{"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265201/berita/sukan/piala-fa-kl-city-resah-gelora-pantai-timur", "article_title": "Piala FA: KL City resah gelora Pantai Timur", "article_text": "KUALA LUMPUR City FC (KL City) menjangkakan tentangan sengit Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan beradu kekuatan dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Ahad.Pengendali KL City, Bojan Hodak mengakui skuad Penyu kendalian pengendali dari Croatia, Tomislav Steinbruckner telah menunjukkan kemajuan ketara dalam saingan Liga Super sejak kebelakangan ini.\u201cYa...kami pernah berdepan Terengganu pada pusingan pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini yang berakhir dengan keputusan seri.\u201cSaya akui Terengganu memiliki rekod yang cukup baik apabila beraksi di laman sendiri musim ini. Sokongan padu penyokong mereka juga merupakan cabaran tambahan kepada kami nanti.\u201cTerengganu pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk melangkah ke final kali kedua berturut-turut,\u201d katanya.Skuad The City Boys melalui detik yang agak cemerlang sejak dua tahun lalu apabila menjuarai Piala Malaysia pada 2021 sebelum muncul naib juara Piala AFC musim lalu.Mereka kini hanya tinggal selangkah untuk ke pentas final, sekali gus mengintai peluang muncul juara buat kali keempat selepas menjulang Piala FA pada musim 1993, 1994 dan 1999.Dalam pada itu, Hodak menyandarkan harapan kepada kapten, Paulo Josue bagi memimpin KL City selepas dia beraksi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya baru-baru.\u201cSebelum ini terdapat segelintir pihak mempertikaikan pemberian status naturalisasi kepada Josue, namun dia berjaya membalas semula kepercayaan dengan persembahan cemerlang.\u201cJosue sudah bermain di Malaysia lebih enam tahun dan apabila dia berjaya menjaringkan empat gol ketika menyarung jersi Harimau Malaya, itu satu bonus kepadanya.\u201cApa yang saya harapkan, dia mengekalkan prestasi cemerlang itu bersama-sama KL City dalam menjadi key player apabila berdepan Terengganu nanti,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265203/berita/politik/perubahan-kerajaan-segala-galanya-boleh-berlaku---muhyiddin", "article_title": "Perubahan kerajaan: Segala-galanya boleh berlaku - Muhyiddin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan berlaku perubahan kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.Namun, Pengerusi PN itu enggan mengulas bagaimana perubahan kerajaan akan berlaku tetapi menegaskan, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada jika PN menang di semua enam buah negeri tersebut.\"Disebutkan tadi enam buah negeri berhadapan dengan PRN, ini bukan jumlah yang kecil, kalau enam buah negeri menghadapi pilihan raya dan enam-enam negeri dimenangi dan dikuasai oleh Perikatan Nasional, sudah tentunya yang duduk di Putrajaya akan goyang.\"Agaknya sebab itu yang Azmin sebutkan tadi bulan 8. Mahu doakan bulan 8 supaya apa yang disebutkan tadi akan dimakbulkan oleh ALLAH, terbentuk kerajaan yang baharu.\"Soal macam mana saya tak nak sebutkan di sini, orang Indonesia kata segala-galanya bisa (boleh) berlaku,\" katanya dalam Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu, Kita Bangkit di Shah Alam pada Sabtu malam.Pada Khamis, PN mengesahkan akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Sebelum itu dalam ceramah sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijatuhkan sebaik sahaja gabungan tersebut menang dalam PRN Selangor. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:32am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265200/berita/politik/mampukah-umno-dap-mimpi-sebantal", "article_title": "Mampukah UMNO, DAP 'mimpi sebantal'?", "article_text": "KERAJAAN campuran yang dibina oleh pelbagai parti ini bukan sahaja sedang bergelut dalam ketidaktentuan ekonomi, malah turut berhadapan kemerosotan sokongan rakyat berbanding undian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.Ketika penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraikan kedudukan kukuh mereka dalam kerajaan dengan pelbagai jawatan kanan dan utama, dua parti lain iaitu UMNO dan DAP berhadapan hakisan sokongan penyokong setia mereka.Setelah berpuluh tahun UMNO berhujah kepada ahli, penyokong dan orang Melayu bahawa DAP adalah ancaman kepada status quo kedudukan bumiputera dan agama Islam di negara ini, kini mereka perlu meyakinkan sebaliknya.Baca berita penuh di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265202/berita/sukan/jaguh-berbasikal-lebuh-raya-negara-mohd-harrif-saleh-terpaksa-menggunakan-laman-sosial-facebook-untuk-meminta-bantuan-penajaan-basikal-trek-bagi-tujuan-latihan-dan-menyertai-sesuatu-kejohanan", "article_title": "Harrif cari basikal trek", "article_text": "JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh terpaksa menggunakan laman sosial Facebook untuk meminta bantuan penajaan basikal trek bagi tujuan latihan dan menyertai sesuatu kejohanan.Menurut Harrif atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat, dia tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan bantuan pihak luar selain daripada meluahkan isi hatinya itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.\u201cSebenarnya memang saya jarang nak bercerita tentang masalah diri saya di laman sosial. Takut nanti ada pihak lain pula yang salah erti dengan apa yang saya luahkan itu.\u201cTetapi baru-baru ini saya mengaku memang ada menulis perihal masalah berkenaan ketiadaan basikal trek. Saya sudah tidak tahu dengan siapa perlu saya bercerita, jadi saya luahkan sahaja di Facebook.\u201cMemang itulah ceritanya. Saya ada minta bantuan jika ada pihak yang sudi menaja basikal trek atau peralatan lain yang membolehkan saya berlatih dan menyertai pertandingan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Kelibat Harrif kembali mencuri tumpuan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai yang berakhir pada Isnin lalu.Sekalipun hanya membuat persiapan dua minggu, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba bertanding.Untuk rekod, kali terakhir pelumba kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu membuat penampilan di pentas ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan dia meraih gangsa acara scratch.\u201cSeperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada menyimpan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik. Saya lihat peluang layak ke Olimpik bagi acara trek ini lebih besar berbanding saingan dalam lebuh raya.\u201cJika ada basikal (trek) sendiri, bolehlah saya berlatih dan kalau ada rezeki, sudah tentu saya mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik. Saya percaya semua ini tidak mustahil.\u201cSaya akan terus pandang ke depan, saya tidak mahu buat kerja separuh jalan. Buktinya, tahun ini sahaja saya dah kembali bersaing di trek velodrom pada Kejohanan Kebangsaan dan ACC,\u201d jelasnya.Sepanjang kariernya setakat ini, antara rekod kejayaan Harrif adalah memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain menyambar lima pingat emas pada temasya Sukan SEA.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265198/berita/nasional/town-hall-rakyat-siri-kelima-fokus-isu-alam-sekitar", "article_title": "Town Hall Rakyat siri kelima fokus isu alam sekitar", "article_text": "SHAH ALAM - Berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebelum ini, Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian diteruskan untuk edisi kelima, kali ini bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program yang berlangsung pada Isnin bakal membincangkan isu sangat penting kepada masyarakat terutama melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim.\u201cMalah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menjadi tumpuan apabila isu bekalan air bersih kepada rakyat terutamanya di beberapa negeri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan.\u201cApatah lagi Malaysia dan dunia beberapa bulan lepas baru sahaja mengharungi musim panas melampau sehingga ada beberapa kes kematian membabitkan strok haba.\u201cDengan rakyat pada hari ini begitu menitikberatkan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sudah tentunya orang ramai ingin mengetahui perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan,\u201d katanya kepada Sinar Ahad.ZamriMengulas lanjut, Zamri berkata, program akan bersiaran di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 8.30 malam.\u201cAtas tanggungjawab besar dalam memastikan kelestarian hidup rakyat, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir ke Kompleks Karangkraf bagi memeriahkan program tersebut.\u201cSesi dialog bersama menteri merupakan antara sesi yang ditunggu-tunggu kerana memberi peluang kepada orang ramai bertanyakan apa juga soalan berkaitan kepada menteri,\u201d ujarnya.Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Fazreen Kamal berkata, sebanyak enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan membuka reruai di Kompleks Karangkraf pada Isnin untuk memberi lebih banyak informasi kepada orang ramai yang hadir.Menurutnya, agensi yang terlibat ialah Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Alam Flora.Fazreen\u201cSudah pasti pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung semasa Town Hall Rakyat nanti, antaranya program dan kempen kesedaran YHM, kuiz beserta hadiah menarik, promosi perkhidmatan dan kesedaran mengenai kitar semula, permainan teka silang kata dan cenderahati.\u201cSelain mendengar perkara dibahaskan oleh menteri, orang ramai juga dapat menimba pengetahuan menerusi enam agensi di mana mereka dapat mengetahui peranan setiap agensi berkenaan,\u201d jelasnya.Menariknya, Town Hall Rakyat akan dihoskan pelakon popular, Azhar Sulaiman yang bakatnya dicungkil menerusi program anjuran Karangkraf.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265196/berita/politik/prn-selangor-amirudin-seru-jentera-ph-lupakan-perbezaan-dengan-bn", "article_title": "PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbezaan dengan BN", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbezaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan.\"Insya-ALLAH tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.\"Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbezaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan negara yang dirosakkan oleh Langkah Sheraton dan Perikatan Nasional (PN),\u201d katanya.Beliau juga menyeru jentera pakatan itu untuk bersama-sama rakyat Selangor mempertahankan negeri itu pada PRN nanti daripada pihak yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan membangkit api perkauman demi keuntungan politik mereka.\"Sebab itu kita mahu agar Selangor ini kita pertahankan bukan untuk saya dan wakil-wakil rakyat yang akan dipilih tetapi kita teruskan untuk kecemerlangan dan kemakmuran negeri,\u201d katanya.DUN Selangor secara rasminya dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.Selain Selangor, turut bakal mengadakan PRN tidak lagi adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:22am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265202/berita/sukan/jaguh-berbasikal-lebuh-raya-negara-mohd-harrif-saleh-terpaksa-menggunakan-laman-sosial-facebook-untuk-meminta-bantuan-penajaan-basikal-trek-bagi-tujuan-latihan-dan-menyertai-sesuatu-kejohanan", "article_title": "Harrif cari basikal trek", "article_text": "JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Harrif Saleh terpaksa menggunakan laman sosial Facebook untuk meminta bantuan penajaan basikal trek bagi tujuan latihan dan menyertai sesuatu kejohanan.Menurut Harrif atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat, dia tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan bantuan pihak luar selain daripada meluahkan isi hatinya itu di laman Facebook miliknya baru-baru ini.\u201cSebenarnya memang saya jarang nak bercerita tentang masalah diri saya di laman sosial. Takut nanti ada pihak lain pula yang salah erti dengan apa yang saya luahkan itu.\u201cTetapi baru-baru ini saya mengaku memang ada menulis perihal masalah berkenaan ketiadaan basikal trek. Saya sudah tidak tahu dengan siapa perlu saya bercerita, jadi saya luahkan sahaja di Facebook.\u201cMemang itulah ceritanya. Saya ada minta bantuan jika ada pihak yang sudi menaja basikal trek atau peralatan lain yang membolehkan saya berlatih dan menyertai pertandingan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.Kelibat Harrif kembali mencuri tumpuan apabila dia membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai yang berakhir pada Isnin lalu.Sekalipun hanya membuat persiapan dua minggu, pakar pecut Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba bertanding.Untuk rekod, kali terakhir pelumba kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu membuat penampilan di pentas ACC adalah pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras yang menyaksikan dia meraih gangsa acara scratch.\u201cSeperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada menyimpan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik. Saya lihat peluang layak ke Olimpik bagi acara trek ini lebih besar berbanding saingan dalam lebuh raya.\u201cJika ada basikal (trek) sendiri, bolehlah saya berlatih dan kalau ada rezeki, sudah tentu saya mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik. Saya percaya semua ini tidak mustahil.\u201cSaya akan terus pandang ke depan, saya tidak mahu buat kerja separuh jalan. Buktinya, tahun ini sahaja saya dah kembali bersaing di trek velodrom pada Kejohanan Kebangsaan dan ACC,\u201d jelasnya.Sepanjang kariernya setakat ini, antara rekod kejayaan Harrif adalah memenangi tiga peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain menyambar lima pingat emas pada temasya Sukan SEA.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265198/berita/nasional/town-hall-rakyat-siri-kelima-fokus-isu-alam-sekitar", "article_title": "Town Hall Rakyat siri kelima fokus isu alam sekitar", "article_text": "SHAH ALAM - Berikutan sambutan luar biasa daripada orang ramai sebelum ini, Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian diteruskan untuk edisi kelima, kali ini bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program yang berlangsung pada Isnin bakal membincangkan isu sangat penting kepada masyarakat terutama melibatkan masa depan alam sekitar dan perubahan iklim.\u201cMalah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga menjadi tumpuan apabila isu bekalan air bersih kepada rakyat terutamanya di beberapa negeri memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan.\u201cApatah lagi Malaysia dan dunia beberapa bulan lepas baru sahaja mengharungi musim panas melampau sehingga ada beberapa kes kematian membabitkan strok haba.\u201cDengan rakyat pada hari ini begitu menitikberatkan program dan projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), sudah tentunya orang ramai ingin mengetahui perancangan jangka masa pendek dan panjang kerajaan,\u201d katanya kepada Sinar Ahad.ZamriMengulas lanjut, Zamri berkata, program akan bersiaran di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 8.30 malam.\u201cAtas tanggungjawab besar dalam memastikan kelestarian hidup rakyat, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir ke Kompleks Karangkraf bagi memeriahkan program tersebut.\u201cSesi dialog bersama menteri merupakan antara sesi yang ditunggu-tunggu kerana memberi peluang kepada orang ramai bertanyakan apa juga soalan berkaitan kepada menteri,\u201d ujarnya.Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Fazreen Kamal berkata, sebanyak enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan membuka reruai di Kompleks Karangkraf pada Isnin untuk memberi lebih banyak informasi kepada orang ramai yang hadir.Menurutnya, agensi yang terlibat ialah Yayasan Hijau Malaysia (YHM), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Alam Flora.Fazreen\u201cSudah pasti pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung semasa Town Hall Rakyat nanti, antaranya program dan kempen kesedaran YHM, kuiz beserta hadiah menarik, promosi perkhidmatan dan kesedaran mengenai kitar semula, permainan teka silang kata dan cenderahati.\u201cSelain mendengar perkara dibahaskan oleh menteri, orang ramai juga dapat menimba pengetahuan menerusi enam agensi di mana mereka dapat mengetahui peranan setiap agensi berkenaan,\u201d jelasnya.Menariknya, Town Hall Rakyat akan dihoskan pelakon popular, Azhar Sulaiman yang bakatnya dicungkil menerusi program anjuran Karangkraf.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265196/berita/politik/prn-selangor-amirudin-seru-jentera-ph-lupakan-perbezaan-dengan-bn", "article_title": "PRN Selangor: Amirudin seru jentera PH lupakan perbezaan dengan BN", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua jentera dan ahli parti pakatan itu untuk melupakan perbezaan yang berlaku sebelum ini di antara mereka dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ini bagi memastikan kerjasama di antara PH dan BN pada PRN kali ini dapat menyumbang kepada sasaran kemenangan majoriti dua pertiga gabungan itu di negeri berkenaan.\"Insya-ALLAH tidak lama lagi rakan-rakan kita dari BN akan turut bersama-sama (untuk kempen pilihan raya),\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini.\"Kita bolehlah lupakan sebentar beberapa perbezaan yang lalu kerana yang penting sekarang untuk kita bersatu padu dan berpakat untuk sama-sama selamatkan dan pulihkan negara yang dirosakkan oleh Langkah Sheraton dan Perikatan Nasional (PN),\u201d katanya.Beliau juga menyeru jentera pakatan itu untuk bersama-sama rakyat Selangor mempertahankan negeri itu pada PRN nanti daripada pihak yang sentiasa ingin memecahbelahkan dan membangkit api perkauman demi keuntungan politik mereka.\"Sebab itu kita mahu agar Selangor ini kita pertahankan bukan untuk saya dan wakil-wakil rakyat yang akan dipilih tetapi kita teruskan untuk kecemerlangan dan kemakmuran negeri,\u201d katanya.DUN Selangor secara rasminya dibubarkan semalam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.Selain Selangor, turut bakal mengadakan PRN tidak lagi adalah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265193/berita/politik/jangan-guna-jentera-kerajaan-berkempen-untuk-parti-politik---fahmi", "article_title": "Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam ini.\"Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera.\"Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera kerajaan,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook.Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan hari ini berkata, sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:04am"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265194/berita/politik/siapa-fitnah-saya-akan-disaman---hamzah", "article_title": "'Siapa fitnah saya akan disaman' - Hamzah", "article_text": "KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan ke atasnya berkait penerimaan wang judi untuk pilihan raya dan tidak membayar cukai.Tegas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu, beliau tidak pernah menerima apa-apa dana judi daripada mana-mana pihak dan bersumpah atas nama ALLAH atas perkara itu.\u201cSaya akan saman siapa yang membuat fitnah. Saya akan saman mereka, saya berada di landasan yang benar,\" katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin pada Himpunan Ppakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.Menurut Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, fitnah tersebut menyebabkan pejabatnya \u2018diserang\u2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari bukti menyimpan duit judi.Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tiada wang tersebut ditemukan.\u201cSelepas itu ada yang buat cerita tidak bayar cukai sehingga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tampil membuat pemeriksaan.\u201cSaya arahkan pegawai untuk mengutip semua data dan akhirnya kita berjaya selesaikan perkara itu dengan LHDN dan SPRM,\u201d katanya.Hamzah berkata, sebelum menjadi ahli Parlimen beliau merupakan seorang ahli perniagaan.\"Saya jadi ahli Parlimen bermula pada tahun 2008,\u201d ujar beliau.Sebelum ini, media melaporkan kediaman Ketua Pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut.Kata Anwar, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di rumah Hamzah merupakan urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Jun 2023 12:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265192/berita/politik/kenyataan-tony-pua-tidak-jejaskan-prn---mat-sabu", "article_title": "Kenyataan Tony Pua tidak jejaskan PRN - Mat Sabu", "article_text": "SHAH ALAM - Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup tidak akan menjejaskan Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti iaitu DAP.\u201cSetiausaha Agung DAP sudah buat pendirian dan pendirian itulah pendirian parti. Ia tidak jejaskan PRN. Itu (Tony Pua) ahli, biasalah keluarkan pelbagai pandangan. Itu tiada masalah.\u201cKami dalam Amanah pun ada pandangan tetapi pandangan parti yang diambil kira,\u201d katanya kepada media selepas Jelajah Mega Madani di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.Tony Pua pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ucapan daripada Tony yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan.Tambah Anthony, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:51pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265190/berita/sukan/kelantan-fc-mungkin-berharap-kepada-pemain-muda---bernhardt", "article_title": "Kelantan FC mungkin berharap kepada pemain muda - Bernhardt", "article_text": "KELANTAN FC berkemungkinan besar menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Ia susulan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas Kelantan FC atas kegagalan kelab itu melunaskan tunggakan gaji pemain dalam tempoh ditetapkan.\u201cSaya tidak tahu mengenai isu (Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain). Cuma saya dengar ejen sedang mencari pemain import dalam usaha membentuk semula pasukan ini.\u201cJika tidak dibenar mendapatkan pemain baharu, mereka terpaksa mengakhiri baki saingan dengan pemain skuad Bawah 23 tahun, itu sahaja pilihan yang ada,\u201d kata pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt pada Jumaat.Sebelum itu, Bernhardt mengakhiri tugasannya bersama Kelantan dengan langkah kiri apabila The Red Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Dalam pada itu, Bernhardt berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sokongan sepanjang beliau mengendalikan Kelantan FC.\u201cTerima kasih kepada setiap pemain dan penyokong Kelantan FC yang menakjubkan sejak saya mula mengendalikan pasukan ini.\u201cSaya benar-benar minta maaf dengan situasi yang melanda pasukan ketika ini. Mungkin semua melihat seseorang ketua jurulatih itu mampu mengubah situasi sesebuah pasukan.\u201cNamun, semua bergantung kepada keupayaan pemain kerana jurulatih hanya mampu menyumbang 10 hingga 15 peratus kejayaan pasukan,\u201d jelasnya.Bekas pengendali kelab Indonesia, Persita Tangerang, Alfredo Vera diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan FC menggantikan Bernhardt.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:36pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265189/berita/sukan/mvprc-juara-baharu-liga-ragbi-johor-2023", "article_title": "MVPRC juara baharu Liga Ragbi Johor 2023", "article_text": "MVPRC merangkul kejuaraan Liga Ragbi Johor 2023 selepas menewaskan Beringin Rendang RC, 15-10 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Johor, Johor Bahru pada Sabtu.Bagaimanapun dalam perlawanan itu, MVPRC kendalian Hasif Mecca diberikan tentangan hebat Beringin Rendang pimpinan Tajol Arif.Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 10-10.Namun MVPRC yang diperkuatkan khidmat pemain berpengalaman seperti Mohd Syahir Ashraf dan Farid Sujari ternyata dalam kelas tersendiri.MVPRC bangkit dengan permainan lebih bertenaga untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 15-10.Terdahulu, perlawanan tempat ketiga keempat menyaksikan BP Jockers menewaskan RMP Johor, 46-26.Mohd FaizSementara itu, MVPRC mencipta kejayaan berganda apabila Mohd Faiz Amir dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Ekmaluddin Ishak hadir menyampaikan hadiah kepada pasukan.Sebagai rekod, kejuaraan telah berlangsung dari 20 Mei hingga 24 Jun melibatkan 10 pasukan kelab seluruh Johor.Dalam pada itu, Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Negeri Johor, Nor Fazreim Imran berkata, tujuan penganjuran Liga Ragbi Johor adalah bagi mencungkil bakat-bakat baharu bagi kejohanan tempatan seperti Piala Agong dan Kejuaraan Ragbi Tujuh Sebelah Kebangsaan.Selain itu jelasnya, Liga Ragbi Johor juga merupakan pentas untuk pasukan kelab sekitar Johor mendapatkan minit permainan kompetetif sebelum beraksi dalam kejohanan berintensiti tinggi lain.\u201cMatlamat utama penganjuran kejohanan ini juga bertujuan merakyatkan sukan ragbi dalam kalangan rakyat negeri Johor.\u201cDan ia berjaya dijelmakan apabila stadium yang mampu memuatkan 500 penonton dipenuhi peminat ragbi untuk menyaksikan perlawanan akhir,\u201d katanya.JohanMVPRCNaib JohanBeringin Rendang RCKetigaBP JokersKeempatRMP Johor", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265191/berita/politik/min-ingat-aku-yang-kalahkan-kamu---amirudin", "article_title": "\u2018Min ingat, aku yang kalahkan kamu\u2019 - Amirudin", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bertanggungjawab mengemukakan nama beliau kepada pihak istana sebagai menteri besar baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Sebaliknya, Amirudin dengan lantang mengingatkan bahawa beliaulah yang telah mengalahkan Mohamed Azmin semasa PRU15 di Parlimen Gombak enam bulan lalu.\u201cMin (Azmin) dengar Min. Ni baru panas badan. Dia (Azmin) ungkit-ungkit pula. (Azmin) ungkit, Amir (masih) ingat.\"Min (Azmin) dengar Min, aku yang kalahkan kamu enam bulan lepas.\u201cLepas kamu tidak menjadi Menteri Besar Selangor, pelaburan kita mencapai sehingga RM18 bilion. RM18 bilion ini terbaik daripada 30 tahun\u201cDia (Azmin) tahu tak pelaburan ini macam mana. Ke dia asyik pergi Sandakan cari pelabur,\u201d katanya semasa Pelancaran Jentera Arus Merah Kuning Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu.Azmin sebelum ini mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya ketika proses penggantian beliau bagi jawatan Menteri Besar Selangor pada 2018.Azmin mendakwa, pada peringkat awal, bekas partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menghantar nama Amirudin sebagai calon PH menjadi menteri besar yang baharu selepas PRU14.Bagaimanapun, Mohamed Azmin mengakui beliau yang bertanggungjawab mengemukakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu kepada pihak istana bagi dipilih mengetuai kerajaan negeri.Sementara itu, Amirudin berkata, Pelancaran Jentera Arus Merah Kuning Negeri Selangor itu dilakukan adalah bagi menjelaskan kepada pengundi terhadap kekeliruan disebabkan serangan fitnah oleh PN.Tambahnya, pengundi perlu mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan kecemerlangan dan juga kemakmuran yang telah dibina.\u201cKita kena pertahankan negeri ini. Pertahankan demi kemakmuran dan kemaslahatan rakyat. PN sudah tiada hujah. Asal boleh lawan dia lawan.\u201cSebab itu negara tidak boleh harapkan mereka, sebab dalam sejarah (mereka) satu-satunya kerajaan gagal ialah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,\u201d ujarnya.Selain itu, Amirudin turut menasihatkan agar semua parti dalam Kerajaan Perpaduan dapat melupakan perbezaan parti yang berlaku sebelum ini.Jelasnya, kerjasama antara parti sangat diperlukan bagi memastikan pengkhianat dapat ditolak dan tidak diterima rakyat.\u201cKalau datang (PN) sebar api perkauman, lupakan. Orang selangor tidak akan termakan dengan permainan api.\u201cKalau mereka datang, tuan-tuan dengar dan tutup pintu sahaja. Tumpukan kepada sokongan (Kerajaan Perpaduan) untuk teruskan kecemerlangan ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 11:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265188/berita/nasional/pelabur-takut-wujud-persepsi-saya-dijatuhkan-ogos-ini---anwar", "article_title": "Pelabur takut, wujud persepsi saya dijatuhkan Ogos ini - Anwar", "article_text": "KUALA LUMPUR - Wujudnya persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang pada Ogos ini telah menyebabkan para pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia.Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun kunjungan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ke Hong Kong baru-baru ini dilihat positif, namun ada dalam kalangan pelabur memaklumkan masih melihat kestabilan Kerajaan Perpaduan selepas dakwaan beliau akan dijatuhkan.\"Ada orang kata Ogos ini mungkin Anwar akan dijatuhkan, jadi (pelabur) tunggu Ogos dulu.\"Ada baiknya, iaitu (pelabur) lebih yakin dengan saya daripada mereka (pihak yang menyebarkan dakwaan kerajaan jatuh).\"Dia (pelabur) kata kalau Anwar masih memimpin dan kerajaan masih stabil, dia lebih yakin. (Tetapi) kalau ganti orang lain, dia tarik balik (pelaburan).\"Ini masalah sikit kepada ekonomi bukan saya nak kempen untuk Kerajaan Perpaduan, tetapi itu kenyataan,\" katanya pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai pada Sabtu.Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, usaha meningkatkan ekonomi negara juga tidak seharusnya membebankan sebahagian rakyat, khususnya golongan susah.Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak sanggup menarik pemberian subsidi secara drastik seperti dilakukan Indonesia, walaupun tindakan itu boleh memberikan keyakinan kepada para pelabur.\"Kalau ikut Indonesia, dia kata subsidi elektrik ini diturunkan drastik tetapi saya tak sanggup dan saya hanya turunkan bagi golongan kaya.\"Pelabur pula mereka kira wang. Nampak Indonesia lebih berani turunkan subsidi, jadi itu meyakinkan dan dia ingat itu 'political will'.\"Tetapi fahaman saya pula, falsafah ekonomi tidak begitu. Saya tidak fikir negara harus berkembang dengan bebankan sebahagian rakyat terutama yang susah,\" ujar Anwar.Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, langkah yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini disifatkan lebih berhati-hati dan berhemah.\"Indonesia lebih berani menurunkan defisit, (tetapi) saya turunkan dari 5.6 peratus kepada 5.0 peratus sahaja dan mengambil langkah itu supaya ia tidak menekan (rakyat).\"Kalau (defisit) diturun secara drastik, macam mana nak buat asrama, nak buat fakulti perubatan atau baiki sekolah?\"Kalau (setuju defisit diturunkan) drastik, kita tangguh ini semua dan turunkan (defisit) bagi pelabur masuk. Tetapi saya ambil pendekatan yang lebih manusiawi dan menekankan ihsan,\" kata Ahli Parlimen Tambun itu. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 10:38pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265184/berita/sukan/young-tigers-mampu-beri-kejutan", "article_title": "Young Tigers mampu beri kejutan", "article_text": "KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 dij Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 5 hingga 16 Disember ini.Biarpun diundi bersama juara bertahan Argentina diikuti juara 1997 Australia dan Chile, presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, percaya status tuan rumah bakal memberi kelebihan buat Malaysia sekali gus mencatat keputusan membanggakan dalam kejohanan tersebut.\u201cUndian ini di luar bidang kuasa kita (KHM) ia di bawah Persekutuan Hoki Dunia (FIH), kita terpaksa terima hakikat dan tak boleh kata kumpulan ini mudah atau tidak... saya cukup yakin kita akan beri tentangan baik dan mungkin boleh buat kejutan.\u201cKita akan memberi persembahan terbaik. Selaku tuan rumah, ia adalah satu penghormatan untuk membanggakan negara kerana bagi saya setiap pemain dan jurulatih bertungkus lumus berlatih dan sebagainya,\u201d katanya pada majlis pelancaran logo rasmi kejohanan tersebut, pada Sabtu.Majlis pelancaran logo itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.Bagi menyemarakkan penganjuran kejohanan tersebut, Subahan berkata KHM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjemput murid sekolah menonton secara langsung di stadium.Dalam pada itu, Hannah berharap agar KHM mampu menyusun aktiviti sampingan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Malaysia hadir ke venue sekali gus memeriahkan lagi penganjuran kejohanan itu.Beliau juga yakin penganjuran kejohanan itu mampu melonjak ekonomi negara selain dijadikan platform sebagai pentadbir sukan negara untuk mengutip pengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di Bhubaneswar, India.Sementara itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013 Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi dengan Sepanyol, Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016 Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.Hoki Piala Dunia Remaja Kuala Lumpur 2023KUMPULANKUMPULAN A: Argentina Australia Chile MalaysiaKUMPULAN B: Mesir Perancis Jerman Afrika SelatanKUMPULAN C: Kanada India Korea Selatan SepanyolKUMPULAN D: Belgium Belanda New Zealand PakistanJuara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala pasukan lain berentap memburu kedudukan kesembilan hingga ke-6).Venue: Stadium Hoki Nasional, Bukit JalilJADUAL5 Disember (Selasa):(B) Perancis lwn Mesir - 9 pagi(B) Jerman lwn Afrika Selatan - 11 pagi(C) Sepanyol lwn Kanada - 2 petang(A) Argentina lwn Australia - 4 petang(C) India lwn Korea Selatan - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Chile - 8 malam6 Disember (Rabu)(D) Belanda lwn Pakistan - 9 pagi(D) Belgium lwn New Zealand - 11 pagi(B) Afrika Selatan lwn Mesir - 2 petang(B) Perancis lwn Jerman - 4 petang(A) Australia lwn Chile - 6 petang(A) MALAYSIA lwn Argentina - 8 mam7 Disember (Khamis)(C) Korea Selatan lwn Kanada - 9 pagi(D) Pakistan lwn New Zealand - 11 pagi(D) Belgium lwn Belanda - 6 petang(C) Sepanyol lwn India - 8 malam8 Disember (Jumaat)(B) Afrika Selatan lwn Perancis - 9 pagi(B) Jerman lwn Mesir - 11 pagi(A) Argentina lwn Chile - 6 petang(A) Australia lwn MALAYSIA - 8 malam9 Disember (Sabtu)(C) Kore Selatan lwn Sepanyol - 9 pagi(D) Belanda lwn New Zealand - 11 pagi(C) India lwn Kanada - 6 petang(D) Pakistan lwn Belgium - 8 malam11 Disember (Isnin)Perlawanan Penentuan (9-16)12 Disember (Selasa)Suku Akhir13 Disember (Rabu)Perlawanan Penentuan (9-12); (13-16)14 Disember (Khamis)Perlawanan Penentuan (5-8)Separuh Akhir15 Disember (Jumaat)Perlawanan Penentuan (15/16); (13/14); 11/12); 9/10)16 Disember (Sabtu)Perlawanan Penentuan (7/8); (5/6); (3/4)FINAL", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:35pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265185/berita/semasa/netizen-bantah-persembahan-jocelyn-chia-di-malaysia", "article_title": "Netizen bantah persembahan Jocelyn Chia di Malaysia", "article_text": "SHAH ALAM - Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia sekali lagi menjadi bahan amarah rakyat Malaysia apabila dikatakan bakal mengadakan persembahan \u2018Jelajah Minta Maaf\u2019 di Live House Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.Jocelyn akan menyertai rakan senegara iaitu Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat untuk membuat persembahan.Sebaik sahaja poster mengenai jelajah itu dimuat naik di media sosial, ramai netizen mula membantah secara terbuka dan Instagram Chrissie juga \u2018diserang\u2019.Menyedari perkara itu, Chrissie bagaikan tidak terkesan dan masih lagi mempromosikan jelajah berkenaan di media sosialnya.\u201cTerima kasih kepada semua perhatian Jocelyn Chia dan saya dapat daripada rakyat Malaysia.\"Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan melawat Malaysia! Tiket boleh didapati sekarang,\u201d katanya.Pengguna Instagram, Laila Lokman dalam komennya menyatakan Malaysia tidak memerlukan permohonan maaf daripada pelawak berkenaan.\u201cPermohonan maaf anda murah. Kami bangga menjadi rakyat Malaysia,\u201d katanya.Asnida Othman pula meminta pihak berkuasa menyekat kedua-duanya daripada masuk ke Malaysia.\u201cTolong banned, jangan bagi masuk Malaysia,\u201d katanya.Sementara Maljvmua pula mengingatkan agar mereka tidak sesekali masuk ke negara ini.\u201cJangan berani datang ke Malaysia. Telur nunggu kome (tunggu anda),\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:34pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265183/berita/sukan/malaysian-tigers-tenang-uji-sistem-permainan-baharu", "article_title": "Malaysian Tigers tenang uji sistem permainan baharu", "article_text": "PENGENDALI skuad hoki negara, Arul Selvaraj tetap memuji persembahan para pemain Malaysian Tigers walaupun tewas tipis 2-3 kepada Korea Selatan dalam siri jelajah persahabatan di Pusat Latihan Nasional Jingcheon, Incheon.Malah Arul turut memuji dua pertahanan muda Muhammad Syafiq Hassan dan Muhajir Abdu Rauf dalam perlawanan kedua tersebut.\"Sejujurnya secara keseluruhan dalam perlawanan ini, para pemain telah mempamerkan prestasi individu yang baik.\"Biarpun kami guna struktur baharu, namun nampak para pemain matang dan selesa menterjemahkan taktikal pasukan.\"Kami akan berehat dan buat persediaan malam esok untuk perlawanan seterusnya pada 25 Jun ini,\" katanya.Siri jelajah persahabatan yang menyingkap tirai Rabu sehingga 28 Jun menjadi medan persediaan Malaysian Tigers menjelang kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.Terdahulu dalam perlawanan itu, penyerang sensasi negara, Faizal Saari meletakkan pasukan negara di depan menerusi jaringan padang seawal minit kelima.Malaysian Tigers kemudian melebarkan jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.Namun Korea Selatan yang mengikat Malaysia 2-2 sebelum ini bangkit dengan tiga gol bermula gol padang minit ke-45, diikuti dua gol padang (m-46, m-54) untuk keputusan 3-2 memihak tuan rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265182/berita/politik/persiapan-pkr-hadapi-prn-di-peringkat-akhir", "article_title": "Persiapan PKR hadapi PRN di peringkat akhir", "article_text": "ALOR SETAR - Persiapan PKR untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri sudah di peringkat akhir, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata yang tinggal selepas ini adalah untuk membuat keputusan tentang senarai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang terlibat.\"Bila dah sampai tahap itu bermaksud PKR terutamanya sudah pun bersedia dan kalau biasa pengalaman saya 14 tahun sebagai Setiausaha Agung (PKR) yang ikut membantu persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya (sebelum ini), saya tengok bahawa PKR untuk menghadapi PRN berada pada tahap terbaik yang pernah kami sediakan.\"Bercakap tentang prospek PKR dengan calon-calon yang akan kami tampilkan, kami yakin di mana juga kerusi yang akan diumumkan secara muktamad yang akan ditandingi PKR mewakili tiket Pakatan Harapan (PH), kami yakin kami mampu menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan,\" katanya di sini hari ini.Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jentera pilihan raya PKR Kedah di sini hari ini.Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, PKR akan mengadakan taklimat khas berkenaan persiapan parti itu menghadapi PRN, yang akan disertai semua pimpinan tertinggi parti selain ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, di Kuala Lumpur, esok.Beliau berkat,a antara perkara yang akan dibentangkan termasuk status rundingan pengagihan kerusi, tahap sokongan terkini rakyat terhadap PKR dan pengagihan tugas kepada pimpinan di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN.\"Dalam taklimat esok juga akan dibentangkan tentang strategi kempen PRN yang akan dilaksanakan Keadilan kerana negeri berbeza, strategi berbeza, tiga negeri dikuasai PH, strategi adalah untuk pertahankan, jadi strategi berbeza dengan Kedah contohnya, yang kami berhasrat untuk menawan, esok disampaikan dalam taklimat itu,\" katanya.Selain Kedah, lima negeri yang turut akan mengadakan PRN dalam masa terdekat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:19pm"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265181/berita/politik/ph-bn-perlu-kukuhkan-gabungan-hadapi-prn", "article_title": "PH, BN perlu kukuhkan gabungan hadapi PRN", "article_text": "ALOR STAR - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu merapatkan perbezaan dan mengukuhkan gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua gabungan parti itu tidak boleh menoleh ke belakang untuk melihat sengketa lama politik mereka.Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, gabungan parti ini dalam misi untuk memperkukuh kerjasama baharu bagi mendepani PRN nanti dengan menunjukkan mereka berada atas platform sama.\u201cIni kali pertama dalam sejarah, BN dan PH akan bekerjasama dalam pilihan raya. Untuk itu, pendekatan kita adalah merapatkan perbezaan, mengukuhkan gabungan.\"Sekarang, kami telah menggerakkan kerja untuk menunjukkan bahawa kami bergerak di atas platform yang sama supaya tidak wujud kekeliruan, sekali gus menolak sama sekali satu atau dua kenyataan daripada mana-mana pemimpin dalam PH yang bercanggah dengan rangka itu,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di pekarangan Pejabat Keadilan Kedah, di sini, pada Sabtu.Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin PH dan BN perlu melupakan perbezaan lama mereka bagi menghadapi PRN nanti.\u201cDalam tempoh 24 jam lepas, ada pemimpin yang membuat kenyataan yang tidak kondusif untuk kita, jadi kami mahu dukung semangat baharu dengan merapatkan perbezaan dan mengukuhkan gabungan\u201cKami mendukung semangat baharu bagi menolak sengketa lama. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Kita akan bekerja ke arah menilai kelemahan, membina kekuatan dan saling membantu. Ini semangat yang betul kita ingin bawa,\" katanya.Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Bekas Setiausaha Publisiti DAP mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Bagaimanapun, kenyataan itu dibalas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menyatakan sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini dan Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, beliau yakin parti dalam Kerajaan Perpaduan mampu merampas Kedah daripada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265179/berita/hiburan/enggan-telanjangkan-diri-baggio-tolak-sertai-gegar-vaganza", "article_title": "Enggan 'telanjangkan' diri, Baggio tolak sertai Gegar Vaganza", "article_text": "SELEPAS ramai rakan-rakan seangkatan yang kembali menempa nama setelah menyertai program realiti, Gegar Vaganza, lain pula pandangannya daripada vokalis kumpulan Damasutra, Baggio.Jelas Baggio, sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad yang lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.\u201cSaya tiada masa untuk program berkenaan. Sebenarnya, sejak daripada awal lagi saya telah banyak kali ditawarkan untuk sertai program itu.\u201cJadi, saya tak layak untuk hadir ke program sebegitu kerana ia hadir dengan risiko yang akan menelanjangkan kelemahan saya.\"Saya lebih memilih untuk \u2018play safe\u2019 untuk kekal relevan.\u201cKita hanyalah manusia biasa dan tak sempurna. Kita ada kelebihan dan kelemahan. Kenapa kita nak mempersembahkan kelemahan kita?\u201d katanya kepada MH.Dalam pada itu, penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ini tetap percaya kualiti untuk penghasilan sesebuah karya juga mampu untuk melelakkan seseorang artis itu di tahap yang berbeza meskipun sudah berusia.\u201cSaya dapat tawaran sejak musim pertama lagi tapi saya tolak dengan cara yang baik. Saya bagitahu yang saya tiada masa kerana punyai komitmen dalam industri muzik di luar.\u201cNyanyian saya masih lagi punyai permintaan. Anda semua boleh lihat lagu-lagu baharu saya di YouTube walaupun saya tak aktif bersama Damasutra. Saya sentiasa berkarya.\u201cKepercayaan saya adalah berkarya dan bukan untuk memasuki apa-apa progam dalam bentuk realiti yang boleh mencela integriti saya,\u201d ujarnya lagi.Dalam perkembangan lain, Baggio teruja apabila Damasutra bakal mengadakan konsert berskala besar sejak 33 tahun penubuhan band tersebut.Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.Tiket muka dijual pada harga RM188 (Rock Zone), RM258 (Silver) RM350 (Gold) dan RM3,000 (VIP Box). -Media Hiburan", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265178/berita/nasional/nilai-ringgit-kerajaan-akan-runding-capai-keseimbangan---pm", "article_title": "Nilai ringgit: Kerajaan akan runding capai keseimbangan - PM", "article_text": "NILAI - Kerajaan akan berunding untuk mencapai keseimbangan supaya kadar faedah negara tidak menyebabkan pelabur asing membawa keluar wang dalam usaha mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah dan jika kerajaan menaikkan kadar faedah terlalu tinggi, ia akan membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana.\"Kalau saya ada RM1 juta, saya hendak masuk ke bank. Saya ada pilihan antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Singapura dan Indonesia ada kadar faedah tinggi.\"Jadi saya pilih simpan untuk di luar (Indonesia dan Singapura). Itu masalah kita sekarang,\u201d katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan seorang pelajar Tingkatan Enam dikenali sebagai Adriana yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam memulihkan kembali nilai mata wang negara.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun berdepan dengan kejatuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi negara terus menyaksikan peningkatan pada suku pertama tahun ini mengatasi Singapura, Indonesia dan China.\"Kalau ekonomi kita menjuman itu lain, maka nilai mata wang jatuh, pelaburan jatuh dan pertumbuhan jatuh. Kita tidak, pelaburan kita baik RM71 bilion untuk empat bulan pertama. Cuma kita kena cari jalan untuk bawa balik pelaburan dengan beberapa insentif.\"Saya kata buat hab kewangan di Johor salah satunya, kemudian MM2H (Malaysia Rumah Kedua Ku) untuk bawa orang boleh bawa masuk wang dan beberapa lagi saya umum minggu lalu dan beberapa langkah yang sedang kita memikirkan,\u201d katanya.Bagaimanapun, Anwar mengakui usaha untuk membawa lebih banyak pelaburan ke negara ini tidak mudah kerana pelabur asing masih mempunyai persepsi dan keraguan terhadap kestabilan negara berikutan terdapat desas-desus yang mengatakan akan berlakunya peralihan kerajaan pada Ogos ini.\"Ada baiknya sebab orang (pelabur) lebih yakin pada saya daripada mereka. Dia kata kalau Anwar masih memimpin, kerajaan stabil dia lebih yakin. Kalau ganti orang lain, dia tarik balik. Bukan saya mahu kempen untuk Kerajaan Perpaduan tetapi ini kenyataan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265174/berita/nasional/kerajaan-kaji-lokasi-bangun-stesen-minyak-tanpa-subsidi-di-jb", "article_title": "Kerajaan kaji lokasi bangun stesen minyak tanpa subsidi di JB", "article_text": "JOHOR BAHRU - Kerajaan sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.Beliau berkata, kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di bandar raya ini.\"Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.\"Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing),\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas di sini hari ini.Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.Ahmad Zahid dipetik berkata, KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.Sementara itu, Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia.\"Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart... saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang,\" katanya.Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dilapor berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas.Mengenai iTTV e-Learning Rahmah, Salahuddin berkata, pelaksanaan Pakej Tuisyen Rahmah itu dapat memanfaatkan ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.Beliau berkata, pelaksanaan pakej tersebut bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan tambahan demi masa depan mereka.\"Pakej ini menyasarkan murid daripada darjah empat hingga pelajar tingkatan lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan,\" katanya sambil menambah pelancaran pakej itu turut membuktikan inisiatif Payung Rahmah masih diterima rakyat Malaysia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:16pm"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265171/berita/politik/pkr-mampu-kalahkan-sanusi-pada-prn-kedah---saifuddin", "article_title": "PKR mampu kalahkan Sanusi pada PRN Kedah - Saifuddin", "article_text": "ALOR SETAR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak keberangkalian parti gabungan Kerajaan Perpaduan mampu mengalahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN)Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Saifuddin berkata, ia memandangkan watak Menteri Besar Kedah itu disifatkan sebagai bukan sebahagian daripada siri tarbiyah Pas yang berasaskan tarbiyah quraniyah.Beliau berkata, pihaknya optimis mampu mengalahkan Muhammad Sanusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah nanti disebabkan sikap ditunjukkan pemimpin Pas itu.\"Pemimpin ini dia datang dan pergi. Kadang-kadang, ada yang jadi penglipur lara. Jadi, tidak apalah kita boleh terima (namun) kita hendak pemimpin yang visinya jelas, ada adab, prihatin dengan rakyat (dan) dia bukannya memilih untuk jadi popular tapi masalah rakyat tidak selesai.\"Dalam perjalanan Pas sejak tahun 1951, banyak watak pemimpin (ditemui). Ada yang kami kekal hormat sampai sekarang,\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di perkarangan Pejabat Keadilan Kedah, di sini pada Sabtu.Beliau berkata, antara tokoh itu termasuklah Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.\"Kita berbeza tetapi kita jaga adab dan hemah tetapi watak yang ini, saya lihat bukan sebahagian daripada tarbiah Pas (seperti) tarbiah rohaniah, tarbiah rabbaniyah (dan) tarbiah ruhiyah.\"Saya tidak nampak nampak ini adalah produk daripada siri tarbiah Pas yang berasaskan kepada tarbiah Quraniah ini,\" katanya.Beliau berpandangan, pemimpin dihasilkan dari siri tarbiah Pas biasanya mengetahui waktu untuk memberi pandangan berbeza dan memilih ayat sesuai.\"Jadi, saya tidak fikir (dia) produk yang asli Pas (sekali gus) tidak tolak keberangkalian sama sekali (mengalahkan Sanusi),\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265170/berita/sukan/hoki-piala-dunia-remaja-lelaki-laluan-getir-menanti-young-tigers", "article_title": "Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki: Laluan getir menanti Young Tigers", "article_text": "MALAYSIA dijangka berdepan laluan sukar bagi melepasi saingan peringkat kumpulan seterusnya layak ke suku akhir apabila diundi bersama juara bertahan Argentina dan bekas juara, Australia pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Disember ini.Menurut undian Persekutuan Hoki Antarabanga (FIH) pada Sabtu, kejohanan bermula 5 hingga 16 Disember ini akan menyaksikan Kumpulan A terdiri daripada tuan rumah Malaysia, Argentina, Australia serta Chile.Pencapaian terbaik skuad Young Tigers dalam kejohanan tersebut adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1979 di Versailles, Perancis; edisi 1982 ketika menjadi hos dan edisi 2013 di New Delhi, India.Skuad negara, bimbingan Muhamad Amin Rahim, akan membuka kempen menentang Chile pada 5 Disember disusuli perlawanan menentang Argentina sehari kemudian dan Australia dalam aksi terakhir kumpulan pada 8 Disember.Muhammad Ami, yang ditemui pemberita selepas majlis undian tersebut berkata, mereka setidak-tidaknya perlu mengetepikan cabaran Argentina atau Australia bagi menyahut cabaran diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk mara ke separuh akhir kejohanan tersebut.\"Jika kita berpeluang \u2018kick\u2019 salah satu pasukan, kita ada peluang dapat naib juara kumpulan. Kita mungkin ada peluang apabila menentang Australia memandangkan Argentina sebagai juara bertahan pasti akan turun dengan skuad terkuat mereka.\"Argentina sangat tidak menentu, cara mereka bermain sangat berbeza daripada pasukan Eropah dan Asia khususnya dari segi taktikal,\u201d katanya sambil menasihatkan anak buahnya agar tidak memandang remeh cabaran Chile.Mengenai persediaan menjelang kejohanan itu, beliau berharap agar skuadnya dapat menumpukan aspek mempertingkatkan tahap fizikal pada bulan ini dan Julai selain bakal mengadakan siri jelajah Eropah di Jerman, Belanda dan Belgium, Ogos ini.Katanya, setakat ini hanya Jerman yang sudah menjawab permohonan mereka mengadakan perlawanan persahabatan dan masih menanti jawapan dari Belanda serta Belgium manakala mereka juga bakal beraksi pada Piala Sultan Johor, Oktober ini.Dalam pada itu, juara enam kali, Jerman diletakkan dalam Kumpulan B bersama naib juara 2013, Perancis, diikuti Afrika Selatan dan Mesir manakala Kumpulan C membariskan juara dua kali, India yang diundi bersama-sama Korea Selatan serta Kanada.Kumpulan D yang dilabel kumpulan maut pula menyaksikan juara dua kali Belanda diundi bersama juara 2016, Belgium, juara 1979 Pakistan dan New Zealand.Hanya juara dan naib juara kumpulan setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16. - BernamaPIALA DUNIA REMAJA LELAKI 2023Kumpulan A: MALAYSIA, Australia, Argentina, ChileKumpulan B: Perancis,Afrika Selatan, Mesir, JermanKumpulan C: India, Korea Selatan, Kanada, SepanyolKumpulan D: Belanda, Belgium, Pakistan, New Zealand", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:44pm"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265168/berita/politik/sedia-korban-elaun-menteri-demi-parti---saifuddin-nasution", "article_title": "Sedia korban elaun menteri demi parti - Saifuddin Nasution", "article_text": "ALOR SETAR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sedia mengorbankan elaunnya sebagai menteri untuk membayar deposit calon parti itu yang akan bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau sanggup memperuntukkan sebahagian besar elaun sebagai menteri selama tujuh bulan demi membalas jasa parti didokong sejak sekian lama.Saifuddin berkata, beliau melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja kuat namun menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri.\"Saya fikir (bagaimana) cara saya hendak balas parti yang saya dokong sejak hari pertama. (Justeru) Pilihan raya ini macam mana, selain daripada saya hendak bagi masa, tenaga saya.\"Saya ingat saya nak ambil sebahagian besar daripada elaun saya selama tujuh bulan lepas untuk bayar deposit semua calon Keadilan Kedah,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah di perkarangan Pejabat Keadilan Kedah pada Sabtu.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pilihanraya Keadilan Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari.Saifuddin berkata, dia meminta Jentera Pilihanraya Keadilan Kedah supaya tidak menggunakan wang parti untuk tujuan pembayaran deposit calon Keadilan Kedah nanti.Beliau berkata, sebaliknya, beliau yang akan membayar deposit calon bertanding dianggarkan RM5,000 setiap seorang yang akan bertanding dalam PRN Kedah itu.\"Jikalau, RM5,000 (duit deposit).Insya-ALLAH lepas (cukup), semua elaun saya daripada bulan Disember. Insya-ALLAH, bahagian itu saya akan lunaskan bayaran deposit untuk calon-calon Keadilan Kedah.\"Okay, yang itu (bayaran deposit) dianggap selesai, nanti pergi ambil borang dan bayar deposit lepas itu ambil resit sahaja, apabila calon berarak nanti bawa deposit sahaja,\" katanya.Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya terus mengekalkan hubungan harmoni dan baik dengan kerajaan pusat.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:18pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265166/berita/sukan/wei-chong-kai-wun-mara-final-terbuka-taiwan", "article_title": "Wei Chong-Kai Wun mara final Terbuka Taiwan", "article_text": "BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum positif Terbuka Taiwan apabila menempah slot perlawanan akhir pada Sabtu.Wei Chong-Kai Wun, berstatus juara bertahan mengesahkan kemaraan ke final kejuaraan berstatus Super 300 itu selepas menewaskan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Arena Tian-Mu.Bagaimanapun dalam aksi separuh akhir, Wei Chong-Kai Wun berstatus pilihan kelima dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Yew Sin- Ee Yi dalam masa 60 minit.Set pertama, Wei Chong-Kai Wun diasak hebat sebelum tewas 17-21, namun kembali memenangi set kedua 21-19 kemudian mematikan langkah lawan yang juga pilihan pertama kejohanan 21-9.Menanti Wei Chong-Kai Wun dalam perlawanan akhir adalah pilihan kedua kejohanan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.Ching Yao-Po Han mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan cabaran Lin Chia Yu-Lin Yong Sheng, straight set 21-16, 21-16 dalam masa 45 minit.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:18pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265165/berita/nasional/perjanjian-maritim-dengan-indonesia-tidak-libat-blok-ambalat---pm", "article_title": "Perjanjian maritim dengan Indonesia tidak libat blok Ambalat - PM", "article_text": "NILAI - Kerajaan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan kawasan yang disebut sebagai blok Ambalat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan yang mengatakan perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatanganinya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu adalah fitnah.\"Ada yang belum selesai (dimeterai) termasuk kawasan disebut Ambalat itu. Kawasan di Sabah, Pulau Sebatik pun belum selesai.\"Saya katakan dengan Jokowi, kita tandatangan yang sudah selesai sahaja. Yang maki hamun itu kenapa?,\" katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Dataran Nilai pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin HarunMenurutnya, beliau telah jelaskan soal itu sebelum ini dalam Dewan Rakyat namun kerajaan terus difitnah menjual maruah negara.Jelasnya, perjanjian ditandatangani hanya melibatkan perkara yang telah diselesaikan dan ia diputuskan melibatkan pelbagai pihak berautoriti antaranya Jawatankuasa Ukur dan Pemetaan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Peguam Negara.\"Riuh rendah dibawa di luar. Di Parlimen tanya dengan baik dan kita jawab dia diam. Di luar fitnah kata kita jual maruah negara, cakap tak bertanggungjawab, kita khianat kepada negara.\"Itu tak betul. Indonesia siapa? jiran kita..satu rumpun dan sahabat. Dulu sebahagian besarnya (wilayah) satu negara, sama ada kerajaan Melayu Melaka, Johor Riau atau Majapahit, hubungan itu satu keluarga.\"Saya tidak mahu bermusuh dengan Indonesia. Saling bergantungan, malah kita mahu tingkatkan lagi hubungan persahabatan ini,\" ujarnya.\"Jadi bila kita runding, makan belas tahun, puluhan tahun sejak merdeka. Selama 18 tahun bincang pasal sempadan (maritim). Saya putuskan dengan Jokowi, instruksi dia kepada rakyat, selesaikan dengan segera,\" katanya.Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menggesa Perdana Menteri dan Menteri Luar memberi penjelasan berhubung isu blok Ambalat selepas menandatangani perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia pada 8 Jun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265164/berita/semasa/kenderaan-plat-isteri-yab-perdana-menteri-disedia-kerajaan-sabah", "article_title": "Kenderaan plat \u2018Isteri YAB Perdana Menteri' disedia kerajaan Sabah", "article_text": "SHAH ALAM - Sebuah kenderaan menggunakan nombor plat 'Isteri YAB Perdana Menteri' yang kini tular di media sosial menjadi pertikaian daripada sesetengah pihak.Difahamkan, kenderaan itu merupakan kereta rasmi Sabah yang digunakan oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa persidangan Pandu Puteri di Kota Kinabalu, Sabah.Seorang pengguna Facebook, Datuk Mokhzani Ismail yang juga Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagaimanapun, berkongsi kisah di sebalik penggunaan plat tersebut.Jelasnya, difahamkan kerajaan Sabah yang menyediakan kenderaan berkenaan.\"Kerajaan Sabah bagi kereta itu dan tulis 'Isteri YAB PM', lagipun dia memang layak. Kalau Dr Wan Azizah beli gam gajah dan lekat sendiri nombor plat itu, cerita lainlah.\"Tulis nombor atau nama salah, tidak bubuh langsung pun salah,\" katanya dalam satu perkongsian di Facebook pada Sabtu.Beliau turut menasihatkan orang ramai agak tidak perlu bersusah payah untuk memeriksa plat tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\"Tiada salah apa lah. Dah dia pun isteri PM. Bukan dia pakai di Kuala Lumpur.\"Banyak lagi dalam kepala mahu fikir hal lain. Pagi tadi sempat teman isteri hantar isteri PM. Ingat nak selfie tapi tidak sempat, fikir mahu cari lembu korban lagi banyak pahala,\" guraunya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:48pm"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265163/berita/politik/prestasi-kerajaan-perpaduan-beri-keyakinan-kepada-pengundi", "article_title": "Prestasi Kerajaan Perpaduan beri keyakinan kepada pengundi", "article_text": "KEPALA BATAS - Prestasi pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang baik dalam tempoh tujuh bulan dilihat mampu memberi keyakinan kepada pengundi terhadap parti-parti kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Bagaimanapun, Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, kerja keras semua jentera amat diperlukan bagi memastikan kemenangan dapat dikekalkan di kerusi-kerusi sedia ada selain memenangi hati pengundi di kawasan yang tidak menang pada Pilihanraya Umum ke-15 lalu.\"Prestasi Kerajaan Perpaduan dalam tujuh bulan ini sangat baik dan semua inisiatif-inisiatif yang telah kita kongsikan serta khidmat kebaktian yang kita beri kepada rakyat sangat baik.\"Namun kita mesti lagi perlu bekerja keras untuk memenangi semula maknanya kerusi-kerusi yang kita lihat bukan kalah tapi tak cukup menang,\"katanya ketika ditemui media selepas melancarkan jentera pilihanraya PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal di sini, pada Sabtu.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal yang juga Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau yakin dengan kekuatan jentera parti yang ada pada masa ini apatah lagi kini telah bergabung bersama dengan rakan-rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi PRN nanti.Selain itu, Fadhlina berkata, aura positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi salah satu kekuatan dalam menawan hati pengundi.\u201cKita mengharapkan mandat rakyat dikembalikan kepada kita untuk memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan ini.\u201cKita perlukan mandat rakyat untuk menstabilkan negara khususnya meningkatkan ekonomi dan sosio ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:46pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265162/berita/semasa/bot-persiaran-ditahan-berlabuh-tanpa-kebenaran", "article_title": "Bot persiaran ditahan berlabuh tanpa kebenaran", "article_text": "MERSING - Sebuah bot persiaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing kerana berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.3 batu nautika barat laut Pulau Tengah dekat sini petang Jumaat.Pengarah Zon Maritim Komander Maritim, Suhaizan Saadin berkata, kapal berkenaan ditahan pasukan operasi pada jam 5.15 petang ketika melakukan rondaan rutin Op Jaksa dan Op Tiris.Menurutnya, siasatan mendapati bot persiaran yang didaftarkan di New Zealand itu dikendalikan pasangan suami isteri warga Australia dan New Zealand.\"Terdapat tiga kru warga Indonesia dipercayai anak kapal berusia lingkungan 39 hingga 74 tahun dan memiliki pengesahan diri yang sah.\"Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan tidak memaklumkan ketibaan di perairan negera serta didapati bersauh di dalam kawasan taman laut,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, bot serta kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk siasatan lanjut.\"Kesemua kru dan bot ditahan mengikut Seksyen 491B(1(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran.\"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang Persekutuan di Zon Maritim Malaysia,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:39pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265161/berita/politik/jangan-layan-kenyataan-tony-pua---ahmad-zahid", "article_title": "Jangan layan kenyataan Tony Pua - Ahmad Zahid", "article_text": "SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan atau memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.Ahmad Zahid berkata, ini kerana kenyataan itu bukan pandangan rasmi daripada kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.\"Saya nak bagi pandangan, mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang ada pandangan berbeza kami tidak akan layan.\"Ini kerana itu bukan pandangan rasmi dari kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan dan saya telah beritahu jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya dari pihak kita,\" katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini pada Sabtu.Turut hadir, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Menurut Ahmad Zahid, jika isu tersebut terus ditimbulkan, ia akan menampakkan seolah-olah ia masalah besar.Tambahnya, kenyataan dikeluarkan oleh Tony Pua itu bukannya menjadi dasar, pegangan atau ketetapan kepimpinan mana-mana parti.\"Pegangan kami, perundingan diadakan antara BN dan PH. Jadi saya berterima kasih kepada Anthony Loke Siew Fook yang telah keluarkan kenyataan yang beliau tidak 'endorse' pandangan berbeza sebagai pandangan parti.\"Kami juga berpendirian marilah kita 'move forword'. Jangan nak membaling batu di rumah kaca,\" katanya.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Sementara itu berkenaan perjumpaan diadakan, Ahmad Zahid berkata, parti telah memutuskan untuk menggunakan pendekatan kempen baharu.Ujarnya, ada pendekatan yang perlu diperbaiki dan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah waktu paling sesuai untuk melakukannya.ARTIKEL BERKAITAN: BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265160/berita/nasional/tingkatan-enam-tidak-harus-terikat-peraturan-sekolah---pm", "article_title": "Tingkatan Enam tidak harus terikat peraturan sekolah - PM", "article_text": "NILAI - [DIKEMAS KINI] Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, suasana Tingkatan Enam harus diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.\"Saya akan bawa ke Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya Tingkatan Enam itu tidak dilayan seperti sekolah, budaya, suasananya itu. Saya setuju sebab saya pun ikuti Tingkatan Enam.\"Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah,\u201d katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini pada Sabtu.Anwar berkata, ramai pelajar Tingkatan Enam telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya serta mengusulkan agar ia diubah pada sesi dialog sebelum ini.Mengulas mengenai cadangan untuk menukar kurikulum Tingkatan Enam daripada kaedah semester, Anwar berkata, perkara tersebut harus dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan termasuk guru dan pelajar.Sementara itu, Perdana Menteri meminta pimpinan universiti agar merombak kurikulum berkaitan cabang ilmu baharu seperti Teknologi Digital, kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) dengan cepat mengikut perubahan semasa jika Malaysia ingin menjadi negara kelas pertama.\"Ia tidak boleh tunggu Convention Board of Studies, tunggu dua tahun kajian dan bawa ke Senat. Tidak boleh. Perubahan harus cepat dan pantas,\" katanya.Berkongsi mengenai pengalaman mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown, Washington, beliau berkata, kepantasan mereka dalam transformasi pendidikan begitu cepat.Selain itu, beliau berkata, latihan daripada pihak industri juga diperlukan supaya tidak berlaku ketakserasian dan tidak terlalu bergantung pada kurikulum lama sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran.\"Sebab itu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) sekarang Petronas ambil sebahagian TVET di Batu Rakit, Kimanis dan Pengerang; Proton ambil alih TVET di Pekan dan beberapa syarikat besar lain ambil alih,\" katanya.Beliau juga memberitahu graduan negara ini mempunyai kemahiran yang luar biasa, justeru kerajaan akan memastikan kapasiti turut meningkat agar selari dengan keperluan industri.Sementara itu menjawab tentang pengangguran, Anwar berkata, memang terdapat penurunan kadar pengangguran di negara ini tetapi bukan bermakna masalah pengangguran selesai terutamanya melibatkan siswazah.Justeru kata Anwar, pelaburan kena masuk, kerajaan mesti stabil dan dasar juga perlu jelas untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangkan tekanan masalah pengangguran.\"Cara penyelesaiannya, kerajaan perlu mencari jalan mendapat pelaburan, contohnya Geely (Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, ia membuka peluang 4,000 pekerjaan, dalam pertemuan kita bersama Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas, kita diminta diberi sedikit latihan tambahan.\"Mengikut (respons) Amazon dan Geely, kita mempunya tenaga kerja yang mahir cuma peringkat tertinggi, kemahiran itu masih ada kekurangan. Saya ada berbincang dengan Menteri KPT (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh syarikat ini,\" katanya.Menjawab soalan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya diperbanyakkan stesen pengecasan bagi penggunaan kenderaan elektrik EV, Anwar berkata, sebaik sahaja ada pengeluaran EV yang banyak maka kesediaan dari segi stesen pengecasan itu akan ditingkatkan.\"Itu dipanggil transisi tenaga, pada Isnin ini Petronas akan mengadakan satu persidangan antarabangsa yang besar dan di situ saya akan memberikan beberapa gagasan utama tentang dasar kita mengenai transisi tenaga di Malaysia termasuk soal EV,\" katanya.Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Sarawak antara negeri paling tangkas dalam membuat rencana mendepani isu digital, penggunaan hidrogen dan EV. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:30pm"} {"author_name": "NAZRIN ZULKAFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265159/berita/politik/ambil-tindakan-tatatertib-terhadap-tony-pua---lian-ker", "article_title": "\u2018Ambil tindakan tatatertib terhadap Tony Pua\u2019 - Lian Ker", "article_text": "SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook digesa untuk mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tindakan tatatertib perlu dikenakan sama seperti yang pernah dihadapi bekas ahli DAP, Superman Hew sebelum ini.Selain itu, Lian Ker turut mencadangkan supaya Tony dipecat sebagai Penasihat Dasar DAP kepada Anthony susulan kenyataannya yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.\u201cIa untuk membuktikan komitmen dan sabitan DAP terhadap Kerajaan Perpaduan.\u201cBagi menolak kenyataan Tony bahawa DAP bercadang untuk bergerak sendiri tanpa BN atau UMNO yang dikatakan parti rasuah, Anthony tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku,\u201d ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Ahad.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Bagaimanapun, Anthony berkata, ucapan daripada Tony yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan.Tambah Anthony, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam kerajaan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:24pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265155/berita/nasional/perantisiswa-lebih-300000-tablet-diagih", "article_title": "PerantiSiswa: Lebih 300,000 tablet diagih", "article_text": "MACHANG - Sebanyak 381,251 tablet diagihkan di seluruh negara menerusi inisiatif PerantiSiswa yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi Digital sejak September 2022.Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kemudahan itu bertujuan membantu mahasiswa dan pelajar daripada keluarga B40 bagi memastikan kelancaran proses pembelajaran.Menurut beliau, seramai 29,609 penerima inisiatif PerantiSiswa sudah dikenal pasti di Kelantan\"Sehingga kini sebanyak 24,525 tablet sudah diedarkan di negeri ini,\" katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Saya Digital 2023 Kelantan di UiTM Cawangan Kampus Machang, Kelantan pada Sabtu.Turut hadir, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, Kempen Saya Digital turut diadakan bagi mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital bertujuan memperkasakan ekonomi digital.\"Kempen ini melibatkan masyarakat terutamanya golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosio ekonomi, pelajar dan usahawan,\" katanya.Selain itu, beliau berkata, kementerian itu juga melaksanakan Program eUsahawan Saya Digital Bisnes yang merupakan antara teras Kempen Saya Digital dan berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul lebih RM1.1 bilion.Jelajah Saya Digital 2023 Kelantan yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dan usahawan tempatan itu merupakan program turun padang untuk meningkatkan literasi kemahiran digital rakyat.Program berkenaan seiring dengan visi menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 06:03pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265154/berita/politik/prn-azmin-tak-akan-serang-anak-didik", "article_title": "PRN: Azmin tak akan 'serang' anak didik", "article_text": "SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Selangor tidak akan menyerang peribadi mana-mana pihak atau individu termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kempen mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).Pengerusi PN negeri itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata, PN Selangor akan memberi fokus kepada tiga perkara antaranya menyelesaikan permasalahan rakyat di negeri berkenaan.Menurut Mohamed Azmin, Amirudin merupakan sahabat lama beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah mengakui beliau membawa nama 'anak didiknya' itu untuk diangkat sebagai Menteri Besar.\"Ya beliau merupakan seorang sahabat lama saya dalam Keadilan (PKR), beberapa tahun (lalu) dan saya memang membawa nama beliau untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.\"Ini kerana ketika itu kita memerlukan seorang tokoh muda yang dapat membawa perubahan drastik kepada negeri Selangor namun pada hari ini kita tidak mahu meremehkan atau melontarkan (serangan peribadi) kepada mana mana individu atau mana mana pihak,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Mohamed Azmin menambah, fokus pertama PN Selangor pada PRN pada kali ini adalah mengukuhkan iltizam, kepimpinan dan anggota PN negeri berkenaan.\"Kedua, PN Selangor akan meneruskan kerja kuat kami untuk mengangkat umat dan memakmurkan negeri Selangor dan ketiga untuk memberikan penyelesaian kepada pemasalahan rakyat pada hari ini,\" katanya.Beliau berkata, ketika ini rakyat sedang marah kerana tidak ada penyelesaian daripada kerajaan Persekutuan dalam isu ekonomi, pekerjaan, kos sara hidup, inflasi, ringgit yang semakin lemah dan tiada penyelesaian sehingga kini.\"Oleh kerana kerajaan negeri pada hari ini bersekongkol dengan kerajaan Persekutuan sudah tentulah rakyat Selangor juga terkesan kerana rakyat Selangor mahukan penyelesaian yang tidak dapat diberikan.\"Maka kemarahan hari ini sudah menjadi satu gelombang maka mereka meletakkan satu harapan yang begitu menggunung kepada PN kerana telah melihat keupayaan dan prestasi kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun ketika itu negara menghadapi krisis tetapi kita mampu memberikan penyelesaian dalam keadaan gawat begitu.\"Apabila negara menghadapi krisis kita memerlukan kepimpinan bersih, bertanggungjawab dan itu ada dalam PN sebab itu gelombang kebangkitan rakyat pada hari ini tidak boleh ditahan lagi dan kami ini hanya memudah cara supaya peralihan kerajaan negeri kali ini berjalan dengan lancar demi rakyat di negeri Selangor,\" tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:57pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265152/berita/politik/ketepikan-perbalahan-lalu-kukuhkan-kerajaan-perpaduan", "article_title": "Ketepikan perbalahan lalu, kukuhkan Kerajaan Perpaduan", "article_text": "ALOR SETAR - DAP harus memainkan peranan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dengan memberikan sokongan penuh kepada semua parti-parti gabungan bawah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk untuk mentadbir negara, semua pihak harus mengetepikan perbalahan lalu selain bersatu hati menerajui negara.Menurutnya, ini bukanlah masanya lagi untuk sesama pemimpin gabungan itu \u2018bersengketa\u2019, sebaliknya tumpuan harus diberikan untuk menunaikan amanah rakyat.\u201cKita tidak ada masa untuk berbalah. Sekarang masanya untuk fokus bekerja. Tugas DAP adalah memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, bukan sebaliknya.\u201cSebab itu saya pernah katakan dalam sidang media sebelum ini, bahawa UMNO wajib bantu DAP dan DAP wajib bantu UMNO supaya BN dan PH kukuh. Mungkin perlu adanya nama gabungan baharu, Barisan Harapan,\u201d katanya dengan nada berseloroh pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Kor Ming yang juga Ketua Whip DAP di Parlimen meminta ahli DAP di semua peringkat tidak lagi mengungkit kisah silam untuk dijadikan modal politik terutama sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).\u201cKita harus \u2018move on\u2019, lupakan sengketa masa silam. Negara perlukan pemimpin daripada kerajaan yang bersatu hati, senada, sehati sejiwa untuk sama-sama perkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini untuk kebaikan semua pihak,\u201d jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Bekas Setiausaha Publisiti DAP itu juga meminta PH untuk tidak membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265153/berita/nasional/pembekuan-permit-pindahan-padi-ke-luar-negeri-bersifat-sementara", "article_title": "Pembekuan permit pindahan padi ke luar negeri bersifat sementara", "article_text": "PUTRAJAYA - Pembekuan permohonan permit pindahan padi ke luar negeri yang berkuat kuasa 20 Jun lepas merupakan satu langkah intervensi bersifat sementara untuk terus memastikan bekalan beras sentiasa stabil di dalam pasaran negara.Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan sekiranya terdapat keperluan Pelesen Membeli Padi untuk menjual padi di luar negeri, permohonan boleh dibuat di pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.Permohonan tersebut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh KPKM secara case by case basis, menurut KPKM dalam kenyataan berhubung isu pembekuan permohonan permit pindahan padi ke luar negeri di sini, hari ini.KPKM memaklumkan, arahan tersebut hanya melibatkan permohonan permit pindahan padi oleh Pelesen Membeli Padi, manakala petani masih boleh menjual hasil padi mereka di mana-mana kilang termasuk kilang di negeri lain.Keputusan itu telah mengambil kira kepentingan dan hak petani, menurut KPKM.KPKM memaklumkan petani hanya perlu memohon permit pindahan padi daripada pejabat KPB negeri berkenaan sekiranya ingin menjual padi ke kilang luar negeri.\"Sesi libat urus juga akan diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memperjelaskan isu-isu yang berbangkit untuk memastikan bekalan beras tempatan sentiasa stabil di pasaran dengan harga yang dikawal sebagai pilihan beras yang murah kepada pengguna,\u201d menurut kenyataan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:55pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265157/berita/semasa/bapa-tahu-berenang-tetapi-sudah-ajalnya", "article_title": "'Bapa tahu berenang tetapi sudah ajalnya'", "article_text": "KOTA BHARU - \u201cSaya tak sempat nak larang bapa naik paramotor,\u201d kata anak lelaki kepada bekas Penghulu Mukim Seribong, Mustaffa Isa, 60, yang maut dalam kejadian paramotor terjunam ke laut di Pantai Irama, Bachok, pada Jumaat.Muhamad Shaiful Mustaffa, 30, berkata, dia mendapat tahu bapanya mahu bermain sukan luncur udara itu melalui gambar yang dihantar ke kumpulan WhatsApp keluarga beberapa minit sebelum Mustaffa berlepas kira-kira jam 6 petang.Dia yang tinggal dan bekerja sebagai pekerja selenggara di sebuah hotel di Terengganu kemudian terus menghubungi bapanya untuk melarang menaiki paramotor berkenaan.Muhamad Shaiful\u201cSaya pernah bekerja sebagai pengendali paramotor lima tahun lalu. Itu yang dia hantar gambar berserta kapsyen 'nak ganti Shaiful' menyebabkan saya terus membuat panggilan video, tetapi dia putuskan kerana dah nak berlepas.\u201cSaya nak beritahu dia jangan naik paramotor tu, tetapi tak sempat. Selang 15 minit kemudian saya dapat tahu dia kemalangan dan sudah meninggal dunia,\u201d katanya ketika ditemui di rumah mereka di Seribong di sini pada Sabtu.Menurut Muhamad Shaiful, dia mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengendalikan paramotor dengan mengikuti rakan bapanya, Mat Jusoff Mamat, 77, yang turut terbabit dalam kemalangan itu, namun terselamat.\u201cBapa penumpang paramotor dan tahu berenang tetapi sudah ajalnya, kami sekeluarga tetap reda atas pemergian ini,\u201d katanya.RosnahSementara itu, isteri Mustaffa, Rosnah Hasan, 58, berkata, jenazah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seribong pada jam 11 pagi, Sabtu.Menurut Rosnah, suaminya beria-ria mengajak dia ke pantai untuk bermain sukan paramotor berkenaan.\u201cDua hari sebelumnya, ada juga dia ajak minum air pada waktu malam di pantai sama tetapi saya tak pergi.\u201cSemalam pun saya tak ikut tetapi tahu dia nak naik paramotor dan ini kali kedua dia bermain sukan tersebut,\u201d katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.Media sebelum ini melaporkan, Mustaffa dipercayai lemas apabila paramotor yang dinaiki bersama rakan baiknya terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, Mustaffa ditemui di kedalaman kira-kira tiga meter dalam lautan, manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:49pm"} {"author_name": "NAZRIN ZULKAFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265147/berita/politik/kenyataan-tony-pua-umpama-lafazkan-talak-tiga---ka-siong", "article_title": "\u2018Kenyataan Tony Pua umpama lafaz talak tiga\u2019 - Ka Siong", "article_text": "SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan korup.Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyifatkan kenyataan tersebut seperti melafazkan talak tiga terhadap BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan.Jelas beliau, kenyataan Tony itu juga tidak menggambarkan semangat kebersamaan dalam kerajaan.\u201cSaya berasa kesal malam tadi berlakunya satu episod yang tidak diduga, pemimpin seperti Tony menyerang BN sebagai parti korup. Kalau kata parti korup, sudah melafazkan talak tiga umpamanya. Di mana asasnya kerjasama?\u201cSaya pun merasa pelik. Ini mulut celupar ke mulut longkang. Kalau kita nak jadi kawan, kita tidak akan nak buruk-burukkan.\u201cDalam kita buat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tiba-tiba ada kenyataan sebegitu dibuat dalam majlis rasmi. Ramai yang bingung tengok apa yang berlaku dengan kerajaan ini,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.Tony pada Jumaat menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup.Sehubungan itu, Tony menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Menurut Ka Siong, sebagai antara parti yang bersama dalam membentuk kerajaan, perkara sedemikian tidak perlu diungkitkan.\u201cKalau ungkitkan sebegitu, orang akan jawab balik macam mana parti sendiri? Kalau kita mendokong semangat kebersamaan, keikhlasan patut ditunjukkan,\u201d ujarnya.Tambah beliau, setiap pemimpin perlu terus melangkah ke hadapan tanpa mencetuskan provokasi antara satu sama lain.\u201cAgong kata 'move on', semua pemimpin dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga kata 'move on'. Jadi kita 'move onlah',\u201d katanya.Ka Siong turut memaklumkan bahawa kerjasama yang dijalin tidak diterjemahkan dengan sebaiknya sebagai contoh ketika rundingan kerusi bagi PRN akan datang.\u201cMacam-macam tohmahan dibuat. Setiap parti ada maruah sendiri. Jangan sampai kita lafazkan talak tiga, lepas tu minta undi dengan orang lain.\u201cSesungguhnya semangat kebersamaan perlu ada dan terjemahkan dalam keikhlasan. Itu sahaja,\u201d katanya.Beliau juga mempersoalkan terhadap kenyataan Tony berkenaan PH perlu memerintah solo sekiranya memenangi PRU16.\u201cBukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan tikam belakang?\u201d soalnya.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265146/berita/politik/prn-34-kerusi-jadi-tumpuan-penentu-parti-bentuk-kerajaan", "article_title": "PRN: 34 kerusi jadi tumpuan, penentu parti bentuk kerajaan", "article_text": "SHAH ALAM - Gelanggang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi bakal menyaksikan perhatian ramai tertumpu kepada kempen dan pertembungan sengit di 34 kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, kata penganalisis politik.Dengan sokongan kawasan bandar diramal terus didominasi Pakatan Harapan (PH), pandangan ramai penganalisis adalah penguasaan di semua 34 kerusi itu, yang lebih 60 peratus adalah pengundi Melayu, akan membolehkan pemenangnya membentuk kerajaan negeri.Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata, secara tradisi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kebanyakannya di utara Selangor menjadi medan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun dengan senario politik semasa, persaingan meraih undi di kawasan itu pastinya lebih menarik.Katanya, 22 lagi kerusi dipertandingkan di Selangor adalah kawasan pengundi bercampur serta pengundi bukan Melayu yang tinggi, dan kawasan ini diyakini akan kekal menyokong PH.Beliau percaya, kerjasama antara PH selaku kerajaan negeri yang kini bersama BN, akan memberi kelebihan kepada mana-mana calon daripada kedua-dua parti itu dari sudut sokongan akar umbi untuk berdepan calon daripada PN, yang terdiri daripada komponen PAS, Bersatu dan Gerakan pada PRN kelak.\"Jika kerjasama PH-BN dapat diterjemahkan di peringkat negeri, saya yakin ia akan menjadi kelebihan besar kepada calon-calon mereka untuk berdepan dengan PN di 34 kerusi kritikal berkenaan.\"Dinamika politik semasa gabungan PH-BN ini dilihat boleh menjadi faktor merubah pola sokongan yang diterima PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas,\" katanya kepada Bernama.Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh pula berpandangan, kejayaan PN mendominasi kerusi Parlimen di kawasan utara Selangor, yang majoriti adalah pengundi Melayu pada PRU15, menjadikan pertembungan pada PRN kali ini lebih menarik dan mencabar.Beliau berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti pengundi Melayu antaranya Sungai Air Tawar; Sabak; Sungai Panjang, Hulu Bernam; Batang Kali; Sungai Besar; Permatang; Jeram dan Kuang pastinya diidamkan semua parti politik yang bertanding dalam usaha mereka mengimbangi pola pengundian pengundi bukan Melayu yang tinggi di 22 kerusi di kawasan bandar.\"Mengambil kira kejayaan PN di Parlimen Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Hulu Selangor pada PRU15, kita dapat jangkakan satu pertembungan menarik di kawasan utara Selangor ini dalam usaha semua parti memenangi undi orang Melayu.\"Namun, dengan PH dan BN kini berada dalam satu gabungan yang sama, saya yakin trend pengundian peringkat Parlimen pada PRU lepas bukan jaminan mutlak undi masyarakat luar bandar pada PRN ini kekal memihak PN,\" katanya.Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu memenangi 29 kerusi bagi membentuk kerajaan. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi DUN, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua), manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong.DUN Selangor bagi penggal ke-14 yang tempoh mandat sepatutnya tamat pada 25 Jun, secara rasminya dibubarkan semalam, sekali gus memberi laluan untuk diadakan PRN.Selangor adalah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini, dengan lima lagi negeri adalah Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.Untuk rekod, pada PRU15 di Selangor, PH menguasai 16 kawasan Parlimen iaitu Kota Raja, Pandan, Sepang, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam dan Klang. PN pula memenangi enam kerusi Parlimen iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:20pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265144/berita/politik/prn-dap-mahu-lebih-kuota-kerusi-jika-potensi-menang", "article_title": "PRN: DAP mahu lebih kuota kerusi jika potensi menang", "article_text": "ALOR SETAR - DAP berharap parti itu diberikan lebih kerusi untuk ditandingi di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, sekiranya calon DAP diyakini mempunyai peluang lebih cerah untuk menang di sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN), ia wajar dipertimbangkan.Menurutnya, walaupun terdapat permohonan dari negeri untuk menambah kuota kerusi namun parti itu terikat kepada pucuk pimpinan parti yang kini bergabung bawah Kerajaan Perpaduan.\u201cJika bolehlah kita merayu kepada pucuk pimpinan, berikan peluang kerusi lebih jika calon DAP ada peluang cerah untuk menang.\u201cNamun kita terikat kepada keputusan pucuk pimpinan, jika bolehlah (dapat kuota lebih),\u201d katanya pada sidang akhbar di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Mengulas sama ada hasrat DAP tersebut telah dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), Kor Ming yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, semua cadangan berkaitan PRN sudah dibincangkan dan kini di peringkat akhir.\u201cSemua cadangan-cadangan telah pun dikemukakan. Kita sudah sampai ke peringkat akhir, tinggal sedikit saja, tak ada masalah,\u201d ujarnya.Ditanya mengenai kewajaran menambah kuota calon DAP di Kedah yang menyaksikan hanya dua calon bertanding di DUN Derga dan Kota Darul Aman sejak beberapa pilihan raya lalu, Kor Ming meminta semua pihak bersabar sehingga ke hari pengumuman calon.\u201cTunggu pengumuman, selepas DUN bubar, durian akan runtuh,\u201d katanya secara berkias.Dalam pada itu, Kor Ming berharap pengundi akan membuat pilihan secara bijak dalam PRN ini dengan melihat kepada prestasi Kerajaan Perpaduan.\u201cNegara kita baru pulih dari pergolakan politik, sehinggakan dalam satu penggal bertukar empat Perdana Menteri. Pasti rakyat tak mahu (berulang). Sekiranya pergolakan berterusan, tak ada pelabur akan datang dan ekonomi tidak membangun, akhirnya rakyat menerima musibah.\u201cSaya merayu kepada pengundi termasuk di Kedah, kekalkan PH (sebagai kerajaan Persekutuan) untuk kestabilan politik supaya pelabur lebih yakin teruskan pelaburan,\u201d jelasnya.Kor Ming turut berkongsi pencapaian negara bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat dapat membuat penilaian dengan bijak.\u201cSemalam IMD World Ranking umumkan Malaysia pertama kali mengalahkan Korea Selatan, dari aspek \u2018world competitiveness ranking\u2019. Malaysia melonjak dari kedudukan 32 kepada 27 mengatasi Korea Selatan. Sebab itu saya katakan kepimpinan berintegriti bawah Perdana Menteri mula membuahkan hasil.\u201cJabatan Statistik Malaysia pula kemukakan, inflasi negara menurun ke paras 2.8 peratus dan antara terendah dalam tempoh 30 bulan. Ini bermaksud negara kita sekarang dalam landasan yang betul, cuma perlukan masa,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, tegasnya, Kerajaan Perpaduan amat menghormati amalan demokrasi selain sentiasa mendengar suara rakyat.\u201cKerajaan Malaysia Madani tak mainkan sentimen perkauman atau fahaman agama sempit yang keterlaluan. Fokus kita hanya jalankan amanah dan bekerja untuk rakyat,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:20pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265145/berita/semasa/kereta-terbalik-pemandu-maut-lima-penumpang-selamat", "article_title": "Kereta terbalik: Pemandu maut, lima penumpang selamat", "article_text": "PEKAN - Seorang pemandu maut manakala lima penumpang termasuk empat kanak-kanak selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 45, Jalan Pekan-Salong di sini pada Sabtu.Dalam nahas kira-kira jam 10.05 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Iswara, Noorain Moktar, 35, beralamat dari Kampung Alor Ara di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, tiga penumpang kanak-kanak berusia satu hingga 11 tahun cedera di muka manakala dua lagi penumpang berusia lima dan 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Felda Chini, Pekan menghala ke Gambang, Kuantan.\"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak sebuah lori dari arah bertentangan yang hampir memasuki laluannya.\"Akibat kejadian itu, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum terbalik,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:13pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265140/berita/politik/bn-tak-terlibat-jelajah-mega-madani-negeri-selangor-malam-ini", "article_title": "BN tak terlibat Jelajah Mega Madani Negeri Selangor malam ini", "article_text": "SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor mengesahkan tidak terlibat dalam Jelajah Mega Madani Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di sini pada Sabtu seperti tular di media sosial.Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, poster tular di media sosial memaparkan kononnya gambar pemimpin UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) hadir ke majlis itu tidak benar.\"Kita belum melancarkan jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan (peringkat negeri Selangor) dan gambar dalam poster melibatkan PM (Perdana Menteri) bersama TPM (Timbalan Perdana Menteri), MB (Menteri Besar Selangor) dan (Pengerusi UMNO Selangor), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin dalam poster itu sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.Jamal yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu, poster tersebar membabitkan BN tidak benar sebaliknya hanya melibatkan PH semata-mata.\"Saya difahamkan program malam ini tetap berlangsung tetapi hanya melibatkan pimpinan PH dan mungkin hanya ceramah biasa sahaja.\"Apabila ceramah biasa, maka di mana-mana pun ada program ceramah termasuk di Sungai Besar, jadi kita (jentera BN) tidaklah turun,\" ujarnya.Sehubungan itu, katanya, penyebaran poster itu disifatkan sebagai propaganda berniat jahat pihak yang tidak senang dengan kerjasama dijalin antara BN dan PH.\"Jika ada program pelancaran jentera (BN dan PH), sudah tentu kita hantar jentera, malah pada Isnin depan baharu ada perbincangan antara komponen BN.\"PH juga mungkin berbincang minggu ini dan setelah dua pihak berbincang barulah ada program di peringkat negeri,\" jelasnya.Sementara itu, Sinar Harian difahamkan hanya Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Selangor diadakan pada malam ini dan media turut diundang untuk menghadiri pelancaran jentera itu yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada jam 8 malam.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 05:05pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265139/berita/semasa/bau-busuk-rungkai-penemuan-mayat-pesara-kerajaan", "article_title": "Bau busuk rungkai penemuan mayat pesara kerajaan", "article_text": "SHAH ALAM - Bau busuk di sebuah kawasan perumahan teres di Seksyen U15 di sini merungkai penemuan mayat seorang wanita di salah sebuah rumah di kawasan tersebut pada Sabtu.Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, mangsa seorang wanita berumur 63 tahun dan merupakan pesara kerajaan.\"Siasatan awal mendapati rumah dalam keadaan berkunci dan pintu terpaksa dipecahkan dengan bantuan pihak bomba.\"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari di ruang tamu rumah tersebut berdasarkan keadaan yang telah berbau,\" katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Katanya, siasatan mendapati mangsa tinggal seorang diri di rumah tersebut.\"Mangsa dipercayai hanya datang sekali sekala daripada Pahang,\" katanya.Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.\"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam dan usaha mengesan waris mangsa sedang dijalankan.\"Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Zainol di talian 012-5781435,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:59pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265142/berita/nasional/pakej-tuisyen-rahmah-beri-manfaat-pelajar-kurang-mampu", "article_title": "Pakej Tuisyen Rahmah beri manfaat pelajar kurang mampu", "article_text": "JOHOR BAHRU - Pelaksanaan pakej Tuisyen Rahmah dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terutama mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelancaran pakej di bawah inisiatif Payung Rahmah itu bertujuan membantu kumpulan miskin tegar dan golongan kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan tambahan.\"Pakej ini menyasarkan murid sekolah bermula dari Darjah Empat sehingga Tingkatan Lima dengan penyediaan lebih 3,000 video tutorial berdasarkan sukatan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.\"Pakej itu turut melibatkan harga diskaun bermula serendah RM5 sebulan kepada murid Darjah Empat sehingga RM22 sebulan buat pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengikut subjek masing-masing,\" katanya.Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, pada Sabtu.Pakej Rahmah ITTV e-Learning yang turut melibatkan pakej Tuisyen Rahmah itu merupakan pakej perintis di negara ini dalam sektor pembelajaran dalam talian atau e-Learning sejak 2008 lalu.Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapat rendah dengan kerjasama rakanRrakan strategik yang terlibat.\"Oleh itu, KPDN berharap usaha ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan atau perkhidmatan ditawarkan dengan harga yang murah, berpatutan dan berkualiti seiring dengan produk yang ditawarkan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:58pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265137/berita/sukan/fandi-akui-sri-pahang-terpaksa-kerja-keras", "article_title": "Fandi akui Sri Pahang terpaksa kerja keras", "article_text": "KEJAYAAN Sri Pahang FC membelasah kelab tercorot, Kelantan FC, 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat disifatkan sebagai kemenangan yang belum sempurna.Sebaliknya pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad dipaksa bekerja lebih keras pada separuh masa kedua bagi menjinakkan skuad kendalian Frank Bernhardt yang tampil tanpa tenaga import selain diperkuatkan enam pemain muda dalam kesebelasan utama.Tegasnya, dia kurang berpuas hati dengan persembahan pemain di Kota Bharu walaupun skuad Tok Gajah menguasai rentak permainan.\"Sejujurnya, kami perlu bekerja keras terutamanya separuh masa kedua sebelum dapat menewaskan pasukan Kelantan yang tampil tanpa kelibat para pemain import.\"Malah dalam separuh masa pertama kami kurang bernasib baik biarpun mendahului satu gol apabila pasukan Kelantan lebih banyak membuat serangan balas,\" kata sejurus tamat perlawanan.Dalam pada itu, pengendali kelahiran Singapura itu turut mengakui situasi tersebut menyebabkan pasukan terpaksa melakukan tiga penukaran pemain bagi memperkemaskan semula rentak permainan pasukan.\"Saya lihat pemain Kelantan dalam perlawanan ini memiliki keyakinan begitu tinggi cuma mereka gagal menjaringkan gol.\"Saya percaya sekiranya pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol, tempo perlawanan berkemungkinan akan berubah menjadi lebih berintensiti tinggi,\" jelasnya.Dalam perlawanan itu, gol Sri Pahang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ketujuh, diikuti masing-masing dua gol daripada Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk membawa pulang tiga mata.Sementara itu, kekalahan ke-12 buat Kelantan FC dalam saingan liga itu disaksikan 3,528 penyokong sendiri di venue keramat The Red Warriors (TRW) selepas mengharungi 14 perlawanan yang menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga dengan melakarkan satu kemenangan, satu seri dan 12 tewas.Sri Pahang pula naik satu anak tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata selepas melakarkan sembilan kemenangan, empat seri, dua tewas dalam 15 perlawanan.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265136/berita/politik/prn-kelantan-jumlah-kerusi-kepada-ph-munasabah---khalid", "article_title": "PRN Kelantan: Jumlah kerusi kepada PH munasabah - Khalid", "article_text": "KOTA BHARU - Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) Kelantan adalah munasabah, kata Pengerusi Amanah Kelantan, Khalid Abdul Samad.Beliau yang enggan menamakan dan jumlah kerusi yang diterima PH hasil perbincangan bersama Barisan Nasional (BN) itu juga berkata, jumlah itu lebih baik berbanding diterima Bersatu yang membentuk gabungan dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN).\"Kami tidak terpinggir seperti Bersatu dengan PAS. Di Kelantan kami juga memang akur BN yang akan memimpin berdasarkan kepada keputusan pilihan raya dahulu,\u201d katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kelantan, di sini hari ini.Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dilapor berkata calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH yang merangkumi Amanah dan PKR.Setiausaha PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat pula mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.Sementara itu, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkata parti itu menyasarkan untuk memenangi tiga atau empat kerusi DUN pada PRN Kelantan nanti.Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan nama kerusi DUN yang disasarkan parti itu.\"Pembahagian kerusi di peringkat negeri sudah selesai dan hanya menunggu keputusan pusat,\u201d katanya. DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:47pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265135/berita/semasa/tiga-beradik-maut-motosikal-bertembung-mpv", "article_title": "Tiga beradik maut, motosikal bertembung MPV", "article_text": "PEKAN - Tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini pada Sabtu.Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, dan dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, serta Nik Ikram Nuqman, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu MPV jenis Nissan Sarena bersama enam penumpang berusia tiga hingga 65 tahun dilaporkan selamat dan tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu MPV bersama penumpang dalam perjalanan dari arah Taman Jambu, Pekan menghala ke Kuantan.\"Motosikal dinaiki tiga beradik itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke rumah mereka di Kampung Langgar di sini.\"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki tiga beradik itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan,\" katanya.Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265131/berita/semasa/suami-isteri-maut-kemalangan-di-jalan-gerik-jeli", "article_title": "Suami isteri maut kemalangan di Jalan Gerik-Jeli", "article_text": "GERIK - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Sabtu.Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nasir, 51, memandu kereta jenis Perodua Myvi dan isteri, Rohaya Harun, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala tiga anak mereka yang berusia tujuh, 12 dan 14 tahun dilaporkan parah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.10 petang.\"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler muatan simen dan kereta jenis Perodua Myvi.\"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu..Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 2.45 petang.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:21pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265128/berita/politik/umum-projek-di-kedah-bukan-umpan-prn", "article_title": "Umum projek di Kedah bukan \u2018umpan\u2019 PRN", "article_text": "ALOR SETAR - Projek menaik taraf infrastruktur kemudahan awam yang diumumkan mencecah RM36.34 juta di Kedah bukan dijadikan \u2018umpan\u2019 menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan berkenaan merupakan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat diberikan keutamaan.Menurutnya, kerajaan Malaysia Madani sentiasa bersikap adil dan saksama dalam pengagihan peruntukan tanpa melihat kepada perbezaan fahaman politik.\u201cPeruntukan diberikan bukan sempena PRN. Kesejahteraan rakyat keutamaan kerajaan tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.\u201cSetiap sen yang dibelanjakan harus memanfaatkan rakyat, bukan setakat dalam bentuk pembangunan ekonomi termasuk aspek keinsanan. Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri, setiap negeri menerima peruntukan yang disalurkan supaya tiada sesiapa tercicir,\u201d katanya pada sidang akhbar di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Teluk Wanjah pada Sabtu.Dalam siri jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Kedah, Kor Ming mengumumkan 95 projek bernilai RM36.34 juta diluluskan merangkumi 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.\u201cPeruntukan yang besar sekiranya dimanfaatkan tanpa ketirisan dan pembaziran, akan menepati sasaran. Oleh itu penting untuk Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, majlis daerah pastikan setiap peruntukan dilaksanakan dengan sempurna,\u201d ujarnya.Menurutnya, antara empat projek dinaik taraf termasuk Pasar Teluk Wanjah yang dibina pada tahun 2012 menerima peruntukan RM500,000 bagi melaksanakan 10 skop kerja, antaranya membina tandas di medan selera.\u201cDewan Datuk Syed Omar berusia lebih 30 tahun menjadi tumpuan mengadakan aktiviti sukan, riadah dan pameran jualan. KPKT luluskan peruntukan RM350,000 untuk enam skop kerja baik pulih.\u201cProjek naik taraf sistem perparitan di Taman Pulai Jaya Alor Setar pula sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja menghindari banjir kilat. Seterusnya, menyediakan kemudahan awam di Dataran Kejat Medan Selera Darul Aman berusia lebih 30 tahun sebanyak RM280,000,\u201d katanya.Menurutnya, sehingga kini KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.78 juta untuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi melaksanakan 12 projek.\u201cKesemua empat projek infrastruktur terbabit bernilai lebih RM1.8 juta dan harus bermula segera dan KPKT akan turunkan peruntukan secepat mungkin. Kita mahu setiap projek dapat disiapkan tahun ini.\u201cProjek yang terpilih adalah projek berimpak tinggi yang dekat di hati rakyat seperti naik taraf pasar awam, baik pulih tandas, baiki jalan rosak, pasangkan lampu solar, mampan, hijau dan jimat tenaga. Kita berikan peruntukan berdasarkan kepada apa yang rakyat mahukan,\u201d jelasnya.Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan, semua permohonan PBT kini perlu dilengkapi bilangan kuantiti (BQ) yang disahkan oleh Juruukur Bahan supaya kos berpatutan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan.\u201cKelulusan projek kini diberikan keutamaan kepada permohonan PBT yang lengkap dengan BQ, mudah untuk kita ketahui anggaran kos bagi sesuatu projek.\u201cKerajaan sebelum ini tidak ada, dulu hanya mohon dan tulis, sekarang tidak lagi. Semua berlandaskan kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti,\u201d tegasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265130/berita/semasa/poster-bantuan-rm1500-sempena-aidiladha-palsu---fahmi", "article_title": "Poster bantuan RM1,500 sempena Aidiladha palsu - Fahmi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500 adalah palsu.Perkara itu dimaklumkan oleh Fahmi menerusi akaun Facebook beliau hari ini.\"Ini sebaran palsu, harap maklum,\u201d katanya.Beliau turut berkongsi poster berkenaan yang menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:13pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265126/berita/semasa/polis-siasat-poster-tular-fitnah-teresa-kok-dilantik-pengerusi-felda", "article_title": "Polis siasat poster tular fitnah Teresa Kok dilantik Pengerusi Felda", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis menerima laporan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung fitnah berkaitan pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang tular di media sosial, Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, laporan dibuat oleh ahli parlimen berumur 59 tahun itu.\"Menerusi laporan polis tersebut, mangsa mendakwa melihat satu poster memaparkan ucapan tahniah di atas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda.\"Kejadian disedari semasa mangsa berada di pejabatnya yang terletak di Desa Enterprineurs Park Off Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur,\" katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Katanya, mangsa mendapati poster tersebut tular di beberapa medium media sosial.\"Mangsa terpaksa menambah perkataan palsu dalam poster yang tular ini dan berkongsi di media sosial untuk penafian.\"Siasatan awal mendapati hantaran palsu ini berasal daripada sebuah laman Facebook milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak,\" katanya.Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati poster tersebut adalah palsu dan tidak benar.\"Ini berdasarkan pengesahan oleh pihak Felda sendiri yang menyatakan bahawa tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pelantikan Pengerusi FELDA yang baru setakat ini.\"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 04:02pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265124/berita/politik/tony-pua-ibarat-kumpulan-pelampau--mahdzir-khalid", "article_title": "'Tony Pua ibarat kumpulan pelampau'- Mahdzir", "article_text": "ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) Kedah menganggap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua antara tergolong dalam kumpulan ekstrem yang tidak memberikan kebaikan kepada parti sendiri dan juga rakan kongsi.Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelibat individu seperti itu bukan sahaja berada di dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi juga dalam parti lain.\"Ada kumpulan yang dipanggil kumpulan pelampau, kumpulan ekstrem, wujud kumpulan (seperti) ini. Dia ada kumpulan ekstrem, ada sederhana moderate.\"Kalau Tony Pua dipanggil itu kumpulan ekstrem, pelampau, apa yang hendak dibuat semua tidak betul, dan mana-mana organisasi ada. Moderate dan pelampau, bila pelampau ini semua orang tidak betul.\"Kita letak Tony Pua, atau sesiapa yang seumpama dengannya, macam itu perangai, takkan boleh ubah, dia anggap dia yang betul, dia sahaja yang terbaik, orang lain tidak baik, orang lain semua jahat, itu mentaliti ekstrem, saya ingat Anthony Loke pun tolak orang seumpama ini, tidak boleh duduk (dalam pasukan),\" katanya pada Sabtu.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Jumaat berhubung kenyataan Tony Pua menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu juga turut memberikan label sama kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mahdzir yang juga Pengerusi UMNO Kedah berkata, perbezaan pendapat menjadi kebiasaan selepas BN dan PH berada di dalam Kerajaan Perpaduan namun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.\"Di Kedah setakat berunding dalam tiga empat bulan ini, tidak ada kumpulan ekstrem macam ini.\"Ini keluar (kenyataan) dalam satu jamuan memang tidak acceptable (diterima)\"Mereka tidak boleh control bila ekstremis ada dalam parti dia, tidak boleh kawan dengan orang, mungkin dalam BN pun ada, PN pun ada, PH pun ada,\" ujar beliau lagi.ARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:48pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265123/berita/semasa/bekas-pemain-bola-sepak-ditahan-ceroboh-bilik-hotel", "article_title": "Bekas pemain bola sepak ditahan ceroboh bilik hotel", "article_text": "PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air sekitar tahun 2000 ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang, sebelum bertindak agresif sehingga berlaku kekecohan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita kira-kira jam 6.10 petang, mendakwa suspek menceroboh masuk ke biliknya.\"Siasatan dijalankan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa meninggalkan bilik hotel tersebut untuk menyelamatkan diri,\" katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek di sekitar kawasan Petaling Jaya sebelum suspek direman untuk siasatan selanjutnya.\"Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:46pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265127/berita/politik/prn-kemenangan-pn-mampu-ubah-landskap-politik-negara", "article_title": "PRN: Kemenangan PN mampu ubah landskap politik negara", "article_text": "SHAH ALAM - Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) di Selangor dan negeri-negeri lain pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dilihat berupaya mengubah landskap politik negara.Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yusuf Hairi berkata, calon PN di negeri itu akan bertanding kesemua 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.\"Menang PN di negeri Selangor, landskap politik di peringkat pusat akan berubah dan saya kira kerusi-kerusi politik, kerusi-kerusi kerajaan di negeri-negeri juga berubah, insya-ALLAH,\" katanya pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Hadir sama, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Mengulas lanjut mengenai PRN di Selangor, beliau memaklumkan kesemua kerusi pada PRN berkenaan akan ditandingi calon-calon daripada gabungan parti terlibat dengan menggunakan logo PN.\"Seluruh kerusi di negeri Selangor kita akan letakkan calon kita, seluruh calon kita adalah calon PN dan insya-ALLAH kita akan menang sebagai PN dan kerajaan PN,\" katanya.Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Kedah kekal menggunakan logo perikatan berkenaan pada PRN akan datang, sama sebagaimana ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.Pada Mei lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berkata, dua negeri lagi iaitu Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas pada PRN nanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:40pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265121/berita/politik/ph-tak-tuntut-jawatan-exco-johor", "article_title": "PH tak tuntut jawatan Exco Johor", "article_text": "JOHOR BAHRU - \"Kita tak tuntut kerana yakin dengan kepimpinan dan kestabilan politik di Johor,\"Itu reaksi Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub bagi mengulas isu berhubung jawatan exco kerajaan negeri ketika ini yang dilihat tidak melibatkan wakil daripada PH.Menurut Salahuddin, pihaknya yakin dengan kepimpinan dan kestabilan politik yang dicapai Johor ketika ini di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Bagaimanapun katanya, rundingan akan dibuat melibatkan agihan jawatan di peringkat akar umbi negeri agar ia turut melibatkan wakil daripada PH.\"Setakat ini, PH Johor tidak mendesak apa-apa sebab kita lihat kestabilan politik di Johor adalah lebih penting dan malah kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat telah menyebabkan peranan Ketua Pembangkang diubah kepada Ketua Pengimbang.\"Walaupun kita (PH) bukan sebahagian daripada kerajaan Johor, namun banyak program libat urus boleh diadakan secara bersama dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi,\" katanya pada sidang media setelah menghadiri Perhimpunan Bulanan, Apresiasi Pendidikan dan Pelancaran ITTV e-Learning Rahmah di Kempas, pada Sabtu.Salahuddin berkata demikian bagi mengulas khabar angin mengenai rombakan yang bakal berlaku dalam barisan exco kerajaan negeri Johor yang menyaksikan beberapa nama digugurkan dan digantikan dengan individu lain.Antara calon-calon yang disebut akan mengisi kekosongan jawatan exco berkenaan termasuklah ADUN daripada PH bagi menggambarkan konsep Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN ketika ini.Sementara itu, Salahuddin yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, langkah itu bagi memastikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH diberi peluang untuk terlibat dalam pembangunan negeri ini.\"Oleh itu, kita tidak menuntut apa-apa kedudukan khususnya jawatan exco kerajaan negeri,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:30pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265119/berita/semasa/pengendali-facebook-jdt-fans-club-ditahan-hina-sultan-johor", "article_title": "Pengendali Facebook JDT Fans Club ditahan hina Sultan Johor", "article_text": "KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan polis kerana membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor.Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada Jumaat di Alor Setar, Kedah.Menurutnya, turut dirampas telefon bimbit dan kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.\"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.\"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,\" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, suspek telah direman tiga hari sehingga Isnin.Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja hingga menggugat keharmonian negara.\"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:22pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265116/berita/semasa/kertas-siasatan-polis-mabuk-pandu-lawan-arus-diserah-ke-bukit-aman", "article_title": "Kertas siasatan polis mabuk pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kertas siasatan membabitkan pegawai polis yang ditahan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Cheras, di sini minggu lalu telah diserahkan kepada bahagian perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kertas siasatan itu diserah pihaknya pada minggu lepas.\"Kertas siasatan sudah diserahkan dan pihak perundangan Bukit Aman akan meneliti siasatan tersebut bagi tindakan seterusnya,\" katanya kepada pemberita pada Pelancaran Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras pada Sabtu.Zam Halim berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pegawai terbabit selesai waktu kerja.Katanya, kes disiasat Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam) dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengambil alkohol melebihi jumlah ditetapkan.Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus pada 15 Jun lepas.Dalam kes berasingan, polis sedang mengesan dua lagi penjenayah pecah rumah bersenjata parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati dalam kejadian di Taman Supreme, Cheras di sini pada 8 Jun lalu.\u201cSiasatan masih dijalankan dan kita ada petunjuk mengenai kes itu.\u201cKita juga masih menunggu laporan patologi dua suspek yang mati ditembak itu daripada pihak hospital,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:09pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265115/berita/nasional/jangan-jadikan-perbezaan-politik-senjata-permusuhan---pm", "article_title": "Jangan jadikan perbezaan politik senjata permusuhan - PM", "article_text": "NILAI - Perbezaan politik tidak sepatutnya dijadikan senjata permusuhan dan memfitnah antara satu sama lain.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya ia perlu dijadikan ruang untuk masing-masing memberi cadangan yang lebih baik demi kebaikan negara.\"Saya belum dengar lagi cadangan lebih baik. Kita kurangkan subsidi elektrik dikatakan beri beban kepada rakyat sedangkan kita kurangkan kepada mereka yang menggunakan 1,500 kWj.\"Tiada orang pun yang guna melainkan Seri Perdana rumah Perdana Menteri. Tapi dikempen beri beban kepada negara,\" katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa(KUD) di Dataran Nilai di sini pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Malah kata Anwar, perbezaan pandangan turut berlaku dalam perbincangan Jemaah Menteri tetapi akhirnya keputusan tetap perlu dibuat.Dalam pada itu beliau mengakui hubungan baharu Pakatan Harapan(PH) dengan Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan masih mengambil masa memandangkan sekian lama tidak mempunyai hubungan yang baik.Bagaimanapun katanya, semua pihak perlu saling memaafkan antara satu sama lain seperti yang dituntut dalam al-Quran.\"Kena tahu ini gabungan baharu, kadang-kadang kena ambil masa sikit. Dia geram lama, tapi tak boleh macam itu.\"Kita ini kena maafkan kalau kita ada keikhlasan. Bukan maafkan untuk orang merompak, bukan maafkan untuk dia fitnah kita, tapi maafkan untuk kita bawa kebaikan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 03:02pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265114/berita/nasional/warga-asing-dilarang-beli-barangan-bersubsidi-negara", "article_title": "Warga asing dilarang beli barangan bersubsidi negara", "article_text": "JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Sabtu menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini.Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbuatan berkenaan (beli barang bersubsidi negara ini), merupakan satu kesalahan yang serius dan boleh didakwa mengikut undang-undang negara.\"Polisi jelas, warga asing tidak boleh membeli barangan bersubsidi negara Malaysia... itu adalah kesalahan yang serius.\"Saya harap insiden yang berlaku beberapa hari lepas, ikut laporan terkini pembeli itu tidak sempat membeli (RON95) berdasarkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup).\"Tapi saya mengambil tanggungjawab insiden dua hari lepas itu untuk minta penjelasan daripada pemilik stesen minyak berkenaan. Kita berikan penegasan bahawa tak boleh jual RON95 kepada mana-mana warga asing; sekiranya mereka lakukan mereka boleh didakwa kerana ia adalah bahan bersubsidi untuk rakyat Malaysia sahaja,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengumumkan Pakej Rahmah, IITV Learning sempena Perhimpunan Bulanan dan Apresiasi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Tahun 2023, pada Sabtu.Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden warga asing cuba mengisi minyak RON95 ke dalam tong yang dibawa di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri pada Rabu.Sementara itu, Salahuddin berkata, dia mahu melihat rakaman CCTV berkenaan terlebih dahulu dan meneliti laporan berhubung insiden berkenaan.\"Saya nak tengok dulu rakaman CCTV sebelum buat apa-apa keputusan,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:54pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265113/berita/nasional/kerajaan-guna-segala-usaha-tamatkan-tuntutan-sulu---azalina", "article_title": "Kerajaan guna segala usaha tamatkan tuntutan Sulu - Azalina", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia akan terus melaksanakan segala usaha bagi menamatkan tuntutan timbang tara melibatkan isu tuntutan Kumpulan Sulu yang turut menggunakan negara-negara lain bagi menguatkuasakan perintah award tidak sahih.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana kos pengendalian bagi perintah palsu tersebut akan memberi impak kewangan kepada kerajaan Malaysia dan wang rakyat.\"Saya berharap komuniti penimbang tara antarabangsa akan mengambil tindakan berkesan dan secara kolektif bagi mengekalkan kesucian proses serta amalan timbang tara.\"Mana-mana negara sama ada kaya atau miskin, tidak seharusnya menjadi mangsa kepada timbang tara yang tidak berasas atau terperangkap melalui penyalahgunaan proses undang-undang, seperti dalam kes Sulu yang dari awal lagi merupakan penyalahgunaan secara sistematik terhadap proses timbang tara.\"Sebagai ahli undang-undang dan bekas peguam, saya menyokong usaha pengukuhan sistem timbang tara global selain menggesa pengawalan pembiayaan litigasi terutama dari sudut ketelusan dan pendedahan mengenai dana diperoleh,\" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, Azalina menyatakan peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.Azalina berkata, ketika ini beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.Mengulas lanjut, Azalina berkata, kes Sulu juga mencerminkan bagaimana proses timbang tara boleh disalahgunakan untuk mengancam negara-negara berdaulat dalam ketiadaan mekanisme pengawasan selain kegagalan penimbang tara untuk mematuhi standard etika dan profesional yang tegas.Jelas beliau, satu kod etika yang tegas bagi penimbang tara akan dapat menghapuskan mana-mana penimbang tara palsu yang berupaya sehingga melumpuhkan sebuah negara berdaulat.Menurutnya, tiada negara berdaulat sepatutnya terperangkap oleh konspirator disebabkan oleh kegagalan penimbang tara mematuhi standard etika yang ketat.\"Proses timbang tara pada hari ini terdedah kepada penyalahgunaan. Proses timbang tara itu sendiri boleh dipindahkan dan sebelum keputusan di Sepanyol diperoleh, penimbang tara dalam kes Sulu ini memindahkan kes timbang tara ke Paris.\"Penuntut kemudian berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan dari perintah itu di negara seperti Belanda dan Luxembourg,\" ujarnya.Beliau membuat secara kesimpulan bahawa pihak yang membuat tuntutan boleh memindahkan proses ini ke negara-negara yang mempunyai keanggotaan dalam Konvesyen New York 1958 mengikut pilihan mereka hingga dapat mencapai satu keputusan yang dapat menguntungkan mereka.Katanya, mereka berupaya menggunakan taktik tersebut kerana menerima pembiayaan yang tinggi daripada dana litigasi.\"Pelabur yang menyokong usaha mereka, dengan harapan jika penuntut berjaya dalam proses timbang tara ini maka mereka akan mendapat laba sebagai komisen dari perintah award itu.\"Usaha mereka ini boleh berterusan. Bagi Malaysia, setiap ringgit dan sen serta sumber yang digunakan bagi mempertahankan kedaulatan negara datang dari duit rakyat,\" ulasnya.Justeru, Azalina berkata, perkara tersebut bukanlah pertikaian komersil tetapi satu tuntutan timbang tara palsu selain Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan negara ini.\"Sementara Malaysia terus mempertahankan kedaulatan negara, usaha sedang dilakukan secara seiring untuk lebih memahami kes Sulu ini dan bagaimana proses timbang tara boleh diperbaiki lagi untuk mengelak disalahgunakan.\"Antara usaha tersebut adalah Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung pada 4 Julai 2023 di Sabah. Kolokium ini yang juga diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Mei lepas telah berjaya menghimpunkan ahli akademik, peguam, ahli sejarah dan komuniti timbang tara antarabangsa.\"Selain ia berfungsi sebagai platform untuk mendorong perbincangan tentang kes Sulu. Kolokium itu juga turut akan diadakan di United Kingdom pada akhir tahun ini,\" jelas beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:49pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265108/berita/politik/keputusan-tuntutan-rm10-juta-terhadap-zuraida-belum-muktamad", "article_title": "'Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad'", "article_text": "SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum muktamad.Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.\"Jadi kita jangan gelojoh untuk mendahului keputusan mahkamah, ada lagi dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.\"Saya kira proses itu harus dihormati semua pihak,\" katanya ketika ditemui pada Konvensyen Pilihanraya Perikatan Nasional Selangor 2023 di Ideal Convention Centre di Seksyen 15 di sini pada Sabtu.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada Zuraida yang keluar parti itu tiga tahun lalu.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar syarat bon yang mengikat mereka dengan parti tersebut.Selain Zuraida, mereka termasuklah Mohamed Azmin (Gombak) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)Pada 23 Jun lalu, media melaporkan PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida.Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana berpaling tadah daripada parti itu selepas menang kerusi Parlimen Ampang buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan bon RM10 juta daripada PKR terhadap bekas menteri itu, yang kehilangan kerusi Ampang kepada wakil PKR, Rodziah Ismail pada PRU15 tahun lepas.Peguam parti tersebut, Navpreet Singh seperti dilaporkan media mengesahkan keputusan yang disampaikan oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir semasa prosiding dalam talian.Navpreet berkata, mahkamah mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat bekas ahli Parlimen Ampang berkenaan.Mohamed Azmin menambah, sebagai rakyat Malaysia beliau juga mempunyai hak untuk mempertahankan keputusannya keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen pada 2020.\"Saya tidak tahu apa perancangan jahat pihak musuh dan sebagai rakyat Malaysia saya ada hak untuk mempertahankan hak saya,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:39pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265104/berita/politik/amanah-serah-kepada-bn-tentukan-calon-mb-kelantan", "article_title": "Amanah serah kepada BN tentukan calon MB Kelantan", "article_text": "KOTA BHARU - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon Menteri Besar jika gabungan Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Beliau berkata, tindakan itu tepat apabila BN dilantik sebagai ketua selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan dengan Pas pada PRN itu nanti.\"Untuk PRN Kelantan, BN akan 'lead' secara keseluruhan walaupun kita ada bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).\"Bagaimanapun, semua perkara itu akan dibincangkan kemudian,\" katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Amanah Kelantan di sini pada Sabtu.Menurut beliau, kerjasama antara BN dan PH berjalan baik apabila kesemua parti tidak bersikap 'abang besar'.Ujarnya, segala perbincangan yang sudah diatur sebelum ini berjalan lancar.Khalid memberitahu, PRN kali ini Amanah menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya empat daripada 14 kerusi yang diperuntukkan kepada PH.Kata beliau, sasaran itu mampu dicapai jika seluruh jentera parti memberikan komitmen pada PRN nanti.Pengarah Komunikasi Amanah itu mengakui, Kelantan sukar untuk ditembusi kerana rata-rata rakyat sudah sebati dengan Pas.\"Namun ia tidak menggugat semangat PH dan BN untuk menggempur negeri ini dengan sekurang-kurangnya menambahkan lagi bilangan wakil rakyat pembangkang di DUN,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265105/berita/semasa/suami-isteri-ditahan-disyaki-dera-budak-lelaki", "article_title": "Suami isteri ditahan disyaki dera budak lelaki", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur, semalam.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas penduduk setempat melaporkan mengenai kejadian tersebut petang semalam.Beliau berkata susulan laporan itu, polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam.\"Pemeriksaan pada badan kanak-kanak itu menemukan kesan lebam di kaki dan pipi serta kesan rotan... Kita percaya kejadian dera ini masih baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu.\"Mangsa merupakan anak tunggal dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur,\" katanya pada sidang media selepas melancarkan Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras di sini hari ini.Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan suspek lelaki itu mendakwa mangsa nakal.Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita yang juga ibu mangsa negatif dadah.Mohd Shuhaily berkata, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penjual nasi lemak itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:23pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265103/berita/nasional/skmm-perlu-lebih-tegas-tangani-isu-fitnah-di-media-sosial", "article_title": "SKMM perlu lebih tegas tangani isu fitnah di media sosial", "article_text": "KOTA BHARU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu lebih tegas terhadap tindakan platform media sosial bagi mengelakkan lebih banyak fitnah melalui media berkenaan.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, banyak maklumat diterima mengenai perkara yang boleh membina persepsi buruk terutama melibatkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).Menurut beliau, fitnah bukan sahaja ketika pilihan raya negeri (PRN) malah di luar PRN juga banyak berlaku tohmahan.\"Kita sudah mengadakan pertemuan bersama pengurusan TikTok pada hujung 2022 dan 2023 dan alhamdulillah mendapat perkembangan baik,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani di sini pada Sabtu.Fahmi menjelaskan, antara tugas dan fungsi Komuniti Madani ialah untuk mengenal pasti lokasi yang menghadapi masalah internet.Katanya, mereka akan bekerjasama dengan SKMM dan memberi laporan kepada pihak terbabit supaya masalah itu dapat diselesaikan.Selain itu Fahmi memberitahu, turut mengadakan pertemuan dengan pihak Telegram selain ada keperluan bertemu pengurusan Meta.\"Kerjasama baik dengan SKMM, polis dan penyedia platform perkhidmatan media sosial ini amat penting bukan hanya untuk mengelak sebarang bahan-bahan 3R tetapi bagi memastikan platform terbabit tidak disalah guna oleh penjenayah,\" katanya.Beliau turut memberi contoh ada platform media disalah guna oleh scammer untuk mencuri sebanyak RM45 juta wang rakyat Malaysia sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.Fahmi pada masa sama memberitahu, perlu kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia supaya SKMM mempunyai kuasa yang lebih untuk isu berkenaan.Pada sidang akhbar sama, Fahmi memberitahu, beliau sudah meminta SKMM meneliti bagi memastikan semua kawasan terlibat menerima capaian internet.\"Ketika ini kita belum ada senarai lokasi pusat penamaan calon atau penjumlahan undi tetapi kita sudah bersedia,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:16pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265102/berita/politik/tony-pua-umpama-gelandangan-politik", "article_title": "Tony Pua umpama 'gelandangan politik'", "article_text": "JOHOR BAHRU - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilihat cuba mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan menghentam Barisan Nasional (BN) kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, kenyataan 'panas' tersebut sudah tentu akan menarik perhatian media dan orang ramai sekali gus tumpuan diberikan kepada Tony Pua.\"Pemuda UMNO Johor menzahirkan rasa simpati dan kasihan dengan saudara Tony Pua. Kita faham sekarang sebagai seorang gelandangan politik (political outcast), beliau pastinya tercari-cari tempat dan kesempatan untuk kekal relevan.\"Beliau barangkali menaruh harapan bahawa dengan kenyataan-kenyataan yang sebegitu itu, dapatlah mencuri tumpuan dan ihsan daripada media dan orang ramai,\" katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Noor Azleen menegaskan kenyataan Tony Pua itu langsung tidak memberi kesan kepada fokus dan matlamat utama UMNO ketika ini.\"Sekarang kita perlu pastikan kemenangan calon-calon daripada gabungan Kerajaan Perpaduan BN dan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan,\" katanya.Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 02:05pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265101/berita/sukan/bayern-sambar-khidmat-guerreiro-secara-percuma-dari-dortmund", "article_title": "Bayern sambar khidmat Guerreiro secara percuma dari Dortmund", "article_text": "BAYERN Munich menandatangani bek kiri Portugal, Raphael Guerreiro secara percuma daripada pesaing Borussia Dortmund, kata juara Bundesliga itu.Guerreiro yang kontraknya dengan Dortmund berakhir pada 30 Jun telah menandatangani perjanjian setahun bersama Bayern.Pemain berusia 29 tahun itu akan bersatu semula dengan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang membawanya ke Dortmund dari kelab Perancis Lorient pada 2016.\u201cApabila panggilan datang daripada Bayern, saya membuat keputusan dengan pantas tanpa perlu berfikir panjang.\u201cIa satu penghormatan untuk saya dapat bermain untuk kelab hebat ini, dan saya juga menghargai Thomas Tuchel sejak kami bersama di Dortmund,\u201d kata Guerreiro.Sebagai rekod, Guerreiro menghabiskan tujuh tahun di Dortmund dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan untuk kelab itu,Dia juga telah menjaringkan 40 gol dan mempunyai 64 caps bersama Portgual selain memenangi Euro 2016.Menariknya, biarpun beraksi selaku pemain pertahanan, namun Guerreiro juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan di bahagian tengah.Dia mencatatkan empat gol dan 12 bantuan gol dalam Bundesliga musim lalu, ketika Bayern mengekalkan penguasaan di Bavaria menewaskan Dortmund dengan perbezaan gol bagi merangkul kejuaraan liga ke-11 berturut-turut.Sebagai rekod, pemain pertahanan Mats Hummels adalah pemain terakhir yang berpindah dari Dortmund ke Bayern pada 2016, apabila kembali ke kelab lembah Ruhr tiga tahun kemudian.Guerreiro adalah pembelian kedua Bayern di luar musim, selepas pemain tengah Konrad Laimer menyertai RB Leipzig, juga secara percuma", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:56pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265100/berita/politik/kenyataan-tony-pua-tidak-mewakili-dap---sheikh-umar", "article_title": "Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Sheikh Umar", "article_text": "JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan kenyataan dikeluarkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua bukan mewakili parti.Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu sebaliknya melihat kenyataan dikeluarkan Tony Pua itu atas kapasiti dirinya sendiri memandangkan bekas Ahli Parlimen Damansara itu tidak memegang apa-apa jawatan di dalam DAP.\"Tony Pua pada ketika ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Oleh itu, saya fikir beliau bercakap atas kapasiti dirinya sendiri dan bukan mewakili parti.\"Sebarang kenyataan provokatif mesti dielakkan. Jangan ibarat menembak kaki sendiri sedangkan kita baru mahu stabil berdiri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara pada masa ini,\" katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memberitahu pada dasarnya, DAP telah memutuskan untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.\"Ia selepas keputusan PRU15 yang menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan pusat.\"Seterusnya menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk,\" katanya.Justeru beliau berpendapat, seluruh kekuatan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan mesti difokuskan untuk mewujudkan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.Media sebelum itu melaporkan, Tony ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau pakatan 'korup'.Tony dalam ucapan sama turut menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:50pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265099/berita/politik/calon-tandatangani-aku-janji-setia-kepada-pn-muhyiddin", "article_title": "Calon tandatangani aku janji setia kepada PN: Muhyiddin", "article_text": "MUAR - Kesemua 245 calon Perikatan Nasional (PN) membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan menandatangani surat aku janji agar berpegang teguh dengan dasar gabungan itu.Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aku janji tersebut tidak meletakkan sebarang nilai denda sebagaimana yang dilakukan sesetengah parti sebelum ini.\"Kita tidak buat begitu kerana yakin calon-calon PN berpegang kepada aku janji dan angkat sumpah. Aku janji sudah dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\"Aku janji ini biasanya untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan rasuah dan berpegang kepada perlembagaan serta undang-undang. Kita harap mereka berpegang teguh kedudukan mereka itu atas dasar PN,\" katanya.Muhyiddin (tiga dari kiri) menyerahkan lembu korban sempena Program Korban Perdana Parlimen Pagoh di Bukit Pasir pada Sabtu.Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 52 lembu sempena Program Korban Perdana Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, di sini, pada Sabtu.Ahli Parlimen Pagoh itu menambah semua calon PN juga perlu menjalani tapisan untuk memastikan mereka 'bersih' daripada sebarang kesalahan dengan pihak berkuasa termasuk tidak muflis.\"Sebelum pemilihan dibuat, semua bakal calon perlu melalui proses saringan dengan teliti serta diperhalusi bagi memenuhi kriteria ditetapkan.\"Proses tapisan dijalankan bagi memastikan mereka tidak ada rekod polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Insolvensi.\"Ini sudah dijadikan panduan, pendek kata kita sudah bersedia lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum tarikh penamaan calon,\" katanya.Sementara itu, Muhyiddin turut melahirkan keyakinan PN mampu menyapu bersih kerusi di sesetengah negeri pada PRN negeri.\"Tiga negeri bawah pentadbiran PN yang dipimpin oleh Pas sebagai Menteri Besar akan kekal pada PRN ini.\"Malah jumlah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi juga akan meningkat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:43pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265096/berita/politik/pas-bukan-abang-besar-dalam-pn---muhyiddin", "article_title": "Pas bukan 'abang besar' dalam PN - Muhyiddin", "article_text": "MUAR - Pas sememangnya layak memperoleh bilangan kerusi lebih banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana parti itu sudah lama wujud berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak timbul isu Pas 'abang besar' di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil telah dilaksanakan.\"Fakta bahawa Pas mempunyai kerusi yang lebih banyak memang jelas kerana sebelum kami (Bersatu) wujud, Pas sudah lama wujud. Malah Pas juga sudah mengusai kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu serta Kedah.\"Selain itu, Pas juga sudah ada kerusi-kerusi di negeri lain. Dari segi proses pertimbangan pembahagian kerusi ini kita lihat, Pas sudah mempunyai ramai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu,\" katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Pagoh di Bukit Pasir dekat sini pada Sabtu.Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menambah walaupun Pas memperoleh kelebihan lebih banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah namun Bersatu juga mempunyai lebih kerusi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.\"Kita tidak panggil parti itu 'abang besar' atau 'abang kecil'. Saya Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, yang disokong oleh Pas.\"Tidak kisah siapa yang memimpin asalkan mempunyai azam dan perjuangan yang sama di dalam PN,\" katanya.Pada Khamis, Muhyiddin mengesahkan (PN) sahkan akan bertanding di kesemua iaitu 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Daripada jumlah itu, Pas akan bertanding 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265098/berita/hiburan/hasrat-hati-salwa-abd-rahman-subadron-di-tanah-suci", "article_title": "Hasrat hati Salwa Abd Rahman, Subadron di Tanah Suci", "article_text": "MAKKAH - Bagi penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman, 58, kehadiran ke Tanah Suci kali ini amat bermakna kerana hajat untuk datang bersama-sama suaminya, Datuk Subadron Abd Aziz akhirnya tercapai.Artis yang popular pada tahun 80an itu berkata, sebelum ini suaminya tidak pernah menunaikan umrah dan menyimpan hasrat untuk terus menunaikan haji apabila menjejakkan kaki ke Makkah.\"Syukur Alhamdulillah kerana dapat sambut ulang tahun perkahwinan ke-36 di bumi Makkah ini dengan suami di sisi. Ini adalah pengalaman paling manis dalam hidup kami.\"Hadir sebagai jemaah haji muassasah juga adalah pengalaman berharga dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur,\" katanya kepada pemberita di sini.Subadron ketika ditanya perasaan apabila terpilih pada tahun ini pula amat bersyukur kerana sebelum ini tidak berkesempatan ke Tanah Suci kerana fokusnya terhadap bola sepak.Bekas pemain kebangsaan dan pernah mewakili pasukan Kuala Lumpur itu juga berharap dipermudahkan urusan sepanjang melakukan ibadah di sini.Kata Subadron, di bumi yang barokah ini dia memohon agar projek pembinaan Kompleks Sukan Mini Dato Subadron Aziz di Sungai Chincin, Gombak, Selangor berjaya direalisasikan.\"Cita-cita saya nak buka sekolah tahfiz tapi sebagai bekas pemain bola agak sukar terlibat dan dapat kerjasama, jadi impian saya kompleks itu kelak akan dapat bantu ramai anak muda berjaya dalam bola sepak,\" katanya.Ujarnya, ketika ini terdapat seramai 300 pemain yang bernaung di bawah Akademi Bola Sepak Subadron dengan penekanan turut diberikan dalam aspek pembinaan akhlak untuk menjadi Muslim yang taat perintah ALLAH.\"Budak-budak yang tercicir tiada siapa yang tolong atau pantau. Jadi apabila kita masukkan dalam akademi boleh gilap mereka main di peringkat negeri dan tahap lebih tinggi,\" katanya.Pada 18 November tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan kompleks berkenaan.Ia akan dibina di atas tanah milik Subadron dengan sokongan kerajaan negeri dan Pertubuhan Pewaris Anak-anak Melayu Gombak (Pewarga).Buat permulaan dua padang bola dan sebuah bangunan pentadbiran akan dibina yang menelan belanja kira-kira RM6 juta dan dijangka siap dalam masa dua tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:26pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265094/berita/politik/adun-pkr-setuju-teruskan-syarat-bon-calon-rm10-juta", "article_title": "ADUN PKR setuju teruskan syarat bon calon RM10 juta", "article_text": "IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar meneruskan syarat bon dalam akujanji calon-calon yang akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai berkata, syarat bon itu dilihat penting bagi memastikan pengkhianatan tidak mudah berlaku.Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin membuktikan ia boleh dilaksanakan.\"Sudah tentu syarat bon ini perlu diteruskan dan saya rasa semua parti akan mulakan atau dah buat perkara ini tetapi sebelum ini tiada peruntukan undang-undang melalui perlembagaan untuk menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.\"Dulu ramai yang tak yakin dengan kaedah ini sebab mereka kata susah nak menang jika bawa ke mahkamah tetapi keputusan dibuat mahkamah ini satu petanda baik,\" katanya kepada pemberita ketika menyempurnakan Gotong-Royong Mega 1.0 dan Pelancaran One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Perak di Dewan Seri Delima, Kampung Tersusun Batu 5, Tambun di sini pada Sabtu.Muhamad Arafat yang juga Naib Pengerusi PKR Perak berkata, keputusan mahkamah itu juga akan menjadi contoh pada masa akan datang buat semua parti politik bagi mengelak wakil rakyat mereka melompat parti.Sementara itu, beliau menjelaskan keadaan itu akan memberi pengajaran kepada mana-mana wakil rakyat yang mahu mengkhianati parti berfikir sedalam-dalamnya untuk berbuat demikian jika tidak mahu menanggung kerugian.Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.Hakim, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan saman oleh PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020.Menerusi pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020, Zuraida telah menandatangani bon yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Selain Zuraida, 10 lagi ahli PKR yang keluar parti itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265095/berita/nasional/31600-jemaah-haji-bergerak-ke-arafah-isnin-ini", "article_title": "31,600 jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini", "article_text": "MAKKAH - Seramai 31,600 jemaah haji mula bergerak ke Arafah pada Isnin ini 8 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah yang paling penting dalam Rukun Islam kelima itu.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah haji akan bergerak dari Makkah ke Arafah bermula jam 7 pagi hingga selepas Zohor melibatkan laluan sejauh 21.9 kilometer.Katanya, sebanyak 21 bas disediakan untuk membawa 3,000 jemaah dengan keseluruhannya 63 trip perjalanan untuk satu maktab.\"Petugas akan buat pemeriksaan di 12 penginapan jemaah, di setiap tingkat dan juga di Masjidil Haram supaya tiada jemaah yang tertinggal,\"katanya pada taklimat operasi Masyair di Ibu Pejabat Tabung Haji di Abraj Al Janadriyah di sini.Pada tahun ini kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berada di Arafah, Mudzalifah dan Mina bagi menyempurnakan ibadah haji masing-masing.Syed Saleh berkata, pada hari wukuf iaitu Selasa 9 Zulhijjah, jemaah haji akan mengikuti khutbah Arafah dan memanfaatkan waktu wukuf dengan ibadah masing-masing seperti doa,berzikir dan membaca al-Quran.Kata beliau, sebelum Maghrib kira-kira jam 6.30 petang semua jemaah haji perlu berada di dalam bas yang ditetapkan untuk bergerak ke Mudzalifah melibatkan jarak lapan kilometer.\"Apabila masuk Maghrib, jemaah akan dibawa dengan tujuh bas secara ulang-alik dari Arafah ke Mudzalifah dan perlu menunggu separuh malam pada 11.45 malam.\"Duduk seketika di Mudzalifah pada separuh malam dikira memenuhi syarat bermabit seperti yang ditetapkan pakar rujuk,\" katanya.Tambah Syed Saleh, dari Mudzalifah jemaah akan bergerak ke Mina dengan jarak perjalanan tujuh kilometer menggunakan sembilan bas selepas jam 11.45 malam.\"Jemaah haji akan berada di Mina pada 10 Zulhijjah hingga 12 Zulhijjah atau sehingga 13 Zulhijjah, berpandukan kepada Nafar Awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) dan Nafar Thani (melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik).Pergerakan 31,600 jemaah haji Malaysia bersama kira-kira tiga juta jemaah haji seluruh dunia.\"Tahun ini kita rancang supaya 50 peratus lakukan Nafar Awal dan bakinya melakukan Nafar Thani,\" katanya.Ujar beliau, semasa proses untuk melontar, jemaah perlu berjalan sejauh 8 kilometer dan dijangka mengambil masa dua jam.\"Ada pos menunggu terdiri daripada petugas kebajikan dan petugas perubatan untuk beri bantuan kepada jemaah yang memerlukan terutama mereka yang lanjut usia,\" katanya.Kata Syed Saleh, apabila selesai melakukan lontaran di Jamrah, jemaah akan dibawa dengan 11 bas dari Mina ke Makkah untuk tawaf dan saie.Safari WukufSeperti tahun-tahun sebelumnya, program Safari Wukuf dilaksanakan bagi membolehkan jemaah haji yang sakit menyempurnakan wukuf masing-masing.Syed Saleh berkata, pada tahun ini dijangka 70 pesakit akan dibawa menaiki empat ambulans dan enam bas khas supaya dapat membawa jemaah yang terlantar.\"Ini adalah operasi yang cukup penting dan memerlukan perancangan yang rapi kerana perlu berada di Arafah tepat pada masanya bagi mengelakkan jemaah dan petugas perubatan terlepas rukun haji itu,\" katanya.Beliau berkata, program yang telah dilaksanakan sejak 2014 itu amat membantu melicinkan operasi Masyair kerana tanpa Safari Wukuf, jemaah yang sakit perlu berada di dalam khemah.\"Berada dalam khemah dalam serba kekurangan dari segi perubatan, risiko terdedah cuaca panas akan membahayakan mereka.\"Dengan program ini klinik di Arafah dapat tumpukan kepada jemaah lain yang memerlukan rawatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan,\" katanya.Di samping itu katanya, seramai 50 jemaah yang lanjut usia dan tidak mampu urus diri sendiri telah dikenal pasti untuk diberi perhatian rapi oleh petugas TH dalam Program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman).\"Program Peneman seorang jemaah dijaga seorang petugas selama tujuh hari adalah khidmat untuk memastikan mereka yang kurang upaya dapat laksanakan ibadah.\"Petugas akan bawa ke bilik air, mandikan jika perlu, suap makan sekiranya jemaah itu tidak mampu dan pastikan mereka dapat laksanakan ibadah,\" katanya.Mengulas mengenai jadual melontar, Syed Saleh berkata Malaysia mendapat keutamaan dari kerajaan Arab Saudi untuk memilih melontar di ketiga-tiga jamrah pada waktu malam.\"Alhamdulilah jemaah kita dapat melontar pada slot malam selepas waktu Maghrib bermula jam 8 malam hingga 10 malam dan ini penting supaya tidak terdedah pada cuaca panas,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:15pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265097/berita/semasa/scammer-pelaburan-patuh-syariah-guna-nama-individu-ternama", "article_title": "Scammer pelaburan 'patuh syariah' guna nama individu ternama", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat 186 kes tipu pelaburan 'patuh syariah' membabitkan kerugian mencecah RM5.4 juta.Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengesan kewujudan pelbagai iklan pelaburan saham 'islamic' dan 'patuh syariah' yang berleluasa di media sosial.Menurutnya, menerusi iklan itu, skim pelaburan terbabit menawarkan keuntungan sehingga 50 kali ganda daripada nilai wang yang dilaburkan.\"Malahan, keuntungan juga didakwa akan dibayar seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.\"Lebih membimbangkan, iklan tersebut turut menggunakan gambar individu ternama termasuklah ahli politik, agamawan, selebriti, tokoh korporat dan pempengaruh media sosial dipercayai dengan tujuan untuk menarik perhatian pelabur,\" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, melalui siasatan, individu terbabit tidak terlibat dengan skim pelaburan berkenaan dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk gambar mereka digunakan.Katanya, PDRM mengesahkan telah menerima laporan daripada beberapa individu ternama berkenaan penyalahgunaan gambar terbabit.\"Sebagai langkah pencegahan, PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang terlalu lumayan.\"Lakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan,\" ujarnya.Tambahnya, dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 01:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265092/berita/nasional/kemiskinan-tegar-perlu-dinoktahkan-tahun-ini---pm", "article_title": "Kemiskinan tegar perlu dinoktahkan tahun ini - PM", "article_text": "NILAI - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.Beliau berkata, sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.\"Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,\u201d katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di sini hari ini.Turut hadiri di majlis pagi ini ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, KKDW juga merupakan kementerian strategik yang berupaya menyantuni rakyat yang majoritinya orang Melayu untuk dibantu selain kelompok kecil termasuk Cina, India, Orang Asli dan pedalaman Sabah serta Sarawak.Perdana Menteri berkata, keseluruhan kementerian juga tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan.\"Kita tidak hanya bincang tentang high speed railway, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bangunan berkembar, Putrajaya dan sebagainya tetapi yang miskin nak beli susu anak tak cukup, nak beli pakaian sekolah pun tak cukup, jadi itu kita perlu beri keutamaan.\"Saya tidak fikir ini salah kalau semua jentera dapat ditumpukan, ini sebabnya kita mahu rakyat melihat sendiri apa yang dilakukan kerajaan termasuk kerajaan Negeri Sembilan, mengetahui program-program, dan bukan guna ruang politik untuk serang orang lain,\" katanya.Sementara itu beliau sekali lagi mengulangi bahawa semua tandas sekolah di seluruh negara perlu disegerakan baikpulihnya pada tahun ini, sekali gus memberikan keselesaan untuk golongan pelajar yang merupakan nadi kepada negara.\"Kalau bercakap pasal ekonomi hebat, gaji menteri-menteri, gaji duta-duta khas semua tinggi, tapi tandas sekolah tak dapat dibaiki, sebab itu saya kata mesti selesaikan tahun ini untuk anak-anak kita,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:57pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265091/berita/semasa/bomba-selamatkan-pendaki-wanita-alami-gastrik-di-bukit-botak", "article_title": "Bomba selamatkan pendaki wanita alami gastrik di Bukit Botak", "article_text": "SHAH ALAM - Seorang pendaki wanita berusia 27 tahun mengalami sakit perut akibat gastrik ketika mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam dekat sini pada Sabtu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapa saudaranya berusia 50 tahun mendaki bukit berkenaan.Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.\"Mangsa mengalami sakit perut kira-kira 20 minit dan mengadu tidak mampu berjalan ketika mendaki,\" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Mohamadul Ehsan berkata, mangsa kemudian dibawa turun pasukan bomba dengan peralatan pengusung.\"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa mangsa turun ke pusat kawalan bomba (PKB),\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265090/berita/hiburan/konsert-coldplay-perlu-ada-strategi-agresif-bangkitkan-pelancongan---kj", "article_title": "Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan - KJ", "article_text": "SUSULAN konsert kumpulan rock dari United Kingdom, Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura, manakala hanya satu malam di negara ini terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.Bagi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau berpandangan perkara itu memperlihatkan bagaimana Malaysia kehilangan peluang untuk meningkatkan aliran modal menerusi industri pelancongan.\"Kita perlu ada strategi mengatasi masalah ini, minggu lepas kita bercakap aliran modal. Kita tahu aliran modal paling besar menerusi pelancongan, pelancong datang dan beli ringgit sebab nak belanja di sini.\"Itu nombor kedua currency earner terbesar di negara kita. Tetapi kita masih lagi tidak dapat meletakkan Malaysia di peta pelancong berbanding Singapura atau Bangkok for that matter,\" katanya.Jelas Khairy lagi, perlu ada strategi pelancongan yang lebih agresif dilakukan dalam isu itu.\"Perbincangan ekonomi pun kita bangkitkan mana strategi pelancongan kita, takkan kita menunggu untuk Tahun Melawat Malaysia setiap empat tahun, atau kita hanya bergantung kepada satu pasaran package tour daripada China.\"Apa naratif dari sudut pelancongan? Dulu kita ada Malaysia Truly Asia sangat cantik, tapi apa produk menjadikan Malaysia Truly Asia,\" soalnya lagi dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Jumaat.Sementara itu bagi Shahril Sufian Hamdan beliau berpandangan, tindakan kumpulan Coldplay menambah hari konsert di Singapura juga disebabkan negara kota singa itu dilihat sebagai hab pelancongan.\"Ia juga cerminan Singapura hab pelancongan dan bukan Malaysia. KJ berikan contoh orang luar datang ke sesebuah negara untuk tengok konsert.\"Saya ke Singapura tempoh hari untuk pergi tengok Artic Monkeys sebab tidak datang ke Malaysia. Coldplay ini pilih Singapura sebab dia tahu connectivity lebih banyak,\" katanya lagi.Sebelum ini, Live Nation Singapura mengumumkan konsert jelajah Coldplay, Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Singapura kini akan diadakan sebanyak enam hari. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:23pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265084/berita/semasa/kerani-rugi-lebih-rm113000-terpedaya-pulangan-lumayan-120-saat", "article_title": "Kerani rugi lebih RM113,000 terpedaya pulangan lumayan 120 saat", "article_text": "KUANTAN - Seorang wanita nekad menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga untuk menyertai pelaburan dalam talian ditawarkan kenalan warga negara asing dengan pulangan lumayan hanya dalam tempoh 120 saat.Mangsa berusia 37 tahun yang bertugas sebagai kerani melabur sebanyak RM113,875 namun harapan untuk menikmati keuntungan 10 peratus yang dijanjikan lebur selepas mendapati pelaburan itu sebenarnya tidak wujud.Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang mengakui sebagai warga Taiwan melalui aplikasi Instagram pada awal Mei lalu.Menurutnya, suspek yang berjanji datang ke negara ini untuk menemui mangsa telah menawarkan pelaburan secara dalam talian melalui aplikasi JPEX untuk membantu wanita itu menjana wang dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.\"Mangsa hanya memerlukan modal serendah RM1,000 namun pulangan keuntungannya 10 peratus dalam masa 120 saat.\"Terpedaya dengan tawaran keuntungan lumayan itu, mangsa melabur RM113,875 melalui 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berbeza dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu,\" katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.Yahaya berkata, mangsa menyedari ditipu apabila gagal menerima keuntungan dijanjikan malah wang pelaburannya turut lesap.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.\"Sekiranya ingin membuat pelaburan, buat semakan atau mendapatkan maklumat dari pihak polis dan Bank Negara bagi mengelak menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:18pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265088/berita/semasa/pelajar-tahfiz-hilang-sejak-rabu-ditemui-selamat", "article_title": "Pelajar tahfiz hilang sejak Rabu ditemui selamat", "article_text": "GERIK - Pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang lebih 70 jam di kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah, Kampung Tawai, di sini Rabu lalu ditemui selamat.Mangsa, Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, ditemui anggota penyelamat sekitar jam 10.49 pagi pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, remaja itu ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya pada jarak dua kilometer (KM) dari lokasi motosikal mangsa ditemui.\"Operasi hari ketiga telah dipecahkan kepada lapan kumpulan dengan gerak kerja dimulakan dengan melaungkan azan.\"Mangsa berjaya dijumpai oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dua jam operasi dimulakan. Situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemui sebelum ini,\" katanya di sini.Menurutnya, usaha membawa keluar mangsa sedang dilakukan untuk dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.\"Liputan komunikasi agak terhad di lokasi kejadian. Disebabkan keadaan fizikal mangsa yang besar, kita cuba membawa mangsa keluar dengan menggunakan kenderaan.Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada hari ketiga operasi SAR dijalankan di Gerik pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Perak\"Seramai 94 anggota pelbagai operasi antaranya bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PDRM, PGA, Sapura dan orang awam menyertai operasi kali ini,\" katanya.Media melaporkan remaja terbabit antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat dia belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun malah, sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan sekitar jam 1.33 pagi berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang.Mangsa kali terakhir dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9 pagi dikatakan mengalami gangguan emosi.Pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa di kawasan kebun getah sekitar jam 6 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265079/berita/politik/asyraf-wajdi-desak-dap-jangan-calonkan-tony-pua-pada-prn", "article_title": "Asyraf Wajdi desak DAP jangan calonkan Tony Pua pada PRN", "article_text": "KUALA LUMPUR - Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya yang mengecam Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai 'pakatan korup'.Setiausaha Agung UMNO turut menghantar mesej protes terhadap kepimpinan tertinggi DAP dan mendesak untuk tidak mencalonkan Tony Pua dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekiranya mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan berkekalan.\"Walaupun Tony Pua bukan lagi pimpinan DAP, tetapi ucapan beliau bagaikan \u2018meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri\u2019.\"Hakikatnya, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduknya ketika di Kementerian Kewangan dalam Kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.\"Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu!\" tegas beliau.Pada Jumaat, Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan 'korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Asyraf Wajdi turut mengingatkan Tony Pua bahawa Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH, sebaliknya, gabungan besar 19 parti politik.\"Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi kerajaan gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik.\"Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,\" ujarnya. - AwaniARTIKEL BERKAITAN:BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr AkmalKenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 10:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265076/berita/nasional/bayaran-str-dipercepatkan-beri-kelegaan-kepada-b40", "article_title": "Bayaran STR dipercepatkan beri kelegaan kepada B40", "article_text": "KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan mempercepat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang akan disalurkan mulai 26 Jun ini memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam meringankan beban kos sara hidup.Penganalisis Ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Dr Roza Hazli Zakaria berkata, inisiatif itu juga akan merangsang aktiviti ekonomi dalam jangka masa pendek.\"Golongan B40 ini secara umumnya mempunyai kecenderungan menggunakan marginal yang tinggi, iaitu mereka cenderung untuk berbelanja apabila menerima pendapatan tambahan.\"Inisiatif ini juga sudah pasti akan membantu mereka khususnya untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, usaha kerajaan itu dilihat mampu meringankan beban rakyat selain merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.\"Kerajaan juga tahu dengan pemberian duit sumbangan ini maka rakyat akan berbelanja dan ini berpotensi merancakkan ekonomi negara ... walaupun ini bukanlah satu inisiatif yang baharu, ada keperluan yang dilihat cukup penting khususnya kepada golongan B40 yang menerima bantuan ini terutama bagi persiapan menjelang sambutan Aidiladha pada 29 Jun ini,\u201d katanya.Khamis lepas, Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan mengumumkan bayaran STR membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.Pada 13 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR 3 akan dibayar lebih awal kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada Julai 2023.Sementara itu, penghantar makanan p-hailing Noor Arfan Affendi, 32, berkata, bantuan STR oleh kerajaan disifatkan sebagai satu rahmat kepadanya yang amat memerlukan bantuan ketika ini.Hal ini kerana katanya baru-baru ini, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menjejaskan aktiviti penghantaran makanan.\"Alhamdulillah memang tidak sangka kerajaan umumkan pemberian bantuan STR ini dan kebetulan juga saya memerlukan wang tambahan. Beberapa hari saya tidak dapat bekerja, agak bimbang juga tetapi syukur semuanya dipermudah,\u201d katanya.Suri rumah Rodina Mat Sidek, 41, berkata, STR yang akan disalurkan mulai Isnin ini merupakan berita gembira kerana bantuan itu sememangnya meringankan perbelanjaan bulanan mereka sekeluarga untuk mendapatkan barangan keperluan harian.\"Ditambah pula dengan adanya inisiatif menarik yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan menerusi inisiatif Payung Rahmah, rakyat akan dapat melakukan penjimatan dengan lebih efektif,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 10:45am"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265069/berita/politik/kenyataan-tony-pua-bukan-pendirian-dap---anthony-loke", "article_title": "Kenyataan Tony Pua bukan pendirian DAP - Anthony Loke", "article_text": "SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.Menurutnya, ucapan daripada Tony Pua yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan.\"Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya.\"Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.\"Jadi beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti,\" katanya di Facebook pada Sabtu.Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mengulas lanjut, Anthony turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.\"Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,\" tegasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 10:14am"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265068/berita/politik/tony-pua-sila-cermin-diri---dr-akmal", "article_title": "'Tony Pua, sila cermin diri' - Dr Akmal", "article_text": "SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh meminta bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua supaya cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.Dr Muhammad Akmal mendakwa negara melalui zaman gelap semasa ditadbir Pakatan Harapan (PH) sehingga kerajaan tersebut rebah dalam tempoh 22 bulan.Menurutnya, ketika itu juga Tony Pua dilantik sebagai penasihat kepada Lim Guan Eng.\"Beliau (Tony Pua) yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga keluaran dalam negara kasar (KDNK) jatuh merudum dan hutang negara meningkat secara mendadak.\"Ini belum dikira dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit akibat tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara.\"Jangan dek kerana tindakan biadab seorang individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan,\" katanya di Facebook.Pada Jumaat, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP tersebut sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Mengulas lanjut, Dr Muhammad Akmal berkata, sebaliknya BN yang didakwa korup itu sebenarnya telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan selain telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.Menurutnya, ini termasuk kejayaan BN meningkatkan KDNK sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion serta usaha memperkasa aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\"Selain itu, syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat serta kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion manakala rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion,\" jelasnya.Justeru, beliau berkata, pihaknya menyelar tindakan biadab Tony Pua yang menggelar BN sebagai 'pakatan korup'dan sekali gus mewujudkan ketidakpuasan hati di kalangan akar umbi UMNO.Katanya, Tony Pua harus menyedari bahawa tindakan beliau itu sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.\"Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting bagi memastikan nasib dan igauan ngeri orang melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.\"Selain itu, kepakaran dan pengalaman menteri BN ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,\" ulasnya.Justeru, Dr Muhammad Akmal berkata, pihaknya menuntut DAP agar mengambil tindakan tegas kepada Tony Pua.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264998/berita/nasional/pelepasan-status-muflis-peluang-kedua-buat-belia", "article_title": "Pelepasan status muflis peluang kedua buat belia", "article_text": "Ketika membentangkan #Belanjawan2023 atau #BelanjawanMADANI pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.Inisiatif kerajaan yang memberikan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi kepada individu bankrap yang berhutang kurang dari RM50,000 sejak 1 Mac lalu, merupakan satu proses pengampunan yang memberi ruang untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.Pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, walaupun diberi pengampunan, peminjam masih perlu menyelesaikan hutang kerana mereka cuma diberi pelepasan bagi kemudahan-kemudahan yang dinafikan hak sebagai individu bankrap.\u201cIni (pelepasan) merupakan satu proses supaya mereka semua mendapat manfaat dan kebaikan yang diberikan. Secara peribadi, inisiatif pelepasan kebankrapan daripada kerajaan itu saya sangat setuju,\u201d katanya kepada Sinar Harian.Beliau bagaimanapun menasihati golongan muda supaya tidak terlalu terpengaruh dengan gaya hidup individu-individu tertentu yang mempamerkan kekayaan dan kemewahan barangan peribadi mereka di media sosial.\u201cPerkara nombor satu kena faham apa punca pendapatan kita, berapa besar dan bagaimana kita membelanjakan pendapatan itu. Kena faham itu dulu.\u201cContoh paling mudah kaedah pembahagian gaji, buat formula 50-30- 20. 50 peratus untuk keperluan hidup, 30 peratus adalah kehendak manakala 20 peratus pula kena sentiasa ada. Ini penting untuk simpanan kita atau jika nak buat pelaburan,\u201d jelasnya.Beri kesedaran Beliau dalam pada itu meminta institusi perbankan memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat berhubung pinjaman peribadi bagi memastikan golongan belia tidak terjerat dalam beban hutang yang tinggi sehingga membawa kepada kebankrapan.\u201cIni kerana golongan muda sering bergantung kepada nasihat daripada pihak bank memandangkan mereka tidak begitu memahami akan selok-belok mengenai pinjaman hutang dan sebagainya,\u201d ujar Azizul.Jelas beliau, kakitangan bank perlu memberi maklumat serta informasi lengkap kepada masyarakat agar mereka memahami berkenaan prosedur permohonan pinjaman dengan jelas.\u201cKita tak ada sandaran (daripada mana-mana pihak), ketika orang pergi ke bank, harapan mereka untuk membuat hutang. Ada sesetengah mereka masih lagi waswas sama ada berhutang ini bagus atau tidak.\u201cJadi, perlu ada penjelasan yang tepat berkaitan pinjaman, faedah dan sebagainya sebelum seseorang itu mula berhutang,\u201d katanya.Layari https://belanjawan.mof.gov. my/manfaat/ untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.#Belanjawan 2023#BelanjawanMADANIREAKSI BELIA\u201cBagi saya, keputusan kerajaan itu tepat. Golongan belia yang bankrap ini mendapat manfaat peluang kerja lebih luas, boleh guna semula perkhidmatan bank dan banyak lagi kelebihan.\u201d - Peniaga, Nazrul Nasir, 42.MOHD SHAIFULILLAH\u201cUntuk bayar hutang, saya anggarkan dalam 45 peratus dan saya membayar dalam talian secara automatik. Saya juga mengawal jumlah pinjaman tidak melebihi 60 peratus daripada pendapatan.\u201d - Peniaga, Mohd Shaifulillah Abdul Latip, 37.\u201cInisiatif ini bagus untuk beri peluang individu tersebut menyusun atur kehidupan. Saya membelanjakan 40 peratus daripada gaji dan buat kerja lain hujung minggu untuk wang sampingan.\u201d - Jurutera telco, Muhammad Fauzi, 33.SHAHRIL\u201cPeluang yang kerajaan beri melalui pelepasan bankrap ini satu kelonggaran untuk kita tengok balik, semak dan imbang keadaan kewangan kita.\u201d - Eksekutif Pemasaran Digital, Shahril Syamell, 25.MUHAMMAD HAZIQ\u201cLangkah kerajaan ini satu inisiatif yang baik untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan ini menguruskan semula perbelanjaan mereka.\u201d - Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Muhammad Haziq Ahmad Zahar, 25.MUHAMMAD FARIS\u201cInisiatif ini memberi motivasi kepada mereka yang muflis untuk teruskan hidup, cari pendapatan dan ubah pemikiran mereka dari segi pengurusan kewangan pada masa akan datang.\u201d - Pemasaran Digital, Muhammad Faris Johari, 27.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264974/berita/nasional/potensi-cerah-usahawan-berkembang-di-perak", "article_title": "Potensi cerah usahawan berkembang di Perak", "article_text": "Shahrul Shafiq menunjukkan sijil halal dan sijil MESTI yang dimiliki syarikatnya bersama produk dihasilkan dengan bantuan serta bimbingan daripada STeP.SERI ISKANDAR - Negeri Perak kini menjadi pilihan usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.Pelbagai peluang dan potensi yang boleh diterokai di sini menjadikan Perak sebagai tumpuan komuniti usahawan terutama golongan muda.Pengarah Urusan Mouthgasm Sdn Bhd, Shahrul Shafiq Rosni yang membuka ibu pejabat perniagaannya di Pusat Perniagaan Seri Iskandar (SIBC) di sini mengakui keputusan dibuat memilih Perak sebagai pusat operasi berbaloi.Menurutnya, Perak dipilih untuk memulakan perniagaan kerana kos kehidupan masih rendah selain pasaran kurang kompetitif berbanding di Lembah Kelang.\"Kalau kita lihat ramai usahawan memilih Lembah Kelang sebagai pusat untuk memulakan perniagaan mereka namun sebenarnya Perak mempunyai potensi yang cukup besar bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.\"Lebih beruntung lagi apabila usahawan di Perak ini mendapat bimbingan dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh STeP (Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak),\" katanya kepada Sinar Harian.Anak muda berusia 28 tahun itu menjelaskan, perniagaan yang dimulakan pada tahun 2019 itu kian berkembang di sebalik cabaran pandemik Covid-19.Menurutnya, pada tahun 2020 ketika banyak industri mengalami penurunan jualan, syarikatnya berjaya meraih jualan sehingga 3 juta unit bagi produk Mouthgasm Crunchy Mocha.Beliau berkata, ketika ini produknya telah berkembang kepada lapan jenis dan mula menembusi pasar raya besar seperti AEON malah bakal memasuki rangkaian Kedai Mesra Petronas.\"Kesemua kejayaan ini hasil inisiatif dan peluang diberikan oleh STeP dengan menyertai pameran-pameran perniagaan besar yang berlangsung di dalam negara. Malah atas bantuan STeP juga, kami sudah berjaya memperoleh pensijilan halal.\"Kita memang nampak dengan jelas hala tuju dan perancangan kerajaan negeri terhadap komuniti usahawan ini menerusi pelan Perak Sejahtera 2030,\" katanya lagi.Menurutnya, kedudukan negeri Perak amat strategik dengan jaringan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Barat membantu dari segi keperluan logistik usahawan.Jelas Shahrul Shafiq, berada di tengah-tengah antara Selangor dan Pulau Pinang menjadikan Perak amat kondusif untuk komuniti perniagaan bertapak.Katanya, usahawan muda khususnya di negeri ini perlu merebut peluang disediakan oleh kerajaan Perak dalam membantu golongan berkenaan mengembangkan perniagaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 09:30am"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265059/berita/nasional/dulu-gengster-kini-pembela-mangsa-along", "article_title": "Dulu gengster, kini 'pembela' mangsa along", "article_text": "PELUANG kedua yang muncul terus dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan diri selepas terjebak dengan dunia gelap.Itu yang ditempuh seorang bekas gengster, Mohammad Mustafa Shaik Ismail, 31.Menurutnya, kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini adalah disebabkan oleh sikap keangkuhan serta kemegahan.\u201cSesiapa saja boleh berubah ke arah yang lebih baik, asalkan ada niat dan bertekad untuk kembali ke pangkal jalan,\u201d katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Hak Masyarakat Malaysia di Sentul, baru-baru ini.Mengimbau kembali, Mohammad Mustafa atau lebih mesra dengan panggilan Mustafa Khan berkata, beliau terjebak dengan dunia gengster selepas menjadi mangsa buli ketika di sekolah menengah.\u201cPada ketika itu saya berusia 13 tahun dan sering kali menjadi mangsa buli di sekolah.\u201cSetahun kemudian, saya mula terlibat dengan kumpulan gengster dan membalas dendam terhadap beberapa pelajar yang pernah membuli saya,\u201d jelasnya.Mustafa Khan berkata, beliau kemudian mengetuai sebuah kumpulan gengster di Negeri Sembilan.\u201cSaya berasa megah kerana mempunyai ramai pengikut terdiri daripada golongan remaja yang mahu menunjuk kekuatan.\u201cKeluar masuk lokap sudah menjadi kebiasaan kerana saya sering terlibat dalam kes pergaduhan.\u201cSaya juga pernah dibuang sekolah pada usia 14 tahun, kemudian sambung belajar di sekolah lain, namun sekali lagi menerima hukuman sama ketika di Tingkatan Lima,\u201d ujarnya.Namun, beliau berjaya menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.Mustafa Khan mempunyai pekerja yang pernah menjadi mangsa along. FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID Bercerita tentang penghijrahannya, Mustafa Khan berkata, nasihat dan pesanan ibu, Mariam Mustaffa menyebabkan hatinya terbuka untuk insaf dab berubah.\u201cAntara nasihatnya, saya perlu berubah, kembali ke pangkal jalan dan guna kekuatan yang ada untuk membantu orang dalam kesusahan,\u201d katanya.Anak keempat daripada lima beradik itu menambah, ibu membuat keputusan untuk menghantarnya ke Arab Saudi selepas menduduki SPM dan tinggal bersama abangnya di sana.\u201cSaya berpeluang mencari rezeki sebagai ejen jualan di Arab Saudi, selain bergaul dengan kenalan baharu.\u201cPenghijrahan saya ke arah kebaikan bermula sedikit demi sedikit, malah abang yang juga bekas gengster turut memberi sokongan moral,\u201d katanya.Mustafa Khan berbincang dengan seorang mangsa sindiket along.Mustafa Khan memberitahu, beliau pulang ke tanah air dan menjadi aktivis masyarakat pada tahun 2014.\u201cPada ketika itu, saya telah membantu mencari wang sebanyak RM30,000 untuk kos pembedahan tulang seorang individu di sebuah hospital swasta,\u201d kongsinya.Bantu selesai 7,348 kesManurut Mustafa Khan, idea untuk menubuhkan Persatuan Hak Masyarakat Malaysia tercetus selepas insiden beliau menolong seorang lelaki yang menjadi mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along).\u201cMangsa telah meminjam sebanyak RM1,500 untuk memberi barangan majlis pertunangan dan telah membayar sebanyak RM3,500 kepada along tersebut,\u201d katanya.Aktivis masyarakat yang berasal dari Negeri Sembilan itu berkata, setakat ini dia telah membantu menyelesaikan sebanyak 7,348 kes dalam masa enam bulan persatuan itu ditubuhkan.\u201cKita menerima sebanyak 30,000 aduan daripada individu yang menjadi mangsa along dan daripada jumlah itu, kita telah menyelesaikan sebanyak 7,348 kes sehingga bulan lalu,\u201d jelasnya.Mustafa Khan menunjukkan anggaran dan tempoh serta jadual pembayaran semula seorang mangsa sindiket along.Menurutnya, sebanyak 25 peratus kes kini dalam proses penyelesaian.\u201cBukan mudah untuk menyelesaikan kes tersebut kerana perlu berunding dengan along.\u201cSaya tidak gentar apabila berhadapan dengan kumpulan along malah pernah dikepung oleh sekumpulan along ketika sedang makan di sebuah restoran, selain turut menerima ancaman dan diugut bunuh.\u201cSaya juga pernah menolak tawaran rasuah daripada along sebanyak RM18,000 supaya tidak menyelesaikan kes mangsa sindiket peminjam wang tidak berlesen,\u201d ujarnya.Mustafa Khan memaklumkan bukan mudah berunding dengan along.Mustafa Khan turut mengakui pihaknya pernah berhadapan dengan cabaran apabila mengendalikan kes along yang dikenali sebagai 'Jimmy'.\u201cSetakat ini kita menerima sebanyak 200 aduan berkaitan kes sindiket along tersebut, ada mangsa mendakwa telah meminjam wang RM500, namun wang diterima hanya RM150.\u201cMangsa kemudian didesak untuk membayar faedah pembayaran balik sebanyak RM5,000 jika mereka tidak mampu melangsaikan hutang pinjaman tersebut dalam tempoh seminggu,\u201d ujarnya.Menurutnya, kesan kepada peminjam along jika tidak dapat membayar hutang yang diberikan adalah sangat buruk.\u201cBiasanya along akan mengambil tindakan yang sangat drastik untuk memastikan mereka mendapatkan kembali wang pinjaman tersebut.\u201cAlong sering bertindak dengan mengancam, mengintimidasi atau melakukan kekerasan fizikal terhadap mangsa.\u201cAda segelintir along menetapkan kadar faedah pembayaran balik yang tidak rasional, selain mengaibkan mangsa dengan menyebarkan informasi peribadi peminjam,\u201d katanya lagi.Menurutnya, kes yang tidak dapat dilupakan adalah seorang wanita yang juga gelandangan mendakwa seorang lelaki menggunakan identitinya untuk meminjam wang daripada along pada Ogos tahun lalu.\u201cWanita berusia 55 tahun itu mendakwa telah didatangi seorang lelaki yang mahu membantu buat pinjaman wang untuk kos rawatan perubatannya.\u201cLelaki tersebut telah menggunakan identiti wanita itu untuk meminjam wang daripada along sebanyak RM500,\u201d katanya.Tambahnya, wanita itu mendakwa along mendesaknya supaya membayar RM2,000 untuk melangsaikan hutang.\u201cKetika berjumpa dengan wanita itu, saya berasa sebak apabila dia mahu menjual organ semata-mata untuk melangsaikan hutang along.\u201cSaya telah berjumpa dengan lelaki berkenaan dan berjaya menyelesaikan kes tersebut,\u201d ujarnya.Mengulas lanjut, Mustafa Khan berkata, pihaknya mendapati 50 peratus kes mangsa meminjam daripada along adalah kerana kesempitan hidup dan kos sara hidup semakin tinggi.\u201cNamun, ada juga mangsa yang meminjam wang daripada along untuk keseronokan hidup dan membeli dadah,\u201d jelasnya.Guna strategi selesai hutangBukan sekadar membantu, Mustafa Khan turut memaklumkan bahawa seramai 12 orang yang pernah menjadi mangsa along kini bekerja dengannya.\u201cSaya memilih kesemua individu itu kerana mereka memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mangsa,\u201d katanya.Ujarnya, strategi yang tepat digunakan untuk menyelesaikan hutang along.\u201cKita gunakan khidmat perunding yang berpengalaman untuk mengelakkan hutang mangsa bertambah.\u201cKita akan buat anggaran dan tempoh serta jadual pembayaran yang realistik untuk melindungi mangsa daripada diganggu oleh along,\u201d katanya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa keganasan along segera tampil membuat laporan polis.\u201cMangsa juga boleh mencari bantuan NGO berpengalaman untuk menyelesaikan hutang mereka dengan cara yang lebih teratur dan berkesan.Menurutnya, mangsa perlu menyimpan bukti seperti teks WhatsApp atau sistem pesanan ringkas, rakaman panggilan telefon dan dokumen lain yang dapat membuktikan bahwa mereka telah diganggu atau diancam oleh along.\u201cBukti ini dapat membantu mangsa dalam proses melaporkan along kepada pihak berwajib,\u201d katanya.MODUS OPERANDI ALONG- Mangsa melihat iklan pinjaman wang di laman sesawang atau media sosial.- Mangsa berhubung melalui telefon & WhatsApp tentang pinjaman wang.- Mangsa diarahkan untuk muat turun aplikasi pinjaman wang dan mengisi maklumat peribadi.- Mangsa menerima pinjaman wang.- Jika mangsa gagal membuat bayaran balik, suspek akan menganggu kenalan mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar-gambar yang diperoleh dari telefon bimbit mangsa.TIPS & NASIHAT- Jangan buat pinjaman wang daripada along atau pemberi pinjam wang tanpa lesen.- Berhati-hati ketika memberi kebenaran akses semasa muat turun aplikasi ke telefon bimbit anda.- Segera uninstall aplikasi tersebut jika anda berasa curiga.- Restart semula telefon bimbit. Jika uninstall tidak berjaya, format telefon bimbit anda.- Tukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial anda sebagai langkah keselamatan.Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265065/berita/sukan/kelibat-benitez-kembali-di-sepanyol", "article_title": "Kelibat Benitez kembali di Sepanyol", "article_text": "RAFA Benitez telah mencapai persetujuan dengan kelab LaLiga, Real Club Celta de Vigo (Celta Vigo) untuk mengurus Os Celestes dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Sepanyol itu.Pengendali berusia 63 tahun itu, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2005, Piala UEFA bersama Valencia (2004) dan Liga Europa bersama Chelsea (2013), kembali melatih lebih setahun selepas dipecat kelab Liga Perdana Inggeri, Everton pada Januari 2022.Dia akan mengendalikan Celta pada ulang tahun ke-100 kelab itu, menggantikan Carlos Carvalhal, yang telah dipecat awal bulan ini selepas mengharungi musim sukar yang menyaksikan Os Celestes bergelut sehingga perlawanan terakhir untuk mengelak penyingkiran.Sebagai rekod, pengalaman terakhir Benitez di Sepanyol adalah pada musim 2015-16 bersama Real Madrid, apabila dia menggantikan Carlo Ancelotti.Namun kemudiannya dipecat enam bulan selepas beberapa siri keputusan buruk, digantikan oleh Zinedine Zidane pada Januari 2016.\u201cRafa Benitez adalah antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab bola sepak Sepanyol dan pernah melatih pasukan bertaraf dunia dalam liga utama Eropah.\"Dalam musim centenary Celta, acara yang tidak dapat dilupakan untuk peminat Celta, kami akan mempunyai seorang pemimpin yang hebat dari bangku simpanan,\" kata Celta.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:15am"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265064/berita/politik/bn-sedia-jadi-pembangkang-dap-boleh-tinggalkan-umno---isham", "article_title": "'BN sedia jadi pembangkang, DAP boleh tinggalkan UMNO' - Isham", "article_text": "SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai 'pakatan korup'.Menurutnya, Tony Pua disarankan untuk memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup.\"Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin parti tinggalkan UMNO daripada Kerajaan Perpaduan.\"Saya 'ok' sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari.\"Kamu sedia jadi pembangkang?\" katanya di Facebook pada Jumaat.Pada Jumaat, Tony Pua 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'corrupt coalition' atau 'pakatan korup'.Kenyataan itu disuarakan bekas Setiausaha Publisiti DAP sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Tony Pua juga menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan berkenaan tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam PRU akan datang.Mengulas lanjut, Isham berkata beliau terpanggil untuk menjawab isu tersebut apabila ada individu yang memetik nama UMNO selain memburuk-burukkan partinya.\"Saya ingin katakan satu perkara sahaja kepada Tony Pua. Bos kamu di Kementerian Kewangan dahulu pun ada kes korup di mahkamah apabila dia minta gugur dan satu lagi masih dibicara.\"Malah kawan-kawan parti kamu semasa jadi kerajaan 22 bulan dahulu apabila ada dakwaan kes korup terus lompat parti masuk Perikatan Nasional atau Bersatu dan tiba-tiba jadi 'bersih'.\"Oleh itu bahagian mana yang kamu atau parti kamu itu bersih berbanding UMNO yang kamu katakan korup?\" soal beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:08am"} {"author_name": "Mohd Faizul Haika Mat Khazi", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265061/berita/politik/pkr-ambil-tindakan-terhadap-pengkhianat", "article_title": "PKR ambil tindakan terhadap pengkhianat", "article_text": "SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap semua bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti semasa peristiwa Langkah Sheraton sehingga menyebabkan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.Peguamnya, William Leong Jee Keen berkata, tindakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang mengarahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kerana melanggar bon yang mengikatnya kepada parti.Justeru, William berkata, PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap semua bekas ahli Parlimen dan ADUN yang bertindak keluar parti semasa Langkah Sheraton pada Februari 2020.Baca berita penuh di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 08:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265062/berita/sukan/giliran-busquets-sertai-inter-miami", "article_title": "Giliran Busquets sertai Inter Miami", "article_text": "BEKAS pemain tengah Barcelona dari Sepanyol, Sergio Busquets menyertai Inter Miami sebagai ejen bebas, menurut kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) tersebut.Pemain berusia 34 tahun itu akan disatukan semula dengan rakannya dan bekas rakan sepasukan Barca, Lionel Messi selepas tidak memperbaharui kontraknya selepas 18 tahun di Nou Camp.Miami membuat pengumuman rasmi dengan menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan petikan daripada Pep Guardiola, Xavi Hernandez, Luka Modric dan Messi yang memuji Busquets.Bekas kapten Barcelona itu, yang bersara daripada tugas antarabangsa tahun lalu, bermain lebih 700 perlawanan untuk juara Sepanyol tersebut.Busquets sebelum ini juga dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi ketika Al Hilal dan Al Nassar membuat bidaan untuk mendapatkan khidmatnya.Sementara itu, Miami dilaporkan sedang berusaha menandatangani bekas pemain ketiga Barca apabila menunjukkan berminat dengan bek kiri Jordi Alba, yang juga meninggalkan kelab Sepanyol itu selepas akhir musim.Dalam pada itu, Busquets berkata: \"Ia adalah perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Sejak kecil sentiasa datang menyaksikan perlawanan, atau menontonnya di televisyen, saya selalu bermimpi bermain menyarung jersi Barcelona di Nou Camp.\"Di Barcelona, realitinya telah melebihi semua impian saya. Tentu sahaja pengalaman cukup indah bagi seorang remaja yang tidak pernah terfikir telah bermain 15 musim untuk kelab terbaik dunia.\"Barcelona, sekarang dan sentiasa menjadi kelab dalam hidup saya sebagai penyokong, pemain dan kapten.\"INFOStatistikPenampilan: 719Gol: 18Bantuan Gol: 45PencapaianLaLiga (8): 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13, 2014-15, 2015-16, 2017-18, 2018-19Piala Raja Sepanyol (7): 2008-09, 2011-12, 2014-15, 2015-16, 2016-17, 2017-18, 2020-21Liga Juara-Juara (3): 2008-09, 2010-11, 2014-15Piala Super Eropah (3): 2009, 2011, 2015Piala Dunia Kelab (3): 2009, 2011, 2015Piala Super Sepanyol (7): 2009, 2010, 2011, 2013, 2016, 2018, 2022-23", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265052/berita/nasional/gantung-lesen-memandu-seumur-hidup", "article_title": "Gantung lesen memandu seumur hidup", "article_text": "SHAH ALAM - Hukuman terhadap pemandu lawan arus perlu diperketatkan lagi dengan mengenakan tindakan penggantungan lesen seumur hidup kepada mereka, meskipun kesalahan yang dilakukan adalah pertama kali.Pakar keselamatan jalan raya, Dr Rosli Azad Khan berkata, hukuman itu adalah wajar memandangkan terdapat banyak kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada kesalahan tersebut.\u201cBuat masa sekarang, terdapat tiga fasa hukuman kepada pemandu lawan arus ini. Sekiranya kesalahan yang dilakukan membuatkan dia cukup merit untuk dihukum, maka lesennya akan digantung selama enam bulan.\u201cJika berulang untuk kali kedua, lesen digantung sehingga setahun sementara kali ketiga, lesen digantung secara terus.\u201cSelepas ini diharapkan ada rombakan bagi kesalahan memandu lawan arus ini iaitu gantung terus lesen memandu mereka meskipun baru pertama kali buat,\u201d kata beliau kepada Sinar Harian pada Jumaat.Rosli turut menambah, kesedaran daripada orang ramai juga perlu ada untuk memastikan tiada pemandu tidak bertanggungjawab dapat melakukan sewenang-wenangnya di atas jalan raya.Ujarnya, terdapat sesetengah individu yang mengambil kesempatan untuk melanggar undang-undang semasa memandu.\u201cDia beginilah, ramai saja orang tahu pasal kesalahan jalan raya ini. Cuma, kadang-kadang dia nampak tiada polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dia ambil peluang bawa laju-laju melebihi had.\u201cJadi, benda ini juga memerlukan kerjasama pemandu jalan raya yang lain untuk memantau keadaan supaya tiada sebarang insiden berlaku.\u201cSaya juga pernah tegur seorang pemandu yang lakukan kesalahan. Kita tegur elok-elok, tak perlu marah,\u201d kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265060/berita/hiburan/festival-filem-thailand-kembali-ke-malaysia", "article_title": "Festival filem Thailand kembali ke Malaysia", "article_text": "SUSULAN kejayaan dua Festival Filem Thailand di Malaysia pada 2017 dan 2019, Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.Festival yang bertemakan \" Bridging Thainess to International Audience,\" akan menampilkan filem Faces of Anne (sebuah thriller psikologi), Love Destiny the Movie (sebuah romantic komedi), Fast and Feel Love (sebuah filem komedi unik), Haunted Universities Semester 2 (filem seram), dan Friend Zone (rom-com), menurut duta Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.\"Festival Filem Thai memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengenali Thailand dengan lebih dekat dan mempromosikan budaya dan sosialnya dalam kalangan rakan-rakan di Malaysia,\u201d katanya pada sidang media mengenai festival itu di kedutaan, Jumaat.Tayangan umum akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai di GSC Mid Valley, GSC 1 Utama, GSC MyTown, dan GSC IOI City Mall.Tayangan filem sepanjang festival itu adalah percuma.Tiket boleh ditebus secara atas talian bermula 7 hingga 16 Julai di https://www.gsc.com.my/ melalui pilihan \"e-pembayaran GSC\", aplikasi mudah alih GSC, atau kiosk tiket di satu daripada empat lokasi yang ditetapkan GSC.Hanya dua tiket boleh ditebus dalam satu-satu masa.Lada berkata, majlis resepsi dan tayangan khas akan diadakan pada 13 Julai di GSC Mid Valley, dan dihadiri barisan pelakon Love Destiny the Movie, Paris Intarakomalyasut dan Faces of Anne, Praewa Suthamphong dan Jennis Oprasert.Sebagai tanda penghargaan kepada Kelab Peminat Thai Malaysia, beliau berkata, peminat akan diberi peluang mendekati ketiga-tiga pelakon itu semasa acara temu mesra eksklusif di Dewan 19, GSC Mid Valley.Masuk adalah percuma tetapi para penonton diminta melengkapkan prapendaftaran berikutan tempat duduk yang terhad.Peminat boleh mendaftar nama dan butiran di https://forms.gle/TvsfBEJv5FTreriG6 selewat-lewatnya pada 5 Julai.80 peserta pertama akan diumumkan melalui e-mel masing-masing dan di halaman Facebook Kedutaan Thailand menjelang 7 Julai.Semasa sidang media itu, Kedutaan Thailand turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pengedar filem tempatan, Suraya Filem & Distribution bagi mengukuhkan kerjasama membabitkan filem, kandungan dan produksi Thai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265053/berita/sukan/josue-aset-harimau-malaya", "article_title": "Josue aset Harimau Malaya", "article_text": "PENAMPILAN pemain naturalisasi, Paulo Josue bersama skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu baru-baru ini cukup berbaloi apabila dia merekodkan empat gol.Kehadiran pemain kelahiran Brazil itu ternyata menambah taring buat jentera serangan Harimau Malaya selepas dia turut membuat penampilan dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Mac lalu.Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kapten Kuala Lumpur City (KL City) FC itu mempunyai aura tersendiri dan memiliki daya kepimpinan sebagai \u2018jeneral padang\u2019.Menurutnya, keupayaan teknikalnya mampu mengucar-ngacirkan kubu lawan, malah sebagai nilai tambah, Josue mampu menghasilkan jaringan buat pasukan negara.\u201cSaya melihat penampilan Josue bersama skuad negara berbaloi. Dia mempunyai kemahiran teknikal, pandai baca permainan dan killer pass dia juga banyak membantu pasukan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.Josue mempamerkan karakternya sebagai pemain tengah menyerang apabila meledak empat gol, satu jaringan ketika kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon sebelum dia melakar hatrik atas kejayaan membenam Papua New Guinea 10-0 pada Selasa lalu.Mengulas lanjut, Mohd Azraai berkata, Josue juga cepat belajar dan dilihat serasi dengan corak permainan diterapkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon serta mampu membentuk gandingan mantap dengan rakan-rakan sepasukan.\u201cJosue memiliki kelebihan daripada sepakan percuma. Cuba lihat free kick dia ketika membantu KL City menewaskan Sri Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super, awal Jun lalu.\u201cSepakan curve Josue menerjah ke penjuru gawang yang sukar diselamatkan oleh penjaga gol. Pemain seperti ini yang perlu ada dalam pasukan kebangsaan,\u201d jelasnya.Selain Josue, pemain tengah Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), Endrick dos Santos antara \u2018muka baharu\u2019 naturalisasi yang telah mendapat kepercayaan Pan-gon dalam empat perlawanan persahabatan tahun ini.Selain Josue dan Endrick, Harimau Malaya pernah menggunakan khidmat dua lagi pemain naturalisasi, Sergio Aguero dan Lee Tuck pada kempen Piala AFF 2022.Sebelum itu, Harimau Malaya menyandarkan kudrat tiga pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula dalam beberapa tugasan antarabangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265051/berita/semasa/penipuan-forex-polis-tahan-77-individu", "article_title": "Penipuan Forex: Polis tahan 77 individu", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis menahan 77 individu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan penukaran mata wang atau Forex dalam talian, di sebuah kondominium sekitar Lembah Klang, semalam.Kesemua mereka yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Bahagian Risikian/Operasi ialah 43 lelaki dan 34 wanita, berumur dalam lingkungan 17 hingga 37 tahun.Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, sindiket berkenaan, menyasarkan pelabur dari dalam dan luar negara.Beliau berkata, hasil siasatan awal terdapat unsur penipuan pelaburan Forex dalam talian, dengan menggunakan laman sesawang.\"Polis turut merampas antaranya 35 set komputer, 29 unit komputer riba, satu unit tablet, 20 unit telefon bimbit, 38 pas pekerja.\"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/120 Kanun Keseksaan, manakala kesemua suspek direman mulai 23 sehingga 24 Jun 2023 bagi tujuan siasatan selanjutnya,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Amihizam meminta orang ramai membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman webhtpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang transaksi.Selain itu, orang ramai juga diminta melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan.\"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,\u201d katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Jun 2023 12:06am"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265050/berita/sukan/kelantan-fc-tersungkur-lagi-tewas-0-5-dengan-sri-pahang", "article_title": "Kelantan FC tersungkur lagi, tewas 0-5 dengan Sri Pahang", "article_text": "[DIKEMAS KINI] PENGENDALI baharu Kelantan FC, Alfredo Vera perlu melakukan lebih banyak kerja rumah selepas The Reds Warriors (TRW) tewas 0-5 kepada Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat.Itu cabaran dilihat perlu diharungi Vera berusia 50 tahun dari Argentina, ketua jurulatih ketiga TRW musim ini yang mengantikan Frank Bernhardt (Jerman) selepas menggalas tanggungjawab daripada Choi Moon-sik (Korea Selatan) sebelum ini.Skuad yang bakal menjadi taruhan kepada bekas pengendali kelab Liga 1 Indonesia, Persita Tangerang sebelum itu bermula garang lima minit pertama ketika TRW bimbingan Bernhardt tersebut berdepan angkatan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad dalam perlawanan di Kota Bharu tersebut.Bagaimanapun Sri Pahang yang tampil lebih berpengalaman tenang mengawal permainan terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Sergio Aguero pada minit ketujuh sekali gus menyentap kira-kira 3,528 penonton bagi membolehkan skuad Tok Gajah memimpin separuh masa pertama 1-0.Separuh masa kedua, Kelantan yang tampil tanpa beberapa tonggak utama menggunakan beberapa pemain muda berusaha kembali dalam permainan apabila menguji penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi Roslan.Bagaimanapun Sri Pahang yang bermotivasi tinggi dengan kemenangan 4-3 ke atas Negeri Sembilan FC di Kuantan pada 9 Jun lalu tampil lebih kemas pada babak kedua.Hasilnya, empat gol Tok Gajah dijelmakan oleh Fadhli Shas (minit ke-48', m-61) dan Kpah Sherman (m-58', 86') untuk tiga mata dari bumi Cik Siti Wan Kembang tersebut.Kekalahan ke-12 liga selepas mengharungi 14 perlawanan menyaksikan Kelantan kekal di tangga ke-14 liga - satu menang, satu seri, 12 tewas.Sementara itu, Sri Pahang naik satu tangga di kedudukan ketiga dengan 31 mata - sembilan menang, empat seri, dua tewas - selepas 15 kali beraksi.Kelantan selepas ini dijadualkan berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya pada 8 Julai depan manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor FC di Stadium Darul Makmur (9 Julai).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:59pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265071/berita/politik/bn-bersatu-pakatan-korup---tony-pua", "article_title": "BN, Bersatu 'pakatan korup' - Tony Pua", "article_text": "PETALING JAYA - Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'pakatan korup'.Beliau juga turut memberikan label sama kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku sebuah lagi parti nasionalis Melayu.Menurutnya, PH diminta untuk tidak membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selain perlu membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu.\"Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu terhadap rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik selain tidak korup seperti BN.\"Kena ingat Kerajaan Perpaduan sekarang ini mudah retak bila-bila masa. Jadi penting untuk Perdana Menteri dan keseluruhan kerajaan untuk terus berkhidmat.\"Perdana Menteri yang popular bukan untuk Petaling Jaya tetapi pada Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah, Sabah dan Johor,\" katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada Jumaat.Sementara itu, Tony Pua berkata, Anwar perlu memberi contoh kepada rakyat Malaysia serta kepada pihak tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti berbilang kaum tersebut sebenarnya bersih dan tidak korup.Beliau menjelaskan gabungan itu perlu tunjukkan kepada rakyat supaya mereka tahu bahawa parti berbilang kaum lebih baik jika dibandingkan dengan parti berteraskan Melayu serta parti nasionalis Melayu seperti UMNO dan Bersatu.\"Itu sebenarnya yang kita nak lakukan apabila kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang untuk tunjukkan perbezaan. Jadi setelah kita berjaya, saya yakin dalam tempoh empat tahun lagi apabila kita adakah PRU, PH akan terima sokongan besar daripada rakyat Malaysia.\"Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan sendiri selain laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua,\" jelasnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan meskipun tiada jawatan dalam DAP ketika ini, beliau tidak sesekali akan meninggalkan parti itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:46pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265049/berita/semasa/bekas-penghulu-maut-luncur-udara-terjunam-ke-dalam-laut", "article_title": "Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam ke dalam laut", "article_text": "KOTA BHARU - Bekas Penghulu Mukim Seribong, di sini dipercayai lemas apabila luncur udara (paragliding) yang dinaiki bersama rakan baiknya mengalami kerosakan enjin sebelum terjunam ke dalam laut di Pantai Irama, Bachok pada petang Jumaat.Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Mustaffa Isa, 62, maut di lokasi manakala sahabatnya yang berusia 77 tahun mengalami kecederaan ringan.Menantu mangsa, Rozaidi Ismail, 48, berkata, bapa mentuanya pernah beberapa kali melakukan aktiviti tersebut sebelum ini.\"Saya sendiri terkejut apabila mendengar perkhabaran itu petang tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaannya.\"Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seribong secepat mungkin,\" katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Jumaat.Anggota APM Bachok seramai enam orang sempat memberikan bantuan kecemasan kepada salah seorang mangsa.Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin ketika dihubungi memberitahu, kedua-dua warga emas itu dipercayai rakan sekampung.Ujarnya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.Beliau memberitahu, sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut.\"Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa.\"Bagaimanapun Mustaffa yang merupakan penumpang tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira tiga meter,\" ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265048/berita/semasa/pdrm-umum-pertukaran-jawatan-10-pegawai-kanan", "article_title": "PDRM umum pertukaran jawatan 10 pegawai kanan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 10 pegawai kanan termasuk Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman, Tan Beng Yeow berkuat kuasa 24 Julai depan.Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, jawatan baharu Tan ialah Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.Pertukaran lain membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Shazeli Kahar yang akan dilantik menjadi Penolong Pengarah E1A, Cawangan Khas, Bukit Aman, juga memangku pangkat Deputi Komisioner.Beliau berkata, Penolong Pengarah E1C Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Dr Lim Joo Soon pula akan menggantikan posisi Tan, manakala jawatan Lim diganti Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Norhasni Hassan.\"Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Md Nazri Zawawi, akan menjadi Timbalan Ketua Polis Melaka. Posisi beliau akan digantikan Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak Senior Asisten Komisioner Razali Mohamad,\u201d katanya dalam kenyataan malam ini.Sementara itu, Noorsiah berkata, Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Kuching, Sarawak Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali akan dilantik menjadi Komandan PULAPOL, Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.Beliau barkata, Senior Asisten Komisioner Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor Asisten Komisioner Alina Saad pula akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, juga memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.Selain itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Perak Asisten Komisioner Hishammudin Mohd Amin akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dengan menggantikan posisi Shazeli sebagai Ketua Cawangan Khas Perak yang baharu.Beliau berkata, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor Supt Rudy Abdullah akan menjadi Timbalan Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri yang baharu, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:13pm"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265047/berita/sukan/pdrm-fc-peroleh-tiga-mata-di-ipoh", "article_title": "PDRM FC peroleh tiga mata di Ipoh", "article_text": "PDRM FC mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super apabila berjaya menumpaskan Perak FC di Stadium Perak di Ipoh pada Jumaat.Minit awal perlawanan menyaksikan Perak FC menguasai permainan dengan beberapa percubaan.Bagaimanapun memasuki minit ke-17, PDRM FC memperoleh peluang terbaik menerusi tandukan Marcus Macauly namun melepasi palang gol.Kad kuning pertama dilayangkan Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi ke atas pemain Perak FC, Muhamad Alif Zikri kerana mengasari pemain lawan.Perak FC hampir mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma oleh Che Mohamad Suhairi pada minit ke-42 namun berjaya ditumbuk keluar penjaga gol PDRM FC, Muhammad Aqil Abdul Razak.Keputusan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan.Bersambung babak kedua, PDRM FC mengasak ke kubu tuan rumah dengan beberapa percubaan.Hasilnya pada minit ke-50, pemain import PDRM FC, Uche Agba berjaya mendahului jaringan menewaskan penjaga gol Perak FC, T Shaheeswaran.Berselang enam minit kemudian, Perak FC dihukum lagi dengan jaringan kedua pasukan pelawat menerusi Nabil Latpi.Pada minit ke-64, PDRM FC hampir menambah lagi jaringan namun tandukan Alif Najmi hasil umpanan melalui sepakan percuma Marcus Macauly mengatasi palang gol.Sementara itu, Perak dihadiahkan gol pertama pada minit ke-72 menerusi jaringan sendiri apabila James Okwuosa tertampan ke gawang PDRM FC.Keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:03pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265046/berita/semasa/video-tiktok-cuba-fitnah-polis-disiasat", "article_title": "Video TikTok cuba fitnah polis disiasat", "article_text": "SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik menerusi TikTok dengan hantaran mendakwa terdapat unsur rasuah melibatkan anggotanya pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati video tular tersebut memaparkan sebuah kenderaan ditarik dengan lori.\"Video tersebut turut disertakan dengan hantaran mendakwa polis menerima rasuah dan semua di bawah kawalan pihak polis.\"Siasatan dijalankan kemudiannya mendapati kejadian tersebut berkaitan wakil daripada bank telah membuat satu laporan polis mengenai tindakan menarik kenderaan tersebut kerana telah tertunggak bayaran ansuran selama lima bulan,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, siasatan mendapati pemilik akaun tersebut telah menggunakan kata-kata berunsur fitnah.\"Tindakan pemilik akaun yang memuat naik video dan hantaran tersebut dipercayai cuba menjejaskan imej dan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).\"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,\" katanya.Menurutnya, sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-222 3361.Pada Jumaat, tular video dan hantaran di TikTok yang didapati cuba menjejaskan reputasi PDRM.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:24pm"} {"author_name": "NAZRIN ZULKAFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265045/berita/nasional/kj-dakwa-isham-zaid-serang-badan-kehakiman", "article_title": "KJ dakwa Isham, Zaid serang badan kehakiman", "article_text": "SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai individu yang mempertikai, meremehkan dan menyerang badan kehakiman negara.Menurutnya, ini adalah kerana Isham mencadangkan untuk menubuhkan tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.Selain itu, tambah beliau, Zaid pula menyifatkan UMNO tidak serius menuntut pengampunan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak membuat sebarang usaha untuk meyakinkan orang awam mengenai pengampunan diraja itu.\u201cBagi saya, ini adalah serangan terhadap badan kehakiman. Apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa ini tidak menjadi masalah, habislah cerita di situ. Kenapa perlu ada serangan bertubi-tubi terhadap institusi kehakiman negara kita, mempertikaikan, meremehkan kehakiman kita?\u201cKedua, isunya adalah dinamika dalaman UMNO, yang mana (pemimpin) sudah jadi menteri lupakan \u2018Bossku\u2019, tetapi masih ada lagi (individu dalaman UMNO) pejuang-pejuang \u2018Bossku\u2019,\u201d katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada 19 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan berhubung kes rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan ketika mengendalikan perbicaraan Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut dipersetujui pihak Jabatan Peguam Negara.Menurut Khairy, berdasarkan makluman Perdana Menteri itu, ia telah membuktikan bahawa Anwar yang merupakan seorang mementingkan tatakelola, kebebasan institusi telah melakukan satu tindakan betul.\u201cDia (Anwar) nak tunjuk bahawa tidak ada kesilapan ataupun kesalahan yang berlangsung dalam hal ini,\u201d ujarnya.Sementara itu, Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, sesetengah individu yang menunggang isu Najib itu tidak memberikan sebarang keuntungan kepada beliau.\u201cDi akhirnya, hanya ada satu jalan sahaja iaitu pengampunan atau tidak mendapat pengampunan.\u201cSecara asasnya, dapat pengampunan atau tidak, itu sebenarnya kita tunggu. Apa keputusan yang akan dibincang dalam Lembaga Pengampunan yang saya difahamkan akan berjumpa dalam sebulan dua lagi,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:16pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265044/berita/semasa/kes-kutu-sapiza-ibu-tiga-anak-didakwa-lagi", "article_title": "Kes kutu Sapiza: Ibu tiga anak didakwa lagi", "article_text": "SHAH ALAM - Seorang wanita yang dikaitkan dengan pelaburan kutu Saving Sapiza Extra (SSE), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah sebanyak RM28,000, tahun lalu.Nurshafeza Jamaludin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.Ini merupakan kali ketiga dia dituduh di mahkamah, yang mana sebelum ini melibatkan keseluruhan pertuduhan kes penipuan pelaburan berjumlah RM75,000 di mahkamah di Johor dan daerah ini.Mengikut pertuduhan, ibu kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu daripada wanita berusia 42 tahun, di sebuah unit pangsapuri di Puchong antara 22 Oktober sehingga 1 Disember 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 137(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ching Hong mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.Bagaimanapun, peguam, Shahrin Satheer merayu agar ikat jamin dikurangkan memandangkan anak guamnya telah didakwa satu pertuduhan di mahkamah di Johor dan dua pertuduhan di sini semalam.\"Dia perlu menyara tiga anaknya yang berusia enam bulan hingga tujuh tahun selain telah direman selama 25 hari,\" katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Muhamad Anas membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Julai depan.Pada 12 Februari lepas, media melaporkan pihak polis menahan lapan individu termasuk enam wanita disyaki terlibat dalam skim sapiza extra saving di empat negeri dalam serbuan pada 27 Jan susulan 116 laporan yang diterima pihak berkuasa di seluruh negara berhubung skim penipuan itu melibatkan kerugian RM4.43 juta.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:53pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265043/berita/nasional/wujud-garis-panduan-jelas-isu-elaun-pelatih---kj", "article_title": "Wujud garis panduan jelas isu elaun pelatih - KJ", "article_text": "SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perlu ada suatu garis panduan jelas mengenai hak bagi pelatih industri dan majikan berhubung dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.Menurutnya, apabila undang-undang dan peraturan mengenai isu berkenaan samar maka eksploitasi terhadap perkara sedemikian boleh berlaku.\"Perkara ini perlu dari segi keadilan untuk pelatih dan juga majikan. Bila keadaan itu samar di mana tak ada garis panduan, undang-undang dan peraturan maka ada risiko majikan ambil kesempatan dengan menggunakan pelatih untuk melakukan kerja melebihi apa diharapkan pelajar itu sendiri.\"Mereka menjadi buruh percuma sebab tak ada perjanjian, undang-undang dan garis panduan. Tujuan latihan industri sebenarnya nak beri pengalaman pada pekerja muda bukan gunakan mereka sebagai buruh percuma atau kos rendah.\"Jadi kita perlu ada satu garis panduan jelas agar kedua-kedua pekerja pelatih dan majikan tahu apa hak mereka selain apa mereka perlu dibayar serta manfaat perlu diberi pada majikan,\" katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada 18 Jun lepas, kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau 'intern' supaya mendapat pertimbangan sewajarnya.Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan 'intern' tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, perkara kedua adalah peraturan berkenaan mesti dibangunkan supaya ia mengekalkan semangat pertama 'internship' iaitu memberi pengalaman.\"Kalau peraturan dan undang-undang itu seolah-olah menganggap pelatih industri itu pekerja tetap atau pelatih itu sendiri harap bahawa mereka sebagai pekerja tetap dan mereka demand' sebagai pekerja tetap maka bagi saya ia adalah tidak patut berlaku.\"Ya... memang pelatih menyumbang pada syarikat dan organisasi tetapi mungkin organisasi lebih menyumbang pada pelatih tersebut sebab pelatih itu baharu sahaja sama ada mereka masih di IPT atau baru keluar dari IPT.\"Sebenarnya nilai tambah itu lebih dari majikan dan organisasi kepada pelatih. Jadi harapan pelatih itu kena realistik dan jangan ingat bahawa mereka adalah pekerja tetap,\" ulasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:44pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265041/berita/semasa/pekerja-dobi-positif-dadah-diberkas-ketika-lari-dari-ditahan", "article_title": "Pekerja dobi positif dadah diberkas ketika lari dari ditahan", "article_text": "PETALING JAYA - Cubaan seorang pekerja kedai dobi yang melarikan diri ketika ditahan polis mengundang padah apabila diberkas berhampiran Terowong Penchala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) setelah dikejar lebih 10 kilometer pada Jumaat.Suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan itu pada mulanya ditahan polis di Persiaran Surian, Kota Damansara di sini.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 26 tahun itu yang memandu sebuah kereta jenis Proton Waja bagaimanapun terus melarikan diri.\"Anggota polis bertugas bertindak mengejar kenderaan suspek sebelum ia terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan.\"Suspek kemudiannya diberkas setelah dikejar lebih 20 minit dari Persiaran Surian, Kota Damansara,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan suspek menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah pecah rumah.Polis mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya menahan suspek berhampiran Terowong Penchala Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) pada Jumaat.\"Ujian saringan yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis syabu.\"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,\" katanya.Menurutnya, suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265042/berita/nasional/malaysia-kutuk-tindakan-israel-bunuh-orang-awam-di-tebing-barat", "article_title": "Malaysia kutuk tindakan Israel bunuh orang awam di Tebing Barat", "article_text": "KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas dan pembunuhan orang awam di Tebing Barat, berikutan peningkatan keganasan yang terkini.Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat menyatakan bahawa pada prinsipnya Malaysia menggesa agar perbuatan tersebut dikekang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk meredakan ketegangan.\"Malaysia amat bimbang dengan peningkatan insiden maut di Tebing Barat di mana berlaku kehilangan nyawa dan ramai lagi yang cedera.\"Pertempuran di Jenin pada 19 Jun 2023 yang secara langsungnya berpunca daripada serangan terbaharu tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan yang diduduki. Serbuan ini secara terang-terangan tidak menghiraukan dan tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,\u201d menurut kenyataan itu.Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menuntut Israel menghentikan segala tindakan provokatif, tindakan unilateral dan kekejaman yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah, demi kepentingan keamanan dan kestabilan.\"Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,\u201d menurut kenyataan Wisma Putra itu. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265038/berita/sukan/400-anggota-polis-kawal-aksi-separuh-akhir-piala-fa", "article_title": "400 anggota polis kawal aksi separuh akhir Piala FA", "article_text": "SEBANYAK 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bagi tujuan kawalan keselamatan pada aksi separuh akhir Piala FA 2023, Ahad ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata, sebagai langkah keselamatan, petugas juga akan melakukan pemeriksaan badan dan beg di pintu masuk dan selepas memasuki stadium bagi menyaksikan pertemuan antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC.\"Penonton diingatkan agar sama sekali tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, minuman keras, tin minuman, laser, mancis, pemetik api dan power bank.\"Turut tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang objek tajam sama ada besi atau kayu, senjata tajam seperti pisau, gunting, parang serta payung atau tongkat, dron dan sebarang alat pembesar suara atau alat peniup yang mengeluarkan bunyi bising,\" katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Abdul Rahim berkata, polis juga memberi amaran keras kepada penyokong kedua-dua pasukan agar tidak menimbulkan kekecohan pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam.\"Penyokong tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan, perarakan atau membuat provokasi, pergaduhan, merusuh atau nyanyian dalam bentuk sindiran atau hinaan, serta membakar atau menyalakan suar dan sebagainya.\"Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang sedia ada oleh para penyokong. Oleh itu, polis menyeru kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi sepenuhnya garis panduan kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia),\" katanya.Beliau berkata, polis trafik juga akan ditempatkan di sekitar stadium bagi mengawal aliran lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama stadium. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:35pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265039/berita/politik/jangan-lagi-fikir-soal-kj---ahmad-faizal", "article_title": "'Jangan lagi fikir soal KJ' - Ahmad Faizal", "article_text": "SEREMBAN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap persoalan sama ada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyertai parti itu atau sebaliknya tidak lagi difikirkan.Menurutnya, ada perkara lain yang perlu lebih diberi perhatian berbanding daripada memikirkan soal kedudukan seseorang pemimpin.\"Saya harap kita tak perlu terlalu fikir tentang seorang pemimpin, tapi perlu bimbang keadaan kos sara hidup rakyat begitu tinggi dan sebagainya yang perlu diberi keutamaan.\"Pemimpin politik datang dan pergi, kami semua sepatutnya beri fokus untuk pelihara rakyat daripada memikirkan di mana seseorang nak bertanding,\" katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian menjawab status bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan Bersatu.Bagaimanapun ujarnya, beliau menghargai pemimpin seperti Khairy yang meletakkan rakyat lebih penting daripada kedudukan sendiri.\"Yang pentingnya Khairy seorang tokoh pimpinan yang bukan mengharapkan jawatan, bertanding dalam pilihan raya atau gelaran berhormat sebagai satu keperluan.\"Beliau saya lihat sebagai seorang tokoh pimpinan yang sanggup bekerja untuk rakyat dan negara dalam apa juga kapasiti. Itu jauh lebih penting,\" katanya.Ahmad Faizal juga memberitahu, ada berjumpa dengan Khairy pada malam Khamis dan membincangkan perihal rakyat.\"Malam semalam saya dengan dia dan kami ada satu perbincangan yang cukup panjang, menarik dan insya-ALLAH akan membuahkan hasil seperti mana kita harapkan,\" katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Khairy mengakui sudah mempunyai jawapan berhubung pelawaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut.Bercakap ketika podcast 'Keluar Sekejap', bekas Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin.\"Saya telah jumpa dan beri pandangan saya tetapi beliau minta saya fikir lagi.\"Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265037/berita/hiburan/selamat-disatukan-shuib-kini-milik-watie", "article_title": "Selamat disatukan, Shuib kini milik Watie", "article_text": "PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam sekitar jam 8.47 malam Jumaat.Pasangan berkenaan dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchong, Selangor, Ustaz Zubairi.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.Usahawan itu turut ditemani empat cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni; 12, Dzahira Talita Zahra; 10, Ariq Matin; 8, dan Ayash Affan berusia dua tahun.Hari bahagia pasangan berkenaan turut diraikan 600 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin.Antara artis dan selebriti yang hadir meraikan pasangan mempelai ialah Fad Bocey, Marsha Milan, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Nora Danish, Dafi, Haiza, MK K-Clique dan lain-lain.Majlis pasangan ini mendapat tajaan RM1.7 juta termasuk barangan kemas.Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Shuib.Terdahulu usahawan tersebut mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265036/berita/sukan/terbuka-taiwan-tiga-beregu-malaysia-layak-ke-separuh-akhir", "article_title": "Terbuka Taiwan: Tiga beregu Malaysia layak ke separuh akhir", "article_text": "TIGA pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023 pada Jumaat.Apa yang lebih menarik, Malaysia sudah pasti akan mempunyai wakil pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasangan negara itu, akan berhadapan antara satu sama lain di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Taiwan.Pada perlawanan suku akhir hari ini, selaku pasangan pilihan pertama kejohanan Yew Sin-Ee Yi, berjaya mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah Lee Fang-Chih- Lee Fang-Jen, 15-21, 21-19, 21-17.Pasangan Wei Chong-Kai Wun, yang juga naib juara Masters Malaysia 2023 pula mengambil masa 32 minit untuk mengejutkan satu lagi pasangan tuan rumah, yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 21-19, 21-19.Sementara itu pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pasangan tuan rumah Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 21-15, 21-14.Pasangan pilihan keempat kejohanan itu, akan berhadapan satu lagi pasangan tuan rumah Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin yang mengalahkan satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, 21-18, 21-14. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265035/berita/semasa/kes-ebit-lew-whatsapp-juga-dikesan-mengandungi-gambar-video-lucah", "article_title": "Kes Ebit Lew: WhatsApp juga dikesan mengandungi gambar, video lucah", "article_text": "TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat satu Kumpulan WhatsApp mengandungi gambar dan video berunsur lucah ditemukan dalam telefon bimbit yang diterimanya pada 8 Oktober 2021.Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, telefon bimbit itu dihantar ke makmal forensik PDRM kira-kira pukul 12.02 tengah hari oleh pegawai penyiasat.Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, telefon bimbit itu disimpan dalam keadaan selamat, sebelum dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 untuk proses analisis namun telefon bimbit itu mempunyai kata laluan.\"Saya menghubungi pegawai penyiasat untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan akses oleh sistem analisis dan telah diberikan pada hari yang sama...saya kemudian jalankan analisis terhadap telefon bimbit itu sebelum menemukan Kumpulan WhatsApp itu,\" katanya.Latifah berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang bertanya hasil analisis saksi terhadap telefon bimbit yang diterimanya itu.Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan perbicaraan disambung dari 16 hingga 18 Ogos depan. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:46pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265034/berita/politik/pn-negeri-sembilan-puas-hati-agihan-kerusi-prn", "article_title": "PN Negeri Sembilan puas hati agihan kerusi PRN", "article_text": "SEREMBAN - Semua parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berpuas hati dengan jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan buat masa ini bagi mengelakkan berlakunya perdebatan di peringkat bawahan.\"36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semuanya akan ditandingi PN. Saya tak fikir kita perlu beritahu jumlah pembahagian kerusi kerana bagi saya kita bergerak dan bekerja sebagai satu pasukan.\"Tapi pembahagian kerusi itu memadai dan kesemua parti komponen amat berpuas hati. Kami juga tiada masalah antara satu sama lain,\" katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat.Sementara itu beliau berkata, semua parti telah pun menghantar senarai calon untuk dipertimbangkan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi mereka.Ujarnya, kesemua senarai tersebut telah pun dihantar kepada kepimpinan tertinggi parti dan buat masa ini ia dalam proses saringan.\"Biasanya di setiap DUN tak kurang dari tiga nama dan ada hantar dua nama. Kita juga ada dapat cadangan nama dari sumber-sumber lain.\"Tapi untuk kesemua 36 DUN itu dah 'solid' dihantar kepada pucuk pimpinan dan sekarang proses saringan,\" katanya.Dalam pada itu beliau berkata, potensi PN mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan cukup tinggi, namun mengakui kekuatan pihak lawan.Tambahnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati ada perubahan ketara terutama dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum ini menyokong BN tetapi kini telah beralih kepada PN.\"Sebelum ini (Pilihan Raya Umum Ke-15) kita tiada menang kerusi Parlimen. Jadi kami kena kerja lebih kuat berbanding orang lain,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:40pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265033/berita/semasa/suspek-ditahan-dalam-kapal-terbang-bersabit-kes-along", "article_title": "Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes along", "article_text": "JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan penahanan seorang suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Rabu lalu, yang tular di aplikasi TikTok Rabu lalu, berkait dengan kesalahan jenayah ceti haram atau along.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek berusia 28 tahun itu merupakan salah seorang penumpang dalam penerbangan tersebut yang baharu tiba dari utara tanah air.Katanya, penahanan lelaki terbabit dibuat mengikut undang-undang.\"Polis mengesan satu video tular di aplikasi TikTok pada Jumaat berkaitan tangkapan seorang suspek dibuat polis di dalam sebuah kapal terbang.\"Ketika kejadian (Rabu), polis sedang menjalankan tugas dan berjaya mengesan suspek yang merupakan penumpang dalam pesawat berkenaan hasil risikan dibuat.\"Penahanan suspek beserta empat rakannya yang berusia antara 21 hingga 30 tahun sebelum itu dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,\" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah Raub, kesemua suspek direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:32pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265031/berita/nasional/konsert-coldplay-beri-limpahan-ekonomi-kepada-negara---kj", "article_title": "Konsert Coldplay beri limpahan ekonomi kepada negara - KJ", "article_text": "SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kesan ganda kepada ekonomi negara menjadi lebih besar menerusi penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay di Malaysia.Beliau menjelaskan negara akan mendapat limpahan ekonomi susulan ramai pengunjung akan berbelanja di negara ini.\"Orang ingat konsert hanya sekadar konsert sahaja tetapi lupa bahawa apabila buat konsert artis antarabangsa.\"Orang akan datang dari luar dan mereka kena ambil bilik hotel, kena tempah penerbangan (flight) dan akan belanja. Jadi kesan ganda kepada ekonomi kita besar,\" menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Jumaat.Pada Selasa, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert Coldplay.Beliau berkata, Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.Sebelum ini media melaporkan Coldplay mencatat sejarah sebagai kumpulan yang mengadakan konsert terbanyak di satu lokasi secara berturut-turut dalam tempoh enam hari di Stadium Nasional, Singapura sempena konsert jelajah Music Of The Spheres, Januari tahun depan.Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, perlu ada strategi untuk mengatasi masalah berkenaan susulan antara aliran modal atau perolehan mata wang asing paling besar adalah melalui pelancongan.\"Ini kerana pelancong datang beli guna ringgit sebab nak belanja di sini. Itu antara perolehan mata wang asing nombor dua atau ketiga terbesar untuk negara kita.\"Tetapi kita masih lagi tidak letak Malaysia di peta pelancong berbanding Singapura atau Bangkok,\" ulasnya.Khairy Jamaluddin turut membangkitkan mengenai strategi pelancongan negara selain mempersoalkan perlu menunggu Tahun Melawat Malaysia untuk mempelbagaikan acara dan program di negara ini.\"Tak kan kita menunggu untuk Tahun Melawat Malaysia setiap empat atau lima tahun atau kita bergantung pada satu pasaran sahaja iaitu 'pakej tour' dari China. Apa kita punya naratif dalam sudut pelancongan.\"Dulu kita ada tagline 'Malaysia Truly Asia' dan tagline sangat cantik tetapi apa produk-produk dia menjadikan Malaysia ini sebagai truly Asia. Saya risau bahawa satu ketika nanti lebih jauh ketinggalan kita dalam hal pelancongan ini,\" ujarnya.Justeru, beliau menggesa kerajaan terutama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya lebih aktif dan perancangan untuk mengadakan konsert dan acara antarabangsa pada masa akan datang.\"Kita jangan reaktif apabila tahu Coldplay nak buat konsert barulah kita nak kejar konsert tersebut. Kena ada pegawai-pegawai bawah kementerian pelancongan yang sudah ada jangkaan bahawa 'band' (kumpulan muzik) ini akan buat 'tour'.\"Dahulu kita ada Formula Satu (F1) yang dijadikan program utama dalam kalendar pelancongan kita dan sekarang sudah tidak ada. Jadi kita kena lebih agresif,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265029/berita/nasional/kerajaan-tetap-harga-kawalan-maksimum-beras-di-peringkat-kilang-borong", "article_title": "Kerajaan tetap harga kawalan maksimum beras di peringkat kilang, borong", "article_text": "PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong berkuat kuasa 16 Jun lepas sebagai tindakan segera memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil serta terkawal.Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersial dan Lesen Borong Beras dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum selaras surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 16 Jun 2023.Menurut KPKM, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan 5% (SST5) di peringkat runcit ialah RM2.60 sekilogram sepertimana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].\"Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan,\u201d menurut kenyataan yang dikeluarkan susulan dakwaan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin bahawa akan ada peningkatan harga antara RM1 dan RM2 untuk beras 10 kilogram pada Julai ini.Kenyataan itu menyebut ketika ini, harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram.\"Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import,\u201d menurut KPKM sambil menambah harga pasaran beras dalam negara adalah stabil kerana harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dikawal oleh kerajaan.Katanya, pemantauan berterusan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga serta bekalan beras sentiasa stabil. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:08pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265027/berita/politik/caretaker-government-sehingga-pembentukan-kerajaan-baharu---mb", "article_title": "\u2018Caretaker government\u2019 sehingga pembentukan kerajaan baharu - MB", "article_text": "SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bermula Jumaat akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seperti yang telah beliau umumkan pada Isnin lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 dibubarkan pada Jumaat.Menurutnya, pembubaran itu selepas dicadangkan dan menerima perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Isnin minggu lalu.\"Pagi tadi juga, Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Selangor kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Selangor, Shafie Taib.\"Susulan itu, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan 'caretaker', bagi memastikan tatakelola, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dipelihara.\"Ini bagi memastikan program dan dasar kerajaan negeri terutamanya sistem perkhidmatan kerajaan tetap berjalan dengan efisien,\" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Dalam pada itu, beliau menambah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan melaksanakan fungsi sebagai pengerusi jawatankuasa tetap portfolio masing-masing supaya keputusan-keputusan dasar yang dibuat sebelum pembubaran diimplementasikan dengan sempurna tanpa membuat perubahan dasar atau keputusan substantif yang baharu.\"Bagi memastikan prinsip 'good governance' terus diangkat, saya telah mengarahkan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya kereta rasmi tidak digunakan semasa menghadiri program dan mesyuarat politik.\"Dalam pada itu, semua exco akan menyerahkan semula kereta rasmi sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Selangor 2023,\" tambahnya.Ikuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini!", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:53pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265026/berita/nasional/fama-lancar-jualan-aidiladha-madani-ahad-ini", "article_title": "FAMA lancar Jualan Aidiladha Madani Ahad ini", "article_text": "JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), akan melancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di 203 lokasi pasar tani FAMA di seluruh negara.Menurut Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkifli, Jualan Aidiladha Madani itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan bekalan makanan sempena musim perayaan.\"FAMA akan lancarkan Jualan Aidiladha Madani Ahad ini di Shah Alam, Selangor dan di semua 203 pasar Tani FAMA di seluruh negara.\"Pengguna boleh ke pasar tani FAMA bagi mendapatkan barangan keperluan asas seperti daging, ayam, santan dan kelongsong ketupat.\"Secara keseluruhannya, kita menyasarkan nilai jualan sebanyak RM11 juta,\" katanya.Aminuddin berkata demikian pada sidang media sempena FAMA Fest 2023 di AEON Bukit Indah, di sini yang disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.Sementara itu, Aminuddin berkata, FAMA memberikan jaminan bekalan keperluan asas sempena perayaan Aidiladha minggu depan mencukupi.\"Sehingga pagi tadi (Jumaat) saya difahamkan bekalan mencukupi.\"Tentang harga, ia bukan di bawah FAMA, tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:53pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265025/berita/politik/menang-saman-rm10-juta-signal-pkr-pelihara-mandat-rakyat", "article_title": "Menang saman RM10 juta: Signal PKR pelihara mandat rakyat", "article_text": "SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan RM10 juta kepada bekas ahli Parlimen parti itu yang melanggar syarat bon parti merupakan signal jelas bahawa parti tersebut memelihara mandat diberikan oleh rakyat.Ketuanya, Fadhlina Sidek berkata, perbuatan beralih dari satu parti ke parti lain hanya atas kapasiti kepentingan peribadi wajib dinoktahkan.\u201cPerbuatan khianat dan kacau ganggu demokrasi telah pun meletakkan negara di kancah ketidakstabilan politik dan ekonomi dan kos sebenar adalah melangkaui jumlah RM10 juta pada dasarnya.\u201cSistem emokrasi berparlimen harus terus dipelihara dalam apa jua keadaan sekalipun,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Dalam pada itu, ujar Fadhlina, keputusan berkenaan jelas merupakan kemenangan kepada rakyat yang memberikan mandat kepada individu-individu yang bertanding di bawah tiket parti.\u201cWanita PKR menyambut baik keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan parti untuk menuntut RM10 juta daripada bekas-bekas ahli Parlimen PKR yang melanggar syarat bon parti,\u201d menurutnya.ARTIKEL BERKAITAN:PKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - HakimPKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiSaman PKR terhadap Zuraida keputusan tepat - Nik Nazmi", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265024/berita/politik/kempen-prn-saranan-sanusi-hanya-manis-kata-di-bibir-sahaja", "article_title": "Kempen PRN: Saranan Sanusi hanya 'manis kata di bibir sahaja'", "article_text": "PENDANG - Saranan yang dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar semua pihak memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai 'anak jantan' dengan tidak menggunakan aset dan agensi kerajaan diibaratkan seperti 'manis kata di bibir sahaja'.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan tindakan yang dibuat pemimpin berkenaan juga hanyalah satu 'momokan' berlebihan dimainkan dengan cara tidak sepatutnya.Tambah beliau, kedua-dua belah pihak sama ada gabungan BN-Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional juga perlu memahami tanggungjawab masing-masing dalam menuju PRN akan datang memandangkan Kedah adalah negeri pembangkang.\"Saya ingat kita tidak payah cerita pasal (guna harta kerajaan) yang terlalu terlalu (bermotif) nak pengasing-pengasing (mencipta perpecahan antara) kerajaan ini, kita masuk pilihan raya, kita kerajaan Persekutuan, awak kerajaan Negeri, Itu sahaja, kita masuklah (dan) kita perlu profesional, (untuk) kita masuk (PRN).\"Kita tidak payah sangat hendak ungkit, tidak payah sangat nak mengata, kita tidak payah sangat nak guna emosi, kaedah politik ekstrem yang melampau ini kita tak perlu guna,\" katanya.Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Bahagian Pendang, pada Jumaat.Dalam perkembangan sama, beliau yakin bahawa pengundi di negeri Jelapang Padi itu kini berada pada landasan serta naratif yang jelas dalam memilih pihak yang benar-benar akan membawa suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Ini kerana menurutnya, kebanyakan daripada mereka difahamkan telah tersilap dalam membuat keputusan memilih calon dan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.Pada Rabu, Muhammad Sanusi berkata beliau berharap agar amalan demokrasi tidak dicabuli sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian dengan penggunaan dana, harta dan agensi-agensi kerajaan oleh parti tertentu bagi tujuan kempen parti politik.Beliau turut menyeru semua pihak untuk memasuki gelanggang pertandingan sebagai 'anak jantan' dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk negeri Jelapang Padi itu. - AwaniIkuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini!", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265023/berita/politik/prn-selangor-pm-tpm-akan-putuskan-kerusi-belum-dimuktamad", "article_title": "PRN Selangor: PM, TPM akan putuskan kerusi belum dimuktamad", "article_text": "CHERAS - Pembahagian kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor hampir selesai dengan berbaki satu atau dua kerusi lagi yang belum dimuktamadkan.Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurutnya, gabungan itu masih ada masa mencukupi untuk memuktamadkan calon dan pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.\u201cBiasa kita akan ambil masa. Saya lihat kita ada banyak masa. Sebahagian calon itu kita dah kumpulkan sejak sekian lama.\u201cMalahan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas pun kita dah pertimbang senarai calon kalau kita nak buat sekali.\u201cAda penyandang kekal, ada penyandang tidak kekal, ada orang baharu masuk, ada orang baharu tak dapat masuk,\u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pada Jumaat.Sementara itu, ketika ditanya penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam PRN Selangor, Amirudin menegaskan Majlis PH akan memutuskannya dan beliau akur dengan sebarang keputusan.DUN Selangor menyaksikan 56 kerusi dipertandingkan di mana dalam pilihan raya sebelum ini, PH dan BN memenangi 45 kerusi daripadanya.Pada 19 Jun lalu, Amirudin berkata, kedua-dua gabungan itu telah memuktamadkan kebanyakan rundingan kerusi bagi pilihan raya negeri.Beliau juga berkata perbincangan sedang dijalankan untuk kerusi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan Terengganu. - AwaniIkuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini!", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265020/berita/semasa/kes-denggi-meningkat-tiga-kematian-dilaporkan", "article_title": "Kes denggi meningkat, tiga kematian dilaporkan", "article_text": "PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan pada Jumaat berkata, tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME23.Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME23 meningkat 154.2 peratus kepada 51,331 kes berbanding 20,194 kes bagi tempoh sama 2022.\"Sejumlah 37 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 24 kematian,\u201d katanya.Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot kes demam denggi pada ME23 meningkat kepada 95 lokaliti berbanding 82 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.Lokaliti hotspot tersebut adalah 71 lokaliti di Selangor, 10 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, enam di Pulau Pinang, empat di Kedah serta masing-masing dua lokaliti di Sabah dan Perak.Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata, tiada kes chikungunya direkodkan pada ME23 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 135 kes.Bagi survelan zika pula, sebanyak 1,191 sampel darah dan 63 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya.Beliau turut meminta supaya kerosakan struktur bangunan yang menyebabkan takungan air diperbaiki segera untuk mengelakkan daripada menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265018/berita/nasional/potongan-25-peratus-cukai-taksiran-rumah-mampu-milik-di-kl---pm", "article_title": "Potongan 25 peratus cukai taksiran rumah mampu milik di KL - PM", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25 peratus bermula penggal kedua tahun 2023 (Julai hingga Disember 2023) kepada pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas 2014 sehingga kini dan pengurangan 25 peratus itu adalah sehingga penilaian semula dilaksanakan.\"Pengurangan cukai taksiran ini memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Kuala Lumpur,\u201d kata beliau pada Sesi Temu Mesra Perdana Menteri bersama pemilik rumah mampu milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan perasmian Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini pada Jumaat.Sementara itu dalam kenyataan Perdana Menteri berkata, kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif itu adalah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.\"Inisiatif pengurangan cukai ini turut melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta.\"Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik ini dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,\u201d kata beliau.Dalam pada itu Anwar menzahirkan harapan untuk melihat Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya contoh yang prihatin dan menjaga nasib rakyat keseluruhannya.Beliau berkata, bandar raya ini perlu peka dan adil kepada semua kategori rakyat bagi memastikan kesenjangan antara golongan paling kaya dan miskin tidak melebar.\"Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai bandar raya contoh dengan kebersihannya, kepesatan pembangunan, mempercepat kelulusan, elak kerenah pentadbiran dan prihatin kepada nasib rakyat.Kita pastikan rumah mewah disediakan supaya mereka yang mampu dan kaya boleh hidup tetapi kita juga kena pastikan rumah rakyat miskin dan rumah mampu milik turut disediakan barulah ada erti dan makna pembangunan,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:19pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265016/berita/politik/saya-tidak-boleh-komen---daroyah", "article_title": "Saya tidak boleh komen - Daroyah", "article_text": "SHAH ALAM - \"Saya tidak boleh hendak komenlah, ok bye,\" kata bekas Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Dr Daroyah Alwi.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar parti itu tiga tahun lalu.Selain Daroyah, Sinar Harian turut menghubungi ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, namun bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR itu berada dalam satu program dan tidak dapat memberikan respon.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar syarat bon yang mengikat mereka dengan parti tersebut.Selain Zuraida, mereka adalah bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)Pada Jumaat, media melaporkan PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida.Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.ARTIKEL BERKAITAN: PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiPKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:57pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265011/berita/nasional/harga-beras-import-tidak-dikawal-kerajaan", "article_title": "Harga beras import tidak dikawal kerajaan", "article_text": "PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengawal harga beras putih import, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.Jelasnya, pada masa ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada pada paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram (kg).\"Ini merupakan paras harga pasaran normal bagi gred beras putih import dan ia bergantung kepada permintaan,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan kenaikan antara RM1 ke RM2 bagi harga beras putih import untuk beras kampit 10kg bermula bulan depan.Mohamad berkata, kementerian telah mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal dengan mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun berhubung penetapan harga kawalan maksima jualan beras tempatan di peringkat kilang serta borong.\"Melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima yang ditetapkan berkuat kuasa 16 Jun lalu,\" katanya.Tegas beliau, harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 bagi setiap kilogram (KG) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta].\"Pada masa ini, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh kerajaan.\"Pemantauan berterusan KPB juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265012/berita/nasional/tnb-perkenal-pakej-solar-atas-bumbung-jimat-elektrik", "article_title": "TNB perkenal pakej solar atas bumbung, jimat elektrik", "article_text": "SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd memperkenalkan pakej solar atas bumbung eksklusif kepada orang ramai yang mahukan penjimatan jangka panjang bagi bil elektrik mereka.Presidennya, Datuk Baharin Din berkata, 150 pelanggan terawal yang melanggan pakej berkenaan dapat menikmati pemasangan solar photovoltaic (PV) dengan penjimatan sehingga RM4,999 bermula hari ini hingga 31 Julai.\"Tawaran pemasangan solar mampu milik ini termasuk dengan pakej khas pelanggan terawal yang membolehkan pengguna mencapai penjimatan kos yang ketara di samping menggalakkan amalan penggunaan tenaga lestari.\u201cTambahan pula, ini menunjukkan komitmen yang kuat daripada TNB untuk memperkuat inisiatif Net Energy Metering (NEM) 3.0 kerajaan.\u201cSemua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Baharin menambah, pihaknya turut bekerjasama dengan institusi kewangan di negara ini bagi menawarkan pembiayaan kepada orang ramai yang berminat.Jelasnya, pembiayaan berkenaan termasuk pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.\u201cMelalui pilihan pembiayaan ini, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer untuk serentak menikmati manfaat ekonomi sambil mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri.\u201cDengan memainkan peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing,\u201d kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:40pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265007/berita/nasional/solar-pv-had-kapasiti-nem-rakyat-dilonggarkan", "article_title": "Solar PV: Had kapasiti NEM Rakyat dilonggarkan", "article_text": "PUTRAJAYA - Had kapasiti setiap isi rumah bagi permohonan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Rakyat dilonggarkan.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi menggalakkan amalan cekap tenaga dan peralihan kepada penggunaan tenaga boleh baharu melalui sistem pemasangan solar fotovoltaik (PV) sebagai salah satu opsyen pengguna mengawal bil elektrik.\"Had kapasiti bagi setiap permohonan NEM Rakyat dilonggarkan berbanding had 4kW untuk pemasangan satu fasa dan 10kW bagi pemasangan tiga fasa,\" katanya pada sidang akhbar pelarasan tarif elektrik di sini pada Jumaat.Menurutnya, pengguna boleh melakukan pemasangan sistem solar berdasarkan kriteria teknikal yang ditetapkan.\"Had kapasiti sistem solar PV yang dibenarkan di bawah Program NEM NOVA dan Program Pemasangan Solar PV untuk Kegunaan Sendiri (SelCo) ditingkatkan daripada 75 kepada 85 peratus,\" katanya.Beliau berkata, program SelCo turut dibuka untuk permohonan dan penyertaan pengguna voltan tinggi.\"Pelaksanaan ketetapan baharu di bawah Program NEM dan SelCo ini akan berkuat kuasa mulai 15 Julai, berpandukan garis panduan yang akan dikemaskini oleh Suruhanjaya Tenaga.\"Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga akan mengumumkan beberapa penambahbaikan untuk menggalakkan pemasangan sistem solar PV,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265008/berita/nasional/kerajaan-percepat-wujudkan-ekosistem-eev---tengku-zafrul", "article_title": "Kerajaan percepat wujudkan ekosistem EEV - Tengku Zafrul", "article_text": "KUALA LUMPUR - Malaysia, melalui Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang baru ditubuhkan dengan diteraju Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempercepat pembolehan ekosistem kenderaan cekap tenaga (EEV) supaya negara kekal kompetitif dengan negara serantau lain.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, masa depan mobiliti elektrik Malaysia serta manfaatnya bagi pengguna dan alam sekitar terletak pada perkongsian kolaboratif merentas industri dalam satu ekosistem yang diperkasakan.\"Jemaah Menteri telah menimbang dan bersetuju untuk menambah baik struktur tadbir urus Pasukan Petugas EV Kebangsaan (NEVTF) dengan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsan (NEVSC).\"Kita mahu menyelaraskan pemahaman dan hala tuju semua pihak berkepentingan supaya kita dapat membentuk sebuah sinergi kerjasama yang padu dalam menjayakan inisiatif nasional kenderaan elektrik berdasarkan pendekatan keseluruhan kerajaan,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Green EV Charge Sdn Bhd (GEV) dan PLUS Malaysia Bhd di sini, pada Jumaat.Beliau berkata, jawatankuasa Pemandu ini diterajui oleh MITI dan diwakili oleh pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri yang berkaitan.NEVSC juga akan dianggotai oleh Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Perumahan dn Kerajaan Tempatan (KPKT); dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), katanya.\"Saya benar-benar berharap untuk bekerjasama dengan semua menteri dan juga pegawai mereka di peringkat pengurusan tertinggi. Tujuan utamanya adalah kita menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai pelaksanaan ekosistem EEV secepat mungkin.\"Setakat ini, kita ada lebih kurang 1,000 stesen pengecas. Sasaran kita adalan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,\u201d katanya.Terdahulu ketika berucap, Zafrul berkata, usaha meletakkan Malaysia sebagai negara proindustri, propelaburan dan properdagangan di samping memastikan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta warga Malaysia sentiasa dilindungi untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan menyeluruh, kekal penting dan menjadi keutamaan pihaknya.\"Selagi saya menjadi Menteri di MITI, anda memiliki jaminan saya iaitu MITI akan melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan dasar dan kerangka pengawalseliaan yang sewajarnya untuk merealisasikan objektif negara kita,\u201d katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265005/berita/nasional/aidiladha-keluarga-dibenar-lawat-penghuni-penjara", "article_title": "Aidiladha: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Aidiladha pada hari raya ketiga dan keempat.Lawatan itu juga melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Islam.Selain kaedah bersemuka, perjumpaan secara dalam talian (panggilan video) juga dibenarkan dari 1 hingga 3 Julai nanti.Kenyataan itu menyebut keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.\"Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (calitan/air liur) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.\"Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,\u201d menurut kenyataan itu.Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu melalui tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.\"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:24pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265004/berita/politik/saman-pkr-terhadap-zuraida-keputusan-tepat---nik-nazmi", "article_title": "Saman PKR terhadap Zuraida keputusan tepat - Nik Nazmi", "article_text": "PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin merupakan keputusan yang tepat.Beliau yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata, keputusan tersebut selaras dengan Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan baru-baru ini.\"Keputusan yang baik kerana kita luluskan Akta Anti Lompat Parti. Kita tolak amalan lompat parti.\"Jadi kita minta dia (Zuraida) bayar sahaja (denda),\" katanya pada sidang akhbar pengumuman pelarasan tarif elektrik pada Jumaat.Sebelum ini media melaporkan, Mahkamah Tinggi membenarkan PKR untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya itu berhubung isu perlanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.PKR menerusi Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memfailkan saman tersebut pada September 2020.Semasa perbicaraan, Saifuddin memberitahu mahkamah bahawa Zuraida menandatangani bon secara sukarela tanpa paksaan.Bagaimanapun Zuraida mendakwa telah menurunkan tanda tangan di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar, sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.ARTIKEL BERKAITAN: PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar partiPKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/265000/berita/nasional/malaysia-beri-peluang-wanita-dalam-diplomasi-pentadbiran-negara", "article_title": "Malaysia beri peluang wanita dalam diplomasi, pentadbiran negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Malaysia menunjukkan komitmen yang kukuh dalam memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan menyumbang kepada negara terutama dalam bidang diplomasi dan pentadbiran negara.Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, sejajar dasar negara yang mengamalkan konsep Malaysia Madani, lebih banyak ruang dan peluang dimanfaatkan untuk menyokong peranan penting yang dimainkan oleh wanita.\"Wanita telah memainkan peranan penting dalam banyak spektrum diplomasi, menyumbang kepada pembangunan negara dan dunia secara umum.\"Dari duta wanita pertama, PG Lim, kepada duta kerjaya pertama, Datuk Zabedah Ali, hingga kepada pegawai termuda di kementerian pada masa kini -- setiap seorang daripada wanita diplomatik kami merupakan bahagian penting dalam formulasi dan pelaksanaan dasar luar Malaysia.\"Banyak wanita diplomatik Malaysia juga diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, dan menjadi Perwakilan Tetap Malaysia di PBB.\"Dasar negara yang mengetengahkan konsep Malaysia Madani merupakan tonggak utama dalam menzahirkan komitmen kami untuk memastikan ruang dan peluang diberikan secara adil kepada lelaki dan wanita dalam diplomasi dan pentadbiran negara.\"Zambry berkata demikian dalam ucapan pembukaannya yang disiarkan melalui video di forum antarabangsa bertajuk 'Women in Diplomacy: A Spectrum of Opportunities' yang diadakan di sini hari ini, sempena Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi yang dianjurkan setiap tahun pada 24 Jun.Turut hadir adalah bekas Assistant Secretary-General Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Duta Ireland di Malaysia, Hillary Reilly, dan Ketua Koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam, Karima El Korri.Forum antarabangsa itu menampilkan Karima bersama Brigade Adjutant dan Pegawai-pegawai Kanan Personnel Section and Gender Advisor Second Brigade Pasukan Pertahanan Ireland, Leftenan Kolonel Jayne Lawler, yang membincangkan peranan diplomat wanita dalam membuat keputusan serta cabaran dan kemungkinan yang dihadapi pada setiap peringkat kerjaya mereka.Dianjurkan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dalam format hibrid, forum itu dihadiri oleh lebih 100 peserta, pempengaruh dasar luar negara, dan pentadbir yang bertugas dalam bidang diplomasi.Forum itu disokong Kedutaan Ireland di Malaysia dan PBB di Malaysia, Singapura, dan Negara Brunei Darussalam.Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi diasaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Sidang Kemuncak pada Sesi ke-76 pada 20 Jun tahun lepas.Dilaksanakan secara konsensus, resolusi PBB yang bertajuk \"Hari Antarabangsa Wanita dalam Diplomasi\" mengesahkan bahawa penyertaan wanita, berada pada penarafan yang sama dengan lelaki dan di semua peringkat sistem pembuat keputusan, penting bagi mencapai pembangunan mampan, keamanan, dan demokrasi. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264999/berita/nasional/ramai-pengawas-penanda-kertas-spm-2022-belum-terima-upah", "article_title": "'Ramai pengawas, penanda kertas SPM 2022 belum terima upah'", "article_text": "SHAH ALAM - Seorang guru yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil serius berhubung isu tuntutan bayaran kepada pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.Ujar beliau, ramai dalam individu tersebut masih belum mendapat bayaran mereka.\u201cDalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering.\u201cSudahlah bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, claim (tuntutan) yang dibuat kena potong, lambat bayar pula. Naya dekat orang. Hmmm,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.Menerusi hantaran berkenaan, Mohd Fadli turut memuat naik komentar luahan daripada kalangan pengawas dan penanda kertas berkenaan.Seorang individu yang mendakwa sebagai pengawas meluahkan yang dia serik untuk menerima tawaran berkenaan pada masa akan datang.\u201cMaaflah SPM 2023 tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas,\u201d ujarnya.Mohd Fadli turut melampirkan komentar seorang penanda kertas yang mendakwa, kadar bayaran bagi semakan kertas sangat tidak setimpal.\u201cKertas amali Sains hanya ada sedikit, berjumlah markah kurang dari 20 markah bayarannya hanya RM3.\u201cKertas 2 ada hampir 100 markah, berpuluh-puluh muka surat, tetapi dibayar RM4.\u201cTidakkah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memikirkan soal pemberat dan ini memang tidak adil. RM4 ibarat bayaran \u2018buruh percuma\u2019,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 06:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264996/berita/hiburan/jalaluddin-hassan-dimasukkan-ke-hospital", "article_title": "Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital", "article_text": "PELAKON, Datuk Jalaluddin Hassan dilaporkan dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan.Memetik laporan portal Gempak, anak kepada Jalaluddin yang dikenali sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, sejak Khamis.Zul Qayyum turut memohon agar orang ramai mendoakan aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat.\u201cMaaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital.\"Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh. Insya-ALLAH lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih,\u201d kongsi anaknya.Difahamkan, Jalaluddin dikhabarkan tidak dapat menyertai kumpulannya Campaktakjauh di pentas Mega Spontan 2023.Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.\u201cDatuk Jalal dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan.Harapnya semua doakan yang terbaik kepada team Campaktakjauh,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 05:47pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264993/berita/nasional/angkasa-kekalkan-momentum-keberdayaan-gerakan-koperasi", "article_title": "Angkasa kekalkan momentum keberdayaan gerakan koperasi", "article_text": "SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berhasrat untuk memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatannya ke peringkat global dan tidak hanya tertumpu kepada domestik.Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha itu dilakukan melalui kerjasama strategik dan pelan tindakan yang sedang berjalan.Menurutnya, keberadaan kepimpinan Angkasa dalam jawatankuasa antarabangsa membuktikan kepercayaan masyarakat luar terhadap kepimpinan koperasi di Malaysia.\u201cAngkasa komited merencana dan melaksanakan program pemerkasaan koperasi secara berterusan dan menjadi suara yang mewakili gerakan ini di peringkat nasional dan antarabangsa seiring dengan 52 tahun penubuhannya.\u201cMelalui hubungan dan jaringan kerjasama antara Angkasa dengan pihak kerajaan serta pemegang taruh, gerakan koperasi akan terus melebarkan sumbangannya mencukupi keperluan anggota, membantu rakyat bangkit semula meningkatkan ekonomi diri dan memajukan pembangunan sosioekonomi negara,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau yang juga Presiden Organisasi Koperasi Asean (ACO) dan Naib Presiden Perikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) berkata, perubahan secara holistik perlu dilaksanakan demi memastikan gerakan koperasi terus berperanan sebagai jentera peningkatan taraf hidup masyarakat.Jelasnya, Angkasa telah mula menjalankan transformasi secara menyeluruh dalam memantapkan sumbangan gerakan koperasi kepada anggotanya dan masyarakat.Antara yang dilakukan adalah polisi dan dasar diubah bagi membolehkan Angkasa melalui anak syarikat menjalankan perniagaan bagi mencari alternatif kepada sumber kewangan yang selama ini bergantung kepada aktiviti potongan gaji.\u201cSecara dasarnya, perniagaan anak syarikat ini bukan dijalankan untuk bersaing dengan mana-mana koperasi tetapi mewujudkan peluang kerjasama bersama-sama koperasi untuk terlibat dengan aktiviti perniagaan berimpak tinggi.\u201cAnak- anak syarikat ini ditubuhkan berdasarkan kepada lapan sektor pembangunan perniagaan koperasi yang diterajui Angkasa sendiri bagi meneroka peluang baharu yang dapat dimanfaatkan oleh koperasi.\u201cProses inkubasi adalah salah satu strategi kita sebagai penggerak pemula sesuatu projek sebelum dijalankan bersama koperasi. Ini bukan sahaja dapat membantu koperasi terlibat dalam projek yang sudah berdaya maju malah mengurangkan risiko kepada mereka untuk mengalami kerugian,\u201d ujar beliau.Tambah Abdul Fattah, Angkasa juga sedar penggunaan teknologi dan adaptasi penggunaannya amat meluas sehingga sekecil-kecil perniagaan, namun mengakui ada cabarannya bagi sesetengah koperasi untuk mengaplikasikan teknologi dalam urusan seharian.Angkasa katanya, memperkenalkan Projek Barang Asas 100 (BA100) sebagai langkah memperkenalkan koperasi kepada dunia digital di mana sistem dalam talian digunakan dalam peruncitan yang menghubungkan koperasi, pembekal dan pengguna.Melalui sistem itu, koperasi itu dapat mengumpulkan pesanan koperasi untuk dibeli secara pukal daripada pembekal yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih menjimatkan.\u201cSistem ini juga melibatkan pemasaran produk keluaran koperasi dalam mewujudkan ekosistem pembekalan barangan keperluan yang dikuasai oleh gerakan ini.\u201cSebagai badan yang menjadi suara gerakan koperasi, isu serta cabaran koperasi diberi perhatian khusus baik di dalam mahupun luar negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 05:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264991/berita/nasional/tarif-elektrik-hampir-semua-pengguna-tidak-terjejas", "article_title": "[VIDEO] Tarif elektrik: Hampir semua pengguna tidak terjejas", "article_text": "PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Hampir semua pengguna domestik dan bukan domestik voltan rendah tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme pelepasan kos-kos tidak seimbang (ICPT).Ia selepas kerajaan bersetuju untuk menampung kos subsidi elektrik sebanyak RM5.2 bilion sempena pelarasan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember depan.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.\"Ia merupakan 99 peratus daripada pengguna domestik di Semenanjung dan rebat 2 sen/kWj sebelum ini adalah kekal,\" katanya menerusi sidang akhbar pelarasan tarif elektrik Semenanjung di sini pada Jumaat.ICPT adalah mekanisme yang diluluskan oleh kerajaan dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga sejak 1 Januari 2014 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).Mekanisme ICPT membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai utiliti mengatasi perubahan kos bahan api dan penjanaan untuk dilepaskan kepada pelanggan melalui tarif elektrik setiap enam bulan bagi tujuan pelarasan dalam bentuk rebat atau surcaj.Menurutnya, pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik di mana surcaj ICPT pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan.\"Dalam erti kata yang lain, perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya juga tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik,\" katanya.Beliau berkata, kategori baharu pengguna bukan domestik iaitu operator air dan pembentungan di negeri akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.Ia berikutan purata harga bahan api menurun dari AS$224 per metrik tan pada Julai sehingga Disember 2022 kepada AS$173.5 per metrik tan bagi Januari sehingga Jun 2023.\"Operator air di bawah kerajaan negeri akan menikmati surcaj yang lebih rendah untuk tempoh Julai hingga Disember,\" katanya.Nik Nazmi berkata, keputusan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan operator air untuk menyediakan air terawat dan bersih kepada pengguna.Ujar beliau, pengguna bukan domestik iaitu pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (HV) daripada kalangan industri dan komersial akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 17 sen/kWj.\"Pengguna bukan domestik MV dan HV ini akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 28 hingga 35 peratus sebulan,\" katanya.Hanya satu peratus alami kenaikan bilSelaras dengan hasrat Kerajaan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) supaya subsidi elektrik dilaksanakan secara bersasar bermula Julai, Nik Nazmi berkata, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tinggi melebihi 1,500 kWj atau bersamaan bil elektrik minimum RM708 sebulan akan dikenakan surcaj pada kadar 10 sen/kWj.\"Dianggarkan seramai 83,000 pengguna iaitu satu peratus pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan minimum sebanyak RM187 atau 25 peratus,\" kata beliau.Menurutnya, walaupun berlaku kenaikan bagi pengguna domestik kategori itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM58 juta memandangkan surcaj ICPT tidak dilepaskan sepenuhnya.\"Pengguna boleh melihat jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing,\" katanya.Nik Nazmi berkata, pemberian subsidi tersebut diharap dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam tempoh pemulihan ekonomi dan sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 05:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264989/berita/semasa/naufal-sempat-jadi-imam-sebelum-hilang---bapa", "article_title": "Naufal sempat jadi imam sebelum hilang - Bapa", "article_text": "GERIK - Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di sini, sejak tiga hari lepas, merupakan antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat beliau belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun.Bapanya Mohd Harris Muhamed, 46, berkata, Muhammad Naufal Adzimi yang mesra dipanggil Naufal, pada Selasa malam iaitu hari kehilangannya, telah sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.Beliau berkata, sejak petang itu juga, Naufal berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian dan mencabut kedua-dua cermin sisi motosikalnya, tanpa sebarang tujuan.\"Bagaimanapun pada tengah malam itu, Naufal gelisah untuk keluar rumah dan kira-kira 20 minit selepas itu beliau telah pulang semula ke rumah, sebelum difahamkan daripada jiran kampung yang melihat Naufal memecut motosikal dengan laju keluar dari rumah kira-kira 2 pagi,\u201d katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu di sini pada Jumaat.Turut serta dalam SAR itu, ibu Naufal, Rilawati Abdul Rani, 43.Mohd Harris berkata, kali terakhir beliau melihat Naufal ialah selepas 12 tengah malam dan selepas kehilangannya itu beliau telah mengajak beberapa orang penduduk mencari Naufal, sebelum membuat laporan polis apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga pagi.Bercerita lanjut, Mohd Harris berkata, beberapa hari sebelum kehilangan Naufal, guru Maahad tempat beliau belajar ada menghubunginya dan mengesyorkan Naufal untuk diambil dari asrama setelah berkelakuan pelik.\"Guru berkenaan kata Naufal ada menulis di kedua-dua bahagian kertas A4 tentang luahannya berkaitan SPM yang didudukinya, serta nama rakan-rakan dan ustaz-ustaz dikenalinya.\"Bila tengok senior dia berjaya dalam SPM baru-baru ni, mungkin dia rasa sedikit tertekan. Jadi saya tengok kertas (dengan tulisan Naufal) itu. Cikgu syor saya bawa pulang dia ke rumah dan saya bersetuju,\u201d katanya.Mohd Harris berkata, ketika berada di rumah, beliau ada bertanya kepada Naufal, kenapa beliau mencabut cermin sisi motosikal dan anak kedua dari lima beradik itu memberitahu bahawa beliau terpengaruh dengan sebuah drama yang ditayangkan di televisyen.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi pencarian diteruskan pada 9 pagi hari ini, dengan radius pencarian sekitar empat kilometer melibatkan lapan kumpulan berasingan.Beliau berkata, pasukan itu, melibatkan kekuatan 115 anggota termasuk antaranya polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi, dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 05:11pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264990/berita/semasa/lelehan-darah-di-betis-bongkar-remaja-buang-bayi-belakang-rumah", "article_title": "Lelehan darah di betis bongkar remaja buang bayi belakang rumah", "article_text": "TUMPAT - Seorang remaja perempuan sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan di belakang rumah di Kampung Geting di sini, sebelum berpura-pura menjumpai bayi tersebut.Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam keadaan bogel dan kebiruan dengan tali pusat sudah dipotong itu dipercayai dilahirkan pada jam 9.30 pagi Jumaat oleh remaja berusia 18 tahun tersebut.Ibu remaja itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak perempuannya memaklumkan terdengar suara tangisan bayi dan mendakwa ada individu membuang anak di belakang rumah.Menurut pembantu kedai makan yang berasal dari Sungai Golok, Thailand itu, dia tidak terus pulang kerana sedang bekerja namun sekali lagi dihubungi anaknya sebelum meminta saudara pergi melihat keadaan.\u201cSaya pun turut bergegas balik dan sebaik sampai, saya melihat jiran sedang memangku seorang bayi.\u201cSaya terus bertanyakan anak, adakah bayi itu anaknya, namun dia menafikan,\u201d katanya ketika ditemui di sini.Ujar wanita itu, satu uri turut ditemui ditanam tidak jauh dari lokasi bayi ditemukan dan anaknya tetap enggan mengaku sebaliknya mendakwa lelehan darah yang kelihatan di betisnya kerana datang bulan.Kata wanita berusia 37 tahun itu, anaknya baru tinggal bersamanya pada Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suaminya meninggal dunia akibat serangan strok.\u201cAnak saya belum berkahwin dan saya tidak tahu jika dia mengandung kerana badannya memang berisi.\u201cCuma dia beritahu kurang sihat dan lapar ketika terjaga dari tidur pada jam 1 pagi tadi,\u201d katanya.Menurut wanita itu, sebelum keluar bekerja pada jam 4 pagi, dia sempat memasak untuk anaknya yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.Tambah wanita yang sedang hamil enam bulan itu, dia menghubungi polis kerana buntu memikirkan perkara tersebut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan dan akan menjalankan siasatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264984/berita/sukan/medan-ujian-buat-misbun-di-indonesia---norza", "article_title": "Medan ujian buat Misbun di Indonesia - Norza", "article_text": "KEJOHANAN Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia bulan depan akan menjadi medan ujian buat Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek untuk memastikan anak buahnya menunjukkan prestasi sebenar di pentas antarabangsa.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia selepas prestasi hambar skuad muda negara di Kejohanan Remaja Dunia 2022 di Santander, Sepanyol, Oktober lepas yang menyaksikan tiada kelibat wakil negara di pentas akhir.\"Misbun sudah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) beliau untuk menempa kejayaan dan sekurang-kurangnya di peringkat Asia kalau bukan di peringkat dunia.\"Saya berharap Misbun sebagai jurulatih tahu apa dilakukan beliau dan kita (BAM) sentiasa beri sokongan kepada beliau melatih pasukan remaja kita menempa kejayaan di peringkat Asia,\" katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia - Kementerian Pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.Ditanya sama ada sasaran BAM kepada skuad remaja yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan dari 7 hingga 16 Julai itu adalah untuk mara ke final, Mohammad Norza secara ringkas berkata: \"Insya-ALLAH\".Seramai 16 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia di Indonesia iaitu bagi acara perseorangan lelaki Eogene Ewe, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq dan Lok Hong Quan manakala Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi serta Ung Yi Xing bagi perseorangan wanita.Beregu lelaki pula diwakili Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, Aaron Tai Wei Qin, Kang Khai Xing, Hong Quan, sementara Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San dan Chan Wen Tse bagi beregu wanita.Misbun sebelum ini beralih jawatan daripada Pengarah Pembangunan Remaja BAM kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja pada Februari lepas, selepas Akademi Badminton Malaysia (ABM) melakukan penyusunan semula barisan kejurulatihan skuad remaja negara susulan prestasi mengecewakan di Kejohanan Remaja Dunia 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264983/berita/politik/sasaran-ph-bn-menang-50-kerusi-di-selangor-realistik---amirudin", "article_title": "Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik - Amirudin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai.Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.\"Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai.\"Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,\u201d katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini.Beliau menjawab dakwaan dan pandangan pemerhati politik serta pembangkang yang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:36pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264982/berita/nasional/lpp-mahu-noktahkan-miskin-tegar-ahli-ppk", "article_title": "LPP mahu noktahkan miskin tegar ahli PPK", "article_text": "ALOR SETAR - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara.Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu berkenaan antara fokus yang diberikan tumpuan agar kehidupan petani yang dibelenggu kemiskinan sejak sekian lama dapat diminimumkan.Menurutnya, sebagai permulaan, LPP sedang mengenal pasti golongan miskin tegar dalam kalangan ahli-ahli PPK dengan kerjasama agensi berkaitan untuk dibantu menerusi program yang akan dibangunkan.\u201cSaya sudah maklumkan kepada semua Pengurus Besar PPK untuk kenal pasti berapa ramai ahli PPK daripada hampir 18,000 keluarga miskin tegar di Kedah, yang dikategorikan miskin tegar.\u201cUsaha LPP ini selari dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara,\u201d katanya di sini pada Jumaat.Mahfuz berkata, agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut mengambil inisiatif sama agar matlamat untuk menurunkan peratusan miskin tegar kalangan petani dapat dicapai.\u201cSaya turut berbincang dengan Datuk Dr Ismail Salleh (Pengerusi MADA) berhubung perkara ini dan beliau juga akan membuat arahan kepada semua PPK bawah MADA untuk pastikan masalah kemiskinan tegar dapat dinoktahkan, khususnya kalangan ahli PPK.\u201cSecara umum, kita dapat maklumat masih wujud ahli-ahli PPK sebagai golongan miskin tegar,\u201d jelasnya.Mahfuz berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, anak-anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga PPK juga akan dibimbing agar dapat meneruskan pengajian, seterusnya keluar dari garis kemiskinan.\u201cFokus kedua LPP untuk kenal pasti berapa ramai lepasan SPM anak ahli PPK yang tidak mahu lanjutkan pengajian sama ada laluan akademik atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).\u201cKita akan arahkan PPK buat perjumpaan dengan keluarga terlibat dan bimbing pelajar tersebut, untuk pastikan mereka diberikan hala tuju pendidikan.\"Kita tak mahu mereka tercicir dan sekurang-kurangnya didedahkan akan kepentingan pendidikan kemahiran melalui TVET,\u201d ujarnya.Menurutnya, TVET kini merupakan pendidikan arus perdana dan bukan lagi sebagai pilihan kedua.\u201cLepasan TVET kini menjadi rebutan sebab industri berkehendakkan golongan yang miliki kemahiran. Adalah malang jika anak muda tak mahu melanjutkan pelajaran dan terus memasuki gig ekonomi.\u201cJika 400,000 orang sertai bidang ekonomi, akan berlaku lambakan. Umpama sebuah kek yang besar terpaksa diagihkan seorang sedikit.\"Ini tidak menguntungkan dan merencatkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan masyarakat,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264981/berita/semasa/enam-lagi-suspek-kes-wang-kelian-masih-bebas---pdrm", "article_title": "Enam lagi suspek kes Wang Kelian masih bebas - PDRM", "article_text": "KANGAR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap enam lagi suspek kes 'Kubur besar Wang Kelian' akan dapat dihadapkan ke muka pengadilan kata Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin.Beliau berkata, pihaknya percaya keenam-enam suspek itu, kini dipercayai berada di luar negara.\"PDRM berharap baki enam lagi suspek ini berjaya ditahan dan dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia kelak,\u201d katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat dan menambah, hari ini empat suspek warga Thailand telah dituduh di Mahkmah Seksyen Kangar di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.\"Pihak PDRM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk kerajaan Thailand dalam menjayakan proses ekstradisi Op Wawasan Khas Wang Kelian ini,\u201d katanya.Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang dikenali sebagai kes kubur besar Wang Kelian, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dari dalam dan luar negara.Selepas menjalankan siasatan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015, diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.Saifuddin Nasution berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264985/berita/semasa/kes-basni-sabrah-jpn-akan-jalankan-siasatan", "article_title": "Kes Basni Sabrah: JPN akan jalankan siasatan", "article_text": "SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan berhubung kes penyalahgunaan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) milik seorang lelaki bernama Basni Sabrah.Menurut jabatan tersebut, semakan di pangkalan data mendapati bahawa Basni yang disangka meninggal, sebenarnya masih hidup.Namun, kekeliruan yang timbul adalah disebabkan MyPRnya yang sebelum ini hilang digunakan oleh orang lain.\u201cWalaupun satu pihak lagi disyaki menggunakan MyPR yang hilang tersebut telah meninggal dunia, JPN akan melakukan risikan dan siasatan terhadap kebarangkalian yang ada berkaitan kes ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Baru-baru ini, Basni dimaklumkan oleh anaknya yang berada di Dumai, Sumatera, Indonesia bahawa pihak kedutaan memaklumkan \u2018kematiannya\u2019 di Hospital Kajang pada 20 Mei lalu.Terkejut dengan perkhabaran tersebut, dia yang menetap di Kepong telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Idaman untuk menyatakan dirinya masih hidup.Jelas lelaki berasal dari Sumatera, Indonesia itu, berdasarkan dokumen diperoleh daripada pihak kedutaan, hanya gambarnya yang berbeza sedangkan nama dan maklumat tempat tinggal adalah sama.Dalam pada itu, JPN mengingatkan bahawa MyPR yang hilang boleh disalah guna dan boleh menggugat keselamatan negara ini\u201cMenggunakan kad pengenalan orang lain merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:20pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264979/berita/semasa/nelayan-warga-asing-hilang-ditemui-selamat", "article_title": "Nelayan warga asing hilang ditemui selamat", "article_text": "KUANTAN - Seorang nelayan warga Kemboja yang dilaporkan hilang di perairan Dungun, Terengganu sejak malam Rabu lalu ditemui selamat pada awal pagi Jumaat.Mangsa, Yeng Sot, 41, ditemui bersama bot kecil dinaiki di lokasi kira-kira 90 batu nautika dari Pulau Tenggol, Terengganu oleh kru bot induk.Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, mangsa disedari hilang bersama bot kecil ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan itu.Menurutnya, bot dinaiki mangsa kehabisan minyak dan terputus hubungan dengan bot induk semasa melakukan aktiviti menangkap ikan sebelum dihanyutkan sejauh kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian.\"Menyedari kehilangan mangsa, tekong dan 18 awak-awak bot induk dibantu bot nelayan lain segera melakukan pencarian di sekitar lokasi itu.\"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang melalui Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuantan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) jam 2.30 petang Khamis setelah menerima laporan kejadian dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun,\" katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.Kamal Ariffin berkata, Kapal Maritim (KM) Gemia diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membuat pencarian.\"Awal pagi tadi (Jumaat), MRSC Kuantan menerima panggilan memaklumkan mangsa bersama bot kecil ditemui dalam keadaan selamat.\"Tekong bot berjaya menghubungi mangsa melalui walkie-talkie sebelum diselamatkan,\" jelasnya.Beliau berkata, Ops carilamat ditamatkan pada jam 9 pagi.Sementara itu katanya, komuniti maritim yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut diingatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dengan memakai jaket keselamatan dan menggunakan peranti Personal Locator Beacon (PLB).Beliau berkata, sebarang aduan dan kejadian kecemasan di laut boleh terus disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:20pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264978/berita/semasa/restoran-tawar-hiburan-secara-haram-disita", "article_title": "Restoran tawar hiburan secara haram disita", "article_text": "KLANG - Sebuah restoran di Jalan Pekan Baru Klang disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi selepas menawarkan ruang hiburan istirahat (lounge) dan snuker secara haram.MPK dalam kenyataan memaklumkan, hasil siasatan mendapati pengusaha restoran berkenaan hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja.\u201cPengusaha terbabit menjalankan aktiviti hiburan (lounge dan snuker) tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahagian pelesenan dan baharu beroperasi selama sebulan.\u201cHasil siasatan didapati pengusaha ini hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja,\u201d menurut PBT berkenaan dalam kenyataan di laman Facebooknya.PBT itu turut memaklumkan tindakan sitaan lounge dan snuker adalah mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 dan 2001 serta 1995 pindaan 1998 dan 2001.Antara barangan disita dalam operasi termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker\"Antara barangan disita dalam operasi terbabit termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker,\" katanya.MPK menambah pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha patuh dengan undang-undang dan arahan ditetapkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:13pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264973/berita/nasional/harga-beras-import-naik-bulan-depan", "article_title": "Harga beras import naik bulan depan", "article_text": "SHAH ALAM - Harga beras import di pasaran dijangka akan meningkat antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram bermula bulan depan, susulan kelemahan ringgit dan kenaikan kos buruh serta tarif elektrik.Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kenaikan itu membabitkan beberapa jenis beras, antaranya beras putih import, beras basmathi dan beras wangi.Menurutnya, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan beras tempatan memandangkan ia tertakluk kepada harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.\u201cPembekal telah maklumkan akan ada peningkatan harga antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram, maknanya akan ada kenaikan lagi bermula bulan depan.\u201cKenaikan harga ini sebenarnya bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi di kebanyakan negara. Di negara ini, puncanya adalah kelemahan ringgit dan kos tarif elektrik semakin mahal serta kos pekerja.\u201cKalau kos meningkat, kita juga terpaksa naikkan. Beras import ini ada banyak jenis, antaranya beras basmathi, beras wangi dan beras putih import yang mana ia dijual antara RM13 ke RM15,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Tambah Ameer, gelombang panas yang berlaku turut menjejaskan penuaian pada musim lepas, menyebabkan kenaikan harga beras putih tempatan namun bekalan dijangka stabil menjelang September.Katanya, kenaikan itu menyebabkan keuntungan peruncit berkurangan kerana pembekal menaikkan harga daripada RM12.50 kepada RM12.80 bagi beras putih tempatan iaitu \u20185% Super Spesial Tempatan\u2019.\u201cWalaupun kos meningkat, kami terpaksa jual pada harga RM13 juga sebab beras tempatan tertakluk kepada harga kawalan.\u201cPeruncit seperti kami terbeban dengan kos tambahan ini menyebabkan kita tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan harga bagi menampung pertambahan kos,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:07pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264977/berita/politik/pkr-teruskan-saman-10-bekas-ahli-parlimen-keluar-parti", "article_title": "PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti", "article_text": "PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.\"Kami mulakan dengan Zuraida. Kami menang.\"Langkah seterusnya ialah ke atas Ahli Parlimen Keadilan lain yang ikut keluar. Fakta kes sama, insya-ALLAH peluang menang cerah,\" tulisnya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan tuntutan RM10 juta oleh PKR terhadap Zuraida yang bekas Naib Presiden PKR itu wajar dijadikan pengajaran.\"Usah khianat. Gembiranya hanya sementara,\" katanya.Dakwa Saifuddin, pengikut Zuraida yang keluar parti sebelum ini kembali mengemukakan permohonan untuk menyertai semula PKR.\"Maaf ya, masuk parti bukan macam bersalin baju,\" katanya.Mengimbas kembali saat berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 yang lalu, Saifuddin berkata, semua calon PKR berkumpul di ibu pejabat parti bagi menandatangani suatu bon sebelum diserahkan watikah lantikan.Bon tersebut mengikat ahli Parlimen PKR yang menang pilihan raya sekiranya bertindak keluar parti perlu membayar RM10 juta.\"Selaku Setiausaha Agung, saya membantu Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis serahan watikah calon,\" ujar beliau.Bagaimanapun beliau berkata, sejumlah Ahli Parlimen PKR melanggar bon tersebut selepas menang pilihan raya.\"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan saya kemudian memulakan tindakan undang- undang ke atas mereka berkenaan,\" katanya.PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar bon tersebut.Selain Zuraida, mereka adalah bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:03pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264972/berita/nasional/umk-tersenarai-universiti-terbaik-asia", "article_title": "UMK tersenarai universiti terbaik Asia", "article_text": "BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat julung kalinya tersenarai sebagai salah sebuah universiti terbaik di Asia oleh Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2023 apabila berada diranking 501-600.Pencapaian itu berdasarkan pengumuman dibuat di THE Summit Asia 2023 di The Chinese University of Hong Kong (CUHK) yang berlangsung pada Khamis.Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak berkata, lebih manis kejayaan itu hadir bersama-sama pencapaian institut tersebut di THE World Universiti Ranking 2023 selepas tersenarai buat pertama kali di kedudukan 1201-1500 sekali gus meletakkan ia sebaris dengan universiti bertaraf dunia.\u201cTHE World University Rankings Asia 2023 menggunakan 13 penunjuk prestasi yang sama seperti THE World University Rankings, tetapi penilaian semula dibuat untuk mencerminkan sifat institusi Asia.\u201cMerujuk kepada penarafan tersebut, UMK dinilai berdasarkan lima indikator utama iaitu pengajaran (persekitaran pembelajaran), penyelidikan (jumlah pendapatan dan reputasi), sitasi (pengaruh penyelidikan), pendapatan industri (pemindahan pengetahuan) dan hubungan antarabangsa (kakitangan, pelajar dan penyelidikan).\u201cKejayaan luar biasa ini menunjukkan komitmen UMK dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan memupuk persekitaran pembelajaran yang dinamik serta inklusif disamping usaha berterusan dalam penyelidikan dan inovasi,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, pengiktirafan kemajuan UMK dalam penarafan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi, kerja keras pensyarah, kakitangan dan pelajar malahan juga menekankan sokongan, kerjasama kukuh dari pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, rakan industri, komuniti serta setempat.Ujarnya, kejayaan itu juga berdasarkan kepada komitmen universiti dan cabaran masa depan.Razli memberitahu, UMK komited untuk memanfaatkan pencapaian itu sebagai tunggak untuk pertumbuhan dan keunggulan berterusan.\"UMK berhasrat untuk memperkukuh keupayaan penyelidikan, meningkatkan kerjasama antarabangsa, dan meluaskan program akademik untuk menarik bakat terbaik dari seluruh dunia,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 04:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264971/berita/sukan/azizulhasni-jumpa-penyelaras-program-rtg-minggu-depan", "article_title": "Azizulhasni jumpa penyelaras program RTG minggu depan", "article_text": "JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan mengadakan pertemuan bersama Penyelaras Program Jawatankuasa Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam minggu hadapan, bagi membincangkan keperluan dan kebajikan yang diperlukannya sebelum ini.Pelumba berusia 35 tahun itu berkata, hasil pertemuan itu penting, bagi membolehkannya untuk terus menampilkan aksi terbaik, ketika menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa.\"Memang sepatutnya saya berjumpa dengan pihak (RTG) beberapa hari lalu, namun jadual saya agak padat, jadi hanya tahu mengenai permintaan diluluskan melalui surat khabar dan portal berita, dan hanya akan berjumpa dengan Stuart pada awal minggu hadapan.\"Jadi buat masa ini tidak tahu secara terperinci (mengenai maklumat permintaan yang diluluskan),\u201d katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik 2023: Majlis Olimpik Malaysia-Kementerian Pendidikan Malaysia, di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini pada Jumaat.Pada Isnin lepas (19 Jun), Jawatankuasa RTG bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman itu, untuk memastikan atlet tersebut mendapat segala apa yang diperlukan bagi berada di prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024.Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN), yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik itu.Juara Dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN, dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai pada awal tahun ini, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.Dalam perkembangan lain, juara keirin ACC 2023 itu menzahirkan kesyukuran atas segala penat lelah yang disifatkan berbaloi, apabila ranking terkini beliau dalam Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin dan pecut, meningkat.\"Saya tidak bimbang mengenai ranking, sebab saya memang tidak menyetai perlumbaan musim lepas, namun sebaik bermula dan kini menjadi nombor tiga dunia sudah semestinya menaikkan semangat diri ini. Ranking ini menunjukkan pasukan berbasikal dalam landasan tepat, untuk pergi ke Sukan Olimpik,\u201d katanya.Kedudukan pemenang pingat perak keirin Olimpik Tokyo 2020 itu meningkat daripada tangga ke-10 ke kedudukan ketiga di belakang pelumba Australia Matthew Richardson, yang berada di posisi kedua keirin dunia, manakala juara dunia dari Belanda Harrie Lavreysen, berada di tempat pertama.Bagi acara pecut pula, menyaksikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam, di belakang pelumba Israel Mikhail Yakovlev di tangga kelima dan pelumba Jepun Kaiya Ota, di kedudukan keempat.April tahun lepas Azizulhasni telah menjalani pembedahan, susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:58pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264975/berita/semasa/juruukur-maut-nahas-di-bukit-tangga-baru-terima-apc", "article_title": "Juruukur maut nahas di Bukit Tangga baru terima APC", "article_text": "JELEBU - Penunggang motosikal yang maut dalam nahas di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga di sini, baru sahaja menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) minggu lalu.Mangsa, Muhamad Hasnul Ramli, 48, merupakan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Negeri Sembilan Barat ketika kejadian dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas luar di Kampung Jeram Lesong di sini.Menurut juruukur Jupem Daerah Negeri Sembilan Barat, Sr Muhamad Fariz Absl Kamarul Azman, Allahyarham seorang pekerja yang berpengalaman dan telah berkhidmat selama 20 tahun.\"Arwah seorang yang rajin, tidak banyak cakap namun mesra dengan kawan-kawan selain seorang yang cepat belajar.\"Kali terakhir saya berjumpanya pada minggu lalu sempena APC dan arwah kelihatan gembira namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,\" katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jelebu pada Jumaat.Muhamad Fariz (kanan) bersama dua lagi kakitangan Jupem yang turut berada di Hospital Jelebu.Dalam perkembangan sama, seorang lagi mangsa nahas iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seperi, Jelebu tengah hari Jumaat.Bapanya, Koperal Mohd Hariz Shakirin Mohd Yusof berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan dua anak lelaki berusia enam serta tiga tahun dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli barang di Seremban.\"Saya sempat mengeluarkan anak sebaik kemalangan sebelum mendapatkan rawatan di hospital,\" katanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta dan sebuah motosikal pada malam Khamis.Kedua-dua mangsa merupakan penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki dan penunggang motosikal seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, siasatan lanjut kemalangan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\"Ayah dan ibu kanak-kanak yang maut sudah dibenarkan keluar wad manakala anak sulung mereka masih lagi dirawat di Hospital Jelebu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:56pm"} {"author_name": "ROSHILA MURNI ROSLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264970/berita/politik/umno-dijangka-tanding-15-kerusi-dun-kedah", "article_title": "UMNO dijangka tanding 15 kerusi DUN Kedah", "article_text": "PENDANG - UMNO Kedah meramalkan bertanding sekurang-kurangnya 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN).Bagaimanapun, PengerusiUMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka selesai sebelum Aidiladha ini.\"Kalau kita ada 15 DUN yang bertanding itu kira minimumlah. Ya, kalau kita dapat lebih daripada itu, maknanya itu sudah banyaklah daripada itu,\" katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) UMNO DUN Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini pada Jumaat.Ketika ditanya mengenai pembahagian dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah, Mahdzir berkata, perkara itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.\u201cSaya ingat yang itu bukan isu untuk diselesaikan. Insya-ALLAH dalam minggu ini sebelum raya haji kita boleh selesai,\u201d katanya.Menyentuh tentang persediaan parti itu pula, beliau berkata, BN sudah memulakan gerak kerja termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN.\"Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PDM, akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itulah. Katalah di Tokai ada 21 jadi ada 21 jawatankuasa,\" katanya.Ujarnya, antara gerak kerja yang diputuskan adalah untuk memastikan semua jawatankuasa yang ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon PH di DUN yang ditandingi mereka.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:53pm"} {"author_name": "ROSHILA MURNI ROSLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264967/berita/politik/bertanding-secara-anak-jantan-hanya-pemanis-bibir---mahdzir", "article_title": "Bertanding secara anak jantan hanya pemanis bibir - Mahdzir", "article_text": "PENDANG - Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar setiap parti bertanding secara anak jantan tanpa menggunakan dana dan harta kerajaan disifatkan sebagai pemanis bibir semata-mata.Katanya, adalah mustahil apabila seseorang dalam kerajaan langsung tidak menggunakan harta kerajaan.Tambah Mahdzir, rakyat ketika ini tidak perlu dimomokkan secara berlebihan dengan perkara yang tidak sepatutnya.\"Kalau dah jadi kerajaan hang (kamu) cerita lah kut mana pun kan, yang itu dia panggil 'lips decoration' atau pemanis mulut sajalah. Satu dunia tahu kalau dah jadi kerajaan itu, kut mana hang (kamu) tak guna? Guna jugalah.\"Saya ingat kita tak payah cerita fasal yang terlalu nak perasing-perasing (asing) kerajaan. Kita masuk pilihan raya, kita kerajaan federal, kamu kerajaan negeri, kita profesional,\" katanya ketika ditemui selepas taklimat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang di Pejabat UMNO Pendang di sini pada Jumaat.Menurutnya, pemimpin politik perlu bijak dalam mengawal emosi dan tidak berpolitik dengan kaedah yang ekstrem.\"Kaedah politik ekstrem yang melampau ini kita tak perlu guna. Kita pergi kepada naratif rakyat sebab 65 tahun daripada awal merdeka, rakyat dah ada pendidikan yang diberi oleh UMNO dan Barisan Nasional.\"Tak payahlah duk buruk orang terlampau hari-hari, cuma kita cerita lah apa yang kita nak buat. Seperti dah jadi satu kegemaran pula mengata orang,\" katanya.Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, pihaknya yakin pengundi sudah berada pada naratif yang jelas selepas terkeliru membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.Katanya, kekeliruan itu berlaku disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ketika itu merupakan parti yang menjadi kerajaan.\"Kita pun tak boleh salahkan depa (mereka) jugalah pada waktu itu tapi hari ini sangat jelas. Di Putrajaya (ada) BN dan Pakatan Harapan (PH), Di sini PN (iaitu) Pas dan Bersatu yang jadi pembangkang. Sebab itu saya guna tagline kalih bagi sama,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:38pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264965/berita/semasa/kilang-kitar-semula-musnah-terbakar", "article_title": "Kilang kitar semula musnah terbakar", "article_text": "SHAH ALAM - Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Bukit Naga, Seksyen 32 di sini pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.33 petang.\"Seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.\"Kebakaran didapati melibatkan longgokan barangan kitar semula yang didapati terbakar 50 peratus,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman bagi mengelakkan kebakaran terus merebak.\"Kerja pemadaman dijalankan dengan bantuan dua buah jentera pengorek yang terdapat di kilang tersebut.\"Kebakaran kemudian berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2 petang,\" katanya.Menurutnya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan siasatan masih dijalankan melibatkan punca dan kerugian akibat kebakaran tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:32pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264964/berita/semasa/29-wanita-china-tidak-mengaku-tinggal-lebih-masa-tiada-pas", "article_title": "29 wanita China tidak mengaku tinggal lebih masa, tiada pas", "article_text": "SEREMBAN - Seramai 29 wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini pada Jumaat atas pertuduhan berada di negara ini tanpa pas yang sah dan tinggal lebih masa pada Jumaat.Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 64 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Khadijah Md Yusop dan Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, 21 tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002) iaitu berada di negara ini tanpa pas yang sah.Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh disebat tidak lebih enam sebatan.Selain itu lapan lagi didapati berada di negara ini melebihi masa yang telah ditetapkan.Berikutan itu mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002)yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama.Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.Kesalahan itu dilakukan pada 13 Jun 2023 jam lebih kurang jam 5.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.Peguam Siti Summaiyah Ahmad Jaafar merayu kesemua tertuduh diberi jaminan atas alasan mereka mempunyai visa perubatan dan ketika ditahan pasport mereka masih belum tamat tempoh.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman dan Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi.Mahkamah menetapkan 10 daripada mereka diberikan jaminan RM10,000, empat lagi masing-masing RM8,000 dan RM4,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta menyerahkan paspot kepada mahkamah.Tiada jaminan ditawarkan kepada 11 lagi dan sebutan semula kes 25 Julai ini.Sebelum ini akhbar berbahasa Cina melaporkan kesemua mereka ditahan pada 9 Jun lalu di Senawang selepas disyaki cuba menyebar ajaran Kristian yang sesat dan memperdayakan mangsa untuk menderma kononnya bagi tujuan membina gereja.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264959/berita/nasional/anwar-solat-jumaat-bersama-rakyat-di-cheras", "article_title": "Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Cheras", "article_text": "KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.Beliau yang tiba di masjid itu pada pukul 1.25 tengah hari, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan masjid serta jemaah.Anwar bersama kira-kira 1,000 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk \u2018Falsafah Pensyariatan Ibadah Haji\u2019 sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut 29 Jun ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak di situ.Terdahulu, Anwar makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Ros Sari yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:14pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264961/berita/semasa/lelaki-didakwa-cedera-isteri-dengan-kayu-golf-baton-besi", "article_title": "Lelaki didakwa cedera isteri dengan kayu golf, baton besi", "article_text": "MELAKA - Seorang pekerja pengemas penginapan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan mencederakan isterinya.Tertuduh, Azwan Azman,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada isterinya berusia 28 tahun dengan menggunakan sebatang golf, sebatang baton besi dan sebatang kayu buluh.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 3, Taman Seri Telok Mas, di sini, pada jam 3.30 pagi, 19 Jun lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari membantah jaminan diberikan mengambil kira kecederaan parah yang dialami mangsa.Tertuduh bapa dua anak yang diwakili peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah, bagaimanapun memohon jaminan rendah dikenakan terhadap tertuduh sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara kerana ibu tertuduh hanya membawa wang jaminan sebanyak RM4,000.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.Mahkamah turut menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264958/berita/nasional/mahalnya-harga-kemiskinan", "article_title": "'Mahalnya' harga kemiskinan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah metropolis bernama Kuala Lumpur ini, sebuah premis kecil menjadi tumpuan puluhan individu yang beratur dengan tenang, sabar menunggu giliran untuk mengambil bantuan makanan, kebanyakannya adalah muka-muka biasa.Dalam kalangan mereka, seorang wanita menarik tumpuan.Berkulit sawo matang dengan wajah yang jelas dimamah usia, tubuh kecilnya yang melidi itu sedikit bongkok, seolah-olah memberi gambaran akan beban berat yang dipikulnya selama ini.Namun, pada usia 75 tahun - didedahkan kepada Bernama selepas beberapa pertemuan - dia masih cergas.Ceritanya kepada Bernama, dia hanya kembali mengulangi Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku yang dikendalikan oleh Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu baru-baru ini, selepas beberapa tahun tidak memerlukan bantuan pusat tersebut.Katanya dia tidak ada pilihan setelah wang simpanannya habis dikebas orang.\"Saya kena tipu RM31,000.Diorang (mereka) cakap nak kasi duit raya.Saya macam kena pukau.Saya pergi bank, sign paper (tandatangan dokumen).(Saya) Ingat dia nak masukkan duit, tapi dia keluarkan duit (saya). Semua habis,\" katanya, pilu.\"Dua hari saya tak makan. (Hanya) Nangis je.\"Dia mati akal kerana dia tidak mampu bekerja dan bergantung pada bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dia berkira-kira untuk kembali ke sisi keluarganya di Kelantan, namun bimbang situasinya akan bertambah teruk.Setidak-tidaknya di sini dia ada rumah, katanya.Dia menyewa rumah flat kos rendah pada kadar RM150 sebulan dan tinggal bersama-sama anak angkat lelaki berusia 28 tahun.Si anak yang bekerja dengan gaji harian, akan menghulurkan wang kepadanya jika ada duit.Jika tidak, mereka berdua akan bergantung pada bantuan JKM.Setakat ini anaknya masih belum dapat mencari pekerjaan tetap.Kehilangan wang simpanan itu membuatkan kehidupan mereka umpama telur di hujung tanduk.Andainya dia atau anaknya mengalami masalah kesihatan yang besar, maka akan melaratlah hidup mereka.Malah, sekarangpun dia mengadu sakit dalam perut dan lutut.Wanita ini melambangkan risiko dan akibat kekurangan pilihan yang dihadapi oleh kira-kira dua juta penduduk miskin tegar di Malaysia, satu masalah yang mahu dikurangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika tidak dapat dibasmi.Bagaimanapun, usaha ke arah itu dilihat amat sukar kerana terdapat banyak isu lain yang perlu ditangani secara seiring.Harga kemiskinanStatus isi rumah di Malaysia diukur menerusi pendapatan dan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40), Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Pertengahan (M40) dan Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 20 Peratus Tertinggi (T20). Kategori B40 dan M40 masing-masing ada empat peringkat, sementara T20 ada dua.Bermula tahun depan, kerajaan akan menyemak semula pengkelasan pendapatan isi rumah dengan memasukkan pendapatan bersih sebagai pengukur dalam menentukan tahap kekayaan.Kerajaan sebelum ini menyemak semula kadar garis kemiskinan kebangsaan daripada RM980 kepada RM2,208.Susulan itu, bilangan isi rumah yang berada di bawah garis kemiskinan meningkat kepada 5.6 peratus pada 2020, demikian menurut data terkini Bank Dunia.Sejak berdekad lalu, Malaysia menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan.Secara keseluruhannya, inisiatif itu berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini daripada 50 peratus pada 1970-an kepada kurang 10 peratus sekarang, merangkumi segelintir penduduk di luar bandar dan di bandar.Pakar yang menyambut baik inisiatif itu, bagaimanapun berkata usaha untuk mengurangkan jumlah miskin tegar bukan sesuatu yang mudah dilakukan.Kata mereka, walaupun terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk golongan miskin, banyak kekangan yang menghalang.Pendek kata, kebanyakan penduduk miskin tegar di negara ini tidak mampu menikmati kemudahan tersebut disebabkan oleh kemiskinan itu sendiri.Ahli ekonomi yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Dr Madeline Berma yang banyak menjalankan kajian tentang kemiskinan, berkata, Malaysia menggunakan kaedah bersasar, iaitu golongan miskin perlu terlebih dahulu mendaftar dengan kerajaan dan disusuli proses pengesahan.Situasi ini boleh menjadi penghalang buat kebanyakan orang miskin.\"Seseorang itu perlu mendaftar dengan e-Kasih (pangkalan data bersepadu isi rumah miskin kebangsaan) bagi melayakkan dia mendapatkan bantuan.Kalau dia adalah orang Penan yang tinggal jauh terpencil, tujuh hari berjalan kaki (untuk sampai di pusat bantuan terdekat), dan tidak tahu tentang e-Kasih, bagaimana dia nak mendaftar?\" katanya.Jika seseorang itu dapat mendaftar sekalipun, mereka masih berdepan halangan seperti pengangkutan, ujar beliau lagi.Bergantung di mana mereka tinggal, sesetengahnya tidak mampu membayar kos perjalanan ke pejabat pegawai daerah yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan kepada orang miskin.Mengambil contoh keadaan di Sarawak, katanya: \"Zaman dulu, bantuan JKM cuma RM70.Kos perjalanan dari rumah panjang ke pejabat daerah bagi mengambil bantuan itu ialah sekitar RM30 ke RM40 untuk tambang bot.\"Bagi orang susah, benda paling mahal dalam belanjawan mereka ialah makanan, disusuli pengangkutan.Dua isu ini, jika dapat ditangani, akan membantu kita dari banyak segi (dalam mengurangkan kemiskinan),\" tambah beliau.AksesSituasi sedemikian - membelanjakan duit yang begitu susah diperoleh untuk pergi mengambil bantuan demi kelangsungan hidup - amat difahami oleh seorang lelaki cacat penglihatan yang ditemu bual Bernama.Saban hari, warga emas berusia 62 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Low itu, menaiki bas dari Rawang ke Kuala Lumpur sebelum menyambung perjalanan dengan MRT, menuju pusat khidmat gelandangan tersebut.Di situ, dia diberikan tiga bungkus makanan percuma - mengandungi nasi, sumber protein sebagai lauk dan sayur - untuk sarapan, makan tengah hari dan malam.Dia keluar rumah pada 11 pagi setiap hari bagi memastikan dia tiba tepat pada waktu, kerana makanan mungkin kehabisan jika dia lambat sampai.Usai mengambil makanan, dia menaiki MRT dan bas untuk pulang ke rumah.Menurut Low, dia menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya RM110 dibelanjakan untuk kos perjalanan.Buat masa ini dia tinggal di sebuah rumah yang didirikan secara haram di atas tanah milik orang dan tidak perlu membayar sewa, sekali gus membolehkannya menyimpan sedikit wang.Dia berusaha untuk tidak berbelanja bagi benda yang tidak perlu.\"Baki yang saya tidak belanjakan, saya masukkan dalam (akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Saya tidak mahu gunakan wang itu,\" katanya, menambah simpanannya kini berjumlah RM20,000.Duit itu katanya akan digunakan bagi membiayai kos tinggal di rumah jagaan warga emas apabila tiba masanya.Selain seorang kakak, dia tidak ada ahli keluarga yang lain. Di rumahnya pula hanya ada sebuah cerek, mesin basuh, tilam dan radio.Sekalipun perjalanan hariannya itu tidak sukar, Low merungut tentang kemudahan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).Sebagai OKU penglihatan, ketiadaan elevator yang berfungsi di sesetengah stesen pengangkutan awam, membuatkan dia berisiko terjatuh.Aktivis yang memperjuangkan hak OKU, Murugeswaran Veerasamy yang mesra dipanggil Muru, berkata penambahbaikan kemudahan untuk OKU, bukan sahaja di dalam pengangkutan awam tetapi di semua tempat, akan membantu mengurangkan jumlah miskin tegar secara keseluruhan.Sekalipun Malaysia tidak ada angka tepat golongan OKU yang hidup daif, kajian mendapati ramai rakyat negara ini yang kurang upaya tidak dapat mencari rezeki.Mereka termasuk golongan tua yang menjadi kurang upaya dari segi fizikal apabila meningkat usia walaupun keadaan mental mereka masih baik.\"Kuota (menggaji OKU) dalam sektor kerajaan dan swasta ialah satu peratus.Pada masa ini, saya rasa hanya 0.02 peratus pekerja adalah OKU sedangkan sistem kuota ini dilaksanakan sejak berdekad lalu,\" kata Muru.Beliau dan beberapa pakar lain juga mengingatkan pihak berwajib bahawa dasar mengurangkan kemiskinan tidak boleh menerima guna pendekatan \"satu penyelesaian untuk semua\". Sehubungan itu, kata Muru, bantuan yang disalurkan harus mengikut acuan mereka yang dibantu.\"Kenal pasti dan asingkan mereka serta berikan bantuan yang betul agar mereka boleh menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Jika kita beri mereka bimbingan yang betul, mereka akan dapat hidup dengan baik,\" katanya.DokumenAkan tetapi, pengkelasan sebegini turut dilihat sebagai satu keistimewaan yang menjadi halangan besar buat sesetengah golongan miskin tegar.Rata-rata bantuan kemiskinan di Malaysia adalah untuk rakyatnya, bermakna mereka perlu ada dokumen diri.Bagaimanapun bukan mudah bagi sesetengah mereka ini mendapatkan dokumen itu.Menurut pakar, hal itu adalah isu lazim yang membuatkan roda kemiskinan terus berputar.Presiden Pertiwi, Datuk Munirah Abdul Hamid memberitahu Bernama, beliau tidak terkejut sekiranya bilangan mereka yang hidup daif jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.Menurut beliau, hanya golongan yang memiliki hak keistimewaan sahaja dapat masuk dalam pengkelasan, sementara yang lain terpinggir.Mega, wanita gelandangan berusia 38 tahun, boleh membuktikan akibat tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Sebelum ini dia tinggal dengan ibunya, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah, yang menyewa di sebuah rumah kedai.Dia tidak tahu siapakah ayahnya. Mungkin rakyat Malaysia, mungkin bukan.Ibunya telah meninggal dunia, dan dia pula tidak mempunyai sijil kelahiran.Dia yang tidak pernah bersekolah, belajar menulis dan membaca daripada kawan-kawan.Dia juga tidak tahu sama ada ibu bapanya berkahwin, dan jika ayahnya adalah rakyat Malaysia, maka dia layak menerima bantuan kerajaan.Oleh sebab tidak ada dokumen pengenalan diri, Mega tidak boleh diambil bekerja secara sah, sekali gus menyukarkannya untuk mencari rezeki ataupun mendapatkan ubat HIV yang diperlukannya.Di sebalik kepayahan hidup yang dihadapinya, wanita ini mesra dan mudah senyum, menayang barisan gigi yang berlompang.\"Sekarang susah, masih happy tapi rindu (mak),\" katanya.Dr Berma berkata, kebanyakan miskin tegar tidak tahu tentang kepentingan mendapatkan dokumen yang perlu.Beliau mengakui proses mendapatkan MyKad adalah panjang, selalunya mengambil masa sehari suntuk, sekali gus menyukarkan mereka yang bekerja dengan gaji harian dan juga mereka yang tinggal jauh.Bagaimanapun kata beliau, dokumen itu adalah satu keperluan.\"Sekiranya mereka tahu betapa pentingnya untuk anak mereka memiliki kad pengenalan, mereka akan berusaha mendapatkan dokumen itu,\" katanya, menambah proses itu seharusnya dipermudah.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264957/berita/nasional/kpkt-peruntuk-rm2114-juta-kepada-pulau-pinang", "article_title": "KPKT peruntuk RM211.4 juta kepada Pulau Pinang", "article_text": "GEORGE TOWN - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Jumaat memperuntukkan sebanyak RM211.4 juta kepada Pulau Pinang menerusi \u2018Program Sentuhan Kasih KPKT\u2019 bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR), projek penyelenggaraan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandaraya.Menterinya Nga Kor Ming berkata, di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, tiada negeri akan di anak tirikan dan KPKT akan sentiasa berkhidmat untuk membela nasib semua rakyat.Beliau berkata, jumlah berkenaan merupakan peruntukan paling besar pernah diberikan kepada Pulau Pinang yang akan melibatkan 41 projek di bahagian pulau dan Seberang Perai.\"Kerajaan Malaysia Madani akan bersikap adil, arif dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan, akan dilaksanakan dengan secara berkesan,\" katanya kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih KPKT di sini pada Jumaat.Terdahulu, Kor Ming yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo turut melawat PPR Kota Giam dan Astaka Taman Tun Sardon di daerah Timur Laut.Kor Ming berkata, daripada jumlah peruntukan yang diumumkan, sebanyak RM200 juta akan disalurkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan PPR manakala RM9.62 juta bagi penyelenggaraan di bawah tabung Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM).\"Sebelum ini, Pulau Pinang hanya dapat empat projek PPR dengan jumlah hanya 999 unit tetapi kini kita memperuntukkan jumlah RM200 juta untuk bina tambahan 1,000 unit di bahagian pulau dan Seberang Perai, demi kesejahteraan rakyat negeri ini,\" katanya.Jelasnya, kos pembinaan satu unit rumah PPR dianggarkan bernilai RM250,000 tetapi kerajaan hanya menjual kepada rakyat pada harga RM45,000 seunit, subsidi sebanyak lebih RM200,000 satu unit.Sementara itu, Jagdeep Singh berkata, lokasi yang dikenal pasti untuk pembinaan rumah PPR adalah di daerah timur laut di bahagian pulau dan Seberang Perai Utara.Beliau berkata, memandangkan peruntukan telah ada, semua pelan projek akan dimohon melalui Majlis Bandaraya untuk kelulusan sebelum pembinaan dapat dilakukan di lokasi tersebut.\"Projek PPR akan diberi keutamaan oleh pihak Majlis Bandaraya dan berharap kelulusan akan diterima pada hujung tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan,\" katanya. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264956/berita/nasional/rusli-jaafar-dilantik-semula-pengerusi-eksekutif-skm", "article_title": "Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM", "article_text": "KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.Rusli yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi.\"Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehingga di peringkat pengurusan tertinggi SKM.\"Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah,\u201d menurut kenyataan itu.Sebelum ini Rusli dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Disember 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 03:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264955/berita/semasa/penutupan-lorong-di-lebuh-raya-dilarang-bermula-esok", "article_title": "Penutupan lorong di lebuh raya dilarang bermula esok", "article_text": "KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata, larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.Katanya, larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.\"Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,\u201d katanya.Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264951/berita/nasional/el-nino-belum-ada-keputusan-tentang-harga-beras---salahuddin", "article_title": "El-Nino: Belum ada keputusan tentang harga beras - Salahuddin", "article_text": "KOTA KINABALU - Masih belum ada keputusan daripada kerajaan tentang harga beras pada masa ini, walaupun terdapat laporan media hari ini mendakwa kenaikan harga beras bakal berlaku bulan depan akibat kekurangan bekalan kesan daripada El Nino.Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya bersedia menghadapi sebarang kesan akibat cuaca panas itu termasuk melibatkan harga beras.\"Sekarang ini kita sudah minta pegawai dapatkan maklumat daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) mungkin lewat petang ini kita akan peroleh, desas-desus (berlaku) kenaikan (harga) itu tiada lagi, bukan keputusan daripada kerajaan lagi.\"Kementerian saya dan KPKM akan bertukar nota hari ini dengan secepat mungkin mengenai perkara ini, kemudian kita keluarkan satu kenyataan,\" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei di Depo Petronas Dagangan Berhad Sepanggar di sini hari ini.Misi itu menyaksikan pembekalan 150 tan metrik gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei bermula 16 Jun lepas hingga 1 Julai ini.Media hari ini melaporkan Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Ameer Ali Mydin mendakwa akan terdapat kenaikan harga beras antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import pada bulan depan.Ameer Ali juga mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lepas, namun menurutnya bekalan dijangka stabil menjelang September. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264948/berita/sukan/pearly-kian-pulih-dijangka-kembali-berlatih-minggu-depan", "article_title": "Pearly kian pulih, dijangka kembali berlatih minggu depan", "article_text": "PEMAIN beregu wanita utama negara, Pearly Tan yang cedera di siku ketika menyertai Terbuka Singapura awal bulan ini dijangka kembali menjalani latihan minggu depan.Jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How berkata kecederaan dialami atlet berusia 23 tahun itu semakin pulih dan mampu untuk menyambung latihan bersama gandingannya M Thinaah menjelang Terbuka Korea 2023 Julai depan.\u201cSaya ada hubungi dia baru-baru ini dan kedengaran okay, selepas cedera hari itu. Doktor kata dalam sebulan dia akan sembuh.\u201cTapi untuk pulih sepenuhnya belum lagi, mungkin 70-80 peratus, ada gerakan-gerakan tertentu dia tak boleh buat,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Kuala Lumpur pada Jumaat.Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada pusingan pembukaan Terbuka Singapura semasa menentang pasangan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17.Kecederaan tersebut turut menyebabkan juara Terbuka Perancis 2022 itu terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023, pada 13 Jun lepas.Dalam pada itu, Thien How berkata, beliau akan mengatur latihan yang bersesuaian dengan kondisi Pearly untuk menjalani latihan terbaiknya pada Isnin ini.\u201cUntuk keadaan Pearly yang belum pulih sepenuhnya, saya akan aturkan latihan apa yang boleh,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:34pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264946/berita/nasional/43-rumah-untuk-veteran-atm-diluluskan", "article_title": "43 rumah untuk veteran ATM diluluskan", "article_text": "PONTIAN - Sebanyak 43 permohonan bagi pembinaan rumah baharu sudah diluluskan menerusi Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat Jun tahun ini.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding hanya 40 buah kediaman disasarkan dibina di seluruh negara pada tahun ini.\"Saban tahun, permintaan bagi pembinaan rumah baharu ini menunjukkan peningkatan. Tahun lepas, jumlah peruntukannya adalah untuk pembinaan 25 buah rumah tetapi tahun ini jumlahnya meningkat kepada 40 buah dan sekarang sudah diluluskan 43 buah rumah.\"Di peringkat kementerian, penilaian sentiasa dilakukan kerana kita mengambil maklum inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat membantu golongan veteran kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyerahkan rumah veteran ATM kepada balu anggota di Jalan Jaya Ayer Baloi, pada Jumaat.Adly berkata, rumah berkenaan yang mempunyai tiga bilik tidur itu dianggarkan bernilai RM85,000 dan dilaksanakan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).\"Kementerian akan cuba mendapatkan lebih peruntukan menerusi bajet bagi memastikan Inisiatif Perumahan Veteran ATM dapat diteruskan meskipun berdepan cabaran kenaikan kos barang binaan.\"Mungkin tahun ini kita masih dapat rumah tiga bilik bernilai RM85,000 tetapi kemungkinan besar kos pembinaannya akan meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang,\" katanya.Jelasnya, cabaran kenaikan kos pembinaan rumah tersebut tidak mematahkan semangat kementeriannya untuk berusaha menyediakan rumah serta membaik pulih kediaman veteran ATM.Dalam pada itu, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berharap anggota veteran ATM dapat mengemaskini data dan maklumat diri menerusi portal Veteran Integrated Benefit System (Vibes 2.0).Ini kerana, katanya, data semasa tersebut penting untuk program-program kebajikan, kesihatan pendidikan dan sebagainya kepada veteran ATM.Sementara itu, balu tentera, Rohana Mohd Idrus, 46, bersyukur apabila menerima sebuah rumah selepas kira-kira tiga tahun menyewa di bandar Pontian.Rohana merupakan balu kepada Allahyarham Abdullah Pami Bachok yang pernah berkhidmat di Kem Lok Kawi Kota Kinabalu Sabah.\"Suami meninggal dunia akibat kanser usus pada Febuari tahun lepas. Impian arwah suami untuk melihat rumah baharu kami tidak kesempaian.\"Rumah baharu ini akan menjadi kediaman yang lebih selesa untuk saya dan empat orang anak berusia 23 hingga tujuh tahun,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264943/berita/semasa/najib-tarik-balik-rayuan-dapatkan-dokumen-goldman-sachs-keluarga-zeti", "article_title": "Najib tarik balik rayuan dapatkan dokumen Goldman Sachs, keluarga Zeti", "article_text": "PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik dua rayuannya bagi mendapatkan dokumen perbankan berkaitan firma pelaburan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa Najib menarik semula kedua-dua rayuannya tanpa prejudis untuk dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah.\"Kami (pihak pembelaan dan pendakwaan) bersetuju untuk syarat berikut. Kami akan menarik kedua-dua rayuan substantif tanpa prejudis supaya kami boleh berhujah di semua peringkat mahkamah termasuk di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi ada menyatakan kami boleh berhujah semula mengenai perkara ini apabila saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan,\u201d katanya.Beliau juga memberitahu mahkamah pihak pendakwaan tidak akan membantah hak Najib untuk memohon semula dokumen itu apabila saksi berkaitan memberi keterangan dalam perbicaraan itu di Mahkamah Tinggi.Muhammad Shafee kemudian memohon mahkamah untuk membatalkan rayuan itu berdasarkan dua syarat yang dipersetujui oleh pihak pembelaan dan pendakwaan.Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar mengesahkan perkara itu kepada mahkamah.Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu kemudian membatalkan rayuan itu tanpa mendengar merit rayuan tersebut.Dua lagi hakim yang bersidang bersama Hakim Abang Iskandar ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof.Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Julai 2021 yang menolak dua permohonannya untuk meminta pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDBnya mendedahkan dokumen perbankan yang dikaitkan dengan keluarga Zeti atas dakwaan keluarganya didakwa menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.Rayuan beliau juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember tahun lepas.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan pada 24 Mac 2021 untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd, dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low dan keluarga Zeti dalam kes 1MDBnya.Najib juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April 2021 untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.Najib, 69, kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan kes 1MDB akan diteruskan pada 7 Julai di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:17pm"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264940/berita/semasa/6000-anggota-polis-pulau-pinang-siap-siaga-hadapi-prn", "article_title": "6,000 anggota polis Pulau Pinang siap siaga hadapi PRN", "article_text": "BUKIT MERTAJAM - Polis Pulau Pinang bersedia untuk menggerakkan anggotanya bagi mengawal keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, seramai 6,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan sepanjang PRN berlangsung selain akan mendapatkan bantuan daripada kontinjen lain sekiranya diperlukan.\"Pastikan Polis Pulau Pinang telah bersiap sedia daripada segala aspek bagi menghadapi PRN iaitu bermula daripada sebelum penamaan calon sehingga pasca PRN nanti.\"Secara umumnya, untuk kontinjen Pulau Pinang kita bersedia seramai 6,000 pegawai dan anggota yang akan ditugaskan pada PRN nanti.\"Bagaimanapun kita akan lihat sekiranya terdapat keperluan untuk menambah anggota, kita akan memohon bantuan daripada kontinjen-kontinjen lain untuk membantu,\" katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, sebanyak 22 pasukan 'Light Strike Force' (LSF) juga telah selesai menjalani latihan untuk memperkasakan lagi kemahiran dan kecekapan dalam mengawal situasi tidak diingini terutamanya yang mengancam ketenteraman awam pada PRN nanti.Selain itu, katanya khidmat Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta Pasukan Tindak balas Krisis (CRT) juga akan digunakan bagi memastikan kelancaran perjalanan PRN di negeri ini.Dalam pada itu, Kok Chin meminta semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sepanjang tempoh PRN supaya semuanya dapat berlangsung dengan tenang, aman dan harmoni.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:17pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264938/berita/semasa/kegiatan-seleweng-10500-liter-minyak-diesel-subsidi-tumpas", "article_title": "Kegiatan seleweng 10,500 liter minyak diesel subsidi tumpas", "article_text": "PORT DICKSON - Kegiatan penyelewengan 10,500 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM22,575 berjaya ditumpaskan pihak berkuasa dalam Op Tiris di sebuah premis terbuka di Kampung Kebun Jimah, Bukit Pelanduk di sini pada Khamis.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis melalui Cawangan Risik Batalion 6 Pusat Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar, Johor pada jam 2 pagi itu turut menahan lapan lelaki tempatan.\"Kesemua lelaki terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.\"Hasil pemeriksaan lanjut menemui 10,500 liter minyak diesel yang bernilai RM22,575 dalam satu lori tangki, tiga lori bonded dan 19 unit tangki intermediate bulk container (IBC) bagi tujuan siasatan lanjut,\" katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, kesemua barangan tersebut disita dan keseluruhan nilai rampasan adalah RM159,375.00.Ujarnya, pihak polis kemudian menyerahkan kes berkenaan kepada penguat kuasa KPDN Port Dickson di lokasi kejadian.\"Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.\"Ia bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti itu serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan,\" katanya.Muhammad Zahir berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada polis dan agensi-agensi penguatkuasaan lain di atas kerjasama yang diberikan dalam usaha mengekang penyelewengan minyak diesel terutamanya di Negeri Sembilan.Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan berkuat kuasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:09pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264941/berita/semasa/ceo-pengurusan-acara-didakwa-tipu-penganjuran-hooray-x-fest-raya", "article_title": "CEO pengurusan acara didakwa tipu penganjuran Hooray X Fest Raya", "article_text": "KUALA LUMPUR \u2013 Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya, dua bulan lalu.Muhammad Alif Hakim Jamal, 23, yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja putih membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Marisqa Khalizan.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penyewaan tapak festival itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Ia mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500 sedangkan dia tidak akan bertindak sedemikian, jika tidak diperdayakan, di WTCKL pada jam 2.34 pagi pada 19 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noraisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam, Zamri Idrus yang mewakili tertuduh memohon kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya menghadap penyakit buah pinggang dan perlu melakukan dialisis tiga kali seminggu.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Marisqa membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, pihak polis telah menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung pembatalan festival beli-belah Syawal, Hooray X Fest Raya pada saat-saat akhir.Karnival sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula 19 April sehingga 21 April lalu di WTCKL dibatalkan selepas penaja utama menarik diri.Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan pihaknya tidak bertanggungjawab di atas sebarang bentuk kerugian.Pada 25 April lalu, empat individu termasuk pelakon, Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman, 43, didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan kes sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 02:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264939/berita/politik/pkr-mungkin-teruskan-tindakan-undang-undang-bekas-ahli-khianat-parti", "article_title": "PKR mungkin teruskan tindakan undang-undang bekas ahli khianat parti", "article_text": "KUALA LUMPUR - PKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, perkara ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada parti berkenaan kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.\"Dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat PKR akan datang mungkin ada perbincangan di mana tindakan terhadap Zuraida telah diambil dan ada keputusan sebegini... bukan beliau sahaja yang melompat parti pada waktu itu tetapi ada sejumlah yang lain.\"Maka PKR mungkin meneruskan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mengkhianati parti,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di sini pada Jumaat.Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat malah mahkamah juga memerintahkan Zuraida untuk membayar kos RM50,000.Mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata ia juga membuktikan pendirian PKR bahawa tindakan lompat parti adalah tidak berprinsip walaupun Zuraida melanggar kontrak itu semasa negara belum melaksanakan Akta Anti Lompat Parti.\"Sebab itu PKR mengenakan bon kepada beliau (Zuraida) dan kepada semua yang bertanding (pilihan raya) atas tiket PKR,\" kata beliau dan mengingatkan semua ahli PKR supaya tidak sesekali mengkhianati parti itu.Pada Februari 2020, seramai 11 ahli Parlimen mewakili PKR termasuk Zuraida mengisytiharkan keluar parti serta Pakatan Harapan (PH) dan antara yang turut keluar ialah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Sementara itu, mengenai Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM itu, Fahmi berkata, seramai 34 pelajar kawasan Parlimen Lembah Pantai telah menerima sumbangan wang tunai sebagai tanda memberi semangat setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas.\"Ini adalah sebahagian usaha saya sebagai ahli Parlimen untuk membantu mereka yang ramai daripada keluarga B40 dan M40 dengan harapan anak-anak ini dapat meneruskan pelajaran.\"Semoga mereka juga dapat mendampingi dan mempelajari pelbagai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan mengikuti trend terkini supaya mereka bersedia untuk memasuki alam pekerjaan nanti,\" kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264935/berita/politik/dun-selangor-bubar-gelanggang-prn-dibuka", "article_title": "DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka", "article_text": "SHAH ALAM - Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.Ia menyaksikan bermula hari ini Selangor ditadbir oleh kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.Selangor mengikuti Kelantan yang telah membubarkan DUN semalam, diikuti Pulau Pinang serta Kedah dijangka pada 28 Jun, Negeri Sembilan pula dua hari kemudian, manakala Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN ketika tempoh akhir penggal akan tamat pada 30 Jun.Selangor mempunyai 56 DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 51 kerusi meliputi PKR (21), DAP (16), Amanah (lapan) dan Bersatu (enam).Barisan Nasional (BN) dan Pas pula masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia.Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH, manakala kerusi Semenyih berjaya dirampas BN.Ekoran Langkah Sheraton, kerajaan PH Selangor pada 5 Mac 2020 bertindak menyingkirkan Bersatu daripada gabungan itu, menyebabkan mereka kehilangan lima kerusi milik Bersatu yang dimenangi pada PRU-14.Selain itu, tiga bekas ADUN yang dipecat dari PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Haniza Mohamed Talha (Ampang Jaya) serta ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi yang keluar dari parti itu juga turut menyertai Bersatu.Namun pada tahun lepas, Haniza dan Dr Daroyah telah mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).Bilangan kerusi Bersatu semakin mengecil apabila ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin meninggalkan parti itu dengan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADUN Batang Kali Harumaini Omar menyertai parti Pejuang.Pada 16 Februari lepas, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali diisytiharkan kosong ekoran penyandangnya Harumaini, tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tiada pilihan raya kecil diadakan berikutan pengisytiharan tersebut.Keadaan politik di Selangor tambah menarik apabila dua ADUN Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, masing-masing mewakili DUN Meru dan Sabak membuat kejutan dengan menyertai PKR, sekutu mereka di dalam PH.Selain itu, kerusi DAP di Selangor turut berkurangan apabila ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan.Mengikut parti politik, komposisi DUN Selangor sebelum dibubarkan terdiri daripada 19 wakil PKR, DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:40pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264933/berita/nasional/kekurangan-doktor-pegawai-perubatan-ditempatkan-berperingkat", "article_title": "Kekurangan doktor: Pegawai perubatan ditempatkan berperingkat", "article_text": "PUTRAJAYA - Pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan secara berperingkat dalam usaha penyelesaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani isu kekurangan doktor di fasiliti tertentu.Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan rekod KKM, seramai 3,226 pegawai perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau khidmat wajib secara berperingkat mulai Jun hingga Disember depan.\"Oleh yang demikian, seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan segera mulai Julai diikuti dengan seramai 1,150 pegawai lagi pada Ogos,\" katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata demikian menjelaskan mengenai kekosongan jawatan doktor kontrak berikutan pelantikan tetap di dalam perkhidmatan awam.Selaras dengan kekosongan jawatan pada tahun ini, seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak telah ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Jumlah itu merangkumi seramai 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan sebanyak 316 pegawai farmasi.Daripada jumlah tersebut, seramai 4,907 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak telah melengkapkan urusan setuju terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan Tetap (mySTP) SPA manakala tujuh pegawai perubatan telah menolak pelantikan tetap tersebut.Ujar Dr Zaliha, sehingga pelaksanaan Fasa 4, seramai 3,405 pegawai perubatan telah memilih penempatan.\"Kesemua jawatan tetap di Semenanjung telah dipilih sepenuhnya manakala masih terdapat kekosongan jawatan di Sabah dan Sarawak,\" katanya lagi.Ujar beliau, kesemua kekosongan jawatan itu akan ditawarkan kepada calon simpanan.\"Dalam urusan pengambilan tetap pada kali ini, KKM telah menerima lebih 1,000 rayuan daripada pegawai untuk dikekalkan di penempatan semasa,\" katanya.Antara alasan yang diberikan adalah pegawai menghadapi masalah kesihatan diri dan keluarga, tidak bersetuju untuk berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan, kerana menyebabkan pegawai terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan serta pegawai akan atau memulakan pengajian kepakaran.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264932/berita/hiburan/james-cameron-terkesan-tragedi-kapal-selam-titan", "article_title": "James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan", "article_text": "JAMES CAMERON yang juga pengarah filem Titanic tidak ketinggalan terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.Sutradara yang pernah menyentuh emosi sejumlah besar pencinta filem di seluruh dunia menerusi naskhah mega itu pada 1997 berkata kepada agensi berita BBC, kehilangan Titan dirasakan beliau sehingga ke tulangnya.Masakan tidak perasaan tersebut menyelubungi Cameron kerana ketika mahu merealisasikan filem box-office itu, beliau telah melakukan 33 kali selaman ke lokasi Titanic karam.Ahad lalu Cameron berada di sebuah kapal ketika Titan dilaporkan gagal dikesan dan sejak dari detik itu, beliau langsung tidak mendengar khabar terbaharu berhubung kejadian itu sehinggalah keesokan harinya tersiar berita di media massa.Sebaik mengetahui kapal selam itu kehilangan sistem pemanduan dan komunikasi secara serentak, beliau serta-merta menduga terjadinya bencana.\"Saya dapat merasakan hingga ke dalam tulang apa yang telah berlaku. Kegagalan sistem elektronik dan komunikasi dan pengesan jejaknya gagal serentak - kapal selam itu hilang.\"Tidak menunggu lama, Cameron segera menghubungi beberapa kenalannya yang juga pakar dalam komuniti kapal selam dan laut dalam bagi mendapatkan pandangan.\u201cDalam tempoh masa sekitar sejam saya memperoleh fakta-fakta berikut. Mereka (kapal selam Titan) sedang turun. Mereka berada di kedalaman 3,500 meter dan menuju ke dasar pada kedalaman 3,800 meter.\"Komunikasi mereka terputus dan navigasi hilang... dan saya segera berkata, anda tidak boleh kehilangan komunikasi dan navigasi secara serentak tanpa bencana yang dahsyat atau peristiwa bencana yang sangat energetik. Dan yang pertama terlintas dalam fikiran saya ketika itu ialah letupan,\" ujar beliau lagi.Pada Khamis, seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memberitahu CBS News, pasukan keselamatan itu mengesan berlaku sesuatu yang aneh sebaik Titan terputus hubungan dengan pusat kawalan.Cameron juga memberitahu BBC News pada minggu lepas: \"Terasa seperti sandiwara yang berpanjangan dan menakutkan apabila orang ramai berbicara mengenai bunyi bising dan berbincang mengenai oksigen dan perkara-perkara lain\".\"Saya tahu bahawa kapal selam itu berada tepat di bawah kedalaman dan posisi terakhir yang diketahui. Di situ Itulah di mana mereka menemukannya,\" katanya.Ujar Cameron, sebaik jentera kawalan jauh dihantar untuk mengesan Titan pada hari Khamis, anggota pencari sudah \u2018menemukannya dalam masa beberapa jam atau mungkin dalam masa beberapa minit'. - AgensiARTIKEL BERKAITAN:Kapal selam meletup berhampiran Titanic, semua penumpang mautKapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'Kapal selam Titan hilang: 'Bunyi di bawah permukaan air' dikesanKapal selam saksikan bangkai Titanic hilang, jutawan British antara mangsaKapal selam ekspedisi Titanic hilang: Bekalan oksigen berbaki 40 jam", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264930/berita/nasional/pandu-lawan-arus-tindakan-undang-undang-saja-tidak-cukup", "article_title": "Pandu lawan arus: Tindakan undang-undang saja tidak cukup", "article_text": "SHAH ALAM - Orang ramai gusar kes kemalangan melawan arus terus meningkat sekiranya tiada langkah pencegahan diambil segera.Jurulatih Komunikasi, Nor Azzura Azizul Azman, 39, berkata, sikap pemandu yang melawan arus adalah sangat mementingkan diri kerana tidak memikirkan keselamatan dan nyawa orang lain.\u201cTak tahulah kenapa pemandu lawan arus bertindak sedemikian, nak cepat atau nak jalan pintas?\u201cSikap sebegini memang tidak boleh diterima dan tindakan undang-undang yang dikenakan perlu setimpal dengan apa yang sudah mereka lakukan.\u201cPemandu ini sepatutnya dibawa ke muka pengadilan, kalau boleh dedahkan nama dan wajah pelaku kerana melawan arus dalam pemanduan adalah perbuatan yang amat bahaya kerana melibatkan nyawa,\u201d katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Menurut Pensyarah Sambilan, Nazim Abdul Rahim, 51, kes sedemikian sudah banyak berlaku tapi masih tiada tindakan atau usaha untuk mencegahnya oleh pihak yang berwajib.\u201cLangkah pencegahan boleh diambil dengan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi \u2018panas\u2019 atau lebuh raya kerana kebanyakan kes ini berlaku di kawasan ini.\u201cPihak lebuh raya boleh memasang alat pengesan dua hala, di mana ia akan berbunyi atau memberi amaran kepada pelaku dan pemandu lain jika ada kenderaan yang melawan arus ketika itu.\u201cHukuman dan penguatkuasaan undang-undang saja tiada guna jika tiada langkah pencegahan awal diambil,\u201d ujarnya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 37 kes kemalangan maut akibat kesalahan pemanduan lawan arus direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkat,a jumlah kemalangan direkodkan akibat melawan arus bagi tempoh yang sama pula ialah 1,350 kes.\u201cJumlah pengguna jalan raya yang maut adalah sebanyak 37 kes, cedera parah (13 kes), kerosakan ringan pada kenderaan (99 kes) dan kerosakan keseluruhan (1201 kes),\u201d katanya.Dalam pada itu, Penolong Pegawai Veterinar, Mohd Firdaus Nizamuddin, 36, turut berpendapat, sikap tidak acuh segelintir pengguna jalan raya yang pentingkan diri patut dikenakan hukuman berat.Mohd Firdaus mengharapkan dengan tindakan tersebut, masyarakat boleh mengambil iktibar dan masing-masing dapat menjaga keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain demi memastikan lalu lintas selamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264925/berita/semasa/bekas-calon-bn-didakwa-77-tuduhan-perdaya-jual-tanah-rumah", "article_title": "[VIDEO] Bekas calon BN didakwa 77 tuduhan perdaya jual tanah, rumah", "article_text": "TAIPING - [DIKEMAS KINI] Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya mangsa berhubung jual beli tanah dan rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM350,000.Hamidah Muhamad, 47, yang mewakili parti Makkal Sakti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di kamar berasingan.Bagi 38 pertuduhan pertama, bekas Ketua Wanita Makkal Sakti Bahagian Taiping itu didakwa menipu dua pengetua dan dua guru dengan memperdaya mereka membeli sebuah rumah dan sebidang tanah di Mukim Assam Kumbang, Taiping hingga mendorong mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun.Kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap Faridah Salleh bersama dua beradik perempuan, Razhiyah Salleh dan Robiah Salleh serta seorang lagi Efendi Zainuddin antara tahun 2021 hingga 2022 melibatkan kerugian lebih RM200,000.Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R Prabakaran dan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng.Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.Sementara itu, di kamar berasingan, ibu kepada empat anak itu didakwa atas 39 pertuduhan memperdaya Faridah Salleh bersama dua beradik perempuan, Razhiyah Salleh dan Robiah Salleh menggunakan modus operandi sama dengan nilai kerugian keseluruhan dialami mangsa lebih RM150,000.Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun.Nur Atiqah turut menetapkan wang jaminan RM12,000 dengan dua penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.Peguam S Singaradivel dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mengalami pelbagai masalah kesihatan dan perlu mengambil 32 pil ubat dalam sehari.\"OKT (orang kena tuduh) merupakan suri rumah dan ketika ini ada menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selain mempunyai kanser di kepala dan tulang belakang,\" katanya.Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 31 Julai depan.Pada PRU15 lalu, Hamidah yang pertama kali bertanding tewas kepada calon DAP, Cheah Pou Hian dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti kerusi 21,111 undi.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 01:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264926/berita/semasa/mayat-kru-kapal-jatuh-laut-di-labuan-ditemukan", "article_title": "Mayat kru kapal jatuh laut di Labuan ditemukan", "article_text": "LABUAN - Pasukan penyelamat hari ini menemukan mayat Kenneth Saing, seorang kru kapal tunda yang dipercayai jatuh ke laut ketika kapal itu sedang bersauh di perairan Pulau Papan, di sini pada Khamis.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, mayat Kenneth ditemukan pada 7.45 pagi tadi di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.Beliau berkata, Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Carilamat sekitar 9.40 malam tadi sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian daripada Pusat Operasi Maritim, Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan.Katanya, Kenneth, 33, yang bekerja di atas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakannya dan mangsa dilihat kali terakhir pada 6 petang semalam.\"Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal berkenaan dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan pelayaran menuju ke Miri, Sarawak,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut Nudin, sejurus Operasi Carilamat diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.Beliau berkata, operasi turut melibatkan bantuan aset dan anggota daripada Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.Katanya, mayat Kenneth diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.Nudin turut mengingatkan orang awam supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427 999. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264922/berita/sukan/ejen-nafi-klopp-latih-jerman", "article_title": "Ejen nafi Klopp latih Jerman", "article_text": "EJEN jurulatih berpengalaman, Jurgen Klopp menafikan khabar angin bahawa pengurus Liverpool itu akan meninggalkan Anfield untuk melatih pasukan kebangsaan Jerman.Spekulasi itu susulan prestasi hambar Die Mannschaft yang dibimbing Hansi Flick apabila hanya memenangi empat daripada 16 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan sejak 15 bulan lalu.Akhbar berita Jerman, Bild melaporkan bahawa pelantikan Klopp akan menjadi 'penyelesaian premium' buat Jerman sekiranya mereka memutuskan untuk berpisah dengan Flick.Bagaimanapun, ejen Klopp, Mark Kosicke menegaskan bahawa jurulatih berusia 56 tahun itu memiliki 'kontrak jangka panjang' bersama The Reds yang akan tamat pada Jun 2026 dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Anfield.\u201cJurgen mempunyai kontrak jangka panjang dengan LFC dan DFB mempunyai jurulatih kebangsaan, jadi ia bukan satu isu bagi kami,\u201d katanya.Jerman yang merupakan pemenang Piala Dunia empat kali tersingkir secara mengejut pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.Prestasi hambar Jerman berterusan setelah sekadar menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Liga Negara-Negara selepas memenangi hanya satu daripada enam perlawanan.Langkah Jerman terus lemah apabila gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan semasa rehat antarabangsa bulan ini.Terikat 3-3 dengan Ukraine diikuti kekalahan berturut-turut tanpa menjaringkan gol menentang Poland dan Colombia.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:46pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264924/berita/semasa/pembeli-dakwa-ditipu-sindiket-kontraktor-banglo-rugi-rm18-juta", "article_title": "Pembeli dakwa ditipu sindiket kontraktor banglo, rugi RM1.8 juta", "article_text": "MELAKA - Impian lapan pembeli rumah untuk memiliki rumah baharu musnah selepas ditipu sindiket kontraktor didakwa didalangi bekas calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU15).Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Che Din, 50, berkata, dia ternampak iklan tawaran untuk membina rumah banglo mewah pada harga RM585,000 di media sosial Facebook pada April tahun lalu.Menurutnya, disebabkan tertarik dia kemudian membuat bayaran sebanyak RM15,000 bagi tujuan dokumentasi dan pelan di tapak projek banglo di Muar, Johor pada 29 Julai tahun yang sama.\"Kerana berminat saya membuat bayaran seperti diminta dan menandatangani surat perjanjian kontrak pembinaan.\"Namun selepas itu, saya didesak membayar RM230,000 sebulan untuk mengelakkan kenaikan kos binaan, ketika itu saya mula rasa curiga,\" katanya.Bagaimanapun ujarnya, selepas bayaran dibuat, pihak syarikat itu hanya menolak tanah di kawasan tapak binaan untuk mengaburi mata.\"Sejak itu pelbagai alasan diberikan termasuk memberitahu pengarah projeknya sedang sibuk berkempen pada PRU15 atas tiket calon bebas bagi kerusi Parlimen di Sabah.\"Tapi sehingga kini mereka semua gagal dihubungi,\" katanya pada sidang akhbar di Bukit Beruang di sini, pada Jumaat.Seorang lagi mangsa, Ahmad Fuad, 38, berkata,dia mengalami kerugian RM15,000 selepas membuat bayaran yuran khidmat pelan binaan rumah yang gagal disiapkan dalam tempoh tiga bulan seperti dijanjikan.Menurutnya, dalam tempoh itu pegawai pemasaran syarikat itu masih gagal mengemukakan sebarang perkembangan sehingga November lalu.\"Saya berasa ditipu sehingga Januari lalu saya dihubungi tujuh lagi mangsa syarikat sama mendakwa telah ditipu.\"Lebih sedih ia membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1.8 juta,\" katanya.Tambahnya, beberapa laporan polis juga telah dibuat memandangkan ada diantara mangsa mengalami kerugian antara RM190,000 hingga RM300,000.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264919/berita/sukan/united-enggan-mengalah-pikat-kane", "article_title": "United enggan mengalah 'pikat' Kane", "article_text": "KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United enggan mengibar bendera putih dalam usaha untuk 'melamar' pemain sensasi, Harry Kane.Penyerang itu dilaporkan mahu kekal bersama Tottenham Hotspur untuk bekerjasama dengan pengendali baharu, Ange Postecoglou.Bagaimanapun Spurs yang tidak akan beraksi di peringkat Eropah musim depan, pengkritik dan peminat menyuarakan bahawa Kane perlu keluar dari kelab itu dan mencari cabaran baharu.United yang dibimbing Erik ten Hag gigih berusaha mendapatkan khidmat Kane dan dikatakan memujuk pemain berusia 30 tahun itu untuk memohon perpindahan daripada kelabnya.Permohonan tersebut dilihat menjadi 'talian hayat' buat United untuk mendapatkan Kane pada jendela perpindahan akan datang.Red Devils perlu meletakkan tanda harga tinggi untuk meyakinkan Spurs bagi menjual Kane kerana kontranya akan berakhir pada Jun 2024.United bagaimanapun perlu berjimat dalam berbelanja kerana Red Devils hanya mampu menawarkan maksimum 80 juta pound (RM474.3 juta) untuk mendapatkan Kane.Namun dilaporkan Spurs tidak mungkin melepaskan Kane pada harga tersebut.Perpindahan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Kane sendiri yang meluahkan hasrat untuk keluar dari kelab dan Spurs akan menurunkan harga seperti yang diminta oleh United.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264913/berita/nasional/nanas-md2-jana-pendapatan-sampingan-peneroka-felda-keratong-9", "article_title": "Nanas MD2 jana pendapatan sampingan peneroka Felda Keratong 9", "article_text": "Program Pembangunan Peneroka (PPP) adalah inisiatif kerajaan bagi membantu warga peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapatkan pendapatan tambahan dan peluang pekerjaan menerusi aktiviti bukan sawit dan getah.Sejak diperkenalkan, ramai warga Felda dalam kalangan generasi baharu Keratong 9 dan rancangan berhampiran terbabit secara langsung dalam pelaksanaan projek, termasuk sebagai pekerja. Seramai 444 ahli koperasi Felda Keratong 9 terlibat dalam projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) sejak ianya dilancarkan.Pengerusi Koperasi Serbaguna Keratong 9, Mat Fiah Yahaya berkata, program PPP pada peringkat awal program PPP diperkenalkan mereka sudah pun mempunyai kerjasama dengan koperasi dan wakil Syarikat Aqina Fruits Sdn Bhd untuk memasarkan produk nanas MD2 keluaran Felda Keratong 9.MAT FIAHMenurutnya, apabila koperasi diberi taklimat dan diperkenalkan dengan syarikat Aqina mereka membawa kami melawat projek- projek Aqina yang telah berjaya.\u201cKami diberi penjelasan berkenaan dengan program tanaman, bagaimana keberhasilannya dan juga faedah kepada koperasi untuk keseluruhan ahlinya.\u201cBermula dari situlah kita melihat projek ini mampu menjana pendapatan tambahan kepada peneroka,\u201dkatanyaTambahnya,ahli lembaga koperasi terdiri daripada exco Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sentiasa mengkaji setiap kelemahan yang ada untuk diperbaiki bagi memastikan pengeluaran tanaman berjalan lancar dan terus mengeluarkan hasil.Mat Fiah berkata, peluang berkenaan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi keluarga peneroka.Projek nanas MD2 diiktirafPengerusi Gerakan Pasukan Wanita (GPW) Keratong 9, Sariah Ahmad, berbangga kerana projek tanaman nanas MD2 yang diusahakan kini diiktiraf sebagai projek paling berjaya di Felda berkenaan.SARIAHMenurut Sariah, meskipun agak sukar pada permulaannya namun berkat usaha gigihnya dibantu anak-anak generasi kedua, akhirnya projek nenas MD2 membuahkan hasil yang dapat dinikmati bersama.\u201cPeranan GPW adalah untuk mempelawa anak-anak generasi kedua bekerja di ladang nanas dan ternyata usaha itu berjaya.\u201cBuat apa cari kerja tempat lain sedangkan di Felda ini ada peluang pekerjaan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP),\u201d katanya.Jelasnya, selain dapat memanfaatkan tanah terbiar, proses penanaman pokok nenas juga agak mudah kerana segala aktiviti dipantau oleh GPW.\u201cMula-mula tanah digemburkan, selepas itu mereka pasang plastik bertebuk, bila hendak tanam benih kami akan hadir ke ladang untuk membantu bagi memastikan kaedah penanamannya betul,\u201d ujarnya.Tingkat pendapatan isi rumahBagi Pengurus Operator PPP Nanas Keratong 9, Fazidatun Nisak Ismail pula berkata, antara matlamat utama projek ini diadakan adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, ahli koperasi dengan mempelbagaikan bidang pertanian.\u201cSebelum ini, koperasi lebih memfokuskan kepada tanaman sawit, jadi tanaman nanas ini adalah yang terbaharu.\u201cSebagai operator projek saya mahu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan di ladang serupa dengan yang telah kita amalkan.Jelasnya, ini termasuklah memastikan mutu dan kualiti nanas yang dipetik nanti sama dengan keluaran ladang- ladang lain supaya dapat diterima oleh pasaran luar.\u201cKita menjangkakan pendapatan untuk isi rumah menerusi dividen lebih kurang minimum RM1,000 untuk satu ketua keluarga dan kalau untuk nanas ini, kemungkinan pendapatan pertama tuaiannya adalah lebih kurang pada bulan ke-14 dan ke atas,\u201dujarnya.Sementara itu, Penolong Pengurus Projek PPP Nanas Felda Keratong 9, Mohd Shahril Mohd Shukri berpendapat sebagai anak peneroka, beliau ingin memberi khidmat kepada Felda.MOHD SHAHRIL\u201cSyukur saya diberi peluang untuk menguruskan ladang di sini sebagai penolong pengurus.\u201cSebelum saya bekerja mengurus tapak tanaman ini, saya bekerja di Kuantan dan Raub dan apabila diberi peluang ini, saya balik semula ke kampung untuk berkhidmat.\u201cMenerusi projek PPP ini juga terdapat 6 orang generasi baharu Felda telah berjaya mendapatkan pekerjaan,\u201djelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:20pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264917/berita/politik/umno-terus-jadi-penumpang-di-selangor---noh", "article_title": "UMNO terus jadi penumpang di Selangor - Noh", "article_text": "KOTA BHARU - Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar melihat parti itu akan terus menjadi penumpang jika hanya diberikan jumlah kerusi yang sedikit oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Noh berkata, situasi itu dilihat akan mengukuhkan lagi cengkaman Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir Selangor jika diberi mandat sekali lagi.\"Kalau dapat kerusi sedikit...yang menang adalah PH dan UMNO akan jadi penumpang sahajalah.\"Saya percaya ramai ketua-ketua bahagian bekerja keras siang dan malam tetapi akhirnya terpaksa beri kerusi kepada orang lain,\" katanya semasa Program Sembang Santai Bersama beliau sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Khamis.Menurut Noh, selaku bekas pemimpin UMNO adalah satu perkara yang menjatuhkan maruah parti tertua negara itu jika diberikan kerusi sedikit pada PRN Selangor nanti.Ujarnya, UMNO dan BN tidak perlu menumpang orang jika betul-betul mahu kembali menjadi dominan di negeri berkenaan.Beliau memberitahu, UMNO dan BN tidak perlu takut untuk bertembung dengan parti-parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti.\"Hal ini kerana parti itu pernah melalui situasi tersebut semasa bersama Pas di dalam Muafakat Nasional (MN) suatu ketika dahulu.\"Kalau semasa bersama-sama MN dahulu BN tidak takut bertembung Pas pada PRN Melaka dan Johor.\"Kenapa perlu takut untuk bertembung PH pada PRN kali ini? Jadi biarlah macam dahulu kalau mahu pulihkan balik imej UMNO dan BN,\" katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan BN dijangka bertanding sekurang-kurangnya 14 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor yang akan diadakan dalam waktu terdekat.Ikuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini!", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:12pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264916/berita/semasa/polis-kesan-dua-suspek-warga-singapura-terlibat-perselisihan-faham", "article_title": "Polis kesan dua suspek warga Singapura terlibat perselisihan faham", "article_text": "ISKANDAR PUTERI \u2013 Polis mengesan dua suspek warga Singapura yang terlibat insiden perselisihan faham dengan seorang warga tempatan di sebuah stesen minyak di sini pada 16 Jun Jun lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Singapura (SAF).\u201cKejadian perselisihan faham yang tular itu berlaku pada 16 Jun lalu melibatkan pertengkaran mulut sekumpulan individu dikenal pasti sebagai warganegara Singapura dengan seorang warganegara Malaysia.\u201cHasil siasatan, insiden perselisihan faham itu dikatakan berlaku apabila apabila kedua-dua suspek warga Singapura itu tidak berpuas hati dengan individu warga tempatan yang dikatakan lambat mengisi minyak motosikal,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.\u201cKertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.Bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.ARTIKEL BERKAITAN:Warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart'Grab aktifkan semula akaun \u2018rider\u2019 tegur warga Singapura", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264912/berita/sukan/messi-pesan-mbappe-berkelana-ke-kelab-terbaik", "article_title": "Messi pesan Mbappe berkelana ke kelab terbaik", "article_text": "BINTANG sensasi, Lionel Messi berharap bekas rakan sepasukan di Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe untuk menyertai kelab yang mempunyai 'projek besar yang boleh membuahkan kejayaan'.Kapten Argentina menitipkan pesanan itu sebelum menyertai Inter Miami dan Messi mahu Mbappe memilih Barcelona berbanding Real Madrid.\"Saya lebih suka anda pergi ke Barca. Tetapi jika anda ke Madrid, lakukannya. Anda berhak bersama projek yang menghasilkan kemenangan,\" kata Messi.Mbappe cemerlang bersama PSG apabila merangkul lima gelaran Ligue 1 dan tiga Piala Perancis.Bagaimanapun, prestasi juara Perancis itu di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara mengecewakan generasi baharu PSG yang diketuai Mbappe.Mbappe yang merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 sebanyak lima kali itu mengejutkan PSG apabila dia mengumumkan untuk tidak memperbaharui kontraknya selepas musim depan.Khabar itu mencetuskan khabar angin penghijrahannya ke Real Madrid - 12 bulan selepas cadangan perpindahannya ke Sepanyol dipintas pada saat akhir oleh PSG menerusi tawaran lumayan yang sukar ditolak Mbappe.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264910/berita/nasional/pengurusan-operasi-haji-sistematik-bertaraf-antarabangsa", "article_title": "Pengurusan operasi haji sistematik, bertaraf antarabangsa", "article_text": "MAKKAH - Perkhidmatan Tabung Haji (TH) menyantuni jemaah haji Malaysia di Tanah Suci adalah sistematik dan bertaraf antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.Beliau berkata, pengalaman sendiri mengikuti perjalanan seperti jemaah lain bermula dari tanah air hingga tiba di Tanah Suci menunjukkan operasi TH disusun dengan rapi.\"Saya bukan sekadar terima laporan tapi lalui sendiri perjalanan ke sini yang secara keseluruhannya menepati objektif untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada jemaah untuk mendapatkan haji yang mabrur,\" katanya pada sidang media selepas lawatan ke Ibu Pejabat TH di Abraj Al Janadriyah pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, banyak perkhidmatan dan penambahbaikan dilakukan oleh TH dan beliau tertarik dengan aspek kebajikan yang diutamakan terhadap jemaah haji.\"Antara inisiatif saya puji ialah Safari Wukuf iaitu satu khidmat melibatkan tugas membawa jemaah yang terlantar dengan bas ke Arafah agar mereka dapat menyempurnakan ibadah haji.\"Banyak lagi inisiatif yang dilakukan petugas haji semasa operasi Masyair di Arafah, Mudzalifah dan Mina yang disusun dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar,\" katanya.Sementara itu, dalam satu program Pelancaran Kebersihan Masyair pada Khamis, Mohd Na'im memberikan penarafan lima bintang kepada TH dari sudut komitmen dan pembaharuan dalam menyantuni Duyufurrahman.Mohd Na'im berucap semasa pelancaran Program Kebersihan Masyair di Makkah pada Khamis.Kata beliau, usaha yang dibantu petugas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu membuktikan bahawa TH sentiasa mengutamakan kebajikan jemaah haji.\"Syabas kepada TH yang sentiasa kreatif menganjurkan pelbagai program dan kira-kira 25 pendekatan dilakukan untuk memberikan khidmat terbaik kepada jemaah haji.\"Dalam proses itu juga setiap maklum balas jemaah mengenai sebarang kekurangan dari segi penginapan, makanan, pengangkutan terus ditambah baik untuk musim haji depan,\" katanya.Mengulas mengenai maklum balas pihak Arab Saudi berkenaan cadangan Simposium Haji Perdana untuk diadakan di Malaysia, Mohd Na'im berkata, pihaknya telah menerima respons yang positif.\"Saya dapat berhubung dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah dan beliau akan bantu Malaysia supaya dapat menjadi penganjur di peringkat Asia Tenggara.\"Kita akan adakan perbincangan lanjut dan TH sudah bersedia untuk laksanakannya dan kita harap selepas ini hubungan Malaysia dan Arab Saudi akan bertambah erat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264914/berita/semasa/kes-wang-kelian-empat-warga-thailand-didakwa-seludup-migran", "article_title": "Kes Wang Kelian: Empat warga Thailand didakwa seludup migran", "article_text": "KANGAR - Empat lelaki warga Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, di sini pada Jumaat atas kesalahan melakukan penyeludupan migran di Wang Kelian, Perlis pada 2015.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh, Arun Kaeofainok, 30; Amree Nesalaeh, 58; Jehpa Lapi-E,56 dan Somphon A-Dam, 51 yang diekstradisi ke Malaysia selepas hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan hakim, Musyiri Peet.Mengikut kertas pertuduhan, Amree didakwa melakukan penyeludupan warganegara Myanmar bernama Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis antara Februari sehingga April 2013.Tiga tertuduh lain pula didakwa melakukan penyeludupan migran warganegara Myanmar dikenali sebagai Mohd Belal di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis antara bulan Ogos 2014 sehingga 10 Mac 2015.Kesemua tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Negeri Perlis, Muhammad Asyraf Md Kamal, V V Suloshini dan Lee Jun Keong, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada wang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Julai depan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Tertuduh antara 10 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang dan pertemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.Untuk rekod, empat tertuduh itu merupakan individu diekstradisi dari Thailand melibatkan kes kubur besar Wang Kelian yang ditemui pada Mei 2015.Sebanyak 139 kubur ditemui di 28 kem sementara berhampiran sempadan Thailand-Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan orang.Kubur sama turut dijumpai di Thailand, melibatkan mangsa warganegara Myanmar dan Bangladesh", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264909/berita/nasional/mbsa-tutup-sementara-jalan-bagi-tayangan-perlawanan-separuh-akhir-piala-fa-2023", "article_title": "MBSA tutup sementara jalan bagi tayangan perlawanan separuh akhir Piala FA 2023", "article_text": "SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara jalan berhampiran Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14, di sini, pada tengahari 26 Jun hingga 6 pagi keesokannya.Penutupan jalan selama 16 jam itu berikutan pelaksanaan program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023 di antara Selangor FC dan Johor Darul Takzim FC di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.MBSA dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.\u201cMBSA berharap orang ramai sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA.\u201cKami memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,\u201dkatanya di sini, hari ini.Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734 untuk sebarang pertanyaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:45am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264920/berita/politik/jelajah-enam-negeri-anwar-takut-tsunami-pn---mohd-amar", "article_title": "Jelajah enam negeri, Anwar takut 'tsunami' PN - Mohd Amar", "article_text": "KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang menjelajah ke semua enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) melambangkan ketakutan Kerajaan Perpaduan terhadap 'tsunami' Perikatan Nasional (PN) yang semakin terserlah.Jelas Mohd Amar, ini kerana kemenangan PN boleh menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan selepas PRN nanti.\"Saya yakin landskap politik negara pada masa akan datang berubah jika PN menang semua enam negeri itu dan ia menjadi tuntutan ketidakpercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.\"Inilah yang amat ditakuti oleh kerajaan hari ini. Sebab itulah beliau (Perdana Menteri) turun ke semua negeri (PRN) dan ia memberi petanda kebimbangan serta ketakutan mereka dengan perkembangan yang berlaku ketika ini,\" katanya semasa bercakap pada Program Sembang Santai Bersama Tan Sri Noh Omar sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Khamis.Oleh yang demikian, Mohd Amar berkata, PN perlu mempertahankan tiga negeri sedia ada iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta dalam masa sama merampas Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan.Ujarnya, jika PN hanya mampu mempertahankan tiga negeri sedia ada situasi tersebut akan memberi kelebihan dan kemenangan moral kepada PH.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:33am"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264908/berita/semasa/penunggang-ducati-maut-gagal-elak-kereta-keluar-mengejut", "article_title": "Penunggang Ducati maut, gagal elak kereta keluar mengejut", "article_text": "KUANTAN - Seorang peniaga maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur, Sungai Soi di sini pada Khamis.Dalam nahas kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 31, beralamat dari Jalan Permatang Lembing, Alor Ara, Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, wanita berusia 27 tahun yang juga pengurus sebuah restoran makanan segera di sini cedera di rusuk kanan.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale V4 S dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Pekan.\"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak kereta jenis Perodua Myvi dipandu pengurus restoran makanan segera itu yang dipercayai keluar simpang secara mengejut.Keadaan kereta remuk akibat kemalangan di Jalan Tanjung Lumpur dekat Sungai Soi, Kuantan pada Khamis.\"Motosikal mangsa merempuh bahagian pintu kereta itu sebelum tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,\" katanya.Wan Mohd Zahari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 11:20am"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264905/berita/semasa/polis-kesan-suspek-buang-bayi-di-htaa", "article_title": "Polis kesan suspek buang bayi di HTAA", "article_text": "KUANTAN - Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Sabtu lalu.Bayi yang ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain batik itu ditemui kira-kira jam 9.35 malam oleh seorang pengawal keselamatan (pengadu) yang sedang bertugas membuat rondaan di kawasan itu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penemuan bayi malang itu dimaklumkan kepada pihak hospital sebelum dibawa ke Jabatan kecemasan HTAA untuk pemeriksaan lanjut.Menurutnya, siasatan telah dijalankan bagi mengesan suspek terlibat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.\"Bagaimanapun CCTV yang ada tidak menghala ke tempat bayi lelaki yang dijumpai\"Siasatan lanjut mendapati berkemungkinan suspek melahirkan bayi itu di lokasi lain dan bertindak menyembunyikan kelahiran dengan meninggalkannya di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif di HTAA itu,\" katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.Wan Mohd Zahari berkata, berdasarkan maklumat pihak hospital, bayi seberat 1.1 kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum ditemui.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,\" katanya.Sementara itu, Exco Kebajikan, Keluarga Wanita dan Masyarakat Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, bayi berkenaan dilaporkan semakin stabil dan masih dalam pemantauan rapi pihak hospital.Beliau berkata, bayi tersebut masih menerima rawatan rapi di Unit Intensif Neonatal (NICU).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264904/berita/semasa/vaksin-lokman-adam-lepas-bebas-kes-sebar-tuduhan-palsu", "article_title": "Vaksin: Lokman Adam lepas bebas kes sebar tuduhan palsu", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu tuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin dua tahun lalu.Hakim, Nor Hasniah Ab Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada peringkat akhir kes pendakwaan.\u201cPihak pendakwaan gagal mengasaskan satu kes prima facie terhadap tertuduh.\"Mahkamah memerintahkan tertuduh dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapi dan wang jaminan dikembalikan,\u201d katanya.Dalam kes ini, Lokman diwakili peguam, Logen Eskander manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh.Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Lokman mengucapkan terima kasih kepada peguamnya di atas kejayaan tersebut.\"Keputusan ini memberi makna bahawa saya tidak menyalahi fakta ketika memberi keterangan.\u201cSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam dan hakim di atas keputusan ini,\" katanya.Pada 1 Oktober 2021, Lokman, 50, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu di Facebook berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin.Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan applikasi Facebook menggunakan profil akaun \u2018Lokman Adam\u2019 dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam, iaitu menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual.Ia mengenai kematian pegawai polis, Asisten Komisioner (ACP) Shahriman yang adalah Ketua Cawangan Khas Polis Pahang meninggal dunia beberap saat selepas suntikan kedua vaksinKesalahan dilakukan pada 9 April serta dilihat pada 11 April 2021 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:46am"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264903/berita/politik/prn-medan-terbaik-rakyat-tuntut-perubahan---pas-selangor", "article_title": "PRN medan terbaik rakyat tuntut perubahan - Pas Selangor", "article_text": "SHAH ALAM \u2013 Pilihan raya negeri (PRN) pada kali ini akan menjadi medan rakyat menilai dan membuat keputusan terbaik sama ada mahu gabungan parti sama dalam kerajaan pusat memerintah atau sebaliknya.Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berpandangan, dengan memberi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang bermakna rela dan bersetuju dengan kegagalan serta kelemahan mereka di peringkat persekutuan.Menurutnya, inilah peluang terbaik bagi rakyat khususnya di enam negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu untuk menilai dan membuat keputusan terbaik.\u201cDalam keadaan kerajaan persekutuan gagal memberikan penyelesaian terbaik buat rakyat walau enam bulan telah berlalu sejak mereka membentuk kerajaan.\"Rakyat di enam buah negeri ini perlu membuat keputusan adakah sesuai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri datang dari gabungan parti yang sama atau dalam keadaan sekarang ini lebih sesuai ia dari gabungan parti yang berbeza agar wujud semak dan imbang.\u201cBiar enam buah kerajaan negeri ini memantau perjalanan kerajaan persekutuan agar mereka kembali memberi tumpuan pada pembangunan rakyat dan negara, atau jika gagal juga memberikan isyarat pada rakyat untuk menggantikan mereka,\u201d katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata, rakyat dapat melihat sendiri beberapa indikator ekonomi termasuk prestasi saham dan kejatuhan ringgit yang memberi isyarat betapa gagal dan lemahnya kerajaan pada hari ini.\"Ini belum ditambah dengan harga barangan domestik yang mencanak naik termasuk bahan-bahan makanan, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan ayam,\" katanya.Beliau turut mempersoalkan apa harus rakyat lakukan dalam berhadapan dengan kerajaan yang lemah dan gagal seumpama ini.\u201cInilah masanya untuk kita wujudkan semak dan imbang, kerajaan persekutuan perlu dipantau oleh kerajaan negeri yang cergas dan bertenaga yang didukung rakyat.\u201cLantas PRN ke-15 untuk enam buah negeri ini adalah platform yang terbaik untuk rakyat mengambil inisiatif menuntut perubahan menurut lunas demokrasi.\u201cPastikan PH-BN yang gagal di peringkat persekutuan ini tidak diberi kuasa di mana-mana enam negeri yang akan mengadakan PRN,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:36am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264900/berita/politik/umno-tiada-masa-depan-ahli-perlu-undi-pn---mohd-amar", "article_title": "UMNO tiada masa depan, ahli perlu undi PN - Mohd Amar", "article_text": "KOTA BHARU - Seluruh ahli dan penyokong UMNO perlu memberi undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana parti keramat Melayu itu dilihat sudah tidak mempunyai masa depan, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.Jelas Mohd Amar, dengan kedudukan hari ini, UMNO sudah tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan Melayu apabila dilihat semakin hilang 'taring'.\"Kita lihat rekod UMNO, mereka semakin jatuh sehingga tinggal lebih kurang 26 kerusi (Parlimen) sahaja sehingga hari ini. Dengan kepimpinan yang ada pada hari ini, saya jangka UMNO akan terus jatuh lagi.\"Mengambil contoh di Selangor, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu beri laluan kepada UMNO dan difahamkan berkemungkinan mereka (UMNO) hanya dapat sekitar lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti,\" katanya kepada pemberita selepas program Sembang Santai Bersama Tan Sri Noh Omar sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Khamis.Mohd Amar berkata, ketika ini PN dilihat gabungan yang sesuai untuk menggantikan UMNO dalam menjaga Islam dan Melayu di Malaysia.Ujarnya, ahli atau penyokong UMNO tidak perlu menyertai Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) namun dengan hanya memberi undi kepada PN pada PRN nanti.Beliau berkata, kemenangan PN pada PRN di semua negeri ini adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara.\"Dalam konteks Malaysia, parti teras yang mentadbir adalah Melayu dan Islam. Kalau dulu UMNO, tapi dalam Pakatan Harapan hari ini, parti teras bukan Melayu.\"Jadi situasi itu kurang baik untuk masa depan politik Malaysia,\" ujarnya.Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, jika PN menang di semua enam negeri itu ia akan menjadi referendum penolakan rakyat terhadap PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan dan situasi itu dilihat mampu mengubah landskap politik negara selepas ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:11am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264899/berita/semasa/pkr-boleh-tuntut-rm10-juta-daripada-zuraida---hakim", "article_title": "PKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.Hakim, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan saman oleh PKR menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020.Peguam, Navpreet Singh yang mewakili PKR mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita selepas prosiding berkenaan.Navpreet berkata, mahkamah mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat bekas Ahli Parlimen Ampang berkenaan.\"Mahkamah berpendapat bahawa, tuntutan RM10 juta iaitu asas untuk penghalang ahli daripada bertindak bertentangan dengan kepentingan parti merupakan jumlah yang munasabah.\"Kadar itu tidak keterlaluan kerana jika jumlah yang lebih rendah ditetapkan, ia tidak akan menjadi penghalang kepada isu kepatuhan kepada parti,\" katanya.Peguam itu berkata, hakim menetapkan Zuraida sebagai defendan perlu membayar kos sebanyak RM50,000 kepada PKR selaku plaintif.Selain Navpreet, PKR turut diwakili peguam, William Leong dan CM Chiew sementara bagi pihak Zuraida ialah peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.Navpreet berkata, ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Akhtar menyatakan bahawa hujahan Zuraida ketika menandatangani bon di bawah paksaan adalah tidak berasas.\"Bukti menunjukkan dia telah menandatangani bon secara sukarela dengan pengetahuan penuh tentang kandungannya kerana mahu bertanding dalam PRU atas tiket PKR.\"Dakwaan defendan bahawa jumlah RM10 juta melampau adalah tidak berasas kerana dia sendiri menyatakan jumlah perbelanjaan oleh plaintif untuk pencalonan melebihi nilai itu,\" katanya.Sementara itu, Muhammad Nizamuddin berkata, pihak defendan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.Semasa perbicaraan lalu, Saifuddin memberitahu mahkamah bahawa bekas naib presiden parti itu telah menandatangani bon yang mengikatnya kepada parti secara sukarela tanpa paksaan.Bagaimanapun, Zuraida mendakwa telah menurunkan tanda tangan di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar, sehari sebelum pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.Menerusi pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada 28 September 2020, Zuraida telah menandatangani bon yang mengikat dirinya untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon tersebut.PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar parti jumlah itu selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Parti itu mendakwa pada atau sekitar 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 ahli Parlimen PKR yang lain telah mengumumkan peletakan jawatan namun memilih untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai PN.Selain Zuraida, 10 lagi ahli PKR yang keluar parti itu ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok),Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 10:05am"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264898/berita/nasional/meta-berdepan-tindakan-undang-undang", "article_title": "Meta berdepan tindakan undang-undang", "article_text": "PUTRAJAYA - Syarikat induk Facebook, Meta berdepan dengan tindakan perundangan di negara ini susulan didakwa gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan di platform mereka.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, Meta juga tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan membabitkan elemen kaum, institusi diraja dan agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta penipuan.\"Platform Facebook sejak akhir-akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan,\" kata suruhanjaya itu pada Jumaat.Menurut SKMM, Meta telah dihubungi pihaknya berulang kali untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan daripada platform mereka namun gagal mengambil tindakan secukupnya.\"Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam,\" katanya.Ujar SKMM, langkah definitif itu bagi memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.\"Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan termasuk juga aktiviti penipuan,\" kata SKMM.Tegas SKMM, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalah guna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan, untuk aktiviti siber berniat jahat, phishing, ataupun sebarang kandungan yang menganggu gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264901/berita/nasional/uum-tersenarai-dalam-kelompok-100-universiti-terbaik-asia-the", "article_title": "UUM tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik ASIA THE", "article_text": "ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia dalam senarai Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, universiti itu berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia.\"Pada tahun ini, UUM berada di kedudukan ke-99 berbanding 148 pada tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021.\"UUM berkongsi kedudukan kali ini dengan tiga lagi universiti dari luar negara iaitu Jazan University, Arab Saudi; University of International Business and Economics, China dan Cankaya University, Turkiye,\" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata lonjakan sehingga 56 anak tangga itu adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM dalam menjadikan universiti itu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka serta dalam menjayakan Pelan Strategik UUM.\"Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencipta sejarah manis untuk UUM, terutamanya kepada Naib-naib Canselor sebelum ini, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan semua warga UUM.\"Kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia ini membolehkan universiti ini bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa, \" katanya.Mohd Fo'ad berkata kejayaan itu juga pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi sokongan kepada UUM untuk terus merealisasikan visi dan misi UUM.THE Asia University Rankings yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:48am"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264896/berita/politik/terengganu-jadi-kelantan-nombor-dua-jika-bn-kalah---ahmad-said", "article_title": "'Terengganu jadi Kelantan nombor dua jika BN kalah' - Ahmad Said", "article_text": "MARANG - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa Terengganu bakal menjadi Kelantan 'nombor dua' sekiranya BN tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.Ujarnya, perumpamaan itu diberikan terutama melibatkan aspek pembangunan yang didakwa tidak dibangunkan Pas sepanjang pemerintahan sekali gus tidak membantu dalam menjana ekonomi rakyat di negeri itu.\"Maknanya tiada pembangunan tiada apa... orang Kelantan tak apa (mereka) boleh cari kerja di Kuala Lumpur.\"Tapi di Terengganu, orang Terengganu tak berapa keluar. Jadi mangsalah,\" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah perdana Gelombang Biru 2.0 dan menyempurnakan pelancaran jentera PRN BN Terengganu di Dataran Seri Limbat di sini pada Khamis malam.Ahmad memberitahu, beliau mengharapkan 20 peratus undi daripada pengundi BN yang telah diberikan kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu 'dikembalikan' semula kepada parti itu.Ujar beliau, ia penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan oleh BN sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan di Terengganu.\"Baru-baru ini rakyat telah mengundi dan beri Pas menang 8-0 (PRU15), apa faedah rakyat dapat.\"Tiada menteri dari Terengganu, tiada timbalan menteri dari Terengganu, tiada peruntukan untuk ahli Parlimen Terengganu. Siapa rugi? Rakyat rugi, tidak ada peruntukan pembangunan disalurkan. Nak bayar gaji pun menteri besar menghadap PM (Perdana Menteri).\"Nak banjir (bantuan) pun kerajaan pusat bagi. Sebab itu kita mesti selaras antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.\"Kalau berasingan akan timbul masalah dari segi peruntukan dan sebagainya. Dia 'itik', kita 'ayam', mana boleh. Itik dengan itik, ayam dengan ayam baru 'jadi',\" ujarnya bekas Menteri Besar Terengganu itu.Dalam pada itu, Ahmad turut menyatakan harapan supaya Terengganu tidak berdepan masalah dialami Kelantan terutama melibatkan isu bekalan air yang disifatkan sebagai tidak berkesudahan.\"Kelantan air 'kuning' berapa puluh tahun dah... 30 tahun lebih tak selesai tak ada masalah orang Kelantan.\"Undi luar anak Kelantan balik kampung balik undi Pas belake (semua). Orang BN ramai undi Pas (di Terengganu) sebab dapat duit.\"Contoh, saluran satu, saluran dua yang 60, 50 tahun ke atas ni, 80 peratus undi Pas. Kita harap pengundi UMNO sedarlah perkara ni..jangan digula-gulakan,\" ujarnya.Terengganu bersama lima negeri lain iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan akan menghadapi PRN tidak lama lagi selepas masing-masing memutuskan untuk tidak membubarkan DUN pada PRU15 lalu.Setakat ini hanya Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN manakala DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:37am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264897/berita/politik/ronnie-liu-mohon-tamat-keahlian-dap-mulai-esok", "article_title": "Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP mulai esok", "article_text": "KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu memohon kepada pucuk pimpinan parti itu menamatkan keahliannya berkuat kuasa pada Sabtu.Keputusan tersebut, tegas veteran DAP itu, diambil kerana banyak perkara yang di luar jangkaan telah berlaku sepanjang 41 tahun beliau menganggotai parti berkenaan.Permohonan penamatan keahlian dalam parti berkenaan dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor itu dalam surat beliau kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Ronnie turut berkongsi surat berkenaan dalam akaun Facebook beliau.\u201cSaya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat sekolah menengah dan telah menjadi ahli DAP sejak 1982.\u201cNamun selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya.\"Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP,\u201d kata beliau dalam surat berkenaan.Dalam masa sama, Ronnie mengucapkan terima kasih mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepadanya.\u201cSemoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisme demokratik dan konsep perjuangan \u2018Malaysia untuk rakyat Malaysia\u2019,\u201d ujar beliau lagi. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:28am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264895/berita/politik/dun-selangor-bubar-secara-rasmi-hari-ini", "article_title": "DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini", "article_text": "SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 25 Jun ini.Dengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.Kedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala Pas, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264887/berita/nasional/kenyataan-pemimpin-boleh-beri-impak-ekonomi", "article_title": "Kenyataan pemimpin boleh beri impak ekonomi", "article_text": "SHAH ALAM - Pakar ekonomi menegaskan setiap kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara akan mempengaruhi keputusan pelabur sama ada untuk meneruskan pelaburan atau sebaliknya.Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, perkara pertama yang diteliti oleh pelabur adalah kestabilan politik.Katanya, sebarang kenyataan daripada kerajaan sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan individu atau syarikat yang menanam modal di negara ini.\u201cSetelah mengetahui penjelasan tersebut, pelabur mungkin akan membuat kata putus sama ada ia memberi kebaikan kepada negara atau sebaliknya,\u201d katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Pada 21 Jun, Sinar Harian melaporkan, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu pantas.Katanya, tindakan Ahmad berbicara soal ekonomi seolah-olah ada pengumuman besar untuk memastikan nilai ringgit lebih kukuh.Pada masa sama, Aimi Zulhazmi memberitahu, terdapat dua kaedah yang boleh mengukuhkan kembali nilai ringgit di pasaran dunia antaranya menarik Sovereign Wealth Fund (SWF) untuk melabur di Malaysia.Jelas beliau, antara platform yang boleh pelabur melabur adalah di bursa saham, melalui modal teroka (venture capital) dan permulaan perniagaan (startup) lebih terarah kepada ekonomi digital serta pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi.\u201cKebaikannya apabila menarik SWF asing, ia secara tidak langsung akan meningkatkan pelaburan daripada luar negara masuk ke dalam negara.\u201cHal tersebut sekali gus mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam membina ekonomi negara terutamanya dalam menangani risiko tinggi berkaitan dengan startup,\u201d ujarnya lagi.Tambahnya lagi, SWF mempunyai operasi kelolaan pelaburan yang lebih ketat, namun ia lebih stabil dan mempunyai sasaran dalam jangka masa panjang.Sementara itu, Aimi Zulhazmi memaklumkan kaedah seterusnya adalah melalui family office (pejabat keluarga) yang mana merupakan syarikat persendirian dalam mengendalikan pengurusan pelaburan dan kekayaan untuk keluarga kaya.Katanya, dana persendirian yang dimiliki bersifat terbuka dan ia dilaburkan dalam perusahaan yang mempunyai risiko tinggi kerana dana pengurusan adalah fleksibel.Pada masa sama, beliau berkata, kemasukan pelaburan asing melalui SWF dan family office adalah sesuatu yang baik untuk negara tetapi perlu dipantau dan dibantu oleh Suruhanjaya Sekuriti dan juga Bank Negara Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 09:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264893/berita/sukan/pemilik-chelsea-lebar-sayap-ke-perancis", "article_title": "Pemilik Chelsea lebar sayap ke Perancis", "article_text": "PEMILIK Chelsea dari Amerika Syarikat (AS) melebarkan sayapnya ke Perancis apabila memeterai perjanjian pembelian kelab Ligue 1, Strasbourg.Pembelian menerusi konsortium BlueCo itu menjadi episod baharu dalam sejarah Strasbourg sebagai strategi dinamik bagi memantapkan pertumbuhan kelab.\"Konsortium komited untuk mempercepatkan pelaburan mampan dalam pertumbuhan kelab.\"Pembelian ini termasuk pasukan utama dan akademi dalam kesinambungan projek yang dilaksanakan oleh Marc Keller yang akan kekal sebagai pengerusi kelab.\"Keller akan disokong oleh pasukan pengurusannya sekarang,\" ujar konsortium Blue Co dalam satu kenyataan.Konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan Amerika, Todd Boehly dan Clearlake Capital yang berpangkalan di AS mengharungi tahun pertama yang mengecewakan di Stamford Bridge.Mereka memecat pengurus Thomas Tuchel dan Graham Potter sebelum menamatkan kempen yang menyedihkan di bawah bos sementara Frank Lampard.Kedudukan Chelsea di tempat ke-12 adalah yang terburuk sejak 1994 walaupun membelanjakan lebih daripada 500 juta pound (RM2.9 bilion) untuk pemain baharu ketika dua jendela perpindahan pertama di bawah pemilik baharu.Konsortium itu telah mengambil Mauricio Pochettino sebagai jurulatih baharu mereka.Boehly juga adalah pemilik bersama pasukan besbol Los Angeles Dodgers.Strasbourg melalui musim yang getir tahun lalu, apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-15 dua anak tangga daripada zon penyingkiran.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:58am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264891/berita/semasa/dua-termasuk-kanak-kanak-maut-nahas-di-bukit-tangga", "article_title": "Dua termasuk kanak-kanak maut nahas di Bukit Tangga", "article_text": "JELEBU - Dua maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga, di sini malam Khamis.Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan dua kenderaan dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.\"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban.\"Akibat daripada kemalangan tersebut, salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki dan penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Ujarnya, proses bedah siasat akan dijalankan pada Jumaat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.\"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Inspektor Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264882/berita/nasional/sistem-perlindungan-sosial-adakah-memadai-atau-perlu-reformasi", "article_title": "Sistem perlindungan sosial: Adakah memadai atau perlu reformasi?", "article_text": "SUDAH lumrah kehidupan dan jangan dilupakan bahawa hidup ini ibarat roda berputar. Adakalanya berada di atas, kala lain pula berada di bawah.Orang senang, yang berada dan mempunyai segala-galanya juga boleh jatuh susah dan orang yang susah pula boleh berubah menjalani kehidupan selesa.Hakikatnya, setiap daripada kita sebenarnya terdedah pelbagai risiko dalam setiap fasa kehidupan. Risiko bermaksud satu keadaan yang mungkin mendatangkan bahaya atau kerugian.Dalam konteks rakyat, sistem perlindungan sosial yang benar-benar menyeluruh akan memastikan setiap individu pada setiap peringkat hidupnya menerima bantuan dan sokongan mengikut risiko yang dihadapi.Risiko yang lazim dihadapi antaranya hilang pekerjaan, dibelenggu sakit, mengalami kemalangan atau tidak lagi dapat bekerja kerana faktor umur.Dalam menghadapi risiko bahaya dan kerugian itu, perlu ada komponen insurans sosial di bawah sistem perlindungan sosial untuk meningkatkan daya tahan masyarakat terhadap pelbagai musibah yang mungkin melanda.Di Malaysia, insurans sosial tersedia melalui skim-skim di bawah pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), namun kerajaan juga sedang mempertimbangkan pelbagai lagi skim insurans sosial untuk memastikan tiada tercicir.Di negara kita, rata-rata golongan yang tercicir daripada insurans sosial adalah mereka yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso atas faktor tidak bekerja atau bekerja dalam sektor tidak formal seperti suri rumah, peniaga, bekerja sendiri dan pekerja ekonomi gig.Ramai dalam golongan berkenaan secara tiba-tiba hilang punca pendapatan dan terjerumus ke dalam belenggu kemiskinan ketika pandemik Covid-19 melanda sebelum ini.Keadaan itu sekali gus turut mendedahkan masih ada kekurangan dalam sistem perlindungan sosial di Malaysia.Kelompok berkenaan ibarat \u2018sudah jatuh ditimpa tangga\u2019 kerana bukan sahaja tiada pendapatan, tetapi juga tiada bantuan atau sokongan mencukupi daripada sistem perlindungan sosial sedia ada.Sehubungan itu, adalah jelas bahawa telah tiba masanya untuk kita melaksanakan reformasi menyeluruh ke atas sistem perlindungan sosial di Malaysia.Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sistem perlindungan sosial adalah satu pakej dasar dan program kerajaan yang dirangka untuk mengurangkan kerentanan dan mengelakkan kemiskinan sepanjang hidup seseorang individu.Sistem perlindungan sosial yang baik, mengikut ILO adalah sistem yang meliputi sembilan jenis keperluan perlindungan, iaitu kanak-kanak, kekurangan upaya, kehilangan pekerjaan, kemalangan tempat kerja, kehamilan, jatuh sakit, pemeriksaan kesihatan, orang tua dan kematian ketua keluarga.Selain itu, terdapat tiga komponen utama (3P) dalam sistem perlindungan sosial.Komponen pertama ialah perlindungan - untuk memastikan keperluan asas dipenuhi menerusi mekanisme seperti bantuan tunai.Komponen kedua ialah pencegahan - untuk meningkatkan daya tahan masyarakat terhadap kejutan ekonomi menerusi penyediaan insurans sosial seperti menerusi Perkeso dan KWSP.Komponen ketiga ialah penggalakan - untuk meningkatkan peluang ekonomi dan potensi individu menerusi program yang membantu untuk mereka dapat pekerjaan tetap.Sebenarnya, reformasi sistem perlindungan sosial yang diperlukan Malaysia bukan perkara baharu kerana telah disarankan oleh para pakar sejak 2018 lagi, yang tinggal hanyalah langkah untuk melaksanakannya.Pelaksanaan yang tertangguh menyebabkan sistem perlindungan sosial Malaysia masih perlu diperbaiki dan agak ketinggalan berbanding negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.Ternyata, reformasi sistem perlindungan sosial di Malaysia tidak boleh ditangguh lagi, sebaliknya perlu diusahakan pelaksanaan dalam masa terdekat.Kita perlu sedar bahawa kerja keras sahaja tidak semestinya mampu keluarkan seseorang itu daripada kepompong kemiskinan kerana masih ada banyak faktor yang boleh membataskan usaha untuk menjalani kehidupan selesa.Kerja keras menjamin kehidupan berkualiti?Faktor-faktor seperti peluang pendidikan, status sosial keluarga dan lokasi boleh menyebabkan mana-mana individu sukar dapat sama ada gaji mencukupi, modal memulakan perniagaan atau peluang ekonomi adil walaupun sudah berhempas pulas bekerja.Perlu diingat kanak-kanak dan orang tua juga golongan perlu dilindungi kerana mereka tidak boleh bekerja.Dalam aspek ini, sistem perlindungan sosial menyeluruh akan memberi penekanan kepada bantuan bersifat tunai yang dibiayai sepenuhnya kerajaan dan disasarkan kepada golongan miskin.Pada masa ini kerajaan menyediakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada mereka kurang berkemampuan untuk hadapi cabaran kos sara hidup.Dalam hal ini, tanggungjawab kerajaan dalam membantu golongan itu tidak seharusnya dianggap sebagai membina sikap terlalu bergantung kepada bantuan atau mendorong sikap malas bekerja.Ini kerana kita sudah melihat sendiri kekurangan sistem perlindungan sosial di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai ditimpa musibah dan tidak diberi sebarang bentuk perlindungan.Justeru, kerajaan terpaksa memperkenalkan pelbagai jenis bantuan baharu seperti subsidi upah, diskaun bil elektrik dan moratorium bayaran balik pinjaman berikutan tiada sistem perlindungan sosial menyeluruh ketika krisis kesihatan itu melanda.Namun, perlu diingat kebanyakan bantuan itu hanya bersifat sementara dan mengeruhkan lagi kedudukan kewangan kerajaan yang sudah pun dibebankan dengan bantuan tunai sedia ada bagi golongan miskin.Bagi memastikan usaha menangani kekurangan yang ada dalam sistem perlindungan sosial di Malaysia, kita perlu bersikap lebih terbuka ketika membicarakan mengenai caruman kerana banyak manfaatnya untuk rakyat ketika kehidupan berdepan kesukaran.Pro-bantuan tidak semestinya pro-subsidiDi negara ini, ada sistem subsidi, namun adakah sistem subsidi sedia ada ini sistem yang kalis waktu, mampan dan mampu membantu kita ketika susah?Sebenarnya, subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia boleh dikatakan sebagai suatu jenis perlindungan sosial yang membantu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, namun manfaatnya juga dinikmati isi rumah yang bukan golongan disasarkan.Sekian lama, subsidi menjadi beban tanggungan kerajaan dan pengagihannya berdepan isu ketirisan yang terlalu tinggi, termasuk dalam subsidi bahan api dan penggunaan elektrik.Kita dapat lihat kereta asing \u2018menikmati\u2019 subsidi di stesen minyak di kawasan sempadan, manakala di rumah pula subsidi dinikmati juga oleh mereka yang mampu memiliki pelbagai perkakas elektrik dengan kadar penggunaan elektrik yang tinggi.Subsidi seperti ini mungkin dapat membantu menurunkan tekanan kos sara hidup, tetapi tidak dapat membantu sekiranya rakyat menghadapi kesusahan dalam kehidupan.Ke arah perlindungan sosial lebih menyeluruhUntuk memastikan pembangunan sistem perlindungan sosial lebih berdaya tahan bagi masa hadapan, penulis menyeru sifat kebersamaan dan kesefahaman dalam diri kita semua.Sifat kebersamaan dan kesefahaman perlu bagi membantu seluruh rakyat Malaysia terutama golongan rentan mendapat akses kepada peluang yang lebih baik bagi melindungi dan meningkatkan kesejahteraan hidup masing-masing.Sistem perlindungan sosial lebih menyeluruh diperlukan agar semua rakyat Malaysia dapat menerima bantuan dan sokongan pada saat mereka memerlukan.Semua isi rumah tanpa mengira pendapatan seharusnya sama-sama membantu mereka yang hilang pekerjaan, jatuh sakit, mengalami kemalangan, warga tua dan yang kehilangan ketua keluarga agar kesejahteraan golongan itu terus terpelihara.*Insan Bersubsidi, Kuala Lumpur", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264892/berita/nasional/pembangunan-mega-di-sabah-ambil-kira-kelestarian-alam-sekitar", "article_title": "Pembangunan mega di Sabah ambil kira kelestarian alam sekitar", "article_text": "KOTA KINABALU - Pembangunan bersaiz mega tidak diluluskan dengan mudah tanpa sebarang pematuhan yang dikenakan oleh pihak tertentu demi menjaga kelestarian alam sekitar di negeri ini.Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, setiap pembangunan yang dilakukan akan menyentuh mengenai alam sekitar terutama membabitkan projek mega yang ingin dilaksanakan.\"Saya beri contoh, pembangunan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo merupakan salah satu projek mega yang kita rancang dan reka bentuk jajarannya turut melalui satu proses makmal pengurusan nilai di mana semua pihak atau jabatan yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) dipanggil untuk mengutarakan pandangan masing-masing mengenai cadangan pembinaan lebuh raya ini.\"Di Telupid ada jajaran Pan Borneo melalui satu hutan simpan jadi untuk kita melaksanakan kerja-kerja membangunkan jajaran tersebut mematuhi syarat yang dikenakan oleh JAS, JHL dan sebagainya.\"Ini bagi memastikan pembangunan terus dilakukan dengan impak yang terkawal terhadap alam sekitar dan hidupan liar,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Shahelmy dan Masiung bergambar bersama hadirin selepas Dialog Siswa Sinar Harian di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. Turut hadir Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli dan Pengarang Eksekutif Digital Sinar Harian, Ruzy Adila Idris. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKORDialog Siswa kali ini dihoskan oleh anak tempatan, Safwan Sawi dan turut menampilkan seorang lagi panel iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.Mengulas lanjut, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya turut memberi contoh mengenai pembinaan empangan di Papar yang sebelum ini mendapat tentangan daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO).\"Bagaimanapun, kajian kemungkinan sedang dijalankan untuk memastikan bahawa empangan tersebut dibina dengan mengambil kira impak sosial dan impak alam sekitar dapat dimaksimumkan hasil daripada pembangunan tersebut.\"Ingin saya kongsikan kepada pelajar bahawa dalam perkembangan teknologi yang ada sekarang, semuanya berkaitan dengan alam sekitar dan kita sedar tentang pengaruh atau kesan perubahan iklim,\" katanya.Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan menegaskan bahawa apa juga pembangunan dan reka bentuk tetap akan mengambil kira kesannya kepada alam sekitar.ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di SabahSabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:21am"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264889/berita/nasional/eksklusif-bahana-pemandu-gila-lawan-arus", "article_title": "[EKSKLUSIF] Bahana 'pemandu gila' lawan arus", "article_text": "[EKSKLUSIF] SHAH ALAM - Kesalahan melibatkan lawan arus bukan satu kejadian baharu di negara ini, malah ia melibatkan kehilangan nyawa serta kecacatan kekal seumur hidup.Tindakan dan penguatkuasaan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang, namun tampaknya tidak memberikan perasaan takut kepada pelaku tegar ini.Mengikut statistik PDRM, sebanyak 37 kemalangan maut akibat kesalahan pemanduan lawan arus direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 18 Jun lalu.Baca laporan penuh di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 08:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264877/berita/nasional/sabah-potensi-jadi-negeri-selesa-untuk-didiami", "article_title": "Sabah potensi jadi negeri selesa untuk didiami", "article_text": "KOTA KINABALU - Sabah berpotensi untuk menjadi sebuah negeri yang selesa untuk didiami dalam tempoh 10 tahun akan datang jika jaringan sistem membabitkan infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan perumahan dalam keadaan baik.Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Sabah dalam keadaan yang strategik dari sudut geografi selain mempunyai keindahan semula jadi serta kekayaan sumber alamnya sama ada yang ada ketika ini atau bakal diterokai pada masa hadapan.\"Namun untuk sebuah negeri menjadi sebuah 'livable state' ada beberapa perkara yang perlu dicapai. Pertama, keadaan infrastruktur yang baik dan selamat termasuklah jalan raya, air dan elektrik.\"Dengan adanya kombinasi jaringan infrastruktur yang baik, lengkap dan selamat, sistem pendidikan yang baik, sistem kesihatan yang baik dan sistem perumahan yang baik, kita akan capai keadaan sebagai 'livable state',\" katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Sehubungan itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, untuk tempoh 10 tahun akan datang merupakan jangka masa yang sesuai untuk ke arah mencapai perancangan terbabit.\"Kita ketika ini sedang meningkatkan pembinaan atau menaik taraf sistem jalan raya yang ada di Sabah dan apabila saya kata tentang jalan raya, ia terbahagi kepada beberapa kategori termasuk jalan pertanian, jalan luar bandar atau jalan daerah atau jalan majlis perbandaran.\"Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri sedang menaik taraf jalan persekutuan yang dipanggil Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama mempunyai 35 pakej, fasa kedua antara Tamparuli ke Ranau dan fasa ketiga dari Kimanis ke Kalabakan yang belum lagi dilaksanakan sepenuhnya namun fasa pertama dalam pelaksanaan.\"Jadi dengan adanya projek Lebuhraya Pan Borneo ini nanti yang boleh siap dalam tempoh jangka masa 10 tahun dari sekarang ini maka ia akan membantu mencetus pertumbuhan ekonomi di Sabah,\" katanya.Sebelum itu, Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh Safwan Sawi merupakan edisi ketiga dibawa khas ke Sabah selepas Sinar Harian menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264890/berita/nasional/tvet-tulang-belakang-bidang-perindustrian---shahelmey", "article_title": "TVET tulang belakang bidang perindustrian - Shahelmey", "article_text": "KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Sabah dan persekutuan sentiasa mengalakkan golongan muda di negeri ini agar menceburi atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan yang terlibat dalam TVET merupakan tulang belakang dalam bidang perindustrian.\"Dalam pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 2021 hingga 2025, kita ingin memacu pertumbuhan ekonomi dari tiga bidang iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian di mana bidang TVET ini berkaitan dengan perindustrian dan juga pertanian.\"Di Sabah kita turut menerima pelaburan yang begitu tinggi di mana ada dua kilang dibina daripada pelabur asing dari Korea Selatan dan China.\"Apabila dua kilang ini beroperasi nanti mereka dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada juteknik atau jurutera selain mencetuskan industri hiliran hasil di negeri ini,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh anak tempatan, Safwan Sawi dan turut menampilkan seorang lagi panel iaitu Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah.Sehubungan itu, Shahelmey selaku Menteri Kerja Raya yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan amat mengalakkan golongan muda menceburi atau melanjutkan pelajaran dalam aliran TVET.\"Kita lihat di negara maju seperti Eropah, Korea Selatan dan Jepun, mereka maju disebabkan oleh industri dan industri ini disokong oleh tenaga kerja dari bidang teknikal.\"Bidang lain seperti perakaunan juga relevan, namun untuk industri bergerak maju, tulang belakangnya ialah simber manusia berlatarbelakangkan TVET,\" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di SabahSabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:33am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264885/berita/sukan/gesa-sekat-perpindahan-pemain-ke-arab-saudi", "article_title": "Gesa sekat perpindahan pemain ke Arab Saudi", "article_text": "LEGENDA Manchester United, Gary Neville menggesa pihak Liga Perdana menyekat perpindahan besar-besaran pemain ke Arab Saudi bagi memastikan \u2018sebarang integriti tidak terancam\u2019.Malah, Neville mempersoalkan transaksi dilakukan dalam kalangan kelab Liga Pro Saudi bagi mendapatkan pemain yang beraksi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL).\u201cLiga Perdana sepatutnya meletakkan sekatan segera atas setiap perpindahan ke Arab Saudi bagi memastikan integriti permainan tidak dirosakkan.\u201cSemakan lebih teliti perlu dilakukan ke atas setiap transaksi kelab bagi memastikan kesesuaian. Jika ia melalui proses itu, jelas perpindahan boleh dibuka semula.\u201cTetapi saya percaya pada masa ini perpindahan harus dihentikan sama ada terdapat urusan perpindahan menguntungkan yang tidak wajar,\u201d kata Neville.Gesaan Neville itu hadir apabila beberapa kelab Liga Pro Saudi membawa masuk bintang ternama Eropah seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan terbaharu, N'Golo Kante.Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi yang memiliki Newcastle United mengesahkan mengambil alih empat kelab terkemuka Liga Pro Saudi termasuk Al-Nassr yang menandatangani Ronaldo pada bulan Januari lalu.Kante pula mengikut jejak langkah Benzema menyertai Al-Ittihad, manakala trio Chelsea iaitu Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy dan Hakim Ziyech, masing-masing dijangka melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal, Al-Ahli serta Al-Nassr.Pemain tengah Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves juga semakin hampir memuktamadkan perpindahan ke Al-Hilal dengan rekod bayaran kelab \u00a347 juta (RM278 juta).", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:15am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264876/berita/sukan/pan-gon-berjaya-bukti-kredibiliti", "article_title": "Pan Gon berjaya bukti kredibiliti", "article_text": "PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dianggap berjaya membuktikan kredibilitinya sepanjang mengendali skuad kebangsaan.Malah, legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu juga berjaya meraih semula kepercayaan para penyokong Harimau Malaya.\u201cSebenarnya tekanan itu sesuatu perkara biasa untuk seseorang ketua jurulatih, tambahan pula apabila sesebuah negara yang prestasi pasukan bola sepaknya tidak begitu menonjol.\u201cTentu sahaja harapan dalam kalangan para penyokong skuad bola sepak kebangsaan adalah tinggi selepas persembahan hambar dalam beberapa pertandingan sebelum ini.\u201cPan-gon juga berjaya menanamkan semangat, strategi dan arahan yang berjaya dilaksanakan para pemain dengan sempurna dalam setiap perlawanan.\u201cPan-gon telah membuktikan kredibilitinya dalam meningkatkan prestasi pasukan negara. Malah Pan-gon perlu lebih tenang dan meneruskan proses penambahbaikan pasukan kebangsaan,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.Terdahulu, Pan-gon mengakui tekanan merupakan cabaran terbesar yang dihadapinya, namun mengakui berpuas hati dengan hasil yang diraih skuad Harimau Malaya setakat ini.Dalam pada itu, Jamal berharap Harimau Malaya dapat berdepan pasukan yang memiliki tempo permainan tinggi selepas melakar kemenangan ke atas Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan sebelum ini.\u201cPara pemain negara telah membuktikan keupayaan sebenar dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, malah dengan kemenangan besar.\u201cSaya berharap dengan berbaki beberapa bulan sebelum pusingan akhir Piala Asia tahun depan, kita dapat berdepan lawan yang lebih berkualiti.\u201cSebagai contoh kita akan berdepan Korea Selatan, jadi kita kena cari pasukan yang persis atau setaraf Korea Selatan sebelum Piala Asia bermula nanti,\u201d ujarnya.Harimau Malaya kini berada dalam fasa persiapan sebelum ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun depan selepas layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264874/berita/nasional/tuntutan-sulu-peguam-yakin-malaysia-ada-peluang-menang---azalina", "article_title": "Tuntutan Sulu: Peguam yakin Malaysia ada peluang menang - Azalina", "article_text": "KUALA LUMPUR - Peguam yang dilantik bagi mengendali isu tuntutan Kumpulan Sulu yakin Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menang berdasarkan fakta dan bukti jelas yang menyebelahi negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ketika ini beliau mengadakan lawatan bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan (mewakili Jabatan Peguam Negara) dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa ke Madrid, Sepanyol di mana lapan individu yang mendakwa waris Sulu memulakan timbang tara.Katanya, dalam lawatan itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada firma guaman yang mewakili Malaysia iaitu Uria Menandez dari Sepanyol, Bredin Prat (Perancis), Fietta LLP (United Kingdom) serta perunding perhubungan awam PA Associates (United Kingdom) dalam kes tuntutan tersebut sementara menunggu keputusan Mahkamah The Hague pada 27 Jun ini.\"Namun, apa jua keputusan, Kerajaan Madani kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes ini,\u201d katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.Justeru, Azalina memohon semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memperjuang isu itu dan mendoakan kejayaan demi kedaulatan tanah air.Kumpulan lapan individu warga Filipina itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Tuntutan Sulu tidak berasas, Malaysia negara berdaulatKerjasama rapat Persekutuan, Sabah berkesan tangani tuntutan kumpulan SuluTuntutan Sulu: Rakyat sokong usaha kerajaan pertahan kedaulatanTuntutan waris Sulu: 'Biar orang lain jawab' - AnwarMalaysia guna langkah perundangan tamat tuntutan waris Sultan SuluTuntutan Sulu: Tiada bukti kerajaan Filipina terlibat - PM", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Jun 2023 12:08am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264871/berita/semasa/polis-buru-suspek-larikan-barangan-kemas-rm108-juta", "article_title": "Polis buru suspek larikan barangan kemas RM1.08 juta", "article_text": "JEMPOL - Polis giat mengesan beberapa suspek lelaki yang memecah masuk dan melarikan barangan kemas bernilai RM1.08 juta dari sebuah kedai emas di Taman Margosa Maju, Bahau di sini pada pagi Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang masih belum dikenal pasti memakai pelitup muka, topi dan bersarung tangan.\"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik kedai pada jam 9.41 pagi yang memaklumkan premisnya dipecah masuk dan barang kemas yang disimpan dalam peti besi hilang.\"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas sebelum memecahkan pintu besi seterusnya memasuki bilik kebal,\" katanya dalam kenyataan kepada media pada Khamis.Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian lebih kurang RM1.08 juta membabitkan kehilangan pelbagai barangan kemas.Ujarnya, polis telah merampas beberapa peralatan untuk memecah masuk dan memotong besi serta pintu di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.\"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan di balai polis berhampiran.\"Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Raj Kumar melalui nombor telefon Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) 06-4582222,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264870/berita/nasional/sabah-sedia-dua-tenaga-kapal-tambah-tenaga-elektrik-di-sabah", "article_title": "Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah", "article_text": "KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya mengumumkan dua kapal tenaga akan disediakan bagi menambah kapasiti elektrik di negeri ini.Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kapal tenaga itu akan disediakan di Sandakan dan Lahad Datu salah satu inisiatif bagi mengelak kejadian teknikal elektrik yang serius di negeri ini.\"Seperti yang kita ketahui pada tiga minggu lepas kita telah mengalami satu keadaan apabila permintaan elektrik telah hampir mencapai tahap maksimum dengan jumlah yang boleh dibekalkan oleh grid elektrik kita di Sabah.\"Jadi apabila itu berlaku maka pihak SESB terpaksa melakukan catuan tenaga bagi memastikan bahawa ada 'safety margin' dalam sistem grid pada bekalan elektrik bagi mengelak kejadian teknikal yang lebih serius terjadi,\" katanya.Pelajar yang hadir menyaksikan Dialog Siswa di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau berkata demikian ketika Program Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis.Menurut Shahelmey, pihak SESB dan kerajaan Sabah juga sedang menambah kapasiti bekalan elektrik melalui mobil genset dan yang terbaharuakan datangkan dua kapal tenaga atau power ship untuk disediakan di Sandakan dan Lahad Datu.\"Adanya kapal tenaga dan genset ini maka sumber tenaga yang dibekalkan ke sistem grid elektrik Sabah akan berada dalam keadaan sihat, maka infrastruktur dari segi tenaga dalam keadaan baik,\" katanya.Sementara itu, ditanya pemberita lebih lanjut mengenai kapal tenaga itu, beliau memaklumkan bahawa ia akan tiba dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.\"Apabila kapal tenaga itu beroperasi menghasilkan tenaga maka margin lebih 200 megawatt akan dapat dicapai dan sudah tentu ia memberi keyakinan dan juga keselesaan terhadap bekalan elektrik.Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.\"Untuk di sebalah pantai barat kita mempunyai loji jana kuasa, namun di Sandakan dan Lahad Datu adalah kawasan yang memang memerlukan tambahan bekalan elektrik untuk memastikan aktiviti ekonomi di kawasan itu dapat dijalankan tanpa gangguan,\" katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPT", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264869/berita/nasional/malaysia-di-kedudukan-ke-27-world-competitiveness-yearbook-2023", "article_title": "Malaysia di kedudukan ke-27 World Competitiveness Yearbook 2023", "article_text": "SHAH ALAM - Laporan World Competitiveness Yearbook 2023 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-27, meningkat lima anak tangga berbanding tahun 2022.Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, di sebalik peningkatan daya saing 2023 berbanding tahun 2022, trend untuk kembali ke tahap terbaik yang pernah capai sebelum ini masih samar.Katanya, banyak lagi usaha yang diperlukan untuk Malaysia kembali ke liga belasan di dunia.\"Terkini, dari 20 sub-kategori yang dinilai hanya enam yang berada di kedudukan 20 terbaik dan 11 daripadanya berada di tangga 30 ke bawah.\"Kesimpulannya, untuk tahun 2023, walaupun kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke-32 ke tangga 27, Malaysia masih berada dalam julat penarafan yang rendah,\" jelasnya menerusi laman Facebook pada Khamis.Beliau memberi contoh kategori pendidikan dan perundangan perniagaan, kedudukan Malaysia sangat rendah, iaitu di tangga ke-45 sedangkan kedua-dua kategori itu adalah antara faktor utama dalam memastikan daya saing negara kukuh.\"Kedudukan Malaysia dalam Kecekapan Perniagaan telah jatuh merudum berbanding sepuluh tahun yang lalu.\"Di mana silap kita? Mesti dikenalpasti dan ditangani segera,\" ujarnya.Tambah Noor Azlan, peningkatan kedudukan daya saing negara 2023 adalah satu petanda awal yang baik.\"Namun, belum masa untuk kita berpuas hati dan menjadikannya sebagai bukti kita telah berjaya. Penilaian yang lebih mendalam menyedarkan kita bahawa Malaysia masih berada dijulat daya saing global yang rendah.\"Oleh itu, semua pihak mesti komited untuk bersama mengembalikan kekuatan daya saing global negara. Kita semua juga akan merasai manfaatnya,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264868/berita/nasional/cadangan-bina-rumah-transit-bantu-pelajar-ipt", "article_title": "Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPT", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan Sabah dicadangkan supaya membina rumah transit untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Program Perumahan Rakyat (PPR).Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, rumah itu dibina bagi mengurangkan beban pelajar serta ibu bapa yang terpaksa menanggung kos rumah sewa yang semakin meningkat pada masa kini.Katanya, mereka dibenarkan tinggal di rumah transit itu hanya dua tau tiga tahun mengikut tempoh pengajian masing-masing.\"Selepas kamu tamat pengajian maka serahkan kunci dan kosongkan rumah itu untuk beri peluang kepada pelajar lain.\"Saya rasa dengan cara tersebut tiada lagi isu minta sambung atau merayu untuk tinggal disitu sepertimana yang berlaku kepada penyewa PPR,\" katanya.Antara pelajar UiTM Kota Kinabalu yang hadir menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau berkata demikian menerusi program Dialog Siswa yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Sabah.Program tersebut disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Khamis.Selain Masiung, Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya turut dijemput sebagai panelis dan ia dikendalikan oleh anak tempatan, Safwan Sawi.Tambah Masiung, baru-baru ini timbul isu berhubung rumah PPR yang dimiliki oleh LPP yang disewakan kepada rakyat yang berpendapatan RM750 hingga RM3,000.\"Kami telah beri peringatan kepada penyewa bahawa tempoh had maksimum iaitu 10 tahun telah tamat dan minta kerjasama untuk keluar supaya dapat beri peluang orang lain.\"Tapi malangnya, apabila bagi peringatan ia jadi isu utama pula di Sabah ini seolah-olah kita bertindak kejam,\" ujarnya.Pelajar UiTM Kota Kinabalu menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Beliau juga merayu kepada kerajaan Sabah melalui Ketua Menteri untuk sampaikan hasrat tersebut di peringkat kabinet.\"Diharapkan kerajaan dapat merancang atau sediakan peruntukan khas untuk pembinaan rumah transit kepada pelajar,\" jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:39pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264867/berita/nasional/grab-aktifkan-semula-akaun-rider-tegur-warga-singapura", "article_title": "Grab aktifkan semula akaun \u2018rider\u2019 tegur warga Singapura", "article_text": "SHAH ALAM - Grab Malaysia telah mengaktifkan kembali akaun salah seorang penghantar makanannya yang disekat susulan kes menegur dua warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor baru-baru ini.Syarikat itu dalam ciapan balas di Twitter berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan mereka membuat siasatan untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.\u201cKami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah sebelum pasukan kami melakukan siasatan.\u201cKami gembira untuk mengatakan bahawa syarikat telah mengaktifkan semula akaun penghantar makanan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepadanya,\u201d jelasnya.Penghantar makanan berkenaan sebelum itu berkongsi perkembangan di TikTok dan memberitahu bahawa akaun Grab miliknya telah digantung sejak Rabu.Tindakan itu menyebabkan dia tidak dapat menerima tempahan dan berasa ditindas walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan.Sementara itu, dalam satu video yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot, pemuda itu turut mengesahkan akaunnya telah diaktifkan kembali.\u201cGrab admin telah pun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa saya tidak bersalah. Akaun saya telah diaktifkan semula.\u201cSekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264865/berita/sukan/nampak-kematangan-keyakinan-malaysian-tigers", "article_title": "Nampak kematangan, keyakinan Malaysian Tigers", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara mempamerkan kematangan apabila memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon.\"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu.\"Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan,\" kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).Anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.Bagaimanapun Korea Selatan bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit.Tuan rummah kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi perlawanan tanpa sebarang jaringan.Sebagai rekod, aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India pada 3 hingga 12 Ogos ini.Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:05pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264866/berita/nasional/sabah-cuba-kurangkan-nrw-atasi-masalah-air", "article_title": "Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan Sabah sedang berusaha mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi memastikan masalah bekalan air di negeri itu dapat diatasi.Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan, beberapa faktor lain juga sudah dikenal pasti dan kerajaan telah mengemukakan langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah berkenaan.\"Saya akui Sabah terutama di utara Kota Kinabalu, Patutan dan Tuaran sedang mengalami masalah kekurangan atau tekanan air rendah dalam beberapa bulan ini.\"Situasi ini disebabkan tahap bekalan air dari Sarawak sama dengan permintaan (iaitu) pengeluaran dan permintaan hampir sama.\"Program kemajuan kerja Lori Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa Dua juga telah tergendala dan mengalami kelewatan. Ia tidak dapat disiapkan mengikut kontrak sepatutnya,\" katanya ketika program Dialog Siswa yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.Antara pelajar UiTM Kota Kinabalu yang hadir menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Program yang disiarkan secara langsung menerusi semua platform digital Sinar Harian itu turut mengundang Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah, Datuk Masiung Banah, manakala Safwan Sawi bertindak sebagai hos.Dalam pada itu, Shahelmy yang juga Menteri Kerja Raya Sabah turut mengakui tahap pengurusan projek pembekalan air di Sabah yang lemah merupakan antara punca utama isu kekurangan bekalan air di negeri itu ketika ini.Justeru beliau menjelaskan, kerajaan negeri telah melakukan rombakan selain mengemaskini pentadbiran agensi terlibat bagi mengelakkan sebarang ketirisan berlaku.\"Setelah lakukan rombakan dan mengemaskini pentadbiran Jabatan Air Sabah, kita sedang menstabilkan tekanan dan agihan bekalan air sekitar Kota Kinabalu termasuk di Tuaran.\"Selain itu, kita juga mengambil langkah memutuskan penyambungan langsung yang ada di paip penghantaran utama penyebab gangguan tekanan.\"Sekarang sudah banyak kawasan mula menerima bekalan air yang stabil namun kawasan UiTM (Kota Kinabalu) dan Bukit Sepanggar akan memerlukan sedikit masa untuk menstabilkan air di sistem paip tersebut,\" ujarnya.Sementara itu, Shahelmey berkata, kerajaan juga sedang dalam peringkat akhir kajian bagi membina Empangan Papar yang merupakan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah air di pantai barat Sabah.Pelajar UiTM Kota Kinabalu memberi tepukan gemuruh ketika menyaksikan Dialog Siswa yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari, UiTM Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis. - Foto Sinar Harian / Asril Aswandi Shukor.Empangan yang berkapasiti 1,000 MLD itu dilihat antara penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah ketiadaan bekalan air.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264864/berita/nasional/yb-bagaimana-saya-boleh-secekal-anda", "article_title": "'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'", "article_text": "KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Bersedia untuk dicaci, dimaki dan difitnah antara tip yang dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah untuk mahasiswa yang ingin berkecimpung dalam politik.Beliau berkongsi tip itu menerusi platform Dialog Siswa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah berkata, tip yang pertama mahasiswa yang berminat dalam bidang politik harus bersedia dengan cabaran dalam politik.\"Kita kena bersedia dalam politik ini banyak liku-liku terlalu banyak cabaran, cabaran pertama kita kena bersedia bahawa kita ini dicaci, dimaki dan difitnah orang.\"Seribu kebaikan kita buat, satu kali kita buat salah, yang satu kali salah itu yang akan diangkat,\" katanya menerusi sesi soal jawab bersama mahasiswa yang hadir pada program itu pada Khamis.Soalan itu diutarakan oleh Rika Rahayu daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang meminta perkongsian tip supaya mahasiswa dan mahasiswi bersungguh-sungguh belajar seperti ahli politik.Tip seterusnya yang dikongsikan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu ialah mahasiswa yang berminat memasuki bidang politik harus menanam rasa cinta kepada politik.\"Kalau tidak ada rasa cinta kepada politik, adik akan tidak bermaya untuk melawan cabaran, tidak akan bermaya untuk merancang masa depan politik.\"Sekarang cita-cita sudah jelas, mahu jadi Perdana Menteri. Sama ada tercapai atau tidak, mungkin paling kecil pun jadi adik boleh menjadi seorang wakil rakyat, jadi tidak salah untuk bercita-cita besar kerana orang kata, sekurang-kurangnya boleh menjadi wakil rakyat.\"Jadi kena tanamkan minat politik itu dalam hati, yang kedua jangan malu dan segan bertanya kepada rakan, bertanya kepada orang lama dalam politik,\" katanya.Selain itu, Masiung berkata, mahasiswa yang berminat dalam politik harus bermula dengan persatuan kerana di situlah bermulanya kepimpinan dalam diri.\"Sekarang ini banyak persatuan yang diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk menggilap bakat daripada awal untuk menjadi pemimpin peringkat persekutuan.\"Itu asasnya, kalau di peringkat persatuan pun malas atau tidak ada saya untuk berkecimpung dalam persatuan, jangan mimpi akan boleh naik di masa akan datang.\"Saya berani berkata demikian kerana saya berada di sini juga bermula daripada persatuan, saya bermula dengan Persatuan Tingkatan Enam, Persatuan Pencinta Alam, persatuan di gereja dan di sana bakat itu digilap serta mengasah bakat untuk menjadi pemimpin.\"Bagaimana kita mahu memimpin satu negara, satu negeri atau daerah, sedangkan dalam kelompok kecil pun kita tidak boleh memimpin,\" katanya.Sebelum itu, Dialog Siswa kali ini dihoskan oleh Safwan Sawi dan merupakan edisi ketiga dibawa khas ke Sabah selepas Sinar Harian menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.ARTIKEL BERKAITAN:Sabah cuba kurangkan NRW atasi masalah air'YB bagaimana saya boleh secekal anda?'Cadangan bina rumah transit bantu pelajar IPTSabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264863/berita/semasa/936-gambar-tangkap-layar-sejarah-layari-laman-sesawang-lucah-dalam-telefon-bimbit", "article_title": "936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit", "article_text": "TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.\"Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,\" kata saksi ketujuh pendakwaan itu.Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.Beliau berkata, imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.Pada prosiding hari ini, peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.Peguam itu berkata, beliau berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.Ram Singh berkata, terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan.Zahida berkata, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Perbicaraan bersambung esok. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Tangkap layar perbualan Ebit, pengadu didedahkan", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:34pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264862/berita/semasa/suami-isteri-terkandas-di-teluk-tongkang-diselamatkan", "article_title": "Suami isteri terkandas di Teluk Tongkang diselamatkan", "article_text": "KUANTAN - Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila terkandas di kawasan berbatu Teluk Tongkang ekoran air pasang pada Khamis.Mangsa lelaki berusia 38 tahun dan isterinya, 36, berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM).Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapten (PA) Saifu Nizam Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa terkandas itu pada jam 2.50 petang.\"Susulan maklumat, tiga anggota penyelamat APM yang berada di Pantai Teluk Chempedak segera ke lokasi menggunakan sebuah bot untuk bantuan menyelamat.\"Pasangan suami isteri itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264860/berita/semasa/polis-kesan-remaja-perempuan-hilang-sejak-isnin", "article_title": "Polis kesan remaja perempuan hilang sejak Isnin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, remaja berkenaan, Norhawani Mohd Azwan Abdullah, 16, dilihat kali terakhir di rumahnya di Bandar Sunway pada jam 6 petang.\"Keluarga remaja berkenaan telah membuat laporan polis berkaitan kehilangannya pada jam 11.15 malam Selasa lepas,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Norhawani supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264858/berita/sukan/lebih-125-mohon-geran-padanan-sukan", "article_title": "Lebih 125 mohon Geran Padanan Sukan", "article_text": "PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima lebih 125 permohonan dana Geran Padanan Sukan (GPS) daripada pelbagai pihak yang mahu menganjurkan program dan aktiviti sukan dalam negara selepas dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun lalu.Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, kementerian akan meneliti terlebih dahulu kesemua permohonan yang dibuat termasuk oleh syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.\u201cBanyak permohonan (GPS) diterima namun saya akan umumkan data tepat nanti. Fasa pertama telah diluluskan dan kita akan umumkan status GPS tersebut,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Skate Malaysia di Sunway Pyramid pada Khamis.Sebagai rekod, kerajaan memperuntukkan RM40 juta ringgit kepada kementerian di bawah inisiatif GPS pada Belanjawan 2023 lalu.Syarat ketat peruntukan RM40 juta geran itu menyaksikan pemohon perlu telus dan penganjuran sukan berkenaan dapat memanfaatkan atlet negara dalam usaha membaiki prestasi atau ranking mereka.Terdahulu, Kejohanan Skate Malaysia yang berlangsung selama empat hari, menyaksikan lebih 400 peserta daripada tujuh negara termasuk Malaysia, bakal membuat penampilan pada penganjuran edisi ke-14 itu.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:13pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264857/berita/nasional/kerajaan-peruntuk-rm50-juta-bagi-pelaksanaan-geran-khas-hasanah-4", "article_title": "Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4", "article_text": "KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah telah membolehkan pembiayaan terbesar kepada masyarakat sivil serta perusahaan sosial daripada kerajaan.\"Saya amat menghargai sokongan serta kepimpinan Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional. Geran Khas Hasanah juga membolehkan pertumbuhan yang ketara bagi penjanaan pendapatan dalam kalangan masyarakat rentan,\u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Forum Hasanah dan Persidangan Global Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia di Asia dengan penubuhan Dana Terkumpul Dermawan Kesejahteraan Mental Belia Asia.Anwar berkata, tujuan dana itu adalah untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di seluruh Malaysia dan rantau ini dengan menggalak serta menggerakkan lebih banyak modal selain memudahkan perbualan dalam kalangan penderma.\"Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan belia telah berkembang sejak sedekad lepas seperti pada 2017, ia adalah 10 peratus dan jumlah ini telah meningkat kepada 13 peratus pada 2022.\"Kemurungan juga telah meningkat dengan angka terkini menunjukkan seorang daripada empat belia mengalami kemurungan. Saya bayangkan jumlahnya juga semestinya meningkat di negara lain.\"Adalah amat penting khususnya bagi belia kita untuk mempunyai akses kepada sumber yang betul serta tempat yang selamat untuk mendapatkan kerana pemuda pemudi kita adalah masa depan Malaysia dan semua negara yang diwakili di sini hari ini,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264856/berita/nasional/raja-petra-boleh-hubungi-saya-jika-ingin-pulang-ke-malaysia---saifuddin", "article_title": "'Raja Petra boleh hubungi saya jika ingin pulang ke Malaysia' - Saifuddin", "article_text": "PUTRAJAYA - Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin perlu menggunakan saluran yang betul dan mempunyai dokumen yang lengkap jika beliau ingin pulang ke Malaysia seperti yang didakwa menerusi rakaman video yang disiarkan melalui akaun media sosialnya baru-baru ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah menghalang Raja Petra untuk kembali ke tanah air.\"Dia boleh tulis surat pada saya kalau dia nak balik dan benar-benar rindu untuk kembali ke tanah air, dia pun rakyat Malaysia cuma perlu saluran yang betul dan kalau isunya dia tidak ada dokumen lengkap atau dokumen dibatalkan, atau pernah kena perintah sekatan dan sebagainya, dia boleh mohon kepada saya secara rasmi.\"Saya akan terima, kaji dan lihat bahagian yang berkenaan sebelum dinilai, itu lebih baik berbanding menyuarakan isu ini di media sosial,\u201d katanya pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kenyataan Raja Petra sebelum ini yang mendakwa beliau dihalang untuk kembali ke Malaysia oleh kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Dalam rakaman video itu, Raja Petra mendakwa telah menggunakan pelbagai cara untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namun masih gagal.Beliau juga mendakwa telah mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini.Pada 2009, Raja Petra dilapor menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah melalui laman webnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264852/berita/nasional/penyertaan-uk-dalam-perjanjian-trans-pasifik-buka-peluang-kepada-malaysia", "article_title": "Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kemasukan United Kingdom (UK) ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi hab dan pelantar pelancar digital untuk Asia Tenggara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, slogan 'Malaysia Truly Asia' boleh diposisikan semula sebagai 'Malaysia through to Asia' dalam dunia digital dengan dasar baharu negara, seiring dengan pentadbiran baharunya, kestabilan politik dan potensi untuk pertumbuhan ekonomi.\"Jika kami berupaya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor teknologi dan mengubah Malaysia sepenuhnya kepada sebuah hab serantau, bukan hanya sebagai sebuah pusat data tetapi untuk syarikat teknologi juga, kami akan membolehkan Malaysia merasai pengalaman dekad keemasan digital dan insya-ALLAH Malaysia akan muncul sebagai harimau digital ASEAN,\u201d kata beliau semasa Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Kementerian dengan Pusat Data dan Industri Awan di sini hari ini.Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.Dilaporkan bahawa UK adalah negara pertama Eropah yang mempunyai wawasan dan komitmen untuk menyertai CPTPP.Semasa majlis makan tengah hari itu, kira-kira 19 syarikat di bawah Pusat Data dan Industri Awan dianugerahkan status Digital Malaysia (MD) sejak pelancaran inisiatif strategik negara dengan jumlah pelaburan mencecah RM59.34 bilion dan mewujudkan 952 pekerjaan.Fahmi juga menyampaikan sijil status MD kepada enam syarikat yang telah membuat komitmen pelaburan berjumlah lebih daripada RM12 bilion, iaitu Amazon Web Services (AWS), AirTrunk, Equinix, EdgeConneX, K2 Data Centres dan Infinaxis Data Center Holdings.Sementara itu, empat syarikat tempatan juga mendapat penghargaan atas sumbangan mereka kepada pusat data, industri awan dan pembangunan ekosistem, iaitu AIMS Data Centre, HeiTech Managed Services (HMS), CSF Advisers and Exabytes.Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz turut hadir di majlis itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:40pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264851/berita/semasa/masih-gagal-temui-petunjuk-sar-remaja-hilang-diteruskan-esok", "article_title": "Masih gagal temui petunjuk, SAR remaja hilang diteruskan esok", "article_text": "IPOH - Hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Naufal Adzimi Mohd Hariss, 17, yang hilang di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di Gerik sejak semalam, masih gagal menemui remaja itu dan akan diteruskan esok.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pencarian pada radius tiga kilometer, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) bomba dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemukan, namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.\"Operasi bagaimanapun telah ditangguhkan hari ini sekitar jam 6 petang dan akan disambung esok pagi,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sabarodzi berkata, operasi yang disambung hari ini, dimulakan jam 10 pagi tadi telah dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut laluan yang telah ditetapkan, melibatkan 82 orang daripada agensi kerajaan melibatkan 25 anggota polis, bomba (12), Unit K9 (3), Majlis Daerah Gerik (5), Pejabat Daerah (2) dan 35 orang awam.Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada jam 1.33 pagi dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9 pagi.Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar jam 6 petang. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Pelajar tahfiz dikhuatiri hilang dalam kebun getah", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:28pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264848/berita/sukan/projek-bagus-tetapi-banyak-kerja", "article_title": "\u2018Projek bagus tetapi banyak kerja\u2019", "article_text": "JURGEN Klinsmann mempertahankan permulaan kurang memberangsangkan sebagai pengendali Korea Selatan apabila masih belum memenangi sebarang aksi daripada empat perlawanannya sejak mengambil alih tugas daripada Paulo Bento.Sebagai rekod, Klinsmann yang dilantik Februari lalu menyaksikan Taegeuk Warriors seri dua kali dan tewas dua kali ketikaGergasi Asia yang berada diranking ke-27 dunia itu ketika ini berusaha untuk bangkit selepas ditunjukkan jalan keluar dari pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 tahun lalu.Klinsmann memulakan era di Korea Selatan bersama Taegeuk Warriors dengan melakar keputusan seri menentang Colombia.Kemudian diikuti kekalahan menentang Uruguay dan Peru sebelum terikat 1-1 berdepan El Salvador pada Rabu.\u201cSaya harap dapat membetulkan situasi pasukan secepat mungkin kerana kami sepatutnya memenangi semua empat perlawanan.\u201cBukan hanya satu atau dua, sebaliknya dalam keempat-empat aksi Korea merupakan pasukan lebih baik dan bermain bola sepak mengagumkan.\u201cTerutamanya ketika perlawanan menentang Colombia pada separuh masa pertama, separuh masa kedua menentang Uruguay dan kemudian dua perlawanan dengan Peru dan El Salvador.\u201cYa, kami mempunyai begitu banyak peluang, namun tidak masuk,\u201d kata Klinsmann pada sidang akhbar di Seoul pada Khamis.Sebagai rekod, Klinsmann dilantik tiga tahun selepas tugas terakhirnya bersama kelab Bundesliga Jerman, Hertha Berlin berakhir dengan kekecewaan.Malah pengambilan bekas pemain yang memulakan karier bersama Stuttgarter Kickers tersebut oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan.Dalam pada itu, bekas penyerang berusia 58 tahun tersebut akur dengan persekitaran baharu ketika mereka cuba membangunkan skuad mantap ke pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada Januari depan.\u201cIa adalah satu keluk pembelajaran untuk kami jurulatih dan kami belajar banyak dalam tempoh tiga bulan lepas.\u201cKami terus belajar bagaimana KFA berfungsi, bagaimana persekutuan ini berfungsi.\u201cDalam masa sama kita ada cabaran lain. Kami mempunyai Piala Asia. Kita kena fikir tentang lawan. Ia projek yang bagus tetapi banyak kerja,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264845/berita/politik/umno-selangor-nafi-keluarkan-surat-desak-rafizi-letak-jawatan", "article_title": "UMNO Selangor nafi keluarkan surat desak Rafizi letak jawatan", "article_text": "SHAH ALAM - UMNO Selangor hari ini menafikan telah mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.\"Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor serta Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,\u201d menurut kenyataan itu.Katanya, Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264846/berita/politik/kami-bertengkar-pun-tidak-ada---muhyiddin", "article_title": "'Kami bertengkar pun tidak ada' - Muhyiddin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin menafikan dakwaan wujud hubungan tidak baik antara dirinya dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Bercakap pada sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan Mesyuarat Majlis Presiden PN di sini pada Khamis, Muhyiddin menyifatkan 'berita' itu sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.\"(Berita) ini dibuat sebab (lawan) tidak ada modal. Padahal parti paling harmoni adalah PN.\"Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tiada masalah langsung.\"Dalaman (parti) masing-masing pun damai, kami bertengkar pun tidak ada. (Ia) sengaja dibuat-buat sahaja. Jangan percaya,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan tidak baik dengan Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu susulan pandangan berbeza mengenai hala tuju parti.Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan kepimpinan tertinggi lain.Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tawaran kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, perkara itu perlu ditanya sendiri kepada bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut.Malah katanya, di pihak Bersatu atau PN, beliau telah menyatakan perkara yang sepatutnya dibincangkan.\"Dia (Khairy) ada jawab dalam podcast (Keluar Sekejap). Saya dah nyatakan apa yang patut kita bincang (dan) beliau (jugq) telah beri penjelasan dalam media,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264850/berita/politik/serang-mca-mic-lokman-kini-dilihat-pembela-dap---lian-ker", "article_title": "Serang MCA, MIC, Lokman kini dilihat pembela DAP - Lian Ker", "article_text": "SHAH ALAM - MCA melabelkan Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sebagai jurucakap kepada DAP susulan kenyataan Lokman sebelum ini yang menyifatkan MIC dan MCA sebagai \u2018biawak hidup\u2019 dalam komponen BN.Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, daripada 'No DAP', Lokman kini sudah dilihat sebagai pembela parti itu.\"Apa-apa pun, tahniah DAP, siapakah 'pengkhianat' sebenarnya?\"Janganlah Lokman menjadi biadab seperti DAP yang pernah gelar MCA sebagai 'anjing UMNO' dengan melabel MCA dan MIC sebagai 'biawak hidup'.\"Bertaubatlah dan janganlah mengaibkan lebih-lebih lagi rakan seperjuangan,\" katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Semalam, Lokman menerusi wawancara dengan MalaysiaGazette berkata MCA dan MIC umpama \u2018biawak hidup\u2019 yang dipikul UMNO sedangkan mereka tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).Tambah Lian Ker, Lokman tidak perlu meraih populariti diri yang semakin luntur dengan menyerang parti-parti komponen BN.\"MCA selama berada dalam keluarga BN terus mengamalkan politik kesederhanaan dan menghormati kepelbagaian.\"Adakah Lokman mahu MCA menjadi parti ekstremis dan cauvinis demi meraih undi, sehingga mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia?\" soalnya.Lian Ker turut menyindir Lokman hanya pandai mengata orang lain sedangkan kekalahan sebenar BN adalah disebabkan beberapa faktor antaranya mula kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India.\"BN yang lebih cenderung kepada semangat kebangsaan berasaskan perlembagaan dan ciri-ciri kemelayuan telah ditentang hebat oleh DAP dan ia membawa kepada 'Deklarasi Setapak'.\"Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok \u2018bumiputera\u2019 dan \u2018bukan bumiputera\u2019 ditentang,\" ujarnya.Menurut Lian Ker, DAP mula meraihkan sokongan pelbagai kaum atas naratif politik kesamarataan dan penghapusan bumiputera.\"Inilah hakikat serta pengorbanan politik yang diterima oleh BN atas semangat 'collective responsibility',\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:41pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264842/berita/sukan/piala-mfl-kelantan-fc-digesa-tidak-ulangi-kesilapan", "article_title": "Piala MFL: Kelantan FC digesa tidak ulangi kesilapan", "article_text": "PEMAIN Kelantan FC dituntut mengambil pengajaran selepas diikat Negeri Sembilan FC, 2-2 dalam aksi Kumpulan B Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Mini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Rabu.Malah, pengendali skuad The Red Warriors (TRW) Bawah 23 (B-23) tahun, Sathit Bensoh mahu para pemainnya belajar daripada kesilapan apabila mempersia-siakan peluang meraih tiga mata.\u201cIa satu perlawanan yang baik, tapi kita mensia-siakan peluang untuk mendapatkan kemenangan.\u201cSaya harap ia menjadi pengajaran berguna buat pemain agar tidak mengulangi kesilapan sama dalam aksi berikutnya,\u201d kata Sathit.Dalam perlawanan itu, skuad Hobin Jang Hobin kendalian Ishak Kunju terlebih dulu mendahului pada minit ke-24 menerusi N Javabilaarivin, sebelum TRW bangkit gol penyamaan K Saranraj di minit 52.Aksi bertenaga Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian Haziman Che Ngah bijak menguis cantik bagi mengatasi Firdaus Irman di pintu gol lawan untuk mendahului 2-1.Namun ketika tiga mata seakan menjadi milik TRW, kesilapan menjatuhkan penyerang Negeri Sembilan dalam kotak penalti menyaksikan pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti yang tenang disempurnakan Muhammad Harith Samsuri.Anak buah Sathit akan meneruskan kempen menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 5 Julai ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264841/berita/nasional/ma63-usaha-memperjuangkan-hak-perlu-berdasarkan-fakta-tepat", "article_title": "MA63: Usaha memperjuangkan hak perlu berdasarkan fakta tepat", "article_text": "KOTA KINABALU - Tindakan parti politik di Sabah mempolemik dan memutarbelit fakta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga mengelirukan rakyat tidak membawa sebarang faedah sebaliknya menyukarkan usaha kerajaan merealisasikan hak terkandung dalam perjanjian itu dengan berkesan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tekad dan komitmen memperjuang hak serta kepentingan Sabah melalui MA63 seharusnya datang bersama tanggungjawab memastikan setiap fakta dikemukakan terutama kepada Kerajaan Persekutuan adalah tepat.\"Hujahan kita kepada Kerajaan Persekutuan perlu berlandaskan bukti dan asas perundangan yang tepat untuk memastikan keabsahan tuntutan kita sekali gus membawa hasil bermanfaat. Rakyat Sabah memerlukan hasil berbentuk manfaat dan bukan sekadar keluaran retorik politik disulami kesilapan fakta,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaksi bersama Majlis Perundingan Pelajar Sabah anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar), Jabatan Ketua Menteri dan Gerakan Mahasiswa Sabah di sini, hari ini.Armizan berkata, Kerajaan Sabah ketika ini tidak pernah berhenti memperjuang hak negeri itu termasuk menuntut kenaikan kadar pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan menerusi penyelesaian interim bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada tahun lepas.\"Alhamdulillah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan pada tahun ini kadar itu akan ditingkatkan kepada RM300 juta kerana keperluan kita cukup besar di Sabah. Kita perlu bersatu agar kadar pemberian khas itu terus dipertingkatkan lagi untuk menyelesaikan isu berbangkit di Sabah,\" katanya.Mengenai majlis itu, Armizan berkata, program interaksi bersama pemimpin pelajar seumpama itu merupakan platform terbaik bagi memberi penerangan mengenai MA63 seterusnya memastikan generasi muda memahami secara lebih komprehensif pelaksanaan serta tindakan melibatkan perjanjian berkenaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264839/berita/nasional/tun-abdul-taib-dalam-keadaan-sihat-baik---astana-sarawak", "article_title": "Tun Abdul Taib dalam keadaan sihat, baik - Astana Sarawak", "article_text": "KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam keadaan sihat dan baik menurut kenyataan dikeluarkan Astana Negeri Sarawak, bagi menolak khabar angin mengenai keadaan kesihatan beliau seperti yang tersebar di media sosial.Setiausaha Sulitnya, Junih Salleh Ahmad dalam kenyataan itu berkata, kesemua berita yang ditularkan dan tidak disahkan dan bukannya dikeluarkan dari Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Tun Abdul Taib itu, palsu dan tidak benar.\"Kami berharap dengan kenyataan akhbar ini, semua laporan buruk dan khabar angin mengenai (kesihatan) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dapat dihentikan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264838/berita/politik/prn-pn-tanding-semua-245-kerusi-dun-di-enam-negeri", "article_title": "PRN: PN tanding semua 245 kerusi DUN di enam negeri", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) sahkan akan bertanding di kesemua iaitu 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu, Pas akan bertanding 126 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 83 kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebanyak 36 kerusi.\"Jumlah kerusi baharu bukan penyandang bakal ditandingi oleh anggota PN sejumlah 64 kerusi, Pas (50) dan Gerakan (36).\"PN ingin memaklumkan jentera pilihan raya di peringkat negeri-negeri ketika ini adalah pada tahap tertinggi.\"Jentera kami juga komited dalam gerak kerja menghadapi PRN dalam mempertahankan tiga negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah) dan menawan 3 negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan),\" katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar khas sempena Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi dan Mesyuarat Majlis Presiden PN di sini pada Khamis.Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau dan kepimpinan tertinggi PN.Sementara itu, ditanya sama ada wujud senarai nama 'kejutan' yang akan mewakili gabungan itu pada PRN di enam negeri berkenaan, Muhyiddin menjelaskan kesemua calon-calon terdiri daripada mereka yang sememangnya telah mempunyai nama besar.\"Nama yang ada semuanya besar-besar belaka. Sebahagian besar, mereka yang sudah pegang kerusi-kerusi (penyandang).\"Bagi senarai nama calon pula ia akan dikemukakan di peringkat negeri masing-masing,\" katanya.Tambahnya, seperti amalan yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, calon yang tersenarai juga akan melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut memaklumkan, calon PRN mewakili PN di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo Pas.Jelasnya, di empat negeri lain pula memutuskan untuk menggunakan logo PN.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264840/berita/politik/gugurkan-zahid-lantik-menteri-kewangan-lain---ahmad-fadhli", "article_title": "'Gugurkan Zahid, lantik Menteri Kewangan lain' - Ahmad Fadhli", "article_text": "SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan untuk menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menghadapi pertuduhan di mahkamah.Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung pembangkang perlu memberikan cadangan untuk penambahbaikan yang boleh kerajaan lakukan dan bukannya mengadakan konvoi motosikal.Jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, konvoi motosikal berkenaan ialah manifestasi kebangkitan orang muda yang meluat dengan kerajaan sedia ada.\u201cJika mahukan cadangan, saya berikan dua cadangan terlebih dahulu. Pertamanya mewujudkan persepsi baik kepada pelabur luar bahawa kerajaan serius untuk tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah dan pecah amanah.\u201cLangkah paling penting adalah dengan menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan seorang individu yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah. Bukan satu kes, tetapi 47 kes.\u201cPilih mana-mana ahli Parlimen yang bersih dan jika perlu daripada UMNO atau Barisan Nasional kerana masih ramai lagi tidak menghadapi pertuduhan di mahkamah,\u201d tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, media tempatan melaporkan Rafizi berkata, pembangkang perlu memainkan peranan baik termasuk menumpukan kepada polisi kerajaan atau menjelaskan apa yang dilakukan mereka ketika menerajui kerajaan dalam tempoh 33 bulan lalu.Rafizi berkata, cara paling baik untuk PN berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah fokus terhadap siapa yang boleh mentadbir negara dengan lebih baik, bukan Melayu lawan Cina atau keupayaan mengumpulkan konvoi motosikal terbesar.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, cadangan kedua adalah dengan melantik Menteri Kewangan yang boleh fokus kepada kerja hakikinya.\u201cInilah yang diperjuangkan sendiri oleh Pakatan Harapan sebelum ini bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mestilah orang yang berasingan dalam mewujudkan 'good governance' yang berkesan.\u201cBagaimanapun saya yakin, kedua-dua cadangan di atas tidak akan diterima. Jadi kepada rakyat, tolak sahaja kerajaan ini dalam PRN yang akan datang,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:21pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264836/berita/nasional/berhati-hati-keluar-kenyataan-libat-integriti-kedaulatan-wilayah-negara", "article_title": "Berhati-hati keluar kenyataan libat integriti, kedaulatan wilayah negara", "article_text": "KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menggesa semua pihak khususnya pemimpin tempatan supaya lebih cermat serta berhati-hati mengeluarkan kenyataan mahupun mengambil tindakan apabila melibatkan integriti dan kedaulatan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.Beliau berkata, sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan tanpa kajian dan penelitian dikhuatiri boleh menjadi asas untuk mana-mana pihak luar mempertikai kedaulatan tanah air.\"Kita tidak mahu sesuatu kenyataan dan tindakan dimanipulasi serta mencetus asas tindakan bagi mana-mana pihak luar untuk mempertikai kedaulatan tanah air.\"Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sebarang tindakan melibatkan kedaulatan negara berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaksi bersama Majlis Perundingan Pelajar Sabah di sini hari ini.Armizan juga berkata, tidak ada kenyataan dan tindakan unilateral mana-mana pihak yang boleh mengatasi dan membelakangkan kepentingan besar negara.Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mencadangkan agar kerajaan membawa kes tuntutan kumpulan mendakwa waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk penyelesaian mutlak.Semalam, akhbar tempatan melaporkan Ahli Parlimen Semporna itu sebagai berkata kerajaan perlu mengambil langkah tegas untuk menghalang mereka yang mengaku waris kesultanan Sulu daripada menuntut Sabah.Armizan berkata, bidang kuasa ICJ ialah mendengar dan mengadili pertikaian undang-undang antara negara, justeru perkara itu tidak termasuk dalam bidang kuasa ICJ kerana tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu dibuat oleh sekumpulan individu dan bukannya sebuah negara.\"Dalam kes Sabah, tidak ada apa-apa perkara yang perlu dituntut oleh Malaysia, kita tidak menuntut hak dan wilayah mana-mana negara. Malaysia itu Sabah, dan Sabah itu Malaysia,\" katanya.Beliau berkata, Persekutuan Malaysia ditubuhkan melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ia adalah sebuah perjanjian antarabangsa yang diiktiraf serta didaftarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai UN Treaties pada 29 Sept 1970.Armizan berkata, pengiktirafan kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia sekali gus bermaksud pengiktirafan kepada Sabah sebagai sebuah wilayah berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.Pada 8 Jun lepas, Malaysia melakar kejayaan bersejarah apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.Kumpulan Sulu itu mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda manakala Kerajaan Malaysia telah serta sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:10pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264834/berita/semasa/curi-dalam-surau-pemilik-selimut-rakan-ditahan", "article_title": "Curi dalam surau: Pemilik selimut, rakan ditahan", "article_text": "JEMPOL - Polis menahan dua lelaki termasuk pemilik selimut yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg silang di Surau Kampung Indah, Bahau pada Rabu.Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua suspek itu ditahan pada jam 8.45 malam pada hari sama sebaik menerima laporan berhubung kejadian.\"Suspek telah direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan dan hasil siasatan awal mendapati terdapat seorang lagi suspek masih bebas iaitu rakan kepada suspek.\"Suspek yang masih bebas itu merupakan suspek utama, telah masuk ke dalam surau dengan menggunakan kain selimut yang diambil di rumah salah seorang suspek yang ditahan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil melaporkannya di balai polis berhampiran.\"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,\" katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang warga emas kehilangan dokumen penting termasuk kad bank dan wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya di curi lelaki 'berselimut' ketika solat subuh di surau berkenaan.Perbuatan suspek berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan setelah mangsa Abdul Rahman Salimap, 68, menyedari begnya tiada.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264833/berita/nasional/8-empangan-utama-di-5-negeri-berada-pada-paras-amaran", "article_title": "8 empangan utama di 5 negeri berada pada paras amaran", "article_text": "SHAH ALAM - Lapan daripada 43 empangan utama di lima negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berada pada paras amaran.Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan pada Khamis turut memaklumkan, empat paras muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) merekodkan bacaan pada tahap berjaga-jaga.\u201cEmpangan Timah Tasoh yang mencatatkan paras semasa 26.84 meter (m) melebihi paras minima 26.00 (m), Empangan Pedu dan Empangan Muda masing-masing dengan 89.60 (m) serta 91.67 (m).\u201cEmpangan Malut pula mencatatkan paras semasa 68.08 (m) melebihi paras minima 66.0 (m) manakala Empangan Air Hitam 228.07 (m) dengan paras minima 223.55 (m).\u201cBacaan paras semasa di Empangan Teluk Bahang menunjukkan 35.18 (m) iaitu melebihi paras minima 30.30 (m) dan Empangan Bukit Merah pula mencatatkan 6.99 (m) dengan paras minima 5.48 (m),\u201d kata kenyataan itu di Twitter.Menurut kenyataan itu, di Johor membabitkan Empangan Sembrong Barat turut melebihi paras minima 7.36 (m) iaitu 9.36 (m).Tambah kenyataan itu, pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas.SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 - 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: warroom@span.gov.my serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264831/berita/semasa/imam-dijemput-ilahi-kurang-12-jam-selepas-isterinya-meninggal", "article_title": "Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal", "article_text": "BATU PAHAT - Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, dekat sini meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.Isterinya, Hafsah Ahmad, 83, menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu pada jam 1.45 pagi di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini kerana angin ahmar selain menghidap ketumbuhan di otak.Muhammad Nasir, 81, atau lebih dikenali sebagai Haji Ali dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lurus Darat pula meninggal dunia pada jam 1.05 petang hari sama iaitu beberapa jam selepas isterinya itu selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi.Menurut anak saudara kepada pasangan tersebut, Jailan Salikin, 64, dia mengetahui berkenaan perkara itu selepas beberapa jam Allahyarham Hafsah selamat dikebumikan.\"Saya mendapat panggilan memaklumkan Haji Ali pula meninggal dunia. Sebelum itu, arwah dilihat agak gelisah selepas isterinya dimasukkan ke wad.\"Sebelum pemergiannya, Haji Ali kelihatan sihat. Pada Isnin lalu, isterinya ketika itu sedang mendapat rawatan di HSNI dan arwah meminta izin mahu menziarah.\"Haji Ali risau kerana isterinya baru menjalani pembedahan. Bagaimanapun, sebaik melihat keadaan isterinya, arwah tiba-tiba pengsan.\"Haji Ali dimasukkan ke wad disebabkan tekanan darah rendah. Pagi semalam, arwah mendapat tahu isterinya sudah tiada,\" katanya yang turut memaklumkan pasangan berkenaan adalah pesara tentera dan guru agama.Menurut Jailan, sepanjang hayatnya, pasangan itu sentiasa bersama termasuk ke surau.Sementara itu, kariah Surau Haji Taha, Abdul Rahman Masrikin berkata, sepanjang hayatnya, arwah yang juga bendahari surau adalah penyumbang tetap yang sama-sama melunaskan bil elektrik dan air rumah ibadat berkenaan.\"Pasangan ini banyak memainkan peranan menghidupkan surau dengan pelbagai aktiviti hingga menarik kehadiran lebih ramai jemaah.\"Saya sudah lama mengenali mereka. Kedua-duanya cukup pemurah selain disenangi kariah dan jemaah di surau ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264829/berita/nasional/aktiviti-fizikal-kanak-kanak-remaja-tidak-memuaskan-tahun-lalu", "article_title": "Aktiviti fizikal kanak-kanak, remaja tidak memuaskan tahun lalu", "article_text": "PUTRAJAYA - Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 yang melaporkan status terkini mengenai penunjuk aktiviti fizikal dan kesihatan kanak-kanak serta remaja berusia lima hingga 17 tahun menunjukkan pencapaian tidak memuaskan dengan gred D tolak (D-).Kad laporan itu dilancarkan pada Khamis oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Active Healthy Kids Global Alliance (AHKGA) dan Sun Life Malaysia.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UKM yang juga pengerusi Active Healthy Kids Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Razif Shahril berkata, tindakan segera perlu diambil semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti dalam usaha meningkatkan tahap aktiviti fizikal golongan itu di negara ini.\"Tindakan segera diperlukan dan saya percaya ia adalah tanggungjawab bersama pelbagai agensi, institusi, badan bukan kerajaan termasuk ibu bapa dan keluarga untuk meningkatkan status aktiviti fizikal generasi masa depan kita,\u201d katanya.Beliau berkata, kepada pemberita selepas majlis pelancaran kad laporan tersebut oleh Pro Naib Canselor UKM (Kampus Kuala Lumpur) Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid di sini.Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 yang dihasilkan adalah merujuk data yang dikumpul daripada tinjauan kebangsaan dan laporan kerajaan dari 2016 hingga 2022.Ia juga dihasilkan merujuk kepada 12 penunjuk antaranya aktiviti fizikal keseluruhan, penyertaan dalam sukan terancang dan aktiviti fizikal, permainan aktif, pengangkutan aktif, tingkah laku sedentari, sekolah, kerajaan, diet dan sebagainya.Menurut Mohd Razif, Kad Laporan Aktiviti Fizikal Kanak-kanak dan Remaja 2022 adalah kad laporan yang kedua selepas yang pertama dihasilkan pada 2016 menerusi Active Healthy Kids Malaysia, iaitu kumpulan penyelidikan UKM.\"Tahun 2016 adalah kali pertama Malaysia menyertai AHKGA Global Matrix 2.0, namun dukacitanya, kebanyakan gred dalam kad laporan 2022 adalah hampir sama dengan gred kad laporan 2016 yang memberikan gambaran tiada penambahbaikan pada penunjuk aktiviti fizikal.\"Pada kali ini (Global Matrix 4.0), apabila dibandingkan dengan 57 negara lain, Malaysia menduduki tangga ke-34 berbanding negara lain, iaitu pencapaian gred aktiviti fizikal secara keseluruhannya D-,\u201d katanya.Mohd Razif berkata, pencapaian gred D- yang berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017 mencatatkan hanya satu daripada lima remaja (19.8 peratus) berumur 13 hingga 17 tahun dilaporkan aktif secara fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari selama lima hari atau lebih dalam seminggu.\"Daripada kad laporan juga, untuk diet, Malaysia mendapatkan skor D- iaitu hanya 23.5 peratus remaja berumur dalam lingkungan yang sama mencapai hidangan harian buah-buahan dan sayur-sayuran yang disarankan.\"Namun secara positifnya, sekolah di Malaysia menerima gred A tolak untuk akses tetap kepada kemudahan dan peralatan yang menyokong aktiviti fizikal,\u201d katanya.Beliau mengharapkan dengan tindakan segera yang diambil mungkin dapat menghasilkan pencapaian aktiviti fizikal kanak-kanak dan remaja yang baik apabila Malaysia menyertai AHKGA Global Matrix 5.0 pada 2026.Sementara itu, Hanafiah berkata, penghasilan kad laporan tersebut merupakan penanda aras bagi negara, iaitu sejajar dengan hasrat UKM menjadi sebuah universiti memfokuskan kepada penyelidikan bersifat komprehensif.\"UKM sangat menyokong keberhasilan kad laporan aktiviti fizikal ini. UKM komited dalam menyokong ekosistem penyelidikan bersifat translasi. Pada tahun ini, lebih RM1 juta diperuntukkan bagi geran bersifat translasi.\"UKM mempunyai penyelidik hebat yang sering menempa kejayaan penyelidikan dalam bidang masing-masing. Hasilnya, pelbagai geran antarabangsa, geran industri dan geran kebangsaan berjaya diperoleh antaranya adalah geran bagi projek kad laporan ini yang telah disumbangkan Sun Life Assurance Company of Canada,\u201d katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia, Ho Teck Seng berkata, syarikat insurans dan tafakul berkenaan berbangga untuk menyokong kad laporan itu kerana topik tersebut sejajar dengan tujuan perniagaan mereka dalam membantu orang ramai mencapai keselamatan kewangan seumur hidup dan menikmati kehidupan yang lebih sihat.\"Kami berharap dapat menyumbang kepada keseluruhan hasrat AHKGA untuk menggalakkan gaya hidup sihat kanak-kanak menerusi kepimpinan pemikiran, pembangunan kapasiti, advokasi dan kesedaran.\"Di Sun Life, kami percaya bahawa masa depan yang mampan bergantung kepada generasi muda yang sihat dan berdaya tahan. Kami percaya bahawa penemuan daripada kad laporan itu akan membantu pihak berkepentingan, penggubal dasar, pendidik malah ibu bapa mengenal pasti cara yang lebih berkesan untuk menggalakkan anak muda mengamalkan tabiat hidup sihat,\u201d katanya.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan kad laporan tersebut boleh layari laman sesawang http://activehealthykids.org.my - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264825/berita/nasional/agong-ziarah-makam-nabi-muhammad-raudhah", "article_title": "Agong ziarah makam Nabi Muhammad, raudhah", "article_text": "KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah di Arab Saudi pada Rabu.Menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Khamis, Seri Paduka turut berkenan menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat di pekarangan makam Nabi Muhammad SAW.Menurut Istana Negara, selesai solat isyak, Seri Paduka disertai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\"(Seri Paduka berdua)... berkenan membaca doa salam dan selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan dipimpin oleh mutawif bagi tetamu negara Sheikh Mustafa Alarabi,\u201d demikian menurut Istana Negara.Menurut catatan itu, turut berangkat menziarah ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan turut sama mengiringi ialah paduka-paduka anakanda Seri Paduka.\"Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan menziarahi Raudhah dan menunaikan solat sunat di situ.\"Seri Paduka berdua dan delegasi dijadualkan berangkat ke Kota Suci Makkah esok (23 Jun) untuk menunaikan ibadah haji,\u201d demikian menurut catatan itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:10pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264827/berita/nasional/nota-disebar-berhubung-isu-sempadan-malaysia-indonesia-palsu---zambry", "article_title": "Nota disebar berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia palsu - Zambry", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) menyifatkan penyebaran nota memorandum berhubung persempadanan Malaysia dan Indonesia adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab.Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, nota memorandum tersebut adalah palsu yang kononnya dikeluarkan atas nama Menteri Luar Negeri.\"Kita memandang serius kerana ada perkara yang disampaikan itu adalah tidak benar, malah penggunaan peta yang sepatutnya dirahsiakan telah diambil dan penceritaan tidak benar.\"Naratif diberikan seolah ia nota daripada Menteri Luar, sebenarnya adalah palsu,\u201d katanya pada sesi libat urus bersama media di sini pada Khamis.Ujar beliau, nota memorandum palsu itu dibuat dengan penuh teknikal.\"Ini bukan kerja orang biasa sebab nota terbabit ditulis dengan begitu teknikal. Jika orang tidak biasa, mereka tentu percayakannya,\" jelas Zambry.Sehubungan itu, KLN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kebocoran maklumat tersebut.\"Satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat pada minggu lalu,\" katanya.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat membabitkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 06:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264823/berita/nasional/henti-bahas-bangkit-isu-saiz-perkhidmatan-awam---cuepacs", "article_title": "Henti bahas, bangkit isu saiz perkhidmatan awam - Cuepacs", "article_text": "SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menasihati semua pihak terutamanya pemimpin politik agar berhenti membahaskan dan membangkitkan isu berhubung saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa sebagai terlalu besar serta membebankan kerajaan.Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, saiz perkhidmatan awam di Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti mana yang sering dimomokkan.Menurutnya, jumlah penjawat awam kira-kira 1.6 juta orang termasuk sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain.\"Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya melibatkan kira-kira 600,000 kakitangan sahaja dalam perkhidmatan awam.\"Oleh itu, Cuepacs kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat mengenai penjawat awam,\" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, adalah tidak adil membuat kenyataan terbuka yang mengguris hati penjawat awam dan hanya sekadar membuat permohonan maaf sebagai penyelesaian sedangkan 'kerosakan' telah berlaku.\"Nasihat Cuepacs kepada semua pihak, berhentilah berbahas dengan isu yang sememangnya kita sudah ketahui fakta dan kebenarannya tetapi sengaja dibangkitkan demi kepentingan peribadi.\"Janganlah dilihat penjawat awam sebagai 'musuh' sebaliknya hargailah mereka sebagai tulang belakang yang banyak berjasa dalam memastikan pentadbiran negara lancar serta membolehkan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang dikecapi hari ini,\" ujarnya.Adnan turut memberitahu, kakitangan di sektor kesihatan, keselamatan dan kesihatan masih tidak mencukupi.\"Banyak lagi petugas di sekolah, hospital, klinik serta pasukan keselamatan (tentera dan polis) diperlukan,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264826/berita/semasa/hakim-ahmad-kamal-akan-dengar-kes-sita-akaun-bersatu", "article_title": "Hakim Ahmad Kamal akan dengar kes sita akaun Bersatu", "article_text": "KUALA LUMPUR - Permohonan semakan kehakiman kedua yang difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyita dua akaun banknya akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Peguam Rosli Dahlan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pada prosiding pada Khamis yang berlangsung secara dalam talian, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid membenarkan permohonan Bersatu agar kes itu didengar oleh Ahmad Kamal.Rosli, yang mewakili Bersatu, juga berkata, memandangkan permohonan itu tidak dibantah oleh pihak Jabatan Peguam Negara, mahkamah menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.Untuk rekod, pada bulan Mei lepas, Ahmad Kamal membenarkan permohonan parti itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya dan perintah larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada 29 Mei lepas, Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, telah memfailkan permohonan bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman itu melalui firma guaman Tetuan Chetan Jethwani & Co dengan menamakan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan 20 individu lain sebagai respondenBersatu mendakwa pada 19 April lepas, akaun CIMB dan AmBank milik parti itu telah disita tanpa membuat serahan perintah mengikut Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Parti itu mendakwa SPRM telah membuat kenyataan media pada 20 April lepas bahawa kedua-dua akaun telah disita pada 11 April namun agensi itu tidak pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Bersatu pada tarikh terbabit. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:57pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264821/berita/nasional/sanusi-dakwa-batal-projek-kxp-bermotifkan-politik", "article_title": "Sanusi dakwa batal projek KXP bermotifkan politik", "article_text": "ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang merupakan sebahagian komponen Kedah Aerotropolis adalah bermotifkan politik.Beliau berkata, perbezaan politik menjadi halangan untuk Kedah merealisasikan hasrat tersebut disebabkan oleh kepentingan politik pihak tertentu.Menurutnya, biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran sejak projek mega itu diumumkan pada 2013, usaha untuk menjayakan KXP tidak pernah terhenti.\u201cSemua orang tahulah, ini semua kepentingan politik kerana dia (Perdana Menteri) ada kepentingan di Pulau Pinang dan Selangor, sebab itu umum untuk lapangan terbang di Bayan Lepas dan Subang. Itu kan negeri ditadbir mereka, kita negeri lain, parti lain, jadi tak diberi mukalah.\u201cSaya tak pernah berhenti dan akan lakukan apa yang terdaya untuk realisasikan projek KXP,\u201d katanya di sini pada Khamis.Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk meneruskan fasa awal pembinaan KXP, setelah Kedah Aerotropolis giat dibangunkan.\u201cKita bawa kepentingan negeri. Kalau ada pihak halang, ia adalah kepentingan peribadi dan harus diketepikan. Kalau tidak ada kepentingan peribadi, lepaslah (luluskan) projek itu.\u201cApa-apa yang boleh dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan itu diharap dapat mudahkan proses, saya hanya tunggu kelulusan Persekutuan,\u201d ujarnya.Pada Ahad, sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, KXP perlu diberi layanan serta perhatian adil dan sewajarnya oleh pihak-pihak terlibat agar dapat direalisasikan demi kebaikan negeri, negara serta rakyat.Baginda percaya adalah mustahak untuk Kedah memiliki sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa berasaskan kargo bagi memperkasakan jaringan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negeri yang makin pesat.Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berharap tidak ada pihak yang ingkar kepada titah Sultan Kedah.\"Janganlah kita menjunjung titah apabila sebulu (sehaluan) dengan kita, bila tak sebulu (sehaluan) kita ingkar. Sedangkan kita berikrar taat setia kepada raja dan negara, itu sebahagian daripada Rukun Negara,\u201d ujarnya.Muhammad Sanusi turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasukkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dalam belanjawan berbanding membangunkan hab baharu.Ilustrasi KXP yang menjadi sebahagian daripada komponen Kedah Aerotropolis.\u201cDulu masa mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) suruh tunggu Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) sebab semua projek lapangan terbang kena tunggu NASP siap.\u201cTapi sebelum NASP dijalankan, dia (Anwar) umum dua lapangan terbang itu. Pasal apa boleh umum sebelum NASP dilaksanakan?\"Boleh pula, disebut dalam belanjawan lagi. Jadi saya kata ada benda yang tak betul. Kenapa yang itu boleh dikecualikan daripada NASP, kenapa KXP tidak?\u201d soalnya.Menurutnya lagi, sehubungan itu beliau mohon diberikan kelulusan interim sementara menunggu NASP disiapkan memandangkan data yang diperlukan untuk NASP sudah tersedia.\u201cKita dah buat sebelum ini kerana untuk buat kajian kebolehlaksanaan KXP, kita sudah dapatkan data dari pelbagai kajian dan serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mereka gunakan dalam NASP,\u201d katanya.Muhammad Sanusi tegaskan, KXP penting untuk dibangunkan di Kedah bagi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri, sekali gus memperoleh bayaran peningkatan hasil daripada Persekutuan.\u201cSebab itu KXP penting sebagai hab untuk kita eksport barang kita, barulah KDNK dicatat masuk dalam negeri kita.\"Setiap tahun, kerajaan negeri akan dibayar peningkatan hasil dalam negeri mengikut \u2018portion\u2019 oleh Pusat. Bila tak dimasukkan dalam Kedah, dibayar kepada negeri lain sedangkan hasil itu produk Kedah,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264822/berita/nasional/ambil-tindakan-pegawai-suhakam-salah-guna-kuasa---g25", "article_title": "Ambil tindakan pegawai Suhakam, salah guna kuasa - G25", "article_text": "SHAH ALAM - Kumpulan bekas penjawat awam kanan (G25) menggesa kerajaan mengambil bahagian dalam mengenakan tindakan terhadap pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang melakukan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa di agensi berkenaan.Menerusi satu kenyataan pada Khamis, G25 mahu aduan berkaitan masalah tersebut disiasat dan diselesaikan dengan cara adil dan saksama.\u201cPerkara itu perlu dilakukan segera supaya Suhakam dapat menjalankan fungsinya untuk memajukan dan melindungi hak asasi manusia secara terhormat dalam persekitaran kondusif dan mengikut cara ia direka bentuk, tanpa ada apa-apa gangguan.\u201cKami juga ambil perhatian bahawa agensi berkenaan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa penyiasatan dalaman akan dijalankan oleh badan bebas bagi memastikan bukti yang teliti, saksama dan adil mengikut amalan terbaik,\u201d kata kenyataan itu.Pada 16 Jun lalu, media tempatan melaporkan Pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad akan menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap kakitangannya pada bulan lalu.Dalam kenyataan tersebut, Suhakam berkata saman itu digugurkan bagi memudahkan siasatan dalaman bebas yang tidak melibatkan mana-mana anggota suruhanjaya itu.Mengulas lanjut, G25 memberitahu bahawa pihaknya tidak jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan penyiasatan dalaman.\u201cKami berpandangan penyiasatan tersebut bukanlah langkah sesuai untuk diambil, jika perkara yang dimaksudkan dengan dalaman merujuk kepada siasatan oleh Suhakam sendiri.\u201cHal ini kerana, penyiasatan oleh agensi tersebut terhadap pengerusinya tidak akan dilihat bebas oleh orang ramai,\u201d jelas kenyataan itu.Pada masa sama, G25 turut menyokong cadangan Suaram yang meminta Rahmat untuk mengambil cuti sementara menunggu siasatan selesai.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:30pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264708/berita/politik/sentimen-permusuhan-dap-umno-perlu-dimatikan-segera---affifi", "article_title": "Sentimen permusuhan DAP, UMNO perlu dimatikan segera - Affifi", "article_text": "SHAH ALAM - Sentimen permusuhan antara DAP dan UMNO perlu dimatikan dengan segera bagi memastikan kedua-dua parti itu boleh bergerak bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, cadangan supaya DAP meminta maaf kepada UMNO itu penting dilakukan bagi memastikan pimpinan akar umbi faham bahawa parti berkenaan telah pun berubah dan ikhlas menjalinkan persahabatan.\u201cApa yang dimomokkan kepada ahli UMNO dan mereka (DAP) menggelar kita ini pelbagai, penyamun, penyagak, perompak akhirnya pimpinan parti kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpalit dengan isu sangat sukar kita gambarkan pimpinan dilakukan sedemikian rupa.\u201cDicemuh, diaibkan, dimalukan dan kalau boleh saya katakan sampai dibogelkan pun. Jadi tiba-tiba hari ini kita dibuat satu gesaan untuk menerima orang yang selama ini menuduh kita dengan pelbagai isu, sebab itu saranan Ketua Pemuda itu benda yang betul.\u201cKalau DAP ikhlas bersama dengan kita, memohon maaf itu adalah satu perkara yang sebenarnya boleh melegakan hati di peringkat akar umbi,\u201d katanya.Affifi ketika bersiaran dalam program podcast Sinar Harian \u2018Plot Twist\u2019 yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.Beliau berkata demikian dalam siaran podcast Sinar Harian \u2018Plot Twist\u2019 yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.Pada 8 Jun, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya menuntut DAP memohon maaf secara terbuka kepada UMNO sekiranya benar parti itu ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan UMNO.Ujarnya, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP.Dalam pada itu, menurut Affifi, perjalanan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu masih panjang, bukan sahaja ketika PRN malah turut melibatkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).\u201cSebab itu saya kata, \u2018address\u2019 (penyampaian) status quo itu mesti dilakukan. Kita jangan buat senyap, tidak boleh mengenepikan pandangan-pandangan di peringkat akar umbi untuk menenangkan jiwa kita.\u201cBagi saya kita kena ada situasi menang-menang dalam nak berhadapan dengan pilihan raya, bukannya kita nak pilihan raya nak menyokong supaya ahli UMNO ini memberi undi, rakyat juga akan memberi undi.\u201cKalau tidak ada situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak ini, akhirnya kita rugi,\u201d jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh'\u2018Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO\u2019 - Tok MatGesa DAP mohon maaf, Lip Eng bidas MCAPerwakilan Pemuda UMNO tuntut DAP minta maaf[VIDEO] DAP perlu minta maaf kalau ikhlas nak bersahabat - Akmal", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:30pm"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264819/berita/semasa/padah-ceroboh-perairan-malaysia", "article_title": "Padah ceroboh perairan Malaysia", "article_text": "GEORGETOWN - Empat nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas dikesan menceroboh kawasan perairan negara.Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot nelayan asing berkenaan ditahan di sekitar 45 batu nautika barat daya Pulau Kendi jam 12 tengah hari pada Rabu.Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia.\"Seramai empat kru termasuk tekong berusia lingkungan umur 20 hingga 40 tahun berada di atas bot ketika diperiksa.\"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia,\" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Abd Razak berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.Selain itu katanya, bot serta 20 kilogram ikan campur dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.Sementara itu dalam kes berasingan, Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C selepas didapati menggajikan kru warga asing.Beliau berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi pada jam 1.30 petang pada hari yang sama.\"Hasil pemeriksaan mendapati, empat kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 36 hingga 56 tahun.\"Bot tersebut ditahan dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen iaitumenggunakan kru asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah,\" katanya.Tambah beliau, kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 200 kilogram kesemuanya dianggarkan bernilai RM 600 ditahan serta dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.ENDS.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:17pm"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264814/berita/semasa/lelaki-parah-terjatuh-air-terjun-seri-perigi", "article_title": "Lelaki parah terjatuh Air Terjun Seri Perigi", "article_text": "YAN - Seorang lelaki parah selepas terjatuh pada ketinggian lebih 15 meter semasa mandi di Air Terjun Seri Perigi kira-kira jam 6.59 petang pada Rabu.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, mangsa berusia 23 tahun dipercayai tergelincir dan cedera di beberapa bahagian badan.Menurutnya, mangsa dikatakan datang bersama rakan untuk mandi di air terjun tersebut.\"Panggilan kecemasan diterima pada jam 6.59 petang dan sepasukan anggota dari BBP Yan dikejarkan ke lokasi kejadian.Pihak bomba berjaya membawa keluar mangsa dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.\"Pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan separa sedar selain cedera di kepala, tangan dan kaki.\"Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 7.16 petang dan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264813/berita/semasa/baby-naail-terima-suntikan-ubat-zolgensma-rm98-juta", "article_title": "Baby Naail terima suntikan ubat Zolgensma RM9.8 juta", "article_text": "SHAH ALAM - Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau dikenali sebagai Baby Naail yang disahkan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 pada April lalu telah menerima suntikan ubat Zolgensma yang bernilai RM9.8 juta semalam.Sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Founder Misi Rakyat tular kerana hasil sumbangan daripada orang ramai telah membolehkan Baby Naail mendapat rawatan tersebut.Pemilik akaun tersebut, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi menjelaskan di dalam video tersebut bahawa proses suntikan itu mengambil masa selama satu jam untuk selesai.Beliau turut berkongsi reaksi Baby Naail kepada seluruh Malaysia dan rata-rata netizen memanjatkan rasa syukur, gembira dan sebak kerana melihat senyuman bayi itu.Pada akhir video, Founder Misi itu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kali ini.\u201cTerima kasih jiwa-jiwa yang bertuhan,\u201d katanya.Pada 14 April lalu, kempen kutipan dana bagi menampung kos perubatan telah digerakkan setelah kisah Baby Naail mendapat perhatian Misi Rakyat apabila bayi tersebut didiagnos penyakit jarang jumpa sejak usia empat bulan.Dana bagi pembelian ubat suntikan Zolgensma itu berjaya diraih setelah sebulan dilancarkan hasil sumbangan rakyat Malaysia.Di ruangan komen, netizen memuji usaha beliau yang membuka tabung misi bantuan kepada Baby Naail.\u201cAlhamdulillah, syukur kepada Founder Misi, semoga Allah memberi rahmat kepadamu,\u201d kata pemilik akaun Intanliyana menerusi ruangan komen.\u201cYa ALLAH, menitis air mata aku bila tengok baby naail senyum, alhamdulillah ya allah, terima kasih semua sebab bantu baby naail dan baby athif,\u201d komen oleh qieyarahimBegitu juga dengan pengguna akaun haziqyusri berkata, terima kasih rakyat Malaysia bersatu untuk misi ini, ingat kita jaga kita #rakyatjagarakyat.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 05:11pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264817/berita/semasa/ikan-bilis-kentang-goreng-kicap-permintaan-terakhir-suami", "article_title": "Ikan bilis kentang goreng kicap permintaan terakhir suami", "article_text": "KOTA TINGGI - Seorang wanita di sini tidak menyangka lauk ikan bilis kentang goreng kicap adalah permintaan terakhir suaminya sebelum terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 29 Jalan Lok Heng-Mawai pada malam Rabu.Dalam kejadian itu, Mohd Azizi Muhamad, 41, maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis KTM Duke 200 yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Bukit Waha.Siti Zubaidah Amit, 37, berkata, dia juga terkilan kerana tidak sempat menyiapkan hidangan itu.Menurutnya, arwah suaminya yang bekerja di Ulu Tiram sentiasa membawa bekal.\"Saya masih ingat permintaannya untuk membawa bekal lauk ikan bilis kentang goreng kicap ke tempat kerja walaupun sebelum ini dia tidak pernah minta saya masakan menu itu.\u201cSelalunya, dia hanya bawa apa sahaja yang saya masak,\u201d katanya kepada Sinar Harian.Berdasarkan laporan polis, motosikal ditunggang Mohd Azizi telah bertembung dengan kereta jenis Proton Wira yang terbabas dari arah bertentangan sebelum tercampak ke bahu kiri jalan dan terbakar.Bagaimanapun berdasarkan laporan polis, Mohd Azizi dipercayai menjadi mangsa langgar lari berikutan kereta yang dipercayai terlibat dalam kemalangan berkenaan ditinggalkan oleh pemandunya dan difahamkan usaha mengesan pemandu berkenaan sedang giat dilakukan pihak polis.Siti Zubaidah (dua dari kanan) ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi, pada Khamis.Dalam masa itu, Siti Zubaidah turut mengakui jasad suaminya dalam keadaan sempurna ketika melihatnya di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi pada Khamis.Justeru katanya, dia menafikan mengenai berita yang tular di media sosial yang mendakwa leher suaminya putus dan sebagainya.\"Alhamdulillah, fizikal suami saya sempurna. Saya sendiri yang melihatnya di tempat kemalangan,\" katanya.Siti Zubaidah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas panggilan telefon suaminya dijawab orang awam yang berada di tempat kejadian.\"Biasanya suami akan sampai di rumah kira-kira jam 9 malam, namun tidak ketika hari kejadian dan saya cuba menghubunginya namun dijawab orang lain sebelum memberitahu suami kemalangan,\" katanya.Tambah Siti Zubaidah, selain memintanya memasak lauk ikan bilis kentang goreng kicap, sebelum kemalangan arwah suaminya juga menjadi seorang yang pendiam.Jenazah Mohd Azizi selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Felda Sening, pada Khamis. Mohd Azizi meninggalkan seorang isteri dan dua anak berusia tujuh dan 13 tahun", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264810/berita/nasional/prn-jangan-manipulasi-triti-laut-sulawesi", "article_title": "PRN: Jangan manipulasi Triti Laut Sulawesi", "article_text": "PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua pihak termasuk ahli politik digesa agar tidak memanipulasikan Triti Laut Sulawesi terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Tegas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sewajarnya jika pihak berkenaan mempunyai keraguan boleh mendapatkan penjelasan daripada kerajaan di Parlimen.\"Adalah sangat mendukacitakan dan malang sekali apabila isu penting ini dimanipulasikan demi meraih dokongan politik,\" katanya menerusi sesi libat urus bersama media di sini pada Khamis.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penjelasan di Dewan Rakyat dan kementerian juga mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.\"Sesiapa yang mengikuti jawapan PM jelas sekali menyebut kedaulatan wilayah tetap kita dipertahankan.\"Namun ia masih dijadikan bahan politik, ceramah dan kandungan sosial media untuk memberi gambaran akan buruknya kerajaan ini sehingga kononnya mengorbankan wilayah kita kepada Indonesia,\" katanya.Zambry berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa dan melalui proses lama sejak tahun 2005 sebelum dimuktamadkan pada 2018 ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.\"Berdasarkan kedudukan terkini, apa yang diputuskan bahawa keputusan mana telah siap kita tandatangani dahulu. Ia tidak bermakna keputusan itu menggadaikan hak dan blok Malaysia,\" katanya.Tambah Zambry, tuduhan yang menyatakan persetujuan persempadanan itu melibatkan keseluruhan Laut Sulawesi atau dirujuk sebagai Anbalat oleh Indonesia juga tidak benar.\"Tindakan tidak baik cuba dibuat oleh pihak tertentu untuk mengelirukan dan menimbulkan persepsi salah,\" katanya.Menurutnya, proses perbincangan untuk mencapai persetujuan bagi triti tersebut memerlukan kepakaran yang tinggi dan mesyuarat berterusan.\"Ia bukan proses ketika mana Anwar menjadi Perdana Menteri lalu dalam beberapa bulan terus siap begitu sahaja. Tidak,\" katanya.Triti Laut Sulawesi mengandungi peruntukan berkenaan dengan persempadanan laut wilayah antara Malaysia dan Indonesia.Secara amnya, laut wilayah adalah bahagian laut berdampingan dengan pantai wilayah dan tidak melebihi 12 batu nautika diukur bermula dari pesisir pantai.Triti itu tidak meliputi Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua Malaysia.Menurut Zambry lagi, triti tersebut adalah penting bagi memastikan kedudukan kedaulatan dan bidang kuasa kedua-dua negara.\"Ini membolehkan Malaysia dan Indonesia menjalankan aktiviti mereka antaranya undang-undang maritim, pencegahan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia,\" katanya.Pertukaran instrumen Perjanjian Persempadanan Laut Selat Melaka serta Sulawesi disempurnakan ketika lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada awal bulan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:52pm"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264807/berita/semasa/jpj-pulau-pinang-keluar-89-saman-dalam-ops-pewa", "article_title": "JPJ Pulau Pinang keluar 89 saman dalam Ops Pewa", "article_text": "SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan di sini pada Khamis.Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, operasi yang bermula jam 7.30 hingga 10 pagi itu turut menahan 17 penunggang motosikal, enam pemandu kereta dan van yang kesemuanya tidak mempunyai lesen memandu.Menurutnya, rata-rata mereka dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Myanmar serta etnik Rohignya ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar Sungai Dua serta Kulim, Kedah.\"Ketika disoal anggota penguat kuasa kita, mereka memberi alasan sama iaitu kenderaan yang dibawa milik rakan dan tiada sebarang bayaran dikenakan.\"Namun siasatan lanjut yang dilakukan mendapati kebanyakan kenderaan dinaiki mereka didaftarkan atas nama pemilik tempatan dipercayai disewa kepada warga asing,\" katanya ketika ditemui media di lokasi operasi di sini, pada Khamis.Antara penunggang motosikal warga asing yang ditahan dalam Ops Pewa di sekitar Seberang Jaya pada Khamis.Adenan berkata, soal siasat dijalankan mendapati motosikal disewa pada antara RM300 hingga RM500 sebulan, manakala kereta pula antara RM500 hingga RM1,000 mengikut jenis dan kapasiti.Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tahun ini sebanyak 409 saman telah dikeluarkan terhadap pemandu warga asing selain menyita 109 kenderaan milik mereka.\"Kita nak ingatkan pemilik kenderaan supaya jangan sewenang-wenangnya membenarkan kenderaan persendirian digunakan oleh warga asing yang tidak memiliki lesen.\"Pelbagai risiko boleh berlaku sekiranya warga asing ini memandu atau menunggang kenderaan tanpa memiliki lesen sah dan terlibat dalam kemalangan malah pemilik kenderaan juga bakal berdepan dengan tindakan sekiranya dapat dikesan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:40pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264806/berita/nasional/kubur-di-wang-kelian-malaysia-mohon-10-individu-diekstradisi", "article_title": "Kubur di Wang Kelian: Malaysia mohon 10 individu diekstradisi", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga negara jiran itu membabitkan kes penemuan kem dan kubur di Wang Kelian, Perlis.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permintaan itu dikemukakan pada 6 Januari 2017, selepas negara dikejutkan dengan penemuan kem penempatan sementara dan kubur tersebut pada Mei 2015.Beliau berkata, susulan penemuan tersebut, pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan Thailand telah menjalankan siasatan bagi mengesan dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.Kata beliau, selepas hasil siasatan dijalankan, Malaysia telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand ke atas 10 individu warganegara jiran itu pada 2017.\"Sepanjang tempoh lebih enam tahun ini, Malaysia dan kerajaan Thailand telah berusaha mengesan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan proses ekstradisi.\"Hasil dari kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu tersebut telah berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi.\"Kes ekstradisi ini telah berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac lalu akhirnya telah mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu tersebut untuk diserahkan kepada Malaysia,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Saifuddin berkata, berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan Thailand itu, penyerahan keempat-empat individu tersebut telah dilaksanakan pada 22 Jun lalu.Jelasnya, kesemua individu tersebut telah berada di Malaysia dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada Jumaat bagi tujuan pertuduhan.\"Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses ekstradisi bagi kes Wang Kelian ini berjalan lancar,\" ujarnya.Sehubungan itu menurutnya, Malaysia amat berharap kerjasama baik itu dapat diteruskan bagi menjejaki individu-individu lain yang terlibat untuk dihadapkan ke muka pengadilan.Tegas beliau, KDN sentiasa komited dalam menjaga keselamatan sempadan negara dan memandang serius isu-isu jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.\"Usaha berterusan melalui operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa dititikberatkan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:39pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264805/berita/politik/ph-bn-negeri-sembilan-bentuk-jentera-pilihan-raya-bersama", "article_title": "PH, BN Negeri Sembilan bentuk jentera pilihan raya bersama", "article_text": "SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan membentuk jentera pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).Perkara itu maklumkan menerusi kenyataan media secara bersama oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi pada Khamis.Katanya, ia berdasarkan persetujuan yang dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu.\"Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN dan kedua-duanya juga akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.\"Selain itu, kedua-dua gabungan memberikan komitmen secara menyeluruh jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di kesemua 36 kerusi,\" katanya.Tambahnya, kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:27pm"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264803/berita/semasa/ketua-geng-mizan-akhirnya-dicekup", "article_title": "Ketua 'Geng Mizan' akhirnya dicekup", "article_text": "SUNGAI PETANI - Ketua 'Geng Mizan' yang diburu polis setelah dikesan menjadi dalang kegiatan pecah rumah dan premis sekitar Kedah, Perak dan Pulau Pinang, akhirnya dicekup.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 42 tahun turut ditahan bersama tiga lagi ahli kumpulan terbabit dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam di Kawasan Rehat RTC Gopeng Perak, pada Selasa.Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selepas berjaya mengekori kumpulan tersebut.\"Suspek utama yang juga ketua geng beralamat di Bedong, Kedah dikehendaki polis membabitkan 12 rekod jenayah pecah rumah dan premis serta mempunyai dua rekod berkaitan kes narkotik.\u201cHasil siasatan, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan pecah pejabat sebuah syarikat penghantaran di Bakar Arang, Sungai Petani bersama tiga rakan lain.\u201cSuspek turut mengaku terlibat dalam pecah Istana Hinggap di Taman Tunku Sarina, Jitra,\u201d katanya.Menurut Zaidy, suspek telah dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.Katanya, polis masih memburu dua lagi anggota kumpulan terbabit yang masih bebas.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah Geng Mizan yang bergiat aktif di Utara Semenanjung sekali gus menyelesaikan 15 kes pecah rumah.Dalam serbuan terdahulu, seramai tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar Kedah.Susulan itu operasi khas memburu ketua kumpulan yang aktif dalam jenayah pecah rumah dan premis itu telah digerakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:12pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264802/berita/politik/tiada-rebut-kerusi-cah-keting-dalam-pn-di-terengganu", "article_title": "Tiada rebut kerusi, 'cah keting' dalam PN di Terengganu", "article_text": "MARANG - Tiada berlaku sebarang perebutan kerusi atau budaya cah keting dalam kalangan rakan gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di Terengganu.Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, proses agihan kerusi telah selesai sepenuhnya dan dilakukan secara adil dengan mendapat kata sepakat bersama.\"Proses agihan kerusi PN di Terengganu telah selesai, tiada masalah. Cuma jumlah berapa itu adalah rahsia. Saya tiada hak untuk cerita dulu.\"Tidak sebagaimana pihak sana (BN, PH). Mereka bergaduh, kami sudah selesai dan terima dengan istilah kalau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dia (mereka) terima dengan seadanya lah.\"Kalau banding dengan negeri lain. Bersatu mereka tiada asas lagi di sini, jadi kita timbang semua sekali insya-ALLAH, ada kerusi-kerusi untuk mereka,\" katanya.Ariffin ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di sini pada Khamis.Jelas beliau, jentera Pas turut akan membantu dalam memberikan kemenangan kepada calon-calon Bersatu.\"Dalam PN langsung tiada budaya cah keting. Setakat ini, saya sudah berikrar untuk membantu rakan-rakan kita daripada Bersatu untuk membawa kemenangan kepada mereka.\"Insya-ALLAH (ini ikrar) saya selaku Pengarah Pilihan Raya. Mereka pun gembira. Kita akan bantu sehingga mereka menang dalam PRN nanti,\" katanya.Dalam pada itu, Ariffin berkata, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru-baru ini meminta supaya kesemua parti yang bertanding menggunakan pendekatan kempen secara berhemah akan dijadikan keutamaan.\"Strategi kempen kita berpandukan fakta. Itu disiplin kita dari dulu dan kita tak boleh berkempen jika tiada fakta. Kalau ada penceramah kita yang bawah-bawah itu, kalau ada kesilapan fakta kita akan tegur.\"Sama juga dengan budaya caci-mencaci, kalau lihat dari mula kita jadi kerajaan, kita hampir-hampir tidak menyerang BN. Cuma, bila dah ada sikit-sikit tu, adalah... Dekat pilihan raya ia sesuatu yang biasa,\" katanya.Terdahulu, suhu politik di Terengganu agak panas apabila Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad saling berbalas kenyataan berhubung proses agihan kerusi melibatkan parti komponen gabungan itu.Keadaan itu bermula setelah Ahmad mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang secara terbuka mengatakan parti itu yakin boleh menang di beberapa kerusi yang telah dikenal pasti di Terengganu.ARTIKEL BERKAITAN:PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik NazmiUsah perkecil peranan rakan gabungan - Raja Bahrin'Pertarungan' sebenar di Terengganu antara UMNO, Pas - Ahmad", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264799/berita/semasa/pas-gagal-batal-saman-mujahid-berhubung-dakwaan-sokong-lgbt", "article_title": "Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT", "article_text": "KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang membuat keputusan itu pada Rabu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid.\"Mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu pada 24 hingga 26 November 2025,\u201d katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.Peguam Mohd Faizi Che Abu, mewakili Pas pula berkata, mahkamah menolak permohonan parti itu selepas berpendirian terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam kes saman tersebut antaranya sama ada akaun Facebook itu milik Pas atau tidak.Pada 15 Februari lepas, Pas yang diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memfailkan permohonan membatalkan saman atas alasan Mujahid selaku plaintif gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap parti berkenaan.Mujahid memfailkan saman itu pada 15 Disember 2022, mendakwa pada 16 Oktober tahun sama, Pas selaku defendan dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti itu.Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.Menerusi pernyataan pembelaan, Pas mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 04:04pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264796/berita/semasa/kedai-emas-dipecah-masuk-pemilik-rugi-rm1-juta", "article_title": "Kedai emas dipecah masuk, pemilik rugi RM1 juta", "article_text": "JEMPOL- Sebuah kedai emas di Bahau di sini mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk penjenayah dalam kejadian awal pagi Khamis.Kejadian itu bagaimanapun hanya disedari pemilik premis berusia 40-an yang namanya enggan dikenali selepas dimaklumkan oleh pekerjanya sebaik membuka kedai itu lebih kurang jam 9 pagi.Katanya, pekerjanya terhidu bau hangit selain melihat keadaan kedai itu dalam keadaan mencurigakan.\"Sebaik diperiksa banyak barangan kemas yang dipamerkan lesap selain pintu belakang kedai terbuka.\"Setakat ini saya tidak pasti berapa nilai kerugian kerana masih dalam siasatan dan menjangkakan sekitar RM1 juta atau lebih,\" katanya ketika ditemui pemberita di Bahau, pada Khamis.Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang lapan tahun membuka perniagaan tersebut di sini.Keadaan di belakang premis kedai emas itu.\"Sebelum ini saya hanya berniaga emas dalam talian kemudian membuat keputusan membuka premis di Bahau.\"Saya tetapkan teruskan perniagaan ini walaupun masih terkejut dan sedih. Saya serahkan siasatan kepada pihak polis kerana bagi saya apa yang terjadinya ini dan tertangkapnya pelaku itu nanti akan menyelamatkan peniaga emas yang lain malah mungkin menyelesaikan banyak kes,\" katanya.Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan selain kedai emas berkenaan, terdapat dua lagi premis iaitu syarikat kurier di Bahau turut dipecah masuk.Sementara itu, laporan lanjut mengenai kejadian pecah masuk kedai emas ini akan dikeluarkan polis dalam masa terdekat ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264794/berita/politik/prn-agihan-kerusi-serah-kepada-kepimpinan-tertinggi-parti", "article_title": "PRN: Agihan kerusi serah kepada kepimpinan tertinggi parti", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti.Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan.\"Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam mesyuarat, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tinggi parti dan dalam mesyuarat juga kita bersetuju dan akur dengan apa sahaja keputusan, sebab 99.7 peratus (agihan kerusi) sudah selesai.\"... jadi tiada isu sebenarnya, biasalah mungkin yang akan minta dan sebagainya itu cuba-cuba nasib saat akhir, daripada presiden masing-masing,\u201d katanya selepas mengadakan tinjauan mesra penerimaan bas elektrik dan merasmikan program MARA Brew 23, di Ibu Pejabat MARA di sini pada Khamis.Asyraf berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Amanah bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin, yang meluahkan rasa tidak setuju dengan hasrat UMNO untuk bertanding di Hulu Bernam dan Batang Kali, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor.Abdul Mun'im dalam kenyataanya, turut menuntut UMNO untuk memberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di antara Hulu Bernam dan Batang kali.Kerusi DUN Hulu Bernam kini disandang oleh Rosni Sohar dari BN-UMNO manakala DUN Batang Kali pernah disandang oleh BN-UMNO, sebelum dikalahkan kali pertama oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14.PRN Selangor membabitkan 56 DUN, manakala negeri lain yang terlibat ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264793/berita/politik/bn-ph-perlu-segera-selesaikan-pembahagian-kerusi---veteran-umno", "article_title": "BN, PH perlu segera selesaikan pembahagian kerusi - Veteran UMNO", "article_text": "SHAH ALAM - Veteran UMNO menggesa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, masa bagi kedua parti tersebut semakin suntuk dan sepatutnya sekarang mereka sudah memasuki fasa untuk menyusun strategi bagi meraih kemenangan.\u201cJangan berebut bilangan kawasan, yang penting bertanding untuk menang. Kita berebut kemenangan dengan Perikatan Nasional (PN) dan formula menang-menang mesti diutamakan, biar sedikit tapi pasti menang.\u201cKedua-dua pihak iaitu BN dan PH kena saling bantu membantu untuk menang dimana, pengundi BN undi calon PH dan pengundi PH undi calon BN,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Tambah beliau, kepimpinan BN dan PH negeri perlu mengenepikan cerita lama kerana sekarang mereka sudah bekerjasama.\u201cKita sekarang berkawan. Kawan kena tolong kawan. Jangan tikam belakang.\u201cKita bukan lagi lawan dan bermusuhan dan ini hakikat kita kena terima kalau kita mahu menang,\u201d ujar beliau.Jelasnya, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) enam negeri akan dibubar akhir bulan ini untuk memberi laluan kepada PRN yang dijangka akan diadakan pada akhir Julai atau pertengahan Ogos.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264804/berita/hiburan/ebit-lew-tunai-haji-terima-kiriman-doa", "article_title": "Ebit Lew tunai haji, terima kiriman doa", "article_text": "RAMAI pengikut Ebit Lew di laman sosial meminta supaya pendakwah itu mendoakan mereka ketika berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, membuat tawaran kepada pengikutnya di laman sosial untuk menulis hajat mereka agar dapat dibacakan di Tanah Suci.Ebit menerima pelbagai tulisan dan titipan orang ramai yang meminta mendoakan mereka di Tanah Suci.\u201cAlhamdulillah. Doakan ya. Semoga ALLAH terima Haji kami. Jika sempat saya bacakan doa yang tuan puan tulis di bawah insya-ALLAH disini. Sama-sama kita saling mendoakan ya,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Menerusi komentar Munawir Sazali di ruangan komen Facebook pendakwah itu, menitipkan doa supaya keluarganya mendapat keberkahan dan turut berhajat untuk menjejakkan kaki ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.\u201cDoakan kami sekeluarga mendapatkan keberkahan dunia dan akhirat dan kami sekeluarga diberikan rezeki untuk pergi menunaikan haji di tanah suci,\u201d tulisnya.Selain itu, pengguna Facebook bernama Jimiey Zakaria, meminta Ebit dapat menyampaikan doa agar dia diberikan kesihatan diri bagi meneruskan kehidupan dan dipermudahkan urusan dunia serta akhirat.\u201cDoakan saya juga sampai ke tanah suci membawa ibu sebelum saya tiada. Doakan saya tabah dengan ujian kesihatan dan kewangan terutama peniaga jalanan seperti kami untuk teruskan hidup yang masih berbaki,\u201d ujarnya.Bagi Shahril Mohd Said dalam ruangan komentar aplikasi itu berkata, doakan anak perempuannya diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.\u201cDoakan anak syurga saya Syahirah Dahiyah, 14, dapat berjalan seperti kanak-kanak seusia dengannya dan doakan keluarga saya diberikan rezeki melimpah seperti air sungai yang mengalir deras,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:45pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264792/berita/politik/mn-negeri-sembilan-hantar-memorandum-kepada-tuanku-muhriz", "article_title": "[VIDEO] MN Negeri Sembilan hantar memorandum kepada Tuanku Muhriz", "article_text": "SEREMBAN - Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi meluahkan rasa kesal terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini dalam tempoh lima tahun ini.Pengerusi MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam memorandum berkenaan turut menyenaraikan beberapa isu berbangkit dikaitkan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.\"Antara isu itu ialah berhubung kedudukan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Nazaruddin Sabtu yang mengalami masalah kesihatan sejak 2018, namun kekal menjawat jawatan berkenaan sehingga kini.\"Tindakan mengekalkan Mohamad Nazaruddin seolah-olah kerajaan negeri meremehkan aspek kesenian, kebudayaan dan adat istiadat Melayu negeri,\" katanya kepada pemberita di luar pekarangan Istana Hinggap di sini, sebelum menyerahkan memorandum berkenaan pada Khamis.Selain itu, beliau berkata, terdapat juga isu membabitkan dakwaan penyelewengan wang zakat berjumlah RM7 juta yang dibayar sebagai pampasan kepada kakitangan yang disifatkan sebagai tidak wajar.\"Kami telah menyerahkan dokumen berkaitan kes penyelewengan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini termasuk laporan polis untuk siasatan pihak berkuasa berkenaan,\" katanya.Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che`gu Bard turut mendakwa prestasi kerajaan negeri ketika ini sangat meragukan.\"Kerajaan negeri pada 2019 merancang membina Hospital Neurosains di Pedas, Rembau dan dijadual siap pada akhir tahun lalu, namun tapak projek itu kini dipenuhi semak samun dan bangunan yang ingin dibina tidak wujud,\" katanya.Mengulas lanjut, katanya, penyerahan memorandum berkenaan adalah untuk sembah maklum kepada Tuanku sebagai maklumat yang sudah diketahui umum dan pihaknya menuntut Aminuddin memberikan penjelasan terhadap isu berkenaan.\"Penyerahan memorandum, dengan harapan Tuanku dapat memberi teguran sebelum baginda menandatangani pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).\"Siapalah kita hendak mencadangkan kepada Tuanku kerana kita pun tak layak. Tapi kami ingin mengemukakan masalah yang dihadapi Negeri Sembilan di bawah kepemimpinan Aminuddin sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan PH ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264791/berita/semasa/pengurusan-kes-rayuan-tukar-agama-tiga-anak-pada-31-julai", "article_title": "Pengurusan kes rayuan tukar agama tiga anak pada 31 Julai", "article_text": "PUTRAJAYA - Rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk membatalkan penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral tanpa persetujuannya ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 31 Julai.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman menetapkan tarikh pengurusan kes itu untuk mengemas kini status rekod rayuan.Ketika dihubungi Bernama, peguam A Srimurugan, yang menghadiri prosiding pengurusan kes pada Khamis berkata, beliau telah memaklumkan timbalan pendaftar itu bahawa beliau masih menunggu alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.Turut hadir pada pengurusan kes itu ialah peguam Danial Farhan Zainul Rijal yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Penolong Penasihat Undang-undang Perlis, Ainul Wardah Shahidan bagi pihak Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerajaan negeri Perlis dan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis.Siew Hong, 36, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang menolak permohonan semakan kehakimannya untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam oleh bekas suaminya, seorang mualaf, tanpa persetujuannya.Ibu tunggal itu yang memfailkan permohonan itu pada 25 Mac tahun lepas, menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Dr Mohd Asri dan kerajaan negeri Perlis sebagai responden.Beliau memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M Nagahswaran, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.Wanita itu juga memohon pengisytiharan bahawa anak-anaknya, sebagai kanak-kanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk Islam tanpa persetujuannya dan juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan pengisytiharan pemelukan agama Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264788/berita/politik/jadilah-penilai-baik-berani-tegur-pemimpin---siti-aishah", "article_title": "'Jadilah penilai baik, berani tegur pemimpin' - Siti Aishah", "article_text": "SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menasihati Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas, Mardhiyyah Johari supaya menjadi penilai yang baik serta berani menegur pemimpin negeri itu sendiri iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.Ia berhubung kritikan Mardhiyyah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal membezakan antara seteru politik dan tanggungjawab sebagai pentadbir negara menerusi hubungan Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.Menurut Siti Aishah, kenyataan tersebut jauh tersasar susulan cubaannya mewujudkan persepsi bahawa Perdana Menteri seolah-olah tidak mengadakan pertemuan dan mengabaikan rakyat Kedah.\u201cSuka saya ingatkan saudari Mardhiyyah, setiap kali Perdana Menteri turun ke Kedah, beliau tidak pernah lupa untuk memberikan fokus kepada pembangunan ekonomi dan ihsan rakyat.\u201cPerdana Menteri sentiasa ada insentif untuk rakyat dan tidak ada istilah lupa atau pengabaian seperti yang digambarkan oleh saudari Mardhiyyah,\u201d katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Selasa, Mardhiyyah menerusi hantaran di Facebook berkata, dua perkara yang menjadi perbahasan masyarakat kini adalah berkenaan pembangunan Lapangan Terbang Kulim dan pajakan negeri Pulau Pinang.Beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan sikap pemimpin tidak bertanggungjawab.Siti Aishah mengulas lanjut, Mardhiyyah seharusnya menjadi penilai yang baik, berani menegur dan mengkritik cara Menteri Besar Kedah dalam menjalankan fungsi beliau sebagai pemimpin.Tambahnya lagi, isu tersebut melibatkan perlembagaan dan keutamaan pembangunan perlu dibuat secara relevan serta masih banyak lagi perkara berkenaan kemiskinan yang harus diselesaikan.Ujarnya, Muhammad Sanusi harus kembali kepada norma biasa pemimpin yang perlu bermula dengan sikap dan adab.\u201cJika benar ikhlas bercakap soal rakyat, maka beliau harus memperbaiki sikap dan pertuturannya, bukannya sentiasa melemparkan persepsi jahat serta fitnah terhadap kerajaan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264787/berita/sukan/harimau-malaysia-sasar-kumpulan-16-terbaik-di-qatar", "article_title": "Harimau Malaysia sasar kumpulan 16 terbaik di Qatar", "article_text": "MALAYSIA menyasarkan untuk layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan, kata ketua jurulatih, Kim Pan Gon.Warga Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata, layak ke peringkat kalah mati kejohanan bola sepak Asia berprestij itu adalah matlamat sebenar Harimau Malaya.Bagaimanapun, Pan Gon berkata, anak buahnya perlu menyedari di mana kedudukan sebenar mereka berbanding pasukan lain ketika ini.\"Maksud saya Piala Asia bukanlah pentas yang mudah. Ada pasukan yang lebih baik daripada kami. Semua perlu bersedia untuk ini, dalam apa jua situasi kita mesti bersatu, saling memberi semangat dan mendorong pemain, ini penting.\"Kami akan cuba yang terbaik, kami mahu memberi permainan yang baik, menang dan layak (pusingan 16) dan menghadiahkan kejayaan buat Malaysia, namun saya rasa kami perlu melakukannya langkah demi langkah,\u201d katanya ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sasaran khusus untuk Piala Asia 2023, baru-baru ini.Pan Gon berkata, skuadnya akan bermain menentang pasukan lebih kuat bermula September ini selepas mengalahkan Kepulauan Solomon 4-1 dan Papua New Guinea 10-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Terengganu baru-baru ini, sekali gus merekodkan kemenangan dalam empat perlawanan sejak Mac lepas.Beliau berkata, Malaysia akan bermain minimum enam perlawanan kompetitif sebelum berangkat ke Qatar dan peluang itu akan digunakan untuk melakukan seberapa banyak eksperimen yang boleh untuk menyiapkan pasukan.\"Kami akan cuba (untuk melihat) berapa lama kita boleh bermain pendekatan taktikal ini dan selepas eksperimen itu, kami akan putuskan bagaimana pendekatan untuk Piala Asia,\u201d katanya.Malaysia, yang bakal membuat penampilan pertama dalam Piala Asia sejak edisi 2007, diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali Korea Selatan, Jordan dan Bahrain di Qatar.Johan dan naib johan kumpulan, termasuk empat pasukan terbaik di tempat ketiga layak ke peringkat kalah mati.Berdasarkan ranking dunia terkini, Korea Selatan berada di kedudukan ke-27, Jordan (84), Bahrain (85) dan Malaysia di posisi ke-138.Pasukan negara tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam ketiga-tiga penampilan di Piala Asia, iaitu di Iran pada 1976, Kuwait (1980) dan ketika menjadi penganjur bersama pada 2007. - Bernam", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264781/berita/politik/gerakan-mohon-maaf-atas-kenyataan-penjawat-awam-membebankan", "article_title": "Gerakan mohon maaf atas kenyataan penjawat awam membebankan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Parti Gerakan pada Khamis memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Gerakan Pulau Pinang Mok Kok On, berkenaan penjawat awam baru-baru ini.Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, pihaknya telah menyerahkan kes berkenaan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.\"Kita ada serah kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan selanjutnya, biar mereka adakan prosedur yang betul, biar Kok On ada hak bersuara dan mendengar.\"Sedikit sebanyak amaran keras telah saya berikan kepada dia, yang lain saya serahkan kepada Lembaga Displin. Saya akan bawa kes ini kepada Jawatankuasa Kerja Pusat kalau perlu.\"Kalau isu ini memang tidak ada penjelasan bagus atau munasabah (daripada Kok On), kita akan gantung (keahlian dia),\u201d katanya pada sidang media di sini.Sementara itu, Kah Keong turut menitikberatkan pendirian Gerakan yang turut tidak bersetuju dengan perspektif yang dikeluarkan menerusi kenyataan berkenaan.\"Penjawat awam bukannya beban, sebaliknya tulang belakang negara, setiap kegiatan harian dan kemudahan umum serta kehidupan kita, memang berkait rapat dengan penjawat awam yang telah memberi perkhidmatan yang bagus dalam negara,\u201d katanya.Media tempatan sebelum ini melaporkan Kok On dalam kenyataan di media sosial, menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan, selain mempersoalkan tindakan kerajaan menambah jumlah penjawat awam.Dilaporkan juga kenyataan itu yang telah dipadam pada masa terkini, mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, yang menyifatkan kata-kata Kok On menimbulkan kemarahan dan mengguris hati penjawat awam. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:27pm"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264782/berita/semasa/mahkamah-tolak-permohonan-reman-pendakwah-bebas", "article_title": "Mahkamah tolak permohonan reman pendakwah bebas", "article_text": "KANGAR - Mahkamah Majistret Kangar di sini, pada Khamis menolak permohonan reman dikemukakan terhadap seorang pendakwah bebas berhubung kes menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali menolak permohonan perintah reman terhadap suspek berasal dari Kedah itu selepas mengambil maklum alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakilinya.Pendakwah bebas berusia 33 tahun itu diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi, Siti Hajar Ahmad dan Zuhair Ahmad Zakuan serta Nurul Hanani Che Nor.Nur Iman berkata, mahkamah telah menolak permohonan reman tersebut dan anak guamnya bebas dengan jaminan polis.\"Mahkamah turut tidak membenarkan permohonan reman itu memandangkan anak guam saya merupakan individu yang dikenali dan tidak berpotensi untuk melarikan diri.\"Kini kes tersebut masih dalam siasatan dan anak guam kami bersedia memberi kerjasama kepada polis,\" katanya.Sebelum itu, pendakwah bebas tersebut tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar di sini, kira-kira jam 9.30 pagi bagi mendapatkan perintah reman sambil diiringi anggota polis.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan mengenai penahanan pendakwah bebas itu sebelum ini.Yusharifuddin berkata, pendakwah bebas itu disyaki menggunakan gelaran tidak diiktiraf dan anugerah 'Datuk' berdasarkan hantaran di Facebook pada 1 Mei lepas.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:21pm"} {"author_name": "ROSHILA MURNI ROSLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264783/berita/semasa/suri-rumah-antara-20-individu-didenda-main-judi-belangkas", "article_title": "Suri rumah antara 20 individu didenda main judi belangkas", "article_text": "ALOR SETAR - Warga emas dan suri rumah antara 20 individu yang didakwa atas pertuduhan bermain judi belangkas dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Titi Akar, Pendang minggu lalu.Kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 78 tahun itu bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif.10 tertuduh pertama dikenali sebagai Wone See Muah, 53; Thian Din Chok, 59; Ahmad Zuraidi Mohd Noor, 47; Bon Rit Bon Nan, 18; Ai Piang Fo Chirat, 42; Hanafi Hamid, 45; Ilyas Ayob, 44; Ishak Md Daud, 66; Mustafa Kassim, 63 dan Sazali Osman, 66.10 tertuduh lain adalah Isa Ating, 78; Khamron Tong Kiw, 43; Mohd. Nasrol Sulaiman, 50; Hoay Seng Chai, 68; Azlan Aziz, 49; Nang Kan Yap Chuan, 60; Malai Dang, 45; Marjuri Nukian, 38; Chem See Wan, 37 dan Meu Siew, 66.Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira jam 7.15 petang pada 14 Jun lalu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasruna Anhar Nordien mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan sementara tertuduh kedua, Thian Din Chok diwakili peguam, Bun Liang.Lain-lain tertuduh diwakili empat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd Noor, Ummi Kalthum Zakaria, Siti Hajar Abdullah dan Zuriyah Mhd Nordin.Setelah mengambil kira segala aspek dari pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah kemudiannya memutuskan agar tertuduh pertama Wone See Muah didenda RM4,000 serta dipenjara enam bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan, memandangkan dia memiliki rekod lampau berkaitan kes di bawah seksyen sama.Bagi sembilan tertuduh lain iaitu Din Chok, Ishak, Mustafa, Sazali, Isa, Seng Chai, Yap Chuan, Meu Siew, dan Bon Rit mahkamah menetapkan hukuman denda RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda.10 lagi tertuduh didenda sebanyak RM2,000 dengan mereka diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan jika gagal menyelesaikan bayaran.Kesemua tertuduh difahamkan membayar denda ditetapkan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:20pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264789/berita/sukan/city-tak-kisah-cancelo-ke-united", "article_title": "City tak kisah Cancelo ke United", "article_text": "PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pemenang kejuaraan treble itu tidak mengambil peduli walaupun pemain pertahanan The Citizens, Joao Cancelo menyertai Manchester United.Malah tegas pengurus kelahiran Sepanyol itu, kelab itu juga tidak bimbang mengenai destinasi seterusnya pemain berusia 29 tahun dari Portugal tersebut selagi dia meninggalkan Etihad.Sebagai rekod, Cancelo menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich pada musim sejuk dengan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli pada harga \u20ac70 juta.Bagaimanapun, Bayern tidak mengambil pilihan itu menyebabkan Cancelo perlu mencari kelab baru pada musim panas ini.Guardiola mendakwa bahawa dia bersedia untuk melepaskan Cancelo pada musim sejuk kerana dia tidak diperlukan di kelab itu.\u201cSaya rasa mereka telah memaklumkannya bahawa dia jauh dari realiti. Di sini pula realitinya ialah kami memutuskan dia terpaksa pergi.\u201cKami tidak peduli ke mana dia pergi, walaupun dia mahu pergi ke United, yang merupakan saingan kami.\u201cAda ejennya dan kelab yang mereka setuju. Saya tidak akan mengatakan bahawa mereka menipunya tetapi mereka salah memberitahunya,\u201d kata Guardiola.Apabila ditanya mengenai masa depan Cancelo di Manchester City, Guardiola menambah: \u201cIni adalah soal pengarah sukan City, Txiki Begiristain, wakilnya dan kelab yang menyayanginya.\u201cSejujurnya saya tidak tahu mengapa dia tidak menyertai Barcelona? Kami tidak mendapat sebarang tawaran.\u201dTerdahulu Arsenal, Barcelona dan Real Madrid telah dikaitkan dengan perpindahan Cancelo pada musim panas ini.Terdahulu, Cancelo mengakui bahawa dia bukan sebahagian daripada perancangan Guardiola di Manchester City pada separuh kedua musim lalu.Malah, dia mengakui perlu meninggalkan Etihad kerana Guardiola telah menemui cara untuk bermain tanpa pemain belakang menyaksikan khidmatnya terhad kepada peranan bangku simpanan.\u201cSeperti yang saya sudah katakan, dia [Guardiola] menemui cara untuk bermain, selepas Piala Dunia, di mana dia mula bermain dengan pemain belakang lebih dalam, di mana saya juga bermain, dan dia suka apa yang dia lihat bersama Rico dan Nathan.\u201cSaya fikir seorang pemain sentiasa mementingkan diri sendiri. Mana-mana pemain mahu berasa penting, mahu bermain dan sesiapa yang berkata sebaliknya adalah berbohong.\u201cSeorang pemain yang kompetitif, seperti saya, yang bercita-cita untuk memenangi gelaran hanya mahu bermain,\u201d katanya.Pada masa sama Cancelo berharap untuk menandatangani perpindahan ke kelab lain, namun City masih belum bersetuju dengan bayaran dengan mana-mana kelab lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:19pm"} {"author_name": "MOHD HAFIZ ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264778/berita/nasional/pinda-peraturan-sedia-sebagai-langkah-interim-kawal-selia-vape", "article_title": "Pinda peraturan sedia sebagai langkah interim kawal selia vape", "article_text": "KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu mengambil satu langkah interim secepat mungkin dengan meminda peraturan sedia ada untuk mengawal selia industri vape sambil menunggu perbincangan yang teliti dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan cadangan Dasar Generasi Penamat GEG.Presiden Malaysia Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, pada minggu lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah merujuk RUU tersebut kepada JKPK sebaik ia dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen.Menurutnya, memandangkan RUU tersebut hanya akan dibentang semula di Parlimen akhir tahun ini selepas ia selesai diteliti JKPK, langkah interim diperlukan buat masa sekarang.\u201cIni adalah membolehkan industri vape dikawal selia terutamanya untuk membendung isu penggunaan oleh individu bawah umur dan memastikan kandungan produk mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan yang boleh memberi persepsi negatif kepada industri,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menimbangkan cadangan meminda peraturan sedia ada seperti Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan terbuka kerana langkah interim tersebut akan dapat memperkenalkan larangan penjualan kepada dan penggunaan oleh individu yang di bawah umur serta terus membendung isu berkenaan daripada berlarutan.Rizani juga berkata, kawalan produk vape melalui Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bukannya suatu perkara yang tidak pernah dibuat.\u201cPada 2019, Kerajaan juga telah meluaskan larangan penggunaan vape di tempat kedai makan dan tempat awam. Ini membuktikan bahawa peraturan tersebut boleh dipinda dan digunapakai untuk mengawal selia produk vape.\u201cKementerian perlu terbuka dengan langkah interim ini. Pindaan peraturan ini bukan bermaksud RUU tersebut tidak akan dibentang pada masa depan,\u201d ujar beliau.Tambahnya, langkah itu bertujuan memastikan produk vape tidak tercapai oleh individu bawah umur dan pada masa yang sama pengguna dewasa boleh mengakses produk yang terkawal dari segi piawaian.Dalam masa yang sama, Rizani menyambut baik keputusan kementerian untuk merujuk tersebut kepada JKPK dan berpendapat ia adalah langkah tepat kerana RUU itu perlu disemak semula agar ia mengambil kira kepentingan serta pandangan semua yang terlibat terutamanya berkaitan dengan cadangan GEG yang teramat kontroversial ini.\u201cSemua pihak perlu bekerjasama dan mencari penyelesaian titik tengah dalam perkara ini. Kami di pihak industri memohon agar JKPK membuat sesi perbincangan dengan semua pihak dan mengkaji dengan menyeluruh cadangan GEG ini,\u201d ujar beliau.Katanya lagi, sesi perbincangan bersama semua pihak adalah sangat penting kerana cadangan GEG ini bakal memberi kesan yang agak besar kepada keseluruhan ekosistem industry secara langsung dan tidak langsung.\u201cSecara terangnya, cadangan GEG ini akan menjejaskan usahawan tempatan yang sebelum ini telah melabur jutaan ringgit untuk mengembangkan industri serta kesan kepada tenaga kerja mahir dalam industri ini.\u201cDari segi ekonomi negara pula, ia memberikan mesej yang salah kepada pelabur asing kerana sudah pasti ia akan membuatkan pelabur beralih ke negara lain, sedang Malaysia mempunyai pembekal berkualiti yang bertaraf dunia\u201d kata Rizani.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:19pm"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264790/berita/politik/hanya-khabar-angin-anthony-bertanding-di-pulau-pinang---kon-yeow", "article_title": "Hanya khabar angin Anthony bertanding di Pulau Pinang - Kon Yeow", "article_text": "GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin berkaitan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mahu bertanding di negeri ini sama seperti beliau mahu bertanding di Seremban.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu berkata, berita sedemikan hanya akan membuat orang ketawa apabila membaca dan sepatutnya media perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menilai perkara terbabit.\"Apabila media mendengar khabar angin dia boleh menggunakan kebijaksanaannya untuk menilai sama ada khabar angin itu sedikit berasas atau tidak.\"Kalau langsung tidak berasas anggap ia sebagai khabar angin sahaja lah,\" katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar di sini, pada Khamis.Sebelum ini, media melaporkan kononnya terdapat Anthony yang juga Menteri Pengangkutan akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini tidak lama lagi.Laporan itu yang memetik sumber dalaman DAP Negeri Sembilan mendakwa, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban akan menjadi calon Ketua Menteri sekali gus menggantikan Kon Yeow sekiranya PH memenangi PRN negeri itu.Sementara itu, memetik laporan China Press, Anthony yang masih Ahli Parlimen Seremban serta Adun Chennah di Negeri Sembilan berkata beliau tidak bercadang bertanding di kawasan lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264775/berita/nasional/tuntutan-sulu-pdrm-beri-jaminan-keselamatan-di-sabah-terkawal", "article_title": "Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal", "article_text": "PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan Negeri Bawah Bayu itu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota keselamatan juga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana keselamatan merupakan perkara penting negara.\"Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini... dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,\u201d katanya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.Beliau berkata demikian dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Rabu.Pada 8 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.Kumpulan Sulu itu telah mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan, terhadap mereka.Ditanya mengenai kebocoran maklumat melibatkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra, Saifuddin Nasution berkata, polis sedang menjalankan siasatan.Beliau juga mengesahkan, Wisma Putra telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.Mengulas mengenai tindakan seorang penjawat awam wanita yang tular dalam satu klip video menghina anggota polis Khamis lepas, Saifuddin Nasution menyifatkan tindakan wanita itu sebagai mencemarkan imej PDRM.\"Saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes ini,\u201d katanya.Pada Khamis, wanita berkenaan dipanggil buat kali pertama ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves.Pada Ahad lepas wanita itu sekali lagi hadir di IPD sama, berhubung satu lagi klip video beliau bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini.Dalam klip video itu, wanita berkenaan dilihat turut merakam orang awam berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan cuba mencetuskan provokasi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:10pm"} {"author_name": "NORAFIZA JAAFAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264776/berita/politik/tuntutan-amanah-hulu-selangor-tak-bercanggah-formula-pembahagian-kerusi", "article_title": "Tuntutan Amanah Hulu Selangor tak bercanggah formula pembahagian kerusi", "article_text": "HULU SELANGOR - Tuntutan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Parti Amanah Negara (Amanah) di Hulu Selangor tidak bercanggah dengan formula pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan.Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, tuntutan tersebut bukan pandangan peribadi sebaliknya adalah keputusan konsensus Jawatankuasa Pimpinan Amanah Hulu Selangor yang telah disampaikan beberapa kali kepada pimpinan negeri.Menurutnya, Amanah Hulu Selangor mendesak keseimbangan agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di setiap Parlimen dilaksanakan bagi memberi ruang Amanah berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).\"Merujuk kepada fakta, Parlimen Hulu Selangor mempunyai tiga kerusi DUN di mana PRU14 menyaksikan UMNO menang di Hulu Bernam Batang Kali (Bersatu) dan Kuala Kubu Baru diberikan kepada DAP sementara kerusi Parlimen Hulu Selangor pula ditandingi PKR.\"Bagi mengimbangi pembahagian kerusi secara praktikal, Amanah wajar mendapat satu kerusi di Hulu Selangor sama ada Batang Kali bagi menggantikan Bersatu sebelum ini atau penukaran setara untuk UMNO bertanding di Batang Kali dan Amanah di Hulu Bernam.\"Hal ini juga bertepatan dengan kefahaman semua pihak bahawa kerusi Batang Kali merupakan kerusi yang telah dimenangi PH (Bersatu) pada ketika PRU14,\" katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Amanah, Adly Zahari yang menganggap tuntutan satu kerusi di Hulu Selangor itu sebagai pandangan peribadi tidak mewakili kepimpinan parti tersebut.Katanya, pembahagian seperti yang dicadangkan itu membolehkan semua parti di bawah PH-BN mempunyai kerusi di Hulu Selangor dan berperanan untuk memaksimumkan usaha memenangkan calon di DUN masing-masing.\"Pembahagian yang dicadangkan ini juga akan memperlihatkan keharmonian dan kesepaduan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan di samping menunjukkan komitmen semua mencapai keputusan menang-menang.\"Justeru tuntutan Amanah Hulu Selangor sebagai parti anggota dalam PH mempunyai asas dan sewajarnya pihak kepimpinan tertinggi tidak terpesong daripada fakta yang dikemukakan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:09pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264773/berita/nasional/razarudin-ayob-khan-gandingan-mantap-terajui-pdrm---saifuddin", "article_title": "Razarudin, Ayob Khan gandingan mantap terajui PDRM - Saifuddin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pelantikan Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid sebagai Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai gandingan ideal dan sangat mantap.Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut menyifatkan pemilihan kedua-dua tokoh kepolisian itu sebagai keputusan tepat berdasarkan pengalaman kerja masing-masing.Selain itu beliau berkata, kualiti kepimpinan dua orang kuat PDRM itu berjaya dibuktikan menerusi pelantikan mereka dalam pelbagai jawatan sebelum ini.\"Mereka berdua adalah satu gandingan sangat mantap untuk menerajui PDRM, seterusnya meningkatkan lagi reputasi pasukan polis negara.\"Diharap kecemerlangan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab diberikan akan dapat diteruskan selepas ini, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi di enam buah negeri.\"Menjadi satu komponen penting buat PDRM bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam pada PRN itu nanti,\" katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.Beliau berkata demikian selepas majlis pemakaian lencana pangkat serta serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), dekat sini.Pada majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyerahkan tugas Ketua Polis Negara kepada Razarudin.Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa 23 Jun sehingga 22 Jun 2025 secara kontrak.Sementara itu, Ayob Khan yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dilantik sebagai timbalan kepada Razarudin.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, menjelang PRN yang bakal berlangsung, pihak polis akan menyusun gerak atur kerja dengan menempatkan 40,000 anggota bertugas di enam buah negeri terlibat.Jelasnya, selain anggota dan pegawai yang berkhidmat di negeri terlibat, PDRM akan turut menambah kekuatan petugas dari negeri lain.Kata beliau, kesiapsagaan akan dipertingkatkan bagi memastikan tidak berlaku perkara tidak diingini.\"Ia satu yang penting untuk melihat rakyat tidak takut atau berasa gusar keluar rumah bagi melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara,\" ujarnya.Beliau berkata, isu 3R iaitu agama, institusi diraja dan kaum harus diambil perhatian serius oleh PDRM menjelang 'perang' PRN.Ini kerana tegasnya, trend membangkitkan isu 3R agak membimbangkan pada masa ini.Jelasnya, masih terdapat kritikan terbuka yang langsung tidak menunjukkan adab terhadap institusi diraja.\"Kita tidak mahu pertembungan politik pada PRN ini nanti menjadi satu pertembungan agama yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.\"Keadaan seumpama itu pastinya tidak bagus untuk ketenteraman dan kesejahteraan negara.\"Maka perkara ini perlu diberi perhatian berat oleh PDRM supaya perkara seumpama ini tidak terus berlaku,\" ujarnya.Sementara itu, Saifuddin berkata, sebanyak 151 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dinaik taraf, sekali gus memberi situasi kondusif kepada anggota bertugas.Menurutnya, perkara itu sangat penting untuk dilaksanakan segera berdasarkan peranan PGA yang berada di barisan hadapan dan menjaga persempadanan negara.Sehubungan itu beliau berkata, anggaran peruntukan sebanyak RM40 juta diperlukan bagi membaik pulih infrastruktur di pos-pos PGA.\"Proses menambah baik ini melibatkan aspek logikstik PGA termasuk keperluan kabin dan pembaikan lantai yang rapuh.\"Ia satu tindakan munasabah kerana kebanyakan kemudahan di pos kawalan PGA yang terletak di garis sempadan negara sudah banyak yang uzur serta daif,\" ujarnya.Tegasnya, kondisi tempat kerja yang sempurna akan meningkatkan semangat juang, seterusnya menghalang berlakunya kegiatan jenayah persempadanan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada apa yang janggal peralihan kuasa' - Acryl Sani'Supercop baharu' Malaysia", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264771/berita/nasional/kpt-nafi-syarat-ketat-biasiswa-punca-tidak-lanjut-pengajian", "article_title": "KPT nafi syarat ketat biasiswa punca tidak lanjut pengajian", "article_text": "PASIR GUDANG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan syarat dikenakan terhadap permohonan biasiswa atau pinjaman menjadi faktor ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih tidak melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke IPT boleh memohon bantuan pinjaman termasuk daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\"Pertama yang sudah kita perkenalkan ialah Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma. Seramai 10,000 pelajar daripada kumpulan B40 yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terkecuali daripada membayar yuran di universiti awam.\"Tak ada (dakwaan syarat ketat tersebut), kalau PTPTN dia tengok pada gaji pendapatan ibu bapa (pemohon) itu sahaja.\"Saya ingat pelajar yang tak nak masuk itu mungkin yang tak lulus daripada tingkatan atau tak cukup (kelayakan) atau dia mohon pilih satu subjek yang tak sesuai dengan kelayakan dia, masuk dulu baru tengoklah sama ada dia boleh dapat pinjaman atau tidak,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.Mohamed Khaled mengulas kenyataan Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya, Nur Nazirah Abdullah bahawa syarat ketat pembiayaan menyebabkan ramai lepasan SPM memilih tidak melanjutkan pengajian mereka ke IPT.Antara faktor utama mereka tidak mahu menyambung pelajaran adalah kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.Selain itu syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dengan pelajar sekurang-kurangnya mendapat 9A+ atau A dalam peperiksaan SPM untuk memohon tajaan secara tidak langsung akan mengurangkan minat mahasiswa.Terdahulu, Mohamed Khaled diberi taklimat berhubung Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sempena lawatan kerjanya di PSI.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 03:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264772/berita/nasional/malaysia-di-kedudukan-ke-20-dunia-dalam-strong-starters-ranking", "article_title": "Malaysia di kedudukan ke-20 dunia dalam Strong Starters Ranking", "article_text": "PUTRAJAYA - Malaysia berada di tangga ke-20 dunia dalam senarai \u2018Strong Starters Ranking\u2019 pada laporan Ekosistem Syarikat Pemula Global 2023 yang diterbitkan Startup Genome.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, ranking ke-20 yang diraih Malaysia dalam usaha menyediakan ekosistem syarikat pemula (startups) itu adalah kedudukan yang membanggakan dan meyakinkan.Berdasarkan laporan itu juga, Malaysia kekal di kedudukan 21-30 di Emerging Ranking Ecosystem seperti pada 2022.\"Pencapaian itu adalah hasil aktiviti pembiayaan yang rancak kepada syarikat pemula,\" menurut kenyataan itu.MOSTI memaklumkan pengiktirafan Malaysia di bawah Global Startup Ecosystem Report 2023 itu adalah bukti keberkesanan usaha yang dipelopori kementerian untuk membangunkan ekosistem berpandukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Malaysia (SUPER) 2021-2030 yang diterajui agensi penyelaras syarikat pemula Cradle Fund Sdn Bhd.Pendekatan yang lebih berstruktur dengan Cradle selaku agensi penyelaras pusat dengan kerjasama daripada badan-badan kerajaan berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti telah membina asas yang kukuh untuk terus memacu perkembangan lestari ekosistem syarikat pemula Malaysia, menurut MOSTI.Setakat ini, MOSTI telah melaksanakan SUPER menerusi Cradle Fund bagi menyokong dan memberi manfaat kepada lebih 3,000 syarikat pemula sebagai usaha memperbaiki dan mempertingkatkan pertumbuhan ekosistem bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).\"Sasaran SUPER adalah untuk memberi sokongan kepada 5,000 syarikat pemula menjelang 2025,\u201d menurut MOSTI.MOSTI memaklumkan nilai ekosistem syarikat pemula Malaysia telah mencecah AS$46 billion bagi tempoh bermula separuh pertama 2020 hingga 2022.Ini meletakkan nilai ekosistem Malaysia antara lima ekosistem teratas bagi ekosistem \"emerging\u201d dan nilai ekosistem Malaysia mengatasi Copenhagen, Guangzhou, Minneapolis, Bucharest dan Mexico City. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264777/berita/nasional/mof-tidak-cadang-beri-rebat-pelepasan-cukai-beli-kereta-kepada-oku", "article_title": "MoF tidak cadang beri rebat pelepasan cukai beli kereta kepada OKU", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk memberikan rebat pelepasan cukai kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor buat masa ini.\"Cadangan tersebut perlu diperhalusi dan dikaji secara menyeluruh,\u201d kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata, kerajaan telah menyediakan pengecualian sepenuhnya ke atas duti eksais kenderaan untuk semua individu OKU dan cacat fizikal yang berkeupayaan memandu dengan syarat-syarat seperti pemohon berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memiliki lesen memandu sah, kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik sehingga lima tahun, pengecualian dengan kebenaran MoF dan pengecualian dibenarkan untuk sebuah kenderaan setiap lima tahun.Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Senator Isaiah Jacob mengenai cadangan kerajaan untuk memberikan rebat pelepasan cukai bagi pembelian kenderaan bermotor di bawah harga RM45,000 untuk golongan sasaran OKU berkategori B40 dan M40.Menurut Steven Sim, layanan cukai sedia ada dilihat memadai bagi meringankan beban golongan OKU bagi kategori B40 dan M40.\"Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar percukaian sedia ada dari semasa ke semasa seiring dengan persekitaran ekonomi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:43pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264769/berita/semasa/inspektor-shiela-ditahan-kerja-lapan-kertas-siasatan-dibuka", "article_title": "'Inspektor Shiela' ditahan kerja, lapan kertas siasatan dibuka", "article_text": "KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka ke atas seorang pegawai polis wanita dikenali sebagai 'Inspektor Shiela' yang terbabit dalam kejadian mencemuh dan menghina anggota polis bawahan baru-baru ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung isu tersebut.Menurutnya, dua kertas siasatan tersebut dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM.\"Enam lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan aspek tatatertib yang dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).\"Proses mendengar percakapan daripada pegawai terbabit telah dilakukan oleh PDRM pada 18 Jun lalu.\"Sehubungan itu, pegawai tersebut dikenakan tindakan ditahan kerja sejak minggu lepas,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis pemakaian lencana pangkat serta serah terima tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol), dekat sini.Pada majlis tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyerahkan tugas kepada timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa bermula 23 Jun sehingga 22 Jun 2025 secara kontrak.Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, tindakan ditahan tugas dikenakan ke atas pegawai polis wanita itu ekoran tiga video kejadian tular di media sosial baru-baru ini.\"Tindakan itu akan berlanjutan sehingga kes tersebut selesai disiasat dan urusan pertuduhan dijalankan.\"Sehubungan itu masyarakat diharap dapat memahami tugas polis untuk menyiasat perkara tersebut seadilnya,\" katanya.Jelasnya, terdapat kaedah dan mekanisme digunakan bagi menjalankan siasatan terperinci, sekali gus mengelak berlakunya ketidak ketenteraman awam.\"Apabila ia melibatkan anggota atau pegawai PDRM, maka ada saluran tertentu dan tindakan dalaman yang akan diambil.\"Malah tindakan yang diambil ini juga bertujuan menepis persepsi tidak baik kepada PDRM dan boleh mencemar institusi kepolisian negara,\" ujarnya.Ditanya sama ada pegawai terbabit mempunyai masalah kesihatan mental, beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:31pm"} {"author_name": "NIK AMIRULMUMIN NIK MIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264767/berita/semasa/keputusan-semakan-kehakiman-kes-reman-ocpd-7-julai", "article_title": "Keputusan semakan kehakiman kes reman OCPD 7 Julai", "article_text": "KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 7 Julai depan untuk keputusan semakan kehakiman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonan reman ke atas seorang ketua polis daerah di negeri ini yang ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM1 juta, 7 Jun lalu.Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menetapkan tarikh itu pada Khamis selepas mendengar hujah pihak SPRM yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalif dan peguam, Datuk Bob Arumugam yang mewakili responden.Rifah Izzati dalam hujahannya berkata, semakan kehakiman itu dibuat ekoran keputusan Mahkamah Majistret itu yang menolak permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dikemukakan SPRM terhadap suspek memandangkan siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.Menurutnya, permohonan reman itu ditolak dengan alasan terdapat peruntukan khusus di bawah Seksyen 49 Akta SPRM 2009 bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang memutuskan Seksyen 117 KTJ tidak terpakai untuk permohonan reman bagi kesalahan yang disiasat di bawah Akta SPRM.\"Dihujahkan bahawa, keputusan dibuat Majistret itu terkhilaf dan terkeliru dalam memahami peruntukan Seksyen 67 Akta SPRM yang bukan 'non-obstante' kepada pengecualian pemakaian KTJ bagi kesalahan di bawah Akta SPRM.\"Keputusan Mahkamah Majistret itu juga secara tidak langsung menyekat dan menafikan kuasa pegawai SPRM untuk menyiasat aduan kes di bawah agensi itu,\" katanya.Sementara itu, Bob dalam hujahnya berkata, keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonan reman dikemukakan SPRM sebelum ini betul dan tidak terkhilaf dari segi undang-undang.Menurutnya, SPRM tidak boleh bergantung kepada KTJ memandangkan Akta SPRM jelas memperuntukkan kuasa khusus kepada agensi itu untuk proses siasatan.\"Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan untuk permohonan reman sebelum ini, saya percaya SPRM tidak menjalankan siasatan secara terperinci apabila menyebut suspek melakukan kesalahan antara 2017 hingga 2022 sedangkan anak guam saya dilantik sebagai ketua polis daerah berkenaan pada 2018,\" katanya.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang ketua polis daerah di Pahang ditahan kerana disyaki menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022Suspek disyaki menerima suapan bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.Bagaimanapun pada 7 Jun lalu, pegawai kanan polis itu dibebaskan dengan jaminan bon SPRM selepas permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ditolak mahkamah.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:22pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264768/berita/semasa/bekas-tentera-didenda-rm20000-tembak-mati-kucing", "article_title": "[VIDEO] Bekas tentera didenda RM20,000 tembak mati kucing", "article_text": "MELAKA - Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Aziz Tambi, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadapnya.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing milik Amran Majid, 45, dengan cara menembak kucing tersebut menggunakan selaras senapang angin.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Lorong Mat Lajis, Bukit Rambai di sini, lebih kurang jam 2.30 petang pada 18 Jun tahun lalu.Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwa Raya, Alif Asraf Anuar Sharuddin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh berlandaskan emosi dan menyalahi undang-undang.Tertuduh diwakili peguam Mohd Ishak Kari memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh merupakan warga emas dan pernah berkhidmat kepada negara dalam bidang ketenteraan selain dianugerahkan pingat penghargaan.Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda dengan jumlah itu dan dipenjara enam sekiranya gagal membayar denda tersebut.Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:12pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264766/berita/nasional/tiada-apa-yang-janggal-peralihan-kuasa---acryl-sani", "article_title": "'Tiada apa yang janggal peralihan kuasa' - Acryl Sani", "article_text": "KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan dirinya.Acryl Sani berkata, ada pihak yang mungkin berasa pelik dengan keputusannya untuk bersara lebih awal.\u201cMungkin anda berasa pelik, percayalah tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa, tetapi sebenarnya situasi memaksa saya memendekkan tempoh perkhidmatan untuk memenuhi keperluan di luar,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di sini, pada Rabu.Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.Saifuddin sebelum itu menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara melibatkan Acryl Sani kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.Beliau turut menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.Pelantikan baharu buat kedua-dua kepimpinan baharu PDRM itu berkuat kuasa pada Jumaat.Acryl Sani berkata, beliau meninggalkan PDRM dengan hati terbuka kerana beliau percaya mereka yang masih berkhidmat akan dapat meningkatkan imej dan kualiti pasukan ke tahap yang lebih tinggi.\"Sentiasa ingat logo kita, ingatlah slogan kita, sedia berkhidmat dan dan polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,\u201d katanya.Acryl Sani menyifatkan hari terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara sebagai pengalaman pahit dan manis.\u201cSaya sedih kerana tidak dapat bertemu seramai mungkin rakan sepasukan sebelum bersara.\"Percayalah bahawa semua orang akan sentiasa kekal di hati saya. Bak kata pepatah, kita tidak akan selamanya di sini tetapi kerja sebagai anggota dan pegawai polis tidak akan pernah berakhir,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:09pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264763/berita/semasa/youtuber-noel-faizal-didenda-rm2500-kes-dadah", "article_title": "YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 kes dadah", "article_text": "PETALING JAYA - 'YouTuber' Noel Faizal yang mempunyai 248,000 'subscribers' didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan membabitkan kes dadah jenis methamphetamine, tiga bulan lalu.Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa ada dalam kawalannya dadah berbahaya itu, seberat bersih 0.68 gram di tempat letak kereta sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pada jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes berlaku terutamanya di daerah ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:09pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264765/berita/semasa/orang-menteri-perdaya-warga-emas-ditahan-polis", "article_title": "'Orang menteri' perdaya warga emas ditahan polis", "article_text": "KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan sudah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan terlibat dalam kes menipu warga emas hingga mangsa mengalami kerugian barangan kemas bernilai RM8,100.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, mangsa ditahan di sebuah rumah di Kuala Selangor kira-kira jam 4 petang.Menurut beliau, suspek berusia lingkungan 30 tahun berjaya ditahan dan polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Alza, dua gelang tangan dan tiga bentuk cincin serta sekeping resit pajak gadai atas nama suspek.\"Suspek telah direman mulai Khamis sehingga Ahad ini dan hasil semakan mendapati lelaki itu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ramli berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap suspek sama sebelum ini.\"Suspek dipercayai menggunakan modus operandi sama bagi memperdaya mangsa.\"Siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,\" tambahnya.Sina Harian sebelum ini melaporkan, dua ibu tunggal warga emas mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai 'orang menteri' pada Jumaat lalu.Shaidah Hamid, 71, dan rakannya, Saamah Basri, 72, masing-masing menetap di Batu 8, Kampung Asahan di sini didatangi suspek kononnya untuk menguruskan bantuan, bagaimanapun dibawa menaiki sebuah kereta ke Bestari JayaLelaki terbabit mengambil dua gelang tangan dan tiga cincin daripada kedua-dua mangsa yang kemudiannya ditinggalkan di sebuah restoran berhampiran.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 02:01pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264760/berita/nasional/pengeluar-gula-perlu-hantar-laporan-harian---salahuddin", "article_title": "Pengeluar gula perlu hantar laporan harian - Salahuddin", "article_text": "PUTRAJAYA - Dua syarikat pengeluar gula, MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) diarahkan untuk menghantar laporan harian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung pengeluaran gula di kilang mereka.Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut bagi memastikan jaminan bekalan gula di pasaran tidak terjejas.\"Kedua-dua syarikat ini telah memberi jaminan bahawa bekalan gula mencukupi dan kita telah mengarahkan mereka menghantar laporan setiap hari sejak Mei lalu,\" katanya menerusi sidang akhbar pelancaran Pakej Rahmah Insurans dan Takaful di KPDN di sini pada Khamis.Menurut Salahuddin, KPDN turut mempergiatkan penguatkuasaan di sempadan negara bagi mengelakkan ketirisan subsidi terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.\"Kita akan memantau serius perkara ini khususnya di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran,\" ujar beliau.Salahuddin berkata, selepas berlaku gangguan dan Ops Manis dilancarkan pada Mei lalu, bekalan gula kini adalah stabil berikutan pemeriksaan secara berkala di peringkat pemborong serta runcit.\"Minggu lepas kami turun padang mendapati ada beberapa tempat masih lagi mengalami kekurangan bekalan dan ia diatasi dalam tempoh sehari dua kemudian.\"Dua tiga hari ini kita sudah tidak menerima aduan mengenai gula,\" katanya lagi.Dalam pada itu, Salahuddin berharap penunggang motosikal dan individu yang terlibat dalam ekonomi gig merebut peluang untuk mendapatkan Pakej Rahmah Insurans dan Takaful.\"Ia murah dan saya rasa dengan tawaran ini pencarum akan mendapat perlindungan sewajarnya,\" katanya.Sementara itu, beliau berkata, kementerian bersedia untuk mengadakan libat urus dalam masa terdekat dengan pihak bank bagi membincangkan inisiatif perbankan Rahmah.Pada permulaan Salahuddin telah bertemu dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi tujuan itu.\"Zafrul berkata beliau bersedia. Kita akan bincang jika boleh ditawarkan mana-mana segmen perbankan seperti perumahan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264759/berita/semasa/kes-solar-rosmah-gagal-cabar-pelantikan-pendakwa-utama", "article_title": "Kes solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama", "article_text": "PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis gagal dalam usaha mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun sebulat suara menolak rayuan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.Hakim See yang menyampaikan keputusan mahkamah dalam prosiding secara dalam talian, menolak rayuan Rosmah dengan kos RM10,000.Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.Hakim See berkata, panel hakim bersetuju bahawa permohonan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di luar masa, kerana permohonan itu sepatutnya difailkan dalam tempoh tiga bulan dari fiat (surat kebenaran) pertama kali dilihat.Beliau berkata, perayu (Rosmah) sepatutnya memfailkan permohonan itu dalam tempoh bermulanya tarikh fiat pertama kali dilihatnya dan seperti yang didakwanya sebagai tidak sah, sekali gus menyebabkan pelantikan Sri Ram salah di sisi undang-undang serta perbicaraan kes hibrid solar itu terbatal dan tidak sah.\"Semakan kehakiman, yang diberi mandat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh (penglihatan pertama) dan kami mendapati perayu sudah di luar masa berkenaan,\" katanya.Hakim juga berkata, tidak ada alasan kukuh bagi mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk memberikan lanjutan masa bagi memfailkan semakan kehakiman.Aturan 53 kaedah 3(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman hendaklah dibuat dengan segera dan dalam apa jua keadaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh alasan bagi permohonan itu timbul atau apabila keputusan itu mula-mula dimaklumkan.Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu.Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pemberita bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan pada Khamis ke Mahkamah Persekutuan.Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Liew Horng Bin bertindak bagi pihak responden. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:48pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264757/berita/politik/mb-dijangka-umum-bubar-dun-terengganu-selepas-26-jun", "article_title": "MB dijangka umum bubar DUN Terengganu selepas 26 Jun", "article_text": "MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas 26 Jun ini.Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan proses pembubaran DUN akan berlaku antara 27 hingga 28 Jun memandangkan ia adalah tempoh paling sesuai sebelum DUN terbubar secara automatik pada 30 Jun.\"Bergantung kepada Menteri Besar, tetapi saya yakin (pembubaran DUN) selepas program di Istana Syarqiyyah sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Terengganu pada 26 Jun ini, akan berlakulah (pembubaran DUN).\"Saya yakin beliau (Menteri Besar) akan ambil masa selepas program 26 hari bulan itu, iaitu selepas majlis jamuan bersama warga istimewa dan fakir miskin di mana ia merupakan program terakhir di istana bersama rakyat,\" katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok Kediaman (RTB) DUN Alur Limbat di Dewan Sivik Bukit Payung, di sini pada Khamis.Dalam pada itu, Ariffin berkata, seluruh jentera kini bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.\"Kita tiada masalah sebab dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu kita istilahkan sebagai 'simulasi pilihan raya'.\"Maksudnya ia sebagai 'training ground', jadi kami masih panas-panas lagi. Bendera-bendera kita pun masih ada dan sudah ada beberapa tempat yang telah menaikkan bendera.\"Jadi tak perlu yang barulah (bendera) sebab kalau bendera macam tu (masih baharu), orang pun macam tu. Masih 'fresh' lagi,\" ujarnya.Sehingga kini, Terengganu masih belum memutuskan tarikh sebenar pembubaran DUN di negeri berkenaan.Lima negeri yang akan berdepan PRN telah memuktamadkan tarikh pembubaran DUN iaitu Kelantan (22 Jun), Selangor (23 Jun), Pulau Pinang (28 Jun), Kedah (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264761/berita/nasional/pemilihan-rohingya-masuk-ipt-berdasarkan-kelayakan", "article_title": "Pemilihan Rohingya masuk IPT berdasarkan kelayakan - KPT", "article_text": "PASIR GUDANG - Pemilihan pelarian Rohingya diterima masuk untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau swasta adalah berdasarkan kelayakan dengan tempat yang terhad.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kemasukan tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya dan masyarakat tidak perlu bimbang dengan keputusan menerima mereka melanjutkan pelajaran di IPT.\"Tidak semua etnik Rohingya seperti yang kita lihat di luar, ada di antara mereka yang berkelayakan. Malaysia sebuah negara yang ramai pelajar antarabangsa datang untuk belajar, jadi ada antaranya Rohingya.\"Sekiranya dia (etnik Rohingya) berkelayakan, boleh bayar, mereka boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang tertentu dengan tempat yang terhad. IPTS (institusi pengajian tinggi swasta) memang terbuka.\"IPT ini bukan ambil semua (Rohingya) masuk semua universiti, tidak. Situasi ini bukan berniaga di tepi jalan, hendak masuk ke universiti kena ada kelayakan merit, bukan semua orang boleh,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.AHli Parlimen Kota Tinggi itu mengulas segelintir pihak yang gusar dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi ke IPT tempatan dan dikatakan bakal mengancam kedaulatan negara.Pada Selasa, Penasihat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat berkata, pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).Mengulas lanjut, Mohammed Khaled berkata, persepsi masyarakat perlu diperbetulkan terhadap isu peluang pelarian Rohingya menyambung pengajian di IPT.Katanya selain sifat insan terhadap umat islam, ia juga memberi peluang kepada pelajar Rohingya ini apabila keluar nanti membentuk dan mendidik masyarakat mereka sendiri, supaya tidak menimbulkan masalah.\"Tiada apa yang hendak ditakutkan, alangkah indahnya kita ini menjadikan dia (Rohinya) manusia, takkan kita tiada sifat insani, kita ini hendak jadikan dia berjaya. Dia Islam, dia kalau balik negara dia akan dibunuh.\"Jadi kalau kita dapat lahirkan dia (Rohingya) berjaya, dia boleh betulkan masyarakat dia kalau kita tidak mulakan, dia akan membiak dan menimbulkan masalah kepada kita. Tidak ramai pun, bukan kita pergi ambil semua masuk universiti, tidak,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264756/berita/nasional/sambutan-ulang-tahun-dbp-akan-dibawa-ke-peringkat-sekolah", "article_title": "Sambutan ulang tahun DBP akan dibawa ke peringkat sekolah", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berbincang dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membawa sambutan ulang tahun DBP ke peringkat sekolah mulai tahun depan.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan melonjakkan usaha memperkasakan bahasa di peringkat sekolah.\"Khidmat, bakti dan perjuangan DBP perlu diperkenalkan di peringkat sekolah,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-67 DBP di Wisma DBP di sini pada Khamis.Fadhlina berkata, satu lagi langkah yang akan diambil KPM untuk memperkasa bahasa ialah memperkenalkan beberapa buku tulisan sasterawan negara sebagai bacaan di sekolah.\"KPM akan bincang dengan DBP untuk pilih beberapa tajuk (karya sasterawan negara) untuk pembacaan anak-anak sekolah,\u201d katanya.Ditanya sama ada Malaysia berhadapan dengan krisis pendidikan apabila 30,000 pelajar didapati tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2022, beliau berkata, KPM sentiasa melakukan intervensi untuk mengatasi pelbagai cabaran pendidikan.Katanya, antara intervensi yang dilaksanakan termasuk mengatasi masalah keciciran, ketidakhadiran dan tidak menguasai pembacaan.Beliau berkata, semua pihak perlu melihat kepada dua sekolah Malaysia yang disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 (World\u2019s Best School Prizes 2023) baru-baru ini.\"Ini bermakna kita boleh berjaya dalam acuan sendiri,\u201d katanya.Dua sekolah yang disenarai pendek ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang, yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor, tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.Pada majlis sama Fadhlina melancarkan buku Gaya Dewan edisi keempat yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai panduan penerbitan.Turut dilancarkan ialah portal WadahDBP, sebuah majalah elektronik yang menerbitkan karya-karya penulis tempatan khususnya penulis baharu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:40pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264758/berita/politik/pas-minta-jeli-gua-musang", "article_title": "'Pas minta Jeli, Gua Musang'", "article_text": "KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bersetuju memberi dua daripada lapan kerusi kepada Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) namun keputusan kawasan belum dimuktamadkan lagi.Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pembahagian kerusi sudah selesai namun penentuan dua kerusi masih dibincangkan.\"Kita minta di Jeli dan Gua Musang. Kita ada yang kita nak, dia pun ada yang dia nak...itu yang jadi tidak selesai,\" katanya kepada pemberita selepas Perasmian Karnival Kelantan Maju di sini pada Khamis.Beliau berkata, Pas perlu bertanding di kawasan berkenaan bagi memberi sokongan moral kepada ahli parti.\"Kita perlu ada satu kerusi supaya memberikan semangat yang lebih tinggi kepada ahli dan petugas Pas untuk bekerja pada PRN,\" katanya.Beliau memberitahu, calon yang bertanding melibatkan pertukaran kerusi antara 25 hingga 30 peratus dan kali ini membabitkan ramai golongan profesional.\"Nama saya turut dicalonkan tetapi saya serahkan kepada parti yang membuat keputusan,\" katanya.Sementara itu, Mohd Amar Amar turut memaklumkan pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) sudah 95 peratus di seluruh negara dan hanya beberapa lagi yang perlu dirundingkan kerana menjadi perebutan.Justeru katanya, perbincangan secara terperinci perlu bagi membolehkan peluang besar untuk menang.\"Saya tidak terlibat dalam pembahagian itu tetapi saya dimaklumkan ada beberapa kerusi yang bertindih.\"Setiap negeri ada isu yang sama tetapi secara umumnya 95 peratus itu selesai,\" katanya.Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa berlaku pertelagahan antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Mohd Amar mengakui tidak tahu situasi itu.\"Saya tidak tahu perkara itu. Bagi saya itu semua serangan saraf politik dan spekulasi selain ada individu yang suka memberi tafsiran. Itu yang menjadi masalah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:35pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264754/berita/nasional/ecrl-kelantan-dijangka-siap-enam-bulan-lebih-awal", "article_title": "ECRL Kelantan dijangka siap enam bulan lebih awal", "article_text": "PASIR PUTEH - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini dijangka disiapkan enam bulan lebih awal dari tempoh asalnya iaitu Januari 2027.Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Ir Nik Soh Yaacoub berkata, setakat ini proses pembinaannya telah mencapai 61.7 peratus melibatkan 1,520 pekerja.\"Ia melibatkan proses kemajuan pembinaan jambatan, penambahbaikan dan stesen pertama yang sedang dijalankan iaitu di Tunjong, Kota Bharu.\"Sasaran kita kemudahan ini dapat digunakan sebelum 2028 di mana Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia (Sukma),\" katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau bersama Pengurus Projek Eksekutif Seksyen 1, Wang Guan Chao mengadakan lawatan teknikal ke tapak projek ECRL Seksyen 1 di Jerus, di sini.Menurut Nik Soh, dengan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) serta China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) projek tersebut mampu disiapkan lebih awal.\"Ia juga dibantu oleh teknologi baharu yang digunakan dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan.\"Dengan penggunaan mesin canggih, ia menjamin dari segi kebersihan, serta mengurangkan sisa-sisa pembinaan,\" katanya.Dalam perkembangan lain, tambah Nik Soh, kemajuan bagi projek ECRL di Kelantan, Terengganu dan Pahang telah mencapai 45.1 peratus.\"Terengganu mendahului dengan pencapaian hampir mencecah kepada 65 peratus berbanding yang lain,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:12pm"} {"author_name": "NOR FARHANA YAACOB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264752/berita/semasa/penganggur-tumbuk-hempas-bapa-dipenjara-lapan-bulan", "article_title": "Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan", "article_text": "MELAKA - Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama terhadapnya.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke tanah berbatu.Kesalahan itu dilakukan di No 2154-2 Jalan Bunga Raya 4, KM4, Kampung Semabok di sini, pada jam 7.06 petang, 13 Jun lalu.Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon tertuduh yang mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dikenakan terhadapnya.Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan dari tarikh sabitan hari ini.Dalam prosiding sama, Muhammad Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen sama iaitu menumbuk bapanya di alamat sama pada jam 11.05 malam 15 Mei tahun lalu.Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membaling objek seperti batu, kayu dan besi terhadap mangsa sama di alamat dan masa sama mengikut Seksyen 352 kanun sama.Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman sehingga tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.Tertuduh juga mengaku tidak bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 4.45 petang pada 15 Jun lalu.Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun dan dikenakan pengawasan polis maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 352 manakala RM8,000 atas kesalahan dadah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,500 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 24 Julai depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 01:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264749/berita/nasional/sidang-kemuncak-istanbul-september-atau-oktober-ini", "article_title": "Sidang Kemuncak Istanbul September atau Oktober ini", "article_text": "SHAH ALAM - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk mengadakan Sidang Kemuncak Istanbul pada September atau Oktober tahun ini.Perkara tersebut disampaikan dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam di Kompleks Presiden, Angkara, Turkiye dan perbincangan menumpukan perkara dijalankan semasa Sidang Kemuncak KL pada 2019.Erdogan turut mencadangkan, Dr Mahathir dan pasukan Sidang Kemuncak KL bekerjasama dengan pihak Turkiye dalam cadangan Sidang Kemuncak Istanbul akan datang.\u201cPersidangan ini adalah bagi meneroka lagi potensi yang telah dikenal pasti dan meneruskannya semasa Sidang Kemuncak Istanbul akan datang.\u201cMemandangkan perkembangan pesat dan kemajuan Turkiye dalam pelbagai bidang boleh dijadikan sebagai contoh kepada negara Islam lain,\u201d kata kenyataan yang dikongsi dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook Dr Mahathir.Sidang Kemuncak KL pada 2019 diterajui Dr Mahathir selaku pengerusi diadakan selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) disertai 450 perwakilan dari 56 negara Islam yang terdiri daripada pemimpin negara, pemikir, cendekiawan, ahli politik dan pemimpin masyarakat.Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Erdogan atas kejayaan mengekalkan jawatan presiden dalam pilihan raya baru-baru ini.Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada mangsa gempa bumi yang memusnahkan beberapa wilayah sehingga mengorbankan ribuan rakyat negara itu.\u201cTerdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran serta peperangan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:54pm"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264750/berita/semasa/nenek-terpedaya-sindiket-phone-scam-rm79992-lesap", "article_title": "Nenek terpedaya sindiket phone scam, RM79,992 lesap", "article_text": "KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM79,992 selepas diperdaya sindiket panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara pada Selasa lalu.Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 72 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan kad kredit miliknya telah digunakan untuk urus niaga penyeludupan dadah di luar negara.Menurutnya, suspek kemudian meminta maklumat perbankan mangsa dan telah mengaktifkan perbankan secara dalam talian bagi akaun tersebut.\"Setelah beberapa lama kemudian mangsa telah menerima beberapa SMS (khidmat pesanan ringkas) transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya.\"Susulan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 79,992 dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,\" katanya dalam satu kenyataan pada KhamisSehubungan itu, Yahaya berkata, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.\"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264748/berita/nasional/isu-pasca-covid-19-pengambilan-tanah-punca-kelewatan-ltu", "article_title": "Isu pasca Covid-19, pengambilan tanah punca kelewatan LTU", "article_text": "KUALA LUMPUR - Punca utama kelewatan pembinaan Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ialah isu pengambilan tanah dan pasca Covid-19, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Beliau berkata, kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan pembinaan projek berkenaan yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer.\"Sebenarnya kelewatan ini sedikit sahaja iaitu 55.36 peratus berbanding 56.75 peratus unjuran. Jadi sedikit sahaja kelewatannya,\" katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad berkenaan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan beberapa segmen projek LTU dan tidak mengikut jadual.Nanta berkata, pihaknya juga telah mengambil tindakan bagi mengatasi isu itu dengan mengadakan tadbir urus bersama agensi terlibat seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta pihak berkaitan kerajaan negeri.\"Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan permohonan perubahan harga ataupun variation of price (VOP) bagi membantu kontraktor menangani kenaikan harga barang,\" katanya.Sementara itu, Nanta berkata, laluan Seksyen 5B LTU dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap serta Seksyen 5A Persimpangan Krau, Raub akan dibuka untuk laluan kenderaan pada 26 Jun ini.\"Dijangka 500,000 kenderaan akan melalui laluan ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba dan pengguna dapat menikmati penjimatan masa hingga 40 minit pada waktu puncak kerana tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Raub.\"Keseluruhan jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada 2026,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:45pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264745/berita/nasional/malaysia-sebagai-hab-digital-asia-gubal-dasar-lebih-baik", "article_title": "Malaysia sebagai hab digital Asia, gubal dasar lebih baik", "article_text": "KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kerajaan sedang menyediakan dasar dan undang-undang berkaitan aspek keselamatan data dan siber yang lebih baik sebagai langkah menjadikan Malaysia sebagai hab digital Asia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.Sehubungan itu, beliau berkata, usaha seperti melakukan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan meneliti Rang Undang-Undang Omnibus sedang dilaksana untuk menjadikan dasar digital negara lebih komprehensif.Beliau berkata, langkah itu kerana Malaysia kini menjadi lokasi pilihan pelabur asing dalam sektor digital, malah kedudukan Malaysia di tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2023 membuktikan negara menjadi perhatian syarikat asing dan pemain industri untuk melabur.\"Ramai pelabur melihat Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan mereka yakin dengan dasar negara... ini memungkinkan kita menjadi hab digital serantau di rantau Asia.\"Malaysia boleh menjadi gerbang digital kepada rantau ini... kalau sektor pelancongan kita ada slogan Malaysia Truly Asia, untuk sektor ini kita boleh ketengahkan slogan seperti Digital Malaysia: Malaysia Through To Asia... iaitu negara sebagai gerbang digital kepada Asia,\u201d katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Digital Malaysia 2023 di sini pada Khamis.Selain itu, Fahmi berkata, Malaysia juga perlu bekerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.Katanya, langkah itu akan melengkapkan ekosistem ekonomi digital negara dan rantau ini, sekali gus memungkinkan berlakunya dekad emas digital bagi negara dan Malaysia mungkin boleh menjadi 'Harimau Digital Asia'.Terdahulu, beliau merasmikan program yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok, menghimpunkan syarikat dan pemain industri digital tempatan bagi meneroka hala tuju sektor berkenaan mendepani cabaran dan keperluan global.Turut hadir pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz dan Presiden Malaysia Digital Association (MDA), Eileen Ooi.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264746/berita/politik/prn-umno-usaha-kekal-tanding-di-kerusi-tradisi", "article_title": "PRN: UMNO usaha kekal tanding di kerusi tradisi", "article_text": "PASIR GUDANG - UMNO akan berusaha untuk kekal bertanding di kerusi-kerusi tradisi mereka pada pilihan raya di enam negeri akan datang.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) masih belum diputuskan.\"Saya tidak ada 'figure' (jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi UMNO) kerana tidak terlibat dalam soal pengagihan kerusi, berapa kerusi itu biar (pucuk pimpinan tentukan).\"Bagi UMNO kita akan berusaha (kekal bertanding) mana-mana kerusi yang jadi kerusi tradisi kita,\" katanya mengulas berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN di enam negeri tidak lama lagi.Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Ibrahim Sultan (PSI) di sini pada Khamis.Mengenai isu pertindihan sembilan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, Mohamed Khaled berkata, rundingan kini di peringkat akhir.Jelasnya, banyak kerusi telah dimuktamadkan dan hanya beberapa kerusi belum selesai rundingan, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan antara parti-parti yang terlibat.Tambah beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat keputusan nanti.Pada Ahad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sembilan kerusi tersebut akan dimuktamadkan di peringkat presiden parti dalam masa terdekat untuk diperincikan.Menurut Asyraf, perundingan pembahagian kerusi itu berjalan lancar dan harmoni sekali gus menepis persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264744/berita/nasional/padu-mantapkan-pelaksanaan-subsidi-bersasar", "article_title": "Padu mantapkan pelaksanaan subsidi bersasar", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pangkalan Data Utama (Padu) yang diwujudkan bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah di negara ini dalam usaha memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar akan mula diguna pakai tahun depan.Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, semua maklumat itu akan diproses bersama dalam sistem API dan kemudian maklumat isi rumah akan dimasukkan ke Pangkalan Data Negara dan boleh diakses oleh penganalisis sektor awam.\"Kemudiannya, kerajaan dalam perancangan untuk (turut) memberikan akses kepada badan bukan kerajaan dan akademia selepas data isi rumah itu melalui tapisan,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu cara-cara penambahbaikan penyasaran kategori T20, M40 dan B40 yang akan dilaksanakan oleh Padu.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mei berkata, pelaksanaan Padu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah yang dapat membantu kerajaan menggubal dasar dan menyasarkan subsidi.Beliau berkata, menerusi Padu juga kerajaan dapat mengenal pasti ketirisan yang wujud sekali gus menambah baik pelaksanaan sistem subsidi kepada golongan sasaran. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264741/berita/nasional/jumlah-pinjaman-kwsp-fsa2-hampir-rm1-bilion", "article_title": "Jumlah pinjaman KWSP FSA2 hampir RM1 bilion", "article_text": "KUALA LUMPUR - Sejumlah RM981.9 juta telah diluluskan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Jun lepas, menurut Kementerian Kewangan.Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM878.6 juta di bawah Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan baki, RM103.3 juta dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).FSA2 telah dipohon oleh 168,925 orang, namun yang layak hanya 88,414 orang. Daripada jumlah ini, seramai 47,696 orang bersetuju untuk menerima tawaran pembiayaan tersebut, katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara pada Khamis.Ia menjawab pertanyaan lisan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah pencarum yang telah memohon dan mendapat kelulusan pinjaman menggunakan KWSP sebagai cagaran sehingga Mei 2023.Permohonan yang tidak layak adalah disebabkan pemohon tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki simpanan Akaun 2 tidak mencukupi.Permohonan program FSA2 Fasa 1 dibuka sejak 7 April lalu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:25pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264743/berita/sukan/dulu-manchester-city-kini-barcelona", "article_title": "Dulu Manchester City, kini Barcelona", "article_text": "BINTANG tengah Jerman, Ilkay Gundogan menyertai juara LaLiga, Barcelona secara percuma daripada pemenang treble Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, lapor BBC dan Sky Sports.Gundogan kelahiran Gelsenkirchen tersebut meninggalkan City selepas mengetuai kelab Inggeris itu ke Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lalu, mengikat kontrak selama dua tahun yang berakhir Jun 2025 dengan pilihan.Pemain yang memulakan karier bersama kelab Jerman, VfL Bochum dari (2008 hingga 2009 menamatkan tempoh tujuh tahun yang fantastik di England menyaksikan dia memenangi 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola apabila dia mengambil alih City pada 2016 walaupun pemain itu diketepikan kerana kecederaan lutut apabila dia ditandatangani dari Borussia Dortmund.Dia terbukti menjadi pemain penting untuk perlawanan berintensiti besar di City, terutamanya sepanjang dua musim lalu apabila dia menjaringkan gol penting yang membantu City melakar beberapa trofi.Gundogan meninggalkan City setelah membuat lebih daripada 300 penampilan, menjaringkan 60 gol.Pengalamannya akan menjadi aset kepada pengendali Barca, Xavi selepas jeneral pemain tengah Sepanyol yang paling lama berkhidmat dan dipercayai, Sergio Busquets meninggalkan kelab itu pada penghujung musim selepas 18 tahun bersama armada Catalan itu.Barcelona memenangi kejuaraan LaLiga musim lalu, namun gagal keluar dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika mereka tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:22pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264739/berita/nasional/ahli-pengarah-wanita-syarikat-tersenarai-awam-kini-297-peratus", "article_title": "Ahli pengarah wanita syarikat tersenarai awam kini 29.7 peratus", "article_text": "KUALA LUMPUR - Penglibatan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di peringkat 100 syarikat tersenarai awam teratas meningkat kepada 29.7 peratus pada 1 April 2023 berbanding 14 peratus pada 2016.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.\"Ini adalah hasil daripada inisiatif Suruhanjaya Sekuriti yang telah menambah baik kod tadbir urus urusan korporat Malaysia pada 2021 yang semua syarikat tersenarai awam telah diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah daripada kalangan wanita.\"Inisiatif ini telah berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan pada 1 Jun 2023, bagi syarikat tersenarai yang lain-lain,\" katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh tentang statistik semasa penglibatan wanita bagi jawatan utama kerajaan dan juga selaku pembuat keputusan untuk sektor swasta.Aiman Athirah berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan statistik wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam ialah 38.8 peratus hingga Disember 2022.Beliau berkata, 21 peratus iaitu 204 syarikat daripada 979 syarikat tersenarai awam mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kalangan ahli lembaga pengarah manakala 24 peratus daripada syarikat berkaitan kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat sama.Selain itu, beliau berkata, nisbah bilangan wanita di peringkat tertinggi iaitu barisan kepimpinan utama seperti jawatan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai teknikal dan ketua pegawai operasi di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam telah melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menyokong usaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.Katanya, ini merangkumi tiga cabang strategi iaitu penambahbaikan perundangan dan dasar bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk wanita, menyediakan ekosistem yang menyokong penglibatan wanita serta menyediakan peluang dan akses kepada latihan bagi meningkatkan kesedaran serta kolaborasi bersama pihak berkepentingan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:16pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264738/berita/sukan/mumtalakat-tingkat-pegangan-dalam-mclaren", "article_title": "Mumtalakat tingkat pegangan dalam McLaren", "article_text": "ENTITI pelaburan Bahrain, Mumtalakat membeli saham utama dan waran bernilai 400 juta pound (AS$510.48 juta) dalam syarikat pembuat jentera McLaren daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dan Pengurusan Ares, lapor Sky News pada Khamis.Bagaimanapun menurut laporan itu, urus niaga tersebut tidak akan membawa sebarang suntikan tambahan wang baharu ke dalam pasukan berpusat di England tersebut.Pembelian itu secara tidak langsung akan mengembangkan pegangan majoriti Mumtalakat dalam kumpulan McLaren, termasuk pembuat kereta super Britain serta McLaren Racing.Sebagai rekod, firma pelaburan global Ares Management dan PIF Saudi menyediakan sebahagian besar daripada pelaburan ekuiti 550 juta pound dalam kumpulan McLaren pada Julai 2021.Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, Mumtalakat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berkenaan perkara tersebut.Sementara itu, pengurusan Ares pula enggan mengulas manakala McLaren dan PIF tidak memberikan sebarang maklumbalas.Dalam industri sukan, McLaren lebih dikenali dengan McLaren Racing Limited, sebuah ialah pasukan perlumbaan permotoran Britain yang berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren di Woking, Surrey, England.McLaren terkenal sebagai pembuat enjin pasukan Formula Satu (F1), entiti kedua tertua aktif dan pasukan F1 kedua paling berjaya selepas Ferrari dari Itali.Sebagai rekod, McLaren merupakan juara lapan kali Kategori Pembuat Enjin, 12 kali Kategori Pemandu sepanjang berkecimpung dalam perlumbaan F1.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264737/berita/nasional/projek-rintis-stesen-minyak-tanpa-subsidi-jimatkan-rm6-juta", "article_title": "Projek rintis stesen minyak tanpa subsidi jimatkan RM6 juta", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lepas berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.\"Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95.\"Maksudnya di sini kenderaan asing itu sendiri berbuat demikian kerana harga bahan bakar di Thailand lebih mahal. Jadi macam mana pun mereka datang dan beli di negara kita walaupun tanpa subsidi (kerana) harganya lebih murah dari negara mereka,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu secara terperinci berkenaan mekanisme pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi serta mekanisme pengawalan minyak bersubsidi.Dua stesen minyak yang terlibat dengan projek rintis tersebut ialah di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.Sementara itu, Fuziah berkata kementerian turut melaksanakan Ops Tiris sebagai satu lagi mekanisme untuk mengawal ketirisan subsidi bahan bakar.\"Sepanjang Ops Tiris dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Mei, sebanyak 6,571 pemeriksaan dilaksanakan di mana terdapat 221 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.41 juta dan 198 tangkapan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:10pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264740/berita/semasa/yasin-masih-di-hospital-bahagia", "article_title": "Yasin masih di Hospital Bahagia", "article_text": "PETALING JAYA - Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang berdepan kes dadah, masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata demikian ketika prosiding kes berlangsung di hadapan Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad.Menurutnya, pihak pendakwaan juga masih belum menerima laporan psikiatri pelantun lagu 'Mimpi Laila' itu daripada pihak hospital.\"Ketika prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan Khamis untuk keputusan laporan berkenaan, namun pihak pendakwaan dimaklumkan bahawa ia dalam proses untuk disiapkan.\"Susulan itu, saya memohon agar mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes berhubung perkara tersebut,\" katanya.Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili penyanyi berusia 48 tahun itu mengesahkan, pihak pembelaan telah dimaklumkan mengenai perkara yang sama.\"Mengikut undang-undang, pihak hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk menyediakan perincian tahap kesihatan Muhammad Yasin dan kami tidak membantah sekiranya tarikh lain ditetapkan untuk sebutan kes seterusnya,\" katanya.Nik Nasimah kemudiannya menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan kes bagi status kesihatan bapa kepada dua anak itu.Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis \u201911-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid\u2019 di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN: Yasin diarah rujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan mentalPertuduhan edar dadah terhadap Yasin ditukar memiliki[VIDEO] Yasin lega terlepas hukuman gantungPertuduhan tanam 17 pokok ganja babit Yasin kekal", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:08pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264734/berita/semasa/kelindan-maut-lori-langgar-belakang-treler", "article_title": "Kelindan maut, lori langgar belakang treler", "article_text": "TELUK INTAN - Seorang kelindan maut selepas lori yang dinaikinya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 8, Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah di sini pada Khamis.Kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu telah mengorbankan Abdul Nasir Imran, 60, manakala pemandu lori berusia 30 tahun cedera ringan di kepala.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati, treler berkenaan mengalami kerosakan teknikal telah berhenti di atas jalan.\"Tiba-tiba lori yang dinaiki mangsa dari arah belakang telah merempuh bahagian bucu kanan belakang treler terbabit.\"Kemalangan itu menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit,\" katanya dalam satu kenyataan di sini.Menurutnya, pemandu lori yang mengalami cedera ringan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.\"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk dibedah siasat.\"Pemandu dan kelindan treler masing-masing berusia 33 dan 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,\" katanya.Ahmad Adnan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\"Kenderaan terlibat ditahan untuk dihantar pemeriksaan Puspakom dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.\"Orang ramai yg mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013-8211978,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264732/berita/politik/dun-kelantan-bubar-hari-ini", "article_title": "DUN Kelantan bubar hari ini", "article_text": "KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi pada Khamis secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Ia susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas mendominasi Kelantan apabila menang 37 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menguasai lapan kerusi.Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudian bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.PRN Kelantan kali ini akan menyaksikan BN membuat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH), selain Pas yang menerajui Kelantan sejak 1990 juga tidak bersendirian apabila membentuk kerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).Ketika ditemui media pada Rabu, Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.Bagi BN dan PH, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi masing-masing.Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman dilapor berkata, calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH.Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:53am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264736/berita/nasional/bil-elektrik-tinggi-tnb-saran-amal-penggunaan-tenaga-berhemah", "article_title": "Bil elektrik tinggi: TNB saran amal penggunaan tenaga berhemah", "article_text": "SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu pengguna lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.TNB dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan, peningkatan bekalan tenaga sebanyak 19,716 Megawatt (MW) dicatat pada 11 Mei lalu disumbang oleh penggunaan tenaga bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.\u201cJumlah kilowatt-jam (kWh) tenaga digunakan semakin meningkat menyebabkan pengiraan bil melibatkan blok tarif lebih tinggi dan pengguna akan menerima bil dengan jumlah tinggi.\u201cJusteru, pengguna digalakkan untuk mengamal tip penggunaan tenaga berhemah dan elakkan pembaziran dengan memuat turun aplikasi myTNB serta mendaftarkan akaun TNB, sama ada premis dipasang meter pintar atau tidak.\u201cIa bagi mengenal pasti jumlah penggunaan elektrik secara bulanan dan melihat sejarah penggunaan elektrik serta mudah menyemak bil elektrik,\u201d ujarnya.Pengguna boleh melayari www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energysavingstips/tips-tricks untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan\nelektrik.Dalam pada itu, TNB turut mencadangkan, budaya penggunaan tenaga elektrik yang betul dan secara berhemah bukan sahaja perlu diamalkan dalam keadaan cuaca panas bahkan amat wajar menjadi amalan seterusnya untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha sejagat ke arah kehidupan yang lebih lestari.Tambahan lagi katanya, bagi kediaman yang dipasang meter pintar mempunyai kelebihan tambahan dalam memantau penggunaan elektrik harian dalam unit ringgit ataupun kWh melalui portal myTNB ataupun aplikasi myTNB.\u201cKelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.\u201cDengan informasi penggunaan elektrik secara harian, pengguna yang mempunyai meter pintar diberi pemerkasaan diri untuk merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisien,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:46am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264733/berita/nasional/anak-johor-jadi-penterjemah-di-masjidil-haram", "article_title": "Anak Johor jadi penterjemah di Masjidil Haram", "article_text": "MAKKAH - Ketika kali pertama bertemu, penampilan seorang pemuda ini nampak seperti pelajar Malaysia lain yang berada di bumi Makkah untuk menuntut ilmu di universiti.Oleh kerana bertubuh kecil, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa Muhammad Mujahid Zaharudin, 26, dari Johor Bahru, Johor mempunyai kerjaya yang menarik.Dalam temubual hampir satu jam dengan media Malaysia mengenai kehidupan beliau di Tanah Suci ini, Muhammad Mujahid berkongsi pengalaman bertugas sebagai penterjemah di Masjidil Haram.Beliau bertanggungjawab dalam menterjemah khutbah Jumaat, Hari Arafah, solat gerhana matahari dan bulan, solat mohon hujan serta beberapa tugasan penting lain.Graduan lulusan Universiti Umm Al-Qura, Makkah dalam bidang Syariah dan mempunyai diploma bahasa Arab itu juga penghafaz 30 juzuk al-Quran serta 4,000 hadis.Kata Muhammad Mujahid, untuk melayakkan dirinya menjawat tugas berkenaan bermula Oktober 2022 lalu sebenarnya agak sukar kerana Arab Saudi menetapkan kelayakan yang tinggi.\"Di sini saya seorang sahaja yang tiada kelulusan Sarjana dan PhD (Doktor Falsafah), maka mereka menetapkan saya perlu ada kebolehan tambahan seperti keputusan cemerlang di universiti dan alhamdulilah saya dapat memenuhinya,\" katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, penterjemah di Masjidil Haram terbahagi kepada 10 bahasa dan setiap bahasa mempunyai empat petugas.Katanya, petugas kumpulan pertama bertugas di pejabat melibatkan terjemahan untuk papan tanda dan khutbah manakala kumpulan kedua berada di lapangan untuk membantu jemaah dari Malaysia dan Indonesia yang mahu bertanya soalan.Bertugas sebagai penterjemah memerlukan penelitian kerana melibatkan imej Kementerian Haji dan Umrah.\"Setiap minggu rutin kerja terjemah khutbah Jumaat. Kami ada empat orang, sebulan ada empat kali Jumaat jadi setiap seorang akan kena terjemah sekali.\"Teks khutbah akan dapat sehari atau dua hari awal, saya terjemah kemudian rakam untuk jemaah dengar secara langsung ketika penyampaian,\" katanya.Muhammad Mujahid berkata, tugasan mencabar dalam kariernya ialah apabila perlu melakukan terjemahan kuliah Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais.\"Hampir setiap bulan beliau ada majlis khusus di Masjidil Haram dan pada masa itu tiada teks ucapan, Sheikh Sudais petik satu hadis atau ayat al-Quran dan syarahkannya. Ketika itu terjemahan secara langsung.\"Cabarannya Sheikh Sudais pandai berpuisi, bersajak dan simpulan bahasa berbeza tidak seperti bahasa kita. Contohnya panjang tangan bahasa Melayu ialah mencuri tapi panjang tangan bahasa Arab ialah orang yang suka bersedekah,\" katanya.Kata beliau, terdapat juga metafora digunakan yang memerlukan penelitian supaya ayat yang diterjemah tidak membawa maksud yang berbeza.\"Setakat ini alhamdulilah tugas dapat dilaksanakan dengan baik kerana kumpulan kami sentiasa teliti dalam penterjemahan kerana ia melibatkan imej Kementerian Haji dan Umrah,\" katanya.Anak sulung daripada tujuh beradik yang sudah berkahwin dan baru sahaja menimang cahaya mata itu bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan kemudiannya peringkat PhD.Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru yang mencatatkan keputusan 11A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017 berkata, bidang agama yang diceburinya adalah pilihan yang tepat.\"Bapa saya seorang pensyarah kejuruteraan elektrikal di universiti tempatan dan beliau banyak memberikan galakan kerana pada pandangan beliau, bidang yang saya ceburi mempunyai masa depan yang cerah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:34am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264731/berita/nasional/rayuan-haji-mengapa-b40-m40-perlu-bayar-penuh", "article_title": "Rayuan haji: Mengapa B40, M40 perlu bayar penuh?", "article_text": "MAKKAH - Jemaah haji B40 dan M40 yang dapat ke Tanah Suci pada tahun ini selepas rayuan mereka diterima perlu membayar jumlah penuh RM30,850 kerana tidak berada dalam giliran untuk tunai haji pada tahun semasa.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, berdasarkan giliran tahun ini keutamaan diberikan kepada mereka yang terpilih untuk menunaikan haji pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat Covid-19.\"Apabila ada kekosongan kerana jemaah lain tolak atas sebab tertentu, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.\"Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ialah mereka semestinya ada kemampuan atau istito'ah jadi perlu bayar penuh,\" katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Al-Janadriyah di sini pada Rabu.Mohd Na'im berucap pada majlis ramah mesra di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Al-Janadriyah pada Rabu.Beliau menjawab soalan seorang jemaah haji wanita yang bertanyakan mengapa jemaah B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos seperti golongan T20.Bayaran untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, RM15,980 bagi M40 dan kumpulan T20 perlu membuat bayaran penuh.Dalam sidang media selepas sesi ramah mesra tersebut, Mohd Na'im berkata, terdapat 60,000 pendeposit Tabung Haji (TH) yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh kos haji tetapi tidak terpilih pada tahun ini.\"Bayangkan kalau mereka yang merayu tahun ini dapat potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan pendeposit lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar penuh RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan.\"Terdapat juga 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini menolak bantuan kewangan kerana sedar bahawa istito'ah adalah asas wajib dalam menunaikan haji,\" katanya.Mohd Na'im dalam pada itu berkata, seramai 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 jemaah telah tiba di Jeddah pada Rabu malam.Mohd Na'im melawat seorang jemaah yang dimasukkan ke Pusat Rawatan TH, di Makkah.Ketika ini katanya, 56 jemaah haji dirawat di Pusat Rawatan TH dan lima orang di Hospital Arab Saudi dan semuanya dalam keadaan stabil.Jumlah jemaah yang meninggal dunia setakat ini adalah seramai dua orang dengan kematian terbaharu pada Isnin melibatkan jemaah wanita berusia 75 tahun dari Selangor disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:25am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264726/berita/nasional/agong-permaisuri-selamat-tiba-di-madinah", "article_title": "Agong, Permaisuri selamat tiba di Madinah", "article_text": "KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Kota Suci Madinah, Arab Saudi pada Rabu.Menerusi perkongsian dalam Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). - Foto FB Istana Negara\"Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan paduka-paduka anakanda disambut Gabenor Madinah, Yang Amat Mulia Putera Faisal bin Salman Al Saud,\u201d menurut catatan itu, pada Khamis.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berada di Madinah dan Makkah hingga 1 Julai untuk menunaikan ibadah haji.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:13am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264727/berita/sukan/southampton-pertaruh-magis-martin-kembalikan-status-elit", "article_title": "Southampton pertaruh magis Martin kembalikan status elit", "article_text": "KELAB Liga Kejuaraan, Southampton melantik pengendali berpengaruh Russell Martin sebagai pengurus baharu The Saints dengan kontrak tiga tahun selepas bekas pemain pertahanan itu meninggalkan Swansea City, kata kelab yang diturunkan pangkat dari Liga Perdana Inggeris itu.Pemilihan pengendali berusia 37 tahun itu menyaksikan dia diamanahkan untuk membawa kelab yang beraksi di Stadium St Mary's tersebut kembali ke liga teratas England musim depan.\u201cSejujurnya merupakan satu keistimewaan untuk menerima peluang ini di Southampton, sebuah kelab yang mempunyai sejarah yang begitu panjang dalam liga Inggeris.\"Matlamat saya adalah untuk mengembalikan kelab ini ke tempat asalnya - dalam liga utama bola sepak Inggeris. Saya bersedia untuk cabaran ini dan akan memberikan segala-galanya untuk mencapai matlamat ini dan untuk memberikan penyokong pasukan sesuatu yang membanggakan mereka,\u201d kata Martin.Sebagai rekod, Martin mengambil alih The Swans menjelang kempen 2021-22 memimpin kelab Wales itu ke tangga ke-15 pada musim pertamanya.Swansea City kemudiannya memperbaiki kedudukan apabila apabila mengakhiri cabaran di tempat ke-10 musim lalu, hampir kehilangan tempat playoff dengan tiga mata.Martin yang lebih gemar kepada gaya bola sepak Barcelona dan Manchester City, berjaya mempraktikan gaya permainan sama di Swansea apabila secara rutin mendominasi penguasaan bola dalam saingan Liga Kejuaraan.\"Dia sangat sesuai untuk apa yang kami cuba capai, dengan rekod kukuh dalam membangunkan dan memupuk pemain muda yang berbakat untuk memenuhi potensi mereka serta memberikan keputusan di padang,\" kata pengarah baharu bola sepak Saints, Jason Wilcox.Sebagai rekod, Martin mempunyai baki kontrak lebih setahun bersama Swansea setelah setelah menandatangani perjanjian tiga tahun pada 2021.\"Kelab ini juga berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa kami terhutang pampasan penuh untuk Russell, dan kami akan terus bekerja dengan tekun dan strategik untuk melindungi kepentingan terbaik kelab,\" kata Swansea.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:09am"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264725/berita/semasa/dua-warga-emas-rugi-rm10000-ditipu-orang-menteri", "article_title": "Dua warga emas rugi RM10,000 ditipu 'orang menteri'", "article_text": "KUALA SELANGOR - Dua ibu tunggal warga emas mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai 'orang menteri' pada Jumaat lalu.Shaidah Hamid, 71, dan rakannya, Saamah Basri, 72, masing-masing menetap di Batu 8, Kampung Asahan di sini didatangi suspek kononnya untuk menguruskan bantuan.Shaidah berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku ketika dia sedang berehat di luar rumahnya sebelum ditegur seorang lelaki tidak dikenali.\"Lelaki itu datang ke rumah saya dan mengaku sebagai 'orang' kepada seorang menteri dan mahu menguruskan bantuan makanan dan wang.\"Saya percayakan lelaki itu kerana biasa orang datang ke rumah untuk memberi bantuan.\"Saya tidak mengesyaki apa-apa dan kemudian menaiki keretanya menuju ke rumah Saamah terletak kira-kira 100 meter bagi tujuan sama,\" katanya ketika ditemui di kediamannya pada Khamis.Menurut Shaidah, lelaki yang memandu kereta itu kemudian membawa mereka berdua ke 'pejabat menteri' di Pekan Bestari Jaya.Katanya, sejurus tiba di parkir kawasan itu, lelaki berkenaan meminta supaya memberi semua barang kemas dengan alasan mahu menimbang bagi proses penilaian zakat.\"Waktu itu, saya percayakan lelaki itu berniat baik dan menyerahkan satu gelang tangan dan dua cincin serta kad pengenalan,\" ujarnya.Jelas Shaidah, Saamah pada ketika itu turut menyerahkan satu gelang tangan dan cincin sebelum mereka diminta menunggu di sebuah restoran berdekatan.\"Dia sempat bawa kami ke restoran dan meninggalkan kami kononnya untuk naik ke tingkat atas pejabat menteri.\"Namun, saya mula curiga kerana lelaki itu masih tidak muncul selepas lebih sejam dan mendapati keretanya sudah tiada di tempat parkir.\"Ketika itu baru tersedar kami mungkin ditipu lelaki tersebut dan segera menghubungi seorang jiran meminta anaknya mengambil kami yang ketika itu tidak membawa wang,\" katanya.Sehubungan itu, katanya, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada hari sama.Saamah berkata, meskipun kehilangan barangan kemas, namun dia bersyukur mereka terselamat dan tidak dicederakan lelaki tersebut.\"Paling penting nyawa kami selamat dan mujur kami tidak ditinggalkan di hutan atau kawasan lain.\"Saya berharap orang ramai berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa seperti kami,\" jelasnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.Beliau memberitahu, seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes itu ditahan kira-kira jam 4 petang Rabu.\"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan akan memberi laporan penuh menerusi kenyataan media petang ini,\" tambahnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 11:06am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264723/berita/semasa/ugut-kes-selenggara-pemadam-api-dua-lelaki-ditahan", "article_title": "Ugut kes selenggara pemadam api, dua lelaki ditahan", "article_text": "SEREMBAN - Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai mengugut seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini berhubung perkhidmatan menyelenggara alat pemadam api.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berumur 55 dan 24 tahun itu ditahan pada Selasa kira-kira jam 10.30 malam selepas menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 49 tahun mengenai ugutan tersebut sehari sebelum itu.\"Salah seorang daripadanya mempunyai rekod berkaitan dadah dan telah direman selama sehari bagi membantu siasatan kes.\"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian seumpama itu atau sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berlagak seperti samseng dalam proses penyelenggaraan dan pembekalan alat pemadam api di balai polis berhampiran.Sinar Harian sebelum ini melaporkan hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran mendakwa dia dimarahi.Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:58am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264722/berita/semasa/kastam-kelantan-rampas-rokok-seludup-rm11-juta", "article_title": "Kastam Kelantan rampas rokok seludup RM1.1 juta", "article_text": "KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup bernilai RM1.1 juta termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan pada 15 Jun lalu.Dalam serbuan di Tumpat dan Kota Bharu itu, empat lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan terbabit.Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dalam serbuan pertama di Tumpat pada jam 8.30 pagi, pihaknya telah menahan seorang suspek dan merampas 115 peti rokok seludup.\"Pemeriksaan ke atas kotak-kotak itu membawa kepada penemuan 150,000 batang rokok seludup. Pada masa yang sama, kita turut menyita tiga buah lori dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, pada hari yang sama, bertindak atas maklumat sepasukan anggota kastam telah melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan Kota Bharu.Ujarnya, serbuan itu membawa kepada rampasan 421,800 batang rokok seludup dan tangkapan dua suspek yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut.Beliau memberitahu, selain itu sebuah lori dan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) turut dirampas.\"Siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk rokok-rokok tersebut dari negara jiran melalui jalan laut atau sungai untuk diedarkan ke luar Kelantan.\"Kesemua kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264721/berita/nasional/penggantian-acryl-sani-tidak-kontroversi---saifuddin-nasution", "article_title": "Penggantian Acryl Sani tidak kontroversi - Saifuddin Nasution", "article_text": "PUTRAJAYA - Seorang pegawai polis mahupun penjawat awam yang dilantik secara kontrak boleh ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatannya pada bila-bila masa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, sehubungan itu, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara (KPN) yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada Timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain ialah satu proses biasa.\"Tiada kontroversi. Saya sendiri sebelum ini dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah), kemudian diikuti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan perkara ini diuruskan dengan baik sekali.\"... saya juga telah bercakap dengan Tan Sri Acryl Sani... dan esok (Khamis) kita akan melakukan majlis serah terima tugas di Pulapol (Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur), jadi tiada apa-apa yang kontroversi,\u201d katanya pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, pada Rabu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang pelantikan Razarudin sebagai KPN yang baharu menggantikan Acryl Sani berkuat kuasa esok seperti yang diumumkan beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.Acryl Sani sebelum ini dilantik sebagai KPN secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 selepas beliau bersara dan sepatutnya tamat Oktober tahun ini.Saifuddin Nasution menjelaskan secara pirinsipnya, sesiapa sahaja pegawai polis yang berpangkat Komisioner Polis (CP) layak untuk dilantik sebagai KPN mahupun Timbalan Ketua Polis Negara.\"PDRM mempunyai seramai 25 pegawai berpangkat CP. Mereka ini ialah kelompok bakat untuk menjawat dua jawatan ini, ketika ini mereka menduduki jabatan-jabatan yang ada di Bukit Aman, menjadi Ketua Polis Negeri atau berada di cawangan khas.\"Pada masa yang sama, kita ada 47 pegawai polis berpangkat Timbalan Komisioner Polis (DCP), inilah bakat pegawai polis yang ada yang akan dilibatkan jika ada penggantian untuk jawatan,\u201d katanya.Beliau berkata, mereka akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria termasuk integriti, kefahaman yang baik tentang keamanan dan ketenteraman awam, selain pengalaman dan kelulusan akademik.Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Acryl Sani atas khidmat yang diberikan sepanjang menjadi Ketua Polis Negara.\"Saya selesa dengan tahap kerjasama dengannya, dia sangat kondusif, tidak susah bekerja dengan beliau yang banyak menguruskan tentang soal keamanan dan ketenteraman awam secara profesional sepanjang pasukan polis berada di bawah kepimpinannya,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:50am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264719/berita/semasa/lelaki-maut-kemalangan-motosikal-terbakar", "article_title": "Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar", "article_text": "KOTA TINGGI - Seorang penunggang maut apabila motosikalnya terbakar setelah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi, pada Rabu.Mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi Muhamed, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Ismail A Bakar, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira jam 9.07 malam mengenai kebakaran motosikal dan kemalangan tersebut.Katanya, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian.\"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah motosikal telah musnah 90 peratus selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira. Bagaimanapun kereta tersebut telah tiada di lokasi kejadian semasa PKO tiba\"PKO kemudiannya bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air pam jentera J1-50 sehingga kebakaran padam sepenuhnya.\"Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki dewasa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akibat kemalangan berkenaan,\" katanya.Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:38am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264718/berita/nasional/prn-parti-politik-diberi-peringatan-tidak-sentuh-isu-3r", "article_title": "PRN: Parti politik diberi peringatan tidak sentuh isu 3R", "article_text": "PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).Beliau berkata, jika perkara sedemikian berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\"Mana-mana parti (politik) bebas memberikan apa jua pandangan berbeza tidak kira sama ada pandangan terhadap kerajaan yang memerintah sekarang asalkan tidak menyentuh aspek 3R.\"Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak \u2018surut\u2019 dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti,\u201d katanya dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini baru-baru ini.Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, tindakan sedemikian akan dipantau Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lepas.\"Saya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend berkenaan (politik gunakan isu 3R),\u201d katanya.Sementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan PRN di enam negeri berkenaan, beliau berkata, PDRM sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu.\"SOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya pada PRN,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:31am"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264715/berita/nasional/lebih-8-juta-terima-str-3-mulai-isnin-ini", "article_title": "Lebih 8 juta terima STR 3 mulai Isnin ini", "article_text": "PUTRAJAYA - Lebih 8 juta golongan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai Isnin ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.\"Kerajaan telah memutuskan pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Aidiladha berbanding perancangan awal pada Julai bagi meringankan beban kewangan rakyat,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima mulai 26 Jun hingga 5 Julai manakala mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran tunai dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Isnin.Fasa pertama dan kedua STR telah disalurkan pada Januari serta April lepas.\"Ketiga-tiga fasa STR ini melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion bagi tahun,\" katanya.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran fasa keempat STR dijangka dilakukan pada November depan.Status kelulusan STR 3 dibuka untuk semakan mulai 26 Jun. Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai.\"Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),\" ujar beliau.Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di portal rasmi STR .", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:24am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264714/berita/sukan/ranking-dunia-azizulhasni-naik", "article_title": "Ranking dunia Azizulhasni naik", "article_text": "KEJAYAAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta sensasi pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan menjelmakan perkhabaran gembira kepada ranking atlet program Road To Gold (RTG) tersebut.Pelumba kelahiran Terengganu itu menyatakan rasa puas dengan pencapaian tersebut selepas melalui pelbagai cabaran musim ini.\"Assalamualaikum, selamat pagi semua. Ada sedikit berita gembira yang saya nak kongsikan dengan anda semua pagi ini.\"Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin - 3 manakala Individual Sprint - 6.\"Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif di dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.\"Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Malaysia Boleh,\" katanya.Sebagai rekod, Azizulhasni mencipta magis tersendiri apabila menyambar 12 pingat emas peribadi dalam edisi tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:18am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264713/berita/semasa/lelaki-berselimut-curi-beg-imam-ketika-solat-subuh", "article_title": "Lelaki 'berselimut' curi beg imam ketika solat subuh", "article_text": "JEMPOL- Seorang warga emas kehilangan dokumen penting termasuk kad bank dan wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya dicuri lelaki 'berselimut' ketika solat subuh di Surau Kampung Indah, Bahau di sini dalam kejadian awal pagi Rabu.Perbuatan suspek berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan setelah mangsa Abdul Rahman Salimap, 68, menyedari begnya tiada.Menurut anak tiri mangsa, Rafika Fitri Masweldi, 33, bapanya itu sering menunaikan solat lima waktu di surau berkenaan dan ia merupakan kejadian kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung surau di situ.\"Kejadian kira-kira jam 6 pagi, ketika itu ayah jadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir, bagaimanapun ayah sedar ada kelibat belakangnya namun beranggapan ada jemaah lain datang hendak solat.\"Selesai solat, beg yang diletakkan di tepi sudah hilang, lalu ayah memaklumkan perkara itu kepada imam surau sebelum memeriksa CCTV,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Ujarnya, selain kad bank dan wang tunai, turut berada dalam beg berkenaan adalah lesen memandu, kad pengenalan serta beberapa dokumen lain.Katanya, wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membeli ubat berikutan kesihatan bapanya tidak begitu baik termasuklah penglihatannya.\"Dalam bank ada juga duit namun kami sudah 'block' kad berkenaan. Saya berharap pelaku dapat ditangkap kerana bukan senang untuk mencari wang zaman ekonomi tidak menentu ini.\"Tambahan pula dengan keadaan kesihatan ayah yang sudah uzur... saya berharap orang ramai akan lebih berhati-hati walaupun berada dalam surau ataupun masjid,\" katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada Rabu.Dalam pada itu, berdasarkan perkongsian rakaman CCTV yang dimuat naik Rafika Fitri di Facebook memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut.Lelaki berkenaan kemudiannya mencapai beg silang di bahagian tepi surau sebelum keluar.Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol,Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 10:13am"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264711/berita/politik/wanita-pkr-masih-runding-lapan-kerusi-prn-selangor", "article_title": "Wanita PKR masih runding lapan kerusi PRN Selangor", "article_text": "SHAH ALAM - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berunding dengan kepimpinan tertinggi parti itu untuk bertanding lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata, rundingan mengenai kuota calon peringkat sayap itu dibincangkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek bersama kepimpinan tertinggi parti berkenaan.\"Di peringkat Majlis Pimpinan Wanita PKR telah bersetuju meletakkan lapan calon di PRN Selangor dan kita berharap pucuk pimpinan memberi pertimbangan,\" katanya ketika ditemui pada Khamis.Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati berkata, kewibawaan calon wanita PKR terserlah apabila berjaya memenangi enam kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.\"Daripada enam penyandang ini, kita minta tambahan dua lagi kerusi baharu untuk ditandingi calon wanita PKR.\"Kali ini mungkin ada pertukaran kerusi (calon wanita PKR) kerana tidak semestinya DUN dimenangi mereka (PRU14 ) kekal dengan harapan kuota ini dapat ditingkatkan dan bukan berkurangan,\" jelas beliau.Tambah beliau, wanita PKR mempunyai ramai calon berkredibiliti dan bersedia untuk diletakkan sebagai calon.\"Kita yakin boleh menyediakan calon berkaliber untuk lapan kerusi ini dan berharap kepimpinan negeri dan juga pusat dapat mempertimbangkan,\" tambahnya.Mengulas mengenai kesediaan beliau mempertahankan DUN Bukit Melawati, Juwairiya berkata, setakat ini fokus beliau mahu memastikan kerusi itu kekal milik PKR.\"Saya bersedia mempertahankan DUN Bukit Melawati lebih-lebih lagi nampak perubahan positif dan bertambah baik apabila Kerajaan Perpaduan dimeterai.\"Saya yakin dapat meyakinkan pengundi dalam PRN Selangor dan bersedia untuk terus berkhidmat,\" jelasnya.Menurut beliau, masih banyak perancangan yang belum selesai dan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\"Kita rugi dua tahun (akibat PKP) kerana tidak dapat melaksanakan sebarang pembangunan, infrastruktur dan projek yang tujuannya meningkatkan taraf hidup rakyat.\"Sebenarnya hanya tiga tahun yang kita dapat buktikan hasil kerja dan sumbangan kepada rakyat disebabkan PKP.\"Saya percaya jika lima tahun atau diberi satu penggal lagi lebih banyak limpahan manfaat yang akan dirasai penduduk,\" ujarnya.Sinar Harian pada 10 Jun lalu melaporkan, wanita PKR menyasarkan seramai lapan calon wanita diketengahkan untuk bertanding mewakili parti itu pada PRN Selangor.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:53am"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264710/berita/semasa/pelajar-tahfiz-dikhuatiri-hilang-dalam-kebun-getah", "article_title": "Pelajar tahfiz dikhuatiri hilang dalam kebun getah", "article_text": "GERIK - Seorang pelajar tahfiz dilaporkan hilang dalam kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah di sini, pada Rabu.Mangsa dikenali sebagai Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang dipercayai mengalami gangguan emosi kali terakhir dilihat menunggang motosikal di Kampung Ulu Kenderong di sini, sekitar jam 9 pagi.Pencarian yang dilakukan ahli keluarga berjaya menemukan motosikal mangsa yang ditinggalkan di kebun getah berkenaan sekitar jam 6 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal diterima sekitar jam 1.33 pagi pada Khamis dan pos kawalan bomba telah dibuka di tempat kejadian.\"Operasi ditangguhkan sehingga pagi ini berikutan keadaan yang gelap dan sempit selain tiada liputan Government Integrated Radio Network (GIRN).\"Unit Anjing Pengesan (K9) bersama Pasukan Multi Skill (MUST) telah tiba di lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat,\" katanya ketika dihubungi di sini.Menurut beliau, fokus pencarian melibatkan kawasan seluas dua kilometer dari lokasi terakhir motosikal mangsa ditemui.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264709/berita/hiburan/bintang-pop-korea-selatan-pernah-tipu-hidap-kanser-ditemui-mati", "article_title": "Bintang pop Korea Selatan pernah tipu hidap kanser ditemui mati", "article_text": "BINTANG pop Korea Selatan, Choi Sung-bong ditemui mati di rumahnya di daerah Yeoksam-dong, Seoul pada 9.41 pagi, Selasa, lapor The Korea Times.Penyanyi berusia 33 tahun itu ditemui mati selepas meninggalkan pesanan di YouTube, yang memohon maaf atas 'kesilapan bodohnya'.Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea\u2019s Got Talent pada 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita kanser.Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya.Ini merupakan berita kematian kedua melibatkan artis dari Korea Selatan dalam tempoh seminggu.Sebelum ini aktres Park Soo Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun setelah terjatuh dari tangga ketika pulang ke rumah.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:30am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264702/berita/sukan/harrif-mohon-tajaan-basikal-trek", "article_title": "Harrif mohon tajaan basikal trek", "article_text": "JAGUH berbasikal lebuh raya negara, Mohd Hariff Saleh tampak benar-benar serius untuk kembali aktif menggegarkan trek velodrom.Selepas membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Harrif nyata tidak mahu menoleh ke belakang lagi.Namun, Harrif yang terkenal selaku pakar pecut dalam acara lebuh raya berdepan masalah tidak memiliki basikal trek untuk merealisasikan impiannya itu.\u201cSaya memang berkeinginan jika ada pihak-pihak yang hendak menaja basikal trek velodrom ataupun peralatan lain seperti handle untuk acara trek.\u201cJika saya memiliki basikal sendiri, mudah bagi saya berlatih untuk menguatkan lagi sprint (pecut) dan juga stamina selain latihan road (lebuh raya) sekarang.\u201cTambahan pula, (dengan) velodrom yang baru siap berpangkalan di Dungun, Terengganu, mudah untuk saya berlatih di sana.\u201cSaya berharap ada pihak sudi membantu masalah saya ini. Saya jarang nak luahkan apa yang terbuku di hati ini,\u201d tulis Harrif di laman sosial Facebook miliknya pada Selasa.Hariff berkata, dia hanya menggunakan basikal trek yang dipinjamkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ketika membuat penampilan pada ACC 2023 yang berakhir Isnin lalu.\u201cSaya juga berterima kasih kepada MSNT kerana memberi pinjam basikal baru-baru ini kepada saya untuk mewakili malaysia dalam saingan ACC dan kejohanan kebangsaan.\u201cMemandangkan sekarang di Malaysia sudah banyak perlumbaan (trek) dianjurkan, cita-cita saya juga ingin menjadi seperti Dato Azizul (jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang).\u201cWalaupun berlainan acara, saya akan fokus pada acara track endurance,\u201d jelas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu.Pada ACC 2023, Harrif berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba biarpun hanya membuat persiapan dalam tempoh dua minggu.Sejurus menamatkan acara tersebut, Harrif atau lebih terkenal dengan panggilan Mamat menyatakan kesediannya membarisi skuad berbasikal trek negara jika khidmatnya diperlukan.Pada masa sama, Harrif mengakui tumpuan utamanya ketika ini adalah bersama TSG memandangkan dia sudah mencipta nama dalam saingan lebuh raya lebih sedekad yang lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264699/berita/nasional/ekonomi-positif-jika-gubal-undang-undang-berkaitan-elemen-ali-baba", "article_title": "Ekonomi positif jika gubal undang-undang berkaitan elemen Ali Baba", "article_text": "SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyenaraikan tujuh kesan positif terhadap ekonomi negara jika meneliti semula beberapa komponen dalam menggubal undang-undang khusus baharu berkaitan elemen rent-seeking atau konsep Ali Baba dilaksanakan.Antaranya, peluang pekerjaan meningkat, tidak berlakunya ketirisan ringgit, rancak pertumbuhan ekonomi, kenaikan nilai mata wang dan kelahiran usahawan baharu.Menurut Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim, apabila struktur perniagaan dan ekonomi tidak lagi didominasi oleh warga asing atau sesuatu kaum, ia secara tidak langsung mewujudkan peluang rakyat tempatan untuk berdagang.\u201cLangkah tersebut dapat mengelak ketirisan juga kebocoran ringgit keluar negara dan perkara ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan nilai mata wang negara di pasaran.\u201cSelain itu, ia juga membantu mewujudkan persekitaran ekonomi jauh lebih sihat dan kompetitif diikuti dengan amalan rasuah serta budaya mendapatkan laba (keuntungan) melalui cara mudah dapat dikurangkan atau dihapuskan,\u201d katanya ketika dihubungi pada Rabu.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Kementerian Ekonomi sedang mengkaji beberapa komponen untuk menggubal undang-undang khusus baharu yang mampu mematahkan konsep Ali Baba dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara.Menteri berkenaan, Rafizi Ramli berkata, isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan dimiliki kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama tanpa sebarang undang-undang khusus berkaitannya sehingga menyebabkan wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.Pada masa sama, Mohd Faisol menjelaskan, penggubalan itu mendorong kepada kelahiran lebih ramai usahawan dan peniaga yang serius dan kompeten dalam sesuatu bidang.Tambahnya, melalui peluang ekonomi secara terbuka dan adil, ia mampu menjana pendapatan tambahan dan keuntungan kepada para peniaga.\u201cMereka juga mampu untuk menjalankan perniagaan secara konsisten dan berdaya maju bagi jangka masa panjang dan jika ini terjadi, peredaran wang dalam pasaran akan beredar secara sihat.\u201cBukan itu sahaja, masyarakat setempat mungkin tidak perlu risau lagi dengan isu jenayah, keselamatan dan kualiti barangan serta harga barangan jika para peniaga terdiri daripada masyarakat tempatan,\u201d ujarnya.Beritahu Mohd Faisol lagi, implikasi ke enam adalah penjimatan kos tambahan barangan dan perkhidmatan mungkin berlaku kerana tiada lagi amalan rasuah melalui konsep Ali Baba.Katanya, konsep pengagihan kekayaan dalam ekonomi negara akan berlaku secara adil kerana rakyat Malaysia dapat berniaga dalam keadaan sejahtera dan terpelihara daripada ancaman peniaga warga asing.\u201cKesan terakhir adalah mereka juga tidak lagi perlu berhadapan dengan ancaman lesen perniagaan yang disewakan oleh pihak berkepentingan kepada pihak ketiga semata-mata ingin meraih laba dengan sewaan tersebut,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 09:00am"} {"author_name": "LIZA MOKHTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264696/berita/politik/mic-mohon-kerusi-tetapi-keputusan-masih-belum-diketahui", "article_title": "MIC mohon kerusi tetapi keputusan masih belum diketahui", "article_text": "SHAH ALAM - MIC mengesahkan memohon beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu untuk ditandingi parti tersebut pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran bagaimanapun tidak mendedahkan senarai kerusi itu kepada Sinar Premium.Cuma beliau berkata, MIC menyerahkan keputusan berhubung jumlah kerusi yang di mohon parti itu kepada pihak kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).\u201cKita telah serahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan tentang permohonan kerusi itu. Setakat ini, masih belum ada keputusan,\u201d katanya ringkas pada Rabu.MCA dan MIC Negeri Sembilan sebelum ini berpendapat, tidak sepatutnya mereka tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding pada PRN kelak.Menurut Ketua MCA negeri, Siow Koi Voon, pihaknya kekal dengan prinsip semua parti komponen yang menyertai Kerajaan Perpaduan perlu diberikan peluang untuk bertanding.Ketua MIC negeri, Datuk L Manickam pula tidak bersetuju jika parti itu tidak diberi sebarang kerusi.Sebelum ini, di Pulau Pinang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, MIC dan MCA negeri berkenaan turut meminta beberapa kerusi untuk ditandingi bagaimanapun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14, MIC meletakkan sembilan calon iaitu tiga kerusi DUN di Selangor melibatkan Ijok, Sungai Tua dan Sentosa; Kedah (Lunas dan Bukit Selambau); Pulau Pinang (Bagan Dalam dan Perai); dan Negeri Sembilan (Jeram Padang dan Sri Tanjung).", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264706/berita/semasa/bekas-teman-wanita-pemain-bola-sepak-sabah-ditahan", "article_title": "Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan", "article_text": "KOTA KINABALU - Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah.Wanita itu ditahan pada jam 8 malam, Rabu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan pada 17 Jun lalu.\"Pengadu mengatakan bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.\"Suspek kemudian berjaya ditahan dan dengan tertangkapnya suspek, kita percaya dapat menyelesaikan kes ini,\" katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial.\"Tangkapan dibuat bersabit dengan kes melakukan khianat dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:19am"} {"author_name": "NORSHAHZURA MAT ZUKI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264694/berita/nasional/peluang-pelajar-sabah-berdialog-dengan-pemimpin", "article_title": "Peluang pelajar Sabah berdialog dengan pemimpin", "article_text": "SHAH ALAM - Program perkongsian ilmu dan interaktif Sinar Harian, Dialog Siswa merupakan platform terbaik kerana konsepnya yang memberikan peluang kepada pemimpin tempatan untuk berinteraksi dengan golongan mahasiswa secara lebih dekat.Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Dialog Siswa juga memberikan peluang kepada pemimpin untuk mendengar suara pelajar yang mengetengahkan pelbagai isu yang dekat dengan mereka.\u201cSaya sentiasa terbuka untuk berkongsi pandangan dan berdialog dengan pelajar. Saya juga bersedia untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh mereka,\u201d katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Program Dialog Siswa itu akan diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Sabah yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Khamis.Selain Shahelmey, program itu turut menampilkan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah sebagai panelis dan ia akan dikendalikan oleh anak tempatan, Safwan Sawi.Shahelmey dan Masiung akan mengupas pelbagai topik berkaitan perumahan, masyarakat, pembangunan dan generasi muda di Sabah.Kedua-dua panelis bukan sahaja akan berkongsi pandangan dengan pelajar dari UiTM cawangan Sabah dari Kampus Kota Kinabalu malah dari beberapa universiti di sekitar Sabah.Bagaimanapun, Shahelmey berkata, jawapan yang akan diberikan bergantung kepada kesesuaian soalan dan skop tugasan beliau.\u201cSaya harap program ini menjadi satu jambatan kepada pelajar dengan kerajaan dalam berkomunikasi perihal isu-isu yang berkaitan,\u201d katanyaSementara itu, Masiung berkata, program Dialog Siswa memberikan peluang kepada beliau untuk mendengar pandangan anak muda dalam mengupas isu domestik di Sabah kerana pandangan mereka akan mempengaruhi kerajaan dalam membuat keputusan.\u201cSaya bersedia berkongsi informasi dan membetulkan isu melibatkan perumahan dan komersial yang berkait rapat dengan LPPB Sabah.\u201cJika ada soalan agak panas, kita bersedia untuk menjawab dan memberikan maklum balas yang terbaik terhadap isu yang dibangkitkan,\u201d ujarnya.Tambahnya, pelajar hari ini adalah golongan pelapis yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa depan.\u201cSudah tentu kita sebagai pemimpin di peringkat negeri akan memberi suntikan semangat kepada mereka untuk mempunyai keterampilan dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bakal pentadbir kerajaan dan pemimpin negara,\u201d jelasnya.Sebelum ini, dua edisi Dialog Siswa menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264707/berita/semasa/polis-terima-empat-laporan-penipuan-culik-murid-sekitar-lembah-klang", "article_title": "Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekitar Lembah Klang", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu pesanan ringkas turut tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung kejadian tersebut.\"Siasatan awal kes tersebut mendapati, seorang wanita tempatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa telah menahan anaknya dan meminta wang tebusan.\"Wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan mendapati anaknya dalam keadaan selamat.\"Wanita itu serta-merta memutuskan panggilan dengan suspek tersebut,\" katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu Cubaan Penipuan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut.\"Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah sekirannya anda mengalami situasi tersebut.\"Hubungi balai terdekat sekiranya anda mengalami masalah dan berhadapan dengan situasi ini serta jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.\"Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,\" jelas beliau.Amihizam berkata, orang ramai juga boleh melaporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.\"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,\" ujarnya. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:08am"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264704/berita/politik/siapa-calon-poster-boy-ph-pn-di-selangor", "article_title": "Siapa calon poster boy PH, PN di Selangor?", "article_text": "PENGUMUMAN calon poster boy Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pastinya ditunggu-tunggu pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.Pemilihan poster boy sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Selangor lebih-lebih lagi pemimpin itu mesti bersifat \u2018popular\u2019 kerana aura dimiliki bukan hanya di kerusi dimenangi peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) semata-mata, sebaliknya disenangi di seluruh negara.Gambar dari kiri: Mohd Yahya, RoslanDUN Selangor yang secara rasmi dibubarkan pada Jumaat, dijangka sengit bukan sahaja dalam soal pemilihan calon bertanding tetapi siapakah calon poster boy bakal ditampilkan parti politik?Baca analisis penuh 'Siapa calon poster boy PH, PN di Selangor?' di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 08:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264703/berita/nasional/supercop-baharu-malaysia", "article_title": "'Supercop baharu' Malaysia", "article_text": "SHAH ALAM - Pelantikan Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai timbalannya merupakan kombinasi terbaik demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, gandingan mantap kedua-dua tokoh itu tidak dapat disangkal lagi memandangkan masing-masing mempunyai kredibiliti serta berpengalaman lama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).Katanya, semua pihak tahu Razarudin merupakan pegawai kanan polis yang sudah lama berkhidmat dengan PDRM dan Ayob Khan pula telah membuktikan prestasi terbaik beliau ketika menjadi Ketua Polis Johor sungguhpun masih muda.Baca berita penuh 'Supercop baharu' Malaysia' di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264705/berita/semasa/maklumat-pergerakan-anwar-bocor-netizen-bangkit-persoalan", "article_title": "Maklumat pergerakan Anwar bocor, netizen bangkit persoalan", "article_text": "SHAH ALAM - Sebuah akaun di laman Twitter mendedahkan pergerakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan jet kerajaan.Akaun itu memuat naik informasi penggunaan jet tersebut dalam satu ciapan yang dipercayai digunakan bagi membawa Ahli Parlimen Tambun ke Perak pada Rabu.\"Anwar ini nak pergi Perak pun kene (kena) naik jet kerajaan. Begitulah caranya nk (nak) kurangkan kos sara hidup,\" katanya pemilik akaun tersebut secara sinis di Twitter pada Khamis.Dakwaan tersebut secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang bagaimana informasi berkenaan dibocorkan sebegitu mudah kepada orang awam.Menurut pengguna akaun W, satu siasatan harus dijalankan bagi mengesan individu yang menyebarkan maklumat tersebut.\"Senangnya maklumat Perdana Menteri tersebar? Keselamatan beliau terdedah macam itu je, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kena siasat,\" ujarnya dalam komentar.Sementara itu, individu bernama Ace menyatakan bahawa tindakan membocorkan maklumat berkenaan memberi risiko bahaya terhadap Anwar.\"Korang ini gila ke?\" soalnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264689/berita/nasional/malaysia-tiada-kaedah-kawal-pelarian", "article_title": "Malaysia tiada kaedah kawal pelarian", "article_text": "SHAH ALAM - Tindakan kerajaan membuka peluang kepada pelarian Rohingya untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bukanlah faktor utama golongan itu akan \u2018membanjiri\u2019 Malaysia.Pakar Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Salawati Mat Basir sebaliknya berkata, ia berlaku disebabkan kelalaian Malaysia yang tidak pernah ada pengawalan pelarian.Menurut beliau, tidak pernah diketahui setakat mana kawalan pelarian Rohingya yang diterima ke Malaysia dan perkara tersebut menjadi tanda tanya semua pihak.\u201cTidak payah kata peluang bagi pelarian Rohingya belajar akan menyebabkan mereka membanjiri negara ini, sedangkan Malaysia sendiri sejak dari dahulu lagi tiada mekanisme pengawalan pelarian.\u201cKebanjiran bangsa pelarian itu disebabkan kelalaian sendiri (Malaysia).\"Kalau tidak diberi peluang belajar pun mereka tetap ramai di negara ini,\u201d katanya.Pada Selasa, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.Ujarnya, ini kerana sebagai sebuah negara bertamadun, Malaysia diharap untuk membantu pelarian.Sementara itu, Salawati berkata, Malaysia mungkin merasakan sudah tiba masanya negara memberi peluang kepada pelarian Rohingya yang terpilih untuk menyambung pelajaran di IPT.\u201cSaya rasa ia lebih kepada insan Malaysia, terpulang kepada tuan rumah untuk beri atau tidak. Dalam hal ini, Malaysia mungkin rasa sudah tiba masanya peluang itu diberikan.\u201cKita juga dapat menaikkan imej negara memandangkan kita sangat teruk dihina negara luar berhubung layanan terhadap pelarian Rohingnya,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264688/berita/nasional/dulu-asyik-pertikai-bila-jadi-kerajaan-tak-tahu-buat---shahrir", "article_title": "'Dulu asyik pertikai, bila jadi kerajaan tak tahu buat' - Shahrir", "article_text": "SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengkritik kerajaan kini didakwa tidak cekap dalam pengendalian urus tadbir negara.Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu mendakwa, ketika menjadi pembangkang, pihak berkenaan terlalu banyak mempertikaikan pelbagai perkara.\"Bertahun sebagai pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul,\" katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.Beliau turut memuat naik hantaran berhubung kritikan terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ekonomi melanda negara.\"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh bubar jawatan Menteri Ekonomi itu.\"Ekonomi rakyat dan negara semakin tergugat,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Jun 2023 12:13am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264687/berita/semasa/insiden-kepala-air-dua-wanita-china-ditemukan-lemas", "article_title": "Insiden kepala air: Dua wanita China ditemukan lemas", "article_text": "KUALA LUMPUR - Dua wanita warga China ditemukan lemas selepas dihanyutkan dalam insiden kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini petang Rabu.Fenomena kepala air di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat di bahagian hulu sungai yang menyebabkan paras air terjun menjadi tinggi dengan arus deras.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat Xia Yuan Ling, 55, ditemukan tersangkut di celahan batu pada jam 6.18 petang kira-kira 200 meter dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hanyut.\"Manakala mangsa kedua ditemui pada jam 10.20 malam di celah batu, 50 meter dari lokasi Yuan Ling dijumpai.\"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua wanita pada jam 5.30 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.\"Operasi pencarian ditamatkan pada jam 11 malam,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:45pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264686/berita/sukan/harimau-muda-akhiri-kempen-piala-asia-b-17-dengan-kemenangan", "article_title": "Harimau Muda akhiri kempen Piala Asia B-17 dengan kemenangan", "article_text": "SKUAD Bawah (B-17) tahun negara menutup kempen Piala Asia B-17 dengan noktah kemenangan selepas menewaskan Laos 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi.Dalam aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad muda negara bermula garang, namun kesilapan barisan pertahanan menyebabkan kapten Laos, Sayfon Keohanam menyumbat gol pada minit ke-12.Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Osmera Omaro bangkit memburu gol penyamaan sehingga akhirnya berjaya merobek gawang Laos menerusi Dainei Mat Disa pada minit ke-43.Aksi babak kedua menyaksikan Harimau Muda terus bersemangat memburu gol sebelum Dainei berjaya meledak jaringan kedua pada minit ke-78.Laos cuba bangkit memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.Kemenangan itu setidak-tidaknya mampu menebus maruah Harimau Muda selepas mereka gagal layak ke suku akhir apabila tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.Harimau Muda memulakan kempen di Bangkok dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Yemen sebelum mengalami kekalahan 0-3 ketika berdepan Thailand.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264684/berita/nasional/ahli-politik-tak-patut-masuk-campur-isu-kedah-pulau-pinang", "article_title": "'Ahli politik tak patut masuk campur isu Kedah-Pulau Pinang'", "article_text": "SHAH ALAM - Isu Kedah-Pulau Pinang yang hangat diperkatakan baru-baru ini sepatutnya memerlukan penyertaan daripada ramai pakar sejarah.Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Ariffin berkata, ia kerana perbahasan tersebut memerlukan perbincangan secara teknikal tanpa terbawa-bawa dengan sentimen.Justeru, tidak wajar isu berkenaan mendapat penyertaan pimpinan parti politik yang bersulamkan sentimen.\u201cBila ada ahli politik yang masuk dalam perkara ini dan bawa maklumat tidak tepat. Ia mengakibatkan masalah, tambahan lagi kalau ada pengikut, lebih teruk polemiknya.\u2018Perbezaan dari segi pandangan sejarah sepatutnya disambut dengan baik kerana ia bersifat harmoni. Namun, sebaliknya bila berlaku campur tangan politik.\u201cTiada istilah untuk berbincangnya dari sudut tersebut, selagi masih ada ruang kefahaman yang luas. Ia dapat mewujudkan perdebatan yang sihat,\u201d katanya semasa Program Sinar Libe \u2018Sejarah atau Perlembagaan\u2019 pada Rabu.Mei lalu, orang ramai dikecohkan dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula baru-baru ini bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak, perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.Baginda bertitah, perbincangan mengenai perkara itu haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.Dalam pada itu, Azmi menambah, pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang seharusnya duduk bersama bagi menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia.Jelasnya, ia pernah dibuktikan pasca 13 Mei 1969 apabila wujud banyak dasar perpaduan ketika itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264681/berita/hiburan/alif-satar-isteri-berlepas-ke-makkah-tunai-haji", "article_title": "Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji", "article_text": "SEPANG - Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Alif Satar ketika ditanya perasaannya diberi kesempatan untuk menunaikan fardu haji tahun ini.Kelopak matanya pula bergenang menginsafi kebesaran ALLAH mengundang bukan hanya dia, bahkan isterinya, Sha Dila Halid yang menemaninya ke Tanah Suci.Sekitar pukul 7.20 malam ini, Alif dan Sha Dila akan berlepas ke Makkah bagi menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima.Kepada Astro Awani, Alif, 33, bercerita betapa undangan ke rumah ALLAHitu bagaikan rahmat yang terlalu agung buatnya.\u201cSebelum ini, setiap hari dan setiap masa sejak tahun 2017 Alif memanjat doa kepada ALLAH agar mengundang Alif dan isteri untuk menunaikan haji. Setiap tahun, Alif sentiasa mengharapkan undangan itu diberikan.Kegembiraan Alif Satar tambah berganda kerana menyertai rombongannya menunaikan haji tahun ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto Astro Awani\u201cAlhamdulillah, doa Alif telah diangkat oleh ALLAH. Sukar digambarkan perasaan gembira yang bukan kepalang. Terima kasih ALLAH, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan,\u201d kata artis versatil ini ketika ditemui Astro Awani di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.Dalam leka memikirkan kegembiraan diundang sebagai tetamu ALLAH untuk mengerjakan haji, Alif turut membayangkan juga bagaimana kelak apabila umat Islam syurga kelak.Namun begitu, Alif sangat-sangat yakin ketika ini adalah masa yang terbaik untuk dia dan isteri meluangkan masa dan kesempatan menzahirkan kesyukuran dengan melalui perjalanan spiritual di Makkah dan Madinah.\u201cPerjalanan spiritual ini adalah satu jihad yang terbesar dalam hidup Alif dan juga rakan-rakan jemaah haji lain kerana perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga di tanah air.\u201cTetapi, dari satu perspektif lain, Alif melihat pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang telah Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail lalui di zaman itu,\u201d kata Alif lagi.Justeru, kesempatan di Makkah kelak, Alif berikrar, untuk melakukan yang terbaik dan memberi fokus pada ibadah yang dituntut.Pada kesempatan di Tanah Suci juga, Alif tentu sekali akan berdoa kepada ALLAH agar sekembalinya ke tanah air kelak, dia akan dianugerahkan haji mabrur.Satar Ramli (kiri) dan Norhafiza Mohamad (dua dari kiri) turut berada di KLIA menghantar Alif Satar dan Sha Dila ke Makkah pada Rabu. - Foto Astro Awani\u201cSemoga ada perubahan yang lebih baik buat Alif dan isteri apabila kami kembali kelak walapun dalam hati ada sedikit rasa takut, namun Alif akan manfaatkan peluang ini untuk buat yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan haji mabrur... Insya-ALLAH,\u201d ujarnya lagi.Ketika di KLIA tadi juga, Alif berkongsi kegembiraan berganda kerana turut bersama-samanya menyerti rombongan perjalanan haji ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.\u201cNikmat dan rezeki yang ALLAH berikan amat luar biasa buat Alif,\u201d kata dalam nada sebak.Turut berada di KLIA menghantar Alif dan isteri ke Makkah ialah bapa dan artis itu, Mohd Satar Ramli dan Norhafiza Mohamad. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264680/berita/hiburan/jaafar-onn-sifatkan-rohana-sahabat-sejati", "article_title": "Jaafar Onn sifatkan Rohana sahabat sejati", "article_text": "SUBANG JAYA - Pelakon dan penyanyi, Jaafar Onn mengakui cukup terkesan dengan pemergian sahabat baiknya, Allahyarham Rohana Jalil, 68, pada Selasa.Jaafar yang sudah lebih 40 tahun mengenali Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil, menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang sahabat sejati dan tiada ganti.\u201cDia seorang sahabat yang memahami siapa diri saya. Malah dalam ramai-ramai artis popular, hanya dia sahaja yang mahu berduet dengan saya. Dia terima saya seadanya.\u201cSelama bersahabat, saya tak pernah ambil hati dengan apa yang dia cakap pada saya. Kalau ada rasa kecil hati, saya terus buang dan lupakan kerana kami sudah lama kenal, lebih 40 tahun.\u201cBukan senang nak cari sahabat yang tahu siapa diri kita. Kadang-kadang ada orang kenal perkotak-katikkan kita, tapi dia tak pernah. Dia suka berterus-terang dan kalau ada yang tak betul, dia tegur dan beri semangat pada saya,\u201d katanya kepada Sinar Harian.Akui Jafaar, 71, terlalu banyak kenangannya bersama Allahyarham yang amat menggemari asam pedas masakannya itu.Antara yang paling diingati ketika menjayakan persembahan terakhir bersama penyanyi lagu Rayuanku itu beberapa bulan lalu.\u201cSaya ada menjayakan persembahan bersamanya di Plaza Masalam beberapa bulan lalu dan pada ketika itu saya tengok dia dalam keadaan sakit yang agak teruk.\u201cSaya cakap pada dia, kalau sakit kenapa datang, tetapi dia kata datang sebab saya selalu jemput dia buat persembahan. Duit adalah soal kedua, tetapi baginya memenuhi undangan orang adalah lebih utama, apatah lagi bila sudah berjanji.\u201cKetika itu saya tengok dia nak berjalan susah dan menyanyi pun sambil duduk. Saya kagum sangat dengan semangatnya,\u201d akui pelakon drama Cili Padi itu lagi.Jaafar sebelum ini pernah tampil dalam album duet bersama Allahyarham Rohana dan sering menjayakan persembahan pentas bersama.Terdahulu, ibu kepada pelakon Kilafairy itu disahkan meninggal dunia akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam Selasa.Jenazah selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: 'Arwah isteri terbaik dalam segala segi' - Suami Rohana Jalil'Saya reda, sudah buat terbaik ketika hayat mama ada' - KilafairyRakan artis kongsi duka pemergian Rohana JalilJenazah Rohana Jalil disembahyangkan di Masjid Al-FalahJenazah Rohana Jalil selamat dikebumikanRohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:42pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264677/berita/politik/senarai-calon-pas-kedah-diteliti-majlis-syura", "article_title": "Senarai calon Pas Kedah diteliti Majlis Syura", "article_text": "ALOR SETAR - Senarai calon Pas Kedah sudah dihantar ke Majlis Syura Pas untuk penilaian sebelum dimuktamadkan menjelang pilihan raya negeri (PRN).Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesemua nama yang diserahkan itu akan dibuat tapisan oleh Majlis Syura agar calon boleh menang dapat diketengahkan.Menurutnya, Pas negeri hanya membuat tapisan awal menerusi \u2018bank calon\u2019 dengan menamakan empat atau tiga nama di sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).\u201cMajlis Syura akan teliti senarai, banyaklah nama sebab mereka adalah tapisan dalam bank calon Pas. Di setiap DUN, mungkin hantar empat hingga tiga nama.\"Majlis Syura akan putuskan siapa yang akan bertanding kelak,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco terakhir sebelum pembubaran DUN Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu.Ditanya sama ada kesemua calon disenaraikan memenuhi kriteria dan layak diangkat sebagai calon PRN, Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat nama yang tidak diluluskan Majlis Syura.\u201cSaya tak tahu sama ada setakat ni semua layak atau tidak. Majlis Syura yang buat keputusan. Mungkin saya pun tak layak (daripada penilaian Majlis Syura),\u201d katanya lagi.Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu memaklumkan, terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada yang menarik diri dan tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.\u201cAda daripada ADUN Pas nyatakan hasrat tak mahu bertanding. Orang Pas ni tawaduk, mereka tak tawar diri, kalau tidak dipilih tidak datang beban.\u201cAda juga calon Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang sudah jadi ahli Parlimen tak mahu bertanding DUN lagi, termasuk Pas. Mereka mahu beri peluang kepada orang lain,\u201d katanya.Menurutnya, apa jua keputusan tertakluk pada Majlis Syura, sekiranya diarahkan untuk bertanding calon berkenaan perlu menerima tanggungjawab itu.\u201cKeputusan untuk dicalonkan bukan pada batang tubuh tetapi keputusan parti. Kalau parti minta individu itu bertanding, dia perlu terima.\"Ada kemungkinan parti arahkan dan ia satu kewajipan untuk individu tersebut, termasuklah orang yang tak mahu bertanding lagi,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:30pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264675/berita/nasional/takkan-ingin-biar-ringgit-jatuh-begitu-saja-rafizi---isham", "article_title": "'Takkan ingin biar ringgit jatuh begitu saja, Rafizi' - Isham", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan disarankan supaya segera berbincang langkah-langkah untuk menangani isu krisis kejatuhan wang ringgit yang berlaku di negara ini.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, ringgit sudah lama jatuh dan jika berterusan ia akan membawa kesan buruk terhadap harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import.\u201cRafizi kata kerajaan tidak bincang lagi pun tentang sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit, dia kata kita bukan ada banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit.\u201cAda banyak cara kerajaan boleh mempertahankan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.\u201cPerlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)?\u201d soalnya dalam siaran di Facebook pada Rabu.Pada Selasa, media melaporkan bahawa Rafizi memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi isu kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada waktu ini.Menurutnya, kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran modal dan ringgit akan membabitkan kos yang besar, yang mana dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:18pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264672/berita/politik/prn-bertandinglah-secara-anak-jantan---sanusi", "article_title": "PRN: Bertandinglah secara anak jantan - Sanusi", "article_text": "ALOR SETAR - Semua parti politik diminta mengamalkan sepenuhnya amalan demokrasi sepanjang tempoh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hari pengundian sehingga pembentukan kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN).Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua parti yang bertanding PRN termasuk Perikatan Nasional (PN) harus menggunakan kekuatan sendiri tanpa perlu menyalahgunakan aset kerajaan.Menurutnya, tidak sewajarnya mana-mana pihak menggunakan aset kerajaan ketika turun berkempen.\u201cSaya harap proses demokrasi berjalan dengan betul. Jangan guna harta atau dana kerajaan untuk kempen. Jangan guna agensi atau jabatan kerajaan ketika turun berkempen,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada Rabu.Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, setiap parti memiliki kapasiti masing-masing dan seharusnya menggunakan kekuatan itu untuk menawan pengundi.\u201cKempen atas kekuatan dan kapasiti parti masing-masing. Bertandinglah secara anak jantan. Jangan cakap lain, buat lain,\u201d katanya.Menurutnya lagi, Penasihat Undang-Undang Negeri akan menggariskan perkara yang boleh dilaksanakan sepanjang tempoh kerajaan sementara atau \u2018caretaker government\u2019.\u201cKita akan arah semua Exco pulangkan kenderaan rasmi masing-masing. Kita mahu sepanjang mereka berkempen, tak guna harta kerajaan. Saya harap parti-parti lain guna kaedah sama,\u201d ujarnya.Muhammad Sanusi dijadual mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN Kedah, iaitu pada 28 Jun ini.Beliau turut mengingatkan agar tidak melangkaui kuasa Sultan Kedah dan semua perkara berkaitan hanya akan diumumkan selepas mendapat perkenan Sultan Sallehuddin.\u201cSelepas diperkenankan Sultan, baru boleh umum. Saya pun tak boleh namakan siapa Exco, orang lain pun tak boleh namakan saya sebagai Menteri Besar atau poster boy, kalau di umum awal, tetapi Sultan tak beri perkenan, macam mana?\u201cBerilah ruang dan kuasa tersebut ada pada pihak lain. Kita pandai-pandai cakap siapa poster boy sedangkan ia bidang kuasa pihak lain, jangan kita langgar,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264668/berita/nasional/skim-perubatan-madani-ringankan-beban-rawatan-kesihatan-b40", "article_title": "Skim Perubatan Madani ringankan beban rawatan kesihatan B40", "article_text": "KUALA LUMPUR - Skim Perubatan Madani yang menawarkan rawatan percuma bermula 15 Jun lepas sangat membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan B40 mengurangkan bebanan kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut atau rawatan pesakit luar kes-kes akut di pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar.Skim itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lepas merupakan satu daripada inisiatif kerajaan mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan merangkumi rawatan bagi demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi dengan peruntukan sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.Tinjauan Bernama mendapati orang ramai menyifatkan Skim Perubatan Madani amat membantu mereka mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera tanpa perlu bersesak di Klinik Kesihatan (KK) selain meringankan beban dan berharap skim tersebut diteruskan selepas tempoh tamat pada 31 Dis ini.Di PERAK, seorang warga emas, Maimunah Abd Rahman, 60, melahirkan rasa syukur kerana kerajaan memperkenalkan skim itu yang secara tidak langsung memudahnya mendapat rawatan kesihatan dengan cepat.\"Skim ini dapat mengurangkan waktu menunggu berbanding di Klinik Kesihatan. Kita ketahui Klinik Kesihatan kadangkala sesak.Di PULAU PINANG, seorang penerima STR, Mohd Syukor Mohd Sulaiman, 38, berkata, skim itu dapat mengurangkan beban kewangan keluarganya.\"Bukanlah saya minta saya, isteri atau tiga anak sakit kerana nak dapatkan bantuan perubatan itu tapi sekurang-kurangnya kami dapat berjimat jika ada ahli keluarga yang tidak sihat dan perlukan rawatan di klinik atau hospital terutama ketika belum gaji.\"Saya kerja di kedai makan dan gaji tidak seberapa... ada anak kecil berusia dua tahun jadi bab sakit atau tidak sihat itu terutama demam dan selesema boleh kata kerap juga, jadi bantuan perubatan itu sudah tentu satu nikmat dan sangat membantu kami sekeluarga,\" katanya.Di JOHOR, pesara swasta Mohd Ali Mohd Ekhbal, 58, menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan skim tersebut yang disifatkan berupaya membantu golongan pesara terutama golongan B40.\"Bantuan melalui skim perubatan terbaharu ini bukan sahaja meringankan beban kewangan tetapi pada masa yang sama membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan, cuma saya harapkan dalam masa yang terdekat ia akan dapat diperluas ke daerah yang lain selain Johor Bahru,\u201d katanya.Di SELANGOR, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata, skim berkenaan perlu diberikan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui manfaat serta akses kesihatan yang diterima oleh mereka.\"Skim tersebut bagus dalam memberi solusi untuk penyuraian pesakit luar di KK dan hospital kerajaan yang memerlukan rawatan cepat bagi kes akut antaranya demam, selesema, sakit kepala dan cirit-birit serta secara langsung mengurangkan waktu menunggu pesakit untuk menerima konsultasi daripada doktor,\u201d katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperluas skim tersebut di bawah klinik kendalian anak syarikat namun ia perlu diteliti lebih lanjut kerana Selangor turut menganjurkan skim yang hampir serupa iaitu menerusi Program Iltizam Selangor Sihat dengan setiap penerima berdaftar golongan B40 mendapat RM500 bagi kategori keluarga dan RM250 untuk individu.Di SARAWAK, pekerja swasta, Dexter McQueen, 42, berkata inisiatif itu juga dapat mengurangkan jumlah pesakit yang menerima rawatan di KK serta mengurangkan bebanan doktor.\"Sekurang-kurangnya doktor di Klinik Kesihatan boleh fokus merawat mereka yang amat memerlukan seperti warga tua dan ibu mengandung serta kes-kes kesihatan yang lebih berat.\"Ini adalah langkah dan usaha yang baik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini secara keseluruhannya,\u201d katanya.Daerah terlibat program rintis Skim Perubatan Madani ialah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264665/berita/nasional/khairy-dakwa-ahmad-maslan-penyebab-ekonomi-merudum", "article_title": "Khairy dakwa Ahmad Maslan penyebab ekonomi merudum", "article_text": "SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu pantas.Katanya, tindakan Ahmad berbicara soal ekonomi, seolah-olah ada pengumuman besar untuk memastikan nilai ringgit lebih kukuh.\u201cKenyataan dibuat itu menjadikan individu di pasaran kewangan, pelaburan mahu mengetahui berita yang bakal disampaikan itu.\u201cBagi saya cara pengumuman itu bagus kerana ia merupakan gerakan taktikal, namun ia tidak akan mengubah soal gambaran landskap pelaburan di negara kita,\u201d katanya menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap pada Rabu.Sebaliknya, Khairy menjelaskan dua cara untuk menarik pelaburan dan mengukuhkan nilai ringgit di Malaysia adalah dengan menjual sedikit pegangan kepada Sovereign Wealth Fund (SWF) dan menjadikan negara sebagai pejabat keluarga (family office).Jelasnya, pelabur yang datang melabur melihat kepada kerajaan, usaha syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menyediakan peluang untuk dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga.\"Apabila pegangan dijual sedikit kepada SWF, ia akan memberi kesan lebih besar daripada pengumuman yang kecil untuk jangka masa panjang.Pada masa sama, Khairy berkata, untuk meningkatkan pelaburan ke dalam negara, kerajaan bukan sahaja perlu menarik perhatian syarikat dan profesional, sebaliknya pejabat keluarga juga.\u201cSejak beberapa tahun lalu, strategi Singapura adalah menarik pejabat keluarga yang mana ia merupakan satu entiti ditubuhkan oleh keluarga kaya untuk menguruskan kewangan mereka.\u201cCuma kita perlu ada persekitaran polisi yang lebih fleksibel untuk pejabat keluarga ditubuhkan di sini,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264664/berita/politik/kj-tak-setuju-gelombang-hijau-diguna-untuk-takutkan-pengundi", "article_title": "KJ tak setuju 'gelombang hijau\u2019 diguna untuk takutkan pengundi", "article_text": "SHAH ALAM - Perkataan \u2018gelombang hijau\u2019 dengan merujuk sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dilihat ditimbulkan sesetengah pihak dengan konotasi negatif.Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkataan tersebut digambarkan dengan maksud tersirat yang mencerminkan bahawa wujudnya propaganda ekstremis.\u201cTerdapat media luar negara yang menggunakan perkataan \u2018gelombang hijau\u2019, seolah-olah sekiranya PN menang pilihan raya, maka negara akan dikuasai kumpulan seperti Taliban.\u201cJadi saya sangat tidak setuju bila pimpinan DAP, seperti Tan Sri Lim Kit Siang menggunakan gelaran tersebut untuk memomokkan undi,\u201d katanya.Baru-baru ini, Kit Siang menyatakan yang kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam gelombang hijau Pas.Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama.Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan oleh faktor agama dan bangsa tetapi hakikatnya adalah kerana ketidakstabilan negara kini.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264663/berita/sukan/bekas-pengadil-kebangsaan-antarabangsa-meninggal-dunia", "article_title": "Bekas pengadil kebangsaan, antarabangsa meninggal dunia", "article_text": "KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengucapkan takziah buat ahli keluarga bekas pengadil ragbi kebangsaan dan antarabangsa, Allahyarham Firdaus Sani Shaari yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu.Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KPM), Datuk Shahrul Zaman Yahya juga menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga besar ragbi Malaysia.\"Allahyarham merupakan antara individu yang banyak berbakti dan berjasa terhadap pembangunan sukan ragbi negara menerusi komitmen dalam dunia ke pengadilan serta pembangunan modal insan sukan ini.\"Mengenai kebajikan keluarga Allahyarham, KRM akan membantu berdasarkan kemampuan kewangan persatuan bagi memastikan nasib keluarga arwah sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya.\"KRM mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,\" katanya kepada Sukan Sinar.Terdahulu KRM memaklumkan Allahyarham yang berusia 53 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh jam 5.40 pagi Rabu.Sementara itu, menurut anaknya yang dikenali sebagai Alif, jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kepayang, Masjid Taufiqiyah, Ipoh pada jam 12.30 tengah hari Rabu.\"Terima kasih buat semua yang mendoakan dan juga bertanyakan status dari masa ke semasa. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,\" katanya.Sebagai rekod, Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak, merupakan bekas pengarah pengadil Putrajaya, jurulatih perlawanan rasmi (2010 -2023), tenaga pengajar (2010-2023), komisioner perlawanan (2017- 2023), pegawai pertandingan (1990-2016).", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264658/berita/semasa/lebih-100-mangsa-penipuan-pelaburan-serah-penyataan-tambahan", "article_title": "Lebih 100 mangsa penipuan pelaburan serah penyataan tambahan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata, penyerahan penyataan tambahan itu diharap dapat digunakan bagi melancarkan siasatan SSM.Menurut beliau, belum ada lagi tangkapan dilakukan sejak mereka membuat laporan polis pada Mac lepas dan ia meresahkan mangsa yang terlibat.\"Merujuk kepada Seksyen 27A Akta SSM iaitu kuasa penguatkuasaan dan pemeriksaan penyiasatan yang mana pendaftar (ketua pegawai eksekutif SSM) mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua yang diperuntukkan dalam tatacara.\"Ini bermaksud SSM ada kuasa untuk menangkap. Tak perlu tunggu polis. SSM boleh terus menangkap sekiranya skim pelaburan itu adalah skim pelaburan yang gagal daftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2012,\u201d katanya pada sidang media di Menara SSM @ Sentral di sini pada Rabu.Hishamuddin berkata, mana-mana pengarah syarikat yang menjalankan skim pelaburan tanpa berdaftar dengan SSM di bawah Akta Skim Kepentingan 2012, boleh dikenakan penjara selama 10 tahun atau denda RM50 juta.Ini merupakan langkah ketiga diambil mangsa penipuan syarikat pelaburan tersebut setelah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) masing-masing pada Mac dan April lepas.Kebanyakan mangsa yang ditemui mengakui tertarik untuk menyertai skim pelaburan tersebut setelah syarikat pelaburan itu memberitahu nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan telah turut sama menyertai skim pelaburan terbabit sedangkan mereka tidak terlibat langsung dengan syarikat pelaburan itu.Seorang bapa kepada atlet terkenal yang enggan mendedahkan namanya turut terpedaya dan menjadi mangsa skim pelaburan itu dengan kerugian berjumlah RM150,000 setelah menyangka skim pelaburan itu adalah produk ditawarkan oleh bank tempatan.\"Tetapi sebenarnya tidak. Ejen yang kenalkan saya dengan skim pelaburan itu memang seorang pekerja sebuah bank tempatan, namun akibat dikaburkan dengan pulangan sehingga enam peratus sebulan. Saya terus sertai skim pelaburan itu dan hanya sempat merasa \u2018habuan\u2019 untuk tiga bulan pertama sahaja dan langsung tidak terima duit sehingga sekarang,\u201d katanya kepada Bernama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264661/berita/politik/isu-pakaian-jururawat-bukti-pas-masih-kekal-stereotaip-lama---kj", "article_title": "Isu pakaian jururawat bukti Pas masih kekal stereotaip lama - KJ", "article_text": "SHAH ALAM - Isu pakaian jururawat yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dalam sidang Parlimen baru-baru ini membuktikan Pas masih kekal dengan stereotaip lama dan jumud.Menurut bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, masih terdapat banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\u201cSebagai menteri yang memulakan kertas putih kesihatan sebelum ini. Saya nak ia dibentangkan kerana hendak bincang isu serius termasuk sistem kesihatan tak cukup pelaburan dan kekurangan kakitangan kesihatan.\u201cIni yang buat saya geram kerana ia secara tidak langsung membuktikan Pas masih terbawa-bawa dengan stereotaip lama.\u201cMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah jelaskan bahawa pemakaian jururawat telah pun mematuhi standard syariah yang sepatutnya,\u201d katanya dalam Program Keluar Sekejap pada Rabu.Program tersebut dikelolakan olehnya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.Wan Razali ketika sesi perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, etika berpakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam di negara ini disifatkan tidak patuh syariah.Beliau menggesa kerajaan melihat semula etika berkenaan supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai.Khairy Jamaluddin dalam rancangan menambah, Pas kini semakin dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai ramai golongan profesional.Bagaimanapun ujarnya, dengan hanya satu kenyataan, ia mampu mengubah pandangan rakyat Malaysia terutama masyarakat Melayu yang moderat.ARTIKEL BERKAITAN: KKM harap isu pakaian jururawat tidak terus diperbesarKritik pakaian jururawat, Wan Razali digesa mohon maafMajoriti berpendapat pakaian jururawat 'biasa jer''Pakaian jururawat wanita ketat, tak patuh syariah' - MP KuantanHentikan prejudis, pakaian jururawat ikut spesifikasi khas WHO", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:02pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264656/berita/semasa/tangkap-layar-perbualan-ebit-pengadu-didedahkan", "article_title": "Tangkap layar perbualan Ebit, pengadu didedahkan", "article_text": "TENOM - Analisis telefon bimbit milik pengadu berhubung tangkap layar perbualan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, didapati bermula sejak 4 Mac 2021.Perkara itu didedahkan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitenden Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Rabu.Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit itu bertanda NA-1 menunjukkan bahwa perbualan melalui aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.Ia antara perkara dijelaskan oleh saksi berkenaan berdasarkan 219 gambar tangkap layar diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R.Cakera padat itu juga merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.Saksi menjelaskan nombor itu merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.Perbicaraan berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad serta Zahida Zakaria.Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264655/berita/nasional/harga-petrol-diesel-kekal-seminggu-lagi", "article_title": "Harga petrol, diesel kekal seminggu lagi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).MOF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).\"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,\u201d menurut kenyataan itu.Kementerian tersebut memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264657/berita/nasional/dewan-negara-lulus-ruu-suruhanjaya-koperasi-malaysia-2023", "article_title": "Dewan Negara lulus RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2023", "article_text": "KUALA LUMPUR - Rang Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 yang bertujuan memantapkan badan penyelia berkenaan melalui penstrukturan semula dan pewujudan jawatan utama diluluskan di Dewan Negara, hari ini.RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Ewon berkata, pembahagian kuasa, lantikan dan penyusunan semula penjawatan akan dilaksanakan.Jawatan pengerusi eksekutif yang sebelum ini mentadbir dan mengawas suruhanjaya berkenaan akan distruktur menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala timbalan pengerusi akan ditukar kepada timbalan CEO, katanya.Tambahan dua lagi perjawatan timbalan CEO juga akan diwujudkan, di samping jawatan baharu pengerusi lembaga, empat ex-officio dan enam ahli lembaga pengarah (satu telah dilantik).Ewon berkata, perjawatan yang melibatkan lantikan oleh menteri berkaitan sektor koperasi adalah bagi memastikan penyumbang utama gerakan koperasi dan hanya mereka yang layak dilantik, mencakupi setiap sektor dan wilayah di seluruh negara.\"Ahli lembaga pengarah yang telah dilantik adalah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (Datuk Mohd Ali Mansor) yang memang terlibat dengan gerakan koperasi dalam sektor latihan.\"Kita juga mengambil kira pandangan gerakan koperasi di negara ini sama ada di Sarawak, Sabah, koperasi bumiputera dan bukan bumiputera serta gerakan yang telah berjaya. Ini juga kita pertimbangkan,\" katanya.Beliau berkata, pindaan yang melibatkan kuasa menteri menamatkan lantikan tanpa sebab juga bertujuan memastikan mereka yang dilantik sentiasa menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.\"Sekiranya mereka leka dan tidak dapat menjalankan amanah, maka ini memberi peringatan bahawa kita boleh menamatkan pelantikan itu,\" katanya.Beliau berkata, implikasi kewangan juga akan diteliti susulan pelantikan baharu itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264653/berita/semasa/1mdb-mahkamah-diberitahu-kedengaran-seperti-suara-najib-dalam-rakaman-audio", "article_title": "1MDB: Mahkamah diberitahu 'kedengaran seperti' suara Najib dalam rakaman audio", "article_text": "KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa salah satu daripada suara di dalam empat klip audio yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 'kedengaran seperti\u2019 suara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata demikian selepas empat klip audio dimainkan di mahkamah hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam perbicaraan Najib yang berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.Beliau berkata, dua daripada suara dalam rakaman audio itu dipercayai perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah.Dalam satu lagi klip audio, Mohd Irwan turut mengenal pasti bahawa salah satu suara dalam audio itu adalah suara bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.Sementara itu semasa permeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata, beliau tidak pasti sekiranya suara di dalam rakaman audio itu adalah suara Najib, kerana beliau tidak berada di tempat itu semasa perbualan berlangsung.Muhammad Shafee: Selepas mendengar rakaman itu, bolehkah anda mengatakan bahawa ini adalah palsu?Mohd Irwan: Saya tidak boleh kata apa-apa, kerana saya bukan pakar.Terdahulu hari ini, Hakim Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima empat rakaman audio itu sebagai bukti.Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memohon supaya rakaman audio diterima untuk identifikasi dalam perbicaraan, bagi menyangkal hujah pembelaan bekas perdana menteri, bahawa wang yang masuk ke akaun bank peribadinya adalah derma.Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa rakaman audio perbualan yang didakwa antara Najib dan seorang pemimpin dari Timur Tengah adalah sangat relevan untuk menyangkal pembelaan tertuduh.Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan bersambung 7 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:29pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264651/berita/semasa/pura-pura-minta-bantuan-sebelum-samun-penunggang-p-hailing", "article_title": "Pura-pura minta bantuan sebelum samun penunggang p-hailing", "article_text": "KUALA LANGAT - Seorang penunggang p-hailing menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, di sini pada Ahad lalu.Mangsa mulanya ditahan oleh salah seorang suspek yang berpura-pura mahu meminta bantuan dalam kejadian kira-kira jam 1.36 pagi.Suspek kemudiannya bertindak menarik kunci motosikal lelaki tersebut namun tidak berjaya sebelum seorang lagi rakan suspek dari arah semak berhampiran meluru sebelum bertindak menyamun mangsa.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 akibat kejadian itu.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha memburu kedua-dua suspek terlibat sedang giat dijalankan,\" katanya.Pada Selasa, tular hantaran di Facebook menyatakan seorang individu disamun di salah satu kawasan di tepi jalan di Jenjarom.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264652/berita/politik/kj-sudah-ada-jawapan-tawaran-muhyiddin", "article_title": "KJ sudah ada jawapan tawaran Muhyiddin", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sudah mempunyai jawapan berhubung pelawaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut.Bercakap ketika podcast 'Keluar Sekejap', bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas mengenai jawapan diberikan kepada Muhyiddin.\"Saya berhutang jawapan dengan Muhyiddin berhubung tawaran keahlian parti Bersatu dan peluang untuk terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\"Saya telah jumpa dan beri pandangan saya tetapi beliau minta saya fikir lagi.\"Bagi saya ada kata putus, tetapi apabila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikirkan lagi. Kita fikirkan lagilah,\" ujarnya.Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan turut menjelaskan bahawa beliau memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian.\"Saya minta beliau sedikit masa, Dewan Undangan Negeri (DUN) pun belum bubar jadi ada masa untuk apa-apa berlaku,\" katanya", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:22pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264650/berita/politik/jangan-keliru-mainan-persepsi-pembangkang-di-media-sosial", "article_title": "Jangan keliru mainan persepsi pembangkang di media sosial", "article_text": "KUBANG PASU - UMNO Kedah mengingatkan ahlinya agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi pihak lawan di media sosial.Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau menggunakan media sosial untuk mengelirukan dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.\"Saya nak ingatkan kepada semua apa yang berlaku sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah mainan naratif songsang dan persepsi buruk melampau di media sosial oleh pihak lawan,\" katanya pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat Persiapan PRN DUN Bukit Kayu Hitam di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu, dekat sini.Mahdzir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut mengingatkan ahli UMNO agar tidak lagi berpolemik dengan isu sejauh mana perjalanan gabungan BN-PH dalam Kerajaan Perpaduan.\"Sekarang adalah masa untuk menentukan kemenangan bersama dalam PRN bagi mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat.\"Saya mengharapkan sokongan mutlak daripada ahli-ahli UMNO, semangat saya seorang sebagai ketua tak cukup, saya perlukan sokongan semangat dan kerjasama daripada semua.\"Ahli-ahli UMNO sendiri jangan kalih ke lain dan sesiapa sahaja yang ditentukan oleh parti untuk menjadi calon nanti hendaklah kita sokong sepenuhnya,\" ujar beliau.Jelas Mahdzir, Kedah bakal menjadi tumpuan seluruh negara berbanding Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.Menurutnya, keputusan PRN di negeri tersebut sudah boleh dijangka berbanding di Kedah yang mana pengundinya lebih dinamik dan bijak dalam membuat penilaian.\"UMNO dan BN masih ada harapan untuk mencatat kemenangan dalam PRN kali ini berdasarkan situasi semasa sekarang agak berbeza sedikit dengan PRU lalu.\"Kita yakin boleh kalih semula Kedah, sebab Kedah adalah 'sweet state' yang mana rakyat Kedah cerdik dalam memilih. Jadi jika kita masuk dalam pilihan raya kali ini dengan cara yang betul dan tepat kita boleh menang,\" katanya lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264649/berita/nasional/kj-pertahan-rafizi", "article_title": "KJ pertahan Rafizi", "article_text": "SHAH ALAM - Ketiadaan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli semasa mesyuarat hala tuju ekonomi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bukan satu isu, kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Menurutnya, meskipun Rafizi memegang portfolio tertinggi dalam kementerian berkenaan, namun ia bukan syarat buat beliau untuk hadir ke dalam semua perbincangan.\u201cMeskipun beliau (Rafizi) tiada, namun Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya, Datuk Nor Azmie Diron hadir dalam mesyuarat berkenaan.\u201cAnwar dan Rafizi pun sebenarnya masih ada masa lain untuk bertukar pandangan iaitu semasa Mesyuarat Kabinet Menteri dan juga Mesyuarat Tindakan Ekonomi,\u201d kata beliau dalam Program Keluar Sekejap, pada Rabu.Program tersebut dikelolakan beliau bersama Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.Baru-baru ini, Anwar mengadakan perbincangan berkaitan hala tuju ekonomi negara yang disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dan juga pakar ekonomi lain.Bagaimanapun, ketiadaan Rafizi dalam mesyuarat tersebut dan kehadiran Khairy Jamaluddin menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan orang ramai.Susulan desas desus tersebut, Khairy Jamaluddin dalam rancangan sama menafikan mesyuarat itu mempunyai kaitan dengan sebarang agenda politik.Jelasnya, perbincangan tersebut sememangnya memfokuskan tentang masalah hala tuju ekonomi negara.\u201cSaya hadir kerana kapasiti saya yang merupakan bekas Menteri Kesihatan dan juga seorang pemikir. Jadi, ia merupakan satu khidmat kepada negara sebenarnya,\u201d kata beliau.Bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut memuji Anwar yang disifatkan sangat terbuka dengan pelbagai pandangan semasa mesyuarat berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 06:07pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264646/berita/semasa/calling-centre-diserbu-19-ditahan-tipu-tawaran-kerja", "article_title": "Polis serbu 'calling centre', 19 ditahan tipu tawaran kerja", "article_text": "KAJANG - Seramai 19 individu warga China dan Vietnam diberkas dalam serbuan di sebuah premis dipercayai pusat panggilan penipuan dalam talian di sebuah rumah, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek diberkas menerusi serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kajang.\"Tangkapan melibatkan seorang lelaki warga China dan 18 individu termasuk enam wanita warga Vietnam.\"Sebanyak 15 set komputer pelbagai jenama, 35 unit telefon bimbit pelbagai jenis, satu unit passport dan satu set kunci rumah bersama alat kawalan jauh turut dirampas dalam serbuan itu,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, pusat panggilan tersebut dipercayai menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud dengan menyasarkan mangsa daripada warga Vietnam.\"Mangsa akan dihubungi dengan menggunakan platform sosial berpangkalan di Vietnam seterusnya ditawarkan kerja sambilan dengan membuat tugasan pembelian melalui menerusi laman sesawang yang disertakan,\" katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.\"Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut.\"Orang ramai diingatkan agar tidak bekerja dengan sindiket penipuan dalam talian sekaligus menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan,\" katanya.Ujar Mohd Zaid, pekerjaan seperti ini adalah satu kesalahan jenayah dan mereka yang terlibat boleh dituduh di mahkamah.\"Polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana sindiket penipuan atas talian yang cuba menjadikan daerah Kajang khasnya dan Selangor amnya sebagai hub atau pusat aktiviti jenayah penipuan atas talian.\"Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penipuan dalam talian ini boleh menghubungi talian hotline IPD Kajang di talian 03-89114242,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264645/berita/semasa/mahkamah-rayuan-kekalkan-pembebasan-bekas-timbalan-pengarah-kanan-dbkl", "article_title": "Mahkamah rayuan kekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL", "article_text": "PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk S. M. Komathy sebulat suara menolak rayuan terakhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Sabudin Mohd Salleh.Ravinthran yang mempengerusikan panel itu berkata tiada rekod dokumen pengeluaran wang daripada akaun syarikat atau sebarang penyata bank menunjukkan responden (Sabudin) telah menerima wang itu.\"Pertuduhan terhadap responden merujuk kepada satu tempoh dalam Ogos 2018. Bagaimanapun, tiga saksi pendakwaan mengatakan ia mungkin dilakukan dalam Jun 2018 kerana tarikh Hari Raya Puasa atau hari Raya Haji dan ia tidak jelas. Inilah faktor utama Mahkamah Sesyen tidak menerima bukti daripada ketiga-tiga saksi pendakwaan.Mahkamah Sesyen tidak menganggap ketiga-tiga saksi pendakwaan boleh dipercayai dan tiada alasan untuk mahkamah ini campur tangan dengan dapatan itu setelah mempertimbangkan keadaan kes ini. Maka kami menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen,\u201d kata Ravinthran.Sabudin hadir di mahkamah hari ini berkerusi roda dan kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu sementara isterinya kelihatan melakukan sujud syukur dan menangis di galeri awam.Pada 8 April, 2021 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Sabudin tanpa memanggil beliau untuk mempertahankan diri dan kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Feb 2022 mengekalkan keputusan itu dan menolak rayuan pihak pendakwaan.Sabudin, 61, yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa menerima RM150,000 daripada Chia Chee Seng, Pengarah Tegap Elit Sdn Bhd sebagai satu dorongan untuk beliau menentusahkan bagi pembayaran pendahuluan yang dikemukakan beberapa syarikat.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana di sini antara 13 hingga 19 Ogos, 2018.Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal sementara Sabudin diwakili peguam K. Theivaendran. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:40pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264644/berita/hiburan/syamsul-akan-tarik-balik-saman-terhadap-maiwp-jawi", "article_title": "Syamsul akan tarik balik saman terhadap MAIWP, Jawi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pengarah filem 'Mat Kilau', Syamsul Yusof dilaporkan akan menarik balik saman RM10 juta terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Mahkamah Tinggi di sini.Perkara itu disahkan peguam, Datuk Adnan Seman yang mewakili Maiwp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Aisyaf Falina Abdullah pada Rabu.\"Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya,\" kata peguam itu ketika dihubungi pemberita.Pada 28 Mac lalu, Syamsul memfailkan saman terhadap MAIWP dan dua kakitangan jabatan itu, membabitkan penyebaran fakta-fakta aib dan memalukan kepada ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail dan berhubung kenyataan isterinya Ira Kazar selepas dipanggil oleh pihak Jawi, Ogos tahun lepas.Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Jawi sebagai defendan pertama hingga ketiga.Menerusi pernyataan tuntutan, pengarah berusia 39 tahun ini menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.Dia juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul, Ira atau Faghira Fatini, 28; separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang telah diambil oleh defendan-defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.Syamsul juga memohon deklarasi bahawa gambar pernyataan tersebut yang telah dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.Ia termasuk deklarasi bahawa penyebaran gambar pernyataan tersebut dibuat oleh defendan atau ejen.Syamsul yang mempunyai 1.8 juta peminat di akaun Instagram berkata, pada 20 Disember 2022, ibunya telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp iaitu gambar pernyataan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.Dia yang juga pelakon filem 'KL Gangster' menyatakan bahawa, gambar pernyataan tersebut yang mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya, telah disebar kepada ibunya, sebelum ini.\"Plaintif kemudiannya telah menghubungi Ira dan dia memaklumkan bahawa keterangan tersebut dibuat ketika merakam keterangan oleh defendan, berhubung siasatan kes oleh isteri petama, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (ketika itu).\"Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama,\" kata Syamsul dalam pernyataan itu.Sedangkan dia berkata, keterangan Ira yang dirakam oleh defendan pertama tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah yang mana pernyataan itu dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.Oleh itu, plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan telah melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 apabila menyebarkan gambar pernyataan tersebut dan mendakwa beliau telah dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan serta mengalami tekanan perasaan.Akibat penyebaran fakta-fakta aib itu, plaintif telah dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan yang tinggi.Tindakan defendan atau ejen katanya telah mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.Tambahan lagi katanya, keterangan itu telah ditokok tambah oleh defendan sedangkan ia bukan keterangan yang diberikan oleh isterinya.Katanya, kenyataan tidak benar itu merupakan fitnah, kerana ia memberi gambaran bahawa dia melakukan maksiat dan mempunyai hubungan luar perkahwinan bersama pihak lain.Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk \u2018meletak titik noktah\u2019 pada teka-teki perhubungannya dengan Ira, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.Pada 14 Jun lalu, Syamsul menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini.ARTIKEL BERKAITAN:'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof'Tiada dendam, ini ujian hidup, saya reda' - Syamsul YusofKes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar selesai - Peguam Syamsul", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264647/berita/hiburan/arwah-isteri-terbaik-dalam-segala-segi---suami-rohana-jalil", "article_title": "'Arwah isteri terbaik dalam segala segi' - Suami Rohana Jalil", "article_text": "SUBANG JAYA - Suami Allahyarham Rohana Jalil, Jahangir Khan, 66, menyifatkan penyanyi popular era 1980-an itu sebagai isteri yang terbaik dalam segala aspek.Menurut Jahangir, selama 40 tahun hidup bersama, mereka tidak pernah berdepan masalah atau krisis besar kerana saling memahami dan menjaga rumah tangga dengan baik.\u201cArwah adalah seorang isteri yang terbaik dalam segala segi. Dia mempunyai keperibadian yang sangat murni, tiada ganti.\u201cSepanjang hidup bersama, kami tidak pernah berdepan krisis besar dan saya bersyukur dapat berada di sisinya sehingga ke akhir hayat arwah,\u201d katanya yang merupakan seorang pesara polis.Jahangir KhanLebih dua bulan menjaga arwah isteri yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus, Jahangir mengakui sukar melupakan segala kenangan ketika masih bersama Allahyarham.\u201cSaya masih terdengar-dengar suara dan gelak ketawanya yang cukup gemar bercerita. Alhamdulillah selama 40 tahun hidup bersama, saya sangat bahagia.\u201cSebelum pemergiannya, saya tidak nampak apa-apa tanda, melainkan fizikalnya yang semakin susut. Saya pernah beberapa kali mengajak dia melakukan pemeriksaan kesihatan kerana bimbang akan keadaannya, tetapi dia sering menolak.\u201cAkhirnya pada April lalu, pada satu malam dia mengadu sakit dan esoknya saya terus membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan arwah mengalami kebocoran usus. Tidak lama selepas itu, kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang,\u201d jelasnya.Rohana disahkan meninggal dunia sekitar 11.33 malam Selasa dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.Allahyarham yang menutup usia pada 68 tahun itu meninggalkan suami dan tiga anak.ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil meninggal duniaRakan artis kongsi duka pemergian Rohana JalilJenazah Rohana Jalil disembahyangkan di Masjid Al-FalahJenazah Rohana Jalil selamat dikebumikanRohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264642/berita/sukan/sukan-asia-medan-perang-buat-atlet", "article_title": "Sukan Asia 'medan perang' buat atlet", "article_text": "WILAYAH Hangzhou di China yang menjadi tuan rumah Sukan Asia 2022 bukan destinasi 'makan angin menarik', sebaliknya merupakan medan 'perang' buat atlet untuk membawa pulang pingat buat negara.Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyokong penuh syarat ketat yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan atlet ke temasya tersebut untuk memastikan hanya yang berpotensi memenangi pingat disenaraikan mewakili negara.\u201cKita beri sokongan penuh khususnya syarat yang lebih ketat. Apa yang penting Sukan Asia bukan pendedahan tapi medan pertempuran untuk atlet menunjukkan prestasi yang tinggi,\u201d katanya.Beliau menegaskan para atlet perlu membuktikan pemilihan ke temasya tersebut berbaloi seiring dengan fasiliti yang disediakan buat mereka.\u201cSiapa yang layak dalam kategori A, mereka sepatutnya membuktikan segala kemudahan yang kita berikan kepada mereka selama ini.\u201cSelayaknya diterima, jangan ambil mudah,\u201d katanya.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada Selasa menegaskan atlet yang berpotensi untuk menyumbang pingat sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian pada Sukan Asia Hangzhou akhir September depan.Penetapan itu dibuat susulan tahap kompetitif tinggi di Sukan Asia yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai platform pendedahan buat atlet.Syarat itu juga bagi memastikan pencapaian hambar kontinjen negara di Jakarta-Palembang 2018 tidak berulang apabila bersaing di Hangzhou.Sebagai rekod, kategori A akan ditanggung sepenuhnya oleh MOM dan ia melibatkan atlet yang memperoleh keputusan empat terbaik dalam kejohanan peringkat Asia.Kategori B pula akan ditanggung sepenuhnya persatuan sukan berkaitan, namun atlet atau pasukan yang layak beraksi ke temasya itu perlu mempunyai pencapaian enam terbaik dalam kejohanan sebenua.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264640/berita/semasa/empat-suspek-kes-buli-ditahan-di-kota-samarahan", "article_title": "Empat suspek kes buli ditahan di Kota Samarahan", "article_text": "KUCHING - Polis Sarawak menahan empat suspek kes buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Kota Samarahan susulan satu rakaman video berdurasi 47 saat yang tular di media sosial, Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Brodie Brangka berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat oleh mangsa pada hari sama dan siasatan lanjut telah dijalankan.\"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan. Seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah tersebut telah dipukul oleh empat orang pelajar lelaki dari sekolah sama.\"Kesemua suspek telah dikenal pasti dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,\" katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, pihak sekolah juga telah dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan meminta orang awam tidak menyebarkan rakaman video tersebut serta membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:25pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264639/berita/semasa/warga-asing-ditahan-raba-pengunjung-pasar-malam", "article_title": "Warga asing ditahan raba pengunjung pasar malam", "article_text": "IPOH - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di tapak pasar malam Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek, 20, ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun.\"Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan.\"Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,\" katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memapar tangkapan terhadap suspek dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan.Suspek berjaya ditangkap oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264635/berita/nasional/idris-jusoh-lepaskan-jawatan-pengerusi-felda", "article_title": "Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.Menerusi laman Facebooknya, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu menjelaskan, beliau menerima keputusan daripada Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti baharu.Idris dalam kenyataannya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepadanya menjawat jawatan berkenaan.Penghargaan juga ditujukan kepada warga peneroka, petugas Felda sepanjang perkhidmatannya.Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Lembaga Pengarah agensi itu, berkuat kuasa 1 Mei 2020.Bagaimanapun, pengganti beliau bagi jawatan Pengerusi Felda masih belum diumumkan. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:22pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264641/berita/nasional/moratorium-seksyen-309-kanun-keseksaan-masih-berkuat-kuasa", "article_title": "Moratorium Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih berkuat kuasa", "article_text": "PUTRAJAYA - Moratorium ke atas Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih lagi dikuatkuasakan meskipun proses pindaan tiga rang undang-undang (RUU) menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen telahpun selesai.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, ketiga-tiga RUU itu perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diwartakan dalam Warta Kerajaan sebelum berkuat kuasa.\"Moratorium masih lagi berkuasa terhadap Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen tersebut,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023 yang antara lain, menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di Malaysia telah diluluskan di Dewan Negara pada Selasa.RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain memberikan kuasa kepada pegawai intervensi krisis (pegawai agensi-agensi di bawah sistem Malaysian Emergency Response Services \u2013 MERS 999) untuk menangkap (menyelamatkan) seseorang yang cuba bunuh diri pula telah diluluskan di Dewan Negara sehari kemudian.\"Dengan kelulusan ketiga-tiga RUU ini di Dewan Negara, proses pindaan undang-undang bagi menyahjenayahkan cubaan bunuh diri di peringkat Parlimen telah pun selesai,\" ujar beliau.Dalam pada itu, Ramkarpal turut mengucap terima kasih kepada semua pihak termasuk ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan dalam usaha mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan yang berasaskan kepada rawatan perubatan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264634/berita/sukan/skuad-taekwondo-dapat-sentuhan-korea", "article_title": "Skuad taekwondo dapat sentuhan Korea", "article_text": "SKUAD taekwondo bakal mendapat sentuhan Korea Selatan apabila bekas juara dunia dari negara kimchi itu akan menurunkan ilmunya kepada atlet negara.Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM), R. Dhanaraj berkata, mereka ialah Lee Woo Jin dan Kim Jin Man yang akan membantu atlet negara bagi meningkatkan teknik dalam kategori freestyle poomsae.Katanya, persatuan terpaksa mendapatkan kepakaran Korea kerana pada Sukan Asia Hangzhou atlet yang bersaing bagi kategori poomsae perlu beraksi dalam dua jenis kategori iaitu freestyle dan tradisional.\u201cKategori poomsae, atlet perlu bertanding dalam dua acara iaitu freestyle dan tradisional untuk mendapatkan satu pingat. Ini bermaksud seorang atlet akan beraksi kedua-dua kategori berkenaan.\u201cDisebabkan, freestyle lebih kepada akrobatik, jadi kita akan jemput jurulatih khas Korea yang memang pakar dalam acara ini. Woo Jin dan Jin Man dari Korea ini adalah bekas juara dunia dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan,\u201d katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan atlet ke Sukan Asia bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Selasa.Menurut Dhanaraj, dua jurulatih itu akan tiba di Malaysia pada Sabtu dan mereka akan bantu atlet negara selama sebulan.\u201cAtlet kita akan ambil bahagian dalam kejohanan dunia di Korea Selatan pada 5 hingga 10 Ogos ini dan mereka akan terus berlatih di sana selama tiga minggu sebelum pulang ke Malaysia untuk persiapan ke Sukan Asia,\u201d katanya.Pada mesyuarat itu, beliau menjelaskan MOM bersetuju menghantar tiga atlet ke temasya empat tahun sekali itu.Katanya, dua atlet dari disiplin poomsea iaitu Nur Humairah Abdul Karim dan Jason Loo layak untuk ke Sukan Asia kerana mempunyai prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MOM selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam kejohanan dunia tahun ini.\u201cKita juga sedang berusaha untuk memastikan seorang lagi atlet taekwondo, Syafiq Zuber yang meraih emas acara kyorugi pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini tersenarai ke Sukan Asia nanti.\u201cMOM mempertikai kedudukan Syafiq ke Sukan Asia. Pihak persatuan akan buat rayuan supaya Syafiq diserapkan ke Sukan Asia atas tiket kategori B1,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264633/berita/sukan/kamake-dedah-punca-kekalahan-besar-papua-new-guinea", "article_title": "Kamake dedah punca kekalahan besar Papua New Guinea", "article_text": "KETUA jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake mendedahkan punca kekalahan besar pasukannya apabila dibelasah Malaysia 0-10 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Selasa.Beliau berkata, dalam awal saingan para pemain berjaya mengikut percaturan permainan, namun pada babak kedua mereka hilang fokus dan ia membawa padah kepada pasukan.\u201cTahniah buat Malaysia, mereka adalah pasukan yang lebih baik pada malam ini (Selasa). Kesemua pemain beraksi mengikut perancangan yang ditetapkan tetapi pada separuh masa kedua pemain mula hilang fokus.\u201cBermain dengan pasukan yang lebih berkualiti seperti Malaysia membuatkan kami dihukum apabila mula hilang fokus,\u201d katanya dalam sidang media selepas berakhir perlawanan.Anak-anak buah Kamake berjaya memberi saingan kepada skuad Harimau Malaya apabila mereka hanya sekadar bolos satu gol di minit-minit akhir menerusi sepakan penalti.Bagaimanapun masuk separuh masa kedua, mereka seperti hilang apabila bolos sembilan gol.Dalam aksi itu, pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi meledak empat jaringan, manakala enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Kamake menerima kekalahan besar itu dengan hati terbuka dan akan terus memperbaiki segala kelemahan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan lain.Beliau juga bertekad untuk terus bekerja dengan pemain-pemain muda bagi membina sebuah skuad yang ampuh.Papua New Guinea hadir dengan keyakinan selepas mereka berjaya mengikat Singapura 2-2 dalam perlawanan persahabatan, namun terpaksa akur dengan kualiti yang ada pada pasukan lawan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264638/berita/hiburan/saya-reda-sudah-buat-terbaik-ketika-hayat-mama-ada---kilafairy", "article_title": "'Saya reda, sudah buat terbaik ketika hayat mama ada' - Kilafairy", "article_text": "PENYANYI dan pelakon, Kilafairy menganggap peluang berada bersama dan menemani ibunya sehingga ke nafas terakhir adalah momen tidak akan dilupakannya.Meskipun sedih dengan kehilangan itu, Kila, 31, reda dengan takdir dengan pemergian ibunya, Allahyarham Rohana Jalil yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.34 malam tadi.\u201cAlhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan baik dan segala urusan jenazah termasuk pengebumian dipermudahkan. Malah, arwah juga pergi dalam keadaan tersenyum.\u201cWalaupun sedih, tapi saya reda kerana itulah yang selalu diajar oleh kedua-dua ibu bapa saya bahawa yang hidup pasti akan mati.\u201cSaya lega kerana sudah buat yang terbaik ketika hayatnya masih ada. Dari awal dia sakit dan dimasukkan ke hospital sehinggalah pada saat pemergiannya, saya ada di sisi.\"Malah saya juga berpeluang memandikan dan mengambil wuduk untuknya,\u201d katanya yang ditemui ketika majlis pengebumian Allahyaraham ibunya.Gambar kenangan Kilafairy bersama Allahyarham ibunya, Rohana Jalil.Kila atau nama sebenarnya, Syakila Nisha, mengakui terlalu banyak kenangan bersama Allahyarham yang akan kekal kemas dalam ingatan, termasuk pesan dan nasihat yang diberikan selama ini.\u201cArwah mama seorang yang sangat lucu dan suka bergurau. Kami banyak menghabiskan masa bersama kerana saya belum berkahwin dan masih tinggal bersamanya.\u201cPesan yang paling saya ingat adalah nasihatnya agar saya sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan tidak lupa diri,\u201d katanya yang kelihatan cukup tenang.Terdahulu Rohana yang juga merupakan penyanyi popular era 1980-an dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April lalu akibat kebocoran usus.Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.33 malam Selasa.Jenazah ibu kepada tiga cahaya mata itu selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, sekitar 11.45 pagi Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264631/berita/sukan/arif-aiman-selesa-merendah-diri", "article_title": "Arif Aiman selesa merendah diri", "article_text": "BINTANG sensasi, Arif Aiman Hanapi selesa merendah diri apabila memberi kredit kepada rakan sepasukan biarpun meledak empat gol ketika membantu Harimau Malaya membenam Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan di Kuala Terengganu pada malam Selasa.Pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bangga, namun tanpa berselindung mengakui masih banyak yang perlu dipelajari memandangkan perjalanannya masih jauh.\u201cAlhamdulillah, pertama sekali saya bangga tapi bukan sebab empat gol, tapi kerana rakan sepasukan bantu saya untuk jaringkan gol pada malam ini (Selasa).\u201cNamun bagi saya tidak ada sebab untuk berpuas hati dalam penampilan pada kali ini, perjalanan masih jauh dan berliku. Saya cuma berikan terbaik dan bukan senang membarisi kesebelasan utama pasukan lagipun ramai pemain senior, tapi ia bagus sebagai persaingan,\u201d katanya kepada media selepas tamat perlawanan.Pemain kelahiran Pahang itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringannya apabila dimasukkan pada separuh masa kedua apabila meledak pada minit ke-57\u2032, 60, 87 dan 89.Enam gol lagi hasil sumbangan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.Arif juga mengakui pasukan bergelut pada separuh masa pertama kerana hanya menjaringkan satu gol, namun kata-kata semangat daripada ketua jurulatih Kim Pan-gon membuatkan mereka lebih bersemangat apabila masuk separuh masa kedua.\u201cSemua tahu separuh masa pertama memang kita bergelut sikit tapi coach sentiasa memberi semangat kerana kita berjaya cipta banyak peluang pada separuh masa pertama tapi tiada rezeki untuk gol.\u201cPada separuh masa kedua selepas saya, Faisal dan rakan lain masuk fokus kami adalah untuk menghasilkan gol dan ia berjaya,\u201d katanya.Di sebalik dua kemenangan selepas menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 sebelum ini dan ketika menentang Papua New Guinea, Arif berkata mereka tidak boleh berasa berpuas hati.Ini kerana katanya, perlawanan-perlawanan yang dihadapi itu adalah sebagai persiapan skuad Harimau Malaya untuk ke Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.\u201cTiada sebab untuk saya berpuas hati kerana ini adalah persiapan kami ke Piala Asia dan persediaan ini amat penting untuk pemain dan pasukan Harimau Malaya,\u201d kata pemain berusia 21 tahun itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264630/berita/nasional/agong-raja-permaisuri-zahir-takziah-kepada-keluarga-rohana-jalil", "article_title": "Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil", "article_text": "KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.\"Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,\" menurut hantaran itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, telah dirawat di hospital sejak April lepas disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.Allahyarham yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM (Radio Televisyen Malaysia) pada 1980.Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarham telah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.Antara lagu popular beliau ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta, duet bersama To'ki. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:40pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264629/berita/semasa/aktiviti-penyelewengan-diesel-tumpas", "article_title": "Aktiviti penyelewengan diesel tumpas", "article_text": "SHAH ALAM - Bukan sekali sekala tetapi ia merupakan aktiviti harian dilakukan satu sindiket menyeleweng minyak diesel membabitkan sebuah stesen minyak di Seksyen 22, dekat sini.Bagaimanapun, aktiviti yang dipercayai dijalankan sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas apabila empat lelaki bersama tiga buah lori ditahan pada Isnin.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, satu operasi hendap secara strategik telah dilakukan bersama petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas sindiket tersebut.Beliau berkata, serbuan di stesen minyak tersebut membolehkan KPDN Negeri Selangor menyita minyak diesel berjumlah 13,802 liter yang dipercayai telah diisi ke dalam tiga buah lori diubah suai.Kata beliau, intipan yang dilakukan beberapa jam sebelum serbuan menyaksikan lori-lori tersebut telah mengisi minyak ke dalam tangki biasa, sebelum disedut menggunakan pam khas ke tangki yang telah diubah suai atau tangki tambahan.\"Modus operandi suspek sindiket ini adalah mengisi minyak menggunakan nozel pengisi secara serentak serta membuat dua transaksi pembayaran dalam satu-satu masa.\"Bukan sekali sekala kumpulan sindiket ini membuat penyelewengan tetapi ia dilakukan pada setiap hari antara jam 9 malam hingga 1 pagi, malah suspek dipercayai membuat pengisian secara berulang antara enam hingga 10 kali satu hari untuk dihantar ke stor penyimpanan.\"Kita percaya, ia bukan sahaja dijual kepada pihak industri malah diseludup ke negara jiran,\" katanya pada sidang akhbar pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, kesemua lori yang disita tidak mempunyai dokumen atau permit untuk urusan membeli barangan kawalan daripada KPDN.Katanya, dalam serbuan tersebut, sebuah treler yang mempunyai tangki tambahan berkapasiti 20,000 liter telah digunakan untuk mengisi minyak sebanyak 8,352 liter, sementara dua lori lagi berjaya mengisi lebih daripada 5,000 liter.Menurutnya, nilai minyak diesel dan lori yang disita dianggarkan berjumlah RM250,000.Selain itu kata beliau, pihaknya juga merampas wang tunai berjumlah RM20,000 yang dipercayai hasil jual beli minyak diesel bersubsidi tersebut.Tambahnya, selain tiga lori dan empat suspek warga tempatan dipercayai sebagai pemandu lori, seorang warga asing merupakan pekerja stesen minyak telah direman sehingga Jumaat ini.Ditanya sama ada pihak pengurusan stesen minyak terlibat dengan aktiviti penyelewengan tersebut, beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan keterangan percakapan telah diambil.Jelasnya, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas pemilik stesen minyak kerana melanggar Peraturan 12A kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menjual diesel kepada kenderaan melebihi 250 liter, seperti yang ditetapkan oleh Pengawal Bekalan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": "ROSHILA MURNI ROSLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264625/berita/semasa/penipuan-phone-scam-di-kedah-catat-kerugian-rm52-juta", "article_title": "Penipuan Phone Scam di Kedah catat kerugian RM5.2 juta", "article_text": "ALOR SETAR - Sebanyak 125 kertas siasatan dibuka sejak Januari sehingga Mei lalu bagi kes penipuan membabitkan Phone Scam di Kedah.Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh, berkata, kes terbabit semakin meningkat di negeri ini sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM5.2 juta.Katanya, peningkatan itu berbeza berbanding tahun lalu yang hanya membabitkan 100 kertas siasatan dan kerugian sebanyak RM2.2 juta dalam tempoh sama.\"Peningkatan kes sebanyak 25 peratus dan jumlah kerugian dua kali ganda berbanding tahun lalu harus diambil langkah yang lebih efektif dan berkesan untuk menyedarkan orang ramai.\"Ia termasuk menyedarkan mereka tentang modus operandi terkini yang dilakukan oleh sindiket-sindiket penipuan dan mencegah mereka daripada terus menjadi mangsa penipuan,\" katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.Menurutnya sepanjang tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah mengambil pendekatan mengadakan pelbagai program pencegahan jenayah di daerah sekitar kontinjen Kedah.\"Ini termasuk program Jelajah Kempen Anti Scam JSUK Kedah dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad yang dianjurkan hari ini sebagai langkah membanteras dan mencegah jenayah komersial, khususnya berkaitan kes penipuan membabitkan perbankan,\" katanya.Fisol berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan tidak menekan mana-mana pautan sama ada diterima melalui mesej, media sosial dan e-mel.\"Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mendedahkan dan berkongsi apa-apa data perbankan yang dimiliki dengan pihak ketiga serta tidak membenarkan mana-mana akaun bank di bawah milikan diakses dan diserahkan kepada individu lain,,\" katanya.Ujarnya, tindakan berkenaan adalah bagi mengelakkan orang ramai daripada terus menjadi mangsa penipuan dan juga dapat mengelakkan diri daripada terbabit dengan keldai akaun.\"Sebarang aduan berkaitan kes penipuan juga boleh disalurkan kepada pusat operasi yang menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian iaitu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NCRC) melalui talian 997,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:25pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264624/berita/sukan/azizulhasni-diharap-kekalkan-kayuhan-emas-di-sukan-asia", "article_title": "Azizulhasni diharap kekalkan 'kayuhan emas' di Sukan Asia", "article_text": "JAGUH berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang cemerlang meraih dua gelaran Asia baru-baru ini, diharap dapat mengekalkan 'kayuhan emasnya' pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Azizulhasni kini berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.\"Ini membuktikan Azizulhasni sudah cukup bersedia dan fokus untuk mengharungi dua lagi tugasan penting selepas ini - Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos dan Sukan Asia.\"Jadi saya berharap beliau dapat mengulangi kejayaannya pada Sukan Asia nanti, memandangkan Azizulhasni dijangka sekali lagi bersaing dengan pelumba-pelumba yang bertanding pada ACC kali ini,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.Azizulhasni, 35, yang terkenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman' mencipta sensasi di Velodrom Nasional, Nilai, apabila menyambar emas berganda pada ACC 2023 yang berakhir pada Isnin lepas, selain berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara pecut.Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menampilkan semangat terpuji untuk menyumbang gangsa acara keirin walaupun berdepan kemalangan pada pusingan separuh akhir sehingga mengalami kecederaan, manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis turut beraksi cemerlang muncul juara acara 1 kilometer ujian masa individu (ITT).Muhammad Fadhil juga beraksi cemerlang untuk mengetuai trio pecut berpasukan yang dibarisi dua pelumba muda - Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah - meraih pingat gangsa acara itu.Bagi kategori wanita, pelumba cilik berusia 19 tahun Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih perak dengan memecahkan rekod kebangsaan acara 500 meter ITT.Sementara itu, ketua jurulatih skuad trek negara John Beasley, menyambut baik pembinaan velodrom berkelas dunia di Sarawak yang diharap mampu melahirkan lebih ramai pelumba trek berbakat.\"Mendapat venue berkualiti merupakan satu berita yang baik. Kita telah mempunyai satu lokasi yang menghasilkan atlet yang bagus di Johor, kali ini kita dapat yang ini, jika dapat lebih banyak (venue) di negara ini, kita benar-benar berada di landasan tepat,\u201d katanya.Baru-baru ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembinaan velodrom mengikut standard antarabangsa dijangka bermula tahun depan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:15pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264622/berita/semasa/suspek-pukul-pekerja-kedai-serbaneka-diberkas", "article_title": "Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas", "article_text": "KAJANG - Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua suspek merupakan lelaki warga tempatan.\"Kedua-dua suspek berumur 31 dan 32 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat(D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor.\"Tangkapan yang dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari itu turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod melibatkan kes jenayah dan dadah.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,\" katanya.Pada Selasa, pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih cedera dipukul dalam kejadian pada Selasa.Mangsa dipukul kerana mendakwa suspek bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa mahu membuat sebarang bayaran.Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264620/berita/sukan/pengganti-choong-hann-tak-boleh-dibuat-terburu-buru---norza", "article_title": "Pengganti Choong Hann tak boleh dibuat terburu-buru - Norza", "article_text": "PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak boleh mengambil langkah terburu-buru dalam mencari pengganti Wong Choong Hann, yang meletak jawatan sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan baru-baru ini.Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui tidak mudah mencari jurulatih yang mampu mengisi kelompongan ditinggalkan Choong Hann yang menamatkan tempoh perkhidmatan hampir lima tahun sejak November 2018 bersama badan memayungi badminton negara itu.Katanya, kebanyakan jurulatih terutamanya dari luar juga pastinya sedang memberi komitmen jitu membantu negara masing-masing menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, dengan kempen kelayakan sedang rancak berlangsung hingga April tahun depan.\"Tentu sekali kita sedang cari jalan sesuai ganti Choong Hann. Bukan senang kerana beliau telah bersama kita sejak lima tahun lepas, sudah sebati dan menjadi satu daripada penggerak serta aset pasukan badminton kita.\"Oleh itu, kita harus kenal pasti jurulatih sesuai, namun ia bukan jalan mudah.... Sama ada menerusi penyesuaian struktur masa ini (jurulatih) atau ambil orang baharu, perkara itu masih dalam perbincangan, tak boleh terburu-buru mahupun tangkap muat,\" katanya selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Kuala Lumpur pada Rabu.Mengenai pengganti Michelle Chai yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Mohamad Norza berkata BAM masih melakukan proses pencarian bagi memastikan individu itu benar-benar layak mengepalai ABM.\"Kita juga melantik ejen headhunter untuk lihat dari seluruh pelosok dunia individu yang boleh mengendalikan akademi sukan, lebih-lebih lagi sesuai dengan badminton,\" katanya.Bulan lepas, Michelle secara sukarela menyerah serta menghantar notis peletakan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif ABM susulan prestasi hambar skuad wanita negara yang tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.Michelle pada sidang media berkata kekalahan mengejut 0-3 di tangan skuad wanita Filipina pada aksi suku akhir di Dewan Badminton, Stadium Nasional Morodok Techo itu tidak boleh diterima dan memerlukan jalan penyelesaian barisan pengurusan serta kejurulatihan ABM. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 04:11pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264616/berita/politik/prn-pkr-johor-siap-sedia-bantu-negeri-sembilan", "article_title": "PRN: PKR Johor siap sedia bantu Negeri Sembilan", "article_text": "JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor bersedia menghantar jentera bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.Naib Pengerusi II PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pada PRN tersebut, PKR Johor berkemungkinan akan diminta membantu jentera parti di Negeri Sembilan memandangkan kedudukannya lebih dekat dengan negeri ini.\"Kesemua 26 cabang PKR di Johor sudah diminta bersiap sedia untuk menghantar jentera yang komited dan berpengalaman bagi membantu kemenangan pada PRN.\"Sudah tentu jentera yang dihantar tahu tentang kempen dan pilihan raya kerana sebelum ini Johor sudah melaksanakan PRN dan mereka sudah berpengalaman,\" katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Tebrau pada Rabu.Wee Tse yang juga Ahli Parlimen Tebrau berkata, kemenangan di Negeri Sembilan cukup penting kerana negeri itu turut menjadi sasaran Perikatan Nasional (PN).\"PN mahu menang di Negeri Sembilan kerana mendakwa peratus undi Melayu lebih tinggi di negeri itu berbanding Pulau Pinang.\"Apa-apa pun kita tidak mahu terlepas peluang dan akan hantar jentera yang komited bertugas dan membantu kempen PRN,\" katanya.Selain Negeri Sembilan, PRN turut akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:54pm"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264617/berita/nasional/mahasiswa-perlu-berani-tampil-idea-baharu", "article_title": "Mahasiswa perlu berani tampil idea baharu", "article_text": "KUALA LUMPUR \u2013 Mahasiswa yang mahu menceburi bidang keusahawanan perlu berani mengenengahkan elemen baharu serta segar untuk kekal relevan pada masa akan datang.Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, dalam dunia perniagaan tidak semua yang dirancang akan kekal dan berjaya selamanya melainkan mempunyai perancangan rapi untuk terus maju.Menurut beliau, jika dahulu orang minat untuk beli dan baca buku secara fizikal tetapi sekarang tidak lagi apabila segala sumber maklumat diambil alih oleh media sosial.Muhammad Nasir berucap pada Karnival Minggu Keusahawanan di UPNM pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB\u201cTerbukti dengan kewujudan banyak portal berita, laman web dan sebagainya mempengaruhi cara khalayak bertindak daripada suka membeli buku dan surat khabar kini mereka beralih kepada bahan bacaan dalam talian.\u201cBisnes juga sudah beralih kepada media sosial, jadi kita perlu pandai menyesuaikan diri dengan teknologi yang ada dan pastinya setiap cara itu ada buruk dan baik yang harus dikuasai dan dipelajari,\u201d katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Minggu Keusahawanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini pada Rabu.Karnival anjuran Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan Pusat Pembangunan Keusahawanan &Inovasi dengan kerjasama Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan dan Fakulti Kejuruteraan/ Pusat Bahasa,Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM, Profesor Dr Muhd Zu Azhan Yah; Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi, Sarina Abdul Rani; Timbalan Dekan (Akademik dan Prasiswazah), Dr Salma Yusof dan Profesor Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Dr Mohd Abdullah Jusoh.Tegas Muhammad Nasir, usahawan perlu menguasai bidang yang diceburi tanpa mengharapkan orang tengah ataupun staf.Muhd Zu Azhan menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Nasir. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB\u201cKalau nak jadi usahawan kuih bahulu sebagai contoh, kena kita sendiri yang beli dan cari bahan-bahannya, kena tahu cara hendak bakar baru bisnes boleh berjaya,\u201d jelasnya.Selain itu, beliau turut mengingatkan mahasiswa untuk terus berdaya saing dan membuka minda agar tidak terus terperosok di bawah paras kemiskinan.\u201cPerlu diingat jangan terlibat dalam perkara atau amalan yang boleh menjatuhkan moral dan agama yang kita pegang selama ini.\u201cPerlu ada integriti, sentiasa berpegang kepada halal dan haram agar apa yang kita usahakan itu diredai tuhan kerana sehebat mana pun kita jangan lupa bahawa kuasa Tuhan itu boleh merubah segala-galanya. Jadi jangan leka dan alpa bila dianugerahkan dengan kejayaan,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264609/berita/nasional/16-atlet-kurang-upaya-intelek-bertanding-sukan-olimpik-khas-dunia-di-berlin", "article_title": "16 atlet Kurang Upaya Intelek bertanding Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin", "article_text": "SHAH ALAM - Seramai 22 atlet Malaysia akan bertanding di Sukan Olimpik Khas Dunia yang akan berlangsung di Berlin, Jerman dari 17 Jun hingga 25 Jun ini.Daripada 22 atlet itu, seramai 16 atlet Kurang Upaya Intelek (ID) akan bertanding dalam sukan renang, bocce, badminton, olahraga, pingpong dan boling.Seramai 39 orang delegasi termasuk jurulatih, pegawai dan kakitangan perubatan dimana diketuai oleh Dr. Sivanesan Govindasamy dan Bong Koi Sin telah berlepas ke Berlin, baru-baru ini.Berlin menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 7,000 atlet dan delegasi dari 190 negara kerana ia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 iaitu acara sukan inklusif terbesar di dunia untuk orang ID.U Mobile, syarikat telekomunikasi yang mengutamakan data dan memenangi banyak anugerah telah menjadi penaja utama pasukan Sukan Olimpik Khas Malaysia (SOM).Inisiatif terbaharu ini adalah selaras dengan usaha syarikat telekomunikasi untuk meraikan semangat tiada tandingan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Khas Dunia ini.Bagi memudahkan perwakilan berhubung, U Mobile telah menyediakan semua ahli pasukan dengan langganan U Postpaid. Kontinjen yang akan memperoleh data 5G atau 4G yang sangat pantas dan perayauan global percuma apabila mereka berada di luar untuk latihan atau pertandingan, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.Bukan itu sahaja, para atlet juga akan menikmati pengalaman U Mobile dengan peranti 5G serba baharu.Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian, berkata, inisiatif ini adalah wajar sebagai usaha syarikat telekomunikasi itu sendiri untuk mengeluarkan semangat Unbeatable dalam diri semua orang.\u201cU Mobile amat berbesar hati kerana berpeluang menjadi penaja utama pasukan Olimpik Khas Malaysia yang akan menyertai Sukan Olimpik Khas Dunia akan datang di Berlin.\u201cTema Sukan Olimpik Khas Dunia tahun ini ialah #UnbeatableTogether dan U Mobile sangat mempercayai semangat itu. Kami juga berharap perkongsian ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang Olimpik Khas kami yang luar biasa dan memupuk penyertaan untuk semua peringkat keupayaan.\u201cAtas semangat itu, kami mengucapkan selamat bertanding kepada Pasukan Malaysia pada temasya tahun ini kerana kami pasti akan menyokong mereka,\u201d katanya.Sementara itu, Ketua Delegasi atlet Malaysia, Dr. Sivanesan Govindasamy, berkata, pihaknya merakamkan penghargaan yang tulus kepada U Mobile atas usaha luar biasa mereka dalam mempromosikan penyertaan syarikat telekomunikasi melalui sukan.\u201cKerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perwakilan yang mengambil bahagian dalam Sukan Dunia tetapi juga berfungsi sebagai platform yang berkuasa untuk menguatkan suara perubahan dalam komuniti orang kurang upaya intelek,\u201dkatanya.Berkenaan peluang pingat, Dr. Sivanesan berkata, pihaknya menyasarkan tiga pingat emas, dan berharap atlet menggunakan peluang ini untuk bersungguh-sungguh bersaing dalam platform sukan lebih 7,000 atlet dari seluruh dunia.\u201cMereka akan bersaing, dan juga mengalami kegembiraan, persahabatan, keberanian, dan pencapaian bersama-sama.\u201d\u201cKami percaya bahawa sokongan adalah amat penting dan atlet-atlet ini berhak mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Malaysia,\u201dkatanya.Bagi mereka yang ingin menyertai Pasukan Malaysia di Sukan Dunia, anda boleh berbuat demikian dengan menyiarkan kata-kata sokongan dan galakan di media sosial anda dengan menggunakan hashtag rasmi #UnbeatableTogether dan #MYUnbeatableTeam.Untuk menyebarkan kesedaran dan mengumpul sokongan komuniti bagi pasukan Olimpik Malaysia dan mempromosikan keterangkuman menyeluruh, U Mobile telah mencipta InstagramAR Filter yang membolehkan pengguna berinteraksi dan berkongsi untuk mempamerkan sokongan mereka di sini.Untuk maklumat lanjut tentang Sukan Olimpik Khas Malaysia dan usaha mereka bekerja dengan komuniti kurang upaya intelek, layari www.u.com.my/specialolympicsmalaysia atau www.specialolympicsmalaysia.org", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:30pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264612/berita/nasional/6771-veteran-atm-dapat-kerja-selepas-latihan-peralihan-perhebat", "article_title": "6,771 veteran ATM dapat kerja selepas Latihan Peralihan Perhebat", "article_text": "KOTA BHARU - Sejumlah 67 peratus atau 6,771 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mendapat pekerjaan selepas menjalani Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam tempoh 2018 hingga 2022.Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun Perhebat, Zaidah Mohd berkata, mereka antaranya golongan pekerja bermajikan, bekerja sendiri dalam ekonomi gig dan usahawan yang memperoleh pendapatan purata sekitar RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan.Menurut beliau, angka peratusan terbabit dikira daripada 10,072 veteran yang dapat dihubungi sementara jumlah sebenar keseluruhan veteran dilatih dan dipantau dalam tempoh berkenaan adalah 22,398.\u201cDaripada 6,771 veteran mempunyai pendapatan itu, seramai 1,789 veteran memilih bekerja dengan majikan, usahawan kecil-kecilan dan ekonomi gig (3,813) serta usahawan mempunyai syarikat sendiri (1,169).\u201cSeramai 3,301 masih tidak bekerja kerana sebahagiannya menyambung pengajian, sedang mencari pekerjaan dan atas pilihan sendiri serta bergantung pada pencen,\u201d katanya pada Majlis Penyampaian Sijil Latihan Peralihan Perhebat di Tunjong di sini pada Rabu.ZaidahTurut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan), Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.Zaidah berkata, dalam usaha memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran veteran dalam sektor pekerjaan, Perhebat bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia melalui Program Recognition of Prior Experiential Learning (R-Pel).\u201cR-Pel memberi peluang veteran menyambung pengajian dan mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu hingga Tiga, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap Empat dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap Lima.\u201cManfaat juga diluaskan melalui 16 Pusat Latihan dan Bimbangan Veteran di seluruh negara termasuk di Kedah, Kelantan dan Pahang,\u201d ujar beliau.Pada Selasa, akhbar melaporkan Kementerian Pertahanan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengukuhkan fungsi dan hala tuju Perhebat supaya proaktif dalam menyediakan latihan kepada veteran ATM.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:23pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264608/berita/politik/amanah-sedia-pertahan-lapan-kerusi-dun-selangor", "article_title": "Amanah sedia pertahan lapan kerusi DUN Selangor", "article_text": "KUALA SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mempertahankan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang disandang parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengarah Strateginya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sudah semestinya Amanah mahu memenangi lapan kerusi DUN tersebut.\"Kita kalau bersaing (dalam pilihan raya) sememangnya mahu menang dan bukannya untuk kalah,\" katanya ketika ditemui pada Program Serahan Bayaran Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada seorang mangsa kemalangan di Kampung Parit Mahang, di sini pada Rabu.Ditanya mengenai kerusi bakal ditandingi Amanah pada PRN Selangor, beliau berkata, jumlah sebenar kerusi itu akan diumumkan kepimpinan tertinggi dalam tempoh terdekat.\"Semua itu sudah boleh dijangka dan kerusi penyandang (Amanah) juga ada lapan (di Selangor).\"Itu satu teka teki menarik dan biar kepimpinan atasan membuat keputusan kerana kita memang ada perbincangan dan bersiap siaga menghadapi PRN kali ini,\" ujar beliau.Mengulas mengenai saingan Perikatan Nasional (PN) pada PRN di Selangor, Dr Dzulkefly mengakui kemungkinan Pakatan Harapan (PH) bakal menghadapi saingan sengit.Katanya, PN dijangka menggunakan medium media sosial untuk berkempen dalam pilihan raya sebelum ini.\"Kita mahu kempen secara sihat dan tidak merobek dengan isu perkauman, bagi saya biar ia sengit tapi politik sihat,\" jelasnya.Sehubungan itu, katanya, rakyat diyakini terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Selangor yang gigih berkhidmat terutama dalam isu pekerjaan, kesihatan dan ekonomi sejak beberapa penggal lalu.\"Kita yakin PH mempunyai peluang untuk menang pada PRN kali ini kerana kita membawa perkara penting terutama dari segi kebajikan kepada kehidupan rakyat,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:19pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264606/berita/sukan/brm-fc-dedah-punca-tarik-diri", "article_title": "BRM FC dedah punca tarik diri", "article_text": "KUALA Kangsar BRM FC tampil menjelaskan masalah kewangan dihadapi pasukan berkenaan merupakan punca kelab dari Perak itu menarik diri baki saingan Kejuaraan MBSB Bank 2023.Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Kangsar BRM FC, Ghafari Nasir menegaskan, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM.\"Ini disebabkan kerana beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.\"Sehubungan itu, saya mewakili Kelab Bolasepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah berkhidmat dalam beberapa perlawanan musim ini.\"Tunggakan gaji kepada semua pegawai dan pemain pasukan akan dilunaskan kelab secara berperingkat mengikut jumlah sebenar yang layak diterima mereka.\"Kelab Bolasepak BRM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang bersama kelab ini dari awal musim,\" katanya.Sebagai rekod, Kuala Kangsar BRM menduduki tangga kesembilan liga dalam kalangan 14 pasukan dengan mengumpul enam mata hasil dua menang dan tujuh tewas.Terdahulu Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan menerima surat makluman penarikan diri kelab yang berpusat di Kuala Kangsar tersebut.\u201cKuala Kangsar BRM FC telah secara rasmi menarik diri dari saingan Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun.\u201cKita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab nekad dengan keputusan mereka.\u201cAFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,\u201d kata Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:12pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264605/berita/semasa/dapat-rm500-tapi-minta-bayar-rm2000", "article_title": "Dapat RM500 tapi minta bayar RM2,000", "article_text": "JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Hasrat seorang peniaga mahu membuat pinjaman wang sebanyak RM10,000 tidak kesampaian, malah terpaksa berdepan pelbagai ugutan selepas ditipu sindiket ceti haram yang menyamar sebagai ejen bank.Malah, lelaki itu turut diugut akan dipotong tangan sekiranya tidak membuat bayaran yang ditetapkan.Mangsa, Liew Choon Guan, 30, yang menjalankan perniagaan pengurusan jenazah berkata, segalanya bermula ketika dia melayari laman Facebook yang memaparkan logo bank dan iklan pinjaman wang pada 5 Jun lalu.Menurut Choon Guan, dia yang berminat untuk membuat pinjaman telah berhubung dengan seorang lelaki bernama Aaron yang mengaku sebagai ejen sebuah institusi kewangan.\"Lelaki berkenaan memberi penerangan berkaitan pembayaran dan bagi proses permohonan pinjaman, saya menyerahkan maklumat peribadi termasuk salinan kad pengenalan, slip gaji, gambar, slip gaji serta bil elektrik seperti diminta.\"Saya kemudian difahamkan pinjaman peribadi berkenaan sudah diluluskan dan tidak lama selepas itu saya menerima wang RM500 yang dimasukkan ke akaun bank saya,\" katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse di sini pada Rabu.Choon Guan berkata, dia hanya menyedari Aaron adalah ahli sindiket ceti haram selepas dia didesak membuat bayaran sebanyak RM2,000.\"Saya tidak membuat sebarang bayaran sebagaimana yang diminta. Saya juga menyatakan akan memulangkan semula wang yang dipinjam dan meminta mereka tidak mengganggu saya.\"Tetapi, mereka tetap meminta saya untuk menjelaskan bayaran RM2,000 yang ditetapkan. Malah mereka juga ugut akan potong tangan saya dan sebarkan maklumat peribadi saya di laman sosial,\" katanya.Jelasnya, dia semakin bimbang dengan keselamatan dirinya dan kedua ibu bapanya akan diugut oleh ahli sindiket.Sementara itu, Wse Tse meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi kepada pihak ketiga tanpa ada pengesahan yang sebenar.\"Semakin banyak kejadian penipuan membabitkan media sosial dan pinjaman tidak wujud seumpama ini.\"Oleh itu, saya minta orang ramai sepatutnya lebih berhati-hati dengan taktik licik ceti haram yang menyamar sebagai ejen bank dan sebagainya untuk memerangkap mangsa baharu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:05pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264607/berita/semasa/warga-singapura-dakwa-isi-minyak-dalam-tong-untuk-go-kart", "article_title": "Warga Singapura dakwa isi minyak dalam tong untuk 'go-kart'", "article_text": "ISKANDAR PUTERI - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak yang tular pada Rabu berpunca daripada perselisihan faham.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu.\"Pada jam 8.20 pagi Rabu, polis mengesan sebuah video berdurasi satu minit 50 saat di halaman Twitter \" Mynewshub\" yang memaparkan pertelingkahan sekumpulan individu berlaku di sebuah stesen minyak.\"Penghantar makanan itu mendakwa semasa hendak mengisi minyak, sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.\"Penghantar makanan itu kemudiannya melihat warga asing tersebut memegang tong di pam yang sama dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Jelasnya, pertengkaran itu kemudiannya dileraikan anggota polis bantuan yang turut berada di situ dan warga Singapura terbabit belum sempat mengisi minyak yang dipercayai hendak digunakan untuk aktiviti 'go-kart'.Video berkenaan turut dikongsi di Tiktok yang sudah dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 03:00pm"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264601/berita/politik/mca-harap-tak-dipinggir-mohon-kerusi-di-kedah", "article_title": "MCA harap tak dipinggir, mohon kerusi di Kedah", "article_text": "SUNGAI PETANI - MCA Kedah memohon agar parti itu tidak dipinggirkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk ditandingi.Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berpendapat, sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah wajar parti itu diberikan peluang bertanding dalam PRN akan datang.Menurutnya, atas semangat Kerajaan Perpaduan, semua parti termasuk MCA dan MIC harus diberi peluang, walaupun kedua-duanya telah gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\"Kami tahu BN dan Pakatan Harapan (PH) akan berhadapan satu cabaran besar pada PRN ini, oleh itu semangat kerjasama harus dipupuk dalam kalangan parti dan ini akan menaikan semangat semua ahli parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.\"Selain itu, rundingan dan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) harus diselesaikan lebih awal bagi membolehkan parti memfokuskan isu rakyat dan ekonomi negara sekali gus membolehkan persiapan dilakukan untuk menghadapi PRN,\" katanya.Menurutnya, kawasan yang akan ditandingi bergantung kepada pucuk pimpinan serta calon pula tidak semestinya datang daripada Pemuda MCA.Pada PRU15 lalu, MCA bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar sementara calon MIC di Padang Serai telah bertindak menarik diri selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memberi laluan kepada rakan gabungan iaitu calon dari PH yang turut bertanding.Bagaimanapun, kedua-dua kerusi tersebut berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).Sementara itu, pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, MCA tewas di kerusi Kota Darul Aman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang yang menjadi milik DAP dan PKR.Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, Tan Sri Johari Abdul dari PKR telah mengumumkan peletakan jawatan Disember lalu dan telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:55pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264597/berita/politik/prn-pas-kelantan-serah-lebih-100-nama-calon", "article_title": "PRN: Pas Kelantan serah lebih 100 nama calon", "article_text": "KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Pas Kelantan menyerahkan lebih 100 nama untuk diangkat sebagai calon kepada pucuk pimpinan tertinggi parti pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.Setiausaha Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, senarai nama itu termasuklah penyandang yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.\"Setiap DUN mengemukakan antara tiga hingga lima nama untuk diletakkan sebagai calon wakil rakyat.\"Calon-calon itu adalah hasil kajian dan suara diberikan oleh ahli di peringkat akar umbi,\" katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya pada Rabu.Menurut beliau, kebanyakan calon merupakan individu yang bersih dan boleh memberikan kemenangan kepada parti.Ujarnya, kesemua mereka akan ditapis oleh Majlis Syura Ulamak sebelum diumumkan sebagai calon sah untuk PRN dan proses tapisan berkenaan merupakan amalan Pas setiap kali menghadapi pilihan raya.\"Untuk PRN kali ini, kita akan tampilkan 30 peratus muka baharu daripada pelbagai latar belakang termasuklah profesional,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264599/berita/semasa/najib-keluarkan-cek-hampir-rm23-juta-untuk-khidmat-media-antarabangsa", "article_title": "Najib keluarkan cek hampir RM23 juta untuk khidmat media antarabangsa", "article_text": "KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi pada Rabu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha, 51, berkata, pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara.\"Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,\u201d katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.\"Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung.\"Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,\u201d katanya.Omar berkata, APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.Menurut Omar, dalam perbincangan itu, beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib.\"Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan.\"Saya percaya Najib boleh mempercayai saya dalam urusan ini kerana saya pernah bekerja sebagai pegawai khas utamanya ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2005,\u201d katanya.Ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib merupakan satu-satunya pelanggan dalam syarikatnya dan setiap bulan beliau sendiri akan ke pejabat Najib untuk mendapatkan cek-cek itu.\"Saya berjumpanya (Najib) setiap bulan dan saya berikan invois termasuk kos operasi dan beliau akan membuat pembayaran. Saya menerima pembayaran selama tiga tahun daripadanya tanpa disoal oleh pihak bank atau sebarang amaran daripada bank,\u201d katanya.Sementara itu, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi itu berkata perkhidmatan yang diberikannya kepada Najib adalah bagi tujuan rasmi dan beliau tidak mengetahui sumber wang yang digunakan Najib untuk membayar syarikatnya.Ahmad Akram: Adakah kamu tahu dari akaun mana Najib bayar kepada kamu?Mohd Omar: Saya hanya menerima bayaran melalui cek...setahu saya, beliau menandatangani cek tersebut secara peribadi, di hadapan saya.Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi diteruskan dengan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:48pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264598/berita/kempen-sirim-bina-kesedaran-kepentingan-keselamatan", "article_title": "Kempen SIRIM bina kesedaran kepentingan keselamatan", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kempen keselamatan SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat penuh SIRIM Berhad memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dari segi keprihatinan terhadap standard piawaian produk atau barangan di pasaran.Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Qas International, Nur Fadhilah Muhammad berkata, isu keselamatan merupakan perkara penting bagi memastikan orang ramai dapat melindungi diri mereka daripada risiko menggunakan barangan yang tidak mendapat kelulusan daripada SIRIM.Tambahnya, kempen yang diadakan dengan kerjasama pelajar tahun akhir program Advokasi Awam (INCspect) Komunikasi Antarapersonal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu meningkatkan kepentingan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan diiktiraf SIRIM.\u201cSlogan \u2018ada SIRIM baru beli\u2019 memberi kesan positif kepada masyarakat tentang keselamatan barang atau perkhidmatan berada di pasaran.\u201cPengguna sekarang lebih peka terhadap logo SIRIM dan kerjasama semua pihak mampu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai produk atau perkhidmatan yang diiktiraf oleh syarikat kami,\u201d katanya semasa majlis sumbangan 570 topi keledar kepada pelajar UITM pada Rabu.Menurut Fadhilah, inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilakukan sebagai langkah menyokong usaha mengurangkan kadar kecederaan berat akibat penggunaan topi keledar tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM QAS International.\u201cUITM dipilih sebagai rakan strategik kami bersandarkan peratusan pelajar mereka yang menggunakan motosikal lebih tinggi berbanding kereta sebagai mod kenderaan utama ke universiti,\u201d jelasnya.Sementara itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM, Profesor Abd Rashid Abd Rahman berkata, kolaborasi antara SIRIM dan pelajar UITM memberi manfaat kepada komuniti dan mampu membina kesedaran mengenai kepentingan keselamatan.\u201cProgram ini penting bukan sahaja memberi topi keledar kepada para pelajar sahaja, tetapi memupuk masyarakat membeli barangan yang telah ditetapkan standard dan piawaian keselamatan supaya ia lebih terjamin,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264596/berita/nasional/wcr-kedudukan-lebih-baik-bukti-keyakinan-pelabur---ahli-ekonomi", "article_title": "WCR: Kedudukan lebih baik bukti keyakinan pelabur - Ahli ekonomi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia pada tangga ke-27 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2023 berbanding ke-32, menggambarkan keyakinan pelabur dan mengesahkan komitmen negara terhadap dasar ekonomi semasa dan hala tuju strategik sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan dan perdagangan.Profesor ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng berkata, kejayaan itu yang diraih baru-baru ini menggariskan komitmen negara untuk mengemukakan dasar ekonomi dan orientasi strategik sebagai lokasi pilihan bagi pelaburan dan perdagangan.\"Kejayaan itu juga adalah pengiktirafan kepada peningkatan tahap pelaburan langsung asing serta keyakinan pelabur terhadap prestasi ekonomi kita.\"Selain itu, peningkatan yang konsisten ini akan menggalakkan kerajaan untuk menumpukan kepada bidang lain yang telah dikenal pasti memerlukan lebih banyak perhatian seperti pembangunan modal insan, pembaharuan dalam kawal selia digital dan perniagaan serta pembangunan mampan,\u201d katanya.Menurut IMD, Malaysia berada pada kedudukan ke-27 dalam kalangan negara paling berdaya saing dunia pada 2023, melonjak daripada tangga ke-32 berikutan pemulihan ekonomi, pertumbuhan pelaburan serta aspek yang baik bagi kestabilan kadar pertukaran dan pasaran buruh.Walaupun Malaysia kukuh antaranya dari segi harga, infrastruktur asas dan dasar cukai, IMD berkata negara ini tidak memenuhi standard bagi kedudukan sub-faktor seperti perundangan perniagaan, pendidikan dan rangka kerja sosiobudaya.Sehubungan itu, Yeah berkata, masih terdapat ruang penambahbaikan dari segi kemudahan untuk menjalankan perniagaan dan mengurangkan beban pengawalseliaan.\"Kualiti pendidikan juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan penawaran bakat yang memenuhi keperluan kemahiran industri,\u201d katanya sambil memaklukan persepaduan sosial boleh ditambah baik menerusi dasar yang inklusif dan usaha negara intuk menggalakkan perpaduan.Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan semasa dalam ranking IMD menunjukkan bahawa kerajaan dalam kedudukan yang tepat untuk memacu negara menjadi negara maju.\"Kedudukan sebagai berdaya saing itu memaparkan antara lainnya aspek kelancaran menjalankan perniagaan, dasar lebih jelas dan konsisten serta kerangka kerja undang-undang yang berwibawa dan membolehkan perniagaan terus maju.\"Ini akan menyumbang dari segi peningkatan pekerjaan tambahan untuk kelompok rakyat yang mahir, khususnya dalam kalangan siswazah,\u201d katanya.Sementara itu, Penganalis Ekonomi daripada Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kedudukan atau ranking tersebut adalah berdasarkan data jelas (bersifat kuantitatif yang boleh dianalisis secara rasmi) selain persepsi daripada kalangan pengurus global.\"Sejajar dengan kestabilan politik yang dicapai pada tahun lepas, ini telah meningkatkan persepsi pengurus terhadap prospek ekonomi Malaysia serta daya saingnya.\"Pada tahun lepas juga menyaksikan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia melonjak kepada 8.7 peratus yang turut membuktikan aspek daya saing itu,\u201d katanya.Ahmed Razman berkata, peningkatan dari segi harga juga disebabkan oleh kemampuan negara mengekalkan kadar inflasi yang rendah berbanding negara-negara Asean lainnya.Laporan WCR IMD tersebut adalah berdasarkan 336 kriteria daya saing mengikut empat kategori -- prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan korporat dan infrastruktur.Malaysia berada di kedudukan ke-27 daripada 64 negara, naik lima tangga dan meningkat dalam keempat-empat kategori itu yang memaparkan optimistik serta kemampuan berdaya tahan dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi global dan krisis selain pelbagai halangan domestik.Denmark di kedudukan teratas bagi tahun kedua berturut-turut dan diikuti Ireland manakala Switzerland di tempat ketiga. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:30pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264593/berita/semasa/bekas-anggota-tldm-dijel-enam-bulan-tipu-pembayaran-tak-wujud", "article_title": "Bekas anggota TLDM dijel enam bulan tipu pembayaran tak wujud", "article_text": "SEREMBAN - Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran tidak wujud melibatkan kerugian hampir RM20,000 bulan lepas.Tertuduh, Mohamad Norikhwan Adha Mohamad Soffian, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosni.Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki dengan membuat pembayaran tidak wujud secara dalam talian berhubung pembelian sebuah motosikal Yamaha 125ZR berjumlah RM10,500 sehingga mendorong lelaki berkenaan menyerahkan motosikal tersebut.Pertuduhan kedua hingga keempat pula, tertuduh didakwa memperdaya tiga mangsa berasingan berhubung pembelian tiga jenis telefon bimbit iPhone 13 Pro Max bernilai RM3,750, iPhone 12 Pro Max (RM2,550) dan iPhone 11 beserta 11 barangan telekomunikasi bernilai RM2,569.Tertuduh sama turut didakwa memperdayakan seorang lagi mangsa dengan membuat pembayaran secara dalam talian yang tidak wujud untuk pembelian pakaian lelaki bernilai RM507.50.Kesemua perbuatan berkenaan didakwa dilakukan pada 17 hingga 18 Mei lepas antara jam 5.02 petang hingga 7.36 malam di sekitar kawasan Nilai.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.Tertuduh yang diwakili peguam Syed Fadil Syed Othman dan M Parameswari dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum memandangkan tertuduh tidak bekerja dan perlu menanggung ibu bapanya yang uzur, isteri dan seorang anak.Selain itu katanya, sekiranya tertuduh dikenakan hukuman penjara, tertuduh memohon untuk dihantar ke penjara Tapah, Perak kerana keluarganya berada di sana.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman dan Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi.Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap tertuduh dari tarikh sabitan.Dalam mahkamah sama, tertuduh bersama Muhammad Asyraf Zaini, 27, dan Abdul Rahman Zaini, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu anggaran berat 6.30 gram di sebuah rumah beralamat di Taman Desa Palma, dekat Nilai, jam 10 pagi, 16 Jun lalu.Justeru, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.Ketiga-tiga tertuduh diberi jaminan sebanyak RM3,000 seorang dan sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Ogos depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:13pm"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264588/berita/semasa/9-anggota-bomba-perak-dikenakan-tatatertib-buang-kerja", "article_title": "9 anggota bomba Perak dikenakan tatatertib, buang kerja", "article_text": "IPOH - Sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja kerana terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon berkata, salah laku yang direkodkan sepanjang tahun lalu itu membabitkan kesalahan khalwat, pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan dadah.Menurutnya, tindakan berhenti kerja dikenakan ke atas seorang anggota yang terlibat kes khalwat manakala satu kes pemalsuan dokumen dalam tindakan mahkamah.\"Seramai tujuh anggota dapat kita kesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mereka ini telahpun dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk bantu dipulihkan.\"Sekiranya selepas ini mereka masih terlibat, kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan lebih berat dengan buang kerja,\" katanya sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pemakaian Tanda Pangkat kepada 24 pegawai di Ibu Pejabat JBPM Perak di sini pada Rabu.Beliau berkata, sebagai pasukan penyelamat, aspek disiplin amat dititikberatkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota mahupun pegawai terlibat pelanggaran disiplin dan jenayah.\"Untuk kes terlibat penggunaan najis dadah ini, kita memang tiada toleransi.\"Kita adakan ujian urin secara rawak di setiap balai untuk memastikan bilangan pegawai terlibat dapat dikekang,\" katanya.Sementara itu, Sayani berkata, dalam tempoh enam bulan pertama ini, taksiran harta yang berjaya diselamatkan daripada kebakaran adalah RM143.9 juta.Katanya, jumlah itu menurun 12 peratus berbanding taksiran tahun lalu iaitu RM163.4 juta.\"Saya minta semua ketua balai beri tumpuan terhadap response time ke tempat kejadian dibantu bomba sukarela bagi mempercepatkan masa tiba di tempat kejadian.\"Pembaharuan strategi mempercepatkan time responders ke tempat kecemasan dan pelaksanaan pre-planning berterusan merupakan faktor membantu outcome ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:10pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264592/berita/semasa/kes-fitnah-rewcastle-brown-didengar-di-mahkamah-kuala-terengganu", "article_title": "Kes fitnah Rewcastle-Brown didengar di Mahkamah Kuala Terengganu", "article_text": "KUALA LUMPUR - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi di sini.Semasa menolak permohonan itu, Muniandy berkata, kuasa pemindahan di bawah Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hanya perlu dilaksanakan jika mahkamah mendapati sekiranya tidak berbuat demikian boleh menyebabkan perbicaraan yang tidak adil atau berat sebelah.\"Permohonan oleh pemohon (Rewcastle-Brown) kurang merit. Oleh itu ditolak,\u201d kata hakim itu dan menambah bahawa kebimbangan Rewcastle-Brown bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil di Kuala Terengganu adalah tidak munasabah.Hakim juga memberikan beberapa alasan, antaranya tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, majistret yang mendengar kes di Kuala Terengganu adalah bebas dan tidak berat sebelah dan beliau (Rewcastle-Brown) tidak dihalang untuk menyampaikan hujahan terhadap fakta dan undang-undang sebelum majistret mencapai sesuatu penemuan.\"Jika keputusan kes itu tidak memihak kepada pemohon, beliau berhak merayu terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi menurut Seksyen 307 (1) CPC.\"Pemohon tertakluk kepada undang-undang negara di mana beliau didakwa melakukan jenayah, oleh itu sistem perundangan Malaysia, termasuk proses keadilan jenayah negara diguna pakai,\u201d kata hakim itu.Hakim kemudiannya memerintahkan kes itu didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan perlu diteruskan ke perbicaraan tanpa sebarang halangan lagi memandangkan tarikh pertuduhan sudah lama iaitu pada 23 Sept 2021.Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada September 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku \"The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose\u201d.Timbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman mewakili pendakwaan manakala Rewcastle-Brown diwakili peguam Guok Ngek Seong. Hadir sama prosiding hari ini, Siti Anis Che Ab Wahab yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Sultanah Nur Zahirah.Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menetapkan 25 Jun untuk sebutan kes. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264591/berita/semasa/136-kes-pegawai-imigresen-terlibat-jenayah-salah-laku", "article_title": "136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku", "article_text": "KUALA LUMPUR - Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu 112 kes membabitkan kakitangan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993), manakala 24 lagi adalah kesalahan jenayah yang diputuskan mahkamah.\"KDN sangat serius serta bertegas dalam soal integriti dan tidak kompromi dalam soal salah laku kakitangan JIM,\u201d katanya di Dewan Negara pada Rabu bagi menjawab soalan Hussin Ismail yang mahu tahu bilangan kes disiasat berhubung kewujudan unsur jenayah rasuah serta salah laku dalam kalangan pegawai imigresen melibatkan proses kemasukan warga asing.Hussin juga mahu penjelasan tentang usaha kerajaan dalam mengatasi isu pelancong yang tidak keluar dari Malaysia setelah tamat visa pelancong.Shamsul Anuar berkata, dari 2020 dan hingga 6 Jun lepas, JIM telah menangkap seramai 13,242 warga asing yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).Katanya, jumlah itu merangkumi 4,292 warga asing pada tahun 2020, 2,704 (2021), 4,267 (2022) dan 1,979 bagi tempoh Januari hingga 6 Jun tahun ini.Beliau berkata, JIM tidak pernah berkompromi dalam aspek keselamatan melibatkan kemasukan dan keberadaan warga asing di dalam negara dengan melaksanakan beberapa strategi antaranya mengenakan syarat keperluan visa ke atas warganegara asing tertentu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264589/berita/politik/spr-sudah-maklum-pembubaran-dun-kelantan-esok---speaker", "article_title": "SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker", "article_text": "KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pihaknya sudah menghantar surat pemakluman tersebut, minggu lepas.\"Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun,\" katanya kepada Bernama pada Rabu.Rabu lepas, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.Pas menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:06pm"} {"author_name": "NORAFIZA JAAFAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264587/berita/politik/dr-siti-mariah-tidak-pertahan-dun-seri-serdang", "article_title": "Dr Siti Mariah tidak pertahan DUN Seri Serdang", "article_text": "SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud memilih tidak mempertahankan kerusi disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.Siti Mariah dari Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau mahu memberi peluang kepada muka baharu untuk berada dalam pentadbiran negeri.Menurutnya, keputusan itu juga dibuat bagi membolehkan beliau memberi perhatian kepada kerja kemasyarakatan.\"Penggal ini saya sibuk dengan pelbagai program kerajaan negeri jadi kurang bergaul dengan masyarakat setempat.\"Selepas ini saya berhasrat untuk mendekati warga emas. Isu kesihatan akan jadi topik utama yang akan saya bawa kepada mereka, \" katanya seperti dilaporkan Selangor Kini pada Rabu.Mariah berkata, walaupun tidak bertanding, pihaknya bersedia berkongsi pengalaman dan membantu Amanah bagi PRN.Pada Isnin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan DUN Selangor dibubarkan pada 23 Jun bagi memberi laluan kepada PRN.Mariah merupakan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga serta pernah menyandang ahli Parlimen Kota Raja antara 2008 hingga 2018.Beliau menang DUN Seri Serdang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 14,363 undi menewaskan Datuk Mohamed Satim Diman (BN) dan Noor Hanim Ismail (Pas).", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264586/berita/nasional/geg-kkm-jalankan-kajian-kawalan-penggunaan-rokok-vape-serentak", "article_title": "GEG: KKM jalankan kajian kawalan penggunaan rokok, vape serentak", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).Timbalan Menteri berkenaan Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan semua pihak sebelum Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027.\"Ada beberapa perkara lagi tentang (peruntukan dalam rang undang-undang melibatkan) khidmat masyarakat dan review berkenaan tentang GEG terhadap produk vape... ada pandangan rang undang-undang itu pada dasarnya akan mewujudkan generasi penamat rokok terlebih dahulu kemudian diteruskan kepada vape dan ada pandangan yang bercadang untuk GEG diadakan secara serentak.\"KKM akan sedaya upaya untuk memastikan segala pandangan Ahli Parlimen diambil berat. Antara perkara yang ditekankan di Parlimen adalah kompaun yang terlalu rendah, hanya sekitar RM500 berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini kompaun sedia ada pada peringkat RM 1,000,\u201d katanya di Dewan Negara pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lim Pay Hen mengenai kegusaran utama yang menyebabkan rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 02:01pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264590/berita/nasional/pendaftaran-ebeliarahmah-mulai-isnin-depan", "article_title": "Pendaftaran eBeliaRahmah mulai Isnin depan", "article_text": "PUTRAJAYA - Pendaftaran program eBeliaRahmah bagi belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) untuk menerima kredit RM200 akan bermula Isnin depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program tersebut di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan dua juta belia.\"Selain bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, inisiatif ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendaftaran program tersebut boleh dilakukan menerusi salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch \u2018n Go eWallet.Jelasnya, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos\"Manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara \u2018offline\u2019 sehingga 31 Ogos depan,\" ujar Anwar.Tambahnya, kredit RM200 itu juga boleh dimanfaatkan di kedai peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet terlibat dalam program berkenaan, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.\"Untuk maklumat lanjut mengenai e-Belia Rahmah, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.htm,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 01:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264585/berita/nasional/kadar-kekerapan-pemeriksaan-kenderaan-tidak-boleh-dikurangkan", "article_title": "Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan bagi menjamin soal keselamatan pengguna jalan yang lain.Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kesemua prosedur, standard dan kekerapan pemeriksaan di bawah kaedah-kaedah kenderaan bermotor, pemeriksaan berkala, kelengkapan kenderaan motor yang telah ditetapkan adalah berpandukan standard diguna pakai di peringkat antarabangsa.\"Kekerapan pemeriksaan kenderaan itu telah ditetapkan dengan mengambil kira aspek keselamatan komponen kenderaan terutamanya melibatkan komponen-komponen kritikal keselamatan seperti brek, tayar dan sistem kawalan kenderaan.\"Adalah dikhuatiri sekiranya tempoh (pemeriksaan) ini dijarakkan, ia akan meningkatkan risiko kegagalan komponen kenderaan berkenaan sekali gus menyebabkan nahas jalan raya teruk, terutamanya melibatkan kenderaan berat seperti lori pasir, lori batu, barangan besi, simen dan bahan-bahan binaan yang lain,\" katanya di Dewan Negara pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rita Sarimah Patrick Insol tentang langkah kerajaan untuk mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan komersial dari setahun ke enam bulan tertakluk kepada road-worthiness untuk mengurangkan beban pekebun kecil.Dalam masa sama, beliau berkata pihaknya juga mengambil maklum bahawa ketika ini tiada had umur maksima bagi pergantian kenderaan barangan kerana kenderaan berusia juga turut menyumbang kepada risiko kegagalan komponen-komponen kenderaan terbabit.\"Jadi, perkara ini akan dipantau oleh kerajaan demi menjaga keselamatan pengguna yang lain,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 01:46pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264582/berita/semasa/sindiket-tumpas-68-pati-ditahan-di-terminal-bas-kota-bahru", "article_title": "Sindiket tumpas, 68 PATI ditahan di Terminal Bas Kota Bahru", "article_text": "SHAH ALAM - Kanak-kanak berumur 10 tahun antara 68 pandatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga lelaki warga tempatan diberkas menerusi Ops Gelombang 3 di Terminal Bas Kota Bahru, Kelantan di sini pada Rabu lalu.Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia ini sekali gus menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dipercayai dari negara jiran.Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula kira-kira jam 3 pagi itu dilaksanakan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan rentetan Ops Gelombang 2 yang dijalankan sebelum ini.\"Seramai 68 PATI berumur antara 10 sehingga 62 tahun dipercayai cuba merebut peluang pekerjaan secara haram di negara ini.\"Antara ditahan melibatkan 16 lelaki dan lima wanita Myanmar, dua lelaki, tiga lelaki Bangladesh, 10 lelaki Indonesia, seorang lelaki dan lima wanita Vietnam dan 11 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak-kanak lelaki India,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, kesemua PATI yang ditahan dipercayai baru tiba dari negara jiran.\"Selain itu turut diberkas lelaki warganegara Malaysia disyaki berperanan sebagai transporter sindiket ini.\"Siasatan mendapati kesemua PATI ini akan dibawa ke destinasi tertentu di luar Kelantan dan sekitar Lembah Klang,\" katanya.Menurutnya, kegiatan sindiket ini dipercayai menyeludup PATI melalui pengkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand menerusi aduan dan risikan yang dijalankan.\"Dalang sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke negara ini dan dipercayai telah aktif sejak enam bulan lalu.\"Transporter tempatan menerima upah antara RM150 hingga RM250 bagi setiap orang PATI yang diangkut dari sempadan ke terminal bas,\" katanya.Ujar Ruslin, kes disiasat bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966.\"Operasi dijalankan turut menyita tiga kenderaan yang dianggarkan bernilai RM50,000 untuk tindakan lanjut.\"Tiga suspek tempatan direman selama enam hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 01:19pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264580/berita/semasa/pemilik-kedai-stiker-tanpa-lesen-didenda-rm500", "article_title": "Pemilik kedai stiker tanpa lesen didenda RM500", "article_text": "KUALA LANGAT - Seorang pemilik kedai stiker didenda RM500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, atas satu pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman berkenaan selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.Lelaki berusia 30-an ini didakwa mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Bin Abdul Manaf, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Dalam prosiding berasingan, mahkamah telah mengeluarkan satu waran tangkap berhubung kes semak samun di Bandar Mahkota Banting mengikut Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976.Tiga lagi waran dikeluarkan atas kesalahan UUK 28(1)(a) Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Perindustrian MDKL 2007, Seksyen 46(1) (e) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan perlu mendapatkan lesen sebelum beroperasi.Menurutnya, mulai 1 April 2022, MPKL telah menggunakan sistem Smart Selangor Parking yang boleh diakses melalui telefon bimbit.\"Sistem ini adalah mudah, tanpa perlu mencari mesin membayar parking dan tidak perlu menggunakan kupon.\"MPKL akan sentiasa mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang MPKL sedia ada,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 01:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264579/berita/semasa/mahkamah-tinggi-pulau-pinang-tolak-saman-fitnah-difailkan-guan-eng", "article_title": "Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tolak saman fitnah difailkan Guan Eng", "article_text": "GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.Lim, yang juga bekas setiausaha agung DAP, memfailkan saman itu pada Mac tahun lepas berhubung pendapat Teik Cheng yang diterbitkan dalam ruangan \"Letter to the Editor\u201d akhbar The Star yang menuntut Guan Eng menjelaskan dakwaan bahawa RM4 juta daripada perbendaharaan persekutuan diberikan kepada sebuah sekolah rendah Cina di Johor dengan syarat nama sekolah itu ditukar.Pesuruhjaya Kehakiman, Quay Chew Soon memutuskan bahawa komen yang dibuat oleh Teik Cheng dalam tulisan pendapat itu tidak berunsur fitnah dan mengarahkan Guan Eng membayar RM20,000 kepada Teik Cheng dan RM30,000 kepada akhbar itu sebagai kos.\"Selepas perbicaraan penuh, saya menolak tuntutan plaintif. Kenyataan itu bukan fitnah. Plaintif seorang ahli politik dan pemimpin kanan DAP, yang menyertai pilihan raya negeri Johor apabila kenyataan yang dikatakan itu dibuat. DAP diketahui sebagai musuh politik MCA.\"Siapa sahaja akan berpendapat bahawa mempolitikkan sekolah rendah Cina adalah perkara yang boleh dilakukan oleh ahli politik, seperti plaintif dan sesiapa sahaja daripada DAP, dalam keadaan itu. Malah, plaintif bersetuju bahawa beliau membuat ucapan politik mengenai sumbangan DAP kepada sekolah rendah Cina,\u201d katanya.Hakim itu berkata, turut menjadi fakta yang dipersetujui bahawa plaintif, menjelang pilihan raya negeri Johor, menyatakan bahawa semasa menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperuntukkan RM4 juta kepada sekolah rendah Cina di Johor.\"Ini, pada fikiran saya, adalah tindakan berpolitik. Oleh itu, tiada apa-apa pun dalam dakwaan 'mempolitikkan' yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan plaintif kepada kebencian atau penghinaan dalam fikiran seseorang atau akan cenderung untuk merendahkannya dalam masyarakat secara amnya.\"Kenyataan yang dipersoalkan itu, apabila dibaca secara keseluruhannya, hanyalah gesaan agar Guan Eng menjelaskan dakwaan yang timbul semasa pilihan raya negeri Johor dan yang tidak dinafikannya,\u201d tambah beliau.Guan Eng diwakili oleh peguam Simon Murali dan Kok Yuen Lin; Teik Cheng oleh Ng Kian Nam, Tan Paik Hong, dan Law Quan Wei; manakala The Star oleh Abdullah Abdul Rahman dan Deanna Ternisha. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 01:01pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264573/berita/nasional/pm-doakan-agong-permaisuri-peroleh-haji-mabrur", "article_title": "PM doakan Agong, Permaisuri peroleh haji mabrur", "article_text": "KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat ke Tanah Suci pada Rabu memperoleh haji yang mabrur dan segala urusan ibadah haji berjalan lancar.Anwar yang menghadiri Upacara Keberangkatan Seri Paduka berdua di Istana Negara pagi ini, turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.\"Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Makkah,\" katanya menerusi catatan di Facebook.Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:38pm"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264575/berita/semasa/pengurus-syarikat-ditahan-simpan-minyak-masak-lebih-had", "article_title": "Pengurus syarikat ditahan simpan minyak masak lebih had", "article_text": "TEMERLOH - Seorang pengurus syarikat berusia 41 tahun ditahan selepas menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak botol dalam kuantiti yang banyak dan melebihi had kuantiti dibenarkan di dalam lesen di sini pada Selasa.Penahanan lelaki itu susulan serbuan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Temerloh dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis pemborong barang-barang keperluan di Mentakab.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, sebanyak 37,774 kilogram minyak masak telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM241,063.10.\"Lelaki itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes disiasat di bawah Subperaturan 9(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264577/berita/nasional/jabatan-audit-negara-pastikan-sistem-kekal-mampan", "article_title": "Jabatan Audit Negara pastikan sistem kekal mampan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara akan mengukuhkan peranannya dalam menjalankan pengauditan terhadap penyata kewangan tahunan dan laporan prestasi agensi awam, kata Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang baru dilantik.Wan Suraya berkata, perkara itu merupakan keutamaannya ketika ini selain memastikan sistem audit sektor awam kekal mampan dan lestari.\"Jabatan Audit Negara akan sentiasa peka dan prihatin dalam menjalankan kuasa pengauditan untuk memeriksa dan menyiasat pengurusan wang awam dengan tumpuan kepada kepentingan rakyat dan akauntabiliti kementerian dan jabatan kerajaan terhadap wang pembayar cukai yang dibelanjakan.Wan Suraya\"Bagi tujuan tersebut, Jabatan Audit Negara akan terus menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk agensi awam dan badan lain yang berkaitan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.Wan Suraya turut menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikannya sebagai Ketua Audit Negara bermula 13 Jun lepas.Wan Suraya berkata, berbekalkan 29 tahun pengetahuan dan pengalaman dalam perkhidmatan awam termasuk jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), beliau komited dan beriltizam untuk memacu Jabatan Audit Negara menjadi sebuah institusi audit unggul.Beliau juga komited untuk bersama warga Jabatan Audit Negara dalam usaha mentransformasi dan menstrukturkan semula sistem pengauditan serta memantapkan pengurusan kewangan negara.\"Kepercayaan orang ramai terhadap sektor awam sebahagian besarnya adalah berdasarkan persepsi dalam aspek kecekapan, kebolehpercayaan dan kejujuran yang dipamerkan, justeru sektor awam perlu beroperasi dengan kompeten, amanah, jujur dan berintegriti.\"Institusi-institusi kerajaan juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap wang yang dibelanjakan dan setiap perbelanjaan haruslah memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264572/berita/nasional/majlis-media-malaysia-tidak-bertentangan-prinsip-kebebasan", "article_title": "Majlis Media Malaysia tidak bertentangan prinsip kebebasan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang disifatkan sebagai mekanisme kawal selia industri itu, tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan, Dewan Negara diberitahu pada Rabu.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, kebebasan media tidak bermakna kebebasan tanpa had, namun media bertanggungjawab untuk membuat pelaporan daripada sumber yang sahih, beretika dan adil.\"Negara jiran Indonesia, mereka mempunyai Dewan Pers iaitu satu bentuk Majlis Media, tetapi apa yang kita hendak adalah regulation itu, adalah daripada pihak industri sendiri supaya tiada orang yang menyalahgunakan kuasa.\"Dalam konteks kita (Malaysia), selalu orang risau bahawa sebagai kerajaan kami akan guna undang-undang sedia ada untuk mengekang kebebasan media, tetapi kalau regulation itu daripada industri sendiri, saya rasa itu adalah lebih adil dan boleh memastikan kepentingan semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang dan orang awam,\" katanya pada sesi soal jawab.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sama ada mekanisme kawal selia industri media menerusi penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diperjuangkan kerajaan.Nie Ching berkata, Majlis Media Malaysia berfungsi sebagai platform bagi mana-mana pihak yang tidak selesa atau tidak berpuas hati dengan pelaporan media untuk mengemukakan laporan mereka.Ditanya mengenai sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia oleh Senator Datuk Juhanis Abd Aziz, Nie Ching berkata, satu mesyuarat akan diadakan selepas jawatankuasa kerja sementara (jawatankuasa pro-tem) selesai menyediakan maklum balas mengenai draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia.Selain itu, beliau berkata, terdapat cadangan untuk memasukkan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi memastikan 30 peratus ahli jawatankuasa wanita dalam Majlis Media Malaysia, namun perkara itu perlu mendapatkan persetujuan bersama jawatankuasa kerja sementara dan pihak berkepentingan.\"Kementerian ini sedang giat mengadakan beberapa siri perbincangan bersama jawatankuasa kerja sementara yang terdiri daripada wartawan, penerbit, penyiar dan organisasi berita mengenai perincian penubuhan Majlis Media Malaysia.\"Perbincangan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk mengenai fungsi dan dana Majlis Media Malaysia yang turut terkandung di dalam draf rang undang-undang Majlis Media Malaysia yang sedang dikemas kini untuk persetujuan bersama,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264568/berita/sukan/haaland-penyelamat-norway", "article_title": "Haaland penyelamat Norway", "article_text": "PENYERANG sensasi, Erling Haaland menyelamatkan maruah Norway apabila menyumbat dua gol ketika membantu pasukannya membenam Cyprus 3-1 dalam aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi Rabu.Kemenangan itu menghidupkan semula peluang Norway selepas kalah mengejut kepada Scotland di gelanggang sendiri sebelum ini.Kejayaan tersebut melonjakkan Norway ke tangga ketiga kumpulan lima negara itu dengan empat mata daripada empat perlawanan, di belakang pasukan tangga kedua Georgia menerusi perbezaan gol.Scotland yang menundukkan Georgia 2-0, menghuni tangga teratas dengan 12 mata maksimum daripada empat perlawanan.Norway membuka tirai jaringan menerusi ledakan Ola Solbakken pada minit ke-12.Haaland menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-56 dan disusuli satu lagi gol empat minit kemudian.Grigoris Kastanos pula menyumbang gol saguhati buat pelawat untuk mengurangkan defisit, namun ia tidak menjejaskan kegembiraan Norway yang meraih kemenangan pertama dalam peringkat Kumpulan A.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264569/berita/nasional/negara-tuan-rumah-amf-bergantung-kesepakatan-68-negara-asia", "article_title": "Negara tuan rumah AMF bergantung kesepakatan 68 negara Asia", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pertimbangan negara mana yang akan menjadi tuan rumah Tabung Kewangan Asia (AMF) bergantung kepada kesepakatan negara-negara di rantau Asia yang terdiri daripada 68 negara, kataTimbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.Beliau berkata, penubuhan AMF buat masa ini masih pada tahap cadangan dan dilihat sebagai langkah penting dalam mengukuhkan kewangan serantau dan menjadi platform bantuan negara yang terlibat krisis.\"Saya hadir mesyuarat Bank Pembangunan Asia (ADB) di Incheon, Korea Selatan pada Mei dan memahami bahawa apakah tugas ADB dan bagaimana kesukaran dan cabaran untuk menubuhkan AMF,\" katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, pada Rabu.Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu adakah Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pengurusan tatakelola AMF dan peranan Malaysia dalam perancangan AMF.Ahmad berkata pada masa ini, fokus negara adalah untuk melibatkan kerjasama antara negara Malaysia dan negara-negara lain untuk menambah baik mekanisme sedia ada dan melakukan kajian lebih mendalam.Katanya, antara inisiatif yang telah diadakan bagi mengukuhkan keupayaan negara dan meningkatkan keyakinan negara-negara Asia terhadap potensi ekonomi negara dalam rantau Asia termasuk Inisiatif Multilateralisasi Chiang Mai selaku pengaturan pertukaran mata wang antara negara-negara Asean+3 (Asean, China, Jepun, Korea Selatan),Dalam soalan tambahannya, Mohd Hisamudin juga ingin tahu hala tuju penggunaan mata wang dua hala bagi menggantikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang dagangan utama untuk membiayai perdagangan serta pelaburan antarabangsa dalam kalangan negara Asean.Menurut Ahmad, pada peringkat Asean, Malaysia juga melaksanakan pengaturan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan bersama-sama Indonesia dan Thailand untuk memudahkan negara terlibat menggunakan mata wang tempatan untuk transaksi dua hala melibatkan perdagangan dan pelaburan.Menurutnya, menerusi kerjasama ini penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang renminbi China, baht Thailand dan rupiah Indonesia kini masing-masing sebanyak 16 peratus, 16.1 peratus dan 16.6 peratus daripada keseluruhan penyelesaian perdagangan.Pada 2022, Gabenor Bank Pusat Asean melalui Deklarasi Peningkatan Kesalinghubungan Pembayaran Serantau dan Penggalakan Transaksi Mata Wang Tempatan telah bersetuju menggalakkan lagi penggunaan mata wang tempatan untuk transaksi ekonomi dan kewangan dalam kalangan negara anggota Asean, katanya.\"Ini merupakan langkah awal untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan meningkatkan lagi kestabilan kewangan serantau.\"Negara-negara serantau akan terus meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mekanisme dari semasa ke semasa supaya kestabilan ekonomi dan kewangan serantau terus terjalin,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264567/berita/nasional/pencerobohan-sempadan-malaysia-tidak-kompromi", "article_title": "Pencerobohan sempadan: Malaysia tidak kompromi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Malaysia tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara dan sentiasa memanfaatkan mana-mana ruang diplomasi pertahanan bagi membangkitkan isu pencerobohan seperti pencerobohan nelayan asing atau ruang udara negara.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata ia sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan negara.\"Kerjasama pelbagai hala melalui ASEAN, kerjasama subrantau dan kerjasama dua hala antara pendekatan terbaik dalam mengurus isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak di peringkat kerajaan, ketenteraan dan agensi penguatkuasaan.\"Kesemua ini merupakan komponen penting strategi perkongsian berwibawa seperti terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan negara dalam mempertahan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah solidariti negara ASEAN mampu memastikan rantau ini aman daripada campur tangan kuasa besar dunia.Ahmad Azam juga ingin tahu usaha penambahbaikan sesama negara jiran dalam isu pencerobohan nelayan di Laut China Selatan agar keselamatan dan kepentingan sempadan terjamin.Adly berkata, ketika ini ASEAN melaksanakan libat urus melalui pelbagai platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM Plus dengan rakan dialog ASEAN iaitu Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea dan Rusia dan Forum Serantau AseanBeliau berkata, libat urus berkenaan bagi meningkatkan kerjasama dan membina keyakinan sesama negara ahli dalam usaha mengurangkan ketegangan dan mengelak konflik di rantau Asia Tenggara.Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris berhubung langkah kerajaan dalam memastikan pencerobohan ruang udara tidak berlaku, Adly berkata Kementerian Pertahanan mempunyai prosedur tertentu sekiranya berdepan insiden berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264566/berita/hiburan/jenazah-rohana-jalil-selamat-dikebumikan", "article_title": "Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan", "article_text": "SUBANG JAYA - Jenazah penyanyi Allahyarham Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, di sini sekitar jam 11.45 pagi.Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang merupakan penyanyi popular era 1980-an itu disembahyangkan di Masjid Al-Falah USJ9, di sini.Lebih 300 ahli keluarga dan sahabat handai hadir pada majlis pengebumian untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.Antara rakan artis yang hadir ialah Azizul Khamis, Ramlah Ram, Datuk Nash, Datuk Khatijah Ibrahim, Herman Tino, Noraniza Idris, Izara Aishah, Tya Arifin, Fasha Sandha, Joe Flizzow, Norshila Amin dan Haiza.Terdahulu, Allahyarham Rohana dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus.Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.33 malam tadi.Anaknya, Syakila Nisha atau lebih dikenali sebagai Kilafairy, 31, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah ibunya.Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana JalilDalam pada itu, Bernama melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia pada Selasa.\"Innalillahi wa inna ilaihi raji\u2019un. Sedih mendengar berita kehilangan penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,\u201d katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil terkenal dengan lagu Rayuanku dan Jangan Main Mata dan Naluri Cinta, dilahirkan pada 18 Februari 1955 di Kota Tinggi, Johor dan mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian tanahair, Allahyarham telah merakamkan lebih 20 album.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:08pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264560/berita/semasa/ayob-khan-dilantik-timbalan-ketua-polis-negara", "article_title": "Ayob Khan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada Jumaat.Pelantikan Ayob Khan adalah menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.\"Ia adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Saifuddin berkata, Ayob Khan, 57, dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah, berkelulusan ljazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.\"Ayob Khan pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen. Beliau memulakan tugas pada 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.\"Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, sebelum Ayob Khan kembali ke Cawangan Khas dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada 2016,\" katanya.Beliau berkata, Ayob Khan berkhidmat selama empat tahun dan telah dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis (CP) pada 2020 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.\"Pada 2022, beliau kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.\"Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:57am"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264559/berita/semasa/razarudin-ketua-polis-negara-baharu", "article_title": "Razarudin Ketua Polis Negara baharu", "article_text": "PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rashid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa Jumaat.Pelantikan Razarudin itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan secara kontrak Razarudin sebagai Ketua Polis Negara selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025.Menurutnya, Razarudin, 61, dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor.\"Beliau (Razarudin) yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.\"Beliau memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambah Saifuddin Nasution, Razarudin kemudiannya dilantik sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah sama pada tahun 1997.Katanya, pada tahun 1998 beliau kembali bertugas di JSJ Daerah Muar sebagai Pegawai Penyiasat Kanan dan di jabatan yang sama di Kontinjen Johor.\"Pada tahun 2000, beliau meneruskan khidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang sebelum menyambung pelajaran di Maktab PDRM Cheras.\"Kemudian beliau ditempatkan di JSJ Daerah Kota Setar dan dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis (DSP) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan,\" ujarnya.Katanya lagi, selepas itu, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat dan berkhidmat selama tiga tahun.\"Beliau kembali ke JSJ Bukit Aman di Operasi Khas D8 dengan pangkat Superintenden dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.\"Sekembalinya dari belajar, beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan ditempatkan sebagai Penolong Pengarah D9, JSJ Bukit Aman.\"Setelah itu beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ke Kontinjen Pulau Pinang sebagai Ketua JSJ.\"Beliau dinaikkan pangkat ke Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu, seterusnya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak,\" katanya.Ujarnya, Razarudin kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021.ARTIKEL BERKAITAN:Calon KPN: Nama Razarudin dipersembah kepada AgongRazarudin, Ayob Khan bakal terajui PDRMMajlis Paluan Berundur persaraan KPN Khamis", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:55am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264561/berita/nasional/perkukuh-kedudukan-fiskal-antara-tumpuan-kerajaan---jpm", "article_title": "Perkukuh kedudukan fiskal antara tumpuan kerajaan - JPM", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi tumpuan kepada tiga isu utama dalam memastikan ekonomi negara kekal mampan iaitu memperkukuh kedudukan fiskal, mereformasi struktur ekonomi dan meneliti pelaksanaan gaji progresif, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara pada Selasa, JPM berkata, keutamaan akan diberikan untuk memperkukuh kedudukan fiskal melalui peningkatan hasil dan melonjakkan pertumbuhan sektor \"pertumbuhan tinggi nilai tinggi\u201d serta memastikan kelestarian alam sekitar.\"Penekanan akan diberi untuk mempercepat pertumbuhan dalam sektor strategik yang akan turut menjana pelaburan dalam industri elektrik dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa, industri kreatif, pelancongan, halal, biojisim, aktiviti pertanian pintar dan tenaga boleh baharu,\" katanya.Beliau menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu tiga masalah ekonomi paling serius yang Malaysia hadapi serta strategi serta merta, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang untuk mengatasinya.Menurut JPM, kerajaan juga terus memberi tumpuan untuk memantapkan ekonomi domestik dengan sektor swasta terus dipacu sebagai rakan pembangunan dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pelaburan yang berkualiti dan berteknologi tinggi.\"Bagi menggalakkan pelaburan swasta, kerajaan sentiasa menawarkan insentif kepada pelabur berpotensi, termasuk menstruktur semula insentif pelaburan ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil.\"Pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dipercepat melalui penerimagunaan teknologi dan pendigitalan. Tumpuan juga diberi untuk PMKS beralih daripada pasaran domestik kepada pasaran global dan memanfaatkan gerakan koperasi dalam pembangunan usahawan,\" kata JPM.Dalam pada itu, JPM berkata, kerajaan sedang merangka naratif ekonomi Madani bagi menjelaskan hala tuju dasar utama Kerajaan Perpaduan bagi mendepani cabaran global dan domestik.Katanya naratif ekonomi Madani yang bakal dilancarkan pada Ogos akan diselaras dengan beberapa dasar jangka sederhana dan panjang, termasuk Pelan Perindustrian Negara, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.\"Di samping itu, tumpuan dasar jangka pendek juga akan diberi melalui Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan pada Oktober tahun ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:43am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264563/berita/sukan/kante-tinggalkan-chelsea-pilih-al--ittihad", "article_title": "Kante tinggalkan Chelsea, pilih Al- Ittihad", "article_text": "N'GOLO Kante akan meninggalkan Chelsea selepas tujuh tahun berbakti di Stamford Bridge apabila memilih Al-Ittihad sebagai destinasi karier seterusnya dengan kontrak tiga tahun, kata kelab Liga Pro Saudi itu pada Rabu.Pemain Perancis itu, yang menyertai kelab London barat dari Leicester City pada 2016, akan berpadu dengan rakan senegara dan pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema di Liga Pro Saudi.\"Jangan percaya kepada berita palsu. Kante adalah pemain Ittihad sekarang,\" tulis kelab itu dalam mesej video di laman sosialnya.Media Britain sebelum ini melaporkan pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menandatangani kontrak bernilai sekitar 86 juta pound ($109.78 juta) setahun.Terdahulu Benzema meninggalkan Real Madrid selepas 14 tahun sarat trofi dan menandatangani kontrak dua tahun dengan juara Arab Saudi itu dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai lebih daripada 100 juta euro ($109.17 juta).Kante sepanjang berada bersama The Blues merupakan tonggak utama di Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa dan Piala FA.Dia telah beraksi dalam 269 perlawanan bersama Chelsea, menjaringkan 13 gol dan 16 bantuan gol.Bagaimanapun musim terakhir Kante yang dipalit kecederaan menyebabkan dia terlepas 38 perlawanan semua pertandingan menyaksikan Chelsea bergelut menduduki tempat ke-12 liga.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:39am"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264555/berita/nasional/pm-digesa-selesai-isu-pajakan-pulau-pinang-projek-kxp", "article_title": "PM digesa selesai isu pajakan Pulau Pinang, projek KXP", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya mengaturkan perjumpaan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menyelesaikan isu nilai pajakan Pulau Pinang dan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Negeri Kedah, Mardhiyyah Johari berkata, perkara itu perlu diperbetulkan segera terutamanya apabila melibatkan konsep federalisme antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kedah.Ujar Mardhiyyah, Muhammad Sanusi telah berkali-kali menegaskan bahawa perbezaan pendirian politik serta isu saman antara beliau dengan Perdana Menteri adalah hal peribadi dan bersifat hubungan antara parti politik.\u201cPerkara ini tidak sepatutnya menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan sehingga memangsakan rakyat dan masa depan Kedah.\"Perdana Menteri dilihat sangat terganggu dengan saingan politik yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.\u201cKegagalan PMX untuk memberikan fokus dalam melaksanakan fungsi Perdana Menteri serta Menteri Kewangan secara profesional adalah bukti yang nyata PMX hilang pertimbangan untuk membezakan antara seteru politik kepartian dan tanggungjawab sebagai pentadbir negara,\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada 24 Februari lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan Pusat tidak boleh mempertimbangkan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim.Sebaliknya Anwar berkata, kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, berbanding membangunkan hab baharu.Pada 26 Februari, Muhammad Sanusi memaklumkan Kerajaan Kedah akan berusaha untuk membuat pembentangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di hadapan Perdana Menteri bagi merealisasikan projek berkenaan.Ia berikutan beliau yakin Anwar belum mendapat gambaran penuh mengenai projek tersebut sehingga tidak mempertimbangkan rancangan projek itu dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini.Dalam pada itu, ulas Mardhiyyah, Perdana Menteri perlu menyambut hasrat Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah dalam isu nilai pajakan Pulau Pinang dan projek KXP itu demi kepentingan masa depan negeri serta rakyat.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264554/berita/sukan/pan-gon-puji-pemain-harimau-malaya", "article_title": "Pan Gon puji pemain Harimau Malaya", "article_text": "JURULATIH skuad kebangsaan Kim Pan Gon memuji anak buahnya selepas Malaysia membenam Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.Pan Gon mengakui sangat gembira dengan komitmen ditunjukkan pemain setelah skuad Harimau Malaya mempamerkan persembahan berkualiti tinggi dan menarik di hadapan hampir 10,000 penonton di stadium.Beliau berkata, apa yang ditunjukkan pemainnya malam tadi memerlukan usaha dan kerja keras demi memenuhi permintaan barisan kejurulatihan, selain perlu berdepan tekanan hebat untuk melaksanakan taktikal pasukan pada setiap perlawanan.\"Mereka (pemain) sentiasa mencuba meningkatkan kualiti permainan dan sangat penting untuk melihat mereka berada dalam tekanan kerana kami (barisan kejurulatihan) datang ke sini untuk mengubah bola sepak Malaysia menjadi positif, dominan dan proaktif.\"Jadi, bagi saya, saya gembira malam ini (tadi) tetapi ini bukanlah penamat kempen, hanya satu perlawanan ... namun bola sepak seperti ini yang kami mahu bermain menentang pasukan kuat dan itulah sasaran kami,\u201d kata Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan di sini pada Selasa malam.Mengulas mengenai kemajuan yang dapat dilihat sejak mengambil alih pasukan pada Januari tahun lepas, Pan Gon berkata, tahap keyakinan pemain semakin meningkat dalam setiap perlawanan walaupun adakalanya mereka bergelut, namun apa yang penting ialah mereka tidak gentar.Beliau berkata, ketakutan boleh menjejaskan tumpuan, sekali gus menyukarkan pasukan untuk beraksi dengan baik.\"Seperti pada separuh masa kedua (malam tadi), ia bukan sesuatu yang boleh saya ajar. Ia hadir secara semula jadi daripada pemain, ia datang dari lubuk hati mereka ... saya rasa tahap keyakinan mereka sudah bertambah baik.\"Dan juga pada satu setengah tahun yang lepas, mereka cuba untuk memahami model permainan dan pendekatan taktikal kami. Kami berikan banyak maklumat kepada pemain, saya dapat lihat mereka sangat bijak dan saya bangga dengan mereka,\u201d kata jurulatih berusia 54 tahun itu.Pada pertembungan malam Selasa, persembahan cemerlang pada babak kedua menyaksikan skuad bimbingan jurulatih dari Korea Selatan itu menjaringkan sembilan gol selepas mendahului pada penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid.Pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan pemain naturalisasi Paulo Josue mencuri tumpuan selepas masing-masing meledak empat dan tiga gol manakala pemain gantian lain Mohamad Faisal Abdul Halim dan Daniel Ting masing-masing menjaringkan satu gol.Kejayaan itu menyaksikan Harimau Malaya merakam kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak Mac lepas dan mencatat kemenangan terbesar sejak menewaskan Bhutan 7-0 semasa saingan persahabatan pada April 2018.Sementara itu, ketua jurulatih Papua New Guinea, Harrison Kamake yang terkejut dengan kekalahan besar itu berkata kegagalan pasukannya untuk mematuhi arahan menjadi punca mereka dibolosi sembilan gol pada babak kedua.\"(Perlawanan) ini sukar buat pemain saya, ternyata Malaysia pasukan yang lebih baik, kredit penuh diberikan kepada mereka,\u201d katanya.Kerja keras Arif Aiman rebut kesebelasan utama Harimau Malaya mula buah hasilDalam pada itu, pemain sayap muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi mendedahkan kesukaran menembusi kesebelasan utama skuad kebangsaan, selepas meledak empat gol dalam kemenangan 10-0 Malaysia menentang Papua New Guinea di sini, Selasa malam.Tonggak jentera serangan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) berusia 21 tahun itu berkata, bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara kendalian Kim Pan Gon, beliau bekerja keras bersaing dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman.Selepas kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 itu mengakui semakin memahami dan berasa selesa dengan corak permainan yang dikehendaki Pan Gon.\"Ya (makin selesa), saya sentiasa berlatih betul-betul (kerana) bukan senang nak bermain dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya apabila perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman daripada saya.\"Saya ambil kesempatan itu (jika diturunkan) bukan sebagai beban tetapi peluang yang berharga buat diri saya,\u201d katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam Selasa.Pada pertembungan itu, persembahan cemerlang pada separuh masa kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya menjaringkan sembilan gol selepas mendahului pada penghujung babak pertama menerusi penalti Muhammad Safawi Rasid.Arif Aiman yang masuk sebagai pemain gantian dengan mudah menjaringkan empat gol masing-masing pada minit ke-57, minit ke-60, minit ke-87 dan minit ke-89 sekali gus mengumpul lima gol bersama pasukan negara setakat ini.Baki lima gol Malaysia antaranya diperoleh menerusi hatrik pemain naturalisasi Paulo Josue sementara dua lagi pemain gantian Mohamad Faisal Abdul Halim dan Daniel Ting masing-masing menjaringkan satu gol.Meskipun berbangga mencipta hatrik pertamanya di pentas senior, Arif Aiman berkata kesemua gol yang dijaringkan malam tadi tidak akan hadir tanpa bantuan rakan sepasukan.\"Bagi saya dari babak pertama semua pemain bagi yang terbaik dan (apabila) jurulatih beri saya peluang pada separuh masa kedua ia tiada beza, semua pemain (tetap) beri yang terbaik pada perlawanan ini,\u201d katanya yang mengakui Pan Gon berjaya menaikkan semangat pasukan sewaktu rehat.Minggu lepas, Arif Aiman yang merupakan produk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang meraih jaringan sulung bersama pasukan negara ketika membantu Malaysia menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini.Mengulas lanjut, beliau berkata kini fokusnya adalah untuk membantu JDT layak ke final Piala FA seterusnya menjulang gelaran juara menjelang aksi separuh akhir berdepan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Isnin depan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:20am"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264553/berita/semasa/kantoi-seludup-15-tan-benih-kerang", "article_title": "Kantoi seludup 1.5 tan benih kerang", "article_text": "ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang lelaki warga tempatan yang cuba menyeludup 1.5 tan benih kerang ke Thailand pada jarak 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang pada petang Selasa.Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, tangkapan dilakukan pada jam 4.14 petang bersama sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang membawa benih kerang bernilai RM10,000.Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh bot ronda milik Maritim Malaysia semasa melaksanakan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah.\"Bot fiber berkenaan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan cuba memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum berjaya ditahan.\"Hasil pemeriksaan mendapati, bot fiber yang membawa 100 guni penuh benih kerang terbabit dalam perjalanan menuju ke sempadan negara untuk cubaan menyeludup benih kerang terbabit ke Thailand,\" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Noor Azreyanti berkata, bot, enjin dan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM80,000 ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa benih kerang dari suatu tapak kerang semula jadi atau tapak kerang dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.\"Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang perayaan Aidiladha,\" ujar beliau.Pihak Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:14am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264552/berita/hiburan/jenazah-rohana-jalil-disembahyangkan-di-masjid-al-falah", "article_title": "Jenazah Rohana Jalil disembahyangkan di Masjid Al-Falah", "article_text": "SUBANG JAYA - Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, di sini apabila jenazah Allahyarham Rohana Jalil tiba sekitar jam 10.40 pagi.Keluarga Allahyarham dan rakan terdekat turut mengiringi jenazah yang akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya selepas Zuhur.Anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31, memohon orang ramai mendoakan arwah ibunya.\u201cMohon doakan arwah mama,\u201d ujarnya ringkas.Antara rakan artis yang turut mengiringi antaranya ialah Azizul Khamis, Izara Aishah, Tya Arifin dan Azian Mazwan Safuan.Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.ARTIKEL BERKAITAN:Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana JalilRohana Jalil meninggal duniaJenazah Rohana Jalil dikebumi sebelum Zuhur", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:12am"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264549/berita/semasa/polis-klasifikasi-kematian-pelajar-di-manjung-sebagai-mati-mengejut", "article_title": "Polis klasifikasi kematian pelajar di Manjung sebagai mati mengejut", "article_text": "MANJUNG - Polis mengklasifikasikan kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, minggu lalu sebagai mati mengejut.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berusia 15 tahun itu disebabkan darah beku tersumbat dalam paru-paru.\"Polis membuka kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut kes itu.\"Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian tersebut,\" katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, siasatan mendapati, pada 16 Jun lalu, pelajar berkenaan hadir ke sekolah dalam keadaan tidak sihat dan bertongkat kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki.Katanya, keadaan itu menyebabkan pihak sekolah menghubungi ibu bapa mangsa dan membawanya pulang.\"Melihat keadaan mangsa yang masih tidak sihat, ibu bapanya membawanya ke Hospital Seri Manjung sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sekitar jam 10.10 malam.\"Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di bilik ICU sekitar jam 12.06 tengah malam pada 17 Jun,\" katanya.Sebelum ini, tular memaklumkan bahawa pelajar berkenaan pengsan di sekolah ketika melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan meninggal dunia sehari selepas itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 11:02am"} {"author_name": "BADRULDIN ZAKARIA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264548/berita/nasional/malaysia-sedia-jadi-tuan-rumah-simposium-haji-perdana", "article_title": "[VIDEO] Malaysia sedia jadi tuan rumah Simposium Haji Perdana", "article_text": "JEDDAH - Simposium Haji Perdana di Arab Saudi yang membincangkan semua perkara berkaitan haji dan umrah dicadangkan untuk diadakan di Malaysia pada masa hadapan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, dengan penganjuran di Malaysia, ia akan dapat membantu negara ASEAN lain untuk mengambil bahagian selain tidak perlu mengeluarkan kos yang besar untuk ke Arab Saudi.Beliau berpandangan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah tidak mempunyai halangan untuk membincangkan cadangan berkenaan disebabkan hubungan baik antara kedua-dua negara.\"Kita ada ramai pensyarah universiti yang menulis mengenai haji dan umrah dan saya rasa kalau kita buat simposium di Malaysia, kita boleh cungkil lagi bakat baharu untuk memberikan idea-idea terbaik,\" katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Haji Perdana kali ke-47 di sini pada Selasa.Dr Mohd Na'im (tiga dari kanan) mendengar taklimat mengenai kawalan keselamatan untuk jemaah di Tanah Suci.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.Simposium sehari itu menghimpunkan para cendekiawan dan pakar dari seluruh dunia bagi berkongsi pengetahuan, penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam pengurusan ibadah haji.Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais dan Dr Tawfiq turut serta sebagai panel bagi mengupas mengenai perkhidmatan menyeluruh disediakan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan ibadah di Tanah Suci.Mengulas mengenai penyertaan Malaysia dalam simposium itu, Dr Mohd Na'im berkata, ia penting bagi mendapatkan maklumat secara terus daripada kerajaan Arab Saudi mengenai usaha yang diperkenalkan negara itu untuk kemudahan bakal haji.Antara ruang pameran yang mendapat perhatian delegasi yang menyertai Simposium Haji Perdana kali ini.\"Tema pada tahun ini ialah berkisar mengenai khidmat memudahkan jemaah beribadah di Tanah Suci apabila 40 agensi bekerjasama bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kerajaan Arab Saudi.\"Mereka menyelaras agensi-agensi bermula dari proses di setiap negara, berada di Tanah Suci kemudian balik ke negara masing-masing selamat dari segi keselamatan dan kesihatan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:48am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264544/berita/nasional/pasaran-buruh-bagi-belia-kembali-bersinar", "article_title": "Pasaran buruh bagi belia kembali bersinar", "article_text": "Tekad kerajaan merintis pelbagai usaha demi kepentingan golongan muda membuahkan hasil apabila aktiviti pekerjaan belia yang memperlihatkan pola penurunan dalam tempoh lebih sedekad lalu kini mula mendatar.Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, berkata perkembangan yang ternyata memberi sinar baharu kepada \u2018tunas muda\u2019 negara dilakar rentetan pelaksanaan siri rangsangan pasaran buruh, termasuk pengambilan pekerja melalui imbuhan penggajian dan mengekalkan pekerjaan menerusi program subsidi upah.Katanya, usaha diterajui kementerian menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksanakan selepas semakan terhadap petunjuk utama ekonomi negara mendedahkan realiti pahit yang dialami golongan belia di Malaysia.\u201cHal ini kerana golongan disifatkan sebagai generasi pelapis negara, berusia antara 15 hingga 24 tahun berdepan kesukaran untuk mendapat \u2018lamaran\u2019 pekerjaan setimpal perit jerih mereka dalam menimba ilmu hingga ke menara gading.\u201cMenyedari polemik sedemikian yang bakal menjejaskan perkembangan laluan kerjaya orang muda, langkah intervensi direncanakan termasuk program Jamin Kerja-Insentif Penggajian (JKIP) kendalian Perkeso seperti diperuntukkan dalam Belanjawan 2022 untuk menawarkan insentif kewangan kepada majikan.\u201cImbuhan kewangan ini disalurkan untuk majikan mengambil pekerja merangkumi pelbagai kumpulan sasaran termasuk belia, sekali gus menyaksikan seramai 55,837 orang mencari pekerjaan baharu berjaya dibantu setakat 9 September 2022.\u201cJumlah itu turut meliputi 10,034 graduan muda yang mendapat tempat perantisan peringkat eksekutif dan ramai lagi yang diambil mengikut kategori 'Pencari Kerja Am\u2019,\u201d katanya.Bantu bukan pencarumSivakumar berkata, momentum rangsangan pasaran kerja, khususnya bagi belia akan terus diperkasakan kerana statistik menunjukkan kesan pandemik Covid-19 masih merencatkan peluang kepada orang muda untuk mendapat pekerjaan.SIVAKUMARBeliau berkata, wabak yang mencetuskan tempias teruk terhadap ekonomi serata dunia itu didapati memberi kesan mendalam dan belia adalah golongan paling terjejas selepas ramai hilang mata pencarian, berbanding pekerja berusia 55 hingga 64 tahun.\u201cSelari usaha pemulihan negara pasca pandemik kesihatan, Perkeso memperkenalkan program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan (SIPEMP+) bagi membantu individu yang bukan pencarum badan berkenaan mengekalkan taraf hidup, sementara mencari peluang pekerjaan baharu seperti graduan dan lepasan sekolah.\u201cBantuan ini termasuk insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima individu layak apabila menghadiri temu duga pekerjaan, serta Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB) bagi mereka melakukan persediaan memulakan kerja.\u201cRentetan penularan Covid-19 yang mengundang perubahan terhadap persekitaran pasaran buruh, semakin ramai belia dilihat lebih cenderung kepada beberapa sub-sektor tertentu antaranya penghantaran barang dan perkhidmatan sokongan, masing-masing mewakili 23.5 peratus serta 10.4 peratus daripada jumlah bekerja sendiri,\u201d katanya.Sivakumar berkata, kecenderungan golongan muda bekerja dalam sub-sektor berkenaan adalah disebabkan ia mudah diceburi dan dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan formal.Bagaimanapun, katanya, kecenderungan golongan belia untuk berkecimpung dalam pekerjaan sendiri bermakna peluang untuk mencari kerjaya lebih baik mungkin akan dilepaskan.\u201cMenyedari pasaran kerja adalah sangat mencabar untuk golongan muda terutama dengan pematangan ekonomi gig, Dasar Pasaran Buruh Aktif diperkenalkan bagi memacu peluang pekerjaan untuk pencari kerja muda.\u201cWalaupun ia kelihatan sebagai titik permulaan mudah, kerja gig tidak mempunyai liputan keselamatan sosial yang menyeluruh, justeru Dasar Pasaran Buruh Aktif direncanakan berikutan pekerja di sektor ini lebih terdedah kepada kejutan ekonomi.\u201cSehubungan itu, semua pekerja, tanpa mengira umur atau latar belakang akan disediakan akses kepada sokongan dan bantuan berkaitan, demi memastikan mereka berupaya berkembang maju dalam pasaran kerja hari ini,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:45am"} {"author_name": "SAIFULLAH AHMAD", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264546/berita/politik/prn-pkr-perak-bantu-kedah-pulau-pinang", "article_title": "PRN: PKR Perak bantu Kedah, Pulau Pinang", "article_text": "IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak akan menggerakkan jentera pilihan raya mereka bagi membantu memenangkan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, kesemua 24 Cabang PKR di negeri ini telah ditetapkan kawasan DUN yang perlu diberikan bantuan untuk memenangkan calon dari Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).Menurutnya, tumpuan utama diberikan di kawasan DUN di Kedah kerana sebahagian besar jentera di peringkat Cabang PKR Perak akan bertugas di kawasan itu nanti.\"Setiap cabang telah diberikan kawasan DUN-DUN angkat yang akan mereka jaga untuk pastikan kita menang nanti dan kebanyakannya berada di Kedah.\"Setakat ini, kita belum tentukan jumlah jentera yang akan bertugas tetapi setiap cabang wajib menghantar wakil di kawasan DUN yang telah ditetapkan,\" katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Selasa.Muhamad Arafat berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) akan bermesyuarat untuk menentukan jumlah jentera yang perlu dihantar ke setiap kawasan yang ditetapkan.Menurut Ketua Unit Logistik JPRP itu, taklimat di peringkat jawatankuasa berkenaan sudah dilaksanakan untuk penyelarasan dan pembahagian tugas menjelang PRN di enam negeri nanti.Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani berkata, AMK Perak pula ditugaskan untuk membantu jentera PRN di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.Menurutnya, kerusi-kerusi tumpuan membabitkan calon-calon dalam kalangan AMK yang bertanding pada PRN kali ini di tiga negeri berkenaan.\"Kita memang ditugaskan untuk menjaga tiga negeri iaitu Selangor Kedah dan Pulau Pinang, namun fokus kita tertumpu kepada dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Kita akan selaraskan jentera di seluruh negara dan fokuskan di kawasan DUN yang akan dikenal pasti tidak lama lagi.\"Setiap cabang di Perak ini ada wakil untuk kita bantu negeri-negeri yang akan menghadapi PRN. Kita bersama dengan AMK Pusat membantu negeri-negeri yang terlibat kali ini,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:37am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264545/berita/nasional/agong-permaisuri-berangkat-tunai-haji", "article_title": "Agong, Permaisuri berangkat tunai haji", "article_text": "KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Pada majlis itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji di Istana Negara hari ini.Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara.Yang di-Pertuan Agong juga sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci dari 21 Jun hingga 2 Julai.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji di Istana Negara hari ini.Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264547/berita/hiburan/konsert-tiga-malam-taylor-swift-di-singapura-tahun-depan", "article_title": "Konsert tiga malam Taylor Swift di Singapura tahun depan", "article_text": "SELEPAS enam malam bersama Coldplay, Singapura akan menyambut kehadiran seorang lagi bintang antarabangsa.Penyanyi dan pemenang Grammy, Taylor Swift akan mengadakan persembahan selama tiga malam pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah The Eras Tour.Konsert Swift akan berlangsung di Stadium Nasional pada 2, 3 dan 4 Mac tahun depan.Singapura akan menjadi satu-satunya lokasi konsert di Asia Tenggara, dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun.Penganjur konsert, AEG, mengesahkan harga tiket akan bermula dari S$108 (RM372.98), dengan prajualan tiket konsert bermula 5 Julai depan.Bintang pop Amerika itu kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada 2014, sebagai lokasi penutup konsert jelajah Red. - Agensi", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:18am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264542/berita/semasa/bapa-rogol-anak-kandung-dijel-31-tahun-17-sebatan", "article_title": "Bapa rogol anak kandung dijel 31 tahun, 17 sebatan", "article_text": "GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 17 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tujuh pertuduhan iaitu merogol anak kandungnya, amang seksual dan memiliki video pornografi.Tertuduh yang berusia 45 mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini bermula pada Jun 2020.Kali terakhir tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu pada 30 Mei lalu.Tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan.Bagi pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 292(B) Kanun Keseksaan, tertuduh mengaku memiliki video lucah di dalam telefon bimbit jenis Realme dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh tangkapan dibuat.Untuk Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan lima sebatan.Bagi kesalahan Seksyen 14 (d) Akta Keselahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh dijatuhkan hukuman enam sebatan.Terdahulu, pada 4 Jun 2023, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bertam, selepas tertuduh bertindak meraba mangsa pada 30 Mei lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 10:09am"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264537/berita/semasa/imigresen-selamatkan-remaja-myanmar-diupah-jadi-jurujual", "article_title": "Imigresen selamatkan remaja Myanmar diupah jadi jurujual", "article_text": "KAJANG - Seorang remaja perempuan warga Myanmar yang dipercayai diupah sebagai jurujual barangan runcit diselamatkan menerusi operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini pada Selasa.JIM dalam satu kenyataan memaklumkan remaja tersebut diselamatkan Unit Risik Operasi Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.\"Operasi dijalankan melibatkan mangsa berumur 15 tahun yang merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sebuah premis perniagaan runcit.\"Siasatan awal mendapati mangsa diupah bekerja di premis tersebut oleh majikannya,\" katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang awam.\"Majikan mangsa berumur 47 tahun merupakan seorang warga tempatan turut dipanggil untuk diambil keterangan.\"Imigresen Malaysia sentiasa mengalukan sebarang aduan untuk disalurkan berkaitan aktiviti pemerdagangan orang,\" katanya.Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264536/berita/semasa/jenazah-rohana-jalil-dikebumi-sebelum-zuhur", "article_title": "Jenazah Rohana Jalil dikebumi sebelum Zuhur", "article_text": "KUALA LUMPUR - Jenazah penyanyi terkenal, Rohana Jalil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zuhur hari ini.Memaklumkan perkara itu, pengurus Rohana yang dikenali sebagai Jepun berkata, sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham akan terlebih dahulu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.\u201cKepada saudara mara, rakan-rakan dan kenalan Allahyarham Rohana boleh datang ke Masjid Al-Falah USJ9 untuk memberikan penghormatan terakhir antara pukul 10 hingga 11 pagi ini.\u201cInsya-ALLAH jika semua urusan berjalan lancar, kami menjangkakan jenazah Allahyarham Rohana akan dikebumi sebelum solat Zuhur,\u201d kata Jepun ketika dihubungi Awani.Terdahulu, jenazah Allahyarham Rohana dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras di ibu negara sekitar pukul 8.30 pagi.Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil kembali ke rahmatullah pada pukul 11.33 malam tadi di HCTM.Legenda seni tanah air itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.Rohana meninggal dunia akibat kebocoran usus sehingga menyebabkan kuman merebak kebeberapa bahagian organ utama beliau seperti paru-paru dan buah pinggang.Allahyarham Rohana menempa kemasyhuran sekitar tahun 1980-an dan 1990-an menerusi lagu-lagu popular seperti Rayuanku, Resahku, Naluri Cinta, Jangan Main Mata, Kerana Dia Kita Terpisah.Rohana merupakan Juara Bintang RTM pada tahun 1981. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:42am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264535/berita/hiburan/rakan-artis-kongsi-duka-pemergian-rohana-jalil", "article_title": "Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pemergian penyanyi terkenal, Rohana Jalil ke rahmahtullah sekitar pukul 11.33 malam tadi tidak hanya mengundang duka dan sedih dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham.Sebaliknya, rakan-rakan artis termasuk mereka yang pernah bersama-sama menempa kemayhuran sekitar tahun 1980-an tidak terkecuali daripada merasa hiba.Rohana yang dijemput oleh ALLAH pada usia 68 tahun disifatkan mereka sebagai seorang sahabat yang berperibadi mulia.Allahyarham Rohana merupakan seorang sahabat yang sentiasa berada semasa saat senang dan susah rakan-rakannya termasuk sentiasa murah hati menghulur bantuan ketika ada dalam kalangan mereka yang ditimpa kesusahan.Mengimbas kenangan bersahabat dengan Rohana, penyanyi Datuk Azizul Khamis berkata, sifat Allahyarham yang sangat pemurah diketahui rakan-rakan terdekat.Mula mengenali Allahyarham sejak 1980 lagi, Azizul berkata, Rohana tidak pernah berkira, dan sifat murninya itu terbukti apabila tidak keberatan menghulurkan wang ketika dia memerlukan bantuan, suatu ketika dahulu.\"Orang mungkin tidak tahu, arwah sebenarnya baik hati. Kalau perlukan duit, arwah beri pinjam dan beliau banyak menderma,\u201d kata Azizul seperti dilaporkan portal BH Online.Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dilahirkan di Kota Tinggi, Johor pada 18 Februari 1955 meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar pukul 11.33 malam tadi.Allahyarham sebelum itu dirawat di hospital berkenaan selama dua bulan akibat kebocoran usus.Pemergian Rohana turut dikongsi seniwati ternama, Fauziah Ahmad Daud yang mendoakan Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.Kata Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, segala penderitaan rakannya itu kini berakhir sudah.\u201cBerehatlah wahai kawan di negera abadi. Segala penderitaanmu telah berakhir.\u201cSemoga Almarhumah Hajah Dara Jalil a.k.a Rohana Jalil ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin Allahumma Aamin.\u201cKami di sini akan merinduimu Ana...\u201d tulis Ogy dalam hantaran di akaun media sosialnya.Tidak ketinggalan berkongsi nota takziah di akaun Instagram ialah penyanyi terkenal Ramlah Ram yang turut berdoa semoga roh arwah Rohana dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang dikasihi ALLAH.Turut mendoakan roh Allahyarham Rohana dicucuri rahmat ALLAH SWT ialah pelakon dan usahawan Neelofa.Dalam hantaran di Twitter peribadinya, Neelofa turut memanjangkan ucapan takziah kepada anak Allahyarham Rohana iaitu pelakon Kila Fairy di atas pemergian ibu tercinta.\u201cSemoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,\u201d tulis Neelofa. - Awani'Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga'- HaizaSementara itu memetik laporan portal Gempak, penyanyi dan penyampai radio Haiza Hanafi menitipkan kata-kata akhir buat sahabat karibnya, Allahyarham Rohana.Kongsi Haiza di Instagram, Allahyarham 'pergi' selepas selesai majlis bacaan Yasin yang diadakan pada malam sama.\"Selamat berehat Kak Ana. ALLAH lebih sayang Kak Ana. ALLAH permudah segala urusan.\"Usai bacaan Yasin malam tadi untuk Kak Ana kami dikejutkan dengan pemergian akak.\"Bila akak bertarung dengan sakit yang akak lalui sebenarnya ALLAH nak angkat darjat akak. Moga bertemu di syurga kak. Alfatihah Dara Jalil. Haiza sayang Kak Ana,\" tulisnya.Haiza turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham menerusi hantaran sama.Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarham memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To'ki.Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy. - Gempak", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:37am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264534/berita/sukan/status-messi-janjikan-impak-besar-bola-sepak-as", "article_title": "Status Messi janjikan impak besar bola sepak AS", "article_text": "BINTANG Argentina, Lionel Messi bersedia bermain perlawanan pertamanya untuk Inter Miami pada 21 Julai apabila kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) itu menerima kunjungan pasukan dari Mexico, Cruz Azul, kata pengurusan pasukan Jorge Mas.Messi dan Miami sebelum ini bersetuju dengan syarat perjanjian serta sedang memuktamadkan kertas kerja termasuk visa selepas pengumuman kapten Argentina itu bulan ini mengenai hasratnya untuk menyertai kelab berprestij Amerika Syarikat tersebut.Pemain berusia 35 tahun itu akan menandatangani perjanjian dua setengah tahun bernilai AS$50 juta hingga AS$60 juta setahun dengan pilihan untuk melanjutkan sehingga 2026, menurut media Miami.\"Sama sekali tidak ada perubahan dalam peraturan jadual. Tiada kategori atau apa-apa yang diubah untuk memasukkan Messi ke dalam senarai Inter Miami,\" kata Mas.Status Messi sebagai pemenang Ballon d'Or tujuh kali menjanjikan impak besar untuk bola sepak di Amerika Syarikat, di mana popularitinya menjejaki empat lagi liga profesional utama Amerika Utara.Dalam pada itu Mas mentakrifkan kedatangan Messi sebagai detik penting dalam sejarah perkembangan bola sepak Amerika Syarikat sejajar hasrat MLS untuk menjadi salah satu liga terbaik dunia.\u201cSaya percaya akan sentiasa ada Messi sebelum dan selepas apabila kita bercakap tentang sukan di Amerika Syarikat.\"Saya juga mempunyai kepercayaan yang sangat kuat bahawa kita boleh mencipta impak di Amerika Utara dan Amerika Syarikat jika bukan liga terhebat, tetapi antara satu daripada dua liga terbaik di dunia.\"Messi akan datang ke negara ini untuk memenangi piala dan membuat perubahan secara menyeluruh terhadap landskap bola sepak Amerika Syarikat. Saya fikir ia menjadi tanggungjawab saya dan rakan kongsi dalam liga, pemilik lain, untuk merebut masa dan peluang itu,\" kata Mas.Berita mengenai Messi menyertai Miami memberi kesan pertama dalam beberapa jam, menyebabkan harga tiket melonjak 1,034 peratus dan meningkatkan jumlah pengikut di akaun Instagram kelab daripada satu kepada lapan juta.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:24am"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264533/berita/sukan/kelantan-fc-umum-alfredo-vera-ganti-frank-bernhardt", "article_title": "Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt", "article_text": "KELANTAN FC pada Rabu mengumumkan Alfredo Vera sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan Frank Bernhardt.Perlantikan yang diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook itu dibuat bertujuan untuk mengembalikan semula 'taring' Kelantan FC susulan aksi tidak bermaya dalam saingan Liga Super ketika ini.\"Kami berharap dengan pengalaman dimiliki oleh Alfredo Vera dapat membantu Kelantan FC. Selamat maju jaya buat Alfredo Vera,\" katanya dalam satu kenyataan media ringkas.Menurut kenyataan itu lagi, Alfredo Vera yang berasal dari Argentina mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua dalam saingan Liga Indonesia.Ujarnya, antara pasukan yang pernah menggunakan khidmat Alfredo Vera ialah Persipura Jayapura ; Persebaya Surabaya dan banyak lagi.Media sebelum ini melaporkan Bernhardt dilantik sebagai jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) bagi menggantikan Choi Moon-sik.Sebelum ini melaporkan bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu Bernhardt dilantik sebagai pengarah teknikal Kelantan FC.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:21am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264532/berita/sukan/jiwa-heung-min-masih-epl", "article_title": "Jiwa Heung-min masih EPL", "article_text": "PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min menyangkal dakwaan dia akan mengikuti langkah beberapa pemain terkemuka berpindah ke Arab Saudi dalam masa terdekat.Sebaliknya bintang Korea Selatan itu menegaskan bahawa faktor kewangan bukan perkara yang menjadi kebimbangannya dalam masa terdekat ini.Terdahulu kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ittihad dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang Korea Selatan itu dengan harga kira-kira 50 juta pound ($63.62 juta) dan sedang bersedia untuk menawarkan Heung-min perjanjian jangka panjang bernilai 25 juta pound setahun.\u201cSejujurnya masih terdapat banyak perkara yang perlu selesaikan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).\u201cWang tidak penting bagi saya sekarang, sebaliknya kebanggaan bermain bola sepak, bermain dalam liga kegemaran saya adalah keutamaan paling penting,\u201d kata Heung-min selepas aksi persahabatan Korea Selatan menentang El Salvador di Stadium Piala Dunia Daejeon pada Selasa.Sebagai rekod, kelab Arab Saudi itu sebelum ini menandatangani Karim Benzema dengan perjanjian tiga musim, bernilai $165 juta menurut media tempatan yang turut melaporkan N'Golo Kante bersedia untuk menandatangani kelab itu seterusnya dari Chelsea.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:07am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264531/berita/nasional/pemeteraian-ambil-kira-nasihat-pakar-maritim-negara---kln", "article_title": "'Pemeteraian ambil kira nasihat pakar maritim negara' - KLN", "article_text": "PUTRAJAYA - Langkah pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi yang dipersetujui Malaysia-Indonesia mengambil kira elemen-elemen penyelesaian yang dapat dicapai secara bersama menggunakan prinsip pembatasan sempadan maritim.Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan pada awal pagi Rabu memaklumkan ia adalah berdasarkan justifikasi perundangan dan teknikal yang kukuh bagi menyelesaikan isu pembatasan sempadan maritim.\"Pemeteraian kedua-dua triti ini merupakan satu 'milestone' kepada Malaysia dan Indonesia,\" kata kementerian itu.Menurut KLN, ia merupakan hasil proses rundingan selama 18 tahun yang melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.\"Kali terakhir Tltriti seumpama ini dimeterai antara Malaysia dan Indonesia adalah pada 53 tahun yang lalu iaitu Triti 1970,\" ujar KLN.Jelas kementerian itu, apabila triti-triti tersebut mula berkuat kuasa, ia akan memberikan kejelasan dari segi kedaulatan dan bidang kuasa yang membolehkan kedua-dua negara menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan maritim masing-masing secara lebih berkesan.Ini termasuk aktiviti pencegahan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barangan dan pemerdagangan manusia.Di samping itu, kata KLN, aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perikanan, eksplorasi serta eksploitasi sumber marin dalam zon laut wilayah dapat dilakukan dengan lebih teratur dan terjamin.Garisan sempadan Triti Selat Melaka, Triti Laut SulawesiMenerusi persetujuan yang dicapai, Triti Selat Melaka menetapkan garisan sempadan laut wilayah Malaysia dan laut wilayah Indonesia di kawasan paling selatan Selat Melaka.Garisan sempadan tersebut menghubungkan Titik-titik 8A, 8B dan 8C sebagai sambungan kepada Titik 8 yang merupakan titik penghujung kepada garisan sempadan yang telah dipersetujui antara kedua-dua negara pada 17 Mac 1970 di Kuala Lumpur.Langkah pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi yang dipersetujui Malaysia-Indonesia mengambil kira elemen-elemen penyelesaian yang dapat dicapai secara bersama menggunakan prinsip pembatasan sempadan maritim.Persetujuan garisan sempadan 1970 dikenali sebagai Triti antara Republik Indonesia dengan Malaysia berhubung dengan Persempadanan Laut Wilayah Kedua Negara Di Selat Melaka atau Triti 1970.Ujar KLN, penetapan garis sempadan maritim yang dipersetujui melalui Triti Selat Melaka itu tidak melibatkan kawasan had Pelabuhan Tanjung Pelepas dan kawasan ship-toship transfer.\"Garis perbatasan persempadanan maritim tersebut juga terletak di luar tiga batu nautika dari pesisir pantai Johor,\" kata kementerian itu.Tambah KLN, garis sempadan di bawah Triti Selat Melaka hanya ditetapkan sehingga ke Titik 8C sahaja.Ini mengambil kira sebarang garisan sempadan sebagai sambungan daripada Titik 8C dan seterusnya mungkin menuju ke arah suatu kawasan yang akan memerlukan rundingan melibatkan tiga negara Malaysia, Indonesia dan Singapura.\"Kerajaan Malaysia akan menentukan proses rundingan bagi pembatasan persempadanan maritim di kawasan berkenaan pada masa yang sesuai.Perlu dijelaskan juga, perjanjian persempadanan antara Indonesia dan Singapura pada tahun 2009 tidak akan mempengaruhi penentuan garis persempadanan selepas Titik 8C kelak kerana perjanjian tersebut hanya mengikat pihak yang terbabit,\" kata KLN.Sementara itu, Triti Laut Sulawesi pula menetapkan sempadan separa laut wilayah antara Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi berdasarkan garis sempadan menghubungkan Titik-titik M, B1, B, C dan P.\"Garisan sempadan ini belum melengkapi keseluruhan kawasan laut wilayah antara kedua-dua negara di kawasan tersebut,\" ujar KLN.Ini kerana menurut kementerian itu, masih terdapat jurang garis sempadan laut wilayah dari tikas air surut iaitu dari timur pesisir pantai Pulau Sebatik ke Titik M.Pada masa yang sama, terdapat juga jurang dari Titik P menuju ke arah kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) di mana persempadanan di zon tersebut masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara.Tegas KLN, pemeteraian kedua-dua triti tersebut telah mengambil kira nasihat dan pandangan pakar-pakar maritim negara, iaitu Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia.Pasukan itu diterajui KLN dan dianggotai agensi teras iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN).PasukanRundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia turut melibatkan agensi-agensi lain serta pihak-pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan negeri dalam merangka strategi dan pendekatan semasa proses rundingan.KLN ingin menjelaskan bahawa dokumen lima muka surat bertajuk Nota memorandum daripada Menteri Luar Negeri penyelesaian isu sempadan maritim Malaysia- Republik Indonesia bukan dokumen yang disediakan oleh kementerian ini atau mana-mana anggota Pasukan Rundingan Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia.\"Kementerian kesal dengan dakwaan oleh sesetengah pihak yang didasarkan pada dokumen tersebut walaupun ia jelas menyeleweng daripada fakta sebenar dan terkini berhubung proses rundingan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi,\"Kerajaan katanya tidak pernah dan tidak akan sekali-kali mengambil ringan dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia termasuk isu berhubung persempadanan maritim negara.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 09:03am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264530/berita/sukan/ronaldo-tak-pernah-tak-padu", "article_title": "Ronaldo tak pernah tak padu", "article_text": "GOL penghujung perlawanan Cristiano Ronaldo membolehkan Portugal meneruskan rekod sempurna kempen kumpulan kelayakan Euro 2024 apabila menewaskan Iceland 1-0 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik pada Rabu.Jaringan pemain berusia 38 tahun pada minit ke-89 itu juga melebarkan penampilan ke-200 setelah sebelum ini mengatasi pencapaian Bader Al-Mutawa dari Kuwait, yang memegang rekod 196 perlawanan, semasa perlawanan kelayakan Euro 2024 Portugal menentang Liechtenstein pada Mac.Bagaimanapun Portugal bergelut untuk memecahkan kebuntuan menentang Iceland, namun anak buah Roberto Martinez meningkatkan tekanan apabila Willum Thor Willumsson dilayangkan kad kuning kedua selepas terjahan kasar ke atas pemain gantian Goncalo Inacio pada minit ke-81.Malah Ronaldo terpaksa menunggu dua minit untuk meraikan gol kemenangan apabila pengadil terlebih dahulu menolak rembatan jarak dekatnya pada minit ke-89 kerana ofsaid, namun jaringan itu diberikan selepas ulangan video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan dia berada di bahagian tepi.Untuk rekod, ia adalah gol ke-123 Ronaldo untuk Portugal, sekali gus memanjangkan rekodnya sebagai penjaring gol antarabangsa sepanjang masa.Tiga mata diraih di laman lawan menyaksikan Portugal memimpin kumpulan dengan 12 mata, dua mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Slovakia, yang menang 1-0 di tempat lawan ke atas Liechtenstein.Portugal bermula dengan lebih agresif, namun Iceland perlahan-lahan mengawal dan mempunyai dua peluang besar mendahului pada separuh masa pertama menerusi pemain pertahanan Victor Palsson dan pertahanan penuh Hordur Magnusson.Namun Portugal bertindak balas selepas separuh masa pertama apabila beransur-ansur memasuki permainan, dengan gol Ronaldo memastikan tiga mata buat pasukannya.\u201cSaya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.\u201cMencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,\u201d katanya di Reykjavik", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:52am"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264525/berita/politik/di-mana-posisi-muda-dalam-prn", "article_title": "Di mana posisi Muda dalam PRN?", "article_text": "SHAH ALAM - Debaran ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk enam negeri dilihat semakin hampir memandangkan setiap jentera parti telah membuat persediaan bagi bertembung di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.Bagaimanapun, posisi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam soal pembahagian kerusi sempena PRN itu dilihat seolah-olah masih belum memperlihatkan tanda-tanda positif.Ini kerana Ketua Penerangan Muda, Luqman Long mendedahkan bahawa sehingga kini tiada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan Pakatan Harapan (PH) mengenai kerjasama strategik serta jumlah agihan kerusi untuk ditandingi oleh Muda.Beliau menegaskan, sebarang keputusan atau perkara berkaitan PRN hanya diumumkan oleh Muda dan bukannya pemimpin PH.Perkara itu dimaklumkan susulan hantaran Facebook PKR yang memetik Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata \u201cMuda akan terus bekerjasama dengan PH dalam PRN\u201d.Menurut Amiruddin, kerjasama itu selaras dengan persefahaman yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.Bagaimanapun, isu itu dibalas pula Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Jay Jay Denis apabila beliau memaklumkan bahawa tiada kenyataan daripada Amirudin yang mengulas mengenai perkara tersebut.Jelas beliau, sebaliknya apa yang dinyatakan Amirudin itu adalah mengenai pendirian dan komitmen PKR yang menganggap Muda sebagai rakan kerja susulan kerjasama dalam PRU15 lalu.Pada 10 September 2022, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan Majlis Presiden PH telah menerima permohonan daripada Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk Muda menyertai PH secara rasmi.Namun begitu, PH belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan tersebut.Sekiranya rundingan antara PH-Muda masih belum berlaku, adakah ini bermakna Muda akan bersendirian dalam medan PRN akan datang?Dalam keadaan bahang PRN untuk enam negeri itu sudah semakin panas menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)b yang berbaki kurang daripada 10 hari lagi, Muda perlu bergerak pantas dalam soal ini.Dari segi agihan kerusi gabungan PH dan Barisan Nasional (BN), Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Selasa juga telah memberi \u2018hint\u2019 bahawa rundingan tersebut sudah hampir 95 peratus selesai.Jangan pula dalam situasi semua parti dalam keadaan siap siaga, ada pula yang tergelincir dari landasan PRN yang bakal berlaku tidak lama lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264529/berita/nasional/bahasa-melayu-pesat-berkembang-di-negara-tembok-besar", "article_title": "Bahasa Melayu pesat berkembang di negara tembok besar", "article_text": "KUALA LUMPUR - Disapa oleh warga asing dalam bahasa Melayu ketika berada di luar negara sentiasa mengujakan penulis, dan itulah yang dirasai apabila pertanyaan \"apa khabar\u201d menerjah pendengaran sebaik penulis menjejakkan kaki di Universiti Minzu, Yunnan, China lewat tahun lepas.Tinggi lampai dan berkaca mata, yang menyapa adalah seorang lelaki tempatan dan memperkenalkan dirinya - dalam bahasa Melayu yang fasih - sebagai Zhao Ran, 36, seorang daripada pensyarah bahasa Melayu di universiti itu.Penulis terkejut dan kagum dengan kelancaran Zhao bertutur dalam bahasa Melayu - tidak ubah seperti rakyat Malaysia - kerana tidak dimaklumkan oleh penganjur Program China Asia Pasific Press Centre 2022, bahawa ada warga universiti yang terletak di Kunming, ibu kota Yunnan itu boleh berbahasa Melayu.Zhao yang kelihatan teruja menyambut kedatangan kami - peserta program yang rata-rata berasal dari Asia Tenggara - turut memberitahu bahawa pihak universiti telah menyediakan pelbagai acara kebudayaan bagi meraikan lawatan kami pada hari berkenaan.Barangkali berbangga dapat menunjukkan kemahirannya kepada penulis, Zhao rancak bercerita, terutama tentang pensyarah, pelajar serta senario pembelajaran di Sekolah Pengajian Bahasa-bahasa dan Budaya Asia Tenggara dan Asia Selatan yang disertainya sejak 13 tahun lepas.\"Kebanyakan pensyarah dan pelajar di sekolah ini mempunyai nama Melayu. Nama Melayu saya ialah \u2018Bulan\u2019, diterjemahkan daripada nama bahasa Inggeris saya, iaitu Moon,\u201d ujarnya, mencuit hati penulis, serta menambah nama Melayu itu bertujuan menyuntik semangat warga fakulti dalam menguasai bahasa Melayu.Beliau kemudian memperkenalkan penulis kepada seorang pelajar wanita yang nama Melayunya ialah \u2018Humairah\u2019.Hampir samaKami dibawa oleh Zhao ke bangunan utama universiti, dan di sepanjang perjalanan itu kami rancak berbual. Di kiri dan kanan jalan pula lebih 100 pelajar berpakaian tradisional etnik mewakili kesemua 56 suku kaum yang diiktiraf oleh kerajaan China, berdiri sederet, menyambut kedatangan kami.Sambil menguntum senyuman manis, mereka menari dan menyanyikan lagu \"selamat datang\u201d.Sepintas lalu, pakaian tradisional yang dipakai oleh pelajar terbabit seakan busana suku kaum Kadazandusun di Sabah dan etnik Iban di Sarawak.Penulis yang berketurunan Bisaya, tidak pernah menyangka ada etnik di luar Malaysia yang mempunyai pakaian tradisional hampir sama dengan satu daripada busana warisan budaya negeri kelahiran, iaitu Sabah, membuatkan penulis berasa begitu dekat dengan mereka.Lebih-lebih lagi kesemua pelajar terbabit begitu ramah, sekali gus mengubat kerinduan penulis yang telah berada di negara Tembok Besar itu sejak Julai 2022, mengikuti program enam bulan hingga Disember, anjuran China Public Diplomacy Association menerusi China International Press Communication Center.\"Jurusan bahasa Melayu ditubuhkan pada 2010, dan sekarang kita ada lebih kurang 80 pelajar yang mengikuti pengajian selama empat tahun.\"Ada empat orang pensyarah bahasa Melayu, kesemuanya warga China, dan kebanyakan kami adalah lulusan Beijing Foreign Studies University,\u201d ujar Zhao, mengalih perhatian penulis yang tertumpu pada kumpulan pelajar terbabit.Universiti etnik terkemuka China Universiti Minzu yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1951, adalah antara universiti untuk minoriti yang terawal negara itu dan terkenal dengan penekanan terhadap pendidikan, penyelidikan dan pemeliharaan budaya etnik minoriti mereka.\"Sekolah ini bertujuan memupuk bakat profesional berorientasikan bahasa yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dari rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kami telah membangunkan program pembelajaran 15 bahasa rasmi kesemua 14 negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.\"Bahasa-bahasa tersebut ialah Thai, Burma, Vietnam, Lao, Kemboja, Melayu, Indonesia, Hindi, Bengali, Filipina, Tamil, Pashto, Sinhala, Nepal dan Urdu. Penguasaan bahasa-bahasa ini akan menghapuskan halangan bahasa, menggalakkan interaksi budaya dan merapatkan hubungan rakyat dengan rakyat,\u201d kata Presiden universiti Zhang Qiaogui semasa menyambut kedatangan kami.Institut pengajian tinggi ini mempunyai lebih 15,000 pelajar peringkat sarjana muda dan siswazah. Majoriti pelajar adalah daripada lebih 50 kumpulan etnik yang ada di China selain segelintir pelajar asing, mengikuti pelbagai program pengajian bahasa dan budaya suku kaum minoriti serta kursus-kursus lain di bawah bidang antropologi.\"Saya sudah belajar bahasa Melayu selama setahun setengah dan saya sangat teringin ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di sana,\u201d kata Liu Zhi Hui, penuntut tahun dua jurusan bahasa Melayu ketika ditanya tentang faktor dia mempelajari bahasa itu.Liu atau nama Melayunya Zarif, adalah daripada etnik Va, turut memberitahu yang dia akan mengikuti program pertukaran pelajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada Oktober ini.Sejarah pengajian Bahasa Melayu di ChinaPengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China bermula pada 1960-an dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU) menjadi universiti pertama menawarkan kursus bahasa Melayu di negara itu menerusi usaha perintis Prof. Wu Zongyu.Sementara itu, menurut Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan yang dihubungi Bernama di sini, susulan persetujuan antara kerajaan Malaysia dan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya pengajaran bahasa Melayu di China, sebuah pusat pengajian ditubuhan di BFSU pada 1997.Dikenali sebagai Pusat Bahasa Melayu, institusi itu kemudian dinaik taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China pada 2005, dan secara rasmi menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China, kata beliau yang dilantik ke jawatan itu pada April lepas.Mengulas lebih lanjut, Awang yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, berkata pada masa ini terdapat 13 universiti di China yang menawarkan program pengajian bahasa Melayu peringkat ijazah dan sebuah kolej dengan program diploma.\"Universiti dan kolej terbabit terletak di kota Beijing, Tianjin, Kunming, Guangzhou, Nanning, Xian, Luoyang, Hainan. Pada masa sama, ada beberapa buah universiti lain yang menawarkan bahasa Melayu sebagai kursus elektif seperti di Hebei dan Sichuan,\u201d katanya.Ujian pengiktirafan Bahasa Cina-Bahasa MelayuPada tahun lepas, China melancarkan Ujian Pengiktirafan Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu (CATTI BC-BM), iaitu ujian kelayakan vokasional peringkat negara yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Sekuriti Sosial China menerusi Jabatan Komunikasi Antarabangsa China.CATTI dilancarkan bagi mengukuhkan pengurusan industri penterjemahan, menyeragamkan pasaran kerja penterjemahan, meningkatkan mutu penterjemah dan jurubahasa, sekali gus menyaksikan pendidikan bahasa Melayu berkembang pesat di China sejak akhir-akhir ini.Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dilaporkan berkata melalui ujian itu, pendidikan modal insan dalam bidang penterjemahan bahasa akan dipermudah, di samping mendorong persefahaman antara rakyat China dan Malaysia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:29am"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264528/berita/semasa/pintu-rahsia-tawar-khidmat-gro-terbongkar", "article_title": "Pintu rahsia tawar khidmat GRO terbongkar", "article_text": "KLANG - [DIKEMAS KINI] Kegiatan dua pusat hiburan di sini menyediakan pintu rahsia untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terbongkar selepas diserbu sepasukan polis pada Sabtu lalu.Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan di Facebook berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) itu menahan 22 GRO wanita warga asing dan lima individu disyaki penjaga premis.\"Polis menahan 18 wanita warga Vietnam, dua wanita Kemboja, masing-masing seorang wanita Thailand dan Filipina berusia 27 hingga 50 tahun.\"Premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu menawarkan perkhidmatan GRO untuk pelanggan tetap sahaja,\" katanya.Sementara itu menurut sumber, tips GRO bermula RM50 ke RM200 bagi setiap pelanggan yang mengambil perkhidmatan mereka, namun hasil soal siasat mendapati tiada tawaran seks oleh GRO terbabit.\"Tonto juga mengawasi premis berkenaan bagi memantau pergerakan pihak berkuasa.\"Semasa serbuan dijalankan, terdapat pelanggan yang mabuk dan tidak memberi kerjasama semasa pemeriksaan, namun mereka berjaya ditenteramkan oleh pasukan serbuan,\" katanya.Menurutnya, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai bernilai RM5,000.\"Kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut,\" katanya.Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan taangkapan terbabit.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B, Seksyen 15 (1)(c), dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69 serta Perkara 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:20am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264523/berita/sukan/acc-2023-penganjuran-terbaik", "article_title": "ACC 2023 penganjuran terbaik", "article_text": "PENGANJURAN Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 selama enam hari di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan yang berakhir pada Isnin lalu mendapat maklum balas positif daripada setiap negara yang bertanding.Malah, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) turut memberikan \u2018tabik hormat\u2019 kepada Malaysia atas penganjuran ACC 2023.\u201cSyukur alhamdulillah kita sekali lagi berjaya menganjurkan ACC selepas 2018. Selaku Presiden, saya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran ACC kali ini bermula hari pertama hingga hari terakhir.\u201cMelalui e-mel yang diterima, pihak UCI mahupun ACC merakamkan penghargaan kepada kita kerana telah berjaya menjadi tuan rumah dengan baik kerana ACC ini boleh dianggap sebagai satu kejohanan bertaraf dunia.\u201cSaya juga telah berjumpa dengan presiden dan wakil persekutuan berbasikal daripada beberapa negara lain.\u201cMereka gembira dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang enam hari ACC berlangsung,\u201d katanya dalam kenyataan akhbar pada Selasa.Untuk rekod, penganjuran ACC 2023 melibatkan penyertaan hampir 500 pelumba termasuk kira-kira 60 pelumba para (non-able) daripada keseluruhan 17 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah.Selain Jepun, Korea Selatan dan China yang dilabel gergasi Asia, antara negara lain yang mengambil bahagian termasuklah Taiwan, India, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Indonesia, Singapura serta Laos.\u201cBagi saya, ini (jumlah penyertaan) satu angka yang cukup baik. Malah, dari segi penganjurannya, saya boleh katakan ACC kali ini lebih baik berbanding edisi 2018 yang turut diadakan di Velodrom Nasional, Nilai.\u201cJadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur ACC 2023, agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu menjayakan kejohanan ini.\u201cSetiap pegawai mahupun petugas-petugas terlibat telah menjalankan tugas dengan cukup profesional kerana bukan mudah untuk mengendalikan kejohanan bertaraf dunia seperti ACC,\u201d ujar Abu Samah.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:10am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264522/berita/nasional/kadar-sewa-premis-tak-masuk-akal", "article_title": "Kadar sewa premis tak masuk akal", "article_text": "KEBAKARAN pada 7 November 2020 telah menjejaskan lebih 30 peniaga di Astaka Mutiara Selera dekat Tanjung Bungah, Pulau Pinang.Selain terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit akibat barangan dagangan musnah, mereka juga buntu kerana tidak dapat berniaga ketika kerja-kerja baik pulih astaka dilakukan.Apatah lagi, pada masa sama negara berdepan dengan pandemik Covid-19.Lebih malang, mereka dikhabarkan kadar sewa ruang niaga di situ akan dinaikkan kepada RM900 berbanding RM36 sebulan sebelum ini.Wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman menyelami luahan hati peniaga-peniaga yang terlibat.Daniel Bagi peniaga makanan laut dan ikan bakar, Daniel Chow, 42, kadar sewa baharu yang dikenakan kepada peniaga kecil sepertinya disifatkan terlalu mahal dan mengejutkan peniaga yang sudah lama menyewa di medan selera terbabit.Dia yang berniaga di astaka itu selama hampir 23 tahun memberitahu, kadar sewa itu tidak masuk akal dan amat membebankan kerana naik sehingga 25 kali ganda.\u201cKami faham kadar sewa RM36 sebulan mungkin terlalu rendah pada masa ini, namun agak-agaklah kalau nak naikkan, takkan sampai RM900.\u201cKami jangkakan sewa mungkin dikenakan sekitar RM300 hingga RM350 sebulan selepas Chief Minister Incoperated (CMI) mengambil alih astaka ini daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang susulan kebakaran pada 2020, namun lain pula jadinya,\u201d katanya.SundraKeluhan sama diluahkan peniaga capati, S Sundra, 43, yang buntu dengan kadar sewa baharu itu.Sundra yang sudah 20 tahun berniaga capati di astaka itu berkata, sudah hampir tiga tahun dia hilang pendapatan disebabkan kerja-kerja pembinaan semula, kini dia perlu berfikir sama ada mahu meneruskan perniagaan atau terpaksa gulung tikar disebabkan masalah yang dihadapi.\u201cSaya dan isteri mengharapkan perniagaan kami kembali seperti dahulu namun tidak sangka pula penantian kami dirumitkan pula dengan kadar sewa yang melambung tinggi.\u201cBayangkan, kalau kami perlu bayar sewa RM900 dengan kos bahan untuk menyediakan capati lagi, berapa saya boleh jual kepada pelanggan?\u201cPasti pelanggan lari kalau kami jual dengan harga yang tinggi dan akhirnya kami gulung tikar,\u201d katanya.MaryaniSeorang lagi peniaga, Maryani Mat Yunus, 61, memberitahu pada perbincangan baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari berjanji kadar sewaan baharu adalah rendah iaitu tidak melebihi RM350 sebulan.\u201cKami difahamkan, jika kami bersetuju dengan kadar sewaan baharu itu, peniaga boleh berpindah masuk dan mula berniaga pada 1 Julai depan.\u201cKami buntu dan berharap ada jalan penyelesaian pada kadar segera,\u201d katanya.Sebelum ini, kumpulan peniaga Astaka Mutiara Selera di Tanjung Bungah di sini berhimpun secara aman di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri di Komtar bagi mendesak campur tangan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berhubung isu yang mereka hadapi.Mereka juga menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan kadar sewa itu kepada Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri, Zahar Zainol.Memorandum terbabit mengandungi gesaan supaya CMI menarik balik kenyataan kenaikan sewa yang tidak masuk akal selain mendesak supaya astaka berkenaan diambil alih semula oleh MBPP.Agensi kerajaan sepatutnya bantu, bukan beri tekananSementara itu, Agensi Persekutuan mahupun negeri perlu membantu kumpulan peniaga di Astaka Mutiara Selera dekat Tanjung Bungah yang mahu kembali bangkit memulakan perniagaan selepas ditimpa musibah tiga tahun lalu.Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain berkata, sewajarnya urusan kumpulan peniaga kecil ini dipermudahkan untuk mereka kembali mencari rezeki dan bukannya ditekan dengan mengenakan kadar sewa yang tidak munasabah.Sophian\u201cSepatutnya agensi kerajaan dan pihak berkaitan perlu lebih simpati kepada golongan peniaga kecil ini, sudahlah barang perniagaan mereka musnah, kini mereka runsing bagaimana nak mulakan perniagaan dengan kadar sewa yang sangat mahal.\u201cMereka juga perlu mengumpul modal untuk memulakan kembali perniagaan malah semua peralatan berniaga seperti pinggan mangkuk, peti sejuk dan dapur perlu dibeli baharu.\u201cKita mahu agensi yang berkaitan tampil membantu mereka ini sama ada memberi pinjaman perniagaan, geran atau apa sahaja bantuan yang boleh meringankan mereka,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Selasa.Beliau menyifatkan penetapan kadar sewa baharu kepada kumpulan peniaga itu agak keterlaluan selain dilihat seolah-olah mahu mengusir mereka daripada mencari rezeki di kawasan berkenaan.Sophian berkata, kesemua peniaga yang terlibat mahu kembali berniaga di situ, namun mengharapkan kadar sewa yang munasabah dikenakan iaitu antara RM300 hingga RM350.Sehubungan itu, beliau berharap, pihak yang berkaitan terutamanya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turun padang mendengar sendiri keluhan peniaga kecil yang terlibat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan memastikan setiap agensi mengamalkan pentadbiran yang merakyatkan ekonomi dan membantu golongan peniaga kecil.\u201cKita harap isu ini boleh diselesaikan dan mereka tidak dihalau dari tempat ini.\u201cIni bukan isu peniaga Melayu sahaja malah peniaga Cina dan India turut terkesan.\u201cJadi, jangan biarkan mereka terus melarat dan tertekan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 08:00am"} {"author_name": "KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264527/berita/politik/drama-rebut-kerusi-belum-berakhir", "article_title": "Drama rebut kerusi belum berakhir", "article_text": "BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang menegaskan koalisi itu lebih fokus untuk membantu Kerajaan Perpaduan mengekalkan penguasaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, berbanding memikirkan agihan jawatan negeri seperti Exco.Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sejak dua kali rundingan kerusi pilihan raya dengan Pakatan Harapan (PH) negeri dan empat kali rundingan di peringkat Pusat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, BN Pulau Pinang tidak pernah sesekali menimbulkan isu agihan jawatan kerajaan negeri sebagai antara syarat rundingan.Sebaliknya, tegas beliau, fokus rundingan BN-PH di Pulau Pinang bersandarkan agihan kerusi pilihan raya dengan masih ada satu atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindih perlu diselesaikan.Baca analisis 'Drama rebut kerusi belum berakhir' penuh di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264518/berita/sukan/tonik-semangat-buru-slot-paris-2024", "article_title": "Tonik semangat buru slot Paris 2024", "article_text": "SKUAD hoki lelaki negara memperoleh suntikan semangat tambahan apabila disenaraikan ke dalam program Road To Gold (RTG) bagi misi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Pengurus pasukan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, berita gembira itu mengujakan para pemain yang ketika ini berada di Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India Ogos depan.\u201cTerima Kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Jawatankuasa RTG bersetuju untuk pasukan hoki lelaki negara dimasukkan ke dalam program RTG.\u201cBerita gembira ini pastikan akan menyemarakkan lagi semangat pasukan dalam memburu slot untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 selepas kali terakhir layak pada tahun 2000 di Sydney.\u201cPemain-pemain memang teruja kerana ia berita penyuntik semangat dan sebagai tonik tambahan untuk misi pada Sukan Asia dan seterusnya intai tiket ke Olimpik,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Hannah pada Isnin mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.Justeru, Mirnawan mengingatkan para pemain skuad Malaysian Tigers untuk memberikan yang terbaik buat negara bagi memastikan tiket buat Malaysia di Paris tahun depan.\u201cPara pemain dan pasukan perlu sedar yang kita ada tanggungjawab yang lebih besar apabila berada dalam program RTG.\u201cPeluang pertama untuk layak adalah memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou September depan.\u201cMenerusi sokongan dan bantuan daripada program RTG mendorong pasukan untuk merancang dan melakukan persiapan yang lebih rapi. Ini pasti membantu dalam memburu tiket ke Olimpik,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:10am"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264517/berita/nasional/mef-tak-setuju-majikan-diwajibkan-bayar-elaun-pelatih", "article_title": "MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih", "article_text": "SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, walaupun belum ada kajian mengenai elaun kepada pelatih industri tetapi berdasarkan maklum balas daripada majikan, ia adalah amalan biasa bagi sektor swasta.\u201cKebiasaannya elaun latihan yang ditawarkan kepada pelatih industri adalah antara RM500 hingga RM1,800 sebulan, bergantung kepada kemampuan syarikat untuk membayar elaun.\u201cFirma besar biasanya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dibandingkan dengan PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) yang cenderung menggunakan program latihan industri sebagai salah satu strategi mereka untuk menarik bakat.\u201cAda pelatih industri ditawarkan peluang pekerjaan tetap selepas penamatan program latihan jika berjaya menunjukkan kebolehan dalam tempoh tersebut,\u201d katanya kepada Sinar Harian.Jelas Syed Hussain, syarikat tidak memberikan elaun latihan berdasarkan beban kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pelatih kerana tugasannya lebih ringan daripada pekerja sepenuh masa.Sebaliknya, elaun itu diberikan sebagai wang saku yang mengiktiraf sumbangan mereka kepada syarikat.\u201cPelatih industri harus menganggap program latihan sebagai peluang pembelajaran dan bukannya cara untuk mendapatkan wang. Syarikat biasanya menempatkan mereka di jabatan yang sesuai dengan bidang pengajian dan kelayakan berkaitan.\u201cMEF juga berpendapat, kerajaan perlu memberi budi bicara kepada majikan untuk menentukan penempatan pelatih industri kerana syarikat lebih mengetahui kemahiran dan bakat yang diperlukan mereka.\u201cMajikan memikul tugas penting apabila mengambil bahagian dalam program latihan industri. Ia merupakan kos tambahan kepada mereka kerana bayaran elaun latihan industri dan kos lain meningkatkan kos sumber manusia organisasi itu,\u201d ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264515/berita/hiburan/rohana-jalil-meninggal-dunia", "article_title": "Rohana Jalil meninggal dunia", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.Difahamkan, Rohana, 68, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Perkara itu turut disahkan oleh pengurus peribadi Rohana yang dikenali sebagai Suzie kepada Sinar Harian.\u201cKak Ana dah pergi tadi 11.33,\u201d katanya.Ujarnya, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil dirawat di hospital sama akibat kebocoran usus.Menurut Suzie, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.Media sebelum ini melaporkan, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 28 Mac lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).Anak bongsu penyanyi itu, Syakila Nisa Jahangir Khan atau dikenali sebagai Kilafairy berkata, ibunya masih kritikal, namun, keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN:Rohana Jalil dalam keadaan lemah - HaizaRohana Jalil kini kritikal di ICU", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2023 12:02am"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264513/berita/sukan/harimau-malaya-ratah-papua-new-guinea", "article_title": "Harimau Malaya ratah Papua New Guinea", "article_text": "SEJARAH tercipta di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu apabila skuad Harimau Malaya membenam Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan sebentar tadi.Pemain sayap lincah Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua berjaya mencuri tumpuan apabila menyumbang empat gol.Penyerang naturalisasi yang juga kapten KL City FC, Paulo Josue turut memahat namanya dalam sejarah baharu bola sepak Malaysia apabila meledak hatrik.Selepas merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon minggu lalu, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat beberapa pertukaran dalam kesebelasan utamanya berdepan Papua New Guinea.Namun, Pan-gon tetap memberikan kepercayaan kepada Josue mengetuai jentera serangan Harimau Malaya sambil dibantu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di posisi sayap.Barisan pemain Harimau Malaya meraikan jaringan Safawi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.\nFOTO: FB FAMTempoh 45 minit pertama perlawanan menyaksikan Harimau Malaya lebih dominan menerusi beberapa percubaan berbahaya daripada trio di barisan serangan itu.Selepas bertali arus mengasak kubu lawan yang menduduki ranking ke-159 dunia, Harimau Malaya akhirnya berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi sepakan penalti Safawi pada masa kecederaan babak pertama.'Pesta gol' Harimau Malaya bermula pada babak kedua yang menyaksikan Pan-gon membuat beberapa pertukaran termasuk membawa masuk Arif Aiman dan Faisal Halim bagi menggantikan Safawi dan Akhyar.Hasilnya Josue menjaringkan gol kedua Harimau Malaya pada minit ke-52 sebelum Arif Aiman kemudiannya mencipta nama sebagai penjaring berselang lima minit kemudian.Stadium makin gamat dengan sorakan penyokong apabila Faisal menyumbat gol keempat Harimau Malaya dua minit kemudian sebelum Arif Aiman menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-60.Josue kemudiannya melengkapkan hatrik menerusi dua gol pada minit ke-64 dan ke-70 sebelum pemain gantian, Daniel Ting menambah malam gemilang Harimau Malaya dengan gol kelapan enam minit kemudian.Bagaikan belum puas dengan dua gol, Arif Aiman memastikan Harimau Malaya merekodkan kemenangan kedua terbesar dalam sejarah bola sepak negara dengan gol pantas pada minit ke-87 dan 89.Kemenangan ke atas Papua New Guinea itu dianggap yang terbesar pernah direkodkan di bumi sendiri selepas kali terakhir Harimau Malaya 'berpesta gol' ketika membenam Timor Leste 7-1 dalam aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Jun 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:25pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264511/berita/semasa/bayi-dibuang-meninggal-dunia-di-hospital", "article_title": "Bayi dibuang meninggal dunia di hospital", "article_text": "KAJANG - Bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di tepi jalan di hadapan kawasan parkir di sebuah pangsapuri, di sini meninggal dunia di Hospital Serdang pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bayi terbabit disahkan meninggal dunia pada jam 10.35 pagi.\"Sebelum itu, kita telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun berhubung penemuan bayi itu pada jam 7.07 pagi.\"Bayi yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa sebarang pakaian atau nota yang ditinggalkan,\" katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Zaid berkata, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.\"Setelah rawatan diberikan, pihak hospital mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat,\" katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.\"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi atau ibu bayi tersebut boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960 bagi membantu siasatan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:40pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264510/berita/semasa/majlis-paluan-berundur-persaraan-kpn-khamis", "article_title": "Majlis Paluan Berundur persaraan KPN Khamis?", "article_text": "SHAH ALAM - Majlis Majlis Paluan Berundur persaraan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dijangka diadakan Khamis ini di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.Difahamkan upacara serah terima tugas akan diadakan sekitar jam 9 pagi manakala perbarisan paluan berundur pada jam 3.30 petang.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Acryl Sani akan meninggalkan jawatannya pada minggu pertama Julai ini.Desas-desus mengaitkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain akan menggantikan Acryl Sani.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay juga antara nama yang dikatakan bakal mengisi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.Selain itu, selain Ayob Khan, antara calon untuk jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.Razarudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebelum dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sudah mempersembahkan nama calon Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.ARTIKEL BERKAITAN:Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis NegaraRazarudin, Ayob Khan bakal terajui PDRMCalon KPN: Nama Razarudin dipersembah kepada Agong", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264508/berita/semasa/2-traktor-lori-van-musnah-dalam-kebakaran-bengkel", "article_title": "2 traktor, lori, van musnah dalam kebakaran bengkel", "article_text": "PONTIAN - Dua traktor dan masing-masing sebuah lori dan van musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel barangan terpakai di Batu 35, Jalan Johor di sini pada Selasa.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.49 petang.\"Seramai 20 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu lori tangki dari BBP Pontian dan BBP Pontian Baru dihantar ke tempat kejadian.\"Sebuah stor peralatan barang terpakai dan bengkel berkeluasan 18 x 24 meter telah musnah 90 peratus. Struktur binaan stor adalah jenis separuh kekal.\"Kebakaran turut melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu 1 tan terbakar 20 peratus, sebuah van pekerja jenis Toyota nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti terbakar 80 peratus dan dua traktor kobota terbakar 80 peratus,\" katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, kebakaran tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatanKatanya, operasi tamat pada jam 7.23 petang.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:11pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264504/berita/sukan/afi-danial-upnm-juara-edisi-sulung-ltdlpt-2023", "article_title": "Afi Danial, UPNM juara edisi sulung LTdlPT 2023", "article_text": "PELUMBA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar muncul juara edisi sulung Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang berakhir di Putrajaya pada Selasa.Pecutan penuh bertenaga pada peringkat terakhir perlumbaan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi ke Putrajaya sejauh 90.3km itu membabitkan seramai 51 pelumba.Laluan perlumbaan membabitkan dua zon pecutan dan dua zon pendakian itu tidak menghalang Afi Danial untuk terus menguasai perlumbaan biarpun diberi saingan sengit hingga ke garisan penamat.Pelumba harapan UPNM yang menguasai Jersi Kuning selaku pendahulu sejak peringkat pertama perlumbaan dari Kolej Komuniti Segamat ke UTeM, Melaka Sabtu lalu itu terpaksa berhempas pulas mengekalkan kayuhan bertenaga untuk muncul juara dengan masa 1 jam 53 minit 20 saat (s).Pelumba dari Kota Tinggi, Johor itu turut merangkul tiga kejuaraan apabila dinobatkan selaku Juara Keseluruhan (Jersi Kuning), Raja Pecut (Jersi Hijau) dan Pelumba Terbaik Bawah 21 tahun (Jersi Putih).\u201cSejujurnya pengalaman bersama skuad Sukma Terengganu sebelum ini banyak membantu meningkatkan prestasi saya sehingga ke hari ini,\u201d katanya.Dalam pada itu, UPNM turut menyapu bersih semua gelaran termasuk Raja Bukit (Jersi Polka Dot) menerusi Ahmad Irfan Abdul Hamid.Kehebatan gandingan tiga serangkai Afi Danial, Ahmad Irfan dan dibantu Muhammad Iqbal Imran membolehkan UPNM muncul juara keseluruhan LTdIPT 2023.Tempat kedua menjadi milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) A, diikuti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketiga.Sebagai rekod, perlumbaan jelajah berbasikal kali pertama anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ini berlangsung sebanyak empat peringkat perlumbaan sejauh 332.7 km.Khaled (tengah) bersama para penerima Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet Sukan SEA 2023 sempena Pelancaran Program Semarak Siswa MADANI di Dewan Zaaba Kementerian Pengajian Tinggi pada Selasa.\u201cAlhamdulillah, impian untuk menganjurkan jelajah ini terlaksana dengan jayanya, banyak cabaran serta kerisauan, tetapi semangat pelumba-pelumba basikal di IPT amat mengagumkan.\u201cSuatu pencapaian yang luar biasa.\u201d kata Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli, yang juga Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Induk LTdIPT 2023.Sementara itu, Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan disertakan dengan Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT di Sukan SEA Kemboja 2023 yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Sejumlah RM64,000 disumbangkan kepada 31 atlet institut pengajian tinggi (IPT) yang berjaya menyumbangkan 20 pingat emas pada kejohanan tersebut.Penerima tertinggi Insentif Kecemerlangan Sukan SEA 2023 ialah Tan Cheong Min daripada Universiti Putra MaIaysia (UPM) bagi acara Nandao-Nangun Wanita dan Nanquan Wanita menerima insentif berjumlah RM4,000.Pada masa masa beberapa orang atlet IPT yang memenangi emas di Sukan SEA 2023 bakal beraksi di Temasya Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2023 selama 12 hari di Chengdu, China pada 28 Julai 2023 hingga 8 Ogos 2023.Antaranya atlet Khiew Hoe Yean (renang), Kimberly Bong (terjun), Andre Anura Anura (olahraga), Grace Wong Xiu Mei (olahraga), Umar Osman (olahraga), Muhammad Syafiq Zuber, Nurul Hidayah dan Jason Loo Jun Wei masing-masing dari acara taekwondo.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:22pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264502/berita/nasional/kerajaan-tidak-mahu-saya-balik-malaysia---raja-petra", "article_title": "'Kerajaan tidak mahu saya balik Malaysia' - Raja Petra", "article_text": "SHAH ALAM - Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa kerajaan tidak membenarkan beliau pulang ke tanah air kerana akan mengancam keamanan negara.Menerusi sebuah video berdurasi empat minit 15 saat, beliau menjelaskan, banyak rundingan telah berlangsung sejak 2013 untuk membolehkannya pulang ke Malaysia termasuk bersama pemimpin negara serta pihak berkuasa.\"Yang sebenarnya saya berusaha balik (Malaysia) banyak kali. Saya jumpa Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) semasa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Saya berunding dengan orang rapat Najib dan dua menteri Kabinet (termasuk) Bukit Aman (Polis Diraja Malaysia) banyak kali.\"Saya telah balik ke Malaysia (secara) simboliknya, saya pergi ke kedutaan Malaysia di Bangkok (Thailand), Jakarta (Indonesia), Singapura dan London (United Kingdom) banyak kali. Mereka tidak tangkap, kalau nak dikira, saya boleh ditangkap tetapi tiada kes mengaitkan saya.\"Ramai yang kata saya pelarian, tidak. Apa sahaja tuduhan (mengaitkan) Rosmah (dan) Najib, semua kes sudah digugurkan dan ditarik balik. Sebab itu saya bebas masuk ke kedutaan Malaysia di banyak negara, tiada waran tangkap terhadap saya,\" katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, pada Selasa.Dalam pada itu Raja Petra mendakwa, Ahmad Zahid turut membantu beliau untuk membaharui pasport walaupun tidak dibenarkan pulang ke Malaysia.\"Pasport dibaharui, saya minta bantuan Zahid Hamidi dan beliau menghubungi Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) dan Imigresen menghubungi kedutaan Malaysia. Mereka akan hantar pegawai ke rumah saya untuk membaharui pasport.\"Ini atas arahan Timbalan Perdana Menteri, tetapi mereka tidak mahu saya balik ke Malaysia kerana takut saya akan buat 'roadshow' di serata Malaysia. Kalau saya ceramah, saya boleh tarik 30,000 orang.\"Kalau musim pilihan raya, boleh sampai 50,000 orang. Mereka takut saya akan menjadi bahaya kepada kerajaan, itu alasan yang diberi. Mereka mahu saya duduk di London, biar saya menulis atau buat video asalkan tidak turun padang, ceramah di merata tempat (mengakibatkan) kerajaan menghadapi masalah,\" jelasnya.Pada 2009 media melaporkan, Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah melalui laman webnya.Beliau kini menetap di sebuah kediaman sewa di kota London.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:08pm"} {"author_name": "NORMAWATI ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264501/berita/semasa/manjung-rekod-rm21-juta-kerugian-akibat-phone-scam", "article_title": "Manjung rekod RM2.1 juta kerugian akibat phone scam", "article_text": "MANJUNG - Sebanyak RM2.1 juta kerugian direkodkan di daerah Manjung melibatkan kes penipuan dalam talian hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kerugian itu direkodkan hasil 52 kes yang dilaporkan sejak Januari lalu.Menurutnya, kebanyakan kes, suspek menggunakan modus operandi sama iaitu menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah atau syarikat perkhidmatan penghantaran barang.\"Dalam kejadian terbaru semalam (Isnin), seorang warga emas mengalami kerugian RM202,787 selepas terpedaya dengan individu menyamar sebagai pegawai polis.\"Wanita berusia 65 tahun dan merupakan bekas pekerja kilang elektronik itu menerima panggilan kononnya terlibat dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan berkaitan akaun mangsa,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan tidak melayan panggilan telefon yang tidak dikenali selain menyemak dengan balai polis, bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan.Katanya, paling penting tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.\"Diingatkan semua urusan dengan agensi kerajaan hanya dilakukan di pejabat dan tidak melalui telefon. Panggilan telefon diterima hanya untuk tujuan janji temu,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:02pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264500/berita/semasa/hazman-menang-kes-tuntutan-sivil", "article_title": "Hazman menang kes tuntutan sivil", "article_text": "JOHOR BAHRU - Pakar teknologi maklumat (IT), Hazman Mohamed Halid, 45, pada Selasa memperoleh ganti rugi sejumlah RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas menang kes tuntutan sivil terhadap Kamalrudin Sani.Hakim Datin Salawati Djambari memutuskan plaintif memenangi kes saman dengan jumlah ganti rugi RM100,000 dan kos RM20,000 yang perlu dibayar defendan, Kamalrudin, 46.Hazman diwakili peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor dan A Chinnapalani Devi dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co, manakala defendan diwakili oleh peguam daripada Tetuan Tarmeze & Associates.Nor Zabetha berkata, tuntutan sivil itu difailkan pada 2021 atas kes fitnah dan bagi mendapatkan injuksi supaya tidak meneruskan sebarang penulisan berkaitan tuduhan menyatakan plaintif bahawa Hazman adalah seorang 'scammer'.Beliau berkata, pihaknya juga meminta suatu permohonan maaf bagi penulisan berkenaan, ganti rugi dan faedah atas ganti rugi serta kos.\"Dalam kes ini kita berjaya mendapatkan injuksi, permohonan maaf, tuntutan ganti rugi sejumlah RM100,000 serta kos sebanyak RM20,000 kerana defendan gagal membuktikan dakwaan bahawa plaintif adalah seorang scammer,\" katanya.Sementara itu, Hazman ketika ditemui bersyukur dengan keputusan tersebut dan yakin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.\"Saya yakin semuanya ada hikmah, hari ini saya bukan sahaja menang kes tuntutan sivil sejumlah RM100,000 dan akan menerima bayaran kos RM20,000 malah membersihkan nama sebagai 'scammer' selama ini,\" katanya.Menurut Hazman, dia yang difitnah sebagai 'scammer' menerusi suatu kenyataan yang dimuat naik oleh defendan dalam media sosial bersyukur atas keputusan itu.Dia yang merupakan anak kelahiran Petaling Jaya dan berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Vienna berharap, defendan bukan sahaja membayar ganti rugi dalam tempoh terdekat malah meminta suatu permohonan maaf seperti diperintahkan mahkamah.\"Pesanan saya kepada mana-mana pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak memburukkan nama seseorang mahupun melemparkan tohmahan palsu tanpa siasat terlebih dahulu,\" katanya.Hazman tidak menyangkal tarikan pada dirinya yang berkelihatan seperti kacukan serta kerjayanya menjadi faktor utama sindiket 'scammer' menyalah guna gambar dikongsi dalam Facebook bagi tatapan pengikutnya.Dia yang berstatus duda anak tiga berkata, hampir setiap hari terpaksa melaporkan kepada FB akaun palsu yang menggunakan gambarnya, bagaimanapun kegiatan itu tidak dihentikan sebaliknya masih berleluasa.\"Saya menjadi mangsa keadaan kerana tidak tentu pasal saya terbabit dalam isu ini sedangkan saya lebih gemar menggunakan laman sosial untuk beramal dan berkongsi pengalaman.\"Alhamdulillah hari ini saya dapat membuktikan saya bukan 'scammer' dan berharap tiada lagi individu yang mengganggu ketenteraman hidup saya,\" katanya dan memberitahu dia dalam proses memfailkan tuntutan sivil terhadap seorang pengguna media sosial yang turut menaburkan fitnah terhadapnya.Pada 2 Disember 2019, media melaporkan kisah Hazman dituduh sebagai \u2018kasanova\u2019 berbahaya dalam media sosial kononnya gemar mempermainkan hati dan perasaan sekurang-kurangnya 20 wanita tempatan bagi mendapatkan wang.Bukan itu saja, dia turut dituduh sebagai dalang penipuan Love Scam apabila ada antara mangsa terbabit pernah diperdaya hingga menyerahkan wang mencecah RM200,000 sebelum ini.Malah, lebih buruk apabila ada antara mangsa yang tertekan mengugut untuk mencederakan anak-anaknya yang tinggal bersama ibu di Subang Jaya.Hazman pernah membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) pada April 2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264498/berita/sukan/hangzhou-2022-medan-atlet-berkualiti", "article_title": "Hangzhou 2022 medan atlet berkualiti", "article_text": "SUKAN Asia 2022 di Hangzhou, China, September ini tidak boleh dijadikan platform untuk memberikan pendedahan kepada atlet, sebaliknya hanya atlet berpotensi menyumbang pingat kepada kontinjen negara akan dihantar ke temasya tersebut.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ini kerana nisbah pungutan pingat emas bagi setiap atlet berbanding bilangan atlet dihantar dilihat tidak selari dan semakin merosot sejak Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.\u201cDari segi statistik, jika kita lihat pingat emas bagi setiap atlet, kita nampak penurunan dari edisi 2006, kita hantar 244 atlet dapat lapan emas iaitu sekitar 30.5 atlet bagi setiap emas.\u201cEdisi 2010 (Guangzhou, China) pula 333 atlet, sembilan emas, sekitar 37 atlet bagi setiap emas. Edisi 2014 (Incheon, Korea Selatan) 277 atlet, lima emas bersamaan 55.4 atlet setiap emas dan edisi 2018 (Jakarta-Palembang, Indonesia) pula 417 atlet, tujuh emas bersamaan 59.7 atlet bagi setiap emas,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur pada Selasa.Justeru, Mohamad Norza berkata, jawatankuasa berkenaan menetapkan kriteria ketat bagi memastikan atlet yang benar-benar berkualiti dapat membawa cabaran negara di China.Jelas beliau, atlet atau pasukan yang mendapat senarai kedudukan empat teratas di peringkat Asia sejak 2018 tersenarai dalam Kategori A (kos ditanggung sepenuhnya), manakala meraih kedudukan enam teratas berbanding lapan sebelum ini dibenarkan bertanding di bawah Kategori B (kos ditanggung persatuan dan dipulangkan jika menang pingat).Berdasarkan mesyuarat pertama jawatankuasa itu, Mohamad Norza berkata, setakat ini seramai 115 atlet disenaraikan dalam kategori A, manakala 98 lagi diletakkan di bawah Kategori B.\u201cJadi, kesemuanya ada 213 atlet setakat ini dan sekiranya kita sasar tujuh pingat emas (Sukan Asia 2022), kami mengambil perhatian kira-kira 30 atlet untuk setiap emas dan ia adalah sama dengan kadar nisbah edisi 2006,\u201d katanya sambil menambah, tarikh tutup penyerahan nama atlet ke Sukan Asia 2022 pada 15 Julai ini.Walaupun menghantar kontinjen agak kecil, Mohamad Norza berkata, Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England menjadi contoh terbaik nisbah emas dimenangi seimbang dengan jumlah penyertaan atlet yang menyaksikan Malaysia meraih satu emas bagi setiap 14 atlet menerusi 104 atlet dan tujuh pingat emas dimenangi secara keseluruhan.Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menyokong penuh pendirian jawatankuasa pemilihan atlet dalam menetapkan syarat ketat ke Sukan Asia kali ini.Malah, Ahmad Shapawi mengingatkan mereka yang bakal beraksi di temasya empat tahun sekali itu terutama bagi Kategori A agar tidak mengambil mudah peluang sedemikian kerana perlu membuktikan bahawa segala bentuk kemudahan dinikmati sememangnya layak diterima.\u201cYang penting Sukan Asia bukan medan pendedahan tetapi medan pertempuran,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264491/berita/nasional/kpm-nafi-turunkan-gred-pemarkahan-spm-2022", "article_title": "KPM nafi turunkan gred pemarkahan SPM 2022", "article_text": "KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menurunkan purata gred pemarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah tidak benar.Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setiap permarkahan yang dibuat mestilah mengikut merit dan standard yang diguna pakai sebelum ini.\"Kita ada standard kita dan kita cukup jaga standard itu... kita harus berlaku adil apabila pemarkahan ini dibuat dia mestilah mengikut merit dan standard yang sudah kita guna pakai sebelum ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas menutup Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.Baru-baru ini tular di media sosial berhubung analisis pemarkahan SPM yang mendapat perhatian serta menimbulkan pertikaian dalam kalangan orang ramai terhadap sistem pemarkahan KPM bagi SPM 2022.Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada KPM akan menambah subjek wajib lulus peperiksaan SPM selain Bahasa Melayu dan Sejarah, Fadhlina berkata, setakat ini dua mata pelajaran itu sahaja dikekalkan.\"Setakat ini kita kekalkan dengan pendirian untuk (wajib lulus) Bahasa Melayu dan Sejarah kerana impaknya dalam SPM baru-baru ini, keputusan mata pelajaran Sejarah meningkat dengan sangat tinggi dan sangat baik.\"Ini menunjukkan pelajar ini tiada masalah menguasai subjek Sejarah, mungkin cuma intervensi yang agresif kena kita lakukan khususnya dalam pemerkasaan Bahasa Melayu dan Sejarah,\u201d katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT dalam SPM 2022 menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dengan peningkatan yang ketara dan berharap prestasi itu dapat dipertingkatkan.Mengulas mengenai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, yang mendakwa Menteri Pendidikan enggan mengadakan pertemuan dengannya bagi mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan pendidikan di negeri itu, Fadhlina berkata tarikh pertemuan telah ditetapkan pada 14 Julai depan.Selain itu, Fadhlina berkata, program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT yang bermatlamat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru juga diharap memberi impak kepada perkembangan dan pengukuhan Bahasa Melayu murid-murid di sekolah berkenaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:53pm"} {"author_name": "NORAFIZA JAAFAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264488/berita/politik/amirudin-tak-kata-ph-muda-kerjasama-hadapi-prn", "article_title": "'Amirudin tak kata PH-Muda kerjasama hadapi PRN'", "article_text": "SHAH ALAM - Tiada kenyataan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Setiausaha Akhbarnya, Jay Jay Denis berkata, sebaliknya apa yang dinyatakan Amirudin adalah mengenai pendirian dan komitmen PKR yang menganggap Muda sebagai rakan kerja susulan kerjasama dalam PRU15 lalu.\"Apabila ditanya wartawan sama ada PH akan berunding dengan Muda hadapi PRN, Amirudin menjawab ia akan ditentukan oleh PH dengan fahaman PH dan Muda adalah rakan sekerja.\u201cAmirudin berkata, itu adalah pendirian di peringkat PKR namun perkara itu harus diputuskan oleh Majlis Presiden PH.\"Beliau tidak pasti status rundingan itu kerana beliau bukan ahli Majlis Presiden PH, \" katanya pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long yang membidas kenyataan Amirudin berhubung kerjasama antara PH dan Muda bagi PRN Selangor.Luqman berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi termasuk kawasan yang bertanding.Jay Jay Denis berkata, kenyataan dikeluarkan itu berunsur fitnah dan perlu diperbetulkan.Menurutnya, kenyataan dikeluarkan Amirudin juga tidak mewakili parti Muda seperti didakwa.\"Parti Muda janganlah tampilkan sikap tidak matang dan bermain politik murahan dengan mencipta cerita dongeng.\"Kalau nak main politik pun, paling kurang semaklah fakta,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264487/berita/politik/bubar-dun-aminuddin-akan-menghadap-tuanku-mukhriz-28-jun", "article_title": "Bubar DUN: Aminuddin akan menghadap Tuanku Mukhriz 28 Jun", "article_text": "SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).Beliau berkata, ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\"Saya akan menghadap Tuanku pada Rabu depan untuk mendapat perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN pada 30 Jun, hari terakhir, insya-ALLAH,\" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Negeri Sembilan Cemerlang Kelas Pertama di sini hari ini.Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu memaklumkan DUN akan dibubar pada 30 Jun.Turut mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN manakala Barisan Nasional meraih 16 kerusi di Negeri Sembilan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264484/berita/politik/rafizi-tepis-dakwaan-kerajaan-pusat-tumbang-selepas-prn", "article_title": "Rafizi tepis dakwaan kerajaan pusat tumbang selepas PRN", "article_text": "PUTRAJAYA - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini menepis dakwaan kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang selepas pilihan raya negeri (PRN).\"Secara logiknya bagaimana perkara ini boleh berlaku selepas pilihan raya negeri? Undi tidak percaya tidak akan berlaku, lompat parti tidak boleh, dan sekiranya blok besar meninggalkan Kerajaan Perpaduan, kerajaan masih kekal, ia \u2018numerically difficult\u2019,\u201d katanya pada sidang media selepas sesi libat urus Kementerian Ekonomi dan Jabatan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.Razifi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini yang dilaporkan berkata PRN kali ini amat unik dan boleh menggugat kerajaan pusat jika Perikatan Nasional (PN) mampu memperolehi kemenangan di lima daripada enam negeri yang akan mengadakan PRN.PRN akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.Ditanya mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi menghadapi PRN berkenaan, Rafizi berkata setakat ini rundingannya hampir 98 peratus selesai.\"Ada sedikit pertindihan namun ia akan dimuktamadkan kemudian,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:31pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264483/berita/semasa/tular-honda-city-terbalik-langgar-subaru", "article_title": "Tular Honda City terbalik langgar Subaru", "article_text": "SHAH ALAM - Sebuah kereta terbalik setelah melanggar tayar belakang kenderaan lain dalam kemalangan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini pada Isnin.Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 3.30 petang.\"Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Honda City dipandu seorang wanita berumur 36 tahun melanggar tayar belakang kenderaan jenis Subaru ketika mengubah haluan.\"Honda City tersebut kemudiannya dipercayai terbabas sebelum terbalik,\" katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Katanya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.\"Pemandu Honda City dan pemandu Subaru yang juga merupakan seorang wanita berumur 33 tahun itu kemudiannya tampil membuat laporan polis.\"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman,\" katanya.Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:25pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264482/berita/politik/prn-kelantan-dewan-muslimat-mahu-ramai-calon-wanita", "article_title": "PRN Kelantan: Dewan Muslimat mahu ramai calon wanita", "article_text": "KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas Kelantan mengharapkan lebih ramai wanita diberikan peluang sebagai calon sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, bagaimanapun perkara itu terserah kepada pucuk kepimpinan tertinggi di peringkat negeri dan pusat untuk membuat keputusan berdasarkan Majlis Syura Ulamak Pas.Menurutnya, perkara itu juga perlu mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan daripada rakan-rakan parti gabungan dalam Perikatan Nasional.\u201cSetakat ini, Kelantan belum pernah tidak ada calon wanita dan kalau lebih banyak yang akan bertanding adalah lebih baik.\u201cSekarang ini, ada dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), dua Ahli Parlimen dan seorang senator. Kalau dapat ditambah menjadi tiga ADUN, itu satu pencapaian yang besar,\u201d katanya selepas Majlis Pelancaran Dasar Anak Yatim Islah Kelantan dan Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Muqarrabun Kelantan di Kota Darulnaim pada Selasa.Bagaimanapun, Mumtaz berkata, menetapkan calon di satu-satu kerusi pilihan raya bukan hal mudah, namun beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan pemilihan calon yang terbaik.\u201cKesukaran juga dialami wanita yang perlu bersaing dengan ramai calon lelaki.Mumtaz barisan depan (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada anak yatim OKU yang cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia 2022.\u201cApa-apa pun, kami di peringkat jentera akan terus bekerja dan memberikan khidmat tanpa mengira sesiapa pun calonnya,\u201d ujarnya.PRN kali ini melibatkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.Kelantan akan membubarkan DUN pada 22 Jun ini, Selangor (23 Jun), Pulau Pinang dan Kedah (28 Jun) serta Negeri Sembilan (30 Jun) manakala Terengganu masih belum mengumumkan tarikhnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:19pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264480/berita/semasa/22000-pesara-kerajaan-mangsa-scammer-kerugian-rm850-juta", "article_title": "22,000 pesara kerajaan mangsa scammer, kerugian RM850 juta", "article_text": "KUALA LUMPUR - Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.Justeru, beliau berkata, kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu.\"Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini,\" katanya.Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, hari ini.Mengenai integrasi sistem JPA, KWAP dan LPPSA, Ahmad berkata, pesara tidak perlu bersusah hati memikirkan urusan pembayaran pembiayaan perumahan mereka menerusi potongan pencen kerana segala data yang diperlukan oleh LPPSA telah tersedia dikemas kini dalam sistem tersebut.Ahmad juga mengingatkan pesara supaya mengetahui komitmen kewangan yang bakal mereka hadapi setelah berpencen bagi merancang kewangan sebaiknya.Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Nawawi pula berkata, integrasi itu merupakan sebuah rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan JPA, KWAP dan LPPSA.\"Proses integrasi ini dilakukan untuk menyelaraskan data agar setiap pusat agensi memiliki data persaraan yang sama. Selain itu, integrasi juga adalah bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data dan meminimakan kesalahan,\" katanya.Tambahnya kerjasama itu juga membantu usaha pihak kerajaan dalam memberi kemudahan kepada penjawat awam selain meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman cemerlang kepada pesara kerajaan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:19pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264481/berita/nasional/malaysia-terlepas-peluang-ekonomi-coldplay---syed-saddiq", "article_title": "Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq", "article_text": "SHAH ALAM \u2013 Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay.Beliau berkata, Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.\u201cColdplay buat 'tour' enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini mereka tambah lagi satu tarikh. Malaysia pula nak buat satu konsert pun banyak halangan. Tetapi apa kena mengena konsert Coldplay di Singapura dengan Malaysia.\u201cKita sebenarnya terlepas loteri ekonomi,\u201d katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.Syed Saddiq mendakwa, Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.Ini kerana beliau berkata, Stadium Nasional Singapura boleh memuatkan 50,000 penonton dalam satu masa dan harga purata satu tiket sekitar RM600 dengan kutipan yang bakal dijana berjumlah RM30 juta sehari.Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, Singapura juga bakal mendapat limpahan ekonomi ekoran peminat daripada luar negara akan mengembara dan berbelanja di negara itu sepanjang konsert Coldplay berlangsung.\u201cDatang jauh-jauh naik penerbangan, takkan pergi konsert untuk dua hingga tiga jam sahaja. Mesti ada makan-makan, jalan-jalan.\u201cAnggarkan seorang belanja RM500 untuk satu hari. (Seramai) 1,000 pelancong sama dengan RM500,000 dan enam hari sama dengan RM3 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang boleh dihasilkan.\u201cMaksud saya adalah, ketika kita bertengkar mengenai penganjuran konsert di Malaysia, negara luar merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi,\u201d jelasnya,Ahli Parlimen Muar itu berkata, Malaysia pernah menganjurkan sehingga 50 konsert setahun namun kini semakin banyak rintangan dan keluhan.Justeru beliau menegaskan, Malaysia tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert.ARTIKEL BERKAITAN:Rakyat Selangor sokong Coldplay kerana muzik, bukan gerakan 'pelangi' - MBMas kahwin tiket Coldplay tidak sahAda kemungkinan konsert Coldplay ditambah sehari lagiMasih tiada aduan rasmi harga tiket Coldplay mahal - KPDNNik Abduh tegur peminat Coldplay, BlackpinkKonsert sulung Coldplay di Kuala Lumpur 22 November 2023", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:17pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264477/berita/nasional/tingkat-kerjasama-strategik-di-wilayah-bimp-eaga---mustapha", "article_title": "Tingkat kerjasama strategik di wilayah BIMP-EAGA - Mustapha", "article_text": "SHAH ALAM - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) perlu meningkatkan kerjasama strategik dan menjadi peneraju keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Borneo dan negara jiran yang bakal menjadi kawasan pertumbuhan baharu di rantau ASEAN.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, tidak mustahil untuk NIOSH menjadi peneraju KKP di rantau ini berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang ada.Menurutnya, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan NIOSH dan anak syarikatnya, NIOSH Certification adalah setaraf dengan agensi antarabangsa.\u201cSemua pihak berkepentingan perlu menggembleng tenaga dan menyokong usaha kerajaan meningkatkan tahap KKP di keseluruhan wilayah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) kerana ia merangkumi keluasan 1.6 juta kilometer persegi, dengan anggaran 73 juta penduduk.\u201cPeruntukan besar yang sedang mengalir ke rantau ini sudah pasti membawa limpahan pembangunan yang pesat terutamanya daripada aspek ekonomi dan fizikal.\u201cBagaimanapun, ia akan turut memberi cabaran baru dari sudut sosial termasuk pembangunan sumber manusia serta risiko berkaitan KKP yang turut merangkumi kemalangan di tempat kerja dan kemalangan ulang-alik (commuting accidents),\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Borneo kali Ke-8 (BOSH 2023) di Kota Kinabalu.Jelas Mustapha, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah persediaan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur serta usaha melengkapi pelbagai projek mega pertanian dan hidroelektrik yang dirancang kerajaan Indonesia di Kalimantan, yang bakal menjadi kawasan pertumbuhan baharu di bawah wilayah BIMP-EAGA.\u201cKerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi projek menaik taraf dan membina infrastruktur yang lebih baik di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.\u201cKedudukan Sabah dan Sarawak yang diangkat kepada wilayah serta peruntukan pembangunan sebanyak RM12.1 bilion untuk kedua-dua wilayah ini di bawah Belanjawan 2023, membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap pembangunan ekonomi di rantau ini,\" ujar beliau.Sementara itu, katanya, BOSH 2023 yang bertemakan \u2018Transformasi Borneo untuk Masa Depan Lebih Berdaya Tahan\u2019 amat bertepatan kerana ia memberi penekanan kepada ikhtiar secara holistik agar segala dasar berkaitan KKP dan pelaksanaannya di Malaysia lebih manusiawi serta sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.Jelasnya, segala ilmu, kepakaran dan pengalaman yang dikongsi dalam BOSH 2023 dapat membantu semua pihak menghadapi cabaran baru KKP dan pada masa yang sama, memberi maklum balas untuk kerajaan merangka atau menambah baik polisi KKP sedia ada.Program dua hari tersebut berjaya menarik lebih 300 peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam bidang KKP di dalam dan luar negara.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:05pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264478/berita/nasional/calon-kpn-nama-razarudin-dipersembah-kepada-agong", "article_title": "Calon KPN: Nama Razarudin dipersembah kepada Agong", "article_text": "KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mempersembahkan nama calon Ketua Polis Negara (KPN)dan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa.Sesi menghadap itu berlangsung pada jam 2.40 petang di Istana Negara.Difahamkan nama calon Ketua Polis Negara yang dicadangkan ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.Difahamkan juga terdapat empat nama calon yang dipersembahkan untuk jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.Mereka ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din.Satu lagi nama bagaimanapun tidak dapat dipastikan.Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin, ketika dihubungi memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perkara itu.\"Setakat ini saya tidak mempunyai maklumat tentang nama calon Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, saya menyerahkan segala keputusan kepada Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan Kerajaan Malaysia,\" katanya.Nama semua calon berkenaan dicadangkan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Negara yang pada masa ini dijawat oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.Pada Isnin, media melaporkan Acryl Sani mengesahkan bakal mengakhiri jawatannya pada minggu pertama Julai ini.Acryl Sani sepatutnya mengakhiri tugasnya secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara, pada Oktober depan namun memutuskan untuk bersara lebih awal.Langkahnya itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan sebuah syarikat perbankan milik kerajaan yang memerlukannya bertugas dalam masa terdekat.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:04pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264476/berita/semasa/pekerja-kedai-serbaneka-cedera-dipukul-pelanggan", "article_title": "Pekerja kedai serbaneka cedera dipukul pelanggan", "article_text": "KAJANG - Gara-gara menegur seorang lelaki yang didakwa mencuri payung, seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Semenyih cedera dipukul dalam kejadian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, suspek bersama rakannya pada mulanya datang untuk membeli minuman.\"Suspek kemudian bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.\"Mangsa yang bekerja di kedai serbaneka terbabit kemudian menegur perbuatan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Mohd Zaid berkata, suspek kemudian kembali ke kedai serbaneka terbabit dan bertindak menumbuk muka mangsa yang berumur 18 tahun itu.\"Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian dan meninggalkan mangsa.\"Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,\" katanya.Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuka siasatan berikutan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.\"Usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis dibawah IPD Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264475/berita/nasional/dua-ruu-pemansuhan-kesalahan-percubaan-bunuh-diri-diluluskan", "article_title": "Dua RUU pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara pada Selasa.Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menggulung perbahasan bagi kedua-dua rang undang-undang berkenaan yang berunsurkan pencegahan kes bunuh diri, setelah dibahas oleh senator.Rang Undang-undang berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 4 April lepas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lepas.Dalam penggulungannya bagi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023, Ramkarpal berkata, terdapat beberapa peruntukan mewajibkan seseorang yang cuba membunuh diri dibawa ke fasiliti perubatan untuk mendapatkan rawatan.\"Keutamaan dalam pindaan-pindaan ini adalah untuk memulihkan seorang yang berfikir untuk mengambil nyawanya sendiri. Ini juga akan mengambil masa yang lama oleh kerana terdapat proses dari segi psikologi dan sebagainya untuk memulihkan orang tersebut,\u201d katanya.Sementara itu, perbahasan bagi satu lagi rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 bersambung esok.Azalina sebelum ini berkata, rang undang-undang pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri melibatkan empat dasar, antaranya mengekalkan kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah seksyen-seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan.Ini dengan memasukkan persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang sebagai suatu kesalahan jenayah dan seterusnya dibezakan berdasarkan kategori orang yang dihasut untuk melakukan tindakan-tindakan berkaitan.Dasar lain pula bertujuan mewujudkan pegawai intervensi krisis dan memberikan kuasa penangkapan kepada pegawai berkenaan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), selain mencadangkan moratorium terhadap pelaksanaan seksyen 309 Kanun Keseksaan sehingga pemansuhan seksyen itu selesai dilaksanakan dan diwartakan dengan sewajarnya.Persidangan Dewan Negara bersambung Rabu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:54pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264472/berita/nasional/gubal-undang-undang-patahkan-elemen-ali-baba-dalam-ekonomi", "article_title": "Gubal undang-undang patahkan elemen Ali Baba dalam ekonomi", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Ekonomi sedang mengkaji beberapa komponen untuk menggubal undang-undang khusus baharu yang mampu mematahkan elemen rent-seeking atau konsep Ali Baba dalam struktur perniagaan dan ekonomi negara.Menteri berkenaan, Rafizi Ramli berkata, isu warga tempatan yang menyewakan perniagaan dimiliki kepada warga asing telah berlanjutan sekian lama tanpa sebarang undang-undang khusus berkaitan rent-seeking sehingga menyebabkan wujud rasa tidak adil dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.\"Kita perlu selesaikan bagaimana orang asing boleh berniaga di kawasan penjaja... bila mereka ditahan, didapati sebahagian besar yang berniaga menggunakan lesen warga tempatan dan secara teknikal, ia tidak salah.\"... mereka mengatakan mereka merupakan pekerja kepada peniaga tempatan. Jadi, orang-orang kita juga yang bekerjasama dan memberi ruang kepada perkara ini berlaku kerana tiada undang-undang khusus mengenai pemilikan perniagaan dan sewa,\u201d katanya ketika sesi libat urus Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa.Isu pemilikan lesen warga tempatan dan peniaga warga asing tersebut diutarakan oleh seorang peserta sesi libat urus yang mahu kerajaan campur tangan serta menangani perkara itu dengan serius.Rafizi berkata, ketika ini, penguatkuasaan undang-undang bagi perkara itu hanya tertakluk di bawah Kanun Keseksaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Pada sidang media selepas sesi libat urus itu, beliau berkata, Kementerian Ekonomi sedang membangunkan cadangan awal berkaitan undang-undang tersebut sebelum dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara Julai depan.\"Ali Baba ini wujud dari peringkat bawah hingga ke orang atasan. Ali Baba selama ini menjadi masalah dalam ekonomi tetapi tiada perbincangan khusus ke arah penggubalan undang-undang,\u201d katanya sambil menambah isu itu perlu diberi perhatian serius.Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Rosli Ibrahim pula mencadangkan agar penggubalan undang-undang itu wajar meliputi penguatkuasaan terhadap warga asing sekiranya didapati melanggar peraturan.\"Cuba kita pergi Singapura atau Indonesia, tidak boleh berniaga sesuka hati macam warga asing di negara kita. Ini tidak adil kepada peniaga tempatan,\" katanya.Rosli, yang juga Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, berkata Ali Baba mengakibatkan wujudnya persaingan tidak sihat kerana ketiadaan modal serta sukar untuk penjaja yang terdiri daripada golongan B40 untuk bangkit semula. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:37pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264469/berita/nasional/malaysia-catat-kemajuan-positif-dalam-daya-saing-global", "article_title": "Malaysia catat kemajuan positif dalam daya saing global", "article_text": "KEMAMPUAN daya saing global Malaysia dalam senarai World Competitiveness Ranking (WCR) 2023 maju lima anak tangga kepada 27 berbanding kedudukan 32 yang disaksikan pada tahun lepas.Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, pencapaian itu merupakan pengiktirafan kepada keseluruhan usaha kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan asas ekonominya.\"Secara lebih khusus, kemajuan dalam kedudukan ini terhasil daripada dasar serta inisiatif utama MITI dalam meletakkan negara sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan, perniagaan dan perdagangan,\" katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.WCR adalah inisiatif oleh Pusat Daya Saing Dunia (WCC) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), yang merupakan laporan tahunan terkemuka mengenai daya saing negara-negara yang telah diterbitkan sejak 1989.WCR IMD ditentukan melalui 336 kriteria daya saing yang dikategorikan kepada empat faktor seperti prestasi ekonomi, kelicinan pentadbiran kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.Malaysia yang menduduki tempat ke-27 dalam kalangan 64 ekonomi, mencatatkan peningkatan dalam keempat-empat faktor daya saing, menandakan kemajuan negara yang menggalakkan dan berdaya tahan terhadap kesan ketidaktentuan serta krisis ekonomi global yang berlarutan, selain cabaran domestik dalam pelbagai aspek.Tangani isu di peringkat kebangsaan, sub-nasionalMenteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, walaupun Malaysia menonjolkan prestasi yang baik dari segi harga, infrastruktur asas serta dasar cukai, ia perlu bersungguh-sungguh menangani isu-isu seperti pembangunan bakat tenaga kerja sedia industri, pemikiran pertama digital bagi sektor dan pembaharuan kawal selia untuk fasiliti menjalankan perniagaan di peringkat nasional serta sub-nasional.\"Ini adalah bidang yang sedang diusahakan oleh MITI dan agensi-agensinya secara serius melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang akan datang, yang bakal mereformasikan asas sektor perkilangan Malaysia dan menjadi ekonomi yang lebih berdaya saing,\" katanya.Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Kamaruzzaman Johari berkata, peningkatan kedudukan daya saing Malaysia dalam WCR 2023 mencerminkan kestabilan dan daya tahan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran.\"MPC percaya dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti di semua sektor yang akan menambah faktor daya saing secara keseluruhan.\"Fokus kami adalah kepada pemacu produktiviti utama seperti pembangunan bakat, penggunaan teknologi dan pembaharuan kawal selia untuk persekitaran perniagaan yang berkembang maju. MPC komited untuk menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) selain memupuk ekonomi yang mampan,\" katanya.MITI komited tingkatkan daya saing global MalaysiaMITI komited untuk meningkatkan daya saing global Malaysia, memandangkan ia mempunyai pengaruh yang berkesan terhadap pelaburan, perdagangan dan pembangunan perindustrian Malaysia.Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang akan dilancarkan menjelang Ogos 2023, akan memberi tumpuan kepada memajukan kekompleksan ekonomi, memudahkan pendigitalan dan teknologi bagi sektor pembuatan Malaysia, mendorong neutral karbon, serta melindungi keselamatan dan keterangkuman ekonomi.MITI telah mengenal pasti lima sektor terutamanya aeroangkasa, kimia dan petrokimia, ekonomi digital, elektrik dan elektronik serta farmaseutikal yang akan memacu transformasi industri, termasuk meningkatkan pembuatan dan eksport produk yang lebih kompleks untuk terus membangunkan Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan.Tumpuan kepada industri-industri ini juga akan mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia memasuki segmen pasaran berhasil tinggi serta bernilai tinggi.Daripada segi meningkatkan fasiliti menjalankan perniagaan, MPC telah diberi mandat untuk menguruskan beban pengawalseliaan yang tidak perlu ke atas perniagaan dengan mengurangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan birokrasi.MITI percaya usaha bagi meningkatkan daya saing global Malaysia harus bergantung kepada pendekatan keseluruhan negara dalam memuktamadkan dan melaksanakan NIMP2030, berdasarkan strategi bersepadu awam-swasta yang memperkasakan semua pihak berkepentingan utama seperti pelabur, perniagaan, PKS dan rakyat, dengan mengambil kira prinsip kemampanan serta keterangkuman. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264468/berita/semasa/isu-kad-pengenalan-sama-telah-lama-selesai---jpn", "article_title": "Isu kad pengenalan sama telah lama selesai - JPN", "article_text": "SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu dua individu mendakwa memiliki nombor kad pengenalan yang tular di media sosial sudah lama diselesaikan.JPN dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kes tersebut berlaku pada tahun 2020 dan pihak mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan ketika itu.\"JPN ingin menjelaskan bahawa perkara tersebut telah diselesaikan dan pemilik MyKad tersebut masih lagi memegang nombor Kad Pengenalan itu dan masih berdaftar.\"Siasatan ketika itu mendapati kekeliruan yang berlaku disebabkan terdapat kesilapan semasa proses mendaftarkan nombor telefon dengan pihak Telco berkenaan.\"Kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN,\" katanya.Sebelum itu, seorang individu berkongsi berkenaan isu kad pengenalan anaknya tidak boleh digunakan bagi penukaran talian Digi ke Celcom kerana didapati sama dengan orang lain berbangsa Cina.Menurut JPN, warganegara Malaysia hanya akan diberikan dengan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik di mana nombor tersebut dijana oleh sistem menggunakan formula tertentu.Ujarnya, JPN tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu yang berbeza.\"Justeru, kami meminta orang ramai tidak mempercayai dan tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat.\"Tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang salah oleh individu yang tidak bertanggungjawab,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:32pm"} {"author_name": "NORAFIZA JAAFAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264465/berita/semasa/perhilitan-nafi-bertindak-kejam-tangkapan-kera-ikut-prosedur", "article_title": "Perhilitan nafi bertindak kejam, tangkapan kera ikut prosedur", "article_text": "BATU CAVES - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menafikan bertindak kejam ketika melakukan penangkapan kera di Apartment Sunway Batu Caves baru-baru ini.Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak melakukan tembakan terhadap kera dalam perangkap seperti didakwa sebaliknya hanya suntikan pelalian digunakan bagi menidurkan atau merehatkan haiwan berkenaan sebelum proses pemindahan dilakukan.Menurutnya, kera yang masuk dalam perangkap tersebut akan segera diambil Perhilitan bagi mengelakkan haiwan tersebut mati di dalam perangkap tersebut.\"Jabatan ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang unsur kekasaran dan kezaliman dilakukan seperti yang dilaporkan.\" Kami menafikan sekerasnya kesemua tuduhan tersebut sebaliknya kakitangan jabatan telah menjalankan tugas berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,\" katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Kenyataan media itu sebagai menjawab kepada laporan sebuah portal pada Isnin yang mendakwa Perhilitan telah menembak kera dalam dalam perangkap pada jarak dekat.Laporan portal tersebut turut mendakwa kera ditangkap dibiarkan mati serta ditinggalkan di lokasi hingga menimbulkan bau busuk.Selain itu, penduduk mendakwa Perhilitan tidak memaklumkan mengenai tembakan yang dilepaskan.Perhilitan berkata, laporan tersebut telah menimbulkan salah faham dan sentimen negatif orang awam terhadap tindakan diambil oleh jabatan berkenaan.\"Kehadiran kami ke lokasi aduan telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bangunan yang sedia maklum mengenai tindakan dilakukan.\"Tindakan diambil Perhilitan ini mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 52, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu kebenaran pegawai menjalankan kuasadengan memburu mana-mana hidupan liar jika ia berbahaya kepada nyawa atau harta manusia.\"Tindakan ppengurusan kawalan konflik kera tersebut adalah berdasarkan aduan-aduan kacau ganggu kera di lokasi berkenaan yang telah menyebabkan kerosakan harta benda dan mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk setempat,\" katanya.Justeru, orang ramai dinasihat mendapatkan maklumat sahih dan tepat berkenaan pengurusan konflik hidupan liar di Semenanjung Malaysia.Sebarang aduan dan matlumat berkenaan gangguan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline di talian hotline Perhilitan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:18pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264467/berita/hiburan/istana-budaya-tawar-konsert-muzik-klasikal-harga-rahmah", "article_title": "Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal harga rahmah", "article_text": "KUALA LUMPUR - Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 yang dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya dengan harga serendah RM30.Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, harga istimewa itu diharap dapat menarik lebih ramai penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati muzik yang sinonim dengan golongan atasan.\"Kita juga mahu memenuhi hasrat kerajaan yang mahu rakyat menikmati tiket dengan harga berpatutan ataupun harga Rahmah selain sempena meraikan ulang tahun ke -30 Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).\"Biasanya harga untuk tiket konsert orkestra ini paling murah pun sekitar RM180, tapi kita mahu memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat,\" katanya pada sidang media konsert itu di sini pada Selasa.Beliau berkata, konsert orkestra bertemakan western classical music itu merangkumi empat siri persembahan dengan memainkan lagu-lagu ciptaan barat yang terkenal.Zubaidah berkata, siri pertama akan berlangsung pada 8 Julai ini manakala siri kedua pada 9 Sept, siri ketiga (21 Okt) dan siri keempat (18 Nov). Persembahan akan bermula pada 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.Setiap siri menampilkan lagu berbeza selain mengetengahkan pemain solo (soloist) berlainan dan antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah lagu ciptaan Bach, Mozart dan Dittersdorf Harp Concerto melibatkan 25 pemuzik OSK dan 10 pemuzik jemputan.\"Walaupun harga tiket murah, kualiti persembahan tetap bertaraf terbaik.\"Panggung Sari mampu menampung sehingga 1,300 penonton pada satu masa dan kita galakkan penonton untuk membeli pakej promosi dengan harga RM100 meliputi keempat-empat persembahan di laman web Istana Budaya,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264466/berita/nasional/penerbangan-umrah-tanpa-transit-dengan-batik-air", "article_title": "Penerbangan umrah tanpa transit dengan Batik Air", "article_text": "PETALING JAYA - Angkasa Mukmin Sdn Bhd dan Hayya Travel & Tours Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air dalam menyediakan tiket untuk sektor umrah pada Selasa.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa Mukmin, Mohd Yusni Ismail, usaha sama itu bertujuan memberikan pengalaman perjalanan yang selesa bagi para jemaah yang ingin melaksanakan ibadah umrah di Arab Saudi.Jelas beliau, pada peringkat awal, pihaknya menumpukan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dengan kelebihan utama penerbangan bersama Batik Air adalah secara terus ke Arab Saudi tanpa transit.\"Ini akan memudahkan perjalanan dan mengurangkan tempoh waktu perjalanan di mana para jemaah boleh fokus sepenuhnya pada persediaan melaksanakan ibadah umrah\"Insya-ALLAH penerbangan pertama kita akan bermula seawal 1 November ini dengan kapasiti 365 penumpang,\" kata beliau semasa majlis menandatangani persefahaman berkenaan di sini pada Selasa.Mohd Yusni menambah, pihaknya komited menyediakan penawaran harga yang terbaik kepada para jemaah.\"Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah umrah,\" tambahnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hayya Travel & Tours Sdn Bhd, Mustofa Mubarak Kamaruzaman berkata, kadar pakej umrah yang ditawarkan adalah RM7,990 bagi lapan bulan pertama selepas musim haji.Bagaimanapun ujarnya, ia tertakhluk kepada perubahan semasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264464/berita/nasional/pm-yakin-abdul-rasheed-mampu-kukuh-kedudukan-kewangan-negara", "article_title": "PM yakin Abdul Rasheed mampu kukuh kedudukan kewangan negara", "article_text": "SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan Gabenor Bank Negara (BNM) baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.Ujarnya, ia secara tidak langsung berupaya meningkatkan kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.\u201cSaya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap beliau bagi memastikan kedudukan kewangan negara ditingkatkan menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.\u201cSaya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap Gabenor Bank Negara Kesembilan, Tan Sri Nor Shamsiah atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat terutama semasa wabak Covid-19 menyerang negara.Shaik bakal mengambil alih jawatan gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada 30 Jun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264462/berita/politik/kerajaan-tahan-lama-tarik-syarikat-gergasi-labur-di-malaysia", "article_title": "Kerajaan 'tahan lama' tarik syarikat gergasi labur di Malaysia", "article_text": "SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan kerajaan yang ada pada ketika ini perlu dikekalkan sekurang-kurangnya satu penggal bagi menjamin kepentingan dan masa hadapan anak muda.Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, ribuan anak muda menghadiri sesi temuduga di syarikat gergasi dan automatif dunia, Tesla yang bakal beroperasi di Malaysia.\u201cSyarikat gergasi dunia seperti Tesla hanya akan melabur dalam negara sekiranya terdapat sebuah kerajaan yang stabil dan boleh bertahan lama.\u201cSelain Tesla, syarikat Amazon Web Services mengumumkan pelaburan melebihi RM25 bilion ke dalam negara,\u201d katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, pada Selasa.Pada 17 Jun, Sinar Harian melaporkan, sesi temuduga 'walk-in' Tesla Malaysia yang terletak di Persiaran Apec, Cyberjaya telah diserbu ribuan orang ramai.Pada masa sama, Fadhli Umar menegaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu bertindak dengan lebih agresif untuk menarik pelaburan dari syarikat gergasi dunia supaya membuat pelaburan dalam negara.Kata beliau, pelbagai agensi di bawah MITI seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga perlu memainkan peranan supaya banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk anak muda.\u201cGolongan itu (anak muda) bukanlah tidak mahu atau malas untuk mencari pekerjaan tetapi mereka dahagakan peluang kerja berkemahiran tinggi yang setimpal dengan bidang pengajian dipelajari.\u201cKementerian Sumber Manusia juga melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) perlu bertindak dengan lebih efektif dalam memperbanyakkan program \u2018job-matching\u2019 supaya lebih ramai anak muda peroleh pekerjaan berkualiti, berkemahiran tinggi,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:55pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264459/berita/sukan/kbs-perhalusi-langkah-perkenal-e-sukan-di-sekolah", "article_title": "KBS perhalusi langkah perkenal e-sukan di sekolah", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang memperhalusi langkah memperkenalkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai antara aktiviti sukan di peringkat sekolah.Menterinya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, perkara itu masih di peringkat awal dengan mengambil kira keperluan serta potensi e-sukan dapat diperkembangkan secara meluas di premis pendidikan tersebut.\"Saya faham dengan adanya e-sukan digazetkan sebagai antara 103 sukan sudah tentu akan ada perbincangan di peringkat akar umbi untuk wujudkan pertandingan kecil membabitkan sukan itu di sekolah.\"Penyenaraian e-sukan sebagai satu sukan merupakan pengiktirafan penting. Namun kita tak boleh pastikan sukan ini boleh masuk di semua sekolah kerana bukan semua sekolah merupakan juara dalam e-sukan,\u201d katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) di Hab ESI, di Puchong dekat sini pada Selasa.Hannah berkata, langkah memperkenalkan e-sukan dalam masa sama akan diperbanyakkan dengan penganjuran pelbagai kejohanan setelah e-sukan disahkan membuat penampilan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.Terdahulu, NESDEG dilancarkan secara rasmi sebagai panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri e-sukan.Enam teras utama di bawah NESDEG turut diumum meliputi pelbagai skop penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan iaitu pengurusan kontrak pemain, tadbir urus penganjuran acara dan memantau serta melindungi kanak-kanak.Ia turut membabitkan tatakelakuan dan etika, garis panduan laluan kerjaya serta aplikasi sains dan perubatan sukan dalam e-sukan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264455/berita/nasional/lbs-agih-dividen-saksama-kepada-pemegang-saham", "article_title": "LBS agih dividen saksama kepada pemegang saham", "article_text": "LIM HOCK SANSHAH ALAM - Syarikat pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 2.45 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 (AGM) yang berlangsung sepenuhnya secara dalam talian, hari ini.Pada mesyuarat itu, keputusan sebulat suara meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham (dividen akhir) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.LBS turut mengambil kira dividen interim pertama 1.20 sen sesaham yang diumumkan pada 19 April 2023 menjadikan jumlah dividen LBS tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah sebanyak 2.45 sen sesaham.Dividen interim pertama dan dividen akhir akan dibayar pada 17 Julai 2023 dan 14 September 2023 masing-masing kepada pemegang saham yang tersenarai di dalam Rekod Pendeposit LBS pada 30 Jun 2023 dan 30 Ogos 2023.Tan Sri Lim Hock San bersama barisan ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan LBS Bina di Mesyuarat Am Tahunan (AGM) kali ke 23 yang diadakan secara maya.Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata,pihaknya berbesar hati dengan keputusan AGM dimana kesemua resolusi telah diluluskan dan ingin merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada para pemegang saham di atas sokongan yang diberikan.\u201cLBS turut menjangkakan pasaran hartanah akan berkembang positif dengan peningkatan permohonan pinjaman di samping pelancaran yang lebih strategik dan terancang pada tahun ini.\u201cSusulan dari itu, kami telah melancarkan projek bernilai RM1.4 bilion dan dalam perancangan untuk melancarkan projek dengan nilai anggaran RM2.09 bilion di seluruh Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak. Kami akan terus mengekalkan perspektif yang optimis pada pasaran hartanah,\u201dkatanya dalam satu kenyataan, di sini.Menurutnya, LBS akan menggunakan strategi yang betul selaras dengan situasi pasaran semasa dan akan terus konsisten memainkan peranan di dalam memacu pemulihan pasaran hartanah.\u201cHarapan kami untuk terus mengharungi separuh kedua tahun 2023 dengan meningkatkan nilai pemegang berkepentingan sekaligus berusaha untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang lestari dan membawa LBS ke peringkat yang lebih tinggi,\u201dkatanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:50pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264458/berita/politik/tuduhan-pn-tunggang-agama-bersifat-dangkal---wan-ahmad-fayhsal", "article_title": "Tuduhan PN tunggang agama bersifat dangkal - Wan Ahmad Fayhsal", "article_text": "SHAH ALAM - Tuduhan parti lawan terhadap Perikatan Nasional (PN) menunggang agama adalah satu kebatilan dalam berfikir tentang Islam dan politik, kata Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan itu tidak lain tidak bukan sebagai sifat dangkal menutup kelemahan berfikir yang betul berkenaan politik dalam Islam.\"Lawan politik menuduh PN menunggang agama. Konon bila lawan DAP, lawan UMNO-Kleptokrasi guna dalil al-Quran dan hadis salah, menipu pengundi.\"Ini satu kebatilan dalam berfikir tentang Islam dan politik. Kita diajar untuk menilai lawan dengan adil berlandaskan ilmu dan bukannya hawa nafsu,\" katanya di Facebook pada Selasa.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Machang itu berkata, pendirian melawan DAP atau Lim Kit Siang bukan kerana bangsanya tetapi sifat sifat cauvinisme, anasir dan dakyah yang mereka bawa.Wan Ahmad Fayhsal mendakwa perkara diperjuangkan DAP jelas bertentangan dengan Islam dan identiti negara serta cubaan merungkai asas kenegaraan melalui Deklarasi Setapak, 'Malaysian Malaysia'.Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, pihaknya melawan UMNO-Barisan Nasional (BN) kerana pemimpin utama mereka menipu orang Melayu.\"Ini kerana mereka (UMNO) sanggup bersekongkol dengan pihak yang boleh membuka pintu mafsadah yang lebih besar kepada keutuhan dan kedudukan agama serta bangsa kita,\" ulasnya.Pada 13 Jun lepas, sebuah portal tempatan melaporkan Wan Ahmad Fayhsal membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya menggunakan ayat al-Quran dan hadis untuk meraih sokongan pengundi di Kelantan.Dalam temubual \u2018Keluar Sekejap\u2019 bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau pada ketika itu cuma memikirkan satu formula iaitu \u201cperlu terlihat lebih Pas daripada ahli Pas sendiri\u201d.Selain itu, menerusi hantaran video berdurasi 1 minit 49 saat di Facebooknya, Wan Ahmad Fayhsal menyatakan ketika berhujah atau berpidato membuat pendirian politik khususnya isu-isu Melayu dan Islam, dalil al-Quran hadis, ijtimak, qiyas dan sumber Islam tidak boleh dikesampingkan sama sekali.Jelasnya, ini kerana setiap pendirian hujah, keputusan ada hukum halal dan haramnya.\"Jadi kenapa kita kena tolak Pakatan Harapan, tolak BN dalam pilihan raya, saya tak boleh cakap ikut emosi atau hawa nafsu.\"Saya perlu rujuk dalil yang telah dikeluarkan oleh ulama. Hujah-hujah libatkan ancaman ideologi songsang barat, komunisme dan liberalisme dan semua itu mesti ada sandaran.\"Mesti ada dalil al-Quran dan hadis yang saya perlu jelaskan dalam kempen, itu maksud saya. Semua pemimpin Pas dan Bersatu di mana ijtihad politik kami mestilah berdasarkan dalil-dalil yang kuat,\" ulasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264457/berita/semasa/penghantar-makanan-dipenjara-40-bulan-dua-sebatan", "article_title": "Penghantar makanan dipenjara 40 bulan, dua sebatan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan pada Selasa dihukum penjara 40 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini kerana merompak juruwang di dua kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang.Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Syahir Muhammad Jali, 32, mengaku merompak R. Dhanaletchmi, 44, dan M. Jegatiswaran, 25, masing-masing di Jalan Sultan Azlan Shah Sentul dan Taman Melati Utama, Wangsa Maju antara jam 4 pagi dan 5.35 pagi pada 8 dan 9 April lepas.Antara barang yang dirompak ialah pelbagai jenis rokok, makanan dan minuman yang keseluruhan bernilai RM6,017.96 serta wang tunai RM150.75.Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan serta mengarahkan ia berjalan serentak bermula Selasa.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira jenayah rompak semakin berleluasa di negara ini namun Muhammad Syahir, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana menanggung ibu bapanya yang uzur. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264452/berita/sukan/rtg-jambatan-tze-yong-rebut-slot-olimpik", "article_title": "RTG jambatan Tze Yong rebut slot Olimpik", "article_text": "PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang baru disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) bertekad untuk 'mencuri' satu daripada dua slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.Tze Yong mahu memanfaatkan peluang tersebut bagi memastikan Malaysia memiliki dua wakil perseorangan lelaki di Paris nanti bersama pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia yang turut berada dalam RTG.\u201cSaya perlu mara sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dan separuh akhir pada kejohanan akan datang untuk berada dalam kelompok 16 teratas dunia bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.\u201cSudah tentu harapan supaya saya dan Zii Jia dapat layak ke Olimpik kerana peluang lebih besar jika ada dua wakil. Bagaimanapun, saya percaya ia bukan perkara mudah kerana semua pemain pun akan bersaing untuk ke Olimpik,\u201d katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Selasa.Jawatankuasa RTG pada Isnin mengumumkan Tze Yong serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dimasukkan dalam program tersebut bagi membantu mereka dalam saingan kelayakan ke Olimpik.Tze Yong yang menghuni ranking ke-21 dunia berkata, bantuan yang akan diterimanya selepas ini lebih spesifik bagi membantu dia melakukan proses pemulihan, berbeza berbanding dengan perkhidmatan terdahulu.\u201cSecara jujur, saya tidak sangka dapat masuk dalam RTG kerana sebelum ini mereka kata perlu berada dalam ranking 10 teratas dunia. Saya akan dapat lebih banyak bantuan untuk bantu saya layak ke Olimpik.\u201cSaya akan menerima khidmat sokongan spesifik daripada segi fisioterapi termasuk tukang urut. Sebelum ini, kadang-kadang ia (bantuan) tidak pasti apabila kurang orang pergi (kejohanan).\u201cApabila masuk RTG, akan dapat kelebihan ini. RTG ada pasukan (sokongan) sendiri dan akan pergi ke setiap kejohanan,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264451/berita/nasional/pelaksanaan-projek-skala-kecil-dipercepat---mof", "article_title": "Pelaksanaan projek skala kecil dipercepat - MOF", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan memutuskan pelaksanaan projek-projek berskala kecil di seluruh negara akan dipercepatkan, kata Kementerian Kewangan (MOF).Menurut MOF, kelonggaran turut diberi kepada kontraktor projek kecil dalam urusan perolehan kerja bagi menangani isu prasarana rakyat terutamanya masalah sekolah, jalan berlubang dan klinik daif.Katanya, kerajaan memberi kelonggaran dalam urusan perolehan kerja menerusi kaedah pelaksanaan projek seperti Pengecualian ke atas Arahan Perbendaharaan (AP) 182 kepada semua kementerian atau agensi pelaksana di peringkat negeri dan daerah.\"Had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan serta pembaikan kecil tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).\u201cPengesahan kerja siap boleh dibuat Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.\u201cMewujudkan Pasukan Pemantau Projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa agensi dan pegawai dari pelbagai Jabatan bagi membantu memantau pelaksanaan projek,\u201d kata MOF dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kelonggaran itu berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Disember 2023 bagi memastikan kerja siap dalam tahun semasa.Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun lalu, Kerajaan Perpaduan akan terus berpegang pada prinsip tata kelola baik dalam pentadbiran dan memastikan perolehan kerajaan khususnya melibatkan projek cakna rakyat seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, klinik daif serta jalan berlubang dilaksanakan segera.Sepertimana yang telah diumumkan oleh beliau semasa pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan menekankan usaha mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana rakyat terutamanya sekolah dan klinik daif.Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan kecil daripada kementerian atau agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.\u201cHad nilai sebut harga ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000 manakala secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000,\u201d ujarnya.Dalam pada itu, MOF berkata, bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil daripada pelbagai kelas untuk projek berskala kecil, kerajaan memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara \u2018financial close\u2019 bagi memastikan mereka tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual.Ujarnya, butiran lanjut berkenaan program dan AP 182 boleh dipanjangkan kepada dasar.bpk@mof.gov.my atau hubungi talian 03-8882 3232/4476/3225.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264453/berita/nasional/syarikat-dari-turkiye-dialukan-teroka-peluang-perdagangan-di-malaysia", "article_title": "Syarikat dari Turkiye dialukan teroka peluang perdagangan di Malaysia", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memperkukuh jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Republik Turkiye dan mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di negara ini.Menerusi catatan di Facebook pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen\u2019s Association (MUSIAD) sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 syarikat dari Turkiye.Beliau berkata, Turkiye kekal menjadi satu daripada rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat dan sehingga kini, enam projek pembuatan dengan pelaburan republik itu telah dilaksanakan di negara ini melibatkan jumlah pelaburan bernilai AS$123.2 juta (RM429.2 juta).\"Pada tahun 2022, Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kalangan negara Asia Barat dengan perdagangan dua hala berjumlah AS$4.62 bilion (RM20.25 bilion),\u201d katanya.Pada majlis itu, Anwar turut bertemu dengan Duta Republik Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, Naib Pengerusi MUSIAD Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysi,a Sabri Yardimci.Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan wakil daripada agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264448/berita/semasa/bekas-penuntut-kolej-terlepas-hukuman-mati", "article_title": "Bekas penuntut kolej terlepas hukuman mati", "article_text": "PUTRAJAYA - Seorang bekas penuntut kolej yang sebelum ini dihukum mati kerana melemaskan bayi lelaki yang baru dilahirkannya di dalam mangkuk tandas asrama enam tahun lepas menangis apabila dibebaskan serta-merta oleh Mahkamah Rayuan, di sini pada Selasa.Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Nur Izzati Adi, 26, yang memohon pertuduhan lebih ringan iaitu daripada membunuh kepada menyebabkan kematian.Nur Izzati kemudian mengaku bersalah dan panel itu menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadapnya yang bermula dari tarikh tangkap iaitu 30 Mac 2017.\"Perayu dibebaskan serta-merta hari ini dan saya arahkan warden penjara untuk membuka gari perayu dan perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,\u201d kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan.Pada 10 April 2017, Nur Izzati didakwa membunuh mangsa di tandas asrama perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam pada 5.20 petang 30 Mac 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Mokhzani Faris Mokhtar berkata AGC telah menawarkan pertuduhan di bawah Seksyen 309A Kanun Keseksaaan dan boleh dihukum mengikut Sekyen 309B kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda kepada Nur Izzati.Peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif, yang mewakili tertuduh, mengesahkan perkara itu dan mencadangkan hukuman penjara sembilan tahun bermula dari tarikh Nur Izzati ditangkap.Mohammed Mokhzani Faris tidak membantah tempoh hukuman penjara itu.Selepas prosiding, Nur Izzati yang sebelum ini ditahan di Penjara Pokok Sena dilihat berpelukan dengan ahli keluarganya.Pada 14 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman mati selepas Nur Izzati didapati bersalah membunuh bayi lelaki berkenaan.Dia kemudian mengemukakan representasi kepada AGC pada 11 April lepas bagi meringankan hukuman terhadapnya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:24pm"} {"author_name": "MUKHRIZ MAT HUSIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264446/berita/nasional/khazanah-tidak-terlibat-rundingan-kidzania-singapura---sim-leisure", "article_title": "Khazanah tidak terlibat rundingan Kidzania Singapura - Sim Leisure", "article_text": "SHAH ALAM - Pemaju dan pengendali taman tema tersenarai di Singapura, Sim Leisure Group menjelaskan bahawa Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak pernah terlibat dalam rundingan melibatkan pembelian aset KidZania Singapura.Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sim Leisure, Datuk Sim Choo Kheng berkata, kumpulan itu sebaliknya melakukan urusan tersebut melalui prosedur pelikuidasi secara langsung.\u201cKhazanah tidak pernah terlibat dalam proses (pembelian) itu. Memandangkan aset itu berada di tangan pelikuidasi Singapura, semua urusan Sim Leisure Group adalah melalui pelikuidasi,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.Dalam pada itu, ujar Choo Kheng, Sim Leisure Group mengambil risiko besar berkaitan dengan bidaan aset berkenaan susulan tidak dapat memeriksanya secara fizikal kerana negara itu berada dalam sekatan dan mereka tidak boleh melakukan perjalanan, jadi keadaan aset KidZania Singapura dan kos pengubahsuaiannya tidak diketahui pada masa itu.\u201cSim Leisure Group masih perlu mendapatkan pajakan daripada pemilik bangunan, Sentosa Development Corporation. Tanpa pajakan, aset itu akan menjadi berlebihan.\u201cMemandangkan aset tersebut adalah aset tidak alih, ia tidak boleh dipindahkan ke bangunan lain dan oleh itu hanya mempunyai satu kegunaan.Menurutnya, Sim Leisure Group masih perlu mendapatkan perjanjian lesen daripada pemberi lesen KidZania Mexico.\u201cMasih terdapat ketidakpastian besar pada masa berapa lama Covid-19 akan bertahan. Akibat daripada perkara di atas pelaburan yang dibuat ke dalam aset mungkin tidak pernah direalisasikan,\u201d ujarnya.Khazanah dan Boustead Holdings Bhd dilaporkan telah menjual KidZania Singapore yang telah ditutup operasi perniagaannya kepada Sim Leisure Group Ltd yang disenaraikan di Singapura pada harga S$110,000.KidZania Singapore, yang dibuka pada April 2016 di Pulau Sentosa, Singapura, ditutup pada 2020, selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.Theme Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah, memiliki 80 peratus pegangan dalam Rakan Riang Pte Ltd (Rakan Riang Singapore), yang mengendalikan Kidzania menerusi usaha sama dengan Boustead Curve - anak syarikat Boustead Holdings.Dipercayai bahawa Khazanah dan Boustead pada awalnya menyuntik sebanyak SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek tersebut.Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan Khazanah Nasional Bhd berhubung penjualan Kidzania Singapore pada harga yang terlalu rendah.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:18pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264450/berita/hiburan/hafidz-roshdi-sahkan-hanya-sekali-lafaz-cerai-terhadap-shuhada", "article_title": "Hafidz Roshdi sahkan hanya sekali lafaz cerai terhadap Shuhada", "article_text": "SHAH ALAM \u2013 Pelakon, Hafidz Roshdi membuat penafian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, bahawa dia telah membuat dua lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.Sebaliknya, pelakon drama \u2018Tundukkan playboy itu\u2019 berkata, hanya satu lafaz talak dibuat kepada Shuhada selaku defendan, pada Februari lalu.Semasa memberi keterangan di hadapan hakim syarie, Siti Rahmah Hussin dalam prosiding pengesahan lafaz cerai, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, selaku plaintif berkata, cerai itu dibuat dalam keadaan waras dan sihat berserta niat.\u201cSaya menafikan telah menceraikannya pada jam 12.29 tengah hari, 22 Januari kerana lafaz cerai menggunakan WhatsApp itu bukan menggunakan nombor atau telefon bimbit saya.\u201cHanya satu perkataan cerai terhadap defendan dibuat melalui panggilan telefon iaitu \u2018saya ceraikan awak talak satu, Nurul Shuhada Mat Shukri\u2019 pada jam 11.40 malam 22 Februari lalu,\" katanya.Dalam prosiding tersebut, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.Bagaimanapun, ketika pemeriksaan balas oleh peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf yang mewakili defendan mencadangkan, telefon bimbit Hafidz hilang bermula 22 Januari hingga 3 Februari lalu.Hafidz: Tidak setuju.Nurfarhana: Encik telah gunakan telefon adik untuk berkomunikasi dengan Shuhada.Hafidz: Tidak setuju.Nurfarhana: Encik tahu, \u2018WhatsApp\u2019 menggunakan nombor telefon itu milik siapa?Hafidz: Milik adik saya.Nurfarhana: Berapa umurnya?Hafidz: 12 tahun.Sementara itu, hakim syarie menasihati Hafidz supaya berkata benar memandangkan isu lafaz cerai merupakan hukum ALLAH.Hakim syarie: Ini menyentuh hukum ALLAH, jadi encik nafikan mesej itu daripada encik?Hafidz: Saya nafikan.Hakim syarie: Ini berkenaan hukum syarak, kita kena adil, jika disabitkan jatuh talak, maka terputuslah hubungan, encik kena bercakap benar, jadi \u2018WhatsApp\u2019 itu bukan daripada encik?Hafidz: Betul, bukan daripada saya.Sementara itu, Shuhada mengulangi pendirian bahawa suaminya itu telah menceraikannya sebanyak dua kali iaitu pada 22 Januari menerusi aplikasi 'WhatsApp' sementara pada 22 Februari lalu menggunakan panggilan telefon.Semasa pemeriksaan balas oleh Nurfarhana, Shuhada berkata, dalam lafaz pertama, Hafidz menaip \"saya lepaskan awak\" menggunakan telefon lain.Dia yang pernah mengusahakan perniagaan biskut berkata, suaminya itu menggunakan \u2018WhatsApp\u2019 orang lain kerana telefonnya hilang.\u201cSaya telah mengesahkan perkara itu selepas berhubung dengan adik perempuan Hafidz.\u201cSaya dan suami telah berkomunikasi bermula 2 Januari hingga 3 Februari dengan menggunakan telefon adiknya, bukan sahaja menerusi mesej malah menggunakan panggilan telefon,\u201d kata ibu kepada dua anak itu.Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 Julai depan bagi keputusan pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut.Sebelum ini, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz telah melafazkan cerai sebanyak dua kali iaitu pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, tiga tahun.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264445/berita/politik/prn-amanah-guna-formula-perpaduan-tawan-kedah", "article_title": "PRN: Amanah guna formula perpaduan tawan Kedah", "article_text": "SUNGAI BULOH - Parti Amanah akan menggunakan formula \u2018perpaduan\u2019 bagi mendukung rakan-rakan politiknya dalam Kerajaan Perpaduan untuk bersama-sama merampas Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata naib presidennya, Adly Zahari.Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, beliau yakin melalui formula perpaduan dan kesepakatan Amanah serta rakan-rakan parti politiknya dalam Kerajaan Perpaduan, peluang untuk merampas negeri Kedah adalah besar.\"Saya yakin formula perpaduan ini boleh memberikan banyak ruang bukan sahaja pertahankan tiga negeri (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) malah ambil kembali Kedah, dan dalam masa yang sama menang di Kelantan dan Terengganu,\u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (program RPEL) dan Sijil PERHEBAT, kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Jubli Perak, Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, di sini.Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan antara Khairy Jamaluddin dengan pemimpin utama Kerajaan Perpaduan serta Perikatan Nasional, Adly berkata, ia adalah cara terbaik untuk menentukan masa depan dan karier politik bekas Menteri Kesihatan berkenaan.\"Terpulang kepada beliau (Khairy) untuk memilih parti yang mana ingin disertainya. Kerajaan Perpaduan memiliki kelebihan tersendiri kerana amalan mengambil kira pandangan daripada semua pihak.\"Saya berpandangan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat baik kerana ia memgambil kira semua pandangan dan semangat perpaduan sejak dari awal,\u201d katanya.Masa depan karier politik Khairy kembali diperkatakan selepas media tempatan melaporkan mengenai kehadiran bekas Menteri Kesihatan itu dalam perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Anwar.Kehadiran Khairy dalam perbincangan bersama beberapa tokoh perniagaan dan pakar ekonomi, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu menimbulkan persoalan sama ada beliau memilih untuk bersama Kerajaan Perpaduan, selepas dipecat daripada UMNO pada 27 Jan lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264443/berita/sukan/azeem-dibenarkan-pulang-jalani-latihan-pusat-di-malaysia", "article_title": "Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia", "article_text": "PELARI pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dibenarkan pulang ke tanah air untuk menyertai kem latihan kontinjen negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 23 September hingga 8 Oktober ini.Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim mengesahkan khabar berkenaan berkata, atlet berusia 19 tahun itu akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.\"Azeem akan balik berlatih di sini dalam masa terdekat. Kita belum pasti tiket penerbangan pulang bila tapi kita harap dia bersama-sama kontinjen ke Bangkok.\"Azeem dapat lampu hijau daripada universitinya ke Bangkok, dan akan terus ke Sukan Asia,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2023 di sini pada Selasa.Muhammad Azeem yang sudah lima bulan berpangkalan di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn dilaporkan berkemungkinan kembali ke tanah air untuk menyertai kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai.Mengulas mengenai pemilihan atlet ke Sukan Asia di Hangzhou, Norhayati berkata, pihaknya masih menunggu keputusan akhir mengenai jumlah sebenar atlet yang akan menggalas cabaran negara di temasya empat tahun sekali itu.Beliau berkata, setakat ini seramai 21 atlet olahraga disenaraikan ke Sukan Asia iaitu lima atlet dalam Kategori A manakala selebihnya Kategori B.\"Itu hanya jangkaan awal dan kita berharap ada pertambahan atlet selepas Kejohanan Olahraga Asia,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:08pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264439/berita/politik/umno-negeri-sembilan-jangka-selesai-lancar-jentera-minggu-ini", "article_title": "UMNO Negeri Sembilan jangka selesai lancar jentera minggu ini", "article_text": "SEREMBAN - Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) UMNO di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diwakili parti itu ketika ini dijangka selesai dilancarkan minggu ini.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, hanya lima kerusi DUN yang masih belum dilancarkan.\"Pelancaran jentera ini sebagai persiapan awal kita bagi menghadapi PRN dan selepas ini UMNO pula bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan turun ke DUN yang akan diwakili gabungan itu.\"Pada saya penting untuk siapkan jentera kita (UMNO) dahulu dan apabila jentera kita sepenuhnya dapat penjelasan dan pemahaman tentang lanskap politik baharu antara BN dan PH ini baharulah kita gabungkan jentera kita bergerak bagi hadapi PRN,\" katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Bagaimanapun katanya, dalam siri jelajah PRN diadakan, ada pemimpin PH di kawasan DUN berkenaan telah pun hadir sebagai jemputan dan ia merupakan satu perkembangan yang baik.Jelasnya, jelajah itu juga diadakan bertujuan memberi penerangan terhadap isu-isu semasa yang menjadi persoalan akar umbi.Selain itu beliau juga yakin sokongan daripada jentera parti itu tidak berkurang pada PRN meskipun pelbagai sentimen negatif diwujudkan hasil kerjasama yang dibentuk dengan PH.\"Bila kita dah buat penjelasan, saya tengok maklum balas diterima amat memuaskan dan kerana itu di setiap DUN yang saya pergi tidak kurang 500 orang kehadiran dan ada melebihi 1,000.\"Saya lihat semangat dan ikatan solidariti jentera kita masih kuat. Cumanya ada satu atau dua yang perlu kita jelaskan lebih lanjut yang mana agak kurang jelas sedikit mengenai lanskap politik baharu sekarang,\"katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 05:00pm"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264444/berita/semasa/jenazah-mangsa-rentung-dikebumi-selepas-bedah-siasat---polis", "article_title": "Jenazah mangsa rentung dikebumi selepas bedah siasat - Polis", "article_text": "KULIM - Jenazah pemandu rentung dalam kebakaran kereta di Jalan Kulim-Baling, dijangka dikebumikan pada Selasa setelah proses bedah siasat selesai.Mangsa, Abdul Muslim Abdul Halim, 27, dilaporkan meninggal dunia setelah gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya terbabit kemalangan sebelum terbakar kira-kira jam 2.20 petang pada Isnin.Kemalangan turut melibatkan isteri mangsa, Umi Kalsom Daud, 28, dan dua anak berusia tiga dan empat tahun, yang dilaporkan parah serta masih menerima rawatan di Hospital Kulim.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, jenazah Abdul Muslim kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi proses bedah siasat.\"Sebaik selesai, jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Makmur di sini pada hari ini,\" jelasnya ketika ditemui media semasa Program 'Community Engagement' Bersama Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Kulim Golf & County Resort pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pemandu rentung manakala isteri dan dua anak parah apabila kereta dinaiki keluarga itu terbakar dalam kemalangan.Kesemua mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling.Bagaimanapun, siasatan awal polis mendapati kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sehingga menyebabkannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Baling ke Kulim.Akibat pertembungan itu, kenderaan yang dinaiki mangsa telah terbakar dan memerlukan bantuan pasukan bomba untuk memadamkan kebakaran.Mayat kemudiannya ditemukan dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu selepas bomba berjaya memadam api.Sementara itu, dalam Program 'Community Engagement' Bersama Ketua Polis Kedah, seramai 150 orang terdiri daripada imam masjid, pengerusi kuil dan badan bukan kerajaan hadir bagi menyuarakan isu semasa kepada pihak berkuasa.Peserta turut memberikan cadangan dalam usaha membanteras jenayah dan masalah sosial di Daerah Kulim selain mendapat peluang berinteraksi secara langsung daripada Ketua Polis Kedah.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:58pm"} {"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264440/berita/nasional/beri-lebih-kuota-benih-padi-kepada-lpp-ppn-glc", "article_title": "Beri lebih kuota benih padi kepada LPP, PPN, GLC", "article_text": "ALOR SETAR - Kerajaan harus memastikan pengeluaran benih padi oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) serta syarikat milik kerajaan (GLC) diberikan lebih kuota bagi mencapai kualiti padi yang ditetapkan.Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu juga dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang krisis luar jangka.Menurutnya, bagi memastikan keperluan benih padi dalam negara mencukupi dan berkualiti untuk dibekalkan kepada petani, loji benih padi bawah kelolaan LPP, PPN atau GLC harus dipertingkatkan.\u201cSekurang-kurangnya 30 peratus daripada keperluan benih padi dalam negara perlu disediakan oleh LPP, PPN dan GLC setiap tahun.\u201cSetakat ini, benih-benih yang disediakan empat loji bawah GLC termasuk Felcra Berhad tiada rekod buruk dan sentiasa mengikut penyeliaan Jabatan Pertanian,\u201d katanya di sini pada Selasa.Mahfuz berkata, aspek lain termasuk komitmen penguatkuasaan Kawalselia Padi dan Beras untuk menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan pembekal sedia ada yang membekalkan benih tidak berkualiti.\u201cKesemua perkara itu harus diberikan perhatian sekiranya kita mahu hasilkan benih padi berkualiti seterusnya tingkatkan hasil padi,\u201d ujarnya.Sebelum ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) mendakwa kualiti sebahagian benih padi yang dibekalkan kepada pesawah berada pada tahap mengecewakan, selain kesal kerana isu benih padi sudah lama berlarutan namun gagal diselesaikan agensi kerajaan terlibat.Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz turut mengumumkan sebuah loji benih padi bawah PPN dan LPP akan dibina di Kubur Panjang, Pendang.Mahfuz (kanan) beramah mesra bersama ahli PPK Kuala Nerang.\u201cUntuk pastikan supaya bekalan benih mencukupi dan berkualiti, loji benih baharu ini dijangka dapat membekalkan kuota benih dalam Jun tahun depan, kita akan mohon kepada kementerian untuk diberikan kuota pembekalan.\u201cLoji tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh empat bulan lagi. Kita akan segera dapatkan surat kelulusan daripada pelbagai pihak untuk pastikan loji dapat beroperasi mengikut jadual,\u201d jelasnya.Mahfuz berkata, kos pembinaan loji benih di Kubur Panjang mencecah RM9 juta setakat ini dan dibangunkan atas tanah seluas 350 hektar.\u201cTanah berkenaan milik LPP dan tapak tersebut asalnya adalah kilang beras milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), yang diambil alih untuk melaksanakan projek benih padi sah.\u201cLokasi ini merupakan paling tinggi kapasiti berbanding semua ladang benih sedia ada termasuk di Selangor,\u201d katanya.Sebelum itu, Mahfuz mengadakan lawatan sesi pertama selama tiga hari ke PPK Pokok Sena, Kuala Nerang, Naka, Gurun, Sik, Kuala Ketil serta Padang Serai bagi mendengar permasalahan pesawah di setiap kawasan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:55pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264437/berita/semasa/padah-tunggang-motosikal-tanpa-sebarang-dokumen", "article_title": "Padah tunggang motosikal tanpa sebarang dokumen", "article_text": "KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki etnik Rohingya bersama anak perempuannya menunggang motosikal tanpa sebarang dokumen yang sah mengundang padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) di sini, pada Selasa.Lelaki berusia 40-an itu yang membonceng anak perempuan berusia lapan tahun dalam keadaan tangan berbalut mendakwa anaknya patah tangan selepas terjatuh ketika bermain di taman permainan.Lelaki itu turut mendakwa kali pertama menunggang motosikal dipinjam daripada rakannya untuk membawa anaknya itu ke klinik bagi rawatan susulan.\"Saya mahu hantar anak ke klinik, motosikal itu saya pinjam daripada rakan,\" katanya.Dua beranak itu antara 54 warga asing yang ditahan dalam Op Pewa dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.Sebanyak 207 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam operasi yang dilaksanakan di Kepong dan Batu Muda dekat sini pada Selasa.Timbalan Pengarah JPJ WPKL, Erick Jusiang berkata, operasi itu diadakan berdasarkan risikan setelah mendapati pelbagai kesalahan dilakukan pemandu warga asing terutama bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.\"Kita memfokuskan kepada kenderaan perdagangan seperi lori sampah, lori barangan, lori \u2018Roro\u2019, motosikal roda tiga serta kenderaan milik warga tempatan yang disewa dan yang dikendalikan oleh warga asing untuk aktiviti perniagaan.\"Dalam operasi itu, kita telah menyita 15 lori, 22 motosikal dan masing-masing sebuah kereta serta forklif telah disita,\" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ WPKL, di sini, pada Selasa.Beliau berkata, warga asing yang tidak memiliki lesen memandu dan lesen kenderaan barangan akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 26(1) (Lesen-lesen memandu) dan Seksyen 57 (Lesen vokasional) bagi kenderaan barangan dan kenderaan pekerja) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\"JPJ WPKL menegaskan kepada semua pemilik kenderaan berdaftar agar tidak membenarkan warga asing memandu kenderaan milik mereka tanpa lesen dan menyalahgunakan lesen kenderaan motor (LKM) bagi tujuan perniagaan,\" katanya.Beliau berkata, operasi tersebut turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia.\"Jabatan Imigresen Imigresen turut menahan 54 warga asing berumur antara 35 dan 45 tahun atas beberapa kesalahan Imigresen.\u201cMereka yang ditahan ialah 13 warga Bangladesh, 10 warga Pakistan, 10 warga India, 12 warga Myanmar dan sembilan warga Indonesia. Mereka telah dibawa ke ibu pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut,\u201d katanya.Erick berkata, pihaknya telah melakukan sebanyak 11 Ops PeWA sejak Januari sehingga Jun lalu.\u201cSepanjang operasi ini dilaksanakan, sebanyak 1,513 pemeriksaan kenderaan telah dilakukan, 231 kenderaan telah diambil tindakan dan sejumlah 564 notis telah dikeluarkan yang melibatkan pemandu warga asing,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264434/berita/sukan/pkbm-dapat-tabik-hormat-anjur-acc-2023", "article_title": "PKBM dapat 'tabik hormat' anjur ACC 2023", "article_text": "PENGANJURAN Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berakhir di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan, pada Isnin menerima maklum balas positif daripada kesemua negara bertanding.Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, penganjuran ACC itu turut disertakan 'tabik hormat' kepada Malaysia selaku tuan rumah oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).\"Syukur Alhamdulillah apabila kita sekali lagi berjaya menganjurkan ACC selepas 2018. Selaku Presiden, saya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran ACC kali ini bermula hari pertama hingga hari terakhir.\"Saya juga berjumpa dengan presiden dan juga wakil persekutuan berbasikal daripada beberapa negara lain yang mana mereka gembira dengan apa yang kita lakukan sepanjang enam hari ACC berlangsung,\u201d katanya dalam kenyataan, pada Selasa.Penganjuran ACC 2023 bermula 14 Jun lepas, melibatkan penyertaan hampir 500 pelumba termasuk kira-kira 60 pelumba para daripada keseluruhan 17 negara termasuk Malaysia.Selain Jepun, Korea Selatan dan China yang dilabel gergasi Asia, antara negara lain yang mengambil bahagian termasuk Taiwan, India, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Indonesia, Singapura dan Laos. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:45pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264438/berita/politik/dakwaan-warlord-umno-sertai-pn-hanya-propaganda-pembangkang", "article_title": "Dakwaan 'warlord' UMNO sertai PN hanya propaganda pembangkang", "article_text": "ALOR SETAR - UMNO Kedah menyifatkan dakwaan 10 'warlord' atau 'panglima perang' UMNO akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum pilihan raya negeri (PRN) sebagai satu propaganda pembangkang.Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, persepsi yang dicetuskan tersebut bertujuan untuk meraih sokongan rakyat terutamanya pengundi muda menjelang PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi.Menurutnya, tidak ada kelibat 'warlord' parti tersebut di Kedah yang menyertai PN setakat ini.\"Setakat ini tidak nampak, tidak ada di Kedah. Saya fikir mana-mana organisasi parti politik akan ada musim di mana ada yang keluar dari parti atau dikenakan tindakan dan mereka bawa diri. Bukan sahaja UMNO pergi ke parti lain, tapi dari parti lain ke UMNO pun ada terjadi.\"Contohnya, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyertai Majlis Ulama UMNO.\"Jadi, tidak perlu guna persepsi untuk pilihan raya kerana pada akhirnya rakyat akan pilih sama ada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) atau PN,\" katanya pada sidang akhbar dekat sini pada Selasa.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan PN akan mengumumkan senarai nama 10 'panglima perang' atau 'warlord' UMNO yang disisihkan untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.Sementara itu, mengulas persiapan BN dan PH negeri Kedah menghadapi PRN di negeri ini pula, Mahdzir menjelaskan, perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan telah pun diadakan pihaknya.Menurutnya, BN dan PH kedah akan memfokuskan kepada program bersasar dan bersesuaian agar dapat dijalankan kepada semua kumpulan sasaran.\"Kita kena ambil kira semua kumpulan, apa yang sesuai untuk anak muda, pesawah, nelayan, penoreh getah dan lain-lain... kita tengok apa program bersesuaian di tempat masing-masing sebab kawasan juga ada 'multiracial' ada Melayu, Cina, India dan Siam, jadi kena ambil kira semua itu,\" ujar beliau.Tambahnya, bagi nama-nama calon parti yang akan bertanding pada PRN, perkara tersebut sedang disusun dan akan diserahkan kepada presiden parti untuk dimuktamadkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:42pm"} {"author_name": "NOZINA YAHAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264433/berita/sukan/tiada-penambahan-pemain-nsfc-pada-jendela-perpindahan-kedua", "article_title": "Tiada penambahan pemain NSFC pada jendela perpindahan kedua", "article_text": "KELAB Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mengumumkan tiada penambahan pemain bagi jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.NSFC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada bakat baharu skuad Piala MFL (B-23) membuktikan kebolehan pasukan.Selain itu, NSFC juga mencapai persetujuan bersama pemain import dari Brazil, Vinicius Leonel Da Silva untuk menamatkan kontraknya lebih awal selepas menerima laporan prestasi kurang memuaskan daripada Ketua Jurulatih, K Devan.\"Pihak pengurusan NSFC sedia maklum berkenaan prestasi terkini pasukan yang kini menduduki tangga kesembilan. Sejak 2021, kelab memberikan kuasa penuh kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan berkenaan pemilihan pegawai teknikal dan pemain tanpa campur tangan mana-mana pihak.\"Pengagihan tanggungjawab yang sama juga membolehkan pasukan NSFC menduduki tempat keempat liga pada musim lepas. Pihak kelab mengakui persediaan pasukan bagi tahun ini agak lewat kerana kekangan kewangan dihadapi bagi musim 2023,\u201d menurut kenyataan itu.Bagaimanapun, pihak kelab sedaya upaya berusaha memastikan NSFC dapat menampilkan lima pemain import walaupun pada awalnya keputusan dibuat hanya tiga pemain import sahaja.Skuad Jang kini mempunyai empat pemain import iaitu Anselmo Arruda da Silva dari Brazil; Levy Clemen Madinda dari Gabon (pemain tengah); Mark Herold Goulon dari Perancis (pertahanan) dan Muhammad Safuwan Baharudin dari Singapura (pertahanan).Setelah mengharungi 14 perlawanan saingan liga musim ini, NSFC menghuni tangga kesembilan dengan 18 mata. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264428/berita/sukan/psm-yakin-pertahan-emas-di-sukan-asia", "article_title": "PSM yakin pertahan emas di Sukan Asia", "article_text": "PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) yakin mampu mempertahankan pingat emas acara regu lelaki di Sukan Asia 2022 yang dijadualkan pada 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, China.Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, prestasi dipamerkan skuad negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh bulan lepas yang berjaya menewaskan musuh tradisi Thailand, menjadi kayu pengukur untuk menetapkan sasaran emas itu.\u201cKali ini kami akan cuba sedaya upaya kekalkan emas (Sukan Asia)... bila lihat acara regu berpasukan (Sukan SEA) regu pertama dapat kalahkan regu pertama Thailand namun nasib tidak menyebelahi kita (tewas dua perlawanan berikutnya),\u201d katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pemilihan atlet dan pegawai ke Sukan Asia 2022 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur pada Selasa.Pada Sukan SEA 2023, skuad sepak takraw negara bermula cemerlang apabila regu yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Mohamad Azlan Alias dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menewaskan Jirasak Pakbuangoen, Kritsanapong Nontakote dan Yodsawat Uthaijaronsri 13-21, 21-17, 21-18 pada perlawanan pertama.Bagaimanapun, kecemerlangan regu pertama negara itu gagal diteruskan dua lagi regu sekali gus menyaksikan Thailand menang 2-1.Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas menundukkan Kemboja 3-0.Pada masa sama Mohd Sumali berkata, PSM menyasarkan pingat perak bagi acara regu berpasukan lelaki.Pada edisi 2018 di Indonesia, skuad negara dibarisi Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Norhaffizi Abdul Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias menamatkan kemarau emas sepak takraw selama 24 tahun selepas menewaskan tuan rumah di pentas akhir.Sementara itu, Mohd Sumali tidak menolak kemungkinan PSM akan mengekalkan 70 hingga 80 peratus pemain yang disenaraikan di Sukan SEA 2023 untuk menggalas cabaran negara di Sukan Asia kali ini.Namun katanya, peluang masih terbuka bagi pemain lain untuk disenaraikan dan pihak kejurulatihan akan menilai prestasi pemain yang beraksi di Liga Sepak Takraw (STL) serta Piala Raja Thai, bulan depan.Bagi skuad wanita pula jelas Mohd Sumali, PSM bercadang untuk menghantar pemain beraksi dalam acara regu dan kuadran.Menurutnya, MOM telah menetapkan tarikh akhir penyerahan nama pemain ke Sukan Asia 2022 pada 15 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264430/berita/nasional/jawatankuasa-khas-ditubuh-perkasa-fungsi-hala-tuju-perhebat", "article_title": "Jawatankuasa khas ditubuh perkasa fungsi, hala tuju Perhebat", "article_text": "SUNGAI BULOH - Jawatankuasa khas bagi memperkasakan fungsi dan hala tuju Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) akan ditubuhkan dalam masa terdekat.Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, langkah itu bagi memastikan Perhebat terus proaktif dalam memperkukuh kurikulum dan penyampaian program latihannya, sekali gus menjadi penghubung utama bagi persiapan kerjaya kedua kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\"Jawatankuasa khas ini antaranya akan berfungsi menghubungi bekas tentera dan mengumpul maklumat mereka serta mengemas kini data agar Perhebat dapat menjalankan pemantauan lima tahun pertama (bagi veteran ATM yang telah tamat latihan di Perhebat) secara khusus,\u201d katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiential Learning-RPEL) dan Sijil Perhebat kepada veteran ATM di Dewan Jubli Perak, Kompleks Perhebat, Kem Sungai Buloh, di sini.Adly berkata, jawatankuasa itu juga akan membantu melaksanakan program peningkatan kemahiran dan latihan semula untuk bakal pesara ATM sebagai persediaan menghadapi kerjaya kedua.Sementara itu, Adly berkata, kementerian menerusi Kertas Putih Pertahanan akan terus memberi keutamaan kepada insiatif pembangunan modal insan dan sosioekonomi bakal pesara dan veteran ATM.\"Ini merangkumi penyediaan Program Latihan Peralihan dalam bidang teknikal, vokasional dan keusahawanan sebagai pemangkin kerjaya kedua veteran ATM,\u201d katanya.Menurut Adly, hingga 31 Mei lepas, seramai 5,252 anggota dan pegawai ATM telah memilih pusat latihan dan bimbingan Perhebat sebagai tempat persediaan persaraan mereka.Katanya, sambutan menggalakkan dan peningkatan keyakinan anggota terhadap Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran telah mendorong Perhebat untuk mewujudkan 16 pusat seumpama itu di 10 buah negeri.Terdahulu, Adly menyampaikan diploma dan sijil tamat latihan kepada 606 anggota dan veteran ATM. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:28pm"} {"author_name": "NOZINA YAHAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264426/berita/politik/kon-yeow-dijangka-menghadap-yang-di-pertua-negeri-27-jun", "article_title": "Kon Yeow dijangka menghadap Yang di-Pertua Negeri 27 Jun", "article_text": "BUTTERWORTH - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bercadang untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 27 Jun bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.Kon Yeow berkata, sekiranya semua berjalan lancar, pembubaran DUN dijadualkan pada 28 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\"Kita bercadang 27 Jun ini untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama (Tun Ahmad Fuzi) bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan (28 Jun) untuk memberi laluan kepada PRN,\" katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Senagin, di sini pada Selasa.Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH memenangi 37 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersamanya manakala masing-masing dua dan satu kerusi dimenangi BN dan PAS.Pada PRU15, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, tidak membubarkan DUN masing-masing. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:18pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264490/berita/politik/usah-perkecil-peranan-rakan-gabungan---raja-bahrin", "article_title": "Usah perkecil peranan rakan gabungan - Raja Bahrin", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas kenyataan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berhubung proses agihan kerusi antara parti komponen BN dan PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.Jelas beliau, sikap saling menghormati sesama pihak yang berunding amat diperlukan apatah lagi jika rundingan itu melibatkan sesama rakan gabungan parti.\"Kami bukan mahu mengharap jawatan lantikan tetapi mahu menyumbang dengan cara bermakna dalam PRN terutamanya melibatkan lapan kerusi yang menang dengan majoriti tipis di Terengganu,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut Raja Bahrin, lapan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu ditentukan dengan jumlah majoriti yang tipis iaitu kurang dari 900 undi dimana jika dihitung jumlah undi dimenangi PH lebih besar berbanding majoriti kemenangan.\"Ada juga yang menang dengan bilangan majoriti undi yang rendah misalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil (empat undi), DUN Bukit Besi (46 undi) dan DUN Jabi (55 undi).\"Undi diperoleh PH lebih tinggi daripada majoriti kemenangan UMNO atau Pas sekali gus menunjukkan bahawa peranan parti gabungan lain tidak harus diperkecilkan,\" katanya.Selain tiga DUN itu, Raja Bahrin berkata, lima DUN lagi turut mencatatkan majoriti kemenangan yang tipis (kurang 900 undi) iaitu di DUN Kuala Besut (143 undi), DUN Batu Rakit (299 undi), DUN Ladang (363 undi), DUN Pengkalan Berangan (490 undi) dan DUN Air Putih (746 undi).Dalam pada itu, Raja Bahrin meluahkan keyakinan bahawa parti baharu boleh membantu menjadi 'king maker' atau penentu dalam PRN nanti.\"Berdasarkan majoriti kemenangan tipis yang diperoleh di lapan DUN itu, kita percaya (PH) boleh membantu menjadi 'king maker' jika penglibatan kami dihargai dan tidak direndahkan.\"Semoga kita sama-sama muhasabah jika kita rakan dalam satu bahtera yang menuju ke matlamat sama,\" ujarnya.Sebelum ini, Ahmad berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengukur baju di badan sendiri terutama dari aspek kekuatan jentera, jumlah sokongan dan ahli akar umbi parti itu sebelum meminta jumlah kerusi yang banyak untuk ditandingi di Terengganu.Ujarnya, parti berkenaan juga perlu berlapang dada dengan keputusan agihan kerusi yang telah dicadangkan UMNO Terengganu kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat, baru-baru ini.Katanya, agihan kerusi telah selesai dan beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.Selain itu, Ahmad turut meminta supaya parti komponen yang bertanding dalam PRN di Terengganu perlu menerima hakikat bahawa 'pertarungan' sebenar dalam pilihan raya itu hanya melibatkan dua parti dominan iaitu Pas dan UMNO.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:12pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264420/berita/semasa/klang-catat-ipu-tidak-sihat", "article_title": "Klang catat IPU tidak sihat", "article_text": "SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Klang iaitu 165 setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di kawasan tersebut mencatatkan kadar bacaan IPU tidak sihat iaitu 168 sejak jam 6 pagi Selasa.Sebanyak 50 lokasi mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya di Kemaman (52), Paka (58), Besut (56), Kota Bharu (69), Samarahan (53) dan Kuching (53).Selain itu, sejumlah 17 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Langkawi (42), beberapa daerah di Sarawak seperti Limbang (38) dan Miri (52), diikuti oleh Labuan (15) termasuk di Sabah antaranya Tawau (33), Sandakan (27),Kota Kinabalu (33), Kimanis (15) serta Keningau (35).Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264423/berita/nasional/kkm-bakal-lantik-enam-duta-kenali-ubat-anda-oku", "article_title": "KKM bakal lantik enam 'Duta Kenali Ubat Anda' OKU", "article_text": "PUTRAJAYA - Enam Duta Kenali Ubat Anda akan dilantik dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) bagi memberikan informasi tepat tentang ubat-ubatan kepada golongan OKU penglihatan serta pendengaran dan pertuturan.Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, individu yang dipilih perlu menjalani latihan berstruktur dan komprehensif supaya lebih memahami dan dapat berkongsi maklumat asas mengenai ubat-ubatan kepada komuniti masing-masing.Beliau berkata, duta berkenaan akan bertindak sebagai ejen kesihatan komuniti untuk membantu KKM mendidik komuniti OKU masing-masing.\"Ini merupakan komitmen KKM dalam memastikan semua masyarakat Malaysia mendapat hak dan informasi yang tepat dan sahih tentang kesihatan, terutamanya berkenaan penggunaan ubat secara rasional,\" katanya ketika merasmikan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini pada Selasa.Duta tersebut akan dipilih daripada Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), katanya.\"Duta-duta ini akan berkongsi dengan komuniti masing-masing mengenai kepentingan mengambil ubat berdaftar, cara pengambilan ubat yang betul, cara penyampaian ubat yang betul, waspada pembelian ubat dalam talian dan mendapatkan nasihat ahli farmasi jika ada isu berkaitan ubat-ubatan,\" katanya.Program duta untuk OKU itu adalah susulan kejayaan program Duta Kenali Ubat Anda yang dilancarkan pada 2012 yang melibatkan wakil masyarakat berpengaruh.Sejak pelancarannya, bilangan duta yang dilatih telah meningkat kepada 1,775 orang pada 2022 daripada 145 pada 2012.Siti Huraizah Ruslan, 39, daripada MAB berkata, program itu dapat membantu OKU penglihatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut memandangkan kaunter ubat yang sesak di hospital dan klinik kesihatan membataskan interaksi antara golongan itu dengan ahli farmasi.\"Jadi dengan OKU sendiri dilantik menjadi duta maka itu memudahkan maklumat berkaitan ubat-ubatan disampaikan cepat dan meluas kepada komuniti masing-masing, supaya mereka tahu cara pengambilan yang betul dan selamat,\" katanya.Bagi Presiden MFD, Mohammad Sazali Shaari, 65, berkata, OKU pendengaran dan pertuturan sukar memahami cara pengambilan ubat-ubatan yang pelbagai jenis, memandangkan golongan tersebut hanya mampu membaca.\"OKU pendengaran dan pertuturan sukar untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai ubat-ubatan contohnya tentang cara pengambilan kerana ubat lain mempunyai cara pengambilan yang lain.\"Jadi dengan menjadi duta kepada komuniti, kita dapat mengenali cara penggunaan ubat dengan betul melalui bahasa isyarat,\" katanya.Beliau juga mencadangkan agar jurubahasa isyarat ditempatkan di fasiliti kesihatan bagi melancarkan komunikasi antara petugas kesihatan dengan OKU pendengaran dan pertuturan. - Bernam", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 04:06pm"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264425/berita/semasa/suami-mangsa-dihempap-bumbung-sekolah-masih-trauma", "article_title": "[VIDEO] Suami mangsa dihempap bumbung sekolah masih trauma", "article_text": "SEGAMAT - \"Saya berlari ke rumah jiran selepas dengar dia menjerit namun dapati mangsa telah dihempap bumbung sekolah.\"Demikian luah Arif Budiman, 37, jiran kepada V Mahadevi, 55 yang maut selepas dihempap bumbung sekolah di belakang rumah mereka yang diterbangkan angin kuat di Kampung Tahang Rimau di sini pada malam Isnin.Jelas buruh binaan itu, sebelum kejadian pada kira-kira jam 7 petang, keadaan hujan lebat disertai petir.ArifKatanya, sebaik mendengar jeritan jirannya meminta pertolongan, dia bergegas berlari dan mendapati bahagian dapur rumah jirannya dihempap bumbung sekolah.\"Saya terus bantu tarik mangsa selepas rumah mereka dihempap bumbung sekolah. Ketika itu, mangsa dalam keadaan tertiarap dan tersepit di bahagian pinggang.\"Hujan lebat dan keadaan sangat mencabar. Jiran-jiran datang membantu. Akhirnya kami berjaya menarik mangsa keluar dari runtuhan bumbung sekolah,\" katanya.V Bala menunjukkan keadaan bumbung sekolah yang menghempap rumah kakaknya di Kampung Tahang Rimau.Sementara itu adik mangsa, V Bala, 51, berkata, Mahadevi tinggal di rumah bersama suami P Saravanan, 57, ketika kejadian berlaku.\"Abang ipar beritahu isterinya sempat menjerit meminta tolong sebanyak tiga kali selepas dihempap bumbung sekolah di bahagian dapur rumah mereka.\"Kami sekeluarga masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak. Abang ipar juga masih trauma dan buat masa sekarang tinggal di rumah saudara di sini,\" katanya.Keadaan bumbung Sekolah Menengah Seg Hwa yang diterbangkan angin kuat dalam kejadian pada malam Isnin.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan kejadian.\"Bumbung bangunan Sekolah Menengah Seg Hwa diterbangkan angin dan jatuh menghempap bahagian dapur rumah mangsa yang berada di tepi sekolah tersebut dalam kejadian jam 7.15 malam Isnin.\"Mangsa yang ketika itu berada di ruangan dapur rumahnya tidak dapat menyelamatkan diri dan terperangkap di bawah runtuhan bumbung tersebut.Keadaan bumbung sekolah yang menghempap rumah mangsa di Kampung Tahang Rimau Segamat.\"Mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bumbung oleh suami dan jiran sejurus selepas kejadian. Terdapat kesan luka pada bahagian kepala mangsa akibat daripada insiden ini,\" jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.Menurut Ahmad Zamry, siasatan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:58pm"} {"author_name": "NOZINA YAHAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264421/berita/politik/pertindihan-kerusi-diselesaikan-majlis-perundingan-kerajaan-perpaduan", "article_title": "Pertindihan kerusi diselesaikan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memuktamadkan pertindihan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, akan diselesaikan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat.Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak menjadi satu isu kerana beliau yakin soal pertindihan kerusi antara dua gabungan itu akan diselesaikan secara baik.\"Rundingan akan dilakukan secara dalaman, seterusnya apabila ada keputusan (baki sembilan kerusi) itu yang mana (kerusi) untuk PH dan BN, maka mereka (BN) bebas buat keputusan untuk meletakkan mana-mana parti komponen di kerusi berkenaan, begitu juga PH untuk meletakkan mana-mana rakan parti gabungan,\u201d katanya.Menteri Komunikasi dan Digital itu ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar ConnectASIA 2023 di Royale Chulan Damansara pada Selasa yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman.Fahmi bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi DUN mana yang menjadi pertindihan antara PH dan BN.Ahad lepas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH, namun terdapat pertindihan di sembilan daripada sejumlah 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.Enam negeri yang akan berhadapan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Sementara itu, mengulas dakwaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Kerajaan Perpaduan yang mentadbir Putrajaya ketika ini akan tergugat dan tidak mustahil untuk jatuh sekiranya keputusan PRN di enam negeri memihak kepada Perikatan Nasional, Fahmi menyifatkan ia satu kenyataan yang melanggar titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.\"Sultan Johor dah bertitah, sudah-sudahlah itu (berpolitik). Sebagai orang lama, pemimpin kanan parti, tidak molek beliau berkata begitu, kecuali jika Tuan Ibrahim berhasrat untuk derhaka titah itu lah.\"Lagipun beberapa pemimpin juga sebelum ini dah cakap, saya ulang, ini ialah PRN, apa-apa keputusan di dalam PRN tidak akan memberi kesan kepada sebarang kerusi di peringkat persekutuan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264417/berita/nasional/th-terus-perkukuh-keselamatan-perkhidmatan-digital", "article_title": "TH terus perkukuh keselamatan perkhidmatan digital", "article_text": "KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.TH dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa bermula 1 Julai, TH membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank sendiri sahaja.\"Pendeposit juga hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH,\u201d menurut kenyataan itu.Langkah itu merupakan satu daripada usaha TH dalam memastikan para pendeposit tidak terjerat dalam perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau scammer kerana TH memandang serius terhadap penipuan yang berlaku melibatkan pendeposit melalui perbankan Internet bank-bank rakan strategik TH.\"TH sentiasa cakna dan prihatin akan keselamatan urusan para pendeposit. Justeru, TH akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital TH demi keselesaan para pendeposit,\u201d kata Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamad Ameen Abdul Wahab dalam kenyataan berkenaan.TH juga sentiasa melakukan kemas kini dan memperketat kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat.Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) menerusi talian 03-6207 1919 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:50pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264413/berita/sukan/brm-fc-tarik-diri-liga-kejuaraan-mbsb-bank", "article_title": "BRM FC tarik diri Liga Kejuaraan MBSB Bank", "article_text": "KUALA KANGSAR BRM FC (KK BRM FC) sah menarik diri selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023.Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara itu selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.\u201cKuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.\u201cKita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.\u201cAFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,\u201d katanya.Tambah Mohd Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, perjalanan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023. akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.\u201cMengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:40pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264418/berita/nasional/pameran-hadiah-malaysia-mgpa-diiktiraf-malaysia-book-of-records", "article_title": "Pameran Hadiah Malaysia MGPA diiktiraf Malaysia Book of Records", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pameran Hadiah Malaysia anjuran Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia (MGPA) mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Books of Record (MBOR) sebagai pameran hadiah terbesar di Malaysia.Presidennya, Peh Leong Seng berkata, sebanyak 131 syarikat dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, India dan United Kingdom menyertai acara tiga hari bermula Selasa yang turut disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).\"Prestasi cemerlang ini menjadi bukti kepada sokongan teguh, usaha gigih dan kesungguhan semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian luar biasa ini selama 13 tahun.\"Kita menekankan peranan penting industri hadiah dalam mempromosikan jenama Buatan Malaysia. Malah industri hadiah ini juga mampu menyokong artis dan pengilang tempatan serta memaparkan warisan budaya dan kecekapan Malaysia melalui hadiah yang bermakna.\"Sokongan MGPA terhadap industri hadiah merangsang pengeluaran dan penggunaan produk tempatan selain menggalakkan perdagangan domestik serta memperkasakan perniagaan tempatan,\" katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan dihadiri Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia ke-13, Albert Choong.Dalam pada itu, Albert berkata, pihaknya juga menganjurkan bengkel di Pameran Hadiah Malaysia pada kali ini di mana peserta berpeluang untuk menerokai kreativiti mereka sambil menyumbang kepada golongan memerlukan.Ujarnya, semua hasil daripada bengkel tersebut akan digunakan untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik.Sementara itu, Salahuddin berkata, pihaknya berhasrat untuk memposisikan Malaysia sebagai pusat global bagi industri hadiah selain menarik pembeli dan pelabur antarabangsa.Justeru, beliau menggesa MGPA untuk terus memperjuangkan pertumbuhan industri hadiah dan membina hubungan perdagangan domestik serta antarabangsa yang lebih kukuh.Acara itu menampilkan pelbagai jenis produk baharu antaranya cenderahati, hadiah rekaan khas, pakaian, peralatan & tekstil, trofi, lencana, beg, seramik, elektronik dan perkhidmatan mesin & cetakan.Pameran yang bermula 20 hingga 22 Jun 2023 berkenaan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264415/berita/nasional/hanya-634215-individu-bekerja-sendiri-carum-perkeso", "article_title": "Hanya 634,215 individu bekerja sendiri carum Perkeso", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Hanya 634,215 atau 21.9 peratus individu yang bekerja sendiri telah mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, berdasarkan data terkini sehingga 18 Jun ini, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding bilangan sebenar mereka yang layak mencarum di bawah skim berkenaan.\"Jumlah orang yang bekerja sendiri berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ialah seramai 2.89 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 21.9 peratus daripada mereka mencarum dengan SKSPS.\"Bilangan terbesar yang mencarum adalah daripada sektor perkhidmatan profesional iaitu seramai 32.3 peratus, diikuti pengangkutan barangan dan makanan (17.5 peratus) dan pengangkutan penumpang (13.3 peratus),\" katanya kepada media selepas melawat Pusat Rehabilitasi Perkeso, di sini pada Selasa.Sivakumar berkata, peratus terendah pencarum adalah daripada sektor pemprosesan data iaitu seramai 23 orang, perhutanan seramai 345 orang (0.05 peratus) dan premis penginapan seramai 507 orang (0.08 peratus).\"Mungkin mereka ini tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh mencarum atau mungkin rasa hanya yang mempunyai majikan sahaja yang layak mencarum.\"Boleh jadi juga mereka tidak tahu apakah peranan Perkeso, bagaimana Perkeso boleh bantu mereka dan kebanyakan mereka merasakan tiada perkara buruk yang akan berlaku ke atas mereka, tapi sebenarnya apa-apa sahaja boleh berlaku, bila-bila masa jua,\u201d katanya.Beliau berkata, pihaknya akan melipatgandakan kempen bagi memperkenalkan skim berkenaan demi kebaikan dan keselamatan sosial kumpulan berkenaan.Katanya, sejak dilancarkan pada 1 Jun 2017 di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, SKSPS melindungi orang yang bekerja sendiri dalam 20 sektor pekerjaan dan telah membayar faedah bernilai RM15.5 juta kepada 4,890 orang pencarum.Sementara itu, Pusat Rehabilitasi Perkeso Kuala Terengganu yang merupakan satu-satunya pusat rehabilitasi satelit yang beroperasi di Pantai Timur bagi membantu proses rawatan rehabilitasi Orang Berinsurans telah memberi manfaat rawatan pemulihan kepada 515 orang.Sebanyak 111 daripada mereka yang mendapatkan rawatan telah kembali bekerja sejak ia mula beroperasi pada 28 Jun 2020. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264411/berita/politik/umno-tidak-serius-tuntut-pengampunan-buat-najib---zaid", "article_title": "'UMNO tak serius tuntut pengampunan buat Najib' - Zaid", "article_text": "SHAH ALAM - UMNO disifatkan tidak serius menuntut pengampunan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, mereka dilihat tidak membuat sebarang usaha untuk meyakinkan orang awam mengenai pengampunan diraja itu.Menurutnya, tiada sebarang perincian dibuat mengenai tujuan pengampunan tersebut sama ada wajar atau sebaliknya dan isu tersebut perlu diambil kira untuk menjayakannya selain hanya menyediakan petisyen yang mana ia tidak pernah didedahkan kepada umum.\u201cApa yang jelas, UMNO berdiam diri tentang membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan keputusannya tidak pernah didedahkan.\u201cUMNO sekadar berjanji akan buat segalanya tapi mereka tidak melakukannya, semestinya semua ahli akan percaya kata pemimpinnya membantu Najib.\u201cSebab itu UMNO tidak akan berjaya dalam pilihan raya negeri (PRN) mendatang dan mereka akan bertanya tentang janji UMNO kali ini \u201d katanya menerusi ciapan Twitternya pada Selasa.Zaid mengambil contoh kisah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tidak bersetuju dengan alasan meringankan hukuman penjara 35 tahun ke atas Chelsea Manning yang membocorkan rahsia ketenteraan.Tambahnya, bekas Presiden AS, Gerald Ford mengampuni Richard Nixon kerana mahukan perdamaian nasional, menerima kongres adalah betul dalam mendakwa Nixon tetapi merasakan pengampunan adalah perlu.Selain itu, bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela serta Frederik Willem de Klerk memberikan pengampunan kepada penjenayah semasa Aparteid untuk pembinaan semula negara.Zaid juga menyentuh isu proses pengampunan ketika pendedahan mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.\u201cAlasan itu tidak relevan namun masih boleh digunakan untuk menangkis keputusan kerajaan mengenai pengampunan diraja tersebut,\u201d ujarnya dalam ciapan sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264410/berita/politik/prn-tiada-rundingan-antara-ph-muda---luqman", "article_title": "PRN: Tiada rundingan antara PH, Muda - Luqman", "article_text": "SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Beliau berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi termasuk kawasan yang bertanding.\"Kenyataan Naib Presiden PKR itu adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadinya.\"Saya juga beranggapan ia jelas bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan benar-benar tidak menghormati Muda,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Luqman turut menegaskan bahawa sebarang keputusan atau perkara berkenaan urusan PRN, hanya akan diumumkan oleh Muda bukan PH.Pada Isnin, media melaporkan Amirudin menyatakan Muda akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN ini, selaras dengan persefahaman yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.Bagaimanapun katanya, jumlah kerusi yang bakal ditandingi MUDA mewakili PH pada PRN itu akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.ARTIKEL BERKAITAN:PRN: PH tidak pandang rendah usaha PN mahu tawan SelangorAnwar, Ahmad Zahid akan selesaikan pertindihan kerusi PH, BN", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:24pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264409/berita/semasa/jpj-akan-panggil-pemilik-mclaren-bantu-siasatan", "article_title": "JPJ akan panggil pemilik McLaren bantu siasatan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pemilik kereta mewah, McLaren yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran lain seperti tular di media sosial, baru-baru ini.Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Erick Jusiang berkata, pihaknya akan mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan.\"Kita telah melakukan semakan dan mendapati data kereta McLaren itu tidak sama dalam sistem mySIKAP.\"Kita akan mengeluarkan notis tersebut terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,\" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ WPKL, di sini pada Selasa.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang tampil bersuara untuk menjelaskan kekecohan yang timbul berhubung nombor plat yang digunakan di kereta mewah McLaren yang dikatakan bukan nombor sebenar.Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata, dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada JPJ seperti yang didakwa sebelum ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:23pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264408/berita/nasional/kerajaan-beri-kelonggaran-perolehan-kerja-percepat-projek-rakyat", "article_title": "Kerajaan beri kelonggaran perolehan kerja percepat projek rakyat", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan telah bersetuju memberikan kelonggaran bagi kaedah perolehan kerja bagi semua projek kecil termasuk pengecualian terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 182 kepada semua Kementerian/Agensi Pelaksana sehingga di peringkat negeri dan daerah dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil, kata Kementerian Kewangan.Menurutnya, semua projek kerajaan Persekutuan merangkumi penyelenggaraan dan pembaikan bernilai RM1 juta boleh dilaksanakan terus oleh kementerian dan agensi berkenaan termasuk di peringkat negeri/daerah tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).\"Pengesahan kerja siap boleh dibuat oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat Agensi Pelaksana negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.\"Kelonggaran lain adalah mewujudkan satu Pasukan Pemantau Projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa Agensi atau pegawai daripada pelbagai jabatan bagi membantu memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil memenuhi objektif yang ditetapkan,\u201d kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa.Kelonggaran tersebut berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Disember 2023, ia bagi memastikan kerja-kerja ini siap dalam tahun semasa.Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 telah menekankan usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana rakyat terutamanya projek sekolah dan klinik daif.\"Kerajaan Perpaduan akan terus mempertegak dan berpegang pada prinsip tatakelola yang baik dalam pentadbiran.\"Pada masa yang sama, kerajaan akan terus memastikan perolehan kerajaan khususnya melibatkan projek-projek cakna rakyat seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah daif, klinik daif, jalan-jalan berlubang akan dilaksanakan pada kadar segera,\u201d katanya.Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan turut bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dilaksanakan oleh semua kementerian/agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.Bagi tujuan ini, had nilai sebut harga perolehan kerja ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000 dan had perolehan secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000.Dalam pada itu, kerajaan turut memberikan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil dari pelbagai kelas untuk sama-sama terlibat dalam melaksanakan projek berskala kecil, ia memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara \"financial close\u201d.\"Ini bagi memastikan kontraktor tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual. Butiran lanjut berkaitan program ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,\u201d katanya.Bagi pertanyaan lanjut berkenaan AP182 boleh diajukan kepada dasar.bpk@mof.gov.my atau hubungi di talian 03-8882 3232/4476/3225. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264407/berita/nasional/rm500-juta-diperuntuk-melalui-ikr-baik-pulih-projek-kecil---rafizi", "article_title": "RM500 juta diperuntuk melalui IKR, baik pulih projek kecil - Rafizi", "article_text": "PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukan sebanyak RM500 juta melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha membantu orang ramai melalui penambahbaikan insfrastruktur kecil awam.Menterinya, Rafizi Ramli berkata, IKR membolehkan rakyat memaklumkan secara terus mengenai keperluan projek infrastruktur kecil awam di kawasan kediaman masing-masing kepada Kementerian Ekonomi dengan kos projek tidak melebihi RM200,000.Melalui peruntukan tersebut, Rafizi berkata, IKR dijangka memanfaatkan sekurang-kurangnya 2,500 projek kemudahan rakyat di seluruh negara.Ia antaranya termasuk projek baharu dan baik pulih kemudahan asas awam seperti tandas, surau atau lif yang tidak melebihi jumlah yang ditetapkan, tambah Rafizi.\u201cTetapi kita harapkan permohonan yang masuk akal, misalnya RM50,000 (kos projek). Jadi itu akan memanfaatkan jauh lebih baik (bilangan) projek.\u201cIa juga bergantung kepada tempat-tempat dan projek. Kalau boleh kita gandakan (2,500 projek), kita jangka 5,000 projek seluruh negara dalam tempoh dua atau tiga bulan ini,\u201d katanya di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan IKR.Jelas Rafizi lagi, IKR merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).Pelaksanaan IKR juga, jelas beliau bertujuan membantu kontraktor-kontraktor kecil seluruh negara yang akan mendapat manfaat daripada projek-projek terbabit. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 03:09pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264405/berita/nasional/tidak-timbul-soal-ancaman-kedaulatan-bila-rohingya-sambung-belajar", "article_title": "'Tidak timbul soal ancaman kedaulatan bila Rohingya sambung belajar'", "article_text": "PUTRAJAYA - Soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam negara.Ini kerana kata Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai sebuah negara bertamadun, Malaysia diharap untuk membantu pelarian.\"Dalam konteks ini, Qatar menyediakan sumbangan untuk pelarian Rohingya,\" katanya menerusi sidang akhbar sempena Program Semarak Siswa Madani di sini pada Selasa.Menurutnya, KPT tiada halangan untuk memberi tempat kepada golongan itu sekiranya mereka benar-benar layak.\"Kita tahu masa depan mereka bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu ataupun tidak,\" katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan segelintir pihak selepas Rohingya diberi peluang untuk menyambung pengajian di universiti tempatan.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipilih sebagai institusi yang akan mendaftarkan pelarian Rohingya sebaik sahaja program pengajian diwujudkan.Peluang pengajian tinggi untuk Rohingya ini dibiayai oleh derma AS$50 juta daripada Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum 2020.Mohamed Khaled berkata, penempatan pelarian Rohingya sebagai mahasiswa tidak tertakluk kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja.\"Kalau hendak masuk universiti, mereka sememangnya pandai dan layak. Ia tidak semestinya IPTA tetapi boleh juga swasta (IPTS),\" katanya.Dalam majlis tersebut, Mohamed Khaled menyampaikan insentif RM2,000 seorang kepada 31 pelajar IPT yang menyumbangkan pingat emas di dalam temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja Mei lepas.Pada perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, kerajaan tidak boleh memaksa syarikat atau majikan memberi layanan sama rata terhadap pelatih industri.Menurutnya, pelatih industri juga menyedari bahawa mereka bukanlah pekerja di syarikat berkenaan.\"Mereka bukan pekerja maka sudah tentu tidak wajar untuk mendapat gaji atau layanan sama,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:52pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264403/berita/hiburan/keputusan-lafaz-cerai-hafidz-roshdi-shuhada-27-julai-depan", "article_title": "Keputusan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 27 Julai depan", "article_text": "SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, menetapkan keputusan pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Rosdi terhadap isterinya, Shuhada pada 27 Julai depan.Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin memutuskan demikian selepas Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, selaku plaintif dan Shuhada sebagai defendan selesai memberi keterangan.Mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 13 Julai depan.Dalam prosiding ini, Hafidz diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader sementara peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf bagi pihak Shuhada.Sebelum ini, Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendakwa Hafidz telah melafazkan cerai sebanyak dua kali iaitu pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:45pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264399/berita/semasa/pengawal-keselamatan-didenda-rm3000-pindah-wang-individu-lain", "article_title": "Pengawal keselamatan didenda RM3,000 pindah wang individu lain", "article_text": "KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa kerana kesalahan memindahkan sejumlah wang RM14,000 milik individu lain melalui akaun sebuah bank pada 2 Mac lalu.Majistret Muhammad Fitri Mokhtar mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mohd Adnan Md Johari, 50, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan wang milik Mohd Zawawi Mamat, 56, melalui akaun sebuah bank antara jam 12.38 hingga 1.12 tengah hari di Jalan Pengkalan Demit di sini.Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, tertuduh mengetahui perbuatannya itu satu kesalahan dan memiliki kad transaksi automatik bank yang berkaitan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Aisyah Abdul Manah sementara tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Guaman Kebangsaan Kelantan.Sebelum itu, tertuduh melalui peguamnya merayu hukuman diringankan dengan alasan hanya berpendidikan setakat Tingkatan Dua yang menjadi antara faktor terlibat dengan kesalahan itu.Siti Aisyah bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana kesalahan jenayah komersial adalah perkara serius.Tertuduh kemudian dikenakan denda itu atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskannya, namun dia membayar denda tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264400/berita/semasa/rayuan-7-individu-batal-larangan-merokok-di-kedai-makan-ditolak", "article_title": "Rayuan 7 individu batal larangan merokok di kedai makan ditolak", "article_text": "PUTRAJAYA - Tujuh individu hari ini gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengenakan larangan merokok di semua kedai makan.Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan menolak permohonan untuk mendapat kebenaran itu, dan mengarahkan mereka membayar kos guaman RM30,000 kepada KKM.Dengan keputusan hari ini, percubaan Mohd Hanizam Yunus, Zulkifli Mohamad, Mohd Laisani Dollah, Mohd Sufian Awaludin, Ridzuan Muhammad Noor, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Yuri Azhar Abdollah bagi mencabar larang merokok di kedai-kedai makan oleh KKM yang telah berlarutan selama lima tahun, kini berakhir.Hakim Zabariah yang mengetuai panel hakim itu berkata persoalanan undang-undang yang dibangkitkan oleh individu berkenaan tidak memenuhi tiga syarat yang diperlukan di bawah Seksyen 96 (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.Di bawah seksyen berkenaan, pemohon perlu menampilkan persoalanan undang-undang yang baharu, yang mempunyai kepentingan awam, dibangkitkan buat kali pertama.Dalam keputusan sebulat suara hari ini, Hakim Zabariah berkata, persoalan undang-undang mengenai Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (semua orang adalah sama di sisi undang-undang) dalam Perlembagaan Persekutuan telah selesai, dan persoalanan undang-undang yang dibangkitkan dalam kes ini tiada kepentingan awam yang memerlukan penghujahan lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan.Pada 31 Disember 2018 tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019.Pada 29 Oktober 2019 Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan tujuh individu berkenaan untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan, dan pada 23 Nov tahun lepas pula Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi itu.Dalam prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tujuh individu berkenaan menggesa mahkamah membenarkan rayuan, dan menampilkan tiga persoalanan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.Salah satu persoalanan yang dibangkitkan adalah sama ada pindaan kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi melarang perbuatan merokok di keda-kedai makan termasuk dalam kawasan tertutup yang dilengkapi dengan pendingin hawa dan kawasan terbuka, adalah bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin, yang mewakili KKM berhujah bahawa larangan merokok di keda-kedai makan memberi kelebihan kepada orang awam kerana orang ramai menyokong keputusan itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264395/berita/nasional/sistem-emr-dilaksana-secara-bersepadu-di-seluruh-negara-pada-2026", "article_title": "Sistem EMR dilaksana secara bersepadu di seluruh negara pada 2026", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan peluasan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara bersepadu ke seluruh negara melalui \u2018cloud deployment\u2019 atau penggunaan pengkomputeran awan pada 2026.Timbalan Menteri berkenaan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ketika ini KKM sedang melaksanakan projek perintis EMR di Negeri Sembilan yang melibatkan peluasan sistem EMR secara penggunaan awan itu ke semua fasiliti KKM, pembangunan platform perkongsian maklumat kesihatan bersepadu dan perluasan integrasi ke semua fasiliti KKM serta pembangunan klinik virtual di negeri itu.\"Melalui projek perintis EMR di Negeri Sembilan, kerajaan akan berupaya menguruskan risiko pelaksanaan inisiatif EMR seperti faktor ketersediaan fasiliti termasuklah bekalan elektrik, ketersediaan infrastruktur ICT dan lain-lain keperluan naik taraf fasiliti.\"Selain itu, dasar berkaitan perkhidmatan yang terlibat dapat diperkukuhkan dan juga lain-lain keperluan seperti penambahan sumber manusia dan peningkatan tahap kompetensi terhadap sistem EMR,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Dr A Lingeshwaran yang ingin tahu mengapa perlu menunggu sehingga 2026 untuk memulakan inisiatif EMR sedangkan banyak negara telah mempunyai sistem tersebut dan mengapa projek perintis masih diperlukan.Lukanisman berkata, inisiatif EMR telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-Enam melalui pelaksanaan sistem maklumat pesakit di hospital dan di klinik-klinik kesihatan serta pelaksanaan pelbagai sistem sokongan klinikal seperti sistem maklumat pengimejan, sistem maklumat makmal dan sistem maklumat farmasi.\"Setakat ini, 41 daripada 149 hospital KKM iaitu 27.5 peratus dan 103 daripada 1,086 klinik kesihatan KKM iaitu 9.5 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit. Bagi klinik pergigian pula, 31 daripada 704 klinik pergigian KKM iaitu 4.4 peratus telah mempunyai sistem pengurusan pesakit,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264402/berita/politik/wanita-amanah-pkr-kelantan-hantar-senarai-calon-prn", "article_title": "Wanita Amanah, PKR Kelantan hantar senarai calon PRN", "article_text": "KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan telah menyerahkan senarai nama calon-calon yang dirasakan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti, kata Ketuanya, Dr Hafidzah Mustakim.Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan berkata, pihaknya berharap agar potensi yang ada pada kaum wanita dapat ditingkatkan lagi di peringkat kepimpinan parti, sehingga melayakkan mereka menjadi wakil rakyat.\"Dengan lebih ramai calon wanita dalam PRN kali ini kita berharap isu-isu wanita dan keluarga serta pelbagai permasalahan infrastruktur dan sosioekonomi rakyat di Kelantan dapat diselesaikan dengan lebih baik,\" katanya kepada Bernama hari ini.Katanya, umum mengetahui bahawa kejayaan sesebuah parti politik bergantung kepada kekuatan jentera wanita mereka untuk melakukan aktiviti kempen dan pelbagai khidmat di peringkat akar umbi.Sementara itu Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat memaklumkan pihaknya juga telah menghantar senarai nama calon untuk pertimbangan pimpinan parti.\"Kita telah buat keputusan menghantar dua nama untuk pertimbangan parti,\u201d katanya.DUN Kelantan yang mempunyai 45 kawasan, akan dibubar pada 22 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN, yang bakal menyaksikan perebutan kerusi yang sengit antara PAS dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:PH Kelantan serah senarai calon PRNPRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:10pm"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264397/berita/politik/prn-2-adun-pkr-sokong-calon-amanah-pertahan-kerusi-sabak-meru", "article_title": "PRN: 2 ADUN PKR sokong calon Amanah pertahan kerusi Sabak, Meru", "article_text": "SHAH ALAM - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan Meru menyatakan sokongan penuh kepada calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman dan ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar sebelum ini memenangi kerusi itu atas tiket Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagaimanapun kedua-dua pemimpin itu menyertai PKR pada tahun 2020.Ahmad Mustain berkata, pada ketika ini perkara lebih mustahak sudah tentu memenangkan calon daripada Pakatan Harapan (PH).\"Bagi saya ada kerusi atau tidak, ia tidak memberi apa-apa kesan kerana sebagai pemimpin kita tidak mengejar kedudukan serta pangkat.\"Sekiranya kerusi (DUN Sabak) diberi kepada Amanah ia terpulang kepada pucuk pimpinan,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Beliau memberitahu, sokongan hendaklah diberikan kepada mana-mana calon PH dan tentunya mahu memastikan kemenangan di DUN berkenaan.Sehubungan itu, katanya, beliau memohon pertimbangan daripada pucuk pimpinan parti agar mengembalikan semula kerusi Parlimen Sabak Bernam kepada PKR pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).\"Sudah menjadi tradisi PKR bertanding di Parlimen (Sabak Bernam) sejak 1999 lagi sebelum kerusi ini diberikan kepada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pada PRU14 dan kepada Amanah PRU15,\" tambahnya.Sementara itu, Mohd Fakhrulrazi berkata, kerusi DUN Meru itu diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan PH untuk membuat keputusan terbaik.Jelas beliau, parti mana pun bertanding mewakili PH di DUN Meru, ia perlu disokong dalam usaha menyumbang satu kerusi bagi pembentukan kerajaan PH di negeri ini.Malah, katanya, sekiranya perkhidmatannya masih diperlukan PKR, beliau terbuka dan bersedia untuk diletakkan sebagai calon PRN.\"Saya bersedia jika diperlukan, namun apa pun saya serah kepada kepimpinan,\" ujarnya.Pada PRU14 lalu, Ahmad Mustain mewakili Amanah menang majoriti 130 undi selepas memperoleh 6,891 undi menewaskan calon BN, Sallehuddin Mohd Iskan yang mendapat 6,851 undi serta calon Pas, Sallehen Mukhyi dengan 6,183 undi.Kerusi DUN Meru menyaksikan Mohd Fakhrulrazi juga daripada Amanah memperoleh 17, 655 undi dengan majoriti 9,608 undi menewaskan calon BN, Khairul Anuar Saimun yang mendapat 7,804 undi.Calon Pas, Noor Najhan Mohamad Salleh dan bebas masing masing memperoleh 7,804 dan 72 undi.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 02:08pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264394/berita/nasional/tiada-aduan-rasmi-diterima-harga-ikan-naik---salahuddin", "article_title": "Tiada aduan rasmi diterima harga ikan naik - Salahuddin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan setakat ini tiada aduan rasmi dilaporkan kepada kementerian mengenai kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu.Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun pegawai dan penguat kuasa KPDN akan sentiasa memantau harga bagi memastikan mana-mana pihak tidak melakukan pencatutan selain tidak patuh kepada harga ditetapkan.\"Ada beberapa aduan (tidak rasmi) mengenai ikan rakyat yang diterima (media sosial). Kita dapati faktor berlakunya permintaan tinggi semasa cuaca di Pantai Timur dalam keadaan laut 'berangin' dan berlakunya cuaca tidak menentu.\"Jadi memang ada kenaikan beberapa harga ikan itu, namun kita dapati dalam masa dua tiga hari ini keadaan kembali stabil. Ada barangan seperti sayuran dan ikan ini memang bergantung pada keadaan cuaca.\"Keadaan supply (bekalan) kadang-kadang begitu tinggi tetapi faktor itu hanya sementara dan ia akan turun dalam tempoh tertentu,\" katanya.Salahuddin (tengah) ketika Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian KPDNSalahuddin berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 berbanding RM12 sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 sekilogram.Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.Mengulas mengenai isu bekalan ikan, Salahuddin berkata, pihaknya menyerahkan bidang kuasa tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menangani masalah berkenaan.\"Bagaimanapun kita setiap hari memantau harga barang keperluan rakyat ini,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:55pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264393/berita/semasa/pembantu-penguat-kuasa-jpj-dituduh-terima-rasuah-rm2200", "article_title": "Pembantu penguat kuasa JPJ dituduh terima rasuah RM2,200", "article_text": "KOTA BHARU - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,200 daripada syarikat pengangkutan trailer, lima tahun lalu.Tertuduh, Mohd Wazir Sangidin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh yang bertugas di Stesen Penguat kuasa JPJ Mentara KM 10 Jalan Gua Musang-Merapoh, Gua Musang didakwa menerima RM500 tanpa balasan daripada pemilik syarikat terbabit, Seh Ban Heng, masing-masing melalui tiga transaksi secara dalam talian pada 18 Januari, 23 April dan 16 Mei 2018.Pada pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima RM700 tanpa balasan daripada individu sama melalui transaksi sama pada 11 Jun 2018.Perbuatan itu didakwa diketahui ada kaitan dengan tugas-tugas rasminya iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas trailer mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Firdaus M Farouk.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh menjelaskan jaminan tersebut.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 Julai ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:51pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264392/berita/nasional/penggantian-segera-untuk-kekosongan-jawatan-doktor-kontrak", "article_title": "Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.Beliau berkata, langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.\"Apabila masuk penempatan daripada houseman (doktor pelatih) kepada pegawai perubatan (MO), tentu ada penggantian selepas itu.\"Jadi insya-ALLAH semua itu kita akan pertimbangkan. Jangan bimbang kemaslahatan petugas kita, kita akan ambil prihatin,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 bertema \"Kenali Ubat Anda: Pembudayaan Literasi Kesihatan\" di sini hari ini.Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hartal Doktor Kontrak (HDK) semalam yang memberi amaran masalah kekosongan jawatan di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.Beliau berkata, Jemaah Menteri pada 1 April lepas bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, bagi menangani isu doktor kontrak.Katanya, jawatankuasa itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi melihat semua sudut, namun hasilnya belum dibentangkan kepada Kabinet.Mengenai persidangan hari ini, Dr Zaliha berkata, KKM mengambil maklum bahawa sebahagian masyarakat lebih gemar mengamalkan rawatan kendiri dengan membeli ubat di farmasi komuniti, kedai ubat tradisional dan pembelian dalam talian.\"Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit dan kesesuaian ubat yang diambil, pengguna berisiko terdedah kepada kesan mudarat yang membahayakan kesihatan mereka,\" katanya.Justeru, katanya, program berkenaan mendidik masyarakat supaya bijak membuat keputusan tentang kesihatan mereka serta tidak mudah terpedaya dengan iklan atau individu yang memberi janji manis, terutama yang melibatkan penyakit kronik serta mengandungi kenyataan superlatif seperti terbaik, berkesan, dijamin selamat dan mujarab. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264391/berita/hiburan/rohana-jalil-dalam-keadaan-lemah---haiza", "article_title": "Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza", "article_text": "KUALA LUMPUR - Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan lemah.Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh salah seorang teman rapatnya, Haiza Hanafi kepada Astro Awani hari ini.\"Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.\"Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk,\" kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu.Haiza atau nama sebenar, Rohaizah Nordin menambah juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ibu negara.Bagaimanapun, ujarnya Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Pada April lalu, Rohana yang juga pelantun lagu Rayuanku dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus.Sementara pada 23 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi penyanyi veteran itu.Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.Dengan bakat dan kesungguhannya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.Sementara itu, dalam perkembangan sama, penyanyi terkenal, Datuk Francissca Peter berkongsi doa dan harapan agar rakan seangkatannya itu diberi kesembuhan.Francissca secara peribadi berkongsi kesedihan dengan perkembangan kesihatan Rohana.\"Saya sangat berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh. Semoga Tuhan menyembuhkan Rohana dan memberi kekuatan kepada keluarga dan orang yang tersayang serta membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa untuk Rohana Jalil,\" tulis Francissca dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264390/berita/nasional/kerajaan-fokus-tarik-pelaburan-bernilai-tinggi-bidang-digital-ai-data-raya", "article_title": "Kerajaan fokus tarik pelaburan bernilai tinggi bidang digital AI, data raya", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memfokuskan usaha menarik pelaburan langsung asing dan domestik bernilai tinggi dalam bidang digital tertentu seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitis data raya.Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, bidang lain termasuk Internet benda (IoT), blok rantai, keselamatan siber, teknologi dron, teknologi media kreatif termasuk realiti lanjutan dan realiti campuran.\"Secara kolektif, kerajaan melalui MDEC telah memperuntukkan jumlah keseluruhan RM238 juta di bawah bajet Rancangan Malaysia ke-12 sebagai pelaburan awam ke dalam sembilan sektor Program Mangkin Malaysia Digital (Pemangkin) dengan memberi fokus kepada pembangunan industri seperti infrastruktur digital, pendidikan dan memberikan kemahiran kepada rakyat untuk berjaya dalam ekonomi digital.\"Sebanyak RM45 juta daripada jumlah peruntukan digunakan untuk meningkatkan kebolehupayaan teknologi seperti teknologi blok rantai, automasi, AI dan lain-lain, manakala RM50 juta daripada jumlah peruntukan adalah melalui geran padanan digital,\" katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Wan Martina Wan Yusoff mengenai senarai prospek pelaburan digital yang telah dikenal pasti dan sektor yang terlibat di bawah pelaburan bernilai RM1 bilion semasa pelancaran Pemangkin pada 17 April lepas.Sembilan sektor digital tumpuan khusus di bawah Pemangkin pertanian, pelancongan, kandungan, kesihatan, perbandaran, kewangan, perkhidmatan, perdagangan dan ekonomi Islam. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:26pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264389/berita/semasa/guna-ekzos-bising-demi-kepuasan", "article_title": "'Guna ekzos bising demi kepuasan'", "article_text": "KUALA LUMPUR - Mahu tarik perhatian penunggang motosikal lain dan ingin kepuasan antara alasan pemilik motosikal yang mengubah suai motosikal menggunakan ekzos bising.Kesemua penunggang itu bagaimanapun ditahan menerusi Op Bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, operasi pada jam 11 malam itu turut dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).\"Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.\"Kesalahan dikesan ialah nombor plat (61), cermin sisi (35), aksesori tidak sempurna (32), tiada lesen memandu (17), tidak pamer pelekat L/P (8) dan lain-lain kesalahan,\" katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Tambah Mat Kasim, operasi yang tamat pada jam 3 pagi itu turut menyita 16 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos.Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu di hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban pada Sabtu.Katanya, motosikal yang disita membabitkan jenis Yamaha iaitu LC135, Y15, RXZ, Lagenda dan 125Z.\"Alasan yang diberi penunggang kerana ubah suai ekzos adalah kerana pengaruh rakan sebaya untuk menambahkan kelajuan, mahu menarik perhatian penunggang motosikal yang lain serta ingin mendapat kepuasan diri sendiri,\" ujarnya.Selain itu, kata beliau, pihak JAS turut mengeluarkan 13 kompaun kepada penunggang motosikal atas kesalahan bunyi bising.\"Motosikal yang disita telah dibawa me Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:25pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264388/berita/semasa/kereta-masuk-tali-air-pengedar-dadah-ditahan-polis", "article_title": "Kereta masuk tali air, pengedar dadah ditahan polis", "article_text": "PENDANG - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar, dekat sini pada petang Isnin.Suspek berusia awal 30-an itu sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di kawasan tepi jalan Kampung Batu Menunggul, dekat sini pada jam 6.30 petang.Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Arriz Sham Hamezah, pasukan polis yang menjalankan tugas Op Tapis Khas Kontinjen Kedah 2.0 kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.\"Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar.\"Pasukan Polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan yang dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada dalam keretanya.\"Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek dapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga dapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Jelas Arriz Sham, suspek telah dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut.Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di kawasan daerah Pendang sejak setahun yang lalu.\"Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985),\" ujar beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:22pm"} {"author_name": "SYAMILAH ZULKIFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264387/berita/semasa/pemilik-restoran-ditengking-enggan-guna-perkhidmatan", "article_title": "Pemilik restoran ditengking enggan guna perkhidmatan", "article_text": "SEREMBAN - Hanya kerana enggan menyelenggara alat pemadam api dengan dua lelaki yang menyediakan perkhidmatan itu, seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang di sini mendakwa dia dimarahi.Kejadian pada Isnin itu turut menyebabkan mangsa Lee Wai Peng, 49, bimbang akan keselamatannya kerana lelaki terbabit dilihat seolah-olah berlagak ala gangster.Menceritakan kejadian, Wai Peng berkata, mereka yang dilihat berusia lingkungan 20-an dan 40-an datang ke restorannya memberitahu dari sebuah syarikat membekal dan menyelenggara alat pemadam api.\"Mereka minta untuk memperbaharui alat pemadam api di restoran saya yang telah hampir tamat tempoh.\"Bila saya beritahu telah memperbaharuinya dengan syarikat lain, mereka seperti gangster memarahi sambil menengking saya sehingga menakutkan pelanggan yang ada waktu itu,\"katanya pada sidang akhbar bersama Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon pada Selasa.Malah katanya, lelaki terbabit turut memberitahu penyelenggaraan alat pemadam api di kawasan Bukit Kepayang di bawah kuasa mereka.Wai Peng bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan menjelaskan, menjadi haknya untuk menggunakan perkhidmatan sesiapa yang diingini.\"Selepas itu mereka tunjukkan isyarat tangan sambil berkata 'u jaga tau'. Mereka seolah-olah mengugut saya.\"Sepanjang 10 tahun berniaga, ini pertama kali saya berdepan kes sebegini,\" ujarnya.Sementara itu, Tan Lee Koon menasihatkan pemilik premis yang berdepan insiden sama agar tampil membuat laporan polis.Ujarnya, tidak sepatutnya kontraktor yang menyediakan perkhidmatan itu memaksa pemilik premis menggunakan perkhidmatan mereka.\"Kalau ada keraguan boleh semak senarai syarikat kontraktor yang diberi tauliah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264386/berita/nasional/5g-syarikat-telekomunikasi-umum-berita-gembira-hujung-bulan-ini---fahmi", "article_title": "5G: Syarikat telekomunikasi umum berita gembira hujung bulan ini - Fahmi", "article_text": "PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata, syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G.\"Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti,\u201d katanya.Setakat Mei lepas, Fahmi berkata, pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan.Beliau berkata, mesyuarat pasukan petugas 5G yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan.Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.Menurutnya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.Mengenai keputusan kerajaan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, Fahmi berkata, perkara itu akan diusahakan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) manakala tugas dan fungsi CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diperjelas supaya tidak berlaku pertindihan.\"Ini penting kerana di mana-mana negara perlu ada badan kawal selia industri keselamatan siber. Di Malaysia kita menuju ke arah itu dan ini akan diusahakan bersama NACSA.\"Insya-ALLAH kita harapkan NACSA sebagai badan kawal selia atau entiti yang ambil alih nanti bila akta keselamatan siber ada manakala CSM memainkan peranan sebagai agensi penting bagi memastikan keselamatan siber di Malaysia terkawal dan terjamin,\u201d katanya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Jun lepas berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:14pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264385/berita/politik/agihan-kerusi-muktamad-selepas-dun-bubar---salahuddin", "article_title": "Agihan kerusi muktamad selepas DUN bubar - Salahuddin", "article_text": "KUALA LUMPUR - Agihan kerusi melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya di enam negeri akan dimuktamadkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan rundingan bagi pengagihan kerusi antara kedua-dua gabungan tersebut hampir selesai.\"Kita hampir selesai sebenarnya. Hampir 95 peratus.\"Ada sedikit sangat lagi mungkin selesai selepas semua DUN tersebut dibubarkan, saya yakin ia akan selesai (agihan kerusi).\"Ini kerana pengalaman kita yang banyak kali berunding ini mesti akan selesai,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 di sini pada Selasa.Pada 17 Jun lepas, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berkata, pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan PH di enam negeri yang bakal menghadapi PRN tidak lama lagi, sudah 90 peratus selesai.Mohamad berkata, bagaimanapun terdapat satu ke dua kerusi berlaku pertindihan membabitkan semua negeri berkenaan.Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh.Mengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos, iaitu 60 hari daripada tarikh pembubaran.PRN itu perlu diadakan memandangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264384/berita/nasional/badan-pengelola-haji-thailand-pelajari-cara-th-urus-jemaah", "article_title": "Badan Pengelola Haji Thailand pelajari cara TH urus jemaah", "article_text": "MAKKAH - Badan Pengelola Haji Thailand berminat dengan strategi dan pengalaman Tabung Haji (TH) dalam pengurusan jemaah memandangkan negara berkenaan masih ketinggalan dari aspek itu.Ketua Rombongan Haji Thailand, Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, seperti semua sedia maklum, umat Islam di Thailand adalah minoriti dan badan yang menguruskan jemaah haji di negara berkenaan perlu bergerak atas kaki sendiri.Atas dasar itu kata Dr Zakee, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan TH bagi mendapatkan input berkenaan pengurusan haji.\"Kami dapat mempelajari sistem TH yang kukuh seterusnya dapat meningkatkan keupayaan kami dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk jemaah haji Thailand,\" katanya pada sidang media selepas kunjungan ke Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah pada Ahad.Dr Zakee berkata, pada tahun ini sebanyak 11,300 jemaah haji dari Thailand hadir ke Tanah Suci berbanding kuota penuh sebanyak 13,000 orang yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi.Katanya, semua jemaah dari negara berkenaan perlu membayar antara 220,000 sehingga 280,000 Thai Baht seorang (RM29,000 hingga RM37,000) untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.Kata beliau, jumlah bayaran berkenaan meningkat berbanding tahun sebelumnya dan mereka menerima rungutan daripada jemaah haji Thailand.\"Haji itu wajib bagi mereka yang mampu (istito'ah). Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam memahamkan jemaah mengenai istito'ah jadi kita harap dapat mempelajarinya,\" katanya.Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hubungan baik di antara kedua-dua negara telah lama terjalin dan setiap tahun diadakan perjumpaan di Makkah, Malaysia dan Thailand bagi bertukar pandangan, pengalaman dalam urusan haji kedua-dua negara.Rombongan Haji Thailand dibawa bertemu dengan jemaah haji Malaysia di Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah di Makkah.\"Kita adakan perbincangan secara mendalam atas hal ehwal yang mempunyai kepentingan bersama kerana negara-negara Asia Tenggara berada di bawah satu muassasah yang sama.\"Turut dibincangkan dari segi hukum-hakam kerana setiap tahun diadakan muzakarah untuk bincang pendirian memperhalusi berkenaan hukum dalam melaksanakan ibadah haji.\"Kita juga bincang soal pengendalian penerbangan, operasi Masyair, pengendalian jemaah yang lanjut usia yang memerlukan rawatan perubatan,\" katanya.Syed Saleh berkata, TH turut berkongsi model diaplikasikan institusi tabungan itu dalam mendepani kenaikan kos yang dihadapi saban tahun.\"Kita ada terangkan model TH iaitu kekuatan dana yang ada untuk buat pelaburan seterusnya beri balik pulangan kepada pendeposit supaya mereka dapat tingkatkan simpanan hingga satu tahap dapat tunai haji.\"Dengan dana yang kukuh boleh uruskan tempahan hotel, penerbangan dari awal tanpa perlu tunggu wang simpanan jemaah haji. Kita juga boleh uruskan perjanjian jangka panjang seperti dilakukan dengan Masyariq untuk mengelakkan peningkatan kos,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:07pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264382/berita/politik/prn-bersatu-kelantan-letak-calon-boleh-menang-lawan-bn", "article_title": "PRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN", "article_text": "KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mempertaruhkan calon boleh menang dalam usaha merampas kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, usaha itu bagi mengukuhkan lagi tampuk pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan yang merupakan rakan sekutu mereka menerusi Perikatan Nasional (PN).\"Calon yang kita pertaruhkan ini datang daripada pelbagai latar belakang merangkumi akademik, profesional dan sebagainya bagi memastikan kemenangan menjadi milik Bersatu dan PN,\" katanya semasa sidang akhbar di sini pada Selasa.Menurut beliau, Bersatu Kelantan sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pusat untuk dinilai sama ada layak atau sebaliknya.Ujarnya, senarai itu akan diputuskan dalam masa terdekat termasuklah agihan kerusi secara muktamad.Kamaruddin memberitahu, setakat ini Bersatu sah akan bertanding di enam kerusi sahaja.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:05pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264381/berita/semasa/video-eksekutif-akaun-dituduh-pecah-amanah-wang-syarikat-lebih-rm600000", "article_title": "[VIDEO] Eksekutif akaun dituduh pecah amanah wang syarikat lebih RM600,000", "article_text": "MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang eksekutif akaun wanita sebuah syarikat didakwa di dua buah Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM680,108.13.Tan Siau Ling, 43, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan tiga lagi di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.Bagi tiga pertuduhan, dia dituduh memindahkan wang berjumlah RM293,249.28 ke dalam akaun peribadinya di sebuah premis di Jalan PM 5, Plaza Mahkota Melaka, di sini, antara 4 Julai 2019 hingga 23 Oktober 2019.Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis sebulan sekali.Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai wang.Darmafikri menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan.Bagi tiga pertuduhan lagi, Siau Ling didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah RM386,858.85 dengan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun peribadinya serta sebuah syarikat lain.Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama.Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan denda.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan sama manakala tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan serupa.Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM35,000 dan membenarkan syarat tambahan. Sebutan kes ditetapkan pada 18 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 01:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264380/berita/sukan/euro-2024-wales-mahu-layak-secara-merit", "article_title": "Euro 2024: Wales mahu layak secara merit", "article_text": "WALES kekal optimis untuk meraih slot secara automatik ke Kejohanan Euro 2024 biarpun tewas dua kali berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan.Keyakinan itu diluahkan jurulatihnya, Rob Page yang percaya anak-anak buahnya mampu melakukannya dengan baik dalam baki saingan akan datang.\u201cSaya percaya (layak ke Euro secara merit).\u201cBagi menjayakannya kami perlu melakukannya dengan baik,\" katanya yang hanya mencatat satu kemenangan dalam 12 aksi sejak Wales layak ke Piala Dunia lalu.Wales tewas kepada Turki 0-2 dalam pertembungan di Samsun untuk mengulangi episod buruk di Armenia minggu lalu yang menyaksikan lawan di ranking ke-97 dunia itu merakam kemenangan 4-2 di Cardiff.Setelah lapan perlawanan, Wales ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Turki dan dua mata di belakang Armenia yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.Pasukan pilihan di peringkat Kumpulan D, Croatia yang bermain kurang dua perlawanan menyamai kedudukan Wales yang memungut empat mata.Wales hampir pasti dijamin tempat play-off menerusi ranking Liga Negara-Negara, tetapi Page menegaskan Wales mampu mara secara automatik.\u201cKem pusat kali ini mengecewakan tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh dikutip daripadanya.\u201cKami akan menanganinya. Kami turun dalam setiap perlawanan untuk menang.\"Ini bermakna adalah sangat penting kami mencapai kemenangan di tempat sendiri dan meraih seberapa banyak mata dari situ,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264379/berita/nasional/sokong-pemberian-elaun-pelatih-industri---ahmad-fadhli", "article_title": "Sokong pemberian elaun pelatih industri - Ahmad Fadhli", "article_text": "SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyokong 100 peratus cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya syarikat yang menawarkan latihan industri kepada mahasiswa mempertimbangkan elaun munasabah.\u201cCadangan ini telah saya lontarkan di Dewan Rakyat ketika perbahasan pada 16 Februari 2023, malangnya pada masa itu tiada respons yang jelas daripada kementerian berkaitan,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Jelas beliau, terdapat banyak isu yang mana warga siswa dieksploitasi bagi kepentingan perusahaan industri semasa menjalani latihan.Justeru, ia memerlukan kepada dasar baharu yang mewajibkan pembayaran elaun agar setimpal dengan kerja mereka.Baru-baru ini, Anwar ketika program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, bayaran yang terlalu rendah oleh majikan terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri disifatkan sebagai tidak munasabah.Ujarnya, majikan seharusnya mempertimbangkan untuk membayar jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kos perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar berkenaan.Mengulas lanjut, beliau berkata, penglibatan banyak syarikat yang menyediakan latihan industri akan memberi manfaat yang lebih baik kepada anak-anak muda.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264377/berita/nasional/kuota-pengambilan-pelajar-perubatan-ipt-tempatan-dikekalkan", "article_title": "Kuota pengambilan pelajar perubatan IPT tempatan dikekalkan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan kuota pengambilan pelajar perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, kuota yang dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah 4,820 orang setahun, namun jumlah siswazah sebenar adalah lebih rendah iaitu kira-kira 4,000 orang setahun.\"Kementerian akan terus kekalkan jumlah yang ditetapkan kerana antaranya permohonan ramai untuk mengambil jurusan perubatan dan kadar (yuran) yang ditetapkan untuk universiti tempatan adalah murah, maka demikian kita sebenarnya melakukan pendemokrasian pendidikan.\"Kita membenarkan ramai memohon untuk ambil jurusan perubatan, kalau kita kurangkan (pengambilan) dalam negara maka sudah tentu ada yang terpaksa ke luar negara dan kosnya sangat tinggi,\" katanya.Beliau berkata, jika pengambilan pelajar dihadkan bagi jurusan itu, ia akan merugikan negara memandangkan kerajaan telah membuat pelaburan bagi menghasilkan doktor, di samping keyakinan terhadap sistem pendidikan negara untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang itu.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Profesor Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang bertanya mengenai penambahan kuota pelajar perubatan IPT tempatanMohamed Khaled berkata, siswazah perubatan dalam negara pada 2020 adalah seramai 2,401 orang, 2021 (3,132) manakala bagi 2022 (3,934 orang).Katanya, antara faktor jumlah siswazah yang rendah adalah kegagalan menamatkan pengajian, menukar jurusan dan lain-lain.Beliau berkata, anggaran siswazah perubatan tempatan bagi tiga tahun akan datang adalah kira-kira 3,934 orang setahun iaitu 2,281 daripada IPT awam dan 1,653 daripada IPT swasta.Berhubung isu lambakan siswazah perubatan daripada IPT tempatan dan luar negara, Mohamed Khaled berkata, isu itu sedang diteliti jawatankuasa peringkat tertinggi diterajui KKM. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264378/berita/sukan/piala-fa-jdt-tawar-1000-tiket-buat-penyokong-selangor", "article_title": "Piala FA: JDT tawar 1,000 tiket buat penyokong Selangor", "article_text": "KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) memaklumkan khabar gembira buat penyokong Selangor apabila menawarkan 1,000 tiket untuk menyaksikan aksi separuh akhir Piala FA kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Isnin.Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata, peruntukan itu ada atas dasar semangat kesukanan bagi memeriahkan suasana saingan Piala FA dan jumlah tiket itu adalah seperti yang dipohon pengurusan Selangor FC.\u201cIa atas dasar semangat kesukanan. Diharapkan lebih ramai penyokong pasukan pelawat hadir untuk menikmati suasana stadium yang diiktiraf dunia.\u201cIa juga peruntukan tiket untuk penyokong pasukan pelawat tertinggi pernah diberikan bagi menyaksikan perlawanan di stadium yang serba canggih ini,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.SSI dipilih sebagai `2020 World Stadium of the Year' tiga tahun lalu.Menurut Edwards, sebelum ini tiket terbanyak yang ditawarkan kepada penyokong pasukan pelawat adalah sebanyak 800 keping.Pertembungan skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah bakal menyaksikan kapasiti penuh ketika JDT selaku juara bertahan memburu slot ke pentas final bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:38pm"} {"author_name": "HAZELEN LIANA KAMARUDIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264375/berita/politik/ph-kelantan-serah-senarai-calon-prn", "article_title": "PH Kelantan serah senarai calon PRN", "article_text": "KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan sudah menyerahkan senarai nama pendek kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk dinilai sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Pengerusinya, Muhamad Husain berkata, senarai nama itu meliputi pelbagai latar belakang dan pihaknya menyerahkan kepada pucuk tertinggi parti untuk membuat keputusan.\"Kita sudah hantar dan hanya tunggu kelulusan daripada pimpinan pusat.\"Setakat ini, PH akan bertanding di 14 kerusi, manakala senarai calon pendek telah dibuat,\" katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.Sebelum itu Muhamad hadir pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas di antara beliau dan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Kamaruddin Md Nor di sini.Menurut beliau, peningkatan sokongan orang ramai terhadap PH di negeri ini dilihat tidak memberikan jalan mudah kepada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN nanti.Ujarnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH ke negeri ini menerima sambutan yang sangat luar biasa.Muhamad memberitahu, melihat kepada sambutan itu pihaknya berharap pada PRN nanti akan turut memberikan peluang kepada PH untuk menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Tiada masalah pembahagian kerusi di KelantanPRN Kelantan: Pas jangka PH, UMNO beri tentangan sengit", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:29pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264376/berita/semasa/penunggang-ducati-maut-kertas-siasatan-sedang-dilengkapkan", "article_title": "Penunggang Ducati maut: Kertas siasatan sedang dilengkapkan", "article_text": "AMPANG JAYA - Kertas siasatan insiden kemalangan maut lawan arus di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di sini Rabu lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha dipercayai mengakibatkan kemalangan tersebut telah dirakam percakapan.\"Selain suspek, beberapa saksi melibatkan operator kamera litar tertutup Lebuhraya SUKE telah dirakam percakapan, siasatan lanjut kini masih dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya.\"Suspek kini masih lagi cedera namun berada dalam keadaan stabil,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, motosikal milik suspek dan mangsa telah dihantar untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.Pada Rabu, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di sini.Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.Mangsa kemudian melanggar penghadang sebelah kiri jalan sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter.ARTIKEL BERKAITAN:Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arusPenunggang Ducati maut: Suspek lawan arus dakwa tersesat jalanKemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:26pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264373/berita/semasa/palsu-tuntutan-pemandu-jabatan-rakan-dan-pemilik-bengkel-didakwa", "article_title": "Palsu tuntutan: Pemandu jabatan, rakan dan pemilik bengkel didakwa", "article_text": "SHAH ALAM - Seorang pemandu sebuah jabatan kerajaan dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang pemilik bengkel bagi tuntutan palsu insurans kemalangan kenderaan.Erhanhazwan Hasim, 38, dan rakannya Ali Mochammad, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.Pemilik bengkel itu, Hamidah Buang, 40, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang ejen sebuah syarikat insurans mengenai borang laporan kemalangan kenderaan seorang wanita bagi tuntutan insurans berjumlah RM4,899.19 dengan mengemukakan butir matan palsu termasuk borang yang ditandatanganinya tanpa pengetahuan wanita itu.Erhanhazwan, pemandu di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor dan Ali yang bekerja sebagai peniaga, dituduh bersubahat dengan Hamidah untuk tujuan sama.Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Batu 16 Jalan Ipoh, Gombak pada 9 Mac 2021.Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin sementara Hamidah diwakili peguam Shalehuddin Salam manakala Erhanhazwan dan Ali tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 masing-masing kepada Erhanhazwan dan Ali manakala RM5,000 kepada Hamidah dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap bulan.Sebutan semula kes bagi semua tertuduh ditetapkan 26 Julai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:19pm"} {"author_name": "WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264372/berita/semasa/maritim-tahan-bot-nelayan-asing-ceroboh-perairan-langkawi", "article_title": "Maritim tahan bot nelayan asing ceroboh perairan Langkawi", "article_text": "LANGKAWI - Sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Thailad yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika barat laut Pulau Jemurok, Langkawi pada Isnin.Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot berkenaan ditahan ketika bot Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan rutin di perairan Langkawi pada jam 12 tengah hari.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut dikendalikan dua kru termasuk tekong masing-masing berumur 37 tahun dan 44 tahun.\"Pemeriksaan lanjut turut menemui dokumen pengenalan diri mereka yang meragukan selain tidak mempunyai permit menangkap ikan daripada Pengarah Perikanan Malaysia,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Romli berkata, kesemua mereka serta bot berkenaan ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.Jelasnya, sabitan di atas kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.\"Bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucuthak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan.\"Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,\" ujarnya.Tambahnya, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti perikanan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia dan salah laku yang lain.Sebarang maklumat berkenaan penguatkuasaan dan carilamat, orang ramai boleh menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 untuk maklum balas segera.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264374/berita/nasional/pertikai-status-pulau-pinang-bercanggah-perlembagaan-persekutuan", "article_title": "Pertikai status Pulau Pinang bercanggah Perlembagaan Persekutuan", "article_text": "SHAH ALAM - Pertikaian status dan kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dianggap bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan.Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas menyebut bahawa Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri dalam Malaysia maka kewujudannya perlu dihormati semua pihak.Menurutnya, biarpun terdapat perdebatan hangat dalam kalangan pensyarah yang ingin masyarakat menilai semula sejarah dan melihat kembali kepada status pemilikan sebenar Pulau Pinang, namun segala proses perdebatan itu hanya sekadar perdebatan ilmiah sahaja.\u201cUntuk mengubah kedudukan atau sempadan sesebuah negeri juga bukanlah satu proses mudah kerana ia memerlukan persetujuan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang terlibat.\u201cPerkara 2 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan Parlimen boleh melalui undang-undang menerima masuk negeri- negeri lain ke dalam Persekutuan dan mengubah sempadan negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan negeri itu (dinyatakan melalui undang-undang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri) dan Majlis Raja-Raja,\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ujarnya, cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengubah kedudukan sesebuah negeri dilihat sukar dilaksanakan dan tidak realistik dengan sejarah perjalanan negara Malaysia.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut yang mana, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.Muhammad Sanusi turut mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.Pada Ahad, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, pembentukan Malaysia tidak sepatutnya menjadi titik yang membenarkan sejarah Kedah wujud sejak sekian lama dipadamkan.Baginda menegaskan, tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutama membabitkan sejarah dan kedaulatan Kedah.\"Adalah lebih baik sekiranya fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun supaya dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang,\u201d titah baginda.ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - SanusiPulau Pinang tidak pernah terpisah dari KedahSejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyatSewaan Pulau Pinang telah lama terbatalIsu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264371/berita/sukan/kelab-arab-saudi-intai-kelibat-heung-min", "article_title": "Kelab Arab Saudi intai kelibat Heung Min", "article_text": "KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad masih belum puas dengan pembelian berprofil tinggi, Karim Benzema dari Real Madrid apabila mengintai peluang untuk 'melamar' Son Heung Min dari Tottenham Hotspur.Al-Ittihad dilaporkan merisik penyerang Korea Selatan itu dengan tawaran perjanjian empat tahun dan bayaran gaji 26 juta pound (RM154 juta) semusim.Kelab tersebut dijangka mengemukakan tawaran 51 juta pound (RM302 juta) kepada Tottenham termasuk bonus buat pemain berusia 30 tahun itu.Spurs bagaimanapun dilaporkan akan menolak tawaran terhadap penyerang itu, yang menjadi tonggak utama kelab utara London berkenaan sejak beberapa tahun.Dia meledak 145 gol dalam 372 perlawanan buat Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.Heung Min awal bulan ini mengakui bergelut pada musim lalu kerana terpaksa beraksi dalam kesakitan selama sembilan bulan.Kesukaran dialaminya terbukti apabila Spurs beraksi hambar musim lalu dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan.Sekiranya berhijrah ke Al-Ittihad, Heung Min akan bersatu semula dengan bekas pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo yang membimbing kelab Arab Saudi itu merangkul kejuaraan musim lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264369/berita/nasional/nur-jazlan-yakin-mampu-laksana-tugas-timbalan-speaker-dewan-negara", "article_title": "Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang baru dilantik semalam menghargai keyakinan yang diberikan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan nama beliau bagi jawatan itu.Katanya, beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai pencalonan berkenaan sehinggalah dimaklumkan Jumaat lepas.\"Bagaimanapun berdasarkan pengalaman saya selama tiga penggal sebagai ahli Parlimen dan juga sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Kira-Kira Wang Negara (PAC), saya rasa saya mampu untuk menjalankan tugas ini,\u201d katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.Nur Jazlan berkata, beliau akan membantu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain bertekad memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.Turut dicalonkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Wan Junaidi, Nur Jazlan, Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:54am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264364/berita/nasional/kerajaan-kekal-pendirian-tidak-tambat-ringgit---ahmad-maslan", "article_title": "Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menambat ringgit dalam usaha menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruknya kepada rakyat.Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari dan seterusnya memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus.\"Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, ini kan pulak (jika) dinaikkan kepada 5.25 peratus.\"Satu lagi keburukan (menambat ringgit), kawalan aliran modal tidak akan bebas kerana keluar masuk pelaburan asing ke dalam negara kita akan dikawal. Apabila kita tambat nilai ringgit, maka ini menjejaskan keyakinan dan daya saing negara,\u201d katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar sama ada kerajaan akan bertindak menambat ringgit serta punca kejatuhan ringgit dan usaha menanganinya.Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata, sebahagian besar daripada kejatuhan kadar pertukaran ringgit pada tempoh terdekat ini didorong oleh pengukuhan dolar AS dan nilai mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China dan peso Filipina turut susut.\"Walaupun terdapat mata wang negara jiran yang menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS, namun negara-negara tersebut telah mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif,\u201d katanya.Ahmad berkata, Malaysia juga akan memerlukan rizab antarabangsa yang tinggi untuk menjaga tambatan itu seperti nilai yang ditetapkan.Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan yang penting sebagai penyerap kejutan luaran di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestikSehubungan itu, katanya, kerajaan terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi struktural yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit.Ini termasuk menerusi dasar untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (NIP).\"Kerajaan juga akan memastikan kemampanan fiskal dan keadaan makroekonomi yang stabil akan terus terpelihara dengan merumus dasar fiskal jangka sederhana yang teguh, berhemah dan jelas seperti Dasar fiskal, Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan kepada Parlimen tidak lama lagi,\u201d katanya.Pada masa sama, beliau berkata, BNM akan mengambil pendekatan untuk memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.Malah, bagi menangani kemeruapan pasaran pertukaran asing, bank pusat itu akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.\"Risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS juga dapat dikurangkan melalui penggunaan instrumen lindung nilai, penekanan kepada pinjaman luar yang berhemah dan kedalaman pasaran mata wang dalam negara yang tinggi,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:35am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264365/berita/nasional/pelabur-makin-yakin-lebih-banyak-pelaburan-masuk-ke-malaysia---fahmi", "article_title": "Pelabur makin yakin, lebih banyak pelaburan masuk ke Malaysia - Fahmi", "article_text": "PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata, keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.Beliau berkata, misi pelaburan ke LTW 2023 dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.\"Kita telah tinggalkan satu perasaan positif dalam kalangan pelabur, mereka (dapat) rasa hala tuju, kestabilan politik dan keupayaan Malaysia untuk jadi pusat tumpuan bagi pelaburan.\"Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-ALLAH, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,\u201d katanya.Fahmi seterusnya menyeru agensi dan jabatan di bawah KKD untuk tidak bekerja secara silo, sebaliknya perlu saling bekerjasama mengetengahkan produk digital atau industri kreatif yang bertepatan di forum antarabangsa seperti LTW tahun depan.\"Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai contoh, wajar mengumpulkan produk bersesuaian daripada agensi-agensi KKD untuk diperkenalkan kerana ia membantu eksport ekonomi digital.\"Ini datangkan hasil kepada negara... bekerjasama dan bergerak pantas ke depan,\" katanya.Sementara itu, Fahmi berkata, Finas perlu memainkan peranan membantu membawa karya filem dan industri kreatif untuk diketengahkan ke pasaran luar negara seperti di rantau Asia Tenggara yang mempunyai jumlah populasi 650 juta orang.\"Realitinya, kalau kita lihat audiens di Malaysia untuk filem, tidak besar mana. Daripada jumlah 34 juta rakyat Malaysia, yang benar-benar menonton filem mungkin tidak cecah 10 juta.\"Bila lihat rantau Asia Tenggara, jumlah penduduk 650 juta dan tidak perlu pergi jauh, Singapura, Indonesia dan Brunei ini, mereka ada rumpun Melayu dan Bahasa Melayu mudah difahami audiens, dan kita teliti usaha untuk eksport filem ke negara berkenaan,\" katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan di atas filem-filem Malaysia yang menerima penganugerahan dan menempah kejayaan di peringkat antarabangsa, yang jelas membuktikan tentang kebolehan dan bakat besar yang ada dalam industri filem Malaysia.Sebelum ini, filem indie 'Tiger Stripes' terbitan syarikat Ghost GRRRL Pictures Sdn Bhd mencipta sejarah dengan menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama untuk filem terbaik di Minggu Pengkritik Cannes, bar sisi (sidebar) untuk Festival Filem Cannes yang berprestij dari 17 hingga 25 Mei lepas.Filem 'Abang Adik' pula berjaya melakar sejarah apabila memenangi tiga anugerah utama pada Far East Film Festival Ke-25 yang berlangsung di Udine, Itali pada 21 hingga 29 April lepas, selain berjaya memenangi trofi Golden Mulberry, Black Dragon Critics dan Anugerah White Mulberry untuk filem cereka terbaik. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:30am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264360/berita/nasional/pj-love-u-tema-ulang-tahun-ke-17-bandaraya-petaling-jaya", "article_title": "\u2018PJ LOVE U\u2019 tema ulang tahun ke-17 Bandaraya Petaling Jaya", "article_text": "PETALING JAYA - \u201cPJ Love U\u201d diangkat menjadi tema sambutan ulang tahun ke-17 Petaling Jaya sebagai bandar raya menerusi pelaksanaan 21 program sepanjang Jun ini.Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir berkata, keraian itu akan disempurnakan dengan acara kemuncak Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-17 yang dijadualkan berlangsung di Laman MBPJ hadapan Ibu Pejabat MBPJ di Jalan Yong Shook Lin di sini, pada 24 Jun ini, bermula jam 8 malam.Pengisytiharan rasmi Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya dibuat pada 20 Jun 2006.Jelasnya, sambutan tahun ini meliputi pelbagai program berbentuk jualan, pameran, pertandingan, kejohanan, sumbangan termasuk perkhidmatan percuma yang dirangka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat.\u201cTahun 2023 ini merupakan tahun yang ke-17 Petaling Jaya menjadi sebuah bandar raya. \u2018PJ Love U\u2019 diangkat sebagai tema untuk menzahirkan rasa kasih sayang MBPJ kepada seluruh penduduk di Petaling Jaya khasnya dan penduduk negeri Selangor serta Malaysia amnya.\u201cKemuncak sambutannya ialah pada 24 Jun ini, iaitu acara perasmian yang akan diserikan dengan persembahan istimewa oleh Firman dan Nabila Maharani dari Indonesia, di samping Neeta Manis, Mr 5k dan Aliff Aziz,\u201d katanya.Menurutnya, keraian tahun ini turut menyaksikan Laman MBPJ, Lorong Tengah \u2018PJ Art Lane\u2019 dan sekeliling Menara MBPJ, Dataran Boulevard serta sebahagian Jalan Yong Shook Lin, Jalan Selangor dan Jalan Sultan bermandikan cahaya lampu hiasan pada waktu malam.Mohamad Azhan berkata, buat julung kalinya juga akan diadakan pertandingan bagi acara perarakan pada malam perasmian yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500, sijil dan hadiah iringan bagi kategori badan korporat, majlis perwakilan penduduk, pusat pengajian tinggi, dan badan kerajaan.\u201cMajlis menyasarkan sebanyak 16 pasukan bakal menyertai pertandingan dan sehingga kini, 18 pasukan telah mengesahkan penyertaan. Ia melepasi sasaran awal yang ditetapkan,\u201d katanya mengenai pertandingan perarakan itu yang akan turut disertai Sahabat Radio Suria FM.Pemenang bagi kategori Keseluruhan Terbaik bakal menerima wang tunai RM3,000, manakala pemenang tempat pertama diperuntukkan RM1,500, kedua (RM1,000) dan ketiga, RM500. Sebanyak RM500 juga menanti Pemenang Kostum Terbaik.Hidupkan pelbagai lokasiPelaksanaan program-program turut bertumpu di Taman Bandaran Kelana Jaya, The Spine SS7 Kelana Jaya, Dewan D\u2019Kelana SS7, selain lokasi utama di Laman MBPJ, Dataran Boulevard dan Pusat Bandar Seksyen 52.\u201cPemilihan lokasi ini selaras dengan hasrat Majlis menghidupkan persekitaran Pusat Bandar Seksyen 52 dan seterusnya mempergiatkan usaha mempromosi Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni,\u201d jelas Mohamad Azhan.Ini disusuli acara PJ Smart Ride pada 25 Jun yang menyaksikan selebriti popular, Baggio Damasutra bakal memberi cabaran dalam pertandingan kayuhan berbasikal sejauh 45km yang menawarkan pendaftaran percuma.Pada sebelah malam, MBPJ menyeru umat Islam khususnya warga Petaling Jaya menghadiri majlis PJ Berselawat di Dataran Boulevard, Seksyen 52 Petaling Jaya.MBPJ turut memberi penawaran percuma bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton dan tenis, selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1,000 anak pokok.Mohamad Azhan yang menyambut ulang tahun Petaling Jaya buat kali kedua, mengimpikan bandar raya terkemuka Selangor ini dikenali bukan saja di Malaysia, malah luar negara.\u201cSelain mengimpikan Petaling Jaya dikenali sebagai Kota Seni yang penuh dengan aktiviti kebudayaan dan pelancongan, saya berharap MBPJ menjadi Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya dan menjadi contoh atau model kepada agensi kerajaan, mahu pun swasta.\u201cKenalilah Petaling Jaya ini sebagai satu bandar raya yang maju dan sejahtera, selaras pelan strategik PJSSR 2023, \u2018PJ Smart, Sustainable and Resilience 2030,\u201d katanya, seraya mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara memeriahkan sambutan kali ini.#MalaysiaMadani #KitaSelangor #PJLoveU#UlangtahunBandarayaPJ17#MBPJ", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:30am"} {"author_name": "MOHD ISKANDAR OTHMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264363/berita/semasa/maqis-rampas-1714-kg-makanan-haiwan", "article_title": "Maqis rampas 1,714 kg makanan haiwan", "article_text": "BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 1,715 kilogram (kg) makanan haiwan dari Thailand yang cuba dibawa masuk melalui pintu masuk Dermaga Air Dalam di sini pada Ahad lalu.Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, makanan haiwan bernilai RM55,605 itu didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.Menurutnya, kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].Makanan haiwan bernilai RM55,605 didapati tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.\"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,\" katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.Muhammad Ikram berkata, Maqis sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:25am"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264361/berita/semasa/pemandu-lori-tangki-didakwa-sebabkan-kematian-dua-beradik", "article_title": "Pemandu lori tangki didakwa sebabkan kematian dua beradik", "article_text": "KUANTAN - Seorang pemandu lori tangki didakwa di Mahkamah Trafik Khas Kuantan pada Selasa atas pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian kepada dua beradik pada 13 Jun lalu.Tertuduh, Muhammad Noor Azwan Abd Saman, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.Dia didakwa memandu kenderaan berat itu tanpa kecermatan kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian kepada Siti Nur Alia Saffiyah, 18, dan Siti Mazurah Zulkifli, 30.Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Noor Azwan di Jalan Kuantan-Segamat, dekat persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir, di sini pada jam 11 malam, 13 Jun lalu.Pendakwaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87 - Pindaan 1999) dan sabitan bagi kesalahan itu boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Selain itu, lesen tertuduh juga boleh dibatalkan mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.Dalam prosiding itu, Fadhlin Hani memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 berserta seorang penjamin bercagar.Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon agar jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana pendapatan bulanannya hanya RM3,000.Muhammad Noor Azwan turut memberitahu, dia juga menanggung isteri dan tiga anak serta ibunya yang sudah tua.Majistret kemudiannya membenarkan jumlah ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bercagar serta menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.Kes ditetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan, dua beradik maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir.Dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kereta jenis Proton Wira, Siti Nur Alia Saffiyah dan kakaknya, Siti Mazurah beralamat dari Felda Lepar Hilir 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemandu lori tangki yang beralamat di Perkampungan Sungai Isap di sini, di tidak mengalami sebarang kecederaan.Punca kemalangan dipercayai lori membawa muatan bahan api petroleum dari arah Muadzam Shah ke sebuah stesen minyak, di sini hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki dua beradik yang bekerja sebagai juru jual dan pramusaji itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:21am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264359/berita/nasional/kpkm-teliti-cadangan-penubuhan-agensi-tingkat-keterjaminan-makanan", "article_title": "KPKM teliti cadangan penubuhan agensi tingkat keterjaminan makanan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan penubuhan agensi khusus bagi meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.Timbalan Menteri berkenaan, Chan Foong Hin berkata, idea penubuhan agensi itu dicetuskan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini, sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat.Foong Hin berkata, kajian awal KPKM mendapati penubuhan agensi sekuriti makanan negara hendaklah dilihat secara holistik merangkumi empat aspek utama iaitu elemen ketersediaan, kebolehcapaian, keselamatan makanan dan pemakanan serta kestabilan dan kemampanan.\"Oleh itu penubuhan agensi sekuriti makanan negara memerlukan penilaian lanjut berkaitan implikasi perundangan, kewangan, sumber manusia dan penyelarasan semula fungsi serta peranan antara kementerian,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Katanya, dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan, kerajaan turut mengamalkan pendekatan rentas kementerian bagi memastikan sistem makanan negara mantap dan berfungsi dengan cekap dan produktif.Beliau menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Agensi Makanan Malaysia dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.Selain itu Foong Hin berkata, KPKM turut komited memastikan keterjaminan makanan khususnya dalam membentuk sistem pengeluaran makanan negara yang berdaya tahan dan membantu pihak pengeluar makanan.\"Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah peruntukan infrastruktur yang moden dan cekap, pemberian insentif, sokongan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal, geran, dana pembiayaan, pengecualian cukai, subsidi dan akses pasaran serta padanan perniagaan,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:15am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264362/berita/hiburan/suami-fatin-afeefa-jelaskan-nombor-plat-fancy-pakai-masa-kahwin", "article_title": "Suami Fatin Afeefa jelaskan nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin", "article_text": "[DIKEMAS KINI] SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang tampil bersuara untuk menjelaskan kekecohan yang timbul berhubung nombor plat yang digunakan di kereta mewah McLaren yang dikatakan bukan nombor sebenar.Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata, dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti yang didakwa sebelum ini.Menurut laporan portal Gempak, Opai menjelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat \u2018QPA1\u2019 itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.\"JPJ tak ada panggil pun. Tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call (hubungi). Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan, ini penjelasan saya.\"Biasalah orang kahwin pakai nombor plat 'fancy', nombor plat cantik letak nama sendiri. Tak pakai atas jalan pun. Kahwin pun hampir setengah tahun dah. Dah lama tular,\" katanya.Dalam pada itu, Opai memohon supaya netizen berhenti mengaitkan namanya lagi semata-mata mahu menumpang populariti.\"Orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai.\"Saya tahu orang nak pakai nama saya sebab senang nak FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum,\" katanya mengakhirinya.Terdahulu, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.Sebelum ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ia berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.Terdahulu dalam laporan Harian Metro, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.\u201cAdalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,\u201d katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 11:12am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264354/berita/sukan/kepahlawanan-saka-julang-england", "article_title": "Kepahlawanan Saka julang England", "article_text": "HATRIK Bukayo Saka membantu England mengukuhkan cengkaman Kumpulan C selepas menewaskan Macedonia Utara 7-0 dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Old Trafford pada Selasa sekali gus kemenangan keempat berturut-turut.Selain tiga gol bintang Arsenal pada minit ke-38, 47 dan 51 itu, kapten The Three Lions Harry Kane turut melebarkan jaringan minit ke-29 dan 73 untuk negaranya, manakala dua gol lagi disumbangkan Marcus Rashford (minit ke 45) dan Kalvin Phillips (64).\"Ini adalah perasaan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Tiada apa yang boleh saya katakan untuk menggambarkan kegembiraan.\"Ia adalah musim yang sangat panjang. Saya tidak boleh menamatkannya dengan cara yang lebih baik dan masa untuk berehat dan berehat.\"Kami benar-benar gembira dengan cara para penyokong berubah dalam menyatakan sokongan,\" kata Saka.Sebagai rekod, Saka, 21 tahun adalah pemain Arsenal pertama yang menjaringkan hatrik untuk England dan yang termuda sejak Theo Walcott ketika menentang Croatia pada 2008.Kemenangan England itu mencerahkan peluang pasukan tersebut menyambar slot pusingan akhir tahun depan selepas mengumpul 12 mata sempurna.Ukraine di tangga kedua dengan enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan diikuti Itali ketiga, dua mata kurang satu perlawanan berbanding pesaing mereka.Dalam pada itu, pengendali England, Gareth Southgate memuji prestasi hebat Saka walaupun mengalami kecederaan achilles yang menyuramkan persembahan bersama The Three Lions.\"Dia mengalaminya selama beberapa minggu. Ia kecederaan yang hanya perlu lebih bijak untuk diuruskan. Dan apabila anda melalui perlawanan terbaik dalam hidup anda, ia adalah peringatan bahawa ia berbaloi untuk melalui perkara ini,\" kata Southgate semasa sidang akhbar.Mbappe lebarkan rentak kemenangan GreeceDalam perkembangan berasingan, bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe membantu Perancis mengekalkan rekod sempurna kelayakan Euro 2024 Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Greece yang beraksi 10 pemain di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Paris pada Selasa.MbappeMalah, jaringan penalti Mbappe pada minit ke-55 separuh masa kedua menyaksikan bintang kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) itu muncul penjaring terbaik Perancis sepanjang musim dengan 54 gol untuk kelab dan negara dalam 58 perlawanan, mengatasi Just Fontaine pada 1957-58.Greece kendalian Gus Poyet terpaksa beraksi 10 pemain selepas Konstantinos Mavropanos dibuang padang pada minit ke-69 selepas gol Mbappe.Gol itu juga membantu penyerang PSG tersebut menyamai pencapaian penyerang Norway dan Manchester City, Erling Haaland yang akan berpeluang menamatkan penjaring terbanyak dalam kalangan mereka yang bermain dalam lima liga teratas Eropah apabila menentang Cyprus pada Rabu.Tiga mata diraih Les Parisian itu kendalian Didier Deschamps membolehkan naib juara Piala Dunia Qatar 2022 berkenaan mendahului Kumpulan B dengan 12 mata, enam mata di depan Greece di tempat kedua.Anak buah Deschamps akan menentang Republik Ireland dalam perlawanan berikutnya di Stadium Parc des Princes, Paris pada 8 September depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:26am"} {"author_name": "NORAFIZA JAAFAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264352/berita/politik/rodziah-sedia-beri-laluan-muka-baharu-di-dun-batu-tiga", "article_title": "Rodziah sedia beri laluan muka baharu di DUN Batu Tiga", "article_text": "SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail sedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menggantikan beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Rodziah berkata, muka baharu diperlukan sebagai pemimpin pelapis untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Menurutnya, ruang itu juga bagi membolehkan beliau menumpukan tugas sebagai ahli Parlimen Ampang yang mula disandang selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\"Dalam keputusan mesyuarat cabang baru-baru ini, mereka mengharapkan agar kedua-dua ADUN kekal iaitu Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan saya di DUN Batu Tiga.\"Sejak jadi ahli Parlimen, tugas saya bertambah. Kerja di Parlimen pun banyak.\"Apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan tentukan, yang penting kedua-dua kerusi tersebut kekal milik PKR,\" katanya mengulas kedudukan beliau menjelang PRN Selangor.Ia selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun ini.Beliau berkata, beberapa nama calon telah disediakan bagi tujuan tersebut termasuk calon muda yang berkelayakan.\"Kita kena lihat pertandingan bukan sekadar untuk rebut kerusi tapi memastikan pentadbiran negeri dikekalkan.\"Kalau diminta bertanding, saya perlu akur tetapi kalau boleh, lebih elok beri ruang kepada orang baharu untuk memimpin negeri, \" katanya.Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor telah menyandang wakil rakyat DUN Batu Tiga selama tiga penggal berturut-turut sejak 2008.Pada PRU15, beliau menang kerusi Ampang dengan majoriti 29,681 undi menewaskan lapan calon lain termasuk penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:21am"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264349/berita/nasional/diskaun-bayaran-balik-ptptn-bukti-usaha-kerajaan-bantu-peminjam", "article_title": "Diskaun bayaran balik PTPTN bukti usaha kerajaan bantu peminjam", "article_text": "Pelaksanaan insentif diskaun dan penangguhan bayaran balik oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini amat baik dan wajar diteruskan.Golongan belia yang menjadi peminjam khususnya mereka yang datang daripada keluarga B40 bersyukur dengan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 ini.Inisiatif itu termasuk diskaun 15 peratus bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (mengikut jadual bayaran balik) dan diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.Ia juga melibatkan inisiatif tawaran kedua iaitu pemberian penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.Penganalisis ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyambut baik insentif diskaun dan penangguhan bayar balik yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi pembiayaan pendidikan itu.DR AHMED RAZMAN Beliau berkata, jika dilihat secara keseluruhan, insentif ini banyak memberi manfaat kepada penuntut yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.Jelasnya, hasrat kerajaan untuk mendekati golongan mahasiswa wajar dipuji namun beberapa pendekatan perlu dikaji semula agar mereka yang benar-benar layak sahaja boleh menerima manfaat ini.\u201cKalau lihat mengenai insentif ini, memang banyak manfaatnya kepada rakyat khususnya penuntut yang datang daripada keluarga susah.\u201cIni termasuklah penyelesaian hutang pembiayaan dengan diskaun 20 peratus jika dapat dilangsaikan hutang dan juga diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang perlu dikaji semula.\u201cIni kerana tidak semua mahasiswa datang daripada keluarga yang senang, jadi diskaun jika dapat bayar semua atau separuh ini hanya keluarga T20 sahaja yang mampu,\u201d ujarnya.INFO GRAFIKBeliau bagaimanapun berpendapat insentif sedemikian wajar diteruskan pada masa akan datang untuk memberi lebih banyak kemudahan sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan dengan rakyat yang memerlukan.Layari www.budget.gov.my/manfaat untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk mendapatkan inisiatif ini dan meneroka lebih banyak peluang yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat.REAKSI BELIAABDUL LATIFDiskaun yang diperkenalkan PTPTN telah mengurangkan beban bayaran balik pinjaman terutama graduan yang baru mendapat pekerjaan.\u201d - Abdul Latif Abd Rahim, 25.MUHD HAZIQBagi mereka yang baru bekerja, penangguhan bayaran balik PTPTN amat membantu kerana kos sara hidup tinggi di bandar.\u201d - Muhd Haziq Zuhaimi, 25.MUHAMMAD AMMARDiskaun 20 peratus pembayaran balik pinjaman PTPTN ini boleh diteruskan tanpa sebarang tempoh had masa kerana peminjam sudah boleh merancang perbelanjaan bulanan dan pembayaran semula PTPTN.\u201d - Mohammad Ammar Mohammad Hadis, 24.NUR AMALIENAPenangguhan enam bulan untuk gaji bawah RM1,800 memang terbaik. Untuk 20 peratus diskaun pula, jika bayar penuh pun sangat berbaloi kerana wang yang ada boleh dijadikan simpanan masa depan.\u201d - Nur Amaliena Sapian, 24.KHAIRUN KHALEEDAInisiatif ini berbaloi sebab diskaun 15 peratus yang diberikan dapat menggalakkan peminjam melakukan bayaran balik melalui skim potongan gaji.\u201d - Khairun Khaleeda Ramli, 26.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:17am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264350/berita/sukan/saya-tidak-kejar-rekod-rekod-kejar-saya---ronaldo", "article_title": "'Saya tidak kejar rekod, rekod kejar saya' - Ronaldo", "article_text": "PENYERANG sensasi Cristiano Ronaldo tidak akan berputus asa bermain untuk Portugal ketika pemain itu bersedia membuat penampilan antarabangsa ke-200 menentang Iceland dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik.Pemain berusia 38 tahun itu mencipta rekod antarabangsa lelaki baharu apabila memenangi cap ke-197 menentang Liechtenstein pada Mac.\u201cSaya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.\u201cMencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,\u201d katanya pada sidang media di Reykjavik menjelang perlawanan pada Rabu.Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sejak Roberto Martinez mengambil alih tugas sebagai pengendali Portugal awal tahun ini.Namun Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam kemenangan bergaya Portugal 3-0 ke atas Bosnia & Herzegovina minggu lalu.\"Sesungguhnya adalah amat menakjubkan untuk menobatkan perlawanan antarabangsa ke-200 saya dengan gol.\u201cSaya tidak mengejar rekod, mereka mengejar saya. Saya gembira kerana ia adalah sebahagian daripada motivasi untuk terus berada di peringkat tertinggi bersama pasukan.\u201cIa sesuatu yang saya tidak pernah fikir akan dicapai,\u201d kata Ronaldo, penjaring rekod antarabangsa pemain bola sepak lelaki sepanjang zaman dengan 122 gol.Dalam pada itu, Martinez mengesahkan bahawa penyerang itu yang kini bermain untuk Al-Nassr di Arab Saudi akan memulakan permainan berdepan Iceland.\u201cSeorang pemain mencapai 200 perlawanan, itu unik. Ia satu kebanggaan untuk bola sepak Portugal,\u201d kata bekas pengendali Belgium itu.Sebagai rekod, Portugal di landasan terbaik ke Euro Jerman 2024 apabila menduduki tangga teratas Kumpulan J selepas menjaringkan 13 gol tanpa bolos dalam tiga kemenangan berturut-turut.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:06am"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264348/berita/semasa/gagal-bawa-masuk-gelatin-haiwan-bernilai-lebih-rm600000", "article_title": "Gagal bawa masuk gelatin haiwan bernilai lebih RM600,000", "article_text": "PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menggagalkan cubaan membawa masuk gelatin haiwan bernilai lebih RM600,000 dari Pakistan di Pelabuhan Klang Utara, di sini, Jumaat lalu.Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Maqis pada jam 11.30 pagi.Menurutnya, gelatin seberat 18,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM635,383.33 itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan dalam import permit.\"Perbuatan mengimport dagangan tidak mematuhi syarat permit dikeluarkan oleh Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (2), akta yang sama.\"Jika sabit kesalahan, pihak bertanggungjawab dengan barangan dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,\" katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Sobri berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan keluaran pertanian diimport mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan.Jelasnya, langkah itu bagi memastikan barang dagangan adalah bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan dan seterusnya menjamin keselamatan makanan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:06am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264347/berita/nasional/600-asnaf-terima-manfaat-daripada-peruntukan-ptptn", "article_title": "600 asnaf terima manfaat daripada peruntukan PTPTN", "article_text": "Norliza (tiga dari kiri) menyantuni salah seorang penerima sumbangan semasa sesi \u2018walkabout\u2019 di Flat Kampung Melayu, Pulau Pinang.SHAH ALAM - Seramai 600 golongan asnaf menerima manfaat menerusi Program Setulus Kasih PTPTN yang dilaksanakan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).PTPTN dalam satu kenyataan berkata, program itu melibatkan negeri- negeri terpilih seluruh Malaysia dengan sumbangan zakat PTPTN berjumlah RM120,000 yang disalurkan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan kotak makanan barangan keperluan harian.\u201cSecara keseluruhannya, sumbangan ini memberi manfaat kepada 600 penerima terdiri daripada pelajar dan keluarga asnaf. Setiap pelajar dan keluarga akan menerima simpanan akaun Simpan SSPN Prime dan sumbangan kotak makanan berjumlah RM200,\u201d jelas kenyataan itu pada Isnin.Menurut kenyataan itu, bagi memastikan bantuan yang diberikan dinikmati oleh golongan sasar, program ini turut melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat.Norliza (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kotak makanan dan replika kad Simpan SSPN Prime kepada salah seorang penerima sumbangan. \u201cProgram ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penabungan bagi tujuan pendidikan serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan,\u201d kata kenyataan itu.Sementara itu, pada 16 Jun lepas, Pulau Pinang telah menjadi lokasi pertama bagi Program Setulus Kasih PTPTN dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim bertempat di Surau Kampung Melayu, Ayer Hitam.Turut hadir, Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan PTPTN, Mohd Rusdi Ismail; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.Menurut kenyataan itu, pemberian sumbangan berjumlah RM20,000 itu merangkumi simpanan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM10,000 dan kotak makanan berjumlah RM10,000 yang disampaikan kepada 100 pelajar dan keluarga asnaf di Pulau Pinang.Norliza (tengah)bergambar bersama penerima sumbangan Program Setulus Kasih PTPTN yang diadakan di Surau Kampung Melayu, Ayer Hitam Pulau Pinang.\u201cKami berharap melalui sumbangan yang diberikan PTPTN ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,\u201d kata kenyataan itu.PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat merancang kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 10:05am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264344/berita/hiburan/akui-khilaf-jemput-ustaz-wadi-janna-nick-mohon-maaf", "article_title": "Akui khilaf jemput Ustaz Wadi, Janna Nick mohon maaf", "article_text": "KUALA LUMPUR - Pelakon Janna Nick mengakui kekhilafannya apabila menjemput pendakwah popular, Ustaz Mohamad Wadi Annuar atau popular dengan panggilan Ustaz Wadi ke majlis perkahwinannya bersama Dini Schatzmann, minggu lalu.Kata Janna, dia terlepas pandang mengenai aspek penganjuran majlis resepsi yang kurang sesuai dihadiri tokoh agamawan seperti Ustaz Wadi.\"Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan, kami minta beliau mengetuai majlis doa selamat dan bacaan Yassin.\"Malam itu juga, beliau ada menyampaikan ceramah berkaitan kehidupan berumah tangga.\"Saya minta maaf, saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya (kerana) majlis itu tidak sesuai dengan beliau,\" katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka pada Isnin.Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu juga meminta agar orang ramai berhenti memperkatakan isu berkenaan apatah lagi selepas Ustaz Wadi sendiri sudah memberi penjelasan di pihaknya.\"Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama, kalau mahu bandingkan nama saya dengan Ustaz Wadi, sangat jauh perbezaannya.\"Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan isu ini. Niat saya hanyalah sekadar memohon keberkatan dengan meminta seorang ahli agama yang tinggi ilmu, mendoakan majlis dan rumah tangga saya.\"Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan beliau,\" katanya lagi.Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak selesa melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan.Netizen mempersoalkan kejanggalan apabila pendakwah itu 'terpaksa' berada dalam majlis di mana pengantin mengenakan pakaian tidak menutup aurat manakala tetamu yang hadir juga dilihat kurang tertib.Dalam penjelasannya, Ustaz Wadi memaklumkan kehadirannya itu adalah kerana menjadi kewajipan untuk memenuhi undangan pernikahan, namun mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis lebih awal selepas memaklumkan kepada tuan rumah. - AwaniARTIKEL BERKAITAN:Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna NickJanna Nick sah jadi isteri Dini Schatzmann dengan sekali lafaz", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:41am"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264345/berita/politik/pertarungan-sebenar-di-terengganu-antara-umno-pas---ahmad", "article_title": "'Pertarungan' sebenar di Terengganu antara UMNO, Pas - Ahmad", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Parti-parti komponen yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu perlu menerima hakikat bahawa 'pertarungan' sebenar dalam pilihan raya itu hanya melibatkan dua parti dominan iaitu Pas dan UMNO.Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, hakikat itu perlu diterima kerana ia adalah gambaran terhadap situasi sebenar dalam setiap pilihan raya yang diadakan di negeri tersebut.Justeru, katanya, parti komponen termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berlapang dada terutama melibatkan keputusan agihan kerusi yang telah dicadangkan UMNO Terengganu kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat, baru-baru ini.\"Bagi pihak kita, agihan kerusi itu sudah selesai. Biar pucuk pimpinan yang putuskan sebab keputusan itu ada justifikasi tersendiri.\"Dia (PKR) pun kena ukur baju di badan sendiri berapa kekuatan dia, berapa cawangan dia ada... berapa ramai ahli dia. Macam UMNO di Kuala Terengganu sahaja kita ada 20 lebih cawangan tapi dia berapa cawangan yang ada.\"Jangan nak 'glamour' saja... saya kata kita nak menang. Jawatan lain banyak lagi... (kalau tak terpilih calon) boleh dilantik senator atau di mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan negeri).\"Nak cakap banyak takut pihak sana (PKR) terasa hati, tapi itu lah hakikatnya kena terima... pertarungan sebenar memang antara Pas dan UMNO sahaja (kalau di Terengganu),\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku 'Wanita Desa Ke Global' di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pada petang Isnin.Terdahulu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya yakin boleh menang di beberapa kerusi yang telah dikenal pasti di Terengganu.Ujar beliau, parti tersebut mempunyai beberapa kelebihan antaranya menjadi parti pilihan di kawasan urban yang diduduki banyak pengundi profesional dan berpendidikan tinggi seperti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.\"Kita yakin boleh menang kerana beberapa faktor seperti demografi, 'track record' dan hasil tinjauan kaji selidik yang dilakukan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:40am"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264343/berita/semasa/lelaki-rentung-isteri-dua-anak-parah-kereta-terbakar", "article_title": "Lelaki rentung, isteri, dua anak parah kereta terbakar", "article_text": "KULIM - Seorang lelaki rentung, manakala isteri dan dua anak parah apabila kereta dinaiki keluarga itu terbakar dalam kemalangan kira-kira jam 2.20 petang di Jalan Kulim-Baling pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pemandu berusia 27 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa lain dihantar ke Zon Merah Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersama isteri berusia 28 tahun dan dua anak berusia tiga dan empat tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling.\"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sehingga menyebabkannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Baling ke Kulim.\u201cBagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berusia 46 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.Akibat pertembungan itu, kenderaan yang dinaiki mangsa telah terbakar dan memerlukan bantuan pasukan bomba untuk memadamkan kebakaran.Mohd Redzuan berkata, mayat mangsa kemudiannya ditemukan dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu selepas bomba berjaya memadam api.Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:28am"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264341/berita/nasional/tarikh-pendaftaran-peperiksaan-spm-calon-persendirian-dilanjutkan", "article_title": "Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM calon persendirian dilanjutkan", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 6 petang 30 Jun ini.KPM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, keputusan pelanjutan tarikh tersebut adalah selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan kementerian yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan selain hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM tahun lalu yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM.\"Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my,\" kata kenyataan itu.Calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang telah ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.Permohonan pendaftaran peperiksaan calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar, manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.\"Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my,\" menurut kenyataan itu.Tambah kenyataan itu, KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.Sebelum ini, tarikh pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian telah tamat pada 16 Jun lalu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 09:02am"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264340/berita/semasa/lelaki-maut-dalam-nahas-babit-treler-motosikal", "article_title": "Lelaki maut dalam nahas babit treler, motosikal", "article_text": "KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 109.6 Lebuhraya Karak pada jam 9.18 malam Isnin.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu berlaku melibatkan sebuah treler dengan motosikal.\"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati tersepit dan kita menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan rescue tool.\"Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau memaklumkan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:57am"} {"author_name": "SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264339/berita/semasa/lelaki-ditemukan-maut-terduduk-dalam-tandas-dengan-kesan-kelar", "article_title": "Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar", "article_text": "SUNGAI PETANI - Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan terduduk di tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria di sini kira-kira jam 1.10 petang pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kematian mangsa disahkan pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani setelah pemeriksaan dibuat di lokasi kejadian.Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihantar ke lokasi kejadian.\"Kejadian diadu jiran yang memeriksa rumah itu selepas isteri mangsa cuba menghubungi lelaki berusia 58 tahun itu sejak jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, namun tidak berjawab.\"Disebabkan itu, isterinya telah menghubungi jiran bagi memeriksa keadaan mangsa.\"Ketika jiran masuk ke rumahnya mendapati pintu pagar besi bertutup dan tidak berkunci selain pintu utama tidak ditutup.\"Bagaimanapun, sebaik sahaja masuk jirannya terkejut apabila melihat keadaan ruang tamu yang berlumuran darah sebelum menghubungi ambulans,\" katanya.Menurut Zaidy, mayat ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas selain menemui kesan kelar pada tangan sebelah kiri.Zaidy berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui sebilah pisau potong kertas di atas lantai ruang tamu.Mayat dihantar ke HSAH untuk proses bedah siasat.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:49am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264333/berita/sukan/aaron-wooi-yik-bertambah-baik-agresif", "article_title": "Aaron-Wooi Yik bertambah baik, agresif", "article_text": "PERUBAHAN ketara dipamerkan oleh beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam beberapa kejohanan sebelum ini disifatkan sebagai sesuatu yang positif.Malah, pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky mengakui gembira dengan perkembangan itu dan percaya Aaron-Wooi Yik semakin mengakhiri kemarau kejuaraan terbuka pertama mereka\u201cPermainan Aaron-Wooi Yik bertambah baik sejak dari Terbuka Singapura, manakala dalam Terbuka Indonesia, kita dapat lihat mereka agak agresif.\u201cIni adalah petanda positif apabila mereka lebih konsisten berdepan pasangan teratas. Mereka mungkin kalah (Ahad) tetapi saya percaya kemenangan itu tidak jauh,\u201d katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik mengakhiri kempen Terbuka Indonesia dengan gelaran naib juara selepas tewas dalam perlawanan akhir di Stadium Istora, Senayan pada Ahad.Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-17, 21-18, sekali gus menjadi kekalahan pertama dalam sembilan pertemuan sebelum ini.Dalam pada itu, Rexy menegaskan tumpuan terhadap gandingan ranking ketiga dunia itu kini adalah untuk meningkatkan kekuatan individu masing-masing.\u201cKami perlu bantu mereka mencari jalan untuk mengubah perlawanan ketika kedua-duanya berada di bawah tekanan.\u201cKedua-duanya mesti sama baik dalam serangan dan pertahanan dan aspek lain seperti servis, permainan gelanggang hadapan dan kemahiran dan taktik lain.\u201cMereka telah menunjukkan banyak peningkatan sejak kebelakangan ini dan kami perlu meneruskannya momentum ini,\u201d katanya.Sementara itu, Rexy memaklumkan Aaron-Wooi Yik akan dipersiapkan untuk mengharungi tiga kejohanan dalam masa terdekat selepas Terbuka Indonesia.\u201cTumpuan selepas ini adalah Terbuka Korea, Terbuka Jepun diikuti Terbuka Australia,\u201d katanya.Ditanya mengenai pendekatan diambilnya dalam memastikan Aaron-Wooi Yik berada tahap kecergasan terbaik dan mengelak risiko kecederaan Rexy berkata, \u201cSaya sering mengingatkan mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup.\u201cSelain itu, mereka perlu amalkan permakaman yang bergizi dan banyakan lakukan regangan fizikal,\" ujarnya", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:45am"} {"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264338/berita/semasa/wanita-maut-dihempap-bumbung-sekolah", "article_title": "Wanita maut dihempap bumbung sekolah", "article_text": "SEGAMAT - Seorang wanita maut selepas rumahnya dihempap bumbung sekolah yang diterbangkan angin di Tahang Rimau di sini pada Isnin.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 7.41 malam.Menurutnya, sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.\"Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah.\"Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V Mahedevi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba.\"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),\" katanya dalam kenyataan pada Selasa.Jelasnya, mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.21 malam.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 08:41am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264329/berita/sukan/suara-hati-kecil-jelitawan-raducanu", "article_title": "Suara hati kecil jelitawan Raducanu", "article_text": "EMMA Raducanu pemenang sensasi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 pada usia 18 tahun itu mengakui kejayaan dan kemasyhuran segera selepas menjuarai Grand Slam memberikan tekanan kepadanya.Malah, bintang tenis berusia 20 tahun yang kini menduduki ranking ke-128 dunia menegaskan ada ketikanya dia berharap tidak menjuarai Grand Slam sebelum ini.\u201cSejujurnya saya amat meraikannya ketika menjuarai Grand Slam sebelum ini, kerana kejuaraan itu telah benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenis saya.\u201cNamun sejak mengalami beberapa kecederaan, kemerosotan mula melanda saya satu demi satu. Biarpun begitu saya tetap tabah dan bertoleransi tinggi, tetapi sejujurnya bukan sesuatu yang mudah. \u200b\u200b\u201cKadang-kadang saya berfikir sendiri dan berharap saya tidak pernah memenangi Terbuka Amerika Syarikat,\u201d ujarnya.Emma Raducanu mengakui gelaran juara dimilikinya benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenisnya.Raducanu sebelum ini menjulang kejuaraan Grand Slam 2021 dengan bergaya, tanpa kehilangan satu set pun dalam sembilan perlawanan sebelum ke perlawanan akhir.Mengakui kemenangan itu datang dengan pujian, namun Raducanu mendedahkan bahawa dunia sukan berprestij itu sarat dengan segala berkemungkinan.\u201cSememangnya, saya perlu matang dengan cepat kerana apabila menang saya sangat naif.\u201cApa yang saya sedar dua tahun lalu, siri jelajah dan segala yang datang dengannya, ia bukanlah ruang yang sangat bagus, boleh dipercayai dan selamat.\u201cAnda perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dalam industri, terutamanya ketika berumur 19, sekarang 20.\u201cNamun saya telah belajar, dan kekalkan dalam kalangan kelompok sekecil mungkin,\u201d katanya yang kini tanpa bimbingan daripada mana-mana jurulatih sejak berpisah dengan Sebastian Sachs.Sebagai rekod, Raducanu terlepas Terbuka Perancis tahun ini dan tidak menyertai Wimbledon kerana masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan pada pergelangan tangan dan buku lalinya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264335/berita/nasional/cahaya-society-sokong-kpm-teliti-pindaan-peraturan-1998", "article_title": "Cahaya Society sokong KPM teliti pindaan peraturan 1998", "article_text": "SHAH ALAM - Cahaya Society menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak tanpa dokumen mendapatkan akses pendidikan di sekolah kerajaan.Jawatankuasanya dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan dengan konkrit dan komprehensif, beberapa perkara susulan ingin dicadangkan.\"Pertama, mendefinisikan istilah tanpa dokumen atau warganegara untuk konteks Sabah, memandangkan istilah ini masih disalah fahami dan membentuk stigma yang cenderung kepada fahaman perkauman yang radikal.\"Mengenal pasti kanak-kanak tanpa dokumen menerusi pemetaan dan pendataan di lapangan serta sesi konsultasi bersama NGO/NGI yang bekerja dalam isu ini.\"Ia termasuk menghasilkan pelan tindakan yang menyeluruh dengan mengambil kira pandangan para akademik, aktivis, 'think-tank' dan pengamal advokasi pendidikan membabitkan kanak-kanak tanpa dokumen dengan memastikan representatif Sabah dan Sarawak secara penuh,\" kata kenyataan itu.Menurut kenyataan itu, semua pihak terbabit perlu melancarkan kempen 'Pendidikan Untuk Semua' sama ada berbentuk digital dan fizikal ke seluruh negara.\"Ia bagi memastikan tiada lagi sentimen dan prejudis yang membawa kepada perpecahan kaum.\"Justeru, Cahaya Society amat berharap agar pihak kerajaan serius, komited dan sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan cadangan pindaan ini berjaya,\" kata kenyataan itu.Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan KPM sedang meneliti untuk meminda peraturan kemasukan ke sekolah bagi memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak termasuk bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 itu akan terpakai bagi kemasukan ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:04am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264327/berita/nasional/sewaan-pulau-pinang-telah-lama-terbatal", "article_title": "Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal", "article_text": "SHAH ALAM - Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan, isu sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 \u200b\u200bditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia dibayar secara tahunan.\u201cBagaimanapun, selepas Pulau Pinang dikuasai oleh British, ia sudah menjadi satu perkara yang sah dan sewaan diteruskan sehingga terbentuknya PPTM 1948.\u201cMenerusi perjanjian tersebut, Pulau Pinang telah dimasukkan ke dalam PPTM sebagai negeri bebas daripada jajahan takluk British.Apabila kita merdeka, sekali lagi perjanjian di antara British dan Pulau Pinang dibuat menjadikan negeri itu berdaulat.\u201cJadi sebaik sahaja negeri itu ada kedaulatan rasmi, secara tidak langsung isu sewaan di antara Pulau Pinang dan Kedah tidak lagi timbul dan terbatal,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.Sultan Sallehuddin bertitah, bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.Mengulas lanjut, Ramlah berkata, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian baharu dibuat, maka persetujuan terdahulu itu secara automatik terbatal.Tambah beliau, sewaktu membentuk Malaysia, Pulau Pinang dianggap sebagai salah satu negeri yang berdaulat walaupun tiada raja memerintah.\u201cSebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, British melepaskan Pulau Pinang melalui surat penyerahan semula kepada orang tempatan (penduduk Pulau Pinang) dan menjadikan gabenor sebagai ketua mereka.\u201cSejarah yang terjadi sebelum PPTM 1948, PPTM 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh berlaku semula dan akan kekal menjadi kisah lampau,\u201d ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - SanusiPulau Pinang tidak pernah terpisah dari KedahSejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyatSewaan Pulau Pinang telah lama terbatalIsu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264334/berita/sukan/argentina-tanpa-messi-tetap-padu-di-indonesia", "article_title": "Argentina tanpa Messi tetap padu di Indonesia", "article_text": "JUARA dunia, Argentina tanpa kelibat kapten berpengaruh, Lionel Messi berjaya menjinakkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, pada Isnin.Malah tanpa kelibat Messi, pemenang Ballon d'Or tujuh kali dan pemain baharu kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami, aura lebih 60,000 para penyokong skuad Garuda berjaya membentuk lautan baju merah.Argentina memberikan tekanan sejak dari sepak mula, menguasai bola ketika Indonesia mengharungi badai setengah jam pertama jelmaan skuad La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni tersebut.Gol dicari Argentina akhirnya hadir menerusi pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Leandro Paredes pada minit ke-38 selepas menterjemah bantuan gol Exequiel Palacios sekali gus merobek pertahanan ampuh anak buah Shin Tae-yong tersebut.Paredes antara pencetak gol ketika Argentina menewaskan Indonesia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno pada Isnin.Separuh masa kedua tuan rumah yang berstatus ranking ke-149 dunia berusaha kembali dalam permainan dengan membawa masuk beberapa pemain gantian.Bagaimanapun, Argentina kembali melebarkan pendahuluan hasil sentuhan Cristian Romero yang menyudahkan bantuan gol daripada Giovani Lo Celso pada minit ke-55.Selain Messi, kunjungan Argentina ke Indonesia juga tanpa kelibat beberapa tonggak termasuk pemain tengah Juventus, Angel Di Maria dan pertahanan Benfica, Nicolas Otamendi.La Albiceleste sebelum berkunjung ke Jakarta, telah menewaskan Australia, 2-0 dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Beijing minggu lalu, dengan Messi menjaringkan gol terpantas dalam kariernya.Dalam pada itu, Scaloni mengakui Argentina berdepan kesukaran untuk mengalahkan Indonesia terutamanya dengan gaya permainan dipamerkan skuad Garuda tersebut.Biarpun begitu Scaloni tetap memuji Julian Alvarez dan para pemain Argentina lain apabila menampilkan permainan terbaik masing-masing dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.\"Ya, seperti yang saya jangkakan sebelum ini bahawa ia bukan merupakan satu perlawanan yang mudah berdepan Indonesia.\"Namun saya gembira apabila para pemain telah melakukan yang terbaik tambahan pula Argentina tampil ke Jakarta tanpa beberapa pemain utama,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 06:58am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264326/berita/nasional/tahap-2-tip-tanda-kemajuan-ketara-tangani-isu-pemerdagangan-orang", "article_title": "Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang", "article_text": "KUALA LUMPUR - Status Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023, menandakan kemajuan ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang di negara ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Rahmat Mohamad berkata, organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara.\"Langkah-langkah yang diambil kerajaan, mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3, bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan,\u201d katanya dalam kenyataan, malam ini.Sebagai organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia termasuk memerangi pemerdagangan orang, Rahmat berkata, Suhakam tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah tersebut.Beliau menyifatkan kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL).Suhakam juga mengulangi saranannya kepada kerajaan, untuk meningkatkan usaha bagi menghalang, menerajui pembasmian pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat.Laporan TIP yang dikeluarkan 15 Jun, menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian, sementara menyarankan agar Malaysia memberi penekanan kepada kes pemerdagangan orang yang melibatkan penjawat awam serta menambah baik kerjasama antara agensi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:20am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264325/berita/semasa/mo-baharu-penipuan-guna-dokumen-ada-logo-tandatangan-polis", "article_title": "MO baharu penipuan, guna dokumen ada logo, tandatangan polis", "article_text": "IPOH - Memperdayakan mangsa dengan menghantar dokumen palsu menggunakan paparan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis, merupakan modus operandi terbaharu sindiket penipuan dalam talian yang dikesan.Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan malam ini berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang menggunakan modus operandi berkenaan, kononnya melibatkan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perlis.Beliau berkata, kes pertama melibatkan seorang peniaga kedai makan di Teluk Intan, yang ditipu kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya, namun ia tidak melibatkan kerugian apabila peniaga itu terus membuat laporan polis, manakala dalam kes kedua seorang pensyarah universiti menjadi mangsa, mengakibatkan beliau mengalami kerugian RM98,000.Difahamkan kedua-dua kes berlaku baru-baru ini.Sementara itu, Mohd Yusri berkata, sepanjang tahun lepas 358 kes \u2018phone scam\u2019 telah dilaporkan, membabitkan kerugian berjumlah RM15,110,598.87, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei lepas, 181 kes \u2018phone scam\u2019 disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM8,088,363.49Katanya, antara modus operandi yang digunakan ialah menyamar sebagai pihak berkuasa, institusi kewangan, mahkamah, syarikat insurans dan syarikat penghantaran. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2023 12:01am"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264323/berita/sukan/upnm-kekal-penguasaan-peringkat-ketiga-ltdlpt-2023", "article_title": "UPNM kekal penguasaan peringkat ketiga LTdlPT 2023", "article_text": "UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meneruskan penguasaan saingan Le Tour de IPT (LTdlPT) 2023 apabila mengungguli peringkat ketiga pada Isnin.Namun kali ini giliran pelumba jersi 55, Ahmad Irfan Abdul Hamid apabila menguasai laluan sejauh 84.5 kilometer (km) dari Politeknik Port Dickson hingga Universiti Putra Malaysia (UPM).Pecutan bertenaga Ahmad Irfan membolehkannya melakarkan catatan masa 2 jam 7 minit 12 saat (s) dalam perlumbaan sengit berkenaan sekali gus mengekalkan jersi Polka Dot (Raja Bukit).Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aniq Najmuddin Md Sufian dari Universiti Teknologi Mara A (2:07:12s) diikuti ketiga pelumba Malaysian University Cycling Team B, Muhamad Firas Aliyan Ismail (2:07:12s).Sementara itu, pemenang dua peringkat terawal dari UPNM, Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar menduduki tempat kelapan dengan catatan 2 jam 9 minit 38 saat.Keputusan peringkat ketiga tidak menjejaskan status pelumba jersi 56 itu yang masih mengekalkan Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat ketiga, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut).Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli berkata, \u201cSaya sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba muda IPT walaupun ini edisi pertama, mereka nampak matang walaupun masih kurang pengalaman.\u201dSaingan seterusnya pada Selasa merupakan peringkat keempat sejauh 83.5km bermula dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi hingga Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264324/berita/nasional/mbm-sokong-pelajar-tercicir-duduki-spm-semula", "article_title": "MBM sokong pelajar tercicir duduki SPM semula", "article_text": "SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mencari hampir 30,000 pelajar tercicir dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 untuk menduduki semula peperiksaan itu atau beralih ke Program Pendididkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Exco dan juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikannya, Mohd Fauzi Fadzil berkata, pembangunan belia termasuk dalam bidang akademik sepatutnya tidak hanya bergantung kepada teknologi dan persekitaran persekolahan semata-mata sebaliknya perlu melibatkan pelajar bersama pertubuhan belia bagi membantu mereka membina jati diri.\"Ia kerana tanpa jati diri yang mantap maka mereka akan hanyut dalam mengejar impian yang sia-sia seperti menjadi jutawan berasaskan kandungan media sosial.\"Kepentingan pendidikan lebih besar daripada matlamat untuk mengumpul kekayaan material keduniaan. Pendidikan perlu dilihat sebagai \u2018kenderaan\u2019 untuk mengangkat status individu dan negara.\"Justeru, MBM sentiasa bersedia menjadi rakan pembangunan negara bersama KPM bagi membantu membawa kembali hampir 30,000 pelajar yang tercicir semasa SPM 2022 untuk kembali ke dunia akademik,\" katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Mohd Fauzi, pihaknya juga yakin dan mampu untuk membantu mengembalikan semangat pelajar tersebut melalui pembentukan jati diri yang mantap supaya fokus mereka dapat dibentuk kembali.Pada Isnin, media melaporkan KPM akan terus memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir untuk menduduki peperiksaan SPM.Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga menawarkan peluang menceburi bidang lain menerusi TVET yang dibuka seluas-luasnya kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264322/berita/nasional/lhdn-terima-229613-borang-b-setakat-14-jun-angka-masih-rendah", "article_title": "LHDN terima 229,613 Borang B setakat 14 Jun, angka masih rendah", "article_text": "KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini.Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN, Kamarudin Hashim berkata, angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021.\"Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir.\"(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran,\u201d katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk \u2018Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,\u2019 malam ini.Sehubungan itu, Kamarudin mengingatkan agar mereka terbabit yang layak dikenakan cukai untuk menyedari dan menunaikan tanggungjawab tersebut, terutama mereka dengan pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan pemilikan tunggal.Menurutnya, kelompok itu adalah syarikat yang menjalani perniagaan runcit, jualan langsung, penternakan, gerai, firma guaman, bidang penulisan, penyanyi, \u2018youtuber\u2019 dan pempengaruh.Malah, katanya, kesedaran membayar cukai dalam kalangan kategori tersebut masih rendah berbanding individu dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.Berikutan itu, Kamarudin berkata, pihak LHDN kini aktif menjalankan libat urus dengan mereka daripada kategori pendapatan perniagaan individu terbabit dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264319/berita/nasional/lra-tok-bali-bukanlah-projek-baharu---tuan-ibrahim", "article_title": "'LRA Tok Bali bukanlah projek baharu' - Tuan Ibrahim", "article_text": "SHAH ALAM - Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Tok Bali bukanlah perkara baharu, sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan menukar nama.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebenarnya tiada yang baharu dalam pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.Menurutnya, Anwar hanya meneruskan usaha lama yang telah dilaksanakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).\"Ia hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh pihak KASA ketika saya menerajuinya.\"Projek LRA Tok Bali bukanlah satu projek baharu, ia sekadar perubahan nama daripada LRA Semerak yang dinamakan KASA sebelum ini.\"Penamaan LRA Semerak ketika itu dibuat kerana ia dibina di tepi Sungai Semerak dan di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Semerak,\" katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Isnin.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu yang mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan.\"Saya menyambut baik pengumuman PMX untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan sebagaimana yang diumumkan.\"Alhamdulillah, demi kesejahteraan dan kebaikan, ia sememangnya wajar diteruskan,\" ujarnya.Pada Ahad, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.Katanya, peruntukan itu bagi menyegerakan pembinaan LRA Tok Bali dan penggantian paip di Bachok.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264318/berita/nasional/saifuddin-nasution-ziarah-mat-sabu", "article_title": "Saifuddin Nasution ziarah Mat Sabu", "article_text": "SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang tadi melawat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.Saifuddin Nasution berkata, beliau menziarahi sahabat baiknya itu yang kini sedang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.\"Petang tadi saya hadir ziarah sahabat baik saya, Saudara Mohamad Sabu. Alhamdulillah beliau kini stabil, cuma perlu sedikit masa untuk pulih sepenuhnya.\"Moga saudara Mohamad Sabu segera dikurniakan aafiyah dan dapat kembali berkhidmat, Insya-ALLAH,\" katanya melalui laman Facebook pada Isnin.Beliau turut memuat naik gambar bersama Mohamad di laman Facebook.Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Mohamad selamat menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) di Hospital Putrajaya.Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada Khamis untuk mendapatkan rawatan dan perlu menjalani pembedahan atas nasihat pakar perubatan.ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad Sabu selamat dibedah, keadaan stabilMat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 10:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264316/berita/sukan/zahid-harap-azizulhasni-teruskan-usaha-raih-emas-pertama-olimpik", "article_title": "Zahid harap Azizulhasni teruskan usaha raih emas pertama Olimpik", "article_text": "TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus berusaha bagi mendapatkan emas pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan mengucapkan tahniah kepada The Pocket Rocketman yang telah menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai.\"Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau ini dan atlet-atlet sukan lain yang sentiasa berusaha gigih mengharumkan nama Malaysia di arena sukan antarabangsa.\"Tahniah semuanya! Malaysia berbangga,\u201d kata beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya, pada Isnin.Pada ACC 2023 yang menutup tirai hari ini, Mohd Azizulhasni, 35, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila meraih gelaran berganda menerusi acara pecut, Rabu lepas dan keirin semalam, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.Sementara itu, Ahmad Zahid juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang telah menamatkan penantian tujuh tahun untuk meraih gelaran di pentas Asia selepas mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) hari ini.Pelumba berusia 25 tahun itu mencatatkan satu minit 00.559 saat pada final sekali gus mengakhiri kemarau lebih sedekad Malaysia untuk gelaran tersebut selepas kejayaan Mohd Edrus Yunus pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Azizulhasni congak langkah ke ParisSaya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila' - AzizulhasniAzizulhasni sambar emas ke-12", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264315/berita/nasional/tren-ekspres-rakyat-timuran-dari-tumpat-ke-jb-ikut-jadual", "article_title": "Tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke JB ikut jadual", "article_text": "KOTA BHARU - Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor hari ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata, walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api kira-kira 12.47 tengah hari tadi, ia tidak menyebabkan berlaku kelewatan kepada penumpang untuk sampai ke destinasi.\"Perkhidmatan tren ekspres dari Tumpat ke Johor Bahru hari ini berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak akan berlaku kelewatan,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin.Beliau berkata, KTMB menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.Sebelum ini media melaporkan, badan lelaki maut dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang dalam kejadian tersebut.Mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat itu. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264314/berita/nasional/jayakan-reformasi-inisiatif-ekonomi-dirancang---anwar", "article_title": "Jayakan reformasi, inisiatif ekonomi dirancang - Anwar", "article_text": "KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Putrajaya pada Isnin bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, KSP RMK12 perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa.\"(Oleh itu) Input-input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK12 ini.\"Sehubungan itu, semua kementerian perlu lebih serius serta bertindak dengan lebih proaktif, agresif dan berani bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan dasar, terutamanya berkaitan rakyat mengikut lunas perundangan sedia ada,\u201d katanya menerusi satu catatan di Facebook pada Isnin.Anwar berkata, mesyuarat khas berkenaan diadakan bagi membincangkan hala tuju baharu (2023-2025) yang perlu dibentangkan dalam KSP RMK-12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia Madani.\"KSP RMK-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264313/berita/nasional/kpt-ksm-perlu-kerjasama-wujud-dana-latihan-industri", "article_title": "KPT, KSM perlu kerjasama wujud dana latihan industri", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi diminta bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan sebuah dana latihan industri, bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat terpilih.Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Barjoyai Bardai berkata, penubuhan dana itu, dapat menyelaras pemberian elaun yang bersesuaian kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka sepanjang menjalani latihan tersebut.\"Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), kerana syarikat yang mencarum dengan HRDF dapat menikmati tawaran latihan yang bersesuaian dengan pekerjaan mereka secara percuma.\"Jadi sekiranya IPT dapat sama-sama mewujudkan dana latihan industri dan mencarum dengan HRDF, elaun latihan industri itu lebih mudah diselaraskan, sekali gus mengurangkan beban pelajar yang sedang menjalani latihan industri,\u201d katanya.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meninta syarikat supaya mempertimbangkan pemberian elaun yang munasabah kepada pelatih industri, bagi menampung keperluan harian mereka seperti kos tambang dan makanan.Anwar berkata, bagaimanapun kerajaan tidak akan menetapkan satu kaedah pembayaran yang jelas kepada pelatih industri, memandangkan latihan itu bukan bersifat paksaan.Barjoyai berkata, pelajar praktikal juga boleh dibayar mengikut kadar produktiviti mereka, sekiranya pelajar berkenaan dapat memberi pulangan atau keuntungan kepada syarikat, kerana pada hakikatnya majikan sudah melaksanakan tanggungjawab untuk melatih pelajar berkenaan.Mengakui tekanan kos sara hidup pelajar kini, Barjoyai berkata seorang pelajar memerlukan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk menampung keperluan mereka, tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan serta bergantung kepada lokasi.Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhammad Asree Abdul Aziz, mencadangkan kerajaan memberi subsidi upah latihan industri atau pelepasan cukai khas kepada syarikat terlibat.Beliau berkata, langkah itu akan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak, memandangkan banyak syarikat masih dalam proses pemulihan ekonomi selepas berdepan pandemik Covid-19 sebelum ini.\"Kami memahami kos sara hidup terus meningkat tanpa dijangka dan pinjaman pendidikan dan biasiswa semakin menipis peluang untuk diperolehi, namun pelajar juga harus memahami apakah tujuan utama latihan industri ini.\"Perlu difikirkan juga kesanggupan pihak industri dalam menerima pelajar ini untuk diberi latihan di syarikat mereka, namun pihak industri juga sewajarnya tidak membebankan kerja-kerja tertentu terhadap pelajar, sehingga memberi kesan kewangan kepada mereka,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:50pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264310/berita/sukan/shah-firdaus-dapat-basikal-baharu-sebelum-sukan-asia---beasley", "article_title": "Shah Firdaus dapat basikal baharu sebelum Sukan Asia - Beasley", "article_text": "KETUA Jurulatih Berbasikal Trek Negara, John Beasley menyatakan bahawa Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan menerima basikal baharu sebelum Sukan Asia Hangzhou, yang dijadualkan dari 23 September hingga 8 Oktober.Beasley berkata, beliau akan berasa gembira jika versi baharu basikal WXR-Vorteq, akan siap sebelum Kejohanan Dunia dari 3-13 Ogos di Glasgow, Scotland, namun baginya sebelum Sukan Asia merupakan tarikh yang lebih realistik.\"Shah Firdaus rosakkan dua basikal pada dua perlumbaan terakhir. Sebelum ini, berlaku banyak kemalangan tetapi tiada yang rosak, tetapi pada dua kemalangan terakhir, dua basikal telah rosak, jadi ia cuma nasib tidak baik. Kami ada sedikit peruntukan, jadi kita akan pastikan untuk mendapatkan beberapa buah basikal lagi.\"Beliau rosakkan basikal projek dua dan tiga, tetapi kita akan ada basikal projek empat tidak lama lagi. Ia direka bentuk dalam cara yang membolehkan kami melakukan pembaikan dari semasa ke semasa,\u201d katanya kepada pemberita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, di sini pada Isnin.Shah Firdaus, 27, kehilangan basikal keduanya berturut-turut semalam, selepas terlibat dalam kemalangan ketika separuh akhir keirin lelaki, namun menunjukkan semangat melawan yang baik untuk mengayuh basikal yang rosak untuk layak ke peringkat akhir.Beliau kemudiannya menggunakan basikal versi prototype untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 (projek satu) bagi memenangi pingat gangsa, manakala Datuk Mohd Azizulhasni menang emas.Sebelum ini, Shah Firdaus kehilangan basikalnya di Siri Piala Trek Antarabangsa Hong Kong, bulan lepas.Dilaporkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk basikal digunakan Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, yang dibangunkan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi kerjasama dengan Vorteq dan Worx Bikes untuk Olimpik Tokyo menelan belanja kira-kira RM13 juta, dengan setiap basikal bernilai kira-kira RM300,000. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:07pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264311/berita/semasa/datuk-didenda-rm60000-kemuka-butiran-dana-mitra-palsu", "article_title": "Datuk didenda RM60,000 kemuka butiran dana Mitra palsu", "article_text": "KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tiga pertuduhan pilihan, mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu membabitkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) pada dua tahun lalu.Datuk B Reghu, 63, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, semasa prosiding yang dijadual untuk perbicaraan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 21 bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.Mengikut tiga pertuduhan pilihan itu, dia didakwa menggunakan dua invois bertarikh 25 November dan 18 Disember 2019 berjumlah RM25,000 sebagai tulen sementara satu lagi baucar bayaran bertarikh 29 November tahun sama (RM5,000) yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia merupakan dokumen palsu, di Mitra pada 5 Mei 2021.Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, bagi 20 lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Reghu sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd \u2018Afif Ali sementara pembelaan oleh peguam, Hamidi Mohd Noh.Pada 18 Februari tahun lalu, dia mengaku tidak bersalah atas 35 pertuduhan utama, mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu membabitkan dana Mitra berjumlah RM276,625.Tertuduh turut diberikan 23 pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan membabitkan amaun berjumlah RM100,625.Mengikut 35 pertuduhan itu, dia didakwa mengemukakan Laporan Akhir Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara Reform Training yang mana program-program yang diperuntukkan di bawah geran kewangan Mitra antaranya senarai kedatangan peserta, surat perakuan penggunaan dana, baucar bayaran, invois dan cek deposit resit di Mitra, Putrajaya pada 5 Mei 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 atau mengikut mana-mana lebih tinggi.Bagi 23 lagi pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan pelbagai dokumen sebagai tulen, dengan sebab untuk mempercayai bahawa ia adalah dokumen palsu pada tarikh dan lokasi sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:04pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264309/berita/nasional/malaysia-dalam-misi-memenangi-perlumbaan-ekonomi-di-asia-tenggara", "article_title": "Malaysia dalam misi memenangi 'perlumbaan ekonomi' di Asia Tenggara", "article_text": "JOHOR BAHRU - Malaysia kini dalam misi untuk memenangi \u2018perlumbaan ekonomi\u2019 dalam kalangan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, selepas disifatkan kehilangan banyak peluang yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19, tiga tahun lepas.Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, dalam mencapai misi tersebut, kerajaan juga telah menaikkan peruntukan pembangunan bagi tahun ini kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion pada tahun lalu.Selain itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus kepada pembangunan ekonomi negeri dengan Johor diberi penekanan kerana menerima pelaburan langsung asing tertinggi sebanyak RM80.6 bilion pada tahun lepas.\"Kerajaan Perpaduan (menerusi) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam misi untuk mengejar kembali peluang ekonomi dan pelaburan yang kita telah hilang dan kita mahu \u2018memenangi perlumbaan\u2019 ini.\"Beberapa tahun lalu apabila kita dengar berita syarikat Tesla mahu melabur di Indonesia, ramai di antara kita berasa bimbang pelaburan asing akan lari ke negara jiran, namun dalam masa singkat kini kita telah dapat tarik semula pelaburan, antaranya Tesla, Amazon, Geely dan Rongsheng Petrochemical Co Ltd,\u201d kata beliau ketika berucap merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki \u2018City Link Skybridge, di sini, pada Isnin.Justeru, bagi memastikan kesemua pelaburan tersebut dapat direalisasikan, beliau berkata, kerajaan menerusi agensi-agensi berkaitan akan terus memudah cara bagi membolehkan pelaburan asing masuk dengan lebih agresif ke dalam negara.Pada majlis itu, beliau turut merasmikan pembinaan laluan pejalan kaki yang bakal dibina sepanjang 280 meter dengan kos bernilai RM50 juta.Laluan itu menghubungkan Coronade Square ke Johor Bahru Sentral. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:49pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264306/berita/cuaca-panas-membunuh", "article_title": "Cuaca panas membunuh!", "article_text": "NEW DELHI - Hampir 100 kematian direkodkan setelah gelombang haba ekstrem melanda utara India sejak empat hari lalu.Data pemerintah pada Ahad menunjukkan kira-kira 54 individu dimasukkan ke hospital di daerah Ballia di Uttar Pradesh meninggal dunia pada 15 hingga 17 Jun lalu.\"Seramai 400 lagi pesakit sedang dirawat kerana pelbagai masalah penyakit disebabkan cuaca panas melampau tersebut,\" ujar pihak berkuasa kesihatan.Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia 60 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan yang menjadi bertambah buruk kerana keadaan cuaca sekarang.Bagi menangani kes yang semakin meningkat, pihak berkuasa terpaksa membatalkan kesemua permohonan cuti kakitangan perubatan di Ballia selain menyediakan katil tambahan bagi menampung jumlah pesakit.Sementara itu, Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, Brijesh Pathak berkata, pemerintah negeri telah melancarkan siasatan terhadap punca sebenar kematian 'luar biasa' di Ballia.\"Kami berdepan kekurangan pengusung kerana kebanjiran pesakit di hospital,\" lapor India Today memetik kenyataan seorang staf kesihatan.Jabatan Meteorologi memaklumkan suhu maksimum di Uttar Pradesh mencecah sehingga 43 darjah Celsius pada akhir minggu lalu iaitu lima darjah melebihi paras normal.Jelasnya, gelombang haba ekstrem dijangka berterusan di bahagian timur pada minggu ini.Situasi sama turut dihadapi di negeri Bihar di mana hampir 44 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam kerana gelombang haba ekstrem yang kini melanda rantau Asia.Menurut pemerintah tempatan, sebanyak 18 lokasi di negeri itu mengalami cuaca panas terik luar biasa dengan suhu di 11 daerah melepasi 44 darjah Celsius pada Sabtu.Kajian World Weather Attribution, sebuah kumpulan akademik mengenai perubahan iklim mendapati cuaca panas melampau bahagian Asia Selatan pada April disifatkan 30 kali ganda lebih dahsyat. - Agensi", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:43pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264305/berita/nasional/dewan-negara-lulus-dua-rang-undang-undang", "article_title": "Dewan Negara lulus dua rang undang-undang", "article_text": "KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, pindaan terhadap Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 itu antara lain bagi membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada keberhutangan dan kebankrapan.\"Seramai 130,000 dijangka dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan akta tersebut diluluskan,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu selepas dibahas oleh 16 senator sebelum diluluskan.Rang undang-undang berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lepas.Rang undang-undang itu juga memperuntukkan individu bankrap berumur 70 tahun ke atas dan pesakit mental layak dilepaskan melalui pengeluaran sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) selain penambahbaikan peruntukan pelepasan automatik.Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023 berkata kementerian itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membangunkan aplikasi Smart Quran.Beliau berkata, aplikasi berkenaan adalah satu-satunya aplikasi yang telah melalui semakan kementerian dan diperakui Lembaga Kawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPQ) sebagai alternatif bagi membolehkan rakyat merujuk kitab suci itu secara digital.\"Aplikasi itu turut menggunakan terjemahan daripada tafsir pimpinan Ar-Rahman manakala bacaan Qari diambil kebenaran bertulis daripada Mujamma Malik Fahd daripada Arab Saudi. Itu kita sediakan alternatif kepada rakyat,\" katanya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Wan Martina Wan Yusoff yang bertanyakan mengenai tindakan pihak berkuasa bagi menyemak aplikasi al-Quran secara digital.Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264302/berita/sukan/gandingan-senior-muda-taruhan-papua-new-guinea", "article_title": "Gandingan senior, muda taruhan Papua New Guinea", "article_text": "PAPUA New Guinea berazam memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada pertemuan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.Susulan keputusan seri 2-2 berdepan Singapura pada aksi persahabatan di negara berkenaan Jumaat lalu, PNG tidak sabar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.Bagaimanapun pengendali Papua New Guinea, Harrison Kamake berkata, keputusan malam esok bergantung kepada kemampuan pasukan gabungan pemain muda dan senior melaksanakan pendekatan taktikal yang diatur.\u201cKami sudah cukup bersedia dan positif untuk berdepan dengan skuad Harimau Malaya..keputusan bergantung kepada pendekatan kepada perlawanan ini.\u201cTetapi kami menghormati semua pemain Malaysia, kami tahu cara mereka bermain. Malaysia mempunyai pemain yang cukup berkualiti terutama kapten (pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim),\u201d katanya pada sidang akhbar pada Isnin.Pertemuan esok adalah kedua dalam siri aksi persahabatan antarabangsa selepas Harimau Malaya membenam Kepulauan Solomon 4-1 di venue sama, Rabu lalu.Harimau Malaya kini memburu kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 di Johor, Mac lalu.Berdasarkan rekod dengan PNG, Malaysia telah memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan yang sama.Hanya lima pemain daripada skuad 2016 kekal dalam pasukan Papua New Guinea sekarang termasuk kapten Raymond Gunemba yang menjaringkan gol penyamaan kedua menentang Singapura.Selain menyedari keupayaan skuad Harimau Malaya, Gunemba percaya rakan sepasukannya yang bermotivasi tinggi mampu mempamerkan aksi berkualiti untuk memberi saingan sengit.\u201cSelepas menonton perlawanan tuan rumah menentang Kepulauan Solomon, saya rasa standard skuad Harimau Malaya meningkat berbanding skuad 2016. Kini mereka memiliki pemain berkualiti dan kami perlu bersedia dengan baik untuk cabaran sukar esok,\u201d kata penyerang berusia 37 tahun itu.Malaysia kini berada di ranking ke-138 dunia manakala Papua New Guinea di kedudukan ke-159.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264303/berita/sukan/olimpik-paris-aura-pearly-thinaah-mampu-hadirkan-malaysia-emas", "article_title": "Olimpik Paris: Aura Pearly-Thinaah mampu hadirkan Malaysia emas", "article_text": "GANDINGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, semakin berbisa apabila mampu menempuh rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan dalam beberapa siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) baru-baru ini.Pendapat itu dilontarkan bekas pemain beregu wanita negara Woon Khe Wei yang merasakan juara Terbuka Perancis 2022 itu, mampu menghadirkan kilauan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berdasarkan rentak persefahaman yang ditonjolkan mereka.Bagaimanapun Khe Wei, menasihatkan Pearly untuk menguatkan jisim otot badannya dan mengambil pemakanan yang baik, bagi mengurangkan kecederaan yang sering membelenggu pemain berusia 23 tahun itu.\u201cSaya rasakan mereka berada dalam keadaan terbaik dan saya suka cara mereka (Pearly-Thinaah) bermain, terutamanya saya dapat lihat Thinaah telah meningkat dengan banyak dari segi bertahan. Mereka lebih kuat dan boleh dapat mata dengan mudah, jadi mereka sebabkan pasangan lain sukar berhadapan dengan mereka.\u201cSaya tahu ketika Terbuka Malaysia, hampir kesemua perlawanan kira-kira satu jam setengah dan ia bukan suatu yang mudah untuk mereka pulih semula dalam tempoh singkat. Oleh kerana Pearly lebih kurus menyebabkan tempoh pemulihannya ambil lebih banyak masa,\u201d katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Khe Wei yang pernah bergandingan bersama Vivian Hoo memenangi emas Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland serta Sukan SEA 2013 di Myanmar berkata ia suatu yang normal bagi atlet badminton melalui proses pemulihan yang lama, selepas berhempas pulas dalam perlawanan rali panjang.Pearly-Thinaah terpaksa mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit pada Masters Malaysia 2023, pada bulan lepas.Pasangan ranking ke-12 dunia itu berjaya meraih pingat perak, selepas ditewaskan beregu kedua terbaik dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan, 20-22, 21-8, 17-21 pada aksi final.Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga mengumumkan pasangan itu untuk tidak menyertai Terbuka Indonesia yang berakhir semalam, apabila Pearly mengalami kecederaan siku yang menyaksikan mereka terpaksa menarik diri dari pusingan pertama Terbuka Singapura pada awal bulan ini.- Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:29pm"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264298/berita/semasa/bikers-halang-laluan-parkir-suka-hati-kena-saman", "article_title": "'Bikers' halang laluan, parkir suka hati kena saman", "article_text": "MUAR - Polis mengeluarkan tiga saman terhadap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi atas kesalahan halangan lalu lintas pada Selasa.Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai hingga berlaku pertelingkahan.\"Polis Daerah Muar mengesan tiga video tular yang dimuat naik melalui akaun media sosial Facebook yang memaparkan kejadian penunggang motosikal besar membuat provokasi terhadap individu.\"Sekitar 10 pagi pada Ahad, Pusat Kawalan Daerah Muar telah menerima panggilan yang memaklumkan terdapat pertelingkahan antara penunggang dan orang awam di Jalan Majidi Muar.\"Bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah ke lokasi dan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan kumpulan motosikal berkuasa tinggi terbabit meletakkan kenderaan di kaki lima kedai,\" katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Tambah Raiz, pihak polis juga telah meleraikan pertelingkahan yang berlaku dan meminta kerjasama untuk mengalihkan kenderaan yang di parkir di kaki lima.Malah katanya, polis turut mengeluarkan saman 170A atas kesalahan halangan terhadap pemilik kenderaan terbabit.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:46pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264292/berita/nasional/empat-projek-mega-ternakan-ayam-pedaging-dilaksana-felcra", "article_title": "Empat projek mega ternakan ayam pedaging dilaksana Felcra", "article_text": "PUTRAJAYA - Sebanyak empat projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup yang dilaksanakan oleh Felcra Berhad di kawasan luar bandar.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi menampung keperluan bekalan makanan dalam negara serta berpotensi mengubah landskap sebuah pekan kecil atau desa kepada persekitaran berkualiti.\"Ia melibatkan Tanjung Seratus, Kuala Rompin dengan kapasiti 300,000 ekor ayam bagi setiap pusingan,\" katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.Selain itu, tiga projek mega lagi di Sungai Damak, Lipis Pahang, Padang Terap Kedah, dan Paloh 4 Gua Musang Kelantan pula membabitkan masing-masing 250,000 ekor ayam bagi setiap pusingan.Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, projek berkenaan dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi setempat seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja landskap, pembekalan, pembinaan, kontrak dan sebagainya.\"Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada generasi warga peserta untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan selain dapat mengisi kekosongan jawatan yang akan ditawarkan,\" ujar beliau.Menurutnya, projek itu juga merupakan kesinambungan dalam usaha kerajaan untuk terus meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui Pelan transformasi FELCRA 2.0 dan seterusnya memperkukuhkan ekonomi negara secara keseluruhannya.\"Isu keterjaminan makanan akan menjadi satu elemen penting dalam usaha berterusan bagi memastikan perancangan rantaian bekalan di dalam negara terus berdaya tahan sekali gus dapat memberikan kelangsungan kehidupan kepada seluruh rakyat,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:38pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264291/berita/nasional/kerajaan-bentang-akta-omnibus-untuk-pengurusan-data-lebih-baik", "article_title": "Kerajaan bentang Akta Omnibus untuk pengurusan data lebih baik", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentang Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem Pangkalan Data Utama (Padu).Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akta berkenaan perlu memandangkan sistem Padu merupakan sistem pengumpulan data bersepadu yang lebih mudah diurus berbanding sistem pengumpulan data sedia ada.\"Akta Omnibus ini bukan sahaja akan memastikan (keselamatan) perkongsian data itu, ia akan memastikan bahawa proses perkongsian data itu menjadi satu mandat yang mengikut undang-undang demi menjamin Padu ini satu pangkalan data yang berterusan,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator E Aknan mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengadakan satu akta dalam memastikan sistem Padu dapat digunakan sepenuhnya oleh kementerian dan agensi.Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan Padu bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.Rafizi berkata, pangkalan data yang lebih bersepadu bermakna keselamatan data lebih selamat kerana data pada masa ini diurus secara berbeza di setiap kementerian dalam sistem sekarang dan pengurusan tidak dapat disatukan.\"Sistem yang besar dan bersepadu seperti itu akan membolehkan kerajaan dapat membina kepakaran dan langkah keselamatan siber yang lebih baik daripada pecah di beberapa tempat,\" katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris mengenai langkah keselamatan sistem Padu yang diambil kerajaan bagi mengelakkan data peribadi individu digodam. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264290/berita/nasional/agong-permaisuri-zahir-ucapan-tahniah-kepada-mandy-lai", "article_title": "Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Mandy Lai", "article_text": "KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin menzahirkan ucapan tahniah kepada Mandy Lai, pelajar yang dianugerahkan International Subject Orders of Merit, First Place dan Watts Prize for Audit and Assurance - Professional Level bagi siri peperiksaan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) bulan Mac 2023.Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar SUNWAY TES Centre of Accountancy itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara pada Isnin.Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian Mandy Lai mendapat keputusan cemerlang bagi siri peperiksaan tersebut, sekali gus meraih anugerah berprestij itu dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.\"Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu-individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.\"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing,\u201d menurut catatan itu.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mandy Lai dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.Terdahulu, Mandy Lai dianugerahkan Tempat Pertama bagi ICAEW Certificate Level Annual Order of Merit 2022, World Prize untuk Principles of Taxation bagi bulan Jun 2022 dan World Prize untuk Financial Accounting and Reporting bagi siri peperiksaan bulan Disember 2022. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:19pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264288/berita/semasa/geng-sugu-aktif-samun-gudang-kecundang", "article_title": "Geng Sugu aktif samun gudang kecundang", "article_text": "BANTING - Polis menumpaskan Geng Sugu susulan penahanan empat lelaki yang aktif terlibat dalam jenayah samun gudang.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, empat suspek berusia lingkungan 27 hingga 30 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Ahad.Menurutnya, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki termasuk ketua geng pada jam 2.30 petang, manakala dua lagi rakannya pada jam 11.20 malam.\"Hasil penahanan itu, polis merampas pelbagai barang kes antaranya tiga unit alat penimbang digital, mesin gerudi, gergasi besi, sepana dan tong gas.\"Turut dirampas ialah dua kereta jenis Proton Wira disyaki digunakan suspek untuk melakukan samun selain sebuah motosikal curi jenis Honda EX5,\" katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin.Beliau berkata, siasatan mendapati Geng Sugu aktif sejak tiga bulan lalu.Katanya, empat suspek tersebut masing-masing mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.\"Seorang daripada suspek turut dikehendaki bersabit kes dadah di daerah Sepang.\"Dipercayai, geng ini terlibat dalam tiga kes samun di daerah Kuala Langat,\" ujarnya.Tambahnya, kesemua suspek direman enam hari bermula Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.Sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang pekerja asing di sebuah gudang besi buruk di Banting disamun sekumpulan lelaki berparang yang melarikan pelbagai barang dianggar bernilai RM200,000 kira-kira jam 1 pagi, Ahad.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:14pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264286/berita/semasa/tikam-rakan-sebab-gaji-pungut-sampah-tidak-adil", "article_title": "Tikam rakan sebab gaji pungut sampah tidak adil", "article_text": "AMPANG JAYA - Tidak puas hati gaji daripada hasil memungut sampah disyaki menjadi punca seorang lelaki warga asing ditikam sekumpulan rakan senegara di tepi Jalan Pandan Cahaya 2/2, Pandan Cahaya, di sini pada Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga pekerja pembersihan ditikam pada jam 10 malam.\"Kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam ketika mangsa baru sahaja pulang daripada majlis kenduri rumah majikannya di Kampung Pandan dan terus ke Jalan Cahaya untuk memandu lori sampah.\u201cSetibanya di lokasi kejadian, mangsa didatangi lima rakan sekerjanya lalu mencederakan pipi dan lengan kiri mangsa sehingga berdarah menggunakan pisau,\" katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kesemua suspek kemudian melarikan diri.\"Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,\" katanya.Mohd Azam berkata, unit forensik dari Bukit Aman ke tempat kejadian dan menjumpai sepasang kasut dan sebilah pisau berhulu hitam serta empat kesan darah di atas jalan.\u201cLima suspek berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah Flat di Taman Impian Warisan, Hulu Langat pada jam 5.10 petang, Sabtu,\" katanya.Katanya, punca kejadian disebabkan isu tidak puas hati berkenaan gaji yang diterima hasil kerja memungut sampah yang tidak dibahagi sama rata.\u201cHasil ujian air kencing ke atas lima lelaki berusia 23 hingga 27 tahun mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamin,\" katanya.Menurutnya, kesemua mereka didapati tidak bekerja dan tiada rekod kesalahan lampau.\"Mereka direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264299/berita/semasa/pengurusan-kes-permohonan-anak-ydp-sarawak-ditetap-15-ogos", "article_title": "Pengurusan kes permohonan anak YDP Sarawak ditetap 15 Ogos", "article_text": "KUCHING - Mahkamah Tinggi Kuching pada Isnin menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh untuk pengurusan kes bagi satu permohonan injunksi yang difailkan oleh bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan berkenaan, yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.Prosiding hari ini turut mendengar janji kedua-dua pihak plaintif dan defendan untuk tidak berurusan atau menjual saham sebagaimana yang dinyatakan dalam tuntutan itu, sehingga tamat kes permohonan.Sulaiman yang juga pengarah urusan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam, Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan. RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.Sulaiman yang merupakan anak lelaki kedua Yang Dipertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Disember 2010. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Anak Taib Mahmud saman ibu tiri", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:01pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AMINNURALIFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264285/berita/nasional/razarudin-ayob-khan-bakal-terajui-pdrm", "article_title": "Razarudin, Ayob Khan bakal terajui PDRM", "article_text": "SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay antara nama yang dikatakan bakal mengisi dua jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas ini.Razarudin ketika ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara antara nama disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.Sebelum ini, kontrak Acryl Sani disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.Bagaimanapun Acryl Sani dilaporkan berkata, beliau akan mengundurkan diri daripada pasukan PDRM pada minggu pertama Julai ini.Razarudin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021 sebelum dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun sehingga 15 Mac 2025.Anak kelahiran Dengkil, Selangor itu memulakan tugas pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai pegawai penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan nombor dua dalam PDRM.Sementara itu, Ayob Khan dikatakan antara calon dipertimbangkan bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.Ayob Khan ketika ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dilantik jawatan tersebut sejak 16 April lalu menggantikan Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang bersara.Sebelum ini Ayob Khan merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak dilantik ke jawatan itu pada Januari 2022.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 06:00pm"} {"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264284/berita/nasional/isham-saran-anwar-teliti-semula-penglibatan-nazlan-dalam-src", "article_title": "Isham saran Anwar teliti semula penglibatan Nazlan dalam SRC", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar meneliti semula penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2010 untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham berkata, kerajaan perlu melihat kembali bagaimana fakta itu menyebabkan ketidakadilan ke atas Najib dalam penghakiman ke atas beliau.Menurutnya, Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015.Katanya, Mohd Nazlan juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.\"Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Mohd Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC.\"Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.\"Fakta berkenaan penglibatan Mohd Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib sebagai berat sebelah dan bias,\" katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Sebelum itu, Anwar dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah dalam siasatan kes Mohd Nazlan selepas siasatan menyeluruh dilakukan agensi itu.Untuk rekod, Mohd Nazlan sebelum ini merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan SRC.Beliau didakwa terbabit dalam konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan tersebut dan melanggar kod etika.Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.Mengulas lanjut, Isham yang juga Ketua Penerangan UMNO menegaskan, walaupun tindakan Mohd Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun ia besar kemungkinan melanggar etika kehakiman.Ujarnya, ia sekali gus menjadi asas yang kuat untuk kes SRC membabitkan Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua.\"Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim,\" syor beliau lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:56pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264281/berita/nasional/atlet-angkasawan-sasterawan-terima-anugerah-the-knights-2023", "article_title": "Atlet, angkasawan, sasterawan terima Anugerah The Knights 2023", "article_text": "SHAH ALAM - Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A.Samad Said merupakan antara 70 penerima Anugerah The Knights 2023.Menurut kenyataan The Knights Award 2023 itu, ketiga-tiga mereka itu menerima pengiktirafan bagi Anugerah The Duke individu peribadi.\u201cAnugerah itu (The Duke Award) dibuat untuk memberi penghormatan tertinggi kerana pemenang bagi kategori tersebut tiada duanya dan lambang kecemerlangan serta kepimpinan.\u201cKategori ini turut dimenangi oleh Profesor Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon, Datuk Seri Norman Pang, Puan Sri Dr Shariffa Sabrina, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh dan Jonathan Chik serta Leng Yein,\u201d kata kenyataan itu.Bagi kategori The Duke Award untuk sektor korporat dimenangi oleh Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Vivo, Parkroyal Collection KL, De.Wan 1958, Influasia Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, RS Group, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.Tambah kenyataan tersebut, Anugerah The Knight 2023 turut mempunyai dua kategori lain iaitu The Earl dan The Baron.Beritahu kenyataan itu, Anugerah The Earl diberikan berdasarkan kejayaan cemerlang seseorang berdasarkan sumbangan dalam bidang yang diceburinya.Antara penerima anugerah bagi kategori individu peribadi ialah Datuk Ismail Nordin, Datuk Jason Tan, Bob Lam, Jack Lim, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh, Mark Lee Kok Huang, Zung Ninja, Jaclyn Victor, Rebecca Chan, Danny Goh, Datuk Aaron Aziz, Caroline Ang, Edison Ser dan Foong Wai Leon serta Kelvin Chan.\u201cPemenang korporat pula dimenangi oleh Kumpulan RS, Klinik Pergigian Smileway, Ledgit Viable Sdn Bhd, Shero Cosmetic, De.Wan 1958, Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, Lokes Ice Cream Sdn Bhd dan Lifecare Alliance Sdn Bhd.\u201cIa juga turut dimenangi oleh Jade Garden Seafood Corner, De Kangaroo Production, Bam & Co, Tanah Aina Sdn Bhd, Autoris Adjusters Sdn Bhd, TCM & Western Naturopathic (M) Sdn Bhd dan Chamrun Digital Group,\u201d kata kenyataan itu.Bagi anugerah The Baron, ia merupakan penghormatan bagi mengiktiraf penggerak industri yang semakin meningkat kerana idea, inovasi dan kepintaran telah mengubah landskap perniagaan.Antara penerima anugerah itu bagi kategori individu peribadi ialah Amber Tang, Arnold Kwok, Leanz Lim Wei Kuang, Eur Ing Hong Wai Onn, Kyle Tham dan Aya Wong.Bagi kategori korporat pula, dimenangi oleh Damoo Kitchen & Event Sdn Bhd, Gryn Tech Sdn Bhd, HAL Empire Sdn Bhd, Worldwide Express Logistics Sdn Bhd, IDOM Worldwide, Sunshine Asia Group Sdn Bhd, Leng Sean Grooming, Ash Baker Fragrances, TS Marine Frozen Sdn Bhd dan The Herba Room Enterprise.Kata kenyataan itu lagi, Anugerah The Knights 2023 bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf pencapaian yang cemerlang.Menerusi tema \u2018Bond, Build dan Bloom\u2019, majlis anugerah tersebut menekankan kepentingan kerjasama rentas industri dan sempadan untuk pendedahan pasaran maksimum demi kejayaan bersama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:53pm"} {"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264280/berita/semasa/polis-lupus-barang-kes-lebih-rm200000", "article_title": "Polis lupus barang kes lebih RM200,000", "article_text": "BANTING - Polis melupuskan barang hasil kegiatan jenayah membabitkan 115 kes bernilai RM297,800.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, mengikut pecahan, enam kes membabitkan mesin bitcoin, rokok (4 kes), judi (83 kes) dan lain-lain kes (19 kes).Polis melupuskan pelbagai kes hasil jenayah bernilai lebih RM200,000 di IPD Kuala Langat pada Isnin. Foto: Rosli Talib\"Rampasan bitcoin melibatkan 335 mesin mining, enam set komputer dan enam modem manakala rampasan rokok membabitkan 1,235 karton.\"Bagi kes judi, rampasan sebanyak 19 set komputer, 89 telefon bimbit serta lain-lain peralatan,\" katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Isnin.Tambahnya, kesemua itu membabitkan kes bagi tempoh tahun 2017 hingga 2022 yang telah dituduh dan dijatuhi hukuman mahkamah.Mengulas mengenai modus operandi jenayah terbabit, Ahmad Ridhwan berkata, sindiket bitcoin dikesan menyewa rumah kedai sebagai pusat operasi dengan menggunakan identiti palsu.Katanya, kegiatan curi elektrik itu dikesan apabila pemilik premis menyedari bil elektrik mencecah puluhan ribu ringgit selain polis turut menerima maklumat daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum tindakan diambil.\"Kegiatan rokok seludup pula dikesan susulan penahanan kenderaan seperti lori dan van yang membawa muatan barangan itu untuk diedar ke premis sekitar Lembah Klang serta negeri berhampiran,\" ujarnya.Justeru, pihak polis meminta masyarakat menyalurkan sebarang maklumat mengenai kes jenayah untuk tindakan undang-undang.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:49pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264277/berita/sukan/azeem-tak-dapat-sertai-universiade-chengdu", "article_title": "Azeem tak dapat sertai Universiade Chengdu", "article_text": "HASRAT Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggunakan khidmat jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan, tidak kesampaian.Ketua jawatankuasa persediaan atlet ke Universiade Chengdu, Datuk Dr Pekan Ramli mengesahkan, Muhammad Azeem tidak dapat bersaing di China kerana jurulatihnya Leroy Burrell, mahu memberi tumpuan terhadap proses pemulihan pelari pecut sensasi negara itu, susulan kecederaan pangkal paha kanan dialaminya bulan lepas.Berdasarkan maklumat daripada Burrell, Pekan berkata, amat penting bagi atlet berpangkalan di Amerika Syarikat itu benar-benar fokus bagi memulihkan kecederaan dialaminya, dalam usaha memastikan Muhammad Azeem cergas bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, pada 19 hingga 27 Ogos ini.\"Muhammad Azeem sebenarnya berpotensi menyumbang pingat buat negara sekiranya dapat beraksi di Universiade Chengdu.\"Namun, disebabkan kecederaan Muhammad Azeem, kami terpaksa ubah rancangan asal dan jurulatih Muhammad Azeem pula mahu pastikan beliau bersiap sedia dan fokus pada Kejohanan Olahraga Dunia,\" katanya.Justeru, Pekan yang juga Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT berkata,pihaknya, akan mempertaruhkan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham sebagai pengganti Muhammad Azeem di China.Beliau berkata, Mohammad Thaqif mempunyai catatan peribadi terbaik 10.69 saat (s) yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Hong Kong hujung April lepas.Universiade Chengdu yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 27 Ogos 2021, ditangguh pada tahun ini susulan wabak Covid-19.Selain Kejohanan Olahraga Dunia, Muhammad Azeem yang merupakan pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan catatan 10.09s, dijangka beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.Pelajar Universiti Auburn, Alabama itu memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas sekali gus memadam catatan lama 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264279/berita/politik/fahmi-nafi-pkr-tawar-kj-jawatan-timbalan-presiden-parti", "article_title": "Fahmi nafi PKR tawar KJ jawatan Timbalan Presiden parti", "article_text": "SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol menafikan PKR menawarkan jawatan Timbalan Presiden parti kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau berkata, zaman sekarang terlampau banyak sindiket penipuan dengan pelbagai taktik untuk meraih perhatian masyarakat.\"Scam zaman moden macam-macam jenis,\" katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.Beliau berkata demikian merujuk kepada surat rasmi yang tersebar di media sosial.Surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR pada Isnin, yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai PKR termasuk memberikan jawatan Timbalan Presiden parti secara lantikan.Dalam kandungan berkenaan juga meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:33pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264274/berita/nasional/prn-accin-syor-anjur-debat-terbuka-calon-bertanding", "article_title": "PRN: ACCIN syor anjur debat terbuka calon bertanding", "article_text": "SHAH ALAM - Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN) mencadangkan debat terbuka di media arus perdana diadakan antara calon parti politik terutama pimpinan negeri dan nasional menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, penganjuran itu bertujuan memberi peluang kepada pimpinan mengemukakan manifesto parti masing-masing.\u201cHanya dengan debat atau dialog terbuka, kebolehan dan ilmu seseorang calon boleh dinilai dengan baik. Rakyat tidak boleh diselewengkan dengan penipuan kerana ada naratif balas yang boleh menyerlahkan hakikat kebenaran.\u201cDengan adanya debat, isu-isu boleh dibawa ke khalayak umum untuk dibincang, diteliti dan dinilai oleh pengundi,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Dalam pada itu, Mohd Jamaludin berkata, budaya calon membaca skrip, tidak diuji penggarapan ilmu dan pengalaman sesuatu tajuk akan melahirkan pemimpin yang lembab serta tidak dinamis.Beliau menjelaskan, budaya debat juga telah lama diamalkan dalam demokrasi malah dilakukan oleh negara yang baharu melalui pembaharuan seperti Indonesia.\u201cDi negara-negara ini, debat pilihanraya terutamanya melibatkan pemimpin tertinggi parti adalah satu acara yang ditunggu-tunggu.\u201cSemua calon dan parti perlu diberi ruang yang secukupnya dalam semua saluran media kerajaan dan swasta untuk menyampaikan mesej dan manifesto masing-masing kepada pengundi.\u201cPertandingan juga biarlah positif dan konstruktif tanpa menggunakan helah atau penipuan. Ini akan membolehkan rakyat membuat penilaian terbaik seterusnya memilih pemimpin yang mampu menjanjikan manifesto bermanfaat kepada rakyat,\u201d ujarnya.Sementara itu, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan pilihan raya telus dan adil bagi memastikan suara serta aspirasi rakyat dapat diterjemahkan melalui pilihan raya ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:29pm"} {"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264273/berita/nasional/lima-saintis-muda-wakili-malaysia-ke-mesyuarat-nobel-laureate-ke-72", "article_title": "Lima saintis muda wakili Malaysia ke Mesyuarat Nobel Laureate ke-72", "article_text": "SHAH ALAM - Lima Saintis muda negara diberi pengiktirafan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 di Lindau, Jerman yang bakal berlangsung mulai 25 hingga 30 Jun ini.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, saintis terpilih itu adalah Dr Liyana Azmi, (Universiti Sains Islam Malaysia); Dr Norhasmira Mohammad, (Universiti Teknologi Mara); Dr Wong Yin How, (Taylors University); Dr Afifah Mohamed, dan Dr Wong Sok Kuan, (Universiti Kebangsaan Malaysia).Menurutnya, kumpulan berkenaan merupakan antara 635 saintis muda terpilih seluruh dunia akan berinteraksi secara langsung dengan sekurang-kurangnya 40 Pemenang Anugerah Nobel dalam mesyuarat kali ini yang didedikasikan bagi bidang fisiologi dan perubatan.\u201cMOSTI menekankan keperluan untuk memberikan peluang kepada para saintis muda Malaysia untuk turut serta dalam program-program bertaraf global, seperti Mesyuarat Nobel Laureate.\u201cMelalui perkongsian perspektif baharu serta idea-idea yang inovatif, saintis-saintis muda ini menjadi aset berharga bagi komuniti saintifik.\u201cLangkah ini adalah penting untuk memastikan bahawa generasi baharu saintis dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, Malaysia menerusi MOSTI dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menghantar 84 saintis muda termasuk peserta tahun ini untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Nobel Laureate sejak tahun 2004 lalu.Sementara itu, Presiden ASM, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata, penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Nobel Laureate ini merupakan salah satu usaha menerusi kolaborasi antarabangsa dalam memperkasakan kumpulan tersebut, sekali gus memberi peluang kepada mereka bekerjasama dengan saintis terkemuka di seluruh dunia.Ini juga katanya, secara tidak langsung turut memberi pendedahan berharga kepada mereka dan secara tidak langsung dapat memperluas rangkaian, berkongsi idea, pengetahuan dan penyelidikan.\u201cProgram ini diharap mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada mereka untuk memajukan sains dan teknologi sekali gus memberikan impak positif kepada masyarakat,\u201d katanya.Jelasnya, ASM membuka pencalonan bagi Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 kepada semua saintis muda IPTA dan IPTS seluruh negara pada 21 September hingga 7 Oktober tahun lalu.Saringan awal katanya, dilakukan ASM dan seterusnya diputuskan ahli jawatankuasa Mesyuarat Nobel Laureate untuk pemilihan akhir.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:25pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264271/berita/semasa/permohonan-naib-ketua-umno-ditolak-radzi-jidin-kekal-di-putrajaya", "article_title": "Permohonan Naib Ketua UMNO ditolak, Radzi Jidin kekal di Putrajaya", "article_text": "PUTRAJAYA \u2013 Kerusi Parlimen Putrajaya sekali lagi kekal menjadi milik Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mencabar kemenangan Naib Presiden Bersatu ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli sebulat suara menolak permohonan itu, selepas berpuas hati bahawa, petisyen yang difailkan Ahmad Faisal tidak mengandungi butiran mencukupi sehingga mewajarkan ia dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.Mahkamah turut berpendapat, perkara itu tidak bermerit, lalu memerintahkan Ahmad Faisal selaku pemohon membayar kos RM30,000 kepada Mohd Radzi sebagai responden.Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan bantahan awal oleh Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen tersebut sekali gus menyebabkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.Mahkamah Tinggi mendapati, Ahmad Faisal gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada oleh bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut atau ejennya.Sebelum ini, Ahmad Faisal selaku seorang pengundi, memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Mohd Radzi yang memenangi kerusi Parlimen Putrajaya dalam PRU lalu.Beliau mendakwa Mohd Radzi memberi sogokan RM150 kepada pengundi berdaftar di kawasan itu.Ahmad Faisal, 50, memfailkan petisyen pada 26 Januari lalu, menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dengan menamakan Mohd Radzi, 46, selaku responden tunggal.Menurut petisyen yang difailkan, pemimpin UMNO itu turut mendakwa, butiran sogokan dinyatakan menerusi perbualan dalam aplikasi \u2018WhatsApp\u2019 bertarikh 21 November dan 21 Disember 2022 serta 4 Januari lalu.Ahmad Faisal menyatakan, rasuah yang dilakukan oleh responden dan ejen-ejennya menyebabkan kemenangan kepada calon PN ini, mengalahkan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Rekod penyandang Parlimen Putrajaya selama empat penggal berturut-turut oleh Tengku Adnan sejak tahun 2004, dileburkan oleh bekas Menteri Kanan Pendidikan, Mohd Radzi ketika PRU lalu, selepas pemimpin Bersatu tersebut berjaya mengumpul 16,002 undi mengalahkan calon BN, dengan majoriti 2,310 undi.Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, memperoleh 13,692 undi manakala calon PH, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (5,988 undi) dan calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli (878 undi).Dua calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat 63 undi dan Lim Fice Bee pula 20 undi manakala Mohd Rosli, Samsudin serta Fice Bee hilang deposit.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264270/berita/nasional/siasatan-terhadap-tun-m-profesional-tiada-unsur-politik---anwar", "article_title": "Siasatan terhadap Tun M profesional, tiada unsur politik - Anwar", "article_text": "SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kaedah siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dilaksanakan secara profesional tanpa ada unsur politik.Perdana Menteri berkata, arahan beliau sangat jelas yang mana badan penyiasat perlu melaksanakan tugas berdasarkan fakta dan mengikut lunas undang-undang.Katanya, jangan pula dipersoalkan apabila disiasat oleh badan penyiasat sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), SPRM, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).\"Kita kena lihat kepada fakta, jika ketika memegang kuasa, kita menggunakan kuasa itu untuk memberi kontrak kepada anak pinak, ahli keluarga dan kroni serta mengkayakan diri, jangan dipersoalkan siasatan dan katakan ini tohmahan politik.\"Sedangkan kekayaan itu tidak dapat diterangkan dengan jelas, berapa banyak malah pengedaran wang berlaku secara berleluasa,\" katanya di Dewan Negara pada Isnin.Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair yang ingin mengetahui sejauh manakah SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh.Sabtu lalu, SPRM memaklumkan akan meneliti unsur kesalahan rasuah berhubung dakwaan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Tambah Anwar, Ahli Dewan Negara sepatutnya bertanggungjawab dan mengambil sikap yang sangat positif dalam hal tersebut.\"Kita perlu selamatkan negara dari kancah mala petaka rasuah yang berleluasa. Sekarang ini setiap tindakan yang diambil dijadikan bahan politik.\"Kalau ada tohmahan dan bukti terdapat mana-mana badan, bergerak atas arahan politik boleh kemukakan,\" ujarnya.Beliau turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan bertindak tegas bagi mengekang rasuah di negara ini.\"Di sini Yang Dipertua saya jamin kita akan bertindak tegas supaya penyakit barah itu dapat dihapuskan,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264282/berita/nasional/ini-sebab-sk-kanchong-darat-tersenarai-10-sekolah-terbaik-dunia", "article_title": "Ini sebab SK Kanchong Darat tersenarai 10 sekolah terbaik dunia", "article_text": "BANTING - Niat ikhlas para guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat di sini, yang mengadakan program untuk menarik minat murid datang ke sekolah, berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai antara 10 sekolah terbaik dunia dalam kategori 'Supporting Healthy Lives Category'.Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat, Rozanah Abd Razak berkata, pihaknya bersyukur program yang diusahakan hampir empat tahun lalu yang mahu memperbaiki tahap kehadiran para murid di sekolah tersebut berjaya membuahkan hasil sehingga diiktiraf setinggi itu.Beliau berkata, program 'Minda Sihat, Warga Sihat' (Great Mind, Healty Citizen) itu yang mewajibkan setiap pelajarnya untuk turut serta, meliputi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.\u201dMelalui program itu juga, berjaya membantu menaikkan semangat murid-murid terutamanya selepas pandemik Covid-19, kerana para guru lihat mereka kurang bermotivasi untuk datang ke sekolah, selain mereka dilihat semakin malas.\"Oleh itu, kami wujudkan permainan 'lompat tali' (salah satu aspek) yang dilihat sangat mendapat sambutan dalam kalangan murid. Kami juga memberi kebenaran mereka untuk bermain lompat tali pada waktu rehat dan selepas sekolah, alhamdulilah, kehadiran murid-murid hari ini sangat memberangsangkan,\" katanya ketika ditemui selepas Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di sekolah tersebut pada Isnin.Katanya, melalui program itu juga ada dalam kalangan murid yang berjaya keluar daripada kelompok obesiti seterusnya meningkatkan tahap kecergasan mereka..Selain SK Kanchong Darat, SK Seri Permai di Bayan Baru, Pulau Pinang, turut tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas anugerah sekolah terbaik dunia bagi kategori berbeza.Kedua-dua sekolah tersebut berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah keseluruhan AS$250,000 (RM1.16 juta), untuk dikongsi sama rata bersama lima pemenang, dengan masing-masing menerima AS$50,000 (RM231,300).Sementara itu, pelajar Tahun Lima SK Kanchong Darat, Nur Khalisah Mohamad Rafi berkata program tersebut membuatkan beliau sangat teruja untuk datang ke sekolah pada setiap hari.\"Seronok nak pergi sekolah, bila masa lapang cikgu benarkan kami main (lompat tali) dengan kawan-kawan. Dulu saya seorang yang sangat pemalu, lepas sertai program sekolah ini, saya semakin ok,\" katanya.Bagi bekas pelajar sekolah berkenaan, Muhammad Ammar Zaquan Rizal Efendi, 13, berkata, walaupun tidak lagi bersekolah di situ, beliau masih bergerak aktif bersama guru-guru SK Kanchong Darat mempromosi sukan lompat tali di kawasan daerah Banting.\"Dulu, saya langsung tidak aktif dan tiada kawan di sekolah, walaupun sekolah ini hebat dalam sukan bola baling, boling dan olahraga, tetapi saya tidak terlibat.\"Namun apabila sekolah mewajibkan program ini kepada semua pelajar, saya mulai sedar akan minat saya. Sejak dari situ, saya semakin menonjol di sekolah (mewakili sekolah dalam sukan lompat tali) dan pelajar-pelajar juga mula mengenali saya,\" katanya.Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi pujian kepada SK Kanchong Darat kerana berjaya sampai ke peringkat tersebut.\"Menang atau kalah itu bukan soalnya, walaupun sekolah ini kecil, mereka buktikan mereka boleh pergi ke peringkat dunia. Tiada murid terpinggir nak pergi ke peringkat dunia, kita akan terus bagi sokongan,\" katanya.Beliau berharap program yang menjurus kepada 'gaya hidup sihat' ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di dalam negara ini.\"Saya tekankan tadi selain daripada pengiktirafan di peringkat dunia ini, sebenarnya kita dapat lihat ada banyak lagi potensi-potensi yang hadir. Impak dari program ini termasuk kehadiran kanak-kanak ke sekolah, perkembangan sahsiah mereka, akademik mereka dan pastinya juga aktiviti menjurus kepada gaya hidup sihat,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264272/berita/sukan/tiada-istilah-anak-emas-dalam-program-rtg---hannah", "article_title": "Tiada istilah 'anak emas' dalam program RTG - Hannah", "article_text": "TIADA istilah \u2018anak emas\u2019 dalam program Road To Gold (RTG) yang dibentuk dalam usaha negara meraih emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau menegaskan semua atlet di bawah program berkenaan menerima layanan sama memandangkan mereka bakal menggalas misi menghadiahkan emas pertama buat Malaysia di temasya berprestij itu.\"Kita tidak ada anak emas tertentu dalam program RTG, semua atlet adalah anak emas. Kita bagi elaun yang sama RM3,000 sebulan kepada semua atlet berada dalam program ini.\"Servis ISN (Institut Sukan Negara) juga kita beri kepada mereka bagi memastikan mereka ada peluang untuk berjaya,\" katanya kepada pemberita selepas mesyuarat RTG pada Isnin.Hannah berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan jawatankuasa RTG untuk mengekalkan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam program itu meskipun telah tergelincir daripada kedudukan ke-10 dunia berikutan aksi kurang memberangsangkan dipamerkannya.Baru-baru ini, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi susulan prestasi merudum sejak akhir-akhir ini.Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, keputusan mengekalkan pemain ke-11 dunia itu dibuat selepas mengambil kira mata kelayakan ke Olimpik dan saranan teknikal berdasarkan ranking Road to Paris.Stuart berkata, RTG juga telah menerima cadangan untuk memasukkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke dalam program tersebut berdasarkan pencapaian di kejohanan terbaru yang mereka sertai.Katanya, bagi kedudukan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-18 pula, mereka akan diberi masa sehingga September ini untuk membuktikan prestasi mereka.Sementara itu, Stuart turut mengesahkan skuad hoki lelaki kebangsaan menjadi ahli terbaru RTG sebagai persiapan mengharungi Sukan Asia 2023 September ini.\"Hoki akan menerima sokongan diperlukan ke temasya Sukan Asia yang merupakan medan kelayakan ke Olimpik Paris 2024,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264266/berita/sukan/kbs-komited-bantu-azizulhasni", "article_title": "KBS komited bantu Azizulhasni", "article_text": "KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan untuk terus memberi sokongan konsisten kepada jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam misinya memburu pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Paris tahun depan.Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara KBS dan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang dipengerusikan menterinya, Hannah Yeoh di Putrajaya pada Isnin.\u201cJawatankuasa telah meluluskan permintaan yang dibuat oleh Datuk Azizulhasni Awang dan komited untuk memastikan sokongan berterusan untuk beliau,\u201d katanya.Sinar Harian pada 8 Jun lalu melaporkan Azizulhasni tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.Mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang buat kali kedua akan turut meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG.Hannah memberitahu, ia melibatkan kriteria atlet yang tersenarai dalam pemenang pingat Olimpik yang lepas, senarai 10 ranking dunia dan RTG akan dipertimbangkan.Katanya, jawatankuasa turut memutuskan bahawa pemain perseorangan badminton profesional, Lee Zii Jia kekal sebagai sebahagian daripada RTG sehingga jawatankuasa berpeluang bertemu dengan jurulatih baharunya Wong Tat Meng.\u201cJawatankuasa akan turut mempertimbangkan untuk memasukkan pemain badminton Ng Tze Yong, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam RTG seperti yang dicadangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\u201cMengekalkan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sehingga fasa penilaian seterusnya pada September,\" katanya.Hannah turut mengumumkan berita gembira buat skuad hoki negara apabila disenaraikan dalam program RTG.\u201cMemandangkan skuad hoki lelaki telah tersenarai di dalam ranking ke-10 dunia dan bagi memastikan pasukan itu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou dan seterusnya layak ke Olimpik, mesyuarat jawatankuasa bersetuju untuk memasukkan ke dalam program RTG,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 05:03pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264264/berita/semasa/warga-emas-cedera-diserang-beruk-di-taman-tasik-taiping", "article_title": "Warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping", "article_text": "TAIPING - Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pada pagi Isnin.Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.Jurucakap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pula berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian serangan beruk itu.Menurutnya, aduan mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan daripada Perhilitan Selama ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.\u201cKita akan pasang perangkap dan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa,\u201d katanya. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264262/berita/sukan/aaron-wooi-yik-dedah-punca-tewas", "article_title": "Aaron, Wooi Yik dedah punca tewas", "article_text": "BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia mendedahkan punca dia dan pasangannya, Soh Wooi Yik tewas kepada gandingan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India dalam aksi final Terbuka Indonesia pada Ahad.Aaron memberitahu, sikap gopoh dan tidak tenang ketika beraksi menjadi punca mereka gagal mengatasi cabaran pasangan lawan.Beliau meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sambil mahu menjadikan kesilapan itu sebagai satu perkara positif yang perlu diperbaiki dalam saingan akan datang.\"Kami bermain agak gopoh dan tidak cukup tenang terutama di set pertama apabila pemain lawan mula mengejar.\"Semasa kami berada di depan, mereka berjaya mengutip enam mata secara berturut-turut.\"Berasa kecewa kerana kami sudah melangkah ke final, tetapi tidak dapat membawa pulang pingat emas. Bagaimanapun, masih ada sesuatu yang positif boleh diambil dan kami akan cuba lagi,\" katanya.Dalam aksi final di Istora Senayan, Jakarta, pasangan nombor tiga dunia itu sekali lagi terlepas gelaran pertama BWF selepas kalah 21-17 dan 21-18 kepada Chirag dan Rankireddy.Sementara itu, Wooi Yik berazam untuk terus bekerja keras dan enggan mengalah dalam usaha memburu gelaran sulung Jelajah Dunia sejak digandingkan pada 2017.\"Minta maaf kerana tidak dapat bawa pulang pingat emas, namun ini permulaan terbaik untuk kami jadi lebih baik.\"Kami akan terus bekerja keras untuk dapatkan gelaran pertama Jelajah Dunia,\" ujarnya.Sebagai naib juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang AS$43,750 (RM201,884), manakala Chirag-Rankireddy membawa pulang AS$92,500 (RM426,841).Kali terakhir pemain negara muncul juara Terbuka Indonesia adalah menerusi gandingan Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari pada 2008 selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264261/berita/nasional/terlampau-banyak-scam-akhirnya-telegram-beri-kerjasama", "article_title": "Terlampau banyak 'scam', akhirnya Telegram beri kerjasama", "article_text": "KUALA LUMPUR - Platform media sosial, Telegram hari ini akur untuk memberi komitmen dan bersedia menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang isu keselamatan siber di platform berkenaan.Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat selama satu jam bersama wakil Telegram hari ini, beliau menegaskan terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di platform media sosial itu.Jelas Fahmi, mesyuarat tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, yang turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi SKMM, Tan Sri Salim Fateh Din serta pegawai-pegawai tertinggi PDRM.\"Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting pihak Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,\" katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sejak Januari 2020 hingga Mei tahun ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta.Sehubungan itu, tegasnya kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu.\"Insya-ALLAH, pertemuan hari ini adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan,\" tambah beliau.Awal bulan ini, Fahmi menggesa Telegram untuk bertemu dengan SKMM berhubung pelbagai isu keselamatan siber.Beliau berkata, walaupun menerima syor yang tegas daripada SKMM, kementeriannya memberi peluang kepada Telegram untuk berhubung secara terus dengan suruhanjaya tersebut.Pada 28 Mei, Telegram dilaporkan berkata pihaknya tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam \"sebarang bentuk tapisan politik\". - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:52pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264258/berita/semasa/sindiket-curi-catalytic-converter-kereta-tumpas", "article_title": "Sindiket curi 'Catalytic Converter' kereta tumpas", "article_text": "SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan terdapat kerjasama melibatkan sindiket antarabangsa apabila jenayah mencuri tabung penapis sisa karbon kenderaan berjaya ditumpaskan baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat sindiket melibatkan warga tempatan melakukan jenayah mencuri tabung ekzos kenderaan yang dikenali sebagai 'Catalytic Converter', seterusnya menjual di pasaran antarabangsa seperti di Amerika Syarikat dan Jepun.Beliau berkata, pihaknya berjaya menahan dua suspek utama berusia 34 dan 43 tahun di dua lokasi berbeza di Petaling Jaya, Selangor serta Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Ahad.\"Dengan tertangkapnya dua suspek ini, kita yakin dapat melumpuhkan sindiket menjual komponen kereta ini ke pasaran luar negara.\"Polis juga masih lagi menyiasat modus operandi sindiket warga tempatan ini menjual di pasaran antarabangsa, selain melakukan siasatan lanjut bagi menangkap mereka yang terlibat,\" katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.Mengulas lanjut, Hussein berkata, selain boleh menjual komponen tersebut di pasaran tempatan dengan mudah iaitu antara RM300 hingga RM600 bagi satu unit, Catalytic Converter mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa.Jelas beliau, sisa toksik yang terdapat di dalam Catalytic Converter seperti rhodium, paladium serta platinum mempunyai nilai tinggi iaitu RM130 hingga RM350 untuk satu gram.Kata beliau, sisa yang terdapat di dalam Catalytic Converter digunakan untuk industri elektronik, pergigian serta bidang perubatan iaitu membuat plate tulang yang patah.Ekoran itu katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mencuri komponen tersebut kerana terdapat permintaan menjualnya di pasaran luar negara dan mendapatkan wang tunai dengan mudah.\"Anggaran komponen ini boleh dijual di pasaran luar negara antara RM500 hingga RM2,500 bagi satu unit,\" ujarnya.Hussein berkata, pihaknya merekodkan 46 kes kecurian peralatan tersebut pada 2021, manakala 34 kes pada 2022 dan sebanyak 16 kes untuk tempoh setengah tahun ini iaitu sehingga 17 Jun.Beliau berkata, sindiket yang dipercayai bergiat aktif setahun lalu mensasarkan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan raya dan kawasan sunyi.Kata beliau, sindiket dipercayai sangat mahir melakukan pemotongan komponen berharga itu kerana bekerja di kedai alat ganti kenderaan.\"Mereka ini dipercayai sangat pantas melakukan jenayah mencuri komponen ekzos kenderaan dan hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk memotongnya.\"Dengan hanya menaiki motosikal dan membawa gergasi besi, mereka bertindak memotong komponen yang diperlukan dengan cepat,\" jelas beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264265/berita/sukan/pan-gon-lakukan-perubahan-menjelang-aksi-menentang-papua-new-guinea", "article_title": "Pan-gon lakukan perubahan menjelang aksi menentang Papua New Guinea", "article_text": "SETELAH mencetak kejayaan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon baru-baru ini, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bersedia melakukan beberapa perubahan menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.Pan-gon yang menyifatkan perlawanan itu sebagai eksperimen berkata, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu melihat persaingan dalam kalangan pemain terus meningkat dalam usahanya membentuk skuad terbaik terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.\"Saya mahu menjadikan mereka (pemain) terus bersaing antara satu sama lain. Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka.\"Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga. Jadi semua orang perlu bersaing antara satu sama lain untuk tempat dalam kesebelasan utama dan apabila kita beri mereka peluang untuk bermain, mereka perlu tunjukkan kepada kita bahawa mereka lebih baik daripada pemain lain dalam posisi itu,\u201d katanya pada sidang media praperlawanan di sini pada Isnin.Walaupun ada perubahan dilakukan, Pan-gon berharap anak buahnya terus menerapkan falsafah pasukan, bersikap agresif dan mengawal keseluruhan perlawanan, di samping mengurangkan kesalahan teknikal.\"Kita perlu membiasakan diri mencipta peluang menjaringkan gol dan memaksa lawan melakukan kesilapan...kita juga perlu mengurangkan kesilapan teknikal kecil supaya dapat memberikan permainan lebih baik daripada sebelumnya,\u201d katanya sambil mengesahkan hampir kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan esok.Berdasarkan statistik pertemuan dengan Papua New Guinea, Malaysia menang tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan sama.\"Kita menyaksikan perlawanan mereka (Papua New Guinea) menentang Singapura dan mereka lebih baik daripada yang dijangkakan. Saya tidak peduli dengan sejarah pertemuan lepas, kita mencari kemenangan berturut-turut di laman sendiri, mencipta budaya menang dan membina kubu di laman sendiri. Itu adalah sasaran utama kita,\u201d katanya.Sementara itu, pertahanan negara, Corbin Ong berkata, rakan-rakannya kini lebih fokus kepada usaha pasukan untuk mencapai tahap permainan terbaik berbanding memikirkan tentang lawan.\"Saya rasa di kem ini, kita lebih fokus bagaimana kita hendak bermain, bagaimana kita hendak serang dan bertahan, itu sahaja yang penting.\"Ia akan menjadi permainan yang berbeza, seperti kata jurulatih tumpuan kita adalah kepada karakter, kita mahu jadi agresif dan dominan pada masa sama kita mahu mengurangkan kesilapan. Jadi, daripada bercakap mengenai Papua New Guinea, kita tumpukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri sebagai satu pasukan,\u201d katanya.Berdasarkan ranking dunia, Malaysia menghuni tangga ke-138 manakala Papua New Guinea 159. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:42pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264257/berita/politik/prn-wanita-ph-sasar-30-peratus-kerusi", "article_title": "PRN: Wanita PH sasar 30 peratus kerusi", "article_text": "NIBONG TEBAL - Wanita Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk calon-calonnya bertanding 30 peratus daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.Timbalan Ketua Wanita PH, Fadhlina Sidek yang juga Ketua Wanita PKR berkata, perkara itu bagaimanapun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.\"Sejak awal Jun lepas lagi, Wanita PH telah mula digerakkan dengan beberapa siri latihan pilihan raya bagi memastikan jentera kita dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan bersiap siaga untuk PRN nanti.\"Pelancaran jentera dan siri ceramah umum Pentas Wanita akan dilaksanakan dalam tempoh kempen kelak,\" katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.PRN akan berlangsung di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor dan dijangka diadakan secara serentak walaupun tarikh pembubaran berbeza.Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata Wanita PH akan bergerak dan bekerjasama dengan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam menjalankan kempen pada PRN kali ini bagi memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan. - BernamaIkuti perkembangan berita semasa Pilihan Raya Negeri di sini!", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:40pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264254/berita/semasa/lelaki-maut-diseret-kereta-api", "article_title": "Lelaki maut diseret kereta api", "article_text": "TUMPAT - Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta api di Kampung Palekbang di sini.Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa dikatakan sedang tidur di landasan sebelum dirempuh Kereta Api Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.Saksi kejadian, Osman Mohd Yussof, 57, berkata, ketika itu dia sedang minum air di kedai makan berdekatan landasan kereta api itu.Menceritakan situasi berkenaan, Osman berkata, tiba-tiba terdengar hon kereta api yang kuat sebelum berhenti kira-kira 200 meter dari kedai makan itu.\"Saya kemudian berlari ke arah kereta api itu dan bertanyakan pemandu situasi menyebabkan dia memberhentikan kereta api itu,\" katanya.Menurut tukang rumah berkenaan, dia dimaklumkan pemandu bahawa kereta api itu terlanggar seorang lelaki yang sedang tidur di atas landasan.\"Saya kemudian melihat mayat dalam keadaan parah mengakibatkan sebahagian badan hancur dan terdapat percikan darah di besi landasan kereta api,\" katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Bagaimanapun Osman mengakui tidak mengenali lelaki berkenaan kerana bukan dari kampung itu.\"Mungkin dia 'tidak sihat' dan saya juga tidak pernah nampak mangsa sebelum ini,\" katanya.Osman memberitahu, mangsa dilihat memakai kain pelikat dan berbaju.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ituKatanya, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264256/berita/sukan/rm69-juta-dilulus-untuk-program-rtg---hannah", "article_title": "RM6.9 juta dilulus untuk program RTG - Hannah", "article_text": "SEJUMLAH RM6.9 juta diluluskan untuk disalurkan bagi memenuhi segala permintaan atlet di bawah program Road To Gold (RTG), menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.Beliau yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa RTG berkata, jumlah peruntukan berkenaan diluluskan hari ini oleh mesyuarat kedua Jawatankuasa RTG.\"Untuk sekarang, program bagi kumpulan kali ini, dana mencukupi, kalau ada penambahan atlet, dana akan bertambah,\u201d katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di sini, pada Isnin.Hannah berkata, mesyuarat itu turut meluluskan elaun khas RTG sebanyak RM3,000 sebulan seorang kepada atlet di bawah program berkenaan yang dibentuk sebagai persiapan atlet ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam perkembangan lain, koordinator program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, jawatankuasanya bersetuju melunaskan segala permintaan yang dipohon jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizuhasni Awang.\"Kami akan beri sebanyak sokongan yang boleh diberi, RTG telah melihat segala keperluannya dan segala perkara yang diminta...(Ia termasuk) permintaan domestik,\u201d katanya.Mohd Azizulhasni sebelum ini dilaporkan telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang gagal menyediakan sistem sokongan lengkap di sini sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris.Juara dunia Berbasikal Trek Keirin 2017 itu berkata, beberapa siri perbincangan telah dibuat dengan MSN dalam tempoh setahun sebelum beliau kembali ke tanah air daripada pangkalan latihan di Melbourne, Australia, namun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:21pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264251/berita/semasa/bakar-al-quran-penganggur-diarah-jalani-pemeriksaan-mental", "article_title": "Bakar al-Quran: Penganggur diarah jalani pemeriksaan mental", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengarahkan seorang penganggur yang didakwa membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid menjalani rawatan mental di hospital psikiatri.Hakim Nooriah Osman memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din agar Mohd Ridzuan Mohd Kamal, 33, menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.Tertuduh sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membakar empat naskhah al-Quran dan tiga helai sejadah.Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di tepi sebuah pusat hemodialisis di lokasi sama kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 Jun lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 26 Julai depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri dari Hospital Permai, Tampoi di Johor Bahru.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:17pm"} {"author_name": "NURFARDLINA IZZATI MOKTAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264250/berita/politik/senyuman-iringi-pertemuan-kj-dan-muhyiddin", "article_title": "Senyuman iringi pertemuan KJ dan Muhyiddin", "article_text": "SHAH ALAM - Tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory pada Isnin menimbulkan tanda tanya.Melalui hantaran itu, kedua-dua individu berkenaan kelihatan tersenyum.Bagaimanapun, tiada sebarang keterangan diletakkan menerusi gambar dimuat naik tersebut.Pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:11pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264249/berita/politik/prn-ph-tidak-pandang-rendah-usaha-pn-mahu-tawan-selangor", "article_title": "PRN: PH tidak pandang rendah usaha PN mahu tawan Selangor", "article_text": "SHAH ALAM - Pakatan Harapan Selangor tidak akan memandang rendah usaha Perikatan Nasional (PN) yang mahu merampas negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Perkara itu ditegaskan Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari walaupun beliau yakin bahawa kubu gabungan parti tersebut masih kukuh di negeri berkenaan.\"Itu strategi mereka tetapi ketika Pilihan Raya Umum (ke-15) lalu kita berdepan (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) namun dengan kekukuhan kita, majoriti kerusi Parlimen iaitu 16 dimenangi PH di Selangor.\"Jadi saya percaya kubu PH kukuh di Selangor namun kita tidak pandang rendah usaha dan ikhtiar mereka dari masa ke masa.\"Dari segi fizikal sampailah di media sosial kita tingkatkan usaha penerangan,\" katanya pada Majlis Sidang Media Khas Lima Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu Mohamed Azmin 'memberikan' Selangor sebagai 'hadiah' kepada gabungan parti berkenaan pada PRK kali ini.Dalam pada itu, Amirudin turut yakin bahawa PH mampu mengekalkan kedudukan majoriti dua pertiga di Selangor pada PRN di negeri itu disebabkan prestasi pentadbiran dalam tempoh lima tahun ini.\"Dengan strategi yang betul, tidak mustahil kita boleh mencapai kemenangan lebih berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2018 lalu,\" katanya.PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 meraih 41 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN manakala baki tujuh kerusi dimenangi PN, BN (lima kerusi) dan Parti Pejuang Tanahair sebanyak tiga kerusi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:10pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264247/berita/nasional/semak-semula-dasar-latihan-industri-kpt", "article_title": "Semak semula dasar latihan industri KPT", "article_text": "SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu duduk semeja bagi meneliti semula Dasar Latihan Industri Negara 2010, termasuk perihal berkaitan imbuhan latihan, cuti rehat dan waktu jam berkhidmat.Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, pertemuan itu amat penting dalam membincangkan permasalahan membabitkan kebajikan mahasiswa yang menjalani latihan industri.Menurutnya, KSM dan KPT harus bekerjasama bagi mencari penyelesaian terbaik melalui tindakan pentadbiran serta mengguna pakai peruntukan undang-undang sedia ada.\u201cIni termasuklah peruntukan khas Seksyen 3 terkait kuasa Menteri Sumber Manusia bagi memasukkan pelajar latihan industri dalam kategori \u2018quasi-worker\u2019.\u201cPKPIM memberi peringatan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan khidmat pelatih industri agar memastikan kebajikan para pelatih terjaga daripada segi makan minum, waktu bekerja dan akses perlindungan sosial,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, bersetuju supaya mahasiswa yang menjalani latihan industri atau \u2018intern\u2019 mendapat bayaran yang mencukupi.Menurut Anwar, bayaran itu seharusnya melegakan mahasiswa yang terpaksa mengeluarkan wang untuk kos perjalanan dan makan minum sepanjang mereka melakukan latihan industri.Tambah Ahmad Farhan, program latihan industri juga perlu ditambah baik dengan memperkenalkan Skim Latihan Industri Madani (SLIM).Ujar beliau, ia adalah sebuah inisiatif latihan berterusan dan bersifat fleksibel serta memastikan kebajikan para mahasiswa terjaga.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 04:00pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264244/berita/semasa/suhakam-perlu-pulangkan-semula-dana-asing", "article_title": "Suhakam perlu pulangkan semula dana asing", "article_text": "KUALA LUMPUR - Gabungan organisasi masyarakat sivil (CSO) mendesak supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memulangkan semula dana asing yang diterima daripada Kesatuan Eropah (EU).Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan suruhanjaya berkenaan bebas dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.Jelasnya, Seksyen 19 Akta Suhakam juga melarang suruhanjaya itu daripada menerima dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.\"Secara umumnya dana-dana asing yang diberikan mempunyai kepentingan geopolitik mereka dengan bertopengkan hak asasi manusia.\"Sebab itulah kami risau dan berpandangan bahawa eloklah dana-dana asing ini tidak digunakan (diterima) walaupun bagi tujuan pendidikan atau kesedaran.\"Ini kerana, biasanya dana sedemikian mempunyai syarat berkait (dengan geopolitik tertentu) yang kita terpaksa ikut dengan nilai budaya mereka dan jelas sekali tidak sama diamalkan di Malaysia,\" katanya ketika sidang akhbar khas di sini pada Isnin.Antara gabungan (CSO) turut serta adalah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela); Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan sebagainya.Turut hadir, Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.Tahun lalu, media melaporkan delegasi EU ke Malaysia dan Suhakam menandatangani kontrak untuk melaksanakan projek hak asasi manusia selama tiga tahun dengan anggaran geran berjumlah Euro 500,000 (RM2.31 juta).Kontrak tersebut dimeterai Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Pengerusi Suhakam, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.Mengulas lanjut, Lukman turut berpandangan adalah wajar butiran penerimaan dana asing oleh Suhakam sebelum ini diumumkan secara terbuka.Langkah itu katanya, bagi memastikan adanya ketelusan serta tidak berlaku 'kawalan' oleh pihak tertentu.Sementara itu, beliau turut memuji barisan kepimpinan Suhakam yang baru dilantik kerana dilihat lebih inklusif berbanding sebelum ini.Ujarnya, ia dibuktikan apabila pihaknya berjaya mengadakan sesi libat urus dengan suruhanjaya berkenaan bersama kepimpinan baharu itu.\"(Kalau dilihat) ini jauh berbeza dengan dahulu di mana CSO Islam tidak dilayan dan disisihkan,\" katanya.Justeru, beliau berharap Suhakam kekal menjadi inklusif dengan melibatkan semua CSO Islam dalam advokasi hak asasi manusia pada masa akan datang.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:59pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264243/berita/nasional/rospiagos-kp-baharu-jpj-zailani-dilantik-tksu", "article_title": "Rospiagos KP baharu JPJ, Zailani dilantik TKSU", "article_text": "PUTRAJAYA - Rospiagos Taha dilantik sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu.Pelantikan itu berkuat kuasa pada Isnin bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Datuk Zailani Hashim.Zailani pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perladangan dan Komoditi.Penyampaian watikah itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.Turut dilantik tiga pegawai lain membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Datuk Che Roslan Che Daud; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar JPA, Dr Nor Mazny Abdul Majid serta Pengarah Hopsital Sultanah Aminah, Johor, Dr Sal Atan.Dalam ucapan ringkas, Zulkapli mengingatkan para pegawai memahami hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan mengenai pelaksanaan tata kelola yang baik dan integriti tinggi selain mempunyai akhlak serta ihsan baik selaras dengan aspirasi membangun Malaysia Madani.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:52pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264241/berita/semasa/petisyen-pilihan-raya-gua-musang-dibicarakan-putrajaya-ditolak", "article_title": "Petisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak", "article_text": "PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Isnin memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gua Musang dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli membenarkan rayuan Mohd Azmi Mahmood, wakil bagi calon Barisan Nasional, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan petisyen pilihan raya tersebut.Abdul Rahman mengarahkan petisyen itu dibicarakan penuh di hadapan hakim lain dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.Dalam keputusan sebulat suara mahkamah, Abdul Rahman berkata, hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan bahawa petisyen itu difailkan di luar masa.Beliau juga berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pempetisyen (Mohd Azmi) telah memenuhi keperluan di bawah peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Dua lagi hakim ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.Mohd Azmi memfailkan petisyen itu, dalam usaha untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi calon Pas-Bersatu, Datuk Mohd Azizi Abu Naim, yang menewaskan Tengku Razaleigh dengan 1,826 undi.PRU15 diadakan pada 19 November tahun lepas.Sementara itu, panel Mahkamah Persekutuan yang sama hari ini menolak rayuan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mengembalikan semula petisyen pilihan raya, yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya, ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.Berikutan keputusan mahkamah itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.Abdul Rahman berkata, tiada merit dalam rayuan Ahmad Faisal kerana perkara yang dirayu oleh pempetisyen dalam petisyen itu tidak mempunyai butiran terperinci.Beliau mengarahkan Ahmad Faisal membayar kos guaman sebanyak RM30,000.Ahmad Faisal memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya yang dimenangi Mohd Radzi.Mohd Radzi menewaskan penyandang empat penggal kerusi Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN dengan majoriti 2,310 undi dalam pertembungan enam penjuru.Dua Mahkamah Tinggi, masing-masing telah membatalkan kedua-dua petisyen pilihan raya itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Mohd Radzi dan Mohd Azizi.Pada 10 Mac lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen itu selepas memutuskan Ahmad Faisal gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan oleh Radzi atau ejennya.Sementara itu, pada 26 Februai lepas, Mahkamah Tinggi Kota Bahru menolak petisyen Mohd Azmi selepas memutuskan petisyen itu difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan iaitu 28 hari seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.Peguam, Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili Mohd Azmi dan Ahmad Faisal manakala peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Mohd Azizi dan Mohd Radzi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:36pm"} {"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264240/berita/politik/anwar-ahmad-zahid-akan-selesaikan-pertindihan-kerusi-ph-bn", "article_title": "Anwar, Ahmad Zahid akan selesaikan pertindihan kerusi PH, BN", "article_text": "SHAH ALAM - Pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk Selangor akan diselesaikan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua gabungan parti.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan diutarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diputuskan.Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, selain Selangor terdapat sejumlah kerusi yang bilangannya adalah kecil di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu juga perlu dimuktamadkan di peringkat kepimpinan tertinggi.\"Saya percaya ia akan diangkat di antara Presiden PKR dan Presiden UMNO untuk diputuskan sebab perbincangan antara BN dan PH (peringkat negeri) sudah selesai dan ada beberapa kerusi perlu dimuktamadkan namun jumlahnya sangat kecil,\" katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media Khas Lima Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, di sini pada Isnin.Pada Ahad, media melaporkan tinggal lagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang belum selesai pembahagiannya antara PH dan Barisan Nasional BN menjelang PRN akan datang.Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor turut mengesahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan Jumaat ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN pada kali ini, selaras dengan persefahaman yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.Menteri Besar bagaimanapun berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti berkenaan yang mewakili PH pada PRN akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:36pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264238/berita/hiburan/netflix-malaysia-beri-penjelasan-kehilangan-iedil-putra", "article_title": "Netflix Malaysia beri penjelasan kehilangan Iedil Putra", "article_text": "PELAKON Iedil Putra berada dalam keadaan selamat selepas dia dilaporkan 'hilang'.Dalam satu kenyataan, Netflix Malaysia berkata berita yang tersebar mengenai kehilangan Iedil Putra atau nama sebenarnya, Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin adalah sebahagian promosi pemasaran.\"Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini mengenai kehilangan Iedil.\"Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran.\"Iedil kini selamat dan sihat,\" kata Netflix Malaysia dalam kenyataan tersebut.Dalam masa sama, Netflix Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang mungkin disebabkan kempen promosi berkenaan.\"Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan anda pada masa ini.\"Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap kraf dan kerjanya.\"Butiran lanjut mengenai kempen akan didedahkan tidak lama lagi,\" tambah kenyataan itu.Kira-kira sejam lalu satu kenyataan dimuat naik di Instagram Iedil memaklumkan mengenai 'kehilangannya'.Kenyataan tersebut mendakwa pelakon filem \"Terbaik dari Langit\" itu gagal dikesan sejak hadir pelancaran filem Netflix \"Extraction 2\" di Manila, Filipina baru-baru ini.\"Kami tertanya-tanya apa berlaku kepadanya sebab sudah cuba menghubunginya secara peribadi tetapi tiada jawapan.\"Jika anda semua tahu Iedil dekat mana, sila maklum kepada kami menerusi 'direct message',\" tulis kemas kini tersebut. - Awani", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:27pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264236/berita/politik/sekularisme-malaysian-malaysia-wajib-ditolak-rakyat---hadi", "article_title": "Sekularisme, 'Malaysian Malaysia' wajib ditolak rakyat - Hadi", "article_text": "SHAH ALAM - Dua konsep perjuangan DAP iaitu sekularisme ekstrem dan \u2018Malaysian Malaysia\u2019 wajib ditentang dan ditolak oleh umat Islam di negara ini kerana konsepnya salah.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sekularisme ialah suatu konsep atau ideologi pemisahan antara agama dengan institusi atau badan negara.\"Fahaman tersebut cuba memansuhkan atau mengurangkan keterikatan antara pemerintahan dengan agama negara, menggantikan hukum keagamaan dengan sivil, dan menghilangkan pembezaan yang dianggapnya tidak adil dengan dasar agama.\"Kedua-dua konsep itu mempengaruhi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP. Mereka merupakan parti paling besar jumlahnya dan mempunyai golongan bukan Islam yang ekstrem selain terdapat kelompok Islam liberal dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR),\"' katanya menerusi laman Facebook pada Isnin.Menurut Abdul Hadi, pada masa yang sama mereka menganggap agama ALLAH S.W.T tidak adil.\"Ia merupakan suatu anggapan yang salah terhadap ALLAH yang maha suci daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan.Tambah beliau, perkara tersebut berkonsepkan slogan demokrasi purba iaitu \u201cVox populi, vox dei\" yang bermaksud \u201cSuara rakyat suara Tuhan atau suara rakyat suara keramat.\u201d\"Itulah gambaran bagaimana suara makhluk yang lemah mengatasi firman ALLAH yang Maha Berkuasa,\" jelasnya.Beliau turut berpendapat, sekularisme sering kali dikaitkan dengan Era Pencerahan (The Age of Enlightenment) yang berlaku di Eropah dan memainkan peranan utama dalam peradaban barat.\"Prinsip utama fahaman tersebut ialah pemisahan antara gereja dengan negara, agama dengan sains di negara Barat dengan berlakunya Revolusi Perindustrian.\"Kini, terserlah kesan yang sangat negatif apabila politik kehilangan moral kerana telah hilang rohnya apabila tidak beraqidah. Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga,\" ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:24pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264246/berita/nasional/strategi-tingkat-pasaran-modal-dijangka-dapat-sokong-ringgit---pm", "article_title": "Strategi tingkat pasaran modal dijangka dapat sokong ringgit - PM", "article_text": "KUALA LUMPUR - Strategi untuk meningkatkan pasaran modal Malaysia yang diumumkan hari ini berkemungkinan dapat membantu meningkatkan ringgit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, asas ekonomi negara masih lagi teguh.\"Ia tidak saling berkait, tetapi mudah-mudahan kita boleh...Apa yang paling penting adalah asas (ekonomi) adalah kukuh,\u201d kata Anwar kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini, pada Isnin.Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai sama ada pengumuman tersebut akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan.Bagi meluaskan pilihan pelaburan mengikut kemampuan rakyat, ditambah dengan hasrat untuk menggalakkan lagi minat pelabur dalam pasaran modal, Anwar juga mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan kepada 0.10 peratus nilai kontrak daripada 0.15 peratus pada masa ini, tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak, berkuat kuasa Julai.Kementerian Kewangan dan SC juga akan berusaha untuk meluaskan definisi pelabur sofistikated dengan melibatkan sekali 'angel investor' (pelabur mangkin).Manakala SC dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan untuk memudahkan penyenaraian di bursa pada tahun ini dengan mempercepatkan proses tawaran awam permulaan (IPO) serta memendekkan masa ke pasaran bagi memastikan daya saing dan daya tarikan Malaysia.Sementara itu, program CMGP yang dilancarkan hari ini itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan perancangan tenaga kerja yang mampan bagi menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam pasaran modal. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:09pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264234/berita/semasa/murid-tahun-1-maut-dalam-perjalanan-ke-sekolah", "article_title": "Murid Tahun 1 maut dalam perjalanan ke sekolah", "article_text": "KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dipercayai dalam perjalanan ke sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Lintas di sini awal pagi Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.48 pagi itu, kanak-kanak perempuan yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia di lokasi manakala dua lagi mangsa iaitu remaja perempuan berusia 15 tahun dan pemandu perempuan berusia 59 tahun cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan treler.\"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu treler lelaki berusia 38 tahun dari Tawau menghala ke Penampang ketika melalui Jalan Lintas telah meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat masih hijau.\"Ketika tiba di satu simpang, pemandu Proton Saga yang berada disusur pusingan U dari arah bertentangan tiba-tiba keluar menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian tepi kiri treler tersebut,\" katanya dalam kenyataan pada Isnin.Susulan kejadian itu, Mohd Zaidi berkata, Proton Saga yang dinaiki tiga mangsa telah terbabas ke bahu kiri jalan.\"Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang telah telah dibawa oleh pihak ambulan ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak cedera di bahagian kepala.\"Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 6.15 pagi dan mayat kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,\" katanya.Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota dikejar ke lokasi kejadian.\"Operasi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam kenderaan segera dilakukan,\" katanya.Agustavia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa mangsa yang maut tiada hubungan kekeluargaan dengan pemandu.\"Mangsa yang maut ialah anak kepada rakan pemandu dan ketika kejadian berkemungkinan mangsa menumpang kenderaan itu untuk ke sekolah,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:08pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264233/berita/sukan/emas-ini-ada-makna-istimewa", "article_title": "'Emas ini ada makna istimewa'", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis akhirnya merealisasikan 'impian emas' apabila mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.Fadhil berjaya mengubah kilauan emas daripada perak yang diraihkan dalam dua edisi ACC sebelum ini dengan merekodkan catatan masa 1 minit 00.559 saat di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan pada Isnin.Catatan itu sudah cukup buat Fadhil mengetepikan dua pencabar terdekatnya - Laitonjam Ronaldo dari India (1:00.863s) dan pelumba Korea Selatan, Woorim Choi (1:01.541s).Di sebalik senyuman yang terukir pada wajahnya, Fadhil mendedikasikan kejayaannya itu buat arwah bapanya, Mohd Zonis Mokhtar yang meninggal dunia pada 2019.\u201cEmas ini ada makna istimewa. Saya sudah cuba banyak kali sebelum ini, tetapi tak berjaya. Semalam (Ahad) pula hari bapa dan bapa saya meninggal dunia sejak empat tahu lalu.\u201cMemang niat saya dari dulu untuk mendapatkan jersi ini (Jersi Putih juara Asia) bagi (membalas) segala pengorbanan yang arwah ayah saya lakukan selama ini.\u201cSebelum ini, arwah ayah saya adalah tunjang belakang keluarga. Walaupun ketika dia sakit, ketika hari-hari terakhir dia nazak, dia masih memberikan sokongan kepada saya.\u201cBila saya menang tadi, saya agak emosi sehingga mengalirkan air mata. Bila difikirkan kembali, ibu saya berada di rumah, adik saya pula kemalangan, jadi ini adalah pengorbanan untuk keluarga saya,\u201d katanya.Kejayaan Fadhil itu menyaksikan dia mengikut jejak langkah Mohd Edrus Yunus yang kali terakhir menyumbang emas buat Malaysia dalam acara tersebut pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.Untuk rekod, pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu sebelum ini memenangi pingat perak acara 1km ITT elit di pentas ACC pada edisi 2020 dan 2022.Sementara itu, pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang mempertahankan emas acara 500m ITT wanita elit yang dimenanginya pada ACC 2022 apabila terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak.Nurul Izzah merakamkan masa 34.426s - catatan yang menyaksikan dia tewas kepada pemenang pingat emas dari China, Jiang Yulu (33.426s), manakala pingat gangsa dimenangi wakil Jepun, Aki Sakai (34.273s).Begitupun, Nurul Izzah masih boleh berbangga apabila memecahkan rekod 34.542s dilakukan bekas pelumba handalan wanita negara, Fatehah Mustapa dengan catatan baharu, 34.426s.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:08pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264231/berita/politik/cadang-ku-li-dilantik-pengarah-pilihan-raya-ph-bn", "article_title": "Cadang Ku Li dilantik Pengarah Pilihan Raya PH-BN", "article_text": "KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dicadangkan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya untuk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Tengku Razaleigh atau Ku Li merupakan individu tepat untuk mengetuai gerak kerja gabungan itu.Beliau berpendapat, ketokohan Ku Li diyakini mampu memberi impak kepada Kerajaan Perpaduan untuk memenangi pilihan raya itu.\"Kita akan dapat melihat satu gelombang baharu di negeri ini jika Ku Li dilantik sebagai pengarah pilihan raya,\" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada Isnin.Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan memberitahu, Ku Li merupakan ikon politik rakyat Kelantan sejak pemergian Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.Wan Abdul Rahim juga yakin Barisan Nasional (BN) masih mempunyai peluang mempertahankan lapan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.Jelas beliau, gabungan dalam PH dan BN memberi tumpuan kepada kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRU -14 lalu.\"Kita yakin BN Kerajaan Perpaduan mampu menggandakan menjadi 16 kerusi daripada lapan kerusi yang ada,\" katanya.Ujarnya, bagaimanapun ia bergantung kepada susunan yang akan dibuat oleh pihak Sekretariat Kerajaan Perpaduan.\"Saya dimaklumkan sudah 90 peratus pembahagian kerusi antara PH-BN selesai tetapi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama belum diputuskan.\"Keputusan mungkin dibuat oleh pimpinan nasional dalam masa terdekat.Kata beliau, maklumat yang diterima, Amanah turut memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Mas.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 03:02pm"} {"author_name": "NORHASPIDA YATIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264230/berita/nasional/peluang-cerah-graduan-tvet-mendepani-ir-40", "article_title": "Peluang cerah graduan TVET mendepani IR 4.0", "article_text": "KUALA NERUS - Graduan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai peluang cerah dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) selari dengan keperluan industri dan pasaran kerja.Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, lapangan program itu termasuk dalam empat kelompok pekerjaan yang akan menyaksikan pertumbuhan stabil dalam tempoh lima tahun akan datang.Menurutnya, laporan Future of Jobs Report 2023 yang baharu diterbitkan oleh World Economic Forum bulan ini berhubung kehilangan 89 juta pekerjaan serta pertambahan 69 juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang perlu diberi perhatian.\"Empat kelompok pekerjaan yang akan menyaksikan pertumbuhan yang stabil adalah dalam lapangan yang mempunyai kaitan langsung dengan TVET.\"Misalnya, operator atau pengendali mesin dan teknologi, penganalisis teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka akan tumbuh sehingga 40 peratus serta pengajar atau pelatih vokasional,\" katanya dalam ucapan ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Zon Pantai Timur dan Majlis Dialog Bersama Menteri dengan pihak Industri, di sini pada Isnin.Sehubungan itu, beliau berkata, 41 peratus daripada tenaga kerja dalam pasaran pada 2023 perlu dilatih semula atau ditingkatkan kemahirannya menjelang 2027 bagi memastikan padanan dan penawaran dalam sektor berkaitan setimpal dengan tahap kemahiran graduan.\"Program pendidikan TVET dalam negara kita belum mencapai tahap yang optimum dan masih banyak inovasi perlu ditambah baik.Sivakumar (tengah) bersama penggiat industri dan peserta.\"Usaha mengembang dan memperkasa program TVET adalah keutamaan pihak kementerian dan saya secara peribadi sangat menyokong peranan dan sumbangan penting pihak industri untuk bersama-sama menambah baik agenda TVET negara,\"katanya.Beliau memberitahu, masih ada beberapa isu yang perlu ditangani antaranya melibatkan kurangnya minat golongan muda menyertai TVET, fenomena underemployment atau bayaran serta kualiti kerja yang tidak setimpal dengan kelayakan.\"Kita yakin isu ini boleh ditangani serentak melalui penglibatan pihak industri secara lebih rapat dan sistematik dalam ekosistem TVET dansecara tidak langsung menarik minat anak muda untuk menyertai program-program TVET.\"Ia sekali gus melonjak nilai graduan TVET dan melayakkan mereka untuk menerima gaji yang lebih premium serta berpatutan,\" ujar beliau.Dalam pada itu, Sivakumar berkata, semua pemain industri perlu bekerjasama dengan Institusi Latihan Kemahiran (ILK) di bawah kementerian.\"KSM (Kementerian Sumber Manysia) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di seluruh negara adalah nadi penggerak TVET yang menjadi akar umbi kepada sumber tenaga kerja mahir negara.\"Kementerian mahu menjadikan Institut Latihan Perindustrian (ILP) sebagai destinasi utama pengajian peringkat diploma.\"Pemegang sijil-sijil kemahiran dari mana-mana ILP akan diberikan laluan mudah untuk memasuki ADTEC di seluruh negara bagi mengikuti program diploma,\" ujar beliau.Beliau berkata, KSM melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan membangunkan lebih banyak kursus jangka pendek untuk ditawarkan kepada belia dan pekerja industri yang memerlukan kemahiran TVET, kemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling).\"Kita harap inisiatif berpusat Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE), Penarafan Tunggal, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLAPB) akan merancakkan lagi kualiti keluaran tenaga mahir negara.\"Ini bermakna, program skilling, reskilling dan upskilling tidak boleh dielak dan harus menjadi antara pelaburan terbesar pihak industri,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:53pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264227/berita/nasional/kenaikan-malaysia-ke-tahap-dua-tip-beri-impak-positif-perdagangan", "article_title": "Kenaikan Malaysia ke tahap dua TIP beri impak positif perdagangan", "article_text": "KUCHING - Penyenaraian Malaysia pada Tahap Dua Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023 memberi impak positif kepada sektor perdagangan negara dan menangkis persepsi negatif berkaitan isu buruh paksa di negara ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peningkatan berkenaan menunjukkan hasil kerjasama dan usaha semua pihak dalam memastikan Malaysia melaksanakan amalan baik bagi menangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran, buruh paksa dan pelaksanaan penguatkuasaan.\"Di luar negara pun, aktiviti perladangan adalah sebahagian perniagaan keluarga, jadi apabila mereka turun (ke ladang) kadang-kadang anak-anak pun dibawa sekali jadi ia agak biasa...selagi kita tidak menyalahgunakan dan paksa anak-anak kecil (untuk bekerja). Jadi ini adalah perkara yang perlu kita jelaskan kepada mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023, di sini pada Isnin.Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Malaysia menjalinkan kerjasama dan sesi libat urus khususnya dengan Amerika Syarikat dalam memastikan dakwaan mengenai isu buruh diselesaikan secara bilateral.Menurutnya, pada 2021 dan 2022, Malaysia berada di kedudukan Tahap Tiga dengan penilaian laporan tersebut merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan ke atas pekerja di semua negara berhubung hal ehwal perburuhan.Pada 16 Jun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengumumkan laporan TIP itu berkata, kerajaan akan meningkatkan usaha dalam mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa.Menteri itu memaklumkan perkara itu menjadi keutamaan kerajaan apabila ia merupakan antara 15 syor penambahbaikan yang dikemukakan dalam laporan JNAS. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:46pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264224/berita/nasional/pm-saran-beri-elaun-munasabah-kepada-pelatih-industri", "article_title": "PM saran beri elaun munasabah kepada pelatih industri", "article_text": "KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan syarikat menawarkan latihan industri untuk mempertimbangkan elaun munasabah kepada pelajar yang menjalani program berkenaan.Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak memberi sebarang panduan terhadap perkara berkenaan, namun majikan perlu mempertimbangkan bayaran munasabah bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh latihan.\"Beberapa perkara yang disuarakan oleh anak muda dan mereka beri cadangan kepada Perdana Menteri dalam dialog. Saya beri pengakuan akan ambil pandangan mereka untuk dibawa ke Jemaah Menteri.\"Kita galakkan latihan industri kerana ia penting dan mereka faham bahawa latihan itu bukan pekerjaan biasa tetapi pendedahan.\"Tetapi berilah elaun yang munasabah kerana (ambil kira) tambang perjalanan (dan) makan. Saya bagi pihak anak muda nak sampaikan keluhan mereka untuk diberi pertimbangan mengenai bayaran elaun,\u201d katanya ketika berucap melancarkan Program investED pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memberi jaminan kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau 'intern' supaya mendapat pertimbangan sewajarnya ekoran pelatih tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.Perkara tersebut hangat diperkatakan di media sosial susulan seorang pelajar universiti awam meluahkan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan praktikal pada Oktober ini.Pelajar wanita itu menyifatkan mereka bukan buruh percuma dan memaklumkan terdapat latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil malah ada juga yang tidak memberi sebarang bayaran.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:35pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264225/berita/nasional/tambah-baik-strategi-perkukuh-ekosistem-pelaburan-negara", "article_title": "Tambah baik strategi perkukuh ekosistem pelaburan negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa berusaha untuk menambah baik strategi dan pendekatan bagi memperkukuh ekosistem dan fasilitasi pelaburan negara.Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi memastikan pelaburan negara lebih berdaya saing dan kondusif dalam meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti dan berimpak tinggi.\"Sehubungan itu, MITI menerusi MIDA telah melaksanakan pendekatan berfokus bagi memastikan penggalakan pelaburan asing dan domestik meliputi projek yang berkualiti, bernilai ditambah dan berteknologi tinggi bagi melengkapkan ekosistem serta rantaian bekalan industri yang disasarkan negara,\u201d katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, pada Isnin.Tengku Zafrul berkata, bagi tahun 2022, sejumlah RM267.8 bilion pelaburan daripada 4,517 projek yang diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan) di Malaysia dijangka menjana 140,440 peluang pekerjaan dengan pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9 peratus) kepada jumlah tersebut.\"Bagi suku pertama 2023, Malaysia telah menarik komitmen pelaburan berjumlah RM74.1 bilion, iaitu peningkatan 60 peratus tahun-ke-tahun.\"Paling ketara, nisbah FDI kepada DDI adalah hampir 50:50, iaitu 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus bagi DDI. Ini jelas mencerminkan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap dasar kerajaan semasa,\u201d katanya.Setakat 31 Mei, 2023, terdapat 743 projek dalam peringkat rundingan, atau penilaian dengan jumlah cadangan pelaburan sebanyak RM50.6 bilion dengan DDI sebanyak RM8 bilion atau 15.7 peratus manakala FDI sebanyak RM42.7 bilion atau 84.3 peratus.Jumlah pelaburan tersebut merangkumi projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM37.5 bilion yang melibatkan 61 cadangan projek.Setakat 2 Jun, 2023, MITI melalui MIDA telah berjaya mendapatkan komitmen pelaburan FDI berjumlah RM23.07 bilion melalui misi pelaburan ke Jepun, RM170 bilion melalui misi pelaburan ke China, RM24 bilion melalui misi pelaburan ke Korea Selatan dan RM13 bilion melalui misi pelaburan ke Singapura.Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, bagi merangsang pelaburan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), MIDA sebagai agensi penggalak pelaburan utama negara telah menyediakan beberapa program termasuk insentif berbentuk galakan cukai dan geran kepada syarikat domestik.Insentif tersebut termasuk menyediakan galakan cukai kepada syarikat domestik yang melaksanakan projek yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986; meningkatkan keupayaan pelabur tempatan melalui Dana Intervensi Industry4WRD bagi PKS; menggalakkan penggunaan automasi dalam kalangan syarikat di sektor perkilangan dan perkhidmatan melalui Elaun Modal Automasi; dan menganjurkan MIDA Invest Series Conference bagi mengenal pasti potensi pelaburan setiap negeri.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan berhubung sasaran DDI bagi tahun 2023 berbanding FDI serta langkah-langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyambut baik cadangan untuk menetapkan DDI sebagai salah satu petunjuk prestasi utama atau KPI bagi pencapaian pelaburan negara.\"Adalah menjadi dasar kerajaan pada masa ini untuk mengimbangi kedua-dua pelaburan asing dan domestik ini untuk merangsangkan pertumbuhan dan meningkatkan pembangunan kita yang seimbang di seluruh negara.\"MITI melalui MIDA akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan agensi diperingkat persekutuan dan negeri dalam usaha untuk menarik pelaburan domestik khususnya dalam industri yang disasarkan,\u201d katanya menjawab soalan tambahan Low yang ingin mengetahui adakah kerajaan akan menjadikan DDI sebagai KPI. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264222/berita/nasional/belia-digalakkan-ceburi-tanaman-koko", "article_title": "Belia digalakkan ceburi tanaman koko", "article_text": "KUCHING - Golongan belia digalakkan merebut peluang bagi menceburi industri koko susulan perancangan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk membuka 200 hektar kawasan tanaman koko baharu di seluruh negara pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, anak muda tempatan terlatih diperlukan bagi mengembangkan potensi komoditi berkenaan, bersesuaian dengan kehendak revolusi industri 4.0 (IR4.0) yang memfokuskan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi.\"Kita menuju IR4.0... kerana itu kita perlukan belia kerana mereka dilatih secara teknikal dan mereka lebih mesra gajet. Maknanya, kita menggunakan semua teknologi untuk memastikan kita memodenkan sektor perladangan dan pertanian kita in what way we can benefit supaya pemain industri dapat menambah hasil,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi 2023 di sini, pada Isnin.Fadillah berkata, bagi meningkatkan penanaman industri koko negara, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan meneliti secara keseluruhan ekosistem industri koko membabitkan peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.\"Kebiasaannya syarikat besar mempunyai dana untuk beralih kepada mekanisasi dan automasi namun bagi syarikat dan pekebun kecil, mereka boleh memohon bantuan daripada kerajaan dan kita sedia membantu,\" katanya.Pada 11 Jun lepas, KPK dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan tanaman baharu itu meliputi 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung Malaysia dan 10 hektar di Sarawak.Setakat ini, jumlah keluasan tanaman koko negara adalah 5,985 hektar, iaitu 3,444 hektar di Sabah, 1,454 hektar di Sarawak dan 1,087 hektar di Semenanjung. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:28pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264219/berita/nasional/malaysia-di-tangga-ke-25-penyertaan-ke-misi-pengaman-pbb", "article_title": "Malaysia di tangga ke-25 penyertaan ke Misi Pengaman PBB", "article_text": "KUALA LUMPUR - Malaysia berada di tangga 25 daripada 123 negara dari segi penyertaan ke misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu setakat 31 Mac, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, ini menjadikan Malaysia antara negara terbesar menyumbang bilangan anggota kepada misi pengaman PBB, melibatkan 859 pegawai dan anggota termasuk 98 wanita dalam lima misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Wilayah Abyei, Sudan Selatan dan Congo.\"Penglibatan Malaysia dalam pasukan pengaman mencerminkan komitmen negara dalam sistem pelbagai hala dan mempamerkan keprihatinan Malaysia untuk memastikan keamanan dan keselamatan di peringkat global.\"Selain itu, Malaysia juga telah memainkan peranan aktif dalam PBB dan telah dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak empat kali iaitu pada 1965, 1989 hingga 1990, 1999 hingga 2000 dan 2015 hingga 2016,\" katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai yang ingin tahu peranan Malaysia dalam pasukan pengamanan dan bidang keselamatan global sejak menjadi ahli PBB.Beliau berkata, Malaysia secara konsisten mengambil bahagian dalam debat dan taklimat terbuka di Majlis Keselamatan PBB walaupun tidak lagi menjadi ahli tidak tetap majlis untuk berkongsi pandangan dan mengetengahkan pendirian negara mengenai isu-isu yang dipertimbangkan majlis itu.Menurut Mohamad, menerusi keanggotaan Malaysia dalam PBB, negara akan terus memainkan peranan aktif di persada antarabangsa dengan mengambil bahagian dalam rundingan penggubalan resolusi-resolusi di Perhimpunan Agung PBB.Katanya ini untuk memastikan pandangan dan pendirian serta kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diketengah dan dipertahankan selaras dengan dasar luar Malaysia. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:20pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264218/berita/nasional/kpm-sentiasa-buka-peluang-buat-golongan-tercicir-spm", "article_title": "KPM sentiasa buka peluang buat golongan tercicir SPM", "article_text": "BANTING - Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai intervensi bagi membantu golongan yang tercicir di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk sistem pengesanan untuk golongan itu dalam tempoh dua tahun.Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam tempoh tersebut, banyak intervensi boleh dilakukan pihaknya untuk membantu golongan berkenaan dan bukan setakat menduduki semula SPM semata-mata.\"Dalam sistem pengesanan kita di peringkat KPM, kita ada sistem pengesanan golongan ini untuk dua tahun dalam radar kita dan sekurang-kurangnya kita boleh membuat intervensi pelbagai contohnya, mereka yang berhasrat sambung belajar di Tingkatan Enam... kita bagi bantuan,\" katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, di sini pada Isnin.Menurut Fadhlina, KPM pada masa sama membuka seluas-luasnya Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk mereka yang berminat sekali gus bekerjasama dengan yayasan-yayasan negeri bagi memberikan bantuan.Beliau berkata, kementeriannya juga sentiasa membuka peluang kepada mana-mana pelajar yang mahu mengulangi semula peperiksaan SPM.\"Kita (KPM) sentiasa bagi peluang, kita terus sambut apa yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cakap semalam. Soal peluang kedua, soal tentu hala tuju, bimbingan dan kaunseling kita akan bantu.\"Jika mereka (golongan tercicir SPM) memerlukan apa-apa sokongan lain barangkali kewangan, melihat kepada kes, apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu,\" katanya.Media semalam melaporkan, Anwar mengarahkan Fadhlina untuk mencari hampir 30,000 pelajar yang tercicir peperiksaan SPM pada tahun lepas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:15pm"} {"author_name": "DIANA AZIS", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264217/berita/nasional/anwar-lancar-invested-tingkat-kebolehpasaran-graduan", "article_title": "Anwar lancar InvestED, tingkat kebolehpasaran graduan", "article_text": "KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif terbaharu pasaran modal, 'investED' yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta membangunkan saluran bakat mampan.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program berkenaan dijangka dapat mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.Beliau menjelaskan, inisiatif yang mendapat kerjasama pertama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bursa Malaysia serta peserta industri pasaran modal terkemuka dengan pembiayaan sebanyak RM30 juta daripada Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).\"Program ini tentunya dapat membuka lebih baik peluang pekerjaan kepada graduan.\"9,000 mahasiswa akan meraih manfaat pendedahan kepada peluang pekerjaan dalam industri pasaran modal dengan 600 orang akan terjamin mendapat pekerjaan dalam masa tiga tahun,\" katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran InvestED pada Isnin.Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan yakin jumlah pemanfaat program berkenaan boleh ditingkatkan melalui penyertaan lebih banyak pemain industri yang bekerjasama dengan universiti.Justeru beliau berharap program seumpama itu dapat membantu pelajar daripada keluarga susah agar tidak tertinggal meraih manfaat peluang pekerjaan lebih baik.\"Ini cukup penting dan selaras dengan hasrat Malaysia Madani,\" katanya.Sementara itu Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, pelaburan dalam pendidikan serta pembangunan bakat merupakan agenda utama agensi itu.\"Dengan kadar peralihan bakat yang tinggi terutamanya dalam industri seperti pasaran modal, tumpuan terhadap pembangunan bakat-bakat menjadi sangat penting.\"Program ini diperkenalkan bagi membantu mengatasi ketidaksepadanan bakat antara graduan dan keperluan industri sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan,\" jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:15pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264216/berita/semasa/pembantu-tadbir-didenda-naikkan-jumlah-peserta-dalam-invois-kpkt", "article_title": "Pembantu tadbir didenda naikkan jumlah peserta dalam invois KPKT", "article_text": "KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pembantu tadbir menerima RM4,797.50 daripada pekerja syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengundang padah apabila dia didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.Nurul Azirah Kamaruddin, 37, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin.Mahkamah memerintahkan penjawat awam ini menjalani hukuman penjara selama sebulan, jika gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, ibu kepada lima anak, iaitu pembantu tadbir perkeranian dan operasi, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya, di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, tertuduh telah menerima pertolongan daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan bagi menaikkan jumlah peserta Bengkel Akta Pengurusan Strata anjuran KPKT di Langkawi, Kedah daripada 34 kepada 85 peserta, dalam invois syarikat tersebut.Pada 12 April 2018, syarikat itu kemudian telah menerima bayaran daripada KPKT untuk perkhidmatan pembekalan makanan bagi bengkel itu dan tertuduh mengaku telah menerima wang itu daripada jumlah bayaran tersebut.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Natrah Fareha Rahmat mencadangkan, tertuduh dikenakan hukuman setimpal, dengan mengambil kira tertuduh merupakan penjawat awam, seharusnya menjaga nama baik sektor kerajaan.Sementara itu, peguam, Hamzah Hamdan yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman dalam bentuk denda yang ringan.\"Dia perlu menyara lima anak yang masih bersekolah sementara anak bongsunya merupakan seorang autisme.\u201cTertuduh telah dikenakan tindakan disiplin di jabatannya di KPKT dan dia mungkin dibuang kerja,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 02:02pm"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264214/berita/nasional/kerajaan-digesa-segera-tangani-krisis-pendidikan-negara", "article_title": "Kerajaan digesa segera tangani krisis pendidikan negara", "article_text": "SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera bertindak dengan menumpukan perkara yang lebih utama, bersifat dasar dan menyeluruh dalam meningkatkan kualiti modal insan negara yang disifatkan berada pada tahap krisis.Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inkslusif UKM (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, teguran daripada pakar tentang sistem pendidikan negara perlu dijadikan peringatan dalam melakukan perubahan terhadap dasar sedia ada.Menurutnya, hampir semua statistik dan laporan dalam dan luar negara menyatakan kelemahan Malaysia dalam konteks pendidikan namun masih belum kedengaran tindakan yang bersungguh.\u201cSaya ada laporan-laporan ini. Ia adalah laporan awam, bukannya sulit dan dilaporkan dalam media. Jangan dibiarkan berlarutan atau lebih padah lagi sekiranya dinafikan.\u201cKita mesti segera mendalami dan meneliti apakah puncanya dan mengambil tindakan segera. Semua pihak yang terlibat, kita garapkan tenaga bersama, mengeluarkan Malaysia dari krisis senyap ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr Anuar Ahmad, sebelum ini menyatakan, semua pihak tidak boleh menafikan bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan krisis sistem pendidikan negara.Jelasnya, itu adalah hakikat yang perlu ditelan apabila sistem pendidikan negara gagal membina struktur modal insan yang berkeupayaan tinggi.Tambah Noor Azlan, pandangan Anuar adalah berlandaskan ilmu dan kesarjanaan untuk masa depan negara.\u201cHasrat kita melihat negara maju, berdaya saing dan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi amat bergantung kepada kualiti sumber manusia negara.\u201cMenteri Ekonomi sering menyebut tentang keperluan negara melaksanakan penstrukturan ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi. Beliau juga kini giat meningkatkan pendapatan rakyat melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).\u201cInisiatif INSAN, meletakkan mesin layan diri yang menjual makanan segera yang disediakan oleh isi rumah berpendapatan rendah di lokasi-lokasi awam boleh membantu tetapi tidak menyelesaikan. Boleh diteruskan, tetapi terlalu kecil untuk menangani masalah pendapatan rakyat secara menyeluruh dan mapan,\u201d ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:47pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264210/berita/nasional/kod-etika-ahli-parlimen-fokus-utama-wan-junaidi", "article_title": "Kod etika ahli Parlimen fokus utama Wan Junaidi", "article_text": "KUALA LUMPUR - Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, meletakkan keutamaan dalam melaksanakan kod etika Ahli Parlimen bagi menambah baik cabang legislatif dalam pentadbiran negara.Wan Junaidi berkata, sebelum ini beliau telah memperkenalkan kod etika ahli Parlimen kerana berpandangan tugas ahli Parlimen sepatutnya bukan untuk bergaduh di dalam Dewan dan berpolitik secara berlebihan sebaliknya mereka menggalas tanggungjawab besar.Beliau yang berucap selepas mengangkat sumpah jawatan itu berkata, kod etika berkenaan penting memandangkan negara lain seperti India, Australia dan New Zealand juga mempunyai kod etika tertentu.Menurut Wan Junaidi, kod etika itu telah digubal pada 2011 dan berharap sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dalam pelaksanaan kod etika tersebut.\"Ini kerana keutamaan itu juga Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) perlu kita tumpu, sebab ini adalah satu wawasan kerajaan dari dahulu lagi... dengan harapan kita boleh laksanakannya pada penggal ini juga sebagai legasi kerajaan dan Parlimen pada semua rakyat Malaysia,\" katanya.Selain itu, Wan Junaidi berkata, beliau juga akan menumpukan kepada pelaksanaan pengenalan semula Akta Pentadbiran Parlimen, menggubal atau meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta meminda Peraturan-peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memperkasakan peranan jawatankuasa-jawatankuasa di Parlimen dalam usaha mentransformasi institusi itu.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang mencadangkan pencalonan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah menyampaikan pesan daripada Anwar kepadanya secara peribadi pada 13 Jun lepas.Katanya, walaupun beliau telah mengumumkan untuk bersara dalam bidang politik dan perkhidmatan kerajaan sebelum ini, 'panggilan' untuk berkhidmat kepada negara lebih penting. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:35pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264209/berita/semasa/padah-ubah-suai-motosikal", "article_title": "Padah ubah suai motosikal", "article_text": "AMPANG - Empat motosikal ditahan selepas didapati membuat pengubahsuaian berlebihan dalam Operasi Motosikal dan Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) dan Bukit Permai, di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi pada jam 11.30 malam itu susulan aduan orang awam mengenai masalah bunyi bising dari ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman penduduk.\"Hasil operasi berkenaan, empat motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian yang berlebihan pada pelbagai komponen sedia ada.\"Kes disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,\" katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak 104 saman dikeluarkan di atas kesalahan antaranya seperti ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran, gagal pamer lesen memandu/cukai jalan dan cermin sisi.\"Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak mengubahsuai sebarang struktur sedia ada pada kenderaan sehingga membawa kepada pencemaran bunyi dan juga mengganggu ketenteraman awam.\"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya akan meneruskan operasi secara berterusan untuk membanteras pesalah lalu lintas yang sering mengabaikan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:33pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264207/berita/nasional/tiada-kesalahan-jenayah-babitkan-kes-hakim-nazlan---pm", "article_title": "Tiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan - PM", "article_text": "KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.\"SPRM setelah mendapat laporan membuka kes atau kertas siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) berhubung dengan kes rasuah.\"SPRM menyiasat dengan teliti perkara tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dan perkara ini dipersetujui Jabatan Peguam Negara,\u201d kata beliau pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas mengenai status siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung tohmahan rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan dikatakan wujud di pihak hakim berkenaan ketika mengendalikan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:31pm"} {"author_name": "NOOR AZLIDA ALIMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264206/berita/semasa/pemain-bola-tak-mengaku-cederakan-kekasih", "article_title": "Pemain bola tak mengaku cederakan kekasih", "article_text": "PETALING JAYA - Seorang pemain pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan kekasihnya di sebuah hotel, dua minggu lalu.Dia yang juga bekas pemain bola sepak Kebangsaan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.Mengikut pertuduhan, atlet profesional berusia 31 tahun yang beraksi dalam Liga Super ini didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37 dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa sama, mencecah kerugian dianggarkan RM4,500.Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 6 pagi, 7 Jun lalu.Bagi kes mencederakan kekasihnya, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Sementara kes merosakkan telefon, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa serta saksi.Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Suraj Singh merayu agar kadar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya telah memberi kerjasama baik kepada pihak polis, sepanjang kes ini disiasat.\"Dia merupakan bekas pemain skuad Harimau Malaya, perlu menanggung ibu bapanya selain tiada risiko untuk melarikan diri,\" katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.Pada dua minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pemain bola sepak tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes kecederaan yang dihadapi teman wanitanya, di sebuah hotel di sini.Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, laporan dibuat wanita terbabit pada jam 6 petang, dengan mendakwa berlaku perselisihan faham hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian badan selain telefon bimbitnya dirosakkan.Sebutan kes ditetapkan 24 Ogos depan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:26pm"} {"author_name": "BADRULDIN ZAKARIA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264205/berita/nasional/arab-saudi-sambut-aidiladha-pada-28-jun", "article_title": "Arab Saudi sambut Aidiladha pada 28 Jun", "article_text": "MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf iaitu kemuncak ibadah haji umat Islam, ditetapkan pada Selasa, 27 Jun dan Hari Raya Aidiladha di sini akan disambut keesokannya pada Rabu, 28 Jun.Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini dianggarkan tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di Arafah bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari berikutnya.Berbaki lapan hari sahaja lagi sebelum Hari Wukuf, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihatkan semua jemaah haji agar bersedia dari segi mental dan fizikal serta menjaga kesihatan masing-masing.\"Simpan tenaga mulai sekarang kerana operasi Masyair memerlukan tenaga yang banyak, ketahanan diri yang tinggi kerana akan melalui keadaan yang serba kekurangan.Syed Saleh memberikan taklimat perjalanan operasi Masyair pada sidang media di Ibu Pejabat TH di Abraj Janadriyah.\"Di sana nanti (Masyair) jemaah akan berada dalam khemah yang terdedah cuaca panas, mungkin tidak cukup rehat dan tidur maka akan terkesan dari segi kesihatan,\" katanya pada sidang media Taklimat Operasi Haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) di Abraj Janadriyah, di sini pada Ahad.Ujarnya, pada hari berkenaan juga akan melibatkan perjalanan kerohanian, maka jemaah perlu memperbanyakkan doa dan munajat agar pergerakan di Arafah, Mudzalifah dan Mina dipermudahkan.Menyentuh mengenai persediaan semasa operasi Masyair, Syed Saleh berkata, kesediaan perkhidmatan untuk jemaah ketika ini adalah pada tahap 80 peratus dan akan lengkap sepenuhnya menjelang Hari Wukuf.\"Semua sektor dah buat persediaan sewajarnya untuk operasi Masyair dan di peringkat maktab akan diadakan taklimat mengikut penerbangan masing-masing.\"Dalam taklimat diterangkan mengenai pergerakan jemaah dan setiap jemaah akan diberi nombor khemah untuk mereka menginap,\" katanya.Beliau berkata, pada tahun ini juga TH melakukan beberapa penambahbaikan semasa operasi Masyair bagi memberikan khidmat yang lebih baik kepada jemaah.\"Pertamanya penggunaan wheeled litter carrier bagi membolehkan penghantaran pesakit lebih cekap dan efisien berbanding penggunaan stretcher biasa.\"Keduanya khemah baharu di Arafah yang berdinding PVC dan lapisan siling yang dapat mengurangkan haba panas di dalam khemah,\" katanya.Tambah Syed Saleh, bekalan elektrik di Arafah juga adalah 100 peratus terus daripada pencawang yang dapat menjamin tiada gangguan elektrik.Turut disediakan bangunan dapur baharu yang lebih teratur dan selamat serta makanan sedia dimakan yang dibekalkan oleh syarikat dari Malaysia.Ketika ini katanya, bilangan jemaah haji yang tiba di Makkah seramai 29,212 orang melibatkan sebanyak 95 penerbangan.Jumlah yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan ialah seramai 64 orang dengan 56 ditempatkan di Pusat Rawatan TH dan bakinya Hospital Arab Saudi.Pada tahun ini kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada asal dengan seramai 31,600 orang dapat menunaikan haji di Tanah Suci.Sementara itu, pada pagi Ahad, Syed Saleh telah melancarkan program kebersihan maktab yang merupakan kesinambungan kepada program kebersihan di Masyair.\"Program kebersihan Masyair diperkenalkan pada tahun 2017 dan program kebersihan maktab dilancarkan pada 2018.Simbolik pelancaran program kebersihan maktab diadakan melalui penyerahan kelengkapan pembersihan.\"Kita dapati rata-rata jemaah haji beri kerjasama yang amat baik semasa program ini dijalankan,\" katanya.Kata beliau, bilik-bilik dihiasi dengan ceria dan penjagaan kebersihan yang teratur membuktikan penekanan semasa kursus haji bukan sahaja berkaitan hukum-hakam saja.\"Kita turut tekankan dari segi peradaban, persekitaran, kesihatan seiring slogan digunakan iaitu kebersihan mencerminkan kemabruran haji,\" katanya.Kata beliau, hadiah turut disediakan bagi kategori lelaki dan wanita bagi meningkatkan semangat jemaah untuk menyertai kempen berkenaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:16pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264203/berita/sukan/azizulhasni-congak-langkah-ke-paris", "article_title": "Azizulhasni congak langkah ke Paris", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang selayaknya digelar legenda Asia selepas merangkul keseluruhan 12 pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC).Pada edisi 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, Azizulhasni berjaya membawa pulang dua emas menerusi acara keirin dan pecut individu elit.Dengan menyambar emas berganda kali ini, Azizulhasni seoalah-olah memberi petunjuk awal ACC 2023 menjadi penampilan terakhirnya pada kejohanan berprestij di rantau Asia itu.\u201cIni adalah ACC terakhir saya, prestasi terbaik sepanjang zaman. Juara... juara... tak mudah untuk mendapatan kejuaraan berganda (dua emas pada ACC 2023).\u201cSebelum ACC ini, saya berada dalam 10 teratas acara keirin dan selepas kejohanan ini, mungkin naik ke kedudukan kelapan atau enam. Jika sudah masuk lima teratas, saya akan langkau ACC 2024.\u201cBuat masa ini, kedudukan saya dalam acara keirin agak selesa. Cuma pecut belum benar-benar selamat tapi kita masih ada Kejohanan Dunia (pada Ogos ini), kalau boleh saya nak langkau sahaja ACC,\u201d katanya.Terdahulu, timbul tanda tanya sama ada Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman akan beraksi pada ACC 2024 di New Delhi, India yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun depan.Malah, Ketua Jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley juga memberi bayangan Azizulhasni akan bersaing pada ACC 2024 dalam misi mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.Dalam pada itu, Azizulhasni mengimbas kembali situasi yang berlaku kepada skuad berbasikal trek negara ketika menyertai ACC 2022 di New Delhi pada Jun tahun lalu.\u201cSaya tidak mengambil bahagian pada ACC tahun lalu kerana menjalani pembedahan (jantung terbuka). Jadi saya hanya mengikuti perkembangan rakan-rakan menerusi kaca televisyen.\u201cMalangnya hampir seluruh pasukan ke India positif Covid-19. Saya tak mahu dijangkiti Covid-19 kerana apabila pasukan negara balik daripada kejohanan itu tahun lalu, hampir 95 peratus daripada mereka positif.\u201cSaya tidak mahu ambil risiko itu kerana tempoh ke Olimpik Paris sudah sangat dekat, kira-kira 5 atau 6 bulan, jika kedudukan ranking saya sudah okay, saya tidak mahu sertai (ACC 2024),\u201d ujarnya.Seakan-akan masih trauma dengan wabak terbabit, Azizulhasni berkata, dia mengharungi detik sukar ketika dijangka Covid-19 sebelum ini kerana memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih.\u201cSaya pernah kena (positif) dan ambil masa 2 hingga 3 minggu untuk recover. Malah, saya perlu bermula daripada kosong untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik.\u201cBiasanya sewaktu badan kita sedang sihat dan cergas inilah cukup sensitif, senang dapat penyakit, senang dijangkiti virus, jadi saya tidak mahu mengambil risiko itu,\u201d katanya yang bakal bersara selepas Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:08pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264202/berita/nasional/kadar-duti-setem-01-peratus-bermula-julai-ini", "article_title": "Kadar duti setem 0.1 peratus bermula Julai ini", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan kepada 0.1 peratus daripada 0.15 peratus daripada nilai kontrak bermula Julai ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar tersebut tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak.\"Perubahan ini secara langsung akan mengurangkan kos urus niaga sekuriti dan menjadikan pasaran saham Malaysia lebih kompetitif.\"Saya yakin langkah ini akan merangsang pasaran dan meningkatkan daya tarikannya.\"Peningkatan kecairan pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham Malaysia sekali gus menggalakkan PKS untuk meneruskan tawaran awam permulaan (IPO) selain memudahkan syarikat tersenarai awam mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Bakat Pasaran Modal Untuk Graduan (investED) pada Isnin.Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi menggalakkan syarikat disenaraikan di papan utama bursa, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan melaksanakan pembaharuan berkenaan tahun ini.\u201cIa bertujuan memudah dan mempercepatkan penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia selain mempercepatkan proses IPO serta mengurangkan masa untuk syarikat ke pasaran,\u201d jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN:PM saran beri elaun munasabah kepada pelatih industriAnwar lancar InvestED, tingkat kebolehpasaran graduan", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:06pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264200/berita/sukan/croatia-tetap-boleh-berbangga", "article_title": "Croatia tetap boleh berbangga", "article_text": "CROATIA masih boleh berbangga biarpun impian mereka untuk menjuarai Liga Negara-Negara tidak kesampaian setelah tewas 4-5 kepada Sepanyol pada aksi final di Rotterdam awal pagi Isnin.Jurulatihnya Zlatko Dalic berkata, mereka memenangi satu lagi medal selepas meraih gelaran naib juara dan tempat ketika dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini.\u201cKami menang medal. Satu demi satu dan ia adalah sesuatu yang hebat.\u201cTiga medal adalah pencapaian hebat dan menunjukkan Croatia memiliki potensi besar. Kami kecewa kerana kalah, tetapi kami patut bangga dengan apa yang dilakukan,\u201d kata Dalic.Kekalahan selepas terikat tanpa jaringan itu mengecewakan Croatia yang dihangatkan sokongan puluhan ribu penyokong dalam usaha memburu trofi utama pertama selepas merangkul perak dan gangsa dalam dua edisi Piala Dunia lalu.Pada edisi 2018 di Rusia, Croatia tewas 2-4 kepada Perancis di pentas final, manakala di Qatar tahun lalu mereka meraih tempat ketiga setelah menewaskan Maghribi 2-1.Di sebalik kekecewaan itu, kem Croatia turut diselubungi teka-teki mengenai masa depan kapten, Luka Modric masih samar selepas pemain tengah Real Madrid berusia 37 tahun itu sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.\u201cLuka berkata dia akan membuat keputusan sendiri selepas kejohanan ini dan ia memang adil.\u201cDia bermain dengan hebat, kami gembira sekiranya Luka terus bermain. Saya berharap dia kekal bersama kami untuk tempoh yang panjang,\u201d ujar Dalic.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 01:00pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264201/berita/politik/mohon-maaf-azwan-bro-kata-no-komen", "article_title": "Mohon maaf: Azwan Bro kata 'no komen'", "article_text": "IPOH - Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun enggan mengulas lanjut terhadap tuntutan maaf yang dikemukakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung dakwaan sabotaj pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.Beliau juga enggan mengulas terhadap tindakan lanjut yang akan diambil berhubung perkara itu.\"No komen,\" katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.Pada Ahad, Tajuddin memberi tempoh selama seminggu kepada Khairul Azwan yang juga dikenali sebagai Azwan Bro untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.Menurut bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, kenyataan mengaitkan beliau terhadap dakwaan tersebut disifatkan sebagai tuduhan dan fitnah semata-mata.Tajuddin berkata, sekiranya tuntutan itu tidak dilakukan, beliau akan mengambil tindakan susulan dengan menyaman dan membuat aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO.Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Khairul Azwan yang mahu MKT UMNO untuk tidak menerima rayuan penggantungan keahlian Tajuddin kerana mendakwa bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu berterusan memburukkan kepimpinan parti.Dalam kenyataan itu juga, Khairul Azwan turut mahu memastikan rayuan Tajuddin tidak diterima oleh MKT UMNO.Tajuddin pada 9 Jun lalu mendedahkan sudah menghantar tiga kali surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya namun dipandang sepi.Bagaimana pun dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023, Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sentiasa terbuka menerima kembali ahlinya yang dipecat mahupun digantung.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:58pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264199/berita/nasional/cadangan-imf-akan-bebankan-rakyat-industri", "article_title": "Cadangan IMF akan bebankan rakyat, industri", "article_text": "SHAH ALAM - Langkah kerajaan bagi mendapatkan bantuan teknikal daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung strategi hasil jangka sederhana (MRTS) akan membebankan lagi keperitan rakyat dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kadar inflasi yang tinggi.Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin berkata, terdapat banyak faktor yang mengakibatkan kemerosotan hasil kutipan cukai kepada 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti struktur dan hala tuju ekonomi, pimpinan kerajaan korup serta rasuah.Menurutnya, jumlah 11 peratus itu adalah yang terendah dalam kelompok ASEAN-5 dengan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).\u201cMengikut Laporan Perundingan-Konsultasi dan Kakitangan Artikel IV 2023 yang dikeluarkan pada 1 Jun, IMF mencadangkan dasar monetari Malaysia perlu diperketatkan lagi berikutan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga syarikat khususnya sektor mikro, kecil dan sederhana.\u201cMajoriti mereka dibelenggu pinjaman tinggi dan amat sensitif kepada pertukaran kadar faedah pinjaman,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kenaikan kos akibat kadar faedah meningkat akan menaikkan lagi harga perkhidmatan atau produk menyebabkan operasi sesetengah syarikat terjejas sehingga mendorong kepada tahap inflasi yang meninggi.Tambahnya, hasil negara boleh ditingkatkan melalui sumber pendapatan lain seperti duti eksais dan levi tanpa membebankan rakyat di samping kerajaan mengetatkan lagi penguatkuasaan barangan seludup serta cukai pekerja asing yang semakin berleluasa.\u201cKerajaan rugi besar akibat barang yang di seludup masuk secara haram sehinggakan kerugian hasil negara dari penyeludupan rokok sahaja dianggarkan bernilai RM6 bilion tidak termasuk ubat-ubatan, minuman keras dan sebagainya.\u201cWalaupun jumlah pekerja asing berdaftar melebihi 2.1 juta tetapi pendatang asing tanpa izin (PATI) dianggarkan mencecah 1 juta, ini bukan sahaja menjejaskan hasil negara tetapi juga bersangkut paut dengan masalah ekonomi, sosial, keselamatan dan ketenteraman,\u201d ujarnya.Selain itu, beliau berkata, kerugian besar melalui pendapatan, levi dan ekonomi haram di jana oleh PATI misalnya levi adalah salah satu daripada lima sumber perolehan yang boleh dipertingkatkan untuk menambah hasil negara ekoran pendapatan dari cukai tertinggi dikenakan ke atas keuntungan syarikat.Beliau menambah, kerajaan harus mengutamakan dasar yang lebih mesra dan memperkasakan syarikat serta perniagaan kerana apabila kelompok itu berdaya saing dan maju, hasil kerajaan akan bertambah.Menurutnya lagi, dasar yang melemahkan syarikat seperti gaji minima atau progresif, penarikan subsidi dan kenaikan kadar faedah pinjaman harus diteliti halus sebelum di laksana serta dikuatkuasakan.Jelasnya, sektor swasta masih belum pulih sepenuhnya dari kesan pandemik lantaran apabila keuntungan atau kos terjejas, pekerja adalah golongan pertama yang merasa tempias sehingga syarikat tersebut terpaksa kecilkan operasi dengan memberhentikan staf.\u201cSnowball effect akan menjejaskan ekonomi negara dari pelbagai aspek,\u201d ujarnya.Beliau turut bersetuju, pandangan IMF mengenai belanjawan tahunan Kementerian Kewangan tidak selari dengan keperluan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), malah kurang berkait semenjak beberapa tahun lepas, walhal perkara tersebut amat penting untuk pembangunan serta masa depan negara.Ujarnya, satu formula tidak boleh di guna pakai untuk semua negara kerana Malaysia adalah unik, mempunyai masalah tersendiri, berbeza dan paling utama ialah dari segi kepimpinan serta struktur ekonomi berbanding yang lain.\u201cSyarikat gergasi Panasonic Manufacturing Berhad mengecilkan operasi dengan penutupan dua kilang di Shah Alam, begitu juga rangkaian kedai buku Borders yang telah menutup terus operasi di Malaysia, memberi isyarat jelas bahawa dasar ekonomi negara tidak berjaya mengekalkan permintaan,\u201d kata beliau dalam kenyataan sama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:53pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264196/berita/nasional/zambry-dijadual-bertemu-rakan-sejawat-di-the-hague", "article_title": "Zambry dijadual bertemu rakan sejawat di The Hague", "article_text": "PUTRAJAYA - Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijadual bertemu dengan rakan sejawatnya Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri, Wopke Hoekstra dalam lawatan kerja ke The Hague.Menerusi kenyataan, Zambry berkata, menerusi lawatan sulung selama dua hari bermula Isnin, pelbagai perkara akan dibincangkan terutamanya mengenai hubungan dua hala kedua-dua buah negara.\"Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di Belanda dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan,\" katanya.Beliau berkata, lawatan kerja itu turut memberi peluang untuk menjelaskan mengenai dasar semasa kerajaan di bawah kepimpinan baharu, terutamanya mengenai dasar luar dan usaha menarik pelaburan asing ke Malaysia.\"Lawatan kerja ini diharapkan dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Belanda,\" ujar beliau.Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia semenjak hubungan diplomatik terjalin pada tahun 1957.Belanda juga merupakan salah satu negara dalam Kesatuan Eropah yang penting bagi Malaysia dari segi pelaburan, bidang pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:47pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264195/berita/sukan/fadhil-tunai-janji-sambar-emas", "article_title": "Fadhil tunai janji sambar emas", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis mengotakan janjinya apabila menyambar pingat emas acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 sebentar tadi.Fadhil yang muncul pelumba terakhir berkayuh pada saingan final di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, berjaya merekodkan catatan masa 1 minit 00.559 saat (s).Catatan itu sudah cukup buat Fadhil mengetepikan dua pencabar terdekatnya - Laitonjam Ronaldo dari India (1:00.863s) dan pelumba Korea Selatan, Woorim Choi (1:01.541s).Kejayaan Fadhil itu menyaksikan dia mengikut jejak langkah Mohd Edrus Yunus yang kali terakhir menyumbang emas buat Malaysia dalam acara tersebut pada edisi 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.Untuk rekod, pelumba kelahiran Selangor berusia 25 tahun itu sebelum ini memenangi pingat perak acara 1km ITT elit di pentas ACC pada edisi 2020 dan 2022.Pada edisi 2020 di Jincheon, Korea Selatan, Fadhil tewas kepada Andrey Chugay dari Kazakhstan sebelum dia sekali lagi meraih perak apabila tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara di New Delhi, India tahun lalu.Sementara itu, pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang mempertahankan emas acara 500m ITT wanita elit yang dimenanginya pada ACC 2022 apabila terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak.Nurul Izzah merakamkan masa 34.426s - catatan yang menyaksikan dia tewas kepada pemenang pingat emas dari China, Jiang Yulu (33.426s), manakala pingat gangsa dimenangi wakil Jepun, Aki Sakai (34.273s).", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:41pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264194/berita/politik/jangan-main-isu-agama-kaum-ketika-berkempen-prn---sultan-selangor", "article_title": "Jangan main isu agama, kaum ketika berkempen PRN - Sultan Selangor", "article_text": "KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan calon pilihan raya dan penyokong agar tidak memainkan isu berkaitan agama, kaum dan isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan kelak.Baginda berpesan supaya setiap kempen pilihan raya dijalankan dengan cara berhemah dan bertanggungjawab dengan mematuhi undang-undang pilihan raya sedia ada serta undang-undang lain yang berkaitan.\"Calon dan penyokong juga diingatkan tidak mencaci, menabur fitnah dan mengadu domba terhadap pihak lawan ketika berkempen bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat,\u201d titah baginda ketika Istiadat Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Balai Dewan Diraja Istana Alam Shah, di sini pada Isnin.Sultan Selangor menjelaskan istiadat berkenaan diadakan lebih awal, hari ini memandangkan baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin akan berangkat menunaikan ibadah haji esok dan dijangka kembali ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji pada 4 Julai ini.\"Maka oleh yang demikian, Beta dalam menjalankan kuasa diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan setelah berunding dan menerima permintaan pembubaran DUN Selangor dari Menteri Besar, telah berkenan menandatangani Proklamasi Pembubaran Dewan Negeri Selangor hari ini dan akan berkuat kuasa pada hari Jumaat 23 Jun,\u201d titah baginda.Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin berharap semua pihak dapat mendoakan agar ALLAH mempermudahkan segala urusan baginda berdua ketika menjalankan ibadah haji dan memperoleh haji yang mabrur.Susulan perkenan Sultan Sharafuddin itu, ia menyaksikan DUN Selangor yang diterajui PH dibubarkan dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.Persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 26 Jun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.Selain Selangor, lima lagi negeri akan berhadapan dengan PRN tahun ini, iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.Sementara itu, Sultan Selangor juga memaklumkan bahawa pada 28 Julai nanti, baginda akan berangkat ke London untuk menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) yang akan diketuai oleh Dr Tev Aho.\"Beta menjangkakan akan kembali ke tanah air pada 15 Ogos 2023. Sekiranya kesihatan Beta mengizinkan, Beta akan berangkat balik lebih awal daripada tarikh berkenaan,\u201d titah baginda.Sultan Sharafuddin juga berharap pada sekalian yang hadir dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda ketika menjalani rawatan itu nanti agar kembali sembuh seperti sediakala bagi membolehkan baginda menjalankan tugas. - Bernama.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:37pm"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264193/berita/nasional/acryl-sani-bersara-awal-sebagai-ketua-polis-negara", "article_title": "Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.Sebelum ini, kontrak beliau disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.Acryl Sani berkata, beliau akan mengundurkan diri dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.\"Keputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,\" katanya ketika dihubungi pada Isnin.Acryl Sani bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.Sementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl Sani bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.Langkah Acryl Sani untuk bersara lebih awal dapat dilihat apabila juruiring rasminya sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.Setakat ini nama bakal pengganti Acryl Sani belum dapat dipastikan.Desas desus siapa bakal menggantikan tempat pemimpin nombor satu PDRM itu antaranya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan bekas Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Ramli Din.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:30pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264192/berita/sukan/shaw-pujuk-kane-rice-sertai-united", "article_title": "Shaw pujuk Kane, Rice sertai United", "article_text": "PEMAIN berpengalaman, Luke Shaw mempelawa rakan sepasukannya di kem England iaitu Harry Kane dan Declan Rice untuk berhijrah ke Manchester United pada musim panas ini.Selepas meneruskan rentak kemenangan dalam kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Malta 4-0 pada Ahad, skuad bimbingan Gareth Southgate bersedia ke Carrington menjelang aksi menentang Macedonia Utara.Shaw membuat catatan di Instagram berserta foto di pangkalan latihan United, Old Trafford, sambil berdiri bersebelahan Kane dan Rice menerusi kapsyen 'menjelajah Carrington' disertai emoji mata.Pujukan itu susulan masa depan tidak menentu yang menyelubungi penyerang Tottenham Hotspur dan kapten West Ham itu.\u201cIa biasanya tidak dibincangkan tetapi saya melakukannya memandang terdapat banyak cakap-cakap dan gurauan mengenainya (perpindahan) musim ini,\" katanya.Shaw turut menyifatkan Kane dan Rice sebagai pemain bertaraf dunia dan Red Devils merupakan destinasi terbaik buat mereka.\u201cSaya tidak berbohong. Saya suka andai beberapa daripada mereka menyertai United.\u201cSaya beritahu mereka betapa bagusnya Manchester kerana saya tahu kualiti mereka.\u201cSaya tahu mereka adalah pemain bertaraf dunia dan mereka akan memberikan sumbangan besar tetapi saya hanya boleh bercakap sahaja.\u201cTerpulang kepada kelab dan apa sahaja keputusan mereka, jadi kami perlu terus melangkah ke depan,\u201d ujar Shaw.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:19pm"} {"author_name": "TERJEMAHAN SINAR HARIAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264190/berita/sukan/verstappen-hadiahkan-red-bull-kemenangan-ke-100", "article_title": "Verstappen hadiahkan Red Bull kemenangan ke-100", "article_text": "JUARA dunia, Max Verstappen melebarkan status pendahulu perlumbaan apabila menjuarai Formula Satu (F1) di Grand Prix Kanada pada Ahad, sekali gus menghadiahkan Red Bull kemenangan ke-100.Kemenangan pelumba berusia 25 tahun dari Belanda itu yang memulakan perlumbaan dari petak pertama di Litar Gilles Villeneuve, menyamai rekod kemenangan 41 kali jagoan dari Brazil, mendiang Ayrton Senna.Dalam pada itu, Fernando Alonso menduduki tempat kedua untuk Aston Martin, podium keenam pelumba dari Sepanyol tersebut dalam lapan perlumbaan dengan juara dunia tujuh kali dari Britain, Lewis Hamilton memandu Mercedes ketiga.Hamilton diikuti rapat dua wakil Ferrari, dengan Charles Leclerc menduduki tempat keempat dan Carlos Sainz di tempat kelima.Sebagai rekod, Red Bull memenangi setiap perlumbaan setakat musim ini, dan GP Kanada merupakan kemenangan Verstappen yang keenam dalam kempen dan keempat berturut-turut F1.\"Sejujurnya kegembiraan hari ini apabila memenangi Grand Prix ke-100 untuk pasukan Red Bull merupakan sesuatu yang agak luar biasa.\"Saya tidak pernah menjangkakan untuk berada dalam nombor seperti ini, namun kami komited terus menikmati dan bekerja keras tetapi hari ini adalah hari yang hebat,\" kata Verstappen.Namun di sebalik kejayaan Red Bull melakar kemenangan penting, ia juga bukan hari yang sempurna untuk pasukan berikutan prestasi bawah par berterusan pelumba dari Mexico, Sergio Perez apabila gagal menaiki podium untuk perlumbaan ketiga berturut-turut.Selepas usaha kelayakan yang lemah yang menyaksikan dia bermula di tempat ke-12, Perez naik untuk menduduki tempat keenam dan mengambil mata bonus untuk pusingan terpantas.Walaupun bergelut baru-baru ini, Perez kekal di tempat kedua dalam kedudukan pemandu, namun ketinggalan 69 mata di belakang Verstappen yang mendahului dengan 195 mata.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:15pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264191/berita/nasional/sprm-perlu-bebas-jalankan-tugas-berkecuali---anwar", "article_title": "SPRM perlu bebas jalankan tugas, berkecuali - Anwar", "article_text": "KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk melibatkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.\"Orang-orang yang menganggap ini siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.\"Kalau nyata dari segi siasatan ada kes yang dianggap berprofil tinggi dan mempunyai alasan cukup kukuh untuk didakwa itu tugas SPRM dan Jabatan Peguam Negara,\u201d kata beliau pada persidangan Dewan Negara pada Isnini.Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Senator A. Kesavadas mengenai sejauh mana SPRM serius untuk menyiasat segala perilaku rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan bekas-bekas Perdana Menteri.Sementara itu, Anwar meminta mana-mana pihak yang mendakwa badan penyiasat termasuk SPRM bertindak atas arahan politik, tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.Beliau berkata ia memandangkan ketika ini adakalanya tindakan dan keputusan diambil SPRM dijadikan bahan politik oleh sesetengah pihak. \"Lihat pada fakta, kalau semasa memegang kuasa kita menggunakan kuasa beri kontrak pada keluarga dan kroni, memperkayakan diri, jangan dipersoalkan kenapa SPRM siasat, dan bila SPRM siasat jangan dianggap ini tohmahan politik.\"Sepatutnya kita sebagai ahli Dewan (Dewan Rakyat atau Dewan Negara) yang bertanggungjawab mengambil sikap selamatkan negara daripada rasuah berleluasa,\" kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai.Dominic mahu tahu mekanisme diguna pakai SPRM bahawa setiap siasatan SPRM tidak dipengaruhi kuasa dan arahan bermotif politik.Anwar berkata, ketika ini kaedah siasatan SPRM cukup jelas iaitu sekiranya ada laporan dibuat, siasatan akan dijalankan segera dengan beliau sendiri meminta semua badan penguat kuasa menjalankan siasatan secara profesional dan tanpa gentar.Katanya, beliau sendiri menjamin Kerajaan Perpaduan sentiasa akan bertindak tegas supaya penyakit barah rasuah akan dapat dihapuskan dalam negara ini. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:10pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264188/berita/semasa/taktik-baharu-scammer-tipu-guna-jemputan-kahwin", "article_title": "Taktik baharu scammer tipu guna jemputan kahwin", "article_text": "SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak scammer bagi memperdaya orang ramai.Beliau berkata, pihaknya mengesan taktik terbaharu scammer menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.\"Taktik baharu itu meminta orang ramai untuk melakukan 'klik' (tekan) pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.\"Namun itu satu helah dan cara scammer untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian.\"Untuk itu, orang ramai sebaiknya cuba elakkan daripada terjebak dengan sebarang mesej yang diragui puncanya,\" katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung satu hantaran jemputan perkahwinan yang meminta orang ramai untuk membuat 'klik' pada link disediakan.Namun ia satu helah licik pihak scammer mendapatkan maklumat dan membuat pengeluaran secara dalam talian tanpa disedari oleh pemilik akaun.Mengulas lanjut, Ramli berkata, taktik menipu orang ramai dengan cara baharu menerusi aplikasi WhatsApp sememangnya wujud.Jelas beliau, taktik yang digunakan oleh pihak scammer itu menggabungkan semua pihak yang saling mengenali antara satu sama lain dengan tujuan memberi 'respond' kepada link yang disediakan.\"Modus operandi taktik baharu ini adalah melibatkan penggunaan data group atau contact list.\"Oleh itu, PDRM meminta semua pihak dan orang ramai untuk sama sekali jangan respond kepada link yang diberikan di dalam aplikasi WhatsApp,\" ujar beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 12:01pm"} {"author_name": "TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264184/berita/semasa/kes-doktor-hamil-maut-kkm-tambah-baik-pengurusan-tekanan-kesihatan-mental", "article_title": "Kes doktor hamil maut: KKM tambah baik pengurusan tekanan, kesihatan mental", "article_text": "PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia menambah baik langkah-langkah sedia ada dalam menangani isu pengurusan tekanan dan kesihatan mental di kalangan warganya.Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah sedia ada iaitu kaunseling dan talian HEAL15555 sudah mencukupi.\"Kalau perlu kepada tambah baik, saya pasti kita akan lakukannya,\" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Global Association of Clinical Officer and Physician Associates (GACOPA) kali ke-3, dekat sini pada Isnin.Menurutnya, petugas KKM yang mempunyai masalah perlu mendapatkan bantuan yang disediakan.\"Saya minta mana-mana petugas yang ada masalah emosi dan tekanan mengambil peluang ini,\" katanya.Beliau berkata, kejadian yang berlaku baru-baru ini memberi kesan kepada seluruh warga kementerian.\"Saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi,\" katanya.Dr Zaliha berkata demikian mengulas mengenai doktor hamil empat bulan yang gagal diselamatkan selepas ditemui di rumahnya, awal bulan ini.Sementara itu, beliau berkata, KKM komited menangani isu tersebut dengan meletakkan kesihatan mental di tonggak kedua Kertas Putih Kesihatan.Tonggak kedua adalah mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.Sebelum ini media melaporkan doktor berusia 32 itu ditemui oleh suaminya di rumah mereka sebelum di bawa ke Hospital Sungai Buloh, namun gagal diselamatkan.Pihak polis tidak menolak punca kejadian kemungkinan daripada tekanan perasaan.ARTIKEL BERKAITANDoktor hamil empat bulan ditemui mati di rumah", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:33am"} {"author_name": "NORAWAZNI YUSOF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264183/berita/semasa/tular-video-gantung-sepanduk-gesa-tukar-guru-besar", "article_title": "Tular video gantung sepanduk gesa tukar guru besar", "article_text": "KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Tular satu video di halaman Warga Kuantan Official berhubung tindakan sekumpulan ibu bapa yang menggantung sepanduk di sebuah sekolah rendah di Pekan bagi menggesa guru besar sekolah terbabit ditukarkan segera.Video yang berdurasi 24.33 minit itu yang dimuat naik pengguna akaun Facebook dikenali Nur Farahin pada malam Ahad.Rakaman terbabit mendapat 503 tontonan setakat jam 10.44 pagi, Isnin dan seramai 16 individu berkongsi dengan 17 komen ditinggalkan oleh pengguna laman sosial itu.Beberapa agensi terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan turut ditandakan dalam hantaran video tersebut.Dalam video berkenaan, Nur Farahin memberitahu tindakan itu diambil selepas mengesyaki guru besar di sekolah tersebut didakwa telah menyalah guna kuasanya.Dia turut mendakwa guru besar sekolah anaknya itu enggan memberi penjelasan secara terperinci kepada ibu bapa mengenai penggunaan duit Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berjumlah hampir RM30,000.\"Kami ibu bapa hanya mampu berbuat begini sahaja (menaikkan sepanduk), YB (Yang Berhormat) boleh melihat kesungguhan ibu bapa demi anak-anak,\" katanya menerusi video terbabit.Ketika dihubungi, katanya, tindakan mencurigakan itu telah disuarakan para ibu bapa dalam mesyuarat PIBG sekolah terbabit baru-baru ini, namun ia tidak diendahkan guru besar tersebut.Dalam pada itu, Sinar Harian turut cuba mendapatkan butiran lanjut daripada PPD Pekan berkaitan isu ini.Bagaimanapun, Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar enggan mengulas lanjut.\"Saya serahkan kepada pihak JPN untuk tindakan selanjutnya,\" katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:23am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264182/berita/nasional/wan-junaidi-dilantik-yang-dipertua-dewan-negara-ke-19", "article_title": "Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19", "article_text": "KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 pada Isnin.Wan Junaidi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lepas.Pelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan Wan Junaidi, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik.\"Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (1), saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,\" katanya.Cadangan itu disokong Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Peraturan Mesyuarat 2 (1) menyatakan aturan memilih Tuan Yang Dipertua hendaklah seperti yang tersebut, iaitu tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama ahli yang hendak dipilih jadi Tuan Yang Dipertua, mestilah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih dan hendaklah memberitahu setiausaha akan cadangannya, sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat.Sementara itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.Terdahulu, keputusan melantik Nur Jazlan dibuat melalui proses pengundian bersurat memandangkan terdapat lebih daripada satu nama dikemukakan.Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mengumumkan pemilihan Nur Jazlan selepas calon dari kerajaan itu mendapat undi tertinggi mengatasi seorang lagi calon menerusi keputusan undi bersurat.\"Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed mendapat 43 undi dan Yang Berhormat Datuk Razali Idris mendapat 11 undi manakala lapan orang ahli tidak hadir.\"Maka selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 5 (2) saya dengan ini memasyhurkan Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara,\" kata Wan Junaidi.Peraturan Mesyuarat 5 (2) menyatakan aturan memilih Timbalan Tuan Yang Dipertua itu hendaklah seberapa bolehnya sama seperti aturan memilih Tuan Yang Dipertua melainkan memilihnya itu hendaklah dijalankan oleh Tuan Yang Dipertua.Usul pencalonan Nur Jazlan dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis manakala wakil pembangkang menamakan Razali sebagai calon mereka.Pencalonan Razali dicalonkan oleh Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:22am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264181/berita/semasa/warga-emas-maut-dipukul-selepas-tegur-anak-buat-bising", "article_title": "Warga emas maut dipukul selepas tegur anak buat bising", "article_text": "MUAR - Seorang wanita warga emas maut dipukul dengan senjata dipercayai pisau dan kapak selepas menegur anaknya yang membuat bising di rumah mereka di Taman Temiang, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pergaduhan melibatkan senjata tajam antara dua beranak itu pada jam 8.20 malam Ahad.\"Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa seorang wanita warganegara tempatan berumur 73 tahun terbunuh di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala serta leher.\"Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam,\" katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk dibedah siasat.Katanya, suspek yang merupakan lelaki berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian manakala pisau serta kapak disyaki senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas.\"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau.\"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan membawa hukuman mati,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:17am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264179/berita/nasional/wan-junaidi-nur-jazlan-mujahid-angkat-sumpah-ahli-dewan-negara", "article_title": "Wan Junaidi, Nur Jazlan, Mujahid angkat sumpah Ahli Dewan Negara", "article_text": "KUALA LUMPUR - Dua bekas menteri dan seorang bekas timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara pada Isnin.Mereka ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan pengerusi sementara Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Perak pada 25 Mei lepas.Ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, Wan Junaidi berkhidmat dalam portfolio undang-undang bermula 2021 hingga 2022.Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 2008 hingga 2013.Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak pula adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dari 2018 hingga 2020 manakala Nur Jazlan pula pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2015 hingga 2018.Dewan Negara bersidang selama enam hari bermula Isnin. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:04am"} {"author_name": "SHAHRIZAL AHMAD ZAINI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264178/berita/semasa/warga-bangladesh-tak-mengaku-cuba-beri-rasuah", "article_title": "[VIDEO] Warga Bangladesh tak mengaku cuba beri rasuah", "article_text": "JOHOR BAHRU - Seorang buruh binaan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa di sebuah premis perniagaan di Nusa Jaya, Iskandar Puteri pada 15 Februari lalu.Tertuduh, Shahin Alam, 30, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.Berdasarkan pertuduhan, Shahin didakwa cuba memberikan rasuah kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) agar tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas premis perniagaan berkenaan kerana telah melanggar syarat-syarat lesen perniagaan.Shahin didakwa cuba memberikan rasuah berjumlah RM1,000 sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, Shahin boleh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin mencadangkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh dalam cagaran wang tunai dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan tertuduh perlu melapor diri hadir ke Pejabat SPRM, Johor Bahru sekali sebulan.Peguam, R. Jegathisvaran memaklumkan bahawa tertuduh bersetuju untuk mendapatkan dua penjamin warganegara Malaysia serta bersetuju untuk melapor diri di Pejabat SPRM Johor Bahru, sekali sebulan.Bagaimanapun, tertuduh memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana hanya memiliki gaji bulanan RM1,500 sebulan dan sejumlah RM1,000 akan dihantar ke Bangladesh bagi tujuan menyara kehidupan isteri dan seorang anaknya.Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan RM10,000 dalam cagaran wang tunai dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM Johor Bahru sekali dalam sebulan mengikut mana-mana hari yang dipilih.Mahkamah juga menetapkan tarikh 20 Julai 2023 sebagai tarikh sebutan semula kes dengan melantik seorang jurubahasa Bangladesh dan tarikh serahan kesemua dokumen.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 11:00am"} {"author_name": "AHMAD ISMADI ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264176/berita/semasa/siasatan-ahli-perniagaan-diugut-mafia-korporat-di-peringkat-akhir", "article_title": "Siasatan ahli perniagaan diugut 'mafia korporat' di peringkat akhir", "article_text": "KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berkaitan kes seorang lelaki bergelar Datuk Seri disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini akan diserahkan Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.\"Siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,\" katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.Sementara itu, sumber berkata, difahamkan dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.\"Kejadian berlaku ketika ahli perniagaan berusia 63 tahun mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun dan seorang lagi rakan.\"Suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat,\" katanya.Menurutnya, suspek yang digelar 'mafia korporat' itu didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.\"Dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan oleh seorang rakan mereka,\" katanya.Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 10:47am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264177/berita/semasa/mahkamah-syariah-perlis-bicara-kes-cerai-secara-tertutup", "article_title": "Mahkamah Syariah Perlis bicara kes cerai secara tertutup", "article_text": "KANGAR - Mahkamah Syariah di Perlis akan melaksanakan sesi perbicaraan secara tertutup membabitkan kes perceraian bermula Julai ini.Istana Arau dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan agar perbicaraan secara tertutup dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) bermula 1 Julai 2023.Titah perkenan itu dizahirkan ketika Program Forum Safar Ilmu MAIPs bersempena cerapan Rukyah Hilal Awal Zulhijjah 1444 Hijrah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Al Hussain Kuala Perlis pada Ahad.Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat adalah bagi menjaga aib pihak-pihak yang terlibat terutamanya melibatkan kes yang mendedahkan keaiban peribadi selain bagi mengelakkan unsur \"ghibah\u201d dan boleh membawa kepada fitnah.Ketua Hakim Syarie negeri, Jaidi Ahmad dalam kenyataan sama berkata, pelaksanaan berkenaan dibuat hasil penelitian terhadap amalan yang dilaksanakan di Doha, Qatar.Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam menegaskan kewajipan menutup aib peribadi seseorang yang tidak boleh diketahui dan diulas oleh pihak lain untuk dimanipulasikan.\"Masyarakat sering membuat penilaian sendiri tentang hubungan rumah tangga orang lain tanpa memahami situasi yang sebenarnya, padahal tiada kepentingan untuk mereka ambil tahu atau memberi komentar,\u201d katanya dalam kenyataan sama. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 10:45am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264173/berita/nasional/dun-selangor-bubar-jumaat-ini", "article_title": "DUN Selangor bubar Jumaat ini", "article_text": "KLANG - [KEMAS KINI] Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini pada Isnin.Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Haris Kasim; Speakar DUN Selangor, Ng Suee Lim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.Selangor antara tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang masing-masing mengumumkan pembubarkan DUN pada 28 dan 30 Jun ini.Selain itu, tiga lagi negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan PRN tahun ini ialah Kelantan, yang akan membubarkan DUN pada 22 Jun, Kedah (28 Jun) manakala Terengganu masih berteki-teki mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN.Susulan perkenan Sultan Sharafuddin itu, ia menyaksikan DUN Selangor yang diterajui PH dibubarkan dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.Persidangan DUN Selangor yang pertama adalah pada 26 Jun 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.Selepas PRU14, PH Selangor yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal memerintah negeri itu apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 51 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.Mohamed Azmin kemudian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet yang ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.PH kemudian menamakan Amirudin yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018.Sepanjang penggal itu, Selangor menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di DUN Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi daripada parti gabungan PH meninggal dunia.Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH manakala kerusi Semenyih dirampas Barisan Nasional (BN) dalam PRK pada 2 Mac 2019.Kedudukan terkini DUN Selangor menyaksikan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam); BN (enam); Bersatu (empat); Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua), manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 10:31am"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264171/berita/semasa/puluhan-al-quran-kitab-agama-tidak-hangus-dalam-kebakaran", "article_title": "Puluhan al-Quran, kitab agama tidak hangus dalam kebakaran", "article_text": "KUALA SELANGOR - Pengetua Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati, Kampung Assam Jawa, Mohd Anuar Fitri Jusoh terkejut apabila mendapati hanya al-Quran dan kitab agama saja terselamat daripada dijilat api dalam kejadian kebakaran sekolah itu pada Ahad.Mohd Anuar berkata, selepas kejadian itu, bahagian bumbung dan sebahagian dinding bangunan terbabit terbakar, namun rak menempatkan puluhan al-Quran dan kitab agama di dalam surau masih dalam keadaan sempurna.\"Saya anggap inilah keajaiban ALLAH yang memelihara kitab suci ini daripada dimamah api,\" katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Isnin.Jelas beliau, kebanyakan barangan asrama seperti katil dan almari serta dokumen pelajar rentung dalam kebakaran itu.\"Sebelum ini saya hanya dengar melalui laporan berita, tetapi semalam (Ahad) kita melihat sendiri kemuliaan al-Quran ini terpelihara,\" jelasnya.Katanya, kebanyakan naskhah al-Quran dan kitab agama itu hasil sumbangan daripada orang ramai.Jelas beliau, anggaran kemusnahan dan kerosakan bangunan asrama yang menempatkan surau, perpustakaan dan bilik kuliah kecil serta tandas masih dalam proses penilaian.Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah melancarkan tabung derma bagi memohon sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu mengurangkan kos terlibat.Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke dalam akaun Maybank atas nama SMI Addimyati (562133512052) atau menghubunginya di talian 017-2034094.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seramai 13 pelajar perempuan dan seorang warden sekolah itu cemas dalam kebakaran di bangunan asrama sekolah itu pada Ahad.Difahamkan kebakaran berlaku ketika semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dan warden asrama berusia 21 tahun yang berada dalam bilik kecil bangunan asrama itu sedang nyenyak tidur.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:41am"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264169/berita/semasa/lagi-harimau-kumbang-masuk-perangkap-di-rembau", "article_title": "Lagi harimau kumbang masuk perangkap di Rembau", "article_text": "REMBAU - Seekor lagi harimau kumbang jantan masuk ke dalam perangkap selepas dua bulan dipasang di Kampung Solok Baing, Kendong di sini pada Jumaat lepas.Penternak, Badrul Sham Ithnin, 39, berkata, kehadiran haiwan itu adalah yang kedua dengan kejadian pertama pada dua tahun lalu.\"Kejadian terbaharu ini pula, kambing rakan penternak saya dibaham harimau dan akhirnya masuk perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan.\"Harimau itu disedari masuk ke dalam perangkap kira-kira jam 11.30 malam berikutan rakan penternak saya melihat ternakannya berlari,\" katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Dalam pada itu, Badrul Sham berkata sebelum ini mereka mengetahui terdapat harimau kumbang berhampiran perkampungan tersebut namun tidak berani membaham binatang ternakan.\u201cCuma dua tahun kebelakangan ini sahaja haiwan ini makin berani membaham binatang ternakan kami, yang mana empat ekor anak lembu saya juga menjadi mangsa harimau kumbang ini,\" katanya.Menurutnya, walaupun dua ekor harimau kumbang jantan sudah berjaya ditangkap, mereka tetap bimbang kerana dipercayai masih ada harimau kumbang betina yang berlegar-legar di kawasan berhampiran.\"Kami sudah maklumkan kepada pihak Perhilitan mengenai hal ini dan berharap akan ada pemantauan serta tindakan lanjut,\" katanya.Media pada April 2021 melaporkan kurang dari tempoh sebulan, tiga ekor harimau kumbang sekali lagi masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan Negeri Sembilan termasuk di Kampung Solok Baing, Kendong, 24 Mac 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:25am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264168/berita/semasa/bekas-pemain-bola-kebangsaan-didakwa-cederakan-kekasih", "article_title": "Bekas pemain bola kebangsaan didakwa cederakan kekasih", "article_text": "PETALING JAYA - Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.15 pagi Isnin, bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel, baru-baru ini.Dia yang memakai baju T berkolar biru dengan berseluar jean, kini aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka, telah ditahan di sebuah hotel di sini bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.Menerusi laporan media sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya.Ia disusuli dengan kejadian menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa, selain suspek didapati merosakkan telefon bimbitnya.Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:18am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264165/berita/semasa/suami-isteri-warga-emas-pula-maut-kemalangan-di-lpt2", "article_title": "Suami isteri warga emas pula maut kemalangan di LPT2", "article_text": "KUALA BERANG - Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi-Ajil, malam Ahad.Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa, Mohd Ghani, 68, dan Minah Abdullah, 69, yang berasal dari Kampung Tok Rimau di Kuala Terengganu maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan manakala anak lelaki mereka yang memandu kenderaan mengalami kecederaan patah kedua-dua belah kaki.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmeera Hassan berkata, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa dengan anak lelakinya datang dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu manakala treler pula dari arah Kuantan ke Kota Bharu.Beliau berkata, ketika di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah merempuh treler yang berada di lorong kiri dari arah belakang.\"Rempuhan tersebut menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda manakala treler yang membawa muatan hampas kelapa sawit hanya pecah tayar kanan dan bengkok besi belakang.\"Pemandu dan kelindan treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda patah kaki kiri dan kanan,\" katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.Hasmeera berkata, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pihak bomba dari Balai Bomba Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 09:03am"} {"author_name": "MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264167/berita/politik/bn-sasar-bertanding-14-kerusi-prn-selangor", "article_title": "BN sasar bertanding 14 kerusi PRN Selangor", "article_text": "SABAK BERNAM - Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang diadakan dalam waktu terdekat.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, hasrat UMNO adalah untuk bertanding satu kerusi DUN bagi setiap Parlimen di negeri ini.Bagaimanapun, katanya, sudah pasti kedudukan Pakatan Harapan (PH) kuat lebih-lebih lagi memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu.\"Jadi tinggal enam kerusi (Parlimen) sahaja... mereka (PH) tidak menang (pada PRU15 lalu), kalau kita hendak ambil (bertanding DUN) pun dari situlah,\" katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera Kerajaan Perpaduan DUN Sungai Panjang di Parit 16 di sini pada Ahad malam.DUN Sungai Panjang menjadi DUN pertama jentera di negeri ini yang dilancarkan menerusi kerjasama sulung antara BN dan PH.Sehubungan itu, katanya, semua penyokong BN dan PH diminta terus memberi sokongan padu kepada calon Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemenangan pada PRN Selangor.\"Kalau semua penyokong BN memberikan sokongan padu kepada calon Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN, kita ada peluang sebab kawasan Melayu kita masih lagi berpengaruh, manakala pengundi bukan Melayu pula 98 peratus bersama PH.\"Kalau kita gabungkan pengundi (BN dan PH), kita boleh menang dan mengekalkan kerajaan negeri sedia ada ini,\" kata beliau.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:52am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264166/berita/sukan/sepanyol-julang-trofi-liga-negara-negara", "article_title": "Sepanyol julang trofi Liga Negara-Negara", "article_text": "JURULATIH berpengalaman, Luis de la Fuente menutup mulut pengkritik apabila membimbing Sepanyol merangkul kejuaraan Liga Negara-Negara selepas menewaskan Croatia 5-4 menerusi sepakan penalti awal pagi Isnin.De la fuente dikritik hebat pada Mac susulan kekalahan kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024.Ia juga menebus kekecewaan tewas kepada Perancis pada final 2021.Dani Carvajal muncul wira Sepanyol apabila meledak penalti ala Panenka dalam perlawanan akhir di Rotterdam, Belanda setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa sebenar permainan.Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menafikan sepakan Lovro Mayer dan Bruno Petkovic, sebelum Carvajal memastikan kemenangan untuk trofi pertama mereka sejak Euro 2012.Croatia yang dikendali Zlatko Dalic, naib juara Piala Dunia 2018 dan ketiga pada edisi 2022, belum pernah memenangi kejohanan utama dan Liga Negara-Negara.Malah final itu juga adalah peluang terbaik buat kelompok pemain veterannya termasuk kapten, Luka Modric, yang beraksi untuk kali ke-166 bersama negaranya menamatkan kemarau kejuaraan.\"Ini adalah peluang unik, kami tersingkir awal dalam satu lagi kejohanan (Piala Dunia Qatar) dan hari ini (Isnin) kami memanfaatkan peluang itu.\"Kami yakin dengan penalti dan ia berjalan lancar, saya tahu bagaimana untuk menyempurnakannya.\"Saya tahu akan menjadi pemain kelima. Saya mahu mengambilnya gaya Panenka dan ia berhasil,\" ujar Carvajal yang merupakan pemain pertahanan, Real Madrid.Sepanyol adalah negara kedua berjaya memenangi Piala Dunia, Euro dan Liga Negara-Negara, selepas Perancis pada tahun 2021.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:42am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264158/berita/sukan/harimau-malaya-bakal-tampil-lebih-garang", "article_title": "Harimau Malaya bakal tampil lebih garang", "article_text": "AKSI lebih bertenaga dan garang bakal dipamerkan Harimau Malaya ketika menentang Papua New Guinea dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Selasa ini.Pemain tengah Stuart Wilkin berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya sedar peminat mahukan Harimau Malaya mempamerkan aksi berbeza berbanding ketika menentang Kepulauan Solomon.\u201cRanking dunia kita lebih baik namun saya percaya mereka akan hadir dengan permainan yang lebih baik dan mereka turut ada kelebihan dari segi fizikal.\u201cKami akan berikan aksi terbaik dan tahu harapan peminat pastinya tinggi mahukan kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri.\u201cJadi kami akan letakkan harapan itu sebagai cabaran utama dalam setiap perlawanan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya,\u201d katanya.Malaysia memulakan aksi persahabatan kali ini dengan menampilkan aksi bertenaga ketika menentang pasukan di tangga ke-134 dunia, Kepulauan Solomon 4-1.Rentak kemenangan itu semestinya mahu diteruskan oleh skuad kendalian Kim Pan-gon ketika menentang Papua New Guinea yang kini menghuni ranking ke-159 dunia.Dalam pada itu, Stuart mengakui bahawa saingan sengit dalam pasukan negara terutama di posisi tengah, namun percaya mampu menembusi skuad Harimau Malaya,\u201cSaya secara peribadi mahu tingkatkan kualiti permainan saya sekiranya diberikan peluang beraksi lagi menentang Papua New Guinea.\u201cSaya tahu ramai pemain tengah yang berkualiti dalam pasukan negara dan saya akan berusaha merebut posisi tersebut,\u201d ujar tonggak Sabah FC itu.ARTIKEL BERKAITAN:Harimau Malaya bangkit benam Kepulauan SolomonGol Pawi bukan biasa-biasaLawan terbaik Harimau Malaya5,000 tiket aksi Harimau Malaya, Kepulauan Solomon terjualMedia antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 08:40am"} {"author_name": "MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264155/berita/sukan/peta-hala-tuju-f30-lebih-realistik", "article_title": "Peta Hala Tuju F:30 lebih realistik", "article_text": "PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui terdapat beberapa elemen yang gagal dicapai selepas berakhirnya fasa pertama Peta Hala Tuju (Roadmap) F:30.Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, satu pelarasan sedang dirangka badan induk bola sepak itu untuk memastikan peta hala tuju itu lebih realistik dalam tempoh empat tahun akan datang.\u201cKalau kita lihat dalam F:30 itu ada tiga fasa. Fasa satu (antara tahun) 2019 hingga 2022 disusuli fasa kedua iaitu 2023-2026 dan ketiga 2027-2030.\u201cF30 ini adalah satu visi untuk kita buat apabila saya memimpin FAM. Sekarang kita dah habis satu fasa. Di sini ada beberapa kejayaan dan ada beberapa yang tidak capai.\u201cSaya tahu memang ada satu (atau) dua (sasaran) tidak tercapai seperti kegagalan skuad B-23 pada Sukan SEA dan kita tewas pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan,\u201d katanya pada program Townhall Bersama Presiden FAM di Terengganu baru-baru ini.Untuk rekod, F:30 telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018 yang dirasmikan secara bersama oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Hamidin.Hamidin - Foto BernamaDi bawah Peta Hala Tuju F:30, FAM mahu menjadikan bola sepak Malaysia sebagai lima gergasi Asia menjelang tahun 2030.Peta hala tuju dengan tempoh 12 tahun itu dibahagi kepada tiga pelan strategik, iaitu fasa pertama untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.Fasa kedua pula mencapai peringkat Asia dan fasa ketiga bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencapai taraf dunia.Mengulas lanjut, Hamidin berkata, FAM tidak \u2018tutup mata\u2019 dengan kegagalan tersebut, sebaliknya sedang berada pada tahap akhir untuk melihat pelarasan yang boleh dilakukan terhadap F:30.\u201cKita akan umumkan tentang pelarasan tersebut. Pasukan saya sudah berada di peringkat akhir untuk pelarasan tersebut.\u201cKita sedang melihat perancangan yang lebih realistik dalam empat tahun akan datang,\u201d ujarnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:40am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264159/berita/nasional/makin-ramai-panas-baran", "article_title": "Makin ramai panas baran", "article_text": "SHAH ALAM - Pakar mendedahkan kegagalan mengawal sikap marah dalam kalangan rakyat Malaysia kini begitu membimbangkan yang dipengaruhi oleh tiga faktor cabaran hidup semasa.Tiga faktor itu adalah kos sara hidup meningkat, bebanan hutang dan tiada pekerjaan menjadi punca tercetusnya sikap pemarah dalam diri seseorang.Jurulatih dan Motivator dari Akademi Hipnosis Malaysia, Mohd Huridin Samuri berkata, perkara tersebut berdasarkan penelitian terhadap 150 pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat terapi berkenaan sepanjang tahun lepas berbanding 80 pesakit pada 2021.Baca laporan penuh di Sinar Premium.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:30am"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264161/berita/politik/gerakan-bertanding-tiga-kerusi-dun-di-kedah", "article_title": "Gerakan bertanding tiga kerusi DUN di Kedah", "article_text": "ALOR SETAR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.Bagaimanapun, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai tidak mendedahkan kawasan DUN yang akan ditandingi.Beliau memaklumkan, semua perkara akan diumumkan selepas pembubaran DUN dijangka tidak lama nanti.\"Gerakan umum akan bertanding tiga kerusi DUN (di Kedah). Jangan tanya kawasan mana, jangan tanya siapa calon.\"(Ia) akan diumumkan pada masa ditetapkan selepas pembubaran DUN,\" katanya ketika berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Gerakan Kedah 2023 di Taman Anggerik, di sini pada petang Ahad.Dr Dominic Lau berkata, rundingan agihan kerusi antara Gerakan dan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk PRN kedah telah selesai.\"Kita akan mengumumkan semua keputusan yang (diputuskan) komponen parti, yang mana (calon) akan mewakili PN untuk bertanding dalam DUN masing- masing (dijangka) diumumkan pada 22 Jun,\" katanya.Beliau memberitahu, perkara itu telah dimaklumkan kepada pimpinan parti dan persediaan ketika ini akan diteruskan seperti biasa.Dr Dominic Lau memaklumkan, beliau berpuas hati dengan persediaan jentera bagi menghadapi PRN tersebut.\"Saya juga memang berpuas hati dengan kerjasama antara pelbagai komponen parti PN termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan di Kedah,\"katanya.Beliau berharap kerjasama dan hubungan yang erat antara komponen parti itu akan membantu memenangkan PN dalam PRN akan datang.Dalam perkembangan sama, Dr Dominic Lau berkata, PRN kali ini diharapkan menjadi medan 'pecah telur' untuk Gerakan memenangi kerusi DUN pada PRN terutamanya di Kedah selepas beberapa kekalahan sebelum ini.\"Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memang Gerakan kalah semua kerusi ditandingi dan lima tahun (kebelakangan) ini bukan senang dan banyak kerja keras dan perubahan telah dilakukan.\"Kita ikut cara 'plan, do, cheak, action'. Semasa kita rancang, kita akan melaksanakan (dan) selepas melaksanakan kita akan mengekalkan kekuatan dan mengubah kelemahan kita yang kita katakan tindakan,\"katanya.Beliau menambah lagi, Gerakan telah melakukan pelbagai perubahan demi menguatkan organisasi bersama ahli dan akar umbi.\"Walaupun, kita (Gerakan) dibawah PN tidak mampu membawa kerusi atau (dilantik) Yang Berhormat tetapi kita tidak putus asa. Kita tahu bahawa gabungan berada pada satu hala tuju yang betul untuk arena politik di negara,\"katanya Sebelum itu, Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen diumumkan sebagai Pengerusi Gerakan Kedah yang baharu mengantikan Marimuthu Selvan yang melepaskan jawatannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:21am"} {"author_name": "NURUL HIDAYAH HAMID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264160/berita/politik/calon-gerakan-kena-fasih-bahasa-melayu-guna-wang-sendiri", "article_title": "Calon Gerakan kena fasih bahasa Melayu, guna wang sendiri", "article_text": "ALOR SETAR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menetapkan beberapa kriteria dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia termasuklah syarat tambahan iaitu calon sedia dan sanggup menggunakan wang sendiri ketika bertanding.Dr Dominic berkata, Gerakan terpaksa membuat penambahan kriteria calon bertanding pada PRN terbabit berikutan faktor sumber kewangan terhad parti.\"Kita berharap calon yang hendak bertanding itu (dapat) menanggung sendiri kos-kos dirinya sebagai calon untuk bertanding dalam PRN.\"(Bagaimanapun) Sebagai parti, sebagai pemimpin, sebagai presiden, kita akan membantu mendapatkan dana-dana daripada luar untuk membantu calon,\" katanya.Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Gerakan Kedah 2023 di Taman Anggerik, di sini pada petang Ahad.Beliau memberitahu, Gerakan akan terus mencari pelbagai inisiatif bagi mendapatkan dana kewangan untuk membantu calon parti berkempen nanti.\"Semalam (Sabtu), kita ada Konvensyen PN Pulau Pinang dan memang (kita) minta ahli-ahli (komponen) PN memberikan bantuan dari segi kewangan kepada kita.\"Dan juga ini termasuk (langkah) kita meminta (sumbangan) dana daripada orang awam semasa kita mengadakan ceramah dan seterusnya,\"katanya.Dr Dominic berharap usaha diambil kepimpinan Gerakan dapat meringankan dan membantu calon bertanding dalam PRN yang akan datang.Beliau memaklumkan, antara kriteria lain dititikberatkan termasuklah calon fasih berbahasa Melayu.\"Memang adalah syarat yang sangat penting kerana kita tidak mahu selepas mereka dilantik (atau) dipilih sebagai Yang Berhormat (YB), tetapi (mereka) tidak boleh membela hak-hak (rakyat) di Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Rakyat (atau) di Dewan Negara, kita tidak mahu.\"Kita memang sudah tahu bahawa syarat bahasa itu adalah sangat penting sebagai YB atau sebagai wakil rakyat,\" katanya.Selain itu, Dr Dominic memaklumkan, kriteria lain yang ditetapkan termasuklah calon boleh menang (winnable).Jelas beliau, kepimpinan negeri akan diminta mencadangkan nama calon yang dirasakan sesuai untuk bertanding mewakili Gerakan dan PN sebelum penilaian dilakukan untuk memastikan mereka memenuhi kriteria ditetapkan.Dalam pada itu, Dr Dominic mengingatkan tumpuan perlu diberikan untuk memenangi PRN Pulau Pinang berbanding mengfokuskan siapa yang akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri.Beliau berkata, isu merebut jawatan Ketua Menteri dalam Gerakan merupakan antara sebab parti itu kehilangan Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.\"Jadi, saya mengumumkan perkara ini semalam (Sabtu), jangan kita bincang tentang siapa yang akan menjadi Ketua Menteri (Pulau Pinang).\"Kita menang (pilihan raya negeri) dahulu barulah kita bincang siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang,\" katanya.Dr Dominic berpandangan, soal kaum juga tidak harus dijadikan isu dalam pelantikan bakal Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya PN merampas negeri itu dalam PRN nanti.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:12am"} {"author_name": "FARAH SHAZWANI ALI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264152/berita/nasional/kpdn-tunggu-laporan-sebelum-bertindak", "article_title": "KPDN tunggu laporan sebelum bertindak", "article_text": "SHAH ALAM - Masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.\u201cSaya akan dapatkan laporan bekalan ikan daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) terlebih dahulu untuk tindakan susulan,\u201d jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika ditanya masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat seperti kembung, selayang dan kerisi.Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 berbanding RM12 sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 sekilogram.Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berpandangan, kenaikan harga ikan di pasaran juga disebabkan permintaan melebihi penawaran.Pada masa kini katanya, amat mustahil untuk menurunkan harga ikan kerana jumlah tangkapan nelayan tidak lagi seperti dahulu.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Jun 2023 07:00am"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264151/berita/nasional/majlis-ilmu-madani-beri-lebih-fahaman-kepada-konsep-negara-madani", "article_title": "Majlis Ilmu Madani beri lebih fahaman kepada konsep negara Madani", "article_text": "PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu Madani adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara Madani yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai.Beliau berkata, ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara Madani iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.\"Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,\u201d katanya.Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkas beliau ketika menghadiri Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.Terdahulu, Anwar yang diiringi isteri beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada 7.15 malam sebelum menunai solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah dengan dipimpin oleh Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama tiga tokoh jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa di Palestin Syeikh Dr Ekrima Sabri, Ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan Ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264149/berita/sukan/piala-asia-cabaran-harimau-muda-b-17-berakhir", "article_title": "Piala Asia: Cabaran Harimau Muda B-17 berakhir", "article_text": "SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara mengakhiri cabaran Piala Asia B-17 lebih awal selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Pathum Thani, pada Ahad.Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut itu anak buah Osmera Omaro selepas dibelasah Yemen, 4-0 dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun lalu.Kekalahan yang menyaksikan skuad Harimau Muda B-17 dibolosi tujuh gol dalam dua perlawanan menyebabkan mereka terpaksa melupakan impian untuk melangkah ke suku akhir.Gol pasukan Thailand dalam perlawanan itu dijaringkan Pacharaphol Lekkun minit ke-47 manakala dua lagi gol dijelmakan Chanothai Kongmeng pada minit ke-54 dan 78.Harimau Muda B-17 negara akan melengkapkan jadual kumpulan berdepan Laos pada Rabu.Kedudukan Kumpulan A", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:13pm"} {"author_name": "NORAFIDAH ASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264150/berita/semasa/pemuda-orang-asli-maut-nahas", "article_title": "Pemuda Orang Asli maut nahas", "article_text": "JEMPOL - Seorang pemuda Orang Asli maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di jalan menghala Felda Lui Selatan di sini pada Ahad.Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu menyebabkan Den Jahoring, 25, yang bekerja di kilang perabot maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 38 tahun.\"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah rumahnya,Kampung Sungai Sampo menghala ke Seremban, manakala kereta berkenaan menghala ke Felda Lui Selatan.\"Sebaik sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang memotong kenderaan di hadapannya, tidak sempat kereta yang datang dari arah bertentangan,\" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ujarnya, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta luka di bahagian kepala.\"Pemandu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol dan proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada Isnin.\"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis daerah Jempol untuk membantu siasatan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 11:07pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264148/berita/sukan/hannah-ucap-tahniah-kepada-azizulhasni", "article_title": "Hannah ucap tahniah kepada Azizulhasni", "article_text": "MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang menghadiahkan kilauan emas berganda pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai.Hannah berkata, beliau akan memastikan mesyuarat dengan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) esok, akan membincangkan aspek keperluan yang diperlukan Mohd Azizulhasni untuk memastikan kejayaannya terus dapat dicapai, di peringkat antarabangsa.\"Saya ucap tahniah kepada Azizulhasni menang emas dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kejayaan di ACC) dan esok semasa mesyuarat RTG kita lihat bagaimana boleh tingkatkan lagi sokongan buat kedua-dua atlet itu,\" katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman merangkul gelaran keirin lelaki dengan mengenepikan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.Kemenangan itu menyaksikan beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun untuk kembali bergelar 'Raja Keirin Asia', selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.Mohd Azizulhasni turut meraih kejuaraan acara pecut elit lelaki buat kali ketujuh pada Jumaat lepas (16 Jun), selepas edisi 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.Hannah memaklumkan mesyuarat itu turut akan membincangkan keperluan dan bentuk sokongan yang diperlukan kesemua 15 atlet, yang telah tersenarai dalam RTG.Atlet yang terlibat selain Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah ialah jaguh badminton negara, Lee Zii Jia serta empat pasangan atlet badminton iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (beregu lelaki), Pearly Tan dan M. Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing (beregu campuran), serta Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie (beregu campuran).Turut tersenarai, atlet akuatik terjun Datuk Pandalela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri.Ditanya adakah beliau terkejut selepas Zii Jia mengumumkan mahu berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, Hannah berkata ia adalah fasa turun naik yang dihadapi oleh atlet.\"Saya tidak terkejut (Zii Jia umum berehat sementara waktu) sebab untuk atlet naik turun menang kalah memang dah biasa, jadi kita ada hari yang cemerlang dan juga tidak. Namun, konsisten bagi atlet itu adalah penting dan esok kita akan bincangkan,\" katanya.Zii Jia tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 pada Rabu (14 Jun), kepada pemain India Lakshya Sen 21-17, 21-13, dalam tempoh 33 minit di Stadium Istora Senayan.Selepas kekalahan itu, Zii Jia mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton, namun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil oleh beliau. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:46pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264147/berita/sukan/pencapaian-skuad-skuasy-negara-di-india-membanggakan", "article_title": "Pencapaian skuad skuasy negara di India membanggakan", "article_text": "JURULATIH skuad kebangsaan, Jess Tay bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, yang meraih pingat perak di kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India pada Sabtu.Jess berkata, skuad campuran negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final apabila melakukan beberapa percubaan berani kepada juara bertahan itu.Malah pasukan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang menurunkan barisan terkuat mereka, pada aksi separuh akhir pada Jumaat (16 Jun).\"Saya masih tidak percaya kami dapat perak, sebab hanya sangka kita dapat gangsa. Namun semasa peringkat separuh akhir kita turut tewaskan pasukan hebat India, jadi saya sangat gembira.\"Pemain turun dengan tiada tekanan dan mereka benar-benar tampilkan aksi menarik dan berjaya melepasi halangan yang sukar,\" katanya semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.Malaysia terlepas gelaran kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 selepas pasukan negara diwakili Yee Xin Ying, P Darren Rahul, Aira Azman dan Ong Sai Hung, tumpas 1-2 kepada Mesir pada aksi final yang berlangsung di Express Avenue Mall pada Sabtu.Kejohanan kali terakhir diadakan pada 2011 itu, menyaksikan Mesir turut meraih kejuaraan ketika itu apabila diwakili jaguh skuasy mereka iaitu Raneem El Welily, Ramy Ashour, Karim Darwish dan Mohamed ElShorbagy. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:29pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264146/berita/sukan/kem-golf-fasa-akhir-pemilihan-atlet-sukan-asia-hangzhou-2023", "article_title": "Kem golf fasa akhir pemilihan atlet Sukan Asia Hangzhou 2023", "article_text": "PERSATUAN Golf Malaysia (MGA) kini berada di fasa akhir dalam pemilihan atlet yang bakal menggalas cabaran ke Sukan Asia Hangzhou 2023, September ini.Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, bagi edisi kali kini, skuad negara akan dibarisi pemain amatur terbaik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).Katanya, pemilihan pemain terbabit dibuat berdasarkan pemain yang berada di kedudukan tertinggi dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).\u201cKita akan umumkan dalam masa terdekat, pemain kita sekarang berada di Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di AS,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja negara (NJDP) pada Ahad.Berdasarkan senarai semasa WAGR, atlet lelaki terbaik negara Malcolm Ting Siong Hung yang menduduki ranking ke-210 manakala Jeneath Wong merupakan wakil terbaik kategori wanita dengan kedudukan ke-51.Terdahulu, MGA melancarkan program NJDP, iaitu program pembangunan atlet golf remaja yang menumpukan kepada pembentukan pemain elit berprestasi tinggi.Pengerusi NJDP, Fauzi Mesran berkata, program berkenaan bakal memberi bimbingan kepada 24 pemain terbaik yang dipilih untuk diberi pendedahan kepada kejohanan antarabangsa.\u201cSelama enam bulan kita buat pemilihan pemain terbaik ini, Dalam enam bulan mendatang kita akan adakan klinik golf untuk pemain remaja ini, selain mempersiapkan mereka ke tahap terbaik untuk kejohanan antarabangsa,\u201d katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:22pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264144/berita/sukan/speedy-tigers-bereksperimen-di-korea-selatan", "article_title": "Speedy Tigers bereksperimen di Korea Selatan", "article_text": "BUMI Korea Selatan menjadi pentas skuad hoki lelaki negara menguji sistem permainan baharu menjelang Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai, India Ogos depan.Pengendali skuad The Speedy Tigers, Arul Selvaraj berkata, perlawanan persahabatan tersebut penting dalam menguji tahap keupayaan mengadaptasi sistem permainan baharu digunakan pasukannya.\u201cKami kini mempunyai satu sistem permainan yang baharu dan jelajah ini akan kami gunakan sebagai medan bereksperimen dengan sistem baharu yang telah kami terapkan di dalam pasukan.\u201cKami melakukan sedikit perubahan kepada sistem permainan selepas pulang daripada Piala Dunia 2023 pada Januari lalu.\u201cInilah peluang terbaik untuk pasukan menilai sejauh mana keberkesanan sistem baharu yang kami terapkan,\u201d katanya.Sebagai rekod, Speedy Tigers akan ke Incheon, Korea Selatan bermula 18 hingga 28 Jun ini.Terdahulu, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan Speedy Tigers bakal berdepan empat perlawanan menentang pasukan kebangsaan Korea Selatan dalam Siri Jelajah Persahabatan di negara berkenaan.\u201cIa akan turut menjadi platform untuk dua pemain yang baru dipanggil menyertai skuad senior lelaki kebangsaan, Mohd Fitri Saari dan Abdul Khaliq Hamirin untuk membuktikan kemampuan mereka beraksi bersama pasukan serta menentang pasukan di ranking kesembilan dunia, Korea Selatan,\u201d kata KHM.Dalam pada itu, Arul menegaskan siri jelajah tersebut turut bakal dijadikan perlawanan untuk menilai tahap kondisi fizikal pemain.Katanya, 90 peratus perubahan sistem permainan yang dilakukan akan melibatkan fizikal dan kekuatan para pemain.\u201cPerlawanan di Korea Selatan menjadi medium untuk memastikan para pemain untuk lebih bertanggungjawab dalam permainan terutamanya dari segi kefahaman taktikal.\u201cBagaimanapun fokus utama pasukan pada siri jelajah persahabatan ini ialah sistem permainan kami dan juga posisi pemain termasuk kekuatan fizikal mereka untuk bersaing.\u201cTerdapat juga sedikit perubahan posisi pemain yang akan saya lakukan pada siri jelajah persahabatan ini,\u201d katanya.INFOSiri Jelajah Korea Speedy Tigers1.Adrian Andy Albert (Penjaga gol)2.Mohd Zaimi Mat Deris (Penjaga gol)3.Muhammad Razie Abd Rahim (Pertahanan)4.Muhammad Marhan Mohd Jalil (Pertahanan)5.Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Pertahanan)6. Muhammad Aminuddin Mohd Zain (Pertahanan)6.Muhammad Syafiq Hassan (Pertahanan)7.Muhajir Abdu Rauf (Pertahanan)8.Muhammad Najib Abu Hassan (Pertahanan)9.Faiz Helmi Jali (Tengah)10.Meor Muhammad Azuan Hassan (Tengah)11.Muhammad Amirul Hamizan Azahar (Tengah)12.Shello Silverius (Tengah)13.Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (Tengah)14.Abdul Khaliq Hamirin (Tengah)15.Muhammad Firhan Ashaari (Penyerang)16.Faizal Saari (Penyerang)17.Mohamad Ashran Hamsani (Penyerang)18.Shahmie Irfan Suhaimi (Penyerang)19.Mohd Fitri Saari (Penyerang)", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:17pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264145/berita/nasional/sultan-mizan-titah-jaga-akhlak-semasa-prn", "article_title": "Sultan Mizan titah jaga akhlak semasa PRN", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mengingatkan parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.Baginda bertitah, politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak agar tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.\"Beta berharap agar tidak berlaku di Terengganu pada pilihan raya kali ini budaya yang melampaui batas seperti memaki hamun dan sebagainya.\"Perbezaan politik tidak sepatutnya sesekali menggugat asas ini dan kita seharusnya belajar serta mengambil iktibar daripada kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah di Turkiye dan Andalusia di Sepanyol,\" titah baginda.Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Yang Ke-61 di Istana Syarqiyyah di sini hari ini.Baginda turut bertitah selepas PRN, rakyat diharap dapat kembali sepenuhnya kepada kehidupan yang harmoni dan saling menghormati manakala kerajaan negeri boleh memperkasa sektor pelancongan bagi meningkatkan penjanaan ekonomi Terengganu serta penduduknya.Titah baginda, di samping pelancongan pulau yang dianggap sinonim dengan Terengganu, produk baharu di tanah besar juga perlu diselaras dengan lebih berkesan bagi memastikan sektor itu terus berkembang.Menurut baginda, Terengganu yang memiliki jajaran pantai terpanjang di Malaysia turut berpotensi mewujudkan taman kenderaan rekreasi (RV) yang mampu menarik pelancong seperti di Kampung Mangkuk, Setiu dan Pulau Kekabu di Marang.\"Pelancongan berasaskan komuniti (CBT) juga perlu dipertingkat oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Program seumpama ini dapat diperkasa dengan penambahan bilangan kawasan CBT berdasarkan keunikan kawasan dan produk yang dihasilkan.\"Melalui program CBT juga, pemuliharaan alam semula jadi yang mampan, kesenian, kebudayaan dan warisan Terengganu dapat diteruskan,\" titah baginda.Sultan Mizan turut menitahkan supaya semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemilik hotel dan tetamu pulau menjaga serta mengawasi keadaan sekitar supaya keindahan, keunikan dan khazanah laut tidak tercemar.Titah baginda, kerajaan negeri perlu mengambil serius perkara itu dengan memperketat langkah penguatkuasaan peraturan dan prosedur operasi standard di kawasan pelancongan bagi mendisiplinkan pemain industri. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 10:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264141/berita/sukan/semangat-berpasukan-kekuatan-skuad-bola-jaring-remaja", "article_title": "Semangat berpasukan kekuatan skuad bola jaring remaja", "article_text": "SEMANGAT berpasukan yang dipamerkan skuad bola jaring remaja kebangsaan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu, mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia buat kali ketujuh di Jeonju, Korea Selatan pada Sabtu.Kapten pasukan, Siti Maisarah Affandi berkata, kemenangan itu juga amat bermakna kerana ia membolehkan skuad berkenaan berjaya menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 di Gibralta, Sepanyol.Pemain berusia 21 tahun yang memegang posisi penjaring gol (GS) itu bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat beraksi pada kejohanan berprestij pada 2025 itu, kerana sudah melebihi had umur yang ditetapkan.Namun beliau berharap atlet yang bermain mewakili negara pada kejohanan remaja dunia itu nanti, akan lebih kukuh dan mempamerkan prestasi lebih baik.\"Saya rasa hubungan kami kuat sebab sentiasa melakukan latihan bersama,\" katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang menyambut kepulangan wira negara itu berkata pihaknya akan memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada Persatuan Bola Jaring Malaysia, bagi memastikan persiapan pasukan itu ke Sepanyol tidak terjejas.\"Macam sekarang, mereka banyak dapat bantuan daripada perbadanan stadium untuk melakukan latihan di gelanggang latihan di Bukit Kiara. Tetapi sekarang kami akan pastikan apa yang kami boleh bantu, kami bantu,\" katanya.Hannah turut berharap supaya sukan itu diperkasakan seawal peringkat sekolah rendah, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam bidang bola jaring untuk bersaing di peringkat antarabangsa.Semalam, skuad kendalian Aminah Asaari meraih kejayaan itu, selepas mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final.Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia sebanyak enam kali pada 2004, 2006, 2008, 2010, 2013 dan 2019 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara bergelar naib juara. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:30pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264140/berita/sukan/afi-danial-kekal-dominasi-peringkat-kedua-ltdipt-2023", "article_title": "Afi Danial kekal dominasi peringkat kedua LTdIPT 2023", "article_text": "PELUMBA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohamad Afi Danial Ramli Abu Bakar mengekalkan momentum positif apabila mengungguli peringkat kedua saingan Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 pada Ahad.Saingan Peringkat Kedua Kriterium dengan jarak sejauh 60 kilometer (km) mengelilingi Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Durian Tunggal Melaka itu, Afi Danial melakukan catatan 2 jam 32 minit 44 saat (s).Kejayaan hari kedua itu membolehkan Afi Danial mengekalkan Jersi Kuning bagi juara keseluruhan peringkat kedua, Jersi Putih (pelumba terbaik bawah 21 tahun) dan Jersi Hijau (Raja Pecut) seterusnya memimpin pendahulu keseluruhan perlumbaan.Afi Danial yang berjersi 56 mengungguli perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 31 minit 44 saat diekori rapat dua pelumba Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang (KKTML), Muhammad Hariz Md Hazri (1 jam 31 minit 47 saat) kedua dan Muhammad Hariz Md Hazri (1 jam 31 minit 56 saat).Dalam pada itu, rakan sepasukan Afi Danial, Ahmad Irfan Abdul Hamid memantapkan lagi penguasaan UPNM apabila merangkul satu lagi jersi polka dot (Raja Bukit).\u201cSejujurnya peringkat kedua ini sungguh mencabar, namun saya kata kepada rakan-rakan untuk kekal tenang sepanjang perlumbaan bagi mengelak risiko kemalangan.\u201cBiarpun begitu saya akui tidak boleh terlalu selesa kerana saingan esok pasti lebih ramai akan menukar strategi masing-masing.\u201cApapun esok, kami akan berusaha mempertahankan status pendahulu dan Raja Bukit pada peringkat pendakian seterusnya peringkat terakhir di Putrajaya,\u201d ujar Afi Danial.Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli mengakui saingan peringkat kedua sengit.\u201cPersaingan Jersi Kuning sekarang ini hanya dibezakan tiga saat. Saya percaya peringkat ketiga perlumbaan dari Politeknik Port Dickson ke UPM Serdang lebih sengit dan pertukaran jersi-jersi utama mungkin akan berlaku.\u201dSebagai rekod, Peringkat Ketiga sejauh 928km melibatkan perlumbaan bermula di Politeknik Port Dickson hingga Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.Peringkat LTdIPT 2023Peringkat Pertama (96.4km)Kolej Komuniti Segamat -Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), MelakaPeringkat Kedua (60km)KriteriumPeringkat Ketiga (92.8km)Politeknik Port Dickson-Universiti Putra Malaysia (UPM)Peringkat Keempat (83.5 km)Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi -Bangunan KPT, Putrajaya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:25pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264136/berita/sukan/shah-firdaus-the-terminator", "article_title": "'Shah Firdaus The Terminator'", "article_text": "PELUMBA negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak mendapat pujian melangit atas semangat juang tinggi yang ditampilkannya dalam acara keirin Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023) hari ini.Sebelum berentap di pentas final, Shah Firdaus berdepan insiden kemalangan dalam peringkat separuh akhir sehingga menyaksikan dia mengalami kecederaan pada beberapa anggota badannya.Malah, pelumba kelahiran Muar, Johor itu terpaksa mengharungi aksi final dengan basikal prototaip yang tidak biasa digunakannya selepas 'jentera' asalnya mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut.\"Pada awal saingan separuh akhir, tak ada masalah. Apabila (pelumba) Jepun membuat langkah, kayuhan saya mulanya memang baik tetapi tiba-tiba saya (seperti) tak tahu apa berlaku.\"Rupanya pelumba China itu tersilang tayar dengan pelumba Jepun dan kami berlima 'terbang'. (Selepas terjatuh) saya (terfikir) nak habiskan perlumbaan sahaja.\"Saya ambil basikal semula, saya tak tahu apa berlaku pada basikal, hanya kayuh saja. Tapi saya tak boleh tekan kaki saya, basikal saya ranap teruk tetapi nasib boleh gerak lagi (sehingga garisan penamat),\" katanya.Reaksi penonton ketika melihat Shah Firdaus mengalami kemalangan ketika saingan separuh akhir acara keirin ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai hari ini. - Foto BernamaDalam perlumbaan final itu, Shah Firdaus masih boleh berbangga apabila menyambar gangsa, manakala jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih emas dan pelumba Jepun, Shinji Nakano (perak).Sementara itu, Azizulhasni memuji persembahan Shah Firdaus yang digelarnya 'Shah Terminator' atas insiden kemalangan tersebut.\"Shah Terminator. Insiden (kemalangan) itu berlaku depan saya, dia jatuh dan terpelanting... dia bangun, cuba duduk atas karbon itu yang mana tempat duduk yang patah.\"Tengok dekat badan dia ada kayu dan karbon dalam seluar. Sukar dipercayai, semangat dia memang di tahap berlainan dan cuba untuk kayuh lagi.\"Kalau dia berputus asa, tak mungkin ada di final. Sama seperti semangat saya tunjukkan pada 2011, semangat juang sebegitu patut ada dalam diri atlet. Dia memang The Terminator,\" ujar Azizulhasni.Ketika bersaing pada Siri Piala Dunia Klasik 2011 di Manchester, betis Azizulhasni tertusuk serpihan kayu trek sehingga mendapat liputan meluas di seluruh dunia.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 09:08pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264134/berita/sukan/saya-lihat-penonton-gila-saya-pun-gila---azizulhasni", "article_title": "Saya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila' - Azizulhasni", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan betapa dia berhak dilabel legenda terbilang apabila menoktahkan pingat emas ke-12 pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023.Selepas menjuarai acara pecut individu elit di Velodrom Nasional, Nilai Jumaat lalu, Azizulhasni melepaskan kilauan emas ke-12 di pentas ACC apabila meraih emas acara kegemarannya, keirin petang tadi.Kejayaan yang diraih pelumba yang mendapat julukan The Pocketrocket Man itu boleh dianggap luar biasa dan sukar ditandingi oleh mana-mana pelumba di rantau Asia ini.Azizulhasni mengetepikan pelumba Jepun, Shinji Nakano yang meraih perak, manakala rakan seperjuangannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam aksi final penuh dramatik itu.\"Perlumbaan hari ini agak sukar kerana ada tujuh pelumba berbanding enam seperti biasa. Malah, saya memulakan perlumbaan di posisi ketujuh.\"Jadi memang agak sukar dan saya berdoa sahaja. Bila berlumba, saya punya strategi pergi depan terus kerana Jepun ada dua pelumba kuat iaitu Shinji dan Ota Kaiya.\"Saya takut untuk tunggu kerana mereka akan terus pecut dan saya tak boleh ambil risiko. Jadi saya ambil alih perlumbaan dan guna tenaga lebih awal cuma saya kekalkan kelajuan.\"Selepas itu pelumba lain mula lakukan 'serangan' tetapi saya tetap sabar dan tunggu masa yang sesuai dan di selekoh terakhir, saya berjaya di depan dan menang,\" kata Azizulhasni kepada pemberita.Kejayaan meraih dua pingat emas kali ini menyaksikan Azizulhasni berjaya mengulangi pencapaian sama dengan menjuarai acara keirin dan pecut individu pada edisi 2008 di Nara, Jepun.\"Saya menikmati detik ini. Saya lihat penonton 'gila', saya pun 'gila'. Syukur.... ACC terakhir saya, prestasi terbaik, dua pingat emas.\"Saya ingat... sebelum ini pernah juga raih dua emas. ACC bukan mudah sekarang ini kerana (ia boleh dikatakan) sudah tahap dunia,\" jelasnya yang kini dalam misi mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 08:44pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264131/berita/nasional/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidiladha-29-jun-ini", "article_title": "Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun ini", "article_text": "SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1444 Hijrah.Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Ahad.\"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada hari Selasa 20 Jun 2023 Masihi.\u201cOleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi. Sekian,\u201d katanya.Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.Ia selepas sesi pencerapan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara pada petang Ahad.Lokasi tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.Antara lokasi lain adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu di Terengganu serta Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu di Kelantan.Pusat Falak, Miri dan Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah serta Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Brinchang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.Turut menjadi lokasi melihat anak bulan itu ialah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 08:34pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264132/berita/nasional/akta-perlindungan-data-peribadi-perlu-dipinda---fahmi", "article_title": "Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda - Fahmi", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu dipinda bagi mencegah data peribadi dicuri serta digunakan dalam aktiviti penipuan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.Beliau berkata, perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.\"Ini penting kerana maklumat yang telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab (adalah) akibat daripada kecuaian ataupun kelemahan keselamatan siber oleh pihak yang mengendali, menyimpan atau memproses data peribadi.\"Pindaan kepada akta ini saya jangka seawal Disember ini atau selewat-lewatnya Mac tahun depan,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.Fahmi juga berkata selepas draf Rang Undang-Undang Keselamatan Siber disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.Fahmi berkata, selepas draf rang undang-undang itu disiapkan, ia akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti sebelum dibentang di Parlimen.Pada Khamis lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rang undang-undang itu akan segera digubal bagi memastikan segenap aspek perundangan berkaitan keselamatan siber dapat dituntaskan.Fahmi juga berkata, Malaysia perlu mewujudkan kerjasama dengan negara lain di rantau Asia Tenggara khususnya Singapura dan Thailand untuk membangunkan protokol perkongsian data merangkumi aspek data sovereignty and portability.Beliau berkata, kerjasama itu akan membolehkan Malaysia, sebagai hab pemprosesan data di rantau ini, memproses set data yang dijana di luar negara secara besar-besaran. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 08:33pm"} {"author_name": "ASWANY OMAR", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264130/berita/nasional/cadangan-had-lesen-baharu-kontraktor-dibawa-ke-mof", "article_title": "Cadangan had lesen baharu kontraktor dibawa ke MOF", "article_text": "KOTA BHARU - Kementerian Kerja Raya akan mengusulkan cadangan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Kementerian Kewangan supaya mengehadkan kelulusan lesen baharu.Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, persatuan itu juga memohon kementerian terbabit melaksanakan pemutihan bagi mengenal pasti kontraktor bermasalah.\"Saya berpendapat pandangan mereka baik dan kita cuba usulkan supaya dapat dipertimbangkan oleh kementerian itu,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan pada Ahad.Hadir sama, Yang Dipertua PKMM, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.Abdul Rahman turut memberi contoh di Parlimen Lipis, terdapat kira-kira 450 kontraktor G1 dan yang mampu dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah hanya lebih 200.Abdul Rahman (tiga dari kiri) menerima cenderamata daripada Mohd Rosdi pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan pada Ahad.\"Atas dasar ini kita fikirkan supaya lesen itu dapat dipertimbangkan semula.\"Beberapa negeri yang saya lawati seperti Perak, Terengganu dan Kelantan meminta supaya dapat mengkaji semula kelulusan lesen yang begitu ketara peningkatannya,\" katanya.Jelas beliau, kerajaan menyediakan kira-kira RM99 bilion untuk sektor pembinaan tetapi persaingan begitu ketara sekali.\"Kita bimbang ada kontraktor yang sudah begitu lama tidak mendapat projek khususnya G7 sedangkan kakitangan mereka ramai dan mempunyai banyak peralatan,\" katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 08:11pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264129/berita/nasional/kerjasama-rapat-persekutuan-sabah-berkesan-tangani-tuntutan-kumpulan-sulu", "article_title": "Kerjasama rapat Persekutuan, Sabah berkesan tangani tuntutan kumpulan Sulu", "article_text": "TAWAU - Kerjasama rapat antara kerajaan Persekutuan dan Sabah terbukti berkesan dalam mendepani isu tuntutan kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.Beliau berkata, kerjasama baik antara Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan Pejabat Peguam Negara di peringkat Persekutuan telah membolehkan keputusan mahkamah di beberapa negara Eropah yang dijadikan \u2018forum shopping\u2019 oleh kumpulan Sulu itu berpihak kepada Malaysia.\"Hasilnya beberapa mahkamah tertinggi seperti di Perancis baru-baru ini memutuskan memihak kepada kerajaan Malaysia,\u201d katanya kepada pemberita selepas program taklimat kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini hari ini.Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS dalam pada itu berkata, sejak awal lagi pendirian GRS konsisten bahawa tuntutan ke atas Sabah dan Malaysia serta cubaan mempertikai kedaulatannya oleh mana-mana pihak adalah tidak berasas.Kumpulan lapan individu warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.Sementara itu, Armizan menggesa kerajaan Sabah menurun taraf surat kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan pada 2019 semasa Sabah diterajui Parti Warisan daripada sulit kepada pengelasan terbuka, bagi menjawab persoalan kadar pemberian khas kepada Sabah.\"Surat tersebut perlu diturun taraf untuk membolehkan ia dikongsikan kepada umum supaya rakyat Sabah boleh melihat fakta sebenar, kadar itu (pemberian khas) jauh lebih rendah berbanding penyelesaian interim di bawah kerajaan pimpinan GRS iaitu bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada 2022,\" katanya.Beliau berkata, penyelesaian interim yang dilakukan pihak GRS pada tahun lepas itu memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah, antaranya program pemberian rumah bagi golongan kurang berkemampuan melalui program Rumah Mesra SMJ. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:39pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264128/berita/sukan/luncur-air-aaliyah-raih-gangsa-di-mexico", "article_title": "Luncur air: Aaliyah raih gangsa di Mexico", "article_text": "RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat gangsa dalam disiplin jump pada Kejohanan Waterski Dunia bawah 21 tahun (B-21) di Chapala, Mexico hari ini.Menurut laman sesawang http://www.iwwfed-ea.org/competition.php?cc=T 23IWWF14&page=23IWWF14, peluncur berusia 19 tahun yang buat julung kalinya menaiki podium pada pentas berprestij itu mencatatkan 45.2 meter (m) untuk menduduki tempat ketiga.Peluncur Chile, Agustina Varas yang mencatat 49.5m menduduki tempat pertama manakala Sade Ferguson dari Australia di kedudukan kedua dengan catatan 45.3m.Aaliyah yang merupakan pelajar Florida Southern College dan penerima biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) berkata kemenangan itu merupakan detik manis buat dirinya kerana beliau terpaksa membahagikan masa antara belajar dan berlatih bagi persiapan menghadapi kejohanan itu.\"Saya sangat teruja dengan keputusan ini kerana saya perlu berusaha keras untuk meraih podium peringkat dunia untuk kali pertama di sini,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, jurulatih luncur air kebangsaan Hanifah Yoong Yin Fah berkata pencapaian Aaliyah amat bermakna kerana beliau bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama tetapi juga peluncur Asia pertama menaiki podium kejohanan dunia ski air IWWF.Bagaimanapun, Aaliyah terlepas pingat gangsa dalam disiplin keseluruhan pada kejohanan sama apabila menamatkan saingan di tempat keempat. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:32pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264127/berita/politik/pkr-terengganu-optimis-tawan-beberapa-kerusi-dun---nik-nazmi", "article_title": "PKR Terengganu optimis tawan beberapa kerusi DUN - Nik Nazmi", "article_text": "KUALA TERENGGANU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia berdasarkan rekod prestasi, faktor demografi serta tinjauan dan penyelidikan pihaknya selain sejarah kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.\"Jadi kita minta supaya PKR diambil serius oleh sahabat-sahabat dalam Barisan Nasional (BN)... Kita pun ada sejarah di Terengganu, dari awal ditubuhkan kita ada kerusi... bagi kita penting untuk kita ada kehadiran di sini.\"Bagi saya, PKR ada beberapa kelebihan secara amnya, saya tidak boleh sebutkan secara terperinci tapi contohnya di DUN Bandar, pernah menang (2013-2018). Biasanya kerusi PKR ni kerusi agak urban... itu kita rasa kekuatan PKR,\" katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Temu Mesra di Pejabat PKR Cabang Kuala Terengganu di sini hari ini.Nik Nazmi juga berkata, persoalan siapa yang (mendapat) banyak atau sedikit (kerusi) tidak sepatutnya timbul sebaliknya apa yang penting ialah parti yang berpeluang untuk menang besar.Beliau berkata, proses pengagihan kerusi DUN antara BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin selesai dalam seminggu dua lagi.Naib Presiden PKR itu berkata, pihaknya berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana proses pembubaran DUN di negeri terbabit sudah semakin hampir.Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 10 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala bakinya iaitu 22 kerusi dikuasai Pas. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:21pm"} {"author_name": "ROSILAWATI ROSEDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264126/berita/politik/tuntutan-geran-tanah-untuk-pengusaha-musang-king-tidak-wajar", "article_title": "Tuntutan geran tanah untuk pengusaha musang king tidak wajar", "article_text": "KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang menyifatkan tuntutan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui supaya pengusaha durian musang king di Raub dipertimbangkan mendapat geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam adalah tidak wajar.Ketua Pemuda, Mohd Kamil Ibrahim berkata, tuntutan itu menyebabkan lebih ramai pihak tidak bertanggungjawab akan menggunakan taktik sama untuk menuntut tanah.Menurutnya, segala tuntutan perlu berlandaskan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Tubuh Negeri.\"Harus diingat, negara ini berlandaskan undang-undang dan berperlembagaan. Segalanya ada proses dan tatacaranya.\"Sebelum ini, kerajaan negeri telah mencadangkan penyelesaian yang terbaik tetapi ditolak.\"Kalau taktik ini diteruskan, maka siapa-siapa sahaja boleh tuntut tanah di tengah-tengah KLCC dengan menanam sebatang pokok durian adalah tanah miliknya,\" kata beliau lagi.Yu Hui berkata sedemikian pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat baru-baru ini.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub itu menegaskan, selama ini kerajaan negeri telah mengalami banyak kerugian dari segi cukai.\"Ia sepatutnya boleh menjadi hasil yang boleh dipulangkan semula kepada rakyat dengan cara bantuan wang tunai, kebajikan atau pembangunan infrastruktur.\"Kita faham beliau (Yu Hui) mesti tunjuk yang dia buat kerja tetapi mestilah berasaskan undang-undang dan realiti,\" tambah Mohd Kamil.Ujar beliau, jika ia ditanam di kawasan yang tidak dibenarkan maka ia tetap perbuatan yang salah dan haram.\"Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Yu Hui) mendidik penyokongnya dan menerangkan hal sebenar iaitu salah tetap salah. Paling penting ajak pekebun runding dan terima tawaran yang diberikan kerajaan negeri... situasi menang-menang,\" jelas beliau.Dalam pada itu, Mohd Kamil meminta pihak terbabit tidak menggunakan dan bermain dengan sentimen iaitu sudah berpuluh tahun tanam durian terbabit.\"Tanam untuk pendapatan keluarga boleh diterima tetapi tanam sampai ke hutan simpan dan eksport ke luar negara serta jual buah pada harga yang mahal tanpa bayar cukai tidak sewajarnya.\"Tunjukkan perpaduan kita bukan ikut selera anda sahaja... itu adil kan,\" jelas Mohd Kamil.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:16pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264125/berita/semasa/kdn-serah-polis-sprm-dedah-identiti-ahli-politik-dalang-judi", "article_title": "KDN serah polis, SPRM dedah identiti ahli politik dalang judi", "article_text": "SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan identiti ahli politik yang dikatakan menaungi kegiatan judi dalam talian.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya percaya kedua-dua agensi itu akan membuat penilaian untuk melakukan perkara berkenaan sekiranya ada keperluan.\"Jadi biar badan penyiasat, polis dan SPRM yang membuat keputusan (sama ada untuk mendedahkan), itu mereka yang akan tentukan mengikut pertimbangan mereka... saya tidak mahu masuk campur bab itu.\"Kedua-dua agensi mempunyai data yang komprehensif berhubung siapa (individu) di sebalik pemain dan juga 'mastermind'...jadi mengenai apakah mereka akan mendedahkan perkara itu, saya tinggalkan kepada penilaian profesional mereka,\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Program KDN Madani di sini hari ini.Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya percaya nilai aktiviti perjudian dalam talian boleh mencecah sehingga berbilion ringgit setiap bulan.\"Satu minggu mencecah RM200 juta hingga ke RM250 juta... itu baru satu jenis belum yang lain. Dalam Parlimen baru-baru ini saya paparkan kira-kira 100 laman web berkaitan judi dalam talian.\"Bila kita tengok dari segi saiz, volumenya sangat besar dan keuntungan mereka adalah dalam mata wang kripto dan sebagainya... dari segi teknologi mereka sangat ke depan, sebab itu pasukan penguat kuasa perlu tangkas, dua atau tiga langkah ke depan, kerana aktiviti ini walau apa juga alasannya perkara ini adalah sesuatu yang memudaratkan,\" katanya.Beliau turut tidak menolak kemungkinan kegiatan perjudian membiayai aktiviti politik, berikutan data dan maklumat pihak berkuasa yang menunjukkan kegiatan itu dinaungi ahli politik.\"Pemain dalam industri ini kalau dia dilindungi oleh naungan politik sudah tentu dia kena 'reciprocate' balik jadi tidak mustahil dia membiayai kegiatan politik... jadi dalam perkara ini, saya serahkan kepada polis dan SPRM,\" katanya. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:'Naungan politik' judi: Segerakan pembaharuan institusiSPRM terima laporan 'naungan politik' lindungi judi dalam talianWujud naungan politik lindungi judi dalam talian - SaifuddinHeret ahli politik dalang judi ke muka pengadilanPDRM, SPRM kongsi maklumat siasatan ahli politik dalang judiDedah ahli politik dalang judi", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 07:08pm"} {"author_name": "ADILA SHARINNI WAHID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264122/berita/nasional/pm-bincang-dengan-kpt-benarkan-konsert-terkawal-di-ipta", "article_title": "PM bincang dengan KPT benarkan konsert terkawal di IPTA", "article_text": "BACHOK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkaitan isu penganjuran konsert yang bersesuaian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Beliau berkata, pertemuan akan diadakan pada Rabu dan penting bagi memberikan sedikit kelonggaran kepada golongan berkenaan.Menurut Anwar, perbincangan bagaimanapun mungkin terarah kepada kebenaran untuk penganjuran konsert yang masih terkawal dan berunsurkan kebudayaan.\u201cPerlu sedikit ruang kebebasan diberikan kepada mereka tetapi jangan sampai keterlaluan.\u201cKonsert itu tidak boleh ada gejala yang agak melampau atau kerosakan. Kalau setakat nak mendengar lagu, tak jadi masalah,\u201d katanya menjawab soalan daripada salah seorang penuntut IPTA pada Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Sabtu.Anwar (tengah) dikerumuni penuntut IPTA di UMK pada Ahad.Menurutnya, beliau juga akan melihat semula salinan arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti terbabit berkaitan insiden yang berlaku di Terengganu tersebut.Anwar juga menegaskan kelonggaran tersebut tidaklah hingga menjurus ke arah kerosakan akhlak anak-anak muda.Baru-baru ini, tular rakaman video sebuah konsert yang berlangsung di dalam dewan institusi terbabit berdurasi 37 saat memaparkan gelagat penuntut lelaki dan perempuan berhibur sambil menari hingga menarik perhatian.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:31pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264121/berita/nasional/prn-tindakan-tegas-terhadap-pihak-sebar-sentimen-3r", "article_title": "PRN: Tindakan tegas terhadap pihak sebar sentimen 3R", "article_text": "KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sentimen atau bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri nanti.Beliau berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan.\"Tidak timbul persepsi bahawa hanya individu daripada kumpulan tertentu sahaja yang ditahan dan disiasat.\"Saya beri peringatan dan amaran tegas kepada semua, jangan sesekali membuat sebaran bersifat 3R. Jika kamu buat, maka bersedialah berhadapan dengan pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia,\u201d katanya.Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai, di sini hari ini.Fahmi berkata demokrasi negara tidak seharusnya dicemarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas alasan ia merupakan hak dan kebebasan bersuara seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\"Di Malaysia, didapati ada pihak-pihak tertentu yang secara tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan bahan 3R terutama pada PRU15. Ini tidak akan berlaku lagi.\"Kita tidak mahu demokrasi disalah guna atas dasar kebebasan bersuara untuk pihak tidak bertanggungjawab ini mengulangi sikap mereka pada PRU15 lepas untuk menyebar bahan yang sangat merosakkan keharmonian dan akidah rakyat,\" katanya.Bagi mengekang penularan bahan bersifat 3R, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah untuk mempertingkat usaha pemantauan semasa PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:23pm"} {"author_name": "IZWAN ROZLIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264120/berita/nasional/anwar-zahir-ucapan-takziah-buat-keluarga-mahmood-zuhdi", "article_title": "Anwar zahir ucapan takziah buat keluarga Mahmood Zuhdi", "article_text": "SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Emeritus, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang telah kembali ke rahmatullah pada Sabtu.Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya mengutuskan salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabat di Indonesia dan mendoakan agar Allahyarham diberikan ganjaran dan tempat yang terbaik oleh ALLAH SWT.\u201cSelaku Presiden Majlis Dakwah Negara (MDN), Allahyarham bukan sahaja banyak menabur bakti dalam memperkasakan syiar Islam malah, senantiasa melahirkan pemikiran serta idea bernas menyentuh aspek sosial, ekonomi serta hal-hal isu semasa.\u201cSaya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ketokohan Allahyarham sebagai ilmuan pastinya tiada galang ganti,\u201d katanya pada Ahad.Tokoh agama tersebut meninggal dunia pada pukul 10.20 malam pada Sabtu.Difahamkan arwah menghidap kanser paru-paru yang disedari sejak November tahun lalu dan sudah di peringkat akhir penyakit tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pagi Sabtu.ARTIKEL BERKAITANJenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumikanhttp://Belasungkawa: Perginya Mahmood Zuhdi, cendekiawan agama tersohorMahmood Zuhdi meninggal dunia pada Sabtu", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:15pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264119/berita/sukan/aaron-wooi-yik-naib-juara-terbuka-indonesia", "article_title": "Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia", "article_text": "HASRAT pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau gelaran pada Terbuka Indonesia selepas kali terakhir dinobatkan juara di Kejohanan Dunia di Tokyo, Ogos lalu tidak kesampaian pada Ahad.Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.Aksi set pertama gandingan negara bermula baik apabila mendahului 7-3 sebelum beregu lawan mengutip mata demi mata untuk menang 21-17.Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu lebih garang apabila saling bertukar mata sebelum Rankireddy-Shetty menoktahkan kemenangan 21-18.Sebagai rekod, gandingan Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari merupakan beregu lelaki terakhir negara menjuarai Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12, pada edisi 2008.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:14pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264118/berita/politik/dakwaan-dwikrisis-oleh-muhyiddin-untuk-alih-perhatian-rakyat", "article_title": "Dakwaan dwikrisis oleh Muhyiddin untuk alih perhatian rakyat", "article_text": "SHAH ALAM - Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan menghadapi krisis kepimpinan dan kewangan atau dwikrisis hanya bertujuan mengalihkan perhatian rakyat tentang \u2018kisah silamnya\u2019 sewaktu menjadi Perdana Menteri.Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hakikatnya antara pelopor utama kepada krisis berkenaan sebelum ini.Jelas Ahli Parlimen Setiawangsa tersebut, ia jelas dibuktikan menerusi tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang terlibat menangguh sidang Parlimen semasa Darurat 2021 akibat pandemik Covid-19.\u201cPada masa yang sama, kerajaan PN secara tidak malu mendakwa Ordinan Darurat hanya akan dibatalkan pada Julai 2021, padahal Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak bersetuju.\u201cPN sendiri menolak untuk menyertai Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\u201cPembangkang sebenarnya enggan mengakhiri isu \u2018krisis kepemimpinan\u2019 yang mereka sendiri ciptakan, tetapi mereka ingin menyalahkan Pakatan Harapan (PH),\u201d kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.Nik Nazmi menegaskan kerajaan telah sedaya upaya berusaha menangani krisis kos sara hidup rakyat sejak hari pertama.Beliau menambah, ia termasuk melindungi segmen golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) daripada kenaikan harga elektrik berbanding kerajaan sebelum yang bertindak sebaliknya.\u201cBajet 2023 yang telah diluluskan pada awal tahun ini merangkumi pelepasan cukai yang memberi manfaat kepada golongan kelas menengah yang sering dilupakan.\u201cKerajaan juga telah berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit daripada syarikat-syarikat multinasional seperti Amazon Web Services (AWS) dan Tesla.\u201cKami sedang berusaha dalam aktiviti ekonomi baharu seperti peningkatan kapasiti penghasilan tenaga boleh baharu (RE) dan perdagangan rentas sempadan,\u201d jelasnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:06pm"} {"author_name": "NOOR AINON MOHAMED", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264116/berita/politik/tajuddin-nafi-sertai-pn", "article_title": "Tajuddin nafi sertai PN", "article_text": "IPOH - Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau salah seorang daripada senarai 10 'panglima perang' yang akan menyertai parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).Menurut Tajuddin, beliau tidak mengetahui perkara itu dan menegaskan untuk terus kekal bersama UMNO.\"Tidak ada kena-mengena dengan saya dan saya tidak tahu-menahu.\"Saya tetap bersama UMNO walaupun tinggal seorang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jangan bimbang, saya bersama UMNO dan akan sokong UMNO.\"Saya harap Datuk Seri Ahmad Zahid pimpinlah elok-elok. Kalau beliau berlaku adil demi parti dan orang Melayu, saya sokong,\" katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.Sinar Harian pada Isnin melaporkan PN akan mengumumkan senarai nama 10 'panglima perang' UMNO yang disisihkan untuk menyertai parti dalam masa terdekat.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, nama-nama itu akan didedahkan pada program bersesuaian dan ketika ini barisan kepimpinan PN sedang memuktamadkan urusan berkenaan.Selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar disebut-sebut antara individu yang akan menyertai PN.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beberapa bekas pimpinan parti itu yang akan menyertai PN sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 06:00pm"} {"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264115/berita/sukan/azizulhasni-sambar-emas-ke-12", "article_title": "Azizulhasni sambar emas ke-12", "article_text": "JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas ke-12 peribadinya pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 sebentar tadi.Tampil dalam saingan final acara kegemarannya, keirin di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, Azizulhasni berjaya melintasi garisan penamat selaku 'sang juara'.Azizulhasni yang meraih emas acara pecut individu pada Jumaat lalu, berjaya mengetepikan cabaran sengit daripada pelumba Jepun, Shinji Nakano.Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dengan insiden kemalangan di peringkat separuh akhir turut berada di podium apabila meraih pingat gangsa.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:58pm"} {"author_name": "MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264117/berita/semasa/buat-kecoh-pdrm-buka-kertas-siasatan-libat-pegawai-polis-wanita", "article_title": "Buat kecoh, PDRM buka kertas siasatan libat pegawai polis wanita", "article_text": "KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan melibatkan seorang pegawai polis wanita kerana mencetuskan kekecohan di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields dekat sini.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, berlaku perselisihan faham antara seorang pegawai polis wanita dan orang awam dalam satu kejadian pada Jumaat.Menurut beliau, seorang wanita tempatan berusia 27 tahun telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut yang berlaku jam 5.26 petang ketika dia sekeluarga berada di lokasi kejadian.Tambah Amihizam, hasil siasatan awal mendapati perselisihan faham itu berlaku apabila pegawai polis wanita tersebut ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu, tetapi pintu kenderaan pengadu di bahagian sebelah pemandu dan penumpang belakang terbuka.\"Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudaranya ketika itu.\"Pegawai polis wanita yang tidak berpuas hati itu bagaimanapun telah menekan hon kenderaan, selain dilihat telah menjerit dan memarahi pengadu serta ahli keluarganya.\"Selain itu, pegawai tersebut juga telah memperlekeh pakaian pengadu yang kelihatan seksi serta bertindak merakam video,\" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mengulas lanjut, Amihizam berkata, perselisihan faham itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh saksi kejadian iaitu sepasang suami isteri.\"Pengadu kemudiannya terus masuk ke pusat membeli-belah bersama ahli keluarga,\" katanya.Menurut Amihizam, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.Tambahnya, tindakan tatatertib dan kesihatan mental pegawai polis wanita itu masih dalam siasatan serta rujukan pihak PDRM.\"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung dengan video tular tersebut kerana kes ini masih dalam siasatan pihak polis.\"Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada hotline polis Brickfields di talian 03-2297 9222, selain menghubungi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,\" katanya.ARTIKEL BERKAITAN:'Kau lans koperal tak layak cakap dengan aku'Inspektor Shiela buat hal lagiDua kali buat hal, PDRM sahkan pegawai polis wanita ditahan", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:57pm"} {"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264113/berita/nasional/kkm-harap-isu-pakaian-jururawat-tidak-terus-diperbesar", "article_title": "KKM harap isu pakaian jururawat tidak terus diperbesar", "article_text": "JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan (KKM) berharap isu pakaian jururawat hospital awam tidak terus diperbesar.Menteri berkenaan, Dr Zaliha Mustafa berkata, dakwaan bahawa pakaian seragam jururawat adalah ketat tidak benar sebaliknya ia mematuhi etika berpakaian penjawat awam yang ditetapkan.Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak mahu isu berkenaan terus dibangkitkan kerana fokus utama KKM ialah meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan di negara ini.\"Kalau tengok pakaian jururawat sekarang memang ada etika, jadi bagi saya tiada masalah. Sebaliknya yang paling penting sekarang adalah kerajaan telah meluluskan pembentangan Kertas Putih Kesihatan.\"Itu lebih utama kerana ia membincangkan tentang penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, adalah penting untuk faham bahawa kesihatan rakyat menjadi tumpuan kerajaan ketika ini,\" katanya.Dr Zaliha berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Klinik Kesihatan Taman Ungku Tun Aminah dan Klinik Kesihatan Palong Timur di HSA di sini hari ini.Ahli Parlimen Sekijang itu ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor daripada Perikatan Nasional yang mempersoal etika pemakaian jururawat wanita yang didakwa ketat dan tidak patuh syariah baru-baru ini.Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata, KKM menerusi strategi komunikasi akan memaklumkan pencapaian dan aspirasi kesihatan awam kepada rakyat.\"Saya tahu rakyat ramai kurang maklum tentang perkara ini (Kertas Putih Kesihatan) tetapi paling penting, ia dah lulus dan kita akan sampaikan kepada rakyat agar mereka faham dan tahu kepentingan kesihatan,\" katanya. - Bernama", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:24pm"} {"author_name": "ZURAIMEE ZAINAL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/264111/berita/sukan/sumali-hargai-sokongan-konsisten-mom-terhadap-psm", "article_title": "Sumali hargai sokongan konsisten MOM terhadap PSM", "article_text": "PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan sokongan konsisten Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terhadap badan induk itu telah banyak membantu menyelesaikan kemelut dihadapi sebelum ini.Malah tanpa berselindung Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan mengakui tanpa keyakinan tinggi Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkemungkinan badan induk antara tertua dunia tersebut berkubur.\u201cYa, kami warga PSM amat terhutang budi dan menghargai peranan aktif dimainkan MOM di bawah teraju Tan Sri Mohamad Norza kerana terus konsisten mengiktiraf PSM sebagai badan induk bagi sukan sepak takraw.\u201cSejujurnya pengiktirafan ini sebenarnya adalah antara faktor utama penyumbang kepada usaha berterusan PSM dalam pembangunan sukan sepak takraw negara,\u201d katanya selepas PSM kembali diterima sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkuat kuasa Ahad.Terdahulu, Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader ketika mengumumkan perkara itu menyatakan badan induk sepak takraw Asia berkenaan meluluskan permohonan PSM sejak dua bulan lalu dalam usaha melonjakkan lagi ketrampilan sukan sepak takraw tanah air.PSM sebelum ini disingkirkan daripada ASTAF pada Mei 2021 susulan tindakan presidennya ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Februari 2021.PSM kemudian pernah menghantar permohonan untuk kembali menyertai ASTAF, namun ditolak pada Mac 2022 sebelum sekali lagi mengemukakan permohonan pada Disember lalu sejajar hala tuju badan induk itu untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Dalam masa sama Sumali menyambut baik pengumuman ASTAF setelah kemelut badan induk itu selesai apabila semua ahli gabungan negeri dan bersekutu kembali bernaung di bawah PSM.\u201cDengan pengiktirafan ini, PSM yakin akan mampu menyumbang kepada pembangunan sukan tradisi ini di peringkat rantau Asia.\u201cMalah, PSM turut komited penglibatan Malaysia akan membantu meningkatkan usaha pengkomersialan sukan sepak takraw dalam meningkatkan minat di kalangan negara-negara lain, dengan harapan ia akan dipertandingkan di kejohanan antarabangsa yang lebih tinggi pada masa depan,\u201d katanya yang juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas sokongan serta sumbangan kepada sukan sepak takraw negara.Dalam masa sama PSM turut menghargai sokongan dalam kalangan ahli gabungan dan bersekutu serta rakan-rakan strategik atas sokongan yang telah diberikan sepanjang penubuhan badan induk tersebut.\u201cKerjasama di antara semua pihak ini diharap akan dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang demi kelangsungan pembangunan sepak takraw negara,\u201d katanya.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Jun 2023 05:20pm"}