crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-novel-meniti-impian.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Tema_Novel_Meniti_Impian", "content": "Tema novel Meniti Impian ialah semangatkesungguhan dan kegigihan seorang remaja berusaha mengejar impian danmencapai kejayaan untuk menjadi seorang usahawan. Sebagai contoh, watak Zahar gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM (Institut Kemahiran Mara) kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Tema kegigihan juga digambarkan melalui peristiwaZahar membantu Pak Yusuf di bengkel untuk menyiapkan tempahan setiap kali pulang bercuti di kampung. Selain itu, Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi, dia tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil kelulusan IKM (Institut Kemahiran Mara). Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM (Institut Teknologi MARA). Akhirnya, Zahar gigih berusaha dan berjaya membuktikan bahawa kelulusan IKM juga mampu berjaya. Dia pulang ke kampung dan membuka bengkel perabot yang bernama Bengkel Meniti Impian di tanah milik ibunya. Bengkel perabot ini menjadi semakin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Meniti_Impian", "content": "Persoalan kegigihan dapat membawa kejayaan. Contoh: Zahar yang gigih berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji telah berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri. Persoalan keperihatinan terhadap orang lain yang hidup susah.Contoh: Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Konflik percintaan dalam kalangan remajaContoh: Zaharmencintai Suhaili secara diam-diam tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar dan menghina Zahar kerana taraf pendidikan mereka yang berbeza. Keharmonian hidup masyarakat di kampung.Contoh: Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Keikhlasan dalam persahabatan. Contoh: Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. Hubungan mesra antara kaumContoh: Tauke Lim telah menunjukkan sifat mesranya kerana hidup dalam kalangan masyarakat Melayu. Dia juga telah menempah perabot daripada Pak Yusuf untuk kedai kopinya. Kemiskinan penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman.Contoh: Mak Kiah terpaksa melakukan dua pekerjaan seperti menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang untuk menyara kehidupan keluarganya. Persoalan berkorban demi keluarga.Contoh: Zahar rela mengorbankan hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta kerana memikirkan keadaan ibunya yang tidak mampu untuk membiayai persekolahannya disebabkan dua orang adiknya masih bersekolah.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Meniti_Impian", "content": "Zahar merupakan seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya ialah melanjutkan pelajaran ke ITM selepas menduduki peperiksaan SPM musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam sewaktu peperiksaan berlangsung. Kemiskinan menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk belajar semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara ibunya hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung memaksa Zahar melupakan impiannya untuk ke menara gading seketika. Tindakannya itu telah disalahertikan oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap Zahar sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah berjanji bersama-sama untuk ke ITM. Bagi meringankan beban ibunya, Zahar membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat, keazaman, dan kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia sentiasa memberi perangsang dan dorongan agar Zahar berjaya suatu masa nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia sangat berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita untuk memiliki bengkel perabot suatu masa nanti. Oleh itu, dia telah membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya itu. Pak Yusuf berasa amat gembira. Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampungnya nanti. Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana. Permohonannya untuk mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya. Dia ingin berkongsi kegembiraan bersama kawan baiknya, Suhaili yang telah pun berada di tahun akhir di ITM. Suhaili memandang rendah terhadap kejayaan Zahar. Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar. Suhaili beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat. Zahar menyimpan azam untuk membuktikan bahawa lepasan IKM juga dapat mencipta kejayaan pada masa depan. Kesedihan Zahar semakin terasa apabila melihat Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan. Semasa di IKM, Zahar telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam peperiksaan dan juga latihan amali. Di sana Zahar telah berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang juga mempunyai cita-cita sepertinya. Kesedihan hatinya sedikit terubat apabila bertemu dengan Norimi yang mengikuti bidang Lukisan Seni Bina. Selepas enam bulan berkursus, Zahar dan rakan-rakannya telah diarahkan untuk mengikuti latihan praktikal di kilang. Zahar telah diterima menjalani latihan di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Kilang itu terletak di kawasan perindustrian Kamunting, Taiping. Secara kebetulan, Suhaili turut bekerja sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang yang sama. Suhaili berasa bersalah atas kata-katanya terhadap Zahar dahulu. Dia cuba meminta maaf dan ingin membantu Zahar untuk bekerja di kilang tersebut tetapi Zahar menolak bantuan Suhaili itu dengan tegas. Hatinya kini telah dimiliki oleh orang lain dan dia tidak mahu meminta pertolongan kepada orang yang pernah menghinanya dahulu. Sampai masanya latihan praktikal Zahar di kilang itu tamat. Zahar diberi pujian oleh pihak pengurusan kilang kerana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selepas menamatkan kursusnya di IKM, Zahar kembali ke kampung. Dia menyatakan keinginannya untuk membuka sebuah bengkel perabot di kampung kepada ibunya, Pak Yusuf, dan rakan-rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya terlaksana. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM 10,000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf sebanyak RM5,000, Zahar telah berjaya membuka bengkel perabotnya. Kini, segala Impian Zahar tercapai. Zahar berjaya membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabotmilik Zahar menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar. Norimi mengirim surat kepada Zahar dan itu ialah tanda bahawa dia akan dapat melangsungkan hubungan dengan gadis tersebut. Bapa saudara Zahar, Pak Yusuf juga mengharapkan Zahar akan berjodoh dengan Norimi. SinopsisNovel Meniti Impian mengikut bab", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Binaan_Plot_Novel_Meniti_Impian", "content": "Eksposisi / permulaan Dalam bahagian permulaanNovel Meniti Impian, pengarang memperkenalkan latar belakang watak utama iaitu Zahar. Zahar terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di tingkatan enam kerana masalah kewangan. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya pula sudah tua dan sering sakit. Dua orang adiknya masih bersekolah. Bagi membantu meringankan beban emaknya, Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan perabot. Walaupun demikian, Zahar tetap menyimpan azam untuk berjaya pada masa depan. Perkembangan Zahar telah berjaya menerima tawaran memasuki IKM dalam kursus Pertukangan Perabot. Ibu Zahar, Mak Kiah sangat gembira. Zahar berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya, Bakar dan Rahim. Bakar menyuruh Zahar memberitahu Suhaili tentang hal tersebut. Semasa di sekolah dahulu, hubungan Zahar dengan Suhaili begitu rapat. Namun begitu, sejak Suhaili menyambung pelajaran di ITM keadaan tersebut terus berubah. Perumitan / Konflik Zahar menghadapi konflik dengan Suhaili, iaitu bekas teman sekolahnya. Zahar berasa kecewa dan terluka apabila Suhaili memperlekehkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang Pertukangan Perabot. Kata-kata Suhaili membuat Zahar sedih dan terluka. Kekecewaannya bertambah apabila melihat Suhaili menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan. Klimaks Zahar mendapat tawaran membuat latihan praktikal di kilang Usaha Bersatu Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Kamunting, Taiping, Perak. Sikapnya yang rajin menyebabkan dia menjadi pelatih yang cemerlang. Di sana dia telah bertemu dengan Suhaili yang secara kebetulan turut bekerja di situ. Suhaili cuba memberikan pertolongan kepada Zahar tetapi demi prinsip, dia telah menolaknya mentah-mentah. Suhaili yang telah putus cinta cuba berbaik-baik semula dengan Zahar tetapi hati Zahar telah terpikat kepada Norimi. Akhirnya, Suhaili berasa malu dan kesal atas perbuatan dan kata- katanya dahulu terhadap Zahar. Zahar telah memaafkannya dan cuba melupakan segala kenangan antara mereka berdua. Peleraian Zahar berjaya menamatkan latihan praktikalnya dengan cemerlang. Selepas tamat belajar dia berjaya juga memenuhi impiannya selama ini untuk menjadi pengusaha perabot yang terkenal. Bermodalkan pinjaman daripada MARA dan sumbangan daripada Pak Yusuf, Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah bengkel pertukangan perabot di atas tanah milik emaknya. Bengkel perabotnya menjadi terkenal di seluruh tanah air selepas rencana tentang bengkel tersebut disiarkan dalam akhbar.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Meniti_Impian", "content": "PemerianContoh: Pengarang telah memerihalkan keadaan Zahar yang sedang bersiap-siap untuk menghadiri program suai kenal pada hari pertama dia mendaftarkan diri di IKM. DialogContoh: Perbualan Zahar dengan Pak Yusuf. Imbas kembaliContoh: Zahar teringat pertemuannya dengan Suhaili di City Point, Alor Setar. KejutanContoh: Zahar menolak tawaran Suhaili yang mahu menolongnya mendapatkan pekerjaan tetap di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya perkara yang akan dilakukan oleh Suhaili apabila mengetahui Zahar sedang menjalani latihan praktikal di kilang tempatnya bekerja. Monolog dalamanContoh: Zahar berkata dalam hatinya bahawa kata-kata Pak Yusuf itu benar tetapi Pak Yusuf tidak tahu betapa lukanya hati Zahar.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Novel_Meniti_Impian", "content": "Bahasa daerahContoh: mencerlungkan; gontai. Bahasa InggerisContoh: No problem chief; tension; traffic jam; girlfriend. MetaforaContoh: bara keazaman; tunggul nostalgia; obor semangat; kotak fikiran. PersonifikasiContoh: Petang yang semakin muram; Debaran memukul dada; Lidah api sedang menjelir memamah punggung kawah; Warna senja mulai memamah suasana. HiperbolaContoh: Nadanya menikam jantung; Segugus debaran menggoncang dadanya; Perdu hati Zahar bagaikan bergayut dengan sebeban debaran. SinkopeContoh: nak; tak. PeribahasaContoh: macam isi dengan kuku; berat mulut; berat tulang. SimileContoh: bagaikan tidak mahu mengalah; lidahnya seperti dikelukan; bagaikan mengundang kembali kenangan masa lampau; bagai api membakar semangat.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Meniti_Impian", "content": "Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Watak sampingan terdiri daripada Suhaili, Pak Yusuf, Mak Kiah, Mak Temah, Tauke Lim, Norimi, Cikgu Baharum, dan Razali.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Latar_Novel_Meniti_Impian", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Nilai_Novel_Meniti_Impian", "content": "Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi. Nilai KerajinanContoh: Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya. Nilai KerjasamaContoh: Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar. Nilai KetabahanContoh: Zahar tabah meneruskan cita-citanya walaupun hidupnya dihimpit kemiskinan. Nilai KesetiaanContoh: Zahar tetap setia kepada Norimi, walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula. Nilai KeinsafanContoh: Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM Nilai KesyukuranContoh: Mak Kiah bersyukur kerana Zahar berjaya mencapai impiannya untuk belajar di IKM. Nilai Hormat-menghormatiContoh: Pelatih junior menghormati pelatih senior walaupun mereka telah ditegur secara keras sewaktu minggu orientasi. Nilai Mengenang budiContoh: Zahar mengenang budi Pak Yusuf yang telah banyak membantunya selama ini. Nilai KesabaranContoh: Zahar bersabar apabila dihina oleh Suhaili. Nilai KesederhanaanContoh: Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting Nilai Jimat cermatContoh: Zahar berjimat cermat dalam menggunakan wang elaun berjumlah RM200.00 yang diterimanya pada setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan dua adiknya.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Meniti_Impian", "content": "Kita tidak seharusnya menghina orang yang lebih rendah daripada kita. Contoh: Suhaili menghina Zahar sewaktu Zahar memberitahu Suhaili tentang niatnya untuk menyambung pelajaran di IKM. Kita hendaklah setia dalam perhubungan. Contoh: Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. Contoh: Zahar gigih berusaha untuk membuka bengkel perabot di kampungnya. Kita harus gigih dalam menghadapi dugaan hidupContoh: Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili terhadap dirinya kerana menganggap lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah. Berkat usahanya yang gigih, dia telah membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya dengan membuka bengkel perabotnya sendiri. Janganlah kita mudah berputus asa apabila menghadapi kesusahan dalam hidupContoh: Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh getah, menganyam tikar dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain yang hidup susahContoh: Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkanContoh: Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid. Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita.Contoh: Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM. Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.Zahar belanja wang elaun sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi. Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.Contoh: Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan segala ilmunya.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Contoh_Soalan_Novel_Meniti_Impian", "content": "Huraikan sinopsisNovel Meniti Impian. Novel yang saya kaji ialah Novel Meniti Impian karya Osman Ayop yang mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya telah mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri. Contoh Soalan Nilai Novel yang telah saya kaji di tingkatan 2 ialah Meniti Impian, karya Osman Ayob. Terdapat beberapa nilai dalam novel ini. Antaranya termasuk nilai kegigihan. Nilai ini terbukti dengan peristiwa Zahar menerima penghinaan Suhaili terhadap dirinya kerana menganggap bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah. Berkat usahanya yang gigih,Zahar telah membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya dengan membuka bengkel perabotnya sendiri. Selain itu, nilai keperihatinan diketengahkan dalam novel ini. Buktinya,Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang mampu. Seterusnya, nilai kerjasama juga menjadi persoalan dalam novel ini. Bukti nilai ini ialah peristiwa orang kampung yang bekerjasama untuk membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat yang berbeza dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 2 ialah Meniti Impian karya Osman Ayob. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang penyayang. Contohnya, Pak Yusuf sangat menyayangi Zahar dan telah menganggapnya seperti anak sendiri. Selain itu, latar masyarakat yang sedar akan kepentingan pendidikan turut diselitkan dalam novel ini. Contohnya, Suhaili, Zahar dan anak-anak Pak Karim berlumbalumba untuk meneruskan pengajian mereka selepas mendapat keputusan SPM. Seterusnya, pengarang turut memasukkan latar masyarakat yang mempunyai keazaman yang tinggi. Contohnya, walaupun Zahar tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM dan hanya ditawarkan pengajian ke Institut Kemahiran Mara, namun dia berazam untuk membuktikan bahawa lulusan IKM juga boleh berjaya. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impiankarya Osman Ayob. Terdapat beberapa pengajaran yangdisampaikan oleh pengarang kepada pembaca novel ini. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita janganlah menghina orang yang rendah tahap pendidikannya. Contohnya, Suhaili memutuskan hubungannya dengan Zahar hanya kerana Zahar hendak meneruskan cita-cita untuk belajar di IKM. Pengajaran seterusnya ialah, kita mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukan sesuatu hingga berjaya. Contohnya, Zahar berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa lulusan IKM juga mampu berjaya. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah berjimat cermat. Contohnya, Zahar berjimat cermat dalam membelanjakan wang elaunnya kerana tidak mahu menyusahkan ibunya. Watak memainkan peranan penting dalam menggerakkan jalan cerita. Huraikan dua perwatakan watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian. Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Antara perwatakan Zahar adalah tidak mudah berputus asa. Contohnya, Zahar tidak berputus asa walaupun dihina oleh Suhaili sewaktu hendak meneruskan pembelajaran di IKM. Selain itu, Zahar merupakan seorang yang penyayang. Contohnya, Zahar amat menyayangi emak dan dua orang adiknya kerana sering pulang ke kampung untuk bertemu dengan mereka. Antara lain, Zahar juga seorang yang setia. Contohnya, Zahar tetap setia dengan Norimi walaupun Suhaili cuba menjalinkan hubungan dengannya semula. Berdasarkan satu novel yang telah anda kaji, huraikan tema dan dua persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah Meniti Impian. Tema novel ini adalah semangat dan kesungguhan Zahar dalam meningkatkan martabat seorang pelatih IKM sehingga mampu menjadi tukang perabot yang berjaya. Persoalan yang terdapat dalam novel ini pula ialah kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, Zahar amat menyayangi emak dan dua orang adiknya. Dia juga amat menyayangi bapa saudaranya, iaitu Pak Yusuf kerana telah banyak membantu keluarganya selepas kematian bapanya. Persoalan seterusnya ialah sanggup berkorban demi keluarga. Contohnya, Zahar telah mengorbankan hasratnya untuk meneruskan pelajaran di kolej swasta kerana ibunya tidak mampu memandangkan dua orang adiknya masih bersekolah. Atas alasan tersebut dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IKM dan membuktikan pelatih IKM juga mampu berjaya setanding dengan lulusan IPTA yang lain.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Watak_Utama_Zahar", "content": "Zahar merupakan anak sulung Mak Kiah. Dia berusia awal 20-an dan mempunyai dua orang adik lelaki, iaitu Halim dan Zakri. Ayah Zahar telah meninggal dunia.Zahar pandai bermain bola sepak. Dia bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri. Seorang yang gigih dan rajinZahar gigih dan rajin membantu bapa saudaranya di bengkel perabot. Seorang yang bercita-cita tinggiZahar bercita-cita untuk membuka kedai bengkel perabot kepunyaanya sendiri. Seorang yang tidak mudah berputus asaZahar tidak berputus asa walaupun dihina oleh Suhaili sewaktu hendak belajar di IKM. Seorang yang bertanggungjawabZahar bertanggungjawab untuk memastikan adiknya, Halim dan Zakri dapat meneruskan pelajaran. Seorang yang penyayang. Zahar amat menyayangi emak dan adikadiknya. Setiap kali cuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarganya. Seorang yang setiaZahar tetap setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba menjalin hubungan semula dengannya. Seorang yang beradab dan berbudi pekerti muliaZahar sentiasa menunjukkan sikap yang baik apabila bersama dengan orang lain. Sikapnya itu membuatkan orang lain suka bersahabat dengannya. Seorang yang berprinsip. Zahar menolak pertolongan yang cuba dihulurkan oleh Suhaili kerana dia mempunyai prinsip untuk hidup berdikari demi mengejar cita-citanya. Seorang yang tegasZahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan usahanya sendiri. Seorang yang berdikariZahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf, jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Seorang yang RasionalWalaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili, namun Zahar tidak murah berasa marah sebaliknyaberazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Watak_Sampingan", "content": "Pak Yusuf Pak Yusuf ialah bapa saudara Zahar, iaitu adik kepada Mak Kiah. Dia mempunyai isteri bernama, Mak Temah dan dua orang anakyang masih menuntut di universiti. Pak Yusuf memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot. Umur Pak Yusuf dalam lingkungan 60-an dan masih kuat bekerja. Pak Yusuf seorang yang prihatin.Dia sentiasa memikirkan kebajikan dan pelajaran Zahar. Pak Yusuf suka menolong orang lain.Dia bersusah-payah membantu Zahar sewaktu Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke IKM dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM5000 sewaktu Zahar hendak membuka bengkel perabot. Mak Kiah Mak Kiah ialah ibu kepada Zahar dan sudah kematian suami. Dia mempunyai tiga orang anak, iaitu Zahar, Halim, dan Zakri. Mak Kiah mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang. Mak Kiah seorang yang penyayangDia sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anaknya. Mak Kiah mementingkan pelajaran anak-anaknya.Walaupun hidup miskin tetapi dia tetap memberikan galakan kepada Zahar untuk belajar di IKM. Suhaili Suhaili ialah anak kepada Pak Karim, iaitu Ketua Kampung Caruk Petitih. Dia graduan lepasan diploma di ITM. Suhaili pernah bekerja di sebuah kilang di Petaling Jaya dan kemudian menjadi Penolong Ketua Unit Pemasaran di kilang perabot di Kamunting Perak. Suhaili merupakan bekas teman sekelas Zahar sewaktu bersekolah. Dia pernah menjadi buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah. Suhaili memutuskan hubungan dengan Zahar setelah mempunyai teman lelaki baharu yang kacak dan berada. Seorang yangbersifat egoSuhaili menghina Zahar yang ingin belajar di IKM. Dia menganggap graduan lepasan IKM akan hidup merempat. Seorang yang berinsafSuhaili menyedari kesilapannya dan meminta maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Zahar. Norimi Norimi berasal dari Johor Baharu. Dia seorang yang lemah lembut, cantik, dan perwatakannya menarik. Norimi menyertai kursus Lukisan Seni Bina di IKM bersama-sama Zahar. Norimi menjalin hubungan yang istimewa dengan Zahar. Seorang yang suka cemburuNorimi mempunyai sedikit perasaan cemburu apabila mengetahui Zahar pernah menaruh harapan kepada Suhaili. Seorang yang rajinNorimi rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di IKM. Tauke Lim Cikgu Baharum", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Latar_Masa_Meniti_Impian", "content": "Lima tahunPak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan Waktu pagiPak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi Pada waktu malamNorimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani Tiga bulanPernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan. Dua mingguPasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka. Enam bulanZahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Latar_Tempat_Meniti_Impian", "content": "Bengkel perabot Pak YusufSelepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya. Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai PetaniZahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani. PadangRamli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain Stesen bas MARAZahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili Kompleks City Point, Alor SetarTempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar. IKM Sungi PetaniTempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Novel_Meniti_Impian", "content": "Masyarakat pekebun yang rajin bekerjaContoh: Selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya. Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguhContoh: Pelatih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas Masyarakat yang suka menjaga tepi kain orangContoh: Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama. Masyarakat yang suka memandang rendah orang lainContoh: Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM. Masyarakat yang rajin bekerjaContoh: Zahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja. Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuatContoh: Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar. Masyarakat yang mementingkan ilmuContoh: Zahar yang gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot. Masyarakat kampung yang harmoniContoh: Penduduk kampungbekerjasama dan bergotong-royong untuk mendirikan bengkelperabot Zahar tanpa mengira terik panas matahari. Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari. Masyarakat yang prihatin terhadap sanak-saudaraContoh: Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.", "url": "https://karangan.net/novel-meniti-impian/"}]