crawl-karangan-net-komsas / karangan-net-drama-bukan-gila.json
amzar1303's picture
added files
e572f38
raw
history blame
13 kB
[{"title": "Tema_Drama_Bukan_Gila", "content": "Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitbarah otak bersendirian. Azmir tabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke dinding sehingga berdarah.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Persoalan_Drama_Bukan_Gila", "content": "Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekelilingAzmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonanDalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak. Kepentingan cinta dan kasih sayangAzmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya untuk menempuh kesakitan yang dialaminya. Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidupAzmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati. Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insanArif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibu bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Binaan_Plot_Drama_Bukan_Gila", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Latar_Drama_Bukan_Gila", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Drama", "content": "Watak Utama: Azmir Watak Sampingan: Arif Seorang yang prihatinContoh : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak gila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat. Watak Sampingan: Doktor Razi Watak Sampingan: Bapa Azmir Watak Sampingan: Ibu Azmir", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Drama", "content": "Bahasa ArabContoh: Assalamualaikum; Astaghfirullah; bertafakur. Bahasa InggerisContoh: realistik; sensitif; profesionalisme; rasional; realiti. HiperbolaContoh: Saban hari manusia membunuh kemanusiaan; Sebuah cinta ialah sebuah sengketa. Imbuhan pinjaman bahasa InggerisContoh: prorakyat; pascaperang. MetaforaContoh: angin kemudaan; angkasa kewujudan; padang kehidupan. RepetisiContoh: Hukum. (Sinis). Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang. SimileContoh: sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma; Boleh jadi lakonannya tu realistik, macam betul-betul.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Nilai_Drama_Bukan_Gila", "content": "Kasih sayangContoh : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya. Kesetiaan Contoh : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani. Keprihatinan Contoh : Arif, iaitu pengarah drama Sasau prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila. SimpatiContoh : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam kesakitan. Ketabahan Contoh : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak. Kesetiaan Contoh: Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya. TanggungjawabContoh: Doktor Razi bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula. Ilmu pengetahuanContoh: Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan drama \u201cSasau\u201d. Nilai menghargaiContoh: Azmir menghargai petani, nelayan, dan buruh yang telah banyak memberi sumbangan demi kesejahteraan hidup orang lain.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Pengajaran_Drama_Bukan_Gila", "content": "Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluargaAzmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga sekarang. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau mengalami kekecewaan dalam hidup.Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barah otak. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lainArif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi mendapatkan maklumat tentang Azmir. Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lainAzmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup. Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kesalahan. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Sinopsis_Drama_Bukan_Gila", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Soalan_Drama_Bukan_Gila", "content": "Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Baca juga: Nota Komsas Bahasa Melayu", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Permulaan", "content": "DramaBukan Gila mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa diHospital Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Perkembangan", "content": "Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmir kerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluar dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatangan bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yang telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada Azmir untuk bersiar-siar di luar wad.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Perumitan", "content": "Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin memantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan Azmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tiba- tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Klimaks", "content": "Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawa Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gila sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Peleraian", "content": "Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untuk menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita.Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Pada suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasa kesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Teknik_Plot", "content": "Teknik dialogContohnya, dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu ketika dirawat di wad pesakit jiwa, Hospital Besar. Teknik imbas kembaliContohnya, bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku. Teknik monologContohnya, Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa. SaspensContohnya, teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan Ani.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidupContoh : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain Contoh: Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang yang cukup kepada anak merekaContoh : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_I", "content": "Drama Bukan Gila mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_II", "content": "Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_III", "content": "Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak pulang-pulang.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_IV", "content": "Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_V", "content": "Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}, {"title": "Adegan_VI", "content": "Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir.", "url": "https://karangan.net/drama-bukan-gila/"}]