[{"title": "Tema_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "TemaNovel Bimasakti Menari ialah Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Bima_Sakti_Menari", "content": "Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.Contoh Peristiwa: Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.Contoh Peristiwa: Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu. Persoalan cinta akan alam sekitar.Contoh Peristiwa: Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang. Penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.Contoh Peristiwa: Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai. Persoalan ketaatan kepada ajaran agamaContoh Peristiwa: Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahanContoh Peristiwa: Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik. Penceraian menyebabkan anak-anak menjadi mangsaContoh Peristiwa: Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan peranan untuk mendidik dan membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam meneruskan impiannya untuk menyelamatkan dunia. Keikhlasan dan kejujuran dalam bersahabatContoh Peristiwa: Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah seorang dari mereka diancam. Sikap tidak bertolak ansur antara suami dengan isteri akan menyebabkan berlakunya penceraianContoh Peristiwa: Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh diikat. Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuanContoh Peristiwa: Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Binaan_Plot_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Permulaan Novel Bimasakti Menari bermula apabila Nurul Hafsa melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Wickham bagi mencerap bintang. Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. \u00a0Malangnya, bintang tidak kelihatan kerana langit terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan juga tidak kesampaian. Perkembangan Nurul Hafsa membuat laporan tentang pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan kelip-kelip ke Pejabat Daerah. Ketua Nurul Hafsa, iaitu Puan Foziah menasihati Nurul Hafsa agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, Budiman mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik. Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Atas pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya membuat pembentangan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor.\u00a0Menteri besar telah mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai bagi mendengar pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut. Perumitan Projek tersebut ditentang oleh Dato\u2019 Johann Arlington-Majid. Dato\u2019 Johann Arlington-Majid tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan lampu-lampu full cut off\u00a0 yang diperlukan bagi tujuan projek tersebut.\u00a0Dato\u2019 Johann Arlington-Majid sebenarnya sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasanga hidup.\u00a0Muhammad Taufik diserang ketika balik dari masjid. Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Muhaimin, Menteri Besar bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala\u00a0 Selangor Klimaks Rentetan penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik yang sepatutnya mengikuti ibunya balik ke Otago, New Zealand telah menemui penculik di stesen minyak PETRONAS.\u00a0Kemudian, Muhammad Taufik dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit.\u00a0Selepas itu, mereka melepaskan Nurul Hafsa .Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya. Inspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas. Peleraian Hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik bertambah intim. Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham mengambik keputusan untuk bernikah semula.\u00a0 Sewaktu pernikahan ibu bapanya, Muhammad Taufik telah melamar Nurul Hafsa.\u00a0Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada Muhammad Taufik yang berbunyi \u201cKita ialah kelip-kelip terakhir di dunia\u201d.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Teknik_Plot_Bima_Sakti_Menari", "content": "Teknik dialogPengarang mengetengahkan teknik dialog melalui perbuala antara Dato\u2019 Mustofa dengan Dato\u2019 Johann mengenai Menteri Besar yang suka akan projek yang dicadangkan oleh Muhammad Taufik iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Teknik monologNurul Hafsa bermonolog untuk meluahkan rasa kesal kerana hasratnya untuk melihat kelipkelip yang banyak di Kampung Kuantan tidak kesampaian, sebaliknya dia hanya melihat enam ekor kelip-kelip.Contohnya:Ya enam ekor kelip-kelip, Nurul Hafsa berdetik di dalam hati. Imbas kembaliDato\u2019 Johann mengingati kemabali permusuhannya dengan Tan Sri Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Marion Wickham. Permusuhan itu hanya tercetus semula kerana isu lampu. Teknik PemerianPengarang memerihalkan kenderaan hibrid yang menjadi idaman Nurul Hafsa.Pengarang memerihalkan perasaan sakit hati Dato\u2019 Johann terhadap Tan Sri Muhaimin. Teknik saspens Peristiwa pengemudi bot yang membawa Nurul Hafsa untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan memenuhi permintaan Nurul Hafsa untuk membawa bot menyusur cabang sungai yang gelap. Pembaca tertanya-tanya tentang peristiwa yang terjadi di mulut anak sungai yang gelap itu Peristiwa Tan Sri Muhaimin menerima panggilan telefon daripada Menteri Besar ketika beliau sedang memikirkan langkah keselamatan yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan\u00a0 keluarganya. Pembaca tertanya-tanya perkara yang hendak diterangkan oleh tan Sri Muhaimin kepada Menteri Besar Teknik Kejutan Peristiwa Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van yang sedia menunggunya di hadapan tandas di stesen minyak PETRONAS setelah pintu van itu dibuka. Pembaca tidak menyangka bahawa kumpulan lelaki itu berani untuk melarikan Muhammad Taufik di kawasan yang terbuka Peristiwa Nurul Hafsa ditolak keluar dari kenderaan juga menjadi kejutan kepada pembaca yang tidak menyangka bahawa kumpulan penculik itu akan berbuat demikian terhadap Nurul hafsa yang merupakan seorang perempuan", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Latar_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Bimasakti_Menari", "content": "Watak Utama: Nurul Hafsa Seorang yang baik hatiDia begitu prihatin akan nasib Muhammad Taufik yang cedera kerana diserang penjenayah. Seorang pemarahDia berasa marah kepada Muhammad Taufik kerana memagar kawasan sungai di Kampung Kuantan. Seorang yang bijak dan berilmuDia dapat mematahkan hujah Dato\u2019 Johann Arlington-Majid sewaktu pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Seorang yang tabah.Dia begitu tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan untuk melaksanakan cita-citanya iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Seorang yang berbudi bahasaDia menyuruh Muhammad Taufik bertanya kepada ayahnya tentang hasrat Muhammad Taufik untuk hendak meminangnya. Seorang berpegang teguh pada janjiDia tetap meneruskan usaha mencerap populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan sewaktu Muhammad Taufik terlantar di hospital. Muhammad Taufik Seorang yang cinta akan alam sekitarDia mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalam, iaitu pembinaan ruman yang berkonsepkan kediaman mesra alam. Seorang yang bersikap prihatinDia sanggup menemui penjenayah dengan tujuan untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh mereka. Seorang yang berterus terangDia berterus terang dengan bertanya kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima pinangannya. Seorang yang penyabarMuhammad Taufik bersikap tenang dan sabar ketika berhadapan dengan Nurul Hafsa yang berasa marah kepada tindakannya memagar sungai di Kampung Kuantan. Seorang yang penyanyangDia menyanyangi kedua-dua orang tuanya walaupun mereka telah berpisah dengan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka. Seorang yang berbudi bahasa dan menghargai tetamuDia melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman dengan menyediakan minuman. Seorang yang bertanggungjawabMuhammad Taufik sanggup memenuhi arahan kumpulan samseng yang menculik Nurul Hafsa untuk menyelamatkannya daripada kumpulan penculik itu. Budiman Seorang yang bertanggungjawab.Dia sanggup meluangkan masa untuk menemani Nurul Hafsa di jeti bagi tujuan mencerap kelip-kelip. Seorang yang baik hatiDia membawa ayah dan adiknya ke hospital pada pukul 5:00 pagi untuk menziarahi Muhammad Taufik. Seorang yang prihatinDia bersusah payah mengesan Muhammad Taufik yang telah diserang sewaktu balik dari masjid. Seorang yang taat akan ajaran agamaBudiman menunaikan solat isyak di masjid bersama-sama dengan Muhammad Taufik. Tan Sri Muhaimin Seorang yang berpengaruh besarBeliau menggunakan pengaruhnya untuk membolehkan Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa membentangkan kertas kerja berhubung dengan projek Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap untuk pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip. Seorang yang penyayangBeliau sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya, iaitu Muhammad Taufik. Seorang yang berpendirian teguhBeliau sanggup bercerai dengan isterinya kerana tidak sehaluan. Seorang yang baik hati dan tidak bersifat dendamBeliau tidak berdendam dengan bekas isterinya serta tidak memarahi anaknya berikutan kunjungan bekas isterinya itu ke rumah anaknya. Seorang yang taat akan perintah agamaBeliau menunaikan solat subuh bersama-sama dengan Haji Yassir di surau hospital. Seorang ayah yang bertanggungjawabBeliau turun dari kereta untuk menemani Muhammad Taufik yang hendak pergi ke tandas di stesen minyak untuk menjaga keselamatan anaknya. Maryam Wickham Seorang ibu yang baik hati dan penyayangPuan Maryam sanggup mengunjungi Muhammad Taufik dan memasakkan makanan untuk bekas suaminya. Seorang wanita yang bersikap toleransiDia sanggup bernikah semula dengan bekas suaminya untuk memenuhi permintaan anak tunggalnya. Dato Johann Arlington-Majid Seorang pendedamBeliau masih berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickman menerima Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidupnya, bukan dirinya.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Nilai_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Nilai cinta akan alam sekitarContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan bintang. Nilai setia kawanContoh: Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik. Nilai PengorbananContoh: Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik Nilai tanggungjawabContoh: Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia seorang bapa tunggal. Nilai ketabahanContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip. Nilai kasih sayangContoh: Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan memasakkan makanan untuk anaknya itu. Nilai berilmu berpengetahuanContoh: Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama empat tahun untuk menyambung pelajaran dalambidang falak dan fizik. Nilai budi bahasaContoh: Muhammad Taufik telah menyambut kedatangan Budiman dan adiknya, Nurul Hafsa ke rumahnya dengan baik serta menghidangkan minuman untuk mereka. Nilai ketaatanContoh: Budiman dan Muhammad Taufik taat akan ajaran agama dengan menunaikan solat jemaah di masjid. Nilai keberanianContoh: Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid. Nilai KesyukuranContoh: Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato\u2019 Johann Arlington. Nilai amanahContoh: Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia telah berjanji dengan rakannya, Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walaupun apa-apa berlaku kepada mereka.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan mahluk lain tidak terancam. Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati. Kitamestilah menyayangi dan menghormati ibu yang banyak berjasa kepada kita. Contoh: Peristiwa Muhammad Taufik mengajak ibunya ke rumah walaupun ibunya telah berpisah dengan bapanya. Kita hendaklah gigih mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contoh: Nurul Hafsa gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya dan kepupusan kelip-kelip. Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak terbela. Contoh: Haji Yassir sanggup menghantar anaknya, Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan untuk mencerap kelip-kelip supaya anaknya tidak mengalami masalah untuk pergi ke tempat tersebut. Kita hendaklah menyayangi alam sekitar yang banyak memberi manfaat kepada kita.Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati. Kita mestilah mempunyai sikap setia kawanContoh: Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-mata kerana tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik terancam. Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja tersebut tercapaiContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam menjalankan projek yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor walaupun usaha mereka berhdapan dengan cabaran daripada Dato\u2019 Johann Arlington-Majid. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang terhadap anak-anakContoh: Tan Sri Muhaimin telah membesarkan Muhammad Taufik dengan baik serta memenuhi segala keperluannya. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan supaya kita mampu membela agama, bangsa dan negaraContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berilmu dan berpengetahuan telah membela alam sekitar di Kuala Selangor yang tercemar dengan limpahan cahaya, Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati orang lain. Contoh: NMuhammad Taufik yang berbudi bahasa tinggi, akhirnya telah menjadi rakan karib Nurul Hafsa.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Dalam Novel Bimasakti Menari, watak utama Nurul Hafsa merupakan Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar dan guru pengiring dari Hiroshima Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa mengakui bahawa kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui \u2018lelaki kelip-kelip\u2019 atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato\u2019 Johann Arlington-Majid. Dato\u2019 Johann Arlington-Majid telah mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang lelaki bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Muhammad Taufik oleh penculik yang menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato\u2019 Johann Arlington-Majid pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa dan menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa. Sinopsis Novel Bimasakti Menari mengikut bab", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Soalan_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda dalam sebuah novel yang anda pelajari. Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini. Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah peristiwa sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun duduk di kerusi di atas platform melengkung mengelilingi kubah balai cerap yang terletak di lereng Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kanak-kanak ini kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut. Peristiwa ini menarik minat saya kerana saya ingin mengetahui sebab kanak-kanak dari jepun tersebut tidak dapat melihat bintangbintang di langit apabila mencerap di balai Cerap Sultan Salahuddin sedangkan Kuala Selangor terkenal dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui balai cerap tersebut. Peristiwa lain yang terdapat pada bahagian permulaan novel ini juga ialah peristiwa semasa Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin berjanji kepada kanak-kanak dari Jepun yang kecewa tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor agar bintangbintang dapat dilihat semula. Peristiwa pada peringkat permulaan ini menarik minat kerana saya ingin mengetahui cara yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor. Saya juga ingin mentehaui sama ada cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha Nurul Hafsa melestarikan alam sekitar. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai murni yang anda peroleh. Novel yang saya pelajari semasa tingkatan 4 ialahBimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat beberapa nilai murni yang saya belajar dalam novel ini. Nilai yang pertama ialah Ketaatan terhadap agama. Sebagai contoh, Haji Yassir dengan anak-anaknya iaitu Budiman dan Nurul Hafsa menunaikan solat zuhur secara berjemaah. Nilai yang seterusnya ialah bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sikap bertanggungjawab ini dapat diperlihatkan apabila Haji Yassir yang prihatin akan masalah pembiakan nyamuk aedes menutup tempayan yang digunakan untuk menadah air dengan plastik. Selain itu, novel ini juga mempunyai nilai kejujuran. Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruk Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada pencemaran cahaya. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini bertemakan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-bintang dapat dicerap dan kelip-kelip dapat dilihat oleh semua pengunjung. Pada masa yang sama, Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam. Walaupun usaha mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak tententu yang mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato\u2019 Johann Arlington tetapi mereka tetap gigih meneruskan usaha ini.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Latar_Tempat_Bimasakti_Menari", "content": "Balai Cerap Sultan SalahuddinTempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang dari luar negara. Kampung KuantanTempat Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa bahawa populasi kelip-kelip telah berkurangan. Stesen minyak PETRONAS di hadapan hospitalTempat Muhammad Taufik diculik. Kawasan Perladangan di Betari JayaTempat pasukan Gerak Khas digerakkan untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang diculik. Hospital Besar Tanjung KarangTempat Muhammad Taufik dibawa untuk mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan sejarah. Taman Rimba TemplerTempat Budiman mengadakan perkhemahan bersama-sama dengan budak pengangkap. Rumah Prototaip Ikhtiar TeknoalamTempat Muhammad Taufik menerima kunjungan ibunya, Puan Maryam Wickham yang meninggalkan rombongannya untuk bersama-sama dengan anaknya itu", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Latar_Masa_Novel_Bimasakti_Menari", "content": "Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan SalahuddinPeristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan pengujung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang ingin mencerap bintangbintang di langit. Waktu subuhPeristiwa Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin, Nurul Hafsa dan Maryam Wickham menunaikan solat subuh di surau hospital selepas kedengaran azan dari Masjid Tanjung Karang. Waktu malamPeristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip. 50 tahun laluPeristiwa penduduk Kuala Selangor telah menikmati bekalan air paip.", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang cinta akan alam sekitarContoh: Maryam Wickman, Muhammad Taufik,dan Nurul Hafsa telah melaksanakan kerja-kerja untuk menyelamatkan alam sekitar. Masyarakat yang terpelajarContoh: Nurul Hafsa belajar sehingga ke Jordan dalam bidang Fizik dan ilmu Falak dan bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Masyarakat yang tamakContoh: Dato Johann Arlington-Majid yang tamak sanggup melakukan perbuatan jenayah dengan mengupah penjenayah untuk menculik anak Tan Sri Muhaimin agar Tan Sri Muhaimin menarik balik sebut harga pembekalan harga lampu. Masyarakat yang penyayangTan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak mereka itu. Masyarakat yang beraniContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Masyarakat yang sanggup berkorbanContoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang. Masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah keluargaContoh: Keluarga Nurul Hafsa yang terdiri daripada ayahnya, Haju Yassir dan abangnya, Budiman hidup dengan harmoni dan bahagia. Masyarakat yang berkahwin campurContoh: Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham yang berketurunan Kaukasia. Masyarakat yang setia kawanContoh: Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan", "url": "https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/"}]