crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-gerhana-manusia.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
raw
history blame
17.8 kB
[{"title": "Tema_Cerpen_Gerhana_Manusia", "content": "Cerpen \u201cGerhana Manusia\u201d bertemakan etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehinggamenyebabkan berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab kebajikan mereka.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Persoalan_Gerhana_Manusia", "content": "Persoalan bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugasContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa TuhanContohnya, walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana ajalnya. Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana status sosial yang berbezaContohnya, Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka. Persoalan tentang nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusiaContohnya, Nusia dan Doktor Murni yang menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan terhadap pesakit yang lain sehingga memberikan semua bekalan darah kepada Tuan Besar Musa sahaja. Persoalan tentang kesungguhan untuk menyelamatkan nyawa pesakitNusia dan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah di bank darah demi menyelamatkan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Gerhana_Manusia", "content": "Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi. Permulaan Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang komaakibat perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia, Doktor Murni, dan Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawanya yang berada di ambang maut. Tuan Besar Musa tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah di bank darah juga hampir habis. Perkembangan Nusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu kerana menganggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang sama memerlukan bekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi keadaan pesakit lain namun professor itu hanya mahu mengutamakan rawatan Tuan Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya pada Doktor Murni kerana pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa pesakit lain demi kepentingan pihak tertentu. Perumitan Nusia berasa bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana dia hanya bergantung pada alat sokongan hayat. Nusia membantah tindakan Profesor Doktor Juaidi yang memintanya memasukkan darah tulen ke dalam tubuh Tuan Besar Musa kerana 50 pek darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum itu telah keluar semula. Selepas itu, Nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit-pesakit lain. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu. Klimaks Nusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang dikhaskan untuk Tuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi demi menyelamatkan empat pesakit kritikal di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah. Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan kehilangan baki 5 pek darah dari bank darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan besar Musa kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni segera meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospital tersebut. Peleraian Profesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat mendermakan darah untuk semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Gerhana_Manusia", "content": "", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen", "content": "", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Gerhana_Manusia", "content": "Bahasa ArabContoh: Syahadah; Yasin; Masya-Allah. InversiContoh: Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? (sepatutnya Berbezakah nilainya darah dan manusia itu?) Istilah sains perubatanContoh: alveolus paru-paru; Platelet; atropina. MetaforaContoh: layar rakaman hayat. ParadoksContoh: Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. PersonifikasiContoh: renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku; Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. RepetisiContoh: Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya\u2026\u201d. SimileContoh: Firasat itu umpama mimpi barangkali; memancut bagai paip bocor. Simpulan bahasaContoh: nyawa-nyawa ikan; kurang ajar; lintah darat.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Gerhana_Manusia", "content": "Nilai belas kasihan. Contoh: Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Nilai kasih sayang. Contoh: Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit- pesakitnya. Nilai kebijaksanaan. Contoh: Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain. Nilai menghargai nyawa. Contoh: Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma. Nilai baik hati. Contoh: Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah. Nilai murah hati. Contoh: Tuan Besar Musa merupakan dermawan yang prihatin terhadap kebajikan kakitangan hospital. Nilai keberanian. Contoh: Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Nilai rasional. Contoh: Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darahuntuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Nilai keyakinan. Contoh: Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Pengajaran_Gerhana_Manusia", "content": "Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benarNusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Kita mestilah sayang akan nyawa Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Kita hendaklahbertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkanNusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kita haruslah rasional dalam membuat sesuatu tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Sinopsis_Cerpen_Gerhana_Manusia", "content": "Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanya bergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat sedang. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekurangan bekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebut agar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudah tidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yang memerlukannya dan berpotensi untuk hidup. Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mesti akur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalam keadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah, seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz yang cedera parah akibat kemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yang menghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana sumbangan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana pada kelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia memaklumkannya kepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan bekalan gelafundin sebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan kematiannya. Nusia tidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan pesakit lain kerana taraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Doktor Murni. Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan 5 pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Dia sanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatka nyawa pesakit lain di wad tersebut. Profesor Doktor Juaidi pula berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun begitu, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana kematian Tuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang dana yang besar. Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan tersebut menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Teknik_Plot", "content": "Teknik dialogContohnya, perbualan antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia tentang pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang mengalami tekanan darah yang semakin rendah dan memerlukan bekalan darah dengan segera. Teknik imbas mukaContohnya, Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukemia, dan al-Hafiz. Teknik monolog dalamanContohnya, Nusia bermonolog dalaman dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberikan bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain. Teknik pemerianContohnya, pengarangmenggambarkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan hayat. Teknik saspensContohnya, peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya yang akan berlaku akibat tindakannya itu. Teknik KejutanContohnya, Nusia dan Profesor Doktor Juaidi terkejut apabila Doktor Murni memberikan surat perletakan jawatannya.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Wad Unit Rawatan Rapi \u2013 tempat semua pesakit kritikal dirawat. Bank darah \u2013 tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk mendapatkan baki bekalan darah yang dikhaskan oleh Profesor Doktor Jauidi kepada Tuan Besar Musa.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Zaman modenContoh: peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita ini berlaku pada zaman moden / kini. Waktu siang Contoh: Ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang ada di bank darah pada pagi itu.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang beraniContohnya, Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di wad tempat mereka bertugas. Masyarakat yang amat bersimpati atau prihatin terhadap pesakit.Contohnya, Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Masyarakat yang bertanggungjawabContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka. Masyarakat yang rasional dalam membuat tindakan dan keputusanContohnya, Nusia dan Doktor Murni bertindak rasional apabila ke bank darah dengan segera untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah untuk hidup. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit. Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material semata-mata.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Watak_Utama_%E2%80%93_Nusia", "content": "Jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Seorang yang beraniNusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang dikhaskan kepada Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh beliau. Seorang yang pekerja bertanggungjawabNusia seorang jururawat yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi. Seorang yang penyayangNusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. Seorang yang rasional Nusia berpendapat bahawa bekalan darah yang ada diberikan kepada pesakirt lain yang lebih memerlukan dan berpotensi untuk sembuh berbanding dengan Tuan Besar Musa yang sudah tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh kerana kondisinya yang sudah tidak menerima bekalan darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Watak_Sampingan_%E2%80%93_Profesor_Doktor_Juaidi", "content": "(a) Pegawai perubatan senior di sebuah hospital.(b) Ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaranBeliau mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar Musa pada kelab elit di hospital mereka menyebabkan professor itu hanya mementingkan pesakit tersebut. Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktorProfesor Doktor Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika kedoktoran yang patut menyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya mahu menyelamatkan seorang pesakit iaitu Tuan Besar Musa. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaanProfesor Doktor Juaidi sanggup menyuruh Nusia supaya memberikan gelafundin kepada Solehah yang memerlukan bekalan darah untuk memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya untuk menyelamatkannya.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Watak_Sampingan_%E2%80%93_Doktor_Murni", "content": "Pegawai perubatan muda di sebuah hospital. Seorang doktor yang patuh pada arahan ketuaDoktor Murni mengikut semua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam menjalankan tugasnya di wad Unit Rawatan Rapi. Seorang doktor yang penyabarWalaupun beliau diasak dan disindir oleh Nusia kerana enggan memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit Rawatan Rapi namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang. Seorang doktor yang berani membuat keputusanDoktor Murni berani meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak mahu menggadaikan nilai kemanusiaannya.", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}, {"title": "Watak_Sampingan_%E2%80%93_Tuan_Besar_Musa", "content": "", "url": "https://karangan.net/gerhana-manusia/"}]