagatomo, yang beraksi di Piala Dunia kali keempat.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2022 03:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234796/berita/sukan/keluarga-nafi-laporan-pele-semakin-tenat", "article_title": "Keluarga nafi laporan Pele semakin tenat", "article_text": "KELUARGA Pele sekali lagi menafikan spekulasi yang mengatakan ikon bola sepak Brazil yang sedang menjalani rawatan di hospital Sao Paulo itu berada dalam keadaan tenat, menurut Deutsche Presse-Agentur (dpa).Akhbar Folha de Sao Paulo pada Sabtu melaporkan Pele, 82, telah dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan.Pele, pernah menjalani prosedur membuang tumor di usus besar pada tahun lepas, kini sedang menjalani rawatan susulan di klinik rawatan kanser dan menurut pihak hospital beliau menunjukkan tindak balas yang positif terhadap rawatan.Dalam temu bual bersama TV Globo pada malam Ahad, dua anak perempuan dan seorang cucu legenda bola sepak itu menyatakan Pele sedang menjalani rawatan pernafasan berkaitan jangkitan Covid-19.Beliau sakit, beliau sudah uzur. Tetapi sebaik sahaja sihat, beliau akan pulang ke rumah,\" kata anak perempuannya, Kely Nascimento.Kakaknya, Flavia Nascimento pula berkata: \"bapa mereka berada di wad biasa dan adalah sangat tidak adil apabila orang mengatakan beliau berada di penghujung hayatnya dan dalam penjagaan paliatif. Ia tidak benar, kawan-kawan. Percayalah kami.\"Cucu Pele, Arthur Arantes do Nascimento berkata: \"Pele terharu dengan doa orang ramai ke atasnya\u201d.Mengenai dakwaan beliau sedang tenat: \"Itu akan terjadi satu hari tetapi tidak hari ini. Beliau akan melihat Brazil menjadi juara dunia buat kali keenam,\" kata cucunya itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 09:56pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234795/berita/sukan/portugal-tak-pandang-mudah-switzerland", "article_title": "Portugal tak pandang mudah Switzerland", "article_text": "KEJAYAAN Portugal melakar kemenangan besar ke atas Switzerland di Liga Negara-Negara pada Jun lalu, disifatkan sebagai pencapaian yang sudah berlalu.Sebaliknya pemain tengah, William Carvalho menyifatkan pertemuan untuk kali ketiga kedua-dua pasukan tahun ini di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Rabu menjanjikan perlawanan lebih sengit\u201cSaya pasti kami akan berdepan pasukan Switzerland yang banyak penguasaan bola dan kami bersedia untuk itu.\u201cAda kejutan (di Piala Dunia ini), itu hakikat, kami perlu fokus dari minit pertama hingga ke minit terakhir supaya perlawanan berjalan mengikut kehendak kita, dan bukan sebaliknya,\u201d kata Carvalho.Pada aksi Kumpulan B Liga Negara-Negara, 6 Jun lalu, Portugal menewaskan Switzerland, 4-0 di Stadium Jose Alvalade sebelum anak buah Murat Yakin bangkit untuk menang 1-0 di Stade de Geneve, pada 13 Jun.Portugal sebelum itu mengesahkan kemaraan selepas muncul juara Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Ghana (3-2) dan Uruguay (2-0) sebelum tunduk 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 09:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234791/berita/sukan/perak-ambil-perhatian-status-pafa", "article_title": "Perak ambil perhatian status PAFA", "article_text": "KERAJAAN Perak akan meminta maklum balas daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berhubung status terkini Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang masih digantung.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan PJS dalam masa terdekat supaya kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri itu dapat diselesaikan segera.\"Kita ingin semak dan cari jalan penyelesaian seperti yang disarankan oleh PJS sendiri kerana kemelut berpanjangan ini memberi kesan terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri.Saya ambil tanggungjawab ini untuk pastikan tiada pihak terguris dan pada masa sama mahu pastikan PAFA boleh bergerak seperti persatuan bola sepak negeri lain.\u201cSaya juga optimis bahawa jalan penyelesaian bagi konflik tersebut mampu dicapai demi kelangsungan pembangunan sukan bola sepak negeri,\" katanya selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak.Pada 7 Mac lalu, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu dan ia dibuat bagi membolehkan PAFA membuat langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 bagi mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.PAFA yang diterajui Presidennya, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin selepas itu mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) termasuk laporan Kongres Tahunan PAFA ke-63 yang diadakan 28 Mei lepas kepada PJS.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 09:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234781/berita/sukan/pawi-tolak-tepi-bulan-madu-fokus-rebut-tempat-ke-piala-aff", "article_title": "Pawi 'tolak tepi' bulan madu, fokus rebut tempat ke Piala AFF", "article_text": "PEMAIN sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid sanggup melupakan seketika untuk berbulan madu bersama isteri yang juga pelakon Syifa Melvin, bagi memastikan dirinya dapat beraksi pada Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.Muhammad Safawi, yang selamat diijabkabulkan bersama Syifa pada 28 November berkata, lebih membanggakan isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya, pada kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu.\"Terima kasih kepada semua yang berikan ucapan (perkahwinan), ini semua menjadi motivasi dan saya bangga pasukan kebangsaan panggil saya kali ini, harap dapat buktikan sesuatu (jika bermain) dalam kejohanan (Piala AFF),\u201d katanya kepada pemberita selepas melapor diri pada sesi latihan di sini, pada Isnin.Sekiranya dapat beraksi di Piala AFF kelak, Muhammad Safawi atau lebih dikenali Pawi berharap, dapat menggunakan peluang tersebut untuk memperoleh lebih banyak minit permainan, selepas sering memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) pada musim 2022.Mengulas mengenai perpindahannya ke kelab Thailand, Ratchaburi FC pada musim depan, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai misi dalam mengembalikan semula momentumnya, selain berharap mampu membantu kelab baharunya meraih kejayaan.Bagi saya corak permainan liga bola sepak Thailand banyak bermain ball possession dan permainan yang laju. Jadi ini mungkin tempat terbaik untuk saya dapatkan momentum, saya tak nak duduk di bangku simpanan lagi,\u201d katanya yang dipinjamkan ke Ratchaburi FC selama setahun.Pemain kelahiran Terengganu itu pada masa sama berpendapat, dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini, merupakan platform terbaik bagi mengumpul mata, dalam usaha skuad kebangsaan berada di kelompok 125 terbaik bagi ranking FIFA.Sementara itu, pemain baharu Stuart Wilkin, merasa amat berbangga kerana telah dipanggil Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan berharap untuk membuktikan yang beliau layak untuk pasukan kebangsaan.\"Saya banyak belajar dari Pan Gon dalam tempoh singkat, saya telah menyertai empat sesi setakat ini, tetapi saya dapat faham dengan jelas mengenai jenis permainan bola sepak yang beliau mahu kami mainkan serta peranan saya dalam pasukan.\"Untuk pemain baharu, kami perlu membuka minda sebaik mungkin, bekerja keras dan memastikan untuk mendengar kepada semua taktik yang beliau sedikan untuk kami,\u201d kata pemain tengah Sabah FC itu.Hanya 23 pemain akan dibawa ke saingan Piala AFF 2022, selepas Pan Gon menilai prestasi pemain pada dua aksi antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives.Pada saingan Piala AFF 2022, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Disember), Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 07:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234738/berita/sukan/tze-yong-tutup-tirai-2022-rangkul-gelaran-antarabangsa-bahrain", "article_title": "Tze Yong tutup tirai 2022 rangkul gelaran Antarabangsa Bahrain", "article_text": "PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menutup tirai musim ini dengan bergaya apabila merangkul gelaran pertama bagi 2022 selepas mengungguli Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Ahad.Bagaimanapun pengembaraan untuk memenangi gelaran sulung itu bukan mudah selepas dipaksa bekerja keras selama 80 minit untuk menewaskan pemain dari Taiwan yang juga juara remaja dunia, Kuo Kuan Lin.Pemain di ranking ke-27 dunia itu meraih kemenangan ke atas Kuan Lin dengan keputusan 21-15, 20-22, 21-12 di BKS Club dekat Manama.Kemenangan tersebut menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu membawa pulang RM5,200 selain meraih 4,000 mata ranking dunia.Tze Yong melihat kemenangan itu sebagai pembakar semangatnya untuk meraih banyak lagi pencapaian bagi kempen tahun depan khususnya dalam saingan Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari.\u201cSaya berharap dapat teruskan momentum ini pada tahun depan, selain tidak sabar untuk beraksi kejohanan Super 1000 di Terbuka Malaysia di depan penyokong sendiri,\u201d katanya.Tze Yong mempamerkan peningkatan prestasi terbaik tahun ini selepas berjaya meraih pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham, Ogos lalu.Dia juga berjaya mengesahkan kemaraan sehingga ke separuh akhir Terbuka Australia sebelum tewas di tangan pemain China, Lu Guang Zu, bulan lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 04:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234730/berita/sukan/fih-2022-pengalaman-berguna-speedy-tigers", "article_title": "FIH 2022: Pengalaman berguna Speedy Tigers", "article_text": "PARA pemain hoki negara menimba pengalaman berguna dalam saingan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 biarpun Speedy Tigers terpaksa berpuas hati dengan penamat keempat.Ketua jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj berkata, barisan pemainnya sudah mempamerkan aksi terbaik di sebalik kekangan kehilangan beberapa pemain utama.Speedy Tigers tewas 0-4 kepada Korea Selatan pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Isnin.\u201cWalaupun tewas, barisan pemain sudah berusaha keras. Kami kekurangan tenaga kerana tidak cukup untuk melakukan pertukaran pemain.\u201cKelemahan ini sangat ketara kerana kami kehilangan tujuh pemain utama pada kejohanan kali ini, manakala beberapa muka baharu tidak dapat beraksi dengan baik. Namun mereka sudah berusaha sebaik mungkin, itu paling penting,\u201d katanya.Penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Othman cemerlang di gawang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya rangkaian penyerang Korea.Korea Selatan di depan pada minit ke-22 menerusi gol padang Seo Inwoo sebelum Lee Namyong menambah gol kedua empat minit kemudian untuk skuad Kimchi mendahului dua jaringan pada separuh masa pertama.Pada minit ke-39, Hwang Taeil menyempurnakan pukulan sudut penalti, manakala pakar pukulan sudut penalti, Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan bergaya Korea Selatan apabila menyumbang gol keempat menuju ke minit akhir perlawanan.\u201cKami akan berehat seminggu, manakala pemain yang cedera akan meneruskan sesi pemulihan sebagai persiapan ke Piala Dunia tahun depan.\u201cSecara keseluruhan, ia adalah kempen yang bagus apabila ada barisan pemain lain berpeluang menimba pengalaman tetapi mereka agak bergelut mengisi posisi penting. Apapun banyak pengajaran daripada kejohanan ini,\u201d ujar Arul.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 03:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234723/berita/sukan/sepanyol-ambil-iktibar-kekalahan-kepada-jepun", "article_title": "Sepanyol ambil iktibar kekalahan kepada Jepun", "article_text": "TEWAS kepada Jepun bagaikan loceng penggera buat Sepanyol untuk bangkit mempamerkan aksi bertenaga menentang Maghribi dalam saingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Pemain tengah Sepanyol, Pedri menganggap kegagalan itu sebagai amaran dan skuad perlu sedar bahawa tiada peluang kedua jika mereka mengalami kekalahan di luar jangka.\u201cKami sedar bahawa semua perlawanan adalah penentuan hidup atau mati.\u201cPerlawanan terakhir amat sukar. Ia adalah satu tamparan keras, kami tidak menjangkakan keputusan itu menentang Jepun,\u201d katanya.Sepanyol terlepas peluang mengungguli Kumpulan E selepas kekalahan mengejut kepada skuad Samurai Biru, namun masih layak ke aksi kalah mati selepas Jerman menewaskan Costa Rica.\u201cNasib baik kami mempunyai peluang lagi. Pada satu ketika dalam perlawanan terakhir Kumpulan E, Sepanyol seakan terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati dengan Costa Rica sebaliknya berpeluang cerah mara jika mengatasi Jerman,\" katanya.Pedri juga tidak boleh fokus kepada perkara lain selepas dia mendapati Sepanyol mungkin tersingkir sebaliknya cuba memastikan La Roja mengubah corak permainan mereka.\u201cSaya melihat pada papan skor. Apabila saya melihat Costa Rica di tempat kedua dan kami tersingkir saya cuba mencari gol.\u201cSaya tidak menyedari Jerman sudah mendahului dan kami berada di tempat kedua sekali lagi. Saya berada dalam keadaan sedih sepanjang perlawanan,\u201d katanya.Pada aksi terakhir Kumpulan E, Jerman menewaskan Costa Rica, 4-2, namun gagal mara ke pusingan kalah mati biarpun berkongsi empat mata dengan Sepanyol.Sebaliknya Sepanyol yang menghuni tangga kedua mara ke saingan 16 terbaik dengan kelebihan jaringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 03:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234713/berita/sukan/formula-ampuh-switzerland-mampu-tundukkan-portugal", "article_title": "Formula ampuh Switzerland mampu tundukkan Portugal", "article_text": "SKUAD Switzerland memiliki senjata ampuh untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, namun mereka perlu bekerja keras secara berpasukan sekiranya mahu menundukkan Portugal yang dipimpin bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dalam saingan kalah mati pada Rabu.Kali terakhir mereka bertemu adalah di Liga Negara-Negara Jun lalu yang menyaksikan Switzerland tewas 0-4 sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0, namun ia bukan perbandingan sekiranya sudah memasuki pusingan 16 terbaik.Pemain sensasi, Xherdan Shaqiri menganggap pentas Piala Dunia berbeza dan mempunyai cabaran tersendiri yang memerlukan para pemain mengawal sebarang tekanan dengan baik.\u201cIa sesuatu yang sangat berbeza kerana tiada perlawanan persahabatan, ini bukannya Liga Negara-Negara. Tekanannya lebih tinggi dan penting buat pemain untuk mengawal tekanan itu.\u201cPemain perlu pamer prestasi terbaik. Jujurnya Portugal adalah sebuah skuad yang baik dan bagi saya mereka adalah pasukan pilihan, tetapi kami tahu kualiti yang kami miliki,\u201d ujar Shaqiri.Pemain berusia 31 tahun itu meledak ketika Switzerland menewaskan Serbia 3-2 untuk mara ke pusingan 16 terbaik bertemu Portugal yang menjanjikan cabaran menarik buat kedua-dua pasukan.\u201cKunci utama adalah untuk mendapatkan prestasi luar biasa daripada semua pemain. Kami adalah Switzerland, kami tidak mempunyai Cristiano (Ronaldo) dalam pasukan ini.\u201cSebagai sebuah pasukan, kami sentiasa memperoleh kejayaan dan ia pasti akan diterapkan pada perlawanan itu nanti. Semua orang perlu bersama, andai ia dapat mencapai tahap prestasi tertinggi mereka, maka saya pasti kami mempunyai peluang untuk mara,\u201d kata Shaqiri.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 02:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234698/berita/sukan/maghribi-mahu-bikin-kejutan-lagi", "article_title": "Maghribi mahu bikin kejutan lagi", "article_text": "BIAPRUN dilabel sebagai pasukan bukan pilihan, kehadiran Maghribi tidak boleh dipandang enteng apabila akan membuat perhitungan dengan Sepanyol pada aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Stadium Education City bakal menjadi saksi kemungkinan berlaku lagi kejutan seperti dilakar Maghribi ketika menewaskan Belgium 2-0 dan menundukkan Kanada 2-1 pada aksi di peringkat kumpulan.Meskipun Sepanyol yang juga juara edisi 2010 menjadi pilihan, namun Maghribi yang dibimbing Walid Regragui ghairah untuk sekali lagi melakar kejutan pada aksi yang bermula jam 11 malam waktu Malaysia.Selepas Maghribi mengalahkan Kanada untuk mara ke pusingan 16 terbaik, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memuat naik gambar Regragui memegang buah 'avocado' dengan bola sepak kecil di dalamnya dan menunjukkan jarinya di kepala sebagai mesej kepada pengkritiknya.Gol yang dibolosi Kanada itu adalah yang pertama buat Maghribi dalam tempoh enam perlawanan di bawah Regragui dan ketika meraikan kemenangan, pemain berkumpul di sekeliling jurulatih dan memegang kepalanya.\"Para pemain seperti memukul saya di kepala, mungkin ini adalah pembawa tuah buat mereka,\" kata Regragui.Pada aksi itu, Maghribi selesa menggunakan taktikal 'tunggu dan lihat' sebelum menghukum lawan menerusi serangan balas kepantasan dan skil dimiliki Hakim Ziyech.Sepanyol yang dibimbing Luis Enrique pula membuka tirai Piala Dunia dengan membelasah Costa Rica 7-0, sebelum terikat tanpa jaringan dengan Jerman dan dikejutkan dengan kekalahan kepada Jepun 1-2.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 12:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234689/berita/sukan/bahana-england-kekal-lama-di-qatar-2022", "article_title": "Bahana England kekal lama di Qatar 2022", "article_text": "TAHAP kejayaan dilakar England di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dijangka bakal menentukan kadar kes positif Covid-19 di negara tersebut sepanjang tempoh Krismas, menurut pandangan ahli epidemiologi.Malah Profesor Christophe Fraser berkata, semakin lama skuad kendalian Gareth Southgate itu kekal dalam saingan di Piala Dunia Qatar 2022, semakin banyak kes positif Covid-19 berpotensi merebak apabila orang ramai mengunjungi pub dan rumah rakan masing-masing untuk menonton setiap perlawanan.Kesan sebelum ini terbukti - sebelum ketibaan vaksin - semasa kejuaraan Euro 2020, yang mana kajian mendapati berlaku peningkatan kadar kes positif Covid-19 semasa penganjuran acara besar yang mengundang risiko terhadap kesihatan awam di negara tersebut.Daripada 49 hari acara muzik, sukan dan hiburan yang dipantau sebagai sebahagian daripada kajian itu, 85 peratus daripada semua jangkitan yang ditemui dikaitkan dengan lapan perlawanan di Wembley, berjumlah lebih 6,300 jangkitan baharu dengan kebanyakannya berpunca daripada perlawanan separuh akhir dan final Euro 2020.\"Ia adalah acara yang jauh lebih besar dari segi mencampurkan orang dan menyebarkan virus daripada perayaan Krismas tahun itu...\"Ini menunjukkan bahawa faktor utama dalam mempengaruhi kadar jangkitan tahun ini adalah prestasi England semasa pusingan akhir Piala Dunia.\u201cKami berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding dua tahun lalu, sudah tentu vaksin membantu memastikan perkara itu dan tidak ada sebab peminat tidak boleh menikmati Piala Dunia,\" kata ahli epidemiologi dari Universiti Oxford itu.Naib juara Euro 2020, England sebelum itu memulakan perjalanan berliku dalam misi mengakhiri kemarau Piala Dunia apabila mengatasi Senegal 3-0 dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor pada Isnin.Kejayaan The Three Lions mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali ke-10, mengimbau kembali pencapaian angkatan Inggeris itu semasa di bawah Walter Winterbottom (1954 dan 1962), Alf Ramsey (1966 dan 1970), Bobby Robson (1986 dan 1990), Sven-Goran Eriksson (2002 dan 2006) dan terkini Gareth Southgate (2018 dan 2022).Anak buah Southgate bermula garang pada babak pertama, namun mengambil masa lama untuk merobek gawang juara Afrika itu sebelum mendahului menerusi tonggak Liverpool, Jordan Henderson pada minit ke-38.Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane kemudiannya melebarkan kedudukan hasil jaringan minit ke-48 untuk selesa mendahului Lions of Teranga separuh masa pertama.Jaringan Kane itu juga menyaksikannya mengekori rapat rekod legenda England, Wayne Rooney (53 gol).Babak kedua bersambung Senegal yang tampil tanpa Idrissa Gueye akibat digantung manakala pemain tengah, Cheikhou Kouyate yang cedera cuba untuk kembali bersaing.Namun jaringan tonggak sensasi Arsenal, Bukayo Saka pada minit ke-57 menjadikan kedudukan 3-0 sekali gus mengakhiri cabaran kuasa bola sepak Afrika berkenaan.Kemenangan fantastik itu melebarkan rekod tanpa kalah England sepanjang zaman menentang pasukan Afrika kepada 21 perlawanan, termasuk lapan dalam Piala Dunia.England dijangka berentap dengan penyandang juara Perancis di suku akhir Stadium Al Bayt pada awal pagi 11 Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 11:44am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234676/berita/sukan/saya-kena-banyak-belajar-dan-mendengar", "article_title": "'Saya kena banyak belajar dan mendengar'", "article_text": "SELEPAS mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh secara rasmi akan memulakan tugasnya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.Mengulas pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Hannah berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh terlibat sejurus melaporkan diri di KBS.\u201cSaya sedang menunggu untuk mendapatkan taklimat pada Isnin nanti. Selepas mendapatkan taklimat, saya akan selesaikan beberapa perkara di pejabat menteri.\u201cKemudiannya, saya akan berjumpa dengan stake holders (pemegang taruh) di KBS. Ini kali pertama saya kenali sukan secara teliti (dekat), jadi saya kena banyak belajar dan banyak mendengar,\u201d katanya.Beliau berkata demikian sejurus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.Hannah yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah pemimpin wanita kedua dalam sejarah dilantik bagi menerajui KBS selepas Datuk Seri Azalina Othman Said.Beliau yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari 2013 hingga 2018, sekali gus mencatat sejarah sebagai speaker DUN wanita pertama dan termuda dalam negara adalah menteri ke-21 sejak penubuhan KBS pada 1964.Dalam pada itu, warga sukan tanah air mengalu-alukan pelantikan Hannah sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kehadiran Hannah menerajui KBS diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.\u201cKami berharap beliau akan meneruskan agenda sukan tanah air dan meneruskan program-program atlet untuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik\u201cKami juga berharap KBS di bawah kepimpinan beliau akan meneruskan sokongan yang sepenuhnya ke arah mempergiatkan lagi pergerakan Olimpik di Malaysia,\u201d ujarnya.Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin pula percaya pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pasti membantunya untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).\u201cMelalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap beliau terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 10:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234673/berita/sukan/impian-piala-dunia-mbappe", "article_title": "Impian Piala Dunia Mbappe", "article_text": "PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe hanya mempunyai satu impian iaitu merangkul Piala Dunia Qatar buat kali kedua selepas memenanginya empat tahun lalu di Rusia.Dua jaringannya membantu Perancis menundukkan Poland 3-1 sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England pada Ahad.\"Sudah tentu, Piala Dunia ini adalah yang paling saya mahukan, ia kejohanan yang menjadi impian saya,\" kata pemain berusia 23 tahun itu.Mbappe menyinar di pentas global ketika Perancis menang gelaran di Rusia pada 2018.\"Saya membina musim 2022 dengan baik bagi menyertai kejohanan ini. Saya sudah bersedia mental dan fizikal.\"Setakat ini semuanya berjalan lancar, tapi kami masih jauh daripada objektif yang kami sasar dan yang saya tetapkan,\" katanya.Bintang Paris Saint-Germain itu sudah mengumpul lima gol daripada empat aksi dan bergelar penjaring kedua terbanyak Perancis di Piala Dunia dengan sembilan gol dalam 11 penampilan.Sebagai rekod, Just Fontaine meyumbat 13 kali pada kejohanan edisi 1958 di Sweden.Mbappe bagaimanapun menjelaskan dia tidak kisah dengan peluang menang Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan.\"Matkamat saya hanya untuk menang Piala Dunia yang bermakna kami perlu menang suku akhir.\"Saya tidak datang ke sini untuk menang Bola Emas, tapi untuk bantu Perancis menang Piala Dunia,\" ujar Mbappe.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 10:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234668/berita/sukan/cabaran-besar-england", "article_title": "Cabaran besar England", "article_text": "ENGLAND bakal berdepan ujian getir dalam misi mendakap Piala Dunia 2022 apabila akan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perancis dalam aksi suku akhir pada Ahad.\"Ia adalah ujian terbesar yang akan kami hadapi. Mereka juara dunia dan memiliki para pemain terbaik.\"Mereka sukar dicabar, apatah lagi untuk kami menjaringkan gol,\" ujar pengendali England, Gareth SouthgateSkuad Three Lions beraksi cemerlang untuk menewaskan Senegal 3-0 dalam aksi kalah mati di Stadium Al Bayt pada Isnin.England akan menentang Perancis yang memburu rekod sebagai pasukan pertama menjuarai Piala Dunia secara berturut-turut sejak dilakukan Brazil pada 1958 dan 1962.Pasukan Uncle Sam itu dilihat bersedia untuk merobek gawang Perancis menerusi trio Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka yang meledak tiga gol ketika membenam Senegal.Southgate bagaimanapun sedar skuad kendalian Didier Deschamps berada dalam kelas tersendiri.\"Ia satu cabaran menarik dan seteru yang mempunyai sejarah dengan permainan hebat daripada dulu lagi.\"Ia juga satu perlawanan yang menakjubkan untuk kami hadapi dan ujian buat diri sendiri bertemu pasukan yang sangat hebat,\" ujar Southgate.Diperkuatkan dengan kehadiran penyerang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe, Perancis menewaskan Poland 3-1 pada pusingan 16 terbaik.Mbappe menyumbat dua gol ketika menewaskan Poland dan sudah meledak lima gol dalam kejohanan kali ini.\"Mbappe seorang pemain berkelas dunia. Dia sudah mencapai sesuatu di sini dan juga di kejohanan sebelumnya,\" kata Southgate.Dia juga mengagumi barisan tengah Perancis yang dianggap sebagai fantastik.\"Griezmann (Antoine) juga seorang pemain fenomena, kami tahu Giroud (Olivier) melakukan yang baik dan mereka mempunyai barisan tengah yang menakjubkan.\"Ia satu ujian besar, tetapi (lawan) mereka adalah sesuatu yang kami nantikan,\" ujar SouthgateMasa ini keutamaan untuk Sterling bersama keluargaSTATUS Raheem Sterling bersama England menjelang perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 berdepan penyandang juara Perancis di Stadium Al Bayt pada awal pagi 11 Disember, hanya diketahui dalam masa terdekat.Pengendali England, Gareth Southgate berkata, pada masa ini keutamaan pemain The Three Lions itu adalah untuk bersama dengan ahli keluarganya.\u201cKita perlu tunggu dan lihat kerana jelas pada masa ini keutamaannya adalah untuk dia bersama keluarganya, dan kami akan menyokong dan membiarkan dia untuk tujuan tersebut. Ya, dia perlu pulang ke England.\u201cSaya benar-benar tidak tahu (kemungkinan dia kembali) kerana pada masa ini ia adalah situasi yang dia memerlukan masa bersama keluarga dan saya tidak mahu meletakkan dia di bawah sebarang tekanan dengan itu. Kadangkala bola sepak bukanlah perkara yang paling penting, sebaliknya keluarga harus didahulukan.\u201cSaya menghabiskan banyak masa bersama Raheem pagi ini. Anda mempunyai hari apabila berlaku peristiwa dan anda perlu menanganinya serta tidak sesuai untuk berada bersama pasukan sebelum perlawanan besar,\" katanya.Bekas bintang Liverpool dan Manchester City, sebelum ini meninggalkan kem Piala Dunia England selepas perompak bersenjata memecah masuk ke rumahnya di London pada Ahad.Situasi itu menyaksikan Sterling tidak bersama The Three Lions ketika menewaskan Senegal, 3-0 pada pusingan 16 terbaik Qatar 2022 di Stadium Al Bayt pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 10:01am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234666/berita/sukan/piala-dunia-qatar-buka-mata-senegal", "article_title": "Piala Dunia Qatar buka mata Senegal", "article_text": "SENEGAL memperoleh pengalaman berharga di pentas Piala Dunia 2022 selepas tersingkir daripada saingan kalah mati di Qatar pada Isnin.Jurulatih Senegal, Aliou Cisse menganggap jurang kualiti dengan jagoan Eropah, England memisahkan mereka apabila akur tewas 0-3 di Stadium Al Bayt pada Isnin.Gol Jordan Henderson dan Harry Kane pada babak pertama memberikan cabaran besar untuk dihadapi Senegal dan jaringan ketiga Bukayo Saka pada babak kedua menutup terus peluang mereka.\"Perlawanan berlanjutan selama 90 minit. Pada babak pertama kami bermain agak baik dan mencipta peluang tapi malangnya kami tidak menjaringkan gol.\"England pasukan yang sangat bagus dan kami boleh melihatnya menerusi cabaran mereka, kekuatan fizikal. Kami tidak sebagus seperti sepatutnya,\" ujar Cisse.Cisse yang tidak berapa sihat menjelang pertemuan itu turut meratapi kelemahan benteng pertahanan yang mudah dirobek England.\"Kekuatan Senegal sebelum Piala Dunia ialah benteng pertahanan. Punca kenapa kami melepaskan banyak gol dalam kejohanan kali ini sukar diterangkan. Kami akan melihatnya.\"Anda membayar untuk sebarang kesilapan di Piala Dunia kerana kaliber dimiliki pasukan,\" katanya.Menurut Cisse, pasukannya kehilangan dua atau tiga pemain yang mampu menampilan perubahan seperti penyerang, Sadio Mane, namun terpaksa diketepikan kerana kecederaan.Bagaimanapun ia bukan alasan.\"Kami bekerja keras bertahun-tahun untuk menjadi yang terbaik di Afrika.\"Namun kami berdepan satu daripada lima pasukan terbaik dunia dan kami dapat melihat perbezaannya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 09:29am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234664/berita/sukan/dilema-lewandowski", "article_title": "Dilema Lewandowski", "article_text": "PEMAIN sensasi, Robert Lewandowski masih dilema mengenai masa depannya di pentas antarabangsa selepas Poland tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 pada Isnin.Poland tewas 1-3 kepada Perancis di Stadium Al Thumama sekali gus membawa juara bertahan itu ke suku akhir menentang England.Menutup tirai di negara Teluk tersebut, penyerang Barcelona itu menjaringkan gol saguhati pada lewat permainan menerusi sepakan penalti.Menghitung detik Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, Lewandowski bakal berusia 38 tahun.Dia bagaimanapun menjelaskan isu mengenai keadaan fizikalnya berkemungkinan boleh menyaksikan dia menamatkan kerjaya antarabangsa.\"Secara fizikal saya tidak takut dengan perkara ini tetapi kami mempunyai banyak perkara berbeza di luar bola sepak, sama ada anda masih gembira dan apa yang berlaku di sekeliling sukar untuk diungkapkan.\"Daripada segi sukan saya tidak takut tetapi ada perkara berbeza yang sama sekali boleh menentukan sama ada ia akan menjadi yang terakhir atau tidak,\" katanya.Lewandowski menikmati kerjaya prolifik bersama kelab dan negara, tetapi tidak pernah meledak di Piala Dunia sehingga dia menyumbat gol ketika menewaskan Arab Saudi di peringkat kumpulan.Malah, dia terlepas sepakan penalti ketika Poland terikat tanpa jaringan dengan Mexico ada aksi pembukaan.Biarpun tersingkir, dia menegaskan bahawa ia adalah penampilan Poland yang berjaya selepas lolos dari peringkat kumpulan di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 09:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234660/berita/sukan/teruja-sampai-tak-sedar-bawa-barang-larangan", "article_title": "Teruja sampai tak sedar bawa barang larangan", "article_text": "GARA-GARA teruja dapat kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama Perancis menentang Poland pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022, seorang pemain penyandang juara itu tidak menyedari dia membawa barangan larangan semasa perlawanan berkenaan.Namun perbuatan pemain pertahanan Perancis, Jules Kounde itu hanya disedari pegawai pertandingan tersebut pada penghujung babak pertama dalam perlawanan di Stadium Al Thumama berkenaan.Sebagai rekod, pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas semasa bermain seperti yang digariskan dalam undang-undang permainan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).Menariknya, perbuatan pemain berusia 24 tahun yang memulakan karier senior bersama kelab liga Perancis, Bordeaux B pada musim 2016/17, juga tidak disedari pegawai pertandingan.Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga perbuatan pemain pertahanan kelab La Liga Sepanyol itu disedari pengadil Jesus Valenzuela pada minit ke-43.Kounde akhirnya terpaksa menanggalkan barangan larangan - rantai leher - semasa perlawanan tersebut.Beliau mengeluarkan barang kemasnya dengan dibantu seorang kakitangan kejurulatihan Perancis sebelum dia melakukan lontaran ke dalam pada perlawanan itu.Timbul persoalan bahawa rantai emas Kounde tidak dikesan lebih awal pada separuh masa, terutamanya kerana ia jelas kelihatan di televisyen.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 07:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234658/berita/sukan/england-tempah-tiket-suku-akhir", "article_title": "England tempah tiket suku akhir", "article_text": "ENGLAND membuktikan jagoan Eropah apabila membenam Senegal 3-0 dalam aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.Kemenangan itu menyaksikan skuad Three Lions akan membuat perhitungan pada suku akhir menentang juara bertahan, Perancis yang menewaskan Poland 3-1.England menguasai babak pertama, namun Senegal ampuh bertahan.Di sebalik keghairahan England menyerang, Senegal hampir membuka tirai jaringan menerusi Ismaila Sarr dan Boulaye Dia, namun gagal menemui sasaran.England kemudian memperkemaskan serangan dan akhirnya membuahkan hasil apabila kapten, Jordan Henderson meledak untuk gol pertama pada minit ke-38.Menuju ke bilik persalinan, Harry Kane melegakan Three Lions apabila menyumbat gol kedua untuk menewaskan penjaga gol Senegal, Edouard Mendy.Bersambung babak kedua, England yang dibimbing Gareth Southgate menggandakan asakan dan ia kemudian membuahkan hasil.Pemain sensasi, Bukayo Saka menambah derita Senegal apabila menghasilkan gol ketiga selepas menerima hantaran Phil Foden pada minit ke-57.Kemenangan besar itu menambah bisa jentera serangan England di Qatar dengan12 gol setakat ini.Ia menyamai jumlah Piala Dunia terbaik mereka sebelum ini di Russia 2018 apabila mara ke separuh akhir.Three Lions meledak 11 gol ketika memenangi Piala Dunia pada edisi 1966.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 07:08am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234719/berita/sukan/piala-dunia-2022-perancis-mudah-melangkah-ke-suku-akhir", "article_title": "Piala Dunia 2022: Perancis mudah melangkah ke suku akhir", "article_text": "PENYANDANG juara, Perancis menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Poland dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Al Thumama, awal pagi Isnin.Dua gol sumbangan Kylian Mbappe dan satu gol lagi menerusi penyerang veteran, Olivier Giroud sudah cukup buat Les Bleus menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan dengan Perancis terlebih dahulu mengancam seawal minit ketiga menerusi tandukan Raphael Varane.Berselang tiga minit, Perancis terus menguji kecekapan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dengan percubaan jarak jauh Aurelien Tchouameni pada minit ke-13.Poland pula sekali-sekala mengasak hampir mencemaskan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menerusi percubaan penyerang sensasi, Robert Lewandowski.Perancis akhirnya mendahului menerusi jaringan Giroud yang menyudahkan hantaran Mbappe pada penghujung babak pertama.Jaringan peribadi ke-52 itu menyaksikan Giroud menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Perancis mengatasi legenda Les Bleus, Thierry Henry.Perancis terus menggandakan asakan sebaik babak kedua bersambung dan Giroud hampir menambah rekod jaringannya pada minit ke-57.Bagaimanapun, gol menerusi percubaan menarik itu tidak dikira berikutan kekasaran terhadap Szczesny oleh Varane semasa berebut bola.Usaha Perancis mengasak kubu Poland berhasil apabila Mbappe menyumbat gol kedua menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti ke penjuru atas pintu gol lawan pada minit ke-74.Mbappe menambah gol ketiga Perancis pada masa kecederaan yang menyaksikan dia kini mengumpul lima gol keseluruhan di pentas Piala Dunia kali ini.Sebelum wisel penamat dibunyikan, Poland memperoleh gol saguhati daripada sepakan penalti Lewandowski.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Disember 2022 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234648/berita/sukan/malaysia-tewas-0-4-kepada-korea-selatan-raih-tempat-ke-4", "article_title": "Malaysia tewas 0-4 kepada Korea Selatan, raih tempat ke-4", "article_text": "SKUAD hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan Piala Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan, dalam episod duka apabila tumpas 0-4 kepada Korea Selatan pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Ahad.Pada aksi di Stadium NWU Astro, Potchefstroom itu, Korea Selatan memperoleh kedudukan selesa pada suku kedua permainan menerusi jaringan padang Seo Inwoo pada minit ke-22 dan Lee Namyong empat minit kemudian.Korea Selatan yang sebelum ini mengatasi Malaysia 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Isnin lepas, terus menambah derita skuad \u2018Speedy Tigers\u2019 menerusi pukulan sudut penalti Hwang Taeil pada minit ke-39, sebelum Jang Jonghyun melengkapkan kemenangan pasukannya pada minit ke-59.Kemenangan Korea Selatan itu sekali gus menebus kekecewaan mereka selepas tumpas 2-3 kepada Malaysia pada final Piala Sultan Azlan Shah 2022, baru-baru ini.Pada kejohanan ini, skuad kendalian A. Arul Selvaraj mara ke peringkat empat terakhir selepas menewaskan Kanada 1-0 dan Jepun 5-1 pada aksi kumpulan, namun tewas 0-3 kepada Ireland pada peringkat separuh akhir semalam.Arul Selvaraj berkata kecederaan tujuh pemain utamanya menyebabkan pasukan bergelut pada kejohanan itu, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat.\"Walaupun tewas, pemain telah cuba sedaya upaya. Namun, nampak kekurangan power dalam badan, dari segi kaki dan sebagainya... sudah tentu disebabkan kekurangan pemain untuk kita buat pertukaran pemain.\"Kelemahan agak ketara dari segi dua, tiga muka baharu yang masuk selepas kita hilang tujuh core players dalam kejohanan ini. Itu buat kita agak susah untuk kekal rentak di peringkat ini.\"Namun secara keseluruhan bagus untuk pemain-pemain baharu dapatkan minit permainan,\u201d katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.Beliau berkata, selepas pulang ke tanah air, anak buahnya akan diberikan rehat selama seminggu sebelum memulakan persiapan terakhir ke Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India bermula 13 hingga 29 Jan depan.Bagi pemain yang cedera, Arul Selvaraj berkata, mereka perlu mengikuti proses rehabilitasi supaya dapat menyertai pasukan secepat mungkin.Sementara itu, tuan rumah Afrika Selatan muncul juara selepas menewaskan Ireland 4-3 pada aksi final, sekali gus meraih tiket ke Liga Pro FIH 2023-2024. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 10:35pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234642/berita/sukan/kuala-kangsar-cannon-juara-stl-perak", "article_title": "Kuala Kangsar Cannon juara STL Perak", "article_text": "BATU GAJAH - Kuala Kangsar Cannon muncul juara dalam Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak yang julung kali diadakan di Dewan Bandaran Kinta di sini pada Ahad.Kuala Kangsar Cannon mempertaruhkan regu Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin yang turut dinobatkan sebagai tekong terbaik, Muhammad Nazrien Daniel Mohd Kamal Mustafa (apit kanan) dan Muhammad Azwan Muhrim sebagai apit kiri telah berjaya membawa pulang medal dan wang tunai RM10,000.Kinta Sword pula menjadi naib johan membawa pulang medal dan wang tunai RM7,000, Kampar Revolver (tempat ketiga) dan Perak Tengah Katana memperoleh tempat keempat.Hadiah pengurusan terbaik diberikan kepada Kampar Revolver; Muhammad Fazaril Ikhmal Mohd Zaharudin dan Madzrul Aziq Mat Tahir dari Perak Tengah Katana dinobatkan sebagai pemain harapan dan apit kanan terbaik manakala apit kiri terbaik diberikan kepada Shohibul Fadillah Abd Salam daripada Kinta Sword.Aksi perlawanan antara Kinta Sword dan Perak Tengah Katana pada siri keempat Kejohanan STL Perak di Batu Gajah. Hadiah-hadiah disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah pada majlis penutup dan penyampaian Hadiah Kejohanan STL Perak.Hadir sama Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik.Khairudin berkata, STL Perak mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan 32 pemain terutama remaja di bawah usia 19 tahun daripada 12 daerah.\"Menerusi penganjuran kejohanan ini, kita dapat melihat ramai bakat baharu diketengahkan yang boleh menjadi pelapis kepada negeri dan persiapan dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang.\"Kita akan teruskan dengan mencadangkan beberapa inisiatif antaranya menambah siri perlawanan kepada lima atau enam siri serta pertandingan mengikut daerah serta kategori,\" katanya.Tambah beliau, penganjuran berterusan memberi impak positif agar tidak berlaku ketandusan bakat dan pelapis baharu dalam sukan sepak takraw.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 08:04pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234640/berita/sukan/perak-cari-jalan-selesaikan-masalah-pafa", "article_title": "Perak cari jalan selesaikan masalah PAFA", "article_text": "KERAJAAN Perak akan berhubung dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang digantung sejak Mac lalu.Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapat gambaran penuh berhubung kemelut yang melanda badan induk bola sepak Perak itu.\"Saya ambil pendekatan cuba menyelesaikan perkara ini seperti menarik rambut di dalam tepung agar tiada pihak yang terguris.\"Saya akan buat perjumpaan dan bertanya sendiri apakah permasalahan yang dihadapi dan langkah penyelesaiannya supaya PAFA dapat bergerak seperti persatuan bola sepak negeri lain,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Liga Sepak Takraw Perak di Dewan Bandaran Kinta pada Ahad.Dalam pada itu, Khairudin menyifatkan kemelut yang berpanjangan itu merupakan suatu kerugian terhadap pembangunan bola sepak negeri.Pada 7 Mac lalu, PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS bagi membolehkan persatuan itu membuat langkah-langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 untuk mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.Pihak PJS mendapati pemecatan yang dibuat oleh PAFA terhadap 12 ahli gabungan sebelum ini juga tidak teratur mengikut Perlembagaan PAFA berdasarkan semakan laporan dan rekod yang diperoleh daripada PAFA dan Persatuan Bola Sepak (PB) Melayu Perak.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 07:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234609/berita/sukan/perjuangan-masih-belum-selesai---zii-jia", "article_title": "'Perjuangan masih belum selesai' - Zii Jia", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang 2022 meskipun menamatkan cabaran musim ini selaku pemain nombor dua dunia.Justeru pemain yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasi sekali gus menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya.\u201cSaya sudah memulakan persiapan bagi mengharungi saingan musim depan, termasuk menerima tawaran daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk pemain profesional berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM).\u201cSuasana latihan serta kualiti di ABM adalah yang terbaik di negara ini dan peluang seperti ini sudah tentu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya bagi menghadapi kejohanan berpasukan pada masa akan datang,\u201d katanya dalam kenyataan di media sosial pada Ahad.Pemain berusia 24 tahun itu akan menjalani kem latihan di Taiwan bersama penaja utamanya, Victor dan pemain tempatan di sana bermula dari 19 hingga 25 Disember ini sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia dari 10 hingga 15 Januari depan.\u201cSaya dapat memantapkan lagi disiplin, kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi saingan musim 2023.\u201cJumpa anda semua di Terbuka Malaysia 2023,\u201d katanya.Zii Jia yang memutuskan untuk bergerak secara profesional pada Januari 2022 menutup tirai kempen musim ini dengan tiga gelaran juara iaitu Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand pada Mei dan Terbuka Denmark, Oktober lalu.Pemain itu turut dibelenggu kecewa apabila tersingkir di pusingan ketiga kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, Ogos lalu dan gagal menempah slot Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand yang dijadual bermula pada Selasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 04:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234606/berita/sukan/sapawi-berkelana-ke-thailand", "article_title": "Sapawi berkelana ke Thailand", "article_text": "PEMAIN sensasi, Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC selepas berakhir saingan Piala AFF pada Januari depan.Pengesahan itu dibuat Pengerusi Ratchaburi FC, Tanawat Nitikanchana yang disiarkan oleh media portal antarabangsa, Main Stand- International pada Ahad.Menurut laporan itu, segala perbincangan sudah dimuktamadkan apabila pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Harimau Malaya itu bersetuju menyertai kelab tersebut.\"Ketika ini, segala perjanjian sudah diselesaikan,\" kata Tanawat.Safawi akan mengisi kuota pemain Asean di kelab itu yang dijadual memasuki jendela perpindahan kedua pada awal tahun iaitu Januari nanti.Sapawi (tengah) memiliki pengalaman beraksi di pentas ACL bersama JDT. Foto FB Johor Southern Tigers\"Dia (Safawi) akan menyertai pasukan kami selepas menyelesaikan tugas kebangsaannya (bersama Harimau Malaya di Piala AFF) dan saya harap ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kelab kami,\" katanya.Keterujaan kelab itu untuk melamar Safawi didorong oleh aksi mantap pemain yang berasal dari Terengganu itu ketika membantu skuad Harimau Malaya selain pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan JDT.Liga Thailand bukan asing buat pemain negara apabila ramai tonggak tempatan sudah beraksi di negara jiran itu.Ia termasuk Dominic Tan bersama Police Tero dari 2019-2021; Shahrel Fikri dengan Nakhon Ratchasima pada 2018 dan Junior Eldstal dengan Chonburi FC 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 03:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234603/berita/sukan/pamer-aksi-berani-mati-kejutkan-brazil", "article_title": "Pamer aksi 'berani mati' kejutkan Brazil", "article_text": "BINTANG Korea Selatan, Son Heung-min mengajak rakan sepasukan mencipta satu lagi sensasi dengan menewaskan Brazil dalam saingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 Selasa ini selepas mempamerkan aksi 'berani mati' ketika menentang Portugal lalu.\u201cKami sering bercakap mengenai mara ke pusingan 16 terbaik sebagai objektif, tetapi kami kini mahu mencuba untuk melepasinya.\u201cSaya harap kami boleh melakukan kejutan yang lain,\u201d katanya.Perjalanan skuad Kimchi dilihat hampir berakhir sehinggalah pemain gantian Hwang Hee-chan dimasukkan pada masa kecederaan untuk meledak jaringan kemenangan 2-1 ke atas Portugal yang sudah pun melayakkan diri di Qatar, Jumaat lalu.Sikap dipamerkan itu mendorong mereka mara ke pusingan kalah mati dan bertemu Brazil, pasukan pilihan untuk bergelar juara.Bagaimanapun, Heung-min yang beraksi menggunakan topeng kerana menjalani pembedahan bulan lalu susulan retak di bahagian mata kiri berkata, mereka masih belum bersedia untuk pulang awal.\u201cSesuatu yang hebat, tetapi kejohanan kami masih belum berakhir,\u201d ujar penyerang Tottenham Hotspur itu.Peminat di Korea Selatan mula membandingkan skuad kali ini dengan pencapaian pasukan kebangsaan pada 2002 yang mengejutkan dunia mara ke separuh akhir.Penolong jurulatih, Sergio Costa yang mengalas tugas ketika pertarungan Kumpulan H dengan Portugal selepas jurulatih Paulo Bento digantung, menolak perbandingan tersebut.Beliau tidak boleh membuat perbandingan kerana menonton Piala Dunia 2002 di televisyen dan tidak tahu mereka secara peribadi.\u201cSaya menonton beberapa perlawanan sebelum ini, tetapi tidak boleh membuat perbandingan kerana saya tidak tahu pasukan Korea yang sebelumnya.\u201cSaya hanya boleh memberitahu bahawa ini adalah sebuah pasukan yang sangat jujur. Ini adalah sesuatu yang kami sangat banggakan, kami melihat pemain yang mempunyai personaliti kuat dan mereka layak dengan apa yang dicapai,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 03:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234601/berita/sukan/hannah-yeoh-mampu-tingkat-martabat-pergerakan-paralimpik-mpm", "article_title": "Hannah Yeoh mampu tingkat martabat Pergerakan Paralimpik: MPM", "article_text": "KUALA LUMPUR - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) percaya Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Hannah Yeoh berupaya mengangkat martabat 'Pergerakan Paralimpik' negara ini ke tahap yang lebih baik.Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini pasti membantunya untuk berada dalam kedudukan lebih baik untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).Megat D Shahriman berkata, ini berikutan kementerian yang pernah diduduki Hannah mengendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melaksanakan program buat OKU dan menguruskan Kad OKU.\"Melalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap YB Hannah akan lebih memahami keperluan OKU dan memberikan sokongan yang sewajarnya untuk terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\"Kami akan terus memainkan peranan menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan OKU melalui sukan.\"Kami mempunyai atlet para bertaraf dunia yang telah mencapai pelbagai kejayaan. Kami juga mempunyai sistem sokongan kerajaan yang kukuh untuk mempromosikan sukan para di negara ini,\u201d katanya.Dalam pada itu, Megat D Shahriman turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri atas pelantikan mereka dalam barisan Kabinet baharu.Beliau berkata kedua-dua kementerian ini juga merupakan pihak berkepentingan utama MPM dalam pembangunan sukan para dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di sekolah Pendidikan khas dan pemulihan OKU menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 03:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234600/berita/sukan/azizulhasni-di-tangga-kelapan-uci-tcl", "article_title": "Azizulhasni di tangga kelapan UCI TCL", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan kempen Liga Juara-Juara Trek UCI (TCL) di tangga kelapan bagi kategori sprint lelaki keseluruhan di London pada Ahad.Menurut laman web rasmi kejohanan ucitrackchampionsleague.com, atlet digelar 'The Pocket Rocketman' itu meraih 60 mata selepas lima pusingan, manakala pelumba Australia, Matthew Richardson dinobatkan juara dengan 183 mata.Richardson mengatasi pesaing utamanya Harrie Lavreysen daripada Belanda dengan jurang dua mata selepas Lavreysen mengumpul 181 mata, manakala Stefan Botticher daripada Jerman memenangi tempat ketiga dengan 136 mata.Dalam pusingan akhir yang berlangsung di hadapan lebih 5,500 peminat di venue ikonik Sukan Olimpik 2012, Lee Valley VeloPark, London, Azizulhasni gagal dalam misi untuk sekurang-kurangnya meraih podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam acara kegemarannya, keirin pada Sabtu.Richardson mengungguli perlumbaan diikuti Lavreysen dan Botticher.Sementara itu, atlet kelahiran Dungun itu terlepas peluang beraksi pada separuh akhir sprint selepas sekadar di tempat kedua dalam pusingan pertama di belakang peserta Colombia Santiago Ramirez Morales.Hanya pemenang daripada enam heat berbeza mara ke separuh akhir acara itu.Kejohanan tersebut bermula di Mallorca, Sepanyol bulan lepas dan pelumba perlu meraih mata untuk lima pusingan dalam acara sprint atau endurance. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 02:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234597/berita/sukan/chavez-rembat-paling-laju", "article_title": "Chavez rembat paling laju", "article_text": "SEPAKAN percuma menarik Luis Chavez ketika membantu Mexico menewaskan Arab Saudi dalam saingan terakhir Kumpulan C adalah yang paling laju dengan catatan mencecah 121.69 kilometer/jam (km/j) pada Piala Dunia Qatar 2022.Pengesanan tahap kelajuan bola itu berdasarkan teknologi bola Al Rihla yang digunakan pada kejohanan di negara Teluk itu.Rembatan padu Chavez minit ke-52 membolehkan Mexico mendahului 2-0 sebelum Arab Saudi menjadikan kedudukan 2-1.Walaupun gagal menyelamatkan Mexico daripada tersingkir di peringkat kumpulan, sepakan percuma Chavez diiktiraf percubaan paling laju ke arah gawang setakat ini.Bola Al Rihla mempunyai teknologi canggih yang dapat membantu keputusan video bantuan pengadil (VAR) di Piala Dunia.Teknologi itu turut membuktikan Cristiano Ronaldo tidak menyentuh bola ketika jaringan pertama Portugal menentang Uruguay.Ia juga dapat mengesan kelajuan bola dan terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan senarai percubaan paling laju yang menerjah gawang pada saingan kumpulan.Rembatan Chavez menghuni tangga teratas apabila mencatat kelajuan 121.69 km/j, manakala tendangan menarik pemain Jepun, Ristu Doan ketika menentang Sepanyol mencecah 120.04 km/j.Rembatan Niclas Fullkrug untuk gol penyamaan ketika bertemu Sepanyol menduduki tangga ketiga, manakala penalti Ronaldo ketika lawan Ghana keempat.Tendangan pemain England, Marcus Rashford semasa membuat jaringan menarik ketika menentang Wales menduduki tangga kelima, sementara Lionel Messi tersenarai di tangga kesembilan menerusi jaringan ketika Argentina menentang Mexico.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 02:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234585/berita/sukan/sepanyol-tak-pandang-maghribi-sebelah-mata", "article_title": "Sepanyol tak pandang Maghribi sebelah mata", "article_text": "SEPANYOL tidak mahu memandang sebelah mata cabaran Maghribi dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Selasa.Kapten Sepanyol, Sergio Busquets membayangkan pertemuan skuadnya sebagai satu perlawanan yang 'pasti amat sukar'.Selepas berakhir aksi Kumpulan E dan F Khamis lalu, juara Kumpulan F Maghribi dan naib juara Kumpulan E, Sepanyol akan membuat perhitungan pada aksi kalah mati.Busquets turut menafikan spekulasi bahawa skuad dari Eropah itu lega kerana berakhir di tangga kedua Kumpulan E yang menyaksikan mereka akan menentang Maghribi bukannya naib juara kejohanan lalu Croatia.\u201cKami mahu menang dan muncul juara kumpulan. Kami pergi ke satu lagi bahagian undian, tetapi ia tidak menjamin laluan yang lebih mudah atau sukar,\u201d kata pemain tengah berusia 34 tahun itu.Jepun memimpin Kumpulan E selepas mengalahkan Sepanyol 2-1 dalam aksi ketiga dan terakhir kumpulan Jumaat lalu.\u201cKami tidak mahu ini berlaku, hasrat kami untuk menang (menentang Jepun). Untuk meneruskannya, kami berdepan Maghribi pada pusingan 16 yang mana ia satu perlawanan yang amat sukar,\u201d tambah Busquets.Pemain veteran Barcelona itu menganggap kekalahan Sepanyol kepada Jepun sebagai 'memalukan' dan mahu skuad Eropah itu meningkat dan 'mengatasi kesilapan' menjelang pertemuan dengan Atlas Lions.Piala Dunia di negara Teluk itu disajikan dengan banyak kejutan bermula kemenangan 2-1 Arab Saudi ke atas Argentina yang menggemparkan dunia bola sepak.Kejohanan berprestij itu juga menyaksikan beberapa pasukan gergasi dunia yang menghuni ranking lebih tinggi tersingkir pada peringkat kumpulan.Jerman gagal melepasi peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut meskipun menundukkan Costa Rica 4-2, ketika Jepun dan Sepanyol menghuni dua tangga teratas Kumpulan E.Belgium yang hadir di Qatar dengan status berada di ranking kedua dunia turut tersingkir pada pusingan awal selepas Maghribi dan Croatia bergelar sebagai juara dan naib juara Kumpulan F.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 01:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234581/berita/sukan/van-gaal-mula-pasang-impian-besar", "article_title": "Van Gaal mula pasang impian besar", "article_text": "JURULATIH veteran, Louis van Gaal mula memasang impian besar apabila melihat Belanda berpeluang untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia Qatar bagi edisi 2022 kali ini.Keterujaan jurulatih berusia 71 tahun itu diluahkan selepas Belanda menundukkan Amerika Syarikat (AS) 3-1 pada pusingan kalah mati di Stadium Antarabangsa Khalifa lewat malam Sabtu.Kejayaan itu membawa Belanda ke suku akhir dan bakal membuat perhitungan dengan juara dua kali, Argentina di Stadium Education City pada 10 Disember.\u201cSaya fikir kami mempunyai peluang besar di sini,\u201d kata jurulatih berpengalaman itu yang membimbing pasukannya buat kali ketiga.Van Gaal yang membawa Belanda ke separuh akhir di Brazil pada 2014 perlu memantapkan skuadnya untuk memberi tentangan sengit ke atas Argentina pada Sabtu.\u201cKami masih ada tiga lagi perlawanan (suku akhir, separuh akhir dan final). Saya memperkatakannya sejak bertahun lalu. Kami mampu menjadi juara dunia,\u201d katanya.Van Gaal turut memuji para pemain yang mempamerkan aksi terbaik dan membentuk sebuah pasukan yang mantap.\u201cKami bercakap mengenai hubungan dalam pasukan. Bagaimana kami boleh membina pasukan kuat, saya bangga dengan pemain dan sudah tentu prestasi serta keputusan,\u201d katanya.Pada aksi itu, pemain sensasi, Denzel Dumfries mencipta gerakan kepada dua jaringan Belanda oleh Memphis Depay dan Daley Blind serta menjaringkan gol ketiga dipilih pemain terbaik perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 12:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234578/berita/sukan/korea-selatan-bukan-lawan-mudah-tite", "article_title": "Korea Selatan bukan lawan mudah: Tite", "article_text": "JUARA lima kali, Brazil waspada dengan ancaman Korea Selatan menjelang aksi kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 biarpun pernah 'makan besar' ke atas skuad Kimchi pada aksi persahabatan tahun ini.Pengurus skuad Samba Tite berkata, pasukannya perlu berhati-hati dengan helah pasukan Asia itu dalam saingan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Bayt awal pagi Selasa.\u201cPortugal tewas kepada Korea Selatan, Perancis dikejutkan Tunisia, Argentina pula kalah kepada Arab Saudi.\u201cTiada siapa menang semua tiga perlawanan, saya fikir keputusan ini membuktikan segala-galanya.\u201cMereka amat kuat dan perlawanan yang sukar, saya tidak fikir sebarang situasi sebelum ini menjadikannya mudah. Kami mesti berhati-hati,\u201d katanya.Skuad Selecao membenam Korea Selatan 5-1 pada satu perlawanan persahabatan di Stadium Piala Dunia Seoul Jun lalu.Menurut Tite, perlawanan persahabatan dan saingan di Piala Dunia adalah pentas yang berbeza.\u201cSaya sedar banyak yang berbeza daripada aksi persahabatan Jun lalu. Kini kami perlu memikirkan mengenai pemain yang akan diturunkan menentang Korea,\u201d katanya.Dalam pada itu, penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu memberitahu, kekalahan di kepada Brazil Jun lalu akan menjadi bekalan berguna apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi.\u201cBiarpun melepaskan banyak gol pada aksi persahabatan itu, tetapi kami bermain gaya bola sepak yang kami inginkan.\u201cSaya fikir pengalaman boleh membantu kami bersedia bagi perlawanan berikutnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 12:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234567/berita/sukan/arnold-rayu-sebuah-rumah-buat-skuad-australia", "article_title": "Arnold rayu sebuah 'rumah' buat skuad Australia", "article_text": "JURULATIH Australia, Graham Arnold merayu kepada kerajaan menyediakan sebuah 'rumah' untuk skuad itu beraksi lebih padu dalam kancah Piala Dunia akan datang.Selepas tersingkir daripada pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 apabila tewas kepada Argentina 1-2 pada Ahad, Arnord berkata, peruntukan dan sokongan kerajaan penting buat skuad Socceroos.Pencapaian mara ke pusingan 16 terbaik sesuatu yang membanggakan kerana ia adalah penampilan kali kedua dalam sejarah mereka berada di saingan kalah mati.Anak-anak buah Arnold mampu memberi saingan sengit kepada Argentina yang diinspirasikan penyerang Lionel Messi dan menjadi salah sebuah pasukan pilihan di Qatar.Arnold juga berharap pasukan Australia boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang dan menagih sokongan padu kerajaan.\"Kita perlu melihat kepada bola sepak Australia. Kita perlu membelanjakan wang dan mendapatkan bantuan daripada kerajaan untuk menyediakan dana dan membantu membangunkan pelapis,\" katanya.Arnold juga mengharapkan adanya sebuah infrastruktur yang menjadi pusat kepada bola sepak Australia.\"Kerajaan perlu membina kami sebuah rumah.\"Kami perlukan sebuah rumah, sesuatu yang kerajaan boleh bantu daripada sudut dana untuk pembangunan pasukan kebangsaan dan kebaikan bola sepak Australia,\" katanya.Arnold yang boleh meninggalkan jawatan disandangnya tabik kepada para pemainnya.Mereka mengalahkan Denmark dan Tunisia dalam pengembaraan ke pusingan kalah mati.Bagaimanapun beliau meluahkan rasa kecewa selepas benteng ampuh mereka goyah pada aksi bertemu Argentina, terutama ketika gol kedua.\"Saya berasa seperti kami gagal kerana saya begitu mahukan kemenangan,\" ujar Arnold.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 10:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234564/berita/sukan/bintang-muda-cerahkan-masa-depan-as", "article_title": "Bintang muda cerahkan masa depan AS", "article_text": "BIARPUN tersingkir daripada saingan 16 terbaik, skuad muda Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa depan yang cerah dalam perjalanan ke edisi Piala Dunia 2026.Dikecewakan Belanda 1-3 pada aksi kalah mati di Stadium Antarabangsa Khalifa lewat malam Sabtu menjadi pengalaman berharga buat skuad bimbingan Gregg Berhalter itu.Setelah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia empat tahun lalu, Berhalter memilih pemain muda dengan purata umur 25 tahun.AS menjadi pasukan kedua termuda daripada 32 negara yang berhimpun di Qatar selepas Ghana.Pemain pertahanan DeAndre Yedlin, yang bermain di Brazil pada 2014, satu-satunya pemain berpengalaman dari Piala Dunia 2018 masih kekal dalam pasukan itu.Kecetekan pengalaman pemain negara Uncle Sam itu hanya sementara apabila mereka diimbangi oleh keghairahan dan kerja keras di atas padang.\"Kami hadir dengan matlamat untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana cara bermain bola sepak. Saya fikir kami mencapai sebahagiannya walaupun gagal mencapai matlamat.\"Meletakkan barisan termuda dalam Piala Dunia dengan empat perlawanan berturut-turut dan masih boleh bermain dengan cara kami, rakyat Amerika harus optimis,\" ujar Berhalter.Beliau berkata, AS juga berjaya menampilkan nama besar yang boleh menjadi kebanggaan peminat untuk lebih menyerlah empat tahun lagi.\"Bintang Chelsea berusia 24 tahun, Christian Pulisic, yang membuktikan kehebatannya di Qatar,\" ujar Berhalter.Kemenangan ke atas Iran dan seri menentang England dan Wales membawa AS ke pusingan 16 terakhir, namun harapan lebih besar diletakkan peminat mereka.Kejayaan mara ke pusingan kalah mati mencetuskan bualan mengenai kemunculan 'generasi emas' AS.Bagaimanapun Berhalter enggan meletakkan harapan tersebut terhadap pasukannya sambil menyatakan mereka masih belum berada di tahap itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 10:08am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234563/berita/sukan/pertarungan-dengan-belanda-sukar-tetapi-menarik", "article_title": "Pertarungan dengan Belanda sukar tetapi menarik", "article_text": "ARGENTINA menjangkakan pertarungan sukar tetapi menarik dengan Belanda apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Sabtu depan.Argentina yang dibimbing Lionel Scaloni menundukkan Australia 2-1, manakala Belanda mengalahkan Amerika Syarikat 3-1 pada Ahad untuk menyaksikan perlawanan menarik antara dua gergasi hebat dunia.Mereka berentap di pentas final Piala Dunia 1978 yang berpihak Argentina dengan kemenangan 3-1.\"Ia pasti satu perlawanan yang amat cantik dengan dua pasukan penuh bersejarah. Malangnya satu pasukan terpaksa kalah dan kami berharap kami yang berjaya meloloskan diri,\" ujar Scaloni.Sedar jurang perbezaan usia yang ketara, Scaloni, 44, berkata sejak zamannya bermain, beliau sudah mengagumi jurulatih Belanda, Louis van Gaal, 71.\"Beliau seorang yang agung ketika itu. Satu detik membanggakan untuk berdepannya. Kita tahu betapa banyak sumbangannya dalam bola sepak dan bagaimana ramai yang cuba mengikut jejak langkahnya,\" katanya.Scaloni berkata, ia adalah satu daripada keseronokan dalam dunia bola sepak, terutama apabila ia berlaku pada Piala Dunia.\"Kami berdepan lawan yang sukar, seperti mereka juga dan kami berharap mampu bertindak baik. Mungkin mereka tidak menyinar seperti pasukan Belanda sebelum ini, tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan,\" ujar Scaloni.Dalam pada itu, kapten Argentina Lionel Messi, yang dinamakan pemain terbaik perlawanan menentang Australia turut senada dengan Scaloni\"Kami akan berdepan satu pertembungan getir dengan Belanda yang beraksi dengan amat bagus.\"Mereka mempunyai pemain hebat dan seorang jurulatih hebat, ia pasti sengit,\" katanya.Messi ledak gol ketika penampilan ke-1,000PEMAIN bintang, Lionel Messi memahat sejarah apabila membuat penampilan ke-1,000 dalam kerjayanya ketika aksi Argentina dan Australia di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad.Pemain berusia 35 tahun itu mengapai impian untuk menjulang satu-satunya trofi berprestij yang belum pernah dimenanginya.Messi mengapai impian untuk mendakap Piala Dunia, satu-satunya trofi yang belum pernah dimenangi dalam kerjayanya. -Foto EPAMessi meledak satu gol ketika membantu Argentina mara ke suku akhir selepas menewaskan Australia 2-1 di Stadium Ahmad bin Ali.Belanda menjadi lawan di pusingan lapan terbaik dalam misi Messi membantu Argentina menjulang trofi buat kali ketiga.Messi adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina setelah meledak 94 gol dan membuat penampilan ke-169 buat skuad Amerika Latin itu.Memulakan karier apabila menyertai skuad remaja Barcelona pada usia 13 tahun dan menjadi penjaring terbanyak pasukan itu dengan 672 gol dalam 778 perlawanan.Messi kemudian berpindah ke Paris St Germain tahun lalu.Secara keseluruhan, dia sudah menjaringkan 788 gol.Messi membuat penampilan di pentas Piala Dunia buat kali kelima dan ia merupakan yang terakhir buatnya.Penting buat Messi untuk mendakap trofi berprestij itu andai mahu menyamai tinta hebat pemain legenda yang memakai jersi nombor 10, Diego Maradona.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 09:48am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234561/berita/sukan/lions-of-teranga-sedia-terkam-three-lions", "article_title": "Lions of Teranga sedia terkam Three Lions", "article_text": "JUARA Afrika, Senegal memerlukan sesuatu yang luar biasa apabila berdepan England, pasukan yang tidak pernah tewas berdepan pasukan dari Afrika, pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Jika Senegal mahu mencipta kejutan di Stadium Al Bayt pada Isnin, Lions of Teranga perlu melakukannya tanpa pengendali inspirasi Aliou Cisse, yang diketepikan kerana mengalami masalah kesihatan.Menambah cabaran Senegal lagi adalah apabila jeneral bahagian tengah Idrissa Gueye, tidak akan beraksi setelah menerima kad kuning kedua menentang Ecuador dalam aksi terakhir kumpulan.\u201cDia (Cisse) telah sakit selama beberapa hari dan dia membenarkan kami mengendalikan latihan dengan arahannya.\u201cMudah-mudahan esok dia boleh datang dan berada di bangku simpanan bersama pemain tetapi kami pasti dia akan berada di sana bersama pasukan,\u201d kata penolong jurulatih Regis Bogaert.Untuk rekod, The Three Lions yang telah berdepan pasukan dari Afrika sebanyak 20 kali, termasuk tujuh di Piala Dunia, masih mengekalkan rekod tanpa kalah.Walaupun pasukan dari Afrika tewas lapan daripada sembilan aksi pusingan kalah mati Piala Dunia menentang pasukan Eropah, Cisse berada pada edisi Piala Dunia 2002 apabila Senegal menewaskan Sweden sebelum mara ke suku akhir.\"Menewaskan England akan menjadi satu pencapaian yang luar biasa, saya tidak tahu betapa pentingnya ia akan dinilai berbanding kemenangan pada 2002, itu juga penting.\u201cJika kita boleh menewaskan pasukan seperti England ia menghantar mesej yang sangat kuat tentang kemajuan kami telah lalukan terhadap pasukan Senegal\"Kami telah mengenal pasti beberapa perkara penting yang boleh dimanfaatkan seperti sepakan percuma yang boleh menjadi penentu dalam perlawanan ini. Kami juga berharap dapat memanfaatkannya.,\" kata Bogaert.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 09:07am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234560/berita/sukan/argentina-lulus-ujian-australia-di-qatar-2022", "article_title": "Argentina lulus ujian Australia di Qatar 2022", "article_text": "ARGENTINA meneruskan misi pemburuan kejuaraan raja bola sepak dunia apabila mengesahkan slot suku akhir setelah menewaskan Australia 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad bin Ali pada Ahad.Gol pada setiap separuh masa Argentina berjaya menghalang lonjakan lewat permainan Australia daripada membuahkan hasil, sekali gus mengesahkan kemaraan kuasa bola sepak Amerika Selatan tersebut.Perlawanan bermula seimbang pada babak pertama, namun sentuhan kapten Argentina, Lionel Messi berjaya mengamatkan stadium dengan jaringan di minit ke-35 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-0 memihak angkatan Lionel Scaloni.The Albiceleste kemudian meningkatkan tekanan pada babak kedua akhirnya memperoleh gol kedua hasil jaringan bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City Juli\u00e1n \u00c1lvarez yang memanfaatkan kealpaan bahagian pertahanan The Socceroos untuk melebarkan kedudukan pada minit ke-57'.Jaringan Alvarez menyaksikannya menjadi adalah pemain keenam yang menjaringkan gol dalam setiap dua perlawanan Piala Dunia pertamanya untuk Argentina, dan yang pertama sejak Hernan Crespo pada 2006.Anak buah Graham Arnold yang tidak mengalah kembali memperkemaskan permainan meningkatkan tekanan berjaya merapatkan jurang hasil jaringan sendiri minit ke-77, pemain kelab liga Portugal, Benfica FC, Enzo Fern\u00e1ndez.Keputusan itu membolehkan Argentina berdepan Belanda dalam perlawanan suku akhir di Stadium Lusail pada Sabtu depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 09:02am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234558/berita/sukan/dibanjiri-mesej-penyerang-kacak-korea-terpaksa-matikan-telefon", "article_title": "Dibanjiri mesej, penyerang kacak Korea terpaksa matikan telefon", "article_text": "MESEJ peminat masuk sepanjang masa sehingga memaksa pemain sensasi Korea Selatan, Cho Gue-sang mematikan telefon bimbitnya.Ia susulan video dia duduk di bangku simpanan pemain semasa Piala Dunia Qatar 2022 tular di media sosial.Para peminat membanjiri media sosial penyerang skuad Kimchi itu yang kagum dengan ketampanan dan bakatnya ketika beraksi di padang.Akaun Instagramnya melonjak secara mendadak dari 20,000 kepada lebih 1.6 juta pengikut.Kegilaan peminat terhadap Gue-sang sangat dahsyat sehingga klik video ketika dia duduk di bangku menerima lebih 7.3 juta tontonan di media sosial.\"Dia perlu berehat. Telefonnya penuh notifikasi sepanjang malam. Ia membuatkan dia terjaga.\"Dia cuba fokus kepada bola sepak. Mesej peminat masuk sepanjang masa,\" ujar seorang wartawan, Seo Jung-hwan.Tidak banyak maklumat mengenai kehidupan peribadi Gue-sang, tetapi dia difahamkan sudah mempunyai teman wanita.Pemain berusia 24 tahun itu mencipta sensasi ketika menjaringkan dua gol, ketika menentang Ghana Isnin lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 08:22am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234556/berita/sukan/norde-tak-sabar-mula-cabaran-bersama-tfc", "article_title": "Norde tak sabar mula cabaran bersama TFC", "article_text": "PENYERANG import, Sony Norde mahu segera melupakan kenangan pahit musim 2022, sebaliknya menjadikan tahun 2023 sebagai pentas kebangkitan bersama Terengganu FC (TFC).Norde diikat selama setahun bersama naib juara Piala FA itu bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Penyu tersebut.Pemain dari Haiti itu mengakui perjalanan musim 2022 bersama Melaka United FC sungguh mencabar.Kini sudah tiba masa untuknya kembali bangkit membantu TFC meraih pencapaian lebih cemerlang berbanding musim ini.Jelasnya, dia percaya pilihannya untuk bersama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner adalah tepat.\u201cYa, semua tahu apa yang berlaku di Melaka dan sebagai pemain bola, sudah pasti saya sentiasa ada rasa untuk bermain, jadi inilah masanya untuk terus berjalan ke hadapan.\u201cSaya bersedia untuk bersama keluarga baharu di Terengganu dan juga cabaran baharu bersama pasukan ini.\u201cSecara jujurnya, saya ada mendapat tawaran lebih daripada tujuh kelab dan saya ada berbincang dengan tujuh pasukan tersebut, jadi kami melihat dari semua sudut sebelum akhirnya memilih TFC.\u201cSelain ingin beraksi di Piala AFC, TFC juga mempunyai ramai pemain tempatan yang bagus jadi saya rasa pasukan ini pilihan terbaik untuk saya,\u201d jelasnya.Norde juga tidak menolak harapan tinggi diletakkan musim depan untuk terus kekal cemerlang seperti dilakukan oleh Nafuzi Zain pada musim ini.Namun, pemain berusia 33 tahun itu percaya kehadiran jurulatih baharu tetap akan menghasilkan pencapaian luar biasa seiring kerja keras seluruh pasukan selepas ini.\u201cKita tahu semua penyokong TFC juga sudah letak harapan tinggi daripada jurulatih serta pemain. Ini cabaran untuk pemain baharu bawa pasukan ini ke tahap tinggi.\u201cMemandangkan mereka telah melakukan tugas cemerlang di bawah kendalian Nafuzi sebelum ini, kini adalah giliran kami untuk melakukan sesuatu sebab sudah tentu penyokong akan sedih sekiranya kami tidak berjaya.\u201cSaya baru kali pertama bertemu dengan jurulatih (Steinbruckner) ketika menandatangani kontrak dan apa saya boleh cakap, beliau mempunyai karakter yang cukup disenangi dan saya percaya kami semua akan mampu memberikan yang terbaik,\u201d katanya.Norde sebelum ini bersama Melaka United selama tiga musim sejak 2020, berjaya meraih empat gol dan lima bantuan dalam 17 penampilan secara keseluruhan musim ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 07:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234548/berita/sukan/piala-dunia-2022-belanda-pasukan-pertama-sambar-slot-suku-akhir", "article_title": "Belanda pasukan pertama sambar slot suku akhir", "article_text": "BELANDA muncul pasukan pertama melangkah ke pentas suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Antarabangsa Khalifa pada awal pagi Ahad.AS terlebih dahulu menguji benteng Belanda seawal minit ketiga menerusi Christian Pulisic, namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol, Andries Noppert.Ketika AS terus giat mengasak kubu lawan, Belanda pula yang berjaya memperoleh gol menerusi ledakan penyerang berbisa, Memphis Depay pada pada minit ke-10.Gol itu berpunca daripada hantaran lintang Denzel Dumfries sebelum Depay yang tidak dikawal berjaya merembat kencang bagi menewaskan penjaga gol AS, Matt Turner.Gol itu nyata menambah keyakinan kepada Belanda menguasai perlawanan, namun ia tidak menghalang AS menguji lagi Noppert menerusi percubaan Timothy Weah pada minit ke-42.Kegagalan Belanda mengeluarkan bola di kawasan bahaya menyebabkan Weah membuat percubaan ke arah gawang Belanda, mujur Noppert berjaya sekali lagi menafikan gawangnya daripada dibolosi.Seminit sebelum aksi babak pertama berakhir, tonggak pertahanan, Daley Blind terus menceriakan kem Belanda apabila menyumbat gol kedua The Oranje.Seperti gol pertama, satu lagi hantaran Dumfries gagal disekat pertahanan AS, sekali gus membenarkan Blind melepaskan satu rembatan menewaskan Turner.Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan berpeluang menjaringkan gol dengan AS terlebih dahulu hampir merapatkan jurang menerusi Tim Ream pada minit ke-49.Bagaimanapun, percubaan Ream masih gagal merobek gawang Belanda susulan kesilapan barisan pertahanan Belanda yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hasil sepakan sudut Weston McKennie.Seminit kemudian, Belanda pula hampir menambah gol ketiga menerusi jaringan sendiri Walter Zimmerman yang hampir tertolak bola ke gawang sendiri.Menerusi beberapa serangan, AS akhirnya merapatkan jurang menerusi gol pemain gangtian, Haji Wright hasil hantaran Christian Pulisic pada minit ke-76.Jaringan tersebut memberi keyakinan kepada AS untuk memburu gol penyamaan, namun kecekapan Noppert menggagalkan usaha The Yanks.Sebaliknya, Dumfries mengakhiri sisa-sisa perjuangan AS apabila menyumbat gol ketiga Belanda selepas menyudahkan hantaran lintang Blind pada minit ke-83.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 02:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234547/berita/sukan/brazil-hilang-khidmat-jesus-telles", "article_title": "Brazil hilang khidmat Jesus, Telles", "article_text": "BRAZIL terpaksa melupakan khidmat Gabriel Jesus dan Alex Telles yang terpaksa disisihkan menjelang aksi berdepan Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa.Bintang Arsenal dan Manchester United itu dikeluarkan dari skuad Samba selepas mengalami kecederaan ketika Selecao tumpas 0-1 kepada Cameroon dalam aksi Kumpulan G di Stadium Lusail pada Sabtu.Jesus mengalami kecederaan lutut, manakala Telles juga berdepan masalah sama menyaksikan kedua-dua terlepas baki saingan Qatar 2022, kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF).Pada perlawanan itu, Telles yang juga pemain pertahanan dikeluarkan pada minit ke-54, disusuli Jesus yang meninggalkan posisi penyerang 10 minit kemudian.Untuk rekod keputusan perlawanan itu tidak menjejaskan peluang Brazil yang sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.Malah dalam perlawanan itu, Tite telah melakukan penggiliran pemain dengan menampilkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama Samba.Keputusan itu ternyata memberi impak kepada juara dunia lima kali itu apabila mengalami kekalahan pertama fasa kumpulan Piala Dunia selepas 24 tahun selain turut kehilangan Jesus dan Telles.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 12:24am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234545/berita/sukan/uitm-juara-piala-sumbangsih-liga-ipt", "article_title": "UiTM juara Piala Sumbangsih Liga IPT", "article_text": "UiTM melaungkan amaran untuk terus menguasai saingan Liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022/2023 apabila merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih pada Sabtu.The Young Lions selaku tuan rumah berstatus juara Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) Ogos lalu menewaskan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2-1 dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam.UPNM yang merupakan juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 memberikan saingan sengit dan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil rembatan N Thineswaran pada minit ke 20.Bagaimanapun aksi babak kedua lebih mencemaskan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Muhammad Mirza Malik akhirnya memadam kelebihan dimiliki UPNM apabila meledak gol penyamaan untuk UiTM pada minit ke-53.Asakan UiTM semakin rancak menyaksikan akhirnya Muhammad Zarif Nazhan menyumbat masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-66.Walaupun UPNM bekerja keras untuk mencari jaringan penyamaan namun kedudukan kekal hingga tamat permainan.Saingan Liga IPT 2022/2023 yang menyingkap tirai hari ini membabitkan 14 pasukan Divisyen Satu, 14 pasukan Divisyen Dua dan 11 pasukan Divisyen Tiga.Divisyen Satu bermula hari ini dijadualkan tamat pada Februari 2023, manakala Divisyen Dua akan dilangsungkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 hingga 16 Disember.Sementara Divisyen Tiga berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari 23 hingga 31 Disember tahun ini.Kemuncak saingan Liga IPT 2022/2023 ialah Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022/2023 yang dijangka berlangsung pada Mac 2023.Piala Sumbangsih dan hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr Pekan Ramli dan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan dan Jemaah Menteri, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Salasiah Yusop.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Disember 2022 12:14am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234541/berita/sukan/enam-minit-paling-lama-dalam-hidup-saya", "article_title": "\u2018Enam minit paling lama dalam hidup saya\u2019", "article_text": "SON Heung-min menyifatkan penantian perit Korea Selatan untuk pengesahan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia sebagai \u2018enam minit paling lama dalam hidup saya\u2019 selepas kemenangan 2-1 ke atas Portugal menyaksikan pasukan dari Asia itu mara ke pusingan 16 terbaik.Kapten Korea itu meletakkan Hwang Hee-chan untuk menjaringkan gol kemenangan minit ke-91 menentang pasukan Fernando Santos dan meninggalkan Taeguk Warriors dengan harapan Uruguay tidak dapat menambah kelebihan dua gol ke atas Ghana dalam perlawanan Kumpulan H yang lain.Satu lagi gol akan membawa Uruguay ke pusingan 16 terbaik dengan mengorbankan Korea kerana perbezaan gol dan skuad itu berkumpul di padang Stadium Education City menonton pada peranti digital ketika pasukan Amerika Selatan akhirnya gagal.\"Ia adalah enam minit terpanjang dalam hidup saya, tetapi dalam bulatan kami benar-benar positif..\u201cSaya berkata: jika Uruguay menjaringkan satu lagi gol, saya sangat berbangga dengan pasukan ini dan sangat gembira kerana anda memberikan segala-galanya dan kita akan lihat apa yang akan berlaku.\"Kami hanya menunggu, tetapi ia adalah penantian yang lama,\" kata Heung-min, yang akan beraksi di pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam kariernya.Kemenangan Korea Selatan ke atas Portugal mengimbau kemenangan 2-0 ke atas Jerman di Rusia empat tahun lalu, yang menyingkirkan juara bertahan ketika itu.Heung-min menjaringkan gol pada masa kecederaan perlawanan di Kazan itu menyaksikan Korea gagal mara berikutan kekalahan 3-0 Mexico kepada Sweden yang memacu kedua-dua negara ke saingan pusingan 16 terbaik\"Kali ini berbeza. Kami menunggu keputusan lain tetapi saya tidak terfikir pun tentang empat tahun lalu kerana saya sangat gembira dan sangat bangga pada masa ini,\" kata Heung-minSon yang menyertai skuad Shin Tae-yong di Rusia itu.Korea Selatan akan berdepan Brazil pada Selasa dengan Heung-min memuji perpaduan dalam skuad Paulo Bento.\"Kami menghabiskan lebih banyak masa berbanding dengan rakan dan keluarga. Di kem mereka sudah berada di sini lebih sebulan.\"Kami benar-benar rapat. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang tidak bermain, mereka sedih tetapi tidak menunjukkan kekecewaan mereka.\u201cMereka memberikan segala-galanya di bangku simpanan dan menyokong kami dan itu membuat perbezaan besar, untuk menjadi satu pasukan daripada pergi dengan cara yang berbeza.\"Saya sangat gembira, sangat bersyukur dapat memimpin pasukan ini dan mempunyai pasukan ini. Ini membuat perubahan yang besar,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 11:30pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234540/berita/sukan/ireland-sekat-hajat-speedy-tigers", "article_title": "Ireland sekat hajat Speedy Tigers", "article_text": "HASRAT The Speedy Tigers untuk ke final Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Ireland dalam aksi separuh akhir di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Sabtu.Babak pertama perlawanan menyaksikan aksi seimbang antara kedua-dua pasukan yang mengheret perlawanan terikat tanpa jaringan.Namun Ireland kemudian tampil garang apabila akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan padang Benjamin Walker pada minit ke-41.Anak buah Arul Selvaraj terus ketinggalan apabila Jeremy Duncan meledak gol kedua Ireland menerusi jaringan padang pada minit ke-43.Duncan kemudian menambah gol jaringan padangnya kedua peribadinya sekali gus gol ketiga Ireland pada minit ke-52.Kemenangan itu menyaksikan Ireland akan berdepan sama ada Korea Selatan ataupun tuan rumah, Afrika Selatan di perlawanan akhir.Sementara itu, tugas Speedy Tigers juga belum berakhir apabila akan mengharungi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.Sementara itu, Kapten Speedy Tigers, Muhammad Najmi Farizal Jazlan mengakui para pemain kecewa dengan kekalahan tersebut.Namun jelas Najmi Farizal, tugasan para pemain masih belum berakhir kerana akan mengharungi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat\u201cYa, kami amat kecewa tewas dalam perlawanan ini, dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya...\u201cNamun kami akan recovery dan beri tumpuan untuk perlawanan berikutnya bagi penamat podium,\u201d kata benteng pertahanan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 11:23pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234531/berita/sukan/piala-agong-putrajaya-jinakkan-juara-bertahan-terengganu", "article_title": "Piala Agong: Putrajaya jinakkan juara bertahan Terengganu", "article_text": "PUTRAJAYA cipta sensasi apabila melakar sejarah menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi-38 dengan menundukkan juara bertahan Terengganu 18-15, pada perlawanan akhir di Stadium Ragbi Pangkalan Udara Subang, pada Sabtu.Putrajaya yang mendominasi perlawanan seawal minit pertama, mendahului Terengganu 6-0 menerusi tendangan penalti Simione Tuivanuavou Bulai, masing-masing pada minit ke-14 dan ke-25 sebelum menutup aksi babak pertama dengan keputusan 13-5.Aksi babak kedua pula menyaksikan pasukan pantai timur yang mengasak kubu Putrajaya, di peringkat awal merapatkan jurang 13-12 menerusi try oleh Noor Alif Ikhmal Noor Hisham disusuli conversion Muhammad Faris Pead pada minit ke-48.Tendangan penalti diambil Muhammad Faris selang enam minit kemudian menepati sasaran, untuk meletakkan Terengganu di depan buat kali pertama, 15-13.Tersentak dengan kedudukan itu, usaha Putrajaya yang terus 'menekan' Terengganu membuahkan hasil apabila try dilakukan Badrul Muktee pada minit ke-71 meletakkan mereka kembali di depan, 18-15, sekali gus mengesahkan mahkota kejuaraan milik skuad kendalian bekas pemain All Blacks, Brad Mika.Sementara itu, tonggak utama Putrajaya K Dinesvaran, gembira dapat kembali mencatat kejayaan di Piala Agong selepas kali terakhir menikmatinya pada 2008 ketika bersama Kedah.Beliau yang disunting Putrajaya bagi kejohanan kali ini selepas beraksi dalam saingan Japan Top League bersama Hino Red Dolphins, tidak menyangka dapat mencipta keserasian bersama rakan pasukan dalam masa singkat sehingga berjaya membantu mereka bergelar juara Piala Agong.Sementara itu Mika mendedikasikan kejayaan pasukannya kepada pengurusan Ragbi Putrjaya terutamanya Presidennya Shahir Sidek, atas sokongan terbaik sepanjang pertandingan itu.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir, turut menyampaikan hadiah kepada Putrajaya dan Terengganu.Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul pasukan ketiga terbaik selepas menang tipis, 35-34, ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 09:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234514/berita/sukan/presiden-sepak-takraw-singapura-dikenakan-sekatan-10-tahun", "article_title": "Presiden sepak takraw Singapura dikenakan sekatan 10 tahun", "article_text": "PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) Mohd Nasri Haron dikenakan sekatan selama 10 tahun bermula 30 November lalu oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF Yogender Singh Dahiya berkata, Mohd Nasri juga perlu membayar balik AS$15,000 (kira-kira RM65,800) kepada badan itu.Katanya, ini menampung kos mengadakan perbicaraan yang melibatkan seluruh jawatankuasa disiplin antarabangsa itu dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tambahan dua tahun sekatan.Yogender Singh berkata, Mohd Nasri menghadapi lima pertuduhan berkaitan suratnya sebagai Naib Presiden ASTAF dan Presiden PERSES yang disalin kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 06:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234504/berita/sukan/haluan-baharu-penang-fc-musim-2023", "article_title": "Haluan baharu Penang FC musim 2023", "article_text": "KELAB Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC mengambil pendekatan proaktif menyusun semula pasukan bagi memantapkan cabaran Harimau Kumbang dalam mengharungi saingan musim 2023.Pengurusan kelab dalam status terkini yang dimuat naik di laman FB Penang FC berterima kasih kepada para pemain yang telah berbakti kepada kelab tersebut.\u201cAhli Lembaga Pengarah Penang FC telah memutuskan untuk membawa haluan baharu Harimau Kumbang bagi musim 2023.\u201cPenang FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizul Hakim, Rafiuddin Roddin, Thivendaran, Gopi Rizqi, Tam Sheang Tsung, Azim Rahim, Jafri Firdaus Chew, Faizal Talib, Shukri Hamid, Azzizan Nordin, Ariff Ar-Rasyid, Syazwan Zaipol dan Daniel Ashraf yang bersama pasukan Penang sepanjang musim 2022.\u201cTerima kasih juga kepada pemain import Penang FC Endrick Dos Santos Parafita, Lucas Espindola Da Silva, Christian Mangaron Rontini, Anselmo Arruda Da Silva (Casagrade) bagi musim 2022, segala pengorbanan dan usaha pasti akan dikenang,\u201d kata kelab itu dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di lama Facebook Penang FC pada Sabtu.Skuad Haria Penang Haria mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan tercorot dalam kalangan 12 kelab bertanding.Pasukan tersebut mengumpul 11 mata - dua menang, lima seri dan 15 tewas selepas mengharungi 22 perlawanan Liga Super.Bagi saingan Piala FA, cabaran Penang terhenti di separuh akhir apabila dibelasah Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada Ogos lalu.Saingan Piala Malaysia pula, Penang sekadar di pusingan 16 terbaik sebelum dijinakkan kelab Liga Premier, Kuching City dengan keputusan agregat 4-3.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 05:46pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234486/berita/sukan/tidak-selisih-faham-dengan-jurulatih---ronaldo", "article_title": "'Tidak selisih faham dengan jurulatih' - Ronaldo", "article_text": "CRISTIANO Ronaldo menafikan mengeluarkan kata kesat ketika dikeluarkan semasa kekalahan 1-2 Portugal kepada Korea Selatan dalam aksi ketiga Kumpulan H di Stadium Education City pada Sabtu.Sebaliknya bekas bintang Manchester United berusia 37 tahun itu menegaskan reaksi pada minit ke-66 tersebut ditujukan kepada seorang pemain Taegeuk Warriors kendalian Paulo Bento tersebut.\"Apa yang berlaku ialah sebelum pertukaran saya, pemain Korea Selatan itu menyuruh saya keluar dengan cepat.\"Saya menyuruhnya diam kerana dia tidak mempunyai kuasa itu. Tiada perselisihan faham (dengan jurulatih),\u201d kata Ronaldo.Media Portugal sebelum itu melaporkan Ronaldo kelihatan mencabar keputusan Santos menggantikannya dengan menggunakan bahasa kesat terhadap pengendali berusia 68 tahun berkenaan.Untuk rekod, bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu ketika ini sedang berusaha menyamai rekod penjaring sepanjang zaman Piala Dunia Portugal Eusebio, yang meledak sembilan gol pada edisi England 1966 di England, satu-satunya kejohanan yang legenda berkenaan beraksi.Ronaldo sebelum ini muncul pemain pertama dalam sejarah menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia pada minggu lalu.Cristiano Ronaldo FOTO: EPASementara itu, Santos berkata, seorang pemain Korea Selatan bertindak agresif dalam interaksinya terhadap pemenang Ballon d'Or lima kali berkenaan.\"Saya melihat interaksi dengan pemain Korea dan saya tidak ragu-ragu tentang apa yang berlaku,\" kata Santos.Pada perlawanan itu, Korea Selatan bangkit menjaringkan gol masa kecederaan untuk menewaskan Portugal, 2-1.Kejayaan itu membolehkan Taegeuk Warriors mengesahkan slot pusingan 16 terbaik selaku naib juara kumpulan di belakang A Selecao.Pemain sayap kelab Liga Premeira Portugal, Ricardo Horta terlebih dulu meletakkan Portugal di hadapan pada minit kelima selepas menyempurnakan hantaran kemas Diogo Dalot.Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi pemain pertahanan Kim Young-gwon.Gol kemenangan Korea Selatan akhirnya dijelmakan menerusi sentuhan Hwang Hee-chan pada minit ke-91\u2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 03:54pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234458/berita/sukan/cameroon-ada-masa-depan-cerah", "article_title": "Cameroon ada masa depan cerah", "article_text": "GERGASI Afrika, Cameroon mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia selepas berjaya menewaskan kuasa bola sepak dunia, Brazil 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Lusail pada Sabtu, sekali gus kemenangan pertama selepas 20 tahun di kejuaraan tersebut.Cabaran The Indomitable Lions asuhan Rigobert Song di Qatar 2022 itu berhenti di peringkat kumpulan selepas pesaing terdekat Switzerland mengatasi Serbia 3-2 di Stadium 974 - Ras Abu Aboud.Keputusan itu menyaksikan Switzerland memintas Cameroon dengan kelebihan dua mata untuk mara ke pusingan 16 terbaik Qatar 2022 mengiringi Brazil yang juga juara kumpulan.Namun biarpun perjalanan Cameroon telah berakhir, Song percaya terdapat elemen positif dipamerkan para pemainnya terutama karakter menyaingi pasukan pilihan seperti Brazil, Switzerland dan Serbia di Qatar.\"Saya cuba mencari semangat berpasukan, semangat singa itu, yang menjadi kunci kepada kejayaan pasukan Cameroon selama ini.\"Kami mempunyai skuad muda yang bertenaga, namun tidak mempunyai masa yang cukup bersama untuk membentuk keserasian,\" kata Song selepas perlawanan.Tambah Song, dia percaya pemain muda ini boleh membentuk pasukan yang hebat dan yang sangat bagus.\" Ya, memang memalukan apabila terpaksa pulang pada peringkat kumpulan, namun semua perlu melihat dari sudut positif kemampuan dan daya saing diberikan pasukan ini di Qatar.\"Kami perlu terus bekerja dan terus bergerak, saya percaya kepada pemain saya,\" katanya.Pada perlawanan itu, gol minit ke-93' pemain kelab liga Arab Saudi, Al Nassr, Vincent Aboubakar membolehkan Cameroon menjinakkan Brazil yang telah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, 1-0.Cameroon sebelum ini menyingkap saingan dengan tewas tipis 0-1 kepada Switzerland pada 24 November sebelum mengikat Serbia 3-3 pada 28 November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 01:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234450/berita/sukan/10-minit-mendebarkan-buat-heung-min-rakan", "article_title": "10 minit mendebarkan buat Heung-min, rakan", "article_text": "AZIMAT Korea Selatan, Son Heung-min masih lagi kemarau jaringan sepanjang saingan Piala Dunia Qatar 2022 yang memasuki pusingan 16 terbaik kali ini.Namun di sebalik itu tonggak Taegeuk Warriors itu bersungguh-sungguh menjadi pembakar semangat memastikan wakil Asia tersebut mara ke pusingan 16 terbaik dengan cara yang dramatik.Heung-min dan rakan sebelum itu menyingkap saingan Kumpulan H Qatar 2022 dengan mengikat sensasi Amerika Selatan, Uruguay, 0-0 di Stadium Education City pada 24 November lalu.Namun prestasi cemerlang itu gagal dikekalkan Korea Selatan pada perlawanan kedua apabila dijinakkan 2-3 Ghana di Stadium Education City pada 28 November, biarpun Heung-min dan rakan berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol berdepan The Black Stars.Mengharungi perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan, bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus menjadi penjana gerakan ketika berdepan gergasi dunia Portugal di Stadium Education City pada Sabtu.Ketinggalan seawal minit kelima hasil jaringan Ricardo Horta, Heung-min dan rakan kembali bangkit memberikan saingan sebelum gol penyamaan pasukan Korea Selatan dinafikan kerana offsaid.Namun itu tidak mengoyahkan semangat perjuangan wakil Asia itu apabila bintang liga Korea Selatan dari Ulsan Hyunda, Kim Young-gwon kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-27.Portugal yang telahpun mengesahkan slot pusingan 16 terbaik kembali semula dalam permainan menerusi asakan dikemudikan Cristiano Ronaldo sekali gus menyaksikan Heung-min dan rakan bertahan sebelum sentuhan mesin gol Spurs itu diterjemahkan dalam bentuk gol bintang Wolverhampton, Hwang Hee-chan pada minit ke-91'.Dan sekali lagi Heung-min menjadi watak penenang kepada para pejuang tonggak Taegeuk Warriors sebaik berakhir perlawanan kerana kemaraan ke pusingan 16 bergantung keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana di Stadium Al Janoub yang berkesudahan tiga mata milik jagoan dari Amerika Selatan tersebut.La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata berjaya menewaskan Ghana 2-0, namun gagal mencari gol tambahan untuk kembali memintas Korea Selatan di kedudukan kedua Kumpulan H.Heung-min yang memimpin melalui teladan, menyemarakkan semangat para pemain Korea Selatan untuk tidak berputus asa selepas berjaya menewaskan Portugal untuk mara ke pusingan kalah mati.Heung-min dan rakan sebelum itu terpaksa menunggu 10 minit untuk mengetahui sama ada pasukan Asia itu berjaya melepasi pusingan 16 terbaik atau sebaliknya.Dalam tempoh itu Heung-min mengumpulkan rakan sepasukannya tampil mengekalkan kepercayaan mereka bahawa pasukan tersebut memiliki aura meneruskan saingan.\"Ya, kami perlu bertenang dalam situasi ini biarpun berjaya mengatasi Portugal kerana perlu menanti satu lagi keputusan perlawanan lain.\"Sejujur kami menunggu terlalu lama untuk detik ini, malah para pemain Korea Selatan perlu yakin bahawa harapan untuk mara ke pusingan 16 terbaik masih bersinar walaupun terpaksa menanti keputusan perlawanan Uruguay menentang Ghana,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 12:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234438/berita/sukan/penyokong-samurai-biru-buat-kejutan-di-qatar", "article_title": "Penyokong Samurai Biru buat kejutan di Qatar", "article_text": "DI sebalik jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48' diikuti Ao Tanaka (51') ketika Jepun menjadi tumpuan komuniti bola sepak dunia pada Jumaat apabila mengejutkan gergasi dunia Sepanyol, 2-1 seterusnya mengesahkan slot kelompok 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Terdapat lagi satu kisah menarik mengenai kehadiran para penyokong Samurai Biru beberapa minggu sebelum itu apabila pemain ke-12 tersebut menerima anugerah daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana mengutip sampah di stadium selepas kemenangan menakjubkan 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Doha pada Stadium Antarabangsa Khalifa, 23 November lalu.Selepas perlawanan Qatar-Ecuador yang memulakan kejohanan pada 20 November, penyokong Jepun mengisi kira-kira 20 beg 45 liter dengan botol plastik kosong, kotak dan jenis sampah lain.Malah para sukarelawan Qatar 2022 semasa perlawanan Jepun-Jerman memuji usaha para penyokong Samurai Blue yang teliti, yang malah menerima ucapan terima kasih melalui sistem siaraya.Seorang pegawai jawatankuasa penganjur Piala Dunia telah mengambil inisiatif merakamkan penghargaan atas tindakan penyokong Jepun pada majlis anugerah di Doha berharap sekiranya para penyokong Samurai Biru itu dikongsi dalam kalangan rakyat Qatar dan negara lain.Malah pegawai itu berkata, para penyokong Maghribi dan Tunisia juga telah mengutip sampah di stadium, diilhamkan oleh penyokong Jepun.Pelajar universiti berusia 22 tahun dari Minami-Soma, Prefektur Fukushima, yang mengutip sampah pada perlawanan pembukaan kejohanan dan permainan Jepun-Jerman, menerima bunga dan hadiah peringatan daripada FIFA.Penyokong Samurai Biru mengutip sampah selepas perlawanan Jepun-Jerman di Doha pada 23 November lalu.\"Saya berasa pelik menerima anugerah kerana tidak melakukan apa-apa yang istimewa.\"Ia sebahagian daripada budaya Jepun, dan saya mahu menyebarkannya ke seluruh dunia,\" kata pelajar itu.Untuk rekod rakyat Jepun merupakan masyarakat yang sangat menitikberatkan mengenai kebersihan dalam pelbagai hal tidak hanya dalam negara tetapi juga luar negara.Jepun sebelum ini menyingkap kempen pusingan akhir Piala Dunia dengan mengejutkan gergasi Jerman, 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 23 November lalu.Namun selepas itu Samurai Biru dikejutkan kekalahan tipis 0-1 kepada Costa Rica hasil jaringan Keysher Fuller pada minit ke-81di Stadium Ahmad bin Ali pada 27 November lalu.Kejayaan mengejutkan La Roja menyaksikan Samurai Biru mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik sekali gus mengulangi pencapaian edisi Rusia 2018 apabila berada di belakang Colombia di dalam Kumpulan H sebelum ini.Edisi Rusia 2018, cabaran Jepun terhenti di pusingan 16 terbaik selepas dijinakkan 2-3 pasukan generasi emas Belgium dalam perlawanan di Rostov Arena.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 12:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234420/berita/sukan/korea-selatan-mara-pusingan-16-terbaik", "article_title": "Korea Selatan mara pusingan 16 terbaik", "article_text": "GERGASI Asia, Korea Selatan bangkit menjaringkan gol masa kecederaan untuk menewaskan pasukan pilihan Portugal, 2-1 dalam perlawanan Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City.Kejayaan menewaskan jagoan bola sepak dunia pimpinan Fernando Santos itu membolehkan Taegeuk Warriors kendalian Paulo Bento mengesahkan slot pusingan 16 terbaik selaku naib juara kumpulan di belakang A Selecao.Tempat ketiga menjadi milik Uruguay diikuti Ghana yang menyaksikan kedua-dua pasukan tersebut tersingkir daripada meneruskan perjuangan di peringkat 16 terbaik Qatar 2022.Pemain sayap kelab Liga Premeira Portugal, Ricardo Horta terlebih dulu meletakkan Portugal di hadapan dengan percubaan gol pertama pada minit kelima selepas menyempurnakan hantaran kemas Diogo Dalot.Korea Selatan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-17 apabila rembatan jarak dekat pemain pertahanan Kim Jin-su menewaskan penjaga gol Diogo Costa, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid.Bagaimanapun, Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi pemain pertahanan Kim Young-gwon yang menjaringkan gol selepas bola melantun daripada Cristiano Ronaldo hasil sepakan sudut.Ronaldo, yang memburu gol untuk menyamai rekod keseluruhan Piala Dunia Portugal dengan sembilan gol oleh Eusebio, mendapat peluang pertamanya, namun percubaan kapten Portugal itu diselamatkan Kim Seung-gyu.Gol dicari Korea Selatan akhirnya hadir menerusi sentuhan Hwang Hee-chan pada minit ke-91' yang menjinakkan Diogo Costa untuk mata keempat gergasi bola sepak Asia tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 08:52am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234405/berita/sukan/jerman-perlu-tumpu-pemain-bola-sepak-generasi-baharu", "article_title": "Jerman perlu tumpu pemain bola sepak generasi baharu", "article_text": "JERMAN memiliki kualiti untuk menjadi kuasa dominan semula, namun satu perkara yang hilang ketika ini ialah kekuatan dalam bertahan pasukan ketika memenangi empat Piala Dunia, kata pengendali Hansi Flick selepas tersingkir dari edisi Qatar 2022.Jerman memenangi perlawanan fasa kumpulan pertama di Qatar apabila melakar kemenangan huru-hara 4-2 ke atas Costa Rica di Stadium Al Bayt.Namun kejutan Jepun 2-1 terhadap Sepanyol menyaksikan anak buah Flick mengakhiri cabaran ketiga dengan perbezaan gol, tersingkir dari kejohanan pada pusingan pertama - sama seperti edisi Rusia 2018.Apabila ditanya apa yang Jerman perlu dipertimbangkan untuk kembali dalam kalangan elit dunia, Flick berkata, Jerman perlu mengambil pengalaman Sepanyol yang membina pasukan muda dengan asas taktikal yang kukuh.Kami mempunyai pemain dengan kelab terbaik dan kami mempunyai kualiti. Untuk masa depan bola sepak Jerman, kami perlu berlatih secara berbeza.\"Selama bertahun-tahun kami bercakap tentang penjaga gol dan pemain sayap baharu... tetapi apa yang selalu bagus ialah kami bertahan dengan baik. Kami memerlukan asas (untuk menjadi betul).\"Sepanyol bijak dalam melatih pemain muda, mereka tahu taktikal mereka dengan baik. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami perlu memberi tumpuan kepada pemain bola sepak generasi baharu,\" kata Flick.Jerman yang hanya menjaringkan dua gol sebelum perlawanan akhir Kumpulan E, namun Flick tidak mahu mencari alasan, sebaliknya mengakui salah satu sebab mereka tersingkir awal adalah kekurangan kecekapan di hadapan gawang.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 08:30am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234404/berita/sukan/kalahkan-perancis-jaringkan-gol-itu-lebih-indah---khazri", "article_title": "'Kalahkan Perancis, jaringkan gol, itu lebih indah' - Khazri", "article_text": "PENYERANG Tunisia, Wahbi Khazri mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas Eagles of Carthage tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.Khazri yang menjaringkan gol ketika menghadiahkan Tunisia kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara Perancis pada Rabu, menyertai gandingan Arab Saudi, Salem Al-Dawsari dan Sami Al-Jaber sebagai penjaring terbanyak Arab sepanjang masa di Piala Dunia dengan masing-masing tiga gol.Selepas perlawanan Tunisia, dan dalam pertemuan yang melibatkan semua pemain dan kakitangan teknikal dan pentadbiran, saya memberitahu semua orang bahawa saat ini sesuai, dan saya berterima kasih kepada semua orang dan mendoakan kejayaan mereka.\"Saya bangga dengan apa yang saya berikan kepada Tunisia sejak beberapa tahun lalu, dan saya percaya pasukan ini mempunyai masa depan yang cerah pada masa depan,\u201d kata Khazri.Penyerang Montpellier berusia 31 tahun itu berkata: \"Untuk mengalahkan Perancis, untuk menjaringkan gol dan menjadi penentu, itu lebih indah.\"Tunisia memulakan kempen Piala Dunia dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Denmark, kemudian tewas 0-1 kepada Australia.Kemenangan ke atas Perancis tidak cukup untuk menyelamatkan Tunisia selepas Australia menewaskan Denmark untuk mara ke pusingan 16 terbaik bagi bertemu Argentina.Untuk rekod, Khazri, yang dilahirkan di Perancis bermain satu perlawanan untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 2012, beralih bermain untuk Tunisia memiliki 74 penampilan antarabangsa, menjaringkan 25 gol.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 08:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234412/berita/sukan/perjuangan-uruguay-di-qatar-2022-berakhir", "article_title": "Perjuangan Uruguay di Qatar 2022 berakhir", "article_text": "IMPIAN Uruguay untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian biarpun berjaya mengatasi cabaran Ghana, 2-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan H di Stadium Al Janoub.La Celeste kendalian Diego Alonso yang turun dengan misi tiga mata tiada pilihan kecuali menang akhirnya terpaksa mengalah setelah pesaing terdekat Korea Selatan mengejut Portugal, 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Education City.Pada perlawanan itu, The Black Stars kendalian Otto Addo terlebih dulu berpeluang mendahului Uruguay apabila memperoleh sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan penalti atas cabaran lewat Sergio Rochet.Namun Ghana yang terkenal dengan trauma sepakan penalti kali ini sekali percubaan Andre Ayew diselamatkan Rochet pada minit ke-17.Uruguay yang tersentak kemudian memperkemaskan permainan berjaya mendahului lawan hasil jaringan Giorgian de Arrascaeta pada minit ke-26' diikuti gol minit ke-32'.Dua gol dalam tempoh enam minit itu meletakkan Uruguay di landasan menuju ke pusingan 16 terbaik sehingga gol lewat Korea Selatan dalam perlawanan lain memberikan kemenangan kepada Taegeuk Warriors pacuan Paulo Bento yang menewaskan Portugal 2-1 di Stadium Education City.Keputusan itu menyaksikan Uruguay mengakhiri cabaran di tangga ketiga dengan empat mata, terikat bersama Korea Selatan yang memintas The Black Stars.Portugal asuhan Fernando Santos menjuarai kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Ghana tercorot dengan tiga mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 07:46am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234403/berita/sukan/pengalaman-euro-2020-matangkan-perancis-di-qatar-2022", "article_title": "Pengalaman Euro 2020 matangkan Perancis di Qatar 2022", "article_text": "PERANCIS kembali ke pusingan 16 terbaik selepas berada pada peringkat tersebut di Euro 2020 tahun lalu, dengan memori disingkirkan Switzerland masih segar menjelang pertemuan menentang Poland di Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad ini.Les Bleus mendahului 3-1 menentang Switzerland tetapi melepaskan dua gol dalam 10 minit terakhir sebelum ditunjukkan jalan keluar menerusi penentuan sepakan penalti.\u201cSaya rasa kami terlalu santai menentang Switzerland. Apabila kami mendahului 3-1, kami fikir ia sudah berakhir.Dalam pertandingan besar anda sedar bahawa tidak ada lawan yang mudah, ia akan menjadi sama ketika menentang Poland. Tiada apa yang dijamin, kami perlu fokus dari yang pertama hingga detik terakhir.\u201cKami perlu ingat bahawa tiada apa yang boleh dipandang remeh,\u201d kata pemain tengah Antoine Griezmann.Poland mempunyai dua aset utama - penyerang Robert Lewandowski, dan penjaga gol Wojciech Szczesny, yang menafikan dua sepakan penalti dalam tiga perlawanan di Qatar 2022.Cara terbaik untuk tidak menguji Szczesny adalah dengan memastikan perlawanan tidak berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.\"Kami akan melakukan segala-galanya untuk mengelak daripada penentuan penalti. Bagaimanapun kami perlu berusaha untuk itu semasa latihan,\" kata pemain pertahanan William Saliba.Untuk rekod, Perancis masih belum dianugerahkan sepakan penalti pada Piala Dunia di Qatar dan Griezmann tidak akan menyatakan siapa yang akan mengambilnya sekiranya peluang itu muncul di Stadium Al Thumama.\"Siapa yang mengambil penalti adalah sangat jelas bagi kami. Tetapi saya tidak akan memberi sebarang maklumat kepada Szczesny, dia sudah cukup bagus. Mari kita buat kejutan.\u201cKami akan mengusahakannya hari ini, atau lebih berkemungkinan esok kerana sesi latihan hari ini terbuka kepada media,\u201d kata Griezmann.Pemenang pertembungan Perancis menentang Poland akan menentang sama ada England atau Senegal pada suku akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 07:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234409/berita/sukan/switzerland-pahat-hatrik-tempah-slot-pusingan-kalah-mati", "article_title": "Switzerland pahat hatrik tempah slot pusingan kalah mati", "article_text": "SKUAD Switzerland mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Serbia 3-2 di Stadium 974 pada Sabtu.Kemenangan itu meletakkan Switzerland sebagai naib juara Kumpulan G dan akan bertemu Portugal dalam pusingan 16 terakhir.Pada aksi itu Switzerland terlebih dahulu di depan menerusi Xherdan Shaqiri pada minit ke-20.Serbia bagaimanapun meledak dua kali menerusi Aleksandar Mitrovic dan Dusan Vlahovic untuk mendahului permainan.Switzerland kemudian kembali menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Breel Embolo.Bersambung tiga minit babak kedua Remo Freuler meledak gol kemenangan Switzerland.\"Ia perlawanan yang sukar dan kami bangkit semula dengan berani. Ia adalah perlawanan antarabangsa pertama saya selepas sekian lama dan perlawanan penting sebegini cukup mencabar.\"Akhirnya kami amat gembira kerana memenanginya,\" kata penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel yang menggantikan Yann Sommer selepas penjaga gol utama itu direhatkan kerana masalah kesihatan.Switzerland berjaya mara ke pusingan 16 terbaik bagi setiap kejohanan Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah sejak tahun 2014.Mereka menamatkan saingan Kumpulan G di tempat kedua dengan enam mata, manakala Brazil menjuarai kumpulan dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas dikejutkan oleh Cameroon 1-0.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 07:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234408/berita/sukan/cameroon-kejutkan-brazil-namun-tersingkir", "article_title": "Cameroon kejutkan Brazil, namun tersingkir", "article_text": "CAMEROON melakar kejutan apabila menewaskan juara lima kali, Brazil 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2002 pada Sabtu.Bagaimanapun kemenangan menewaskan barisan kedua Brazil di Stadium Lusail itu belum cukup untuk membawa Cameroon ke pusingan kalah mati.Cameroon menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata, dua mata di belakang Switzerland yang berjaya menewaskan Serbia 3-2.Brazil muncul juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Korea Selatan pada aksi 16 terbaik.Babak pertama menyaksikan Brazil mendominasi permainan menerusi beberapa percubaan Gabriel Martinelli dan Antony, namun gagal menemui sasaran.Selepas rehat, Cameroon mula menguji benteng Brazil menerusi Bryan Mbeumo, namun Ederson tangkas di gawang.Brazil menerusi Martinelli turut mengancam gawang Cameroon dan hampir meledak, namun dinafikan Devis Epassy.Ederson kemudian dipaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan pemain Cameroon, Oliver Ntcham pada minit ke-78.Di sebalik kebuntuan Brazil meledak, Cameroon memecah kebuntuan menerusi kapten mereka Vincent Aboubakar pada masa kecederaan.Bagaimanapun keterujaanya membuka jersi membawa padah apabila dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.Pada aksi itu juga, Dani Alves menjadi pemain tertua pernah mewakili Brazil di Piala Dunia lelaki pada usia 39 tahun.Penampilan Alves memecahkan rekod rakan sepasukan, Thiago Silva yang turut beraksi pada edisi kali ini.Namun, rekod itu masih dipegang Formiga yang beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 pada usia 41 tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Disember 2022 07:04am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234394/berita/sukan/final-jelajah-dunia-bwf-pearly-thinaah-dapat-insentif", "article_title": "Final Jelajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah dapat insentif", "article_text": "BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah menerima insentif RM50,000 daripada 100PLUS menjelang Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand Rabu ini.Pengarah Perniagaan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin berharap insentif istimewa itu tepat pada masanya untuk menaikkan semangat pasangan nombor satu negara menjelang penutup musim siri Jelajah Dunia.\"100PLUS berharap insentif ini akan memberi lebih perangsang kepada Pearly dan Thinaah di Final Jelajah Dunia. Kami mengharapkan satu lagi aksi hebat daripada mereka,\" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pearly-Thinaah berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan Komanwel 2022 selepas menumpaskan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 di final.Pasangan itu turut melakar sejarah sebagai beregu Malaysia pertama menjuarai Terbuka Perancis menewaskan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun Oktober lalu.Ini merupakan kejohanan kedua mereka dalam siri Jelajah Dunia BWF selepas memenangi Terbuka Switzerland, pada Mac tahun lalu.Kejayaan Terbuka Perancis juga membolehkan mereka menerima insentif RM37,500 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 11:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234395/berita/sukan/detik-membanggakan-buat-bola-sepak-asia", "article_title": "Detik membanggakan buat bola sepak Asia", "article_text": "PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu berkata, kemenangan Samurai Biru 2-1 ke atas Sepanyol diharapkan menjadi detik membanggakan kepada arena bola sepak Asia.Kemenangan itu diperoleh hasil jaringan Ritsu Doan dan Ano Takana pada permulaan separuh masa kedua menyaksikan Jepun layak ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 dan dijadual menentang Croatia selepas ini.Jepun berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan Sepanyol dan Jerman dalam peringkat kumpulan pada Qatar 2022.\"...kemenangan kami ke atas Sepanyol dan Jerman iaitu dua daripada pasukan gergasi dunia menyuntik keyakinan yang tinggi kepada kami.\"Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan Asia juga boleh menang di peringkat dunia...Jepun boleh menang di peringkat dunia. Saya fikir semua orang di Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita,\" katanya.Beliau turut mengulas mengenai perlawanan separuh masa dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya.\"Dua pertukaran (Doan dan Kaoru Mitoma) dibuat selepas masa rehat. Kami lebih tumpukan kepada serangan.\"Kami bertahan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kami dapat memanfaatkan usaha itu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 11:10pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234378/berita/sukan/tumbukan-padu-lukaku", "article_title": "Tumbukan padu Lukaku", "article_text": "PENYERANG sensasi Belgium, Romelu Lukaku menjadikan dinding tempat duduk pemain simpanan ruang melepaskan kekecewaan, selepas The Red Devils ditunjukkan Croatia jalan keluar dari Piala Dunia Qatar 2022 setelah kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Ahmad bin Ali pada Jumaat.Bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang dipinjamkan ke gergasi Serie A, Inter Milan dimasukkan pada babak kedua menggantikan Dries Mertens, gagal menterjemahkan deretan peluang dalam bentuk jaringan bagi memastikan kemaraan pasukan kendalian Roberto Martinez tersebut.Lukaku terlepas sekurang-kurangnya tiga peluang untuk menjaringkan gol yang menyaksikan skuad generasi emas pilihan merangkul kejuaraan di Qatar 2022 tersebut mengakhiri cabaran tempat ketiga di belakang Croatia dan Maghribi.Akibat terlalu kecewa dan marah pemain berusia 29 tahun itu kemudian melepaskan tumbukan padu terhadap dinding plastik bangku simpanan pemain Belgium sambil menangis ketika bergerak keluar dari padang selepas perlawanan.Lukaku yang kelihatan kecewa sebelum itu telah ditenangkan legenda kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Perancis yang juga penolong jurulatih Belgium, Thierry Henry.Pemain kelahiran Antwerp itu tampil ke Qatar 2022 dengan reputasi tinggi sebagai mesin gol Belgium, namun kurang minit permainan bersama kelab berikutan kecederaan musim ini membataskan ketajaman setiap kali berada di depan gawang gol.Situasi itu berpanjangan di Qatar apabila kebiasaannya Lukaku yang begitu prolifik apabila menyarung jersi Belgium, longlai berdepan Croatia.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 09:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234371/berita/sukan/penutup-tirai-cub-prix-di-batu-kawan", "article_title": "Penutup tirai Cub Prix di Batu Kawan", "article_text": "DUA motosikal bakal menjadi milik pengunjung bertuah pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.Jentera yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah itu adalah sebuah motosikal Yamaha Y15 dan juga Honda RS-X.Dua model motosikal itu merupakan yang terhangat di pasaran ketika ini.Begitupun, jika berhasrat untuk memiliki motosikal tersebut, pengunjung hendaklah membeli Happy Beg Cub Prix yang akan dijual di khemah Happy Bag sepanjang kejuaraan Pusingan 10 Cub Prix di Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember.Beg tersebut yang berisi baju-T edisi khas Cub Prix, minyak pelincir serta pemegang kunci dijual pada harga RM60 dan setiap pembelian untuk satu beg akan diberikan kupon untuk menyertai cabutan bertuah.Lebih banyak pembelian maka lebih banyak kupon cabutan bertuah akan diberikan dan peluang untuk menang adalah lebih cerah.Selain motosikal yang menjadi hadiah utama, pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan oleh pihak penganjur buat para pengunjung yang bertuah.Pengunjung bertuah berpeluang membawa pulang dua buah motosikal pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan, Pulau Pinang hujung minggu ini.Antaranya adalah jaket, topi keledar dan pelbagai hadiah menarik lain.Pengumuman untuk para pemenang cabutan bertuah Happy Beg Cub Prix ini akan berlangsung jam 4.30 petang pada Ahad.Selain jualan Happy Beg, satu lagi acara samping iaitu Cabutan Bertuah Khas turut diadakan pada Sabtu (3 Disember) dan para pemenang bakal memenangi pas khas bagi membolehkan mereka melawat kawasan paddock kejuaraan Cub Prix Malaysia.Acara lain yang turut diadakan pada pusingan penutup musim kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 adalah perhimpunan K Kar, Carnival Honda dan juga Bike Autoshow.Cub Prix yang membuka tirai pada Mac lalu, sudah sampai ke kemuncak saingan dan Batu Kawan menjadi venue untuk pusingan penutup tirai, sekali gus mengesahkan siapa yang bakal muncul sebagai pelumba serta pasukan terbaik pada tahun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234367/berita/sukan/speedy-tigers-waspada-muslihat-ireland", "article_title": "Speedy Tigers waspada muslihat Ireland", "article_text": "THE Speedy Tigers bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022 di Afrika Selatan, pada Sabtu.Pengendali Speedy Tigers, Arul Selvaraj berkata, skuadnya yang bangkit daripada kekalahan tipis kepada Korea Selatan untuk mara ke separuh akhir dengan menewaskan Kanada dan Jepun, mempunyai semangat tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang mereka.Beliau turut berharap aksi menentang pasukan ranking ke-12 dunia itu yang dijadualkan pada waktu cuaca panas, jam 1.30 tengah hari waktu tempatan di Stadium NWU Astro, Potchefstroom, dapat memberikan kelebihan kepada anak buahnya yang menghuni ranking ke-10 dunia.\u201cSaya rasa kekuatan pasukan Ireland terletak pada beberapa pemain yang beraksi di Liga Belanda dan Belgium. Ireland juga nampak kuat apabila berjaya meraih sembilan mata daripada tiga aksi (untuk muncul juara Kumpulan A).\u201cNamun, kita mempunyai kepantasan sebagai kekuatan yang diharap dapat memerangkap mereka. Selain itu, waktu perlawanan pada tengah hari juga dapat membantu kita,\u201d katanya menerusi video yang dikongsikan.Mengikut rekod pertemuan, Malaysia, yang muncul juara Piala Sultan Azlan Shah buat julung-julung kalinya pada awal bulan lepas, telah mencatatkan lima kemenangan, manakala Ireland mencatatkan empat kemenangan dengan dua kali aksi terikat.Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan kekalahan tipis 1-0 kepada juara Piala Asia 2022, Korea Selatan, sebelum bangkit mengatasi Kanada 3-2 dan membenam Jepun 5-1 untuk mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan dengan enam mata, di belakang Korea Selatan dengan sembilan mata.Satu lagi aksi separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan antara Korea Selatan dan tuan rumah Afrika Selatan.Juara kejohanan itu akan meraih tiket ke Liga Pro FIH yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia bagi musim 2023-2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234336/berita/sukan/irfan-mahu-raih-pengalaman-baharu", "article_title": "Irfan mahu raih pengalaman baharu", "article_text": "MAHU mendapatkan pengalaman baharu dan kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee menjadi faktor utama buat Irfan Zakaria memilih untuk bersama Sabah FC pada musim depan.Menurut Irfan, dia tidak ada sebarang masalah sepanjang berada di Kuala Lumpur (KL) City FC, malah mengakui dua musim terakhir ini antara detik terbaik dalam kariernya.Beliau juga menjelaskan bukan satu keputusan mudah untuk menerima tawaran Sabah FC, malah mengambil masa lama sebelum mempertimbangkan segala pilihan yang ada.\u201cDua tahun di Kuala Lumpur, saya rasa telah mendapatkan banyak kejayaan besar seperti tahun lalu memenangi Piala Malaysia pada usia 100 tahun dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Cheras.\u201cMusim ini, kami layak ke perlawanan akhir Piala AFC walaupun tanpa bajet yang besar, rahsianya semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan KL City dan saya tidak pernah ada masalah dengan pasukan.Mungkin bila dilihat faktor ini semua, saya tidak ada sebab untuk keluar dari pasukan, namun keputusan saya ke Sabah adalah didorong kerana mahu mencari pengalaman baharu demi kemajuan karier.\u201cBukan mudah buat keputusan ini, malah minggu lepas baharu saya memuktamadkan untuk ke Sabah kerana pada masa sama turut berbincang dengan Bojan Hodak tentang perancangan KL City musim depan,\u201d katanya.Irfan menjadi tambahan terbaharu The Rhinos pada musim depan selain bekas penyerang PJ City, Darren Lok selepas diumumkan Sabah pada Khamis.Memulakan karier secara profesional pada musim 2016 setelah bersama Harimau Muda, dia telah beraksi di Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019 sebelum ke Kedah pada musim 2020.Namun, dia hanya sempat beraksi untuk satu musim bersama Kedah sebelum kembali bersama KL City untuk musim 2021 dan 2022.Kembali bekerjasama dengan Kim Swee, Irfan tidak menafikan yang dia dan sebahagian besar rakan lain sudah memahami cara serta falsafah bola sepak yang diterapkan.Justeru, dia melihat perkara itu mampu menjadi kelebihan buat Sabah bagi mengharungi musim 2023 selain turut berjuang di pentas Piala AFC.\u201cSaya sendiri pernah bekerjasama dengan Kim Swee semasa beraksi di skuad Bawah 23 tahun (B-23) dan untuk ke sini, saya ada berbincang dengan beliau serba sedikit tentang taktikal musim depan.\u201cJadi, mengenalinya sejak dahulu, saya dan sebahagian besar rakan-rakan lain yang pernah bersama-sama semasa Harimau Muda dan skuad B-23. Kami tahu cara dia bekerja sama ada dalam atau luar padang.\u201cSedikit sebanyak kami mungkin boleh ikuti perancangan taktikal terbaharu yang beliau inginkan bagi harungi musim depan,\u201d katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 05:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234334/berita/sukan/rexy-enggan-terburu-buru-letak-sasaran", "article_title": "Rexy enggan terburu-buru letak sasaran", "article_text": "PENGARAH Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky enggan terburu-buru meletakkan sasaran tinggi melibatkan gandingan beregu lelaki dan beregu wanita negara di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Rexy yang sebelum ini meletakkan sasaran buat gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah untuk melepasi peringkat kumpulan, sebaliknya akan menilai kembali sasaran itu setelah undian membabitkan pemain diketahui pada 5 Disember.\"Semua yang layak ke Jelajah Dunia ini sudah semestinya sasarkan juara. Langkah pertama, kita perlu melepasi peringkat kumpulan namun kalau kita sasar juara seawal peringkat itu, ia akan memberikan tekanan kepada mereka.\"Undian juga belum keluar, kalau lihat berdasarkan ranking Jelajah Dunia, tidak mustahil untuk mereka bertemu dengan gandingan yang kuat. Jadi kita perlu lihat dahulu dan baru dapat menetapkan sasaran jelas ke mana kita boleh capai,\" katanya.Menurut Rexy, persediaan membabitkan pemain menjelang kejohanan itu berjalan lancar dengan tumpuan lebih diberikan kepada aspek psikologi dalam usaha untuk memperkuatkan mental pemain.Beliau berkata, setakat ini kekuatan mental gandingan lelaki dan gandingan wanita negara berada di tahap memberangsangkan namun diharap dapat meningkat, sekali gus mencapai sasaran yang diinginkannya bagi memenangi setiap perlawanan pada kejohanan itu.Selain Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah, empat lagi beregu Malaysia akan beraksi di Jelajah Dunia Akhir itu yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Disember.Mereka adalah beregu profesional lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu profesional wanita, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan dua beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.Dalam perkembangan lain, Rexy memaklumkan telah membuat rombakan membabitkan gandingan beregu campuran negara bagi mengharungi saingan beberapa kejohanan di masa akan datang.\"Ia sudah berjalan dan gandingan itu telah dimuktamadkan iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, Choong Hon Jian-Yap Ling, Loo Bing Kun-Yap Cheng Wen serta Yap Roy King-Valeree Siow.\"Sudah beberapa kali kita gandingkan mereka, jadi kita nampak mereka perlu dikekalkan,\" katanya.Sebelum ini, Rexy yang dikenali cukup gemar mencuba kombinasi baharu membabitkan pemain beregu negara turut membuat perkara sama ke atas gandingan beregu lelaki menjelang Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak pada 13 hingga 18 Disember ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 05:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234335/berita/sukan/bryan-teruja-kembali-sarung-jersi-perak-fc", "article_title": "Bryan teruja kembali sarung jersi Perak FC", "article_text": "IBARAT sirih pulang ke gagang, penjaga gol yang semakin meningkat naik, Bryan See Tian Keat, teruja apabila kembali menyarung jersi Perak FC di pentas Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Bryan berkata, Perak sentiasa berada di hatinya selepas memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden negeri itu sembilan tahun lalu iaitu pada musim 2013.Justeru, dia berharap musim 2023 akan menjadi detik istimewa dalam kariernya bagi membantu Perak kembali menyinar di pentas saingan domestik.\u201cBerasa bangga dan gembira kerana berpeluang sekali lagi mewakili Perak dalam karier saya sebagai pemain bola sepak.Perak mempunyai banyak makna buat saya kerana mereka telah melamar saya 10 tahun lalu untuk bermain di Piala Presiden. Saya telah menemui ramai kenalan di sini.\u201cPerak adalah pasukan negeri pertama yang saya wakili dan harap yang terakhir dalam karier,\u201d katanya.Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai pengalaman luas beraksi dengan beberapa kelab di Liga-M seperti Melaka United FC, PDRM FC, Penang FC dan PKNP FC.Dia pernah bermain di Thailand bersama kelab Thai League 3, Bangkok FC pada musim 2019.Dalam pada itu, Bryan percaya Perak mampu menghadirkan cabaran kepada pasukan lain di Liga Super di bawah kendalian Lim Teong Kim.Menerusi gabungan pemain senior dan muda, beliau menjangkakan The Bos Gaurus boleh meraih sesuatu untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat.\u201cSaya rasa kami boleh bersaing dalam Liga Super dan jika mampu menamatkan cabaran dalam kelompok atasan. Ia sesuatu yang sangat membanggakan.\u201cTeong Kim berjaya mengumpulkan ramai pemain muda berbakat yang ada keinginan tinggi untuk berjaya.\u201cSaya sangat yakin jurulatih mampu mendapatkan yang terbaik dalam kalangan pemain-pemain muda tersebut pada musim ini.\u201cMungkin ramai persoalkan pengalaman Teong Kim yang tidak pernah mengendalikan pasukan senior sebelum ini tetapi daripada perbualan awal, saya lihat dia ada kemampuan untuk menaikkan semula nama Perak di landasan sebenar.\u201cBeliau telah meletakkan satu aras yang tinggi kepada semua pemain senior dan kami tahu yang perlu menjadi contoh kepada pemain-pemain muda dalam menunjukkan sikap yang positif dalam pasukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 05:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234311/berita/sukan/australia-tekad-benam-argentina", "article_title": "Australia tekad benam Argentina", "article_text": "KEJAYAAN mara ke pusingan 16 pasukan terbaik saingan Piala Dunia Qatar 2022 dianggap sebagai satu penghormatan terbesar buat pemain Australia.Justeru mereka tidak dapat menyembunyikan rasa teruja terhadap bintang sensasi Argentina, Lionel Messi yang akan menjadi lawan Socceroos dalam saingan kalah mati di Stadium Ahmad Ali pada Ahad.Namun, para pemain menyimpan impian besar untuk melakar kejutan ke atas kuasa besar dari Amerika Selatan itu.\u201cSaya sentiasa menyukai Messi dan fikir dia yang terhebat apabila dapat bermain sekali.\u201cNamun, ia bukan satu penghormatan dapat bermain dengannya kerana dia juga manusia, seperti mana kita semua.\u201cSama ada bertemu Argentina atau Poland, ia masih menjadi satu penghormatan untuk mewakili Australia dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia,\u201d ujar pemain pertahanan, Milos Degenek.Australia mengejutkan Denmark dengan kemenangan 1-0 pada Rabu untuk meraih slot ke pusingan kalah mati mengiringi juara Kumpulan D, Perancis dan ia adalah sejarah buat mereka sejak kali terakhir pada 2006.Skuad Socceroos memandang tugas itu sebagai paling sukar apatah lagi mereka bakal bertemu Argentina yang berada dalam prestasi terbaik.Dalam pada itu, Mathew Leckie yang meledak gol tunggal ketika membantu Socceroos menewaskan Denmark, menjadi pemain Victoria pertama meledak gol di Piala Dunia.\u201cTiada siapa jangka kami berada di sini. Kami akan memberikan segala-galanya dan tidak ada sebarang tekanan.\u201cKami hanya perlu menikmati detik itu. Tiada siapa jangkakan yang kami akan menang. Jadi mari kita membuat kejutan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 02:48pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234304/berita/sukan/acara-berbasikal-larian-promosi-jambatan-ikonik-terengganu", "article_title": "Acara berbasikal, larian promosi jambatan ikonik Terengganu", "article_text": "TERENGGANU Drawbridge Bike Run Bike yang diadakan pada 26 November lalu bertujuan mempromosikan mercu tanda ikonik jambatan angkat yang menjadi tarikan pelancongan di Terengganu.Pengarah perlumbaan, Saiful Nizam berkata, acara tersebut disertai seramai 220 atlet amatur terdiri dalam kalangan peserta tempatan dan luar negara.Katanya, dalam masa yang sama, perlumbaan itu turut memperkenalkan format baharu sukan dwi di persada sukan tempatan.\"Acara sukan berbasikal yang diadakan di jambatan angkat itu mempertengahkan dan mempromosikan tarikan jambatan yang terkenal kepada penduduk tempatan termasuk peserta luar negara.\"Terdapat dua kategori telah diperkenalkan iaitu standard dan sprint iaitu berbasikal sejauh 20km hingga 40km untuk pusingan pertama kemudian berlari ke arah Pantai Batu Buruk sejauh 5km dan 10km,\" katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.Beliau memberitahu, Terengganu Drawbridge Bike Run Bike diadakan secara kolaborasi antara Tourism Malaysia, SUK Sekretariat Negeri Terengganu (bahagian sukan), Ammjbswimmers dan Eventure Global.\"Pusingan pertama kayuhan bermula dari jambatan dan peserta berbasikal melalui Pantai Kuala Nerus ke arah belakang Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum kembali ke Jambatan untuk melengkapkan pusingan pertama kayuhan.\"Peserta kemudian memulakan larian ke arah Pantai Batu Buruk dan berpatah balik ke jambatan untuk mengambil basikal mereka untuk kayuhan gelung kedua,\" ujarnya.Kata beliau, acara itu menyaksikan penyertaan atlet tempatan dan luar negara yang tidak asing dalam arena sukan itu.\"Atlet-atlet dari kelab berbasikal dan larian terkenal seperti Terengganu Sikal Group (TSG), Terengganu Runner Club (TRC) dan Kucing Gemok Runners (KGR) antara kelab terkenal menyertai acara tersebut.\"Pada 2023, pengurusan drawbridge berbesar hati untuk menyaksikan acara triathlon terdiri daripada Swim Bike And Run diadakan di tapak berkenaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 02:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234278/berita/sukan/modric-puas-singkirkan-belgium", "article_title": "Modric puas singkirkan Belgium", "article_text": "TIDAK dapat digambarkan kegembiraan Luka Modric ketika membantu Croatia menahan rentetan rangkaian serangan Belgium untuk mengikat keputusan seri tanpa jaringan pada Jumaat.Keputusan tersebut sudah cukup buat naib juara edisi lalu itu mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia.Satu mata berharga itu memadai buat Croatia untuk menduduki tangga kedua Kumpulan F di belakang Maghribi sekali gus menyingkirkan generasi emas Belgium.\"Kami terlalu gembira dapat mara ke pusingan 16 terakhir. Kami berhak mendapatkannya dengan perlawanan yang kami harungi.\"Kami melalui beberapa saat sukar ketika menentang pasukan yang hebat,\" ujar Modric.Belgium berpeluang untuk menang, namun dipersiakan oleh penyerang sensasi, Romelu Lukaku pada penghujung perlawanan.Ketika babak mendebarkan itu, dia memilih menahan bola dengan dada di hadapan gol, berbanding cuba menanduk atau menendangnya.\"Kami sudah mencapai sasaran pertama, sekarang untuk sasaran seterusnya.\"Hari ini (Jumaat) kami membuktikan yang kami pasukan teratas. Kami mampu menentang sesiapa sahaja dan siapa pun lawan selepas ini, ia bukan tugas yang mudah buat mereka,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 10:24am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234276/berita/sukan/jepun-laung-amaran", "article_title": "Jepun laung amaran", "article_text": "SELEPAS berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik, Jepun melaungkan amaran mahu mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu berkata, pemain menunjukkan kemampuan luar biasa dan impak positif untuk bersaing dengan pasukan gergasi dunia.\"Daripada segi penamat, sasaran baharu kami ialah lapan terakhir. Pemain menunjukkan perbezaan dan sisi baharu ketika bersaing di peringkat dunia.\"Saya mahu menetapkan rekod baharu dalam kalangan lapan terakhir atau lebih baik,\" katanya.Jepun mencipta sensasi dalam aksi terakhir kumpulan E selepas membenam gergasi Eropah, Sepanyol 2-1 pada Jumaat.Kemenangan itu sekali gus meletakkan skuad Samurai Biru itu di kedudukan teratas Kumpulan E dan dijadualkan menentang Croatia di pusingan 16 terbaik.Ini adalah kali keempat Jepun mara ke pusingan 16 terbaik tetapi mereka belum pernah mara melebihi peringkat itu.Dalam pada itu, Moriyasu percaya sokongan penyokong menjadi azimat berguna buat Jepun dalam mengharungi kempen Piala Dunia ini.\"Terima kasih kepada semua penyokong kami iaitu rakyat Jepun atas sokongan mereka sehingga kami mampu mengharungi perlawanan sukar ini.\"Saya gembira dapat membawa kemenangan ini kepada semua orang dan menghasilkan keputusan yang menggembirakan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 09:47am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234274/berita/sukan/busquets-nafi-sepanyol-sengaja-kalah", "article_title": "Busquets nafi Sepanyol sengaja kalah", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PEMAIN tengah Sepanyol, Sergio Busquets menafikan La Roja sengaja tewas kepada Jepun 1-2 dalam aksi terakhir kumpulan E Piala Dunia 2022 pada Jumaat.Menurutnya, tanggapan bahawa pasukan gergasi Eropah itu mahu mengelak kemungkinan bertemu Brazil pada pusingan suku akhir adalah tidak benar.\"Kami mahu menang dan menjadi yang pertama. Dengan siapa pun kami akan jumpa di pusingan seterusnya, ia tidak menjamin akan lebih mudah atau sukar.\"Kami tidak mahu ini berlaku, niat kami untuk menang. Untuk meneruskan saingan, kami mempunyai pusingan 16 menentang Maghribi yang akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,\" katanya.Sepanyol layak ke pusingan seterusnya apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dengan empat mata.Busquets juga menegaskan Jepun bermain dengan sangat baik dan pasukannya gagal untuk mencipta peluang berbahaya.\"Kami tidak rasa selesa dalam perlawanan ini. Mereka membuat hantaran dengan baik dan menyebabkan kami sukar untuk mencipta gerakan.\"Kami tahu ia akan berlaku dan sangat memalukan apabila melepaskan dua gol. Kami perlu teruskan dan memperbaiki kesilapan dalam pusingan seterusnya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 09:20am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234272/berita/sukan/maghribi-enggan-berhenti-setakat-pusingan-16-terbaik", "article_title": "Maghribi enggan berhenti setakat pusingan 16 terbaik", "article_text": "PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui menjanjikan lebih banyak kejayaan bakal ditempa pasukan itu selepas mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022.Menurutnya, pasukan kendaliannya itu mahu memastikan kemenangan seterusnya ketika berdepan Sepanyol sekali gus mencipta sejarah buat pasukan gergasi Afrika itu.\"Ia tidak mudah. Apabila anda mempunyai peluang untuk cipta sejarah, anda akan mengingatinya. Secara jujurnya separuh masa pertama adalah persembahan terbaik pasukan sejak sekian lama,\" katanya.Maghribi mara ke peringkat seterusnya selepas membenam Kanada 2-1 sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan F.Skuad yang terkenal dengan gelaran The Atlas Lions itu membuka tirai jaringan menerusi bintang sensasi mereka, Hakim Ziyech pada minit keempat sebelum Youssef En-Nesyri menggandakan jaringan pada minit ke-23.Gol jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40 umpama memberikan sinar kepada Kanada, namun tiada jaringan tambahan tercipta untuk memastikan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.Ia sekali gus mengulangi pencapaian terbaik pasukan itu yang mara ke pusingan 16 terbaik kali terakhir pada 1986.Dalam pada itu, dia turut memberikan penghargaan kepada para pemain yang menampilkan persembahan cemerlang sejak kempen Piala Dunia ini bermula.\"Kami bukan hanya datang untuk bermain dan mengatakan 'oh kami sudah hampir'. Sudah tentu kami mahu bermain permainan kami sendiri.\"Kami akan mengulangi persembahan baik kami pada separuh masa pertama. Dalam masa sama, kami juga perlu mendapatkan keputusan yang baik dan melakukan seperti yang dilakukan oleh semua pasukan Eropah atau Amerika Selatan, Argentina, Perancis. Kami perlu mencontohi mereka.\"Kami perlu meniru permainan pasukan Eropah dengan cara kami sendiri. Kami juga perlu mempunyai pendekatan taktikal gaya Eropah dengan identiti kami sendiri dan jika berjaya, pasukan akan menang,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:53am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234270/berita/sukan/england-jumpa-senegal-tanpa-pertahanan-arsenal", "article_title": "England jumpa Senegal tanpa pertahanan Arsenal", "article_text": "NAIB juara Euro 2020, England kehilangan khidmat pemain pertahanan, Ben White menjelang aksi menentang Senegal dalam perlawanan pusingan 16 terbaik di Stadium Al Bayt awal pagi Isnin.Persatuan Bola Sepak England berkata: \u201cBen White telah meninggalkan pangkalan latihan pasukan bola sepak England di Al Wakrah untuk pulang ke tanah air atas sebab peribadi.\"Pemain pertahanan Ben White dijangka tidak akan kembali menyertai skuad The Three Lions untuk baki perlawanan kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022.\"England FA meminta semua pihak menghormati privasi Ben White pada masa ini.\"Ketiadaan White dijangka menjadikan England kurang seorang pemain pertahanan untuk baki kejuaraan untuk skuad Gareth Southgate.Gandingan pilihan pertama The Three Lions - John Stones dan Harry Maguire disokong pertahanan Tottenham Hotspur, Eric Dier dan Conor Coady dari Everton.Untuk rekod, pengendali England Southgate tidak menurunkan pemain berusia 25 tahun itu dalam tiga perlawanan kumpulan berdepan Iran, Amerika Syarikat dan Wales sebelum ini.Malah White juga tidak bersama para pemain The Three Lions semasa perlawanan terakhir kumpulan menentang Wales di Stadium Ahmad bin Ali pada Rabu.White yang merupakan pemain Arsenal memulakan karier senior bersama Brighton & Hove Albion dari 2016 hingga 2021, sebelum menyertai kem Mikel Arteta di London.Sepanjang menyarung jersi The Seagulls, White juga memperoleh minit permainan bersama Newport County, Peterborough United dan Leeds United.White sebelum ini menikmati permulaan musim mengagumkan di Liga Perdana Inggeris bersama pendahulu Arsenal, yang cukup untuk membolehkannya meraih tempat dalam skuad Southgate ke Qatar 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:36am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234269/berita/sukan/piala-dunia-polis-tahan-35-penyokong-akibat-merusuh", "article_title": "Piala Dunia: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh", "article_text": "KEGEMBIRAAN para penyokong The Atlas Lions meraikan kemaraan Maghribi ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 di Qatar berakhir dengan rusuhan yang menyaksikan penahanan 35 orang di Antwerp, Belgium pada Khamis.Polis menutup bahagian kawasan Turnhoutsebaan di Borgerhout dan Sint-Bernardsesteenweg di Hoboken, selepas orang ramai mula turun meraikan kemenangan Maghribi menentang Kanada, dengan sebahagian daripadanya membakar bunga api.Pekerja sosial dan pemimpin masyarakat setempat juga cuba mengelakkan konfrontasi para penyokong dengan membentuk rantaian manusia di persimpangan Turnhoutsebaan dan Ommeganckstraat.Bagaimanapun, terdapat beberapa penyokong bertindak agresif apabila membaling bunga api dan menghalang jalan di kedua-dua lokasi, menurut polis.Di Sint-Bernardsesteenweg, polis terpaksa mengunakan meriam air selepas pegawai berpakaian biasa dikepung, menyaksikan lima penyokong ditahan.Di Turnhoutsebaan pula, pihak berkuasa menahan dalam kalangan 30 perusuh dalam insiden yang menyaksikan tiga pegawai polis mengalami kecederaan.\u201cAdalah amat dikesalkan mereka menjadi mangsa bunga api dan dibaling dengan batu,\u201d kata jurucakap polis, Willem Migom", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:22am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234267/berita/sukan/alves-tua-tua-kelapa-makin-tua-banyak-santannya", "article_title": "Alves 'tua-tua kelapa', makin tua banyak santannya", "article_text": "PEMAIN pertahanan veteran, Dani Alves akan menjadi kapten Piala Dunia tertua Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Jumaat.Bekas bek Barcelona berusia 39 tahun itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjadi pilihan pengendali skuad Samba, Tite untuk Qatar 2022.Alves, yang kini bermain untuk kelab Liga Mexico bersama UNAM Pumas, akan memakai lilitan kapten ketika Tite bersedia untuk membuat perubahan terhadap kesebelasan utama Brazil, dengan status pendahulu Kumpulan G dijamin jika kuasa bola sepak Amerika Selatan itu mengelak kekalahan menentang Cameroon.Alves, yang pulih kecederaan lutut bagi tampil di pusingan akhir Piala Dunia ketiganya berkata, ia satu kebanggaan apabila masih berada di situ dan dapat memakai jersi Brazil.\u201cSaya telah bersama skuad Brazil selama bertahun-tahun dan apabila dapat menamatkan kitaran ini, bermain di Piala Dunia Qatar 2022, membuatkan saya sangat gembira.\u201cSudah 16 tahun bersama skuad kebangsaan dan saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Dalam kehidupan, saya sentiasa percaya ganjaran akan hadir kepada orang yang menyukai apa yang mereka lakukan, yang benar-benar melakukan dengan sepenuh jiwa.\"Kini saya sedang menuai apa yang saya tanam selama 16 tahun ini,\" katanya.Sementara itu, Tite, dijangka memilih sama ada bintang kelab Serie A Itali, Juventus Danilo atau tonggak kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, Eder Militao, menegaskan dia belum lagi fokus pada pertembungan pusingan 16 terbaik dengan sama ada Ghana, Portugal atau Korea Selatan.\"Kami mempunyai 26 pemain hebat dan saya tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada gambaran yang lebih luas...\u201cKami sibuk bekerja, menyediakan pemain kami. Saya mempunyai sedikit masa untuk makan malam bersama keluarga kerana selepas perlawanan, kerja diteruskan semula.\u201cKami telah bermain dua perlawanan dengan dua pasukan berbeza dan kini bermain perlawanan ketiga dengan pasukan yang sama sekali berbeza.\u201cKami akan membuat beberapa perubahan, kami akan memasukkan beberapa pemain utama. Dalam dua perlawanan kami menggunakan 19 pemain. Kami tidak memanggil mereka pemain kesebelasan utama atau pemain simpanan. Mereka semua pemain Brazil,\" kata Tite.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 08:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234266/berita/sukan/malapetaka-buat-jerman-mueller", "article_title": "'Malapetaka' buat Jerman: Mueller", "article_text": "PEMAIN sensasi, Thomas Mueller menganggap penyingkiran Jerman seawal peringkat kumpulan bagi dua edisi Piala Dunia berturut-turut sebagai 'malapetaka sebenar.'Jerman berjaya membenam Costa Rica 4-2, namun kekalahan 1-2 Sepanyol kepada Jepun menyaksikan juara empat kali itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan E di tangga ketiga.Sepanyol dan Jerman berkongsi empat mata, namun kedudukan ditentukan menerusi perbezaan jaringan.Keputusan itu menyaksikan Jepun yang muncul juara kumpulan akan menentang finalis 2018, Croatia di pusingan 16 terbaik manakala Sepanyol bertemu Maghribi.\"Sangat memeritkan buat kami kerana keputusan ini sepatutnya sudah cukup (layak ke pusingan seterusnya).\"Kami rasa tidak berdaya,\" ujar Mueller.Pemain veteran itu merupakan anggota pasukan yang memenangi Piala Dunia 2014 dan turut berada dalam skuad yang tersingkir awal empat tahun lalu di Rusia pada 2018.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 07:44am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234265/berita/sukan/piala-dunia-martinez-letak-jawatan", "article_title": "Piala Dunia: Martinez letak jawatan", "article_text": "MALANG nasib Belgium apabila jurulatihnya, Roberto Martinez melepaskan jawatan sejurus pasukannya terkeluar daripada perebutan Piala Dunia Qatar 2022 awal pagi Jumaat.Tindakan drastik itu susulan keputusan seri tanpa jaringan Belgium dengan Croatia pada aksi terakhir Kumpulan F.\"Ini adalah perlawanan terakhir bersama pasukan, saya tidak boleh meneruskannya. Saya perlu menerima hakikat yang ini adalah perlawanan terakhir,\" katanya.Martinez, 49, yang mengendalikan Belgium sejak 2016 dan membawa mereka ke separuh akhir Piala Dunia edisi lalu, bagaimanapun berkata, pasukannya akan tetap berasa bangga meninggalkan Qatar kali ini.Pasukan di ranking kedua dunia itu mensia-siakan beberapa peluang keemasan menerusi Romelu Lukaku di babak kedua.Sepanjang tiga perlawanan kumpulan di Qatar, Belgium hanya menjaringkan satu.\"Hari ini (Jumaat) kami bersedia. Kami mencipta peluang dan ia tiada penyesalan. Kami tersingkir tetapi kami boleh pulang dengan rasa bangga.\"Anda lihat Youri Tielemans dan pemain muda lain, generasi emas melakukan sesuatu yang membangunkan generasi seterusnya,\" katanya.Belgium mengakhiri saingan di tangga ketiga di belakang Croatia dan Maghribi yang muncul juara kumpulan selepas mengejutkan anak buah Martinez 2-0 dan menewaskan Kanada 2-1.\"Kami mahu mara tetapi saya pasti pasukan kebangsaan lain juga mahu mara dan itulah kejohanan.\"Dalam Piala Dunia sebelum ini kami menang tiga perlawanan peringkat kumpulan. Kami mahu mara hingga ke akhir,\" katanya.Lukaku tidak cukup cergas untuk beraksi, selain Belgium terlalu berharap kepada bintang-bintangnya yang semakin berusia, tetapi gagal mempamerkan persembahan terbaik mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 07:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234262/berita/sukan/croatia-lolos-belgium-pulang-awal", "article_title": "Croatia lolos, Belgium pulang awal", "article_text": "CROATIA mengesahkan tempat ke saingan kalah mati selepas seri tanpa jaringan dengan Belgium dalam aksi terakhir kumpulan F, Piala Dunia 2022 pada Khamis.Keputusan itu menyaksikan Croatia menjadi naib juara kumpulan F dengan memungut lima mata dan bakal mengiringi Maghribi yang muncul juara kumpulan.Manakala, Belgium yang juga pasukan di ranking pertama dunia terpaksa pulang awal selepas sekadar menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan.Ia sekali gus rekod buruk dicatat skuad kendalian Roberto Martinez itu selepas kali terakhir gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi Piala Dunia 1998.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 07:23am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234261/berita/sukan/maghribi-cemerlang-tempah-tiket-ke-pusingan-kalah-mati", "article_title": "Maghribi cemerlang tempah tiket ke pusingan kalah mati", "article_text": "MAGHRIBI berjaya melangkah ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas menewaskan Kanada 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan F Piala Dunia 2022 pada Khamis.Hakim Ziyech meletakkan Maghribi di hadapan pada minit keempat sebelum Youssef En-Nesyri menggandakan jaringan pada minit ke-23.Gol jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40 umpama memberikan sinar kepada Kanada, namun tiada jaringan tambahan tercipta untuk memastikan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.Keputusan itu menyaksikan Maghribi mengungguli kedudukan teratas kumpulan F sekali gus menamatkan kemarau 36 tahun untuk mara ke peringkat 16 pasukan terbaik selepas kali terakhir melakukannya pada 1986.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Disember 2022 07:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234242/berita/sukan/malaysia-mara-separuh-akhir-hoki-piala-negara-negara-fih", "article_title": "Malaysia mara separuh akhir hoki Piala Negara-Negara FIH", "article_text": "SKUAD Malaysia mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) setelah membenam Jepun 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Potchefstroom, Afrika Selatan sebentar tadi.Kejayaan itu meletakkan skuad kendalian Arul Selvaraj di tempat kedua kumpulan selepas meraih enam mata hasil dua kemenangan, tiga mata di belakang Korea Selatan yang mendahului kumpulan.Kenduri gol skuad Malaysian Tigers bermula seawal minit kedua hasil gol padang Muhammad Najib Abu Hassan.Bagaimanapun Jepun pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi Kosei Kawabe tiga minit kemudian.Gol penyamaan itu tidak mengendur strategi menyerang skuad negara sebalik terus tampil garang.Serangan bertali arus itu membuahkan hasil apabila berlaku ledakan gol kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pada minit ke-23.Penyerang prolifik, Faizal Saari turut mencatat nama selaku penjaring apabila menghasilkan gol padang pada minit ke-34.Muhammad Najib sekali lagi mempamerkan bisa apabila meledak gol padang yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan itu pada minit ke-29.Pemain sensasi, Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol kelima seminit kemudian.Skuad negara akan membuat perhitungan dengan juara Kumpulan A sama ada Afrika Selatan atau Ireland bagi perebutan tiket ke final.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 09:32pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234225/berita/sukan/saya-cukup-malaysia---aguero", "article_title": "'Saya cukup Malaysia' - Aguero", "article_text": "PEMAIN naturalisasi Sri Pahang FC, Sergio Aguero percaya dia layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di sebalik kritikan segelintir pihak yang melabelnya 'tidak cukup Malaysia' untuk mewakili Harimau Malaya.Menurut Aguero, dia sudah berada di negara ini selama enam tahun dan kini hanya menunggu masa untuk memberikan impak positif kepada skuad kebangsaan.\"Sudah tentu (saya cukup Malaysia untuk mewakili negara). Saya berada di sini selama enam tahun. Saya dapat banyak tawaran, tetapi saya tetap pilih untuk wakili Malaysia.\"Saya sayangkan negara ini. Saya sukakan segala-galanya di sini,\" katanya kepada media selepas sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana jaya pada Khamis.Sebelum ini, Aguero dilabel sebagai 'tidak cukup Malaysia' oleh segelintir penyokong untuk mewakili Harimau Malaya.Aguero antara muka baharu yang disenaraikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember.Dalam pada itu, Aguero meminta peminat dan penyokong bola sepak tanah air untuk mempercayai kemampuannya mewakili Harimau Malaya.\"Saya akan bekerja keras untuk memastikan jurulatih memilih saya. Latihan disini juga sangat sukar dan saya akan membiasakan diri. Namun, saya sudah bersedia untuk mewakili negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 07:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234218/berita/sukan/pemain-bukan-mesin-tunku-ismail", "article_title": "Pemain bukan mesin: Tunku Ismail", "article_text": "PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF pada 21 Disember.\u201cPiala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.\u201cPiala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,\u201d katanya di laman sosial miliknya.Tunku Ismail berkata, pemain tidak menolak panggilan skuad kebangsaan sebarangan kerana mereka memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi negara.\u201cPemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.\u201cKita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih dan main sejak bulan Januari.\u201cManusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu,\u201d katanya.Media sebelum ini melaporkan, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara dan kemudian disusuli dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan itu.Menurut Tunku Ismail, tempoh latihan pusat skuad kebangsaan adalah paling lama berbanding negara lain yang mengadakannya selama seminggu sahaja.\u201cKita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan,\u201d katanya.Skuad Harimau Malaya ketika ini giat melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF pada hujung bulan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 06:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234208/berita/sukan/ketampanan-gue-sung-tular-di-media-sosial", "article_title": "Ketampanan Gue-sung tular di media sosial", "article_text": "KETIKA Korea Selatan menghitung nasib dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pemain sensasi, Cho Gue-sung tular di media sosial.Mana tidaknya, dua jaringan pemain berusia 24 tahun itu dalam tempoh tiga minit ketika Korea Selatan tewas 2-3 kepada Ghana dalam saingan Kumpulan H Isnin lalu hangat di Instagram dan Twitter.Pengikut pemain berjersi nombor 9 itu meningkat mendadak dari 46,000 kepada 293,00 pengikut dalam tempoh beberapa jam selepas tamat perlawanan.Malah ada dalam kalangan warganet yang membuat semakan di media sosial memberitahu, pengikut pemain itu sudah melebihi 400,000 di Instagram sehari selepas perlawanan.Jumlah berkenaan terus meningkat melebihi 1.5 juta pada Rabu gara-gara ketampanan pemain kelab Jeonbuk Hyundai Motors itu.Beberapa video yang memaparkan aksi Gue-sung turut tular di Twitter dengan tertera pujian 'Cho gue sung sangat kacak'Di sebalik berita tular itu, Korea Selatan yang dibimbing Paulo Bento wajib menang ke atas Portugal di Stadium Education City tengah malam Jumaat untuk 'mencuri' slot 16 pasukan terbaik.Bagaimanapun skuad Kimchi mengharapkan Uruguay menang tipis tidak melebihi dua gol ke atas Ghana dalam satu lagi aksi.Portugal ketika ini memimpin carta kumpulan dengan enam mata, diikuti Ghana tiga mata di tangga kedua berkongsi lima jaringan.Korea Selatan dan Uruguay pula berkongsi satu mata dengan kelebihan dua gol kepada skuad dari Asia itu berbanding pasukan dari Amerika Latin tersebut masih buntu jaringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 05:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234191/berita/sukan/tunisia-tersingkir-secara-terhormat", "article_title": "Tunisia tersingkir secara terhormat", "article_text": "TUNISIA tersingkir daripada kancah Piala Dunia Qatar 2022 secara bermaruah setelah mengejutkan juara bertahan Perancis 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi Khamis.Jurulatihnya, Jalel Kadri berkata, kejayaan itu membuatkan penyokong mereka gembira dan berasa bangga, biarpun keputusan tersebut tidak cukup buat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.Tunisia memerlukan kemenangan, namun dinafikan Australia yang mengalahkan Denmark 1-0 untuk mengiringi Perancis yang sudah mengesahkan tempat ke kelompok 16 terbaik.\u201cIa adalah kemenangan bersejarah ke atas pasukan juara bertahan. Kami mahu layak ke pusingan berikutnya kerana ia adalah sasaran utama.\u201cMalangnya kami terkeluar daripada saingan kejohanan tetapi kami meninggalkan perlawanan dengan perasaan yang cukup bangga dan terhormat,\u201d katanya pada sidang media selepas perlawanan.Tunisia menamatkan saingan di tempat ketiga dengan mengumpul empat mata dan gagal melepasi pusingan pertama dalam enam penampilan di Piala Dunia.\u201cBukan mudah memperoleh tiga mata ini, hanya satu aksi kami tidak berada pada tahap yang dijangkakan dan ia adalah ketika berdepan Australia,\u201d katanya.Tunisia memulakan kempen dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Denmark kemudian kelihatan penat ketika tewas 0-2 kepada Australia.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 04:11pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234183/berita/sukan/tomislav-steinbruckner-ganti-nafuzi", "article_title": "Tomislav Steinbruckner ganti Nafuzi", "article_text": "PENGENDALI dari Croatia, Tomislav Steinbruckner dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) bagi musim 2023.TFC dalam satu kenyataan berkata, jurulatih berusia 56 tahun itu juga telah bersama pasukan TFC sebagai ketua pengarah teknikal kelab bermula tahun ini.\"Beliau akan memegang tanggungjawab utama untuk membentuk pasukan Terengganu FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2023 dan juga saingan Piala AFC 2023.\"Tomislav telah menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC untuk tempoh satu tahun iaitu bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2023,\" kata kenyataan itu.Kenyataan itu juga menjelaskan Steinbruckner sedia mengambil tanggungjawab mengendalikan pasukan biarpun menyedari cabaran tinggi bakal digalasnya.\"Semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan semestinya pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.\"Namun beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini.\"Semoga Tomislav berjaya membawa kejuaraan buat Terengganu FC bagi musim 2023,\" katanya.Pasukan TFC sebelum ini dibimbing oleh Mohd Nafuzi Zain sejak 2020 dan beliau menolak lanjutan kontrak bersama pasukan gergasi pantai timur itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 03:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234167/berita/sukan/pentas-terakhir-kuda-tua-uruguay-beraksi", "article_title": "Pentas terakhir 'kuda tua' Uruguay beraksi", "article_text": "JURULATIH Uruguay, Diego Alonso tenang di sebalik kecaman di atas tindakannya yang menyandar harapan kepada bintang veteran Luis Suarez dan Edinson Cavani dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022 ketika ini.Uruguay berada di ambang penyingkiran menjelang aksi terakhir Kumpulan H menentang Ghana di Stadium Al Jaboub pada Jumaat.Mereka yang berada di tangga tercorot kumpulan sekadar mengutip satu mata wajib menang ke atas Ghana untuk mara ke pusingan kalah mati.Sambil mengharapkan talian hayat dari Portugal yang memimpin kedudukan kumpulan dengan enam mata menewaskan Korea Selatan.Di Uruguay, fokus tidak terarah kepada penyerang veteran itu sebaliknya Alonso yang berdepan kritikan teruk.\"Kami tidak pernah berhenti melakukannya (gaya serangan) tetapi pasukan lawan juga menggunakan cara sama.\"Ia bukan bermakna kami tidak mencuba. Namun lawan juga bersaing dengan baik, bermain bagus dan menghalang anda untuk berada dalam posisi yang anda mahukan.\"Sebahagian pengkritik pula menyedari had yang ada pada dua penyerang berusia 35 tahun itu tetapi tidak menyalahkan mereka terhadap kegagalan Uruguay,\" ujar Alonso.Ketika Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi membara dalam apa yang disifatkan sebagai Piala Dunia terakhir mereka, dua pemain veteran Uruguay itu hilang dari radar.Suarez dan Cavani yang mencecah usia 35 tahun, sebelum ini memberitahu Piala Dunia Qatar adalah penamat buat mereka.Selepas terikat tanpa jaringan berdepan Korea Selatan serta kalah 2-0 kepada Portugal, aksi terakhir itu bakal menjadi platform terakhir yang manis atau pahit buat mereka di pentas dunia.Suarez dan Cavani tidak boleh dinafikan sebagai dua penyerang terhebat pernah disaksikan dalam generasi mereka, selain Messi dan Ronaldo.Mereka menghuni dua tempat teratas pemain dengan rekod sepanjang zaman Uruguay dengan Suarez di kedudukan teratas.Suarez dan Cavani juga adalah sebahagian pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 sebelum menjuarai Copa America setahun kemudian.Ketika Messi meledak ketika Argentina menang 2-0 mengalahkan Mexico di Qatar dan Ronaldo melakar sejarah pemain pertama meledak dalam lima edisi Piala Dunia, gandingan Uruguay itu tampak menghampakan.Melainkan berlaku keajaiban mereka kembali mendapat sentuhan terbaik menentang Ghana, karier penyerang veteran terhebat Uruguay itu boleh berakhir dengan cemerlang.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 02:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234161/berita/sukan/bola-piala-dunia-qatar-perlu-dicas-sebelum-sepak-mula", "article_title": "Bola Piala Dunia Qatar perlu dicas sebelum sepak mula", "article_text": "[DIKEMAS KINI] TEKNOLOGI berkembang dengan begitu pantas dan penggunaannya memudahkan urusan harian dalam pelbagai lapangan kehidupan termasuk sukan.Maka tidak hairan apabila berlangsung temasya besar seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia 2022 yang ketika ini hangat di serata pelosok muka bumi, teknologi menjadi bualan utama selain bahang di gelanggang.Bagi edisi Qatar, kemajuan teknologi baharu diperkenalkan bagi menjadikan sukan berprestij, moden dan canggih selain keputusan lebih baik di padang.Justeru, ia mendorong badan induk bola sepak dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Adidas, penaja rasmi bola kejohanan memperkenalkan bola sepak berteknologi tinggi dikenali Al Rihla.Bola itu berisi penderia atau 'sensor' seberat 14 gram di dalamnya yang membolehkan ia dijejak dalam masa nyata serta titik pin lokasi tepat pada bila-bila masa sepanjang permainan.Ia membolehkan lokasi bola dikenal pasti setepat mungkin untuk menilai gol dan ofsaid selain beberapa aspek lain dalam permainan itu.Penderia juga terbukti sebagai alat yang berguna dan penting untuk disambungkan ke sistem video bantuan pengadil atau VAR.Teknologi tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengapa bola Piala Dunia perlu dicas sebelum perlawanan.Teka-teki itu terjawab kerana disebabkan penderia di dalamnya hanya menggunakan bateri kecil dan mampu bertahan kira-kira enam jam penggunaan aktif.Penderia kecil itu dibangun dan dikilang oleh Kinexon, syarikat perisian berpangkalan di Munich.Pengasas bersamanya Maximilian Schmidt menjelaskan cara ia berfungsi, malah mengatakan pada bila-bila masa bola terkena impak sistem pada kadar 50 frame sesaat.Beliau berkata, data dihantar dalam masa nyata dari penderia kepada sistem penentu kedudukan (LPS).Katanya, penyaluran data itu membabitkan penyediaan antena rangkaian yang dipasang di sekitar medan permainan yang mengambil dan menyimpan data untuk digunakan segera.\u201cApabila bola keluar dari kawasan semasa permainan dan bola baru dibaling atau ditendang masuk untuk menggantikannya, sistem 'backend' Kinexon secara automatik beralih kepada input data bola baharu tanpa memerlukan bantuan manusia,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 01:35pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234155/berita/sukan/misi-argentina-akhiri-kemarau-36-tahun-kembali-menyala", "article_title": "Misi Argentina akhiri kemarau 36 tahun kembali menyala", "article_text": "RAKYAT Argentina memperbaharui semula harapan menggunung mereka dalam skuad La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni, selepas mengalahkan Poland 2-0 pada Rabu, sekali gus menyaksikan pasukan dijanakan bintang Lionel Messi menempah slot pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Perasaan euforia menyelubungi negara itu terutamanya di kawasan kejiranan Buenos Aires di Palermo, di mana ribuan para penyokong bergembira berkerumun untuk menonton perlawanan terakhir Kumpulan C tersebut di skrin gergasi taman.\"Saya mempunyai sepenuh kepercayaan terhadap kumpulan ini. Sejak Copa America mereka telah pun bersemangat jadi di Qatar 2022 kepercayaan kepada mereka tidak pernah padam,\" kata Nadir Cabrera, pemuda berusia 25 tahun merujuk kepada kemenangan kejuaraan serantau 2021 negara.Angkatan Scaloni di Qatar 2022 memerlukan kemenangan untuk memastikan mara ke peringkat kalah mati selepas kekalahan mengejut 1-2 perlawanan pembukaan menentang Arab Saudi sebelum bangkit dengan kemenangan lebih meyakinkan 2-0 ke atas Mexico.\"Kami sudah pulih dari kejutan Arab Saudi dan selepas dua perlawanan hebat ini, kami kembali teruja!,\" Uriel Vieitez, remaja 19, tahun ketika dia meraikannya di jalanan ibu kota Buenos Aires dengan memakai baju dan topi Argentina beberapa minit selepas kemenangan Argentina 2-0 ke atas Poland.Difahamkan, sekolah menggantung kelas awal dan pejabat menggantung kerja selama dua jam di negara Amerika Selatan untuk menyaksikan Albiceleste menjamin tempat di peringkat kalah mati.Argentina kini sedang gigih berusaha memastikan penampilan di Qatar 2022 mengakhiri kemarau kejuaraan tertinggi bola sepak dunia selepas 36 tahun sejak kemenangan terakhir semasa era mendiang Diego Maradona ketika menewaskan Jerman Barat, 3-2 di Stadium Azteca, Mexico pada Piala Dunia Mexico 1986.Selepas itu, Argentina berjaya mara ke perlawanan akhir pada edisi Itali 1990 dan edisi Brazil 2014, namun kecundang kepada Jerman dalam kedua-dua perlawanan tersebut.Cabaran Argentina seterusnya adalah berdepan Australia di Stadium Ahmad bin Ali pada pusingan 16 terbaik pada 4 Disember ini.Sekiranya anak buah Scaloni berjaya mengatasi Socceroos, menanti mereka di suku akhir pemenang aksi Belanda menentang Amerika Syarikat di Stadium Antarabangsa Khalifa yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember.Messi, yang menyinar dalam perlawanan menentang pasukan yang diketuai oleh bintang Poland, Robert Lewandowski, meminta sekali lagi kepada para penyokong Argentina, sama seperti sebelum ini untuk percaya keupayaan pasukan kebangsaan mereka.\"Kepada rakyat Argentina sama seperti pada mulanya, apabila kami bermula dengan teruk dan dengan kekalahan, kami pergi dengan tenang, kumpulan ini akan teruskan dengan cara ini dan semoga kami dapat meneruskan karakter seperti hari ini,\" katanya selepas perlawanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 12:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234153/berita/sukan/rodrygo-isi-tempat-neymar", "article_title": "Rodrygo isi tempat Neymar", "article_text": "KETIADAAN Neymar yang mengalami kecederaan tidak menjejaskan rentak Brazil menjelang aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 menentang Cameroon awal pagi Sabtu.Bintang meningkat naik, Rodrygo memiliki pakej lengkap sebagai pengganti kerana dia boleh beraksi di sebelah kiri, kanan, sebagai pemain nombor 10, malah boleh menyarung jersi nombor sembilan.Selepas aksi padu pada babak kedua ketika menentang Switzerland Isnin lalu, dia tampak bakal mengisi kesebelasan utama buat kali pertama, malah mungkin mengambil alih posisi Neymar.Casemiro percaya pemain Real Madrid itu mempunyai bakat untuk menjadi bintang hebat Brazil pada masa depan.\u201cTuhan memberikannya bakat bermain bola sepak. Sangat menarik melihat dia beraksi,\u201d kata pemain tengah Manchester United itu yang biasa beraksi bersama Rodrygo di Madrid.Rodyrgo yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjadi perancang jaringan kemenangan lewat Casemiro ketika mereka menewaskan Switzerland 1-0.Jurulatih Tite mungkin melakukan rombakan ketika Neymar belum pulih daripada kecederaan dialami pada aksi pertama mereka.Selain Rodyrgo, Brazil mempunyai barisan pemain berkaliber lain termasuk Raphinha, Antony, Vinicius Junior, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli, Pedro dan Richarlison.Mereka menjadi pencabar kepada kepada Rodrygo, namun pemain termuda dalam skuad Piala Dunia Tite itu mempunyai satu kelebihan besar berbanding pemain lain.\u201cDia seperti chameleon, boleh beraksi nombor sembilan, 10, 'Neymar' Real Madrid, mampu beraksi di sebelah kiri atau kanan,\u201d ujar Matheus Bachi, penolong jurulatih Brazil yang juga anak Tite.Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti turut memuji Rodyrgo yang menganggapnya sebagai pemain versatil.\u201cDia penyerang istimewa, boleh beraksi di pelbagai posisi, pantas, bijak dan berkesan ketika satu lawan satu,\u201d katanya.Brazil sudah menempah slot ke pusingan kalah mati selepas memulakan langkah kanan pada aksi pertama kumpulan menundukkan Serbia 2-0 pada 25 November lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 12:42pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234146/berita/sukan/perancis-berang-gol-griezmann-dibatalkan", "article_title": "Perancis berang gol Griezmann dibatalkan", "article_text": "PERSEKUTUAN Bola Sepak Perancis (FFF) telah membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas gol jaringan penyamaan Antoine Griezmann dibatalkan ketika kekalahan dalam aksi terakhir kumpulan D menentang Tunisia 0-1 pada Rabu.Griezmann menjaringkan gol pada minit kelapan dalam masa tambahan, namun tidak disahkan apabila penyerang itu dipersalahkan kerana ofsaid ketika Aurelien Tchouameni menghantar bola ke dalam kotak penalti.Bola itu dilihat terkena kepala pertahanan Tunisia terlebih dahulu sebelum sampai ke kaki Griezmann untuk meledak gol penyamaan.Namun, pengadil yang memeriksa video bantuan pengadil (VAR) membatalkan gol tersebut kerana Griezmann dalam kedudukan ofsaid.\"Kami menulis aduan selepas gol Antoine Griezmann tidak disahkan dan menurut kami ia adalah gol yang dibenarkan.\"Aduan ini akan difailkan dalam masa 24 jam selepas perlawanan berakhir,\" kata FFF.Tunisia tersingkir daripada kejohanan manakala Perancis mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan D dan akan menentang Poland Ahad ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 12:03pm"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234131/berita/sukan/jaguh-tinju-mexico-mohon-maaf-kepada-messi", "article_title": "Jaguh tinju Mexico mohon maaf kepada Messi", "article_text": "JAGUH tinju dunia dari Mexico, Canelo Alvarez memohon maaf kepada Lionel Messi selepas menuduh bintang Argentina itu tidak menghormati jersi dan bendera Mexico selepas skuad La Albiceleste menewaskan Mexico 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad lalu.Dalam satu rakaman video, Messi dilihat secara tidak sengaja tertendang jersi Mexico yang berada berdekatan kakinya di dalam bilik persalinan selepas perlawanan berakhir.Messi dikatakan tidak menghormati jersi dan bendera Mexico ketika di dalam bilik persalinan.Alvarez dikatakan amat marah dengan sikap Messi itu yang didakwa tidak menghormati jersi atau bendera Mexico dan mengugut agar pemain itu tidak bertembung dengannya.Bagaimanapun, ugutan Alvarez itu mengundang kritikan daripada orang ramai menyebabkan dia mengeluarkan kenyataan maaf.\"Beberapa hari terakhir ini saya terbawa-bawa dengan semangat dan cinta yang saya rasakan untuk negara. Saya ingin memohon maaf kepada Messi dan rakyat Argentina.\"Setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu dan kali ini giliran saya. Saya mendoakan kejayaan kedua-dua pasukan dalam perlawanan mereka,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 10:35am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234126/berita/sukan/khabar-angin-perpindahan-ronaldo-tidak-jejas-portugal", "article_title": "Khabar angin perpindahan Ronaldo tidak jejas Portugal", "article_text": "KHABAR angin perpindahan bernilai tinggi Cristiano Ronaldo ke kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr tidak memberikan kesan kepada rentak Portugal menjelang pertemuan menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan H Piala Dunia pada Jumaat.Penyerang Portugal, Andre Silva berkata, dia percaya Ronaldo dapat mengatasi situasi tersebut sekali gus memberikan aksi terbaik bersama pasukan kebangsaan.\"Persoalan itu tidak membimbangkan sesiapa selain Ronaldo. Ia tidak menjejaskan pasukan langsung.\"Dalam kes Ronaldo, dia adalah pemain yang sangat berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menangani situasi seperti ini,\" katanya.Pada Rabu, Ronaldo dilaporkan bakal menyertai menyertai Al Nassr dengan perjanjian lumayan sekitar \u00a3173 juta setahun.Bagaimanapun, pemain berusia 37 tahun itu hanya akan memutuskan mengenai masa depannya selepas Piala Dunia berakhir.Dalam pada itu, Silva juga menegaskan peranan Ronaldo bersama skuad Portugal amat ditagih walaupun sebelum ini Manchester United telah menamatkan kontrak bintang sensasi dunia itu.\"Cristiano adalah kapten kami. Dia adalah seorang ikon terpenting dalam bola sepak Portugal.\"Sudah tentu, ia sangat penting untuk dia terus bermain dalam pasukan dan menjadikan pasukan kami lebih kuat,\" katanya.Portugal telah menempah tempat di peringkat kalah mati saingan Piala Dunia kali ini dan hanya memerlukan satu mata dalam perlawanan terakhir menentang Korea Selatan untuk menerajui kumpulan H.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 09:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234124/berita/sukan/argentina-enggan-pandang-sebelah-mata-australia", "article_title": "Argentina enggan pandang sebelah mata Australia", "article_text": "JUARA dua kali, Argentina enggan memandang sebelah mata cabaran Australia dalam saingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Qatar 2022 hujung minggu ini.Jurulatihnya, Lionel Scaloni berkata, pasukannya pernah berdepan situasi mengejutkan apabila tewas kepada Arab Saudi pada aksi pertama Kumpulan C.Argentina bagaimanapun bangkit mengalahkan Mexico dan Poland 2-0 bagi mendahului kumpulan dan akan menentang Socceroos dalam kelompok 16 terakhir.\"Mereka semuanya sukar, kami sudah melihatnya ketika berdepan Arab Saudi.\"Jika anda rasa Australia akan menjadi mudah, anda silap kerana mereka sudah menunjukkan berjaya melepasi pasukan handalan pada Piala Dunia kali ini,\" ujar Scaloni.Scaloni mengakui dia bersama staf belakang tabir sudah mengkaji corak permainan Australia dan akan melakukan yang terbaik pada aksi tersebut.\"Kami perlu membuat analisis terhadap pasukan lawan dan perlu memikirkan bagaimana untuk melukakan mereka,\" katanya.Scaloni juga menempelak penganjur ketika Argentina akan bermain aksi 16 terakhir pada Sabtu yang memberikan rehat hanya dua hari.\"Kami gembira hari ini (Khamis) tetapi saya tidak mahu keterlaluan kerana fikir bahawa ia sesuatu yang gila kerana akan bermain dalam hanya dua hari selepas menjadi juara kumpulan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 09:24am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234123/berita/sukan/cabaran-mexico-di-qatar-2022-berakhir", "article_title": "Cabaran Mexico di Qatar 2022 berakhir", "article_text": "CABARAN Mexico di Piala Dunia Qatar 2022 terhenti di pusingan pertama biarpun berjaya mengatasi cabaran Arab Saudi 2-1 dalam perlawanan di Stadium Lusail.Henry Josue Martin yang beraksi buat kelab sensasi liga Mexico, America terlebih dulu meletakkan anak buah Gerardo Martino di depan pada minit ke-47'.Sebelum bintang kelab liga Mexico, Pachuca, Luis Gerardo Chavez melebarkan kedudukan dengan gol pada minit ke-52'Arab Saudi kemudian merapatkan defisit dengan gol masa kecederaan jaringan pemain sayap kelab Al Hilal, Salem Aldawsari pada minit ke-95'.Biarpun Mexico melakar kemenangan ke atas Arab Saudi, namun gagal memastikan kemaraan El Tri itu untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas dibezakan jaringan gol dengan pesaing terdekat Poland.Untuk rekod, Mexico telah mara ke peringkat 16 terakhir dalam setiap tujuh Piala Dunia sebelum ini sejak 1994.Malah El Tri melepasi peringkat kumpulan dalam setiap Piala Dunia yang disertai selepas 1978, namun ketumpulan penyudah ketika berdepan Poland dan Argentina sebelum ini menamatkan rentetan pencapaian mengagumkan tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 08:47am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234119/berita/sukan/argentina-poland-mara-pusingan-16-terbaik", "article_title": "Argentina, Poland mara pusingan 16 terbaik", "article_text": "ARGENTINA melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 penuh bergaya apabila mengatasi cabaran Poland 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium 974, Doha.Namun Argentina yang menguasai rentak perlawanan ternyata gagal memanfaatkan peluang mendahului setelah sepakan penalti disempurnakan Kapten, Lionel Messi pada minit ke-39' tidak diterjemahkan dalam bentuk gol.Bagaimanapun, Argentina kembali dengan permainan lebih bertenaga apabila meledak dua gol bermula jaringan minit ke-46' pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Brighton & Hove, Alexis Mac Allister sebelum seorang lagi bintang Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol minit ke-67'.Keputusan itu menyaksikan Argentina mara selaku juara kumpulan dengan mengumpul enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan.Sementara itu, Poland pula yang tewas turut juga mengiringi Argentina dengan status naib juara kumpulan setelah mengumpul tiga mata.Mexico pula dikedudukan ketiga dengan empat mata manakala Arab Saudi keempat dengan tiga mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 08:09am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234116/berita/sukan/australia-tamatkan-kemarau-16-tahun", "article_title": "Australia tamatkan kemarau 16 tahun", "article_text": "SKUAD Australia menamatkan kemarau 16 tahun untuk mara ke peringkat kalah mati saingan Piala Dunia selepas menewaskan Denmark 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Jaringan dari larian solo Mathew Leckie pada minit ke-60 berjaya memperdaya pemain pertahanan, Joakim Maehle sebelum melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.Walaupun pemain Denmark cuba bangkit selepas itu, namun tiada gol berjaya dihasilkan sekali gus menyaksikan tiga mata mutlak menjadi milik pasukan Socceros.Dengan kemenangan itu, Australia berjaya merampas kedudukan kedua Kumpulan D di belakang Perancis yang tewas mengejut kepada Tunisia 1-0 dalam satu lagi aksi.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 07:12am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234115/berita/sukan/perancis-tewas-mengejut-kepada-tunisia", "article_title": "Perancis tewas mengejut kepada Tunisia", "article_text": "HASRAT Perancis untuk merekodkan kemenangan bersih di peringkat kumpulan tidak kesampaian selepas tewas mengejut kepada Tunisia dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Bagaimanapun, kekalahan tersebut langsung tidak menjejaskan peluang Les Bleus apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama Kumpulan D dengan mengutip enam mata dari tiga perlawanan hanya dibezakan dengan jaringan gol dengan pasukan berada di kedudukan kedua, Australia.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Education City, Perancis yang membuat sembilan pertukaran dibayangi prestasi hambar pada babak pertama sekali gus menyaksikan tiada gol berjaya dihasilkan.Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Tunisia untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-58 menerusi Wahbi Khazri.Tunisia hampir menangguhkan kejayaan mereka ketika jaringan Antoine Griezmann pada masa kecederaan.Perancis di kedudukan teratas dengan perbezaan gol dan akan bertemu naib juara Kumpulan C dalam saingan 16 terakhir pada Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 07:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234107/berita/sukan/stadium-baharu-lebih-padu", "article_title": "Stadium baharu lebih padu", "article_text": "KELAB Liga Argentina, River Plate mengumumkan pada peringkat akhir kerja-kerja baik pulih Stadium Mas Monumental di Buenos Aires dengan penambahan 3,500 tempat duduk untuk jumlah kapasiti 84,567 orang.Stadium baharu itu akan menjadi lebih besar menjadikannya yang terbesar di Amerika Selatan mengatasi venue simbolik lain seperti Monumental di Lima, Peru (80,093) dan Maracana di Rio de Janeiro, Brazil (78,838).Selepas selesai peringkat pertama, pengubahsuaian telah dibuat pada pelan asal menambah lebih banyak tempat duduk dan menambah tempat duduk perhentian atas, River sebelum ini melaporkan kapasiti maksimum 81,000.Di samping itu, The Millionaires menjual 40,565 kerusi kayu lama stadium di mana Argentina muncul juara Piala Dunia 1978 selepas mengalahkan Belanda 3-1 selepas masa tambahan.\"Kami akan memberi keutamaan kepada mereka yang bernasib baik menjalani banyak pengalaman indah di tempat duduk itu supaya mereka boleh memilikinya sebagai cenderahati dan memberitahu cucu mereka apa yang mereka pernah berada di sana,\" kata presiden River, Jorge Brito pada September lalu.Untuk rekod, River Plate, kini dilatih Martin Demichelis, menjangkakan untuk membuka stadium kepada orang ramai pada pertengahan 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234104/berita/sukan/jdt-mantapkan-sistem-kejurulatihan", "article_title": "JDT mantapkan sistem kejurulatihan", "article_text": "JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super (JDT) menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023, mengumumkan perubahan sistem kejurulatihan apabila melantik Estaban Solari pengendali baharu Harimau Selatan mengambil alih tempat Hector Bidoglio.Dalam pada itu, Bidoglio pula akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT, menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Sementara menurutnya, Alistair Edwards pula diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JDT.\"Secara peribadi saya sudah lama mengikutinya (Estaban Solari) secara dekat kerana sudah mengenalinya selama beberapa tahun dan kami sudah lama komunikasi.\"Beliau kini sekarang berada bersama skuad Bawah 23 tahun Argentina bersama Javier Mascherano, dan juga sudah ditawarkan ke River Plate, ditawarkan juga ke pasukan pembangunan Barcelona.\"Namun saya dapat yakinkan beliau untuk bersama-sama saya, bagi teruskan pembentukan dan projek bola sepak JDT. Dia adalah Estaban Solari, adik kepada Santiago Solari yang kini berada di Real Madrid.\u201cJadi beliau akan ambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih kelab bola sepak JDT, dengan skuad utama. Itu adalah perubahan yang kami akan lakukan pada 2023,\u201d katanya di laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) pada Rabu.Harimau Selatan melabuh tirai kempen Liga-M 2022 dengan mencipta sejarah tersendiri apabila menyapu bersih semua trofi liga domestik - Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga Super dan Piala Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Disember 2022 12:06am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234103/berita/sukan/brazil-pertaruh-skuad-kedua-berdepan-cameroon", "article_title": "Brazil pertaruh skuad kedua berdepan Cameroon", "article_text": "BRAZIL satu daripada tiga pasukan yang menempah tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 dengan baki satu perlawanan terakhir Kumpulan G berdepan Cameroon pada Sabtu.Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tite ke atas Switzerland di Stadium 974, Ras Abu Aboud bermakna pasukan pilihan itu turun tanpa tekanan dalam perlawanan akhir, walaupun masih perlu memastikan tempat teratas.Mereka menentang Cameroon, yang memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri, namun mampu untuk mengenepikan beberapa pemain utama menjelang pusingan 16 terakhir.Brazil tiba di Qatar sebagai pilihan untuk menjulang Piala Dunia Qatar 2022 dengan skuad yang dibarisi pemain berstatus bintang yang berpengalaman beraksi di pentas kompetitif Eropah.Walaupun Neymar mengalami kecederaan, Tite masih boleh menamakan kesebelasan utama yang mengagumkan bagi misi mengekalkan rentak kemenangan.Seandainya dia memutuskan untuk menukar keseluruhan barisan para pemain, ia tidak mungkin akan menjejaskan momentum pasukan Amerika Selatan tersebut.Sebelum ini, Brazil sudah pun terpaksa berhadapan perlawanan berintensi tinggi tanpa Neymar, yang sedang berjuang untuk kembali cergas sepenuhnya menjelang peringkat kalah mati.Namun begitu, skuad kedua Brazil dijangka sudah bersedia menggalas tanggungjawab pasukan pertama apabila diturunkan berdepan jagoan Afrika tersebut.Ederson dari Manchester City bersedia untuk bermula di gawang mendahului pemain Liverpool, Alisson, dengan perdebatan mengenai siapa yang lebih baik terus bergelora.Eder Militao, yang juga pemenang Liga Juara-Juara, akan memimpin barisan pertahanan bersama Gleison Bremer, yang berpindah dari Torino ke Juventus pada musim panas.Dani Alves telah mengumpul lebih 100 kaps dan mempunyai banyak pengalaman dan akan menyertai barisan pemain, dengan Alex Telles melengkapkan empat bek.Bruno Guimaraes yang mendapat penilaian tinggi hanya muncul dari bangku simpanan setakat ini di Piala Dunia ini.Pemain tengah Newcastle itu menjadi sensasi dalam Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Magpies hanya setahun lalu dan sudah pun dikaitkan dengan pemain seperti Real Madrid.Bintang Los Blancos, Rodrygo, yang telah menjaringkan tujuh gol musim ini, akan menggantikan rakan sepasukan kelab Vinicius Junior.Gandingan Arsenal, Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli sangat penting untuk memburu kejuaraan The Gunners dan penuh keyakinan.Antony, yang menjadi pemain kedua termahal Manchester United dalam sejarah musim panas ini, akan melengkapkan serangan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 11:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234101/berita/sukan/darren-berazam-beri-aksi-terbaik-di-piala-aff", "article_title": "Darren berazam beri aksi terbaik di Piala AFF", "article_text": "PENYERANG kebangsaan Darren Lok berazam untuk beraksi dengan baik di Piala AFF 2022, selepas dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya bagi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada 9 dan 14 Disember.Penyerang Petaling Jaya City berusia 32 tahun itu telah menarik perhatian pengendali Kim Pan-gon, untuk menyertai latihan pusat bermula semalam, sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kejohanan AFF itu.\u201cSaya teruja untuk pengalaman yang positif untuk kejohanan itu selepas menyertainya buat kali pertama pada 2016, ketika kesemuanya tidak menjadi seperti yang diharapkan.\u201cSaya mahu berikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan selepas saya terpaksa menarik diri pada edisi AFF sebelum ini akibat kecederaan,\u201d kata Darren kepada media selepas sesi latihan pada Rabu.Darren berkata pada ketika ini beliau dalam keadaan terbaik bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, dan berharap prestasinya akan berterusan sehingga ke kejohanan itu kelak.\u201cSaya akan berusaha untuk cergas dan dapat membantu pasukan kebangsaan... selagi saya boleh menyumbang kepada pasukan dalam apa cara apa pun, saya gembira untuk dapat lakukannya,\u201dkatanya.Ketika ditanya mengenai muka baharu dalam pasukan kebangsaan, Darren berkata pemain baharu dapat sesuaikan diri dengan beliau, dalam persediaan bagi perlawanan persahabatan yang akan datang.\u201cTentu sekali pasukan ini berbeza daripada pasukan sebelum ini, dan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk memahami cara permainan mengikut cara jurulatih dan bermain sebagai satu pasukan,\u201d katanya.Malaysia akan berhadapan Kemboja dan Maldives sebagai sebahagian daripada persediaan Harimau Malaya sebelum Piala AFF 2022, yang akan bermula 20 Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 11:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234100/berita/sukan/lilitan-kapten-harimau-malaya-bukan-untuk-dibanggakan", "article_title": "'Lilitan kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan'", "article_text": "PEMAIN lincah Terengganu FC (TFC), Faisal Halim menyifatkan pemilihan selaku kapten Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF 2022 bukan sesuatu yang perlu dibanggakan.Sebaliknya, Faisal menegaskan tugas kapten tidak sempurna jika gagal memainkan peranan menyampaikan kehendak pengendali Kim Pan-gon, selain menjadi perantara kepada para pemain.\u201cTidak semestinya lilitan di tangan, apa yang penting saya dapat bantu jurulatih serta menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan bagi sebarang perkara yang mereka perlukan,\u201d katanya pada sesi latihan kedua kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya pada Rabu.FAM sebelum itu dalam kenyataan memaklumkan Faisal dan tonggak utama Selangor FC, Brendan Gan diumum sebagai kapten bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid.Jika diikutkan atas kertas, 29 pemain dipanggil pada sesi latihan pusat kali ini berbeza dengan apa yang dipamerkan selepas skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun lepas, namun Mohd Faisal optimis keputusan memberangsangkan dapat diraih pada Piala AFF nanti.\u201cJangkaan peminat memang tinggi terhadap pasukan kita sebelum ini sebab kita dah berjaya buat yang terbaik. Sekarang senarai pemain sudah berubah yang selalu ada kini sudah tiada dalam senarai.\u201cJadi kita doa yang terbaik pada sesiapa yang jurulatih beri peluang untuk lakukan yang terbaik dan jangan takut dengan kritikan. Percayalah kalau pemain dapat lakukan apa yang jurulatih mahukan keputusan yang baik dapat dicapai,\u201d katanya.Untuk rekod, Malaysia akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 11:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234095/berita/sukan/bidoglio-variasi-taktikal-jdt", "article_title": "Bidoglio variasi taktikal JDT", "article_text": "KEPUTUSAN Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) membawa Hector Bidoglio sebagai pengendali pada pertengahan musim menjadi intipati penting kejayaan Harimau Selatan menyapu bersih semua kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.Bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam berkata, pengendali dari Argentina itu telah banyak membuat variasi dalam taktikal JDT yang menyebabkan lawan sukar menduga corak permainan kelab selatan tanah air tersebutMenurutnya, faktor menyaksikan JDT mampu mencipta sejarah musim ini apabila tidak tewas dalam semua 35 perlawanan domestik termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih).\u201cSatu-satu pasukan yang mahu berjaya, mereka tidak boleh mengekalkan corak permainan yang sama atau \u2018stereotype\u2019 dalam tiap perlawanan kerana lawan sudah boleh membaca.\u201cApa yang menyebabkan JDT mampu melakar rekod sempurna musim ini adalah semasa mereka menukar jurulatih dan kehadiran Bidoglio berjaya menukar sistem cara bermain pasukan.\u201cItu membuatkan pasukan-pasukan lain sukar membuat analisis yang tepat terhadap JDT serta membuatkan mereka dapat merangkul kejuaraan lebih mudah musim ini,\u201d katanya.Jelasnya lagi, juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu lebih sempurna apabila Hector membawa variasi serta melakukan pertukaran dalam sesuatu perlawanan.\u201cSebelum ini, mereka bergelut dan ini menjadi punca tewas di aksi final Piala Malaysia musim lalu namun kali ini, mereka tampil dengan variasi berbeza.\u201cSelain itu, persiapan JDT juga tampak mantap musim ini kerana dari akar umbi hingga ke pasukan Liga Super, terdapat satu kesinambungan yang cukup baik,\u201d kata penganalisis sukan tanah air itu.JDT melabuh saingan Liga-M 2022 dengan merangkul trofi terakhir musim ini Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor FC, 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 November lalu.Untuk rekod, kejayaan merangkul empat kejuaraan (quadruple) dalam satu musim itu merupakan pertama kali dalam sejarah JDT sejak dijenamakan dari musim 2013 malah pasukan reserve, JDT II turut merangkul kejuaraan Liga Premier.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 10:13pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234082/berita/sukan/al-nassr-gamit-ronaldo", "article_title": "Al Nassr gamit Ronaldo", "article_text": "BEKAS bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan semakin menghampiri destinasi baharunya kelab gergasi Arab Saudi, Al Nassr setelah bersetuju dengan perjanjian \u00a3173 juta setahun.Pemain Portugal yang kini ejen bebas selepas meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United awal bulan ini susulan temu bual kontroversi dengan Piers Morgan.Sebelum ini sejumlah kelab dikaitkan berminat mendapatkan khidmat bekas peledak Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu selepas pengumuman Ronaldo akan meninggalkan Old Trafford.Salah satu daripada kelab itu Al-Nassr yang sebelum ini telah pun mengemukakan tawaran kepada ejen Ronaldo, Jorge Mendes.Menurut Marca, Ronaldo bersetuju dengan perjanjian dua tahun setengah bersama kelab kendalian Rudi Garcia tersebut.Sepanjang tempoh kontrak itu, Ronaldo yang bermain sehingga usia 40-an akan memperoleh \u00a3172.9 juta (RM922 juta) setahun - jumlah yang tidak mungkin untuk mana-mana kelab Eropah atau MLS yang berminat untuk mendapatkan penyerang itu.Bakal majikan Ronaldo, Al-Nassr, kini menduduki tempat kedua Liga Pro Saudi menang enam perlawanan selepas mengharungi lapan perlawanan liga musim ini.Ronaldo bakal mengemudi Portugal kendalian Fernando Santos berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Jumaat.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 07:51pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234074/berita/sukan/saya-mahu-kekal-positif---pan-gon", "article_title": "'Saya mahu kekal positif' - Pan-gon", "article_text": "PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan ketiadaan pemain tonggak menjelang persiapan kempen Piala AFF 2022 pada Disember depan merupakan satu cabaran.Bagaimanapun ketua jurulatih dari Korea Selatan itu tidak mengalah sebaliknya bertekad berusaha membentuk skuad mantap bagi mencabar kejuaraan Raja Bola Sepak Asia Tenggara tersebut.Malah tanpa berselindung Pan-gon mengakui situasi menguruskan skuad tanpa beberapa pemain utama tersebut adalah kali pertama berlaku dalam kariernya.\"Ya, dalam karier saya ini merupakan kali pertama, namun saya perlu positif, saya boleh lihat lebih banyak pemain yang kita sudah cungkil bakat dan saya boleh melihat mereka secara bersemuka, bantu dan yakinkan mereka.\"Kami juga boleh meluaskan panggilan untuk kem latihan berpusat kebangsaan kepada lebih ramai pemain dan akan ada lebih banyak persaingan dalam pasukan kebangsaan. Jadi, saya mahu kekal positif.\"Lazim untuk mengatakan bahawa kami mahu menjadi juara, namun kami akan mencuba terbaik memberi keputusan positif dan akan berjuang untuk itu, cuba memberikan satu kebanggaan kepada para penyokong,\u201d katanya semasa sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Selasa.FAM sebelum ini mengumumkan senarai awal 41 pemain untuk menyertai latihan pusat tersebut, bagaimanapun selepas perbincangan dan persetujuan antara badan induk bola sepak negara, Pan-gon dan kelab yang terlibat, 12 pemain terpaksa menarik diri atas pelbagai sebab termasuk hal peribadi, urusan keluarga dan kecederaan.Untuk rekod antara yang menarik diri tujuh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) - Shahrul Mohd Saad, La'vere Lawrence Corbin-Ong, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies dan Muhammad Syafiq Ahmad.Penarikan diri 12 pemain tersebut menyaksikan badan induk bola sepak negara itu memasukkan pemain pertahanan Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan, sebelum disusuli permohonan dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert untuk dikecualikan atas sebab peribadi.Peraturan Status dan Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 sebelum ini menyatakan bahawa adalah tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau kejohanan akhir yang termasuk dalam kalendar perlawanan antarabangsa.Untuk rekod, kejuaraan Piala AFF diadakan di luar jendela antarabangsa FIFA,menyaksikan Harimau Malaya akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember diikuti Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember.Selain itu, skuad Harimau Malaya juga turut merancang mengadakan perlawanan ujian menentang skuad Harimau Muda Bawah 23 tahun (B-23) kendalian E Elavarasan, pada Jumaat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 06:44pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234066/berita/sukan/aaron-wooi-yik-sudah-sedia-gegar-bangkok", "article_title": "Aaron, Wooi Yik sudah sedia gegar Bangkok", "article_text": "JUARA dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran bersedia untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 di Bangkok, Thailand minggu depan.Malah menurut Aaron, persiapan untuk kejohanan terakhir tahun itu juga berjalan dengan lancar, namun ketika ini enggan menyatakan sasaran dalam kejohanan itu.\"Kami sudah bersedia untuk ke Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 minggu depan,\" katanya pada Rabu.Untuk rekod, antara yang turut akan bersaing di Bangkok, pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan gandingan profesional Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky dilaporkan berharap Aaron-Wooi Yik dapat melepasi saingan peringkat kumpulan di kejohanan itu nanti.Siri Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang menawarkan hadiah wang berjumlah AS$1,500,000 itu dijadualkan berlangsung di Arena Nimibutr dari 7 hingga 11 Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 05:58pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234058/berita/sukan/bintang-tenis-britain-terima-anugerah-mbe", "article_title": "Bintang tenis Britain terima anugerah MBE", "article_text": "BINTANG tenis Britain, Emma Raducanu menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE), pada Rabu setahun selepas menggemparkan dunia setelah muncul pemain kelayakan pertama memenangi Grand Slam.Raducanu yang ketika itu berusia 18 tahun melonjakkan kariernya ke satu tahap baharu apabila memenangi 10 perlawanan tanpa kehilangan satu set untuk merebut gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).Pada perlawanan akhir itu, Raducanu menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez, 6-4, 6-3 sekali gus memenangi hadiah wang tunai AS$2.5 juta (RM10.3 juta).Untuk rekod, Raducanu yang menduduki ketika itu ranking ke-150 dunia, juga menjadi pemain wanita Britain pertama dalam tempoh 44 tahun memenangi mahkota Grand Slam.\u201cIa amat bermakna untuk menerima penghormatan ini daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja. Saya berasa amat berterima kasih,\" kata pemain nombor 75 dunia itu selepas menerima MBE daripada Raja Charles pada majlis di Istana Windsor.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 05:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234035/berita/sukan/jepun-enggan-pisang-berbuah-dua-kali", "article_title": "Jepun enggan pisang berbuah dua kali", "article_text": "PENYERANG Jepun, Ritsu Doan tidak mahu episod duka tewas 1-0 kepada skuad Sepanyol pada separuh akhir acara bola sepak Olimpik Tokyo tahun lalu apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada aksi terakhir kumpulan E pada awal pagi Jumaat.Justeru, dia dan rakan sepasukannya tekad mahu menebus kekecewaan tersebut apabila menyasarkan untuk menang pada perlawanan itu sekali gus melayakkan diri secara automatik ke peringkat Piala Dunia Qatar 2022.\u201cSkuad kini berada dalam keadaan yang baik serta positif menjelang pertemuan menentang Sepanyol. Pada perlawanan tersebut saya mahu memberi aksi yang terbaik dan mahu menang menentang Sepanyol.\u201cSaya tahu cara permainan mereka dan kami tidak sanggup untuk tewas buat kali kedua kepada lawan yang sama,\u201d katanya.Untuk rekod, Doan merupakan salah seorang dari sembilan pemain skuad Jepun ketika ini yang beraksi menentang Sepanyol di peringkat separuh akhir bola sepak lelaki Olimpik Tokyo di Stadium Saitama yang mana mereka tewas 1-0 sekali gus melenyapkan impian untuk meriah pingat emas.Dalam pada itu, skuad Samurai biru mendapat tonik baharu menjelang perlawanan menentang Sepanyol apabila tonggak pertahanannya Takehiro Tomiyasu dilihat sudah kembali ke padang bersama rakan sepasukannya untuk memulakan latihan.Pemain pertahanan Arsenal itu mengalami masalah hamstring yang menyebabkan dia tidak dapat berlatih sejak dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa ketika Jepun memenangi perlawanan pembukaan Jerman.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 03:43pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234038/berita/sukan/rashford-kembali-temui-aura", "article_title": "Rashford kembali temui aura", "article_text": "PRESTASI Marcus Rashford disifatkan berada tahap terbaik selepas membantu England menewaskan Wales 3-0 sekali gus memacu The Three Lions ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Malah tanpa berselindung pengendali England, Gareth Southgate berkata, sebelum ini banyak pihak mempertikaikan prestasi bintang Manchester United itu.Malah jelasnya, prestasi pemain berusia 25 tahun bersama Manchester United yang kurang mendapat minit perlawanan juga menimbulkan persoalan pemilihannya untuk menyarung jersi England.\u201cSecara jujur ia merupakan satu cabaran untuk Rashford membuktikan sesuatu terutamanya selepas kurang mendapat tempat dalam kesebelasan England dan utama kelab selepas Euro 2020.\u201cSaya pergi melihatnya pada musim panas dan berbual panjang, dia mempunyai beberapa idea yang jelas tentang apa yang dia rasa perlu lakukan dan anda boleh lihat dengan kelabnya, dan kini dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar dengan kami. Kami mempunyai pemain yang berbeza dengan Euro.\u201cYa, dia sudah banyak meningkat dan ia sesuatu yang bagus bukan sahaja untuknya dan hebat untuk pasukan England. Detik seperti ini juga inilah yang terbaik...,\u201d katanya selepas England mengungguli kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006.Pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan, dua jaringan babak kedua Rashford pada minit ke-50' dan 68' serta gol Phil Foden pada minit ke-51', membolehkan England mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan untuk mara selaku juara Kumpulan B.Rashford kini menjadi penjaring terbanyak bersama di Piala Dunia Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda).\u201cIa satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya.\u201cPerlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan awal dan kami mengambil peluang tersebut sebaik mungkin...,\u201d kata Rashford.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 03:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234021/berita/sukan/brendan-faisal-dion-safawi-kapten-harimau-malaya", "article_title": "Brendan, Faisal, Dion, Safawi kapten Harimau Malaya", "article_text": "KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menaikkan kuota kapten skuad kebangsaan kepada empat pemain menjelang kejohanan Piala AFF 2022.FAM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, dua nama yang akan mengisi kuota tersebut ialah ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan dan pemain Terengganu FC, Faisal Halim selain dua kapten semasa iaitu Dion Cools dan Safawi Rasid.\u201cKetua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.\u201cDion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King\u2019s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya,\u201d katanya.Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF kali ini, akan membuka kempen menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember, diikuti bertemu Laos di Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan kumpulan berdepan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari hadapan.Bagi edisi 2020 yang berlangsung di Singapura pada Disember 2021, skuad Harimau Malaya tersingkir seawal peringkat kumpulan, manakala pencapaian terbaik ialah muncul juara edisi 2010.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 02:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234011/berita/sukan/bale-belum-sedia-gantung-but-bersama-wales", "article_title": "Bale belum sedia 'gantung but' bersama Wales", "article_text": "KAPTEN Wales, Gareth Bale masih belum berniat untuk menggantung but di pentas antarabangsa meskipun ketika ini timbul keraguan mengenai masa depannya selepas tersingkir pada peringkat kumpulan di Piala Dunia Qatar 2022.Pemain berusia 33 tahun itu berkata, selagi khidmatnya masih diperlukan oleh skuad Dragons, dia bersedia untuk membantu pasukannya terutama bagi kempen kelayakan Euro 2024 yang akan bermula pada Mac ini.Ia saat yang sukar ketika ini, tetapi jelas kami akan mula sekali lagi. Saya akan teruskan selagi mampu dan diperlukan.\u201cKami ada kempen kelayakan (Kejohanan Eropah) pada Mac dan ada beberapa bulan untuk tidak beraksi dalam bola sepak antarabangsa yang jelas ia mengecewakan kerana kami mahu kekal lebih lama,\u201d katanya.Sebelum ini, hasrat Wales untuk mara pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian selepas tewas pada peringkat kumpulan di kedudukan tercorot dengan satu mata, selepas seri 1-1 berdepan Amerika Syarikat dalam aksi pembukaan dan tewas 2-0 kepada Iran pada perlawanan kedua.Dalam pada itu, pengendali Wales, Rob Page berkata, meskipun kecewa kerana pasukannya gagal mara ke pusingan seterusnya, namun dia tetap memuji aksi ditampilkan anak buahnya pada kejohanan tersebut.\u201cKami kecewa meninggalkan kejohanan tetapi itulah cara untuk keluar, persembahan separuh masa pertama sangat baik.\u201cPesanan saya ialah jangan kecewa, kami perlu membina untuk masa depan dan untuk ke Piala Dunia adalah pencapaian yang sukar dipercayai untuk kumpulan pemain itu,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 02:12pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234007/berita/sukan/video-pemergian-mohd-hashim-satu-kehilangan-besar", "article_title": "[VIDEO] Pemergian Mohd Hashim satu kehilangan besar", "article_text": "KOTA BHARU - Legenda bola sepak Kelantan, Allahyarham Mohd Hashim Mustapa disifatkan sebagai pemain yang cukup berdisiplin semasa berada di atas padang.Bekas rakan sepasukan, Mohamad Ausri Husin berkata, setiap kali sesi latihan, pemain yang cukup sinonim dengan jersi nombor 10 itu akan tiba lebih awal di padang.\"Kalau latihan bermula jam 5 petang, arwah akan masuk padang 15 minit lebih awal. Biasanya dia akan berlari dan memanaskan badan lebih awal sebelum mengikuti latihan sebenar,\" katanya kepada pemberita semasa pengebumian Mohd Hashim di Tanah Perkuburan Islam Chapi, Kampung Baung Bayam di sini pada Rabu.Mohd Hashim meninggal dunia pada Selasa jam 10.25 malam akibat komplikasi kencing manis di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.Mohamad Ausri berkata, Allahyarham turut disifatkan sebagai seorang suka bergurau.Sifat mudah mesra arwah membuatkan beliau amat dihormati dan disayangi oleh seluruh rakan sepasukan.\"Arwah tiada galang gantinya dan pemergian ini satu kehilangan besar buat arena bola sepak Kelantan dan Malaysia,\" katanya.Anak dan cucu Mohd Hashim menyiram pusara Allahyarham pada Rabu.Sementara itu, Mohd Risham Mustapa, 51, mendedahkan, Allahyarham abangnya cukup cakna dan menyayangi seluruh ahli keluarga.\"Arwah merupakan tonggak yang banyak membantu keluarga dan suka menolong adik-adik lain.\"Kehidupan kami sekeluarga agak susah satu masa dahulu dan abanglah yang banyak membantu,\" katanya.Bekas Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim pula menyifatkan pemergian Mohd Hashim sebagai satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri ini dan kebangsaan.\"Semasa menjadi penolong jurulatih Kelantan, arwah seorang yang komited dalam melaksanakan tugas.\"Ketika kami bertemu, arwah begitu bersemangat dan memberitahu sedia kembali ke arena bola sepak apabila sihat sepenuhnya nanti,\" katanya.Sebelum itu, lebih 1,000 ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai serta bekas tonggak pasukan Kelantan hadir di Masjid Al-Husna Kampung Baung Bayam di sini untuk solat jenazah.Jenazah Mohd Hashim selamat dikebumikan pada jam 10.35 pagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 01:37pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/234002/berita/sukan/maghribi-intai-slot-kalah-mati", "article_title": "Maghribi intai slot kalah mati", "article_text": "GERGASI Afrika, Maghribi yang mengintai peluang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 apabila berdepan Kanada dalam perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Al Thumama.Misi pertama kali dalam hampir empat dekad penyertaan di kejuaraan berprestij bola sepak dunia tersebut akan direalisasikan dengan syarat Maghribi menewaskan atau seri berdepan pasukan Amerika Utara berkenaan.Maghribi sebelum ini mencatat kemenangan pertama di Piala Dunia sejak 1998 apabila menewaskan pasukan ranking kedua dunia Belgium 2-0, mencetuskan keghairahan dalam kalangan pemain, selain sambutan liar para penyokong dan juga rusuhan di Brussels.Dalam ujian terakhir peringkat kumpulan, Maghribi akan menentang Kanada, yang juga mencari kemenangan pertama dalam sejarah kejohanan selepas tersingkir daripada Piala Dunia pertama negara tersebut dalam tempoh 36 tahun.Kemenangan atau seri akan membantu Maghribi untuk penampilan pertama pada pusingan 16 terbaik sejak edisi Mexico 1986.Namun sekiranya Kanada menang, Maghribi memerlukan bantuan Belgium untuk menewaskan Croatia dalam perlawanan satu lagi perlawanan Kumpulan F lain, dengan perbezaan gol yang menentukan sama ada The Atlas Lions berkenaan atau pasukan ketiga terbaik edisi 2018 lebih layak.\u201cSaya percaya sekiranya Maghribi mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 kali ini, pasukan ini akan menjadi sangat berbahaya pada masa hadapan,\u201d kata pengendali Maghribi, Walid Regragui.Maghribi sebelum melakar kemenangan ke atas Belgium tanpa diduga menukar penjaga gol pada saat akhir sebelum sepak mula apabila Munir El Kajoui menggantikan Yassine Bounou.Seorang doktor pasukan itu kemudian berkata bahawa Bounou telah berasa pening, namun akan cergas untuk aksi menentang Kanada.Kanada pula yang tersingkir selepas tewas dalam dua perlawanan menentang Belgium dan Croatia, namun berjaya menjaringkan gol pertama di Piala Dunia - hanya 68 saat selepas sepak mula menentang Croatia.Les Rouges kendalian John Herdman dengan tiada sebarang lagi yang untuk dipertaruhkan dalam kejuaraan tersebut akan memberi tumpuan meninggalkan Qatar 2022 dalam prestasi yang baik ketika mereka bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia dengan Amerika Syarikat dan Mexico pada 2026.Dengan Piala Dunia berkembang daripada 32 negara kepada 48 negara mulai edisi 2026, Kanada diyakini menggunakan pengalaman di Qatar 2022 sebagai asas kepada pembentukan semula pasukan yang lebih mantap menjelang sebagai tuan rumah bersama dalam tempoh empat tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 01:32pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233999/berita/sukan/hazard-nafi-kem-belgium-bergolak", "article_title": "Hazard nafi kem Belgium bergolak", "article_text": "KAPTEN Belgium, Eden Hazard menafikan berlaku keretakan dalam skuad The Red Devils, namun mengakui terdapat perang mulut dalam kalangan pemain berikutan kekalahan mengejut 0-2 aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 kepada Maghribi di Stadium Al Thumama pada 27 November lalu.Hazard berkata demikian kepada media bersama penjaga gol Thibaut Courtois.Sidang akhbar itu adalah langkah pengurusan pasukan untuk cuba memadamkan spekulasi yang semakin meningkat bahawa beberapa pemain telah digugurkan menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan berdepan Croatia do Stadium Ahmed bin Ali pada Khamis.Belgium, pasukan ranking kedua dunia perlu menewaskan Croatia untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejuaraan tersebut.\"Kami bercakap baik dalam kalangan pemain. Banyak yang telah diperkatakan. Kami bercakap selama sejam tentang perkara yang baik dan perkara yang kurang baik.\"Sekarang kami mahu menang menentang Croatia. Kami kini mempunyai beberapa hari untuk membuat persediaan. Kami perlu bersedia mental dan fizikal,\" kata Hazard.Pada masa sama, Hazard menafikan berlaku konfrontasi di bilik persalinan selepas kekalahan Maghribi.Hazard berkata, dia telah bercakap dengan pemain tengah Kevin De Bruyne selepas pemain tengah itu dipetik sebagai berkata skuad Belgium terlalu tua untuk memenangi Piala Dunia.\"Tiada apa-apa berlaku dalam bilik persalinan. Hanya jurulatih Roberto Martinez yang bercakap. Saya bercakap dengan Kevin De Bruyne, dia memang percaya dengan kemampuan kumpulan pemain ini,\" kata Hazard.Hazard juga mengakui para pemain kecewa dengan persembahan Belgium dalam dua perlawanan awal kumpulan di Qatar 2022.\"Kami perlu melakukan lebih baik, kami tidak dapat memberikan persembahan yang kami mahukan pada masa ini. Kami perlu menunjukkannya di atas padang, itu yang penting.\"Kami masih mempunyai kualiti dalam pasukan ini dan berada di sini untuk menang. Kami kurang keyakinan dalam menterjemahkan setiap tindakan penyudah. Kami perlu mendapatkan semula keyakinan itu,\" katanya.Sementara itu, Courtois yang akan melakukan penampilan ke-100 berdepan Croatia menegaskan laporan keretakan dalam kem sebenarnya telah merangsang skuad Belgium.\"Masalahnya ialah terlalu banyak pembohongan disebarkan. Situasi digambarkan tidak wujud. Sebagai satu kumpulan, kita perlu mengelak negatif itu.\"Semuanya telah dijelaskan. Semua orang telah menyatakan pendapat masing-masing secara terbuka. Sekarang kami perlu mengambil tindakan di atas padang. Elok kami mengadakan perbualan berkumpulan. Kami berkata apa yang kami fikirkan antara satu sama lain.\"Kami harus jujur \u200b\u200bantara satu sama lain dan berjuang untuk satu sama lain di atas padang demi Belgium,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 01:16pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233978/berita/sukan/van-gaal-pertahan-aksi-skuad-belanda", "article_title": "Van Gaal pertahan aksi skuad Belanda", "article_text": "PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mempertahankan persembahan anak buahnya yang dikritik hebat selepas gagal mempamerkan aksi sebenar meskipun berjaya lolos ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.Menurut van Gaal, beliau berasakan anak buahnya sudah mempamerkan persembahan terbaik dan berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan berbekalkan semangat positif di dalam pasukan ketika ini.\u201cItu mengecewakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan anda. Saya rasa mereka tidak bermain seteruk seperti yang anda katakan.Kami berjaya mara ke peringkat yang seterusnya dan ia merupakan perkara yang penting dalam kejohanan ini.\u201cKami melakukan apa yang perlu kami lakukan. Kami adalah pemenang kumpulan,\" kata Van Gaal pada sidang akhbar.Sebelum ini, anak buah Louis van Gaal menamatkan saingan kumpulan dengan tujuh mata untuk berada di puncak Kumpulan A, manakala Senegal mengikuti jejak langkah mereka di pusingan kalah mati apabila muncul selaku naib juara selepas menewaskan Ecuador 2-1.Belanda yang dikenali dengan julukan Oranje dijadualkan bertemu pasukan USA untuk menempah tempat ke suku akhir di Stadium Antarabangsa Khalifa, Sabtu ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 11:38am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233971/berita/sukan/mangsa-banjir-pakistan-dapat-perhatian-kapten-england", "article_title": "Mangsa banjir Pakistan dapat perhatian kapten England", "article_text": "KAPTEN England, Ben Stokes akan menyumbangkan yuran perlawanannya daripada tiga siri perlawanan ujian kriket menentang tuan rumah Pakistan untuk membantu mangsa banjir di negara Asia itu.\u201cUntuk kembali ke sini selepas 17 tahun adalah sangat mengujakan. Terdapat rasa tanggungjawab dalam kalangan pemain dan kumpulan sokongan kerana untuk berada di sini merupakan sesuatu yang istimewa.\u201cBanjir yang melanda Pakistan awal tahun ini amat menyedihkan untuk dilihat dan memberi impak besar kepada negara dan rakyat.Sukan ini telah memberi saya banyak perkara dalam hidup dan tiba masa untuk saya memberikan sesuatu kembali yang melangkaui dunia kriket.\"Saya akan mendermakan yuran perlawanan daripada siri ujian ini kepada Tabung Rayuan Mangsa Banjir Pakistan. Diharap derma ini dapat membantu rakyat Pakistan yang terjejas berikutan banjir ini,\" kata Stokes.Sebelum ini, 33 juta orang di Pakistan terjejas kehidupan berikutan banjir buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pegawai di negara Asia menganggarkan kerosakan akibat hujan monsun lebat mengorbankan lebih 1,000 orang menyaksikan kerugian lebih daripada $40 bilion (RM180 bilion)Perlawanan ujian pertama di Stadium Kriket Pindi, Rawalpindi pada Khamis menyaksikan England akan beraksi tanpa Mark Wood, yang mengalami kecederaan pinggul.Kecederaan itu menyaksikan dia tidak dapat beraksi pada separuh akhir dan akhir Piala Dunia Twenty20 di Australia bulan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 10:41am"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233965/berita/sukan/cisse-dedikasi-kejayaan-senegal-buat-mane", "article_title": "Cisse dedikasi kejayaan Senegal buat Mane", "article_text": "PENGENDALI Senegal, Aliou Cisse mendedikasikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 kepada penyerang Liverpool, Sadio Mane yang tidak dapat bersama pasukan akibat kecederaan.Menurut Cisse, meskipun pemain berusia 30 tahun itu tidak bersama pasukan ketika ini, namun semangat dibawanya itu sedikit sebanyak membantu kepada kejayaan Senegal.Saya mahu dedikasikan kejayaan dan kemenangan ini buat seorang individu yang telah melakukan perkara luar biasa kepada pasukan ini.\u201cBagaimanapun individu itu tidak ada bersama kami hari ini. Lelaki itu adalah Sadio Mane,\u201d katanya.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly membawa pasukannya ke pusingan kalah mati selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ecuador, 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A.Menanti Senegal di peringkat 16 terbaik adalah England yang mara ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan B.\u201cKami sedar ia bukan satu tugas mudah apabila beraksi di peringkat kalah mati dan ia situasi yang berbeza dari peringkat kumpulan. Semua berjaya mara ke peringkat seterusnya ialah pasukan yang bagus dan terbaik di dunia.\u201cKini situasinya adalah menang atau kalah dan tiada peluang kedua. Jika anda menang, anda akan melalui, jika anda kalah, anda pulang.\u201cJadi buat masa ini, kami hanya akan menumpukan pada rehat dan cergas untuk perlawanan seterusnya, ia adalah mudah seperti itu,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 10:25am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233966/berita/sukan/frappart-wanita-pertama-adili-aksi-piala-dunia-lelaki", "article_title": "Frappart wanita pertama adili aksi Piala Dunia lelaki", "article_text": "STEPHANIE Frappart mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengadil wanita pertama mengadili aksi Piala Dunia lelaki.Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengumumkan nama pengadil kelahiran Perancis berusia 38 tahun itu untuk aksi Kumpulan D antara Jerman dan Costa Rica pada awal pagi Jumaat ini.Frappart antara tiga pengadil wanita yang dipilih untuk kempen Piala Dunia 2022 selain Salima Mukansanga dari Rwanda dan Yoshimi Yamashita dari Jepun.Tiga lagi pengadil wanita pula bertugas di Qatar sebagai pembantu pengadil.Bagi Frappart, mengadili perlawanan Piala Dunia lelaki adalah antara pencapaian terbaiknya selepas menempa nama di peringkat Eropah.Frappart menjadi pengadil wanita pertama mengadili Ligue 1 Perancis pada 2019 - tahun sama ketika dia menjadi pengadil di pentas final Piala Dunia wanita di negaranya itu.Beliau mengadili aksi final Piala Super 2019 antara Liverpool dan Chelsea sebelum turut diberi kepercayaan mengadili perlawanan Liga Juara-Juara 2020 dan final Piala Perancis musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 10:16am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233955/berita/sukan/piala-dunia-2022-england-lepasi-ranjau-wales", "article_title": "Piala Dunia 2022: England lepasi ranjau Wales", "article_text": "NAIB juara Euro 2020, England mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Wales 3-0 pada Rabu.Bagaimanapun pada perlawanan di Stadium Ahmad bin Ali tersebut, The Three Lions kendalian Gareth Southgate terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk merobek pertahanan kental pasukan Wales.Dua gol Marcus Rashford (50', 68') dan jaringan Phil Foden (51') menyaksikan England mengakhiri perjalanan kempen Wales, yang memerlukan kemenangan empat gol untuk mara ke pusingan kalah mati.Kemenangan tersebut menyaksikan England akan berdepan cabaran pasukan Afrika, Senegal yang muncul naib juara Kumpulan B sebelum itu.\"Ia satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya.\"Perlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan lebih awal dan kami mengambil sepenuh peluang tersebut sebaik mungkin...,\" kata Rashford.Dua gol tonggak Manchester United, yang tempatnya dalam skuad The Three Lions tidak menentu beberapa bulan lalu berikutan prestasi dan kecederaan, kini menjadi penjaring terbanyak Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda).", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233950/berita/sukan/piala-dunia-2022-as-curi-slot-kalah-mati", "article_title": "Piala Dunia 2022: AS 'curi' slot kalah mati", "article_text": "GOL tunggal Christian Pulisic sudah cukup buat Amerika Syarikat (AS) untuk mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Iran 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Kemenangan dalam aksi di Stadium Al Thumama itu meletakkan AS di tangga kedua Kumpulan B di belakang England yang menewaskan Wales 3-0.Ia juga menebus kehampaan AS terhadap musuh lama 24 tahun lalu yang kali terakhir bertembung pada Piala Dunia 1998 di Perancis dengan kemenangan berpihak kepada Iran yang menang 2-1.Gol kemenangan itu diperoleh Pulisic pada minit ke-38 setelah menyudahkan dengan baik bola hantaran Sergino Dest untuk menewaskan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.AS yang seri dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Wales dan England, akan berdepan finalis tiga kali, Belanda untuk merebut tempat ke suku akhir pada Sabtu.\"Pada separuh masa pertama kami menunjukkan apa yang kami mampu lakukan daripada segi permainan. Ia babak pertama yang amat baik.\"Bersambung babak kedua kami menunjukkan keazaman tinggi. Pemain bekerja keras untuk memastikan pasukan tidak tewas,\" kata pengendali AS, Gregg Berhalter.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 07:27am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233946/berita/sukan/piala-dunia-2022-senegal-sambar-slot-kalah-mati", "article_title": "Piala Dunia 2022: Senegal sambar slot kalah mati", "article_text": "KALIDOU Koulibaly muncul wira bagi membantu Senegal meraih kemenangan 2-1 ke atas Ecuador, sekali gus membawa pasukan Afrika itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.Dalam aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa, kapten Senegal itu meledak gol kemenangan pada minit ke-70, hanya tiga minit selepas Moises Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador.Ismaila Sarr terlebih dahulu menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama untuk meletakkan Senegal di depan dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.Dengan kemenangan itu, Senegal menghuni tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata - satu di belakang pendahulu, Belanda yang menewaskan tuan rumah, Qatar 2-0.Ecuador yang hanya perlu seri untuk layak ke pusingan kalah mati buat kali kedua selepas edisi 2006, menamatkan saingan di tangga ketiga dengan mengumpul empat mata.Malang terus menimpa Qatar apabila menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas gagal meraih sebarang mata setelah tewas dalam kesemua tiga perlawanan.Dalam pusingan 16 terbaik, Senegal yang kehilangan khidmat kapten, Sadio Mane akibat kecederaan kini menanti juara Kumpulan B yang menampilkan England, Iran, Amerika Syarikat dan Wales.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 07:13am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233945/berita/sukan/piala-dunia-2022-belanda-tepati-ramalan", "article_title": "Piala Dunia 2022: Belanda tepati ramalan", "article_text": "PASUKAN pilihan, Belanda menepati ramalan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A.Dalam aksi di Stadium Al-Bayt itu, Belanda dan Qatar saling mengasak ke kubu lawan masing-masing sebaik wisel permulaan dibunyikan.Belanda memperoleh gol pembukaan menerusi penyerang muda yang sedang meningkat naik, Cody Bakpo pada minit ke-26 selepas menyudahkan hantaran Memphis Depay.Jaringan itu menyaksikan Gakpo mencipta sejarah sebagai pemain Belanda pertama menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan pertama Piala Dunia.Sekalipun ketinggalan, Qatar tetap beberapa kali menguji barisan pertahanan Belanda, namun dikecewakan dengan penyudah yang tumpul.Sebaik babak kedua bersambung, Belanda berjaya menambah jaringan, kali ini menerusi pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong pada minit ke-49.Jong pantas menyambar bola untuk merobek gawang lawan selepas rembatan awal Depay berjaya ditepis penjaga gol Qatar, Meshaal Barsham.Qatar cuba bangkit untuk memburu jaringan pada baki 40 minit terakhir perlawanan, namun masih gagal memperoleh sebarang jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu menyaksikan Belanda memimpin carta Kumpulan A dengan tujuh mata diikuti Senegal yang memperoleh enam mata, manakala Ecuador (empat) dan Qatar tanpa sebarang mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 07:10am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233941/berita/sukan/hanya-17-lapor-diri-hari-pertama", "article_title": "Hanya 17 lapor diri hari pertama", "article_text": "HARI pertama kem latihan berpusat Harimau Malaya negara lebih awal daripada perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives, kurang ceria selepas hanya 17 pemain melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.11 pemain lain hanya akan menyertai skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon secara berperingkat dengan tujuh pemain Selangor FC dan dua Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) akan melaporkan diri Isnin hadapan.Selain itu, penjaga gol Terengganu FC Muhammad Rahadiazli Rahalim akan menyertai latihan selepas melengkapkan latihan kem berpusat pasukan Bawah-23 (B23) pada 6 Disember, manakala pemain pertahanan FK Jablonec Dion Cools, dijadualkan melaporkan diri pada 16 Disember.Pan Gon ketika ditemui pada sesi latihan juga mengesahkan dua pemain Kuala Lumpur (KL) City FC iaitu Muhammad Akram Mahinan dan Declan Lambert, tidak akan menyertai pasukan itu selepas mereka memohon untuk dikecualikan atas sebab peribadi.Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, beliau dan juga seluruh kem kejurulatihan terpaksa menerima dan menyesuaikan diri kepada situasi yang mereka hadapi sekarang ini.\u201cSaya gembira di Malaysia dan saya perlu sesuaikan dan terima semua situasi. Saya tidak mahu bising kerana ini peraturan FIFA, jadi ia boleh berlaku. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan yang terbaik untuk mereka yang mahu sertai kami, dan cuba untuk membentuk satu pasukan yang kuat,\u201d katanya.Berdasarkan kepada Peraturan FIFA berkaitan Status dan Pemindahan Pemain; Lampiran 1: Pelepasan Pemain kepada Pasukan Kebangsaan Artikel 6 yang menyatakan, tidak wajib untuk melepaskan pemain di luar waktu antarabangsa atau di luar kejohanan akhir termasuk kalendar perlawanan antarabangsa.Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan mengesahkan sudah menerima surat dari KL City, yang menyatakan kedua-dua pemainnya tidak dapat bersama pasukan.Justeru, beliau berkata, skuad negara akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain termasuk seorang pemain daripada senarai menunggu iaitu pertahanan kiri Selangor, Muhammad Fazly Mazlan.Malaysia akan menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Disember sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Disember hingga 16 Januari tahun depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 November 2022 12:01am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233936/berita/sukan/dua-tonggak-kl-city-tidak-sertai-kem-latihan-pusat-harimau-malaya", "article_title": "Dua tonggak KL City tidak sertai kem latihan pusat Harimau Malaya", "article_text": "DUA pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert tidak melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mereka meminta pelepasan kerana urusan peribadi.Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima surat daripada KL City FC yang menyatakan kedua-dua pemain tersebut tidak dapat bersama Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Piala AFF 2022 bulan depan.\u201cDengan ketiadaan Akram dan Declan, Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain daripada senarai bersedia iaitu pemain pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada SelasaUntuk rekod, seramai 17 pemain melaporkan diri pada Selasa, manakala baki 11 pemain akan menyertai pasukan secara berperingkat iaitu tujuh pemain Selangor FC dan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 5 Disember.Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim akan melaporkan diri pada 6 Disember selepas selesai menjalani kem latihan pusat bersama skuad B-23 kebangsaan, manakala pemain pertahanan FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 10:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233934/berita/sukan/speedy-tigers-kembali-temui-rentak-kemenangan", "article_title": "Speedy Tigers kembali temui rentak kemenangan", "article_text": "THE Speedy Tigers mempamerkan karakter melawan tinggi apabila bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menewaskan Kanada 3-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Selasa.Bagaimanapun, skuad Arul Selvaraj yang tampil dengan misi wajib menang selepas kecundang 0-1 kepada juara Asia, Korea Selatan, dalam aksi pembukaan, terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan gol padang Sean Davis pada minit ke-19.Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Muhammad Firhan Ashaari memadamkan kelebihan tersebut menerusi pukulan sudut penalti minit ke-33.Kanada yang tidak mengalah kembali semula mendahului hasil jaringan pukulan sudut penalti minit ke-40, Gordon Johnston, namun kelebihan itu sekali lagi dipadamkan menerusi gol padang hasil jaringan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-50.Muhammad Azrai Aizad sekali lagi tampil cemerlang apabila meledak jaringan ketiga pasukan negara pada minit ke-58\u2019 untuk keputusan 3-2.Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigers kini mengumpul tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.Anak buah Arul Selvaraj akan berdepan Jepun dalam perlawanan ketiga pada 1 Disember ini.Sementara itu, pemain tengah The Speedy Tigers, Muhammad Amirul Hamizan Azahar menyifatkan tiga mata ketika berdepan Kanada bukan satu tugas mudah.\u201cAlhamdulillah, syukur tiga mata diraih pasukan negara selepas tewas kepada Korea Selatan sebelum ini.\u201cKanada juga bukan merupakan lawan yang mudah apabila kami ketinggalan sebanyak dua kali sebelum bangkit untuk memenangi perlawanan ini,\u201d katanya.Pada masa sama Muhammad Amirul mengakui masih terdapat beberapa kesilapan mudah dilakukan para pemain negara dalam perlawanan tersebut yang perlu diperbaiki sebelum berdepan Jepun.\u201cRehat sehari akan kami manfaatkan sebaik-baiknya dengan melakukan analisis permainan sebelum ini bagi mengelak kesilapan mudah berulang selepas ini,\u201d katanya.Untuk rekod, saingan Kumpulan A Piala Negara-Negara menampilkan pasukan di ranking ke-11 dunia, Perancis selain Ireland (ke-13), Pakistan (ke-17) dan tuan rumah Afrika Selatan(ke-16).Sementara itu, Kumpulan B pula menghimpunkan Korea Selatan (ke-12 dunia), Kanada (ke-14) dan Jepun (ke-18).Dua pasukan teratas akan layak ke separuh akhir dengan juara kejuaraan akan layak secara automatik ke Liga Pro FIH yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia bagi musim 2023-2024.Kejuaraan ini juga merupakan medan persediaan terbaik Speedy Tigers yang akan beraksi di Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Januari ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 10:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233911/berita/sukan/rodrygo-curi-magis-ronaldo", "article_title": "Rodrygo 'curi' magis Ronaldo", "article_text": "PEMAIN muda, Rodrygo Goes 'mencuri' aura kaki legenda Brazil, Ronaldo dalam usahanya untuk membantu skuad Samba memburu kejuaraan keenam Piala Dunia selepas kali terakhir memenanginya 20 tahun lalu.Cuba mengambil tuah daripada aura legenda yang menjulang Piala Dunia 2002, pemain berusia 21 tahun itu berharap dapat meneruskan momentum kemenangan biarpun perlu bermula dari bangku simpanan.Brazil yang dibimbing di laluan terbaik untuk dilabelkan sebagai calon juara walaupun bergelut tanpa kelibat Neymar yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan buku lali.Skuad Samba dipaksa bergelut sehingga minit ke-83 untuk meraih jaringan tunggal menerusi Casemiro bagi melakar kemenangan kedua mengatasi Switzerland 1-0 dalam aksi Kumpulan G di Stadium 974 Piala Dunia Qatar 2022 pada Selasa.Kemenangan itu menjamin tiket untuk Brazil mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan pertama ke atas Serbia 2-0 pada 25 November lalu.Di sebalik kemenangan, Rodrygo yang juga merupakan tonggak Real Madrid dijemput untuk menjadi tetamu dalam satu temubual eksklusif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dihoskan oleh Ronaldo.Gelagat Rodrygo mengusap kaki Ronaldo dan kemudian menggosok kakinya untuk mendapat magis dan tuah bagi meraih Piala Dunia. Foto Stadium Astro.Semasa mengakhiri wawancara singkat di stadium, gelagat Rodrygo mengundang tawa penonton kerana selepas bersalaman dan sambil bangun dari kerusi dia mengusap kedua belah kaki Ronaldo.Rodrygo kemudian menggosok kakinya seolah-olah 'memindahkan' aura dan tuah kaki Ronaldo ke kakinya untuk lebih berbisa di depan gawang.Ronaldo hanya ketawa dengan gelagat pemain yang memakai jersi nombor 21 itu dan skuad Brazil sememangnya tidak asing dengan gaya santai mereka setiap kali menyertai kejohanan berprestij itu.Legenda berusia 46 tahun itu merupakan antara pemain yang membantu Brazil merangkul Piala Dunia 2002 selepas menewaskan Jerman 2-0 ketika Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 06:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233907/berita/sukan/weng-kean-rangkul-pingat-emas-e-sukan-di-kazan", "article_title": "Weng Kean rangkul pingat emas e-sukan di Kazan", "article_text": "PEMEGANG Phd kejuruteraan elektrik, Dr Yew Weng Kean menjuarai kejohanan E-Sukan Belia Antarabangsa di Kazan, Rusia, semalam apabila meraih pingat emas dalam acara Hearthstone.Weng Kean yang berusia 32 tahun, mempamerkan gaya permainan yang hebat untuk menewaskan Saad Andaleeb dari Bangladesh, 3-0.\u201cSaya rasa luar biasa untuk kemenangan ini dan amat berpuas hati dengan aksi saya. Ia juga memberikan saya persediaan yang baik untuk menghadapi Sukan Asia tidak lama lagi kerana beberapa peserta di sini juga akan turut terlibat di sana.\u201cSangat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mewakili Malaysia dan dengan kemenangan ini, kita boleh mengibarkan bendera kita kalangan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),\u201d katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Weng Kean\u2013 lebih dikenali dengan nama wkyew90 dalam dunia e-sukan - membawa pulang satu emas melalui acara yang sama, apabila e-sukan pertama kali diperkenalkan sebagai acara kompetitif di Sukan SEA 2019 di Manila.Pada masa yang sama, pasukan negara turut meraih pingat gangsa dalam acara Dota2 menerusi pasukan Myth Avenue Gaming yang dibarisi Gan Hou Sing, Muhammad Nur Alif Alias, Chan Kok Khin, Ng Wei Poong dan Chong Kin Kit, selepas pasukan tuan rumah (Persekutuan Rusia) memenangi emas dan Kazakhstan merangkul perak. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 06:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233892/berita/sukan/lelaki-bawa-bendera-pelangi-curi-perhatian", "article_title": "Lelaki bawa bendera pelangi curi perhatian", "article_text": "SEORANG lelaki yang membawa bendera pelangi mencuri tumpuan pemain dan peminat apabila menceroboh padang ketika berlangsung aksi Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub pada Selasa.Penceroboh terbabit berada di atas padang selama 30 saat pada separuh masa kedua permainan antara Portugal dan Uruguay sebelum diberkas dan dikawal anggota pihak keselamatan.Lelaki itu memakai kemeja-T biru dengan perkataan 'Hormati Wanita Iran' di bahagian belakang.Di bahagian hadapan bajunya pula tertera, perkataan 'Selamatkan Ukraine' merujuk kepada negara yang dilanda perang.Di sebalik insiden itu, pemain Portugal, Ruben Neves seolah memahami situasi tersebut.\u201cKami tahu apa yang berlaku di sekitar Piala Dunia ini. Ia adalah perkara yang biasa berlaku.\u201cSudah tentu, kita semua bersama mereka. Dengan Iran dan dengan wanita Iran.\u201cJadi saya harap tidak berlaku apa-apa kepada individu itu, kerana kami memahami mesejnya. Saya rasa seluruh dunia juga memahaminya,\u201d katanya.Penunjuk perasaan itu dikenal pasti sebagai Mario Ferri dari Itali oleh agensi akhbar Itali, AGI.Dia pernah mengadakan protes sama sebelum ini, termasuk di Piala Dunia 2014 di Brazil, dengan membangkitkan isu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 05:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233891/berita/sukan/aksi-dramatik-denmark-australia", "article_title": "Aksi dramatik Denmark, Australia", "article_text": "ENGGAN menoleh ke belakang, Denmark mahu fokus aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 menentang Australia di Stadium Al Janoub pada Rabu.Biarpun masih berasa sesal gagal meledak ketika menentang Tunisia apabila sekadar seri tanpa jaringan dan kedudukan mereka dalam kumpulan itu lebih sukar apabila tewas 1-2 kepada Perancis pada aksi kedua.Di sebalik cabaran itu, jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand sempat berseloroh sambil meminta untuk meminjam penyerang berbisa Norway, Erling Haaland.Bagaimanapun, realitinya beliau mampu menyandarkan harapan kepada pasukan yang menjaringkan purata tiga gol satu perlawanan pada pusingan kelayakan.\u201cDalam pasukan ini kami mempunyai ramai penjaring. Kami memiliki penyerang hebat selain pemain hebat di segenap penjuru padang yang boleh menjaringkan gol,\u201d ujar Hjulmand.Denmark ke separuh akhir Euro 2020 tahun lalu, sering kali mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dan berdasarkan pencapaian itu peluang untuk menundukkan Australia dilihat cerah.Kemenangan itu cukup buat mereka untuk mara ketika Tunisia dijangka sukar untuk mengalahkan Perancis dalam satu lagi aksi Kumpulan D pada Rabu.Dalam pada itu, jurulatih Australia, Graham Arnold dijangka tidak merombak pasukannya dan mungkin hanya menyenaraikan Ajdin Hrustic yang kembali cergas di bahagian tengah.Justeru, beliau menuntut para pemain mempamerkan satu lagi aksi berani untuk berpeluang melangkah lebih jauh.Sementara itu, keyakinan Australia juga memuncak selepas mengatasi Tunisia 1-0 Sabtu lalu untuk meraih kemenangan pertama pada pusingan akhir Piala Dunia sejak 2010.Mereka berazam untuk mengekalkan momentum itu dan tidak mahu mempersia-siakan peluang keemasan untuk melangkah lebih jauh di pentas berprestij tersebut.\u201cKeputusan itu (menang ke atas Tunisia) tidak bermakna jika kami tidak mendapat keputusan yang sama ketika menentang Denmark.\u201cIa satu cabaran luar biasa. Kedua-dua pasukan berpeluang dan itulah sebabnya anda bermain bola sepak, mencipta saat-saat genting yang mendebarkan,\u201d ujar pertahanan tengah Harry Souttar yang bertindak cemerlang berdepan Tunisia.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 05:05pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233867/berita/sukan/tak-penting-siapa-jaring-gol", "article_title": "'Tak penting siapa jaring gol'", "article_text": "DUA gol Bruno Fernandes memastikan Portugal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 selepas kemenangan 2-0 ke atas Uruguay dalam aksi kedua Kumpulan H di Stadium Lusail, awal pagi Selasa.Gol pertama Fernandes menjadi perdebatan ramai pihak apabila jaringan pada minit ke-55 itu terhasil ketika dia cuba untuk melakukan hantaran lintang kepada Cristiano Ronaldo, namun bola terus masuk ke dalam jaring.Fernandes kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memastikan Portugal berjaya menempah tempat ke pusingan kalah mati bagi mengiringi Perancis dan Brazil.\u201cSaya meraikannya kerana menyangka ia jaringan Cristiano. Daripada pandangan saya, dia telah menyentuh bola, matlamat saya adalah untuk melakukan hantaran kepadanya.Tetapi saya tidak fikir ia sangat penting siapa yang menjaringkan gol. Apa yang penting kami dapat mara ke pusingan seterusnya dan sangat penting ialah kemenangan menentang lawan yang sukar.\u201cKeutamaan pasukan sekarang adalah muncul pasukan pertama melepasi peringkat kumpulan termasuk memenangi perlawanan seterusnya dengan rekod tanpa kalah,\u201d katanya.Dalam pada itu, Fernandes memberi amaran bahawa Portugal perlu berada pada tahap terbaik mereka pada aksi terakhir Kumpulan H menentang Korea Selatan bagi menjamin kedudukan teratas kumpulan.\u201cKami tahu kami akan berdepan pasukan yang sangat tersusun dengan kemahiran yang tinggi seperti yang kami lihat dalam perlawanan terakhir mereka.\u201cKami bermain pada masa yang berbeza dan itu membolehkan kami menonton perlawanan Korea Selatan. Objektif kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 03:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233864/berita/sukan/piala-dunia-istaf-malaysia-akur-kehebatan-thailand", "article_title": "Piala Dunia ISTAF: Malaysia akur kehebatan Thailand", "article_text": "SKUAD sepak takraw negara kempunan untuk merangkul pingat emas acara regu lelaki selepas tewas 0-2 kepada juara bertahan, Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022, pada Selasa.Dalam aksi di Kompleks Sukan Daejon Hanbat, Korea Selatan itu, skuad negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir bermula dengan langkah kiri apabila tunduk 18-21 pada set pertama.Pada set kedua, skuad negara terus hampa apabila tewas 19-21 kepada skuad Gajah Perang yang membariskan Kritsanapong Nontakote, Thawisak Thongsai dan Yodsawat Uthaijaronsri.Piala Dunia ISTAF kali pertama di Kuala Lumpur pada 2011 menyaksikan Thailand dibarisi Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee menewaskan Noor Azman Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam, 15-4, 15-6, 15-11.Gajah Perang terus melebarkan penguasaan apabila gandingan Kritsanapong Nontakote, Jirasak Pakbuangoen dan Rachan mempertahankan kejuaraan edisi Hyderabad 2017 apabila mengatasi Mohammad Syahir, Mohd Norhafizi Abdul Razak dan Farhan Adam 21-19, 23-21.Untuk rekod, Piala Dunia ISTAF tidak dapat dilangsungkan pada 2014, selain dari 2018 hingga 2021 termasuk akibat pandemik Covid-19.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 03:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233865/berita/sukan/peluang-arab-saudi-akhiri-kemarau-28-tahun", "article_title": "Peluang Arab Saudi akhiri kemarau 28 tahun", "article_text": "SKUAD Arab Saudi berpeluang mengulangi kejayaan 28 tahun lalu apabila mara ke pusingan kalah mati dalam aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 menentang Mexico di Stadium Lusail pada Khamis.Biarpun pada awal kejohanan Arab Saudi yang dibimbing Herve Renard tidak diletakkan harapan tinggi, namun pada aksi pertama skuad Timur Tengah itu sudah mengejutkan seluruh dunia.Juara dua kali, Argentina dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Arab Saudi dalam aksi pertama kumpulan pada 22 November lalu.Dalam lima penampilan di Piala Dunia, Arab Saudi hanya sekali berjaya mara ke pusingan 16 terbaik iaitu pada edisi 1994.Renard berkata, pasukannya akan bermain menentang Mexico di Stadium Lusail dengan semangat dan keinginan yang tinggi.Kami mahukan penyokong mencipta sejarah. Saya mahukan stadium menjadi hijau sekali lagi, mungkin kami akan bermain menggunakan jersi berwarna putih tetapi ia tidak penting, kami mahukan sokongan daripada peminat,\" katanya.Kumpulan C ketika ini dipimpin Poland yang mengutip empat mata, diikuti Argentina dan Arab Saudi yang berkongsi tiga mata, manakala Mexico tercorot sekadar satu mata.Arab Saudi wajib menewaskan Mexico jika mahu berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik dan percaturan itu tidak mengambil kira keputusan perlawanan membabitkan Poland menentang Argentina.Bagaimanapun jika keputusan seri, Arab Saudi perlu menagih talian hayat Poland untuk melakukan keajaiban mengalahkan Argentina.Sekiranya kalah akan menyukarkan Arab Saudi untuk bersaing di pusingan kalah mati.Arab Saudi hanya boleh tewas dengan satu gol sambil mengharapkan Poland memenangi perlawanan dengan jaringan yang besar, namun ia dilihat sebagai sukar kerana Argentina juga menaruh harapan tinggi untuk mara ke pusingan seterusnya.\"Tiada siapa di seluruh dunia menjangkakan kami boleh bermain sebaik ini. Di Arab Saudi kami mengenali pemain dengan baik, tetapi mereka tidak diketahui oleh peminat di seluruh dunia.\"Kami masih kekal bersaing dan akan terus berjuang,\" ujar Renard.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 03:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233858/berita/sukan/casemiro-pemain-tengah-terbaik-dunia", "article_title": "Casemiro pemain tengah terbaik dunia", "article_text": "PENGENDALI Tite dan bintang Brazil yang cedera, Neymar memuji Casemiro sebagai pemain tengah terbaik di dunia selepas pemain itu menjana keupayaan skuad Samba ke fasa 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022.Jaringan pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu pada minit ke-83 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Switzerland dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan G di Stadium 974, Ras Abu Aboud pada Selasa, yang menyaksikan kemenangan kedua Brazil selepas mengharungi dua perlawanan.Neymar yang ternyata gembira dengan kemenangan itu berkata di Tweet selepas perlawanan: \u201cCasemiro bintang Brazil telah menjadi pemain tengah terbaik dunia untuk masa yang lama.\u201dPasukan dari Amerika Selatan itu sebelum ini menyingkap saingan dengan mencatatkan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Serbia dalam perlawanan di Stadium Lusail pada 25 November lalu.Skuad Samba bakal melabuh kempen berdepan pasukan benua Afrika, Cameroon berdepan Cameroon di Stadium Lusail pada 3 Disember.Sementara itu, semasa sidang akhbar selepas perlawanannya jika dia bersetuju dengan respon Neymar, Tite berkata: \u201cSebagai kebiasaan, saya sentiasa menghormati pendapat dan saya biasanya tidak mengulas pendapat, tetapi saya akan membenarkan diri saya berbuat demikian hari ini. Saya setuju.\"Tanpa kelibat Neymar yang mengalami kecederaan, Brazil bergelut untuk menjinakkan Switzerland di Stadium 974 sebelum Casemiro melengkapkan sentuhan gandingan Vinicius Jr dan Rodrygo untuk gol tunggal perlawanan seterusnya menghantar Brazil ke perlawanan terakhir kumpulan menentang Cameroon.Ditanya mengenai ketiadaan Neymar, Tito berkata: \u201cJelas sekali dia mempunyai kemahiran yang berbeza. Dia seorang pemain yang dalam momen ajaib boleh menggelecek melepasi anda dan tiba-tiba, anda berkata, \u2018Apa yang berlaku di sini?\u2019 Dia mempunyai kemahiran itu tidak seperti pemain lain.\u201cPemain Brazil lain sedang berusaha untuk ke sana bagi mencapai tahap yang dimiliki Neymar, dan saya harap mereka sampai ke sana.\"Ya, kami merindui Neymar, kami merinduinya. Dia mempunyai kuasa kreatif yang besar berimpak tinggi, dia sangat berkesan jadi kami merinduinya, ya.\"Casemiro, yang menyertai Manchester United dari gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid pada musim panas ini, menegaskan Brazil berada di landasan yang lebih baik untuk melakukan cabaran serius bagi mencatatkan kegemilangan berbanding empat tahun lalu, apabila ditewaskan Belgium dalam pusingan lapan terbaik.\u201cTidak kira apa pun gol yang dijaringkan, saya fikir ia sangat penting untuk membantu pasukan, apabila kita menang, kita semua menang bersama, apabila kita kalah, kita semua kalah bersama-sama.\u201cEmpat tahun telah berlalu, ada pemain baharu. Tahun ini kami mempunyai pilihan yang lebih luas, kami mempunyai lebih ramai pemain untuk dipilih menggalas harapan rakyat Brazil.\u201cTanpa menukar pasukan pun, kami mempunyai kemungkinan untuk mengubah cara kami bermain. Jika kami menggantikan pemain, kami mempunyai lebih banyak pilihan. Oleh itu, tidak ada keraguan sama sekali bahawa pilihan itu jauh lebih fantastik daripada pilihan pada 2018,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 02:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233855/berita/sukan/ragam-pengurusan-punca-azraai-khor-enggan-kembali-melatih", "article_title": "Ragam pengurusan punca Azraai Khor enggan kembali melatih", "article_text": "PENAT melayan ragam pihak pengurusan pasukan yang disifatkan masih di takuk lama punca jurulatih bola sepak berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang kejurulatihan di peringkat domestik.Mohd Azraai mendedahkan penamatan kontrak beliau selepas hanya kira-kira tiga bulan membimbing Negeri Sembilan pada musim 2018 merupakan kemuncak kepada keputusannya untuk bersara walaupun menerima pelbagai tawaran selepas itu.Pengendali berusia 70 tahun itu berkata, sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.\"Saya penat dengan bola sepak Malaysia... selepas insiden dengan Negeri Sembilan, saya ambil keputusan sudah sampai masa saya bersara daripada bola sepak khususnya Liga Malaysia (Liga-M).\"Apa yang buat saya terkilan ialah melayan karenah pengurusan pasukan, bagi saya kebanyakan pasukan lebih kurang saja... tengoklah macam-macam insiden lagi-lagi di penghujung musim ini, bagi kontrak saat akhir, kontrak separuh jalan dan macam-macam lagi,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama.Ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini, kontrak Mohd Azraai ditamatkan serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas pasukan itu hanya mencatat dua keputusan seri daripada lima perlawanan Liga Super di bawah kendaliannya.Beliau yang mencipta kejayaan bersejarah \u2018double treble\u2019 bersama Kedah dengan memenangi Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008 mengakui terkilan ditamatkan kontrak tanpa diberikan peluang melakukan rombakan pasukan dalam usaha memulihkan prestasi skuad Hobin Jang Hobin itu.Mohd Azraai sebelum ini diaporkan antara jurulatih tempatan menghantar permohonan untuk menjadi pembantu Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang menyaksikan bekas pengendali Sarawak United, E Elavarasan dilantik menjawat posisi itu.Dalam pada itu, beliau berharap dimensi baharu bola sepak tanah air melalui proses penswastaan kelab dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakcekapan pengurusan.\"Kalau tidak bola sepak kita tidak akan ke mana... kita tengok Arab Saudi dan Jepun sudah pun buktikan yang kita mesti profesional sepenuhnya dengan pasukan diuruskan oleh mereka yang profesional,\u201d katanya yang kini aktif sebagai pundit dan sering dipanggil berkongsi pengalaman dalam klinik bola sepak.Mohd Azraai juga pernah menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Perak, T-Team, Kelantan dan Sabah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 02:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233848/berita/sukan/enggan-ditemubual-media-mbappe-berdepan-hukuman-fifa", "article_title": "Enggan ditemubual media, Mbappe berdepan hukuman FIFA", "article_text": "PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe berdepan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila enggan ditemubual media selepas dua perlawanan berturut-turut dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022.Penyerang Paris Saint-Germain itu enggan berhenti dan bercakap dengan media di zon yang ditetapkan selepas perlawanan.Ekoran tindakan tersebut, Mbappe serta Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dijangka berdepan tindakan badan induk bola sepak dunia atau FIFA.Mbappe menyumbat dua gol ketika membantu Perancis menewaskan Denmark 2-1 dan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala gol saguhati Denmark diperoleh menerusi jaringan Andreas Christensen.Pada aksi itu Mbappe turut dijulang sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.Mbappe turut menyerlah pada aksi pertama kumpulan apabila meledak satu gol ketika Perancis menang 4-1 ke atas Australia.Ini bermakna dia sudah menjaringkan tiga gol di negara Asia Barat itu dan hanya satu gol lagi menghampiri jumlah jaringan pada Piala Dunia 2018.Selepas kemenangan ke atas Denmark Ahad lalu, kapten Perancis Hugo Lloris bercakap kepada media.Turut bercakap kepada media ialah rakan sepasukannya, Aurelien Tchouameni, Antoine Griezmann, Jules Kounde, Olivier Giroud, Dayot Upamecano dan Raphael Varane, namun Mbappe terus berjalan tanpa berhenti.FFF diberi amaran ekoran tindakan Mbappe tidak hadir pada sesi temubual selepas kemenangan ke atas Australia.Malah jika mengulangi perkara sama dia bakal berdepan tindakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 02:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233831/berita/sukan/ulangan-aksi-epik-2010-uruguay-ghana", "article_title": "Ulangan aksi epik 2010 Uruguay, Ghana", "article_text": "SELEPAS mengharungi dua perlawanan Uruguay masih gagal menemui penyudah tajam setelah kalah 0-2 kepada Portugal dalam aksi Kumpulan H saingan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi Rabu.Justeru skuad bimbingan Diego Alonso wajib tingkatkan prestasi dalam saingan terakhir kumpulan pada 2 Disember ini menentang Ghana sekali gus mengulangi aksi epik 2010.\"Kami mencari kemenangan ketika menentang Ghana nanti, tiada lagi kesangsian. Jika kami perlu membuat pengubahsuaian, itu yang akan kami lakukan.\"Pasukan perlu kekal tenang dan motivasi diri sendiri untuk bermain. Ia seperti yang kami lakukan pada separuh masa kedua hari ini (Rabu),\" ujar Alonso.Pada aksi itu, dua gol kemenangan Portugal dihasilkan menerusi sentuhan Bruno Fernandes sekali gus menghantar Uruguay ke tangga terbawah kumpulan dengan satu mata.Biarpun memiliki rangkaian serangan mantap seperti Darwin Nunez, Edinson Cavani dan Luis Suarez, Uruguay gagal menjaringkan gol ketika seri tanpa jaringan dalam aksi pembukaan menentang Korea Selatan pada 24 November.Pasukan Amerika Selatan itu tiada pilihan selain wajib menang ke atas Ghana pada Jumaat untuk mara ke pusingan kalah mati.Pada aksi tersebut Ghana sudah pasti mahu melunaskan dendam 12 tahun lalu kerana disingkirkan dengan kejam oleh Uruguay di Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam suku akhir yang penuh dramatik dan aksi.Dalam aksi itu, Suarez menampan bola dengan tangan di atas garisan pada minit akhir saingan dan dibuang padang, namun penalti diperoleh Ghana gagal disempurnakan, seterusnya tumpas menerusi penentuan penalti.Ia sekali gus menutup peluang Ghana menjadi pasukan Afrika pertama dalam sejarah untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.Suarez ketika itu ibarat pelakon watak jahat dan selepas sedekad dia masih berada dalam skuad Uruguay malah mungkin beraksi semula menentang Ghana.\"Ia adalah sejarah yang berbeza. Mereka sedang mencari slot ke pusingan seterusnya, begitu juga kami. Ia tiada kena mengena dengan apa yang berlaku beberapa tahun lalu,\" ujar Alonso.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 12:48pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233827/berita/sukan/keluarga-nafi-legenda-bola-sepak-kelantan-meninggal-dunia", "article_title": "Keluarga nafi legenda bola sepak Kelantan meninggal dunia", "article_text": "KELUARGA bekas penyerang dan legenda bola sepak Kelantan menafikan Mohd Hashim Mustapha, 57, sudah meninggal dunia seperti mana khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp, pada Selasa.Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, sehingga kini bapa mentuanya itu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.Bagaimanapun, doktor memaklumkan supaya kami memanggil semua ahli keluarga,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.Sebelum itu tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 itu sudah meninggal dunia.Mohd Hashim terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kencing manis.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 12:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233808/berita/sukan/keputusan-tidak-adil-untuk-korea-selatan---costa", "article_title": "'Keputusan tidak adil untuk Korea Selatan' - Costa", "article_text": "KOREA Selatan menganggap kekalahan kepada Ghana 3-2 pada Isnin sebagai satu keputusan yang tidak adil buat skuad kimchi itu yang beraksi dengan baik.Penolong jurulatih Korea Selatan, Sergio Costa berkata, pasukannya mempamerkan aksi mantap sepanjang setengah jam perlawanan dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022.\"Dalam tempoh 20 minit pertama, kami mampu mengawal perlawanan dengan menguasai bola. Ia sangat bagus.\"Kami membuat hantaran dengan baik dan mengikut strategi seperti dirancang. Selepas gol pertama ia mula berubah sehingga separuh masa. Ketika itu kami hilang kawalan,\" katanya.Costa hadir sidang akhbar menggantikan Paulo Bento yang dilayangkan kad merah kerana membantah pengadil yang menamatkan perlawanan ketika pasukannya mahu mengambil sepakan sudut.Korea Selatan ketika ini menduduki tangga tercorot dalam saingan kumpulan.Costa menjelaskan, memasuki babak kedua perlawanan berubah apabila Korea Selatan menguasai bola dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol, namun tuah tidak menyebelahi pasukan.\"Keputusan ini tidak adil, malah keputusan seri juga tidak adil buat kami yang sepatutnya menang,\" katanya.Dua gol jaringan Cho Gue-sung tidak mencukupi buat wakil Asia itu untuk menewaskan Ghana walaupun mereka menguasai permainan.Korea Selatan mempunyai satu mata selepas seri tanpa jaringan berdepan Uruguay.Mereka perlu menewaskan Portugal pada Jumaat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan kalah mati.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 09:38am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233801/berita/sukan/kuadran-malaysia-gagal-ke-final-piala-dunia-istaf", "article_title": "Kuadran Malaysia gagal ke final Piala Dunia ISTAF", "article_text": "IMPIAN mengunung skuad sepak takraw lelaki negara melangkah jauh di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022 di Korea Selatan tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi separuh akhir acara kuadran, pada Isnin.Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Daejon Hanbat di Daejeon itu, gandingan Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin, Azlan Alias dan Norfaizzul Razak tewas di tangan skuad Gajah Putih 0-2 (16-21, 17-21) dalam tempoh 50 minit.Pada perlawanan itu, Thailand unggul mendominasi perlawanan menerusi gandingan mantap Pornthep Tinbangbon, Phutawan Sopa, Rachan Viphan dan Yodsawat Uthaijaronsri yang juga merupakan pemenang pingat emas kuadran Sukan SEA Vietnam di Hanoi, Mei lalu.Kuadran sepak takraw negara sebelum menghidupkan peluang mara ke separuh akhir acara itu selepas menundukkan Jepun dengan kemenangan straight set.Bagaimanapun, skuad negara berpeluang menebus kekecewaan itu apabila berdepan Thailand pada Selasa dalam perlawanan akhir acara regu yang membariskan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir.Trio negara itu dijadual membuat perhitungan akhir berdepan Thailand jam 8 pagi waktu Malaysia pada Selasa.Skuad negara bagi acara regu itu layak ke perlawanan akhir selepas melakar kemenangan ke atas tuan rumah, Korea Selatan, pada saingan separuh akhir", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 08:25am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233799/berita/sukan/portugal-ikut-jejak-brazil-perancis", "article_title": "Portugal ikut jejak Brazil, Perancis", "article_text": "DUA gol separuh masa kedua daripada Bruno Fernandes memacu Portugal penuh bergaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, menyertai juara dunia Perancis dan prospek juara Brazil.Portugal mengesahkan kemaraan selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas sensasi Amerika Selatan, Uruguay dalam perlawanan kedua Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail.Fernandes yang juga bintang sensasi kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United menjaringkan gol pertama yang berpunca hantaran silang pada mulanya ditujukan kepada Cristiano Ronaldo, pada minit ke-54.Kemudian Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan minit ke-93', untuk meletakkan skuad Portugal ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan.Portugal yang sebelum ini menguasai sebahagian besar penguasaan bola dan mendominasi kebanyakan perlawanan Kumpulan H di Lusail, namun bergelut untuk mencipta peluang sehingga separuh masa kedua dalam aksi menyaksikan Uruguay kelihatan kurang bertenaga dan kurang berinisiatif.Untuk rekod ini kali ketiga di Piala Dunia, Portugal memenangi dua perlawanan peringkat kumpulan berturut-turut dan dua kali sebelumnya memacu pasukan Eropah itu ke separuh akhir.Keputusan itu menyaksikan Uruguay berbaki satu perlawanan terakhir menentang Ghana, yang mengekalkan pasukan Afrika tersebut dalam saingan apabila menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan Kumpulan H sebelumnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 08:04am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233789/berita/sukan/perancis-kekal-mentaliti-kemenangan-berdepan-tunisia", "article_title": "Perancis kekal mentaliti kemenangan berdepan Tunisia", "article_text": "PENYANDANG juara Perancis akan memastikan skuad Les Bleus pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City pada Rabu, dapat mengekalkan mentaliti kemenangan.Malah jelas pengendali Didier Deschamps, dia juga bersedia merehatkan beberapa pemain tonggak dan memberi minit kepada pemain simpanan dalam perlawanan itu.Kylian Mbappe dijangka dalam senarai simpanan, namun Deschamps berkemungkinan memberinya minit bermain untuk membantunya menambah tujuh gol - tiga daripadanya dijaringkan di Qatar 2022.Sementara itu, Deschamps mungkin mahu memberi Jules Kounde masa menyesuaikan diri di posisi bek kanan selepas menggantikan Benjamin Pavard yang mengecewakan semasa berdepan Denmark.Keputusan terbesar Deschamps ialah sama ada Raphael Varane bermain atau sebaliknya, selepas bek tengah itu kembali daripada kecederaan hamstring untuk permainan kedua dan digantikan separuh masa kedua.\u201cSaya masih belum bercakap dengan jurulatih mengenainya lagi. Kami akan fikirkan apa yang terbaik untuk pasukan dahulu, kemudian kita akan lihat apa yang terbaik untuk saya.\"Perkara terbaik ialah mendapatkan masa bermain, tetapi kita akan lihat pandangan para jurulatih,\" kata Varane.Sementara itu, pemain tengah, Aurelien Tchouameni dan Adrien Rabiot mungkin direhatkan kerana peranan mereka adalah yang paling mencabar secara fizikal dalam sistem Perancis.Dengan Lucas Hernandez diketepikan daripada kejuaraan berikutan kecederaan serius, abangnya Theo merupakan satu-satunya bek yang masih terdapat dalam skuad itu.Deschamps juga dijangka memberi slot kepada Eduardo Camavinga selepas pemain Real Madrid itu ditempatkan di sana dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan.Untuk rekod, Perancis mengesahkan tempat di slot 16 terbaik dengan baki satu perlawanan selepas menang 4-1 ke atas Australia diikuti menang 2-1 ke atas Denmark, dan keputusan seri berdepan Tunisia akan mengekalkan status pendahulu.Sekiranya Perancis mengakhiri saingan di kedudukan teratas, anak buah Deschamps akan berdepan pasukan yang menduduki tempat kedua Kumpulan C, yang menampilkan Argentina, Arab Saudi, Poland dan Mexico.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 07:50am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233798/berita/sukan/brazil-lepasi-ujian-switzerland", "article_title": "Brazil lepasi ujian Switzerland", "article_text": "BRAZIL mengesahkan kemaraan ke pentas 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan G di Stadium 974-Ras Abu Aboud pada Selasa.Bagaimanapun pasukan pilihan juara itu terpaksa menunggu penghujung babak kedua untuk mengesahkan kemaraan hasil jaringan pemain tengah pertahanan Brazil, Casemiro pada minit ke-86.Ini merupakan kemenangan kedua skuad Samba selepas menang 2-0 ke atas Serbia di Stadium Lusail dalam perlawanan pembukaan pada 25 November lalu.Penyudah tenang Casemiro tujuh minit sebelum tamat perlawanan memberikan kuasa bola sepak Amerika Selatan itu tiga mata mutlak, selepas gol awal Vinicius Junior dinafikan kerana ofsaid.Switzerland tampil dengan lebih garang selepas bermula cemerlang mengatasi Cameroon 1-0 hasil jaringan Breel Embolo dalam perlawanan pertama Stadium Al Janoub pada 24 November lalu.Namun Brazil tampil tenang sepanjang perlawanan 90 minit perlawanan sebelum kematangan penyudah Casemiro yang merupakan pemain terbaik perlawanan menyaksikan Switzerland perlu bekerja keras dalam baki perlawanan terakhir berdepan Serbia.\u201cTidak kira apa pun gol yang dijaringkan, saya fikir ia sangat penting untuk membantu pasukan, apabila kita menang, kita semua menang bersama, apabila kita kalah, kita semua kalah bersama-sama,\u201d katanya.Keputusan ini juga menyaksikan Brazil menjadi pasukan pertama dalam sejarah Piala Dunia yang tidak tewas dalam 17 perlawanan peringkat kumpulan berturut-turut termasuk pusingan akhir dan kedua kumpulan dalam edisi terdahulu.", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2022 07:27am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233781/berita/sukan/korea-selatan-tersentak-tewas-kepada-ghana", "article_title": "Korea Selatan tersentak tewas kepada Ghana", "article_text": "HASRAT Korea Selatan untuk mencatat kemenangan pertama tidak kesampaian apabila dikejutkan Ghana 2-3 dalam aksi Kumpulan H, Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City lewat malam Isnin.Menerusi jurang ranking yang besar iaitu Korea Selatan menghuni tangga ke-28 dunia, manakala Ghana di kedudukan ke-62, maka tidak hairan skuad Kimchi itu memberi tekanan sejak awal permainan.Ghana dipaksa berkampung di gawang sendiri, namun ketumpulan jentera serangan Korea Selatan dihukum oleh skuad dari negara Afrika itu.Berpunca daripada sepakan percuma Jordan Ayew mencetuskan perebutan di kawasan kotak penalti sebelum disudahkan dengan baik oleh Mohammed Salisu pada minit ke-24.Gol itu menyuntik semangat skuad bimbingan Otto Addo untuk menggandakan asakan dan ia membuahkan hasil.Ayew sekali lagi menjadi watak penting apabila bola hantarannya di depan gawang Korea Selatan ditanduk sempurna Mohammed Kudus pada minit ke-34 untuk menewaskan Kim Seung-gyu.Bersambung babak kedua, Korea Selatan bertindak agresif mengasak kubu Ghana untuk merapatkan jurang jaringan.Serangan bertali arus skuad gergasi Asia itu akhirnya menemui penyudah apabila tendangan Cho Gue-song menemui sasaran pada minit ke-58.Selang tiga minit Gue-song sekali lagi menyinar apabila meledak untuk gol penyamaan Korea Selatan.Belum pun sempat Korea Selatan meraikan gol, Ghana kembali di depan menerusi Kudus pada minit ke-68.Terdesak untuk memburu gol penyamaan Korea Selatan menyusun semula gerak, namun dihampakan kekebalan benteng Ghana bertahan dan keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 11:59pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233779/berita/sukan/speedy-tigers-dijinakkan-korea-selatan", "article_title": "Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan", "article_text": "THE Speedy Tigers menyingkap saingan Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Piala Negara-Negara 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan, langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada Korea Selatan pada Isnin.Pada perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Universiti North-West tersebut juga mengimbau kejayaan skuad kendalian Arul Selvaraj yang tampil ke bumi Afrika Selatan dengan status juara Piala Sultan Azlan Shah.Bagaimanapun kejayaan mengakhiri kemarau 39 tahun menjulang trofi keramat kejuaraan hoki berprestij itu dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada 10 November lalu, gagal diteruskan apabila berdepan lawan sama.Korea Selatan yang tampil lebih garang memimpin saingan apabila Jang Jonghyun meletakkan pasukannya di depan selepas menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kelima yang juga merupakan gol tunggal perlawanan.Sementara itu, Jepun menjelmakan karakter sebenar negara matahari terbit tersebut apabila menewaskan Kanada, 3-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.Anak buah Arul Selvaraj akan meneruskan kempen dengan berdepan Kanada pada Selasa sebelum berdepan Jepun pada 1 Disember.Sementara itu, pemain negara, Shello Silverius menyifatkan para pemain telah memberi aksi terbaik masing-masing, namun keputusan tidak memihak kepada pasukan negara.Namun katanya, para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik bagi meraih keputusan positif apabila berdepan Kanada.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 11:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233777/berita/sukan/dortmund-benam-jdt-4-1-dalam-perlawanan-persahabatan", "article_title": "Dortmund benam JDT 4-1 dalam perlawanan persahabatan", "article_text": "KELAB terkemuka Jerman, Borussia Dortmund membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-1 dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam Isnin.Menguasai padang sejak detik awal, Dortmund tidak berdepan masalah untuk membuka tirai gol pada minit ke-11 apabila rembatan Donyell Malen sempat di tampan penjaga gol, Farizal Marlias, sebelum Goktan Gurpuz menyambar bola muntah dan menyudahkan jaringan.Pasukan pelawat bimbingan Edin Terzik tidak melengahkan waktu untuk menambah jaringan melalui Marlen dengan meledak gol kedua pada minit ke-31 susulan keadaan kelam-kabut di depan pintu gol JDT sekali gus meletakkan kedudukan 2-0.Selang 10 minit, pasukan tuan rumah yang tidak berputus asa dengan asakkan pasukan pelawat berhasil mencipta gol tunggal menerusi rembatan bola ke penjuru kanan gol oleh pemain muda terbaik JDT, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-41.Memasuki babak kedua menyaksikan Dortmund dan JDT masing-masing memasukkan beberapa pemain gantian namun ia tidak banyak membantu JDT mengubah kedudukan jaringan.Sebaliknya, Dortmund sekali lagi menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke-60 melalui Ole Pohlmann yang membuat rembatan ke gawang JDT hasil hantaran Can Ozkan.Selang sembilan minit, Dortmund sekali lagi berjaya menjarakkan jurang jaringan apabila rembatan Samuel Samba berjaya membolosi pintu gol JDT pada minit ke-69.JDT yang dilihat berusaha untuk mengasak menerusi beberapa hantaran pendek namun cubaan cantik daripada anak didik Hector Bidoglio gagal di sempurnakan dan keputusan kekal 4-1 hingga tamat perlawanan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 10:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233775/berita/sukan/skuad-muda-harimau-malaya-perlu-lebih-agresif", "article_title": "Skuad Muda Harimau Malaya perlu lebih agresif", "article_text": "PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, E. Elavarasan mengingatkan anak buahnya untuk membiasakan diri dengan corak permainan agresif seperti yang diterapkan dalam skuad senior kebangsaan.Elavarasan berkata, selaku 'ubi muda', penerapan corak permainan sedemikian penting kerana ia bukan sahaja membolehkan mereka menyerlah malah membuka ruang pemain muda untuk menyertai skuad senior negara untuk menghadapi kejohanan kompetitif pada masa akan datang.Saya rasa sebagai pemain muda, kena agresif daripada skuad utama. Bila kamu agresif dalam apa posisi sekalipun, ia akan memberi banyak peluang untuk ke skuad utama negara.\"Di mana-mana tempat pun selalunya memang demikian, jadi kita kena sediakan pemain dengan konsep sebegitu,\" katanya kepada pemberita pada sesi kem latihan pusat skuad B-23 di Kompleks Sukan PKNS, di sini pada Isnin.Menurut Elavarasan, corak permainan seperti itu turut dituntut untuk diterapkan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.Elavarasan, yang juga penolong jurulatih kepada Pan Gon, dalam pada itu optimis mampu mempersiapkan skuad itu sepenuhnya sebelum mengharungi beberapa kejohanan bermula pada tahun hadapan.Panggilan latihan pusat hari ini adalah sebagai persiapan awal skuad B-23 itu untuk mengharungi jadual perlawanan yang cukup padat sepanjang musim depan.Antara kejohanan akan ditempuhi skuad muda negara itu termasuk Piala AFF B-23; Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja; Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kelayakan Piala Asia/Sukan Olimpik B-23 2024. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 09:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233773/berita/sukan/fina-gp-malaysia-ms-puas-hati-prestasi-penerjun-negara", "article_title": "FINA GP Malaysia: MS puas hati prestasi penerjun negara", "article_text": "PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan prestasi dipamerkan skuad terjun negara pada Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia) 2022.Walaupun tanpa penyertaan antarabangsa terutama dari China, Setiausaha Agung MS, Mae Chen berkata, barisan penerjun negara telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu.Beliau berkata, berdasarkan pemarkahan juri, persembahan penerjun negara amat membanggakan dengan terjunan lebih mantap kecuali Ong Ker Ying yang masih baharu di pentas kejohanan.Persembahan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri lebih baik berbanding Sukan Olimpik Tokyo 2020, markah itu sekurang-kurangnya menghadiahkan mereka pingat gangsa,\u201d katanya.Mae berkata, bagi kategori lelaki, Jellson Jabillin dan Ooi Tze Liang turut memberikan aksi hebat untuk mencipta prestasi terbaik masing-masing bagi musim ini.\u201cKita juga dapat lihat Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold mula menunjukkan kebangkitan semula selepas menjalani pembedahan dan pemulihan.\u201cNamun, mereka masih perlukan sokongan ISN (Institut Sukan Negara) berhubung latihan mental bagi membantu mereka menangani lawan lebih kuat dalam saingan lebih besar tahun depan dan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024,\u201d ujarnya.Skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada kejohanan yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik Covid-19.Walaupun menyumbang mata ranking dunia oleh FINA, namun sejumlah peserta dari luar negara sahaja menyertai kejohanan berkenaan iaitu dari Australia, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 09:11pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233772/berita/sukan/croatia-belum-boleh-selesa", "article_title": "Croatia belum boleh selesa", "article_text": "PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic mengakui gembira melihat finalis edisi Rusia 2018 itu mempamerkan prestasi terbaik ketika membenam Kanada, 4-1 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al Rayyan.Namun Dalic tetap mengingatkan para pemain The Blazers bahawa masih terdapat penambahbaikan perlu dilakukan pasukan menjelang aksi terakhir berdepan Belgium, sekiranya berhasrat melangkah lebih jauh.\"Ya, kami membuat satu langkah kecil bermula dari di sini, namun sebenarnya kami masih jauh daripada matlamat utama pasukan.Sejujurnya kami tidak boleh menerima pilihan untuk hanya satu mata pada penghujung perlawanan berdepan pasukan Belgium selepas ini.\"Walaupun seri dengan Belgium akan membawa Croatia ke pusingan 16 terakhir, namun saya mahu para pemain mencipta kemenangan ke atas pasukan pilihan tersebut,\u201d katanya selepas perlawanan.Croatia bangkit daripada ketinggalan satu gol awal untuk menang 4-1 ke atas Kanada selepas seri tanpa jaringan berdepan Maghribi dalam perlawanan pembukaan 23 November lalu.Kanada terlebih dulu bermula garang apabila mendahului hasil jaringan pemain kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich, Alphonso Davies pada minit kedua.Croatia yang tersentak dengan jaringan itu kembali bangkit dengan empat gol kemudiannya dengan gol pemain kelab Bundesliga Jerman, 1899 Hoffenheim, Andrej Kramari\u0107 (36', 70').Bintang kelab liga Croatia, Hadjuk Split, Marko Livaja turut menyumbang gol pada minit ke-44' bagi melebarkan jaringan kedudukan pendahulu pasukan.Pemain kelab Ligue 1 Perancis Rennes, Lovro Majer kemudian menoktahkan kebangkitan Croatia dengan gol minit ke-94' untuk kemenangan mutlak.Sementara itu, pengendali berusia 56 tahun tersebut memberi pujian kepada pemain Kanada, yang mendahului menerusi Davies sekali gus menjaringkan gol pertama pasukan berkenaan di pusingan akhir Piala Dunia.\"Kami menentang pasukan Kanada yang luar biasa, mereka penuh bertenaga. Mereka menjaringkan gol pada minit pertama yang memberikan mereka lebih tenaga dan kuasa, tetapi kami berjaya menstabilkan diri untuk memenangi perlawanan ini,\" kata Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 09:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233764/berita/sukan/serbia-cameroon-sama-liat", "article_title": "Serbia, Cameroon sama 'liat'", "article_text": "PEMINAT bola sepak disajikan dengan aksi dramatik Serbia dan Cameroon apabila kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Janoub sebentar tadi.Serbia yang tewas aksi pertama kepada Brazil 0-2 Jumaat lalu, manakala Cameroon yang kalah tipis 0-1 kepada Switzerland dalam misi yang sama memburu kemenangan sulung, namun kedua-dua pasukan sama handal dan akur untuk berkongsi satu mata.Pada aksi itu, Cameroon yang menghuni ranking ke-43 dunia terlebih dahulu di depan menerusi ledakan Jean Castelletto pada minit ke-29.Serbia yang dibimbing Dragan Stojkovic kemudiannya mempamerkan kebangkitan apabila menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit masa kecederaan babak pertama menerusi Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic.Bersambung babak kedua, Aleksandar Mitrovic menambah jaringan buat Serbia pada minit ke-53.Bagaimanapun Cameroon enggan mengalah apabila membalas dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Vincent Aboubakar (m-63) dan Eric Choupo-Moting (m-66).Serbia akan menutup aksi kumpulan menentang Switzerland di Stadium 974, manakala Cameroon bakal berdepan cabaran sukar Brazil di Stadium Lusail pada 3 Disember dengan sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 08:27pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233763/berita/sukan/aaron-wooi-yik-zii-jia-calon-rebut-anugerah-pemain-terbaik-bwf", "article_title": "Aaron-Wooi Yik, Zii Jia calon rebut Anugerah Pemain Terbaik BWF", "article_text": "JUARA dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan nombor dua dunia, Lee Zii Jia adalah antara pemain yang dicalonkan untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022.BWF mengumumkan juara Olimpik dan dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura dan Zii Jia, selaku juara Asia 2022, adalah tiga calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik.Kategori Anugerah Pemain Wanita Terbaik bakal menyaksikan persaingan antara pemain nombor dua dunia, An Se Young (Korea Selatan), juara dunia 2021 dan 2022, Akane Yamaguchi (Jepun) dan pemain nombor empat dunia, Tai Tzu Ying (Taiwan).Bagi Anugerah Beregu Terbaik, Aaron-Wooi Yik, yang dinobatkan sebagai juara dunia pada Ogos lalu, terpaksa berdepan cabaran daripada juara dunia beregu wanita, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China), juara dunia beregu campuran 2021 Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai (Thailand) dan penyandang juara beregu campuran dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China).Anugerah Pemain Paling Meningkat akan menyaksikan pertarungan empat penjuru antara wira Piala Thomas India, H S Prannoy, juara Terbuka Jepun, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (Korea Selatan) dan juara empat kejohanan musim ini, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia).Sementara itu,penyandang juara dunia dan Paralimpik dalam perseorangan lelaki kategori SU5 (cacat fizikal), Cheah Liek Hou adalah antara empat calon untuk Anugerah Pemain Terbaik Para Lelaki.Liek Hoou akan dicabar oleh tiga lagi pemain iaitu Daiki Kajiwara (Jepun), Pramod Bhagat (India) dan Lucas Mazur (Perancis).Selain itu, Anugerah Beregu Para Terbaik menyaksikan pencalonan pemenang pingat perak kejohanan dunia (bekerusi roda), Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan bersama lima lagi pasangan.BWF juga mengumumkan pemain muda, Alex Lanier (Perancis), Kodai Naraoka (Jepun) dan Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati (Indonesia) dicalonkan untuk Anugerah Pemain Paling Berpotensi Eddy Choong.BWF memaklumkan majlis anugerah tersebut akan diadakan pada jamuan malam gala, 5 Disember ini sempena Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok dari 7 hingga 11 Disember ini.\"Calon dipilih berdasarkan prestasi pada musim 2021/2022 dari 1 November 2021 hingga 31 Oktober 2022 dan mengiktiraf pencapaian pemain elit dan para dalam lapan kategori.\"Dalam badminton Para, Suruhanjaya Anugerah BWF memberi kelonggaran khas untuk Kejohanan Dunia Para BWF 2022, yang berakhir pada 6 November lalu untuk dimasukkan dalam senarai kejohanan yang layak,\" menurut kenyataan BWF itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 08:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233748/berita/sukan/kelantan-fc-bekerja-dalam-diam", "article_title": "Kelantan FC bekerja dalam 'diam'", "article_text": "SKUAD Kelantan FC akan mengekalkan hampir 70 peratus pemain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.Perkara itu dikongsikan pemiliknya, Norizam Tukiman menerusi catatan di Facebook Zamsaham pada Isnin.\"Dalam 60 hingga 70 peratus pemain TRW (The Red Warriors) akan kekal,\" tulis beliau di laman sosialnya.Beliau juga memaklumkan telah berhubung dengan jurulatih skuad Petaling Jaya (PJ) City, P Maniam, namun belum ada sebarang keputusan muktamad.Jurulatih P Maniam, saya sendiri sudah berhubung dengan beliau. Masih bincang dan belum ada keputusan rasmi,\" katanya.Beliau yang juga dikenali sebagai Zamsaham memberitahu, pasukan Kelantan FC dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik menjelang musim 2023.Katanya, pihak pengurusan bekerja keras secara \u2018diam\u2019 dan beliau berharap peminat dapat bersabar menantikan perancangan sebenar TRW Kelantan musim baru nanti.\"Bila sampai waktu Insya-Allah kami kongsikan. Mereka sedang bekerja dalam 'diam',\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 06:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233735/berita/sukan/chong-wei-ceria-sambut-kelahiran-anak-lelaki-ketiga", "article_title": "Chong Wei ceria sambut kelahiran anak lelaki ketiga", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.\"Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),\u201d menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 04:28pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233721/berita/sukan/bukan-mustahil-dragons-atasi-three-lions", "article_title": "Bukan mustahil Dragons atasi Three Lions", "article_text": "GARETH Bale dan Aaron Ramsey disifatkan dua watak penting menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022, Wales menentang England di Stadium Ahmed bin Ali, awal pagi Rabu.Pemain tengah Wales, Joe Allen berkata, kelibat dua pemain berpengalaman itu cukup penting kepada The Dragons kendalian Rob Page selepas gagal memberi impak berdepan Iran sebelum ini.Malah jelas Allen percaya kedua-duanya yang menanggung kritikan selepas tewas kepada Iran akan bangkit semula dalam misi menghidupkan peluang pasukan mara ke pusingan 16 terbaik.Mereka adalah dua pemain yang luar biasa, luar biasa dan telah berkhidmat untuk negara Wales. Saya tidak fikir ada sesiapa dalam skuad ini yang mencapai tahap seperti mereka.\u201cBerdepan England merupakan perlawanan besar buat kedua-duanya. Jadi saya percaya segala kritikan yang diterima ketika berdepan Iran akan dijawab pada perlawanan menentang England,\u201d Allen.Anak buah Page kini berada tangga tercorot Kumpulan B selepas mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.The Dragons bermula baik apabila bangkit mengikat Amerika Syarikat (AS) 1-1 di Stadium Ahmed bin Ali pada 22 November lalu.Namun Wales dikejutkan kekalahan 0-2 kepada Iran selepas penjaga gol Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-'86' yang dijaringkan Rouzbeh Cheshmi ('98') dan Ramin Rezaeian ('101').Pada masa sama Allen mengakui para pemain The Dragons sudah bersedia menyalakan semula harapan Wales untuk mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun apabila berdepan The Three Lions.\u201cIa adalah satu tugas yang sukar, namun bukan mustahil cumanya akan sentiasa tidak selesa apabila kita bergantung kepada keputusan antara Amerika Syarikat dan Iran dalam perlawanan lain.\u201cTetapi sementara masih ada peluang, ia sangat mudah untuk pasukan. Kami bermotivasi sepenuhnya dan mengorbankan segala-galanya untuk meraih kemenangan.\u201cSiapa tahu, semoga sementara masih ada peluang kami boleh mara dari kumpulan ini,\u201d kata Allen.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 03:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233717/berita/sukan/indra-zii-jia-berpisah", "article_title": "Indra, Zii Jia berpisah", "article_text": "SELEPAS kira-kira sembilan bulan membimbing Lee Zii Jia sebagai pemain profesional, Indra Wijaya tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.Indra, 48, berkata keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara pada Jumaat lepas.\"Zii Jia mahu meneruskan perjalanannya sebagai pemain independent (profesional) dengan bermain tanpa jurulatih. Kita telah berbincang dengan baik dan saya hormati keputusannya.\"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk kariernya. Satu pelajaran dan pengalaman yang bagus bersama beliau, anda boleh melihat pencapaian yang diperoleh selama ini serta naik turun kami bersama,\u201d katanya ketika di hubungi Bernama.Pemenang pingat gangsa Piala Dunia 1997 kelahiran Indonesia itu, yang telah pulang bertemu keluarganya di Jakarta, kini terbuka untuk menerima mana-mana tawaran baharu.\"Setakat ini belum ada apa-apa perancangan (mengenai masa depan) kerana keputusan itu diambil secara tiba-tiba tetapi saya terbuka dan sedia menerima apa-apa tawaran menjadi jurulatih. Kepakaran saya memang dalam perseorangan, tidak kira lelaki atau wanita,\u201d katanya.Indra beraksi untuk Indonesia pada era 1995 hingga 2000 dengan mencapai ranking terbaiknya keempat dunia serta menjuarai Piala Thomas 1998, sebelum mewakili Singapura bermula 2001.Beliau kemudian memulakan kariernya sebagai jurulatih di akademi milik adiknya, iaitu pemenang emas beregu lelaki Sukan Olimpik 2000 Candra Wijaya, dan seterusnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Korea Selatan.Indra dilantik sebagai jurulatih skuad junior lelaki di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 2016, dengan Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Goh Soon Huat, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei adalah antara pemain digilapnya sebelum menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih perseorangan wanita pada 2020.Pada Februari lepas, Indra meninggalkan BAM untuk membimbing Zii Jia yang terlebih dahulu \u2018angkat kaki\u2019 dari BAM untuk bergerak sebagai pemain profesional.Sementara itu, pengurus Zii Jia, Lee Zii Yii mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan ringkas.\"Kami amat menghargai usaha dilakukan jurulatih Indra untuk Zii Jia dan pasukan. Beliau akan kekal sebagai mentor penting kepada Zii Jia dan pasukan.\"Kami mendoakan yang terbaik buat jurulatih Indra untuk masa depannya,\u201d katanya.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 02:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233712/berita/sukan/lawan-belgium-lebih-mudah-berbanding-croatia", "article_title": "'Lawan Belgium lebih mudah berbanding Croatia'", "article_text": "PEMAIN sensasi, Hakim Ziyech menyifatkan aksi Maghribi menentang Belgium lebih mudah berbanding Croatia selepas menerajui Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas The Red Devils pada Ahad.Sebagai pasukan pilihan, Belgium mahu mengekalkan rekod kemenangan kesembilan berturut-turut dalam pertemuan di Stadium Al Thumama itu tetapi Maghribi berhak menang selepas seri tanpa jaringan dengan Croatia pada aksi pertama kumpulan 23 November lalu.Pemain sayap Chelsea itu memberitahu, perlawanan pertama lebih sukar buat Maghribi kerana mereka tidak dapat menampilkan persembahan sebenar.\u201cCroatia mempamerkan corak permainan yang sangat bagus. Mereka menguasai bahagian tengah dan kami juga melakukan banyak kesilapan,\u201d ujar Ziyech.Maghiribi membuka tiran jaringan menerusi Romain Saiss yang menyudahkan sepakan percuma Abdelhamid Sabiri sebelum Zakaria Aboukhlal mengesahkan kemenangan buat Atlas Lions pada masa kecederaan.Ziyech turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan biarpun golnya dalam separuh masa pertama dibatalkan kerana ofsaid.Beliau kemudian mencipta bantuan jaringan kepada Aboukhlal pada masa kecederaan.\u201cSaya tidak layak meraih trofi Pemain Terbaik Perlawanan ini.\u201cIa adalah usaha kolektif, semua orang berada di belakang saya, ia adalah kerja keseluruhan pasukan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 02:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233706/berita/sukan/percikan-aura-jerman-belum-padam", "article_title": "Percikan aura Jerman belum padam", "article_text": "PENGENDALI Jerman, Hansi Flick menyifatkan kejayaan mengikat Sepanyol dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor sebagai percikan aura pemburuan slot 16 terbaik kejuaraan itu.Malah tanpa berselindung bekas pengendali Bayern Munich berusia 57 tahun itu menegaskan Die Mannschaft sememangnya memerlukan momentum itu dengan saingan berbaki satu perlawanan.\"Kami tahu apa yang dipertaruhkan. Sepanyol bermain dengan bagus, namun pasukan berada pada tahap sama dan kami mempunyai peluang besar untuk memenanginya tetapi perkara ini berlaku.\"Perkara datang kepada anda apabila anda mula menang. Mungkin ia adalah percikan yang kami perlukan dalam mengharungi baki perlawanan terakhir.\"Pasukan berjuang dengan gigih dan saya sangat berpuas hati dengan mentaliti setiap para pemain Jerman. Ini adalah perkara yang kami mahukan dan tahu bahawa pasukan mengambil langkah pertama.\"Paling penting setiap pemain Jerman mengetahui tanggungjawab masing-masing apabila berdepan Costa Rica bagi merealisasikan impian ke pusingan 16 terbaik dengan jayanya,\" kata Flick.Untuk rekod, jaringan minit ke-83 bintang kelab Bundesliga Jerman, Werder Bremen, Niklas Fuellkrug memadamkan pendahuluan Sepanyol, disumbangkan minit ke-62' pemain sensasi kelab La Liga Sepanyol, Atl\u00e9tico Madrid Morata.Jerman berada di ambang penyingkiran pada peringkat kumpulan Piala Dunia kali kedua kedua berturut-turut selepas edisi Rusia 2018.Namun tetapi keputusan seri skuad Flick yang digabungkan dengan kekalahan mengejut Jepun kepada Costa Rica kini membawa gergasi dunia itu semula ke wilayah positif.\u201cCosta Rica menunjukkan mentaliti baik untuk kembali daripada kekalahan 0-7 kepada Sepanyol dengan menewaskan Jepun.\"Bola sepak memang begitu. Kadang-kadang bukan mereka yang mempunyai peluang terbanyak yang menang. Kami mengalaminya ketika menentang Jepun,\" kata Flick.Pada masa sama Flick menegaskan tidak tergesa-gesa untuk memberi tumpuan kepada Costa Rica, kerana mengetahui bahawa para pemainnya perlu melalui beberapa proses sebelum perlawanan tersebut.\"Masih terlalu jauh untuk memikirkan Costa Rica. Sebaliknya kami perlu membiarkan keputusan permainan ini tenggelam kemudian menjana keyakinan diri,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 01:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233705/berita/sukan/menang-atau-as-bungkus", "article_title": "'Menang atau AS bungkus'", "article_text": "SKUAD Amerika Syarikat (AS) mempunyai tugas berat, menang atau balik awal menjelang aksi terakhir berdepan Iran dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 pada Rabu.Berbanding Iran yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke pusingan kalah mati dalam aksi terakhir di Stadium Al Thumama dengan sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.\u201cIni adalah perlawanan kalah mati kami yang pertama di Piala Dunia.\u201cKami perlu menang atau tersingkir di Piala Dunia,\u201d kata jurulatih AS, Gregg Berhalter.Dalam satu lagi aksi, England akan membuat perhitungan dengan Wales di Stadium Ahmad Ali juga pada tarikh dan masa sama.England yang dibimbing Gareth Southgate memimpin carta kumpulan dengan empat mata setelah menang besar 6-2 ke atas Iran dan seri tanpa jaringan dengan AS.Iran pula di tangga kedua dengan tiga mata setelah menang ke atas Wales 2-0 Jumaat lalu.Hanya dua pasukan teratas akan mara dengan AS mengumpul dua mata di kedudukan ketiga, manakala Wales di tempat tercorot dengan satu mata.AS dijangka berdepan tugas sukar untuk mendapatkan gol, apa lagi kemenangan kerana Iran mempunyai pilihan taktikal sama ada mempraktiskan corak bertahan atau agresif untuk memburu kemenangan.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 01:08pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233700/berita/sukan/penyokong-luah-amarah-di-brussels", "article_title": "Penyokong luah amarah di Brussels", "article_text": "KEKALAHAN mengejut Belgium kepada Maghribi dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Al Thumama pada Ahad mengundang amarah dalam kalangan penyokong The Red Devils yang kemudiannya melancarkan rusuhan di negara ituTewas 0-2, skuad kendalian Roberto Mart\u00ednez yang memulakan kempen sebelum ini dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kanada pada 24 November lalu menyaksikan rusuhan di jalan-jalan Brussels dengan gambar dan video menunjukkan kereta dirempuh serta terbalikkan dan kebakaran.Jaringan pada babak kedua, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal membolehkan Maghribi berada di kedudukan teratas dengan empat mata dalam Kumpulan F, satu mata mengatasi Belgium.Beberapa penyokong Belgium di Brussels, turun ke jalan bagi menyatakan kekecewaan terhadap prestasi pasukan dengan merosakkan kereta dan harta benda awam selain api turut dinyalakan di jalan raya di ibu kota Belgium.Insiden di ibu kota Belgium yang menyaksikan polis rusuhan dikerahkan mengawal keadaan dalam keputusan yang meletakkan skuad Martinez di ambang penyingkiran awal peringkat kumpulan di Qatar 2022.Edisi Qatar 2022 dilihat pentas terakhir \u2018generasi emas\u2019 untuk merebut trofi utama pertama Belgium, bermula langkah kanan selepas penyerang kelab Super Lig Turki Fenerbah\u00e7e, Michy Batsuayi menghadiahkan pasukannya tiga mata pertama.Namun itu pun selepas penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan sepakan penalti pada awalnya dalam perlawanan dilabelkan persembahan taktikal terburuk pasukan Martinez oleh pemerhati sukan.Para penyokong Belgium yang mengikuti perlawanan kedua peringkat kumpulan itu menyifatkan ia satu lagi persembahan mengecewakan dengan Courtois menjadi punca untuk gol pertama Maghribi.Keputusan itu menyaksikan Belgium akan memasuki perlawanan terakhir di peringkat kumpulan menentang Croatia dan secara realistiknya memerlukan kemenangan jika berhasrat mara ke peringkat kalah mati.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 12:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233699/berita/sukan/piala-dunia-kekacauan-meletus-di-belgium-belanda", "article_title": "Piala Dunia: Kekacauan meletus di Belgium, Belanda", "article_text": "RUSUHAN meletus di Brussel, Belgium dan beberapa bandar di Belanda pada Ahad selepas Maghribi menewaskan Belgium dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia, lapor Agensi Anadolu.Beberapa orang berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Brussels Midi dan melemparkan bunga api, di beberapa kawasan lain ada yang bertindak membakar tong sampah dan merosakkan beberapa kemudahan awam.Polis Brussels mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan sebahagian jalan masuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan di pusat bandar turut ditutup.Datuk Bandar Brussels, Philippe Close menyelar tindakan itu dan menggesa mereka tidak mencetuskan kekacauan di kawasan pelancongan dan pusat beli-belah.Sementara itu, penyokong Maghribi yang meraikan kejayaan pasukan mereka berkumpul di dataran di Amsterdam menyebabkan berlaku kekacauan.Kira-kira 5,00 peminat turut berkumpul di Rotterdam dan ada yang bertindak melemparkan bunga api.Maghribi menewaskan Belgium 2-0 pada Ahad hasil jaringan Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Abouhlal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 12:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233697/berita/sukan/belgium-belum-pamer-karakter-sebenar", "article_title": "Belgium belum pamer karakter sebenar", "article_text": "JURULATIH Belgium, Roberto Martinez mendedahkan punca kekalahan kepada Maghribi 0-2 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad disebabkan mereka takut untuk kalah dan tidak mempunyai kualiti dalam serangan.Martinez sendiri bingung dengan situasi itu, namun mengakui Belgium belum mempamerkan karakter sebenar dan akan membaikinya bagi menghadapi perlawanan akan datang.\"Anda belum menyaksikan Belgium yang sebenar pada Piala Dunia ini.\"Hari ini (Ahad) saya fikir kami bermain dengan kebimbangan untuk kalah. Tanpa bola kami masih bagus tetapi apabila kami mendapat bola, kami tidak menyerlah, kami bukan diri kami yang sebenar. Kami perlu berusaha mengatasinya.\"Kami perlu kekal bersatu dan lebih kuat. Saya amat memahami kelompok pemain ini, kami akan bersedia untuk Croatia (Khamis),\" katanya.Maghribi memperoleh gol pertama menerusi sepakan percuma Abdelhamid Sabiri yang terkena paha Romain Saiss sebelum menerjah penjuru gawang untuk menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois.Pemain sensasi, Zakaria Aboukhlal menambah derita Belgium menerusi ledakan gol kedua pada masa kecederaan pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama itu.Belgium sebelum ini menang tipis 1-0 ke atas Kanada pada aksi pembukaan kumpulan dan bermain di bawah tahap sebenar sekali lagi apabila mereka tewas kepada pasukan Maghribi di hadapan 43,000 penontonPerancang utama, Kevin De Bruyne beraksi buruk dan kapten Eden Hazard langsung tidak efektif.Mereka pada kelazimannya menjadi sandaran pasukan tetapi Martinez enggan untuk menyalahkan individu.Dalam pada itu pengkritik menyifatkan gol pertama Maghribi berpunca daripada kesilapan kolektif dalam menangani tendangan percuma, namun Martinez menyatakan ia sebaliknya.\"Kami tidak menggunakan peluang dicipta pada babak pertama dan gol pertama Maghribi itu menentukan hala tuju perlawanan hingga ke akhirnya.\"Kami bertahan dengan situasi standard dengan cara yang sama selama enam tahun (sejak mengambil alih pasukan). Jika bola disepak dengan bagus, ia bola yang sukar buat penjaga gol.\"Selepas gol itu, perlawanan bertukar rentak secara drastik dan kami tidak cukup berhati-hati ketika mengawal bola untuk mengatasi Maghribi,\" ujar Martinez", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 12:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/233689/berita/sukan/england-perlu-manfaatkan-potensi-foden", "article_title": "England perlu manfaatkan potensi Foden", "article_text": "PHIL Foden akan menyinar di pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 jika diberi peluang untuk berbuat demikian, menurut rakan sepasukan England dan Manchester City, Kalvin Phillips.Phillips yang terlepas aksi di Qatar 2022 baru-baru ini berikutan pulih daripada pembedahan bahu percaya Foden akan memanfaatkan peluang sekiranya pemain tersebut membarisi kesebelasan utama skuad Gareth Southgate.\u201cSaya percaya apabila diberi peluang, dia akan bersinar dan Foden hanya menunggu peluang itu.\u201cDia tahu jelas sekali persaingan akan menjadi sengit untuk masuk ke dalam pasukan utama selepas kami bermain dengan begitu baik jadi dia hanya menunggu masa sesuai dan apabila itu tiba saya fikir dia akan mula lebih tinggi,\u201d katanya.Untuk rekod Southgate memilih formasi 4-3-3 dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan - keputusan seri menentang Amerika Syarikat dan kemenangan pembukaan 6-2 ke atas Iran yang menyaksikan Foden dimasukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.Bagaimanapun, Phillips merasakan Foden akan melakukan tugasan terbaiknya dalam baki perlawanan\u201cSaya rasa Phil boleh menawarkan banyak perkara kepada pasukan England.\u201cJelas sekali dia seorang yang memiliki bakat sukar dipercayai, secara teknikalnya sukar dipercayai dan sebaliknya perlu bekerja lebih keras.\u201cPeranan terbaik Foden mungkin sebagai pemain nombor 10 \u2013 saya fikir dalam peranan itu di mana dia boleh mendapatkan bola dan melakukan apa sahaja yang dia mahu lakukan.\"Lihat apabila dia mengatasi pemain lain dan bagaimana bantuan serta gol diperoleh tahun ini, dia adalah ancaman sebenar kepada pesaing di Qatar 2022,\" katanya.England yang mendahului kumpulan dengan empat mata satu mata mengatasi Iran akan melengkapkan jadual perlawanan peringkat kumpulan berdepan Wales di Stadium Ahmed bin Ali, pada 30 November ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 November 2022 10:42am"}