diff --git "a/sinar_harian_link_wawancara.json" "b/sinar_harian_link_wawancara.json" new file mode 100644--- /dev/null +++ "b/sinar_harian_link_wawancara.json" @@ -0,0 +1,94 @@ +{"author_name": "ENGKU SHARIFUL AZNI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/188731/berita/wawancara/ppz-maiwp-ajak-umat-islam-tunaikan-zakat", "article_title": "PPZ-MAIWP ajak umat Islam tunaikan zakat", "article_text": "Umat Islam wajib menunaikan zakat wang simpanan dan Amanah Saham Berhad (ASB) sekiranya ia melebihi kadar nisab yang ditetapkan. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui kewajipan untuk berzakat dan cara melaksanakan pengiraannya.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Engku Shariful Azni bersama Pengurus Unit Syariah dan Antarabangsa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman mengenai zakat ASB dan wang simpanan.Ahmad HusniSINAR AHAD: Ramai yang terlepas pandang kewajipan menunaikan zakat wang simpanan. Boleh berikan sedikit penerangan mengenai zakat wang simpanan?AHMAD HUSNI: Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Dalam kategori zakat harta, ia terbahagi kepada beberapa bentuk dan sumber seperti zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat perniagaan, termasuk zakat wang simpanan.Disebutkan bahawa setiap benda yang disimpan perlu dizakatkan seperti dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Ummar RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: \u201cSetiap harta yang dikeluarkan zakatnya itu tidak lagi dipanggil sebagai perbendaharaan atau simpanan tetapi setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya itu dipanggil perbendaharaan atau pun benda yang kamu simpan.\u201dDalam konteks ini, zakat wang simpanan ialah setiap wang yang disimpan secara tradisional (simpan sendiri) atau di mana-mana institusi kewangan seperti bank dan perlu dizakatkan.Berapakah kadar nisab pada tahun 2022?Nisab ialah jumlah atau kadar minimum sesuatu harta yang kita ada untuk diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta itu. Di PPZ-MAIWP, kita bersandarkan kepada harga sebanyak 85 gram emas dan tahun ini, kadar nisab ditetapkan sebanyak RM20,361.Jadi, mana-mana simpanan atau harta yang mempunyai jumlah melebihi nilai tersebut, maka wajib ke atasnya untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus daripada amaun berkenaan.Adakah wang simpanan yang disimpan dalam akaun ASB perlu dizakatkan?Orang yang menyimpan apa-apa jenis simpanan di ASB adalah berbentuk pelaburan. Jadi, jumlah bayaran zakat yang dikenakan adalah berdasarkan nilai pokok yang disimpan atau dilaburkan berserta dividen.Jika wang tersebut sudah disimpan dalam akaun ASB untuk beberapa tahun dan ia tidak dizakatkan, individu berkenaan perlu menghitung jumlah dividen setiap tahun termasuk nilai pokok yang disimpan setiap tahun untuk dikeluarkan sebagai zakat wang simpanan.Jadi, setiap tahun dengan pertambahan jumlah yang melebihi nisab ditetapkan jumlah pokok dan dividen perlu dikenakan zakat.Sekiranya seseorang itu membuat pinjaman dan ia disimpan dalam akaun bank simpanan, adakah duit tersebut perlu dizakatkan?Kita perlu melihat bentuk pinjaman tersebut. Jika ia adalah pinjaman yang tidak boleh dikeluarkan seperti pembiayaan dibuat menerusi ASB dan sebagainya, maka ia tertakluk kepada tempoh matang akaun tersebut.Jumlah pinjaman itu juga tidak akan dimasukkan dalam kiraan zakat wang simpanan. Jika seseorang itu membuat pinjaman yang boleh digunakan tanpa halangan pada bila-bila masa dan ia kekal dalam simpanannya selama setahun, maka dia perlu mengeluarkan zakat wang simpanan daripada jumlah tersebut termasuk apa-apa sahaja keuntungan.Boleh jelaskan secara ringkas kaedah pengiraan zakat ASB?Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB boleh dikategorikan berdasarkan beberapa kaedah dan situasi.Pertama, jika pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri, pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan pokok dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperoleh, mengambil kira baki akhir pelaburan tahunan keseluruhan pegangan unit oleh pelabur (modal pokok dan dividen).Justeru, formula taksiran zakat adalah seperti berikut \u2013 baki akhir pelaburan tahunan x 2.5 peratus.Kedua, jika pelaburan dibuat menerusi fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperoleh.Modal pelaburan tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.Info grafik berkenaan pembayaran zakat ASB.Formula kiraan adalah seperti berikut \u2013 dividen / pendapatan ASB x 2.5 peratus.Bagaimana pula jika dividen ASB yang diperoleh digunakan bagi membuat pembayaran semula pembiayaan?Kita guna model sendiri. Pembayaran zakat perlu dari sudut \u2018prinsipal\u2019 dan dividen. Jika kita melabur dalam ASB menggunakan pembiayaan, ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu dividen yang diperoleh digunakan untuk membayar pembiayaan dan dividen tidak gunakan bagi tujuan berkenaan.Dividen atau lebihan yang ditolak daripada pembiayaan dalam kedua-dua kategori tersebut, jika jumlah semua itu melebihi nisab, kita perlu bayar zakat wang simpanan.Apakah hukum melabur dengan apa-apa jenis perbankan Islamik atau konvensional termasuklah pelaburan ASB?Apa-apa pelaburan atau yang melibatkan perbankan konvensional dan tidak patuh syariah adalah tidak dibolehkan atau haram untuk disertai oleh orang Islam.Tapi hukum bagi orang Islam menyertai produk-produk pelaburan, simpanan dan pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan serta perbankan Islam adalah halal.Apakah saranan untuk galakkan orang ramai menunaikan zakat ASB dan wang simpanan?Kita perlu faham harta kita adalah hak milik ALLAH SWT dan datang daripada-Nya. Sebagai orang yang beriman, wajar mensyukuri nikmat tersebut dengan melaksanakan tuntutan dan perintahNya menerusi pembayaran zakat wang simpanan jika cukup syarat-syaratnya.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2022 11:01am"} +{"author_name": "RAJA NUR FAZNIE AIDA", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/153819/berita/wawancara/iltizam-ptptn-bina-masa-depan-lebih-cemerlang", "article_title": "Iltizam PTPTN bina masa depan lebih cemerlang", "article_text": "PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak ketinggalan menyahut agenda transformasi kerajaan dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan mengambil kira Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).Justeru, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 yang dilancarkan pada 29 Julai lalu bertujuan untuk memperjelas dan memberi fokus kepada dasar dan aktiviti PTPTN bagi tempoh lima tahun akan datang selain mempertingkatkan daya saing, integriti dan semangat \u2018esprit de corp\u2019 di kalangan warga PTPTN dalam usaha mencapai objektif yang sama.Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Raja Nur Faznie Aida bersama Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan bagi mengupas dengan lebih terperinci mengenai Pelan Strategik PTPTN 2021-2025.SINAR HARIAN: PTPTN telah melancarkan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 baru-baru ini. Boleh terangkan apakah lima teras strategik utama yang terkandung di dalam pelan tersebut?WAN SAIFUL: Pelan Strategik ini adalah fokus utama kita untuk menambah baik fungsi dan peranan PTPTN. Pertama, kita fokus kepada produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Ini kerana kita mahu menjadikan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan dan pilihan utama di Malaysia, sekali gus memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat. Kita mahu semua rakyat Malaysia menabung. Tidak semestinya mereka yang berkemampuan sahaja menabung, tetapi kita ingin memastikan mereka yang berpendapatan rendah juga boleh menabung dan peroleh manfaat sama.Teras kedua ialah memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan ke arah menjadi pengurus pinjaman pendidikan utama dan unggul. Ini bertujuan untuk memantapkan pengurusan pinjaman pendidikan lebih bertanggungjawab dan saksama, sekali gus dapat memberikan hasil kepada pengurusan dana pinjaman lebih efisien serta dinamik. Teras ketiga, menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif. Ini satu isu sentiasa menjadi kontroversi dalam masyarakat kerana mereka melihat PTPTN sebagai pemberi pinjaman, namun kurang rasa tanggungjawab atau tidak mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman. Jadi, kita mahu menambah baik proses kutipan bayaran balik itu supaya ia menjadi efektif dan fleksibel. Satu usaha yang saya cadangkan juga ialah kita ingin memastikan bahawa isu pinjaman ini tidak dipolitikkan.Teras keempat pula ialah melaksanakan strategi pendanaan dan pelaburan yang mendatangkan pulangan optimum. Kita ingin melestarikan PTPTN dengan strategi pendanaan lebih efektif dan mampan serta menjana lebih banyak pulangan pelaburan melalui kepelbagaian medium pelaburan.Teras kelima, memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang dengan mengambil kira pengubah suaian imej, budaya dan proses kerja. Ia juga secara tidak langsung menjadikan PTPTN sebagai sebuah organisasi berdaya saing, sekali gus menjadi majikan pilihan pekerja agar dapat melahirkan warga kerja cemerlang, kompeten dan proaktif dalam menyumbang kepada kejayaan organisasi.Apakah hala tuju strategik yang akan dilaksanakan PTPTN untuk memperkasakan kelima-lima teras strategik tersebut sekali gus mengukuhkan peranan PTPTN?Pelan ini dirangka bagi menetapkan hala tuju PTPTN yang menggariskan lima teras strategik menjadi asas kepada perancangan dasar, pelaksanaan program dan pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha memastikan agar visi, misi, objektif dan moto PTPTN kekal relevan di samping menitik beratkan nilai-nilai yang perlu dihayati dan diamalkan warga PTPTN; antaranya ialah profesionalisme, tadbir urus strategik dan berintegriti, pelanggan diutamakan, tepat dan cekap serta nilai tambah.Bagaimana PTPTN dapat menentukan kejayaan pelaksaanan Pelan Strategik tersebut?Pelan Strategik ini menitik beratkan tanggungjawab serta tindakan sewajarnya bagi memastikan matlamat penubuhan PTPTN dapat dicapai dalam semua aspek. Justeru, dengan melaksanakan Pelan strategik ini, saya berharap kita mendapat komitmen berterusan daripada pihak pengurusan untuk terus menuju ke satu arah lebih jelas. Selain itu, kita juga perlu memastikan sumber kewangan mencukupi bagi memastikan PTPTN dapat bergerak dengan lestari. Saya berpendapat penting juga untuk kita memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) PTPTN disemak dari masa ke masa selain memperkasakan kutipan balik dan skim simpanan bagi tujuan pendidikan. Kita turut memastikan PTPTN mempunyai infrastruktur mantap. Ini termasuklah menyediakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan teknologi terkini serta perolehan data dan maklumat berintegriti.Rancangan strategik bukan hanya memfokuskan kepada pinjaman pendidikan sahaja, tetapi lebih kepada produk simpanan SSPN. Salah satunya ialah dengan menjadikan SSPN sebagai produk utama simpanan pendidikan di Malaysia. Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut?PTPTN turut diberi tanggungjawab untuk menyediakan dan menguruskan skim simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi iaitu SSPN patuh syariah berkonsepkan \u2018Wakalah Bil Istithmar\u2019. Skim ini bermatlamat untuk membantu ibu bapa membuat perancangan awal anak-anak mereka dalam aspek kewangan demi masa pendidikan tinggi pada masa hadapan.PTPTN sentiasa menggembleng pelbagai usaha dalam memastikan instrumen simpanan pendidikan ini sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan melihat tahun demi tahun, prestasi penabungan SSPN menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan.Bagaimanapun, di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi terutama ketika penularan Covid-19, produk simpanan terus menjadi pilihan utama ibu bapa sebagai tabung pendidikan anak-anak sejak diperkenalkan sehingga 31 Mei 2021, PTPTN telah mencatatkan terimaan deposit SSPN yang sangat memberangsangkan iaitu berjaya meraih RM8.99 bilion dan sebanyak 4.98 juta akaun direkodkan.Oleh yang demikian, pelan tindakan yang telah dirangka akan memastikan teras strategik pertama ini menjadi produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.\u2018Peluang Kejayaan Anda\u2019 merupakan moto baharu PTPTN. Apakah tujuan utama ia diperkenalkan?Sebagai tabung pendidikan tinggi yang bukan sekadar menyediakan dan mengutip pinjaman tetapi memberi peluang kejayaan dan impian kepada anak-anak untuk berjaya dalam kehidupan, maka moto baharu PTPTN iaitu \u2018Peluang Kejayaan Anda\u2019 diperkenalkan. Ia adalah sebagai luahan rasa PTPTN iaitu kami sangat berbangga kerana dapat menyediakan peluang terbaik untuk membina masa depan cemerlang khususnya kepada generasi muda.5 TERAS PELAN STRATEGIK PTPTN 2021-2021i. Menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.ii. Memperkasakan pengurusan pinjaman pendidikan ke arah menjadi pengurus pinjaman pendidikan yang utama dan unggul.iii. Menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif.iv. Melaksanakan strategi pendanaan dan pelaburan yang mendatangkan pulangan yang optimum.v. Memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Ogos 2021 08:55am"} +{"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/153056/berita/wawancara/selesai-covid-19-bukan-cari-salah", "article_title": "Selesai Covid-19, bukan cari salah", "article_text": "[WAWANCARA] Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam membidas ahli Parlimen yang gagal memanfaatkan Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung minggu lalu untuk menyelesaikan masalah Covid-19 yang melanda negara.Tokoh berusia 87 tahun itu berkata, ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mencari salah sesiapa kerana negara sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Tegas beliau, peluang yang ada tidak sepatutnya disia-siakan apabila Parlimen bersidang.\u201cSaya hendak katakan, inilah peluang untuk semua ahli Parlimen dan pemimpin bersama-sama serta bersetuju bekerja bersama. Tidak salah ada perselisihan tetapi kali ini ada peluang.\u201cMalangnya, apabila buka sahaja Parlimen sudah menjerit-jerit, maki hamun dan cari salah, dengan tujuan apa? Supaya kerajaan itu jatuh dan diganti dengan pemimpin baharu,\u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bersama Tun Musa Hitam yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Sabtu.JOHAN: Saya hendak mulakan dengan bertanya sejak beberapa waktu kebelakangan ini nampaknya Tun menghilang. Apa puncanya?MUSA: Sebagai permulaan saya ingin mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah kepada Sinar Harian atas Sambutan Ulang Tahun 15 tahun. Saya harap Sinar Harian akan berkekalan dan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada masyarakat, insya-ALLAH.Berkenaan dengan \u2018kehilangan\u2019 saya, sebenarnya kalau Tan Sri mengikut gerak geri atau aktiviti saya, boleh jadi lebih kurang 15 tahun ataupun 10 tahun saya tidak bersuara dan bergerak.Pertamanya sebagai Presiden World Islamic Economy Forum (WIF), saya buat keputusan dalam rangka aktiviti WIF ini saya tidak membenarkan perkara yang ada kaitan dengan agama dan politik. Percayalah selama 15 tahun WIF dapat menjalankan aktiviti antarabangsa (tanpa isu agama dan politik). Kami memang terkenal setakat ini.Yang kedua, saya memang berdiam diri oleh sebab saya ini sudah tua. Orang lain, ada juga yang tua tapi boleh lebih baik daripada saya. Saya terkena angin ahmar yang sederhana menyebabkan saya tidak dapat bercakap atau aktif terlampau banyak. Hari ini (Sabtu) hari penghabisan saya bekerja dengan WIF.Saya setuju kita berbual pada hari ini semata-mata kena masanya. Ada hikmah perkara-perkara yang sedang terjadi dalam negara kita ini hinggakan saya bersetuju untuk bercakap dengan wartawan yang terkemuka dalam negara. Saya dengar nama (Tan Sri) Johan Jaaffar disebutkan, saya terus setuju.Saya hendak tanyakan Tun tentang perkembangan terbaharu di Parlimen membabitkan soal pembatalan Ordinan Darurat yang agak panas. Pada pandangan Tun, apa sebenarnya yang berlaku?Panjang ceritanya kalau hendak tahu apa yang sedang berlaku tapi pokoknya negara kita sudah lama ditadbir berasaskan Demokrasi Berparlimen. Sepanjang perjalanan kita semenjak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kita dapat mengamalkan konsep Demokrasi Berparlimen.Tetapi sebagaimana boleh dikatakan biasa dalam kalangan negara-negara di dunia ini, kadang-kadang naik aktivitinya, kadang-kadang turun. Ada yang baik, ada yang tidak. Maklumlah dalam kalangan masyarakat yang berpolitik, mereka sentiasa bertelagah. Proses bertelagah ini merupakan satu sifat yang memang perlu wujud dalam proses demokrasi.Negara kita telah menghadapi pelbagai pengalaman tetapi saya ingin memberitahu saudara Tan Sri iaitu seumur saya dalam politik, tidak pernah berlaku keadaan politik seperti yang kita sedang hadapi sekarang. Kita sudah mendapat pelbagai pengalaman. Yang buruk pun banyak, tetapi saya tidak pernah melalui pengalaman seperti yang dihadapi negara sekarang.Kenapa Tun berkata begitu?Saya berkata begitu oleh sebab amalan Demokrasi Berparlimen telah dicabar dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam keadaan Demokrasi Berparlimen dan kebebasan berpolitik, saya berani mengatakan mereka telah menggunakan kebebasan ini dengan cara negatif. Aktif tetapi dengan cara negatif.Contohnya, dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 ini, kita ada peluang keemasan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa sebagai ahli politik kita boleh bermuafakat dan boleh juga kita bertukar-tukar fikiran. Yang penting kita mengambil langkah-langkah yang boleh diterima oleh setiap orang ketika kita menghadapi Covid-19 ini.Apa maksud saya? Dalam proses Demokrasi Berparlimen, ahli politik yang sebelah kerajaan akan menjalankan tugas mereka, tetapi ada juga yang tidak menjalankan tugas. Ahli Parlimen pembangkang akan menjalankan tugas mereka. Kalau kita pihak pembangkang, memang tugas dan tanggungjawab kita untuk membangkang. Maknanya hendak cari salah dan pembangkang harus menimbulkannya untuk mendapatkan jawapan ataupun sesuatu tindakan untuk mengatasi perkara yang salah itu.Tetapi pada saya, itulah peluang yang terbesar boleh disampaikan oleh semua ahli Parlimen dan bila hendak bertengkar pun ialah berkenaan dengan soal di mana kita dapat menghadapi atau memusnahkan cabaran Covid-19.Saya hendak katakan inilah peluang kepada semua ahli Parlimen dan pemimpin untuk bersama-sama serta bersetuju bekerja bersama. Tidak salah ada perselisihan faham tetapi kali ini ada peluang. Malangnya, sebaliknya buka sahaja Parlimen sudah menjerit-jerit, maki hamun dan cari salah dengan tujuan apa? Supaya kerajaan itu jatuh dan diganti dengan pemimpin baharu.Apa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini tentang soal Ordinan Darurat yang mendapat perhatian ramai. Kalau kita perhatikan kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara agak keras, kritikal bunyinya. Ungkapan seperti Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat. Apa komen Tun?Saya nampak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sangat teruja ketika bertelagah di Parlimen. Kepada saya juga dua tiga perkara yang dia perkatakan dalam Parlimen itu menyebabkan ahli Parlimen pembangkang ambil kesempatan. Pembangkang mendapati menteri itu kelihatan memberi banyak kenyataan yang kemudian boleh dicabar. Bukan sahaja oleh pembangkang tetapi boleh dicabar oleh rakyat.Apa yang pasti, fakta Agong telah menyampaikan titahnya. Itu menunjukkan isu ini begitu serius. Semasa saya memegang jawatan (TPM) dulu apabila Tuanku sama ada Agong atau raja-raja lain bertitah, kita harus menelitinya, menerimanya dan berhati-hati kalau kita hendak berhujah dengan perkara yang bertentangan. Jadi kita biarkan kepada orang yang layak untuk selesaikan. Harapan saya supaya yang lain tidak terlibat dengan isu ini.Tun, ada yang menganggap bahawa ini adalah satu penderhakaan dan menuntut perdana menteri meletakkan jawatan sebagai menerima tanggungjawab apa yang berlaku. Apa pandangan Tun ?Yang pertama saya sedar sumber dalaman tahu dan dengar orang kata ini adalah penderhaka. Yang kedua, yang suruh perdana menteri berhenti itu biasa juga. Yang saya berasa sangat dukacita adalah nampaknya dalam politik negara kita, keadaannya ialah (sama ada) 'engkau sebelah aku atau sebelah dia'. Terdapat jurang sangat dalam melibatkan kalangan ahli politik itu sendiri. Sesiapa juga mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri dan bukannya negara. Itulah pendirian ahli politik masa kini.Jadi dari segi Muhyiddin, \u2018keterbatasan mendorongnya serta had untuk melakukan proses undang-undang dan juga had untuk berpolitik\u2019.Pada zaman Tun dahulu, parti dominan yang memerintah, parti itu mempunyai majoriti tetapi sekarang ini parti yang memerintah mempunyai kalau ada pun majoriti tipis. Tentunya desakan itu akan lebih kuat, pada pandangan Tun, Tan Sri Muhyiddin boleh lagi bertahan?Saya tidak mahu bercakap siapa yang akan memegang jawatan itu tetapi saya nak ambil kesempatan mengatakan bahawa masalah yang kita hadapi di Malaysia dalam politik ialah satu, parti-parti politik ini semua terlampau banyak.Yang kedua, apa yang kita hadapi sebenarnya kalau kita lihat dengan kritis, masalah pertama ialah masalah yang kita kenal sebagai kepimpinan (leadership). Apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini, ia akan kembali kepada kepimpinan.Malangnya kepimpinan yang ada dalam negara kita ini kurang berpengalaman. Ataupun mereka yang berpengalaman tapi pengalaman yang dia ada sebelum ini tidak sama dengan pengalaman sekarang. Pengalaman sekarang adalah baru kepada kerajaan seperti kebebasan bercakap, menulis, malah berdemonstrasi.Saya nak kembalikan kepada sejarah, pada tahun 2004 ini adalah urban legend. Pada hari kritikal, Tun Abdullah Badawi, Perdana Menteri ketika itu nak buat keputusan siapa yang dia nak lantik sebagai timbalan perdana menteri. Ada dua orang yang buat panggilan telefon salah seorangnya Tun Musa Hitam yang mencadangkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dilantik sebagai TPM, ada seorang lain mencadangkan Datuk Seri Najib. Betul atau tidak? Apakah orang yang sama Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang sekarang ini menjadi PM, adakah ini orang yang Tun rasa layak menjadi TPM ketika itu?Begini, apa yang saya tahu dan saya buat yang pertama ialah Pak Lah pada waktu jadi PM, dia telah menghadapi pilihan raya. Dalam pilihan raya waktu itu dia menang dengan banyak. Pilihan raya yang pertama dia menang tapi yang kedua (2008) dia kalah teruk (tetapi masih menang PRU).Yang saya nak ceritakan sikit ini ialah yang kedua bila dia kalah banyak. Waktu menang yang pertama itu Pak Lah PM, timbalannya ialah Najib. Waktu Pak Lah bertanding kali kedua di mana keputusannya teruk. Di situlah saya mainkan peranan sedikit, bagaimana?Secepatnya saya berjumpa, bukan bertelefon dengan Pak Lah. Di perpustakaan di rumahnya saya terus duduk dengan Dolah (Pak Lah). Secara ringkas (saya kata) 'Dolah lebih baik anda pergi (berundur) jika tidak, mereka akan memakan anda hidup-hidup'. Tidak ada yang mendengar perkara ini dan sekarang saya beritahu anda. Saya sangat bangga dengan perkara baru ini yang akan berlaku dan saya ingin memberitahu anda bahawa Pak Lah akan bersetuju dan dia pun bersetuju untuk memendekkan ceritanya.Dengan keadaan begitu, bermakna Pak Lah masih jadi PM dan Najib sebagai TPM. Pak Lah setuju Najib untuk mengambil tempatnya. Ia sama sekali tidak ada masalah, sama ada saya terlibat atau tidak terlibat. Saya tidak timbulkan soal Najib oleh sebab waktu itu, pada pandangan saya Najib ialah orang yang paling sesuai untuk ambil alih (jawatan PM) disebabkan dia timbalan perdana menteri.Jadi Pak Lah tidak membangkitkan masalah siapa yang akan menggantikannya, tidak, kerana Najib layak untuk menerimanya. Pak Lah apabila saya bercakap dengannya, dia tidak memberi syarat kecuali boleh melantik Mahyuddin sebagai timbalannya.Saya segera memberitahu Najib. Najib tanpa ragu-ragu memberitahu saya tidak ada masalah, yang perlu dilakukan ialah Muhyiddin dilantik sebagai TPM.Apakah Tun rasa yang Tun boleh memainkan peranan untuk menjadi mediator dalam kes terbaru ini ataupun Tun mencadangkan penubuhan misal kata kalaulah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan lagi maka mewujudkan sebuah kerajaan interim. Apa komen Tun?Saya fikir patut saya jelaskan di sini. Pertama, saya ini sudah tua. Kedua, saya telah mengundur diri kalau tidak salah 1987. Saya punya pandangan, siapa juga yang sudah merentas umur 80 lebih baik mereka berundur diri berehat tapi sekali-sekala memainkan peranan sebagai penasihat. Itu sahaja.Kalaulah misalnya saya jadi perdana menteri begitu popular seperti Tan Sri bagi tahu, saya pasti dalam dua tiga tahun selepas saya jadi perdana menteri saya akan menjadi perdana menteri Malaysia yang paling teruk yang pernah ada.Dalam buku Tun yang sangat menarik yang bertajuk \u2018Frankly Speaking\u2019 Tun sebutkan ada tiga senario kemungkinan apa yang akan berlaku kepada Malaysia. Yang pertama masyarakat akan menjadi masyarakat maju. Yang kedua kita akan menjadi The art of Madling True. Ketiga, akan menjadi negara gagal (Fail State) ini Tun tulis sebelum berlakunya perdebatan tentang soal Fail State ini. Boleh Tun jelaskan?Saya cuma mengingatkan rakyat kepada sesiapa juga yang membaca bahawa pilihan yang saya sebutkan tadi terpulang kepada rakyat sendiri. Negara yang maju sepenuhnya, kita fikir waktu Dr Mahathir dulu dia kata negara maju pada tahun 2020 dan dah lepas dah. Malahan bukan sahaja kita maju setahap negara maju yang kita tahu, bukan sahaja itu, kita nampaknya makin lama makin menurun sedikit.Waktu itu saya mengingatkan kepada pembaca kalaulah kita hidup dalam negara kita ini dan kalaulah kita tidak pandai menggunakan kebebasan yang ada dan kalaulah kita juga membuat kesalahan dari segi pemilihan orang-orang yang tidak sesuai, ini kenyataan yang sangat besar dari saya kalaulah itu cara kita mungkin akan menjadi negara yang gagal.Jangan lupa Tan Sri yang menggunakan apa yang saya katakan tadi telah dicampur aduk macam-macam tafsiran. Musa kata Malaysia adalah negara yang gagal. Tidak, saya katakan kita akan menjadi negara yang gagal jika kita tidak mengubah sikap. Saya rasa anda ingin membandingkan keadaan kita 10 tahun yang lalu dan sekarang. Kita semakin hampir dalam keadaan gagal sekiranya ahli Parlimen berkelakuan seperti yang mereka lakukan.Saya minta maaf kerana mereka mungkin memberikan alasan untuk mengutuk saya. Sesetengah ahli Parlimen tidak melihat demonstrasi sebagai institusi mereka sendiri. Mereka rasa tidak dapat melalui institusi kebaikan orang. Nampaknya kembali kepada apa yang saya katakan sekarang, semasa mereka berkumpul ada empat atau lima ahli Parlimen.Misalnya isu cara-cara berbahas. Setahu saya, pengerusi sedang menguruskan perbahasan bila seorang itu bercakap yang seorang lagi nak bertanya. Bila seorang lagi bertanya dua tiga empat bangun.Setahu saya yang bercakap itu memberi laluan, dia kena duduk dahulu. Ataupun yang bertanya itu pun apabila yang bercakap tidak memberi laluan, dia kena duduk.Ini tidak berlaku pada zaman dahulu. Yang ada sekarang dia menjerit \u2018Point of Order\u2019. Bila diberi cakap, bukan \u2018Point of Order\u2019. Ini rakyat biasa tidak faham tetapi ahli Parlimen sendiri mesti ada rasa hormat. Ini sangat penting.ANEKDOTKekesalan dalam politikTiada. Saya bersungguh-sungguh percaya atashikmah. Apa yang terjadi kepada saya semua itu hikmah. Jadi kalau saya guna terminologi hikmah itu dan kalau kita faham ia meliputi segala-galanya daripada keluarga, politik kepada apa jua saya hadapi.Pengalaman hidup 10 beradikAdik-beradik saya sepuluh, seorang lahir di Singapura saya yang termuda.Pengalaman saya dengan bapa saya (bekas pekerja Lembaga Letrik Negara), saya ingat-ingat lupa. Yang saya ingat bila waktu kita makan malam, saya seorang yang dapat makan macam bapa saya. Saya dapat makan nasi tetapi kerak nasi itu baru dibahagi kepada yang lain.Saya pergi sekolah saya belajar saya aktif dan saya terlibat dalam olahraga dan sebagainya. Banyak aktiviti saya, seorang pun tidak tunjuk ajar pada saya. Sebab setiap lelaki atas dirinya sendiri. Daripada sembilan orang itu, ada seorang abang ipar dan abang saya yang kadangkala beri saya duit poket. Saya pergi universiti pun mereka berasa bangga.Bila nak menghadapi peperiksaan, saya bangun pukul 5 pagi pakai colok sahaja.Saya percaya kerana itu saya boleh jadi manusia yang berdikari dan saya tidak harap bergantung kepada keluarga.Nasihat kepada orang politikSenang. Sama ada seorang itu Melayu, India, Cina, orang Sabah Sarawak, Kristian atau Hindu. Satu sahaja, ikut apa yang Tuhan ajar. InsyaALLAH itu sahaja.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 Ogos 2021 07:00am"} +{"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/151771/berita/wawancara/sidang-khas-parlimen-curi-perhatian", "article_title": "Sidang khas Parlimen curi perhatian", "article_text": "[MUKADIMAH] Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menjangkakan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok agak panas disebabkan beberapa isu yang akan dibangkitkan.Ini termasuklah hal darurat, vaksinasi dan bantuan kepada rakyat.Bagaimanapun, tegasnya, tidak akan ada pembentangan usul undi tidak percaya atau undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia tidak ditetapkan dalam aturan mesyuarat.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ahli Parlimen Arau itu turut menjawab isu-isu panas seperti kempen #KerajaanGagal dan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan telah memecah-belahkan UMNO.Ikuti wawancara bersama Shahidan yang dikendalikan Pengarang Berita Umum Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi.SINAR AHAD: Sidang khas Parlimen esok bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, ia dikritik pembangkang dengan mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk membahaskan usul yang dibawa oleh kerajaan. Apa komen Datuk Seri?SHAHIDAN: Dakwaan pembangkang itu tidak benar sebab kita (ahli Parlimen) akan diberi peluang untuk memberi pandangan dan meminta penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam sidang itu nanti menteri akan beri penerangan kemudian kita (ahli Parlimen) akan bangun untuk meminta penjelasan dan beri pandangan sebagaimana yang telah digilirkan.Jadi kalau pembangkang beranggapan mereka tak diberi peluang untuk menyatakan pandangan, apakah mereka sahaja ahli Parlimen? Saya pun ahli Parlimen dan saya pun ada pengundi di belakang saya.Ini adalah mesyuarat khas Parlimen. Mesyuarat biasa Parlimen nanti akan bermula dalam bulan September. Sesi keduanya bermula pada Oktober.Jadi bulan September dan Oktober seperti biasa kita ada proses bertanya soalan, ada soalan lisan kemudian ada usul yang kita boleh bahas. Kenapa mereka tidak sabar menunggu September dan Oktober untuk melalui Parlimen biasa. Sekarang sidang khas Parlimen dan inilah agendanya.Kalau ahli Parlimen pembangkang kata mereka tidak berpuas hati, terpulang kepada mereka. Masa mereka jadi kerajaan dulu kami cukup tidak berpuas hati sebab mereka hanya bagi kami bercakap lima minit, yang tak pernah kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu buat macam itu.Kerajaan BN beri ruang seluas-luasnya untuk mereka bercakap sehingga kita cukup letih mendengar mereka bercakap.Sekarang Parlimen tidak boleh bersidang lama kerana Covid-19. Parlimen hanya bersidang habis lama pun sehingga jam 8 malam.Tapi kami pernah beri peluang bersidang sampai lebih jam 12 tengah malam. Jadi tidak benar kalau mereka katakan bahawa mereka tidak diberi ruang.ShahidanKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sidang Parlimen yang terlalu pendek itu merupakan satu penipuan. Betulkah begitu?Tidak benar dan tidak ada penipuan. Pada masa ini kerajaan yang memerintah tidak pernah menipu rakyat. Mesyuarat Parlimen kali ini adalah mesyuarat khas.Mesyuarat pada September nanti adalah yang pertama dan yang kedua pada Oktober berserta pembentangan bajet. Jadi kalau kata kita tipu, bagi tahu kita tipu apa?Perlukah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hadir pada sidang khas Parlimen seperti dicadangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi menjawab isu darurat?Itu tidak perlu, menteri boleh jawab semuanya. Sekiranya mereka nak panggil Peguam Negara untuk menjawab, kita tengok peraturanlah sama ada beliau dibenarkan untuk berbuat demikian.Tapi bagi saya tidak perlu. Menteri kena ambil tanggungjawab sebab menteri yang mentadbir negara dan menteri yang bertanggungjawab atas apa yang dilaksanakan kerajaan sehingga kini.Apakah jangkaan Datuk Seri perkara yang akan berlaku dalam sidang khas Parlimen esok?Saya tidak nampak ada apa-apa kemungkinan akan berlaku.Yang saya nampak adalah menteri bangun beri penerangan dan penjelasan, kita dengar dan lepas itu kita akan bangun untuk berucap.Seringkali gilirannya ialah kerajaan, pembangkang, kerajaan dan pembangkang.Sesetengah orang mungkin akan menggunakan bahasa-bahasa tertentu dan masing-masing menggunakan pendekatan sendiri. Saya tak nampak ada kemungkinan yang boleh berlaku. Yang saya nampak adalah perbahasan akan berjalan dengan lancar.Ada beberapa perkara yang akan ditimbulkan itu yang mungkin agak panas sikit kerana perbincangan utama saya rasa adalah tentang darurat, vaksin dan bantuan hidup rakyat.Shahidan bergambar bersama ahli Parlimen lain pada Sidang dewan Rakyat Mei tahun lalu.-Sumber: Facebook ShahidanApa cabaran utama ahli-ahli Parlimen PN pada sidang kali ini?Cabarannya adalah mendapatkan masa yang mencukupi untuk berbahas. Itu cabaran saya. Masa lima minit itu singkat untuk kita bercakap tetapi kalau diberi 10 minit, ada ruang.Kalau 10 minit, lima minit saya akan cakap tentang vaksin dan lima minit lagi untuk bantuan hidup.Bantuan hidup ini termasuklah aktiviti ekonomi. Kami di Perlis telah masuk ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara yang membolehkan kita meneruskan aktiviti kehidupan harian.Cuma masalah besar adalah rentas sempadan. Dalam keadaan kami boleh bergerak bebas tapi bila ada orang (luar) rentas sempadan, mereka mungkin bawa penyakit, jadi itu satu masalah.Adakah Datuk Seri melihat kemungkinan pembangkang cuba membawa usul lain berhubung keabsahan kerajaan yang ada sekarang?Sidang khas Parlimen ini akan membahaskan apa yang telah ditetapkan dan tidak ada tambahan. Semasa sidang Parlimen biasa situasinya lain sebab itu ada ruang untuk kita bawa usul-usul.Tapi kali ini tidak ada. Kita hanya membincang dan membahaskan apa yang telah diusulkan oleh kerajaan.Kalau mereka bawa usul tak percaya, saya juga boleh bawa usul percaya. Tapi perkara ini tidak akan dibenarkan sebab prosesnya adalah menteri bentang, kita bahas. Itu sahaja.Shahidan dikunjungi menteri dan bekas menteri di bilik PNBBC di bangunan Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.-Sumber: Facebook ShahidanDatuk Seri orang lama dalam politik. Apakah perbezaan sewaktu zaman pentadbiran Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan kini Perikatan Nasional?Memang ada perbezaannya sebab BN memerintah dalam masa yang begitu lama iaitu 60 tahun.Sudah pasti kita ada kekurangan dan kelebihan tetapi secara keseluruhannya ia memberi kebaikan yang luar biasa kepada negara.Cuma BN kalah pada pilihan raya umum lepas kerana kita tak dapat menangani fitnah pihak pembangkang. Tumbang bukan kerana kami gagal mentadbir negara sebaliknya tumbang kerana kami gagal menghadapi fitnah. Itu saja.Yang kedua terbaik bagi saya adalah kerajaan sekarang. Tapi untuk beri penilaian sepenuhnya terhadap kerajaan sekarang pun agak susah sebab ia masih baharu.Usia kerajaan sekarang baru setahun lebih, jadi kalau dibandingkan dengan 60 tahun sudah pasti ada bezanya.Namun dalam tempoh setahun lebih ini, kerajaan terpaksa melalui satu permasalahan seolah-olah 60 tahun punya masalah iaitu Covid-19.Ia bukan masalah yang Malaysia atau Asia Tenggara sahaja hadapi. Tetapi ini penyakit yang berlaku di seluruh dunia dan betul-betul mengancam kehidupan dan aktiviti ekonomi.Kalau kerajaan berjaya menghadapi masalah ini, kerajaan hari ini akan jadi kerajaan yang cukup kuat sebab kita tahu bahawa kita bukan sahaja menghadapi masalah untuk menguruskan Covid-19 tapi kita juga menghadapi masalah dengan orang tertentu yang hanya melihat kesalahan dan melaungkan slogan retorik.Contohnya slogan retorik #KerajaanGagal. Gagal tang (dekat) mana nak tanya? Orang yang kata gagal itu pula orang itulah yang ada dalam kerajaan PH dulu.PH dulu gagal menguruskan negara, tapi sekarang mereka sebut kerajaan gagal. Gagal tang mana? Vaksin? Kalau masa vaksin kurang dulu, ya. Tapi (kadar) vaksin akan meningkat.Dalam masa sama apabila vaksin meningkat sudah pasti Covid menurun dan aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa.Malah, kita telah dikategorikan antara negara terbaik di dunia dari segi vaksinasi.Tentang slogan #KerajaanGagal, adakah ia mainan media sosial semata-mata?Slogan #KerajaanGagal itu dibawa oleh orang-orang yang saya kenal. Ada seorang bekas penasihat media kerajaan dulu, dia yang tulis kerajaan gagal padahal masa dia jadi penasihat media dulu, dia tahu kerajaannya cukup gagal sehingga saya pernah tulis \u2018KERAjaan\u2019.Perkataan kera itu huruf besar sebab kerajaan bertindak macam kera sampai membiarkan rakyat berpecah belah.Isu perkauman dan agama pula dibiarkan berleluasa. Mereka suka berlaku hiruk-pikuk, haru-biru supaya mereka boleh memperketat kekuasaan mereka.Tapi kita bersyukur kerajaan tersebut telah ditumbangkan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dengan gerakan yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Kerajaan tumbang kerana anggota parti mereka, Bersatu telah keluar (PH), maka mereka tumbang. Pada masa sama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berhenti (letak jawatan), tumbanglah kerajaan.Jadi kami masuk mengambil alih dan terbentuklah kerajaan sekarang.Kerajaan sekarang seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebut, dibentuk oleh ahli Parlimen, bukan oleh parti kerana parti datang kemudian. Bila ahli Parlimen jatuhkan kerajaan, parti masuk mencadangkan nama ahli-ahli kabinet.Tapi yang menjatuhkan kerajaan itu adalah kami ahli-ahli Parlimen.Mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah kesan-kesan positifnya? Apakah pelantikan itu telah meredakan suhu politik UMNO yang sebelum ini mahu memutuskan kerjasama dengan PN?Daripada lebih kurang 190 bahagian UMNO, sudah lebih 170 yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.Pelantikan itu lebih positif sebab sekurang-kurangnya ahli UMNO memahami bahawa kempen fitnah yang dibawa mereka kononnya UMNO tak dapat apa-apa keuntungan, UMNO hanya pegang jawatan menteri di kementerian-kementerian biasa dan sebagainya.Namun tiba-tiba UMNO diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jadi UMNO sebenarnya berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana Tan Sri Muhyiddin beri kepercayaan kepada UMNO.Jadi sekarang nampak kehebatan yang luar biasa dari segi gabungan ini, UMNO atau BN mempunyai 42 kerusi, Bersatu ada 34 kerusi.Jadi ini dua parti besar yang berada di hadapan, seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan Perdana Menteri.Ada yang tanya kenapa UMNO tidak jadi Perdana Menteri? Yang mulakan kerajaan untuk jatuhkan kerajaan itu adalah Bersatu dan disokong oleh GPS (Gabungan Parti Sarawak), dan bebas.Yang paling penting untuk menjadi Perdana Menteri, dia mesti disokong oleh parti-parti politik yang lain. Kita tidak boleh mengatakan kita mesti jadi Perdana Menteri.Kita boleh jadi Perdana Menteri kalau disokong. Kalau Perdana Menteri itu datang daripada sebuah parti yang kecil seperti dalam PH dulu, Bersatu hanya 13 kerusi tapi mereka mencadangkan supaya Bersatu jadi Perdana Menteri.Demikian juga keadaan sekarang, UMNO sendiri mencadangkan Perdana Menteri itu ialah Tan Sri Muhyiddin daripada Bersatu.Sekarang ini Tan Sri Muhyiddin beri pengiktirafan kepada UMNO dengan melantik wakil UMNO jadi Timbalan Perdana Menteri. Kita bersyukur dan berterima kasih.Shahidan bersama isteri, Datin Seri Shamsiah Md Yassin.-Sumber: Facebook ShahidanAda pihak mendakwa bayangan UMNO kembali berkuasa dalam kerajaan semakin jelas dengan pelantikan Ismail Sabri. Apa pandangan Datuk Seri?Ini pandangan bermacam-macam pihak. Saya nak bagi tahu sebab saya ini buat kerja berdasarkan fakta. Sebelum Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, UMNO dan BN ada 11 kerusi menteri dan lapan timbalan menteri. Jadi kita ada 19 campur seorang lagi senator jadi 20 orang.Seramai 20 orang anggota UMNO dalam kabinet dan kerajaan tetapi Bersatu hanya ada ada lebih kurang 16 atau 17, jadi majoriti anggota kerajaan atau kabinet adalah UMNO kerana sebelum Timbalan Perdana Menteri dilantik itu, yang majoriti adalah UMNO.Cuma kempennya adalah kononnya UMNO memegang jawatan yang tidak penting. Saya tidak faham apa orang takrifkan tentang kerajaan.Saya dulu pegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya rasa saya cukup penting.Bukan kementerian yang menyebabkan kita itu penting atau tidak penting. Ia bergantung pada keterampilan seseorang menteri itu.Sesetengah orang kata, kementerian ini bagus, kementerian itu tak bagus. Hakikatnya semua kementerian bagus dan memperlengkap antara satu sama lain.Sebelum Timbalan Perdana Menteri dilantik pun UMNO sudah majoriti dalam kerajaan. Dengan terlantiknya Timbalan Perdana Menteri sudah pasti segala kekuatan berada di sana.Kemunculan UMNO di sana apa salahnya sebab UMNO adalah parti yang berjaya bahkan semua pemimpin negara sebelum ini adalah bekas DNA UMNO.Tun Mahathir yang dua kali jadi Perdana Menteri adalah bekas Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin adalah bekas Timbalan Presiden UMNO. UMNO memang sudah lama menyerlah.Presiden UMNO buat keputusan untuk menolak PN. Tapi kalau menolak PN, jatuhlah kerajaan sekarang Datuk Seri?Kami ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN pada dasarnya kita akan menyokong kerajaan sekarang dan tidak timbul kami akan menyokong apa yang dikatakan sesetengah pihak. Kita menyokong Perdana Menteri.Kalau tak sokong Perdana Menteri bermakna kita tak sokong Timbalan Perdana Menteri.Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO itu dilantik oleh Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri jatuh, timbalannya pun jatuh.Adakah kita nak lihat sebuah parti yang menjatuhkan sebuah kerajaan Melayu Islam yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO.Kami ahli-ahli Parlimen BN akan menyokong kerajaan BN seperti yang dianjurkan Perhimpunan Agung UMNO.Kita tak mahu keluar jadi pembangkang dan bertanding dalam pilihan raya sebagai pembangkang. Kami akan bertanding dalam pilihan raya sebagai kerajaan.Semua 115 ahli Parlimen kerajaan menyokong Perdana Menteri. Kalau ada yang tak sokong, isytiharlah. Dulu ada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz isytihar tapi sekarang Nazri sekarang menyatakan pendiriannya bahawa kembali menyokong kerajaan. Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib tidak pernah isytihar keluar daripada kerajaan.Dua sahaja iaitu ahli Parlimen Padang Rengas iaitu Nazri yang sokong balik dan yang tinggal hanya ahli Parlimen Machang yang sebelum ini mengumumkan tak sokong kerajaan. Tapi saya berdoa benda ini dapat diselesaikan.Kadang-kadang kita malu kepada rakyat seolah-olah UMNO adalah pencetus masalah.Sebenarnya tidak, UMNO bukan pencetus masalah sebaliknya kehadiran UMNO menyebabkan kerajaan sekarang kuat.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Julai 2021 10:00am"} +{"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/150672/berita/wawancara/video-tutup-kilang-tidak-selesaikan-masalah", "article_title": "[VIDEO] Tutup kilang tidak selesaikan masalah", "article_text": "[WAWANCARA] Tanggapan majoriti rakyat bahawa industri perkilangan menjadi punca kes positif Covid-19 terus tinggi di negara ini ditepis Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.Beliau berkata, pemahaman itu tidak tepat kerana berdasarkan data kes jangkitan harian, hanya 15 hingga 20 peratus kes melibatkan kluster kilang manakala 80 peratus tiada kaitan langsung dengan kluster atau membabitkan kes sporadik.Justeru menurutnya, penutupan sepenuhnya sektor perkilangan seperti gesaan yang disuarakan rakyat yang marah kerana menganggap industri itu menjadi punca lonjakan kes tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kes Covid-19.Sebaliknya, Dr Noor Azlan menegaskan, tindakan itu hanya akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia kerana sektor perkilangan di negara ini menyumbang jumlah eksport melebihi RM1 trilion setiap tahun.Ikuti wawancara wartawan SINAR AHAD, Raiham Mohd Sanusi bersama Dr Noor Azlan yang diadakan secara maya pada Jumaat.SINAR AHAD: Setakat ini bagaimanakah kedudukan ekonomi negara, adakah semakin buruk atau masih mampu bertahan?DR NOOR AZLAN: Sebenarnya apabila kita masuk tahun 2021, jangkaan awal kita tahun ini adalah tahun yang dianggap pemulihan yang baik. Pertumbuhan dijangka mungkin sekitar 6.5 peratus terutamanya dengan pemulihan pasaran antarabangsa. Kita mesti ingat negara seperti Malaysia, sebahagian besar ekonomi kita bergantung dengan prestasi ekonomi global. Jadi pada tahun ini ekonomi global khususnya bagi negara maju seperti Amerika Syarikat termasuk China dijangka pulih.Tiba-tiba kita berdepan dengan satu peningkatan mendadak kes Covid-19. Kita semua sedia maklum kerajaan tiada pilihan dan mesti ambil tindakan tepat untuk pastikan kita dapat kawal penularan pandemik ini. Satu daripada langkahnya adalah kita terpaksa memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Jadi pastinya dengan keadaan yang agak membimbangkan ini, saya pasti ia akan memberikan kesan ke atas ekonomi negara kita.Pertumbuhan pastinya akan lebih rendah malah Bank Dunia sudah semak semula angka itu kepada 4.4 peratus. Tapi bagi saya, kita kena lihat apa tindakanyang perlu kita buat terutamanya dalam mempertahankan kehidupan rakyat dan bagaimana kita memastikan kita dapat setidak-tidaknya momentum yang sederhana.Jadi bagi saya keadaan memang mencabar tapi kita kena pandang ke depan. Kalau pertumbuhan ekonomi kita 4.5 kepada 5.5 peratus pun sudah dikira bagus kerana kita berdepan ketidakpastian yang kita hadapi sekarang. Kita juga bukan bersendirian sekarang ini, banyak negara-negara lain juga berhadapan dengan situasi yang sama pada tahun ini.- Pada pandangan Tan Sri apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan sekarang berkesan?Harus kita ingat apa yang dimaksudkan dengan berkesan itu. Pertamanya, mengambil kira setiap pakej rangsangan dan setakat ini kesemuanya ada tujuh pakej (rangsangan ekonomi) tidak termasuk pakej rangsangan ekonomi pertama yang Tun Dr Mahathir Mohamad perkenalkan. Keseluruhan nilai pakej rangsangan adalah kira-kira RM530 bilion.Daripada nilai ini sekitar RM83 bilion merupakan suntikan terus atau secara mudahnya datang daripada fiskal iaitu jumlah kewangan negara. Kebanyakannya datang dalam bentuk suntikan langsung ke dalam ekonomi seperti bantuan Program Subsidi Upah (PSU), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Geran Khas Prihatin.Jika kita sentuh tentang RM83 bilion, setiap tahun bila kita dengar bajet biasanya perbelanjaan pembangunan lebih kurang RM40 bilion. Jadi kalau RM80 bilion dalam tempoh setahun bererti ia menyamai dua tahun perbelanjaan pembangunan. Jumlah itu besar.Jadi bila kerajaan berbelanja, kita harus faham, kalau belanja RM80 bilion kesan ke atas ekonomi bukan RM80 bilion sebaliknya tiga kali ganda atau dalam istilah ekonomi dipanggil kesan pengganda. Bayangkan kalau saya daripada keluarga penerima BPR dan saya berbelanja bererti pusingan yang pertama mungkin kedai runcit tempat saya belanja dapat manfaat. Kedai runcit itu pula, dia berbelanja dengan beli barang untuk stok kedai akan jadi pusingan kedua dan begitulah seterusnya.Bagi saya kalau kita dapat gerakkan apa yang kita rancang ini InsyaALLAH, ia boleh beri suntikan rangsangan pertumbuhan kepada ekonomi. Tapi kalau nak cakap kita akan dapat pulih seperti sedia kala pada tahun ini, ia mungkin tidak terjadi tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meneruskan kelangsungan dalam konteks kehidupan dan aktiviti ekonomi.Noor Azlan Ghazali- Apakah yang sepatutnya dilakukan ketika ini untuk mengawal pandemik Covid-19?Bagi saya pandemik ini seluruh dunia tak ada jawapan di mana penghujungnya. Sebab itu hari ini saya lihat kita akan berhadapan dengan endemik, maksudnya kita hidup bersama Covid. Jangan kita terperanjat dengan kata-kata begini kerana yang kita risau terjemahan di luar sana kerana ada gambaran yang mungkin tidak tepat.Contohnya, semasa sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, beliau menyebut bahawa kes pada hari Khamis kira-kira 13,000 dan hampir 96 peratus itu adalah yang positif tetapi tidak bergejala dan yang kedua ada gejala di peringkat kedua.Kita harus objektif. Rakyat kena faham dengan adanya program vaksinasi kita yang begitu baik, kita berjaya meningkatkan vaksinasi dengan kadar yang begitu pantas. Hari ini secara umumnya lebih 400,000 suntikan diberikan sehari.Jadi dalam tiga hari kita boleh dapat 1.2 juta. Itulah pertaruhan kita. Kalau lebih ramai divaksin bererti kita dapat capai imuniti kelompok. Imuniti kelompok ini pula tak perlu sampai negara capai 80 peratus pun kerana kita lihat rata-rata di luar negara bila 40 peratus pun kita dah mula melihat manfaatnya.Jadi penumpuan kita di mana? Adakah kita masih nak menumpu pada bilangan kes yang kadang-kadang merungsingkan kita kerana dulu 700, sekarang 13,000? Secara mudahnya mungkin hampir 80 peratus adalah kes-kes hari ini bersifat sporadik maksudnya bukan daripada komuniti. Kena tengok betul-betul apa yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan yang mengatakan secara purata 80 peratus adalah kes yang tiada kaitan dengan kluster. Jadi bila kita bercakap tentang kluster, sebenarnya kita bercakap tentang 15 hingga 20 peratus kes sahaja.Apabila kita berjaya tingkatkan vaksinasi, ia akan memberi imuniasi kepada majoriti rakyat Malaysia. Kalaupun ada terkena Covid tetapi ia tidak membawa kepada kemudaratan yang memerlukan rawatan hospital. Itu yang dikatakan Covid akan tetap ada dalam tempoh yang panjang atau mungkin selama-lamanya seperti virus lain contohnya influenza. Yang paling penting bagi saya sekiranya ada jangkitan, ia tidak membawa kemudaratan dan tidak memberi tekanan ke atas sistem kesihatan kita.- Rakyat marah apabila sektor perkilangan yang dikatakan punca kes Covid-19 tinggi terus dibenarkan beroperasi. Apakah dengan menutup kilang segala masalah akan selesai?Situasi ini bagi saya pemahaman yang tidak begitu tepat. Kita harus faham bahawa daripada jumlah kes yang berlaku hanya lebih kurang 15 ke 20 peratus yang boleh diklasifikasikan sebagai kluster. Bukan semua kes ada kluster, jadi yang 80 peratus itu adalah kes-kes yang tidak berkaitan kluster. Bila kita bercakap tentang kluster kita sering merujuk kepada perkilangan, pembinaan, peruncitan dan beberapa kategori lagi dan sebenarnya kita bercakap dalam konteks kluster sahaja iaitu dalam 15 ke 20 peratus sahaja (daripada keseluruhan kes). Kita tidak bercakap tentang kesemua kes.Tapi saya tidak nafikan bahawa terdapat kilang-kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bagi kilang-kilang yang begini sifatnya, saya bersetuju supaya penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan. Namun untuk menterjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Bagi saya kita harus mengambil tindakan secara bersasar. Tidak semua kilang berhadapan dengan kes yang melonjak.Dalam ekonomi mudah sahaja ada dua sumber diperlukan iaitu yang pertama sumber pertumbuhan dalaman bererti kita berbelanja, syarikat berbelanja dalam negara termasuk juga bila kita balik kampung, makan angin. Itu akan menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi yang akhirnya beri pendapatan. Satu lagi adalah daripada aktiviti yang dijalankan dalam negara tetapi untuk memenuhi permintaan antarabangsa.Kita adalah negara yang kecil tetapi eksport kita jumlahnya besar lebih daripada RM1 trilion. Jadi dalam keadaan begini, satu sumber pertumbuhan yang penting adalah pertumbuhan yang diperoleh daripada kemajuan atau pemulihan pasaran antarabangsa dan di sinilah kilang-kilang memainkan peranan kerana sebahagian besarnya adalah kilang-kikang besar yang berada dalam jaringan pembekalan antarabangsa. Ramai rakyat tak nampak perkara ini.Saya bagi contoh, saya pernah berbincang dengan syarikat gergasi dunia iaitu Apple iaitu wakil ibu pejabat Asia mereka yang berada di China dan Malaysia. Mereka memaklumkan bahawa, untuk buat telefon pintar ada 48 pembekal mereka berada di Malaysia yang melibatkan hampir 2,500 pekerja-pekerja mahir dan nilainya melebihi AS$2 bilion. Kalau kita tutup kilang mereka tanpa sebab, ia boleh menjejaskan sistem pengeluaran.- Lembah Klang yang menjadi jantung ekonomi negara menyaksikan jumlah kes yang tinggi, jadi pastilah wajar tumpuan pemberian vaksin diutamakan di situ. Apa komen Tan Sri?Pada 14 Julai lalu, kes yang dicatatkan sebanyak 11,618 kes dan Selangor rekodkan 43 peratus kes. Kalau kita campur dengan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ia jadi 71 peratus berpunca daripada wilayah tengah.Lapan negeri seperti Perlis, Terengganu, Kedah dan Perak dah berganjak ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jadi di mana yang tidak ada tekanan yang membimbangkan dan lepas nilai ambang negeri kita akan lepaskan mereka.Jadi di negeri-negeri yang berhadapan masalah peningkatan kes terutama di Lembah Klang ini sekarang kita kena faham di kawasan ini 44.3 peratus gig ekonomi datang daripada aktiviti ekonomi di sini. Ini yang menjadi cabaran sebab kes itu mendadak. Jadi memang sekarang ini usaha untuk meningkatkan vaksinasi itu sedang dilakukan dengan begitu pantas bagi saya.Umpamanya untuk dos yang pertama bagi 18 tahun ke atas dan kumpulan sasaran pertama, untuk Selangor dan Kuala Lumpur data terkini dah capai hampir 54 peratus. Untuk Malaysia kita dah sampai 37 peratus. Sarawak kadar vaksinasinya dah sampai 71 peratus. Jadi bererti memang kerajaan meningkatkan pemberian vaksin.- Bagaimana Tan Sri melihat Pakej Pemulih, adakah ia mencukupi untuk menangani permasalahan ekonomi rakyat yang sedang meruncing?Kita harus faham daripada semua pakej rangsangan ekonomi, kalau kita ulang kaji balik kita akan tengok ada satu komponen mengenai pandemik Covid terutamanya mengenai siap siaga memperkukuh sistem kesihatan kita, itu yang pertama sekali. Kemudian kita akan lihat dua komponen mesti ada, pertama komponen untuk kesejahteraan rakyat, kedua, untuk sektor perniagaan dan penumpuan kita adalah kepada kumpulan rentan atau mudah jejas.Bila kita cakap isi rumah, kita tahu ada isi rumah berpendapatan tinggi, pendapatan menengah dan pendapatan bawah. Yang paling bawah sekali adalah miskin dan miskin tegar. Jadi penumpuan kita adalah kepada kumpulan rentan. Sama juga seperti syarikat. Ada syarikat besar atau gergasi, mereka tak perlu bantuan. Ada syarikat sederhana dan kemudian turun ke bawah industri kecil dan sederhana dan industri mikro. Penumpuan kita adalah kumpulan rentan. Hasil perniagaan mereka ialah hari ke hari dan secara kecil-kecilan.Cuba kita ingat PKP yang pertama tahun lepas dan yang sekarang apa bezanya? Satu yang jelas ialah penjaja di tepi jalan seperti mak cik yang jual kuih, air, mereka dibenarkan beroperasi. Kalau tahun lepas kita panik dan tutup semua. Ia menjejaskan semua tapi kali ini ia tidak begitu. Tapi bukanlah bermakna mereka senang lenang tapi sebenarnya dalam banyak interaksi, pendapat sayalah satu yang paling utama sebenarnya rakyat Malaysia ini dia nak bekerja.Malangnya cara kita nak mengurangkan penularan pandemik ini ialah terpaksa mengehadkan pergerakan. Manusia bergerak bererti wang pun bergerak. Bila orang naik kereta dia isi minyak, dia singgah pam minyak, dia beli air, kuih dan bayar tol jadi bila kita keluar bekerja kita juga makan dekat kenderasaji contohnya. Jadi bila pergerakan terhad, perniagaan-perniagaan yang begini sifatnya akan terjejas.Bagi saya kerajaan menyedari perkara ini dan meletakkan ia perkara utama. Ia bermakna kesemua pelan yang ada yang telah diumumkan inilah komponennya iaitu kesihatan, rakyat dan perniagaan. Perkataan 'makanan di atas meja' ini antara perkataan pertama yang saya dengar dari Perdana Menteri pada Mac tahun lepas bila krisis ini bermula. Saya berada dalam mesyuarat tersebut. Itu usaha yang dibuat kerajaan dan hari ini kerajaan turut berikan bakul makanan dan sebagainya.- Kerajaan juga telah mengumumkan Pelan Pemulihan Nasional (PPN) sebagai satu strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19. Boleh Tan Sri jelaskan?Saya mahu ambil peluang ini untuk menjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan semua pihak memahami apa yang dimaksudkan dengan PPN. Pertamanya ia adalah 'exit plan' maksudnya ialah pelan untuk kita keluar. Jangan salah faham dengan pelan pemulihan yang komprehensif.Bila kali pertama Perdana Menteri mengumumkan pelan ini iaitu menyatakan tiga indikator kita akan lihat iaitu nilai ambang, jumlah pesakit di ICU, kes harian dan kadar vaksin ia merupakan satu petunjuk yang mudah difahami semua bahawa ini adalah petunjuk-petunjuk utama yang akan membolehkan kita berganjak ke fasa lebih longgar, maksudnya boleh bergerak dengan lebih banyak.Seperti saya sebut tadi, pergerakan itu adalah ekonomi, bila manusia dibenarkan bergerak seperti biasa ekonomi akan berlaku. Ada orang pertikai kenapa ringkas sangat dan persoal di mana pelan untuk perusahaan kecil dan sederhana, pelancongan, pendidikan dan luar bandar serta macam-macam lagi. Saya tengok banyak salah faham di situ. Sebenarnya ia lebih kepada satu pelan bagaimana kita mahu keluar daripada satu kawalan pergerakan yang ketat sehinggalah kita berganjak kepada fasa keempat.Satu lagi tentang dakwaan bahawa pelan kerajaan ini 'flip flop', sebenarnya dalam keadaan sekarang banyak ketidaktentuan jadi umpamanya bila kita lihat pola pandemik ini tidak sekata seluruh Malaysia. Tadi saya sebut 71 peratus berada di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur sedangkan di beberapa negeri lain, ia tidak begitu. Jadi kita ubah bila lihat nilai ambang mengikut negeri yang mana kita ada pemberatnya ialah penduduk negeri bahagi dengan jumlah penduduk negara. Ia bermakna kita ada nilai ambang negeri masing-masing.Dalam kita berhadapan dengan krisis, tiada undang-undang yang dipahatkan secara kekal maksudnya kita kena bersedia untuk adakan dinamikanya, kita bersedia untuk buat perubahan. Kalau dulu kita buat vaksin, kena beri di pusat pemberian vaksin (PPV) kemudian kita perkenalkan PPV pandu lalu dan kita buat pula sistem pemberian vaksin bergerak pergi ke kampung-kampung. Saya tahu di kampung adik-beradik saya, dia dapat vaksin sebab pemberian vaksin dari rumah ke rumah. Jadi kita ada dinamik perubahan-perubahan polisi.- Wajarkah individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin diberikan kelonggaran atau keistimewaan?Sekarang sudah ada perbincangan mengenainya. Kalau kita mahu longgarkan ia mesti didasari kepada beberapa faktor. Pertama, mereka bukan lagi terdedah kepada permasalahan Covid. Kedua, ia bertujuan untuk memberi satu suntikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jadi kalau kita ada beberapa juta rakyat yang lengkap terima dua dos, pada pandangan saya kita benarkan tapi mestilah ada kaedah-kaedah kawalannya, bukanlah untuk bersuka ria pergi ke kelab malam dan sebagainya. Setidak-tidaknya mereka boleh pergi bekerja.Kita kena ingat bila mereka bergerak, mereka berbelanja. Jadi bagi saya wajar dipertimbangkan atas tujuan untuk memastikan ekonomi negara dapat dipertingkatkan.ANEKDOTCuba hobi baharu di rumahWaktu pandemik ini saya akui kita banyak habiskan masa di rumah kerana kalau yang bekerja pun, terpaksa bekerja dari rumah termasuklah saya. Sebab banyak masa di rumah, ramai yang ada hobi baharu seperti tanam pokok, saya cuba juga. Baru-baru ini saya tanam pokok betik. Selain itu, saya juga curi masa untuk bersenam setiap kali waktu lapang. Saya juga banyak membaca dan khatam al-Quran.Anggap tugas fardu kifayahBagi saya tugas sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) adalah satu amanah yang sebenarnya fardu kifayah di atas bahu saya. Kebetulan sekarang berlaku masalah ekonomi dan saya tunaikan tanggungjawab. Di EAC, pertemuan atau mesyuarat dilakukan di pelbagai sektor. Kebelakangan ini hampir 400 mesyuarat saya pengerusikan.Di EAC juga saya bekerja rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad. Kita bertemu dengan semua lapisan masyarakat di semua sektor perniagaan. Hari ini (Jumaat) saya berbincang dengan persatuan juruterbang dan kru kabin lapangan terbang. Pada masa sama saya banyak belajar kerana sebelum ini kita tak tahu bagaimana keadaan sebenar mereka. Bila ada pertemuam seperti ini saya tahu banyak perkara misalnya makanan anak ikan kita import. Semua ini membantu dalam pengurusan krisis pandemik sekarang.PROFIL:Nama: Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan GhazaliJawatan: Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan EkonomiPengalaman:-Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (2014-2018)- Felo Sekolah Kerajaan Kennedy, Universiti Harvard, AS- Penerima fellowship Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh (RCSEd)- Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (2015-2019)- Ahli Jawatankuasa Majlis Perancangan Pembangunan Nasional (2014-sekarang)Pencapaian:- Dianugerahkan Profesor Ekonomi Kehormat oleh Universiti Cyberjaya- Penerima Anugerah Perkhidmatan Awam Terhormat 2020", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Julai 2021 10:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/149470/berita/wawancara/bagaimana-balak-dikeluarkan-tanpa-disedari-jabatan-hutan", "article_title": "Bagaimana balak dikeluarkan tanpa disedari Jabatan Hutan", "article_text": "PERTUBUHAN Pelindung Khazanah Malaysia (Peka) menganggap penerokaan hutan simpan oleh pekebun durian haram di Raub, Pahang sejak berpuluh-puluh tahun lalu sebagai fenomena yang pelik.\u201cBagaimana tiada satu pun agensi kerajaan yang mengesan perkara itu berlaku sedangkan tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli?\u201d kata Naib Pengerusi 1 Peka, Saha Deva dalam temu bual bersama Sinar Harian.Menurutnya, langkah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian yang telah matang pastinya akan menimbulkan isu alam sekitar kerana pokok hutan mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar.Dalam temu bual ini, Saha Deva turut memberitahu wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin mengenai pentingnya kebun durian haram di Raub dikembalikan statusnya sebagai hutan simpan kekal.SINAR HARIAN: Bagaimana anda melihat isu pencerobohan hutan di Raub khususnya Hutan Simpan Kekal Batu Talam?SAHA DEVA: Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ia merupakan kawasan hutan simpanan. Tetapi yang peliknya perkara ini boleh berlaku. Terdapat pembukaan hutan tetapi pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) seolah-olah tiada pengetahuan tentang perkara ini.Agensi kerajaan negeri yang lain juga tidak tahu bagaimana ia berlaku. Macam mana pokok-pokok boleh ditebang, balak-balak dibawa keluar tanpa pengetahuan sesiapa (semasa kawasan itu mula dibuka)?Kemudian, saya rasa ada pokok durian yang hampir 40 tahun ditanam di sana dan hasilnya telah diambil dari tahun ke tahun.Jadi bagaimana tiada satu pun agensi kerajaan dapat mengesannya Tentunya terdapat pengeluaran hasil dan transaksi jual beli.Itu juga menjadi satu tanda tanya. Isu itu perlu disiasat khususnya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Selain itu, setelah perkara ini lama dibiarkan, sekarang tiba-tiba kerajaan negeri hendak mengambil tindakan. Tindakan itu pula menimbulkan banyak persoalan. Mengapa kerajaan negeri begitu terdesak hendak menebang pokok durian tersebut?Saya tidak faham apa perlunya kerajaan negeri menebang pokok-pokok itu dalam keadaan kita ingin menyelamatkan dan menanam pokok?ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan18 pekebun durian musang king direman dua hariMusang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamahAdakah langkah menebang pokok durian itu akan memberi kesan kepada tanah di kawasan berkenaan?Bagi kami, setiap pokok yang tumbuh adalah penting kepada alam sekitar. Setiap pokok itu ada fungsinya sendiri dalam memastikan kelestarian alam.Paling penting, apakah tujuan menebang pokok itu. Tujuannya tentulah untuk menghentikan pencerobohan.Namun, mereka sepatutnya mengambil tindakan ke atas penceroboh, bukan terhadap pokok yang telah ditanam. Pokok durian adalah spesies endemik di Pahang.Ia boleh dibiarkan dan kawasan sekitarnya dapat dipulihkan dengan penanaman semula dan sebagainya. Tentunya dengan menebang pokok-pokok yang sedia, ada kesan-kesannya pada alam sekitar.Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan perkara ini tidak berulang?Cara yang terbaik adalah pihak JPNP menjalankan tugas berlandaskan undang-undang. Akta perhutanan di negara kita sudah menyatakan bagaimana hutan-hutan ini perlu dikawal, cara mengambil hasil hutan dan sebagainya.Satu lagi cara ialah mereka meningkatkan keberkesanan penugasan mengawal kawasan hutan dengan sektor-sektor seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menjalankan kerja-kerja pemantauan.Bagi membolehkan aktiviti melindungi hutan secara berkesan bersama pihak awam, pihak berkuasa perlu telus memberikan maklumat dan data-data mengenai hutan. Ia penting bagi kita untuk mengenal pasti dengan tepat kawasan yang perlu dilindungi.Salah satu cara untuk mewujudkan situasi menang-menang ialah kerajaan mengeluarkan lesen pendudukan sementara kepada peneroka tanah. Apa pandangan anda mengenainya?Bagi pihak Peka, jika tanah itu adalah hutan simpan kekal, maka cadangan itu tidak seharusnya dibenarkan khususnya jika pekebun-pekebun itu menceroboh masuk. Kawasan hutan simpan perlu dikembalikan kepada keadaan asalnya dan usaha-usaha untuk menanam semula perlu dilakukan.Tetapi jika kerajaan negeri bersedia untuk memberi atau mewartakan satu kawasan hutan lain sebagai hutan simpan kekal bagi menggantikan kawasan terbabit, mereka boleh mengambil tindakan yang perlu seperti memberi lesen sementara (TOL) dan sebagainya.Namun, jika hutan itu pada asalnya adalah hutan simpan yang telah diceroboh, ini (TOL) bukannya satu pilihan.Pada pandangan anda, apakah faktor pekebun-pekebun haram ini berani menceroboh tanah kerajaan?Mungkin sebab mereka tahu mereka boleh terlepas daripada penguatkuasaan.Yang keduanya, mungkin mereka tahu bahawa pengurusan hutan tidak teratur dan akan mengambil masa sebelum pihak berkuasa mengesan atau mengetahui kawasan itu telah diceroboh oleh pekebun-pekebun haram.Gambar hiasanSemua ini andaian, melainkan jika pihak SPRM menyiasat secara mendalam. Hanya selepas siasatan sebegitu barulah kita dapat tahu mengapa perkara ini berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratusApakah tindakan Peka sendiri dalam menangani isu seperti ini?Pihak Peka akan tetap melobi supaya kawasan tersebut jika dikembalikan kepada kerajaan negeri, akan dikekalkan atau dibaik pulih sebagai hutan simpan kekal.Memang itu saranan kita kepada kerajaan, bukannya mengambil alih dusun tersebut, kemudian menukar statusnya kepada hutan hasil atau kebun.Itu tidak boleh. Jika kerajaan negeri mengambilnya kembali, kerajaan perlu memulihkannya sebagai hutan simpan. Mereka tidak boleh ambil hasilnya, atau menjualnya kepada syarikat tertentu.Apakan saranan anda supaya kerajaan boleh pulihkan status hutan simpan kekal tersebut?Mereka boleh mengenakan denda terhadap pemilik dusun yang telah menceroboh dan hasil durian itu boleh digunakan untuk membaik pulih hutan itu sendiri.Terdapat juga pihak-pihak yang ingin memberikan bantuan kewangan bagi tujuan memulihkan hutan, jadi kerajaan boleh mengambil peluang itu untuk mendapatkan bantuan dari luar negara dan syarikat-syarikat dalam negara.Selain itu, kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai kawasan untuk penyelidikan seperti hutan di Costa Rica di mana orang membayar untuk datang membuat kajian di situ.Dana-dana ini kemudian digunakan untuk membaik pulih kawasan hutan di sana.Sekiranya aktiviti pencerobohan hutan ini dibiarkan berlarutan, apakah kesannya kepada negara pada masa akan datang?Malaysia telah membuat banyak komitmen seperti memberi aku janji untuk mengekalkan jumlah minimum hutan. Kalau aktiviti pencerobohan ini masih dibenarkan, kita tidak akan dapat menunaikan aku janji tersebut.Kita sendiri sedia maklum bahawa hutan-hutan kita ini mempunyai pengaruh terhadap perubahan iklim.Jika perkara ini berlarutan, kita akan menghadapi masalah secara langsung akibat perubahan iklim tersebut. Ini khususnya isu air sebab dengan hilangnya hutan, sumber air kita akan berkurangan.Perkara ini terutamanya berlaku apabila pembukaan hutan secara kaedah \u2018cuci mangkuk\u2019, yang menyebabkan tanah di situ berubah dan tidak dapat mengekalkan kandungan airnya.Ia akan membawa kesan kepada bukan sahaja penduduk negeri itu, tetapi seluruh Malaysia.Kesan perubahan iklim ini tidak terhad di sempadan setiap negeri sahaja. Satu Malaysia malah satu dunia akan merasainya.Selain itu, apabila kebun-kebun ini dibuka mereka menggunakan baja, racun serangga dan sebagainya. Kesemua ini juga boleh masuk ke dalam sungai. Sungai akan tercemar akibat aktiviti perladangan di kawasan hutan khususnya jika kawasan hutan tersebut adalah kawasan tadahan air. Memang kesannya buruk.Sebarang penukaran status tanah daripada hutan kepada ladang perlu mengambil kira semua perkara ini.ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar pencerobohan tanah kerajaan seluruh Malaysia'Sambut baik siasatan SPRM'", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Julai 2021 07:15am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/149339/berita/wawancara/lsquolaut-china-selatan-sebagai-lautan-persahabatanrsquo", "article_title": "\u2018Laut China Selatan sebagai lautan persahabatan\u2019", "article_text": "[MUKADIMAH] Menelusuri lipatan sejarah yang terjalin antara China dan Malaysia, tidak semuanya indah namun hubungan kedua-dua negara terus berkembang positif dan erat masih sehingga ke hari ini. Buktinya baru-baru ini China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-47 jalinan hubungan diplomatik.Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi antaranya isu tuntutan di Laut China Selatan yang tidak berkesudahan dan pencerobohan ruang udara Malaysia oleh pesawat milik China yang mencetuskan ketegangan, kedua-dua negara tetap mampu bekerjasama di saat sukar.Pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia telah menyaksikan keakraban hubungan antara Malaysia dan China apabila Malaysia menjadi antara penerima awal bantuan vaksin yang dibekalkan China.Ikuti temuramah Sinar Harian bersama Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing yang berkongsi pandangan tentang pandemik Covid-19, hubungan dua hala Malaysia-China, isu Laut China Selatan dan keistimewaan Malaysia daripada kacamata beliau sendiri.Ouyang YujingSINAR HARIAN: Seluruh dunia masih berperang dengan pandemik Covid-19. Boleh anda kongsikan bagaimana keadaan terkini di China?Ouyang Yujing: Ekonomi China bermula baik pada tahun ini apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat rekod sebanyak 18.3 peratus pada suku pertama. Industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik misalnya menyaksikan sejumlah 230 juta perjalanan domestik ketika cuti lima hari Hari Pekerja sekali gus merekodkan pendapatan pelancongan bernilai 113.23 bilion yuan (RM72.78 bilion) melebihi jumlah sebelum pandemik, berdasarkan perbandingan.Namun China turut tidak terkecuali daripada tempias pandemik global ini. Kes import Covid-19 telah menyebabkan penyebaran jangkitan di beberapa wilayah di China. Mujur dengan tindakan pantas dan efektif, penyebaran virus tersebut dapat dikawal dengan cepat. Sebagai contoh, wilayah Guangdong dengan segera melancarkan ujian asid nukleik berskala besar selepas wabak dikesan.Lebih 53 juta ujian dijalankan dalam tempoh lebih 10 hari manakala bandar Guangzhou (ibu negeri wilayah Guangdong) menjalankan lebih 18 juta ujian dalam masa hanya tiga hari.Pengesanan kes dijangkiti tepat pada waktunya di samping rawatan dan kuarantin membantu mengekang penyebaran virus. Situasi pandemik Covid-19 di Guangdong kini terkawal.Ini sekali lagi membuktikan tiada negara atau individu mampu bertahan bersendirian apabila berdepan Covid-19. China akan terus bekerjasama dengan negara lain, berusaha tanpa henti sehingga menemui kejayaan menentang Covid-19.- Apakah pandangan anda berkenaan langkah pencegahan dan pengawalan Covid-19 di Malaysia?Sejak meletusnya pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia dan rakyat pelbagai lapisan bersatu-padu, mengambil langkah bagi memerangi pandemik, memulihkan ekonomi dan melindungi kehidupan orang ramai yang mana semuanya telah membuahkan hasil positif dan wajar diberi pujian. Saya berharap dan percaya menerusi usaha semua pihak, Malaysia akan berjaya menentang pandemik dan kembali kepada kehidupan normal.Dalam proses menangani pandemik Covid-19, China dan Malaysia membekalkan bantuan perubatan, berkongsi pengalaman anti-pandemik antara satu sama lain dan bekerjasama secara komprehensif dalam pemerolehan vaksin, penyelidikan dan pembangunan, ujian klinikal dan pembuatan.Saya dan rakan sejawat akan meneruskan usahasama anti-pandemik China-Malaysia bagi membantu negara ini menentang pandemik Covid-19. Pada akhir Jun 2021, sebanyak 16 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 dari China telah tiba di Malaysia.Ouyang Yujing (empat dari kiri) dalam satu lawatan ke pejabat Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Baru-baru ini Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-47 jalinan hubungan diplomatik, bagaimana anda menggambarkan hubungan antara dua negara ini sekarang?China dan Malaysia merupakan jiran, saudara dan rakan dengan persahabatan baik. Kisah tujuh pengembaraan Laksamana Zheng He yang telah melawat Melaka sebanyak lima kali amat popular dalam kalangan rakyat China dan Malaysia, menunjukkan persahabatan akrab antara kedua-dua buah negara.Selepas penubuhan Republik Rakyat China, Malaysia yang terawal menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, menjadi salah satu negara Asean berbuat demikian dan membuka lembaran baharu dalam hubungan mesra dua negara.Selama 47 tahun menempuhi pelbagai perubahan dan turun naik dalam sejarah, hubungan China-Malaysia sentiasa berkembang baik dan stabil. Kedua-dua negara menikmati kepercayaan politik, kerjasama rapat yang bermanfaat serta persefahaman dan pertalian yang mendalam.Kerjasama di bawah Belt and Road Initiative misalnya telah mendatangkan hasil lumayan. Dalam landskap semasa antarabangsa yang kompleks, terutama dalam menangani pandemik Covid-19, China dan Malaysia menyokong satu sama lain dalam apa jua keadaan, ini semakin menyemarakkan persahabatan tradisi dan menunjukkan daya tahan kuat dan semangat dalam kerjasama dua hala.Kami berbangga mengatakan hubungan China-Malaysia telah bertahan sekian lama dan akan terus makmur. Saya menantikan perkembangan hubungan mesra China-Malaysia dengan penuh keyakinan.Pada akhir Jun 2021, sejumlah 16 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 dari China telah tiba di Malaysia, termasuk 8.42 juta dos vaksin siap dan 4800 liter vaksin siap diisi (bersamaan dengan kira-kira 7.6 juta dos). Di antaranya, tujuh juta dos vaksin siap dan 1400 liter vaksin siap diisi (bersamaan dengan kira-kira 2.2 juta dos) telah tiba pada sepanjang Jun lalu.Pada separuh kedua tahun 2021, China akan memberikan vaksin sebanyak mungkin sesuai dengan permintaan Malaysia.- China dan Malaysia merupakan rakan rapat dalam hubungan ekonomi, adakah terdapat sebarang isu dihadapi kedua-dua negara berikutan pandemik Covid-19 dan adakah China akan membangunkan lebih banyak projek pelaburan di masa akan datang?Di sebalik kesan pandemik Covid-19, tekanan terhadap ekonomi global, kebangkitan fahaman perlindungan perdagangan dan beberapa faktor lain yang tidak menyenangkan, China dan Malaysia terus bekerjasama rapat bagi mencapai pertumbuhan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.Pada tahun 2020, jumlah perdagangan dua hala antara China dan Malaysia sekali lagi melepasi aras AS$100 bilion (RM 415.34 bilion) untuk mencapai paras tertinggi AS$131.16 bilion (RM 544.76 bilion) yang merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.7 peratus.China juga kekal rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 12 tahun berturutturut dan Malaysia pula adalah rakan perdagangan kesembilan terbesar untuk China. Setakat tahun lalu, pelaburan China di Malaysia berjumlah AS$17.26 bilion (RM 71.69 billion) dan China kekal sebagai sumber pelaburan langsung asing terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia selama lima tahun berturut-turut.Projek besar termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Two Countries, Twin Parks dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) turut berjalan lancar.Skop pelaburan juga semakin pelbagai merangkumi taman-taman industri, infrastruktur, pembuatan peralatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan ekonomi digital. Syarikat-syarikat China di Malaysia memainkan peranan aktif dalam perkembangan ekonomi dan sosial Malaysia. Kebanyakan syarikat pembuatan China di Malaysia memusatkan pengeluaran di sini sementara mengeksport barangan ke pasaran luar negara tanpa memberikan tekanan negatif kepada syarikat Malaysia yang serupa.Mereka mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan menambah jumlah rizab asing di Malaysia. Ambil Alliance Steel sebagai contoh, mereka melabur dan membina kilang keluli di Pahang dan menggaji lebih 2,000 pekerja tempatan. Ia mengeksport lebih 2.4 juta tan keluli berkualiti setiap tahun, menambah nilai eksport AS$1.3 bilion (RM 5.40 billion) untuk Malaysia, menggandakan keseluruhan hasil Pelabuhan Kuantan dan menjadi enjin pembangunan penting kepada ekonomi tempatan.Dalam bidang teknologi tinggi, syarikat-syarikat China turut memanfaatkan kelebihan untuk berintegrasi ke dalam strategi pembangunan nasional Malaysia terutama dalam ekonomi digital.Sebagai contoh, sejak Kumpulan Alibaba dan kerajaan Malaysia melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada tahun 2017, Alibaba Cloud, tulang belakang kepintaran teknologi digital Kumpulan Alibaba mengumumkan pada Jun 2021 akan melancarkan Alibaba Cloud Innovation Center di Kuala Lumpur. Ini merupakan pusat inovasi antarabangsa pertama terletak di luar China, ia bertujuan menyediakan persekitaran kondusif untuk startup dan memupuk bakat tempatan, mempersiapkan mereka untuk masa depan digital.Sebagai hub penting Maritime Silk Road abad ke-21, Malaysia memiliki lokasi geografi dan persekitaran peniagaan yang baik. Ia adalah destinasi ideal untuk pelaburan. Saya percaya perniagaan China akan terus mencipta perkembangan hebat di sini. Dalam era pasca-pandemik, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pembinaan infrastruktur, ekonomi digital, pembuatan dan pertanian moden.China menggalakkan perusahaannya melabur di Malaysia mengikut peraturan pasaran dan dasar komersial bagi mencapai manfaat bersama dan situasi menang-menang.Ouyang Yujing dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.- Adakah anda melihat adanya solusi berhubung isu Laut China Selatan tanpa menjejaskan persahabatan kedua-dua negara?Walaupun China dan Malaysia berbeza posisi berhubung isu Laut China Selatan, kerajaan kedua-dua belah pihak bertindak menyelesaikan peselisihan dan menguruskan perbezaan menerusi dialog dan rundingan dengan niat baik dan ikhlas.Kita mengekalkan hala tuju kerjasama baik, membuat sumbangan positif bagi mempromosi keamanan serantau, stabiliti dan kemajuan. Keamanan dan stabiliti di Laut China Selatan merupakan kepentingan bersama China dan Malaysia.Saya percaya jalan terbaik menyelesaikan perselisihan adalah menerusi rundingan oleh negara-negara yang terlibat secara langsung dan kunci menguruskan perbezaan adalah menerusi mekanisme rule-of-law yang efektif.China akan terus mempertingkatkan dialog dan rundingan bersama Malaysia selain komited dengan implimentasi Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dan berusaha mempercepat rundingan berhubung penyempurnaan Tatakelakuan Pihak-pihak di Laut China Selatan (COC).Selain itu, saya juga percaya kita perlu menjalankan pembangunan bersama dan pada masa sama mengenepikan perbalahan. Ini adalah cara praktikal dalam memajukan kerjasama.China bersedia mempertingkatkan kerjasama maritim pragmatik dan mempromosi pembangunan bersama dengan Malaysia. Saya berharap menerusi usahasama antara kedua-dua buah negara, kita boleh menjadikan Laut China Selatan sebagai lautan keamanan, persahabatan dan kerjasama.Pengalaman enam bulan di Malaysia- Sejak menjadi Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia pada Disember 2020, apakah cabaran terbesar yang pernah anda hadapi?Dalam tempoh enam bulan sejak menyandang jawatan Duta Besar China ke Malaysia, saya banyak bergaul dengan rakan-rakan Malaysia daripada kerajaan, Parlimen, parti politik, media, kumpulan pemikir dan komuniti tempatan. Saya amat kagum dengan semangat dan aspirasi mereka untuk mempromosi hubungan China-Malaysia.Namun, disebabkan pandemik kita tiada pilihan selain menekan butang \u2018pause\u2019 dalam interaksi luar talian dan ini menimbulkan cabaran besar kepada kerja-kerja kami.Dalam pada itu, kita turut menyaksikan normal baharu telah mencetuskan kerjasama dalam bidang baharu antara kedua-dua buah negara termasuk e-perniagaan, ekonomi internet dan ekonomi digital.Peranan industri baharu dalam memacu penggunaan dan pelaburan semakin meningkat. Kedua-dua buah negara telah melaksanakan banyak aktiviti maya merentasi pelbagai sektor dan di semua peringkat.Selagi kedua-dua belah pihak mengekalkan komunikasi dan kerjasama, kita mampu menukar cabaran menjadi peluang, mencipta lebih banyak kemungkinan untuk perkembangan hubungan China-Malaysia.- Sepanjang berada di Malaysia, apa satu perkara yang anda rasakan unik tentang negara ini?Slogan, \u2018Malaysia, Truly Asia\u2019 amat terkenal seluruh dunia. Malaysia adalah negara berbilang kaum di mana rakyatnya hidup bersatu penuh harmoni. Penyatuan antara Melayu, Cina dan India melahirkan kebudayaan Malaysia yang cukup unik.Saya telah merasai pengalaman Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Thaipusam di Malaysia. Melihat rakyat berbeza etnik mematuhi peraturan pandemik dan pada masa sama cuba mencipta suasana keramaian, membuatkan saya merasai semangat postif, optimistik dan harmoni serta turut meningkatkan kefahaman saya tentang perbezaan budaya di Malaysia.Terdapat banyak persamaan antara budaya negara China yang mempunyai 56 kumpulan etnik dengan Malaysia. Kedua-dua negara mendukung nilai seperti keharmonian, tolak ansur dan keramahan.Rakyat kedua-dua buah negara boleh menerokai lebih banyak pertukaran dan interaksi bagi memantapkan pembelajaran kebudayaan secara bersama dan meningkatkan hubungan antara sesama insan.Saya juga berharap dapat melawat seluruh Malaysia selepas pandemik ini dapat dibendung untuk melihat pemandangan tropika indah, menikmati juadah tempatan yang enak dan merasai pengalaman kepelbagaian budaya yang unik.", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Julai 2021 11:00am"} +{"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/148974/berita/wawancara/umno-patut-bercerai-daripada-bersatu", "article_title": "UMNO patut bercerai daripada Bersatu", "article_text": "[WAWANCARA] MENGGALAS tanggungjawab sebagai wakil rakyat sejak hampir enam dekad lalu menjadikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, 84, tidak asing lagi dalam arena politik negara.Selama 60 tahun terlibat dalam dunia politik, Ku Li antara pemimpin UMNO yang disegani ramai dan merupakan ahli paling lama berkhidmat di Parlimen Malaysia.Veteran UMNO itu ketika tampil dalam program \u2018Bersama Ku Li\u2019 anjuran Sinar Harian pada Rabu secara terbuka mengakui UMNO perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mengukuhkan kedudukan sebagai parti yang kuat.Ikuti kupasan lanjut Ku Li berhubung beberapa isu hangat semasa menjadi tetamu program yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.JOHAN: Kalaulah Tengku menjadi perdana menteri pada hari ini, apa keutamaan Tengku untuk menangani isu ekonomi dan pandemik Covid-19?TENGKU RAZALEIGH: Apa juga kita fikir mesti berkisar di atas kehidupan rakyat. Kehidupan rakyat masa sekarang mereka yang akan mengikuti kita. Itu yang penting.- Apa pandangan Tengku tentang hashtag #kerajaangagal yang viral sekarang?Saya tidak terpengaruh tetapi saya dari kawasan pedalaman mewakili Gua Musang dan di situ tak banyak peluang pekerjaan melainkan perladangan dan kerja sambilan. Kalau meniaga pun secara kecil-kecilan. Jadi, saya memang tahu sangat perasaan orang ramai yang menghadapi masalah hidup sekarang.Gagal itu tepat sekali untuk mendefinisikan keadaan sekarang. Sebab banyak rancangan diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional, tetapi ke mana pergi duit beribu-ribu juta yang diperuntukkan untuk menolong orang yang bekerja di kedai-kedai dan orang yang meniaga kecil-kecilan di tepi jalan? Nampaknya mereka tidak dapat bantuan.Ramai yang datang berjumpa dengan saya. Hatta polis yang menjaga roadblock pernah datang berjumpa dengan saya, mereka kata elaun yang dijanjikan kepada mereka tak diberi pun. Sekarang barangkali dah dibayar, saya tak tahulah.- Apakah Tengku rasa kerajaan yang ada sekarang boleh diselamatkan?Saya rasa kerajaan sekarang ada masalah yang besar. Satunya soal keabsahan. Selagi perdana menteri walaupun dilantik secara sah oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi belum diuji di Parlimen. Seseorang perdana menteri mesti diuji sama ada dia mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen ataupun tidak. Ini kerana ia yang menentukan keabsahan kerajaan itu sendiri.- Katakan dalam situasi yang agak rumit dan kemudian mereka memerlukan seorang pemimpin baharu. Apakah Tengku percaya bahawa Tengku boleh mengambil alih tugas misalnya sebagai perdana menteri?Kalau dengar kepada banyak laporan, takut kita nak mencuba. Tetapi kalaulah itu menjadi tanggungjawab, sesiapa sahaja mesti memikulnya demi kepentingan rakyat dan negara.- Tengku dari awal tak bersetuju cara pengisytiharan darurat ini?Ya, saya sependapat dengan yang lain-lain kerana saya rasa tidak perlu. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan patut digunakan hanya keadaan keselamatan terancam, kedudukan ekonomi tergugat dan kebajikan rakyat serta cara hidup rakyat diusik. Kita mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengendalikan ini. Bahkan sepanjang pemerintahan darurat ini diperkenalkan, tak pun sekali undang-undang darurat ini diguna khusus untuk memerangi Covid-19. Kita menggunakan undang-undang yang ada.- Tengku dalam berpolitik sudah lebih 60 tahun. Pernahkah Tengku merasakan situasi yang sebegini genting?Tak pernah. Masa saya sekolah dulu kalau ada gangguan kesihatan ialah taun. Satu lagi batuk kering dan demam malaria. Tetapi ini (Covid-19) luar biasa. Ini ujian Tuhan kepada kita. Nak suruh kita insaf barangkali, supaya kita berjaga-jaga dan kena cermat dalam soal hidup kita. Barangkali inilah ujian paling sukar. Kita rasa tapi kita tak dapat melihat. Macam mana kita nak berperang dengan musuh yang tak dapat kita lihat dan boleh dijangkiti pada bila-bila masa sahaja.- Tengku ada sebutkan bahawa salah satu punca kita tak dapat kawal wabak ini adalah kerana rancangan tidak teratur dan tidak mencapai sasaran sepatutnya. Boleh Tengku terangkan?Seperti yang saya sebut tadi, soal rancangan nak bantu orang yang bekerja di kedai-kedai supaya syarikat itu menggaji mereka dengan sedikit bantuan daripada kerajaan agar mereka ini tidak dibuang kerja. Ini nampaknya tidak teratur, tidak ada ketentuan. Yang dikatakan perkhidmatan perlu patutnya dikawal, tetapi ada juga perkhidmatan perlu yang tak dibenarkan beroperasi langsung.Umpama anak-anak sekolah sekarang menggunakan internet untuk belajar secara atas talian. Tetapi ada yang tidak boleh mengikutinya dengan baik disebabkan komputer rosak. Tidak ada kedai-kedai baiki yang buka kerana mereka ini bukan perkhidmatan perlu. Saya rasa benda-benda ini perlu difikir.Nampaknya pandemik Covid-19 ini telah mendemokrasikan kesusahan, maksudnya semua orang menderita.Tengku Razaleigh (kanan) dan Johan pada program \u2018Bersama Ku Li\u2019 anjuran Sinar Harian Rabu lalu.- Saya nak minta komen Tengku sedikit tentang mereka yang tinggal di bandar ada yang terjejas terus. Bagaimana pula di Gua Musang?Saya diberitahu ada keluarga yang makan hanya tiga hari sekali kerana tidak ada wang yang disimpan untuk keadaan darurat seperti sekarang. Ada juga antara mereka menjimatkan wang sebab nak membiayai perbelanjaan anak dan sebagainya, anak-anak yang kecil. Mereka pun tidak pasti bila rezeki nak datang kerana kerjanya memotong getah, kait kelapa sawit dan kerja sambilan kalau ada.- Apa komen Tengku tentang gerakan netizen yang menggalakkan individu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan meletakkan bendera putih di hadapan rumah mereka?Tidak ada undang-undang yang melarang individu menaikkan bendera putih atau sebaliknya. Tafsiran itu terpulang kepada orang. Barangkali dia naikkan bendera putih untuk tarik perhatian orang ramai bahawa dia perlu pertolongan. Jadi, saya rasa tidak ada salahnya dan saya rasa patut kita galak supaya kita dapat tahu orang yang tak dapat bantuan langsung.- Satu lagi perkara yang dibangkitkan orang ramai ialah mengenai kepercayaan defisit. Nampaknya ada ketidakyakinan rakyat kepada kerajaan. Apa komen Tengku?Saya nak kritik banyak sangat takut berpolitik pula. Tetapi tidak dapat kita pisahkan daripada masalah sebab kita tengok kerajaan yang ada sekarang dibentuk secara \u2018curi\u2019 untuk menggenapkan bilangan supaya sahlah kerajaan yang ada.Itu pun samar-samar saja ada bilangan yang cukup. Sebenarnya belum diuji. Jadi, oleh kerana pasukan yang mereka bentuk tidaklah mempunyai persefahaman, sekarang ia bercelaru. MKN buat keputusan, orang bawah tidak tahu. Soal SOP pun satu masalah. Kalau kita tanya pekedai, mereka kata tidak seperti itu. Jadi, banyak tafsiran yang berlainan yang menyebabkan celaru dan kelirunya orang ramai. Jadi, kalaulah kita mempunyai kerajaan yang ada pasukan, mandat dan polisi yang sah, saya rasa tidak akan berbangkit hal ini.- Adakah Tengku pernah melihat pandangan orang atau penghormatan rakyat terhadap orang politik berada pada kedudukan seperti sekarang yang mana orang begitu kecewa, skeptikal atau tidak percaya kepada orang politik?Bukan setakat orang tidak percaya sahaja (tetapi ada) orang bunuh diri sekarang, putus harapan. Jadi mereka berasa tidak ada tempat mereka boleh bertanya, mendapat penjelasan atau meminta tolong seolah-olah tidak ada harapan untuk masa depan mereka. Itu sebab berlaku kes bunuh diri.Tan Sri kena fikir bukan mudah untuk orang hendak ambil nyawa (bunuh) ini. Jangan katalah orang Islam, orang Islam ini kita tidak pernah dengar bunuh melainkan ketika peperangan di Timur Tengah dan sebagainya tetapi kita tidak pernah dengar orang Islam menamatkan riwayatnya dengan mengambil nyawa sendiri. Sekarang ini berlaku.- Tengku, bagaimana Perdana Menteri hendak mengetepikan soal politik dengan majoriti tipis dan ada ancaman undi tidak percaya, jadi beliau kena bertindak sebagai orang politik?Dari segi perlembagaan, sepatutnya kalau kamu tidak ada sokongan majoriti, kamu patut berhenti, mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong dan serah surat meletak jawatan. Itu satu sumbangan yang baik. Kalau kita terus dalam keadaan sekarang, keyakinan orang dalam negara, keyakinan pelabur luar negara tidak dapat ditentukan. Mereka (takut) hendak bawa masuk duit ke sini kerana apabila tukar kepada ringgit, mereka rugi kerana ringgit kita menjunam.- Selepas 2018, tidak akan ada satu kerajaan yang mungkin mempunyai majoriti dua pertiga atau majoriti yang besar. Itu hakikat yang kita harus terima. Tengku setuju?Mungkin keadaan sudah berubah dan nampaknya saya perhatikan rakyat lebih sedar akan hak masing-masing dan ini bagus.Barangkali ini kejayaan kita merdeka, memberi kebebasan kepada rakyat menentukan sikap masing-masing berdasarkan hak mereka. Saya junjung tinggi perubahan macam ini.Tengku Razaleigh (kanan) dan Johan pada program \u2018Bersama Ku Li\u2019 anjuran Sinar Harian Rabu lalu.- Tengku pada dasarnya hardcore orang UMNO, walaupun Tengku keluar UMNO dulu dan menubuhkan parti Semangat 46 tetapi sebenarnya itu adalah parti yang cuba mengekalkan semangat UMNO lama. Apa istimewanya UMNO?Saya suka berkawan, suka bekerja berpasukan dan sebagainya. Saya boleh katakan saya menyertai UMNO kerana Tunku Abdul Rahman, Tunku yang minta saya bantu dia di Kelantan. Saya balik selepas saya belajar. Pas berkuasa di sana (Kelantan), UMNO baru kalah, hilang kuasa, jadi dia minta saya tangguh dulu untuk pergi ke England lanjut pelajaran tetapi tumpu di Kelantan, tolong dia.Jadi mulai dari situ saya terlibat dengan gerakan politik ini. Saya ini juga mempunyai kesedaran, tengok di Kelantan kalau kita keluar dari bandar Kota Bharu, kita tengok rata-rata kemiskinan dan kita tengok rakyat iaitu orang Melayu susah hidup. Walaupun orang kata orang Melayu malas, dia tidak malas, dia tanam padi di tengah panas, maknanya dia rajin.Jadi saya tertarik dengan usaha ini. Itu sebab apabila saya bertanding pilihan raya saya tidak bertanding di kawasan rumah saya di Kota Bharu, saya pilih bertanding di kawasan pedalaman, masa itu jalan raya tidak ada dan kita hanya berjalan kaki berjumpa rakyat.Saya hendak rasa kepahitan hidup yang orang kebanyakan, jadi saya cubalah. Saya juga didesak bertanding melawan Dr Mahathir kerana kita marah kepada tindakan untuk menswastakan aset milik kerajaan. Tidak apalah, boleh diswastakan kalau beri manfaat kepada rakyat dan negara tetapi nampaknya condong kepada kapitalis. Tidak semata-mata hendak menolong ikut Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menolong orang ramai.Ramai dalam UMNO desak saya apabila Tun Musa Hitam tidak sanggup hendak berdepan dengan Dr Mahathir, saya kata okey, saya cubalah. Saya menjadi calon mereka untuk hentikan perkara ini supaya tidak ada penswastaan yang meningkatkan kos kepada orang ramai dan untuk menjamin supaya tidak lari daripada dasar DEB yang Tun Abdul Razak perkenalkan selepas peristiwa berdarah 1969. Jadi itulah tujuannya.- Adakah selepas Semangat 46 dibubarkan dan Tengku kembali kepada UMNO, Tengku masih percaya kepada Dr Mahathir?Saya dan Dr Mahathir baik dari segi kawan. Saya kenal dia lebih lama dan saya tidak seteru dan tidak dengki dengan dia, tinggal lagi pandangan dia agak berlainan dengan saya dari segi politik tetapi dari segi berkawan tidak ada masalah.- Tentang kualiti pemimpin UMNO. Apakah Tengku rasa ia punca utama kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada 2018?Perpecahan. UMNO berpecah sebelum pilihan raya, banyak pemimpin yang mahukan jawatan kerana itu janji atau jaminan untuk mereka membaiki kehidupan mereka sendiri, mungkin untuk rakyat juga. Ini boleh menjahanamkan parti sebagaimana yang kita alami dalam pilihan raya lepas.Betullah ada kempen 1MDB dan sebagainya tapi saya tidak rasa itu boleh menjejaskan kita banyak sangat. Saya percaya perpecahan dalam parti yang menyebabkan UMNO tumbang.Tengoklah di Johor, Perak, Negeri Sembilan (BN tumbang) kerana perpecahan dari dalam.- Sesetengah pemimpin yang dikatakan menjadi punca kekalahan UMNO pada tahun 2018 itu tapi masih ada kedudukan dan berkuasa. Apa komen Tengku?Satunya kuasa adalah tidak boleh hendak dipisahkan. Rasa sekali hendak lagi. Tidak ramai yang boleh meninggalkan kuasa begitu sahaja. Macam di Amerika Syarikat itu, Donald Trump sudah kalah sebagai presiden tetapi sekarang tengah bersedia untuk bertanding lagi sekali kerana dia dah berasa menjadi presiden di Rumah Putih itu.Jadi ini barangkali terjadi di mana-mana sekali pun tetapi saya rasa kita boleh halang benda ini berulang atau berlaku dengan cara mengadakan undang-undang.Undang-undang yang boleh tidak melayakkan orang yang mati-matian hendak pegang kuasa bukan dengan tujuan hendak membantu negara ataupun rakyat tetapi dengan tujuan hendak membaiki diri dan kepentingan diri ini tidak boleh masuk dalam kamus politik sebenarnya.- Selepas Perhimpunan Agung (PAU) 2020, Tengku ada buat kenyataan mengatakan bahawa sepatutnya menteri, timbalan menteri dan mereka dalam GLC dari UMNO harus letak jawatan tetapi nampaknya tidak berlaku.Awal-awal lagi saya tidak bersetuju. Saya tidak setuju UMNO membantu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan kerajaan.Saya sudah beritahu kepada pimpinan UMNO dan bahkan saya sudah beritahu kepada ahli Parlimen tetapi ramai orang yang tidak sependapat dengan saya.Tetapi saya rasa apabila kita berbuat demikian maka kita sudah turunkan darjat. Kita parti terbesar, parti tertua dalam negara, orang pandang tinggi kepada kita. Kita ini bukan parti lagi, kita ini institusi politik.Tetapi itu semua hilang daripada pemikiran rakyat apabila kita bersetuju menjadi second feeder. Saya rasa kita patut bercerai (daripada Bersatu) dan itulah kehendak akar umbi sebagaimana yang dikemukakan dalam PAU2020 dan dalam mesyuarat bahagian.Itu suara yang dijeritkan oleh rakyat kerana mereka rasa sesuatu sudah hilang, sesuatu tidak dapat dicapai. Jadi kalau kita boleh bagi balik keyakinan kepada orang ramai.Bukan saya pandang rendah kepada Bersatu, Bersatu tidak boleh menyampaikan hasrat rakyat, ia bukan (parti) perjuangan tetapi bermula dengan pemimpin daripada orang yang kena pecat.- Apakah Tengku rasa UMNO akan kembali mendapat keyakinan rakyat?Insya-ALLAH boleh Tan Sri tetapi dia kena bercerai dengan Bersatu dan kena dirikan kedudukannya sebagai sebuah parti yang kuat, sebuah parti yang boleh diyakini oleh orang dan tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh buat.Sudah berapa tahun dari sebelum merdeka, tahun 1955 sampai ke pilihan raya yang lepas kita dapat berdiri atas kaki sendiri, kita tidak perlu kepada sokongan orang lain bukan bererti kita sombong atau megah, tidak.Maknanya kita ada kekuatan diri kita. Kita boleh bantu orang lain dan kita berharap kita boleh jadi seperti itu lagi.- Tengku ada sebarang kekesalan masuk dalam politik?Saya tidak ada kekesalan dalam politik. Adalah tapi buat apa saya hendak kongsi. Saya punya pesanan, kita kena bersabarlah hadapi Covid-19 ini dan kita semua kena bagi kerjasama kerana ini perjuangan, bukan perjuangan kerajaan semata-mata, ini perjuangan kita bersama.Tuhan hendak uji setiap daripada kita. Kalau kita bersabar dan hadapinya bersama dengan pelbagai ikhtiar yang berkesan, insya-ALLAH kita akan dapat atasinya.", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Julai 2021 10:00am"} +{"author_name": "NAZRIN ZULKAFLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/148114/berita/wawancara/mendepani-krisis-covid-19-di-selangor", "article_title": "Mendepani krisis Covid-19 di Selangor", "article_text": "[MUKADIMAH] Selangor menjadi antara penyumbang kes positif Covid-19 harian terbanyak dan pastinya ia bukan perkembangan yang baik buat sistem kesihatan negara.Selepas Sekatan Pergerakan Penuh berakhir pada 28 Jun lalu, negara kini memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 29 Jun lalu.Terbaharu, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu di Selangor dan lokaliti tertentu di Kuala Lumpur.Sudah pasti apa yang diharapkan daripada pelaksanaan ini ialah penurunan kes yang boleh memberi implikasi bagi melandaikan lekuk kes Covid-19 di Malaysia lebih-lebih lagi dua negeri ini antara penyumbang terbesar kes harian.Bagi mendapatkan gambaran jelas dan tindakan daripada kerajaan Selangor, The Star berpeluang menemubual Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. Ikuti terjemahan wawancara tersebut.SOALAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini telah dilanjutkan untuk dua minggu lagi sebagai inisiatif Pelan Pemulihan Negara. Apa pendapat Datuk Seri?AMIRUDIN: Kita kini beralih kepada PKPD selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menutup hampir keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor bermula 3 Julai.Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi saya. Melihat usaha sebelum ini yang gagal mencapai objektif untuk membendung penyebaran Covid-19 dengan peningkatan kes harian sehingga 5,000 ke 6,000. Selepas sebulan PKP, kita hanya berjaya mengurangkan kes Covid-19 negara kepada 33 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan 9,020 pada 29 Mei.Melihatkan kepada kes harian semasa, kita memerlukan tempoh berbulan-bulan lagi untuk meratakan lengkuk Covid-19. Objektif utama PKPD adalah untuk memberi ruang kepada hospital agar kita kembali mempunyai jumlah katil, fasiliti dan petugas perubatan yang mencukupi untuk merawat pesakit Covid-19.Keadaan semasa membuatkan kita perlu menggabungkan pendekatan yang telah dikaji dan diuji dalam memerangi penyebaran virus ini. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dengan jelas membuktikan pendekatan Cari, Uji, Kesan, Isolasi dan Sokong (FTTIS) berupaya membendung penyebaran ini.Selangor kekal menjadi penyebab (epicentre) dalam peningkatan jumlah kes positif Covid 19. Sejujurnya, saya sedih melihat Selangor berterusan mencapai angka kes positif harian tertinggi.Selangor mempunyai populasi terbesar berbanding negeri-negeri lain dengan sekurang-kurangnya 6.57 juta penduduk berasal dari kawasan ini. Ini belum termasuk penduduk dari negeri lain yang bekerja dan menetap di sini.Bukan itu sahaja, hampir suku daripada kegiatan ekonomi negara juga berpusat di Selangor. Dengan populasi yang sangat besar ini, tidak hairan jika Selangor berterusan mencapai kes positif harian tertinggi.Maka, PKPD perlu dikuatkuasakan memandangkan terlalu banyak kegiatan ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan yang sebelum ini.Apakah cadangan Datuk Seri dalam menghadapi pandemik ini?Tidak perlu untuk toleh ke belakang lagi. Kita sudah menjalani pelbagai PKP sejak 470 hari yang lalu. Saya selalu menitikberatkan kerendahan hati dalam kepimpinan saya. Sekiranya kita membuat kesilapan, perbetulkan segera dan belajar daripada yang lebih baik.Belajarlah dengan England dan China. Kedua-duanya adalah negara pengeluar vaksin. Sekiranya mereka mahu, mereka boleh sahaja fokus untuk mengeluarkan vaksin dan hanya menggunakannya untuk penduduk mereka.Sebaliknya, England melancarkan ujian swab berskala besar yang disebut sebagai Operasi Moonshot dan menjalankan 209,341,895 ujian untuk sebuah negara yang memiliki penduduk sekitar 68 juta orang. Jumlah ini adalah tiga kali ganda berbanding penduduk mereka sendiri.Lihat juga China. Pada awal bulan lalu, saya telah membaca satu artikel mengenai bandar Guangzhou, bagaimana mereka mengawal dan menangani peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 dengan sangat pantas.Jadi, jelaslah rahsia kejayaan: uji dan vaksin. Saya sentiasa menjelaskan pendirian ini dalam semua pertemuan saya dengan agensi negeri dan persekutuan, termasuk perdana menteri dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).Pada akhirnya, kajian saintifik mempunyai pembuktian yang paling kuat dan diyakini. Saya gembira kerana rakyat Malaysia mula mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai langkah yang dilakukan.Kita menyasarkan untuk meningkatkan kadar vaksinasi kepada 135,000 dos per hari pada penghujung Julai seterusnya 165,000 pada penghujung Ogos.Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri Selangor sendiri dalam memerangi penyebaran virus ini?Kerajaan negeri Selangor sendiri telah memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang berobjektif untuk menyediakan sekurang-kurangnya 2.5 juta dos vaksin untuk 1.25 juta penduduk di Selangor.Program ini telah dilancarkan dan kami berharap dapat memperoleh kesemua bekalan vaksin secepat mungkin untuk mencapai tujuan serampang dua mata kami melalui pendekatan Komuniti SelVAX dan Industri SelVAX.Keutamaan Komuniti SelVAX adalah untuk melindungi 250,000 rakyat yang terdiri daripada golongan berisiko terutamanya penerima program kebajikan Inisiatif Peduli Rakyat, warga emas, ibu tunggal dan penerima Peduli Sihat. Kami juga akan menambah kriteria lain ke dalam senarai ini dari masa ke masa.Petugas kesihatan dari Selcare lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) semasa sedang bertugas mengambil sampel Covid-19 ketika Ujian Saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Jenjarum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 11 pada Mei lalu. - Foto BernamaIndustri SelVAX pula akan memfokuskan kepada pekerja yang mana bekalan vaksin akan dibeli oleh syarikat yang bersama-sama menjadi nadi dalam kegiatan ekonomi Selangor, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.Ini akan menghapuskan kluster tempat kerja dan membolehkan syarikat-syarikat untuk terus beroperasi sekiranya PKP dijalankan lagi pada masa hadapan seterusnya tidak merisikokan punca pendapatan penduduk yang diakibatkan oleh penutupan syarikat.Senarai ini akan dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut bersama kerajaan pusat dan Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19.Ringkasnya, tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu kerajaan pusat mempercepatkan program vaksinasi.Selain vaksinasi, apakah inisiatif yang dijalankan untuk membantu rakyat?Selangor telah mengusahakan lima pakej rangsangan sejak Mac 2020 dan itu tidak termasuk belanjawan tahunan.Usaha terbaru kami adalah Pakej Kita Selangor 2.0 yang memfokuskan bantuan kepada mereka yang akan dan paling terjejas disebabkan PKP, berdasarkan pengalaman tahun lalu.Kita telah memberikan moratorium pembayaran balik untuk penyewa rumah di bawah Skim Sewa Pintar, pengusaha HIJRAH, pinjaman pelajar untuk penerima Yayasan Selangor dan lain-lain.Selangor Advance pula adalah inisiatif yang mempunyai fokus baharu pada kali ini dengan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk memastikan syarikat-syarikat dapat mengekalkan pencairan dan mengatasi masalah aliran tunai.Selain itu, RM80 juta geran perniagaan kecil pula diperuntukkan untuk mewujudkan 8,000 usahawan baharu di Selangor.Kita juga tidak lupa dengan kepentingan ujian saringan Covid-19 dan telah memperuntukkan sebanyak 100,000 kit ujian percuma bagi membendung wabak ini.Pada masa sama, kita sedang berusaha untuk merangka belanjawan bagi tahun 2022 yang akan merangkumi lebih banyak perancangan ekonomi jangka panjang dan akan diumumkan pada akhir tahun ini.Adakah Selangor telah bersedia untuk kesan jangka masa panjang?Kita terpaksa. Secara peribadi, saya yakin kita bakal hadapi kesan jangka masa panjang. Walaupun Malaysia telah mencapai imuniti kelompok, kehidupan tidak akan kembali seperti sediakala.Ekonomi kita perlu dibina semula, jika tidak semua, sebahagian besar daripadanya. Pandemik ini telah menjejaskan keseluruhan masyarakat dan ini adalah kepentingan kerajaan menjadi lebih tangkas dan bertanggungjawab.Pesan saya kepada rakyat Selangor, kita perlu bersama dalam usaha melindungi satu sama lain dalam semangat Kita Jaga Kita. Kita pasti menang.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Julai 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/148115/berita/wawancara/kak-jah-pencetus-idea-bendera-putih", "article_title": "Kak Jah pencetus idea bendera putih", "article_text": "[MUKADIMAH] Kempen bendera putih menjadi buah mulut masyarakat apabila tanda pagar #benderaputih dan #rakyatjagarakyat telah mendapat sambutan hangat daripada warganet.Rata-rata masyarakat termasuk sebahagian ahli politik dan golongan artis turut menunjukkan sokongan padu terhadap kempen tersebut.Walaubagaimanapun, tidak semua orang mengiktiraf kempen itu, malah ada yang mendakwa kempen berkenaan mengajar masyarakat agar lebih mudah mengalah dan turut bermotifkan politik.Yang pasti, tsunami kempen bendera putih telah berjaya menjadi 'harapan' baharu kepada golongan yang memerlukan bantuan.Persoalannya, siapakah individu yang telah mencipta gerakan kreatif itu sehingga mendapat sambutan rakyat Malaysia?Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy menemubual Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan (AWAN), Nik Faizah Nik Othman atau lebih mesra dengan panggilan 'Kak Jah' yang menjadi individu pertama mencetuskan idea kempen bendera putih di media sosial pada penghujung Jun lalu.SINAR HARIAN: Boleh Nik Faizah kongsikan, bagaimana tercetusnya idea kempen bendera putih ini?NIK FAIZAH: Idea itu datang secara spontan apabila saya membaca berita tentang kes kematian bunuh diri yang semakin hari semakin meningkat. Saya berasa amat sedih dan berfikir bagaimana cara terbaik untuk menolong golongan dalam kesusahan ini. Oleh itu, tercetusnya idea untuk mengibarkan bendera putih dan mereka yang duduk berdekatan boleh bantu dengan segera.Kempen ini bukan sahaja menolong orang yang susah, malah juga golongan yang mengalami depresi. Sebenarnya, ramai orang mempunyai gangguan emosi akibat isu kewangan baik golongan B40 atau M40.Kenapa bendera putih? Kerana itu sahaja bendera yang terkecuali daripada politik dan mempunyai motifnya tersendiri. Jadi saya sangat tidak setuju apabila bendera putih dinilai sebagai simbolik kekalahan.Gambar menunjukkan hantaran pertama Nik Faizah yang tular di media sosial berkenaan kempen bendera putih pada 28 Jun lalu.Ada beberapa pihak yang kurang setuju dengan kempen bendera putih dengan mendakwa ia merupakan satu simbol kekalahan dan bermotif politik, apatah lagi Nik Faizah sendiri merupakan salah seorang pemimpin Amanah. Apa komen Nik Faizah tentang perkara ini? Rakyat Malaysia majoritinya semua tahu dan sedar niat sebenar kempen bendera putih ini. Yang menganggap ini mainan politik hanya segelintir sahaja. Mereka yang terdesak akan kibarkan bendera dan kempen ini terus mendapat sambutan, jadi ia tidak menjadi masalah untuk saya. Netizen lebih bijak memahami.Saya juga hendak menegaskan kempen ini tidak ada kena-mengena dengan propaganda politik. Jika ya, saya akan menyuruh menaikkan bendera politik dan bukan bendera putih.Bendera putih diangkat untuk memberitahu keadaan getir masyarakat yang memerlukan bantuan bukan merujuk kepada kerajaan gagal seperti didakwa.Kempen bendera putih ini tidak patut dipolitikkan kerana kita semua berada dalam keadaan yang susah dan kerana itu, kita harus bersatu untuk menangani bencana ini.Ramai turut menyokong kempen ini terutamanya warganet di media sosial. Adakah ini dapat membantu lebih banyak golongan sasaran?Saya rasa cara ini amat berkesan kerana ramai yang nak tolong tetapi tidak tahu siapa yang betul-betul memerlukan. Tidak dinafikan, banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan dalam kesusahan namun mungkin tidak menyeluruh dan secara rawak yang menyebabkan ada golongan yang tercicir.Saya percaya pihak bertanggungjawab mempunyai senarai bantuan kepada golongan yang memerlukan namun ketika ini sangat ramai orang yang susah yang sukar dikenal pasti dan tidak tersenarai dalam golongan bantuan sedia ada. Jadi dengan mengangkat bendera putih, pasukan bantuan lebih mudah untuk mengenal pasti mereka.Ada juga pihak mengatakan tak perlu kibarkan bendera putih dan hanya hubungi wakil-wakil di kawasan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan untuk melaporkan kesulitan yang dihadapi. Adakah Nik Faizah setuju dengan tindakan ini?Saya tidak setuju kerana cara itu sudah pun berjalan sebelum ini namun masih kurang efektif dan kita lihat keadaan tidak membantu. Ramai yang susah sekarang ini sampai bunuh diri mungkin kerana tidak ada tempat untuk mengadu dan sukar untuk melaporkan apa yang terjadi pada mereka.Kadangkala, lokasi juga memainkan peranan. Mereka yang berada di pedalaman sukar untuk keluar dan faktor perintah kawalan pergerakan (PKP) yang harus mengisi borang untuk ke suatu lokasi di samping sekatan jalan raya menyebabkan kesukaran untuk meminta bantuan.Setakat ini berapa ramai yang mengibarkan bendera putih yang telah dibantu oleh AWAN?Kami membantu dan mewakili seluruh negeri Kelantan. Setiap hari akan ada yang mengangkat bendera putih. Untuk minggu ini sahaja sebanyak 170 pek makanan telah diagihkan di Tiong, Lubuk, Guntong Lipat, Pengkalan Chepa, Tanah Merah, Tumpat dan Langgar.Kami bergerak dengan kerjasama NGO di mana bantuan kami agihkan ikut keperluan setempat. Tidak dinafikan, kami juga kekurangan dana di mana kami cuma siapkan bakul makanan di rumah AWAN bila ada sumbangan orang ramai. Yang bekerja pun semua sukarelawan dan masa tak menentu.Pasukan AWAN bersama Nik Faizah akan bergerak menghantar bantuan di seluruh negeri Kelantan sebaik menerima sumbangan daripada orang ramai.Oleh itu, timbul idea bendera putih ini supaya jiran tetangga juga dapat saling membantu dengan segera selain mengharapkan sumbangan NGO.Ada atau tidak golongan M40 yang turut mengibarkan bendera putih kerana memerlukan pertolongan?Semestinya ada. Di Kelantan, yang ramainya adalah yang dulu bekerja tetapi sekarang sektor mereka tidak dibenarkan beroperasi jadi untuk beberapa bulan ini mereka tidak ada sumber pendapatan.Apa perasaan Nik Faizah bila tengok kempen ini tular lalu orang awam pula membantu mereka yang dalam kesusahan?Saya tidak menyangka ia akan menjadi tular dan amat bersyukur kepada semua yang menyokong kempen ini sama ada artis, 'influencer', ahli politik dan tak lupa juga beberapa orang dari pihak kerajaan.Sepatutnya perkara inilah yang kita buat dan saya berharap selepas ini tidak ada pandangan negatif terhadap kempen ini untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.Adakah inisiatif kempen ini memudahkan lagi pemimpin atau pihak bertanggungjawab di kawasan mereka dalam mengenali golongan sasaran?Ya, saya rasa kempen ini lagi memudahkan pemimpin atau Yang Berhormat (YB) di kawasan mereka untuk membantu golongan tersebut.Apabila adanya bendera putih di rumah sebagai simbol, ia memudahkan orang ramai untuk lebih 'alert' dan merupakan cara efektif untuk mencapai sasaran.Apa pandangan atau nasihat Nik Faizah kepada golongan yang mungkin ingin mengibarkan bendera putih tetapi masih berasa was-was atau malu dengan keadaan mereka? Saya nasihatkan mereka yang malu nak angkat bendera ini untuk berfikiran positif dan tidak fikir akan tohmahan orang. Kita tengok keadaan kita, jika terdesak, kita minta sahaja bantuan. Perkara ini tidak menyalahi undang-undang dan agama. Apa salahnya mengangkat bendera putih?Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Julai 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/147938/berita/wawancara/bincang-isu-bendera-putih-bunuh-diri", "article_title": "Bincang isu bendera putih, bunuh diri", "article_text": "[WAWANCARA] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak termakan dakyah golongan antivaksin.Jelas beliau, kerajaan mahu memastikan kesihatan seluruh rakyat terpelihara dan tidak mempunyai sebarang niat lain.\u201cKalau Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, air zamzam, makan habbatus sauda, atau apa sahaja herba, silakan.\u201cTapi pastikan daftar dan hadir untuk vaksinasi. Ini ikhtiar kita dalam melawan pandemik Covid-19 yang disepakati majoriti ulama di seluruh dunia,\u201d kata beliau dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad.Zulkifli turut mengupas dua isu paling hangat di Malaysia sekarang iaitu insiden bunuh diri dan kempen bendera putih.SINAR AHAD: Akhir-akhir ini insiden bunuh diri semakin menjadi-jadi. Apakah nasihat Datuk Seri dan bagaimana kita boleh mengatasi masalah kesihatan mental ini?DR ZULKIFLI: Ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memberi sepenuh sokongan kepada pesakit mental.Antara yang boleh diusahakan adalah menambah ilmu pengetahuan berhubung kesihatan mental, memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka, tidak meminggirkan mereka sama sekali dan \u201cmengkeluargakan mereka\u201d dalam aktiviti seharian terutamanya ibadah dan hubungan sosial.Kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan mental, kami mendoakan semoga anda terus tabah dan sabar menjalani musibah yang melanda.Elakkan sebarang bisikan atau lintasan untuk melakukan perkara yang negatif. Yakinlah dengan firman-Nya:\u201cOleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.\u201d (Surah al-Syarh: 5-6)Ibn Rajab al-Hanbali meninggalkan kepada kita satu pesanan yang cukup terkesan tentang betapa pentingnya bersabar dalam menempuhi kesukaran hidup.Menurutnya: \u201cJika kesempitan itu semakin berat dan sukar, seorang hamba akan berputus asa. Demikianlah keadaan makhluk yang tidak mampu menyingkap keluar daripada kesukaran. Dan dia menggantungkan hatinya kepada Allah SWT semata-mata.\u201cInilah hakikat tawakkal kepada Allah SWT. Inilah yang menjadi sebab-sebab terbesar untuk tercapainya hajat-hajat. Ini kerana Allah SWT akan mencukupkan orang yang bertawakkal kepada-Nya.\u201cFirman Allah SWT: \u2018Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Lihat Jami\u2019 al-\u2018Ulum wa al-Hikam, 1/493).Pakar kesihatan mental dan agamawan juga perlu sentiasa duduk semeja bagi memperkukuh usaha-usaha rawatan dan pemulihan.Kaedah rawatan yang tepat daripada pakar dan pendekatan kerohanian yang sesuai daripada agamawan adalah salah satu inisiatif yang mungkin boleh difikirkan dari sudut psikospiritual Islam.Program Mus'adah telah menghulurkan bantuan bernilai lebih RM522 juta sejak Mac tahun lalu.Minggu ini timbul polemik berhubung kempen bendera putih. Ada sesetengah ahli agama berpendapat perkara itu tidak wajar dilakukan kerana ia menunjukkan umat Islam telah berputus atas. Apa pandangan Datuk Seri?Apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.Bukan masanya untuk kita bertelagah tentang boleh atau tidak mengangkat bendera.Saya tidak kata ia betul atau salah. Kita tidak perlu larut dan hanyut dengan isu sehingga tanggungjawab sebenar untuk memastikan ada makanan di setiap meja dalam rumah, terabai.Ketika negara bersungguh-sungguh menjalankan program imunisasi Covid-19, masih wujud golongan antivaksin termasuk ahli agama sendiri yang menghasut masyarakat supaya tidak mengambil vaksin. Apa komen Datuk Seri?Perbezaan pandangan sentiasa wujud selagi adanya manusia, namun apa yang penting adalah kaedah mengurus perbezaan tersebut.Saya lebih suka jika kelompok yang menolak vaksin dapat bersama-sama memahami isu vaksin ini dengan lebih berhati-hati dan terperinci berpandukan sumber yang berautoriti.Bukan hanya berpandukan blog, YouTube dan sebaran WhatsApp yang tidak diketahui sumbernya.Al-Imam al-Tabari ketika menghuraikan maksud fatabayyanu (maka kalian selidiklah!) dalam Surah al-Hujurat ayat 6 dengan menyatakan, \u201cperlahan-lahan sehingga kalian ketahui kesahihannya, jangan tergesa-gesa menerimanya.\u201dMengapakah mereka terlibat sebagai kumpulan antivaksin?Saya bersangka baik, mereka ada semangat yang tinggi dalam mengamalkan agama sepenuhnya dalam hidup, tetapi apa yang lebih penting adalah ilmu bagaimana untuk mengamalkan agama. Akhlak dan adab juga adalah elemen yang penting.Keputusan hukum berkenaan vaksin ini bukan dibuat oleh seorang dua ulama di Malaysia tetapi majoriti ulama di seluruh dunia dan badan-badan fatwa yang berautoriti berdasarkan hasil kajian demi kajian dengan kerjasama para saintis.Jika hal ini difahami dengan baik, tenang dan tidak bermula dengan sangkaan buruk, saya yakin isu ini boleh diterima dengan baik.Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memberi kefahaman yang lengkap berkenaan isu ini.Bagi kami di pihak agensi agama, banyak yang telah dan sedang dilaksanakan.Antaranya penerangan melalui Forum Perdana Ehwal Islam, khutbah Jumaat, ceramah, penulisan buku (Soal Jawab Fiqh Covid-19) dan majalah (Hukum Pengambilan Vaksin Covid-19, Isu Penjarakan Fizikal Dalam Solat di Masjid dan Surau; serta Takut Allah atau Takut Covid-19?) Kesemuanya boleh dimuat turun secara percuma di www.mira.gov.my. Kami juga ada bekerjasama dengan pendakwah selebriti bagi menyebarluaskan lagi kempen kesedaran vaksinasi melalui Twitter, Instagram dan TikTok.Apakah nasihat Datuk Seri kepada mereka yang telah termakan hasutan daripada kumpulan antivaksin ini?Kerajaan tidak ada niat lain melainkan untuk memastikan maslahah rakyat secara umumnya terpelihara.Para ulama dan mufti kita juga semuanya ikhlas berhempas pulas membuat kajian dan perbincangan untuk memastikan usaha membina imuniti kelompok berhasil melalui vaksinasi.Kalau Mok Teh, Mok De nak minum air kelapa, air zamzam, makan habbatussauda, atau apa sahaja herba, silakan. Tapi pastikan daftar dan hadir untuk vaksinasi.Ini ikhtiar kita dalam melawan pandemik Covid-19 yang disepakati majoriti ulama di seluruh dunia.Datuk Seri boleh ulas sedikit tentang agama Islam di negara ini yang dilihat dipermainkan oleh individu tertentu, terbaharu kalimah takbir diubah menjadi \u2018take beer\u2019.Apa jua isu yang timbul boleh diselesaikan dengan baik jika ia tidak dimanipulasi untuk tujuan tertentu.Kita kena faham, pihak yang memprovokasi sudah pasti bertindak sedemikian bagi mencetuskan kemarahan dan tindak balas kelompok lain.Sekiranya kita memberi reaksi yang keterlaluan, itu sudah akan \u201cmodal\u201d bagi pihak tersebut untuk menyatakan, inilah ajaran Islam!Terima dan urus persepsi, provokasi dengan bijak. Usah jadikan nilai diri kita seperti pihak yang memprovokasi atau lebih rendah daripada itu.Negara kita ada undang-undang dan kita yakin akan kebijaksanaan pihak berkuasa.Program Mus\u2019adah 1.0 dan 2.0 telah mengagihkan sejumlah RM522 juta ke seluruh Malaysia dan RM3.3 juta kepada Palestin. Boleh Datuk Seri jelaskan lebih lanjut?Banyak pihak terkejut dengan angka yang saya nyatakan baru-baru ini tetapi saya ingin jelaskan, dengan kerjasama yang jitu oleh agensi-agensi agama peringkat Persekutuan, apa jua yang dihasratkan akan berhasil.Alhamdulillah, kami mengagihkan bantuan ke seluruh Malaysia sejak 18 Mac 2020 tanpa henti sehingga hari ini.Agihan bantuan ini adalah dalam bentuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran, bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan (katil dan monitor ICU, ventilator dan peralatan perubatan lain), projek baik pulih dan bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.Bantuan diberikan kepada 10 kelompok sasar di seluruh negara merentasi agama dan bangsa.Musa\u2019adah 1.0, 2.0 dan 3.0 adalah inisiatif kecil daripada pihak kami sebagai pelengkap kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi daripada kerajaan yang berjumlah RM340 bilion kepada rakyat Malaysia.Bagi Mus\u2019adah 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 sempena Sekatan Pergerakan Penuh, saya menyasarkan bantuan yang lebih giat untuk diagihkan ke seluruh Malaysia di samping kelompok sasar terbaharu iaitu rakyat Palestin di Malaysia dan di bumi Palestin.Kami peruntukkan RM550,000 bantuan sekali beri (one-off) kepada keluarga Palestin di Malaysia, RM1 juta kepada para pelajar Palestin dan Syria di universiti tempatan terpilih, RM1.4 juta untuk NGO-NGO terpilih yang mengusahakan bantuan terus ke Palestin dan lain-lain.Saya mahu masyarakat tahu ke mana perginya zakat, infaq, wakaf dan lain-lain yang disumbangkan kepada agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Semuanya saya laporkan dalam Kad Laporan Bulanan kami.Zulkifli (tengah) memimpin bacaan doa ketika menziarah keluarga susah atau ditimpa musibah.Masih ada pihak yang tidak puas hati mengenai larangan solat Jumaat ataupun langkah mengehadkan bilangan jemaah semasa PKP. Mereka kata kerajaan berdosa. Apakah penjelasannya?Keputusan pihak berkuasa agama negeri dan Persekutuan mengehadkan solat Jumaat adalah berdasarkan ijtihad ulama dan para mufti yang bersandarkan fakta serta hujah.Pandangan Ashab Al-Samahah Mufti-Mufti kita adalah ijtihad mereka.Ini bukan ijtihad individu tapi diputuskan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam. Kemudian diperkukuhkan lagi dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing yang telah disembah maklum kepada baginda sultan dan raja negeri masing-masing.Tidak timbul dosa di pihak mufti dan kerajaan, apatah lagi orang awam. Ijtihad ini dibina atas dalil dan hujah.Dalam majalah Al-Bayan Isu Penjarakan Fizikal Dalam Solat di Masjid dan Surau keluaran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya senaraikan sebahagian para ulama dan badan fatwa dunia yang mempunyai ijtihad yang sama.Palestin, Turki, Indonesia dan sekalian negara Islam menetapkan penjarakan fizikal dalam solat. Malah ia juga dilaksanakan di Tanah Suci Mekah dan Madinah.Maklumat yang diperoleh oleh para ulama dan mufti kita bukan daripada YouTube, WhatsApp tetapi maklumat primer. Jika ia salah pun, ia adalah ijtihad yang kukuh kerana ia ijtihad yang bersifat jama\u2019i (berkumpulan). Majoriti ulama bersepakat.Ada segelintir dalam masyarakat yang memaksa masjid dan surau dibuka seluas-luasnya kerana bagi mereka, penutupan sementara dan mengehadkan kapasiti masjid dan surau ini seolah-olah menutup rahmat Allah. Masjid dan surau perlu dibuka dan diadakan doa munajat beramai-ramai.Jika mereka mengambil masa untuk bertenang dan meneliti huraian para ulama dalam isu ini, saya pasti ada banyak manfaatnya. Ibnu Hajar al-Asqalani mengkritik amalan berkumpul dan berdoa beramai-ramai yang dilakukan oleh warga Damsyik ketika wabak taun di sana pada tahun 749 Hijrah.Malah selepas amalan tersebut diadakan, wabak taun merebak dengan lebih dahsyat selepas itu.Umum juga tahu kes jemaah bersolat dalam gelap di masjid, menyembunyikan selipar, mengabaikan SOP selepas solat, mengakibatkan banyak kes positif baharu wujud.Solat, doa dan bermunajatlah di rumah masing-masing bersama keluarga. Insya-ALLAH pahala berjemaah tetap ada.Sampai masanya, masjid dan surau tetap akan dibuka seperti biasa. Semua sayangkan rumah ALLAH, namun jika makin ramai yang dijangkiti jika SOP diabaikan, siapa lagi yang tinggal untuk mengimarahkannya?Setakat ini hanya jemaah yang disuntik vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan fardu haji. Bagaimana dengan vaksin Sinovac?Kita akan berbincang dan berunding dengan Arab Saudi untuk mempertimbangkannya. WHO baru sahaja mengiktiraf Sinovac.Para ulama Majma\u2019 al-Fiqh al-Islami al-Duali di bawah OIC juga mengiktirafnya.Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa semua vaksin yang diiktiraf WHO seperti Pfizer, AstraZeneca, Moderna, Johnson & Johnson, Sputnik, Sinovac dan Sinopharm adalah selamat digunakan.ANEKDOTSekeluarga khatam al-Quran sepanjang lockdownSemasa menjawat jawatan mufti, saya gemar menulis dan membaca pada waktu lapang.Tetapi sejak diamanahkan sebagai menteri, ia bertambah kepada satu lagi aktiviti iaitu turun ke lapangan.Sejak mula dilantik, saya telah turun dari Perlis hingga ke Sabah untuk mengagihkan bantuan. Saya seorang Senator, tidak ada kawasan khusus.Jadi, saya anggap kawasan saya adalah seluruh Malaysia. Bantuan diagihkan seadilnya di setiap kawasan Parlimen dan DUN.Saya juga pastikan ada masa untuk bersama keluarga. Sebagai \u2018familyman\u2019, keluarga adalah segala-galanya bagi saya.Setiap hari selepas Maghrib, saya akan kumpulkan anak-anak dan isteri, baca al-Quran sama-sama dan berbincang tentang ayat-ayat al-Quran terpilih.Alhamdulillah sepanjang lockdown, kami dapat khatamkan al-Quran.Anak kampung jadi mufti dan menteriDilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014 dan sebagai menteri pada 2020 adalah peristiwa penting dalam hidup saya.ALLAH berikan saya peluang untuk menterjemahkan apa yang diteorikan selama ini kepada realiti. Ia juga peluang kepada saya untuk memberikan sumbangan sebaik mungkin kepada ummah. Saya cuma anak kampung dari Terengganu, yang satu ketika dahulu ada cita-cita yang besar untuk mengubah diri dan masyarakat.Banyak yang saya belajar sepanjang menjawat jawatan sebagai mufti dan menteri. Banyak kenangan manis, lucu, menyedihkan dan menggembirakan.Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Julai 2021 07:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/147600/berita/wawancara/suara-pemain-industri-aeroangkasa-segerakan-pembangunan-ltsaas", "article_title": "'Suara' pemain industri aeroangkasa, segerakan pembangunan LTSAAS", "article_text": "[MUKADIMAH] Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) walaupun bukan lagi hab penerbangan nombor satu Malaysia, namun masih kekal sebagai aset paling strategik yang memberikan pendapatan berbilion ringgit kepada negara setiap tahun.Pada 7 Mei lalu, kerajaan dilaporkan terbuka menerima cadangan mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset, namun belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet.Bagaimanapun, ia membawa kepada spekulasi bahawa kerajaan mahu menjual atau memajak hartanah LTSAAS kepada pihak swasta.Isu penswastaan lapangan terbang itu bagaikan\u2018pisang goreng panas\u2019 apabila ia mendapat respon daripada pelbagai pihak.Kementerian Kewangan akhirnya mengesahkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kekal sebagai pihak yang bertanggungjawab membangunkan aset LTSAAS sehingga tahun 2067.Persoalannya kini, bagaimanakah status pelan pembangunan di bawah MAHB itu dan bagaimana kontroversi tersebut memberi kesan kepada LTSAAS?Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy, menyingkap pelan pembangunan semula atau lebih dikenali sebagai Pelan Regenerasi LTSAAS dengan Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Naguib Mohd Nor.Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA), Naguib Mohd Nor menegaskan Pelan Regenasi perlu digesa kerana memberi impak yang besar terhadap pelabur aeroangkasa.SINAR HARIAN: Pada 7 Mei lalu, kerajaan dilaporkan terbuka menerima cadangan oleh mana-mana pihak bagi tujuan mengembangkan aset, namun belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kabinet. Adakah cadangan itu akan memberi kesan kepada pelabur industri aeroangkasa?NAGUIB MOHD NOR: Semestinya ia memberi kesan kepada pelabur kerana industri aeroangkasa adalah industri yang berpandangan jauh di mana kesemua rancangan adalah pelan jangka panjang.Apabila dalam jangka masa itu wujudnya perkara-perkara yang merosakkan atau mengganggu pelan yang telah ditetapkan, proses membuat keputusan juga akan terjejas.Mungkin ada banyak perkara atau rancangan lapangan terbang Subang yang tidak bersesuaian dengan pelan-pelan yang sudah sedia ada daripada pelabur-pelabur industri.Oleh itu, tidak ada masalah jika ada syarikat ingin menswastakan LTSAAS dengan mempunyai pelan jangka masa panjang dan meneruskan pelan sedia ada. Namun, adakah perkara tersebut akan berlaku? Ini lah persoalan dan kebimbangan yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini.Adakah pihak MAIA bersetuju dengan tindakan pengerusi MAHB, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menggesa kerajaan supaya membatalkan hasrat menswastakan LTSAAS?Yang penting kepada industri aeroangkasa ketika ini adalah pelan regenerasi yang sudah dirangka atau hasil yang menjurus dan memberi kesan kepada pelan induk aeroangkasa itu.Kesan atau hasil yang hendak dicapai haruslah diteruskan oleh kerana pelabur-pelabur yang ada di situ sudah merancang pelaburan mereka mengikut pelan yang sudah dirangka.Oleh itu, jika ada yang menswastakannya dan tidak mengikut pelan lalu membuat pelan lain, ia agak menyukarkan ramai pihak.Jadi sebagai industri aeroangkasa, bukan tempat kita untuk mengatakan siapa yang patut bertanggungjawab dengan pelan itu sama ada swasta atau kerajaan namun isunya kita perlu mempercepatkan pelan tersebut.Apabila berlaku persoalan begini, banyak daripada pelan pelaburan syarikat yang sudah ada atau mahu melabur ke dalam lapangan terbang Subang akan tergendala.Bolehkah tuan menjelaskan secara terperinci apakah Pelan Regenasi LTSAAS yang telah dirangka?Pelan itu secara keseluruhannya untuk membangunkan lapangan terbang Subang sebagai dua perkara.Satu, hab aeroangkasa dari segi pembuatan dan penyelenggaraan. Kedua, hab penerbangan \u2018business airline\u2019 seperti Air Asia atau Malaysia Airlines (MAS).Dalam pelan tersebut, ia akan menaiktaraf beberapa perkara dan membina fasiliti untuk industri pembuatan dan penyelenggaraan.Ia sudah siap dirangka, namun saya masih belum mendapat data secara terperinci. Ada 46 ekar kawasan kosong di sekitar kawasan lapangan terbang Subang yang akan dibangunkan untuk tujuan pembuatan dan penyelenggaraan.Bagaimanakah pelan itu dapat membantu mengekalkan LTSAAS sebagai aset strategik negara?Pelan ini mempunyai \u2018timeline\u2019 tertentu di mana jangkaan \u2018air traffic\u2019 atau jumlah penerbangan untuk penambahan mempunyai kerangka tertentu untuk jangka masa di mana penerbangan-penerbangan dari Subang akan meningkat.Dalam masa yang sama, untuk memenuhkan kawasan industri dengan pemain-pemain aeroangkasa dari segi pembuatan dan penyelenggaraan pesawat.Apakah perbezaan dan tujuan Pelan Regenasi LTSAAS dengan Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) serta Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030?Subang adalah kawasan strategik dalam industri aeroangkasa Malaysia yang terangkum dalam \u2018Malaysia Aerospace Blueprint\u2019. Ia adalah pelan industri secara menyeluruh iaitu pembuatan dan penyelenggaraan pesawat yang mempunyai nilai 'revenue' sebanyak RM16.4 bilion setahun sebelum Covid-19.Semua pelan di bawah pelan industri adalah tanggungjawab kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mempunyai motif yang sama.Sesi dialog dan lawatan kerja pemain Industri Aeroangkasa bersama Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Julai 2020.Ia antara komponen-komponen untuk dicapai pada tahun 2030 untuk industri aeroangkasa Malaysia dan nilai pendapatan industri adalah RM55.2 bilion.Adakah MAIA bersetuju sekiranya LTSAAS diswastakan atau diambil alih oleh mana-mana pihak? Dan adakah ia akan menyebabkan kesan buruk dan kerugian yang banyak seperti dakwaan Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia Airports Semenanjung (Kesma) iaitu kerugian RM11.9 billion?Dari segi operasi lapangan terbang mungkin boleh menyebabkan kerugian sebanyak itu, namun ia tidak akan memberi kesan kepada industri pembuatan dan penyelenggaraan kerana ia merupakan industri yang berbeza. Kebimbangan industri ini adalah lebih kepada pelan yang tidak menjadi.Jadi ia lebih kepada tidak berkembang berbanding rugi di mana motif pelan regenasi adalah untuk memperkembangkan lagi dan meningkatkan pendapatan semua syarikat, baik penerbangan atau pembuatan dan penyelenggaraan di Subang.Selain itu, masalah yang mungkin berlaku adalah apabila pelabur asing membuat pelan jangka masa panjang dan jika pelan mereka dikacau, mereka akan bertukar fikiran.Jika itu berlaku, tentunya akan ada kerugian terhadap Malaysia.Oleh itu, pelan regenerasi ini perlu disegerakan.Apakah tindakan terbaik untuk memastikan LTSAAS kekal sebagai hab aeroangkasa antarabangsa?Tindakan terbaik adalah untuk meneruskan pelan-pelan yang sudah dirangka itu oleh pihak bertanggungjawab. Masalah dalam jangka masa terdekat ini adalah tidak ada keputusan dibuat. Semakin lama keputusan tidak dibuat, ia akan memberi kesan kepada industri kerana industri ini berterusan.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Julai 2021 08:40am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/146589/berita/wawancara/zuraida-legakan-peniaga-kecil", "article_title": "Zuraida legakan peniaga kecil", "article_text": "[WAWANCARA] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) boleh dikatakan sebagai kumpulan barisan hadapan dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.Selain perumahan rakyat, di bawahnya bernaung pasukan bomba yang terlibat secara langsung dalam program sanitasi. Nasib kira-kira 500,000 penjaja dan peniaga kecil pula sebahagiannya terletak di tangan 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.Dalam Wawancara Bersama Sinar Ahad minggu ini, Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamaruddin bercakap mengenai usaha untuk membantu peniaga kecil yang teruk terjejas akibat wabak, isu harga rumah yang terlalu mahal, dan tidak ketinggalan menjawab tohmahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah kerajaan yang gagal.Wawancara itu dikendalikan oleh Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Zamri Rambli; Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain serta Nur Iftitah Rozlan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana YB melihat peranan KPKT dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara seperti dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini yang menyasarkan pembukaan penuh semua sektor pada penghujung tahun ini?ZURAIDA: Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri mempunyai nilai ambang iaitu untuk mencapai 10 peratus penerima vaksin pada fasa pertama, 40 peratus sampai ke Ogos, dan 60 peratus sampai ke Oktober.KPKT banyak terlibat dengan orang awam peringkat akar umbi, daripada isu perumahan, kerajaan tempatan, isu sampah dan bomba. KPKT boleh memanfaatkan jabatan-jabatan ini untuk normalisasikan rakyat supaya segera menyambut kempen vaksin ini.KPKT turut mengambil inisiatif menggerakkan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) dengan menggariskan empat komponen. Yang pertama ialah unit panggilan iaitu sukarelawan dengan kerjasama Penggerak Komuniti Negara (PKN).Contohnya, berdasarkan tinjauan saya, seramai 10,000 orang di Kedah dan Kelantan ketika itu mencatatkan lebih kurang 30 peratus ketidakhadiran. Jadi ada keperluan untuk kita gunakan unit panggilan. Sukarelawan ini akan menghubungi nombor-nombor yang sudah dapat temu janji tetapi masih belum memberi keputusan untuk hadir.Yang keduanya, mereka yang perlu menerima dos kedua tetapi tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ketiga, yang sudah mendapat temu janji tetapi tidak hadir. Jadi kami akan cuba hubungi mereka. Bila kita buat begini di PPV Ampang Indah, hampir 98 peratus berjaya dihubungi dan peningkatan kehadiran naik hingga 30 peratus.Komponen kedua ialah unit mobilisasi di mana pasukan ini akan membantu mengambil mereka yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV seperti tidak mempunyai kenderaan, rumah yang jauh dan sebagainya.Komponen ketiga ialah pasukan \u2018reach out\u2019 atau jangkauan kepada komuniti. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab terhadap perumahan strata yang mempunyai data persatuan-persatuan penduduk. Melalui ini juga, mereka akan membuat panggilan kepada penduduk. Kita akan turun padang ke rumah strata, rumah flat dan sebagainya untuk melihat data penduduk dan mengenal pasti individu yang sudah mendaftar atau belum. Yang keempat adalah \u2018mobile unit\u2019 iaitu klinik bergerak di mana kita mempunyai 12 bas.Datuk ada menyebut tentang sukarelawan, setakat ini adakah jumlah sukarelawan itu memadai untuk menjayakan program vaksinasi ini?Insya-ALLAH, Penggerak Komuniti Negara ada seramai 300,000 anggota di seluruh negara mengikut daerah Parlimen. Mereka telah terlatih dari segi kerja-kerja kebajikan dan lapangan. Ia sama seperti menjalankan kempen pilihan raya di mana mereka perlu turun padang untuk jumpa orang. Kita menggunakan kaedah yang sama, cuma ini adalah kempen vaksin Covid-19.ZuraidaBagaimana pula PBT dapat membantu kerajaan untuk mainkan peranan?Kita hendak membantu golongan peniaga-peniaga kecil di pasar malam dan pasar tani yang ketika ini masih lagi dalam kawalan di mana mereka tidak boleh berniaga. Jadi, program akan datang yang telah diatur Insya-ALLAH Julai nanti adalah untuk memberi vaksin kepada peniaga-peniaga kecil di PBT seluruh negara.Kita ada 155 PBT, dan ada 500,000 peniaga kecil. Untuk program ini, kita akan fokus kepada peniaga-peniaga kecil. Kerana kalau kita tunggu sampai Oktober, empat bulan mereka tiada pendapatan. Jadi kita kena bantu mereka terima vaksin supaya mereka boleh berniaga.Kita akan tumpukan di negeri Selangor kerana angka di sini masih lagi lagi dan aktiviti di Selangor dari segi mobilisasi agak lemah. Jadi pasukan MOVAC telah ditugaskan untuk fokus di negeri Selangor dahulu.Dari segi bantuan di peringkat KPKT, bermula Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) 1.0 pada Mac 2020, memang sudah diberi insentif seperti insentif lesen, sewa, dan sebagainya. Saya rasa kali ini lebih efektif kalau kita mempercepat pemberian vaksin. Jadi cepat mereka boleh bergerak dan menjalankan perniagaan.Baru-baru ini program sanitasi Covid-19 di bangunan dan tempat awam oleh pihak bomba mendapat sedikit kecaman. Apa komen YB?Bomba buat kerja sanitasi bukan secara membabi buta. Mereka ikut prosedur operasi standard (SOP) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bahan kimia yang disarankan juga adalah mengikut SOP perubatan.Ini adalah program sanitasi, maknanya segala jenis kuman akan disanitasi. Jadi kepada orang yang komen lebih, turun padang dengan kita. Sanitasi ini adalah satu langkah menyahkuman yang dapat membunuh semua jenis kuman yang ada.Saya juga berpegang kepada usaha ini. ALLAH SWT juga menyuruh kita berusaha. Menyahkuman juga akan menjadi norma baharu di mana rakyat perlu diajar untuk sentiasa sanitasi dan jaga kebersihan. Setakat ni, kita sudah laksanakan 25,000 program sanitasi melibatkan 300,000 ke 500,000 bangunan. Jadi kenapa jadi isu? Jangan pertikaikan usaha orang.Kita akan teruskan. Ada juga permintaan daripada sekolah, pasar dan kediaman tertentu yang meminta kita turun untuk sanitasi. Kita kena faham, ini adalah aktiviti menyahkuman. Jadi tidak kira apa jenis kuman akan disanitasi.Saya tidak mempunyai butiran kos yang tepat, tapi dari Mac 2020 dulu kita menerima sumbangan bahan kimia sebanyak 1,000 liter, dan sehingga sekarang belum habis lagi.Bercakap mengenai perumahan, dalam tempoh setahun lebih ini, bagaimana kesan pandemik terhadap harga dan pasaran rumah?Dari segi pasaran, rumah-rumah yang dibina KPKT kita memang beri moratorium. Kita kecualikan sewa sampai sekarang dan masih lagi dipanjangkan. Dari segi harga rumah, ia tetap sama. Kempen Home Ownership pula memang diteruskan sehingga hujung tahun ini.Kempen ini membantu untuk meneruskan jualan rumah. Di peringkat KPKT, kita ada PR1MA, SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) dan sebagainya. Jualan PR1MA juga sangat bagus berbanding sebelum Covid-19.Dari segi harga rumah, tiada beza. Dalam kempen Home Ownership, diskaun adalah kurang daripada 10 peratus. Ada yang sampai 20 ke 30 peratus. Tetapi projek-projek baru tidak dapat diteruskan disebabkan Covid-19. Dari segi industri perumahan, ia tidak terlalu terjejas kerana kebiasaannya mereka yang hendak membeli rumah sudah pun mempunyai wang simpanan.Dari segi pembelian rumah, antara isu yang pernah berbangkit ialah banyak rumah yang tidak terjual. Apakah situasinya?Sebelum Covid-19, memang masalah itu sudah timbul. Sebab itu kita adakan kempen Home Ownership. Sekarang pemaju sudah tidak membina rumah berharga RM500,000 ke atas.Selepas 2018, pemaju sudah mula buat rumah RM500,000 ke bawah kerana mereka faham keperluan untuk membina rumah RM500,000 ke bawah dan bukan sebaliknya. Ketika itu mungkin ekonomi sangat bagus, jadi mereka buat rumah mahal-mahal mencecah RM1 juta. Jadi ada perubahan dari segi sasaran pemaju untuk membina rumah yang lebih murah.Kita faham semenjak saya jadi Menteri Perumahan, bukan rakyat tidak mampu, isu utamanya adalah untuk mendapatkan pinjaman bank kerana kebanyakan golongan yang membeli rumah berharga RM300,000 ke bawah adalah dalam kalangan peniaga kecil. Mereka tidak mempunyai dokumen untuk menyokong permohonan pinjaman. Oleh itu bank tidak luluskan. KPKT menganggapnya satu kerugian.Saya lihat peniaga kecil ini ada duit sebenarnya. Tapi kerana bank tidak meluluskan permohonan mereka untuk membeli aset, jadi duit itu tidak dapat dimanfaatkan untuk mereka menjadi pemilik aset. Mereka belanjakan duit ke atas perkara yang tidak perlu seperti tukar telefon bimbit dan kereta baharu.Saya sentiasa minta Bank Negara tolong golongan ini dalam urusan pembelian rumah. Kita juga buat skim Rent-to-Own (RTO) yang membolehkan mereka membayar sewa mengikut kadar tertentu dan selepas lima tahun, mereka diberi pilihan untuk membeli rumah tersebut. Namun, KPKT masih lagi memikirkan cara terbaik membantu terutamanya B40 dan M40 untuk membeli rumah.Wawancara Sinar Ahad bersama Zuraida baru-baru ini.Baru-baru ini ada usaha untuk menggerakkan kempen #KerajaanGagal. Pada pandangan Datuk, betulkah kerajaan sekarang gagal?Kita hendak tanya, apa yang kita (kerajaan) gagal? Apa yang kita gagal dan apa yang pembangkang berjaya? Cuba cakap dengan saya, kalau kerajaan Perikatan Nasional gagal, apa yang pembangkang berjaya?Adakah mereka berjaya untuk mencapai objektif, katakan bantu negeri pembangkang, Selangor capai angka kosong kes Covid-19 pada Julai? Pulau Pinang, Negeri Sembilan, contohnya katalah mereka buat sasaran bahawa mereka boleh buat vaksinasi ini lebih banyak daripada kerajaan Pusat. Jadi, ini semua cakap-cakap politik yang tidak disokong dengan usaha konkrit dan fakta-fakta.Sejak hari pertama Datuk di KPKT, soalan pertama yang ditanyakan ialah bagaimana dengan kes Adib. Adakah kes ini dapat diselesaikan ataupun ia sebenarnya terlalu rumit untuk dirungkai?Memang kita sudah berusaha ketika itu. Saya berjaya membawa kes Adib ke peringkat inkues, kalau tidak kes itu sudah ditutup sebagai satu kemalangan.Oleh sebab saya tidak puas hati dengan penjelasan itu, saya pengerusikan satu mesyuarat selepas insiden Adib meninggal dunia pada tahun 2019, yang dihadiri pihak polis, forensik perubatan, bomba dan sebagainya.Di situ saya kata selagi kita tidak nampak bukti bahawa siapa yang pukul, siapa yang sebabkan kematian dan sebagainya, selagi itu saya tidak boleh benarkan kes ini ditutup sebagai kemalangan. Jadi sebab itu dibuat inkues.Dalam prosedur inkues, koroner putuskan ini memang disebabkan kesalahan jenayah, jadi kes diserahkan kepada polis untuk buat siasatan semula. Ketika itu, kerajaan PH tidak boleh cari siapa kerana tiada bukti, tiada video, tiada apa yang hendak menunjukkan Adib ada yang pukul atau ada orang aniaya dia untuk kita dakwa, dan kes itu terbiar.Jadi, waktu kerajaan PN, kita bangkit lagi sekali, saya katakan bahawa kita buka lagi kertas siasatan, jadi mereka dah buat siasatan sama lagi, tetapi mereka tidak temui sebab atau orang yang bertanggungjawab atas kematian Adib itu.Jadi keputusannya adalah kita akan cuba berbincang dengan keluarga Adib dan kerajaan akan melihat satu pampasan untuk keluarga Adib. Pada masa yang sama memberi jaminan sekiranya ada bukti baru kes ini akan dibuka balik untuk diteruskan perbicaraannya.Memang kita dari masa ke masa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jumpa keluarga Adib. Tetapi cadangan yang saya sebut tadi (pampasan untuk keluarga Adib), kerajaan belum berjumpa keluarga Adib secara rasmi.Pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PR1MA oleh KPKT baru-baru ini telah dikritik kononnya kerajaan PN memberi terlalu banyak habuan politik kepada ahli Parlimen dalam GLC. Apa pendapat Datuk?Polisi kerajaan PN di bawah Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah memberi peluang kepada ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan menteri untuk memimpin GLC.Jadi mereka ini adalah sebahagian daripada kerajaan. Mungkin bagus untuk mereka berada di situ agar mereka faham tentang isu-isu dan permasalahan di situ.Jadi untuk Shahidan Kassim ini, beliau yang memulakan PR1MA semasa di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dulu. Yang ini pun dia minta untuk ditugaskan di PR1MA, kemudian kita berikan ruang tapi ada pendekatan baharulah kerana masanya sudah tiba untuk kita buat satu anjakan yang berbeza dari segi model perniagaan dan pengurusan.Saya juga lantik Shahidan sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Nasional (NHC) kerana kita mahu mengangkat satu badan yang mana kita hendak buat satu entiti tunggal yang menjaga tentang perumahan. Jadi ini dalam peringkat kajian untuk menggubal undang-undang dan sebagainya.ZuraidaANEKDOTCabaran tiga tahun jadi menteriInilah kali pertama saya menjadi sebahagian daripada kerajaan (menteri). Saya dahulu 20 tahun Reformasi (PKR). Sewaktu kita dulu sebagai pembangkang, kita hanya tahu separuh daripada cerita dan melihat sesuatu isu daripada perspektif rakyat.Bila kita masuk kerajaan, kita faham pula perspektif daripada kerajaan. Jadi bila kita buat keputusan, kita kena ambil kedua-dua pandangan ini dan mencari satu keputusan yang adil untuk semua rakyat.Jadi kalau dulu kita selalu perjuangkan rakyat, di sini pula ada yang sektor perniagaan, korporat dan ini kita kena pertimbangkan juga pandangan mereka sebelum buat satu keputusan yang lebih jelas. Menteri bertanggungjawab kepada negara dan semua rakyat, bukan satu sektor sahaja. Perkara ini harus difahami semua.Kalau tanya apa yang saya rasa susah sekarang ialah birokrasi. Saya memang bukan orang birokrasi. Saya seorang yang mudah, saya buat keputusan cepat, saya buat kerja cepat. Birokrasi ini memang sedikit menyulitkan. Tetapi alhamdulillah di peringkat kementerian saya, mereka faham dan mereka menerimanya juga sebagai satu perubahan.Perspektif wanita untuk pembangunan negaraSebagai seorang pemimpin wanita, saya masih lagi memperjuangkan agenda wanita. Di peringkat KPKT sendiri, saya boleh menetapkan polisi yang dapat mengangkat martabat wanita. Saya menggunakan kuasa saya sebagai menteri. Contohnya, pelantikan Ahli Majlis (PBT), saya tetapkan sebanyak 30 peratus, kontraktor-kontraktor mesti ada wanita 10 peratus sekurang-kurangnya.Sebab itu saya selalu perjuangkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam Parlimen kerana pemikiran, perspektif wanita itu berbeza dengan lelaki. Wanita bukan hendak cakap pasal wanita sahaja. Tapi proses pemikiran wanita ini lain.Contohnya saya Menteri KPKT, saya lihat kepada infrastruktur. Kalau saya orang perempuan, saya tahulah saya pergi tandas orang perempuan. Orang lelaki tidak pergi tandas perempuan. Tapi saya lihat orang perempuan sekarang sudah ramai bekerja. Tandas orang lelaki dan wanita sama banyak tetapi barisan menunggu lebih ramai dekat tandas perempuan. Jadi, kalau orang perempuan tidak tengok, perkara ini tidak akan berlaku perubahan. Sebagai menteri, saya ada kuasa untuk menetapkan polisi pembinaan.Perspektif wanita itu penting untuk dibawa sekali dalam pembangunan negara. Jadi mesti ada lebih suara wanita untuk mewakili orang wanita dari segi perspektif pemikiran, bukan dari segi tentang isu wanita semata-mata.Sudah 13 tahun jadi Ahli Parlimen AmpangSaya pulangkan kepada pimpinan parti kawasan Parlimen mana saya hendak bertanding pada PRU15. Tetapi saya bersedia bertanding di Ampang untuk mengekalkan kerusi Parlimen Ampang. Saya rasa saya tidak ada masalah atau isu untuk bertanding di situ (Ampang) lagi.Alhamdulillah ini adalah tahun ke-13 saya di Ampang. Orang di situ sangat biasa dengan saya. Struktur sokongan saya juga kuat dari segi khidmat kepada rakyat. Ketika ini saya lihat secara puratanya rakyat Ampang berasa berpuas hati dengan apa yang telah kami berkhidmat kepada mereka. Jadi kita teruskan. Pejabat Parlimen Ampang saya buat kerja sepanjang tahun tanpa henti.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Jun 2021 11:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/145240/berita/wawancara/lsquojangan-syok-sendiri-kuasa-hanya-diuji-apabila-seseorang-diberi-kuasarsquo", "article_title": "\u2018Jangan syok sendiri, kuasa hanya diuji apabila seseorang diberi kuasa\u2019", "article_text": "[WAWANCARA] PELANTIKAN beberapa individu yang sama sebagai anggota lembaga pengarah beberapa anak syarikat dan subsidiari Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan.Dalam hubungan ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjelaskan mengapa pelantikan tersebut tidak disenangi dan kenapa ia dilakukan oleh Mara.\u201cTidak ada menteri yang jaga Mara yang tidak dikritik. Sejak saya dilantik sebagai menteri yang kawal selia Mara saya tunggu saat ini tiba.\u201cTetapi saya tidak boleh memberi jaminan mereka yang kita lantik ini akan berjaya. Kenapa? Kerana jika nak tengok seseorang itu ada integriti atau tidak, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa.\u201cBagi dia kuasa baru kita tengok apa dia akan buat dengan kuasa itu. Tetapi barang diingat, kuasa dalam lembaga pengarah adalah kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka (ahli lembaga) perlu buktikannya,\u201d tegas beliau.Ikuti Wawancara Sinar Ahad bersama Dr Abd Latiff yang diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman; Timbalan Pengarang Berita, Junhairi Alyasa; serta wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Nazrin Zulkafli di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh Datuk terangkan tentang kontroversi pelantikan dua individu iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin sebagai ahli lembaga pengarah dalam beberapa anak syarikat Mara Corp?DR ABDUL LATIF: Sebenarnya bukan dua orang ini sahaja. Jika anda lihat carta, Mara Corp ditubuh pada tahun 2016 namun tidak banyak perubahan. Apabila Perikatan Nasional (PN) masuk, kita melihat semula peranan Mara Corp sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan.Apabila menjadi syarikat pegangan pelaburan, Mara Corp mesti mempunyai kumpulan-kumpulan anak syarikat yang berada di bawahnya. Disebabkan itu, Majlis Mara dan menterinya telah bersetuju supaya anak-anak syarikat yang semuanya dahulu di bawah Mara diletakkan di bawah Mara Corp.Usaha ini ada fasa satu dan fasa dua. Fasa satu melibatkan lapan syarikat antaranya Pelaburan Mara Bhd (PMB). Fasa kedua pula melibatkan tujuh syarikat, termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Di bawah PMB sahaja ada empat syarikat aktif. Syarikat yang aktif maknanya syarikat yang beroperasi.Syarikat lain yang agak besar ialah Rural Capital Berhad dan Mara Incorporated Sdn Bhd. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan dan pengurusan hartanah serta memiliki hotel di Kuala Lumpur iaitu Primiera Hotel. Semua syarikat ini ada yang bagus diurus dan ada yang tidak begitu bagus.Sewaktu Datuk Ibrahim Ahmad menjadi Ketua Pengarah Mara, beliau menubuhkan syarikat-syarikat ini supaya Mara terlibat dalam bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan sumber manusia. Empat perkara ini tidak boleh lari. Apabila kita bawa semua anak syarikat ini di bawah Mara Corp, Mara Corp perlulah kuat.Disebabkan itu, dalam Mara Corp terdapat 11 orang lembaga pengarah. Empat orang daripada pengawalseliaan antaranya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Ketua Pengarah (KP) Mara dan wakil Kementerian Kewangan (MoF).Pengerusi Mara Corp, saya kenal sejak 21 tahun dahulu apabila beliau menjadi KSU saya dan pernah menjadi Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad iaitu Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir. Beliau menjadi pengerusi tapi beliau pengerusi bukan eksekutif. Keputusan dibuat Mara Corp adalah keputusan eksekutif.Dibawa kepada Majlis Mara dan selepas setuju kemudian dibawa kepada saya sebagai menteri, ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak bersetuju. Saya membuat keputusan sentiasa dalam kerangka Akta Mara 1966.Abdul Latiff ketika diwawancara Sinar Ahad di Putrajaya.Ada dakwaan yang mengatakan dua individu dilantik memegang banyak jawatan dalam beberapa anak syarikat Mara Corp ini rapat dengan Datuk?Orang yang dikatakan rapat sebenarnya semua itu memang rapat. Mustahil menteri melantik orang yang dia langsung tidak kenal atau menteri akan melantik orang yang dia tidak kenal tetapi orang yang diperkenalkan itu akan kenalkan dan memberitahu bahawa individu ini bagus. Kalau ada yang mengatakan dua orang ini, saya ingat orang yang bercakap itu gerun dengan mereka ini.Kenapa? Saya tahu cerita dia. Saya tidak mahu beritahu anda kenapa dua orang ini diperkatakan walhal contohnya dalam syarikat Rural Capital dan orang lain yang duduk dalam (syarikat) ini. Saya tidak sempat nak kira (dua orang ini duduk dalam) enam atau tujuh (anak syarikat) tetapi yang lain itu sama sahaja.Dan mereka semua ini tidak dibayar walaupun duduk dalam lembaga pengarah. Kalau ada orang yang mengatakan mereka ini mahu mengumpul elaun, itu tidak betul disebabkan duduk di dalam Mara Corp ini hanya dapat RM2,500 sebulan sahaja dan ia tidak berbaloi kalau kena \u2018balun\u2019. Mereka berada di sana (sebagai ahli lembaga pengarah) kerana mencintai ummah.Kita sedar perkara-perkara yang rapat dengan orang Melayu iaitu klien kita, saya ingat Melayu dan bumiputera tidak ada yang tidak tersentuh oleh Mara sejak kewujudannya. Yang kata takut dengan dua orang ini sebenarnya saya rasa mereka takut dengan bayang-bayang mereka. Sama ada mereka takut dengan perubahan atau perubahan pengurusan.Dahulu di bawah Mara, sekarang di bawah Mara Corp. Jadi, orang-orang daripada Mara Corp mesti mahu mengetahui apa yang terjadi dalam syarikat, apa yang terjadi dalam Rural Capital.Saya bagi contoh, Rural Capital kita mempunyai lesen untuk mengutip hutang. Kita memberi pinjaman kepada pelajar. Semasa pra-Covid-19, mereka sangat efisien dan mengutip RM800 juta setahun. Kalau mereka tidak efisien, kita tidak boleh pusing (modal). Pada 2020, KP Mara memberitahu saya bahawa kutipan kita kurang. Sekarang kita mengutip RM544 juta, kebetulan pelajar kita tidak ramai yang kita mahu hantar ke luar negara kerana semua ditutup.Tetapi demi kebaikan ummah, mesti diteruskan. Sebab itu, ia perlu diurus dengan baik. Apabila syarikat induk dipertanggungjawabkan oleh induknya iaitu Majlis Mara tadi, maka tugas ini amat berat dan mereka perlu tahu apa yang terjadi dalam lembaga pengarah anak-anak syarikat.Terdapat ramai lagi calon yang terdiri daripada orang Melayu yang berkelayakan. Boleh Datuk jelaskan mengapa hanya dua individu ini yang diberikan peluang yang begitu besar?Saya ingin menerangkan di sini kita pernah menggunakan perkhidmatan agensi pencari bakat untuk mengenal pasti dan memilih individu terbaik dan berkelayakan. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu yang tidak dapat saya terangkan di sini, individu tersebut telah kita tamatkan perkhidmatannya. Kita belajar bahawa walaupun proses yang dilaksanakan bagi mengenal pasti individu yang berkelayakan dilakukan secara telus tetapi adakalanya ia masih tidak menepati kehendak kita.Oleh itu, kita mengambil keputusan melantik mereka yang telah pun berada dalam Mara Corp. yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti. Maka dari situlah munculnya nama Datuk Suhaili dan beberapa individu lain yang didakwa dilantik atas kapasiti politik.Bagaimana Datuk melihat pelantikan dua individu ini dapat membantu anak-anak syarikat Mara Corp?Bukan dua individu sahaja, tidak betul. Anda tengok semula. Enam orang dalam pelbagai syarikat, bukan dua orang. Saya nak betulkan. Sudah tentu, anda kena tahu dalam carta Mara Corp, Suhaili adalah pengarah eksekutif yang dilantik mengikut keperluan. Jawatan itu diwujudkan kerana kita tidak melantik ketua pegawai eksekutif kumpulan. Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mara Corp tiada, maka perlu ada lantikan. Kalau kita nak lantik, kita perlu bayar lebih banyak lagi.Jadi, memadai kita melantik pengarah eksekutif, tetapi pengarah eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif. Kalau ada kehadiran Suhaili dalam mana-mana anak syarikat Mara Corp, itu menandakan bahawa syarikat itu perlu dipastikan operasi dan prestasi syarikat dilihat secara \u2018mikroskop\u2019.Tetapi apabila telah selesai proses transformasi nanti, terpulang kepada lembaga dalam Mara Corp untuk menarik semula orang-orang ini atau tidak. Kita meletakkan mereka di dalam lembaga anak syarikat bukan hanya dua orang ini tetapi enam orang secara bergilir-gilir bergantung kepada kepentingan dan fungsi anak-anak syarikat. Seperti Mara Liner. Siapa duduk dalam Mara Liner? Ada nama Suhaili? Tiada.Abdul Latiff AhmadPersoalannya, kenapa Suhaili dan Megat Shahriman perlu diletakkan di UniKL misalnya?UniKL ini sejak ditubuhkan keuntungannya sangat kurang. Itu pun diletakkan geran daripada kerajaan melalui Mara dalam laporan kewangan di bawah seksyen keuntungan sebelum cukai. Kalau tidak, rugi. Jadi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak, sudah 19 tahun.UniKL ini universiti swasta, kalau universiti swasta, puratanya katakanlah universiti swasta yang diurus oleh orang Melayu seperti Management & Science University (MSU) keuntungan mereka sebanyak 30 peratus, City University juga 30 peratus, Taylors University, dan Limkokwing University of Creative Technology, saya ingat 40 peratus keuntungan.Kenapa yang diurus oleh Mara kurang daripada dua peratus. Saya sebagai menteri takkan saya mahu tengok sahaja untuk diteruskan perkara yang sama? Takkan saya mahu buat macam itu.Saya rasa pendapatan (UniKL) pra-Covid-19 adalah sekitar RM300 hingga RM400 juta setahun. Jadi, apa masalahnya itu? Kena betulkan. Bila anda mahu betulkan, adalah orang yang takut. Kita bukan mahu cari salah orang. Kita bukan mahu menghantar orang ke penjara kecuali mereka mencabar kita. Mereka yang dilantik ini pun bukan pengerusi. Mereka hanya dalam lembaga pengarah. Mereka mahu bantu UniKL.Adakah Datuk yakin individu-individu yang dikatakan berpengalaman ini berjaya membantu anak-anak syarikat Mara Corp?Belum lagi. Baru mula. Kalau sudah lama bermula, bolehlah \u2018tembak\u2019. Ini belum mula lagi, apa maksudnya? Siapa yang bangkang? Adakah orang di dalam UniKL yang takut dengan perubahan yang mungkin berlaku? Itu saya tidak boleh jawab. Sedangkan dalam anak-anak syarikat yang lain seperti PMB sudah lima tahun rugi. Saya tidak tahu sangat tentang pelaburan. Tetapi tahun lepas, dalam suasana Covid-19 boleh untung RM10 juta.Saya telah meletakkan Datuk Azrul Nizam Aziz yang memang mahu berkhidmat untuk negara sebagai pengerusi bukan eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin. Mereka telah melakukan tugas dengan baik.Jika anda cakap mereka ini ada hubung kait dengan politik, saya rasa ya. Tapi yang lain itu pun ada hubung kait dengan politik. Saya kenal mereka sebelum saya menjadi ahli politik. Kita tidak buat perkara baharu, cuma nak diurus cara baharu.Adakah pelantikan ini bertentangan dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) mengenai komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat?Walaupun Mara Corp masih belum menjadi syarikat berhad, Mara Corp telah menjadikan MGCC sebagai panduan utama dalam pelaksanaan tadbir urusnya. Kita ini syarikat hibrid dan kita mengikut cara Khazanah Nasional Berhad. Kita tidak pernah lari daripada tugas-tugas pusat dan agensi penetapan. Mara Corp itu masih lagi di bawah akta syarikat yang perlu dipenuhi.Pihak yang menimbulkan isu ini bimbang dengan isu integriti. Bagaimana Datuk boleh memberi jaminan supaya pihak yang dilantik sebagai lembaga pengarah ini berintegriti tinggi?Anda bercakap mengenai integriti. Dalam surah al-Qasas, ada menyebut tentang \u2018qawiyyul amin\u2019, qawiy maksudnya kuat, amin itu amanah. Dia tidak kata \u2018aminul qawiy\u2019, amanah dulu kemudian kuat. Kuat mempunyai tafsiran macam-macam. Ada ilmu, ada kebijaksanaan, ada pengalaman, ada pendedahan kemudian disambung dengan amanah. Amanah ini kita menghasilkan satu sistem. Jadi apabila kita mewujudkan semua sistem, Insya-ALLAH. Tetapi saya tidak boleh memberi jaminan, kenapa?Apabila seseorang itu dilihat berintegriti, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa. Kuasa ini sangat bahaya. Anda tidak mempunyai kuasa anda senang cakap seperti saya boleh buat itu, ini dan macam-macam. Bagi dia kuasa. Kuasa dalam lembaga pengarah itu kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka perlu buktikannya. Orang datang dan pergi. Ahli lembaga pengarah tidak akan ada selama-lamanya. Menteri pun ada jangka hayatnya. Mungkin selepas ini saya tidak ada dah. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) katakanlah saya tidak bertanding atau digugurkan, habislah.Tetapi organisasi seperti Mara, Mara Corp, anak-anak syarikatnya seperti UniKL kena berterusan. Kita perlu pastikan sistem itu berjalan. Sistem ini berjalan bila ada sasaran. Kerana jika ada untung, ia akan memberi semula kepada \u2018bapanya\u2019.Sekarang ini kalau UniKL untung, beri semula kepada Mara dan Mara mendapat pendapatan serta membiayai semua pelajar dan membiayai usahawan.Mara ini seharusnya saling bergantungan dengan kerajaan. Ia tidak boleh \u2018totally independent\u2019 kerana sebahagian daripada perkara yang kita buat di Mara adalah bersifat sosiopolitik. Ia mempunyai agenda sosiopolitik. Saya boleh pilih untuk meneruskan perkara yang sama. Tidak payah kacau apa-apa dan teruskan perkara yang sama. Tetapi adakah saya buat perkara yang betul? Tidak ada menteri yang menjaga Mara tidak ada yang dikomen dan dikiritik. Kalau dikomen dan dikritik itu adalah normal. Kalau dipuji dan tidak dikritik, itu diluar tabii (ketawa).Saya sebenarnya tunggu berapa lama boleh bertahan di kementerian yang menjaga Mara tidak dikritik. Akhirnya orang mengkritik. Bagus. Ini bermaksud saya membuat perkara yang betul. Jika orang tidak mengkritik, kita syok sendiri.Mara ini kalau boleh bahagian perniagaannya diisi daripada Mara. Sekali sekala kita ambil bakat daripada luar tetapi lebih baik kita mengambil bakat daripada dalam kerana mereka memahami sistem nilai dalam Mara ini.ANEKDOTRancangan masa depan MaraKITA juga mempunyai ramai bakat. Jurutera sahaja ada beberapa orang, doktor falsafah ada beberapa orang. Cuma mereka ini mungkin ada kepakaran dalam sesuatu, tetapi hal lain tidak pakar. Jadi dia perlukan orang lain untuk naik bersama. Sebenarnya tidak banyak organisasi seperti ini yang boleh datang dan pergi.Katalah Khazanah dan mempunyai anak syarikat di bawahnya seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia. Kita tidak berhajat seperti itu tetapi mungkin satu hari nanti Mara Corp menjadi institusi yang besar dan boleh mengurus perkara yang sangat dekat dengan orang Melayu. Contohnya, kita telah ada organisasi seperti bank. Tetapi Mara tidak mempunyai bank dan adakah boleh Mara mempunyai bank?Ada orang tekan supaya adakan bank digital. Adakah boleh Mara menjadi \u2018anchor\u2019? Kita terfikir juga dan saya serahkan idea mereka yang berada dalam Mara atau Mara Corp. Tetapi PMB, dia ada pelaburan dalam bentuk unit amanah, dia juga mengurus harta, ada pengurusan dan kemudahan aset, boleh beri pinjaman kerana mempunyai PMB Tijhari dan Rural Capital pula boleh mengutip hutang seperti.Apa yang tiada? \u2018Payment Gateway\u2019 kita tidak ada, kita tidak ada digital wallet, tetapi ini semua kita boleh buat.Dengan apa yang kita lakukan ini, saya melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dia amat percaya kepada ahli-ahli majlis dan kredibiliti Mara Corp itu sendiri. Dia tidak campur tangan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Jun 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/144033/berita/wawancara/di-sebalik-isu-bonda-sayang-semua-tanpa-syarat", "article_title": "'Bonda sayang semua tanpa syarat'", "article_text": "[DI SEBALIK ISU] HANYA kerana penggunaan ayat \u2018biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu dapat jodoh\u2019, bukan biasa-biasa kecaman yang terpaksa diterima pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad.Kontroversi itu tercetus selepas satu klip videonya tular baru-baru ini menimbulkan salah faham sebilangan orang khususnya kaum wanita.Selain diperdebatkan khalayak, ia turut mendapat reaksi balas beberapa figura umum dan selebriti yang dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Dr Muhaya menerusi satu kenyataan media pada Khamis telah memohon maaf secara terbuka berhubung kontroversi berkenaan.Bersama wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie, Dr Muhaya yang mesra dengan panggilan Bonda berkongsi rasa dan isi hati beliau di sebalik isu panas tersebut.SINAR HARIAN: Boleh Bonda ceritakan semula apa sebenarnya yang berlaku sehingga timbulnya kekecohan ini?DR MUHAYA: Hantaran klip 56 saat tersebut sebenarnya merupakan petikan daripada siaran langsung yang diterbitkan pada 6 Februari 2021 di Facebook Prof Muhaya Official dan YouTube iaitu Prof Muhaya TV dengan durasi selama 45 minit bertajuk \u2018Antara Cinta dan Cita-Cita\u2019. Siaran live itu sebenarnya diadakan bagi menjawab persoalan dan komen-komen daripada pelayar Facebook termasuk wanita yang berada dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta dan keluarga.Topik menyeluruh 7am club itu telah dikelolakan sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas setiap hari bagi memberikan kesan positif kepada orang ramai.Ini inisiatif Bonda supaya orang ramai tidak tertekan, reset minda, celik hati dan jangan terkesan dengan suasana sepanjang PKP, sebaliknya melihat diri apabila kita duduk seorang diri di rumah, kita memiliki lebih masa.Sudah lebih 420 video dengan purata lebih 142,000 jumlah tontonan bagi setiap show pagi juga telah ditonton sejak itu. Jadi secara teknikalnya, itu adalah video lama.Bagaimanapun, Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat.Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat reda ALLAH.Dr Muhaya- Beberapa figura umum termasuk pakar dan selebriti seakan-akan tidak bersetuju dengan kenyataan Bonda sebelum ini. Adakah Bonda terkilan dengan situasi itu?Bonda secara peribadi tidak akan bercakap tentang isu ini. Bonda lebih fokus kepada konsep kehidupan dan Bonda tidak akan sebut nama mana-mana personaliti sebab Bonda tidak terkilan pun. Bonda sangat menghormati pendapat semua orang.Cara manusia melihat dunia berbeza dan imej diri mereka juga berbeza. Begitu juga cara mereka melihat diri kita dan dunia, memang tidak sama bergantung bagaimana cara dibesarkan, apakah pengalaman semasa persekolahan dan apa yang dilakukan ibu bapa.Semua pengalaman itu membentuk satu sistem tapisan untuk memproses apa yang berlaku sekali gus memberikan persepsi berbeza. Jadi, Bonda tidak akan komen namun tetap hormat dan belajar serta terima apa saja sebab prinsip Bonda, setiap apa yang manusia buat memang ada niat yang baik.-Jika diberikan peluang sekali lagi, adakah Bonda akan menukar penggunaan ayat \u2018biarlah macam bodoh-bodoh sikit jika mahu dapat jodoh\u2019 kepada sesuatu yang mungkin lebih manis untuk didengar?Macam inilah, Bonda orang Terengganu, apabila berbual secara santai, kita akan menggunakan bahasa yang biasa digunakan.Perkataan sebegitu tidak memberikan konotasi yang negatif di Pantai Timur. Jadi, Bonda faham kalau boleh guna perkataan yang lebih baik, mungkin Bonda boleh sebut perkataan yang tawaduk dan merendah hati kerana Bonda sangat yakin timbangan yang paling berat di padang mahsyar ialah akhlak terutamanya tawaduk.Bonda juga berpegang kepada ayat bahasa Inggeris iaitu \u2018humility is the mother of all virtues\u2019 (kerendahan hati adalah ibu segala kebajikan). Sifat rendah diri yang dimiliki Baginda Nabi Muhammad itulah yang memikat hati semua orang. Kita tak payah tunjuk pandai sebab selalunya orang yang benar-benar pandai tidak perlu untuk tunjuk pandai.- Dalam kenyataan media Bonda tempoh hari, Bonda juga ada menyebut tentang \u2018Bonda sayang semua tanpa syarat\u2019. Apakah maksud sebenar Bonda?Apa yang Bonda maksudkan ialah satu keadaan yang mana kita buat keputusan untuk menjadi orang dengan jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang dan ia bererti kita sayang semua makhluk ciptaan ALLAH.Sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita harus berbuat baik dan sayangi mereka kerana ALLAH, sekali gus untuk disayangi dan dikasihi ALLAH. Bonda berpegang kepada prinsip \u2018kalau orang berbuat baik kepada kita itu biasa, kalau buat jahat kepada orang yang buat jahat kepada kita itu dendam manakala kalau kita berbuat jahat kepada orang berbuat baik kepada kita itu pula zalim\u2019.Jika kita sayang tanpa syarat, kita boleh berbuat baik kepada orang yang tidak berbuat baik kepada kita kerana itu sunnah nabi. Nabi Muhammad SAW merupakan pencinta tanpa syarat yang paling besar, sebab itulah Bonda sangat fokus terhadap cara hidup sebegini kerana kualiti hidup kita bergantung kepada emosi.Jika kita mengamalkan perkara ini, kita boleh mengatasi semua masalah dan menghilangkan semua kemarahan dan kutukan ibarat air bah yang boleh menghancurkan api kebencian dan juga fitnah. Insya-ALLAH.Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Muhaya pada Khamis.- Apakah projek terkini Bonda yang boleh dikongsikan bersama pembaca Sinar Harian?Projek terkini yang boleh Bonda kongsikan ialah memang niat hidup Bonda untuk mengajak diri dan masyarakat menjadi pencinta tanpa syarat.Hiduplah dengan jiwa cintakan ALLAH, cintakan orang dan mencintai diri. Apabila kita cintakan ALLAH dan sayangi diri kita, maka kita akan senang menyayangi orang lain serta senang disayangi.Sebab itu Bonda sedang mengendalikan program latihan terbaharu yang dinamakan Ultra PMC Plus 6.Ultra itu merupakan singkatan perkataan \u2018uzlah\u2019 (menyendiri, bertafakur dan refleksi diri), \u2018let go\u2019 (melepaskan apa yang telah berlalu dan meneruskan kehidupan dan tidak memegang apa-apa yang boleh merosakkan jiwa), takwa (pakaian jiwa yang boleh dibawa ke mana-mana untuk berjaya dunia dan akhirat), refleksi diri (melihat cerminan orang lain yang ada dalam diri sendiri) dan juga akhlak yang merupakan faktor asas untuk indeks akhlak yang akan diamalkan untuk diri sendiri, sekolah, negara dan sebagainya.Jadi sama-samalah termasuk Bonda memperbaiki diri kita dan mengajak orang lain ke arah kebaikan sebab orang yang paling menang ialah orang yang paling tenang. Tidak ada ketenangan kalau tidak ada kasih sayang. Tidak ada juga kasih sayang jika kita tidak mengenal diri dan ALLAH serta mengetahui sebab mengapa kita berada di sini.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Jun 2021 07:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/143905/berita/wawancara/pelarian-rohingya-sudah-jadi-bisnes", "article_title": "Pelarian Rohingya sudah jadi bisnes", "article_text": "[MUKADIMAH] Biarpun kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), etnik asal Myanmar ini tetap memilih untuk menjejakkan kaki di Malaysia.Mereka sanggup menyabung nyawa di lautan dan rela diperdagangkan dengan membayar hampir RM10,000 semata-mata untuk hidup selesa di negara ini berbanding terus sengsara di kem pelarian Cox\u2019s Bazar, Bangladesh.Terbaharu pada 4 Jun lalu, seramai 81 orang pelarian Rohingya dikesan mendarat di Aceh Timur, Indonesia, yang memaksa Malaysia menerusi National Task Force (NTF) memperketat kawalan sempadan kerana sudah pasti destinasi akhir pelarian itu adalah negara ini.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Nurul Riduan Nor Ashaha dan Liza Mokhtar bersama Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som di Putrajaya baru-baru ini, yang antara lain menyentuh kenapa Malaysia menjadi \u2018negara impian\u2019 etnik Rohingya.SINAR AHAD: Boleh Datuk jelaskan di mana lokasi di sempadan perairan Malaysia-Thailand yang menjadi laluan masuk sindiket penyeludupan Rohingya?MOHD ZUBIL: Kalau kita lihat di sebelah utara Malaysia khususnya di utara Langkawi, ada banyak pulau yang dimiliki oleh Thailand.Kalau dulu mereka akan terus masuk dengan menggunakan kapal besar yang bawa lebih 200 penumpang. Tetapi selepas kita buat operasi udara, modus operandi seperti ini diubah. Jadi kemungkinan pulau-pulau di Thailand ini dijadikan tempat perlindungan untuk mereka mengatur semula pergerakan dan membuat pemindahan penumpang ke bot-bot kecil sama ada bot persiaran, bot laju atau bot nelayan sekiranya ada.Mereka masuk dalam kumpulan yang kecil, satu atau dua orang. Mungkin pihak berkuasa Thailand tidak sedar atau mereka tahu sebenarnya. Tentera laut Thailand ada tetapi kemungkinan mereka melihat bot itu bukan satu ancaman. Mereka tahu destinasi bot-bot ini bukannya Thailand tetapi destinasi terakhir mereka sudah semestinya Malaysia.Ada laporan mengatakan mereka turun di Aceh.Kalau kita lihat, dua tiga bulan sebelum ini, kem di Aceh itu sudah kosong. Mereka lari. Ke mana mereka lari? Selepas beberapa hari Maritim Malaysia dapat menahan empat individu. Mereka dari Aceh, turun ke bawah seperti Medan dan seterusnya menggunakan bot laju untuk masuk ke Malaysia. Sebabnya, mungkin mereka melihat Malaysia adalah satu tempat yang senang. Ekonomi bagus, senang kerja, saudara-mara ramai.Bagaimanakah senario sindiket penyeludupan Rohingya pada musim pandemik Covid-19 ini?Pada penghujung tahun 2019 dan awal 2020, Maritim Malaysia adalah agensi pertama yang membanteras sindiket di darat. Kita buat operasi khas yang dipanggil Ops Dalal. Kita dapat tangkap perancang yang patut menerima bayaran. Kita dapat tumpaskan.Modus operandi sindiket ini cukup senang.Mereka (Rohingya) yang berada di Malaysia iaitu waris-waris, mereka pergi kepada ejen dan mereka beri nama siapa yang mereka mahu untuk dibawa masuk ke Malaysia. Ejen akan uruskan semuanya.Mereka yang kita siasat ini, mereka duduk di Cox\u2019s Bazar dan mereka sudah ada kad UNHCR yang dikeluarkan di Cox\u2019s Bazar.Di sana nanti, individu yang sudah dikenal pasti pihak sindiket, akan membuat runding untuk membawa mereka masuk ke Malaysia. Ejen akan uruskan semuanya termasuk soal pembayaran. Itu adalah sebahagian mereka yang mempunyai waris di negara kita.Sebahagian lagi kemungkinan tiada saudara-mara tetapi dia dijanjikan di Cox\u2019s Bazar lagi. Ada ejen di sana yang uruskan kemasukan ke Malaysia. Mereka perlu bayar pendahuluan di sana dan apabila sampai di sini, perlu bayar bakinya melalui ejen juga.Mereka datang ke sini tidak bawa duit. Kita sudah buat tangkapan dan tidak jumpa sebarang wang tunai. Transaksi berlaku melalui ejen di sini dan di Cox\u2019s Bazar.Bagaimana pula dengan bayaran yang dibuat oleh warga Rohingya kepada sindiket?Saya difahamkan, untuk permulaan pembayaran adalah sekitar RM3,000. Apabila sampai di Malaysia, mereka perlu bayar sekitar RM5,000 lagi. Bayaran ini tidak tetap. Tengok keadaan ketika itu. Jumlahnya saya boleh katakan adalah hampir RM10,000 untuk sampai ke Malaysia.Pelarian Rohingya ketika ini lebih gemar menggunakan laluan laut berbanding darat. Adakah ini taktik mereka untuk meraih perhatian antarabangsa sekiranya Malaysia mengambil langkah usir?Itu agak sukar saya nak jawab, tetapi apa yang saya lihat kalau mereka melalui jalan darat, mereka perlu berdepan dengan banyak lokasi pemeriksaan di Thailand mahupun Malaysia. Kalau di laut, laluannya terus.Apa yang saya hairan, risiko yang mereka ambil menggunakan perjalanan laut adalah lebih berbahaya sebab mereka ini ramai, tetapi menggunakan bot kecil dan dipenuhi barang. Persoalannya bagaimana dengan makanan serta minuman? Kalau di darat lebih senang tetapi kemungkinan kawalan di darat itu ketat. Sebab itu mereka beralih ke laut.Apabila kita buat Ops Benteng, kita memperketat kawalan laut. Mereka sudah hilang arah dan tidak tahu sama ada mahu menggunakan jalan laut atau jalan darat. Sebab itu kalau kita lihat, laporan terakhir Maritim Malaysia, apabila mereka ditahan oleh tentera laut India, mereka terapung di tengah laut dengan enjin rosak. Mati pun ramai. Makanan pun tiada. Bot terapung dalam tempoh yang lama.Kita lihat cabaran untuk mulakan pergerakan di laut ini sungguh lama. Pertamanya ejen akan kumpulkan kumpulan kecil terlebih dahulu. Kemudiannya menaiki bot kecil dan dipindahkan ke bot besar. Proses itu memakan masa yang lama sehinggalah bot itu padat dengan penumpang.Di tengah laut pula berlaku penghantaran bekalan makanan dan minyak. Ada kapal-kapal lain dikesan membantu pergerakan mereka. Sebab itu ada kapal yang terapung lama untuk tunggu barang makanan dan minyak. Kalau tiada pembayaran wang, Rohingya ini perlu tunggu di laut. Apabila bayaran dibuat, bekalan akan dihantar. Perjalanan ini akan ada banyak pembekal yang menghantar barangan keperluan. Sebab itu perjalanan itu mengambil masa yang panjang.Kalau perjalanan itu secara terus sahaja, rasa saya tiga atau empat hari, mereka sudah sampai tetapi kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan. Berlabuh di sini, berlabuh di sana.Berdasarkan operasi terakhir yang kita tangkap, bot itu kecil tetapi dipenuhi lebih 200 orang. Mereka dapat duduk berlunjur sahaja. Mereka tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan.Sebab itu apabila ditangkap dan kita suruh mereka berjalan, mereka tidak boleh berjalan. Apabila mereka cuba berjalan, mereka terjatuh. Maknanya tempoh mereka duduk itu terlampau lama.Mereka tidak boleh bergerak tambahan pula ada orang kawal di atas bot. Makan mungkin campak-campak sahaja. Bila kita tahan, kita dapat lihat mereka kehabisan zat, nutrisi, kekurangan air, tidak boleh berjalan dan kena papah. Saya pun hairan mengapa mereka gemar menggunakan jalan laut berbanding jalan darat.Mereka di sini ada ejen dan di Cox\u2019s Bazar juga ada ejen. Daripada siasatan pihak berkuasa, berapa banyak ejen atau sindiket yang berjaya diberkas oleh Maritim Malaysia?Bukan Maritim Malaysia sahaja yang menangkap ejen atau pihak yang mengatur semua perjalanan masuk PATI ini ke Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melaksanakan perkara yang sama. Cuma saya tidak boleh mengesahkan berapa yang telah mereka tangkap.Apabila kita melihat situasi pergerakan PATI ketika ini, satu faktor utama adalah disebabkan cuaca. Kita masih menunggu dan lihat pergerakan seterusnya. Kita akan lihat ketika mana cuaca berubah dari timur laut ke barat daya, sama ada masih berlaku pergerakan bot-bot pendatang asing ke perairan negara.Katakanlah tidak ada, maknanya tangkapan ejen-ejen yang telah kita buat adalah efektif sekali gus berjaya menghalang mereka ke sini.Jika keadaan laut reda, kemungkinan itu adalah masa yang sesuai untuk mereka bergerak. Tapi bagi pihak Maritim Malaysia, kita mengharapkan ia tidak akan berlaku. Diharap operasi menangkap ejen itu berjaya menyelesaikan kes kemasukan PATI ke negara ini.Berapa banyak keuntungan yang dapat diraih oleh ejen atau sindiket yang menyeludup masuk warga Rohingya?Saya tidak pasti berapa banyak mereka boleh buat duit daripada aktiviti haram ini. Tetapi cuba bayangkan, kalau satu orang ejen boleh bawa dalam satu perjalanan melibatkan RM8,000 hingga RM10,000 orang secara purata, bayangkan kalau dia \u2018makan\u2019 RM200 untuk satu orang, berapa banyak yang dia boleh dapat?Tahun lalu sahaja, ada dua kes iaitu satu daripadanya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu lagi pada 5 April 2020 di mana seramai 202 orang etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, Langkawi.Semasa kita siasat, kita ingat kes ini melibatkan isu PATI sahaja tetapi apabila ia semakin meningkat, kita lihat ada unsur-unsur lain dalam isu ini.Mengapa ia begitu menjadi tarikan? Apabila kita tahan, dia tetap masuk. Kita tahan lagi, dia masuk lagi. Rupa-rupanya ada sindiket pengaturan ejen yang mengaturkan semua kemasukan PATI ini.Ia melibatkan pembayaran dan nama-nama orang yang ejen perlu bawa masuk. Kebanyakan nama yang hendak dibawa masuk itu adalah saudara-saudara terdekat mereka. Mereka yang berada di sini mahu ejen mencari saudara-saudara mereka untuk dibawa ke sini.Sebagai contoh, PATI yang sudah berada di sini mahukan adiknya yang berada di negara asal dibawa ke Malaysia. Maka ejen yang berada di negara asal pun carilah nama yang telah diberikan kepada mereka. Ejen ini akan cari nama-nama tersebut kerana PATI yang telah berada di negara ini sanggup bayar sekiranya saudara-saudara mereka itu berjaya dibawa ke sini.Mereka yang berada di negara asal mana ada duit. Hendak bayar kepada ejen untuk ke Malaysia pun tidak ada duit. Maka yang membuat pembayaran adalah PATI yang telah berada di negara ini.Selain itu, ada juga PATI di sini yang hendak berkahwin dan memberikan gambar kepada ejen untuk mencari pasangannya. PATI yang telah berada di sini mahu berkahwin dengan suku-suku mereka sahaja. Apabila jumpa, ejen akan bawa kumpulan tersebut ke Malaysia.Dalam tangkapan terakhir, terdapat sejumlah 15 anak dara berusia 17 dan 18 tahun. Apabila kita bertanya ada saudara di sini atau tidak, mereka kata tidak ada.Rupa-rupanya mereka sudah ada calon atau pasangan yang hendak dikahwinkan di sini. Mungkin calon ini sudah lama di Malaysia dan ada sedikit duit, ada tempat tinggal serta sudah ada pekerjaan, maka dia sudah memikirkan untuk melangsungkan perkahwinan.Tetapi calon itu masih dari negara asal mereka.Sebagai langkah kesedaran, kita juga buat satu usaha bersama Pasukan Sempadan Australia (ABF) untuk melihat kes-kes penyeludupan PATI. Kami sudah berbincang dan usaha sama ini dilihat sebagai komunikasi strategik.Komunikasi strategik itu adalah apa yang kami hendak uar-uarkan kepada orang yang terlibat tentang pemerdagangan manusia. Salah satu cara adalah memasang bunting di kawasan lapangan terbang untuk kesedaran semua. Kita mahukan penyelesaian ke akar umbi dan dalam masa yang sama, Australia akan cuba sampaikan mesej di sana.Antara pelarian dan pemerdagangan manusia ke Malaysia, apakah definisi sebenar untuk etnik Rohingya ini? Adakah mereka di bawah gelaran pelarian atau seperti PATI juga?Nak kata pelarian pun agak sukar kerana kita ada dua isu di sini. Pertama, penyeludupan individu, di mana ejen menguruskan orang ke sesebuah negara namun kemudian dia dieksploitasikan. Contohnya, mereka dijanjikan pekerjaan di sini namun diletakkan di rumah pelacuran.Kedua, penyeludupan migran, iaitu mereka membayar tambang dari negara A ke negara B dan tidak dijanjikan apa apa. Oleh itu, mereka juga dianggap dan dilayan sebagai PATI yang memasuki laluan yang tidak sah dan diwartakan.Antara kemanusiaan dan tanggungjawab, bagaimana Maritim Malaysia mengasingkan sifat simpati dengan tanggungjawab menjaga perairan negara?Bagi saya, inilah peranan Maritim Malaysia. Kalau kita hendak harap Maritim buat dan agensi-agensi lain melaksanakannya, aspek kemanusiaan tetap diutamakan. Semasa melaksanakan tugas dan pengarahan, kita kena seimbangkan.Maksudnya, pelaksana tugas pun manusia dan bukannya robot. Maka kita akan tengok keadaan PATI itu macam mana. Kalau kita buat tangkapan di laut dalam keadaan yang ramai, jika kita perlu bagi bantuan minuman dan makanan, kita akan bagi. Apa yang kita ada, kita akan bagi kepada mereka.Namun sekiranya keadaan mendesak, kita akan merujuk kepada pihak atasan sama ada kita hendak bawa mereka masuk atau teruskan mengusir. Makanya kita masih diberikan ruang pada situasi itu setelah kita melakukan justifikasi.Sebab apa yang saya lihat, kita berada di lapangan. Kita yang berurusan dengan mereka. Dan satu peringkat yang mana mereka berada di darat, mereka tidak boleh gambarkan keadaan dan situasi yang kita hadapi di laut.Kita tengok macam mana. Kita boleh telefon untuk kita menyatakan keadaan kumpulan PATI itu bagaimana. Keadaan macam ini, keadaan macam itu.Jadi orang yang di darat pun terima maklumat yang diberikan. Tetapi kita yang di lapangan ini nampak sendiri bagaimana situasi itu berlaku. Keadaan itu tidak boleh digambarkan dengan hanya melalui telefon kecuali kita pernah melaluinya.Macam saya, walaupun saya berada di darat tetapi saya pernah melalui situasi tersebut. Tiga bulan, empat bulan, tetapi arahan yang diberi itu kita kena akur. Oleh sebab itu apabila orang bertanya, mengapa bagi air? Mengapa bagi makanan kepada PATI? Adakah tindakan ini salah? Bagi saya, tiada masalah. Kita bagi apa yang kita mampu untuk bantu mereka teruskan hidup. Kita buat semua ini sebab atas dasar kemanusiaan.Tetapi apabila semuanya sudah selesai, kita usirlah mereka. Kita ada undang-undang, maka kita kena akurlah dengan undang-undang sedia ada.Pendatang bocorkan kapal bila nampak Maritim MalaysiaPROSEDUR Maritim Malaysia ketika menahan bot yang dipenuhi warga Rohingya ketika pandemik Covid-19 ini, pertamanya kita dibenarkan memberi bekalan air, biskut dan kemudiannya usir. Bagaimanapun, mereka ini apabila nampak sahaja kita, mereka akan buat perkara yang di luar jangka.Contohnya, mereka cuba bocorkan kapal. Sebabnya mereka tahu sifat kemanusiaan Maritim Malaysia.Kami ialah sebuah agensi yang bukan penguatkuasaan tetapi mencari dan menyelamat.Apabila mereka nampak kita sahaja, ada yang terjun ke laut sebab mahu kami selamatkan. Ada juga yang berenang.Jadi semasa tempoh Covid-19 ini, kita lebih berhati-hati. Kalau kita nampak di laut, kita akan bagi air dan makanan. Arahan buat masa ini adalah usir. Kalau usir dan mereka pergi, tiada masalah. Itu yang berlaku mereka mendarat di Aceh.Mereka nak masuk Malaysia tetapi apabila melihat banyak kapal membuat kawalan, banyak kapal terbang di udara, mereka ubah haluan untuk sementara dan singgah di Aceh.Ini bukan sahaja dilaksanakan kepada bot-bot PATI, malah ia juga dilaksanakan kepada kapal-kapal dagang yang kita tahan dan PATI yang menyeludup.Bila laksana, kita akan ikut semua prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.Yang pertamanya, kalau ada permintaan untuk kita buat pemeriksaan kesihatan, kita akan buat.Katakanlah kapal dagang itu ada orang sakit, ada yang mati, cedera dan sebagainya, kita akan pakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk bawa mangsa ke kapal.Semua yang kita lakukan ini adalah bertujuan mengekalkan pematuhan terhadap langkah-langkah dan SOP ditetapkan.Kalau kita tangkap PATI pun, perkara yang sama juga kita lakukan. Sebaik sahaja kita daratkan mereka, kita akan terus asingkan PATI ini.Kita cuba untuk tidak mengambil risiko kepada anggota atau anak kapal.Sehingga kini, belum ada anggota Maritim Malaysia yang dijangkiti Covid-19 semasa dalam proses membuat tangkapan.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Jun 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/143749/berita/wawancara/lsquosaya-bukan-kecewa-hanya-meluahkan-kekesalanrsquo", "article_title": "\u2018Saya bukan kecewa, hanya meluahkan kekesalan\u2019", "article_text": "PADA saat kerajaan mendepani bencana pandemik Covid-19 yang semakin genting ketika ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mencuri tumpuan ramai melalui kenyataan kontroversinya pada Rabu.Lantang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19 terutama dalam aspek mempercepatkan proses vaksinasi rakyat, Ahli Parlimen Alor Gajah yang mesra disapa Pak Wan turut mendedahkan beliau tidak lagi dijemput menjadi ahli mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MKN) sejak perayaan Aidilfitri yang lalu.Pengakuan Pak Wan sememangnya mengejutkan semua pihak, lebih-lebih lagi portfolio Menteri Tugas-Tugas Khas yang disandang mempertanggungjawabkan beliau untuk menguruskan agensi melibatkan bencana nasional iaitu Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).Sesi wawancara eksklusif Pak Wan bersama wartawan, Khairil Anwar Mohd Amin dan Mohammad Amnan Hibrahim pada Khamis, menjawab rasional sebenar di sebalik dakwaan menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu seolah-olah mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN).SINAR HARIAN: Apakah perbezaan dua portfolio kementerian yang dipegang Datuk Seri sewaktu kerajaan PN dan Pakatan Harapan (PH)? Mana yang lebih mencabar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) atau Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi?MOHD REDZUAN: Lihat secara kasar, sewaktu saya memegang portfolio Kementerian Pembangunan Usahawan, bidang itu sebenarnya dekat dengan hati saya. Di mana saya tahu terutamanya kedudukan usahawan bumiputera dalam penglibatan usahawan yang menjana ekonomi negara. Kalau kita lihat dahulu, sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pembangunan negara lebih kurang 38 peratus.Tetapi, ketika itu, kedudukan bumiputera, kalau dilihat daripada pembangunan bumiputera, tidak begitu ketara. Di situlah bermulanya tugas saya untuk lebih kepada membawa idea baharu, bukan sekadar perniagaan seperti biasa, untuk memastikan agenda bumiputera dilestarikan dan diperkasakan serta mendapat impak tinggi.Tetapi apakan daya, kerajaan PH sebelum ini tidak dapat dilestarikan. Maka saya bersama-sama mengikuti arus politik semasa ketika itu untuk membantu menyokong pembentukan kerajaan PN. Agenda ketika itu sangat jelas, dimasukkan di dalam portfolio tugas-tugas khas digalas saya ketika ini, ada juga dimasukkan cir-ciri pembangunan. Saya telah menggalas tanggungjawab untuk menyelaras segala bentuk pembangunan ekonomi bumiputera.Di bawah portfolio tugas-tugas khas juga turut meliputi agensi seperti SEPADU iaitu naratif baharu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang merangkumi aspek pembangunan bumiputera secara inklusif. Tidak lama lagi, kita akan lancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030, selari dengan tempoh masa kita mencapai objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Kita juga hendak lihat, bila kita capai WKB 2030, bumiputera akan mencapai tahap impak tertentu yang ditetapkan kerajaan PN. Itu adalah tugas paling penting di dalam porfolio saya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas.Tugas yang lain adalah melibatkan pengurusan bencana nasional dan pengurusan tenaga-tenaga yang melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA) untuk menguruskan bantuan tertentu apabila tiba kejadian bencana hingga ke akar umbi. Sebagai contoh, pandemik Covid-19 adalah bentuk bencana paling jelas dihadapi negara ketika ini.Ada pihak mendakwa portfolio kementerian dipegang Datuk Seri sekarang ini adalah downgrade daripada portfolio kementerian Datuk Seri galas sewaktu kerajaan PH. Apa pandangan Datuk Seri?Tiada isu downgrade. Kalau kita lihat kerajaan berfungsi secara konsensus. Masing-masing ada tanggungjawab dan portfolio kementerian tertentu untuk digalas. Tiada seorang pun yang boleh mengatakan portfolio kementerian ini adalah lebih kurang berbanding portfolio kementerian lain.Apapun, keputusan kerajaan di peringkat dasar, kita akan berbincang di Kabinet dan akan mencapai konsensus, sebelum kita mengumumkan atau mahu melaksanakan dasar-dasar dipersetujui bersama. Tidak timbul isu portfolio menteri itu kecil atau tidak, semuanya amat besar dan penting.Semuanya akan diuruskan oleh barisan Kabinet itu sendiri dengan konsensus yang ada.Adakah proklamasi darurat benar-benar membantu kerajaan dalam mendepani bencana Covid-19?Secara peribadi, proklamasi darurat dianggap perlu bagi membolehkan kerajaan mewujudkan ordinan-ordinan tertentu bagi memudahcarakan pengurusan bencana. Kita tidak mahu melihat ada kenderaan askar di tepi jalan. Bukan bentuk darurat sebegitu yang kita mahukan. Ia lebih menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat. Maka perlunya darurat diwujudkan.Kalau tiada darurat, apa sahaja bentuk pelaksanaan kita hendak lakukan, melibatkan sokongan daripada Dewan Rakyat, ini akan melambatkan tindakan kerajaan dan mengkompromi soal nyawa serta kehidupan rakyat. Jadi, tindakan itu saya rasa tepat dan kita lihat, jika perlu sesuatu perkara dibawa kepada pengetahuan rakyat, maka sidang Dewan Rakyat kena bersidang. Tiada masalah.Jadinya darurat adalah satu proklamasi yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan, yang boleh kerajaan laksanakan semata-mata untuk meningkatkan aspek keselamatan, terutama dari aspek kesihatan.Jadi, contoh, kita tidak tahu dalam masa terdekat, adakah kes ini akan menular dengan lebih tinggi lagi? Justeru, kerajaan boleh mengguna pakai ordinan darurat bagi kuasa-kuasa tertentu, untuk memastikan penggunaan aset-aset tertentu, bagi dimobilisasi kerahan tenaga tertentu, supaya pengurusan Covid-19 lebih berkesan dan bersasar.Kalau kita bawa usul sebegini untuk dibahaskan, ianya memerlukan banyak masa dan berkemungkinan tentangan daripada ahli-ahli Parlimen tertentu yang ada pandangan berbeza.Pada Khamis, Datuk Seri ada meluahkan pandangan berbeza mengenai kaedah sepatutnya kerajaan menangani Covid-19. Nada Datuk Seri juga seolah-olah kecewa kerana tidak lagi dijemput menghadiri mesyuarat MKN. Boleh Datuk Seri jelaskan?Sebenarnya, saya bukan kecewa, itu salah tafsir. Saya sebenarnya hanya meluahkan kekesalan kepada wartawan yang bertanya kepada saya. Kekesalan atau persoalan kepada kerajaan adalah berbeza dengan kekecewaan.Kalau wartawan yang bertanya, Pak Wan ditempatkan di bawah Nadma. Ini soalan yang mudah. Semua orang tahu Nadma menguruskan bencana. Sekarang ini apa yang ditakrifkan bencana? Covid-19. Jadi, Nadma memang di bawah MKN. Persoalan itu mudah sahaja.Mohd Redzuan mengadakan sidang video bersama pegawai APM Kedah untuk taklimat berkaitan peranan agensi itu sepanjang pandemik Covid-19.Kalau Nadma bukan bawah MKN, mengapa diletakkan di bawah Menteri Tugas-Tugas Khas? Itu hanya persoalan. Mengapa hendak dijadikan isu untuk disensasikan? Ini bukan kritikan kepada kerajaan. Ini sekadar pandangan yang mahu beri penambahbaikan kepada usaha kerajaan.Kita sebagai satu unit yang mahu mentadbir urus negara, dari sudut bencana, perlu memenuhi segala fungsi kerajaan sebagaimana diamanahkan oleh rakyat. Saya pandang perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Cuma orang politik dilihat bersungguh-sungguh mensensasikannya.Jadi, benar saya tiada dalam MKN. Itu benar dan diperakui kerajaan sendiri. Adakah saya mahu membuat satu pembohongan? Mahu saya akui saya terlibat dalam mesyuarat MKN selepas perayaan Aidilfitri? Tidak boleh. Saya kena menjadi jujur dan berkata benar untuk kebaikan diri saya selain memberi persepsi kepada rakyat tentang ketelusan kita. Jadi apa masalahnya?Secara lebih jelas, apa sebenarnya status Datuk Seri dalam MKN dan kerajaan PN sendiri?Saya sebagai menteri yang menguruskan bencana nasional. Saya tidak tahu. Itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dari segi sejarahnya, hari pertama saya memegang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas, saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana Covid-19.Itu ada dalam arkib catatan mesyuarat. Selepas itu, saya disarankan untuk duduk dalam MKN di bawah sektor keselamatan. Saya juga dijemput secara bersurat untuk menghadiri mesyuarat MKN di bawah sektor ekonomi. Tetapi malangnya belum dapat hadiri mesyuarat pertama, saya diarahkan supaya tidak menyertainya.Jadi, ini terpulang kepada pasukan kerajaan. Kita turut perintah. Kalau ada, adalah dan kalau tiada, saya tiada masalah.Pada saat genting ketika ini, ada keperluankah bilangan menteri bertanggungjawab untuk menangani Covid-19 melalui mesyuarat MKN dikecilkan atas alasan untuk mengelakkan pertindihan bidang tugas?Saya tidak pasti bencana Covid-19 serius atau tidak, sebab saya tidak lagi dijemput dalam mesyuarat MKN. Bagaimana saya hendak mengukurnya? Tetapi berdasarkan maklumat semasa, kadar kebolehjangkitan Covid-19 sudah banyak berkurang daripada angka kemuncak sebelum ini.Saya pasti MKN telah membuat satu tindakan terbaik membolehkan kerajaan mengurangkan kadar jangkitan itu.Ramai rakyat berpendapat negara tidak boleh berterusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap kali kes kembali naik kerana tindakan itu akan menjejaskan ekonomi untuk jangka masa panjang. Jadi apa penyelesaian terbaik boleh dicapai kerajaan?Pendapat saya, kalau hendak buat Sekatan Pergerakan Penuh, ia akan menjejaskan kehidupan termasuk pendapatan negara. Jadi, satu keseimbangan diperlukan dalam menangani isu ini.Saya rasa MKN yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang tertentu, mampu merumuskan solusi yang terbaik.Contohnya penularan Covid-19, sumbangan terbesar adalah dari kluster perkilangan. Jadi, isu ini perlu ditangani secara lebih holistik. Kita tidak boleh kata kena tutup semua. Kalaupun mahu tutup semua, mesti ada plan penyelesaian alternatif terbaik.Kita kena unjurkan apa impak terpaksa ditanggung kerajaan sekiranya perintah berkurung benar-benar dilaksanakan dengan sektor ekonomi ditutup sepenuhnya. Adakah kita bersedia untuk menguruskan impak itu setelah dua minggu? Itu terpulang kepada MKN.Datuk Seri ada mempersoalkan mengapa Badan Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) tidak memberi kelulusan bersyarat kepada produk syarikat-syarikat vaksin selain Pfizer BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca yang dibekalkan kepada rakyat ketika ini. Apa isu sebenar berlaku di sebalik fungsi NPRA itu sendiri?Bila darurat dilaksanakan, kerajaan masih lagi pada tahap work in progress. Mungkin apa sahaja situasi atau dasar kita, contohnya semua bentuk produk perubatan, perlu mendapatkan kelulusan NPRA. Itu memang amalan wajib dan mandatori demi memastikan produk itu tidak disalahgunakan dan akan dibawa kepada rakyat.Tetapi, kita melihat daripada segi pendekatan holistik yang bersifat pelbagai. Ini pun telah diputuskan dan kita telah menyambutnya dengan memberi saranan mengapa tidak membawa kaedah kelulusan mengambil kira ia pandemik dunia dan tidak sekadar berlaku di Malaysia.Kalau di negara lain boleh menggunakan vaksin Sinopharm, mengapa kita tidak boleh memakainya dan harus menunggu kelulusan NPRA? NPRA hanyalah satu badan yang memproses aspek kelulusan produk kesihatan.Jika kita ambil pendekatan menggunakan kuasa-kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, sekiranya Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (EUL) daripada negara asal yang mengeluarkan bekalan vaksin itu dan diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sepatutnya NPRA boleh mempercepatkan kelulusannya, sekali gus mempercepatkan usaha mencapai imuniti berkelompok.Kita perlu ada bekalan daripada pelbagai syarikat vaksin yang sudah menerima EUL. Ini penting supaya kadar vaksinasi rakyat negara dapat dipertingkat dan dipercepatkan daripada jadual asal.Jadi, kita tidak menghadapi risiko seperti dakwaan penggunaan AstraZeneca di Thailand berkemungkinan terpaksa ditangguhkan selama tiga bulan. Adakah berita sebegini akan memberi impak kepada jadual vaksinasi rakyat negara kita?Kalau kita ada bekalan alternatif jenis vaksin yang lain seperti Sinopharm dan Sputnik V, mungkin keadaan lebih baik. Saya sendiri mahu gunakan jenis vaksin yang sudah melalui ujian klinikal manusia fasa ketiga di Malaysia sendiri dan terbukti halal. Kalau syarikat lain dapat kelulusan EUL, kenapa kita tidak guna pakai vaksin berkenaan?Adakah syarat ketat NPRA untuk meluluskan jenama vaksin lain disebabkan negara terikat dengan program pengedaran vaksin antarabangsa (COVAX)?Perjanjian COVAX yang kita sertai adalah bertujuan memberi jaminan bekalan vaksin awal akan diperolehi kerajaan berdasarkan nilai pembayaran pendahuluan dikemukakan kerajaan. COVAX menjamin negara yang menyertai perjanjian itu menerusi kaedah \u2018first right refusal\u2019 bagi kuantiti 10 peratus daripada populasi penduduk negara berkenaan.10 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia adalah bersamaan purata 3.2 juta orang. Selain itu, kita bukan sahaja menggunakan pendekatan perjanjian COVAX untuk mempercepatkan proses membentuk imunasi berkelompok. Komitmen perjanjian COVAX hanya 10 peratus daripada populasi negara kita.Jadi, lebihan 90 peratus daripada populasi penduduk Malaysia, kerajaan terbuka terima apa sahaja jenama vaksin diluluskan WHO tetapi harus melepasi NPRA.Justeru, dengan kaedah menjunjung bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menggunakan ordinan darurat bersesuaian, kita membuat satu pendirian menyatakan segala jenama vaksin yang ada kelulusan EUL dan WHO, boleh diguna pakai sementara NPRA menjalankan proses regulatori wajib bagi mengukuhkan kelulusan penggunaannya.Datuk Seri ada mencadangkan tenaga lebih dua juta sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dimanfaatkan bagi melicinkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Setakat ini, berapa peratus sumber tenaga APM yang dimanfaatkan?Saya akui cadangan saya disambut baik oleh kerajaan. Di Kedah, contohnya mereka bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Bencana negeri dan daerah untuk sama-sama melibatkan diri dalam pengurusan bencana Covid-19.Kita gerakkan ambulans dan sukarelawan APM untuk mengenal pasti komuniti yang ada gejala ataupun diuji positif Covid-19.Kita mempunyai sukarelawan lebih daripada 2.2 juta yang berdaftar. Mereka ini kita berikan pakaian seragam. Kita ada seeded community, iaitu orang yang berpelajaran, berkebolehan tinggi seperti doktor, jururawat mahupun pensyarah.Bagi kumpulan ini, mereka adalah sukarelawan yang kita ada data dan boleh gerakkan untuk membantu.Berdasarkan kedudukan terkini Datuk Seri yang tidak lagi menjadi ahli mesyuarat MKN, terdapat desas-desus mendakwa rombakan Kabinet bakal dilaksanakan kerajaan PN. Sekiranya perubahan itu turut melibatkan jawatan Datuk Seri, adakah Datuk Seri bersedia?Itu saya tidak tahu. Apa sahaja tindakan seseorang telah lakukan atau mahu lakukan, dia kena bertanggungjawab. Sekiranya apa yang dibangkitkan ini ada impak dari sudut pentadbiran, saya kena bertanggungjawab.Nak buat macam mana. Kita cuma menyuarakan suara hati rakyat. Bukan orang kata nak melawan apa sahaja, tidak nampak pun melawan dasar.Cuma mahu betulkan keadaan supaya ia lebih holistik dalam menguruskan apa sahaja bentuk yang kita mahu laksanakan.Kalau ini soalan yang melibatkan pasukan itu sendiri, bukan saya tidak berani, tetapi semuanya atas Perdana Menteri.Bagaimana pula hubungan komunikasi antara menteri dengan pucuk pimpinan negara sekarang ini termasuk Perdana Menteri. Adakah hubungan itu berjalan dengan baik?Sepanjang mengenali Perdana Menteri, tidak ada sebarang pandangan yang beliau tidak boleh diterima terus. Pandangan-pandangan itu akan melibatkan perbahasan dan dari situlah kita ada solidariti dalam mencapai konsensus.Apabila kita mencapai konsensus kita kena bertanggungjawab dalam satu pasukan dalam yang disebut tadi membuat keputusan secara konsensus.Ini biasa, jadi tidak ada isu apa yang saya sebutkan itu tidak melambangkan usaha membelakangi konsensus. Ini saya sebutkan tadi, ia adalah situasi yang dinamik dan saya sebutkan tadi perlu ditambah baik di setiap peringkat.Bukannya kita boleh melaksanakan 100 peratus sempurna. Tidak salah kita mengutarakan pendapat, bukan mengkritik, penambahbaikan. Contohnya, Perdana Menteri menyambut dan menyatakan ia termasuk dari segi melaksanakan imuniti kelompok.Ketika kita sedang menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar-bandar besar, kita juga sedang menggerakkan di tempat-tempat lain menggunakan aset-aset tertentu seperti klinik kerajaan seboleh mungkin untuk perluaskan suntikan vaksin dengan secepat mungkin.Jadi adakah kita kekal dengan keputusan yang telah ditetapkan? Perdana Menteri sendiri keluar kenyataan dalam televisyen, itu penambahbaikan. Adakah PM membuat pelaksanaan lain daripada apa yang telah dipersetujui? Kita kena lebih dinamik. Tidak timbul isu orang kata nak mengkritik.Bagaimana Datuk Seri melihat fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong?Fungsi itu ada. Saya difahamkan mereka selalu bersidang. Malah, mereka telah meletakkan tanda aras tertentu. Contohnya apakah pemutus untuk kita membolehkan darurat ini dibubar semula ataupun dilihat semula untuk kita buka Parlimen.Tetapi saya ada mendengar, saya bukan ahli jawatankuasa itu sendiri. Secara faktanya, dia punya tanda aras itu nampaknya kita lihat tidak membolehkan pembukaan Parlimen. Ini jawatankuasa bebas, ini pendapat mereka termasuk pembangkang.Kalau kita lihat hari ini ada ketua parti yang tidak mahu melihat contohnya pergerakan orang ramai. Dia tidak mahu mengadakan pilihan raya contohnya.Kerajaan mahukan pilihan raya, kita dalam kerajaan mahu perbaharui mandat bagi mengukuhkan kebolehan kerajaan hari ini mentadbir urus negara. Kita hendak secepat mungkin.Tetapi disebabkan bencana Covid-19, maka kita tidak boleh nak laksanakan dan kita sedang mempercepatkan pemberian vaksin supaya kita dapat mencapai imuniti kelompok yang membolehkan rakyat keluar mengundi sekiranya kita perlu mengadakan pilihan raya secepat mungkin.Adakah isu pembahagian kerusi pilihan raya sudah diselesaikan oleh parti-parti dalam gabungan PN?Dalam PN kita telah pun berbincang. Saya adalah seorang anggota biro politik dalam Bersatu, kita dah berbincang. Persoalannya adalah adakah kita cukup calon-calon yang boleh memenangi pilihan raya?Macam kadang-kadang kita bernafsu nak bertanding, boleh ke kita menang di kawasan itu? Apakah kerja yang kita buat, apakah jentera yang kita ada? Apakah orang faham proses pilihan raya itu sendiri?Ini adalah kerja yang sedang berlaku dari sudut pengurusan itu sendiri. Kalau kita lihat hari ini, kerusi-kerusi yang dipegang oleh Bersatu asal kalau nak diklasifikasikan begitu, saya lihat bukan begitu mudah untuk dipertahankan meskipun boleh menang semula.Sebab kita kena ingat, dahulu kita ada kekuatan melalui satu gagasan yang dipanggil PH. Jadi di kawasan Parlimen separa Melayu, kita ada kekuatan yang dibantu parti lain.Tapi sekarang ini kita berhadapan dengan senario perebutan pertandingan di kawasan majoriti Melayu, sebab kita kena pergi di tempat ini kerana UMNO akan bertanding. Adakah tempat UMNO bertanding kita tidak bertanding?Itu sebab saya secara peribadi, usaha kita untuk menyatukan ummah dalam konsep melestarikan kepimpinan Melayu kena diteruskan.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Jun 2021 10:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/142606/berita/wawancara/lsquobelum-tahu-akan-bertanding-di-manarsquo", "article_title": "\u2018Belum tahu akan bertanding di mana\u2019", "article_text": "[WAWANCARA] Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendedahkan bahawa keputusan sama ada beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang bergantung kepada partinya dan Pakatan Harapan (PH).Dalam wawancara bersama Sinar Ahad, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau telah bertanding di pelbagai tempat sejak tahun 1982 lagi.Beliau berkata, antara lawan yang pernah ditandinginya semasa dalam pilihan raya adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas.Mat Sabu juga pernah menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1986 ketika Anwar mewakili UMNO.Ikuti wawancara bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid, Mukhriz Mat Husin dan Hisyamuddin Ayub di Kota Raja baru-baru ini.SINAR AHAD: Kes keseluruhan Covid-19 pada hari ini telah mencecah angka setengah juta, manakala kes yang sedang dirawat pula adalah 60,000. Pada pandangan YB, adakah kerajaan gagal dalam mengawal pandemik Covid-19?Mohamad: Saya meletakkan kegagalan ini kepada semua iaitu kerajaan dan rakyat jelata. Tetapi orang ramai pula terkeliru dengan arahan \u2018flip flop\u2019. Sebagai contoh, kita kena mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.Apabila saya naik feri ke Langkawi, semasa beratur hendak masuk ada penjarakan, tetapi bila dalam feri, orang Kedah kata jadi \u2018bergenuak\u2019. Lebih dua jam setengah dalam keadaan yang begitu padat dengan orang. Jadi di mana penjarakan yang dimaksudkan tadi? Kita juga melihat rakyat begitu keliru.Kita dapat melihat sendiri pasar raya dilimpahi ribuan pengunjung menjelang hari raya. Sama ada di tingkat bawah atau di tingkat atas, memang ramai.Namun Parlimen yang boleh menempatkan 200 orang, tetapi ahli Parlimen tidak boleh berada di Parlimen. Jadi seluruh arahan kerajaan ini dilihat celaru, sekali gus membuatkan rakyat menjadi keliru dan ini adalah satu kegagalan kerajaan. Kerajaan menjadi celaru dengan arahan yang tidak tentu.Kita lihat pada masa ini di negara luar yang lain, ia menunjukkan kadar kes sedang menurun terutama di Eropah, tetapi apabila kita melihat situasi di negara ini, angka Covid-19 menjadi semakin meningkat. Semua ini akibat arahan yang tidak menentu, seterusnya menjadikan rakyat keliru.Adakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan titik permulaan kes Covid-19 meningkat di Malaysia. Adakah YB bersetuju?Di antara salah satu punca, tetapi bukan satu-satunya punca. Peningkatan ini juga terjadi termasuklah kerana kegagalan mengawal pintu masuk ke Malaysia seperti melalui lapangan terbang dan sebagainya.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad Sabu baru-baru ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKORJadi bagaimana mahu membuat PRN lain termasuk di Sarawak?PRN boleh diadakan. Lihat bagaimana Singapura boleh adakan pilihan raya baru-baru ini. Syria yang mana keadaan politiknya agak kucar- kacir, ditambah perang yang masih belum selesai sepenuhnya, tetapi rakyatnya boleh keluar mengundi sebanyak 78 peratus.Dalam keadaan negara yang sebegitu rupa, tetapi pilihan raya boleh diadakan. Alasan pilihan raya yang tidak boleh diadakan di negara ini, bagi saya ia adalah alasan sahajalah. Kita masih boleh buat peraturan, cara mengundi dan banyak lagi cara boleh dibuat.Beberapa negara lain boleh buat pilihan raya contoh terdekat negara jiran, Singapura. Tidak ada pula berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas pilihan raya tersebut dilakukan. Kita lihat Syria yang tidak sama dengan Malaysia pun boleh.Bagaimana mereka boleh buat pilihan raya untuk memilih presiden yang berlaku pada minggu lepas?Jika darurat, adakah masih boleh dilaksanakan pilihan raya?Dari awal saya sebutkan bahawa ini darurat Muhyiddin dan bukan darurat rakyat. Perkara ini saya tidak mahu ulas panjang. Sudah banyak kali saya bercakap perkara ini. Darurat ini dia merasakan untuk dia terus memerintah. Sepatutnya diserahkan semula mandat kepada rakyat. Tetapi masalah paling besar setelah kita bina negara ini iaitu sebelum merdeka dengan sistem demokrasi berparlimen, telah hancur pada tahun 2020.Sekarang ini bukan senang untuk generasi muda kita hendak yakin semula pada sistem yang telah kita pilih (gunakan) sejak sebelum merdeka. Ia telah dihancurkan pada tahun 2020.Bukan soal siapa layak memerintah atau siapa yang tidak layak memerintah, tetapi soalnya adalah tindakan menghancurkan sistem sedia ada.Amat sukar untuk kita bina dan beri keyakinan semula kepada rakyat, khasnya generasi muda. Saya tidak tahu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagaimana peratusan keluar mengundi akan berlaku?Oleh kerana berlakunya pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya, kekecewaan rakyat begitu tinggi sekali. Sistem demokrasi berparlimen itu telah dihancurkan dalam Langkah Sheraton.Sementara Parlimen yang sehingga ini masih belum dibuka, apa pilihan yang ada buat PH pada masa sekarang?Sekarang ini, kita hanya bersuara secara dalam alam maya (media sosial). Misalnya, yang baru-baru ini berhubung teguran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila dia tidak berpuas hati tentang hutang negara yang begitu banyak.Betul atau tidak dakwaan itu, kita pun tidak tahu dan yang menjawabnya juga adalah seorang Menteri Kewangan. Dia juga menjawab dakwaan itu dengan menggunakan media maya.Jadi Parlimen kita yang ada itu biarlah kita jadikan sebagai tempat memelihara burung sajalah. Senang. Tambahan dah naik \u2018berlumut\u2019 sekarang ini.Atau Parlimen dijadikan tempat orang-orang yang kena kuarantin dan diletakkan dalam bilik Parlimen itu. Jadi Parlimen sudah tidak berguna lagi dah.Semua debat dalam media maya. Tetapi media maya ini, kita bukan boleh hendak bersoal jawab. Untuk itu, kerajaan yang sedia ada ini walaupun mereka \u2018back door government\u2019, mereka kena bertanggungjawab.Di United Kingdom (UK) semasa kemuncak virus korona ini berlaku, Parlimen mereka dilihat semakin kerap bersidang. Ini kerana perdana menteri mereka kena menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen dan mencari jalan penyelesaian yang akan dibuat kepada rakyat.Bukannya bertindak menangguhkan sidang Parlimen. Begitu juga dengan Kongres Amerika Syarikat (AS) yang tetap berjalan, walaupun di negara itu yang paling dahsyat ditimpa wabak virus ini.Kes kematian di AS sudah mencapai lebih setengah juta dan puluhan juta rakyatnya terbabit, tetapi Kongres AS tetap berjalan kerana presiden atau ahli-ahli Kongres kena beri penjelasan kepada rakyat. Terutama melibatkan langkah-langkah yang mahu diambil secara yang lebih jitu.Sekarang ini, hanya media maya sahaja di negara ini. Jadinya, Parlimen yang begitu mahal dan baik setelah diberi pelbagai kemudahan, dilihat seakan sudah tidak berguna. Lebih baik diletakkan orang-orang yang kena Covid-19 di situ.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad Sabu baru-baru ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKORBaru-baru ini ada desas-desus UMNO ingin bekerjasama dengan PH. Adakah Amanah akan menerima UMNO?Jika dengan parti (UMNO), saya tidak tahu. Tetapi perbincangan dengan mana-mana pihak individu, ia tidak menjadi masalah.Kita boleh bincang dan keputusan boleh diambil bersama. Soal PH untuk bekerjasama dengan UMNO belum ada keputusan. Sekiranya saya bersetuju dengan Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung seruan dia untuk meminta sidang Parlimen dibuka, namun itu bukan bermaksud saya bersetuju dengan UMNO. Jika ada individu dari UMNO yang mahu berbincang dengan kita (Amanah), memang kita alu-alukan kehadirannya.Sekiranya PH sekali lagi dipilih oleh rakyat, apakah perubahan pertama akan YB lakukan?Apa yang kita janji itu, kita cuba tepati. Masalahnya yang berlaku sekarang ini, misalnya PH, kami (Amanah) dipanggil penyokong DAP. Orang Melayu akan terhakis, agama Islam akan terancam. Itu yang dimainkan dalam kempen.Bagi saya tidak apa. Kempenlah. Datang pilihan raya 2023 biarlah rakyat menentukan sama ada kami kalah atau tidak. Terimalah. Itu keputusan rakyat.Masalahnya kamu (PN) telah berkempen begitu kuat, kenapa ambil melalui Langkah Sheraton kenapa tidak boleh tunggu pilihan raya.Mereka sudah menang di Cameron Highlands dan Tanjung Piai, kenapa tidak terus bekerja supaya menang di PRU. Kamu boleh menang dengan secara mutlak. Jadi rakyat boleh terima. Sekarang apabila berlaku Langkah Sheraton, ini yang jadi masalah.Saya tidak kisah kalau mereka kata kami penyokong DAP, penyebab Islam terancam dan sebagainya. Kami akan menjawab (dakwaan tersebut).Itu yang kami rancang untuk bekerja selama lima tahun, bukan untuk 22 bulan. Jadi kita kerja lima tahun, kemudian rakyat boleh menilai. Kalaulah rakyat memilih mereka, tiada masalah. Saya sendiri bertanding di Parlimen sebanyak sembilan kali. Lima kali kalah, empat kali menang. Bila kalah, kita lawan sebagai pembangkang. Kalau tidak puas hati dengan cara PRU, kita buat perhimpunan Bersih, aduan polis atau kita pergi ke mahkamah. Ini cara bertamadun. Bukan dengan membeli wakil-wakil rakyat, kemudian menabur pelbagai janji dan sebagainya, akhirnya jadi seperti kes Prasarana.Itu salah satu contoh, sebab apabila tempat yang perlu diletakkan orang profesional tetapi mereka (kerajaan kata) tidak boleh kerana nak menempatkan wakil-wakil rakyat yang menyokong mereka. Ini yang menjadi masalah, bukan kami memerintah baik atau tidak.Baik atau tidak, sistem kita lima tahun, rakyat tentukan. Kalau kami menang lagi, maka kami menanglah. Kalau kalah kami terima. Itu caranya.Saya sebagai orang lama dalam politik Malaysia, biasa jadi pembangkang, masuk penjara dan masuk lokap dalam memperjuangkan demokrasi. Apa yang berlaku ini saya tidak boleh terima. Ini menghancurkan negara kita kalau dibiarkan berterusan. Misalnya, pelabur-pelabur asing yang nak datang ke Malaysia, mereka jadi tidak yakin.Kalau ekonomi negara kita makin teruk, rakyat kita yang akan susah. Sekarang pun sudah susah. Bila orang lari, banyak pelabur-pelabur besar pergi ke Vietnam dan Indonesia. Sebab sistem di negara kita dilihat tidak lagi stabil.Apa nak jadi pada rakyat? Dulu lulusan universiti kejuruteraan pada 10 tahun dahulu bekerja dengan gaji RM4,000 hingga RM5,000, sekarang ada yang kerja dengan gaji RM1,800 dan RM2,000.Ini yang menjadi masalah apabila politik tidak menentu. Sebab itu, sistem perosak ini saya cukup marah. Saya masuk lokap dan penjara berkali-kali di antaranya kerana mahu memperjuangkan sistem demokrasi yang lebih baik. Tiba-tiba bila sudah membuat perubahan semua, berlaku rampasan kuasa seperti ini.Dengan isu yang dihadapi PN ini, adakah YB yakin PH dapat menakluk Putrajaya pada PRU15?Kalau tanya orang bertanding, bila-bila mereka akan beritahu mereka akan menang. Itu terserahlah kepada wartawan dan media semua, tetapi umumnya kita boleh melihat rakyat tidak berpuas hati sekarang ini.Seperti yang berlaku di negara China, apabila \u2018lockdown\u2019, mereka lakukannya bersungguh-sungguh. Atas jalan raya hanya ada ambulans dan kereta polis.Adakah YB akan pertahankan kerusi sekarang ini?Itu bergantung kepada keputusan mesyuarat Amanah dan PH sebab saya dari segi bertanding ini pelbagai tempat. Saya bertanding di Kepala Batas berlawan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Permatang Pauh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; bertanding di Nilam Puri, Kubang Kerian, Kuala Kedah, Kuala Terengganu dan Kota Raja. Jadi pada pilihan raya akan datang, saya tidak tahu lagi, parti mencadangkan untuk letakkan saya di mana.Kerajaan PH jatuh ketika Dr Mahathir melepaskan jawatan akibat hilang sokongan ahli Parlimen. Adakah Amanah akan kembali bekerjasama dengan parti Dr Mahathir?Kita bekerjasama dengan sesiapa tetapi sekarang keputusan pada PH. PH sudah membuat keputusan kalau kita dapat ambil alih kuasa, perdana menterinya ialah Anwar Ibrahim. Mengenai kerjasama daripada sesiapa pun, itu boleh dibincangkan dari semasa ke semasa.Kerajaan bagaimana YB jangkakan pada pasca PRU15 nanti?Sesetengah orang berpandangan pilihan raya akan datang ini akan menjadi \u2018hung parliament\u2019 (Parlimen tergantung) ertinya sesiapapun tidak cukup majoriti. Itu pandangan-pandangan penganalisa sekarang. Penganalisa ini kadang-kadang kita boleh ambil pandangan mereka. Kita kena bersedia supaya jangan jadi \u2018hung parliament\u2019 supaya kita dapat menang dengan majoriti yang cukup.Apabila berlakunya \u2018hung\u2019 ini ertinya dia kena membuat gabungan dengan orang lain. Misalnya PH, kalau kami menang 130 atau 120 tidak ada masalah. Tiba-tiba kita menang 100 kerusi contohnya, lawan PN pun tidak cukup, jadi kena bincang segera untuk membuat kerajaan pada waktu itu.Tetapi saya yakin PH akan cukup insya-ALLAH. Sebab sekarang ini kami tidak sekuat mana, tetapi rakyat benci kepada PN itu begitu tinggi.Adakah PH mampu menang tanpa Dr Mahathir sedangkan ramai berpandangan kemenangan PH disebabkan beliau?Disebabkan beberapa faktor. Terbesar sekali 1Malaysia Development Berhad (1MDB), masalah rasuah dan korupsi. Kali ini pun Dr Mahathir ada, tetapi pilihan raya akan datang tidak tahu dia ada (bertanding) atau tidak tetapi kita yakin rakyat sekarang ini memang gelisah dengan pemerintah yang ada.Saya kata tadi walaupun kami dilihat tidak seberapa kuat kerana kita tidak dapat bergerak sekarang ini, sudah setahun. Bang Mat tidak dapat dipisahkan dengan ceramah (gelak). Jadi insya-ALLAH rakyat akan terjemahkan tidak suka itu melalui pilihan raya. Itu pandangan saya, kalau yang lain mengatakan mereka akan menang besar itu hak mereka.ANEKDOTSuka menjala ikan dan memasakSaya suka menjala ikan dan waktu lapang kadang-kadang kalau kawan-kawan datang ke rumah saya cuba memasak. Goreng ikan, rebus pucuk ubi. Orang kata saya pandai memasak, tidak. Sebenarnya saya memasak dalam Kem Kamunting. Kem Kamunting bukan ada restoran lain. Jadi bila kita memasak dia (rakan lain) kena makan yang itu sahaja. Itu dia kata sedap.Ada besi dalam lutut sehingga ke hari iniSetiap kali demonstrasi Bersih saya dilantik menjadi ketua sehingga saya dilanggar oleh polis di lutut semasa menaiki motosikal. Ada besi di dalam lutut sehingga ke hari ini sebagai tanda. Dibedah di KPJ dan dimasukkan besi serta tidak dibuang. Saya berbangga kerana akhirnya perjuangan itu didengari oleh pemerintah dan apabila kita memerintah sendiri, kita cuba lagi (penambahbaikan) seperti mandatori terhadap orang yang disabitkan dalam kesalahan mengedar dadah.Kita sedang berusaha supaya ia dijadikan bukan mandatori iaitu hakim yang akan menentukan mengikut hujah-hujah. Tetapi kerajaan kita sudah jatuh. Ertinya bila kita berjuang dalam manifesto itu kita cuba laksanakan satu demi satu untuk bawa kepada generasi akan datang lebih bersikap demokratik.Sudah biasa masuk lokapMasa itu muda lagi. Kena tangkap pada permulaan umur belum sampai 20 tahun semasa di Institut Teknologi Mara ITM (Kini Universiti Teknologi Mara UiTM). Kesnya demonstrasi ITM. Selepas kita masuk lokap banyak kali, sudah menjadi biasa.Sesetengah orang masuk lokap ini tahu-tahulah tidur atas simen. Kita ini orang susah dan miskin bila kita masuk lokap dia beri ikan seketul beserta kuah dan nasi saya makan habis (ketawa), tidak menjadi masalah.Tetapi memang ada yang tidak kena dahulu apabila kami ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tengok ikan yang diberi itu tidak bermutu dan kemudian kita membuat mogok lapar. Kita berpuasa dan yang bukan Islam mogok lapar.Selepas itu tindakan Kementerian Dalam Negeri tanpa menambah peruntukan makanan menjadi elok. Ertinya ada penyelewengan di situ. Saya tidak tahu makanan di dalam lokap sekarang ini sama ada ikut standard atau tidak sebab saya tidak masuk agak lama (ketawa), tidak tahu akan datang nak masuk pula. Tidak rasanya, insya-ALLAH. Umur sudah makin lanjut.PROFILMohamad SabuUmur: 67Asal: Pulau PinangJawatanPresiden Parti Amanah Negara (Amanah)Ahli Parlimen Kota RajaBekas Menteri Pertahanan", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Jun 2021 10:00am"} +{"author_name": "MOHD AZLIM ZAINURY", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/141267/berita/wawancara/kenal-pasti-3-keperluan-segera-rakyat-palestin", "article_title": "Kenal pasti 3 keperluan segera rakyat Palestin", "article_text": "ISU Palestin sangat dekat di hati umat Islam di Malaysia.Justeru apabila Masjid al-Aqsa diserang rejim Zionis dan rakyatnya ditindas Ramadan lalu, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan berlumba-lumba menghulurkan bantuan.Salah satu dana yang ditubuhkan khusus untuk tujuan itu ialah Aid4Palestine hasil usaha Pas, yang telah mengumpul RM16.8 juta setakat 24 Mei lalu.Walaupun ia digerakkan oleh sebuah parti politik, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi, meminta supaya sentimen politik diketepikan dalam usaha untuk membantu perjuangan rakyat Palestin.\u201cIsu ini menuntut rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik,\u201d kata anak sulung Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini.Ikuti kupasan Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine bersama wartawan Mohd Azlim Zainury.SINAR AHAD: Boleh ceritakan bagaimana Aid4Palestine ini boleh tercetus?MUHAMMAD KHALIL: Penubuhan Sekretariat A4P adalah inisiatif Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hasil daripada perbincangan beliau dengan Perdana Menteri.Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri dan Tuan Guru (Presiden Pas) terhadap isu yang begitu dekat dengan hati umat Islam ini walaupun kita masih lagi bergelut dengan pandemik Covid-19.Penderitaan rakyat Palestin telah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.Sekretariat Aid4Palestine ini bertujuan menyelaras bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza. Kita juga ingin menzahirkan rasa syukur atas kejayaan fasa pertama dalam misi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin seperti yang dirancang sebelum ini.Apa yang lebih menggembirakan kami, jumlah kutipan melebihi sasaran awal kami iaitu RM1 juta, alhamdulillah.Untuk makluman, bagi fasa pertama yang bermula 15 Mei kempen Aid4Palestine telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM16.8 juta pada 24 Mei lalu dan hingga saat ini terus meningkat.Jumlah ini merangkumi sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, parti politik, NGO dan masyarakat awam.Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sumbangan terbesar yang diterima adalah daripada PasRelief, iaitu sebanyak RM12.1 juta.Sekretariat Aid4Palestine ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pihak yang membantu untuk menjayakan misi fasa pertama khususnya para penyumbang.Kami memberi jaminan bahawa sumbangan ini 100 peratus akan disalurkan kepada rakyat Palestin, insyaALLAH.Kami juga mengharapkan usaha ini dapat diteruskan dengan lebih hebat melalui sumbangan fasa kedua berakhir pada 30 Syawal.Kejayaan fasa pertama ini membuktikan bahawa perjuangan Palestin ini telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia.Ini juga dapat dilihat melalui sumbangan yang telah diterima daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama bangsa mahupun kedudukan.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup melelong kereta Volvonya untuk dana Palestin.Lebih menyentuh hati, usaha ini turut disokong sepenuhnya oleh rakyat dalam kalangan pekebun, penoreh, peniaga jalanan dan lain-lain yang mengerahkan segala kemampuan untuk menjayakan usaha ini.Sekrefariat Aid4Palestine ingin memaklumkan bahawa sumbangan fasa pertama sudah mula disalurkan melalui Duta Aid4Palestine yang telah dilantik iaitu Saudara Nadir Al-Nuri dan Abu Ayesh An-Najar.Tanpa gabungan banyak badan bukan kerajaan (NGO) disatukan di bawah satu bumbung, Aid4Palestine mungkin tidak mampu untuk mengumpul dana yang begitu besar dalam waktu singkat.Bagaimana Sekretariat Aid4Palestine dapat membentuk kerjasama jitu dengan semua NGO terlibat?Aid4Palestine adalah penyelaras kepada tiga NGO teras iaitu Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care dan Cakna Palestin. Kita mengalu-alukan agensi kerajaan, parti politik, NGI, syarikat dan individu untuk menyumbang.Secara umumnya rakyat Malaysia sentiasa prihatin dan meletakkan kepercayaan kepada mana mana pihak untuk memperjuangkan isu Palestin bukan sahaja kepada Aid4Palestine.Ada dakwaan mengatakan Pas sekadar mahu meraih manfaat politik daripada penderitaan rakyat Palestin. Apa komen saudara?Dalam isu Palestin kita sewajarnya meletakkan sentimen politik di tepi. Isu ini menuntut rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik.Pas sentiasa konsisten dalam perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada Zionis Yahudi sama ada ketika menjadi pembangkang apatah lagi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat pada hari ini.Bahkan boleh dikatakan sejak sekian lama setiap kali muktamar tahunan Pas akan ada usul khas untuk isu perjuangan Palestin.Bagaimana saudara dapat memastikan semua dana sumbangan rakyat Malaysia itu akan disalurkan dengan telus?Seperti yang saya maklumkan, pihak sekretariat telah melantik Nadir Al-Nuri sebagai duta rasmi Aid4Palestine dan mendapat persetujuan daripada pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.Berdasarkan pengalamannya sebelum ini kita yakin ia akan diurus dengan telus. Di samping itu, pihak Sekretatiat Aid4Palestine akan berusaha untuk menghantar wakilnya bagi melihat sendiri bantuan itu diagihkan.Pada masa ini, apakah keperluan utama rakyat Palestin?Kita mengenal pasti tiga keperluan utama kebajikan iaitu bantuan segera berbentuk makan minum dan keperluan harian lain bagi mereka yang hilang tempat tinggal. Kedua kesihatan dan ketiga adalah pendidikan.Pada pandangan saudara, apakah yang boleh dilakukan oleh Pas untuk membantu Palestin pada masa depan?Sokongan moral berterusan dan akan sentiasa mendesak kerajaan Malaysia supaya memainkan peranan yang lebih proaktif bagi membela rakyat Palestin dan pembebasan bumi Palestin.Adapun dalam konteks gerakan Islam akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesatuan negara-negara Islam untuk pembebasan bumi Palestin.Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin ini?Isu Palestin sangat dekat di hati rakyat Malaysia tanpa mengira anutan agama, bangsa dan kaum dan sudah tentu ia sangat menyentuh hati umat Islam apabila konflik terakhir yang berlaku ini ketika umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pada pandangan saudara, apakah penyelesaian tuntas terhadap penderitaan rakyat Palestin?Kesatuan dunia Islam. Dunia Islam tidak boleh bergantung lagi dengan kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat kerana mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan konflik Palestin.Malaysia harus memainkan peranan bersama-sama negara Islam lain selain daripada forum OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), Inisiatif D8 dan KLSUMMIT wajar diperkasakan lagi.Bagaimana mahu mendidik rakyat Malaysia supaya kita membantu rakyat Palestin tanpa bermusim?Di peringkat Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa Pas Pusat telah membuat ketetapan untuk menjadikan minggu terakhir bulan Rejab sebagai minggu Al-Quds.Ia bagi mendidik masyarakat agar mengingati dan prihatin dengan isu yang paling utama kepada umat Islam bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan bumi Palestin itu sendiri.Menteri Besar Kedah sanggup lelong kereta Volvo, Timbalan Menteri Besar Kelantan pula lelong keris? Adakah ini bukti betapa dekatnya Palestin di hati rakyat Malaysia atau ia menggambarkan apa? Adakah ada individu lain yang begitu menyentuh hati saudara, boleh ceritakan?Antara contoh yang menyentuh perasaan saya dalam isu Palestin ini antaranya ialah pelarian Rohingya di Marang Terengganu yang datang ke rumah saya membawa sumbangan yang dikutip sesama mereka.Walhal keadaan mereka sendiri pun sangat daif yang rata-rata mencari besi buruk untuk dijual bagi menyara keluarga.Selain itu, ada satu kisah seorang peniaga burger yang sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk disalurkan kepada saudara-saudara seIslam di Palestin khususnya Gaza.Ada satu lagi kisah yang menyentuh hati saya iaitu keikhlasan seorang penduduk pendalaman di Baling, Kedah yang tidak teragak-agak untuk menjual kerbau peliharaannya dengan harga RM6,000 semata-mata untuk disalurkan kepada Palestin.Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 21 Mei lalu selepas 11 hari menyerang Palestin. Apakah Israel boleh dipercayai dan sejauh manakah gencatan senjata itu akan membawa keamanan kepada penduduk Palestin?Apabila bermula sahaja gencatan senjata antara Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza dengan negara haram Israel setelah tentera rejim Zionis melakukan pengeboman berterusan selama 11 hari ke atas Semenanjung Gaza, ramai yang tertanya-tanya apakah regim Zionis Israel akan berhenti melakukan penindasan, kekejaman dan meluaskan lagi wilayah Palestin yang didudukinya.Jawapan yang paling tepat sekali adalah tidak dan terbukti tidak sampai 24 jam berlangsungnya gencatan senjata, polis Israel sekali lagi menceroboh Masjid al-Aqsa dan menyerang serta menangkap penduduk Palestin yang berada di pekarangan masjid itu ketika berlangsungnya solat Jumaat.Pungutan dana Aid4Palestine di seluruh negara jarang mengecewakan.Sehari selepas itu pula, berlakunya tangkapan besar-besaran ke atas pemuda Palestin di Tebing Barat pada waktu malam yang dipercayai ada kaitan dengan sokongan terhadap Hamas ketika berlangsungnya pertempuran selama 11 hari yang mengakibatkan kemusnahan besar dan korban jiwa yang tinggi ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.Tidak hanya itu, pada hari Ahad berikutnya sekumpulan besar pendatang haram Yahudi dengan kawalan oleh polis Israel memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa hingga mencetuskan insiden pertembungan yang mengakibatkan beberapa penduduk Palestin cedera ditembak oleh polis regim zionis Israel termasuk menangkap penduduk Palestin yang membantah tindakan pendatang haram Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa.Jelaslah, selagi mana Palestin tidak dapat dijajah Zionis Israel keseluruhannya dan mengangkat Jerusalem iaitu Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram mereka, selagi itulah mereka tidak akan berdiam diri dan membiarkan ia begitu sahaja.Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken Selasa lalu memberitahu bahawa Washington akan menghulurkan bantuan baru bernilai AS$75 juta untuk membantu membangunkan semula Gaza. Apakah muslihat AS sebenarnya, biarkan Israel musnahkan Palestin kemudian beri bantuan?Apa komen saudara?Amerika Syarikat telah gagal untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik Palestin Israel kerana sentiasa bersikap double standard sejak dahulu lagi.\u201cMove forward\u201d dalam penyelesaian ini ialah melalui dunia Islam sendiri yang mesti lebih tegas dan proaktif. Desakan dari beberapa buah negara Islam seperti Turki dan Pakistan wajar disokong iaitu menghantar tentera pengaman dari negara Islam di sempadan antara Gaza dan Israel.BIODATAMuhammad Khalil Abdul HadiDilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, TerengganuMerupakan anak sulung daripada 14 adik-beradikBapa beliau ialah Presiden Pas ketujuh, Datuk Seri Abdul Hadi AwangMelanjutkan pengajian thanawi Al-Azhar di Karachi, PakistanBeliau merupakan lulusan Universiti Al-Iman, Yemen dan mempunyai Sarjana Muda Pengajian Islam dan SyariahTurut menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Portsmouth, United KingdomAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu BurukPengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas PusatPengerusi Sekretariat Aid4Palestine", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Mei 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/140531/berita/wawancara/kontroversi-lonjakkan-kembali-nilai-3-yang-suram", "article_title": "Kontroversi lonjakkan kembali Nilai 3 yang suram", "article_text": "DENGAN tidak semena-mena, nama Kawasan Perindustrian Nilai 3 di Seremban, Negeri Sembilan menjadi sohor di laman sosial gara-gara isu rentas negeri selebriti popular, Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.Malah, Nilai 3 terus hangat diperkatakan sehingga menjadi parodi atau jenaka ramai apabila kes rentas negeri itu tidak didakwa di mahkamah selepas mengambil kira kajian yang dilakukan Pejabat Peguam Negara.Rata-rata netizen di media sosial, memuat naik status yang mengatakan Nilai 3 kini sudah \u2018berpindah\u2019 ke Selangor, sehingga mendorong Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut membuat ciapan mengusik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung Nilai 3 di Twitter baru-baru ini.Bagaimanapun lonjakan popularti Nilai 3 dilihat seolah-olah \u2018talian hayat kedua\u2019 buat majoriti peniaga yang sebelum ini bagaikan \u2018hidup segan mati tak mahu\u2019 sejak ia dibuka pada 2001 gara-gara kurang mendapat sambutan orang ramai apatah lagi rentetan pandemik Covid-19.Wartawan Sinar Harian, Nan Hidayat Nan Azmie menemubual Datuk Bandar Seremban, Datuk Zazali Salehudin yang berkongsi kisah di sebalik isu panas Nilai 3.SINAR HARIAN: Berdasarkan sejarah, daerah Lukut (Port Dickson) sebelum ini pernah berada di bawah jajahan Selangor sementara daerah Beranang dan Semenyih pula dimiliki Negeri Sembilan sebelum termaktubnya Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878. Cuma baru-baru ini, ekoran kontroversi rentas negeri Neelofa, ada pihak membuat jenaka bahawa Nilai 3 kini sudah menjadi milik Selangor. Apakah komen Datuk?ZAZALI: Kontroversi yang mengatakan Nilai 3 di kawasan Selangor, hanyalah ketidakfahaman masyarakat umum tentang sempadan kawasan pentadbiran sesuatu negeri. Namun pada saya, isu tersebut juga lebih kepada sekadar gurauan di media sosial sesama warganet. Itu saja.Untuk mengimbau asal-usul sebenar Nilai sama ada terlibat sama dengan Perjanjian Sempadan Selangor-Sungai Ujong 1878 iaitu turut merangkumi Lukut, maaf saya juga kurang jelas berhubung perkara itu. Mungkin kena rujuk yang lebih arif, Persatuan Sejarah mungkin lebih tahu. Namun, apa yang pasti, Nilai sekarang memang di bawah seliaan pihak kami.Pada pandangan Datuk, apakah perspektif baik dan buruk di sebalik kontroversi ini?Dari sudut positif, saya yakin sekarang ramai orang akan tengok peta kerana benar-benar hendak tahu di mana lokasi sebenar Nilai. Selain itu, pada masa sama mereka juga ingin mengetahui sendiri apa yang ada serta dijual di Nilai 3 termasuklah karpet atau jualan barangan borong.Cuma, saya berasakan dalam isu viral Nilai 3 di Selangor, ia sekadar gurauan yang tidak perlu dipanjangkan lagi terutamanya dengan penuh kata-kata sindiran.Sepatutnya, kita lebih fokus dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain memikirkan bagaimanakah cara yang paling efisien untuk membantu kerajaan bagi memastikan situasi menang-menang dalam segala hal termasuk memerangi Covid-19. Itu jauh lebih penting berbanding kontroversi sebegini.Ramai juga yang kurang maklum bahawa Nilai 3 kini sudah berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak tahun lepas. Boleh Datuk ceritakan dengan lebih lanjut?Untuk pengetahuan semua, Nilai 3 kini berada dalam daerah Seremban selepas pengisytiharan Seremban sebagai sebuah bandar raya berkuat kuasa 1 Januari 2020. Ia juga berada di bawah seliaan MBS semenjak penggabungan Majlis Daerah Seremban (MDS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai MBS pada tahun lepas.Umum mengetahui kesuraman yang melanda peniaga di Nilai 3 sebelum ini sedangkan ia pernah dinobatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia. Apa pandangan Datuk?Pembangunan di kawasan Nilai 3 sememangnya agak perlahan terutamanya sejak pandemik Covid-19, sekali gus menyebabkan kuasa pembelian terhad gara-gara kekurangan pelanggan serta mengakibatkan syarikat perniagaan juga tidak begitu berkembang.Berdasarkan pemerhatian, faktor utama yang menjejaskan kedatangan pengunjung ke Nilai 3 adalah kerana kepelbagaian aktiviti perniagaan serta perbandingan harga yang ditawarkan lokasi lain.Aktiviti mempromosikan Nilai 3 sebagai pusat pemborong terbesar di Malaysia semakin kelam sama ada daripada agensi kerajaan mahupun persatuan peniaga sendiri berbanding pada awal-awal kewujudan Nilai 3 suatu ketika dahulu.Disebabkan itu, kedatangan pengunjung hanya disifatkan bermusim terutamanya ketika musim perayaan atau perkahwinan.Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi MBS ketika menyeliakan Kawasan Perindustrian Nilai 3 sepanjang tempoh PKP? Mana-mana premis hanya dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.Penjadualan kebersihan di sekitar Kawasan Perindustrian Nilai 3 juga dijalankan seperti biasa seperti mana sebelum PKP, jadi tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang didapati membuang sampah secara haram.Tempat pembuangan sampah haram juga sering dibersihkan secara berjadual dan ia juga disita agar pembuangan sampah haram tidak lagi berlaku di sekitar kawasan Nilai 3.Dengan pelaksanaan PKP, kehadiran pelanggan di Nilai 3 juga dilihat amat terhad dan minima. Jadi, adakah digerakkan sebarang inisiatif daripada MBS untuk membantu golongan peniaga yang terjejas di situ?Sudah semestinya. Mana-mana peniaga yang menyewa premis MBS pernah diberikan pengecualian sewa untuk tiga bulan pada tahun lepas.Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan juga memburukkan lagi nasib peniaga di Nilai 3. Gambar: Arkib BernamaPengecualian bayaran sewa premis itu juga telah diberikan kepada peniaga terjejas pada awal tahun ini.Sedikit soalan berbeza Datuk. Dalam usaha mendepani pandemik Covid-19, boleh Datuk kongsikan bentuk inisiatif yang dilaksanakan MBS dalam usaha membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri?Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pihak kami sememangnya berdedikasi membantu pihak berkenaan dalam aspek sanitasi awam.Pada masa sama, MBS juga telah memberikan kebenaran untuk menggunakan pelbagai dewan serba guna seperti Dewan MBS, Dewan Sikamat, Dewan Sendayan dan Dewan MBS Cawangan Nilai untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin, sekali gus memudahkan orang ramai.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mei 2021 07:15am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/140120/berita/wawancara/tak-logik-ngo-guna-40-peratus-sumbangan", "article_title": "Tak logik NGO guna 40 peratus sumbangan", "article_text": "TRAGEDI yang menimpa kota suci Palestin sudah berabad lamanya dan baru-baru ini kita menyaksikan buat sekian kalinya darah umat Islam tumpah lagi akibat dibunuh Zionis Israel.Pada hari kelapan Palestin diserang pada tahun ini, lebih 212 orang termasuk 36 wanita dan 61 kanak-kanak terkorban selain lebih 1,400 orang tercedera.Rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib saudara di Palestin sentiasa memberi sumbangan dan dana di samping titipan doa buat mereka.Namun, masih ada pihak yang mengambil kesempatan atas penderitaan hidup rakyat Palestin dengan mengadakan tabung derma yang tidak tahu kesahihannya.Keadaan bertambah tegang apabila Duta Palestin di Malaysia mendakwa sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin atas tujuan pembangunan Masjid al-Aqsa tidak sampai.Isu itu kembali hangat diperkatakan apabila Palestin baru-baru ini bergolak dan ada masyarakat Malaysia melahirkan rasa was-was sama ada sumbangan mereka akan sampai terus kepada penduduk di bumi anbia\u2019.Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy menemu bual dua buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCMS), Zulkifli Wahijan dan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi menyingkap kebenaran di sebalik isu ini.Awang SuffianSINAR HARIAN: Terdapat dakwaan bahawa penyaluran sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk Masjid al-Aqsa tidak sampai ke tangan Kedutaan Palestin meskipun banyak pihak mengutip dana. Apa komen pihak NGO terhadap isu ini?MCMS: Untuk makluman, bagi penyaluran dana ke Masjid al-Aqsa melalui Kedutaan Palestin memang tidak ada kerana pembangunan Masjid al-Aqsa di bawah Jabatan Wakaf yang dikuasai oleh Jordan.Jadi peraturannya tidak dibenarkan mana-mana pihak untuk melaksanakan sebarang aktiviti pembangunan kepada masjid tersebut melainkan Jordan dengan kelulusan pihak berkuasa Israel yang menguasai Baitulmaqdis.Oleh itu, MCMS menghantar NGO kami sendiri dan terus kepada masyarakat di sana yang terlibat dengan bantahan ke atas Yahudi. Contohnya, pada bulan Ramadan, kami menyumbang jamuan untuk berbuka dan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan sekatan di sana. Secara keseluruhannya, sumbangan sentiasa disalurkan cuma dari segi pembangunan Masjid al-Aqsa tidak dibernarkan.Kebanyakan NGO Malaysia memang tidak akan beri sumbangan melalui Kedutaan Palestin di Malaysia. Contohnya, MCMS ada pejabat di Palestin dan rakan kolaborasi yang dipercayai. Banyak bukti yang ada seperti resit dan gambar di media sosial. Jadi tak ada isu sumbangan tidak diberikan kepada rakyat Palestin.Aman Palestin: Kami menafikan dakwaan tersebut kerana kami menyalurkan bantuan rakyat Malaysia secara terus kepada Palestin. Contohnya, pada Ramadan lepas, Aman Palestin berjaya menyumbangkan lebih RM10 juta untuk bantuan Ramadan yang diberi kepada Palestin, Yemen, Syria dan Masjid al-Aqsa.Zulkifli menunjukkan salah sebuah Masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia Society.Jadi kami tidak tahu latar belakang mengapa timbul isu mendakwa sumbangan pihak NGO tidak sampai kepada Palestin.Adakah pihak kedutaan nak semua sumbangan mesti diberikan melalui mereka terlebih dahulu? Saya rasa itu bukan sesuatu yang wajib kerana kita boleh dan mampu menyampaikan bantuan tersebut secara langsung dengan sendiri.Ada juga dakwaan bahawa ada NGO mengambil hingga 30 ke 40 peratus daripada sumbangan yang diterima untuk rakyat Palestin di negara ini sebagai kos operasi termasuk untuk urusan pentadbiran dan perjalanan. Sejauh mana ia benar? MCMS: Bagi MCMS kami tidak bersetuju dengan dakwaan itu. Untuk krisis Palestin yang terjadi ketika ini, kami tidak mengambil sebarang caj terhadap semua sumbangan yang diterima.Aman Palestin: Kami tak menafikan kerana bagaimana kami hendak bergerak jika tidak melibatkan pengurusan dan kos lain seperti pengangkutan untuk menyampaikan sumbangan tersebut? Apabila kita memberi bantuan kepada negara luar, memang akan ada kos pengurusan.Hatta, Kedutaan Palestin di Malaysia juga mendapat bantuan secara terus daripada Wisma Putra atau kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting duit tersebut digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat utama iaitu menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.Berapa peratuskah yang sebenarnya diperuntukkan atau digunakan oleh pihak NGO bagi tujuan pengurusan pertubuhan?MCMS: Untuk keseluruhan pengurusan sebelum ini, kami hanya mengambil dalam enam peratus sahaja. Namun, untuk isu krisis Palestin yang terjadi ketika ini, seluruh sumbangan 100 peratus diberikan kepada Palestin.Aman Palestin: Untuk tujuan pengurusan, pada kebiasaannya Amal Palestin hanya menggunakan kurang dari 10 peratus. Semakin banyak sumbangan yang kami dapat, semakin kurang peratusan yang digunakan.Jadi tuduhan menggunakan 30 atau 40 peratus dari sumbangan itu untuk pengurusan tidak logik bagi kami.Adakah benar NGO Malaysia tidak menghulurkan derma kepada pengurusan Masjid al-Aqsa kerana masjid itu dibiayai oleh kerajaan Jordan?MCMS: Ya betul. Ini kerana Masjid al-Aqsa berada di bawah Jabatan Wakaf Jordan. Sumbangan yang dibenarkan dan kita bantu hanyalah makanan, halaqah mengaji dan pengangkutan ke masjid iaitu bantuan selain daripada tujuan pembangunan.Aman Palestin: Suatu benda yang semua orang kena faham, Palestin terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, Gaza, yang diperintah oleh Hamas dan bantuan yang diberikan kebanyakkannya oleh NGO. Kedua, Palestin 48, kawasan yang paling luas dan pertembungan dengan rakyat Israel.Zulkifli Wahijan menunjukkan aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan oleh Muslim Care Malaysia Society dalam membantu warga Palestin.Ketiga, Tebing Barat berdekatan Masjid al-Aqsa yang berada di bawah kekuasaan Israel. Keempat, Al-Aqsa atau Jerusalem yang menjadi rebutan ibu negara antara Palestin dan Israel.Akibat perebutan ini, kuasa untuk mengendalikan diletakkan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah kerajaan Jordan dan diletakkan pengurusannya di bawah Kementerian Wakaf Jordan.Oleh itu, mereka mempunyai peruntukan khusus untuk Masjid al-Aqsa dari segi pembinaan dan pengurusan. Namun, Aman Palestin membuat sumbangan lain seperti makanan, bantuan perubatan dan tabung kecemasan untuk orang yang menghuni dan duduk di Masjid al-Aqsa dan bantuan itu sampai.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Mei 2021 07:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/139996/berita/wawancara/lsquoisrael-malapetaka-abad-inirsquo", "article_title": "\u2018Israel Malapetaka Abad ini\u2019", "article_text": "MENUJU penghujung Ramadan lalu, Palestin bermandi darah lagi. Seramai 232 penduduk Palestin termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terkorban. Lebih 1,900 lagi cedera manakala 120,000 hilang tempat tinggal. Serangan ganas selama 11 hari itu berakhir selepas Israel dan Hamas pada Khamis bersetuju mengadakan gencatan senjata.Konflik Israel-Palestin sebenarnya sudah berlangsung selama tujuh dekad, namun Israel jelas belum puas menjarah bumi para anbiya itu khususnya Masjid Al-Aqsa. Pada masa sama, Amerika Syarikat dan sekutunya terus menutup mata terhadap kekejaman dan kejahatan rejim Zionis.Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini bercakap dari hati ke hati mengenai tragedi pilu itu.Ikuti temu bual anak jati Tebing Barat itu bersama Timbalan Pengarang Berita, Zamri Rambli dan Junhairi Alyasa serta wartawan Liza Mokhtar, Muhammad Amnan Hibrahim dan jurugambar Rosli Talib di Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Apa komen anda berhubung insiden serangan dan pengeboman terbaru rejim Israel ke atas Gaza dan rakyat Palestin?WALID: Situasi terkini di Palestin umpama berlaku malapetaka. Rakyat Palestin berdepan jenayah perang dan keganasan terhadap tanah air yang didalangi penduduk haram Israel di Palestin.Jika kita bercakap tentang serangan udara dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin, kita mesti melihat kembali punca terjadinya konflik.Kita tidak boleh mengabaikan apa yang telah berlaku ketika minggu akhir bulan Ramadan lalu apabila pelampau Yahudi, polis dan tentera Israel menceroboh Masjid al-Aqsa ketika solat tarawih.Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan pencerobohan Israel di Sheikh Jarrah di mana mereka mengusir rakyat Palestin dari kediaman mereka agar Israel boleh mengambil alih.Kita juga tidak boleh mengabaikan pilihan raya Israel yang menyaksikan Benjamin Netanyahu dilantik sebagai Perdana Menteri. Demi memenuhi cita-citanya membentuk kerajaan, beliau sanggup mencetuskan perang agar dapat mengambil kesempatan politik menyatukan rakyat Israel supaya mengundinya sekali gus meneruskan hasrat menubuhkan kerajaan.Kita tidak boleh mengetepikan hakikat Israel menghalang rakyat Palestin mengadakan pilihan raya di Baitulmaqdis. Begitu juga syor Deal of the Century di mana bekas pentadbiran Amerika Syarikat (semasa Donald Trump menjadi presiden) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.Rakyat kami menolak dan enggan menerima Deal of the Century, sebaliknya menggelarnya sebagai Catastrophe of the Century (Malapetaka Abad Ini).Semua tahu, rakyat Palestin hidup terseksa selama lebih dari tujuh dekad sejak tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948.Sekian lama juga mereka berjuang untuk mendapatkan kebebasan, kemerdekaan tanah air dan hak untuk hidup aman serta selamat di Asia Barat.Seperti yang kami selalu tegaskan, isu utama kepada sebarang rundingan perjanjian damai di Asia Barat adalah pengiktirafan terhadap hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan hidup sama seperti negara lain di seluruh dunia.Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini bercakap dari hati ke hati mengenai tragedi pilu itu.Susulan sekatan dan serangan berterusan oleh rejim Israel, apakah keperluan utama rakyat Palestin terutama di Gaza ketika ini?Pertama, kita harus menghentikan pertumpahan darah. Kami hidup dalam status perang, rakyat Palestin tidak berdosa menentang tentera Israel yang jauh lebih lengkap dan sofistikated dari segi ketenteraan. Dengan pesawat tempur seperti F50 dan F16, mereka menyasarkan orang awam, bangunan, hospital dan juga sekolah. Semua rakyat Palestin menjadi sasaran serangan.Kedua, kita perlu menyediakan tempat perlindungan kepada ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.Buat sementara waktu, mereka ini ditempatkan di sekolah-sekolah namun sekolah-sekolah tersebut juga menjadi sasaran misil Israel tempoh hari.Bayangkan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa ditempatkan di sekolah, mereka memerlukan pelbagai jenis bantuan dan rawatan kesihatan.Mereka memerlukan makanan dan pakaian. Mereka memerlukan pelbagai jenis bantuan untuk keperluan keluarga, kanak-kanak, warga emas dan juga wanita.Pada masa sama, Palestin turut berdepan pandemik Covid-19 dan jumlah kes amat tinggi. Angka terbaru direkodkan adalah melebihi 500 kes sehari manakala jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 pula kurang 2,000 kes.Pihak hospital juga memerlukan pelbagai jenis bantuan bukan sahaja untuk menangani kes Covid-19 namun pada masa sama untuk merawat mangsa yang cedera akibat pencerobohan dan keganasan Israel.Adakah anda berpendapat penindasan rejim Israel sekarang lebih buruk berbanding yang pernah berlaku sebelum ini?Jenayah Israel adalah sama, tiada perbezaan. Mereka menggunakan peralatan perang paling sofistikated, mereka cuba menembak rakyat Palestin. Pada pandangan Israel, rakyat Palestin yang mati adalah lebih baik dan mereka menyasarkan semua rakyat Palestin.Ketika kami memperjuangkan kebebasan, Israel tidak membeza-bezakan sama ada anda dari Gaza, Baitulmaqdis, Jenin atau Hebron.Di mata Israel, semua rakyat Palestin adalah sama. Mereka tidak membezakan antara rakyat Palestin ketika menyerang dan mereka menggunakan semua peralatan dan teknologi canggih yang dimiliki.Mereka menyasarkan rakyat Palestin dan tanpa mengambil kira orang awam di sekitarnya, mereka akan terus menembak. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang berada berhampiran sasaran mereka.Mereka tidak mempedulikan kanak-kanak dan wanita. Mereka tidak membezakan-bezakan antara rakyat Palestin. Sememangnya itulah strategi Israel, rakyat Palestin yang mati adalah lebih baik.Pada pendapat anda, apakah solusi terbaik untuk menamatkan konflik Israel-Palestin ini?Komuniti antarabangsa sedar akan realiti (di Palestin) dan mereka tahu demi memberikan peluang kepada semua pihak hidup aman di Asia Barat, mereka perlu mengiktiraf hak Palestin mendapatkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara berdasarkan prasempadan 1967 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution yang dicadangkan sebagai solusi untuk kestabilan di rantau tersebut merupakan satu-satunya solusi yang akan memberi peluang kepada Israel dan Palestin untuk hidup aman.Israel tidak akan boleh menikmati perdamaian, menikmati peluang penempatan di Asia Barat tanpa mengiktiraf hak Palestin dan negara Palestin yang merdeka. Amerika Syarikat tahu akan itu. Kesatuan Eropah, China dan Rusia malah seluruh komuniti antarabangsa juga tahu bahawa satu-satunya solusi adalah Penyelesaian Dua Negara.Kami akan tetap meneruskan perjuangan. Apa yang tidak mampu kami capai akan dicapai oleh anak dan cucu kami.Malaysia tidak pernah gentar untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin dan rakyatnya. Pada pandangan anda, adakah sokongan yang diberikan itu dapat membantu rakyat Palestin menghadapi masa-masa sukar?Dengan bangga saya ingin mengatakan bahawa saya berterima kasih kepada Malaysia. Malaysia sentiasa hebat dalam sokongannya terhadap Palestin. Ia adalah isu yang dekat pada hati setiap rakyat Malaysia.Saya merasakan bahawa Palestin telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini juga mengenai isu Palestin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya diadakan solat sunat khas di seluruh negara untuk mendoakan Palestin. Terima kasih kepada Seri Paduka Baginda.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerusi kenyataannya turut berusaha untuk mengkoordinasikan usaha bagi membuat satu pernyataan tegas bersama Indonesia dan Brunei pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi dua hari lalu. Mesej tersebut turut diterima melalui Menteri Luar. Satu mesej yang kuat telah diberikan pada Persidangan OIC di Jeddah.Mesej melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga jelas dan begitu juga kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Jadi seluruh rakyat Malaysia tidak kira kerajaan mahupun pembangkang menunjukkan sokongan dan solidariti mereka kepada Palestin termasuklah komuniti dan NGO Malaysia.Tiada siapa yang boleh mempersoalkan sokongan yang diberikan oleh Malaysia kepada Palestin. Bagi pihak saya sebagai Duta Palestin ke Malaysia, saya sangat bersyukur dan berterima kasih.Masyarakat di seluruh dunia telah menyuarakan solidariti terhadap Palestin tetapi tidak banyak yang diperkatakan oleh pemimpin negara-negara Islam atau organisasi seperti OIC dan juga PBB. Apa komen anda?Saya sangat sedih untuk mengatakan bahawa Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang berlaku baru-baru ini di mana AS satu-satunya negara yang mengambil pendirian untuk tidak membuat satu resolusi melalui majlis berkenaan.Pada masa sama, seperti yang kita semua tahu, simpati yang ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia terhadap perjuangan Palestin adalah sangat kuat. Saya boleh katakan bahawa mereka sangat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.Malangnya, terdapat beberapa kerajaan dan rejim menerima banyak tekanan daripada pelobi Israel dan Yahudi.Terdapat juga sebilangan kerajaan dan juga rejim berusaha untuk menyatakan sokongan tetapi terpaksa kekal berdiam diri dan tidak bersuara kerana memiliki kepentingan bersama Israel.Kami sebagai rakyat Palestin percaya bahawa isu ini adalah terletak di tangan kerajaan-kerajaan tersebut tetapi komuniti antarabangsa juga bertanggungjawab untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin dan membantu kami mendapatkan hak untuk hidup secara bebas di negara Palestin yang merdeka.Berapa banyak resolusi yang telah diambil oleh Majlis Keselamatan PBB? Berapa banyak lagi Perhimpunan Agung PBB perlu dilakukan untuk membincangkan pembebasan Palestin? Tetapi malangnya apabila sampai kepada perkara yang berkaitan Israel, kami akan menjadi mangsa kepada keputusan yang berat sebelah.Adakah anda bersetuju bahawa rejim Israel bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki terhadap Palestin kerana sokongan kuat daripada negara seperti AS?Sudah tentu. Maksud saya, Israel seperti yang anda ketahui mendapat sokongan kuat daripada pentadbiran AS. Sebilangan negara Eropah juga membenarkan Israel melakukan apa yang mereka mahukan.Itulah sebabnya mereka tidak pernah bertindak melaksanakan resolusi yang diambil oleh Majlis Keselamatan PBB atau apa sahaja. Bayangkan AS dengan hak veto yang dimilikinya dalam Majlis Keselamatan selalu menyokong Israel.Dan itu memberi peluang kepada Benjamin Netanyahu dan kerajaannya untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan kerana mereka tahu bahawa mereka mendapat perlindungan yang sangat baik daripada pentadbiran AS. Di AS tidak kira Republikan atau Demokrat, Israel selalu dijadikan keutamaan oleh pentadbiran AS.Kami selalu percaya bahawa AS, sebagai anggota kuartet yang seharusnya menaja rundingan damai perlu memposisikan dirinya di tempat yang sepatutnya dan bersikap adil.Mereka harus menjadi pihak yang bertindak sebagai saksi dalam rundingan damai antara Palestin dan Israel serta seterusnya membolehkan perjanjian damai yang menyeluruh dapat dicapai di Asia Barat.Tetapi apabila AS memutuskan untuk menjadi lebih Israel daripada orang Israel sendiri, bagaimana mereka dapat menaja rundingan damai dan mencapai perjanjian damai yang komprehensif?Apa yang dapat dilakukan oleh masyarakat dunia untuk membantu menamatkan penderitaan Palestin?Mereka mesti mengambil tindakan terhadap Israel. Mereka mesti menghentikan pertumpahan darah di Palestin. Mereka mesti menghentikan jenayah perang Israel terhadap Palestin. Pemimpin Israel mesti dibawa melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda untuk keadilan.Apa yang saya saya maksudkan ialah ketika kita bercakap mengenai undang-undang antarabangsa, setiap hari mereka menyaksikan pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap rakyat Palestin.Mereka yang mempercayai hak asasi manusia, mereka yang mempercayai demokrasi, mereka mesti menghentikan pencerobohan Israel terhadap rakyat kita.Secara teori, ya, kami percaya ada simpati yang ditunjukkan terhadap Palestin, tetapi secara praktikalnya tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan. Kita memerlukan tindakan yang harus diambil untuk menunjukkan kita benar-benar bersungguh.ANEKDOTOrang Malaysia adalah \u2018satu\u2019Saya berharap rakyat Malaysia terus bersatu menyokong rakyat Palestin. Bagi saya sebagai duta besar, seperti yang saya katakan pada awal tadi, Malaysia adalah satu. Sama ada anda berasal dari Johor, sama ada anda dari Pulau Pinang, sama ada anda dari Terengganu, pada saya semua orang Malaysia adalah satu. Tidak kira sama ada anda PKR, Bersatu atau UMNO, bagi saya semua sama sahaja.Saya berharap dan meminta rakyat Malaysia untuk melihat kesemua rakyat Palestin juga sebagai satu. Pada masa ini kita adalah satu. Peluru berpandu Israel, ketika menyerang Gaza, ia tidak membezakan antara rakyat Palestin. Ia tidak mengatakan bahawa ini adalah Hamas atau ini adalah Fatah. Semua rakyat Palestin menjadi sasaran. Jadi penderitaan rakyat Palestin adalah sama.Lihatlah ke Palestin, perjuangan kita ada di Baitulmaqdis, perjuangan kita berada di ibu negara kita. Tidak ada negara Palestin tanpa Baitulmaqdis. Tidak ada negara Palestin tanpa Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi keutamaan bagi kita sebagai rakyat Palestin.Ya, tidak ada yang dapat melupakan penderitaan rakyat kita di Gaza. Mereka telah dikepung selama beberapa dekad. Tetapi pada masa yang sama, pertempuran kita dengan Israel adalah di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.Mereka berusaha menyingkirkan rakyat Palestin supaya berpindah dari ibu kota dan memaksa rakyat Palestin meninggalkan premis mereka, rumah mereka di Baitulmaqdis.Dan kita akan meneruskan perjuangan kita. Baitulmaqdis adalah milik kita. Al-Aqsa adalah milik kita, dan kita akan terus berjuang di sana.Ini adalah mesej saya kepada semua rakyat Malaysia. Sekali lagi, terima kasih, Malaysia, untuk semua yang anda lakukan demi Palestin.Lawan Israel menerusi media sosialSaya telah menyampaikan satu kenyataan bertulis untuk semua rakyat Palestin di Malaysia susulan wujudnya ancaman Israel untuk menyerang Malaysia menggunakan platform internet. Kami percaya kepada agensi keselamatan Malaysia dan kami yakin bahawa kami selamat di Malaysia.Israel sangat maju dalam bidang teknologi, tetapi saya percaya Malaysia juga memiliki kemajuan yang baik dan boleh menjadi model dalam kalangan dunia Islam dan saya tahu betapa aktifnya rakyat Malaysia di sosial media.Ya, saya fikir tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sosial media yang popular ini berada di dalam tangan orang Israel dan Yahudi. Apa yang saya maksudkan adalah orang Israel dan Yahudi di seluruh dunia mengawal agensi media utama dan semua media berada dalam kawalan mereka.Oleh itu, kami berharap melalui Malaysia, negara-negara Islam dan Arab, kita dapat melakukan sesuatu untuk melawan apa yang dilakukan oleh Israel melalui media sosial.Saya tahu bagaimana mereka dengan sebaik mungkin cuba untuk memanfaatkan kesemua alat media sosial seperti Facebook dan WhatsApp tetapi kita percaya bahawa kita juga mempunyai kemampuan untuk mendapat manfaat daripada penggunaan media sosial.PROFILWalid Abu AliAsal: Bethlehem, Tebing BaratPengalaman:Duta Palestin ke Pakistan (2012-2018)Duta Palestin ke Malaysia (2018-sekarang)", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Mei 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/138690/berita/wawancara/lsquosaya-sedar-ada-pengguna-penjual-yang-marahrsquo", "article_title": "\u2018Saya sedar ada pengguna, penjual yang marah\u2019", "article_text": "[WAWANCARA] Menyedari pembelian dalam talian kini menjadi trend baharu susulan pandemik Covid-19, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk membuat pindaan terhadap undang-undang bagi melindungi hak pengguna.Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pindaan atau penggubalan rang undang-undang baharu perlu dibuat memandangkan pasukan penguat kuasa belum mempunyai kuasa menyeluruh berkait perniagaan online itu.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Nanta turut berkongsi isu kenaikan harga barang dan penetapan harga siling barang keperluan yang sering menimbulkan perasaan tidak puas hati pengguna dan peniaga.Ikuti wawancara wartawan Raiham Mohd Sanusi dan Mukhriz Mat Husin bersama Nanta di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah perkara paling mencabar yang Datuk Seri lalui dalam menangani isu-isu pengguna ketika ini?NANTA: Ya, ketika ini kementerian menumpukan usaha untuk mengawal harga barang keperluan khususnya pada musim perayaan Aidilfitri.Ada dakwaan mengatakan harga naik mendadak tetapi apabila penguat kuasa kementerian turun padang untuk buat siasatan, kita dapati memang ada kenaikan tetapi tidaklah mendadak. Selain harga, peranan utama kami adalah memastikan barangan sentiasa mencukupi di pasaran.Dalam isu harga dan bekalan barangan yang sangat sensitif bagi rakyat dan pengguna, kami perlu membuat advokasi iaitu memberi penerangan dan informasi supaya mereka faham bahawa prinsip (harga barang) adalah berkait dengan bekalan dan permintaan.Selain itu, mereka juga harus tahu bahawa barangan import, harganya dipengaruhi oleh perkara yang di luar bidang kuasa kita.Kenapa saya kata begitu? Misalnya bawang merah import dari India, memang ia banyak bergantung kepada bagaimana keadaan di India semasa musim menuai kerana pada tahun lepas berlaku masalah pengeluaran ekoran kemarau yang berpanjangan dan menjejaskan produktiviti bawang ini.Mengenai harga ayam pula, kita dapati harga ayam bergantung kepada dedak atau makanan ayam. Sebahagian besar dedak ayam ini terpaksa kita beli atau import dari luar negara.Apabila harga naik, kita tak ada pilihan lain, maka kita kena tanggung juga kenaikan harga dedak ayam ini yang kemudian mempengaruhi harga ayam. Sebab itu kita perlu buat advokasi atau libat urus dengan pengguna.- Sejak menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lebih setahun lalu, apakah usaha-usaha Datuk Seri untuk memperbaiki taraf hidup rakyat?Perkara paling penting bagi saya adalah bagaimana kementerian ini boleh membantu mensejahterakan rakyat menerusi kos sara hidup yang berpatutan. Sebelum menerajui kementerian ini lagi, saya sedar tentang kos sara hidup yang tinggi pada masa itu.Jadi apabila datang ke kementerian ini saya tumpu kepada akta, peraturan, strategi sedia ada dan bagaimana saya dapat mencari ruang untuk buat penambahbaikan.Beberapa libat urus telah kita jalankan bersama pemain industri termasuk perniagaan dalam talian, perniagaan francais dan peruncit biasa, pasar raya besar, pasar raya, syarikat pengedaran dan syarikat penyedia perkhidmatan.Kita faham perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah kawal selia KPDNHEP yang terlibat dalam aktiviti pengedaran, borong dan perdagangan runcit, memang banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita.Alexander Nanta Linggi dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Ia juga menyumbang kepada peluang pekerjaan. Saya melihat ada peluang dan ruang untuk kita turunkan kos operasi perniagaan. Jadi dengan adanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu agensi di bawah kementerian ini, ia telah banyak menjalankan inisiatif bagi membantu perniagaan seperti moratorium, pengecualian fi, pengecualian kompaun, menurunkan kompaun dan menaikkan ambang keterhutangan.Dulu ambang keterhutangan RM10,000 ke atas, mana-mana peniaga boleh dibawa ke mahkamah untuk dituntut apabila syarikat itu ada hutang. Ini adalah inisiatif yang saya fikir amat membantu komuniti perniagaan kita.- Baru-baru ini penternak ayam dan lembu mengeluh harga makanan haiwan tersebut melambung. Boleh Datuk Seri jelaskan keadaan ini?Saya mahu jelaskan bahawa harga lembu yang kita kawal adalah lembu tempatan. Baru-baru ini saya akui ada mendengar keluhan dan kemarahan pengguna serta penjual. Penjual kata harga maksimum RM34 sekilogram yang kita tetapkan bagi daging lembu tempatan adalah terlalu rendah.Sebenarnya sebelum meletakkan had harga, kita gunakan mekanisme biasa. Kita ada jawatankuasa dalam kementerian yang melibatkan pegawai berpengalaman. Kita juga buat konsultasi bersama MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan peniaga-peniaga.Selepas sesi itu baharulah kita letakkan harga. Ia bukannya dilakukan sesuka hati KPDNHEP. Memang kita tak dapat jamin semua pihak puas hati 100 peratus.Sebenarnya dalam seekor lembu, bukan semua anggota badan lembu dikenakan had harga maksimum tetapi sebahagian sahaja iaitu daging.Bahagian yang lain tidak ada kawalan. Itu rakyat perlu tahu dan peniaga pun tahu. Mereka boleh jual tanpa kawalan harga untuk bahagian lain.Jadi keluhan dan kemarahan tentang had harga daging itu seolah-olah semua bahagian daging itu tertakluk pada had harga adalah tidak benar. Kalau kita tidak kawal akan berlaku situasi harga semua bahagian lembu akan naik mendadak dan pengguna pula marah selain ia tidak adil kepada pengguna.- Bagaimana Datuk Seri melihat isu penyelewengan minyak subsidi sekarang? Adakah ia berada pada tahap yang membimbangkan?Kerajaan membantu secara kewangan untuk membolehkan minyak masak sawit bersubsidi dibeli oleh pengguna berpendapatan rendah pada harga RM2.50 sekilogram. Kalau harga pasaran biasa yang tertakluk pada bekalan dan permintaan, sudah tentu harga minyak masak sawit ini tidak dapat dijual pada harga ini.Ketika ini, harga minyak sawit sudah naik di pasaran dunia dan dalam masa yang sama kerajaan berbelanja ratusan juta ringgit setahun untuk meluluskan 60,000 tan metrik minyak masak kepada rakyat setiap bulan.Jika harga minyak sawit dunia masih kekal tinggi melebihi RM4,000 satu tan, kita mungkin terpaksa berbelanja lebih RM1 bilion untuk subsidi.Bagaimanapun, ada aduan tentang harga minyak masak sawit dijual mahal dan apabila kita buat pemantauan, harga minyak yang disebut itu bukan yang bersubsidi iaitu minyak masak yang dijual dalam botol 3 kilogram, 5 kilogram, dalam tin 7 dan 10 kilogram. Minyak itu tiada subsidi dan ikut harga pasaran semasa. Sesiapa nak beli, belilah tak ada masalah tapi jangan keliru dengan mempersoalkan harga terlalu mahal. Sebab kerajaan beri bantuan kepada rakyat menerusi subsidi minyak masak yang dijual dalam pek satu kilogram.Mengapa satu pek sahaja satu kilogram? Sebab untuk keluarga yang kurang berkemampuan atau B40, untuk kegunaan sendiri mereka mampulah beli dua tiga pek.Kalau kita buat dalam bungkusan besar, nanti restoran atau pihak yang meniaga turut membelinya dan akan berlaku ketirisan sebab mereka ini bukan golongan sasar yang hendak dibantu. Mereka ini orang berniaga. Kita tak mahu pengguna komersial beli juga minyak masak bersubsidi ini.- Jadi adakah kementerian ada membuat pemantauan dari segi pembelian minyak subsidi ini agar ia benar-benar dinikmati golongan sasar?Kita tidak perlu memantau pengguna sebab pengguna membuat pilihan sendiri. Kami memantau dengan ketat di peringkat kilang yang memproses pembungkusan atau sering disebut sebagai repackers. Sebabnya, mereka ini diberi kuota pada setiap bulan.Sekiranya sebuah kilang diberi 200 tan untuk membuat pembungkusan minyak masak bersubsidi, mereka perlu mengeluarkan daripada kilang mereka dan masuk ke pasaran serta dijual kepada kedai-kedai runcit dan pasar raya.Itu kita pantau dan kita telah dapat mengesan terdapat pengilang yang didapati melakukan penipuan. Menipu bagaimana? Kalau mereka ada 200 tan metrik untuk sebulan tetapi mereka buat separuh sahaja dan separuh itu mereka jual dengan harga yang tiada subsidi. Walhal kerajaan sudah bantu pengilang dengan memberikan subsidi tetapi dia tidak laksanakan.Perbuatan ini menyebabkan mereka dapat keuntungan yang banyak. Jadi siapa yang tertipu? Kerajaan dan rakyat tertipu.- Bagaimana Datuk Seri melihat peniaga di negara ini. Adakah peniaga di Malaysia tamak kerana sering menaikkan harga sesuka hati?Janganlah tuduh peniaga tamak tetapi peniaga ini kalau mereka dapat untung, mereka akan cuba dapat keuntungan yang lebih lagi. Jadi memang ada yang ghairah (mengejar keuntungan).Keseluruhannya, saya nampak di Malaysia ini, kita ada masyarakat peniaga yang vibrant dan dinamik.Mereka ini boleh dikatakan mengikuti dengan rapat terhadap reaksi pasaran, sebab itu apabila ada saja senario kekurangan bekalan, mereka dengan cepat menaikkan harga sebab orang tetap datang nak membeli beramai-ramai, mungkin peniaga melihat ada peluang. Ia semula jadi dan biasa.Alexander Nanta Linggi dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Jadi kalau dia tidak dapat jual sebab orang kurang datang, mungkin dia akan turunkan harga dan buat jualan murah. Sebab itu saya kata peniaga di negara kita boleh dikatakan bijak juga sebab reaksi mereka kepada situasi semasa.Selain itu, ada sebahagian peniaga mengambil peluang untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan. Apabila mereka tahu undang-undang sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menyalahkan mereka, maka ada ruang untuk mereka membuat sesuatu yang tidak beretika.Kalau kita melihat sekarang, lebih ramai peniaga menggunakan perniagaan dan transaksi dalam talian dan kita pula belum ada punca kuasa yang menyeluruh untuk menangani isu-isu perniagaan dalam talian ini tadi.Jadi itulah solusi yang kita akan fokus pada masa akan datang iaitu bagaimana kita boleh membuat penambahbaikan serta memastikan peralatan dan keperluan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan. Ini kerana sekarang sangat rumit untuk mengenal pasti peniaga menggunakan teknologi canggih untuk menipu.- Adakah ada cadangan untuk menggubal rang undang-undang bagi menangani masalah ini?Kita sekarang banyak buat sesi perbincangan antara pegawai-pegawai untuk melihat di mana sepatutnya kita membuat penambahbaikan dan di mana perlu kita buat pindaan kepada rang undang-undang.Kami pada peringkat awal sudah melakukannya. Jadi kami berharap lebih banyak libat urus bersama pemain-pemain industri dapat dibuat untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat.Kita perlu juga syor-syor daripada mereka sebab mereka yang buat bisnes itu, jadi mereka tahu.Selepas itu kita buat rundingan dan perancangan, kemudian barulah kita sampai kepada penggubalan atau pindaan rang undang-undang sedia ada ataupun kita gubal undang-undang baru yang lebih tepat untuk menangani masalah penipuan cara baru ini.Di media sosial, kementerian sering menjadi sasaran dan serangan daripada para netizen. Apakah langkah kementerian bagi menangani isu-isu berkenaan?Kita memang sensitif terhadap apa saja yang dibangkitkan ataupun kritikan kepada KPNDHEP. Kita tidak pernah tidak endah sebab faham kalau kita terima aduan, teguran, syor-syor itu adalah untuk membantu kementerian membuat penambahbaikan.Selepas itu, kita juga buat pemantauan dan mencari jalan penyelesaian untuk isu itu.Saya beri contoh, di seluruh negara kita ada 52 Pusat Arahan Penguatkuasaan atau ECC. ECC ini beroperasi 24 jam sehari, kalau ada berlaku kenaikan harga atau ketiadaan barang, apabila kita terima aduan, kita kerah anggota penguat kuasa kita serta-merta.Sebab itu, kami di kementerian ini dapat mengesahkan sesuatu perkara dalam masa yang singkat, kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.- Ada kita terima aduan yang mengeluh kenaikan harga, tetapi (maklumat itu) terlalu umum. Harga naik di mana, harga apa, naik berapa?Kalau ada kedai, sebutlah kedai di mana, pasar mana, barulah kita boleh mengambil tindakan yang lebih berkesan.Tetapi apabila aduan mereka dalam sosial media mengatakan harga naik, naik di mana? Kami tidak boleh ke tempat itu sebab terlalu umum. Kita bukan tidak mahu ambil tindakan. Tetapi lebih elok kalau betul-betul berlaku, janganlah buat aduan sesuka hati, tidak berasas atau terlalu umum.Bagaimana Datuk Seri melihat isu-isu pengguna pada masa depan terutama ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19?Saya rasa penyakit Covid-19 ini mungkin tidak akan hilang sepenuhnya sama seperti malaria, tibi dan penyakit lain-lain. Cuma bagaimana kita nak menangani penyakit tersebut. Sebab itu yang paling penting adalah prosedur operasi standard atau SOP yang memerlukan kita mengelakkan jangkitan. Jadi bolehlah kita hidup secara biasa.Maknanya nelayan dapat pergi ke laut menangkap ikan, petani boleh ke sawah, penternak dapat menjalankan urusannya seperti biasa dan sebagainya.Pada masa depan, norma baru akan membimbing bagaimana kita meneruskan kehidupan biasa. Keadaan itu juga akan mempengaruhi harga dan bekalan barangan.TRIVIA- Gemar baca berita dalam talianDulu sebelum saya menjadi menteri, saya selalu berada di kawasan Parlimen saya, Kapit di Sarawak. Masa lapang pun kurang sebab kalau duduk di rumah pun, ramai yang datang ke rumah mohon berbincang, mohon bantuan dan sebagainya. Untuk rekreasi, saya dulu main golf. Sekarang tiada peluang untuk bermain sebarang aktiviti sukan. Apatah lagi dalam tempoh setahun sejak berada dalam kementerian di Kuala Lumpur dan juga pada waktu perintah kawalan pergerakan. Nak buat apa lagi, duduk di rumah sajalah. Tetapi ada kebaikannya juga kerana ada masa untuk membaca apa yang perlu seperti laporan terkini. Sekarang kita menggunakan internet, jadi masa lapang saya banyak dihabiskan di depan komputer untuk membaca berita dalam talian dan sebagainya.- Kongsi gambar aktiviti dalam FacebookSaya bukanlah seorang yang aktif dengan media sosial. Saya ada Facebook yang mana saya tumpu pada kerja saya. Kalau ada program yang saya ingin kongsikan, saya akan siarkan di Facebook. Twitter pun saya tidak aktif sangat, tetapi saya ada pembantu (yang mengendalikan Twitter). Jadi walaupun tidak begitu terlibat dalam media sosial tetapi saya masih menggunakannya. Bagi saya itu adalah norma baru dalam dunia moden. Tidak boleh kita tidak bersama dalam menggunakan teknologi informasi masa kini.- Dipilih sebagai calon dalam usia mudaApabila saya mula-mula dicalonkan oleh parti untuk bertanding pilihan raya, saya masih muda lagi (32 tahun). Dalam keadaan yang tidak menentu di Sarawak pada tahun 1991, ada pihak mahu gulingkan kerajaan negeri.Saya rasa masih belum bersedia tetapi mungkin parti (PBB) memerlukan saya ke depan sebagai orang muda tetapi saya kalah. Walaupun kalah, saya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ketika itu, Tun Abdul Taib Mahmud. Jadi di situlah permulaan saya dalam dunia politik yang tidak boleh dilupakan.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Mei 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/137872/berita/wawancara/lsquokhilaf-saya-tak-dapat-tahan-marahrsquo", "article_title": "\u2018Khilaf saya, tak dapat tahan marah\u2019", "article_text": "[MUKADIMAH] Nama Yusuf Azmi bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana gerak kerja aktivis dan kepenggunaannya terutama ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.Namun, Isnin lalu, namanya sekali hangat diperkatakan selepas tular satu video di media sosial yang memaparkan beberapa individu telah menyerang dan menampar seorang lelaki warga asing di kaki lima Batu 9 Cheras, Kajang.Insiden pergelutan antara mereka berlaku kerana warga asing tersebut didakwa telah menciplak rekaan baju-T Semboyan Jihad keluaran Semboyan Malaysia.Susulan itu, enam individu telah ditahan pihak polis termasuk Yusuf yang kini merupakan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia. Yusuf dikatakan telah menampar warga asing tersebut di tempat kejadian.Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada pihak yang menyokong dan tidak kurang juga membantah tindakan Yusuf yang seolah-olah melangkaui tugas pihak berkuasa.Demi menyingkap kebenaran tentang insiden tersebut, wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy mendapatkan Yusuf untuk penjelasan berhubung pergelutan yang terjadi.SINAR HARIAN: Apakah punca utama yang mencetus pergaduhan bersama warga asing itu sehingga terjadinya pergelutan antara dua pihak?YUSUF AZMI: Pertama, isu ini terjadi bukan kerana dia menciplak nama Semboyan, tetapi apa yang menaikkan kemarahan saya apabila dia cuba menipu dengan mengambil duit daripada pelanggan.Kedua, dia menabur fitnah ke atas sebuah kedai yang dimiliki oleh orang lain dengan mengambil gambar kedai tersebut untuk diguna pakai kepada pelanggan yang ditipu.Jadi cuba bayangkan perasaan saya ketika dapat tahu di tempat kejadian bahawa dia mengumpul duit orang ramai sekali gus menggunakan gambar kedai yang dimiliki oleh orang lain.Jadi kesalahannya yang membuat kami marah adalah dia menipu dan menuduh orang lain yang tidak berdosa.Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima. Untuk mengetahui lebih lanjut, salah seorang ejen kami membeli barangan yang dijual untuk memerangkap penipuan ini.Rakaman video tular mengenai insiden perbincangan yang bertukar menjadi pergelutan antara Yusuf (kanan) bersama lima orang individu lain yang memukul seorang warga asing di Batu 9, Cheras baru-baru ini.Ada pihak berpendapat bahawa Yusuf dan ahli persatuan tidak wajar mengambil tindakan drastik dengan memukul warga asing tersebut dan patut membuat laporan terus kepada pihak berkuasa. Adakah Yusuf setuju dengan pendapat ini?Kami tidak menafikan ia merupakan satu kesalahan daripada pihak kami. Pada kebiasaannya, memang kami akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis.Kami dapat tahu penipuan ini sudah dijalankan dalam seminggu lebih dan terlalu banyak aduan telah kami terima.Saya dan rakan-rakan tidak ada niat untuk bertindak kasar, namun kami juga manusia biasa yang apabila melihat kemungkaran terjadi di depan mata, kami bertindak secara spontan.Apakah terdapat tindakan susulan berikutan kes penahanan Yusuf dan lima individu yang lain daripada pihak polis?Kami antara enam individu yang ditahan untuk memberi kerjasama dengan pihak polis.Tapi dakwaan tentang kami direman sehingga lima hari itu tidak benar. Saya hanya ditahan selama satu hari.Adakah warga asing tersebut sudah meminta maaf dan pihak Semboyan Malaysia menerima permohonan maaf tersebut?Dia sudah meminta maaf dan saya juga telah memaafkan kesalahan dia secara berdepan. Kami sudah berdamai dan menjumpai jalan penyelesaian.Di dalam video tersebut boleh saksikan bahawa saya sudah lepaskan dia kerana dia juga merupakan orang Islam. Cuma kes ini menjadi tular di media sosial yang menyebabkan ia diperbesarkan.Saya mengakui khilaf daripada pihak saya di mana saya tidak dapat menahan kemarahan pada waktu itu. Namun, semuanya telah selesai dengan baik.Apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pihak Semboyan Malaysia bagi membanteras gejala ciplak untuk mengelakkan kejadian kontroversi seperti ini berlaku lagi?Kami akan lebih berhati-hati dan fokus dengan penjenamaan semua produk keluaran Semboyan Malaysia. Contohnya dengan lebih menitikberatkan tentang label dan copyright baju-T Semboyan Malaysia untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang semula.Apakah reaksi pelanggan produk keluaran Semboyan Malaysia terhadap isu ini selepas ia tular di media sosial?Kami menerima pelbagai reaksi daripada video tersebut akibat tular di media sosial namun ramai yang menasihati dan memberi teguran secara baik serta berhemah.Yusuf Azmi", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Mei 2021 09:00am"} +{"author_name": "MUHAMMAD AFHAM RAMLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/137722/berita/wawancara/pdrm-bukan-milik-lelaki", "article_title": "'PDRM bukan milik lelaki'", "article_text": "[WAWANCARA] Siapa sangka, Datuk Dr Lee Bee Phang ialah wanita keturunan Cina pertama dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima pangkat komisioner (CP). CP adalah pangkat ketiga paling tinggi dalam PDRM selepas Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara.Bukan itu sahaja, beliau juga kini menyandang jawatan penting dalam pasukan sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) sejak Mac lalu.Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Ahad, Muhammad Afham Ramli bersama Bee Phang di Bukit Aman, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang Datuk?DR BEE PHANG: Saya ialah lulusan Universiti Sains Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial pada tahun 1986. Sepanjang tempoh menuntut di universiti, saya telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau Palapes dengan pangkat leftenan muda.Selepas graduasi, saya mengambil peluang menyertai temu duga pasukan polis sebagai kadet asisten superintendan atau ASP dan berjaya diserap masuk pada tahun 1987 pada usia 26 tahun.Selepas tamat kursus latihan kepolisan, saya ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Georgetown sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah selama setahun sebelum diserap ke Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.Kemudian, selepas kenaikan pangkat deputi superintendan atau DSP, saya ditugaskan di Cawangan Khas Bukit Aman sehingga pangkat asisten komisioner (ACP). Selepas kenaikan pangkat senior asisten komisioner (SAC) dan deputi komisioner (DCP), saya dipinjamkan untuk ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu KDN menggubal dasar mengenai keselamatan berdasarkan kepakaran dan latar belakang pendidikan saya.Selepas itu, pada tahun 2018 saya ditukarkan kembali ke Bukit Aman sebagai Timbalan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan meneruskan pangkat DCP. Sehingga sekarang, saya sudah berkhidmat selama 34 tahun dalam pasukan PDRM.Apa yang Datuk boleh katakan tentang kejayaan kerjaya Datuk sebagai wanita tunggal berpangkat komisioner polis sekarang?Dengan usia PDRM yang mencecah 214 tahun, sememangnya pasukan polis sudah mempunyai pegawai CP wanita pertama iaitu CP (Bersara) Datuk Robiah Abdul Ghani pada tahun 2010 dengan menjawat jawatan Pengarah Pengurusan ketika itu.Kemudian diikuti CP (Bersara) Datuk Zubaidah Md Ismail, CP (Bersara) Datuk Zaleha Abdul Rahman dan CP (Bersara) Datuk Seri Fatimah Ghazali.Pada Mac 2021 saya diberi kepercayaan oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Timbalan KPN (kini KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan).Saya menjadi pegawai wanita kaum Cina pertama dilantik ke pangkat DCP pada Mei 2015 dan CP pada 12 Mac lalu. Saya kini pegawai polis wanita tunggal yang menjawat pangkat CP dalam PDRM.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan saya hari ini.Semasa di universiti pada 1986, saya diberi peluang menganggotai Palapes dan belajar berdikari, berdisiplin dan bergaul dengan semua kaum selain didedahkan dengan banyak perkara.Pendedahan di Palapes amat membantu saya membiasakan diri dengan kehidupan berdisiplin dan uniform. Apabila adanya tawaran kerjaya dalam PDRM, saya anggap ia sebagai peluang keemasan untuk memulakan perkhidmatan.Saya menganggap bidang kepolisan lebih mendekati masyarakat dan saya pula gemar bergaul dengan orang ramai. Itu antara tarikan untuk saya sertai PDRM.Saya selalu \u2018self motivated\u2019 untuk majukan diri kerana kerjaya polis adalah pilihan pertama dan terakhir saya.Datuk pernah memberitahu bahawa ibu Datuk tidak menyokong pembabitan Datuk dalam PDRM. Boleh jelaskan mengapa?Waktu dahulu, kebiasaan dalam budaya kaum Cina, mereka tidak menggalakkan anak lelaki menyertai tentera dan polis apatah lagi anak perempuan. Mungkin mereka menganggap kerjaya polis dan tentera adalah berbahaya dan berisiko tinggi.Selain itu, ibu saya amat khuatir dengan saya ketika itu. Badan saya kurus dan tidak kelihatan kuat. Jadi, dalam keadaan itu, ibu amat risau memikirkan bagaimana saya hendak memikul tanggungjawab dalam bidang kepolisan. Namun, saya bersyukur kerana ibu akhirnya menyokong kerjaya saya.Sudah tentu ibu saya akan gembira jika dia masih ada dan melihat kejayaan anaknya hari ini. Ibu meninggal dunia selepas kira-kira 11 tahun saya berkhidmat dalam PDRM. Saya berjaya buktikan kepadanya apa yang saya lakukan ini adalah kerjaya yang murni. Saya juga cuba untuk mengubah pandangan orang dahulu.Bagaimana Datuk melihat pembabitan kaum lain dalam PDRM?Saya amat menggalakkan kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain untuk menyertai badan uniform seperti polis. Mungkin kaum Cina terutamanya ada persepsi terhadap polis tentang peluang kenaikan pangkat dan kebajikan. Saya harap kejayaan saya ini boleh mengubah persepsi sedemikian.Saya telah buktikan sekiranya kita bekerja dengan tekun, penuh disiplin, kerja satu pasukan, satu misi, dan tinggalkan \u2018warna\u2019 kita dengan kepercayaan berlainan, sudah tentu kita akan berjaya.Semua orang gembira melihat seorang wanita boleh berjaya. Kita mesti tunjuk kebolehan dan keupayaan untuk memikul tanggungjawab bersama lelaki.Bagi saya, penyertaan kaum lain dalam PDRM adalah amat penting kerana kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Ini penting bagi menggambarkan komposisi masyarakat berbilang kaum yang merupakan tarikan kepada dunia luar.Itulah keistimewaannya dan kita mestilah menonjolkan keistimewaan itu. Ia menunjukkan semangat Malaysia sebagai negara berbilang bangsa dan kepercayaan.Inilah tarikan yang ada di negara ini. Tunjukkan kita boleh bekerja dan hidup bersama-sama demi menjaga negara tercinta ini.Boleh Datuk kongsikan pengalaman Datuk sepanjang berkhidmat dalam pasukan polis?Saya diserap sebagai pegawai polis sejak 5 April 1987, sudah tentu bermacam -macam cabaran, kenangan pahit dan manis ditempuhi. Semua ini saya lalui dengan tabah dan positif dengan memberi keutamaan kepada tugas yang dipikul. Saya seorang yang sentiasa positif dan bergerak ke depan. Biar di mana jawatan atau tugasan, pasti ada pahit manis.Sudah pasti ada ketika kita rasa kecewa apabila perkara atau tugas itu tidak mengikut apa yang kita rancang. Tapi kita perlu kekal positif dan tabah. Apabila plan A gagal, kita ambil B, bila B tidak boleh, ambil C. Itulah semangat yang diperlukan. Usah sesekali putus semangat atau putus asa.Sesuatu kegagalan atau masalah adalah permulaan perjalanan kepada sesuatu kejayaan. Saya sering beritahu pegawai polis wanita terutamanya, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan perlu sentiasa positif untuk move forward agar tidak terkongkong dalam pemikiran.Kenangan manis ini adalah apabila kita berjaya mencapai sesuatu yang berharga. Contohnya, apabila melihat pegawai wanita memegang jawatan tinggi selepas diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM.Di Malaysia, saya dapati kesamarataan itu ada. Saya selalu kata, wanita perlu buktikan keupayaan dan sanggup bekerja lebih. Ini pegangan saya.Selain pangkat CP, apa pencapaian lain Datuk dalam PDRM?Ada beberapa jawatan lain yang saya sandang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Pegawai Polis Wanita yang memiliki keahlian 15,732 orang pegawai wanita di seluruh Malaysia.Jawatankuasa ini akan melantik pegawai turus di setiap kontinjen yang akan disandang pegawai wanita paling senior. Kita akan selalu mengadakan dialog, pengurusan stres, sesi bersama untuk memberi dorongan dan bagi menjaga kebajikan selain mengingati antara satu sama lain agar sentiasa menjaga disiplin, tatatertib serta integriti.Saya selalu nasihatkan khususnya pegawai dan anggota wanita agar mematuhi tatatertib dan disiplin dalam pasukan. Ini penting kerana PDRM mempunyai peranan penting selain persepsi masyarakat. Selain itu, saya juga menyandang Pengerusi Aktiviti Sembahyang Buddha bagi Hari Polis selama dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.Dalam Hari Polis, kita ada perayaan agama masing-masing dan inilah salah satu cara untuk semua pegawai dan anggota merapatkan silaturahim selain membuktikan kepada dunia luar bahawa pasukan PDRM menekankan aspek kebajikan dan keagamaan.Datuk mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam jenayah juvana. Mengapa Datuk memilih untuk memberikan tumpuan terhadap bidang itu dan apakah dapatan penting yang diperoleh?Saya graduasi PhD dalam bidang jenayah juvana pada tahun 2010 di Universiti Malaya. Sebelum itu, pada tahun 2005 saya lihat trend jenayah kanak-kanak bertambah. Jadi saya berasakan mengapa tidak saya buat sesuatu yang baik untuk PDRM.Trend jenayah ini saya lihat sentiasa berubah dan kanak-kanak hari ini sudah mula beralih kepada jenayah keganasan. Secara umumnya kita lihat faktor ibu bapa, internet meluas dan satu perkara penting adalah budaya yang sudah berbeza berbanding kanak-kanak dahulu.Bila kawalan kurang daripada ibu bapa, kanak-kanak ini akan cuba teroka sesuatu, tapi mereka akan teroka ke arah perkara yang tidak betul.Saya juga ada cadangkan beberapa polisi kepada kerajaan khususnya kementerian wanita untuk isu sedemikian.Sudah tentu ada juga dapatan tesis saya itu dicadangkan kepada PDRM sendiri. Kajian tesis bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia salah satu bentuk penyelesaian. Jadi kita perlu lihat setiap kajian dan membuat perbandingan.Apakah misi dan visi Datuk selepas dilantik menyandang antara jawatan tertinggi dalam PDRM?Saya telah membawa perubahan khususnya ke tahap yang lebih tinggi dengan melaksanakan tiga perkara utama.Pertama, menetapkan hala tuju PDRM dengan menghasilkan perancangan strategik lima tahun untuk menjadikan PDRM sebagai pasukan polis bertaraf dunia.Kedua, mengadakan kolaboratif strategik dengan Sains Pengurusan/ Operasi Persatuan Penyelidikan Malaysia (MSORSM) iaitu sekumpulan penyelidik universiti bagi menjalankan kajian empirikal berhubung isu kepolisan, jenayah dan keselamatan yang boleh menyumbang kepada pembentukan dasar lebih berkesan.Ketiga, mewujudkan satu sistem pendigitalan di jabatan ini seiring dengan dasar pendigitalan negara agar PDRM dilengkapi dengan teknologi terkini untuk penugasan polis yang cemerlang.ANEKDOTMasa antara kerjaya dan keluargaDalam kerja, saya akan memastikan kerja yang dibuat mengikut timeline. Saya sering ingatkan pegawai saya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan mematuhi timeline. Dengan timeline, kita boleh bahagi kerja dan kehidupan. Sekiranya kerja tidak diatur dengan baik, sudah tentu masa kita sendiri tidak akan cukup bersama keluarga.Nasihat penting untuk warga PDRMPegawai dan anggota dalam PDRM perlu sentiasa memberi keutamaan dengan melakukan sesuatu tugasan itu dengan cara terbaik dan mematuhi prosedur. Pegawai mahupun anggota baharu sekiranya tidak faham mestilah bertanya dan usah buat keputusan tanpa merujuk sesiapa. Jika waswas dapatkan nasihat kerana PDRM berkhidmat sebagai satu pasukan.Kedua, usah putus asa dengan setiap kerja yang dilakukan. Mental sebagai pegawai polis perlu kuat, positif dan sentiasa berfikir tentang sesuatu isu itu.Kita mesti tahu apa yang kita buat. Segala amanah yang dipertanggungjawabkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.Saya juga menyeru generasi muda di luar khususnya wanita yang berminat menyertai PDRM untuk jadikan ia sebagai satu kerjaya.Berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan bersama menjaga keselamatan negara Malaysia yang kita cintai.Tip menjalankan tugas dengan cemerlangPertama, setiap tugasan kerja yang dilakukan perlulah \u2018tip top\u2019 selain perlu bebas daripada tindakan tatatertib. Mental juga harus kuat. Setiap penugasan yang diberi hendaklah dianggap sebagai penghormatan bahawa anda dipilih untuk melakukannya.Saya selalu nasihatkan pegawai saya usah takut akan kerja. Tugasan yang banyak adalah lebih baik untuk melatih kita dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Sentiasa bekerja lebih daripada yang sepatutnya. Sediakan diri hingga ke tahap itu.PROFILDatuk Dr Lee Bee PhangPangkat: Komisioner (CP)Jawatan: Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan)Umur: 60 tahunAsal: Lahir di Seremban, Negeri Sembilan, dibesarkan di Pekan Salak, SelangorPendidikan: Sarjana Muda Sains Sosial (USM)Tempoh berkhidmat: 34 tahun", "reading_time": "4", "article_dt": "09 Mei 2021 07:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/137389/berita/wawancara/lsquoia-berlaku-kerana-kita-polis-membenarkannyarsquo", "article_title": "\u2018Ia berlaku kerana kita (polis) membenarkannya\u2019", "article_text": "[MUKADIMAH] Isu campur tangan pemimpin politik dalam organisasi kepolisan menggegarkan Malaysia baru-baru ini selepas bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador tanpa berselindung membongkar kemelut yang membelenggu pasukan sang saka biru.Selain mengakui tidak mempunyai hubungan harmoni dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, KPN ke-12 itu turut mendakwa Hamzah telah mengarah dan cuba menggunakan Jabatan Cawangan Khas, Bukit Aman untuk menjalankan operasi di luar urusan keselamatan negara.Wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy mendapatkan salah seorang bekas KPN yang paling disegani, Tan Sri Musa Hassan bagi mengupas krisis Hamid-Hamzah dan sejauh mana tangan-tangan ghaib ahli politik telah mencampuri operasi serta urusan polis selama ini.SINAR HARIAN: Apakah pandangan Tan Sri tentang isu berkaitan pendedahan dan dakwaan Tan Sri Abdul Hamid mengenai campur tangan politik dalam pasukan polis termasuklah menteri mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP)?MUSA: Berkaitan kenaikan pangkat oleh SPP, ia tidak boleh dianggap sebagai campur tangan oleh menteri. Ini kerana SPP dianggotai oleh sembilan orang dan mereka membuat keputusan bersama. Bagi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.Bagi pegawai kanan, ia adalah keputusan SPP. Perwakilan kuasa diberi kepada KPN dan Ketua Polis Negeri serta Pengarah Jabatan untuk pertukaran, kenaikan pangkat dan tindakan disiplin bagi inspektor hingga konstabel polis.Pada pandangan Tan Sri, sejauh mana keseriusan campur tangan politik dalam institusi kepolisan negara? Dan setakat manakah sebenarnya campur tangan menteri dalam pasukan polis?Bagi saya, campur tangan orang politik dalam institusi kepolisan selalunya berkaitan dengan tugas yang dijalankan.Ia termasuklah meminta saman dibatalkan, meminta rakan mereka yang melakukan kesalahan dibebaskan dan memberi arahan kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan ketua.Selain itu, terdapat juga campur tangan perolehan yang diperlukan oleh jabatan dengan membubarkan sesuatu bahagian, cawangan atau jabatan di atas alasan ada pertindihan kerana penubuhan sesuatu agensi penguatkuasaan yang baru.Baru-baru ini, Tan Sri Abdul Hamid membuat pendedahan terbaru iaitu menteri cuba menggunakan salah satu cabang institusi kepolisan Cawangan Khas untuk kerja-kerja politik bukan keselamatan negara. Apa komen Tan Sri mengenainya?Selalunya menteri tidak boleh menggunakan institusi kepolisan (cawangan khas) atau mana mana jabatan untuk kepentingan peribadi. Ia berlaku apabila ketua jabatan membenarkannya.Jika pengarah jabatan berkenaan membenarkan tanpa pengetahuan KPN, itu adalah satu perbuatan yang salah.Setiap perjalanan operasi perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada KPN.Musa Hassan (tengah) menjadi KPN kelapan antara tahun 2006 sehingga tahun 2010.Adakah terdapat tekanan dan campur tangan politik daripada pihak menteri atau mana-mana individu ketika zaman Tan Sri menjadi Ketua Polis Negara yang berkemungkinan mengubah keputusan atau cadangan yang sepatutnya ditetapkan oleh ketua polis sendiri?Pada zaman saya lagi memang sudah wujud permintaan sedemikian, tetapi saya membantah.Antara campur tangan politik yang diarah oleh mereka adalah seperti membubarkan cawangan Marin kerana telah wujud Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).Selain itu, menyerahkan penguatkuasaan undang-undang dadah kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan, namun saya tidak mematuhi cadangan tersebut.Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai arahan yang melanggar peraturan dan undang undang yang dibantah oleh saya secara tegas.Pada pandangan Tan Sri, apakah transformasi yang perlu dibuat untuk memastikan pasukan polis bukan menjadi alat atau senjata ahli politik?Saya bernasib baik kerana pada masa saya ingin membuat transformasi dalam pasukan polis, Tun Abdullah Badawi ialah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.Oleh itu, beliau memberi sokongan penuh untuk transformasi PDRM.Antara transformasi yang dilakukan dan masih wajar dilaksanakan adalah menambah balai polis dan penyewaan kedai untuk dijadikan balai polis.Kedua, menambah balai polis bergerak dan pondok polis di kawasan-kawasan strategik bandar raya agar dapat membantu masyarakat untuk membuat laporan polis. Seterusnya, menambah kereta peronda dan motosikal untuk mewujudkan police presence bagi cegah jenayah.Kami juga berpeluang untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat dengan semua jabatan penguat kuasa undang undang seperti kastam, imigresen, tentera dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah agar dapat meningkatkan pengumpulan maklumat dan mengambil tindakan bersama.Pada zaman saya menjadi ketua polis, telah wujud Jabatan Anti-Terrorism untuk menyiasat aktiviti berkaitan wang haram. Bagaimanapun, selepas saya bersara, jabatan ini dibubarkan.Selain itu, gaji anggota polis turut dinaikkan dan terdapat penyusunan semula pasukan polis.Perdana Menteri pada ketika itu turut memberi sokongan untuk mengambil tindakan terhadap sindiket kegiatan haram yang menjalankan aktiviti pelacuran, judi, pinjaman wang tanpa lesen, pengedaran dadah dan penyeludupan manusia.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mei 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/136504/berita/wawancara/mustahil-tukar-kerajaan-tanpa-melalui-pru15", "article_title": "Mustahil tukar kerajaan tanpa melalui PRU15", "article_text": "[WAWANCARA] Terpilih sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui laluan untuk gabungan itu kembali mendapat mandat rakyat tidak semudah disangka.Setelah kerajaan PH runtuh hampir setahun lalu, pelbagai usaha dilakukan Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk membentuk kembali kerajaan termasuk dikatakan cuba meraih sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO, namun seringkali digagalkan.Pengerusi PH itu juga sedar usaha mengambil alih kerajaan daripada tangan Perikatan Nasional (PN) tanpa melalui PRU15 adalah mustahil. Katanya, ia ibarat mimpi di siang sekiranya sidang Parlimen masih tidak dapat berfungsi susulan pengisytiharan darurat Januari lalu.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi memahami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik situasi politik semasa. Anwar turut berkongsi peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri, kritikan terhadap kerajaan PN dan agenda transformasi PH jika menang PRU15.SINAR AHAD: Datuk Seri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri PH bagi menghadapi PRU15. Apakah cabaran penting untuk PH menang pilihan raya itu?ANWAR: Bagi saya, keputusan menamakan saya hanya untuk mengetepikan bisikan-bisikan yang kononnya bakal menimbulkan perpecahan dalaman PH dan PKR. Jadi langkah ini dapat memadamkan desas-desus itu.Tetapi cabaran kita adalah memastikan kelompok yang menginginkan perubahan itu benar-benar fahami dan komited dengan perubahan.Sementara ada kesan positif daripada pemerintahan PH dahulu, ada masalah berbangkit terutama masalah keperluan rakyat dan orang Melayu.Walaupun saya tidak terlibat dengan pemerintahan kerajaan PH itu, tetapi sebagai anggota PH saya juga dipersoal. Ini yang harus kita leraikan. Tidak mudah.Kemudian, fokus saya terhadap ekonomi yang ketika ini pada hemat saya, sangat parah. Ia memerlukan satu fokus besar yang tidak dilakukan kerajaan PN sekarang.- Pada pandangan Datuk Seri, mengapakah semakin banyak pelabur asing meninggalkan Malaysia untuk melabur di negara lain? Apakah kesilapan kerajaan PN?Masalah kerajaan PN lebih rumit disebabkan orang terus mempertikaikan keabsahan dan legitimasi sokongan terhadapnya. Ia merupakan kerajaan minoriti yang tidak berani berhadapan dan menguruskan sidang Parlimen seperti biasa menggunakan alasan darurat.Tetapi kelemahan besar kerajaan PN ialah tiada fokus. Apa hala tuju kerajaan dalam hadapi keadaan krisis? Selalunya keadaan krisis itu, pelaksanaannya haruslah dalam bentuk strategi menghadapi krisis. Tetapi nampak dilaksanakan secara sambil lewa. Kenyataan-kenyataan dikeluarkan kerajaan masih kenyataan politik.Apabila menghadapi masalah ekonomi, ada beberapa permasalahan yang harus diwacanakan secara spesifik. Angka tidak boleh ditipu dan dikelirukan. Jika ada masalah, harus nyatakan ada masalah. Ini tidak ada.\u2018Kita tidak ada masalah, pelaburan kita masih baik\u2019... ini kenyataan memperbodohkan rakyat dan memberi kesan yang lebih negatif kepada pertumbuhan ekonomi.Pada hemat saya, pertama yang harus dilakukan adalah menerima kenyataan yang ada. Kemudian lihat beberapa sektor yang boleh kita tangani walaupun ada kekangan terkait dengan Covid-19. Tetapi perkara ini belum berlaku. Yang ada hanyalah kenyataan umpamanya pelaburan masih baik, keyakinan pelabur masih ada.Anwar- Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN bagi mengekang Covid-19 atas alasan kewangan kerajaan semakin berkurang.Apakah kebimbangan Datuk Seri berhubung perkara ini jika tidak dipantau melalui sidang Parlimen?Saya lihat ini sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab. Sebut tiada wang, tetapi yang jadi kritikan awam adalah jumlah menteri yang tidak bertugas, duta-duta luar yang tidak pernah berjalan keluar, pelantikan timbalan menteri baharu.Ini menunjukkan kerajaan PN hanya hendak berpaut pada dahan rapuh, hanya mahu menyelamatkan diri dan tidak perhitungkan permasalahan ekonomi. Kerajaan kata tidak ada wang supaya rakyat jangan menuntut lebih.Tetapi sebab apa tidak ada wang, ke mana wang dibelanjakan sebanyak RM600 bilion dan sekarang digunakan pula keputusan menggunakan dana KWAN. Ini bukan satu perkara kecil.Saya bukan mahu satu keputusan mutlak bahawa dana KWAN tidak boleh digunakan. Tetapi kalau pun hendak digunakan, harus diperinci tujuan penggunaannya kerana ini wang amanah negara.- Bercakap tentang dana KWAN, adakah Perdana Menteri ada pilihan untuk tidak menggunakannya? Pertama, beliau kena jelaskan mengapa dana kerajaan tidak cukup. Jadi, dalam perbahasan, ahli-ahli Parlimen akan tanya mengapa tidak dipotong peruntukan menteri-menteri, Perdana Menteri dan sebagainya. Mengapa tidak dijimatkan belanja?Kalau kita lakukan semuanya, kemudiannya didapati dana masih berkurangan, bolehlah kita fikirkan alternatif lain. Aspek pertama itu pun belum dapat diyakinkan. Ini kerana kita lihat amalan kebobrokan dan keborosan elit politik berterusan.Kita lihat pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan amalan berbuka puasa serba mewah dan sebagainya. Golongan pekerja dibuang, kos naik tetapi kerajaan berbelanja seperti biasa.Jadi, kalau isu ini dapat diselesaikan dan peruntukan menteri-menteri dipotong, berapa bilion kerajaan boleh potong? Kalau ikut laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dijangka sejumlah RM15 hingga RM17 bilion dana kerajaan yang tiris. Ia harus diselamatkan.Katalah daripada RM15 bilion dana kerajaan tiris, kita dapat selamatkan separuh atau RM7 bilion, kita dapat jimatkan lebihan RM8 bilion lagi untuk membantu rakyat. Kalau ini dapat diselesaikan, maka kita boleh diyakinkan untuk guna dana KWAN.- Sekiranya sidang Parlimen akhirnya dibuka semula, adakah isu penentuan legitimasi sokongan ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri wajar didahulukan sedangkan Covid-19 belum ditangani sepenuhnya?Ada orang tanya, apakah perlu kita membicarakan soal perubahan kerajaan atau pilihan raya? Pilihan raya ini adalah sebaik cara apabila kerajaan hilang legitimasi. Tetapi ia menjadi kontroversi sebab Covid-19. Pilihan raya mungkin mengundang malapetaka baharu.Kita lihat kesan di India dan juga Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu. Oleh itu, pilihannya (menukar kerajaan) adalah pilihan ahli-ahli Parlimen. Mengapa harus diubah sekarang? Kerana kerajaan tidak berfungsi secara berkesan. Kerajaan gagal memberikan khidmat baik kepada negara dan mengemukakan penyelesaian berkesan serta menentukan hala tuju ekonomi melalui dasar ekonomi jelas untuk negara.Oleh demikian, kalau ada keupayaan, ahli-ahli Parlimen harus menunaikan tanggungjawab mereka menentukan orang atau parti yang boleh membawa perubahan.Wawancara Sinar Ahad bersama Anwar baru-baru ini.- Hendak menukar kerajaan melalui sidang Parlimen dilihat tidak mungkin berlaku, begitu juga pilihan raya susulan kes Covid-19. Apakah alternatif yang ada?Pertamanya, jalur Parlimen sudah dihalang. Tetapi ia tidak menghalang ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan dan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Kalau ikut jalur itu, memang ada \u2018kes terdahulu\u2019 baik di Perak mahupun kerajaan PN.- Selain menubuhkan kerajaan baharu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sebuah kerajaan interim sehingga PRU15 diadakan. Bagaimana Datuk Seri melihat kemungkinan itu?Kalau ikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, solusi itu tidak semudah itu untuk menubuhkan kerajaan interim bagi menggantikan kerajaan sedia ada sekarang. Sebenarnya dalam Perlembagaan Persekutuan, masih dibolehkan kerajaan minoriti. Tetapi kerajaan minoriti itu tidak boleh salah guna kuasa.Kerajaan minoriti itu harus serah kepada sidang Parlimen. Kalau Parlimen buat keputusan, maka kerajaan minoriti kena akur. Jadi, kerajaan interim berasaskan kerajaan minoriti itu masih tertakluk kepada keputusan Parlimen. Itu sebabnya segala helah, cara digunakan bagi menghalang perjalanan Parlimen.- Jadi dalam erti kata lain, untuk mengharapkan proses pertukaran kerajaan dilaksanakan melalui jalur Parlimen adalah seumpama \u2018mimpi di siang hari\u2019 setakat kini?Benar. Setakat ini kita hanya boleh menuntut supaya diadakan sidang Parlimen. Tetapi orang yang berkuasa sekarang tahu sidang Parlimen itu akan mengundang malapetaka bagi mereka. Kerana beliau bukan bersikap demokratik. Ada sokongan, jadi Perdana Menteri, tiada sokongan, dia undur secara terhormat. Saya lihat beliau (Tan Sri Muyiddin Yassin) tidak ada istilah dignity dan honour. Ini menyebabkan kemelut kepimpinan negara terus berlaku.- Bagaimana pula pandangan Datuk Seri berhubung akta antilompat parti dalam kalangan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri?Isu lompat atau pengkhianatan parti itu harus ditangani. Perkara itu memang dibahaskan kerana ada aspek Perlembagaan dan perundangan. Ia juga menjadi polemik yang sangat hangat.Benar ia adalah pengkhianatan demi kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat. Dia boleh meninggalkan semua prinsip. Umpamanya bila SPRM datang bertindak, maka dia lompat dan semua rakyat tahu.Perkara itu sangat malang bagi negara. Saya kemukakan sendiri perkara ini kepada SPRM sewaktu dipanggil bertemu mereka. Apa mereka jawab? \u201cYa perkara ini kita akan uruskan, kita akan selesaikan\u201d.Tetapi persepsi rakyat, ini masalah kita bila berada di tampuk kuasa. Sama ada dalam jentera kerajaan atau politik elit penguasa selalunya meremehkan dan menganggap rakyat tidak faham.- Menyentuh soal pegawai lantikan politik, adakah PH akan meneruskan amalan itu andai menang PRU15? Cuba kita lihat apa masalahnya sekarang?Masalahnya adalah kecurangan, penyelewengan dilakukan orang yang diberikan amanah. Orang politik pun ada, profesional pun ada dan bank pun ada. Jadi, jangan dianggap pegawai lantikan politik sahaja yang bermasalah.Umpamanya dalam kes 1MDB, Bank Negara Malaysia terlibat walaupun tidak dibuat siasatan (merujuk dakwaan terhadap bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz). Ada beberapa bank yang juga dikaitkan dalam kes penyalahgunaan kuasa seperti didakwa sekarang. Begitu juga pengurusan bank dan beberapa GLC yang tidak melibatkan orang politik.Tetapi saya setuju jangan jadikan GLC tempat memberi habuan kepada orang politik. Jawapan saya, terus terang mengatakan, sekiranya orang politik itu ada kompetensi, kewibawaan, cemerlang dalam bidang kerjayanya, saya tidak menganggap lantikan itu satu kesalahan.- Adakah keutamaan PH sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk memerintah selepas ini adalah dengan memperkasa fungsi SPRM?Kalau tanya saya, negara ini mesti diselamatkan. Antara puncanya adalah amalan rasuah di mana ada pemimpin yang mengaut kekayangan berlebih-lebihan tanpa persoalan dan tindakan. Oleh kerana pemimpin lakukan begitu, busuknya di kepala ikan, yang lain terus menjalar sampai ke bawah. Jadi, saya setuju kita harus mengambil langkah perkukuh institusi ini, bebaskan mereka dan berikan satu pendirian yang cukup jelas bahawa tindakan yang keras dan maksimum akan diambil.- Datuk Seri ada menyentuh mengenai UMNO-PKR, mungkin Datuk Seri boleh jelaskan, adakah akan ada jajaran baharu?Jajaran baharu tu ayat Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)(ketawa).Begini, bila dibangkitkan soal telefon (rakaman audio), saya tak layan sebab apa (yang jadi) masalahnya? Ia jadi masalah kalau ada unsur jenayah atau rasuah. (Sedangkan) dalam audio Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas tiada persoalan dan tiada tindakan. Sekarang yang tersebar audio Datuk Seri Hamzah Zainudin pula.Apabila ada kaitan dengan tekanan, atau pembelian dan khianat itu baru jadi masalah. Tapi ini dijadikan isu politik, saya tidak layan. Kalau tanya saya jumpa (Zahid)? Saya jumpa semua. Kalau lihat peribadi saya di Parlimen, saya tegur semua, saya baik dengan semua. Dalam politik ini saya mahu bawa satu civil relation. Fikir nak ungkit, nak bergaduh, sampai kiamat tak habis.- Jadi kita bergerak ke depan. Setakat nak berhubung, adakah jadi masalah? Tak ada. Siapa yang saya tak jumpa?Saya jumpa semua pemimpin. Bagaimana persediaan PH dalam menghadapi PRU akan datang?Kita ada jentera pilihan raya yang sudah digerakkan sejak beberapa bulan lalu. Kita hanya tangguh pada bulan Ramadan bagi memberi ruang ahli-ahli menumpukan soal ibadah dan kebajikan. Tetapi jentera sudah bergerak. Latihan PaCaBa, kakitangan pilihan raya dan tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan sebagai calon sudah siap sedia.Kita juga belajar daripada pengalaman lama. Perkenal tokoh-tokoh muda kerana parti ini dari awal memang banyak menonjolkan tokoh-tokoh muda.Anwar dakwa pelaksanaan suntikan vaksin tak telusSAYA tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan sebab tiada ketelusan. Sampai sekarang kita tanya, berapa kos vaksin? Tiada jawapan diberikan melainkan alasan ia sudah dijelaskan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tetapi tidak boleh dibahaskan kos.Mengapa hendak merahsiakan kos? Dari mana? Bila sampai? Sekejap kata akhir Mei akan sampai, sekejap lagi cakap lain. Tidak bolehkah beritahu, kerajaan masih belum dapat jawapan daripada Sinovac tetapi jawapan daripada Pfizer ialah begini dan kosnya adalah sedemikian.Kita tahu pelaksanaannya adalah paling lembab di Malaysia berbanding negara lain. Di Korea, bolehkah mereka mengambil contoh satu dua negara yang lebih lembab macam negara kita atas alasan munasabah?Tetapi Korea bertanggungjawab kepada rakyat untuk menjelaskan secara transparen. Dahulu masa saya dapat vaksin Pfizer sebagai ahli Parlimen, kita kena ikut urutan dos kedua. Saya kata tidak mengapa, tidak perlu beri dos kedua dahulu, utamakan pemberian dos pertama kepada orang lain dahulu.Ini kerana suntikan dos kedua vaksin tidak mempunyai tempoh masa ditetapkan. Saya cadangkan mengapa tidak boleh kita sampaikan dahulu suntikan vaksin dos pertama kepada semua, kemudian barulah kita uruskan suntikan vaksin dos kedua?Kalau tidak, petani di Manik Urai, Kelantan bila hendak dapat kemudahan ini? Sebab itu saya cadangkan, namun tidak mendapat layanan. Tetapi bila saya diminta hadir untuk suntikan dos kedua, saya terpaksa pergi. Kalau tidak, hak saya dibatalkan dan itulah risiko yang dihadapi.Kemudian, saya sebutkan tentang Selangor yang memperuntukkan RM200 juta untuk membeli vaksin Covid-19. Menteri jawab, terpulang kepada negeri.Sepatutnya kena beritahu, vaksin itu perlu diluluskan oleh kementerian atau tidak. Menteri berkenaan kata \u2018kita sudah berdialog dengan negeri-negeri\u2019. Namun menteri-menteri besar tidak diberi penerangan jelas sama ada inisiatif kerajaan negeri membeli vaksin dibenarkan atau tidak. Keduanya, saya juga tahu beberapa yayasan yang meminta kelulusan kerajaan bagi pembelian 200,000 bekalan vaksin Covid-19 untuk mereka beli sendiri dan agihkan kepada kakitangan dan urusan kebajikan. Namun tiada jawapan diberikan kerajaan sehingga sekarang.Jadi, saya tidak faham mengapa tidak boleh? Kalau tanya saya, kos membeli vaksin tinggi sehingga mencecah RM5 bilion. Mengapa tidak boleh suruh syarikat-syarikat besar \u2018order\u2019 sendiri, bayar kos dan uruskan dengan pekerja mereka? Kita boleh kurang sekurang-kurangnya RM2 bilion wang kerajaan.Menteri tidak fikir, beliau hendak kawal semua. \u201cMesti import melalui kami dan kementerian sahaja yang layak kendalikan.\u201d Tidak boleh begitu.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Mei 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/135829/berita/wawancara/saya-akui-silap-tapi-tak-perlu-mohon-maaf", "article_title": "'Saya akui silap tapi tak perlu mohon maaf'", "article_text": "AHLI Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman menjadi topik perbualan hangat baru-baru ini apabila beliau membuat kenyataan panas mengaitkan kluster mahkamah dengan binatang politik.Isu tersebut menjadi kontroversi sehingga mengundang beberapa kecaman dari pelbagai pihak yang menganggap kenyataan beliau sebagai terlalu kasar.Antara kecaman yang diterima Faiz adalah beliau merupakan populis politik sehingga ada pemimpin UMNO yang menghantar memorandum bantahan ke ibu pejabat Bersatu menyifatkan kenyataan Faiz biadab dan melampau.Kepada wartawan Sinar Harian, Nurul Nabila Ahmad Halimy, Muhammad Faiz menjawab setiap spekulasi yang terpalit membabitkan dirinya.SINAR HARIAN: Apakah komen Faiz apabila dilabel sebagai anjing salakan Bersatu oleh Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanafiah kerana kenyataan mengenai kluster mahkamah adalah binatang politik?MUHAMMAD FAIZ: Saya tidak terkesan dengan panggilan tersebut kerana apabila kita memasuki dunia politik adalah lumrah jika kita dimaki dan dikecam sebegitu. Namun, ia sebenarnya melambangkan akhlak dan moral orang yang melabel itu.Mereka yang menggunakan kata kata kesat untuk membalas hujah itu saya anggap tidak matang, adil dan bermoral.Apabila pihak yang tiada kena mengena dengan isu ini yang bising, bermakna dia terasa dan mungkin sebahagian dari kelompok itu.Penjelasan saya mengenai istilah binatang politik ini adalah ia bukan bermaksud binatang namun sikap manusia yang dikaitkan dengan politik secara berlebihan.Sama seperti istilah kaki perempuan, bukan bermakna dia mempunyai kaki seorang wanita, namun ia melambangkan bahawa dia seorang yang suka mempermainkan wanita.Walaupun penulisan saya dianggap lebih condong kepada pihak kerajaan, namun saya berhujah dengan fakta. Saya berharap pihak sana juga membalas dengan hujahan ilmiah tetapi malangnya mereka terus melabel saya sebagai \u2018anjing salakan politik\u2019.Bagaimana pula dengan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kenyataan Faiz hanyalah permainan populis politik?Kalau nak kata saya populis, kenyataan yang saya buat adalah berbentuk teguran umum. Pada asalnya saya nak menceritakan tentang usaha kerajaan untuk melawan Covid-19 dan di mana usaha itu sedikit sebanyak cuba diganggu oleh kluster mahkamah.Namun, saya tidak menyebut nama sesiapa atau parti mana. Cuma tidak menafikan tanggapan umum tentang siapakah pihak kluster mahkamah itu.Adakah terdapat sebarang tindakan susulan penyerahan memorandum oleh Armand Azha yang parti Bersatu mengambil tindakan terhadap kenyataan Faiz pada Khamis lalu?Setakat ni belum ada apa apa panggilan atau tindakan dan saya fikir tidak ada keperluan untuk Majlis Pimpinan Tertinggi atau parti ini untuk memberi keprihatinan terhadap isu ini.Armand Azha dan beberapa pimpinan UMNO menyerahkan memorandum bantahan terhadap Faiz di pejabat Bersatu minggu lalu.Saya tidak melanggar sebarang perlembagaan dalam parti mahupun undang-undang negara dan orang ramai juga dapat melihat isu ini hanya di provokasi oleh kelompok tertentu.Apakah perkembangan terkini laporan polis yang dibuat oleh Faiz terhadap Armand Azha yang dikatakan menyebarkan nombor telefon anda secara terbuka?Pada hari yang laporan itu dibuat, saya difahamkan kertas siasatan telah pun dibuka dan masih dalam siasatan. Sehingga hari ini, saya tidak diberi maklum atau dipanggil balik untuk keterangan tambahan.Namun demikian, saya ada mencabar pihak berkenaan di media sosial untuk mengheret saya di mahkamah andai kata saya melanggar undang-undang.Pada pendapat Faiz, adakah isu ini wajar diperbesarkan kerana ia mungkin mengundang pandangan sensitif beberapa pihak terhadap kenyataan tersebut?Saya tak berniat memanjangkan hal ini kerana fokus saya adalah kepada usaha-usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi merudum ketika ini.Jadi benda yang dilihat sebagai perseteruan politik antara parti sesama orang Melayu ini membuang masa dan rakyat sendiri mula menyampah dengan isu sensasi ahli politik di mana kita patut memberi tumpuan kepada isu semasa yang lebih penting.Tidakkah Faiz merasakan kenyataan berkaitan kluster mahkamah itu terlalu kasar? Wajarkah sebarang permohonan maaf dibuat?Tidak perlu permohonan maaf daripada saya. Cuma saya akui kesilapan saya di mana ketika saya mengeluarkan perkataan tersebut, ia tidak disusuli dengan penjelasan makna dan definisi binatang politik itu dari sudut ekonomi.Seharusnya saya memperjelaskan secara terperinci perkataan tersebut agar tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Saya juga harus lebih berhati-hati untuk menyentuh istilah yang mungkin kurang didengari oleh masyarakat umum di luar sana.Ini juga satu pengajaran kepada saya untuk bermuhasabah diri apabila saya nak mengeluarkan apa apa kenyataan selepas ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 April 2021 09:00am"} +{"author_name": "KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/135342/berita/wawancara/lsquopas-sanggup-main-10-kolamrsquo", "article_title": "\u2018Pas sanggup main 10 kolam\u2019", "article_text": "MUTAKHIR ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima kritikan hebat daripada segenap sudut sehingga tersebar luas tanda pagar #kerajaangagal dalam kalangan pengguna media sosial.Meskipun tempoh proklamasi darurat sudah berjalan lebih tiga bulan, kerajaan PN dibidas kerana dianggap masih gagal menangani isu-isu utama seperti peningkatan kes Covid-19, ekonomi negara merudum, pelabur asing lari dan pengangguran belia semakin meruncing.Di sebalik tekanan dihadapi, riak wajah pemimpin muda PN ini dilihat masih kekal tenang menjawab setiap persoalan panas diutarakan, bermula isu ketidakstabilan kerajaan PN hinggalah penyatuan ummah dijuarai Pas dan PN.Beliau ialah Ketua Pemuda PN merangkap Ketua Pemuda Pas Pusat, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama anak jati Perak ini yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.Sinar Ahad: Bagaimana YB melihat perbezaan perjuangan Pas pada masa lalu dan sekarang?KHAIRIL NIZAM: Yang saya lihat uniknya Pas ini adalah ia konsisten dari sudut dasar dan prinsip. Yang berubah dari sudut kepimpinan, cara berpolitik tetapi dari sudut dasar tetap sama iaitu Islam. Sebab itu bila kita mengambil dasar politik Islam, ia bercerita mengenai prinsip integriti. Islam ini bercerita tentang pertimbangan dosa dan pahala.Sebab itu Pas secara konsisten dilihat parti yang tidak dikaitkan dengan rasuah. Bila kita ada integriti, kita nak ambil duit sedikit pun walaupun 10 sen, RM1, kita tahu ALLAH SWT ada.Cuma saya boleh rangkumkan jawapan saya kepada tiga perkara. Pas ini pertamanya diusuli prinsip. Maknanya ia bersifat fundamental. Kedua, pendekatannya bersifat fleksibel selagi perkara itu dibolehkan syarak. Tidaklah kita mengambil pendekatan Machievelli, matlamat menghalalkan cara.Ketiga, ia berfikir ke hadapan. Sebab itu Pas ada blue print Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051.Bagaimana YB lihat kedudukan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional?Saya rasa kalau nak tanya Pas dalam kerajaan kita kena tanya rakyat. Sebab rakyat yang menilai bagaimana prestasi menteri-menteri Pas ini. Kita ada tiga menteri penuh dan lima timbalan menteri. Cuma, perkara ini dilaporkan setiap kali mesyuarat.Pencapaian menteri-menteri kita dilaporkan dalam setiap mesyuarat bulanan Pas Pusat. Kita ada pembentangan dipanggil pembentangan kabinet.Menteri-menteri akan memberi kad laporannya dan bagaimana bantuan yang barangkali boleh kita hubung kaitkan dengan Pas untuk kita bawa turun sampai ke bawah.Pada saya prestasi boleh diserahkan kepada rakyat, biar rakyat menilai. Dari sudut kami, prestasi mereka dianalisis setiap kali mesyuarat Pas Pusat.Khairil Nizam menunjukkan bukti laporan pertemuan Pemuda Pas bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membela nasib graduan yang masih menganggur ketika ini.Apa tindakan lanjut pucuk pimpinan parti terhadap laporan itu?Sebenarnya, inilah waktu Pas belajar dan terus aplikasi dalam kepimpinan parti. Apabila menteri-menteri nampak pembelajaran daripada pengalamannya berbincang dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dan pegawai-pegawai kerajaan, maka ada perkara-perkara yang Pas boleh tingkatkan dari sudut penyampaian maklumat, membantu jentera di bawah dan ini menjadikan seseorang menteri itu berjaya.Menteri ini takkan berjaya kalau dia sekadar bergantung kepada kakitangan kerajaan. Dia kena bergantung juga kepada parti yang mengangkatnya. Parti juga boleh membantu sebab ahli kita ramai. Kita ada jutaan ahli. Ahli ini boleh menjadi dalam sejarah Islam dipanggil burung ababil, yang boleh menyampaikan maklumat sehingga ke bawah.Setakat mana pula perjuangan Pas yang kini menjadi kerajaan untuk meminda bidang kuasa jenayah dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 atau RUU 355?Orang yang bertanggungjawab terhadap RUU 355 adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada Pas. Setiap kali mesyuarat, kita dibentangkan perkara ini. Kita sangat konsisten.Bukan sekadar RUU 355. Kalau kita lihat gerakan menentang Sugar Book adalah daripada Pemuda Pas. Kita jumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Saya jumpa sendiri dengan beliau dan dia kata kita akan bertindak. Esoknya terus bertindak.Isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, kita juga ketuai. Kita berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau berkata dalam proses serta dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) kita buat susulan. Betul, dalam proses, kalau tak ada aral, insya-ALLAH.Penularan isu-isu sensitif agama dan masyarakat Melayu seperti isu kartel, aplikasi SugarBook dan iklan judi raya menyebabkan ada orang mendakwa kerajaan PN gagal mengawalnya. Apa komen YB?Kalau kita lihat dari sudut yang lain, bukankah hebat kerajaan PN? Baru setahun sudah keluar semua itu. Kartel daging, kartel kontrak RM3.8 bilion yang telah bermula sejak 2014, kartel imigresen yang membawa pendatang tanpa izin, semuanya ditimbulkan sekarang.Bukankah itu menunjukkan yang kerajaan tidak menguasai polis, kerajaan tidak menguasai Jabatan Imigresen. Kalau dahulu kenapa perkara itu tidak timbul. Barisan Nasional (BN) memerintah berapa tahun, kenapa tidak timbul? PH 22 bulan, kenapa tidak timbul? Kenapa baru 12 bulan kami boleh timbulkan semua itu? Kena tengok dari sudut yang berbeza.Pada saya itu satu pujian kepada kerajaan kerana sewaktu PN memerintah semua ini ditimbulkan. Bayangkan kontrak RM3.8 bilion berlegar dalam kalangan kontraktor, individu yang sama. Dan yang paling menarik, tengok pihak polis. Pada zaman PN memerintah, rampasan-rampasan dadah yang dibuat bukan satu kilogram, tetapi bertan-tan.Pada saya, itu satu pujian terhadap langkah awal Perdana Menteri melantik pemimpin-pemimpin yang bebas daripada rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.Kerajaan PN dipimpin Muhyiddin (tengah) kini didakwa semakin goyah apabila proklamasi darurat masih gagal menyelesaikan pandemik Covid-19 dan isu ekonomi negara.YB Ketua Pemuda Pas tetapi mengapa sekarang ada pimpinan Pas menolak Undi 18?Kena tengok konteks jawapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Untuk maklumat anda, sewaktu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjumpa dengan saya untuk membicarakan tentang Undi 18, saya sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas waktu itu masuk dalam sidang meja bulat Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sewaktu peringkat awal PH menjadi kerajaan.Pada pendapat Pas, kita mahu usul Undi 18 atau Undi 21 datang sekali bersama pakej usul pendaftaran pemilih automatik. Dalam usul yang pertama dahulu, usul itu pendaftaran pemilih automatik tidak ada. Ia hanya menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun. Saya kata kepada Syed Saddiq, usul ini tidak akan disokong oleh Pas sebab perjuangan Pas dari dahulu adalah pendaftaran pemilih automatik tak kira usia berapa. Ramai pengundi Melayu tidak berdaftar. Akhirnya Syed Saddiq mengubah usulnya. Disebabkan ubah itu, kita menyokong. Tapi dalam perbincangan kami ialah bila turunkan Undi 18, kita perlu memberikan kesedaran politik kepada adik-adik kita.Maknanya ia bukan sekadar menurunkan usia daripada 21 kepada 18 dan bukan sekadar usul pendaftaran pemilih automatik. Ia juga kepada satu pendekatan perubahan holistik iaitu sistem pendidikan negara. Daripada sekolah menengah yang adik-adik kita kena belajar, apakah maksud sistem politik kenegaraan di negara kita. Biasanya kita belajar politik kenegaraan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Kita kena rombak.UMNO telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PN selepas Parlimen dibubarkan. Bolehkah PN mencapai kemenangan pada PRU akan datang?Saya rasa penyatuan ummah itu bukan hanya Pas dan UMNO. Ia melibatkan kolaboratif parti-parti Melayu yang bersetuju dengan dasar yang ditetapkan oleh PN. Ia juga melibatkan badan dan institusi bukan kerajaan. Maknanya, ada dua perkara. Satu penyatuan ummah, satu perpaduan nasional.Jadi, mana-mana pihak yang berminat kepada perkara ini, di situlah akan timbulnya satu kekuatan yang lebih ampuh bila berdepan dengan PRU akan datang. Yang paling penting sekali ialah mewujudkan satu kesatuan ummah yang kuat dan ia bukan hak milik eksklusif Pas dan juga UMNO.Jadi, kalau UMNO kata dia tidak mahu bersama dengan kerajaan PN, kami pun terfikir kalau dah bubar Parlimen esok, menteri-menteri UMNO buat apa?Jadi saya rasa mengenai rumah tangga mereka (UMNO), biarlah mereka selesaikan dahulu. Kita di peringkat PN ini, perlu terus mencari sokongan. Mana-mana yang minat bersama dengan PN, hendak menyokong silakan. Tapi mereka bukannya ahli PN. Terbaharu, parti Gerakan telah bersama kita.Ramai orang cakap yang Pas main dua kolam, PN dan Muafakat Nasional. Apa perasaan YB dengan tuduhan seperti ini?Dahulu saya jawab secara teknikal. Sekarang kalau main 10 kolam sekali pun demi penyatuan ummah saya akan buat. Penyatuan ummah bukan hak eksklusif Pas dan UMNO, ia juga melibatkan NGO, NGI serta parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem.Kalau selepas ini saya bekerjasama dengan MCA macam mana? Kalau saya jumpa pula dengan NGO Muslim yang kuat, satu kolam lagi. Kita dah jelas bagitahu, ini bukan lagi hak milik UMNO dan Pas. Ini adalah milik hak umat Islam dan hak orang bukan Islam yang tidak ekstrem yang mahukan kepada penyatuan rakyat.Selain kerajaan berintegriti, apa lagi tawaran baharu yang akan dikemukakan PN bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan?Ada tiga. Kerajaan Integriti, Berkebajikan dan Prihatin. Ini adalah kombinasi ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini adalah ramuan istimewanya. Inilah \u2018new deal\u2019 kepada rakyat.Dalam tiga bentuk tawaran itu, banyak sangat perkara yang dirangkumkan. Sekarang pun, kerajaan berusaha ke arah itu. Tinggal lagi, mekanisme untuk kita sampaikan kepada rakyat. Banyak yang sudah ada sekarang ini. Golongan usahawan pun dapat, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana pun dapat, pekerja e-hailing pun dapat.Perlukan pemimpin-pemimpin berusia lebih 65 hingga 70 tahun ke atas berundur daripada politik dan memberi laluan kepada muka baharu?Ada pepatah Arab yang bermaksud, \u2018Hikmah orang tua dalam semangat orang muda\u2019. Pemimpin yang berpengalaman sangat diperlukan dalam sebuah pentadbiran negara. Kita bercakap tentang negara dan bukan pemimpin nukleus. Pemimpin muda pula perlu dipandu oleh orang-orang berpengalaman.Dari sudut kuantiti, pastilah saya berpendapat kalau kita mahukan pemimpin muda, pastikan mereka memiliki pengalaman luas, bukan hanya pemimpin yang separuh masak. Ini kerana politik kenegaraan adalah sangat rumit. Hendak bercakap dengan penjawat awam, ada laras bahasanya. Apatah kemahiran komunikasi amat diperlukan untuk berunding dengan pelbagai lapisan masyarakat.Khairil Nizam (tengah) bersama wartawan Sinar Ahad, Khairil Anwar Mohd Amin (kiri) dan Mohammad Khairil Ashraf pada sesi wawancara eksklusif Sinar Ahad di pejabat Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.ANEKDOTPantang asyik main telefon di rumahSaya akui beban tugasan dalam bidang politik yang banyak menyebabkan saya terpaksa menaruh sepenuh kepercayaan kepada isteri tercinta untuk menguruskan kehidupan sembilan anak saya. Bagaimanapun, satu prinsip yang saya sentiasa pegang adalah sentiasa melebihkan kepentingan keluarga, isteri dan anak-anak berbanding diri sendiri. Jadi, setiap kali saya selesai menjalankan tugasan politik dan parti, saya akan segera balik ke rumah dan menghabiskan sepenuh waktu bersama isteri dan anak-anak.Satu lagi perkara yang saya pantang lakukan di rumah adalah sentiasa melihat telefon bimbit. Kebiasaannya waktu di rumah diluangkan sepenuhnya untuk bermain, memberi perhatian kepada sembilan anak saya.Nasihat lain yang saya mahu berikan adalah jangan terlalu kuat bekerja. Sebaiknya bekerja secara berhikmah dengan meletakkan asas kekeluargaan mendahului urusan kerja. Sewaktu saya bekerja di syarikat swasta, saya terlalu kuat bekerja dan akhirnya saya tersedar bahawa ia bukan benar-benar membawa kebahagiaan kepada saya.Berbasikal bersama isteri dan anakApabila saya pulang ke rumah, saya akan tumpukan sepenuh masa untuk urusan keluarga. Kalau mahu bermain pun, saya akan bermain bersama anak-anak saya. Tiada masa untuk saya keluar rumah, melepak dengan orang lain tanpa arah tujuan. Kalau ada yang mahu jumpa saya selepas waktu kerja sekali pun, mereka akan datang rumah saya. Cuma ada satu jenis sukan yang saya minati iaitu sukan berbasikal. Itu pun saya akan lakukan bersama isteri dan anak-anak sekiranya ada masa terluang.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 April 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/131873/berita/wawancara/malaysia-mampu-keluarkan-vaksin", "article_title": "Malaysia mampu keluarkan vaksin", "article_text": "MALAYSIA hanya akan bebas daripada pandemik Covid-19 sekiranya 80 peratus daripada rakyat di negara ini telah mengambil vaksin.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib, rakyat tidak perlu bimbang kerana vaksin tersebut telah melalui ujian percubaan klinikal serta penilaian dan saringan yang ketat di peringkat global.Menurut beliau, walaupun Malaysia belum ada fasiliti untuk menghasilkan vaksin buat masa ini, namun pelan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara memungkinkan Malaysia mengeluarkan vaksin buatan tempatan bagi menangani kemunculan pelbagai virus baharu pada masa depan.Ikuti kupasan 360 darjah mengenai vaksin dalam wanwancara Sinar Ahad bersama Hazami yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimanakah sesuatu vaksin berfungsi dan apakah kepentingan imunisasi kepada masyarakat?HAZAMI: Vaksin merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit yang khusus. Ia penting untuk membendung penularan penyakit dalam komuniti secara keseluruhannya.Sejak awal 1950-an, vaksin diberikan melalui Program Imunisasi Kebangsaan bagi melindungi rakyat daripada penyakit cegahan vaksin.Sehingga kini, terdapat 11 jenis vaksin bagi mencegah 13 jenis penyakit yang diberikan kepada kanak-kanak iaitu tuberkulosis, hepatitis B, difteria, tetanus, batuk kokol, polio, Haemophilus influenza jenis B, demam campak, rubela, beguk, pneumokokal, Japanese Encephalitis atau JE dan Human papillomavirus. Selain itu, vaksin meningokokus diwajibkan untuk melindungi semua jemaah haji dan umrah Malaysia.Bagaimanakah vaksin Covid-19 dapat dihasilkan dengan begitu cepat iaitu dalam tempoh beberapa bulan sahaja berbanding 10 hingga 15 tahun untuk vaksin lain sebelum ini?Pertama kali dalam sejarah dunia, pembangunan vaksin dapat dipercepatkan menerusi pelaburan besar-besaran di peringkat global oleh pelbagai pihak sama ada menerusi negara, badan dunia, syarikat farmaseutikal serta individu.Kepesatan pembangunan vaksin ini juga adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu mengenai patogen-patogen yang pernah mencetuskan pandemik, epidemik dan endemik seperti virus Nipah, SARS dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).Usaha pembangunan vaksin Covid-19 dimulakan secara intensif sejurus selepas kod genetik virus dikongsikan oleh penyelidik dari China pada Januari 2020.Boleh terangkan garis masa perolehan vaksin di Malaysia?Dari April 2020, rundingan dan diplomasi sains mula dijalankan dengan negara-negara dan syarikat pengeluar vaksin di China, Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom serta badan gabungan imunisasi kesihatan dunia.Usaha ini digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Luar; dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.Rundingan secara multilateral turut dijalankan bersama Fasiliti Covid-19 Vaccine Global Access (Covax) dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) bagi menjamin akses dan bekalan vaksin untuk negara.Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan pada 14 Oktober 2020 untuk memastikan akses bekalan vaksin Covid-19 kepada negara.Bermula Disember 2020, penilaian terhadap vaksin untuk negara dijalankan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Melalui usaha rundingan dan diplomasi sains, lima vaksin telah diperoleh iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBio dan Sputnik V.Sejauh manakah keberkesanan vaksin yang Malaysia beli?Vaksin terbukti sebagai kaedah terbaik untuk mengawal wabak. Vaksin Covid-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19.Pelbagai platform seperti jujukan genetic RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan kita perlindungan terbaik terhadap Covid-19.Negara yang telah memulakan vaksinasi Covid-19 telah menunjukkan kesan positif dalam penurunan kes baru Covid-19 di negara masing-masing.Sebagai contoh, sebuah negara yang telah menjalankan vaksinasi kepada 600,000 penduduk telah melaporkan keberkesanan vaksinasi yang menunjukkan 94 peratus penurunan jangkitan Covid-19.Apakah jenis-jenis vaksin? Bagaimanakah tahap keselamatan dan keberkesanannya dinilai?Untuk Malaysia, jenis vaksin menggunakan molekul mRNA bagi merangsang sistem imuniti agar mengenali protein pada virus yang disasarkan. Pfzer/BioNTech merupakan vaksin jenis mRNA.Vektor virus pula menggunakan virus pembawa (vektor) yang tidak berbahaya bagi menyampaikan bahan genetik virus sasaran supaya merangsangkan tindak balas imun manusia. AstraZeneca, CanSino Biologics dan Sputnik V merupakan vaksin jenis vektor virus.Sementara virus nyahaktif ialah virus yang telah dimatikan dan digunakan untuk merangsang tindak balas imun manusia. Sinovac merupakan vaksin jenis virus nyahaktif.Keberkesanan, atau seberapa baik vaksin berfungsi dilihat melalui keupayaannya untuk melindungi individu daripada simptom penyakit Covid-19 melalui vaksinasi.Peratus keberkesanan berbeza mengikut cara kajian klinikal dijalankan, jenis vaksin, risiko penyakit pada sukarelawan dan pelbagai faktor lain.Walaupun peratus keberkesanannya berbeza, namun 50 peratus merupakan tahap minimum keberkesanan vaksin Covid-19 yang ditetapkan oleh WHO. Semua vaksin yang diluluskan oleh NPRA adalah selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia.Apakah yang boleh rakyat jangkakan selepas perlindungan yang dikehendaki ini dapat dicapai? Adakah rakyat boleh kembali kepada \u201cnorma lama\u201d dan meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa bimbang dijangkiti virus Covid-19?Dengan perlindungan imuniti daripada vaksin Covid-19, ekonomi negara akan kembali pulih dan kehidupan rakyat menjadi lebih baik.Namun begitu, masyarakat perlu terus memainkan peranan dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko jangkitan sehingga hasil positif daripada Program Imunisasi ini berjaya membendung dan seterusnya menghapuskan pandemik ini.Walaupun setelah berakhirnya pandemik di dalam negara, norma baru yang baik dan berguna seperti peningkatan penggunaan teknologi dalam urusan harian, pekerjaan dan aktiviti keusahawanan amatlah digalakkan untuk diteruskan.Tagline \u2018Lindung Diri, Lindung Semua\u2019... tapi kita tahu pengambilan vaksin ini secara sukarela tanpa ada tindakan dikenakan kepada mereka yang menolak vaksin. Adakah kerajaan perlu mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19?Setakat ini, pemberian vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi ia sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai. Ia akan dikaji dan dipertimbang dari masa ke masa oleh pihak kerajaan mengikut keperluan.Apa yang Malaysia boleh pelajari daripada negara-negara yang telah melakukan program vaksinasi Covid-19? Melalui program imunisasi yang telah dijalankan oleh negara-negara lain, Malaysia dapat mempelajari perancangan strategik bagi pelaksanaan Program Imunisasi di dalam negara daripada penentuan kumpulan sasar dan fasa pemberian vaksin, penyediaan pusat simpanan vaksin (PSV) dan pusat pemberian vaksin (PPV), urusan logistik dan penyimpanan vaksin, pelaksanaan imunisasi sehingga pemantauan dan cara menangani kesan sampingan.Contohnya, prosedur antarabangsa yang menetapkan pemerhatian antara 15 sehingga 30 minit sebaik sahaja individu menerima suntikan vaksin bagi memantau kesan sampingan turut dipertimbangkan dan diguna pakai bagi prosedur pemberian vaksin Covid-19 di dalam negara.Ruangan khas di PPV disediakan supaya pemerhatian kepada setiap penerima vaksin dalam dijalankan dalam masa 30 minit sejurus disuntik vaksin.Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara tidak langsung menunjukkan kejayaan Malaysia dalam melaksanakan diplomasi sains bagi menjamin akses bekalan vaksin.Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu menyasarkan 80 peratus rakyat Malaysia diberi suntikan sekaligus mengakhiri penularan wabak di negara ini.Sejauh manakah perkongsian ilmu, kepakaran dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi ini mampu memajukan industri vaksin negara kita?Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai kapasiti serta fasiliti lengkap bagi pembuatan vaksin. Justeru, Malaysia perlu mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh negara lain.Dalam rundingan pembelian vaksin Covid-19, kerajaan telah memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehkan Malaysia membangunkan kapasiti pembangunan vaksin dalam negara.Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah menandatangani dokumen Terms Sheet bersama syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Solution Biologics Sdn Bhd bagi mengilangkan vaksin Covid-19 secara fill and finish, iaitu proses akhir pengisian vaksin ke dalam bebuli (vial) sebelum ia diedarkan.Menerusi langkah ini, vaksin Sinovac dan CanSinoBio akan dibeli secara pukal dan proses pengilangan akan dilaksanakan di Malaysia yang seterusnya mempercepatkan penerimaan vaksin.Kerajaan juga sedang berunding dengan pemerintah Rusia untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dan penghasilan vaksin Sputnik V di Malaysia bagi menambah jumlah dos vaksin Covid-19 yang boleh digunakan di Malaysia dan serantau.Kerajaan juga telah menandatangani perjanjian pelaburan bilateral dengan Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada R&D vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan.MOSTI juga telah membiayai R&D vaksin tempatan bagi penyakit Covid-19 menerusi Dana Menangani Covid-19 MOSTI atau MCCOF kepada dua kumpulan penyelidik iaitu daripada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.Malaysia juga menjadi negara pertama di luar China untuk kajian calon vaksin inactivated Covid-19 buatan Institut Perubatan Biologi China yang melibatkan 3,000 orang sukarelawan.Memandangkan Malaysia dan dunia berisiko terdedah kepada pandemik lain pada masa hadapan, kerajaan melalui Majlis Sains Negara dalam mesyuarat pada Julai 2020 telah bersetuju agar Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dibentuk sebagai pelan jangka masa panjang untuk Malaysia mengeluarkan vaksin buatan tempatan.Bilakah Malaysia mampu menghasilkan vaksinnya sendiri?Kerajaan melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang dilancarkan pada Disember 2020 juga telah menyertakan perancangan mengenai penubuhan Pusat Vaksin Negara yang akan membangunkan kapasiti negara untuk menghasilkan vaksin sendiri pada masa depan.NVC bertujuan membangunkan dan menyokong ekosistem keselamatan kesihatan kebangsaan melalui platform kolaborasi strategik tempatan dan antarabangsa yang menawarkan penyelesaian teknikal dan infrastruktur bagi pembangunan vaksin manusia dan haiwan.Ekosistem ini merangkumi pengurusan arahan dan kawalan, epidemiologi dan analisis data, R&D, kesihatan awam dan penjagaan kesihatan serta kesejahteraan minda.Kerjasama serantau dan global juga akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah perkongsian infrastruktur, pembangunan kepakaran, penyelidikan dan pemindahan teknologi berkaitan yang bermanfaat kepada negara dalam menghadapi cabaran pengurusan kesihatan dan wabak penyakit pada masa hadapan. Pembangunan pusat vaksin ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama KKM.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 April 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130699/berita/wawancara/kalau-ada-madu-di-pucuk-kelapa-semut-tempang-pun-merangkak-naik", "article_title": "'Kalau ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun merangkak naik'", "article_text": "[MUKADIMAH] Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) membuka tirai pada Sabtu dengan agenda untuk memuktamadkan hala tuju terbaik parti itu menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan selain memenangi PRU15 bersama parti-parti komponen, UMNO sendiri perlu menang sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen jika mahu kembali menjadi parti dominan di Malaysia.\u201cApabila cukup kerusi untuk jadi dominan, orang akan datang jumpa kita. Kalau ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun merangkak naik,\u201d katanya memberi gambaran mengapa UMNO perlu menjadi \u2018induk\u2019 politik tanah air.Kepada Sinar Ahad, Mohamad turut menjawab tuduhan UMNO sebagai pemecah penyatuan ummah selain pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung Ogos depan sebaik darurat Covid-19 tamat.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Liza Mokhtar, Rosalwani Che Soh dan Mukhriz Mat Husin di WTC, Kuala Lumpur pada Sabtu.SINAR AHAD: Dalam ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini (semalam), Datuk Seri ada menyentuh mengenai jangan ajar UMNO tentang perpaduan ummah. Boleh Datuk Seri ulas lebih lanjut? MOHAMAD: Perpaduan Melayu ini UMNO yang mulakan dahulu. Kita buat penyatuan ummah, kita hulur tangan kepada Pas. Lupakanlah (perkara) silam dan kita bersama-sama atas asas agar kepentingan orang Melayu dan Islam dapat kita pulihkan. Kita (UMNO dan Pas) berpecah 60 lebih tahun. Bayangkan, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh makan, cerai isteri (kerana parti) dan macam-macam lagi.Ini amat mengecewakan sekali tetapi alhamdulillah bila dibuat penyatuan ummah maka masyarakat luar bandar amat selesa sekali. Itu sebab bila orang kata perpecahan sekarang amat meruncing, saya tidak nampak meruncing dari segi mana. Bahkan kepada saya, ia bertambah baik selepas PRU14.Cumanya, orang melihat bila kita tidak mahu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dia kata memecah belah ummah. Bukan begitu, sebaliknya UMNO ini merupakan tonggak dalam menyatukan orang Melayu. Itu yang saya kata, jangan ajar kita.Jangan ajar kita bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu. UMNO sejak sebelum (zaman) merdeka telah menyatukan orang Melayu. Dulu ada 30, 40 pertubuhan Melayu yang kita cantumkan menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Kita menyatukan orang Melayu dan bangsa lain turut menyokong kita.UMNO sekarang dikatakan ada banyak kem. Ada kumpulan yang mahu UMNO bergerak sendiri, ada yang cenderung dengan Bersatu dan ada yang inginkan penjajaran semula politik. Apa komen Datuk Seri?Yang betulnya, UMNO mengamalkan sistem demokrasi, kita mengetengahkan suara terbanyak. Apa saja yang diputuskan oleh suara terbanyak, itulah keputusannya. Macam-macam pandangan sebelum PAU tapi lepas PAU saya harap keputusan dah dibuat oleh parti, masing-masing perlu akur. Akur kepada keputusan parti. Demokrasi ini kita mendengar suara majoriti. Kalau suara majoriti mengatakan A, A-lah. Kalau suara majoriti mengatakan B, maka B. Saya harap pemimpin di peringkat mana pun, hormati dan akur keputusan parti.Ada yang mengatakan senario pimpinan utama UMNO tidak diberikan jawatan dalam kerajaan sebagai punca wujudnya banyak kem dalam UMNO. Apa pandangan Datuk Seri?Susah sedikit saya hendak bersetuju. Sebab kita berjuang dalam parti ini bukan untuk jawatan. Kalau perjuangan kita berasaskan jawatan, itu silap. Kita berjuang atas dasar perjuangan. Jawatan ini kesamping. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tidak apa. Tapi bukan kerana tidak ada jawatan, kita kecewa.Jadi ini cuma tanggapan orang yang cuba mengadu domba, mengeluarkan pandangan-pandangan. Sekarang ini ramai profesor politik, entah mana datang pun saya tidak tahu. Saya cadangkan supaya mereka masuk (politik). Dekat cawangan kalau mereka boleh bertahan pun okey. Pergilah masuk politik, jangan cakap yang bukan-bukan. Sudahnya pandangan mereka menjadi asas kepada adu domba. Dan ada pula orang terpesona dengan analisis-analisis tersebut. \u2018Oh, yang bercakap ini profesor\u2019 jadi mereka percaya. Profesor ekonomi kalau berniaga belum tentu untung.Mohamad Hasan menegaskan selain memenangi PRU15 bersama parti-parti komponen, UMNO sendiri perlu menang sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen jika mahu kembali menjadi parti dominan di Malaysia.Pemimpin seperti Datuk Seri sendiri dan Datuk Dr Asyraf Wajdi dianggap mampu menjadikan wajah UMNO lebih segar. Bagaimana Datuk Seri melihat keperluan wajah-wajah baru dalam parti menjelang PRU15?Insya-ALLAH mereka sendiri sudah berada dalam parti arus perdana. Saya Timbalan Presiden. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki jadi Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda ini dia tarafnya sama dengan Naib Presiden. Jadi isunya bukanlah untuk mengetengahkan individu tetapi mereka mesti mencemerlangkan parti. Yang nak menang ini parti, bukan individu. Yang nak bertanding, kita wakil parti ini saja, yang nak tubuhkan kerajaan adalah parti.Kalau parti cukup bilangan kerusi, boleh tubuh kerajaan. Tapi kalau setakat hero-hero ini menang, orang lain tak menang tak boleh juga. Kita mesti mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.Pemimpin terpalit kes mahkamah dikatakan punca UMNO tidak bergerak ke hadapan. Apa komen Datuk Seri?Kita mengamalkan dasar Rule of Law. Jadi seseorang itu masih lagi tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Banyak orang yang dituduh, semuanya dilepaskan. (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli dituduh, lepas, (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dituduh pun lepas.Jadi baik kita amalkan amalan demokrasi yang baik dan sistem perundangan yang luhur. Saya yakin kalau ada yang dituduh dan mereka didapati bersalah di mahkamah, parti akan mengambil tindakan sewajarnya. Individu terbabit, tuan punya badan pun saya rasa akan berjiwa besar untuk ambil apa saja keputusan demi kebaikan parti.Jangan kita tuduh macam-macam selagi mahkamah belum menjatuhkan hukum. Esok bila dia dijatuhkan hukum, maka parti pula akan buat apa saja cara terbaik untuk membela dan membina parti dengan lebih baik.Datuk Seri ada memberitahu UMNO akan bertanding 80 kerusi Parlimen. Tetapi dengan angka itu, UMNO masih tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Adakah itu isyarat UMNO bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PH?Bukan UMNO hendak tanding 80 kerusi (Parlimen), itu silap (penjelasan). Kita hendak tawan 70 hingga 80 kerusi (Parlimen). Kalau lebih 100 kerusi, lebih baik. Lagipun UMNO ini bukan kerajaan yang hendak bergerak sendiri. Kita ada 14 parti dalam BN dan UMNO tidak pernah bersendirian. Cuma kita hendak UMNO menjadi parti dominan yang mendapat 80 hingga 85 kerusi (Parlimen). Apa pun kita perlu menang dalam pilihan raya dan jika kita menang, ibarat \u2018ada madu di pucuk kelapa, semut tempang pun pasti datang pada madu tersebut\u2019. Begitulah juga kita perlu kuat seperti gajah. Kalau kita kuat, maka tunjukkan yang kita dominan.Bagaimana Datuk Seri melihat pendirian Pas sama ada ia mahu terus bersama MN atau beralih kepada PN pada PRU15 nanti?Saya mempunyai harapan Pas akan terus bersama kita. Sebab bila Pas bersama UMNO, walaupun kita tiada dalam kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, tetapi UMNO dan Pas kuat, Muafakat Nasional (MN) kuat.Manfaat bersama UMNO adalah besar. Kita menang pilihan raya kecil (PRK) walaupun kita pembangkang, menang bergaya di (PRK) Tanjung Piai, menang di Kimanis, menang semuanya. Ramai orang kata UMNO, BN akan lemah tanpa Perikatan Nasional (PN), sebenarnya tidak lemah. Kalau lemah, takkan kita boleh menang banyak kerusi pilihan raya kecil. Itu pandangan saya.Jika Pas memilih Bersatu, kemungkinan akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Apakah impaknya kepada UMNO?Apa sahaja yang kita buat dalam politik ini, ada impak. Tetapi kita tidak perlu terburu-buru. Yang penting, keuntungannya itu mesti ada. Setiap apa saja yang kita buat, ia mesti menguntungkan kita. Meniaga jangan rugi cukuplah. Tidak untung banyak pun tak apa, tapi jangan rugi.Bagaimana perkembangan pembahagian kerusi PRU15 dengan Pas?Perbincangan masih berjalan, tetapi kita sudah kunci. Fasa pertama (perbincangan), siapa yang menang kerusi masing-masing pada PRU14, kerusi itu akan kekal milik mereka. UMNO 55 kerusi (Parlimen), Pas 18 (kerusi Parlimen).Fasa kedua, siapa yang dapat undi kedua terbanyak pada PRU14, itu kita boleh pertimbangkan. Jadi, apa yang saya buat berdasarkan formula tersendiri. Ada peringkat pertama, peringkat kedua. Peringkat kedua masih lagi di peringkat persetujuan. Lepas itu, ada peringkat ketiga, keempat dan kelima. Ada banyak kerusi, apa hendak risau.Adakah perbincangan dengan Pas turut membabitkan kerusi di Terengganu yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini?Kita bincang dan akan cuba mendapatkan persetujuan tertentu. Kita jangan rugi. Berunding kena masing-masing untung. Kalau sudah berunding, tidak juga dapat (penyelesaian), maka kita kena cari jalan lain. Kita tidak boleh pakai (penyelesaian) apa yang dipanggil one size fit all.Ini teori lama. Kena tengok kalau di Johor, bagaimana situasinya. Tetapi di peringkat pusat, kalau kita membuat pertukaran kerusi, (apa salahnya). Pas tidak kuat di pantai barat. Kalau mereka hendak tukar di pantai barat, kita bolehlah ajak tukar dua atau tiga kerusi dengan UMNO di Terengganu.Saya rasa Terengganu boleh (runding). Tetapi, kalau sudah tidak boleh bersetuju, friendly fire (bertembung sesama sendirilah). Di Kelantan, Terengganu dan sedikit di Kedah, negeri-negeri ini telah mengamalkan sistem dua parti.Sistem ini tidak mencederakan sesiapa. Sebab itu di Terengganu ia diibaratkan swing state... umpama ditandingi parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Kalau pengundi sudah bosan dengan Republikan, mereka pilih pula Demokrat. Jadi, (di negeri-negeri itu) bukan isu kerana tiada siapa yang rugi. Kerana di Terengganu, Kelantan 95 peratus pengundi adalah orang Melayu. Majoriti di Kedah pun begitu. Kita kena gunakan formula yang bersesuaian dengan kawasan atau negeri tertentu.Ada pandangan akar umbi yang merasakan perlu diadakan pemilihan UMNO sebelum PRU15 untuk merapatkan kembali saf parti. Apa yang boleh Datuk Seri kongsikan?Presiden sudah mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Agung bahawa pemilihan parti akan diadakan dalam tahun ini. Kita tengok bagaimana. Selepas tempoh darurat tamat, kita buatlah. Itu pun kalau keadaan Covid-19 telah pun reda dan dapat dikawal. Ini kerana ada dua perkara iaitu membabitkan proklamasi darurat dan pandemik Covid-19. Kita dalam musim pemilihan, tidak boleh buat kaedah kedatangan macam PAU2020 ini (terhad). Nanti ahli akan bawa parti ke mahkamah.Saya selaku Pengerusi Pengurusan (pemilihan parti), saya perlu berhati-hati. Niat hendak buat (pemilihan), betul. Dalam perlembagaan parti, pemilihan perlu dibuat kerana penggal pengurusan kita tamat pada tahun 2020. Tetapi, bentuk bagaimana kita hendak buat (pemilihan)? Prosesnya mesti betul. Jika tidak, UMNO nanti yang susah.Kalau PRU tidak ada dalam tahun ini, kita akan adakan pemilihan. Kita sedang meneliti apa akan jadi selepas tempoh darurat tamat. Pada bulan Ogos, kita sudah merancang untuk mengadakan pemilihan di peringkat cawangan. Selepas dua bulan, kita juga akan buat pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, serentak di seluruh negara.Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sudah menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP. Namun, desas-desus masih kuat mengenai adanya pertemuan antara pemimpin PKR dan DAP dengan pemimpin UMNO. Apakah senarionya?Presiden sudah cakap macam itu, okeylah. Tetapi macam saya katakan tadi, UMNO ini sebuah parti. Tiada siapa, figura atau kelompok kumpulan yang boleh memaksa UMNO untuk mengubah dasar parti. Tiada siapa yang boleh memaksa UMNO melainkan keputusan yang diputuskan di peringkat akar umbi. Parti yang memutuskan. Itu caranya.ANEKDOTHarapan terhadap PAU 2020Saya anggap perbincangan dalam PAU adalah (perbincangan) biasa seperti tahun-tahun sebelum ini. Kita bincang elok-elok dan kita sepakat elok-elok. Harapan saya lebih besar adalah kita menang PRU. PAU 10 kali setahun pun, kalau kalah pilihan raya, buat apa? Pengakhir cerita, UMNO mesti menang pilihan raya kalau mahu jadi induk politik. UMNO mesti menjadi induk, parti teras. Induk ayam, jaga anak-anak. 11 ekor anak ayam, induk jaga semua elok-elok. Walaupun anak ayam ciri lain-lain. Kalau anak ayam yang hilang, itu dimakan dek helanglah.Kita tidak boleh berkompromi, UMNO jadi second fiddle, UMNO jadi penyokong sahaja... itu tidak boleh. Itu yang saya hairan. Ada anak ayam yang sanggup berindukkan orang lain, apa hal?Siapa calon Perdana Menteri?Belum sampai lagi (perbincangan antara UMNO dengan Pas) mengenai siapa hendak jadi poster boy atau Perdana Menteri, saya rasa pilihan raya lambat lagi. Cepat sangat putuskan siapa poster boy, takut nanti gambar pun akan runtuh awal (ketawa). Bagaimanapun, kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU kena ada. Sebab itu, saya sudah turun ke negeri-negeri. Saya hendak dengar suara daripada pemimpin negeri sendiri.Saya tidak mahu dengar daripada mulut pihak ketiga. Contohnya, ada pihak ketiga kata begitu dan begini kepada (Pengerusi UMNO Terengganu) Datuk Seri Ahmad Said. Saya hendak dengar sendiri kata-kata daripada Mat Said dan rakan-rakan di Terengganu.Wawancara Sinar Ahad bersama Mohamad yang dikendalikan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Liza Mokhtar, Rosalwani Che Soh dan Mukhriz Mat Husin di WTC, Kuala Lumpur pada Sabtu.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Mac 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130554/berita/wawancara/umno-konon-tak-relevan-tapi-jadi-rebutan-ramai", "article_title": "UMNO konon tak relevan, tapi jadi rebutan ramai", "article_text": "[WAWANCARA] Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) menjadi medan penting untuk menghapuskan segala kesangsian yang ditimbulkan pihak tertentu dalam parti itu.Beliau berkata, walaupun ramai yang menganggap UMNO sudah tidak relevan tetapi parti ini tetap menjadi rebutan ramai.\u201cBagi saya ia memberikan indikasi bahawa UMNO mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi. Apa pun UMNO tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi,\u201d katanya.Ikuti kupasan Asyraf Wajdi menerusi wawancara khas bersama wartawan Sinar Harian, NURHIDAYAH HAIROM dan MOHD HAFIZ ISMAIL baru-baru ini.SINAR HARIAN: Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan yang pertama selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan dan pernah menjadi pembangkang. Apakah yang membezakan UMNO kini dan sebelumnya?ASYRAF WAJID: Kalau kita lihat menerusi tradisi UMNO, parti ini memang tidak pernah sunyi daripada gelora. Sejak awal penubuhan, Datuk Onn Jaafar pernah mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum lain yang menerima tentangan daripada peringkat akar umbi dan ahli. Akhirnya orang yang mengasaskan UMNO itu sendiri terpaksa keluar parti.Bagi saya, itu saat lebih mencabar kerana UMNO pernah diharamkan dan perlu meraih semula keyakinan orang ramai untuk kembali mendukung UMNO.Kemudian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sehingga tertubuh parti baharu. Memang secara tradisi UMNO tidak pernah sunyi dengan kontroversi, gelora dalam dan luaran.Begitu juga dengan konteks hari ini dengan kita melalui siri-siri gelora itu dengan suasana yang bagi saya adalah sesuatu yang biasa tetapi paling penting di Perhimpunan Agung UMNO inilah, semua pihak berbincang secara terbuka mengikut semangat kekeluargaan.Dalam fasa setahun ini cukup menarik kerana daripada kita menjadi pembangkang pada perhimpunan agung yang lepas kepada sebahagian daripada kerajaan pada masa ini. Walaupun bukan secara mutlak tetapi sebahagian kepimpinan parti sudah berada dalam kerajaan. Sudah pasti suasana itu berbeza.Asyraf Wajdi- Mengapa PAU2020 cukup penting kepada parti?Perhimpunan Agung kali ini sesuatu yang penting untuk diambil kesempatan oleh semua pihak terutama kepimpinan dan akar umbi bagi memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam parti pada hari ini dan ke mana hala tuju hendak dibawa oleh kepimpinan tertinggi parti.Dalam suasana yang ada dalam isu-isu berbangkit, ramai mungkin tidak betul-betul memahami dinamika politik yang ada kerana waktu kita hendak menyertai sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), pada waktu itu kita terpaksa buat keputusan tanpa memanggil ahli-ahli di peringkat akar umbi di mana Majlis Kerja Tertinggi menjadi \u2018platform\u2019 mewakili suara akar umbi ini.Pada waktu itu kita melihat perlunya untuk kita menyelamatkan negara daripada terus porak-peranda.Kedua, kita faham bahawa kemasukan UMNO dalam kerajaan dalam keadaan tidak stabil. Bahkan pada waktu itu kita berbincang bersama rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan rakan Muafakat Nasional iaitu Pas bahawa kerajaan ini bukan kerajaan yang dapat bertahan lama.Kita ambil tanggungjawab ini sebagai satu pendekatan seketika bagi menstabilkan kerajaan dan semua sepakat untuk kita kembalikan mandat kepada rakyat.Kita sedar bahawa kerajaan ini belum mendapat mandat yang penuh daripada rakyat kerana apa yang dilakukan adalah bagi menyelamatkan keadaan semasa disebabkan oleh perbalahan dalam PH sehingga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan tersebut.Ketiga, memang daripada awal UMNO menyatakan sokongan kepada kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kita tidak pernah ada perubahan yang menggambarkan bahawa UMNO tidak konsisten.Saya ingin nyatakan UMNO tidak pernah cakap tidak serupa bikin dalam soal ini. Kita kena ingat kembali kepada kenyataan media pada 11 Mac iaitu seminggu selepas tertubuhnya kerajaan baharu.Kita telah membuat ketetapan jelas bahawa UMNO menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan baharu sehingga ke PRU15.Soal bagaimana kita bekerjasama dengan parti-parti yang membentuk kerajaan pada pilihan raya, itu bergantung kepada perundingan selepas itu.Kita perlu bincang semua ini dalam Perhimpunan Agung UMNO agar tidak timbul lagi \u2018suara-suara nyamuk\u2019 yang kadangkala cuba untuk mencetuskan kesangsian dan akui suara ini berimbuhan serta mempunyai elaun. Kita tidak mahu tuduh sesiapa tetapi semacam ada usaha-usaha agar sesama ahli UMNO saling berprasangka.Asyraf WajdiMemang ada yang cemburu dengan UMNO, walaupun ramai yang kata parti ini sudah tidak relevan lagi tetapi hakikatnya UMNO menjadi rebutan ramai termasuklah PH dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengakui mengadakan rundingan dengan UMNO, DAP juga mengaku dan Parti Amanah Negara (Amanah) turut menyatakan kesediaan mereka untuk bersama.Itu tidak termasuk Bersatu yang diibaratkan seperti marah-marah sayang. Sekejap kata mahu bertanding semua kerusi di Terengganu. Apabila kita buat keputusan tidak bersama, mereka menyatakan boleh berunding pula.Bagi saya, ia memberikan indikasi bahawa UMNO mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi. Apa pun UMNO tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi.- Apakah yang membuatkan UMNO terus mendapat sokongan rakyat?Selepas UMNO tewas pada PRU14, saya tidak menoleh ke belakang dan turun ke bawah menemui 172 daripada 191 bahagian. Saya dapati akar umbi ini masih kuat dan tidak berganjak.Pada satu ketika ramai melompat parti tetapi tidak ada satu cawangan pun yang dibubarkan. Bahkan suasananya luar biasa kerana yang melompat ini pemimpin yang mempunyai kepentingan sahaja tetapi ahli akar umbi tidak, kerana kesetiaan selain yakin bahawa parti ini boleh bangkit kembali.Sebab itu apa sahaja keputusan parti, ia tidak pernah dibuat dengan meminggirkan suara hati akar umbi. UMNO bukan seperti sesetengah parti di mana keputusan Presiden atau MKT itu akan menjadi satu keputusan yang perlu didengari dan dipatuhi.Akan tetapi proses sampai kepada sesuatu keputusan penting datang daripada bawah lagi iaitu mesyuarat di cawangan dan diangkat ke peringkat bahagian lalu dibawa kepada perhubungan negeri kemudian diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO.Saya beri satu contoh di mana kita nak bekerjasama dengan Pas yang menjadi seteru sejak berpuluh tahun, ia bukanlah sesuatu yang mudah.Peringkat awal ia ditentang oleh ahli akar umbi kerana mereka merasai keperitan selama ini.Bagaimanapun kita menggerakkan agenda penyatuan ummah ini dan ia bukan berlaku di peringkat atas tetapi bermula di cawangan dan bahagian.Asyraf ketika ditemubual Sinar Harian di Pejabat Ketua Pemuda UMNOLebih 800 program penyatuan ummah berlangsung sehingga kita memeterai Muafakat Nasional dan itu pun selepas dipersetujui di peringkat MKT dan Majlis Syura Ulama Pas.Maknanya di peringkat UMNO, itu memang prosesnya dan sebab itu bukan mudah untuk kita buat satu-satu keputusan terutama apabila kita kononnya nak bekerjasama dengan DAP dan PKR.Pertama, kepimpinan tidak pernah berbincang mengenai perkara ini dan kita kena faham sentimen di peringkat bawah.Bila ada suara sumbang menyatakan seolah-olah kita ada perjanjian sulit di belakang tabir. Perkara itu sebenarnya tidak masuk akal kerana mana mungkin UMNO membuat keputusan \u2018dalam selimut\u2019 kerana perkara penting perlu diputuskan oleh parti tetapi pada masa yang sama perlu menyantuni suara hati akar umbi.Sama juga dengan hubungan kita dengan Bersatu di mana MKT memutuskan bahawa 128 UMNO bahagian membuat usul secara rasmi mengenai rasa kurang selesa mereka untuk bersama parti tersebut.Ia tidak sama dengan hubungan kita dengan Pas kerana dengan Bersatu, tidak berlaku secara bersahaja malah wujud persaingan di peringkat bawah termasuklah perebutan ahli. Ini saya pernah suarakan supaya kepimpinan menyatakan dasar agar jangan ada mana-mana ahli dari parti lain melompat ke parti lain dalam suasana permuafakatan ini.Ini yang dilakukan dalam PH dan Pakatan Rakyat. Kita belajar daripada mereka dan daripada sejarah kita bekerjasama dengan Pas pada 1974 sebabnya berlaku persaingan dan berebut ahli. Tapi kenapa tidak berlaku sekarang dengan Pas? Sebab ahli UMNO dan Pas sudah matang. Masing-masing ada penyokong tersendiri. Tiada perbahalan.Tapi Bersatu berbeza daripada awal. Bersatu ditubuhkan dengan tujuan mengambil alih UMNO, sebagai parti alternatif menggantikan UMNO. Itu sendiri pun akan berlaku konflik yang jelas. Maknanya tiada satu ideologi yang berbeza. UMNO dan Pas nampak juga ada perbezaan.UMNO dan Bersatu tiada perbezaan, boleh dikatakan hampir majoriti besar dalam kepimpinan atau akar umbi bersatu adalah bekas kepimpinan dan ahli UMNO atas faktor kecewa, kalah bertanding, berpindah kepada Bersatu dan sebagainya.Jadi ini antara perkara yang menyumbang kepada ketidakselesaan di peringkat akar umbi yang akhirnya sebagai kepimpinan kita kena ambil kira.- Apakah jangkaan isu-isu yang mungkin dibangkitkan bagi PAU kali ini?Saya rasa jangkaan yang paling utama sekali hala tuju UMNO untuk berhadapan dengan PRU yang kita jangkakan ini merupakan PAU terakhir sebelum PRU.Maknanya hala tuju itu penting. Apakah ketetapan kepimpinan sama ada kita akan berhadapan dengan PRU sebagai hanya BN atau kita mengekalkan hubungan kita dengan MN.Bagi saya ini perkara yang rakyat dan ahli pun nak tahu. Setakat hari ini kita masih lagi berpegang dengan piagam kita dengan Pas.Kita tidak pernah mencurangi sahabat dalam muafakat. Tak pernah keputusan kita dibuat secara bersendirian. Sekarang ini pun dua minggu sekali kita masih mengadakan mesyuarat walaupun hakikatnya Pas sudahpun berada dalam PN.Cuma, ini antara perkara penting untuk kita bincang.Asyraf menjelaskan bahawa keputusan tidak bekerjasama dengan Bersatu tidak akan berubah pada Perhimpunan Agung UMNOKedua, isu yang menyentuh rakyat juga akan menjadi satu tema penting kerana seperti saya katakan, UMNO dan rakyat ini tidak boleh dipisahkan.Jadi perkara-perkara yang penting yang menyentuh isu-isu kehidupan rakyat sudah tentu akan dibangkitkan oleh pembahas-pembahas dari negeri-negeri.Ini perkara biasa sejak dulu walaupun waktu kita menjadi kerajaan. Rakyat sentiasa menantikan apakah resolusi yang akan terbit daripada PAU. Kerana resolusi inilah ketika menjadi kerajaan, akan menjadi dasar kerajaan.Waktu kita menjadi pembangkang, orang menantikan juga kerana apakah isu-isu yang kita bangkitkan ini akan menjadikan kita pembangkang yang bertamadun, yang mengkritik bukan hanya sekadar beremosi.- Apakah harapan yang banyak dibangkitkan di peringkat cawangan dan bahagian terhadap masa depan UMNO?Harapan yang banyak dibangkitkan ialah UMNO kena kembali menerajui tampuk kepimpinan dan untuk itu, UMNO kena belajar daripada kesilapan yang menyebabkan rakyat menolak kita dalam PRU lepas.Ini harus diakui oleh semua termasuk kepimpinan. Denyut nadi dan suara hati rakyat itu sentiasa kepimpinan ambil kira.Sebab itu saya selalu sebut bahawa apabila kita jatuh, adalah satu hikmah yang besar. Ujian yang mahu UMNO berubah.Siapa sangka kita hanya jadi pembangkang 22 bulan dan kembali menyertai kerajaan walaupun bukan secara mutlak tetapi sekurang-kurangnya tuhan beri peluang untuk melakukan proses pembaikan. Ini satu proses yang amat positif.PAU2020 mampu menyatukan kembali UMNOSINAR HARIAN: Sejauh mana Datuk melihat PAU 2020 mampu menyatukan perpecahan yang berlaku dalam UMNO? Sebab itu saya katakan PAU ini sentiasa menjadi medan penyatuan. Akar umbi ini tidak berpecah, yang mencetuskan konkflik ini kadang-kadang segelintir kepimpinan dan perkara itu sudah menjadi lumrah. Kepimpinan yang banyak menentukan bagaimana UMNO dapat digembelingkan.Itu yang pentingnya PAU ini bukan hanya kepimpinan tetapi idealisme dan juga matlamat perjuangan.Maknanya kalau kita jelas, dipersetujui dalam PAU, contohnya seperti sekarang, keputusan untuk membuat satu percaturan politik itu, ada yang setuju dan ada yang tidak.Tetapi apabila PAU membuat satu ketetapan, itulah yang akan dipegang oleh semua. Jadi tidak ada lagi suara-suara yang mampu untuk menafikan.Contohnya, apabila kita mahu bekerjasama dengan Pas, walaupun ada tentangan daripada beberapa kepimpinan, tetapi apabila PAU membuat keputusan untuk kita memperkasa hubungan kita dengan Pas sehingga termerai piagam MN, apakah kita dengar suara-suara nyamuk ini?Tidak ada. Kerana itu PAU adalah medan terbaik penyatuan segala hala tuju, matlamat dan juga mencairkan kesangsian sama ada dicetuskan oleh mereka yang berkepentingan atau dimainkan oleh pihak yang mencemburui UMNO menggunakan ejen-ejen dalam parti sendiri.Semua itu akan dapat kita jernihkan. Itu sejarah yang telah kita saksikan bila UMNO ada konflik besar Ku Li dan Mahathir sehingga terpecah. Akhirnya bila tubuh parti baru, PAU yang menjadi faktor penyatuan kepada semua orang Melayu.Sama juga dengan isu Anwar dan Muhyiddin bila dipecat.PAU menjadi medan yang menyatukan ahli. Cuma yang paling mustahak UMNO kena sentiasa ingat bahawa PRU sebelum ini mengajar kita bahawa kemenangan UMNO tidak hanya bergantung kepada 3.7 juta ahli sebab lanskap politik hari ini sudah berubah.- Apakah kerajaan sekarang stabil dan untuk PRU adakah perlu tunggu hingga habis penggal?Bagi saya semua bergantung kepada suasana pandemik. Kalau belum berakhir dan rakyat gelisah, kita tidak boleh bersikap tidak bertanggungjawab untuk paksa rakyat makin resah dengan melaksanakan PRU.Sebab itu pendirian kita jelas. Kerajaan ini perlu dapat mandat mutlak daripada rakyat, tetapi setelah Covid-19 ini reda. Ditakdirkan setelah darurat selesai Ogos ini, Muhyiddin pun sebut sedia lakukan PRU.Kalau Muhyiddin nak tangguhkan sampai 2023, apa jaminan kepercayaan pelabur kepada kestabilan dan kekuatan kerajaan ini masih boleh kita pertahankan.Sebab seperti kita tahu gabungan dalam PN ini sendiri pun adalah gabungan yang amat longgar. Ketetapan awal UMNO pun daripada awal kita mahu bersama Pas.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Mac 2021 10:00am"} +{"author_name": "MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130353/berita/wawancara/bestinet-bukan-agensi-pengambilan-pekerja-asing", "article_title": "Bestinet bukan agensi pengambilan pekerja asing", "article_text": "BESTINET Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), iaitu platform untuk mendaftarkan pekerja asing di Malaysia menegaskan ia hanya penyedia sistem penyelesaian berpusat dan bukan agensi pengambilan pekerja asing.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohd Noor berkata, FWCMS adalah platform yang berkesan dan cekap untuk negara sumber dan majikan di Malaysia mendaftarkan pekerja asing bermula dari awal proses hingga ke peringkat akhir.Dalam temu bual Di Sebalik Isu minggu ini, Ismail turut menjawab pelbagai tohmahan kepada Bestinet setiap kali isu berkaitan pekerja asing muncul di Malaysia.Ikuti temu bual wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid bersama Ismail.SINAR HARIAN: Boleh anda jelaskan lebih lanjut mengenai Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing?ISMAIL: Sistem ini dilaksanakan pada tahun 2013 secara 'proof of concept' (pembuktian konsep). Konsep ini kita laksanakan bagi membuktikan kepada kerajaan Malaysia bahawa sistem ini boleh membanteras pemerdagangan manusia, penipuan dokumen, menjaga kebajikan pekerja dan menjaga kepentingan majikan.Bila kita beri laporan pada 2015, kerajaan Malaysia mengakui FWCMS berjaya membanteras masalah-masalah tadi. Buat masa ini, konsesi FWCMS telah dilanjutkan sehingga tahun 2024. Ismail Mohd NoorFWCMS yang berfungsi untuk menghapuskan orang tengah dalam pengambilan pekerja asing telah menimbulkan kemarahan ejen-ejen pekerja asing di negara sumber. Mengapa ini berlaku?Pihak berkepentingan dalam pengambilan pekerja asing termasuklah ejen-ejen di negara sumber seperti di Bangladesh dan Nepal. Majikan di Malaysia akan mengambil perkerja asing melalui ejen pengambilan di negara sumber. Ejen-ejen berdaftar ini akan menggunakan orang tengah untuk merekrut pekerja di daerah-daerah dan kampung-kampung.Orang tengah itu pula tidak berdaftar di negara sumber. Bila adanya sistem FWCMS yang mana pekerja boleh terus pergi kepada ejen-ejen bertauliah, ia akan menghapuskan peranan orang tengah. Jadi orang-orang tengah ini menentang sistem ini kerana peranan mereka dihapuskan dan ini merugikan mereka. Apabila merugikan, pasti mereka akan menentang sebab periuk nasi mereka terjejas.FWCMS mengiktiraf ejen-ejen pengambilan pekerja bertauliah kerana mereka juga adalah pengguna sistem ini. Kepada majikan, sistem ini lebih telus sebab mereka boleh nampak pekerja yang didaftarkan manakala pekerja asing boleh terus kepada ejen-ejen bertauliah tanpa perlu melalui orang tengah.Sistem FWCMS membolehkan majikan mengetahui tahap kesihatan pekerja asing yang diambil bekerja.Adakah Bestinet menyediakan sistem yang sama di negara-negara lain?Kita juga telah menyediakan sistem FWCMS di Maldives. Maldives bergantung kepada pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. Penduduknya tidak ramai, tiga juta orang sahaja. Ada banyak pusat pelancongan seperti resort dan hotel memerlukan pekerja. Itulah sebabnya mereka mengambil pekerja asing dari Pakistan, India dan Bangladesh.Namun, Maldives menghadapi masalah yang serupa dengan Malaysia. Pekerja-pekerja itu datang sebagai pelancong, selepas itu bekerja secara haram.Apa yang kita laksanakan di Maldives adalah proses yang sangat ketat. Sebelum ini pekerja asing yang mahu ke Maldives tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan di negara asal mereka. Tapi apabila kita implementasi sistem ini, mereka memastikan pekerja asing itu mesti sihat sebelum sampai ke Maldives.Mengapa orang sering salah faham peranan Bestinet?Apabila sistem FWCMS dilaksanakan secara holistik iaitu \u2018hujung ke hujung\u2019, maksudnya daripada pekerja itu masuk sehingga pekerja itu keluar, proses itu mungkin menimbulkan salah faham mengenai peranan Bestinet.Saya ingin perjelaskan sekali lagi, Bestinet adalah syarikat IT dan kami tidak berurusan langsung dalam proses pengambilan pekerja asing.Pada masa sama, ada pihak berkepentingan yang akan rugi seperti orang tengah. Maka keluarlah berita kononnya Bestinet memonopoli pengambilan pekerja asing. Ejen-ejen inilah yang mengeluarkan berita yang tidak baik itu.Sistem FWCMS bertujuan menjaga kebajikan pekerja asing di Malaysia.Bagaimana sistem FWCMS dapat membendung jenayah pemerdagangan manusia?Pemerdagangan manusia berlaku apabila pekerja asing itu ditipu. Contohnya majikan di Malaysia mahu mengambil pekerja asing dengan gaji RM1,200 tetapi ejen pengambilan memberitahu bakal pekerja berkenaan yang mereka akan mendapat RM1,500 atau RM2,000. Itu penipuan berkaitan gaji sahaja. Ada juga penipuan melibatkan kontrak. Sepatutnya mereka bekerja di kilang tetapi apabila sampai di Malaysia mereka dihantar bekerja di ladang.Di Malaysia, majikan pertama mungkin \u2018menjual\u2019 pekerja tadi kepada majikan lain. Maksudnya, majikan kedua itu membayar kepada majikan pertama untuk mendapatkan khidmat pekerja asing tadi. Inilah yang dipanggil pemerdagangan manusia.Dibandingkan dengan FWCMS, pencari kerja akan nampak kontrak, dah tahu siapa majikan mereka. Majikan berkait rapat dengan sistem. Contohnya kalau ada kes pemerdagangan manusia atau gaji tidak dibayar, sistem secara automatik akan semak perkara itu.Bestinet juga membangunkan platform-platform lain selain FWCMS.Kita ada satu modul dipanggil E-wadges yang memantau pembayaran gaji secara automatik. Apabila gaji dikreditkan, bank akan memberitahu sistem E-wadges tadi gaji telah dibayar. Kita hantar juga mesej kepada pekerja, gaji anda telah masuk.Kalau majikan tidak membayar gaji selepas 7 hari bulan, kita akan hantar tiga kali notifikasi kepada majikan. Jika masih tidak dibayar, kita hantar makluman terus kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk ambil tindakan penguatkuasaan.Bagaimana anda melihat Bestinet sebagai syarikat IT pada masa depan?Sebagai syarikat teknologi maklumat, Bestinet juga membangunkan platform-platform lain selain FWCMS. Contohnya, sekarang kami fokus kepada pengembara-pengembara yang akan datang ke Malaysia.Macam mana kita nak pastikan orang yang datang ke Malaysia itu betul-betul membuat saringan Covid-19? Sama seperti pekerja asing juga, ada kes pekerja asing tidak pergi pun buat pemeriksaan kesihatan tetapi dia tipu laporan perubatan. Untuk pengembara mungkin berlaku hal yang sama. Jadi, kita telah ada sistem itu dan kita akan laksanakannya.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2021 09:15am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130352/berita/wawancara/pas-pasti-bijak-pilih-umno", "article_title": "Pas pasti bijak pilih UMNO", "article_text": "MENJELANG Perhimpunan Agong UMNO (PAU2020), Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi keyakinan mengenai persediaan dan jajaran politik UMNO menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).SINAR HARIAN: Usul UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu dijangka dimuktamadkan pada PAU nanti, apa akan jadi selepas itu?AHMAD MASLAN: Kita perlu membuat persiapan PRU15. Tak kira bila PRU15, akhirnya ia kena diadakan juga. Saya berpandangan, setelah tiga tahun berlangsungnya penggal pentadbiran kerajaan, dua tahun terakhir adalah tahun persiapan.Selepas 9 Mei 2021, siapa juga (wakil rakyat) yang meninggal dunia sudah tiada pilihan raya kecil (PRK). Jadi bermulanya tarikh itu, maka bermulalah persiapan habis-habisan untuk PRU.Yang saya mahu terapkan dalam fikiran perwakilan adalah perkara ini (persiapan PRU). Saya juga akan berucap mengenai perkara ini sewaktu membuka gelanggang PAU 2020 nanti.Adakah UMNO akan bersendirian, terus bersama MN atau mungkin melaksanakan jajaran politik baharu? Mengenai jajaran baharu ini, Presiden sudah jelaskan perkara itu dalam media. Jadi kita terimalah apa yang disebut itu.Dengan DAP tidak (kerjasama), PKR tidak (kerjasama). Dengan Pas, kita memang menubuhkan MN. Kita (sebenarnya) ada mesyuarat kerap dengan MN, ada mesyuarat yang kita lapor, ada yang kita tidak lapor.Setakat ini, kerjasama kita mantap dengan MN, selepas itu kita juga kena bersama parti-parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas faktor UMNO dan BN (Barisan Nasional) tiada di Sarawak.Jadi, adalah satu kewajipan bagi kita mendapatkan seberapa banyak kerusi. Paling pasti, kita kena berkongsi dengan GPS di Sarawak.Kita juga perlu melihat kaedah politik di Sabah. BN akan terus kekal sebagai BN melalui gabungan parti MCA, MIC, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan UMNO. Tentunya kita akan terus memantapkan UMNO dan BN. Kita perlu mendapatkan seberapa banyak kerusi kemenangan pada PRU15.Selepas PRU15 kalau kita boleh menubuhkan kerajaan. Alhamdulillah. Kita perlu ada keyakinan itu. Bahkan (hubungan) dengan Pas, kita perlu ada keyakinan itu.Ahmad MaslanAndai kata Pas memilih bersama Bersatu, adakah UMNO dan BN akan membuat jajaran politik lain?Saya kira Pas akan buat keputusan bijak berdasarkan angka kajian politik. Sebagai contoh, Bersatu ada enam kerusi (asal Parlimen). Sebanyak 10 kerusi mereka (datangnya) daripada PKR campur tiga (wakil rakyat lompat parti). Mereka tidak masuk PN pun, cuma menyokong sahaja.Sebanyak 15 kerusi Parlimen Bersatu pula berasal daripada kerusi UMNO. Pas mesti buat kajian ini. 15 kerusi itu kami mahu semula. Jadi tinggal berapa (kerusi Parlimen Bersatu)? Enam (kerusi asal) campur 10 (kerusi bekas ahli Parlimen PKR yang keluar parti).Sepuluh kerusi itu boleh menang lagi ke? Sepuluh kerusi itu menang kerana sokongan masyarakat Cina ketika mereka berada dalam PH. Jadi Bersatu tinggal berapa? Enam agaknya? UMNO 55, tentu Pas tahu angka-angka ini.BN dahulu memenangi 79 kerusi Parlimen ketika zaman amat sukar (PRU14) dengan GPS bertindak keluar pakatan dan sebagainya. Itu yang sekarang BN memiliki 43 kerusi Parlimen, tetapi asalnya UMNO memiliki 55 kerusi. 15 (bekas ahli Parlimen BN) melompat ke Bersatu, seorang ke Warisan tetapi itu semua kerusi kami.Jadi tentunya Pas bijak membaca angka-angka ini. Ramai orang bijak pandai dalam Pas, sudah tentu mereka membuat perkiraan politik yang tajam dalam membuat keputusan.Pada 14 September 2019, kita telah memeterai piagam sebelum mereka bersama PN. Oleh itu, tentunya mereka tidak akan melupakan kawan lama bila dapat kawan baru.Bercakap tentang kerjasama bersama Pas, baru-baru ini kenyataan UMNO Terengganu menyebut tiada satu kerusi yang akan diberi kepada Pas apatah lagi Bersatu pada PRU15. Apa pandangan Datuk?Ada negeri-negeri yang kajian politiknya berbeza kerana tiada DAP, tiada kerusi Bersatu serta tiada kerusi PKR. Jadi apa-apa berlaku masih lagi (berkisarkan) sama ada Pas atau UMNO di Terengganu ini.Walau bagaimanapun kami amat berharap ada muafakat yang baik. Sebagai contoh, lapan kerusi Parlimen di negeri itu, permohonan kita adalah empat kerusi ditandingi UMNO, empat lagi milik Pas.Kalau dapat persetujuan itu, ia akan mendamaikan segala pandangan. Sekarang ini enam (kerusi) Pas, dua (kerusi) kami. Satu (kerusi Bersatu) melompat dan dakwa itu kerusi dia. Mana boleh macam itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2021 09:05am"} +{"author_name": "KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130351/berita/wawancara/misi-tawan-100-kerusi-parlimen", "article_title": "Misi tawan 100 kerusi Parlimen", "article_text": "PADA 27 dan 28 Mac ini, buat pertama kali dalam sejarah 75 tahun penubuhan UMNO, parti itu bakal menganjurkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dalam suasana terkekang dek pandemik Covid-19.Pandemik itu bagaimanapun tidak menghalang tumpuan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk mengikuti perkembangan PAU2020 di Dewan Merdeka, PWTC nanti.Hal ini kerana agenda perhimpunan itu bakal menentukan hala tuju UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sama ada parti itu bakal bergerak bersendirian, terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas atau membentuk jajaran politik baharu.Susulan tugas berat UMNO bagi menyatupadukan kembali 3 juta ahli parti itu melalui PAU, ikuti luahan hati Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam menyelami polemik dan harapan yang berlaku dalam parti itu ketika ini.SINAR HARIAN: Boleh Datuk Seri beri sedikit pencerahan mengenai perjalanan PAU2020?AHMAD MASLAN: Ini sejarah kali pertama sejak 75 tahun UMNO ditubuhkan, kita membuat dua kombinasi pelaksanaan PAU pada 27 dan 28 Mac ini iaitu secara bersemuka dan maya. Jadi, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Sejumlah perwakilan berada di Dewan Merdeka, PWTC dan sejumlah lagi perwakilan di 190 lokasi UMNO bahagian masing-masing. Apakah yang akan disiarkan secara langsung? Ucapan perasmian mesyuarat tiga sayap parti oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada hari Sabtu.Kemudian, tentunya ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri. Pada hari Ahad, agenda yang disiarkan secara langsung adalah ucapan dasar Presiden UMNO sekitar jam 9 pagi dan sesi penggulungan oleh Timbalan Presiden dan Presiden pada jam 6 petang.Itu yang boleh disaksikan secara langsung di www.umno-online.my. Bagaimanapun, ucapan jurucakap perbahasan sayap-sayap parti dalam PAU hanya akan disiar melalui aplikasi Webex kepada perwakilan-perwakilan di lokasi UMNO bahagian. Itu tidak disiarkan kepada umum.Apakah gambaran usul-usul penting yang bakal dibangkitkan dalam PAU kali ini selain usul utama iaitu usul menolak kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15?Pada 1, 2 dan 3 Januari lalu, daripada 190 UMNO bahagian di seluruh negara bersidang, 124 bahagian membuat usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu.Justeru, 124 UMNO bahagian daripada keseluruhan 190 UMNO bahagian mewakili 65 peratus. Itu tentunya akan mendominasi usul penting yang bakal dibangkitkan dalam PAU kali ini.Tetapi, saya ingin mengingatkan bukan hanya usul politik yang akan dibangkitkan. Namun lebih kepada usul yang menyentuh ucapan dasar Presiden UMNO. Presiden akan menyentuh isu politik, agama, ekonomi, pendidikan, antarabangsa dan isu semasa Covid-19.Walaupun begitu, perwakilan sedia maklum terhadap dua usul penting iaitu usul menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan usul UMNO hanya bersama kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen.Apa pandangan Datuk Seri terhadap dakwaan pucuk kepimpinan UMNO cuba \u2018mengatur\u2019 topik usul perbahasan dengan 13 perwakilan UMNO negeri yang terpilih juga dikatakan \u2018ditapis\u2019 terlebih dahulu?Walaupun jurucakap perbahasan diberi garis panduan oleh parti, apabila kita berada di atas pentas, akhirnya terpulang kepada mereka untuk cakap apa.Asalkan tidak lari daripada norma kebiasaan seperti ucapan menghina institusi diraja dan perkara sensitif lain. Perkara itu memang dilarang. Tetapi hal-hal sampingan yang mahu disebut oleh perwakilan, mereka mempunyai kebebasan tertentu untuk menyatakan pandangan masing-masing.Bagaimana pula status UMNO Perlis dan Sabah kerana kedua-dua negeri itu menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15?Perlis ini berubah-ubah, sukar untuk saya menangkap apa kehendaknya.Adakah tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mengikut ketetapan UMNO?Kami tidak fikir apa-apa tindakan, bukanlah kata ada atau tiada. Untuk sementara ini, kita biarkan apa yang ada. Saya lihat ada perubahan lain di Perlis apabila (Pengerusi UMNO Perlis) Datuk Seri Shahidan Kassim kini mempunyai pandangan yang tertentu.Dalam grup (WhatsApp) ketua bahagian pagi ini (Rabu), beliau menyebut, \u2018Saya sokong kerajaan PN sehingga pembubaran Parlimen\u2019. Begitu pula. Itu bukanlah gambaran main-main. Shahidan is Shahidan.Setiap negeri ada pendapat masing-masing, adakah setiap negeri akan mendapat autonomi?Akhirnya MKT akan buat keputusan. Sekarang ini autonomi hanya diberikan kepada Sabah, mana boleh beri autonomi kepada setiap negeri, apa lagi yang ada pada UMNO Pusat. Kita hanya bagi autonomi pada Sabah.Apakah harapan Datuk Seri terhadap PAU pada kali ini?Kita kena memahami bahawa 75 tahun UMNO pada tahun ini adalah bersamaan sambutan Jubli Intan.Tiada parti sepanjang ini hayatnya dalam sejarah Malaysia dan tiada parti sebesar ini jumlah ahlinya.Kita perlu menjadi dominan kembali supaya UMNO menjadi parti tonggak dalam PRU15 yang boleh menjamin kestabilan politik demi manfaat rakyat.Jika UMNO tidak menjadi dominan, negara tidak stabil kerana tiada parti yang betul-betul dominan.(Jumlah) 55 kerusi (Parlimen) yang dimiliki UMNO sekarang tidak boleh menjadikan UMNO dominan. 79 kerusi pun tidak boleh jadi dominan. Kita perlu menang seberapa banyak kerusi untuk jadi dominan.Ahmad Maslan (dua dari kanan) selepas ditemubual wartawan Sinar Harian di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Rabu.Adakah keperluan menjadi parti dominan itu harus mencapai angka 112 kerusi Parlimen?Untuk menjadi parti dominan, ini tidak semestinya jumlah 112 kerusi Parlimen. Kalau sampai 100 pun (kerusi Parlimen) dimenangi sebuah parti, tiada parti lain boleh wujudkan kerajaan tanpa kerjasama dengan parti yang memiliki 100 (kerusi) ini.Itu teori politik di Malaysia, ada orang kata 90 kerusi, kita sudah tahu angka 79 kerusi tidak cukup kuat kerana ia akan pecah. Pada pandangan saya, mungkin 90 ke 100 kerusi Parlimen (diperlukan) untuk menjadi magnet besar.UMNO dan BN perlu menang sejumlah itu, minimum, untuk menjadi magnet besar. Apabila kita sudah jadi magnet besar, tiada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan tanpa bersama UMNO.Justeru, harapan saya itu perlu disematkan dalam kotak pemikiran para perwakilan UMNO pada 27 dan 28 Mac ini.Adakah Datuk Seri menganggap alasan kerajaan PN tidak beri jawatan kepada pemimpin terkait kes mahkamah adalah satu pertimbangan adil?Satu perkara paling penting dalam prinsip keadilan dan kehakiman ialah \u2018innocence until proven guilty\u2019.Itu fakta prinsip kehakiman dan keadilan di negara kita. Jangan orang itu ada kes mahkamah, lantas kita menyebut mereka sudah bersalah. Itu tidak betul dan melanggar segala hukum keadilan yang ada. Bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.Justeru, bagi saya alasan itu tidak boleh diambil kira (oleh kerajaan PN). Kalau ia diambil kira, tentu (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Raden tidak menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.Ada juga penjawat utama dalam UMNO yang tiada kes mahkamah pun. Timbalan Presiden tiada kes, dua Naib Presiden tiada kes, Ketua Pemuda dan Puteri tiada kes, ada penjawat utama yang mendapat nombor pengundian tertinggi dalam MKT tiada kes.Sekali lagi saya hendak jelaskan UMNO bukan gila jawatan.Adakah usul perbahasan nanti akan turut membincangkan siapa calon Perdana Menteri?Tidak tahulah apa yang akan disebut oleh perwakilan, perwakilan boleh menyebut tentang apa-apa perkara sesuai. Tetapi saya ingin maklumkan daripada kajian saya sendiri, melalui percakapan saya bersama peguam-peguam.Apa-apa yang berlaku dalam kalangan pemimpin utama UMNO yang diheret ke mahkamah ini lebih bersifat 'selective political prosecution' (pendakwaan politik terpilih).Jadi kalau ingin membuat rumusan terhadap Presiden mengenai kes beliau, tidak adil untuk dirinya. Macam saya sendiri, kes saya, 41 orang disita akaun, 80 orang dikompaun, saya termasuk dalam 80 orang itu.Disita itu, kalau RM100,000 kena pulangkan RM100,000, tapi mereka tidak tahu pun duit asal dari mana. Yang kompaun ini bukan jumlah yang sama, ada yang RM50,000 dapat cek, kena bayar RM2.5 juta, 50 kali ganda.Ada yang UMNO Bahagian dapat RM100,000 kompaun RM2.5 juta, 25 kali ganda, saya mendapati itu tidak adil. Jadi kami kumpulkan, panggil peguam, panggil media. Orang yang kuat bersuara adalah saya dan (bekas ahli Parlimen Johor Bahru) Tan Sri Shahrir Samad.(Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Latheefa Koya pada 31 Disember 2019 menyebut ada penerima dana 1MDB yang degil akan dihadapkan ke mahkamah. Sebelum dia berkata begitu, sebulan dua sebelum itu kami 33 (tertuduh) membawa kes untuk semakan kehakiman kerana ketidakpuashatian terhadap begitu banyak kompaun yang digandakan ini.Jadi akibat semakan kehakiman itu, semua tidak dikenakan kompaun sekarang ini, hanging di mahkamah. Jadi kalau mahu kata saya ini rasuah, tidak betul.Bab itu yang kita sebut 'selective political prosecution'. Kenapa hanya berdua (terima tempias), sedangkan yang terima 80 orang, patutnya Latheefa Koya heret 80 orang.Tapi hanya kerana kami berdua yang menjadi kepala maka kami dianggap degil walhal yang lain tidak bayar pun, nampak sangat ia selektif. Itu zaman PH, ia sudah berlalu tetapi berterusan sehingga ke hari ini.Setujukah Datuk Seri bahawa dakwan kluster mahkamah adalah satu bentuk pembunuhan karektor kepada perjawatan-perjawatan utama UMNO?Ya, memang itu tujuan mereka. Tujuan mereka semasa kerajaan PH untuk menjatuhkan Umno ini ialah mengheret pemimpin-pemimpin UMNO dan membawa 16 pemimpin UMNO cuba mengharamkan parti itu. Itu masa zaman PH.Pada zaman PN ini, untuk melemahkan UMNO macam tadilah, pandangan orang. Kepimpinan utama, parti utama tiada jawatan, itu kaedah untuk melemahkan UMNO.Pandangan orang, masa zaman PH untuk menjatuhkan UMNO bawa pemimpin-pemimpin utamanya ke mahkamah.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Mac 2021 09:00am"} +{"author_name": "HASNIZA HUSSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/130160/berita/wawancara/365-hari-menerajui-kpdnhep", "article_title": "365 hari menerajui KPDNHEP", "article_text": "TEMPOH setahun menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan perjalanan yang terasa panjang dan sangat mencabar buat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Sebaik sahaja diberikan amanah untuk mengetuai kementerian itu, beliau terus diuji dengan cabaran tidak terduga yang melanda bukan sahaja negara, malah seluruh dunia iaitu pandemik Covid-19.Namun begitu, selepas 365 hari melaluinya, Alexander mengakui beliau dengan kerjasama erat pasukannya berjaya bertahan dan mengharungi semua ujian dengan sebaiknya.Ikuti temu bual media secara maya bersama beliau sempena ulang tahun pertama pentadbirannya di KPDNHEP.SINAR HARIAN: Sepanjang setahun Datuk Seri menerajui KPDNHEP, boleh kongsikan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam tempoh tersebut?ALEXANDER: Saya bersyukur kerana diberi peluang menyertai Kabinet dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas penting di kementerian ini.Tahun pertama menerajui KPDNHEP memang sangat mencabar apabila Covid-19 melanda dan kita terpaksa menghadapinya dalam keadaan tidak bersedia.Saya terkejut dengan situasi berlaku kerana kita tidak mempunyai pengalaman. Pada masa sama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada 18 Mac 2020.Ketika itu, ujian terbesar KPDNHEP adalah untuk menangani situasi panik dalam kalangan rakyat khususnya membabitkan pembelian panik yang berlaku di beberapa lokasi dalam negara.Rakyat yang salah sangka kerana menyamakan PKP dengan perintah berkurung menyerbu pasar raya untuk mendapatkan barangan dan menyimpan stok keperluan asas. Mereka juga membeli produk sanitasi tangan serta pelitup muka yang sangat diperlukan pada masa tersebut.Tidak cukup dengan itu, isu berkaitan stok dan harga pelitup muka di pasaran juga banyak menguji kami.Ada peniaga yang sorok stok bekalan pelitup muka kerana permintaan sangat tinggi dan mengambil kesempatan untuk kaut untung dengan menjualnya pada harga yang tidak munasabah.Justeru, KPDNHEP menjalankan siasatan dan kita menaikkan harga siling pelitup muka dari 80 sen ke RM2 sebelum menurunkannya pada harga RM1.50.Tindakan itu mendapat kritikan hebat dan dikatakan tidak prihatin atau tidak sensitif terhadap pengguna.Langkah itu sebenarnya bertujuan menghalang eksport supaya pengilang memberi keutamaan kepada bekalan dalam negeri untuk rakyat Malaysia.Malah dengan strategi itu kita berjaya meredakan keadaan. Walaupun dikritik, kami gembira kerana matlamat untuk memastikan ketersediaan pelitup muka ke dalam pasaran telah tercapai.-Berbanding PKP pertama, pengguna lebih cemas terutama dalam aspek pembelian barangan keperluan asas tetapi ia berbeza pada PKP 2.0. Apakah ini disebabkan peranan KPDNHEP dalam memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna?Betul, saya akui situasi pengguna amat berbeza pada PKP pertama dan PKP 2.0.Kesedaran pengguna sendiri yang kini lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan dan menguruskan pembelian mereka adalah hasil daripada advokasi berterusan oleh Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP menerusi media arus perdana serta media sosial.Ia diikuti dengan pembuktian kerja keras barisan hadapan pegawai penguat kuasa KPDNHEP yang tidak kenal penat untuk menjamin bekalan dan harga barangan stabil, di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Alexander Nanta LinggiMalah kementerian membuka pelbagai saluran untuk rakyat mengemukakan cadangan serta aduan menerusi telefon, WhatsApp dan aplikasi lain.Dari situ kita menerima banyak aduan dan teguran termasuk syor yang kemudiannya kita gunakan dan terjemahkan ke dalam pelan tindakan kami.Sebab itu penguatkuasaan KPDNHEP sangat berkesan.-Setahun bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN), apakah yang boleh dikongsikan mengenai prestasi PN ketika ini selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan semasa penularan wabak Covid-19?Saya sangat berbangga dapat bersama PN dalam kerajaan dan Kabinet. Sebaik kerajaan PN dibentuk, kita dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19.Tumpuan kerajaan yang diketuai Muhyiddin pada masa itu adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan negara serta rakyat terjamin.Setelah itu, tumpuan diberi sepenuhnya kepada soal pemulihan ekonomi negara dan rakyat.Malah, semua menteri Kabinet setiap hari bermesyuarat dari jam 9 pagi hingga ke 12 tengah hari atau lebih lama lagi untuk membincangkan pelbagai perkara sebelum keputusan yang dicapai dimaklumkan kepada rakyat.Setiap perkara dibincangkan secara terperinci dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan negara.-Apakah bentuk pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa KPDNHEP sepanjang tempoh PKP dan apakah hasilnya?Penguat kuasa KPDNHEP merupakan barisan hadapan ekonomi domestik negara. Mereka melaksanakan pemeriksaan rutin terhadap bekalan barangan keperluan setiap hari.Dengan bantuan pegawai pemantau harga, mereka berganding bahu memeriksa harga barangan dan memastikan tiada elemen pencatutan dilakukan peniaga.Berdasarkan maklumat dan aduan yang diterima, pasukan ini akan memeriksa premis dan kawasan tertentu bagi memastikan aduan itu benar dan perlunya tindakan dari segi nasihat, amaran atau kompaun.Dengan data dan fakta yang kita ada, setakat ini lebih ribuan siasatan dan pemeriksaan telah kita lakukan di premis-premis di bawah KPDNHEP seperti premis borong dan runcit.Pemeriksaan ketiga adalah pematuhan SOP sektor peruncitan dan pengedaran oleh semua premis perniagaan. Malah berdasarkan statistik, kita berjaya mencapai 98 peratus pematuhan SOP.-Bagaimana dengan bekalan makanan, apakah KPDNHEP pasti ia mencukupi?Di peringkat kerajaan, kita mempunyai dasar sekuriti makanan negara. Kita turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Perbincangan akan dibuat untuk memastikan setiap kementerian menjalankan fungsi masing-masing.KPDNHEP pula bertanggungjawab memantau dalam aspek rantaian bekalan seperti harga bawang tidak naik, berjumpa dengan pengimport dan sebagainya.Selain itu, kita juga adakan pertemuan dengan pengeluar sayur-sayuran dan buah-buahan, peladang ayam dan telur serta bersinergi dengan MAFI untuk bekalan ikan. Semuanya dilakukan bagi memastikan bekalan makanan tidak terganggu.Bagi musim perayaan juga kita sudah bersedia untuk memastikan barangan keperluan makanan sentiasa ada.Kita mempunyai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk membuat pemantauan dan menangani masalah yang timbul terutama dari segi harga.-Bagaimanakah kementerian memainkan peranan dalam membantu usaha memulihkan ekonomi negara?Banyak. Pertama kita bangunkan SOP sektor peruncitan dan pengedaran bagi memastikan semua premis perniagaan boleh dibuka dan beroperasi semula.Kedua, KPDNHEP melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia semasa PKP Pemulihan bagi menggalakkan rakyat keluar berbelanja. Ia bagi memastikan duit berlegar supaya ekonomi berkembang dan pekerjaan dapat diselamatkan.Tugas KPDNHEP bukan sahaja untuk melindungi pengguna tetapi juga menjaga kepentingan komuniti peniaga.Di samping itu, agensi di bawah kementerian selain Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti MyCC dan MyIPO turut membantu menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.Kita amat menyokong tadbir urus universal, antikartel serta antimonopoli dan sering melakukan penambahbaikan berhubung proses menjalankan perniagaan di negara kita.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Mac 2021 09:15am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/129482/berita/wawancara/saya-menangis-tengok-sungai-tercemar", "article_title": "'Saya menangis tengok sungai tercemar'", "article_text": "[WAWANCARA] Perbezaan politik diketepikan demi untuk memastikan kebajikan dan keperluan rakyat diutamakan dalam menangani isu air dan alam sekitar di negara ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.\"Setiap negeri masing-masing ada kepentingan. Kadang-kadang ada polemik di antara negeri-negeri. Ditambah pula kalau ada perbezaan politik.\"Isu air dan alam sekitar antara isu merentasi parti politik. Saya ambil tindakan dengan tidak mengambil kira isu perbezaan politik. Kita kena pentingkan isu kebajikan dan keperluan rakyat,\" katanya.Ikuti wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan oleh wartawan Khairil Anwar Mohd Amin, Raja Nur Faznie Aida dan Muhammad Amnan Hibrahim di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Selepas satu tahun menerajui KASA, bagaimana Datuk Seri melihat prestasi kementerian. Sejauh mana perancangan atau projek-projek yang diselia oleh KASA tercapai?TUAN IBRAHIM: Kewujudan KASA serentak dengan kewujudan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sebelum ini agensi KASA berada dalam pelbagai kementerian tetapi apabila diwujudkan kerajaan PN, maka kita tubuhkan satu kementerian khas untuk jaga alam sekitar dan sektor air.Jadi, ada dua elemen. Apabila kedua-dua ini digabungkan, saya rasa ini adalah satu kejayaan yang besar kerana sebelum ini usaha untuk meletakkan sektor air di bawah alam sekitar amat sukar.Apabila saya ambil alih, apa yang saya buat ialah dengan mengadakan satu perbincangan dengan pegawai kementerian tertinggi untuk melihat apa yang telah dibangunkan sebelum ini.Kedua, kita meletakkan satu pelan hala tuju kementerian untuk 10 tahun bermula tahun 2020 hingga 2030. Ada yang melibatkan pindaan peraturan.Ini kerana apabila banyak pencemaran, kita perlu ada pemantauan yang kuat. Akta yang ada sekarang ini ialah Akta 1974, jadi kita perlu semak balik. Kita lihat adalah keperluan untuk tingkatkan denda sehingga RM10 juta dan mandatori penjara.Ini antara perubahan yang kita buat. Ada juga kita kekalkan dengan polisi lama yang saya fikir positif dan bagus. Ini kerana kita bukan hanya ada komitmen dengan peringkat negeri tetapi dengan agensi antarabangsa.Ketiga, kita tubuh satu unit jenayah alam sekitar. Kita bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat punca berlakunya pencemaran.Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapatkan maklumat berhubung siasatan forensik. Setakat ini tindakan forensik kita dilihat sangat berkesan.Keempat, kemudahan teknologi. Sebagai contoh penggunaan dron. Ini penting bagi memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.Fokus utama kita ialah kita nak jaga sumber air. Kita akan bina 10,000 kilometer denai di tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam sehingga menjelang tahun 2030 sebagai langkah pencegahan pencemaran di kawasan itu.Selain denai sungai, kita juga tingkatkan perkhidmatan air. Kita bakal perbanyakkan loji dan lihat bagaimana sumber air ini menjadi bahan dan dana sumber kewangan bagi negeri-negeri yang ada air.Sekarang ini kita sudah pun melaksanakan pengkelasan air yang mana ia akan dikelaskan dengan gred-gred tertentu seperti gred satu dan gred dua.Kedua-dua gred ini mungkin merangkumi kualiti air yang bagus, jernih dan mempunyai takungan yang baik. Bila kita ada bekalan air bersih, syarikat operator air akan jimat kos rawatan.- Boleh Datuk Seri jelaskan mengenai isu perjanjian penjualan air di antara negeri-negeri ?Sumber air adalah di bawah kerajaan negeri. Kerajaan Pusat tiada kuasa. Apa yang kita boleh usahakan ialah dengan mewujudkan satu mekanisme supaya semua negeri ikut garis panduan yang ditetapkan.Isu penjualan air ini membabitkan Pahang dan Selangor, itu sahaja. Alhamdulillah. kita ada Majlis Air Negara iaitu satu agensi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri dan ahlinya. Selain KASA, banyak kementerian lain terlibat termasuk Menteri Besar. Badan ini ditubuhkan bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu air meskipun ia sebenarnya di bawah kerajaan negeri.Syarikat operator air boleh buat pinjaman daripada agensi kementerian untuk bangunkan sektor air. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan lesenkan kepada agensi itu dan operator mesti ikut peraturan yang dilesenkan.Tuan IbrahimIni kaedah kita nak kawal selia. Bukan nak ambil alih tugas, tetapi nak kawal selia supaya pengguna dapat bekalan air yang baik, sumber air tidak terganggu, kemudian elemen pengawasan kepada sumber dapat kita jaga.Hasrat saya kalau boleh kita lihat semua kawasan yang tiada air ini digazetkan sebagai kawasan hutan simpan kekal yang tak boleh diberi lesen pembalakan tetapi ini bidang kuasa kerajaan negeri.Cuma pandangan kami di peringkat kementerian, semua kawasan tadahan air dan semua kawasan sumber air penduduk hendaklah digazetkan kawasan itu supaya jangan bagi pembalakan.Pada masa depan kita bakal berdepan dengan isu besar iaitu isu air. Sumber air kita semakin cetek dan tercemar.Ada rakyat yang masih bergantung kepada air bukit, dia pergi jauh daripada sumber utama paip. Jadi bergantung pada air bukit. Apabila pembalakan berlaku, sumber air akan kering dan sungai makin cetek. Jadi kita harap dengan adanya Majlis Air Negara ia akan memandu ke arah yang lebih baik.- Adakah ia menjadi satu cabaran kepada KASA apabila isu air dan pembalakan ini berlaku meskipun ia sebenarnya di bawah kerajaan negeri?Di peringkat pusat, pembalakan di bawah Kementerian Sumber Asli tetapi bidang kuasa hutan masih di bawah kerajaan negeri. Kita tidak mahu ambil alih tugas dan tidak mahu campur tangan.Cuma bagi kita, kita kawal selia di peringkat kementerian, kita selalu bincang dengan kerajaan negeri sebab kerajaan negeri pun memang perlu pergantungan sebab nak membangunkan sektor air ini, besar bajetnya dan mencecah berbilion ringgit. Kalau kita tidak urus dengan betul, kita akan habis belanja yang banyak.Alhamdulillah, baru-baru ini kita berjaya menandatangani satu migrasi air dengan semua kerajaan negeri. Kita hapus kira satu bilion hutang kerajaan negeri Pahang.Kaedahnya ialah semua aset air dinilai. Katalah kita nilai lebih kurang RM1.4 bilion, semua ini dicagar kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAP). PAAP biaya semua sekali, jadi syarikat air negeri ada duit dan bayar hutang tersebut dalam tempoh 40 tahun.Lima tahun pertama tak perlu bayar lagi. Dengan harapan selepas lima tahun mereka akan stabil dan akan mula bayar kepada PAAP. Ini adalah kaedah yang kita buat.Baru-baru ini kita minta kerajaan Pulau Pinang ambil alih untuk Empangan Mengkuang fasa satu yang mana sebelum ini sudah tersangkut lama. Kalau kita tidak buat penyerahan, kerajaan Pusat kena tampung banyak perkara.Saya ada tiga lagi perkara yang dalam proses termasuklah bekalan air daripada Perak ke Pulau Pinang. Itu masih belum selesai dan kita perlu bincang. Untuk isu bekalan sumber air di Melaka ia mula menjadi kritikal apabila tiba waktu kemarau.Kementerian menghadapi masalah untuk membangunkan semua lembangan sungai di sempadan ekoran daripada isu yang ditimbulkan oleh beberapa negeri.Justeru, kena ada satu pusat untuk urus masalah tersebut. Setiap negeri masing-masing ada kepentingan. Kadang-kadang ada polemik di antara negeri-negeri.Ditambah pula kalau ada perbezaan politik. Seperti saya sebut tadi isu air dan alam sekitar antara isu merentasi parti politik. Saya ambil tindakan dengan tidak mengambil kira isu perbezaan politik. Kita kena pentingkan isu kebajikan dan keperluan rakyat.- Air di Selangor sering mengalami gangguan bekalan sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Jadi, di pihak KASA sendiri macam mana?Bila berlaku perkara ini, saya turun sendiri sampai ke loji dan ambil tahu apa masalahnya. Pertama sekali, pergantungan pada satu sungai. Hampir empat lima loji bergantung pada satu sumber sahaja.Katalah sungai Selangor tercemar, pasti semua loji akan ditutup. Bila lima loji ditutup, hampir 60 peratus rakyat tiada bekalan air. Jadi masalah kita ialah pencemaran.Pencemaran ada dua. Pertama, pencemaran yang boleh kita kesan. Kita ada alat pengesan dan semua loji terlibat kita akan pasang. Kalau berlaku pencemaran dan perubahan pada keadaan air, sistem kita akan dapat kesan. Kedua, pencemaran bau. Pencemaran bau ini kita tiada alat untuk kesan.Jadi untuk makluman, pengesanan di loji-loji akan dilakukan secara manual yang air diambil kemudian dihidu. Isunya, kita ambil air di loji bererti pencemaran dah masuk loji.Kalau kita nak ambil air sungai, tunggu tepi sungai, satu kerja pula. Jadi, bila air dah masuk loji, kita hentikan loji. Jadi kita tidak boleh bagi notis. Jadi inilah yang menyebabkan penduduk mengalami gangguan bekalan air sehingga empat lima hari, malah seminggu. Bila berlaku demikian, apakah penyelesaian?Selepas saya jadi menteri, saya wujudkan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). Bila air sungai tercemar dan kita hentikan loji, kita boleh ambil air dari takungan kita.Sekurang-kurangnya pengguna tidak terhenti bekalan air. TAPS ini boleh tampung sehingga 14 hari. Kemarau pun kita boleh tampung.Kedua, isu margin simpanan. Di Selangor, margin simpanan sedikit sahaja iaitu 1.2 peratus. Kebanyakan negeri tidak ada. Justeru, margin simpanan perlu ditingkatkan.Ketiga, air tidak berhasil (NRW). Kalau kita nak lihat sektor air kita ada kesan holistik dan menyeluruh. Jadi, ketiga-tiga komponen ini perlu ada.- Dengan ketiga-tiga komponen tersebut terutamanya TAPS, adakah ini memberikan harapan kepada rakyat di Lembah Klang bahawa masalah air yang dihadapi mereka ini akan berakhir ?Insya-ALLAH. Untuk Selangor ini, kementerian ada beberapa langkah besar yang sedang dilaksanakan. Yang pertama, kita akan bangunkan loji rawatan air (LRA) di dua tempat iaitu di Semenyih dan di Sungai Selangor. Dengan ini, Selangor akan memiliki dua sumber yang besar.Yang kedua kita akan tingkatkan perpindahan air daripada Pahang iaitu daripada LRA Langat Dua fasa dua yang kita sedang bangunkan pada ketika ini. Dengan pembinaan ini, ia akan memaksimumkan air daripada Pahang yang boleh bertakung.Yang ketiga, kita sedang membangunkan juga air daripada Sungai Klang melalui LRA Sungai Rasau. Dengan kesemua pembinaan ini, ia bermakna rancangan kita ialah untuk memperbanyakkan lagi TAPS.- Untuk inisiatif yang Datuk Seri cadang dan rancang bersama KASA itu, berapa tempoh masa yang diperlukan untuk perkara itu dicapai sepenuhnya dan seterusnya menyelesaikan masalah air rakyat di Selangor?Ada rancangan yang dijangka siap pada tahun 2023 iaitu dalam tempoh tiga tahun lagi. Ada yang lima tahun dan ada yang 20 ke 30 tahun. Ada yang segera.Contohnya yang tahun 2023 ini, antara yang kita tengah usahakan ialah supaya air terawat ini digunakan untuk keperluan yang utama.Sekarang ini semua air terawat kita guna untuk semua perkara termasuk basuh kereta dan siram pokok bunga, malah kilang industri pun menggunakan air terawat.Tuan Ibrahim (kiri) diberi penerangan oleh Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Kota Belud Jaffri Bahan (kanan) mengenai kawasan tambatan banjir yang akan dibina di sungai Tempasuk ketika melakukan lawatan di kawasan banjir dan projek tebatan banjir pada Sabtu. -Foto BernamaJadi sekarang ini kita nak ubah dengan cara air yang dirawat daripada kilang industri itu kita akan bekalkan semula kepada kilang industri. Bukan untuk makan minum tetapi untuk industri.Jadi kalau kita boleh nak tingkatkan hampir sejuta liter sehari bagi air yang dilepaskan ke sungai daripada setiap pusat kumbahan kita.Kalau kita boleh manfaatkan air ini dan bangunkan ia supaya air yang terawat ini kita dapat hantar kembali kilang industri, Jadi mereka tak perlu guna air tapis yang kita bekalkan kepada penduduk.- Kalau usaha ini berjaya dilakukan, berapa peratus penggunaan air terawat itu akan berjaya dijimatkan dan meningkatkan apa yang disebutkan sebagai margin simpanan tadi?Kalau kita boleh bangunkan keseluruhan apa yang disebutkan tadi, ia menjimatkan hampir 40 peratus. Cuma sekarang ini isunya adalah pusat kumbahan kita ini masih lagi tidak bersepadu. Jadi, kita kena bangunkan fasiliti.Sekarang ini kementerian dalam rangka untuk mewujudkan sebuah sistem loji kumbahan yang berpusat. Barulah kita boleh manfaatkan air tersebut.Sekarang ini kalau untuk rumah itu satu bab tetapi bagi yang memiliki rumah besar, dia ada satu pusat kumbahan yang kecil.Jadi kita nak selenggara pun payah sebab ia melibatkan jumlah yang banyak. Jadi di bawah Indah Water Konsortium (IWK), kita bangunkan pusat-pusat kumbahan bersepadu.Kemudian kita hendak manfaatkan penggunaan air hujan. Sekarang ini, air hujan kita buang macam itu sahaja tetapi kita boleh takung dan guna untuk basuh kereta.Cuma isunya takut air hujan tercemar, jadi kita perlu ada penapisan dan yang keduanya bila takung, nanti ada jentik-jentik pula. Itu dah jadi isu lain.Jadi kita kena bangunkan kaedah supaya kita boleh manfaatkan air hujan dalam aktiviti seperti basuh kereta dan siram pokok bunga.- Dua tahun lepas, menteri sebelum ini ada memberitahu bahawa terdapat 25 sungai yang tercemar di Malaysia. Apa usaha KASA mengenai isu ini ?Baru-baru ini saya ada pergi ke satu sungai yang tercemar teruk iaitu Sungai Gong. Sungai ini airnya hitam dan tiada kehidupan. Kita ambil air dan periksa kadar oksigen dalam air pun peratusnya menunjukkan tiada benda boleh hidup dalam sungai ini.Sebab itu saya bagitahu, sebelum sungai ini mati, kehidupan dalam itu akan mati dulu. Kadang-kadang saya akan pergi ke satu sungai sebab saya minat masuk hutan, bila saya pergi menyelam tengok, tiada ikan.Ada satu sungai di Pahang, sungai ini tiada kehidupan walaupun airnya jernih dan cantik, tapi ikan dan udang kita tidak jumpa. Yang saya jumpa adalah tong racun, bekas baja dan bahan buangan.Ini bermakna sungai ini sebenarnya penuh dengan bahan kimia seperti baja dan lain-lain yang dibuang daripada bahagian atas. Jadi bila berlaku macam itu, sungai ini sebenarnya bagi saya dah mati.Walaupun istilah sungai mati itu untuk sungai yang memang dah tercemar teruk tetapi bagi saya sungai yang hidup itu adalah bila ada kehidupan. Kalau tidak ada kehidupan, saya menganggap sungai itu dah mati.Bererti jumlah sungai yang sudah mati bukan 25 sungai sebenarnya tetapi mungkin dah beratus sungai. Jadi apa yang kita nak buat?Pertama, kita di kementerian akan kita kenal pasti sungai itu dan lakukan pemeriksaan sebelum mengambil tindakan segera kepada mereka yang melakukan pencemaran.Tuan Ibrahim (kanan) menunjukkan lakaran landskap denai Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang akan berwajah baharu ketika tinjauan di sungai berkenaan.Sebagai contoh, di Sungai Gong baru-baru ini kita ambil tindakan saman terhadap beberapa buah kilang yang mencemarkan sungai selama tempoh bertahun-tahun.Saya jumpa nelayan di situ, dia kata sungai ini dulu kami menjala ikan dan ia merupakan sumber pendapatan mereka tetapi hari ini tiada kehidupan.Yang kedua kita kena bersihkan sungai dan bangunkan denai dan saya satu hari saya nak tengok sungai ini bertukar menjadi jernih.Kementerian dan kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menghentikan sumber pencemaran dan bangunkan semula kawasan tersebut termasuk kawasan nelayan yang sangat teruk dan terbiar.Saya menangis bila pergi tengok. Jadi saya kata kawasan ini kita akan ambil alih dan bina semula pengkalan nelayan ini untuk kehidupan mereka dan kita akan buat satu kunci air supaya air masin ini dapat kita kawal sebab ia tepi laut.Untuk pemantauan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ada satu kaedah untuk kita pantau semua lembangan sungai dan kita harapkan sebarang pembangunan di pinggir sungai mesti ikut pelan yang telah kita bangunkan.- Berkenaan dengan migrasi hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat, Datuk Seri kata perjanjian itu hampir kepada semua negeri. Setakat ini berapa peruntukan untuk pelaksanaan migrasi tersebut?Pertama sekali semua hutang luar bandar kita hapuskan terus, kemudian semua aset syarikat air itu kerajaan negeri akan jadi cagaran kepada PAAP.Contohnya, kita nilai RM1.4 bilion dan PAAP boleh bagi pinjaman berdasarkan penilaian itu kepada syarikat air Pahang untuk dibangunkan. Jadi ia tidak sama antara satu negeri dengan negeri yang lain.Contoh, macam Kelantan saya dapat maklumat mungkin dalam RM200 juta ke RM300 juta sahaja.Kedah lebih kurang RM600 juta. Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai dan itu masih dalam perbincangan.Apabila dimigrasikan kepada kerajaan Pusat, pertama dia boleh buat pinjaman daripada PAAP.Pinjaman kepada PAAP ini satunya pinjaman cara Islam, dan keduanya ia tidak seperti membuat pinjaman daripada institusi bank. Jadi tempoh pembiayaan diperuntukkan itu untuk bagi jangka waktu yang lama contohnya 40 tahun.JAS mendapati kemusnahan alam sekitar yang berlaku di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang berpunca daripada tapak projek kuari granit.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Mac 2021 11:10am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/129180/berita/wawancara/lsquosaya-tidak-malu-rakyat-perlu-tahursquo", "article_title": "\u2018Saya tidak malu, rakyat perlu tahu\u2019", "article_text": "KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tampil dalam program \u2018Sinar Live Bersama KPN\u2019 di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.Dalam temu bual selama satu jam itu, beliau menyentuh pelbagai perkara termasuk pencapaian beliau dalam tempoh dua tahun mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain isu darurat dan ancaman semasa negara.Berikut ialah sedutan wawancara bersama beliau yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.JOHAN: Sewaktu Tan Sri dilantik sebagai KPN dua tahun lalu, ada dua isu besar Tan Sri tekankan iaitu kepolisan dan keyakinan rakyat. Bagaimanakah pencapaian dua sasaran tersebut?ABDUL HAMID: Misi utama saya apabila saya diwawancara oleh Tan Sri (Johan) setahun yang lalu adalah mahu memperkasa semula pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penghormatan dan keyakinan orang ramai terhadap institusi kepolisan.Pada saya, usaha itu masih gigih saya teruskan sehingga hari ini. Saya tidak dapat memberikan ukuran pencapaiannya tetapi terpulang kepada orang ramai sama ada usaha saya ini mencapai atau tidak lari daripada tujuan asal saya dulu.Abdul Hamid mahu memperkasa semula pasukan PDRM.Bagaimana mahu membuat perimbangan antara kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan dengan tindakan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan lebih buruk lagi?Saya mengambil pendirian untuk sentiasa menyuburkan lagi prinsip-prinsip demokrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka boleh bergiat dalam apa jua bentuk selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.Sekiranya kegiatan atau pertuturan mereka melanggar undang-undang, barulah saya ambil tindakan. Tetapi tindakan yang diambil adalah berhemah. Saya tidak membenarkan pegawai-pegawai saya mengambil tindakan secara emosi, mensensasikan satu-satu kes, atau menguar-uarkan bertujuan mengaibkan satu-satu pihak. Tidak, saya tidak benarkan.Adakah Tan Sri ada menyimpan dendam kepada sesiapa, walaupun Tan Sri pernah diketepikan sewaktu pemerintahan kerajaan yang lalu?Tak ada. Insya-ALLAH tak ada.Beberapa minggu lepas, Datuk Zamri Yahya daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman membuat kenyataan ada pegawai polis yang hidup mewah ala orang kaya, mereka bercuti di luar negara ditaja oleh pihak tertentu, berkereta mewah, dan mempunyai peralatan golf mewah. Keberanian Datuk Zamri mendedahkan hal seperti ini memeranjatkan rakyat, tetapi pada pendapat saya bagi pihak polis tentulah ia perlu dilakukan. Apa komen Tan Sri?Tindakan Datuk Zamri itu memang mendapat cemuhan dari dalam PDRM atau mungkin daripada kumpulan-kumpulan pesara, mengapa seorang pegawai tinggi sanggup mendedahkan pekung?Tetapi demi kepentingan negara dan orang ramai, PDRM tidak boleh lagi menutup segala yang berlaku dalam PDRM. PDRM milik negara. Orang ramai ada hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik daripada PDRM.Kami dibayar gaji, bukan kami dipaksa (bekerja). Sesiapa yang masuk PDRM ini adalah secara sukarela dan mesti sanggup menegakkan undang-undang. Tetapi bila diberikan kuasa, ada pula yang menyeleweng.Jadi apa yang didedahkan oleh Datuk Zamri itu mula membuka mata. Bermulalah satu tahap baharu dalam pengurusan PDRM di mana saya sendiri sanggup berkongsi cerita-cerita yang tidak baik sebagai satu pengajaran dan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa polis tidak akan melindungi atau bersekongkol untuk menutup perkara-perkara jijik tadi.Maksudnya tak payah \u2018sapu di bawah karpet\u2019 lagi?Tak payah. Demi negara saya tidak malu. Biarlah orang kutuk saya, sudah beberapa tahun jadi Ketua Polis Negara masih berlaku lagi (rasuah). Tak apa, saya terima. Saya tak akan hilang fokus.Wawancara bersama Ketua Polis Negara yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.Dulu kita dengar cerita ada jutawan dalam kalangan polis yang masih berkhidmat. Adakah perkara ini Tan Sri beri perhatian serius?Kita ada buat semakan tentang harta dan wang simpanan mereka. Pemerhatian di bawah juga dilakukan sekiranya ada pegawai dilihat mewah kehidupannya. Pihak Jabatan Integriti serta-merta akan membuka dan mengambil tindakan untuk menyiasat.Akhir-akhir ini ada pimpinan tinggi polis yang menampakkan keberanian luar biasa, sebagai contoh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Apakah Tan Sri rasa pegawai seperti ini akan bertahan lama dengan ancaman, ugutan dan sebagainya?Insya-ALLAH mengambil kira apa yang Tan Sri sebut tadi, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan, saya mengenali beliau dari zaman muda lagi apabila kami sama-sama bertugas dalam bahagian khas dulu.Beliau seorang yang tegas, berintegriti dan berani. Jadi saya menjangkakan beliau boleh bertahan. Rata-rata dalam PDRM sekarang ini ada kesedaran bahawa budaya-budaya yang menyimpang dan menyeleweng semakin lama semakin dipandang jijik oleh warga PDRM sendiri. Saya amat bersyukur perasaan itu semakin meningkat dalam kalangan anak-anak buah saya.Secara kebetulan, Ayob Khan berani menyuarakannya. Tetapi ada lagi pegawai-pegawai (yang sepertinya), saya rasa ramai. Saya yakin mereka sama-sama berintegriti, tapi mereka bekerja dalam stail yang berlainan. Tapi ada juga yang masih lagi dibuai dengan mimpi-mimpi palsu, yang meneruskan kehidupan (kegiatan) haram ini.Ada pandangan yang mengatakan darurat sekarang sebenarnya boleh menimbulkan masalah lain ataupun sebagai alasan mempertahankan kerajaan. Apa pandangan Tan Sri?Insya-ALLAH saya tidak akan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Kuasa dan pindaan yang diberikan atas akta berita palsu misalnya.Dulu kes-kes sebegini memerlukan kuasa daripada pendakwa raya untuk kita memulakan siasatan.Untuk mendapatkan kuasa tersebut yang dipanggil Order to Investigate (OTI), kebenaran untuk kita nak buka kertas siasatan mungkin memakan masa dua hingga empat minggu. Sedangkan berita palsu sudah tersebar sehingga orang ramai panik dan takut.Jadi apabila dibuat pindaan ini, insya-ALLAH saya akan terus mengingatkan pegawai-pegawai saya supaya jangan gunakan (kuasa) sewenang-wenangnya tetapi mesti dihalusi sehalus-halusnya bagi mewajarkan kuasa untuk menangkap tanpa waran ini dapat dilaksanakan dengan adil.Saya tertarik dengan berita Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pergi ke sebuah rumah flat dan berjumpa dengan seorang wanita yang mencuri barang daripada pasar raya kerana anaknya sakit. Beliau bukan datang untuk menangkap tetapi untuk memberi bantuan. Dengan pandangan-pandangan negatif terhadap pihak polis, apakah jenis komuniti polis seperti ini dapat dilakukan?Saya lihat tindakan pegawai tersebut mendapat sanjungan orang ramai. Inilah yang saya galakkan. Dia seorang pegawai yang sanggup mengambil langkah lanjut untuk keluar daripada norma-norma tindakan biasa.Saya amat menggalakkan kerana tindakan sebegini sekiranya diamalkan oleh pegawai-pegawai saya, akan memberikan imej yang cukup baik bahawa pihak polis itu adalah organisasi berperikemanusiaan dan sensitif dengan keadaan di bawah.Adakah Tan Sri yakin PDRM bersedia menghadapi pelbagai ancaman semasa daripada jenayah dagang, jenayah siber dan sebagainya?Baru-baru ini saya ada meluahkan harapan saya agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat menimbangkan permohonan saya untuk menambah kekuatan, satu di bahagian narkotik, nombor dua di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.Alhamdulillah saya juga dapat lihat semangat pegawai-pegawai bahagian siasatan jenayah komersial ini untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam menangani kes-kes berkaitan.Banyak seminar dan kursus dalaman diadakan dengan bantuan universiti, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan agensi penguat kuasa asing dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea dan Taiwan.Seminar dalaman melalui dalam talian juga diadakan untuk pegawai-pegawai menimba ilmu secepat yang boleh kerana jenayah-jenayah high tech ini berubah dengan cepat sekali.Saya yakin dengan pertambahan jawatan yang saya pohon daripada JPA, saya akan dapat mantapkan struktur ini supaya kes-kes scam dapat ditangani dengan cepat.Abdul Hamid (tengah) bersama pegawainya semasa hadir untuk program \u2018Sinar Live Bersama KPN\u2019 di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.Dulu kita tak banyak isu membabitkan gangguan seksual. Tapi baru-baru ini juga ada kes melibatkan PDRM. Apa reaksi Tan Sri?Perbuatan itu salah, menyalahi undang-undang dan tidak sepatutnya dilakukan. Tapi saya beri jaminan bahawa perkara itu tidaklah begitu banyak berlaku dalam organisasi polis. Hanya sedikit. 10 ke 15 tahun dulu juga ada kes begini timbul. Jadi ia bukan pandemik dalam PDRM. Hanya kes terpencil. Di pihak saya juga tidak ada perlindungan, kita akan ambil tindakan.Mana yang lebih bahaya, orang politik yang menggunakan kedudukannya untuk memecahbelahkan negara atau ancaman lain seperti pengganas yang belum nampak tapi masih merupakan duri dalam daging dalam masyarakat kita?Soalan ini memang tricky. Kegiatan yang Tan Sri bayangkan tadi, kesannya meruntuhkan negara. Impaknya jika kita tidak kawal, akan berlaku rusuhan kaum, rusuhan agama, dan perbalahan antara wilayah misalnya. Ia akan menyebabkan negara kita runtuh dan hancur.Hal jenayah ini insya-ALLAH boleh kami tangani.Sekiranya kegiatan ini berjaya menarik penyertaan orang ramai dan menyakitkan hati, saya bimbang ia akan menjadi satu konflik terbuka yang menyebabkan hancurnya negara.Apa komen Tan Sri tentang Kempen Rasuah Busters Sinar Harian?Saya menyokong kempen Rasuah Busters Sinar Harian. Usaha Sinar Harian menggunakan medium media arus perdana ini dapat mencapai masyarakat secara meluas. Kita tidak boleh lagi tutup mata membiarkan rasuah begitu sahaja. Negara tak boleh dibiarkan rosak dengan amalan rasuah.PDRM ada mekanisme yang secukupnya untuk mengangani rasuah ini?Saya perkasakan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Saya juga kerap turun ke bawah memberikan motivasi kepada anak buah saya untuk membudayakan kerja yang sihat. Saya mahu menyedarkan mereka bahawa rasuah itu adalah salah dan jijik, jadi hentikannya!Program \u2018Sinar Live Bersama KPN\u2019 di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.Tapi Tan Sri tahu tentang persepsi rakyat tentang perbuatan \u2018pau\u2019 oleh anggota polis, apabila ditahan, diminta sesuatu. Bagaimana Tan Sri mahu sasarkan hal ini?Hari demi hari, kelmarin (Rabu) pun ada tangkapan ke atas pegawai trafik. Kelmarin juga ada tangkapan memeras ugut orang ramai dengan perbuatan \u2018pau\u2019, saya juga mangsa kena \u2018pau\u2019 dulu.Saya anggap ini satu lagi perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan sepatutnya tidak diamalkan lagi. Saya lihat budaya dalam kalangan anggota bawah ini satu ketika dulu cukup meluas.Tetapi sekarang, saya galakkan pemberi maklumat dalam kalangan rakan-rakan mereka untuk disampaikan kepada Jabatan Intergriti, saya atau timbalan saya atau pengarah-pengarah, jika ada unsur rasuah dalam kalangan mereka.Ada sistem untuk pemberi maklumat ini menyampaikan maklumat?Ada. Dengan WhatsApp pun boleh. Saya amat menggalakkannya. Saya tak akan cari pendekatan untuk menghukum pemberi maklumat. Tapi biarlah ikhlas, jangan ada agenda yang tidak baik.Tan Sri puas hati dengan kebajikan anak buah?Saya dapat tahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri mengambil berat. Hasil perbincangan, banyak lagi projek untuk membaik pulih berek-berek usang untuk didiami. Saya telah bawa ke KDN dan ia akan diambil perhatian serius termasuk kemudahan menggunakan hospital tentera oleh pesakit PDRM.Saya juga bawa ke KDN, kalau kita tak dapat bina berek polis di Lembah Klang, tolong pertimbangkan elaun sewa mereka dapat dinaikkan. Mereka terpaksa menyewa dengan kos sewa bulanan yang tinggi. Secara keseluruhan, saya sudah lakukan yang terbaik.Apa Tan Sri mahu buat selepas pencen jika tidak disambung kontrak KPN?Saya memandang ke hadapan, saya sudah bersedia (untuk bersara) dan saya tak sabar untuk melakukan semula hobi saya bercucuk tanam.Apa nasihat Tan Sri kepada anggota jika khidmat Tan Sri berakhir pada Mei nanti?Saya menyeru kepada semua agar sama-sama memahami wawasan saya untuk mengembalikan penghormatan kepada pasukan PDRM dengan membuang yang keruh dan meninggalkan amalan yang tidak baik.Tingkatkan amalan jati diri. Hentikan perbuatan menganiaya, membuli, mengugut orang ramai. Gunakan kuasa untuk bantu orang ramai. Sedarlah sebelum terlambat.Jika masih ingat, saya ada sebut bagaimana berakhirnya mereka dengan memakai baju jingga (baju reman). Sejak itu, berdozen-dozen pegawai dan anggota saya pakai baju itu.Kita akan tanya balik kepada mereka apa perasaannya? Menyesal tidak berguna. Itu di dunia, di akhirat?Ingatlah sama ada duit yang kita ambil dengan cara salah itu benar-benar boleh membawa kebahagiaan kepada keluarga kita. Kita mungkin terlepas di dunia ini tetapi ingat di akhirat nanti. Rasuah adalah dosa besar.", "reading_time": "4", "article_dt": "19 Mac 2021 10:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/128328/berita/wawancara/misi-kerajaan-perikatan-nasional-selamatkan-negara", "article_title": "Misi kerajaan Perikatan Nasional selamatkan negara", "article_text": "[WAWANCARA] Dalam wawancara selama satu jam di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengupas pelbagai persoalan tentang krisis ekonomi dan politik semasa.Beliau meletakkan keyakinan tinggi terhadap pemulihan ekonomi menerusi program vaksin yang sedang berlangsung sekarang.Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) turut mengupas tentang hasrat rakyat untuk melihat politik perpaduan menjadi agenda utama negara.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Azmin yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Nurhidayah Hairom dan Muhammad Amnan Hibrahim.SINAR AHAD: Apakah pencapaian terbesar Datuk Seri sejak menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)?AZMIN: Antara peranan MITI dalam tempoh pandemik Covid-19 ini adalah mengimbangi antara tuntutan keselamatan dan kesihatan dengan kesejahteraan ekonomi dan pendapatan rakyat.Kalau kita teliti, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama pada 18 Mac tahun lalu menyaksikan penguncupan ekonomi negara sebanyak 17.1 peratus dalam tempoh tiga bulan sahaja. Penguncupan amat besar ini tidak pernah berlaku.Untuk memulihkan dan mencerdaskan semula ekonomi, kita terpaksa menyuntik sebanyak RM320 bilion. Bukan sahaja untuk membantu industri dan syarikat yang besar, tetapi juga peniaga-peniaga kecil termasuk \u2018Mak Cik Kiah\u2019 bagi melindungi pekerjaan dan menjamin pendapatan mereka.Kita lihat juga kesan kepada pengangguran pada suku kedua tahun 2020 mencatatkan 5.3 peratus. Walaupun setelah suntikan pakej rangsangan ekonomi ini untuk keseluruhan tahun 2020, pengangguran dicatatkan pada kadar 4.8 peratus. Ini antara cabaran yang besar MITI. Alhamdulillah setelah setahun kita melalui pandemik Covid-19 ini, hari ini hampir kesemua sektor ekonomi telah pun dibuka. Lebih 15 juta tenaga kerja rakyat Malaysia kembali bekerja. Pada masa sama kita juga dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19 ini. Jadi inilah kejayaan kita dalam tempoh setahun ini.Mohamed Azmin ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Adakah ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional telah berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia?Ya, saya bersetuju walaupun ada segelintir pihak cuba memperlekehkan usaha-usaha kerajaan. Bagi saya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi cabaran yang cukup besar.Negara kita menghadapi krisis politik pada awal tahun 2020 disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri. Kemudian kita menghadapi pandemik Covid-19 dan impak daripada pandemik ini kita juga berdepan krisis ekonomi.Bagi saya untuk menguji kekuatan dan kepimpinan seseorang itu adalah apabila seseorang itu mampu menguruskan sesuatu krisis. Saya lihat Muhyiddin telah menguruskan ketiga-tiga krisis ini serentak dengan tenang, tegas dan bertanggungjawab. Beliau fokus kepada dua perkara, pertama menangani Covid-19 dan kedua memulihkan ekonomi.Kepimpinan inilah yang telah menghasilkan suasana yang lebih stabil hari ini dan kita lihat hasilnya penularan Covid-19 semakin terkawal. Suasana ekonomi sudah semakin baik. Kalau ikut unjuran yang telah dilaporkan, Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan baik antara 6.5 hingga 7.5 peratus tahun ini.- Ada pihak mendakwa langkah kerajaan melaksanakan perintah darurat memberi kesan negatif terhadap aliran pelaburan langsung asing (FDI). Apa komen Datuk Seri?Proklamasi darurat yang diperkenankan Seri Paduka Baginda adalah berasaskan keperluan semasa. Saudara ingat pada tahun lepas kerajaan juga telah memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat, namun Seri Paduka Baginda berpandangan tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat kerana kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk mengawal penularan Covid-19.Tetapi saudara sedia maklum setelah itu kita ada gelombang yang kedua dan gelombang ketiga. Angka-angka ini terus meningkat menyebabkan ada keperluan untuk kita menyelaraskan semua peranan di peringkat Persekutuan dan negeri, kementerian dan jabatan bagi menangani Covid-19.Sekali lagi kerajaan memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda untuk mengisytiharkan darurat. Darurat kali ini semata-mata untuk menguruskan Covid-19 kerana darurat ini membolehkan pindaan kepada beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dilakukan secara \u2018laluan pantas\u2019.Setakat ini Seri Paduka Baginda telah pun memperkenankan beberapa ordinan untuk dilaksanakan dalam tempoh darurat yang dapat dibuat dalam masa yang cepat. Kalau kita nak pergi ke Parlimen, nak buat bacaan kali pertama, bacaan kali kedua, bacaan kali ketiga, itu satu proses yang panjang dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis.Yang kedua, saya juga ingin tegaskan inilah kali pertama apabila darurat disytiharkan, kita wujudkan jawatankuasa khas bebas yang terdiri daripada golongan profesional, pemimpin kerajaan dan pembangkang. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Maka sekali lagi membuktikan kerajaan PN di bawah Muhyiddin adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan cukup demokratik untuk memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa.Saya nak lontarkan persoalan ini kepada mereka yang mengkritik, darurat sebelum ini tidak ada tempoh, tetapi kali ini ada tempoh. Hanya enam bulan, bukannya enam tahun. Darurat sebelum ini tidak ada tempoh, dan tidak ada jawatankuasa khas bebas.Mohamed Azmin (tengah) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Bagaimana Datuk Seri melihat keadaan ekonomi Malaysia selepas program vaksinasi bermula?Kita meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi akan dapat suntikan vaksin ini termasuk juga warga asing sama ada komuniti diplomat, ekspatriat ataupun pekerja asing kerana prinsip kita \u2018Tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat\u2019.Baru-baru ini dalam mesyuarat menteri-menteri ekonomi ASEAN, Malaysia telah mencadangkan supaya mereka yang telah diberikan suntikan vaksin, akan diberikan pasport khas bagi memudahkan perjalanan di antara negara anggota ASEAN.Ini bakal memulihkan sektor pelancongan di rantau ini kerana sektor pelancongan terkesan teruk sepanjang pandemik Covid-19. Ini termasuk sektor penerbangan, perhotelan dan acara. Jadi kita jangka pasport ini boleh dilaksanakan segera.- Baru-baru ini Sinar Harian membuat tinjauan pendapat orang ramai tentang kerajaan sekarang, dari segi rating prestasi kerajaan nampaknya tidak begitu baik. Apakah perancangan untuk memastikan rakyat terus menyokong PN?Cabaran kita sekarang ini adalah soal komunikasi. Kita akan teruskan libat urus program-program turun padang supaya rakyat faham dan tahu apa yang kita buat. Sebagai contoh, kerajaan telah memberikan suntikan RM320 bilion untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).Ini satu jumlah yang luar biasa. Belum pernah sejarah kewangan negara dapat menyuntik dana sebesar itu. Tapi sejauh mana rakyat dapat memahami dalam keadaan sebegini sukar, kerajaan bertungkus lumus melindungi nyawa dan menjamin pendapatan mereka. Itu kita kena turun ke bawah dan beritahu.Sehingga 26 Februari 2021, untuk satu skim sahaja iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerajaan telah membantu 10.5 juta rakyat Malaysia yang melibatkan kos RM17.17 bilion. Kemudian kita ada Bantuan Sara Hidup (BSH). Kita telah bantu 4,264,000 orang melibatkan peruntukan RM426.4 juta.Geran Khas Prihatin (GKP) untuk usahawan kecil pula sebanyak RM3,000 seorang, kita telah belanjakan sebanyak RM2.55 bilion untuk bantu 848,512 peniaga kecil. Bagi Bantuan Subsidi Upah, walaupun tidak pergi secara terus kepada pekerja, tetapi kita bantu majikan supaya tidak buang pekerja. Ini cara kita selamatkan majikan kerana mereka tidak dapat beroperasi, tetapi perlu bayar gaji, kos utiliti, dan sewa. Kita belanjakan RM13.53 bilion untuk membantu 327,908 majikan dengan syarat tak buang pekerja.Ini baru empat inisiatif sudah berbilion ringgit menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan ini. Mungkin ada pihak yang cuba mempolitikkan mengatakan kita tidak bantu tetapi bagi saya angka-angka ini tidak menipu.- Datuk Seri pernah berjuang begitu lama dalam PKR. Apakah perasaan Datuk Seri apabila mengambil keputusan meninggalkan parti itu?Saya tidak meninggalkan PKR, saya dipecat bukannya oleh parti tetapi oleh individu yang mungkin berasa tergugat kedudukannya. Saya kesal kerana parti yang saya bina sejak 1999 itu diasaskan kepada agenda perjuangan yang cukup jelas iaitu untuk melakukan islah dan perubahan dalam sistem kenegaraan ini. Kita melalui satu proses yang amat getir.Saya sendiri dihumban ke dalam lokap dan penjara beberapa kali malah saya lebih awal masuk dalam lokap berbanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau masuk hanya pada 20 September 1998, saya dihumban ke dalam lokap pada 16 September 1998.Tetapi saya tidak lemah semangat. Alhamdulillah hasil daripada perjuangan, kami akhirnya dapat membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan. Namun apabila ada seseorang yang saya kira terlalu rakus dan ghairah untuk menjadi Perdana Menteri, sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan PKR ini menjadi parti sendirian berhad ataupun parti anak-beranak dan tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, maka saya tidak ada pilihan melainkan cuba melakukan perubahan dalam parti saya sendiri.Dalam pemilihan parti pada 2018 saya dan pasukan saya menang besar, namun ada pihak tertentu menggunakan kuasanya untuk memecat saya dan kumpulan saya. Bagi saya itu perkara yang sudah berlaku, namun perjuangan mesti diteruskan. Saya sekarang berada dalam parti Bersatu dan kerajaan PN. Saya akan teruskan perjuangan ini untuk kepentingan negara dan rakyat.Mohamed Azmin ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.- Apakah impian dan cita-cita Datuk Seri terhadap Bersatu?Bersatu mempunyai potensi yang besar. Walaupun Bersatu dibentuk untuk menggantikan UMNO, dan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera, hari ini Bersatu telah mengorak langkah yang lebih progresif dan membuka pintu kepada orang bukan Melayu dan bukan bumiputera.Ini satu perkembangan yang positif. Saya telah berbincang lama dengan Tan Sri Muhyiddin dan mencadangkan supaya Bersatu menjadi sebuah parti yang akan mewakili seluruh rakyat Malaysia. Walaupun paksi utama parti ini adalah Melayu dan bumiputera, namun Bersatu juga mesti mempunyai peranan untuk menjaga kepentingan dan hak bukan bumiputera dan bukan Melayu.Tahun lepas, kongres parti telah melakukan pindaan perlembagaan dan membuka Bersatu dengan satu sayap baharu yang disebut sebagai Bersekutu untuk menjaga, melindungi kepentingan dan hak bukan Melayu dan bukan bumiputera.Sejak itu saya lihat Bersatu menjadi lebih kuat dan kukuh. Begitu ramai anggota bersekutu yang telah menyertai semenjak tahun lepas. Harapan saya, satu hari nanti, Bersatu akan menjadi parti yang akan mempertahankan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan, mendukung cita-cita dan citra PN iaitu sebuah parti pelbagai kaum dan agama.- UMNO telah membuat keputusan untuk tidak menyertai PN pada PRU15, bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan terbaru ini?Ini bukan keputusan baru. Keputusan ini dibuat setiap bulan dari tahun lepas tetapi bagi saya, seperti yang kita telah putuskan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk terus memainkan peranan bagi menjamin kestabilan kerajaan dan juga memperkukuhkan perpaduan dalam PN.Kita mahu peranan ini terus dimainkan oleh Bersatu dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.UMNO sebagai contoh, mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri, tetapi sebagai parti politik, Bersatu, Pas, UMNO dan parti-parti yang lain, rakyat sedang memantau. Hari ini rakyat semakin matang, semakin bijak.Dalam PN, yang uniknya tiada \u2018Big Brother\u2019. PN tidak akan benarkan mana-mana parti anggota untuk mendominasi parti lain. Kita berpegang pada prinsip saling hormat menghormati antara satu sama lain. PN berpegang pada prinsip kekuatan itu harus digabungkan dan kelemahan itu harus kita selesaikan secara bersama.- Adakah kerusi Parlimen Gombak masih dikira sebagai kerusi selamat untuk Datuk Seri bertanding?Insya-ALLAH, saya tidak boleh mendakwa bahawa itu adalah kerusi saya. Pertama, pilihan parti itu adalah keputusan Muhyiddin sebagai Presiden parti. Saya akan akur kepada keputusan parti. Keduanya, saya telah berada di Gombak sekian lama. Saya menang 1999 di DUN Hulu Kelang dalam keadaan seluruh Selangor adalah kubu kuat BN, saya menang.Kemudian di peringkat Parlimen sehinggalah hari ini, satu tempoh yang panjang, saya telah memberikan khidmat saya kepada rakyat di Gombak dan seluruh negara. Saya serahkan kepada mereka. Itulah proses demokrasi setiap hujung penggal, lima tahun saya akan kembali kepada rakyat. Biarlah rakyat menentukan siapakah yang layak mewakili mereka di sesebuah kerusi Parlimen.Mohamed Azmin (kiri) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.ANEKDOTJika tidak masuk politik, Azmin guru MRSMDahulu saya pergi belajar ke luar negara atas tajaan Mara dan apabila balik ke Malaysia, saya mempunyai kontrak mengajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Saya pernah menjadi guru di MRSM Terendak, Melaka mengajar Matematik dan Matemaik Tambahan.Salah seorang murid saya ialah bekas Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Saya mengajar beliau di Tingkatan 4 dan 5 di MRSM Terendak. Saya meninggalkan bidang pendidikan dan menjadi pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan. Saya tidak pernah aktif dalam politik UMNO walaupun ketika Anwar menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jadi tidak benar dakwaan saya ada DNA UMNO.Bertemu Dr Mahathir di LondonSejak 1998, saya terputus hubungan dengan Dr Mahathir selama 17 tahun. Sebelum itu kami memang akrab. Majlis perkahwinan saya pada 1988 dihadiri oleh Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Saya masih ingat tarikh perkahwinan itu pun ditentukan oleh mereka iaitu pada 7 Ogos 1998 walaupun sebenarnya saya mahu pilih tarikh 8 Ogos 1988 (8.8.88).Sehinggalah 2015, saya mendapat mesej Tun ingin bertemu saya. Akhirnya pertemuan diatur di London dan buat kali pertama setelah terputus selama 17 tahun kami bertemu. Sekembali dari London, kami mula lancarkan gerakan deklarasi rakyat. Alhamdulillah setelah menang PRU 2018, Dr Mahathir mencadangkan saya ke peringkat pusat walaupun saya berat untuk meninggalkan Selangor.Cerita sebenar \u2018Langkah Sheraton\u2019Panjang cerita (langkah Sheraton). Saya akan menulis tentang perkara apa yang berlaku yang kononnya disebut sebagai Langkah Sheraton. Langkah Shareton hanya jamuan. Tapi yang digambarkan adalah satu revolusi berlaku.Buat masa ini, saya belum mahu menceritakannya. Satu masa nanti kita akan tahu apa sebenarnya berlaku. Apa pun kena terima hakikat Dr Mahathir meletakkan jawatan. Pastinya Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab mengisi kekosongan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Mac 2021 11:00am"} +{"author_name": "ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/127265/berita/wawancara/lsquosaya-bukan-bahan-dagangan-untuk-dijual-belirsquo", "article_title": "\u2018Saya bukan bahan dagangan untuk dijual beli\u2019", "article_text": "[MUKADIMAH] Suhu politik negara semakin panas minggu ini dengan kisah pemimpin lompat melompat parti.Dua Yang Berhormat daripada parti Amanah menyertai parti PKR.Tidak ketinggalan dua ahli Parlimen PKR masing-masing Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong keluar PKR menjadi ahli Parlimen Bebas tetapi menyokong kepimpinan Perikatan Nasioanl (PN).Namun, di sebalik kisah YB itu, seorang Ahli Parlimen wanita tanpa disangka menunjukkan semangat kesetiaan yang lebih tinggi kepada partinya apabila menolak tawaran untuk beralih sokongan parti.Nama Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail hangat diperkatakan sejak Khamis lalu selepas beliau mendakwa dihampiri dua individu yang menawarkan pelbagai ganjaran kepadanya.Wartawan Sinar Ahad, Rosalwani Che Soh mendapatkan temubual eksklusif dengan Natrah, 71, bagi mendalami isi hati pemimpin ituNatrah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan di kawasan Parlimennya di Sekijang, Johor baru-baru ini.SINAR AHAD: Sejak Khamis lalu kecoh apabila YB membuat dakwaan didatangi dua individu termasuk bergelar Datuk Seri yang meminta memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan. Boleh YB kongsikan detik-detik tersebut dan apakah janji atau tawaran pihak berkenaan?NATRAH: Individu tersebut telah datang berjumpa dengan saya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang pada 3 Mac 2021, pada jam 11 pagi dan telah bertanya sama ada saya bersetuju untuk bersama dalam kumpulan Perikatan Nasional (PN) atau Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam perbualan kami, beliau juga menyatakan bahawa PM ialah seorang yang rajin bekerja dan suka menolong orang.Memandangkan perbualan kami itu akan menjurus kepada satu tawaran untuk bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang saya terus menyatakan bahawa saya tidak berminat dan akan tetap bersama dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH). Saya menolak tawaran tersebut disebabkan oleh prinsip-prinsip perjuangan yang saya dokong di dalam parti PKR.Pada pendapat YB, mengapa YB menjadi sasaran pelobi politik itu? Adakah mereka melihat YB seorang ahli Parlimen yang mudah dipujuk untuk beralih arah?Saya percaya individu berkenaan bukan hanya menyasarkan kepada saya seorang sahaja tetapi juga menyasarkan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang lain di Johor. Individu berkenaan berasal dari Johor dan saya percaya mereka telah memerhatikan setiap gerak-geri ahli-ahli Parlimen Pembangkang di negeri Johor. Sudah tentu mereka mempunyai sebab dan kriteria tertentu dalam pemilihan saya sebagai sasaran mereka. Walau apapun alasan mereka, yang penting saya bukan bahan dagangan yang boleh dijual beli.Mengapa YB menolak pujukan individu tersebut? Adakah kerana sayangkan PKR atau tidak mahu digelar pengkhianat atau ada sebab lain?Saya menolak tawaran mereka atas dasar prinsip, perjuangan saya dalam parti dan mandat serta amanah yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kepada saya pada PRU-14. Saya sayangkan PKR dan saya tidak sanggup untuk mengkhianati pengundi saya kerana merekalah saya berada di tempat sekarang.Di sini saya ingin menegaskan bahawa rakyat telah memilih wakil mereka bukan kerana mereka ialah Ahmad, Ah Chong, Muthusamy atau Zaleha. Mereka memilih atas dasar seseorang calon itu telah menyatakan kepada mereka tentang bagaimana calon tersebut dan parti mereka dapat berkhidmat kepada mereka apabila dipilih kelak.Saya tidak akan sesekali bersekongkol dengan mana-mana tindakan yang akan mengalihkan fokus saya sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih secara sah. Saya akan terus berkhidmat, menyelusuri denyut hati rakyat dan memperjuangkan suara serta permasalahan rakyat di Parlimen. Saya bukanlah individu yang mencari keuntungan peribadi dengan mengkhianati mandat dan amanah yang telah diberikan.Mungkin ada pihak mendakwa, pendedahan YB hanyalah rekaan sebab tidak ada bukti. Kalau ditanya mengenai bukti ada apa-apa bukti yang boleh YB kemukakan? Atau YB sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa atau Biro Politik PKR?Bukti tetap ada. Dalam zaman teknologi serba canggih ini tidak susah untuk mendapatkan bukti. Buat masa ini saya merasakan cukup sekadar bukti-bukti tersebut saya kongsikan bersama pucuk pimpinan parti untuk tindakan seterusnya. Laporan kepada pucuk pimpinan telah saya buat dan dengan bukti tersebut mereka kini lebih yakin bahawa ada usaha-usaha dari pihak lawan untuk menarik lebih ramai ahli Parlimen daripada PKR untuk menyertai mereka.Beberapa hari lalu, dua ahli Parlimen PKR keluar daripada parti, dan menyatakan sokongan kepada kerajaan? Apakah mesej atau kata-kata YB kepada ahli Parlimen yang melompat parti?Mesej saya mudah. Setelah bertarung sekian lama dalam perjuangan parti, akhirnya anda kecundang dengan lambaian kedudukan, pangkat dan wang.Di manakah jati diri anda? Anda sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat dan hanya mementingkan diri sendiri? Fikirkan semula harapan tinggi yang diberikan oleh rakyat semasa PRU-14 sehinggakan ia diterjemah dengan kemenangan anda sebagai pemimpin bagi mewakili mereka!Adakah pada pendapat YB, Malaysia perlu mengadakan satu undang-undang khas berkaitan perbuatan lompat parti bagi mengelakkan tindakan seperti ini berleluasa sehingga boleh meruntuhkan sebuah kerajaan?Cadangan untuk mengadakan satu undang-udang khas bagi mengekang tindakan melompat parti bukanlah sesuatu yang baru.Bagi saya, sudah sampai masanya mereka yang bergelar wakil rakyat menunjukkan kematangan dalam tugas masing-masing. Tindakan dan budaya melompat parti ini bukan sahaja memperlihatkan runtuhnya sebuah kerajaan sah yang dibentuk daripada majoriti ahli Dewan Rakyat bahkan ia juga akan meranapkan sistem demokrasi di negara kita.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2021 11:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/127258/berita/wawancara/semak-semula-enakmen-jenayah-syariah-negeri", "article_title": "Semak semula enakmen jenayah syariah negeri", "article_text": "[MUKADIMAH] Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah Selangor bagi kesalahan seks luar tabii sebagai tidak berperlembagaan sekali gus dikhuatiri bakal mencetuskan kesan domino ke atas semua undang-undang jenayah syariah di negara ini.Keputusan mahkamah itu bermakna penggubalan undang-undang syariah yang mempunyai persamaan atau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.Justeru, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mahu undang-undang syariah di negeri-negeri disemak semula bagi mengelakkan ia berisiko dicabar sekali lagi di mahkamah.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Musa turut melahirkan kebimbangannya mengenai reaksi berlebihan pihak berkuasa terhadap kontroversi Nur Sajat sehingga menyebabkan institusi agama di negara ini dipandang rendah.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Musa Awang yang dikendalikan wartawan Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida di pejabat peguam berpengalaman itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.SINAR AHAD: Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii sebagai satu kesalahan. Apakah alasan penghakiman tersebut dan apakah implikasinya?MUSA: Keputusan pada 25 Februari baru-baru ini berkenaan satu permohonan yang dibuat oleh seorang individu, Iki Putra Mubarak di Mahkamah Persekutuan yang mencabar kesahan peruntukan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor sama ada peruntukan yang ada itu bertentangan dengan Perlembagaan atau tidak.Pada asalnya, Iki Putra adalah antara 11 orang yang ditahan di bawah kesalahan persetubuhan bertentangan dengan tabii dan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Daripada 11 orang, lima orang telah membuat pengakuan bersalah. Cuma dia salah seorang yang membawa isu itu ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan dari segi bidang kuasa mengadakan undang-undang kesalahan persetubuhan di luar tabii atau liwat.Keputusan di Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Seksyen 28 dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak berpelembagaan.Alasannya disebabkan telah ada satu peruntukan yang lebih kurang sama iaitu Seksyen 377 A, B, C, D, E Kanun Keseksaan. Maksudnya telah ada dua peruntukan yang sama bagi kes tersebut.Dalam undang-undang yang sudah dibuat oleh Parlimen, kerajaan negeri atau badan perundangan negeri, tidak boleh menggubal undang-undang yang sama atau lebih kurang sama.Sebenarnya keputusan ini seperti \u2018kesan domino\u2019. Maksudnya ia bukan sahaja memberi kesan kepada peruntukan lain dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, tetapi akan melibatkan seluruh negeri lain yang mempunyai peruntukan sama.Berdasarkan keputusan ini, peruntukan-peruntukan itu boleh menjadi tidak sah. Maksudnya boleh dibatalkan atau tidak sah jika dicabar. Di sini kita melihat satu tindakan yang proaktif perlu dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan.Tindakan proaktif itu seperti apa?Cadangan yang kita terima ada tiga. Pertama, melihat semula peruntukan yang ada dalam enakmen jenayah syariah negeri. Ini disebabkan enakmen ini telah lama. Di Selangor, enakmen ini sejak 1995 manakala di Wilayah Persekutuan sejak 1997.Terbaru di Pahang pada tahun 2013. Walaupun enakmen ini dibuat tahun 2013, tetapi peruntukan yang diambil adalah peruntukan lama pada 1995. Undang-undang yang ada itu telah 20 tahun. Perlu ada tindakan untuk menyemak semula mana yang perlu ditambah, dibuang dan dipinda.Kedua, ada cadangan supaya dibuat pindaan Butiran 1 Senarai 2 iaitu senarai negeri. Maksudnya, peruntukan berkaitan kesalahan-kesalahan ajaran Islam perlu diperincikan oleh negeri.Bagaimanapun, apabila melibatkan pindaan Perlembagaan, ia akan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen. Itu satu cabaran yang besar kerana sukar hendak mendapatkan majoriti tersebut dalam keadaan politik yang tidak kukuh sekarang.Ketiga, ada cadangan supaya mengislamisasikan Kanun Keseksaan. Maksudnya, supaya kesalahan peruntukan yang ada dalam Kanun Keseksaan itu diambil inti pati atau roh Islam untuk dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan. Contohnya, kesalahan meliwat dan membunuh mungkin boleh diserapkan.Dari segi dasar, cadangan untuk menyeragamkan atau mengharmonikan undang-undang syariah ini sepatutnya datang daripada Menteri Agama dan turun kepada Jabatan Kemajian Islam Malaysia (Jakim).Jakim pula akan ada jawatankuasa teknikal, syarak dan sivil yang akan berbincang untuk melihat di mana undang-undang yang perlu ditambah dan dipinda. Kemudian, cadangan itu akan dibawa ke Peguam Negara serta dipanjangkan ke negeri-negeri.Selain seks luar tabii, apakah jenis jenayah syariah yang telah digubal di negeri-negeri?Enakmen jenayah syariah negeri ini lebih kurang sahaja. Secara dasarnya, ada satu peruntukan berhubung kesalahan akidah. Contohnya, pujaan salah seperti memuja pokok, memuja bangunan atau seseorang itu mendakwa dia bukan Islam bagi mengelakkan dirinya daripada tindakan menyebarkan doktrin palsu atau ajaran sesat.Yang kedua ialah kesalahan berhubung kesucian agama dan institusi. Contohnya, mempersenda al-Quran, hadis, memijak al-Quran, menghina agama Islam atau kesalahan melanggar fatwa.Contohnya, kes Hizbut Tahrir dan Rasul Melayu yang menghina Islam dan melanggar fatwa. Ada juga kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.Ada satu lagi iaitu kesalahan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran dan muncikari (bapa ayam). Muncikari ini juga satu isu kerana ada undang-undang lain di peringkat Persekutuan. Dalam Kanun Keseksaan ada dan dalam enakmen jenayah syariah juga ada. Ini perlu dilihat semula.(Selain itu) persetubuhan luar nikah, hubungan sejenis antara antara sesama jantina, khalwat, kes seperti Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat iaitu seorang lelaki berlagak seperti perempuan.Dalam kontroversi kes Sajat, apakah sebenarnya yang berlaku?Sajat mungkin boleh didakwa di bawah kesalahan lelaki berpakaian wanita atau tuduhan menghina agama. Itu bergantung kepada pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Cuma kesalahan yang akan didakwa itu, pihak JAIS dan pendakwa syarie perlu melihat sama ada kesalahan itu telah ada atau tidak dalam undang-undang Persekutuan. Kalau ada, ia mungkin akan dicabar. Jadi perlu berhati-hati.Drama penangkapan Sajat dan kontroversi yang dicetuskan olehnya telah menyebabkan institusi agama seperti JAIS dipandang lekeh kerana gagal menangani kes seorang individu seperti Sajat. Apa komen tuan?Secara peribadi saya melihat Sajat ini seorang ahli perniagaan. Dia berniaga emas dan produk kecantikan. Dia cantik dan berjaya menarik orang ramai untuk mengikuti Instagram dan media sosialnya bagi tujuan promosi.Dari satu segi, saya juga melihat institusi agama termasuklah menteri atau timbalan menteri memberi kenyataan seolah-olah sebuah institusi sedang berlawan dengan seorang individu.Kalau nak tangkap, tangkap sahaja, apa masalahnya? Bukan susah nak tangkap. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, dia (Sajat) bukannya boleh lari pergi ke luar negeri.Dari satu segi lain, apabila kita memanggil Nur Sajat seolah-olah kita mengiktiraf dia sebagai perempuan. Nama dia Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, tapi kita panggil dia Nur Sajat. Itu seolah-olah kita mengiktiraf dia sebagai perempuan. Kita juga secara tidak langsung mempopularkan dirinya.Apabila semua daripada institusi agama ini mahu memberi komen, keadaan itu menambahkan popularitinya. Itu bagus untuknya kerana dia memang menjual produk dan barang-barang.Bagi saya, institusi agama perlu tegas. Banyak isu lain yang lebih besar perlu difokuskan berbanding dengan Sajat ini.Pada masa yang sama, saya setuju (isu Sajat) sebenarnya menampakkan institusi agama ini hanya fokus kepada seorang individu dan kita kelihatan mengetepikan isu-isu besar yang lain seperti keputusan Mahkamah Persekutuan tadi. Tidak ramai orang komen atau komen yang diberikan lambat.Pada pandangan tuan, adakah saluran undang-undang adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Sajat ini atau ada cara lain?Sebenarnya, apabila berlaku kesalahan, pihak berkuasa agama akan memanggil pesalah itu untuk hadir memberi keterangan. Jika tidak hadir, pihak penguat kuasa agama akan pergi ke mahkamah untuk memohon waran tangkap.Di peringkat ini, sebelum didakwa, kita ada satu alternatif lain iaitu sama ada pesalah ini dihantar ke mana-mana tempat untuk mendapatkan kaunseling dan sebagainya.Kalau didakwa di mahkamah, tidak semestinya dia akan disabitkan dengan kesalahan itu ataupun jatuhkan hukuman. Dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah iaitu Seksyen 97 ada apa yang dipanggil sebagai hukuman alternatif.Ini bermakna, mahkamah tidak sabitkan kesalahan tetapi mahkamah arahkan tertuduh menjalani satu tempoh pemulihan yang tidak melebihi enam bulan di mana-mana institusi pemulihan.Itu antara cara boleh dibuat. Sajat tidak perlu risau sebab dia tidak semestinya disabitkan dan dihukum. Dia juga mempunyai hak untuk membela dirinya.Tapi membela diri itu bukan di media sosial, sebaliknya di mahkamah. Kalau betul dia di pihak yang benar, berilah kerjasama dan keterangan kepada penguat kuasa. Sebab itu saya kata ada pihak yang memanipulasi perkara ini dan mengambil kesempatan untuk mempopularkan dirinya.Dari satu segi juga, berlakunya perlawanan antara institusi agama dan Sajat, dan kita nampak seolah-olah Islam itu jahat sangat. Asyik mengacau dia seorang.Itu bukan cara Islam yang berhikmah. Kalau sudah keluar waran tangkap, senyap-senyap cukup. Keluar waran tangkap, risik dia dekat mana dan tangkap sebelum bawa ke mahkamah. Ini kita heboh. Bila heboh keluar waran tangkap, Sajat akan membalas semula kerana dia mempunyai follower yang ramai.Baru-baru ini Sinar Harian mendedahkan isu scam poligami di institusi kehakiman syariah. Pernahkah tuan mengalaminya?Scam poligami ini satu istilah baharu. Sesetengah pihak mungkin mereka guna istilah ini untuk memberi fokus kepada apa yang berlaku di mahkamah syariah. Boleh jadi juga mereka yang terlibat sebenarnya terdiri daripada institusi mahkamah itu sendiri.Poligami ini sebenarnya sesuatu yang orang nak buat tapi dia tidak ada kekuatan. Mungkin dia mampu tapi tak ada kekuatan untuk memberitahu isteri pertama. Bukan isu takut bini. Tapi dia tidak mahu menyakiti hati isteri dengan menyatakan dia nak berpoligami.Undang-undang kata kalau nak berpoligami kena mohon di mahkamah syariah. Sama ada isteri setuju ataupun tidak, itu bukan isunya.Yang jadi masalah di sini ialah suami tidak mahu kemukakan permohonan di mahkamah. Maka sebab itulah berlakunya poligami secara sindiket ataupun scammer.Antara proses yang sering dilakukan oleh pihak yang ingin berpoligami tanpa kebenaran termasuklah mengaku dirinya bujang. Dia buat ikrar bahawa dia masih lagi bujang sedangkan sudah ada isteri.Keduanya, dia buat akuan palsu mengenai sumber pendapatannya dan menyatakan dia mampu menampung lebih daripada seorang isteri.Ketiga, mungkin dia buat akuan palsu mengenai tempat tinggal. Dia tahu negeri mana yang senang nak bernikah, jadi dia pergi ke negeri berkenaan dan minta mana-mana pihak keluarkan surat pengesahan bermastautin.Di Perlis contohnya, syarat untuk dapatkan pengesahan bermastautin daripada pegawai masjid atau pengerusi kariah ialah menetap lebih dari lima hari di negeri berkenaan. Berbeza pula dengan Selangor, syarat untuk dapatkan pengesahan bermastautin, seseorang itu perlu menetap di negeri tersebut sekurang-kurangnya tiga bulan.Kes perceraian sepanjang PKP dan pandemik Covid-19 dilaporkan mencatat peningkatan luar biasa. Boleh tuan kongsikan senarionya?Memang tidak dinafikan bahawa ia mencatatkan peningkatan sedemikian. Salah satu puncanya adalah masalah kewangan. Apabila pihak berkenaan kekurangan pendapatan ataupun tiada pendapatan, ia akan menyebabkan seseorang itu tertekan. Bila tertekan, dia akan mempengaruhi emosi dan juga komunikasi antara suami isteri.Suami yang stres dan tiada duit, bila berkomunikasi dengan isteri, nada dia akan berubah. Lebih kepada emosi, marah tak bertempat. Ditambah pula dengan kerenah anak-anak. Bila masalah itu dicampur-adukkan, maka ia mengundang ke arah perceraian.INFOMusa AwangUmur: 47 tahunAsal: Kuala TerengganuPendidikan:Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang), Universiti Malaya (1994)Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan Guaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999)Kerjaya:Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)Ahli Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Negeri SelangorAhli Jawatankuasa Induk, Arahan Amalan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Mac 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/126759/berita/wawancara/kesejahteraan-negara-warga-atm-jadi-keutamaan", "article_title": "Kesejahteraan negara, warga ATM jadi keutamaan", "article_text": "[MUKADIMAH] Menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan yang juga merupakan Menteri Kanan (Keselamatan) ketika negara mula berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 sememangnya bukan tugas yang mudah.Namun, sikap tenang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengendalikan sidang akhbar hampir saban hari sejak setahun lalu sehingga kini membuatkan rakyat cukup yakin dengan kemampuan kerajaan dalam mendepani krisis global itu.Selain memberi tumpuan kepada usaha untuk memerangi \u2018musuh yang tidak kelihatan\u2019, Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera tidak sesekali melupakan peranan hakikinya menjaga kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Ikuti wawancara mengenai Pencapaian Malaysia Prihatin bersama Ismail Sabri atau lebih popular dengan gelaran \u2018Pak Long Mail\u2019 bagi mengetahui harapan dan perancangan beliau untuk terus mengangkat warga tentera yang menjadi benteng pertahanan negara.SINAR HARIAN: Setahun menerajui Kementerian Pertahanan, apakah kejayaan besar yang telah dicapai?ISMAIL SABRI: Selepas setahun, kejayaan besar kita adalah kemampuan ATM untuk terus menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Setakat ini, tidak ada isu berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Walaupun ada timbul isu di Laut China Selatan dan sebagainya tetapi semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Ismail Sabri ketika wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur -Foto: Asril Aswandi Shukor.Kita juga berjaya mengawal kawasan sempadan negara dengan baik. Jika kita lihat ancaman yang paling besar sekarang adalah di kawasan sempadan. Tanggungjawab untuk mengawal sempadan negara bukan sahaja digalas oleh pihak ATM, tetapi bersama dengan agensi-agensi yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) dan sebagainya.Kita berjaya menghalang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), menangkap tekong, merampas bos serta mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.- Bagaimana aspek kesiapsiagaan negara dari sudut pemerkasaan aset-aset pertahanan?Kita sentiasa pertingkatkan kesiapsiagaan kita. Pada tahun lalu, kita berjaya menambah aset baharu tentera, antaranya bot pemintas pantas, helikopter MD530G dan meriam. Kita sedang menambah baik dasar dan tindakan bagi kawalan sempadan. Sebagai contoh di Sabah, pesisir pantainya sejauh beribu kilometer dan tidak mungkin kita mampu menjaga setiap inci.Jadi, kita akan memperbanyakkan kenderaan tanpa pemandu seperti dron kerana banyak kehadiran PATI adalah dari negara jiran. Di sempadan utara Semenanjung, dari Kedah hingga Kelantan juga beribu-ribu kilometer, jadi peralatan seperti kamera litar tertutup dan radar akan ditambah dari masa ke masa.Di sempadan Kedah dan Thailand, kita akan mewujudkan pos bersama antara kedua-dua negara iaitu secara bersebelahan bagi membolehkan kita berkongsi maklumat dan kawalan sempadan, termasuk dengan Indonesia. Setakat ini, kita mempunyai 55 dron, namun masih tidak cukup. Kita akan membuat penambahan pada tahun ini dan bekerjasama dengan PDRM. Bagi memperkukuhkan kawalan, kita akan menambah 19 lagi pos sempadan di Sabah dan Sarawak, berbanding 17 ketika ini.- Menyentuh mengenai kebajikan untuk warga pertahanan, apakah usaha-usaha atau pelaksanaan yang telah dibuat pada tahun lalu?Antara program kesejahteraan warga pertahanan yang telah kita laksanakan ialah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). Bagi pelaksanaan tahun lepas, kita telah membina 223 unit RKAT di Kem Semenggo, Sarawak. Selain itu, 23 kontrak sewaan berkelompok RKAT di seluruh negara merangkumi 2,171 unit rumah kediaman.Kita juga telah menaik taraf RKAT yang mempunyai dua bilik kepada tiga bilik atau lebih melalui Program 2 To 1. Setakat ini, RKAT yang telah siap dinaiktaraf adalah sebanyak 40 unit, manakala yang masih dalam pembinaan adalah sebanyak 36 unit dan dalam perancangan ialah 208 unit.ATM memerlukan 35,000 unit rumah bagi memenuhi keperluan anggota. Untuk tahun ini Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi membina 1,000 unit RKAT baharu. Selain itu, Kementerian juga berusaha untuk memenuhi keperluan RKAT ini lebih awal dengan tidak hanya bergantung dengan kewangan kerajaan semata-mata. Oleh itu, kementerian turut menggunakan pendekatan kerjasama awam swasta termasuk kaedah land swap dan inisiatif pembiayaan swasta.Kita juga mempunyai tiga perancangan perolehan sewaan sejumlah 364 unit RKAT di Pahang, Kuala Lumpur dan Sabah. Selain itu, kita juga akan memberi fokus kepada program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di mana program ini telah dilaksanakan pada tahun lalu. Tahun lalu kita telah membuat pelancaran bagi pembinaan perumahan SASaR Sungai Besi sebanyak 3,500 unit yang berharga antara RM150,0000 hingga RM250,000 seunit dan dijangka siap pada tahun 2024.- Bagaimana dengan aspek pendidikan untuk anak pegawai atau anggota tentera?Antara inisiatif pendidikan yang kita laksanakan ialah mewujudkan kuota 30 peratus bagi kemasukan anak warga pertahanan serta veteran ATM ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM-Bera di Pahang.Kita turut menyediakan kuota sebanyak 20 peratus untuk anak warga pertahanan serta veteran ATM untuk memasuki Maktab Tentera Diraja (MTD).Selain itu, sebanyak 10 peratus kuota khas turut diberikan kepada lepasan MTD untuk memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tertakluk kepada pematuhan syarat minimum kemasukan yang telah ditetapkan.- Kalau kita bercakap mengenai Kementerian Pertahanan, tidak akan lengkap jika tidak menyentuh mengenai veteran tentera. Apakah usaha yang dilakukan untuk membantu golongan ini?Kita tidak sesekali melupakan golongan veteran. Antara kebajikan yang kita lakukan untuk mereka adalah pembayaran Elaun Kenangan secara one-off kepada 121,816 Veteran ATM penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) melibatkan peruntukan sebanyak RM60.9 juta.Selain itu, mengagihkan RM100.62 juta Bayaran Khas Kewangan (BKK) Prihatin Nasional 2020 kepada 201,253 Veteran ATM tidak berpencen. Turut diberikan ialah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 128,129 Veteran ATM melibatkan peruntukan sebanyak RM32.03 juta.Kita juga memperkenalkan Bantuan Veteran ATM terlantar dan Kad Kesihatan Pesakit Luar di Klinik Swasta dan Veteran ATM. Memperhebat Program Cakna Veteran ATM iaitu lawatan kebajikan ke atas veteran ATM sekali gus menyampaikan bantuan yang sewajarnya.Peperangan pada zaman kini bukan lagi dalam bentuk fizikal semata-mata tetapi dalam bentuk siber. Bagaimanakah kementerian mendepani cabaran alaf baharu ini?Perang siber ini lebih berbahaya daripada perang fizikal, jadi kita turut melengkapkan diri dengan pertahanan siber. Kita sudah ada Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) untuk pertahanan siber.Ismail Sabri ketika wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin Kementerian Pertahanan Malaysia di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur -Foto: Asril Aswandi Shukor.Kita juga bekerjasama dengan negara jiran dan di peringkat antarabangsa bagi menangkis serangan siber. Kita turut bekerjasa- ma dengan agensi dalam negara seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).Bagaimanapun, kita masih memerlukan kewangan yang besar untuk mempertingkatkan pertahanan siber ini. Dengan kemudahan yang ada setakat ini, kita tidak terbabit dengan serangan, termasuk melalui ancaman daripada \u2018Anonymous Malaysia\u2019 baru-baru ini, namun masih berisiko untuk diceroboh.- Bagaimana keberkesanan Op Benteng sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini?Matlamat utama Op Benteng untuk mengawal sempadan negara dari dibolosi PATI dan mencegah jenayah rentas sempadan. ATM berkerjasama baik dengan agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain dalam menjalankan kawalan di sempadan secara bersepadu.Sejak 1 Mei 2020 hingga 28 Februari lalu, seramai 12,121 PATI dan 922 tekong telah ditahan. Kita juga merampas 322 bot atau kapal dan 1,469 kenderaan darat. Kita mengusir 1,299 PATI, sembilan tekong dan 616 bot, dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM307 juta.Statitik dan data yang saya umumkan setiap hari ini jelas menunjukkan keberkesanan penguatkuasaan hasil kolaborasi bersama melalui Op Benteng ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Mac 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/126070/berita/wawancara/solidariti-elak-umno-berpecah", "article_title": "Solidariti elak UMNO berpecah", "article_text": "HANYA dengan solidariti dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO akan membolehkan parti itu bangkit semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15.Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perpecahan tidak membawa sebarang kebaikan dan akan merugikan parti tersebut.\"Akhirnya kita menjadi kumpulan-kumpulan yang tidak menentu. Kalau kata begitu atau begini, maka jadilah tiga puak atau empat puak dan akhirnya yang rugi UMNO. Mesti ada solidariti, mesti ada kekuatan, baru boleh kita pergi berperang, katanya.Ikuti kupasan beliau dalam Wawancara Sinar Ahad bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan, Khairil Anwar Mohd Amin dan Liza Mokhtar.SINAR AHAD: Bagaimana Datuk Seri melihat peranan TNB sepanjang pandemik Covid-19 melanda Malaysia?MAHDZIR: Saya menjadi Pengerusi TNB pada masa Covid-19 sudah bermula. Salah satu masalah yang timbul ialah kita tidak dapat membuat bacaan bil elektrik selama tiga bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi penyelesaian yang kita buat itu ialah memberikan diskaun sampai Mac 2021.Yang keduanya, kita mencari cara untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Akhirnya kita buat keputusan untuk peruntukkan wang hampir RM1 bilion. Kita beri elektrik percuma kepada mereka yang guna elektrik bawah RM80 sebulan.Banyak cabaran yang TNB lalui. Apabila PKP pertama dilaksanakan, pendapatan TNB menurun disebabkan banyak kilang, restoran dan hotel terpaksa ditutup. Kemudian, pertumbuhan TNB jadi seperti V-shape, ia turun mendadak dan naik semula tetapi terganggu akibat PKP Bersyarat. Bagaimanapun, pengurusan tertinggi TNB telah melakukan terbaik menyusun semula strategi untuk memastikan TNB dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Program imunisasi besar-besaran sudah bermula. Apakah peranan TNB memandangkan vaksin Covid-19 Pfizer perlu disimpan di dalam peti sejuk bersuhu sehingga -70 darjah Celsius?Tiga minggu lalu, saya ada mesyuarat dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berhubung perkara ini. Vaksin ini perlu disimpan dalam suhu yang amat sejuk, jadi saya bawa pasukan TNB berjumpa dengan Dr Adham kerana beliau mahu memastikan bekalan elektrik di pusat-pusat penyimpanan vaksin ini terjamin. Sebenarnya, pengurusan tertinggi TNB sudah ada perancangan bagi memastikan bekalan yang berterusan dan tiada sebarang gangguan.Program vaksin ini memberi harapan pemulihan semula ekonomi negara. Sekarang kita berada di persimpangan antara kesihatan dan ekonomi. Hendak \u2018total lockdown\u2019 pun tidak boleh kerana ekonomi akan terjejas. Kalau tidak buat PKP langsung, akan menyebabkan krisis kesihatan.Mahdzir ketika diwawancara Sinar Ahad di Bangsar, Kuala Lumpur.Bagaimana Tan Sri melihat TNB pada masa depan?TNB adalah sebuah induk industri utiliti kerajaan yang berasaskan tenaga. Maknanya kita hasilkan tenaga, kemudian jual tenaga kepada rakyat dan industri. TNB mengendalikan 9.4 juta akaun. Dalam tujuh juta penduduk, 2.4 juta adalah komersial seperti industri perhotelan dan perkilangan. Jadi TNB fungsinya adalah menjamin bekalan elektrik yang berkualiti dan sempurna untuk rakyat secara berterusan. Kalau dulu ada 10 gangguan elektrik, sekarang jadi tiga gangguan elektrik, itu maknanya baik.Namun untuk masa depan TNB ini, ada cabaran yang paling besar. Bagi negara-negara membangun seperti Malaysia, kita merupakan ahli protokol peringkat antarabangsa iaitu Protokol Paris. Ia mengenai perubahan iklim dunia dan mereka mahu tahu apa yang Malaysia lakukan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.Arang batu dan gas dianggap sebagai bahan fosil yang dianggap boleh mendatangkan pencemaran. Jadi dalam Protokol Paris, mereka mahu dalam tempoh 10 tahun akan datang ia dapat dikurangkan dan beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui.Jadi TNB akan terkesan, kerana kita banyak menggunakan pakai arang batu dan gas. Ini cabaran untuk kita beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti penggunaan solar dan hidro.Hubungan UMNO dengan Bersatu kelihatan kurang baik. Bagaimana Datuk Seri melihat perkara itu dalam kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO?Ketika ini agak rencam, semua orang menyatakan pendapat hingga menimbulkan kekeliruan. Kita tak boleh menghalang orang lain menyatakan pendapat. Tidak ada masalah jika ramai yang bercakap soal furuk, tapi perkara usul mestilah datang daripada pihak berautoriti bagi mengelakkan salah faham dan keresahan ramai, selain merosakkan imej parti.UMNO tidak pernah mengatakan ahli-ahli Parlimennya tidak boleh bersama kerajaan kerana ada antara mereka mempunyai jawatan dalam kerajaan PN. Kemudian dalam PN itu ada daripada UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak serta rakan-rakan dari Sabah. Jadi maknanya UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan yang ditubuhkan sejak Februari 2020 dan mereka kekal sampai hari ini.Mahdzir berkata, perpecahan tidak membawa sebarang kebaikan dan akan merugikan parti tersebut.Datuk Seri ada menyebut UMNO perlu berdiri dengan kaki sendiri. Apakah maksudnya?Salah satu perkara paling penting sekarang adalah kesedaran solidariti. Solidariti ahli-ahli UMNO di semua peringkat, daripada cawangan ke peringkat bahagian ke peringkat negeri dan ke peringkat nasional.Pada tahun 2018 semasa Pilihan Raya Umum ke-14, kita sudah kalah. Sekarang kalau mahu kembali menang, yang pertama kekuatan itu perlu datang daripada solidariti yang kuat dalam kalangan ahli UMNO dahulu. Tidak boleh berpecah belah kerana dinamika politik ini ada bermacam-macam fikiran. Akhirnya kita menjadi kumpulan-kumpulan yang tidak menentu. Kalau kata begitu atau begini, maka jadilah tiga puak atau empat puak dan akhirnya yang rugi UMNO. Mesti ada solidariti, mesti ada kekuatan, baru boleh kita pergi berperang.Sudah tentu UMNO sebuah parti demokrasi. Semua orang boleh beri pandangan yang bermacam-macam. Ada yang ekstrem A, ada yang ekstrem B, ada yang tengah-tengah C, ada lagi setengah dibuat satu kelompok jadi D. Jadi ada A,B,C,D. Akhirnya ahli tanya, 'kau nak ikut siapa? 'aku nak ikut siapa sampai A,B,C,D? Yang itu kita panggil sebagai dinamik politik. Walaupun ada banyak pandangan, kita mesti bersatu atas nama UMNO.Bagaimana mahu menyatukan ahli-ahli UMNO sedangkan pada tahun ini akan diadakan Persidangan Agung UMNO dan juga pemilihan parti?Kita harus rasional, mahu mengadakan pilihan raya atau pemilihan parti. Buat pemilihan pun boleh, lepas pemilihan buat pilihan raya. Jadi kita harus ada pemikiran kritikal sama ada mahu tunggu pilihan raya dahulu, kemudian pemilihan parti.Soal mengenai pilihan raya dan keputusan bila pilihan raya nak dibuat terletak di bawah kuasa penuh Perdana Menteri.Bagi saya, kita perlu melihat sejarah perpecahan yang pernah berlaku ketika pemilihan UMNO, pada tahun 1987 misalnya pertembungan Tun Dr. Mahathir dan Ku Li hingga tertubuh parti pecahan baru iaitu Semangat 46 dan UMNO kemudiannya melalui episod diharamkan.Jadi itu semua kita kena ambil iktibar, tapi UMNO masih kekal utuh dan solidariti masih ada walaupun banyak cabaran serta persaingan ketika pemilihan. Ianya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk pulihkan solidariti yang mungkin berkurang ketika pemilihan parti.Buat masa ini, Persidangan Agung UMNO 2020 masih belum dilaksanakan, kerana kekangan pandemik Covid-19, jadi apa-apa pun tunggu Perhimpunan Agung UMNO 2020 berlangsung dahulu, kemudian barulah kita sembang pasal pemilihan parti. Pada saya lebih baik mengadakan pilihan raya dahulu baru adakan pemilihan parti.Sesetengah pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan demi kenyataan kononnya ia daripada akar umbi. Apakah pandangan Datuk Seri?Yang pertama, pemimpin itu kena melihat diri sendiri sebelum bercakap. \u2018Kamu buat kenyataan ini atas apa? Kenapa kamu buat kenyataan ini? Katalah kata kamu buat kenyataan ikut kumpulan saya, orang nampak ia datang daripada si A sebab dia daripada kumpulan X. Kemudian esok datang kenyataan si B daripada kumpulan Y, ini tidak cantik.Sepatutnya kenyataan parti hanya datang daripada Presiden dan Setiausaha Agung. Banyak jurucakap dalam parti boleh mengelirukan.Saya tidak mengatakan tidak boleh bercakap. Orang awam di luar bukan semua ahli parti, orang akan tengok kita. Pada saya, harus ada kebijaksanaan dalam bermain politik termasuklah kata-kata kita dalam tulisan atau ucapan. Tetapi kalau hari ini hentam presiden, esok hentam timbalan presiden kemudian hentam orang lain pula, orang akan kata, apa parti ini? Jaga kelakuan dan jadilah orang yang bertanggungjawab, ini maksud saya.Pada pandangan Datuk Seri, masih adakah peluang untuk kerajaan penyatuan parti Melayu dan Islam iaitu MN dan PN dipertahankan?Kalau kita lihat daripada keseluruhan hasrat dan niat kerajaan, parti-parti yang ingin menubuhkan kerajaan ini sebenarnya telah terjawab apabila PH yang bertahan 22 bulan itu gagal. Apabila diumumkan kerajaan baharu ini, sebenarnya tiada pun orang mengadakan demonstrasi di jalan raya menentang kerajaan. Maknanya PN diterima. Perjalanan kerajaan ini berasaskan kepada bagaimana mereka mengkaji semula sedikit sebanyak polisi yang dibuat oleh Pakatan Harapan dan memasukkan elemen baharu dalam kerajaan.Tetapi gabungan ini nampaknya tidak begitu kukuh. Ada kecacatan yang perlu diperbaiki. Ada perkara yang boleh dibincangkan. \u2018Ada benda yang aku terbuku, awak terbuku, kamu pun terbuku\u2019. Semua parti yang ada itu, ada benda yang tersimpan (dalam hati).Jadi kadang-kadang penyokong menyuarakan pandangan tetapi di atas meja ia tidak selesai. Penyokong A bercakap, penyokong B bercakap, penyokong C bercakap. Ini perkara-perkara di mana kepimpinan boleh memainkan peranan untuk menangani urusan yang tidak selesai.Apa harapan Datuk Seri kepada Pas?Harapan pada Pas tetap ada. Sepertimana juga Pas berharap pada UMNO atas kepentingan bersama bagi mengukuhkan kerjasama politik Melayu Islam tanpa mengetepikan kaum lain di negara ini.Pokok yang rendang akan menjadi tempat orang berteduh begitulah jika kaum Melayu Islam bersatu dan kuat kaum-kaum lain akan sejahtera berteduh di bawah pohon ini.Secara amnya, semua parti memainkan peranan penting cuma bagaimana kelangsungan untuk berada bersama, itu sahaja. Pas ada peranan, Bersatu walaupun parti kecil tetapi ada Perdana Menteri, juga ada peranan. UMNO partinya besar, ramai ahli Parlimen, struktur parti juga besar, pun ada peranan.Mahdzir ketika diwawancara Sinar Ahad di Bangsar, Kuala Lumpur.Perkara utama menentukan kelangsungan kerajaan PN adalah isu pembahagian kerusi pilihan raya antara parti-parti. Apa respons Datuk Seri?Beginilah, kalau bergerak sendiri, UMNO akan bertanding semua kerusi, UMNO bertanding, Pas dan Bersatu bertanding, PH bertanding. Kalau pergi secara double, berunding kerusi dengan Pas, tetapi kalau pergi triple, kita berunding berapa kerusi Bersatu, Pas dan berapa kerusi BN.Asas kepada pemberian kerusi mesti berasaskan kepada Tier 1, apa dia Tier 1? Tier 1 ialah kerusi yang dimenangi pada tahun 2018. UMNO menang 55 kerusi, Pas 18 kerusi, Bersatu 13 kerusi. Kemudian ahli Parlimen UMNO lompat masuk ke Bersatu lebih kurang dalam 15 kerusi.Pokok pangkalnya nanti, yang lari itu nak kira masuk Bersatu atau masuk UMNO? Sudah tentu UMNO sebagai parti yang menang di tempat itu UMNO melihat itu adalah tapaknya. Kami mahu kerusi tersebut.Kita tahu PRU15 semakin hampir, adakah Datuk Seri yakin segala kemelut politik yang berlaku akan dapat diselesaikan?Pilihan raya ini ada kaitan dengan pendulum. Pendulum ini adalah lonjakan jam dari ke kiri ia pergi ke kanan.Pada 2018 pendulumnya adalah menolak BN. Pendulum duduk tengah-tengah tetapi tujuh bulan terakhir sebelum pilihan raya, pendulum itu tidak lagi menyebelahi BN. Sebab ada 'mind setting' rakyat bahawa BN tidak betul seperti ada sesuatu yang tidak kena.Perlahan-lahan dari bandar kemudian merebak ke pinggir bandar, pergi ke kawasan luar bandar dan terakhir ke kawasan pedalaman.Jadi pendulum itu sekarang kembali di tengah. Pendulum itu ada kecenderungan untuk kembali kepada BN tetapi kepimpinan BN mesti mempunyai satu ramuan yang baik untuk dihidangkan kepada masyarakat, bukan untuk ahli BN sahaja, bukan untuk ahli UMNO sahaja tetapi untuk rakyat di luar sana.Anekdot'Saya ahli politik marhaen'Saya ialah ahli politik proletariat. Ada dua golongan ahli politik, satu dipanggil ahli politik yang datang daripada borjuis, elitis atau bangsawan. Satu lagi ahli politik yang datang daripada kumpulan proletariat iaitu kumpulan marhaen.Jadi dalam kluster ahli politik ini ada bangsawan, ada marhaen. Setakat ini, marhaen tidak pernah menang dengan borjuis.Dari Pakistan ke Jepun, jarang-jarang marhaen menang dalam dunia politik. Jokowi mungkin salah seorang ahli politik marhaen yang menjadi Presiden Indonesia, beliau anak seorang tukang kayu. Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang datang dari Gujerat pula ialah anak penjual teh tarik.Yang lain saya tidak nampak. Di Singapura, perdana menterinya merupakan anak bekas perdana menteri. Kalau di Bangladesh ada dua wanita sahaja iaitu Sheikh Hasina dan Khaleda Zia.Maksud saya, bukan kita menentang elitis, borjuis tetapi maknanya persaingan ahli politik ini wujud tidak kira dalam parti mana. Saya tidak kata dalam UMNO sahaja, parti sebelah sana juga ada. Contohnya DAP, ada Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim ada anaknya, Nurul Izzah dan Mukhriz ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad.Di persada politik, saya datang daripada kumpulan bawahan, marhaen. Bukan cemburu, cuma kita mahu katakan majoriti ahli politik adalah daripada proletariat, tetapi kita menyokong siapa sahaja yang betul dan mendokong semangat perjuangan untuk membela negara bangsa.Ikut jejak dua sifu yang penyabarSaya mungkin dilihat kurang lantang menyuarakan pendapat. Saya datang daripada dua orang sifu dalam karier politik saya. Yang pertama, saya bekerja dengan Tan Sri Osman Aroff, bekas Menteri Besar Kedah. Kedua, saya bekerja dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.Saya merupakan setiausaha politik, sebelum itu saya menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar naik menjadi setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Perdana Menteri kemudian barulah saya masuk ke dalam dunia politik jadi Menteri Besar, jadi Timbalan Menteri.Saya datang daripada dua karakter yang tidak mahu berkelahi dengan orang. Saya dengan Tan Sri Osman, empat tahun, dengan Tun Abdullah, lima tahun, jadi maknanya saya ada lebih kurang sembilan tahun. Jadi watak-watak ini mendidik saya. Itu yang, kadang-kadang saya tanya dalam diri, \u2018aku ni buat kenyataan nak berkelahi dengan orang ke tak mahu kelahi dengan orang\u2019.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Februari 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/125607/berita/wawancara/kita-melenting-sebab-tiada-ilmu", "article_title": "Kita melenting sebab tiada ilmu", "article_text": "ADIBAH Noor, 50, satu nama yang cukup sinonim dengan dunia nyanyian dan pengacaraan, malah personaliti hiburan itu juga berbakat dalam bidang lakonan.Terlibat dalam dunia seni dan pengacaraan sejak tahun 1995, kemunculannya di depan lensa kamera seringkali tidak menghampakan para peminat.Namun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Adibah yang juga merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris menegur secara terbuka sebutan perkataan doubt yang disebut oleh seorang menteri.Teguran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang menerima secara terbuka dan ada juga yang kurang senang. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Liza Mokhtar bersama Adibah.SINAR HARIAN: Hanya kerana membetulkan sebutan bahasa Inggeris seorang menteri tempoh hari, netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan komen di media sosial. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang kurang senang dengan teguran itu. Bagaimana Adibah melihat situasi berkenaan?ADIBAH: Terpulanglah. Kalau mahu terima, boleh terima. Kalau tidak mahu terima tidak mengapa. Adakah kita akan menjadi individu yang menerima sesuatu ilmu secara terbuka atau adakah kita memilih untuk menjadi individu yang membuat pelbagai alasan asalkan kekurangan diri kita tidak terserlah.Adakah Adibah menerima sebarang respons daripada pihak menteri itu sendiri berhubung teguran tersebut?Saya tidak menerima apa-apa respons daripada pihak menteri tersebut dan saya tidak mengharapkan apa-apa respons.Ada yang mengatakan tidak perlu sebenarnya kita terlalu sempurna dalam mempraktikkan bahasa Inggeris, lihat sahaja negara Jepun yang disegani seluruh dunia walaupun majoriti rakyatnya tidak menguasai bahasa antarabangsa itu. Apa komen Adibah?Benar bahasa apa sekalipun boleh menjadi bahasa ilmu termasuklah bahasa kebangsaan kita tetapi mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan adalah ilmu.Macam mana kita belajar Matematik. Macam mana kita belajar Kimia. Macam mana kita belajar politik. Macam mana kita belajar Sejarah dan macam-macam subjek lagi begitulah juga mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ia adalah salah satu cabang ilmu.Kalau misalnya kita selesa dengan keadaan seadanya dengan penguasaan satu bahasa sahaja, dengan penguasaan dan pemahaman ilmu setakat mana yang kita ada, kita berpuas hati dengan kehidupan itu, dengan tahap yang sedemikian, silakan.Tetapi sebagai manusia, kita seringkali dituntut untuk mencari ilmu. Jadi apa salahnya kalau kita cari ilmu.Kenapa kita tidak perhebatkan diri lagi dan Insya-ALLAH pintu rezeki itu akan terbuka lebih luas.Contohnya, kalau saya ini seorang pengacara majlis yang hanya menguasai satu bahasa mungkin kerja-kerja yang saya dapat adalah mengacara majlis-majlis yang hanya memerlukan saya berbahasa Melayu.Kalau kita sudah selesa di tahap itu tidak salah langsung tetapi saya cabar diri saya untuk memperhebatkan fahaman dan penguasaan saya dalam bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris.Alhamdulillah bukan sahaja saya dapat mengacarakan majlis yang memerlukan saya berbahasa Melayu malah saya juga dapat kerja-kerja mengacarakan majlis dan program yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Inggeris.Apa salahnya, pintu rezeki kita mungkin terbuka lebih luas lagi kalau kita ada sesuatu ilmu yang kita kuasai tidak kiralah bahasa atau mata pelajaran lain.Di sebalik \u2018kekecohan\u2019 teguran tersebut, adakah ia memperlihatkan sikap rakyat Malaysia ini cepat melenting sekiranya ditegur atau terpulang kepada penerimaan masing-masing terhadap sesuatu teguran itu?Kadang-kadang, kita cepat melenting sebab apa? Sebab bila kita tiada sesuatu ilmu, kita tiada pengetahuan, kita tiada sesuatu benda itu kadang-kadang ego kita ini mahu menutup segala benda yang malu kita nak tunjuk.Malu nak tunjuk kita tiada benda itu tetapi kita memilih untuk memburukkan orang yang membetulkan. Memburukkan orang yang ada ilmu itu. Jadi semua ini terpulang kepada individu.Kalau kita terima daripada perspektif pembelajaran walaupun awak tidak suka cara saya buat tetapi terima ilmu itu maka awak tetap akan terima secara positif.Tetapi kalau kita memilih untuk melihat ia dari segi, \u2018eh awak ingat hebat sangat cakap bahasa Inggeris\u2019 maka selama-lamanya kita akan jadi begitu. Pilihan terletak di tangan kita.Berhubung program tv pendidikan, pada pandangan Adibah, perlukah guru yang mengendalikan sesebuah program tv pendidikan itu terutama subjek yang menggunakan bahasa Inggeris untuk menguasai sepenuhnya bahasa itu bagi memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan baik?Sebelum menghasilkan sesuatu program, harus ada perancangan yang sangat teliti. Tidak kira program apa sekalipun program pembelajaran, program hiburan, program bual bicara dan sebagainya kita harus ada perancangan teliti yang diberikan kepada satu pasukan yang berpengetahuan, pasukan yang mampu menghasilkan sesuatu produksi.Kita tidak boleh harapkan seorang guru itu untuk melakukan segala-galanya. Sepatutnya ada sistem sokongan, ada penulis skrip, ada orang yang memantau bahasa, ada orang memantau kebolehan perantara, ada orang memantau rekaan grafik dan sebagainya.Pengisian program itu seharusnya bermula di meja mesyuarat di mana kita boleh berkongsi idea dan cara terbaik menyampaikan sesuatu perkara di hadapan lensa kamera.Mesti ada perancangan teliti dan mesti ada pemilihan siapakah perantara yang terbaik untuk menyampaikannya.Berkenaan tawaran Adibah untuk mengajar Bahasa Inggeris di DidikTV, adakah ia dibuat berikutan rasa terpanggil untuk kembali mengajar atau bagaimana?Saya cuma menawarkan diri sahaja. Saya menawarkan diri untuk kita sama-sama berbincang, untuk kita sama-sama mencetuskan idea tentang cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu pembelajaran, program dan sebagainya.Saya menawarkan diri untuk menjadi perantara atau guru bahasa Inggeris di platform sedemikian.Bukan untuk \u2018sailang\u2019 kerja, saya tidak perlu berada di depan lensa kamera pun mungkin boleh cari guru yang lebih baik dan jauh lebih berkaliber daripada saya. Saya cuma menawarkan diri untuk kita sama-sama cari jalan terbaik demi pendidikan anak-anak.Umum tahu Adibah sering membetulkan sebutan bahasa Inggeris menerusi video, pernahkah Adibah berasa putus asa untuk berbuat demikian disebabkan respons kurang menyenangkan yang diterima selepas membuat teguran?Saya tidak akan berputus asa. Mana yang saya terpanggil untuk betulkan saya akan buat.Sebenarnya saya tidak sehebat mana, penguasaan bahasa Inggeris saya pun semakin 'karat' sebenarnya tetapi apa yang saya tahu, saya boleh kongsi.Kalau mahu katakan saya terkesan dengan komen-komen negatif yang menjurus ke arah kecaman, kalau teguran kita boleh terima, sebenarnya kurang daripada lima peratus dibandingkan dengan respons positif yang saya dapat.Kira-kira 95 peratus yang saya terima adalah galakan dan dorongan untuk saya teruskan usaha saya malah ramai yang meminta saya mengajar anak-anak mereka secara peribadi.Ramai ibu bapa yang bertanya, kalau saya boleh datang dan ajar anak mereka. Maknanya apa? Maknanya sudah ada kesedaran dalam kalangan ibu bapa secara menyeluruh bahawa anak-anak mereka perlu mahir menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Saya sangat terharu dengan respons itu sebenarnya. Yang kecaman itu tidak mengapa.Tidak semua akan terima pendapat kita, tidak semua akan boleh terima teguran apatah lagi teguran viral seperti itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "25 Februari 2021 09:00am"} +{"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/124786/berita/wawancara/segera-putuskan-rantaian-rasuah", "article_title": "Segera putuskan rantaian rasuah", "article_text": "USAHA untuk memutuskan rantaian rasuah yang telah membarah di Malaysia sejak sekian lama perlu digerakkan secara organik melibatkan rakyat semua peringkat. Revolusi nilai, moral dan pemikiran untuk menghapuskan rasuah yang menjadi duri dalam daging ini perlu dilakukan segera demi kesejahteraan negara dan generasi masa depan.Justeru, pengenalan kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa atau Sinar Rasuah Busters yang mula digerakkan sejak lebih sebulan lalu dilihat tepat pada masanya.Ikuti hasrat dan perancangan lanjut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub merangkap Ketua Pasukan Rasuah Busters pada program Bicara Minda mengenai hala tuju kempen tersebut.Program yang berlangsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Jumaat menampilkan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator.SAYED MUNAWAR: Apa sebenarnya yang mencetuskan Datuk untuk memulakan agenda Rasuah Busters ini?HUSSAMUDDIN: Saya sudah berada dalam industri penerbitan akhbar selama 40 tahun. Saya seorang yang percaya kepada kebebasan akhbar. Sepanjang 40 tahun saya berada di dalam dunia perniagaan, saya melihat keruntuhan moral bangsa ini semakin teruk. Masalah rasuah makin berleluasa. Hampir setahun lebih negara dibadai Covid-19. Hidup rakyat kelihatan begitu sengsara. Malah, lebih teruk lagi apabila masing-masing bergaduh sesama sendiri.Berbeza dengan negara lain, mereka dapat uruskan dengan baik. Mereka gunakan harta negara untuk menyelamatkan rakyat. Di Malaysia, kita ada masalah besar di mana rasuah sudah menjadi darah daging. Dalam ekosistem kita, semuanya perlu berbayar. Jadi kos sara hidup jadi makin tinggi. Oleh sebab itu, sebagai pemilik media, kita sepatutnya memandang kepada ummah. Masing-masing perlu berganding bahu demi menyelamatkan bangsa khususnya generasi muda agar mereka tidak turut terjebak dengan masalah integriti dan salah guna kuasa.Selain Sinar Harian, siapa lagi dalam kalangan media yang menyambut perjuangan yang dibawakan oleh Datuk sekarang ini?Selama 40 tahun Karangkraf diwujudkan, kita sudahpun berjaya sampaikan kepada rakyat walaupun sumbangan itu dilihat agak kecil. Apabila melihat keadaan sekarang, rakyat seolah-olah merelakan apa yang berlaku. Keruntuhan moral bangsa inilah yang membolehkan salah laku rasuah membiak. Itulah kenapa saya rasakan saya perlu gerakan kempen ini. Saya harus mengambil peranan ini untuk mengetuai satu gerakan kesedaran. Walaupun orang kata dah berakar umbi tapi saya yakin sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh, Insya-ALLAH kita boleh bebas daripada masalah isu integriti dan salah guna kuasa.Bagaimana Rasuah Busters ini boleh membawa kepada satu dimensi yang berbeza?Saya lihat rata-rata pemimpin politik sudah hilang kredibiliti dan rakyat sudah hilang kepercayaan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir 60 tahun memerintah namun gagal atasi isu integriti dan salah guna kuasa. Bahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri pun gagal atasi perkara sama meskipun pernah memerintah selama 22 bulan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila kerajaan dipegang oleh Perikatan Nasional (PN).Kalau kita betul-betul ikut ajaran Islam sebenar sebagaimana diajar oleh al-Quran dan Sunnah, ia sememangnya cukup jelas. Kenapa rakyat tidak amanah? Ini kerana mereka tidak ada nilai moral dalam diri. Jadi, dengan adanya kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa ini kita dapat kembalikan semula sistem moral tersebut. Rakyat harus bergerak sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pemimpin politik. Bila adanya satu revolusi sikap dan revolusi nilai, barulah kita boleh berjaya banteras isu integriti dan salah guna kuasa.Datuk, kita mengakui masyarakat terlalu feudalistik dan ciri feudalistik itu mereka mencari hero, wirawan dan dalam realiti kita hari ini, Datuk sendiri menyebut bahawa sistem sudah runtuh. Kita runtuh segala-galanya termasuk institusi yang sepatutnya menegakkan keyakinan. Apakah nanti Sinar Harian mampu menimbulkan rasa kejelikan?Saya rasa kita harus lihat kepada diri kita sendiri. Ada orang Melayu yang baik, orang Cina yang baik, orang India yang ada disiplin, yang berpegang kepada nilai, masih ada cuma selama ini mereka memilih duduk di belakang dan membiarkan noisy minority (suara minoriti) untuk menilai dan suara minoriti ini yang menyokong pemimpin yang bagi saya, saya guna analogi, orang mata satu memimpin orang buta. Jadi sekarang orang yang celik kena bangun keluar daripada zon selesa mereka, iaitu zon yang tengok sahaja dan membiarkan.Tapi dia kena bangun dan suarakan kerana sekarang duduk sahaja dan merelakan adalah satu dosa besar. Jadi kalau kita dah sedar kita lakukan sesuatu. Kita perlu mulakan revolusi ini dengan diri kita dulu. Jadi di peringkat kita, kita tolak secara terang-terang apa sahaja salah laku dan moral yang tidak bagus, nilai-nilai yang tidak bagus itu kita tolak. Apa yang ingin saya katakan ialah, gerakan ini mesti dari bawah ke atas.Hussamuddin - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKORMula dari diri ke keluarga, ke lingkungan dan masyarakat berasaskan nilai-nilai murni mengikut agama masing-masing. Kita balik kepada agama. Bagi saya, kita beragama selama ini salah. Kenapa saya ambil momentum sekarang untuk lancar kempen ini kerana kita tengok seluruh dunia berkurung. Manusia sekarang takut mati. Bagi saya inilah saat terbaik untuk membawa perasaan takut kepada Tuhan, kita tanam perasaan ketakwaan, supaya dapat bangkitkan kembali apabila keluar daripada Covid-19 ini dengan jiwa yang baharu.Apakah media lain juga ada sentimen yang sama? Bagaimana dengan sambutan media?Bila saya lancar program ini banyak sambutan daripada media, surat khabar pertama temu bual saya adalah The Edge. The Edge ini kita tahu dimiliki orang bukan Melayu dan pasaran mereka adalah sektor korporat dan sektor ini juga berhadapan dengan isu rasuah. Tapi mereka berani temuramah saya dan berani promosi dan banyak surat khabar Cina dan media yang dimiliki oleh bukan orang Melayu yang turut menyokong. Rakyat sekarang sudah penat. Orang yang membayar penat, jadi dia tidak mahu bayar lagi.Itu sebab mereka sokong kempen ini dan orang yang menerima dah kaya raya tu mungkin dia akan berhenti. Kita harap begitu dengan kempen ini. Yang duduk ambil sikit-sikit kita berharap berhenti ambil. Sebab itu saya gunakan perkataan putuskan rantaian. Bermakna kalau kita dapat putuskan rantaian itu maka kita berjaya. Macam Covid-19 jugalah. Kempen ini akan menjadi kerana satu, ia bukan dimulakan oleh kerajaan, bukan dimulakan oleh orang politik.Pasal kalau dimulakan oleh kerajaan majlis pelancaran lebih besar daripada kejayaan. Jika orang politik pula mereka sekarang sudah hilang kredibiliti dan Sinar Harian ini kenapa saya rasakan kempen ini Insya-ALLAH akan berjaya kerana sepanjang saya berniaga 40 tahun ini saya sudah dapat bina satu reputasi, maksudnya orang dah kenal saya. Masa saya terbit Watan dulu, kita akhbar bebas walaupun zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.Akhbar saya kena gantung tiga kali, tapi saya teruskan, saya konsisten. Kemudian saya terbit pula akhbar Eksklusif, Mahathir gantung akhbar saya sekali lagi dan kini saya terbitkan Sinar Harian yang kini sudah masuk usia 15 tahun. Saya sahaja yang berani bebas, masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak mereka tidak kacau saya. Bila Pakatan Harapan (PH) masuk mereka lagi tidak kacau saya tapi sebab saya dah ada reputasi, saya bebas dan dalam bisnes kami memang kontrak kerajaan itu tidak sampai satu atau dua peratus daripada perniagaan kita pun. Maknanya saya boleh, saya ada reputasi yang saya rasakan bahawa ahli perniagaan bukan Melayu pun percaya dengan saya, orang ramai percaya saya dan saya rasa orang politik pun dia tahu mana pendirian saya. Saya ada baca dalam media sosial, orang politik branding saya secara bebas dan berbahaya.Pasal saya masih ingat masa Datuk Seri Najib Razak datang berbuka puasa dekat sini tujuh, lapan tahun dahulu dalam ucapan, beliau minta Sinar Harian bantu. Saya kata hendak bantu tidak ada masalah, boss saya adalah ALLAH, saya lapor pada ALLAH. Jadi maknanya saya bertanggungjawab memastikan surat khabar saya ini bebas. Cuma pada masa dahulu kebebasan akhbar tidak sebebas macam sekarang. Tapi dalam keadaan sukar pun saya kekal bebas. Jadi sekurang-kurangnya Sinar Harian ini ada satu reputasi, Karangkraf ini bebas dan semua orang tahu. Kita tidak ada agenda politik. Saya langsung tidak ada agenda. Saya buat ini kerana betul-betul rasa bersalah. Sebab saya rasakan apa yang saya buat 40 tahun dahulu tidak cukup untuk ubah pemikiran orang Melayu.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Februari 2021 09:00am"} +{"author_name": "NURHIDAYAH HAIROM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/124418/berita/wawancara/luahan-dr-mahathir", "article_title": "Luahan Dr Mahathir", "article_text": "[MUKADIMAH] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil dalam program \u2018Bersama Tun M\u2019 di Studio F, Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.Dalam temubual selama lebih satu jam itu, beliau menyentuh pelbagai perkara termasuk isu perjuangan beliau, politik hari ini, perasaan terhadap UMNO dan isu rasuah yang semakin menjadi-jadi.Wawancara itu dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar. Ikuti transkrip penuh temu bual berkenaan.Johan menemubual Dr Mahathir dalam wawancara Bersama Tun M di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.JOHAN JAAFFAR: Tun mengatakan perintah darurat oleh kerajaan tidak sah dan tidak mengikut undang-undang. Perdana menteri tentu ada penasihat undang-undang yang patut menasihatkannya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku kalau betul pengisytiharan itu tidak sah?DR MAHATHIR: Penasihat adalah penasihat. Tak bermakna dia memberi arahan. Ada orang yang kalau dinasihati dia tidak mengikut nasihat itu. Dia buat keputusan sendiri. Saya akui saya juga begitu di mana saya dinasihati oleh ramai orang ada yang saya tolak. Saya buat kenyataan sendiri.Jika begitu, adakah betul pandangan Tun bahawa pengisytiharan darurat itu tidak sah dan tidak mengikut undang-undang?Saya tidak nampak apa sebabnya kita perlu kuasa yang lebih kerana setakat yang saya lihat dan saya tahu, kita tidak perlu kepada kuasa yang lebih daripada kuasa yang sudah diperuntukan oleh undang-undang sedia ada.Kalau kita kaji, kita akan dapati bahawa semua tindakan itu mengikut undang-undang. Selepas diisytihar darurat pun tak ada tindakan yang lebih daripada apa diperuntukkan oleh undang-undang biasa. Darurat itu tidak perlu sama sekali.Salah satu daripada perkara dilihat rakyat hari ini, bagi mereka asalkan soal Covid-19 dapat ditangani dengan baik, ada makanan atas meja, cukuplah. Mereka tidak peduli sama ada darurat itu sah atau sebagainya. Apa pandangan Tun?Kita tidak guna darurat bukan kerana kita kurang bebas tetapi bila kita disebutkan darurat, ramai yang rasa bahawa undang-undang biasa tidak berkuatkuasa lagi. Ini kita dapat lihat yang mana setelah diisytihar darurat, Parlimen tidak boleh bersidang dan banyak lagi sekatan-sekatan sehingga ada dalam gazet disebut bahawa kalau kerajaan rampas sesuatu, orang yang menjadi mangsa tidak boleh bawa kesnya ke mahkamah.Jadi tindakan kerajaan ini bukan sahaja tidak boleh disoal dalam parlimen tetapi tidak boleh disoal dalam mahkamah. Ini bermakna kebebasan, hak rakyat sudah dirampas oleh kerajaan.Sehingga hari ini, parti yang Tun asaskan iaitu Pejuang masih belum diberikan pendaftaran. Apakah pihak penaja ada pelan A, B, atau C kerana kita lihat sehingga hari ini orang tertanya-tanya apa yang berlaku pada Pejuang?Kita tidak didaftar walaupun undang-undang berkata pihak kerajaan mesti mendaftarkan sesuatu badan itu kalau dia menepati segala syarat. Kita (Pejuang) menepati segala syarat tetapi masih tidak didaftar.Jika Pejuang tidak didaftar, kita perlu cari jalan lain dan kita tidak boleh terangkan apa pelan tersebut. Tetapi kita masih ingat ketika kita masih dalam Bersatu dalam PRU14, sebelum PRU diadakan tiba-tiba parti yang sudah didaftar ditarik balik pendaftarannya. Pendaftaran Pakatan Harapan pun tidak diluluskan.Tindakan kerajaan ini bertentangan dengan undang-undang negara yang sepatutnya kerajaan memudahkan segala urusan. Kerajaan lebih terpengaruh dengan politik parti dan tidak membenarkan pihak lain menentang. Ini yang berlaku.Apakah Pejuang satu lagi parti yang akan pecahbelahkan perpaduan orang Melayu?Pada mulanya, ketika kita melawan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan, pada masa itu semua orang ada dalam satu parti sahaja iaitu UMNO. Kenapa? Kerana pada masa itu kalau kita bergiat dalam politik, kita tidak dapat apa-apa pun. Bila merdeka, ramai yang melihat melalui politik boleh jadi Yang Berhormat, boleh dapat gaji, boleh jadi menteri malah perdana menteri dan gaji besar. Jadi ada orang yang lihat menjadi wakil rakyat ini adalah satu cara mendapat pendapatan yang baik.Ada yang kata Pejuang ini tidak lebih daripada menjadi satu lagi alat untuk Tun terus berkuasa. Apa komen Tun?(Terpulang) kalau nak salahkan saya. Saya khuatir dengan masa depan orang Melayu dan saya lihat selama 80 tahun bagaimana orang Melayu merosot daripada segi kuasa kerana mereka berpecah.Saya berpendapat bahawa masa depan orang Melayu amat gelap. Walaupun sudah berumur 95 tahun, saya masih berminat untuk menjalankan tugas saya. Bukan siapa suruh, saya rasa seperti itu.Apa yang boleh rakyat atau orang Melayu harapkan daripada seorang bekas perdana menteri yang berusia 95 tahun yang tidak ada parti?Pengalaman saya selama 80 tahun dalam politik dan lebih kurang 24 tahun sebagai perdana menteri. Saya ingat saya mempunyai pengalaman yang banyak yang boleh diguna oleh sesiapa sahaja. Sebab itu kalau ada orang datang jumpa, saya minta supaya saya membuat sesuatu, jadi saya cuba membuat sesuatu.Setakat ini saya boleh menyumbang pendapat yang saya saya yakin orang lain tidak ada kerana tidak pernah jadi PM sekian lama.Ada yang kata Tun sudah menyumbang kepada bangsa, kepada negara sekian lama dan inilah masanya untuk Tun berehat, tinggalkan politik?Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap saya dapat berehat, menikmati kehidupan, berjalan sana sini. Tetapi seminggu selepas saya letak jawatan, orang datang minta tolong buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi PM ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Hanya seminggu sudah nampak kelainan. Selepas itu rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Saya cuba nasihat tetapi nasihat tidak berkesan. Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti dan menentang kerajaan. Parti yang dahulunya adalah parti saya.Berdasarkan pemerhatian Tun, apa yang dilakukan oleh pimpinan pada masa ini?Rasuah sudah merebak sampai tahap yang mana kerajaan boleh didirikan melalui rasuah. Pegawai dan anggota kerajaan boleh dibeli dengan duit. Jadi kita akan lihat negara kita ini diperintah oleh perasuah yang menjadi pemerintah kerana dibeli orang tertentu atau kerana mereka membeli tempat untuk diri mereka. Ini akan merosakkan negara.Apakah ini baru berlaku atau dah berlaku sebelum ini?Dulu ada rasuah, saya tidak kata tidak ada. Zaman British pun ada rasuah. Tetapi ia tidak melibatkan politik pada masa itu. Sekarang ini dalam bidang politik kita dapat kemudahan tertentu maka ramai yang ingin masuk dalam bidang politik kerana dapat kuasa untuk diri sendiri dan kuasa itu boleh disalah guna.Kita sudah lihat ada pemimpin mencuri duit. Kenapa curi duit? Kerana nak sogok dengan duit yang banyak. Duit sendiri tidak ada, duit kerajaan pun tidak cukup. Jadi dibuat melalui syarikat tidak tertakluk kepada dasar-dasar kerajaan. Pinjam RM42 bilion dan sebahagian daripada duit itu hilang sampai sekarang ini.Pada waktu Tun menjadi perdana menteri pada pusingan pertama dulu selama 22 tahun ada pandangan menyatakan sebahagian daripada masalah rasuah berpunca daripada era Tun?Kalau nak pergi ke belakang, berpunca daripada merdeka dan demokrasi kerana demokrasi memerlukan populariti. Kadang-kadang ada orang yang nak dapat sokongan, dengan duit. Itu bermulanya rasuah.Tetapi masa itu setakat nak jadi ketua bahagian, tidaklah begitu teruk sampai boleh mendirikan kerajaan. Saya bagi amaran berkali-kali. Kalau kita buat begini rakyat akan tolak kita.Ini sudah pun berlaku kerana kita dapati semakin lama semakin ramai orang politik ini menyertai politik bukan kerana nak menyumbang kepada negara, bangsa atau agama tetapi kerana mahu ada tempat bagi diri sendiri.Ada yang mengatakan bahawa Tun menutup mata kepada amalan rasuah dalam kalangan orang terdekat Tun dalam rakan perniagaan atau politik?Saya dapat sokongan bukan kerana bagi apa-apa kepada orang. Saya nasihat (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kalau nak popular tak perlu beri duit. Turun ke kampung, bersalam dengan orang. Tanya khabar. Itu sudah cukup untuk mendapat sokongan.Saya tidak belanja duit. Saya kedekut. Duit saya adalah duit saya. Saya tidak beri kepada orang. Tapi dengan cara kita berbaik-baik, lepas itu kita tunai janji kita nak bangun negara. Kita kena tunai janji untuk buat sesuatu. Jadi orang sokong kerana itu bukan selalunya kerana rasuah.Dalam tahun 90-an, Tun atau UMNO pernah mengadakan Perhimpunan Agung Khas tentang politik wang. Apakah Tun rasa mesej pada ketika itu sampai khususnya kepada ahli-ahli UMNO ketika itu?Saya nampak jauh ke hadapan. Kerana saya ikut apa yang berlaku sebelum itu. Kita tahu apa yang akan jadi kemudian dengan kita melihat apa yang sudah berlaku. Dia akan berjalan terus. Saya nampak nilai moral orang kita ini sudah kurang. Mereka lebih utamakan apa yang mereka dapat kerana kegiatan mereka dalam politik.Mereka cuma nak jadi menteri, jadi perdana menteri kerana dapat kuasa dan seperti mana kita lihat, selepas saya letak jawatan, apabila orang yang ganti saya nampak peluang itu untuk dapat duit untuk diri sendiri, (dia) sudah melakukan perbuatan rasuah.Bercakap tentang nilai agama dan Islam tetapi pada waktu sama mereka terbabit dengan rasuah?Kita cakap tentang nilai. Kita tahu nilai yang baik tetapi kita tidak amalkan nilai yang baik. Kalau kita amalkan sebagai orang Islam, kita bercakap berkenaan dengan cara hidup Islam tetapi kita tidak amal.Islam melarang kita membunuh. Kita tengok orang Islam banyak bunuh dan curi. Semua itu dilarang dalam Islam. Kita buat amal ibadat fardu ain untuk diri sendiri. Puasa, solat, bayar zakat, mengerjakan haji dua ke tiga kali, tapi dari segi rasuah dia lakukan juga.Kita tengok perasuah ini setiap tahun buat umrah dan bagi duit kepada orang lain juga supaya buat haji tetapi curi duit berbilion-bilion.Kalau saya jadi menteri pada zaman Tun, beranikah saya mahu persoalkan Tun jika Tun buat silap?(Ketawa) Jika you macam (Tan Sri) Rafidah (Aziz), banyak yang berani tapi orang tidak tahu. Dalam Kabinet banyak benda yang saya cadang tetapi tidak lulus kerana mereka tidak bersetuju. Masa saya kendalikan krisis kewangan, saya buat cadangan, mereka tolak.Akhirnya saya buat satu cadangan yang mereka boleh terima maka itulah yang mereka laksanakan. Jangan fikir dalam Kabinet saya tak ada siapa yang bercakap. Mesyuarat tiga jam sehari takkanlah saya seorang saja yang nak bercakap. Tapi orang lain tak percaya, mengatakan saya sebagai diktator. Musuh saya memang panggil saya diktator. Kalau dia panggil saya pemimpin saya, tentu dia tak boleh jadi musuh saya.Mengenai usaha Sinar Harian melancarkan Sinar Rasuah Busters, apakah pandangan Tun?Ini satu usaha yang mulia kerana tidak ada sesuatu yang lebih buruk daripada rasuah. Seluruh negara ini akan hancur kalau kita mempunyai moral value yang terima rasuah. Kita tengok banyak negara-negara tidak boleh maju kerana rasuah. Jadi kalau kita ada satu kempen lawan dengan rasuah saya fikir kalau kita berjaya negara ini akan selamat.Apa lagi cadangan Tun supaya usaha ini menjadi gerakan massa, bukan setakat \u2018hangat-hangat tahi ayam\u2019?Kita mesti tegas. Kita ada undang-undang tapi kalau undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, ramai yang berpendapat \u2018tak apalah aku lakukan pun tak jadi apa\u2019. Kalau didapati bersalah pun tak masuk penjara. Itu kalau kita layan orang yang semacam itu, rasuah akan menjadi addict (ketagih). Kalau pemimpin adalah perasuah semua di bawahnya akan rasuah.Bagaimana kita hendak sampai kepada level negara-negara yang bersih daripada rasuah. Apa cadangan Tun?Ini mengambil masa yang pertamanya daripada kecil kita perlu disemai dengan perasaan bahawa rasuah itu salah. Kita tahu anak-anak kecil belajar daripada ibu bapa. Ibu bapa memberitahu apa yang baik, apa yang tidak, apa yang berdosa, apa yang dapat pahala. Semua ini diajar pada waktu kecil.Kita kena bermula pada umur tiga tahun, kita perlu semai dalam hati anak-anak kita di sekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi dan juga di universiti tentang nilai yang baik dan kenapa nilai yang baik perlu diamalkan. Pada masa sekarang, peranan ibu bapa sangat kurang kerana mereka bekerja. Tak ada masa hendak semai nilai-nilai yang mulia kepada anak.Sebab itu dia menjadi tugas kerajaan untuk mengadakan kindergarten dan membantu kindergarten dengan kokurikulum yang ada nilai-nilai yang mulia kepada anak-anak kita.Maksudnya ilmu ini perlu diterapkan dari peringkat pra sekolah?Dari peringkat kindergarten supaya jadi satu budaya bangsa. Kita lihat sesetengah budaya bangsa begitu baik sekali sehingga mereka selalunya berjaya tetapi kita kurang berjaya kerana tidak ada satu usaha yang serius untuk pupuk nilai hidup yang mulia.Kita orang Islam. Saya berpendapat kalau kita turut kita akan mendapat ajaran yang baik. Baca al-Quran dalam bahasa Arab kita tidak tahu apa yang dia kata. Kita juga tahu tapi kita tidak ikut. Banyak yang dilarang. Bila kita larang \u2018hey babi tak boleh makan, itu haram\u2019 kita tak makan. Tapi kalau kita kata rasuah lebih dahsyat daripada babi, dia kata tak apalah. Itu sifat yang ada pada kita.Bual bicara eksklusif Bersama Tun M.Selama 22 tahun Tun jadi Presiden UMNO, masih ada tak perasaan sayang lagi pada UMNO?Ya, sayang kepada parti tapi tak sayang kepada pemimpin.UMNO adalah pokok yang kuat, akarnya tegap. Masalahnya adalah masalah pemimpin. Kalau boleh dibersihkan mana-mana elemen yang negatif itu mungkin ini adalah pokok satu satunya tempat orang boleh berlindung. Apa pandangan Tun?Kalau UMNO pegang balik kepada dasar awalnya berjuang untuk bangsa, untuk negara, untuk agama saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang \u2018penyangak-penyangak\u2019 apa semua itu saya tidak boleh kerjasama dengan diorang.Pakatan Harapan dalam tahun 2018 menang pilihan raya. Nampaknya satu coliation yang ideal yang adil, dengan komposisi ahli Kabinet yang memancarkan pelbagai kaum dan sebagainya dan rakyat Malaysia menganggapnya ini adalah formula terbaik. Apa yang sebenarnya berlaku?Apabila Najib kalah, dia nak cari jalan macam mana hendak kalahkan kerajaan. Serta merta dia memikirkan untuk kerjasama dengan Pas dan dia mula sebut tentang kerajaan Melayu Muslim, Melayu Islam kerana dia nampak Pakatan Harapan ini ramai yang bukan Islam dan bukan Melayu pun.Jadi dia guna isu itu, dia main isu itu. Jadi lama kelamaan orang dalam Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) ini terikut-ikut hendak ada Malay Muslim goverment tapi saya tidak setuju sebab itu daripada awal saya kata tak akan keluar daripada Pakatan Harapan untuk bersama dengan mereka.Tapi mereka percaya kononya akan dapat mendirikan kerajaan Malay Muslim tetapi mereka tidak berjaya. Hari ini sebenarnya parti kerajaan yang ini kalau dia buang semua bukan Melayu jatuh kerajaan. Begitu kuat sekali bukan Melayu dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga mereka boleh jatuhkan kerajaan. Jadi bukan Malay Muslim tetapi di bawah kuasa bukan Islam.Bagaimanakah Pakatan Harapan pada ketika itu yang mendapat kemenangan tetapi dalam beberapa bulan sahaja rakyat sudah mula mempersoalkan. Apa kesilapan Tun rasa?Kesilapan yang paling besar ialah kita tidak boleh hendak layan rakyat seperti Najib layan. Kalau kita cuba kurangkan BR1M, mereka pun kata Najib lebih baik daripada Dr Mahathir. Dia bagi juga duit, Dr mahathir bagi apa?Jadi itu menjadi tumpuan mereka adalah yang tuduh kononnya Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP. Itu propaganda Najib untuk nak jatuhkan Pakatan Harapan. Tapi banyak benda kita buat tidak diiktiraf umpamanya untuk tubuh sebuah kerajaan yang berfungsi cukup.Bukanlah mudah apabila ada pertukaran kerajaan kalau kita lihat di negara lain apabila ada peralihan maka akan berlaku macam-macam, apa nama keganasan dan sebagainya. Tapi kita dapat ambil balik dengan begitu licin dan dapat dirikan kerajaan dengan bersih.Kita buang orang-orang kotor daripada civil service pun dan kita dapat jalankan tugas kita ada benda yang kita tak boleh buat, umpamanya benda benda yang memerlukan sokongan 2/3 daripada Dewan Rakyat. Kita tak ada majoriti 2/3.Jadi undang-undang tidak boleh diubah melainkan kalau parti lawan sokong. Jadi benda yang tak boleh kita tak boleh buat tetapi ada benda-benda yang kita buat janji tetapi tidak tahu benda itu tidak boleh dilakukan umpamanya hendak hapuskan tol, itu bukan mudah tidak boleh buat.Dua kali Tun berjanji hendak bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, pertama tahun 90-an. Yang baharu sewaktu Pakatan Harapan tapi Tun tidak tunaikan. Apa Tun sudah membuat keputusan daripada awal tak nak bagi pada Anwar?Janji parti Pakatan Harapan ialah saya menjadi Perdana Menteri sekian lama tak ada mention berapa lama selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya dapati kerja-kerja yang perlu dibuat itu masih banyak ada lagi yang belum saya buat. Jadi saya tidak boleh menentukan bila saya letak jawatan tetapi saya berniat hendak letak jawatan. Tak akan saya hendak mungkir janji jadi perdana menteri sampai pilihan raya, tidak.Saya hendak letak jawatan tetapi orang Anwar ini kata macam-macam kepada saya. Maki saya suruh saya berhentilah. Ada ekstremis, puak ekstremis. Jadi saya berpendapat apa dia nak kata, dia katalah asal saya jalan kerja (saya). Ada benda-benda yang saya hendak buat.Minta maaf saya telah rancang cara-cara hendak mengatasi masalah ekonomi, macam mana hendak laksanakan dasar baharu kerajaan, semua ini saya dah buat tertib. Begitu juga dalam bidang pendidikan di mana ini semua saya kena laksanakan.Kalau saya letak jawatan, benda itu tak jadi. Saya tahu tapi saya kena bertanggungjawab dan akhirnya saya letak jawatan.Dari kiri: Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman; Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar; Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Februari 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/123775/berita/wawancara/strategi-saarani-jinakkan-pembangkang", "article_title": "Strategi Saarani jinakkan pembangkang", "article_text": "SELEPAS 62 hari dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-14, Datuk Saarani Mohamad telah mengambil langkah yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan juga pembangkang.Peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap ADUN itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Perak.\"Rakyat dalam kawasan pembangkang juga perlukan pembangunan. Kalau saya tidak berikan wang itu kepada wakil rakyat pembangkang, macam mana dengan kebajikan bagi kawasan pembangkang? Jangan lupa dalam kawasan pembangkang, ada juga penyokong kerajaan,\" hujah Saarani.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Saarani yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohammad Khairil Asyraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.SINAR AHAD: Selepas lebih 62 hari menjadi MB, bagaimana Datuk melihat pentadbiran kerajaan negeri Perak sebelum dan selepas Datuk mengambil alih pentadbiran negeri?SAARANI: Alhamdulillah, saya angkat sumpah pada 10 Disember 2020. Maknanya, hari ini (Khamis) baru 62 hari.Saya ada sedikit pengalaman setelah menjadi wakil rakyat di Perak selama lima penggal. Saya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa, kemudian Exco kerajaan negeri dan sekarang menjadi Menteri Besar.Saya pernah berada di bawah pentadbiran tiga orang Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali daripada tahun 1999 hingga tahun 2004 yang pada ketika itu saya menjadi ADUN biasa.Saarani mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan peruntukan sama rata kepada semua 59 ADUN kerajaan dan juga pembangkang.Saya dapat melihat dan berada bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan. Umur saya 60 tahun sekarang dan mula menjadi wakil rakyat pada usia 38 tahun. Sebahagian besar kakitangan kerajaan yang ada sekarang berusia 60 tahun dan akan pencen tahun ini. Bermakna dia pernah bersama-sama saya selama 22 tahun. Disebabkan itu, saya dapat bersama-sama kakitangan Perak yang ada sekarang dan mengenali mereka serta mereka juga mengenali saya.Sepintas lalu, saya rasa saya tidak ada masalah apa-apa. Saya mendapat sokongan yang kuat dan kerjasama yang baik daripada kakitangan kerajaan. Tetapi sudah tentu kita kena akui, terdapat perbezaan dari segi corak kepimpinan dan kaedah pentadbiran melibatkan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Orang kata \u2018sekali air bah, sekali pantai berubah\u2019. Perbezaannya ada, sudah pasti.Bagaimanapun, saya gembira menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak sentiasa berada di landasan yang betul dan mereka (kakitangan kerajaan negeri) \u2018setia kepada kerajaan yang memerintah'.Apakah cabaran paling besar buat Datuk sekarang?Secara kebetulan, pada waktu saya menjadi Menteri Besar ini, kita berhadapan dengan masalah Covid-19. Oleh sebab cabaran ini besar, saya tahu saya tidak boleh memikulnya sendirian. Saya perlukan sokongan dan dokongan semua pihak.Saya lihat kepada statistik, pungutan cukai hasil 2020 kita sangat jauh beza berbanding dengan pungutan hasil cukai pada 2019.Kita kehilangan lebih kurang RM111.4 juta akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama bermula pada 18 Mac 2020 kerana punca pendapatan kerajaan negeri tersekat.Apabila \u2018lockdown\u2019 bermakna industri pembalakan tidak boleh berfungsi. Tidak ada kayu balak yang ditebang, dieksport atau dihantar ke kilang papan. Kilang papan pun tutup. Tidak ada pekerjaan. Bila \u2018lockdown\u2019, kuari pun ditutup. Bila kuari ditutup, kita tidak dapat duit doket, tidak dapat premium, tidak dapat cukai.Selepas itu, gerai makan dan restoran ditutup. Maka majlis daerah tidak dapat mengutip cukai. Pada 31 Disember 2020, kita mendapati akaun mengalami defisit RM77 juta. Maknanya, kita terhutang RM77 juta. Sedangkan 12 tahun berturut-turut sebelum itu, setiap hujung tahun kita lihat akaun kita surplus, ada lebihan.Menyedari hakikat itu, maka dalam Executive Talk saya baru-baru ini, saya minta kita perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari jalan bagi kita menambah dana kerajaan.Ada banyak benda kena buat. Di kampung-kampung sekarang, ada mak cik-mak cik pada waktu pagi menjual pisang goreng, nasi lemak dan roti canai menggunakan pemasaran digital, telefon pintar, WhatsApp dan Facebook. Itu adalah satu contoh kreativiti orang kampung. Maka, kerajaan negeri kena kreatif. Kita tidak boleh putus asa. Kalau kerajaan mengalah, rakyat pun akan mengalah.Antara yang sering dibangkitkan ialah isu alam sekitar di Perak khususnya pembalakan dan aktiviti kuari. Apakah respons Datuk terhadap masalah yang diwarisi daripada kepimpinan terdahulu ini?Saya adalah sebahagian daripada kerajaan terdahulu. Kalau saya menyalahkan kerajaan terdahulu, bermakna saya menyalahkan diri saya sendiri. Penyelesaian yang sebenar ialah hadapi dan ambil tanggungjawab isu alam sekitar seperti tanah runtuh dan pencemaran.Sebab itu saya berjumpa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat. Saya tidak melarikan diri daripada NGO. Hari Isnin lalu, saya menjemput tiga NGO alam sekitar untuk mengadakan perjumpaan bersemuka.Mereka memberi pandangan atas keprihatinan terhadap kerosakan alam akibat penebangan hutan atau kuari.Cuma, saya minta NGO ini hendaklah bertanggungjawab apabila mengkritik, pertama ikut saluran yang betul dan kedua, maklumat tersebut tepat.Dalam perjumpaan itu saya jelaskan kepada NGO ini bahawa kuari dan pembalakan ini adalah sebahagian daripada sumber kerajaan negeri. Kalau saya hentikan pembalakan, kilang papan akan tutup, pekerja kilang papan akan hilang pekerjaan. Kalau saya tutup kuari, maka kontraktor kuari berhenti, pekerja juga berhenti.Sekali lagi kita hilang pekerjaan dan kerajaan negeri hilang sumber pendapatan. Sebab daripada kuari dan pembalakan, kita dapat royalti yang kita gunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.Di negara ini terdapat peraturan yang mensyaratkan semua kerajaan negeri kena ada sekurang-kurangnya 50 peratus hutan simpan. Di Perak, kita ada 52 peratus. Ada juga kawasan hutan yang dipanggil hutan pengeluaran yang kita boleh keluarkan kayu-kayan.Namun, kalau kita dapati pembalakan di kawasan tadahan air mengakibatkan banjir, maka kita hentikan. Kita pindahkan konsesi balak itu ke kawasan lain. Kita juga berlaku adil termasuk kuari. Bila orang buat kuari, dia mesti mematuhi syarat berkaitan alam sekitar.Kalau dia terus melanggar syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) pembalakan atau kuari, hingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam, terjejasnya kesejahteraan dan kesihatan rakyat, yang itu kita kena hentikan.Saarani ketika diwawancara Sinar Ahad di Kuala Lumpur Khamis lalu.Apakah perancangan Datuk untuk memulihkan syarikat GLC kerajaan negeri yang dilanda masalah seperti Perak Corporation dan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh?MAPS dan Perak Corporation ialah anak syarikat kerajaan negeri yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia ada pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya sendiri manakala urus niaganya tertakluk kepada peraturan Bursa.Tetapi harus diingat bahawa pemegang saham terbesar Perak Corporation ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang saya pengerusikan. Secara langsung atau tidak langsung, saya bertanggungjawab ke atas PKNP yang menjadi pemegang saham terbesar dalam Perak Corporation. Jadi saya tidak boleh lepas tangan.Kerana itu, saya bersama Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif Perak Corporation mencari jalan bagaimana kita hendak menyelamatkan Perak Corporation ini daripada status PN-17 iaitu tindakan yang menyebabkannya terkeluar daripada Bursa.Ada banyak perkara perlu dibuat. Saya telah menghadiri beberapa perjumpaan dan perundingan dengan pemiutang, bank-bank dan juga penyumbang pembiaya untuk berbincang dengan mereka supaya kami diberi sedikit tempoh bagi mencari jalan memulihkan semula Perak Corporation.Kami akan berusaha keras untuk memastikan Perak Corporation ini dapat dipulihkan. Sebabnya ia ada harta yang boleh diselamatkan termasuk MAPS.Datuk menerima sokongan yang kukuh sebagai MB termasuk DAP. Apakah erti sokongan itu kepada Datuk?Pada saya, parti mana pun, asalkan ia parti politik, sudah tentu matlamatnya adalah untuk mendapatkan kuasa. Setelah mendapat kuasa, ia kena gunakan kuasa itu untuk menjaga kebajikan rakyat, tidak kira penyokong atau bukan penyokongnya semasa pilihan raya.Jadi, mungkin satu kejutan kepada beberapa orang apabila membentangkan Bajet Negeri 2021, saya mengumumkan bahawa peruntukan untuk wakil rakyat negeri Perak, kita bagi sama rata. Wakil rakyat kerajaan dan wakil rakyat pembangkang sama-sama dapat RM200,000.Berbanding dengan kerajaan Persekutuan, setiap ahli Parlimen kerajaan mendapat RM3.7 juta, melainkan lima orang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.Mereka ini tidak dapat RM3.7 juta sebaliknya mendapat RM100,000 sahaja iaitu sama dengan peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat Persekutuan.Ada perbezaan yang ketara antara peruntukan ahli Parlimen kerajaan dengan ahli Parlimen pembangkang. Tetapi di Perak, ini kali pertama kita membuat perubahan iaitu kita bagi sama rata.ADUN BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan tiga orang ADUN Bebas kita beri RM200,000. Pada waktu sama, ada 24 ADUN pembangkang daripada DAP, Amanah dan PKR juga kita bagi.Apa keistimewaan pembangkang dan kerajaan apabila bajetnya sama?Rakyat dalam kawasan pembangkang juga perlukan pembangunan. Kalau saya tidak berikan wang itu kepada wakil rakyat pembangkang, macam mana dengan kebajikan bagi kawasan pembangkang? Jangan lupa dalam kawasan pembangkang, ada juga penyokong kerajaan.Bila saya bagi, sekurang-kurangnya wakil rakyat pembangkang dapat berbelanja. Bila? Waktu Covid-19 rakyat di kawasan itu tidak boleh keluar rumah, tidak ada makanan. Siapa nak bantu? Wakil rakyat boleh keluarkan duit itu untuk membeli barang makanan dan dihantar ke rumah-rumah.Sesiapa yang menjadi kerajaan, kita kena berkhidmat untuk seluruh rakyat. Jadi, kita bagi sama rata. Bukan itu sahaja. Ada perubahan lain kita buat iaitu dahulunya semasa BN menjadi kerajaan, Mesyuarat Jawatankuasa Daerah ini hanya dihadiri oleh wakil rakyat kerajaan. Akibatnya, dalam DUN, wakil rakyat pembangkang akan bantai benda yang patutnya boleh selesai di peringkat daerah.Saarani mahu semua pihak menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari jalan bagi menambah dana kerajaan.Kita buat keputusan mengapa tidak memberi peluang kepada wakil rakyat pembangkang ini bercakap dalam peringkat daerah.Selesai di situ sahaja. Dia nak longkang, jalan raya, pagar, boleh diselesaikan di peringkat daerah.Perubahan yang ketiga dipanggil Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group Daerah. Ini mesyuarat jawatankuasa menjaga pembasmian kemiskinan. Selama ini, pembangkang tidak diberi peluang untuk duduk di dalam itu. Jadi, dia tidak boleh bercakap.Bila tengok kawasan dia mundur, kita tidak boleh kata dia tidak bertugas sebab dia tidak diberi peluang memberikan pendapat dan pandangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fokus Group itu.Kita berilah pada dia. Bukan kena bayar duit. Dia sekurang-kurangnya memberikan pandangannya. Soal bersetuju atau tidak bersetuju tajuk lain. Soalnya dia diberi peluang.Yang keempat, selama ini wakil rakyat pembangkang tidak diberi peluang untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah.Bila berlaku banjir atau ribut, wakil rakyat pembangkang duduk di rumah 'rileks' sahaja dia tidak peduli. Sebabnya dia tidak dilibatkan dalam jawatankuasa itu. Sekarang kita libatkan dia. Berlaku banjir atau ribut dia kena turun padang.Sebab dia berada dalam jawatankuasa itu, dia pun tidak boleh menyalahkan pegawai daerah sebab dia sebahagian daripada jawatankuasa itu. Selama ini, dia balun pegawai daerah dan kerajaan disebabkan dia bukan sebahagian daripada jawatankuasa. Sekarang kita beri peluang.Ada yang mengatakan pemberian peruntukan sama rata ini disebabkan Datuk ada buat perjanjian untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada kerusi MB?Tidak ada, tidak ada kena-mengena dengan itu. Apa yang nak dijanjikan pula? Peristiwa bertukarnya Menteri Besar ini tidak ada apa-apa janji. Saya tengok di luar sana pemikiran orang ramai telah berubah termasuklah generasi muda yang nampaknya lebih global.Mereka nak tengok kerajaan yang telus, adil, memberi kebajikan kepada seluruh rakyat. Saya disebut mendapat sokongan pembangkang sebab saya meminimumkan jurang. Jadi dengan sendirinya saya mendapat sokongan bila diminta untuk undi bajet. Pada waktu itu ada usul percaya kepada Menteri Besar dan saya mendapat sokongan 100 peratus daripada semua ADUN yang hadir.Tidak pernah ada perjanjian apa-apa tetapi mungkin orang rasa terkejut sedikit sebab saya buat perubahan. Tapi saya mengaku, saya berbincang dahulu dengan ADUN-ADUN BN jika saya mendapat penentangan daripada mereka tetapi semuanya bersetuju. Sebab itu pembaharuan boleh dibuat.Adakah formula ini juga akan digunakan untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang?Seharusnya begitu. Saya percaya sebahagian daripada punca kekalahan BN kerana orang ingat BN setelah 60 tahun memerintah seolah-olah kita menekan pihak pembangkang, menganaktirikan penyokong pembangkang dan disebabkan itu mereka bangkit menentang kita.Sekarang saya harap orang muda khususnya melihat perubahan ini. Ini saya panggil tawaran baru kerajaan BN kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia amnya.Wawancara Sinar Ahad bersama Saarani yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohammad Khairil Asyraf Mohd Khalid dan Raja Nur Faznie Aida.ANEKDOT.Perasaan umur 60 tahun baru nak masuk pejabat MBPertama, saya bersyukur kepada Allah SWT tetapi pada waktu yang sama saya sedar pelantikan sebagai Menteri Besar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana di hadapan kita ada cabaran, tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya pernah menjadi ADUN biasa dan Exco kerajaan negeri. Menjadi wakil rakyat, saya bertanggungjawab ke atas kawasan yang saya wakili. Menjadi Exco kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk satu negeri tetapi portfolio saya sahaja.Tetapi menjadi Menteri Besar, saya kena jaga satu negeri dengan semua portfolio. Ada 10 orang Exco yang akan merujuk kepada saya. Itulah besarnya tanggungjawab itu. Pada usia 60 waktu orang mula nak pencen, saya baru masuk pejabat MB. Kerana itu, saya bersedia untuk menerima pandangan, teguran, cadangan malahan kritikan daripada sesiapa sahaja supaya saya berada di landasan yang betul.'Saya ikut skrip Tuhan sepenuhnya'Dalam hidup saya, ada benda yang saya rancang kadangkala menjadi, ada juga benda yang tidak dirancang juga menjadi. Malah, ada benda yang saya rancang tetapi tidak menjadi.Jadi, kita kena akur dengan perancangan ALLAH SWT. Jangan pula tidak merancang kerana ALLAH SWT menyeru kita supaya berikhtiar.Bahkan jangan lupa sekiranya kita gagal mendapat apa yang dihajati, jangan sesekali kecewa dan sedih kerana ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang. Kita dapat lihat sewaktu berlakunya peralihan kerajaan pada bulan Mac lalu.Ketika itu kita nak membentuk kerajaan baharu yang mana melibatkan UMNO, Pas dan Bersatu. Ramai yang menjangkakan bahawa UMNO yang sepatutnya memerintah kerajaan negeri.Secara kebetulan pada ketika itu saya mewakili badan Pengerusi Perhubungan UMNO. Ada juga yang mengatakan bahawa saya yang layak menjadi Menteri Besar pada ketika itu.Bagaimanapun, saya selalu ingatkan kepada diri saya itu hanyalah perancangan manusia. Pada 13 Mac 2020, Sultan Perak melantik semula Ahmad Faizal menjadi Menteri Besar. Ramai yang memberi nasihat kepada saya supaya jangan kecewa dan sedih.Justeru, saya tulis dengan jelas kepada ahli-ahli saya bahawa saya terima ketentuan ALLAH SWT.Kemudian, pada 10 Disember lalu, saya pula yang menjadi Menteri Besar. Sebab itu dari awal saya nak menjadi calon, saya sama sekali tidak melutut dengan mana-mana pihak kerana saya yakin dengan ketentuan ALLAH SWT. Dalam erti kata lain, saya ikut skrip Tuhan sepenuhnya.PROFILDatuk Saarani MohamadJawatan sekarang: Menteri Besar Perak (9 Disember 2020-sekarang)Umur: 60 tahun (1961)Asal: Kampung Raban, Lenggong, PerakPendidikan: Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik) UiTM (1982); Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Open University Malaysia (2008)Kerjaya:-Guru (1982-1990)-ADUN Lenggong (1995-1999) dan Kota Tampan (2004-sekarang)-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak (2018-sekarang)Isteri: Datin Aezer Zubin", "reading_time": "4", "article_dt": "14 Februari 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/122732/berita/wawancara/wawancara-ketua-gagal-punca-orang-bawah-rasuah", "article_title": "[WAWANCARA] Ketua gagal punca orang bawah rasuah", "article_text": "MASALAH rasuah yang berlaku dalam sektor awam berpunca daripada kesilapan dan kegagalan ketua untuk memimpin kakitangan.Bagi Presiden Persatuan Pesara Malaysia, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.\u201cKetika saya bekerja di Kementerian Penerangan, saya sering mengatakan mengenai satu pepatah Inggeris iaitu \u201cThere is no bad soldier\u201d atau tidak ada askar yang jahat dan tidak bagus.\u201cTetapi \u2018jeneral\u2019 yang tak bagus ada,\u201d kata beliau dalam wawancara bersama Sinar Ahad baru-baru ini.Ikuti temu bual pesara kerajaan berusia 91 tahun itu bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Nurhidayah Hairom dan Muhammad Zulkarnain Mohd Azman.SINAR AHAD: Boleh kongsikan pengalaman Tan Sri sewaktu berkhidmat sebagai penjawat awam?WAN MAHMOOD: Negara ditadbir oleh British sebelum merdeka. Pegawai British datang ke sini menjadi pentadbir dan selepas tiga tahun saja, mereka akan balik. Mereka tiada kepentingan peribadi mahu buat harta dan sebagainya. Cukup dengan elaun yang mereka terima.'Jika ketua memimpin dengan baik, masalah rasuah tidak akan berlaku.'Jadi budaya ini ditanam kepada kita pada waktu itu. Tak ada perasaan untuk mencari kepentingan diri sendiri.Satu lagi, budaya Inggeris ini apabila membuat keputusan, telus, tegas dan terang. Dibekalkan kita dengan segala undang-undang yang cukup. Ada perintah am, perintah am kewangan dan pekeliling tanah dan pelbagai lagi.Jadi kita berpandukan arahan-arahan tetap yang bertulis apabila kita membuat keputusan. Kalau kita buat lain daripada apa yang tertulis, kita kena jawab.Jadi kita selalu berpandu kepada itu untuk membuat keputusan dan apa-apa keputusan dapat disampaikan segera kepada rakyat.Sebagai pentadbir, kita dapat mainkan peranan dengan baik. Kalau boleh kita bagi, kalau tak boleh pun kita akan maklumkan. Bos tidak campur tangan melainkan berlaku kesalahan. Namun jika dia puas hati kita buat keputusan yang baik, dia akan sokong kita.Selepas 30 tahun meninggalkan perkhidmatan awam, apakah pandangan Tan Sri terhadap sektor awam sekarang?Sekarang jika kita lihat secara keseluruhannya, budaya sudah lain. Bos kita ialah orang politik. Kita tahu ahli-ahli politik, kalau boleh mereka nak letak bulan di riba pengundi. Tetapi pegawai kerajaan perlu mengatakan boleh atau tidak boleh.Tidak mungkin perkara itu dapat dizahirkan kerana pegawai kerajaan memegang prinsip dan undang-undang sedia ada seperti untuk tender, tanah dan lain-lain.Apabila tiada timbang rasa, tiada hormat-menghormati antara satu sama lain, tibalah pergeseran. Pegawai kerajaanlah yang sering dipersalahkan sehingga hilang semangat bekerja seterusnya melambatkan proses membuat keputusan.Orang politik pun marah apabila sesuatu permohonan sudah berlarutan terlalu lama, sedangkan pihak yang memohon pula mahu segera. Bila lambat, dia (pemohon) pun mula sogok untuk dapatkan kelulusan.Jadi dia pun salah. Tetapi salah dan betul tidak ada garis pemisah. Kalau satu benda dianggap salah, tapi apabila ramai yang ikut, ia akan jadi perkara betul. Itulah sebabnya terjadi rasuah. Apa yang dianggap rasuah mungkin tidak dipandang sebagai rasuah lagi.Menyentuh isu integriti seperti rasuah dan salah guna kuasa pada era Tan Sri berkhidmat, apakah persamaannya dengan sekarang?Dulu integritinya disemai daripada pegawai British yang berintegriti tinggi kerana tiada kepentingan diri. Mereka tiada budaya untuk buat harta, cari nama dan sebagainya. Mereka hanya kerja.Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa separuh daripada kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam. Mengapakah perkara ini berlaku?Ibaratnya begini. Seorang nelayan mahu tangkap ikan dengan cara yang mudah, dia tidak mahu gunakan alat yang canggih dan perlukan masa yang lama. Jadi dia keluar di air cetek dan tangguk dua tiga kali sahaja sudah dapat dua tiga kilogram ikan bilis.Jadi yang banyak ditangkap itu adalah ikan bilis kerana untuk tangkap ikan jerung dan ikan-ikan besar susah, kena pakai alat yang canggih, kena ke laut yang dalam, dan mengambil masa.Bila dapat tangkap (perasuah) pun sukar untuk dibuktikan. Perasuah pakai peguam dan sebagainya sehingga terlepas. Ada jerung yang kena tangkap pun hanya sesekali berlaku.Tapi kalau kita timbang ikan bilis yang ditangkap itu beratnya berapa kilogram? Ikan jerung pula berapa kilogram? Rasuahnya berjuta-juta. Ikan bilis ini mahu lari ke mana elak ditangkap? Sebab itu nampak banyak (ditangkap).Pepatah orang Melayu menyatakan kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.Jadi kita pegang pemimpin yang kita pandang tinggi. Kalau dia dah ambil rasuah, anak buah tentu lebih lagi. Jika pemimpin tak ambil rasuah, yang lain pun tak berani.Ada pihak mengatakan bahawa penjawat awam tidak boleh dipersalahkan sebaliknya masalah rasuah berpunca daripada pemberi rasuah. Apa komen Tan Sri?Kita kena lihat kenapa dia memberi? Kerana mereka nak capai hasrat seperti yang saya sebut iaitu untuk dapatkan kelulusan segera.Rasuah sama ada pemberi atau penerima, dua-dua haram. Seperti minum arak bagi umat Islam itu haram. Yang menjadi pelayan pun tetap haram.Jika bercakap tentang daging haram, heboh semua tidak mahu beli daging. Daging ini kalau makan keluar balik, tapi rasuah yang dimakan menyerap menjadi darah daging anak cucu. Dari segi nilai, pemberi dan penerima dua-dua salah.Jika isu-isu rasuah dan integriti tidak dihapuskan dalam perkhidmatan awam, apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada negara?Segala kemajuan yang kita angan-angankan akan merudum sebab pelabur asing tidak akan melabur di negara kita. Sebab bila mereka jejak kaki saja kena \u2018bayar\u2019. Jejak dua kaki kena \u2018bayar\u2019 lagi. Mahu beli rumah kena \u2018bayar\u2019. Boleh dikatakan setiap proses mereka perlu \u2018bayar\u2019. Jadi siapa yang mahu datang berniaga ke sini?Jika tidak ada perniagaan dari luar, tiada orang yang nak labur modal di sini, ekonomi kita akan merudum. Kalau rasuah tidak dibanteras, anak cucu kita juga akan membesar dengan menganggap bahawa rasuah itu perkara biasa. Itu akan hancurkan budaya dan negara kita sampai bila-bila. Anak cucu kita akan jadi perasuah, penerima rasuah dan sebagainya.Sebab itu saya kata penyakit rasuah ini lebih dahsyat daripada Covid-19. Pada akhirnya, negara kita habis terjual.Apakah usaha-usaha yang dilakukan kerajaan ketika ini untuk memerangi rasuah mencukupi?Saya rasa boleh diperbaiki lagi dari segi pelbagai bidang. Antaranya nilai bagi membenci rasuah perlu menyeluruh. Semangat penjawat awam mesti ditingkatkan.Ketua tak boleh salah. Kalau orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah. - Wan MahmoodCara menilai penyampaian seseorang pegawai perlu direformasikan. Perlu ada mekanisme yang betul-betul boleh kenal pasti seseorang itu layak naik pangkat kerana jasa kepada rakyat itu tinggi.Pada saya, cara penilaian sekarang tidak memenuhi apa yang sepatutnya dan masih perlu diperbaiki. Perasaan ini boleh disemai daripada keluarga dan rumah tangga. Kalau keluarga kucar-kacir, pegawai itu pun kucar-kacir.Jika ada kajian, pada saya ramai orang ambil rasuah adalah akibat tekanan di rumah. Mungkin ada permintaan ahli keluarga yang mahu dipenuhi contohnya isteri yang membandingkan harta benda milik suami dan orang lain.Berputiknya rasuah kepada pemimpin-pemimpin besar adalah perempuan. Faham-faham sahajalah. Falsafah Cina ada menyatakan \u2018jika mahu memimpin negara, pimpinkan keluarga\u2019. Jika nak jadi pemimpin keluarga, kena pimpin diri sendiri. Kerana itu untuk mendidik benci rasuah adalah dari sekolah dan rumah.Apakah perasaan Tan Sri sebagai seorang bekas penjawat awam apabila melihat ada penjawat awam ditangkap atas kesalahan rasuah?Saya rasa kecewa, tapi dalam masa yang sama saya juga faham keadaan dilalui mereka sekarang iaitu mereka hilang semangat kerja, hilang perasaan hendak menolong. Mereka cuma bekerja untuk dapatkan gaji.Jadi ketua mereka mesti beri pengiktirafan atas kebaikan mereka. Jangan jadi macam bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang dia kata, pegawai undang-undang semua kerja untuk tunggu pencen sahaja, itu bukan sikap seorang pemimpin pejabat.Ketua mesti menilai apa yang orang bawahnya buat ketika dia berkuasa. Ketua tak boleh salah. Kalau orang kata anak buah mereka salah, sebenarnya ketua yang bersalah. Sebab ketam tak boleh ajar anak dia jalan lurus, dia jalan senget. Jadi kalau anak buah mereka salah, saya akan salahkan ketuanya.Ketika saya berkerja di Kementerian Penerangan, saya sering menggunakan pepatah Inggeris yang mengatakan, \u201cThere is no bad soldier\u201d iaitu tidak ada askar yang jahat dan tak bagus. Tetapi \u2018jeneral\u2019 yang tak bagus ada.Jadi, kalau ketua pejabat, orang atasan memberi penilaian secukupnya, barulah orang bawah akan bersemangat dan akan bekerja bersungguh-sungguh.Sebab itu saya rasa perlu ubah mekanisme menilai pegawai yang betul-betul jujur dan betul-betul berhasil dan bukan menilai begitu sahaja.Sebab penilaian sekarang ini tak menyeluruh. Kadang-kadang ada pegawai yang kedekut bagi markah, dia bagi orang bawah dia markah kurang.Pegawai yang dia baik, diberi semua bagus. Jadi dua penjawat awam itu gagal memberi penilaian yang sama, tak selaras.Apakah nasihat Tan Sri kepada pegawai-pegawai kerajaan?Pegawai kerajaan hendaklah mengikut tahap-tahap pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan tidak boleh mengikut telunjuk bos mereka iaitu menteri.Sebagai contoh, menteri tidak boleh meminta seseorang itu dijadikan Ketua Setiausaha (KSU). Apabila menteri pilih KSU yang dikehendakinya, KSU tersebut akan mengikut telunjuk menteri sahaja. Apa yang menteri suruh buat, semua dia ikut walaupun salah termasuklah mengampu menteri.Tugas penjawat awam sepatutnya menunjukkan menteri jalan yang betul. Kalau menteri salah, mereka kena tegur. Itu sebenarnya tugas penjawat awam. Saya pernah suarakan isu ini.Biar KSU itu dihantar oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sendiri. Kalau KSU tersebut tak sepadan, menteri boleh suarakan kepada JPA. Tapi kalau dah banyak kali tukar masih sama, itu sebenarnya salah menteri bukan salah KSU tersebut.Saya rasa kalau menteri memilih siapa yang dikehendaki bekerja di bawah mereka, sudah tentu kementerian tersebut serta dasar kementerian itu akan lingkup. Pegawai awam tak perlu asyik ikut bos sahaja.Kalau kita lihat, sultan pun tak boleh melantik Menteri Besar sesuka hati mereka. Kumpulan politik kena hantar beberapa nama kepada sultan dan bukan cadangkan satu nama sahaja.Harapan Tan Sri pada masa hadapan?Harapan saya ialah beberapa perkara. Pertama, pihak atasan kena berubah, yang bawah akan ikut.Yang keduanya, JPA perlu fikir mekanisme, kenal pasti penjawat awam yang betul-betul produktif. Yang betul-betul beri khidmat yang terbaik. Pada saya, sistem yang ada sekarang ini boleh ditambah baik.Ketiga, penerapan nilai antirasuah mestilah menyeluruh. Bermula dari rumah tangga, hingga ke lain-lain organisasi. Ia juga mesti ditangani dengan nada yang sama. Jangan seorang itu lain, seorang lagi pula lain. Nanti semua keliru. Itu prinsipnya.ANEKDOTPrinsip berbuat baik, menolong orangPrinsip saya, setiap hari kena berbuat baik seperti membantu orang. Dalam hadis Nabi ada sebut, ALLAH SWT akan memudahkan kehidupan seseorang yang menolong orang lain. Apabila kita tolong orang jangan separuh jalan, tolong sampai seseorang itu mampu berdikari. Sebagai contoh, seseorang itu lumpuh, dia tak boleh bangun. Jadi kita tolong bangunkan dia.Ya itu baik tapi tak cukup. Kerana sesudah kita bangunkan dia, lepas itu kita tinggalkan dia, dia akan jatuh, lagi parah. Kita mesti ajar dia mara ke hadapan setapak demi setapak supaya boleh berjalan walaupun sikit.Jadi tugas seseorang itu bukan sekadar mewujudkan kebaikan, tapi mesti kena pastikan kebaikan itu kekal dan berterusan. Seperti pepatah pernah menyebut, \u2018jika kamu beri seekor ikan kepada seorang lelaki, dia akan dapat ikan pada hari itu. Tetapi jika kamu mengajarnya cara menangkap ikan, dia akan dapat ikan sepanjang hayatnya.\u2019Amal sunnah Rasulullah SAW, hidup sihatRahsia saya kekal sihat kerana saya amalkan sunnah Nabi. Bila makan mulakan dengan buah, tidak makan daging dan ikan dalam satu makanan.Alhamdulillah disebabkan itu, saya boleh makan hampir kesemua makanan. Selain itu, kena bersenam untuk pastikan badan sentiasa sihat. Contohnya, saya pusing keliling rumah lima kali setiap hari. Walaupun sakit lutut, tapi tetap berjalan.Seterusnya jangan biar otak kosong. Jika kita benarkan otak kita tak buat apa-apa, ia akan beku dan kecut. Kita tak akan kenal isteri satu hari nanti. Jadi, hari-hari saya buat apa sahaja yang saya perlu berfikir.PROFILTan Sri Wan Mahmood Pawan TehJawatan sekarang: Presiden Persatuan Pesara MalaysiaUmur: 91 tahunAsal: Kuala LumpurIsteri: Puan Seri Siti Sarah HusinAnak: 4 orangPengalaman:Ahli Dewan Diraja Selangor (Penasihat kepada Sultan Selangor)Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian PeneranganTimbalan Setiausaha Kewangan, Kementerian PertahananTimbalan Ketua Pendaftaran NegaraPenolong Setiausaha Kerajaan MelakaPegawai Daerah Sabak Bernam", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Februari 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/120610/berita/wawancara/alam-musnah-kerana-ketamakan-manusia", "article_title": "Alam musnah kerana ketamakan manusia", "article_text": "[MUKADIMAH] Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu tindakan lebih tegas terhadap pihak yang melakukan jenayah alam sekitar.Menurut Presidennya, Meenakshi Raman, jika seseorang membunuh orang lain menggunakan racun dianggap satu jenayah yang serius, begitulah juga halnya dengan alam sekitar.\"Kita harus mengambil pendekatan yang sama dalam keadaan di mana udara dan air kita diracuni atau sumber alam kita dinoda dengan rakus,\" tegas beliau.Ikuti wawancara penuh Meenashi bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Ahad, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana puan melihat isu-isu alam sekitar yang menggemparkan di negara ini?MEENAKSHI: Terdapat banyak isu alam sekitar yang timbul baru-baru ini seperti pencemaran sungai yang mengakibatkan gangguan air di Selangor, masalah kesihatan dalam kalangan penduduk Sungai Kim Kim di Johor; pembalakan hutan yang merosakkan kawasan tadahan air; projek-projek tambak pantai yang merosakkan sumber laut; masalah pembuangan plastik; dan kilang-kilang yang mengeluarkan sisa toksik dan bahaya yang susah dilupuskan.Apa yang didedahkan adalah bahawa model ekonomi dan pembangunan kita sekarang tidak mampan dengan akibat-akibat negatif bukan hanya kepada kualiti hidup kita tetapi mengancam kewujudan kita di bumi.Sudah terlalu lama kita mendengar mantera popular yang mengatakan \"kita akan mempunyai pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan alam sekitar, dan akan meneruskan pembangunan yang mampan\" tetapi realitinya, masih banyak yang harus dilakukan untuk memperbaiki haluan sekarang.- Apakah aduan-aduan yang sering diterima oleh SAM atau apakah isu-isu yang sering dibangkit terutama melibatkan isu alam sekitar?Pihak kami sering menerima aduan daripada masyarakat tempatan termasuk orang asal, para nelayan dan penduduk berhampiran dengan kilang-kilang berhubung dengan masalah pencemaran udara dan air, pembalakan dan kerosakan sumber alam.- Adakah puan merasakan kerajaan mengambil berat tentang usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar?Kerajaan Pusat boleh dikatakan mengambil berat tentang usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar, tetapi kuasanya terbatas kerana banyak masalah alam sekitar berpunca daripada perancangan-perancangan yang dibuat di peringkat kerajaan negeri terutamanya dalam bidang hutan, kegunaan tanah dan sumber galian.Kerajaan tempatan juga mempunyai kuasa yang besar dalam isu-isu perancangan, termasuk pemberian kebenaran merancang bagi kerja-kerja pembangunan serta penempatan kilang-kilang dan sebagainya.Jadi, corak pengurusan alam sekitar di peringkat pusat boleh dikatakan menangani kesan sampingan kepada alam sekitar daripada pembangunan tertentu. Ia bukan mencegah atau menahan rancangan-rancangan tertentu demi menjamin kelestarian alam, terutamanya di kawasan-kawasan yang sensitif alam sekitar serta ekologinya.Ada projek-projek tertentu yang memerlukan kelulusan laporan kesan alam sekitar daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) atau EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar) sebelum ia boleh dimulakan.Kaedah penggunaan EIA ini adalah kurang efektif dan lemah, kerana biasanya JAS meluluskan projek-projek tersebut akibat desakan daripada kerajaan negeri atau pihak-pihak lain. Tambahan pula, EIA ini hanyalah untuk penilaian impak sesuatu projek di kawasan yang terhad dan tidak mengambil kira keadaan alam sekitar atau ekosistem yang lebih menyeluruh. Ini merupakan suatu kelemahan yang amat besar dari segi pendekatan EIA tersebut.Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang berusaha untuk memperbaiki undang-undang alam sekitar dan pihak kami berharap bahawa kelemahan-kelemahan ini dapat di atasi dengan seberapa segera.- Masalah alam sekitar seringkali dikaitkan dengan kerakusan manusia untuk mengejar kesenangan tanpa memikirkan kesan terhadap alam. Adakah puan melihat sikap buruk itu begitu serius di negara ini ?Sikap buruk ini memanglah berleluasa, kerana ramai pihak bersikap hendak cepat kaya dan tidak mementingkan masa depan generasi yang akan datang.Alam itu dilihat sebagai sumber kekayaan, misalnya dengan pembalakan untuk kayu balak dan bukan dilihat sebagai hutan yang memainkan fungsi-fungsi ekologi yang berbagai untuk kesejahteraan hidup.Sama juga dengan sungai-sungai atau laut di mana sisa-sisa buangan dicampak dengan mudah-mudahnya, demi untuk mencari keuntungan cepat, daripada mengambil kira kepentingan sungai itu sebagai sumber air untuk minuman dan kehidupan harian.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berinteraksi dengan orang ramai- Baru-baru ini berlaku banjir besar, ada pihak mengatakan ia berpunca daripada taburan hujan yang tinggi, tetapi ada sesetengah pihak melihat ia berlaku kerana penerokaan hutan secara tidak terkawal. Apa pandangan puan mengenainya?Kita harus sedar bahawa perubahan iklim sudah berlaku dan melanda merata dunia termasuk negara kita. Ini bermaksud bahawa intensiti dan kekerapan (frequency) taburan hujan akan berubah dan akan menjadi lebih tinggi pada masa-masa tertentu, dan ini akan mengakibatkan kejadian banjir yang lebih rumit dan serius daripada biasa.Pada masa yang sama, perubahan iklim juga akan mengakibatkan taburan hujan yang akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan musim kemarau yang lebih kerap, seperti yang pernah berlaku di kawasan utara di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada tahun lalu, sehingga air di empangan-empangan amat kurang dan jelapang padi kita dilanda kemarau yang teruk manakala para petani mengalami kerugian yang lebih tinggi.Jadi, dalam keadaan fenomena perubahan iklim ini, kalau kita tidak mengambil langkah-langkah untuk membina daya ketahanan iklim di negeri-negeri ini dalam menampung taburan hujan yang tinggi, dan sebaliknya meneruskan pembalakan yang berleluasa, maka keadaan banjir akan menjadi lebih teruk lagi.Pembinaan daya ketahanan tanah-tanah kita daripada kesan-kesan perubahan iklim adalah amat diperlukan, dan ini dapat dilakukan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan-hutan kita, termasuk tanah lembap (wetlands) dan kawasan hutan bakau.Kami berpendapat bahawa banyak pihak berkuasa kita yang jahil atau kurang ambil berat tentang isu perubahan iklim ini.Mereka bersikap business-as-usual atau berkerja seperti biasa tanpa mengambil berat tentang kesan-kesan perubahan iklim dan tidak membuat perancangan yang berpandangan jauh. Ini adalah suatu sikap yang bahaya dan akan membawa keburukan pada masa depan dengan kerugian yang amat besar bukan saja kepada ekonomi kita, bahkan kepada nyawa dan harta-benda orang ramai.- Sampai sampai bila hutan di negara ini mampu terus bertahan jika terus diteroka dengan sewenang-wenangnya?Soalan ini bukan senang untuk dijawab. Kalau terus diteroka dengan sewenang-wenangnya, memang hutan kita tidak akan tahan lama.Selain daripada sebanyak mana luas hutan yang dapat bertahan, kita juga harus memikirkan tentang mutu hutan-hutan itu sendiri.Hutan di negara kita mungkin akan terus wujud, tetapi jika kebanyakannya dijadikan hutan pengeluaran untuk dibalak, kadar biodiversiti, fungsi ekologi dan kehidupan orang asal akan terus terancam.Terutama sekali dengan perubahan iklim, bencana alam mungkin masih boleh berlaku dengan teruk, sementara sumber air kita akan terjejas.Kita jangan memikirkan hutan itu hanya terdiri daripada pokok-pokok dan hidupan liar yang dapat dilihat.Oleh itu, kesemua kerajaan negeri mesti faham betapa pentingnya baki hutan yang masih ada untuk diwartakan untuk fungsi perlindungan, untuk fungsi ekologinya dan kesejahteraan komuniti orang asal.- Ada pihak mencadangkan supaya denda sebanyak RM10 juta dikenakan kepada pihak yang didapati kemusnahan alam sekitar. Apa pendirian puan tentang cadangan tersebut?Denda RM10 juta memanglah lebih baik daripada denda yang remeh. Tetapi, bagi syarikat-syarikat yang besar, denda sebanyak ini bukanlah susah sangat, apabila mereka dapat keuntungan yang ratusan atau ribuan juta ringgit tiap-tiap bulan atau tahun.Apa yang lebih penting adalah untuk menyenaraihitamkan syarikat-syarikat ini serta pengarah-pengarah mereka daripada menjalankan operasi mereka ataupun lain-lain operasi untuk beberapa tahun.Tambahan pula, amatlah penting untuk mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap pengarah-pengarah utama syarikat tersebut untuk suatu masa yang panjang, supaya mereka tidak lagi melakukan kemusnahan alam sekitar.Kalau seseorang memberi racun kepada orang lain dan orang itu menimpa kesakitan, tindakan seseorang itu dilihat sebagai jenayah yang serius. Kita harus mengambil pendekatan yang sama dalam keadaan di mana udara dan air kita diracuni atau sumber alam kita dinodai dengan rakus. Ini adalah jenayah alam sekitar kerana ramai orang akan menjadi mangsa kepada jenayah sebegini. Kita harus lebih tegas dalam kes-kes begini.- Ada negeri yang terpaksa bergantung kepada pembalakan sebagai sumber pendapatan. Apakah alternatif lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap balak?Terdapat banyak dana antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti Dana Iklim Hijau (Green Climate Fund), Dana Adaptasi (Adaptation Fund) dan Dana Perubahan Iklim yang Khas (Special Climate Change Fund) yang boleh diakses oleh kerajaan Pusat untuk memanfaat kerajaan-kerajaan negeri, demi memelihara hutan, biodiversiti dan menangani perubahan iklim.Kerajaan Pusat harus bantu negeri-negeri yang kaya dengan hutannya dalam memberi sumbangan yang memadai supaya negeri-negeri tersebut tidak menjalankan pembalakan dan mewartakan hutan-hutan tersebut sebagai hutan simpan kekal untuk perlindungan.Dalam masa yang sama, kerajaan Pusat harus menambahkan dana daripada sumber-sumber tempatan demi untuk tujuan ini.Ini adalah kerana kerajaan Pusat telah menandatangani undang-undang antarabangsa seperti Perjanjian Paris (berkenaan perubahan iklim) serta Konvensyen Kepelbagaian Bio dan bertanggungjawab untuk memberi kesan kepada undang-undang antarabangsa ini. Kerajaan-kerajaan negeri pula harus membantu kerajaan Pusat untuk menghormati kewajipan-kewajipan antarabangsa kita.Kalau dana-dana antarabangsa boleh diperoleh untuk tujuan tersebut, kita harus mengambil peluang ini bagi membantu negeri-negeri yang kaya dengan hutan dan biodiversiti supaya menggekalkannya demi kepentingan setiap rakyat negara ini, dan generasi masa depan.Hentikanlah daripada merosakkan alam semula jadi kita, kerana ia adalah asas kehidupan kita.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman- Apakah harapan puan pada masa depan mengenai usaha-usaha untuk melindungi alam sekitar di negara ini ?Harapan kami adalah bahawa kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan perubahan iklim akan bertambah dalam kalangan rakyat serta pihak berkuasa dan pihak-pihak politik.Apa yang diperlukan adalah komitmen transformasi melalui peralihan paradigma dalam sistem pengeluaran dan penggunaan yang tidak rasional masa ini, yang berdasarkan kepada pembangunan lestari tulen yang memenuhi imperatif ekonomi, persekitaran dan sosial.Pembangunan ekonomi, penciptaan pekerjaan, dan lain-lain adalah penting tetapi harus seimbang dan berorientasikan keprihatinan terhadap alam sekitar.Kita seharusnya tidak lagi melihat persekitaran dan ekologi sebagai isu sampingan tetapi harus menjadikan mereka aspek utama dalam membuat keputusan jika kita ingin menghindari malapetaka pada masa depani.ANEKDOT- Terkenang derita penduduk Bukit Merah akibat radiasiSebagai seorang peguam yang muda sekitar tahun 1983-84, saya sempat melihat bagaimana segolongan masyarakat di Bukit Merah, Ipoh, Perak mengalami penderitaan yang teruk akibat pencemaran radiasi dan sisa toksik yang datangnya daripada kilang yang mengeluarkan nadir bumi bernama Asian Rare Earth.Saya pernah menemui ramai anak muda yang diracuni oleh pencemaran tersebut. Ada antara mereka yang meninggal dunia kerana kanser dan sebagainya.Saya dan rakan-rakan saya membantu masyarakat ini untuk mengambil tindakan guaman terhadap kilang ini untuk menghentikan operasinya.Kes mereka menjadi suatu kes alam sekitar yang terkenal di seluruh dunia, dan selepas lebih 10 tahun, kilang itu ditutup dan operasinya berhenti.Bagaimanapun, sisa toksiknya yang ada radiasi yang berpanjangan, masih lagi disimpan di Bukit Kledang dekat Ipoh. Kes ini memberi inspirasi kepada saya untuk membantu masyarakat yang mengalami kesan daripada kerosakan alam sekitar.- Tiada guna banyak wang tanpa udara yang nyamanKita tahu dan sedar bahawa tanpa air dan udara bersih, tanpa bumi yang hijau dan laut yang biru, serta alam yang penuh dengan kekayaan biodiversiti, apalah gunanya manusia hidup.Kita boleh jadi kaya dengan banyak wang, tapi ia tidak bermakna tanpa kualiti hidup yang segar dan nyaman.Tambahan pula, seperti yang dikatakan oleh Mahatma Gandhi, dunia ini penuh dengan sumber alam untuk menampung keperluan orang ramai tetapi ia tidak mencukupi untuk ketamakan segelintir.Beliau juga ada seru bahawa \u2018Kita seharusnya hidup sederhana, supaya orang lain juga boleh hidup. \u2018Live simply so others can simply live.\u2019Jadi, seruan-seruan dan pengalaman hidup saya menjadi inspirasi untuk bersemangat tinggi demi untuk kesejahteraan mereka yang kurang mampu daripada kita dan demi kepentingan ibu pertiwi.PROFILMeenakshi RamanTarikh Lahir - 7 Julai 1958Kerjaya - PeguamNGO- Penasihat undang-undang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)- Ketua Program Third World Network", "reading_time": "4", "article_dt": "24 Januari 2021 07:55am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/119469/berita/wawancara/darurat-bukan-ubat-lsquokrisis-tiga-serangkairsquo", "article_title": "Darurat bukan ubat \u2018krisis tiga serangkai\u2019", "article_text": "[MUKADIMAH] Malaysia telah melalui satu lagi detik unik dalam sejarah susulan pengisytiharan darurat sehingga 1 Ogos depan demi membendung penularan Covid-19.Bagaimanapun, rata-rata penganalisis turut melihatnya sebagai langkah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani drama politik negara yang bagaikan tidak berpenghujung.Menurut Ketua Kluster Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Nasional, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, langkah itu boleh meredakan tetapi bukan ubat yang dapat menyelesaikan kemelut politik.Katanya, Parlimen harus dipulihkan dan dikembalikan fungsinya.Ikuti kupasan Abdul Rahman dalam Wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa baru-baru ini.SINAR AHAD: Bagaimana Datuk melihat situasi politik pada hari ini dan masa lalu. Apakah yang berlaku hari ini jauh lebih kompleks?Abdul Rahman: Situasi politik sejak Mac 2020 setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga kini sentiasa tidak menentu, lebih-lebih lagi sekarang dengan perisytiharan darurat serta penggantungan demokrasi berparlimen.Pada hemat saya, keadaan sekarang jauh lebih teruk dalam tempoh 20 tahun ini sejak memasuki abad ke-21.Ini kerana kita berdepan dengan krisis tiga serangkai iaitu krisis kesihatan awam yang dicetuskan pandemik Covid-19, krisis ekonomi yang buruk dengan kadar pertumbuhan negatif; pelaburan asing beralih arah; kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang menjejaskan kehidupan keluarga dengan teruk; serta meningkatnya masalah kesihatan mental; dan krisis politik yang tidak berkesudahan, mencabar legitimasi kepimpinan dalam pemerintahan PN, yang menjurus ke arah krisis governan negara.Krisis tiga serangkai ini kita tidak pernah kita alami. Krisis terdekat sebelum ini berlaku lebih dua dekad yang lalu, iaitu krisis kewangan 1997/98 yang merebak menjadi krisis ekonomi, serta krisis kepimpinan politik tetapi kedua-duanya menjadi stabil tidak lama kemudian. Masa itu tidak ada darurat kesihatan dan darurat politik dalam erti kata penggantungan Parlimen.Dalam tiga situasi buruk ini, apakah pengisytiharan darurat merupakan pilihan terbaik?Darurat boleh meredakan buat sementara percaturan dan krisis politik tetapi ia bukan ubatnya. Ia tidak seperti vaksin untuk Covid-19. Parlimen harus dipulihkan dan dikembalikan fungsinya kerana itulah sistem pemerintahan negara kita iaitu demokrasi berparlimen.Malaysia dikenali di dunia sebagai negara yang berjaya membawa perubahan politik secara damai melalui Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, sedangkan di beberapa negara lain, perubahan berlaku melalui kekerasan.Abdul Rahman (kanan) pada satu bengkel penyelidikan dan penerbitan UKM.Bahkan di Amerika Syarikat juga berlaku keganasan pada 6 Januari lalu disebabkan Presiden Donald Trump yang berkuasa berdolak-dalik tidak mahu berundur walaupun dia sudah kalah dalam pilihan raya. Di negara kita tidak ada sebarang kekerasan atau keganasan seperti di Washington.Pada hemat saya, krisis politik ini berterusan kerana ia tidak diselesaikan melalui saluran yang betul iaitu Parlimen walaupun kesempatan itu ada sebelum ini. Saya rasa kita harus hormati kewibawaan institusi Parlimen.Ahli-ahli Parlimen pula harus bertanggungjawab dan berintegriti kerana anda diberi mandat dan amanah oleh rakyat. Apa yang sangat diperlukan negara sekarang ialah negarawan dalam kalangan pemimpin, maka tunjukkan keupayaan memimpin sebagai negarawan yang dihormati dan dipercayai.Kepercayaan kepada orang politik pada masa ini sangat rendah. Atasi defisit kepercayaan itu dengan bertindak selaku negarawan yang benar-benar meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan politik kepartian dan puak.Saya harap pemimpin dan ahli politik yang berkuasa dapat menjiwai hakikat bahawa kuasa itu amanah yang harus ditunaikan sebaik mungkin sesuai dengan sumpah jawatan. Kuasa itu sementara, ia datang dan pergi selaras dengan prinsip demokrasi.Apakah kemungkinan darurat akan disambung untuk satu tempoh tertentu lagi?Sukar untuk meramal sama ada ia akan disambung atau tidak. Negara kita ada Perlembagaan, dan darurat itu diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong berasaskan peruntukan Perlembagaan.Kesan darurat yang berpanjangan akan menjejaskan reputasi negara dan iklim pelaburan, membantutkan pemulihan ekonomi, lebih-lebih lagi sekarang sistem semak dan imbang ke atas kuasa pihak eksekutif sudah tiada.Dalam proklamasi darurat sudah ditetapkan ia akan berakhir pada 1 Ogos 2021, ataupun lebih awal. Saya harap ia ditamatkan lebih awal dan Parlimen dipulihkan. Juga pandemik Covid-19 dapat dikawal melalui pelaksanaan PKP dan kerjasama rakyat, manakala program vaksinasi dapat dilakukan apabila vaksin diperoleh pada akhir Februari.Krisis politik walaupun belum selesai tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan darurat.Adakah pelaksanaan darurat ini memberikan kelebihan kepada PN atau Muhyidin?Penggunaan kuasa darurat ada pro dan kontra kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Ia memberikannya kestabilan buat sementara. Berdasarkan bilangan ahli Parlimen PN dan pembangkang, majoriti kerajaan PN semakin tipis.Spekulasi mengatakan mungkin kerajaan PN sudah kehilangan majoriti dengan penarikan sokongan dua Ahli Parlimen UMNO. Justeru, ini boleh menggugat kerajaan PN, walaupun ia boleh terus memerintah kerana kuasa darurat. Kuasa darurat itu ibarat circuit breaker dalam percaturan politik yang tidak berkesudahan.Apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan konflik politik sekarang, sama ada mengadakan pilihan raya, membentuk sebuah kerajaan perpaduan atau PN terus memerintah di bawah proklamasi darurat sehingga PRU15?Pada hemat saya, langkah pertama penyelesaian krisis politik kita sekarang terletak di Parlimen, iaitu dengan memulihkan sistem demokrasi berparlimen dan selesaikannya melalui undi percaya di Parlimen.Sekiranya kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin sekarang memperoleh undi percaya, maka beliau memiliki wibawa undang-undang dan moral dan harus dihormati oleh semua pihak untuk terus mengemudi pimpinan negara.Sekiranya ia gagal, maka harus ikut proses Perlembagaan dan ambil tindakan secara terhormat iaitu serahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri dan kerajaan yang baharu.Terakhirnya ialah serahkan semula mandat itu untuk ditentukan oleh rakyat melalui PRU15. Tetapi saya rasa PRU15 tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa memandangkan situasi negara belum tersedia dan pandemik belum terkendali.Saya tidak yakin ahli politik yang bertanding dan para pengikut mereka akan dapat mematuhi SOP, begitu juga dalam kalangan pengundi. Mengadakan PRU dalam keadaan mereka tidak dapat mematuhi SOP dengan baik akan amat membebankan pihak KKM dan barisan hadapan untuk mengawalnya. Jangan jadi seperti kata pepatah, tiada beban batu digalas.Saya tidak fikir darurat akan berterusan sehingga PRU15; kalau ini berlaku kredibiliti Malaysia di mata dunia akan sangat terjejas.Jika PN dikatakan sudah hilang sokongan tetapi pada masa yang sama PH juga tidak mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan, apakah solusinya?Memang boleh berlaku situasi Parlimen tergantung, dan ini tidak menyelesaikan masalah ketidakstabilan politik. Tetapi ruang dan peluang untuk mencari penyelesaian baharu itu terbuka apabila adanya undi percaya di Parlimen. Apakah penjajaran baharu politik akan berlaku? Itu satu kemungkinan yang tidak boleh dikesampingkan.Melihat dalam perspektif sejarah berjangka panjang, Malaysia kini berada pada detik sejarah politik transisi pendemokrasian. Walaupun wujud hambatan dan pengunduran tetapi itu bersifat sementara. Transisi politik ini memerlukan masa sebelum menjadi mantap.Saya jangkakan PRU15 ini pun belum lagi dapat membawa kemantapan itu sepenuhnya. Namun, PRU15 akan membuka jalan mengharungi transisi ke arah politik yang lebih demokratik, mantap dan matang.Dalam ilmu sosiologi dan sains politik, wujud satu konsep penting yang dikenali sebagai \u2018semangat zaman\u2019 atau \u2018mood zaman\u2019. Untuk senang difahami, kalau dalam dunia muzik, era 1960-an irama pop yeh yeh boleh dianggap sebagai pencerminan mood zaman, dan hari ini irama ini cuba dihidupkan semula. Ini cita rasa seni.Tetapi dalam politik konsep \u2018semangat atau mood zaman\u2019 itu berbeza sedikit, dan lebih luas. Ia merupakan cita rasa, tuntutan dan pegangan yang semakin meluas untuk demokrasi, transparensi, akauntabiliti, keadilan sosial, integriti, penghapusan rasuah serta kewujudan kemakmuran yang dinikmati bersama tanpa mengira kaum.Penjajaran baharu politik atau apa pun formulanya harus mengambil kira \u2018semangat zaman\u2019 ini tetapi harus mengelakkan daripada menggunakannya secara oportunis untuk membangkitkan populisme perkauman.Satu ketika dahulu, ramai yang memperkatakan tentang sistem dua parti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Britain tetapi selepas PRU14, parti-parti politik di Malaysia semakin berpecah. Apa pandangan Datuk?Terdapat beberapa pilihan. Pilihan sistem dua parti seperti di AS dan Britain itu acuan berdasarkan sejarah dan budaya politik mereka. Mungkin sesuai dengan budaya politik mereka.Tetapi sejarah, masyarakat, budaya politik dan sistem politik Malaysia berlainan dengan AS. Dengan Britain juga perbezaan tertentu wujud walaupun sistem Malaysia berasaskan sistem Westminster kerana di Malaysia, kuasa darurat boleh digunakan dan sudah digunakan banyak kali.Saya teringat suatu masa dahulu selepas pemulihan Parlimen pada awal 1971 susulan Peristiwa 13 Mei dan Darurat, Tan Sri Ghazali Shafei memanggil sistem ini sebagai \u201cDemokrasi ala-Malaysia\u201d. Saya rasa mahu tidak mahu, politik Malaysia akan terjurus ke arah politik gabungan, bukan politik dua parti, tetapi politik dwigabungan atau politik permuafakatan. Maksudnya, dua gabungan atau dua pakatan.Politik gabungan ini harus sesuai dengan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat negara kita, iaitu politik gabungan antara kaum yang inklusif dan demokratik. Politik gabungan ini tidak sama dengan sistem di AS atau Britain.Pada PRU15, kita mungkin akan menyaksikan persaingan tiga gergasi politik iaitu Barisan Nasional, PN dan Pakatan Harapan. Apakah peluang mereka untuk mendapat sokongan majoriti?Ya, kelihatannya wujud tiga gergasi politik yang kuat. Tetapi hakikatnya setiap gergasi itu kakinya bukan semestinya kaki yang kuat, kerana kadang-kadang terpaksa bertongkat, ataupun menggunakan kaki palsu. Maksudnya, majoriti masing-masing akan tipis; mereka tidak kuat apabila bersendirian. Mahu tidak mahu, mereka perlu mencari gabungan melalui penjajaran baharu untuk mempunyai daya tahan.PROFILProf Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman EmbongProfesor Emeritus dalam Sosiologi Pembangunan yang berkhidmat di IKMAS UKM sehingga bersara pada awal 2018.Penasihat Khas Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM)Felo serta Ketua Kluster Kesepaduan Sosial dan Perpaduan Nasional Akademi Profesor Malaysia", "reading_time": "4", "article_dt": "17 Januari 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/118366/berita/wawancara/air-selangor-kecewa-masalah-air", "article_title": "Air Selangor kecewa masalah air", "article_text": "SEBAGAI operator air di sebuah negeri termaju di Malaysia, syarikat Air Selangor Sdn Bhd sering menjadi sasaran kemarahan banyak pihak akibat gangguan bekalan air yang kerap berlaku. Air Selangor selaku pengendali bekalan air di negeri itu mengakui mereka berhadapan tekanan.\u201cKami berkongsi rasa kecewa susulan gangguan bekalan air yang kerap berlaku disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai yang merupakan sumber air mentah untuk diproses di loji-loji rawatan air kami,\u201d kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman.Ikuti wawancara Sinar Ahad yang dikendalikan Penolongan Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa bersama Suhaimi bagi mengupas pelbagai isu air di Selangor.SINAR AHAD: Selangor ialah negeri termaju dan antara terkaya di Malaysia, namun negeri ini mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air tertinggi di Malaysia. Apakah perasaan dan respons tuan terhadap pernyataan ini?SUHAIMI: Mandat kami di Air Selangor adalah untuk memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih yang berterusan setiap hari. Semestinya, kami berkongsi rasa kecewa dengan gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap berlaku akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencemarkan sungai yang merupakan sumber air mentah untuk diproses di loji-loji rawatan air kami.SuhaimiWalaupun pelbagai tekanan diberikan kepada kami termasuk desakan untuk terus memproses air mentah yang tercemar dan membekalkan air yang berbau, kami tidak akan berkompromi dengan kualiti air yang dibekalkan kerana keselamatan pengguna lebih diutamakan.Kami mematuhi piawaian yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan untuk sentiasa membekalkan air bersih dan selamat kepada lebih 8.4 juta pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami di Air Selangor juga merupakan pengguna air seperti anda.Permintaan bekalan air bersih selari dengan pertambahan penduduk, perbandaran dan pertumbuhan sektor ekonomi. Bagaimana tuan melihat perbezaan permintaan bekalan air pada tahun 2020 berbanding 10 atau 15 tahun lalu?Sudah tentu terdapat perbezaan berbanding 10 atau 15 tahun lalu disebabkan proses urbanisasi dan pembangunan yang pesat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang juga nadi kepada Malaysia.Berdasarkan rekod Air Selangor, permintaan bekalan air meningkat antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus setiap tahun. Pada tahun 2014, bilangan akaun pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 2,012,241.Pada tahun 2020, bilangan ini telah meningkat kepada 2,482,256 akaun iaitu peningkatan sebanyak 23.4 peratus.Bagi jumlah akaun tersebut, Air Selangor bertanggungjawab untuk memastikan 5,000 juta liter sehari (JLH) dirawat dan dibekalkan kepada lebih 8.4 juta pengguna.Sebagai perbandingan, jumlah ini bersamaan dengan jumlah pengeluaran bekalan air di empat negeri; iaitu Pulau Pinang (1,093 JLH), Johor (1,888 JLH), Perak (1,357 JLH) dan Terengganu (632 JLH) pada tahun 2019.Berdasarkan permintaan ini, pelbagai perancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan.Antaranya, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2, LRA Labohan Dagang dan LRA Langat 2 untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat setiap tahun.Margin simpanan air sehingga 30 November 2020 berada pada paras 12.58 peratus, kami mempunyai pelan untuk meningkatkan rizab margin sehingga tahun 2030 pada tahap 15 peratus.Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam industri pembekalan air ini bagi memastikan usaha dan strategi untuk meningkatkan margin simpanan air dan menambah kemampuan penyediaan bekalan air bersih dapat dilaksanakan supaya boleh menampung jangkaan permintaan ini.Air Selangor berusaha untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan agar aktiviti ekonomi dan industri dapat berjalan tanpa gangguan.Akibat krisis air tidak berkesudahan, ramai mengkritik kononnya Air Selangor tiada pelan penyelesaian jangka panjang yang tersusun dan mampan berhubung masalah bekalan air. Apakah ini yang berlaku?Semestinya kami mempunyai pelan untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan kepada para pengguna. Pelan perniagaan 30 tahun yang dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah pun diluluskan pada 13 November 2020.Kami memperuntukkan sebanyak RM35.4 bilion untuk tempoh 30 tahun bagi melaksanakan beberapa inisiatif utama demi memastikan bekalan air terawat adalah mencukupi dan lestari; meningkatkan kebolehpercayaan dan ketahanan aset-aset kami; dan memastikan khidmat pelanggan yang terbaik di samping meningkatkan kualiti air agar boleh diminum terus dari paip pada tahun 2028.Dalam 10 tahun akan datang, antara projek pembinaan loji rawatan air baharu yang akan dilaksanakan adalah pembinaan LRA Rasau Peringkat 1 yang akan siap pada tahun 2024, LRA Labohan Dagang Fasa 2 pada 2026, LRA Rasau Peringkat 2 pada tahun 2028 dan LRA Langat 2 Fasa 2 yang akan siap pada tahun 2030.Pada masa sama, Air Selangor juga telah membelanjakan sehingga RM1.8 bilion dari 2016 hingga Ogos 2020 untuk tujuan penggantian paip usang sepanjang 716 kilometer serta penambahbaikan dan penaiktarafan loji rawatan air serta sistem pengagihan bekalan air kepada pengguna.Terdapat cadangan supaya kerajaan negeri melaksanakan langkah alternatif seperti membuat tadahan air hujan di kawasan perumahan yang dibiayai oleh kerajaan negeri. Ini dapat menyelesaikan masalah keperluan air setempat manakala gangguan bekalan air dapat diminimumkan dan tidak akan menjejaskan terlalu ramai pengguna seperti sekarang. Apakah pandangan tuan mengenai cadangan ini?Air Selangor mengalu-alukan langkah untuk menyediakan bekalan air alternatif seperti tadahan air hujan atau rain harvesting di kawasan-kawasan perumahan yang mana kegunaannya adalah untuk mencuci bangunan atau rumah, menyiram pokok, sanitasi di tandas serta untuk memadam kebakaran.Langkah alternatif ini telah dilaksanakan di beberapa negara maju antaranya di Jepun yang mana kerajaan Jepun telah meluluskan untuk meluaskan lagi pembinaan kawasan tadahan air hujan di setiap bangunan baharu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.Kolam tadahan ini semestinya akan mengurangkan kebergantungan pengguna kepada air bersih yang dibekalkan oleh Air Selangor apabila berlakunya gangguan bekalan air.Saya percaya, kajian dan perancangan jangka panjang sedang diperhalusi oleh pihak kerajaan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu bekalan air selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam menguruskan bekalan air pada masa akan datang.Masalah paip pecah yang menyumbang kepada 30 peratus air tidak terhasil (NRW) memburukkan lagi masalah bekalan air di Selangor. Apakah tindakan Air Selangor bagi mengelakkan masalah ini berulang, misalnya melakukan penyelenggaraan paip secara berkala dan berjadual? Berapakah kos yang terlibat?Air Selangor sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan dari masa ke masa. Kami telah membelanjakan sebanyak RM672 juta dari tahun 2016 hingga 2020, untuk membaiki rangkaian paip lama dan usang sepanjang 716 kilometer.Program penggantian paip lama dan usang dilaksanakan setiap tahun dengan anggaran jajaran paip sepanjang 150 kilometer.Kami telah berjaya menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW) pada tahap 29.7 peratus pada tahun 2019 berbanding 31.7 peratus pada tahun sebelumnya.Menurut Suhaimi (kanan), Air Selangor memperuntukkan RM35.4 bilion untuk memastikan bekalan air di Selangor mencukupi dan lestari termasuk boleh diminum terus dari paip.Sehingga 31 November 2020, jumlah NRW adalah pada kadar 28.7 peratus iaitu penurunan satu peratus berbanding tahun 2019. Pencapaian ini diperoleh menerusi perancangan rapi dan pelaksanaan beberapa inisiatif yang berterusan sejak 2017.Antaranya, pengurangan kadar kes paip pecah sebanyak 45 peratus dari tahun 2018 iaitu 2,787 kes berbanding 5,101 kes pada 2015. Ini merupakan satu perkembangan yang amat baik apabila hanya sembilan kes paip pecah direkodkan bagi setiap 100km berbanding tanda aras antarabangsa terhadap Indeks Paip Pecah (PBI) iaitu 13 kes paip pecah bagi setiap 100km setahun.Selain itu, kadar kehilangan air juga berjaya dikurangkan menerusi pemasangan sensor pada paip-paip utama bagi membolehkan pemantauan tekanan air dilakukan dan mengesan pressure transient. Kami juga telah menggantikan meter lama dan meter rosak dengan meter yang baharu.Sungai Selangor adalah sumber air mentah yang terpenting di negeri ini. Sebenarnya, berapa kalikah Sungai Selangor tercemar dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu. Apakah puncanya? Kenapakah pencemaran Sungai Selangor ini kelihatan sangat sukar untuk ditangani?Sungai Selangor telah mengalami pencemaran lapan kali sejak dua tahun lepas. Ini termasuk tiga kejadian pencemaran pada dua bulan lepas yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor dan Kuala Lumpur.Berdasarkan statistik pencemaran dan henti tugas loji, pencemaran ini disebabkan oleh pelepasan efluen dari industri di hulu sungai. Terdapat juga individu tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik di rizab sungai atau di dalam sungai seterusnya menjejaskan kualiti air sungai. Akibatnya, loji-loji rawatan air kami terpaksa dihenti tugas berkali-kali.Dalam mengatasi isu pencemaran, kerjasama perlu diwujudkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang relevan dalam memantau pencemaran sungai.Sebagai operator air, Air Selangor hanya bertanggungjawab untuk mengekstrak, merawat serta membekalkan air bersih kepada para pengguna. Bagaimanapun, kami akan sentiasa menyokong usaha pihak berkuasa dalam isu ini.Air Selangor sentiasa prihatin dengan nasib penggunanya.Kerajaan negeri baru-baru ini dilaporkan bercadang untuk meningkatkan pengurusan air dengan menggunakan teknologi tertentu bagi menyahbau di loji-loji rawatan tanpa perlu dihenti tugas. Boleh tuan jelaskan mengenai teknologi berkenaan?Baru-baru ini kerajaan negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif dan langkah yang akan diambil untuk menguruskan isu pencemaran sungai dengan lebih efisien.Kajian masih dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi tertentu bagi menyahbau di loji-loji rawatan air bagi mengelakkan henti tugas tidak berjadual.Selain itu, teknologi yang boleh diguna pakai adalah dengan menyekat air tercemar di sungai dan menyalurkan bekalan menggunakan kolam-kolam takungan lain atau menerusi kolam Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS).Apakah sumber air mentah Selangor mencukupi dan berapa tahun lagi ia mampu bertahan?Sumber air mentah utama Selangor berasal dari lembangan Sungai Selangor di mana enam lembangan utama merupakan lokasi penting untuk mengekstrak air mentah dan muka sauk bagi loji\u2013loji rawatan air (LRA) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Sumber air mentah yang sedia ada adalah mencukupi untuk dirawat di loji-loji rawatan air kami dan kemudiannya diagihkan kepada para pengguna.Air Selangor juga mempunyai perancangan untuk mengambil air mentah di hiliran sungai yang selama ini dibiarkan mengalir ke laut begitu sahaja.Ini termasuk dengan membina kolam-kolam yang akan membuat prarawatan dengan memastikan kotoran yang terdapat di dalam air sungai dimendapkan terlebih dahulu sebelum dirawat di loji-loji rawatan air yang akan dibina di hiliran sungai.Konsep ini telah mula digunakan di Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan Dagang. Namun begitu, pencemaran sungai adalah masalah utama yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap berlaku. Bilangan sungai tidak pernah bertambah tetapi semakin berkurangan sekiranya kualiti air sungai tidak dipelihara untuk generasi akan datang.Rizab air Selangor dilaporkan hanya dua peratus sedangkan keperluan air sangat tinggi. Mengapa perkara ini berlaku dan apakah usaha untuk meningkatkan rizab air di Selangor?Margin rizab air kami buat masa ini sebenarnya berada pada tahap 11 peratus, iaitu satu tahap yang memuaskan. Dengan tahap ini, bekalan air adalah mencukupi bagi menampung permintaan 8.4 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Namun begitu, Air Selangor sedang melaksanakan rancangan dan inisiatif strategik bagi memastikan rizab air di Selangor dapat dipertingkat.Kami mempunyai pelan untuk meningkatkan rizab margin sehingga tahun 2030 pada tahap 15 peratus. Ini setanding dengan operator air global yang lain dengan paras rizab margin yang selesa sebanyak 15 hingga 20 peratus.ANEKDOTAir nadi ekonomi SelangorTidak dinafikan, masalah gangguan bekalan air mempunyai kesan ke atas ekonomi dan industri. Malahan, bekalan air bersih amat diperlukan sewaktu negara kita dilanda pandemik Covid-19. Gangguan bekalan air membebankan pengguna serta pemilik perniagaan yang sedang menghadapi cabaran ekoran wabak itu.Kami sedar bahawa gangguan bekalan air akan mempengaruhi keyakinan pelabur sekali gus menjejaskan peluang perniagaan. Apa yang penting adalah kami sedang giat berusaha untuk memastikan bekalan air yang lestari dan berterusan agar aktiviti ekonomi dan industri dapat berjalan tanpa gangguan. Namun, ini haruslah berjalan seiring dengan kepekaan terhadap isu pencemaran sungai.Penduduk Lembah Klang terlebih guna airMenurut statistik Air Selangor, pada penggal ketiga (Julai hingga September) tahun 2020, purata penggunaan air bagi setiap individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 230 liter sehari. Ia lebih tinggi daripada yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 165 liter, manakala sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sebanyak 180 liter sehari menjelang tahun 2025.Setakat Jun 2020, sebanyak 34 LRA Air Selangor membekalkan 5,000 MLD air kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Bantu banteras pencemar sungaiSaya yakin kesedaran orang ramai terhadap aktiviti jenayah alam sekitar telah meningkat disebabkan kerap berlaku pencemaran hingga menyebabkan gangguan bekalan air pada tahun ini.Saya menyeru orang awam supaya kepekaan ini akan berterusan untuk tempoh yang lama dalam usaha melindungi sungai kita daripada dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Jadilah mata dan telinga pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan berhampiran sumber-sumber air.", "reading_time": "4", "article_dt": "10 Januari 2021 09:00am"} +{"author_name": "ROSHILA MURNI ROSLI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/117903/berita/wawancara/banyak-kes-scam-poligami-babit-suami-umur-40-tahun-ke-atas", "article_title": "Banyak kes scam poligami babit suami umur 40 tahun ke atas", "article_text": "SCAM poligami yang dibongkarkan oleh Sinar Harian sejak minggu hari lalu membuktikan individu yang terlibat dalam scam berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdayakan pihak mahkamah.Bagi Pejabat Agama Kota Setar, Kedah mereka saban tahun turut menerima kes pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini terutamanya melibatan sindiket poligami.Ikuti temubual eksklusif wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli bersama Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar.Sinar Harian: Adakah kes scam atau penipuan dokumen poligami seperti yang didedahkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah (JKSM) turut berlaku di daerah Kota Setar?Syeikh Ahmad Faisol: Scam poligami ini pada dasarnya sudah lama berlaku cuma istilah yang baharu digunakan itu sahaja kita dengar menarik.Tetapi apa yang saya hendak terangkan scam ini bukan sahaja melibatkan poligami malahan juga scam monogami iaitu pernikahan kali pertama.Scammer atau sindiket yang terlibat ini menjadikan scam sebagai hasil pendapatan mereka dan sentiasa mencari mangsa untuk mengaut keuntungan mencecah RM8,000 bagi setiap pasangan.Pasangan yang terlibat pula adalah mereka yang mencari jalan mudah untuk melangsungkan pernikahan yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu seperti tidak mendapat restu atau untuk menyembunyikan perkahwinan daripada isteri pertama.Berkaitan kes di daerah Kota Setar, secara purata dianggarkan kira-kira 60 kes dilaporkan setiap tahun berkaitan scam poligami termasuk scam perkahwinan. Namun kami di pihak pejabat agama tidak akan berkompromi dengan sindiket berkenaan.Dan berdasarkan siasatan kita didapati pasangan yang terlibat dengan scam poligami ini berusia 40 tahun ke atas bagi lelaki dan wanita antara 20-30-anBagaimana pejabat agama dapat mengenal pasti taktik scammer ini? Dalam isu ini kita turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Ketika pasangan ingin melakukan pendaftaran kelahiran, mereka perlu menunjukkan surat nikah terlebih dahulu kepada JPN. Lazimnya sekiranya terdapat keraguan, pihak JPN akan merujuk sijil nikah terbabit kepada mana-mana pejabat agama terlibat untuk mendapatkan kesahihan.Syeikh Ahmad Faisol (kanan) ketika sesi temu bual yang berlangsung di pejabatnya di Kota Setar, Kedah pada Selasa.Apabila semakan dibuat, ternyata surat nikah berkenaan palsu selain terdapat beberapa ciri sijil yang sangat ketara perbezaannya termasuk tandatangan pendaftar nikah yang meragukan.Keduanya, kita turut menerima surat daripada JIM yang mana mereka memerlukan surat nikah sebagai pengesahan kerana ada pernikahan yang membabitkan rakyat negara jiran seperti Thailand.Jadi apabila terima surat berkenaan kita akan buat semakan. Daripada situ kita dapat mengetahui sama ada ia palsu atau tidak berdasarkan rekod pendaftaran nikah.Apakah masalah yang timbul kesan daripada penipuan perkahwinan ini dan apakah tindakan ke atas mereka?Masalah ini tidak timbul serta merta sebaliknya akan terjadi apabila mereka hendak mendaftarkan kelahiran anak di kemudian hari.Boleh jadi anak yang dilahirkan itu tidak dapat dibinkan kepada nama bapa kerana surat nikah itu palsu atau bagi warganegara luar yang ingin menyambung visa kemungkinan besar mereka tidak akan boleh menyambung visa terbabit.Berkaitan tindakan pula mereka ini boleh dikenakan tindakan kerana berkahwin tanpa kebenaran.Syeikh Ahmad Faisol (kanan) ketika sesi temu bual yang berlangsung di pejabatnya di Kota Setar, Kedah pada Selasa.Cuma masalah yang timbul sekarang ini adalah pelaku berkenaan tidak berasal dari daerah ini, mereka cuma menggunakan alamat di sini, jadi agak sukar untuk kita ambil tindakan.Akhir sekali saya juga ingin menasihati semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan agar tidak terjebak dengan scam ini.Bagi mereka yang ingin berpoligami haruslah melalui Mahkamah Syariah, yang mana Mahkamah Syariah akan mengeluarkan surat kebenaran poligami yang seterusnya perlu dikemukakan kepada pejabat agama untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.Saya juga hendak ingatkan bahawa urusan pernikahan hanya boleh dilakukan oleh pejabat agama dan dalam premis pejabat agama sahaja.Jika ada mana-mana individu yang mendakwa boleh membantu anda melaksanakan proses pendaftaran nikah termasuk mendapatkan sijil pernikahan dengan kos mencecah ribuan ringgit jangan percaya, ia adalah sindiket.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Januari 2021 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/117596/berita/wawancara/tiada-kompromi-dengan-scam-poligami", "article_title": "Tiada kompromi dengan scam poligami", "article_text": "PEMBONGKARAN sindiket poligami yang digelar scam poligami dipercayai didalangi orang dalam institusi kehakiman syariah negara yang didedahkan Sinar Harian merupakan isu yang tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia melibatkan integriti institusi berteraskan keagamaan itu.Bagi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (Jakess), mereka tidak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud sindiket poligami di negeri itu walaupun pada ketika ini institusi itu tidak menerima sebarang laporan.Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi dan jurugambar, Asril Aswandi Shukor bersama Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain di Pejabat Jakess di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam pada Isnin.SINAR HARIAN: Ada suami yang mengambil jalan mudah untuk berpoligami termasuklah tidak mendapatkan kebenaran isteri pertama, memalsukan dokumen atau berkahwin di Siam. Apakah pendapat Datuk apabila tindakan dan amalan suami ini sehingga pelbagai pihak mungkin turut bersekongkol untuk terlibat sama?MOHAMMAD ADIB: Saya nak respons tentang pemalsuan dokumen ini. Pengalaman kami di Selangor tidak menerima aduan berkaitan scam poligami.Apabila kami menerima permohonan berpoligami, Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu.Biasanya mahkamah panggil sebagai saksi untuk mahkamah menilai adakah perkahwinan ini wajar atau tidak. Isteri itu kalau ada dua, kita panggil dua-dua. Supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati.Di sini tiada istilah persetujuan isteri. Apa yang penting isteri itu dipanggil ke mahkamah untuk kita dapat apa respon tentang permohonan itu. Setuju atau tidak itu mahkamah akan ambil perhatian tetapi bukanlah permohonan itu dibenarkan kerana isteri itu setuju. Bukan seperti itu.Mahkamah kena tengok sama ada kalau isteri setuju sekali pun, mahkamah kena lihat perkahwinan yang bakal diadakan itu patut atau perlu. Kalau tidak patut atau tidak perlu, mahkamah akan tolak sekalipun jika isteri setuju.Kalau isteri tidak setuju atas sebab-sebab tertentu tetapi mahkamah lihat perkahwinan itu patut dan perlu, mahkamah akan benarkan. Mahkamah akan tengok semua itu.Kembali kepada soalan tadi, jika suami ingin berpoligami menggunakan dokumen tidak betul, itu perkara yang tidak wajar berlaku. Sebabnya poligami ini satu perkara yang dibenarkan dalam Islam. Kita juga ada undang-undang yang sewajarnya. Bagi seorang lelaki yang matang yang hendak berpoligami, gunakan saluran yang betul. Itu barulah lelaki yang bertanggungjawab. Kita ada saluran dan proses yang lengkap.MOHAMMAD ADIB - Foto: ASRIL ASWANDI SHUKORTindakan suami yang mengambil jalan yang mudah dengan guna dokumen tidak betul, kalau betul berlaku, atau berpoligami di luar negara, adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan undang-undang dan boleh diambil tindakan.Kalau menipu, contohnya dengan memberikan akuan palsu, dia juga boleh dikenakan tindakan sama ada di bawah Kanun Keseksaan ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.Perbuatan ini akan menyebabkan banyak penganiayaan kepada wanita kalau dia menggunakan akuan palsu. Isteri-isteri akan teraniaya. Atau dia menikah di luar negara, poligami tanpa kebenaran, dia juga akan menganiaya isteri dan adakah perkahwinan yang dilakukan di luar negara itu menggunakan wali yang betul, tempat yang betul, sah atau tidak pernikahan itu. Kalau wali itu tidak bertauliah, kemungkinan pernikahan itu tidak sah.Mungkin perkahwinan luar negara itu, walau wujud perkahwinan itu, ia belum dikira sah dari segi undang-undang dan hukum syarak, selagi mana perkahwinan itu tidak diperintah untuk didaftarkan dan disahkan oleh mahkamah.Beberapa hari lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai kewujudan scam atau pemalsuan dokumen poligami. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar sendiri tidak menolak kewujudan sindiket ini. Adakah Datuk pernah mendengar atau menerima aduan di Selangor?Kami di Selangor memandang serius dan mengambil berat isu ini iaitu scam poligami seperti yang dilaporkan. Saya tidak akan berkompromi sama sekali jika ia berlaku.Bagaimanapun setakat ini, dalam pengetahuan saya, Alhamdulillah isu ini tidak berlaku di Selangor kerana kami melaksanakan prosedur yang ketat yang selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini iaitu di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.Setakat ini juga seperti yang saya nyatakan, kami tidak menerima sebarang aduan sama ada daripada pihak isteri atau pihak lain berkaitan scam atau penyalahgunaan dokumen dalam urusan berpoligami di Selangor.Dalam kes berpoligami di Selangor, isteri yang sedia ada akan menjadi defendan dalam permohonan berpoligami. Mereka perlu hadir ke mahkamah untuk menyatakan pandangan isteri atau mengemukakan bukti bagi permohonan suami untuk berpoligami.Penyata tuntutan yang difailkan oleh suami, pihak isteri kena jawab. Mahkamah akan bagi ruang. Jika isteri tidak hadir, ia tidak bermakna permohonan poligami itu akan terus diluluskan. Mahkamah akan keluarkan notis atau hubungi isteri untuk mengarahkan kehadirannya. Jika isteri masih enggan hadir, barulah mahkamah akan meneruskan perbicaraan dan mendengar keterangan suami serta meneliti bukti-bukti yang ada. Selepas itu, barulah mahkamah akan mempertimbangkan sama ada permohonan poligami itu akan diluluskan ataupun tidak.Kriteria yang diambil kira adalah:(a) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain, hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada(b) Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu(c) Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak dan(d) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari\u2019e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.Selain daripada itu, kami juga melaksanakan kawalan dan pemantauan yang sangat ketat terhadap proses kerja bagi pengendalian dan perbicaraan semua kes di mahkamah syariah Selangor termasuk kes poligami kerana semua proses yang kita buat akan diaudit setiap tahun oleh pihak kami dan pihak luar iaitu SIRIM bagi memenuhi kehendak dan syarat pensijilan MS1900:2014 (Berasaskan Syariah) dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015.Dalam laporan Sinar Harian juga, pelbagai pihak mendakwa kemungkinan wujud salah guna kuasa dan amalan rasuah. Adakah benar wujud salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan orang dalam atau ia masih dalam siasatan pihak JKSM?Maaf, perkara ini tiada dalam pengetahuan saya tetapi jika benar-benar wujud saya pasti pihak JKSM akan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti menjalankan siasatan yang rapi. Namun seperti yang saya katakan, dalam pengetahuan saya, di Selangor masih tiada kes itu dan tiada aduan daripada mana-mana pihak.Memetik kata-kata Ketua Pengarah JKSM, jika ada ejen terlibat dengan scam ini, ejen itu menzalimi wanita. Jika hakim terlibat, hakim juga menzalimi wanita. Apakah yang perlu dilakukan pihak wanita yang tertipu dan bagaimana di pihak Jakess sendiri membantu isteri-isteri ini?Sekali lagi saya tegaskan di Selangor memang tiada aduan diterima berhubung kes scam poligami ini tetapi sekiranya berlaku saya akan pandang serius tentang perkara ini kerana ia berkaitan dengan integriti. Jika perkara ini berlaku, nasihat saya mudah. Laporkan secara rasmi kepada pihak berkuasa termasuk kepada saya.Bawa segala dokumen, bukti penipuan dan saksi jika ada yang boleh dipanggil untuk beri keterangan. Saya sendiri secara peribadi tidak akan berdiam diri atau berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan salah laku atau salah guna kuasa dalam apa juga perkara yang berada di bawah pentadbiran saya dan akan mengambil tindakan yang tegas.Jika perlu, kita akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pihak berkenaan dibawa ke muka pengadilan.Bagi isteri-isteri yang menjadi mangsa, mereka boleh menuntut hak mereka. Kalau mereka tahu suami mereka telah melakukan penipuan untuk poligami, isteri boleh buat aduan dan tuntutan hak mereka. Kalau poligami dibuat mengikut saluran yang betul, isteri boleh tuntut nafkah, pembahagian harta sepencarian dan sebagainya di Mahkamah Syariah. Misalnya jika permohonan poligami diluluskan, mahkamah akan perintahkan berapa nafkah isteri, nafkah anak setiap seorang, tempat tinggal, giliran bermalam dan sebagainya.Jadi kalau isteri tidak tahu suami dah lulus poligami, dia boleh buat tuntutan yang sama di mahkamah untuk menuntut hak mereka. Mereka boleh hubungi talian Jakess untuk mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara lanjut daripada pegawai kami yang bertugas secara dalam talian.Di Selangor sendiri, adakah apa-apa talian atau cara untuk wanita di Selangor membuat aduan mengenai kes mereka dan adakah aduan mereka ini didengari?Ada banyak cara yang mereka boleh buat. Mereka boleh berhubung dengan saya sendiri, ketua pendaftar, pendaftar dan pegawai komunikasi korporat kami sama ada melalui talian telefon atau melalui e-mel yang tertera dalam \u2018directory\u2019 di laman sesawang Jakess. Mereka juga boleh hadir secara fizikal dengan temu janji awal.Mereka juga boleh kemukakan aduan secara bertulis menerusi Sistem Pengurusan Aduan (Sispaa). Kita juga sediakan borang aduan di kaunter mahkamah. Telah menjadi dasar dan prinsip jabatan untuk memberi perhatian yang serius terhadap sebarang aduan dan maklum balas yang dikemukakan kepada jabatan ini. Kita akan buat siasatan dan beri maklum balas. Setiap aduan yang diterima kita akan tubuhkan satu jawatankuasa atau kita minta pegawai yang berkaitan di mahkamah untuk membuat siasatan awal terlebih dahulu.Pada pendapat Datuk kenapa kerajaan, pihak berkuasa dan orang ramai perlu sama-sama membanteras kegiatan scam poligami ini daripada berleluasa. Adakah benar ia menjejaskan kredibiliti mahkamah syariah dan institusi keluarga di negara ini?Ya, saya setuju, pihak berkuasa dan orang ramai perlu bersama-sama membanteras kegiatan scam poligami ini kalau ia benar-benar berlaku agar ia tidak terus berleluasa. Isu ini bukan sahaja boleh mencalarkan imej Mahkamah Syariah, tetapi ia juga boleh menjejaskan institusi rumah tangga itu sendiri. Poligami ini dibenarkan mengikut hukum syarak tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat tertentu.Malangnya apabila pelaksanaannya dibuat secara tidak betul, masyarakat terutamanya wanita akan melihat bahawa poligami itu adalah perkara yang sangat negatif. Itu yang kita nak elakkan. Isteri juga akan hilang kepercayaan kepada suami dan inilah yang akan meruntuhkan rumah tangga.Sebab itu kita perlu memastikan bahawa pelaksanaan poligami itu hendaklah dilaksanakan secara betul, berhati-hati dan mematuhi undang-undang dan hukum syarak supaya syariat dan hikmah keharusan poligami itu dapat diterjemahkan secara betul kepada masyarakat.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Januari 2021 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/117327/berita/wawancara/di-sebalik-tumpasnya-kartel-daging-haram", "article_title": "Di sebalik tumpasnya kartel daging haram", "article_text": "PEMBONGKARAN kartel daging haram susulan serbuan bersepadu ke atas sebuah gudang di Senai, Johor pada awal Disember lalu turut membuka mata masyarakat mengenai pentingnya peranan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).Sebenarnya, Cerita tentang pemalsuan logo halal produk daging sejuk beku itu sudah dipantau pihak Maqis susulan maklumat di media sosial sejak sebelum aduan rasmi yang lebih meyakinkan diterima pada September lalu.Sungguhpun begitu, Maqis yang ditubuhkan pada 2013 bagi memastikan produk pertanian yang dibawa masuk ke Malaysia selamat digunakan masih mempunyai beberapa kekangan disebabkan kuasanya hanya terhad di 57 pintu masuk negara.Dalam temu bual Sinar Ahad bersama Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi minggu ini, beliau menjelaskan tentang taktik penyeludupan produk pertanian ke negara ini selain menjawab persepsi kononnya ada anggota penguat kuasa yang bersekongkol dengan penyeludup.Ikuti wawancara bersama Saiful Yazan yang dikendalikan Ketua Meja Jenayah dan Mahkamah, Izwan Rozlin dan wartawan Muhammad Afham Ramli di Ibu Pejabat Maqis di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Boleh tuan jelaskan latar belakang Maqis?SAIFUL YAZAN: Maqis ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan memastikan barangan pertanian yang dibawa masuk ke Malaysia selamat digunakan oleh rakyat selain bebas daripada penyakit dan perosak. Penubuhan Maqis dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Asas Tani selepas beliau melawat Australia pada tahun 2008.Di negara itu, ada Aqis iaitu Perkhidmatan Pemeriksaan dan Kuarantin Australia yang pada pandangan beliau mengapa di Malaysia tidak boleh buat jabatan seperti itu yang lebih efisien dan dapat melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan dengan lebih cepat.Sebelum wujudnya Maqis, kawalan di pintu masuk negara untuk barangan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran dilakukan oleh jabatan berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Maqis sentiasa berhubung rapat dengan agensi berkaitan.Susulan laporan eksklusif Sinar Harian mengenai kegiatan kartel daging beku import di Johor, sejauh manakah peranan Maqis dalam menangani kes sedemikian?Cerita tentang kes di Johor sebenarnya kita telah pantau selepas terdapat beberapa dakwaan di media sosial berkenaan isu terbabit pada tahun 2019. Kita ambil maklumat itu pada bulan Mei dan pada Jun tahun itu kita berjaya menahan beberapa individu.Kemudian, pada bulan September lalu, kita telah terima satu aduan rasmi yang solid. Maksudnya info itu tepat, banyak persamaan dan selari dengan risikan kita. Bila kita dapati maklumat itu sama, ia membuktikan dakwaan itu tepat.Pasukan risikan Maqis kemudian dihantar ke Johor untuk membuat tinjauan. Akhirnya setelah mendapati berlakunya masalah daging tidak sah ini, pada 1 Disember lalu kita buat serbuan.Kebetulan kira-kira tiga minggu sebelum itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membangkitkan isu terbabit secara agresif di media sosial.Ketua Meja Jenayah dan Mahkamah Sinar Harian. Izwan Rozlin ketika mengendalikan temubual bersama Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan di Wisma Tani baru-baru ini. - FOTO ROSLI TALIBNamun, masalah besar di Maqis adalah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) di mana kita mempunyai kuasa di pintu masuk dan juga di stesen kuarantin dan premis kuarantin sahaja.Apabila barangan itu telah lepas dari had kawasan kita, Maqis sudah tidak ada kuasa terhadap perkara itu. Apa yang kita boleh buat adalah bantuan daripada pasukan sahabat seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk operasi secara bersepadu.Peranan Maqis semasa serbuan itu adalah melihat permit import sama ada palsu atau sah.Tugas Maqis hanya di pintu masuk negara. Contohnya, apabila masuk di pelabuhan, pengimport akan ikrar kepada JKDM melalui borang K1. Sekiranya barang yang diikrar adalah barang pertanian, ia akan membawa kepada pemeriksaan Maqis. Di situ kita akan lakukan pemeriksaan dokumen dan secara fizikal, itu tugas kami di pintu masuk.Sejak pembongkaran kartel daging di Senai, Johor, adakah terdapat rangkaian sindiket lain yang menukar taktik kegiatan mereka?Apa yang saya boleh katakan kegiatan kartel di Senai sudah lumpuh habis, namun, saya tidak nafikan bahawa ada sindiket lain cuba alih tindakan mereka.Faktor permintaan yang tinggi jadi punca, apatah lagi ia tidak libatkan cukai. Aktiviti penyeludupan ini sudah berlaku ketika zaman datuk dan nenek kita lagi. Selagi ada permintaan selagi itu ada penyeludupan.Tiada siapa yang boleh jamin penyeludupan dapat dihentikan. Adakah sempadan kita itu perlu buat tembok besar macam tembok di China? Kalau lihat sejarah, kerajaan China ketika itu juga pernah tumbang disebabkan rasuah yang diambil oleh penjaga pintu ketika itu walau tembok besar yang dibina sepatutnya menghalang pencerobohan.Sempadan kita sangat luas. Sungai, laut apatah lagi sempadan di Sabah dan Sarawak. Masyarakat yang mempunyai maklumat boleh tampil dan salurkan kepada Maqis untuk tindakan risikan dan tangkapan.Maqis sangat serius dalam usaha menumpaskan sindiket berkaitan. Kita hendak tangkap dan ada tindakan yang diambil. Saya juga pengguna daging, keluarga saya pun sama.Sasaran tertinggi kami adalah apabila pengguna rasa selamat untuk menggunakan produk itu. Kalau orang rasa tidak selamat, kita gagal. Saya amat berterima kasih kepada pihak yang membantu semasa operasi di Johor seperti polis, kastam, KPDNHEP dan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Kita perlu perkukuh kerjasama.Maqis turut mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengimportan daging supaya segala dakwaan berkaitan isu berkenaan dapat disiasat segera.Apabila ada RCI yang terdiri daripada jawatankuasa bebas, ia dapat memberi pencerahan kepada rakyat berikutan tohmahan yang berlaku sekarang khasnya berhubung agensi penguatkuasaan kerajaan.Melihat kepada kegiatan penyeludupan yang disiasat Maqis, apakah modus operandi sindiket-sindiket yang dibongkar sebelum ini?Banyak kejayaan yang kita laksanakan sebelum ini. Sebagai contoh, tahun ini sebanyak 1,220 kes tangkapan dibuat dengan nilai dagangan melebihi RM100 juta dan kita kenal pasti ada tiga modus operandi.Pertama, pemalsuan dokumen. Saya ada satu kes di mana daging itu dibawa masuk dari New Zealand di mana sijil kesihatan yang ditunjukkan adalah seakan-akan tulen. Tapi bila kita periksa kuantiti daging yang dibawa itu besar dan di situ agak meragukan.Pegawai kita telah membuat semakan dengan agensi berkaitan di New Zealand sebelum mengesahkan sijil itu palsu. Ini terbongkar kerana sijil yang dikeluarkan oleh negara terbabit ada ciri-ciri keselamatan yang sukar dipalsukan.Kedua, ada kes juga di mana pengeksport menjadikan pelabuhan negara kita sebagai transit sebelum mengedarkan barangan kepada ejen terbabit seterusnya dibawa masuk ke negara ini. Di sini, bila transit, mereka tidak perlukan borang K1, mereka reka sijil halal dan menyebabkan daging itu terlepas.Disebabkan itu, dengan cadangan pindaan akta Maqis, kita sedang dalam proses untuk mendaftarkan setiap ejen di pelabuhan. Jadi, selepas ini ejen yang berdaftar sahaja dibenarkan beroperasi di bawah pemantauan kita.Modus operandi seterusnya adalah mengambil daging di Singapura di mana warga kita akan masuk ke negara itu dengan menaiki kereta kononnya sebagai pelancong. Bila sampai di sana, mereka singgah di premis daging untuk mengambil bekalan daging dalam jumlah muatan sekitar 60 kilogram (kg) hingga 70 kg.Ini terbukti apabila ada penahanan dibuat ketika pemeriksaan di pintu masuk di Johor. Daging ini ada sijil kesihatan ketika masuk ke Singapura tetapi tiada sijil halal kerana Singapura tidak mewajibkan keperluan halal untuk aktiviti import daging mereka.Apakah pengajaran daripada pembongkaran isu kartel daging ini?Pendedahan ini bukan hendak menakutkan rakyat. Tujuan kita tangkap ini adalah hendak beritahu bahawa kita lindungi makanan. Kalau terlepas, kita akan tangkap dengan bantuan agensi lain. Bekalan daging yang masuk ke dalam negara secara sah dan mengikut peraturan dan halal adalah sebanyak 99 peratus selamat untuk dimakan. Apa yang kita tahan itu adalah hanya 1 peratus dan sindiket itu pula telah pun lumpuh.Hari ini, saya lihat ada beberapa pengimport dan juga pengeluar produk daging telah tampil membuat kenyataan berhubung kesahihan produk mereka. Kesedaran rakyat kita terhadap isu ini sangat tinggi dan perlu kekal begitu. Alhamdulillah, apa yang berlaku di Senai, Johor merupakan satu pengalaman positif yang kami dapat.SAIFUL YAZANSaya faham masyarakat pasti bertanya bila dalang gudang di Senai itu akan didakwa. Apa yang boleh dijelaskan adalah pihak timbalan pendakwa raya perlu meneliti kes terlebih dahulu untuk memastikan dakwaan yang dibuat akan membawa kepada kejayaan pendakwaan, dan itu pasti mengambil sedikit masa. Ini penting bagi memastikan suspek dapat dituduh dan dihukum sewajarnya.Sejauh manakah dakwaan bahawa tiada pemeriksaan ke atas daging babi yang dibawa masuk ke dalam negara?Dakwaan mengatakan kita tidak periksa walaupun itu daging babi adalah tidak benar. Kita tetap periksa walaupun ia daging babi dan 100 peratus kita semak dan buka setiap kontena yang masuk ke dalam negara. Mungkin ada yang mendakwa bahawa daging wagyu diletakkan sekali dengan daging babi semasa proses import.Bagi saya itu tidak benar, mungkin dakwaan itu timbul disebabkan wujud wagyu yang dijual pada harga murah, yang murah itu mungkin daging biasa.Mungkin ada peniaga dakwa daging biasa itu adalah wagyu hingga menyebabkan pengguna tertipu. Ia hanya mungkin taktik perniagaan.Apakah ada usul supaya peranan Maqis ditambah baik dan ditingkatkan?Ya memang ada. Semasa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada tahun 2019 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Maqis telah membentangkan isu penyeludupan kelapa di Batu Pahat, Johor.Bila kita bentangkan, kita beritahu masalah sama iaitu berlakunya aktiviti itu di luar pintu masuk dan kita tidak boleh ambil tindakan disebabkan had kuasa yang terhad.Selepas itu, kita buat 13 pindaan besar termasuk peluasan kuasa Maqis di luar pintu masuk. Sekarang, kementerian sudah meluluskan pindaan tersebut dan telah diangkat ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan perundangan dan kemudian dibentang di Parlimen.Pindaan kuasa Maqis ini membolehkan kami membuat operasi tanpa perlu membebankan rakan agensi lain. Misalnya, KPDNHEP ada banyak lagi tugasan lain seperti barang tiruan, bekalan minyak dan pemantauan harga barang. Bila kami boleh buat operasi kelak, kita boleh kurangkan beban mereka.Pindaan ini membolehkan kami cari siapa dalang terlibat biarpun mereka sudah terlepas dari pelabuhan. Tapi sekarang, sukar kerana had kuasa pada kami.Jumlah keanggotaan Maqis hari ini adakah ia mencukupi? Bagaimana dengan cadangan penambahan keanggotaan?Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan agensi pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara kerana memandang berat isu ini.Kami telah diluluskan 82 perjawatan baharu selain peruntukan berjumlah RM128 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.Dalam keadaan pandemik Covid-19 dengan kekangan bajet, kami masih dapat tambahan jawatan dan peruntukan. Ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada saya dengan jumlah keanggotaan sekarang seramai 463 orang bagi menjaga 57 pintu masuk.Kita ada pintu masuk yang besar dan memerlukan ramai orang contohnya Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, dan Butterworth. Semua pelabuhan itu banyak menerima kemasukan barang.Bukan sahaja di pelabuhan, tetapi di setiap sempadan pintu masuk telah menempatkan anggota Maqis. Malah, di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur turut menempatkan petugas Maqis.Kita pandang serius setiap kemasukan. Kalau ada penumpang bawa makanan dalam beg itu pun kita tahan sekiranya dikesan. Contohnya tahun lepas ada penyakit berkait babi di China.Penyakit ini tidak serang manusia, tapi industri babi di Malaysia kalau kena virus itu akan menyebabkan kerugian bernilai RM3 bilion, sebab itu kita tahan penumpang dari China ketika itu.Tahun 2019 sahaja kita rampas tiga tan daging babi yang dibawa oleh penumpang untuk mengawal penyakit berkenaan dari masuk ke dalam negara.Sehingga kini Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara yang bebas daripada penyakit demam babi Afrika.Selain itu, Maqis juga memantau media sosial berkenaan penjualan hidupan atau tanaman dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia. Kadang-kadang mungkin isu ini dianggap remeh, tapi impaknya besar kerana ada bakteria dalam makanan biarpun sudah dimasak, ia masih boleh hidup.Kita juga pernah tahan jualan ikan hiasan dari negara luar, kecuali ada permit. Ia perlu mematuhi syarat kesihatan yang ditetapkan jabatan bagi mengawal penyakit berkaitan ikan menggugat industri ikan hiasan negara.ANEKDOTCabaran sebagai Ketua Pengarah MaqisSaya ialah Ketua Pengarah Maqis yang ketiga. Saya dilantik sebagai Ketua Pengarah Maqis pada 1 Januari 2019. Banyak cabaran sepanjang menjawat jawatan ini. Antaranya saya perlu mendapatkan bantuan daripada ketua pengarah di jabatan lain disebabkan keanggotaan kami yang tidak mencukupi.Contohnya, di Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Johor, kita hanya ada seorang anggota. Bayangkan kalau anggota itu sakit, ahli keluarganya sakit hingga terpaksa ambil cuti, jadi tiada orang di situ.Bila tiada orang, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada kastam yang terpaksa ambil alih seketika penugasan itu. Apatah lagi skop penugasan adalah berbeza di mana fokus Maqis adalah dari segi teknikal dalam bidang pertanian khususnya dan itu bukan bidang kepakaran kastam.Anggota dan pegawai Maqis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kandungan kotak berisi daging sejuk beku dalam serbuan di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.Alhamdulillah, kita telah dapat pertambahan keanggotaan selain peruntukan yang diluluskan itu akan digunakan untuk pembangunan makmal kita sendiri selain fasiliti lain.Saya mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian yang menyiarkan laporan pembongkaran kartel daging di Johor itu. Terima kasih juga kepada badan bukan kerajaan yang memandang serius isu ini.Kami juga sentiasa diingatkan, khasnya oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, untuk memastikan keselamatan makanan diberi fokus utama bagi memastikan rakyat dapat menikmati makanan yang selamat dan halal.Pencapaian sepanjang tahun 2020Statistik kita tahun 2020 mencatatkan sebanyak 1,220 kes dengan sitaan berjumlah RM157 juta. Sasaran kita tahun 2020 sitaan bernilai RM121 juta, tapi kita capai lebih dan ini bermaksud pegawai saya di lapangan dan pintu masuk sangat agresif dalam setiap tindakan.Selain itu, prestasi kutipan hasil berjumlah RM84.2 juta berbanding sasaran RM82 juta.Prestasi laporan media juga melebihi jumlah yang disasarkan dengan 348 laporan direkodkan. Saya mahu rakyat faham bahawa kita sentiasa melaksanakan tugas bagi memastikan barangan makanan daging khususnya adalah halal dan selamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 Januari 2021 10:00am"} +{"author_name": "ROSLINDA HASHIM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/116527/berita/wawancara/adakah-selamat-kedah-melombong-ree", "article_title": "Adakah selamat Kedah melombong REE?", "article_text": "UNSUR nadir bumi atau rare earth elements (REE) sebelum ini agak asing dalam kalangan kita.Bagaimanapun setelah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor mengumumkan negeri itu bakal meneroka REE sebagai sumber baharu, ia meniti di bibir ramai termasuk warga Kedah.Ada pihak menyokong hasrat Kedah itu, namun tidak kurang yang membantah berikutan ia didakwa bakal mencemar alam sekitar.Ikuti pandangan Pensyarah Kanan di Jabatan Teknologi Tenaga, Mineral dan Bahan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Hafidz Yusoff berhubung mineral ini dan potensinya kepada negara.Sinar Harian: Di sebalik pelbagai spekulasi, ramai belum mengenali REE yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit. Boleh Dr perkenalkan apakah REE secara umum?REE merupakan logam bersifat kimia unik, terdiri daripada 17 elemen yang mempunyai sifat elektromagnetik yang tinggi dan boleh dibahagikan kepada logam nadir bumi radioaktif dan bukan radioaktif.Apakah potensi mineral ini pada masa hadapan?REE digunakan sebagai komponen utama perkakasan elektronik untuk industri utama menghasilkan telefon pintar, tablet, komputer, televisyen pintar dan sebagainya.Secara umumnya, REE adalah unsur penting kepada industri digital abad ini yang menjadi teras kepada ledakan industri 4.0. Permintaan tinggi terhadap peralatan berteraskan teknologi digital menyebabkan permintaan REE turut meningkat.China merupakan pengeksport utama REE di dunia, dianggarkan 90 peratus daripada keseluruhan REE dunia dihasilkan dari negara berkenaan. Amerika Syarikat merupakan pengimport utama REE dari China sejak 2014.Peta menunjukkan negara-negara yang mempunyai sumber REE, salah satunya ialah Malaysia.Kajian terkini menunjukkan sumber REE di China semakin berkurangan dan dunia mula mencari sumber alternatif REE di negara lain.Malaysia antara sasaran memandangkan ia mempunyai rizab REE yang banyak dan mampu menampung pemintaan industri untuk tempoh yang panjang. Rizab REE di negara dianggarkan bernilai RM742.7 bilion, manakala di Kedah bernilai RM62 bilion.Setelah Kedah umum akan meneroka REE, ramai pihak membantah atas faktor mencemar alam sekitar? Apakah kesan sampingan akibat perlombongan industri REE?Langkah Kedah ini adalah inisiatif yang baik bagi mengembangkan industri perlombongan REE khususnya menambahkan sumber ekonomi negeri. Namun, langkah-langkah dan kaedah perlombongan yang akan digunakan kelak perlu mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.Difahamkan, bahan yang dilombong adalah REE bukan radioaktif, oleh itu pencemaran disebabkan radioaktif adalah minima. Walaubagaimanpun, paras bahan radioaktif dan logam berat perlu sentiasa dipantau supaya berada pada paras selamat.Beberapa kajian menunjukkan pencemaran berlaku di kawasan lombong REE di China, namun di atasi dengan memperkenalkan kaedah perlombongan baharu, In Situ Leaching (ISL). Ini yang dijangka digunakan di Kedah.Keratan laporan Sinar Harian berkenaan pengumuman MB Kedah mengenai sumber REE di Kedah yang bernilai bilion ringgit.ISL atau dikenali sebagai Proses Larut Resap In Situ lebih sesuai dilakukan memandangkan kebanyakan REE berada pada kedalaman antara lima hingga 10 meter di bawah permukaan bumi. Kaedah perlombongan ISL menggunakan beberapa batang paip yang dimasukkan ke dalam tanah dan cecair larut resap yang terdiri daripada asid atau ammonium sulfat dialirkan ke dalam lapisan tanah.Kaedah ISL sangat popular untuk mengekstrak REE dan telah lama diamalkan di China. Sebelum itu, keadaan alam sekitar di wilayah Selatan China seperti di Jiangxi, Guangdong, Fujian mengalami kerosakan teruk apabila pelombong menggunakan asid kuat berkepekatan pH 1 bagi mengasingkan REE.Penggunaan asid kuat sebagai ejen larut resap adalah yang terbaik kerana kadar penghasilan REE hampir 100 peratus, namun ia merosakkan struktur tanah dan kemungkinan memasuki sistem air bawah tanah.Disebabkan kesan buruk terhadap alam sekitar, China mengharamkan penggunaan asid kuat dalam perlombongan ISL dan digantikan dengan ammonium sulfat.Di Malaysia terdapat peruntukan undang-undang bawah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang bertanggungjawab memantau aktiviti perlombongan REE. JMG tidak benarkan penggunaan asid pekat dalam perlombongan REE bagi memelihara alam sekitar.Dikhabarkan negara memiliki REE yang banyak, kenapa tidak diteroka secara komersial sedangkan ia mineral berpotensi untuk masa depan, khususnya era ledakan teknologi kini?Adakah Malaysia sudah bersedia menjadi negara yang ke hadapan dalam teknologi hiliran?Ini kerana REE adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sekiranya dilombong, simpanan rizab akan berkurang. Malaysia belum menjadi negara yang menghasilkan teknologi, maka sumber mineral ini perlu dieksport ke luar.Pada ketika kita sudah bersedia, sumber mineral ini telah kehabisan. Oleh itu, perancangan jangka panjang perlu bagi memastikan mineral ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita.Sekiranya REE sudah diteroka secara komersial dalam negara, di mana lokasinya?Secara rasminya, belum ada setakat pengetahuan saya. Namun kemungkinan ada kawasan diteroka secara haram.Kajian dijalankan penyelidik UMK mendapati mineral itu banyak di Kelantan, Pahang dan Terengganu, bukan sahaja di Kedah. REE mempunyai kaitan dengan emas, seperti kita maklum terdapat banyak emas di tiga negeri itu, kemungkinan sumber REE juga banyak di sana.Untuk meningkatkan sumber ini sebagai satu perlombongan baharu di Malaysia, perlu diwujudkan institusi atau pusat kajian lebih banyak untuk mengkaji REE.Lokasi kewujudan REE di Semenanjung Malaysia.Perlukah Kedah \u2018berkorban\u2019 untuk tidak meneroka REE sedangkan ia boleh menjadi hasil baru untuk negeri?Kerajaan negeri harus lakukan kajian menyeluruh, termasuk kesan persekitaran perlombongan sebelum meneroka REE. Harus ambil kira kaedah dan langkah-langkah perlombongan yang selamat dan tidak menggunakan asid pekat atau berbahaya dalam perlombongan.Hendaklah tidak melombong di kawasan hutan simpan kekal dan merujuk kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan JMG berhubung perlombongan REE. Perlombongan tidak akan dibenarkan selagi prosedur operasi standard (SOP) belum dikeluarkan.Khazanah negara perlu dibangunkan dan beri peluang kepada pakar tempatan berbanding kepakaran asing bagi membantu kerajaan meneroka REE di negara ini.Kita tidak boleh nafikan negara luar seperti China, Australia mempunyai kepakaran bidang ini kerana melombong REE lebih awal. Namun, kerajaan harus yakin dengan pakar dan tenaga tempatan, barulah hasilnya dinikmati rakyat.Pada peringkat awal, Kedah perlu melabur untuk menghasilkan tenaga mahir tempatan. Terdapat beberapa agensi dan pusat kajian REE antaranya, di UMK iaitu pusat kajian logam nadir bumi, emas dan mineral yang bersedia menjadi tempat rujukan.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Disember 2020 10:00am"} +{"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/116418/berita/wawancara/undang-undang-cukup-tapi-kita-tak-berani-laksana", "article_title": "Undang-undang cukup, tapi kita tak berani laksana", "article_text": "[MUKADIMAH] Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan pelbagai skandal rasuah dalam kalangan pegawai dan penjawat awam, membabitkan jenayah penyeludupan, perjudian dan sindiket penipuan dalam talian.Sesetengah pihak mahu kerajaan melaksanakan hukuman yang lebih berat termasuk mewujudkan undang-undang baru.Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagaimanapun berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi tetapi kelemahannya adalah dari segi pelaksanaan.Ini katanya, termasuklah kegagalan pegawai atasan kerajaan mengambil tindakan tatatertib dan menghukum kakitangan yang didapati melakukan kesalahan supaya menjadi pengajaran kepada kakitangan awam yang lain.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Mohd Sidek yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi di Pejabat EAIC di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Tan Sri pernah menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 38 tahun. Bagaimana pengalaman Tan Sri dapat membantu EAIC menjadi sebuah agensi yang terbaik di negara ini?MOHD SIDEK: Berbalik kepada apa yang terbaik, pokoknya adalah integriti. Ramai yang anggap berintegriti itu maksudnya tak ambil rasuah. Tapi sebenarnya integriti ini bukan sekadar rasuah. Integriti ini adalah antara kita dengan diri kita. Kita sendiri mesti ada integriti walaupun tak melibatkan sesiapa.Contohnya, orang kampung yang bekerja menoreh getah. Dia kerja dengan dirinya sendiri. Dia bangkit awal jam 4.30 atau 5 pagi. Tapi kalau dia bertolak dari rumah awal pagi, mana masuk Subuh lagi? Jadi dia kena solat di tempat dia bekerja di kebun getah. Siapa lihat dia solat? Tak ada siapa yang lihat. Yang tahu cuma dia dan ALLAH SWT.Kalau dia berintegriti, dia akan solat. Itu integriti dirinya. Tak ada siapa paksa dia solat. Kalau dia tak solat pun, tiada siapa yang tahu. Kalau dia tak ada integriti, dia tak payah potong getah pun. Tak ada siapa paksa, dia sendiri yang nak kerja. Maknanya integriti itu lebih daripada rasuah, ia lebih kepada antara dia dengan dirinya sendiri.Kalau kita lihat sekarang, penjawat awam berjumlah 1.6 juta. Kalau mereka macam orang kampung yang saya kata tadi iaitu bekerja sendiri, tak ada pegawai atasan dan pegawai bawahan tetapi dia bekerja sendiri maka itulah integriti.Mohd Sidek. Foto: Ihsan EAICPokoknya, integriti adalah bila semua orang tahu apa tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam hal ini, EAIC tak perlu buat semua (tugas). Kita tak akan mampu sebab EAIC ini kecil.Kita ada 78 jawatan sahaja. Peruntukan kewangan pun kecil RM8 juta setahun, jadi tak mungkin satu organisasi seperti EAIC dapat memastikan wujud integriti sepenuhnya dalam kalangan 21 agensi penguatkuasaan. Itu tak mungkin. Kita kena bekerja dengan agensi-agensi lain terutamanya agensi penguatkuasaan yang kita selia.Bolehkah Tan Sri jelaskan apakah peranan EAIC dalam meningkatkan integriti penjawat awam?Apa kita perlu buat sebagai EAIC ialah kita hendaklah lebih daripada nabi. Kita hendaklah jadi rasul untuk diri kita dan pengikut-pengikut kita. Itulah perumpamaan pentingnya EAIC, kita perlu bekerja dengan orang lain lebih-lebih lagi sekarang ini kita tak ramai.Orang itu yang kita nak jaga, kita sifatkan mereka sebagai kawan kita, bukan musuh. Bila kita jaga, katalah agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), mereka itu bukan musuh kita dan kita bukan musuh mereka. Mereka rakan kongsi kita.Sebab itu pada 27 November lalu saya berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.Polis saja ada kira-kira 130,000 orang. Dengan kekuatan 78 perjawatan EAIC, kita nak jaga 130,000? Mengah kita! Jadi kita harap dan berdoa kepada ALLAH agar mereka itu jaga diri sendiri.Baru-baru ini ada tangkapan ramai pegawai dan penguat kuasa JIM. Kita tak nafikan ada antara mereka yang nakal tapi ramai yang baik daripada yang nakal. Dengan jumlah 1.6 juta penjawat awam, kamu ingat 800,000 daripada mereka jahat? Tidak, saya rasa jumlahnya kecil sahaja. Yang baik ini lebih ramai dan mereka sangat benci kepada yang nakal itu.Tapi ini mungkin silap kitalah. Mungkin kita (pegawai atasan) tak berapa suka menghukum (penjawat awam yang melakukan kesalahan integriti). Kita tidak beri hukuman sebab kita suka disukai. Kebanyakan daripada kita ini terutama orang besar-besar (berjawatan tinggi) amat suka disukai.Nasihat saya baguslah kita suka disukai tapi bila kita perlu menghukum kita kena menghukum sebab kalau tidak, kerana nila setitik, akan rosaklah susu sebelanga.Saya lebih suka yang menghukum ini adalah dalam kalangan mereka sendiri. Bila ada anggota PDRM misalnya yang melakukan kesalahan, hukumannya bukan daripada SPRM dan bukan di mahkamah. Hukumannya sepatutnya datang daripada polis sendiri, daripada bahagian tatatertib PDRM.Bagaimana Tan Sri melihat usaha-usaha untuk membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam di negara ini? Apakah halangan utamanya?Saya pun tak faham kenapa sekarang ini terlalu banyak dipersoalkan pasal integriti. Adakah sebab dulu tak ada masalah integriti dan sekarang terlalu banyak? Kenapa orang ambil duit yang bukan hak mereka?Arwah mak saya dahulu nasihat kalau kita jumpa duit yang bukan kita punya, kita pulang balik. Kalau tak tahu siapa punya, kita hantar ke masjid. Itu yang arwah mak saya ajar pada saya. Itu juga yang saya ajar kepada anak-anak saya. Itu juga saya ajar kepada \u2018anak-anak\u2019 saya di pejabat. Itu juga saya ajar kepada \u2018anak-anak\u2019 saya masa saya jadi KSN.Integriti adalah daripada diri sendiri dan tidak melibatkan orang lain pun. Antara kita dengan diri kita dan kita dengan ALLAH. Apa yang terbaik bila kita sendiri ada integriti?Yang terbaiknya bila polis, JIM, JPJ jaga diri mereka dan unit masing-masing. Apa yang terbaik adalah apabila individu itu sendiri jaga diri mereka sendiri.Tapi kalau tak ada integriti itu, barulah orang lain seperti SPRM lakukan tugas tersebut. Orang yang jaga disiplin dan integriti, mereka hendaklah lebih berdisiplin daripada orang yang mereka mahu disiplinkan. Orang yang jaga integriti hendaklah lebih berintegriti daripada orang yang dia nak jaga.Pada pengamatan Tan Sri, dari manakah akar masalah rasuah di negara ini, berpunca daripada pemberi atau penerima? Mengapakah penerima rasuah lebih banyak didakwa di mahkamah?Lebih senang mendakwa penerima daripada pemberi. Masalahnya sebenarnya sama, kalau tak ada orang beri tak akan ada penerima. Masa saya di universiti dahulu dah ada (kes rasuah). Saya keluar universiti Januari 1974. Maknanya dari 1971 saya sudah belajar tentang rasuah.Rasuah ini ada empat faktor iaitu ada orang beri, ada yang minta, guna dana awam seperti dia tuntut kerja lebih masa padahal dia tak buat dan tuntut elaun perjalanan sedangkan dia tak pergi pun dan keempat pilih kasih.Kenapa kita soal pasal penerima sahaja? Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Pada pendapat saya kita hendaklah mengambil tindakan yang tegas terhadap pemberi rasuah.Mohd Sidek. Foto: Ihsan EAICKenapa tidak ambil tindakan tegas kerana bila dia beri rasuah, orang yang menerima tak akan buat laporan bahawa ada orang beri dia duit melainkan orang yang memberi itu ditangkap oleh SPRM.Maknanya jangan kita membenci orang yang menerima sahaja. Kita hendaklah membenci orang yang memberi. Tapi budaya masyarakat kita bila tangkap penerima rasuah (mereka) kata okey, bila tangkap pemberi rasuah tak okey.Warren Buffet mengatakan untuk mencari pekerja, carilah tiga kualiti yang mereka ada: integriti, bijaksana dan tenaga. Jika mereka tiada kualiti yang pertama, yang dua lagi akan musnahkan kamu. Apa komen Tan Sri?Memang betul. Bercakap soal ini saya ambil contoh kes seorang penguat kuasa JIM gred KP19. Katanya sebelum dia dilantik ke JIM, dia dah \u2018nakal\u2019 makanya dia tak ada integriti awal-awal.Tapi sahabat nabi, Saidina Umar Al-Khattab, sebelum masuk Islam dia \u2018nakal\u2019. Integriti tak ada tapi bila dia masuk Islam, baiknya dia \u2018Ya Rabbi\u2019. Dia khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Jadi ada sikit kontra.Maknanya eloklah kita ambil orang yang baik dahulu tapi ada orang yang baik jadi nakal dan ada juga yang nakal lepas itu jadi baik.Maksudnya kita hendaklah mengadakan suasana yang membuat orang jadi baik. Katakanlah Ketua Pengarah JIM, beliau mahu orang menyukai pegawai-pegawainya, maka beliau menerapkan perkhidmatan yang penuh hemah, cepat, beri senyuman dan tak akan kompromi dengan integriti.Maknanya perkhidmatannya cepat, pegawainya tidak minta duit dan sekiranya diberi pun, mereka tak mahu. Beliau juga yakin bahawa beliau tak boleh kerja seorang.Ketua Pengarah JIM ini kita boleh kata orang yang sangat baik tapi walaupun dia amat baik, cemerlang namun dia tak boleh berjaya dengan bekerja berseorangan. Timbalan-timbalan beliau juga hendaklah mempunyai sikap yang sama juga.Bagaimanapun walau mereka semua bagus, mereka tak dapat pastikan bahawa seluruh warga kerja JIM itu bebas rasuah. Jadi perlunya ada konsep menghukum mereka yang lakukan kesalahan di peringkat jabatan itu.Tapi saya juga ingatkan jangan menganiaya sesiapa. Kalau dia tidak salah, jangan hukum. Kita kena adil, kalau tidak kita akan jawab (di akhirat) nanti. Tapi kalau dia salah, salahlah.Adakah Tan Sri berpuas hati dengan peruntukan undang-undang atau hukuman yang ada termasuk usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dengan adanya pelan antirasuah sekarang? Adakah langkah dan undang-undang sedia ada mencukupi atau perlukan hukuman lebih berat?Saya berpuas hati dengan undang-undang sedia ada. Yang saya tidak puas hati adalah bila ia tidak dilaksanakan. Malahan penggubalan Akta 700 iaitu Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 yang membawa kepada penubuhan EAIC saya ingatkan sudah cukup.Kita mungkin tidak melaksanakan dengan sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 untuk penjawat awam. Apa yang tak cukup adalah dari segi pelaksanaannya.Pelan Integriti Nasional yang dulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi lancarkan masa beliau menggalas jawatan Perdana Menteri, saya rasa dah cukup. Apa yang tak cukup adalah pelaksanaannya. Umpamanya berkaitan disiplin.Adakah kita sebagai pihak berkuasa tatatertib mengenakan hukuman yang setimpal dan memastikan bahawa penjawat awam yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman setimpal supaya dia tak terlepas dan seterusnya beri pengajaran kepada lebih ramai penjawat awam supaya tak buat perkara sama.Masalah kita ialah selalu kata undang-undang sedia ada tak cukup. Bila ada apa-apa berlaku, terus nak buat undang-undang baharu sedangkan undang-undang lama tak dilaksanakan.Apa yang menyebabkan kita buat undang-undang baharu yang mempunyai hukuman yang lebih berat?Hukuman yang lebih ringan pun kita tak berani dan tak sanggup nak laksanakan.Contohnya saman trafik, kita tak kutip pun. Kalau dia (pesalah trafik) bayar saman lambat, kita bagi diskaun terutama ketika musim cuti raya dan sebagainya. Yang tak bayar langsung itu kita lupa.Di negara yang rakyatnya berdisiplin tinggi seperti di Jepun, katakanlah jam 12.01 tengah malam di kawasan lampu isyarat dan kereta tak ada, pemandu tetap tak jalan, bila lampu hijau baru dia jalan. Ini pengalaman yang saya lihat sendiri semasa bertugas di Jepun sekitar tahun 1977 hingga 1979.Nasihat saya tingkatkan penguatkuasaan undang-undang yang ada kerana itu lebih daripada cukup.Adakah menaikkan gaji penjawat awam terutama pasukan penguat kuasa dapat menyelesaikan masalah rasuah?Semasa saya mula bekerja tahun 1974 dahulu gaji saya cuma RM500 tetapi tetap cukup. Jadi wang bukanlah isunya. Cuba periksa penjawat awam atau penguat kuasa gred KP19, gaji dia berapa? Paling banyak RM4,000 ke RM5,000 tapi kenapa dia tak berhenti bila dia dapat rasuah?Tapi saya jamin ramai KP19 yang tidak terima rasuah, gaji dia cukup. Jadi wang bukan isu. Kalau kita nak naikkan gaji RM10 seorang. Kalau penjawat awam 1.6 juta dah RM10.6 juta sebulan. Jika setahun dah RM192 juta.Naik RM10 ini orang kata celah gigi saja. Kalau naik RM100, bermakna RM1.9 bilion setahun. Sebab itu kita kena fikir perkara itu tapi mana yang patut naik itu, naikkanlah.Tapi kalau orang yang nakal kalau naikkan gaji banyak mana pun dia akan nakal juga. Sebab itu kena ada penghayatan dan menjiwai perkhidmatan yang dicurahkan sebab itu adalah satu ibadah.Apakah harapan dan impian Tan Sri pada masa depan untuk melihat Malaysia bebas rasuah dan salah guna kuasa?Pada 22 Jun 2012, saya sampaikan ucapan pada majlis makan malam persaraan saya sebagai KSN. Harapan saya adalah supaya perkhidmatan awam Malaysia ditanda aras oleh yang terbaik.Misalnya, Singapura atau Jepun memberi tanda aras kepada perkhidmatan awam kita. Kalau kita lihat ketika itu juga perkhidmatan yang diberikan oleh JIM adalah salah satu yang terbaik di dunia.Selain itu, perkhidmatan kesihatan dan kehakiman kita juga bagus. Bank Dunia lakukan kajian dan mereka memujinya serta mengiktiraf kejayaan kita kerana kita ditanda aras. Harapan saya pada masa depan supaya kita ditanda aras dengan syarat kita bertekad dan semua orang bekerja, bukan Ketua Polis Negara sahaja, bukan Ketua Pengarah Imigresen sahaja, bukan Pengerusi EAIC sahaja bekerja tetapi semua orang perlu bekerja dengan satu nada seiring.ANEKDOTBangga asal Cherok Paloh, PekanSaya asal orang kampung di Cherok Paloh, Pekan, Pahang. Negara ini telah beri peluang orang kampung Cherok Paloh menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Pengerusi Petronas.Saya jadi penjawat awam sebab saya suka berkhidmat. Saya masih ingat peristiwa pada 1950-an ketika seorang pak cik orang kampung saya nak bayar cukai tanah. Dia pergi ke pejabat tanah bila tak boleh menoreh getah sebab hujan.Dia kena kayuh basikal sampai ke jeti feri di Sungai Pahang. Pada masa itu, jambatan belum ada jadi kena naik feri. Sampai ke pejabat tanah, nak bayar cukai tapi sudah jam 4 petang. Peon kata pejabat dah tutup, jadi dia minta datang esok. Punyalah seksa orang kampung itu datang. Dia pergi bayar cukai tanah itu bukan nak minta duit tapi nak bagi duit kepada kerajaan.Jadi bila saya jadi KSN, saya nasihatkan diri saya dan penjawat-penjawat awam lain bahawa kita kuat kuasakan sesuatu peraturan itu hendaklah ada sebab yang munasabah iaitu biarlah memudahkan jangan menyusahkan.Kalau saya jadi KSN waktu itu, saya akan minta pemungut hasil tanah ambil duit pak cik itu dan keluarkan resit. Jadi tak payah datang esoknya sebab kasihan pak cik itu datang kayuh basikal dan naik feri.Kalau ada, orang yang macam inilah boleh dinaikkan pangkat menjadi KSN iaitu memudahkan. Integriti bukan setakat soal tolak rasuah tapi melaksanakan kerja dengan cara terbaik.Saya juga banyak bercerita mengenai Cherok Paloh semasa mesyuarat ketua setiausaha kementerian, mesyuarat ketua-ketua perkhidmatan yang dihadiri Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan ketua-ketua jabatan lain.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Disember 2020 10:00am"} +{"author_name": "KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/115816/berita/wawancara/wawancara-eksklusif-pemimpin-kena-tahu-waktu-berkorban-peja", "article_title": "[WAWANCARA EKSKLUSIF] Pemimpin kena tahu waktu berkorban: Peja", "article_text": "DENGAN hanya berbekalkan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), siapa sangka ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12 pada tarikh 12 Mei 2018.Meskipun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan termasuk dalam kalangan rakan-rakan ADUN di pihak kerajaan, Ahmad Faizal, 50, yang lebih mesra dipanggil \u2018Peja\u2019 tetap tenang memastikan pentadbiran kerajaan negeri Perak berjalan lancar.Selepas 22 bulan mentadbir Perak, kedudukan beliau sekali lagi teruji pada penghujung bulan Februari tahun ini, apabila kerajaan PH runtuh dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Bersatu, UMNO dan Pas.Sekali lagi, anak kelahiran Tambun itu berjaya mengekalkan jawatan Menteri Besar buat kali kedua pada 13 Mac 2020, sebelum akhirnya \u2018digulingkan\u2019 selepas gagal mendapat sokongan majoriti 59 ADUN Perak.Melalui usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim daripada UMNO, pada sidang DUN Perak, 5 Disember lalu, hanya 10 orang yang menyokong, 48 lagi membantah dan satu undi berkecuali dalam undi belah bahagi.Ikuti wawancara eksklusif Editor Kandungan Premium, Zamri Rambli dan wartawan Sinar Harian Premium, Nurul Riduan Nor Ashaha dan Khairil Anwar Mohd Amin bersama Peja bagi menyelami luahan hati serta kisah menarik di sebalik krisis kejatuhan beliau selaku Menteri Besar Perak ke-12 dan ke-13 bagi baru-baru ini.SINAR HARIAN: Sebagai satu-satunya calon Bersatu yang berjaya memenangi kerusi DUN Chenderiang, boleh Datuk Seri ceritakan semula detik-detik pertama kali dilantik sebagai MB Perak mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14?AHMAD FAIZAL (PEJA): Rasanya macam dah lama (saat itu) tetapi sebenarnya tidak sampai tiga tahun. Tetapi seingat saya pada waktu itu, isu perebutan kerusi MB sebenarnya telah berlaku sejak hari pertama lagi. Malahan, pada hari saya berangkat ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk istiadat mengangkat sumpah sebagai MB, saya masih belum tahu siapakah MB ketika itu. Hakikatnya, pada saat waktu istiadat mengangkat sumpah terlalu dekat, proses perbincangan siapakah yang bakal mengangkat sumpah MB masih berlangsung.Saya kira waktu itu mungkin istana pun telah sediakan beberapa surat sumpah dan akhirnya saya yang (dipilih) mengangkat sumpah. Selepas itu, saya nampak tak berhenti-henti orang mahukan kerusi berkenaan tetapi Alhamdullilah kerajaan dapat berjalan, beroperasi dan membuat pentadbiran seperti biasa.Foto kenangan ketika Sultan Nazrin Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada Ahmad Faizal untuk menjadi MB Perak buat kali kedua pada Mac lalu. Alhamdulillah banyak juga perkara yang dapat kita lakukan dan sehingga perubahan kerajaan (berlaku sekali lagi), saya masih lagi mengangkat sumpah sebagai MB (kali kedua).Pada ketika itu, terdapat kemungkinan pembentukan kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas apabila BN memenangi 28 kerusi DUN, PH 28 kerusi dan Pas (3).Bagaimanapun, Datuk Seri akhirnya terpilih sebagai Menteri Besar Perak setelah meraih sokongan dua ADUN UMNO. Boleh Datuk Seri ceritakan bagaimana dua ADUN UMNO itu bertindak menyokong Datuk Seri?Ramai orang susah hendak percaya cerita saya ini, waktu itu negeri masih tergantung tiada kerajaan. (Hakikatnya) saya langsung tak berbuat apa-apa, saya tiada hubungi sesiapa. Sungguh!Tapi saya ingat pada pagi itu, saya ini berjiran dengan Datuk Zainol (Fadzi Paharuddin). Datuk Zainol (ADUN Sungai Manik) telefon saya ajak sarapan di rumahnya.Saya pergi ke rumahnya untuk bersarapan dan kemudiannya Datuk Nolee (Ashilin Mohammed Radzi) pun datang. Pada masa itu, Datuk Zainol berkata kepada Datuk Nolee (ADUN Tualang Sekah), \u2018Jomlah kita sign surat sokong Peja tubuh kerajaan.\u2019Itulah perkara sebenar yang berlaku tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya kata, \u2018Kalau you nak buat surat, you buat sendirilah.\u2019 Saya pun balik rumah.Rupanya mereka benar-benar melakukannya dan selepas itu baru saya tahu dalam surat itu menyebut bahawa mereka hanya menyokong saya sebagai MB, kalau orang lain mereka tarik balik, tidak bagi sokongan. Itulah puncanya bagaimana PH dapat cukup bilangan untuk tubuh kerajaan.Waktu itu, Datuk Seri berasa terkejut?Terkejutlah, tetapi sebab saya yakin mereka ini memang rapat dengan saya, mereka tahu apa yang saya boleh lakukan. Tetapi saya tidak tahu yang mereka hendak bagi sokongan, ingatkan makan kuetiau sahaja.Bagaimana penerimaan ADUN-ADUN PH terhadap dua ADUN UMNO yang menyokong Datuk Seri menjadi MB?Bila kita (PH) ada numbers, saya tahu ada pemimpin yang telah pergi berjumpa dengan Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan surat watikah kerajaan PH bagi diangkat sebagai MB.Tetapi apabila saya sampai ke istana (Istana Iskandariah), ada berlaku perbincangan dengan pihak istana dan Tun Mahathir akhirnya memberi pengesahan kepada pihak istana agar saya disembah cadangkan bagi diangkat sebagai MB baharu.Sepanjang Datuk Seri mengemudi kerajaan PH Perak, nama Datuk Seri mula mekar dalam kalangan pengundi Melayu apabila tuntutan pelanjutan tempoh hak milik tanah pajakan daripada 99 tahun kepada 999 tahun oleh ADUN-ADUN DAP ditolak Datuk Seri. Bagaimana Datuk Seri boleh berani membuat keputusan besar yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan Datuk Seri selaku MB?Terima kasihlah atas soalan itu kerana baru-baru ini, waktu ADUN Pengkalan Baharu (Datuk Abdul Manaf Hashim) ada berbahas untuk usul undi percaya kepada saya yang sebenarnya undi tidak percaya.Dalam perbahasan itu, beliau menyebut bahawa saya sewaktu jadi MB dalam PH, PH mahu buang saya... Sebagai Menteri Besar dalam Perikatan Nasional (PN) pun, UMNO dan Pas juga mahu buang saya, jadi there must be something wrong with this guy.Jadi untuk menjawab soalan itu, semua patut ingat saya hendak dibuang waktu PH sebab saya tak mahu ikut cakap satu atau dua pemimpin DAP. Mereka mahu sangat supaya kerajaan beri kelulusan tanah kekal, hak milik kekal selama-lamanya atau kita sebut popularnya, 999 tahun.Jadi (tuntutan ini saya berpandangan, tidak boleh dibuat bukan sebab saya terlalu kuat semangat Melayu, tetapi sebab kita mahu mentadbir kerajaan dengan cekap.Ahmad Faizal ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan (kanan) dan Khairil Anwar (dua dari kanan di Petaling Jaya baru-baru ini.Bayangkan kalau hasil negeri yang terlalu bergantung kepada cukai tanah dan kita bagi seluruh kampung Melayu, perkampungan kaum India, kampung baru Cina dan sebagainya sebagai tanah hak milik kekal, kerajaan tidak akan dapat pendapatan. Bila tiada pendapatan bagaimana kita mahu beri perkhidmatan kepada rakyat? Dari segi good governance itu sudah tidak betul.Waktu itu saya pertahankanlah (keputusan itu) hingga beberapa kali saya ditekan dalam banyak mesyuarat Exco dan politik. Alhamdulilah keputusan itu bertahan.Tidak tahulah mekar atau tidak nama saya waktu itu tetapi benda yang saya fikir patut buat saya akan buat dengan bersunguh-sungguh. Itulah yang berlaku dan seterusnya.Lapan bulan dalam kerajaan PN pula, saya pun tidak tahulah, hari Rabu ada mesyuarat Exco, tiada bergaduh, semuanya baik, kita (setuju) luluskan belanjawan, semua pakat elok-elok hari Rabu tetapi hari Jumaat saya dijatuhkan.Adakah Datuk Seri merasakan ADUN-ADUN kerajaan di bawah PH lebih bertolak ansur dan memahami kepentingan kukuhnya kerajaan berbanding kerajaan PN?Saya ingat dua-dua faham pentingnya kestabilan politik dan saya pun buatlah pengakuan yang saya tak really pertahankan sangat.Terdapat juga polemik perebutan jawatan MB Perak sewaktu Datuk Seri dikekalkan menggalas jawatan itu kali kedua di bawah pentadbiran kerajaan PN. Boleh Datuk Seri jelaskan keadaan ketika itu?Kali kedua penubuhan kerajaan baharu, ia stalemate seperti kali pertama dengan tiga parti telah menyembah cadangkan kepada Tuanku Sultan Perak nama-nama calon MB pilihan masing-masing.Masing-masing bawa nama pemimpin parti masing-masing. Bersatu calonkan nama saya, Pas calonkan nama Pesuruhjaya Pas Negeri (Razman Zakaria) dan UMNO cadangkan nama Pengerusi UMNO Perak (Datuk Saarani Mohamad) kepada Tuanku.Tuanku pula telah perkenankan nama saya untuk diangkat sumpah. Waktu itu kita telah bersetuju bahawa apa jua nama telah diperkenankan, kita terima dengan baik dan teruskan usaha untuk membantu rakyat sehingga ke pilihan raya.Apa yang berlaku sebenarnya, banyak kata-kata yang mengugut kononnya saya perlu diturunkan (jawatan MB) kerana saya telah cuba mengamalkan pecah perintah dalam UMNO. Ia berikutan tindakan saya melantik seorang ADUN daripada UMNO (Datuk Aznel Ibrahim) sebagai setiausaha politik saya.Kalau itu satu kesalahan, saya secara terbuka ingin memohon maaf. Tetapi alasan saya sebenarnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua parti (UMNO dan Bersatu). Saya lihat semuanya telah berjalan dengan baik kecuali hubungan antara parti. Itu yang perlu kita perkemaskan.Kedua, (bagi menjaga) hubungan antara kerajaan (PN) dan pemimpin serta jentera UMNO. UMNO sebagai sebuah jentera parti yang kuat dan mempunyai ADUN paling ramai, maka saya fikir amat penting seorang daripada UMNO dilantik memegang jawatan itu.Itu niat saya tetapi dilihat sebagai cuba mengamalkan pecah dan perintah hingga berlaku krisis baru-baru ini.Sepanjang penubuhan kerajaan PN, apakah isu-isu atau tuntutan UMNO yang tidak ditunaikan yang mungkin mencetuskan usul undi percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri?Saya tidak tahu, tidak dimaklumkan. Tetapi seingat saya, tidak pernah dalam sejarah di negeri Perak, semua ADUN UMNO mendapat jawatan lain sama ada dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau perbadanan-perbadanan negeri. Semuanya ada peranan lain dalam kerajaan, melebihi daripada zaman UMNO memimpin sendiri.Jadi saya pun tidak faham kerana saya tidak dimaklumkan.Usul undi percaya, adakah Datuk Seri menjangkakan perkara ini?Seminggu sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), apabila saya dapat tahu ADUN Pengkalan Baharu telah menghantar surat kepada Speaker DUN untuk mengusulkan satu undi percaya kepimpinan saya. Saya sudah tahu itu bukan usul percaya, itu usul tidak percaya.Dari satu segi, ramai yang menasihati saya, itu suatu perkara yang memesongkan Dewan (DUN) yang sebenarnya satu kesalahan mengikut Perintah Tetap (Sidang Mesyuarat DUN Perak). Tetapi saya tidak ambil apa-apa tindakan.Lebih-lebih lagi, apabila saya lihat terdapat satu usul untuk menggantung Perintah Tetap supaya usul persendirian itu dapat dinaikkan dan dibahaskan terlebih awal, telah dibawa bersama oleh seorang ADUN daripada DAP dan seorang ADUN daripada UMNO.Apabila saya lihat sampai sanggup hendak bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan saya, saya fikir saya perlu main satu peranan supaya dapat mengamankan keadaan dengan tidak menyebabkan perbalahan di antara kita, jadi itu yang saya buat.Orang kata saya jiwa besar, bukan jiwa besar tetapi ia sesuatu yang saya perlu lakukan untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku di dalam politik di negeri kita.Boleh ceritakan apa perasaan waktu itu, adakah bercampur baur dan sedih? Ini kerana dalam tempoh tiga tahun Datuk Seri menjadi Menteri Besar, Datuk Seri berhadapan dengan rakan dan musuh yang sama.Saya cuma berasa pelik. Saya tidak berasa marah, saya tidak rasa kecewa, saya tidak berasa sedih.Ahmad Faizal dilantik sebanyak dua kali sebagai Menteri Besar Perak.Mungkin kalau ada sedikit marah pun kerana saya lihat sampai sanggup rakan-rakan dalam PN bekerjasama dengan pihak pembangkang terutama sekali DAP dalam usaha untuk menjatuhkan saya.Sedangkan, saya berpandangan pada waktu itu kalau mereka mahu berbincang dengan saya secara baik, ada besar kemungkinan saya nak dengar.Bukan sahaja mendengar, mungkin saya juga akan mengambil tindakan-tindakan yang boleh menguntungkan mereka. Mendapatkan matlamat yang mereka sasarkan tanpa perlu melalui seperti apa yang kita lalui di sidang Dewan (DUN).Kerjasama yang Datuk Seri sebutkan berkaitan dengan DAP, adakah Datuk Seri merasakan kerjasama itu hanya secara kebetulan?Pertama, mereka tidak akan mengaku. Kedua, mana logiknya seorang ADUN daripada DAP dan seorang ADUN daripada UMNO menghantar surat untuk menggantung Perintah Tetap (Mesyuarat DUN Perak), beza lima minit pada hari yang sama sebelum sidang Dewan (DUN)?Tentunya ada perancangan, jadi saya fikir perkara ini tidak perlu buat. Bincang elok-elok mungkin saya boleh bagi satu keputusan yang menepati matlamat mereka. Itu yang saya sebutkan tadi.Kalau hendak buat pun, semua orang tahu pada hari itu saya hendak bentangkan usul Belanjawan Negeri Perak 2021.Terdahulu, Menteri Besar Perak yang baharu telah mengeluarkan kenyataan bahawa usul belanjawan yang dibentangkan sebelum ini, sama seperti usul yang mahu saya bentangkan.Jadi apa salahnya kita luluskan dahulu belanjawan berkenaan? Kemudian hendak buat usul percaya, usul amat tak percaya ke, buatlah.Tetapi sebelum itu saya fikir, dahulukanlah perkara yang penting. Dahulukan perkara yang paling dekat dengan rakyat, yang mustahak kepada rakyat.Berbalik kepada 5 Disember lalu apabila Datuk Seri dilihat sebagai seorang berjiwa besar, nampak cool, boleh berjumpa semua orang, bagaimana Datuk Seri dapat kekal tenang dan mengapa Datuk Seri tidak melawan?Kenapa saya tidak melawan? Seperti saya sebut tadi, saya mahu jaga kestabilan.Kalau saya suruh anak-anak buah saya berkumpul, baring di tengah jalan menuju istana, itu akan menyebabkan ketidakstabilan. Malu dekat orang negara luar, jadi itu saya cuba elakkan.Yang kedua, pada saya jawatan sebagai MB satu amanah yang cukup besar dan apabila ia dibebaskan daripada saya, sebenarnya ia mendatangkan kelegaan kepada diri saya. Ini kerana I am the type of person yang kalau mahu berbuat sesuatu itu saya buat bersungguh-sungguh.Bila saya dapat amanah yang besar sebagai seorang MB, saya buat sungguh-sungguh.Dalam kesungguhan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan apabila terlepas beban itu, memang rasa lega sedikitPada saat Datuk Seri kehilangan kuasa sebagai MB, siapakah individu yang sentiasa berada di samping Datuk Seri dan terus menyokong Datuk Seri? Apa pula reaksi keluarga mengenai situasi itu?Agak menarik bila anda tanya soalan itu, sebab mereka yang terpaksa undi tidak percaya kepada saya, adalah dalam kalangan sebenarnya yang percaya pada saya.Ada antaranya ADUN-ADUN UMNO dan ADUN-ADUN lain yang hendakkan saya kekal sebagai MB, (tetapi) terpaksa ikut arahan parti masing-masing dan ramai jumpa saya sambil menangis, nyatakan sokongan namun tidak mampu melawan arahan pucuk pimpinan masing-masing.Anak-anak seronok tapi mereka tidak tahu apa-apa. Bila saya bukan lagi MB, anak-anak kata saya boleh luang lebih banyak masa dengan mereka. Isteri saya pula agak kecewa kerana saya sepatutnya mampu melakukan lebih banyak agenda pembaharuan di Perak.Banyak perkara yang saya lakukan belum capai tahap dimahukan. Contohnya usaha menjaga kelestarian alam sekitar, membantu menangani perubahan iklim. Perkara ini hendak buat tapi belum tercapai.Isteri dan keluarga banyak terasa (kecewa) sebab (banyak perkara) tidak sempat saya nak buat. Saya sendiri pun terasa \"Alamak...kalau tidak dapat buat banyak lagi.\"Banyak sebenarnya usaha hendak dibuat termasuk pemutihan tanah, inisiatif buka tanah untuk tujuan pertanian bagi membantu golongan muda dalam industri pertanian dan saya harap kerajaan baru akan buatlah.Pada saat rakan-rakan ADUN lain datang berjumpa Datuk Seri dan menangis, apa penjelasan Datuk Seri kepada mereka?Saya katakan kepada mereka, \u2018You all kena follow arahan parti lah, sehingga saya terpaksa dikorbankan maka dikorbankanlah. It's okay\u2019. Lagipun saya bukan superman, bukan kiamat lagi esok. Hari ini saya tak jadi MB pun tidak berlaku apa-pun di Perak tu.Cuma cara berlaku itu, kita rasa amat kesal sedikitlah, kita kena berlapang dada. Jangan ingat politik itu segalanya, kena yakin bahawa setiap satu yang berlaku itu Allah SWT tentukan.Datuk Seri berusaha keras untuk menyelamatkan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang berdepan kerugian teruk sewaktu zaman pentadbiran kerajaan terdahulu. Bagaimana perasaan Datuk Seri selepas MAPS akhirnya dilihat kembali bernyawa? Adakah usaha itu tercapai sepenuhnya?Alhamdullilah, kita nampak peningkatan mendadak pada MAPS sehingga pada satu tahap, kita mampu bayar gaji sendiri dan (kerajaan) tidak perlu top up duit.Tetapi selepas itu banyak lagi masalah lain kerana beban hutang yang ditanggung MAPS yang terlalu besar.Namun, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dalam beberapa bulan lagi oleh pengurusan baharu yang akan dilantik oleh kerajaan baharu, bukan di bawah saya.Tak apalah di zaman orang lain pun saya percaya isu membabitkan MAPS boleh diselesaikan.Mungkin Datuk Seri boleh berkongsi kisah-kisah kejayaan lain yang boleh dibanggakan di bawah pentadbiran Datuk Seri selaku Menteri Besar selama hampir tiga tahun?Saya tak nampaklah saya bawa perkara baharu. Tetapi perkara yang setiap kerajaan perlu lakukan adalah mengatasi masalah rakyat.Isu-isu didepani rakyat seperti isu tanah, kita dapati banyak tanah yang diceroboh dan diusahakan secara haram dan kita tubuhkan jawatankuasa untuk pulihkan keadaan tersebut. Ia perlu diteruskan.Ahmad Faizal dan isterinya, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi meluangkan masa bersama memasak hidangan rendang udang galah untuk berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh.Bayangkan mereka yang bertani dan bergantung hidup kepada kehidupan atas tanah kecil itu, mereka ini perlu diberi hak milik untuk meneruskan kegiatan pertanian itu. Kecualilah kalau tanah itu mempunyai rizab sungai, rizab jalan dan sebagainya.Masalah rumah juga masalah besar di Perak. Kita tidak mempunyai banyak duit dan tidak mampu buat infrastruktur yang baik. Tetapi kita buka tanah untuk dimajukan oleh pemilik sendiri.Selain itu, masalah peneroka Felda yang sudah berpuluh tahun tidak selesai... kini kita selesaikan masalah pemilikan tanah peneroka Felda. Berpuluh tahun tidak selesai, tetapi kini kita buka tanah bagi tujuan pemberian lot-lot untuk dimajukan.Selain itu, masalah tanah peneroka-peneroka Felda melalui kerajaan yang saya tadbir sebelum ini juga telah diselesaikan.Hanya ada 141 lot tanah sahaja yang masih belum selesai isu pemilikannya kerana kita masih tunggu nama pewaris, namun kebanyakannya diselesaikan.Saya nampak kejayaan pentadiran saya adalah (atas faktor) saya selalu beritahu pegawai kerajaan supaya jangan tangguhkan usaha siapkan sesuatu isu. Kena siapkan kerja satu persatu sehingga masalah itu selesai.Apakah polisi kerajaan di bawah pentadbiran Dato Seri yang dirasakan perlu diteruskan oleh pentadbiran kerajaan baharu?Polisi pemutihan tanah, pemberian milikan tanah, perumahan dan juga pertanian secara komersial (dijalankan) dengan penuh serius. Ini kerana kita dapati Perak mempunyai tanah yang luas.Negara mengimport makanan lebih RM50 bilion setahun, jadi sebenarnya ada banyak duit di situ. Projek pertanian perlu banyak dilaksanakan di peringkat negeri kerana Perak mempunyai banyak tanah. Jadi saya berharap semua polisi itu dapat diteruskan.Dalam keadaan Datuk Seri berjiwa besar melepaskan jawatan demi menjaga kestabilan, masih ada lagi terdapat tuduhan-tuduhan liar dilemparkan terhadap Datuk Seri seperti tindakan menjatuhkan Datuk Seri sebenarnya mendapat restu pihak Istana dan aktiviti penjualan ladang. Adakah Datuk Seri terkilan dengan tuduhan-tuduhan itu?Saya fahamlah bila orang nak justify keadaan itu, mereka terpaksa create something. Tetapi saya sudah jawab semua (sebelum ini). Sebab ada yang kata saya hendak dijatuhkan atas perkenan Tuanku Sultan (Perak) sendiri.Suka saya hendak bertanya kepada ADUN-ADUN terlibat, adakah mereka mendengar titah daripada Tuanku Sultan sendiri tentang perkara itu? Jika tidak, sebagai pemimpin apakah kita seharusnya terima bulat-bulat khabar angin yang sampai pada mereka?Jadi, pengalaman ini mengajar kita supaya lebih berhati-hati sebagai pemimpin. Bila kita hendak buat keputusan, kita tidak boleh buat keputusan mengikut apa yang kita dengar dan kita tengok. Kita mesti fikir juga apakah impak yang akan berlaku di sekeliling, terutama sekali kepada rakyat.Sebagai Pengerusi Bersatu Perak, bagaimana Datuk Seri melihat impak krisis yang berlaku terhadap penerimaan akar umbi?Pada saya, di peringkat akar umbi, orang Melayu seronok lihat penyatuan di antara UMNO, Pas dan Bersatu. Yang tidak mahu itu siapa? Orang yang bimbang mereka tidak dapat memenuhi kepentingan diri sekiranya ketiga-tiga parti ini bersatu. Itu yang mereka tidak mahu.Jadi orang itu mesti berjiwa besar. Saya sudah buktikan kepada rakyat, jangan rebut jawatan. Saya berjiwa besar untuk orang ramai dan bukan untuk saya.Bukan juga untuk parti saya tetapi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Bukannya untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.Ingat balik, bukannya ahli UMNO, Pas dan Bersatu yang tidak mahu. Cuma ada pemimpin kecil di peringkat akar umbi yang bimbang jika ada penyatuan ini, maka peluang untuk mendapatkan sesuatu kerusi (pilihan raya) amat tipis.Di beberapa negeri, kerusi MB dianggap 'panas' selain kerusi di Perak. Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan kerusi-kerusi ini selepas krisis di Perak?Kalau kita masih lagi berpendirian seperti sebelum ini iaitu kerusi itu amat penting untuk perjuangan parti kita, dengan jadi Menteri Besar kita akan mendapat tiket ekspres hendak masuk syurga, maka buatlah... berebutlah.Tetapi saya berpandangan, sebenarnya tiket dapat jadi MB ini adalah tiket nak masuk neraka lebih cepat? Ya. Terlalu banyak dugaan, cabaran dan tanggungjawab besar yang bukan mudah untuk semua orang pikul. Ia bukanlah mudah.Jawatan bukan satu perkara yang menjadi ultimatum, bukan sesuatu benda yang kita mesti kejar. Ini yang pemimpin-pemimpin kecil macam saya kena faham.Kalau kita ingat, sekiranya kita berpegang prinsip tidak jadi MB, baik tidak payah jadi orang politik, itu tidak betul. Kita mesti terus memberi perkhidmatan dalam apa jua kapasiti. Sebagai ahli biasa pun kita masih boleh berbakti dan buat pahala jika ia boleh bawa kita ke syurga.Bagaimana Datuk Seri melihat krisis di Perak akan mempengaruhi proses perbincangan pembahagian kerusi pilihan raya yang sedang giat dijalankan antara Bersatu, UMNO dan Pas di peringkat Pusat?Itu yang saya sebutkan dalam kaedah pemasaran. Kita mesti membezakan antara keperluan dan kehendak. Kalau ikut kehendak parti, kita hendak semua kerusi.Tetapi dari segi keperluan, kita faham keperluan mentadbir kerajaan. Kita perlu mencukupkan bilangan kerusi untuk menubuhkan kerajaan. Jadi, itu keperluan.Jadi untuk memenuhi keperluan itu, parti-parti seperti UMNO, Pas dan Bersatu perlu bergabung. Kita nampak sekiranya usaha ini dapat dilakukan dengan ikhlas, kita dapat tubuhkan kerajaan yang kukuh. InsyaALLAH dalam pilihan raya akan datang, kita akan dapat sokongan majoriti dua pertiga.Itu keperluan, kita perlu pentingkan keperluan daripada kehendak. Kalau Bersatu bertanding di semua kerusi sekalipun, adakah kita akan berjaya? Tidak. Jadi kita perlu memikirkan kekuatan secara bersama, sebagai satu coalition yang dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil. Itu lebih penting.Jadi, semua orang mesti tahu bila masa hendak berkorban. Bila masa hendak menerima, perlulah memberi. Itu caranya untuk semua jadi elok.Selepas Datuk Seri terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar Perak, adakah Datuk Seri pernah mengambil masa bersendirian mengenangkan apa yang telah berlaku?Tidaklah sampai titis air mata, itu tiada. Saya sentiasa fikir bagaimana hendak mengubah satu-satu perkara menimbulkan negatif kepada positif. Itu yang saya cuba fikirkan.Bagaimana hendak membuatkan perkara negatif berlaku kepada saya menjadi positif kepada kalangan rakyat.Apa yang perlu saya buat untuk memberikan satu mesej kepada rakyat bahawa ini yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang mereka harapkan. Itu yang saya cuba buat, lakukan sebaik mungkin.Mungkin Datuk Seri boleh ulas sedikit usaha keras dilakukan kerajaan negeri dalam mempromosi sektor pelancongan di Perak dan melaksanakan transformasi menambah baik kualiti perkhidmatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada rakyat sebelum ini.Selain daripada usaha-usaha kerajaan saya melakukan proses pemutihan tanah dan sebagainya, kita juga melihat bahawa industri pelancongan adalah amat penting dan menjana ekonomi kepada rakyat dengan begitu banyak.Jadi, dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita memberi fokus kepada memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di sekitar Perak.Kita harapkan selepas selesai masalah PKP, orang akan ingat Perak bila pergi bercuti. Banyak juga kejayaan kita capai selain daripada memberi latihan-latihan kepada pemain industri pelancongan.Di dalam pentadbiran saya, saya juga melihat bahawa masalah GLC-GLC dan perbadanan negeri yang mempunyai bidang tugasan bertindih sesama mereka berjaya diselesaikan.Contohnya, syarikat Perbadanan Menteri Besar (MB Incorporation) melaksanakan aktiviti perlombongan sumber mineral. Tetapi Perbadanan Pertanian Negeri Perak (PPNP) yang menjumpai sumber mineral di kawasan projek pertanian mereka, juga mahu melakukan aktiviti perlombongan. Jadi fungsi akan bertindih dan tidak tertumpu.Justeru, saya mengambil tindakan bagi mengembalikan fokus hakiki mereka. Jadi ini antara kejayaan yang saya kira boleh dibanggakan yang berjaya kami buat dalam masa yang singkat.Selepas apa yang berlaku, sekiranya kepimpinan Bersatu memutuskan untuk Datuk Seri dilantik sebagai menteri Kabinet di peringkat Pusat, mengambil kira Datuk Seri juga merupakan Timbalan Presiden parti itu, adakah Datuk Seri sedia menerimanya?Sebagai seorang ahli parti, saya akan sentiasa menurut perintah daripada parti. Presiden parti saya adalah Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).Kalau beliau mengarahkan saya untuk mengambil satu-satu jawatan, saya akan terima perkara itu sebagai satu arahan dan akan cuba lakukan dengan sebaik mungkin.Ahmad Faizal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Perak sejak 2018. Apa selepas ini kepada saya adalah amat tidak penting. Tetapi kalau saya ditakdirkan jadi menteri kanan, saya ada sebut mengenai \u2018Seri Satria\u2019... itu hanya bergurau.Tetapi saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan menerangkan kepada beliau tentang hasrat saya untuk bekerja kuat bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.Saya berhasrat untuk pergi ke setiap negeri untuk melihat persiapan jentera parti di setiap bahagian dan juga semua negeri.Jadi itu fokus saya hari ini.Penyatuan ketiga-tiga parti Melayu diakui formula mujarab untuk menang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU akan datang. Apakah pendapat Datuk Seri?Jangan gaduhlah. Kalau orang itu calon daripada Bersatu yang pernah bertanding pada pilihan raya umum (PRU) lepas dan menang, seperti saya di Parlimen Tambun, kerusi itu milik dia.Kalau bergaduh, Pas letak calon, UMNO letak calon, Bersatu letak calon, PKR letak calon... maka kebarangkalian lebih besar calon PKR boleh menang.Jadi apa gunanya kita bergaduh dan akhirnya orang lain menang? Ini (semua orang) kena bagi faham betul-betul dahulu. Hendak menerima, kita mesti tahu untuk memberi.", "reading_time": "4", "article_dt": "22 Disember 2020 09:00am"} +{"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/115545/berita/wawancara/video-menangani-isu-pendidikan-generasi-yang-tersisih", "article_title": "[VIDEO] Menangani isu pendidikan 'generasi yang tersisih'", "article_text": "SESI persekolahan tahun 2020 yang hanya berlangsung selama empat bulan akibat pandemik Covid-19 ternyata meresahkan Dr Maszlee Malik yang telah menghabiskan sebahagian besar usianya untuk dunia pendidikan.Menurut bekas Menteri Pendidikan itu, kebimbangan terbesar beliau ialah kemungkinan munculnya kumpulan murid tercicir di peringkat asas disebabkan tidak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka khususnya di sekolah rendah.Menggelar kumpulan tersebut sebagai \u2018generasi tersisih\u2019, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu baru-baru ini melancarkan kempen pendidikan #UntukMalaysia bagi membuka peluang kepada seberapa ramai pemegang taruh untuk memberi cadangan dan mencari solusi terbaik berhubung pelbagai isu pendidikan di Malaysia.Selain kerajaan, pihak rakyat juga kena melakukan sesuatu seperti inisiatif berkonsepkan daripada rakyat kepada rakyat, kata beliau.Ikuti wawancara wartawan Sinar Ahad, Raiham Mohd Sanusi bersama Dr Maszlee di pejabat beliau di Cyberjaya, Rabu lalu.SINAR AHAD: Yang Berhormat (YB) menyebut tentang \u2018the lost generation\u2019 dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat Selasa lalu. Boleh YB perincikan maksudnya dalam konteks pendidikan di Malaysia?DR MASZLEE: Isu generasi tersisih atau \u2018lost generation\u2019 ini sebenarnya satu isu besar kerana ia akan menentukan kelangsungan masa depan negara. Siapakah generasi tersisih ini? Mereka ialah anak-anak yang pada 2020 berada di prasekolah, yang akan masuk Tahun Satu pada 2021 atau anak-anak Tahun Satu yang akan masuk Tahun Dua nanti.Kenapa dipanggil \u2018lost generation\u2019? Kerana kedua-dua golongan ini tidak bersekolah, tidak mendapat pendidikan langsung secara bersemuka dengan guru-guru mereka selama hampir setahun. Walhal kedua-dua peringkat ini merupakan peringkat asas untuk minda mereka ditanam dan diperkuat dengan kemahiran asas pendidikan iaitu mendengar sambil memahami, membaca, menulis dan mengira.Apabila selama hampir setahun tidak pergi ke sekolah dan mereka tidak didedahkan dengan rutin persekolahan setiap hari, pada tahun hadapan mereka akan menghadapi kesukaran untuk ke sekolah semula.Ini disebabkan selama hampir setahun ini mereka tidak ke sekolah dan tidak berdisiplin untuk pergi ke sekolah. Keduanya, saya kira ini yang paling membahayakan kita iaitu kadar buta huruf dalam kalangan anak-anak daripada kedua-dua generasi ini akan meningkat. Kalau kita ikut tahun biasa sama ada murid prasekolah atau Tahun Satu, mereka akan didedahkan dengan kemahiran asas ini. Namun, untuk kedua-dua generasi ini, mereka akan ketinggalan satu tahun persekolahan.Keadaan ini akan berterusan iaitu murid Tahun Satu akan pergi ke Tahun Dua, murid prasekolah pula akan pergi ke Tahun Satu. Mereka ini selepas 10 tahun akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jadi apakah yang akan berlaku kepada mereka?Inilah yang kita lihat tidak dibincangkan secara meluas dalam masyarakat bagi mencari solusi secara kolektif dengan semua pemegang taruh dan pakar-pakar untuk menghadapi masalah ini.Mengapakah YB benar-benar mengambil berat terhadap isu murid cicir ini?Sesiapa sahaja yang mempunyai jiwa pendidik, jiwa ibu bapa dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab berhak untuk berasa gusar dan risau terhadap isu \u2018lost generation\u2019 berserta penyelesaiannya. Kalau anak-anak kepada keluarga T20 atau sebahagian M40 tak apa lagi, tapi bayangkan anak-anak orang asli.Bayangkan anak-anak keluarga miskin kota yang duduk di rumah Projek Perumahan Rakyat, bayangkan anak-anak kepada ibu bapa yang buta huruf, bayangkan anak-anak kepada ibu bapa yang terpaksa keluar membanting tulang dari pagi hingga malam untuk mencari sesuap nasi.Bayangkan anak-anak yang berada di kampung yang tidak mempunyai ibu bapa yang boleh mengajar mereka di rumah atau tidak mempunyai kemampuan untuk menghantar mereka ke kelas tuisyen ataupun memanggil cikgu tuisyen datang ke rumah, apatah lagi mereka yang tidak memiliki peranti yang cukup untuk anak-anak ini belajar secara dalam talian.Begitu juga kita mesti ingat pada tahap paling asas ini, pembelajaran dalam talian tidak akan dapat menggantikan pembelajaran secara bersemuka antara guru dan murid. Inilah yang kita risaukan. Kenapa saya suarakan? Kerana ini merupakan suara hati ibu bapa, guru, pendidik dan semua rakyat yang sayangkan negara ini.Selain generasi tersisih dan murid cicir, ada lagi satu golongan pelajar yang terjejas sewaktu pandemik iaitu orang kelainan upaya (OKU). Apakah dilema mereka?Isu golongan OKU ini sentiasa bermain di bibir saya iaitu sebelum saya masuk politik lagi. Selepas saya masuk politik dan menjadi menteri, kemudian tidak menjadi menteri lagi, saya sentiasa membicarakan isu OKU kerana mereka dikira sebagai masyarakat rentan dan juga masyarakat terpinggir. Kenapa?Kerana isu ini bukan sahaja melibatkan anak-anak tetapi juga ibu bapa. Apabila kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat, bayangkan murid berkeperluan khas ini terpaksa duduk di rumah. Bukan semua ibu bapa mempunyai kepakaran. Bukan semua ibu bapa mempunyai kesabaran. Bukan semua ibu bapa mempunyai ilmu untuk berhadapan dengan anak-anak mereka, mendidik anak-anak mereka apatah lagi untuk meningkatkan kemampuan, kemahiran dan pengetahuan anak-anak berkeperluan khas ini.Tetapi isu ini juga tidak dibincangkan secara serius dan tidak ada solusi tuntas untuk mereka. Bukan sekadar murid malah ibu bapa mereka juga bergelut untuk mendidik anak-anak ini sewaktu PKP apabila sekolah ditutup.Sebab itu saya lihat isu ini merupakan isu negara. Isu ini isu rakyat yang rakyat ternanti-nantikan apakah solusinya. Isu ini bukan isu politik tetapi isu masa depan negara, isu kebajikan semua rakyat, isu bagi mereka yang mempunyai manusiawi di dalam sanubari.Dr Maszlee Unesco melaporkan perbelanjaan pendidikan isi rumah menurun sebanyak lebih 80 peratus sejak Covid-19 melanda. YB pernah suarakan teori kesenjangan ini di mana semakin sempit poket, semakin terjejas hal pendidikan. Apa komen YB?Bagi anak-anak daripada golongan rentan dan terpinggir, ada dalam kalangan mereka menganggap sekolah merupakan satu harapan iaitu satu tempat yang memberikan mereka bukan sahaja pendidikan tetapi juga kebajikan. Ada antara mereka yang mendapat manfaat rancangan makanan tambahan, makanan yang lebih berkhasiat. Ada yang mendapat ruang untuk belajar, ruang untuk mereka berekspresi dan ruang untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Apabila sekolah ditutup, anak-anak ini terperap di rumah. Ada antara mereka yang menghadapi masalah keluarga di rumah, ada rumah yang terlalu sempit, ada yang ibu bapa mereka terpaksa keluar bekerja dan mereka terbiar di rumah. Ada juga yang tidak mempunyai peranti dan sebagainya.Pada waktu ini juga golongan rentan dan terpinggir ini akan ketinggalan dari segi pelajaran, ketinggalan daripada mendapat makanan bernutrisi dan ketinggalan dari segi perkembangan mental, kerohanian dan intelektual.Pada masa yang sama terdapat golongan atasan dan berkemampuan dalam masyarakat. Anak mereka mampu pergi tuisyen, mampu melakukan pembelajaran secara dalam talian atau mampu menguruskan kehidupan dan pembelajaran mereka pada musim pandemik dan pergerakan dikawal.Kita lihat berlaku kesenjangan yang semakin luas dan melebar antara golongan kelas yang mampu dan kelas rentan yang tidak berkemampuan. Ini yang kita risau. Apakah nanti apabila tahun-tahun mendatang, kesenjangan ini semakin melebar, semakin dirapatkan ataupun menjadi semakin parah?Ini kerana ramai dalam kalangan anak-anak rentan ini yang sudah menunjukkan sikap tidak mahu kembali ke sekolah. Mereka hilang minat untuk belajar dan tidak dinafikan, banyak kajian menunjukkan mereka putus asa dengan kehidupan dan mengalami tekanan mental.Jika tiada solusi yang tuntas dan holistik daripada kerajaan, maka saya rasa pihak rakyat kena lakukan sesuatu iaitu inisiatif yang berkonsepkan daripada rakyat kepada rakyat.Bagaimana masyarakat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut? Pertama sekali, saya menyeru seramai mungkin mereka yang peka dengan isu ini untuk menyertai gerakan pendidikan #UntukMalaysia yang telah saya lancarkan. Bagi gerakan #UntukMalaysia di setiap negeri, mereka mempunyai cawangan masing-masing yang dipanggil sebagai kampus. Contohnya, Kampus #UntukMalaysia Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan sebagainya.Saya yakin di pihak masyarakat, mereka mempunyai solusi yang kreatif. Satu keistimewaan generasi muda hari ini ialah mereka begitu kreatif untuk memberikan solusi. Generasi lama pula tidak bolehlah bersikap terlalu bongkak dan enggan mendengar apa-apa inisiatif daripada golongan muda.Kalau ditanyakan kepada saya, saya yakin saya tiada \u2018peluru perak\u2019 untuk menyelesaikan semua masalah. Tetapi saya yakin sekiranya kita mendapatkan seramai mungkin pihak pemegang taruh dan mereka yang peka dan cakna dalam isu ini, banyak solusi yang akan kita boleh lakukan. Solusi berada di tangan kita, dari masyarakat untuk masyarakat.Ada pihak mencadangkan supaya murid tersisih ini menjalani semula proses persekolahan seperti pada awal tahun bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Apa pandangan YB?Ini merupakan salah satu daripada cadangan yang ada, banyak lagi cadangan lain. Sebab itu saya utarakan pewujudan Majlis Tindakan Pendidikan Nasional. Orang yang paling tahu berkaitan isu ini sudah tentunya para guru. Jadi, NUTP merupakan elemen terpenting untuk kita libatkan dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan pendidikan.Masyarakat yang berada di Gua Musang, Sandakan, Kota Samarahan, Kubang Menerong atau Layang-layang, mereka lebih tahu masalah mereka. Guru lebih tahu keadaan setempat, begitu juga dengan para aktivis pendidikan, mereka lebih memahami keadaan sekeliling. Bagi anak-anak orang asli dan masyarakat rentan, mereka juga lebih mengetahui keadaan semasa mereka.Kita libatkan juga cerdik pandai daripada institusi pengajian tinggi, pihak komuniti, pihak swasta, media dan semua NGO yang mempunyai kecenderungan dan minat terhadap pendidikan. Itu yang kita katakan sebagai pendidikan untuk semua dan pendidikan tanggungjawab kita bersama.Wujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Nasional kerana saya yakin banyak lagi solusi yang kita boleh kemukakan untuk menyelesaikan isu-isu pendidikan.Inisiatif #UntukMalaysia bukan gerakan politik. Ia melangkaui politik, ideologi, kepercayaan, etnik dan juga geografi. Kita ingin bersama-sama menggemblengkan tenaga dan menggerakkan masyarakat untuk bersama-sama memberikan penumpuan terhadap pendidikan anak-anak menerusi inisiatif tersebut.Apakah harapan YB terhadap masa depan pendidikan negara?Harapan saya supaya pendidikan negara ini tidak dipolitikkan. Marilah kita bersama membina pendidikan negara sehingga bertaraf dunia dan kita boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain. Harapan ini boleh dicapai jika kita mempunyai hati yang terbuka, berlapang dada dan meletakkan pendidikan melampaui jalur politik, sempadan kepercayaan, geografi dan apa juga yang memisahkan kita. Kita tinggalkan jubah perbezaan, kita letakkan bahu kita bersama-sama menggalas tanggungjawab pendidikan secara kolektif demi masa depan negara.ANEKDOTKeluarga segala-galanyaSaya amat mencemburui waktu lapang kerana kita sukar menemui kelapangan. Namun, waktu lapang saya dedikasikan kepada keluarga kerana keluarga adalah segala-galanya. Lebih penting daripada itu, siapa pun kita walau di mana pun kita, apa pun jawatan kita, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Jadi saya suka menimba ilmu-ilmu baharu sama ada dengan membaca buku atau berinteraksi dengan orang yang lebih berilmu. Kadangkala ilmu ini tidak semestinya datang daripada cikgu, kadang-kadang orang yang lebih muda daripada kita, orang yang punyai kepakaran, jadi mereka boleh kongsikan dengan kita.Gemarkan aktiviti sukan soloSaya gemarkan sukan secara bersendirian. Contohnya, saya suka melakukan senaman di gimnasium bersendirian, saya suka joging bersendirian dan menaiki basikal bersendirian. Ini kerana sukan atau riadah ini menjadi terapi kepada saya untuk menghilangkan tekanan. Ia juga memberi waktu untuk melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri. Saya luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari untuk lakukan aktiviti ini.Minat filem beri inspirasiAda beberapa buah filem yang saya sentiasa ulang tonton. Pertama, filem sains fiksyen Interstellar mengenai pengembaraan merentasi cakerawala tetapi berpaksikan cinta. Apa yang menarik ialah tentang ikatan kekeluargaan dan cinta itu walaupun merentas cakerawala tetapi ia tetap tidak boleh diputuskan.Keduanya, filem The Greatest Showman. Filem ini berorientasikan motivasi iaitu bagaimana pengasas sarkas mengalami jatuh bangun tetapi ia berterusan sampai hari ini.Filem yang saya terkesan juga ialah cerita Anakku Sazali dan Antara Dua Darjat. Tan Sri P Ramlee cuba membawa masyarakat melihat kesenjangan ekonomi dan bagaimana kelas ekonomi itu membezakan sikap dan tingkah laku masyarakat.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 Disember 2020 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/114544/berita/wawancara/tak-masuk-akal-tolak-belanjawan", "article_title": "Tak masuk akal tolak belanjawan", "article_text": "WALAUPUN Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 6 November lalu telah diluluskan pada peringkat dasar dan jawatankuasa, namun masih ada yang bimbang ia akan ditolak pada bacaan ketiga minggu depan.Ia susulan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mungkin menolaknya gara-gara isu moratorium dan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Tengku Zafrul menegaskan KWSP dan moratorium bukanlah isu bajet memandangkan kedua-dua isu itu masih boleh ditambah baik meskipun Belanjawan 2021 telah lulus sepenuhnya nanti.Dalam wawacara kali ini, Tengku Zafrul turut mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak yang cuba melabelkan dirinya sebagai pro-bank atau lebih berpihak kepada bank selain menceritakan pengalamannya selama lebih sembilan bulan menjadi Menteri Kewangan.SINAR AHAD: Setelah lebih sembilan bulan berada di kerusi Menteri Kewangan, apakah perkara yang boleh Datuk Seri kongsikan? Ramai rakyat di luar sana yang mula-mula skeptik kerana latar belakang korporat Datuk Seri. Malah, ada juga yang risau Datuk Seri lebih menjaga kepentingan bank dan pihak swasta. Apa komen Datuk Seri?TENGKU ZAFRUL: Saya ada baca komen rakyat kata saya jaga bank lebih daripada saya jaga rakyat. #MenteriJagaBank, #BankerJagaBanker dan sebagainya. Saya baca semua teguran khasnya di FB dan Twitter. Kadang-kadang adalah saya terasa hati sedikit.Saya pun manusia juga. Lebih-lebih lagi bila dilemparkan anggapan begitu sedangkan setiap hari saya dan pasukan MOF bekerja bersungguh-sungguh untuk cari penyelesaian bagi isu ekonomi rakyat.Saya tahu ada pihak yang cuba melabelkan saya pro-bank atau lebih berpihak kepada bank. Sebaliknya pula, kawan-kawan lama saya di sektor swasta menganggap saya sekarang semakin antimarket (antipasaran) kerana lebihkan pendekatan berkebajikan.Dalam isu moratorium contohnya, ramai rakan saya di sektor perbankan yang mengkritik saya terlalu \u2018cenderung\u2019 mahu memuaskan hati rakyat. Mereka kata saya sebagai bekas banker sepatutnya lebih faham pentingnya untuk kurang campur tangan dalam kuasa pasaran bebas.Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah antara negara pertama yang kerajaannya menyatakan pandangan dengan aktif dalam isu moratorium yang sebenarnya kuasa mutlak pihak bank.Namun bagi saya, bila rakyat ingat saya pro-bank dan bank pula ingat saya pro-rakyat, mungkin itu petanda baik bahawa kerajaan telah memainkan tanggungjawab mencari keseimbangan antara matlamat kebajikan rakyat dan memelihara pasaran bebas.Saya faham rakyat sedang menghadapi cabaran menyara kehidupan dalam suasana semasa ini. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat, maka kita perlu teruskan usaha memulihkan ekonomi untuk kebaikan semua.Adakah Datuk Seri telah lama memasang cita-cita untuk memegang jawatan menteri?Sepanjang hidup saya, tak pernah terlintas dalam hati untuk terlibat dalam politik atau kerajaan. Itu sebabnya bila ditawarkan jadi Menteri Kewangan, saya memang tidak langsung jangkakan dan sudah tentu pada mulanya saya cenderung untuk menolak. Saya sedar ramai lagi ahli Parlimen yang lebih inginkan jawatan tersebut.Perdana Menteri terangkan kepada saya \u2013 dalam keadaan ekonomi mencabar akibat Covid-19 ini, beliau perlukan Menteri Kewangan yang tidak terbeban dengan tugasan politik sebaliknya lebih fokus kepada mencari penyelesaian kepada keperluan ekonomi negara dan ekonomi poket rakyat.Dalam keadaan politik yang masih bergolak, Tan Sri rasakan sesuai untuk jawatan Menteri Kewangan dilaksanakan oleh seorang yang di luar dunia politik.Bila Tan Sri dah cakap macam itu, saya rasa selfish jika saya tolak tanggungjawab ini. Saya diberi peluang untuk gunakan pengalaman di sektor swasta untuk bantu rakyat dan ekonomi negara.Saya juga membesar dalam keluarga penjawat awam: moyang saya dahulu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, datuk saya pula pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan ibu saya sendiri berkhidmat dalam kerajaan sehingga bersara sebagai Ketua Pengarah EPU. Justeru, saya tidak pernah rasa asing daripada naluri untuk berkhidmat dalam sektor awam, maka mengambil kira segalanya, akhirnya saya terima jawatan ini.Saya memasuki Kementerian Kewangan pada waktu Covid-19 mula menggugat kesihatan awam bersekali kewangan rakyat dan ini masih merupakan cabaran besar yang negara sedang tangani.Jujur saya katakan yang saya hanya ingin memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dan setelah itu, saya tinggalkan kepada pewaris yang sudah tentu lebih baik.Boleh dikatakan, isu paling hangat tentang Belanjawan 2021 adalah isu KWSP. Rata-rata rakyat Malaysia yang bersuara tentang isu ini mahukan pengeluaran automatik tanpa syarat. Kenapa isu ini cukup sukar untuk diselesaikan pihak kerajaan?Ya saya sedar, isu KWSP ini adalah isu yang sangat hangat. Sebelum saya jawab lanjut, kita kena ingat ini pertama kali pengeluaran sebegini dibenarkan dalam sejarah negara.Walaupun negara sudah banyak kali mengalami kegawatan ekonomi, KWSP tidak pernah membenarkan pengeluaran sebegini besar. Kita perlu akui, apa yang KWSP telah lakukan setakat ini adalah sangat luar biasa dalam sejarah institusi tersebut.Seperti yang saya sebutkan semasa penggulungan perbahasan Belanjawan 2021, isu ini adalah tentang mencari titik keseimbangan antara dua perspektif yang jauh berbeza.Perspektif pertama adalah daripada mereka yang ingin pengeluaran maksimum besar-besaran. Perspektif kedua pula datang daripada pengurusan dan Lembaga Pengarah KWSP kerana tanggungjawab utama mereka adalah untuk menjaga wang persaraan rakyat Malaysia.Tetapi kerajaan juga sedar ini waktu luar biasa. Sebab itulah, pada bulan Mac, KWSP memperkenalkan i-Lestari, di mana 4.7 juta pencarum dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 2 untuk tempoh setahun. Ini juga sebenarnya pertama kali Akaun 2 dibenarkan untuk dikeluarkan demi menghadapi kegawatan ekonomi.Kemudian, i-Sinar pula diperkenalkan bagi membolehkan pengeluaran Akaun 1. Dalam beberapa minggu ini sahaja, pengeluaran Akaun 1 telah diperluaskan daripada hanya 600,000 ahli KWSP, kepada 2.4 juta ahli dan kemudiannya kepada sekitar lapan juta pencarum.Had pengeluaran juga telah ditingkatkan, daripada hanya RM6,000 dalam tempoh 12 bulan, kepada RM9,000 dan kemudiannya RM10,000 dalam tempoh hanya enam bulan (bagi akaun dengan baki di bawah RM100,000).Bagi saya, kita seharusnya berikan ruang untuk KWSP selesaikan urusan pengeluaran bagi kelompok lapan juta ahli ini dahulu. Itu bermakna bukan sahaja kebajikan lapan juta pencarum, malah ahli-ahli keluarga mereka juga akan menerima manfaat. KWSP telah memberi jaminan bahawa mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan kelulusan pengeluaran.Tengku Zafrul ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu. - Foto BernamaWalaupun jelas pengeluaran maksimum ini ada baik dan buruknya, ada juga yang berkata isu KWSP ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak bagi mengejar populariti. Apa pendapat Datuk Seri?Kita sedar perkara tersebut, tetapi pokok pangkalnya, ada beberapa segmen rakyat yang betul-betul terkesan dan ingin menggunakan wang KWSP mereka sama ada untuk survival hidup atau menjana pendapatan baharu.Bila i-Sinar ditambah baik sampai tiga kali, pada saya ini menunjukkan KWSP benar-benar cuba memenuhi tuntutan ahli dan berusaha mencari keseimbangan antara ahli yang mahu keluarkan dan juga ahli yang tidak setuju pengeluaran dibuat secara besar-besaran hingga menjejaskan pendapatan simpanan persaraan mereka.Walau apa pun, KWSP telah menambah baik i-Sinar. Tetapi seperti yang saya kata tadi, marilah kita berikan KWSP ruang masa untuk menyelesaikan dahulu pengeluaran untuk lapan juta ahli yang layak ini. Juga untuk mereka di luar skop lapan juta ahli ini, pintu rayuan masih dibuka. Saya galakkan sesiapa yang memerlukan buatlah rayuan, supaya KWSP mengetahui masalah mereka.Nukilan MK atau Menteri Kewangan yang dimuat naik ke Facebook Datuk Seri juga dilihat semakin popular. Mungkin kerana bahasanya yang mudah. Ramai juga yang ingat bila Datuk Seri tulis Nukilan MK tentang Fitch tempoh hari, Datuk Seri sudah hilang sabar dengan kritikan politik yang tidak henti-henti. Adakah benar perkara itu?Bila saya tulis kenyataan itu, ramai yang ingat saya marah sebab pertama kali mereka lihat saya keluarkan kenyataan yang agak tegas. Cuma saya ikhlas nak tahu, apa sebenarnya yang mereka mahukan tentang isu Fitch ini. Sukar untuk saya dan rakan-rakan di Kementerian Kewangan nak fahami kehendak mereka jika kenyataan mereka bercanggah.Sekejap suruh kerajaan berbelanja besar untuk rakyat dan abaikan rating (penarafan), tetapi bila rating turun, mereka hentam saya pula. Bila jadi macam tu, saya keluarkanlah kenyataan tanya apa sebenarnya yang mereka nak tentang rating ini.Saya faham mungkin mereka nak berpolitik. Saya pun sedar, mana-mana kerajaan pun mesti ada politik. Tetapi bila berpolitik keterlaluan, perlulah saya jawab dengan tegas sedikit.Kita kena faham. Keadaan sewaktu tiada Covid-19 dan bila ada Covid-19 ini sangat berbeza. Cabaran ekonomi bertambah-tambah tanpa had tetapi masa kita terhad kepada 24 jam sehari.Maka kalau boleh, saya mahu gunakan masa yang terhad ini untuk mengatasi cabaran-cabaran ini baik isu pekerjaan, peniaga kecil, golongan rentan, isu keyakinan pelabur, isu perbelanjaan kerajaan dan sebagainya, bukan untuk layan kerenah politik keterlaluan.Setiap masa dan tenaga yang saya terpaksa gunakan untuk layan kerenah politik ini sepatutnya boleh saya gunakan untuk selesaikan isu-isu ekonomi rakyat semasa Covid-19 ini.Jika semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyokong Belanjawan ini, ia dijangka diluluskan semasa bacaan ketiga pada minggu depan. Buat masa ini pun, Belanjawan ini telah diluluskan untuk setiap jawatankuasa baik dari melalui undi suara atau undi belah bahagi. Namun masih ada yang risau kerana takut ada ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mungkin menolak Belanjawan ini kerana isu KWSP dan moratorium. Apa pandangan Datuk Seri tentang perkara ini?Kita perlu ingat, KWSP dan moratorium in bukan isu Belanjawan. Jika Belanjawan lulus sekali pun, kita masih boleh terus tambah baik isu KWSP dan moratorium.Selama ini pun kita dah beberapa kali tambah baik pelbagai inisiatif rakyat termasuk kedua-dua isu ini tanpa melibatkan proses di Parlimen. Prestasi kerajaan PN dalam melindungi dan membela rakyat tidak boleh dinafikan.Selain isu ini, banyak lagi perkara lain yang ada dalam Belanjawan. Terlalu banyak untuk saya sebutkan tetapi kesimpulannya, semua segmen akan dibantu. Strategi kerajaan melalui Belanjawan 2021 ini jelas.Pertama, kita bantu rakyat untuk survival mereka dengan bantuan kewangan untuk diri dan keluarga. Kedua, kita sediakan peluang untuk mereka jana pendapatan mereka dengan projek pembangunan, peluang pekerjaan, peluang latihan dan bantuan untuk usahawan serta peniaga. Ketiga, kita membolehkan mereka membina daya tahan untuk masa depan.Jadi bagi saya, jika Belanjawan ini ditolak hanya kerana dua perkara iaitu KWSP dan moratorium, tidak masuk akal. Yang susah nanti rakyat. Rata-rata rakyat memerlukan bantuan dan peluang dalam belanjawan ini secepat mungkin kerana tahun 2020 terlalu mencabar.ANEKDOT3 perkara tidak boleh dilupakan selama 9 bulan jadi Menteri KewanganTiga sahaja? (ketawa) Kalau nak ikutkan, sepanjang tahun mencabar ini, banyak milestones (pencapaian) yang telah dicapai Kementerian Kewangan. Tetapi, kalau nak dihadkan kepada tiga yang saya fikir paling bermakna, pertama, penggubalan dan pelaksanaan empat pakej rangsangan ekonomi iaitu Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Penjana dan Kita Prihatin yang kesemuanya bernilai RM305 bilion.Keempat-empat pakej ini adalah seperti belanjawan kecil atau bajet mini dan telah memerlukan keringat dan kreativiti untuk mencari dana dan menggubal langkah-langkah yang sesuai untuk pemulihan ekonomiSaya amat menghargai usaha warga MOF yang bersengkang mata, bertungkus lumus bukan sehari atau seminggu dua, malah sepanjang tahun untuk menyediakan pakej-pakej ini demi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. Tambahan pula, semasa penyediaan pakej Penjana dan Kita Prihatin, mereka juga serentak membuat persiapan Belanjawan 2021.Kedua, apabila RUU Covid telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat pada bulan Ogos lalu \u2013 ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli Yang Berhormat mampu mengetepikan ideologi politik masing-masing untuk bersatu hati mengundi Rang Undang-Undang tersebut.Ini juga penting kerana mengembalikan keyakinan rakyat kepada proses politik negara dan kepimpinan wakil rakyat yang dipilih. Sebenarnya, saya berharap semangat ini akan bangkit dalam RUU untuk menambah peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 sebanyak RM20 bilion yang akan dibentangkan dalam sesi ini nantiKetiga, pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen, dan apabila ia diterima oleh Dewan Rakyat di peringkat dasar pada 23 November.Alhamdulillah, warga MOF amat bersyukur kerana ini bermakna bantuan untuk rakyat dan perniagaan tidak lama lagi boleh disalurkan berdasarkan perancangan kerajaan, terutamanya kepada petugas barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan dan ketenteraman awam.Langkah-langkah Belanjawan 2021 ini juga amat penting untuk membawa ekonomi kita kembali ke landasan pemulihan pada tahun hadapan, InsyaALLAH.PROFILTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizJawatan sekarang: Menteri KewanganUmur: 47 tahunPendidikan: Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.Asal: Kuala LumpurPencapaian:Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings BerhadKetua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng HoldingsMenubuhkan Tune Money Sdn Bhd", "reading_time": "4", "article_dt": "13 Disember 2020 09:00am"} +{"author_name": "MOHD HAFIZ ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/113510/berita/wawancara/politik-khidmat-formula-kekuatan-bersatu", "article_title": "Politik khidmat formula kekuatan Bersatu", "article_text": "FORMULA utama yang menjadi kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah dengan menjaga kebajikan rakyat.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh parti itu menyebabkan rakyat yakin mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, jika parti itu meneruskan budaya tersebut maka mereka akan terus mendapat sokongan daripada rakyat.\u201cArahan Muhyiddin sangat jelas bahawa kita perlu hentikan pertelagahan politik yang tak perlu pada masa ini dan fokus kepada macam mana hendak jaga kebajikan rakyat supaya tidak ada yang terus terhimpit dalam keadaan sekarang,\u201d katanya.Ikuti wawancara Sinar Ahad bersama Wan Saiful yang dikendalikan oleh Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohd Hafiz Ismail dan Engku Shariful Azni di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Banyak dakwaan mengatakan kerajaan PN merupakan kerajaan pintu belakang, tidak sah dan sebagainya. Apa komen anda?WAN SAIFUL: Pada saya tuduhan seumpama ini dimanipulasi semata-mata ia kali pertama berlaku dalam negara sedangkan di negara-negara demokrasi matang, pertukaran kerajaan pada pertengahan penggal tanpa melalui pilihan raya adalah perkara biasa.Dalam negara demokrasi berparlimen seperti Malaysia, pemilihan kerajaan dibuat oleh rakyat bagi memilih wakil rakyat. Wakil rakyatnya menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri itu yang memilih kerajaan.Apabila Perdana Menteri dalam konteks Malaysia hilang majoriti atau meletakkan jawatan dan kemudian ada individu lain yang mempunyai majoriti, maka dia yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini proses sah dan teratur dalam Perlembagaan negara kita.Situasi sama berlaku di Itali pada 2018 di mana negara itu jauh lebih matang daripada kita dalam soal demokrasi. Apa yang berlaku ialah perdana menteri mereka dipilih pada pertengahan tahun sedangkan pilihan raya berlaku pada bulan Mac. Perbincangan memilih perdana menteri cukup panjang kerana melibatkan sebuah kerajaan gabungan.Namun, pada awal tahun 2019 bertukar lagi kerajaan kerana parti-parti komponen dalam kerajaan yang dibentuk pada 2018 itu isytiharkan mahu keluar dan mahu bentuk kerajaan lain. Kebetulan mereka memilih perdana menteri yang sama.Wan Saiful Wan JanDi Malaysia sekarang, orang yang tuduh Perikatan Nasional (PN) kerajaan pintu belakang itulah yang mahu mengusahakan pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Ini perbuatan hipokrit.Kalau apa yang berlaku sebelum ini tidak betul, mengapa mereka nak melakukan perkara yang sama sekarang?Bagaimana anda melihat prestasi kerajaan PN pada ketika ini, adakah lebih baik daripada PH ?Realitinya prestasi kerajaan sekarang dalam membela nasib rakyat sangat baik. Kita juga lihat pengiktirafan yang diperoleh pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) anjuran Malaysia yang dihadiri pemimpin tertinggi dunia yang mewakili negara masing-masing.Kita juga berjaya tangani krisis Covid-19. Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di dunia, kita jauh lebih baik berbanding negara-negara maju. Ini kejayaan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.Betul rakyat kita terhimpit oleh krisis kesihatan yang membawa kepada kemungkinan krisis ekonomi tetapi dalam himpitan itu, rakyat tetap terbela dengan pelbagai pakej rangsangan. Ini semua kejayaan yang dicapai dalam jangka masa pendek dan kita akan teruskan.Pada masa ini, Bersatu diserang dari pelbagai sudut baik oleh pembangkang mahupun rakan dalam kerajaan PN. Apakah faktor Bersatu masih mampu bertahan?Kekuatan utama kita ialah kepimpinan Muhyiddin sendiri yang sentiasa komited untuk memastikan kebajikan rakyat terbela. Betul banyak perbezaan pandangan dan perselisihan dalam parti gabungan PN. Jangan nafi perkara ini. Cabaran ini berlaku kerana inilah kali pertama gabungan dibentuk selepas pilihan raya. Dalam suasana baharu ini, gabungan ini cuba mencari keserasian.Kita dah jumpa sedikit sebanyak formula dan kekuatan Bersatu. Kita boleh katakan bahawa kekuatan kita ialah menjaga kebajikan rakyat. Ini menyebabkan rakyat dapat lihat bahawa kita bersungguh-sungguh membela mereka, ekonomi dapat dibina kembali, peluang pekerjaan dapat ditambah dan peluang-peluang bagi peniaga kecil dapat dibuka kembali.Jika kita fokus kepada perkara ini maka rakyat melihat bahawa kita benar-benar serius untuk menjaga mereka. Saya rasa selagi mana kita teruskan budaya ini, kita akan dapat sokongan daripada rakyat. Arahan Muhyiddin sangat jelas bahawa kita perlu hentikan pertelagahan politik yang tak perlu pada masa ini dan fokus kepada macam mana hendak jaga kebajikan rakyat.UMNO telah membuat pelbagai permintaan dalam Belanjawan 2021 dan kini mereka meminta supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri pula. Apa pandangan anda?Saya rasa apa sahaja permintaan atau pandangan daripada rakan PN merupakan sesuatu yang sihat dan saya tidak nampak masalah kalau diteruskan.Apabila rakan komponen memberikan cadangan dan kerajaan memberikan respons dengan menerima cadangan itu, ia suatu yang positif. Dalam Belanjawan, ada beberapa perkara dipinda untuk disesuaikan dengan permintaan rakan komponen. Mengenai jawatan dalam kerajaan, kita perlu faham tentang Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa yang melantik semua anggota Kabinet ialah Perdana Menteri.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyatakan bahawa ia kuasa Perdana Menteri. Apa boleh saya katakan ialah kuasa Perdana Menteri perlu dihormati kerana jika tidak, kucar-kacir jadinya.Apakah mesej penting Muhyiddin kepada pimpinan dan ahli Bersatu pada Perhimpunan Tahunan Bersatu baru-baru ini?Ucapan yang paling penting oleh Presiden ketika itu ialah kita perlu menawarkan politik khidmat untuk bersedia menempuh PRU15 kerana ia relevan dengan suasana sosioekonomi negara sekarang.Dengan struktur sosial yang berubah secara drastik, terutamanya bagi mereka yang hilang pekerjaan, politik yang kita perlu tawarkan adalah politik berbentuk khidmat kepada masyarakat. Jika kita boleh tunjukkan keprihatinan kita kepada rakyat, kita boleh dapatkan sokongan mereka.Muhyiddin ada menyebut bahawa terdapat jurang antara parti-parti dalam Bersatu, terutamanya dengan UMNO. Bagaimana ulasan anda?Kita perlu faham bahawa Bersatu dibentuk oleh mereka yang keluar daripada UMNO di peringkat atasan. Tapi dalam kalangan anak muda, saya rasa Bersatu merupakan parti pertama yang disertai oleh mereka.Jadi, pandangan masyarakat bahawa Bersatu dibentuk oleh orang UMNO sepenuhnya adalah tidak betul. Saya sendiri datang daripada Pas.Berlaku pertelingkahan antara parti-parti sebelum PRU-14, luka-luka itu pasti ada. Muhyiddin juga berkata bahawa luka-luka itu pasti masih ada hingga kini.Jadi Bersatu perlu memainkan peranan untuk menjadi pihak yang menenangkan keadaan. Kita menyatukan hati ahli-ahli parti yang ingin memperjuangkan nasib rakyat.Jadi sambil kita fokus untuk memikirkan masa depan negara, kita tidak mahu ada perpecahan berlaku kerana yang untungnya bukan kita, tetapi orang yang ingin melihat perpecahan itu berlaku. Oleh itu, kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri. Jika benar luka itu masih ada, adakah kita perlu biarkan sahaja dan biarkan orang lain yang mengambil alih tempat kita dalam kepimpinan negara? Atau kita berusaha lebih baik dengan mengubati luka tersebut dan kita boleh jadi keluarga yang lebih baik?Kekuatan utama kita ialah kepimpinan Muhyiddin sendiri yang sentiasa komited untuk memastikan kebajikan rakyat terbela. - Wan Saiful Pada saya, saya memilih untuk menjadi parti yang menenangkan keadaan dan tidak menari mengikut rentak sesetengah pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan.Kini kita sedang memasuki era politik baharu, yang mana 60 tahun pertama sejak negara kita merdeka, politiknya berteraskan satu parti yang besar dan mendominasi kerajaan.Tapi sekarang suasana tersebut sudah tiada. Parti dominan seperti UMNO telah ditolak oleh rakyat dalam PRU14. Jadi mereka bergabung dengan Pas serta Bersatu.Ada segelintir pihak mengatakan bahawa Bersatu tidak mempunyai jentera yang kuat untuk bertanding dalam PRU akan datang. Apa komen anda?Ramai beranggapan bahawa parti Bersatu adalah sebuah parti yang kecil dan tiada jentera di bawah kerana sebagai parti yang baharu, kita banyak belajar daripada parti-parti lain.Ada parti yang mempunyai berbelas ribu cawangan, tapi separuh daripadanya tidak boleh membuat persidangan. Jadi ia tidak boleh memenuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan (ROS), ada risiko menyebabkan seluruh parti itu terkesan akibat kegagalan untuk berfungsi oleh parti-parti di peringkat cawangan yang terlalu banyak.Jadi di peringkat awal perlembagaan kita, kita cadangkan satu cawangan hanya boleh tubuhkan satu Pusat Daerah Mengundi (PDM). Contohnya di Baling, kita boleh ada sebanyak 65 cawangan kerana mereka mempunyai 65 PDM dalam kawasan parlimen tersebut.Tapi sekarang, lebih ramai rakyat yang memohon untuk menjadi ahli kita. Pada Perhimpunan Agung Tahunan baru-baru ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata terdapat lebih kurang 120,000 orang yang masih diproses keahliannya.Apa yang kita putuskan baru-baru adalah untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan lebih daripada satu cawangan ditubuhkan di setiap satu PDM. Hal ini akan memperbanyak jentera untuk menyertai PRU.Betulkah desas-desus mengatakan Bersatu hanya menumpang kekuatan Pas dan UMNO dalam PN, yang merupakan parti yang lama di Malaysia?Seperti parti-parti lain dalam satu gabungan, kita menumpang semua parti lain dalam PN. Kalau masing-masing nak jadi hero, lebih baik kita bertanding sendiri dan tak perlu buat gabungan. Tapi ini merupakan budaya politik Malaysia ini sejak awal kemerdekaan, tidak ada satu parti yang boleh mewakili kekuatan secara menyeluruh.Jadi, saya rasa tidak realistik jika kita tidak menumpang kekuatan sesiapa. Jika ada parti yang lemah, parti yang kuat akan menyokong, begitulah ia berfungsi. Tiada lagi istilah \u2018big brother\u2019 dalam isu ini, sebaliknya semua parti saling memperkukuh antara satu sama lain.Boleh anda jelaskan faktor-faktor yang mungkin akan menghalang Bersatu mendapatkan mandat rakyat menjelang PRU15?Saya rasa risiko yang paling besar yang mungkin berlaku nanti adalah perpecahan sesama kita, terutamanya dalam gabungan PN sendiri.Realitinya, tiada mana-mana parti yang boleh mendapat majoriti mutlak dalam politik Malaysia sekarang. Tiada parti yang boleh mendapat lebih separuh kerusi Parlimen. Jadi dalam keadaan itu, selagi kita memegang amanah yang diberi oleh rakyat untuk memimpin negara, kesatuan ini perlu dijaga. Jika gabungan ini berpecah, maka mereka yang tidak menyokong politik bumiputera Melayu yang akan mendapat untung.Realitinya suasana politik di Malaysia sedang berubah. Dalam proses itu, pastinya terdapat kepincangan dan cabaran serta kelemahan yang akan muncul.Contohnya di Indonesia, perubahan daripada autokrasi kepada demokrasi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 tahun. Perubahan daripada satu parti besar dalam negara kepada gabungan parti-parti politik yang setara antara satu sama lain juga perlukan masa. Mahu atau tidak, proses transisi ini perlu diuruskan dengan baik.Pada saya, pergolakan ini akan berterusan untuk beberapa tahun lagi. Jadi, inilah masanya kita sebagai pihak yang terus berada dalam dunia politik ini membina kematangan dalam parti kerana kita sedang diuji oleh satu gelombang yang tidak pernah dilalui oleh pihak-pihak sebelum ini.ANEKDOTAhli Bersatu marah MB Perak disingkirPeristiwa di Perak melukakan hati kita di Bersatu. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ialah tokoh besar dalam parti dan Timbalan Presiden yang amat banyak jasa kepada Bersatu. Beliau memimpin Perak dengan baik dan banyak kebaikan yang dapat dilihat. Beliau juga sentiasa mesra dengan semua. Kita amat kesal dengan apa yang berlaku.Ahli-ahli kita marah kerana peristiwa di Perak menyebabkan DAP bergembira. Kami dalam Bersatu ambil risiko tinggalkan DAP dan PH, tetapi tiba-tiba sekarang ada pula yang menjamu hidangan besar kepada mereka.Kita lihat sidang media PH selepas sidang DUN, yang mengetuai perayaan mereka adalah DAP. Kalau ya pun ada perkara yang mahu diubah, bukankah lebih baik kita sesama parti Melayu Islam berbincang dahulu secara baik dan secara tertutup?Saya lihat Pas amat tegas. Mereka serta-merta menyatakan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan baru. Biro Politik Bersatu juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita akan terus bersama Pas dan rakan-rakan lain dalam PN dalam membuat keputusan selanjutnya. Maka kita akan ikut ketetapan tersebut dan kita akan rujuk dahulu dengan Majlis Tertinggi PN dalam hal ini.Bagi saya keutamaan kita haruslah memastikan kesatuan dalam kalangan parti-parti peribumi untuk manfaat rakyat semua bangsa. Kita ikhlas mahu kesatuan ini berterusan kerana kita yakin model politik negara ini menuntut kesatuan dalam kalangan kelompok terbesar dalam negara agar wujud kestabilan yang akan menghasilkan kesejahteraan untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama.Kalau kita sengaja mengusahakan perpecahan, maka yang gembira adalah musuh politik kita. Apa faedahnya kalau itu berlaku? Sebab itulah Presiden kami, Tan Sri Muhyiddin sentiasa tekankan bahawa kita mesti bersatu dan mesti fokus kepada politik khidmat.Saya lihat beliau sentiasa istiqamah dalam hal ini. Politik berlebihan hanya akan membuat rakyat bertambah benci kerana rakyat nak dibantu, mereka tak mahu orang politik yang fikirkan diri sendiri sahaja.Peristiwa yang mengubah Wan SaifulAda beberapa peringkat yang telah membentuk keperibadian saya. Pertamanya, penglibatan saya dengan Pas dari tahun 1992 hingga saya buat keputusan keluar parti pada 2018. Penglibatan saya dalam Pas bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya mahu berkhidmat kepada rakyat. Ia perlukan keikhlasan dalam jiwa.Kedua, saya juga ditimpa satu dugaan dalam keluarga. Pada bulan Julai tahun ini, isteri saya disahkan menghidap kanser usus. Dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahagian yang terlibat pada awal Ogos lalu.Kini, dia sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hal ini menyebabkan saya melihat semula apa yang saya lakukan dalam konteks kekeluargaan.Kita perlu luangkan masa bersama keluarga, dan ada masanya kita perlu fokus kepada agenda yang telah dirancang untuk berkhidmat kepada masyarakat.Saya juga menyedari tentang pentingnya menjaga kesihatan rakyat. Saya bernasib baik kerana saya mempunyai simpanan terdahulu.Saya mungkin selesa, tapi bagaimana dengan orang lain yang tidak berkemampuan? Dugaan yang berlaku ini membentuk keperibadian saya.Bila saya melihat cara para doktor dan jururawat merawat isteri saya, hal ini menimbulkan penghormatan yang tinggi kepada mereka, khususnya kumpulan barisan hadapan yang perlu dihargai.PROFILWAN SAIFUL WAN JANUmur: 45 tahunAsal: Alor Setar, KedahPendidikan: Sekolah Sultan Alam Shah; Universiti Northumbria; Universiti Middlesex, LondonJawatan:Ketua Penerangan BersatuPengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)Bekas CEO Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Disember 2020 09:00am"} +{"author_name": "NURHIDAYAH HAIROM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/112443/berita/wawancara/lsquokita-biarkan-racun-rasuah-ini-berleluasarsquo", "article_title": "\u2018Kita biarkan racun rasuah ini berleluasa\u2019", "article_text": "RASUAH terus menjadi ancaman yang besar dan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara jika tidak dibendung.Di Malaysia, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian sehingga RM50 bilion berdasarkan kajian Transparency International Malaysia.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Nor\u2019afiza Saim menyifatkan rasuah telah menjadi penyakit dalam masyarakat dan perlu dicegah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.Ikuti temu bual antara Nor\u2019afiza dan wartawan Nurhidayah Hairom.SINAR AHAD: Boleh puan jelaskan bagaimanakah peranan IIM dalam membantu membina nama Malaysia sebagai negara yang dikenali dengan integriti dan bukan kerana kes rasuahnya?NOR\u2019AFIZA: Inspirasi Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya, dan ini perlu diterapkan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).IIM diletakkan bawah GIACC dan berperanan sebagai badan operasi kepada GIACC. IIM berperanan membangunkan kapasiti sektor awam dan swasta dalam isu berkaitan integriti, governans dan antirasuah. Bagi merealisasikan tanggungjawab ini, pelan strategik untuk tiga tahun telah dibuat.Nor\u2019afiza SaimSalah satunya adalah dengan memperkenalkan sistem pengurusan risiko yang boleh diguna pakai dalam sektor awam dan swasta untuk pencegahan rasuah. Sebanyak tujuh instrumen atau metodologi pencegahan rasuah yang boleh digunakan organisasi telah dibangunkan.Bagaimana IIM melihat landskap jenayah rasuah pada masa lalu dan masa kini. Apakah terdapat sebarang perbezaan?Sudah tentu cara jenayah rasuah dilakukan ada perubahan selari dengan perkembangan semasa. Teknologi berubah. Yang paling ketara ialah kerugian akibat rasuah makin meningkat mendadak. Di Malaysia, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak empat peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan anggaran kerugian RM40 hingga RM50 bilion disebabkan rasuah berdasarkan kajian oleh Transparency International Malaysia.Bahkan satu lagi hasil kajian menunjukkan tujuh daripada 10 rakyat Malaysia terlibat rasuah. Di peringkat global, aktiviti rasuah telah menelan belanja sebanyak AS$2.6 trilion setiap tahun.Bayangkan berapa banyak faedah daripada wang sebanyak itu. Boleh beri makan orang miskin, berapa banyak hospital boleh dibina, sediakan kemudahan infra untuk pendidikan dan pelbagai lagi.Dari segi penguatkuasaan, apakah cabaran-cabaran penting yang terpaksa dilalui oleh agensi-agensi penguat kuasa yang terlibat dalam memerangi jenayah rasuah?Kuasa yang diberikan kepada agensi penguat kuasa adalah mencukupi untuk mereka menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Setiap tugasan ada cabaran. Jadi sebagai ketua-ketua jabatan atau agensi, mereka perlu kenal pasti cabaran atau risiko yang boleh menyebabkan mereka gagal mencapai objektif agensi penguatkuasaan. Mereka perlu berusaha menguruskan risiko-risiko ini supaya apa juga cabaran yang akan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas dapat diatasi dengan berkesan.Untuk menjadi negara maju, perlu ada sistem pengurusan risiko supaya kita bersedia. Kita tak boleh menyalahkan orang lain atas kegagalan kita menjalankan tugasan. Kerana itu IIM menekankan semua agensi penguat kuasa perlu menggunakan sistem pengurusan antirasuah bagi mengenal pasti risiko, seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.Pada pandangan puan, apakah punca sebenar berlaku jenayah rasuah di negara ini dan bagaimana pula untuk mengatasinya?Ramai berpendapat jenayah rasuah di negara kita berpunca daripada kurangnya pendidikan mengenai rasuah di peringkat sekolah dan prasekolah. Pada saya pendidik yang paling penting adalah ibu bapa atau penjaga. Sudah tiba masanya berhenti menyalahkan orang lain dan bercakap tanpa tindakan.Sebagai rakyat Malaysia yang berintegriti, kita adalah role model untuk generasi muda. Sekiranya role model mereka berintegriti tinggi dan tidak mengamalkan rasuah, maka eloklah generasi akan datang.Nor\u2019afiza dan wartawan Nurhidayah Hairom.Ya, secara peribadi saya agak bimbang dengan rasuah dalam kalangan agensi penguatkuasaan. Saya amat berharap barisan pengurusan tertinggi agensi penguatkuasaan dapat melaksanakan sistem pengurusan risiko rasuah yang berkesan bagi mengurangkan jenayah rasuah dalam kalangan pegawai.IIM pernah membuat kajian mengenai jenayah rasuah dan mendapati bahawa pandangan golongan muda mengenai jenayah itu amat membimbangkan.Mengapa perkara ini berlaku dan apakah kita bakal mempunyai generasi yang korup pada masa depan?Banyak faktor mereka ini mengambil rasuah. Budaya di tempat kerja yang mengambil ringan salah laku rasuah, ketua-ketua yang tidak menunjukkan komitmen tinggi untuk perangi rasuah, termasuk gaya hidup mewah apabila mereka berbelanja melebihi kemampuan.Semua punca ini memerlukan tindakan yang berkesan, salah satunya dari kecil lagi ibu bapa perlu mengajar anak cara menguruskan duit. Sejak sekolah rendah, universiti, sehingga alam pekerjaan dan berkeluarga.Ibu bapa adalah guru terbaik untuk hindari rasuah. Mereka perlu jadi role model. Di alam pekerjaan pula, ketua jabatan perlu komited dalam membanteras rasuah dengan mengeluarkan polisi antirasuah bagi membentuk budaya integriti tinggi.Adakah hukuman kepada pesalah-pesalah rasuah belum cukup berat dan perlu ditambah?Isu rasuah telah menjadi penyakit dalam masyarakat dan kita kena cegah. Kaedah ceramah sudah tidak boleh pakai. Masalahnya ramai nak jadi pemimpin yang popular dengan buat keputusan salah. Tapi bila buat begitu, kita biarkan racun rasuah ini berleluasa, akhirnya ia akan memberi kesan kepada seluruh negara.Jadi sebagai pemimpin kena tegas, buat perkara yang betul, orang buat salah diambil tindakan. Penjawat awam yang mempunyai masalah disiplin mesti diambil tindakan tatatertib. Kita memang perlu tegas dalam hal ini. Kalau kita biarkan lama-lama ia akan jadi satu penyakit dan racun.Hukuman ke atas penjawat awam yang ada masalah disiplin (integriti) tak setimpal dengan kesalahan.Tindakan yang diambil terlalu ringan dan tidak memberi apa-apa impak. Tidak menimbulkan rasa takut kepada orang lain. Banyak penambahbaikan yang perlu dibuat di jabatan-jabatan kerajaan.Perlu lebih tegas kepada mana-mana pekerja yang tidak patuh disiplin, tak patuh prosedur operasi standard (SOP), langgar peraturan dan mengambil rasuah.Negara pernah digegarkan dengan kes-kes rasuah berprofil tinggi namun ada sesetengah masyarakat menganggapnya perkara biasa. Apa komen puan?Mana-mana syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Syarikat. Agak tidak logik apabila aktiviti rasuah dilakukan selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan pihak pengurusan tertinggi. Sistem pengurusan yang lemah akan memberi ruang kepada pihak yang ada kepentingan melakukan rasuah.Lembaga pengarah, jawatankuasa pengurusan, bahagian audit dalaman, bahagian pengurusan risiko dan jabatan kewangan perlu jalankan tugas mereka dengan baik. Jadi perkara ini mesti diambil serius dan tidak wajar dianggap sebagai perkara biasa. Sebab kerajaan dah kerugian terlalu banyak. Sebagai orang awam, mereka juga berperanan sebagai pemberi maklumat. Mereka hendaklah laporkan jika ada aktiviti rasuah yang berlaku melalui saluran dalaman.Jika tidak berkesan, perlu bawa ke peringkat lebih atas. Ini masanya rakyat bersuara lebih lantang berkaitan isu-isu rasuah. Sebab kita dah kerugian terlalu banyak dan kita tak boleh bersikap tenang. Jangan sampai kita menderita.Malaysia sudah ada GIACC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Sejauh manakah semua badan ini mampu menangani masalah rasuah?Dalam pelan antirasuah, untuk lima tahun, setiap organisasi dikehendaki melaksanakan apa yang telah tertulis dalam pelan ini mengikut 115 inisiatif. Berdasarkan maklumat dari GIACC sebanyak 29 inisiatif sudah dilaksanakan.Salah satu inisiatif adalah sistem pengurusan risiko iaitu memperkenalkan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) di semua agensi kerajaan. Namun, malangnya agensi kerajaan yang telah guna pakai sistem ini boleh dikira dengan jari.Salah satu yang sudah laksanakan ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dalam hal ini, apa yang masyarakat sering lihat apabila pegawai dari agensi-agensi ini ditangkap, masyarakat akan fikir betapa teruknya agensi tersebut.Tapi apa puncanya? Kenapa hanya kebelakangan ini (kes kerap)? Pada saya ini disebabkan agensi-agensi ini sudah guna pakai sistem ini dan saya percaya sistem ini telah berfungsi dengan berkesan.IIM sendiri telah buat kajian tentang keberkesanan sistem ini terhadap lapan organisasi yang sudah guna pakai ABMS untuk tiga tahun dan hasilnya ABMS memang berkesan untuk mencegah dan meningkatkan budaya integriti dan antirasuah dalam organisasi.Kes-kes rasuah yang direkodkan bertambah. Ini berlaku kerana prosedur pemberian maklumat sudah efektif. Ramai yang percaya yang identiti mereka sebagai pemberi maklumat akan dilindungi.Antara rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, yang manakah paling menjadi barah dalam perkhidmatan awam?Semua ini adalah tingkah laku atau aktiviti rasuah. Jadi sebab itu kerajaan meletakkan visi untuk Malaysia bebas daripada rasuah. Maknanya jika tiada semua elemen ini, barulah Malaysia bebas rasuah. Rasuah kini memang sudah jadi barah. Bahkan sekarang ia telah menjadi krisis untuk negara kita.Dikatakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, pegawai yang tidak ambil rasuah tetapi lemah dalam pelaksanaan tugasannya juga dianggap tiada integriti. Boleh puan jelaskan maksudnya?Maksud integriti ini lebih besar. Ia memberi makna melakukan hal yang betul walaupun tiada orang yang melihat. Sebagai seorang yang integriti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkelakuan yang tidak betul. Begitu juga tentang disiplin ketika di pejabat. Datang lambat, pergi minum berjam-jam. Jadi kita kena fikir apakah yang kita buat ini adalah betul.Integriti adalah tentang nilai kita. Jadi, dalam organisasi perlu terapkan nilai integriti untuk bina budaya. Selagi ada dalam organisasi yang salah guna kuasa dan sebagainya, sebagai ketua dia telah gagal untuk bina budaya itu.ANEKDOTArwah ayah sebagai role modelSaya bertuah kerana saya mendapat role model sejak saya kecil. Allahyarham ayah saya, Saim Suradi mendidik kami satu keluarga cara pendidikan Islam yang sebenar. Beliau beli buku cara pendidikan Islam dan bagi setiap adik-beradik saya supaya bila kami berkeluarga, kami akan gunakan cara pendidikan yang sama.Beberapa kali setiap bulan, beliau akan kumpulkan semua anak-anak. Datang dari Johor ke Kuala Lumpur dengan bergilir ke rumah anak-anak dan akan mengajar kami al-Quran. Bukan membaca, tapi mengajar setiap surah tentang apa perkara yang kita perlu terapkan dalam cara hidup sebagai Islam.Saya ada satu fail catatan arwah yang ditulis dengan tulisan jawi tentang maksud ayat-ayat dalam surah. Jadi selepas solat Isyak beliau akan mengajar. Sehinggalah beliau diserang strok dua tahun lalu baru dia berhenti dan meninggal dunia beberapa bulan lepas.Kemudian, apabila saya bekerja selama 29 tahun di SIRIM, saya mendapat ketua-ketua yang menjadi role model saya. Salah seorang daripadanya ialah Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang juga salah seorang Lembaga Pengarah IIM. Beliau mentor yang mendidik saya agar sentiasa menjadi seorang yang melakukan perkara yang baik.Manfaat masa lapang dengan ilmuPada masa lapang saya suka tonton dokumentari. Saya jarang tonton filem. Jika ada pun saya akan pilih filem yang ada pengajaran. Contohnya, filem-filem berkaitan sejarah pemimpin-pemimpin Islam kita seperti filem Turki.Selain itu, saya juga gemar melayari YouTube untuk lihat video berkaitan cara minimalis atau bercucuk tanam cara moden. Adakalanya saya mendengar muzik untuk tenangkan fikiran.PROFILNor\u2019afiza SaimJawatan: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM)Asal: Batu Pahat, JohorPENDIDIKAN:Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Kimia masing-masing daripada Memphis State University, Tennessee dan Kansas State University, Amerika Syarikat", "reading_time": "4", "article_dt": "29 November 2020 09:15am"} +{"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/111629/berita/wawancara/guna-kaedah-ala-covid-19-kawal-penagihan-dadah", "article_title": "Guna kaedah ala Covid-19 kawal penagihan dadah", "article_text": "[WAWANCARA] Gejala penagihan dadah di Malaysia bukan perkara baharu, sebaliknya pada tahun 1983, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu negara.Bermula daripada itu, pelbagai inisiatif telah diambil khususnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memerangi \u2018penyakit\u2019 itu.Namun saban hari ia dilihat semakin sukar untuk dikawal dengan kemunculan pelbagai jenis dadah sintetik yang mudah untuk diperoleh ketika ini.Dalam wawancara khas bersama Sinar Harian, Presiden Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (Masac), Datuk Izhar Abu Talib mengesyorkan agar kerajaan mengambil templat mencegah wabak koronavirus (Covid-19) sebagai kaedah untuk mengawal penagihan dadah yang semakin membimbangkan ketika ini khususnya membabitkan pelajar sekolah.Ikuti temu bual Izhar bersama wartawan, NURUL HUDA HUSAIN dan jurugambar, ROSLI TALIB di Persatuan Pengasih Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR HARIAN: Datuk merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK dan telah berkhidmat selama 36 tahun. Bagaimana pengalaman yang Datuk ada dapat digunakan untuk menerajui Majlis Penggunaan Bahan Terlarang (Masac)?IZHAR: Persatuan Pengasih Malaysia pada masa itu hanya satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) dalam dunia ini yang dibentuk dan didaftarkan secara rasmi yang didokong kuat oleh agensi kerajaan pada ketika itu iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN).Ia untuk membantu bekas penagih yang sudah pulih. Bagi membantu rakan yang lain pula, mereka menubuhkan Persatuan Pengasih Malaysia dan kemudiannya ia berkembang.Kita adakan program percambahan minda bersama, berbincang bersama menyelesaikan masalah bersama. Kita bangunkan NGO Pengasih secara bersama dan daripada Pengasih, kita kembangkan kepada pusat pemulihan dadah NGO yang lain. Daripada 10 pergi ke 20, daripada 20 pergi ke 30 unit dan mereka terdiri daripada bekas penagih dadah.Jadi, bersandarkan pengalaman selama 36 tahun ini, saya memainkan peranan untuk memberi nasihat dan perundingan serta menggalakkan NGO di bawah Masac bagi memastikan ia dapat bertahan sampai ke hari ini kerana kita mempunyai fokus yang sama iaitu rawatan dan pemulihan. Semasa saya bersama AADK, pengalaman tugas saya pun dalam bidang rawatan dan pemulihan.Kerja yang dilaksanakan oleh pengusaha pusat pemulihan dadah di bawah Masac juga lebih kepada rawatan dan pemulihan.Bagaimana Datuk melihatkan usaha-usaha pencegahan dadah pada masa lalu dan masa kini. Apakah perbezaannya ?Kerajaan mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Pada tahun tersebut, gejala penagihan dadah dikategorikan sebagai gelombang pertama. Ketika itu masalah dadah dianggap sebagai masalah sosial.Ketika gelombang pertama, dadah yang popular ketika itu lebih kepada ganja dan heroin. Selepas itu pada tahun 1990-an, masalah dadah mengganas dan berlaku gelombang kedua dengan dadah Amphetamine Type Stimulant (ATS) iaitu sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine dan methamphetamine.Selepas itu, pada awal tahun 2000, ia memasuki gelombang ketiga iaitu dadah jenis baharu menggunakan bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) dikenal pasti.Jadi dari situ, AADK pun berkembang. Daripada peringkat gelombang pertama itu kita tidak berapa menekankan aspek pencegahan kerana pada waktu itu kita menumpukan kepada merawat dan memulihkan mereka yang terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah.Masuk gelombang ketiga ini apabila masalah penagihan dadah sudah mula jadi satu epidemik. Jenis-jenis dadah dan cara pengedaran dadah pun sudah bertambah. Orang yang mengambil dadah pun sudah bertambah, selain latar belakang orang yang mengambil dadah, profil dan demografi yang mengambil dadah juga sudah berubah.Selain itu, kita dapat lihat penglibatan pelajar sekolah, orang-orang muda pun semakin bertambah. Dahulu, kes dadah kebanyakan melibatkan orang dewasa dan kita kata dia menagih dadah sebab merokok. Pada masa sama, dasar dadah negara diperkenalkan yang lebih komprehensif.Izhar Abu TalibKalau dahulu hanya mengharapkan KDN untuk mengendalikan program berkaitan dadah tetapi dengan penggubalan dasar dadah negara pada tahun 2018, aspek atau program pendidikan, pencegahan rawatan dan pemulihan ini dijalankan serentak.Kita libatkan juga kepada lebih kurang sembilan kementerian dan 15 jabatan untuk sama-sama membantu agensi pusat atau membantu AADK melakukan program pencegahan mengikut skop dan kumpulan sasar masing-masing.Jadi, merujuk kepada menambah baik program dan aktiviti pencegahan, ia sentiasa berkembang. Semasa saya dalam AADK, kita memegang dasar dan polisi kita sentiasa terbuka untuk meneroka serta melaksanakan apa sahaja program terbaharu berasaskan asas bukti dan amalan-amalan terbaik di Sweden, Iceland dan Norway.Begitu juga dengan program rawatan dan pemulihan, sebab masalah penyalahgunaan dadah sentiasa berubah dari segi jenis dadahnya, penjualan dan modus operandi. Pihak agensi penguatkuasaan pun sama, kena ubah pendekatan.Bagaimana pula dengan usaha-usaha pemulihan dadah yang dilakukan dan kaedah terbaik untuk memulihkan penagih dadah ?Kita perlu sentiasa meneroka program yang bersandarkan asas bukti dan amalan terbaik daripada program yang terbukti dapat membantu atau berkesan untuk memberikan rawatan dan pemulihan.Namun, dalam usaha pemulihan ini, kita tidak boleh mengetepikan fungsi atau keberkesanan program berbentuk sokongan rakan sebaya.Sebab itu, Masac banyak menumpukan kepada pengaruh rakan sebaya dalam mengendalikan program rawatan dan pemulihan.Banyaklah teknik yang kita gunakan seperti teraputik komuniti, keagamaan dan sebagainya.Begitu juga AADK yang sentiasa meneroka program dan pendekatan kaedah baharu. Bukan bermakna meninggalkan yang lama tetapi tambah baik sesuai dengan keperluan pemulihan penagih dadah, profil penagih dadah, umur, latar belakang dan sebagainya.Itu semua dijadikan antara indikator atau faktor-faktor yang kita gunakan untuk memberikan program pemulihan bersesuaian dengan keperluan pemulihan. Perlu diingat bahawa untuk memulihkan dadah ini, tidak ada satu pun satu kaedah itu berkesan untuk semua.Apakah isu-isu penting atau cabaran utama yang menyebabkan usaha-usaha untuk membasmi penagihan dadah di Malaysia kurang berjaya?Sejujurnya, masih banyak lagi ruang dan usaha yang kita perlu lakukan. Walaupun sudah 36 tahun saya bekerja dalam bidang ini tetapi saya masih tidak berpuas hati. Cabarannya adalah kita tidak dapat memenuhi jangkaan pemegang taruh. Pihak kerajaan, keluarga dan masyarakat. Mereka menganggap individu yang masuk ke pusat pemulihan sama ada ke NGO atau di bawah AADK, apabila keluar mereka harap dia akan baik dan pulih. Itu yang pertama.Kedua, harapan masyarakat, harapan pemegang taruh adalah kita tidak mahu kemunculan penagih dadah baharu.Kalau tidak ada dua perkara itu, selamat tetapi sepanjang perkhidmatan saya, ia masih terus berlaku. Peningkatan penagihan dadah baharu pun meningkat. Kalau dahulu tidak melibatkan budak-budak berumur seawal 12 tahun, sekarang sudah melibatkan kanak-kanak seawal 10 dan 12 tahun.Dahulu tidak jumpa penagih dadah dalam kalangan budak sekolah, tidak jumpa penagih dadah wanita, sekarang bilangan penagih dadah sudah meningkat.Pada pandangan Datuk, mengapakah keadaan itu berlaku?Masalah dadah berpunca daripada kepincangan yang berlaku dalam keluarga, masyarakat dan komuniti. Masalah itu pun hanya boleh diselesaikan melalui sokongan, komitmen dan penglibatan kerjasama keluarga dan komuniti. Jadi, kita kena kembalikan atau dapat sokongan daripada masyarakat semula sebab masing-masing mainkan bahagian masing-masing.Kita NGO seperti Masac, Rumah Pengasih dan yang lain memainkan peranan kita tetapi apabila dia balik, habis program, dia akan balik kepada keluarga, kepada masyarakat.Dia perlu berintegrasi dengan komuniti dia tetapi kalau kelompok di luar sana masih ada lagi stigma, ada penolakan, masih ada lagi tidak boleh menerima mereka, maka susah sikit.Kedua, kewujudan dadah yang bukan kita kata tidak terkawal tetapi mudah untuk diperoleh sama ada dadah jenis konvensional, ATS atau NPS.Adakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini mampu untuk menyelesaikan masalah dadah di Malaysia?Bagi saya, untuk selesaikan masalah itu sukar. Kalau kita tengok daripada AADK sendiri pun, untuk tahun 2025 mereka menyasarkan untuk mewujudkan masalah dadah yang terkawal. Bukan hendak selesaikan masalah dadah. Ini realiti, bukan hendak kata AADK tidak bagus tetapi realiti memang kita hendak selesaikan masalah dadah ini memang bukan sesuatu yang ideal.Kita boleh capai macam kita hendak bagi rawatan kepada pesakit-pesakit lain seperti asma, jantung atau kencing manis, dia bukan macam itu.Masalah dadah merupakan masalah yang unik, memerlukan proses berterusan dan kena dapatkan sokongan semua pihak serta agensi.Pada waktu sama, pemulihan penagih dadah boleh terjejas jika persekitaran, faktor risiko, faktor pelindung di persekitaran dia tidak kuat untuk membantu mereka.Melihat perkembangan tersebut, adakah Datuk mempunyai cadangan atau syor tertentu untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah?Dalam konteks untuk meningkatkan lagi program-program pencegahan atau kemunculan penagih baharu terutama dalam kalangan kanak-kanak sekolah, belia dan remaja, saya rasa kita kena ikut templat mencegah Covid-19. Macam mana hendak lawan masalah Covid-19 yang mana ahli politik memberikan sokongan, jadi saya rasa untuk pemulihan dadah juga perlu lakukan perkara sama.Jika sekarang kita boleh tutup kedai jam 10 malam, restoran tutup, kelab malam tutup dan budak-budak tidak ada tempat untuk melepak. Jadi, apabila jam sudah menunjukkan 10 malam, mereka sudah ada di rumah.Jadi, kenapa kita tidak gunakan kaedah elemen pencegahan Covid-19 untuk penagihan dadah dengan sedikit penguatkuasaan.Model ini pun digunakan di tiga negara maju yang saya sebutkan tadi seperti Norway, Sweden dan Iceland. Negara berkenaan apabila masuk jam 8 malam, budak-budak berumur bawah 12 tahun kalau hendak keluar rumah mesti bersama ibu bapa atau penjaga.Jadi kenapa tidak kita laksanakan seperti itu? Macam sekarang, kita hendak keluar daerah pun tidak boleh, pergi makan pun kena bungkus kerana waktu perniagaan telah dipendekkan. Suka atau tidak, kita kena terima sebab semasa tempoh ini ia terbukti telah berkesan.Kita tengok sekarang, gejala penagihan dadah melibatkan kanak-kanak sekolah terutama di penempatan yang bersempadan dengan Sungai Golok seperti Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan sebagainya amat membimbangkan.Dahulu kita pernah buat kajian pada tahun 2010, daripada 10 buah rumah, terdapat tujuh budak sekolah yang terlibat dalam penagihan dadah sama ada sebagai tokan kecil-kecilan atau digunakan sebagai pengedar. Sebabnya kenapa? Ibu bapa tidak ambil kisah anak-anak keluar dan tidak hirau dengan siapa mereka bergaul.Kalau Covid-19 atau penyakit berjangkit ada akta, maka untuk pencegahan penyalahgunaan dadah kita boleh wujudkan akta baharu, sebagai contoh akta kesejahteraan sosial. Kita ikut ala pencegahan Covid-19.Jangan anggap dadah sebagai epidemik tetapi anggap sebagai pandemik juga kerana ia sudah berlanjutan sejak tahun 1983. Covid-19 baru masuk awal tahun ini tetapi ramai orang seluruh dunia mati, lalu dianggap sebagai pandemik, sedangkan dadah juga ramai yang mati di seluruh dunia.Apakah yang membuatkan Datuk begitu bersungguh-sungguh mahu membantu golongan penagih dadah?Bergelumang dalam bidang pemulihan dadah selama 36 tahun sudah cukup membuatkan saya sebati dengan usaha ini. Dengan sedikit pengalaman yang ada, saya ingin bantu mengawal masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia.Tambahan pula, barisan peneraju Masac juga terdiri daripada rakan-rakan lama yang saya kenal sejak awal perkhidmatan saya dalam AADK. Jadi, inilah antara faktor pendorong saya memilih untuk terus aktif membantu dalam pencegahan penyalahgunaan dadah.Apakah yang sering Datuk lakukan pada masa lapang ?Kebanyakan masa terluang saya gunakan untuk mendekati golongan muda, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Saya manfaatkan peluang itu dengan berkongsi pandangan dan nasihat kerana kebanyakan mereka yang berusia lingkungan 30 tahun baru membina keluarga dan di situlah saya sampaikan nasihat dan mendidik mereka supaya berfikir dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.Bagaimana peranan NGO seperti Masac dapat membantu kerajaan mengatasi masalah penagihan dadah ?NGO seperti Masac dan 40 lebih gabungan di bawah Masac, kita menawarkan perkhidmatan rawatan pemulihan dan pencegahan untuk melengkapkan kelompongan yang ada ada dalam program yang dijalankan pihak kerajaan.Sepanjang 36 tahun saya berkhidmat dalam perkhidmatan terdapat perkara tidak sempurna. Banyak lagi sokongan bantuan dan tambahan daripada pihak luar yang diperlukan.Kita NGO keluar dengan semangat kesukarelawan, semangat untuk bantu dan sebagai tambahan kepada program kerajaan. Pada masa sama, kita sediakan perkhidmatan alternatif kepada klien yang terlibat dalam masalah penagihan dadah.Ada dakwaan mengatakan NGO seperti mahu bersaing dengan agensi sedia ada. Apa pendapat Datuk ?Bukan hendak bersaing atau hendak berlawan, tidak. Siapa kita hendak berlawan dengan kerajaan, dengan tidak ada bajet dan tidak ada tenaga kerja.Kita tidak berada di posisi itu untuk lawan kerajaan tapi yang jelas, kita hendak bantu melengkapkan, menyokong dan kita juga menyediakan alternatif, bukan hanya tempat sahaja.Alternatif dari segi kaedah dan program. Ada orang hendak pergi pasal agama, ada orang hendak belajar pendekatan agama, jadi kita sediakan perkara-perkara tersebut.Apakah harapan Datuk terhadap usaha-usaha yang dimainkan NGO dalam menangani masalah dadah di Malaysia?Harapan saya sama seperti harapan masyarakat agar kita dapat membantu mencegah mereka daripada terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah. Mana-mana yang terlibat itu, kita berhasrat atau bercita-cita supaya mereka dapat dipulihkan dan jadi individu atau masyarakat yang berfungsi kepada diri, keluarga dan agama, juga kembali kepada masyarakat dan keluarga.", "reading_time": "4", "article_dt": "24 November 2020 08:15am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/110223/berita/wawancara/sasar-guna-190-liter-air-sehari", "article_title": "Sasar guna 190 liter air sehari", "article_text": "[WAWANCARA] Penduduk Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air berskala mega susulan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 terpaksa dihenti tugas Selasa lalu berikutan pencemaran sumber air mentah.Penutupan terbaharu empat loji kendalian syarikat Air Selangor Sdn Bhd itu adalah kali ketujuh tahun ini melibatkan lebih 1.1 juta akaun pengguna.Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman mendedahkan masalah itu berlaku kerana sikap segelintir pihak industri dan domestik yang menjadikan sungai sebagai \u2018kawasan pelupusan sisa terbuka\u2019.\u201cAda yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa berjadual di kawasan berhampiran sungai, saluran longkang dan saliran kecil yang akhirnya akan mengalir ke sungai utama dan mencemar sumber air,\u201d katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini.Dalam wawancara yang dikendalikan Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Ahad, Junhairi Alyasa, Ahmad Faizal telah menggariskan empat langkah penting bagi mengatasi masalah bekalan air khususnya di Selangor.SINAR AHAD: Bagaimanakah Datuk melihat industri perkhidmatan air serta pembetungan pada masa lalu?AHMAD FAIZAL: Sebelum adanya SPAN, perkhidmatan bekalan air adalah di bawah bidang urus tadbir kerajaan negeri masing-masing, maka tiada standard tertentu yang boleh disandarkan atau dijadikan rujukan. Begitu juga halnya dengan tarif air, ia tidak dapat diselaraskan di peringkat persekutuan.Hal yang sama membabitkan perkhidmatan pembetungan, tiada data khusus yang dapat dikumpulkan dan dibuat penilaian untuk penambahbaikan kerana ia tidak berada di bawah pengurusan pusat. Kewujudan SPAN telah mewujudkan suatu standard yang lebih teratur perihal pengurusan bekalan air dan pembetungan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.Apakah isu-isu penting yang masih membelenggu negara ini?Antara isu utama yang amat ingin ditangani oleh kesemua pemain industri perkhidmatan bekalan air adalah air tidak terhasil atau NRW, rizab simpanan air dan tarif air. NRW paling ketara adalah NRW fizikal yang merujuk situasi kebocoran air disebabkan paip-paip uzur sebelum bekalan sampai kepada meter pengguna.Untuk rekod, purata NRW tahun 2019 adalah 33.2 peratus. Jumlah tersebut adalah tinggi dan melibatkan kerugian bernilai puluhan jutaan ringgit kepada pihak operator saban tahun. Namun untuk menukar paip usang kepada paip baharu juga menelan belanja yang besar.Operator juga berhadapan cabaran menguruskan ketirisan akibat NRW komersial iaitu kes-kes kecurian air terawat yang turut menyebabkan kerugian kepada operator.Cabaran seterusnya adalah meningkatkan rizab simpanan air yang pada waktu ini masih diusahakan secara serius oleh kesemua operator bekalan air.Ahmad Faizal dilantik menjadi Pegawai Memerintah bagi pasukan 60 Regimen Pakar Air RAJD (AW) pada 3 September lalu.Ada yang telah mencapai saranan SPAN iaitu antara 10 peratus hingga 15 peratus dan ada yang masih di bawah 5 peratus. Jumlah rizab yang kurang akan menyukarkan operator untuk memastikan kelangsungan bekalan jika berlaku sebarang gangguan terhadap perkhidmatan.Cabaran ketiga yang dihadapi oleh pembekal perkhidmatan pembetungan adalah kadar tarif yang masih rendah berbanding kos. Kadar tarif yang rendah menyebabkan pelbagai pelan penambahbaikan terhadap perkhidmatan tergendala disebabkan kekangan dana.Cabaran di pihak pembekal perkhidmatan IWK antaranya melibatkan pencemaran ke atas lurang kumbahan awam mereka yang seringkali dicerobohi oleh sisa berjadual termasuk gris daripada bahan buangan restoran yang dibiar masuk ke saluran pembetungan awam.Hal ini menyebabkan loji rawatan kumbahan tidak dapat beroperasi dengan baik dan kadangkala perlu dihenti tugas.Selangor ialah negeri termaju dan antara terkaya di Malaysia, namun bekalan airnya paling kerap terputus. Apakah komen Datuk?Menyentuh berkenaan gangguan bekalan air, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu gangguan berjadual dan tidak berjadual. Gangguan yang sering menimbulkan masalah adalah gangguan tidak berjadual seperti kes-kes pencemaran ke atas sumber air mentah.Selangor merupakan negeri dengan jumlah akaun pengguna terbesar kerana perkhidmatan oleh Pengurusan Air Selangor merangkumi pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Disumbang pula oleh kepesatan pembangunan di ketiga-tiga negeri dan wilayah tersebut, maka sebarang situasi pencemaran akan memberi impak besar kepada bekalan air.Untuk makluman, bekalan air di Lembah Klang bergantung kepada dua sungai utama iaitu lembangan Sungai Selangor dan lembangan Sungai Langat. Jika sungai-sungai ini dicemari, maka sejumlah 2.4 juta akaun pengguna bakal terjejas.Dari aspek kualiti perkhidmatan, saya jangka operator air di negeri ini telah mempertingkatkan tahap mereka dengan pelbagai penambahbaikan dari aspek liputan perkhidmatan, saluran komunikasi serta penggunaan kaedah moden dalam memantau loji-loji mereka namun yang menjadi masalah adalah sikap segelintir pihak industri dan domestik yang menjadikan sungai sebagai \u2018kawasan pelupusan sisa terbuka\u2019.Ada yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa berjadual di kawasan berhampiran sungai, saluran longkang dan saliran kecil yang akhirnya akan mengalir ke sungai utama dan mencemar sumber air. SPAN mahupun pihak operator bekalan tidak akan berkompromi terhadap kualiti air yang sewajarnya diterima pengguna, maka henti tugas loji terpaksa dilakukan apabila wujudnya situasi pencemaran. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan yang dilakukan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu yang kadangkala menyebabkan paip utama pecah apabila jentera mereka mengorek di kawasan paip ditanam.Penduduk Lembah Klang kerap berdepan gangguan air berikutan pencemaran di loji-loji rawatan air.Pada pandangan Datuk apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah air terutama di Selangor ?Terdapat empat langkah yang boleh diambil iaitu meningkatkan rizab simpanan air kepada minimum 15 peratus sebagaimana disarankan SPAN, mewujudkan kolam takungan air seperti projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di lebih banyak tempat di negeri Selangor dan kawasan yang strategik, mengurangkan kadar NRW secara berperingkat, mengadakan kempen untuk mengajak pengguna mengurangkan penggunaan air per kapita setiap hari daripada purata 239 liter pada 2019 kepada 190 liter menjelang 2023 dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan gaya hidup lestari termasuk melibatkan diri dalam inisiatif Denai Sungai Kebangsaan yang dipromosikan Kementerian Alam Sekitar dan Air.Ada cadangan supaya kerajaan negeri melaksanakan langkah alternatif seperti membuat tadahan air hujan di kawasan perumahan. Apakah ini membantu?Penggunaan air hujan mungkin sesuai untuk kegunaan sampingan seperti mencuci kenderaan, menyiram pokok dan mencuci pakaian namun ia tidak sesuai untuk kegunaan memasak atau untuk diminum secara terus. Kerajaan negeri masih perlu mempertimbangkan pembinaan projek takungan air yang berskala besar dan bersambung terus dengan loji bagi menampung keperluan sedia ada dan akan datang jika gangguan bekalan berlaku.Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada mencadangkan supaya hukuman kepada pencemar air ditingkatkan kepada denda sebanyak RM10 juta. Apa pandangan Datuk?Saya menyokong penuh jumlah denda yang lebih tinggi serta hukuman penjara maksimum dinaikkan bagi pesalah alam sekitar yang mencemarkan air. Menteri sendiri telah menyatakan bahawa cadangan KASA mengenai jumlah denda berkaitan kesalahan mencemar air di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 655) 2006 wajar dinaikkan sehingga maksimum RM10 juta dan hukuman penjara maksimum 15 tahun.Menaikkan jumlah hukuman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakan individu secara psikologi. Sebagai contoh, kegagalan memakai pelitup muka di tempat awam boleh menyebabkan seseorang didenda sehingga RM1,000 dan ini sangat diambil berat oleh setiap orang. Begitu juga denda melakukan kesalahan jalan raya. Kita akan seboleh mungkin mengelak daripada disaman. Kedua-duanya wajar dijalankan serentak iaitu menambah baik akta termasuk mengetatkan lagi hukuman serta menjalankan projek-projek mitigasi bertujuan mengurangkan impak gangguan jika berlaku pencemaran sumber air.Permintaan bekalan air bersih selari dengan pertambahan penduduk, perbandaran dan pertumbuhan sektor ekonomi. Bagaimana Datuk melihat perbezaan permintaan bekalan air pada tahun 2020 berbanding 10 atau 15 tahun lalu ?Permintaan terhadap bekalan air sentiasa akan meningkat serentak dengan perubahan masa kerana ia adalah keperluan asas dalam kehidupan. Selangor sebagai contoh mempunyai sejumlah 2.06 juta akaun pengguna domestik dan industri pada tahun 2015 dan jumlah tersebut meningkat kepada 2.4 juta dalam tempoh lima tahun.Secara keseluruhan, jumlah akaun pengguna perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 2015 adalah 6.7 juta dan meningkat kepada hampir 7.5 juta akaun pada tahun 2019. Peningkatan ini telah dijangka dan kesemua pihak yang terlibat perlu bersedia untuk memastikan kelestarian pembekalan air bersih untuk tahun-tahun mendatang.Bagaimana Datuk melihat perkhidmatan air di negara ini pada masa depan ?Dengan segala perancangan yang disusun oleh KASA dan SPAN serta kerjasama erat yang ditunjukkan oleh pelbagai agensi termasuk oleh rakan operator dan kerajaan negeri, saya menjangkakan masa hadapan yang lebih cerah buat perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di negara ini. Pelbagai pelan mitigasi telah dirancang bagi mengurangkan gangguan serta menambah baik kualiti perkhidmatan.Majlis Pemakaian Pangkat yang berlangsung pada 19 Oktober 2020 yang lalu.ANEKDOTPenduduk guna 239 liter air sehariBerdasarkan data SPAN, penggunaan air di Lembah Klang pada tahun 2019 adalah purata 239 liter setiap hari untuk setiap individu. Jumlah ini masih tinggi berbanding sasaran KASA iaitu purata 205 liter untuk tahun 2020.Penggunaan yang tinggi mungkin berpunca daripada tarif air yang masih rendah dan tabiat pengguna yang telah terbiasa menggunakan air dalam segala macam aktiviti. Jumlah penggunaan yang tinggi sudah tentu memerlukan pihak operator menambah jumlah pengeluaran yang kadangkala melebihi kapasiti keupayaan loji dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perancangan operator untuk mempertingkatkan jumlah rizab air terawat mereka.Jumlah pengeluaran air terawat setiap hari di Lembah Klang pada 2019 adalah sekitar 4,932 juta liter berbanding kapasiti rekaan loji iaitu 4,706 juta liter air sehari.Siswazah kewangan terlibat hal airSaya ialah pemegang ijazah perakaunan dan pengurusan kewangan yang terlibat dalam bidang pengurusan bekalan air. Segalanya bermula ketika saya bertugas di Prokhas di mana saya sebahagian ahli pasukan yang terlibat dalam kajian penubuhan dan penstrukturan Perbadanan Aset Air Berhad atau PAAB.Bermula daripada hanya penglibatan membabitkan urusan kewangan di PAAB bagi pihak Prokhas, saya kemudiannya menyertai organisasi tersebut pada Mac 2009 sebelum dilantik menjadi CEO syarikat pada bulan Julai tahun yang sama. Dari situ saya mula mempelajari dan memahami keperluan industri dan kerjaya saya dalam pengurusan bekalan air berlanjutan sehingga kini.Terkejut dilantik Pegawai MemerintahDILANTIK menjadi Pegawai Memerintah bagi pasukan 60 Regimen Pakar Air RAJD (AW) pada 3 September 2020 adalah antara kejutan buat saya kerana saya tidak pernah terfikir akan menyarung uniform tentera apatah lagi menjadi salah seorang sukarelawan yang menyumbang kepada kesejahteraan negara. Ia suatu penghormatan dan pada waktu sama pencapaian buat saya.PROFILDatuk Ahmad Faizal Abdul RahmanJawatan sekarang: CEO Suruhanjaya Perkhidmatan Air NegaraUmur: 51 tahunAsal: KelantanPendidikan: Sarjana Muda Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan (Universiti Essex, UK); Pengurusan Lanjutan (Said Business School, Universiti Oxford, UK)Pengalaman:Naib Presiden/Ketua Bahagian Perbankan Korporat di Aseambankers Malaysia BerhadPengurus Besar Prokhas Sdn BhdCEO Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)CEO Syarikat Air Johor Ranhill (SAJR)", "reading_time": "4", "article_dt": "15 November 2020 08:00am"} +{"author_name": "MOHD RIDZUAN ABU HASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/109080/berita/wawancara/di-sebalik-angka-bajet-rm3225-bilion", "article_title": "Di sebalik angka bajet RM322.5 bilion", "article_text": "MUKADIMAH: Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu menyediakan peruntukan mencecah RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara.Angka sebesar itu sememangnya amat diperlukan bagi melindungi rakyat dan menyokong petugas barisan hadapan ketika penularan pandemik Covid-19 hampir melumpuhkan ekonomi dunia.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mengulas apa yang tersirat dan tersurat di sebalik belanjawan sulung kerajaan Perikatan Nasional itu.Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS) itu turut memberi pandangan mengenai \u2018siapa untung, siapa melopong\u2019 di sebalik perbelanjaan paling tinggi tersebut.Ikuti wawancara bersama beliau susulan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat Jumaat lalu.SINAR AHAD: Peruntukan Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah bajet di Malaysia. Pada pandangan Prof, angka ini menggambarkan apa?AHMED RAZMAN: Peruntukan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Malaysia ini menggambarkan situasi yang tidak pernah dihadapi oleh negara kita iaitu bagaimana negara kita harus menghadapi dua krisis dalam satu masa iaitu krisis kesihatan dan krisis ekonomi.Buat kali pertama satu peruntukan khas berjumlah RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19 diberi selain cadangan kerajaan untuk mengemukakan pindaan Jadual Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) supaya siling Kumpulan Wang Covid-19 dinaikkan sebanyak RM20 bilion ringgit kepada RM65 bilion.Ini juga menyebabkan defisit belanjawan menjadi -5.4 peratus pada tahun hadapan sekali gus memungkinkan kerajaan terpaksa menambah hutang baharu pada tahun hadapan. Namun saya melihat masih ada ruang untuk kerajaan menambah hutang dengan syarat kerajaan terus memantau dan meneliti keseluruhan pendedahan fiskal bagi memastikan risiko dapat dikenal pasti dan diurus melalui pelan mitigasi.Penganalisis Ekonomi daripada Putra Business School (PBS) itu turut memberi pandangan mengenai \u2018siapa untung, siapa melopong\u2019 di sebalik perbelanjaan paling tinggi tersebut.Pemantauan ini akan lebih berkesan jika konsolidasi data dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan meneroka alternatif kepada sistem monetari negara.Dalam keadaan ekonomi merudum dan perniagaan terjejas, daripada manakah kerajaan mendapat sumber kewangan?Jika kita merujuk kepada dokumen Tinjauan Fiskal & Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 yang boleh dimuat turun di laman web Kementerian Kewangan, sumber kewangan pada 2021 akan diperoleh daripada dua sumber iaitu sumber hasil cukai sebanyak RM174.37 bilion dan sumber hasil bukan cukai RM62.53 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan jangkaan hasil ialah RM236.9 bilion.Hasil bukan cukai dijangka lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana kerajaan menjangkakan pulangan pelaburan daripada agensi kerajaan seperti Khazanah dan Petronas akan menurun disebabkan kelembapan ekonomi domestik dan global.Walaupun jangkaan harga minyak kekal rendah sekitar AS$40 setong pada tahun ini, namun masih ada ruang untuk kerajaan mendapatkan hasil berkaitan petroleum terutamanya cukai pendapatan petroleum untuk tahun hadapan.Dengan jangkaan ekonomi akan kembali pulih pada suku tahun keempat tahun ini dan awal tahun hadapan, kerajaan menyasarkan sumber hasil cukai akan meningkat daripada hasil cukai langsung terutamanya cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan individu, cukai petroleum dan cukai tidak langsung seperti SST.Sejauh manakah input pembangkang direalisasikan dalam Belanjawan 2021?Permintaan pembangkang untuk melanjutkan moratorium diterima oleh kerajaan tetapi dengan sedikit penyesuaian iaitu tertumpu kepada golongan B40 yang berdaftar di bawah BPR dan perusahaan mikro. Ini menyebabkan golongan M40 dan PKS yang terkesan tidak dapat menikmati moratorium ini lagi. Saya merasakan pihak pembangkang akan berkeras supaya golongan M40 dan PKS turut diberi peluang untuk mendapatkan kemudahan moratorium ini.Selain itu permintaan pembangkang untuk meningkatkan peruntukan sektor pendidikan dan kesihatan diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.Namun kita melihat beberapa permintaan yang spesifik untuk membantu pekerja seperti insentif Malaysia@Work dan bonus kepada barisan hadapan telah diubah suai oleh kerajaan selaras dengan kekangan peruntukan untuk maksud tersebut.Usaha ke arah pendigitalan seluruh negara seperti menaik taraf infrastruktur dan memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar seperti komputer riba turut dipertimbangkan oleh kerajaan tetapi lebih terhad dari segi peruntukannya.Oleh itu saya melihat walaupun kerajaan menerima cadangan daripada pembangkang, pelaksanaannya masih tertakluk kepada keutamaan yang diberi dalam belanjawan ini dan akibatnya cadangan dari pembangkang bukanlah seratus peratus diterima.Siapa yang paling untung dan siapa pula yang melopong kali ini?Kalau dilihat sepintas lalu, golongan yang paling untung ialah golongan B40 dan golongan yang terjejas teruk akibat pandemik dan kemelesetan ekonomi. Namun golongan yang melopong mungkin golongan isi rumah M40 yang berpendapatan melebihi RM5,000, duduk di bandar dan mempunyai ahli keluarga yang ramai.Selain itu, PKS dalam sektor pelancongan juga masih mengharapkan insentif kerajaan untuk membolehkan mereka mengekalkan pekerja mereka dalam tempoh yang lebih lama dan melancarkan kempen menggalakkan pelancongan domestik.Golongan pekerja secara am juga mengharapkan lebih banyak wang masuk ke dalam akaun bank mereka setiap bulan melalui peningkatan gaji minimum atau caruman KWSP turun ke 7 peratus seperti sebelum ini.Pengeluaran wang daripada akaun satu KWSP tidak seperti yang diharapkan ramai orang. Apa rasionalnya pengeluaran dihadkan RM500 sebulan kepada golongan yang hilang pekerjaan?Saya melihat rasional dihadkan kepada RM500 sebulan lebih bertumpu kepada golongan yang terjejas dari segi tidak mampu menampung komitmen hutang bulanan. Sebelum ini mereka mengeluarkan wang dari akaun dua KWSP sebanyak RM500 sebulan dan ini berakhir pada bulan Mac tahun hadapan.Jika mereka masih mengalami kesukaran untuk membayar hutang bulanan seperti pinjaman kereta, mereka kini boleh mengeluarkan wang dari akaun satu KWSP supaya mampu meneruskan pembayaran hutang sehingga akhir tahun hadapan.Ini dianggap perlu bagi mereka kerana ramai yang tidak mendapat lanjutan moratorium lagi. Sekurang-kurangnya mereka ada masa setahun lebih lagi untuk menambah pendapatan supaya boleh menampung komitmen hutang bulanan mereka.Apakah kerajaan telah benar-benar memainkan peranan dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat?Saya amat tertarik dengan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang akan dilaksanakan tahun hadapan yang komited untuk menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu dan menyediakan pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan RM3.7 bilion.Insentif Penjana Kerjaya di bawah Perkeso juga merupakan inisiatif yang bagus yang dijangka akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja. Satu lagi inisiatif yang saya alu-alukan ialah Majlis Pekerjaan Negara yang akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.Sebelum ini ada pihak yang mencadangkan perbankan pekerjaan iaitu mengambil seramai yang boleh mereka yang menganggur pada masa ini. Cadangan ini diambil kira oleh kerajaan melalui inisiatif MySTEP yang menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat GLC.Adakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM6.5 bilion dapat membantu rakyat untuk mengharungi cabaran pada tahun depan?Saya melihat BPR ini lebih bersasar berbanding sebelumnya. Ini adalah bagus kerana ia memastikan golongan yang benar-benar terkesan akan mendapat bantuan ini.Faktor bilangan anak, menurunkan had pendapatan untuk isi rumah M40 kepada RM5,000 dan menurunkan had umur belia kepada 21 tahun dianggap sebagai usaha kerajaan memastikan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion itu akan benar-benar memanfaatkan lebih ramai penerima yang teruk terjejas iaitu seramai 8.1 juta orang.Namun kita kena faham bahawa BPR ini hanya bersifat \u2018one-off\u2019 atau sekali sahaja dalam setahun dan tidak mampu membolehkan penerima mengharungi kos seharian sepanjang tahun hadapan.Oleh itu, ia lebih bersifat kepada bantuan kewangan untuk individu yang memerlukan bantuan tunai pada satu masa tertentu sahaja. Untuk mengharungi cabaran pada tahun hadapan, golongan ini harus mendapatkan pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan dalam belanjawan ini dan juga bantuan lain seperti zakat dan sumbangan pihak tertentu.Apakah perkara yang sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar dan apakah yang perlu dikurangkan dalam belanjawan ini?Saya melihat sektor utama seperti pendidikan dan kesihatan harus sentiasa mendapat peruntukan yang lebih besar. Apabila diumumkan bahawa sektor pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu RM50.4 bilion, saya sedikit keliru kerana Belanjawan 2020 memperuntukkan sebanyak RM64.1 bilion kepada sektor pendidikan.Mungkin kerajaan boleh menerangkan dengan lebih jelas sama ada memang benar peruntukan ke atas pendidikan telah menurun sebanyak RM13.7 billion atau ada beberapa lagi peruntukan kepada pendidikan yang tidak dimasukkan dalam jumlah RM50.4 bilion ini.Merujuk kepada sektor kesihatan, saya melihat peruntukan mengurus dan pembangunan untuk tahun 2021 adalah lebih besar daripada tahun 2020 terutamanya peruntukan pembangunan. Ini amat penting kerana kita lihat banyak hospital awam amat memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemudahan di samping keperluan untuk menambah bilangan hospital, klinik kesihatan dan peralatan kesihatan.Ada juga pihak yang mempersoalkan penubuhan kembali Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan peruntukan RM85.5 juta kerana dulu JASA dianggap lebih kepada membantu kerajaan BN untuk mengekalkan kuasa melalui aktiviti propaganda. Mungkin kali ini kerajaan PN boleh menerangkan kepada rakyat justifikasi mewujudkan kembali JASA ini.Ada pihak mengatakan tiada idea baharu dalam belanjawan kali ini. Apa pandangan Prof?Walaupun kita mempunyai kerajaan baharu dan Menteri Kewangan yang baharu, pasukan Kementerian Kewangan yang menyediakan Belanjawan setiap tahun adalah masih pasukan yang sama. Oleh itu tema dan konsep belanjawan ini tidak lari dengan banyak dari belanjawan sebelum ini, cuma tahun hadapan ia lebih bertumpu kepada pemulihan ekonomi. Mungkin apabila ekonomi dan krisis kesihatan berjaya diatasi sepenuhnya tahun hadapan, kita akan menyaksikan belanjawan yang lebih inovatif, dinamik dan terkehadapan dalam mencuba sesuatu yang baharu untuk melonjakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.Mengenai cukai korporat dan individu, adakah ia beri kesan kepada perniagaan dan rakyat?Cukai korporat dan individu adalah sumber penting kepada hasil kerajaan dan pada masa ini saya melihat kadar cukai yang dikenakan kepada syarikat dan individu adalah munasabah terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, serta PKS.Beberapa inisiatif pelepasan cukai yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 ini amat membantu syarikat dan individu. Saya juga melihat ada ruang lagi untuk kerajaan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan yang luar biasa terutamanya semasa zaman pandemik ini, termasuk individu yang mendapat pendapatan tinggi kerana kerajaan telah banyak membantu mereka sebelum ini.ANEKDOT\u2018Apa saya dapat daripada Belanjawan 2021?\u2019Secara peribadi, saya sekeluarga tidak banyak menerima manfaat daripada Belanjawan 2021 ini, lebih tertumpu kepada kenaikan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius, perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.Selain itu had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 dan kini merangkumi bayaran penyertaan pertandingan sukan dan langganan surat khabar elektronik.Begitu juga pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.Pengalaman pertama sebagai pengulas sesi bajetPengalaman pertama saya mengikuti pembentangan Belanjawan sebagai pengulas ialah pada 1 Oktober 2012 apabila mengulas mengenai Bajet 2013. Ketika itu saya baru sahaja tiga tahun pulang dari luar negara selepas selesai pengajian PhD saya.Sejak itu, saya dijemput untuk mengulas belanjawan negara setiap tahun dan saya dapat melihat evolusi belanjawan ini dari tiga kerajaan berbeza. Setiap kerajaan ada cara penyampaian belanjawannya dan itu yang menyebabkan saya sentiasa teruja dan bersemangat dalam mengulas belanjawan negara setiap tahun.Bagi saya, belanjawan yang dibentangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini merupakan belanjawan yang saya tidak dapat lupakan kerana mungkin kerajaan yang membentangkannya adalah berbeza.Ramal ekonomi pulih selepas vaksin ditemuiSaya melihat ekonomi tahun hadapan masih lagi terkesan dengan faktor global yang tidak menentu seperti pandemik Covid-19, kemelesetan ekonomi dunia, ketidakstabilan harga komoditi dan isu geopolitik yang tidak menentu terutamanya melibatkan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Rusia dan Kesatuan Eropah.Walaupun ada beberapa indikator ekonomi telah menunjukkan pemulihan positif seperti jumlah eksport, kadar pengangguran dan pertumbuhan KDNK setiap suku tahun, namun saya melihat semua indikator ini boleh terkesan kembali jika pandemik Covid-19 menjadi lebih serius di dalam negara kita.Oleh itu sukar untuk kita membayangkan gambaran ekonomi tahun hadapan melainkan vaksin untuk Covid-19 telah ditemui dan semua negara mula membuka sempadan masing-masing untuk tujuan perdagangan, pelancongan dan sebagainya.INFO PROFILProfesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul LatiffPENDIDIKANPhD Tadbirurus Korporat (Liverpool John Moores University, UK)Sarjana Penyelidikan Perakaunan & Pengurusan Kewangan (Lancaster University, UK)Sarjana Perakaunan (Nanyang Technological University, Singapura)Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Lancaster University)KERJAYA DAN SUMBANGANPenganalisis EkonomiProfesor Madya di Putra Business School (PBS)Ahll Bersekutu Institut Akauntan Malaysia (MIA)Naib Presiden Persatuan Penulis-Penulis Kes Malaysia (CWAM)Pemilik syarikat berasaskan teknologi dalam bidang veterinar", "reading_time": "4", "article_dt": "08 November 2020 09:00am"} +{"author_name": "NORSHAHZURA MAT ZUKI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/107913/berita/wawancara/tengku-zafrul-turun-padang", "article_title": "Tengku Zafrul turun padang", "article_text": "[WAWANCARA] Dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga menghuraikan beberapa aspek tuntutan, harapan dan prasyarat pemulihan ekonomi Malaysia menjelang Belanjawan 2021.Susah hendak puaskan hati:Hendak puaskan hati semua orang susah kerana mereka mempunyai agenda dan kepentingan masing-masing. Ada kumpulan yang nak ini, sama juga dengan negeri dan parti. Saya dan timbalan saya telah berjumpa dengan semua menteri besar, turun padang berjumpa syarikat dan industri di negeri-negeri.Baru-baru ini, saya juga berjumpa semua menteri tanya apakah yang kementerian mereka perlukan dan memanglah senarai mereka panjang tetapi saya kena utamakan apa yang perlu. Dengan pendapatan dan hasil yang kita ada, kita kena rancang betul-betul dan itulah apa yang kita lakukan.Pastinya, kita juga meminta pandangan daripada pelbagai pihak. Saya akan berjumpa parti-parti lain seperti Parti Warisan, Parti Muda dan Pakatan Harapan serta UMNO. Saya juga sudah berjumpa semua ahli Parlimen. Yang penting, apa yang perlu dipersetujui ialah rakyat lebih penting.Jika kita turun padang dan berjumpa mereka serta mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya keputusan yang kita buat nanti mereka lebih maklum dan polisi kita lebih berkesan.Contohnya, pemberian Geran Khas Prihatin bernilai RM3,000 untuk setiap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro. Sebanyak 540,000 PKS mikro telah terima, dulu KPI bagi duit sahaja.Bagi saya KPI yang betul ialah beri duit dan kena periksa syarikat yang menerima geran itu sama ada mereka bertahan atau tidak. Apakah yang digunakan dengan duit tersebut dan adakah jualan yang dicatatkan. Kalau mereka tidak bertahan, rugilah jika kita beri. Begitu juga Program Subsidi Upah yang kita berikan kepada 320,000 syarikat. Betulkah mereka bertahan? Adakah ia membantu mereka untuk jangka masa panjang?Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Saya membuat laporan pakej Penjana dan Prihatin pada setiap minggu, kadang-kadang laporan yang dibuat, pegawai saya risau kerana tidak mencapai sasaran. Saya kata bagus kerana bila berada di bawah tekanan, kita akan berjaya. Saya letak pencapaian KPI kepada semua kementerian dan setiap bulan ia akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet. Bajet ini penting, menunjukkan kerajaan komited bukan sahaja untuk membuat peruntukan tetapi juga pastikan pelaburan yang dibuat ini akan ada hasil.Kumpulan paling terjejas:Sebenarnya saya rasa semua terjejas. Golongan B40 memang terjejas dan golongan M40 juga terjejas. Daripada kaji selidik yang dilakukan, sebenarnya golongan M40 menjalani gaya hidup tertentu. Ada yang hilang pekerjaan dan gaji terkesan.Jadi M40, kami tolong dari segi i-Lestari, pengeluaran i-Lestari menerusi Akaun 2 oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Program Subsidi Upah menolong syarikat dan pekerja.Bagi golongan T2, kehidupan mereka baik walaupun dari segi pendapatan dan kekayaan mereka sedikit terjejas. Dari segi kehidupan, saya rasa B40 yang paling terkesan sementara golongan M40 juga terjejas dari sudut psikologi. Mereka juga membuat pinjaman dan ada hutang. Bagi B40, mereka ada banyak peluang pekerjaan berbanding M40. Berdasarkan data, dalam kelompok M40, yang paling terkesan ialah M10 iaitu golongan yang berada pada kedudukan paling bawah.Sektor ekonomi yang maju sekarang ialah kesihatan, perubatan, syarikat sarung tangan, teknologi dan perkhidmatan kurier. Bagaimanapun, pada ketika ini majoriti semua sektor terkesan, bukan sahaja ekonomi di Malaysia malah peringkat global.Pelancongan domestik terkesan kerana orang Kuala Lumpur tidak boleh keluar dan bercuti. Kawasan percutian yang mempunyai resort seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Melaka dan Desaru di Johor mempunyai penambahbaikan dari segi pelancongan.Kita kena tengok kawasan. Contohnya, sektor pelancongan yang teruk ialah hotel bandar, tetapi hotel di tepi pantai penuh. Sektor eksport juga terkesan sedikit kerana negara-negara lain juga terjejas. Saya rasa semua sektor terkesan, sesetengah itu lebih terkesan daripada yang lain.Kontroversi lanjutan moratorium:Setakat 9 Oktober, lebih kurang 640,000 pemohon memohon lanjutan moratorium selepas pada Ogos, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman bahawa mereka yang hilang pekerjaan dan terkesan dengan potongan gaji boleh dapat lanjutan moratorium. Daripada jumlah permohonan itu, 98 peratus telah diluluskan. Yang memohon hanya yang layak.Lanjutan moratorium ini juga diberikan kepada syarikat-syarikat PKS yang melakukan penyusunan semula, itu pun 99 peratus yang memohon. Jadi kebimbangan saya kalau kita tidak membuat dasar moratorium bersasar, ia tidak betul.Kalau ada pendapatan, kita gunakan duit untuk mereka yang memerlukan. Tetapi saya dengar isu ini paling hangat kerana parti politik menaikkan isu ini. Rakyat juga bertanya dalam media sosial, kenapa tidak sambung. Pada masa yang sama ada lebih 640,000 yang dapat sejak kita lanjutkan. Yang tidak dapat mungkin mereka tidak tahu dan mereka fikir mereka tidak layak kerana mereka masih bekerja.Tengku Zafrul (dua,kanan) bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin (dua,kiri); Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.Apa yang kita lihat ialah pendapatan isi rumah, contohnya suami membuat pinjaman tetapi bayar berdasarkan pendapatan suami dan isteri. Isteri hilang pekerjaan dan suami tidak hilang pekerjaan. Bank melihat suami tidak hilang kerja dan bank melihat kepada pendapatan isi rumah.Kita mendengar dan buat kajian betul ke bank tidak membantu dan kita buat bersama Bank Negara Malaysia. Setakat ini mengikut laporan Public Bank, AmBank, Maybank dan RHB Bank, sebanyak 98 hingga 99 peratus permohonan pemohon lanjutan moratorium diluluskan. Lanjutan itu ada. Siapa yang hilang pekerjaan, dia tidak perlu tunjuk bukti pun, tidak perlu bayar selama tiga bulan hingga enam bulan bergantung kepada bank yang berurusan.Penemuan vaksin Covid-19 pulihkan ekonomi:Penemuan vaksin Covid-19 adalah petunjuk penting yang membuktikan ekonomi negara ini dapat pulih semula. Vaksin ini penting bukan untuk negara kita sahaja, malah seluruh dunia memerlukannya. Tidak guna kalau kita sahaja yang ada vaksin sedang negara lain tidak ada. Ini kerana dunia sekarang sangat saling berkait antara satu sama lain.Jadi, vaksin ini akan memberi keyakinan kepada dunia yang kita boleh berfungsi semula secara normal. Walaupun normal baharu itu lain, tapi dengan vaksin ini ia akan memberi keyakinan kepada pelabur. Kedua, bagaimana kita memastikan kapasiti kita semua tak terlalu terkesan, kerana apabila ekonomi telah pulih, kita perlu memastikan semua infrastruktur bersedia untuk memacu ekonomi.Perkara paling utama yang kita lakukan apabila ekonomi pulih ialah kita bersedia untuk membangunkan ekonomi negara dengan lebih cepat. Kita tidak mahu bila kita telah menang dalam perang dengan Covid-19 dan apabila semua orang sudah dalam keadaan baik, kita lambat untuk menghidupkan kembali ekonomi negara.", "reading_time": "4", "article_dt": "01 November 2020 10:00am"} +{"author_name": "NORSHAHZURA MAT ZUKI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/107914/berita/wawancara/iltizam-tengku-zafrul-lindungi-rakyat-demi-negara", "article_title": "Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara", "article_text": "[WAWANCARA] Kira-kira seminggu lagi Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan melakukan sesuatu yang tidak pernah diimpikan beliau iaitu membentangkan Belanjawan 2021.Beliau dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan sejak lapan bulan lepas dalam persekitaran yang paling mencabar.Tengku Zafrul terpaksa menyediakan belanjawan dalam keadaan Malaysia dilanda wabak Covid-19 dan hasil kerajaan yang merosot.Namun begitu, kata Tengku Zafrul, kerajaan Perikatan Nasional berjanji akan membawa rakyat Malaysia keluar daripada zaman kesusahan dengan satu belanjawan yang benar-benar mahu membantu rakyat.Belanjawan yang akan dibentangkan beliau Jumaat nanti dijangka dapat membawa rakyat Malaysia menempuhi pandemik Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.Ikuti temu bual eksklusif Tengku Zafrul bersama Sinar Ahad yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Norshahzura Mat Zuki di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah perasaan dan perancangan Tengku apabila terpaksa membentangkan bajet dalam keadaan pandemik Covid-19 dan cabaran ekonomi paling teruk yang negara kita alami sekarang?TENGKU ZAFRUL: Dari segi global, laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan penerangan daripada IMF minggu lepas mengatakan ini adalah krisis terburuk di dunia sejak tahun 1929. Krisis kali ini bukan sahaja krisis ekonomi tetapi ia juga melibatkan krisis kesihatan dan Malaysia tidak terkecuali. Pada saya, fokus belanjawan kali ini adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia disebabkan krisis ekonomi dan kesihatan yang kita hadapi sekarang.Tiga fokus utama Belanjawan 2021 ialah rakyat, perniagaan dan ekonomi. Bila kita buat empat pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kita ada Unit Laksana yang mempunyai data dan data itu dihubungkan kepada 53 agensi dan kementerian. Ini merupakan kali pertama kerajaan memberi tumpuan dan lebih fokus kepada pengunaan data.Ini juga pertama kali kita turun padang untuk persediaan bajet ini. Kita pergi ke semua negeri di Malaysia dan kita menganalisis data yang diperoleh. Kita juga membuat kaji selidik yang melibatkan 11,000 responden untuk memahami apa isu mereka dan bagaimana mereka boleh ditolong.Kita sedar golongan B40 juga mempunyai pelbagai cabaran yang berbeza di kawasan bandar dan luar bandar atau ada B40 yang mempunyai dua atau empat orang ahli keluarga. Perniagaan juga mempunyai isu yang berbeza. Apa yang penting ialah kami memahami mereka dan menyediakan penyelesaian sebaik mungkin.Apakah gambaran Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini?Sebenarnya ini adalah \u2018belanjawan\u2019 kelima untuk negara pada tahun ini disebabkan Covid-19. Kita telah buat Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin) yang memberi suntikan fiskal lebih RM55 bilion.Ia adalah belanjawan normal. Kalau kita lihat belanjawan tahun lepas (Bajet 2020), peruntukan pembangunan hampir sama dengan jumlah ini. Jadi belanjawan yang bakal dibentangkan ini dikira yang kelima dalam tempoh lapan bulan. Kita buat peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan.Belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini adalah untuk tahun 2021. Tetapi kalau kita lihat Bajet 2020, ada banyak perubahan berlaku selepas itu kerana semasa ia dibentangkan pada Oktober 2019, tidak ada Covid-19. Jadi Belanjawan 2021 ini adalah dinamik, kalau ada apa-apa keperluan kita akan tambah selagi mampu.Tengku Zafrul dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Harapan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi tetapi mereka juga perlu faham dengan realiti ekonomi. Apakah respons Tengku mengenai perkara ini? Ramai rakyat terdesak dan mereka amat berharap kepada kerajaan tetapi hasil negara merosot pada tahun ini. Pada masa yang sama, kita kena berbelanja lebih. Saya jangka pada tahun hadapan keadaan ekonomi akan pulih tetapi ia tidak akan kembali kepada trajektori normal dan kita akan restart ekonomi pada peringkat paling asas.Jadi dalam belanjawan kali ini kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan juga memastikan kelangsungan ekonomi negara. Sekarang pun sudah berlaku gelombang ketiga Covid-19 dan jumlah kes meningkat. Kita tidak boleh membebankan petugas barisan hadapan dan sistem penjagaan kesihatan negara.Impak kepada ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Mei lalu adalah sebanyak RM2.4 bilion sehari. Kita tidak boleh buat PKP sekali lagi.Setakat ini kita telah membantu 10.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan RM18 bilion menerusi Bantuan Prihatin Nasional. Jadi duit yang masuk poket rakyat adalah sebanyak RM18 bilion untuk membantu mereka bertahan. Bagi Program Subsidi Upah, kos kepada kerajaan berjumlah RM13 bilion setakat ini dan ia telah membantu 320,000 majikan dan 2.8 juta pekerja. Perkara seperti ini kita akan teruskan. Kita kena belanja untuk menghidupkan semula ekonomi.Jadi belanjawan kali ini ialah satu belanjawan pengembangan dan mestilah disasarkan kepada sektor-sektor yang dapat menggandakan ekonomi.Ada peniaga memberitahu bahawa jumlah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mereka bayar kepada kerajaan sudah merosot berbanding tahun lalu. Jadi berdasarkan kepada senario tersebut, apakah yang Tengku hendak beritahu kepada rakyat pada hari Jumaat ini?Mesej yang paling utama ialah kerajaan kita tidak akan berkompromi dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan memastikan kelangsungan ekonomi. Ini kunci asasnya. Pada pendapat saya, kita perlu selamatkan rakyat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan kerana kalau kita tidak selamatkan mereka, dalam jangka masa panjang, negara juga akan berhadapan dalam keadaan sukar.Perniagaan dan sesetengah sektor industri amat penting. Kalau kita tidak selamatkannya sekarang, dan mahu membina semula industri kemudian, ia memerlukan lebih banyak wang dan mengambil masa yang panjang.Mesej daripada kerajaan ialah kerajaan membantu selagi boleh dalam usaha membangunkan ekonomi. Ia adalah mesej utama. Kita akan tunjukkan bahawa kita sanggup untuk berbelanja dalam empat pakej yang telah diumumkan. Tetapi satu mesej lain ialah rakyat juga harus faham kita kena lebih bersasar kerana kita mahu menolong orang yang betul-betul memerlukan. Kita tidak boleh memberikan kepada semua kerana hasil kita (kerajaan) telah kurang.Adakah perbelanjaan projek-projek pembangunan akan dikurangkan?Tidak, sebab itulah Belanjawan 2021 kali ini ini adalah satu belanjawan pengembangan. Perbelanjaan pembangunan kita kena naikkan sebab impak perbelanjaan pembangunan ini banyak untuk jangka masa panjang.Katakan untuk membina hospital atau apa-apa projek pembinaan, ia sangat bagus kerana ia memberikan peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi yang besar. Kita perlu lebih berbelanja tetapi kena kurangkan pembaziran.Sebagai contoh, kita lihat perbelanjaan pengurusan kerajaan kini berkurangan kerana kita tidak lagi belanjakan untuk acara-acara. Banyak penjimatan yang boleh dilakukan dan digunakan semula untuk membantu rakyat dan ekonomi.Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.Pada tahun lepas, kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM297 bilion untuk Belanjawan 2020. Pada tahun ini, adakah ada kejutan?Saya belum boleh bercakap mengenai nombor lagi, kita kena tunggu pada hari Jumaat. Apa yang saya boleh beritahu sekarang ialah perbelanjaan akan lebih daripada Belanjawan 2020.Segelintir rakyat berkata kami membelanjakan tidak cukup, ada juga yang kata kita banyak berbelanja. Tetapi bagi saya kita perlu masa. Kalau kita tengok tahun 2008 dan 2009, di negara-negara maju di Eropah, cara mereka keluar daripada krisis kewangan global adalah dengan berbelanja.Negara yang tidak berbelanja akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Oleh itu, pada masa sukar kita perlu berbelanja dan membantu. Perkara yang perlu kita bersedia ialah kita perlu menjangkakan yang lebih teruk. Kalau ada gelombang Covid-19 lagi, kita perlu bersedia. Kita tidak boleh berbelanja semua duit. Kita akan lihat dan laksanakan apa yang terbaik dalam belanjawan kali ini.Apakah yang berlaku dan kesan sekiranya Belanjawan 2021 ini tidak dapat diluluskan di Parlimen?Insya-ALLAH, tidak berlakulah. Seperti mana semua tahu, kita sudah melibat urus dengan pelbagai pihak... mustahil. Saya yakin bajet ini berbentuk menolong rakyat, saya memang berharap semua ahli Parlimen tidak kira apa parti akan sokong bajet ini.Bajet ini memang fokus kepada rakyat dan perniagaan untuk bantu memulihkan ekonomi. Saya memang berharap kalau bajet ini bagus menolong rakyat, saya harap ahli-ahli Parlimen daripada semua parti dapat bersatu menyokong bajet ini. Bajet ini untuk kita semua bukan sahaja untuk kerajaan.Walaupun Tengku cuba untuk memenuhi aspirasi tuntutan rakyat yang ramai ini iaitu 31 juta orang, tetapi akhirnya Tengku perlu realistik dan fokus kepada 222 ahli Parlimen sahaja yang menentukan Belanjawan 2021 lulus atau tidak. Apakah yang Tengku hendak sampaikan kepada ahli-ahli Parlimen?Kita berharap mereka akan menimbangkan secara rasional dan adil ketika membuat keputusan. Kalau belanjawan ini mereka rasa akan menolong rakyat dan ekonomi negara, saya harap mereka akan memberikan sokongan.Seperti yang saya sebut tadi, kalau perlukan lebih peruntukkan atau idea baru atau kita menghadapi cabaran baharu pada tahun hadapan, kita akan selalu buat penambahbaikan. Inilah apa yang kita perlu buat pada masa sekarang kerana kerajaan dan negara perlu bersama-sama melawan Covid-19.Tengku Zafrul ketika ditemubual dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.ANEKDOTBersukan adalah masa untuk Tengku Zafrul berfikirSaya sangat aktif bersukan seperti bermain hoki, maraton, berbasikal dan renang. Terdapat beberapa sebab kenapa saya aktif bersukan. Pertama, bersukan mampu menghilangkan tekanan kerana semasa melakukan aktiviti sukan saya dapat berfikir dan tidak ada telefon pintar. Apabila berenang dan berlari, saya tidak boleh periksa telefon pintar dan semuanya, ia adalah \u2018me time\u2019 dan masa untuk saya berfikir.Keduanya, faktor kesihatan. Ini kerana kerja yang saya lakukan memerlukan stamina yang tinggi untuk kekal cergas dalam tempoh yang lama dan mengatasi tekanan. Saya juga berpandangan bahawa kesihatan itu sangat penting kerana hanya dengan kekal sihat kita boleh bekerja dengan lebih baik.Ketiga, bagi mencabar diri saya. Orang selalu tanya saya, kalau nak jaga kesihatan pergilah bersenam, kenapa perlu pergi masuk maraton, Ironman dan sebagainya kerana untuk jaga kesihatan. Cukup hanya dengan bersenam, berlari atau pergi ke gimnasium. Macam dalam pertandingan Ironman, saya terpaksa berenang empat kilometer, berbasikal 180 kilometer dan berlari maraton penuh sejauh 42.2 kilometer yang mengambil masa selama 14 jam untuk dihabiskan dan ia dilakukan tanpa henti. Jadi ia satu cabaran untuk saya.Dulu saya mula dengan berbasikal sahaja. Selepas itu baru saya berlari. Untuk berlari pun, saya mula dengan maraton separuh. Selepas itu baru saya buat maraton dan seterusnya triatlon. Jadi, saya akan sentiasa mencabar diri saya kerana saya percaya dalam hidup ini, kita perlu sentiasa mencabar diri sendiri dan sukan adalah cara saya mencabar diri.Lebih suka kerja korporat berbanding politikKalau tanya soalan itu sekarang, saya akan pilih untuk balik bekerja di sektor korporat. Tapi sekarang saya perlu menghabiskan tanggungjawab saya sebagai Senator dan Menteri Kewangan. Buat masa ini, saya tidak berminat masuk politik dan saya pun bukan ahli mana-mana parti politik. Sekarang, fokus saya hanyalah untuk berkhidmat kepada negara yang banyak berjasa kepada saya. Ketika ditawarkan jawatan ini, saya rasa saya boleh membantu dari sudut ekonomi. Saya tidak mempunyai DNA politik dan ia penting. Satu lagi saya tidak berminat.Tengku Zafrul (kanan) ketika ditemubual Baharom (dua dari kanan), Junhairi (dua dari kiri) dan Norshahzura (kiri) dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Putrajaya baru-baru ini.INFO PROFILTENGKU DATUK SERI ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZJAWATAN SEKARANG: MENTERI KEWANGAN DAN SENATORUMUR: 47 tahunPENDIDIKAN: Ijazah Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan daripada Universiti Bristol, United Kingdom (UK), dan Ijazah Sarjana Sastera (MA) dalam bidang Kewangan dan Pengurusan daripada University of Exeter, UK.ASAL: Kuala LumpurPENCAPAIAN: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings BerhadKetua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng HoldingsMenubuhkan Tune Money Sdn Bhd", "reading_time": "4", "article_dt": "01 November 2020 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/105859/berita/wawancara/maszlee-malik-minta-usul-tidak-percaya-terhadap-muhyiddin-diselesaikan-di-dewan-rakyat", "article_title": "Maszlee Malik minta usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diselesaikan di Dewan Rakyat", "article_text": "[WAWANCARA] Nama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tiba-tiba hangat diperkatakan di celah-celah kemelut isu peralihan kuasa politik negara.Dalam satu sesi soal jawab bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, Maszlee mengakui hanya ada satu cara untuk menamatkan krisis kepimpinan negara ketika ini.Tegasnya, isu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diselesaikan di Dewan Rakyat.Berikut adalah teks penuh temu ramah bersama bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.SOALAN: Timbul spekulasi mengenai sokongan Yang Berhormat (YB) kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan. Bolehkah YB jelaskan apakah yang sedang berlaku?DR MASZLEE: Kita berdepan dengan krisis yang meruncing, sama ada krisis ketidaktentuan ekonomi, pandemik Covid-19 dan juga krisis kepimpinan.Kerajaan pimpinan Muhyidin telah terbukti gagal menangani semua krisis ini dan kepimpinan Muhyiddin langsung tidak berjaya mencari jalan keluar yang meyakinkan.Menteri yang ada bukan sahaja tidak efisien, bahkan Menteri sendiri melanggar undang-undang. Ini adalah hasil daripada barisan Kabinet yang dipilih cuma berasaskan parti demi survival politik segelintir individu, dan bukannya kerana merit.Apa yang berlaku sekarang adalah rakyat menderita dan kehilangan pekerjaan malah berhadapan pula dengan krisis ekonomi terutamanya selepas moratorium berakhir Oktober ini.Dalam masa yang sama, kerajaan Muhyiddin sibuk merampas kerajaan Sabah sehingga membawa kepada peningkatan kes positif Covid-19. Hasilnya kini bukan rakyat Sabah saja yang menderita, Covid-19 kini juga telah merebak hingga ke Semenanjung sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terpaksa dilaksanakan semula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Ketika ini semua berlaku, di mana Menteri? Di mana Menteri Kesihatan ketika kes Covid-19 mencecah lebih dari 800 sehari? Di mana Menteri Pendidikan ketika anak-anak tidak lagi boleh ke sekolah untuk belajar? Di mana Menteri Pengajian Tinggi ketika anak siswa kita dalam kesusahan? Bagaimana pula dengan menteri yang melanggar undang-undang kuarantin tetapi masih bebas berbanding rakyat biasa?Menteri yang ada hari ini bukan sahaja tidak berdepan dengan rakyat dan membuat penjelasan, bahkan begitu takut dengan media sehingga menyebabkan rakyat terpinga-pinga ketidaktahuan.Apakah ini yang rakyat mahukan? Sokongan saya kepada Anwar itu bukan soal yang penting. Yang penting dan membimbangkan bagi saya ialah negara kita sekarang bukan saja berada dalam krisis ekonomi dan krisis kesihatan, bahkan krisis kemanusiaan dan krisis kepimpinan di bawah kepimpinan kerajaan yang diragui kestabilannya, dan dianggotai oleh barisan kabinet yang tidak efisien.- Banyak pihak yang menyatakan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat, adakah hal ini benar-benar berlaku atau hanya khabar angin?Saya fikir hanya ada satu cara saja untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita selesaikan perkara ini di Dewan Rakyat. Ini juga akan menjadi bukti kepada rakyat, berapa majoriti sokongan yang Perdana Menteri miliki hari ini. Sekali gus ini juga mengikut lunas-lunas perlembagaan dan memperkasa sistem demokrasi yang kita amalkan.Dewan Rakyat -Foto Bernama- Speaker Dewan Rakyat ada mengeluarkan kenyataan bahawa usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat hanya akan berjaya dikemukakan jika pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi laluan. Adakah ini bermakna bahawa usaha yang dibuat oleh ahli Parlimen Langkawi dan lain-lain ini hanya sia-sia?Sebenarnya tidak. Usul undi tidak percaya masih lagi boleh digunakan untuk menguji sokongan sebenar yang dimiliki oleh Muhyiddin sekiranya beberapa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat digantung sementara daripada dikuatkuasakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.Untuk itu, saya telah menghantar satu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan 90 (2) mencadangkan agar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang mengutamakan urusan kerajaan digantung oleh Majlis Mesyuarat sehingga selesai usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi terhadap Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh dibaca dan diputuskan oleh Dewan Rakyat.Saya juga pada masa yang sama telah memasukkan satu usul mencadangkan agar Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bersetuju untuk menetapkan bahawa aturan urusan mesyuarat pada hari Isnin, 2 November 2020 diubah daripada kelaziman susunan dalam Peraturan 14 (1) dengan memberi laluan agar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa oleh Yang Berhormat Langkawi terlebih dahulu didengar dan diputuskan sejurus selesai pemasyhuran daripada Speaker.Kita perlu berhadapan dengan realiti yang sebenar, keadaan ekonomi sedang tenat, dan kes Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara. Tanpa kestabilan politik dan urus tadbir yang telus, saya tidak nampak nasib rakyat akan terbela. Jika semua pihak jujur maka inilah masanya untuk membuktikan keikhlasan itu di Dewan Rakyat dengan menyokong kedua-dua usul yang saya bawa dan tentunya usul daripada Yang Berhormat Langkawi pada Isnin, 2 November 2020 agar suasana politik negara kembali tenang dan kepercayaan rakyat segera dipulihkan.- Jika benar, Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, siapakah yang layak dan bakal menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri?Persoalannya siapakah yang mempunyai angka sokongan yang cukup untuk memimpin negara ini sekali gus membawa negara keluar dari krisis ini? Ini adalah berdasarkan lunas demokrasi berparlimen ala-Westminster.Kita maklum bahawa Anwar telah mengadap Seri Paduka Baginda dengan angkanya dan ini telah didedahkan kepada umum. Kita juga telah dikejutkan dengan dua nama baru yang muncul sejak beberapa hari yang lalu iaitu Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.Atau adakah seseorang daripada Bersatu yang akan diusulkan untuk menggantikan Muhyiddin demi mendapat sokongan ahli Parlimen?Kita maklum dalam Kabinet, selepas Muhyiddin calon Bersatu dan Menteri yang paling kanan yang ada ialah Datuk Seri Mohammed Azmin Ali, yang juga merupakan antara arkitek Langkah Sheraton tempoh hari.Ini semua spekulasi, namun yang boleh menentukan kebenarannya ialah rakan-rakan yang telah bersama dalam Langkah Sheraton membentuk kerajaan Muhyiddin yang lalu. Soalan yang perlu ditanyakan kepada UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak adalah apakah mereka bersetuju untuk mencalonkan Azmin sebagai PM sekiranya spekulasi ini benar? Atau lebih tepat lagi, adakah rakyat mahukan Azmin sebagai PM?- Ada yang berpendapat perebutan kuasa ini hanya berlaku dalam kalangan ahli politik dan percaturan pihak atasan serta tidak menterjemahkan apa yang rakyat perlu. Apa respon Yang Berhormat?Hari ini, rakyat perlukan kestabilan politik. Rakyat perlukan pentadbiran yang fokus untuk menyelesaikan masalah. Rakyat perlukan ekonomi yang stabil, dipacu oleh inisiatif serta langkah intervensi oleh pihak Kerajaan yang berterusan dan mapan.Rakyat perlu makanan di atas meja mereka. Rakyat perlu sistem kesihatan yang boleh membantu mereka mengelakkan Covid-19. Rakyat perlukan sistem sokongan pendidikan yang lebih jelas demi masadepan anak-anak mereka. Rakyat perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari kemelut ini.Ini yang rakyat terbanyak perlukan. Sekiranya pemimpin dan kerajaan yang ada dilihat dan diyakini tidak dapat menyediakan penyelesaian jangkamasa panjang, maka adalah munasabah untuk kita gantikan dengan pemimpin dan kerajaan yang lebih baik.Muhyiddin - Baru-baru ini ketika Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan saat akhir tidak membenarkan pelajar mendaftar di Universiti, Yang Berhormat bertindak menganjurkan crowdfunding untuk membantu pelajar-pelajar yang terkandas. Kenapa Yang Berhormat melakukannya dan apakah yang mendorong bertindak sedemikian?Mudah, saya fikir apa yang sebenarnya pelajar perlukan, rakyat perlukan. Sebagai bukan menteri dan bukan kerajaan, saya fikir apakah platform, ruang untuk saya dan rakyat kebanyakan turut membantu.Mereka perlukan penyelesaian, jalan keluar yang segera. Lebih 4,000 pelajar yang memohon dan menceritakan segala macam kekangan yang mereka hadapi, yang pada saya boleh dielakkan sekiranya KPT lebih cermat dan berhati-hati.Alhamdulillah saya, dengan kerjasama pasukan Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan dapat kumpulkan lebih dari RM150,648 dan dapat bantu seramai 1,087 pelajar dari kekangan yang mereka hadapi. Seramai 31,867 rakyat Malaysia telah turut sama menyumbang dalam kempen ini.Begitu juga dengan Sabah sekarang. Kita telah lancarkan kempen \u2018Kita Jaga Sabah\u2019 untuk sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat Sabah yang terkesan dengan pandemik ini.Pendek kata, saya rasa saya sepertimana juga mana-mana pemimpin perlu fikir dan buat apa yang rakyat perlukan, bukan apa yang parti dan diri sendiri perlukan.- Apakah pesanan terakhir Yang Berhormat terhadap krisis yang sedang berlaku di negara kita hari ini?Pesan saya, sebagai ahli politik, saya dan semua ahli Parlimen yang lain perlu bekerja lebih keras dan meletakkan kepentingan negara dan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan peribadi, kepentingan parti, kepentingan blok dan kepentingan isme.Saya juga berharap kerajaan dan pembangkang dapat sama-sama duduk semeja berpadu tenaga untuk mencari jalan keluar daripada krisis yang kita semua hadapi ini. Ini boleh dilakukan sekiranya kita benar-benar sayangkan negara dan rakyat lebih dari sayangkan diri dan parti.Akhir sekali, saya doakan agar kita semua dapat bersama-sama melawan Covid-19 ini. Kita masih belum menang, tapi kita pasti menang.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Oktober 2020 05:55pm"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/105780/berita/wawancara/politik-kepartian-panaskan-dewan-rakyat", "article_title": "Politik kepartian panaskan Dewan Rakyat", "article_text": "PERSIDANGAN secara maya mula diperkenalkan di Parlimen beberapa negara seperti United Kingdom dan Australia susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.Di Malaysia, terdapat cadangan supaya pembudayaan kebiasaan baharu itu dilaksanakan menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 November hingga 15 Disember nanti.Namun begitu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berpendapat cadangan tersebut belum sesuai dilaksanakan atas faktor praktikaliti selain keperluan meminda peraturan sedia ada.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat dalam suasana kontroversi pada 13 Julai lalu turut menjelaskan beberapa isu daripada faktor-faktor yang menyebabkan suatu usul ditolak, kualiti perbahasan ahli Parlimen sehinggalah persepsi wakil rakyat kuat bertengkar di dalam Dewan.Ikuti temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Nurul Huda Husain bersama Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun di pejabatnya di Bangunan Parlimen baru-baru ini.SINAR AHAD: Pelantikan Datuk sebagai Speaker Dewan Rakyat setelah 22 bulan memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpalit kontroversi dan menjadi buah mulut orang seolah-olah Malaysia tidak ada calon lain untuk menjadi Speaker. Apakah perasaan Datuk ketika itu?AZHAR: Ketika dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu, saya terperanjat juga dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat. Saya ingatkan saya telah membuktikan kebebasan saya semasa menjadi Pengerusi SPR.Saya mempunyai sahabat di kedua-dua belah pihak di sebelah sini dan di sebelah sana. Jadi saya fikir saya boleh menjadi jambatan antara kedua-dua pihak itu. Tetapi malangnya di dalam Dewan Rakyat, itu merupakan satu idealisme yang tidak wujud dan layanan yang diberikan agak mengejutkan saya.Azhar berhasrat untuk memperkukuhkan bahagian penyelidikan.Sama ada sudah tidak ada orang lain atau tidak, saya tidak tahu tetapi sayalah yang dicadangkan oleh pihak majoriti ketika itu. Bagi saya ia satu penghormatan kerana saya diberikan peluang berkhidmat kepada negara. Saya menerimanya dengan hati terbuka sama seperti semasa saya dilantik menjadi Pengerusi SPR.Bagaimanakah pandangan Datuk terhadap ahli Parlimen yang suka bertengkar atau membuat provokasi di dalam Dewan yang disiarkan secara live di televisyen dan media sosial?Sebenarnya kalau lihat prosiding Dewan Rakyat itu secara keseluruhan dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang, atau kadang-kadangnya sehingga 11 malam, ia berjalan secara aman dan perdebatan juga berjalan lancar. Cuma, boleh jadi kira-kira lima peratus daripada waktu tersebut terdapat pergeseran, pertengkaran serta perbalahan.Malangnya, pergeseran itulah yang digembar-gemburkan oleh agensi berita dan diviralkan dalam media sosial. Pada amnya, 95 peratus masa perdebatan itu berjalan lancar. Jadi sudah tentulah bagi saya pergeseran dan perbalahan sebegitu tidak berapa elok, tidak berapa enak dipandang ramai.Bagaimanapun, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mententeramkan keadaan. Tetapi menjadi kebiasaan manusia, kadangkala dalam suasana panas berdebat, perkara tersebut tidak dapat dielakkan.Di Dewan Rakyat sebelum ini Datuk pernah memberi pesanan kepada semua ahli Parlimen agar bersidang secara harmoni dan mempamerkan perbahasan berkualiti mengenai sesuatu usul. Apakah kriteria \u2018perbahasan berkualiti\u2019 yang Datuk maksudkan?Bagi saya kriteria perbahasan berkualiti ialah perbahasan secara mendalam, matang dan tidak emosi mengenai sesuatu isu. Saya faham Dewan Rakyat dipenuhi oleh ahli-ahli Parlimen yang merupakan ahli-ahli politik, maka mereka tidak dapat lari daripada berpolitik di dalam Dewan Rakyat. Tapi kalau politik kepartian itu dapat dikurangkan semasa perbahasan, saya rasa lebih elok dan akan menjadikan perbahasan itu lebih bermakna.Apakah kualiti perbahasan ini ada kaitan dengan dominasi golongan veteran politik memandangkan bilangan wakil rakyat muda berumur bawah 45 tahun hanya sekitar 24 orang atau 10 peratus daripada keseluruhan 222 wakil rakyat?Saya tidak berani kata sama ada ahli Parlimen yang lebih muda lebih berkualiti perbahasan mereka dibandingkan dengan ahli-ahli Parlimen yang lebih tua. Saya rasa kita tidak boleh membuat andaian sedemikian. Kebanyakan ahli Parlimen muda sememangnya saya nampak penyelidikan mereka lebih baik sedikit dan cara mereka berdebat juga berlainan. Namun ada juga ahli Parlimen muda yang beremosi, yang berpolitik secara berpanjangan.Dalam konteks pihak Parlimen, hasrat saya adalah untuk memperkukuhkan bahagian penyelidikan. Kita mempunyai 15 orang penyelidik, yang saya rasa agak membebankan bagi mereka untuk menampung keperluan penyelidikan kesemua 222 orang ahli Parlimen dan kementerian-kementerian.Jadi hasrat saya adalah untuk memperkukuhkan dan kalau boleh menambah kakitangan bahagian penyelidikan. Dengan penyelidikan yang mendalam, sesuatu perbahasan akan bertambah kualitinya.Azhar bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi AlyasaBaru-baru ini saya telah cadangkan kepada Majlis Peguam agar mereka mewujudkan sebuah jawatankuasa atau satu pasukan peguam yang secara sukarela membantu ahli-ahli Parlimen dari segi perundangan, perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan sebagainya. Alhamdulillah, Majlis Peguam nampaknya positif dengan cadangan saya.Saya juga berharap ada masyarakat awam, NGO dan juga badan-badan profesional seperti doktor dan akauntan yang dapat menyediakan pasukan yang boleh memberi nasihat dan input kepada ahli Parlimen secara langsung mengenai apa-apa rang undang-undang yang berkaitan dengan profesion mereka. Saya rasa kalau kita ada sokongan sebegitu, maka penyelidikan dan perbahasan ahli-ahli Parlimen kita akan menjadi lebih mendalam dan bermakna.Apakah pembaharuan yang ingin Datuk bawa sebagai Speaker Dewan Rakyat?Salah satu pembaharuan itu adalah seperti yang saya nyatakan tadi iaitu mewujudkan sokongan kepada ahli-ahli Parlimen kita dalam membuat penyelidikan. Namun, pembaharuan paling utama ialah pembudayaan penggunaan jawatankuasa pilihan khas.Saya rasa inisiatif itu yang dimulakan oleh mantan Speaker yang lalu adalah sangat baik. Membudayakan penggunaan jawatankuasa pilihan khas ini bermaksud lebih banyak aktiviti analisis, kritikan dan pemberian input kepada setiap kementerian.Untuk mencapai matlamat ini, saya dengan kerjasama Ketua Pentadbir Parlimen dan Setiausaha Dewan Rakyat sedang mengusahakan penubuhan sebuah sekretariat khusus untuk jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas ini. Kita sedang meminta kebenaran untuk mendapatkan khidmat staf sokongan yang khusus dan berdedikasi.Berhubung keselamatan ahli Parlimen daripada wabak Covid-19, apakah perkara baharu yang mungkin akan dilakukan menjelang sidang Dewan Rakyat pada 2 November nanti?Kita akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara ketat.Kita juga telah tetapkan bahawa ahli-ahli Parlimen dari Sabah dikehendaki datang ke Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 17 Oktober kerana mereka perlu dikuarantin selama 14 hari.Semua ahli Parlimen juga diminta menjalani ujian Covid-19 pada 28 atau 30 Oktober iaitu tiga atau empat hari sebelum persidangan pada 2 November.Ada juga desas-desus yang meminta kita membuat persidangan secara maya, Zoom dan sebagainya. Sebenarnya persidangan secara maya ini tidak dapat dijalankan dalam waktu terdekat.Di United Kingdom (UK) memang ada persidangan secara maya tetapi mereka sudah menyediakan satu SOP lebih awal dan proses persidangan secara maya itu juga telah ditetapkan oleh Parlimen UK termasuklah undian secara proksi. Saya rasa kita belum bersedia untuk membuat undian secara proksi.Di Australia, walaupun terdapat persidangan secara maya tetapi ahli Parlimen tidak dibenarkan mengundi dan tidak dikira untuk kuorum. Jadi mereka cuma mengambil bahagian. Kalau mereka hendak bercakap kena beri notis 15 minit kepada Speaker. Jadi amalannya agak susah sebenarnya di Australia.Di Malaysia pula, mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat tidak boleh mengundi. Itu dalam Perlembagaan kita, iaitu Artikel 62(5).Persidangan Dewan Rakyat ini juga adalah sebagaimana yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong tahun lalu iaitu persidangan adalah di bangunan Parlimen.Jadi kalau kita hendak buat secara maya, maka terpaksalah kita pinda peraturan mesyuarat bagi membenarkan ahli-ahli Parlimen yang hadir secara maya untuk mengundi, untuk bercakap, untuk mencelah dan sebagainya. Proses itu akan mengambil masa yang agak lama.Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat sering berlaku sebelum ini. Bagaimana Datuk melihat kehadiran ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan setakat ini?Kalau kita lihat Dewan Rakyat kadang-kadang tidak berapa penuh dan kadang-kadang pula penuh. Pada persidangan yang lepas, Dewan Rakyat memang penuh dan hanya beberapa ketika kelihatan kosong. Tetapi kita sebenarnya tidak boleh membuat andaian bahawa kalau dewan itu kosong, maka ahli-ahli Parlimen tidak buat kerja.Dewan Rakyat itu bagi saya hanya satu pentas. Kalau penyanyi itu kita nampak dia menyanyi di atas pentas. Tapi apa yang dia buat di belakang, kita tidak nampak, dia berlatih, pergi buat baju dan sebagainya. Serupa dengan ahli Parlimen, kita nampak sama ada mereka berada atau tidak di Dewan Rakyat. Tapi kerja yang mereka lakukan di belakang, kita tidak nampak.Setelah berada di Parlimen ini saya sedar bahawa ahli-ahli Parlimen kita bekerja keras sebenarnya. Berjumpa orang dan bermacam-macam program mereka lakukan. Kalau terdapat rang undang-undang atau isu yang penting, Dewan Rakyat akan penuh. Jadi tidak adil untuk kita andaikan bahawa seseorang ahli Parlimen itu tidak buat kerja semata-mata disebabkan beliau tidak ada di situ.Kita selalu mendengar Speaker Dewan Rakyat menolak atau enggan mendahulukan usul khususnya usul tergempar atas alasan ia bukan keperluan mendesak. Bagaimanakah Datuk mentafsir istilah \u2018keperluan mendesak\u2019 itu? Ada juga yang mengatakan ia ditolak atas sebab politik. Apakah komen Datuk?Usul tergempar ini sebenarnya ada dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat iaitu ia perlulah isu yang spesifik, mengenai kepentingan awam, dan mestilah disegerakan. Jadi sebelum suatu usul atau usul tergempar itu dibenarkan, ia perlu mematuhi tiga syarat sedemikian.Pada persidangan yang lepas, saya telah benarkan dua usul iaitu pertama, isu mengenai Palestin; kedua, usul untuk membincangkan kompaun RM1,000 kepada pesalah yang tidak patuh SOP Covid-19. Bagi saya, tidak ada masalah kalau usul itu memenuhi tiga syarat tersebut.Tapi kalau tidak penuhi tiga syarat itu ataupun sekiranya terdapat niat yang lain, orang kata niat yang tersirat di sebalik usul itu, maka saya tidak akan benarkan.Contohnya ada satu usul mengenai Yang Berhormat Menteri yang pergi ke Turki, saya tidak benarkan usul tersebut kerana beliau telah dikompaun dan perkara itu telah dibangkitkan banyak kali semasa perbahasan. Pada hari itu pula terdapat empat hingga enam lagi rang undang-undang yang hendak dibahaskan.Apakah pesanan dan seruan Datuk kepada semua ahli Parlimen?Saya harap semua ahli Parlimen dapat memanfaatkan peranan mereka di Dewan Rakyat demi kepentingan negara, bukan kepentingan peribadi atau kepentingan kawasan mereka sahaja kerana ahli Parlimen ini apabila dipilih, mereka adalah ahli Parlimen Malaysia.Penglibatan mereka dalam rang undang-undang atau dalam polisi-polisi negara melangkaui kawasan Parlimen yang mereka wakili. Kalau itu boleh diberi penekanan oleh semua ahli Parlimen, maka saya rasa Dewan Rakyat akan menjadi lebih bermakna dalam menggubal undang-undang dan juga dasar-dasar negara.DATUK AZHAR AZIZAN HARUNJAWATAN SEKARANG: Speaker Dewan RakyatUMUR: 57 tahun (1962)PENDIDIKAN: Universiti Malaya (LLB), King\u2019s College London (LLM)ASAL: Kampung Sanglang, Ayer Hitam, KedahPENGALAMAN:Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (21 September 2018 - 29 Jun 2020)PeguamANEKDOTSpeaker pertama pergi ke coffee loungeSebagai Speaker Dewan Rakyat, saya melibat urus dengan semua pihak. Ramai ahli Parlimen yang saya jemput untuk duduk di sini (pejabat Speaker), dua tiga orang sekali untuk berbincang, bersantai mengenali sesama sendiri.Saya juga Speaker yang pertama adakan mesyuarat parti whip yang dihadiri oleh 100 peratus parti whip daripada kedua-dua belah pihak. Dimaklumkan, saya juga Speaker pertama yang pergi ke coffee lounge.Saya memang suka pergi ke tempat terdapat ahli Parlimen kerana daripada perbincangan di luar dewan ini saya rasa banyak perkara yang dapat saya fahami. Saya dapat rasai suasana di bawah dan saya mendapat input yang lebih bermakna.Langsung tiada akaun media sosial peribadiSaya sudah tidak ada langsung media sosial. Kosong. Sebenarnya saya okay dengan kritikan sebab kalau kita tidak mahu dikritik, kita tidak boleh menjawat jawatan tinggi. Bila kita ada jawatan, jawatan tinggi atau rendah, memang akan ada kritikan.Jadi kritikan itu bagi saya adalah perkara biasa. Tapi yang saya ada masalah sedikit, pertama apabila kritikan itu di luar batasan. Kedua, kritikan itu pula tidak ada kena-mengena dengan isu yang saya bangkitkan. Ketiga, itu bukan kritikan pun tapi troll, apa pun yang kita buat dia akan troll. Jadi, sebenarnya saya kekurangan masa untuk melayan kritikan yang sebegituKemudian perlu diingat juga ahli keluarga saya, anak-anak saya juga kadang-kadang membaca. Mereka tidak terlibat dengan kerja saya tapi bila membaca kritikan yang melampau, itu menyinggung perasaan mereka. Jadi lebih baik saya keluar terus secara total daripada media sosial. Sekarang saya tidak ada apa-apa akaun media sosial.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Oktober 2020 10:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/105782/berita/wawancara/model-baharu-kukuhkan-belia-dan-sukan", "article_title": "Model baharu kukuhkan belia dan sukan", "article_text": "DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap tugas baharu beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan pada zaman Covid-19 begitu mencabar.Beliau telah melihat sendiri begitu ramai anak muda yang masih terkapai-kapai untuk membina kehidupan susulan pandemik itu manakala industri sukan Malaysia yang bernilai jutaan ringgit terjejas teruk akibat Covid-19.Bagaimanapun, dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, beliau yang menjadi Menteri Belia dan Sukan sejak Mac tahun ini amat optimis malah bercita-cita menjadikan industri sukan sebagai pencipta kekayaan untuk negara.Beliau juga menjelaskan tiga paksi utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kepimpinan beliau iaitu pembangunan sukan, pembangunan belia dan kemahiran.Ikuti temu bual Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Pengarang Sukan, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa dan wartawan Muhammad Zakwan Nazaraly bersama anak jati Pulau Pinang berusia 48 tahun itu di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Datuk Seri dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan secara rasmi pada 9 Mac lalu. Dalam tempoh lapan bulan ini, bagaimanakah Datuk Seri melihat perjalanan Datuk Seri ketika memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan?REEZAL MERICAN: Saya diberi amanah sebagai Menteri Belia dan Sukan kebetulan ketika bermulanya pandemik Covid-19. Ia tentulah satu tanggungjawab dan tugas yang mencabar.Semua sektor dalam negara terpaksa ditutup dan tidak terkecuali sektor sukan. Penutupan sektor sukan menyebabkan ia memerlukan penyesuaian dengan norma baharu dan akan memberi kesan terutamanya tatkala kita sedang membuat persiapan untuk Olimpik Tokyo 2020.Kejohanan besar dalam negara seperti Sukma 2020 terpaksa ditangguhkan. Ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman baharu kepada saya untuk bekerjasama dengan komuniti yang sama sekali berbeza dengan pengalaman saya pada masa lalu.Reezal Merican tetap optimis menjadikan industri sukan sebagai pencipta kekayaan untuk negara.Dari sudut belia, ia tidaklah begitu janggal kerana saya pernah bergelumang sebagai aktivis belia, dulu saya pernah menjadi Presiden GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), jadi saya dapat menyelami keperluan-keperluan dari segi kepimpinan dalam perjuangan belia.Sukan boleh dipanggil sebagai satu industri. Apabila terkena Covid-19, semua terkesan. Bagaimanakah Datuk Seri melihat industri sukan yang terkesan akibat Covid-19?Kalau nak kira industri sukan bukan hanya terkesan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Sebab itulah kalau diingat lagi pada bulan Mac apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian diperkenalkan PKPB, saya berusaha untuk memastikan sektor sukan dapat dibuka semula. Itu sahaja cara untuk kita bantu. Bukan sahaja kejohanan bola sepak seperti Liga Malaysia, tetapi pengendali fasiliti sukan komersial seperti padang dan gelanggang badminton, semuanya mengalami kesan yang teruk.Selain daripada itu, saya juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan agar satu bentuk bantuan dapat dibuat secara khusus terutamanya dalam Belanjawan 2021 nanti. Namun, sementara menunggu bantuan itu, saya telah buat pengumuman mengenai insentif prihatin sukan pada bulan Julai lalu yang berjumlah RM10 juta untuk membantu semua persatuan sukan kebangsaan dan persatuan sukan negeri.Semasa pelantikan Datuk Seri sebagai Menteri Belia dan Sukan, ada orang kecam sebab sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh orang muda dan sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada orang yang lebih muda. Apakah perasaan Datuk Seri ketika itu?Saya tak anggap itu kecaman. Saya anggap ia satu bandingan yang agak natural. Tetapi hakikatnya kalau kita lihat sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek jadi Menteri Belia dan Sukan semasa berumur 51 tahun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi masa umur 48 tahun. Saya kiranya antara menteri yang muda juga. Kalau lihat di ASEAN, Menteri Belia dan Sukan Singapura berumur 50 tahun, Indonesia juga umur 50 tahun ke atas, Thailand 57 tahun, Jepun hampir mencecah 60 tahun. Maknanya bukan umur yang menjadi ukuran.Mungkin antara sebab saya diletakkan di kementerian ini adalah untuk melakukan pengimbangan. Selalunya menteri yang datang ke KBS sentiasa dipersalahkan kerana memberi keutamaan yang lebih kepada sukan berbanding belia.Hakikatnya perkara itu akan sentiasa dilihat sebab apabila kita buka akhbar atau televisyen, sukan ada segmen khas sendiri tetapi belia kurang mendapat liputan. Namun, apabila berlaku wabak Covid-19, antara golongan yang terkesan ialah belia yang kehilangan pekerjaan. Ini semua akan menjadi perjuangan saya di kementerian ini.Apakah cabaran utama belia di Malaysia sekarang?Cabarannya adalah perubahan kehendak pasaran yang berlaku di seluruh dunia khususnya dari segi kemahiran.Sebab itu dalam tempoh akan datang, saya memikirkan keperluan untuk belia melengkapkan diri dengan kemahiran terutama dalam Revolusi Industri 4.0. Apabila terjadi wabak Covid-19, proses ke arah norma baharu adalah melalui platform digital, perkara ini perlu dibekalkan kepada belia. Apa yang dibuat di bawah program Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) adalah untuk melengkapkan kemahiran dan juga melakukan kemahiran silang.Ada pelajar yang sedang belajar kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) umpamanya mungkin pada waktu ini tidak boleh dipasarkan kerana industri berkaitan terkesan dengan Covid-19. Contohnya, industri hospitaliti, hotel dan pelancongan, jadi belia perlu dilengkapkan dengan kemahiran lain.Inilah yang dilakukan di KBS. Saya sudah menjelajah hampir tujuh kementerian lain yang saya panggil sebagai cross ministerial collaboration. KBS ini walaupun sebuah kementerian belia tetapi hakikatnya segala kemudahan dan keperluan belia berada di kementerian lain. Dari segi soal penciptaan pekerjaan, misalnya, ada di Kementerian Sumber Manusia; dari segi keusahawanan, ada di Kementerian Pembangunan Usahawan dan kalau dari segi pembangunan belia desa, ada di Kementerian Luar Bandar. Apa yang saya lakukan adalah mewujudkan jaringan kerjasama dan merangkumkan tujuh kementerian tadi menerusi Single Landing Page. Maknanya jika mendaftar di KBS, mereka boleh gunakan fasiliti di kementerian lain. Program ini sedang dibangunkan. Selewat-lewatnya awal tahun depan kita akan lengkapkan integrasi tersebut untuk membolehkan belia mendapat kemudahan dan kemahiran tambahan.Reezal (kiri) ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Putrajaya minggu ini. Turut kelihatan Baharom (dua dari kiri), Junhairi, Azizul Fahmi dan Muhammad Zakwan.Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan juga kehilangan pekerjaan susulan Covid-19, apakah yang Datuk Seri bimbang berhubung masa depan belia di negara ini?Mungkin salah satu kerisauan ialah fasiliti yang disediakan oleh kerajaan tidak ada capaian kepada belia di kawasan tertentu. Keduanya, berlaku jurang antara belia di kota dan di pedalaman. Saya fikir peluang itu perlu diratakan. Dengan adanya Single Landing Page ini, kita harap capaian kepada kemudahan ini dapat dinikmati oleh belia.Dalam tempoh Covid-19 ini KBS turut simpulkan belia kepada lima kategori Belia Resah. Pertama, mereka yang berada di peringkat universiti yang mahu masuk ke alam pekerjaan. Mereka ini risau apabila keluar nanti tiada pekerjaan. Kedua, mereka yang berada dalam bidang keusahawanan, apabila berlaku Covid-19 kebanyakan perniagaan terkesan dan terpaksa gulung tikar.Ketiga, belia yang berada dalam gig ekonomi yang mana mereka tiada kemahiran lain. Jika mereka tidak ada sebarang usaha untuk meningkatkan kemahiran, mereka mungkin terdedah kepada segala kesukaran dalam hidup.Selain itu, belia yang sudah bekerja, namun apabila tercetus Covid-19 mereka berkemungkinan akan dibuang kerja. Kumpulan kelima ialah kategori belia \u2018NEET\u2019 (Not in Education, Employment, or Training) yang tidak berpendidikan, tidak bekerja dan tiada latihan kemahiran yang perlu diberi sokongan. Salah satu program yang sedang diusahakan oleh KBS ialah Skim Perantisan Nasional yang menyediakan hampir 10,000 peluang penempatan pekerjaan kepada beliau.Dengan berlakunya penguncupan ekonomi sejak 10 bulan yang lepas, bagaimanakah Datuk Seri melihat keupayaan kerajaan untuk terus memberikan peruntukan kepada belia dan juga sukan dalam Belanjawan 2021?Saya lihat ia memang sesuatu yang sukar. Sebab itu satu bentuk model dana kepada sukan dan belia perlu melalui model yang diubah suai. Kita tidak boleh lagi ada perbelanjaan yang tiris. Dalam dalam masa yang sama, kesukaran ini perlu dilihat sebagai satu cabaran.Sekarang kita ada satu lagi sukan yang mendapat tempat iaitu e-sport, yang mana sukan ini mempunyai capaian yang cukup besar. Setakat ini jumlah peminat e-sport di Malaysia adalah seramai 16 juta, satu jumlah yang besar. Malah, kita bukan lihat dari aspek orang yang terlibat dan bermain, tetapi juga mereka yang menonton. Orang yang menonton mencapai sehingga puluhan juta. Ini menunjukkan betapa sukan ini boleh digunakan untuk mencapai golongan muda.Di KBS, sukan ini dimulakan oleh menteri yang lalu dan sudah ada kerangka awal untuk melihat perkembangan e-sport dan kita akan teruskan. Ini merupakan sukan baharu yang memerlukan pendanaan.Selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton untuk beraksi pada Sukan Olimpik, siapa lagi yang boleh diharapkan menjelmakan emas sulung untuk Malaysia?Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan tak bolehlah hendak menamakan secara spesifik siapa yang ada dalam benak saya yang boleh menyumbang emas pertama Olimpik. Tetapi, memadai untuk saya katakan bahawa dalam tempoh persiapan yang kita lakukan berdasarkan Program Podium, alhamdullilah telah mencapai kejayaan walaupun bukan secara keseluruhan.Saya dapat katakan kita ada banyak atlet sebelum Covid-19 yang menunjukkan peningkatan luar biasa. Contohnya Mohd Azizulhasni Awang, bayangkan dalam dua tahun beliau mampu berada di podium sebanyak 14 kali dalam 20 kejohanan yang disertai. Ia satu pencapaian yang baik. Lee Zii Jia, siapa sangka dalam Kejohanan Badminton All England, dia menang dengan Cheng Long dan Jonatan Christie. Malah, dia hanya tewas sedikit sahaja kepada Viktor Axelsen. Dalam tempoh setahun, daripada kedudukan ke-40, dia sudah berada pada kedudukan 10 pemain terbaik dunia.Begitu juga atlet-atlet kita yang lain termasuk atlet para telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Saya yakin insya-ALLAH Olimpik 2020 yang akan berlangsung tahun depan bakal menyaksikan idaman rakyat Malaysia untuk kita menang emas pertama bakal menjadi realiti.Setelah Datuk Seri menjadi Menteri Belia dan Sukan, mungkin selepas ini Datuk Seri berubah kementerian atau menyertai karier lain. Apakah yang Datuk Seri mahu tinggalkan dalam kementerian ini?Pertamanya, kementerian ini diasaskan dalam tiga paksi utama iaitu pembangunan sukan, pembangunan belia dan kemahiran. Namun, saya wujudkan satu lagi iaitu industri sukan. Saya mahu supaya industri sukan ini menjadi pencipta kekayaan kepada negara. Jangan tengok sesuatu sukan itu hanya sebagai sukan tetapi lihat kepada spin-off effect, dari segi penyediaan peralatan sukan, media dan kejurulatihan misalnya.Kalau tengok contohnya sukan golf, spin-off sukan tersebut nilainya mencecah ratusan jutaan ringgit. Maknanya sukan boleh menyumbang kekayaan. Kalau kita pergi ke China, sukan menjadi salah satu cabang menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).Dalam kita nak menuju kepada rakyat yang 100 peratus bersukan yang digerakkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu, salah satu caranya adalah menyemarakkan industri sukan. Ia boleh menjadi salah satu peluang pekerjaan dan kekayaan baharu.Selain itu, saya juga mahu memastikan sukan e-sport dapat dimainkan seramai mungkin. E-sport ini salah satu kerangka pelan strategik untuk memastikan kita boleh cungkil bakat atlet yang dapat harumkan nama negara. Sukan tersebut telah dimainkan pada Sukan SEA, dan kemungkinan pada Sukan Asia dan tidak mustahil akan dimainkan pada Sukan Olimpik. Selain itu, saya tidak mahu anak-anak muda kita hanya jadi pemain, tetapi saya nak juga melihat kepada skop yang lebih luas terutama dari segi game publisher dan content creation, itu boleh menjana pendapatan. Jadi itulah apa yang saya nak tinggalkan di kementerian ini nanti.Datuk Seri Reezal Merican Naina MericanJawatan sekarang: Menteri Belia dan SukanUmur: 48 tahun (1972)Asal: Pulau PinangPendidikan: Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaPolitik: Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang (UMNO)Timbalan Menteri Luar (2015-2018)Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad BadawiBekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)ANEKDOTPandangan terhadap tiga Perdana MenteriSaya pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pernah menjadi Timbalan Menteri Luar semasa zaman Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang saya pula berada dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Malah, kalau diikutkan saya juga pernah berada di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Saya melihat semua pemimpin ini mempunyai stail tersendiri. Tetapi ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai satu persamaan iaitu mereka membuat keputusanKalau masih ingat Pak Lah dahulu, walaupun tempoh pentadbirannya tidak terlalu panjang, tetapi beliau buat keputusan yang penting iaitu menjulang pertanian sebagai industri yang akhirnya menjana kepada kekayaan negara. Begitu juga pada zaman Datuk Seri Najib. Walaupun beliau tidak dapat turun melihat sendiri sesuatu aktiviti tetapi saya fikir beliau seorang yang mendengar, contohnya pembelaan terhadap nelayan.Tun Abdullah datang daripada latar belakang yang berbeza, beliau tahu bahawa hidup nelayan itu susah, maka beliau memperkenalkan wang sara hidup RM200 kepada nelayan. Tetapi apabila Datuk Seri Najib datang, apabila kos meningkat, beliau menaikkan wang sara hidup daripada RM200 ke RM300. Beliau tidak pernah turun ke laut, tetapi dalam mesyuarat beliau seorang yang mendengar.Begitu juga Tan Sri Muhyiddin, tatkala negara sedang bergelut dengan bermacam dakwa dakwi, ekonomi dan hutang negara tinggi, beliau membuat keputusan melancarkan pelan rangsangan ekonomi, memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional dan memberikan insentif yang menelan belanja sekitar RM250 bilion. Ini merupakan satu keputusan besar dan beliau mengambil keputusan itu demi rakyat dan negara.Ketiga-tiga mereka merupakan pembuat keputusan dalam cara mereka sendiri dalam latar belakang iklim politik yang berbeza. Tetapi, saya fikir untuk menakhodai kepimpinan negara, seseorang perlu membuat keputusan yang tepat pada waktu yang betul.Pengajaran berharga ketika menjadi pembangkangSAYA fikir salah satu pengajaran penting sewaktu menjadi pembangkang adalah untuk menjadi ahli politik yang dihormati. Kita perlu menjadi orang yang bercakap berdasarkan fakta. Menjadi pembangkang perlu mengkritik berdasarkan fakta.Begitu juga kalau mahu mengadakan dasar baharu, ia juga perlu berasaskan fakta dan realiti. Sebab rakyat tidak boleh dihidangkan dengan perkara separuh masak kebenarannya, apatah lagi pembohongan. Mungkin boleh berlaku sekali dua tetapi akhirnya rakyat akan tahu juga. Politik merupakan medan pertarungan persepsi yang hebat. Apabila diwarnai persepsi tersebut kadang-kadang ia akan membentuk sebuah kepercayaan.Tetapi pada akhirnya kalau ia bukan kebenaran, rakyat akan tahu. Begitu juga seperti yang disebut oleh kerajaan terdahulu seperti hutang terlalu tinggi dan negara muflis, namun Tan Sri Muhyiddin membuktikan sebaliknya menerusi pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion.", "reading_time": "4", "article_dt": "18 Oktober 2020 08:45am"} +{"author_name": "NURHIDAYAH HAIROM", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/104781/berita/wawancara/dengarlah-juga-suara-hati-guru-malaysia", "article_title": "Dengarlah juga suara hati guru Malaysia", "article_text": "[WAWANCARA] KEMAJUAN dan kemakmuran negara tidak mungkin dapat dicapai tanpa pengorbanan lebih 400,000 orang guru sekolah di negara ini yang setia menumpahkan keringat demi mendidik ratusan ribu anak bangsa setiap tahun.Namun sebagai manusia, guru juga ada masalah dan rintihan mereka sendiri. Ini termasuk beban tugas yang semakin bertambah, ekspektasi berlebihan daripada ibu bapa selain suara mereka kurang didengari oleh para pembuat dasar.Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock, sesi libat urus guru bersama pihak pembuat dasar merupakan elemen terpenting dalam usaha mengukuhkan sistem pendidikan negara bertaraf dunia di samping menjaga kebajikan komuniti pendidik tersebut.Dalam wawancara Sinar Ahad minggu ini, Harry Tan turut menjelaskan inti pati perjuangan kesatuan itu dengan meletakkan harapan agar kerajaan tidak melihat NUTP sebagai kumpulan penentang atau penghasut.Ikuti temu bual anak jati Melaka berusia 59 tahun itu bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Norhidayah Hairom.SINAR AHAD: Anda dilantik menjadi Setiausaha Agung NUTP sejak tahun 2017. Apakah pembaharuan-pembaharuan yang dibuat sejak tiga tahun lalu?HARRY TAN: Apabila saya diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan ini, saya telah kemukakan tiga hala tuju yang utama iaitu yang pertama, NUTP mahu capai sehingga 300,000 ahli. Kedua, meningkatkan profesionalisme, maksudnya ada lebih banyak latihan di tempat lebih sesuai. Ketiga, melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini kerana, sebagai sebuah organisasi, kita perlukan penyelidikan. Tanpa penyelidikan, organisasi akan menjadi dinosaur.Dan dengan bangganya, saya boleh nyatakan hasil R&D terbaru NUTP. Kita telah melancarkan pedagogi penjarakkan fizikal. Biasanya kita ajar anak didik kita supaya bermasyarakat tetapi sekarang kita ajar mereka agar menjaga keselamatan diri terlebih dahulu sebelum menjadi anggota masyarakat.Contohnya, tidak boleh kongsi makanan, tidak boleh bersalaman dan tidak boleh adakan aktiviti bersama. Jawatankuasa khas yang terdiri daripada ahli NUTP di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerjasama pensyarah daripada Universiti Malaya (UM) dan beberapa orang profesor telah melahirkan beberapa pedagogi penjarakkan fizikal. Ini telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lagi.Apakah cabaran-cabaran penting yang anda lalui sepanjang menjadi Setiausaha Agung NUTP?Cabaran yang dihadapi adalah untuk mendapatkan pihak atasan bagi mengadakan sesi libat urus kerana mungkin mereka memikirkan kami adalah penghasut dan penentang. Tetapi kita profesional. Apabila diadakan sesi libat urus bersama pihak pembuat dasar, maka dasar yang dikeluarkan akan diterima umum, ada kebolehpercayaan dan dapat dilaksanakan dengan mudah. NUTP adalah wakil pekerja yang terbesar, kita adalah sebuah organisasi yang terbesar tetapi kadangkala mereka lihat kita sebagai penentang.Bagaimana anda melihat perkembangan NUTP sejak dahulu hingga kini?NUTP pada masa dulu lebih mementingkan isu periuk nasi iaitu naik pangkat, elaun, gaji. Sekarang kita bersyukur kerana kerajaan telah mengadakan satu sistem imolumen yang sangat baik untuk guru-guru. Kalau hendak bandingkan, kita hanya di belakang doktor dan jurutera dalam sistem penjawat awam. Jadi gaji kita memang lumayan. Tapi pada masa sama, masyarakat mengharapkan lebih daripada guru dan kita mesti memberikan yang terbaik untuk anak didik bangsa kita supaya kita boleh bersaing di persada antarabangsa bukan saja di negara kita.Difahamkan satu daripada perjuangan NUTP adalah berhubung isu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Boleh jelaskan apa yang berlaku?NUTP mengambil berat isu ini sejak 2017. Kita dapati ada beberapa kekangan yang menghalang negara ke arah lebih cemerlang dalam TVET. Salah satu sebab utama mengapa NUTP terlibat dalam isu ini adalah kerana tuntutan gaji minimum kepada kerajaan melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).Kalau kita tuntut RM1,500 untuk kerajaan bayar kepada tukang sapu sudah tentu negara akan bankrap. Tetapi kalau tukang sapu itu menggunakan mesin, dia boleh servis mesin tersebut. Jadi berbaloi jika dia dibayar RM1,500. Untuk dia belajar servis mesin tersebut, dia mesti ada TVET. Jadi kita lihat ada tujuh kementerian yang melaksanakan TVET di negara kita. Masing-masing ada hala tuju tetapi pada masa sama, mereka menggunakan dana yang sama daripada belanjawan negara. Banyak kali kita lihat ada pertindihan.Harry Tan Huat HockPeruntukan terhad sebab TVET ini berubah dengan pantas mengikut teknologi terkini. Jadi anak didik kita tak boleh ikut kerana mereka mendapat pendidikan dengan kekangan peruntukan. Mereka tidak boleh beli peralatan terbaru.Jadi apa yang kita cadangkan ialah kerajaan lihat semula pendidikan TVET di negara kita supaya betul-betul maju dan boleh bersaing contohnya dengan pendidikan TVET di Jerman. Kita juga menjelajah ke Thailand dan Indonesia. Mereka jauh meninggalkan kita. Contohnya, industri automotif di Thailand.Kenapa mereka lebih maju daripada kita sedangkan kita yang mengeluarkan kereta?Dari segi pertanian mereka juga lebih maju sedangkan kita sepatutnya lebih ke hadapan lagi. Di Kementerian Pendidikan sendiri, perlu lihat semula Akta Pendidikan 1996 yang fokus kepada akademik. Tetapi di kolej vokasional, mereka keliru sama ada nak ajar akademik atau kemahiran walaupun pihak atasan kata mereka belajar kemahiran, sedangkan mengikut akta mereka mesti belajar akademik.Jadi apa yang berlaku kepada pelajar-pelajar TVET sebelum ini? Apakah ia seperti yang diharapkan?Banyak permasalahan yang kita telah sampaikan kepada kementerian dan harap dapat diselesaikan. Isu-isu yang disampaikan itu sensitif. Contohnya, TVET sepatutnya dapat menarik pelajar terbaik di negara kita, contohnya pelajar-pelajar lepasan PT3 yang mendapat gred A,B,C tetapi hakikatnya jika pergi mana-mana kolej vokasional, majoriti pelajarnya ada yang gred D,E,F.Maksudnya tidak memenuhi hasrat. Jadi NUTP rayu kepada pihak kementerian supaya lihat balik dasar ini agar pelajar yang mendapat gred D, E dan F yang tidak cenderung belajar akademik tetapi lebih cenderung untuk kerja-kerja pertukangan, diberi fokus ke arah itu.Terdapat rintihan juga mengatakan guru terpaksa menjadi warden di sekolah untuk menjaga pelajar dari pagi hingga malam. Apakah pandangan NUTP mengenai perkara ini?Tugas hakiki seorang guru adalah mengajar. Tapi sekarang mengajar bukan macam dulu. Sekarang mengajar bermula jam 7 pagi selalunya sehingga jam 4 petang. Ini adalah kerja sepenuh masa. Dulu mungkin separuh hari sahaja.Jadi bila guru dijadikan warden, lepas tamat sekolah, dia kena kembali ke asrama untuk pantau pelajar asrama sehingga waktu tidur pelajar. Itu belum termasuk jika ada pelajar yang sakit, mereka ini juga yang perlu uruskan sedangkan esoknya jam 7 pagi sudah perlu berada di sekolah. Jadi, bolehkah dia menjadi seorang guru yang efektif? Sudah tentu tidak.Jika ini berlaku, ibu bapa, pentadbir akan kata guru tidak buat kerja dengan betul. Ini menimbulkan masalah. Jadi NUTP merayu supaya kerajaan melantik warden sepenuh masa kerana warden sepatutnya perlu berada di asrama sepanjang masa.Melantik guru sebagai warden boleh mencetuskan masalah. Apabila menjadi warden, imolumen guru akan berkurangan sebab mereka perlu duduk di asrama. Sedangkan lebih tinggi pangkat, lebih tinggi imolumen imbuhan tetap perumahan. Ini merugikan kerana tugas bertambah, tetapi pendapatan berkurang.Menjadi isu lagi apabila lebih kurang 70 peratus guru di negara ini terdiri daripada kaum hawa dan mereka ada rumah tangga. Jika mereka dijadikan warden, apa yang akan terjadi kepada rumah tangga mereka? Semua orang akan tolak (tawaran jadi warden) dan pihak pentadbir akan pening kepala.Ada juga sekolah asrama berdepan isu peruntukan. Contohnya, ikut kadar sepatutnya, seorang warden bagi setiap 50 penghuni asrama. Kalau 100 penghuni perlu dua warden. Tapi kalau ada 75 penghuni, hanya ada seorang warden. Jadi apakah ini efektif? Ini yang kita minta diberi perhatian.Melantik warden dari luar pula boleh menambah beban kewangan kerajaan. Apakah itu puncanya perkara ini tidak dapat dilaksanakan?Kerajaan perlu jawab soalan ini. Ini kerana setelah mereka bersaing dan bermati-matian untuk menjadi kerajaan, inilah tugas sebuah kerajaan iaitu membantu rakyat. Siapa yang hendak jadi kerajaan, mereka kena bantu permasalahan rakyat. Barulah boleh menjadi kerajaan yang kita semua hormati. Penekanan NUTP adalah melantik warden asrama sepenuh masa terdiri daripada orang tempatan, bukannya dari negeri luar kerana ia akan menimbulkan masalah. Saya rasa ramai yang sudi bantu seperti bekas perajurit atau pesara mahupun orang tempatan biasa.Harry Tan Huat HockRamai yang meminta supaya taska diwujudkan di dalam kawasan sekolah berikutan 70 peratus guru terdiri daripada golongan wanita. Apakah pandangan NUTP?Ini ialah cadangan daripada Biro Wanita NUTP dan permintaan ini dibuat sejak bertahun-tahun lalu. Pihak kerajaan mungkin lihat perkara ini ada masalah dari segi kewangan, perundangan dan sebagainya. Tapi kita mahu kerajaan beri perhatian yang sewajarnya kerana lebih 70 peratus guru-guru kita adalah wanita. Mereka berdepan masalah untuk mengasuh anak-anak mereka.Untuk sekolah yang besar seperti ada 2,000 hingga 3,000 penghuni, mungkin kerajaan boleh wujudkan taska di dalam kawasan itu dengan kerjasama pihak swasta. Apabila anak-anak berada dekat dengan guru-guru wanita ini, mereka akan rasa lebih bersemangat.Kita perlu ambil pengajaran kes seorang guru terlupa menghantar bayinya ke rumah pengasuh selepas menurunkan seorang lagi anak di taska, menyebabkan bayi itu meninggal dunia di dalam kereta.Kes baharu Covid-19 yang semakin meningkat menyebabkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) ditangguhkan, namun sekolah masih dibuka seperti biasa. Apakah pendirian NUTP?Kita setuju dengan pihak kerajaan yang menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan bukan zon merah tertakluk kepada kementerian. Pada masa sama kita tak setuju jika nak ditutup semua sekolah di kawasan yang selamat. Ini kerana kita telah menjalankan kajian atau bancian pendidikan penjarakkan fizikal pada April lalu.Daripada 10,500 responden guru, 93 peratus menyatakan bahawa mereka ingin mengadakan pengajaran bersemuka.Jadi berdasarkan data itu, NUTP cadangkan kepada kerajaan bahawa kita setuju untuk tidak menutup sekolah. Kalau sekolah ditutup maka ramai yang akan terjejas bukan sahaja dari segi pendidikan tetapi dari segi kehidupan sosial masyarakat.Ramai yang akan hilang kerja seperti pengusaha kantin, pengusaha bas sekolah, dan juga penjaja kecil di luar sekolah. Ini akan bawa masalah sosial lain. Tanggungjawab guru bukan sahaja untuk menjaga pendidikan tapi juga kesejahteraan masyarakat di negara ini.Apakah isu-isu yang dibangkitkan guru-guru dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19?Setakat ini guru-guru mematuhi dan tiada masalah untuk mereka memastikan pelajar patuh SOP, dengan menjaga penjarakkan fizikal, dan memakai pelitup muka.Yang menjadi masalah adalah tugas mengisi borang-borang secara berlebihan. Bila orang kenamaan atau pegawai turun ke sekolah, mereka kena buat laporan-laporan. Ini akan mengganggu tugas hakiki mereka untuk mengajar. Kelas juga bertambah disebabkan SOP penjarakkan fizikal. Ini menambahkan tanggungjawab guru. Kerja-kerja yang tiada kaitan juga bertambah, contohnya perlu isi deskripsi tugas. Kerja-kerja ini akan mengganggu peranan hakiki sebagai seorang guru. Ini berlaku kerana tiada sesi libat urus kerajaan dengan NUTP.Apakah harapan NUTP kepada Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan guru?Masalah guru adalah hal yang dinamik di mana ia akan berubah dari hari ke hari. Contohnya ketika pandemik Covid-19. Jadi NUTP merayu Kementerian Pendidikan agar mengadakan sesi libat urus dengan kita bagi mendengar permasalahan kita sebelum mereka buat keputusan muktamad.Apabila ada sesi libat urus, kita dapat kurangkan permasalahan daripada berpolemik dalam akhbar. Namun, perkara ini amat kurang berlaku. Saya merasakan NUTP dianggap sebagai penghasut dan penentang sedangkan NUTP mewakili golongan profesional di mana kita boleh dibawa berunding. Hasrat kita adalah untuk menyampaikan permasalahan daripada akar umbi apabila sesuatu dasar hendak dilaksanakan. Kita bersama dalam satu bahtera menghala ke destinasi sama.Guru merupakan penjawat awam yang paling ramai di negara ini. Adakah itu sebabnya NUTP merasakan kerajaan wajar memberi perhatian yang lebih kepada guru?Ya, selain badan beruniform, guru adalah penjawat awam terbesar dalam negara. Kerana itu kita mempunyai pelbagai masalah. Kita berhadapan dengan rakyat secara langsung. Bukan hanya ibu bapa tetapi juga anak didik dan masyarakat umum. Jadi perlu adakan banyak sesi libat urus. Pihak kerajaan mesti memberi kami laluan supaya dapat disampaikan kekangan kita, masalah-masalah kita dan perasaan tak puas hati kita supaya mereka boleh lihat dan buat dasar yang betul-betul dapat menaikkan status sistem pendidikan negara bertaraf dunia.Bagaimana anda melihat NUTP sebagai sebuah organisasi penting untuk menjaga kebajikan guru-guru?NUTP sekarang dalam proses transformasi. Kita buat lebih banyak penyelidikan dan pembangunan serta laksanakan libat urus dengan akar umbi. NUTP juga sentiasa relevan. Buktinya NUTP sering diburu oleh media, bukan hanya dalam negara tetapi juga media luar negara.NUTP juga mengadakan hubungan baik di luar negara seperti Turki, Jepun, Korea, Australia dan Belgium. Jadi NUTP boleh menaikkan nama negara bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di persada dunia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Kita mahu rakyat sejahtera. Tetapi untuk mensejahterakan rakyat, saya rasa kunci utama adalah melalui pendidikan khasnya pendidikan TVET.Wawancara Sinar Ahad bersama Harry Tan Huat Hock baru-baru ini. ANEKDOTPencetus penglibatan dalam kesatuanSaya pernah mengajar di sebuah sekolah di Sarawak. Selepas enam tahun, saya balik ke Melaka dan mengajar di sebuah sekolah kebangsaan. Malangnya keputusan peperiksaan di sekolah baharu tersebut didapati menurun.Pihak pentadbir menyalahkan guru semasa mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan. Tapi saya dan guru-guru lain merasakan kami telah melakukan apa yang sepatutnya dan itu bukan salah guru-guru. Jadi, kami telah membawa kes tersebut kepada pihak jabatan dan akhirnya guru besar tersebut ditukarkan.Itulah yang mencetuskan hasrat saya untuk terlibat dalam kesatuan kerana saya tahu bila kita bersatu kita teguh, kita boleh lakukan banyak perkara.NUTP sebagai sebuah keluarga besarPencapaian yang amat saya bangga adalah apabila NUTP menjadi sebuah organisasi besar dan selalu memperjuangkan nasib guru. Saya juga bawa pembaharuan kepada NUTP. Pada 2018, buat julung kalinya NUTP mengadakan hari keluarga untuk kakitangan. Bermakna NUTP bukan hanya memperjuangkan nasib guru tetapi kebajikan kakitangan juga terjaga seperti sebuah keluarga.Masa untuk diri sendiri hanya selepas bersaraUntuk tempoh setahun ini, saya tidak ke mana-mana kecuali berada dalam dunia kesatuan. Apabila ada waktu lapang saya akan berehat tetapi dalam fikiran, saya hanya fikirkan aktiviti-aktiviti atau perkara baharu untuk anak buah saya supaya NUTP sentiasa maju. Tahun depan saya akan bersara, jadi saya akan dapatkan ruang untuk diri sendiri selepas bersara nanti.HARRY TAN HUAT HOCKJAWATAN SEKARANG: Setiausaha Agung NUTPUMUR: 59 tahun (1961)ASAL: MelakaPENDIDIKAN: Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)PENGALAMAN: Berkhidmat lebih 30 tahun sebagai seorang guru. Pernah berkhidmat di SK Nanga Entaih, SRB Methodist, Sarawak; SK Pantai Kundor, Melaka; SMK Infant Jesus Convent, Melaka dan SMK Ibrahim YaakobJAWATAN LAIN:Timbalan Setiausaha Agung II CuepacsNaib Presiden Sektor Awam MTUCTimbalan Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan ProfesionalAhli Lembaga Eksekutif Education InternationalAhli Panel Tatatertib Majlis Perubatan Malaysia", "reading_time": "4", "article_dt": "11 Oktober 2020 08:10am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/103797/berita/wawancara/mampu-realisasikan-kerajaan-digital", "article_title": "MAMPU realisasikan kerajaan digital", "article_text": "PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerana pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, baik kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan mahupun agensi masing-masing.Mujurlah perkhidmatan secara dalam talian membolehkan urusan rakyat seperti pembaharuan cukai jalan kenderaan, permohonan bantuan, menghantar borang cukai pendapatan dan banyak lagi, dapat dilakukan dengan mudah dan selamat menggunakan platform digital.Namun begitu tidak ramai yang tahu di sebalik perkhidmatan digital kerajaan, terdapat sebuah agensi yang menjadi tulang belakangnya iaitu Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Dr Yusof Ismail menceritakan tentang kepentingan \u2018kerajaan digital\u2019 dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, termasuk mewujudkan aplikasi MySejahtera pada musim Covid-19 ini.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Sinar Harian, Junhairi Alyasa bersama Yusof yang turut mengupas mengenai cabaran dan masa depan pendigitalan sektor awam.SINAR AHAD: Datuk berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi. Apakah yang ingin Datuk capai selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU?DR YUSOF: Saya berpengalaman bertugas di Bahagian Kewangan dan Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan. Selain itu, saya juga pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Unit Perancang Ekonomi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Kebanyakan tugas saya adalah memastikan ekonomi dan kewangan negara sentiasa kukuh melalui dasar-dasar, pelaburan kerajaan serta pelaksanaan projek-projek mega yang memberi impak kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.Walaupun terdapat perbezaan dari segi tugas antara peranan saya sebelum ini dengan fungsi MAMPU, saya mahu MAMPU menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dengan cara meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat khususnya melalui pemodenan dan pendigitalan. Contohnya, dengan pendekatan pentadbiran yang terkini mahupun produk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang diperkenalkan oleh MAMPU kepada jabatan-jabatan, rakyat akan menerima perkhidmatan kerajaan yang lebih baik dan seterusnya hidup lebih selesa.Ramai yang tidak tahu tentang peranan penting yang dimainkan oleh MAMPU. Boleh Datuk ceritakan sedikit mengenai unit ini?Saya sedar ramai rakyat di luar sana yang kurang mengenali MAMPU. Kami di MAMPU menerima hakikat ini kerana MAMPU tidak mempunyai perkhidmatan secara langsung kepada rakyat. Bagaimanapun, perkhidmatan dan sumbangan MAMPU kepada rakyat dan sektor awam amat besar. Sebagai sebuah agensi pusat, MAMPU bertanggungjawab sebagai perancang dan peneraju agenda pendigitalan dan pemodenan sektor awam. Ke arah itu, MAMPU berperanan memperkenalkan pelbagai inisiatif penambahbaikan pentadbiran dan sistem pengurusan prestasi bagi mempertingkatkan kecekapan sistem perkhidmatan awam.Apa yang boleh saya katakan, sekiranya MAMPU tidak mengeluarkan panduan mengenai penambahbaikan perkhidmatan kaunter yang menjadi rujukan seluruh agensi awam, mungkin perkhidmatan kaunter kita masih berada pada tahun seperti tahun 1980-an dahulu. Contoh lain, seperti yang disebut oleh rakan saya di MAMPU, sekiranya kami tidak memberikan perkhidmatan ICT dengan berkesan, berkemungkinan proses pembayaran gaji kepada penjawat awam akan terjejas. Ini sudah pasti akan memberi impak kepada jutaan isi rumah di luar sana.Apakah usaha-usaha yang berjaya Datuk rintis sepanjang menjadi Ketua Pengarah MAMPU?Saya dilantik sebagai Ketua Pengarah MAMPU pada 22 April 2020 iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun MAMPU bukanlah agensi barisan hadapan, tuntutan dan harapan stakeholders (pihak berkepentingan) termasuk Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara agak tinggi. Ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan komunikasi kepada rakyat berjalan dengan lancar.Sebagai contoh, peranan Malaysia Government Call Centre (MyGCC) iaitu pusat panggilan kerajaan di bawah MAMPU sangat kritikal bagi menghubungkan rakyat dengan kerajaan. Pada masa itu, peningkatan panggilan telefon daripada rakyat telah meningkat dengan mendadak. Sebelum PKP anggaran panggilan yang diterima MyGCC adalah sebanyak 3,000 hingga 4,000 panggilan sehari, namun semasa PKP jumlah panggilan meningkat sehingga mencecah lebih 20,000 panggilan pada masa tertentu.Dengan kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara dan pelbagai kementerian serta agensi, sedikit sebanyak kegusaran rakyat semasa tempoh PKP dapat ditangani.Pegawai-pegawai ICT saya juga bertungkus lumus untuk membangunkan Sistem IPTPulang yang disiapkan dalam tempoh 60 jam sahaja bagi membantu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menguruskan pergerakan pelajar IPT pulang ke kampung halaman semasa PKP. Begitu juga dengan khidmat nasihat pakar-pakar ICT di MAMPU dalam membangunkan Aplikasi MySejahtera. Sebagai ketua, saya sangat berterima kasih kepada mereka. Walaupun peranan mereka kurang diketahui, mereka sangat positif dalam menjalankan tugas. Pada saya, mereka ialah wira yang tidak didendang.Apakah peranan penting MAMPU dalam era Covid-19 ini?Pelaksanaan PKP menyaksikan bagaimana pentingnya sistem pendigitalan dalam kerajaan khususnya bagi membantu memudahkan urusan dengan orang ramai. Pada masa yang sama ia mengurangkan risiko jangkitan yang berpunca daripada kesesakan di pejabat kerajaan. Sebagai sebuah agensi pusat dalam sektor awam, peranan utama MAMPU adalah memastikan usaha pendigitalan ini berjaya. Akibat daripada pandemik Covid-19, terdapat keperluan kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan digital kepada rakyat.Antaranya perkhidmatan dalam talian seperti transaksi bayaran tanpa tunai, pendaftaran, semakan, bantuan kesihatan dan sara hidup yang dijalankan secara End-to-End (E2E) dan separa E2E.Kerajaan telah memberi mandat kepada MAMPU untuk memastikan perkhidmatan E2E sektor awam mencapai 40 peratus pada hujung tahun 2020. Bagi tujuan ini, MAMPU dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengadakan projek rintis bagi sistem penyampaian kerajaan ke arah pengamalan norma baharu yang akan mendigitalkan beberapa perkhidmatan kaunter mereka.Saya juga ingin memaklumkan bahawa MAMPU sedang menjalankan kajian untuk pembangunan komunikasi bersepadu rasmi kerajaan yang bercirikan intellegent chatbot yang dapat memberi cadangan penyelesaian masalah secara automatik dan dilengkapi dengan analisis sentimen. MAMPU juga giat mempromosi perkhidmatan digital yang ada dalam sektor awam untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Ini penting bagi memastikan semua perkhidmatan digital yang disediakan oleh kerajaan ini digunakan oleh semua rakyat di semua peringkat. Inisiatif kerajaan digital ini bukanlah terhad di MAMPU sahaja. Ia ada di semua sektor dan jabatan seperti pembelajaran dalam talian, pengurusan kesihatan, pendaftaran perniagaan dan juga urusan imigresen.Apakah kekangan utama yang menyebabkan usaha mendigitalkan perkhidmatan awam tidak dapat dilaksanakan dengan baik?Antara cabaran utama adalah dasar, proses dan prosedur yang kompleks dan perlu ditambah baik. Terdapat juga jabatan kerajaan yang bergantung kepada sistem dan platform lama akibat kekurangan infrastruktur dan sistem sokongan rangkaian telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar.Di samping itu, terdapat juga kekangan yang biasa dihadapi oleh mana-mana jabatan iaitu dari aspek sumber manusia dan peruntukan kewangan. Terdapat juga rakyat sebagai pengguna yang lebih selesa hadir sendiri ke pejabat kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan terutamanya secara bersemuka dengan pegawai. Ini juga cabaran kepada agenda pendigitalan sektor awam.Namun, saya tidak ingin menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak merealisasikan agenda pendigitalan ini. Saya melihat cabaran ini sebagai peluang yang perlu diberi perhatian utama bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih holistik dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Yusof menceritakan tentang kepentingan \u2018kerajaan digital\u2019 dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, termasuk mewujudkan aplikasi MySejahtera pada musim Covid-19 ini.Bagaimanakah Datuk dapat memberi jaminan kepada rakyat tentang keselamatan siber apabila mereka berurusan dengan kerajaan?Orang awam tidak perlu berasa ragu mengenai keselamatan apabila menggunakan transaksi digital kerajaan. Ini kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi meminimumkan risiko melalui usaha-usaha pencegahan. Aspek berkaitan keselamatan dan privasi data pengguna juga selamat melalui tadbir urus dan prosedur yang ada.Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) ada menerangkan mengenai prosedur keselamatan siber yang mesti digunakan oleh kementerian dan agensi awam dalam merancang perlindungan di ruang siber masing-masing.Dengan pematuhan kepada rangka kerja ini, rakyat tidak perlu risau tentang keselamatan siber ataupun insiden-insiden yang tidak diingini. Ia juga selaras dengan keperluan keselamatan maklumat yang digariskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia (CSM).Selain itu, kerajaan juga mempunyai infrastruktur seperti MyGovCloud@PDSA yang berfungsi sebagai pengkomputeran awan kerajaan secara berpusat dan MyGov*Net yang berperanan sebagai infrastruktur rangkaian telekomunikasi. Infrastruktur ini memastikan semua maklumat dalam se-tiap transaksi dengan kerajaan adalah selamat dan dilindungi.Apakah yang diperlukan oleh penjawat awam untuk menjayakan usaha mendigitalkan sektor awam?Dalam menguruskan permintaan rakyat yang kompleks dalam era digital ini, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan program latihan modul pembelajaran Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR). Program ini bagi memastikan penjawat awam mempunyai kompetensi dan keupayaan digital dalam menjalankan tugas.MAMPU juga melaksanakan program pengurusan perubahan di pelbagai lapisan penjawat awam agar semua program pendigitalan perkhidmatan kerajaan difahami dan mendapat sokongan yang menyeluruh. MAMPU dari masa ke masa turut mengadakan pelbagai program kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan pelbagai pihak mengenai pelaksanaan kerajaan digital. Sesi libat urus dengan penjawat awam sentiasa diadakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kerajaan digital.Berapakah peruntukan untuk melakukan transformasi pendigitalan ini?Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tempoh 2016-2020, nilai peruntukan bagi projek dan inisiatif yang berkaitan pendigitalan yang diuruskan oleh MAMPU adalah sebanyak RM5.9 bilion. Nilai keseluruhan peruntukan bagi projek ICT sektor awam pula adalah berjumlah RM27.3 bilion. Saya yakin bagi RMK-12 yang akan datang, kerajaan akan memberi komitmen yang sewajarnya bagi memastikan momentum pelaksanaan inisiatif pendigitalan sektor awam dapat direalisasikan.Pelan Induk Ekonomi Digital akan dilancarkan dalam masa terdekat. Apakah perkara menarik dalam pelan ini?Pelan induk itu antara lain akan mencantumkan aspek berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan ekonomi digital, selain menyelaras semua usaha berkaitan oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Ia mengambil kira segala usaha merancakkan ekonomi digital yang sudah dijalankan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.Saya berpandangan adalah sangat penting supaya MAMPU menjajarkan semua inisiatif kerajaan digital dengan Pelan Induk Ekonomi Digital. Ini kerana inisiatif kerajaan digital dapat menjadi pemangkin penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat dan komuniti perniagaan.Di samping itu, hasil daripada pelaburan kerajaan dalam aspek pendigitalan juga agak signifikan dalam membangunkan industri serta rantaian ekonomi yang berkaitan.Baru-baru ini Perdana Menteri ada mengumumkan terdapat minat daripada syarikat multinasional termasuk Google, Amazon dan Microsoft untuk membantu Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan. Adakah MAMPU terlibat dengan perkara ini?MAMPU turut memberikan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud) kepada sektor awam melalui MyGovCloud@PDSA sebagai Government Private Secured Cloud.Ia dijangka boleh menampung hampir 25 peratus daripada keperluan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam sektor awam. Kerajaan melihat kemampuan public cloud sebagai perkhidmatan yang dapat digunakan bagi meningkatkan keupayaan kepada MyGovCloud@PDSA bersama pembekal pengkomputeran awan secara hibrid dalam tempoh lima tahun akan datang. Melalui cloud ini, kerajaan boleh memberikan perkhidmatan sektor awam yang inovatif dengan cepat kepada rakyat tanpa perbelanjaan yang tinggi untuk infrastruktur ICT seperti pusat data, pelayan dan storan. Ia menguntungkan kerajaan dengan infrastruktur keselamatan canggih serta platform kolaboratif untuk penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.Bagaimanakah Datuk melihat MAMPU pada masa akan datang?Saya melihat MAMPU merupakan satu jabatan yang sangat kritikal dalam sektor awam khususnya dalam aspek pendigitalan. Sebagai agensi pusat, dasar-dasar mahupun projek yang dijalankan oleh MAMPU akan memberi impak besar kepada negara khususnya sektor awam.Walaupun pendigitalan ini merupakan satu aspek yang agak teknikal, saya melihat ia merupakan satu game changer utama dalam sektor awam. Oleh itu, MAMPU sentiasa melihat keperluan untuk menambah baik aspek-aspek tadbir urus serta pelaksa-naan projek berkaitan kerajaan digital.********PROFIL:Datuk Dr Yusof IsmailJawatan sekarang: Ketua Pengarah MAMPUUmur: 58 tahunAsal: Kuala Berang, TerengganuPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Universiti Malaya), Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi (Williams College, Massachusetts, Amerika Syarikat) dan PhD Pembangunan Komuniti (Universiti Putra Malaysia).Pengalaman:32 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awamPenolong Setiausaha Bahagian Ekonomi di Kementerian KewanganTimbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan) MAMPU.Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan********ANEKDOTTerkenang zaman jurutaip di pejabat kerajaanSaya bersyukur dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang lebih 30 tahun saya berkhidmat dalam sektor awam. Dalam tempoh itu, saya telah melalui dua era yang sangat berbeza. Pada awal perkhidmatan, hampir keseluruhan pentadbiran kerajaan adalah secara manual. Komputer adalah suatu yang asing di pejabat kerajaan.Saya masih ingat pada masa itu, peranan jurutaip sangat penting. Jurutaip akan menerima arahan daripada pegawai untuk menyediakan dokumen seperti surat-menyurat dan minit mesyuarat. Menyediakan satu surat rasmi pada masa itu pun mengambil masa yang agak lama.Pada hari ini, ia sudah jauh berbeza. Sektor awam telah mengalami proses transformasi. Antara faktor penyumbang kepada perkembangan ini adalah kepimpinan negara, kestabilan ekonomi dan kehendak rakyat itu sendiri. Pada saya, kata kunci yang sesuai untuk menerangkan perkembangan ini adalah pemodenan dalam pentadbiran.Kejutan 9 Mei 2018 terhadap penjawat awamSalah satu peristiwa penting yang saya tidak akan lupakan ialah perubahan kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Pada masa itu, semua penjawat awam agak terkejut kerana tidak pernah berlaku perubahan kerajaan dalam sejarah negara. Akibat daripada itu, terdapat satu persepsi bahawa penjawat awam mempunyai kecenderungan kepada sesuatu parti politik.Bagaimanapun, penjawat awam berjaya membuktikan profesionalisme dan kesetiaan mereka kepada mana-mana kerajaan memerintah yang telah dipilih oleh rakyat. Ini kerana, semua penjawat awam sudah dilatih untuk sentiasa patuh dan komited dengan kerajaan yang memerintah ketika ini.Luangkan masa bermain dengan dua cucuSekiranya mempunyai masa lapang, saya akan mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan dua orang cucu saya. Selain itu, saya akan meluangkan masa bersama rakan-rakan dengan bermain golf.", "reading_time": "4", "article_dt": "04 Oktober 2020 07:40am"} +{"author_name": "ROSALWANI CHE SOH @ YUSOFF", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/102812/berita/wawancara/putuskan-hubungan-dengan-penjenayah-di-laut", "article_title": "Putuskan hubungan dengan penjenayah di laut", "article_text": "RUTIN hariannya agak padat. Selepas lebih 14 tahun berkhidmat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan memegang pelbagai jawatan, kini beliau ialah nakhodanya.Sudah lebih setahun Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM. Banyak usaha yang dilakukan beliau untuk mengekang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta jenayah rentas sempadan, selain pencerobohan nelayan asing bagi memastikan perairan negara selamat daripada ancaman musuh.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Zubil turut memperincikan fungsi dan tugas APMM yang baru sahaja berusia 15 tahun, masih muda berbanding agensi penguatkuasaan lain.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Ketua Meja Jenayah, Izwan Rozlin serta wartawan Rosalwani Che Soh bersama anak kelahiran Lenggong, Perak itu di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Datuk telah berkhidmat selama 24 tahun dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga tahun 2005. Bagaimana pengalaman Datuk sewaktu berkhidmat bersama TLDM dapat digunakan untuk memperkasa APMM?MOHD ZUBIL: Saya memulakan perkhidmatan bersama TLDM pada 1 Mei 1981 dan ditukarkan ke APMM pada 1 Februari 2006. Tempoh perkhidmatan bersama TLDM adalah selama 24 tahun 9 bulan manakala bersama APMM selama 14 tahun 5 bulan. Semasa dalam TLDM, saya menjawat pelbagai jawatan sebagai staf di pangkalan dan di atas kapal.Pada 2006, saya dilantik ke dalam perkhidmatan APMM sebagai Pegawai Operasi Wilayah Maritim Selatan berpangkalan di Johor Bahru dan mengetuai operasi mencegah rompakan di laut. Operasi ini telah berjaya menangkap dan mensabitkan hukuman di mahkamah ke atas tiga kumpulan perompak di perairan Tanjung Piai dan Pengerang, Johor pada tahun 2012 dan 2013.Selaku pegawai operasi, saya mengetuai banyak operasi. Saya bersyukur apabila operasi-operasi yang dilaksanakan berjaya membendung aktiviti jenayah di perairan selatan Johor termasuk juga aktiviti jenayah rentas sempadan yang melibatkan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, penyeludupan barangan bercukai serta pencerobohan nelayan asing. Ini terbukti melalui statistik tangkapan yang direkodkan antara tahun 2011 hingga 2014 meningkat dari masa ke masa ketika bertugas di APMM Wilayah Selatan.Apakah perasaan Datuk apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM pada 19 Ogos 2019?Saya tidak pernah bercita-cita untuk dilantik menjadi Ketua Pengarah, apa yang saya buat dan tanggungjawab saya adalah melakukan yang terbaik bagi hala tuju sebenar APMM melalui apa yang telah ditinggalkan Ketua Pengarah terdahulu, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.Sebenarnya nama saya dicalonkan Datuk Seri Zulkifli yang mahu saya terus menerajui APMM.Kerana memikirkan tanggungjawab, maka saya menggalas amanah ini dan membawa pasukan ke arah yang sewajarnya. Sejak 19 Ogos tahun lalu, sehinggalah kini lebih setahun saya dilantik sebagai Ketua Pengarah APMM. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan paksi yang betul mengikut pelan pembangunan merangkumi aset, infrastruktur dan anggota supaya APMM dapat menjalankan tugas dan kuasanya dengan lancar dan berkesan sebagaimana yang termaktub dalam Akta 633.Walaupun APMM masih baharu dan berusia 15 tahun berbanding pasukan penguatkuasaan lain, namun saya yakin ia berada di landasan yang betul. Sejak 2006 saya sudah terlibat dalam selok-belok APMM. Saya terima cabaran ini sebagai sesuatu yang positif. Perjalanan APMM kini adalah untuk terus mengekang jenayah di perairan Malaysia.Apakah yang dilakukan Datuk sejak menerajui APMM?Sebaik sahaja menerajui APMM pada 19 Ogos 2019, saya memberi tum puan khas kepada pembangunan kapasiti dan peningkatan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dan carilamat.Selaku agensi utama dalam penguatkuasaan dan carilamat di Zon Maritim Malaysia, APMM perlu dibangunkan sebagaimana Pelan Pembangunan Maritim Malaysia 2040.Mohd Zubil Mat Som bersama Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa.Salah satu agenda utama saya pada tahun ini adalah memastikan perolehan dua buah lagi kapal NGPC (kapal peronda generasi baharu) dan sebuah OPV (kapal peronda luar pantai) dapat disiapkandan diterima pada tahun ini kerana ia akan meningkatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan ZEE (Zon Ekonomi Eksklusif) dan sempadan perairan bagi mengekang ancaman penjenayahyang sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk membolosi perairan kita.Dalam aspek operasi, selain operasi sedia ada, operasi-operasi khas telah dilancarkan di semua negeri bagi membanteras habis-habisan pencerobohan nelayan asing, PATI, penyeludupan dadahdan barang-barang terlarang serta rompakan di laut.Sebagai contoh, Ops Kuda Laut dilancarkan khusus untuk menangkap bot-bot nelayan Vietnam yang sering menceroboh perairan di pantaitimur Semenanjung dan Sarawak.Ops Benteng pula adalah untuk menghalang dan menangkap migran yang memasuki negara secara tidak sah semasa fasa pandemik Covid-19. Seterusnya menggalakkan dan menyediakanruang profesionalisme pegawai dan anggota penguat kuasa APMM khasnya dalam siasatan kes-kes sindiket seperti penyeludupan migran, dadah dan rokok.Saya juga menumpukan kepada keterampilan peribadi dan kebajikan warga APMM. Sebagai contoh, beberapa inisiatif telah dilaksanakan untuk memastikan pegawai dan anggota APMMterhindar daripada gejala rasuah, disiplin dan lain-lain yang boleh menjejaskan prestasi APMM.Apakah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh APMM dalam menjaga perairan negara?Kami sentiasa bersiap siaga mengekang kemasukan PATI. Namun kini apa yang lebih dibimbangi ialah PATI yang mungkin membawa wabak Covid-19 masuk ke negara ini. Buat masa ini, pihak kami memperketatkan kawalan di kawasan perairan termasuk sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan kemasukan PATI. Kemasukan PATI ketika tempoh penularan Covid-19 agak kurang berbanding sebelumnya, namun kami khuatir kemungkinan berlaku peningkatan kemasukan PATI yang membawa wabak \u2018halimunan\u2019 iaitu Covid-19 selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pada musim PKP ini, kebanyakan PATI tidak mempunyai pekerjaan kerana bidang pembinaan dan perladangan tidak beroperasi sehingga ada dalam kalangan mereka mengambil keputusan pulang ke kampung halaman ekoran hilang punca pendapatan dan pekerjaan. Apa yang dikhuatirkan bagaimana keadaan nanti apabila mereka masuk secara beramai-ramai setelah PKP berakhir. Ini yang perlu kita kekang dalam usaha mengawal musuh \u2018halimunan\u2019 yang mungkin dibawa kumpulan ini dari luar dan masuk ke negara kita tanpa mereka disaring.Perkara sedemikian perlu dipandang serius kerana kemasukan PATI secara tidak terkawal boleh menjadi punca yang boleh menggandakan angka jangkitan sekali gus boleh menggagalkan usaha kerajaan memerangi Covid-19. Sehubungan itu semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian wabak berbahaya ini. Buat masa ini, pihak kami juga menambah penempatan aset di kawasan panas atau 'hotspot' dan terus meningkatkan pemantauan bagi menghalang negara terus dibolosi penjenayah.Bagaimana pula dengan PATI yang masih berani masuk ke Malaysia di sebalik usaha bersungguh-sungguh APMM untuk membanteras kemasukan mereka? Apakah penyebabnya?Sebenarnya kegiatan penyeludupan PATI adalah 'perniagaan\u2019 yang didalangi organisasi sindiket. Ia sukar dikekang selagi khidmat orang tengah terus digunakan sebagai ejen. Namun, kita harap orang awam dapat melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang kegiatan mencurigakan.Jangan dibiarkan mereka masuk ke kawasan kampung atau lorong-lorong tikus di persekitaran kita, kerana mereka ini melakukan kesalahan jenayah menyeludup PATI. Menjadi tanggungjawab kita untuk tidak bersekongkol serta melaporkan aktiviti jenayah ini kepada pihak berkuasa. APMM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana golongan yang dikenal pasti bersekongkol dengan tekong, sama ada warga tempatan atau warga asing.Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Ketua Meja Jenayah, Izwan Rozlin serta wartawan Rosalwani Che Soh bersama Mohd Zubil di Putrajaya baru-baru ini.Apakah dengan aset-aset yang ada pada APMM pada ketika ini mampu untuk membanteras kegiatan jenayah di perairan negara?Kerajaan amat serius dalam menangani semua perlakuan jenayah di perairan negara. Pelbagai usaha serta inisiatif sedang dilakukan untuk mengupayakan Maritim Malaysia dari pelbagai aspek termasuk aset laut dan udara, infrastruktur serta keanggotaan.Kita perlukan aset yang lebih di kawasan Pantai Timur iaitu di kawasan Kelantan, Terengganu,Pahang dan kalau kita ada kapal lebih besar, maka lebih mudah untuk kita sentiasa berkawal di lautan.Keperluan mengupayakan APMM adalah tepat pada masanya berikutan keanggotaan APMM dalam National Task Force dan melaksanakan Ops Benteng bersama Angkatan Tentera Malay Malaysia(ATM) dan Polis Diraja Malaysia PDRM bagi mengekang kemasukan PATI dengan mengoptimumkan asetaset laut dan udara, perkongsian maklumat serta memanfaatkan teknologi Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA).Buat masa ini, kita turut memperkukuhkan dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengekang kegiatan jenayah di perairan negara.Bagaimanakah tindakan Datuk sekiranya ada anggota APMM terlibat rasuah?Setakat ini saya tidak menafikan, berkemungkinan ada anggota penguat kuasa yang menerima habuan atau rasuah bagi kes penyeludupan PATI. APMM tidak akan berkompromi dalam kes rasuah seperti ini dan peringatan ini telah saya tegaskan sebaik sahaja saya mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah. Saya juga sentiasa memberi peringatan tegas dan amaran buat semua warga APMM, kepada sesiapa yang mempunyai hubungan dengan pihak berkenaan termasuk tekong dan pengedar dadah agar terus putuskan hubungan atau berhadapan tindakan paling tegas akan diambil terhadap mereka.Menjadi harapan saya agar anggota APMM tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral, walaupun tugasan ini berisiko dan terdedah kepada keadaan ini tetapi sebagai penguat kuasa kita perlu mematuhi undang-undang.Bagaimana Datuk melihat APMM pada masa depan?Cabaran sentiasa ada pada bila-bila masa. Persoalannya bagaimana kita melihat, mendepani dan berusaha merungkaikan cabaran itu dalam situasi kesiapsiagaan. Cabaran yang kita lalui hari ini adalah pelajaran bagi kita mendepani masa hadapan termasuklah dalam membangunkan keanggotaan, kemahiran serta latihan kepakaran.Saya melihat amat penting bagi APMM mewujudkan rangkaian jaringan kerjasama dengan negara jiran termasuklah meningkatkan keupayaan dan interaksi pelbagai hala unit risikan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah di perairan kita. Kerjasama dengan agensi penguat kuasa dalam negara dan luar negara perlu dimantapkan lagi bagi membolehkan kita berperanan secara lebih efektif dan praktikal.Contohnya, penggunaan jeti atau pangkalan secara bersama dan harmoni agar tidak merencatkan operasi. Dalam konteks ini, saya berpandangan adalah menjadi keperluan utama bagi APMM memiliki jeti sendiri bagi memudahkan urusan logistik dan operasi. Perkara ini perlu, kerana jika ingin berjaya kita perlu ada infrastruktur yang lebih baik dan berupaya untuk bina kawasan perumahan warga kita, kompleks dan surau serta kemudahan pasar raya kecil untuk anggota dan ini akan memudahkan kita memantau perkembangan anggota termasuk keluarga mereka. Maka kita harap pembangunan untuk anggota dan kebajikan mereka akan juga dibawa ke tengah dan ini merupakan perkara serius yang perlu diambil kira dalam usaha meningkatkan APMM ke peringkat lebih baik.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Zubil turut memperincikan fungsi dan tugas APMM yang baru sahaja berusia 15 tahun, masih muda berbanding agensi penguatkuasaan lain.=============ANEKDOTJadi pakar senjata selepas berkursus di IndiaSaya ialah lulusan Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan daripada Universiti Malaya pada tahun 2001. Seterusnya saya melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan di universiti yang sama pada tahun 2003. Saya juga mendapat pendedahan sebagai pakar persenjataan (Gunnery Specialist) setelah menghadiri kursus persenjataan di India Naval Ship Dronacharya, Cochin, India pada tahun 1990. Sepanjang berkhidmat dalam TLDM, saya telah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Pegawai Navigasi dan Senjata kapal KD Sri Melaka yang berpangkalan di Markas Panglima Wilayah Laut Dua, Labuan dari tahun 1984 hingga 1987.Pada waktu tersebut, kerajaan Malaysia melalui TLDM sedang giat menuntut dan membangunkan Terumbu Layang, Terumbu Ubi dan Terumbu Mantani. Saya terlibat secara langsung dalam operasi mempertahankan negara daripada tindakan berbentuk ketenteraan daripada negara-negara yang mempertikaikan tuntutan Malaysia ke atas ketiga-tiga terumbu tersebut di samping mengawal pembangunannya.Semasa menjawat jawatan sebagai Pakar Persenjataan dan Pegawai Laksana beberapa buah kapal TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak, saya sering kali ditugaskan beroperasi bersama-sama kapal tersebut untuk mengawal keselamatan dan keamanan di perairan terumbu yang dibangunkan di perairan Sabah.Saya juga terlibat secara langsung dari tahun 1993 hingga 1995 dalam Operasi Zon Ekonomi Eksklusif Selatan/Utara semasa berkhidmat bersama KD Marikh yang berpangkalan di Wilayah Laut Satu, Kuantan, Pahang bagi memastikan Zon Maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan sentiasa selamat dan kedaulatan negara terpelihara.Kerjaya tentera laut ubah kehidupanPeristiwa penting yang mengubah saya ke kedudukan sekarang adalah setelah menceburkan diri dalam bidang ketenteraan. Saya melihat rakan-rakan berusaha mencapai cita-cita mereka dan terpilih masuk ke peringkat yang lebih baik, saya tanamkan azam untuk terus berjaya dan akhirnya selepas Tingkatan Lima, saya menyertai ATM apabila mendapat sokongan keluarga. Ayah saya juga seorang tentera dan saya berbangga apabila dapat menyertai pasukan TLDM, seterusnya diserap masuk ke APMM dan kini menerajui pasukan APMM.Main golf isi masa lapangPada masa lapang saya bermain golf dan itulah hobi saya ketika ini, biarpun sebelum ini saya tidak meminati sukan itu. Ia bermula dengan rakan yang mengajak saya menyertainya bermain golf secara suka-suka sahaja sebelum pulang ke rumah bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Sehinggalah akhirnya ia menjadi hobi yang saya minati. Jika ada masa luang iaitu cuti pada hari minggu, bermain golf menjadi antara hobi saya untuk mengisi waktu cuti hujung minggu.=====PROFIL:Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat SomJawatan Sekarang: Ketua Pengarah APMMUmur: 57 tahunAsal: Lenggong, PerakKeluarga: Isteri, Datin Nor Zaida Yazid dan dikurniakan 3 anak.Pendidikan: Ijazah Sarjana Pengurusan, Universiti MalayaPengalaman: 24 tahun 9 bulan bersama TLDM manakala bersama APMM selama 14 tahun 5 bulan", "reading_time": "4", "article_dt": "27 September 2020 07:25am"} +{"author_name": "RAIHAM MOHD SANUSI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/101830/berita/wawancara/tugas-penguat-kuasa-kpdnhep-didigitalkan", "article_title": "Tugas penguat kuasa KPDNHEP didigitalkan", "article_text": "[VIDEO] [WAWANCARA] TUGAS Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam melindungi kepentingan pengguna dan peniaga sangat mencabar pada zaman Covid-19 ini. Selain kenaikan harga barang, lambakan produk tiruan dan penipuan urus niaga dalam talian juga menjadi antara cabaran besar untuk diselesaikan Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman.Sebab itulah, kata beliau, langkah pendigitalan tugas penguat kuasa sangat penting supaya tindakan penguatkuasaan seperti kompaun dapat dilakukan dengan cepat manakala proses meluluskan permohonan untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti jualan murah tidak mengambil masa yang lama.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Iskandar Halim turut memperincikan fungsi Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan pada awal tahun ini.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi bersama anak kelahiran Raub, Pahang itu di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah yang mendorong Datuk untuk berkhidmat sebegitu lama dalam kerajaan iaitu selama 39 tahun?ISKANDAR HALIM: Tahun ini adalah tahun ke-39 saya berkhidmat di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Rasa syukur mendorong saya untuk bekerja dengan lebih bagus, sungguh-sungguh. Saya bersyukur sebab ALLAH SWT berikan rezeki untuk saya berkhidmat dalam kerajaan, dapat bekerja dalam KPDNHEP dan sebagai pegawai penguat kuasa walaupun pada mulanya saya tak tahu sangat apa kerja penguat kuasa bila saya mohon kerja.Cuma ada orang beritahu kerja kamu esok macam tendang-tendang pintu kedai, macam-macamlah. Tapi sebenarnya bila saya masuk, banyak benda yang kita kena belajar. Rupa-rupanya kerja penguat kuasa ini berkait rapat dengan undang-undang kerana apa sahaja yang kita buat mesti ada undnag-undang di belakang kita.Maknanya kalau kita tak buat ikut undang-undang, nanti orang boleh saman kita. Sebab itu apa sahaja tindakan mesti ikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Apakah cabaran paling besar ketika menjawat jawatan ini?Sebagai pengarah, saya perlu lihat bagaimana untuk menjadikan penguat kuasa KPDNHEP lebih efektif serta diyakini rakyat dan peniaga. Tugas kami adalah menjaga dua kepentingan. Pertama, kepentingan pengguna, kita hendak melindungi mereka daripada kena tipu, jadi mangsa barangan tiruan, harga mahal dan sebagainya.Pada masa sama, saya kena bersikap adil juga kepada peniaga sebab tujuan penguatkuasaan ini bukan untuk menganiaya peniaga. Kita hendak pastikan peniaga buat benda betul. Contohnya, jangan mencatut seperti mengambil keuntungan berlebihan. Misalnya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang beli barangan dengan banyak, berebut dan masa itulah peniaga cuba menaikkan harga dan macam-macam.Bagaimanakah KPDNHEP dapat memastikan tidak berlaku perbuatan mencatut dan kenaikan harga yang tidak munasabah?Ada banyak perkara yang saya kena teliti semula. Pertamanya, saya mesti pastikan pegawai-pegawai saya faham hala tuju bahagian penguat kuasa ini. Kalau saya cakap efektif itu maknanya apabila kita ambil tindakan mesti pantas. Bukan kita tunggu kes itu jadi besar, baru nak ambil tindakan.Contohnya, baru-baru ini ada isu harga ayam. Orang ramai marah sebab harga naik berterusan, jadi kita buat siasatan dan kita dapati masa PKP dulu, ayam tidak laku sebab orang kurang makan ayam kerana sekolah, asrama dan universiti tutup selain orang ramai tidak boleh adakan kenduri. Hotel dan restoran pun tutup.Wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Raiham Mohd Sanusi bersama Iskandar Halim di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.Permintaan untuk ayam ini tidak ada, jadi harga ayam turun dengan begitu murahi. Bahkan sampai RM3 sekilogram atau ada yang jual tiga ekor RM10. Apabila penternak ayam ini tahu permintaan sedikit, maka mereka telah mengurangkan jumlah ayam di ladang supaya permintaan dan penawaran itu sama dan tidak berlaku kerugian.Pada ketika itu negara sudah mula buat pemulihan, restoran mula dibuka, orang sudah mula masak ayam, jadi permintaannya meningkat. Ketika itu berlakulah kenaikan harga ayam hingga RM10 sekilogram dan ada rakyat Malaysia tidak berpuas hati. Bila kita siasat kita dapati situasi itu bukanlah berlaku untuk selama-lamanya. Bila bekalan pulih, harga pun kembali stabil. Sekarang harga sudah balik kepada asal sekitar RM7.50 sekilogram.Jadi untuk menjadi efektif itu bukan sahaja kita tahu apa isunya tapi bagaimana untuk mengatasi isu-isu yang timbul daripada kegiatan ekonomi yang berlaku. Justeru, sebagai persediaan, saya latih penguat kuasa bagaimana untuk menyiasat kes-kes mencatut ini sebab kita sudah ada undang-undang, ada SOP tetapi kalau tidak diajar bagaimana untuk menyiasat, tidak ke manalah undang-undang itu.Banyak perkara yang perlu dilihat oleh KPDNHEP seperti harga barang dan barang tiruan. Mengikut data KPDNHEP, isu apakah yang paling serius?Dari segi tindakan, banyak kes melibatkan tanda harga. Bila peniaga tidak letak tanda harga, ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Di pasar ada peniaga tidak letak tanda harga ikan dan sayur. Di kedai runcit tidak letak tanda harga pada macam-macam barang. Perbuatan ini kita ambil tindakan. Dalam setahun, ada 5,000 hingga 6,000 kes berkaitan dengan tanda harga sahaja.Kemudian ada kes alat timbang yang peniaga guna tapi tidak disahkan. Setiap tahun alat timbang ini kena disahkan. Ada inspektor (pegawai) KPDNHEP yang akan memeriksa alat timbang itu sama ada ia menepati piawaian ataupun tidak.Maknanya kalau kita minta barang sekilogram, betul tidak timbangan sekilogram barang yang diberikan peniaga kepada kita. Ramai peniaga yang ambil mudah perkara ini, maka kita kenakan kompaun dua tiga ratus ringgit.Tapi bagi saya yang betul-betul serius ialah yang melibatkan barang tiruan. Hari ini kita dapati banyak barang tiruan sebab ada negara yang mengeluarkan barang tiruan menggunakan jenama macam-macam. Contohnya, kasut jenama Nike, dijual pada harga sangat murah berbanding yang asli walaupun dari segi kualiti memang boleh dipersoalkan.Tetapi kerana mereka hendak cepat jual barang, diletakkan jenama-jenama yang begitu komersial dan orang suka. Kita sedang memikirkan mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah ini.Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim SulaimanPertamanya, kalau orang jual barang tiruan, ia akan menjejaskan cap dagang itu. Contohnya, kasut Adidas, cara syarikat buat kasut itu ada teknik-teknik yang tertentu supaya kasut tahan lama dan pakai lebih bergaya. Tapi bila keluar yang tiruan, nampak macam sama tapi kualitinya kena tengok berapa lama ia boleh bertahan. Itu kalau kasut.Kita sangat risau makanan tiruan. Contohnya, ada satu produk jus yang orang Melayu kita suka makan yang diperbuat daripada herba dan akar kayu. Jadi ada sebuah syarikat mengeluarkan jus herba yang sangat disukai ramai dan jualan sebulan mencecah 100,000 botol. Tapi apa yang berlaku apabila barang tiruan mula masuk pasaran, tiru produk ini? Akhirnya jualan 100,000 botol turun kepada 40,000. Cuba bayangkan berapa kerugian yang ditanggung?Orang yang buat produk tiruan pula jual secara dalam talian. Di platform dalam talian ini sesiapa sahaja boleh mendaftar dan jual barangan. Barang tiruan pun dijual tanpa ada siapa ambil tindakan kecuali tuan punya cap dagang itu perasan barang dia yang tiruan dijual, dia akan buat aduan kepada kita.Penguat kuasa kita sudah mula dilatih untuk menyiasat kes-kes dalam talian ini sebab siasatan dalam talian ini sangat berbeza dengan siasatan secara fizikal. Banyak benda yang kita kena muat turun untuk memastikan bahawa ada kes. Lepas itu kita sudah siapkan SOP berkaitan sistem online. Hari ini pegawai saya dari masa ke masa akan dipanggil mengikuti kursus penyiasatan secara dalam talian.Merujuk kepada kes jus herba itu, tindakan sedang diambil supaya produk-produk tiruan dapat dikeluarkan daripada pasaran dan mereka yang meniru produk itu boleh diambil tindakan.Satu lagi kebimbangan saya berkenaan isu-isu penguatkuasaan ini ialah skim cepat kaya. Sangat sukar untuk kita ambil tindakan kerana kadangkala maklumat tidak ada. Orang cuma akan buat aduan bila mereka sudah rugi dan orang yang jadi dalang pelaburan itu sudah lari.Bercakap tentang penguatkuasaan, kita tidak boleh lari daripada isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Sejauh mana kes-kes ini berlaku di KPDNHEP?Saya tidak menafikan dalam 2,400 pegawai penguat kuasa KPDNHEP ini ada segelintir yang akan mengambil kesempatan. Tapi saya sebagai pengarah akan memastikan isu-isu integriti ini terkawal. Contohnya, ada pegawai kita yang didakwa di mahkamah kerana mengambil rasuah. Saya puji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya sangat terbuka, mana-mana pegawai saya yang salah guna kuasa, rasuah, kita bukan sahaja benarkan malah minta SPRM ambil tindakan.Kita sendiri pun mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan salah guna kuasa termasuk yang melanggar disiplin. Saya beri contoh, ada banyak kes pegawai-pegawai kita yang lambat menyiasat. Dia sengaja melambatkan siasatan satu-satu kes daripada diambil tindakan. Rampas barang orang beratus ribu ringgit harganya tetapi siasatan tidak dibuat dengan sempurna. Kadang-kadang lewat disebabkan kecuaian pegawai itu. Kecuaian itu pun kita ambil tindakan, kita hadapkan ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan tatatertib.Susulan ancaman Covid-19 terhadap ekonomi negara, bagaimanakah peranan KPDNHEP sendiri dalam membantu peniaga khususnya dari sudut penguatkuasaan?Saya rasa kementerian telah pun menyahut seruan kerajaan supaya memudahkan urusan perniagaan untuk mereka terus bertahan. Contohnya, sekarang kementerian sudah pun melaksanakan polisi mempermudahkan orang berniaga. Beberapa prosedur yang kita rasa tidak perlu, kita buang supaya mereka dapat cepat menjalankan perniagaan.Saya beri satu contoh, dulu kalau sesiapa nak buat jualan murah dia mesti menghantar satu notis kepada kita. Biasanya kita mengambil masa lebih kurang 14 hari untuk meluluskan apa-apa notis kepada sesiapa yang hendak menjalankan perniagaan. Hari ini mereka tidak perlu lagi tunggu tempoh 14 hari. Dalam tempoh 24 jam kita akan meluluskan jualan murah mana-mana peniaga. Maknanya hari ini peniaga hantar permohonan menerusi sistem yang telah sediakan, esoknya dia boleh buat jualan murah.Yang kedua sekarang sedang berjalan Kempen Beli Barangan Malaysia, Program Jualan Malaysia yang semuanya adalah untuk membantu peniaga. Kita juga beri ruang kepada rakyat dan pengguna untuk beli barang pada harga lebih berpatutan. Saya tidak kata murah sangat tapi lebih berpatutan di mana peniaga sanggup mengorbankan sebahagian margin keuntungan mereka untuk memastikan pengguna dapat beli barangan pada harga lebih murah.Wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Iskandar Halim turut memperincikan fungsi Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan pada awal tahun ini.Adakah Datuk ada cadangan untuk wujudkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes-kes penipuan perniagaan secara dalam talian?Kita memang sudah tubuh Unit Digital dan Forensik di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP pada awal tahun ini. Tujuannya kita nak digitalkan kerja-kerja penguatkuasaan di kementerian ini. Jadi KSU kementerian (Ketua Setiausaha, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad) sudah beri garis masa, dalam tempoh lima tahun kerja-kerja di kementerian ini mesti dibuat secara digital.Maknanya rekod dan semuanya dibuat secara dalam talian, tidak ada lagi secara fizikal. Contohnya, kita banyak mengeluarkan lesen, permit dan sebagainya, kalau ikut hasrat KSU, kita mahu mengeluarkan semuanya secara dalam talian. Bahkan lesen yang kita keluarkan untuk benarkan orang berniaga juga akan dikeluarkan secara dalam talian.Begitu juga dari segi tugas penguatkuasaan, kita dah digitalkan beberapa tugas kita. Contohnya, hari ini kita masih dalam projek perintis dan akan dikembangkan di seluruh negara iaitu penguat kuasa perlu bawa gajet sahaja. Mereka bawa gajet seperti telefon pintar, buat pemeriksaan premis dan semua maklumat berkaitan pemeriksaan tersebut akan dimasukkan dalam telefon. Mereka juga akan dibekalkan mesin pencetak bersaiz kecil. Jadi mereka akan cetak apa juga maklumat yang perlu diserahkan kepada peniaga menerusi mesin cetak itu.Dalam gajet ini kita sudah hubungkan sistem dengan pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara. Dengan inisiatif ini pegawai-pegawai kita akan lebih cepat mengeluarkan maklumat dan maklumat lebih tepat.Kompaun juga boleh kita keluarkan serta-merta di tempat kejadian. Sistem ini hubungkan dengan Timbalan Pendakwa Raya kita untuk pengesahan dan memberi izin untuk kita mengeluarkan kompaun. Selepas kompaun dikeluarkan, peniaga boleh terus membayar kepada pegawai kita. Justeru, tidak perlu lagi kita buka kertas siasatan yang mengambil masa yang lama. Kita sudah mulakan projek perintis ini dan insya-ALLAH akan dikembangkan ke seluruh negara selewat-lewatnya bulan November ini.Adakah penggunaan sistem dalam talian ini membantu mengurangkan jumlah kes siasatan?Sebenarnya penggunaan kaedah dalam talian ini berikan kita banyak masa untuk melakukan kerja-kerja lain. Contohnya, dahulu kita mengambil masa sebulan dua untuk menyiasat satu-satu kes tetapi hari ini dengan adanya sistem dalam talian ini dalam masa beberapa jam sahaja satu-satu kes berjaya diselesaikan. Ia bermakna kita boleh melakukan pemeriksaan di lebih banyak kedai atau lebih banyak tindakan dapat diambil kepada peniaga yang melanggar undang-undang.PROFILDatuk Iskandar Halim SulaimanJawatan sekarang: Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEPTempoh berkhidmat: 39 tahunUmur: 59 tahunAsal: Raub, PahangPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau PinangPengalaman:-Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Operasi KPDNHEP (2016-2019)-Pengarah KPDNHEP Sarawak (2002-2015)-Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Perlis (1998-2002)ANEKDOTHobi tanam pokok bungaHobi tanam pokok bungaSaya suka membaca tak kisahlah daripada sumber internet atau buku. Saya juga suka tanam pokok bunga. Tapi sejak jadi Pengarah Penguat Kuasa ini, saya selalu balik lewat. Kadang-kadang waktu hujung minggu pun tak ada di rumah, jadi hobi tanam bunga ini habis macam itu sahaja. Mungkin selepas bersara saya akan mulakan semula hobi ini.Penjual ikan kejar dengan parangPengalaman menarik sepanjang saya berkhidmat yang saya tidak boleh lupa sampai hari ini adalah apabila saya dan pasukan penguat kuasa dikejar dengan parang semasa kami mahu ambil tindakan terhadap peniaga yang jual ikan tanpa letakkan tanda harga. Selepas itu saya dan pegawai saya buat laporan polis. Masa peniaga itu kejar dengan parang, kami ambil langkah seribu, kami larilah.Tunggu apa lagi, dia pakai parang dan kami masa itu pistol pun tak bawa. Peristiwa itu berlaku di pekan sehari di Temerloh, Pahang semasa saya bertugas sebagai Ketua Cawangan KPDNHEP Temerloh dan mengadakan operasi tanda harga.Waktu itu peniaga ikan sangat degil untuk letakkan tanda harga. Jadi bila kita tegas, mereka lawan kita balik dan akhirnya kita buat laporan polis dan polis tangkaplah peniaga tersebut. Rupa-rupanya peniaga itu ada masalah mental dan pernah masuk pusat pemulihan.", "reading_time": "4", "article_dt": "20 September 2020 08:10am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/100867/berita/wawancara/cabaran-membina-dna-penjawat-awam", "article_title": "Cabaran membina DNA penjawat awam", "article_text": "[VIDEO] KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menyifatkan kakitangan awam sebagai \u2018muka depan kerajaan\u2019. Katanya, kalau buruk perkhidmatan kakitangan awam, maka buruk jugalah imej kerajaan pada mata rakyat.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Mohd Khairul menekankan pentingnya kakitangan awam bekerja dengan lebih cepat dan efisien serta tidak boleh lagi mengikut gaya kerja lama kerana jatuh bangun negara terletak pada tangan mereka khususnya pada zaman wabak Covid-19 ini.Beliau yang kini berusia 58 tahun juga mahu perkhidmatan awam di negara ini diwarisi individu yang memiliki \u2018DNA penjawat awam\u2019 iaitu berintegriti, pantas dan profesional dalam menunaikan tanggungjawab.Ikuti wawancara Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan wartawan Mohd Ridzuan Abu Hassan bersama anak kelahiran Negeri Sembilan itu di pejabatnya di Putrajaya minggu ini.SINAR AHAD: Tan Sri sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sejak 1988, apakah perbezaan perkhidmatan awam dahulu dan sekarang?MOHD KHAIRUL: Fungsi perkhidmatan awam dulu dan sekarang tidak pernah berubah dengan tanggungjawab sebagai tulang belakang negara bagi memastikan negara kekal berdaulat dan kebajikan rakyat terjamin. Baru-baru ini kita lihat berlaku peralihan kerajaan, tetapi ia tidak mengubah tanggungjawab penjawat awam.Perbezaan dahulu dan sekarang adalah cabaran-cabarannya. Dulu kita lihat perkhidmatan awam banyak tertumpu kepada keperluan komuniti. Kita bina jalan, sekolah, klinik dan sebagainya tetapi seiring dengan era pembangunan, terdapat perubahan dari segi ekspektasi pihak berkepentingan dan rakyat.Mohd Khairul menekankan pentingnya kakitangan awam bekerja dengan lebih cepat dan efisien serta tidak boleh lagi mengikut gaya kerja lama kerana jatuh bangun negara terletak pada tangan mereka khususnya pada zaman wabak Covid-19 ini.Pada masa akan datang, saya melihat penjawat ini akan menghadapi cabaran-cabaran lain dengan penyampaian perkhidmatan yang berbeza dan berteraskan digitalisasi. Sekarang kita lihat banyak urusan boleh dilakukan secara dalam talian, contohnya, nak pergi bercuti luar negara atau buat tempahan tiket dan hotel. Maka akan tiba masanya nanti penjawat awam juga perlu seiring perubahan semasa. Ekspektasi rakyat ini yang kita panggil kerajaan digital.Dulu kita kena beratur untuk bayar bil elektrik dan air serta cukai tapi sekarang ia boleh dibuat secara dalam talian dan perlu dikembangkan lagi.Sekarang, 40 peratus perkhidmatan kerajaan dijalankan secara dalam talian. Perdana Menteri arahkan supaya kita tingkatkan lagi. Wabak Covid-19 membuktikan bahawa masyarakat kita bersedia meskipun ada cabaran dan kekangan tertentu. Contohnya ketika PKP, ada guru mengadakan kelas secara dalam talian dengan cabaran seperti talian dan peranti.Masa PKP telah memperlihatkan penjawat awam perlu mengadaptasi keadaan di mana perkhidmatan kepada rakyat perlu diteruskan.Kita menjangkakan pada masa akan datang, kemungkinan kaunter di pejabat kerajaan akan berkurangan kerana banyak proses yang akan dijalankan secara automasi, tiada lagi secara bersemukaBagaimana Tan Sri melihat usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam?Saya merasakan penjawat awam perlu melaksanakan tugas berdasarkan tiga prinsip utama iaitu integriti, kepantasan dan profesionalisme. Ini yang saya cuba terapkan sejak mula berkhidmat.Integriti adalah tunjang yang perlu ada dan sentiasa disuburkan. Kepantasan merujuk kepada agensi dalam melaksanakan tugas manakala sifat profesional bagi memastikan perkhidmatan awam bebas daripada pengaruh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.Tiga prinsip ini penting ditanam dalam hati penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan serta menepati apa yang diperlukan.Ramai yang kata integriti dan profesionalisme itu sama tetapi saya asingkan kerana integriti perlu ada pada semua manakala dari segi profesional adalah kefungsian. Kalau dia jurutera, dia jurutera profesional, kalau dia akauntan, dia akauntan profesional tapi dalam semua ini, integriti itu adalah tunjang.Kepantasan diperlukan terutama dalam keadaan sekarang. Kita perlu mengubah cara kerja kita untuk membantu rakan-rakan dalam sektor swasta membangunkan semula perniagaan mereka yang terjejas. Di sinilah kita menyeru kepada semua penjawat awam supaya segera bertindak tanpa menjejaskan isu integriti atau melanggar peraturan sedia ada.Dalam normal baharu ini, prosedur cara kerja dan lapisan-lapisan dalam membuat keputusan perlu diubah dan dikurangkan bagi mempercepat penyampaian perkhidmatan. Langkah ini penting supaya pemulihan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 tidak terbantut.Dari segi hala tuju sektor awam, transformasi perkhidmatan awam memerlukan cara baharu dalam menyampaikan perkhidmatan. Bagi memastikan transformasi ini berjaya, kerajaan perlu bergerak seiring dengan perubahan yang berlaku. Sebagai contoh, dari segi perkongsian maklumat antara kementerian dan jabatan, ia perlu ditingkatkan. Kita juga cuba pastikan setiap penjawat awam memahami aspirasi dan dasar-dasar kerajaan.Bagaimana Tan Sri melihat masa depan penjawat awam yang akan mewarisi pentadbiran negara?Perkhidmatan awam di negara ini berada pada kedudukan yang stabil ketika berlakunya peralihan kerajaan baru-baru ini. Kalau kita lihat dalam pengambilan penjawat awam, kita berpandukan kepada dua kriteria utama iaitu kelayakan akademik dan sahsiah.Dari segi akademik, hampir semua pemohon memiliki kelayakan diperlukan tetapi yang membezakan mereka adalah sahsiah. Kita perlu pastikan penjawat awam mempunyai DNA atau kecenderungan untuk berkhidmat kerana yang akan kekal dari mula berkhidmat sehingga ke akhir perkhidmatannya adalah sahsiah. Penjawat awam ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan seharusnya mempamerkan ketenangan kerana mereka adalah muka depan bagi kerajaan. Mana-mana pelanggan yang tidak berpuas hati akan berdepan dengan penjawat awam ini dahulu. Jadi mereka ini perlulah mempunyai ciri-ciri yang tertentu sebelum boleh menjadi penjawat awam.Mohd Khairul mahu perkhidmatan awam di negara ini diwarisi individu yang memiliki \u2018DNA penjawat awam\u2019 iaitu berintegriti, pantas dan profesional dalam menunaikan tanggungjawab.Perlu ada DNA yang merentasi skim perkhidmatan dan pangkat. Mereka perlu mempunyai sifat kebersamaan dan rasa tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Ini adalah antara inti pati yang perlu diwarisi oleh setiap penjawat awam pada masa hadapan bagi memastikan reputasi perkhidmatan awam berada pada tahap yang tinggi.Kalau kita lihat sebelum ini dalam ketidaktentuan politik, cabaran utama perkhidmatan awam adalah mengekalkan prinsip keberkecualian dalam politik bagi mengelak persepsi pihak luar bahawa perkhidmatan awam cenderung kepada mana-mana parti politik. Ini perlu dilakukan tanpa menjejaskan perkhidmatan awam untuk berkhidmat kepada kerajaan hari ini.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali baru-baru ini menegaskan kakitangan awam perlu meninggalkan gaya kerja lama jika mahu ekonomi negara pulih lebih cepat. Boleh Tan Sri jelaskan apakah cara kerja baharu itu?Ada tiga kategori pekerja dalam mana-mana organisasi iaitu pekerja, pengurus dan pemimpin. Apa yang kita lihat sekarang, ramai penjawat awam bekerja berpandukan SOP (prosedur operasi standard) lama.Dalam keadaan luar biasa sekarang, Perdana Menteri juga menegaskan jika boleh kita percepatkan, maka KSN minta semua KSU dan ketua pengarah melihat semula SOP lapuk yang banyak lapisan untuk dirangkumkan supaya keputusan dapat dicapai dengan lebih cepat tanpa melanggar peraturan sedia ada.Sebab itu saya katakan tadi, pengurus ada SOP masing-masing, dia ikut sahaja manakala pemimpin mencari jalan bagaimana boleh memastikan objektif tercapai tanpa kita kompromikan isu-isu yang lain.Apa yang KSN maksudkan, kita lihat semula SOP lama yang boleh mengurangkan birokrasi dan lapisan-lapisan yang ada. Pokoknya kita nak cepatkan perkhidmatan tapi semak dan kawal kena ada tanpa menjejaskan integriti sistem itu sendiri.Adakah terdapat kelemahan dalam sektor perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki?Tiada organisasi yang sempurna tapi apa yang penting, kita menjurus ke arah kesempurnaan. Salah satunya ialah keperluan untuk terus memantapkan kompentasi dan mengukuhkan nilai-nilai dalam kalangan penjawat awam.Selain itu, memperkasa integiriti penjawat awam. Memang kita tidak nafikan isu integriti rasuah kini semakin diperkatakan. Bila kita tangkap, itu tidak bermaksud benda itu banyak tetapi kita berusaha untuk mengurangkan dan menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang lain.Kita perlu membersihkan semula sistem yang ada dan sudah pasti akan melibatkan banyak pendedahan, laporan, tangkapan dan sebagainya. Saya harap rakan-rakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneruskan siasatan serta dakwaan.Kelemahan ketiga yang kita nampak ialah penambahbaikan skim perkhidmatan dan penjawatan kepada lebih multitasking. Perkhidmatan awam kena berubah kepada yang dinamik dan serba boleh. Sudah semestinya kita akan memberikan latihan. Cabaran utama dalam proses ini adalah perubahan kepada mentaliti penjawat awam dan keperluan kita untuk reskills.Sepertimana kata Perdana Menteri di Sabah baru-baru ini, kita tidak akan mengurangkan bilangan penjawat awam walaupun adanya digitalisasi kerajaan.Perdana Menteri juga katakan mereka ini akan ditempatkan untuk membuat kerja-kerja yang lain. Di sinilah penjawat awam perlu memahami keperluan latihan semula tersebut untuk menepati keperluan semasa. Banyak skim perkhidmatan yang ada pada awal 1950-an, 1960-an, 1970-an tidak lagi wujud sekarang. Contohnya pencari fail. Inilah perubahan yang penjawat awam perlu bersedia.Apakah harapan Tan Sri kepada sektor awam pada masa hadapan?Penjawat awam adalah tiang seri negara. Berkhidmatlah dengan penuh integriti dan semangat tinggi demi negara. Sebagai penjawat awam, kita wajib melaksanakan tugas dengan cemerlang. Kita tidak tahu cabaran-cabaran yang akan berlaku, contohnya wabak Covid-19.Penjawat awam perlu mementingkan perkhidmatan bukan diri sendiri dari mula berkhidmat. \u2018Akad\u2019 penjawat awam dengan kerajaan ini bukan setakat umur 60 tahun kerana selepas umur itu, kebajikan mereka masih dijaga kerajaan seperti aspek perubatan manakala waris berhak mendapat pencennya (selepas meninggal dunia).Jatuh bangun negara itu pada tangan penjawat awam. Sekiranya perkhidmatan awam lemah, negara pun tidak boleh membangun. Kitalah yang menggerakkan negara ini.PROFILTan Sri Mohd Khairul Adib Abd RahmanJawatan sekarang: Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamTempoh berkhidmat: 32 tahun (sejak 1988)Umur: 58 tahunAsal: Negeri SembilanPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Ijazah Sarjana Sains Polisi (Universiti Saitama, Jepun)Pengalaman:Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan; Setiausaha Bahagian di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiPenasihat Pendidikan dan Latihan di Tokyo, Jepun dan London, United Kingdom.", "reading_time": "4", "article_dt": "13 September 2020 08:15am"} +{"author_name": "NORSHAHZURA MAT ZUKI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/99872/berita/wawancara/keusahawanan-dekat-di-hati-noh-omar", "article_title": "Keusahawanan dekat di hati Noh Omar", "article_text": "[VIDEO] RUTIN hariannya yang agak padat hampir 25 tahun lalu bersama rakyat dan berada dalam arena politik negara tidak memberikan masalah kepada susuk tubuh, Tan Sri Noh Omar.Malahan, kreadibilitinya dalam menerajui beberapa kementerian dan agensi kerajaan berkaitan usahawan telah melahirkan ramai usahawan dalam pelbagai bidang sekali gus memacu merancakkan ekonomi negara.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Noh menceritakan kecintaannya terhadap dunia keusahawanan dan membentangkan visinya bersama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang baru diterajuinya.Beliau berkongsi pandangan mengenai situasi politik semasa khususnya di Selangor. Ikuti temu bual Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa; Editor Bisnes, Hafezdzullah Mohd Hassan dan wartawan Norshahzura Mat Zuki bersama Noh di pejabat PUNB, Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Tan Sri meletak jawatan Pengerusi MISC Berhad (MISC) selepas 17 hari memegang jawatan itu tetapi kemudian memilih untuk menjadi Pengerusi PUNB pula. Boleh Tan Sri jelaskan mengapa?NOH: MISC mempunyai elaun dan gaji dua kali ganda daripada gaji di PUNB tetapi saya lihat perkapalan tidak sesuai dengan jiwa saya kerana tidak dapat membantu rakyat secara keseluruhannya. Dalam perkapalan hanya usahawan tertentu yang boleh saya bantu. Ia juga lebih sesuai diterajui oleh ahli-ahli politik yang sudah bersara. Saya masih lagi Ahli Parlimen Tanjung Karang di Selangor, jadi saya rasa tidak sesuai untuk berada di MISC walaupun ia syarikat tersenarai awam dan jika dibandingkan, elaun di PUNB sangat berbeza.Apakah perasaan Tan Sri apabila diberikan kepercayaan untuk memimpin PUNB?PUNB lebih dekat dengan jiwa saya kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Saya berhasrat untuk membantu usahawan bumiputera kerana saya melihat bumiputera bukannya malas, mereka rajin tetapi peluang ini (perniagaan) satu perkara baharu buat mereka. Dalam bidang pendidikan, alhamdulillah ramai anak Melayu, miskin, petani dan nelayan yang berjaya ke menara gading. Bagaimanapun dalam bidang keusahawanan, mereka masih belum mencapai matlamat walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah PUNB yang ditubuhkan khusus untuk membantu usahawan bumiputera.Maksudnya Tan Sri lebih suka fokus kepada usahawan dan membantu mereka?Saya sentiasa menyokong usahawan dan prinsip saya ialah kemiskinan bukan harta pusaka. Saya akan memastikan 50 peratus dana diperuntukkan untuk bidang pendidikan. Keduanya, dalam keusahawanan, kerajaan telah menubuhkan berbagai agensi dan memberikan pinjaman RM50,000 ke bawah seperti Tekun Nasional (Tekun), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan SME Corp. Namun demikian, untuk mewujudkan masyarakat perdagangan bumiputera bukannya mudah dan ia akan mengambil masa. Dalam bidang pendidikan, kita telah mencapai sebanyak 30 peratus bilangan profesional Melayu seperti peguam dan doktor.Apakah fokus utama PUNB sekarang memandangkan usahawan juga boleh menemui agensi lain seperti Tekun dan AIM untuk meminta bantuan?PUNB berbeza berbanding agensi lain kerana ia melahirkan usahawan berskala sederhana dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) manakala Tekun dan AIM membantu usahawan kecil. PUNB menyediakan pinjaman minimum berjumlah RM100,000 dan maksimum sehingga RM10 juta.Kita membantu menstransformasikan usahawan, contohnya, daripada berniaga di gerai tepi jalan kita akan memindahkan mereka ke kedai, jika dahulu mempunyai bengkel kecil kita akan membantu mereka membuka kilang.Saya mempunyai tujuh perkara dalam memastikan perancangan menaik taraf usahawan kecil menjadi usahawan sederhana iaitu Rent to Own, Entreprenuer Transformation Centre, penambahbaikan latihan untuk usahawan, menaik taraf usahawan kecil dan skala lebih besar, penambahbaikan terma-terma pembiayaan, berkerjasama dengan kementerian dan agensi lain yang berkaitan dengan keusahawanan dan melestarikan usahawan muda (Jumper).PUNB akan bekerjasama dengan Tekun dan AIM untuk membantu usahawan di bawah mereka yang berjaya dan menarik mereka menjadi usahawan PUNB. Jika mereka mempunyai rekod prestasi yang baik, kita akan dapat menaik taraf perniagaan mereka.Satu lagi kumpulan usahawan yang akan dibantu ialah dengan menubuhkan Kelab Usahawan Modal Sendiri. Saya terkejut kerana segelintir dalam kalangan usahawan masih kurang jelas mengenai peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaaan dan mereka sukar memperoleh modal yang diperlukan daripada kerajaan.Dalam kalangan usahawan muda pula saya dapati mereka memulakan perniagaan dengan menggunakan modal sendiri dan berjaya mengembangkan perniagaan mereka. Saya berkeyakinan usahawan seperti ini perlu diberikan bantuan kerana pemikiran mereka memang untuk menjadi usahawan.Apakah faktor yang menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dan gagal berdasarkan pengamanat Tan Sri?Ada dalam kalangan usahawan tidak boleh membayar pinjaman dan kedai mereka disita. Usahawan juga terbeban dengan sikap pelanggan yang berhutang dengan mereka sekali gus menyebabkan usahawan tidak dapat membayar hutang kepada PUNB. Ada juga usahawan yang menggunakan wang pinjaman untuk dijadikan pusingan modal kerana melihat peluang perniagaan lain dan mereka menggunakannya untuk melabur dalam perniagaan baharu.Kebanyakan usahawan yang berjaya ialah mereka yang menggunakan modal sendiri dan berkorban untuk menjadi usahawan. Mereka bermula dari bawah dan membuat perniagaan dari rumah langkah demi langkah sehingga mereka berjaya mengembangkan perniagaan. PUNB juga akan mempromosikan usahawan dan profesional Melayu supaya masyarakat melihat jenama bumiputera contohnya klinik dan farmasi. Misalnya, saya mahu beberapa orang doktor menggunakan satu jenama klinik sahaja dan setiap doktor mempunyai klinik masing-masing.NohPUNB akan menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun hadapan namun ramai usahawan masih belum tahu kisah kejayaan PUNB. Apa respons Tan Sri?Saya sendiri pun sebelum ini kurang mengetahui tentang PUNB sebelum menjadi menteri. PUNB akan buat promosi. Saya akan cuba mewujudkan TV PUNB yang uar-uarkan usahawan berjaya dalam perniagaan. Saya juga akan cuba promosikan PUNB supaya lebih dikenali dalam kalangan bumiputera.Sepanjang penubuhan PUNB, berapa banyak dana diluluskan?Kita telah belanja sebanyak RM3.92 bilion dan berjaya melahirkan kira-kira 12,000 usahawan termasuk 1,850 usahawan muda. Daripada situ, 63.6 peratus ialah syarikat yang berjaya tetapi ada juga yang gagal. Bayaran semula pinjaman agak tinggi iaitu lebih 30 peratus.Sebab itu pendekatan PUNB kali ini adalah bagaimana kita nak wujudkan situasi menang-menang. Kalau dia pinjam dan tak bayar, pusingan modal kita akan bermasalah. Ini kerana kita menerima dana daripada kerajaan sebanyak RM250 juta sahaja setahun tetapi kita memberi pinjaman lebih daripada jumlah tersebut.Apakah strategi bagi memantapkan lagi PUNB selepas ini?Kita akan lihat kepada kluster-kluster tertentu di mana bumiputera tidak ramai teroka. Itu kita akan tekankan lebih. Restoran contohnya, ada yang kita berikan pinjaman tetapi bilangannya telah banyak. Penekanan kita pada hari ini adalah lebih menjurus kepada perniagaan dalam talian. Kita juga ingin menubuhkan jabatan baharu bagi mengurus dan melatih anak-anak muda terutama bagaimana untuk mengendalikan perniagaan dalam talian dan digital.Ini kerana selepas bertemu dengan beberapa usahawan stokis baru-baru ini, walaupun Covid-19 melanda, mereka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan. Malah mereka menyatakan mampu mendapat pulangan lebih banyak berbanding sebelum Covid-19 melanda.Tan Sri hampir 25 tahun bergiat dalam politik, apakah perbezaan dalam tempoh 25 tahun ini?Jauh berbeza kerana pada 1995 ketika menjadi ahli Parlimen, peruntukan untuk wakil rakyat hanya RM300,000. Saya dapat peruntukan itu dan perlu menjaga tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Panjang, Sekinchan dan Sungai Burung. Sekarang, peruntukannya jauh lebih banyak.Kedua, dari segi keadaan dalam Parlimen, Barisan Nasional (BN) pernah memperoleh majoriti dua pertiga tetapi sekarang sudah berbeza. Kalau nak lihat timbangannya dahulu berat sebelah tetapi sekarang hampir sama. Begitu juga dari sudut ahli Parlimen sebelah sana ramai yang senior dan sebelah kita juga sama.Caranya sekarang berbeza. Tambahan pula dahulu kita menjadi kerajaan dan pembangkang tidak pernah menjadi kerajaan. Sekarang sudah terbalik, kerajaan dahulu pernah menjadi pembangkang dan pembangkang pernah menjadi kerajaan. Soalnya sekarang ialah pembangkang hari ini, mereka pernah menjadi kerajaan. Mereka tahu dan jika menteri mahu memberikan jawapan yang agak berbeza, mereka mengetahuinya.Benarkah zaman untuk kerajaan mendapat majoriti dua pertiga ini sudah berakhir?Pada pengiraan saya, insya-ALLAH kita boleh dapat jika kita bertanding dua penjuru, ertinya Muafakat Nasional (MN) lawan dengan PH. Tetapi jika berlaku tiga penjuru seperti pada PRU14, saya rasa ia sukar. Ini kerana pertembungan tiga penjuru bergantung kepada tempat. Kalau di pantai barat dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang ini berlaku pertembungan tiga penjuru, saya rasa PH mungkin ada kelebihan untuk menang.Ini kerana pengundi di negeri pantai barat ini antara Melayu dengan bukan Melayu boleh dikatakan hampir sama ramai. Tetapi jika kita berjaya menyusun strategi bertanding satu lawan satu, saya yakin kita boleh dapat majoriti dua pertiga ini.Sebagai Pengerusi UMNO Selangor, sejauh manakah Tan Sri boleh bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk kembali mengambil negeri itu daripada PH?Di Selangor kita bekerjasama dengan MN. Dengan Perikatan Nasional (PN) ini saya perlu menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membuat kenyataan bahawa UMNO tidak bersama PN. Kita perlu lihat di mana ada dua isu iaitu PN merupakan gabungan ahli-ahli Parlimen kerajaan. Jika program-program kerajaan, betul ia di bawah PN tetapi jika program parti, kita hanya menggunakan MN. Ini kerana hanya MN mempunyai memorandum persefahaman antara parti. Sebagai contoh ada program parti seperti ceramah bersama di Selangor, kerjasama saya dengan MN iaitu antara UMNO dengan Pas sahaja. Tetapi jika melibatkan mesyuarat dengan pihak kerajaan, saya perlu datang kerana saya sebahagian daripada kerajaan.Di Selangor, menerusi MN saya dan Pas tidak ada sebarang masalah. Begitu juga dengan Azmin kita sudah ada perbincangan. Saya juga telah tiga kali bertemu dan berbincang dengan beliau. Jadi kita akan lihat apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan mengenai kerjasama dengan PN. Menurut kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mereka mahu bersama dengan MN. Saya tidak tahu bagaimana lagi, kita tunggu keputusan pucuk pimpinan.NohBagaimana perasaan Tan Sri apabila orang yang dahulunya menjadi kawan kini menjadi lawan dan lawan juga telah menjadi kawan pada masa ini?Sejak dari dahulu lagi pendirian saya dalam politik ini tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang kekal. Berdasarkan pengalaman politik ini, kita jangan serang peribadi seseorang tetapi bagi saya banyak menyentuh kepada dasar di mana saya lawan parti. Kalau saya sebut sahaja ia berkaitan parti sahaja sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan jika dahulu Pas. Saya hanya sebut tentang parti. Bila sebut peribadi, bila nak berkawan kemudian hari orang akan teringat balik apa yang kita kata.Saya dengan Mohamed Azmin dahulu, saya lawan dia dalam Parlimen, saya sebagai kerajaan BN dan dia sebagai Menteri Besar Selangor. Saya lawan dia sebagai kerajaan Selangor dan bukan menyentuh peribadi.Dari sudut kecil hari Tan Sri, adakah UMNO boleh kembali berkuasa di Selangor?Jika MN betul-betul kuat seperti sekarang, saya yakin kita boleh. Sebagai contoh, kita ambil semangat Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Perlu diiigatkan bahawa MN ini bermula di Selangor pada PRK Sungai Kandis. Pada masa itu, MN di Selangor ini baru berada di gear satu dan kebetulan berlaku di Seri Setia yang sepatutnya UMNO bertanding tetapi kita berikan kepada Pas. Pada waktu itu pun masih berada di gear dua yang tak berapa laju.Bila pergi ke Semenyih, ketika itu kita berada di gear empat dan kita menang. Walaupun pada PRU14 yang lepas jumlah undi UMNO campur dengan Pas kita masih kalah dengan PH tetapi bila semangat MN sampai di gear empat, alhamdulillah kita menang. Saya tengok rakyat mula membuat pusingan U. Pada PRK Slim, saya lihat satu-satu pusat daerah mengundi (PDM), semua saluran kita menang. Ada satu PDM yang dahulu kita menang hanya 500 undi tetapi kita menang lebih 1,000 undi. Ada satu PDM pada pilihan raya lepas kita kalah 1,500 undi tetapi kita telah menang dengan 500 undi. Saya lihat wujud gandaan rakyat membuat pusingan U.Adakah Tan Sri merasakan perubahan hati rakyat ini akan kekal sehingga PRU akan datang?Kita andaikan begitu. Sebab itu jangan tunggu lama-lama untuk laksanakan pilihan raya ini. Sekarang melihat kepada graf sokongan rakyat kepada Muhyiddin meningkat dengan 62 peratus Melayu menyokong kepimpinan beliau. Pada saya ini masa sesuai untuk laksanakan pilihan raya. Buat segera, jangan tunggu graf jatuh baharu nak buat.Noh ketika ditemubual Sinar Harian di ibu pejabat PUNB di Kuala Lumpur.PROFILTan Sri Noh OmarJawatan sekarang: Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)Umur: 62 tahunAsal: Sungai Burong, Tanjung Karang, SelangorPendidikan: Universiti Thames, LondonProfesion: Ahli politik dan peguamPolitik:-Ahli Parlimen Tanjung Karang-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri SelangorPengalaman:- Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2016-2018)- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2013)", "reading_time": "4", "article_dt": "06 September 2020 09:00am"} +{"author_name": "ZUBIR SULAIMAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/99442/berita/wawancara/kestabilan-politik-kukuh-semula-ekonomi-negara", "article_title": "Kestabilan politik kukuh semula ekonomi negara", "article_text": "Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat.Justeru, Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pilihan raya lebih awal perlu dilakukan untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat.SINAR HARIAN: Adakah wajar pilihan raya umum dilakukan dengan segera ?Ahmed Razman: Penganalisis menjangkakan ekonomi negara akan pulih semula dan pertumbuhan ekonomi tahun depan dijangka positif jika tidak berlaku gelombang kedua pandemik Covid-19 dan vaksin dapat ditemui dalam masa terdekat. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pertumbuhan Malaysia pada kadar 5.8 peratus dan tahun depan juga merupakan tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-12. Selain itu, Parlimen juga telah meluluskan kenaikan had statutori hutang sehingga 60 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus ketika ini dan ia membuka ruang kepada kerajaan untuk berbelanja bagi merancakkan ekonomi. Oleh itu, kestabilan politik sangat penting kepada negara pada masa ini.Apakah kepentingan kestabilan politik dalam negara daripada sudut ekonomi?Kestabilan politik adalah amat penting dalam merencanakan perancangan ekonomi negara. Hanya dengan mandat yang kukuh, sesebuah kerajaan itu dapat melaksanakan pelbagai dasar dan polisi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan ekonomi negara. Bagi Malaysia, kestabilan politik pada masa kini adalah amat diperlukan kerana beberapa faktor iaitu negara sedang berdepan pandemik Covid-19 yang memerlukan fokus dan kerjasama daripada semua pihak tanpa diganggu dengan perbalahan politik atau lebih teruk lagi, sabotaj atau khianat yang didorong oleh kepentingan politik peribadi. Selain itu, tahun 2021 merupakan permulaan Rancangan Malaysia ke-12 yang amat penting untuk menjadi tapak permulaan rancangan ekonomi Malaysia dalam jangka masa lima tahun akan datang.Pada masa yang sama, negara-negara lain juga sudah mula mengorak langkah menerokai industri dan teknologi baharu untuk menjadi negara yang berdaya saing dan pencorak ekonomi dunia. Justeru kesemua faktor-faktor ini harus diambil serius dan diberi keutamaan. Ianya boleh dilakukan jika kestabilan politik kembali dicapai melalui mandat PRU akan datang.Apakah yang diharapkan oleh golongan peniaga dan industri terhadap mandat baharu PRU dalam memperkukuhkan ekonomi negara?Golongan peniaga dan industri mengharapkan mandat baharu PRU akan meneruskan dasar dan polisi masa kini seperti pelan Prihatin dan Penjana yang berterusan memberi bantuan kepada perniagaan seperti bantuan subsidi upah, pinjaman dan geran bersasar serta moratorium pinjaman. Bantuan kepada perniagaan seperti ini harus diteruskan pada tahun hadapan kerana negara kita masih belum benar-benar pulih daripada kemelut ekonomi yang melanda pada masa kini.Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan selepas pilihanraya diadakan nanti khususnya dalam aspek ekonomi?Selepas pilihanraya, keutamaan yang haru diberi perhatian dan keutamaan adalah meneruskan suntikan fiskal ke dalam ekonomi domestik terutamanya suntikan fiskal langsung kepada individu, isi rumah dan peniaga. Dana untuk pinjaman oleh perniagaan harus ditambah dan proses permohonan untuk mendapatkan pinjaman tersebut juga perlu dipermudahkan dan bersasar kepada perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terutamanya dalam kalangan peniaga bumiputera.Selain itu, moratorium juga harus dilanjutkan tetapi kali ini lebih bersasar kepada yang amat memerlukannya manakala pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)juga harus dikemaskini dengan melantik golongan profesional yang benar-benar layak sahaja. Industri baharu seperti IR4.0 dan ekonomi digital juga perlu diberi keutamaan di samping meningkatkan penguasaan Malaysia di dalam hab halal global.", "reading_time": "4", "article_dt": "03 September 2020 06:45am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/98914/berita/wawancara/kalau-harapkan-dap-saya-sudah-jatuh", "article_title": "'Kalau harapkan DAP, saya sudah jatuh'", "article_text": "[VIDEO] WAWANCARA Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kelihatan tenang-tenang sahaja buat masa ini. Walaupun lima negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya di Johor, Melaka, Kedah, Perak dan Sabah telah tumbang atau dibubar selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada Mac lalu, kerusi Menteri Besar yang disandang beliau belum tergugat.Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat selama tiga penggal itu berpendapat kedudukan beliau kini lebih selesa selepas tersingkirnya kumpulan penyokong tegar bekas Timbalan Presiden PKR (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Dalam wawancara bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Zuki Pileh dan Ketua Meja Pemerolehan Berita Sinar Harian, Ahmad Syahrul Derauh, Aminuddin juga menjawab dakwaan beliau terlalu berpaut pada ADUN DAP untuk mengekalkan kuasa selain menghuraikan rancangan beliau untuk memakmurkan Negeri Sembilan.SINAR AHAD: Apakah perasaan Datuk Seri selepas 27 bulan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Apakah cabaran terbesar yang Datuk Seri hadapi?AMINUDDIN: Tempoh 27 bulan ini penuh dengan cabaran khususnya apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang di peringkat Pusat serta kerajaan di beberapa buah negeri berubah menjadi kerajaan Perikatan Nasional. Ini merupakan satu cabaran besar kepada saya untuk memastikan kerajaan negeri ini kekal sebagai kerajaan negeri Pakatan Harapan. Alhamdulillah, setakat hari ini kita masih dapat mempertahankan kerajaan sedia ada malah kita telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2019 dan berjaya meningkatkan hasil negeri.Antara keputusan penting pentadbiran Datuk Seri ialah mengubah status pemilikan tanah kediaman daripada pajakan kepada kekal. Apakah itu pencapaian terbaik Datuk Seri setakat ini?Negeri Sembilan ialah negeri pertama di Malaysia yang mengambil langkah ini. Kita sedia maklum, sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya di bandar tinggal di rumah berstatus pajakan manakala masyarakat bukan Melayu banyak membeli rumah freehold (pegangan bebas).Maka, polisi ini sebahagian besarnya menguntungkan masyarakat Melayu di samping masyarakat bukan Melayu yang masih duduk di atas tanah pajakan.Jumlah penduduk Negeri Sembilan sekitar 1.2 juta orang manakala jumlah kediaman sekitar 200,000 hingga 300,000 unit. Jumlah yang terlibat dengan pertukaran status ini masih dikemas kini tetapi bilangan mereka besar.Baru-baru ini kerajaan menaikkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) daripada RM980 kepada RM2,208, menyebabkan jumlah isi rumah dikategorikan miskin meningkat kepada 400,000 di seluruh negara. Bagaimanakah situasinya di Negeri Sembilan?Apabila PGK dinaikkan kepada RM2,208, ramai penduduk Negeri Sembilan tergolong dalam golongan miskin termasuk pekerja kilang dan penjawat awam yang berkhidmat di bahagian perkeranian sebagai PAR (Pembantu Am Rendah). Mereka terdiri daripada hampir 40 peratus penduduk di Negeri Sembilan, jadi jumlah mereka yang terlibat lebih kurang 40,000 isi rumah. Kita telah adakan satu perbincangan dan giat mengumpulkan data-data penting untuk dimasukkan dalam Bajet Negeri Sembilan tahun 2021. Insya-Allah kita akan berusaha untuk memastikan golongan miskin tegar dapat keluar daripada paras kemiskinan.Kita tahu pendapatan per kapita Negeri Sembilan menghampiri jumlah pendapatan per kapita negara iaitu RM44,682 namun realitinya masih ramai yang berada di bawah pendapatan per kapita tersebut. Contohnya, apabila harga sawit dan harga getah jatuh, hasil pendapatan rakyat juga menurun. Walaupun peneroka ada tanah seluas 10 ekar di tanah rancangan Felda tetapi harga sawit yang rendah menyebabkan mereka juga tergolong miskin.Negeri Sembilan banyak menerima tempias daripada projek besar seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang dan terbaru projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang jajarannya turut melalui negeri ini. Jika projek itu tidak menjadi kenyataan, apakah Negeri Sembilan akan terlepas peluang pelaburan yang besar?Kita berharap kerajaan Persekutuan tidak menukar jajaran ECRL kepada jajaran lama Gombak-Bentong kerana jajaran baharu Putrajaya-Nilai-Kuala Klawang amat besar impaknya khususnya untuk memajukan Kuala Klawang dan Jelebu yang terkenal dengan ekopelancongan dan sektor pertanian. Ia juga akan memberi impak yang cukup hebat kepada penduduk di Jempol dan Kuala Pilah.Aminuddin Kita telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan supaya jajaran ECRL ini dikekalkan walaupun ada usaha yang kuat untuk menggunakan jajaran lama. Saya juga sempat bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Majlis Tindakan Negara baru-baru ini untuk menyuarakan hasrat tersebut dan beliau (Muhyiddin) kata akan kaji permintaan kami.Sejauh manakah impak wabak Covid-19 terhadap ekonomi pelancongan di Negeri Sembilan?Pada tempoh tiga bulan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesannya amat besar terutama kepada sektor perhotelan di Port Dickson. Tetapi selepas sektor itu dibuka semula, sektor pelancongan kembali berkembang. Kini setiap hujung minggu dari hari Jumaat hingga Sabtu dan Ahad, hotel-hotel di Port Dickson penuh sehingga mencecah 90 peratus dan kadang-kadang mencapai 100 peratus tempahan. Alhamdulillah, kita telah mencapai lapan juta pelancong pada tahun 2019 tetapi sebilangan besar disumbangkan oleh pelancong domestik.Oleh sebab itu apabila sektor pelancongan dibuka semula, kita lihat pelancong domestik ini terus datang ke Port Dickson. Kalau kita hanya mengharapkan pelancong luar negara, kita mungkin akan menghadapi masalah.Kerajaan beberapa negeri di bawah PH telah tumbang. Apakah yang membuatkan Datuk Seri yakin kerajaan PH Negeri Sembilan tidak akan menerima nasib yang sama?Saya lihat semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco bermula dengan perjuangan reformasi yang asal. Mereka bukan calon bidan terjun pada pilihan raya yang lepas. Mereka ini ada pengalaman yang lama sebagai pembangkang sama ada sebagai ADUN atau sebagai aktivis. Saya juga yakin dengan nilai dan perjuangan mereka. Mereka masih mempertahankan idealisme dan masih sayang dengan perjuangan ini. Jadi saya tidak nampak mereka hendak melompat parti. Saya rasa itu juga kekuatan kita.Tetapi Datuk Seri dalam politik, banyak orang yang mengaku berjuang tapi mereka melompat parti juga. Apakah pandangan Datuk Seri?Kita kena lihat apa matlamat mereka. Politik Negeri Sembilan bukan dalam kedudukan yang selesa. PH ada sebanyak 20 kerusi (11 DAP, 6 PKR, 3 Amanah) dan PN ada 16 kerusi (15 UMNO, 1 MIC). Ada lebih empat kerusi sahaja. Kalau tiga ADUN sahaja melompat, kerajaan negeri akan jatuh, bukan kedudukan yang selesa. Tapi kita yakin dapat pertahankan kerajaan ini sehingga akhir, dengan keizinan Allah. Lumrah kehidupan memang ada yang berubah, puncanya mungkin disebabkan tawaran, tapi saya yakin dengan sahabat-sahabat saya hari ini.Mengapakah politik Negeri Sembilan kelihatan lebih stabil? Adakah ia ada kaitan dengan personaliti Datuk Seri sendiri yang menganggap semua orang sebagai teman-teman seperjuangan menyebabkan orang tidak berasa terancam dengan Datuk Seri?Saya melihat peluang untuk sampaikan pandangan bagi bangunkan negeri adalah sama kepada semua. Saya juga memikirkan mereka adalah sebahagian daripada pentadbiran yang harus diberi ruang sama rata. Mungkin ada yang rasa kurang sikit, lebih sikit, itu biasa. Apa sahaja permasalahan harus kita selesaikan bersama. Personaliti itu saya tidak nampak, tapi agaknya saya lebih mesra dengan mereka.Bagaimana Datuk Seri melihat pergolakan dalaman PKR yang membawa perpecahan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali? Apakah sebenarnya berlaku?Kita lihat pergolakan itu bukan baru berlaku, bukan dengan Anwar sahaja, (Azmin) dengan Anwar itu baharu terjadi tetapi dengan rakan-rakan lain telah lama. Sebenarnya, kita dalam perjuangan ini ada matlamat sebagaimana bermulanya Keadilan (PKR) itu sendiri. Matlamat kita adalah untuk buat perubahan ke arah lebih baik demi rakyat dan bukannya kepentingan diri. Apabila perkara sebaliknya berlaku, berlakulah pergolakan. Ya, hari ini saya yakin Keadilan lebih kuat tanpa Azmin.Walaupun ada yang kata Keadilan tidak lagi relevan, namun rakyat dan penyokong kita merasakan apabila golongan yang khianat perjuangan ini sudah keluar PKR dan menubuhkan kerajaan tebuk atap, PKR lebih kuat pada hari ini.Berhubung kedudukan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri didakwa tidak mendapat sokongan daripada PKR negeri sendiri. Ada yang kata kekuatan Datuk Seri kini hanya berpaut kepada sokongan 11 ADUN DAP. Apakah komen Datuk Seri?Kalau saya harapkan kepada DAP, saya sudah jatuh. Mesti ada yang sudah lompat. Itu saya katakan tadi bahawa mereka ini ada prinsip. Memang tidak semua orang akan suka dengan kita, dalam mana-mana parti pun sama. Tetapi yang tidak suka itu sudah pun keluar, kita sudah pecat mereka. Yang keluar itu sebahagian kecil sahaja, dan kita sedia maklum golongan yang keluar itu mereka yang tidak suka pada saya dan mereka sudah keluar, alhamdulillah.mb nsSama juga dengan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), di peringkat pusat, yang tidak suka Anwar pun telah keluar, di Negeri Sembilan yang tidak suka saya pun sudah keluar, di negeri lain pun sama. Jadi golongan ini telah tiada dalam parti.Untuk mengatakan saya dipengaruhi DAP itu hanyalah pandangan atau cerita politik, sedangkan kita mentadbir Negeri Sembilan dengan baik.Kita jaga Islam, Melayu, kita jaga semuanya. Hari ini walaupun saya bersama DAP, saya jaga semua sekolah agama, saya jaga semua institusi Melayu. Saya ceritakan tentang tanah pajakan dan kekal tadi, itu semua sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan orang Melayu.Saya sendiri beri penjawat awam bantuan khas sebulan gaji yang sebelum ini mereka tidak pernah dapat, kebanyakan penjawat awam adalah orang Melayu, tetapi semua ini tidak pun dihalang oleh DAP walaupun dasar ini lebih menguntungkan masyarakat Melayu. Namun, kita tidak pula tinggalkan masyarakat Cina dan India. Itulah yang saya kata, anak Melayu itu anak kita, anak Cina itu anak kita, anak India itu anak kita, anak Kadazan itu pun anak kita.Apakah PH ada harapan untuk mengekalkan kuasa di negeri ini?Memang beberapa kawasan DUN kalau dicampurkan PH ada masalah kerana ada kawasan yang menang dengan majoriti tipis di bawah 1,000 undi. Tapi itu pada 2018. Jadi menjadi tanggungjawab ADUN, ketua kampung, ahli majlis, untuk menyantuni masyarakat dan memperlihatkan perbezaan pentadbiran di PH dan BN.Mereka mempunyai tanggungjawab untuk terus bersama rakyat, menunjukkan mereka lebih komited dan menjaga negeri ini dengan baik. Pada PRU14, kita bertanding tanpa ada ketua kampung PH, kita tidak ada ahli majlis, tetapi hari ini kita ada jentera di peringkat kampung, jentera ahli majlis dan kerajaan negeri. Kalau diadakan PRU pada masa terdekat ini pun kita bersedia dan kita yakin peluang itu tidaklah seperti di atas kertas pada 2018.Aminuddin ProfilDatuk Seri Aminuddin HarunJawatan sekarang: Menteri Besar Negeri SembilanUmur: 53 tahunAsal: Kampung Pachitan, Port DicksonPendidikan: Sarjana Muda Perniagaan daripada UiTMIsteri: Datin Seri Wan Hasni Wan YusofAnak: 3 lelaki, 2 perempuanPolitik: ADUN Sikamat (PKR) (sejak 2008)Pengalaman:- Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM)(1991-1995)- Ketua Pengurusan Pengeluaran Golden Hope Furniture Sdn Bhd (1995-1996)- Eksekutif Kanan MCIS Safety Glass (M) Sdn BhdANEKDOTNaik motosikal ziarah kampung ke kampungSaya suka menunggang motosikal untuk menyantuni rakyat di rumah mereka sendiri. Saya tidak mahu orang cakap \u2018MB tidak pernah sampai ke kampung saya\u2019. Kalau boleh saya nak sampai ke seluruh kampung, estet dan kampung baharu di negeri ini. Naik motosikal lebih santai dan mudah untuk singgah. Bila saya datang melawat penduduk secara sederhana dengan motosikal, mereka rasa dihormati. Saya ziarah orang sakit dan susah. Ada juga saya terima aduan terus daripada rakyat.Saya mahu lihat kehidupan sebenar mereka. Jika bawa mereka dalam perjumpaan di balai raya atau dewan, kita lihat mereka dalam keadaan selesa, tapi hakikatnya berbeza bila kita tengok situasi di rumah mereka malah kita dapat rasa sendiri keperitan rakyat.Saya sudah turun ke seluruh kawasan DUN saya, Sikamat dan Lenggeng. Saya juga naik motosikal ke Kuala Pilah, Jempol, Jelebu. Sekarang saya merancang untuk lawat semua daerah dengan motosikal.Terkejut tragedi Nora Anne berlaku di lokasi baru dilawatiKisah tragis remaja Ireland berusia 15 tahun, Nora Anne Quoririn memeranjatkan saya. Dia ditemui mati kelaparan selepas 10 hari hilang di sebuah resort di Pantai dekat Seremban pada Ogos tahun lalu.Yang saya terkilan kerana sekitar tempat itu agak baru saya lawati. Ia tempat yang mula-mula kita mahu buat pemutihan kawasan selepas Pakatan Harapan ambil alih kerajaan negeri. Ini kerana sebahagian daripada pengusaha-pengusaha pelancongan membuat pembangunan tanpa dapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.Tempat di situ cukup indah dan eksklusif. Sebab itu kita mahu jadikannya lokasi pelancongan yang betul-betul selamat.Saya pernah berjumpa keluarga Nora Anne sebelum ini dan berharap kes inkues kematiannya yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner Seremban dapat menjawab pelbagai persoalan.Pelawa pelancong makan kari kepala kambingDi Negeri Sembilan banyak makanan tradisi yang cukup unik dan menarik, dengan daging dan ikan salai serta sabaknya. Kita tahu tempat tertentu khususnya di Pedas, Rembau dan jalan Kuala Pilah menjadi tumpuan untuk dapatkan makanan ini. Kita juga ada apam Johol yang dibungkus dengan daun rambai selain pelbagai jenis rendang termasuk rendang maman. Negeri Sembilan juga terkenal dengan cendol songkok tinggi dan apam balik Istana Seri Menanti. Ini harus dicuba oleh orang luar yang datang ke negeri ini.Sebahagian mereka juga mungkin tidak pernah makan kepala kambing yang diikat dengan usus yang saya rasa hanya boleh didapati di Negeri Sembilan. Mereka boleh buat tempahan makan di restoran Muzium Negeri Sembilan atau hotel terpilih. Sajian kari kepala kambing adalah makanan cukup istimewa yang biasanya dihidangkan kepada Ketua Adat Perpatih kita.", "reading_time": "4", "article_dt": "30 Ogos 2020 10:00am"} +{"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/97840/berita/wawancara/strategi-memburu-emas-sulung-sukan-olimpik", "article_title": "Strategi memburu emas sulung Sukan Olimpik", "article_text": "[VIDEO] PERSARAAN jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei pada tahun lalu ternyata memberi impak kepada arena sukan tanah air. Apa tidaknya, sepanjang hampir 20 tahun bergelumang dalam dunia badminton, Chong Wei sentiasa menghadirkan kejayaan manis buat Malaysia di pentas antarabangsa.Tiga pingat perak yang diraihnya pada temasya Sukan Olimpik bermula pada edisi 2008 di Beijing, China diikuti 2012 di London, United Kingdom dan 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sudah cukup membuktikan kehebatan Chong Wei selaku jagoan sukan Malaysia yang tiada tolok bandingnya.Kini dengan ketiadaan Chong Wei, timbul persoalan siapakah atlet yang disandarkan untuk meneruskan kecemerlangan bekas pemain badminton nombor satu dunia itu di pentas Olimpik. Tambahan pula, Malaysia masih tercari-cari emas sulung Olimpik.Ikuti wawancara eksklusif Sinar Ahad bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagi mengupas lebih lanjut percaturan badan induk itu dalam misi merealisasikan impian Malaysia meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.Sukan Olimpik Tokyo pada awalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos lalu, namun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kini telah menetapkan tarikh baharu penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.SINAR AHAD: Pertama sekali tahniah Tan Sri atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.Pengiktirafan yang saya terima daripada Yang di-Pertuan Agong ini bukan sahaja terhadap diri saya seorang, tetapi ia adalah pengiktirafan kepada keseluruhan bidang sukan itu sendiri. Saya menerima penganugerahan ini selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Di bawah MOM itu sendiri ada 56 badan sukan melibatkan 35 ahli gabungan penuh dan selebihnya 21 ahli bersekutu. Saya juga melihat pengiktirafan ini turut melibatkan ahli-ahli badan gabungan, atlet, jurulatih dan pegawai sukan. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Seri Paduka Baginda juga begitu dekat dengan sukan. Penglibatan Seri Paduka Baginda bukan sahaja setakat di Asia tetapi sehingga ke peringkat tertinggi melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Hoki Asia (FIH).Boleh Tan Sri kongsikan kisah suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM?Jika kita tengok sejarah, jawatan Presiden MOM bermula selepas merdeka apabila Tun Abdul Razak Hussein dilantik. Tun Abdul Razak ketika itu menjadi Perdana Menteri. Selepas itu, MOM dipengerusikan oleh Tan Sri Hamzah Abu Samah yang juga Menteri Belia dan Sukan pada masa itu sebelum Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja\u2019afar pula dilantik sebagai Presiden MOM. Ketika saya dilantik, saya tidak mempunyai jawatan di peringkat kerajaan, tentu sahaja ia perkara yang sukar kerana sebelum saya dilantik Presiden MOM, semuanya \u2018orang-orang besar\u2019 yang menerajui MOM berbanding saya yang datang dari akar umbi. Mungkin mereka melihat penglibatan aktif saya bermula sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur sehinggalah peringkat paling tinggi iaitu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebab itulah mereka rasakan saya ini seorang yang boleh menyelami bagaimana penglibatan dan perkembangan sukan di peringkat akar umbi. Saya ambil ia sebagai satu cabaran yang sangat besar kerana Tunku Imran ialah ahli tetap Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC). Bagi saya, badan sukan itu perlu dilihat sebagai lebih kepada perubahan dari segi institutional reform. Kita tidak mahu badan itu dikenali oleh individu tertentu. Tetapi kita mahu pembangunan industri itu dilakukan supaya suatu hari nanti saya akan meninggalkan satu legasi dan ia akan kekal berkembang atau berubah mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, kita berhadapan dengan keadaan atau perkara yang mungkin mengecewkan. Contohnya, kita nak menghadapi Sukan Olimpik tetapi kerana ancaman Covid-19, kita terpaksa berhadapan dengan keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Akibatnya, semua program sukan dibatalkan. Ini menyebabkan perancangan kita bagi program Road To Tokyo (RTT) terbantut. Ketika itu suasananya masih tidak pasti hingga kita terpaksa merujuk kepada IOC sama ada Tokyo (Olimpik) itu diteruskan atau tidak? Ancaman Covid-19 juga memberi kesan kepada persatuan-persatuan sukan yang berdepan krisis kewangan. Melihatkan situasi itu, saya tubuhkan tabung Covid-19 sebanyak RM300,000 untuk kita agihkan kepada ahli-ahli gabungan bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terlibat.Mohamad Norza ditemubual Editor Sukan Sinar Harian, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan wartawan Sukan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur Jumaat lalu.Bagaimana Tan Siri melihat penangguhan Sukan Olimpik, adakah ia satu berita baik untuk kontinjen Malaysia?Saya selalu katakan kepada mereka yang terlibat agar melihat apa yang berlaku ini dari sudut pandang positif. Saya sendiri rasa apa yang berlaku ini adalah satu hikmah kerana apabila bercakap soal kelayakan ke Olimpik, atlet-atlet kita kini ada masa yang lebih untuk mereka reboot atau memulakan kembali latihan mereka. Saya yakin ini adalah hikmah daripada apa yang berlaku. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sasaran kita adalah untuk menghantar lebih 30 atlet ke Tokyo. Setakat ini, kita dah ada 12 atlet yang layak secara automatik ke Tokyo. Saya rasa kalau proses kelayakan Olimpik ini dimulakan semula, saya yakin kita akan dapat lebih ramai lagi atlet. Ini kerana kalau kita tengok statistik daripada IOC, hanya 50 peratus atlet yang sepatutnya layak ke Olimpik baru layak ke Tokyo. Jadi ada 50 peratus lagi dan kalau berasaskan kepada percaturan persatuan sukan kebangsaan, saya yakin kita dapat capai sasaran menghantar sekurang-kurangnya 30 atlet ke Tokyo.Bagaimanakah dengan sasaran untuk menghantar kontinjen yang ramai pada Olimpik kali ini? Bagi Tan Sri, atlet manakah yang layak untuk ke Olimpik menerusi tiket wild card?Kalau ikut sekarang ada 12 atlet yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo. Ini tidak termasuk bagi pemain-pemain dalam sukan badminton lagi. Badminton ada lima acara, ada single (perseorangan), double (beregu) termasuk campuran. Saya berharap persatuan sukan juga boleh menambahkan lagi atlet dan kita boleh mencapai kepada sasaran 30 atlet pada Sukan Olimpik kali ini. Mengenai tiket wild card, saya rasa tentu sahaja bagi olahraga atau mungkin tambahan lagi dua acara sukan seperti golf. Kita juga masih menyandarkan harapan kepada sukan karate dan juga pelayaran. Sukan-sukan inilah yang akan membantu menambahkan lagi bilangan atlet dalam kontinjen Malaysia. Bagaimanapun, kita mahu atlet yang benar-benar berkualiti dan kita tidak mahu pemain yang hanya berperanan sebagai \u2018penumpang\u2019 dalam kontinjen Malaysia.Setelah penangguhan Sukan Olimpik 2020 akibat pandemik Covid-19, bagaimana moral atlet negara?Saya nak ulang balik perkataan hikmah terhadap penangguhan Sukan Olimpik ini. Pertamanya, apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang universal kerana krisis pandemik ini bukan sahaja melibatkan negara kita, tetapi juga di seluruh dunia. Yang kedua, kita juga beranggapan bahawa atas kejayaan kerajaan kita flattened the curve menyebabkan kita berada di barisan hadapan untuk bersiap sedia ke Olimpik. Kita tengok betapa sistematiknya pembukaan sektor sukan kita daripada program RTT, kemudian pembukaan sukan lain dan hari ini bola sepak pun dah mula. Oleh itu bagi saya, ini peluang yang perlu kita ambil dengan kelebihan yang kita ada sedangkan negara besar lain seperti Amerika Syarikat dalam kekalutan dan tidak menentu. Begitu juga dengan negara-negara Eropah, kuasa-kuasa besar dan saya beranggapan kita mesti memandang situasi itu dengan positif. Saya mahu atlet dan pegawai kita ada iltizam atau kekuatan semangat dan barulah kita boleh letakkan lebih ramai atlet dalam membuat persiapan kelayakan Olimpik yang dijangka bermula pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.Setelah persaraan Datuk Lee Chong Wei, atlet manakah yang menjadi sandaran untuk merealisasikan matlamat memburu emas pertama negara pada temasya Olimpik kali ini?Saya memang rapat dengan Chong Wei dan perjalanannya ibarat perjuangan yang belum selesai. Jadi saya lantik beliau sebagai Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Tokyo. Mungkin impiannya sebagai atlet (meraih emas Olimpik) tak kesampaian tetapi mungkin sebagai CDM hasrat berkenaan dapat direalisasikan. Saya turut katakan kepadanya, dulu beliau tampil sebagat atlet, tetapi kali ini beliau perlu belajar mengenai pengurusan pula. Ini juga tekanan untuk kita mencari emas yang masih belum kita capai sedangkan Singapura dah ada emas. Saya beranggapan jika dahulu potensi emas ada pada Azizulhasni (Awang), atlet-atlet terjun kita (Pandalela Rinong, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong), namun dengan penangguhan Sukan Olimpik kali ini, ia buka peluang kepada atlet daripada sukan lain. Pada Olimpik Rio pun kita tak sangka dapat banyak pingat perak yang datangnya daripada sukan badminton dan terjun. Kita ada masa setahun lagi sebelum (Sukan Olimpik Tokyo) Julai 2021. Bagi saya, untuk memenangi pingat emas ini bukanlah cita-cita saya seorang, tetapi cita-cita seluruh rakyat Malaysia dan walau apa juga yang berlaku, sasaran emas itu perlu kita capai kerana ia adalah maruah kita. Saya yakin dengan doa, semangat, dan motivasi daripada semua yang ada dalam sukan, kita yakin boleh mencapai impian emas tersebut.Tan Sri, selalu kita dengar penyokong mendakwa mental atlet Malaysia lemah. Sebagai contoh, jika Chong Wei jumpa Lin Dan, sudah tentu awal-awal lagi mereka meramalkan Chong Wei akan kalah. Benarkah tanggapan bahawa mental kebanyakan atlet Malaysia lemah?Saya beri contoh bila Morten Frost (Hansen) datang (dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bila kamu latih orang Malaysia ini, maka kamu haruslah melatih macam orang Malaysia. Jangan latih macam orang Denmark sebab acuannya berbeza. Disebabkan itu, kita kena tahu acuan kita yang sebenarnya. Sebab itu saya meletakkan mini sport science dalam BAM. Sebab BAM kena ada ahli psikologi selain analisis prestasi setiap pemain. Perkara-perkara ini yang perlu kita lihat secara saintifik, mengapa dan kenapa pemain-pemain kita apabila saat dan ketika kita nak mereka (menampilkan aksi terbaik), mereka gagal untuk melaksanakannya.Mohamad Norza berkongsi suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM.Berbalik kepada Sukan Olimpik Tokyo, mungkin Tan Sri mengenali rapat Azizulhasni Awang. Azizulhasni seperti yang kita kenal ialah seorang pejuang dan bila Chong Wei sudah bersara, semua bercakap Azizulhasni merupakan prospek terbaik meraih emas. Apakah komen Tan Sri?Saya sendiri pun yakin bahawa Azizulhasni merupakan peluang kita yang terbaik untuk kita mendapatkan pingat emas pertama Sukan Olimpik. Sebab kita mesti mempunyai atlet yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, mental yang kuat, lapar untuk kemenangan, mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Semua kriteria itu ada pada Azizulhasni. Bila persatuan (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) kata tak boleh janji pingat emas, Azizulhasni sendiri tampil ke depan, dia kata dia janji dapatkan pingat emas. Ini merupakan contoh atlet yang kita mahukan kerana dia punya keyakinan diri. Bila sampai ke peringkat dunia, pemikiran mesti untuk menang sepanjang masa. Kita mesti membudayakan prestasi tinggi. Kita mesti membudayakan mentaliti mahu menang. Kamu mesti sentiasa percaya yang kamu boleh muncul juara. Kamu mesti punyai keyakinan diri dulu kerana hanya dengan kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi, kita mampu bersaing di peringkat paling tinggi.Bagaimanakah pula dengan Pandelela Rinong yang pernah menang pingat juga untuk Sukan Olimpik London?Saya yakin dan percaya atlet-atlet yang sudah lama ini yang mempunyai pengalaman menyertai lebih daripada satu Sukan Olimpik mempunyai peluang untuk mendapatkan medal. Tentu sahaja kita mahu medal emas. Pandelela dan beberapa lagi atlet mempunyai pengalaman. Namun, kita semua tahu dalam sukan terjun ini, cabarannya adalah dari China. Sekiranya kita mahu mendapatkan pingat emas, kita mesti sampai level kesempurnaan yang sama seperti pesaing-pesaing kita dari China.Apakah harapan Tan Sri untuk arena sukan Malaysia khususnya menjelang Sukan Olimpik tahun depan?Saya beranggapan bahawa sukan pasca-Covid-19 sudah berbeza. Saya mahu dunia sukan juga berbeza bagi Malaysia. Bahawa sukan selepas Covid-19 ini akan menuju kecemerlangan. Contohnya saya sebagai Presiden BAM kan dan Presiden MOM, saya beranggapan dengan penangguhan Sukan Olimpik ini mampu memberi sinar harapan bahawa pingat emas kita yang dulu hanya tertumpu pada Azizulhasni seorang, mungkin kita ada ramai lagi mereka yang layak untuk membawa cabaran tersebut. Kita harus terus bekerja kuat memantapkan persediaan kita supaya selepas Covid-19 ini, ada sinar yang lebih terang, ada sinar yang lebih bercahaya pada sukan Malaysia dan kita semua harus bersifat positif kerana cabaran itu sudah tentu kuat. Cabaran berliku, namun kita kena sentiasa percaya bahawa di penghujung itu ada seribu impian. Jadi kita mesti kerja bersama-sama untuk menggapainya.ANEKDOTSukan boleh menyatukan bangsaKalau ikut kelulusan saya, saya ialah seorang Akauntan Bertauliah (CPA) Australia. Kalau dalam Malaysia Institute Accountant (MIA), saya Chartered Accountant yang paling tinggi sekali. Jadi saya memang akauntan profesional. Dari segi keperibadian, orang yang tak biasa mungkin kalau tengok muka saya, orang kata saya sombong. Tapi saya sebenarnya seorang yang suka berterus-terang.Kalau orang tanya Norza kenapa kamu pergi ke bidang sukan? Sebab apa? Saya selalu fikir macam mana nak bawa feel good factor back? Ia kerana melalui sukan kita boleh menyatukan orang. Saya masih ingat bila Lee Chong Wei lawan Lin Dan di Rio de Janeiro, Brazil. Tujuh juta orang tengok televisyen. Seluruh negara tak bergerak. Itulah perasaan yang saya nak bawa. Ini kerana tak ada perkara yang boleh menyatukan rakyat. Melalui sukan kita bawa negara bersama dan melalui sukanlah kita boleh membawa satu semangat kenegaraan yang tinggi. Sebab itu ada orang komen saya pegang dua badan sukan, BAM dan MOM. Ini tak ada orang buat, saya pegang dua-dua badan besar serentak tanpa ada bayaran.Arwah ibu dan bapa jadi pembakar semangatSaya dapat gelaran Tan Sri hari Isnin 17 Ogos 2020. Bapa saya meninggal Rabu sebelumnya, minggu lalu. Mak saya pula kembali ke rahmatullah lima tahun lepas. Masa meninggal dunia, bapa saya berusia 83 tahun. Dia sakit buah pinggang dan perlu dialisis.Jadi perasaan saya bercampur baur apabila dapat pengiktirafan itu sedangkan baru tiga atau empat hari sebelum itu, bapa saya meninggal dunia. Namun, saya yakin dan percaya sebab ibu bapa saya dua-dua cikgu sekolah rendah. Jadi ini kejayaan mereka untuk seorang anak sampai ke peringkat Tan Sri sedangkan dalam saudara-mara saya tak pernah yang dapat gelaran Datuk.Jadi bagi saya, saya rasa ibu bapa saya bangga. Jadi didikan itu didikan anak cikgulah. Bila kita bermula dari bawah, dengan ibu bapa yang bukan orang senang, kita kena lengkapkan diri dengan kerja kuat dan bina persahabatan. Sebab kita tak ada bawa wang ringgit untuk kita pergi ke depan. Insya-ALLAH dengan didikan ibu bapa saya itu, saya akan teruskan kerja kuat saya dalam bidang sukan.Mohamad Norza berkongsi suka duka selama lebih dua tahun menerajui MOM.PROFILNama: Tan Sri Mohamad Norza ZakariaTarikh lahir: 29 Ogos1966Asal: Alor Gajah, MelakaAdik-beradik: Anak pertama daripada lima beradikNama isteri: Puan Sri Zulaiha Zainal AbidinBilangan anak: Dua orangProfesion/ jawatan: Ahli perniagaan dan presiden persatuan sukanLatar akademik:Fellow Certified Practicing Accountants FCPA from CPA AustraliaChartered Accountant (Akauntan Bertauliah) Malaysian Institute of Accountants (MIA)Bachelor of Commerce (Major in Accounting) the University of Wolongong, NSW, Australia", "reading_time": "4", "article_dt": "23 Ogos 2020 07:55am"} +{"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/95209/berita/wawancara/bersatu-diramal-masuk-umno-sama-seperti-semangat46", "article_title": "Bersatu diramal masuk UMNO, sama seperti Semangat46", "article_text": "SEJAK lebih seminggu lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah antara pemimpin UMNO yang paling lantang membicarakan mengenai kerjasama BN, Pas dan Bersatu.Perang mulut beliau dengan beberapa pemimpin Bersatu semakin memuncak apabila anak sulung kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat itu menggesa Bersatu kembali kepada UMNO demi survival parti yang menggunakan logo bunga raya tersebut.Walaupun diberi pandangan sinis termasuk digelar pemimpin yang kecewa, Nur Jazlan yakin UMNO dan Pas kini di landasan yang terbaik untuk menang pada PRU15. Wartawan Sinar Harian, NOR AZURA MD AMIN menemubual secara eksklusif bekas Ahli Parlimen Pulai itu di Johor Bahru baru-baru ini.SINAR HARIAN: Bagaimanakah keadaan politik di Johor selepas ditadbir Perikatan Nasional (PN) sejak Febuari lalu?NUR JAZLAN: Di Johor keadaan politiknya agak unik, di mana pola penduduknya secara purata dilihat Melayu 54 peratus dan Cina lebih 40 peratus. Pengaruh UMNO di Johor masih besar, UMNO masih diterima orang Melayu Johor dan merupakan parti tunggal yang memperjuangkan orang Melayu.Oleh kerana keadaan politik yang bercelaru pada masa sekarang ditambah dengan komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang agak tipis iaitu cuma beza dua kerusi antara PN dan Pakatan Harapan (PH) pentadbiran kerajaan negeri perlu diuruskan secara kompromi.Keadaannya boleh dikatakan agak tegang tetapi saya melihat pentadbiran kerajaan negeri masih boleh diuruskan dengan baik di bawah Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.Dalam hal ini, pengaruh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga memainkan peranan dalam memastikan keamanan di bawah PN masih utuh.Bagaimanakah pandangan Datuk mengenai sidang DUN Johor yang akan bermula pada September depan?Kita lihat sidang DUN yang diadakan pada Mei lepas jelas memperlihatkan kelebihan kerusi cuma dua dengan pembangkang iaitu PH. Menariknya situasi ini seakan-akan sama seperti apa yang terjadi di Parlimen sekarang.Oleh itu bukan mudah untuk sebarang keputusan dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti.Salah satu isu yang paling panas ketika ini ialah mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti di bawah PN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bagaimanakah Datuk melihat isu ini?Pada saya dasar pembahagian kerusi tertakluk kepada keputusan PRU14 lalu. Kita hendak kerusi yang UMNO menang tidak kira di bandar mahupun luar bandar tanpa melihat wakil rakyat yang ada sekarang.Pembahagian kerusi yang menjadi pertelingkahan dalam PN perlu diselesaikan ikut kekuatan yang dimiliki parti di sesebuah kawasan untuk bertanding di Parlimen mahupun DUN.Kita tidak boleh tengok kekuatan parti itu atas kertas sahaja tetapi perlu dilihat lebih mendalam dengan adanya analisis.Soal calon juga penting. Calon yang dipilih perlu ada potensi menang. Jangan buat keputusan atas kertas bagi memilih calon kerana jika salah perkiraan letak calon, jawabnya PH akan menang.Pastinya, UMNO tiada masalah kerana UMNO memiliki ramai calon berpengalaman. Maksud saya dengan berpengalaman itu ialah kita ada calon yang pernah menang dan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU14).Dengan rakan sekutu Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas juga kita tiada masalah, kerana kedua-duanya saling menghormati. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu sudah 74 tahun, mungkin seusia dengan Pas.UMNO dan Pas boleh realisasikan MN kerana ada sikap menghormati.Kerjasama Pas dan UMNO di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah sampai ke tahap mempunyai piagam maksudnya ada kerjasama yang baik. Jadi ada banyak kerjasama yang kita boleh lakukan berunding dan selesaikan banyak perkara dan masing-masing hormat-menghormati.Tetapi hal ini berbeza dengan kerjasama UMNO-Bersatu. Bersatu ditubuhkan pada 2017 untuk hadapi PRU14.Situasinya kini pula, mereka (Bersatu) yang pegang jawatan walaupun di peringkat bawah sokongan terhadap mereka sangat halus. Saya bagi contoh sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Oktober tahun lepas ketika mereka lawan BN. Mereka kalah, itu sahaja sudah membuktikan Bersatu yang kononnya kuat di Johor tetapi hakikatnya ada lompong di bawah.Jika mereka bertanding bawah PN, sudah pasti mereka bergantung kepada BN dan UMNO untuk jentera PRU bagi mendapatkan sokongan pengundi.Apakah pandangan Datuk tentang MN di Johor?MN merupakan kerjasama politik yang ampuh untuk mencorak masa depan negara menjelang PRU15 nanti.Dengan kekuatan UMNO dan keharmonian hubungan dengan Pas menjadikan MN sebuah perikatan politik paling realistik dalam membentuk kembali sebuah kerajaan yang stabil serta kuat.Dalam MN, UMNO-Pas ada satu hubungan matang yang saling menghormati kemampuan dan kelebihan masing-masing. Keserasian dan gabungan mantap dua parti utama dalam MN merupakan satu jaminan paling padu untuk mengembalikan demokrasi berpolitik di Malaysia.Apabila MN bekerjasama untuk berhadapan dengan pihak lawan pada PRU15 nanti, pastinya suatu kekuatan baharu yang wujud dalam landskap politik negara kerana UMNO dan Pas sudah mempunyai rekod cemerlang selama ini. Kekuatan MN ini menjadi teras untuk parti seperti Bersatu sertai dan tak perlu lagi ada PN.Kita ada ahli yang ramai, ada kekuatan jentera parti yang kuat dan tersusun jika dibandingkan dengan Bersatu yang serba kekurangan. Sebab itulah UMNO memberi tawaran kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk kembali kepada parti itu. Ini kerana hanya dengan menyertai UMNO dan MN, survival politik beliau akan lebih terjamin berbanding bersama PN.Apakah pandangan Datuk sekiranya Muhyiddin kembali menyertai UMNO?UMNO sudah melalui saat genting selepas PRU14 lalu, daripada kekalahan sedikit demi sedikit kita bangkit daripada zaman yang suram.Namun situasi ini berbeza dengan Bersatu. Bersatu menang pada PRU14 dengan pertolongan rakan-rakan parti yang tidak akan bagi undi mereka pada PRU15. Jadi saya tanya di mana masa depan Bersatu. Mungkin mereka akan masuk UMNO sebagaimana Semangat 46 tetapi masuk dengan tidak bersyarat.Bagaimana Datuk melihat sokongan kepada Menteri Besar Johor ketika ini?Kita sokong Hasni sebab dia MB yang datang daripada parti terbesar iaitu UMNO. Memang kita mahukan Hasni kekal memimpin Johor dan sepatutnya dia menyambung penggal pentadbiran. Hasni sudah pasti dapat mentadbir negeri Johor lebih baik berbanding calon MB daripada Bersatu.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Ogos 2020 09:00am"} +{"author_name": "KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/94844/berita/wawancara/berdakwah-bukan-untuk-mencari-populariti", "article_title": "Berdakwah bukan untuk mencari populariti", "article_text": "[VIDEO]YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berjalan seiring dengan dasar negara serta menjadi pemangkin penyebaran dakwah di Malaysia.Setelah 46 tahun Yadim beroperasi, badan dakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu terbukti memberi sumbangan besar kepada kerja-kerja penyebaran risalah dan syiar Islam termasuklah usaha-usaha pengislaman saudara-saudara baru di seluruh negara.Bagaimanapun, kerja-kerja dakwah mutakhir ini dilihat berdepan jalan penuh pancaroba terutama pada zaman pandemik Covid-19 dan cabaran media sosial kini.Ikuti wawancara eksklusif Timbalan Pengarang Berita Sinar Ahad, Zuki Pileh dan wartawan Khairil Anwar Mohd Amin bersama Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan.Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dilantik ke jawatan itu pada 15 Julai lalu bagi menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz.SINAR AHAD: Orang ramai melihat dakwah dari perspektif berbeza-beza. Sebagai Yang Dipertua Yadim yang baharu, bagaimana ustaz mendefinisikan \u2018dakwah\u2019 tersebut?NASRUDIN: Pengertian umum dakwah ialah mengajak manusia kembali kepada ALLAH SWT.Objektif dakwah adalah untuk menyelamatkan manusia daripada api neraka. Ini diambil daripada satu peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ada satu hadis sahih diriwayatkan Imam Al-Bukhari RA, pada suatu hari, seorang budak yang selalu berkhidmat kepada Nabi SAW jatuh sakit. Nabi menziarahinya dan duduk di bahagian kepala budak itu. Kemudian Nabi menyebut kepada budak itu perkataan \u2018aslim\u2019 yang bermaksud \u2018terimalah Islam\u2019. Lalu budak itu memandang bapanya yang merupakan seorang Yahudi. Lalu bapanya berkata, \u2018Taatlah kepada Abal Qassim (nama gelaran Nabi Muhammad SAW)\u2019.Lalu apabila bapanya berkata begitu, budak itu lantas mengucap dua kalimah syahadah. Apabila budak itu memeluk ajaran Islam, Nabi SAW keluar dari bilik berkenaan dan mengucapkan \u2018Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang telah menyelamatkannya daripada api neraka\u2019. Jadi para alim ulama mengambil konteks kisah Nabi itu bahawa objektif utama dakwah adalah untuk menyelamatkan umat manusia daripada api neraka.Perbedaan dalam gerak kerja dan orientasi dakwah hanyalah pada pendekatan kuliah, ceramah, ziarah, sumbangan kebajikan, dialog, pujuk rayu, bina sekolah, bina hospital. Ini semua bergantung kepada situasi dan kesesuaian keadaan dan juga masa.Terdapat kritikan kononnya pendakwah Islam masa kini dikatakan lebih selesa berdakwah di dalam bilik ada pendingin hawa dan tidak turun ke bawah berhadapan dengan masyarakat. Apakah metodologi Yadim dalam berdakwah?Sebagai sebuah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, \u2018core business\u2019 Yadim adalah untuk menjalankan aktiviti dan gerak kerja dakwah secara berinteraksi dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berorientasikan dakwah.Yadim menjadi platform untuk menyelaraskan gerak kerja NGO agar berupaya menjadi gelombang gerakan dakwah di negara ini. Setiap NGO ini ada segmen tersendiri dan kita boleh klusterkan mengikut peranan masing-masing.Umpamanya, ada kluster yang berfungsi membina terminal ilmu seperti sekolah agama dan tahfiz. Ada kluster yang akan berdepan dengan serangan pemikiran seperti serangan Islam liberal dan serangan Barat yang sengaja mewujudkan Islamofobia. NGO daripada kluster ini akan fokus kepada bagaimana untuk menangkis serangan pemikiran tersebut.Ada juga kluster yang pergi kepada kebajikan seperti memberi bantuan kepada asnaf. Walaupun orientasinya kebajikan, aktiviti NGO itu tidak lari daripada maksud dakwah sebab kebajikan itu akan menjadi pintu kepada lancarnya gerakan dakwah. Ada NGO yang fokus sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Begitu juga ada NGO dakwah sektor anak muda dan dakwah di alam siber.Sasaran kita adalah supaya Islam ini sampai ke setiap hati sanubari masyarakat di negara kita. Kalau orang Islam, kita mahu mereka lebih mempraktiskan ajaran Islam. Kalau bukan Islam, sekurang-kurangnya mereka tidak mempunyai pandangan yang salah terhadap ajaran Islam.Ada pendakwah-pendakwah terkenal seperti Ustaz Ebit Lew yang turun padang menyalurkan sumbangan infaq orang ramai terus kepada golongan sasaran. Tetapi tindakan itu seolah-olah tidak selari dengan agensi dakwah dan pihak kerajaan yang akhirnya menimbulkan salah faham. Bagaimanakah Yadim dapat menyelaraskan aktiviti dakwah secara individu ini?Itu yang saya sebutkan tadi bahawa Yadim harus menjadi platform atau penyelaras gerak kerja dakwah termasuk pendakwah individu. Yadim juga sangat mengalu-alukan kolaboratif antara NGO dan individu di bawah satu platform supaya usaha kebajikan dan dakwah nampak selaras dan tidak berlaku pertindihan sekali gus tidak menyebabkan berlaku pembaziran masa serta fitnah kepada masyarakat.Kita tidak mahu amalan dakwah yang berlaku bersifat \u2018hit and run\u2019 sahaja. Akhirnya kita habis masa, habis duit, tetapi impak atau kesan tidak dapat dicapai secara maksimum. Yadim bukan mahu mengetuai atau memayungi mereka, tetapi kita hendak menyelaras supaya dapat mengatur gerak kerja dakwah secara menyeluruh merangkumi kesemua kluster, bukan hanya fokus kepada kluster kebajikan semata-mata.Setakat ini, berapa NGO yang berada di bawah seliaan Yadim?Sebelum ini, ada lebih 150 NGO bersama Yadim. Cuma dalam semakan terakhir, tinggal sekitar 40 NGO yang aktif di bawah sayap Yadim iaitu Majlis Amal Islam di Malaysia (Maim)yang ditubuhkan sejak tahun 2009.Perkara ini mungkin disebabkan penyelarasan program tidak dibuat secara strategik menyebabkan NGO terbabit bergerak sendiri dengan fokus terhadap aktiviti masing-masing.Justeru, saya bertekad untuk mengembalikan semula semua NGO yang pernah bersama Yadim. Saya telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, untuk menganjurkan satu persidangan pemimpin-pemimpin NGO Islam dari seluruh negara yang dijangka diadakan pada bulan September ini.Ada ribuan NGO di Malaysia. Kalau kita dapat selaraskan dan wujudkan platform yang baik insya-ALLAH saya rasa untuk dapat 300 hingga 400 NGO adalah dalam jangkauan kita.Antara NGO besar dalam Yadim sekarang ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Sebelum ini, kita juga ada NGO seperti Gerakan Pembela Ummah (Ummah), MuslimCare dan Yayasan Amal Malaysia yang merupakan NGO besar bahkan sudah melaksanakan aktiviti dakwah di peringkat antarabangsa.Wang kini menjadi antara elemen terpenting dalam berdakwah. Semakin banyak dana semakin berkesan program dakwah. Apa komen ustaz?Dana ataupun wang adalah alat untuk menggerakkan aktiviti dakwah. Kepakaran dalam bidang teknologi maklumat perlu dimiliki, skil mesti dikembangkan dan keperluan peralatan harus mencukupi. Semua itu ada kos termasuk usaha turun ke lapangan.ALLAH SWT ada berfirman yang bermaksud \u2018Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi mereka, dengan seluruh kekuatan yang ada pada kamu\u2019. Para alim ulama menafsirkan maksud kekuatan yang perlu disediakan itu ialah kekuatan dana dan harta benda.Kita memang memerlukan dana yang tinggi untuk memastikan kerja-kerja dakwah dapat digerakkan secara berkesan. Namun begitu, bukanlah bermakna kita bergantung kepada dana 100 peratus. Janganlah bila tiada dana, maka mati kerja dakwah atau kita memperlahankan tempo dakwah kerana dakwah adalah kerja yang sangat mulia.Pada pandangan ustaz, adakah dana Yadim sekarang membolehkan ia mencapai matlamat penubuhannya?ALHAMDULILLAH. Setiap tahun Yadim menerima peruntukan daripada kerajaan. Namun, untuk melaksanakan program dan projek dakwah yang dirancang, kita dapati dana itu tidak memadai.Yadim juga mendapat sumbangan daripada agensi kerajaan lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selain rakan strategik Yadim seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan CIMB Islamic Bank.Kita menyasarkan sekurang-kurangnya hendak mencapai RM50 juta setahun bagi mengaktifkan semua agensi dan NGO dalam Yadim. Setakat ini, kerajaan hanya menyumbang separuh daripada jumlah itu. Jadi, Yadim berharap kerajaan dapat menambah peruntukan.Kita juga menyeru supaya agensi-agensi dan individu-individu yang prihatin dapat memberi sumbangan serta infaq mereka kepada tabung Yadim yang telah dilancarkan kepada umum.Kalau setiap umat Islam di negara ini menyumbang RM5 sebulan kepada tabung Yadim, insya-ALLAH saya yakin kita capai sasaran RM50 juta tersebut.Kini banyak daie muda dan penceramah selebriti muncul di media sosial. Ada pro dan kontranya, malah kontroversi. Apa perspektif ustaz terhadap trend ini?Kita ambil aspek positif iaitu negara memerlukan ramai daie bagi memimpin golongan sasar ke jalan yang benar. Oleh itu, kemunculan daie-daie segera, sama ada melalui program realiti TV ataupun menerusi program pencungkilan bakat oleh mana-mana agensi, perkara itu kita rai. Tinggal lagi nasihat saya kepada diri sendiri dan semua umat Islam, kita kena faham bahawa kerja dakwah bukan untuk mencari publisiti dan populariti. Tetapi ia kerja untuk mengajak manusia kembali kepada ALLAH SWT.Jadikan populariti dan publisiti itu sebagai alat supaya kita lebih dekat dengan masyarakat. Boleh jadi masyarakat pada hari ini lebih seronok dan lebih dekat dengan dunia selebriti. Berbanding dengan pendakwah-pendakwah (tradisional) walaupun ilmunya tinggi, skilnya baik tetapi kurang dikenali, boleh jadi sentuhan mereka tidak memberi kesan besar kepada masyarakat. Berbeza dengan seorang daie yang sering muncul di media sosial, mereka mungkin lebih dikenali dan setiap patah perkataan mereka akan lebih didengari oleh setiap lapisan masyarakat.Cumanya, sang daie kena sentiasa memperbaiki diri khususnya dalam aspek ilmu. Hendak berdakwah dan menyampaikan Islam, seseorang kena ada ilmu. Kita tidak boleh menyediakan (daie) sepantas mi segera untuk dinikmati. Secara analogi, mi segera ini boleh dinikmati untuk sementara sahaja, tetapi untuk kenyang sepanjang hari, kita perlu makan makanan lebih berat seperti nasi. Ayuh perbaiki diri dengan ilmu.Apakah terdapat keperluan untuk mewajibkan pendakwah-pendakwah media sosial mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa agama?Pengiktirafan atau tauliah daripada pihak kerajaan adalah penting untuk memantau dan mengawal agar usaha dakwah dibuat secara terancang dan berkesan. Kalau tidak dipantau, kita bimbang ia akan disalah guna oleh pihak tertentu yang mengaku sebagai pendakwah, terutama di laman sosial yang terdedah dengan akaun palsu selain pendekatan mengelirukan.Namun, pada masa sama, saya tidak bersetuju kalau syarat tauliah dan pengiktirafan itu akhirnya menyempitkan kegiatan dakwah. Jadi, harus ada penyelarasan antara pihak yang mengeluarkan tauliah seperti majlis agama Islam dan pihak yang ingin memberi kuliah, ceramah dan dakwah sama ada di masjid dan surau ataupun di alam siber. Permudahkan (tatacara permohonan tauliah). Jangan susahkan pendakwah.YouTube merupakan satu medium sosial yang sangat berpengaruh dan sukar dikawal. Apakah perancangan Yadim dalam menghadapi cabaran dakwah dan dakyah media sosial ini?Kita sudah membangunkan jurnal penyelidikan agama Islam secara dalam talian dengan kerjasama badan penyelidik daripada universiti-universiti untuk dijadikan sumber rujukan oleh masyarakat. Demikian juga, kita nantinya akan menambah segmen daie muda atau rakan siswa Yadim untuk berperanan lebih aktif dan berkesan di alam siber. Yadim juga mempunyai saluran tersendiri di laman sosial utama seperti Instagram, Facebook, YouTube dan Twitter. Kita juga mahu supaya daie-daie ini nanti berperanan dalam media sosial untuk menyampaikan risalah Islam kepada warganet. Pada masa sama, mereka turut menangkis fitnah kerana saya tahu media sosial menjadi satu laluan begitu luas kepada pemfitnah-pemfitnah atau musuh Islam menjalankan aktiviti merosakkan pemikiran anak muda yang fanatik dan taasub dengan media baharu.Kalau kita menyampaikan ceramah di masjid dan surau, jumlah hadirin paling tinggi pun mungkin 500 atau 1,000 orang. Tetapi kalau dibawa ke media sosial, sama ada Facebook Live atau YouTube, kita boleh capai jumlah penonton sampai puluhan ribu, bahkan jutaan orang.Saluran YouTube Dr Zakir Naik contohnya ditonton ratusan juta orang dari seluruh dunia. Ini boleh kita pelajari.Nasrudin ketika diwawancara secara eksklusif Sinar Ahad di Putrajaya baru-baru ini.PROFILNasrudin HassanJawatan sekarang: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)Umur: 50 tahun (1970)Asal: Besut, TerengganuPendidikan: Universiti Al-Azhar, MesirPekerjaan: Ahli politik, pendakwahIsteri: Wan Hamidah Wan DaudPolitik:Bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang (2013-2015)Ahli Majlis Syura Ulama Pas (2009-kini)ANEKDOTKenangan berdakwah di perkampungan orang asliSaya seorang pendakwah yang sering masuk ke hutan dan berjumpa dengan masyarakat orang asli. Saya ada pengalaman di perkampungan orang asli di Rompin, Pahang, begitu juga di Kampung Gumum dekat Tasik Chini. Satu lagi ialah perkampungan di pedalaman Sabah, tidak jauh dari Kota Kinabalu.Di perkampungan orang asli ini kita rasa kurang selesa kerana berbeza daripada kehidupan di kampung atau di bandar. Digigit serangga, dikejar anjing dan pernah dimarahi oleh penjaga pos kawalan ketika masuk ke perkampungan berkenaan adalah perkara biasa.Bagi saya, kenangan paling manis adalah apabila penduduk orang asli berkenaan memeluk Islam disebabkan dakwah kita. Saya sangat terharu mendengar mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. Kadangkala mereka tanya semula, \u2018Mengapa baru sekarang mereka diberitahu tentang Islam?\u2019Kita pula terasa seperti sangat berdosa kerana baru kini bertemu dan berdakwah kepada mereka sedangkan mereka sudah hidup sekian lama.Tidak ada yang lebih puas dalam hidup ini melainkan apabila kita dapat menyelamatkan seorang insan dengan mengembalikan kepada ajaran tauhid.Cuma ada sedikit kekesalan kerana saya tidak berkesempatan mengikuti perkembangan mereka. Namun, saya difahamkan di Kampung Gumum sudah ada lebih 30 keluarga yang memeluk Islam sekarang berbanding lima keluarga pada kali terakhir saya pergi. Bahkan ada anak-anak mereka yang hafiz al-Quran.Ustaz penyokong tegar Real MadridSaya boleh dikatakan penyokong kuat pasukan gergasi La Liga Sepanyol, Real Madrid. Saya sebenarnya meminati dan menyokong pasukan Real Madrid atas semangat kesukanan dan tidak terlalu fanatik. Ini kerana pasukan Real Madrid sudah wujud selama 118 tahun iaitu sejak 1902.Saya mula meminati pasukan itu pada tahun 2000 ketika Florentino Perez menjadi Presiden Real Madrid. Perez seorang tokoh pengurusan yang hebat kerana beliau dapat mengumpulkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia.Saya masih ingat pemain Real Madrid terdiri daripada legenda bola sepak dunia seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Roberto Carlos, David Beckham dan Luis Figo. Nama-nama ini menyebabkan Real Madrid naik dan memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali berturut-turut.Kehebatan ini akhirnya mendorong saya menyertai Kelab Penyokong Real Madrid di Malaysia kira-kira enam tahun lepas. Kumpulan yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini mempunyai keahlian kira-kira 200 orang.Saya baru adakan pertemuan dengan kelab penyokong berkenaan beberapa hari lepas untuk berbincang bagi membuka cawangan kelab di seluruh negara. Saya secara peribadi bukan sekadar menjadikan perkara itu sebagai minat sukan. Tetapi saya hendak menjadikannya sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam.Anak-anak muda peminat bola ini harus disantuni. Hendak tengok bola tiada masalah, tetapi jangan tinggalkan solat, jangan dedahkan aurat khususnya kalangan peminat wanita. Jadi kita boleh mendekati golongan ini.", "reading_time": "4", "article_dt": "02 Ogos 2020 09:00am"} +{"author_name": "NUR FARHANA ABDUL MANAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/94127/berita/wawancara/lsquopkr-rugi-sebab-pecat-sayarsquo", "article_title": "\u2018PKR rugi sebab pecat saya\u2019", "article_text": "MESYUARAT Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28 Jun lalu bersetuju dengan syor Lembaga Disiplin untuk melucutkan keanggotaan lima ahli parti itu termasuk Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha. Bagaimanapun, Haniza yang merupakan lulusan bidang Seni Bina di University of Sheffield, United Kingdom menganggap pemecatannya sebagai satu kerugian besar buat parti itu.Namun, beliau yang pernah bekerja sebagai pengetua di pusat pendidikan kanak-kanak dan editor sambilan lega kerana kini boleh memberi fokus kepada perkara lain.Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya yang juga bekas Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor itu di Ampang baru-baru ini.SINAR HARIAN: Apakah perasaan Yang Berhormat sebaik digantung dan dilucutkan keahlian PKR serta dipecat jawatan Exco kerajaan negeri?HANIZA: Saya tak rasa sedih sangat sebab saya rasa sudah buat yang terbaik bila pegang jawatan dalam kerajaan. Taklah rasa ralat sangat, saya sudah buat apa yang mampu. Saya rasa lega kerana tak salah, mereka memang nak pecat saya. Saya rasa lega, saya boleh move on, fokus buat kerja lain. Semasa sertai PKR pada tahun 1998 saya berikan yang terbaik.Saya anggap parti politik ini macam \u2018kenderaan\u2019 untuk membangun negara, \u2018kenderaan\u2019 kalau sudah tidak bagus kita boleh tukar. Saya anggap kalau \u2018kenderaan\u2019 tak berfungsi macam mana pemiliknya mahu, tak perlu guna lagi dan dapatkan yang baharu. Masa saya naik kenderaan PKR mula-mula memang dalam kondisi baik, ikut apa yang saya nak tapi sekarang sudah tak berfungsi, jadi saya cari \u2018kenderaan\u2019 baharu. Sesuatu yang merugikan bila PKR buang saya sedangkan banyak benda saya boleh buat.Bagaimana kehidupan Yang Berhormat selepas dipecat oleh parti? Ada yang takut nak berkawan dengan saya, takut dilihat bersama saya kerana nanti akan digelar sesuatu \u2018nama\u2019. Selepas dipecat tak ada pun yang hubungi saya. Sebenarnya saya tak adalah sampai tahap benci sangat kepada mereka. Hairan kenapa lepas saya kena pecat, takut nak jumpa saya, tapi tak kisahlah. Saya nampak tindakan yang dibuat oleh parti merugikan, bila buat macam itu ahli dan pemimpin curiga-mencurigai dan saling tidak mempercayai.Kalau jadi seperti itu bagaimana nak bekerja dan kukuhkan parti. Itu yang buatkan ahli tak selesa dan keluar parti beramai-ramai. Mereka tak boleh tahan dengan tingkah laku ini. Bila buat sesuatu orang persoalkan keikhlasan, sedangkan kamu berkorban untuk bina parti.Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat terhadap PKR?PKR kini cacamarba bukan sebab saya sudah tinggalkan PKR. Saya tengok dari segi struktur parti sudah jadi keliru, semangat ahlinya sudah jatuh, setiap hari, setiap bulan pemimpin yang dari awal sudah keluar parti. Sekarang ini sayap wanita sudah habis. Ketua tak ada, timbalan tak ada, jawatan naib ketua pun tak dipilih bila dua jawatan tu dah kosong. Cacamarba ini kerana kelemahan kepimpinan yang gagal membuat keputusan yang betul.Apakah tindakan pemimpin keluar parti akan melemahkan PKR?Semua orang melihat kejatuhan PKR daripada parti yang ramai ahli Parlimen, sekarang seorang demi seorang tingalkan parti dan dipecat. Semuanya jadi jahanam kerana pemimpinnya yang berebut nak jadi perdana menteri sampai sekarang tak sedar diri. Parti menjadi bertambah lemah sebab ada favouritism dan pemimpin atasan tak dengar pandangan akar umbi.PKR sudah lari daripada matlamat pejuangan asal, kalau dulu adalah mengenai menegakkan keadilan, sekarang mengenai siapa nak pegang jawatan, siapa nak jadi perdana menteri. Kalau ahlinya pun tak dapat keadilan, bagaimana nak bagi keadilan kepada rakyat?Bagaimanakah Yang Berhormat melihat situasi politik yang berlaku kini bakal memberi impak kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?Rakyat sekarang sudah pandai berpolitik berbanding era 1990-an. Mereka akan pilih orang yang akan mendengar pandangan, hasrat dan rintihan. Saya tengok jika kita nak kekal relevan, kita mesti dengar apa yang rakyat mahukan. Jika kamu fikir kamu tahu apa yang rakyat mahu, itu yang bermulanya kejatuhan sebuah kerajaan.Dulu Pakatan Harapan (PH) banyak buat benda yang tak kena pada masanya walaupun benda itu betul contohnya larangan merokok di premis makanan. Sepatutnya kena selesaikan masalah besar rakyat dulu seperti isu pendapatan rendah, kekurangan peluang pekerjaan, isu warga asing dan sebagainya. Alhamdulillah dalam tempoh singkat Perikatan Nasional (PN) berjaya tunjukkan apa yang penting kepada rakyat. Kesilapan PH mereka tak dengar rakyat.Haniza masih meneruskan khidmatnya sebagai ADUN Lembah Jaya meskipun dilucut keahlian parti dan dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri.Adakah Yang Berhormat akan masuk bertanding pada PRU15. Jika ya menerusi platform apa?Setakat ini saya tak ada parti. Bertanding sebagai apa, mewakili siapa saya belum buat keputusan. Saya akan pertimbangkan jika ada mana-mana parti yang tawarkan. Kalau rasa saya boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara dan ada yang benarkan saya mewakili mana-mana parti, saya terbuka terima tawaran.Apakah perancangan Yang Berhormat selepas tidak lagi menganggotai parti politik dan dipecat jawatan Exco Kerajaan Selangor?Walaupun bukan Exco lagi, saya masih boleh laksanakan khidmat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.Saya juga tubuhkan NGO, Pertubuhan Wanita Negara (NOW) dua bulan lalu untuk membantu pembangunan ekonomi wanita. Bila saya tubuhkan NGO saya punya platform bergerak lebih luas seluruh Malaysia. Saya lihat tak ada halangan untuk memberi khidmat kepada rakyat walaupun tak ada parti.Dalam masa singkat saya sudah buat banyak benda, ramai datang beri kerjasama kepada saya termasuk yang keluar parti. NGO saya mempunyai 30,000 ahli ketika ini.Baru-baru ini YB memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bagi bulan Jun 2020 berjumlah RM1 juta. Apakah perancangan Yang Berhormat dengan wang RM1 juta itu?Saya tak ada perancangan lagi nak buat apa, saya belum pun keluarkan lagi wang kemenangan itu. Memang tak sangka boleh menang walaupun kali pertama saya beli SSP tahun lepas.Apakah perkara yang menjadi keprihatinan Yang Berhormat sepanjang bergelar wakil rakyat?Sebelum DUN Lembah Jaya, saya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan. Semasa di sana saya perhatikan masalah kemiskinan menjadi perkara perlu diberi tumpuan. Di kawasan itu sebahagian besar ialah peneroka bandar yang dipindahkan. Kemiskinan mewujudkan masalah sosial, ekonomi, anak-anak keciciran dan sebagainya.Mak ayah sibuk cari duit sara keluarga sampai anak terbiar dan terjerumus ke dalam penagihan dadah serta masalah sosial. Fokus saya memang kepada meningkatkan taraf kehidupan untuk mengatasi masalah kehidupan bandar.Haniza menunjukkan projek rumah terbengkalai yang berjaya disiapkan ketika memagang jawatan exco kerajaan negeri.Saya mengemukakan idea mengecat bangunan flat yang usang dengan mewujudkan Skim Ceria. Saya juga buat program anak angkat menerusi kaedah mentor-mentee pasangkan pelajar sekolah dengan pelajar institut pengajian tinggi. Tiga projek rumah terbengkalai juga dapat disiapkan sepenuhnya iaitu dua di Ampang dan satu di Puchong.Apakah hasrat Yang Berhormat yang belum tercapai susulan dipecat sebagai Exco kerajaan negeri?Saya sudah membuat beberapa perancangan di bawah portfolio dipegang untuk tempoh lima tahun. Ada beberapa perkara sudah dirancang dan diluluskan. Saya wujudkan jawatankuasa penyelarasan bandar berdaya huni untuk mewujudkan bandar lestari, sejahtera dan ceria.Saya sudah luluskan satu projek pembangunan semula di pangsapuri usang di Pandan. Saya tak sempat tengok pelaksanaan Selangor Urban Agenda.", "reading_time": "4", "article_dt": "27 Julai 2020 08:00am"} +{"author_name": "NOR AZURA MD AMIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/94004/berita/wawancara/penyeludup-di-johor-macam-cacing-kepanasan", "article_title": "Penyeludup di Johor macam cacing kepanasan", "article_text": "KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay terkenal dengan ketegasannya dalam membanteras elemen keganasan dan penyeludupan.Sebelum menjawat jawatan itu pada Februari lalu, Ayob, 54, ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman dan telah menangkap beratus-ratus individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan.Malah, pengganas warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi pernah mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Ayob sebelum dia terbunuh di Syria pada 2017. Ancaman berkenaan adalah permulaan kepada pelbagai ugutan berat lain terhadap diri Ayob sehingga sekarang.Dalam wawancara bersama wartawan Sinar Ahad, Nor Azura Md Amin dan Zulhisham Isahak di Johor Bahru minggu ini, Ayob Khan menegaskan bahawa beliau tidak takut menerima ugutan bahkan berjanji para penyeludup tidak akan dapat tidur lena selagi beliau menjadi Ketua Polis Johor.SINAR AHAD: Sebagai Ketua Polis Johor, apakah cabaran dan perbezaannya berbanding tugas Datuk di Bukit Aman sebelum ini?AYOB: Memang ada perbezaan yang amat ketara antara tugas saya sebelum ini sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman dan sekarang sebagai Ketua Polis Johor. Dulu saya ambil tanggungjawab isu keganasan sahaja, bila jadi Ketua Polis Johor, tugasnya lebih besar. Isu yang paling penting ialah jenayah narkotik, penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan jenayah indeks seperti bunuh, rogol, samun dan curi kenderaan.Kemudian, negeri Johor ini memiliki kawasan pesisiran pantai sepanjang 530 kilometer, sebelah pantai barat Johor saja pantainya sejauh 220 kilometer. Disebabkan kawasannya luas, banyaklah pula isu lain termasuk isu penyeludupan manusia, barang dan kontraban seperti rokok dan arak. Johor pula bersempadan dengan dua buah negara iaitu Indonesia dan Singapura. Jadi ada isu bilateral dengan negara berkenaan. Selain itu, Johor juga berhadapan isu-isu berkaitan politik. Semua ini ada di Johor.Tetapi saya anggap perkara ini sebagai satu peluang, bukan satu masalah. Kalau kita nak jadi pemimpin yang bagus, mantap dan berpengalaman, kita kena letak di tempat-tempat yang banyak cabaran seperti di Johor. Di tempat yang mencabar itu kita akan lihat sejauh mana kemampuan pegawai kita berfungsi secara efektif.Datuk baru tujuh bulan menjadi Ketua Polis Johor tetapi Datuk dan pasukan telah berjaya membanteras kegiatan penyeludupan yang sudah berakar umbi di negeri ini. Apakah strategi dan kekuatan Datuk?Yang pertama, alhamdulilah, saya mempunyai sebuah pasukan yang amat mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota PDRM di Johor semuanya berdedikasi, komited dan berintegriti. Mereka beri sokongan padu kepada semua misi atau arahan saya.Satu contoh, antara pegawai yang bagus ialah Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor. Beliau berpengalaman dalam menangani isu-isu jenayah dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Beliaulah penggerak utama operasi di Johor dengan dibantu anggota bawahan.Beliau juga mencetuskan idea untuk tangkap PATI di bawah kesalahan jenayah terancang. Bila tangkap di bawah jenayah terancang, kita boleh tangkap semua elemen yang terlibat dalam penyeludupan PATI seperti ketua sindiket, ejen mengurus keluar masuk migran, tukang urus pengangkutan, tekong darat, tekong laut, penjaga rumah penampungan dan anggota penguat kuasa yang bersubahat. Semuanya kita dapat tangkap dan tuduh di bawah Kanun Keseksaan.Dalam konteks operasi ke atas PATI, Johor menjadi perintis. Kita telah pun melancarkan Ops Pintas Bersepadu Selatan pada 21 April lalu sebelum Ops Benteng Laut dilancarkan pada Jun lalu. Format yang kita gunakan pada Ops Pintas Bersepadu adalah gabungkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia. Format ini juga yang digunakan dalam Ops Benteng Laut.Bagaimana Datuk melihat perbezaan aktiviti penyeludupan di perairan pantai barat Johor seperti Batu Pahat, Muar dan Pontian berbanding pantai timur Johor seperti di Kota Tinggi?Sebenarnya isu penyeludupan ini sama. Cuma selepas Covid-19 aktiviti ini lebih banyak berlaku di pantai timur iaitu di Kota Tinggi. Daerah ini terletak paling hampir dengan Batam dan Bintan di Indonesia iaitu dalam 30 atau 40 minit perjalanan menaiki bot dari sana. Kalau duduk di Batam, kita boleh nampak Kota Tinggi, itu yang mereka jadikan panduan. Kawasan di sebelah pantai timur memang mudah untuk PATI mendarat terus ke pantai, ada banyak laluan selain kawasan yang luas.Pantai barat Johor pula bergantung kepada pasang surut air laut, kalau air surut, bot akan sangkut. Kawasannya berbakau dan berpaya, jadi penyeludup kena ambil masa dan ada masalah sedikit. Sebab itu aktiviti penyeludupan migran kurang sedikit di situ walaupun dekat dengan Pulau Karimun dan dua tiga pulau lain.Alhamdulilah di sebelah pantai timur, 95 peratus kita sudah banteras manakala di pantai barat kita sedang beri tumpuan sekarang. Dadah pun kita ada buat tangkapan.Ayob ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Johor Bahru.Dalam tempoh beberapa minggu lalu, ramai penguat kuasa ditangkap berhubung penyeludupan migran khususnya di Johor. Apakah mesej yang ingin Datuk sampaikan?Kejadian agensi penguat kuasa bersekongkol dengan elemen-elemen penyeludupan bukan perkara baharu. Mungkin dulu tindakan yang diambil ialah tindakan tatatertib yang bersifat dalaman. Jarang kita dengar pegawai agensi penguat kuasa ditangkap dan dituduh di mahkamah tetapi ini banyak berlaku selepas Covid-19.Ketika saya melapor diri pada 24 Februari sebagai Ketua Polis Johor, saya sudah tegaskan, isu integriti saya tidak akan bertolak ansur. Pelanggaran tatatertib, bersekongkol dengan penjenayah dan penyeludup, saya tidak lagi akan buat siasatan dalaman atau serah kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard seperti kebiasaan.Kalau ambil rasuah saya akan tangkap di bawah Kanun Keseksaan. Saya dah tangkap anggota trafik yang disyaki mengambil rasuah, saya juga sudah tahan anggota bahagian narkotik Muar yang bersekongkol dengan aktiviti penyeludupan dadah. Tangkap dan tuduh di mahkamah. Pada saya tidak ada lagi tolak ansur. Kalau kita tidak tunjukkan ketegasan, sampai bila-bila isu berkaitan rasuah, integriti, persekongkolan pegawai dan anggota dengan sindiket ini tidak akan habis.Jadi proses \u2018pembersihan\u2019 ini akan dilakukan secara berterusan?Insya-ALLAH selagi saya di Johor, saya akan pastikan pembersihan dibuat secara berterusan.Ini bukan bermusim. Selagi saya ada di Johor selagi itulah saya akan pastikan pembersihan berterusan dibuat. Pihak-pihak tertentu atau dalam polis sendiri mungkin tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan tindakan saya. Mereka ada pandangan sendiri, saya ada pendirian saya sendiri. Orang boleh cakap apa pun tentang saya, tapi saya akan jalankan tugas berpegang kepada integriti. Itulah polisi yang diperjuangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan itulah teras yang diutamakan kerajaan sekarang.Kita bukan lagi berada pada tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an atau 2000, yang kalau kita buat apa pun (salah laku) kita anggap orang takkan tahu. Sekarang apa yang berlaku, orang ramai tahu cerita itu secara terperinci, pegawai polis ini makan rasuah, pegawai itu makan rasuah.Mungkin sesetengah daripada dakwaan itu tak betul tapi ada dakwaan yang kita siasat memang betul.Ketegasan Datuk dalam membanteras jenayah mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang meminta Datuk berjaga-jaga terhadap tindak balas pihak berkaitan. Apakah komen Datuk?Tan Sri Musa Hassan pernah jadi Ketua Polis Johor dan banyak tindakan yang beliau telah ambil. Saya rasa nasihat itu sangat berguna.Saya sejak berada dalam E8 lagi banyak terima ugutan. Saya memang sentiasa berjaga-jaga kerana musuh ada di sekeliling saya sama ada musuh luar atau dalam, sama ada musuh dalam negeri atau luar negeri. Namun dalam kita berhati-hari jangan sampai kita rasa takut, lemah semangat hingga kita tidak dapat atur strategi berterusan.Khabarnya ada penyeludup yang berani mengugut Datuk?Ugutan itu saya terus terima, bukan sekali tetapi banyak kali. Dua tiga hari lepas pun ada satu lagi. Jadi saya rasa ugutan itu tidak akan habis sebab apabila tindakan berterusan diambil ke atas mereka, pihak terlibat seperti tekong terkena kesannya. Ini memang bisnes mereka dan dapat hasil daripada kegiatan itu. Di sebelah Batam, tekong-tekong ada bermacam-macam bot dalam gudang mereka. Bot yang mempunyai empat atau lima enjin pun ada, itu bisnes mereka.Bila kita buat operasi di pantai timur, 95 peratus mereka yang terlibat kegiatan penyeludupan telah ditangkap, mereka tidak dapat bergerak. Ada yang kita tangkap dalam minggu ini hanya melibatkan bot kecil yang boleh bawa empat atau lima orang sahaja. Sebelum ini mereka gunakan bot besar yang boleh bawa 120 hingga 150 orang dalam sebuah bot.Sekarang tidak ada kes penyeludupan PATI disebabkan operasi ini. Jadi, periuk nasi mereka terjejas teruk. Apabila kita cakap dalam konteks penyeludupan PATI, ini bukan berkaitan PATI sahaja tapi ada elemen dadah seperti syabu yang diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia. Itulah sebabnya mereka seperti cacing kepanasan. Mereka betul-betul terusik dan amat kecewa. Orang kecewa akan buat macam-macam perkara.Ayob sebelum dilantik Ketua Polis Johor bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman.Selain penyeludupan migran, isu kontraban juga serius di Johor. Bagaimana Datuk menanganinya?Kontraban ialah isu serius di Johor. Arak dan rokok seludup banyak. Sebelum saya mulakan tugas di Johor pun sudah ramai orang beri maklumat kepada saya. Ada orang kampung di Mersing hantar satu klip video kepada saya yang menunjukkan sebuah kereta peronda polis di depan dan sebuah lagi dengan siren di belakang, di antara dua kereta peronda ada dua lori yang tertutup di tengah-tengah. Jadi orang kampung tadi beritahu, \u2018Datuk tengok inilah polis yang escort penyeludup rokok dan arak\u2019. Sama ada betul tidak betul saya tidak tahu, tapi itu maklumat yang orang kampung hantar kepada saya.Bisnes penyeludupan kontraban amat menguntungkan. Keseluruhan kes penyeludupan di Malaysia telah mengakibatkan kerajaan rugi RM5 bilion cukai setahun. Selepas ini kita akan tumpukan kepada aktiviti penyeludupan kontraban di Johor. Kalau kita boleh tangani isu ini, maka rokok yang dibawa masuk dapat dikutip cukai.Asal usul kumpulan militan dikatakan banyak dari Johor. Mengapakah Johor dikaitkan dengan militan seperti Nordin Mat Top dan sebagainya?Sebenarnya bukan Johor yang jadi pusat militan. Segalanya bermula apabila Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir yang dahulunya anggota Darul Islam, dan kini Jemaah Islamiah, lari dari Indonesia pada April 1985 dan berkampung di Ulu Serting, Negeri Sembilan. Itu pusat awal mereka pada 1985.Pada 1993, mereka berpindah ke Ulu Tiram, Johor Bahru dan di situlah mulanya kegiatan mereka di Ulu Tiram termasuk Madrasah Lukmanul Hakim selain merekrut pensyarah-pensyarah UTM seperti Nordin Md Top, Azahari Husin dan Datuk Abdul Daud.Tempat ini masih ada lagi di Ulu Tiram. Bekas anggota Jemaah Islamiah yang kita tahan di bawah ISA dulu masih ada di situ. Saya juga masih berinteraksi dan menziarahi mereka. Salah seorangnya bernama Pak Abu Matin yang terlibat menyembunyikan Mas Selamat Kastari selepas dia melarikan diri pada 2008 dan sembunyi di Skudai hingga 2009. Kami masih berhubung. Saya yakin mereka takkan terlibat kembali dalam aktiviti keganasan.Baru-baru ini Datuk ada mengaitkan Rukun Negara dengan isu keselamatan dan keamanan. Apakah yang Datuk maksudkan?Saya pernah ketengahkan isu Rukun Negara apabila kita buat tangkapan seorang suspek yang terlibat dalam komen jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ada juga komen, kenapa Ketua Polis Johor cakap pasal Rukun Negara, apa kena-mengena jenayah dengan Rukun Negara?Bagi saya kalau semua rakyat Malaysia pegang Rukun Negara, kita takkan terlibat dalam perbuatan tak elok. Contohnya, prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau kita tidak menghormati undang-undang, macam mana negara nak aman?Kita juga jangan ada dua set undang-undang. Kalau orang awam kena tahan masuk lokap, takkan bila kena pada orang politik, mereka cakap tak boleh tangkap, cuma ambil keterangan. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib hayati Rukun Negara, insya-ALLAH Malaysia aman.PROFILDatuk Ayob Khan Mydin PitchayJawatan sekarang: Ketua Polis JohorUmur: 54 tahunAsal: Pendang, KedahAnak: Dua orangPendidikan: Sarjana Teknologi Informasi daripada Universiti Kebangsaan MalaysiaTempoh bersama PDRM: 29 tahunPengalaman:Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit AmanANEKDOTTangkap pengganas serang New York di LangkawiSaya banyak pengalaman semasa bertugas dalam Unit E8 Cawangan Khas. Boleh dikatakan semua operasi besar melibatkan aktiviti keganasan dengan elemen antarabangsa, saya terlibat sama ada sebagai pegawai kes, pegawai penyelaras, pegawai perhubungan dan sebagainya.Kejayaan pertama saya adalah pada tahun 1995. Kita buat tangkapan ke atas seorang suspek yang terlibat dalam serangan pertama ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 1993. Dia suspek pertama yang ditangkap. Namanya Wali Khan Amin Shah. Selepas lakukan serangan, dia lari ke Manila, Filipina sebelum ke Langkawi. Dia ditangkap di Langkawi pada Disember 1995. Selepas itu kita dapat surat penghargaan daripada Presiden AS ketika itu, Bill Clinton.Kita juga tangkap suspek serangan 9/11 di AS sebelum serangan itu berlaku pada 2001. Saya ialah pegawai kes Khalid Al-Midhar, suspek yang pandu pesawat dan merempuh bangunan Pentagon. Dia masuk ke Malaysia pada Disember 1999. Saya ikut dia masa di lapangan terbang. Saya sediakan laporan apabila dia keluar dari Malaysia pada Januari 2000. Tetapi pihak Amerika tidak berkongsi maklumat itu dalam kalangan mereka. Itulah antara sebab berlaku peristiwa 9/11.Sangka akan pencen polis dengan pangkat ACP sajaSaya betul-betul ingat bila masuk polis dulu saya hanya akan pencen dengan pangkat Asisten Komisioner Polis iaitu pangkat ACP. Saya bukan yang jenis menonjol termasuk masa di universiti atau sekolah. Saya seorang yang tidak banyak cakap, itu karakter saya.Bila masuk polis, saya pula bukan jenis orang yang pandai bodek bos. Saya tak pandai benda-benda itu. Saya ingat saya akan pencen ACP sahaja. Pada 1996, pangkat ACP sudah besar. Tapi alhamdulilah, saya berada di mana saya sekarang.90 peratus aduan diterima menerusi FacebookSaya dapat banyak maklumat daripada orang awam melalui Facebook. Setakat ini, 90 peratus daripada maklumat yang mereka beri adalah betul. Ada juga yang minta nombor telefon saya. Mungkin bagi sesetengah Ketua Polis Negeri tak mahu berkongsi nombor telefon, tetapi saya tak kisah. Ada yang hantar WhatsApp gambar pusat-pusat hiburan haram. Saya majukan aduan itu kepada Ketua Polis Daerah, bila diperiksa memang betul aduan itu.Banyak tangkapan yang kita buat bersama pasukan tentera di kawasan pantai adalah hasil maklumat orang awam. Orang awam yang beri maklumat dia akan tengok juga, kalau dia beri 10 maklumat, satu pun kita tak ambil tindakan, dia juga akan kata polis pun dua kali lima.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Julai 2020 08:30am"} +{"author_name": "MOHD HAFIZ ISMAIL", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/91793/berita/wawancara/usahawan-ipts-rayu-bantuan-rm10-bilion", "article_title": "Usahawan IPTS rayu bantuan RM10 bilion", "article_text": "TIDAK ramai yang tahu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia merupakan sebuah bisnes yang besar. Nilai bisnesnya adalah sebanyak RM31.5 bilion setahun, melibatkan 437 IPTS dan 666,000 pelajar.Wabak Covid-19 yang melanda turut menyebabkan kerosakan besar ke atas ekonomi pendidikan di negara ini apabila kemasukan pelajar pada tahun ini turun mendadak khususnya sepanjang tempoh tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Bagi Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia, Amir Hamzah Md Isa, sudah tiba masanya kerajaan memberi bantuan dan tumpuan khusus kepada industri IPTS yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi dan pembinaan insani di negara ini.Dalam wawancara Sinar Ahad bersama Timbalan Pengarang Berita, Zuki Pileh dan wartawan Mohd Hafiz Ismail, Amir Hamzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti berdiskusi mengenai pelbagai idea untuk memartabatkan IPTS Malaysia di mata dunia termasuk cadangan agar kerajaan mewujudkan dana segera bernilai RM10 bilion bagi membantu usahawan pendidikan yang terjejas.SINAR AHAD: Secara spesifik, berapa besarkah bisnes IPTS di Malaysia?AMIR HAMZAH: Ramai yang tidak tahu bahawa industri IPTS telah memberikan sumbangan cukup besar dalam pelbagai dimensi. Nilai RM31.5 bilion setahun merupakan nilai ekonomi yang disumbangkan oleh IPTS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sekitar 2.5 peratus. Sumbangan itu dalam bentuk yuran pelajar. Daripada jumlah itu, RM11 bilion disumbangkan oleh pelajar antarabangsa. Itu dimensi pertama. Dimensi kedua pula ialah ramai tidak sedar bahawa 50.3 peratus pelajar pengajian tinggi di Malaysia belajar di IPTS. Daripada 1.3 juta pelajar secara keseluruhan, 666,000 pelajar berada di IPTS. Mereka berusia antara 18 hingga 24 tahun.Kita bayangkan andai IPTS tidak ada, kerajaan perlu sediakan tempat kepada 666,000 pelajar ini. Saya lihat itulah sumbangan langsung IPTS. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan apa-apa pembiayaan atau bantuan setakat ini sejak tempoh 30 tahun lalu kerana 437 buah IPTS itu berdiri sendiri. Kalau kita tengok dari segi nilai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh 437 buah IPTS itu, angkanya adalah sekitar RM7.4 bilion setahun. Kalau kerajaan ingin mengambil alih peranan IPTS, maknanya perlu ada suntikan perbelanjaan kerajaan sekitar jumlah itu atau mungkin lebih kerana IPTS berorientasikan perniagaan.Bagaimanakah teruknya kesan wabak Covid-19 ke atas IPTS khususnya milik bumiputera?Covid-19 memberi kesan langsung kepada IPTS. Kes Covid-19 pertama di Malaysia dikesan pada Januari lalu dan kita mulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac. Bulan Mac sebenarnya bulan produktif bagi IPTS. Ia waktu pengambilan pelajar baharu. Seminggu atau dua minggu sebelum PKP lagi, banyak program promosi termasuklah acara kerajaan sendiri seperti Jom Masuk IPT dibatalkan bagi mengurangkan perhimpunan.Sebab itu saya katakan ketika itu kesannya lebih besar kerana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah keluar, IPTS mula mempromosi pengambilan pelajar baharu. Bila PKP bermula, kita terpaksa berhenti. Pengambilan pelajar baharu tidak berlaku pada Mac, April dan Mei. Bila memasuki Jun, ia sedikit dilonggarkan secara bersyarat. Kesediaan 437 buah IPTS itu banyak lapisannya di mana mungkin ada IPTS yang lebih bersedia atau berkemampuan untuk bangkit atau memulakan semula apa yang telah terhenti.Saya boleh katakan memang banyak IPTS terjejas dan mungkin sekitar 60 hingga 70 peratus. Ia mungkin disebabkan faktor tidak bersedia sama ada dari sudut pengurusan, kewangan dan simpanan. Alhamdulillah kita telah berada pada fasa pemulihan tetapi kerosakan yang dialami besar kerana tidak ada pengambilan pelajar sejak tiga bulan lalu.Pada pandangan anda, adakah IPTS di negara ini satu perniagaan yang menguntungkan?Bila kita sebut perniagaan, ia mesti untung. Kalau perniagaan tidak menguntungkan, kita tidak boleh teruskan perniagaan itu. Perniagaan yang tidak menguntungkan akan memudaratkan ramai orang. Jika tidak untung, kita tidak berupaya memberikan servis sepatutnya kepada pelajar. Perniagaan ini wajib untung walaupun untung bergantung kepada falsafah masing-masing.Ada yang melihat objektifnya untung tetapi orang melihat mereka nak untung tetapi nak memberikan pendidikan, manfaat dan peluang tetapi dia wajib untung. Ini kerana kalau dia rugi, kita tidak boleh memberikan peluang pendidikan itu kepada pelajar. Jika tahun ini kita kerugian kira-kira RM5 juta sebagai contoh dan tahun depan kita rugi lagi, maknanya kita tidak dapat meneruskan perniagaan, terpaksa tutup dan menyebabkan pelajar yang telah masuk mendaftar, membuat pinjaman dan membayar yuran tidak dapat meneruskan pengajian. Sebab itu, dalam perniagaan mesti untung.Saya percaya IPTS satu perniagaan yang kalau diuruskan dengan betul ia boleh maju kerana potensinya sangat besar. Kalau diberikan sokongan kuat oleh kerajaan dari segi polisi dan sebagainya, saya pasti ia akan lebih maju. Kebanyakan rakan yang mengusahakan IPTS ini keuntungan mereka dipulangkan kembali kepada institusi dengan memberikan perkhidmatan dan kemudahan lebih baik. Jika industri ini tidak untung, ia sudah lama terpadam. Cuma ia bukan suatu yang mudah kerana kira-kira 10 tahun lepas kita ada hampir 600 IPTS tetapi pada hari ini cuma tinggal 437 buah.Benar banyak yang tutup atas pelbagai faktor tetapi kita lihat banyak pula IPTS yang semakin hari semakin menonjol. Malah ada yang mendapat ranking setara atau lebih baik daripada universiti awam. Itu semua hasil daripada keuntungan yang digunakan bagi membangunkan IPTS itu sendiri.Antara dilema yang dikatakan dihadapi IPTS ialah dalam mengejar keuntungan, kualiti dan prestasi pelajar adakalanya dikorbankan. Apakah pandangan anda?Itu salah satu salah faham dalam kalangan masyarakat kononnya IPTS sanggup buat apa sahaja untuk perniagaan. Sebenarnya tidak kerana kita merupakan sebuah industri yang sangat dikawal. IPTS tidak boleh mengambil pelajar yang tidak layak kerana ia salah dari sudut akta dan undang-undang. Kalau saya mengambil pelajar yang tidak cukup syarat masuk, saya boleh dikenakan tindakan denda dan penjara.Kami perlu mengikuti syarat dan kami juga diaudit, jadi ia bukan sesuatu yang mudah bagi IPTS untuk melakukan kesalahan sebegitu. Ruang bagi IPTS yang nakal mahu mengambil pelajar yang tidak cukup syarat kurang sebenarnya. Ini kerana apabila didapati ada seorang pelajar yang tidak cukup syarat, program itu boleh ditarik balik atau tidak mendapat akreditasi penuh.Wawancara Sinar Ahad bersama Amir Hamzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti berdiskusi mengenai pelbagai idea untuk memartabatkan IPTS Malaysia di mata dunia. -Foto Sinar HarianApabila program tersebut tidak mendapat akreditasi, pelajar yang tamat pengajian itu seolah-olah diplomanya tidak diiktiraf. Mereka tidak boleh bekerja dengan jabatan kerajaan. Kita ambil contoh barangan elektrik, bila ada cop SIRIM, kita yakin untuk menggunakan alat tersebut. Sama juga dengan IPTS, kita ada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) yang memberikan pengiktirafan kepada program-program yang ditawarkan di IPTS.Walaupun telah lebih 30 tahun industri ini, salah faham sebegitu masih ada dalam kalangan masyarakat terutama orang Melayu. Ini kerana perspektif mereka ialah para pelajar perlu memasuki universiti awam. Itu keutamaan mereka. Akan tetapi rakan-rakan kita daripada kaum lain lebih terbuka. Kadang-kadang mereka lebih memilih IPTS untuk kursus tertentu.Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik sekarang, apakah bantuan segera yang IPTS harapkan daripada kerajaan?Bagi saya IPTS kalau hendak dibantu melibatkan dua perkara utama. Pertama, kerajaan boleh menyediakan satu kemudahan pembiayaan khusus kepada industri IPTS. Sebenarnya, kerajaan telah pun sediakannya untuk semua industri dalam pakej Penjana (Bantuan Prihatin Nasional dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara). Oleh sebab semua industri terjejas, mungkin semuanya memohon.Jadi, biarlah ada satu bantuan khusus kepada IPTS. Untuk IPTS bumiputera, satu skim khusus atau tabung pemulihan usahawan pendidikan boleh diperkenalkan. Ini kerana pengusaha IPTS merupakan seorang usahawan. Biasanya untuk golongan usahawan di negara ini ada banyak tabung bantuan dan saya cadangkan supaya diwujudkan tabung usahawan pendidikan.Kedua, kerajaan boleh menyediakan fasilitasi kepada pelajar yang mahu menyambung pengajian kerana Covid-19 merentas seluruh sektor ekonomi dengan ramai hilang pekerjaan. Sebagai contoh apabila sebuah hotel tutup, jumlah mereka yang hilang pekerjaan mungkin sekitar 200 orang. Mereka ada anak-anak yang mahu belajar. Jadi saya cadangkan supaya kerajaan melihat perkara ini dengan memberikan satu keupayaan kepada para pelajar agar dapat meneruskan pengajian.Kita di peringkat persatuan juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan antaranya mengembalikan pinjaman PTPTN pada kadar asal. Pada 2016 ia dikurangkan sebanyak 15 peratus daripada RM4,000 atau RM8,000 setahun. Alhamdulillah cadangan itu telah diterima dan di peringkat pelaksanaan. Kalau dapat dipercepatkan lebih bagus.Khusus untuk bumiputera pula, saya cadangkan diwujudkan satu dana khusus daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi pelajar-pelajar bumiputera yang ingin sambung pengajian di IPTS bumiputera dengan diberikan pinjaman. Dana tambahan baharu boleh disediakan kerajaan dan boleh dilaksanakan menerusi Mara sebagai payung kepada usahawan dan pendidikan bumiputera.Berapakah nilai yang diperlukan bagi sebuah tabung atau dana baharu jika ingin diperkenalkan oleh kerajaan?Soalan ini sukar untuk dijawab kerana kita mempunyai 437 buah IPTS dan saya tidak pasti adakah kesemua IPTS itu memerlukannya. Andaikan kesemua memerlukannya, dana sekurang-kurangnya RM10 bilion diperlukan dengan menjangkakan bahawa kesan kepada perniagaan akan berlanjutan untuk satu tempoh lebih lama. Ini kerana kesannya merentas kesemua sektor melibatkan ratusan ribu yang hilang pekerjaan.Mereka ini yang akan menjadi pelanggan kita. Kita juga menjangkakan jumlah pengambilan pelajar antarabangsa akan jatuh teruk kerana halangan perjalanan dan syarat-syarat ketat kemasukan.Kesan ekonomi ini akan berpanjangan. Anggaran RM10 bilion itu adalah bagi keseluruhan industri IPTS. Jika hanya untuk bumiputera, saya fikir ia tidak sebesar itu. Ini bagi menghadapi kesan langsung wabak Covid-19.Di negara maju, IPTS seperti Universiti Harvard dan Universiti Yale di Amerika Syarikat merupakan peneraju pendidikan tinggi negara tersebut. Di tahap manakah IPTS tempatan dari segi penjenamaan global ini?IPTS di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu kolej, kolej universiti dan universiti. Jadi lesen atau kebenaran menjalankan perniagaan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi dibahagikan kepada tiga kategori itu tadi. Status 437 buah IPTS tidak sama kerana ada yang besar dan kecil. Industri ini telah mencapai kematangan dan ada IPTS yang sudah berjaya bangunkan perniagaan mereka setanding dengan universiti awam.Malah, ada yang lebih baik jika diambil kira dari segi rating atau ranking. Bagi IPTS bumiputera, MSU (Management & Science University) adalah antara yang boleh dibanggakan.Saya kira kita ke arah itu. Cuma cabaran IPTS ini berbeza daripada IPTA kerana IPTA mendapat dana daripada kerajaan bagi tujuan operasi dan pembangunan setiap tahun. Di IPTS, soal pembangunan dan operasi ditanggung oleh pembayaran yuran pelajar. Itu satu cabaran kita dalam industri ini.Kerajaan sebelum ini menyasarkan seramai 200,000 pelajar antarabangsa belajar di Malaysia. Bagaimanakah jumlah ini dapat dicapai?Kerajaan memang meletakkan sasaran untuk mencapai angka 200,000 pelajar antarabangsa di Malaysia pada 2020 tetapi terpaksa dilanjutkan sehingga 2025. Pada 2018, jumlah pelajar ini sekitar 93,000 orang. Pada tahun ini, penularan wabak Covid-19 akan menyebabkan angka ini menurun.Tetapi dengan perancangan yang betul dan bantuan daripada kerajaan, industri ini lebih mudah berkembang. Alhamdulillah, Pasukan Petugas Pemudahcara IPTS Sebagai Industri (Pemudah IPTS) sedang melihat isu ini khususnya bagaimana untuk membantu sektor pendidikan tinggi swasta mencapai sasaran 200,000 pelajar antarabangsa.Kita boleh samakan jumlah pelajar antarabangsa ini dengan pelancong asing, cuma yang membezakannya ialah mereka tinggal sekitar tiga atau empat tahun. Cuba bayangkan berapa nilai ekonomi yang dibawa oleh pelajar antarabangsa ini.Bagaimana dengan kebolehpasaran lepasan IPTS dalam bidang pekerjaan?IPTS pada asasnya sebuah perniagaan. Perkara utama apabila kita berniaga kita akan pastikan produk yang kita jual merupakan produk yang bagus. Kebanyakan IPTS menawarkan program-program yang berdaya maju. Maksudnya pemilihan program yang ditawarkan itu dibuat berdasarkan kepada aspek kebolehpasaran pelajar memasuki sektor pekerjaan.Cuma lulusan sesebuah IPTS itu mungkin tidak sama kualitinya disebabkan orientasi pembelajaran yang berbeza. Sebab itu kementerian membuat penarafan. Salah satu penilaian yang dibuat ialah kebolehpasaran graduan yang keluar daripada sesebuah institusi. Ada lulusan IPTS mudah dapat kerja, tapi ada juga yang susah. Namun, ada IPTS yang kebolehpasaran pelajar lepasannya 100 peratus.ANEKDOTKenangan berniaga \u2018nasi lemak malam\u2019SEJAK dulu saya suka berniaga. Sambil belajar saya buat banyak perniagaan. Selepas tamat pengajian, saya ada membuka kedai dengan rakan dan berniaga nasi lemak. Pada masa itu ia dikenali sebagai \u2018nasi lemak malam\u2019. Saya juga pernah membuat penghantaran makanan semasa baru-baru kahwin sehinggalah ada rakan mengajak saya menyertai grup Uniti. Pada awalnya saya menjadi jurujual kerana mereka melihat saya mempunyai karakter boleh menjual. Alhamduillah sampai sekarang saya masih dalam kumpulan sama. Fokus saya memang membangunkan perniagaan.PKP cetus idea Virtual Halal SchoolKolej Uniti yang berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan memperkenalkan Virtual Halal School baru-baru ini. Ideanya ringkas sahaja di mana salah satu program yang ditawarkan di Uniti ialah pengurusan industri halal. Uniti merupakan IPT pertama menawarkan program tersebut. Objektif kita ialah mahu melahirkan eksekutif halal kerana soal halal bukan melibatkan aspek syariah semata-mata tetapi juga aspek industri dan pengurusan.Kita juga dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2015 untuk menawarkan program eksekutif profesional halal. Sekarang ada dua program halal iaitu Diploma Pengurusan Industri Halal dan Diploma Pengeluaran Produk Halal. Virtual Halal School ini lahir pada bulan Ramadan lalu kerana ketika PKP, pengajaran di dalam kelas tidak dibenarkan. Kita perlu gerakkan sesuatu supaya latihan halal boleh terus berkembang. Jadi timbullah idea untuk melaksanakan satu platform pembelajaran digital. Alhamdulillah sambutannya menggalakkan.Port Dickson bukan sekadar pantai yang panjangPort Dickson adalah antara tempat yang sesuai dikunjungi di negara ini ketika kerajaan sedang menggalakkan pelancongan domestik. Saya lama di Port Dickson atas urusan kerja di kampus Uniti di sana. Ia bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Mungkin pada sesetengah orang Port Dickson tidak ada apa-apa tarikan tetapi ia mempunyai kekuatan tersendiri. Pertama kerana lokasi dan pantai yang panjang serta paling dekat dengan Kuala Lumpur. Port Dickson juga menyediakan infrastruktur lengkap bagi menyambut kedatangan pelancong.Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa Port Dickson tidak ada banyak aktiviti lain selain daripada aktiviti laut. Namun saya percaya ia bergantung kepada apa aktiviti yang kita nak lakukan di sana. Port Dickson juga ada lokasi memancing bagi kaki pancing.", "reading_time": "4", "article_dt": "12 Julai 2020 08:30am"} +{"author_name": "NURUL HUDA HUSAIN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/90920/berita/wawancara/kejayaan-prk-dun-chini-jadi-lsquosuntikanrsquo-untuk-pn-kuasai-putrajaya", "article_title": "Kejayaan PRK DUN Chini jadi \u2018suntikan\u2019 untuk PN kuasai Putrajaya", "article_text": "KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Mohd Zain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sememangnya diramal dengan mengambil kira kawasan itu merupakan kubu kuat parti itu ditambah ketiadaan persaingan kuat daripada parti lain terutamanya Pakatan Harapan (PH).Kejayaan itu pastinya bukan sahaja memberi kegembiraan kepada Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas tetapi turut memberi isyarat positif kepada kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Ikuti temu bual bersama Ketua Penyelidik Ilham Center, Dr Mohd Yusri Ibrahim bagi mengulas lanjut kejayaan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK.SINAR HARIAN: PN melalui calon yang mewakili BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini. Apakah faktor yang mendorong kemenangan tersebut?DR MOHD YUSRI: Chini adalah kawasan luar bandar dengan demografi Melayu-Muslim tradisi, tapak sokongan yang kuat kepada UMNO dan Pas. Apabila dua parti Melayu-Islam tersebut bergabung dalam Muafakat Nasional dan menghadapi PRK ini secara bersama, mereka langsung tiada saingan, gabungan ini akan menang dengan sangat selesa. Inilah faktor utama kemenangan besar tersebut.Adakah Dr melihat PN yang baharu dibentuk itu turut menyumbang kepada kejayaan calon mereka?Tidak, walaupun tanpa pengaruh jenama PN, BN akan menang besar juga di PRK Chini ini. Bahkan jenama PN hanya timbul di hujung-hujung kempen PRK, pada peringkat awal jenama Muafakat Nasional yang banyak diangkat oleh jentera kempen BN yang majoritinya terdiri daripada UMNO dan Pas.Adakah ini memberi petanda positif untuk PN membentuk kerjasama rasmi dengan UMNO dan Pas yang telah terlebih dahulu meterai Muafakat Nasional?Apabila mesyuarat ketua parti PN pada 1 Julai berjaya mencapai konsesus untuk mengukuhkan PN, suasana kempen di Chini sedikit berubah apabila jenama PN mula diangkat dalam kempen. Menuju penghujung kempen dan saat kemenangan BN, nama PN mula meniti di bibir jentera dan khalayak dan berjaya membentuk mod positif. Situasi ini akan jadi enzim perangsang yang kuat untuk PN digunakan sebagai jenama untuk hadapi PRU15 nanti, PRK Chini berjaya mewujudkan elemen positif itu.Sekiranya PN terbentuk secara rasmi antara UMNO Pas dan Bersatu, apakah jangkaan Dr terhadap gabungan baharu ini nanti?Sekiranya status quo PN yang ada sekarang digunakan sebagai gabungan untuk hadapi PRU15, mereka berpeluang cerah untuk menang dan menguasai Putrajaya. Dengan syarat, proses agihan kerusi berjaya disempurnakan dengan harmoni dan tidak menimbulkan krisis yang menghilangkan keyakinan pengundi dan penyokong bawahan.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Julai 2020 07:55am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/90895/berita/wawancara/tanggungjawab-besar-mohd-sharim-bermula", "article_title": "Tanggungjawab besar Mohd Sharim bermula", "article_text": "PILIHAN Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang akhirnya didominasi calon daripada parti Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain.Mohd Sharim dikenali masyarakat setempat kerana merupakan anak peneroka dan juga generasi kedua Felda yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang telah menjadi ADUN Chini sejak 2004.Beliau menewaskan dua calon Bebas dengan majoriti besar 12,650.Ikuti temu bual eksklusif wartawan Sinar Harian Nor Khalilah Gusti Hassan yang menemui wakil rakyat berusia 41 tahun itu pada hari pertama beliau bergelar Yang Berhormat.Mohd Sharim pada hari pertamanya telah melawat pasar dan kedai makan di Chini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat.Tidak ketinggalan, atas semangat Muafakat Nasional, beliau juga berkunjung ke markas Pas dan makan tengah hari bersama para penyokongnya.SINAR HARIAN: Tahniah Yang Berhomat (YB) atas kemenangan bergaya dengan majoriti besar dalam PRK Chini. Bolehkah YB kongsikan perasaan setelah menang dan apakah perbezaan hidup dulu dan hari ini?MOHD SHARIM: Alhamdulillah. Pastinya perasaan syukur terhadap ALLAH S.W.T akan ketentuan yang diberikan terhadap saya dan apa yang telah diterjemahkan oleh pengundi-pengundi DUN Chini. Terbukti masyarakat Chini sayangkan Chini dan gabungan Muafakat Nasional membawa kesan yang positif dengan kemenangan seperti ini.Setelah 14 hari tempoh berkempen, melupakan penat dan lelah demi menunaikan tanggungjawab sebagai calon serta amanah yang diberikan pucuk pimpinan parti, akhirnya kemenangan diperoleh. Namun ia bukan penamat untuk saya. Ia sebenarnya pintu kepada permulaan tanggungjawab yang lebih besar.Saya akan menunggu mungkin dalam tempoh seminggu yang terdekat ini untuk dipanggil mengangkat sumpah sebagai ADUN.Kemenangan YB dalam PRK ini merupakan satu lagi kemenangan BN yang bergerak bersama Muafakat Nasional dan kini menjadi kerajaan dengan Perikatan Nasional. Apakah komen YB apabila ada yang berpendapat kemenangan semalam sudah diduga dan agak mudah bagi BN?Walau apa pun persepsi dan tanggapan orang mengenai PRK Chini, tetapi inilah bukti kebersamaan BN, Pas dan kini Bersatu. Kalau tengok kempen BN, kita tidak pandang sebelah mata PRK ini. Kita berkempen sampai adakalanya tak tidur malam jumpa orang ramai, selesaikan segala masalah masyarakat dan berbincang mengenai strategi.Apa yang penting sekarang ialah pelan jangka pendek saya untuk turun bertemu sebanyak mungkin orang Chini.Saya ingin menyelami masalah setempat secara lebih dekat lagi dan menerima pandangan masyarakat terutama di peringkat akar umbi. Semua itu akan saya rekodkan sebelum memulakan sesi tugasan rasmi nanti.Wartawan Sinar Harian mewawancara Mohd Sharim selepas menang bergaya pada PRK Chini.Saya juga telah berjumpa dengan jentera parti dan pasukan yang bekerja keras mendokong perjuangan parti dalam tempoh 14 hari berkempen.Sekiranya PRU15 tiba dalam masa terdekat, apakah YB mahu bertanding lagi dan apa yang YB mahu perkemaskan dalam siri kempen YB dan sebagainya?Insya-ALLAH kita tengok kepada kepimpinan tertinggi. Apa yang utama, kita akan tengok pelan jangka masa panjang di DUN Chini ini dalam apa jua perkara.Segala permasalahan yang belum diselesaikan dan apa juga perkara yang dapat saya bawa ke peringkat tertinggi, akan saya bawa. Kemenangan hari ini bukan tiket saya untuk berasa selesa sekiranya mahu bertanding lagi dalam PRU-15 nanti.Saya perlu perkukuhkan hubungan dengan masyarakat, orang muda, generasi baharu, warga peneroka dan kampung tradisi serta pihak-pihak yang secara langsung mahupun tidak langsung terbabit dengan Chini. Bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak tapi saya perlu perkemaskan lagi sehingga ke tahap yang menyeluruh.Saya percaya sepanjang tempoh berkempen YB semakin kenal masyarakat Chini dan kehendak mereka. Apakah yg paling mereka mahukan?Masyarakat Chini mahu saya perkemaskan kelemahan yang ada dan terus melihat kepada pembangunan di DUN Chini. Insya-ALLAH itulah perkara utama sebagai wakil rakyat yang menyambung legasi serta perjuangan terdahulu.Boleh YB jelaskan mengenai aspirasi anak muda yang akan YB perjuangkan? Saya akan melihat pembangunan masa hadapan dan soal ekonomi serta meningkatkan sara hidup. Keperluan setiap rakyat adalah berbeza mengikut golongan dan peringkat masing-masing. Keperluan orang muda dan generasi pertama peneroka tidak sama.Begitu juga dengan kelompok peniaga, pelajar, penjawat awam, pekerja sendiri dan swasta. Semua itu kita akan tengok nanti.Apakah amanat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa bersama YB semasa kempen?Berjalan seiring bersama kedua-duanya sepanjang kempen adalah satu rahmat dan anugerah buat saya yang masih muda dalam dunia politik ini. Hubungan baik ini akan saya jaga demi kemaslahatan rakyat Chini.Amanat mereka kepada saya selaku calon yang diletakkan di DUN Chini, mereka mahukan calon yang amanah dan berintegriti dalam membantu dan menjadi pemudahcara kepada semua permasalahan rakyat di DUN Chini.", "reading_time": "4", "article_dt": "06 Julai 2020 07:30am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/90773/berita/wawancara/realiti-politik-bumi-kenyalang", "article_title": "Realiti politik Bumi Kenyalang", "article_text": "DATUK Seri Nancy Shukri bukanlah nama asing dalam Kabinet Persekutuan memandangkan sebelum dilantik menjadi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pada 10 Mac lalu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum Mei 2018.Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak itu mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.GPS menguasai 19 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak. Di peringkat kerajaan negeri, GPS mendominasi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.Nancy dilahirkan di Kuching pada tahun 1961. Bapanya, Shukri Mahidi berketurunan Melayu dan Melanau manakala ibunya, Bibi McPherson berdarah campuran Scottish, Iban dan Cina.Dengan landskap politik pelbagai etnik di Sarawak, latar keturunan Nancy membolehkan beliau memahami nuansa politik negerinya dengan lebih baik lagi.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berterus terang menyatakan pendirian politiknya yang mengutamakan Sarawak, tetapi tanpa mengabaikan rakyat Malaysia secara keseluruhan.Beliau juga bercakap mengenai pengaruh GPS sebagai king maker dalam pembentukan kerajaan Pusat selain prospek gabungan itu untuk mengekalkan kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 selewat-lewatnya pada Julai tahun hadapan.Berikut adalah antara pandangan Ahli Parlimen Batang Sadong itu berhubung isu-isu politik semasa tanah air.Pengalaman di bawah PH:Kita sudah mempelajari pengalaman selama 22 bulan di bawah pemerintahan kerajaan PH.Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini sentiasa menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita telah beberapa kali ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir kerana beliau ialah Perdana Menteri ketika itu.GPS yang membentuk kerajaan negeri di Sarawak berpendapat kita perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat tetapi tidak akan memegang apa-apa jawatan di peringkat Persekutuan.Cuma selepas itu, timbul persoalan jika GPS tidak menerima sebarang jawatan, siapa yang akan bersuara bagi pihak Sarawak? Walaupun ada ahli Parlimen Sarawak yang dilantik menjadi menteri semasa pemerintahan PH tetapi beliau orang baharu dan tidak ada kesinambungan daripada hal-hal Sarawak yang kita perjuangkan sebelum ini.Justeru, apabila kami diberikan jawatan dalam kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipegang sebaik mungkin.Dari segi perasaan, saya bersyukur kerana dapat mengatur semula perjalanan kerajaan PH sebelum ini yang agak tidak sesuai.Nancy Shukri Saya kata begitu kerana di Parlimen kita cacamerba. Menteri-menteri diketawakan, kita bertanya soalan dan dijawab meleret-leret dan ada antara jawapan itu pula tidak betul faktanya.Apabila BN kalah pada Mei 2018, kita akur kerana itu pilihan rakyat. Cuma dalam tempoh singkat, pelabur lari dari negara ini. Pemerintah PH kelihatan cuba memalukan pemimpin terdahulu dan mendedahkan fakta-fakta yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.Cara ini tidak digemari rakyat. Rakyat mahukan pekerjaan dan ekonomi yang bagus. Kalau tidak bagus, hasil perniagaan kurang. Banyak projek termasuk projek kecil bernilai RM20,000 di kawasan Parlimen saya telah dibatalkan. Apabila batal mereka perlu mulakan proses yang baharu dan ini akan mengambil masa yang lama. Inilah yang berlaku dalam tempoh 22 bulan tersebut. Disebabkan dendam, semuanya hendak dibatalkan.Politik bumiputera di Sarawak:Dari dahulu lagi kita di Sarawak berbeza dari sudut politik berbanding di Semenanjung. Ini kerana di Semenanjung, penduduk Melayu ialah bumiputera tetapi di Sarawak, bumiputera meliputi pelbagai etnik.Maka sebab itu kita perlu memikirkan supaya masyarakat bumiputera di bawah pimpinan kita sentiasa dibantu dan maju.Jika dahulu untuk menyeberang sungai kita perlu menaiki feri tetapi sekarang kita hanya perlu menggunakan jambatan yang dibina atas usaha kita.Mungkin orang di Semenanjung tidak melihat jambatan itu sebagai suatu yang istimewa kerana ia perkara normal di Semenanjung. Tetapi apabila kami membina Jambatan Batang Sadong, ia satu kejayaan kerana dapat membantu ramai orang bukan hanya di Batang Sadong tetapi orang dari Batang Lupar, Samarahan dan kawasan-kawasan lain yang mahu ke Sibu boleh melalui jambatan itu sebagai jalan pintas.Perjuangan kami lebih bersifat perjuangan untuk Sarawak. Kami tidak kacau politik di Semenanjung tetapi adalah penting untuk kerajaan Sarawak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan demi pembangunan.Sebagai wakil dari Sarawak, walaupun berada di peringkat Persekutuan, suara Sarawak itu sentiasa dilaungkan termasuk dalam Kabinet. Kita akan sentiasa bercakap tentang Sarawak. Jika ada keputusan yang dibuat Putrajaya yang tidak memahami adat dan budaya Sarawak, suara kami menjadi besar.Apabila kami kembali kepada Kabinet, kami ialah GPS. Kami menyokong Perikatan Nasional, tetapi kami tetap GPS. Ini kerana kalau kami bersama dalam sebuah parti, agak susah untuk menyuarakan suara Sarawak.Namun kita tidak akan mengabaikan peranan terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhan.Percaturan menjelang PRN12:Ini adalah kali pertama kita akan menghadapi pilihan raya negeri dalam situasi berbeza di mana ada tiga parti tempatan dan parti daripada Semenanjung seperti PKR serta DAP. Pas menyatakan bahawa mereka tidak akan bertapak di Sarawak dan kita mengharapkan mereka menghormati apa yang dijanjikan.PN ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kami belum tahu pendirian mereka. Jika UMNO dahulu mereka tidak masuk ke Sarawak dan ia prinsip yang kita pegang bersama dalam Barisan Nasional.Di Sarawak, cuma parti PBB menguasai 48 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak. Keseluruhan kerusi GPS ialah 72. Sebab itu kami perlu pertahankan kerusi-kerusi yang ada.Sarawak sebuah negeri yang ramai penduduk bumiputera tetapi tidak mengetepikan penduduk etnik lain.Dari dahulu lagi kita nyatakan bahawa kalau nak lihat perpaduan Malaysia dan kehangatan pergaulan, pergilah ke Sarawak. Sebab itu kami mahu mengukuhkan kerjasama ini.Mengenai PRU15, saya harap rakyat sedar daripada apa yang berlaku sebelum ini. PH tidak serius untuk memegang tampuk kerajaan Persekutuan. Jika serius, mereka tidak akan berbohong. Mereka kata tidak sangka boleh menang PRU14, ini menunjukkan mereka tidak serius.Untuk di Putrajaya, pastikan PN menjadi sebuah kerajaan yang mantap. Kami di Sarawak pasti akan menyokong.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Julai 2020 09:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/90772/berita/wawancara/strategi-selamatkan-industri-pelancongan-malaysia", "article_title": "Strategi selamatkan industri pelancongan Malaysia", "article_text": "[VIDEO] WABAK kesihatan global Covid-19 ibarat mimpi ngeri kepada industri pelancongan Malaysia.Impian kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa bukan sahaja musnah malah terpaksa menanggung kerugian keseluruhan sebanyak RM45 bilion atau RM375 juta sehari dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri melihat situasi itu dengan lebih bimbang lagi susulan 156,000 orang dalam sektor itu telah hilang pekerjaan.Begitupun, dalam wawancara bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin serta Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria dan Zuki Pileh di Putrajaya minggu ini, Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak itu tetap optimis industri pelancongan negara dapat diselamatkan oleh pelancong tempatan menerusi aktiviti beli-belah, hiburan, sukan dan penginapan.SINAR AHAD: Datuk Seri diberikan portfolio sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ketika sektor pelancongan dalam keadaan paling terjejas. Apa yang Datuk Seri nampak ketika itu?NANCY: Hampir semua orang bercerita tentang sektor pelancongan paling teruk terjejas akibat Covid-19. Saya sedih mendengarnya. Tetapi saya kata pada diri sendiri, saya boleh lakukan. Saya perlu memikirkan masa hadapan. Jadi, saya bersama dengan pasukan dalam kementerian ini sentiasa bermesyuarat walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kita bermesyuarat secara online dan berbincang tentang bagaimana kita mahu menghidupkan semula ekonomi pelancongan negara dan membantu rakyat.Perkara pertama saya lakukan ialah mencari jalan supaya golongan B40 dalam industri pelancongan mendapat manfaat daripada peruntukan yang ada. Namun, ia belum cukup dan kita harus melaksanakan strategi tertentu.Pertama ialah merancakkan pelancongan domestik. Kedua, membuka sektor pelancongan kepada negara paling dekat dengan kita seperti Singapura dan negara-negara ASEAN. Ketiga, membuka pelancongan kepada masyarakat antarabangsa. Kita ada tiga strategi ini tetapi paling awal dilaksanakan adalah pelancongan domestik.Untungnya saya memegang jawatan Menteri Pelancongan ini kerana di Sarawak, saya juga ialah pengerusi kepada jawatankuasa pelancongan negeri.Boleh Datuk Seri jelaskan betapa teruknya kesan pandemik Covid-19 kepada sektor pelancongan?Kesannya sangat teruk. Kalau dikira bermula Januari hingga April, kerugian kita adalah kira-kira RM45 bilion dengan lebih 156,000 orang hilang pekerjaan dalam sektor pelancongan. Kebanyakan pendapatan sektor pelancongan dijana pelancong asing tetapi malangnya kita terpaksa menutup lapangan terbang dan membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 akibat Covid-19. Kalau dipanjangkan lagi PKP ini sehingga hujung tahun, sektor ini akan lebih teruk terjejas.Kebanyakan yang rugi dalam sektor ini ialah hotel dan operator pelancongan kerana mereka mempunyai pekerja. Ada juga restoran dan syarikat penerbangan yang mengalami kerugian.Selain itu, industri muzik dan kebudayaan seperti teater, kraf, pelukis dan buskers turut rugi. Walaupun mereka nampaknya seperti tidak begitu ke hadapan tetapi bilangan mereka ramai. Bayangkan, bukan mereka sahaja yang terkesan bahkan keluarga mereka juga. Saya rasa begitu risau dan sentiasa memikirkan apa yang kita boleh buat untuk membantu.Kalau kita bercakap tentang pelancongan, mereka ini adalah nilai tambah. Kalau orang melancong tidak ada kumpulan muzik, tidak ada orang menari dan tidak ada orang menjual hasil kraf tangan ia seperti tidak lengkap.Nancy mendedahkan lebih 156,000 orang hilang pekerjaan dalam sektor pelancongan akibat Covid-19.Mungkin Datuk Seri boleh kongsikan berapa banyak hotel yang telah ditutup dan dibuka semula serta berapa ramai yang hilang kerja?Kalau semua hotel di negara ini ditutup mungkin satu juta orang akan hilang pekerjaan. Pada peringkat awal, ada ramai yang kata sebanyak 750 buah hotel ditutup tetapi angka ini adalah semasa PKP di mana hotel tidak dibenarkan beroperasi. Ada juga yang mendakwa lima peratus hotel di Malaysia bakal ditutup selama-lamanya. Tetapi ada juga hotel ambil peluang untuk membuat pengubahsuaian premis ketika PKP ini dan bukan tutup secara kekal. Kita tidak boleh nafikan memang ada hotel yang benar-benar tutup kerana mereka sangat terkesan.Bagaimanapun, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa kebanyakan hotel di lokasi tumpuan pelancong di Malaysia penuh ditempah. Ini menunjukkan orang mula keluar rumah dan pergi bercuti. Saya rasa mungkin selepas ini baru kita dapat tahu berapa jumlah hotel yang sebenarnya terpaksa menamatkan operasi. Lagi pun hal berkaitan operasi hotel terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bukannya di bawah kementerian saya.Jika sehingga Disember lapangan terbang belum dibuka dan kemasukan pelancong asing masih dilarang, apakah yang akan berlaku?Kita harap dapat memulihkan ekonomi dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu sehingga akhir tahun. Pada masa ini kita telah berbincang untuk membuka negara secara dua hala dengan Singapura. Kita juga sudah berunding dengan Brunei dan mengenal pasti negara-negara ASEAN lain yang tersenarai sebagai negara zon hijau.Untuk pelancongan domestik, kita sudah benarkan penerbangan ke Sarawak dan Sabah dan ini menjadi titik permulaan. Untuk negara luar, kita telah benarkan kedatangan rakyat Singapura dan Brunei, dan sedang menunggu persetujuan mereka.Bagaimana pula dengan laporan diterima kementerian berhubung sektor berkaitan yang terjejas seperti pemandu teksi?Pemandu teksi banyak bergantung kepada jumlah pelancong yang tiba di lapangan terbang dan stesen kereta api, pastilah mereka terkesan. Begitu juga dengan pengusaha bas pelancong sebab ramai orang takut melancong secara berkumpulan.Saya sarankan mereka promosikan produk pelancongan domestik. Mereka juga boleh berkolaborasi dengan persatuan seni. Semua pihak terkesan tetapi semuanya perlu dihidupkan semula dan kami di kementerian akan memberikan sokongan.Adakah moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman bank perlu dilanjutkan bagi merancakkan industri pelancongan?Sebenarnya moratorium melibatkan penggiat sektor pelancongan telah dilanjutkan sehingga Jun 2021.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pelan Penjana pada 5 Jun lalu telah mengumumkan pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 sebagai antara langkah untuk mengaktifkan semula industri itu di negara ini.Selain itu, kerajaan juga memberi penangguhan bayaran ansuran taksiran cukai ke atas industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan sehingga hujung tahun ini. Pengecualian cukai ke atas perkhidmatan penginapan turut diberi mulai 1 September hingga 30 Jun tahun depan.Jadi, kesempatan ini perlu diambil oleh pihak hotel untuk memberikan potongan harga kepada pelanggan yang menginap bagi merancakkan sektor ini.Nancy ketika diwawancara Sinar Ahad di pejabatnya di Putrajaya. Turut kelihatan Baharom (dua dari kiri) dan Zuki (kiri). Setiap tahun kira-kira tujuh juta pelancong dari Singapura datang ke Malaysia. Apakah akan berlaku kepada pelancongan Malaysia sekiranya sempadan negara dibuka sepenuhnya?Sebenarnya ramai rakyat Singapura yang ingin datang ke Malaysia kerana mereka mempunyai ahli keluarga di sini selain lokasi Malaysia yang dekat dengan republik itu. Mereka suka melancong terutamanya ke Cameron Highlands, Genting Highlands dan tempat-tempat lain. Ini boleh membantu sektor pelancongan kerana Singapura negara terdekat Malaysia.Kita juga sudah mengenal pasti negara zon hijau berpandukan kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membolehkan rakyat kita melawat negara berkenaan dan sebaliknya.Selain Singapura dan Brunei, negara zon hijau lain ialah Australia, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. Cumanya apabila mereka baru saja tersenarai dalam negara zon hiiau, mereka pula dilanda gelombang kedua Covid-19.Dalam menggalakkan sektor pelancongan antarabangsa ada dua faktor utama iaitu pertama, bilakah penerbangan antarabangsa akan dibuka untuk Malaysia dan kedua kuarantin 14 hari sejurus ketibaan itu adakah patut diteruskan atau ditamatkan. Pada pandangan Datuk Seri, bilakah kerajaan harus membuka kepada pelancongan antarabangsa?Kerajaan sudah pun merancang. Bukan hanya merancang sahaja tetapi kita sudah bercakap dengan negara lain. Kita buka kepada orang lain tetapi jika negara berkenaan enggan benarkan rakyat mereka keluar, maka kita tidak akan menerima pelancong dari luar. Ia memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.Kita bersetuju dan mengenal pasti misalnya Australia sebagai salah sebuah negara zon hijau meskipun mereka masih terjejas akibat gelombang kedua Covid-19. Australia ini sebuah negara besar dan mungkin ada daerah atau kawasan tertentu yang boleh dikunjungi.Pelancong dari China pula sangat ramai ke Malaysia sebelum ini. Kalau kita boleh buka negara kepada penduduk dari wilayah zon hijau di China, mereka mungkin datang dan menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).Dari segi kuarantin wajib bagi pelancong luar negara, kita boleh tetapkan mereka mesti melakukan saringan lebih awal di negara asal sebelum datang ke mari. Jika sudah menjalani ujian swab di negara sendiri dan ada surat pengesahan negatif Covid-19, maka mereka tidak perlu lagi dikuarantin sebaik tiba di negara ini.Kita sudah mudahkan urusan mereka tetapi jika mereka tidak lakukan ujian tersebut, kita tidak boleh ambil ringan. Malaysia mesti mematuhi SOP dan memastikan jumlah jangkitan sentiasa terkawal bagi meyakinkan pelancong luar bahawa negara ini selamat untuk dikunjungi.Sebagai Menteri Pelancongan apakah keyakinan Datuk Seri terhadap sektor ini?Sebenarnya saya bersyukur kerana pada awalnya apa yang dikhuatiri ialah kita hanya dapat memulakan semula sektor pelancongan pada hujung tahun. Tetapi nampaknya pada bulan Jun, kerajaan telah membuka ruang antara negeri dan hampir semua sektor kini dibenarkan beroperasi. Yang belum dibuka cuma taman tema keluarga.Rakyat Malaysia sangat positif. Mereka juga tidak tahan dengan hanya duduk di rumah. Tetapi ekosistem juga telah membantu membentuk keyakinan itu, kerana kalau masih banyak kes positif Covid-19, siapa berani keluar rumah?Kita juga melaksanakan SOP yang ketat. Contohnya, sebelum masuk ke pusat beli-belah perlu ambil suhu badan. Ini mewujudkan keyakinan bahawa tempat yang kita pergi adalah selamat.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Julai 2020 08:00am"} +{"author_name": "MOHD RIDZUAN ABU HASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/89746/berita/wawancara/menepis-momokan-lsquodbp-ini-harimau-kertasrsquo", "article_title": "Menepis momokan \u2018DBP ini harimau kertas\u2019", "article_text": "PELANTIKAN Profesor Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika badan berkanun itu menyambut ulang tahun ke-64 penubuhannya Isnin lalu disifatkan sebagai sirih pulang ke gagang.Begitupun, tugas untuk mengembalikan kegemilangan DBP dan bahasa Melayu bukanlah mudah. Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, tokoh pejuang bahasa itu bercakap mengenai pelbagai isu bahasa termasuk tentang pentingnya kerajaan yang memerintah, tidak kira daripada parti mana, akur kepada dasar-dasar bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Beliau juga bercakap tentang cara untuk mengangkat nilai komersial bahasa Melayu dan cabaran-cabarannya.Ikuti wawancara Timbalan Pengarang Berita, Zuki Pileh dan wartawan Sinar Ahad, Mohd Ridzuan Abu Hassan bersama beliau di Menara DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.SINAR AHAD: Apakah reaksi Datuk sebaik sahaja mendapat berita mengenai pelantikan kali kedua menerajui DBP?AWANG SARIYAN: Sebenarnya sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP saya tidak menerajui semula DBP sebagai eksekutif, seperti jawatan saya di DBP sebagai Ketua Pengarah selama empat tahun dahulu. Saya lebih diberi peranan untuk memastikan dasar dan Akta DBP dipenuhi. Tentulah pelantikan itu saya syukuri dengan pengertian untuk membantu DBP meneruskan usaha mengangkat bahasa, sastera dan ilmu dalam bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu ke mercu yang lebih bermaruah.Bagaimana Datuk melihat kedudukan bahasa Melayu di Malaysia selepas 63 tahun merdeka?Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, mengalami pasang surut. Ada ketikanya perkembangannya cukup meyakinkan. Sebagai contoh, apabila Allahyarham Tun Patinggi Abdul Rahman Ya\u2019kub menjadi Menteri Pendidikan walaupun hanya setahun pada 1969, tetapi beliau melakukan satu perubahan yang drastik dan sangat berkesan, iaitu peralihan sekolah aliran bahasa Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Itu satu kejayaan luar biasa kerana meningkatkan maruah bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.Alhamdulillah, saya kira dalam tempoh 20 tahun, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara terlaksana dengan baik dan satu ketika saya mendapat maklumat bahawa pada tahun 2000, tidak kurang 5.4 juta dan mungkin 10 juta lepasan sekolah kebangsaan yang terhasil daripada pendidikan kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu. Mereka itulah yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam semua bidang, pendidikan, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Bahkan untuk peringkat pengajian tinggi kerajaan menetapkan bahawa 1983 ialah tahun permulaan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di universiti.Alhamdulillah, 13 tahun lebih awal, UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) telah membuktikan bahasa Melayu memang mampu menjadi bahasa ilmu tinggi. Rakan-rakan saya kumpulan pertama Fakulti Perubatan UKM, seangkatan dengan saya, iaitu pada tahun 1973 dan mereka berkuliah kebanyakan dalam bahasa Melayu.Selalu saya berjenaka, belum lagi ada kes atau berita pesakit yang mati kerana dirawat doktor lulusan UKM yang berbahasa Melayu, bahkan sekian banyak doktor pakar yang muncul daripada Fakulti Perubatan UKM.Tetapi pada 1995 apabila perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kursus sains dan teknologi dijalankan dalam bahasa Inggeris, satu kegerhanaan telah berlaku. Profesor dan pensyarah disyaratkan mengajar dalam bahasa Inggeris. Akhirnya merosot penulisan akademik dalam bahasa Melayu dan merosot bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.Apakah kesan dasar liberal bahasa kebangsaan itu kepada bidang komersial dan perdagangan swasta?Kita melihat kemantapan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran sudah sampai ke puncak pada saya tetapi apabila berlaku semacam dasar liberal, keadaan berubah. Contohnya pada tahun 1996 hingga tahun 2000, kami bekerjasama rapat dengan pihak swasta untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa penting dalam perniagaan serta perdagangan swasta.Contohnya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sudah bersetuju untuk membuat papan tanda dengan mengutamakan bahasa kebangsaan tetapi apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, kami berjumpa sekali lagi dan bertanya kenapa tidak dibuat, kata mereka, kerajaan juga sudah bertukar kepada bahasa Inggeris, jadi untuk apa pihak swasta sibuk mengeluarkan belanja untuk mengubah label dalam bahasa Melayu.Itu kesan apabila dasar bahasa kebangsaan itu dikurangkan. Swasta pun tidak berminat dan dalam sebahagian institusi kerajaan pun, mesyuarat masih banyak dalam bahasa Inggeris.Sebenarnya kepemimpinan negara dan penjawat awam patut berasas pada ketetapan Perlembagaan Persekutuan dalam hal penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam Perkara 152 Perlembagaan disebut bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang wajib digunakan di tiga peringkat pentadbiran negara, iaitu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Jadi penjawat awam perlu berpegang kepada Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu dasar negara.Pada hemah saya, parti yang mana pun menjadi tonggak pemerintah mestilah tunduk akur kepada dasar-dasar negara yang sudah dicatat dalam Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan, Akta DBP dan peraturan yang lain. Jadi penjawat awam patut memberikan nasihat kepada kerajaan supaya dasar-dasar itu dilaksanakan atas kepentingan negara seperti bahasa untuk perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia.Bahasa rasmi pula falsafahnya adalah untuk menimbulkan kecekapan dalam pentadbiran negara. Bayangkan jika semua bahasa boleh digunakan dalam pentadbiran, kita terpaksa menterjemahkannya kerana tidak semua dapat faham, maka jentera pentadbiran negara akan terjejas kecekapannya.Saya katakan penjawat awam seperti naib canselor, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), ketua pengarah dan sebagainya bertanggungjawab melaksanakan dasar negara, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan.Datuk baru-baru ini menyarankan agar DBP diberi kuasa untuk menjadi penguat kuasa bahasa Melayu. Bagaimanakah perkara itu boleh dilakukan dan apakah mekanismenya?Wibawa DBP pada satu saat dulu barangkali tidak banyak bergantung kepada kuasa undang-undang. Pada satu saat semangat kebangsaan, kesetiaan pada negara dan patriotisme masih tinggi. Contohnya, pada zaman Tun Syed Nasir Syed Ismail (Pengarah DBP), tidak perlu ada undang-undang begitu. Waktu itu semangat membara sehingga pejuang bahasa mengusung Keranda 152 ke Parlimen tetapi sekarang kita dapati semangat itu kian luntur.Jadi apabila DBP hanya diberi kuasa menggalakkan, menegur dan menasihati seperti okjektif kelima Akta DBP, dengan ini DBP hanya menjadi satu badan dakwah bahasa. Teguran dan nasihat diberikan agar bahasa digunakan dengan betul dalam majlis rasmi serta pemantauan dibuat tentang penggunaan bahasa di media. Seperti jabatan agama, dakwah satu hal tapi penguatkuasaan pun penting.Apabila orang tidak faham tentang keterhadan kuasa DBP, maka orang mengatakan DBP ini \u2018harimau kertas\u2019, tidak ada gigi kerana tidak boleh bertindak. Masyarakat yang tidak faham beranggapan bahawa DBP patut meruntuhkan papan iklan dan peragaan lain yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan atau yang salah bahasanya. Itu tidak mungkin kerana dari segi undang-undang itu menyalahi peraturan negara. Yang boleh meruntuhkan atau mengambil tindakan ialah pihak berkuasa tempatan (PBT).Di Kuala Lumpur, badan penguat kuasa ialah DBKL, di tempat lain majlis daerah, majlis perbandaran dan sebagainya. Ini badan yang diberi wibawa untuk memastikan bahasa kebangsaan itu diberi keutamaan seperti dalam undang-undang kecil pengiklanan, tetapi daripada 150 PBT, menurut analisis DBP, barangkali 10 sahaja yang ada keprihatinan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan. Maka itu tempat awam penuh lagi dengan bahasa asing pada nama tempat, bangunan dan jalan. Jadi kecenderungan orang taasub kepada nama-nama hebat dari Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dengan sesuka hati tanpa ada kelulusan PBT.Sedangkan menurut undang-undang kecil iklan, sebelum mendapat kelulusan menaikkan iklan, papan tanda, papan arah, nama bangunan dan sebagainya kelulusan DBP diperlukan lebih dahulu. Saya bekerja selama enam tahun di negara China, susah untuk melihat papan tanda dalam bahasa asing. Saya juga pernah jadi profesor tamu di Jerman dan jelas mereka pun tetap mengutamakan bahasa kebangsaan. Di Perancis, di Jepun dan di Korea pun demikian. Yang terdekat, Thailand pun begitu. Itulah saya kira yang perlu kita kaitkan dengan soal sedikit kuasa DBP untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan.Adakah tindakan tersebut membabitkan hukuman atau denda?Itu memang masalah teknikal dalam lebih hampir 10 tahun perjuangan untuk mendapatkan kelulusan pindaan Akta DBP. Maka saya kira kita bermula dengan soal yang dasar sahaja, contohnya yang tidak menghormati bahasa kebangsaan perlu dikenakan tindakan. Di Perancis, ada satu undang-undang bahasa kebangsaan yang membolehkan tindakan dikenakan kepada pihak yang tidak mengutamakan bahasa Perancis. Contohnya, sebuah syarikat di Paris yang tidak menggunakan bahasa Perancis dalam paparan laman web didenda sekian ribu euro. Bentuk tindakan boleh dirincikan.Temu bual Sinar Harian bersama Awang Sariyan. -Foto Sinar HarianPada pandangan Datuk, sejauh manakah media sosial merosakkan bahasa Melayu? Media sosial memang terdapat kesukaran untuk kita mengawalnya. Media sosial milik peribadi seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan Instagram. Tetapi saya melihatnya dari sudut lain. Kita perlu memperbanyakkan media sosial yang dikawal webmaster atau pentadbir yang ada jiwa kebangsaan dan peradaban. Kalau banyak yang begitu, kita dapat mengimbangi yang kurang terkawal ini.Adakah jika sesebuah kumpulan masyarakat menggunakan bahasa Melayu, ia bermaksud mereka berada dalam kumpulan yang rendah taraf sosioekonominya?Tanggapan itu wujud barangkali kerana kita belum berjaya mengusahakan kesedaran dan sikap orang meletakkan bahasa Melayu sebagai lambang status dalam sosioekonomi. Pada zaman dahulu, contohnya di Melaka, ada 84 etnik tetapi semua menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan perhubungan. Itu disebut sarjana Belanda seperti Valentyn bahawa pada abad ke-16, bahasa Melayu itu bahasa dunia.Orang dari mana pun datang ke Melaka mesti berbahasa Melayu. Orang yang tidak menguasai bahasa Melayu dianggap golongan yang tidak berpendidikan. Segala surat dan perjanjian dalam bahasa Melayu bertulisan jawi, tetapi apabila penjajah datang, bahasa Melayu diturunkan darjat ke tahap vernakular sama dengan sekolah Cina dan Tamil. Akhirnya bahasa Melayu kehilangan nilai komersial dan taraf sosial. Maka apabila Malaysia merdeka, itulah tugas kita, pemimpin, rakyat dan penjawat awam mengangkat semula darjat bahasa Melayu.Datuk telah mengembara jauh dalam perjuangan bahasa yang sudah menjadi darah daging, apakah perkara lain yang lebih besar dan lebih penting dalam hidup Datuk?Saya melihat bahasa ini bukan sekadar bahasa semata-mata. Bahasa ini sebagai jendela yang akan memperkenalkan sesuatu bangsa dan negara serta peradaban. Negara China mempunyai dasar mempelajari bahasa asing yang sangat objektif dan pragmatis. Di tempat saya ditugaskan di Beijing Foreign Studies University, bermula sekitar 60 bahasa asing sewaktu saya sampai pada 2008, pada 2020 sebanyak 120 bahasa asing diperkenalkan.Saya bertanya kepada Presiden universiti, apa tujuan pihak negara China begitu ghairah untuk menguasai bahasa asing sehingga ratusan bahasa asing diperkenalkan. Katanya, negara kami tidak mahu menjadi seperti Amerika Syarikat untuk menjadi polis dunia, dan menguasai dunia dalam hal kekuasaan. China berminat tentang soal ekonomi. Itu perancangan yang rapi sesudah membuat penyelidikan mendalam mengenai psikologi, sikap dan segala aspek peradaban bangsa asing. Dengan menguasai bahasa asing sekali gus mereka menguasai peradaban, iaitu sastera, budaya, sejarah, undang-undang dan media.Mereka sebenarnya mengkaji peradaban di balik bahasa asing psikologi dan kesannya selepas 10 tahun, hampir seluruh benua Afrika didominasi oleh kuasa ekonomi China. Begitu juga di Sri Lanka dan Pakistan. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China menggunakan keupayaan menguasai bahasa asing dan ilmu untuk menjadi kuasa ekonomi besar di dunia. Bermula dengan 70 negara dan sekarang lebih 100 negara yang menyertai inisiatif itu.Bagi saya, ini contoh jelas supaya negara kita menguasai bahasa asing sebagai jendela menguasai peradaban lain. Ini bersesuaian dengan isyarat dalam surah al-Hujurat, ayat 13, iaitu \u2018Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita dalam bentuk pelbagai bangsa untuk berkenalan\u2019. Ini termasuk mengenal kekuatan bangsa lain yang dipelajari melalui bahasa.", "reading_time": "4", "article_dt": "28 Jun 2020 07:25am"} +{"author_name": "MOHD RIDZUAN ABU HASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/89478/berita/wawancara/usul-pilih-speaker-boleh-cetus-pru15", "article_title": "Usul pilih Speaker boleh cetus PRU15", "article_text": "AHLI Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar minggu lalu mencetuskan kontroversi gara-gara melepaskan jawatan selepas 17 hari menjadi Pengerusi MISC Berhad.Bagaimanapun, Noh dalam wawancara bersama Sinar Harian memberitahu, tindakan beliau itu semata-mata demi memberi tumpuan kepada rakyat. Alasan tersebut mungkin ada benarnya selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga pemimpin UMNO Selangor itu membayangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dekat.Dalam wawancara itu, Noh turut mencongak peluang Muafakat Nasional untuk merampas semula negeri Selangor daripada tangan kerajaan Pakatan Harapan.SINAR HARIAN: Desas-desus mengenai PRU15 telah bertiup kencang malah ada yang meramalkannya pada November ini atau awal tahun depan. Apakah pandangan Tan Sri?NOH: Bagi saya, pembubaran Parlimen ditentukan oleh dua orang ini iaitu Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, biarlah mereka yang ada kuasa itu menentukannya. Sekiranya keadaan politik kurang stabil, kenapa tidak kita serahkan balik mandat kepada rakyat?Ini pendirian kita (Barisan Nasional). Saya ingin mengimbas peristiwa sewaktu ahli-ahli Parlimen BN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu. Kami sebulat suara mahu Parlimen dibubar. Pada masa itu, kita dengar wujud tiga kumpulan. Satu kumpulan nak bubar Parlimen, satu kumpulan mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dan satu kumpulan lagi nak Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri. Akhirnya, tiada siapa yang layak jadi Perdana Menteri.Tetapi Seri Paduka tidak bubarkan Parlimen. Bayangkan kalau semasa dua bulan krisis politik itu berlaku dan Parlimen dibubar, tiba-tiba wabak Covid-19 (koronavirus) tercetus, apa akan terjadi kepada negara kita? Bila tidak bubar Parlimen, maka kita pun bersetuju memberi mandat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.Kalau tanya saya bila patut dibubar Parlimen, sebagai ahli Parlimen, kita akan tengok persidangan pada Julai depan. Ujian pertama saya nampak adalah pada pemilihan Speaker baharu Dewan Rakyat. Adakah Speaker yang ada hari ini kita akan dikekalkan atau tidak? Saya pun tak tahu. Saya nampak usul untuk memilih Speaker ini tidak boleh dielak kerana salah seorang Timbalan Speaker masih daripada parti DAP iaitu Nga Kor Ming.Bila usul untuk pilih Speaker itu nanti timbul, saya rasa pembangkang juga akan ada calon daripada mereka. Ini pernah berlaku pada 2008. Pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang, perkara ini mungkin berlaku lagi. Mahu tidak mahu tetap akan ada pengundian untuk memilih Timbalan Speaker.Di situ nanti kita boleh tahu sama ada calon daripada kerajaan Perikatan Nasional akan menang ataupun calon pembangkang Pakatan Harapan (PH) terpilih.Kalau calon kerajaan menang, bermakna kerajaan mendapat sokongan majoriti daripada 222 anggota Dewan Rakyat. Tapi kalau sebaliknya berlaku (calon pembangkang PH menang), ini bermakna kita kena bubar Parlimen.Apakah perancangan Tan Sri bagi merampas semula kerajaan negeri Selangor daripada PH?Di Selangor, semangat Muafakat Nasional bermula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis apabila UMNO bekerjasama dengan Pas. Tapi kita kalah ketika itu.Kemudian, dalam PRK DUN Seri Setia pun UMNO bekerjasama dengan Pas. Kita beri laluan Pas bertanding, pun kita kalah. Mungkin masa itu semangat ini belum betul-betul sepasukan.Tetapi pada PRK DUN Semenyih, terbukti gelombang perubahan rakyat Selangor telah memberi kemenangan luar biasa kepada Muafakat Nasional. Kalau semangat kebangkitan itu boleh dibawa ke seluruh Selangor, saya yakin Muafakat Nasional boleh dapat negeri Selangor, insya-ALLAH.Noh (kiri) sewaktu sesi wawancara khas bersama Sinar Harian kelmarin. -Foto: MOHD IZARI ROSLI Berapakah sasaran jumlah kerusi DUN yang mahu ditawan kembali di Selangor?Untuk tawan Selangor, minimum Muafakat Nasional kena dapat 29 kerusi. Saya kira dalam 32 kerusi mungkin boleh dapat kalau semangat Muafakat Nasional ini betul-betul kita bawa. Mengenai agihan kerusi mengikut parti, itu saya kena tunggu arahan daripada pimpinan atasan sebab kita tidak tahu kita akan bertanding atas nama Muafakat Nasional ataupun PN.Baru-baru ini terdapat ura-ura mengenai Langkah Rawang bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Apakah komen Tan Sri?Saya pun tidak tahu Langkah Rawang itu jadi atau tidak. Tetapi andai kata jadi, apakah tujuannya? Kalau betul tujuannya nak tukar Menteri Besar (MB), saya hendak nasihatkan MB sekarang (Datuk Seri Amirudin Shari) letak jawatan sebelum berlaku Langkah Rawang. Hal pembangkang ini kita tidak mahu campurlah. Tapi sebagai pembangkang di negeri Selangor, sudah tentu siapa juga calon PH, kita pasti lawan. Lawan tetap lawan.Bagaimana tahap kerjasama UMNO dan Pas di Selangor ketika ini?Alhamdulillah, kerjasama Muafakat Nasional di Selangor cukup baik kerana kita bermula dari bawah. Sebagai contoh, kita mendengar kemungkinan akan diwujudkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) yang dulu dipanggil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Selangor ini dulu, satu kampung ada dua ketua. Satu ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri dan satu lagi oleh kerajaan Persekutuan.Kita semua tahu waktu JKKKP dulu, Selangor ada lebih kurang 401 kampung dengan ketua kampung semuanya daripada UMNO. Tetapi bila kita ada semangat Muafakat Nasional, saya telah minta semua Ketua UMNO Bahagian dan juga Yang Dipertua Pas negeri duduk berbincang bagaimana hendak diagihkan kuota ketua kampung di Parlimen masing-masing.Saya juga berbesar hati melihat pimpinan UMNO di peringkat bawah juga berjiwa besar. Kalau dulu semua kerusi 401 kampung itu ketuanya adalah orang UMNO, tapi dengan semangat Muafakat Nasional ini, saya terima senarai yang telah ditandatangani dan dipersetujui oleh setiap Ketua Bahagian UMNO dan Yang Dipertua Pas di kawasan masing-masing, agihan kuota ketua kampung untuk UMNO ada lebih kurang 200 kampung dan selebihnya diberikan kepada Pas dan Bersatu.Begitu juga pelantikan penyelaras DUN dan Parlimen, saya rasa 90 peratus sudah bersetuju kedudukan masing-masing di Parlimen dan DUN.Minggu lalu, Tan Sri meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MISC. Boleh Tan Sri jelaskan mengapa?Saya masih wakil rakyat dan ahli Parlimen. Jadi sebagai ahli Parlimen, tanggungjawab yang lebih penting adalah membantu rakyat.Saya perlu menyokong dan memastikan dasar-dasar kerajaan yang telah dibincangkan dalam Parlimen dan diputuskan oleh kerajaan, lebih-lebih lagi saya sudah jadi sebahagian daripada kerajaan. Jadi saya kena pastikan dengan apa cara sekali pun saya membantu hasrat kerajaan terutama selepas musim Covid-19 ini, pelbagai masalah rakyat hadapi.Jadi Pengerusi MISC, saya tengok benda itu hanya memikirkan keuntungan. Saya kurang dapat menyumbang kepada rakyat. Di MISC, banyak (bisnes) perkapalan antarabangsa, minyak dan gas serta sebagainya. Saya mungkin tidak sesuai untuk jawatan itu.", "reading_time": "4", "article_dt": "26 Jun 2020 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/88768/berita/wawancara/jadi-menteri-zaman-covid-19-paling-mencabar", "article_title": "Jadi menteri zaman Covid-19 paling mencabar", "article_text": "APABILA negara dilanda wabak Covid-19 sejak tiga bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan sahaja mencuri tumpuan malah mula menjadi wajah kesayangan rakyat Malaysia.Kemunculan beliau untuk menyampaikan laporan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian secara langsung pada jam 2 petang bagaikan dinanti-nantikan.Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu keperitan yang terpaksa dilalui Ismail Sabri sehinggakan beliau hampir tiada masa untuk diri sendiri kerana tumpuannya semata-mata mahu memerangi virus maut tersebut.Dalam wawancara khas untuk Sinar Ahad bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa serta wartawan Mohd Ridzuan Abu Hassan dan Raiham Mohd Sanusi, Ismail Sabri berkongsi rutinnya yang dianggap paling mencabar dalam kerjayanya sebagai menteri sejak 12 tahun lalu.SINAR AHAD: Apakah perbezaan yang Datuk Seri rasakan antara 100 hari pertama sebagai menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dan 100 hari pertama menjadi menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?ISMAIL SABRI: Tempoh 100 hari pertama saya bergelar menteri adalah semasa saya menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008. Waktu itu kali pertama saya jadi menteri. Saya memang tak pernah berada dalam Kabinet, tak pernah jadi Setiausaha Parlimen dan tak pernah jadi Timbalan Menteri.Apabila dilantik terus menjadi menteri. Jadi mestilah pengalaman itu berbeza dengan sekarang. Pertama kali itu agak berdebar jugalah sebab kita tak tahu apa perlu dibuat.Yang berbezanya waktu itu saya boleh terus mulakan kerja di kementerian, ada taklimat yang diberikan supaya saya faham tentang kementerian.Kali ini 100 hari (pada Rabu lalu) menjadi Menteri Pertahanan (dalam kerajaan Perikatan Nasional) sepatutnya lebih mudah sebab saya pernah terajui empat kementerian sebelum ini.Tapi disebabkan PKP dan wabak Covid-19, masa saya dengan kementerian sudah tidak ada. Dari jam 9 pagi sampai 3 petang, saya ada di sini (bangunan Perdana Putra, Putrajaya) setiap hari.Jadi waktu saya dengan kementerian cuma ada dua atau tiga jam sehari. Proses untuk saya mengetahui lebih lanjut tentang Kementerian Pertahanan dari segi tugas, aktiviti, peranan dan sebagainya sudah berkurangan.Misalnya, sampai sekarang ada beberapa jabatan atau bahagian dalam kementerian yang masih menunggu giliran untuk memberi taklimat kepada saya tentang bahagian mereka.Ismail Sabri diwawancara oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Penolong Pengarang Pengisian Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa di bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu lalu.Kalau dulu mungkin sepanjang tempoh dua minggu pertama sahaja, saya habis diberikan penerangan mengenai kementerian.Adakah menjadi menteri pada zaman wabak Covid-19 sekarang lebih mudah atau lebih mencabar berbanding pengalaman lepas?Tentu sahaja sekarang lebih mencabar sebab dulu kita fokus satu hala sahaja iaitu kementerian. Sekarang, saya fokus pelbagai.Sejak tercetusnya wabak Covid-19, saya mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri yang melibatkan hampir 20 menteri dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.Nak uruskan satu kementerian mungkin senang, tetapi sekarang seolah-olah saya kena uruskan 20 kementerian. Saya perlu mengkoordinasi setiap program, aktiviti dan dasar di setiap kementerian itu yang ada kaitan dengan Covid-19.Apa yang lebih mencabar, Covid-19 ialah wabak yang belum pernah berlaku. Kalau benda dah berlaku, kita boleh tengok apa yang pernah dilakukan sebelum ini dan kita hanya ikut dengan buat sedikit penambahbaikan.Tetapi Covid-19 ini tidak pernah berlaku. Negara lain di dunia pun tak ada yang boleh dijadikan contoh.Jadi kita terpaksa buat apa yang kita rasakan baik dan bagus untuk rakyat. Kadang-kadang mungkin salah, kita tidak tahu tapi kita buat keputusan berdasarkan mesyuarat harian.Dari segi cabaran, memang sekarang jauh lebih besar sebab dalam masa yang sama, saya juga Menteri Pertahanan.Sebagai contoh, walaupun Kementerian Pendidikan bukan di bawah saya tapi isu yang melibatkan persekolahan seperti bila dibuka dan apa prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai kena dibincang secara bersama.Kalau dahulu, saya fikir kementerian saya sahaja tetapi sekarang ini kita kena fikir juga hal-hal yang melibatkan negara secara keseluruhan.Dalam minggu pertama pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional, apakah isu-isu paling penting yang dibincangkan?Pada waktu itu sudah ada penularan Covid-19, cuma tidak ada kawalan pergerakan. Waktu zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah ada kes Covid-19 di Wuhan, China.Saya sebagai ahli Parlimen pembangkang ketika itu sudah mendesak kerajaan menghentikan kedatangan pelancong China kerana Covid-19 sudah menular.Bila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentuk, fokus kita waktu itu adalah kepada banyak perkara.Ismail SabriPertama tentang Covid-19, bagaimana cara nak menghadapi pandemik ini. Kedua, kita bincang soal ekonomi yang kita jangka merudum terutamanya bila kita umumkan PKP.Waktu itu kita jangka Malaysia akan kehilangan RM2.4 bilion sebulan. Ekonomi negara itu satu hal, ekonomi rakyat?Kita bayangkan, ramai rakyat yang bergantung kepada pendapatan harian khususnya peniaga kecil-kecilan, jual goreng pisang dan cekodok seperti Mak Cik Kiah, mereka tidak boleh berniaga.Kita pun tahu kalau industri ditutup tentu sahaja banyak syarikat yang akan alami kerugian dan akhirnya pembua-ngan pekerja berlaku. Jadi pada peringkat awal, fokus kerajaan adalah kepada perkara yang berkaitan dengan Covid-19 dan perkara berkaitan.Kita langsung tidak bincang pasal politik walaupun ada pihak lain sibuk bincang hal politik.Sejak 18 Mac lalu setiap hari Datuk Seri muncul di kaca televisyen pada sidang akhbar harian Covid-19 untuk memberi maklumat terkini. Jadi rakyat ingin tahu apakah yang berlaku di belakang tabir sebelum Datuk Seri tampil untuk memberikan sidang akhbar?Setiap hari jam 9 pagi saya akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP yang melibatkan lebih 20 kementerian danjabatan-jabatan kerajaan termasuklah Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Peguam Negara dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian.Perbincangan waktu pagi itu memakan masa lebih kurang satu hingga tiga jam dari jam 9 pagi dan habis sekitar jam 12 tengah hari.Tapi setiap Selasa dan Khamis akan ada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri.Kalau hari biasa mesyuarat bersama menteri boleh berlanjutan sampai jam 12 tengah hari tapi pada Selasa dan Khamis disebabkan ada mesyuarat MKN jam 11.30 pagi, kita habiskan menyuarat bersama menteri sekitar jam 11.15 pagi.Dalam mesyuarat MKN, kita beri penerangan tentang setiap keputusan dalam mesyuarat menteri-menteri. Selepas itu pada jam 2 petang diadakan pula sidang media laporan harian saya.Sebelum jam 2 petang itu saya kena buat persediaan dahulu untuk sidang media itu. Saya akan duduk berbincang bersama Setiausaha Akhbar saya dan pegawai-pegawai strategi komunikasi War Room Pejabat Perdana Menteri.Perkara yang saya nak bentangkan itu, pegawai saya akan siapkan dan kita akan bincangkan terutama tentang soalan-soalan yang mungkin ditanya oleh petugas media semasa sidang akhbar. Kita akan buat jangkaan-jangkaan soalan sama seperti (soalan ramalan) peperiksaan.Jangkaan soalan itulah yang paling menakutkan sebab sidang media itu disiarkan secara langsung, ia bukan rakaman.Jadi ia sebenarnya tugas yang agak berat untuk saya. Kalau siaran langsung, silap sekali, tahu-tahulah ramai warganet di luar sana tunggu nak cari salah.Bagaimana Datuk Seri menggambarkan kesibukan urusan harian Datuk Seri sejak tiga bulan lepas?Sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Itulah gambarannya. Bukan tiada masa untuk keluarga, kawan-kawan sahaja tapi tiada masa untuk diri saya sendiri.Saya tak boleh melayan kehendak saya waktu itu. Semuanya terlalu terikat dengan Covid-19, PKP dan sebagainya.Dalam salah satu sidang akhbar Datuk Seri, Datuk Seri memberitahu bahawa Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah daripada lima negara dunia yang dianggap terbaik dalam menangani ancaman Covid-19. Bagaimanakah kedudukan itu dapat dicapai?Ia adalah hasil daripada tindakan kita secara bersama dan bersepadu. Kementerian Kesihatan sangat tepat dalam strategi mereka seperti melakukan kuarantin dan saringan berfokus.Begitu juga kawalan pergerakan yang sangat ketat demi memutuskan rantaian wabak.PKP ini saya sifatkan langkah berani daripada Perdana Menteri sebab perkara ini boleh menjadikan beliau tidak popular.Kerajaan akan jadi tidak popular sebab sekat pergerakan orang. Kita tahu di Malaysia, jam 11 malam orang masih keluar rumah cari teh tarik.Itu dah jadi budaya kita. Malah, waktu Subuh pun kita masih lagi nak pergi minum kopi, makan roti canai dan nasi lemak.Tapi (di bawah PKP) kita buat keputusan yang besar, kita sekat pergerakan orang. Namun, itulah salah satu punca kejayaan kita. Kita sekat sempadan negara, tak boleh orang luar masuk dan rakyat kita pun tak boleh keluar.Kita buat total lockdown dari segi kawasan sempadan negara.Ismail Sabri bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (dua dari kanan); Baharom (dua dari kiri); Produser Kandungan Berita Digital Sinar Harian, Mohd Fazli Zainul Abidin (kiri) dan Junhairi (kanan) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Rabu lalu.Perkara paling penting adalah kerjasama rakyat. Apabila rakyat bekerjasama dengan kerajaan, itulah saya rasa ciri atau prasyarat yang membolehkan kita berjaya menghadapi Covid-19 seperti sekarang.Sesetengah negara dunia buat juga kawalan pergerakan tetapi rakyat mereka adakan demonstrasi menentang kerajaan. Mereka tak peduli dan tetap keluar, malah pergi ke pantai dan buat konsert hiburan.Tetapi di negara kita, rakyat akur dengan apa yang dibuat oleh kerajaan.Cuma kadang-kadang dalam hati kecil saya, simpati juga kerana ada orang yang kena penjara atau denda RM1,000 disebabkan melanggar perintah kawalan.Tiga perkara ini memainkan peranan. Pertama, strategi kesihatan, kedua, kawalan pergerakan dan ketiga iaitu yang paling penting adalah penerimaan dan sokongan rakyat kepada langkah kerajaan.Itulah yang akhirnya menyebabkan kita berjaya menjadi antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal Covid-19.Apakah hala tuju Kementerian Pertahanan yang Datuk Seri terajui sekarang?Pertama, kita akan terus memperkasakan sistem pertahanan kita. Keduanya, dari segi kebajikan anggota dan veteran. Saya fokus kepada perumahan untuk memastikan perumahan anggota ini dapat diselesaikan.Banyak lagi, puluhan ribu lagi (rumah) yang diperlukan.Pesara tentera pun diberikan fokus sama ada berpencen atau tidak berpencen. Saya memberikan fokus terhadap industri pertahanan.Kita sebenarnya mampu menjadi salah sebuah negara yang mengeluarkan aset-aset untuk pertahanan.Setakat ini ada, bukan tidak ada syarikat yang terlibat dengan pengeluaran aset untuk tentera darat dan laut.Tetapi saya nak lebih memberikan tumpuan kepada industri pertahanan. Banyak perkara yang akan difikirkan.", "reading_time": "4", "article_dt": "21 Jun 2020 09:00am"} +{"author_name": "MOHD RIDZUAN ABU HASSAN", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/87958/berita/wawancara/penerimaan-positif-rakyat-malaysia-faktor-kejayaan-tangani-covid-19", "article_title": "Penerimaan positif rakyat Malaysia kejayaan tangani Covid-19", "article_text": "MALAYSIA melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).Kini negara memasuki fasa pemulihan dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.Ikuti temu bual bersama Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman.SINAR HARIAN: Apa faktor atau rahsia utama yang membawa kejayaan Malaysia terpilih sebagai antara lima negara terbaik dalam menangani Covid-19?Saya tidak menemui sebarang bukti dokumentasi mengenai Malaysia terpilih sebagai lima negara terbaik menangani Covid-19 selain daripada kenyataan dalam taklimat media oleh Menteri Kanan (Pertahanan).Senarai Forbes terkini menyenaraikan Switzerland di tempat pertama, Singapura di tangga keempat manakala Malaysia di tangga ke-30 sebagai negara paling selamat. Bagaimanapun, senarai tersebut turut memasukkan juga faktor kemantapan ekonomi, selain faktor epidemiologi.Pandangan saya dari segi epidemiologi iaitu melihat pada pola taburan jangkitan dan kematian akibat Covid-19 dalam konteks negara, didapati Malaysia berjaya mengekang peningkatan kes baharu dan juga kematian akibat jangkitan tersebut melalui langkah-langkah pencegahan dan kawalan mulai pertengahan Mac lalu.Antara faktor yang menyumbang pada kejayaan tersebut adalah penerimaan masyarakat yang sangat positif terhadap keputusan kerajaan dan pakar bidang dalam menangani wabak tersebut.Adakah kemungkinan Malaysia berdepan dengan gelombang baharu Covid-19 sebagaimana berlaku di Beijing, China ketika ini?Selagi kita masih belum menemui vaksin, kemungkinan itu sentiasa wujud. Untuk itu, kepatuhan kita sepanjang PKPP ini terhadap normal baru kehidupan sangat penting untuk terus diamalkan.Secara umum, pola jangkitan negara kita bertambah baik. Meskipun terdapat peningkatan kes baharu sekali-sekala, namun secara umum pola adalah corak menurun.Kes jangkitan serius yang mengakibatkan komplikasi juga jauh berkurangan. Kita berdoa semoga keadaan ini berterusan serta terus bertambah baik.Bagaimana Profesor melihat tahap kepatuhan orang ramai terhadap SOP di pasar raya, kedai makan dan tempat awam sejak dikuatkuasakan PKPP?Sebahagian besar kekal menunjukkan kepatuhan yang tinggi meskipun ada di satu dua tempat yang kita saksikan terdapat sedikit ketidakpatuhan iaitu contohnya kita masih menyaksikan anak-anak kecil di bawa bersama di pusat beli-belah.Demikian juga mengenai penjarakan fizikal yang berbeza untuk pengangkutan awam berbanding masjid yang sedikit sebanyak mengelirukan masyarakat awam.Saya berpendapat perlu ada penyelarasan dalam penguatkuasaan langkah pencegahan supaya ianya seragam dan mudah untuk dipatuhi.Malaysia belum mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri, adakah sudah sudah tiba masanya negara memiliki fasiliti sendiri dan bagaimana dari segi kemampuan kewangan?Secara umum, Malaysia mempunyai kemampuan dan pakar-pakar membangunkan vaksin. Ini telah dibuktikan oleh pakar veterinar negara kita yang menghasilkan vaksin ke atas penyakit yang sering mengancam penghasilan haiwan domestik.Vaksin berkenaan telah pun digunapakai untuk pasaran haiwan domestik negara.Cuma dalam penghasilan vaksin untuk penyakit berjangkit yang melanda populasi manusia, kita berharap ada penambahbaikan dari segi perolehan data klinikal serta koordinasi peringkat tinggi dalam penghasilan produk tersebut.Saya berpendapat kita boleh mencontohi situasi di Thailand yang mana Kementerian Kesihatan mereka mempunyai kerjasama erat dengan universiti tempatan apabila kementerian mereka melantik universiti yang mempunyai kemudahan makmal penghasilan vaksin sebagai makmal-makmal satelit kolaborasi kementerian dengan universiti berkenaan.Koordinasi tersebut dilihat sangat baik dan Thailand pada masa ini telah pun berjaya menghasilkan calon vaksin yang sedang diuji di peringkat haiwan makmal.", "reading_time": "4", "article_dt": "16 Jun 2020 07:20am"} +{"author_name": "AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI", "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/86629/berita/wawancara/bola-sepak-malaysia-dibadai-covid-19", "article_title": "Bola sepak Malaysia dibadai Covid-19", "article_text": "Tidak keterlaluan jika dikatakan badai Covid-19 telah melumpuhkan banyak industri di seluruh dunia termasuk sukan bola sepak di Malaysia.Akibat wabak itu, beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mula dicengkam kebimbangan disebabkan kantung mereka yang semakin menipis. Ia berikutan perlawanan-perlawanan Liga-M terpaksa ditangguhkan sejak 16 Mac lalu, dua hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Ketiadaan sumber kewangan yang kukuh menyebabkan ada pasukan yang terpaksa memotong gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing. Malah, lebih buruk ada pemain dan pegawai pasukan yang tidak menerima gaji sejak beberapa bulan lalu.Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui krisis Covid-19 memberi kesan ke atas semua pemegang taruh Liga-M, baik pemain, pegawai, penaja mahupun pihak penganjur.Dalam temu bual eksklusif bersama Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Ketua Meja Sukan, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan Penolong Pengarang Pengisian Berita, Junhairi Alyasa di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini, Hamidin mengupas pelbagai persoalan termasuk status penganjuran Liga-M pada musim Covid-19.SINAR AHAD: Pada Mac lepas, apabila Covid-19 mula memberi kesan kepada arena sukan bola sepak di dunia dan Malaysia, apakah yang Datuk rasakan ketika itu?HAMIDIN: Pertama, kita perlu tahu bahawa pandemik Covid-19 ini tidak pernah terjadi dalam zaman kita sebelum ini. Awal tahun 1900 (Spanish Flu) ada, tapi pada masa itu pun kita belum lahir lagi. Jadi apabila pandemik Covid-19 merebak sekitar Januari lalu, saya mula mendapat panggilan daripada kebanyakan pasukan dan pihak media yang bertanyakan tentang status penganjuran Liga-M sama ada mahu dibatalkan atau ditangguhkan.Pada mulanya, saya fikir perkara ini mudah. Tetapi apabila kita melihat ia melibatkan negara-negara besar seperti di Eropah dan negara lain, apatah lagi wabak ini datang dari China, persepsi saya mula berubah ketika itu. Saya tak jangka perkara itu menjadi seburuk ini sehingga kita perlu ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Tetapi apabila kita membuat keputusan untuk menangguhkan saingan Liga-M pada 16 Mac lalu, saya sudah nampak ia akan memberikan kesan jangka panjang, bukan sahaja kepada bola sepak Malaysia, malahan kepada semua negara dunia.Tapi pastinya waktu itu Datuk tidak sangka PKP berpanjangan sehinggakan ada pasukan terpaksa memotong gaji pemain jika perlu?Hakikatnya kami kemudian sudah menduga pandemik ini serius dan lanjutan PKP juga sudah pasti mempengaruhi perjalanan baki saingan Liga-M. Sehingga kini, belum ada tarikh ditetapkan.FAM dan MFL sedar kekangan kewangan pasukan dan memahami situasi kedua-dua pihak iaitu pasukan dan juga pemain. Disebabkan itu, FAM dan MFL mencadangkan mereka berbincang bagi mencapai kata sepakat demi kebaikan bersama.Hamidin (tiga dari kiri) mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican di Menara KBS, Putrajaya semalam.Perlu diingat pada ketika itu, FAM dan MFL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pemotongan gaji, sebaliknya hanya menyuarakan cadangan kepada pasukan dan pemain mengadakan perbincangan bagi mencapai kata putus terbaik demi kelangsungan pasukan dan juga periuk nasi pemain.Meskipun pada waktu ini industri bola sepak dunia tidak mempunyai sebarang garis panduan memandangkan wabak ini adalah perkara yang berlaku di luar jangkaan, kami berpendapat perbincangan perlu ada jalan penyelesaian terbaik. Malah, perkara sama turut dilaksanakan oleh pasukan lain di luar negara khususnya di Eropah.Dalam keadaan penuh sukar ini, niat FAM adalah untuk mengimbangi tuntutan antara melindungi kepentingan semua pihak sambil melihat isu ini dari sudut jangka masa panjang. FAM bukan sekadar melindungi pemain dan pegawai, bahkan bertanggungjawab memayungi kelab, liga dan pemegang kepentingan agar kita semua dapat bertahan dalam situasi yang dianggap genting ini.Lagi pula setiap tindakan kami berpandukan kepada keputusan, peraturan dan garis panduan FIFA selaku badan induk dunia dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kebetulan, pada 7 April, FIFA mengeluarkan garis panduan yang selari dengan saranan FAM agar pasukan dan pemain mengadakan perbincangan. Bermakna FAM lebih awal mengeluarkan saranan agar pasukan berbincang dengan pemain berhubung potongan gaji.Setakat ini, berapakah jumlah pasukan yang sudah melaksanakan mekanisme pemotongan gaji?Beberapa pasukan sudah melaksanakan pemotongan gaji, antaranya Johor Darul Ta\u2019zim (JDT), UKM FC, Kuching FA, Melaka United (MU) dan Felda United sebelum FAM mengeluarkan Garis Panduan Pelarasan Gaji FAM pada 1 Mei lalu. Garis panduan berkenaan ialah penetapan kadar pemotongan gaji pemain dan pegawai untuk pasukan atau kelab Liga-M yang masih gagal mencapai persetujuan bersama selepas tarikh akhir pada 22 April lepas.Menerusi garis panduan itu, FAM menetapkan empat kategori kadar pemotongan gaji maksimum antara 10 dan 30 peratus yang dianggap adil serta setara berdasarkan situasi kewangan pasukan atau kelab. Langkah pemotongan gaji ini sedikit sebanyak membantu beban pasukan yang berdepan masalah penajaan, tiada kutipan tiket, hasil jualan jersi dan juga jualan cenderamata pasukan.Apakah Datuk rasa pemain Liga-M yang ada meraih gaji mencecah RM100,000 sebulan bersedia gaji mereka dipotong?Pemain patut terima dan sedar situasi yang berlaku sekarang. Sekali lagi ingin saya katakan, pasukan atau kelab juga harus menyusun kewangan mereka dengan baik di sebalik krisis Covid-19. Jika ada RM15 juta, berbelanjalah RM14 juta, RM1 juta simpanan untuk hal-hal kecemasan.Penangguhan Liga-M menyebabkan beberapa pasukan seperti Kelantan dan Kedah yang sudah mengalami masalah kewangan gagal melunaskan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing. Apakah komen Datuk?Kita kena maklum, wang kutipan tiket perlawanan tidak boleh pun menampung bayaran gaji pemain, pegawai pasukan dan sebagainya bagi sesetengah negeri-negeri terbabit. Sumber terbesar untuk pasukan adalah wang tajaan. Wang kutipan tiket hanya boleh bayar gaji sekretariat dan sebagainya, itu pun kalau kutipan banyak.Kalau kita tengok senario bola sepak di Malaysia, kalau pasukan itu berjaya, kutipan tiket akan banyak. Kalau tak top, memang tidak akan dapat banyak. Kemungkinan penaja juga akan kurangkan tajaan. Contohnya, kalau penaja ini nak bagi RM1 tetapi apabila perlawanan dikurangkan, maka mereka bagi 50 sen saja, memang terkesanlah.Wang kutipan tiket ini bukanlah impak yang besar tetapi pasukan mahukan Liga-M berlangsung supaya penaja dapat bayar untuk pulangan atas pelaburan (ROI). Apa yang menjadi masalah kepada pasukan-pasukan ini, apabila mereka tidak ada bajet yang betul dan berlaku kecemasan sebegini, maka mereka akan terkesan.Difahamkan, situasi membabitkan pasukan Kelantan lebih parah apabila kes mereka sampai ke peringkat FIFA dan Mahkamah Timbangtara Sukan. Adakah isu ini memberi impak negatif kepada industri bola sepak Malaysia?Saya ambil contoh pasukan Perlis. Kita lihat sekarang Perlis tidak akan dapat berfungsi sekiranya tidak menyelasaikan hutang RM4 juta hingga RM5 juta kepada pemain mereka. FIFA telah jatuhkan hukuman, selagi tak selesai pasukan ini tidak boleh wujud. Jadi kena ada seseorang yang selamatkan pasukan ini, kalau tidak sampai bila-bila ia akan terkubur. Ini mungkin boleh terjadi kepada Kelantan kerana jumlah hutangnya agak besar.Saya fikir tunggakan dengan pemain tempatan tidak banyak, tetapi amaun hutang jurulatih dan pemain import yang banyak. Saya fikir mereka sedang cuba selesaikan tetapi kes baharu makin banyak dan amaun juga banyak. Kita juga telah membantu tetapi dengan jumlah yang banyak, ia menjadi sukar.Saingan Liga-M ditangguhkan sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19.Perkara utama yang membunuh Kelantan ialah kes pemain import serta jurulatih dan jumlahnya besar apabila ditukar kepada nilai ringgit. Jadi kalau tak ada duit sangat, kita kena ikat perut. Kalau perlu kita bermain tanpa pemain import, jangan ambil pemain import. Cermin diri sendiri dengan kewangan yang ada. Mungkin tempoh dua atau tiga tahun tak perlu ada pemain import, kita jatuh dulu ke Liga Premier sehingga sudah ada balik kekuatan kewangan.Selain itu, ada juga situasi sesetengah pemimpin datang menguruskan pasukan untuk cari populariti dan kemudiannya tinggalkan pasukan itu. Hutang itu akan beri kesan kepada pasukan dan FAM serta MFL. Akhirnya sudah tentu masalah yang berlaku ini akan menjadi tidak baik kepada bola sepak negara. Jika semua bersetuju, kemungkinan kita akan benarkan hanya pasukan yang betul-betul sihat sertai liga bermula tahun depan.Kita nak Kelantan masuk (sertai saingan Liga-M), sebab ia satu kerugian besar kerana Kelantan ini penyokongnya luar biasa. Negeri lain tidak boleh cabar Kelantan. Bila pasukan itu menyerlah, penyokong mereka jadi luar biasa. Jika terjadi nanti, kalau FIFA tidak benarkan Kelantan bermain, ia satu kerugian besar. Kita akan cuba melihat bagaimana untuk cuba membantu.Jika Liga-M dibatalkan, bagaimana dengan aspek penajaan, kontrak pemain dan bisnes bola sepak Malaysia yang dianggarkan bernilai RM200 juta setahun?Saingan Liga-M 2020 akan dibatalkan jika Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan tidak membenarkan perlawanan bersambung semula sehingga September 2020. Itu pasti. Tidak dinafikan kita bakal menyaksikan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai dengan pemain dan pegawai pasukan bakal menjadi individu terawal dikenakan tindakan demikian. Dalam erti kata lain, pasukan berhak mengubah kontrak pemain. Situasi yang ada sekarang ini akan berubah dan akan berlaku sebaliknya yang mana kuasa lebih terletak kepada pasukan dalam menentukan nasib pemain. Penajaan boleh ditarik semula.Bukan FAM berdegil atau tidak menghormati keputusan kerajaan atau tidak melihat dari sudut sentimen penyokong yang mahukan Liga-M dibatalkan, namun kita tetap perlu memastikan saingan liga tidak berkubur hingga menjejaskan banyak pihak.Kita lihat Bundesliga, Liga Korea Selatan dan saingan liga di Vietnam, Belarus dan beberapa negara lain. Mereka menerima hakikat Covid-19 sudah ada dalam masyarakat tetapi semua langkah diambil bagi memastikan semua petugas dan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dengan perlawanan itu menepati garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Akhir sekali, apakah harapan Datuk kepada setiap pasukan mahupun pemain andai Liga-M bersambung kembali?Dalam keghairahan kita nak mulakan semula latihan dan liga, setiap SOP dan arahan yang dikeluarkan harus dipatuhi. Nasihat saya, semua yang terlibat nanti mesti patuh dengan prosedur ketat. Kita tidak mahu ada kluster Covid-19 bola sepak pula, nanti lagi susah. Saya mahu segala-galanya nanti berjalan dengan kemas dan teratur.Kita tak mahu menjadi macam negara lain bila dah bermula liga, ada pemain kena Covid-19. Ia akan menyusahkan kita. Tetapi di pihak FAM, kita sudah bersedia dengan SOP dan sebagainya. Suasana bola sepak apabila disambung semula nanti pun akan berbeza kerana ia diadakan tanpa kehadiran penyokong, latihan berbeza dan SOP juga berbeza.Hakikatnya, kita sedang bergelut dengan cabaran yang tidak pernah dialami. Bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh industri bola sepak dunia turut menghadapi kemelut sama. Normal baharu seperti penjarakkan sosial, penjagaan kebersihan diri dan tidak bersesak dalam kawasan kecil harus menjadi kebiasaan kepada kita semua.", "reading_time": "4", "article_dt": "07 Jun 2020 07:40am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/86368/berita/wawancara/rakyat-mahu-kerajaan-stabil-bijaksana-sederhana", "article_title": "Rakyat mahu kerajaan stabil, bijaksana, sederhana", "article_text": "KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) terpaksa berdepan dengan cabaran wabak Covid-19 sejak tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, tempoh tiga bulan yang terpaksa dilalui dengan penuh sabar itu nampaknya mula membuahkan hasil apabila pandemik yang melanda seluruh dunia itu berjaya dikawal.Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, rakyat berpuas hati dengan kerajaan yang ada pada ketika ini dan tidak minat dengan kerajaan yang terlalu berpolitik. Sebaliknya, rakyat mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil dan boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang bijaksana, sederhana dan berhemah.Beliau mengupas perkara itu ketika wawancara dalam program Sinar LIVE Khas bersama moderator Sinar TV, Haslina AR Kamaludin di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor.SINAR HARIAN: Selepas tiga bulan menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, apakah hala tuju dan pembaharuan yang ingin Datuk laksanakan? SAIFUDDIN: Saya baru tiga bulan dan kalau tiga tahun pun, saya tidak boleh berlagak macam menteri tahu semua benda dan pandai sangat. Dari awal saya mengatakan bahawa kita harus ada keseimbangan antara kesinambungan apa-apa yang telah dilaksanakan selama ini. Apa yang baik diteruskan dan pada masa sama, harus ada sedikit sebanyak pembaharuan. Jadi dari segi misi, visi, kesalinghubungan, internet dan kreativiti, keselamatan siber, penerangan penyiaran, dasar-dasar fundamental itu diteruskan namun kita harus ada beberapa pembaharuan.Misalnya dari segi objektif spesifik, di bawah Finas, haruslah ada sasaran untuk filem Malaysia menang Oscar. Saya tahu bunyinya macam menggunung tetapi haruslah berbukit dulu dan sebagainya. Bunyi menggunung tetapi berbukit. Kalau busut pun tak nampak, tak ada ini. Ada beberapa komponen dalam kerja di kementerian yang harus diperteguhkan.Sebagai contoh, kita dilantik untuk menggerakkan pasukan petugas ekonomi digital. Saya sebagai Pengerusi dan Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) sebagai pengerusi bersama. Kemudian saya akan mulakan satu lagi pasukan industri kreatif, saya sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Pengerusi bersama.Itu adalah antara dua komponen utama yang kita nak gerakkan terutama semasa dan selepas Covid-19 namun, saya memperkenalkan satu matlamat (bukan matlamat baharu) yang merangkumkan semua. Saya pilih perkataan Melayu yang orang jarang guna iaitu cendekia. Kita harus memacu kecendiakaan dalam masyarakat supaya kita meraikan kecendekiawanan rakyat dalam menggunakan perkhidmatan yang tawarkan.Saifuddin AbdullahApakah bentuk bantuan yang dapat kerajaan berikan untuk membantu media terutama media cetak? Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bakal mengumumkan pakej pemulihan ekonomi. Saya tidak pasti sama ada dalam pakej itu ada atau tidak, perancangan pelan khusus untuk industri cetak. Tetapi saya telah berbincang dengan teman-teman di kementerian dan dalam dunia kewartawanan, apa yang boleh dibantu. Misalnya kita harus melihat semula percukaian. Kalau pun kita tidak boleh bantu dalam bentuk kewangan dan sebagainya tetapi kita mungkin boleh lihat soal percukaian import bahan cetak dan beberapa cukai yang lain.Bagaimana kerajaan menangani penyebaran berita palsu ketika pandemik Covid-19? Kita tidak mempunyai statistik yang terlalu spesifik tetapi yang nyata ialah penularan berita palsu pada zaman Covid-19 ini macam melonjak. Ada beberapa perkara yang kami cuba tangani, yang pertama dari segi undang-undang.Saya rasa ada hampir 20 pendakwaan di mahkamah, ada yang daripada SKMM dan PDRM. Ada kes yang tertuduh mengaku bersalah dan sebagainya, itu banyak kes polis. Ini mengambil masa. Bila saya lihat tular berita palsu ini, saya tubuhkan satu pasukan dipanggil Pasukan Respon Pantas (PRP). Sehingga 31 Mei, kita sudah respons kepada lebih 320 pemakluman yang kita keluarkan pagi dan petang untuk menerangkan berita-berita yang tular. Kebanyakan yang kita jelaskan ialah yang tular berkaitan dengan KKM, PDRM, pihak berkuasa.Katakanlah hospital tutup, kes orang Covid (pesakit) lari, memang ada kes lari tapi sesetengah kes itu tidak betul. Itu yang kita kata pemakluman tentang berita palsu. Ia menyedihkan dalam suasana kita harus berkongsi berita benar tetapi ada kalangan rakyat kita yang masih menularkan. Sebab itu kita ada kempen, kalau tidak pasti jangan kongsi.Apakah perasaan Datuk apabila banyak berita palsu yang menimbulkan sentimen perkauman? Saya fikir mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin mesti rasa sedih kerana Covid-19 tidak mengenal agama, bangsa dan umur boleh kena sesiapa sahaja.Pada peringkat awal dulu, kerisauan kita memang tinggi terutama apabila cerita Covid-19 ini datang dari China. Macam-macam yang tular menggunakan perkataan tidak senonoh, sekarang nampak sudah kurang.Tetapi itu perlu dielakkan, saya harap ia tidak berlaku lagi. Ini pun ada kes yang memang sudah didakwa tetapi nampak sekarang reda, sesekali itu ada. Saya harap rakyat Malaysia dapat berfikir dengan waras, tularkan yang baik-baik. Sebab itu, kami buat kempen contoh tanda pagar komunikasi kita, yang positif itu kita tularkan.Sebelum wujudnya Covid-19, bagaimana situasi penularan berita palsu berkaitan perkauman? Antara masalah utama politik Malaysia adalah perkauman. Jadi ia sudah menjadi perkara lazim bagi sesetengah pihak. Ini yang harus diperangi habis-habisan. Kaedahnya tentulah panjang dan mendalam. Salah satu daripada seninya adalah demokrasi Malaysia yang berbagai kaum dan moderat. Andainya kita ada kefahaman sedemikian, saya kira kita boleh kurangkan politik perkauman.Datuk sering menyebut tentang kerangka governance baharu, boleh Datuk jelaskan? Saya dari dahulu lagi percaya bahawa hari di mana kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir. Jadi harus ada kerjasama akrab antara tiga sektor utama iaitu kerajaan, perniagaan atau sektor swasta dan masyarakat sivil termasuk orang muda, pekerja, profesional, pemikir, media dan sebagainya.Kena ada kerjasama yang akrab dan perundingan yang formal antara ketiga-tiga kumpulan. Istilahnya macam-macam seperti sektor, pemegang taruh atau pihak berkepentingan. Kalau boleh biar dalam semua bidang di setiap peringkat dari nasional hingga ke akar umbi.Saya masa dalam gerakan belia dulu, kita ada majlis perundingan belia dan kerajaan sebelum ini pun ada majlis perundingan ekonomi dan sebagainya. Semasa saya menjadi Ahli Parlimen Temerloh, kita mempunyai majlis perundingan Temerloh dan sekarang kita ada Majlis Perundingan Indera Mahkota.Masa Kementerian Luar, kita ada majlis perundingan juga dan 9 Jun ini, saya akan adakan mesyuarat pertama Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia untuk pasukan bertugas industri kreatif. Ekonomi digital pun konsep yang sama, nama boleh berbeza, boleh panggil panel, pasukan bertugas, tapi yang penting ketiga-tiga sektor itu mesti dibawa bersama dalam struktur dan proses yang formal.Saifuddin (kiri) ketika diwawancara di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.Datuk telah membatalkan penggunaan spektrum jalur frekuensi 700MHz, iaitu jalur spektrum perintis bagi pelaksanaan rangkaian telekomunikasi selular generasi kelima (5G) negara. Boleh Datuk jelaskan?Kita nak buat dengan cara lebih baik supaya ada bidaan dan vendor lebih telus dan semua pemain mendapat peluang yang saksama. Di sinilah timbul soal, misalnya, kita ada jumlah syarikat telekomunikasi yang agak besar untuk sejumlah penduduk yang agak kecil apabila dibandingkan dengan negara lain. Sekali lagi soal keutamaan. Apakah keutamaan kita ketika ini 5G atau pun kesalinghubungan? Kita lihat kembali supaya apabila diadakan semula atau spektrum jalur frekuensi 700MHz ini dianugerahkan atau diberikan semula dengan cara yang lebih telus.Bagaimana Datuk melihat prestasi Perikatan Nasional (PN) ketika ini?Tanya saya, bagus belaka. Saya tidak akan dapat memberi jawapan yang tidak bias. Itu harus tanya kepada rakyat, orang atas pagar, orang biasa dan mungkin kalau ada survey, saya fikir itu lebih baik daripada apa yang saya hendak cakap ini.Cuma saya mengambil contoh bagaimana kita mengendalikan Covid-19. Ini soalan saya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah malam tadi (kelmarin). Kita nampak seperti berjaya berbanding negara lain dan ini memang ada artikel yang ditulis orang lain (bukan saya) yang membandingkan kita dengan negara jiran, Amerika, Itali dan lain-lain.Tapi saya kena mengaku yang saya bias, tetapi ada dua perkara yang disebut Noor Hisham yang membezakan kita dengan orang lain, yang menjadi faktor kejayaan pengendalian Covid-19 oleh kerajaan PN. Yang pertama ialah kalau seorang itu memang telah disahkan positif, dia terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Ada waktunya kita siap jemput dengan ambulans.Yang kedua ialah kuatkuasakan kuarantin. Misalnya, kalau balik dari luar negara, kita periksa dan letak kuarantin selama 14 hari. Bukan di rumah tapi di tempat tertentu. Pokoknya, ia dua kaedah yang tidak dilakukan oleh semua negara hatta oleh negara yang maju sekali pun dan ini adalah antara faktor utama kejayaan kita mengendalikan Covid-19. Bagi saya ini satu indikator yang mustahak.Adakah dengan isu Covid-19 itu, PN mampu terus mentadbir negara?Hal ini akan ditentukan oleh rakyat dan ini hanya diketahui apabila adanya pilihan raya umum. Tetapi pada saya ialah pokok pangkal, selamanya saya lihat rata-rata rakyat berpuas hati dan tidak minat sangat dengan terlalu banyak politik. Rakyat nak lihat sebuah kerajaan yang stabil dan boleh menyampaikan apa-apa yang boleh disampaikan kepada mereka dengan cara yang bijaksana, sederhana dan berhemah. Setakat yang kami cuba buat, itulah yang kami lakukan. Tetapi sekali lagi saya katakan, saya tidak boleh mendakwa kerana saya dalam kerajaan maka saya berperasaan semuanya nampak baik.Pada PRU-14, rakyat meletakkan PH sebagai kerajaan. Namun sekarang, kelihatannya bukan rakyat yang menentukan kerajaan sebaliknya 222 ahli Parlimen itu sendiri?Saya melihat debat yang hangat ini dan bagaimana penghujahannya di sampaikan oleh pihak-pihak yang berbeza-beza. Misalnya, ada yang menyatakan kalau dikumpulkan jumlah yang mengundi Pas dan UMNO maka sekian-sekian banyak berbanding dengan jumlah undi yang dikumpulkan untuk mereka yang mengundi PH, itu satu penghujahan.Ada satu lagi penghujahan yang menyatakan dalam sistem demokrasi Malaysia di mana pilihan raya itu keputusannya ditentukan dengan first past the post ada waktunya yang menang itu bukannya majoriti. Sebagai contoh, di satu kawasan pilihan raya ada tiga orang calon. Calon A dapat 40 peratus undi, calon B dapat 30 peratus dan calon C dapat 30 peratus.Saifuddin (kiri) ketika diwawancara di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.Jadi yang menang itu (calon) mendapat 40 peratus tetapi kalau bercampur pula B dan C, maka yang itu menang. Jadi saya fikir hujah ini tidak akan berakhir. Yang boleh mengakhirkan mungkin, kalau ada undang-undang yang melarang ahli Parlimen daripada melompat parti, mungkin. Mungkin itu satu daripada kaedah untuk menghentikan bukan perbuatannya tetapi perdebatannya kerana tidak ada jaminannya perkara ini tidak akan berlaku dan di sesetengah negara lain sekali lagi saya tidak mengatakan ini mesti betul dan ini mesti salah.Ada sesetengah negara di Barat, rundingan kerajaan itu tidak berlaku sebelum pilihan raya tetapi selepas pilihan raya dan dalam situasi sedemikian itulah sistemnya tidak sama dengan kita. Saya menyatakan penghujahan ini boleh datang dalam pelbagai sudut dan tiada pengakhirannya. Saya lebih berminat untuk berhujah mencari bagaimana kita cuba meredakan, menghentikan atau meminimumkan perkara sedemikian dan mungkin salah satu daripada caranya ialah mengadakan, mewujudkan undang-undang yang tidak membenarkan seorang wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Rakyat daripada melompat parti.Perang psikologi Pakatan Harapan dan Perikatan NasionalPerikatan Nasional diuar-uarkan sebagai kerajaan pintu belakang yang tidak sah dari sudut moral. Apakah kunci PN menghadapi perkara ini?Pada saya, PN itu hanya nama yang digunakan buat masa ini. Pokok pangkalnya ialah kerajaan mesti melaksanakan tugas dan amanahnya itu dengan sebaik-baiknya demi untuk manfaat rakyat, dan kita berdoa mudah-mudahan dapat berkat daripada itu dan kerajaan yang seumpama ini walau apa pun namanya, ia tidak bolehlah nak berlagak pandai, ia tidak bolehlah nak kata ia yang terbaik. Saya sudah sebutkan di mana hari-hari kerajaan adalah segalanya, mengetahui segala-galanya, sudah berakhir lama.Apakah perasaan Datuk apabila Datuk sendiri dituduh sebagai pengkhianat?Tiada orang yang berfikiran waras yang tidak berasa sedih apabila dituduh sedemikian tetapi sekali lagi definisi yang perlu digunakan, situasi dan konteksnya dan saya fikir kalau kita benar-benar melihat persoalan politik yang sedemikian itu, sejarahnya ada juga sebelum ini.Jadi kalau kita nak menuduh itu biarlah kita berlaku adil bahawa insiden hampir sama walaupun tidak 100 peratus pernah berlaku sebelum ini. Saya tidak menolak bahawa mereka yang menuduh itu ada kewajaran. Itu hak mereka dan saya kena tanggunglah apa sahaja perbuatan saya tetapi kita hendaklah berlaku adil dan itu menjadi penyebab lagi satu, mengapa kerajaan sedia ada tidak bolehlah berlagak, tunjuk pandai tetapi kita perlu rendah diri.Ketika bersama PH, Datuk juga dilihat berada di barisan hadapan menolak UMNO dan sekarang ketika bersama PN bekerjasama dengan UMNO pula. Bagaimana kerjasama ini boleh terjalin?Ya saya keluar daripada UMNO tetapi suasana pada waktu kebelakangan ini menyebabkan harus bekerjasama dengan UMNO. Jadi ada beza berada dalam UMNO dan berada di luar UMNO serta bekerjasama dengan UMNO. Saya fahamlah saya cakap apa pun orang tidak bersetuju tetapi pada saya kita harus juga belajar daripada pengalaman yang berlaku sebelum ini bahawa apabila kita menjadi kerajaan kita tidak boleh angkuh dengan rakyat, kalau kita jadi menteri menjaga kewangan, berkaitan dengan ekonomi dan sebagainya kita tidak boleh ambil sikap berjauhan dengan golongan peniaga dan sebagainya. Jadi orang memerhati kita.Adakah itu bermaksud kerajaan PH gagal?Kalau tidak gagal kami tidaklah jatuhkan PH. Kalau tanya saya, memang saya jawab begitu. Untuk berlaku adil, kalaulah kebanyakan perkara yang diharapkan kerajaan, diharapkan rakyat kepada kerajaan dan PH mampu melaksanakannya saya fikir kita tidak perlu berada dalam suasana sekarang. Kejatuhan PH disebabkan \u2018pergelutan\u2019 dalam PH itu sendiri yang menyebabkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya Februari lalu dan adakah kegagalan PH menyelesaikan masalah dalam menjadi punca PN wujud dan seterusnya melantik Muhyiddin.Bagaimana Datuk melihat usaha-usaha yang giat dilakukan untuk menjatuhkan PN selepas dilabelkan sebagai kerajaan tidak diiktiraf rakyat? Ada beza antara psywar (perang psikologi) dengan perkara yang sebenarnya berlaku. Saya melihat sebahagian daripada apa yang disebutkan itu diungkapkan oleh golongan tertentu tidak lebih daripada psywar. Pada saya beginilah, demokrasi Malaysia membenarkan untuk undi tidak percaya. Mana-mana demokrasi pun membenarkan untuk mengkritik kerajaan. Menjatuhkan kerajaan itu perkara yang berbeza.Soal keabsahan kerajaan dipimpin Muhyiddin ini harus dilihat dari dua sudut. Kalau kita hendak kata kita tidak setuju, kalau setuju tidak timbullah. Kalau kita tidak bersetuju cara kita menyebut pun harus ada, mengikut Perlembagaan. Saya bagi contoh, kalau kita kata pada hari ini kerajaan yang dipimpin Muhyiddin tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat itu pada saya adalah penghujahan yang sah cuma belum dibuktikan.Macam mana hendak membuktikannya ialah mestilah dengan membawa usul undi tidak percaya di dalam dewan Parlimen. Itu dibenarkan dalam demokrasi, yang harus berhati-hati ialah kalau kita kata \u2018at that material time\u2019 ketika Muhyiddin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mempunyai majoriti. Itu lain, itu anda mempersoal Yang di-Pertuan Agong.Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menyampaikan cenderahati kepada Saifuddin semalam.", "reading_time": "4", "article_dt": "05 Jun 2020 08:00am"} +{"author_name": null, "article_url": "https://www.sinarharian.com.my/article/85620/berita/wawancara/covid-19-lunturkan-sikap-fanatik-mazhab", "article_title": "Covid-19 lunturkan sikap fanatik mazhab", "article_text": "WABAK Covid-19 yang melanda Malaysia sejak tiga bulan lalu seakan-akan menggugat pemikiran dan pemahaman umat Islam terhadap rutin ibadah yang mereka pegang sejak zaman-berzaman.Antara persoalan yang hangat diperdebatkan ialah tentang jumlah jemaah solat Jumaat yang dibenarkan hadir iaitu seramai 12 orang sahaja.Situasi ini disebabkan normal baharu tersebut tidak pernah dihadapi oleh umat Islam di Malaysia yang rata-rata berpegang kepada Mazhab Syafie yang menjadikan jumlah 40 orang sebagai syarat sahnya solat Jumaat.Bagaimanapun, disebabkan Covid-19, ulama dan umat Islam mula menerima perbezaan pandangan walaupun hakikatnya mereka berbeza mazhab.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ulama sedunia termasuk Syeikhul Azhar dan badan-badan berautoriti dalam bidang agama kini seolah-olah sepakat berhubung normal baharu dalam ibadah seperti solat Jumaat dan solat berjemaah.Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Dr Zulkifli yang merupakan mufti pertama dilantik sebagai menteri dalam sejarah moden Malaysia turut menyentuh pelbagai isu termasuk cabaran dan perancangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.SINAR AHAD: Banyak hikmah di sebalik PKP dan Covid-19. Apakah yang boleh kita pelajari daripada wabak ini?DR ZULKIFLI: ALLAH SWT berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 191, \u201c(Iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): \u201cYa Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.\u201dImam al-Tabari menyebutkan bahawa perkataan \u2018ini\u2019 dalam ayat ini merujuk kepada ciptaan ALLAH di langit dan bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia. Apa-apa sahaja ciptaan ALLAH SWT ada manfaat dan hikmahnya.Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Syarh ayat 5 hingga 6, \u201cOleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.\u201dAntara hikmah terbesar di sebalik wabak ini ialah terbukanya pintu bagi orang ramai untuk melakukan amal kebaikan dan bersedekah. Alhamdulillah, kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan misi #MUSAADAHCOVID19 sejak 18 Mac 2020.Sehingga semalam, sudah lebih RM140 juta dibelanjakan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, warganegara atau tidak, asalkan mereka layak dan memerlukan bantuan.Begitu juga kita sudah mula dapat menerapkan dalam kehidupan kita normal baharu. Ini termasuklah dalam acara ibadat dan berhari raya.Sejauh manakah penularan Covid-19 mempengaruhi pandangan hukum-hakam Islam di Malaysia. Apakah isu-isu tersebut?Saya amat terharu dengan kesungguhan para ashabus samahah mufti-mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja yang berhempas pulas berbincang dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia khususnya berkaitan ibadah dalam suasana normal baharu ini.Banyak hukum-hakam baharu yang diputuskan dan menarik untuk kajian generasi akan datang. Antaranya, penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah di masjid dan surau, solat dengan jarak satu meter, ujian swab ketika berpuasa dan lain-lain.Hal ini seolah-olah berlaku kesepakatan oleh ulama dunia termasuk Syeikhul Azhar dan badan-badan berautoriti dalam bidang agama.Sesetengah orang tertanya-tanya mengapa hukum boleh berubah-ubah, dulu tak boleh sekarang boleh. Contohnya, dulu solat Jumaat kena ada 40 jemaah, sekarang cukup 12 orang. Sebenarnya, apakah jenis-jenis hukum Islam yang boleh berubah dan apakah prinsip-prinsip yang harus diikuti?Terdapat sebuah kaedah fiqh yang menyebut: tidak ditolak berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan masa.Syeikh Mustafa Al-Zarqa\u2019 dalam syarahan beliau ke atas kaedah ini berkata, tidak ditolak berlakunya perubahan hukum-hakam dengan berubahnya masa, iaitu berlaku perubahan uruf penduduk sesebuah kawasan serta adat mereka. Sekiranya uruf dan adat membawa kepada suatu hukum, kemudian kedua-duanya berubah kepada uruf dan adat yang lain, maka hukum juga berubah kepada apa yang menepati uruf dan adat yang baharu itu.Kita dapat melihat bahawa Imam Syafie sendiri mempunyai qaul qadim (pendapat yang lama) dan qaul jadid (pendapat yang baharu) yang terhasil daripada perbezaan tempat beliau mengeluarkan pandangan tersebut.Qaul qadim adalah pendapat yang beliau kemukakan semasa berada di Iraq manakala qaul jadid adalah pandangan beliau semasa berada di Mesir.Namun, perlu diingat bahawa yang dimaksudkan dengan perubahan hukum disebabkan peubahan masa dan tempat adalah pada hukum-hukum yang al-mutaghayyirat (yang boleh berubah).Ada pun pada perkara-perkara al-tsawabit (yang tetap dan kekal) seperti pensyariatan solat, puasa, keharaman zina, minum arak dan seumpamanya, maka ia sama sekali tidak berubah mengikut perubahan masa dan tempat.Banyak normal baharu agama semasa Covid-19 dikatakan menggambarkan betapa Islam itu agama yang fleksibel dan tidak sempit. Ini termasuk majlis akad nikah menerusi sidang video, zakat fitrah secara online dan khutbah Aidilfitri di rumah. Apa komen Datuk Seri?Kami katakan sifat agama Islam lengkap, mencakupi, syumul, dan sesuai sepanjang zaman serta semua tempat kerana ia daripada Tuhan sekalian alam. Kita sedang menuju kepada budaya normal baharu dalam beragama. Ini satu bukti yang jelas bahawa Islam itu walaupun tidak berubah pada dasar akidahnya, tetapi masih fleksibel pada ruang-ruang pengamalan syariatnya.Dr Zulkifli menyambut Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian secara normal baharu pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kedutaan Besar China kepada JAWI Food Bank di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini.\u2028 - Foto BernamaApakah Datuk Seri berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu-isu Covid-19? Sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri, bagaimana Datuk Seri akan berperanan bagi memastikan dasar-dasar kerajaan mematuhi apa yang terkandung dalam maqasid syariah?Pendekatan kita adalah antara yang terbaik di dunia. Pakar-pakar kita adalah antara yang terbaik dunia. Kerja berpasukan barisan hadapan dan kerjasama rakyat Malaysia disebut-sebut oleh dunia. Alhamdulillah, kerajaan amat menitikberatkan aplikasi maqasid syariah dalam pentadbiran. Apa-apa urusan yang melibatkan kemaslahatan rakyat, itulah yang diutamakan. Kami katakan asas pertimbangan utama adalah membawa kemaslahatan untuk rakyat.Hal ini berbetulan dengan kaedah: polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah rakyat.Definisi maslahah seperti yang disebutkan oleh Imam al-Ghazali Rahimahullah ialah \u2018mendatangkan manfaat dan menghalang kemudaratan\u2019.Justeru, sebarang perkara yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada manusia serta dalam masa yang sama menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas diri mereka, ia dianggap sebagai maslahah.Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafie, tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin (al-hakim) yang tidak membawa kepada maslahah \u2018ammah. Maka, difahami secara mafhum mukhalafah bahawa mentaati arahan pemimpin yang mempunyai maslahah \u2018ammah adalah wajib.Melihat kepada perkembangan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Arab Saudi dan di seluruh dunia, apakah peluang untuk rakyat Malaysia menunaikan haji pada tahun ini? Apakah jangkaan mengenai SOP dan normal baharu yang bakal dilalui jemaah jika musim haji diteruskan?Saya belum mendapat apa-apa makluman rasmi daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Jadi, saya tidak dapat beri komen lanjut.Isu arak dan pemandu mabuk adalah perkara yang serius dan perlu ditangani segera oleh kerajaan. Apakah tindakan Datuk Seri selaku Menteri yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama?Saya amat bersetuju dengan langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bagi menyegerakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta aspek perundangan lain seperti pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.Tanggungjawab memelihara nyawa (hifz al-nafs) adalah salah satu keutamaan dalam maqasid syariah dan perlu diambil berat oleh kerajaan agar isu ini dapat dirawat hingga ke akar permasalahannya.Pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia untuk meneliti isu ini dari sudut sosial, etika dan moral. Kita sedia memberi idea dan buah fikiran yang terbaik untuk memastikan isu ini dapat ditangani sesegera yang mungkin.Semoga usaha bersama kita dapat memberikan solusi terbaik dan akan membantu menyelesaikan permasalahan ini, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Semasa ucapan pertama Datuk Seri ketika mula-mula memegang jawatan, Datuk Seri ada sebutkan tentang transformasi yang ingin dilakukan dalam institusi agama. Apakah yang Datuk Seri ingin bawa?Insya-ALLAH blueprint akan siap sedikit masa lagi. Saya suka meneliti firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa\u2019 ayat 58, \u201cSesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (ALLAH menyuruh) kamu menghukum dengan adil.\u201dAda lima kata kunci yang boleh kita ambil dalam ayat al-Quran tersebut sebagai panduan bagi pentadbiran Islam yang progresif dan efektif iaitu kemahiran komunikasi (al-amr), integriti dan akauntabiliti (al-amanah), kepakaran (ahliyyah), kemahiran membuat keputusan (al-hukm) dan adil (al-\u2018adl).Institusi agama yang berjaya perlu ada identiti, nilai, platform, sentiasa ada solusi bagi permasalahan dan sentiasa memikirkan persoalan what\u2019s next?Saya bersetuju dengan pandangan Ziauddin Sardar dalam bukunya, Islamic Futures: The Shape of Ideas to Come bahawa masa hadapan boleh dikawal dan dibentuk selari dengan matlamat dan kehendak masyarakat. Ya, memang masa depan adalah di bawah kehendak dan kekuasaan-Nya, namun ALLAH SWT tidak mengarahkan kita untuk berhenti berusaha.PROFILSenator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-BakriJawatan sekarang: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Umur: 51 tahun (1969)Asal: Kuala TerengganuIsteri: Datin Seri Shereen Mohd YunosAnak: 5 orangPendidikan- Doktor Falsafah (PhD), Universiti Sains Malaysia (2004)- Sarjana Syariah, Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah, Syria (1997)- Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah (1993)Pengalaman- Mufti Wilayah Persekutuan (2014-Mac 2020)", "reading_time": "4", "article_dt": "31 Mei 2020 09:00am"}