crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-kepimpinan-melalui-teladan.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
[{"title": "Tema_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Cerita \u201cKepimpinan Melalui Teladan\u201d memaparkan tema berkaitan kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Kepimpinan itu digambarkan melalui keberanian dan kegagahanan watak utama cerita iaitu Laksamana yang mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-hara.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Persoalan_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Persoalan keberanian dalam menjaga keselamatan negaraContoh: Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk menjaga sekeliling istana daripada diceroboh oleh Kertala Sari. Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpinContoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam. Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyatContoh: Sultan mengarahkan Temenggung untuk menjaga keselamatan negara dari masalah kecurian. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam mencapai tujuanContoh: Laksamana menggunakan ilmu kesaktiannya untuk mengatasi Kehandalan Kertala Sari. Persoalan perasaan dendam membawa akibat burukContoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina hingga menyebabkan kematian Kertala Sari.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Sinopsis_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya. Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Binaan_Plot_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "PermulaanCerita mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada yang merupakan pembesar kerajaan Majapahit telah menemui Kertala Sari dan membawanya menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela terhadap kematian tujuh orang penjuritnya. PerkembanganCerita berkembang apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. PerumitanCerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kertala Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam- malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. KlimaksCerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana telah berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari. PeleraianCerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotong. Raja Melaka menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Patih Gajah Mada pula berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka itu.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Teknik_Plot_Cerita_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Teknik pemerianContohnya, pengarang memerihalkan peristiwa Kertala Sari mencari suatu tempat yang sesuai untuk menyimpan harta benda yang akan dicurinya nanti. Teknik kejutanContohnya, pengarang menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca melalui sifat ganas Kertala Sari yang turut mencabul kehormatan bini saudagar dan bini orang kaya ketika mencuri di rumah mereka. Teknik monologContohnya, Kertala Sari bermonolog dalaman ketika pertama kali dia terpandang Laksamana Melaka di istana raja Melaka. Teknik dialogContohnya, dialog antara Kertala Sari dengan ibunya ketika Kertala Sari baru pulang mencuri dari Daha. \u2013 Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, \u201cHai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?\u201d\u2013 Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, \u201cHai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.\u201d", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Watak_Perwatakan", "content": "Watak Utama Laksamana Watak Sampingan: Kertala Sari Watak Sampingan: Raja Melaka Watak Sampingan: Patih Gajah Mada", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Penggunaan kata penanda wacanaContohnya, hatta, alkisah, maka. Bahasa ArabContohnya, Insya-Allah Taala, syahwat, Demi Allah. Pengaruh bahasa istanaContohnya, tuanku, patik, baginda, titah. Bahasa Melayu klasikContohnya, manira, pakanira, karar. SimileContohnya, Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. PersonifikasiContohnya, maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. HiperbolaContoh: Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Perulangan kata/RepetisiContoh: \u201cDaulat tuanku, mohon ampun dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Latar_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Nilai_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Kasih sayangKertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana. KegigihanLaksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka. KetaatanKertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana. Semangat bermasyarakatRakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati untuk mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri. KebijaksanaanLaksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka itu. TanggungjawabLaksamana bertanggung- jawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya untuk menangkap pencuri/ penjurit itu. KeberanianLaksamana beranimenentang musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka. PemurahLaksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan\u00a0orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Pengajaran_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh. Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Kita hendaklah berani menghadapi ancaman musuh supaya keselamatan negara akan terjamin. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Kita hendaklah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Soalan_Kepimpinan_Melalui_Teladan", "content": "Bagaimanakah Laksamana membahagikan harta rampasan itu? Laksamana telah mengambil sebahagian daripada harta rampasan itu. Harta rampasan yang ada pada Laksamana diagihkan pula kepada tiga bahagian iaitu sebagaian didermakan kepada fakir miskin, sebahagian lagi diberikan kepada pegawai yang kehilangan kuasa / sebahagian diberikan pada semua pengikutnya. Apakah reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Kertala Sari dibunuh oleh Laksamana? Reaksi Patih Gajah Mada apabila mendengar berita Ketala Sari dibunuh oleh Laksamana ialah dia mencari jalan untuk mengalahkan Melaka dan membunuh Laksamana. Selain itu, Patih Gajah Mada juga mencari orang yang sanggup membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Soalan KBATPada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan? Pada pendapat saya, seorang pemimpin perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan supaya tindakan itu memberikan kesan yang positif kepada rakyat. Selain itu sikap rasional dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan dapat memakmurkan negara. Berikan maksud penjurit yang terlalu buas itu. Maksud rangkai kata penjurit yang terlalu buas itu ialah askar atau pencuri yang sangat ganas. Apakah tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh? Tindakan orang ramai apabila melihat Kertala Sari mati dibunuh ialah ada yang mengambil kesempatan untuk memotong telinga, kepala, dan lain-lain anggota badan. Mereka menunjukkan bukti-bukti tersebut kepada raja bagi memperoleh ganjaran. Soalan KBATPada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan seseorang daripada membuat pengakuan palsu? Cara untuk mengelakkan seseorang daripada membuat pengakuan palsu adalah dengan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan membuat pengakuan palsu. Selain itu, kerajaan perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap pihak-pihak yang membuat pengakuan palsu. Pendidkan agama perlu dimantapkan dalam kalangan masyarakat. Berikan maksud bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan. \u2013 bermaksud aku bukanlah anak pahlawan yang gagah dan cerdik Berdasarkan petikan di atas, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia pulang dari Daha? \u2013 emas\u2013 perak\u2013 pakaian\u2013 berpuluh-puluh juta pitis Soalan KBATKertala Sari begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah? \u2013 sangat sayang akan ayahnya\u2013 belum puas menumpang kasih sayang ayahnya\u2013 tidak sanggup melihatnya ibunya menjadi balu\u2013 ayah Kertala Sari merupakan seorang yang bertanggungjawab Berikan maksud endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan. \u2013 tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu sangat mudah kerana Kertala Sari pernah mengalahkan negeri Daha Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila tiba di Melaka? \u2013 singgah di luar kota pada kampung segala Jawa\u2013 Kertala Sari menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu\u2013 Kertala Sari berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung dengan orang kaya-kaya dan saudagar Pada pandangan anda, sekiranya Kertala Sari tiada, bagaimanakah Seri Betara dapat menyelesaikan masalah baginda dengan Ratu Melaka dan Laksamana? \u2013 Baginda berunding dengan cara terbaik\u2013 Baginda boleh meminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu Melaka dan Laksamana\u2013 Baginda boleh meminta bantuan dari negara jiran", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Negeri MelakaContoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka MajapahitContoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina. Di tengah pasarContoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Waktu MalamContoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah\u00a0malam. Waktu SiangContoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja.Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. Masyarakat yang ingin menuntut bela terhadap kematian orang tersayang. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian semasa melaksanakan tugas. Masyarakat yang berani melawan musuh Masyarakat yang bertanggungjawabContoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka. Masyarakat yang mengenang budiContoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.", "url": "https://karangan.net/kepimpinan-melalui-teladan/"}]